Dec022024

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya persilakan Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji, Jelutong.

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Dato’ Yang di- Pertua, saya minta sedikit panduan. Dato’ Yang di-Pertua, hari ini KPM sepatutnya menjawab soalan pertama, namun demikian Yang Berhormat Air Hitam tak ada di dalam Dewan. Namun saya hendak meminta sedikit panduan iaitu sama ada jawapan yang bakal pihak KPM serah pada Yang Berhormat Air Hitam ini, juga akan dimuatnaikkan ke atas sesawang Parlimen, sebab KPM hendak menggunakan peluang ini untuk memberikan sedikit laporan prestasi dan juga perkembangan berkenaan dengan intervensi kurikulum, ada? Seperti soalan-soalan lain yang tidak dijawab. Okey, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:00 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Air Hitam telah menghantar pemakluman kepada Setiausaha Dewan, berkaitan beliau mempunyai urusan rasmi dan memerlukan penglibatan beliau dalam urusan tersebut. Jadi, itu sebabnya kita terus pergi soalan berikutnya. Sila.

draft • 10:00 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:00 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Dan sudah pasti ya warga Menteri, Ahli-ahli Yang Berhormat, semua pertanyaan-pertanyaan jawapan lisan akan dimuat naik dalam laman sesawang Parlimen Malaysia, sila.

draft • 10:00 AM

[Soalan No. 1 – YB. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (Ayer Hitam) tidak hadir]

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

[****Soalan No. 2** – YB. Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar (Kemaman) tidak hadir]

draft • 10:00 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Selamat pagi Timbalan Speaker, Salam Perpaduan, Salam Malaysia MADANI kepada Timbalan Speaker yang segak dan hebat. Sebelum saya mengutarakan soalan, sebagai ahli backbencher saya juga ingin berkongsi rasa simpati dan sedih di atas kejadian musibah banjir yang telah berlaku di Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Johor dan beberapa negeri yang lain.

Timbalan Speaker soalan Jelutong adalah soalan ketiga. Sebelum itu saya ingin berpantun pagi ini.

draft • 10:00 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Yang Berhormat.

draft • 10:00 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kerajaan Perpaduan pilihan kita; Demi negara Malaysia tercinta; Tebuk atap bukan cara kita; Sekali dikhianat putuslah cinta.

draft • 10:00 AM

3. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah-langkah yang sedang diambil oleh Kerajaan Persekutuan untuk menambah baik perkhidmatan dan bilangan mesin pengimbasan pasport automatik di semua pintu masuk ke tanah air kita termasuk lapangan terbang dan pelabuhan untuk memudahkan urusan kemasukan pelancong asing.

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jelutong.

Memberikan kemudahan dan keselesaan kepada pelancong atau pengembara sentiasa dilakukan dan kerap kali ditambah baik. Namun soal kepentingan keselamatan negara, rakyat tetap menjadi keutamaan pihak Kementerian Dalam Negeri.

Untuk makluman Yang Berhormat, semua lapangan terbang antarabangsa di Malaysia, telah dilengkapkan dengan mesin pengimbas pasport automatik dan kerajaan sentiasa menambah baik keupayaan teknikal pengimbas pasport berdasarkan kesesuaian dasar dan keperluan semasa jabatan yang selaras dengan teknologi terkini dan bajet semasa.

Di antara ciri-ciri yang telah ditambah baik adalah seperti fungsi pengesanan pemalsuan dokumen melalui keupayaan pengecaman dan perbandingan data teks serta cip RFID. Pengesanan ini diselaras dengan penggunaan kaedah fusion matching iaitu perbandingan gambar pasport dan live capture. Fungsi lampu white

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

light, inframerah dan ultra violet, fungsi perbandingan teks, yakni perbandingan maklumat jantina daripada MRZ dan pasport dan fungsi pengesanan penggantian data. Terdapat banyak, sebanyak 1,568 unit mesin pengimbas pasport automatik di semua pintu masuk Malaysia Yang Berhormat.

Bagi kawalan keselamatan di pintu masuk, Jabatan Imigresen telah menambah baik kemudahan di pintu masuk seperti:

(i) pelawat Singapore boleh menggunakan autogate;

(ii) pelawat daripada 10 negara berisiko rendah boleh mengguna autogate; dan

(iii) pekerja untuk syarikat yang berpangkalan di Malaysia boleh memohon pasport ekspatriat untuk pekerja dan pemegang pas diberi termasuk kemudahan MEV dan boleh menggunakan kemudahan autogate.

Selain daripada itu Yang Berhormat, Jabatan Imigresen Malaysia juga telah memperluaskan kemudahan autogate kepada 53 buah negara baru. Negara-negara tersebut terdiri daripada 26 negara Kesatuan Eropah (EU), 17 negara-negara Eropah di luar EU, enam negara Arab, empat negara lain iaitu China, Kanada, Hong Kong dan Taiwan. Jumlah negara yang diberikan kemudahan autogate ini adalah sebanyak 63 buah negara keseluruhannya dan akan meningkat bilangan pelawat asing daripada negara-negara ini.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Dalam Negeri sedang mempertimbangkan sistem baru yang lebih efisien bagi melancarkan lagi pemeriksaan imigresen kepada para pengembara dengan memperkenalkan penggunaan QR code bagi kegunaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, sistem ini dijangka dapat mempercepatkan proses pemeriksaan di kaunter imigresen, di mana pengembara hanya perlu mengimbas QR code yang mengandungi maklumat peribadi serta butiran perjalanan mereka.

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Penggunaan teknologi ini dijangka akan membantu meningkatkan keselamatan, mengurangkan kesesakan di pintu-pintu masuk negara terutama pada waktu puncak. Yang Berhormat, penggunaan QR code akan diperluaskan di pintu- pintu masuk utama negara yang bersesuaian, termasuk lapangan terbang antarabangsa yang lain dan pusat pemeriksaan di sempadan darat serta laut.

Dengan adanya sistem yang lebih bersepadu ini, ia bukan sahaja akan meningkatkan kecekapan dalam pengurusan imigresen tetapi juga akan mengurangkan risiko rasuah, penyalahgunaan kuasa di kaunter imigresen.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Selain daripada itu Yang Berhormat, KDN sedang dalam perancangan membangunkan projek membina lorong pemeriksaan motosikal tambahan di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) sebanyak 33 lorong dan Bangunan Sultan Iskandar (BSI) sebanyak 44 lorong. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Yang Berhormat Jelutong.

draft • 10:10 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Timbalan Menteri di atas jawapan yang tuntas dan menyeluruh. Saya ambil maklum bahawa Timbalan Menteri, Menteri dan kementerian kerajaan secara amnya sedang mengambil langkah-langkah untuk menambah baik lagi perkhidmatan machine pengimbasan pasport di semua pintu-pintu masuk. Saya tertarik kepada jawapan yang diberi oleh Timbalan Menteri, terutamanya berkenaan dengan mengurangkan risiko rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Pada pagi ini, jam ─ Kelmarin, maafkan saya. Terpapar dalam satu berita Malaysia, sorry. Berita New Straits Times. Saya baca dalam bahasa Inggeris, Timbalan Speaker. “Student claims immigration officer demanded RM5 when collecting new passport.” Saya juga ingin merujuk kepada kejadian-kejadian yang menular di laman sosial berkenaan dengan kejadian sebegini yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

(KLIA). Jadi, persoalan saya untuk mengurangkan risiko rasuah dan penyalahgunaan kuasa, adakah kementerian bercadang untuk mewajibkan pegawai- pegawai imigresen memakai bodycams untuk memastikan bahawa inisiatif kerajaan dan hasrat kerajaan untuk mengurangkan risiko rasuah dan penyalahgunaan kuasa ini tercapai? Terima kasih Timbalan Menteri. Terima kasih Speaker.

draft • 10:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Timbalan Menteri.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Kementerian Dalam Negeri, khususnya imigresen sentiasa respons dan cepat mengambil tindakan terhadap apa juga situasi, komen-komen rakyat, termasuklah nasihat-nasihat daripada pihak berkuasa lain termasuk SPRM.

Bagi tujuan penambahbaikan di pintu masuk, Yang Berhormat. KDN telah bersetuju untuk mengguna pakai QR code yang saya sebutkan tadi, di semua pintu- pintu masuk utama kerana ini merupakan keputusan yang telah dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kesesakan di Tambak Johor Bilangan 2, 2024 pada 18 November lalu yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Keputusan tersebut juga dipersetujui oleh Kerajaan Negeri Johor dalam Mesyuarat Penyelarasan POC Pelaksanaan Kod QR di BSI, di KSAB pada 11 November lalu. Selain daripada penggunaan QR code di KLIA telah mendapat persetujuan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga dalam ucapan bajet yang dibentangkan dalam Dewan ini pada 18 Oktober lalu dengan peruntukan RM20 juta.

Ini sebahagian daripada usaha untuk kita menangani isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi. Ini kerana antara kelebihan penggunaan QR code adalah memendekkan tempoh clearance kepada lima saat sahaja berbanding dengan kaedah konvensional autogate yang mengambil masa 15 hingga 30 saat.

Selain daripada itu, pengembara yang menggunakan mod kenderaan motosikal di Johor tidak perlu menanggalkan topi keledar bagi pemeriksaan imigresen selain dari kawalan T-zon yang di muka dapat dikesan dalam sistem yang lebih baik ini. Sekiranya, saya nak sebut Yang Berhormat. Sekiranya, berlaku katakanlah berlaku bekalan elektrik atau sistem kita breakdown, sistem QR code masih lagi mampu untuk mengumpulkan data, mengawal dan pastikan semua pintu masuk kita berjalan dengan baik.

Sebagai permulaan, saya nak sebut bahawa Kementerian Dalam Negeri memang dalam perancangan untuk menyediakan bodycam bagi petugas-petugas kita di kaunter pintu masuk terutama sekali di Kompleks Sultan Abu Bakar dan Bangunan Sultan Iskandar di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-13, RP1.

Yang Berhormat, isu dibangkitkan tadi barangkali adakah pegawai dibenar atau membuat jualan pembalut plastik? Itu yang dimaksudkan, saya faham. Jualan pembalut plastik pasport ini dia bersifat pilihan pada pelanggan. Terpulanglah kepada pelanggan itu sendiri. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, soalan tambahan yang kedua. Sebelah kiri saya. Tiada? Sebelah kanan? Juga tiada.

Seterusnya, saya persilakan Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan, Permatang Pauh.

draft • 10:10 AM

4. Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan [Permatang Pauh] minta Menteri Kewangan menyatakan berapa penjimatan kerajaan daripada subsidi diesel yang telah ditarik dan bagaimana kaedah kerajaan untuk menggunakan jumlah penjimatan ini.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada 10 Jun 2024, kerajaan telah melaksanakan penyasaran semula subsidi diesel bermula di Semenanjung Malaysia melalui Program BUDI MADANI. Di bawah

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Program BUDI MADANI, terdapat tiga subprogram utama iaitu Program MySubsidi Diesel melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0, BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi.

Di bawah SKDS 2.0, 23 jenis kenderaan diesel pengangkutan barangan darat yang menggunakan fleet card, kaedah fleet card akan kekal menikmati harga diesel pada kadar RM2.15 seliter. Selain itu, kerajaan juga menyediakan bantuan tunai sebanyak RM200 sebulan atau RM2,400 setahun kepada individu pemilik kenderaan diesel persendirian, golongan petani dan pekebun kecil di bawah BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi tertakluk kepada kriteria kelayakan yang ditetapkan. Sehingga 31 Oktober 2024, lebih 140,000 penerima BUDI Individu dan 65,000 penerima BUDI Agri-Komoditi telah diluluskan dalam tempoh lima bulan pelaksanaan sejak Jun 2024 dengan jumlah bayaran sebanyak RM160 juta.

Selaras dengan penyasaran semula subsidi diesel, kerajaan telah mengapungkan harga diesel tanpa subsidi di pam bagi minggu pertama bermula 10 Jun 2024 kepada RM3.35 sen seliter berbanding RM2.15 sen seliter melalui kaedah apungan harga secara terkawal. Sehingga kini, kerajaan telah menurunkan harga diesel tanpa subsidi sebanyak 40 sen seliter menjadikan harga apungan semasa kini pada kadar RM2.95 sen seliter.

Berdasarkan data awal, penyasaran subsidi diesel setakat ini menjana penjimatan sekitar RM600 juta sebulan. Penjimatan yang diperoleh kerajaan daripada langkah penting ini akan memastikan terdapat lebih banyak sumber untuk disalurkan ke dalam sektor critical line yang secara langsung akan meningkatkan kualiti hidup rakyat termasuk infrastruktur awam, penjagaan kesihatan dan pendidikan antaranya seperti jalan hospital dan sekolah.

Di samping itu, peruntukan bayaran Sumbangan Tunai RAHMAH (STR) dan Sumbangan Asas RAHMAH (SARA) bagi tahun 2025 turut ditingkatkan berbanding peruntukan tahun 2024. Kerajaan akan terus komited dalam mengukuhkan jaringan perlindungan sosial yang lebih inklusif selaras dengan hasrat kerajaan dalam menaikkan lantai di bawah ekonomi MADANI. Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Yang Berhormat Permatang Pauh.

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang sangat baik. Di sini saya ada sedikit persoalan berkaitan dengan diesel ini. Ada beberapa pihak yang kalau kita tengok, mereka ini juga bukan anak-anak kecillah sebenarnya dan hujah mereka di media sosial ini sangat mempengaruhi rakyat,

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

sekiranya kerajaan tidak memberikan penjelasan yang jelas. Termasuk juga isu pengusaha stesen minyak juga mengadukan persoalan ini pada saya iaitu berkaitan dengan isu mengikut formula automatic pricing mechanism (APM).

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Kerajaan masih mengutip cukai tersembunyi bagi diesel dan juga RON97.

Maksud di sini kerajaan masih mengambil cukai tersembunyi bagi diesel dan RON97 ini yang mana harga yang dijual di stesen minyak dijual lebih tinggi daripada harga pasaran. Jadi, kalau kita tengok kerajaan dah buat penjimatan dari sudut penyasaran subsidi diesel. Kemudian diesel dijual juga ada caj cukai yang tersembunyi. Jadi, dua kali nampak gaya beban ini ditanggung oleh rakyat. Jadi, saya ingin mendapatkan penjelasan tuntas daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana saya merasakan pihak kerajaan sahajalah yang boleh memberikan penjelasan tentang isu ini dan memberikan penerangan yang sebenar kepada rakyat.

Soalan yang kedua mungkin boleh tambah sikit. Di Sabah, Sarawak tidak ada penyasaran subsidi. Jadi, berapa subsidi yang ditanggung oleh kerajaan terhadap Sabah dan Sarawak dan apa strategi untuk mengelakkan penyeludupan berlaku di Sabah dan juga Sarawak. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Timbalan Menteri.

draft • 10:20 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat. Memang bagi Sabah, Sarawak pada ketika ini kerajaan tidak melaksanakan penyasaran subsidi diesel di Sabah dan Sarawak...

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Puan Lim Hui Ying

...memandangkan sebahagian besar mod pengangkutan untuk menjalankan aktiviti ekonomi serta program dan projek pembangunan di kedua-dua negeri ini menggunakan bahan api diesel. Tambahan pula keadaan geografi di situ mengehadkan kebolehlaksanakan mekanisme fleet card yang memerlukan kemudahan dan infrastruktur yang lebih sesuai, terutamanya di kawasan pedalaman. Walau bagaimanapun kita masih dalam peringkat kajian untuk memastikan kita akan laksanakan mungkin pada masa depan tetapi kita perlu lebih masa untuk mengkaji.

Berkenaan dengan APM, untuk maklumat Yang Berhormat, tiada caj tersembunyi yang seperti yang ditanya oleh Yang Berhormat tadi. Selaras dengan pelaksanaan subsidi diesel mulai 10 Jun tahun ini, penetapan harga runcit diesel secara mingguan dilaksanakan melalui kaedah apungan terkawal iaitu manage flow

draft • 10:20 AM

Puan Lim Hui Ying

dan kita memang monitor dengan rapi sekali tentang harga diesel dan kita pastikan harga diesel yang diputuskan oleh kerajaan memang mengikut the standard. Okey?

Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Batu Pahat.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Dato’ Speaker.

Kepada Timbalan Menteri, soalan tambahan. Apakah ada perancangan bagi mengurangkan pergantungan sepenuhnya kepada diesel bersubsidi ini. Apakah ada perancangan di masa akan datang untuk menghapuskan seterusnya diesel termasuk terutamanya di Sabah dan Sarawak.

draft • 10:20 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Timbalan Menteri.

draft • 10:20 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih. Seperti tadi saya sudah berkongsi dengan Yang Berhormat di Sabah, Sarawak kerana isu yang spesifik. Jadi, buat pada masa sekarang kita masih memberikan subsidi diesel kepada pengguna-pengguna kenderaan di Sabah dan Sarawak. Tetapi untuk masa depan, kita masih dalam proses, dalam peringkat mengkaji...

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Puan Lim Hui Ying

...dan kita perlu lebih masa untuk membuat libat urus memastikan yang rakyat yang betul-betul memerlukan subsidi itu akan dijaga dengan baik dan pastikan tidak akan membebankan rakyat yang betul-betul memerlukan subsidi ini. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Dato’ Speaker, ramai ataupun banyak soalan-soalan tambahan tidak dijawab pada pagi ini. Jadi, bolehkah saya kemukakan soalan tambahan ketiga?

draft • 10:20 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, di bawah Peraturan 24(3), saya boleh benarkan. Sila, Yang Berhormat.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Terima kasih Dato’ Speaker yang handsome pada pagi ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana penjelasan tentang penjimatan hasil daripada subsidi diesel ini dan juga manfaat yang telah diberikan kepada rakyat secara umumnya. Selain daripada itu, adakah pihak kementerian juga telah mengenal pasti kelemahan yang masih lagi terdapat dalam pelaksanaan subsidi diesel ini. Apakah langkah-langkah yang sedang dilakukan oleh pihak kementerian untuk mengatasinya. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Timbalan Menteri.

draft • 10:20 AM

Puan Lim Hui Ying

Memang kita tidak nafikan bila kita melaksanakan sesuatu yang baru, kita akan memantau dari masa ke semasa, memang ada kelemahan. Kita masih dalam libat urus dengan semua yang industri atau stakeholder yang berkaitan. Jika ada terdapat apa-apa yang kita boleh memperbaiki atau menambahbaikkan lagi, kita mesti, tentu akan lakukan. Tapi, buat sementara, kita masih dalam – sebab dari Jun sehingga sekarang lebih kurang, kurang daripada enam bulan, jadi kita akan terus memantau pelancaran diesel bersubsidi sasaran ini.

Kami akan terus membuat penambahbaikan dari masa ke semasa.

draft • 10:20 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan. Seterusnya Tuan Hassan bin Abdul Karim, Pasir Gudang.

draft • 10:20 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Speaker, soalan Pasir Gudang nombor lima.

draft • 10:20 AM

5. Tuan Hassan bin Abdul Karim [Pasir Gudang] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan adakah Kerajaan Malaysia akan berbincang dengan Kerajaan Singapura untuk mengkaji semula Perjanjian Sungai Johor tahun 1962 yang tidak adil kerana membenarkan Singapura menerima 250 juta gelen air dari Johor sehingga tahun 2061 pada kadar 3 sen bagi setiap 1,000 gelen.

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pasir Gudang, dalam isu kadar jualan air mentah kepada Singapura berdasarkan Perjanjian Air 1962, Kerajaan Malaysia mengambil pendekatan yang berhati-hati dan teliti. Sebarang perubahan terhadap kadar ini, perlu mempertimbangkan implikasi terhadap kos pembelian air terawat daripada Singapura yang menjadi keperluan kritikal ketika ini bagi negeri Johor. Hal ini penting bagi memastikan sebarang langkah yang diambil tidak membebankan rakyat. Perjanjian ini membenarkan Singapura mengambil sehingga 250 juta gelen sehari ataupun MGD air mentah daripada Sungai Johor pada kadar 3 sen setiap 1,000 gelen.

Sebaliknya, negeri Johor ketika ini membeli air terawat daripada Singapura pada kadar 50 sen setiap 1,000 gelen. Berdasarkan rekod Badan Kawalselia Air Johor ataupun BAKAJ, Johor kini membeli purata 16 juta gelen sehari air terawat, jauh melebihi kadar 5 juta gelen yang diperlukan dalam perjanjian. Ini menyebabkan kos tambahan sekitar RM180 ribu setahun ditanggung oleh negeri Johor.

Untuk mengurangkan kebergantungan kepada Singapura, projek zero dependency telah dirangka dengan izin dan sedang dilaksanakan. Antara projek

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

utama adalah pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai ataupun TAPS di sungai Johor iaitu di Sungai Lebak, pembinaan baraj di Sungai Sedili Besar serta pembinaan loji rawatan air seperti Loji Rawatan Air Layang 2 dan Loji Rawatan Air Semangar 3.

Projek-projek ini bertujuan meningkatkan kapasiti simpanan air mentah dan terawat sekali gus memastikan Johor mampu memenuhi keperluan air secara mandiri dalam jangka panjang. Yang di-Pertua, walaupun usaha ini penting, sasaran untuk mencapai zero dependecy menjelang tahun 2030, mungkin tidak dapat direalisasikan sepenuhnya, mengambil kira pertumbuhan sektor industri seperti pusat data dan semikonduktor. Oleh itu bekalan air terawat daripada Singapura masih diperlukan untuk memenuhi keperluan air negeri Johor.

Dalam hal ini, kerajaan terus mengutamakan rundingan dan pandangan pihak berkepentingan. Berdasar perbincangan pada Oktober 2024 bersama Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dan kementerian, diputuskan bahawa semakan kadar air mentah tidak perlu dirundingkan buat masa ini. Sekian, terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Pasir Gudang.

Mic.

draft • 10:20 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tersebut. Soalan tambahan saya berkaitan perjanjian perbekalan air ke Singapura ini, berapakah loji-loji rawatan air yang dikendalikan oleh pihak berkuasa Singapura selama ini di Johor, telah diserah balik kepada Johor. Bila diserah dan apakah nama loji-loji tersebut? Tambahan lagi, ada berapa buah loji kah rawatan air yang masih dikendalikan oleh pihak berkuasa Singapura dan Johor, di bawah perjanjian tahun 1962 tersebut. Di manakah terletaknya loji-loji tersebut? Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Timbalan Menteri.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Yang di-Pertua.

Berdasarkan maklumat yang saya ada, kita tahu bahawa loji PUB, namanya Tai Hong yang terletak berhampiran dengan Kota Tinggi di sungai Johor, yang mana itu merupakan satu-satunya loji yang diuruskan oleh PUB daripada Singapura. Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila soalan tambahan kedua, Rompin.

draft • 10:30 AM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Saya mendengar dengan teliti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Soalan tambahan saya ialah apakah impak ekonomi yang dihadapi oleh Malaysia akibat penjualan air mentah kepada Singapura pada kadar yang dianggap subsidi?

Apakah kesan jangka panjang terhadap sumber air di Johor jika perjanjian ini diteruskan tanpa sebarang perubahan? Dalam konteks perubahan iklim dan pertumbuhan populasi, bagaimana Malaysia dapat memastikan kelestarian sumber airnya mencukupi untuk kegunaan rakyat tempatan sambil memenuhi komitmen perjanjian dengan Singapura? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Timbalan Menteri.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Daripada segi komitmen negara ketika ini, sememangnya kita tidak pernah gagal untuk memenuhi syarat dalam Perjanjian Air 1962 ini. Maka, daripada segi sama ada perlunya ada perjanjian dan ataupun perkara yang lain, setakat ini kita putuskan kita kekal apa yang sedia ada ini. Cuma, daripada segi impak ekonomi. Yang ini yang saya cuba nyatakan dalam jawapan asal.

Sementara kita mungkin berhujah daripada sudut air mentah yang kita telah terikat perjanjian seawal tahun 1962, sebenarnya timbal balik daripada perjanjian tersebut, Singapura perlu menjual balik air terawat sebanyak lima juta gelen sehari kepada Johor.

Harga yang ditetapkan adalah 50 sen dan itu adalah kadar pada tahun 1962.

Jadi sebenarnya, sekiranya sudut ekonomi, kesan ekonomi itu lebih kepada dalam isu air terawat ini kerana walaupun janji dulu lima juta gelen, kita sebenarnya membeli sehingga 16 juta liter sehari. Kosnya 50 sen untuk merawat air tersebut.

Maksudnya, kita beli daripada Singapura tetapi sebagai perbandingan, kos untuk merawat air yang sama kalau kita rawat sendiri, kosnya adalah on average Tuan Yang di-Pertua, sekitar RM1.80 sen untuk meter padu. Jadi, harga itu kalau kita translate harga gelen kepada meter padu, yang kita beli daripada Singapura itu adalah sekitar 11 sen.

Jadi sebenarnya, ada timbal balik di situ. Maka, sebelum kita membuat sebarang keputusan ataupun meneruskan sebarang hasrat, kita perlu mencapai net zero dependency dengan kemampuan untuk kita mengeluarkan air terdahulu, air terawat di Johor sebelum kita menilai kembali apa-apa hala tuju yang baru. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih.

Seterusnya, Datuk Ali anak Biju, Saratok.

draft • 10:30 AM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya adalah soalan nombor enam. Minta Menteri menjawab.

draft • 10:30 AM

6. Datuk Ali anak Biju [Saratok] minta Menteri Pendidikan menyatakan perancangan jangka masa pendek dan panjang kementerian di bawah inisiatif Pengambilan Guru Khas bagi mengatasi kekurangan guru di Sarawak.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Saratok. Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan pengisian guru dalam kalangan graduan pendidikan lepasan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), universiti awam, universiti swasta dan universiti luar negara. Pengisian ini tertakluk kepada kekosongan jawatan dan keperluan opsyen mata pelajaran. Urusan pengambilan guru dilaksanakan melalui pihak berkuasa melantik iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Dalam menangani isu kekurangan guru, KPM telah mempertingkatkan sinergi dan kerjasama strategik dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan serta agensi Pusat yang berkaitan iaitu Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan. Beberapa kaedah dipersetujui dan dilaksanakan untuk membolehkan lebih ramai calon berpotensi dilantik sebagai guru. Bagi langkah jangka pendek dan sederhana, KPM sedang melaksanakan tindakan seperti berikut:

(i) pengambilan guru dilaksanakan mengikut kluster mata pelajaran;

(ii) pengambilan guru diperluaskan kepada graduan-graduan berpotensi tinggi dari universiti swasta dan luar negara;

(iii) pelantikan guru secara COS (contract of service) dalam kalangan graduan yang tidak mempunyai ikhtisas pendidikan juga dilaksanakan. Guru-guru lantikan COS ini akan dipersiapkan dengan ilmu kemahiran dan sikap yang sesuai melalui Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan selama satu tahun di IPGM; dan

(iv) pelaksanaan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan selama satu tahun sepenuh masa kepada graduan tanpa pendidikan bermula tahun 2024.

