Dec032024

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Sebelum kita mulakan Waktu-waktu Pertanyaan Menteri, kita ada tetamu hari ini yang saya akan umumkan. Sukacita dimaklumkan bahawa hadir bersama-sama kita di Dewan yang mulia ini ialah delegasi dari The Nepalese Federal and Provincial Parliament yang diketuai oleh Puan Yang Terutama Bimala Ghimare, *Vice-Chairperson, National Assembly of Nepal.

[Tepuk]* Kepada Puan Yang Terutama Bimala Ghimare dan delegasi, Dewan ini mengalu- alukan kehadiran Puan dan delegasi ke Dewan yang mulia ini. Semoga dengan kehadiran Puan Yang Terutama Bimala Ghimare dan delegasi ini akan mengukuhkan lagi persaudaraan dan hubungan Malaysia dan Nepal. Terima kasih.

*It is with great pleasure, I would like to inform that together with us in this August House is the delegation from the Nepalese Federal and Provincial Parliament headed by Her Excellency Bimala Ghimare, The Vice-Chairperson National Assembly of Nepal. To Her Excellancy Bimala Ghimare and the delegation, we welcome you, your visit to this House.

[Tepuk] We hope that the visit of Her Excellancy Bimala Ghimare and the delegation will further strengthen ties and relation between Malaysia and Nepal. Thank you very much.*

draft • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Kita mulakan dengan menjemput Tuan Suhaizan bin Kaiat, Pulai. Silakan

draft • 10:00 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam MADANI. Tan Sri Speaker, soalan Pulai nombor satu.

draft • 10:00 AM

1. Tuan Suhaizan bin Kaiat [Pulai] minta Perdana Menteri menyatakan punca kenaikan kes dan langkah pencegahan terhadap:

(i) 361 kes disyaki terbabit dalam jenayah pinjaman wang tidak berlesen dalam tempoh 9 hari bermula 4 November 2024; dan

(ii) jenayah penipuan kewangan (financial scam) secara dalam talian atau secara bersemuka.

draft • 10:00 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Pulai. Jumlah 361 yang disebut itu terkait dengan kejayaan Ops Voucher, operasi bersepadu dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM yang berjalan serentak seluruh negara bermula 4 hingga 12 November. Jadi oleh kerana penyelarasan di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, menyebabkan tindakan segera diambil. Walau bagaimanapun, isunya memang serius kerana mengikut ASEAN, seluruh jenayah scam itu bernilai USD64 bilion.

Di Malaysia, kerugian akibat jenayah dalam talian berjumlah RM1.224 bilion daripada Januari hingga Oktober 2024. Ini termasuk apa yang digabungkan sebagai online scam, jenayah telekomunikasi, e-kewangan, love scam, e-dagang, pinjaman tidak wujud dan pelaburan tidak wujud.

Ini juga hasil daripada tindakan termasuk penangkapan dan rampasan terhadap sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau along yang mana modus operandinya memberikan pinjaman wang dengan pantas tetapi menetapkan kadar riba ataupun faedah yang tinggi.

Masalah yang dihadapi adalah kerana wujudnya peranan berbeza pemberi pinjaman wang, pemungut hutang, pegawai khidmat pelanggan, ejen pengeluaran wang, mule account yang dibangkitkan tadi, pemilik akaun, ejen simbah cat dan ejen pengedar risalah dan banner. Tujuh buah premis syarikat pemberi pinjaman wang berlesen telah diserbu kerana melanggar Peraturan 15A, Peraturan Pemberi Pinjaman Wang (Pindaan) 2024. Syarikat tersebut memegang kad ATM yang menyulitkan ATM peminjam.

Jadi seksyen-seksyen yang disebut itu, termasuklah Akta Pinjaman Wang 1951 Kanun Keseksaan, Seksyen 436, 506 dan Peraturan Pemberi Pinjaman Wang 2024. 136 kertas siasatan dibuka dan 25 kertas siasatan berjaya dituduh dengan pelbagai kesalahan.

Penguatkuasaan ini mencakup pemberi pinjaman wang dan pemegang pajak gadai yang berlesen yg berdaftar di bawah bidang kuasa KPKT. Ini termasuk bidang kuasa KPKT dan langkah-langkah diambil ini secara terselaras oleh PDRM, Kementerian Dalam Negeri, SKMM, Bank Negara, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional, National Anti- Financial Crime Centre (NFCC) dan Kementerian Perumahan.

draft • 10:00 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Langkah pencegahan yang saya rumuskan itu di bawah Program Pencegahan Jenayah dan Kesedaran Awam.

draft • 10:10 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Penubuhan laman web Semak Mule ini berjaya. Tetapi, kenyataan ini membimbangkan kerana sehingga 31 Oktober 2024 Tan Sri, sebanyak 181,628 nombor telefon, 222,092 nombor akaun bank dan 1,395 nama syarikat direkodkan di dalam Semak Mule melibatkan penipuan jenayah dalam talian. Portal Mule ini banyak membantu kerana dengan laporan 32,066,000 carian telah dibuat, 22,200,984 memberi jawapan positif.

Maknanya, ada usaha untuk memindahkan wang mereka kepada akaun mule tetapi banyak terselamat kerana digerakkan kerana kita gunakan apps semakmule.rmp.gov.my. Selain daripada itu, kita akan pinda, mencadangkan meminda undang-undang termasuk yang telah diluluskan baru-baru ini oleh Ahli-ahli Parlimen, seksyen 116D yang memberikan kuasa kepada pegawai polis dengan pangkat tidak kurang daripada Sarjan merampas dan menyekat berkaitan transaksi kewangan telah diwartakan pada 30 Oktober yang lalu.

Yang lain terlibat langkah oleh Kementerian Komunikasi termasuk SMS yang berjaya menyekat lebih dari 1.4 bilion panggilan yang meragukan, 1.2 bilion SMS yang tidak diminta

(unsolicited SMS). Kemudian, berjaya Kementerian Komunikasi melalui MCMC menamatkan 118,184 talian dan menyekat akses kepada laman palsu. Laman palsu yang telah dikesan, 9,474 laman palsu.

Ini kita rumuskan tentang masalah dan tindakan-tindakan yang diambil. Maka, pindaan kepada seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia akan dilakukan termasuk Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian dan juga tindakan oleh Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC).

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Pulai.

draft • 10:10 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih Speaker. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Isu scammer ini terlalu berleluasa dan mereka ini sangat berani melaksanakan jenayah ini, terbukti apa yang telah disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Saya nak kemukakan beberapa perkara ini. Seorang pengadu, umpamanya di Taman Bukit Indah di Pulai. Rumahnya dibaling cat, diugut bakar sedangkan dia tak pernah pun buat pinjaman tersebut. Seorang OKU di Permatang di Pulai contohnya, akaun banknya di-scam sampai dia tak boleh menerima bantuan daripada JKM lagi. Seorang pegawai di universiti di Johor, akaun banknya telah dibuka tanpa kebenarannya. Seorang pengadu di Johor mengadu diperdaya oleh seorang wanita yang menawarkan khidmat pinjaman wang di balik mengaku sebagai pegawai bank.

Jadi, maknanya benda ini sangat berleluasa. Soalannya, apakah kerajaan akan mengkaji semula lesen pinjaman wang di bawah KPKT? Bagaimana kerajaan boleh menoktahkan isu scam dan juga manipulasi dalam pentadbiran di dalam bank ini? Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Perdana Menteri.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Pulai. Saya akui hal ini sangat rumit dan dihadapi oleh semua negara di dunia. Kita adakan satu jawatankuasa khas di peringkat

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

ASEAN untuk meningkatkan bidang kerjasama memantau dan juga mengenal pasti langkah- langkah yang lebih baik, canggih mengatasi kecanggihan oleh penipu.

Umpamanya, satu kes yang dilaporkan oleh polis. Satu akaun oleh mule, mule account oleh penagih dadah yang tidak tahu digunakan. Itu mencecah lebih RM1 bilion.

Maknanya, jumlah yang ditipu itu ramai. Memang benar, RM19 bilion telah berjaya disekat.

Maknanya, ada kejayaan. Bayangkan kalau tidak disekat oleh NSRC dengan kerjasama Bank Negara, PDRM, SKMM, institut kewangan bank dan syarikat telekomunikasi, RM19 bilion akan terlepas. Tetapi, berjaya disekat. Yang disita, RM6 bilion yang disita. Maaf, RM6 juta.

Semenjak penubuhan NSRC, 140,474 panggilan diterima oleh NSRC dan 69,000 kes penipuan. Jadi, ini langkah-langkah diambil. Saya akui, sebab itu undang-undang dipinda bulan lalu, bulan Oktober. Dikaji lagi oleh SKMM dan yang dikaitkan dengan Akta pinjaman

(leasing) KPKT itu sedang diselaraskan oleh jawatankuasa yang dipimpin oleh KSP Kementerian Kewangan.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Padang Terap.

draft • 10:10 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Terima kasih Tan Sri Speaker. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kalau seorang rakyat Malaysia kena scam, duit hilang dalam bank. Mereka akan buat report polis dan akan pergi ke bank dan mengharapkan supaya pihak bank boleh cover balik duit yang hilang.

Kalau tengok di United Kingdom, kalau seorang pemilik akaun menjadi mangsa scammer atas talian ini, mereka berhak untuk mendapatkan semula wang mereka daripada pihak bank dalam tempoh lima hari di bawah mandatory reimbursement requirement mulai 7 Oktober 2024. Maksudnya, pihak bank membayar balik pampasan ataupun ganti rugi.

Soalan saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, sejauh manakah kebersediaan Malaysia, komitmen Malaysia untuk pergi ke arah itu untuk memberikan lebih tanggungjawab kepada pihak bank untuk membuat ganti rugi ataupun pampasan kepada pemilik-pemilik akaun yang hilang duit akibat scammer ini? Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Perdana Menteri.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Padang Terap. Dia kalau dikenal pasti kecuaian (negligence) bank, bank akan bayar. Umpamanya, setakat ini mengikut seksyen 413 KTJ, RM178,407 telah pun dipulangkan. Maknanya, ada. Tetapi, sepertimana yang dikaitkan dengan undang-undang di UK, itu hanya jika dikenal pasti kecuaian pihak bank atau bank tidak memantau mengikut peraturannya. Maka, bank mesti bayar ganti rugi.

Saya setuju bahawa prinsip itu juga diguna pakai di sini. Cuma, mungkin dalam kajian yang dibuat di bawah —Yang dipengerusikan oleh KSP, kita akan juga kaji supaya diperketatkan agar pihak bank juga turut bertanggungjawab kalau didapati tidak benar-benar cermat dalam memantau dan memastikan peraturan dipatuhi.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Saya jemput Sri Aman.

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Amat Berhormat Tambun. Seperti juga YB Pulai, saya juga melihat isu melibatkan penipuan dan scam ini semakin berleluasa. Sering hari kita melihat ianya terpapar

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

di kaca TV, di surat khabar dan sebagainya melibatkan, contohnya melibatkan guru yang baru sahaja bersara, mendapat pencen, orang swasta dan sebagainya. Jadi, yang hairannya Tuan Yang di-Pertua, pihak yang melakukan perkara ini semacam dah tahu yang subjek yang akan dilakukan itu berduit, ada wang, baru pencen dan mudah diperdaya.

Jadi, soalan saya Tuan Yang di-Pertua, adakah kerajaan akan mempertimbangkan untuk mewujudkan satu rang undang-undang khusus yang holistik, yang komprehensif seperti di Singapura yang mana mereka mempunyai Protection from Scams Bill yang mampu mencegah ataupun melindungi rakyat daripada menjadi mangsa penipuan? Mohon pencerahan dari Yang Amat Berhormat Tambun. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Sri Aman. Sepertimana yang saya sebut tadi, jawatankuasa kajian menyeluruh ada dan penyelarasan dengan ASEAN pun ada.

Sebahagiannya kerana gullibility pengguna yang setuju akaun digunakan tetapi sebahagiannya tidak tahu sama sekali. Jadi, yang kita kenal pasti kalau dia tertipu kerana dirayu oleh pihak yang berkenaan, yang itu lain.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Tapi dalam kes yang Sri Aman sebutkan, betul. Ramai yang betul-betul tidak dimaklum sama sekali. Jadi, sebab itu undang-undang terpaksa diketatkan dan kita harap kalau dapat disiap akan dibentangkan dalam sesi pertama tahun depan.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Dato’ Mumtaz binti Md Nawi, Tumpat.

draft • 10:20 AM

Dato' Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih Yang di-Pertua. Pertama-tama saya ingin mengucapkan takziah kepada semua mangsa-mangsa banjir di seluruh negara, terutamanya di negeri Kelantan, di mana terbukti alhamdulillah dalam keadaan banjir set kita tak pecah, alhamdulillah.

draft • 10:20 AM

2. Dato' Hajah Mumtaz binti Md Nawi [Tumpat] minta Perdana Menteri menyatakan susulan bencana banjir dalam skala luar biasa kini yang melanda seluruh negara yang akan menempuh beberapa gelombang. Adakah Dasar Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan

(DRR) akan dipercepatkan untuk membolehkan semua mega fasiliti mitigasi banjir disegerakan termasuk LPT3 ke Pantai Timur sehingga ke Tumpat, Kelantan.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Perdana Menteri.

draft • 10:20 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim

Terima kasih Tumpat. Seperti juga yang disinggung oleh Tumpat, saya juga mengambil kesempatan selain mengucapkan takziah kepada mangsa, kita juga ucap penghargaan yang setinggi- tinggi kepada jentera kerajaan, penjawat awam yang terlibat ...

[Tepuk] iaitu mencecah 80,000 orang penjawat awam yang telah turun membantu di setiap lapangan dari ATM, PDRM, APM, bomba, RELA, JKM, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan lain-lain yang tak boleh disebutkan dan kerjasama yang padu di antara seluruh jentera Kerajaan Persekutuan, negeri, bandaran atau pejabat daerah atau jajahan. Jadi, ini satu petanda yang sangat positif dalam menghadapi malapetaka.

draft • 10:20 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim

Tapi kita dapati mutakhir ini, GLICS syarikat-syarikat kerajaan telah juga terlibat secara langsung dan sektor swasta dan NGO termasuk sukarelawan yang puluhan ribu telah turun sedia membantu pihak KSN mengetuai sekarang pasukan yang disebut skuad Insan MADANI membantu setelah reda, di mana isu-isu pembersihan akan dimulakan. Jadi, sebab itu sementara kita hadapi masalah, kita lihat semangat, kesatuan dan ihsan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum pelbagai daerah, negeri itu luar biasa dan saya ingin rakam penghargaan yang setinggi-tingginya kepada mereka.

Yang kedua, puncanya di antara lain selain daripada beberapa langkah yang masih belum siap termasuk yang akan saya bangkitkan tentang tebatan banjir dan lain-lain. Tetapi, di Kelantan umpamanya, 5 hari yang pertama bulan, akhir 26 hingga 30 November dari stesen hujan JPS yang di Tanah Merah, Tumpat segala, dia bacaan hujan itu ada yang mencecah lebih daripada 1,167 milimeter dalam masa 5 hari. Kalau ikut stesen MET, 1,142.

Itu rekod yang terlalu tinggi jumlah hujan.

Di Terengganu umpamanya, dari JPS dan MET umpamanya, kalau MET rekod di Besut 1,761 milimeter. Itu dalam tempoh 5 hari. 26 hingga 30 November dan umumnya 1,439.

Jadi, memang jauh luar daripada jangkaan. Maknanya satu, 5 hari kadar hujannya itu lebih daripada 6 bulan biasa. Jadi, dasar yang disebut dalam pengurangan risiko bencana ini disaster risk reduction itu diperkenalkan dan di antara lain kita telah membentangkan apa yang disebutkan sebagai dasar pengurangan risiko bencana negara.

Penyelarasan oleh NADMA, Majlis Keselamatan Negara kali ini sangat memuaskan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri I dan saya juga hargai kerana persiapannya berbulan-bulan sebelum itu. Mesyuarat di Persekutuan, kerajaan negeri dan wakil-wakil daerah dan ini menyebabkan langkah-langkah yang diambil seperti yang saya saksikan sendiri di Terengganu dan yang rakan-rakan lain saksikan di Kelantan sangat memuaskan.

Langkah yang diambil juga ialah tentang pembangunan masalah tebatan banjir ya.

Di Kelantan, kita melihat beberapa projek utama, umpamanya fasa 1, Tumpat dan sebahagian Pasir Mas, Yang Berhormat ya. Itu siap sudah 70 peratus. Jadi, ikut unjuran akan siap dijangka awal 2026, tapi kita minta dipercepatkan. Fasa 2, Rantau Panjang dan sebahagian Pasir Mas itu baru dimulakan dan fasa 3, Tumpat - Tanah Merah - Pasir Mas, itu 4 peratus tapi PLSB Sungai Kelantan, itu sudah hampir siap. Fasa 1, 98 peratus. Maknanya di awal tahun depan, saya saksikan beberapa bulan yang lalu nampak hampir sudah siap tapi dijangka Januari, Februari sudah cukup baik dan ini dipantau oleh PETRA, kementerian.

Sungai Kelantan, dua fasa. Sepertimana yang saya sebut, jajahan Kota Bharu, Tumpat, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, 98 peratus siap dan dijangka awal tahun depan Januari, Februari, Mac akan lengkap. Fasa 2 jajahan Kota Bharu itu baru dimulakan pada tahun ini, akhir tahun ini baru 4 peratus. Di Terengganu, RTB Kemasek itu hampir siap 91.8 peratus dan dijangka akan beroperasi penuh pada bulan akhir bulan Januari.

RTB Sungai Tepoh dan Banggol Air Lilih itu baru mula, termasuk di Bukit Puteri dan lain-lain di Bukit Payung. 3 Projek RTB telah pun siap. Yang sudah siap di Terengganu RTB

draft • 10:20 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim

Sungai Besut fasa 1, RTB Gong Kiat, RTB Guntung Luar. Negeri Pahang, ini agak ketinggalan kerana baru dimulakan 14 projek utama, 8 projek dalam pelaksanaan di Pekan, Kuantan, Sungai Yeh, Sungai Maran dan lain-lain. Dalam pelaksanaan termasuk di Sungai Jelai, Sungai Pahang, saya tak tahu kawasan Yang Berhormat. Tapi saya tak baca semualah ya.

Tapi program ramalan dan amaran banjir juga dia lebih canggih sekarang, yang disebut PRAB. Jadi yang data hidrologi, stesen telemeteri PRAB, data ramalan hujan, model ramalan cuaca berjangka, numerical, beberapa angka numerical dari yang, dan yang menggunakan teknologi satelit dan radar. Itu untuk kenal pasti dan sebab itu jangkaan itu tidak banyak lagi. Sampai sekarang ini, kalau diberitahu oleh Ketua Pengarah MET, katanya untuk minggu depan sekitar 8,9 Disember itu, kita harus lebih waspada. Doa insya-Allah lebih terkawal tetapi ada gambaran hujan akan lebat. Setakat itu sahaja.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Tumpat. Saya jemput Tumpat.

draft • 10:20 AM

Dato' Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita tahu bahawa Tumpat berada di hujung negara dan merupakan bandar yang paling berada di sempadan. Hampir semua air-air ini akan bergerak ke Tumpat akhirnya.

Sah datang daripada Sungai Kelantan, juga Sungai Golok dan sebagainya. Jadi, kita tengok baru ini, minggu lepas SMART team tak dapat datang ke Tumpat untuk bantuan bencana kerana terkandas di jalan raya.

Dan sebab itu saya tanyakan tadi, adakah kerajaan akan mula membuat satu perubahan polisi ke arah pembinaan lebuh raya pertahanan, yang akan mencakupi semua bidang berkaitan dengan keselamatan dan juga logistik, yang diperlukan untuk memberi bantuan ketika rakyat kita dalam keadaan bencana dan saya difahamkan semalam, Timbalan Menteri KKR telah pun datang ke Tumpat dan mengumumkan RM2.5 juta untuk 1 jalan yang rosak di sana.

Walau bagaimanapun, saya perlukan jaminan Perdana Menteri untuk bajet tambahan segera, bagi prasarana dan mobilisasi di sempadan dengan menaik taraf jalan Pengkalan Kubor ke Jubakar Pantai daripada jalan negeri kepada jalan persekutuan kerana di beberapa tempat, jalan ini dah sangat rosak dan memerlukan jambatan di lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti dan ia juga memerlukan satu jaminan dari pihak Perdana Menteri agar fasa 2 dan 3 kes ban itu dapat dipercepatkan kerana rakyat dah tak tahan, hari-hari mereka kena hadapi debu dan lubang yang sangat banyak.

Jadi kita mengharapkan kalau yang fasa pertama dah bergerak, fasa kedua dan ketiga itu sangat-sangat slow. Jadi saya juga ingin kepada pihak Perdana Menteri, berapakah jumlah bantuan yang akan diberikan kepada rumah yang penduduk, yang rumahnya ditenggelami seluruhnya. Kalau sebelum ini jarang-jarang. Sekarang ini saya rasa yang rumah tenggelam seluruhnya hampir berpuluh ribu, Dato' Sri.

draft • 10:20 AM

Dato' Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Jadi, ini perkara yang kita perlu tengok dan juga saya mohon dalam hal ini supaya ada jaminan PM agar SPM dapat dibuat di luar musim tengkujuh. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sila Menteri.

draft • 10:30 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih. Sebab memang kenyataan itu memang memprihatinkan ya. Yang saya pantau, termasuk petang semalam, bantuan segera mengatasi kerosakan-kerosakan dikenal pasti itu mencecah hampir RM1 bilion. Keutamaan itu tentulah untuk perbaiki sekolah, hospital, jalan-jalan asas, itu memang diberikan keutamaan segera selain daripada ganti rugi.

Saya setuju dengan Tumpat, kalau rumahnya itu musnah semuanya, maka kerajaan harus beri pertimbangan untuk bagi ganti rugi yang agak munasabah agar dia boleh bina semula. Saya tidak boleh bagi pengakuan secara spesifik di mana setakat ini peruntukan kita untuk segera ini hanya RM1 bilion. Kita masih tunggu maklumat secara teliti keseluruhannya.

Sekarang nampak reda sedikit di Kelantan dan di Terengganu tapi sudah membara di Pahang dan diunjurkan di Johor akan juga terkesan.

Jadi, kita akan lihat keseluruhannya tetapi saya bagi jaminan yang segera seperti makan, minum mereka, ada kemudahan asas, termasuk baiki jalan-jalan rosak, itu harus diberikan keutamaan. Soal menaikkan taraf jalan negeri ke Persekutuan itu tentulah saya tunggu laporan KKR dan PETRA untuk kita timbang semula.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tampin.

draft • 10:30 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Tan Sri Speaker. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Terlebih dahulu, terima kasih saya ucapkan atas keprihatinan kerajaan menerusi penyediaan dua jenis bantuan bencana banjir iaitu Bantuan Wang Ihsan dan Bantuan Wang Ihsan Kematian. Sungguh pun begitu, saya ingin mendapatkan penjelasan dan petua daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Apakah justifikasi berhubung dasar dan polisi kerajaan yang dilihat seakan-akan tidak mengiktiraf mangsa banjir kilat daripada mendapat bantuan bencana atas alasan tidak berpindah atau ditempatkan di PPS. Begitu juga dengan mangsa banjir yang tidak mendaftarkan diri di PPS, sedangkan golongan ini juga merupakan mangsa musibah banjir dan amat wajar diberi bantuan bencana daripada kerajaan. Adakah akan ada lagi bantuan bencana lain yang bakal menyusul seperti baucar tunai bagi pembelian elektrik, baik pulih kenderaan, baik pulih rumah dan sebagainya yang pernah diperkenalkan sebelum ini?

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tampin berdukacita. Terima kasih kepada semua agensi-agensi kerajaan yang banyak membantu mangsa-mangsa banjir di Tampin.

Saya sendiri adalah mangsa banjir. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih. Kita bangkit soal banjir kilat.

Peraturannya sekarang yang pergi ke PPS tetapi ada juga terkecuali. Umpamanya kadang- kadang OKU, termasuklah orang tua yang lambat, itu diberi juga pertimbangan dan kalau ada rayuan khas. Tapi ada kemunasabahan kita tetapkan peraturan PPS kerana kalau tidak, tidak boleh dibanci. Ini berdasarkan pengalaman-pengalaman tahun-tahun sebelumnya. Kedua, soal banjir kilat ini, kalau dikenal pasti kerosakan sama ada kehilangan haiwan ternakan atau kemudian-kemudahan lain di rumah. Itu memang ada ruang untuk mereka memohon melalui

draft • 10:30 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

JKM dan jentera kerajaan dan kita boleh pertimbangkan supaya tambah mengikut– supaya kita dapat ganti rugi.

Ada salah faham sedikit tentang ada yang mengatakan bahawa banjir kilat ini kalau kerosakan, tidak ada diganti rugi, tidak. Kerajaan tetap akan beri pertimbangan, cuma dia tidak boleh segera kerana kita kena ikut proses dan rekodnya. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Muar.

draft • 10:30 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Projek Tebatan Banjir banyak yang dah nak siap. Ada yang dah cecah 90 peratus kesiapsiagaannya. Pada Disember 2022, kerajaan batalkan Projek Tebatan Banjir untuk di tender semula kerana dua sebab diberikan. Satu, kemungkinan penyelewengan dan kedua, penjimatan ratusan juta ringgit. Persoalan saya, selepas dua tahun, ada bukti ke penyelewengan dalam proses tender banjir yang dibatalkan sebelum ini? Adakah keputusan untuk membatalkan dan tender semula Projek Tebatan Banjir ini akhirnya menjejaskan garis semasa persediaan untuk tangani banjir besar? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Muar. Sebab kita batalkan ialah dasar Kerajaan MADANI menolak rundingan terus. Rundingan terus itu bagi saya cukup lemah asasnya. Dia ikut kontraktor yang kenal dengan kementerian atau Menteri dan akan menetapkan kadar berdasarkan – kemudian penilaian teknikal dan sebagainya. Tapi kalau kita tender, dalam kes ini dipercepatkan kerana kita katakan tender terhad. Maknanya, sekurang-kurangnya ada perbandingan di antara 10 syarikat-syarikat berkeupayaan dan mereka akan berikan kos yang munasabah. Dipercepatkan kerana kita anggap program ini segera. Lagipun setakat ini, melainkan satu di Terengganu tak salah saya, yang lain itu memang masih mengikut jadual. Jadi, tidak – kalau dikatakan apakah ada bukti bahawa ada upaya menyelamatkan dana? Ya. Kita ada rekodnya bahawa dalam rundingan terus dengan proses tender memang kita selamatkan dana besar daripada yang diperuntukkan sebelumnya.

Jadi, ini saya nak bagi jaminan, yang penting yang dibangkitkan oleh Muar, janganlah ini akan menyebabkan kelambatan. Tapi proses umpamanya, penilaian teknikal oleh kementerian, kemudian penilaian kewangan oleh kementerian kewangan itu harus dipatuhi. Saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat faham bahawa dalam sistem sekarang ini, proses tender tu mesti cukup telus dan kebocoran yang besar sebelum ini ialah kerana kita ikut amalan rundingan terus.

draft • 10:30 AM

Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Tan Sri Speaker. Satu lagi soalan, Tan Sri Speaker. Pengerusi Jawatankuasa.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, silakan.

draft • 10:30 AM

Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Okey, terima kasih. Mula- mula sekali saya ingin mengalu-alukan kehadiran Majlis Guru Besar Pejabat Pendidikan Daerah Daro di bawah Parlimen saya dan juga Parlimen Igan.

[Tepuk] Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya nak bertanya. Apakah pendapatan– pendekatan kerajaan dalam menghadapi banjir tahunan sebegini? Tiap-tiap tahun ada banjir. Adakah kita akan

draft • 10:30 AM

Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

menghadapinya secara piecemeal iaitu membaiki apa yang rosak dan sebagainya setiap tahun dan menelan kos beratus-ratus juta ringgit ataupun secara menyeluruh iaitu menyelesaikan terus masalah banjir dengan melaksanakan semua projek-projek tebatan banjir?

Mungkin di masa hadapan tak akan terjadi lagi banjir di kawasan tersebut. Mohon jawapan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Terima Kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 10:30 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih. Soalan itu memang penting tapi rumit nak jawab kerana tidak ada negara yang boleh pastikan tidak berlaku. Seluruh kecanggihan teknologi negara China, Amerika Syarikat dan Eropah masih tidak dapat mengawal. Tapi ikhtiar kita harus ada. Apakah ikhtiar kita? Belanja yang tinggi mencecah hampir RM15 bilion untuk Projek Tebatan Banjir dan tebatan banjir seperti kita tahu itu menyeluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Apakah ini mencukupi? Masih belum tetapi untuk kita tumpu itu sahaja, tentunya tidak cukup. Ada cadangan saya ingat lama dah, mungkin 20 tahun lebih yang lalu dan ini dibangkitkan baru-baru ini dengan Perdana Menteri Jepun yang baru iaitu Projek JICA itu di Pantai Barat umpamanya, mengatasi masalah di Pantai Barat. Elaborate JICA study itu menunjukkan pada ketika itu, tahun 90-an keperluan perbelanjaan itu sudah mencecah sampai RM10 bilion. Jadi, sekarang mungkin sampai dua puluh.

Jadi, saya sebenarnya setuju kita ambil langkah yang harus kita gunakan. Cuma tahun ini Yang Berhormat, hujan itu luar jangkaan. Jauh lebih sepertimana saya sebut tadi, lima hari dia sama dengan enam bulan sebelumnya. Jadi, dia tertangguh hujan, kemarau, kemudian dia turun ruah dengan begitu banyak menyebabkan takungan dan banjir. Jadi, langkah yang kita lakukan, kecanggihan memantau supaya memaklumkan dan Projek Tebatan Banjir yang lebih berkesan. Memang ada cadangan seperti mana saya cakap, di antara lain study JICA itu ialah untuk membina tebing-tebing yang tinggi di seluruh kawasan pantai.

draft • 10:30 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Itu tentulah akan mengambil masa dan mudah-mudahan bila keadaan ekonomi yang jauh lebih kukuh, selesai tebatan banjir, kita tidak ada pilihan tetapi mesti menjurus ke arah itu. Selain dari doa, mudah-mudahan hujan dan air pasang itu jauh lebih terkawal di tahun- tahun akan datang, insya-Allah.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Sila Setiausaha.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

draft • 10:40 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya mulakan dengan menjemput Tuan Chong Chieng Jen, Stampin.

draft • 10:40 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Terima kasih Tan Sri Tuan di-Pertua. Soalan saya, soalan satu.

draft • 10:40 AM

1. Tuan Chong Chieng Jen [Stampin] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan jumlah pelaburan asing langsung yang diluluskan setakat ini dan apakah angka-angka terperinci mengikut negeri-negeri masing-masing.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, - Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Stampin. Terlebih dahulu Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri ingin menjelaskan bahawa data pelaburan seperti mana yang dilaporkan oleh MITI menerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengguna pakai istilah pelaburan asing atau foreign investment, manakala pelaburan langsung asing, foreign direct investment merupakan istilah yang diguna pakai oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Nilai pelaburan yang diluluskan yang diumumkan oleh MIDA adalah merujuk kepada cadangan projek pelaburan yang diusulkan oleh pelabur. Nilai pelaburan yang dicadangkan ini juga bertindak sebagai ukuran proksi kepada pelaburan yang dilaksanakan atau direalisasikan dengan syarat projek tersebut telah mencapai salah satu status pelaksanaan iaitu sama ada telah memulakan operasi, sedang membuat pemasangan mesin atau sedang dalam proses pembinaan, penyewaan kilang, bangunan atau gudang.

Berdasarkan jumlah pelaburan yang dilaporkan, pecahan pelaburan asing (foreign investment) dan pelaburan domestik (domestic investment) dihitung melalui pengagihan ekuiti tempatan atau asing dalam setiap projek untuk mendapatkan gambaran menyeluruh tentang pelaburan tersebut. Manakala bagi FDI yang dilaporkan oleh DOSM pula, merujuk kepada pelaburan dalam konteks aliran masuk dan keluar pelaburan asing dengan fokus kepada aktiviti pelaburan sebenar berdasarkan transaksi kewangan yang dilakukan oleh syarikat-syarikat asing. FDI hendaklah memiliki sekurang-kurangnya sepuluh peratus pegangan dan kuasa undi dalam syarikat gabungan di Malaysia.

Dengan ini, jawapan kementerian ini untuk persoalan Yang Berhormat Stampin, adalah berdasarkan kepada data foreign investment atau pelaburan asing yang terletak di bawah seliaan MITI dan MIDA. Bagi tahun 2023 hingga Jun 2024, dari sejumlah RM489.5 bilion pelaburan yang diluluskan dalam sektor perkilangan, sektor perkhidmatan dan sektor utama. Sebanyak RM262.9 bilion bersamaan 53.7 peratus merupakan pelaburan asing.

Manakala RM226.5 bilion bersamaan 46.3 pula adalah pelaburan domestik.

Data pelaburan asing yang diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi mengikut negeri-negeri bagi tempoh 2023 hingga Jun 2024 adalah seperti berikut:

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, - Tuan Liew Chin Tong

NegeriTahun 2003- Jun 2004 (RM bilion)
Pulau Pinang65.0
Kedah54.0
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur43.0
Johor38.0
Selangor29.0
Sarawak9.0
Negeri Sembilan7.0
Melaka3.0
Terengganu2.0
Perak2.0
Pahang1.5
Sabah1.2

Saya akan beri senarai secara penuh kepada Stampin secara bertulis. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Stampin.

draft • 10:40 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Terima kasih. Sebelum saya membentangkan soalan tambahan saya, saya ingin mengalu-alukan kehadiran tetamu dari rombongan pemerhati penduduk Tawau.

[Tepuk] Menurut apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya nampak ada satu jurang di antara pelaburan asing langsung di antara Sarawak dengan Semenanjung sini khususnya di negeri-negeri seperti Penang, Kedah, Wilayah Persekutuan, Johor dan Selangor. Saya ingin tahu apakah sebab kewujudan jurang tahap pelaburan asing FDI di Sarawak itu adalah rendah dan apakah langkah atau polisi yang diadakan oleh kementerian untuk meningkatkan unsur-unsur tarikan kepada pelabur asing terhadap Sarawak agar supaya untuk mengimbangkan jurang tahap pelaburan itu.

draft • 10:40 AM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Stampin. Kalau dari segi ranking, Sarawak di tangga keenam. Memang ada negeri-negeri yang ada mendapatkan pelaburan yang lebih tinggi. Yang penting ialah kerana ada sektor terutamanya sektor semikonduktor yang melabur di kluster Pulau Pinang dan Kedah. Tetapi manakala untuk secara keseluruhan, MITI memerhati bahawa pelaburan di seluruh negara telah meningkat sebanyak tahap yang paling tinggi dalam sejarah dan kita harap dengan pelaburan ke semua negeri, kita boleh dapat satu pencapaian ekonomi yang tinggi untuk semua rakyat, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya Kubang Pasu.

draft • 10:40 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Soalan tambahan Tan Sri Yang di-Pertua. Baru-baru ini President-elect Trump telah menyatakan bahawa beliau akan menggunakan tarif yang lebih tinggi terhadap negara-negara China, Kanada dan Mexico. Malaysia juga mungkin akan dikenakan tarif yang lebih tinggi terhadap produk- produk khususnya yang dikeluarkan oleh syarikat dari China di Malaysia. Yang lebih penting lagi adalah Malaysia adalah sebahagian daripada negara-negara BRICS dan Presiden Trump

draft • 10:40 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

telah memberi amaran bahawa negara-negara ini jangan menggunakan Dolar Amerika dalam perdagangan, kalau tidak akan dikenakan 100 peratus tarif.

Soalannya Tan Sri Speaker, justeru apakah pelan kontingensi kerajaan dalam berdepan dengan sebarang prospek perubahan dasar perdagangan bertarif, pelaburan tarif bersasar Amerika Syarikat di bawah pentadbiran baru ini? Keduanya ialah apakah jangkaan jumlah pelaburan bagi sepanjang 2024, kita belum tahu lagi, kita tahu setakat bulan Jun dan lebih penting lagi ialah tahun 2025 kerana keadaan lebih mencabar di tahun hadapan.

Sekian, terima kasih?

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:40 AM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Kubang Pasu. Memang kita menghadapi ketidaktentuan kerana pertukaran kerajaan atau Presiden di Amerika Syarikat dan kerajaan bersedia untuk berunding dengan Amerika Syarikat dan juga terutamanya bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang sedia ada dalam negara kita tak kira syarikat asing ataupun syarikat tempatan untuk memastikan kita dapat layanan yang berpatutan dalam keadaan yang baru.

Tapi untuk negara kita, bukan sahaja kita ingin adakan pelaburan asing tetapi hala tuju kita ialah untuk memupuk atau membina syarikat-syarikat tempatan yang berteknologi tinggi. Hala tuju negara kita ialah bukan sahaja kita ingin menarik pelabur asing dan saya harap di Dewan ini, hala tuju kita jelas bahawa kita perlukan pelaburan asing, tetapi pelaburan asing bukan ‘hukumnya’. Hukumnya ialah bagaimana kita mewujudkan teknologi Malaysia dan syarikat-syarikat dengan teknologi yang tinggi dari Malaysia.

Untuk jangka panjang, kita ingin membangunkan teknologi dikandung ataupun dimiliki oleh syarikat-syarikat Malaysia dan dengan ini kita ada diplomasi – semikonduktor kita ada hubungan yang baik bukan sahaja dengan Amerika Syarikat tetapi juga dengan negara-negara seperti European Union ataupun Brazil ataupun negara-negara lain, middle power, middle power yang lain supaya kita dalam satu posisi yang baik. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tan Sri Speaker, minta jawapan tentang jangkaan jumlah pelaburan untuk 2024-2025. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Liew Chin Tong

Saya akan bagi secara bertulis. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan, Merbok.

draft • 10:50 AM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Soalan saya nombor dua.

draft • 10:50 AM

2. Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [Merbok] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan apakah mekanisme terkini berkaitan sumber nadir bumi (REE) bagi membolehkan hasil bumi mentah dapat dieksport dan memberikan pendapatan kepada kerajaan negeri.

draft • 10:50 AM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih, Yang Berhormat Merbok. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sebagaimana

draft • 10:50 AM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

kita semua sedia maklum, dasar kerajaan tidak membenarkan aktiviti pengeksportan bahan mentah unsur nadir bumi (REE) bermula 1 Januari tahun ini, 2024. Ini adalah satu inisiatif untuk membangunkan industri REE daripada peringkat huluan, pertengahan dan juga hiliran.

Ini kerana, sebagaimana kita semua sedia maklum, sekiranya kita hanya mengeksport di peringkat mentah, maka ia tidak akan memberikan nilai tambah sama ada kepada pihak kerajaan negeri mahupun kepada pihak industri dan ekonomi negara kita.

Di peringkat Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), kita telah mengambil inisiatif membentangkan kertas dasar hala tuju pembangunan industri REE di dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 5 Ogos 2024. Seterusnya, berdasarkan keputusan mesyuarat ini, NRES telah mengadakan libat urus dengan pemegang taruh tempatan dan luar negara untuk meneroka potensi dan kapasiti bagi membangunkan industri REE di dalam negara kita.

Seterusnya, NRES juga telah mengadakan perbincangan bersama dengan Kementerian Ekonomi, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan juga Kementerian Kewangan pada 14 Oktober 2024 yang mana satu special task force, dengan izin, telah diwujudkan bagi memastikan kita ada satu hala tuju yang jelas pembangunan industri REE di negara kita. Usaha ini tidak akan berlangsung secara terpisah atau pun fragmented, dengan izin. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Merbok.

draft • 10:50 AM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Soalan tambahan saya merujuk kepada kelulusan khas yang diberikan kepada salah satu syarikat rintis REE di mukim Kenering, daerah Hulu Perak yang menjalankan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Perak untuk mengeksport REE secara mentah dalam bentuk rare earth carbonate (REC).

Soalan saya. Bolehkah syarikat yang bekerjasama dengan syarikat Kerajaan Negeri Kedah memohon kepada kerajaan untuk kelulusan yang sama supaya Kerajaan Negeri Kedah juga dapat mengeksport REC ini sama seperti syarikat daripada syarikat negeri Perak tersebut?

Sejauh manakah peranan yang dimainkan oleh special task force ini dari segi pembangunan industri REE dalam aspek R&D dan technology transfers di peringkat negeri serta kajian yang dijalankan untuk mewujudkan ‘single buying home’ REE?

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

draft • 10:50 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih, Yang Berhormat Merbok. Pertama sekali, saya ingin menegaskan sebenarnya SOP perlombongan REE ini telah pun dipersetujui di peringkat Kabinet, Jemaah Menteri dan telah pun kita kongsikan dengan kesemua kerajaan negeri.

Kedua ialah tentang soal sama ada kita boleh memberikan kelulusan yang sama kepada projek-projek yang lain. Sebenarnya kelulusan yang kita benarkan itu hanya untuk projek perintis yang dimulakan di mukim Kenering di Perak. Itu pun tidak diberikan kepada― bukan spesifik kepada syarikat tetapi spesifik kepada projek perintis tersebut kerana mereka

draft • 10:50 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

telah pun mulakan operasi perlombongan di peringkat perintis untuk kita wujudkan SOP yang telah diberikan oleh kerajaan terdahulu. Mereka telah ada satu stockpile, stok yang telah pun sedia ada. Jadi, atas sebab itu, kita memberikan untuk tempoh tertentu dan jumlah yang tertentu untuk diberikan kebenaran eksport.

Tetapi, untuk tempat-tempat yang lain, mereka boleh memulakan perlombongan REE tetapi tertakluk kepada pengharaman eksport yang terpakai kepada seluruh negara bagi REE.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Sungai Siput.

draft • 10:50 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih, Tan Sri Speaker.

Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya, apakah langkah-langkah kerajaan bagi meningkatkan kaedah penguatkuasaan yang lebih efektif untuk membanteras perlombongan haram khususnya ke atas perlombongan REE dan mewujudkan mekanisme untuk sesi konsultasi awam bagi pembangunan lombong khususnya perlombongan REE?

Juga, saya nak tanya, buat masa ini, hanya satu syarikat iaitu Lynas sahaja dibenarkan untuk eksport ke luar negara, manakala yang lain tidak dibenarkanlah khususnya melibatkan beberapa syarikat tempatan seperti mana Yang Berhormat sebut di negeri Perak, projek perintis sahaja dibenarkan dan itu pun buat masa ini tidak dibenarkan untuk dieksport.

Adakah kerajaan akan mempercepatkan proses-proses permohonan itu untuk eksport ke luar negara? REE. Terima kasih, Tan Sri Speaker.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 10:50 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Pertama ialah tentang kaedah penguatkuasaan yang efektif untuk membanteras perlombongan haram. Kita telah wujudkan jawatankuasa perlombongan haram bagi menyelaraskan tindakan pembanterasan aktiviti ini. Buat masa yang sama, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) juga sentiasa menyemak semula prosedur dan piawaian yang digunakan untuk mengawal selia aktiviti perlombongan yang ada di negara kita.

Berdasarkan kepada penyediaan SOP perlombongan REE sebelum ini, sesi pendengaran awam merupakan salah satu program yang telah dilaksanakan oleh pihak kementerian untuk kita mendapatkan buy in, dengan izin, daripada orang awam. Dua kali JMG telah mengadakan konsultasi awam berkaitan dengan ESG melibatkan industri REE di Perak dan juga di Pahang. Pada masa yang sama, JMG juga telah melaksanakan dua sesi libat urus communication, educational and public awareness (CEPA) berkaitan dengan SDG ESG perlombongan dan pemprosesan mineral bersama dengan pihak pemegang taruh dan pihak berkepentingan lain pada tahun 2024.

Tentang soal melibatkan Lynas tadi, saya nak betulkan sedikit. Sebenarnya, yang dapat kebenaran untuk eksport untuk projek perintis di Kenering, Perak ialah syarikat MCRE.

Itu ialah tentang bahan mentah REE. Lynas, buat masa ini, mereka memproses bahan mentah yang diimport daripada Australia. Mereka telah menyatakan komitmen untuk menyediakan pusat pemprosesan― sebab, dia jenis REE yang berbeza tetapi mereka bersedia untuk REE karbonat daripada Malaysia juga untuk diproses daripada Lynas. Sebab,

draft • 10:50 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Lynas ialah pemproses kedua terbesar selepas China. Kira-kira 15 peratus daripada pasaran ada di Lynas. Kita berhasrat untuk memanfaatkan teknologi pemprosesan yang ada di sana, kalau selepas diproses tidak ada masalah untuk dieksport bahan yang diproses tersebut untuk ke luar negara.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput...

draft • 10:50 AM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, satu soalan tambahan boleh?

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Tuan Azli bin Yusof, Shah Alam.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

Warga kota sangat beruntung, Menterinya penyayang berhati waja, Isu Kampung Sungai Baru masih tergantung, Soalan Shah Alam nombor tiga.

draft • 10:50 AM

3. Tuan Azli bin Yusof [Shah Alam] minta Perdana Menteri menyatakan status rayuan tuntutan pampasan yang lebih adil oleh kumpulan minoriti yang menolak tawaran pemaju di Kampung Sungai Baru, Kampung Bharu Kuala Lumpur yang mana mereka telah diberikan pampasan hanya sepertiga dari pampasan yang diterima oleh kumpulan yang menerima tawaran pampasan oleh pemaju di peringkat awal.

draft • 10:50 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya tak berhasrat untuk menjawab pantun tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, proses pengambilan tanah berdasarkan Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT 1960) bagi 110 unit yang melibatkan 37 lot teres, 72 unit flat dan satu lot pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad telah selesai sepenuhnya tahun lalu iaitu pada Ogos 2023. Bayaran pampasan ke atas pengambilan tanah juga telah diberikan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKPTG WPKL) kepada pihak berkepentingan secara berperingkat pada Februari 2022 hinggalah Januari 2023.

JKPTG WPKL telah menerima 75 permohonan Borang N yakni permohonan supaya bantahan dirujukkan kepada mahkamah, seksyen 38 APT 1960 melibatkan 13 permohonan daripada unit flat dan 62 permohonan daripada lot teres.

draft • 10:50 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Permohonan ini adalah berkenaan bantahan jumlah tawaran pampasan, pengambilan tanah yang telah ditawarkan oleh JKPTG WPKL selaras seksyen 37(1), APT 1960 yang menyatakan bahawa, “Mana-mana orang yang berkepentingan ke atas mana- mana tanah yang diambil boleh membuat bantahan ke mahkamah”.

Bagi unit flat, mahkamah telah memerintahkan 11 permohonan daripada pemilik unit flat diberi tambahan bayaran pampasan sebanyak RM18 ribu hingga RM24 ribu seunit berdasarkan Perintah Kehakiman persetujuan penyelesaian luar mahkamah. Jumlah ini

draft • 11:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

adalah tambahan bayaran kepada tawaran pampasan keseluruhan yang ditawarkan oleh JKPTG WPKL kepada pemilik yang berjumlah di antara RM244 ribu hinggalah RM356 ribu.

Pemohon telah setuju dengan tawaran peningkatan lebih kurang 10 peratus daripada nilaian hartanah oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kementerian Kewangan. Keseluruhan tambahan pembayaran pampasan berjumlah RM200 ribu telah diserahkan kepada pemohon-pemohon terlibat. Manakala bagi dua pemohon lagi masih dalam tindakan pihak Jabatan Peguam Negara.

Bagi lot teres pula, satu permohonan telah dibicarakan pada Mei 2024 dan mahkamah memutuskan tambahan bayaran pampasan sebanyak RM69 ribu atau lebih kurang lapan peratus daripada award hartanah JKPTG WPKL berjumlah RM874 ribu.

Manakala bagi 61 permohonan melibatkan pemilik lot teres ini masih dalam tindakan pihak AGC. Tawaran usaha sama di antara pemilik dan pemaju adalah berdasarkan rundingan yang dipersetujui bersama tanpa paksaan, tekanan atau desakan merangkumi pulangan usaha sama iaitu unit gantian, kos pindah keluar dan masuk, insentif persetujuan usaha sama, ex-gratia, ubah suai rumah sedia ada dan bayaran sewaan sementara.

Ditegaskan di sini bahawa pemilik yang bersetuju dengan tawaran usaha sama akan mendapat nilai masa depan iaitu future value, dengan izin. Manakala penentuan tawaran pampasan pengambilan tanah adalah berdasarkan rundingan di dalam APT 1960 dan lain- lain peraturan berkaitan dengan nilai pasaran semasa iaitu market value. Semua pihak perlulah menghormati proses dan keputusan yang telah dimuktamadkan ini kerana ia melibatkan peruntukan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa. Pelaksanaannya telah diurus secara sah dan teratur mengikut kaedah yang ditetapkan bagi mengelak kesahihannya dicabar. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput, Shah Alam.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Ketika perancangan pembangunan semula Kampung Bharu pada tahun 2019, JPPH telah membuat penilaian terhadap tanah MAS iaitu Malay Agricultural Settlement yang penuh dengan sekatan berjumlah RM650 hingga RM850 sekaki persegi berbanding tanah Kampung Sungai Baru yang di luar daripada MAS tetapi penilaiannya hanya berjumlah RM450 hingga RM650 sekaki persegi.

Jadi adakah mungkin dalam pengetahuan Yang Berhormat Menteri, tanah-tanah yang di luar daripada rizab Melayu MAS ini di kawasan Golden Triangle yang dibeli dinilai dengan harga lebih kurang RM450 kaki persegi. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 11:00 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Hal ini sebenarnya sering juga saya dengar di luar Dewan dan di dalam Dewan juga. Sebenarnya kalau kita menengok kepada soalan ini, jawapannya sebenarnya very technical, dengan izin. Jadi Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, nilaian tanah MAS pada tahun 2019 oleh JPPH ialah RM650 hingga RM850 sekaki persegi dibuat berdasarkan prinsip kegunaan tertinggi dan terbaik (highest and best use) pegangan selama- lamanya.

draft • 11:00 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Jadi settle hak milik bebas bebanan, tawaran pembelian adalah melalui konsep rundingan bebas, willing buyer dan willing seller. Namun hala tuju ini tidak diteruskan kerana persetujuan pemilik hanya 61 peratus dan kos anggaran terlalu tinggi iaitu sehingga RM10 bilion. Jadi bagi Kampung Sungai Baru pampasan ditentukan berdasarkan Akta Pengambilan Tanah 1960 dengan nilai pasaran oleh JPPH dan penilai swasta untuk memastikan pampasan mencukupi mengikut kehendak Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. JWP dan PKB tidak mempunyai rekod Yang Berhormat, transaksi tanah yang bukan rizab Melayu di kawasan Tiga Segi Emas ataupun Golden Triangle yang boleh dibeli dengan harga RM450 sekaki persegi.

Ini merupakan data yang sensitif yang sebenarnya tidak boleh dikongsi secara umum. Ahli Yang Berhormat sebenarnya boleh merujuk terus kepada JPPH WPKL untuk mendapatkan data ini. Walau bagaimanapun, bagi pihak kerajaan saya mohonlah sokongan semua pihak diberikan kepada Projek Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru ini yang diharapkan insya-Allah boleh menjadi antara projek rintis dalam kita memajukan dan membangunkan semula Kampung Baru.

Pada masa yang sama, ia akan dapat menaiktarafkan kehidupan pemilik-pemilik melalui hartanah secara menyeluruh dan bersepadu bagi memberi keselesaan kepada pemilik menangani isu kemelesetan ekonomi, keusangan fizikal, tidak ekonomik dan memperbaiki persekitaran bandar. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Maran.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tan Sri Yang di- Pertua, izinkan saya untuk mengucapkan selamat datang kepada pemimpin-pemimpin masyarakat daripada Parlimen Maran [Tepuk] dan juga yang lain-lain. Terima kasih, Tan Sri.

Kampung Baru adalah merupakan salah satu tanah milik bumiputera Melayu yang cukup tinggi nilainya di bandar raya Kuala Lumpur. Saya ingin bertanya kepada Menteri apakah kaedah pembaharuan semula bandar yang diguna pakai untuk pembangunan Kampung Baru ini? Kedua, apakah analisa kos manfaat ataupun cost-benefit analysis telah dijalankan serta apakah implikasi sosial dalam pembangunan Kampung Baru ini serta apakah jaminan pemilik-pemilik tanah ini tidak akan bertukar kepada orang lain dan pulangan akan berterusan kepada pemilik-pemilik bumiputera dan Melayu di kawasan Kampung Baru ini.

Terima kasih, banyak.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

draft • 11:00 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Maran.

Jadi perkara ini juga saya telah berkali-kali menyatakannya di Dewan yang mulia ini tentang kaedah pembangunan semula Kampung Baru ini. Jadi mungkin Yang Berhormat Maran boleh rujuk semula kepada jawapan-jawapan saya sebelum ini berkenaan dengan pembangunan Kampung Baru ini.

Kemudian berkaitan dengan analisis dan implikasi sosial ini buat masa sekarang kalau kita tidak bangunkan sebenarnya Kampung Baru itu, kesan sosialnya terlalu besar.

draft • 11:00 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Contohnya kawasan itu kalau kita tengok sebenarnya juga saya pernah jawab di dalam Dewan ini sekarang ini menjadi pusat di antaranya pusat mereka-mereka yang mengambil dadah di situ. Kemudian juga ada unit-unit kosong kita lihat sebelum ini diduduki oleh warga- warga asing yang menimbulkan masalah sosial dan sebagainya.

Jadi insya-Allah itu yang saya kata tadi kita perlu berlapang dada dan menyokong hasrat kerajaan untuk membangunkan Kampung Sungai Baru ini kerana ini akan terus menjadi catalyst kepada pembangunan keseluruhan bandar Kuala Lumpur ataupun bandar raya Kuala Lumpur dan kita akan kekalkan sebenarnya Sungai Baru ini dan Kampung Baru secara amnya sebagai kawasan yang memang menjadi kebanggaan orang Melayu, insya- Allah. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Dato’ Rosol bin Wahid, Hulu Terengganu.

draft • 11:00 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih, Speaker.

“Makan bahulu, makan ketupat, Soalan Hulu nombor empat”. Terima kasih.

[Ketawa]

draft • 11:00 AM

4. Dato' Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan jumlah tangkapan dan rampasan bagi kes penyelewengan subsidi diesel di Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak sejak 2022 hingga kini.

draft • 11:00 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Hulu Terengganu atas soalan yang diberikan.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mengambil serius berhubung aktiviti penyelewengan diesel di negara ini. Antara faktor yang mendorong aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi ini adalah disebabkan permintaan yang tinggi dalam sektor industri dan penyeludupan ke luar negara serta penetapan harga bagi diesel bersubsidi yang diberikan secara pukal oleh kerajaan yang telah mendorong kepada ketirisan ini.

Sejak Januari 2022 hingga Oktober 2024, sebanyak 2,206 kes berkaitan penyalahgunaan barang kawalan diesel telah dihasilkan dengan pecahan kes seperti berikut iaitu di Semenanjung Malaysia sebanyak 1,617 kes, Sarawak 421 kes, Sabah 141 kes dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak 11 kes.

draft • 11:00 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Jumlah nilai rampasan yang dihasilkan ialah RM47 juta. Bilangan tangkapan yang dilakukan dalam tempoh tersebut ialah 1,177 orang melibatkan warganegara dan bukan warganegara. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Hulu Terengganu.

draft • 11:10 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih Menteri atas jawapan yang cukup komprehensif, Tan Sri Speaker. Menang hari ini, esok minyak turun. Itu just

draft • 11:10 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

fatamorgana yang dilaung-laungkan oleh rakyat di luar sana. Soalan tambahan saya ialah kalau dilihat daripada jawapan Menteri tadi, jelas bahawa aktiviti penyelewengan diesel ini masih berlaku dengan hebatnya, masih berlaku walaupun selepas penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan pada Jun 2024 yang lalu.

Soalan saya, setujukah kerajaan bahawa penyasaran subsidi ini tidak begitu berkesan untuk mengatasi masalah penyeludupan diesel? Malah hanya menjadi punca utama peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat hari ini. Apakah kerajaan ada perancangan untuk memperkasakan undang-undang Akta Kawalan Bekalan yang mengenakan hukuman yang lebih keras dan menggerunkan kepada pengusaha stesen minyak dan penyeludup-penyeludup yang terlibat? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 11:10 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat. Pertama, daripada segi keberkesanan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel ini, kalau kita lihat daripada segi penguatkuasaan yang dilaksanakan...

draft • 11:10 AM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

...Daripada jumlah kes jika kita lihat berlakunya penurunan kes sejak kita laksanakan penyasaran ini pada tahun 2024 sehingga data yang terkini adalah sebanyak 321 kes berbanding dengan 774 kes pada tahun 2023 dan 319 sebelum itu agak lebih rendah disebabkan jurang harga yang tidak jauh. Tetapi bermula 2023 sebenarnya apabila jurang harga tanpa subsidi itu begitu besar menyebabkan banyaknya penyelewengan dan apabila dilaksanakan penyasaran daripada segi kes itu agak berkurangan.

Kedua, daripada segi penggunaan. Kalau kita lihat daripada segi Ops Tiris ini, sejak dilaksanakan penyasaran subsidi diesel, penggunaan ataupun nilai rampasan kes-kes ini menurun sebanyak 84 peratus bagi diesel dan ada kenaikan daripada aspek kes bagi RON95 sebanyak 21 peratus.

Jadi kita lihat memang adanya daripada segi data-data tersebut, keberkesanan penyasaran subsidi diesel namun kita akui daripada segi kos sara hidup, harga barang yang secara langsung dikaitkan dengan diesel itu tidak ketara tetapi lebih kepada pergerakan harga disebabkan oleh demand and supply. Namun pada masa yang sama, kita sentiasa memantau Yang Berhormat dan kita mengalu-alukan feedback daripada mana-mana pihak sekira berlakunya sebarang pergerakan harga yang dilihat disebabkan oleh penyasaran ini, kita akan melakukan penguatkuasaan untuk memastikan mengapakah pergerakan barang itu dilakukan dan adakah puncanya disebabkan oleh rasionalisasi subsidi diesel ini.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Betong.

draft • 11:10 AM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Beberapa bulan yang lalu, kita digemparkan dengan satu kes penangkapan sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi di Sibu yang di mana stesen minyak tersebut mengaut sampai RM400 juta dan juga melibatkan pemberian suapan kepada pegawai

draft • 11:10 AM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

penguat kuasa. Jadi, saya nak bertanya kepada Menteri, sejauh manakah keberkesanan pemantauan dan penguatkuasaan yang tegas dan agresif yang dijalankan oleh kementerian ke atas kawal seliaan dan operasi yang dijalankan oleh kementerian setakat ini dapat mengekang penyelewengan bekalan minyak bersubsidi? Mohon penjelasan Menteri. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 11:10 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat Betong. Pertama, daripada segi kes tersebut, masih dalam siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Kedua, daripada segi, sebagaimana kita maklum, semalam Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan juga menerangkan mengapa kita belum melaksanakan penyasaran subsidi diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Namun pada masa yang sama, we are not in denial dengan izin, berlaku juga ketirisan di wilayah-wilayah tersebut. Atas sebab itu, Jemaah Menteri telah bersetuju supaya satu jawatankuasa tertinggi yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri II, Dato’ Sri Haji Fadillah, untuk memastikan better coordination di antara semua agensi yang terlibat. Bukan hanya KPDN, agensi kawalan sempadan, PDRM, MINDEF dan sebagainya.