Langkah jangka panjang, KPM melaksanakan tindakan:

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

(i) pengambilan guru bagi program pra-perkhidmatan PISMP lepasan STPM, STAM, Program Matrikulasi dalam beberapa bidang pengkhususan untuk keperluan guru rendah bermula tahun 2024;

(ii) penubuhan Jawatankuasa Pengambilan dan Penempatan Guru KPM yang berperanan mengenal pasti perubahan yang berlaku dalam dasar kurikulum, program enrolmen yang memberikan implikasi kepada keperluan guru; seterusnya

(iii) memastikan keseimbangan dalam pengambilan serta penempatan guru.

Khusus bagi menangani isu kekurangan guru di Sarawak, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan telah bersetuju dengan cadangan KPM untuk melaksanakan pengambilan khas Sarawak bagi tahun 2024. Urusan pengambilan khas ini terbuka kepada graduan pendidikan dan graduan bukan pendidikan. Iklan pengambilan khas bagi Sarawak tahun 2024 telah dihebahkan pada 1 hingga 23 Ogos 2024. Urusan temu duga telah mula pada bulan Oktober 2024 dan keputusan dijangka keluar pada awal bulan Disember iaitu bulan ini.

Sehingga 31 Oktober 2024, jumlah waran perjawatan bagi sekolah-sekolah di Sarawak adalah berjumlah 43,334. Jumlah pengisian guru adalah sebanyak 95.12 peratus iaitu sebanyak 41,221 orang dengan kekosongan 2,113 orang. Maaf, betul.

2,113 orang kekosongan. Urusan Pengambilan Khas Sarawak Tahun 2024 adalah berasaskan berdasarkan kekosongan jawatan mengikut opsyen seperti bahasa Inggeris, bahasa Melayu, bahasa Cina, pendidikan Islam serta pendidikan jasmani dan kesihatan.

Pengisian jawatan adalah bergantung pada bekalan calon yang berjaya dalam temu duga oleh SPP dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat, unjuran dari KPM untuk Pengambilan Khas Sarawak 2024 ini adalah seramai 1,733 orang. Itu adalah unjuran daripada KPM. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, soalan tambahan pertama, Saratok.

draft • 10:30 AM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

Terima kasih Timbalan Menteri di atas jawapan yang lengkap tadi. Sarawak pada mulanya memang berharap sangat inisiatif pengambilan guru khas ini khas untuk anak-anak Sarawak sahaja yang seramai 1,733 orang. Oleh sebab itu, Sarawak ada kecewa kerana pengambilan ini diluaskan kepada seluruh Malaysia. Ini dijangka tidak dapat menyelesaikan masalah kekurangan guru di Sarawak kerana ramai guru yang berasal dari luar Sarawak

draft • 10:30 AM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

meminta bertukar semula ke tempat asal mereka setelah berkhidmat dalam tempoh yang agak singkat.

Soalannya ialah adakah KPM masih menerima pakai polisi Sarawak yang menetapkan 90:10 bilangan guru adalah anak tempatan di Sarawak. Nisbah 90:10 ini adalah selari dengan MA63 dan isu ini termaktub dalam Modenisasi Perkhidmatan Awam di Sarawak. Isu pengawalseliaan pendidikan juga merupakan satu komponen utama dalam perbincangan MA63 yang sedang berlaku. Tidakkah pembukaan pengambilan guru khas kepada seluruh negara ini bertentangan dengan semangat MA63 yang sedang dibincangkan sekarang? Satu, last yang saya hendak tanya...

draft • 10:30 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

draft • 10:30 AM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

...adakah kerajaan akan meneruskan SPM di kawasan yang terkena banjir itu?

[Tepuk]

draft • 10:30 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Timbalan Menteri.

draft • 10:30 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Timbalan Menteri, di bawah peraturan sedia ada, sepatutnya Ahli Yang Berhormat ini hanya boleh bertanya satu pertanyaan. Saya pulangkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri nak menjawab semua ke atau terpulang kepada Yang Berhormat. Sila.

draft • 10:30 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

Boleh jawapan bertulis, Timbalan Menteri.

draft • 10:30 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Yang Berhormat dari Saratok. Saya akan cuba jawab secara lisan untuk beberapa soalan.

draft • 10:30 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ringkaskan jawapan, Yang Berhormat.

draft • 10:30 AM

Tuan Wong Kah Woh

Nombor satu berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Saratok berkenaan dengan pengambilan khas.

Sememangnya pihak KPM mengambil maklum berkenaan dengan isu panggilan dan juga temu duga calon yang telah pun dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan yang mana ada sebahagian calon bukan datang dari Sarawak telah pun dipanggil untuk temu duga. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam Pengambilan Khas Sarawak ini, pihak KPM dan juga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan ada asingkan kepada dua kategori.

draft • 10:30 AM

Tuan Wong Kah Woh

Nombor satu adalah untuk mereka yang mempunyai ikhtisas iaitu mempunyai sarjana muda dalam bidang pendidikan. Nombor dua adalah yang tidak mempunyai

draft • 10:40 AM

Tuan Wong Kah Woh

ikhtisas. Bagi rekod, bagi pengambilan khas daripada kalangan calon yang tidak mempunyai ikhtisas, 100 peratus adalah terdiri daripada calon-calon dari Sarawak.

Dan bagi calon bukan anak Sarawak yang mempunyai ikhtisas telah pun dipanggil untuk temu duga untuk dipertimbangkan bagi mengisi beberapa opsyen atau bidang yang didapati tidak dapat dipenuhi berdasarkan kelayakan-kelayakan calon-calon yang sedia ada.

So, ini merupakan salah satu sebab kenapa berlakunya isu yang terbabit.

Walau bagaimanapun, setelah isu ini terbangkit maka pihak KPM dan juga SPP telah pun ada berhubung dan juga memberikan penjelasan dan taklimat kepada Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak dan kita berharap bahawa isu ini dapat diselesaikan dan sememangnya dalam pengambilan khas ini keutamaan ini adalah diberikan kepada anak-anak Sarawak.

Berkenaan dengan Dasar 90:10 peratus. Dasar 90:10 peratus ini masih kekal, masih dilaksanakan dan juga ada isu berkenaan dengan perbincangan Malaysia Agreement 1963 (MA63) yang mana saya boleh memberikan makluman kepada Dewan yang mulia ini bahawa perbincangan memang giat diperlakukan di peringkat KPM dan juga di peringkat Kerajaan Sarawak dan pihak KPM menghormati semangat yang tertera dalam MA63 dan pihak KPM akan sentiasa bersedia berunding dan mencapai satu kata sepakat dengan pihak Kerajaan Sarawak dalam perkara ini.

Berkenaan dengan guru di Sarawak, KPM memberikan komitmen untuk memastikan bahawa isu kekurangan guru bukan sahaja di Sarawak tetapi secara keseluruhan di negeri-negeri yang lain pun akan ditangani dengan baik. Seperti yang saya kata tadi, bagi pengambilan khas Sarawak ini result ataupun keputusan pengambilan akan diumumkan tidak lama lagi pada bulan Disember. Pada masa yang sama, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) juga akan mengumumkan pengambilan daripada open market, dengan izin iaitu daripada mereka yang mempunyai ikhtisas di seluruh negara. Ini juga termasuk pengambilan guru baharu untuk Sarawak.

Berkenaan dengan isu terakhir iaitu berkenaan dengan banjir. Pada hari semalam hari Ahad, pukul 9 pagi, pihak pengurusan tertinggi KPM yang dipengerusikan, yang dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat dari Nibong Tebal telah pun mengadakan perbincangan dan mendapat pandangan dari kesemua Jabatan Pendidikan Negeri dan juga PPD masing-masing kerana JPN dan PPD merupakan pihak yang terdekat dengan kawasan banjir dan tahu berkenaan dengan keperluan banjir.

draft • 10:40 AM

Tuan Wong Kah Woh

Bagi pihak KPM, pendirian adalah seperti dalam sidang akhbar yang telah pun dikendalikan oleh Yang Berhormat Menteri pada hari semalam lebih kurang pukul 11.00 pagi dan bagi calon-calon SPM, pihak KPM akan memastikan bahawa setiap calon itu mempunyai akses dan juga adalah tersedia untuk menghadapi SPM seperti yang dijadualkan. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Betong.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Jelebu.

draft • 10:40 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Dato' Yang di-Pertua, maknanya SPM diteruskan juga walaupun musim banjir, begitu maksudnya?

draft • 10:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Betong.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Jelebu. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Eh, Betong.

[Ketawa] Betong, Betong. Saya benarkan Betong, Yang Berhormat.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Dato' Yang di-Pertua, sebut Jelebu, bukan Betong.

draft • 10:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tidak, saya benarkan sebentar nanti. Silakan, tambahkan dua lagi.

draft • 10:40 AM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Nanti, nanti. Betong dahulu. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Di luar bandar sering berlaku ataupun berhadapan dengan isu ataupun masalah kadar pusing ganti ataupun turnover guru yang tinggi dan soalan saya kepada Timbalan Menteri apakah rancangan mitigasi yang telah atau dirangka untuk memastikan guru yang dihantar ke luar bandar, terutamanya di Sarawak kekal bertugas dengan komitmen yang tinggi? Apakah terdapat sebarang perancangan untuk melibatkan industri pendidikan tinggi tempatan dalam memastikan guru tempatan dihasilkan secara konsisten untuk memenuhi keperluan sekolah? Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Timbalan Menteri. Ringkaskan jawapan ya, Timbalan Menteri.

draft • 10:40 AM

Tuan Wong Kah Woh

Ya, terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Tadi saya mengambil masa sedikit kerana banyak soalan. Terima kasih Yang Berhormat Betong. Berkenaan dengan pengisian guru di setiap PPD ataupun sama ada di kawasan bandar dan juga di luar bandar, sememangnya KPM sentiasa prihatin terhadap isu yang terbangkit khasnya di kawasan luar bandar yang mana mungkin seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Betong ada pertukaran ataupun pergerakan guru yang lebih kerap.

draft • 10:40 AM

Tuan Wong Kah Woh

Sebentar nanti saya akan berikan sedikit maklumat tambahan secara bertulis kepada Yang Berhormat Betong yang mana sekiranya kita meninjau, Yang Berhormat Betong pengisian guru di Sarawak mengikut PPD setakat 31 Oktober 2024 adalah di antara 88.7 peratus yang paling rendah di PPD Baram dan sehinggalah 98.7 peratus di PPD Sibu. Dan ini menganjak keseluruhan peratusan kekosongan kepada 95 peratus yang saya sebutkan dalam jawapan asal saya.

Kami juga akan mengambil pendekatan supaya kesemua keperluan guru ini dapat mencapai satu keadaan yang seimbang antara kesemua PPD ataupun kesemua sekolah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebagai galakan untuk menarik lebih ramai tenaga pengajar di luar bandar, kerajaan juga telah menyediakan bayaran insentif mengikut lokasi dan juga tahap kesusahan serta bayaran insentif pedalaman. Untuk kategori Pedalaman 1 mendapat RM500, Pedalaman 2 RM1,000 dan Pedalaman 3 RM1,500.

Juga Dato' Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk memberikan sedikit maklumat tambahan berkenaan dengan status pengisian guru oleh anak Sarawak di Sarawak adalah sebanyak 87.08 peratus. Satu peratusan yang amat tinggi dan hanya 12.92 peratus adalah bukan dari kalangan anak Sarawak.

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Dato' Yang di-Pertua, boleh guna Peraturan 24(3)?

draft • 10:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Yang Berhormat.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Saya mengulangi apa yang dibenarkan oleh Dato' Yang di-Pertua. Dato' Yang di-Pertua, saya meneliti jawapan Timbalan Menteri, dua perkara isunya Dato' Yang di-Pertua, masalah kekurangan isu kekurangan guru ini bukan sahaja di Sarawak tetapi dia merentasi Semenanjung.

Saya hendak sebut di Negeri Sembilan, dahulu saya sudah sebut dalam Dewan yang mulia ini tentang isu kekurangan guru tetapi ia tidak selesai sampai ke hari ini. Jawapan sama, pendekatan dan juga usaha untuk menambah guru ini dilaksanakan setiap tahun melalui pengambilan daripada siswazah dan juga graduan yang banyak lagi masih lagi tidak mempunyai pekerjaan. Soalan saya Dato' Yang di-Pertua, di Negeri Sembilan sekolah rendah kita shortage lebih kurang 350, sekolah menengah lebih kurang 450, in total lebih kurang 800 daripada tahun 2023.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Malangnya Dato' Yang di-Pertua, guru di sekolah rendah di kawasan luar bandar tidak mempunyai guru yang melangkaui masa yang terlalu panjang hampir setahun, setahun lebih dan ada yang dua tahun. Jadi saya hendak tahu...

draft • 10:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ringkaskan soalan tambahan, Yang Berhormat.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Ini soalanlah ini, Dato' Yang di- Pertua. Soalan saya hendak tahu, berapa peningkatan tambahan guru di Negeri Sembilan ini? Berapa sebenarnya? 2023 berapa you settle the problem, dengan izin? 2024 at least ada penambahan.

draft • 10:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey Yang Berhormat.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Kemudian Dato' Yang di-Pertua, kita kekurangan student yang ambil SPM ini 10,000. Sekarang banjir betullah kata saya salutelah Kementerian Pendidikan setelah kajian dibuat dan sebagainya tetapi Yang Berhormat di Negeri Sembilan, saya pergi ke kawasan banjir di hujung minggu hari itu. Dari segi mentally pemikiran pelajar-pelajar hendak masuk ke sana confirm tidak ada, Dato' Yang di-Pertua, fasal barang tidak ada.

draft • 10:40 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Setuju, Hulu Terengganu sangat setuju.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Ini bukan perbahasan, ini soalan.

Mentally tidak siap.

draft • 10:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat ini pun tahu.

draft • 10:40 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Menyokong pun marah, jangan marah menyokong.

draft • 10:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Jelebu.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Dato' Yang di-Pertua, ini isu penting.

draft • 10:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey, okey faham.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Dari segi pemikiran memang tidak bersedia, dari soal peralatan dan soal kesusahan keluarga. Selepas itu anak tidak bersedia hendak menghadapi peperiksaan ini. Soalan saya, okeylah Menteri hendak teruskan, okey you go ahead tetapi pertambahan daripada pelajar yang tidak menduduki peperiksaan akan bertambah.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Apa akan jadi pada pelajar yang tidak menduduki peperiksaan SPM tahun ini kerana banjir? Adakah mereka dianggap tidak hadir ke bilik peperiksaan? Atau diberi peluang kedua untuk menduduki peperiksaan selepas banjir?

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Timbalan Menteri. Yang Berhormat Jelebu ini bekas seorang guru.

draft • 10:50 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Jelebu atas komen, cadangan dan juga soalan yang dikemukakan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Jelebu, seingat saya apabila kerajaan ini mengambil alih pada tahun 2022, ratusan pengisian guru secara keseluruhan di peringkat kebangsaan adalah dalam lingkungan 95 peratus. Dalam dua tahun yang lepas, dua tahun kebelakangan ini, sememangnya banyak perkara telah pun di ― pendekatan telah pun diambil dan saya boleh nyatakan bahawa, it is not business as usual, dengan izin. Kita ada mengambil pendekatan baharu termasuk berkenaan dengan pengambilan dari COS.

Tahun ini, kita buka sesetengah pengkhususan kepada anak-anak kita dari STPM, STAM, matrikulasi dan tujuan ini adalah untuk memastikan pool yang kita ada ataupun calon-calon yang kita ada itu adalah mencukupi untuk menampung keperluan untuk mengisi kesemua kekosongan. Sebelum ini, PISMP kita hanya ambil dari SPM sahaja. Mula tahun ini, sesetengah kursus, sesetengah aliran ada STAM, STPM, matrikulasi.

Khas untuk Negeri Sembilan, kekurangan pada ketika ini ataupun kekosongan adalah sebanyak 711 orang setakat 31 Oktober 2024 dan kadar pengisiannya adalah sebanyak 96.14 peratus.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, pada tahun ini, IPGM telah pun menawarkan sebanyak 6,300 slot ataupun tempat untuk PISMP. Sebelum ini, kita tidak pernah untuk mengisi 100 peratus. Tahun ini, kita berjaya untuk mendapatkan calon dan membuat penawaran seratus peratus 6,300 orang ini. Tidak kiralah bagi Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, 100 peratus telah pun ditawarkan dan ditempatkan. Ini adalah amat penting bagi kita untuk memastikan dalam masa lima tahun yang akan datang, apabila golongan ini keluar dan tahun depan kita akan isi seratus peratus lagi, tahun satu lagi kita mampu untuk isi 100 peratus lagi, maka isu itu dapat diselesaikan secara berperingkat.

Dengan itu, sekian daripada saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan. Seterusnya, Tuan Chong Chieng Jen, Stampin.

draft • 10:50 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan saya soalan tujuh.

draft • 10:50 AM

7. Tuan Chong Chieng Jen [Stampin] minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada kerajaan berhasrat membubarkan atau menggantikan Ombudsman for Financial Services yang setakat ini terlalu memihak institusi perbankan sehingga kepentingan pengguna institusi kewangan langsung tidak diperlindungi.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Stampin. Selaras dengan komitmen berterusan pihak Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

(SC) untuk meningkatkan tahap keberkesanan dan kebolehcapaian skim penyelesaian pertikaian pengguna kewangan dan pelabur secara keseluruhan, Ombudsman Perkhidmatan Kewangan, dengan izin, Ombudsman for Financial Services (OFS), yang dahulunya dikenali sebagai Financial Mediation Bureau dan Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti, dengan izin, Securities Industry Dispute Resolution Centre (SIDREC) sedang dalam proses akhir penyelesaian penggabungan bagi memastikan operasi penuh Financial Markets Ombudsman Service (FMOS) menjelang tahun 2025. Penggabungan ini diharapkan dapat meningkatkan sinergi operasi skim penyelesaian pertikaian kewangan dan pelaburan di samping memastikan proses penyelesaian lebih adil, mudah, lancar dan percuma kepada pengguna kewangan dan pelabur.

Sejajar dengan pelaksanaan penggabungan tersebut dan bagi memastikan kepentingan pengguna institusi kewangan terus dilindungi, pihak Bank Negara Malaysia telah melaksanakan kajian semula hak monetari award bagi pertikaian- pertikaian yang akan dikendalikan oleh FMOS. Kajian semula ini adalah untuk memastikan skim ombudsman kewangan yang ditadbir dan dikendalikan oleh FMOS kekal relevan untuk memenuhi keperluan pengguna dalam ekosistem kewangan yang telah berkembang secara pesat dari segi digital serta pembangunan dan inovasi kewangan yang bertambah kompleks.

Selain daripada meminda peraturan-peraturan skim ombudsman kewangan untuk memasukkan hak monetari award yang baharu, pindaan-pindaan lain yang dicadangkan terhadap peraturan-peraturan skim ombudsman kewangan adalah penambahbaikan yang bertujuan antara lain untuk meningkatkan tadbir urus FMOS demi kepentingan pengguna.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Secara keseluruhan, penggabungan dua entiti ini menghasilkan sistem yang lebih coherent dan berkesan untuk perlindungan pengguna kewangan dan pelaburan, operasi FMOS dijangka dapat menyediakan standard dan keputusan yang konsisten, memastikan semua pengguna kewangan dan pelabur menerima tahap perkhidmatan dan perlindungan yang sama. Dengan ini, pengguna akan mempunyai satu titik hubungan untuk mengemukakan aduan, memudahkan navigasi sistem tanpa perlu mengenal pasti pelbagai badan yang terlibat.

Selain itu, skim penyelesaian pertikaian yang tunggal dapat mempercepatkan proses, mengurangkan masa menunggu pengguna kewangan dan pelabur serta meningkatkan kecekapan penyelesaian aduan. Peraturan dan garis panduan juga menjadi lebih jelas, membantu pengguna memahami hak dan proses aduan dengan lebih baik. Pengumpulan sumber dan kepakaran dalam satu entiti juga dapat membawa kepada latihan yang lebih baik, perkongsian pengetahuan yang lebih berkesan dan peningkatan keseluruhan dalam keberkesanan sistem.

Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Stampin.

draft • 10:50 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya menyambut baik usaha kerajaan untuk meningkatkan had award monetary untuk Financial Markets Ombudsman Services (FMOS) ke tahap RM250,000.

Tetapi, masalah pokok setakat ini adalah bahawa Ombudsman for Financial Services (OFS) terlalu memihak terhadap bank-bank semasa memutuskan kes-kes aduan yang difailkan dengan OFS. Sehingga, mengikut statistik yang saya terima dalam Dewan ini, hampir 10 peratus daripada kes yang difailkan oleh pelanggan- pelanggan, konsumer, mereka kalah, bank menang.

Saya bagi satu contoh to put the things in context. Dalam kes-kes transaksi tanpa kebenaran, unauthorize transaction, bank tahu ada kelemahan dalam OTP system mereka. Semasa sistem di-hack atau ada dikompromi, walaupun bank hantar OTP message keluar, tetapi pelanggan mereka tak akan terima. Tetapi, bank kekal terus pakai OTP system ini dan tindakan bank yang tidak menaik taraf sistem keselamatan mereka itu telah facilitate penipuan scam-scam case dan sehingga ramai mengalami kerugian.

Kalau kita tengok keputusan-keputusan yang dibuat oleh ombudsman ― saya sebagai seorang peguam, saya ada terima dan baca keputusan-keputusan yang dibuat oleh OFS. Sikap mereka, mindset mereka adalah bahawa so long as the bank send out the OTP, the customer is deemed to have received the OTP, so

draft • 10:50 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

the customer failed. Bank has done all they can. Itu tidak boleh terima. Kita adakan OFS adalah untuk melindungi dan membela rakyat, pengguna, tetapi sebaliknya situasi sekarang adalah OFS itu lebih membela bank daripada rakyat.

Soalan tambahan saya. Itu lay down the background. Soalan tambahan saya, adakah kerajaan membuat penelitian yang lebih mendalam tentang keputusan- keputusan OFS yang tidak adil, yang merupakan satu sole one sided for the bank?

Kedua, bagaimana kerajaan akan memastikan FMOS yang akan terdiri daripada penggabungan baharu ini akan adakan satu mindset yang lebih membela dan melindungi kepada consumer?

draft • 10:50 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Ini kerana jikalau mindset FMOS itu serupa dengan OFS, ia langsung tidak boleh pakai. Kewujudannya adalah merupakan satu pembaziran duit rakyat dan tidak akan membantu rakyat. Cadangan saya Yang Berhormat...

draft • 11:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, dah.

draft • 11:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Boleh satu cadangan?

draft • 11:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tak boleh Yang Berhormat, tak boleh.

draft • 11:00 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Okey, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 11:00 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Stampin. Kita memang sedar Yang Berhormat Stampin selalu, amat prihatin tentang isu-isu ini. OFS dikehendaki undang-undang untuk mengendalikan setiap kes mengikut prinsip kebebasan, keadilan dan kesaksamaan. Di samping itu, majoriti Ahli Lembaga Pengarah OFS terdiri daripada ahli bebas. Dengan izin, adjudicator di bawah OFS juga adalah bebas dan tidak mempunyai kepentingan dengan industri kewangan.

Dengan penggabungan ini, kita harap ia dapat meningkatkan sinergi operasi Skim Penyelesaian Pertikaian Kewangan dan Pelaburan yang lebih adil kepada pengguna kewangan dan pelabur. Prinsip yang sama ini akan dibawa semasa penubuhan FMOS nanti. FMOS merupakan satu saluran penyelesaian pertikaian percuma yang penting kepada pengguna.

Perkhidmatan percuma yang disediakan oleh OFS telah menjimatkan kos dan masa yang besar bagi pengguna dan penyedia perkhidmatan kewangan berbanding dengan kos kira-kira RM15,000 untuk menyelesaikan satu kes melalui

draft • 11:00 AM

Puan Lim Hui Ying

prosiding mahkamah. Justeru, membawa kepada penjimatan kos sebanyak RM480 juta. Platform ini merupakan satu alternatif di mana pengguna boleh membawa kes ini ke mahkamah jika tidak puas hati dengan keputusan OFS.

Walau bagaimanapun, kita akan mengambil cadangan-cadangan daripada Yang Berhormat Stampin dan akan berbincang untuk menambahbaikkan lagi keberkesanan FMOS kelak. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila soalan tambahan kedua Pendang.

draft • 11:00 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih. Tadi saya tengok Jelutong mula dengan pantun, jadi dia pun mengajak saya nak mula dengan pantunlah. Jadi, Segala demi perjuangan mendapat harta dan kuasa, Segala maki hamun sudah menjadi suci, Itulah perjuangan DAP kini dan semasa, Hilanglah segala prinsip dan integriti.

draft • 11:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat...

draft • 11:00 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya tidak sebut nama individu Yang di-Pertua. Saya sebut nama organisasi ini boleh kan.

draft • 11:00 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker, tadi saya tidak menyebut mana-mana parti Timbalan Speaker.

draft • 11:00 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tuan Speaker, 36(6). Mana boleh sebut parti.

draft • 11:00 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Merujuk 36(5).

draft • 11:00 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya tidak menyebut mana-mana parti Timbalan Speaker.

draft • 11:00 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Pendang, Pendang, Pendang, Pendang.

Pendang, sangkaan jahat terhadap DAP adalah sangkaan jahat terhadap Ahli Parlimen DAP.

draft • 11:00 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kenapa Pendang berulang? Sebab itu saya minta tindakan diambil terhadap Pendang.

draft • 11:00 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Jangan buat sangkaan jahat 36(6).

Speaker, saya minta tarik balik. Mana boleh buat sangkaan jahat terhadap DAP.

Sangkaan jahat terhadap DAP adalah sangkaan jahat terhadap Ahli Parlimen DAP.

draft • 11:00 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Jelutong, Jelutong, Jelutong sebab ini dulu BERSATU tendang PAS...

draft • 11:00 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Kita Ahli Dewan, duduk. Tarik balik! Sila tarik balik, tarik balik.

draft • 11:00 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Bacalah Peraturan Dewan dulu Kampar. Budak down syndrome ini payahlah.

draft • 11:00 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kalau macam itu, dulu BERSATU kata parti ajaran sesat.

draft • 11:00 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Pendang.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 11:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat, sudah habis?