Mesyuarat untuk melihat apakah pendekatan-pendekatan yang perlu kita perkasa itu akan dilaksanakan di Kuching pada 14 Disember ini supaya kita dapat mengekang, membasmi dan membanteras ketirisan subsidi khususnya subsidi diesel yang belum disasarkan ini bagi Sabah, Sarawak dan juga Labuan.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya, saya jemput Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Sungai Petani.

draft • 11:10 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Berekreasi di tepian sungai, Sungai Petani indah bersama, Mohonlah Menteri yang bijak pandai, Menjawab soalan nombor lima.

draft • 11:10 AM

5. Dr. Mohammed Taufiq bin Johari [Sungai Petani] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan sejauh mana usaha dan tindakan kementerian dalam mengatasi isu pencemaran sungai di seluruh negara. Adakah jumlah sungai tercemar menunjukkan penurunan dari tahun ke tahun.

draft • 11:10 AM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Kami di NRES ini tak pandai jawab pantun, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Petani. Tuan Yang di-Pertua, di peringkat kementerian dan Jabatan Alam Sekitar, kita sentiasa komited untuk mengawal pencemaran terhadap alam sekitar terutamanya bagi punca-punca pencemaran yang terletak di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] dan peraturan-peraturan di bawahnya.

draft • 11:10 AM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Dalam konteks pencemaran sungai, terdapat beberapa punca pencemaran yang berisiko menyebabkan kemerosotan kualiti air sungai termasuklah aktiviti perbandaran, penternakan, pertanian juga aktiviti komersial dan industri yang tidak mempunyai sistem rawatan efluen dan kumbahan yang sempurna. Memandangkan punca utama kemerosotan kualiti air sungai ini disebabkan oleh pelbagai sumber yang tertakluk di bawah pelbagai bidang kuasa, di bawah pihak PBT, di bawah pihak kerajaan negeri dan juga di bawah pihak Kerajaan Persekutuan dan meliputi beberapa kementerian.

Maka, kebersamaan dan penyelarasan dengan semua pihak yang terlibat dalam menangani isu-isu kemerosotan kualiti air sungai perlu ditingkatkan bagi memastikan kualiti air sungai negara terus terjamin demi kesejahteraan rakyat. Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh NRES melalui JAS termasuklah;

(i) meningkatkan aktiviti penguatkuasaan terhadap punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta 127 dan peraturan- peraturan di bawahnya seperti kawalan pencemaran air dan kawalan kepada projek-projek pembangunan yang tertakluk kepada kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA);

(ii) mengenal pasti lokasi aduan yang sering dikaitkan dengan pencemaran air supaya aktiviti penguatkuasaan dapat dijalankan dengan lebih berfokus;

(iii) meningkatkan kerjasama dan melaksanakan operasi secara bersepadu dengan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain; dan seterusnya

(iv) menganjurkan program promosi dan kesedaran awam kepada masyarakat dan semua pihak berkepentingan.

Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan (JKKAS) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri II pada Jun dan Ogos 2024, peranan menjaga kualiti air sungai merupakan satu tanggungjawab bersama yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak.

Untuk makluman Yang Berhormat, JAS memantau sebanyak 672 sungai melalui Program Pengawasan Kualiti Air Sungai dengan 1,353 stesen pengawasan kualiti air sungai dan hasil pemantauan kualiti air ini, kita telah melihat peningkatan kualiti air di seluruh negara dalam tempoh lima tahun iaitu antara 2019 sehingga 2023.

Bilangan air sungai dalam kategori bersih meningkat daripada 408 ataupun 61 peratus sungai yang dipantau pada 2019 kepada 486 ataupun 72 peratus sungai pada tahun 2023. Bagi kategori tercemar pula, terdapat penurunan daripada 59 ataupun sembilan peratus sungai kepada 25 ataupun empat peratus sungai dalam tempoh yang sama. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Sungai Petani.

draft • 11:10 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan tahniah atas inisiatif dan langkah-langkah yang telah dilakukan oleh pihak kementerian untuk memastikan sungai itu terjaga dengan baik. Tapi, masih banyak juga sungai-sungai yang tercemar termasuklah di Sungai Petani sendiri, pencemaran bau dan juga warna. Saya ingin bertanya, berapakah peruntukan untuk menangani pencemaran sungai ini dan apakah hasil yang didapatkan daripada peruntukan tersebut? Selama lima tahun ke belakang, berapakah sungai yang telah dipulihkan secara total oleh pihak kementerian?

Kalau kita lihat tadi, banyak akta yang dikuatkuasakan tapi pelaksanaan itu masih ramai lagi yang tidak sedar dan masih ramai yang melanggar peraturan-peraturan tersebut.

Apakah kelemahan daripada penguatkuasaan ini dan apakah langkah untuk menangani masalah ini? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:20 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Di peringkat kerajaan, setiap tahun kita belanjakan RM9.8 juta untuk pengawasan kualiti air sungai. Seterusnya tentang soalan kedua, terdapat sebagaimana disebut, penurunan terhadap bilangan sungai yang berada dalam kategori tercemar, daripada 59 pada tahun 2019 kepada 25. Sembilan peratus kepada empat peratus. Ini memang hasil daripada kerjasama yang baik daripada Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan juga pihak berkuasa tempatan. Tetapi, menjawab perkara ketiga yang ditanya iaitu kenapa perkara ini terus berlaku.

draft • 11:20 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Pertamanya ialah soal peningkatan populasi dan kepesatan aktiviti industri. Ini merupakan antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan dalam pengeluaran sisa termasuklah sisa toksik. Kurangnya kesedaran dan tanggungjawab terhadap kepentingan alam sekitar di kalangan pengusaha kilang dan industri juga telah mendorong sebahagian daripada mereka untuk melanggar peraturan dan undang- undang yang ditetapkan. Jadi, sebab itu kita telah meningkatkan denda di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling yang mana kita telah berjaya dalam Dewan Rakyat, kita pinda pada tahun ini.

Denda yang dahulu RM100,000 maksimum naik kepada RM10 juta bagi pelupusan haram buangan terjadual. Dalam kes yang berlaku di negeri Selangor, yang telah menjejaskan bekalan air, itu merupakan kes pertama yang dibawa di bawah akta ini. Itu melibatkan pencemaran sungai. Nilai kompaun juga naik daripada kalau dulu RM2,000 kepada maksimum 50 peratus daripada nilai denda dan juga ada hukuman penjara mandatori tidak lebih lima tahun untuk kesalahan-kesalahan tertentu.

Jadi, kita dalam proses untuk memperkasakan Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar (EQMP) menerusi pembangunan Blueprint Pengawasan Alam Sekitar Kebangsaan

draft • 11:20 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

2024-2034. Kita akan meningkatkan lagi keberkesanan Jabatan Alam Sekitar dengan proses pemerkasaan JAS yang kita ingin mulakan pada tahun akan datang ini. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Setiu.

draft • 11:20 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya, kerajaan melalui NAHRIM telah mengadakan penyelidikan terhadap bahan cemar baharu yang mengganggu seperti mikroplastik terhadap kualiti air dalam di beberapa lembangan sungai dalam RMK-12. Jadi, saya nak tahu, apakah dapatan kajian tersebut dan langkah-langkah yang diambil kerajaan untuk mengatasi pencemaran dan juga meningkatkan pengurusan sisa plastik?

Yang kedua, adakah kerajaan mempunyai sistem pemantauan berpusat bagi mengesan bahan-bahan kimia yang mengganggu kualiti air ini, yang mengganggu endokrin dan juga ketahanan antimicrobial resistance (AMR) di sungai-sungai kita dan juga adakah kerajaan bercadang untuk memperluaskan program sungai angkat dengan melibatkan penyertaan swasta dan juga komuniti setempat dan dalam memelihara sungai? Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Menteri.

draft • 11:20 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Ada beberapa perkara yang ditanya ini termasuklah NAHRIM, sungai angkat di bawah jabatan JPS iaitu di bawah PETRA. Tetapi, saya akan jawab apa yang saya tahu, sebab perkara ini memang dibincangkan di dalam jawatankuasa tentang kebersihan ataupun kualiti air sungai kebangsaan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri II.

NAHRIM telah menjalankan kajian tentang mikroplastik dan ini telah banyak mendapat perhatian soal mikroplastik ini di dalam media massa.

Juga, tentang soal pelupusan barangan ubatan dan sebagainya yang menimbulkan resistance kepada ataupun mikrob-mikrob yang mempunyai kesan yang negatif kepada kesihatan manusia. Yang kita dapati dari soal mikroplastik ini, antara cabaran besar yang ada ia merupakan kerana dia tidak dapat ditangani dengan sistem tapisan air yang sedia ada.

Makna, loji rawatan air yang sedia ada dia tidak dibuat untuk menapis mikroplastik, sebab ini merupakan bahan cemar bau yang baru sahaja diambil kira dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Jadi, di peringkat NAHRIM dan juga dengan berbincang dengan pihak-pihak termasuklah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang terlibat kepada bekalan air.

Kita sedang melihat bagaimana elemen mikroplastik ini dapat kita atasi daripada masuk ke dalam bekalan air kita.

Kedua, tentang mengatasi masalah plastik. Kita semalam pun ada dibangkitkan di dalam perbahasan di peringkat jawatankuasa. Kita memang ada dua pelan hala tuju. Pertama ialah ke arah Sifar Plastik Sekali Guna 2019-2030 dan kedua ialah Kelestarian Plastik 2021- 2030. Masalahnya pelaksanaannya banyak bergantung kepada pelbagai peringkat. Jadi, contohnya di beberapa buah negeri kita sudah ada hari tanpa beg plastik ataupun dikenakan

draft • 11:20 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

caj untuk beg plastik. Tetapi, di negeri-negeri lain belum lagi diadakan. Ada juga inisiatif ini dibuat oleh peringkat swasta, oleh syarikat itu sendiri.

Jadi, kita sedang melihat di bawah RMKe-13. Antara permohonan daripada NRES kepada Kementerian Ekonomi ialah supaya kita ada kajian bagaimana kita dapat ada perundangan plastik di peringkat nasional, supaya kita dapat ada satu tindakan yang bersepadu untuk menangani masalah pencemaran plastik. Sebab kalau kita bergantung semata-mata kepada PBT atau kerajaan negeri, dia akan melihat satu kesan yang fragmented ataupun terpisah dan kita tidak dapat ada satu pendekatan nasional dalam hal ini. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Dato' Abdul Khalib bin Abdullah, Rompin.

draft • 11:20 AM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Semua pantun.

Kota Bharu kuat bersenam, Soalan saya nombor enam.

draft • 11:20 AM

[Dewan Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:20 AM

6. Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah [Rompin] minta Perdana Menteri menyatakan usaha dan komitmen JAKIM bagi meningkatkan sijil pengesahan halal bagi produk bukan makanan seperti produk kosmetik, produk farmaseutikal, produk barang gunaan, produk peranti perubatan dan rumah sembelihan.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Rompin atas keprihatinan terhadap aspek halal. Izinkan saya untuk menjawab dan memberikan pencerahan sebaiknya, khususnya kepada aspek halal bagi produk bukan makanan.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia

(Domestik) 2020, permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia adalah berdasarkan sembilan skim berikut iaitu Skim Produk Makanan dan Minuman, Skim Produk Farmaseutikal, Skim Produk Kosmetik, Skim Rumah Sembelih, Skim Barang Gunaan, Skim Premis Makanan, Skim Peranti Perubatan, Skim Logistik dan Skim Pengilangan Kontrak (OEM). Sebagai pihak berkuasa Pensijilan Halal Malaysia, JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri termasuk Jabatan Agama Islam Negeri sentiasa berusaha untuk memastikan kualiti pensijilan halal yang dikeluarkan terus terjamin dan diyakini.

Sebagaimana keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009, tanggungjawab utama JAKIM adalah menguruskan Pensijilan Halal Malaysia dan menyelaras pemakaian standard sistem dan prosedur pensijilan halal termasuk penyeragaman sijil dan logo halal. Dalam usaha meningkatkan sijil pengesahan halal bagi produk bukan makanan seperti produk kosmetik, produk farmaseutikal dan produk barang gunaan, JAKIM mengambil

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

inisiatif mengadakan kerjasama strategik dan libat urus bersama agensi-agensi dan persatuan-persatuan yang berkaitan.

Pertama, seperti Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Federations of Malaysian Manufacturer (FMM), The Comestic, Toiletry & Fragrance Association of Malaysia

(CTFAM), Persatuan Pemandu Pelancong Malaysia dan lain-lain bagi membantu meningkatkan jumlah permohonan SPHM dalam kalangan industri berkenaan. JAKIM bersama agensi-agensi pembimbing usahawan memfokuskan kepada strategi bimbingan kepada industri bagi memastikan industri bersedia memohon sijil halal seperti yang berikut:

(i) mengadakan program kesedaran;

(ii) mengadakan latihan intensif permohonan pensijilan halal;

(iii) menganjurkan klinik halal sebagai bimbingan kepada pemohon pensijilan halal;

(iv) mengadakan kerjasama dengan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dalam membimbing usahawan industri mikro;

(v) mengemukakan permohonan pensijilan halal; dan

(vi) mengadakan program Halal on Track (HOT) yang antara lainnya memfokuskan bimbingan pensijilan halal secara terus.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Selain itu, JAKIM, MAINS dan JAIN sentiasa menyediakan ruang dan platform kepada para usahawan untuk mendapatkan maklumat serta panduan bagi memohon sijil pengesahan halal melalui program bimbingan dan fasilitasi klinik halal yang dianjurkan secara berkala yang menjadi platform yang boleh dimanfaatkan oleh usahawan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pensijilan halal di Malaysia. Sebagai contoh, Program Halal-On- Track yang dianjurkan oleh JAKIM dengan kerjasama negeri-negeri adalah platform yang dapat membantu usahawan ke arah mendapatkan pensijilan halal di Malaysia.

Alhamdulillah, kerjasama strategik dengan institusi kewangan juga telah berlaku.

Antaranya melalui inisiatif solusi Halal Maybank dan Bank Islam Project Cube Halal dan ada banyak lagi inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan. Ianya akan terus dilaksanakan secara sistematik dan berstruktur. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Rompin.

draft • 11:30 AM

Dato’ Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin mengucapkan syabas kepada pihak JAKIM yang secara berterusan berusaha untuk menyeragamkan piawaian halal di seluruh negara, sama ada industri makanan mahupun bukan makanan demi memastikan semua produk memenuhi keperluan yang ditetapkan. Ini termasuk penggunaan teknologi terkini seperti rantaian blok untuk memantau keseluruhan rantaian bekalan.

Soalan saya, bagaimana JAKIM melihat Inisiatif Segera Pensijilan Halal Malaysia

(ISPHM 2.0) dan Business Process Reengineering (BPR) untuk meneliti isu kelewatan dalam pengurusan pensijilan halal kepada tempoh hanya 30 hari mampu mengekal proses

draft • 11:30 AM

Dato’ Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

pensijilan halal tetap berkualiti dan berintegriti meskipun tempoh pemprosesan dipendekkan?

Apakah perancangan khusus kerajaan untuk memperkasakan peranan Bahagian Pengurusan Halal di bawah JAKIM termasuk memperhalusi mekanisme pemberian pensijilan halal terutama kepada usahawan asnaf, mengambil kira sebahagian besar dari kalangan mereka yang masih belum memiliki atau gagal mendapatkan status halal? Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Seorang Ahli

Soalan bocor.

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 11:30 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Soalan tidak bocor. Terima kasih, Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Ada dua soalan yang dikemukakan iaitu berkenaan dengan SPH dan juga memperkasakan asnaf. Dari aspek untuk mempercepat dan juga memperkemaskan lagi aspek pensijilan halal, kita telah pun melaksanakan satu pelan iaitu memperkasakan Mye sistem HALAL 2.0 yang akan dilaksanakan secara menyeluruh dan ini pastinya akan dapat memperkemas dan mempercepat serta melindungi dan meyakini sijil halal di Malaysia.

Di samping itu, saya kongsikan apakah usaha-usaha dan perancangan yang telah dilakukan iaitu sepertimana yang telah diumumkan di dalam Belanjawan 2025 iaitu kerajaan telah pun akan meluluskan jumlah juruaudit halal kompeten seramai 100 orang, yang ini akan dapat membantu dan juga akan mempertingkat dan menambah baik ekosistem halal supaya seluruh ekosistem pengurusan pensijilan halal yang bermula dari kesedaran, pembangunan, proses pensijilan, kawalan dan penguatkuasaan dapat dilaksanakan secara lebih berkesan.

Berkenaan dengan soalan yang kedua berkenaan memperkasakan asnaf.

Sebenarnya kita sudah ada banyak program-program untuk memperkasakan asnaf. Di antaranya adalah bersama dengan Amanah Ikhtiar Malaysia, dengan MARA dan GIATMARA dan juga beberapa agensi yang lain untuk memfokuskan juga pembangunan ataupun memperkukuhkan lagi ruang dan peluang kepada golongan asnaf dan golongan yang usahawan kecil untuk mereka mendapatkan sijil halal. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

[Bangun]

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tenggara.

draft • 11:30 AM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Terima kasih Datuk Speaker. Soalan tambahan daripada Tenggara. Bagi produk-produk bukan makanan dan mungkin juga makanan. Apakah inisiatif JAKIM bersama Jabatan Pembangunan Kemahiran berkaitan TVET halal bagi melahirkan tenaga kerja mahir mahupun pengendali teknologi untuk memperkemas ekosistem pengeluaran produk halal dari awal lagi, mungkin kepada syarikat- syarikat tempatan mahupun syarikat luar antarabangsa yang beroperasi di negara kita?

Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih, Yang Berhormat. Berkenaan dengan aspek ini, kita melihat bahawa sebenarnya kita telah menggerakkan pelaksanaan-pelaksanaan ini termasuk juga bagi produk-produk halal yang di luar negara. Menurut sekiranya – Untuk pemakluman Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk permohonan produk halal yang berada di luar negara ingin masuk ke Malaysia, mereka memerlukan satu prosedur iaitu membuat permohonan. Namun begitu, mereka perlu membuat permohonan dengan rakan kongsi di

draft • 11:30 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Malaysia dan rakan kongsi tersebut akan membuat permohonan untuk mendapatkan pensijilan halal. Bagi produk halal ataupun syarikat-syarikat milikan asing yang berada di Malaysia, mereka mengikut proses yang seperti biasa.

Bagi memperkukuhkan lagi aspek ini, kita telah melaksanakan pelbagai langkah. Di antaranya adalah mengadakan sesi libat urus bagi produk bukan makanan. Sebagai contoh, untuk produk halal bagi ternakan dan daging, kita sudah mengadakan beberapa libat urus di antaranya adalah, insya-Allah pada masa terdekat juga kita akan adakan dengan Persatuan Penyembelih Ternakan Halal Malaysia.

Selain daripada itu, produk farmaseutikal, produk yang lain juga kita teruskan dengan pelbagai inisiatif dan langkah yang telah dilaksanakan. Untuk itu, di antara success story ataupun kejayaan yang kita laksanakan adalah dengan GIATMARA. Menerusi perbincangan dan juga gerak kerja sama bersama dengan GIATMARA, kita telah menyaksikan begitu ramai pengusaha-pengusaha, usahawan-usahawan yang telah mendapat pensijilan halal dan ianya akan diteruskan secara berterusan. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran, Batu.

draft • 11:30 AM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Terima kasih, Timbalan Yang di- Pertua. Ada pantun.

November, Disember musim tengkujuh, Setiap langkah harus berhati-hati, Soalan Batu nombor tujuh, Mohon pencerahan dari Menteri.

draft • 11:30 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Batu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) sentiasa menyokong polisi nasional berkaitan dengan pembangunan usahawan dengan sentiasa menggalakkan penglibatan orang awam dalam bidang keusahawanan terutamanya B40, golongan belia, wanita dan juga bumiputera khususnya di Wilayah Persekutuan ini. Tumpuan khusus diberikan dengan menyediakan pelbagai sokongan dan juga platform untuk kita menarik minat golongan usahawan tersebut supaya terlibat secara serius dan menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan mereka.

Pasca Belanjawan Tahun 2025, JWP komited dan akan memperuntukkan sejumlah dana bagi merancang secara efektif dalam menjadi perintis untuk melaksanakan inisiatif yang akan melibatkan usahawan anak muda dan juga golongan rentan termasuk ibu tunggal dan memanfaatkan program sedia ada oleh agensi lain. Contohnya dari Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) seperti Program Pemformalan Usahawan Informal yang direplikasikan mengikut kesesuaian usahawan di Wilayah Persekutuan ini. Program ini dijangka dapat memanfaatkan seramai 2,000 orang usahawan di Wilayah Persekutuan.

draft • 11:30 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Program seperti Pemformalan Usahawan Informal ini bertujuan memudahkan pendaftaran dan pelesenan perniagaan bagi usahawan kecil seperti usahawan perniagaan dari rumah, pengusaha ladang dan pengusaha kedai makan. Dengan mendaftarkan perniagaan mereka mengikut undang-undang, usahawan ini dapat diiktiraf sebagai entiti yang sah dan boleh mengakses pelbagai bentuk bantuan kerajaan termasuklah kewangan, peluang pemasaran, perlindungan undang-undang serta jaringan keselamatan sosial.

Program ini juga akan diintegrasikan dengan dua inisiatif program di Wilayah Persekutuan iaitu Program Usaha Jaya Insan di bawah flagship ataupun inisiatif Upaya@PUJI dan juga Lindung@PUJI.

Sebagai contoh baru-baru ini, saya telah mengusulkan supaya Majlis Belia Malaysia menghantar kertas cadangan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menjadikan Medan Selera Singgang MADANI@Batu Bata, Titiwangsa sebagai tapak khusus medan selera belia dan insya-Allah pada bulan Oktober, Alhamdulillah pada bulan Oktober yang lalu juga, saya telah merasmikan satu program khusus yang dinamakan Program Dapur Digital di PPR Wangsa Sari, Kuala Lumpur yang merupakan antara langkah untuk kita memperkasakan golongan ataupun komuniti B40 termasuk golongan ibu tunggal dan juga golongan belia melalui inovasi ekonomi digital.

Inisiatif ini merupakan kerjasama strategik di antara JWP dan agensi lain seperti Kementerian Kewangan Malaysia, Peppers Lab, Yayasan Hasanah dan juga DBKL sendiri.

Jadi, langkah ini bukan sahaja menyokong kepada Dasar Keusahawanan Nasional 2030 untuk menjadikan Malaysia negara keusahawanan yang unggul dan inklusif menjelang tahun 2030, malah turut membantu meningkatkan daya saing usahawan muda dan ibu tunggal di Wilayah Persekutuan.

draft • 11:30 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Jadi selanjutnya, JWP juga turut merancang untuk melaksanakan kerjasama strategik. Seperti padanan peserta bagi menyertai program-program yang ditawarkan oleh kerajaan dari agensi lain. Contohnya, penyertaan usahawan kecil JWP dalam Program Satu Daerah Satu Industri yang dilaksanakan oleh KUSKOP juga. Selain itu, JWP juga sedang dalam usaha meneroka ruang dan peluang yang disediakan oleh agensi ini dalam usaha membangunkan perusahaan kecil dan sederhana di Wilayah Persekutuan, terutamanya untuk menceburi industri halal, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Batu.

draft • 11:40 AM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Terima kasih Menteri atas jawapan.

Saya rasa dengan jawapan ini telah memberikan satu harapan dan peluang kepada usahawan-usahawan, khususnya daripada golongan belia dan juga ibu tunggal dari B40.

Namun, bagaimanakah JWP ingin menterjemahkan program ini dalam bentuk pelan tindakan yang konkrit di peringkat Wilayah Persekutuan? Adakah YB Menteri setuju dengan pandangan bahawa JWP sepatutnya memperkenalkan dasar khusus di peringkat Wilayah Persekutuan dan bukannya hanya mengambil secara terus dasar sedia ada di peringkat Persekutuan? Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasihlah Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya atas dasar itu, atas sebab itu, agenda utama saya dalam menerajui pengurusan di Wilayah Persekutuan ini adalah untuk kita menambah baik kefungsian kenegerian ataupun ‘state like function’ Wilayah Persekutuan ini. Sebab kita biasa dikenali sebagai melaksanakan PBT function tetapi ‘state like function’ juga perlu diperhalusi.

Dalam hal ini, semenjak setahun yang lalu kita telah menekankan keperluan untuk mempunyai dasar tempatan dan juga pelan tindakan khusus di Wilayah Persekutuan ini.

Sebagai contoh, sebentar tadi saya sebut juga tentang Dasar Keusahawanan Nasional 2030 yang dilancarkan oleh KUSKOP di peringkat Nasional. Jadi, sudah tentu dasar ini memerlukan pelan tindakan di peringkat negeri untuk disesuaikan dengan keperluan dan juga keunikan dan cabaran yang dihadapi di negeri masing-masing.

Jadi, itu sama juga di peringkat Wilayah Persekutuan ini. Daripada minggu hadapan insya-Allah, JWP sebagai contohnya, kita akan adakan juga sesi temu rapat dengan golongan warga emas for example, dengan izin, bagi persediaan dasar khusus Wilayah Persekutuan yang menuju kepada negara menua.

Dia akan ada banyak lagi ya dasar-dasar dan pelan tindakan di peringkat Wilayah Persekutuan yang bakal menyusul. Kita juga melihat dari sudut contoh, ways to wealth, kebun komuniti dan pelbagai lagi yang selari dengan visi yang kita cadangkan ataupun kita uar- uarkan sebagai Visi Bandar CHASE yang telah juga saya perkenalkan sejak Februari tahun ini.

Dalam hal ini, saya juga merancang untuk menubuhkan panel of experts ya Wilayah Persekutuan ini sebagai sebuah platform strategik untuk kita merangka, mengawasi dan menilai pelaksanaan dasar serta program khusus di Wilayah Persekutuan ini untuk memastikan dasar dan juga pelan tindakan yang dirancang benar-benar mencerminkan keperluan dan keunikan Wilayah Persekutuan. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kulim-Bandar Baharu.

draft • 11:40 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik, terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan tambahan daripada Kulim-Bandar Baharu bagi soalan tujuh. Terima kasih YB Menteri. Soalan ni agak tertutup. Walau bagaimanapun telah banyak dijawab oleh YB Menteri. Soalan tambahan saya juga ialah juga ialah contohnya, Menteri kata tadi iaitu tentang Program Dapur Digital yang telah pun telah dilaksanakan.

Cuma saya nak tanya, adakah ianya berlaku kolaborasi rangkaian perniagaan dengan NGO seperti Yayasan Chow Kit dan juga bagi memperkasakan golongan wanita ibu tunggal dan asnaf, terutamanya mereka yang ingin memulakan perniagaan kecil? Adakah pihak Jabatan Wilayah Persekutuan membangunkan model program mentor mentee secara berstruktur menerusi Kursus Bimbingan dan Keusahawanan?

Soalan agak tersasar sikit, nak tanya juga iaitu adakah Jabatan Wilayah Persekutuan bercadang untuk membangunkan infrastruktur parkir berstrata dan parkir pintar di Wilayah Persekutuan untuk mengelakkan kesesakan parkir? Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa soalan yang kedua itu agak lari, jadi saya tak akan jawab di sini. Tetapi kita boleh berjumpa untuk kita bincang tentang hal tersebut. Berkenaan dengan kolaborasi dengan agensi-agensi lain, termasuklah NGO dan sebagainya, insya-Allah memang kita di Jabatan Wilayah Persekutuan merangka banyak program untuk memastikan sebenarnya satu program yang bertujuan akhirnya terhadap golongan B40 ini ialah exit program.

Kita sebenarnya mahu supaya kita empowered atau kita memperkasakan golongan B40 ni keluar daripada kelompok kemiskinan. Saya bersetuju dan saya insya-Allah, looking forward, dengan izin, untuk kita berkolabrasi dengan mana-mana sahaja badan-badan swasta, NGO mahupun agensi-agensi lain untuk kita melihat peluang-peluang yang mungkin kita boleh ke depan kan dalam Wilayah Persekutuan ini untuk kita membantu golongan tersebut, khususnya dalam usaha untuk kita melibatkan mereka dalam projek-projek keusahawanan, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Dr. Hajah Halimah Ali, Kapar.

draft • 11:40 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Pantun sikit.

Hati berdebar bila hujan, RTB Kapar siap 2029, Kalau boleh tolonglah cepatkan, Soalan Kapar nombor lapan.

draft • 11:40 AM

8. Dr. Hajah Halimah Ali [Kapar] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan:

(a) apakah pelan hala tuju roadmap negara bagi memacu perkembangan kecerdasan buatan (AI); dan

(b) status penyediaan Garis Panduan Tadbir Urus dan Etika Kecerdasan Buatan (AI).

draft • 11:40 AM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih Timbalan Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Kapar. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah melancarkan Pelan Hala Tuju Kecerdasan Buatan Negara 2021 hingga 2025 bagi memacu berkembangan AI dalam negara. Sasaran pembangunan pelan hala tuju ini adalah untuk membangunkan ekosistem AI dalam negara yang mampan berasaskan kolaborasi quadruple helix iaitu kerjasama antara kerajaan, akademia, industri dan komuniti.

Dipandukan oleh prinsip AI yang bertanggungjawab. Sebanyak enam strategi yang telah digariskan di dalam dokumen pelan hala tuju ini.

Antaranya adalah memajukan R&D AI, memupuk bakat dan membudayakan AI serta memulakan ekosistem inovasi AI dalam negara. Sebuah struktur tadbir urus iaitu National Blockchain and Artificial Intelligence Committee (NBAIC) telah ditubuhkan pada tahun 2022.

NBAIC ini berperanan untuk menetapkan hala tuju strategik, menyelaras serta memantau inisiatif dan pelan tindakan dalam Pelan Hala Tuju Teknologi Blockchain Negara dan Pelan Hala Tuju Kecerdasan Buatan Negara.

draft • 11:40 AM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang

Ia mengandungi lima jawatankuasa kerja iaitu:

(i) Jawatankuasa Kerja Perundangan dan Etika;

(ii) Jawatankuasa Kerja Kolaborasi Pemboleh Daya dan Hab Inovasi;

(iii) Jawatankuasa Pembangunan Bakat;

(iv) Jawatankuasa Penyelidikan, Inovasi dan Perkongsian Data;

(v) Jawatankuasa Pembudayaan dan Komunikasi.

Garis panduan tadbir urus dan etika AI telah siap ataupun kita panggil AI Governance and Ethics (AIGE) telah siap dibangunkan dan telah dilancarkan pada 20 September 2024.

Ini merupakan langkah penting ke arah memupuk pembangunan dan penggunaan AI yang bertanggungjawab dalam negara.

Garis panduan ini menyokong Pelan Hala Tuju Kecerdasan Buatan Negara. Ia mengaplikasikan ketujuh-tujuh prinsip AI yang bertanggungjawab dan memfokuskan kepada membina kepercayaan terhadap AI, mengurus risiko dan memaksimumkan faedah AI untuk produktiviti dan daya saing negara. Walaupun pematuhan kepada garis panduan ini bersifat suka rela tetapi ia dapat digunakan sebagai rangka kerja perundangan di masa hadapan apabila Malaysia telah bersedia untuk mengawal selia AI dengan lebih teguh. Perkembangan teknologi AI di dalam negara masih di peringkat awal dan ia memerlukan banyak proses inovasi untuk mematangkan perkembangan teknologi ini.

Garis panduan AIGE ini diharapkan dapat dijadikan panduan dalam memastikan pelaksanaan AI yang bertanggungjawab dan seterusnya meminimumkan risiko berkaitan penyalahgunaan teknologi ini. Sekian, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kapar.

draft • 11:40 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Bagaimana kerajaan mengimbangi antara kerancakan mengawal selia di seluruh dunia dalam merangka peraturan kawal selia penggunaan AIGE, termasuk perubatan dengan cabaran dirantau Asian yang penghuninya lebih 700 juta? Juga segala Menteri Sains dikatakan 60 peratus pelajar sasaran mengambil bidang Sains gagal dicapai. Jadi, apakah cara kerajaan untuk memastikan your feeder nanti yang tidak minat STEM sekarang ini, ada macam missing link demand and supply STEM ini? Jadi, apakah solusi kerajaan untuk mengatasi masalah kronik ini secara holistik tuntas? Terima kasih Timbalan.

draft • 11:40 AM

Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Sebenarnya pembangunan garis panduan kawal selia AI ini adalah kita mengikut standard antarabangsa juga sebab setakat ini di seluruh dunia tak ada satu negara lagi yang menjadikan garis panduan ini ataupun menjadikan kawal selia AI ini sebagai satu perundangan.

draft • 11:40 AM

Tuan Chang Lih Kang

Saya bagi contoh ada beberapa negara. Amerika Syarikat, mereka adakan blueprint for AI Bill of Rights. Dia blueprint sahaja. United Kingdom ada National AI Strategy, Jepun ada AI Strategy, Singapura ada Model AI Governance Framework. Cuma Kesatuan Eropah

(EU), mereka telah meluluskan AI Act dalam Parlimen EU. Tetapi mereka kalau nak jadikan

draft • 11:50 AM

Tuan Chang Lih Kang

AI Act ini dilaksanakan ataupun dikuatkuasakan di negara-negara lain, mereka perlu diluluskan dalam Parlimen masing-masing.

So, ini adalah perkembangan sekarang sebab kita perlu balance dengan izin, di antara inovasi dan juga perundangan supaya — sebab ini AI adalah satu teknologi baru, supaya kita tidak orang kata, curb ataupun kita menghentikan inovasi apabila teknologi ini berada di peringkat awal. Itu adalah jawapan untuk soalan pertama.

Soalan kedua tentang STEM. Sebenarnya, kita memang faham ada kekurangan dari segi feeder di mana kita belum dapat 60 peratus pelajar untuk masuk dalam aliran sains.

MOSTI bersama-sama dengan KPT dan juga KPM sedang berusaha. Kami telah tubuhkan satu Jawatankuasa Pembangunan Bakat STI untuk membantu kita mencari apa masalahnya.

Selain daripada itu, kita ada beberapa kementerian termasuklah MOSTI, juga ada beberapa flagship programmes untuk membudayakan sains dan teknologi ini supaya dapat menarik minat anak-anak kita ataupun pelajar-pelajar sekolah rendah, mereka minat dalam bidang sains ini. Kita jadikan terutamanya untuk MOSTI, fokus kita adalah aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah supaya kita jadikan aktiviti tersebut dia lebih menarik dan tidak terlalu bosan untuk kanak-kanak.

So, I bagi contoh, kita ada...

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

draft • 11:50 AM

Tuan Chang Lih Kang

...Minggu Sains Negara, yang di mana kita adakan selama enam bulan. Kita buat pameran dan karnival sains di merata tempat di seluruh negara.

Keduanya, kita ada Techlympics iaitu pertandingan robotik, dron dan lain-lain supaya kita dapat menarik minat kanak-kanak dari kecil lagi. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ledang.

draft • 11:50 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Saya difahamkan bahawa Malaysia menduduki tangga yang kedua dalam Indeks Ketersediaan Kecerdasan Buatan ini di Asia Tenggara. Kalau di peringkat global, kita di tangga yang ke-23.

Jadi berdasarkan kepada itu, apakah perancangan Malaysia untuk pembangunan model bahasa raya ataupun dengan izin, large language model ini yang menyokong budaya, dialek dan juga komunikasi di Malaysia? Saya tahu ini bukan tugas yang mudah kerana banyak negara lain telah pun mendahului. Tetapi, apakah perancangan kita untuk kita boleh juga menyumbang kepada mewujudkan large language model Malaysia yang memberikan satu gambaran dan juga mengisi cabaran-cabaran pada masa depan? Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua. Sebenarnya kami — memang bidang AI ini adalah satu bidang yang agak baru untuk negara kita. Kita baru wujudkan Fakulti AI di UTM (Universiti Teknologi Malaysia). Sebenarnya, untuk kita merancakkan lagi pembangunan AI bukan saja dari segi LLM tetapi juga di sektor-sektor yang lain, negara kita telah pun memperuntukkan, kerajaan telah pun memperuntukkan satu peruntukan yang khas untuk membangunkan beberapa sektor.

draft • 11:50 AM

Tuan Chang Lih Kang

Sebagai contoh, peruntukan khas untuk Universiti Sains Malaysia membangunkan semikonduktor dengan penggunaan AI. LLM ini memang ada di dalam senarai pembangunan itu di mana satu peruntukan khas diberikan kepada UKM untuk membangunkan LLM yang berdasarkan bahasa ataupun dialek negara kita. So, untuk pembangunan seperti UM, kita membangunkan sektor perubatan dengan menggunakan AI. Maka, ini adalah inisiatif-inisiatif yang telah dilakukan oleh kerajaan. Kita harap dalam masa yang pendek, kita dapat membangunkan sektor-sektor ini dengan penggunaan AI yang canggih. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Dato' Sri Doris Sophia anak Brodie, Sri Aman.

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Soalan saya nombor sembilan.

draft • 11:50 AM

9. Dato' Sri Doris Sophia anak Brodie [Sri Aman] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan keberkesanan program subsidi kerajaan yang dilaksanakan untuk mengurangkan kos sara hidup dan apakah mekanisme yang digunakan untuk memastikan subsidi ini sampai kepada golongan sasaran yang benar-benar memerlukannya.

draft • 11:50 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sri Aman. Puan Yang di-Pertua, objektif program dan inisiatif kerajaan yang berbentuk subsidi merupakan sebahagian daripada ikhtiar menyeluruh kerajaan untuk menangani isu kos sara hidup rakyat.

Program dan inisiatif yang melibatkan elemen subsidi ini dilaksanakan merentasi pelbagai kementerian dan agensi berdasarkan tanggungjawab kawal selia dan punca kuasa perundangan.

Secara keseluruhannya, program dan inisiatif subsidi kerajaan adalah penting dan berkesan dalam membantu menangani beban sara hidup rakyat. Sebagai contoh, dua kajian yang boleh dijadikan asas untuk membuktikan keberkesanan subsidi dalam menangani kos sara hidup rakyat adalah seperti berikut.

Pertama, laporan yang baru dikeluarkan oleh Khazanah Research Institute tentang keberkesanan bantuan tunai sebagai sebahagian daripada ekosistem perlindungan sosial kepada rakyat Malaysia. Antara dapatan tersebut adalah kesan positif pelaksanaan bantuan tunai telah membawa kepada peningkatan dalam jumlah perbelanjaan keseluruhan dan jumlah perbelanjaan makanan melalui bantuan tunai yang diberikan. Bantuan tunai juga mampu memberikan jaminan sumber pendapatan yang konsisten.

Yang kedua, Kajian Impak Program Payung RAHMAH di bawah KPDN yang telah dilaksanakan oleh ILHAM Centre. Antara dapatan kajian ini antara lain merumuskan bahawa sebanyak 83 peratus responden memberikan pandangan yang positif dan mengetahui tentang Program Payung RAHMAH dan menganggap ia sebagai satu langkah tepat untuk membantu mengurangkan kos sara hidup. Sebanyak 81 peratus responden yang terlibat

draft • 11:50 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

pernah terlibat dalam mendapat manfaat program-program yang dilaksanakan di bawah Payung RAHMAH.

Merujuk kepada soalan Yang Berhormat mengenai mekanisme untuk memastikan subsidi ini sampai kepada golongan sasar, antara langkah yang dilaksanakan adalah banyak menggunakan mekanisme bantuan tunai secara langsung kepada golongan sasar sekarang berbanding dahulu, untuk memastikan mereka yang berkelayakan dan dapat membendung ketirisan.

Yang kedua, penggunaan teknologi untuk memastikan sistem penyampaian yang efisien dan segera. Contohnya, Sumbangan Tunai RAHMAH yang dikreditkan terus ke akaun penerima dan SARA yang menggunakan MyKad. Ketiga, pelaksanaan dasar dan program penyasaran subsidi untuk memastikan ia sampai kepada golongan sasar bersandarkan kepada peruntukan yang disalurkan. Keempat, memperkasa aspek penguatkuasaan untuk membendung isu ketirisan, penyelewengan dan penyeludupan. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sri Aman.

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas penerangan ataupun pencerahan itu tadi. Cumanya jika kita melihat pada realitinya, on the ground lah, tidak boleh dinafikan masih ramai rakyat kita yang hidup dalam kesempitan ataupun dalam keperitan. Berkeadaan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Jadi, soalan saya Yang Berhormat Menteri, apakah bentuk pemantauan dan laporan yang dilakukan untuk menilai keberkesanan program subsidi kerajaan ini secara phases ataupun berskala? Sekiranya terdapat ketidakberkesanan program tersebut, apakah langkah-langkah kerajaan ataupun adakah kita mempunyai langkah alternatif dalam menangani masalah ini? Sekian, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat. Atas sebab itu, khususnya sebagaimana saya sebutkan tadi, program subsidi ini walaupun NACCOL diletakkan di bawah KPDN, namun lapan kluster di bawahnya merentasi pelbagai kementerian dan agensi. Kita memang sentiasa menilai program-program yang dilaksanakan.

Antara langkah yang dilaksanakan adalah dalam reformasi di dalam pemberian bantuan subsidi untuk memastikan sampai kepada golongan sasar. Kalau kita lihat dalam Belanjawan 2025, satu butiran yang diletakkan di bawah Kementerian Kewangan sebanyak RM700 juta tambahan untuk program-program baharu yang dilihat boleh membantu untuk mengurangkan kos sara hidup sebagai tambahan kepada program-program sedia ada.

draft • 11:50 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Dalam kita menambah baik program sedia ada memastikan sampai kepada golongan sasar, kerajaan juga memperuntukkan sejumlah RM700 juta tambahan lagi supaya mungkin ada program yang spesifik kepada kawasan-kawasan tertentu.

Begitu juga pembangunan indikator kos sara hidup. Untuk memastikan program ke depan ini akan menjadi lebih bersasar, melihat bukan hanya kepada keperluan asas rakyat

draft • 12:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

tetapi perbelanjaan yang meliputi kehendak untuk membolehkan rakyat participate ya, partisipasi rakyat dalam masyarakat dengan lebih bermakna lagi.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Krai.

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Pengerusi – Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan kepada soalan-soalan tadi. Saya ingin dapatkan kepastian daripada Yang Berhormat khususnya selepas daripada penyasaran subsidi diesellah pada 10 Jun yang lalu. Berkaitan dengan kenaikan kos sara hidup yang dilaporkan semakin meningkat. Adakah dengan pada pandangan Yang Berhormat dengan penyelesaian ini dapat mengelakkan kos sara hidup ini dapat dielakkan ataupun distabilkan.

Dalam masa yang sama, sekarang ini musim banjir Yang Berhormat di Kuala Krai khususnya dan di Kelantan. Bila kita nak dapatkan harga beras yang sama ada saya tak pasti tempatan ataupun beras campuran, paling murah pun kita dapat dengan harga RM20 untuk lima kilogram. Sedangkan keperluan yang banyak dengan perpindahan Kuala Krai seramai dua ribu lebih penduduk yang terlibat.

Jadi, sudahlah peruntukan kami tidak ada Yang Berhormat – Yang di-Pertua. Jadi, apakah penyelesaian dan pihak kementerian turun ke bawah untuk melihat sendiri kenaikan- kenaikan harga barangan ini dapat diatasi dengan sebaik mungkin. Dalam masa yang sama ialah...

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

...Minyak paket juga tidak ada di pasaran. Adakah memang tidak ada ataupun disembunyikan? Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 12:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Yang Berhormat Kuala Krai, banyak soalan itu. Cuma, yang pertama dari segi minyak masak paket ya, kebetulan ia berkait secara langsung dengan KPDN berbanding beras yang di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian. Kita akui berlakunya ketirisan dalam agihan minyak masak paket ini. Antara immediate pendekatan yang sedang kita laksanakan adalah pertama, kalau dahulu repackers ini menentukan agihan mereka, pemborong dan peruncit.

Tetapi bermula Oktober yang lepas, kita laksanakan secara berperingkat supaya 50 peratus daripada senarai agihan itu, akan ditentukan oleh KPDN untuk memastikan semua tempat-tempat yang kita yakin ia sampai dan dipasarkan itu boleh dimanfaatkan oleh pengguna berbanding sebelum ini, kita serahkan kepada repackers untuk menentukan agihan mereka.

Kedua, kita juga melaksanakan bahawa wajib bermula Oktober yang lepas juga, minyak masak paket akan dijual di semua Program Jualan RAHMAH dan tahun depan kita tingkat Program Jualan RAHMAH mengikut DUN sekurang-kurangnya dua – satu DUN.

Maka, kita akan pastikan sekurang-kurangnya melalui dua pendekatan ini selain tindakan penguatkuasaan untuk membatalkan kuota-kuota bagi repackers yang dilihat terlibat dalam

draft • 12:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

ketirisan, kita memastikan ia wujud di pasaran. Kita terbuka apa-apa pendekatan lain lagi untuk memastikan subsidi ini dapat dimanfaatkan.

Soalan yang disebutkan oleh Yang Berhormat, kita memantau bersandarkan kepada indeks harga pengguna. Namun, kita tahu ya, bahawa berlaku juga disebabkan oleh kekangan ataupun faktor demand and supply berlaku pergerakan harga di tempat-tempat tertentu. Namun, dari segi diesel ini memang ada berlaku pencatutan dan kita telah ambil tindakan tetapi dapatan yang kita terima, kenaikan yang berlaku itu, pergerakan itu kenaikan dan penurunan itu, lebih kepada disebabkan oleh faktor demand and supply. Sekiranya ada maklum balas daripada mana-mana pihak yang dilihat kenaikan disebabkan oleh penyasaran diesel, kita harap dapat memberikan maklum balas kepada kita supaya kita boleh tackle isu itu case by case untuk memastikan ia tidak membebankan pengguna kita. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuan Rushdan bin Rusmi, Padang Besar.

draft • 12:00 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan saya nombor 10.

draft • 12:00 PM

10. Tuan Rushdan bin Rusmi [Padang Besar] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan apakah insentif kekal kepada pemartabat atau pewaris seni seperti pelukis seni tampak dan halus bagi mengekalkan kesinambungan seni tersebut.

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Bismillahi Rahmani Rahim. Sebelum saya menjawab soalan yang dikemukakan, izinkan saya memberikan sedikit makluman.

Selamat pagi semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang dikasihi. 3 Disember tiap-tiap tahun merupakan sambutan Hari Batik Malaysia. Sempena itu, Kraftangan Malaysia sedang menganjurkan Festival Kraf Pesona Tekstil bermula 28 November sehingga 8 Disember, jam 10 pagi sampai 10 malam, bertempat di Kompleks Kraftangan Kuala Lumpur, Jalan Conlay.

Saya menjemput semua Ahli-ahli Yang Berhormat untuk membeli Batik Malaysia yang merupakan identiti kita yang patut dibanggakan. Ahli-ahli Yang Berhormat boleh membeli batik dengan harga RAHMAH. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Iklan sebentar.

Puan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) telah menyediakan beberapa insentif sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada penggiat seni visual tanah air yang telah menyumbang jasa kepada kesinambungan pembangunan seni visual negara.

Antaranya adalah menerusi keahlian artist membership yang memberikan insentif dalam bentuk kewangan di bawah Tabung Bantuan Seni (TBS) yang bertujuan untuk membantu penggiat seni visual tanah air melaksanakan pelbagai program bagi meneruskan kesinambungan mereka dalam berkarya seperti mengadakan pameran, bengkel seni, bicara

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

seni, program seni bersama komuniti dan program-program yang menyemarakkan kelestarian seni visual.

Penyaluran insentif di bawah Tabung Bantuan Seni ini bergantung kepada tujuan program. Impak terhadap kumpulan sasaran serta sumbangan terhadap ekonomi bagi membantu penggiat seni menjana pendapatan yang mampan, LPSVN dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) sedang dalam proses kajian untuk membangunkan modal hak royalti artis terhadap penjualan semula karya seni visual atau artist royalty resell right. Di bawah inisiatif ini, artis akan diberikan hak untuk menerima peratusan harga jualan atau royalti setiap kali karya seni mereka dijual semula. Inisiatif ini juga bertujuan untuk memastikan penggiat seni visual tanah air mendapat manfaat yang berterusan daripada karya seni yang pernah mereka hasilkan.

Selain itu, MOTAC juga turut menyediakan bantuan kewangan kepada penggiat seni visual tanah air melalui penyaluran bantuan kewangan di bawah Jawatankuasa Panel Penilai Kebudayaan (JPPK) dan Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni (KWAKKPS) yang menyediakan beberapa insentif seperti bantuan ihsan, bantuan khairat kematian, bantuan bencana alam dan bantuan perubatan. Sekian, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Padang Besar.

draft • 12:00 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang tuntas, yang menarik. Baru ini saya bersama dengan Persatuan Seni Lukis Perlis dan juga FRIM untuk program melukis menggunakan alatan semula jadi tapi menggunakan alatan moden, termasuk pateri.

Soalan saya apakah inisiatif MOTAC dengan kerjasama Balai Seni Lukis untuk menganjurkan lebih banyak lagi program-program mengetengahkan karya seni tampak moden yang berteraskan identiti warisan bangsa dan juga bagaimana pendirian kementerian untuk perancangan bagi tulisan jawi untuk dimartabatkan terutama pada ASEAN 2025 nanti.

Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Seperti apa yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat, kita lihat balai seni negara kita perlu bekerja rapat dengan juga Jabatan Kraftangan. Ia nya berlaku disebabkan kedua- dua jabatan ini berkait rapat dan saling perlu-memerlukan di antara satu sama lain.

Itu sebabnya pada tahun hadapan, banyak perancangan yang melibatkan pendekatan lapangan iaitu seperti yang telah diutarakan tadi, perlu kita memperlihatkan secara menyeluruh apakah bentuk-bentuk seni ataupun karya yang kita perlu angkat, yang perlu kita perkasakan supaya fokus balai seni itu benar-benar menepati cita rasa penggiat- penggiat artis kita ataupun penggiat-penggiat seni kita.

Kalau kita tidak mampu memahami sebenarnya apa yang diperlukan oleh penggiat- penggiat seni, saya risau objektif ataupun arah yang dimainkan oleh pihak seni visual ataupun Balai Seni dan juga pihak Kraf, mungkin tidak bersesuaian dengan penggiat-penggiat seni.

Saya sedia maklum terhadap cadangan yang disampaikan oleh Yang Berhormat berkenaan dengan seni khat itu, itu memang kita sentiasa perkasakan. In fact, kita ada

draft • 12:00 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

program khusus untuk seni khat. Bukan sahaja di Balai Seni tetapi juga di ASWARA itu sendiri. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini.

Terima kasih, Yang Berhormat .

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 12:10 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Puan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga diputuskan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2025 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 4 Disember 2024, hari esok.” Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Saya mohon menyokong.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 12:10 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

USUL PERKARA TERTENTU BERKENAAN KEPENTINGAN ORANG RAMAI YANG BERKEHENDAK DISEGERAKAN DI BAWAH P.M. 18(1)
MASALAH PEMANDU MABUK

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Yang Berhormat Speaker, saya mendapat maklumat di galeri sana penuh orang dan orang tak dapat masuk. Itu dia orang dia...

[Merujuk kepada pelawat di Galeri Awam] Jadi, saya minta pengurusan Parlimen tolong tengok kenapa galeri kita dia kata orang penuh tapi sebenarnya orang tak boleh masuk, terutamanya daripada Arau dan juga Maran. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk mengemukakan suatu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat seperti berikut.

Bahawa Dewan Rakyat ini memohon supaya membincangkan penyelesaian bagi pemandu mabuk di Malaysia telah ― ya, itu tetamu dari Parlimen Arau... [Merujuk kepada pelawat di Galeri Awam] Perpaduan ummah. Selamat datang. Terima kasih...

[Tepuk] Mereka datang daripada jauh untuk melihat Arau ya.

Bahawa Dewan Rakyat ini memohon supaya membincangkan penyelesaian bagi pemandu mabuk di Malaysia telah menjadi isu serius yang menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat di mana menyebabkan kemalangan jalan raya dan kehilangan nyawa manusia meningkat. Setakat Ogos 2024, sebanyak 1,394 kes kemalangan direkodkan di mana kes penyalahgunaan alkohol menyumbang kepada peningkatan masalah ini.

Statistik dan juga insiden terkini menunjukkan betapa seriusnya masalah ini di mana antara Januari 2021 sehingga September 2024, sebanyak 149 kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk telah didakwa di bawah seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bahkan terdapat keadaan kemalangan jalan raya disebabkan mabuk yang tidak direkodkan kerana diselesaikan melalui luar prosedur undang-undang.

Kerajaan dan Ahli Parlimen lain perlu bersama-sama memperketat dan menambah baik undang-undang sedia ada serta mengenakan hukuman yang lebih tegas terhadap pemandu mabuk sebagai usaha untuk mencegah kemalangan jalan raya dan melindungi keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Dikhuatiri, jika kerajaan tidak tegas dalam isu kesalahan pemandu mabuk, ini akan mencedera dan membunuh rakyat yang tidak berdosa.

Maka, isu ini merupakan perkara tertentu kerana isu pemandu mabuk telah menyebabkan ramai kemalangan dan kematian.

Kedua, perkara ini melibatkan kepentingan orang ramai kerana ia kemalangan akibat pemandu mabuk mengancam nyawa keselamatan awam dan menimbulkan kerugian besar kepada masyarakat.

draft • 12:11 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ketiga, perkara ini perlu disegerakan agar masalah ini perlu diselesaikan segera kerana ia melibatkan keselamatan nyawa, mengurangkan risiko kemalangan maut dan melindungi kesejahteraan masyarakat serta ekonomi negara.

Oleh hal yang demikian, saya merasakan usul 18(1) ini perlu disegerakan untuk dibincangkan kerana melibatkan perkara tertentu iaitu kecederaan dan kematian meningkat disebabkan penyalahgunaan alkohol ketika memandu. Terima kasih.

draft • 12:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menerima satu pemberitahuan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) oleh Yang Berhormat Arau. Teks usul itu adalah seperti yang dibacakan oleh Yang Berhormat Arau sebentar tadi.

Bagi membolehkan perkara ini ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat, sebagai Tuan Yang di-Pertua hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu memenuhi tiga syarat. Syarat yang pertama ialah bahawa perkara itu tertentu.

Syarat yang kedua, ia adalah bagi kepentingan orang ramai dan syarat yang ketiga ialah ia berkehendak disegerakan.

draft • 12:11 PM

Tuan Yang di-Pertua telah meneliti perkara ini dan mendapati bahawa

(a) tertentu ― perkara ini adalah perkara yang tertentu;

(b) berkepentingan orang ramai ― ia adalah bagi kepentingan orang ramai; dan

(c) berkehendak disegerakan ― perkara ini juga perlu disegerakan.

Oleh yang demikian, Tan Sri Yang di-Pertua membenarkan usul ini untuk dirundingkan pada hari ini di Kamar Khas. Terima kasih.

draft • 12:11 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, saya bangun di bawah 19(1)(a). Saya telah menghantar petisyen rayuan sebanyak empat, pada hari Rabu.

Hari ini, hari Selasa. Melebihi dua hari. Dalam peraturannya, kita boleh hantar notis dua hari, tapi saya belum mendapat jawapan, apakah rayuan ini boleh diperbincangkan ataupun tidak, kerana dalam Peraturan Parlimen, rayuan...

draft • 12:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Arau.

Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau.

draft • 12:11 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

draft • 12:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ia dalam pertimbangan Yang Berhormat Tan Sri. Jadi, tunggu jawapan daripada Yang Berhormat Tan Sri. Boleh?

draft • 12:11 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Boleh. Tapi, satu saya nak beritahu Yang Berhormat, dalam peraturan mesyuarat, bahawa rayuan hendaklah didahulukan daripada urusan kerajaan. Oleh kerana saya telah hantar notis empat hari, saya mohon pertimbangan. Ini baik ini untuk supaya disegerakan. Kalau boleh, pada esok hari, empat- empat usul tersebut dapat dibahaskan di Parlimen ini. Terima kasih.

draft • 12:11 PM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2025 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2025 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan ke atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2025 dan Anggaran Pembangunan 2025 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kedua Belas] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft • 12:11 PM
Kepala B.63 [Jadual] – Kepala P.63 [Anggaran Pembangunan 2025] –

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kepala Bekalan B.63 dan Kepala Pembangunan P.63 di bawah Kementerian Pendidikan terbuka untuk dibahas.

Senarai pembahas adalah seperti berikut― 26 orang pembahas. YB Ayer Hitam, YB Indera Mahkota, YB Libaran, YB Jerai, YB Sungai Petani, YB Masjid Tanah, YB Bakri, YB Kuala Kedah, YB Tawau, YB Kulim-Bandar Baharu, YB Igan, YB Baling, YB Rasah, YB Padang Serai, YB Jempol, YB Kuala Krau, YB Ledang, YB Hulu Terengganu, YB Baram, YB Pasir Salak, YB Tenom, YB Tasek Gelugor, YB Kampar, YB Gua Musang, YB Sipitang dan YB Arau.

Jadi, saya menjemput Yang Berhormat Ayer Hitam.

draft • 12:11 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Terima kasih Puan Pengerusi kerana membenarkan saya untuk berbahas di peringkat jawatankuasa bagi belanjawan di bawah Kementerian Pendidikan.

Saya mulakan di bawah Butiran 030000 – Operasi Pendidikan, iaitu Butiran 030200 – Pendidikan Rendah dan Butiran 030300 – Pendidikan Menengah.

Sepertimana yang kita sedia maklum, pada 26 Oktober 2017, ketika itu Barisan Nasional yang memerintah, satu keputusan telah dibuat untuk membenarkan pembinaan SJK(C) 10 buah yang baharu dan enam telah dibenarkan berpindah. Saya rasa dalam mana- mana kerajaan, suatu keputusan yang telah dibuat oleh mantan Menteri, dia sepatutnya ada kesinambungan dari segi dasar. Jadi, atas dasar ini, saya ucapkan terima kasih kepada pihak kementerian kerana telah memberi jawapan bertulis kepada saya. Tapi, ada beberapa rayuan yang ingin saya kemukakan di Dewan yang mulia ini.

draft • 12:18 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Pertama, SJK(C) Kuek Ho Yao. Sebenarnya, majlis pecah tanah telah diadakan pada Mac 2018. Mantan Menteri dari Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik pun kata kalau sudah ada upacara pecah tanah, kita akan teruskan. Jadi, oleh kerana mereka juga merayu dan baru-baru ini, Yang Berhormat Menteri Pendidikan minta mereka kemukakan pelan terbaru.

Untuk makluman Menteri, mereka telah kemukakan pada bulan Ogos. Kalau perkara ini dapat disegerakan, sebab saya nampak dana yang mencukupi RM12 juta telah pun dikutip. Tidak menjadi masalah. Saya rasa untuk pelaksanaan ini, kita kena dapat green light daripada kementerian. Saya merayu sangat kepada Menteri supaya perkara ini dapat disegerakan.

draft • 12:18 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Kedua, begitu juga SJK(C) Sim Mow Yu. Saya nak beritahu, sekolah ini dulu masa PH 1.0 mengatakan sekolah ini tak perlu dan kerana terlalu dekat dengan SJK(C) Ladang Grisek yang kita mulakan zaman kita. Setakat ini, sekolah ini, SJK(C) Ladang Grisek yang dipindah daripada Tangkak terus ke Johor Bahru, sudah penuh 720 orang pelajar dan ada 50 yang menunggu di luar. Bermaksud, ada keperluan kerana kawasan ini mengalami pembangunan pesat.

Saya sekali lagi merayu kepada pihak kementerian, pihak Menteri, kita sama-sama cari formula untuk bantu. Kan Barisan Nasional juga sebahagian daripada kerajaan yang ada sekarang. Jadi, kesinambungan kerajaan, tak kira kerajaan mana, dulu hingga hari ini. Kita sepatutnya berpandukan kepada keputusan yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan as a whole.

Jadi, saya terus kepada sebuah, satu lagi rayuan daripada kawasan saya. Yang Berhormat Menteri, saya rasa pihak kementerian telah menerima satu permohonan perpindahan sekolah SMPC di mana sekolah ini nama dia Sekolah Menengah Yong Peng

(Yong Peng High School) yang telah dikemukakan kepada kementerian, kepada Bahagian Pendidikan Swasta. Apa yang diperlukan ialah supaya permit untuk pindah dalam kawasan Yong Peng juga, kawasan saya kerana tanah itu 0.22 ekar. 9,500 kaki persegi sahaja untuk menampung lebih daripada 500 orang.

Saya rasa, sebagai wakil rakyat kawasan ini saya merayu supaya perkara ini dapat disegerakan. Cuma menunggu keputusan daripada pihak kementerian. Sebab apa? Dana telah dikutip, RM30 juta. Kawasan Yong Peng, dapat kutip RM30 juta kerana bekas pelajar semua nak jadikan sekolah ini yang memang dalam keadaan daif dan kita nak sama-sama membangunkan agenda membantu kerajaan.

Jadi, saya merayu sangat kerana saya pernah berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 9 April dan selepas itu Perdana Menteri telah mengutuskan sepucuk surat kepada Yang Berhormat Menteri dalam sekitar Jun. Saya berharap perkara ini dapat kita teruskan perbincangan dan mencari penyelesaian. Inilah kawasan saya, inilah rayuan daripada kawasan Ayer Hitam ini.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Seterusnya, di bawah Butiran 050100 — Latihan Pra Perkhidmatan. Saya tertarik dengan program PISMP. Memang betul, PISMP ini menghasilkan guru yang berkualiti. Kita ada PISMP terus daripada ambilan SPM. Pada tahun 2010, pada 10 Jun telah diumumkan iaitu keputusan secara khas untuk Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan juga UEC.

Ambilan khas.

Tetapi, selepas lebih daripada 14 tahun, boleh tak Yang Berhormat beritahu bahawa kita tak nampak ruang lagi iaitu berapa jumlah pengambilan setakat ini untuk STAM ataupun UEC. Ini memang campur dengan apa? Campur dengan SPM cert. BM kena kredit dan campur dengan Sejarah dan bahasa Inggeris. Jadi, saya rasa itu tidak menjadi masalah.

Seterusnya, di bawah Butiran 00102 — Rendah Akademik. Ini saya merujuk kepada jawapan Menteri, “Sehingga 31 Oktober 2024, kementerian telah menyalurkan peruntukan menyelenggara sebanyak RM19.49 juta kepada 417 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, SK berstatus sekolah kerajaan dan sebanyak RM44.33 juta sumbangan bantuan kepada 686 buah SJK(C) SBK (Sekolah Bantuan Kerajaan). Manakala, RM62.09 juta sumbangan penyelenggaraan tandas telah disalurkan kepada 887 buah SJK(C) SBK berstatus sekolah bantuan kerajaan”.

Saya melihat dari segi komposisinya kepada tandas ini, RM62 juta. Kepada penyelenggaraan, RM63 juta. Jadi, saya merayu supaya tengok balik struktur ini. Tidak semua sekolah memerlukan tandas yang kata orang, keperluan mengikut tempat mungkin berlainan. Boleh tak diberi kelonggaran? Saya rasa SBK ini sejak dulu kalau kita berikan kepada mereka peruntukan, mereka akan tentukan keperluan dia dengan garis panduan yang ada.

Jadi, saya nampak ada satu perkara yang perlu saya bincang di sini juga. Kita lihat saban tahun...

draft • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan Yang Berhormat.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Last, last. Last. Saban tahun, Perdana Menteri menambah peruntukan. RM1 bilion yang diberikan kepada Kementerian Pendidikan untuk dua, tiga tahun ini ditambah dengan RM1.4 juta khas penyelenggaraan untuk sekolah. Bermaksud, lebih daripada RM1 bilion. Adakah ini sebahagian over above daripada peruntukan yang diberikan, untuk dua tahun? Adakah tahun depan juga akan diberikan? Kalau tidak, agihan ini, kalau tidak over and above, kita buat tandas. Akhirnya, pecahan 50:50 akan menyebabkan ada sekolah yang tidak dapat memenuhi keperluan mereka.

Sebagai penghujungnya, saya ingin melihat supaya agihan ini biar untuk semua sekolah mengikut keperluan. Kita minta supaya Menteri memperihalkan perkara ini untuk kebaikan semua pelajar di sekolah. Sekian, terima kasih.

draft • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. Saya jemput Yang Berhormat Indera Mahkota.

draft • 12:20 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

draft • 12:25 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pengerusi.

draft • 12:25 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Butiran 030000 — Operasi Pendidikan bersekali dengan Butiran 030400 — Pendidikan — Butiran 030300 — Pendidikan Menengah dan Butiran 040500 — Majlis Peperiksaan Malaysia

(MPM).

Tuan Yang di-Pertua, saya pernah mengalami derita banjir ketika saya muda. Pernah dua minggu berpindah di Sekolah Kebangsaan Bandar Mentakab bersama arwah ayah dan ibu, kebetulan kedua-duanya guru dan adik-beradik saya. Habis segala harta di rumah termasuk peralatan sekolah dan kita menggunakan perahu untuk bergerak. Saya faham derita anak-anak kita, anxiety mereka dan stress kerana berpindah, tak sempat selamatkan barang termasuk peralatan sekolah dan nota peperiksaan SPM. Yang paling utama ialah stress untuk menyelamatkan nyawa.

Ketika Yang Berhormat Putrajaya menjadi Menteri Pendidikan, kita pernah mengadakan SPM sidang kedua. Pada tahun 2021, ada sidang kedua pada tahun berikutnya akibat COVID-19. Pada tahun 2021, pernah ada sidang kedua pada tahun 2022 kerana sebahagian calon SPM contohnya di Pasir Mas, lebih kurang 708 orang tidak dapat mengikuti peperiksaan.

Saya memuji Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya para pegawai, guru-guru yang bekerja siang dan malam bertungkus-lumus untuk meneruskan peperiksaan pada hari ini. Ada yang terpaksa naik trak bomba, berpindah dan sebagainya. Tetapi, kepada anak- anak kita yang mengambil peperiksaan, kami di sebelah sini menghulurkan rasa empati atas derita yang mereka lalui. Saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri dan kepada kerajaan. Apakah tidak mungkin agar calon SPM yang terkesan dengan banjir ini dibenarkan untuk menduduki sidang kedua SPM pada masa yang sesuai?

[Tepuk] Ada di kalangan anak-anak kita yang terkesan tetapi dia nak terus mengambil peperiksaan kerana dia mampu. Mungkin dia dipindahkan ke asrama atau dia menumpang di rumah saudara-mara dan sebagainya. Yang ini, bolehlah mereka meneruskan kerana mereka nak cepat selesai SPM. Tetapi memang ada yang terkesan dan tak mampu nak mengambil peperiksaan atas sebab-sebab yang saya jelaskan tadi kerana tidak mempunyai keadaan fizikal, psikologikal yang sesuai. Jadi, yang terkesan dan memang tak mampu ini yang kita cadangkan apakah tidak mungkin dibenarkan mereka menduduki sidang kedua SPM.

Yang ini Tuan Yang di-Pertua —Tuan Pengerusi.

[Ketawa] Tidak ada kena mengena sama ada nak tangguh semua sebab kita bukan nak tangguh semua. Hanya untuk mereka yang terkesan. Dia juga tidak begitu relevan dengan soal lambat, sempat dan sebagainya untuk memohon kepada IPT. Tuan Pengerusi, kalau SPM dah tak lepas, nak masuk IPT mana?

draft • 12:25 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Butiran yang kedua yang ingin saya timbulkan ialah berkaitan dengan sukan. Butiran 060600 — Bantuan Sukan dan Butiran 062000 — Pengurusan Sukan. Spesifik kepada soal multilateral physical development atau multilateral sports development, dengan izin.

draft • 12:25 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Multilateral physical development adalah asas atau foundation untuk kejayaan dalam pelbagai sukan. Kebetulan Menteri Belia dan Sukan pun ada pada masa ini. Kementerian Pendidikan Malaysia bertanggungjawab untuk benar-benar menyediakan bakat-bakat sukan yang kemudian akan disambut lah oleh KPT, oleh KBS dan sebagainya. Tetapi sejauh mana multilateral physical development ini digunakan supaya kita melahirkan bakat yang terurus secara optimum sejak awal.

Sebagai contoh, dia mungkin berminat bermain bola sepak tetapi dia sebenarnya separa kaki bangku. Dia lebih bagus menggunakan tangan. Jadi, dia lebih baik dia ini disalurkan bermain netball. Tetapi kalau nak main bola juga, mungkin dia goalkeeper. Dia jangan lah perasan nak jadi striker. Itu maksud saya.

Ini boleh dikenal pasti saya difahamkan kalau multilateral physical development ini, kita buat betul-betul daripada peringkat asas yakni di peringkat sekolah kebangsaan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Saya jemput Yang Berhormat Libaran.

draft • 12:30 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi kerana memberi saya peluang dalam mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebelum itu, saya bagi laluan dulu lah kepada Yang Berhormat Shah Alam.

draft • 12:31 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Libaran.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebenarnya, saya nak mencelah tetapi sebelum saya mencelah, dia dah bagi laluan dulu.

[Ketawa] Terima kasih saya ucapkan. Saya ingin mengajak rakan-rakan Ahli Dewan yang mengalu-alukan kehadiran rombongan Wanita Peduli Shah Alam dan Persatuan Penjaja Peniaga Kecil Kota Anggerik ke Parlimen Malaysia.

[Tepuk] Libaran, saya nak sambut sedikit daripada Indera Mahkota tadi tentang banjir ya, suasana banjir yang mengganggu urusan peperiksaan. Semalam, Yang Berhormat Menteri ada menyebut untuk mempertimbangkan cadangan mengalihkan sesi pembelajaran kita di luar musim tengkujuh. Maksudnya peperiksaan itu. Di banyak negara luar seperti Jepun, Amerika, Australia, Mesir, India, sesi persekolahan mereka bukan daripada Januari ke Disember tetapi di pertengahan. Mungkin April hingga Mac ataupun Jun hingga Mei tahun berikutnya. Jadi, ini di luar daripada musim tengkujuh di mana peperiksaan selalu diadakan di akhir-akhir musim persekolahan.

draft • 12:31 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Setuju kah Libaran kalau kita minta Menteri dan kementerian pertimbangkan sejujur- jujurnya, sebenar-benarnya, bukan sekadar ambil cadangan lalu sahaja. Terima kasih.

draft • 12:31 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya bersetuju seperti apa yang dikatakan. Mohon dimasukkan dalam perbahasan ini. Yang Berhormat Pengerusi, bagi Butiran 03700 bagi tahun 2025, Program Pembangunan Luar Bandar Sabah dan Sarawak dan Butiran 03504 – Infrastruktur Sokongan Persekolahan.

Saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai pecahan program tersebut dan perincian mengenai peruntukan yang telah disediakan terutamanya bagi negeri Sabah. Saya menyambut baik hasrat kerajaan untuk mencapai sasaran sifar sekolah daif menjelang tahun 2029.Di kawasan saya terdapat 16 buah sekolah yang daif dan amat memerlukan perhatian daripada kerajaan.

Sekolah-sekolah seperti SK Sakilan Desa dan juga SK Gum Gum Kecil menghadapi masalah infrastruktur seperti bangunan yang lama. Pada masa yang sama, sekolah tersebut juga menghadapi masalah kekurangan kemudahan asas seperti tandas dan bekalan air bersih. Para pelajar di SK Tanjong Pisau dan SK Sungai Manila pula mereka terpaksa menggunakan kabin usang yang mengalami masalah pendawaian elektrik sebagai kelas pembelajaran.

Keadaan di sekolah-sekolah tersebut adalah tidak kondusif untuk para pelajar bagi menumpukan perhatian pembelajaran. Mereka juga terpaksa menghadapi dan dengan risiko keselamatan memandangkan bangunan tersebut adalah tidak selamat digunakan. Oleh yang demikian, saya ingin memohon agar kementerian dapat meneliti sekolah-sekolah tersebut serta menjadikan ia sebagai senarai keutamaan negeri pada tahun 2025.

Yang Berhormat Pengerusi, Butiran 030000 – Operasi Pendidikan dan Butiran 040000 – Pengukuhan Operasi Pendidikan. Saya mengambil maklum mengenai cadangan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri bagi memansuhkan ujian serta pembelajaran berorientasikan peperiksaan. Saya ingin mencadangkan kepada kementerian agar cadangan tersebut tidak dilaksanakan.

Ujian seperti UPSR di peringkat sekolah rendah adalah penting bagi mengenal pasti tahap penguasaan 3M dan pencapaian akademik seorang murid. Hasil daripada ujian tersebut juga boleh digunakan bagi proses penempatan ke sekolah menengah ataupun sekolah berasrama penuh.

Saya berpandangan kaedah pentafsiran semasa yang digunakan bagi menilai pelajaran adalah kurang sesuai. Tidak semua sekolah mempunyai sumber yang mencukupi untuk melaksanakan penaksiran berasaskan sekolah dengan efektif terutamanya di kawasan pedalaman Sabah. Guru-guru juga menghadapi beban tambahan dalam menyediakan penaksiran berterusan yang mungkin menjejaskan fokus kepada pengajaran.

Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan agar kementerian menggunakan semula UPSR sebagai satu kaedah penilaian akademik. Subjek yang perlu untuk UPSR pula dikurangkan kepada Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik. Pada masa yang sama, pembelajaran berasaskan inquire and exploration serta pentaksiran bagi

draft • 12:31 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

perkembangan pelajar berasaskan kaedah tersebut boleh dilaksanakan tetapi ianya hanya terpakai kepada subjek-subjek tertentu seperti Sains serta Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Dengan cadangan ini, penilaian terhadap penguasaan akademik serta perkembangan pelajar dapat dilaksanakan dengan holistik. Dengan cara ini juga, kementerian dapat mengurangkan tekanan kepada murid dan seterusnya menggalakkan mereka ini untuk seronok ke sekolah.

YB Pengerusi...

draft • 12:31 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 12:31 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Saya berharap agar cadangan-cadangan yang telah dikemukakan dapat diperhalusi oleh kerajaan bagi mengatasi masalah semasa. Isu-isu yang diketengahkan juga bukan satu isu yang baharu tetapi isu yang masih belum dapat disempurnakan. Serangkap pantun untuk Menteri Pelajaran.

Bunga mawar tumbuh di taman, Harumnya wangi menyentuh jiwa, Kerajaan perlu memberikan sokongan, Agar pendidikan milik semua.

[Tepuk] Sekian, terima kasih.

draft • 12:31 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Libaran. Saya jemput Yang Berhormat Jerai.

draft • 12:31 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 010300 – Pembangunan Infrastruktur iaitu berkenaan dengan pembinaan sekolah baharu sebanyak 44 buah pada tahun 2025 berbanding 26 buah pada 2024. Soalan saya nyatakan kos 44 buah tersebut? Berapakah yang tersenarai daripada jumlah tersebut yang dibina di negeri Kedah?

Dalam jawapan YB Menteri dalam perbahasan dasar, 75 projek fizikal diserahkan pada 2024. Soalan, sejauh manakah 75 projek tersebut dapat mengelak dari kelewatan dan lebih malang lagi jika terdapat projek yang dikategorikan itu menjadi projek sakit memandangkan projek sakit yang dimaklumkan melebihi 20 peratus?

Tuan Pengerusi, kita sedia maklum banyak sekolah terkesan dengan banjir. Saya mohon agar kementerian dapat mengeluarkan satu pelan untuk segerakan peruntukan bagi menyelenggarakan sistem perparitan, bumbung dan pendawaian elektrik pasca banjir.

Seterusnya Tuan Pengerusi, Butiran 030300 – Pendidikan Menengah. Baru-baru ini, saya mendapat jawapan Menteri berkait dengan tulisan jawi akan mula disemak semula pada tahun 2027 dan pelaksanaannya pada tahun 2031. Terima kasih atas jawapan dan saya mewakili suara di lapangan amat berharap pelaksanaannya dapat memartabatkan tulisan Jawi kepada generasi pelajar.

draft • 12:38 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Soalan saya, adakah tulisan Jawi yang akan distandardkan dalam kurikulum baharu nanti dimasukkan dalam mata pelajaran yang sama, yakni Pendidikan Islam atau dalam Bahasa Melayu seperti yang diamalkan di awal pengenalan Jawi untuk semua kaum?

Seterusnya, Butiran 00201 – Menengah Akademik. Pendidikan STEM. Berlaku kurangnya minat untuk pelajar memilih bidang ini. Saya ingin mengetahui dan penjelasan.

Adakah kementerian mempunyai perancangan bagi membangunkan platform bersepadu STEM merentas kementerian. Misalnya mempromosi laluan pendidikan berteraskan sains, teknologi dan inovasi (STI)?

Soalan seterusnya, tahun 2024 bajet untuk STEM RM100 juta tapi 2025 tiada dimasukkan. Apa sudah berlaku dan minta penjelasan. Seterusnya Tuan Pengerusi, Butiran 01700 – Program Pembangunan Kurikulum. Kementerian saya percaya, kekal dengan pendirian menggunakan PBS yang dikatakan lebih holistik. Rakyat hingga saat ini belum dapat penerangan secukupnya atau rakyat cukup terkesan dengan pencapaian di peringkat sekolah rendah dan menengah bawah.

Soalan saya, sejauh manakah usaha kerajaan dalam memperkasa kerangka PBS seperti yang mana yang dibangkitkan oleh Libaran yang tidak setuju sama sekali? Setidaknya menepati contoh luar negara seperti yang dinyatakan oleh Menteri. PBS ataupun PBD perlu menitikberatkan soal saiz kelas yang mana pelajar dalam setiap kelas perlulah kecil dengan maksimum 25 orang sahaja.

Yang terakhir, Butiran 04000 – Pengukuhan Operasi Pendidikan. Saya juga seperti mana Indera Mahkota bersetuju untuk kita adakan sidang kedua bagi pelajar yang terkesan dengan banjir kerana Timbalan Perdana Menteri juga mengatakan banjir kali ini lebih teruk daripada 2014. Saya juga memahami wujudnya Pekeliling menghadapi Monsun Timur Laut

(MTL). Namun, perlu ada kelonggaran terhadap mereka yang teruk terkesan. Jangankan emosi dan persediaan mental, cukuplah dengan melihat buku dan alat peperiksaan yang hanyut dibawa air menggambarkan betapa tidak bersedianya mereka menghadapi peperiksaan.

Pekeliling yang digunakan kerajaan dilihat tidak mencukupi untuk memastikan anak- anak ini cukup bersedia menghadapi peperiksaan. Saya mencadangkan kementerian perlu wujudkan pelan kontingensi yang lebih fleksibel termasuk penjadualan semula peperiksaan di kawasan terjejas. Pelan ini juga perlu melibatkan perancangan tuntas memastikan peperiksaan besar seperti SPM ini tidak lagi berada dalam musim tengkujuh sepertimana yang disebut oleh beberapa orang Ahli Parlimen.

Saya juga ingin mengetahui adakah kerajaan mempunyai perancangan sekiranya berlaku pertambahan kadar ketidakhadiran calon SPM bagi tahun ini? Adakah kerajaan berpendirian lebih 5,000 pelajar SPM ini sebagai kos lepas kerana masih ada 300,000 pelajar? Saya berharap kementerian dapat mengambil tindakan proaktif untuk memastikan hak pendidikan pelajar sentiasa terjamin walau dalam apa jua keadaan.

Sekian, Pengerusi.

draft • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Petani.

draft • 12:40 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tahniah diucapkan kepada Kementerian Pendidikan kerana menerima bajet yang besar daripada kerajaan iaitu RM64.1 bilion. Saya ingin menyentuh Butiran 00201 – Menengah Akademik. Seperti yang semua tahu, kawasan saya Sungai Petani mempunyai populasi yang cukup besar. Hampir setengah juga penduduk dan kesemua penduduk itu hampir kesemuanya adalah daripada keluarga yang productive age. Masih muda, anak-anaknya masih bersekolah. Kita lihat memang amat-amat perlu di kawasan Sungai Petani. Perkara ini telah beberapa kali telah saya bangkitkan bahawa perlu adanya pembinaan sekolah baharu di kawasan Sungai Petani.

Saya ingin bertanya kepada kementerian. Daripada peruntukan yang telah diumumkan, apakah status terkini mengenai pembinaan SMK Seri Pinang yang akan mengurangkan beban sekolah dan juga guru-guru? Kalau adanya SMK Seri Pinang ini maka lebih ramai pelajar-pelajar dapat masuk ke sini dan cover banyak area di kawasan tersebut khususnya di kawasan Bandar Puteri Jaya. Difahamkan bahawa isu pembelian tanah ini masih belum selesai. Jadi, saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada Butiran 010100 – Pengurusan Am dan Butiran 010400 – Pengurusan Sumber Manusia. Kita lihat bahawa masalah beban kerja guru bukanlah isu baharu tetapi ia terus menjadi cabaran besar dalam sistem pendidikan negara. Guru-guru dibebani dengan tugas pentadbiran yang berlebihan seperti menyediakan laporan, dokumen pemantauan dan rekod harian. Walaupun kementerian telah memperkenalkan tujuh teras untuk mengurangkan beban guru tapi saya ingin bertanya, apakah outcome atau apakah hasil daripada perkara tersebut?

Saya ingin bertanya kepada Menteri, apakah langkah yang telah diambil dan akan diambil oleh KPM untuk terus mengurangkan kerja dan juga beban guru khususnya di kawasan-kawasan yang padat dengan pelajar dan padat penduduk? Seperti kawasan saya, satu kelas sehingga 40 pelajar. Ini adalah tidak ideal untuk proses pembelajaran itu sendiri.

Jadi, saya mohon pencerahan daripada pihak kementerian.

Saya ke Butiran 020100 – Dasar Pendidikan. Sistem pendidikan negara kita telah mengalami perubahan besar dengan pemansuhan peperiksaan seperti UPSR dan PMR atau PT3. Perkara ini saya telah bangkitkan dalam ucapan sebelum ini namun saya ingin mengulangi lagi perkara ini. Apakah respons kementerian terhadap perkara ini? Saya lihat jawapan Menteri bahawa tekanan yang dibebani oleh pelajar-pelajar ini salah satunya untuk kita menangani perkara tersebut, kita hilangkan peperiksaan. Tetapi, tekanan yang terkawal adalah sebahagian daripada proses pembelajaran yang membantu pelajar membangun kemahiran pengurusan masa, daya tahan dan pemikiran kritikal. Itu yang paling penting.

draft • 12:44 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Walaupun saya menyedari dan mengakui kebaikan pemansuhan dalam konteks perancangan pendidikan jangka panjang namun Malaysia sebenarnya jauh daripada bersedia untuk melaksanakan pendekatan ini. Kita memerlukan reformasi yang menyeluruh dalam pelbagai aspek pendidikan termasuk kurikulum, latihan guru dan penilaian berterusan yang lebih komprehensif. Dengan cara ini barulah langkah untuk memansuhkan peperiksaan menjadi sustainable untuk masa depan.

Banyak kita lihat memberikan contoh seperti di Finland. Tiada peperiksaan formal sehingga umur 16 tahun tetapi berbeza negara Finland dan negara kita. Finland itu guru- gurunya telah dibekalkan dengan kurikulum yang cukup dan bersedia untuk membuat pentaksiran yang baik dan guru-guru di sana juga menggunakan skala gred kosong hingga 10 di mana gred empat dianggap gagal, gred empat ke bawah.

Kita lihat, kita tidak boleh menyalahkan semata-mata kementerian kini sebab sebenarnya kalau kita lihat pemansuhan PT3 dan juga UPSR ini telah pun dimansuhkan pada zaman Kerajaan Perikatan Nasional lagi. Jadi, saya harap supaya kementerian hari ini dapat berbincang dengan baik apakah solusi untuk kita memastikan tidak ada keciciran dalam kalangan pelajar kita.

Terakhir Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh pertamanya, saya ingin mengucapkan takziah kepada seluruh mangsa-mangsa banjir yang sedang mengalami – yang sedang ingin untuk mengambil exam atau ujian SPM. Saya ingin bertanya, apakah pelan kontingensi yang dibuat oleh kementerian? Saya faham bahawa kementerian telah pun mendapatkan nasihat daripada NADMA dan juga METMalaysia bahawa ujian ini perlu diteruskan. Kalau kita lihat yang terkesan itu hanyalah satu peratus – 1.3 peratus iaitu sebanyak 5,300 pelajar.

Akan tetapi, saya ingin bertanya, apakah nasib 5,300 pelajar ini? Apakah garis panduan yang telah dibuat oleh kementerian agar 1.3 peratus ini tidak tercicir ataupun tidak memberi kesan negatif terhadap keputusan-keputusan mereka? Saya ingin...

draft • 12:44 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

draft • 12:44 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Saya ingin juga bertanya, apakah kerajaan bercadang untuk nanti kita tukar atau ubah takwim di masa yang akan datang supaya kita tidak lagi buat ujian SPM ini di musim tengkujuh? Kalau kita lihat pada tahun 2019, sebenarnya Jadual Peperiksaan SPM 2019 itu telah pun diawalkan kemudian tidak jadi, jadi di hujung tahun. Jadi, apakah ada pelan untuk ubah jadual tersebut? Saya harap bahawa perkara ini dapat kita ambil sama-sama iktibar ini dan janganlah kita maki hamun atau cerca.

draft • 12:44 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Saya lihat di internet bagaimana Menteri dan kementerian dicerca dengan teruk seolah-olah ini adalah suatu perkara yang amat-amat dahsyat. Kementerian menzalimi pelajar-pelajar ini. Saya faham apa yang sedang dilakukan oleh kementerian tapi saya harap agar kementerian dapat menjelaskan dengan sebaik mungkin, apakah langkah mitigasi dan

draft • 12:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

garis panduan yang cuba untuk dilaksanakan oleh kementerian agar difahami oleh semua termasuklah guru-guru, pelajar dan ibu bapa. Terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Saya jemput Yang Berhormat Masjid Tanah.

draft • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Saya ingin menyentuh di Butiran 030300 — Pendidikan Menengah dan Butiran 040200 — Pentaksiran dan dibaca bersekali dengan Butiran 040500 — Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Yang Berhormat Pengerusi, saya merakamkan ucapan kesedihan dan juga bersimpati di atas apa yang berlaku pada musibah banjir yang sedang melanda beberapa negeri. Tatkala anak-anak sedang berhadapan dengan peperiksaan SPM dan lagi-lagi di negeri Kelantan, sangat teruk dan jumlah di negeri Kelantan lebih kurang dalam 3,100 daripada keseluruhan jumlah lebih 400,000 lebih pelajar yang akan berhadapan dengan SPM. Saya sebenarnya Yang Berhormat Pengerusi, saya amat kecewa dengan pendirian Yang Berhormat Menteri yang rasa hilang empati terhadap situasi calon-calon yang terkesan disebabkan oleh musibah banjir.

Yang Berhormat Menteri sepatutnya, sewajarnya mendengar dan juga memahami keadaan calon yang terkesan dan membenarkan untuk sesi kedua SPM ini diadakan khususnya untuk mereka yang terkesan dan bukan semua tapi yang terkesan sahaja sebagaimana yang telah disentuh oleh sahabat saya, Yang Berhormat Indera Mahkota sebentar tadi. Saya setuju sangat dengan cadangan Yang Berhormat Indera Mahkota.

Benda sebenarnya benda boleh buat, benda boleh diikhtiarkan, benda boleh dilakukan tapi bayangkan Yang Berhormat, mereka terpaksa menyelamatkan anak-anak ini, calon ini berhadapan melawan arus yang deras dan nasib baik yang ramainya selamat, semuanya selamat. Alhamdulillah.

Ada trak ATM yang dalam on the way nak ambil anak-anak ini, calon SPM dan mereka tergelincir. Bayangkan kalau anak-anak itu berada dalam trak? Dah tak pasal-pasal Yang Berhormat Menteri kena jawab. Sebab itulah saya tengok dalam video yang tular di sosial media oleh Kosmo! Online, adik Nur Arina bersama dengan ibunya, sedih.

Macam mana dia menunggu bot lama dan dalam kesejukan dan sedih. Dia risau kawan dia tak dapat dijumpai, tak dapat dikesan. Dia risau dan sempat lagi dia menitipkan Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat sekalian, dia menitipkan pesanan untuk Kementerian Pendidikan, tahun hadapan, tolonglah pertimbangkan supaya adik-adik calon SPM tahun depan tak mengalami nasib sebagaimana yang dialami dan itu saya sangat sedih sekali.

Anak berusia 17 tahun tetapi boleh fikir tentang keadaan calon SPM pada tahun hadapan tetapi Yang Berhormat Menteri? Sebab itulah Yang Berhormat-Yang Berhormat, saya ada membaca Jurnal Kesan Psikologi Terhadap Mangsa Banjir 2006-2007 sewaktu di Johor yang telah pun diterbitkan pada tahun 2012 yang menyatakan bahawa antara dapatan

draft • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

yang diperoleh kajian tersebut adalah memang kesemua mangsa banjir ini akan melalui satu proses emosi, tekanan, sedih dan sebagainya dan banyak lagi perkara. Yang rasa tak ada harapan, putus asa, kecewa dan sebagainya.

Kajian tersebut menyatakan bahawa dalam banyak-banyak antara lelaki dan wanita, percentage wanita itu yang terkena, terkesannya adalah lebih tinggi berbanding dengan mangsa banjir lelaki dan sebab itu Yang Berhormat Pengerusi, bagaimana emosi anak-anak ini hendak dibandingkan dengan calon yang tidak terkena banjir? Kita tak minta untuk semua pun, nak adakan semua, tidak. Hanya mereka yang terkesan dan mereka boleh buat pilihan sebagaimana yang telah pun dilakukan sewaktu Yang Berhormat Putrajaya, kebetulan Yang Berhormat Putrajaya ada di sini. Yang Berhormat Putrajaya mungkin boleh jawab bagaimana dia lakukan sewaktu COVID-19, sewaktu banjir.

Saya ingat lagi, 708 orang sebagaimana yang telah disentuh oleh Yang Berhormat Indera Mahkota. Di Pasir Mas, ada dua sahaja mata pelajaran Bahasa Malaysia dan juga Bahasa Inggeris.

draft • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Silakan.

draft • 12:50 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Masjid Tanah, saya pantang orang petik nama saya ini.

[Ketawa] Pertama sekali, sepertimana yang disebut. Saya lihat di luar sana, ada yang gunakan alasan kata masa Putrajaya pun tak ditangguhkan. Betul, tak ditangguhkan semua, keseluruhan. Waktu COVID-19, kita tangguhkan tiga kali kerana COVID-19 tetapi kita ada sidang kedua. Ini untuk membantu calon-calon yang terkesan.

Jadi sebab itu, saya dah sebut banyak hari dah, jalan paling baik kepada KPM, ini baru gelombang pertama banjir. Kalau datang gelombang kedua dan sebagainya? Buat sidang kedua. Tak ada masalah. Kita dah buat dua tahun pun sidang kedua ini dan berjalan dengan baik dan insya-Allah, kalau dilaksanakan pendekatan yang sama, boleh mencapai objektif yang sama. Terima kasih.

draft • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Itu antara pengalaman yang telah pun...

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Putrajaya, minta celah sikit. Tahun ini tak ada yang tercicir, macam mana nak buat sidang kedua?

draft • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Saya minta maaf, saya tak bagi. Kampar, saya tak ada masa. Saya tak nak.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Bukan. Saya minta tanya sahaja.

draft • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Menteri, saya dah hantar surat kepada Yang Berhormat Menteri semalam daripada saya sebagai Ketua Srikandi BERSATU Malaysia.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tahun ini tak ada yang tercicir, macam mana nak buat sidang kedua?

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kampar, sila duduk.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tahun ini semua, semua hadir...

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kampar, ini masa Yang Berhormat Masjid Tanah.

draft • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Janganlah kacau.

draft • 12:50 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Sibuklah.

draft • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Saya dah bagi surat kepada Yang Berhormat Menteri untuk ditangguhkan kepada sidang kedua dan juga untuk dibantu peralatan sokongan kepada pelajar-pelajar mangsa banjir ini. Saya harap dapat perhatian Yang Berhormat Menteri.

Begitu juga saya setuju dengan cadangan daripada Shah Alam, saya setuju dengan cadangan daripada Sungai Petani sebentar tadi tentang takwim itu. Takwim itu ditengok semula sebagaimana yang telah pun dilakukan oleh Putrajaya. Putrajaya dah fikir dah benda ini tiga tahun dulu dan saya nak tanya sekali. Yang terakhir, saya nak bertanya, adakah KPM seolah-olah tidak mengendahkan untuk diadakan sesi sidang kedua disebabkan oleh kerana tidak adanya stok soalan ataupun backup soalan yang disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Nak tanya sahaja, ya ataupun tidak?

Sebab saya lihat macam ada sesuatu di situ. Jadi, saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat, peraturan mesyuarat.

Yang Berhormat Speaker, 44. Jadi kebiasaan sekarang ini Yang Berhormat, setiap kami berbahas di sini, Kampar akan bangun mengganggu dan Speaker seolah-olah membenarkan dan tidak menegur.

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Adakah saya membenarkan? Saya sudah menegur tadi.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tidak menegur dan tidak diambil tindakan. Dia bukan sekali, setiap kali kami berbahas di sini, diganggu oleh Kapar.

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kampar.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Peraturan mesyuarat tidak diendahkan kerana tidak ada tindakan konkrit dan disiplin dan teguran daripada pihak di-Pertua. Sebab itu, adakah ini menjadi kebiasaan dan dibiarkan sedemikian kerana diberi peranan untuk mengganggu kami berbahas di sini? Yang ini tidak adil.

draft • 12:50 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

[Bangun]

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Beluran, jangan buat sangkaan jahat terhadap Speaker. Speaker tadi tak benarkan.

[Sambil menunjukkan senaskhah buku]

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tidak boleh gunakan kuasa majoriti dan kuasa Speaker untuk membiarkan perangai!

[Sambil menunjukkan senaskhah buku] [Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

36(6).

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 12:50 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Di bawah Peraturan...

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Beluran, jangan bazir masa Dewan. Tadi saya tanya satu, benda...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya tanya soalan senang sahaja. Ini...

draft • 12:50 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Di bawah peraturan yang sama, Tuan Pengerusi...

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ini fasal pendidikan...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya rasa tak perlu apa-apa peraturanlah.

draft • 12:50 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Perlu!

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hantar usul kalau perlu.

draft • 12:50 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 12:50 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Peraturan jelas, Tuan Pengerusi. Tak pernah diambil tindakan terhadap Kampar.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Yang Berhormat, usul. Peraturan Mesyuarat, perkara 7, Yang Berhormat.

Yang Berhormat, perkara 7 dalam peraturan ini.

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Note taken.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Baca perkara 7.

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Faham.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat ada kuasa. Bukan bertindak di sebalik kuasa Speaker. When you preside there, you are the Speaker. You are as good as the Speaker. Kuasa Speaker di tangan Yang Berhormat, bila Yang Berhormat duduk di sana walaupun jawatan itu Timbalan Speaker tetapi Yang Berhormat adalah Speaker.

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat boleh...

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Beluran...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Tengok, tengok, tengok.

draft • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya pun harap sebelah sini pun hormat kepada Speaker. Jadi, saya suruh duduk. Saya mahu teruskan perbahasan. Saya jemput Yang Berhormat Bakri.

draft • 12:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya harap Dewan boleh bertenang sedikit. Setiap kali saya nak bahas, Dewan tak tenang. Yang Berhormat Tuan Pengerusi, Butiran 01700 – Program Pembangunan Kurikulum. Yang Berhormat Tuan Pengerusi, sekarang negara kita menghadapi cabaran yang besar, terutamanya dalam memastikan bekalan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dalam bidang sains dan kejuruteraan untuk dekad akan datang. Analisis oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menunjukkan bahawa negara memerlukan sekurang- kurangnya 7,200 hingga 7,900 jurutera dalam bidang elektrik dan elektronik (E&E) setiap tahun.

Namun, institusi pengajian tinggi tempatan hanya menghasilkan purata 6,600 graduan dengan kelayakan ijazah sarjana muda dan ke atas dalam bidang ini setiap tahun iaitu kekurangan 600 hingga 1,300 jurutera setiap tahun. Tambahan pula, Pelan Strategik Semikonduktor Kebangsaan (NSS) menyasarkan untuk mewujudkan 60,000 jurutera berkemahiran tinggi dalam tempoh 10 tahun akan datang bagi menyokong evolusi industri semikonduktor negara. Namun, penurunan minat pelajar terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) menimbulkan kebimbangan.

Data Kementerian Pendidikan menunjukkan bahawa peratus pelajar menengah atas dalam aliran STEM menurun daripada 45.2 peratus pada tahun 2017 kepada 40.94 peratus pada tahun 2022. Ini bukan yang paling dahsyat. Yang lebih membimbangkan, statistik aliran sains tulen iaitu kita mengambil daripada segi calon peperiksaan SPM yang mengambil mata pelajaran Sains tulen pada 2023, tahun lepas, hanya 16.38 peratus berbanding dengan 2022, 19.2 peratus.

Ini jurutera lahir daripada golongan pelajar-pelajar ini dan saya ingin mengingatkan, kebetulan Menteri ada pada hari ini. Pada tahun 2010 iaitu lebih kurang 15 tahun dahulu, nisbah ini lebih daripada 30 peratus dan saya nak ingatkan juga Menteri bahawa kita ada satu sasaran sejak tahun 1967 iaitu sasaran untuk mencapai satu nisbah antara pelajar sains kepada pelajar sastera, nisbah 60:40.

Saya lihat trend yang terbaru, bukan kita menghala ke sasaran itu tetapi kita semakin ke belakang. Maka, saya harap penurunan minat untuk mengambil bidang sains atau menjurus kepada bidang sains ini boleh diberikan perhatian yang sepatutnya sebab penurunan minat ini, dia boleh mengakibatkan kekurangan 60 peratus pekerja berkemahiran tinggi dalam tempoh 10 tahun akan datang dan memaksa negara kita bergantung pada tenaga kerja asing untuk memenuhi keperluan industri.

Untuk mengatasi isu ini, kerajaan telah memperuntukkan RM100 juta dalam Belanjawan tahun lepas bagi memperkukuhkan pendidikan STEM. Maka saya nak bertanya

draft • 12:58 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

kepada Menteri, apakah hasil daripada bajet tersebut? Di sini juga saya merayu kepada Menteri, supaya kita merangka satu kokurikulum yang seragam untuk kalau boleh seawal kepada sekolah rendah seperti pepatah Melayu kata, “Melentur aur biarlah dari rebungnya”.

draft • 12:58 PM

Beberapa Ahli

Buluh.

draft • 12:58 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Aur.

draft • 12:58 PM

Beberapa Ahli

Buluh.

draft • 12:58 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Buluh, aur, sama. Bulur dan aur kan sama?

draft • 12:58 PM

[Dewan riuh]

Seorang Ahli

Mana ada sama.

draft • 12:58 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Oh ya? Maaf.

draft • 12:58 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Gulung, gulung.

draft • 12:58 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Tak apalah.

draft • 12:58 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Aur itu tebing.

draft • 12:58 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 12:58 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih, terima kasih. Janji jangan gaduh ya?

Tenang, tenang.

draft • 12:58 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 12:58 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat Pengerusi, saya nak beritahu apa yang berlaku pada lapangan. Walaupun kita lihat di sana sini seolah-olahnya program STEM ini telah bermula tetapi saya nak beritahu Menteri bahawa ianya bergantung sangat kepada keghairahan tenaga pengajar di sekolah. Saya bagi contoh.

draft • 12:58 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jangan bagi contoh lagi, masa sudah tamat.

draft • 12:58 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Tak, ini penting. Ini penting sebab saya nak bagi gambaran yang jelas kepada Menteri sebab Menteri ada. Bukan senang. Saya bagi contoh, di Bakri sahaja, di Bakri hanya ada sebuah sekolah kebangsaan yang ada kelab robotik, ada kelab STEM. Itu sebab ada seorang guru, seorang cikgu yang mempunyai minat (passion) untuk meluangkan masa lapangnya untuk mengajar pelajar dia dalam bidang robotik.

Akan tetapi, sekolah-sekolah lain tak ada. Maka saya harap pihak kementerian menyediakan kurikulum, satu. Kedua, menyediakan latihan kepada cikgu supaya setiap sekolah sekurang-kurangnya ada kemahiran, ada tenaga pengajar untuk mengajar pelajar- pelajar dari awal. Mengajar mereka dari kecil supaya kita dapat memupuk minat sejak mereka muda lagi. Itu sahaja. Saya harap perkara ini mendapat perhatian daripada pihak Menteri dan sekian, terima kasih.

draft • 12:58 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 12:58 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula jam 2.30 petang nanti.

Terima kasih.

draft • 12:58 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.05 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) mempengerusikan

draft • 2:30 PM

Mesyuarat] Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*, salam sejahtera. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis dalam Jawatankuasa.

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) mempengerusikan

draft • 2:30 PM

Jawatankuasa] Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Kita teruskan. Sila, Yang Berhormat Kuala Kedah.

draft • 2:30 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 040000 – Pengukuhan Operasi Pendidikan, terkait Butiran 040400 – Penilaian. Seperti yang sedia maklum, siri Ujian Lisan Amali Sains dan Ujian Mendengar BM dan BI, SPM berlangsung dalam bulan Disember dan semalam bermulanya Ujian Lisan Bahasa Melayu.

Sejurus sebelum ujian ini bermula, negara kita dilanda luruan hujan lebat serta musibah banjir yang dahsyat. Menurut laporan media semalam, seramai 5,377 orang calon iaitu di negeri Terengganu, Kelantan dan Kedah terjejas akibat banjir. Saya berpendirian bahawa sewajarnya pihak KPM menangguh sementara pelaksanaan Ujian Lisan SPM, khasnya di negeri-negeri yang teruk dilanda banjir seperti di Kelantan dan Terengganu sehingga keadaan menjadi stabil dan tenang, terutamanya di daerah-daerah yang teruk terkesan dengan bencana ini.

Saya amat bersetuju dengan Indera Mahkota supaya pelajar yang berkaitan dibenarkan hadir pada sidang kedua. Oleh kerana pihak KPM tetap bertegas untuk meneruskan ujian berkenaan, saya ingin bertanya, apakah pelan kontingensi yang diatur oleh KPM bagi memastikan calon-calon ini dapat mengikuti peperiksaan pada tahap kesediaan terbaik mereka?

draft • 2:33 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Sejarah negara kita mendapati bahawa pada tahun 1986, peperiksaan SPM pada ketika itu ditunda seminggu akibat banjir di Pantai Timur. Realiti yang berlaku, ada di antara calon-calon pelajar SPM yang buku mereka hanyut dibawa arus banjir. Ada yang sudah tidak ada apa yang tinggal, buku hilang entah ke mana, peralatan alat menulis juga hanyut semuanya. Ibarat malang Pak Kadok, “Ayamnya menang, kampungnya tergadai”.

Apakah langkah-langkah yang diambil oleh KPM bagi memastikan kemudahan prasarana dan logistik pihak KPM itu sendiri seperti bilik kebal di pusat peperiksaan yang dilanda banjir, kehadiran ketua pengawas peperiksaan dan guru-guru pengawas yang berada dalam keadaan bersedia?

Begitu juga persoalan yang berlegar tentang keselamatan kertas-kertas soalan bagi mengelak daripada isu kebocoran soalan SPM berbangkit. Dato’ Pengerusi, Butiran 040200 – Pentaksiran. Isu pemansuhan UPSR dan PT3 masih kedengaran riuh di luar sana. Pihak KPM pula tetap dengan keputusan untuk memperkasakan Sistem Pentaksiran Bilik Darjah

(PBD) sebagai instrumen yang menggantikan UPSR dan PT3 bagi menentukan tahap pencapaian gred kebolehan murid masing-masing.

Soalan saya, sejauh manakah usaha KPM memastikan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah ini mencapai sasaran untuk melahirkan murid-murid celik 3M? Apakah mekanisme yang diguna pakai oleh KPM bagi mengukur tahap keberkesanan PBD ke atas murid-murid dalam pentaksiran berkaitan? Bagaimanakah penentuan standard penilaian prestasi sekolah dibuat berdasarkan pelaksanaan PBD di sekolah-sekolah?

Dato’ Pengerusi, Butiran 040300 – Pembangunan Kurikulum. Mutakhir ini, para ibu bapa tertanya-tanya mengenai silibus pengajaran anak mereka. Ada yang di peringkat sekolah rendah sudah belajar berkaitan insurans, ada juga yang sudah diajar macam mana hendak gajikan pekerja. Persoalan ibu bapa di luar sana kepada KPM, adakah silibus pelajar mutakhir ini sejajar dengan hala tuju Dasar Pendidikan seperti yang digariskan oleh Falsafah Pendidikan Negara?

Ini kerana praktikal kandungan pengajaran yang ada dilihat terlalu tinggi berbanding daya kognitif yang dimiliki oleh mereka. Tahap kognitif dalam kalangan murid-murid pula berbeza-beza antara satu sama lain. Hal ini mengakibatkan anak-anak kita hilang fokus dan tidak berminat untuk belajar dan ini adalah realiti yang dihadapi oleh para ibu bapa dan guru- guru. Justeru, apakah inisiatif pihak KPM untuk membangkitkan minat belajar dalam kalangan murid-murid yang tertekan dengan kandungan pembelajaran dan apakah langkah-langkah komprehensif pihak KPM untuk meningkatkan bilangan murid-murid yang mengikuti aliran STEM?

Dato’ Pengerusi, Butiran 050100 – Latihan Pra Perkhidmatan. Butiran ini menunjukkan pertambahan anggaran perbelanjaan dari RM510 juta pada tahun 2024 kepada RM538 juta 2025. Mohon pihak kementerian membuat perincian tentang jenis dan bentuk latihan pra perkhidmatan yang ditawarkan kepada calon-calon yang bakal mengikuti latihan berkenaan. Apakah kriteria-kriteria yang menjadi asas pertimbangan kementerian untuk

draft • 2:33 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

meluluskan sesuatu program latihan pra perkhidmatan itu dan institusi manakah yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan latihan berkenaan?

Seterusnya, Butiran 050200 – Latihan Dalam Perkhidmatan. Saya amat menyokong program-program yang dapat meningkatkan kualiti serta tahap profesional para guru dan pentadbir sekolah. Latihan-latihan seumpama ini sebenarnya dapat memberikan pengalaman baru dan ilmu pengurusan kepada pihak berkenaan agar mereka lebih responsif dengan isu- isu kependidikan setelah lama berkhidmat.

Saya ingin bertanya, apakah bentuk skim yang ditawarkan setelah seseorang pegawai itu tamat latihan dalam perkhidmatan tersebut? Apakah terdapat tangga elaun baharu yang ditawarkan dan apakah kemudahan yang bakal diraih oleh pegawai tersebut selepas tamat latihan? Apakah dengan pendedahan menerusi latihan-latihan tertentu dalam perkhidmatan dapat mengurangi kadar status bersara awal dalam kalangan guru memandangkan terdapat julat pertambahan dari 5,306 orang pesara bersamaan 1.23 peratus pada tahun 2022 berbanding 6,394 orang iaitu 1.4 peratus pada tahun lalu?

Terakhir Dato’ Pengerusi, sedikit lagi Butiran 070100 – Pelarasan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) di bawah Butiran 070000 – Dasar Baru. Butiran ini meletakkan anggaran sejumlah RM2,838,518,900. Satu jumlah yang cukup besar bagi pengenalan dasar baharu. Dalam hal ini, saya mohon perincian pihak KPM untuk menjelaskan bilangan untuk kekal dengan SSM berbanding bertukar ke skim baharu selepas 30 November yang lalu.

draft • 2:33 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Apakah akan ada lanjutan tempoh tawaran pertukaran skim ini sekiranya terdapat pegawai pendidikan yang ingin bertukar mengikuti SSPA setelah bertukar fikiran? Dan apakah kesan signifikan jangka panjang bagi mereka yang tetap dengan SSM? Sekian, terima kasih, Dato’ Pengerusi.

draft • 2:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Sila Yang Berhormat Tawau.

draft • 2:40 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Selamat sejahtera Malaysia dan salam Sabah Maju Jaya. Tuan Pengerusi, merujuk Butiran 03700 – Program Pembangunan Luar Bandar Sabah dan Sarawak. 03900 – Perolehan Tanah Pendidikan.

01000 – Bangunan dan Pejabat Pendidikan Negeri/Daerah.

Terima kasih kepada Menteri Pendidikan Malaysia atas kelulusan bangunan sekolah SMK Tawau II dan SK Melodi yang ketika ini dalam proses pembinaan. Manakala, bagi kelulusan SMK Wakuba, saya harap segera dipercepatkan pembinaan kerana mereka sudah menanti hampir selama 30 tahun. Sebagai makluman, sehingga September 2023, Sabah mencatatkan 406 buah sekolah daif iaitu hampir 50 peratus daripada keseluruhan 1,156 sekolah daif di Malaysia.

Keadaan ini bukan sekadar isu kemudahan fizikal yang usang tetapi juga menjadi ancaman serius kepada keselamatan pelajar dan guru. Bangunan yang retak, bumbung yang

draft • 2:40 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

bocor, lantai dan struktur yang reput terjadi di beberapa sekolah seperti yang berlaku di SK Sentosa, Tawau. Selain itu juga, masalah kegagalan cerun jenis putaran berskala besar yang menjadikan status bangunan tidak selamat di SK Holy Trinity turut membimbangkan.

Persekitaran ini amat tidak selamat, mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran.

Bagaimana pelajar boleh menumpukan perhatian jika setiap hari mereka bimbang tentang bangunan yang mungkin runtuh? Bagaimana guru boleh mengajar dengan tenang dalam keadaan yang sama? Ini adalah satu kegagalan yang tidak boleh diterima.

Oleh itu, langkah proaktif seperti memperuntukkan dana khas, mempercepatkan penyelenggaraan dan melibatkan pihak berkuasa tempatan untuk memastikan semua sekolah daif di Sabah berada dalam keadaan selamat dan sesuai untuk diduduki.

Tuan Pengerusi, saya menyambut baik jawapan dari Menteri berkenaan tindakan bangunan tiada sijil layak menduduki (OC), dengan izin. Saya berharap agar isu ini dapat diselesaikan dalam tempoh singkat memandangkan masalah ini hanya melibatkan koordinasi antara kerajaan negeri dan Persekutuan kerana sekarang hanya tiga daripada 48 sekolah di Tawau memiliki sijil layak menduduki.

Tuan Pengerusi, saya menyambut baik peruntukan sebanyak RM392,000 untuk perolehan alat pemadan api bagi sekolah-sekolah di Sabah. Namun, jumlah ini adalah jauh dari mencukupi dan hanya dapat menampung belanja pembelian pemadam api untuk Tawau dan bukan seluruh Sabah. Saya ingin menegaskan agar peruntukan perolehan pemadam api yang ditambah untuk menoktahkan masalah ini di seluruh Sabah.

Berkenaan isu pencerobohan tanah sekolah, pihak KPM juga perlu bertindak proaktif bukan sekadar memasang pagar tetapi perlu terus memantau dan mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menceroboh tanah sekolah persekutuan bukan sahaja di Tawau tetapi juga Sabah kerana ia juga melibatkan keselamatan para pelajar dan guru.

Tuan Pengerusi, kesemua isu ini jelas menunjukkan betapa pentingnya perhatian serius daripada pihak kementerian terhadap keadaan sekolah-sekolah di Sabah, khususnya di Tawau. Saya percaya dengan kerjasama dan komitmen yang jitu daripada semua pihak, masalah ini dapat diselesaikan demi masa depan pendidikan anak-anak kita. Sekian, terima kasih.

draft • 2:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Tawau. Seterusnya, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

draft • 2:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Assalamualaikum dan terima kasih kepada Dato’ Pengerusi. Perbahasan Kulim-Bandar Baharu peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pendidikan. Sebelum saya berbahas, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri atas kehadiran Menteri ke Parlimen Kulim-Bandar Baharu baru-baru ini bagi membantu kebakaran blok di sekolah menengah agama rakyat. Terima kasih Menteri.

draft • 2:44 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Bagi Butiran 03504, peruntukan bagi Infrastruktur Sokongan Pendidikan iaitu sebanyak RM940 juta pada tahun 2025. Dato’ Pengerusi, dalam Belanjawan 2025 di mana telah diperuntukkan sebanyak RM2 bilion iaitu bagi tujuan naik taraf dan penyelenggaraan sekolah di seluruh negara, termasuk menaik taraf prasarana daif di 543 sekolah. Yang Berhormat Menteri, di Parlimen Kulim-Bandar Baharu mempunyai dua daerah iaitu Daerah Kulim dan Daerah Bandar Baharu di mana mempunyai 119 buah sekolah dan masih banyak sekolah-sekolah daif yang perlu dibaiki segera. Antaranya:

(i) SK Junjong Kulim;

(ii) SK Kulim Bandar;

(iii) SK Dato’ Haji Zainuddin; dan

(iv) SK Ayer Puteh.

Antara kerosakan yang perlu pembaikan segera antaranya ialah bumbung, pemendapan, tandas, cat, tambahan bilik kelas dan juga bilik khas.

Di bawah Butiran 03504 juga iaitu berkaitan dengan isu pemilikan tanah bagi pembinaan sekolah. Yang Berhormat Menteri, di bawah butiran ini, adakah pihak KPM telah menjalankan proses pemutihan segera menyeluruh terhadap tapak-tapak sekolah yang bermasalah di seluruh negara dan juga di Parlimen Kulim-Bandar Baharu? Di antaranya yang masih banyak sekolah-sekolah yang belum mempunyai pemilikan geran di atas nama KPM.

Antara sekolah-sekolah yang tersebut ialah:

(i) SK Ayer Puteh, Serdang;

(ii) SK Sungai Batu, Serdang;

(iii) SK Permatang Pasir;

(iv) SJK (C) Serdang;

(v) SJK (T) Ganesar;

(vi) SMK Serdang Baru;

(vii) SMK Sultan Ahmad Tajuddin;

(viii) SMK Serdang; dan

(ix) Maktab Mahmud cawangan Bandar Baharu.

Mohon pihak KPM mempercepatkan pemilikan tanah berkenaan.

Bagi Butiran 03504 - Isu Kuarters Guru Daif. Yang Berhormat Menteri, dalam Belanjawan 2025, sebanyak RM1.8 bilion untuk kerja-kerja pembinaan, penyelenggaraan dan pembaik pulih semula kuarters penjawat awam termasuk guru. Persoalannya, saya ingin – di Parlimen Kulim-Bandar Baharu, ada sebuah kuarters guru yang usang. Separuh bangunan ada yang terbakar dan separuh lagi masih usang dan cukup sakit mata memandangnya, Yang Berhormat Menteri. Mohon kementerian mengambil tindakan segera.

Bagi Butiran 03000 – Operasi Pendidikan. Yang Berhormat Menteri, sekolah agama rakyat (SAR) di Malaysia memainkan peranan penting dalam pendidikan agama Islam.

Menyediakan pelajaran agama yang berstruktur kepada pelajar dalam pelbagai peringkat usia. Persoalannya, apakah pihak KPM cuba membantu SAR? Ini di mana cabaran yang

draft • 2:44 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

dihadapi terutamanya sumber kewangan. Kedua, pengiktirafan. Ketiga, kualiti pendidikan dan yang keempat, prasarana.

Dato’ Pengerusi, bagi Butiran 020100 – Dasar Pendidikan. Bagi anggaran Belanjawan 2025, peruntukan KPM sebanyak RM64 juta – RM64 bilion berbanding RM58.72 bilion tahun 2024. Yang Berhormat Menteri, berkaitan Kurikulum Persekolahan 2027 iaitu apakah kerangka pembaharuan yang digariskan oleh pihak KPM bagi mengukur keberhasilan pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 sebagai keseimbangan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025? Juga adakah mekanisme penilaian yang akan dibuat oleh KPM berhubung cadangan penggunaan 50 peratus bahasa Melayu dan 50 peratus bahasa Inggeris di peringkat prasekolah mulai 2026 serta perancangan khusus untuk memperkenalkan elemen TVET kepada murid Tahun 1?