Sila Yang Berhormat.

draft • 11:00 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Speaker, saya minta maaf. Saya minta maaf. Saya ingin mendapat penjelasan. Boleh berpantun, boleh berpantun tapi berpantun secara beradab.

draft • 11:00 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tuan Speaker, saya rasa Pendang kena tarik balik. Mana boleh buat sangkaan macam ini. Tak boleh. Pendang, Pendang.

draft • 11:00 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dulu Jelutong kata PAS parti ajaran sesat pun saya tak kata apa pun.

draft • 11:00 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Sila tarik balik.

draft • 11:00 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kalau dulu Tan Sri Mahiaddin kata parti ajaran sesat, sekarang...

draft • 11:00 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tidak apalah.

draft • 11:00 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

PAS...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 11:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat duduk. Sekejap Yang Berhormat Pendang. Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pendang ada soalan tambahan?

draft • 11:00 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ada. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 11:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey, teruskan.

draft • 11:00 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya ingin mendapat penjelasan berkaitan— berkaitan apakah pelan...

draft • 11:00 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker, Timbalan Speaker, saya minta maaf. Saya minta perkataan pantun itu ditarik balik.

Timbalan Speaker tidak boleh.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 11:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat, sila duduk. Silakan.

draft • 11:00 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dia kata PAS parti ajaran sesat saya tidak kisah pun.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 11:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat...

draft • 11:00 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kalau macam itu gantung Pendanglah. Timbalan Speaker, gantung terus. Gantung enam bulan.

draft • 11:00 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Timbalan Speaker, peraturan mesyuarat.

Peraturan mesyuarat, Speaker. Timbalan Speaker, saya minta petua. Tadi Pendang buat satu sangkaan jahat terhadap parti...

draft • 11:00 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya bagi soalan, saya bagi soalan.

draft • 11:00 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Selalu...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 11:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sekejap, sekejap Yang Berhormat. Peraturan berapa Yang Berhormat?

draft • 11:00 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

36(6) sangkaan jahat terhadap ahli. Tadi Pendang buat...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 11:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, sekejap. 36(6) itu apa Yang Berhormat? Baca Yang Berhormat.

draft • 11:00 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa ahli lain. Tadi Pendang buat satu sangkaan jahat terhadap DAP. Sangkaan jahat terhadap DAP adalah sangkaan jahat terhadap Ahli Parlimen DAP. Itu sangat jahat terhadap ahli. Saya minta Pendang tarik balik. Kalau ini dibenarkan, bermakna lain kali kita boleh buat sangkaan jahat terhadap PAS. PAS parti fitnah boleh kalau ini dibenarkan. Saya minta supaya ini ditarik balik. Mana boleh Pendang buat macam itu.

draft • 11:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

draft • 11:00 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ya.

draft • 11:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya rasa saya berada dalam Dewan ini lebih lama daripada Yang Berhormat. Saya harap kita kena bersifat adil dalam kita berunding sesuatu perkara.

draft • 11:00 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tuan Pengerusi, hantar kursus peraturanlah.

draft • 11:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sekejap Yang Berhormat. Saya tengah berurusan dengan Yang Berhormat Kampar. Duduk Yang Berhormat. Saya fikir, kalau kita dua-dua pihak mengambil pendekatan yang sama dan perkara ini saya bagi petua maknanya pantun tersebut hanya nak menuju kepada pantun, bukan menuju kepada mana-mana parti.

draft • 11:00 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ya tapi pantun itu dia merujuk kepada parti.

draft • 11:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Jadi, Yang Berhormat— saya tengah bercakap Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya tengah bercakap Yang Berhormat ini. Jadi saya harap kedua-dua pihak mesti mengambil keadaan yang lebih tenang dan berobjektif. Keputusan saya Pendang teruskan.

draft • 11:00 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dato’ Pengerusi, saya tenang insya-Allah. Saya ingin mendapat penjelasan berkaitan apakah pelan kerajaan berhubung penggubalan Akta Kredit Pengguna khususnya bagi memperkukuhkan kerangka kawal selia termasuk skim beli sekarang bayar kemudian serta perniagaan kredit yang patuh syariah.

Sejauh manakah fungsi penubuhan Suruhanjaya Kredit Pengguna dalam memastikan tindakan pengawal seliaan yang berkesan terhadap para penyedia kredit, bukan bank atau entiti perkhidmatan kredit yang ketika ini tidak tertakluk kepada mana-mana agensi kawal selia seperti Bank Negara Malaysia. Mekanisme apakah penilaian kemampuan ke atas pengguna sebelum sebarang kredit yang ditawarkan oleh penyedia kredit tersebut. Terima kasih.

Kepada semua, satu lagi saya nak minta bila saya sebut ombudsmen. Saya nak dapat penjelasan. Benarkah Radicare telah menaja KSU di Kementerian Kesihatan ke London dalam persidangan London Climax Technology?

draft • 11:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Satu saja Yang Berhormat. Yang Berhormat, satu Yang Berhormat. Yang Berhormat Pendang. Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pendang lari sangat Yang Berhormat Pendang. Yang Berhormat Pendang.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, terpulang kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri sebab pada pemikiran saya soalan ini agak lari daripada soalan asal. Terpulang kepada Yang Berhormat sama ada Yang Berhormat nak jawab atau bagi jawapan secara bertulis.

draft • 11:00 AM

Seorang Ahli

Tak payah.

draft • 11:00 AM

Puan Lim Hui Ying

Sebab terlalu— memang sudah lari daripada soalan asal. Saya tidak akan jawab. Saya akan jawab secara bertulis tetapi pada masa yang sama saya juga ingin minta Pendang untuk tarik balik pantun tadi. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan. Seterusnya Tuan Sabri bin Azit, Jerai.

draft • 11:00 AM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan saya nombor lapan.

draft • 11:00 AM

8. Tuan Sabri bin Azit [Jerai] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah kemasukan warga asing pada suku pertama tahun 2024 dan daripada jumlah itu nyatakan jumlah warga asing yang tinggal melebihi tempoh dibenarkan.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, jumlah kemasukan pelawat asing untuk suku pertama tahun 2024 adalah seramai 8.62 juta dengan lima tertinggi adalah pelawat daripada negara Singapura 43 peratus, Indonesia 12.7 peratus, Thailand 7.4 peratus. 90 peratus daripada jumlah pelawat memasuki Malaysia bagi tujuan sosial seperti melancong, membeli-belah dan melawat kaum keluarga.

Manakala baki 10 peratus merupakan mereka yang memegang pas jangka panjang dan diberikan lebih lama tinggal di Malaysia mengikut tempoh pas yang diluluskan.

Bilangan pemegang pas jangka panjang aktif sehingga 15 November 2024 adalah seramai 3.07 juta. Selain itu, ada juga pelawat yang diberikan pas khas untuk memanjangkan tempoh keberadaan mereka untuk tempoh yang diluluskan. Pas khas diberikan kepada pelawat yang menghadapi masalah untuk keluar dari Malaysia mengikut tempoh yang ditetapkan disebabkan oleh hal-hal kecemasan seperti kesihatan, penerbangan yang dibatalkan, kes mahkamah dan bencana alam.

Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 15 November 2024, Jabatan Imigresen Malaysia telah mengeluarkan sebanyak 119,019 pas khas kepada pelawat asing.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Namun demikian, bagi memastikan tiada pelawat asing yang cuba lebih lama tanpa kebenaran, Jabatan Imigresen telah melaksanakan tindakan kawalan di pintu- pintu masuk dan juga tindakan pengoperasian di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan warga asing.

Tindakan kawalan di pintu masuk adalah seperti berikut; mengadakan pemeriksaan rambang ke atas pengembara yang berada di Terminal Satelit KLIA untuk tempoh melebihi enam jam dengan tujuan melengah-lengahkan kemasukan mereka, tindakan Notis Penolakan Masuk (NPM) akan dikenakan bagi pengembara yang mencurigakan, tiada bukti keberadaan mereka bagi keperluan transit dan tidak memenuhi syarat kemasukan.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Bagi tempoh 1 Januari hingga 15 November 2024 Yang Berhormat, seramai 29,572 pelawat asing telah dikenakan NPM dan ditolak ke kemasukan serta dihantar pulang ke negara asal. Tindakan pemeriksaan ini dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan pelawat yang tiba adalah pelawat tulen. Panjang sikit Yang Berhormat, saya hendak habiskan.

Pemeriksaan secara rambang kepada pengembara juga dibuat di kawasan pengambilan bagasi selepas kaunter pemeriksaan imigresen balai ketibaan, bagi memastikan cap atau endorsement yang diberikan oleh pegawai kepada pengembara berkenaan dibuat dengan wajar. Tindakan ini adalah bagi semak dan juga memastikan hanya pengembara yang telah diberikan endorsement yang sah sahaja boleh masuk ke negara ini.

Ketiganya, perolehan Sistem Saringan Awal Penumpang. Sistem ini membolehkan pengembara disaring lebih awal oleh bilik kawalan dan hanya pengembara tulen yang tidak mempunyai rekod jenayah dan senarai syak sahaja dibenarkan terbang masuk ke Malaysia. Sistem ini akan mengurangkan risiko di pintu masuk kerana pengembara telah disaring lebih awal.

Selain daripada itu Yang Berhormat, mewajibkan pengisian Malaysia Digital Arrival Card kepada semua pelawat bagi memudahkan pengesanan warga asing dan juga memastikan pelawat mempunyai tiket keluar semasa pemeriksaan imigresen untuk mengelakkan mereka tinggal lebih lama negara ini.

Selain itu Yang Berhormat, operasi penguatkuasaan secara berterusan dilaksana terutama di 224 lokasi hotspot bagi mengesan atau menangkap, mendakwa, mengusir warga asing yang melanggar peruntukan undang-undang negara ini seperti di bawah Akta Imigresen 1959/1963, Akta Pasport 1996 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Sepanjang tahun 2024 iaitu sehingga 21 November, Jabatan Imigresen telah melaksanakan 18,163 operasi penguatkuasaan dengan tangkapan seramai 41,906 orang PATI. Kementerian akan terus melaksanakan kerjasama strategik dengan PDRM, Jabatan Imigresen Malaysia dan juga Kastam dan pihak berkuasa tempatan.

Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Jerai.

draft • 11:10 AM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua dan terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang agak padat dan banyak persoalan yang telah pun dijawab. Cuma, baru-baru ini di enam Flat Pandan Mewah di Ampang Jaya. Seramai 119 orang PATI telah pun ditahan.

draft • 11:10 AM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Soalan saya, apakah strategi khusus bagi membanteras koloni pendatang asing? Koloni pendatang asing di perumahan atau di flat di seluruh negara? Apakah mekanisme khusus penguatkuasaan oleh Imigresen terhadap pelancong asing yang mendapat pas lawatan. Cuma disalah gunakan. Seperti mana yang berlaku di pusat peranginan di Sabah iaitu di Semporna seperti mana yang dilaporkan baru-baru ini.

Minta penjelasan.

draft • 11:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Timbalan Menteri.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Kita sentiasa mengambil tindakan tegas terhadap mereka berlandaskan peraturan dan undang-undang yang kita ada. Antara strategi tindakan lebih tegas yang dibuat ialah untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Imigresen kita ambil langkah-langkah proaktif. Antaranya kita buat naziran di premis-premis yang terdapat warga asing. Seperti di premis yang menggaji pekerja asing, di institusi pendidikan yang mengambil pelajar antarabangsa, premis perniagaan, pasar borong dan kawasan-kawasan perumahan seperti mana Yang Berhormat sebut tadi.

Kita juga memberi fokus untuk melaksanakan operasi penguatkuasaan di lokasi hotspot yang kita kenal pasti termasuklah daripada aduan-aduan awam di seluruh negara yang kita kenal pasti bagi menjadi tumpuan kepada warga asing.

Operasi penguatkuasaan ini turut melibatkan operasi bersepadu dengan PDRM, dengan PBT dan pihak-pihak yang berkaitan. Kita tentunya melaksanakan operasi pengawasan dari masa ke semasa, kita mengesan, kita menangkap, mendakwa dan mengusir warga asing yang melanggar peruntukan undang-undang negara di bawah Akta Imigresen sebagai mana yang saya sebutkan tadilah.

Tentunya kita menggariskan penguatkuasaan yang seimbang melibatkan tindakan undang-undang ke atas majikan yang menggaji PATI dan pihak yang melindungi PATI. Sehubungan dengan itu, kita JIM. Kita letakkan sasaran kepada semua JIM negeri. Sasaran untuk mengadakan bilangan operasi penguatkuasaan penangkapan supaya isu-isu yang dibangkitkan tadi dapat kita bendung dan kita tangani dengan baik. Banyak lagi langkah-langkah yang kita ambil. Namun kita tidak ada kompromi undang-undang dan keselamatan negara tetap menjadi keutamaan kita.

Itu pun Yang Berhormat, saya hendak sebut kalau misalnya yang tinggal lebih lama misalnya. Barangkali itu antara perkara yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat. Warga asing yang tinggal lebih lama, dia melanggar peruntukan yang ditetapkan di bawah Akta Imigresen 1959/63. Di bawah seksyen 15(1)(c), tindakan

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

boleh dikenakan selaras di bawah peruntukan seksyen 15(4) akta yang sama iaitu denda tidak kurang daripada RM10,000 atau penjara tidak kurang daripada lima tahun atau kedua-duanya sekali. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Yang Berhormat Tenggara.

draft • 11:10 AM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan tambahan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Daripada operasi-operasi yang dibuat tadi itu cerita panjang lebar, boleh tak nyatakan hasil daripada penguatkuasaan itu? Berapakah statistik tangkapan Pendatang Asing Tanpa Izin

(PATI) ini dan tangkapan kepada majikan yang melindungi PATI ini bagi tahun 2023- 2024? Daripada negara manakah PATI yang teramai sekali ada duduk dekat negara kita? Itu sahaja, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Yang Berhormat, fakta ada di tangan saya ini. Kementerian Dalam Negeri melalui Imigresen ini − kita memang komitedlah dalam soal-soal ini dan sentiasa melaksanakan operasi penguatkuasaan secara berterusan. Di samping kita jalankan tindakan pencegahan bagi mengelak akan berlakunya peningkatan jumlah PATI dalam negara ini.

Setakat 1 Januari sehingga 14 November 2024, Jabatan Imigresen telah melaksanakan sebanyak 17,855 operasi penguatkuasaan. Dengan tangkapan seramai 41,234 PATI berserta dengan 1,559 orang majikan atas pelbagai kesalahan Akta Imigresen. Di bawah Akta Imigresen 1963, Akta Pasport 1966 dan Peraturan- peraturan Imigresen 1963. Tambahan maklumat yang saya terima, tangkapan majikan. Tadi saya sebut 1,559. Tetapi yang terkini ialah 1,607 majikan telah ditangkap kerana kesalahan-kesalahan ini.

Sehingga November, PATI daripada Indonesia mencatat bilangan tertinggi dengan bilangan seramai 12,588 orang. Diikuti PATI yang berasal daripada Bangladesh dengan jumlah seramai 7,802 dan PATI daripada Myanmar yang menduduki ketiga tertinggi dengan bilangan seramai 7,112 orang PATI. Ini data-data yang ada di tangan saya.

[Sambil menunjukkan senaskhah dokumen]

draft • 11:10 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Yang Berhormat Speaker mohon soalan tambahan.

draft • 11:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Silakan Sungai Petani.

draft • 11:10 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah langkah

draft • 11:10 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

penguatkuasaan jangka masa panjang yang telah disusun oleh pihak kementerian untuk menangani isu ini? Berapakah kos yang ditanggung oleh kerajaan? Termasuk juga kos dan juga deputasi yang telah pun dilakukan?

draft • 11:10 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Sekarang ini kalau kita tengok, banyak orang awam atau NGO yang cuba untuk membantu kerajaan agar perkara ini tidak melarat. Tetapi adakah kerajaan telah menyediakan platform untuk orang awam supaya tidak bertindak atau melangkaui atau melebihi daripada yang sepatutnya? Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 11:20 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila. Ringkaskan jawapan Timbalan Menteri.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Yang Berhormat, saya tidak ada data mengenai kos tadi. Mungkin saya bagi maklumat secara bertulis.

Namun, kita sentiasa meningkatkan keupayaan kita dari segi kecekapan pegawai dan juga meningkatkan maklumat kepada awam bagi membolehkan kita berkongsikan maklumat dan sebagainya di samping kita terus usaha kolaborasi dengan pelbagai pihak untuk memastikan isu-isu ini dapat diselesaikan dengan baik.

Tentunya perkara-perkara lain termasuklah undang-undang dan sebagainya. Ini antara langkah-langkah ke hadapan yang kita buat. Apa yang penting ialah kita sedang memperkukuhkan organisasi kita di peringkat imigresen untuk membolehkan keupayaan kita lebih kukuh dan kuat. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri. Berikutnya Tuan Chong Zhemin, Kampar.

draft • 11:20 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih kepada Timbalan Speaker.

Soalan saya soalan nombor sembilan.

draft • 11:20 AM

9. Tuan Chong Zhemin [Kampar] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan jumlah pelajar STPM yang ditawarkan tempat di universiti awam dalam pecahan kursus.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kampar atas keprihatinan tentang isu generasi muda kita.

Bagi menjawab pertanyaan ini, jawapan akan diberikan berdasarkan Kod Pendidikan Nasional (NEC-2020) memandangkan terdapat perincian kursus yang

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

terlalu banyak di setiap universiti awam. Jadi, kita akan perincikan berdasarkan kod- kod, bukan berdasarkan setiap kursus yang ditawarkan oleh universiti awam.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Tinggi berperanan menyelaras kemasukan pelajar lepasan STPM dan setaraf ke 20 universiti awam bagi program ijazah sarjana muda. Pemilihan calon bagi kemasukan ini adalah setara dan dinilai berdasarkan kelayakan calon. Berhubung perkara ini, calon lepasan STPM yang mendapat tawaran ke universiti awam melalui saluran perdana UPUOnline mengikut pecahan kursus bagi sesi akademik 2024/2025 adalah seperti berikut:

(i) pendidikan seramai 2,497 orang;

(ii) sastera dan kemanusiaan seramai 5,105 orang;

(iii) sains sosial, kewartawanan dan maklumat seramai 3,865 orang;

(iv) perniagaan, pentadbiran dan perundangan seramai 9,076 orang;

(v) sains semula jadi, matematik dan statistik seramai 1,765 orang;

(vi) teknologi maklumat dan komunikasi seramai 1,517 orang;

(vii) kejuruteraan, pembuatan dan pembinaan seramai 2,362 orang;

(viii) pertanian, perhutanan, perikanan dan veterinar seramai 916 orang;

(ix) kesihatan dan kebajikan seramai 654 orang; dan

(x) perkhidmatan seramai 1,436 orang.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Kampar.

draft • 11:20 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ya, terima kasih Timbalan Speaker. Saya mulakan soalan saya dengan serangkap pantun:

*Pelajar STPM belajar tanpa henti, Harapan dapat pas masuk universiti, Pembohongan dan fitnah tak henti-henti, Itulah parti PAS tanpa integriti.

[Tepuk]* Timbalan Speaker, untuk makluman umum, STPM itu merupakan satu peperiksaan yang paling susah dalam dunia ini dan banyak pelajar telah belajar bertungkus-lumus dan mendapat keputusan cemerlang. Tetapi mereka tidak mendapat kursus yang mereka harap. Jadi soalan tambahan saya, saya minta supaya Timbalan Menteri nyatakan dengan terperinci bagaimanakah proses pemilihan pelajar ke IPTA dan juga ILKS? Adakah proses ini dimaklumkan kepada guru-guru dan juga calon? Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Timbalan Menteri.

draft • 11:20 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih. Saya tidak mahu terlibat dengan jawab pantun ini.

[Ketawa] Kita fokus kepada generasi muda negara ini lebih baik.

draft • 11:20 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Timbalan Menteri, jawapan.

draft • 11:20 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

[Ketawa] Okey. Terima kasih atas soalan tambahan daripada Yang Berhormat Kampar. Sebelum kita mengadakan proses pemilihan, kita telah menggunakan semua saluran yang ada untuk menguar-uarkan syarat-syarat am, khas dalam aplikasi untuk mendapatkan kursus-kursus di universiti awam. Kita buat program outreach, kita buat live di media-media sosial, kita buat Karnival Jom Masuk Universiti, kita buat taklimat di sekolah-sekolah dan juga kita telah lantik beberapa Edu-influencer untuk kita menyebar luas maklumat. Selepas itu, kita juga libatkan ibu bapa, komuniti dan juga swasta.

Kita ada syarat-syarat yang ketat dan kita menggunakan prinsip meritokrasi yang telah dilaksanakan secara adil dan telus dan sistematik. Dasar dan kriteria yang telah diminta oleh yang Kampar tadi yang pertamanya, pencapaian akademik. Ini adalah syarat-syarat pemilihan kita. Kena ada pencapaian akademik dalam peperiksaan, pencapaian dalam aktiviti kokurikulum, kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian yang dipohon, gred mata pelajaran yang tujuan pengiraan markah akademik, memenuhi syarat am dan syarat khas seperti yang ditetapkan oleh IPTA dan ILKA, lulus temu duga atau ujian bagi menetapkan syarat berkenaan dan program pengajian pilihan calon mengikut keutamaan dan bilangan tempat yang disediakan oleh IPTA dan juga ILKA. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, soalan tambahan kedua Yang Berhormat Kubang Pasu.

draft • 11:20 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tambahan, Yang di-Pertua.

[Dicelah] Pantun saya tak pandai. Silap pantun nanti kena berkelahi pula.

[Ketawa] Negara kita memerlukan graduan ijazah teknikal dan kejuruteraan bagi memenuhi permintaan bakat-bakat (talents) untuk menjayakan industri semikonduktor E&E khususnya termasuk juga tenaga diperbaharui dan EV. Baru tadi Timbalan Menteri kata kemasukan untuk kejuruteraan, 2,362. IPTA ya? Ini satu jumlah yang kecillah Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Soalannya, berapakah jumlah pelajar-pelajar yang ditawarkan tempat di IPT di peringkat diploma seperti di politeknik dan ijazah dalam bidang teknikal dan kejuruteraan di universiti-universiti awam termasuk juga kalau ada IPTS bagi tahun

draft • 11:20 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

2024? Ini termasuk pelajar-pelajar lepasan SPM, STPM, matrikulasi. Mohon juga diberikan pecahan daripada segi kemasukan diploma atau ijazah dan juga bidang- bidang teknikal kejuruteraan yang ditawarkan.

Kedua, apakah langkah kerajaan bagi menangani isu jurang antara bidang ilmu yang diperolehi oleh graduan di menara gading dengan keperluan pasaran khususnya industri? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Timbalan Menteri.

draft • 11:20 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Untuk makluman Yang Berhormat, yang saya sebut tadi tentang kejuruteraan, pembuatan dan pembinaan 2,362 orang itu hanyalah untuk pelajar- pelajar SPTM sahaja. Tidak melibatkan pelajar-pelajar SPM.

Disebabkan Yang Berhormat ingin mendapatkan maklumat terperinci tentang bilangan, yang itu saya akan jawab secara bertulis.

draft • 11:20 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Tetapi soalan terakhir Yang Berhormat tentang bagaimana kita mahu pastikan bahawa pelajar-pelajar kita akan mendapat kebolehpasaran yang tinggi, ini yang kita sedang buat sekarang ini kita mahu pastikan bahawa kursus-kursus yang ditawarkan memang kita libat uruskan pihak industri. Jadi kita mahu pastikan bahawa kursus-kursus yang kita tawarkan memang yang dipacu oleh industri dan diperlukan oleh pihak industri. Okey, sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Soalan tambahan, Speaker.

draft • 11:20 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Yang Berhormat Raub.

draft • 11:20 AM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Soalan tambahan saya adalah saya nak sambung soalan Kampar iaitu kenapa kebanyakan STPM punya pelajar mereka tidak dapat itu kursus-kursus hangat yang mereka harapkan?

Berdasarkan statistik yang saya dapat dari Kementerian Pendidikan Tinggi pada tahun lepas, seperti kursus perubatan yang pelajar matrikulasi yang masuk ke universiti awam adalah 939 orang. Direct intake, 443 orang dan STPM hanya 23 orang iaitu hanya dua percent admission dan enrolmen dari STPM. Saya minta kementerian boleh jelaskan isu ini.

draft • 11:20 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Timbalan Menteri.

draft • 11:20 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Okey, terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang kita sedia maklum, I think yang saya sebut tadi bahawa untuk masuk ke dalam

draft • 11:20 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

universiti awam ini, pelajar-pelajar STPM perlu bersaing dengan pelajar matrikulasi dan juga direct intake terutama yang daripada asasi. Jadi disebabkan itu, kuota untuk pelajar STPM ini agak terhad. Jadi, itu yang menyebabkan bilangannya agak kecil.

draft • 11:20 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Jadi, itu proses yang telah dijalankan sebab di universiti sendiri, memang terhad dari segi universiti awam ya. Universiti awam agak terhad dari segi bilangan kursus yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar. Ya, sekian, terima kasih.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 11:30 AM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada hari ini.

[Waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson

Puan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di Peringkat Jawatankuasa Kementerian Pertahanan dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2025 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2025 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 3 Disember 2024”.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Saya menyokong.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 11:30 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Profesion Undang-undang 1976; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) [Dato’ Sri Azalina Othman Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

draft • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG
KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PINDAAN) 2024

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Komunikasi [Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

draft • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (PINDAAN) 2024

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri

draft • 11:30 AM

Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

draft • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2025 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2025 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan ke atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2025 dan Anggaran Pembangunan 2025 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kesebelas] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft • 11:30 AM
Kepala B.60 [Jadual] – Kepala P.60 [Anggaran Pembangunan 2025] –

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kepala Bekalan B.60 dan Kepala Pembangunan P.60 di bawah Kementerian Pertahanan terbuka untuk dibahas. Senarai pembahas adalah seperti berikut. YB Jelutong, YB Tanah Merah, YB Tenggara, YB Pendang, YB Batu Pahat, YB Ketereh, YB Raub, YB Muar, YB Hulu Langat, YB Tangga Batu, YB Lumut, YB Kapar dan YB Tanjong Karang.

Sekarang, saya menjemput Yang Berhormat Jelutong.

draft • 11:30 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Timbalan Pengerusi di atas kesempatan yang telah diberikan. Saya merujuk terus kepada Butiran 031000 – Program Latihan Khidmat Negara.

Saya menyambut baik hasrat dan niat kerajaan untuk menghidupkan semula Program Latihan Khidmat Negara dan saya percaya bahawa program ini mempunyai banyak manfaat, terutamanya ia meningkatkan semangat patriotisme di antara kalangan pemuda-pemudi kita. Juga, meningkatkan perpaduan kaum, integrasi nasional, semangat kesukarelaan, melahirkan generasi muda yang lebih cergas, cerdas, penuh dan mempunyai keyakinan diri.

Cumanya, saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada rekod yang dipegang oleh Pusat Latihan Khidmat Negara – Program Latihan Khidmat

draft • 11:33 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Negara, di mana sehingga daripada tahun 2004 sehingga 2007, terdapat 14 kematian pelatih yang dilaporkan. Tujuh meninggal dunia kerana penyakit yang mereka menghidapi, termasuklah sakit jantung, asma, jangkitan kuman, denggi dan ada juga kematian disebabkan oleh kejadian mati lemas.

Puan Pengerusi yang saya hormati, baru-baru ini saya terbaca satu berita dalam Malaysiakini, lima hari yang lalu dalam tajuk, UiTM– dengan izin, Puan Pengerusi – ‘UiTM cadet dies after allegedly ridden like a horse. Kejadian ini berlaku kepada mendiang Muhammad Amir Rusyaidi Muhammad Zaidi, seorang kadet di Universiti UiTM yang semasa latihan, saya difahamkan dipijak di atas dada beliau.

Ada yang mengendong seperti menaiki di belakang beliau seperti kuda, meminta beliau lompat.

Pelbagai perkara yang dilakukan ke atas beliau. Ini adalah salah satu kes yang begitu sedih, pilu dan amat menyedihkan. Banyak sangat kes yang berlaku, berulang kali semasa latihan. Soalan saya, kenapa ia berlaku? Tak adakah orang- orang yang melakukan latihan itu berperikemanusiaan? Tak adakah mereka anak- anak sendiri?

Saya memetik kes yang berlaku kepada J Soosaimanicckam, seorang kadet Tentera Laut Diraja Malaysia yang meninggal pada 19 Mei 2018. Tinggal melupakan juga kes yang berlaku kepada seorang adik, Zulfarhan Osman Zulkarnain, seorang kadet yang melalui latihan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

draft • 11:33 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

[Bangun]

draft • 11:33 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kes Zulfarhan ini adalah kes yang begitu menyayat hati, menyedihkan. Enam orang telah dihukum mati tetapi persoalan saya, kenapakah kejadian ini berulang kali berlaku di tiap-tiap kem latihan?

draft • 11:33 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Jelutong, Sungai Siput minta laluan.

draft • 11:33 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sungai Siput sahabat saya. Saya beri.

draft • 11:33 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Jelutong, yang amat prihatin terhadap soal keselamatan pelajar-pelajar Latihan Khidmat Negara yang telah memberikan beberapa contoh yang agak membimbangkan kita lah.

Jadi Yang Berhormat Jelutong, setujukah Yang Berhormat Jelutong, kita ada Rukun Negara, yang di mana lima prinsip Rukun Negara yang telah disemai sejak di bangku sekolah kepada pelajar-pelajar, di mana lima prinsip Rukun Negara itu sendiri

draft • 11:33 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

telah membentuk sifat seseorang pelajar itu sendiri tetapi perkara begini berlaku. Apa pandangan?

draft • 11:33 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih. Yang Berhormat Sungai Siput, masukkan dalam ucapan saya. Permintaan saya Puan Pengerusi dalam masa yang tersingkat. Bila kita melantik orang-orang yang ingin melatih anak-anak kita, pastikan mereka mempunyai kelayakan yang paling tinggi, bersifat kemanusiaan. Pastikan mereka bukan sahaja orang yang mahir dalam memberi latihan, tetapi mempunyai sifat perikemanusiaan kerana kita akan menghantar anak-anak kita ke pusat latihan ini, nombor satu.

Nombor dua. Bila kita ingin menghantar anak-anak kita, saya minta kerajaan supaya mewajibkan tiap-tiap adik-adik yang akan bakal memasuki kem Program Latihan Khidmat Negara ini melalui pemeriksaan kesihatan. Kalau mereka tidak lulus dalam pemeriksaan kesihatan, mempunyai asma, sakit jantung dan pelbagai masalah kronik, saya minta supaya mereka diberi pengecualian dan tidak diwajibkan untuk melalui pusat Program Khidmat Negara. Terima kasih Timbalan Pengerusi yang saya hormati.

draft • 11:33 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya jemput Yang Berhormat Tanah Merah.

draft • 11:33 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Terima kasih Pengerusi. Saya teruskanlah, ya. Malaysia mestilah mempunyai angkatan tentera yang ampuh, credible, mampu bertindak pantas. Bagi menghormati pengorbanan dan menjaga kebajikan anggota tentera dari ketiga-tiga cabang, perkhidmatan ATM, laut, darat dan udara, kerajaan perlu sentiasa membekalkan anggota tentera kita dengan peralatan dan aset-aset terbaik serta menepati keperluan operasi harian mereka.

Isu kebajikan anggota seperti rumah keluarga angkatan tentera, perkhidmatan kesihatan yang cekap, kondusif hendaklah sentiasa diberi perhatian melalui penyediaan peruntukan bajet tahunan yang mencukupi.

Terus kepada Butiran 020200 – Pertahanan Darat serta pengumuman yang telah dibuat oleh Kementerian Pertahanan untuk membatalkan kontrak sewaan helikopter kepada Syarikat Aerotree Defense & Services Sdn. Bhd pada 31 Oktober yang lalu.

draft • 11:39 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Saya mohon jawapan, apakah kerajaan telah mengenakan denda lewat

(LAD) kepada syarikat Aerotree yang berjumlah RM63,000 bagi setiap bulan masa berlalu berkaitan kelewatan penghantaran helikopter Black Hawk kepada tentera darat hingga tarikh rasmi kontrak ditamatkan?

Saya juga ingin penjelasan, apakah MINDEF juga telah merampas bond pelaksanaan berjumlah RM187 juta dari syarikat ini? Saya mohon penjelasan MINDEF dengan nilaian kontrak sewaan helikopter ini diberikan kepada syarikat Aerotree Defence & Services Sdn. Bhd. yang berjumlah RM187 juta keseluruhan, berapakah nilai bayaran yang telah kementerian salur atau bayar kepada syarikat ini, mengambil kira penubuhan tim nukleus tentera darat yang ditubuhkan lebih awal dan berperanan untuk menyambung ketibaan empat pesawat Black Hawk yang sepatutnya diserahkan kepada tentera darat pada 1 Mei yang lalu? Apakah dalam kontrak asal yang MINDEF meterai bersama syarikat Aerotree merangkumi keperluan supaya syarikat ini membiayai kos penubuhan tim nukleus ini?

Mohon MINDEF menjelaskan, apakah kos penghantaran tiga orang juruterbang daripada pasukan udara tentera darat ke Ankara Turki pada Disember 2023 yang bertujuan melatih mereka mengemudi menerbangkan pesawat jenis Black Hawk ini dibiayai oleh syarikat Aerotree Defence & Services Sdn. Bhd. atau kos berkenaan sebenarnya ditanggung oleh tentera darat menggunakan peruntukan bajet mengurus tahun semasa? Jika ia telah ditanggung oleh tentera darat, berapakah jumlah kos keseluruhan yang telah kerajaan belanjakan bagi pelaksanaan ground school bagi tim nukleus Regimen 882 PUTD di Ankara Turki tahun lepas?

Saya juga ingin penjelasan, kerajaan kini memilih, memajak atau menyewa pesawat helikopter jenis Leonardo AW149 dan bukan Black Hawk untuk kegunaan tentera darat. Apakah jumlah yang dibelanjakan dalam program ground school pada tahun lalu dikira sebagai belanja hangus? Saya juga perlukan penjelasan MINDEF, apakah tim penilaian teknikal tentera darat telah dirujuk terlebih dahulu sebelum kerajaan memutuskan supaya syarikat Weststar Aviaton Services Sdn. Bhd. Diberi kontrak oleh pihak UKAS JPM untuk membekalkan helikopter AW149 untuk menggantikan projek sewaan pesawat helikopter Black Hawk yang telah terbatal, walaupun helikopter Black Hawk ini lebih terbukti combat proven serta boleh melaksanakan operasi penerjunan para dan melaksanakan aktiviti underslung membawa meriam, termasuk aktiviti ulam beka (resupply) kepada unit-unit tentera darat yang melaksanakan operasi di dalam hutan belantara?

draft • 11:40 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Kami selepas semasa soalan kepada PMQT, untuk pengetahuan semua, penyewaan 28 helikopter selama 15 tahun merupakan kontrak perolehan aset yang paling mahal dalam sejarah iaitu RM16.54 bilion. Kalau kita buat perbandingan, Kerajaan Filipina membeli 32 pesawat helikopter jenis Black Hawk pada nilai hanya USD624 juta, anggarannya lebih kurang RM2.7 bilion. Walaupun ini tak merangkumi keperluan MRO tetapi berbanding RM2.7 bilion untuk 32 buah helikopter berbanding dengan sewaan 28 helikopter dengan kos RM16.54 bilion, jauh ada sekali.

Saya juga memohon untuk maklumkan, saya tidak- kecenderungan pihak kerajaan apabila saya bertanya soalan menyatakan saya perlu tahu kerana perkara ini usaha sewaan helikopter ini dibuat pada zaman kerajaan terdahulu. Saya ingin jelaskan di sini, sewaan empat helikopter jenis AW139 syarikat Weststar pada tahun 2021 hanya sebagai usaha gap filler sementara sebelum mereka membeli pesawat yang baru. Tetapi kita membandingkan hal ini, jangka masa yang panjang, 15 tahun ataupun tiga kali Rancangan Malaysia lima tahun. Jadi, sebab itulah kalau perbandingan ini jauh tidak adil untuk mengatakan saya sepatut tahu kerana di waktu zaman dahulu.

Kerana masa pun dah— Jadi, itu sahaja.

draft • 11:40 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Tanah Merah, boleh lalu sikit?

draft • 11:40 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Ya, silakan.

draft • 11:40 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih. Ini satu perkara yang serius.

draft • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah habis.

draft • 11:40 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Tapi dia bagi, Yang di-Pertua.

draft • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tapi saya tak bagi.

draft • 11:40 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Adakah ini ada syarikat proksi yang mendapat projek tersebut?

draft • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya tak bagi Yang Berhormat.

draft • 11:40 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya minta- jemput Yang Berhormat Tenggara.

draft • 11:40 AM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Saya mulakan dengan memberikan doa kepada 150 orang anggota Regimen Enam Renjer Diraja Kem Ulu Tiram yang

draft • 11:44 AM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

sekarang berkhidmat di MALBATT 12 di Lubnan. Mudah-mudahan berada dalam sentiasa keselamatan.

Saya mulakan dengan Butiran 030700 – Penggantian Perabot Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dan Butiran 08400 – Perumahan Angkatan Tentera Malaysia. RM505 juta naik ke RM698 juta. Penggantian perabot Rumah Keluarga Angkatan Tentera wajib menjadi tumpuan Kementerian Pertahanan

(MINDEF) bagi menjaga kebajikan dan keselesaan anggota, termasuk juga keluarga-keluarga anggota tentera ini. Bagi RKAT itu sendiri, sebelum ini kementerian telah sasarkan 8,000 unit siap dibina menjelang 2025. Setakat Disember 2023 yang saya semak, hanya 4,700 unit RKAT telah disiapkan secara berperingkat. Soalan daripada Tenggara, berapakah unit RKAT yang telah berjaya dibina setakat ini di seluruh negara sehingga 2024 ini serta berapa banyak kah RKAT yang usang telah dikenal pasti oleh pihak kementerian dalam usaha untuk baik pulih, tambah baik, naik taraf bagi memberi keselesaan kepada anggota tentera dan keluarganya?

Sebelum ini, Tenggara telah bangkitkan dalam perbahasan Jawatankuasa tahun lepas bahawa di kem dalam kawasan Parlimen Tenggara ini Kem Ulu Tiram yang melibatkan PULADA, Rejimen Enam Renjer Diraja dan Wataniah, termasuk anjing perang mengalami kekurangan daripada segi perumahan RKAT ini dan kuarters nya pun agak teruk. Melalui Butiran ini, Tenggara berharap agar permohonan yang dikemukakan sebelum ini boleh dipercepatkan, dipertimbangkan untuk pembinaan, pelaksanaan.

Seterusnya, Butiran 030100 – Bertugas ke Luar Negara. RM18 juta naik RM20.5 juta. Peranan Pasukan Pengaman Malaysia (MALBATT) penting terhadap komuniti dan masyarakat dunia. Ia juga beri kesan kepada imej negara yang akan memberi kesan tidak langsung kepada ekonomi juga serta mewujudkan keseimbangan di bawah panji Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNIFIL). Anggota MALBATT berdepan dengan cabaran getir berada di tengah-tengah konflik peperangan, terpaksa berdepan dengan pelbagai ancaman. Sebarang kebarangkalian mungkin berlaku hingga mampu mengancam nyawa. Misalnya, pada 6 November 2024 baru-baru ini, MALBATT 850-12, kita baru sahaja landing di bumi Lubnan dan terkena dah serpihan tembakan di Sidon, Lubnan. Lima orang cedera.

Jadi, nampak besar pengorbanan yang telah diberikan itu.

Melalui Butiran 030100 - Bertugas ke Luar Negara ini, Tenggara berharap agar kerajaan mempertimbangkan untuk memberikan elaun lebih sikit daripada yang telah biasa biasa ini sebab sebelum-sebelum ini Wilayah Lubnan itu, kawasan yang

draft • 11:44 AM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

mereka jaga itu tidaklah sepanas sekarang ini. Saya difahamkan sekarang ini kita punya tentera di sana, pengaman ini 850 orang, to be specific 854 berada di bunker sahaja. Saya harap boleh lah memberi bantuan yang lebih juga kepada kita punya tentera ini, termasuk elaun. Ini mungkin boleh memberi motivasi, suntikan semangat dan juga memberi harapan kepada keluarga dan isteri ataupun suami dan anak yang ditinggalkan di sini selama hampir setahun.

Kemudian seterusnya adalah 020000 – Pertahanan Negara. RM11.4 bilion kepada RM11.6 bilion. Juga sub Butiran 01200 – Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan (Lain-lain). Daripada RM36 juta naik RM59.6 juta. Peperangan siber merupakan satu masalah serius, dijangka intensif ancaman akan terus berkembang dan membabitkan serangan terhadap ekonomi pertahanan dan keselamatan, termasuk dalam tempoh sekarang ini. Perang siber merupakan isu rentas sempadan, mampu mewujudkan pelbagai risiko, khususnya babitkan keselamatan negara, termasuk percubaan mengganggu ketenteraman, mengintip dan sebagainya.

Tenggara saran kerajaan merangka strategi inisiatif, persediaan lebih menyeluruh, selain memperkukuh seluruh jentera keselamatan siber untuk menghadapi cabaran berbangkit. Melalui Butiran ini juga Tenggara mencadangkan agar ditubuhkan satu Rejimen Digital sebagai bukti kerajaan serius bersungguh- sungguh memerangi ancaman negara melalui digital ini dengan menubuhkan Rejimen Digital yang dilengkapi dengan pelbagai teknologi baharu.

Kita seharusnya melibatkan para belia ataupun gamers kita yang berminat sertai rejimen ini kerana mereka ini memiliki kemahiran tinggi kendali gajet. Jari-jari mereka ini menggerakkan joystick ini dengan baik. Mungkin boleh dicungkil bakat mereka ini bukan sahaja untuk e-sport tetapi boleh juga dibawa ke Rejimen Digital ini. Mungkin Angkatan Tentera Malaysia melalui Kementerian Pertahanan boleh anjurkan liga e-games war tactical ini untuk lead supaya bakat-bakat ini dapat dikesan. Jika tidak keterlaluan, boleh menggunakan simulators supaya mereka ini dapat dikesan dan bakat mereka tidak terbazir – Satu minit lagi satu lagi. Saya ada sikit lagi isu.

draft • 11:44 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

30 saat.

draft • 11:44 AM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Okey, seterusnya adalah berkaitan dengan 031000 - Program Latihan Khidmat Negara, yang bakal diperkenalkan. Ia seharusnya – bolehlah Tenggara mencadangkan agar mempertimbangkanlah di sini, satunya melibatkan semua lepasan SPM yang ada ini dan keduanya, mempertimbangkan hal umur itu sebab saya tanya dengan kawan-kawan dekat

draft • 11:50 AM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

bawah itu bila 16-35 itu, yang 30 tahun ke atas itu dah ada anak dua. Kadang-kadang yang kuat sikit, anaknya dah tiga. Jadi, Tenggara cadangkan kalau boleh 16-25 lah.

Saranan berkaitan dengan elemen TVET diperkenalkan itu, Tenggara menyokong dan kalau boleh sampai masanya jugalah untuk kita – Tenggara mencadangkan TVET ini diperkenalkan dengan lebih systemic dan juga diperkenalkan kepada peserta-peserta TVET ini tentang tactical warfare. Tak lah semacam paranoid yang berlaku di negara Eropah itu tetapi diberitahu juga tentang tatacara, tatakelola keadaan bagaimana menghadapi saat-saat yang getir. Itu saja daripada Tenggara. Terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 11:50 AM

Puan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Saya jemput Yang Berhormat Pendang.

draft • 11:50 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Puan Pengerusi, saya nak mohon untuk mengalu-alukan kehadiran Ameerah Malaysia iaitu sayap wanita muda PAS ke Dewan Rakyat pada hari ini, di sebelah sini.

[Tepuk]

draft • 11:51 AM

Seorang Ahli

[Mencelah]

draft • 11:51 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh – saya dah selesai dah semua masalah itu. Tak payah peringat. Saya lebih tahu. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih atas ruang dan peluang diberikan untuk saya membahaskan butiran perancangan perbelanjaan bagi Kementerian Pertahanan peringkat jawatankuasa pada hari ini.

Jadi, Pendang terus merujuk kepada B.60 Butiran 020000. Peruntukan bagi pertahanan negara sebanyak RM11.5 bilion pada 2025 berbanding RM11.3 bilion pada 2024. Apakah perancangan terperinci kementerian bagi menambah baik aspek tatacara prosedur dan tadbir urus hal ehwal berkaitan pertahanan tatkala waktu kritikal untuk ATM meningkatkan keupayaan merentas domain darat, laut dan udara serta ruang lingkup siber dalam mengemudikan cabaran geopolitik kontemporari?

Dalam hal ini, apakah pihak kementerian telah mengenal pasti kelompangan yang sedia ada dari segi urusan perolehan aset-aset strategik dengan mewujudkan mekanisme yang lebih telus agar isu seperti pembatalan kontrak sewaan empat helikopter UH-60A Black Hawk tidak berulang?

Sebagai contoh, adakah pihak kementerian akan meneliti kewajaran supaya isu berkaitan dasar tertentu seperti rasional perolehan aset dipertimbangkan untuk

draft • 11:51 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas Pertahanan untuk memberi justifikasi umum kecuali ia membabitkan aspek teknikal yang memerlukan penelitian seperti kemampuan sebenar aset dan cara beroperasi atau di mana ia akan dapat ditempatkan dan sebagainya.

Sebab itu saya nak menasihatkan, memberi pandangan kepada kerajaan, ambillah spec, spec yang telah dicadangkan oleh Kementerian Pertahanan kerana mereka adalah pakar, expertise dalam bidang logistik angkatan tentera ini termasuk laut, udara dan juga maritim, darat. Jadi, oleh sebab itu, kenapa kita perlu mengambil pandangan pihak yang tidak ada kepakaran dalam bidang ketenteraan seperti mana broker-broker yang telah membuat recommend. Patutnya ambil daripada spec daripada yang dicadangkan oleh MinDef atau orang-orang yang expert dalam bidang logistik ketenteraan dan sebagainya.

Oleh sebab itu, saya juga masih dalam butiran yang sama berkaitan mobilisasi aset dan bantuan banjir. Sejauh mana tahap mobilisasi aset-aset logistik dan anggota ATM menerusi Op Murni bagi membantu kawasan-kawasan yang sedang dilanda banjir dalam negara pada ketika ini. Saya harap perkara ini diberi perhatian yang serius kerana banjir ini adalah daripada Allah Ta’ala. Jadi, kita tak boleh nak menuding jari kepada mana-mana pihak kerana ini adalah bencana alam yang kita pun tak boleh dapat nak mengagak. Jadi, persediaan awal kita seperti NADMA dan sebagainya perlu kita buat persediaan awal supaya kita ada persediaan untuk nak mengurangkan risiko-risiko bencana yang sedang dihadapi oleh rakyat terutamanya di Pantai Timur dan juga di Johor, Pahang yang sedang kini menerima arus bencana banjir ini.

Puan Pengerusi, berkenaan dengan B.60 Butiran 20400. Peruntukan bagi pertahanan udara sebanyak RM1.98 bilion ini, saya ingin mendapatkan perincian mengenai status perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M daripada syarikat pertahanan Korea Selatan serta kerjasama strategik melalui program kolaborasi industri ICP untuk meningkatkan keupayaan industri tempatan serta keperkongsian kepakaran dalam bidang penyelenggaraan, pembaikan dan operasi ataupun MRO.

Dalam pada itu, perancangan TUDM terhadap pembelian sistem pertahanan udara jarak sederhana ataupun disebut MERAD, di bawah RMKe-12. Sejauh manakah sistem radar Ground Master 400 Alpha telah berjaya membantu meningkatkan kemampuan infrastruktur pertahanan udara khususnya sistem radar pertahanan udara jarak jauh? Saya ingin mendapat maklumat, kalau tak sempat sila jawab dalam bertulis. Apakah model radar pertahanan udara yang dipasang oleh

draft • 11:51 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

pihak Syarikat Thales di Bintulu, Sarawak? Adakah GM403 ataupun GM400 Alpha?

Sebab itu saya sebut tadi, mereka yang recommend berkenaan dengan kepakaran daripada angkatan tentera, bukan pihak lain.

Berkaitan Kepala B.60 Butiran 20200...

draft • 11:51 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Pendang, sikit berkenaan radar.

draft • 11:51 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya ...

draft • 11:51 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Setuju tak Pendang bahawa sistem radar kita perlu diperkemaskan agar peristiwa MH370 tidak akan berulang?

Setuju atau tidak?

draft • 11:51 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Masukkan dalam ucapan saya.

B.60 Butiran 2020 – Pertahanan Darat. Apakah status terkini pelaksanaan Pelan Pembangunan Keupayaan Strategik Tentera Darat 2021-2050 sebagai pelan strategik jangka masa panjang ke arah memperkukuhkan keupayaan dan pembangunan kapasiti TDM dari segi kesiapsiagaan aset dan kebajikan warga TDM? Sejauh manakah pengukuhan hubungan kerjasama tentera dan juga awam atau civil military cooperation dengan izin, telah dijalankan misalnya inisiatif seperti Projek Jiwa Murni Tentera Darat Malaysia bagi membantu mangsa-mangsa banjir?

Oleh sebab itu, saya juga ingin mendapat penjelasan, sejauh manakah tindakan pemantauan dan sistem rondaan Pasukan Gerakan Am untuk mengawal – maknanya, Pasukan Tentera Gerakan Am untuk mengawal laluan sempadan mengambil kira cabaran utama seperti pintu pagar keselamatan sempadan yang usang?

Akhir sekali, saya ingin mendapat maklumat berkaitan status terkini perancangan LTAT berhubung penstrukturan semula Kumpulan Boustead dan hala tuju LTAT termasuk pegangan portfolio saham serta menyeluruh serta proses pengauditan terhadap Boustead dari segi kewangan dan tata kelola tadbir urus.

Apakah tindakan Kementerian Pertahanan mengenai status penjualan tanah milik di mana Boustead Holdings Bhd. dilaporkan telah menjual tanah seluas 342.87 hektar di koridor Semenyih ....

draft • 11:51 AM

Puan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 11:51 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

... Kepada EcoWorld dengan nilai RM742.4 juta serta implikasi yang terlibat? Saya minta penjelasan. Akhir sekali, sikit saja. Saya nak minta...

draft • 11:51 AM

Puan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sudah lebih masa.

draft • 11:51 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

... Supaya LCS dipenuhi. Kerana apa? Sekarang ini kita tengok Filipina pun boleh berdepan dengan kuasa besar bila

draft • 11:51 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

mereka diancam. Tetapi kita Pulau Beting Ali kita, siapa pun, saya nak dapat penjelasan, adakah kita ada satu sekuriti yang sangat kuat bagi mengawal hak-hak negara kita di Tanah Melayu ini? Salah satu sebab dia, LCS kita, orang tak hormati sebab tak siap dan berlaku banyak perkara-perkara yang hanky-panky.

draft • 11:51 AM

Puan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:51 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Sekian, terima kasih Yang Berhormat Puan Pengerusi yang saya ingati.

draft • 11:51 AM

Puan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Batu Pahat.

draft • 11:51 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum.* Salah sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih Puan Pengerusi, saya terus masuk Butiran 04000 – Program Latihan Khidmat Negara.

Difahamkan fasa percubaan bakal diadakan pada tahun depan iaitu Januari 2025 dan Batu Pahat ingin mohon penjelasan, berapa kos sebenar fasa percubaan ini?

Manakala, fasa rintis yang bakal diadakan iaitu Julai dan Oktober 2025, mohon penjelasan juga, berapakah kos yang bakal dibelanjakan fasa rintis ini? Pada masa yang sama, di manakah PLKN ini bakal diadakan? Adakah di kem-kem tentera ataupun di institusi awam?

Butiran 01200 – Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan (Lain-lain) iaitu berjumlah RM58,892,000. Batu Pahat ingin mengajukan beberapa soalan yang penting mengenai penyelidikan dan pembangunan R&D ini dalam bidang pertahanan negara. Apakah langkah-langkah yang bakal diambil oleh kerajaan dalam mengendalikan kerjasama dengan negara terpilih khususnya dalam pembinaan teknologi pertahanan?

Sebagai contoh Korea Selatan yang mahir tentang sistem radar dan peluru berpandu. Turki, teknologi artileri dan senjata kecil dan begitu juga dengan Rusia dengan kepakaran dalam bidang elektronik. Adakah ada kerjasama untuk memperkukuhkan keupayaan pertahanan negara kita? Adakah juga kerajaan akan membentuk kerjasama mana-mana sektor swasta ataupun institusi penyelidikan tempatan dalam usaha untuk memperkukuhkan dan memajukan teknologi pertahanan negara?

draft • 11:58 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Jika ada apakah bentuk kerjasama yang telah dilaksanakan dan sejauhmanakah ia memberi impak kepada pembangunan teknologi pertahanan dalam negara? Batu Pahat berharap jawapan yang diberikan nanti dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai inisiatif-inisiatif kerajaan dalam memajukan bidang penyelidikan dan pembangunan pertahanan negara.