Yang Berhormat Menteri, saya juga bersetuju dengan rakan-rakan yang lain iaitu Ujian Lisan Bahasa Melayu mungkin dapat disemak semula bagi memastikan pelajar dalam keadaan bersedia untuk menghadapi peperiksaan. Sekian, terima kasih.

draft • 2:44 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Seterusnya, Yang Berhormat Igan.

draft • 2:50 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Terima kasih, Dato’ Pengerusi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Saya terus kepada Butiran 010400 – Pengurusan Sumber Manusia. Dato’ Pengerusi, yang pertama yang saya nak bangkitkan adalah tentang prosedur pertukaran guru sama ada guru biasa, guru besar ataupun pengetua. Daripada apa yang saya tahu, Kementerian Pendidikan telah menyediakan satu platform yang dikenali sebagai eGTUKAR untuk tujuan memudahkan urusan pertukaran guru secara lebih cekap dan telus. Permohonan pertukaran ini dibuka sepanjang tahun dan proses kelulusan pertukaran adalah mengikut penggal persekolahan dan akan dimaklumkan melalui eGTUKAR sebelum cuti persekolahan bermula.

Yang Berhormat Menteri, saya bangkitkan perkara ini kerana ada satu kes di kawasan Parlimen saya di sebuah sekolah menengah, yang saya tidak mahu sebut namanya, pengetuanya tiba-tiba bertukar ke sekolah lain di luar daerah secara tiba-tiba tanpa ada hujan, tanpa ada angin dan tanpa ada guruh. Semua orang terkejut, khususnya, Dato’ Pengerusi, para ibu bapa yang risau kerana anak mereka akan menduduki peperiksaan SPM.

Jadi, saya nak tanya kepada Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, adakah pertukaran ini telah melalui proses yang benar atau sepatutnya sebagaimana garis panduan eGTUKAR? Apakah ada perbincangan di antara kedua-dua pegawai pendidikan di daerah ini? Kerana, kalau mengikut garis panduan eGTUKAR, kelulusan pertukaran adalah mengikut penggal persekolahan dan akan dimaklumkan sebelum cuti persekolahan bermula. Padahal, sekarang ini sekolah belum bercuti lagi.

draft • 2:50 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Yang Berhormat Menteri, saya bangkitkan perkara ini kerana saya merasakan arahan pertukaran ini terlalu mendadak dan mengejutkan. Ia berlaku di luar musim atau waktu yang sepatutnya. Saya nak tegaskan, sesungguhnya saya tidak membantah pertukaran ini, mungkin atas sebab-sebab tertentu yang kita tidak tahu.

Akan tetapi, Yang Berhormat Menteri, yang saya terkilan sangat ialah mengapa pertukaran ini berlaku pada saat dan waktu yang begitu hampir dengan peperiksaan SPM yang sepatutnya seluruh jajaran kepimpinan sekolah ― pengetua, guru-guru termasuk ibu bapa khususnya, memberi fokus dan keutamaan kepada para pelajar yang akan menduduki SPM supaya mereka tidak hilang fokus, supaya mereka tidak hilang momentum untuk menghadapi peperiksaan SPM yang sekarang ini sudah bermula sehingga Januari nanti.

Oleh itu, Dato’ Pengerusi, saya nak tanya kepada Kementerian Pendidikan, apakah justifikasi pertukaran ini? Sistem apa yang diguna pakai oleh Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak hingga pertukaran ini berlaku begitu cepat dan di luar musim yang sepatutnya? Mengapa arahan pertukaran ini tidak ditangguhkan sehingga selesai peperiksaan SPM? Apakah pertukaran ini menyelesaikan masalah kekosongan pengetua? Kalau masalah pengetua sekolah di daerah sana selesai, bagaimana pula dengan pengetua di kawasan saya yang sekarang ini masih lagi kosong?

Oleh itu, saya memohon kepada Kementerian Pendidikan supaya kekosongan pengetua di sekolah saya ini dapat diisi dengan kadar yang segera.

Dato’ Pengerusi, saya terpaksa bangkitkan perkara ini kerana ramai ibu bapa yang datang berjumpa dengan saya menyatakan kerisauan mereka. Kenapa sekarang? Mengapa tidak selepas SPM pertukaran ini berlaku? Khususnya ibu bapa yang meletakkan harapan yang tinggi agar anak-anak mereka berjaya dan cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.

Itu sahaja keinginan mereka. Jadi, jangan kecewakan harapan mereka dan jangan menganiaya masa depan para pelajar yang akan menduduki SPM.

Selain daripada itu, Dato’ Pengerusi, saya juga tidak mahu kejadian yang seperti ini berlaku juga di sekolah-sekolah lain pada masa yang akan datang, khususnya pada saat dan waktu diperlukan seperti peperiksaan SPM ini.

Akhir sekali, Dato’ Pengerusi, saya juga nak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, bilakah kekosongan guru besar di sekolah-sekolah seliaan PPD Daro, kawasan saya ini akan diisi? Kerana kekosongannya sudah terlalu lama. Sekolah berkenaan ialah sekolah SK Nanga Semah. Kekosongan guru besar, satu tahun 10 bulan sejak 21 Februari 2023. Yang kedua ialah sekolah SK Penibong ― satu tahun lapan bulan sejak 10 April 2023. Dan Sekolah Sekaan Kechil, hampir satu tahun iaitu kekosongan guru besarnya bermula sejak 4 Disember 2023. Sekolah lain ialah sekolah:

(i) SK Penipah ― 11 bulan;

(ii) Sekolah Tanjong Manis ― sembilan bulan;

(iii) Sekolah Salah Kechil ― lapan bulan;

(iv) sekolah SK Bruan yang kekosongan guru besarnya lapan bulan; dan

(v) SK Orang Kaya Sergunim ― lima bulan.

draft • 2:50 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Termasuk juga SMK Agama Igan yang guru besarnya bersara pada bulan Julai yang lepas. Sehingga kini, belum ada pengetua yang diganti pada saat diperlukan semasa peperiksaan SPM ini.

Sebab itu, Yang Berhormat Menteri, saya memohon supaya masalah-masalah kekosongan ini dapat diisi dengan segera. Kalau boleh, buatlah perancangan yang sistematik dan teratur supaya kekosongan ini janganlah sampai berbulan-bulan, bertahun-tahun. Kalau dapat, esok seorang pengetua itu bersara, hari ini sudah serah tugas. Begitulah yang sebaik- baiknya, Dato’ Pengerusi, kerana pengetua ataupun guru besar adalah orang yang penting di sekolah yang merupakan pemimpin, pentadbir dan pengurus.

Jadi, saya mengharapkan apa yang saya bangkitkan ini mendapat jawapan dan respons daripada Yang Berhormat Menteri yang kita banggakan. Saya mengambil kesempatan ini Tuan Pengerusi, mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana dalam Program Tindak Susul Parlimen yang datang ke kawasan saya. Sebab itu Yang Berhormat Menteri, saya mencadangkan dalam Program Tindak Susul yang akan datang ini, tahun depan, tahun yang akan datang, datanglah ke sekolah luar-luar bandar di pesisir-pesisir sungai.

Jangan pergi ke sekolah-sekolah di bandar. Kerana warga pendidik, para pelajar yang ada di luar bandar ini, yang ada di pesisir sungai ini sangat-sangat menanti kedatangan Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri dan pegawai-pegawai daripada Kementerian Pendidikan, kerana itu adalah merupakan satu penghargaan kepada warga pendidik, pelajar yang berada di luar bandar.

Sekian, terima kasih, Dato’ Pengerusi. Igan menyokong...

[Tepuk]

draft • 2:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih, Yang Berhormat Igan. Seterusnya, Yang Berhormat Baling.

draft • 2:50 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dato’ Pengerusi, terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya bagi membahaskan peruntukan Kementerian Pendidikan Malaysia di peringkat jawatankuasa, khususnya mengenai bantuan kepada sekolah-sekolah rakyat, pondok dan tahfiz, Butiran 030200 dan Butiran 030400 serta jaminan penyumbangan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Bantuan kepada sekolah rakyat, pondok dan tahfiz. Kerajaan telah menunjukkan komitmen dalam memperkasakan institusi pendidikan Islam. Sebagai contoh, pada tahun 2024, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyalurkan RM119 juta untuk menyelenggara dan menaik taraf 153 institusi pendidikan Islam yang berdaftar termasuk sekolah pondok, tahfiz dan sekolah-sekolah agama rakyat.

Namun, terdapat keperluan untuk memastikan peruntukan ini disalurkan secara efektif dan mencapai matlamat yang ditetapkan. Oleh itu, saya ingin memajukan beberapa soalan kepada Kementerian Pendidikan.

draft • 2:57 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Yang pertama, keberkesanan penyaluran peruntukan. Apakah mekanisme pemantauan yang digunakan oleh KPM untuk memastikan peruntukan kepada sekolah pondok, tahfiz dan sekolah agama rakyat digunakan secara optimum dan mencapai objektif yang ditetapkan?

Yang kedua, pendaftaran institusi. Apakah langkah yang diambil oleh kementerian untuk menggalakkan lebih banyak institusi pondok dan tahfiz mendaftar secara rasmi?

Memandangkan peruntukan sering kali hanya disalurkan kepada institusi yang berdaftar sahaja.

draft • 2:57 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Ketiga, peningkatan kualiti pendidikan. Apakah inisiatif yang dilaksanakan oleh kementerian untuk memastikan kualiti pendidikan di sekolah pondok dan tahfiz setanding dengan sekolah arus perdana, terutama dari segi infrastruktur dan kelayakan tenaga pengajar?

Seterusnya adalah berkaitan jaminan penyambungan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) telah diperkenalkan sebagai garis panduan dalam pengurusan pendidikan tahfiz di Malaysia dengan matlamat memperkasakan institusi tahfiz dan memastikan kesinambungan pendidikan pelajar ke peringkat yang lebih tinggi.

Namun, terdapat beberapa persoalan. Pertama, pengiktirafan sijil. Apakah status terkini pengiktirafan sijil daripada institusi tahfiz dan pondok oleh institusi pengajian tinggi awam dan swasta? Bagaimana kementerian memastikan graduan tahfiz mempunyai laluan yang jelas untuk melanjutkan pelajaran mereka?

Kedua, program abrading. Adakah kementerian merancang untuk memperkenalkan program ini atau persediaan khusus bagi pelajar tahfiz dan pondok untuk memudahkan mereka menyesuaikan diri dengan kurikulum di peringkat pengajian tinggi?

Ketiga, kerjasama dengan institusi pengajian tinggi. Apakah bentuk kerjasama antara kementerian dengan institusi pengajian tinggi dalam menyediakan peluang dan sokongan kepada pelajar lepasan tahfiz dan pondok untuk melanjutkan pelajaran mereka?

Dato’ Pengerusi, pendidikan adalah asas pembangunan negara. Oleh itu, adalah penting bagi kementerian memastikan semua lapisan masyarakat termasuk pelajar dari sekolah pondok dan tahfiz mendapat akses yang adil dan saksama kepada peluang pendidikan yang berkualiti dan berterusan. Saya amat mengharapkan kementerian dapat memberi penjelasan terperinci mengenai isu-isu yang dibangkitkan. Sekian, terima kasih.

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Baling. Seterusnya, Yang Berhormat Rasah.

draft • 3:00 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Dato’ Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Pendidikan pada hari ini.

draft • 3:02 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Perkara pertama yang saya nak sebutkan adalah berkenaan dengan peruntukan RM1 bilion untuk penyelenggaraan sekolah. Syabas dan tahniah kepada kerajaan dengan peruntukan yang besar. Saya nampak ada tiga butiran dalam Buku Belanjawan 2025 berkaitan dengan perkara ini iaitu Butiran 03504 – Infrastruktur Sokongan Pendidikan, selepas itu Butiran 00102 – Rendah Akademik dan Butiran 00201 – Menengah Akademik.

Cuma saya nak rangkumkan berkenaan dengan RM1 bilion. Saya mohon rujuk kepada apa yang berlaku ketika Belanjawan 2023, di mana ketika itu Kerajaan Malaysia MADANI yang pertama kali membentangkan Belanjawan 2023 ketika itu memperuntukkan RM900 juta. Tetapi daripada RM900 juta itu, RM50 juta untuk projek-projek yang sedang berjalan. RM650 juta, saya percaya Yang Berhormat Menteri ada rekod dia. RM650 juta untuk sekolah, penyelenggaraan sekolah.

Selepas itu ada pula dalam bukan sekolah RM30 juta, kuarters RM50 juta, lepas itu untuk cerun RM40 juta dan RM80 juta diperuntukkan untuk bencana kecemasan seandainya berlaku keadaan yang emergency. Saya mohon cadangkan ini. Boleh tak kita buka satu butiran baharu sebab saya bimbang RM1 bilion nanti, mungkin setakat RM650 juta atau RM700 juta yang diperuntukkan kepada semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Jadi, kek itu tak cukup besar. Kita nak perluaskan kek itu. Biar RM1 bilion itu khas untuk semua jenis sekolah SK dan SBK dan yang lain itu.

Cerun itu penting, kuarters penting, kebajikan warga pendidik. Itu kita buka butiran baharu di bawah kementerian yang sama supaya pengagihan itu nampak lebih sistematik dan menyeluruh untuk sekolah-sekolah. Sebab selalunya perhatian yang khusus diberikan kepada ataupun keperluan pihak sekolah. Jadi, saya mohon pertimbangan daripada Yang Berhormat Menteri dan juga KPM berkenaan dengan perkara ini.

Perkara kedua Yang Berhormat Pengerusi, adalah berkenaan dengan Butiran 02300 – Institut Aminuddin Baki (IAB). Saya nampak ada lonjakan RM29 juta kepada RM56 juta.

Syabas dan tahniah. Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan

(NPQEL) di bawah IAB di mana semua guru besar atau pengetua wajib menjalani menyelesaikan kursus ini untuk mendapatkan kelayakan mereka menjadi guru besar dan pengetua.

Cuma satu isu, Yang Berhormat Menteri. Apa yang berlaku di Negeri Sembilan ketika ini adalah untuk sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Tamil, calon yang layak yang telah menyelesaikan kursus di IAB NPQEL menunggu kekosongan jawatan untuk penempatan di sekolah. Mereka terus memegang jawatan GPK. Tetapi keadaan di SJK(C) di Negeri Sembilan, saya tak pasti di tempat lain tapi di Negeri Sembilan adalah kekosongan telah ada. Telah berlaku kekosongan sebab guru besar sebelum ini bersara wajib dan terpaksa tunggu mereka untuk yang guru besar baharu itu untuk menyelesaikan, menyempurnakan kursus NPQEL dan penempatan.

Keadaan itu berlaku pada tahun ini dan saya jangka ikutkan statistik, unjuran guru besar yang bakal bersara tahun depan akan berlaku. Sebab tahun ini untuk makluman, tujuh orang calon untuk SJK(C). Dua telah ditempatkan, tiga lagi dalam proses penempatan dan

draft • 3:02 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

tinggal dua orang lagi untuk tahun depan. Sebab tahun depan ramai lagi GB-GB SJK (C) yang akan bersara. Jadi, saya mohon supaya tak kira untuk SK ke, SJK(T), SJK(C), kementerian memastikan bahawa calon yang mencukupi menanti kekosongan dan bukannya kekosongan itu menanti calon yang baru datang. Mohon pertimbangan dan perhatian daripada Yang Berhormat Menteri.

Seterusnya, berkenaan dengan operasi pendidikan di bawah Butiran 030200. Saya hendak berikan satu statistik kepada Yang Berhormat Menteri. Ini berkenaan seluruh Negeri Sembilan. SK – penempatan guru ataupun pengisian guru adalah 98.38 peratus, SJK(T) ─ 97.69 peratus dan SJK(C) ─ 93.82 peratus. Bagi saya, apa-apa figure peratusan yang kurang daripada 96 peratus adalah sesuatu yang kita boleh anggap kritikal. Sebab kalau keadaan ini berterusan, satu, ia menyusahkan pihak pentadbiran sekolah.

Kedua, ia akan mendatangkan beban tambahan kepada guru-guru yang sedia ada untuk masuk sebagai guru ganti dalam kelas dan ia juga menjejaskan proses pembelajaran anak-anak kita. Jadi, mohon pertimbangan. Saya nak tanya bilakah kekosongan ini dapat diisi khasnya untuk keadaan 93 peratus tadi?

Dato’ Pengerusi, ada dua benda secara ringkas. Butiran 01300 – Pendidikan Khas.

Saya nampak lonjakan RM95 juta tahun sebelumnya kepada RM184 juta. Syabas! Ini menunjukkan bahawa kerajaan kita, Kerajaan Malaysia MADANI yang kita ada tidak pernah meminggirkan pendidikan khas. Malah mengangkat ya, pendidikan khas ke satu tahap yang lebih baik.

Cuma saya nak tanya. Untuk sekolah-sekolah di bawah PPD Seremban, ada tak mana-mana sekolah sedia ada yang ada kekosongan ruang, bilik dan sebagainya yang akan dibuka kelas PPKI pada tahun 2025 yang mendapat ganjaran ataupun keuntungan manfaat daripada peruntukan ini? Berkenaan dengan SJK(C) Kampung Baru Rahang, apakah kelas PPKI nya akan dibuka? Apakah status terkini kelas PPKI nya akan dibuka pada Februari tahun 2025?

Perkara terakhir Tuan Pengerusi, saya nak ucapkan syabas dan tahniah, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan kementerian yang memberikan jawapan ketika saya membahaskan perkara berkenaan dengan bantuan awal persekolahan di peringkat dasar hari itu. Sebab jawapan daripada Yang Berhormat Menteri, saya kena bagi A class lah. Saya kena bagi thumb up untuk ini sebab Yang Berhormat Menteri menyatakan tak perlu bergantung kepada akaun di Bank Simpanan Nasional sahaja. Bank-bank lain boleh.

Jadi, maknanya boleh datang ke sekolah untuk tuntut dan boleh secara online. Kredit dalam akaun ibu bapa ataupun penjaga yang sah. Saya rasa ini sesuatu yang sangat-sangat melegakan ibu bapa yang kerja. Sebelum ini, memang inisiatif asalnya sangat baik. Cuma, pendekatan sebelum ini mungkin mendatangkan kepayahan kepada ibu bapa yang kerja dengan orang. Jadi, dengan adanya pendekatan terbaharu ini, saya anggap perkara ini bukan sahaja dari segi dasarnya baik, dari pendekatannya juga sangat memudahkan ibu bapa yang kerja dan tak perlu ke sekolah untuk menerima bantuan ini.

draft • 3:02 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Syabas dan tahniah kepada kementerian Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri. Itu saja perbahasan saya. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi.

draft • 3:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Seterusnya...

draft • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker, isu peraturan.

draft • 3:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Peraturan berapa Yang Berhormat?

draft • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan 36(6), Peraturan 36(12).

draft • 3:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Berkenaan apa, Yang Berhormat?

draft • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker, ini berkenaan dengan usul saya terhadap Yang Berhormat Pendang, yang telah dihantar kepada Tan Sri Speaker pada 7 November. Sehingga sekarang tidak ada sebarang maklum balas.

Tetapi saya ingin tanya, apakah keputusan dan pendirian saya sekarang, saya ingin maklumkan. Kalau boleh, saya minta Yang Berhormat Pendang digantung, tak dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Terima kasih.

draft • 3:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ahli Yang Berhormat Jelutong, Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat akan membuat keputusan mengenai isu berbangkit yang melibatkan Yang Berhormat Pendang pada hari Khamis ini, jam 12 tengah hari. Sehubungan itu, saya ingin maklumkan, Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat memerintahkan Yang Berhormat Pendang untuk berada dalam Dewan ketika Yang di-Pertua Dewan membuat keputusan tersebut. Boleh Yang Berhormat?

draft • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya ambil maklum, Timbalan Speaker. Terima kasih.

draft • 3:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Yang Berhormat Padang Serai.

draft • 3:10 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terus merujuk kepada Butiran 00102 – Rendah Akademik, Butiran 00201 – Menengah Akademik. Bajet pendidikan untuk tahun 2025, kementerian telah memperuntukkan RM841 juta untuk pendidikan rendah akademik dan juga RM644 juta untuk pendidikan menengah akademik.

Namun, wang peruntukan ini bukan sekadar angka, ia adalah manifestasi komitmen kita terhadap masa depan generasi muda.

Saya ingin membangkitkan beberapa isu yang patut diberi perhatian kerana ia menggambarkan krisis sebenar dalam sistem pendidikan negara kita. Statistik dan fakta yang

draft • 3:11 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

bakal saya paparkan bukan sekadar angka tetapi gambaran nyata tentang masa depan generasi muda kita. Saya merujuk kepada tajuk bebanan tugas dan stres dalam profesion keguruan oleh Terengganu Strategik dan Integriti Institut pada 2021.

Pertama, saya ingin sentuh berkenaan beban tugas guru. Statistik mendedahkan realiti yang membimbangkan, 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara mengalami tahap tekanan yang meruncing. Menurut Persatuan Psikiatri Malaysia, guru kini merupakan kumpulan paling ramai mengalami stres dalam spektrum pekerjaan.

Bayangkan seorang guru yang terpaksa bekerja hampir 20 jam sehari, bermula dari pagi hingga lewat malam. Malah, pada waktu perayaan sekalipun, mereka dibebani dengan tugasan perkeranian yang memaksa mereka bekerja hingga waktu larut malam. Menanda buku latihan, menyediakan bahan mengajar dan melakukan pelbagai tugasan di luar skop profesional mereka.

Pihak pentadbir sekolah pula didapati dan tidak adil dalam pembahagian tugas. Di mana guru yang rajin terpaksa menanggung bebanan kerja yang lebih tinggi berbanding rakan-rakan sejawat mereka. Persoalannya mudah, mengapa sistem pendidikan kita masih membebani guru dengan tugasan di luar skop profesional mereka? Bagaimanakah kita boleh memastikan guru fokus pada tugas mereka, yakni mendidik? Adakah kita mahu terus mengorbankan kesihatan mental dan kualiti pengajaran demi birokrasi yang tidak efisien?

Kedua, marilah kita beralih kepada isu sekolah daif. Di Sabah dan Sarawak dan juga di bahagian pedalaman Semenanjung, ratusan sekolah masih berada dalam keadaan yang menggerunkan. Bayangkan ruang kelas yang rosak, infrastruktur yang tidak sesuai dan capaian internet yang hampir tidak wujud. Ini bukan sekadar statistik, ini adalah realiti yang menindas potensi generasi muda kita.

Seperti statistik yang telah dibentangkan oleh Kulim-Bandar Baharu tadi tentang jumlah kerosakan sekolah-sekolah luar bandar daif dan sebagainya. Berapa banyak generasi muda yang telah kehilangan peluang akibat kemudahan pendidikan yang lemah? Berapa ramai bakat terpendam yang tidak dapat berkembang kerana sistem pendidikan yang tidak saksama? Kita tidak boleh terus memejamkan mata terhadap masalah ini. Ini kerana Malaysia dan kita semua mahu melahirkan insan yang berwatak dan berotak.

Butiran 040500 – Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Berkenaan isu banjir dan pendidikan. Pada tahun ini, 5,377 calon SPM terjejas banjir. Ia bermakna, ribuan pelajar kehilangan peluang. Mereka terpaksa berhadapan dengan tekanan mental dan fizikal akibat terpaksa bersiap sedia dalam keadaan serba kekurangan serta terpaksa menempuh banjir untuk menduduki SPM pada saat ini.

Saya yakin para calon SPM dan para ibu bapa yang terkesan dengan banjir ini menantikan pengumuman yang melegakan daripada Kementerian Pendidikan. Saya juga ingin menyertai Indera Mahkota dan lain-lain rakan Ahli Parlimen dalam isu peperiksaan SPM ini. Yang menjadi tanda tanya buat saya, kenapa kita masih meneruskan peperiksaan dalam keadaan bencana kepada golongan yang terkena ini? Bagaimanakah kita menjamin

draft • 3:11 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

kesaksamaan peluang pendidikan? Adakah kita sudah kehilangan empati dan pertimbangan terhadap nasib pelajar?

Izinkan saya membuat perbandingan. Jika Yang Berhormat Putrajaya masih lagi menjadi Menteri Pendidikan, adakah kita akan melihat pendekatan yang sama seperti ini?

Dalam konteks ini, saya ingin mendesak perhatian segera terhadap sistem kesihatan mental yang melanda sistem pendidikan kita. Statistik bukan sekadar nombor, ia umpama satu jeritan senyap ribuan pelajar yang memerlukan sokongan. Saya mendesak Kementerian Pendidikan untuk membangunkan garis panduan khusus melatih responden kesihatan mental di sekolah.

Kita tidak boleh...

[Disampuk]

draft • 3:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker, Tan Sri Pengerusi. Isu peraturan.

draft • 3:11 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Peraturan berapa, Yang Berhormat?

draft • 3:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan 36.

draft • 3:11 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Peraturan berapa, Yang Berhormat?

draft • 3:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan 36(6).

draft • 3:11 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Apa Yang Berhormat?

draft • 3:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kenyataan- Padang Serai, duduk. Saya bangunkan isu peraturan, Padang Serai.

draft • 3:11 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Peraturan berapa, Yang Berhormat?

draft • 3:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan 36(6).

Mengeluarkan sangkaan jahat ke atas mana-mana Ahli. Padang Serai duduk dulu, saya belum habis.

draft • 3:11 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Cakaplah.

draft • 3:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya isu peraturan, duduklah.

Apa masalahnya?

draft • 3:11 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, saya yang...

draft • 3:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Mengeluarkan kenyataan bahawa sekiranya Putrajaya menjadi Menteri Pendidikan, adakah perkara ini akan berlaku?

Adalah membuat serangan terhadap Menteri Pendidikan sekarang? Bukankah itu maksudnya, Timbalan Pengerusi?

draft • 3:11 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Dah habis, Yang Berhormat?

draft • 3:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jadi, saya minta supaya Timbalan Pengerusi tolong tegur. Kalau ingin berbahas, bahas atas isu melibatkan rang undang-undang ataupun apa-apa butiran. Jangan membuat serangan peribadi terhadap kerajaan ataupun Menteri. Terima kasih.

draft • 3:11 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Padang Serai, teruskan Yang Berhormat.

draft • 3:11 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tidak membuat serangan peribadi. Putrajaya telah membuktikan pernah menangguhkan peperiksaan SPM ketika COVID-19 dan ketika banjir pada tahun yang lalu, pada tahun 2022.

Itu sahaja kenyataannya. Itu saja yang saya nak bagi tahu.

draft • 3:11 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

draft • 3:11 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Tidak ada kena-mengena dengan sesiapa pun dalam hal ini.

draft • 3:11 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Padang Serai, masa sudah habis.

draft • 3:11 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Okey, saya landing. Saya landing, Tuan Pengerusi. Jadi kesimpulannya, dalam hal ini saya berharap Menteri dapat mempertimbangkan supaya pelajar-pelajar SPM yang terkesan ini dapat menduduki pada sidang kedua. Itu sahaja. Jadi, itu saja yang saya nak sebut tentang Putrajaya. Jadi, terima kasih Dato’ Pengerusi.

draft • 3:11 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Seterusnya, Yang Berhormat Jempol.

draft • 3:11 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.

Terima kasih Dato’ Pengerusi. Jempol merujuk kepada perkara B.63, Butiran 060500 – Bantuan Geran Per Kapita. Bersekali Butiran 060600 – Bantuan Sukan dan Butiran 061000 – Bantuan Pakaian Seragam Pasukan Beruniform. Kementerian Pendidikan menerima peruntukan terbesar dalam sejarah RM64.1 bilion. Yang mana daripada jumlah tersebut, hanya sekitar RM66 juta diperuntukkan sebagai bantuan sukan, RM7 juta ya bantuan pakaian seragam pasukan beruniform kepada lebih 10,000 sekolah di seluruh negara.

Jempol berpandangan jumlah ini apabila diagihkan secara per kapita untuk setiap sekolah adalah tidak mencukupi untuk menjalankan aktiviti sukan dan kokurikulum ekoran peningkatan kos dalam pengurusan aktiviti. Terutama sewaan pengangkutan, perubatan, penginapan sementara menghadiri pertandingan serta kos sewaan khemah, gelanggang, stadium dan sebagainya.

Persoalan Jempol kepada kementerian, bilakah kajian terakhir berkaitan peruntukan per kapita ini dibuat? Adakah pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bersedia untuk menambah baik jumlah peruntukan sedia ada agar sesuai dengan keperluan semasa sekolah pada hari ini? Dato’ Pengerusi, seterusnya Jempol merujuk P.63, Butiran 01800 - Sumber dan Teknologi Pendidikan, iaitu pendigitalan sekolah di seluruh negara.

draft • 3:18 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Di zaman teknologi maklumat dan kecerdasan buatan kini, sistem pendidikan negara harus maju dan seiring dengan perkembangan teknologi semasa sesuai dengan dasar pendidikan digital. Pelaksanaan dasar ini dapat dimanfaatkan secara optimum oleh murid, pendidik, pemimpin pendidikan dan semua pihak berkepentingan bagi merapatkan jurang digita,l seterusnya membolehkan pendidikan digital dilaksanakan dengan jayanya.

Jurang ekonomi bandar dan luar bandar masih lagi tinggi. Sekolah di bandar mudah untuk mendapatkan pelbagai bantuan melalui sumbangan kepada sekolah dari segi peralatan dan kemudahan pendigitalan seperti smart TV, smart pod dan lain-lain keperluan bagi menyokong dasar ini. Sebagaimana yang kita sedia maklum— sebelum ini terima kasih kepada Kementerian Pendidikan telah pun dapat melaksanakan penyelenggaraan tandas lebih 8,354 buah sekolah di seluruh negara dengan peruntukan RM630.77 juta.

Jadi, sekiranya kita tandas ini boleh kita selenggara dengan baik, sudah tentu kerajaan boleh mengeluarkan peruntukan secukupnya untuk pendigitalan sekolah terutamanya di sekolah bandar atau luar bandar yang telah tersedia capaian internet berkelajuan tinggi dan juga infra berkaitan. Persoalan Jempol, bilakah sekolah-sekolah di seluruh negara kita dapat dibekalkan dan kemudahan digital secara keseluruhannya?

Dato’ Pengerusi, seterusnya Jempol merujuk B.63 Butiran 01300 – Pendidikan Khas.

Iaitu menambah baik keperluan dan kemudahan di Sekolah Pendidikan Khas jadi sebagaimana kita sedia maklum, program PPKI ini bermula tahun 1988, yang mana murid- murid dibahagikan kepada 6 kategori utama:

(i) kurang upaya pendengaran;

(ii) kurang upaya penglihatan;

(iii) kurang upaya pertuturan;

(iv) kurang upaya fizikal;

(v) kurang upaya pembelajaran; dan

(vi) pelbagai multiple disabilities, dengan izin.

Untuk makluman Dewan, masa ini tiada kelas khusus untuk meletakkan murid-murid ini mengikut kategori tersebut contohnya murid slow leaner dengan izin bercampur dengan murid autism yang belum mampu untuk mengurus diri. Jadi, melalui dasar baharu iaitu Zero Reject Policy, kita tidak dapat menolak kumpulan pelajar ini, maka sudah tentu bilangan mereka ini bertambah daripada masa ke semasa. Jadi persoalannya di Jempol di kawasan luar bandar kampung tradisi, ada beberapa buah sekolah menengah dan juga sekolah kebangsaan di Zon Serting dan juga Zon Batu Kikir tidak ada program Pendidikan Khas sini.

Jadi, Jempol mohon pihak kementerian mempertimbangkan supaya program Pendidikan Khas ini dapat dilaksanakan di Zon Serting dan juga Zon Batu Kikir.

Dato’ Pengerusi, akhir sekali Jempol merujuk kepada Butiran 01400 – Pengurusan Sumber Manusia berfokus kepada elaun Guru Kanan Mata Pelajaran. Untuk makluman Dewan, pembayaran elaun menjalankan tugas kepada semua Guru Kanan Mata Pelajaran

draft • 3:20 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

sebanyak RM120 sebulan hari ini hanya dinikmati oleh guru-guru di sekolah-sekolah menengah Gred A sahaja.

Manakala, Guru Kanan Mata Pelajaran di sekolah Gred B dan juga Guru Kanan Mata Pelajaran Dini iaitu di sekolah agama ya, sekolah menengah agama tidak menerima pembayaran elaun menjalankan tugas tersebut sedangkan beban tugas adalah setara atau lebih berat. Malahan terdapat sekolah menengah Gred B yang memiliki bilangan pelajar ataupun murid yang melebihi 2,000 orang. Jempol berpandangan elaun menjalankan tugas tersebut seharusnya diberikan juga kepada semua Guru Kanan Mata Pelajaran di semua peringkat sekolah menengah dan sekolah menengah agama tanpa mengikut gred sekolah tersebut.

Dato’ Pengerusi, persoalan Jempol bilakah kali terakhir penyelarasan atau kajian dijalankan untuk melihat dan memenuhi keperluan pemberian elaun menjalankan tugas kepada Guru Kanan Mata Pelajaran gred hakiki 48 dan 44 ini di semua sekolah menengah dan juga sekolah menengah agama.

Akhir sekali, Jempol merakamkan, mengambil kesempatan di sini merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan yang membuat lawatan ke Jempol pada 21 November baru-baru ini. Melawat bangunan SJK(T) St.

Helier, Jempol yang agak lama yang belum siap lagi. Jadi, terima kasih. Jempol mohon menyokong.

draft • 3:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Jempol, seterusnya Yang Berhormat Kuala Krau.

draft • 3:20 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Butiran 00800 – Rumah Guru dan Kuarters Pendidikan. Sebagai dimaklum, yang tidak dihuni 17,524. Kementerian telah membuat tujuh syor. Jadi, berapa peratuskah syor-syor ini telah dilaksanakan dan apakah dia termasuk dalam Parlimen Kuala Krau yang terdapat dua kuarters kosong di Kuala Krau dan juga di Kerdau?

Yang kedua, Butiran 00700 – Institut Pendidikan Guru - Pembangunan Kompetensi Guru. Cuma saya nak mewujudkan sekiranya benarlah UPSR dan PT3 tidak mahu diteruskan dan digantikan dengan ujian akhir sesi akademik, sejauh mana UASA ini menjadi indikator yang terbaik dalam menilai prestasi penguasaan murid di dalam pembelajaran dan apa pula model upskilling kepada guru-guru agar ilmu pengetahuan dapat ditambah. Untuk IPD, apakah kerajaan bercadang untuk menambah elaun pelatih-pelatih di IPG yang duduk di luar berdasarkan kepada kos kehidupan yang semakin meningkat?

Pembangunan profesionalisme iaitu latihan profesional yang berteraskan kepada guru pemulihan khas. Yang pertama Butiran 050000. Latihan profesional ini diluaskan juga kepada bidang teknologi pendidikan bagi guru pemulihan lebih-lebih lagi teknologi maklumat yang mesti wajib menjadi satu subjek yang dikuasai oleh generasi akan datang. Cuma persoalannya yang saya nak timbulkan di sini adalah guru pemulihan khas ini juga saya

draft • 3:25 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

cadangkan untuk diberikan elaun khas yang sewajarnya sebagaimana dinikmati oleh guru pendidikan khas.

Benar mereka ini daripada sudut berbeza, namun pencapaian dan matlamat kerajaan dalam menghapuskan kebutaan buta 3M ini dipikul sepenuhnya oleh guru pemulihan khas ini. Maka, tugas ini perlu dilihat untuk diberikan insentif agar mereka dapat melaksanakan dengan tugas yang terbaik. Mohon diadakan peruntukan khas bagi kelas-kelas pemulihan agar dapat menaik taraf kelas demi keselesaan murid dan guru. Mohon juga untuk diwujudkan semula pegawai major khusus untuk pemulihan khas seperti sebelum ini bagi urusan berkaitan rujukan sekiranya wujudnya kes-kes yang berbangkit dalam sistem pemulihan khas tadi.

Kemudian Butiran 00102 tentang penyasaran peratusan kehadiran murid Orang Asli di Semenanjung iaitu 85 peratus serta 92 peratus untuk transisi murid Orang Asli Tahun 6 ke Tingkatan 1 pada 2025. Apakah strategi bagi mencapai kedua-dua sasaran ini?

Yang seterusnya, saya memohon agar sekolah SK Penderas yang terlibat dengan K9 untuk dinaik taraf prasarananya untuk menghadapi tahun yang kedua setelah tahun yang kedua KP9 dilaksanakan di Penderas.

Kemudian, peperiksaan. Saya juga memohon agar kerajaan meneliti balik kadar bayaran kepada guru pemeriksaan kertas peperiksaan yang mungkin mengambil masa dia orang agar dia melihat semulalah bagi memberikan motivasi jugalah.

Kemudian pembangunan sukan. Butiran 03400 – Program Pembangunan Sukan agar diberikan penambahan peruntukan khas kepada sekolah-sekolah yang cemerlang dari sudut sukan agar guru-guru yang nak bawa pelajarnya cemerlang ke sukan-sukan yang terbabit tidak menggunakan kewangan sendiri yang akhirnya mengurangkan motivasi untuk pembangunan sukan.

Yang paling akhir tentang SPM lah yang sebut kawan-kawan tapi saya tak nak sentuh dah. Cuma saya nak tanya semalam dan hari ini berapakah jumlah ketidakhadiran pelajar dalam peperiksaan SPM. Terima kasih Menteri. Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.

draft • 3:25 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau, seterusnya Yang Berhormat Ledang.

draft • 3:25 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebelum saya mulakan perbahasan, saya mohon kita sama-sama mengalu-alukan guru dan pelajar Tingkatan 6 SMKA Tengku Abdullah, Pekan, Pahang.

[Tepuk] Belakang saya.

Tuan Pengerusi, saya ingin mulakan dengan juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat maju jaya buat calon-calon SPM 2024, khususnya calon di Parlimen Ledang.

draft • 3:29 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Saya hendak maklumkan juga sebenarnya peperiksaan ini sekarang ini yang sedang bermula ini Ujian Bertutur Bahasa Melayu, 2 hingga 5 Disember. Peperiksaan bertulis ialah pada 2 Januari hingga 6 Februari.

Jadi maknanya peringkat peperiksaan ini masih awal. Benar, kita prihatin berkenaan dengan keadaan banjir tetapi pada masa yang sama kita tidak boleh ambil pertimbangan secara knee-jerk ataupun tiba-tiba. Persiapan perlu dilakukan, kita kena waspada, buat persediaan, ada Ops Payung. Perkara-perkara itu dalam pertimbangan dan saya percaya kerajaan memang ambil kira benar-benar berkenaan dengan perkara ini. Justeru tidak payah dipolemikkanlah tentang isu ini.

[Tepuk]

draft • 3:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Betul, betul.

draft • 3:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Keduanya, Butiran 010000 – Bangunan dan Pejabat Pendidikan Negeri ataupun Daerah. Saya difahamkan salah satu daripada tumpuan utama pendidikan dalam Belanjawan 2025 ialah penyediaan infrastruktur dan kemudahan sekolah yang lebih baik. Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah terdapat perancangan pembinaan sekolah baharu di daerah Tangkak?

Saya tahu bahawa dalam Belanjawan ada disebutkan sebanyak 44 buah sekolah baharu yang akan dibina di seluruh negara. Jadi adakah sekolah di Bandar Tangkak ini termasuk dalam ini kerana saya tahu inisiatif ini penting untuk akses pendidikan yang berkualiti dan juga untuk kita menangani isu sekolah yang padat? Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, saya difahamkan lokasi telah pun ada di Bandar Baru Tangkak. Ada dalam RMKe-12 Rolling Plan yang ke-5.

Boleh bina sekolah rendah 18 bilik darjah, satu blok prasekolah, satu blok bangunan PPKI dan sekolah rendah yang dalam radius enam kilometer sudah pun capai status padat iaitu SK Paya Emas, 387 orang enrollment, SK Sri Tangkak 533, SK Sagil Kampong 276.

Jadi saya harap kita sama-sama juga boleh pastikan saiz kelas ini kurang daripada sekarang 40 hanya kepada 30 orang untuk menangani isu sekolah padat, itu yang pertama.

Kedua, apakah terdapat perancangan untuk pembinaan Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak yang baharu dan bila akan dilaksanakan? Kerana untuk makluman juga Yang Berhormat Menteri, lokasi untuk pejabat ini sudah pun ada di Jalan Taman Mega, Pangkalan Besar Anjung Batu, Tangkak. Permohonan saya, Ledang telah difahamkan telah lulus bahawa RMKe-12 Rolling Plan yang Keempat.

Untuk makluman juga, Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak ini telah pun ada sejak daripada bulan Disember 2014 tetapi dia menumpang Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mamat iaitu bangunan asrama lama dua tingkat dan juga dewan makan asrama. Jadi maknanya ruang itu agak kurang dan saya rasa laluan masuk sekolah pun kongsi dengan PPD. Saya harap supaya kita dapat adakan satu pejabat pendidikan yang baharu supaya adanya keazaman di kalangan PPD untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.

Ketiga ialah Butiran berkenaan dengan 020100. Saya tidak pasti betul tidak butiran ini Dasar Pendidikan. Ini berkenaan dengan TVET dan STEM. Kita tahu bahawa TVET dan

draft • 3:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

STEM ini adalah antara dua daripada enam bidang utama dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kita tahu ada banyak program berkaitan yang baik yang sudah pun dilaksanakan sama ada oleh KPM bersama dengan agensi-agensi yang lain ataupun kementerian yang lain. Contohnya Discover PETRONAS@Schools, program School’s Out Kids In (SOKI) bersama dengan MOSTI, program MyDigitalMaker bersama dengan MDEC, Kementerian Digital, STEM Camp MOSTI, Techlympics dan banyak lagilah. Cuma saya ingin tahu bagaimanakah program begini boleh kita sepadukan?

Semua program ini ada unsur TVET dan ada unsur STEM dan ada di kalangan ibu bapa dan saya rasa guru-guru juga yang mungkin hendak tahu bagaimana untuk kita pastikan supaya mereka ini ditingkatkan kemahiran. Adakah kita menilai sama ada pendekatan ini menangani kesenjangan pendidikan dan kesenjangan dari segi kemahiran di antara pelajar bandar dan luar bandar?

Kita seboleh mungkin kita hendak semua mahir, tingkatkan kemahiran mereka sebab itu kita buat TVET dan STEM ini. Tetapi apakah kita nilai dari segi kesenjangan yang ada luar bandar dan bandar berkenaan dengan TVET dan STEM ini? Saya juga ingin bertanya apakah pencapaian murid-murid dan juga guru-guru melalui program TVET dan STEM ini terutama dari aspek kemenjadian murid? Bila ada STEM, ada TVET, dia boleh berkomunikasi dengan baik, dia boleh ada keterampilan, ada keyakinan. Jadi hendak nampak apakah cara kita untuk menilai kemenjadian mereka ini? Sebab ada juga daripada kalangan yang saya jumpa ramai dalam kalangan murid-murid ini untuk makluman Yang Berhormat Menteri, Timbalan Menteri mereka ini kadang-kadang cakap pun tidak boleh.

Kurang boleh berkomunikasi, menyampaikan pendapat dan sebagainya itu agak kurang lagi.

Ini aspek yang saya harap mungkin kita tidak dapat tangani melalui pendidikan ataupun akademik tetapi melalui TVET dan STEM ini saya rasa satu ruang yang cukup baik untuk digunakan untuk kita tingkatkan dari segi keterampilan, kemenjadian murid.

Akhirnya Tuan Pengerusi, saya ucapkan terima kasih kerana beri extra time sedikit.

Saya cuma hendak sebut bahawa setiap kebangkitan bangsa dan peradaban bermula dengan kebangkitan ilmu pengetahuan tetapi ilmu apa yang perlu dikuasai? Sebab itu kaitan dengan TVET dan STEM tadi, ilmu yang kita hendak kuasai ini adalah ilmu multidisiplin sebagaimana yang disebut dalam Al-Quran dalam Surah An-Naml ayat yang ke-15, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Ilman ini maksudnya dia lebih daripada hanya satu bidang ilmu. Dia adalah meliputi pelbagai ilmu yang lain. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Seterusnya Yang Berhormat Hulu Terengganu.

draft • 3:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua.

Salam qablal kalam. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sebelum saya terus kepada butiran, saya ingin menambah apa yang dikatakan oleh Ledang tadi berkaitan dengan

draft • 3:36 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

peperiksaan, Tuan Yang di-Pertua. Peperiksaan Lisan Bahasa Melayu, betul 2, 3, 4 dan 5 Disember tetapi Ledang tidak sebut peperiksaan Ujian Amali Sains 9,10 dan 12 Disember.

Manakala bertutur Bahasa Inggeris 16, 17, 18, dan 19 Disember.

draft • 3:36 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Saya sebut tadi sampai peperiksaan bertulis. Saya sebut tadi.

draft • 3:36 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang bertulis ada cuma Ledang sebut satu sahaja. Kita ada 2 hingga 18 Disember. Jadi ini kawasan banjir, jadi saya mintalah Menteri kita yang berwatak dan berotak untuk memikirkan perkara tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, saya terus kepada berkaitan dengan B.63 Butiran 060300 – Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris. Jadi pernah dahulu Menteri ada mengumumkan bahawa kita akan menerima guru-guru Bahasa Inggeris daripada Singapura. Persoalan saya setakat ini adakah program tersebut dilaksanakan dan kalau dilaksanakan, di mana? Adakah Hulu Terengganu terlibat dengan program tersebut?

Kedua Tuan Yang di-Pertua, saya terus kepada masalah kekurangan guru, P.63 Butiran 00700. Dimaklumkan bahawa kita kekurangan lebih daripada 16,000 guru.

Persoalannya apakah tindakan yang dilakukan oleh kementerian untuk memenuhi keperluan ini? Kenapa ia berlaku kerana ketika zaman Putrajaya menjadi Menteri Pendidikan telah mengambil guru secara one-off sebanyak 18,000 orang. Jadi apakah hal tersebut tidak dapat dilaksanakan oleh Menteri kita yang hebat pada hari ini?

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya bertolak kepada isu bahasa Inggeris juga iaitu saya bertemu dengan pelancong dari Indonesia. Dia merasa hairan kerana ketika dia menggunakan pengangkutan awam, dia mengatakan bahawa orang Malaysia menggunakan pelbagai bahasa. Orang India cakap Tamil, orang Cina cakap Mandarin ataupun Hokkien, orang Melayu cakap bahasa Melayu manakala ia tidak berlaku di Singapura. Rata-rata rakyat Singapura, mereka menggunakan bahasa Inggeris dan orang Indonesia menggunakan bahasa Indonesia. Jadi kita harap dengan adanya program Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris ini akan dapat menjadikan perbualan harian kita menggunakan satu bahasa iaitu bahasa Melayu.

Saya berganjak kepada DBP – 040600. Menteri ada mengatakan bahawa kita jangan jadi, “katak bawah tempurung”, saya masih ingat lagi. Menteri hendak beritahu sekarang, sekarang bukan bawah tempurung, sekarang katak di bawah gelas. Nampak hendak keluar tetapi tidak boleh keluar, Menteri. Oleh yang demikian, terima kasih kerana perkataan ‘Ketimbang’ telah pun dimasukkan ke dalam Kamus Dewan Digital. Persoalan saya untuk hendak memasukkan perkataan tersebut adalah dengan semudah itu kerana saya berbincang dengan sahabat-sahabat Munsyi Dewan, mereka hairan apa-apa sahaja yang disebut oleh pemimpin terus masuk menjadi satu kata baharu.

draft • 3:36 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Saya difahamkan bahawa perkataan ‘ketimbang’ tidak layak dimasukkan kerana kita ada perkataan yang bahasa Melayu. Kerana salah satu syarat, saya difahamkan untuk nak memasukkan bahasa atau perkataan ataupun kosa kata dalam Kamus Dewan mestilah

draft • 3:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

bahasa tersebut tidak ada dalam bahasa Melayu. Maka, boleh kita pinjam daripada bahasa Inggeris, bahasa Tamil ataupun apa-apa bahasa. Jadi, perkataan ‘ketimbang’ dah ada.

Kemudian, satu kepelikan juga berlaku― ini ramai pelajar-pelajar pun di sini. Saya dapat dua tiga...

draft • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Hulu Terengganu. Hulu Terengganu. Hulu Terengganu.

draft • 3:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Saya tak ada masa. Sorry, sahabat.

Sorry.

draft • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Nak tanya penjelasan. Satu sahaja. Apa masalahnya dengan menggunakan bahasa Tamil dan bahasa Cina kalau itu adalah bahasa ibunda kita untuk bertutur?

draft • 3:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Tak, tak. Maksudnya ialah...

draft • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Adakah Perikatan Nasional...

draft • 3:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Okey, duduk. Saya jawab. Saya jawab. Saya jawab.

draft • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya nak tanya.

draft • 3:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Maksud sini ialah punca perpaduan ialah menggunakan satu bahasa. Tengok di Singapura, tengok di Indonesia, Jelutong.

Okey, saya pergi kepada satu kepelikan yang berlaku...

draft • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Hulu Terengganu. Adakah Hulu Terengganu bermaksud menggunakan bahasa ibunda sendiri akan memecahbelahkan masyarakat? Bukankah hakikatnya ramai anak-anak kita daripada kalangan orang Melayu masuk ke sekolah Tamil dan sekolah Cina?

draft • 3:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Minta tambah masa. Minta tambah masa.

draft • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya mohon penjelasan.

draft • 3:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Penjelasannya ialah untuk memartabatkan bangsa...

draft • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ataupun adanya Perikatan Nasional akan pecah belahkan kita?

draft • 3:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Duduklah. Saya jawablah. Hei, you masa bahas, you bahaslah.

draft • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya nak tanya penjelasan.

Adakah Perikatan Nasional menentang bahasa Tamil dan bahasa Cina?

draft • 3:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Pengerusi.

draft • 3:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

draft • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Itu pendirian Perikatan Nasional?

draft • 3:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat. Yang Berhormat Jelutong.

draft • 3:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Dia bukan Menteri. Saya minta Menteri jawab.

draft • 3:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey.

draft • 3:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Bukan Jelutong jawab.

draft • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya bukan Menteri tapi adakah itu pendirian Perikatan Nasional?

draft • 3:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Eh, Menteri akan jawab. Menteri akan jawab.

draft • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kenapa menentang bahasa Tamil dan bahasa Cina? Kenapa?

draft • 3:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Hai, lenguh nok pahang. Ini lenguh nok pahang. Tuan Pengerusi, satu kepelikan juga. Saya terima dua tiga keping kad. “Majlis Peluncuran”. Jadi, saya rasa satu perkataan yang pelik. “Majlis Peluncuran Kad Kuasa”, “Majlis Peluncuran Pecah Tanah”. Sedangkan ‘peluncuran’ ini, saya― mungkin para pelajar ada di sini, mungkin satu kepelikan. Kita menggunakan perkataan ‘pelancaran’. ‘Peluncuran’ ini bahasa Indonesia. Bahasa Indonesia.

draft • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

No. Saya nak tanya penjelasan. Bahasa ‘tebuk atap’.

draft • 3:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Jadi, kalau kita menggunakan bahasa Indonesia, menunjukkan bahawa kita mengagung-agungkan bahasa Indonesia.

draft • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Bahasa ‘tebuk atap’, boleh beri penjelasan? Istilah ‘tebuk atap’. Boleh beri penjelasan?

draft • 3:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

draft • 3:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang Berhormat mengganggulah.

draft • 3:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

‘Pintu belakang’. Boleh bagi penjelasan? ‘Tebuk atap’ atau ‘Pintu belakang’?

draft • 3:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat. Yang Berhormat.

draft • 3:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Eh, jangan marah.

draft • 3:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

draft • 3:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Jangan marah.

draft • 3:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, biarkan Yang Berhormat Hulu Terengganu selesaikan.

draft • 3:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Dengar molek, Jelutong. Jangan buat tak faham. Dah lama ada di Dewan.

draft • 3:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Silakan, Yang Berhormat.

draft • 3:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Jadi, apa yang berlaku sekarang ialah kecelaruan dari segi bahasa kerana kita dah ada bahasa kita. Kita kena martabatkan bahasa kita.

draft • 3:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey, Yang Berhormat.

draft • 3:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Kenapa kita perlu mengagungkan bahasa luar untuk kita nak pinjam? Kita tahu bahasa Indonesia sangat bombastik, tetapi oleh kerana kita dah ada perkataan kita, dah ada kosa kata kita, maka adalah lebih baik. Kerana hadis Nabi mengatakan...

[Membaca sepotong hadis] “Mencintai negara sebahagian daripada iman”. Mencintai negara termasuk juga mencintai bahasa kita.

Tuan Pengerusi, begitu juga dengan apa yang disebutkan kelmarin oleh Tebrau yang juga tak faham...

draft • 3:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, dah tujuh minit, Yang Berhormat.

draft • 3:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ha? Tadi ada gangguan. Sikit lagi.

Yang tidak faham berkaitan dengan tengkujuh dan banjir. Tengkujuh― musim monsun.

Banjir― musim bah, Tebrau. Kerana, pengalaman kita di Terengganu, daripada 2005 hingga 2015, kita mengadakan Monsoon Cup untuk menarik pelancong ke Terengganu ketika musim tengkujuh. Apa salahnya Exco Kelantan mengalu-alukan orang datang ke Kelantan musim tengkujuh? Jadi, kena bezakan antara tengkujuh dengan banjir.

draft • 3:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey, Yang Berhormat.

Okey.

draft • 3:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Kemudian, akhir, Tuan Pengerusi.

Saya minta jasa baik Menteri untuk masuk perkataan ‘macai’. Macai dah ada dalam ini.

draft • 3:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

draft • 3:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Cuma, perkataan ini saya cadangkan ialah ‘macai’, Tuan Pengerusi. ‘Macai’ ialah mengakui apa cakap Anwar Ibrahim. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

draft • 3:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat. Terima kasih, Yang Berhormat Hulu Terengganu. Seterusnya, Yang Berhormat Baram.

draft • 3:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih, Dato’ Pengerusi. Pertama, saya ingin ucapkan tahniah dan syabas kepada Menteri Pendidikan kerana telah mendapat peruntukan yang terbesar...[Beberapa Ahli bercakap-cakap] untuk bajet tahun akan datang dan...

draft • 3:44 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, senyap sikit, Yang Berhormat. Yang Berhormat, senyap sikit, Yang Berhormat.

draft • 3:44 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Seterusnya, saya ke butiran...

draft • 3:44 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat. Yang Berhormat, senyap sikit, Yang Berhormat. Jangan ganggu perbahasan. Sila.

draft • 3:44 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Saya ke Butiran 060800 – Bantuan Makanan Asrama.

Saya ingin bertanya dengan Menteri bilangan sekolah di negara kita yang berasrama penuh ini. Kedua, bilangan murid yang menikmati bantuan makanan ini. Saya bertanyakan perkara ini sebab saya nak tahu juga kriteria-kriteria yang diguna pakai oleh pihak kementerian untuk

draft • 3:44 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

menentukan sama ada satu sekolah itu dapat diberi taraf berasrama penuh ataupun sebaliknya.

Sebab, di kawasan saya khususnya di SK Long Atip dan SK Long Apu, di mana murid-murid sekolah dekat situ sekarang ini adalah dari kawasan yang di luar daripada tapak sekolah ini dan mereka ini, khususnya di SK Long Atip, di mana murid-murid dekat situ sekarang diam ataupun tinggal di satu buah rumah persendirian kepunyaan orang kampung, orang rumah panjang. Semua makanan, minuman mereka adalah di bawah tanggungan masing-masing. Satu ketika dulu, mereka di SMK Long Bedian. Tetapi, mereka telah berpindah dekat SK Long Atip oleh sebab ini SK Long Atip merupakan sekolah yang dekat dengan perkampungan mereka. Saya minta pertimbangan wajar daripada pihak kementerian supaya mereka ini sekurang-kurangnya diberi makanan asrama ini.

Kedua ialah berkenaan dengan Butiran 03700 – Program Pembangunan Luar Bandar Sabah dan Sarawak di mana hampir RM800 juta telah diperuntukkan. Saya minta sebab di kawasan Baram, dan saya juga percaya di kawasan-kawasan lain juga, memang keadaan kuarters guru-guru di pedalaman ini amat daif. Saya difahamkan di kawasan saya di kawasan Baram, terdapat hampir 300 buah kuarters di 41 buah sekolah yang perlu dinaik taraf ataupun yang perlu diperbaiki.

Antara sekolah-sekolah yang sangat mendesak adalah SK Long Lamei, SMK Long Lama, SK Ubong Imang, SMK Long Bedian. Ini SMK Long Bedian dulu K9 dan dinaik taraf kepada K11 pada tahun lepas. Terima kasih kepada kementerian kerana telah menaikkan.

Tapi, infrastruktur yang ada di SMK Long Bedian pada hari ini tidak mencukupi sebab infrastruktur yang ada dekat situ adalah untuk K9 dulu. Saya minta sekolah-sekolah yang seperti ini termasuk juga SK Pengelayan, SRK Pengarah Enteri, SK Long Aton, Long Moh dan SK Peking ini. Saya mohon supaya semua sekolah-sekolah khususnya di kawasan luar bandar ini diperbaiki dengan segera dalam tahun yang akan datang.

Seterusnya, yang terakhir, Dato’ Pengerusi, ialah berkenaan dengan Butiran 061300 – Kelas Dewasa Orang Asli Penan. Saya mahu bertanya dengan pihak kementerian, apakah modus operandi yang digunakan oleh pihak kementerian untuk melaksanakan program ini?

Berapa bilangan orang yang telah menikmati kelas dewasa ini dan apakah kriteria-kriteria dia? Jadi, saya mohon penjelasan ini, yang kita minta ini, supaya disegerakan dan dipenuhi sejajar dengan hajat kita untuk memberikan pendidikan yang sejajar kepada semua penduduk kita.