Batu Pahat juga ingin mengajukan beberapa soalan mengenai perkembangan dan penerapan teknologi dalam bidang pertahanan dan keselamatan negara. Apakah langkah-langkah yang telah diambil majukan penggunaan dron, sistem canggih seperti laser, misil pintar serta teknologi siber dalam ketenteraan negara kita?

Bagaimanakah kerajaan untuk memastikan keselamatan maritim negara dengan penggunaan radar jarak jauh dan teknologi sonar yang terkini? Bagaimana kerajaan juga untuk merancang untuk manfaatkan tenaga hijau seperti tenaga lestari dan kenderaan mesra alam, dalam sektor pertahanan? Dan apakah peranan teknologi automasi dan kecerdasan buatan (AI) dalam memperkukuhkan taktik ketenteraan robotik dalam logistik operasi medan? Dan apakah strategi yang bakal diambil untuk memperkukuhkan keupayaan angkasa negara termasuk pembangunan satelit ketenteraan dan teknologi anti-satelit? Jadi Batu Pahat berharap jawapan yang diberikan akan memberi gambaran jelas tentang usaha- usaha yang telah dan akan dilakukan dalam bidang ini.

Butiran 020300, iaitu Pertahanan Maritim. Apakah langkah-langkah keselamatan dan pertahanan yang diambil untuk melindungi wilayah perairan, pelabuhan dan perairan ekonomi negara dalam menghadapi ancaman luar dan dalam? Dan mengenai aset dan kapasiti, adakah perlu ditambah? Batu Pahat ingin mohon pencerahan berapa jumlahkah kapal peronda seperti LCS atau frigate yang diperlukan untuk menangani ancaman seperti lanun, penyeludupan dan pencerobohan sempadan dan lain-lain? Dan bagaimana dengan penggunaan dron dalam pemantauan kawasan yang agak sukar dan luas seperti Laut China Selatan.

Dan Batu Pahat ingin bertanya bagaimana dan kolaborasi antarabangsa terutama latihan tentera bersama seperti negara jiran Indonesia dan selain-lainnya ataupun Australia atau Amerika Syarikat?

Butiran seterusnya mengenai 030800, head-to-toe mengenai masalah pakaian dan peralatan operasi anggota Tentera Malaysia. Jadi masalah pakaian dan operasi ATM ini merupakan isu yang sangat kompleks. Jadi Batu Pahat ingin bertanya bagaimana kualiti dan pakaian terkini ATM. Adakah pakaian yang ada kini

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

cukup tahan lasak kerana cuaca negara ini sangat extreme? Kemudian Batu Pahat ingin bertanya tentang keselamatan perlindungan, adakah peralatan ini mencukupi memenuhi keperluan kepada ATM? Adakah peralatan tentera sekarang ini mengikuti peredaran zaman dan teknologi terkini?

Dan akhir sekali mengenai Butiran 010200 – Jabatan Hal Ehwal Veteran iaitu sejumlah RM293,472,900. Difahamkan seramai 300 ribu veteran ATM, jadi Batu Pahat mencadangkan agar Jabatan Pegawai Veteran perlu ditingkatkan sumber, dinaikkan taraf kemudahan dan dipermudahkan rangkaian sokongan. Jadi terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima Kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Saya menjemput Yang Berhormat Ketereh.

draft • 12:00 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Puan Pengerusi.

Sebelum saya meneruskan perbahasan, saya ingin rekodkan di dewan yang mulia ini ucapan tahniah kepada Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohamad, Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Haji Faizal dan Panglima 8 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Muzamil yang bertindak cemerlang dan profesional semasa membantu mangsa banjir di negeri Kelantan.

[Tepuk] . Seterusnya.

draft • 12:03 PM

Tuan Mohd Sany Bin Hamzan - Hulu Langat

Ketereh tanya sikit boleh Ketereh? Pasal banjir ni pasal banjir...

draft • 12:03 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Seterusnya...

draft • 12:03 PM

Tuan Mohd Sany Bin Hamzan - Hulu Langat

Sebab kalau banjir di Selangor...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:03 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Hulu Langat sila duduk.

draft • 12:03 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Diam Hulu Langat, diam!

draft • 12:03 PM

Tuan Mohd Sany Bin Hamzan - Hulu Langat

Saya nak tanya... Ketereh...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:03 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Hulu Langat mahu rehat? Boleh rehat dahulu...

draft • 12:03 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Aku cakap diamlah!

draft • 12:03 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Ketereh teruskan.

draft • 12:03 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Perkara pertama, iaitu Butiran 01200 – Pelarasan Pencen. Saya ingin tegaskan sekali lagi di Dewan yang mulia ini bahawa perkhidmatan ATM tidak sama dengan perkhidmatan awam yang lain.

Berdasarkan kepada Perkara 132, Perkara 137 dan Perkara 139 Perlembagaan Persekutuan. Manakala, Seksyen 187, Akta Angkatan Tentera 1972 pula menyatakan Majlis Angkatan Tentera telah diberi bidang kuasa undang-undang untuk membentuk satu Peraturan Pencen, Ganjaran dan Lain-Lain Faedah ATM 1982.

Peruntukan di bawah Bahagian 5, Peraturan-peraturan Angkatan Tetap Pencen, Ganjaran, dan Faedah-faedah Lain 1982 merupakan garis panduan pelarasan pencen veteran ATM yang diperakukan oleh Majlis Angkatan Tentera.

Kesediaan kerajaan untuk menyelaraskan pencen veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013, amat dialu-alukan dan telah memberi berita gembira kepada mereka yang terlibat. Mereka memuji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana bersedia melaksanakan penyelarasan pencen yang telah dinafikan sejak tahun 2013.

Di sini saya mengingatkan kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan, kaedah pelarasan pencen yang diumumkan tempoh hari amat mengelirukan dan saya mohon pelarasan pencen veteran bersara sebelum 1 Januari 2013 serupa dengan veteran yang bersara selepas 1 Januari 2013. Ianya selari dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 5 Februari 2024, iaitu Majlis Angkatan Tentera dikehendaki melaksanakan hak pelarasan pencen veteran yang bersara sebelum 1 Januari 2013 serupa dengan veteran yang bersara selepas 1 Januari 2013.

Selepas pelarasan pencen itu dibuat barulah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam boleh dilaksanakan kerana veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013.

Perkara kedua, rawatan di Institut Jantung Negara, banyak aduan yang saya terima dari anggota veteran ATM, di mana mereka menghadapi masalah untuk mendapatkan rawatan di IJN. Keadaan ini berlaku kerana alasan Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan KKM 1987 (P20)/91 bertarikh 3 Oktober 2022, yang telah menidakkan hak rawatan susulan di IJN bagi anggota tentera dan juga veteran ATM.

Anggota veteran tidak tertakluk kepada arahan KP KKM ini kerana ia terhad kepada kakitangan dan persara Jabatan Perkhidmatan Awam sahaja. Anggota Tentera tertakluk kepada Perintah Majlis Angkatan Tentera mengikut Akta Angkatan Tentera 1972 dan Pekeliling Jabatan Rekod dan Pencen JHEV di mana kos rawatan veteran dibayar oleh JHEV dan bukannya KKM. Oleh itu, saya mahu JHEV

draft • 12:03 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

menyelesaikan masalah ini dengan segera agar pesakit veteran ini diterima oleh IJN dan mereka tidak dinafikan.

Perkara yang ketiga, rawatan di hospital kerajaan. Saya mahu JHEV menguruskan veteran berpencen mendapat khidmat perubatan di hospital kerajaan dan bukan hanya veteran yang tidak berpencen sahaja. Kita selaraskan sama sahaja. Jadi memudahkan mereka kalau tidak, kalau pergi pada pusat rawatan kerajaan macam-macam disoalnya. Yang mengambil masa yang amat lama.

Perkara terakhir...

draft • 12:03 PM

Dato' Rosol Wahid - Hulu Terengganu

Ketereh, ketereh..

draft • 12:03 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Sekejap-sekejap − Perkara yang terakhir, perkara terakhir ialah kekurangan pusat dialisis, jumlah veteran ATM yang memerlukan rawatan dialisis meningkat setiap tahun, rawatan dialisis ini hanya terhad di Hospital Angkatan Tentera, hospital KKM dan pusat dialisis swasta. Justeru itu saya cadangkan agar dialisis ini dibuka di semua rumah sakit angkatan tentera di seluruh negara bagi menyenangkan mereka. Cuba bayangkan − cuba bayangkan kalau duduk di Keterehlah katanya, nak pergi ke Kota Baharu berapa jauh? Jadi saya nak buat di Kem Desa tu pusat dialisis. Itu sahaja daripada saya, ok saya bagi dekat [Ketawa]

draft • 12:03 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak perlu bagi, masa sudah tamat. Terima kasih Yang Berhormat Ketereh. Saya jemput Yang Berhormat Raub.

draft • 12:03 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 12:03 PM

[Dewan Ketawa]

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Terima kasih, Puan Pengerusi. Saya akan bahaskan cadangan pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) bawah Butiran 031000. Walaupun niat program ini adalah baik iaitu memupuk perpaduan nasional dan semangat cinta negara, namun rekod masa lalunya menunjukkan kegagalan dan kelemahan yang tidak boleh diabaikan.

draft • 12:09 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Pertama, rekod keselamatan yang buruk. Puan Pengerusi sejarah hitam PLKN tidak boleh dilupakan. Pada tahun 2004, seorang pelatih wanita dirogol di Kem PLKN Merang Suria, Terengganu. Pada tahun 2009, seorang lagi jadi mangsa serangan seksual di Kem PLKN Tasik Chini, Pahang. Pelakunya adalah lebih daripada 20 orang pelatih lelaki. Pada tahun 2009 juga, di Kem PLKN Tasik Chini mencatat pergaduhan berunsur perkauman. Lebih teruknya setakat 2013,.... [Tidak

draft • 12:10 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Jelas]... melaporkan bahawa sebanyak 23 orang anak-anak muda kita telah mati dalam kem-kem PLKN. 23 orang mati dalam 10 tahun sahaja.

Puan Pengerusi, insiden-insiden telah menggugat keyakinan rakyat terhadap PLKN. Kita tidak boleh melaksanakan semula program ini tanpa jaminan keselamatan yang kukuh. Faktor keselamatan juga antara pertimbangan yang utama yang mendorong kerajaan Pakatan Harapan untuk menghentikan program ini pada tahun 2018.

Baru-baru ini, kes buli di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sekali lagi menyedihkan kita. Kita tidak sangka keganasan boleh berlaku di institusi yang sepatutnya memupuk belia kita. Risiko yang sama boleh berlaku di kem PLKN.

Tinjauan oleh NGO, Architects of Diversity pada Januari 2024, mendapati 52 percent responden sangat bimbang tentang gangguan seksual di PLKN. 49 percent risau akan masalah buli dan 41 percent menolak kandungan yang dianggap menyokong agenda politik tertentu dalam PLKN.

Respons ini tunjukkan rakyat hilang keyakinan terhadap keupayaan PLKN untuk sediakan persekitaran yang selamat dan juga neutral. Jika tragedi seperti ini berulang, siapa yang akan bertanggungjawab? Puan Pengerusi, bagaimana kerajaan boleh meyakinkan rakyat bahawa program ini tidak akan sekali lagi memusnahkan kepercayaan terhadap keselamatan dan masa depan generasi muda kita...

draft • 12:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Raub, minta penjelasan.

Boleh? Ringkas.

draft • 12:10 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Masa tak cukup. Duduk.

draft • 12:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ringkas, ringkas sahaja.

draft • 12:10 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Tak boleh.

draft • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak beri. Sila duduk.

draft • 12:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Raub bersetuju ataupun tidak bersetuju dengan PLKN. Soalan.

draft • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Hulu Terengganu...

draft • 12:10 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Duduk. Duduk. Perbelanjaan yang tidak wajar.

Dari 2004 hingga tahun 2018. PLKN belanja RM8.4 bilion. Termasuk 43 percent kos sewaan kem tanpa tender terbuka. Malah untuk percubaan kecil pada 2025, kos dianggarkan mencecah RM40 juta. Pandangan saya ini bukan cara terbaik menggunakan wang rakyat. Ada lebih baik dana ini disalurkan kepada biasiswa pendidikan yang memanfaatkan semua belia tanpa mengira kaum. Pelaburan dalam

draft • 12:10 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

pendidikan adil dan saksama pastinya akan lebih berkesan dalam memupuk semangat patriotisme di kalangan belia.

Puan Pengerusi, ketiga, kegagalan memupuk perpaduan kaum yang tulen.

PLKN dipromosikan sebagai platform untuk menggalakkan perpaduan kaum. Tapi hakikatnya selepas tamat kem, belia akan kembali ke realiti kehidupan. Mereka terus berdepan dengan pelbagai cabaran dan ketidakadilan. Sebagai contoh, sistem kuota matrikulasi yang menjadi halangan kepada sebahagian pelajar bukan bumiputera cemerlang lepasan SPM.

Kita tidak boleh terlupa kisah yang dikongsikan atas pentas konvokesyen oleh Nahvin. Seorang pemenang Anugerah Diraja UTeM bahawa kawannya pernah ditolak masuk ke matrikulasi. Penolakan ini membawa kepada tragedi di mana kawannya akhirnya memilih untuk menamatkan hidupnya sendiri.

Kisah ini menggambarkan dengan jelas bahawa tanpa dasar yang adil sebarang program seperti PLKN tidak akan dapat mengatasi kegelisahan generasi muda terhadap peluang pendidikan. Dasar ini tidak hanya membatasi potensi pelajar tertentu. Tetapi juga menyampaikan mesej bahawa merit dan usaha tidak dihargai secara saksama. Jurang ini menimbulkan rasa kecewa dan menghakis kepercayaan belia terhadap keadilan sosial. Jika kerajaan serius mahu memupuk perpaduan dan patriotisme yang tulen, perubahan dasar pendidikan adalah kuncinya.

Penyatuan sistem kemasukan universiti dan pemberian biasiswa berdasarkan keperluan serta pencapaian adalah langkah penting untuk memberi peluang yang adil kepada semua. Dasar yang adil dan menyeluruh bukan sahaja mampu merapatkan jurang kepercayaan antara kaum tetapi juga melahirkan generasi muda yang benar-benar rasa dihargai dan bangga menjadi rakyat Malaysia.

Akhirnya, saya menyeru agar kerajaan menilai semula keputusan ini dan menumpukan sumber kepada inisiatif yang lebih efektif. Saya harap kerajaan boleh mempertimbangkan semula program ini.

Pepatah China menyebut [Berucap dalam bahasa Cina] Iaitu bermakna, 'Fikir tiga kali sebelum bertindak’. Saya harap kerajaan menilai semula keputusan untuk memulihkan PLKN. Sekian terima kasih.

draft • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Raub. Saya jemput Yang Berhormat Muar.

draft • 12:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Puan Pengerusi. Butiran Peroleh Aset. Konsesi terbesar dalam sejarah pertahanan negara

draft • 12:25 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

dari kerajaan ke syarikat Westime jumlah RM16.5 bilion selama 15 tahun untuk 28 helikopter tanpa melalui sistem tender. Saya mendengar ucapan daripada pimpinan kerajaan mengatakan ini merupakan perolehan melalui G to G yang apabila dikongsikan jelas bukan perolehan G to G kerana ia melibatkan syarikat swasta yang akan mendapat, akan menjadi concessionaire terbesar yang memakan jumlah berbilion ringgit wang cukai rakyat.

Saya ada persoalan Puan Yang di-Pertua, supaya masalah yang sama yang berlaku kepada LCS tidak akan berulang lagi. Kalau kita lihat Laporan PAC berkenaan salah laku LCS yang melibatkan kerugian berbilion ringgit adalah apabila kerajaan tidak mengikut spesifikasi yang diminta oleh end-user iaitu Angkatan Tentera Malaysia. Tetapi kerajaan lebih fokus untuk mendengar keluhan daripada kontraktor ataupun concessionaire.

Persoalan saya mudah, bolehkah kerajaan memberikan jaminan bertulis melalui Panglima Angkatan Tentera, Panglima Tentera Udara, Panglima Tentera Darat melalui tanda tangan mereka untuk mengesahkan bahawa concessionaire yang berjumlah berbilion ringgit adalah melalui permintaan dan permohonan mereka.

Spesifikasi itu mengikut end-user kerana mereka merupakan end-user-nya.

Bukan concessionaire. Kalau komitmen ini dapat diberikan, saya rasa syak wasangka di luar dan di dalam Dewan ini dapat diuruskan dengan lebih baik. Tetapi selagi kita tidak ada memberi ketetapan bahawa ini adalah untuk pertahanan, kedaulatan negara untuk end-user anggota tentera kita, selagi itulah kemusykilan ini akan berterusan di luar sana. Itu solusi yang mudah, dapat berikan pengesahan, di situlah kita dapat menyelesaikan masalah ini.

Kedua, 01200, kebajikan veteran. Saya ingin bincangkan tentang soal reformasi LTAT. Kita sudah digegarkan dengan peletakan jawatan berskala besar di LTAT kerana keengganan kerajaan untuk melaksanakan pelan reformasi LTAT. Ada juga tuduhan campur tangan daripada pemimpin politik yang menggagalkan usaha ini. Kerana akhirnya LTAT pada hari ini terlalu bergantung harap kepada Boustead yang akhirnya menyebabkan kadar faedah tahunannya diberikan kepada anggota tentera ini teramat rendah jauh lebih rendah daripada kadar caruman biasa ataupun kadar faedah yang diberikan oleh KWSP, contohnya.

Dengan itu, apabila ada tuduhan campur tangan ini, yang jelas menunjukkan kerana kadar faedah sangat-sangat rendah. Persoalan saya mudah, kalau kerajaan kata bahawa pelan reformasi ini tidak baik dan ada cadangan yang lebih, tolong bentangkan apa cadangan penambahbaikan ini yang boleh menggantikan usaha pelan reformasi daripada kepimpinan LTAT yang lepas? Kerana sampai ke hari ini,

draft • 12:25 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

kita belum dengar lagi dan kita masih menunggu apa pelan alternatif yang ingin dikemukakan supaya LTAT tidak sentiasa kekal sebagai asset-rich, cash-lite, dividend-lite yang akhirnya tidak dapat membantu anggota yang mencarum dengannya.

Saya juga ingin katakan kita perlu rasa belas kasihan inilah kepada pencarum tentera kita. Kerana mereka ini sanggup menggadaikan nyawa mereka. Sanggup meletakkan badan mereka di depan peluru untuk mempertahankan pintu kedaulatan negara. Kebanyakan daripada mereka bersara secara paksa pada umur 40 tahun.

40 tahun ini, jauh lebih muda, sangat muda. Kalau nak dibandingkan dengan pekerja- pekerja di luar sana. Tetapi pencen mereka ciput dan yang lebih menyedihkan kadar faedah caruman LTAT mereka itu jauh lebih rendah daripada kadar-kadar faedah yang ada di luar sana.

Masalah utama adalah apabila contoh, dengan kebobrokan, salah guna, rasuah, ketirisan yang berlaku dalam LCS akhirnya dana duit pesara ini akhirnya digadaikan untuk bailout yang berjumlah berbilion ringgit ini. Persoalan saya, bagaimana kerajaan akan merangka satu strategi supaya kadar faedah LTAT ini pada yang akan datang dapat bertanding sama dengan contoh kadar faedah KWSP yang boleh mencecah lima ke enam peratus? Saya berharap ini akan dijawab.

Terakhir Puan Pengerusi, adalah berkenaan isu buli yang makin lama makin systemic. Saya tidak perlu ulanglah secara perinci berkenaan kes buli yang melibatkan arwah Zulfarhan atau baru-baru ini lagi satu kes seterika, lagi satu kes yang melibatkan UPNM dan juga PALAPES di UiTM. Persoalan saya mudah, kalau buli telah dilihat, dilihat sebagai systemic, ia bukan hanya melibatkan pembuli seorang atau dua orang, tetapi di selindung, dipertahankan secara langsung atau tidak langsung oleh pihak kepimpinan atau sekurang-kurangnya cuba untuk didiamkan.

draft • 12:25 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Saya cadangkan dua perkara untuk selesaikan isu ini. Pertama sekali, saya merayu kepada pihak ibu bapa yang terkesan, jangan hanya buat laporan polis, ambil tindakan mereka ini kena caj. Caj itu bagus. Ambil tindakan. Tetapi, tolong buat saman sivil ke atas institusi tersebut kepada warden, kepada pegawai yang terbabit kerana mereka patut diheret sekali. Pastikan, pastikan mereka ini dimiskinkan.

Supaya pada masa yang akan datang mereka tidak akan pandang kiri kanan atas bawah. They will take direct action. Selagi kita tidak memiskinkan mereka, selagi itulah mereka take [Sambil menunjukkan gerakan tangan] bersihkan tangan mereka.

draft • 12:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Tak apa, seorang ini sahaja pembuli. Jadi, penjarakan. Yang lain boleh bermaharajalela. Enough is enough.

Kedua, saya cabar kerajaan buat rombakan daripada atas ke bawah. Kalau ini berlaku di negara lain Tuan Pengerusi, berlaku di RMC Sandhurst, berlaku di West Point Amerika Syarikat, percayalah pimpinan kat atas ini dah kena pecat, kena buang, kena panggil kat Senate Hearing. Dekat Malaysia, didiamkan. Tak apa kita ambil tindakan ke atas satu, dua pembuli. Ambil tindakan yang betul-betul drastik supaya tidak ada nyawa lagi yang mati. Itu cadangan saya Puan Pengerusi. Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Muar. Saya jemput Yang Berhormat Hulu Langat.

draft • 12:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Ketereh, garang sangat tadi tu. Saya nak sebut pada Ketereh, begini. Di Kelantan...

draft • 12:21 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, bahas.

draft • 12:21 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hah?

draft • 12:21 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bahas.

draft • 12:21 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ya lah, saya nak bahaslah ini.

draft • 12:21 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Butiran?

draft • 12:21 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Butiran mana tu Yang Berhormat? Butiran, butiran, butiran. Peringkat Jawatankuasa ini.

draft • 12:21 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sekejaplah. Ini masa saya.

Ini masa saya. Ini masa saya. Ini masa saya. Kalau di Kelantan, di Kelantan itu banjir...

draft • 12:21 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Sebutlah butiran dahulu.

Butiran.

draft • 12:21 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Bukan apa, lama dia tak masuk itu. Dia nak bagi tahu kata dia masuk hari ini.

draft • 12:21 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

...itu hujan itu banjir tetapi kalau di Selangor, kalau di Selangor bala, laknat itu musibah. Itu tak betul itu. Saya juga nak cadangkan kepada kerajaan juga, Parlimen-Parlimen yang banjir ini, kerajaan berikan peruntukan RM300,000.

draft • 12:21 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

No, no, Menteri Pertanian kenal Presiden PAT.

draft • 12:21 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:21 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pendang, kenapa tekan mic dan berucap sendiri di sana? Hulu Langat, butiran mana?

draft • 12:21 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Butiran 031000 – Program Latihan Khidmat Negara, B.60. Sebelum itu Tuan Pengerusi, saya ingin mengalu- alukan kehadiran Majlis Pimpinan Negeri, Parti Keadilan Rakyat daripada negeri Johor. Selamat datang ke Parlimen Malaysia.

[Tepuk] Saya nak sebut, saya nak bantu pada kawan-kawan ini yang terima musibah banjir ini. Saya nak minta kepada Perdana Menteri bagi peruntukan. Bagi peruntukan RM500,000 kepada Parlimen-Parlimen yang kena banjir ini.

[Menuding jari] Itu pun Pendang tak setuju. Pendang ni dah lah cerita benda-benda yang tidak betul. RM92 juta yang jumpa dekat rumah itu, ambil laporan itu daripada mana?

draft • 12:21 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

97, 97.

draft • 12:21 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dah duduk, duduk.

draft • 12:21 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

  1. Bukan 94. Masa Menteri DAP.

draft • 12:21 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pendang.

draft • 12:21 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Duduk, duduk. Bukan nak suruh. Duduk. Soal berkaitan dengan Pusat Khidmat...

draft • 12:21 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kamu sebut bukan...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:21 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pendang.

draft • 12:21 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dia sebut nama. Dia sebut nama saya.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 12:21 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Hulu Langat.

draft • 12:21 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ya.

draft • 12:21 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bahas Kementerian Pertahanan ya.

draft • 12:21 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ya, ya, ya. Pertahan lah ini.

Sambil, sambil. Sambil, sambil. Sambil, sambil Speaker. Ha, soal berkaitan dengan PLKN ini saya setuju Program PLKN ini dilaksanakan. Dia dapat memupuk sifat perpaduan, khususnya warga dan juga masyarakat yang terdapat dalam negara kita pada hari ini. Sebab itu, saya nak minta kepada Kementerian Pertahanan. Timbalan

draft • 12:21 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Menteri! Timbalan Menteri ada pada hari ini. Sebab itu, modul saat berkaitan dengan PLKN ini, kita nak soal berkaitan dengan lima prinsip Rukun Negara.

Yang pertamanya soal berkaitan dengan Kepercayaan kepada Tuhan.

Keduanya, Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Kemudian yang kelima ini, soal berkaitan dengan Kesopanan dan Kesusilaan. Ini yang dah hilang ni. Ini yang dah hilang dalam diri teman-teman dan juga sahabat-sahabat daripada Perikatan Nasional.

[Menuding jari]

draft • 12:21 PM

[Dewan riuh]

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Tepuk] Sebab bawa cerita fitnah! Adu domba! Tipu!

draft • 12:21 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Mana boleh! Sahabat- sahabat...

draft • 12:21 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

...Ajar Selangor, ajar Selangor.

Marah. Murka.

draft • 12:21 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Cerita tak betul!.

draft • 12:21 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

[Bangun] [Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:21 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat. Yang Berhormat Hulu Langat, boleh bahas baik-baik kah?

[Tepuk]

draft • 12:21 PM

[Dewan riuh]

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ya lah, baiklah tu.

draft • 12:21 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Kesopanan, kesusilaan Yang Berhormat.

draft • 12:21 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dia lama tak masuk...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:21 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pendang. Last warning, ya.

draft • 12:21 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Macam ini, susahlah saya nak bahas macam ni. Asyik padam mic sahaja.

draft • 12:21 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Kena ada Kesopanan dan Kesusilaan. Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat.

draft • 12:21 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ya, Kesopanan dan Kesusilaan. Cuma, bahasa saya keras. Tadi Ketereh bukan main lagi. Kamu jerit- jerit. Apa jeneral macam ini, jerit-jerit. Apalah Ketereh ni. Orang tanya elok-elok tadi.

Sebab itu, kita nak Timbalan Menteri. Timbalan Menteri Pertahanan, kita nak supaya kesepaduan ini, perpaduan, kesejahteraan kehidupan warga dan juga masyarakat ini, dibentuk melalui PLKN ini. Kita nak orang Melayu belajar soal berkaitan dengan

draft • 12:21 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

adat budaya dan juga adat resam orang Cina. Orang Cina, belajar adat resam budaya orang India. Begitu juga, dengan wilayah-wilayah yang terdapat di Sabah dan juga di Sarawak. Sebab, saya pun tak berapa nak sihat sangat. Jadi, saya berhenti setakat ini.

Cuma, Kesopanan dan Kesusilaan. Pendang! Pendang kalau nak bawa cerita, kena dapatkan maklumat yang betul. Begitu juga dengan Kepala Batas.

[Menuding jari]

draft • 12:21 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

[Bangun]

draft • 12:21 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ini Sultan Selangor marah, macam mana ni? Ni Sultan Selangor ini tak rujuk ni. Tak ada...

draft • 12:21 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Begitu juga dengan Kepala Batas, bawa cerita yang tak betul. Itu jadi masalah.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:21 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Saya jemput Yang Berhormat Tangga Batu.

draft • 12:21 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Kalau Pendang dia keras, Tangga Batu lembut-lembut aje lah. Baik, Tangga Batu merujuk kepada Butiran 010200 – Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).

Tangga Batu ingin penjelasan daripada Menteri, kementerian menyatakan apakah program-program kebajikan tambahan yang akan diberikan kepada veteran- veteran tentera yang dijalankan oleh pihak Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran.

Tangga Batu amat bersetuju dengan apa yang dibangkitkan oleh Ketereh tadi soal kebajikan veteran tentera yang tidak mendapat peluang untuk mendapatkan rawatan di IJN dan sebagainya.

Baik kemudian, Tangga Batu ingin tahu sejauh manakah keberkesanannya Program Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera iaitu PERHEBAT apabila berapa ramai kah yang mengikuti khusus ini dan mereka akhirnya menceburi bidang yang mereka belajar itu.

Kemudian, Tangga Batu ingin merujuk kepada Butiran 08400 – Perumahan Angkatan Tentera. Tangga Batu mohon Menteri menyatakan jumlah keluarga angkatan tentera, rumah keluarga angkatan tentera yang telah dibaiki sepanjang 2024, khususnya di RKAT Desa Taming Sari, Desa Tun Razak dan Desa Ria. Adakah

draft • 12:26 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

ianya mengikut sasaran unit yang diperlukan setiap tahun dan apakah tahun ini juga ada peruntukan untuk perbaiki rumah-rumah yang lain di Tangga Batu. Tangga Batu juga ingin memberikan, ingin bertanyakan apakah masalah air yang dialami oleh Desa di RKAT yang saya sebutkan tadi iaitu Desa Tun Razak, Desa Taming Sari, Desa Ria telah selesai sepertimana yang telah saya bangkitkan dalam sesi yang lalu.

Kemudian, Tangga Batu ingin merujuk kepada Program kepada Butiran 03100 – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Tangga Batu ingin mohon penjelasan awal, bagaimanakah modul PLKN yang terbaru apabila diwujudkan semula nanti. Apakah penekanan yang difokuskan pada Program PLKN kali ini.

Berapakah sasaran peserta yang disasarkan untuk mengikuti program dan kumpulan sasaran ini? Adakah premis-premis latihan Program PLKN sebelum ini akan digunakan semula bagi premis rasmi latihan semula untuk mengurangkan impak kosnya.

Terakhir, Tangga Batu ingin menyentuh soal Butiran 0900 – Pembinaan

(Awam). Tangga Batu ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kementerian, yang telah memberikan kelulusan dan peruntukan untuk pembinaan semula rumah sakit angkatan tentera iaitu 94 yang berada di Terendak Camp. Sebenarnya, pembinaan semula ini tertangguh begitu lama kerana pentingnya Hospital Angkatan Tentera Terendak ini bukan sahaja berkhidmat untuk masyarakat awam tetapi yang paling penting ialah kebanyakan penduduk-penduduk yang berada di sekitar Tangga Batu. Mereka majoritinya adalah dari kalangan veteran tentera yang telah membeli rumah-rumah di sekitar Tangga Batu.

Oleh itu, Tangga Batu berharap agar projek ini dapat diselesaikan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kemudian, Tangga Batu juga ingin tahu daripada kementerian, sejauh manakah program pembaik pulih tebing dan cerunan di kawasan pantai di Kem Terendak yang telah memberikan ancaman dan kerosakan kepada infrastruktur yang lain.

Apakah program membina benteng pemecah ombak akan dilaksanakan kerana ini antara faktor yang menyebabkan berlakunya hakisan yang teruk di sepanjang pantai Terendak Camp. Kemudian, Tangga Batu juga ingin minta kementerian berikan penerangan berkenaan dengan kemajuan projek intervensi menggantikan sistem perkhidmatan air paip lama di Kem Terendak yang saya telah bahas pada tahun lalu, dikhabarkan bahawa kementerian telah memperuntukkan RM30 juta untuk memperbaiki menggantikan paip-paip lama.

draft • 12:26 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tangga Batu ingin tahu, sejauh manakah progress-nya kerja-kerja ini?

Terakhir, apakah projek ini benar-benar mengikut fasa-fasa yang telah ditetapkan sejak dari awal kelulusannya? Sekian, terima kasih.

draft • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Tangga Batu. Saya jemput Yang Berhormat Lumut.

draft • 12:30 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Terima kasih, Puan Pengerusi. Kementerian Pertahanan― sorry. Saya ke Butiran 010200 – Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).

Saya menyambut baik inisiatif dan usaha Kementerian Pertahanan nak membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada veteran ATM. Perkara pertama adalah mengenai PROTEGE-Veteran. Seperti yang kita sedia maklum, PROTEGE adalah ringkasan daripada Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs, adalah merupakan satu unit di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bagi melaksanakan inisiatif untuk meningkatkan potensi kebolehpasaran dan kemahiran keusahawanan dalam kalangan graduan menganggur dan terbuka kepada pelbagai bidang pengajian.

Justeru, program ini memerlukan pengubahsuaian agar sesuai dengan keberadaan veteran yang lebih memerlukan peluang pekerjaan selaras dengan kemahiran kepakaran dan pengalaman mereka berbanding untuk terus terjun ke dalam bidang keusahawanan. Mohon perjelaskan kaedah yang akan diguna pakai untuk PROTEGE-Veteran ini.

Kedua, mengenai kesejahteraan veteran. Peningkatan Bantuan Sara Hidup veteran tidak berpencen dari RM300 ke RM500 sebulan adalah amat-amat dialu- alukan. Walau bagaimanapun, pelaksanaan di bawah ini adalah tidak selari dengan apa yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Yakni, sepatutnya layak kepada semua veteran yang berumur 60 tahun ke atas, namun di peringkat pelaksana, dimaklumkan hanya layak sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan. Kemungkinan punca utama kekeliruan ini adalah kerana penggunaan nama skim yang sama iaitu Bantuan Sara Hidup kerana ianya telah pun mempunyai kriteria tersendiri.

Justeru, adalah dicadangkan agar Bantuan Sara Hidup untuk veteran ini dijenamakan semula kepada nama lain― sebagai contoh, Bantuan Sara Veteran― yang membolehkan semua veteran berumur 60 tahun ke atas layak menerima elaun

draft • 12:30 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

bulanan ini selaras dengan hasrat sebenar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Semasa pengumuman, Perdana Menteri umum dengan ayat-ayat yang membuat veteran teruja, tetapi ketimbang dengan apa yang diimplementasikan, bersyarat pula. Persatuan Veteran ATM dan Jabatan Hal Ehwal Veteran telah pun mengangkat semula isu ini, mengenai syarat-syarat Bantuan Sara Hidup veteran ini perlu dikaji semula. Mohon penjelasan.

Seterusnya ke Butiran 031000 dan Butiran 04000 – Program Latihan Khidmat Negara. Kita telah dimaklumkan bahawa fasa rintis program ini dimulakan dengan konsep baharu dengan jumlah peruntukan bagi kedua-dua butiran sebanyak RM88.6 juta. Apakah PLKN 3.0 ini turut melibatkan tenaga pengajar daripada veteran ATM?

Hal ini bukan sahaja akan memberi peluang pekerjaan kepada veteran yang terlibat, namun ianya adalah selaras dengan pengalaman mereka terutama yang pernah terlibat sebagai tenaga pengajar semasa PLKN 1.0 dan 2.0 sebelum ini. Hal ini juga akan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga pengajar daripada anggota yang sedang berkhidmat dan mereka boleh fokus kepada tugas hakiki di barisan hadapan. Kaedah ini adalah amalan di negara Barat sehinggakan latihan ketenteraan mereka juga akan turut melibatkan veteran mereka sebagai tenaga pengajar utama.

Seterusnya, saya ke Butiran 020300 – Pertahanan Maritim. Sebagai seorang bekas pegawai TLDM dan semasa saya berkhidmat, saya amat selamat peka dengan keperluan sebenar ATM, khasnya untuk pihak TLDM yang telah mengutarakan keperluan pesawat helikopter yang diklasifikasikan sebagai multi- mission helicopter khususnya di dalam dimensi anti-surface warfare dan anti- submarine warfare, dengan izin, bagi menggantikan pesawat Super Lynx yang mengalami keusangan dan alat ganti sukar diperolehi serta terlalu mahal. Namun begitu, mengapa ia tiada sebarang tindakan positif diambil dengan segera?

Seandainya faktor kewangan menjadi kekangan, mengapa pula difahamkan TLDM akan diperuntukkan pesawat dari jenis yang tidak berkeupayaan di dalam dimensi anti-submarine warfare seperti mana di dalam rancangan kerajaan untuk menyewa 28 helikopter dengan kos dianggar RM16.5 bilion di mana TLDM menerima hanya dua buah pesawat yang bakal disewa? Ini sebenarnya tidak boleh organik di mana-mana kapal TLDM sedia ada mahupun kapal yang bakal diperoleh kelak seperti LCS dan LMS. Maksud organik di kapal ini maksudnya kapal ini tidak boleh masuk di dalam hangar kapal tersebut jika kapal beroperasi kerana helikopter itu kipasnya tidak boleh dilipat.

draft • 12:30 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Keperluan multi-mission helicopter, dengan izin, amat diperlukan bagi latihan juruterbang agar familiar dengan bentuk peperangan masa kini. Mohon penjelasan MINDEF tentang kewajaran sewaan pesawat jenis ini yang tidak menepati keperluan sepenuhnya pihak TLDM. Sekian, terima kasih.

draft • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Lumut. Saya jemput Yang Berhormat Kapar.

draft • 12:30 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum.

Terima kasih Pengerusi kerana memberi ruang kepada Kapar membahas Belanjawan 2025 Kementerian Pertahanan peringkat jawatankuasa yang telah diperuntukkan sebanyak RM21.1 bilion. Peruntukan ini merangkumi lima peratus daripada jumlah keseluruhan bajet negara sebanyak RM421 bilion dan jumlah ini adalah sekitar 0.96 peratus daripada KDNK Malaysia iaitu lebih rendah berbanding purata global yang disarankan oleh NATO sebanyak dua peratus untuk perbelanjaan pertahanan.

B.60 Butiran 020000 – Pertahanan Negara sebanyak RM11.5 bilion pada 2025. Apakah perancangan terperinci MINDEF bagi menambah baik aspek tatacara prosedur dan tadbir urus tatkala waktu kritikal untuk ATM meningkatkan keupayaan merentas domain darat, laut dan udara serta ruang lingkup siber dalam menangani cabaran geopolitik kontemporari? Adakah pihak kementerian telah mengenal pasti kelompangan yang sedia ada dari segi urusan perolehan aset-aset strategik dengan mewujudkan mekanisme yang lebih telus? Agar isu pembatalan kontrak sewaan empat helikopter UH-60 Black Hawk tidak berulang. Saya sebagai ahli PAC, saya sangat-sangat terpanggil untuk memastikan perkara seperti ini tidak berulang.

Apakah status terkini pembangunan Dasar Industri Pertahanan Negara dalam usaha memperkukuhkan industri pertahanan negara?

Kewujudan ekosistem sokongan serta strategi pertahanan yang ampuh di sebalik perkembangan teknologi destruktif dan ancaman siber global. Sejauh manakah penggunaan teknologi AI dalam sektor pertahanan dan ketenteraan ketika ini? Adakah sudah ada garis panduan penggunaan AI? Khususnya mengambil kira amalan terbaik antarabangsa dalam pemodenan kelengkapan dan penyelenggaraan aset pertahanan yang kita lihat macam usang. Adakah ada peruntukan di sana?

B.60, Butiran 020300 – Pertahanan Maritim. Peruntukan sebanyak RM1.69 bilion. Sejauh manakah pengesanan radar Stesen Pengawasan Maritim Laut Lumut

draft • 12:35 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

(SWASLA) telah diguna pakai untuk meningkatkan pemantauan berterusan di sepanjang perairan negeri transit bagi membendung isu pencerobohan PATI yang didapati menyeludup?

Dan juga masalah yang tadi disebutkan, peruntukan bagi pengurusan.

Apakah tindakan susulan MINDEF berikutan lima pegawai kadet ALK yang terlibat dalam tiga kes buli yang diberhentikan kerja dan diarah bayar ganti? Adakah kerajaan telah merangka― ini Butiran 010000, peruntukan bagi pengurusan.

Apakah kerajaan telah merangka mekanisme khusus bagi mengenal pasti risiko kes- kes seumpama ini yang mungkin tidak dilaporkan kepada pihak pengurusan atas faktor keselamatan pengadu serta langkah ruang untuk memulihkan keyakinan dan integriti ALK secara holistik? Kita tak nak berulang lagi.

P.60, Butiran 08400 – Perumahan Angkatan Tentera Malaysia, peruntukan sebanyak RM698.3 juta. Bagi frontliners seperti tentera, rumah yang sesuai dan selesa untuk diri dan keluarga adalah sangat penting, lagi-lagi bila ada anak sekolah dan sebagainya. Jadi, rumah yang ada perlu dilengkapi dengan perabot yang wajar.

Jadi, saya lihat Butiran 030700 – Penggantian Perabot Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT), B.60 ya, saya lihat seolah tak berubah, macam tak naik lagi harga perabot. Cukup ke ini?

draft • 12:35 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Sejauh manakah usaha proaktif kementerian melalui pihak pengurusan Unit Perumahan RKAT untuk meningkat pemantauan penyelenggaraan RKAT ini yang lebih kerap dan mengawasi kerosakan secara berkala dan mengambil kira aduan- aduan yang diterima? Apakah status terkini pembinaan 10,874 unit rumah Projek Perumahan Satu Anggota Satu Rumah ATM? Berapa yang sudah dimohon, berapa yang telah diluluskan?

Akhir sekali Butiran 031000 – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan P.60 Butiran 04000. Jumlah peruntukan RM88.63 juta bagi PLKN ini perincikan kita sudah dengar tadi sahabat kita di sini sudah dengar tadi Ahli Yang Berhormat apakah sebenarnya bentuk pembaharuan dari segi modul-modul yang akan diperkenalkan termasuk yang akan menjaga keselamatan, kesihatan dan juga supaya orang lain ini tenteram, tenang, tidak berimaginasi lagi-lagi ibu, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Termasuklah latihan ketenteraan dan modul pembinaan negara berbanding PLKN sebelum ini. Jadi, kami mahu diyakinkan oleh kerajaan adakah PLKN ada ROI yang worth it lah, dengan izin Pengerusi. Terima kasih.

draft • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Kapar. Saya jemput Yang Berhormat Tanjong Karang.

draft • 12:40 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Tanjong Karang terus kepada Butiran 020200, 00100, 00200 mengenai belanjawan mengurus dan pembangunan pertahanan darat yang berjumlah RM7.3 bilion. Butiran 020300, 00300 dan 00400 mengenai belanjawan mengurus dan pembangunan maritim berjumlah RM4.0 bilion. Butiran 020400, 00500 dan 00600 mengenai belanjawan mengurus dan pembangunan pertahanan udara berjumlah RM4.3 bilion.

Dari ketiga-tiga butiran mengurus dan pembangunan ini sangat jelas pertahanan udara masih tidak menjadi keutamaan dalam Belanjawan 2025.

Kementerian Pertahanan masih lagi berada di takuk lama dengan tumpuan masih kepada pertahanan darat sedangkan zaman teknologi telah jauh berubah sekarang dan keunggulan pertahanan udara adalah sangat-sangat kritikal dalam menentukan menang atau kalah apabila berlaku peperangan.

Jadi, bagi menjamin keselamatan, keamanan dan kedaulatan negara, Malaysia perlu memperkasakan sistem pertahanan udaranya dengan kadar segera.

Perang di Timur Tengah dengan keunggulan pertahanan udara Israel yang sangat bermaharajalela sewajarnya sudah cukup memberikan pengajaran bermakna kepada kita semua dan Kertas Putih Pertahanan Negara wajar dinilai semula untuk ditambah dengan strategi-strategi baharu dengan tumpuan khusus bagi memperkasakan pertahanan udara negara.

Tuan Pengerusi, Tanjong Karang mohon mencadangkan kepada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan agar belanjawan pembangunan pertahanan udara 2025 dapat ditingkatkan sekurang-kurangnya RM10 bilion bagi memperkasakan sistem pertahanan udara dengan kadar segera untuk membeli aset-aset seperti jet-jet pejuang terkini, sistem anti peluru berpandu dan satelit berkeupayaan tinggi serta mengembangkan keupayaan batalion Tentera Udara.

Jadi sekali lagi Tanjong Karang menegaskan, kita mesti memperuntukkan satu bajet terbesar negara sekurang-kurangnya ditingkatkan dari lima peratus kepada 10 atau 15 peratus KNDK demi untuk memperkasakan sistem pertahanan udara. Ini sangat penting demi menjamin kedaulatan Malaysia. Sebagaimana kita sedia maklum, negara Singapura sangat berkeupayaan tinggi dengan memiliki lapan buah jet pejuang FA-35 yang tercanggih dan berharga hampir USD200 juta sebuah.

draft • 12:41 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Maka, amatlah tidak wajar kalau kita hanya berserah dan berbangga serta redha dengan Sukhoi Su-30MKM dan perolehan F-18 jet pejuang terpakai dari Kuwait sahaja.

Akhirnya, Tanjong Karang memohon Yang Berhormat Menteri Pertahanan menjustifikasikan kemampuan pertahanan negara dengan belanjawan hanya sekadar lima peratus daripada KDNK sahaja. Persoalannya, adakah kekurangan peruntukan Belanjawan Kementerian Pertahanan ini tidak akan menjamin kemampuan ATM untuk memastikan Malaysia selamat. Sekian, Tanjong Karang mohon menyokong.

draft • 12:41 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Tanjong Karang. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab masa 25 minit.

draft • 12:41 PM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Puan Yang di-Pertua, terima kasih kepada 13 Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan kepada isu yang terkait di peringkat Jawatankuasa Kementerian Pertahanan.

Puan Pengerusi, terlebih dahulu izinkan saya untuk mengambil kesempatan ini untuk di sesi penggulungan belanjawan di peringkat Jawatankuasa bagi pihak Kementerian Pertahanan. Bagi seluruh warga Kementerian Pertahanan serta Angkatan Tentera Malaysia, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih khususnya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana mengutamakan Kementerian Pertahanan melalui peruntukan RM21.13 bilion dan kalau kita lihat daripada peruntukan ini RM13.64 bilion merujuk kepada perbelanjaan mengurus dan peningkatan perbelanjaan mengurus ini sudah barang pasti banyak terkait juga dengan Skim Saraan Perkhidmatan Awam pada tahun hadapan. Begitulah juga dengan ‘RM749 bilion’ Puan Pengerusi yang terkait dengan perbelanjaan pembangunan. Kementerian Pertahanan dan ATM akan memastikan peruntukan ini dimanfaatkan dengan telus dan berhemah demi menjaga sebuah negara yang selamat, berdaulat dan juga makmur.

Puan Yang di-Pertua, tadi saya melihat ada 13 Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengutarakan pelbagai isu. Cuma isu pertama yang saya ingin bangkitkan banyak terkait tadi disentuh tentang veteran Angkatan Tentera. Jadi, saya tahu bahawa ada

draft • 12:45 PM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

pelbagai isu yang dibangkitkan. Jadi, antaranya adalah dibangkitkan oleh Ketereh dan dibangkitkan juga oleh Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk— perkara dibangkitkan tentang veteran Angkatan Tentera, kita tahu bahawa peningkatan perbelanjaan kepada veteran Angkatan Tentera ini meningkat daripada satu tahun kepada satu tahun.

Daripada RM117 juta kita tingkatkan kepada RM231 juta dan kalau kita lihat pada tahun ini RM297 juta kita berikan kepada veteran Angkatan Tentera. Ada lima teras utama yang selalunya kita berikan penekanan kepada veteran kita seperti mana Ahli-ahli Yang Berhormat bangkitkan. Pertama adalah kebajikan. Kedua adalah kesihatan. Ketiga adalah perumahan anggota veteran itu sendiri. Keempat adalah perkara-perkara yang terkait dengan pendidikan anak-anak veteran dan yang kelima, perkara yang terkait dengan bagaimana kita mengupayakan veteran Angkatan Tentera termasuk yang disebut tentang PERHEBAT itu sendiri dan juga segala usaha oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran.

Sebab itu kalau kita lihat tadi dibangkitkan oleh Ketereh iaitu tentang penyelarasan pencen. Kita harus ingat bahawa kita mempunyai dua perkara dalam pelarasan pencen. Pertama, memang saya tidak nafikan bahawa kita masih lagi punya kes-kes di mahkamah yang terkait antara veteran dan juga kerajaan itu sendiri. Itu satu aspek yang memang kita tidak membincangkan persoalan itu.

Akan tetapi yang terkait dengan SSPA itu, Skim Saraan Perkhidmatan Awam memang kita selaraskan kembali semua pencen veteran Angkatan Tentera kita 113,000 orang penerima pencen dan lebih daripada 31,000 orang penerima pencen terbitan. Jadi, keseluruhannya penerima pencen ini lebih daripada 144,000.

Daripada penyelarasan pencen ini Puan Pengerusi, kita melihat bahawa bila kita selaraskan pencen ini masih ada lagi 400 orang lebih. 490 orang Veteran Angkatan Tentera yang masih lagi di bawah paras garis kemiskinan. Sebab itu kalau kita lihat pada garis kemiskinan yang kita gunakan adalah RM1,196 dan kita manfaatkan ini.

draft • 12:45 PM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Kita harap daripada bajet kita ini- daripada belanjawan kita, khusus kepada veteran angkatan tentera, kita boleh memastikan bahawa 400 lebih ini juga akan dapat bantuan sara hidup daripada kita untuk kita selaraskan. Itu yang pertama.

Kedua adalah bantuan sara hidup yang dibangkitkan oleh ramai Ahli Yang Berhormat...

draft • 12:50 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Sedikit sahaja, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 12:50 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Ya, sila.

draft • 12:50 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Saya ingat yang penting kat sini, maksud saya tadi adalah sebelum sistem senggaraan (SS) yang akan dilaksanakan itu, kalau boleh buat dahulu penyelarasan pencen 2013 ke bawah. Kalau tidak, kita buat sistem saraan bergaji itu, macam sekarang pencen itu dia based pada pencen yang lama. Jadi, buat yang itu dahulu, itu maksud saya.

draft • 12:50 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Ya, Yang Berhormat Ketereh. Seperti mana kita tahu bahawa isu yang terkait dengan 2013 adalah isu yang terkait dengan persoalan- persoalan mahkamah juga. Jadi, kita terikat juga dengan persoalan itu. Sebab itu bagi kita, kita selesaikan kepada seluruh anggota veteran yang berpencen itu, kita selaraskan pencen mereka mengikut Skim SSPA ini dengan harapan kita, majoriti di kalangan mereka macam saya sebutkan tadi daripada 144,000 itu, hanya 400 lebih sahaja di bawah paras garis kemiskinan. Itu pun kita akan bantu dengan bantuan sara hidup.

Kedua adalah untuk veteran kita yang tidak berpencen kerana kita tahu bahawa sistem pertahanan kita memerlukan veteran kita yang tidak berpencen ini adalah sistem yang telah ada. Jadi, tanggungjawab kita di peringkat Kementerian Pertahanan adalah untuk pastikan bahawa mereka yang tidak berpencen ini diberikan keutamaan. Antaranya adalah dengan bantuan sara hidup ini. Sebab itu kalau kita lihat bermula tahun lepas dan dengan bajet tahun hadapan kita membelanjakan hampir RM174 juta, khusus untuk bantuan sara hidup kepada veteran angkatan tentera yang tidak berpencen ini. Sebab itu kalau kita lihat tadi ada dibangkitkan, termasuk Lumut ada bangkitkan. Kenapa kita tidak bagi kepada semua 60 tahun ke atas? Tetapi kita harus ingat bahawa bantuan sara hidup kita adalah untuk pastikan bahawa di kalangan rakyat kita itu mesti ada satu garis. Kalau kita tahu bahawa di kalangan veteran kita juga, ada jugalah yang T20. Walaupun tidak ramai, ada juga yang M40. Tetapi fokus kita adalah kepada miskin tegar itu. Sebab itu kita gunakan garis itu. Buat masa ini untuk makluman Pengerusi, kita ada 31,000 orang veteran angkatan tentera yang menerima bantuan sara hidup ini. Sebab itu kalau kita lihat untuk veteran 60 tahun ke atas yang tidak berpencen ini bermula tahun hadapan, kita akan sumbangkan peningkatan daripada RM300 kepada RM500. Ini akan mencecah sehingga RM174 juta.

Kedua tadi ada dibangkitkan tentang kesihatan anggota veteran kita. Saya tidak nafikan bahawa kita tahu bahawa isu-isu yang melibatkan IJN, kita di pihak kementerian, saya sendiri sebanyak tiga kali, kita sudah jumpa dengan Kementerian Kesihatan. Kita selaraskan semula dan saya fikir tidak timbul isu perkhidmatan kesihatan anggota veteran kita sama ada berpencen ataupun tidak berpencen.

draft • 12:50 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Mereka sepatutnya diberikan perkhidmatan kesihatan sama ada di klinik kesihatan ataupun hospital-hospital kesihatan, mahupun yang berdekatan dengan Hospital Angkatan Tentera, mereka diberikan perkhidmatan itu. Cuma saya tak nafikan memang ada beberapa isu lagi. Contohnya, yang berpencen diselaraskan oleh KKM itu sendiri, yang tidak berpencen diselaraskan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran.