Sekian, terima kasih, Dato’ Pengerusi.

draft • 3:44 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih, Yang Berhormat Baram. Seterusnya, Yang Berhormat Pasir Salak.

draft • 3:44 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahita’ala wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Pengerusi kerana

draft • 3:49 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

memberi ruang dan peluang kepada Pasir Salak untuk membahaskan pembentangan kewangan di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kepala P.63 di bawah Butiran 00300 – Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional, muka surat 491. Kementerian mesti memberikan tumpuan kepada pelaksanaan dasar seperti program sekolah digital, pembangunan pendidikan teknikal dan latihan vokasional

(TVET) serta inisiatif bantuan kewangan kepada pelajar berpendapatan rendah.

draft • 3:49 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

TVET adalah satu bidang yang amat luas dan meliputi kepelbagaian bidang teknologi dari teknologi pemprosesan, makanan, pertanian, permotoran, perkapalan, elektrik, elektronik dan sebagainya. Di dalam mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi ini, ada unit pengaturcaraan. Apakah Kementerian Pendidikan sedar bahawa pengaturcaraan ini agak terlalu tinggi bagi murid sekolah rendah yang sepatutnya belajar asas berbanding Kemahiran Hidup pada waktu dulu? Kini, murid ada yang tidak kenal apa itu tukul Warrington, pena ujian elektrik, pemutar skru mata leper atau bunga dan sebagainya. Apakah tindak susul untuk masalah ini? Dahulu, murid diajar menyediakan makanan, asas memasak, asas menjahit, asas tukang kayu dan asas kerja besi. Kini dalam RBT, ia tiada lagi. Sebaliknya, hanya menumpukan kepada pemasangan produk pasang siap, robotik dan sebagainya.

Soalan Pasir Salak, apakah Kementerian Pendidikan sedar bahawa berapa banyak bengkel peralatan menjahit, peralatan memasak, peralatan kerja tukang kayu dan peralatan besi yang kini tidak digunakan setelah pemansuhan mata pelajaran Kemahiran Hidup sebelum ini? Jadi, kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan perlu memastikan TVET diperkukuhkan sebagai laluan kerjaya yang relevan dengan keperluan tenaga kerja sambil memastikan dana mencukupi untuk melatih lebih ramai pelajar.

Kepala P.63, di bawah Butiran 00800 – Rumah Guru dan Kuarters Pendidikan.

Peruntukan bernilai RM237,945,000. Kelewatan pelaksanaan projek berdasarkan laporan audit. Beberapa projek infrastruktur pendidikan menghadapi kelewatan atau ketidakpatuhan kepada jadual. Pasir Salak berharap pihak kementerian mengambil berat tentang masalah ini. Begitu juga dengan kuarters pendidikan yang tidak dihuni. Di Perak, kuarters pendidikan yang masih elok adalah sebanyak 1,212 tapi tidak dihuni. Di Parlimen Pasir Salak, ada tiga blok kuarters tidak dihuni. Terbiar dan tidak diselenggarakan iaitu Kuarters Guru Kampung Pasir Puteh, Pasir Salak. Jadi, Pasir Salak ingin bertanya, adakah usaha pihak kementerian untuk membaiki dan menyelenggarakan semula blok-blok bangunan kuarters tersebut dan menyewanya kepada penjawat-penjawat awam yang lain?

Kepala P.63, di bawah Butiran 03504 – Infrastruktur Sokongan Pendidikan, peruntukan bagi infrastruktur sokongan pendidikan. Dalam Belanjawan 2025, projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah di seluruh negara termasuk prasarana daif di 543 buah sekolah. Pertama, Pasir Salak ingin tahu permohonan menyegerakan pendawaian elektrik di SK Sungai Galah, Kampung Gajah dalam Parlimen Pasir Salak. Pasir Salak ingin mengetahui status terkini permohonan tersebut. Isunya, Pasir Salak dah tiga kali menyebutnya di dalam Dewan yang mulia ini. Pada September lalu sahaja, berlaku lima kali troubleshoot

draft • 3:50 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

menyebabkan bekalan elektrik terputus. Anak-anak belajar dalam kepanasan dan tidak cukup lampu. Mohon KPM mengambil perhatian.

Akhir sekali, Kepala B.63 di bawah Butiran 020100 – Dasar Pendidikan. Jumlah anggaran peruntukan KPM adalah sebanyak RM64.19 bilion. Pasir Salak telah berjumpa dengan beberapa orang guru tentang sistem pengajaran pembelajaran dan masalah yang dihadapi oleh mereka. Rata-rata guru yang Pasir Salak tanya, ramai di antaranya berharap agar pihak kementerian mengembalikan peperiksaan bagi Tahun 6. Peperiksaan sumatif dan formatif perlu diadakan bagi menilai tahap penguasaan murid-murid dan pelajar-pelajar dan mereka boleh terus fokus menuntut ilmu.

Soalan Pasir Salak, apakah kerangka pembaharuan yang digariskan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengukur keberhasilan pelaksanaan kurikulum persekolahan sebagai kesinambungan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 yang akan berakhir pada 2025? Sekian, terima kasih.

draft • 3:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Seterusnya, Yang Berhormat Tenom.

draft • 3:50 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama, saya akan membahaskan Butiran 00102 – Rendah Akademik bersekali dengan Butiran 00201 – Menengah Akademik. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini berkenaan isu kualiti pendidikan mencakupi aspek infrastruktur dan fasiliti sekolah di pedalaman Sabah khususnya di Tenom yang masih lagi dalam keadaan daif, usang dan kemudahannya tidak mencukupi. Misalnya, antara isu yang memerlukan perhatian daripada pihak kementerian ialah pertama, isu kepadatan pelajar yang semakin bertambah sehingga menimbulkan persekitaran yang kurang kondusif.

Kedua, baik pulih dan bina semula sekolah sedia ada yang usang dan tidak selamat untuk digunakan. Hal ini kerana terdapat kes-kes di mana pelajar terpaksa belajar dalam bangunan yang hampir runtuh, atap bocor dan lantai yang rapuh. Tidak kurang juga sekolah yang bergantung pada struktur kayu yang sudah reput dan ini amat merisikokan keselamatan mereka. Sehubungan dengan itu, bagi menambah baik kualiti pendidikan di Tenom, saya mohon agar kerajaan menerusi kementerian menaik taraf sekolah-sekolah daif termasuklah yang melibatkan sekolah-sekolah daif berkeluasan kurang enam ekar daripada binaan kayu kepada binaan konkrit bagi memastikan ianya kondusif dan selesa untuk kegunaan pelajar memandangkan pada ketika ini, sekolah hanya boleh dinaik’taraf sekiranya sekolah rendah ini mempunyai keluasan melebihi enam ekar ke atas.

Sekolah yang mempunyai kurang enam ekar ini hanya layak menerima gantian one to one sahaja. Justeru itu, prosesnya memakan masa yang lama. Oleh itu, pengecualian harus diberikan kepada sekolah kurang dari enam ekar ini agar fasiliti baharu yang lebih selesa untuk kegunaan pelajar dapat dibina.

draft • 3:55 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Tuan Pengerusi, yang kedua. Butiran 03504 – Infrastruktur Sokongan Pendidikan bersekali dengan Butiran 03700 – Program Pembangunan Luar Bandar Sabah dan Sarawak.

Saya juga ingin mengangkat isu kritikal berkenaan keperluan infrastruktur asas pendidikan seperti jalan raya, jambatan dan bot untuk pelajar di kawasan pedalaman Sabah yang sering kali terpaksa mempertaruhkan nyawa mereka demi menuntut ilmu. Bayangkan anak-anak ini setiap hari berjalan kaki sejauh beberapa kilometer merentasi hutan tebal, melintasi jambatan gantung, menyeberangi sungai dengan rakit buatan sendiri atau menaiki bot kecil yang tidak selamat semata-mata untuk sampai ke sekolah.

Oleh itu, saya menyeru pihak kerajaan agar segera membantu memperuntukkan dana untuk membina dan menyelenggarakan perhubungan kawasan pedalaman ke sekolah, membaik pulih jambatan yang uzur dan menyediakan bot yang selamat untuk pelajar yang terpaksa menyeberangi sungai. Saya juga pohon agar pihak kementerian kemukakan data ini kepada pihak kerajaan untuk diambil tindakan.

Justeru, saya juga memohon agar pihak kementerian juga supaya dapat memantau dan juga membina jambatan-jambatan yang terdapat di persekitaran sekolah menengah seperti di SK Melalap dan SK Pangi kerana pernah ada satu kes di pedalaman Sabah, bukannya di Tenom. Seorang pelajar yang kakinya terpatah kerana menyeberangi sungai dan kerana lewat mendapatkan rawatan, akhirnya dalam tempoh lapan jam tersebut, kakinya hitam. Bengkak, hitam dan terpaksa dipotong. Begitulah nasib kami di pedalaman. Saya percaya di pedalaman Sabah dan Sarawak mengalami nasib yang sama.

[Tuan Suhaizan bin Kaiat (Pulai) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Tuan Pengerusi, Butiran 060600 – Bantuan Sukan bersekali dengan Butiran 06200 – Pengurusan Sukan dan Butiran 03400 – Program Pembangunan Sukan.

draft • 3:55 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Saya mohon agar pihak kementerian mempertimbangkan untuk menyediakan dana khas kepada atlet-atlet sekolah dari Sabah yang akan menyertai acara sukan berprestij yang diadakan di Semenanjung disebabkan oleh kos yang ditanggung oleh para atlet ini agak tinggi terutamanya dari segi kos pengangkutan.

Selain itu, saya mohon juga agar pihak kementerian dapat meningkatkan jumlah peruntukan yang disalurkan kepada pihak sekolah bagi penganjuran acara kokurikulum meliputi penganjuran acara sukan di peringkat sukan dan daerah memandangkan sekolah hanya menerima sokongan daripada pihak PIBG sahaja dari segi kewangan. Memandangkan kami di pedalaman Sabah ini, kebanyakan ahli persatuan PIBG ialah daripada golongan petani dan kalau setakat satu, dua program mungkin mereka mampu untuk menyumbang.

Tetapi sekolah menengah dan sekolah rendah ini begitu banyak program sekali. Pada MSSD peringkat daerah pada tahun ini, saya sendiri mengeluarkan peruntukan sebanyak RM25,000 agar [Tidak jelas] ini dapat berjalan dengan lancar.

draft • 4:00 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Tuan Pengerusi, sedikit tambahan masa. Butiran 010500 – Teknologi Maklumat.

Saya menyambut seruan baik kementerian untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam aspek digitalisasi menerusi dasar penggunaan smart TV dalam proses pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah dan menengah merupakan suatu inovasi yang amat bermanfaat. Namun demikian, timbul persoalan berkaitan perkara ini.

Pertama, apakah dasar ini dibuat dengan mengambil kira kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak sekolah bagi membuat pembelian smart TV ini memandangkan sekiranya harga sebuah smart TV dalam anggaran RM2,000 sebuah dan jumlah kelas yang memerlukan smart TV ini adalah 20 buah kelas? Ia sudah menelan belanja sebanyak RM40,000. Adakah sekolah mempunyai kemampuan kewangan sebesar ini terutamanya kami di kawasan pedalaman? Kedua, adakah pihak kementerian bercadang untuk menyumbangkan smart TV kepada sekolah-sekolah di seluruh Malaysia bagi menjayakan dasar ini?

Terakhir, Butiran 00800 – Rumah Guru dan Kuarters Pendidikan. Saya juga mohon agar pihak kementerian memberikan perhatian kepada permohonan bina baharu rumah guru yang melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Entabuan dan Sekolah Kebangsaan Sumambu, SK Kebulu, SK Rundum. Sekian, daripada saya. mohon menyokong.

draft • 4:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih YB Tenom. Seterusnya, saya persilakan YB Tasek Gelugor. Silakan.

draft • 4:00 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Terima kasih Pengerusi.

Kemas Pengerusi hari ini. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya terus ke perkara Butiran 030000 – Operasi Pendidikan. Saya rasa Tuan Pengerusi boleh juga dibaca bersekali dengan perkara Butiran 20000. Saya ingin bertanya apakah persediaan kerajaan untuk menghadapi kenaikan kadar gaji minimum yang akan bermula pada awal tahun hadapan.

Adakah kerajaan sedar kesan buruk daripada AP58 tahun ini yang dikenakan kepada kontraktor? Kementerian Pendidikan mempunyai banyak kontraktor-kontraktor. Ia menyediakan pelbagai perkhidmatan. Ada yang biasa kita sebut termasuklah macam khidmat keselamatan, kebersihan, bekalan makanan memasak dan macam-macam lagilah.

Kontraktor-kontraktor ini Pengerusi, kalau ikut perjanjian yang ditandatangani, sepatutnya dibayar dalam tempoh beberapa minggu sahaja selepas mereka menyerahkan tuntutan bayaran bulanan mereka. Tetapi nampaknya kerajaan ini dah menjadi satu amalan yang agak tidak baik dan bagi saya agak tidak kompeten kerana dalam sejarah menguruskan bayaran kepada kontraktor sekolah ini banyak sekali delay yang berlaku.

Saya petik satu komen yang dihantar kepada saya oleh salah seorang daripada pengusaha yang terlibat. Ini saya quote apa dia hantar dalam WhatsApp kepada saya.

“Berkaitan bayaran kontrak kebersihan dan pegawai keselamatan, tahun ini paling teruk kena AP58. Sampai tiga bulan Oktober, November dan Disember. Macam mana lah MoF ini uruskan peruntukan untuk Kementerian Pendidikan? Selalu tak cukup untuk bayar kepada

draft • 4:02 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

kontraktor yang dah jalankan kerja. Pelarasan kontrak gaji minimum Februari 2025 pun tak tahu lagi mekanismenya macam mana. Tak ada pekeliling dan garis panduan apa pun lagi sampai hari ini”. Saya petik perkara ini sebab ini adalah kejadian yang sebenar yang berlaku di luar sana dan memberi kesan kepada ramai pemilik-pemilik syarikat yang mereka ini duduk dalam SME. Saya petik perkara ini kerana nampaknya kerajaan gagal belajar daripada pengalaman lepas dan gagal bersedia untuk pelaksanaan gaji minimum yang kerajaan sendiri tetapkan.

Padahal sebenarnya perkara ini saya dah timbulkan dari tahun lepas lagi.

AP58 ini pula memburukkan lagi keadaan. Saya dimaklumkan kesan AP58 pada tahun ini, tahun ini sahaja. Dah tiga bulan. Tahun depan pula mungkin bulan Mac atau bulan April baru dapat bayaran. Maksudnya mungkin sehingga enam bulan kontraktor tak akan dapat bayaran dan kerajaan pun melanggar perjanjian dari segi jangka masa mereka patut bayar selepas sesuatu tuntutan dibuat.

Kebanyakan kontraktor ini Tuan Pengerusi adalah syarikat bumiputera. Mana mereka nak dapatkan dana untuk bayar gaji pekerja sepanjang tempoh mereka tidak mendapat bayaran daripada kerajaan. Kebanyakan mereka terpaksa ambil factoring yang mana ini meningkatkan kos. Akhirnya apa yang berlaku? Kontraktor bumiputera terpaksa ambil factoring daripada syarikat factoring milik bukan bumiputera. Kos kepada syarikat bumiputera meningkat tetapi syarikat factoring milik bukan bumiputera pula untung secara percuma.

Kenaikan kos akibat gaji minimum ini juga amat membebankan jika tak ada persediaan dari sekarang. Kenaikan kadar gaji minimum ialah RM200 sebulan. Compulsory contribution kalau dicampur jadi lebih kurang RM230 sebulan. Kalau satu-satu syarikat ada 50 orang pekerja untuk cover satu zon, maksudnya ada kenaikan kos hampir-hampir RM12,000 sebulan. Kerajaan dah tahu perkara ini dan sebab ini adalah dasar kerajaan sendiri dan saya minta Menteri memberi jaminan bahawa pada hari gaji minimum dinaikkan, kadar bayaran kepada syarikat-syarikat tersebut juga akan dinaikkan sama.

Seterusnya Tuan Pengerusi, Butiran 030200 dan Butiran 010300. Saya minta Menteri Pendidikan memberi perincian mengenai dana yang diperuntukkan bagi menaik taraf bangunan prasarana dan menyelenggara sekolah-sekolah jenis kebangsaan Tamil di seluruh negara. Saya juga minta Menteri menyenaraikan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Tamil yang daif dan apakah rancangan kerajaan untuk memperbaiki keadaan di sekolah-sekolah tersebut.

Secara khususnya, saya mohon kerajaan menyenaraikan peruntukan penyelenggaraan dan penambahbaikan bagi SJKT yang ada di Parlimen Tasek Gelugor dan jangka masa penambahbaikan akan dijalankan. Saya juga Menteri memberikan maklumat penuh berkaitan pelajar-pelajar India yang tercicir di seluruh negara, sebab-sebabnya dan apakah langkah penyelesaian yang akan diambil oleh kerajaan untuk membantu mereka. Ini saya harap Jelutong boleh sokong saya. Ini dia tak bantah apa-apa.

draft • 4:02 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Tuan Pengerusi, kita mesti pastikan dasar-dasar negara kita adalah inklusif dan menjaga kebajikan semua rakyat tanpa mengira bangsa. Sekolah-sekolah jenis kebangsaan Tamil juga adalah sebahagian daripada sistem pendidikan nasional negara kita. Tetapi jika dilihat dari segi prasarana dan keselesaan, terlalu banyak yang perlu diperbaiki.

Saya ingin tahu apa sebenarnya sikap kerajaan terhadap komuniti India dalam negara kita. Kenapa sekarang ini sudah timbul pandangan bahawa warga India diketepikan dan tidak diberikan perhatian yang sewajarnya termasuklah dalam bidang pendidikan?

Sepanjang tahun ini, saya ada bertemu dengan wakil-wakil daripada beberapa NGO India seluruh negara. Saya juga bertemu dengan wakil-wakil komuniti India di kawasan saya di Tasek Gelugor. Rata-rata pandangan mereka ialah bahawa kerajaan ini gagal memberi perhatian yang sewajarnya kepada mereka terutamanya dalam konteks pendidikan dan mereka mengharapkan pembelaan daripada kami di Perikatan Nasional kerana mereka sudah hilang harapan dengan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, yang nyata keprihatinan kita adalah secara inklusif tanpa mengira latar belakang.

Saya juga minta Menteri memberikan perhatian....

draft • 4:02 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kedudukan hari ini masyarakat India dalam Bersatu pun kelas tiga.

draft • 4:02 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

...Serius kepada keperluan pendidikan warga India umumnya di seluruh negara dan khususnya...

draft • 4:02 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

draft • 4:02 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Di Tasek Gelugor.

draft • 4:02 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Masa dah habis.

draft • 4:02 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Tasek Gelugor. Boleh saya bantu Tasek Gelugor?

draft • 4:02 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Tak apa, terima kasih.

Masa dah habis. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 4:02 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Tak. Saya nak sokong Tasek Gelugor.

draft • 4:02 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih Yang Berhormat Tasek Gelugor.

Seterusnya, saya persilakan YB Kampar. Silakan.

draft • 4:02 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih Timbalan Pengerusi. Saya terus masuk ke Butiran 030300 – Pendidikan Menengah. Tadi, saya minta laluan dari Masjid Tanah, tak bagi. Saya guna peluang ini untuk jelaskan. Tadi Putrajaya kata masa dia jadi Menteri Pendidikan, dia adakan sidang kedua. Tetapi saya nak tanya di sini. Hari ini, kita baru buat oral SPM tetapi tak ada pelajar mana-mana yang tidak hadir. Kalau semua sudah hadir, macam mana nak buat sidang kedua? Jadi, kalaulah pada masa itu ada murid yang tak dapat hadir, mungkin kita boleh buat pertimbangan tetapi bukan masa ini. Jadi, janganlah nak kaitkan bahawa kita tak nak buat sidang kedua.

Kedua, semasa Putrajaya jadi Menteri, masa itu bukan sebab banjir dia buat sidang kedua. Masa itu sebab COVID-19. Pelajar tak dapat datang dan banjir ini setiap tahun kita

draft • 4:08 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

ada dan tak pernah kita kerana banjir kita tangguh SPM. Jadi, kenapa sekarang nak politikkan, nak serang kerajaan?

Saya ucapkan tahniah kepada YB Menteri dan juga YB Timbalan Menteri. Mereka telah turun di Kelantan untuk bantu murid-murid, bantu sekolah yang mengalami banjir. Saya nampak KSU juga turun di Kedah, Ketua Pengarah turun di Terengganu dan semua sudah turun. Syabas juga kepada KPM yang berjaya memastikan semua calon SPM dipindahkan dan diberi bantuan secukupnya dengan bantuan agensi-agensi lain.

draft • 4:08 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tadi Masjid Tanah ada sebut takwim SPM patut diubah. Jangan letak masa musim banjir atau pun musim tengkujuh. Saya setuju tapi Masjid Tanah juga cakap, dulu Putrajaya telah fikir tiga tahun dulu tapi tak buat. Fikir sahaja tapi tak buat. Fikir tak buat, itu mimpi. Jadi sekarang, Menteri Pendidikan telah umum, kita akan mempertimbangkan. Saya harap dan saya yakin kita boleh buat kerana sekarang kita tengah mengubah sesi persekolahan beransur-ansur, sampai Januari kita buka sekolah. Jadi, kalau kita boleh tukar sesi persekolahan dari Mac sampai Januari, saya yakin peperiksaan SPM juga kita boleh ubah takwim dia sampai kita buat pada masa Oktober.

Tadi, Ayer Hitam telah bahas tentang SJK(C).

draft • 4:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Bermakna, isu SJK(C) memang boleh dibahas dalam Parlimen sebab pada 11 November dia telah buat satu posting di Facebook bahawa isu SJK(C) tak boleh bahas dalam Parlimen. Saya nak bagi tahu sama ada pihak belah sana atau pun pihak belah sini atau pun pihak yang duduk tengah-tengah macam Ayer Hitam.

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Gaya Menteri, gaya ni.

draft • 4:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Jangan nak sesekali nak menghina Dewan. [Dewan riuh] Kita mungkin ada pandangan berbeza. Betul, kita ada pandangan berbeza dari Kementerian Pendidikan.

draft • 4:10 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Pengerusi, ni kita tak tahu butiran apa ni, Pengerusi. Mungkin Kementerian Pendidikan perlu buat khusus untuk ni.

draft • 4:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Betul, betul. Tasek Gelugor, dengar baik-baik. Tadi mula saya sudah ucap. 030300 – Pendidikan Menengah. Dengar.

draft • 4:10 PM

[Dewan riuh]

Seorang Ahli

Ada dia punya butirannya.

draft • 4:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Dengar baik-baik. Kalau tak dengar, nak tidur, keluar. Dewan ini tak boleh tidur. Okey.

draft • 4:10 PM

Seorang Ahli

Ada dia punya butirannya, Yang Berhormat.

draft • 4:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ayer Hitam tadi cakap pada November dia buat posting di luar katakan isu SJK(C) tak boleh bahas dalam Parlimen. Ini satu tuduhan yang serius. Tapi hari ini dia sendiri telah...

draft • 4:10 PM

Seorang Ahli

Betul, betul.

draft • 4:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

...mengatakan, bahas...

draft • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kampar, Kampar.

draft • 4:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

...dalam Dewan ini, isu SJK(C) ini dan Speaker tak halang. Saya tak nampak ada mana-mana Ahli Parlimen menghalang dia untuk bahas isu SJK(C).

draft • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kampar, Kampar, sikit, Kampar. Minta penjelasan. Adakah Kampar setuju dengan saya bahawa di kawasan- kawasan yang terkena, terkesan dengan banjir, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah memberi sumbangan kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu sebanyak lebih kurang RM50 juta saya difahamkan dan juga ganjaran untuk penjawat awam diberikan oleh Kerajaan Persekutuan. Kerana sebab...

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Peraturan mesyuarat.

draft • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...Perikatan Nasional sibuk dengan hari-hari sibuk mimpi fasal nak tebuk atap. Setujukah tak setuju dengan saya?

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Duit royalti, duit royalti tu.

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Perdana Menteri ni, hanya kerajaan tertentu sahaja ke?

draft • 4:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya masukkan ucapan Jelutong ke dalam ucapan saya.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Terima kasih. Tuan Pengerusi, Peraturan Mesyuarat 36(12). Kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Kampar memang mengelirukan Dewan

draft • 4:10 PM

Seorang Ahli

Keliru, keliru.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Apa yang saya kata sebelum ini, apabila lapan kali saya tanya dan kebetulan lapan kali jawapan secara bertulis. Saya kata, takkanlah lapan kali tak ada jawapan secara terus menerus seperti kita berinteraksi? Saya yakin hari ini Menteri akan bagi jawapan kepada saya hari ini. No issue. Saya pun tak bangkit.

Tetapi yang dia kata, tak boleh bahas di sini, saya sarankan dia belajar bahasa Melayu lagi, balik ke sekolah.

[Tepuk] Tengok balik Hansard, apa yang saya cakap. Saya kata, ada bezanya kalau saya dapat jawapan, saya tak boleh argue sebab saya dekat rumah dah. Dewan dah tak buka lagi sidang.

draft • 4:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Okey. Terima kasih Ayer Hitam. Ayer Hitam, saya dapat. Saya dapat itu. Saya faham bahasa itu, Ayer Hitam. Boleh balik belajar.

draft • 4:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Sebab tu kalau tak faham bahasa, balik sekolah, belajar. Terima kasih. Jangan buat melulu. Tuduhan yang melulu. Terima kasih.

draft • 4:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya kata dalam Facebook, posting dia. Bagi satu posting bahawa isu SJK(C) tak boleh bahas dalam Parlimen. Ini ada terang-terang, boleh check Facebook Wee Ka Siong. Ini tipu ke apa? Boleh balik check. Jangan pusing-pusing sini.

draft • 4:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Tuan Pengerusi.

draft • 4:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ini di dalam Facebook Ayer Hitam.

draft • 4:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Bagi dulu, bagi dulu.

draft • 4:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Dia kata dalam Parlimen tak boleh isu SJK(C). Ini tak betul. Ini kena tarik balik. Kalau betul sudah salah, sila delete posting ini. Media semua sudah siarkan dalam berita.

draft • 4:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey, Kampar.

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat Pengerusi. Ini buat malu ni, sama-sama kerajaan berkelahi dalam Dewan ini, Yang Berhormat.

draft • 4:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Dan ini satu penghinaan kepada Dewan.

draft • 4:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey, Kampar. Saya bagi lagi. Kampar.

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Pengerusi, ini sama Ahli- ahli Parlimen Kerajaan berkelahi sini, buat malu je ni.

draft • 4:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Takpa, takpa.

draft • 4:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Duduklah, duduklah. Kuala Krai. Ini bukan hal you.

draft • 4:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Habiskan ni. Ayer Hitam.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Tuan Pengerusi, saya minta supaya teliti balik apa yang saya cakap. Tiada perbezaan antara saya dapat jawapan, kita tak boleh berinteraksi, dengan jawab terus. Saya tak kata tak boleh.

draft • 4:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ayer Hitam, check balik Facebook. Check balik Facebook. Masih ada, masih ada dalam Facebook Ayer Hitam.

draft • 4:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Ini dua-dua...

[Tidak jelas]

draft • 4:10 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Pengerusi, saya cadang beri masa tambahan, dua-dua tu boleh sambung bergaduh.

draft • 4:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Boleh.

[Tidak jelas]

draft • 4:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Takpa, takpa. Okey, saya nak habiskan.

draft • 4:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

[Tidak jelas] Ayer Hitam, ya.

draft • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya minta Perikatan Nasional jangan jadi batu api.

draft • 4:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey.

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Hei, duduklah Jelutong. Kau batu api juga.

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

[Tidak jelas]

draft • 4:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Kampar, saya bagi 30 saat.

draft • 4:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Okey, terima kasih. Tentang isu 10 tambah enam SJK(C) yang Ayer Hitam sering bangkit. SJK(C) Ladang Regent telah pecah tanah pada Jun 2023. Pembinaan telah sampai 70 peratus. SJK(C) Sunsuria tahun ini pecah tanah. SJK(C) Pei Chai di Johor, buka Jun tahun ini. Ayer Hitam sendiri pun pergi. Atas usaha KPM, Exco Kerajaan Negeri Selangor - Ng Sze Han dan Jawatankuasa Pembinaan SJK(C) Poi Min akan dibuka Februari tahun depan.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Peraturan mesyuarat. Saya bangkit dua buah sekolah di Johor Bahru.

draft • 4:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Bagi saya habiskan. Duduk, duduk. Speaker, bagi saya habis dulu. Ada lagi, SJK(C) Lee Loy Seng, isu tanah sedang diselesaikan dengan kerajaan negeri. Dan akhirnya, tadi yang bangkit SJK(C) Kuek Ho Yao.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Saya tak sebut sekolah lain. Kalau tak boleh korek telinga, balik, belajar. Ini bahasa Melayu yang senang difahami. Bukan cara macam ini. Beradablah sikit.

draft • 4:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Kampar, masa sudah tamat Kampar.

draft • 4:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Yang tadi sebut tadi. Jawatankuasa Pembinaan hantar pelan baru pada September 2024.

draft • 4:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Kampar, masa sudah habis.

draft • 4:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Jadi, saya mohon. Jangan buat penipuan bahawa tidak ada apa-apa perkembangan.

draft • 4:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih.

draft • 4:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ini semua usaha KPM. Saya ucapkan tahniah dan syabas.

draft • 4:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih YB Kampar. Terima kasih.

Seterusnya, saya mempersilakan YB Gua Musang. Silakan.

draft • 4:10 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Terima kasih Pengerusi, untuk Gua Musang. Saya terus kepada Butiran 010000 – Pengurusan. Terlebih dahulu, Gua Musang ingin menyampaikan berbanyak terima kasihlah penghargaan kepada YB Menteri di atas lawatan ke Gua Musang beberapa bulan yang lepas dan difahamkan terdapat cadangan atau pun persetujuan untuk menyegerakan pembinaan Sekolah Kebangsaan Seri Permai, Gua Musang dan juga satu bangunan baru untuk Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Gua Musang.

Jadi, suka untuk Gua Musang juga membawa isu ini. Pertama sekali, melibatkan pedalaman Gua Musang. Disebabkan sekarang juga kita dapati fenomena banjir dan juga musim yang terlalu kritikal dan sekarang masih lagi dalam musim persekolahan. Jadi, diminta jugalah berkenaan dengan tuntutan-tuntutan yang telah sekian lama diminta oleh guru-guru yang telah memperjuangkan masa, waktunya untuk mendidik anak-anak yang di sekolah pedalaman di Gua Musang. Yang saya maksudkan ialah sekolah-sekolah Orang Asli. Jadi, sebagai mana Tasek Gelugor beritahu tadi, kita juga dimaklumkan oleh sebahagian besar guru-guru yang berkhidmat di pedalaman berkenaan dengan tuntutan yang masih lagi pending payment-nya. Jadi, kita harap dapat disegerakanlah di peringkat jabatan.

Saya juga ingin menarik perhatian YB Menteri berkenaan dengan isu sekolah di kawasan Orang Asli yang masih lagi dikategorikan terlalu daif, terutamanya di kawasan saya, Gua Musang. Jadi, kita dapati baru-baru ini Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah bersetuju untuk membina jalan. Jadi, pada saya sekiranya jalan baru yang telah

draft • 5:15 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

dilaksanakan nanti, pihak sekolah boleh menyemak kembali elaun kesukaran atas faktor untuk menjimatkan kewangan kementerian. Tetapi dalam masa yang sama, pengurusan di sekolah kita harus fokus.

Yang keduanya, saya menarik perhatian untuk sama juga kepada Butiran 040000 – Pengukuhan Operasi Pendidikan. Jadi, kalau kita tengok kepada peruntukan ya, memang setahun ke setahun kerajaan telah menambah atau pun memberi peruntukan tambahan yang amat luar biasalah kepada Kementerian Pendidikan. Jadi, tak kisahlah apa pun pecahan peruntukan ini, diharapkan pihak kementerian melihat kembali, terutama sekali melibatkan perolehan sebagai mana yang disebutkan oleh sebelah sana tadi. Jadi, saya juga menerima aduan atau pun hajat daripada rakan-rakan kontraktor yang memberi panduan atau pun aduan kepada kita berkenaan dengan kelewatan bayaran.

Kalau kita tengok dua tahun kebelakangan ini, memang betul AP58 sampai kepada tiga bulan setiap tahun, pertama. Keduanya, proses bayaran AP58 untuk tahun berikutnya terlalu lama. Kalau merujuk kepada rekod, AP58 untuk bayaran tahun 2023, tahun ini dibayar pada bulan Jun. Kebanyakan JPN, bulan Jun baru dapat bayaran. Jadi, bermaksud sembilan bulan kontraktor terpaksa menunggu bayaran tersebut. Yang berikutnya ialah berkenaan dengan perolehan. Perolehan dalam pembangunan atau pun perolehan aset.

draft • 5:15 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Kalau kita merujuk kepada dasar kerajaan terdahulu iaitu Dasar Ekonomi Baru dan kita dapati Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim sekarang pun bersetuju untuk meneruskan sebahagian dasar DEB. Jadi saya harap pihak kementerian akan mengambil kira faktor ini untuk memberi penilaian kepada kontraktor. Sebab kalau kita lihat apa kaedah yang dipakai sekarang ini, kebanyakan kontraktor yang betul-betul mempunyai kewangan yang kukuh sahaja dipertimbangkan dari segi teknikal.

Jadi, di mana peluang kontraktor baru terutama lepasan-lepasan universiti yang baru bermula untuk menjadi kontraktor? Sebab kebanyakan kontraktor Bumiputera ini terutamanya yang mengambil subjek ataupun pengkhususan ijazah perniagaan, dia orang lebih kepada untuk berniaga. Jadi, Kementerian Pendidikan adalah satu kementerian yang banyak sumber perniagaan yang boleh membantu.

Diharap Yang Berhormat Menteri dapat mempertimbangkan untuk sesi berikutnya supaya disediakan peruntukan-peruntukan tertentu untuk membantu bumiputera baru yang berniaga, terima kasih.

draft • 4:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih YB Gua Musang. Seterusnya, saya persilakan YB Sipitang.

draft • 4:20 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI.

draft • 4:21 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Pertama sekali saya ingin menyentuh Butiran 010300 - Pembangunan Infrastruktur.

Antara isu pembangunan infrastruktur di Parlimen Sipitang adalah melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Omar. Sekolah ini telah lama menghadapi cabaran infrastruktur yang kurang memuaskan dan usaha untuk menggantikan atau menaik taraf sekolah ini masih belum menunjukkan perkembangan positif.

SMK Pengiran Omar merupakan salah satu institusi pendidikan utama di Sipitang yang berfungsi sebagai pusat ilmu untuk 952 pelajar. Namun dengan keadaan fizikal sekolah yang semakin uzur, terdapat banyak kekangan bagi pelajar dan warga pendidik untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara efektif. Oleh itu saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian, apakah status terkini penggantian ataupun naiktarafan SMK Pengiran Omar? Bilakah projek ini dijangka dapat dimulakan?

Apakah langkah-langkah segera yang boleh diambil untuk mengatasi isu infrastruktur di sekolah ini?

Kedua, saya ingin membawa perhatian Yang Berhormat Menteri tentang keadaan di SMK Gadong dan SMK Weston yang juga menghadapi cabaran serius dari segi infrastruktur.

Di SMK Gadung, dua isi utama perlu diberi perhatian segera iaitu pertama dewan serbaguna yang memerlukan baik pulih kerana ia merupakan salah satu kemudahan penting untuk pelajar melaksanakan aktiviti kokurikulum, program sekolah dan majlis-majlis rasmi. Tanpa kemudahan ini, pelajar akan terhalang daripada menggunakan ruang yang sesuai untuk aktiviti mereka.

Kedua, padang sekolah. Padang yang sedia ada juga perlu dinaik taraf. Keadaan padang yang tidak sesuai untuk aktiviti sukan telah mengehadkan potensi pelajar dalam bidang kokurikulum terutamanya sukan. Saya mencadangkan agar pihak kementerian mempertimbang pembinaan mini kompleks sukan di sekolah ini atau sekurang-kurangnya memperbaiki padang sedia ada, agar lebih sesuai untuk kegunaan pelajar.

Saya juga ingin menyentuh isu kuarters guru di SMK Gadong dan SMK Weston.

Kuarters atau rumah guru ini sudah terlalu uzur dan tidak lagi selesa untuk didiami. Guru- guru yang merupakan tulang belakang pendidikan di kawasan luar bandar seperti Parlimen Sipitang seharusnya diberikan tempat tinggal lebih selesa dan selamat. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah wujud perancangan untuk menaik taraf kuarters guru di sekolah-sekolah ini?

Guru yang tinggal dalam keadaan yang kurang selesa sudah tentu akan terkesan dari segi moral dan juga produktiviti. Oleh itu, penambahbaikan kemudahan ini sangat penting untuk kebajikan para guru. Seiring matlamat membangun potensi untuk melahirkan generasi pemimpin, ilmuan dan tenaga kerja yang cemerlang, kita menghargai komitmen Kementerian Pendidikan menyediakan peluang pendidikan kepada anak-anak di Sabah termasuk di kawasan Parlimen Sipitang. Kemudahan yang disediakan itu sudah pasti menjadi peluang terbaik pada anak-anak kami belajar untuk berkembang dan untuk menuntut ilmu setinggi langit.

draft • 4:21 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Justeru, pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kementerian atas kelulusan pembinaan sekolah daif yang sedang berjalan di SK Jabang dan SK Bentuka di kawasan Parlimen Sipitang. Diharapkan agar proses naik taraf dan pembinaan semula sekolah daif yang lain juga dapat disegerakan seperti SK Garama, SK Kebajang, SK Suasa dan lain-lain sekolah daif di Parlimen Sipitang.

Dato’ Pengerusi, saya yakin jika isu-isu ini dapat ditangani dengan tuntas, ia akan membawa manfaat besar kepada anak-anak yang berpayung di bawah Kerajaan Malaysia MADANI.

Terakhir, di kesempatan ini Sipitang ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan SPM kepada semua calon-calon SPM di seluruh Malaysia. Semoga para calon kita akan mendapat menjawab dengan tenang, sabar dan mendapat kejayaan yang cemerlang insya-Allah. Sekian, Sipitang mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 4:21 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih YB Sipitang. Seterusnya silakan YB Kuala Krai.

draft • 4:21 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi, mantan Speaker Johor. Hari ini mempengerusikan mesyuarat kita pada kali ini. Terima kasih kerana memberi kesempatan kepada Kuala Krai mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Pendidikan Malaysia.

Saya merujuk kepada Butiran 030000 – Operasi Pendidikan. Yang Berhormat Pengerusi, saya terbaca pada hari ini di portal Berita Harian. Pengumuman Yang Berhormat Menteri bahawa pelajar yang terkandas kerana banjir boleh hadir Ujian Lisan Bahasa Melayu, esok ataupun lusa. Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas keputusan terbaru ini. Cuma persoalannya kenapa pengumuman ini dibuat pada hari ini selepas ia menimbulkan keresahan kepada pelajar dan ibu bapa yang sangat terkesan akibat banjir yang melanda? Sepatutnya diumumkan dua hari lepas supaya pelajar yang terkandas tidak gusar dan emosi mereka terjaga bagi menghadapi peperiksaan yang penting ini.

Yang Berhormat Pengerusi, Butiran 030300 – Pendidikan Menengah. Saya ingin menyentuh butiran ini berkaitan dengan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Dalam isu ini saya inginkan kepastian daripada pihak KPM adakah benar bahawa dasar tidak boleh membina bangunan baru di SABK walaupun ada permohonan dan hanya boleh menyelenggara bangunan sedia ada seperti bilik darjah, asrama, surau, tandas dan sebagainya. Sedangkan terdapat SABK yang amat memerlukan bangunan baharu seperti bilik darjah yang tidak mencukupi, asrama yang sangat padat, bahkan ada yang memerlukan surau kerana sekolah tersebut tidak mempunyai surau seperti SABK Saadatul Qura di Rpt Bahagia, Kuala Krai. Ini contoh sahaja.

Saya juga difahamkan ada SABK yang tertunggak bil utiliti kerana peruntukan yang diberikan tidak mencukupi. Mana mungkin Yang Berhormat Pengerusi isu seperti ini boleh berlaku di sekolah agama yang sepatutnya mendapat sokongan daripada pihak KPM.

Adakah isu ini hanya dibebankan kepada pihak LKS? Mana mereka nak korek dana? Jadi

draft • 4:26 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

saya mengharapkan perhatian yang sewajarnya yang daripada pihak Yang Berhormat Menteri.

Butiran seluruhnya ialah 120100 – Dasar Pendidikan. Apakah pendekatan KPM untuk memastikan kerangka pentaksiran berasaskan sekolah yang sedia ada dapat terus diperkukuh, ekoran keputusan mengekalkan pemansuhan UPSR dan PT3? Adakah KPM bercadang untuk mengkaji semula tentang pemansuhan ini dan mengadakan kembali kedua- dua peperiksaan tersebut? Saya mendapat rungutan daripada pihak guru dan juga ibu bapa yang sangat berharap agar peperiksaan ini dikembalikan semula terutamanya UPSR Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Pengerusi Butiran 060500 – Bantuan Geran Per Kapita. Soalan saya bilakah kali terakhir semakan terhadap bantuan geran per kapita bagi sekolah di Malaysia dilakukan? Adakah benar kali terakhir semakan dibuat ialah pada tahun 2016 dengan jarak yang sudah hampir 20 tahun? Sudah tentu semakan perlu dilakukan untuk menyesuaikan kadar dengan keadaan ekonomi semasa dan kos operasi yang meningkat.

Butiran seterusnya Yang Berhormat Pengerusi ialah 040500 – Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya inginkan sebuah kepastian tentang penggunaan perkataan baharu seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri dalam penggulungan peringkat dasar baru- baru ini seperti ketimbang, intiha, tiwikrama dan lain-lain lagi. Asal perkataan ada yang daripada Bahasa Arab ataupun Jawa dan sebagainya. Apakah syarat sesuatu perkataan itu boleh diterima dan dimasukkan dalam Kamus Dewan?

draft • 4:26 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Persoalan ini bukan kerana tidak terbuka untuk menerima perkataan baharu tetapi inginkan kepastian, apakah SOP yang dipakai oleh DBP terhadap perkataan baharu yang boleh dimasukkan ke dalam Kamus Dewan? Telur dulu ataupun ayam dulu? Masuk dulu baru guna? Ataupun guna dulu baru masuk? Daripada segi penggunaan rasmi, adakah kena ada dalam Kamus Dewan dahulu baru penggunaan dianggap betul? Atau sebaliknya, seperti mana yang berlaku sekarang, digunakan sekarang baru masukkan dalam Kamus Dewan?

Pengerusi, butiran terakhir ialah Butiran 03504 – Infrastruktur Sokongan Pendidikan.

Dalam Belanjawan 2025, sebanyak RM2 bilion diperuntukkan untuk projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah di seluruh negara termasuk menaik taraf prasarana daif di 543 sekolah. Saya inginkan perincian mengenai pecahan kos penambahbaikan dan penyelenggaraan infrastruktur sekolah mengikut jenis sekolah termasuk sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan serta institusi pendidikan KPM. Serta apakah kaedah penilaian KPM bagi memastikan setiap perbelanjaan untuk pembangunan sekolah digunakan secara telus dan berkesan?

Saya pernah menyerahkan kepada Yang Berhormat Menteri senarai projek-projek infrastruktur sekolah-sekolah di Kuala Krai. Sekarang pun ada dengan saya. Kalau Yang Berhormat Menteri berminat, boleh saya serahkan untuk mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya. Saya bagi contohlah satu sekolah, iaitu sekolah SK Slow Temiang yang berada agak jauh dari kawasan perkampungan memerlukan sebuah asrama bagi

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

menempatkan murid kerana mereka terpaksa berulang-alik dalam jarak yang agak jauh setiap hari. Ada cadangan pihak sekolah supaya peringkat awal ini jika dapat diubahsuai bilik darjah yang kosong bagi dijadikan asrama sementara. Ini perlu perhatian daripada pihak kementerian.

Sewaktu kami menerima peruntukan dulu, Yang Berhormat Pengerusi, banyak infrastruktur sekolah yang telah saya bantu melalui sumbangan terus kepada PIBG dan PIBG bertindak melantik― ore Kelate panggil tuke. Bukan kontraktor. Tukang rumah. Biasanya dengan kos RM20,000 yang diberikan, PIBG boleh membina satu projek yang biasa akan menelan belanja antara RM30,000 hingga RM40,000, bahkan lebih berkualiti lagi, kerana mereka kontrol sendiri, mereka pantau sendiri dan mereka cari tukang sendiri.

Itu sahaja, Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih. Sekian. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 4:30 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih, YB Kuala Krai. Seterusnya, saya persilakan YB Ranau.

draft • 4:30 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

Terima kasih kerana sekali lagi diberikan ruang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan di peringkat jawatankuasa untuk Kementerian Pendidikan. Syukurlah kerana YB Menteri kita ada dalam Dewan.

Butiran 010300 – Pembangunan Infrastruktur dan juga Butiran 00900 – Asrama. YB Menteri, saya sangat memohon pertimbangan daripada YB Menteri untuk memberi perhatian kepada sekolah SK Sri Gabungan, Ranau. Dalam daftar pelajar sekolah ini ramai tetapi pelajar yang ada dalam kelas hanya sedikit. Masalah keciciran pelajar di sekolah ini sangat tinggi iaitu 76 peratus. Ramai murid-murid yang tidak dapat ke sekolah ini kerana jarak dari kampung ke sekolah ini jauh. Perlu berjalan selama empat jam meredah hutan rimba, sungai dan juga jalan yang tidak baik. Mereka yang datang ke sekolah ini daripada kampung- kampung yang jauh. Ada dari Kota Marudu, ada yang dari Beluran seperti daripada Kampung Longgom, daripada Kampung Tagapalang dan Kampung ‘Mongo Sulap’.

Bagi mengatasi masalah keciciran yang tinggi di sekolah ini, saya berharap pihak kerajaan akan mengambil inisiatif tuntas untuk membina sebuah asrama yang lengkap untuk kemudahan tempat tinggal bagi pelajar-pelajar yang tinggal jauh dari sekolah ini.

Untuk makluman YB Menteri, guru-guru dan penduduk di tempat ini telah menubuhkan satu jawatankuasa yang diketuai oleh Cikgu Rudi Burain untuk membina sebuah asrama murid-murid di tempat ini dengan tanah yang disumbangkan oleh penduduk kampung di luar kawasan sekolah seluas setengah ekar. Walaupun mereka berkekurangan, tetapi mereka berusaha langkah demi langkah, dan masih belum siap sehingga sekarang.

Sebab itu, kita minta atas keprihatinan kementerian untuk membantu membina asrama yang sedang diusahakan oleh guru-guru dan penduduk kampung ini dan berharap, jika sekiranya ada dana, bolehlah mungkin membantu mereka antara RM50,000 hingga

draft • 4:32 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

RM100,000 untuk mereka siapkan asrama ini sementara ada asrama yang lebih baik yang mungkin disediakan oleh pihak kementerian.

Salah satu perkara tentang perkara ini, saya juga ingin membawa kepada Menteri.

Kerana, sebenarnya dua tiga tahun lalu, kita di Pejabat Parlimen pun mahu menggunakan peruntukan Parlimen untuk membina bangunan ini. Tetapi, kekangan yang ada ialah sistem yang ada sekarang semuanya perlu dirujuk kepada kelulusan kepada kementerian. Ini yang sering dihadapi oleh sekolah-sekolah di daerah kami. Banyak yang sudah minta dan kita mahu pertimbangkan untuk menggunakan dana Parlimen untuk membantu mereka seperti membina tempat roofing itu, dewan terbuka, asrama dan sebagainya, tetapi mereka selalu mengeluh susah dapat kelulusan daripada pihak kementerian.

Malah, suatu ketika, saya pernah berjumpa dengan CEO Sabah Credit, mereka sedia untuk membantu memberikan sebanyak RM200,000 pada masa itu untuk membina asrama ini dalam kawasan sekolah. Itu pun sukar dilakukan kerana tidak ada kelulusan daripada pihak kementerian. Jadi, saya harap pihak YB Menteri mengambil perhatian.

Selepas itu, saya juga ingin merujuk kepada Butiran 01300. Minta supaya kelewatan pembinaan bangunan gantian di SK Kawiyan, Ranau dapat dipercepatkan kerana ini sudah terlewat. Begitu juga dengan pembinaan SMK Kundasang yang telah terlewat dalam pembinaan. Kita minta pihak kementerian benar-benar mengambil langkah yang proaktif supaya ianya dapat dipercepatkan.

Begitu juga, kita sebelum ini pun ada bertanya, tentang sekolah yang di tahap tujuh di Ranau. Namun, saya ingin menekankan sekali lagi supaya sekolah-sekolah yang masih di dalam skala tujuh ini, pihak kementerian dapat mengambil langkah yang proaktif supaya dapat menaiktarafkan bangunan sekolah dan keadaan prasarana yang perlu untuk sekolah yang lebih kondusif untuk belajar.

Jadi, saya sampai sana saja. Sekian dan saya mohon menyokong.

draft • 4:32 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih, YB Ranau. Terakhir, saya jemput YB Sungai Siput. Tiga minit, YB.

draft • 4:32 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Saya merujuk kepada Butiran 01300 – Pendidikan Khas yang telah diperuntukkan RM184,994,500. Inisiatif KPM untuk mengisi kekosongan jawatan guru Pendidikan Khas dengan guru yang bukan opsyen Pendidikan Khas sedia ada serta memberikan mereka kursus dan elaun adalah satu langkah yang sangat positif. Tindakan ini bukan sahaja mengatasi masalah kekurangan guru terlatih dalam bidang Pendidikan Khas tetapi juga membantu memperkasa sistem pendidikan inklusif di negara ini.

Namun begitu, saya percaya masih banyak ruang untuk memperbaiki lagi usaha ini demi kesejahteraan pelajar dan guru-guru Pendidikan Khas. Beberapa cadangan dan inisiatif tambahan yang boleh dipertimbangkan oleh KPM seperti menyediakan program sokongan

draft • 4:37 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

psikologi secara berterusan untuk guru Pendidikan Khas termasuk menyediakan kaunseling secara berkala dan latihan dalam pengurusan tekanan dan emosi.

Tuan Pengerusi, Pendidikan Khas memerlukan pengajaran yang lebih sabar, penuh kasih sayang dan terkawal. Di samping itu, mengajar Pendidikan Khas boleh menjadi sangat mencabar terutama bagi guru yang baru memasuki bidang ini. Latihan dalam pengurusan emosi dan sokongan psikologi dapat membantu guru untuk bertindak dengan lebih tenang dan berkesan, sekali gus meningkatkan kesejahteraan mental mereka.

Seterusnya, saya merujuk kepada Butiran 00101 – Pendidikan Prasekolah yang diperuntukkan RM150,725,000. Isu kelemahan penguasaan 3M dalam kalangan murid sekolah rendah mendapat perhatian yang meluas apabila statistik menunjukkan sebanyak 122,000 murid Tahun Satu gagal menguasai 3M. Tambahan pula, dengan Laporan Bank Dunia 2024 menyatakan hanya 58 peratus murid di Malaysia mampu menguasai kemahiran membaca menjelang akhir Tahun Lima. Ini adalah indikator yang sangat serius terhadap cabaran sistem pendidikan negara. Lebih membimbangkan, pencabar ini jauh ketinggalan berbanding Vietnam yang mencatatkan kadar penguasaan literasi yang lebih tinggi.

Tuan Pengerusi, saya merujuk Butiran 060900 – Rancangan Makanan Tambahan.

Jadi, saya mohon perincian KPM jumlah pelajar India mendapat bantuan Rancangan Makanan Tambahan bagi aliran SRJK (T) dan aliran SK, dan mohon perincian jumlah pelajar India yang tercicir meneruskan Tingkatan Peralihan sejak tahun 2020 hingga 2024.

draft • 4:37 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Akhir sekali Tuan Pengerusi, rakan saya Yang Berhormat Tasek Gelugor tadi berbicara seolah-olah masyarakat India telah dipinggirkan dalam arus pendidikan negara.

Saya tanya balik, di manakah masyarakat India dalam keahlian Parti Bersatu yang telah diletakkan sebagai kelas tiga sebagai ahli bersekutu? Tanya, cerminkan diri sebelum bercerita tentang masyarakat India dalam Dewan yang mulia ini. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

[Tepuk]

draft • 4:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Ahli-ahli Yang Berhormat...

draft • 4:40 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Pengerusi, Pengerusi, Sungai Siput tanya itu, nak suruh saya jawab kah tidak?

draft • 4:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Tak payah, tak payah.

draft • 4:40 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Tak payah? Okey.

Nampak, nasib baik Pengerusi tak bagi.

draft • 4:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Ha, okey. Ruang lain, ruang lain ya. Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri bolehlah menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat yang sedang berada dalam Dewan ini. Manakala isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat yang tiada dalam Dewan, akan diberikan jawapan secara bertulis ya. Kepada YB Menteri yang telah memberikan komitmen untuk memberikan jawapan bertulis ke atas isu-isu yang dibangkitkan, maka ia perlu diberi dalam tempoh lima hari kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkaitan.

draft • 4:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Seterusnya, saya persilakan 30 minit Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 4:40 PM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Salam Malaysia Madani. Yang Berhormat Pengerusi, izinkan saya memulakan penggulungan saya pada petang ini dengan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua 28 Ahli Yang Berhormat yang bangkit dan telah membangkitkan isu-isu berkaitan dengan pendidikan ini.

Yang kedua Yang Berhormat, izinkan saya juga untuk— Yang di-Pertua, izinkan saya juga untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua agensi kerajaan yang telah pun bertungkus-lumus dalam Ops Payung yang dikendalikan di bawah panduan ataupun pedoman Kementerian Pendidikan Malaysia dalam urusan banjir baru-baru ini.

Saya ingin menegaskan bahawa Ops Payung ini telah pun diaktifkan dari segi pelaksanaannya sebaik sahaja kita menerima pedoman dan nasihat daripada semua agensi yang terlibat dalam isu bencana dan keselamatan. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, bahawa Ops Payung ini telah diaktifkan bagi memastikan seluruh ataupun kesemua isu-isu yang berbangkit berkaitan bencana dan keselamatan yang melibatkan khususnya anak-anak kita yang menghadapi peperiksaan SPM, dapat dikendalikan dengan mekanisme dan juga urusan-urusan yang melibatkan aset negara. Saya merakamkan ucapan terima kasih setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi kerajaan. Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pagi tadi, bahawa persiapan jentera dan mekanisme untuk menyelamatkan dan juga isu bencana ini adalah sangat luar biasa.

Ahli Yang Berhormat, saya juga ingin menegaskan bahawa apabila pertanyaan- pertanyaan yang dibangkitkan, saya lega mendengar bahawa kebanyakan Ahli Yang Berhormat bersetuju bahawa SPM tidak perlu ditangguhkan. Itu yang pertama.

[Tepuk] Yang kedua, saya juga ingin menegaskan bahawa apabila kita membuat keputusan berkaitan dengan meneruskan SPM ini, ia adalah keputusan bersama. Sesi libat urusnya bersama, risiko assessment-nya pun bersama. Jadi, apa yang kita putuskan berdasarkan ‘wasyawirhum fil amri’ ini dan kita telah pun bermusyawarah dan melihat kepada apakah risiko-risikonya. Maka kita teruskan mengambil kira bahawa yang terjejas ini adalah satu peratus sahaja daripada keseluruhan calon SPM yang sedang mengambil peperiksaan SPM.

Itu yang kedua.

Yang ketiga Yang Berhormat, berkaitan pertanyaan mengapa hari ini baru kita dapat tahu bahawa mereka ini boleh mengambil ujian bertutur pada hari-hari lain. Saya ingin terangkan Yang Berhormat, ketika ini ya, semasa Ops Payung diaktifkan, tumpuan kita apa?

Keselamatan, kebajikan. Sebab itu saya nak ucapkan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada MP Rantau Panjang, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Ahli Parlimen Tumpat, Ahli Parlimen Pasir Mas yang saya tahu, telah bertungkus-lumus bersama-sama dengan agensi untuk menyelamatkan semua pelajar-pelajar kita. Begitu juga semalam, saya di

draft • 4:41 PM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

Kelantan seharian bersama Exco Pendidikan Kelantan untuk meninjau, memantau dan memastikan semua urusan yang terkait rapat dengan sesi libat urus dan keputusan kita untuk meneruskan SPM itu berjalan dengan lancar. Jadi, urusan fasa pertama selesai.

Masuk fasa yang kedua, yang dibimbangkan oleh ramai Ahli Yang Berhormat adalah berkaitan persiapan psikologi, psikososial dan mental anak-anak ini. Saya ingin tegaskan Yang Berhormat, semalam adalah fasa kedua, mempersiapkan pemugaran emosi mereka untuk menghadapi peperiksaan. Alhamdulillah, semua persiapan berkaitan dengan pemugaran emosi ini berjalan dengan sangat baik. Anak-anak kita sangat kental dan membuat persiapan yang sewajarnya untuk menghadapi peperiksaan. Mereka telah dipersiapkan dari awal tahun dengan persiapan mental, resilient dan kebanyakannya telah dipersiapkan oleh guru-guru mereka untuk menghadapi semua situasi.

Untuk itu Yang Berhormat, saya ingin tegaskan bahawa semasa proses menyelamatkan itu, kita sudah pun menjangkakan dan melihat dan mengenal pasti sekiranya ada calon-calon kita yang tercicir daripada ujian yang akan diadakan pada semalam. Jadi, hanya satu sekolah saja, SMK Rantau Panjang yang kita anjakkan anak-anak ini untuk membuat pilihan peperiksaan pada hari ini ataupun esok. Jadi, tidak timbul soal bahawa mereka ini tidak dapat menghadiri peperiksaan.