Mereka yang tidak berpencen merasakan mereka diberikan perkhidmatan yang lebih baik daripada yang berpencen. Tetapi saya tidak nafikan bahawa KKM sendiri terpaksa melaraskan kedua-dua perkara ini kerana mereka selaraskan anggota yang berpencen dan juga mereka harus memberikan perkhidmatan kepada rakyat secara keseluruhannya.

Ini antara perkara-perkara yang tadi dibangkitkan, yang terkait dengan veteran angkatan tentera. Begitulah juga dengan latihan. Saya tak nafikan bahawa kita di peringkat anggota veteran kita, kita memang memberikan mereka latihan melalui PERHEBAT. Tetapi dalam masa yang sama, kita juga ada Program PROTEGE-Veteran kita kerana kita tahu bahawa veteran kita juga harus diberikan satu suntikan dari segi meningkatkan ekonomi mereka. Sebab itu kalau kita lihat melalui Kerajaan Malaysia Madani ini, kita sudah memperkenalkan apa yang kita sebut sebagai Program Pemerkasaan Usahawan Veteran (PUVET), di mana kita mempunyai kerjasama juga dengan kementerian-kementerian yang lain untuk pastikan bahawa usahawan-usahawan veteran kita ini juga turut dibantu dalam sistem kebajikan kita. Sebab itu kita ada kerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia yang kita panggil sebagai MyWIRA, di mana kita meletakkan veteran- veteran kita di industri. Jadi, kita mulakan dengan 26 orang pada tahun ini dan kita boleh melihat hasil kejayaan itu, 26 itu kekal di industri itu dan kita akan melalui fasa- fasa seterusnya.

Begitulah juga dengan sedikit tadi yang dibangkitkan juga oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang terkait dengan peruntukan ini. Ada tadi dibangkitkan oleh Yang Berhormat- saya pergi kepada Jelutong dahulu ya. Yang Berhormat Jelutong membangkitkan tentang PLKN. Jelutong tak ada ya?

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak ada.

draft • 12:50 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Jelutong tak ada dalam Dewan. Jawab yang ada dalam Dewan. Tanah Merah ada dalam Dewan.

draft • 12:50 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Tenggara, Tenggara.

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tenggara, tak ada.

draft • 12:50 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Tanah Merah.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 12:50 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Tanah Merah ya.

draft • 12:50 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Tanah Merah ada, Pendang ada, Muar ada.

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Kapar ada.

draft • 12:50 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Sedikit lagi saya tambah tentang Ketereh tadi.

Dia ada bangkitkan tentang perkhidmatan kesihatan untuk poliklinik anggota veteran kita, terutamanya yang terkait dengan dialisis. Saya tak nafikan bahawa kita di peringkat Kementerian Pertahanan, kita membangunkan pusat-pusat dialisis kita dan dalam masa yang sama melalui poliklinik yang kita tubuhkan di beberapa lokasi sama ada di Kuantan, di Terengganu, di Sabah dan juga di beberapa lokasi ini. Memang kita tempatkan sekali dengan pusat-pusat dialisis. Dengan cara ini saya fikir dia juga boleh membantu. Cuma tadi cadangan daripada Ketereh itu mungkin kita pertimbangkan kerana Ketereh mahu di semua kem kita. Jadi, kita juga harus melihat. Saya alu-alukan pandangan itu tetapi dari masa ke semasa memang kita cuba pertingkatkan kerana kita tahu perkhidmatan dialisis buat masa ini memang ada keperluan. Cuma buat masa ini saya fikir dia tidak ada masalah kerana kerjasama kita dengan pihak swasta sentiasa kita lakukan. Mana-mana veteran angkatan tentera yang mahu mendapatkan dialisis memang kita berikan keutamaan itu.

Puan Pengerusi, tadi ada dibangkitkan tentang kontrak perkhidmatan sewaan kita. Saya tidak nafikan tadi Yang Berhormat Tanah Merah ada bangkitkan, dia compare dengan Filipina. Pembelian dengan sekian harga, dengan sewaan dengan harga yang lebih tinggi. Saya fikir kalau Tanah Merah consistent memberikan pandangan-pandangan sebegitu tetapi saya fikir kalau kita mahu melihat apa yang kita belanjakan oleh Kerajaan Malaysia adalah mengambil kira sepuluh tahun ke hadapan itu atau 15 tahun ke hadapan itu termasuk dalam kos maintenance. Kita tahu bahawa di Kementerian Pertahanan, antara cabaran kita adalah mungkin barang itu kita boleh beli dengan harga yang rendah ataupun dengan harga RM100 juta, contohnya. Tetapi maintenancenya kadang-kadang lebih daripada itu. Apatah lagi dia mengambil masa yang lebih lama. Kita tahu bahawa peralatan yang kita beli, lagi lama lagi tinggi maintenancenya. Apatah lagi kalau kita menghadapi masalah alat ganti dan seumpamanya. Ini cabaran kita sebenarnya di Kementerian Pertahanan. Sebab itu bila kita buat proses-proses ini, saya fikir di Kementerian Kewangan, apabila kita kerjasama dengan Kementerian Kewangan, semua aspek itu harus diambil kira. Sebab itu apabila kita berhujah untuk menggambarkan pembelian-pembelian kita, bagi saya, kita harus mengambil kira semua faktor itu.

draft • 12:50 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Saya fikir Yang Berhormat Tanah Merah juga mempunyai pengalaman di situ, bagaimana kita mengambil kira kos pembelian kita dan dalam masa yang sama kita juga harus mengambil kira kos jangka masa panjang penyelenggaraan itu.

Walaupun kita tak nafikan bahawa kita memang mempunyai keupayaan untuk melakukan MRO kepada aspek-aspek itu tetapi kita tahu bahawa walaupun kita menyewa tetapi saya fikir bahawa pembangunan maintenance, repair dan overhaul ini juga kita mengambil kira dalam kita menentukan...

draft • 12:50 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Yang Berhormat, ringkas sahaja, sedikit sahaja.

draft • 12:50 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Ok.

draft • 12:50 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Saya memahami.

Tetapi apa pun, maintenance pun tidaklah begitu mahal. Contohnya, macam tadi saya kata Philipines beli RM25,000,00.32. Itu tidak termasuk maintenance. Jadi, walaupun maintenance masuk, ia tidaklah sampai melibatkan RM15 bilion. Macam kita jugalah, Yang Berhormat. Saya percaya Yang Berhormat beli kereta, Yang Berhormat tidak sewa kereta. Jadi, itulah maksud saya. Apa pun saya faham kerajaan sudah buat keputusan. Cuma pastikanlah. Janganlah satu syarikat ini monopoli semua. Maintenance dia buat, sewa dia. Boleh tak, mungkin maintenance ini bagilah, biar orang lain. Takkan satu kek itu satu syarikat yang makan semua?

Kalau boleh, kek itu dikongsi. Lebih ramai kita boleh ambil bahagian. Terima kasih.

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi[ Puan Alice Lau Kiong Yieng]

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh sambung menjawab selepas pukul 2.30 nanti.

draft • 12:50 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Boleh.

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Boleh. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 12:50 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguh dan akan disambung semula pada jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.

draft • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Tuan Suhaizan bin Kaiat (Pulai) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 2:30 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera, salam MADANI.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis dalam Jawatankuasa.

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Suhaizan bin Kaiat (Pulai) **mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft • 2:30 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sila sambung dengan jawapan.

draft • 2:30 PM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Pada Ahli-ahli Yang Berhormat, saya sambung soalan tadi. Saya berhenti di Tanah Merah tadi. Ada satu perkara yang dibangkitkan oleh Tanah Merah. Kita tahu bahawa iaitu menyentuh tentang perolehan pertahanan, merangkumi status perolehan pelbagai aset kita.

Ingin saya sebutkan bahawa memang kita di peringkat Kementerian Pertahanan, bila kita ingin mendapatkan aset-aset kita, kita berteraskan kepada Kertas Putih Pertahanan dan juga kita merujuk kepada langkah strategik angkatan masa hadapan ATM itu sendiri. Ini kerana kita tahu bahawa di ATM itu kita ada tiga teras domain utama kita iaitu domain darat kita, udara dan juga laut. Jadi, kita berteraskan kepada domain-domain ini. Maka aset-aset pertahanan itu kita melalui proses itu.

Jadi, ada dibangkitkan juga oleh Muar. Antara yang dibangkitkan adalah tentang isu-isu terkait dengan secara teknikalnya ataupun secara spesifikasinya peranan user itu sendiri. Selalu dibangkitkan tentang apakah perolehan kita ini tetap memenuhi kehendak daripada user itu sendiri. Tetapi harus saya peringatkan kepada kita semua bahawa modal di Kementerian Pertahanan itu siapa pun yang menjadi kerajaan, kita tahu bahawa perkara paling asas adalah kehendak daripada user itu sendiri.

Kalau kita lihat, bukan sahaja user itu dilibatkan di peringkat awal tetapi penilaian kepada aset-aset yang setelah melalui proses-proses ini juga sebelum kita

draft • 2:32 PM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

punya pemilikan kerana user tak menerima aset itu. Aset itu tidak boleh diterima. Ini antara perkara-perkara yang harus kita lihat. Sebab itu prosesnya ada.

Saya fikir apa yang disampaikan oleh Muar itu memang menjadi keutamaan kita cuma...

draft • 2:32 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 2:32 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Nanti sekejap, saya selesaikan and saya benarkan untuk disoal.

draft • 2:32 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih.

draft • 2:32 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Jadi, ini antara perkara teras dalam Kerajaan Malaysia MADANI ini, kita pun tidak boleh menggambarkan user kita dia cenderung kepada mana-mana pembuatan atau syarikat. Itu akan memberikan satu kesan yang buruk juga kepada user kita. Sebab itu user biasanya dia menyediakan spesifikasi itu.

Adapun bagaimana proses itu dibuat dan akhirnya dinilai sendiri antaranya adalah penilaian teknikal itu akan melibatkan user juga. Jadi, sama ada penilaian teknikal, penilaian kewangan kita dan akhirnya kita harus membuat segala bentuk keputusan. Sebab itu kalau kita lihat, saya rasa prosesnya macam tadi Yang Berhormat Muar, mungkin mencadangkan beberapa lagi tindakan-tindakan bertulis untuk pastikan bahawa keperluan-keperluan kita.

Saya juga peringatkan, kadang-kadang kita suka mengambil pandangan- pandangan mereka yang terdahulu daripada kepimpinan-kepimpinan user ini juga.

Tetapi saya harus ingat bahawa setiap daripada zaman kepimpinan itu, mereka di peringkat teknikal itu, mereka mempunyai pandangan-pandangan yang pelbagai dari segi perolehan aset, keperluan semasa dan kehendak masing-masing.

Jadi, bagi saya penghormatan kita kepada keperluan-keperluan yang ditentukan oleh perkhidmatan ini sama ada darat, udara ataupun laut itu menjadi antara keutamaan kita dalam kita membuat keputusan perolehan aset kita. Silakan Muar.

draft • 2:32 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Timbalan Menteri, adakah user telah buat penilaian?

draft • 2:32 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Sila, sila.

draft • 2:32 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih.

draft • 2:32 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Saya bagi Muar.

draft • 2:32 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Lepas itu bagi Tanah Merah. Terima kasih.

draft • 2:32 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Saya katakan ini kerana saya dimaklumkan pada tahun 2022, cadangan yang sama pernah dikemukakan ke meja KDN, tetapi KDN yang merupakan end user telah menolak cadangan ini kerana ia tidak mengikut spesifikasi dan isu kos yang teramat mahal yang akhirnya merugikan kementerian dan rakyat.

Persoalan saya mudah, kenapa pada tahun 2022 kerana isu spesifikasi dan kos yang memakan jumlah berbilion ringgit yang jelas merugikan rakyat, boleh ditolak, tetapi apabila pertukaran kerajaan tiba-tiba diterima, kita kena ingat, end user ini bukan perkara kecil. Laporan PAC menunjukkan skandal rasuah LCS itu diakibatkan kerana kerajaan tak dengar Panglima Tentera Laut kita. Akhirnya yang makan kesan akibat adalah veteran tentera kerana dividen LTAT sangat rendah dan rakyat perlu bayar bailout berbilion ringgit ini.

So, sebab itu persoalan saya mudah. End user-nya Angkatan Tentera Malaysia. Adakah panglima kita bersetuju atau tidak? Kalau tidak bersetuju, maksudnya kerajaan pada hari ini mengutamakan kontraktor-kontraktor daripada angkatan tentera kita, kedaulatan kita.

draft • 2:32 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Okey, terima kasih Yang Berhormat Muar. Macam saya sebutkan tadi...

draft • 2:32 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Menteri, bagi saya sambung sedikit, lepas itu sambung jawab. Sedikit.

draft • 2:32 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Sila, sila.

draft • 2:32 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Bila Yang Berhormat Menteri jawab, kata user saya Air Force dia ada 12 unit heli EC725 dan saya tahu, setahu sayalah sudah tentu kalau sudah ada 12 unit, lebih baik kita Air Force, dia punya target dia nak 24. Jadi, tentulah dia nak 12 lagi EC725 sebab dia dah biasa dengan EC725. Dan EC725 boleh mengisi hampir lebih daripada, boleh bawa 20 penumpang, sedangkan AW ini tak salah saya around 10 orang saja. Jadi ini menunjukkan, saya percaya user tak begitu setuju tapi saya tidak tahu tiba-tiba sekarang ini user boleh setuju. Terima kasih.

draft • 2:32 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Muar dan juga Yang Berhormat Tanah Merah bangkitkan persoalan itu. Saya tak nafikan tadi Yang Berhormat Muar kita tahu bahawa perolehan sebahagian aset kita ini adalah model yang saya fikir agak baik juga kerana kita menggabungkan kementerian-kementerian kita. Ini kerana kita tahu bahawa kalau masing-masing mempunyai aset yang walaupun penggunaannya sama sebahagiannya walaupun spesifikasi teknikalnya masing-masing mempunyai keperluan yang berbeza dengan

draft • 2:32 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

aset yang sama, tetapi saya melihat macam tadi disebut kepada kita adalah prosesnya. Itu yang paling penting.

Ini kerana, kita tahu bahawa macam tadi disebut sebelum ini tak diterima tetapi akhirnya diterima. Itu hanyalah persepsi sebenarnya, kerana kita tahu bahawa sama ada nak menerima atau tidak menerima, sebenarnya user sudah diberikan peluang-peluang ini sama ada daripada awal.

Sebenarnya pemilikan itu sendiri ditentukan oleh pihak user itu sendiri.

Begitulah juga dengan kalau kita lihat dari segi penilaian. Macam saya sebutkan tadi, kalau diakhirnya walaupun aset itu diberi kononnya tanpa diterima oleh user, user tak boleh menerimanya. Jadi itu sebab kalau kita lihat proses yang telah berlaku dalam Kerajaan Malaysia MADANI.

draft • 2:32 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Begitulah juga bila kita mengadakan G to G ya, contohnya pembelian dan seumpamanya, saya fikir sebelum kita boleh mengadakan G to G ataupun kita berunding dan seumpamanya, keperluan dari user itu harus juga diambil pengetahuan.

Seterusnya saya ingin — Saya minta...

draft • 2:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit isu yang sama. Saya minta penjelasan sedikit.

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Saya rasa saya pergi ke benda lain.

draft • 2:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Jawapan bertulis pun tak apa.

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Sebab dia berpusing-pusing dekat situ kan?

draft • 2:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tak. Jawapan bertulis. Tak, ini fakta.

Nak minta maklumat sedikit. Jawapan bertulis tak apa, Timbalan Menteri.

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Ya, ya.

draft • 2:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Pertama sekali, saya nak minta berkaitan dengan perolehan ini, adakah perjanjian telah ditandatangani secara rasmi antara kerana dan syarikat yang terlibat? Kedua, berapakah daripada jumlah keseluruhan nilai perolehan tersebut, berapakah komponen insurans dalam jumlah keseluruhan perolehan? Ketiga, sekiranya berlaku kemusnahan total (total loss) pada aset ataupun helikopter tersebut, adakah kerajaan perlu membuat sebarang bayaran? Jika perlu, berapakah bayaran tersebut? Terima kasih.

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Yang itu detail-nya nanti saya bagi secara bertulis. Tuan Pengerusi, tadi ada dibangkitkan tentang Rumah Keluarga Angkatan Tentera. Jadi, saya ingin menyebut bahawa memang komitmen kerajaan di bawah kepimpinan Kerajaan Malaysia MADANI ini di bawah kepimpinan Yang Amat

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Berhormat Perdana Menteri. Kita tahu bahawa pada tahun hadapan kita memperuntukkan RM426 juta untuk pembaikan, penyelenggaraan dan menaik taraf rumah keluarga angkatan tentera (RKAT) sepertimana yang tadi dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat ya.

Kita tahu bahawa bila kita membelanjakan ini, kita tahu dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas, sasaran kita adalah sebanyak 9,300 RKAT ini dapat kita perbaiki, dapat kita naik taraf. Kedua adalah kita melihat bahawa daripada 9,300 itu ada 6,900 yang telah kita baiki. Oleh sebab itu, kalau kita lihat dalam tempoh dua tahun Kerajaan MADANI ini, kita memang pada tahun lepas kita berbelanja sekitar RM400, pada tahun ini kita berbelanja RM400 juta dan tahun hadapan RM426 juta.

Tadi ada dibangkitkan tentang pembaikan di Melaka itu oleh kerana di Melaka ini, saya sampaikan juga maklumat. Mungkin lama ditunggu oleh terutamanya rumah keluarga angkatan tentera dari Melaka itu. Tahun ini kerajaan memperuntukkan sebanyak RM50 juta khusus untuk penambahbaikan sistem air di rumah keluarga angkatan tentera dan juga di Kem Terendak, Melaka. Itu saja. Jadi, saya fikir dengan bajet yang dikemukakan ini dan juga dari segi peruntukan yang disediakan ini, RM50 juta itu saya fikir dapat menyelesaikan banyak perkara, terutamanya di Melaka dan juga RM426 juta itu untuk kita selesaikan isu-isu terkait dengan penambahbaikan.

Harus kita ingat bahawa dalam perancangan kerajaan di peringkat MINDEF ini, rumah keluarga angkatan tentera itu tidak semata-mata daripada segi pembaikan, naik taraf rumah dan sistem facilities-nya seperti air, sistem kumbahan tetapi kita libatkan juga pada tahun ini dan juga tahun hadapan tentang keceriaan sekitar, termasuk tempat permainan anak-anak dan seumpamanya. Jadi saya fikir dengan cara itu, ia dapat memberikan lebih banyak peluang kepada anggota pertahanan kita dan juga keluarga mereka.

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bangun]

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Sedikit saya sentuh tentang...

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Menteri...

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Yup.

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya saja bangun kerana...

draft • 2:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

...Timbalan Menteri ini.

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Saya baru nak jawab yang Jelutong punya fasal...

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya hanya bangun kerana saya lihat Timbalan Speaker jiran saya. Jadi, saya pun saja nak usik dia. Tapi memang ada gaya untuk jadi Speaker lah.

draft • 2:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Jangan lebih-lebih sangat.

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Dia pernah jadi Speaker.

[Ketawa] Jadi Speaker di Johor. Boleh teruskan ya?

draft • 2:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Berapa lama lagi Timbalan Menteri?

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Berapa lama?

draft • 2:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Diperlukan.

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Saya selesaikan PLKN ini nanti...

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Mohon penjelasan, Pengerusi.

draft • 2:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Lima minitlah, lima minit. Saya beri lima minit lagi.

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Lima minit lagi ya?

draft • 2:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey.

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Pengerusi, ini isu keselamatan negara Kementerian Pertahanan. Banyak soalan saya tentang Aerotree, LAD pun tak dijawab lagi.

draft • 2:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Timbalan Menteri bagi kah ini?

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Saya harap tolong – Saya harap Timbalan Pertahanan dapat menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh saya seperti LAD. Adakah Aerotree ini kena bayar LAD? Berapa yang dia kena bayar? Bagaimana dengan apa, berapa banyak MINDEF dah bayar kepada Aerotree tentang kontrak dia RM187 juta? Tolong jawab soalan-soalan itu. Terima kasih.

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker, memandangkan Timbalan Speaker jiran saya, mungkin boleh bagi masa yang lebih kut.

draft • 2:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Saya tak ada kuasa. Ini Timbalan Menteri yang punya floor.

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Lumut, Kapar, Jelutong, Batu Pahat, Yang Berhormat Raub telah menyentuh mengenai pelaksanaan PLKN. Tapi sebelum pelaksanaan PLKN itu disebut ya, tadi ada dibangkitkan sedikit tentang angkatan siber. Saya nak jawab itu sedikitlah.

Saya nak beritahu bahawa kita tahu bahawa di domain kita ini, kita ada domain darat, udara dan juga laut kita. Tetapi dalam masa yang sama, kita sedang berusaha untuk membangunkan domain siber kita, angkatan siber kita. Sebab itu kalau kita lihat tempoh ini adalah tempoh kita review Kertas Putih Pertahanan kita dalam tempoh lima tahun ini. Menjelang 2025, kita dalam fasa 1, fasa pertama dan

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

kita akan masuk fasa yang kedua, lima tahun seterusnya dalam Kertas Putih Pertahanan kita.

Antara yang kita akan lengkapkan juga melalui revision kita itu Tuan Pengerusi adalah tentang angkatan siber kita. Ini kerana kita tahu bahawa pengetahuan kita tentang siber, kaitannya juga dengan artificial intelligence itu sendiri, dengan izin Tuan Pengerusi dan begitulah juga dengan sistem robotik dalam sistem pertahanan kita. Ini antara aspek-aspek yang cuba kita lihat kembali dalam revision kita pada Kertas Putih Pertahanan.

Terkait dengan PLKN ini, saya ingin maklumkan kepada kita semua bahawa kita akan adakan latihan percubaan PLKN 3.0 kita. Dry run kita akan dilaksanakan 12 Januari hingga 8 Mac, selama 45 hari bertempat di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur, melibatkan seramai 200 orang pelatih lelaki. Ini kita akan buat dry run kita kerana kita tahu bahawa kerjasama kita dengan banyak pihak akan kita pastikan bahawa di peringkat permulaan ini, kita ingin melihat bagaimana pelaksanaan itu dapat kita laksanakan secara sempurna menjelang pertengahan bulan Jun hingga September tahun hadapan.

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Menteri, Timbalan Menteri, Timbalan Menteri...

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Beri saya, beri saya, itu, itu. Nanti kalau ada persoalan sebab saya tengah nak bagi sedikit makluman ya. Program Latihan Khidmat Negara ini telah mengalami perubahan kita tahu sepanjang pelaksanaannya. Kita antara fasa-fasa pelaksanaannya, antara penambahbaikan yang kita lakukan adalah model pengambilan peserta kita di mana PLKN 3.0 ini telah meluaskan jangkauannya untuk merangkumi pelajar Tingkatan 4, di mana itu melibatkan fasa pra PLKN selain kohort tradisional belia yang berumur 17 tahun ke atas. Kita tahu bahawa kita ada beberapa fasa PLKN yang kita lakukan di peringkat sekolah, di peringkat universiti dan ini yang kita sebut sebagai belia yang berumur 17 tahun ke atas dan lepasan SPM dan setaraf.

Kedua adalah tempoh latihan PLKN 3.0 akan dilaksanakan di dalam Kem Askar Wataniah antara selama enam minggu atau bersamaan 45 hari dan ketiga adalah modul latihan kita yang kita tambah baik dan kita harap kurikulum latihan ini turut berkembang dan distrukturkan semula secara lebih ketara dengan 70 peratus untuk latihan asas.

Tadi ada dibangkitkan tentang beberapa kajian ya. Saya tak nafikan kita juga ada melakukan kajian tentang penerimaan. Berdasarkan tinjauan kajian kita, sebanyak 89 peratus iaitu Kementerian Pertahanan, kita telah melaksanakan satu

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

kajian semula PLKN ini yang telah kita muktamadkan, yang melibatkan 3,092 responden yang berumur antara 16 hingga 60 tahun.

Daripada kajian ini menunjukkan 89 peratus telah menyatakan persetujuan berhubung dengan modul latihan ketenteraan sebagai asas kepada Latihan Khidmat Negara. Sejumlah 85 peratus daripada responden faham mengapa Program Latihan Khidmat Negara perlu dilaksanakan semula dan memahami tujuan program ini dan 87 peratus responden bersetuju dengan penambahan modul latihan ini. Sebab itu kalau kita lihat latihan percubaan kita ini dry run kita ini yang akan macam saya sebutkan tadi, akan kita laksanakan bermula 12 Januari hingga 25 Februari 2025.

Itu...

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Timbalan Menteri Pertahanan, akan jawab tak soalan Tanah Merah ini?

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Ya?

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Tanah Merah ada tanya fasal Aerotree, isu helikopter ini macam mana? Akan dijawab atau tidak?

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Dia kalau saya tak sempat, saya akan jawab secara bertulis.

draft • 2:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Bertulislah Yang Berhormat. Ya bertulis.

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Ini antara — Silakan Jelutong.

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Timbalan Menteri atas pencerahan yang diberikan atas isu PLKN. Cumanya, cumanya...

draft • 2:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Last. Segera Jelutong. Segera, segera.

Okey. Silakan.

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Timbalan Speaker. Cumanya perkara yang saya bangkitkan tadi adalah sesuatu berkenaan dengan pelatih-pelatih yang bakal diambil untuk berkhidmat dalam kem PLKN. Saya telah memberi penekanan dalam perbahasan saya bahawa dua aspek perlu diberi perhatian. Satu, tentang kesihatan bakal individu-individu yang bakal mendaftarkan diri dalam Program Latihan Khidmat Negara.