Menjawab kepada soalan Ahli Parlimen saya tak ingat, Kuala Krai kah mana tadi, yang bertanya— Kuala Krau, yang bertanya apakah impak selepas kita membuat pemindahan ini. Saya ingin tegaskan bahawa hari ini kita mendapat laporan bahawa kehadiran anak-anak kita kesemua peperiksaan bermula semalam sehingga hari ini khususnya yang terjejas banjir adalah 99 peratus. Ini menunjukkan bahawa proses menyelamatkan itu berjaya, proses pemugaran emosi itu juga berjaya kerana mereka yang tidak mencapai— kerana tak capai lagi 100 peratus ini, mereka akan mengambil peperiksaan sama ada esok ataupun lusa sehingga 5 hari bulan, sehingga habis. Jadi, kita telah susun dan kehadiran ini yang kita mahu pastikan mereka dapat menjawab dan juga menghadiri peperiksaan dengan selamat.

draft • 4:41 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat.

draft • 4:41 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Secara keseluruhannya ya...

draft • 4:41 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat, Masjid Tanah.

draft • 4:41 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

...Secara keseluruhannya, kehadiran anak-anak kita setakat hari pertama adalah 99 peratus...

draft • 4:41 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat, Masjid Tanah.

draft • 4:41 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

... Jadi, mana anak-anak yang belum hadir itu, kita akan tindak susul memastikan mereka boleh datang pada hari esok sampailah habis hari untuk memastikan bahawa tidak ada yang tercicir dalam ujian khususnya yang berkaitan dengan ujian lisan SPM.

draft • 4:41 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat, Masjid Tanah. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mendengar dengan teliti dan saya juga membaca dalam akhbar bahawa Yang Berhormat Menteri semalam menyatakan bahawa tidak ada seorang pun yang terkandas. Saya pun berbincang dengan kawan, “Uish, hebat betul KPM ini. Macam mana dia boleh buat, memastikan semua pelajar-pelajar dapat attend untuk ujian lisan semalam?” Jadi, saya — di situ saya ada satu persepsi macam, “Wow, hebat!”. Dalam keadaan yang banjir, rupanya tiba-tiba hari ini, Yang Berhormat pula kata boleh ada pilihan mana yang dah tertinggal semalam boleh ini. Ini macam mana satu Yang Berhormat? Saya pun macam pelik, macam mana Yang Berhormat boleh keluarkan kenyataan seumpama itu, begitu confident dan yakin tidak ada seorang pun terkandas, tapi hari ini boleh ada pilihan pula. Boleh Yang Berhormat jelaskan...

draft • 4:41 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Awak tak faham saya explain ini. Dengar Yang Berhormat. Yang terkandas kita dah selamatkan ceritanya sekarang ya. Selesai fasa pertama. Yang kedua, yang saya sebut hari ini boleh datang dan kita lihat hanya satu saja saya sebut tadi, sekolah SMK Rantau Panjang yang kita adjust dia boleh ambil hari kedua, hari ketiga ya. Jadi maknanya, yang terkandas selesai. Yang ambil SPM pun semua boleh ambil mengikut hari yang kita— selepas kita selesai memastikan mereka, pemugaran emosinya selesai. Tak ada masalah.

draft • 4:41 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Maksudnya bukanlah terkandas ambil SPM?

draft • 4:41 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Tidak.

draft • 4:41 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Maksudnya terkandas di tempat masing-masing?

draft • 4:41 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Ha.

draft • 4:41 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Oh, ayat kena jelas Yang Berhormat. Saya tak faham.

draft • 4:41 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Terkandas saya sebut fasa pertama tadi Yang Berhormat. Tak dengar, ini masalahnya.

draft • 4:41 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat kena jelas betul-betul. Yang Berhormat kena jelas betul-betul. Kalau saya tak faham, yang dekat luar pun sana tak faham.

draft • 4:41 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Saya teruskan juga dengan memaklumkan...

draft • 4:41 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Masjid Tanah, saya jelas Masjid Tanah. Saya jelas.

draft • 4:41 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

[Ketawa] Saya juga ingin memaklumkan bahawa dari segi...

draft • 4:41 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terkandas SPM itu lepas esok hari keputusan.

draft • 4:41 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

...Dari segi persiapan kita sekiranya berlaku nauzubillah, apa sahaja situasi kita pun telah pun bersedia. Sebab itu saya ingin tegaskan Yang Berhormat sekalian, bahawa Ops Payung ini benar-benar telah memberikan penekanan kepada isu

draft • 4:41 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

keselamatan dan juga penggunaan aset yang betul-betul dapat memberikan tumpuan kepada isu banjir ini.

Seterusnya, saya barangkali boleh bergerak kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Saya berhasrat untuk menjawab soalan Ayer Hitam pada hari ini yang saya fikir beliau pastinya menunggu-nunggu jawapan daripada saya. Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam, berkaitan dengan status permohonan pindah premis Sekolah Menengah Yong Peng.

draft • 4:41 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Saya setakat ini Yang Berhormat, kita masih lagi melihat dan meneliti permohonan tersebut khususnya dalam aspek perundangan dan syarat-syarat yang telah dinyatakan dalam perakuan pendaftaran Sekolah Menengah Yong Peng untuk memastikan sebarang keputusan yang dibuat adalah tertakluk kepada pematuhan akta yang sedang berkuat kuasa.

Saya sangat yakin bahawa Ayer Hitam sangat memahami isu ini, khususnya bagi perkara- perkara yang berkaitan dengan Akta Pendidikan.

Saya juga ingin barangkali menyentuh tentang juga persoalan Ayer Hitam yang bertanyakan tentang pengambilan khas STPM dan STAM. Namun, pengambilan masih tidak diberikan setelah 14 tahun ya. Saya ingat jawapan ini Yang Berhormat, kalau boleh saya berikan keadaan terkini. Kita membuat program laluan khas STPM, STAM dan juga matrikulasi. Begitu juga dengan, berkaitan dengan UEC, Yang Berhormat, tanya juga.

Dalam perkiraan kita ketika ini Yang Berhormat, kita tidak ada masalah dalam laluan khas ini dan jumlah pengambilan calon-calon itu juga berjalan dengan baik. Begitu juga dengan apa yang dimaksudkan dengan Yang Berhormat, apakah penambahbaikan yang kita lihat dalam aspek kita lihat kepada laluan-laluan khas STPM, STAM dan UEC ini.

Memandangkan ia juga sedang dilaksanakan selepas maknanya pelajar SPM dan pelajar STPM, STAM di peringkat IPG. Jadi, kita melihat bahawa ia memberikan kesan kepada khususnya opsyen-opsyen tertentu, Yang Berhormat.

Kalau Yang Berhormat bertanya tentang UEC, dari aspek dia mengambil maknanya memberikan kesan kepada guru bahasa Cina ya. Yang Berhormat juga tahu syarat-syaratnya termasuk mesti maknanya melalui proses pendidikan kita dan proses dari segi kawalan kita.

Jadi, itu memberikan kesan. Begitu juga dengan STAM, STPM dan Matrikulasi. Memberikan kesan kepada opsyen-opsyen tertentu. Buat masa sekarang, kita memberikan tumpuan kepada opsyen-opsyen tertentu kerana ini akan mengimbangi keseluruhan berkaitan dengan kekurangan guru yang sedang berlaku dan sedang kita selesaikan dengan sebaik mungkin.

Saya juga barangkali ingin melihat kepada isu Sungai Petani yang membangkitkan tentang isu beban guru yang masih lagi pada pandangan dan juga aduan yang diterima oleh Sungai Petani bahawa masih lagi melakukan kerja-kerja pentadbiran berlebihan dan sebagainya. Izinkan saya tegaskan Sungai Petani bahawa inisiatif tujuh langkah itu masih berlaku dan berterusan. Terkini, saya sudah minta untuk Jemaah Nazir untuk membuat penaziran kepada tujuh langkah tersebut supaya kita dapat memastikan bahawa keseluruhan isu-isu beban guru ini dapat kita tangani sepenuhnya.

draft • 4:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Naziran ini sifatnya Sungai Petani adalah untuk memastikan bahawa penaziran itu dan skop untuk melihat beban guru ini benar-benar sampai ke bawah. Itulah tugas Jemaah Nazir bagi memastikan isu pengurangan beban guru ini benar-benar dapat dicapai. Kalau kita hanya umumkan tujuh langkah tetapi tidak ada penaziran, tidak ada sesiapa yang melihat sama ada ia efektif ataupun tidak, saya bimbang maka ia akan hanya menjadi tujuh langkah tetapi tidak diikuti dan tidak ada tindak susul bagaimana kita harus menyelesaikan isu tersebut.

Kita juga melihat kepada pengisian AKP pada tahun 2023 dan sekadar 84 peratus sahaja. Pada 2024, peratus pelantikan AKP telah meningkat kepada 97 peratus, Yang Berhormat. Jadi, ini juga antara pendekatan Kerajaan MADANI untuk memastikan bahawa beban guru ini diimbangi termasuk dengan meningkatkan pelantikan AKP dan hari ini setakat 30 November 2024, peratus pelantikannya adalah 97 peratus.

Kita juga telah menambah baik fungsi pengurusan di sekolah KPM melalui mewujudkan modul tadbir urus sekolah MySG yang akan memberikan tumpuan kepada melihat urusan-urusan yang lebih terperinci. Jadi, sepatutnya tidak timbul Yang Berhormat, apa yang disebut itu tetapi kita ambil maklum sekiranya masih ada lagi. Sebab dalam MySG ini telah menggariskan apakah tugas-tugas yang guru patut lakukan dan sepatutnya bukan tugasan guru tersebut.

Kita telah melihat bahawa ada kepentingan juga untuk melihat dari aspek penawaran sokongan psikologi kepada warga KPM. Insya-Allah dalam masa terdekat, kita akan umumkan Indeks Kesejahteraan Guru bagi memastikan guru-guru kita dapat menjalankan tugas dengan sejahtera dan juga berfungsi dengan baik khususnya dalam melaksanakan tugas-tugas pendidikan untuk negara.

Ayer Hitam, saya ada tertinggal satu isu. Rayuan bagi SJK(C) Kuek Ho Yao okey.

Untuk isu ini Yang Berhormat, lukisan yang dikemukakan kali kedua oleh Jawatankuasa Pembinaan Sementara Sekolah Jenis Kebangsaan Cina melalui JPN Johor sedang disemak oleh semua disiplin teknikal KPM iaitu lima disiplin yang utama. Insya-Allah Yang Berhormat, kita dapat makluman bahawa lukisan akan dimuktamadkan pada 13 Disember 2024 untuk dikemukakan kembali kepada JPN Johor dan Jawatankuasa Pembinaan Sementara Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kuek Ho Yao untuk tindakan lanjut.

Yang Berhormat Libaran...

draft • 4:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Yang Berhormat Menteri, sedikit?

draft • 4:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

...Dan rakan-rakan yang lain.

draft • 4:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Saya nak ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas respons yang diberikan.

draft • 4:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Sama-sama.

draft • 4:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Untuk yang naziran itu Yang Berhormat Menteri, kalau boleh dibuat secara menyeluruh dan perkara itu dikaji sehingga ke

draft • 4:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

sekolah-sekolah di peringkat pedalaman atau di desa, kampung dan sebagainya supaya indeks itu dapat lebih baik dan harap dapat dikongsi kepada semua. Terima kasih.

draft • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri, walaupun saya tak bahas, saya ucapkan terima kasih kerana saya terima maklum balas bahawa sekolah jenis kebangsaan Tamil...

draft • 4:50 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat, banyak lagi tak jawab ini Yang Berhormat. Jangan ganggu.

draft • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...Sungai Bakap.

draft • 4:50 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Jangan ganggu Menteri.

Banyak lagi tak jawab ini. Orang nak bahas lagi ini.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

[Bangun]

draft • 4:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Kita bagi ruang, ruang.

draft • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih saya ucapkan.

Ini adalah berita baik kepada rakyat Pulau Pinang.

draft • 4:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Teruskan Menteri, teruskan Menteri.

draft • 4:50 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih di luar lah.

terima kasih di luar sahaja.

draft • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Apa masalahnya? Kalau saya berterima kasih kepada Menteri. Apa masalahnya?

draft • 4:50 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Sekejap lagi bahas.

draft • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Apa masalahnya?

draft • 4:50 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Masa, masa.

draft • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Eh, what is your problem? Apa masalahnya?

draft • 4:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Ayer Hitam, jangan kacau Ayer Hitam. Jangan kacau Ayer Hitam.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Tuan Pengerusi.

draft • 4:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Jangan kacau.

draft • 4:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Perhatian, kita bagi ruang kepada Menteri.

draft • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kalau masa Perikatan Nasional, tak boleh bina. Kalau kita bina, apa masalahnya? Masa Perikatan Nasional, sekolah jenis kebangsaan Tamil tak dibina.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Orang...

draft • 4:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey, okey.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Orang memberi, kita merasa.

draft • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Apa salahnya?

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Orang berbudi, kita berbahasa.

Terima kasih kepada Menteri.

draft • 4:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Ayer Hitam.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Hari ini saya dapat jawapan.

draft • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sebab itu saya berterima kasih pada Menteri.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

...Daripada pihak Menteri.

draft • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Belajarlah Perikatan Nasional.

Jangan kurang asam.

draft • 4:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey, Ayer Hitam.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Okey, terima kasih. Saya dapat jawapan. Cuma yang Sim Mow Yu itu, kalau boleh lihat balik.

draft • 4:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Baik.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Terima kasih untuk kawasan saya.

Sedia dipertimbangkan. Kita percepatkan proses. Saya sama-sama bantu.

draft • 4:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Kita nak merealisasikan projek ini.

draft • 4:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Ya, Yang Berhormat. Saya maklum.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Terima kasih.

draft • 4:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Saya maklum tentang bantuan-bantuan Yang Berhormat berikan. Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Speaker, izinkan saya juga melihat kepada beberapa isu yang dibangkitkan tentang pertanyaan-pertanyaan sama ada di kawasan Parlimen mereka ada sekolah atau pun tidak dalam makluman yang telah pun dikemukakan dalam belanjawan yang lalu.

Sungai Petani bertanya sama ada sekolah atau pun tidak, khususnya berkaitan dengan status perolehan tanah bagi tapak SMK Seri Pinang Kuala Muda. Untuk makluman, ia dalam permohonan pemberi milikan tanah, telah dikemukakan kepada Pejabat Tanah Kuala Muda pada 10 September 2024 melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Putrajaya.

Begitu juga dengan Jerai yang bertanya tentang pembinaan sekolah baharu. Kos semua pembinaan dan berapa yang dibina di Kedah. Di bawah Belanjawan Tahun 2025 telah diluluskan sebanyak 44 sekolah baharu yang terdiri daripada 18 sekolah menengah, 24 sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah pendidikan khas dengan kos keseluruhannya berjumlah RM4.25 bilion. Khusus untuk negeri Kedah, diluluskan sebanyak satu sekolah baharu iaitu SMK Semeling Sungai Petani.

Ahli Yang Berhormat, saya juga mendapati beberapa Ahli Yang Berhormat bertanya tentang isu kekurangan guru khususnya Igan. Igan ada? Okey, Igan. Saya ucapkan terima kasih atas pandangan-pandangan yang diberikan oleh semua Ahli Yang Berhormat yang membicarakan tentang kekurangan guru ini.

Ingin saya tegaskan ketika ini, perbincangan kita bersama dengan SPP adalah untuk memastikan bahawa guru ini dapat kita tangani dengan segera khususnya dengan pengambilan-pengambilan yang diuruskan oleh pihak SPP dan ditempatkan oleh KPM. Untuk

draft • 4:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan bahawa penempatan guru baharu setakat 2024 adalah sebanyak 13,749 orang.

draft • 4:50 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Yang kini, yang kita sedang uruskan adalah untuk mengisi lagi kekurangan- kekurangan itu berdasarkan perbincangan dengan SPP khususnya. Ia adalah positif Yang Berhormat, khususnya untuk Sarawak. Kita akan umumkan dalam masa terdekat kekurangan guru ini yang telah pun kita penuhi dari segi kuota dan juga tindakan lanjut untuk memastikan bahawa isu guru ini dapat kita tangani dengan segera. Jadi, mana-mana...

draft • 5:00 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Menteri, sedikit. Latest data kekurangan guru? Exactly? Yang terkini sekali? Thank you.

draft • 5:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Yang terkini setakat ini Yang Berhormat, sekejap ya, saya tengok balik. Setakat ini kita dah, pengisian guru sekolah rendah setakat 31 Oktober adalah 97.62 peratus. Pengisian sekolah menengah keseluruhan 95.16 peratus. Rasah tadi sebut SJK(C). Rasah ada?

draft • 5:00 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Menteri.

draft • 5:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

93 peratus Rasah sebut. Sebenarnya untuk SJK(C) adalah 95 peratus, Rasah. Jadi, kita sedang membuat pengisian untuk Disember ini. Insya- Allah, akan datang.

draft • 5:00 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Menteri. Sekarang ini, adakah pengisian sekarang ini diberi sehingga 100 peratus ataupun berapa peratus sebenarnya pengisian? Jadi, sebab itu saya tanya kalau boleh. Kalau boleh...

draft • 5:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Kita seboleh-bolehnya Yang Berhormat. Kita tahu, saya faham maksud Yang Berhormat itu. Kita tahu bahawa walau seorang pun guru tidak cukup di sekolah itu akan memberikan kesan kepada para pelajar.

draft • 5:00 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tak, sebab itu saya tanya. Apakah polisi terkini tentang pengambilan?

draft • 5:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Sebab itu kita sedaya upaya dengan SPP untuk memastikan pengisian guru itu mencapai keseluruhan sebab kita kena faham dinamik pengisian guru ini.

draft • 5:00 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Ya, ya. Saya tahu. Saya nak tanya, setakat ini apakah yang nak keluar?

draft • 5:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Ya, kita berusaha ke arah itu.

draft • 5:00 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Berapa ramai yang dah kosong?

draft • 5:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Yang Berhormat pernah jadi Menteri Pendidikan, Yang Berhormat tahu.

draft • 5:00 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tak, saya tanya, saya tanya. Saya nak tahu, apakah keadaan sekarang? Sebab itu saya tanya elok-elok tadi.

draft • 5:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Ya, sebab itu saya kata dengan SPP ini kita sentiasa memastikan pengisian itu back to back. Itu satu.

draft • 5:00 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Saya tanya number. Saya tak tanya proses. Saya tanya number.

draft • 5:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Tak apa. Saya boleh bagi. Tak ada masalah.

draft • 5:00 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 5:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Yang kedua, maknanya pengisian itu juga mesti melihat kepada opsyen yang apa yang kita dapati kekurangan dan sebagainya dalam pendidikan itu.

Jadi, soal berkaitan kekurangan guru ini kita sedang tangani dengan bersungguh-sungguh, Yang Berhormat. Insya-Allah, kita yakin dan percaya dengan keupayaan dengan SPP bersama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, kita dapat selesaikan isu ini secara berperingkat dan juga secara berterusan.

Ahli Yang Berhormat sekalian, saya juga mendapati Ahli Yang Berhormat masih lagi berminat tentang isu yang berbangkit berkaitan dengan peperiksaan. Ramai sekali Ahli Yang Berhormat masih lagi menyatakan bahawa isu peperiksaan ini mesti dikembalikan dan melihat bagaimana kesannya kepada anak-anak kita, khususnya terkait rapat selepas pemansuhan UPSR dan PT3.

Akan tetapi saya ingin memberikan sedikit penegasan. Yang menghapuskan peperiksaan ini bukan saya, Putrajaya.

[Tepuk] Jadi, saya mengambil pendekatan bahawa apa yang ada dalam sistem kita sekarang ini, khususnya pentaksiran ini harus diberikan kekuatan penegasan dan juga memperkukuhkan guru-guru kita. Saya ambil pendekatan ini, Yang Berhormat ya.

draft • 5:00 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Saya nak kena sebut sikit.

draft • 5:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Apabila kita bercakap tentang pentaksiran, saya ada tujuh minit.

draft • 5:00 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Saya nak kena sebut sikit. Saya nak kena sebut sikit. Tadi Yang Berhormat Menteri sebut Putrajaya tadi.

draft • 5:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Saya nak kena sebut bahawa...

draft • 5:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Dia tak bagi peluang, Yang Berhormat.

draft • 5:00 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Bagi peluang sikit.

draft • 5:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Tak payah perasan lah, Yang Berhormat. Bila saya sebut itu, tak ada kaitan dengan Yang Berhormat...

draft • 5:00 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tak, Yang Berhormat sebut tadi. Yang Berhormat sebut, saya nak sentuhlah sedikit.

draft • 5:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Saya nak tegaskan, sekarang ini soalan kepada saya nak kembalikan ataupun tidak.

draft • 5:00 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Saya nak sentuh sedikit. Bila Yang Berhormat Menteri sebut saya tadi, berlaku adil lah.

draft • 5:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Menteri tak bagi peluang, Yang Berhormat.

draft • 5:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Saya tak bagi laluan, Tan Sri Speaker. Saya tak bagi laluan.

draft • 5:00 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat sebut saya.

draft • 5:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Yang mansuhkan dia. Dia patut jawab dan terangkan kepada rakan-rakan dia. Kenapa pula rakan-rakan dia kena tanya saya?

draft • 5:00 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Jadi, saya – berlaku adil lah untuk saya bersebut sedikit.

draft • 5:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Saya nak sebut sekarang ini penegasannya...

draft • 5:00 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang hapuskan peperiksaan adalah Kementerian Pendidikan.

draft • 5:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

...adalah soal bagaimana kita nak...

draft • 5:00 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

It is a collective responsibility, Yang Berhormat.

Terima kasih.

draft • 5:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Putrajaya. Okey.

draft • 5:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Ya. Ini ruang saya.

draft • 5:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Teruskan, teruskan, teruskan.

draft • 5:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Saya nak berikan penegasan bahawa dalam konteks pentaksiran ini, kita lihat ada satu ruang untuk kita perkukuhkan, khususnya wasain ini. Jadi, wasain ini boleh diperkukuhkan sebagai satu lagi bentuk kalau sekiranya peperiksaan itu masih lagi menjadi pertimbangan kita melihat kepada keseluruhan.

Tetapi ingin saya tegaskan juga, peperiksaan itu tidak boleh mengambil alih soal pembangunan pendidikan kita yang mahu melihat anak-anak kita ini membesar dan juga mendapat pendidikan secara holistik. Sebab itu saya setuju apabila ada soalan-soalan berkaitan dengan sukan, berkaitan dengan penglibatan badan beruniform kerana ini yang sedang kita lihat dalam pendidikan bahawa keseluruhan konteks ini sama pentingnya dan sangat penting untuk pembangunan anak-anak kita.

Yang Berhormat, seterusnya berkaitan dengan STEM. Saya juga dapati ramai Ahli Yang Berhormat membangkitkan tentang STEM. STEM adalah bidang yang merentas sektor dan perlu dilaksanakan secara kolektif melalui sinergi semua pihak yang terlibat dalam ekosistem STEM nasional. Sebab itu Ahli Yang Berhormat, kita dan juga Speaker, kita tidak melihat bahawa semasa kita melaksanakan agenda STEM, reformasi pendidikan STEM, kita hanya berseorangan. Kita bertugas dan juga mengendalikan semua input, dasar, polisi adalah juga dengan merentas semua kementerian, termasuk Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Kementerian Pengajian Tinggi yang sentiasa diperkukuh untuk mengupayakan ekosistem pendidikan STEM.

Kalau yang ditanya oleh Jerai sebentar tadi, setakat mana koordinasi, setakat mana penglibatan, setakat mana kita membangunkan platform bersepadu? Saya ingin tegaskan bahawa mesyuarat koordinasi STEM bersama KPM, KPT dan MOSTI telah pun dihadiri oleh semua Yang Berhormat Menteri dan telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas STEM, KPT, KPM, MOSTI yang akan memberi fokus kepada penetapan hala tuju STEM di peringkat sekolah hingga ke pendidikan tinggi, selaras dengan aspirasi negara dan keperluan

draft • 5:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

industri, di samping merancang dan memantau inisiatif merentas kementerian dalam meningkatkan kemasukan murid dalam aliran STEM.

Kita juga telah diperuntukkan sebanyak RM100 juta di bawah inisiatif Belanjawan MADANI 2024 untuk tujuan penyelenggaraan dan naik taraf makmal sains dan komputer serta memperoleh peralatan STEM yang baru. Penyelenggaraan dan naik taraf makmal sains secara berkala penting bagi menyediakan makmal yang sentiasa kondusif dan lengkap.

Oleh itu, bagi perancangan Belanjawan 2025, KPM telah mencadangkan peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta bagi memperluaskan projek penyelenggaraan dan menaik taraf makmal sains serta memperoleh peralatan melibatkan 500 makmal sains, sekolah menengah berskala lima di seluruh Malaysia.

Saya juga setuju dengan Ledang bahawa inisiatif STEM ini seharusnya juga diperluaskan dalam konteks bahawa melihat partisipasi semua pihak dalam memastikan bahawa budaya ataupun pembudayaan STEM ini dapat kita raikan dalam semua peringkat dan bukan hanya tertumpu di peringkat sekolah sahaja. Jadi, kalau ada cadangan, khususnya penglibatan CSR daripada industri mahupun pihak-pihak yang mempunyai kepakaran dalam STEM ini, kita raikan untuk sama-sama membangun STEM, khususnya untuk mendedahkan anak-anak kita kepada dunia STEM ini.

Bakri membangkitkan tentang Dasar 60:40. Sehingga Jun 2024, data KPM menunjukkan bahawa peratusan enrolmen murid aliran sains, termasuk teknikal dan vokasional telah menunjukkan peningkatan daripada 4.95 peratus pada tahun 2021 kepada 50.83 peratus pada tahun 2024. Jadi, ini ada peningkatan yang baik. Kita sedang melihat bagaimana kita boleh terus meningkatkan penglibatan anak-anak kita untuk mencapai hasrat 60:40 peratus tersebut.

Ahli Yang Berhormat, saya juga melihat bahawa berkaitan dengan minat murid ini dalam bidang STEM ini. Sebenarnya, banyak kejayaan telah pun dicapai oleh anak-anak kita, apatah lagi telah mendapat pingat perak dan gangsa. Saya sebut sikitlah Tuan Yang di- Pertua, gangsa dalam Pertandingan Olimpiad Matematik Antarabangsa 2024 di Bath, United Kingdom, third grand award in Chemistry dalam Regeneron International Science and Engineering, pingat emas di World Robotic Olympiad (WRO) dan banyak lagi yang telah pun mereka capai, khususnya apabila kita membuka ruang dan khususnya memastikan bahawa pembudayaan STEM ini benar-benar sampai dalam masyarakat.

Saya juga mendapat perhatian daripada Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan dengan pertimbangan mengalihkan sesi persekolahan kerana musim tengkujuh dan cadangan- cadangan ini sebenarnya Yang Berhormat, kita dengar, teliti dan pastinya kita tak nak ada sebarang yang disebut sebagai distruption in our education system.

draft • 5:00 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Saya ambil perhatian penuh cadangan tersebut kerana cadangan-cadangan mengubah sesi persekolahan ini tertakluk kepada peraturan-peraturan pendidikan (hari, penggal dan cuti sekolah) dan perubahan ini juga tidak boleh kurang daripada 190 hari. Begitu

draft • 5:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

juga dengan permintaan untuk mengembalikan kalendar akademik sekolah ini bermula pada Januari dan kita sedang menuju ke arah itu, khususnya pada tahun 2026.

draft • 5:10 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Yang Berhormat, Yang Berhormat belum jawab cadangan kami tentang sidang dua. Sidang kedua SPM.

draft • 5:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Oh ya. Saya dah jawab, saya dah jawab Yang Berhormat.

draft • 5:10 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Yang itu tadi spesifik yang cerita itu sahaja.

draft • 5:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Saya dah jawab, Yang Berhormat. Sebab itu saya kata tadi, ini ujian bertutur, Yang Berhormat. Jadi, tidak timbul isu.

draft • 5:10 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Tapi sidang kedua SPM ini banyak. Dia bukan hanya ujian bertutur.

draft • 5:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Betul tapi jauh lagi Yang Berhormat, Januari. Jadi, kita bagi tumpuan untuk dilaksanakan dahulu yang ini dan tidak ada...

draft • 5:10 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Ya, saya mengambil kira mungkin ada gelombang kedua, gelombang ketiga.

draft • 5:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Persiapan itu ada Yang Berhormat, persiapan itu ada.

Sentiasa kita bersedia. Jangan risau Yang Berhormat. Sidang dua, sidang tiga, sidang empat sampai sidang 10 pun kita boleh buat kerana apa? Kerana persiapan kita itu. Saya nak bagi tahu Yang Berhormat, luar biasa persiapan kita kali ini dan kemampuan pegawai-pegawai kita, penjawat awam kita dalam menguruskan isu-isu ini dengan sangat teliti dan sangat membanggakan dan pujian kepada mereka ini harus diberikan supaya tidak ada yang melempar kata-kata negatif kepada mereka kerana mereka tidak boleh berada di Dewan ini untuk mempertahankan diri mereka.

draft • 5:10 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Yang Berhormat, kami tidak melemparkan kata-kata negatif kepada penjawat awam tetapi Menteri nampaknya tidak kompeten dalam menguruskan isu. Itu masalahnya.

draft • 5:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Tapi ini adalah komitmen mereka yang memastikan bahawa semua persiapan kita ini benar-benar telah mencapai hasrat kita untuk memastikan pengendalian peperiksaan itu dapat dicapai dengan sebaik-baiknya. Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 5:10 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat, soalan saya, Yang Berhormat boleh jawab? Yang Berhormat, Yang Berhormat.

draft • 5:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Bertulis, terima kasih. Insya-Allah.

draft • 5:10 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

draft • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat tak boleh jawab, jangan tukarlah jawab bertulis.

draft • 5:10 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat ini buat-buat tak dengar, Yang Berhormat. Masjid Tanah tanya, Yang Berhormat.

draft • 5:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih.

draft • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Eh, Yang Berhormat Speaker. Suruh jawab bertulis, institusi. Kalau tak boleh jawab, jawab bertulis.

draft • 5:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih.

draft • 5:10 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat ini memang.

draft • 5:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Ya, ya. Saya dah maklum tadi.

draft • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Minta jawab bertulis.

draft • 5:10 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat jangan lupa Masjid Tanah tanya pasal set soalan. Backup itu ada tak? Yang Berhormat jawab bertulis ya.

draft • 5:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey, boleh. Insya-Allah.

draft • 5:10 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat macam tak dengarlah, Yang Berhormat.

draft • 5:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 5:10 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Sombong Yang Berhormat ini. Dah jadi Menteri, sombong.

[Ketawa]

draft • 5:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Jangan cakap macam itu. Yang Berhormat, saya dah cakap persiapan kita ada, Yang Berhormat.

draft • 5:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Dah, dah habis dah.

draft • 5:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Kita bersiap sedia semua. Jadi, tak perlu soalan dua, tiga. Tak perlu.

draft • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sombongnya.

draft • 5:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Masa dah habis, Yang Berhormat.

draft • 5:10 PM

Puan Fadhlina binti Sidek

Kita siap sedia semua, insya-Allah.

draft • 5:10 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Kan boleh jawab macam itu.

draft • 5:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Masa dah habis.

draft • 5:10 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Nak kena provoke baru boleh jawab.

draft • 5:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM57,866,971,700 untuk Kepala B.63 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2025 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.63 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 5:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.63 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2025 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.63 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

draft • 5:10 PM
Kepala B.64 [Jadual] – Kepala P.64 [Anggaran Pembangunan 2025] –

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Kepala B.64 dan Kepala Pembangunan P.64 di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi dibuka untuk dibahas. Saya ada 19 Yang Berhormat yang akan berbahas. YB Bakri, YB Pengkalan Chepa, YB Sungai Siput, YB Masjid Tanah, YB Betong, YB Pasir Puteh, YB Raub, YB Parit Buntar, YB Tampin, YB Rompin, YB Miri, YB Jasin, YB Puncak Borneo, YB Sabak Bernam, YB Kota Belud, YB Kubang Pasu, YB Sri Gading, YB Arau dan YB Ampang.

Saya persilakan YB Bakri. Lima minit.

draft • 5:10 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi.

Speaker yang sama, pembahas yang sama tapi Dewan yang berlainan.

draft • 5:15 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

[Ketawa] Tahniah.

draft • 5:15 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Dahulu Dewan Negeri, sekarang Dewan Rakyat.

Tahniah dan syabas. Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya ingin membahaskan Butiran 01000 – Pengurusan menjurus kepada Butiran 010200 – Pendidikan Tinggi. Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya masih ingat lagi semasa zaman remaja saya sehingga baru-baru ini saya lihat berita di dalam surat khabar, media arus perdana ada musimnya.

Saya ingat lagi semasa saya remaja, lebih kurang bulan Mei hingga bulan Jun, berita dia akan kelihatan sekumpulan pelajar menangis di hadapan media mengatakan bahawa mereka gagal mendapat satu tempat untuk masuk ke universiti awam ataupun pelajar cemerlang gagal mendapat kursus yang mereka ingini.

Biasanya merujuk kepada kursus perubatan, kursus guaman, kursus farmasi yang hangat dan ini seolah-olah menjadi satu rutin. Satu rutin media dan setiap kali mesti ada orang politik campur tangan. Pada masa itu, pemuda MCA dan kadangkala pemuda DAP keluar, buat sidang akhbar dan kemudiannya dua minggu lepas itu, sebulan lepas itu keluar lagi satu sidang akhbar.

“Kami dah berjumpa dengan Menteri. Menteri dah bersetuju untuk selesaikan isu ini. Untuk kali ini, seramai berapa orang telah berjaya rayuan dan berjaya dapat kursus medic, kursus perubatan”.

Sejak sampai bilalah Yang Berhormat Pengerusi, perkara ini akan dinoktahkan?

Daripada masuk ke universiti, sekarang tambah masuk ke matriks. Tak dapat masuk matriks lepasan SPM, seolah-olah hari kiamat bagi mereka. Tak dapat masuk universiti selepas SPTM, seolah-olah telah tutup pintu ataupun telah tutup segalanya untuk keluar daripada status sosial yang mereka berada sekarang. Maka, saya merayu kepada pihak kementerian supaya kita mengkaji betul-betul sebab kita perlu sedar satu hakikat bahawa pelajar-pelajar yang cemerlang ini, mereka adalah bakat dan modal insan untuk pembangunan akan datang.

Saya antara yang bertuah. Lepas sahaja SPM, dapat masuk ke UTM tapi ramai kawan-kawan saya tak berjaya walaupun keputusan mereka lebih kurang cemerlang dengan

draft • 5:15 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

saya. Akan tetapi mereka tak dapat. Ada di kalangan mereka yang berpendapatan rendah terpaksa berhadapan dengan perkara yang sama selepas dua tahun selepas SPM iaitu selepas STPM.

Selepas dua tahun mengambil STPM, cuba nak masuk Universiti Malaya pada masa itu, ada yang gagal. Maka, sampai hari ini kita tak tahu mengapa mereka gagal untuk masuk ke universiti. Maka saya berharap pihak kementerian supaya menggariskan satu panduan ataupun mewujudkan satu mekanisme yang seragam. Sekarang ini kita nak masuk universiti, ada pelbagai saluran. Ada saluran direct intake, ada saluran UPU. Ada daripada matriks dan selepas ini mungkin rakan saya, Raub, dia ada statistik yang lebih detailed untuk menunjukkan bahawa berlakunya ketidakadilan daripada pengambilan kemasukan ke universiti daripada saluran-saluran yang berbeza.

draft • 5:15 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Maka, bagi saya, saya mencadangkan pihak kementerian supaya kita ada satu mekanisme, baik daripada mana-mana pelajar daripada prauniversiti, baik daripada saluran apa pun daripada STPM Form 6, daripada matriks dan sebagainya, mereka melalui satu saluran ataupun satu mekanisme yang seragam supaya mereka dapat bersaing pada satu level field ya. Bersaing pada satu platform yang kita kata adil supaya tidak wujud bahawa berlakunya pilih kasih dalam proses ini.

draft • 5:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

draft • 5:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Masa sudah tamat, Yang Berhormat.

draft • 5:20 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Sebab, kadangkala kita tertanya-tanya apakah punca kita gagal untuk mendapatkan satu tempat di universiti.

draft • 5:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Masa sudah tamat, Yang Berhormat.

draft • 5:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Boleh mencelah? Terima kasih. Satu perkara sahaja.

draft • 5:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Tidak boleh mencelahlah sebab masa sudah habis.

draft • 5:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Satu perkara.

draft • 5:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Sudah habis, Beruas.

draft • 5:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Pengerusi, saya sudah menerima satu jawapan bertulis daripada Kementerian Pendidikan Tinggi mengatakan untuk masuk secara direct intake iaitu dengan membayar bayaran penuh yuran dan mereka yang masuk melalui pengambilan biasa iaitu di mana kerajaan memberikan, kita kata subsidi yang banyak, adalah sama. Maksudnya, the exam result ataupun peperiksaan yang dipertimbangkan itu adalah sama.

Jadi, saya hendak tanya, kenapa ada yang perlu bayar secara direct intake, ada pula yang dapat keputusan yang sama tetapi dibenarkan masuk melalui saluran biasa iaitu yang mendapat subsidi kerajaan?

draft • 5:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih. YB Bakri, cukuplah. YB Bakri sudah habis sudah itu.

draft • 5:20 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Beruas tadi...

draft • 5:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Ha, cukup.

draft • 5:20 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

...Di mana perkara ini telah mewujudkan satu situasi di mana dalam satu bilik kuliah ada dua darjat. Makna, perkara ini juga perlu diperhalusi. Ini bagus, okey. Pelaksanaan direct intake ini ada kesan positifnya. Ini tidak dinafikan. Sebab, kalau dahulu orang macam saya...

draft • 5:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Ringkaskan, Yang Berhormat. Ringkaskan.

draft • 5:20 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Boleh, boleh.

draft • 5:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Cukuplah itu. Sudah hujung sudah itu.

draft • 5:20 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Okey. Saya harap sebab masa tidak menunggu kita.

Orang-orang ini, bakat-bakat ini kalau mereka tidak dapat masuk ke universiti, sama ada mereka akan ketinggalan ataupun mereka diambil oleh universiti-universiti di luar negara.

Maka, mereka akan menaikkan nama universiti-universiti di luar negara. Jadi, bukankah itu satu kerugian yang besar? Maka, saya berharap pihak kementerian merangka satu mekanisme yang seragam supaya tidak ada seorang pun yang tercicir.

Sekian, terima kasih.

draft • 5:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih, Yang Berhormat Bakri. Tetap macam di Johor juga, susah hendak berhenti...

[Ketawa] Seterusnya, saya persilakan YB Pengkalan Chepa.

draft • 5:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tiga minit lebih Bakri, Yang Berhormat.

draft • 5:23 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Tidak apa, boleh. Harap-harap Pengkalan Chepa tidaklah.

draft • 5:23 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi atas peluang diberikan.

Saya hendak mulakan dengan ungkapan begini. Bahawa sistem pendidikan tinggi kita sedang berada di persimpangan penting di mana strategi dan dasar yang dirangka hari ini akan menentukan masa depan pembangunan modal insan negara kita. Oleh itu, peruntukan yang diluluskan mesti dirancang secara holistik untuk menjawab cabaran semasa dan juga cabaran masa depan sejajar dengan tuntutan globalisasi dan era digital.

Saya mulakan dengan Butiran 020000 – Pendidikan Tinggi. Peruntukan RM7.69 bilion untuk pendidikan tinggi pada 2025 mencatatkan kenaikan kecil berbanding RM7.45 bilion pada tahun 2024. Namun, persoalan penting ialah bagaimana dana ini mampu memastikan kelangsungan Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi 2026-2035.

Dalam konteks ini, kayu ukur kecemerlangan tidak lagi boleh semata-mata bersandarkan kepada kedudukan dalam ranking global semata-mata. Di Finland, universiti

draft • 5:23 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

dinilai berdasarkan impak sosialnya. Sejauh mana institusi ini menyumbang kepada inovasi sosial, penyelesaian masalah masyarakat dan pembangunan nilai kerohanian.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri yang ada di sini, apakah anjakan yang dikenal pasti oleh KPT untuk memastikan pendidikan tinggi kita menjadi platform pembangunan holistik modal insan? Apakah low hanging fruit yang boleh disegerakan dilaksanakan untuk memperkukuhkan budaya kerja pensyarah dan meningkatkan keberkesanan pembelajaran mahasiswa? Adakah syllabus semasa telah disemak dan relevan dengan keperluan era digital?

Tenaga akademik kita berhadapan dengan cabaran besar dari sudut kebajikan dan beban kerja. Di Australia, pensyarah dibantu oleh staf sokongan untuk mengurus tugas-tugas pentadbiran membolehkan mereka menumpukan kepada penyelidikan dan pengajaran.

Adakah model ini sedang dipertimbangkan dalam negara kita?

Kemudian, pelaksanaan yuran IPTA dan kebajikan pelajar. Dasar baharu berkaitan yuran IPTA untuk golongan selain B40 dan M40 memerlukan perincian. Apakah mekanisme segmentasi yang akan digunakan untuk menentukan kadar yuran ini? Data terkini bilangan pelajar IPTA mengikut kategori isi rumah B40, M40 dan T20 perlu didedahkan. Kita harus tahu berapa ramai pelajar B40, M40 yang menerima tajaan dan berapa ramai terpaksa menolak tawaran IPT kerana kekangan kewangan.

Lebih membimbangkan ialah dasar baki sifar ataupun zero balance policy. Dasar ini kelihatan baik di atas kertas tetapi berpotensi memberi tekanan besar kepada golongan B40.

Di Kanada, subsidi yuran bersasar telah diperkenalkan untuk membantu pelajar miskin tanpa membebankan mereka. Apakah KPT bercadang mencontohi langkah ini?

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) telah dipersoalkan relevansinya dalam konteks kebebasan akademik dan hak bersuara. Akta ini perlu melalui penilaian menyeluruh terutama dalam memastikan rangka kerja perundangan universiti selari dengan keperluan moden. Adakah pindaan AUKU telah memberi ruang mencukupi kepada mahasiswa untuk terlibat dalam politik kampus? Bagaimana KPT melihat peranan media sosial sebagai ruang baharu untuk mahasiswa menyuarakan pandangan secara kritis sekali gus menggalakkan mobilisasi sosial dan demokrasi?

Kebebasan akademik pula harus diteliti dalam konteks penapisan. Di UK, sebagai contoh, kebebasan ini dilindungi dengan jelas untuk memastikan pensyarah dapat menerbitkan penyelidikan yang kritikal terhadap dasar kerajaan tanpa risiko dikenakan tindakan. Apakah langkah-langkah KPT dalam memastikan Akta 605 dapat menjamin kebebasan seumpama ini?

Butiran 040000 – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Peruntukan RM1.52 bilion untuk TVET pada 2025 meningkat sedikit berbanding dengan tahun 2024 menunjukkan komitmen kerajaan. Namun, kita perlu tanya, adakah strategi kita cukup mantap untuk mencapai sasaran 129,000 graduan TVET? Di Switzerland, sebagai contoh, sistem dual education berjaya mengintegrasikan teori dan latihan industri menjadikan

draft • 5:23 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

graduan terus bersedia untuk pasaran kerja selepas tamat pengajian. Apakah KPT sedang merancang model yang serupa untuk negara kita Malaysia?

TVET dalam bidang halal juga memerlukan perhatian. Permintaan global terhadap pensijilan halal semakin meningkat. Adakah graduan TVET kita dilatih untuk memenuhi keperluan sektor ini? Dan kerjasama dengan JAKIM dan syarikat dalam sektor F&B boleh memastikan kebolehpasaran mereka diperkukuh.

Butiran 05018 – Naik Taraf Fasiliti di Institusi Pendidikan Tinggi. RM41.6 juta diperuntukkan untuk naik taraf fasiliti IPTA pada tahun 2025 berbanding tiada peruntukan pada tahun 2024. Namun, persoalan ialah bagaimana dana ini akan diagihkan untuk memenuhi keperluan utama kampus? Di Jepun, sebagai contoh, institusi pendidikan menggunakan pendekatan berdasarkan data untuk menentukan keutamaan perbelanjaan termasuk memastikan kemudahan mesra OKU. Apakah KPT bercadang untuk mengambil langkah yang serupa?

Butiran 05011 – Penyelidikan Fundamental. Penurunan peruntukan untuk penyelidikan fundamental kepada RM187.3 juta pada tahun 2025 berbanding RM426 juta pada tahun 2024 amat mengecewakan. Di Singapura, penyelidikan kolaboratif dengan industri menjadi tunjang utama kemajuan inovasi mereka. Sebaliknya di Malaysia, kebanyakan penyelidik masih tertumpu di IPT awam. Bagaimana KPT bercadang untuk merapatkan jurang ini? Adakah kerjasama strategik dengan industri perlu diperkasakan untuk mempercepatkan pengkomersialan hasil penyelidikan?

draft • 5:23 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Masa sudah tamat, Yang Berhormat.

draft • 5:23 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Sedikit lagi, Yang Berhormat. Baru lebih setengah minit. Sedikit, Yang Berhormat.

draft • 5:23 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Last-lah.

draft • 5:23 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Agensi Kelayakan

(MQA) – 010300. Isu sindiket sijil akademik palsu mencabar integriti sistem pendidikan tinggi kita. Di UK, sistem pengesahan sijil digital diperkenalkan untuk membantu majikan mengesahkan kelayakan akademik. Adakah KPT ada langkah yang serupa untuk mengatasi masalah ini?

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Yang akhirnya Tuan Yang di-Pertua, Butiran 050400, sifar peruntukan untuk biasiswa pendidikan tinggi pada 2025 berbanding RM200 juta pada 2024 adalah satu tamparan besar kepada pelajar B40. Walaupun terdapat peningkatan kepada RM220 juta untuk biasiswa dan penyelidikan universiti, ia tidak mencukupi untuk menampung keperluan pelajar. Program MyBrain 2.0 yang dijenamakan semula perlu lebih telus. Berapa ramai pelajar yang akan

draft • 5:30 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

mendapat manfaat daripada program ini? Di Jerman, biasiswa pendidikan dibiayai bersama oleh kerajaan dan sektor swasta. Apakah yang telah dibuat dalam negara kita?

draft • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 5:30 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Akhir Tuan Yang di- Pertua, ini last.

draft • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sudah akhir tadi. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 5:30 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tadi Pengerusi lain.

draft • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Sungai Siput, silakan.

draft • 5:30 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai siput

Terima kasih Puan Pengerusi, mengizinkan Sungai Siput turut serta perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Pendidikan Tinggi. Saya merujuk kepada Butiran 05009 – Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi, yang telah diperuntukkan RM1,650,000. Saya ingin menyentuh salah satu isu penting yang semakin membimbangkan iaitu kes buli dan kelemahan pembinaan sahsiah dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Walaupun Malaysia sering menonjolkan kejayaan dalam melahirkan graduan yang cemerlang dari segi akademik, kita harus akui bahawa pembangunan sahsiah dan akhlak generasi muda masih belum memadai.

Kes-kes buli yang dilaporkan termasuk yang membawa kepada kecederaan serius dan kehilangan nyawa menunjukkan ada jurang yang besar antara kecemerlangan intelektual dan nilai-nilai kemanusiaan. Kita sedar bahawa Kementerian Pengajian Tinggi dan IPT telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membangunkan sahsiah pelajar seperti mata pelajaran umum yang merangkumi pendidikan moral dan etika, tamadun Islam, tamadun Asia dan hubungan etnik serta penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum.

Namun, kes buli dan kegagalan menghayati nilai kemanusiaan dalam kalangan pelajar IPT masih menjadi isu besar. Kes-kes ini bukan sahaja memalukan, malah mencemarkan imej pendidikan tinggi negara kita. Jika sistem pendidikan tinggi hanya melahirkan individu yang bijak tetapi kurang nilai kemanusiaan, ia tidak akan membawa manfaat jangka panjang kepada masyarakat. Oleh itu, saya ingin mengemukakan cadangan memperkukuhkan usaha sedia ada serta mewujudkan latihan khusus pembinaan sahsiah yang lebih berfokus.

Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) berperanan besar dalam melahirkan kepimpinan pentadbiran IPT yang kompeten. Oleh itu, saya mencadangkan agar Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi turut dilibatkan dalam pembangunan modul-modul sahsiah untuk pelajar IPT. Ini boleh dilaksanakan melalui pendekatan strategik yang melibatkan elemen seperti mengukuhkan dasar pencegahan buli dalam ekosistem IPT.

AKEPT boleh membantu merangka strategi pencegahan buli yang lebih menyeluruh merangkumi aspek dasar sifar toleransi terhadap buli, latihan kepada staf pentadbiran untuk

draft • 5:31 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai siput

mengenal pasti tanda-tanda awal buli dan protokol intervensi yang berkesan bagi menangani kes buli di kampus. Dengan pimpinan IPT yang memahami kepentingan dasar ini, budaya anti-buli dapat diperkukuhkan dan menjadikan IPT lebih selamat untuk semua pelajar.

Seterusnya, kolaborasi dengan modul sahsiah untuk membangunkan modul anti-buli khusus. Tiada dasar nasional yang jelas untuk menangani budaya buli di IPT. Oleh itu, satu modul anti-buli khusus harus diwujudkan dengan pendekatan yang melibatkan simulasi situasi buli dan cara menanganinya, latihan sensitiviti untuk membina kesedaran dan sesi intervensi dengan kaunselor.

Walaupun AKEPT memberikan tumpuan kepada pembangunan kepimpinan pentadbiran IPT, ia boleh memainkan peranan strategik dalam memastikan dasar pembinaan sahsiah ini dilaksanakan dengan baik. Melalui penglibatan AKEPT dalam inisiatif ini bukan sahaja dapat melahirkan pemimpin IPT yang berintegriti, tetapi juga generasi pelajar yang berakhlak mulia mampu menyumbang secara positif kepada masyarakat. Pendekatan ini akan membantu mewujudkan persekitaran kampus yang lebih harmoni dan inklusif, sekali gus memperkukuhkan ekosistem pendidikan tinggi negara.

Puan Pengerusi, seterusnya saya merujuk kepada Butiran 05019 – Bahagian Pembangunan, yang telah diperuntukkan RM7,659,000. Saya menyarankan...

draft • 5:31 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung. Gulung ya.

draft • 5:31 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai siput

...Agar satu peruntukan khas dipertimbangkan bagi inisiatif menubuhkan akademi sahsiah pelajar IPT yang boleh dijadikan platform untuk berfungsi sebagai menyediakan modul sahsiah yang komprehensif dan seragam di peringkat nasional, menawarkan latihan kemahiran sosial dan pembangunan jati diri, menyediakan bengkel pembangunan karakter serta menjalankan kajian berkala untuk menilai keberkesanan program sahsiah sedia ada. Akademi ini boleh bekerjasama dengan IPT dan AKEPT dan juga NGO yang berkaitan untuk memastikan pelaksanaan program ini memberi impak yang besar.

Puan Pengerusi, terakhir, pelajar IPT adalah aset negara. Jika mereka tidak dibangunkan dengan sahsiah dan nilai yang tinggi, kita akan menghadapi masalah lebih besar di masa depan. Kita tidak mahu insiden tragis akibat buli menjadi norma yang berulang.

Dengan cadangan ini, saya percaya kita boleh melahirkan graduan yang bukan sahaja bijak, tetapi juga berakhlak mulia, empati dan mampu menyumbang kepada masyarakat secara holistik. Saya mohon agar kementerian mempertimbangkan cadangan ini dengan serius.

Sekian, terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 5:31 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Saya jemput Yang Berhormat Masjid Tanah.

draft • 5:31 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Assalamualaikum. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Saya ingin menyentuh di Butiran 020000 iaitu Pendidikan Tinggi. Yang Berhormat Pengerusi, saya meneliti di dalam butiran ini dan saya

draft • 5:37 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

kira 17 daripada 20 universiti awam (IPTA) ini menerima kenaikan yang tinggi. Hanya tiga sahaja universiti awam yang tidak ada kenaikan iaitu UKM, UTM dan juga USM. Saya ingin tahu, apakah disebabkan tiga universiti ini tidak ada kenaikan?

Seterusnya saya ingin menyentuh di Butiran 021600, yang mana susulan daripada soalan Yang Berhormat Indera Mahkota kepada Yang Berhormat Menteri yang telah pun dijawab pada 24 Oktober yang lepas iaitu mengenai langkah kementerian agar insiden seperti larangan UKM yang melarang kakitangannya membuat kenyataan awam tidak berulang semula. Jadi, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah di atas komitmen Yang Berhormat Menteri KPT untuk memastikan universiti awam diberikan pengecualian daripada Akta 605 ini agar kebebasan akademik dapat diangkat dan akademik tidak bekerja dalam ketakutan dalam menyuarakan pendapat mereka.

Yang Berhormat sendiri bersetuju dan menyatakan bahawa dunia pendidikan ini tidak boleh terlalu kaku, malah ia juga dilihat berupaya mengembalikan semula roh universiti yang sebenar. Saya memang respek betul, saya menghormati Yang Berhormat Menteri. Jadi, saya gembira bila Yang Berhormat sendiri menjawab pada petang ini.

Soalan saya kepada Yang Berhormat, apakah status pergerakan untuk menyemak semula akta ini? Ini kerana fenomena Akta 605 ini bukan hanya berlaku di UKM Yang Berhormat, universiti lama saya, tetapi ia juga berlaku di UTeM, universiti di negeri kelahiran saya, Melaka. Saya juga pernah menjadi mentor Menteri di UTeM.

Saya melihat bahawa fenomena Akta 605 ini diperalatkan sebagai alat intimidasi juga yang berlaku di UTeM. Semuanya bermula dengan hanya penghantaran satu petisyen oleh ahli akademik yang meminta pengurusan menilai semula pelaksanaan dua pekeliling pentadbiran yang dilihat tidak adil dan juga tidak ada diskriminasi kerana pekeliling itu dibuat tanpa sesi libat urus bersama pihak yang berkepentingan dan tidak mengikut prosedur.

draft • 5:37 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Saya difahamkan petisyen itu dikatakan mendapat sokongan 63 peratus. Ramai Yang Berhormat. 538 tanda tangan daripada ahli akademik. Jumlah ini sangat tinggi. Jadi, pihak pengurusan kenalah siasat betullah ataupun tidak. Tetapi Yang Berhormat Pengerusi cara siasatannya sangatlah bersifat menghukum. Pihak persatuan staf akademik ditekan dan sesiapa saja yang didapati untuk menyokong petisyen itu semuanya telah pun diberi tekanan oleh pihak pengurusan.

Malah Penasihat Undang-undang UTeM juga telah memaksa persatuan agar mendedahkan siapa setiap pempetisyen dan siapa yang telah tandatangan petisyen tersebut.

Kalau tak, 605. Malah yang mengejutkan saya ialah mereka juga memaksa setiap staf akademik universiti mengaku sama ada tandatangan ataupun tidak. Jika tidak, 605. Ketua Unit Integriti dan Pengarah Keselamatan memaksa staf akademik untuk hadir ke sesi soal siasat yang tidak jelas tujuannya. Kalau tidak, 605.

Lebih sedih lagi bila pengurusan turut melibatkan pelajar yang mana pelajar-pelajar telah pun diugut dan ditakut-takutkan oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar itu sendiri. Pendek kata jika siapa sahaja yang berhubung dengan orang yang menentang dengan pengurusan, pasti

draft • 5:40 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

akan diberi tekanan. Ini amat berbeza sekali dengan semangat yang ingin dilahirkan oleh Yang Berhormat Menteri.

Jadi jika semua ini berlaku, bukan saja aspirasi Yang Berhormat Menteri tak dapat dilahirkan tetapi bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 10 yang mana tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara. Tak cukup dengan Akta 605, pihak polis juga diperalatkan oleh pengurusan. Rupanya banyak laporan polis dibuat oleh pihak pengurusan untuk menekan stafnya. Sedih saya apabila dapat tahu staf- staf ini sebenarnya tak bersalah pun tetapi disebabkan oleh pengurusan yang tidak telus dan tidak takbir urus yang baik, maka mereka telah melibatkan polis untuk menyelesaikan masalah mereka.

Yang Berhormat Pengerusi, saya suka mencadangkan Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat turun ke UTeM dan juga tengok boleh. Jangan turun secara formal, turun macam tak formallah. Pakai cap ke apa kan. Tanya, lepak sembang dan sebagainya. Insya-Allah Yang Berhormat Menteri akan dapat cerita yang sebenar.

Hari ini saya dapat tahu suasana dalam universiti pun dah tak harmoni. Mereka bekerja dalam suasana yang tidak bersemangat. Mereka sangat demoralise, Yang Berhormat Menteri. Malah, Lembaga Pengarah Universiti pun tak campur tangan untuk menyelesaikan kemelut ini. Semua Timbalan-timbalan Naib Canselor, pendaftar, Senat Universiti berdiam saja melihat intimidasi ini berlaku. Saya tak faham macam tu sekali, begitu kebal. Suka saya gunakan terma little Napoleon untuk analogi sifat yang bermirip maharaja kuku besi.

Saya dah nak landing Yang Berhormat Pengerusi. Kalau tak dihentikan, saya bimbang banyak lagi kepincangan yang berlaku. Saya nak menyentuh tentang apa yang telah disentuh oleh Yang Berhormat Kota Melaka tidak lama dulu yang mana pengurusan ini jugalah sehingga hari ini masih lagi tidak membuat permohonan maaf dan mengaku bahawa ucapan membenarkan pelajar mengurat dekan dan pensyarah adalah satu ucapan yang khilaf daripada naib canselornya.

UTeM harus dibantu segera. Yang Berhormat Menteri harus turun dan juga membantu UTeM. Siasatan harus dibuat dan tindakan harus diambil ke atas pengurusan yang salah dan tidak mengikut tata kelola yang baik. Itu saja, terima kasih Yang Berhormat.

draft • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Saya jemput Yang Berhormat Betong.

draft • 5:40 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Petang ini saya turut berbahas RUU Pembekalan 2025 bagi maksud B.64 dan P.64 ─ Kementerian Pengajian Tinggi. Terus kepada Butiran B. 040100 – Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti yang diperuntukkan sebanyak RM1.52 bilion dan Butiran P.

04800 – Kolej Komuniti dengan peruntukan RM58.246 juta.

Yang Berhormat Pengerusi, kolej komuniti adalah sebuah institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat umur serta memberi peluang

draft • 5:43 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

pendidikan kepada lepasan menengah, sebelum diserap ke pasaran tenaga kerja tempatan atau terus melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.

Oleh itu kolej komuniti juga berperanan membuka lebih banyak peluang pada masyarakat setempat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran selaras dengan objektif penubuhan kolej komuniti. Maka, oleh itu amat pentinglah ia melahirkan seorang graduan yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi.

Soalannya apakah usaha kerajaan untuk memastikan graduan dilengkapi dengan hard skill dan soft skill dengan izin, yang membolehkan mereka dapat pengetahuan dan kemahiran. Ini sekali gus dapat melahirkan seorang graduan TVET rebutan industri yang dapat membantu seorang pelajar itu mencari pekerjaan dan juga bekerja sendiri. Bagi konteks kolej komuniti di luar bandar yang jauh dari industri atau syarikat multinasional, pelajar mempunyai kesukaran untuk mengadakan program khusus dengan atau jaringan kolaborasi institusi dengan pihak industri.

Oleh itu, bagaimanakah kerajaan menyediakan program pengajian yang responsif keperluan industri di samping melaksanakan program reskilling, upskilling dan juga cross skilling? Apakah usaha dan strategi kolej komuniti untuk memastikan lulusan dan dari kolej komuniti mempunyai kemahiran kebolehpasaran atau employability skill dengan izin? Apakah usaha untuk mengintegrasikan segala elemen-elemen kemahiran kebolehpasaran diterapkan dalam kurikulum khusus dan program pelajar-pelajar kolej komuniti?

Betong mohon kementerian mengagihkan dana untuk kolej komuniti bagi melaksanakan lebih banyak lagi kursus jangka pendek untuk komuniti setempat selaras dengan fungsi kolej komuniti dijadikan sebagai hab pembelajaran sepanjang hayat.

Yang Berhormat Pengerusi seterusnya saya ke Butiran P.00400 – Pendidikan Politeknik sebanyak RM373.73 juta diperuntukkan untuk tahun 2025. Bagi membangunkan para pelajar yang akan dilengkapi dengan kemahiran berkaitan industri yang diperlukan untuk pasaran kerja pada masa hadapan, maka kemudahan latihan kerajaan seperti politeknik amatlah diperlukan di luar bandar seperti Betong untuk menyediakan segala latihan teknikal dan vokasional iaitu TVET.

Yang Berhormat Pengerusi, Betong mempunyai sebuah Politeknik METrO yang ditubuhkan menggunakan pendekatan doing more with less dan tidak memerlukan capital expenditure yang tinggi pada masa itu. Memang kita memohon sebuah politeknik konvensional tetapi memandangkan pada masa itu mungkin peruntukan terhad, maka Betong melihat pendekatan ini tidak sesuai bagi konteks tempat luar bandar seperti Betong yang menyesarkan pelajar harian.

Maka oleh itu, bagi menyediakan komponen untuk ekosistem TVET yang lengkap dengan asrama pelajar dan kuarters kakitangan, Betong sekali lagi bertanya sama ada adakah kerajaan merancang untuk membina sebuah politeknik konvensional bagi menggantikan Politeknik METrO yang ada sekarang?

Kalau belum, saya merayulah supaya kementerian dapat memberi perhatian dan mempertimbangkan agar sebuah politeknik konvensional dibina di Betong. Sebab dengan

draft • 5:43 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

adanya jaringan Lebuhraya Pan Borneo dan juga jalan raya pesisir Sarawak dan second trunk road, Betong merupakan lokasi yang strategik untuk sebuah politeknik konvensional bagi menyediakan dan menawarkan program TVET sama ada peringkat diploma atau sarjana muda kepada pelajar di luar bandar.

Puan Pengerusi akhir sekali, Butiran P.00500 – Universiti Putra Malaysia (UPM) sebanyak RM1.9 juta diperuntukkan untuk tahun 2025. Yang Berhormat Pengerusi, Sarawak terdapat keperluan yang mendesak untuk meningkatkan perkhidmatan veterinar di Sarawak demi pembangunan ternakan, menangani segala penyakit zoonosis seperti rabis dan juga African swine fever dan meningkatkan keselamatan makanan di Sarawak.

Oleh itu, sebuah fakulti baharu perubatan veterinar dan penternakan haiwan yang menyasarkan untuk meningkatkan jumlah graduan perubatan veterinar dan sains penternakan amatlah diperlukan bagi memastikan kesihatan haiwan dan keselamatan makanan yang lebih baik untuk rantau ini. Maka oleh itu, Betong ingin bertanya apakah status cadangan untuk mewujudkan sebuah fakulti veterinar di kampus UPM Bintulu, Sarawak yang dilengkapi dengan hospital latihan veterinar dan saya mohon juga penjelasan daripada Menteri.

Maka Yang Berhormat Pengerusi, semoga segala persoalan yang saya kemukakan dapat dijelaskan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri. Sekian, terima kasih.

draft • 5:43 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Betong. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Puteh.

draft • 5:50 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri yang sudi hadir untuk menjawab dan mendengar. Insya-Allah, Pasir Puteh berhasrat ingin kita sama-sama ambil tanggungjawab untuk membina generasi baharu di masa hadapan ini. Saya terus pergi kepada Butiran 020100 – Universiti Malaya

(UM), sehingga kepada Butiran 022000 – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), di mana senarai dan peruntukan yang diuntukkan kepada universiti-universiti dalam negara kita.

Universiti dalam negara kita ada rangkaian universiti penyelidikan iaitulah MRU.

Research university ini merupakan satu titik kejayaan yang perlu kita kena ambil tanggungjawab. Apa yang saya nak tanya di sini, adakah pihak kementerian ingin meletakkan kesemua universiti yang ditubuhkan di bawah IPTA ya, dia mencapai target research university? Sebab research university ini adalah suatu yang sangat mustahak. Sebab keluaran universiti ini kita tidak nak dia hanya bergelar Dr. dan seumpamanya tetapi kualiti dia sangat-sangat berkurangan.

Begitu juga dengan Butiran 020500 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Universiti Teknologi Malaysia ini adalah nama dia pun teknologi. Apa yang saya ingin sebut dan perlu

draft • 5:50 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

kita sedar, dalam negara kita ini kita banyak bergantung kepada program-program yang dicipta oleh negara-negara lain. Kita seolah-olah teknologi kita ini lemah dalam bidang ketenteraan. Baru ini saya ada sebut dan Yang Berhormat Menteri pun sebelum daripada ini, jadi Menteri Pertahanan. Maknanya, teknologi pertahanan kita pun hampir, saya tak nak sebutlah berapa peratus itu kita bergantung dengan senjata yang kita beli daripada pihak luar.

Kita tidak ada teknologi kita. Dalam bidang pertanian, kalau kita bincang, kita tidak ada teknologi. Soalan saya, sampai bila kita nak bergantung pada teknologi orang lain?

Biarlah universiti kita ini mencipta tokoh-tokoh, mahasiswa-mahasiswi yang mampu mencipta teknologi dan kita boleh buat teknologi kita sendiri di dalam negara kita. Tapi kalau saya lihat kepada peruntukan yang diuntukkan kepada UTM, RM473,257,200 yakni RM470 juta ini. Dia tidak menggambarkan sebuah institusi yang besar, yang dibina di dalamnya teknologi yang berbeza dengan negara-negara lain ataupun setaraf dengan negara-negara lain.

Jadi, sebab itu saya ingin sebut juga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia – RM97 juta sahaja diperuntukkan kepada universiti ini. Sebelum daripada ini, naik sikit kepada RM116.8 juta. Universiti Pertahanan juga saya nak cadangkan supaya bukan sahaja dia ini terlibat dengan pertahanan, teknikal pertahanan tetapi biarlah teknologi-teknologi pertahanan yang negara kita miliki ini berbeza dengan negara-negara yang lain. Justeru, kita akan memiliki kekuatan di sudut itu.

Begitu juga dengan Universiti Teknologi MARA. Biarlah ada teknologi ini, teknologi yang kita cipta. Itu yang saya nak sebut dan masa tidak banyak. Satu lagi yang saya nak sebut, pembangunan modal insan yang disebut oleh rakan-rakan tadi. Saya minta kepada kita semua, kita kena ambil tanggungjawab supaya graduan dalam negara kita ini, biar mereka menjadi insan yang baik, yang ada skema lepasan universiti, orang-orang yang rasuah, salah guna kuasa, mereka lepasan universiti. Maknanya, pendidikan di universiti ini kena seimbang di antara tuntutan fizikal dengan tuntutan kerohanian.

Terakhirnya, saya ingin sebut berkenaan dengan pelajar-pelajar yang pohon untuk belajar ke Jordan. Di Jordan ini, universiti negara Arab yang saya kira paling istimewalah di sudut bahasa dia dan sebagainya. Cuma apa yang berlaku iaitulah yang pertama, pegawai education Malaysia in Jordan ini, dia tidak mampu menguasai bahasa Arab.

Jadi, bila dia nak atur urusan-urusan di sana, dia berhadapan dengan kesukaran, menyebabkan ada pelajar-pelajar kita yang didaftarkan di sini, bila hantar ke sana, pelajar- pelajar persendirian, dia dihantar ke universiti swasta. Universiti swasta ini kos dia tinggi dan yang belajar di Jordan, Mesir ini, dia punya kos dia, dia tidak tinggi. Jadi, ramai rakyat kita yang pergi ke sana dengan perbelanjaan sendiri.

Namun, bila disalurkan melalui IPU dan seumpamanya, bila sampai di sana, dia transfer kepada universiti swasta yang belum lagi kerajaan kita iktiraf. Jadi, saya harap pihak Yang Berhormat Menteri ambil sedikit sebab benda ini dah lama berlaku, dah lama. Jadi, minta tolong selesaikan perkara ini supaya pelajar kita yang dia nak masuk umpamanya, Yarmouk University ke, Al-Albayt University, biarlah kita tunaikan hasrat dia. Kerana universiti ini dia ada kelebihan, keistimewaan masing-masing. Jadi, saya minta kepada Yang

draft • 5:50 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Berhormat Menteri supaya ambil perhatian dalam perkara ini. Saya ucap ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

draft • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Saya jemput Yang Berhormat Raub.

draft • 5:50 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Terima kasih Puan Pengerusi. Sekarang saya akan bahaskan Butiran 020000 – Pendidikan Tinggi. Sebelum saya menyentuh isu subsidi pendidikan, izinkan saya menjelaskan mengenai isu pelajar saluran terus atau lebih dikenali sebagai direct-intake di universiti awam terlebih dahulu. Sistem direct-intake mula dijalankan di universiti awam sejak beberapa tahun yang lalu.

Direct-intake memberi jalan alternatif kepada para pelajar untuk memasuki jurusan yang diminati oleh mereka tanpa bersaing dalam saluran UPU. Berbeza dengan pelajar UPU yang menerima subsidi yuran kerajaan sebanyak 90 percent bagi semua semester. Sistem direct-intake ini membolehkan universiti mengenakan yuran penuh kepada pelajar.

Berdasarkan data Kementerian Pengajian Tinggi, beberapa universiti awam kini menawarkan lebih 30 percent tempat melalui direct-intake. Puan Pengerusi, saya ingin bertanya kepada KPT. Mengapa universiti awam memperluaskan sistem direct-intake ini atau tempat direct-intake ini? Adakah kerana kekurangan dana daripada kerajaan? Adakah langkah ini berjaya mengimbangkan pendapatan dan perbelanjaan universiti awam? Jika sistem ini telah mengurangkan beban kewangan kerajaan, mengapa cadangan subsidi pelajar T15 masih perlu dibatalkan? Saya harap KPT boleh jelaskan isu direct-intake ini.

Puan Pengerusi, realiti ekonomi keluarga T15 tidak boleh diabaikan. Katakanlah pendapatan keluarga T15 jika ditakrifkan sebagai RM20,000 sebulan pun, itu tidak bermakna mereka mampu membayar yuran sepenuhnya. Yuran penuh bagi sesetengah jurusan, terutamanya jurusan profesional, adalah sangat tinggi. Contohnya, bagi jurusan perubatan di Universiti Malaya, RM300,000 untuk lima tahun iaitu RM30,000 setiap semester.

Bagi jurusan kejuruteraan kimia di Universiti Sains Malaysia iaitu RM106,000 untuk empat tahun iaitu RM13,000 setiap semester. Dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi di bandar, pembayaran sebanyak beberapa puluh ribu setiap semester adalah sesuatu yang amat membebankan. Selain itu, pembatalan subsidi ini melanggar objektif utama pendidikan tinggi negara iaitu membangunkan bakat dan juga modal insan. Tindakan ini hanya akan mendorong pelajar T15 untuk melanjutkan pelajaran di luar negara.

Akibatnya, mereka mungkin kurang cenderung untuk kembali berkhidmat di tanah air selepas tamat pengajian di luar negeri. Bagaimanapun, mengapa pelajar dari keluarga T15 tidak boleh memilih cara yang lebih jimat untuk pendidikan mereka? Jika pelajar T15 berjaya mencapai keputusan cemerlang melalui STPM, matrikulasi atau asasi dan layak masuk ke universiti awam melalui UPU, mengapa mereka harus membayar yuran sepuluh kali ganda berbanding pelajar lain?

draft • 5:56 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Tidakkah ini akan mencetuskan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan apabila mereka tidak menerima layanan yang adil hanya kerana mereka dari golongan T15. Puan Pengerusi, di samping isu subsidi T15, saya ingin juga membawa perhatian kepada beberapa persoalan lain. Yang pertama, isu berkenaan dengan Undang-undang Kewangan Pertubuhan Mahasiswa dan Mahasiswi. Adakah pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tahun lepas yang membenarkan kewangan diurus oleh organisasi pelajar ini sudah diwartakan? Jika ya, siapakah yang bertanggungjawab memberi garis panduan kepada persatuan pelajar untuk membuka akaun bank? KPT atau universiti sendiri?

Seterusnya, apakah garis masa untuk pelaksanaannya? Pemulangan autonomi kewangan kepada pihak pelajar haruslah dilakukan secepat mungkin. Puan Pengerusi, pada tahun 2018, kerajaan pernah membentuk Jawatankuasa Teknikal untuk tujuan memansuhkan AUKU dan menggubal undang-undang baru yang menjamin kebebasan akademik dan autonomi kampus. Adakah KPT masih bersedia untuk menghidupkan semula jawatankuasa tersebut?

Dan akhirnya, saya ingin bertanya tentang status garis panduan aktiviti hiburan

(konsert) yang banyak menimbulkan kontroversi tahun lepas. Adakah ia masih wujud dan diserahkan kepada kesatuan pelajar atau pun Majlis Perwakilan Pelajar untuk memutuskan sama ada untuk menerima atau bagaimana? Saya harap YB Menteri boleh jawab. Sekian, terima kasih.

draft • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Raub. Saya jemput Yang Berhormat Parit Buntar.

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim, salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi, saya ingin merujuk Butiran B.64 040000 berkaitan dengan peruntukan bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Sebanyak RM1.52 bilion pada 2025 berbanding RM1.48 juta – bilion pada 2024. TVET adalah satu program yang sangat penting untuk memberi kemahiran kepada semua rakyat Malaysia lepasan sekolah menengah yang mungkin tidak berupaya untuk melanjutkan pelajaran di bidang-bidang yang lain melainkan kemahiran.

Justeru, KPT mensasarkan bilangan kapasiti tempat pengajian yang mampu disediakan oleh politeknik dan kolej komuniti dalam melahirkan graduan TVET dan menyokong dasar TVET negara seramai 129,000 orang. Persoalan saya, apakah strategi khusus KPT ke arah mencapai sasaran ini? Serta usaha untuk membantu transisi graduan berkelulusan TVET ke peringkat bidang industri termasuk penyediaan peluang mengikuti kursus-kursus sebagai antara mod pendidikan masa depan terutama untuk tujuan upskilling dan juga reskilling.

draft • 6:01 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Misalnya, menerusi program Place & Train PENJANA-KPT CAP yang diperkenalkan kerajaan sebelum ini untuk menyediakan program latihan kompetensi bersasar oleh penyedia latihan yang diiktiraf agar para graduan dapat mempersiapkan diri sebelum menceburi pekerjaan mengikut bidang industri masing-masing.

Dalam menangani jurang kemahiran para graduan TVET, apakah inisiatif baru untuk membolehkan pelajar TVET mendapat pendedahan kemahiran dalam bidang-bidang pengkhususan dengan penumpuan kepada aspek latihan ketika kerja? OKU juga satu golongan masyarakat yang tidak boleh ditinggalkan dalam memberi latihan TVET.

Persoalan saya, adakah terdapat peningkatan dari segi graduan kurang upaya daripada keseluruhan graduan TVET pada tahun ini? Adakah kerajaan juga telah meneliti kekangan yang dihadapi pelajar OKU dalam permohonan program TVET serta keperluan untuk memperhalusi syarat menyertai bidang TVET bagi membuka peluang kepada golongan kurang upaya menceburi TVET serta mengambil kira syarat ketat oleh sesetengah penyedia latihan sehingga menyukarkan golongan OKU untuk mengikuti latihan TVET?

Seterusnya, Butiran 010400 – Pembangunan Bakat Kepimpinan Pendidikan Tinggi.

Anggaran bajet yang diperuntukkan pada tahun 2025 adalah RM11.4 juta berbanding RM9.2 juta lebih pada tahun 2024. Saya ingin tahu, apakah bentuk-bentuk program bagi tujuan membangunkan bakat kepimpinan pendidikan tinggi? Adakah program-program tersebut melibatkan semua organisasi pertubuhan, persatuan, kelab dan sebagainya yang ada di semua IPTA? Dan siapakah pengendali atau pun konsultan bagi program-program ini?

Saya juga ingin merujuk Butiran 040100 – Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dengan bajet RM1.5 bilion lebih berbanding RM1.4 bilion lebih pada tahun 2024. Persoalan saya, berapakah peratusan terkini bilangan graduan politeknik yang telah diserapkan ke dalam industri dan apakah usaha proaktif kementerian untuk memperkasa pendidikan politeknik sebagai penyumbang utama dalam penyediaan tenaga mahir pasaran industri masa depan? Adakah pihak KPT juga bersedia mengkaji keperluan untuk memperluas program pengajian sepenuh masa atau kursus-kursus berasaskan perkhidmatan serta kursus jangka pendek di bawah Program Pengajian Sepanjang Hayat yang ditawarkan di politeknik seluruh negara?

Akhir sekali, saya merayu atas nama rakyat Parit Buntar kepada YB Menteri yang telah keluar. Tak dengarlah nanti. YB Menteri pernah belajar di Parit Buntar. Harap peka dengan masalah di Parit Buntar yang sehingga sekarang tidak ada sebuah IPT pun ditubuhkan di Parit Buntar. Bahkan kolej komuniti yang ada berjauhan dengan Parit Buntar.

Dia ada di kawasan Bagan Serai. Jadi, orang Parit Buntar rasa jauh untuk belajar di kolej komuniti di Bagan Serai. Apalah salahnya kalau Parit Buntar juga dijadikan sasaran untuk mewujudkan sebuah IPT atau pun kolej komuniti atau pun sebuah politeknik untuk memberi peluang kepada rakyat Parit Buntar yang ada keupayaan dan kebolehan serta kelayakan melanjutkan pelajaran di bidang TVET.

draft • 6:01 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Jadi, saya merayu, Menteri supaya memikirkan untuk mewujudkan sebuah politeknik atau pun kolej komuniti atau pun apa sahaja IPT, cawangan pun tak apa, untuk diwujudkan di Parit Buntar. Sekian, terima kasih.

draft • 6:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar. Saya jemput Yang Berhormat Tampin.

draft • 6:01 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih, Puan Pengerusi atas kesempatan ini. Saya terus merujuk kepada Butiran 00601 – Universiti Malaya. Sejumlah RM121 juta bakal diperuntukkan kepada Universiti Malaya bagi tujuan pembangunan pada tahun 2025 berbanding hanya RM67 juta pada tahun ini. Saya ingin mengetahui apakah perancangan kementerian dan apakah pembangunan yang akan dilaksanakan oleh Universiti Malaya pada tahun hadapan berdasarkan peruntukan tersebut?

Di kawasan Tampin iaitu di Gemas terdapat sebuah pusat penyelidikan di bawah seliaan UM yang dinamakan sebagai Pusat Agrosains Pintar UM. Saya difahamkan keluasan tanah yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Sembilan kepada UM bagi tujuan tersebut adalah seluas 200 hektar dan UM juga dijangka akan membuka sebuah Fakulti Pertanian di kawasan tersebut dengan anggaran permulaan pelajar seramai 1,500 orang sebelum ini.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan. Apakah status terkini pelaksanaan pembukaan Fakulti Pertanian yang pernah dicadangkan sejak tahun 2009?

Apakah perancangan sebenar kementerian untuk membangunkan pusat penyelidikan tersebut supaya tanah yang begitu luas itu tidak dipersiakan?

Berdasarkan tinjauan saya, di kawasan tersebut masih lagi hanya terdapat kabin, kolam ternakan dan tanaman pokok. Saya juga difahamkan pokok durian turut ditanam di sana. Kalau itu sahaja standard sebuah Pusat Agrosains Pintar, saya fikir lebih baik tanah tersebut dikembalikan sahaja kepada Kerajaan Negeri Sembilan untuk tujuan pembangunan yang lain. Mungkin Port Dickson akan tarik balik tanah ini. Saya merayu. Saya merayu kepada kementerian dan kerajaan untuk membangunkan Fakulti Pertanian tersebut agar kita di Gemas sebagai kawasan luar bandar mendapat nikmatnya seperti tempat-tempat yang lain.

Seterusnya, Puan Pengerusi, Butiran 04800 – Kolej Komuniti. Sepertimana para pelajar IPTA dan politeknik yang lain, pelajar di kolej komuniti juga sama pentingnya dan perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh kementerian terutamanya perkara yang melibatkan aspek kebajikan. Saya ingin mengetahui apakah justifikasi kementerian untuk mengurangkan peruntukan pembangunan kolej komuniti kepada RM58 juta pada tahun depan berbanding sebanyak RM67 juta pada tahun ini?

draft • 6:07 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Pada kesempatan ini juga, saya sekali lagi ingin mengulangi gesaan supaya kementerian dapat menyediakan kemudahan asrama di Kolej Komuniti Tampin. Kementerian perlu membuat kajian mendalam berhubung perkara ini memandangkan kadar sewa rumah dan harga barangan semakin meningkat dari tahun ke tahun.

draft • 6:10 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Jika kementerian dapat merealisasikan penyediaan kemudahan asrama di Kolej Komuniti Tampin, maka saya fikir kementerian akan dapat jimat lebih banyak perbelanjaan pada masa hadapan kerana tidak perlu lagi meningkatkan kadar bantuan kewangan pelajar ataupun kementerian juga mungkin boleh menyediakan peruntukan tahunan kepada pihak Kolej Komuniti Tampin untuk menguruskan kediaman secara percuma atau sekurang- kurangnya memberikan subsidi kepada pelajar.

Seterusnya saya ingin mengetahui, mencadangkan supaya kementerian menyediakan bajet khusus bagi menampung keperluan kursus pendek di kolej komuniti untuk memenuhi agenda pembelajaran sepanjang hayat. Ketiadaan peruntukan khas bagi tujuan pelaksanaan kursus tersebut yang selama ini terpaksa menggunakan anggaran belanja mengurus telah mengekang pihak kolej komuniti untuk merancang kursus-kursus atau program-program yang berimpak tinggi. Jika peruntukan khas dapat disediakan, saya fikir lebih banyak komuniti dapat dilatih bermula dari perkara asas sehinggalah mereka menjalankan operasi perniagaan.

Seterusnya Puan Pengerusi, saya ingin mengetahui sejauh mana Butiran 02000 – Pendidikan Tinggi. Saya ingin mengetahui sejauh manakah usaha kementerian untuk mengatasi masalah kebolehpasaran graduan yang begitu sukar untuk mencari pekerjaan bersesuaian dengan bidang dan kelayakan akademik mereka. Berapakah bilangan kursus- kursus yang telah dimansuhkan sejak lima tahun lalu mengikut pecahan IPTA dan adakah kita telah terlewat untuk melakukan perkara ini bagi melindungi nasib graduan supaya mendapat pekerjaan dengan gaji yang bermaruah?

Menurut statistik Jabatan Perangkaan setakat suku ketiga tahun ini, terdapat sekitar 1.95 juta pekerja berpendidikan tinggi di Malaysia sedang bekerja dalam pekerjaan berkemahiran rendah. Saya bersetuju dengan kenyataan Yang Berhormat Menteri KPT baru- baru ini bahawa pihak universiti sememangnya tidak mungkin dapat mengenal pasti kebolehpasaran sesuatu bidang dan permintaan pasaran pekerjaan.

Namun, apabila isu tersebut menjadi hangat baru-baru ini, saya lihat berduyun-duyun IPTA mengeluarkan kenyataan bahawa tahap kebolehpasaran graduan mereka sedang berada pada tahap yang baik dan tidak bermasalah. Hakikatnya data menunjukkan perkara yang sebaliknya. Sehubungan itu saya berharap kementerian dapat turun ke IPTA-IPTA untuk menjalankan pemeriksaan dan menilai semula bidang-bidang yang sudah tidak relevan untuk tempoh lima tahun akan datang.

Saya tidak mahu para pelajar kita datang ke universiti dengan penuh harapan untuk mengubah nasib keluarga tetapi terpaksa keluar dengan hutang pendidikan dan terpaksa pula bekerja di bawah kelayakan dengan gaji yang tidak setimpal. Sekian sahaja daripada saya Puan Pengerusi. Saya mohon menyokong, terima kasih.

draft • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Saya jemput Yang Berhormat Rompin.

draft • 6:10 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Terima kasih Puan Pengerusi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Saya terus pergi kepada Butiran 050600 – Ubat-ubatan Hospital Pengajar dengan anggaran peruntukan RM95 juta.

Menurut Laporan Persekutuan Farmaseutikal Antarabangsa, harga ubat onkologi meningkat dengan purata 20 peratus sejak 2022.

Hospital pengajar yang sering digunakan untuk merawat kes kanser kompleks menghadapi cabaran besar untuk menyediakan rawatan kos tinggi ini. Kementerian perlu menjalankan kajian kos sebenar yang merangkumi analisis peningkatan jumlah pesakit, jenis ubat yang paling banyak digunakan dan unjuran kenaikan harga ubat untuk memastikan peruntukan mencukupi.

Soalan saya adakah kementerian telah membuat kajian kos sebenar untuk memastikan peruntukan sedia ada mencukupi bagi menampung keperluan ubat-ubatan di hospital pengajar memandangkan peningkatan jumlah pesakit dan kos ubat-ubatan yang semakin mahal.

Kedua, adakah hospital pengajar akan terpaksa mengehadkan bekalan ubat-ubatan penting atau memperkenalkan langkah pemotongan kos yang mungkin menjejaskan rawatan pesakit sehingga menyebabkan pesakit perlu mendapatkan ubat-ubatan di luar hospital dan ketiganya, adakah kementerian telah mengadakan perbincangan dengan hospital pengajar untuk memahami cabaran mereka dalam menguruskan kos ubat-ubatan dengan peruntukan semasa.

Saya mengambil contoh penyediaan ubat generik atau alternatif tidak mencukupi.

Keadaan semasa kos ubat-ubatan penting seperti insulin, antibiotik dan ubat kanser telah meningkat akibat inflasi global dan kekurangan bekalan farmaseutikal.

Hospital pengajar sering menggunakan ubat generik untuk mengawal kos. Namun berapa jenis ubat tidak mempunyai alternatif generik, terutama ubat-ubatan untuk penyakit jarang berlaku (rare disease), pesakit dengan penyakit genetik seperti Hemofilia A memerlukan ubat khusus seperti faktor pembekuan darah yang sangat mahal. Ketiadaan peruntukan tambahan akan menyukarkan hospital pengajar untuk menampung keperluan ini.

Butiran 05011 – Penyelidikan Fundamental dengan peruntukan RM426 juta pada 2024 kepada RM187 juta pada tahun 2025. Penyelidikan fundamental yang berkualiti adalah pemacu utama kepada pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan (knowledge economy). Kekurangan dana akan melemahkan keupayaan Malaysia untuk menarik pelaburan dalam sains dan teknologi. Pengurangan bajet akan menyebabkan negara bergantung kepada hasil penyelidikan asing yang lebih mahal dan mengurangkan kemandirian negara.

Penyelidikan dalam bidang tenaga hijau, kesihatan awam dan keselamatan makanan adalah kritikal. Bajet yang terhad akan menyukarkan pencapaian matlamat ini. Soalan saya, apakah justifikasi kerajaan untuk mengurangkan peruntukan bagi penyelidikan fundamental sehingga hampir 56 peratus, daripada RM426 juta pada 2024 kepada RM187.4 juta pada

draft • 6:13 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

tahun 2025. Kedua, bagaimanakah pengurangan peruntukan ini akan menjejaskan kemampuan institusi pengajian tinggi untuk menghasilkan penyelidikan asas yang berkualiti, terutamanya dalam bidang sains, teknologi dan inovasi?

Ketiga, adakah pengurangan bajet ini mencerminkan peralihan dasar kerajaan terhadap penyelidikan fundamental atau adakah ia hanya langkah sementara? Seterusnya saya pergi kepada Butiran 05004 – Kebajikan Pelajar Luar Negara. Peruntukan sebanyak RM400,000 yang diperuntukkan pada tahun 2025, untuk kebajikan pelajar luar negara adalah langkah awal yang positif. Namun, persoalan besar yang timbul, adakah jumlah ini mencukupi untuk memenuhi keperluan pelajar kita yang semakin kompleks?

Ramai pelajar luar negara berdepan situasi kecemasan seperti bencana alam, konflik politik, atau krisis kesihatan. Peruntukan kebajikan diperlukan untuk memberi bantuan kecemasan kepada pelajar-pelajar ini. Sebagai contoh pada 2023, pelajar Malaysia di Turkiye menghadapi kesukaran setelah gempa bumi besar melanda kawasan mereka.

Tanpa dana kebajikan, mereka terpaksa bergantung pada bantuan organisasi bukan kerajaan (NGO). Soalan saya, adakah jumlah RM400,000 ini mencukupi untuk menangani isu kebajikan pelajar luar negara terutama dari kalangan B40 yang menghadapi kos sara hidup yang tinggi di negara-negara tertentu?

Kedua, bagaimanakah peruntukan ini yang akan diagihkan dan apakah langkah- langkah kerajaan untuk memastikan ia sampai kepada pelajar yang benar-benar memerlukan. Dan ketiga, bagaimanakah kerajaan merancang untuk memantau keberkesanan peruntukan ini dalam memastikan kebajikan pelajar luar negara terus terjaga?

Sekian, terima kasih.

draft • 6:13 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Rompin, saya jemput Yang Berhormat Miri.

draft • 6:13 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya rujuk kepada Butiran 020000 – Pendidikan Tinggi. Saya ingin membawa perhatian kepada Yang Berhormat Menteri terhadap satu isu penting yang menjadi harapan besar rakyat Miri dan utara Sarawak iaitu memperkukuhkan akses kepada pendidikan tinggi dan melahirkan lebih ramai generasi berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.

Puan Pengerusi, pendidikan tinggi merupakan kunci kepada pembangunan sesebuah masyarakat. Ketika bandar-bandar utama di Sarawak seperti Kuching, Sibu dan Bintulu telah pun memiliki kampus IPTA, Miri sebagai bandar utama di utara Sarawak masih belum mempunyai kampus IPTA. Sekiranya kerajaan dapat mewujudkan satu kampus IPTA di Miri, ia bukan sahaja dapat memanfaatkan warga Miri, tetapi juga dapat bagi penduduk di kawasan Limbang, Lawas, Baram dan Sibuti. Dengan adanya sebuah kampus IPTA di Miri, kita dapat membuka pintu pendidikan kepada ribuan pelajar di utara Sarawak yang selama ini terpaksa berhijrah ke bandar lain dan menampung kos lebih tinggi.

draft • 6:18 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Oleh itu, saya memohon agar Kementerian Pengajian Tinggi dapat mempertimbangkan untuk wujudkan kampus IPTA di Miri. Dari segi pelaksanaan dan untuk mengurangkan implikasi kewangan, saya mencadangkan agar KPT boleh wujudkan kerjasama strategik antara IPTA dengan institusi swasta yang sudah sedia ada di Miri.

Maklumlah, kini terdapat usaha sama antara beberapa institusi kolej swasta dengan IPTA dalam bidang kursus sarjana muda.

draft • 6:18 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Oleh itu, sebenarnya program seperti ini boleh diperluaskan sehingga kita boleh wujudkan satu kampus tambahan IPTA di Miri. Sememangnya kerjasama ini boleh berkongsi sumber dari segi tenaga pengajar, pentadbiran dan sebagainya. Ini akan memudahkan proses untuk mewujudkan satu kampus IPTA di Miri.

Miri juga berpotensi untuk menarik pelajar antarabangsa dari negara jiran seperti Indonesia, China dan India. Dengan ini, bukan sahaja pendidikan tinggi dapat diperkukuhkan, implikasi kewangan untuk adakan IPTA di Miri juga dapat dikurangkan.

Soalan saya. Adakah universiti awam di negara kita mempunyai kuasa autonomi untuk menentukan kampus tambahan, menentukan dasar kewangan universiti seperti yuran pengajian dan juga wujudkan kerjasama dengan institusi pendidikan swasta untuk mewujudkan satu kampus tambahan? Dengan lain kata, sekiranya sekarang saya pergi berjumpa dengan naib canselor di mana-mana universiti awam sekiranya mereka bersetuju untuk wujudkan satu IPTA, adakah pihak KPT akan menyokong cadangan tersebut?

Seterusnya, saya merujuk kepada ― sorry ya. Hilang butiran. Butiran politeknik.

Nanti saya jumpa balik...

[Dicelah] Thank you, thank you. Butiran 00400 – Pendidikan Politeknik.

Selain IPTA, saya ingin mengetengahkan keperluan mendirikan sebuah politeknik di Miri. Buat masa ini, Sarawak mempunyai tiga politeknik utama iaitu Politeknik Kuching, Mukah dan Betong. Namun, penduduk di utara Sarawak masih belum dapat akses yang setara kepada pendidikan TVET.

Miri telah pun memiliki kolej komuniti yang berjaya dan berprestasi tinggi. Dengan menaik taraf kolej komuniti ini menjadi politeknik, kita dapat menyediakan lebih banyak peluang pendidikan TVET kepada anak-anak muda terutamanya mereka yang berminat dalam bidang teknikal dan vokasional. Ini bukan sahaja dapat menambah baik peluang pendidikan tetapi juga memberi impak besar kepada pembangunan ekonomi tempatan melalui tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Tuan Pengerusi, dilaporkan bahawa terdapat lebih daripada 35,000 pelajar lepasan SPM di Sarawak pada tahun 2023. Mengikut anggaran ratio bilangan penduduk, terdapat hampir 10,000 pelajar lepasan SPM di kawasan utara Sarawak, Lawas hingga ke Bintulu.

Daripada jumlah ini, sesungguhnya terdapat keperluan untuk kita sediakan peluang pendidikan tinggi kepada penduduk di kawasan sini, sama ada melalui aliran akademik di IPTA atau pun aliran TVET di politeknik.

draft • 6:20 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Puan Pengerusi, Miri memiliki potensi besar untuk menjadi hab pendidikan tinggi untuk rakyat Sarawak, terutamanya di kawasan wilayah utara. Dengan institusi seperti Curtin University, kolej komuniti, GIATMARA, Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak dan ILP Miri, asas ini telah pun ada. Dengan adanya satu universiti awam dan politeknik lagi, Miri dapat menjadi tumpuan pelajar bukan sahaja dari Sarawak tetapi juga seluruh negara dan negara-negara jiran. Aspirasi ini bukan sahaja tentang membina institusi tetapi membina masa depan. Ia tentang menyediakan akses pendidikan yang setara, melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan memastikan kemakmuran untuk rakyat di negara kita.

Dengan kerjasama dan komitmen semua pihak, saya yakin impian ini dapat direalisasikan. Demi masa depan yang lebih cerah untuk Miri dan seluruh Sarawak, saya memohon sokongan penuh daripada Kementerian Pendidikan Tinggi. Sekian, terima kasih.

draft • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Miri. Saya jemput Yang Berhormat Jasin.

draft • 6:20 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Fokus saya adalah pada Butiran 010400 – Pembangunan Bakat Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT). Tuan Pengerusi, aktiviti ini pada hemat saya adalah sangat penting kerana ia bukan sahaja melibatkan dekan, ketua jabatan, pengarah pusat, pensyarah muda bahkan juga pelajar pasca siswazah, kakitangan pentadbiran yang berpotensi dan mana-mana kumpulan berpotensi dari pelbagai disiplin. Ia bertujuan untuk mencapai pengukuhan kompetensi profesional, kemahiran pengurusan, kepimpinan berinovasi dan lain-lain.

Dari sebilangan fokus tersebut, satu daripadanya adalah pembangunan kepimpinan berteraskan nilai. Kewujudan aspek ini sebagai salah satu fokus adalah baik, namun, pada pandangan saya, masih belum mencukupi. Jumlah bajet yang sangat kecil iaitu sebanyak RM11,463,200. Jumlah ini sangat kecil berbanding fungsi aktiviti yang dilaksanakan adalah sangat penting dalam menentukan kejayaan universiti melahirkan generasi cerdik pandai yang benar-benar berkemampuan untuk memberikan khidmat terbaik kepada negara. Ini belum dikira lagi dengan jumlah secara keseluruhan bajet kementerian yang sudah tentu faedahnya adalah lebih tertumpu secara tidak langsung kepada semua aspek lain kecuali pencapaian pembangunan bakat kepimpinan berteraskan nilai ini.

Maka itu, saya melihat sudah sampai masanya kementerian melakukan inisiatif mewujudkan sebuah institusi khusus yang memberi fokus sepenuhnya kepada aspek pembentukan nilai dan pengukuhan akhlak di kalangan seluruh warga universiti, terutamanya golongan yang menjadi sasaran dalam aktiviti ini.

Bagi memastikan kejayaannya, kerajaan perlulah mengeluarkan bajet yang besar bertujuan membantu institusi tersebut dan melancarkan segala agenda-agendanya. Institusi itu perlu dibantu secara bersepadu oleh jabatan agama Islam negeri, JAKIM, IKIM dan

draft • 6:24 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

YADIM. Dengan cara itu, langkah untuk melahirkan generasi pimpinan universiti-universiti Malaysia yang bukan sahaja mempunyai kecekapan dan profesionalisme terbaik, bahkan juga mempunyai nilai akhlak dan disiplin serta integriti yang tinggi melalui kepimpinan mereka yang berkualiti ini, insya-Allah, akan dapat melahirkan golongan terpelajar dan cerdik pandai yang unggul dalam negara.

Adapun program yang tidak seimbang sudah pasti menjejaskan pencapaian aktiviti yang sangat penting ini. Kegagalan yang sudah tentu merugikan bajet yang telah dikeluarkan. Kegagalan ini sudah dapat dilihat pada lonjakan masalah sosial yang terus meningkat di universiti-universiti Malaysia seperti pergaulan bebas, penyalahgunaan dadah, buli dan jenayah seksual.

Masalah buli yang membawa kepada kematian seperti yang berlaku kepada Almarhum Zulfarhan Osman Zulkarnain di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Kematian beliau yang menjadi mangsa buli cukup jelas menunjukkan kepimpinan universiti yang sangat lemah. Begitu juga isu yang melanda Majlis Profesor Negara apabila kepimpinannya didakwa di mahkamah atas tuduhan pecah amanah. Kes gangguan seksual oleh pensyarah universiti di UiTM. Dan yang terbaharu adalah ucapan tidak bertanggungjawab naib canselor sebuah universiti di Melaka yang menyatakan bahawa pelajar boleh mengurat dekan atau pensyarah mereka.

Insiden-insiden ini, sebagai contoh, menunjukkan keperluan mendesak untuk menangani isu etika dan integriti di institusi pendidikan tinggi. Ini menunjukkan kegagalan aktiviti pembangunan bakat kepimpinan. Kegagalan, pada hemat saya, ialah kerana tidak ada keseimbangan dalam fokus yang perlu dicapai.

Ketidakseimbangan ini telah pun dilalui sebelumnya oleh sistem pendidikan tinggi Amerika. Allan Bloom, seorang ilmuwan terkenal Amerika di dalam bukunya bertajuk The Closing of the American Mind mengingatkan bahawa kegagalan sistem pendidikan tinggi Amerika telah menyebabkan mengundurnya kebenaran atau, dengan izin, the decline of truth akibat fahaman relativisme yang mengajarkan bahawa tidak ada sebarang kebenaran yang bersifat mutlak dan berlakunya hakisan terhadap keperluan jiwa manusia atau erosion of the soul. Islam adalah sistem hidup yang bersifat tawazun atau seimbang dengan semua perkara, sama ada antara jasmani dan rohani, keperluan individu dan masyarakat dan lain- lainnya. Dalam menentukan ciri-ciri kepimpinan Islam juga bersifat seimbang, ia antara lain menekankan, pertama ― mohon sedikit masa, aspek kekuatan...

draft • 6:24 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 6:24 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

...Atau kompetensi untuk melaksanakan tugas.

Kedua, amanah atau integriti yang tinggi ketika melakukan tugas. Firman Allah SWT yang bermaksud, “*Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan menggembala kambing kita.

Sesungguhnya*, sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat lagi amanah”.

draft • 6:24 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Mewujudkan keseimbangan ini adalah merupakan cabaran kepada pembinaan kepimpinan terbaik yang diperlukan oleh negara. Tanpa keseimbangan, fokus dalam pembangunan bakat kepimpinan di kalangan golongan terpelajar sudah tentu membawa kerugian besar kepada negara. Akan lahir sama ada pemimpin kleptocrat yang merompak harta rakyat melalui pelbagai penipuan dan mudah dipermain dan diperkotak-katikkan atau pemimpin yang baik namun gagal menguruskan negara dengan bijak.

draft • 6:24 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Justeru itulah khalifah agung Islam, Umar Al-Khattab r.a. sentiasa memastikan keberadaan ciri-ciri keseimbangan, sifat kepimpinan para pegawai kerajaan dalam kepimpinannya. Beliau berdoa kepada Allah agar pentadbirannya dijauhi daripada pegawai- pegawai yang bersifat lemah dan tidak jujur. Beliau r.a. berkata yang bermaksud, “Aku mengadu kepada Allah tentang pegawai yang jujur tetapi lemah dan tentang pegawai yang cekap tetapi khianat”. Tuan Pengerusi, sekian terima kasih.

draft • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Saya jemput Yang Berhormat Puncak Borneo.

draft • 6:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya terus ke Butiran 020000 di mana seperti yang kita sedia maklum hari ini pendidikan tinggi kita mempunyai masalah besar yang serius, antaranya kualiti pendidikan kita yang tidak merata.

Meskipun Malaysia mempunyai beberapa universiti bertaraf dunia, namun kualiti pendidikan di institusi pendidikan kita masih berbeza ataupun bervariasi.

Beberapa universiti awam dan juga universiti swasta menghadapi kesulitan dalam memastikan standard pendidikan yang konsisten, tinggi dan terkini. Ini mungkin disebabkan oleh keterbatasan kewangan, sumber daya, pengajaran yang tidak sesuai dengan perkembangan terkini teknologi serta ketidakmampuan dalam penyelarasan kokurikulum dan juga keperluan industri.

Antara masalah juga kesesuaian program pendidikan dengan keperluan pasaran kerja. Salah satu masalah yang berlaku adalah kesenjangan antara keterampilan yang diajar di universiti dan juga keterampilan yang diperlukan oleh industri. Banyak graduan kita mengalami kesulitan mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan bidang kursus mereka.

Oleh itu, saya ingin bertanya kepada KPT. Berapakah kekerapan program ataupun silibus pembelajaran ini dikemas kini dan juga dinilai? Apakah mekanisme yang dipraktikkan dalam penilaian itu?

Saya juga ingin bertanya adakah KPT mempunyai education and manpower mapping, dengan izin. Sebagai contoh, kita pada hari ini dasar semikonduktor negara kita, kita memerlukan 60,000 jurutera. Tetapi, adakah Kementerian Pendidikan Tinggi kita mempunyai visi untuk melahirkan jumlah graduan yang mencukupi? Dasar kita menetapkan bahawa we need 60,000 engineers but what is KPT direction? How you going to produce the

draft • 6:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

student? Where you going to get it? Jadi, kita kena ada perlu satu pemetaan ataupun mapping yang sejajar dengan dasar negara dan juga sejajar dengan dasar dan keperluan industri.

Sebagai contoh, kalau kita ada data, kita mempunyai populasi lepasan SPM yang bakal masuk ke dalam universiti, sebagai contoh kita ada 2,000 orang. 2,000 orang ini siapa yang mempunyai pendidikan dan mempunyai pencapaian kecemerlangan yang tinggi, berapa yang kita boleh serapkan dalam kursus-kursus ini. Kalau kita buat mapping sedemikian, mungkin kita boleh selesaikan masalah sebab what we are going to educate and give them education and give them what courses will actually at the end of the day fulfill the requirement of the industry based on that mapping. Jadi, saya ingin bertanya. Adakah mapping itu berada di peringkat KPKT ataupun we just fly blind. Kita cuma bulldoze. We do not know what we are doing. Jadi, kalau boleh mungkin boleh kongsikan kepada kita mind mapping itu dan sekiranya perlu juga Ahli-ahli Parlimen yang mempunyai kepakaran untuk kita memberi input.

Selain daripada itu...

draft • 6:30 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Puncak Borneo, boleh saya tambah sikit?

draft • 6:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Okey, sikit sebab saya tak ada masa, banyak perkara yang lain.

draft • 6:30 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Ya, faham tapi isu ini sangat penting kerana Puncak Borneo tadi sebut tentang semikonduktor, industri semikonduktor. Baru-baru ini, saya juga ada engage dengan industry player dari kecerdasan buatan (AI). Salah satu isu yang sangat- sangat serius yang kita perdebat adalah bukan sahaja murid-murid mahasiswa mahasiswi kita tak dapat menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang AI ini dan juga ada satu syarikat besar yang datang sini menawarkan kursus percuma untuk training, train the trainer untuk profesor kita, lecturer kita. Akan tetapi, kesemua tak dapat upskill dan ini penting. Ini adalah satu isu yang serius. Apa pandangan Puncak Borneo?

draft • 6:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih Kluang. Saya merasakan memang benar dan masukkan dalam ucapan saya. Saya amat bersetuju dengan pandangan itu. Saya mohon kepada Puan Pengerusi tambah sikit masa saya.

Saya terus kepada Butiran 040000 – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional di mana keterbatasan infrastruktur dan teknologi pendidikan amat tidak sejajar dengan masa terkini. Saya pernah pergi ke satu politeknik dan juga kolej komuniti di mana alat-alat pembelajaran itu sudah kuno. Mereka ada yang belajar automotif, kereta yang mereka dissect itu, dengan izin, it is an old car, it is an old technology. Orang dah berbicara mengenai teknologi hidrogen, EV dan sebagainya. Kita masih melihat kepada konvensional, masih guna spark plug dan sebagainya. Jadi, kita harus melihat kepada upgrading ataupun memperbaharui silibus-silibus pembelajaran berasaskan kepada teknologi yang terkini supaya kita boleh bantu mereka ini mengetahui teknologi-teknologi terbaru. Jadi, itu juga perkara yang amat penting. Seterusnya...

draft • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Puncak Borneo, masa sudah tamat.

draft • 6:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Okey, saya landing. Pendidikan vokasional dan sektor teknologi tinggi yang terbatas. Sistem pendidikan tinggi di Malaysia ini perlu fokus daripada pendidikan yang bukan sahaja akademik tetapi dia kena ada keseimbangan. Sebab apa yang berlaku sekarang ini, whether we like it or not, 60 percent of our SPM school leavers akan tidak melanjutkan pelajaran. Cuma 40 peratus sahaja yang akan melanjutkan pelajaran. Jadi, apa yang kita nak lakukan dengan yang 60 percent ini?

Jadi, KPT harus melihat how can we actually look into this 60 percent? What kind of courses that the industry need? Then, we look back, we do the mapping. Dengan cara demikian, kita mungkin boleh selesaikan banyak masalah. Jadi, jangan kita biarkan yang 60 percent ini tak ada hala tuju. Jadi, saya berharap kementerian KPT boleh memberi data.

Saya ingin bertanya, adakah KPT mempunyai database jumlah pelajar lepasan SPM? Adakah KPT mempunyai database pelajar dan juga graduan institusi pengajian tinggi?

Kalau belum ada, database ini adalah amat penting supaya kita boleh buat decision, membuat keputusan dan juga membuat dasar dan hala tuju yang jelas. Dengan itu, sekian terima kasih.

draft • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo. Saya jemput Yang Berhormat Sabak Bernam.

draft • 6:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Terima kasih Yang Berhormat Puan Pengerusi. Sabak Bernam ingin merujuk kepada Butiran 020000, peruntukan bagi Pendidikan Tinggi sebanyak RM7.69 bilion pada 2024 berbanding RM7.45 bilion pada 2023 dan khusus ingin menyentuh dasar berkaitan pendidikan tinggi. Apakah anjakan KPT untuk memastikan kelangsungan dasar Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi 2026-2035 yang mampu memberi impak yang nyata supaya kayu pengukur kecemerlangan tidak sekadar berdasarkan KPI universiti mahupun kedudukan ranking semata-mata sebaliknya dinilai dari sudut pembangunan modal insan, penyerapan kurikulum, kerohanian serta pemikiran ilmiah?

Apakah rancangan jangka pendek ataupun kursus-kursus dalam perkhidmatan ataupun dengan izin, low hanging fruits yang telah dikenal pasti oleh KPT dengan menggembleng tenaga kepakaran yang ada, seterusnya memberi kesan berganda kepada budaya kerja pensyarah dan pembelajaran mahasiswa mahasiswi? Kerana untuk memastikan kelangsungan dasar Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi ini, pensyarah dan mahasiswalah pemegang taruh yang utama untuk menentukan kejayaannya.

draft • 6:38 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Apakah KPT telah mengkaji dan menilai prestasi semasa serta relevansi inisiatif dan program berkaitan Pendidikan Tinggi? Termasuk silibus atau kod-kod bidang baru, selari dengan era digital masa kini dan pada masa yang sama, mengangkat martabat kebajikan pensyarah. Seterusnya, perincian mengenai mekanisme pelaksanaan baharu kadar yuran IPTA kepada kumpulan selain B40 dan M40, termasuk segmentasi ukuran kelayakan serta implikasi terhadap pelajar IPTA sedia ada.

draft • 6:40 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Apakah realistik terkini bilangan pelajar universiti awam, politeknik dan kolej komuniti mengikut kategori isi rumah, termasuk golongan B40 dan M40 yang menerima tajaan?

Apakah pihak kementerian juga telah mengenal pasti golongan pelajar yang terpaksa menolak masuk ke universiti awam atas faktor kewangan?

draft • 6:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Sabak Bernam, mencelah sikit. Boleh?

draft • 6:40 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Silakan.

draft • 6:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Setuju kah Yang Berhormat Sabak Bernam supaya yuran-yuran di semua universiti dikaji semula supaya selaras sebab ada aduan daripada para pelajar. Di UM sahaja, yuran kolej kediaman terlalu tinggi kepada pelajar sehingga mencecah RM1,000 berbanding dengan yuran-yuran di IPT yang lain yang sekitar RM500 hingga RM600. Jadi, kalau diselaraskan, pelajar-pelajar tidaklah keberatan untuk membayar yuran tersebut. Satu lagi, setuju kah Sabak Bernam, pelajar-pelajar tahun akhir yang menjalani latihan insentif, pelajar-pelajar intern masih lagi dikenakan yuran ICT, yuran perkhidmatan, perpustakaan, sukan dan rekreasi.

draft • 6:40 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Masa sudah tamat, sila duduk.

draft • 6:40 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

[Bangun]

draft • 6:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Sedangkan sepanjang mereka menjalani latihan industri, mereka tidak duduk pun di kampus?

draft • 6:40 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Sila gulung.

draft • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Ketawa]

draft • 6:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Jadi, setuju kah supaya pelajar-pelajar yang menjalani intern ini tidak dikenakan yuran-yuran yang disebutkan tadi? Terima kasih.

draft • 6:40 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Sila masukkan dalam ucapan saya.

draft • 6:40 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Sabak Bernam.

draft • 6:40 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Dah nak habis, Tuan. Apakah tindakan pihak kementerian berhubung isu pelaksanaan Dasar Sifar atau Zero Balance Policy serta cadangan jalan penyelesaian bagi memastikan sebarang tindakan yang diambil tidak akan membebankan mana-mana golongan mahasiswa. Pelajar yang diwajibkan membayar yuran penuh untuk mengaktifkan status mereka sebagai pelajar aktif dalam pendaftaran kursus.

Pelajar yang tidak menyelesaikan yuran mereka tidak dapat mendaftarkan kursus dan modul pada semester yang akan datang. Ini membebankan pelajar-pelajar kerana rata- rata kos hidup seorang pelajar di universiti adalah di antara RM350 hingga RM600 sebulan hanya untuk kos makan dan tempat penginapan. Bayangkan jika satu keluarga mempunyai lebih daripada seorang anak menuntut di universiti.

Walaupun mereka golongan kaya, mungkin ia bukanlah satu beban kepada golongan berpendapatan tinggi. Walau bagaimanapun, untuk sebuah keluarga B40 ataupun M40 sekalipun, ia pasti suatu yang mengganggu fikiran ibu bapa. Seterusnya, saya ingin merujuk kepada...

draft • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 6:40 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Hah?

draft • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung, masa sudah tamat.

draft • 6:40 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Ya, baik. Belum nyanyi lagi ini. Butiran 020000 – Pendidikan Tinggi iaitu Butiran 020400 – Universiti Putra Malaysia (UPM), supaya nama universiti ini kekal kepada Universiti Putra dan menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Selangor iaitu Putra itu sendiri sudah merujuk kepada perkataan Pertanian Untuk Rakyat. Pertanian untuk rakyat ini merangkumi kepada semua pertanianlah, termasuk hasil pertanian seperti beras putih untuk rakyat. Betulkan yang itu dahulu. Wujudkan balik beras putih di pasaran dan kekalkan nama UPM ini kepada Universiti Putra. Terima kasih.

draft • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Saya jemput Yang Berhormat Kota Belud.

draft • 6:40 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Bismilllahi Rahmani Rahim. Tuan Pengerusi, Butiran 0200000 – Pendidikan Tinggi, Butiran 040000 – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Saya ingin menyentuh mengenai pendigitalan secara total dalam aspek pengurusan, pendidikan, pembelajaran dan perkhidmatan. Pertama, saya ingin tahu berapakah jumlah peruntukan bagi tujuan pendigitalan dalam aspek pendidikan dan pembelajaran bagi setiap universiti awam, politeknik dan kolej komuniti bagi tahun ini dan tahun hadapan. Apakah jenis perolehan yang dibuat dan inisiatif-inisiatif ICT yang terlibat. Perincikan.

Butiran 020900 – Universiti Malaysia Sabah (UMS), Butiran 04200 – Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kenaikan peruntukan sebanyak RM28 juta bagi pengurusan dan RM72 juta bagi peruntukan pembangunan. Pertama, saya mohon diberikan perincian bagi kedua-dua peruntukan ini dan sekarang, addendum daripada RM72 juta, berapakah jumlah projek baru dan projek sambungan? Kedua, berkenaan kolej kediaman UMS. Saya ingin tahu, peratusan pelajar yang menduduki Kolej Kediaman UMS dan adakah kementerian bercadang untuk menambah bilangan kolej kediaman?

Sebagai alumni kepada Universiti Malaysia Sabah, kekurangan kolej kediaman ini saya lihat sebenarnya daripada zaman saya lagi sewaktu saya studi dahulu, di mana UMS sudah pun menyewa rumah sewa di luar kampus iaitu Indah Permai dan juga Taman Kingfisher. That was during semasa 2006-2007. Begitu luas tanah dalam UMS tetapi mengapa Kementerian Pengajian Tinggi tidak mengambil inisiatif untuk membina kolej kediaman tambahan kepada student? Banyak bah benda boleh jimat sebab ulang-alik student keluar kampus dan luar kampus, transportation. After all, memang kan ada juga bayar rumah sewa itu. So, why not kita buat sahaja kolej kediaman tambahan untuk students?

Butiran 030900 – Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS). Saya rujuk kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri pada September yang lalu bahawa projek

draft • 6:44 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

pembinaan Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) dijangka siap pada Disember 2025 dan dijadual beroperasi pada Januari 2026. Pertama, saya ingin tahu setelah pelbagai halangan dan cabaran untuk menyiapkan projek ini, apakah langkah yang diambil oleh kementerian bagi memastikan projek ini dapat disiapkan mengikut jadual sepertimana kenyataan Yang Berhormat?

Kedua, saya ingin tahu kerana sebelum ini saya dengar dan ada cadangan supaya Pusat Jantung Negara Sabah akan ditempatkan di HUMS. Saya ingin kepastian, adakah terdapat perbincangan di antara Kementerian Kesihatan dan KPT? Jika ada, saya mohon diberikan perincian. Juga saya ingin tahu pendirian KPT berkenaan cadangan ini.

Butiran 050400 – Biasiswa Pendidikan Tinggi. Pada tahun 2022, RM150 juta. Tahun 2023, RM150 juta. Tahun 2024, RM200 juta dan tiba-tiba tahun depan tiada peruntukan bagi biasiswa pendidikan tinggi. Saya mahu tahu kenapa dan saya juga ingin tahu status terkini Program MyBrain 2.0. Untuk tahun ini, berapakah jumlah permohonan yang diterima dan berapa yang telah diluluskan? Berapa juga yang telah dibelanjakan? Begitu juga untuk tahun hadapan. Berapakah peruntukan yang disediakan bagi program ini?

Terakhir Tuan Pengerusi, Butiran 040100 – Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

Butiran 00400 – Pendidikan Politeknik. Ini saya cakap terus teranglah, saya kecewalah dengan Kementerian Pendidikan Tinggi. Saya tidak tahu sebenarnya adakah kementerian serius atau tidak untuk membina Politeknik Kota Belud ini. Dulu sudah pecah tanah, selepas itu, batal. Kemudian kena angkat semula, siap buat lawatan tapak lagi. Saya pun dijemput sama.

Reshuffle Menteri, Timbalan Menteri, buat lagi lawatan tapak. Hari itu cakap buat feasibility study, soil investigation lah. Sekarang, kena tunda lagi pergi RP1 RMKe-13. Saya sebenarnya, saya terfikir berapa lama bah kita buat feasibility study sebenarnya ya? What is so hard untuk dapatkan tanah ini? Dari dahulu, by right sebenarnya kalau sudah pecah tanah, patut okey sudah bah. Confirm sudah orang bilang. Tuan Pengerusi, walaupun projek ini bukan saya yang mulakan tetapi sebagai orang Kota Belud dan demi kebaikan untuk Kota Belud, saya juga mahu projek ini diteruskan dan jalan bah, jadi.

Sudah pecah tanah, dalam masa yang sama masih check kesesuaian tapak. Saya tidak tahu apa alasan ini. Jadi sebab itu, saya pun tidak faham. Saya, kalaulah tapak itu tidak sesuai, why not kita terus terang? Cakap, “Okey, tapak ini tidak sesuai”. Jadi, kita pun sama- sama cari penyelesaian bersama-sama bah dan mengapa setiap kali projek ini tidak dapat dimulakan, ianya mesti ada isu di peringkat Kementerian Ekonomi?

draft • 6:44 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Apa masalahnya ya sebenar? Saya ingin juga tegurlah cara kita melaksanakan sesuatu projek, kalau rasa dari awal perkara ini ada masalah contoh tapak kah dan sebagainya, jangan bah kita pecah-pecah tanah ini sebab buatkan orang tertunggu-tunggu, buat orang ternanti-nanti, bikin sakit hati.

Selepas itu kalau tangguh lagi ini saya pun tidak tahu lagilah apa alasan untuk kita bagi tahu dengan orang Kota Belud. Kita minta projek bukan sekadar projek tetapi ini adalah

draft • 6:50 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

untuk anak-anak Sabah. Sudahlah universiti awam di Sabah tidak banyak, it does not portray population ratio versus numbers of public universities in Sabah. Jadi kenapa Politeknik Kota Belud sebab Politeknik Kota Belud dia boleh cater pelajar-pelajar di sebelah utara Sabah, Pitas, Kudat, Kota Marudu. Ini semua daerah-daerah miskin. So, sebab itu please lah KPT saya minta projek ini Politeknik Kota Belud ini diletakkan sebagai priority kategori A. Tolonglah uruskan Politeknik Kota Belud. Sekian, terima kasih.

draft • 6:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Kota Belud. Saya jemput Yang Berhormat Kubang Pasu.

draft • 6:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih Yang Berhormat Puan Pengerusi. Jumlah peruntukan pengajian tinggi RM18.1 bilion. Peningkatan 10.8 peratus satu peningkatan yang tinggi. Saya percaya Yang Berhormat Menteri akan melaksanakan ataupun belanjakan wang dengan sebaik-baiknya.

Saya terus kepada Butiran 010400 – Pembangunan Bakat Kepimpinan Pendidikan Tinggi RM11.46 juta. Pohon Menteri maklumkan apakah program yang akan dilaksanakan.

Seterusnya Hospital Pengajar Butiran 030000, RM1.96 bilion kenaikan 12.5 peratus.

Anggaran yang terbesar daripada ini ialah Butiran 030700 – Hospital Al-Sultan Abdullah iaitu RM155 juta kenaikan 31 peratus, mohon Menteri berikan penjelasan.

Butiran 04000 – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang begitu tinggi sekali, tahniah. Butiran 050400 – Biasiswa Pendidikan Tinggi. Mengapakah perbelanjaan tiada dalam anggaran 2025 sedangkan 2024 ada peruntukan RM200 juta?

Mohon Menteri berikan penjelasan. Butiran 050500 – Penyelenggaraan dan Pembaikan. Naik RM11.5 juta kepada RM270 juta. Mohon penjelasan daripada Menteri. Pembangunan RM4.25 bilion semua IPTA mendapat peruntukan ini.

Butiran 05011 – Penyelidikan Fundamental ataupun pendidikan asas RM187 juta berbanding dengan RM426 juta pada tahun 2024. Mohon Menteri perjelaskan mengapakah anggaran perbelanjaan turun begitu rendah sekali sepatutnya dinaikkan. Butiran 05012 – Biasiswa dan Latihan Penyelidikan Universiti RM220 juta berbanding dengan hanya RM21 juta pada 2024. Peningkatan yang tinggi, Kubang Pasu menyokong dan mohon Menteri perjelaskan apakah program yang akan dilaksanakan.

Seterusnya Pencapaian Strategik ICT Butiran 05015, RM85.5 juta berbanding dengan hanya RM1.9 juta pada 2024. Mohon Menteri perjelaskan. Butiran 05018 – Naik Taraf Fasiliti di Institusi Pendidikan Tinggi, RM41.6 juta berbanding dengan tiada peruntukan 2024.

Apakah naik taraf yang dilaksanakan dan di mana?

Dalam perbahasan hari ini saya ingin menyentuh tentang Pendidikan Tinggi Negara.

Apa juga kritikan yang ditujukan kepada IPTA, saya percaya bahawa Pendidikan Tinggi Negara berjaya mencapai matlamat dan boleh dibanggakan. Universiti-universiti kita terutamanya research universities iaitu UM, UKM, UPM, USM, UTM berada di tahap yang

draft • 6:51 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

boleh dibanggakan. Cuma kita tidak boleh rasa selesa dan berpuas hati dengan pencapaian setakat ini.

Kita harus terus berusaha dengan lebih gigih lagi supaya universiti-universiti kita mencapai prestasi ataupun kedudukan yang lebih tinggi. Tidak mustahil suatu hari nanti lima research universities ini akan menjadi setaraf dan setanding dengan world top universities ataupun universiti-universiti terkemuka dunia seperti Oxford University, Cambridge, Princeton dan MIT. Top universities ini memberi penekanan kepada kualiti dan bukan kuantiti dalam semua aspek pengajian tinggi. Malaysia boleh belajar dan mengadaptasi amalan-amalan institut pendidikan tinggi top universities ini seperti berikut.

Pertamanya kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran. Universiti perlu memastikan pelajar-pelajar yang berupaya dan bermotivasi diterima masuk. Seterusnya pedagogi yang inovatif iaitu kaedah pengajaran dan penekanan kepada pengajaran kumpulan kecil seperti Oxford dan Cambridge. Mereka melaksanakan tutorial dan model pengajaran yang aktif. Cadangan laksanakan model pengajaran secara personalised dan interaktif untuk menggalakkan critical thinking dan kemahiran menyelesai masalah.

Seterusnya impak dan kualiti penyelidikan. Universiti-universiti terkemuka dunia memberi keutamaan kepada penyelidikan terhadap cabaran-cabaran global seperti kelestarian, penjagaan kesihatan dan teknologi. Cadangan ialah ubah fokus daripada kuantiti penyelidikan publication by numbers seperti Q1 dan sebagainya kepada relevan, asli dan memberi impak sosial.

Ekosistem yang kolaboratif umpamanya University MIT dan Princeton menekankan perkongsian inter-disciplinary dan industry to drive innovation. Sekejap dua minit lagi sahaja, Puan Pengerusi.

draft • 6:51 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

30 puluh saat, dua minit.

[Ketawa]

draft • 6:51 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Cadangan ialah melaksanakan kolaborasi merentasi fakulti, industri dan institusi antarabangsa untuk memperluaskan impak pendidikan.

Seterusnya infrastruktur dan sumber. Kita perlukan cutting edge facilities di universiti- universiti seperti MIT menyediakan makmal-makmal state-of-the-art, peralatan digital yang lengkap untuk menyokong penyelidikan dan pembelajaran. Cadangan, universiti-universiti di Malaysia harus fokus kepada menaik taraf infrastruktur to foster innovation dan exploration dan budaya kecemerlangan dan inovasi, menggalakkan kreativiti. MIT terkenal dengan fostering budaya keusahawanan dan inovasi seperti incubators dan start-up fund.

Pengiktirafan kejayaan dan pencapaian universiti terkemuka ini merayakan kecemerlangan melalui pengiktirafan awam dan anugerah kepada sumbangan-sumbangan yang berimpak. Seterusnya matrix beyond rankings.

draft • 6:51 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung ya.

draft • 6:51 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Ini hendak gulung ini. Matriks melebihi ranking sekarang ini banyak universiti duk kira ranking sahaja. Fokus hendaklah diberikan terhadap kejayaan pencapaian jangka panjang, graduan yang memberi

draft • 6:51 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

impak sumbangan kepada masyarakat dan bukan semata-mata berdasarkan kepada ranking matriks semata-mata. Cadangan bangunkan penanda arah ataupun benchmarking dengan memberi keutamaan kepada graduate outcome, graduan terhasil, kebolehpasaran, impak kepada masyarakat mendahului quantity-driven KPIs dengan mengadaptasi amalan-amalan ini yang saya sebutkan tadi.

Universiti-universiti Malaysia khususnya lima research universities mampu elevate ataupun meninggikan status mereka di peringkat global sementara memberi fokus kepada pendidikan berkualiti, penyelidikan dan pembangunan institusi.

draft • 6:51 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih.

draft • 6:51 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Transformasi pendidikan ini yang tinggi mesti dilaksanakan secara secepat mungkin.

draft • 6:51 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat.

draft • 6:51 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Sedikit sahaja, saya hendak minta dekat Menteri benda ini sedikit sahaja. Dahulu saya ada minta kepada bekas Menteri Pendidikan Tinggi supaya diadakan Fakulti Kejuruteraan di UUM sewaktu saya menjadi Exco Pelaburan dan Industri dan saya minta Menteri memberikan pertimbangan sewajarnya sebab Kedah memerlukan sebuah universiti yang ada Fakulti Kejuruteraan untuk menjayakan industri di negeri berkenaan. Terima kasih Puan Speaker kerana begitu bermurah hati.

draft • 6:51 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat.

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sri Gading.

draft • 6:51 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia Madani. Terima kasih kepada Pengerusi. Pertama sekali tentang Butiran 050400 – Biasiswa Pendidikan Tinggi. Kalau kita lihat daripada butiran ini daripada RM200 ribu kepada sifar. Jadi persoalannya adakah biasiswa ini dipindahkan kepada Butiran 05012 – Biasiswa dan juga Latihan Penyelidikan Universiti. Kalau itu yang dilakukan, bermakna biasiswa itu masih ada dalam nilai RM200 juta tetapi berkaitan dengan penyelidikan hanya sekitar RM19 juta.

Ini satu perkara yang pada pandangan Sri Gading seandainya itu berlaku, bermakna penyelidikan bagi universiti yang sepatutnya melibatkan penyelidik-penyelidik, di mana di situlah tempat orang-orang cerdik pandai yang bertaraf profesor dan sebagainya, yang boleh melahirkan ataupun memberikan impak yang besar dalam penyelidikan negara.

draft • 6:59 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Tetapi kalau dengan peruntukan yang kecil sekitar RM220 juta bersama dengan biasiswa, saya rasakan bahawa ianya tidak munasabah dan perlu diperlihatkan kembali tentang penyelidikan kerana penyelidikan ini, untuk pengetahuan kepada sidang Dewan yang mulia, kalau kita lihat bahawa bagaimana negara-negara maju menggunakan universiti sebagai satu sumber daripada unsur-unsur untuk mendapatkan maklumat baru atau pun

draft • 7:00 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

inovasi baru dan hasil daripada reka cipta atau pun penyelidikan mereka. Kalau kita lihat, berapa banyak universiti-universiti sepertimana yang disebut oleh Kubang Pasu sebentar tadi.

Universiti-universiti yang ternama di dunia, mereka menggunakan kajian atau pun penyelidikan itu bukan sahaja untuk kehidupan di waktu itu, tetapi juga untuk kemajuan teknologi yang akan datang. Jadi di sini, persoalan yang ingin Sri Gading bertanyakan, berapa banyak universiti yang ada kerjasama penyelidikan dengan industri? Dan apakah bentuk- bentuk penyelidikan yang telah didapati yang bertaraf dunia, di mana melibatkan kehidupan atau pun keperluan manusia itu sendiri? Nyatakan dia punya berapa banyak universiti yang terlibat dan apakah bentuk-bentuknya?

draft • 7:00 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Sri Gading. Shah Alam.

draft • 7:00 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Silakan.

draft • 7:00 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Terima kasih Sri Gading. Universiti Putra atau pun sebelum ini Universiti Pertanian Malaysia adalah merupakan satu daripada lima universiti di Malaysia ini yang diiktiraf sebagai universiti penyelidikan. Namun, hanya tiga daripada 16 fakulti di Universiti Putra (UPM) sekarang ini yang mengkhususkan kepada bidang pertanian.

Tak apa lah, nama itu tidak ditukar kepada Universiti Pertanian tapi kekal sebagai Universiti Putra tetapi setujukah Sri Gading bahawa Universiti Pertanian mesti kembalikan matlamat asal penubuhan universiti ini iaitu untuk memastikan bahawa ia memberikan fokus kepada isu-isu yang berkaitan dengan pertanian.

Maknanya, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti AI ke, Fakulti Sains Teknologi Makanan, Reka Bentuk Seni Bina, Sains Komputer dan sebagainya mesti mengkhususkan memberikan tumpuan utama kepada hal-hal yang berkenaan dengan pertanian dalam negara kita ini.

Terima kasih Sri Gading.

draft • 7:00 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Okey, alhamdulillah. Masukkan dalam teks ucapan Sri Gading sebab kalau kita lihat, kebetulan saya pun memang graduan daripada UPM. Walaupun pada waktu itu namanya Universiti Pertanian. Apa yang penting kepada kita, nama itu satu, yang keduanya tentang pengisian. Pengisian yang sepatutnya ada.

Butiran seterusnya 010400 - Pembangunan Bakat Kepimpinan Pendidikan Tinggi.

Untuk makluman kepada Ahli Dewan yang mulia, bahawa bagaimanakah dalam suasana pelajar-pelajar yang dapat masuk universiti, mereka yang dianggap pelajar terbaik atau pun mereka yang terpilih, mempunyai pemikiran yang bagus tetapi terlibat dengan perkara- perkara buli? Untuk makluman juga bahawa Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain adalah murid daripada sekolah saya Maktab Sultan Abu Bakar English College, Johor Bahru di mana kalau kita lihat di sini, kesannya sampai enam orang dijatuhkan hukuman bunuh.

Jadi, hukuman gantung.

Jadi, cadangan daripada Sri Gading, supaya program kepimpinan berteraskan empati dan inklusif perlu dibentuk supaya dapat mendidik bakal-bakal graduan atau pun

draft • 7:00 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

mereka yang bergelar mahasiswa ada rasa simpati di kalangan satu sesama lain. Yang kedua, sesi bengkel anti buli. Ini perlu dilaksanakan. Walaupun mungkin bukan kepada semua tetapi kita boleh pilih antara pelajar-pelajar atau pun mahasiswa yang kita boleh lihat, cadangan daripada mana-mana fakulti.

Yang ketiga, sistem sokongan pelajar yang boleh membimbing di kalangan sesama mereka supaya timbulkan rasa simpati di kalangan sesama rakan. Yang keempat, pembangunan sistem pelaporan buli yang telus. Jangan ada yang cuba untuk menutup kes atau pun membiarkan sampai kes itu sangat dahsyat. Dan ini adalah merupakan satu perkara yang sangat menyedihkan kepada negara apabila berlakunya hukuman gantung sampai mati kepada enam orang yang terlibat dalam masalah buli yang tersebut.

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Masa sudah tamat.

draft • 7:00 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

[Ketawa] Okey, Yang Berhormat.

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Arau.

draft • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Rakyat Malaysia orang muda. Puan Pengerusi, Menteri-menteri, Doc Zam. Temu Doc Zam. Pada 2014, Yang Berhormat ya, 2014. “Pagar Universiti Malaya Roboh.” [Menunjukkan senaskah dokumen] “Pagar pintu utama Universiti Malaya di sini roboh apabila mahasiswa dan penyokong Parti Keadilan Rakyat merempuh pagar bagi membolehkan pidato Ketua Umum PKR yang juga Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim diadakan di universiti tersebut.” Robohlah pagar.

[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Masa itu, UMNO yang lawan sakan DAP itu. Puak-puak UMNO. Dia oranglah yang lebih-lebih, kami ini pengikut ja. Lawan sakan sebab Ketua Pembangkang, Ketua Umum PKR melanggar, roboh universiti. Apa makna? Satu reformasi yang hebat mesti dibuat. Allah maha berkuasa.

draft • 7:05 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Butiran mana, Yang Berhormat?

draft • 7:05 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, bila kita berdoa, Tuan Pengerusi baru, ya?

draft • 7:05 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Butiran mana, Yang Berhormat?

draft • 7:05 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tak, ini permulaan.

[Ketawa] Tapi kalau Yang Berhormat hendak, B.02000. Pengajian Tinggi – Universiti Malaya, Yang

draft • 7:05 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Berhormat. Roboh. Satu reformasi. Kamu tak tahu duduk diam, ya, Seputeh. Reformasi yang perlu dibuat. Tapi apa jadi sekarang? Jadi, saya nak minta Temu Doc Zam memikirkan perkara ini. Infra universiti ada yang bermasalah. Ini kira teguran yang baik, Yang Berhormat.

Teguran yang baik. “Kipas sudah rosak dua bulan, penghuni Kolej Za’ba tanya kipas sejak 1993 lagi.” [Menunjukkan senaskhah dokumen] Yang Berhormat, ini infra. 1993 tapi Ketua PKR rempuh pagar 2014. Sekarang 2024, apa jadi? Saya tanya anak-anak universiti tadi, dia kata ada masalah dari segi infra. Tolong tengok balik.

Dan masalah, Yang Berhormat, yang universiti- apa yang berlaku di UUM tu kita sedihlah tentang pelajar UUM kena kejutan elektrik iaitu Vinosiny Sivakumar yang meninggal dan bapanya telah menuntut, kena pergi minta pampasan RM3 juta lebih tapi yang universiti bayar cuma RM100,000. Saya percaya ini kena tengok balik sebab kita tak tahu siapa salah.

Tapi yang paling penting saya ingat universiti kena terlibat untuk mengambil insurans.

Kurang-kurangnya dalam kes begini kena bayarlah RM10,000 sebenarnya, Yang Berhormat.

Jadi, infra pendidikan tinggi ini hendaklah dilihat semula supaya semuanya berjalan dengan elok.

Universiti Malaya ini, Yang Berhormat, universiti nombor satu di Malaysia dan nombor berapa dalam dunia. Dalam dunialah. Tapi infranya ada masih ruang untuk diperbaiki sebab apa, bila Ketua Umum yang sekarang PMX, Allah makbul doa dia, langgar pagar universiti, universiti telah robohkan, sekarang Allah bagi dia memerintah, Allah bagi amanah untuk dia laksanakan amanah tersebut. Okey, sekarang mari kepada business of the day.

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, B.04000 – Kolej Komuniti ya. Ini adalah modal insan. Kolej komuniti ini ialah yang terhebatlah yang dibuat oleh puak-puak ini dulu. Tapi sekarang ini bila sekarang orang lain pula memerintah dengan campuran bersama ini, saya tak tahu apa jadi ya. Kolej komuniti hebat sebab saya di antara orang yang ambil beberapa kursus di kolej komuniti termasuk kursus buat roti. Jadi, kalau ada pembuat roti tak cukup orang, saya boleh tolong termasuk buat croissant, Yang Berhormat. Jadi, wallahualam. Sekarang ini, bila kita nak lantik orang menjadi penasihat universiti atau pun pengerusi-pengerusi GLC dan sebagainya hendaklah merentasi parti. Kita kena pilih orang yang qualified, orang yang layak. Kolej komuniti dulu semuanya pengerusi ialah wakil-wakil rakyat, Ahli Parlimen. Tapi sekarang ini, oleh kerana ada sedikit campur tangan UMNO, maka mesti dia ambil orang UMNO.

Ketua UMNO jadi kolej komuniti, maka dibuanglah Ahli Parlimen, wakil rakyat Arau yang jadi penasihat itu dibuang sebab dia ambil orang lain. Saya nak bagi tahu, kalau kita nak profesionalisme, kepakaran, kebijaksanaan, kita kena rentas parti.

draft • 7:05 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Orang yang layak daripada parti ini, ambil. Tak ada masalah. Orang yang tak layak, buat mari sini. Tak mahu, tak mahu. Ambil baliklah. Tak mahu. Yang tak layak, ambil balik ya.

Jadi, kita kena rentas parti untuk mendapat kepakaran ya. Jadi, kolej komuniti, saya minta supaya apa yang telah saya sebutkan tadi diperbaiki.

draft • 7:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Keduanya ialah saya nak sebut, Yang Berhormat Pengerusi, Universiti Malaya adalah salah satunya universiti di Malaysia tak ada masjid. Masjid Ar-Rahman duk di luar universiti, di luar pagar. Tetapi, dalam universiti tidak ada masjid. Sudah pasti Temu Doc Zam yang sekarang cukup popular ― Yang Berhormat, yang ini Temu Doc Zam ini juga, kalau Yang Berhormat kena bayar untuk Yang Berhormat juga, kena buat Temu Tok Mat, Temu PMX, Temu Shahidan, Temu Tok Dan. Jadi, kena buat temu ini. Kalau Yang Berhormat seorang pergi semua universiti, jadi sebenarnya yang popular di universiti ini Yang Berhormat. Baguslah, kita biar puak-puak UMNO popular sikit. Bagus juga. Tetapi, oleh kerana pendedahan Timbalan Perdana Menteri yang dibuat yang tidak betul, maka saya ingat UMNO pun tak layak pergi jadi Perdana Menteri ya.

Okey, kemudian...

draft • 7:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Dah habis masa, Yang Berhormat.

draft • 7:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ha?

draft • 7:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Dah habis masa.

draft • 7:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tahu saya yang penghabis. Bagi sikitlah landing. Tak boleh, tak apa, saya akan duduk. Tak ada masalah.

draft • 7:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tak boleh, Yang Berhormat.

draft • 7:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, sikit ya. Akhir sekali ya, masalah sosial di universiti. Tadi pemandu mabuk, saya dapat usul. Usul itu sebenarnya usul di bawah 19(1). P.M. 19(1), Yang Berhormat, kerajaan tak boleh buat apa. Kena bawa usul dulu.

Sebab, dalam aturan kerajaan, dia mempunyai urusan kerajaan. Tetapi, dalam Peraturan Parlimen, urus petisyen dulu. Saya bawa petisyen, akhirnya dibawa pergi Kamar Khas.

Di antara perkara yang ditimbulkan ialah ada student yang mabuk. Jadi, kawan- kawan pemandu Grab bagi tahu, “Ini student mabuk”. Bila student mabuk, termasuk student wanita, jadi kita kena selesai, tangani masalah ini.

Keduanya, laporan akhbar, kes HIV dan juga kes ini meningkat di universiti. Yang ini kena bagi perhatian tentang masalah sosial. Jadi, Yang Berhormat, saya minta supaya akhir sekali. Yang ini yang cukup penting ini. Tersentuh di hati Menteri yang budiman. Yang Berhormat Menteri, yang ini pasal PTPTN iaitu sewa kolej. Kolej kediaman di Universiti Malaya, sewanya RM900, UKM RM600. Jadi, dia orang punya baki UUM, RM200. Baki UKM, RM400. Saya minta selaraskan. Ini bukan kira tempat, sebab universiti ini kena selaraskan.

Kalau RM600, RM600 semua. Student yang dapat RM200 Yang Berhormat, jangan buat macam itu. Sedih saya melihat student merayu supaya dipertimbangkan.

Yang Berhormat, dia kena tengok kenapa sasaran TVET 2023 ― 96.5; 2024, tahun ini ― 95, tahun depan pun 95. Kenapa diturun daripada 96 kepada 95? Naikkan balik jadi 97, Yang Berhormat.

Terima kasih kepada Pengerusi. Saya berharap permintaan saya ini adalah permintaan yang ikhlas. Juga, Yang Berhormat tolong bisik kepada PMX supaya timbangkan

draft • 7:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

peruntukan untuk kawasan Ahli Parlimen yang terkena banjir ya. Walaupun tidak masuk bawah tajuk, tapi pengajian tinggi ini otak bagus, kena fikir untuk semua orang. Jadi, otak yang bagusnya ialah pertimbangkan orang yang susah ini tanpa mengira parti. Hulu Langat cadangkan RM500,000. Alright, saya cadangkan RM1 juta. Tak apa, tak ada masalah. Bagi di antara RM500,000 ke RM 1 juta. RM750,000 pun tidak ada masalah. Bukan untuk kami, untuk rakyat. Bagi terus dekat mereka. Kami nak tengok saja sebab teringin juga dapat nama sikit yang kami berusaha.

draft • 7:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 7:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih Pengerusi. Belah petang ini nampak handsome sikit kalau dibanding waktu pagi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 7:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Pembahas terakhir, Yang Berhormat Ampang.

draft • 7:10 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih, Dato' Wira Pengerusi.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.

Ampang hanya ingin menyinggung tiga perkara penting.

Pertama, terus kepada Kepala Butiran 010000 – Pengurusan. Soalan yang ingin dibangkitkan di bawah Butiran 010400, yang mana kita lihat di sini Pembangunan Bakat Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), sebanyak RM11 juta lebih itu.

Pertama, soalan daripada Ampang, apakah antara keberhasilan dan sumbangan utama AKEPT pada transformasi pendidikan tinggi demi merealisasikan objektif Rangka Tindakan Pendidikan Malaysia 2015-2025? Mohon dikongsikan di sini.

Saya juga, yang kedua, dalam topik yang sama. Dalam memenuhi hasrat mengisi tiga peratus kepimpinan wanita untuk membuat keputusan, apakah Program AKEPT ini juga melaksanakan bakat khas kepimpinan wanita? Nyatakan bentuk program dan pencapaiannya. Jika tiada, apakah KPT akan merancang untuk melaksanakan program ini demi melahirkan lebih ramai bakat-bakat kepimpinan wanita?

Di bawah Butiran 040000 – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional

(TVET) khususnya kepada Butiran 040100 dan Butiran 04800 – Kolej Komuniti iaitu dengan peruntukan RM58.62 juta. Soalan yang akan dibangkitkan oleh Ampang ini adalah sama ada ia saya nak tahu, di bawah Kolej Komuniti Ampang ini, hanya ada menawarkan Sijil Teknologi Komunikasi, Teknologi Mudah Alih, Diploma Teknologi Komunikasi.

Tetapi, saya ingin melihat kadang-kadang program-program yang ada di kolej komuniti ini tidak menawarkan keperluan masyarakat setempat. Memang ada kolej itu dan ianya mengambil pelajar-pelajar daripada luar. Jadi, saya merasakan sebagai Ahli Parlimen Ampang, apakah kita lihat kapasiti dan keupayaan sedia ada dari segi tenaga pengajar,

draft • 7:14 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

peralatan dan kelengkapan infrastruktur di Kolej Komuniti Ampang ini mencukupi? Itu satu aspek.

Keduanya, memandangkan di Ampang ini tak ada IPT lain, saya nak mencadangkan supaya Kolej Komuniti Ampang ini dinaiktarafkan menjadi politeknik khusus dalam bidang komunikasi, pertama. Ataupun, ianya kemungkinan besar boleh ditambah lagi kolej komuniti yang lebih menjurus kepada keperluan masyarakat setempat. Contohnya, sijil pengurusan hotel dan katering ataupun hotel hospitaliti ataupun tambah lagi kursus-kursus yang berkaitan. Jadi, saya rasa ia menepati cita rasa masyarakat setempat, di mana kita lihat keperluan-keperluan ini, permintaan ini tinggi yang dinyatakan semasa berjumpa dengan saya.

Ketiganya, saya ingin membawa pada Butiran 050500 iaitu program khusus dan Maksud Pembangunan 64. Sri Gading tadi dah bangkitkan tentang biasiswa pendidikan tinggi. Saya hanya ingin bertanya tentang apakah wujudnya biasiswa pendidikan tinggi secara penuh, khusus buat pelajar OKU atau pelajar yang ibu bapanya OKU?

Memandangkan kita tengok keterbatasan di sudut pendapatan dan juga keterbatasan dalam konteks mereka sendiri, saya harapkan supaya ada satu cadangan khas untuk mewujudkan satu biasiswa khas kepada OKU. Yang penting, memandangkan anak-anak dalam situasi begini berhak mendapat biasiswa yang kita rasakan boleh diberikan sedikit kelegaan pada mereka.

Seterusnya, dalam butiran yang sama. Saya amat terkesan bila ramai yang datang ke pusat khidmat kita terutamanya di Ampang, saya lihat, untuk memohon bantuan yuran kemasukan. Yuran kemasukan ini memanglah tak tinggi, dalam RM1,000 ke RM2,500.

Tetapi, memandangkan mereka ini golongan B40 ataupun golongan daripada ibu bapa yang telah pun bersara, yang tidak ada pendapatan, maka mereka di antara yang tercicir untuk masuk mana-mana kolej pengajian tinggi ini, ataupun orang kata IPTA ataupun IPT. Jadi, ini saya rasakan amat-amat wajar supaya kita perlu memikirkan aspek ini.

Soalan daripada Ampang, apakah bentuk bantuan khas yang mungkin difikirkan untuk membantu mereka? Mungkin kita ada program bantuan khas untuk yuran kemasukan.

Saya tak kata bagi kepada semua, tetapi kepada mereka yang betul-betul memerlukan. Jadi, saya harap sangat supaya keciciran tidak berlaku. Kalau tidak ada program khas, apakah penyelesaian pada perkara ini? Saya mohon dinyatakan.

Jadi, untuk akhirnya, saya harapkan juga supaya kerajaan memikirkan tentang satu aspek iaitu kita mengharapkan supaya bidang kursus ataupun perkara yang khusus supaya PTPTN ya. Memandangkan masalah bantuan PTPTN, kita pernah bawah Pakatan, baik pun bawah Barisan Nasional, pernah mencadangkan supaya ada beberapa malah bawah Perikatan Nasional juga pernah mencadangkan supaya hutang-hutang PTPTN ini perlu dikaji semula. Jadi, saya harap adalah keputusan terakhir tentang bagaimanakah kita ingin membantu mereka yang benar-benar tidak mampu memulangkan semula PTPTN ini untuk buat penjelasan semula.

Terima kasih. Terima kasih daripada Ampang.

draft • 7:14 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Ampang sebagai pembahas terakhir.

Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi untuk menjawab. Sebagai panduan Yang Berhormat Menteri, memandangkan 19 Ahli Yang Berhormat menjawab dan saya lihat hanya ada lapan sahaja yang berada dalam Dewan yang berbahas, saya kira Yang Berhormat Menteri tumpukan jawapan kepada Ahli Yang Berhormat yang berada dalam Dewan. Bagi mereka yang tidak ada dalam Dewan, Yang Berhormat, saya ingat jawapan secara bertulis dalam tempoh lima hari. Silakan, Yang Berhormat, 20 minit.

draft • 7:14 PM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Pengerusi. Pertama sekali, izinkan saya untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2025 peringkat Jawatankuasa Kementerian Pendidikan Tinggi pada hari ini.

Saya yakin semua perkara-perkara yang dibangkitkan adalah atas rasa tanggungjawab dan keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat bagi memperkukuhkan lagi pendidikan tinggi negara. Saya ingin mengesyorkan kepada Yang Berhormat Pengerusi agar pandangan-pandangan yang dilontarkan oleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat daripada keseluruhan mereka perkara-perkara yang bersifat konstruktif dan informatif dan cadangan- cadangan yang baik daripada kedua-dua pihak, insya-Allah akan dimasukkan sebagai salah satu daripada perkara-perkara yang perlu diambil kira ketika mana kita sedang merumus Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi 2026-2035 ini.

Sebab saya melihat dan meninjau dengan begitu mendalam akan beberapa pandangan yang baik dan kepada persoalan-persoalan yang ditimbulkan sepertimana yang disyorkan oleh Yang Berhormat tadi, sekiranya saya tidak berkesempatan memandangkan sekarang sudah jam 7.22 malam. Mungkin sebahagian daripada kita yang perlu melaksanakan tanggungjawab solat Maghrib dan saya belum lagi. Saya harap dengan penjelasan yang ringkas ini, saya akan memberikan penggulungan yang berkaitan perkara- perkara yang penting untuk saya sebutkan iaitu ini termasuklah perkara yang disebutkan tadi.

Saya lihat beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat membangkitkan tentang kedudukan strata sosial dalam masyarakat kita iaitu golongan yang terdiri daripada T15, M40, B40, dan itu yang kita bincangkan tentang keprihatinan terhadap akses kepada pendidikan. Kalau boleh saya rumuskan begitu dan akan keperluan sebab dan dari segi dasar yang dipakai oleh Kementerian Pendidikan kita, kita tidak ada satu polisi yang terlalu rigid sehinggakan kita memaksa kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk membayar yuran mereka itu, kita paksa juga ataupun mereka tidak boleh masuk ke kampus-kampus.

Saya, kalau dapat saya boleh jelaskan beberapa contoh yang telah pun kita selamatkan dan kita ada sebagai contoh yayasan pelajar kita, Yayasan Siswa yang

draft • 7:20 PM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

ditubuhkan. Bagaimana kita membantu ribuan daripada mereka untuk masuk ke universiti, selain daripada bantuan-bantuan lain daripada kerajaan negeri dan sebagainya dan termasuk juga di pusat zakat dan lain-lain. Tapi saya nak sebutkan di sini, soal kesusahan rakyat atau pelajar kita untuk memasuki institusi-institusi pengajian tinggi, itu tidak timbul melainkan kalau sekiranya perkara itu tidak dirujuk kepada kita.

Saya ambil contoh baru-baru ini. Ada seorang pelajar yang daripada keluarga miskin B40 yang tidak dapat masuk ke UMS, daripada keluarga yang susah. Beliau ditawarkan dalam pengajian perubatan beliau. Jadi, apabila kita mendapat maklum balas itu, maka saya menyuruh supaya pergi cari pelajar yang berkenaan, bawa dia masuk dan segala perbelanjaannya ditanggung oleh pihak kita.

Jadi, inilah antara pendekatan yang kita buat juga, termasuk juga dalam konteks T15 tadi. Kalau sekiranya ada permasalahan-permasalahan yang melibatkan keluarga, mungkin ada di kalangan mereka yang terdiri daripada kalangan keluarga yang besar.

Tentunya mereka tidak berkemampuan. Jadi, saya harap hal-hal yang sebegini dapat dimaklumkan kepada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi.

Seperkara yang dibangkitkan juga oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat berkaitan dengan peruntukan biasiswa yang ditimbulkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat juga yang mengatakan bahawa kelihatan kali ini tidak ada biasiswa. Sebenarnya saya ingin jelaskan di sini ialah dia reclass. Jadi, peruntukan Butiran 0512 masih ada RM200 juta campur dengan RM20 juta lagi menjadikan ia keseluruhan RM220 juta.

Yang Berhormat seperti Kubang Pasu juga membangkitkan dana R&D dan begitu juga dengan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain yang menyebut bahawa dana turun tinggal 56 peratus, ada yang disebutkan tadi. Sebenarnya, untuk pengetahuan Yang Berhormat sekalian, dana itu masih ada. KPT sekarang ini diperuntukkan sebanyak RM400 juta manakala MOSTI diperuntukkan RM190 juta. Jadi, keseluruhan itu digabungkan kerana dari segi penyelidikan, fundamental research itu akan kembali semula kepada pihak universiti.

Jadi, itulah rangkaian baharu yang ditubuhkan di peringkat kementerian iaitu kerjasama yang kita wujudkan.

Kalau sebelum ini, kita letakkan wang itu di beberapa kementerian tetapi ia tidak digunakan dengan sebaiknya. Jadi, pendekatan baharu dilakukan oleh pihak kementerian ialah bagaimana dan oleh pihak kerajaan ialah meletakkan wang itu di peringkat MOSTI yang sekarang ini diberikan tanggungjawab juga untuk melihat dari segi penyelidikan-penyelidikan yang tinggi. Jadi, kita akan bekerjasama dengan pihak MOSTI dalam melaksanakan agenda ini.

Saya juga ingin menjelaskan hal yang berkaitan dengan perkara-perkara yang terlibat dengan — Ini banyak. Saya dah tak boleh tengok ni sebab penuh, penuh, penuh.

Saya tak tahu mana satu yang saya nak tengok. Tapi apa pun, yang boleh kalau saya hadamkan daripada apa yang dibahaskan oleh 19 Ahli tadi termasuk Kota Belud dan sebagainya. Ya, saya memahami. Beliau begitu detail sekali. Begitu juga dengan yang lain-

draft • 7:20 PM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

lain. Saya akan jawab secara bertulis bagi perkara-perkara yang tidak sempat untuk saya jawab, ya.

Kota Belud, ya saya faham kesedihan beliau. Berkali-kali saya mendengar hujah beliau tentang...

draft • 7:20 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Politeknik Kota Belud.

draft • 7:20 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

...Politeknik itu. Saya telah pun meminta kepada pihak kementerian untuk melihat betul-betul apa sebenarnya isunya.

draft • 7:20 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Yang Berhormat...

draft • 7:20 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Saya dengar tadi. You don’t have to repeat sebab saya dah dengar tadi. Cuma kalau ada poin baharu yang you nak jelaskan, you boleh jelaskan kepada saya.

draft • 7:20 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Saya just minta komitmen Yang Berhormat Menteri lah.

draft • 7:20 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Ya.

draft • 7:20 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Yang lain itu, boleh jawapan bertulis. Yang Berhormat Menteri, just Politeknik Kota Belud saja.

draft • 7:20 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Saya akan tengok ya. Sebab saya akan tengok balik. Just to be fair to me, saya akan tengok balik apa yang menjadi halangan selama ini. Jadi, soal-soal teknikal ataupun sebaliknya.

Baik. Saya juga ingin menjawab hal yang berkaitan dengan UPM yang dibangkitkan tadi. Saya fikir soal Kota Raja dia tidak bermaksud begitu tapi saya difahamkan apabila ditanya kepada beliau, beliau kata beliau ditanya oleh pemberita. Walau bagaimanapun, beliau telah mengeluarkan kenyataan mohon maaf atas cadangan walaupun asas UPM itu akan diteruskan sepertimana yang telah pun kita dengar penjelasan dan kenyataan yang telah pun dikeluarkan itu.

Jadi, saya harap hal yang sebegini tidak perlulah kita polemik kan lagi kerana kita semua ingin melihat institusi seperti UPM dan begitu juga keprihatinan Kebawah Duli Tuanku yang mahu melihat UPM juga muncul menjadi sebuah universiti penyelidikan yang ternama dalam negara kita. Jadi, kita menjunjung kasih kepada Tuanku dan begitu juga kepada Menteri yang juga ingin melihat supaya UPM dapat berperanan dengan lebih baik lagi. Saya mengambil kira pandangan-pandangan yang dilontarkan oleh Yang Berhormat sekalian. Jadi, itu yang berkaitan dengan universiti.

Tentang politeknik yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, ada yang bangkitkan tentang kedudukan selain dari Kota Belud dan termasuk juga beberapa perancangan yang telah pun dikemukakan. Kita telah pun mengemukakan untuk tahun hadapan untuk empat politeknik dan kita menjangkakan ia dapat kita mulakan. Begitu juga dalam pelan perancangan dalam Rancangan Malaysia yang akan datang, kita akan masukkan lagi beberapa lagi cadangan.

draft • 7:20 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Ini termasuk juga kolej-kolej komuniti yang dikemukakan oleh beberapa Yang Berhormat, sama ada secara langsung dan tidak langsung, sama ada secara bertulis atau tidak bertulis, secara lisan, yang telah pun mengemukakan cadangan-cadangan itu, kita mengambil kira. Tetapi seperti yang juga dijelaskan oleh salah seorang daripada Yang Berhormat tadi iaitu keperluan kepada kolej komuniti ini hendaklah mengambil kira tentang keperluan tempatan itu.

Kita tidak seharusnya hanya mewajarkan kepada cadangan-cadangan atas semata- mata untuk kita mempunyai sebuah kolej komuniti. Saya ingin maklumkan di dalam Dewan yang mulia ini, terdapat beberapa kolej komuniti yang tidak ada, sebenarnya tidak cukup bilangan pelajarnya. Oleh yang demikian, kita terpaksa membuat penilaian semula terhadap kolej-kolej yang berkenaan iaitu sama ada nak meneruskan kursus-kursus yang itu ataupun kita mungkin mengambil langkah untuk menutup sekiranya tidak ada pelajar. Tetapi ada tempat-tempat tertentu yang memerlukan dan kita mempunyai bilangan pelajar yang mencukupi. Jadi, hal inilah yang akan kita perhalusi dengan sebaik-baiknya.

Saya juga ingin menjawab persoalan yang dilontarkan oleh Yang Berhormat berkaitan kalau tidak silap saya, Puncak Borneo, yang pergi begitu baik sekali tentang silibus, tentang kurikulum, tentang future orientation kepada universiti. Saya jelaskan di sini iaitu dari segi perancangan yang sedang kita lakukan, semua itu kita ambil kira. Saya ambil contoh, sama ada Yang Berhormat bertanya, apakah kita ada review ataupun tidak kepada kurikulum yang sedia ada? Itu mesti dibuat bagi dalam konteks sebuah universiti, begitu juga dengan politeknik. Mungkin Yang Berhormat melihat dari segi alat yang digunakan. Mungkin alat yang sudah lama tetapi the latest technology perlu mereka update-kan, dengan izin.

Biasanya, kebiasaan yang dilakukan di peringkat universiti ialah dalam tempoh tiga ke lima tahun, akan dilihat semula. Sebagai contoh, apabila kita lihat keperluan yang paling mendesak pada hari ini untuk kita mempunyai kursus-kursus yang berkaitan dengan AI dan termasuk juga apa yang dibangkitkan tadi akan kursus-kursus yang berkaitan dengan E&E iaitu kita perlukan engineer sebanyak 60,000 yang disebutkan itu tadi.

Oleh yang demikian, pendekatan yang kita lakukan ialah melihat kurikulum yang sedia ada dan juga mencari alternatif-alternatif baru bagi membolehkan supaya target yang diperlukan dalam negara kita itu dapat kita laksanakan. Ini juga kita laksanakan bukan hanya di peringkat universiti melalui MTUN, Malaysian Technical University…

draft • 7:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Menteri, boleh saya mencelah sikit?

draft • 7:30 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Boleh.

draft • 7:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Tadi Yang Berhormat Menteri menjawab kepada soalan yang saya utarakan dan Yang Berhormat Menteri mengatakan penilaian ataupun review untuk silibus-silibus itu dilaksanakan dalam masa tiga ke lima tahun.

Tetapi sebenarnya apa yang berlaku di bawah, sebagai contoh, saya ada satu politeknik dan

draft • 7:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

juga kolej-kolej di mana sebagai contoh, alat untuk welding, mereka masih menggunakan welding rod dengan — sekarang ini kita telah berbicara mengenai cara untuk kimpalan, welding menggunakan MIG ataupun menggunakan laser dan sebagainya.

Tapi kalau benda itu di-review tiga, lima tahun tetapi kenapa benda ini teknologi yang 20, 30 tahun itu masih ada? Jadi, saya terima jawapan itu. Jadi, namun apa yang berlaku di bawah itu masih lack of a better word, masih kunolah. Jadi, saya harap perkara ini dapat dipertimbangkan supaya kita melangkah lebih jauh.

draft • 7:30 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Terima kasih. Yang Berhormat boleh kemukakan di peringkat di mana politeknik-politeknik yang terlibat itu untuk kita pastikan yang terkait dengan kursus-kursus yang ditawarkan sebab dia pelbagai kursus. Kita ambil di politeknik itu mungkin Yang Berhormat merasakan masih terkuno, mungkin dia terkait juga dengan your area. Jadi, keperluan-keperluan inilah yang kita nak dengar daripada pandangan dan termasuk juga di tempat-tempat yang lain.

Ada yang telah pun mereka lakukan dari segi pembaikan mereka. Kita proses itu, kita lakukan setiap tahun untuk memastikan sepertimana yang kita tahu juga, bajet yang ada di hadapan kita tidaklah orang kata, terlalu besar tetapi kita berikan keutamaan-keutamaan kepada baik di peringkat universiti, baik di peringkat politeknik dan juga di kolej komuniti itu sendiri ya.

Baik, saya fikir apa lagi yang saya nak jawab. Pusat — saya ingat tadi ada daripada silibus saya dah jawab. Berkaitan dengan pembangunan bakat yang dibangkitkan oleh Jasin tadi. Saya rasa terpanggil jugalah, baguslah Jasin bercakap tentang soal pembinaan bakat dan sebagainya. Beliau quote Allan Bloom - The Closing of the American Mind. Bagus, tradisi ini, tradisi ilmu ini dapat kita cerahkan.

Kita baca betul-betul, termasuklah buku itu kita baca betul-betul, bagaimana kita perlu menjadi manusia yang lebih terbuka melihat permasalahan dan isu supaya kita tidak tergolong di dalam kalangan apa yang disebutkan sebagai the intellectual arrogance dalam hujah-hujah kita sehingga kita menganggap bahawa hujah kita sahaja yang terbaik, hujah orang lain tidak boleh dipakai. Jadi, ini yang juga yang disebutkan oleh Allan Bloom, macam mana kehilangan nilai-nilai dalam tradisi American education. Baiklah.

Saya juga mengambil untuk menjawab ada beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat tadi, berkaitan dengan pendekatan yang akan dibawa dalam universiti kita ini. Harapan-harapan yang disuarakan untuk melihat bagaimana universiti ini harus berperanan bukan hanya membangunkan aspek-aspek dalam pendidikan mereka tetapi juga membina manusia itu sendiri. Maksudnya, membina otak dan watak mereka. Inilah yang akan diberikan penekanan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026-2035 nanti.

Saya juga ingin menjawab perkara yang berkait dengan TVET yang dibangkitkan oleh sebahagian daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian. Dari segi TVET, seperti mana yang kita ketahui bahawa TVET ini adalah merupakan satu program besar yang dilaksanakan oleh kerajaan. Ia bukan hanya terkhusus dalam Kementerian Pendidikan

draft • 7:30 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Tinggi. Ia juga dilaksanakan melalui satu majlis besar yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri kita.

Dalam konteks Kementerian Pendidikan Tinggi, kita menggunakan pendekatan melalui — dia ada special apa yang disebutkan sebagai special pathway daripada peringkat kolej komuniti hinggalah membawa kepada peringkat politeknik dan juga sampai ke peringkat MTUN atau Malaysian Technical University Network. Sehingga kini, kita ada empat dan UniKL sudah ada. Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah pun menambah satu lagi melalui UniKL. Bermakna kita ada lima universiti.

Selain daripada institusi-institusi ini yang diwujudkan, kita juga ada di institusi- institusi yang lain, sama ada yang dilaksanakan melalui KESUMA dan juga kementerian- kementerian yang ada kaitan dengan latihan-latihan yang diberikan kepada mereka dengan harapan supaya kursus-kursus yang ditawarkan itu kita akan dapat melahirkan para pekerja ataupun staf teknikal yang mempunyai kompeten dalam bidang mereka sendiri.

draft • 7:30 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat, sikit.

draft • 7:30 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Sila.

draft • 7:30 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tadi saya bangkitkan tentang TVET dalam industri halal yang market-nya sangat besar pada ketika ini. Apa usaha KPT kolaborasi dengan JAKIM? Adakah sudah ada ataupun dalam perancangan?

draft • 7:30 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Kita sudah ada. Beberapa universiti sudah pun memperkenalkan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kursus-kursus hinggalah ke peringkat ijazah. USM sebagai contoh, sedang melakukan dan mereka akan buat program itu sampailah ke peringkat masters. Begitu juga dengan universiti-universiti lain, USIM dan yang lain-lain. Jadi, ini adalah merupakan satu industri yang baru yang sedang dilaksanakan.

Jadi, saya ingin sebutkan sekali lagi Yang Berhormat Pengerusi, akan langkah-langkah yang sedang dilakukan oleh pihak kementerian.

Seperkara lagi yang dibangkitkan juga oleh Yang Berhormat sekalian ialah berkait dengan AKEPT. Banyak yang membincangkan tentang keperluan AKEPT ini. AKEPT adalah sebuah akademi untuk kepimpinan pendidikan tinggi yang bertujuan untuk melatih dan juga melahirkan pemimpin-pemimpin di peringkat universiti iaitu sama ada naib canselor, timbalan naib canselor dan lain-lain lagi, young lecturers sebagai contoh dan termasuklah juga program yang kita lakukan untuk membangunkan kepimpinan wanita.

draft • 7:30 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Sebagai contoh, kita telah pun merancang untuk tahun hadapan sempena dengan Malaysia menjadi Pengerusi, kepengerusian Malaysia tahun hadapan untuk ASEAN ini.

Program yang dipanggil sebagai conference pimpinan wanita di peringkat ASEAN yang juga akan dilaksanakan. Yang Berhormat Pengerusi, saya ingat itu saja. Yang lain itu saya akan...

draft • 7:40 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Masjid Tanah, Masjid Tanah.

draft • 7:40 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Sedikit sahaja Yang Berhormat. Tampin, Tampin.

draft • 7:40 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Ya, Tampin.

draft • 7:40 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Ini harapan orang Tampin lah. Dah beri tanah 500 ekar. Kalau hanya setakat tanam durian, tanam pokok, fakulti tak ada. Rasa Port Dickson akan tarik balik tanah tersebut. Kesianlah kami. Daripada 2009 itu Yang Berhormat, kita menanti-menanti kehadiran satu fakulti UM di Gemas. Harap-harap Yang Berhormat Menteri dapat selesaikan.

draft • 7:40 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Terima kasih Tampin. Waktu Tampin membahaskan itu saya kena pergi kejar ke Dewan Negara untuk mengundi.

draft • 7:40 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Menteri, Masjid Tanah.

Secara bertulis ya.

draft • 7:40 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Yang Masjid Tanah tadi...

draft • 7:40 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

UTeM.

draft • 7:40 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Oh UTeM. Tak apa. Kita bincang nanti.

Tampin itu saya telah pun mengemukakan suara Tampin ketika berjumpa dengan saya sebelum ini kepada pihak UM. Saya harap UM akan maklumkan nanti.

draft • 7:40 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Sungai Siput, kes-kes buli. Kes buli.

draft • 7:40 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Yang Berhormat Menteri, pertimbangan...

draft • 7:40 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Kes buli Sungai Siput.

draft • 7:40 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Yang mana?

draft • 7:40 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Kes-kes buli.

draft • 7:40 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Oh, isu buli. Terima kasih kerana mengingatkan saya tentang isu buli ini. Isu buli seperti yang kita sedia maklum, apa yang berlaku di UPNM baru ini. Tetapi dari segi pendekatan KPT, ia bukan hanya kita tidak mahu hanya melihat dalam konteks UPNM. Kalau ianya isu buli berlaku di mana saja, kita akan mengambil tindakan.

Dalam konteks yang khusus kepada isu yang berlaku di UPNM ini, ia berkait dengan apa yang sistem yang ada di dalam itu. Sepertimana yang kita sedia maklum telah pun dijelaskan oleh Menteri Pertahanan, dia ada dua sistem. Sistem yang pertama apa yang dipanggil sistem pengajian kuliah yang melibatkan pelajar-pelajar daripada jam 7.00 pagi hinggalah pukul 5.00 petang. Manakala selepas itu, ianya berada di bawah Akademi Angkatan Tentera dan itulah yang berlaku, yang sering kali terjadi dalam kes baru-baru ini dan sebelum itu.

Walau bagaimanapun, kita tidak boleh meneruskan tradisi untuk melihat itu, melihat ini. Apabila kejadian yang begini berlaku, apa yang kita lakukan ialah mesti ada satu pendekatan yang lebih menyeluruh bagaimana kita nak menyelesaikan. Pertama dalam konteks UPNM itu sendiri, apakah sistem yang ada itu sesuai ataupun tidak dengan ada dua sistemnya. Ataupun kedua kita perlu merubah balik, menstrukturkan balik dari segi sistem pengajian yang ada di sana. Itu dalam konteks UPNM.

draft • 7:40 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Dalam konteks universiti-universiti yang lain, kita telah menubuhkan dalam Majlis Hal Ehwal Pelajar yang ada di universiti untuk memastikan supaya kes-kes buli yang ada ini tidak berlaku dan pendekatan-pendekatan yang dibuat oleh universiti. Sebab itulah sehingga kini di universiti-universiti yang lain, kita belum ada kes-kes yang seserius ini.

draft • 7:40 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Yang Berhormat Menteri, sikit je.

draft • 7:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Menteri.

draft • 7:40 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Penubuhan Fakulti Kejuruteraan di UUM Dato’ Seri, mohon penjelasan.

draft • 7:40 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Oh ya.

draft • 7:40 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Di Kedah memerlukan sebuah universiti teknikal.

draft • 7:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Menteri, ringkaskan jawapan.

draft • 7:40 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Ya, saya ringkaskan. Ini antara beberapa cadangan-cadangan. Bukan hanya UUM. Ada juga universiti-universiti yang lain, yang turut mencadangkan supaya mereka nak fakulti itu, fakulti ini. Akhirnya, kita kembali semula kepada matlamat asal penubuhan universiti yang berkenaan yang seperti yang kita dengar dulu UUM pada asasnya, dia ingin menjadikan UUM itu sebagai Harvard of the East. Walau bagaimanapun...

draft • 7:40 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tapi masa berubah Dato’ Seri.

draft • 7:40 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Ya, saya faham.

draft • 7:40 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Permintaan dah berubah.

draft • 7:40 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Ya saya faham. Dan sebab itu perkembangan-perkembangan yang berlaku, yang perlukan penilaian semula kepada sistem yang ada ataupun kokurikulum yang ada ataupun fakulti, program-program yang dianjurkan.

Kita akan tengok perkara itu dari semasa ke semasa.

draft • 7:40 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

YB Menteri.

draft • 7:40 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

YB Menteri, Bakri, Bakri.

draft • 7:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Menteri.

draft • 7:40 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat Menteri, bagaimana...

draft • 7:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sudah habis Yang Berhormat Menteri, sudah habis.

draft • 7:40 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat Menteri.

draft • 7:40 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Maghrib, Maghrib, Maghrib.

draft • 7:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Isyak pukul 8.17 Yang Berhormat Menteri.

draft • 7:40 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Kuasa autonomi, kuasa autonomi universiti.

draft • 7:40 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Ya?

draft • 7:40 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Sama ada universiti ada kuasa autonomi untuk menentukan yuran, kursus?

draft • 7:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

draft • 7:40 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Oh kuasa autonomi universiti (AUKU).

I think kalau tak silap saya. Oh autonomi. Yang ini mungkin saya miss sebab itu saya masuk ke Dewan sebelah. Kuasa autonomi universiti. Maknanya dalam konteks IPTA. IPTA dalam konteks – ya, ini terkait juga dengan Akta 605 yang dibangkitkan juga oleh sebahagian daripada Ahli-ahli Yang Berhormat.

Seperti yang telah pun kita sebutkan, akta yang berkait dengan 605, ada cadangan termasuk daripada Masjid Tanah kalau tak silap saya supaya ditinjau semula akta ini. Tetapi apa yang kita lihat sebenarnya adalah dari segi jadual yang ada dalam 605 iaitu badan-badan berkanun. Saya ingin sebutkan di sini, malangnya tidak ada nama universiti di situ. Ada institusi-institusi yang lain ada.

Maka, kita akan mencadangkan supaya nama universiti juga akan dimasukkan sebagai antara badan berkanun. Maknanya yang dikecualikan daripada Akta 605. Yang itu kita akan kemukakan untuk pertimbangan pihak kerajaan nanti.

draft • 7:40 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat Menteri, bagaimana pula dengan cadangan ataupun adakah kerajaan bersedia untuk mempertimbangkan cadangan untuk satu mekanisme pengambilan masuk ke universiti yang seragam? Maknanya sekarang ini kita ada beberapa saluran melalui matriks, melalui STPM dan melalui saluran terbuka. Adakah kita akan satukan ada satu peperiksaan kah ataupun mekanisme yang seragam supaya pelajar- pelajar akan diambil kira daripada satu piawai ataupun standard yang seragam?

draft • 7:40 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Yang Berhormat, seperti yang kita ketahui bahawa sistem pengambilan ke universiti adalah melalui UPU. Jadi dari segi pendekatan itu, dilakukan oleh pihak UPU. Saya faham seperti mana sering kali dibangkitkan.

Ada dua Ahli Yang Berhormat yang sering kali. Tapi saya yakin bahawa mereka ini adalah bekas pemimpin pelajar. Labis dengan Raub. Mana Labis dekat sini, yang sering kali membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan ini. Mereka pun telah berjumpa dengan saya berkali-kali tapi soal mekanisme ini, seperti yang kita tahu, bahawa sistem dari segi pengambilan pelajar-pelajar untuk masuk ialah melalui UPU.

Tetapi dia ada sistem-sistem yang dibuat. Asasi dia. Kecuali kalau dalam konteks Matrik, dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan. Manakala begitu juga dengan asasi.

Asasi di universiti kita buat. Jadi itulah antara perkara-perkara, mekanisme yang sedia ada.

Jadi dari segi untuk kita menyusun semula, dia terkait juga dengan kementerian-kementerian yang ada. Jadi kita ambil pandangan itu untuk kita bawa nanti, untuk kita fikirkan apakah sesuai atau tidak cadangan itu.

Jadi, terima kasih termasuklah Arau. Arau yang membangkitkan isu soal ahli-ahli yang ada dalam – yang dilantik di peringkat kolej komuniti. Dia kata dulu dia menjadi ahli. Dia pun

draft • 7:40 PM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

mungkin dia tak perasan waktu dia jadi ahli itu, sebab dia juga ahli UMNO waktu itu. Jadi terima kasih Arau. Terima kasih semua. Sekian terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 7:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim[Arau]

Jadi UMNO ini parti jahatlah ya.

draft • 7:40 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Arau mudah lupa.

draft • 7:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah ialah bahawa wang sejumlah RM13,846,253,700 untuk Kepala B.64 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2025 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.64 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 7:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.64 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2025 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.64 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

draft • 7:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

[****Fasal 1 hingga 2** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]

draft • 7:50 PM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan bahawa rang undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

draft • 7:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2025 dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang Undang-undang Perbekalan 2025 dimaklumkan kepada Majlis sekarang]

draft • 7:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah ialah bahawa usul di nombor 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

draft • 7:50 PM

[Usul Anggaran Pembangunan 2025 dimaklumkan kepada Majlis sekarang]

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 7:50 PM

Bacaan Kali Yang Ketiga Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa rang undang-undang bernama Suatu Akta bagi mengeluarkan sejumlah wang dari Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2025 dan bagi peruntukan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu telah dipertimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujukan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

draft • 7:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 7:50 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Saya mohon menyokong, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 7:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]

draft • 7:50 PM
USUL

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan iaitu Jawatankuasa telah menimbangkan Usul yang diedarkan kepadanya dan bersetuju dengan Usul itu. Saya mencadangkan:

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lapan puluh lapan bilion ringgit (RM88,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2025, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2025, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 16 Tahun 2024, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.”

draft • 7:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 7:50 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 7:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya usul di nombor 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat hendaklah disetujukan.

draft • 7:50 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebagai peringatan mesra kepada semua kementerian yang telah menggulung pada peringkat dasar dan peringkat jawatankuasa, saya mohon komitmen yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk kemukakan jawapan bertulis ke atas isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkaitan, memandangkan masih ada enam hari lagi tempoh persidangan.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Rabu, 4 Disember 2024.

draft • 7:50 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.54 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026