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Keduanya, berkenaan dengan pelatih-pelatih. Macam saya katakan tadi, saya berikan kesimpulan dalam kes Allahyarham Muhammad Amir Rusyaidi Muhammad Zaidi, kadet UiTM yang meninggal dunia akibat dikenakan pelbagai cara penderaan seperti memijak di atas dada beliau, mengkuda beliau, naik atas beliau, minta beliau supaya berlari macam kuda. Perkara-perkara ini adalah sesuatu yang tidak berperikemanusiaan.

draft • 2:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Soalan Yang Berhormat, soalan.

draft • 2:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jadi saya, saya Timbalan Speaker, saya minta supaya Menteri dan Timbalan Menteri memantau cara-cara bagaimana individu-individu, pemuda-pemudi negara kita dilatih dalam Kem Latihan Negara. Janganlah sampai diseksa dan berulang kali berlaku insiden- insiden kematian. Ini adalah sesuatu yang amat menyedihkan. Terutamanya bila kita merupakan ayah dan ibu. Terima kasih.

draft • 2:50 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Yalah dia dua perkara. Satu PLKN, satu lagi saya fikir ramai juga yang menyatakan tentang buli. Saya harus bertegaskan lah. Kita di peringkat Kementerian Pertahanan, ia bukanlah satu budaya kita. Kita tak akan boleh terima ya pembulian itu dilakukan sehingga dia meragut nyawa. Ataupun kalau tidak meragut nyawa pun pembulian itu berlaku, kita tak akan boleh terima.

Walaupun kita tahu di Kementerian Pertahanan ya, latihan-latihan kita agak tegas dan latihan-latihan kita melibatkan banyak latihan-latihan yang bersifat fizikal, tetapi pembulian tidak kita benarkan. Sebab itu kalau kita lihat, kita sudah bertindak di Kementerian Pertahanan, mereka yang melakukan pembulian ini kita keluarkan mereka, kita tamatkan. Tetapi dalam masa yang sama, mereka harus ingat siapa yang melakukan pembulian ini bukan sahaja berhadapan dengan Kementerian Pertahanan. Mereka harus juga berhadapan dengan undang-undang.

Itu kita harus peringkatkan. Walaupun kita sebolehnya tak mahu perkara ini berlaku. Kerana, berbeza latihan dengan pembulian. Itu kita boleh asingkan. Saya fikir kita di Kementerian Pertahanan memang tegas begitu. Sebab itu Yang Berhormat Menteri sendiri sudah mengambil tindakan di atas bidang kuasa kita.

Tetapi dalam masa yang sama, bidang kuasa mahkamah. Macam tadi Muar pun mencadangkan supaya undang-undang juga digunakan oleh ahli keluarga.

Itu bagi saya memang hak dan harus disokong begitu ya. Oleh kerana kita tak boleh benarkan pembulian itu. Apatah lagi kalau walaupun ia berlaku kepada orang lain. Cuba bayangkan dia kalau berlaku kepada keluarga kita. Jadi, maknanya kepada siapa pun kita tak akan benarkan pembulian itu berlaku. Itu saya fikir di peringkat Kementerian Pertahanan kita tegas dengan itu. Tuan Pengerusi.

draft • 2:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Ya, terima kasih.

draft • 2:50 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Saya rasa itu jawapan yang saya berikan di peringkat Kementerian Pertahanan. Terima kasih saya ucapkan. Di pengakhiran penggulungan ini sekali lagi saya rakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli

draft • 2:50 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Yang Berhormat, 13 Ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh isu di bawah bidang tanggungjawab Kementerian Pertahanan.

Saya juga sekali lagi mengulangi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana terus mengutamakan sektor pertahanan negara dalam Bajet 2025. Semoga segala usaha dan ikhtiar kita ini berupaya memastikan kedaulatan dan keamanan tanah air tercinta ini terus terpelihara. Bagi isu-isu yang tidak sempat dijawab, saya akan kemukakan jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat yang berkenaan dalam masa yang terdekat. Dengan ini sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

draft • 2:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih Timbalan Menteri Pertahanan. Masalah ialah bahawa wang sejumlah RM13,636,669,900 untuk Kepala B.60 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2025 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.60 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 2:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Masalah ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.60 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2025 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.60 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

draft • 2:50 PM
Kepala B. 23 [Jadual] – Kepala P. 23 [Anggaran Pembangunan 2025] –

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Kepala Bekalan B.23 dan Kepala Pembangunan P.23 di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam terbuka untuk dibahas. Di sini ada 20 senarai pembahas. Pertama, YB Kluang, YB Mersing, YB Tebrau, YB Parit, YB Puchong, YB Sabak Bernam, YB Ampang, YB Jerantut, YB Keningau, YB Padang Serai, YB Rasah, YB Kuala Nerus, YB Sri Gading, YB Merbok, YB Bakri, YB Tangga Batu, YB Tuaran, YB Kulim-Bandar Baharu, YB Setiu dan akhirnya YB Kubang Pasu.

Silakan, mula dengan YB Kluang, lima minit.

draft • 2:50 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih Tuan Pengerusi dan juga tahniah Tuan Pengerusi untuk mempengerusikan Mesyuarat hari ini.

draft • 2:55 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Kerap kali terjah ke ladang, Rimbun indah dinaiki lalang, Kerap kali gajah bertandang, Kebun musnah, rezeki hilang. Saya ingin merujuk kepada Butiran 030200 – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dengan peruntukan sejumlah RM106,770,100 di bawah maksud B.23 dan Butiran 071000 – PERHILITAN sejumlah RM88,823,300 di bawah maksud P.23.

Semua maklum bahawa Daerah Kluang berpotensi dibangunkan sebagai zon night safari dengan izin ya kerana haiwan liar didapati sering keluar daripada habitat mereka. Malah, setiap hari gajah liar dapat dilihat berada di tepi jalan FT50 menuju ke Mersing dan ancaman gajah liar ini semakin serius.

Sebagai contoh, pada 23 Mac tahun ini seekor gajah mati dilanggar kereta api antara Stesen Renggam dan Mengkibol. Kawasan saya dah. Memang dekat dengan kawasan saya, melibatkan 70 orang penumpang yang hampir terjejas. 3 Ogos tahun ini juga, seorang warga emas maut akibat dipijak gajah di Batu 29, Kahang. 26 September, seorang maut dan seorang cedera diserang gajah di FELDA Tenggaroh, kawasan Mersing.

18 Oktober, seorang lelaki cedera akibat jatuh kerana dikejar oleh gajah yang berkeliaran di luar rumah dia, terletak di Kampung Gajah. Mangsa ini keluar dari rumah untuk buang sampah sahaja. Mana tahu terjumpa seekor gajah di luar rumah.

Berita mengenai gajah liar ini sudah menjadi norma baharu bagi penduduk Kluang dan juga Mersing. Aktiviti perladangan dan perlombongan yang melibatkan kehilangan ribuan hektar hutan simpanan di Jemaluang dan Mersing beberapa tahun lalu, memaksa haiwan liar ini keluar daripada habitat semula jadi mereka untuk mencari makanan.

Tuan Pengerusi, saya menerima laporan bahawa sebuah syarikat tanaman jambu batu di daerah ini telah menghadapi tujuh insiden kemusnahan kebun oleh gajah sepanjang tahun ini. Tujuh kali. Bukan sekali ke dua kali, tujuh kali. Walaupun pagar elektrik dan parit gajah telah pun dibina dan digali.

Oleh itu, saya memohon penjelasan Menteri berkenaan perancangan 21 food bank Gajah termasuk time line pelaksanaannya dan jumlah peruntukan terlibat.

Status terkini pelaksanaan bantuan kerugian harta benda dan tanaman akibat serangan hidupan liar PKHT, jumlah permohonan diterima, diluluskan serta nilai bantuan mengikut negeri dan daerah setakat November.

Saya mencadangkan syarat kelayakan PKHT diperluaskan supaya ia turut merangkumi syarikat kecil dengan modal berdaftar kurang daripada RM1 juta. Ini

draft • 2:55 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

penting kerana Jabatan Pertanian menggalakkan petani kecil berdaftar sebagai SSM. Tetapi, mereka akan hilang kelayakan PKHT selepas berbuat demikian.

Penduduk Kluang menanti tindakan konkrit bagi mengatasi konflik antara manusia dan haiwan liar. Memperbaiki sistem pengurusan bencana alam dan memastikan perlindungan hutan kekal sebagai keutamaan.

draft • 2:55 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Saya berharap pihak kementerian mengambil serius isu-isu ini demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta kelestarian alam sekitar.

Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 16800 – Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi dengan peruntukan RM161 juta. Saya memohon penjelasan Menteri mengenai apakah projek tebatan banjir yang dirancang oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET)? Bagaimana projek ini dapat meningkatkan ketepatan ramalan cuaca MET? Status keberkesanan projek ramalan banjir negara terutama sekali dalam meramal banjir yang sedang melanda negeri-negeri Pantai Timur dan utara negara.

Berkaitan dengan perhutanan, saya merujuk kepada Butiran 030100 – Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dengan peruntukan RM38 juta.

Saya ingin tahu status pemakaian Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 di negeri- negeri di Semenanjung Malaysia melalui insentif Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) yang dikaitkan dengan akta ini. Berapa banyak negeri yang layak menerima EFT pada tahun depan?

Merujuk Butiran 10900 – Mineral Perindustrian Semenanjung Malaysia, saya memohon penjelasan mengenai usaha untuk melombong sumber unsur nadir bumi bukan radioaktif (REE) yang dimiliki negara dianggap mencecah lebih RM809.6 bilion.

Berdasarkan kajian Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, jumlah keseluruhan bahan semula jadi tersebut yang berada di Malaysia adalah sebanyak 16.1 juta tan dan REE itu boleh ditemui di 10 negeri di dalam negara iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Sarawak, Selangor dan Terengganu. Bagaimana usaha kementerian untuk memastikan kelangsungan biodiversiti hutan sekiranya kerajaan membenarkan perlombongan REE ini, jika perlombongan ini berada dalam hutan simpan kekal?

Selain itu, apakah maklum balas daripada kerajaan negeri...

[Dicelah]

draft • 3:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Sudah. Masa dah tamat, Yang Berhormat.

draft • 3:00 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Ya. Tuan Pengerusi, maaf. Saya akan gulung dengan perenggan ini. Memandangkan ada kerajaan negeri yang berpandangan bahawa perlombongan ini adalah sumber pendapatan baharu kepada negeri.

Jadi, akhir sekali Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada butiran terakhir iaitu 07200. Saya mohon kementerian nyatakan jumlah kes yang telah didakwa di mahkamah berhubung pencemaran sungai dan apakah kekangan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk melaksanakan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan pencemaran sungai dapat diatasi dengan tuntas.

Sudah pasti, kita tidak mahu tragedi Sungai Kim Kim di Pasir Gudang berulang semula, yang mana kesannya kepada manusia dan kawasan sekitar berkenaan terus dapat dilihat sehingga kini. Sekian, terima kasih.

draft • 3:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih YB Kluang. Seterusnya, saya persilakan YB Mersing.

draft • 3:00 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk Butiran B. 030000 – Pengurusan Hutan dan Biodiversiti.

Saya ingin membangkitkan mengenai Ecological Fiscal Transfer for the Biodiversity Conservation (EFT).

Seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2025, peruntukan EFT telah meningkat sebanyak RM250 juta mencerminkan komitmen kerajaan terhadap usaha konservasi biodiversiti. Sejak diperkenalkan pada 2019, EFT menjadi insentif kewangan penting kepada kerajaan negeri untuk melindungi, memulihara dan mewartakan kawasan strategik seperti tadahan air dan habitat hidupan liar yang menyokong perkembangan ekosistem negara.

Persoalan saya berkaitan insentif EFT adalah pertama, berapa jumlah dana EFT yang telah diagihkan kepada setiap negeri di Malaysia dari tahun 2022 hingga 2024? Negeri manakah yang dijangka menerima peruntukan terbesar pada tahun 2025 dan apakah faktor utama yang menyumbang kepada peruntukan tersebut?

Kedua, apakah kriteria utama yang digunakan untuk menentukan agihan nilai ambang threshold value dalam garis panduan dana EFT bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak? Bagaimana perbezaan geografi dan ekologi mempengaruhi pendekatan agihan ini?

Ketiga, adakah kerajaan negeri dibenarkan untuk memohon peruntukan tambahan berdasarkan keluasan kawasan hutan di negeri-negeri masing-masing?

Apakah langkah yang sedang atau boleh diambil untuk menambah baik mekanisme

draft • 3:03 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

EFT agar agihan dana lebih selari dengan usaha pemuliharaan hutan? Bagaimana inisiatif ini dapat mengurangkan kebergantungan kerajaan negeri kepada hasil hutan seperti kayu balak?

Seterusnya, saya merujuk Butiran B.050500 – Biodiversity Protection and Patrolling Programme. Difahamkan pada 2025, seramai 2,500 orang renjer komuniti akan dilantik untuk menjalankan rondaan penguatkuasaan dan kawasan lapangan di hutan simpan kekal bagi mencegah aktiviti haram seperti pencerobohan, pemburuan dan pembalakan haram.

Soalan saya pertama, saya mohon perincian pecahan peruntukan bagi golongan berikut iaitu Orang Asli, veteran Angkatan Tentera Malaysia dan bekas anggota Polis Diraja Malaysia. Kedua, adakah skim perjawatan, kebajikan dan faedah untuk renjer komuniti ini akan ditambah baik serta diperluaskan pada tahun 2025? Jika ya, apakah langkah-langkah yang akan dilaksanakan untuk mempertingkatkan kesejahteraan mereka?

Ketiga, dari aspek keselamatan. Adakah kementerian merancang untuk memberi latihan intensif kepada renjer komuniti bagi memastikan mereka dilengkapi dengan kemahiran mencukupi? Selain itu, adakah terdapat cadangan untuk membekalkan mereka dengan senjata api atau peralatan lain yang relevan bagi meningkatkan keberkesanan operasi serta memastikan keselamatan mereka dalam menghadapi situasi yang mengancam nyawa?

Butiran B.0300200 dan P.07100 – PERHILITAN. Antara 2018 hingga 2022, lebih 46,000 aduan diterima mengenai konflik hidupan liar seperti gajah, harimau dan tapir yang merosakkan harta awam serta tanaman dengan kerugian dianggarkan melebihi RM43 juta. Malangnya, terdapat juga kes kehilangan nyawa akibat konflik ini dan berlaku di Mersing sebagaimana dikatakan oleh Yang Berhormat Kluang sebentar tadi.

Punca utama adalah fermentasi hutan dan gangguan terhadap laluan semula jadi hidupan liar yang terhalang oleh akibat projek pembangunan dan perladangan.

Serangan hidupan liar kerap berlaku di Johor, khasnya di timur Johor seperti Mersing, Kluang dan Kota Tinggi dan memberi kesukaran kepada penduduk dan sumber pendapatan mereka.

Justeru, saya ingin mohon penjelasan berkenaan pertama, sejauh manakah keberkesanan langkah pencegahan dan operasi melalui penggunaan sistem pagar elektrik gajah serta pemasangan kolar satelit dalam memantau pergerakan haiwan liar khususnya gajah ini bagi mengelakkan kerosakan kepada tanaman dan kebun

draft • 3:03 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

penduduk? Apakah statistik kejayaan atau cabaran yang telah dikenal pasti setakat ini?

Kedua, mohon perincian penuh berkaitan senarai penerima bantuan kerugian harta benda dan tanaman akibat serangan hidupan liar yang diperuntukkan sebanyak RM10 juta. Adakah sebarang pertimbangan atau cadangan untuk menambah peruntukan ini dalam Belanjawan 2025 berikutan peningkatan tuntutan bantuan daripada penduduk?

Ketiga, berkaitan dengan pewartaan Taman Santuari Gajah Johor (JES) pada 2024 dengan keluasan lebih kurang 197 ekar, apakah perkembangan terkini bagi pelaksanaan Fasa 2 Projek JES termasuk status kerja-kerja pembangunan fasiliti dan kemudahan pelawat? Berapakah jumlah peruntukan yang telah digunakan sehingga kini dan apakah rancangan selanjutnya?

Keempat, apakah langkah strategik kementerian untuk memanfaatkan JES dalam mengatasi isu permasalahan gajah liar di kawasan Johor Timur, khususnya di Parlimen Mersing? Bagaimanakah kemudahan ini akan digunakan untuk menangani peningkatan serangan gajah terhadap tanaman di kawasan Mersing?

draft • 3:03 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Mersing, saya mohon sikit pencelahan. Adakah setuju Yang Berhormat Mersing bahawa pemuliharaan hutan, termasuklah kita melihat secara keseluruhan perubahan iklim dan kesan yang sedang berlaku, termasuk banjir itu perlu dilihat secara menyeluruh oleh kementerian termasuk bagaimana persoalan saya, kewujudan task force di peringkat kementerian dengan kementerian-kementerian yang lain bagi menangani usaha sekatan banjir sekarang ini di Kedah, di Kelantan, Terengganu, termasuk di daerah saya.

Puncanya ialah apabila mendapan empangan-empangan takungan air ini dalam keadaan yang serius dan bagaimana kementerian melihat isu-isu ini merentasi kementerian-kementerian lain supaya kita tidak lagi menghadapi kesan buruk akibat banjir. Lebih lima juta rakyat terjejas dan berbilion kerugian akibat banjir ini. Terima kasih.

draft • 3:03 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey, Mersing tamatkan.

draft • 3:03 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Okey, Tuan Pengerusi.

draft • 3:03 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Ringkaskan, ringkaskan.

draft • 3:03 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Masukkan dalam ucapan saya. Terakhir, Tuan Pengerusi.

draft • 3:03 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Mersing. Tuan Pengerusi, boleh ya Tuan Pengerusi? Mohon izin, walaupun baru bahas tadi.

draft • 3:03 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Isu gajah, isu gajah.

draft • 3:03 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

10 saat.

draft • 3:03 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Iaitu Mersing, setuju atau tidak, kalau boleh kita tol kan jalan-jalan semua masuk Daerah Kluang dengan Mersing kerana boleh jadi night safari zone dah iaitu sesiapa yang masuk, kita kutip. Kalau nak masuk untuk lihat haiwan liar kerana waktu senja sahaja, tepi jalan sudah boleh jadi night safari zone. Wang itu sebenarnya boleh bantulah petani-petani, pekebun-pekebun yang hilang rezeki mereka kerana memang kemusnahan mereka berlaku setiap minggu, setiap bulan.

draft • 3:03 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Siapa pula nak pergi Zoo Johor Bahru nanti?

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Jadi, isu sebagaimana Yang Berhormat Kluang cakap tadi memang sekarang ini sangat teruk.

Isu gajah di kawasan Johor Timur ini. Sekarang pula bila musim hujan ini, gajah- gajah bila dah tak boleh pergi ke Segamat, disebabkan oleh pembangunan dan juga kawasan-kawasan ladang yang mula dipasangkan pagar-pagar elektrik dan parit gajah, jadi gajah-gajah ini sudah mula kembali ke kawasan-kawasan tinggi di Kluang, di Mersing.

Jadi, memang sebagaimana Kluang cakap tadi, memang minggu lepas pun di Mersing, di tepi-tepi rumah semua dah ada gajah. Bukan setakat malam, bukan setakat senja, siang pun dah ada. Jadi, memang satu benda isu yang sangat besar.

Kemuncaknya adalah bila ada kematian di Mersing disebabkan oleh serangan gajah itu sendiri. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

draft • 3:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih, Mersing. Seterusnya, saya mempersilakan YB Tebrau. Silakan.

draft • 3:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mula dengan ucapkan tahniah dulu kepada Tuan Pengerusi. Dulu mempengerusikan di DUN Johor, hari ini sudah naik pangkat Pengerusi di Dewan Rakyat.

draft • 3:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Tapi YB ini samalah.

draft • 3:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Masih samalah saya. Tuan Pengerusi, saya ingin memulakan dengan Butiran 50400 – Program Konservasi Antarabangsa Giant Panda. Pada 21 Mei 2014, Malaysia telah meraikan kehadiran dua giant panda daripada China iaitu Xing Xing dan Liang Liang, kalau tidak salah saya. Ini merupakan satu peristiwa yang cukup penting dalam hubungan diplomasi di antara China dan Malaysia dan sering kali kita gelarkan ini sebagai ‘panda diplomasi’ yang memang digunakan oleh negara China dengan rakan-rakan negara untuk mempromosikan hubungan baik di antara dua negara. Sehingga hari ini juga kita nampak ramai orang yang pergi Zoo Negara sebenarnya untuk nak tengok dua panda ini.

Juga, di Malaysia saya nak tambah di sini. Hanya di Malaysia, Xing Xing dan Liang Liang ini dia telah melahirkan tiga panda secara natural. Tidak ada tempat lain yang dapat berbuat demikian, baik di Singapura ataupun di Thailand, walaupun cuaca sama.

Saya ingin mendapat penjelasan daripada Menteri. Pertama, apakah keistimewaan Zoo Negara kita? Mungkin dia lebih romantik kah ataupun cara dia deco macam mana kah, bagi makan beza kah sampai dua panda kita ini boleh lahirkan tiga anak panda yang kita telah hantar balik ke China. Kedua, apa status mereka sekarang? Kerana, dulu kita pinjam 10 tahun.

Sekarang tempoh 10 tahun sudah sampai. Malah, saya baca, Yang Berhormat Tambun sendiri pernah sebut pada Januari tahun ini beliau akan berhubung dengan Presiden China, Xi Jinping untuk cuba melanjutkan peminjaman dua panda ini. Apakah status terbaru? Saya secara peribadi haraplah panda-panda Xing Xing dan Liang Liang ini boleh terus dikekalkan di Zoo Negara di Malaysia.

Kedua, saya ingin masuk Butiran 030200 – PERHILITAN. Tadi ada orang sebut gajah. Saya baru sebut panda. Sekarang saya nak masuk isu monyet pula.

Monyet ini Tuan Pengerusi, dia memang banyak di Malaysia. Tapi, khususnya di Tebrau ini, dia sangat banyak monyet. Di Kampung Perigi Acheh, kalau kita sampai depan, yang nak welcome kita ini bukan manusia, dia monyet yang depan jalan dulu.

Di Bandar Seri Austin pun ada, mana-mana pun ada.

Tapi, yang paling teruk ialah di pekan atau Bandar Puteri Wangsa. Di sana, monyet itu berkumpul macam satu geng. Kepala pun ada, monyet besar, monyet kecil semua ada. Dia kumpul di mana? Sebelah Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wangsa. Dia akan duduk sana. Sampailah pihak sekolah letak itu patung harimau pun tak guna lagi. Semua orang pun merayu, mengadu sampailah tiap-tiap murid-murid nak pergi sekolah, ibu bapa pun takut dengan keselamatan mereka.

draft • 3:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Saya haraplah kementerian boleh fikirkan macam mana kita nak selesaikan isu ini. Macam mana kita nak hidup dengan monyet secara aman. Sebab, saya tahu, kalau kita tangkap juga, dia akan kembali juga. Kita kena ada fikir...

draft • 3:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Monyet itu berminat dengan YB lah itu.

draft • 3:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Mungkin di Pulai pun ada, saya pun tak tahu juga.

draft • 3:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tebrau, sikit. Selit sikit sahaja, boleh tak?

draft • 3:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Kalau monyet, boleh.

draft • 3:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Boleh? Okey. Fasal monyet. Saya pun nak maklumkan kepada YB Menteri, dekat kawasan saya pun ada monyet. Hari itu saya pergi ke UKM, dekat situ pun ada monyet. Dekat UKM. Tak tahulah, dia nak belajar kah apa, tapi ada juga monyet dekat situ. Saya rasa...

draft • 3:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Dia semua YB yang handsome, semua banyak monyet.

draft • 3:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ha, mungkinlah. Mungkin. Terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 3:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Silakan.

draft • 3:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Okey, saya pergi ke Butiran lain sebelum lain semua masuk dengan monyet lagi.

Butiran 040100 – Jabatan Alam Sekitar. Seperti yang dimaklumkan Menteri, memang di kawasan Tebrau, khususnya Sungai Pandan, baru-baru ini ada pencemaran sungai dan udara yang agak teruk. Ini bukan kali pertama benda ini berlaku. Selama ini juga ada. Contohnya, tadi ada disebut juga di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang. Sebenarnya Kim Kim itu masuk Tebrau di Kampung Pulai.

Kampung Pulai tapi di Tebrau. Okey.

Maka, saya nak tanya, apakah peranan JAS boleh buat untuk kita cuba settle isu ini? Adakah kos untuk kita hantar barang-barang toksik itu terlalu tinggi? Ataupun mungkin setahu saya, hanya satu tempat sahaja yang mereka boleh selesaikan benda ini iaitu kena hantar ke Negeri Sembilan. Mungkinkah kita boleh kembangkan ini untuk kita adakan tempat untuk kita dispose toksik-toksik ini di tempat-tempat lain yang lagi dekat dengan Johor supaya benda-benda ini tidak berulang lagi?

Akhir sekali, Butiran 16800 – Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi.

Saya ingin mendapat pencerahan daripada kementerian juga, sebab saya rasa agak surprise juga bila saya nampak di bawah kementerian ini juga ada projek tebatan banjir keutamaan tinggi. Padahal, di PETRA juga ada. Saya harap Menteri boleh

draft • 3:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

beri sedikit pencerahan. Adakah skop dia sama atau tidak? Kalau tidak, bolehkah Menteri fikir juga di kawasan Tebrau juga banyak kawasan yang banjir. Malah, tadi rakan saya dari Batu Pahat tunjuk saya satu video, gajah pun lemas masa banjir.

Bukan manusia sahaja ya.

Saya di sini, Tuan Pengerusi, saya ingin menyatakan salam takziah. Takziah kepada enam mangsa banjir di Malaysia sekarang. Saya juga ingin menzahirkan simpati saya kepada 150 lebih mangsa banjir di seluruh Malaysia yang ramainya sekarang di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Tapi, saya amat terperanjat, Tuan Pengerusi. Beberapa hari lepas, saya baca, Exco Pelancongan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan telah mengeluarkan kenyataan bahawa Kerajaan Kelantan ingin menggunakan musim tengkujuh atau banjir sebagai satu produk pelancongan. Saya nak terus terang di sini. Saya rasa pandangan itu bukan sahaja tidak sensitif, malah saya nak kata di sini, sangat bodoh. Mana kita boleh ambil the suffering of the people, kesusahan rakyat untuk jadi satu produk pelancongan untuk tunjuk kepada orang di luar negara.

Saya lebih kesal ialah dia tidak pernah tarik balik kenyataan ini dan pimpinan PAS dan Perikatan Nasional di sini tidak ada seorang pun yang keluar yang menegur beliau. Adakah ini bermakna ini adalah pendirian PAS dan Perikatan Nasional juga?

Terima kasih, Tuan Pengerusi.

draft • 3:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih, YB Tebrau. Seterusnya...

draft • 3:10 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Tebrau. Pengerusi.

draft • 3:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Ya, saya.

draft • 3:10 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tuan Pengerusi, 36(12). Tadi, Yang Berhormat mana tadi?

[Dicelah] Tebrau. Tak sangka Tebrau bercakap macam itu. Apa yang dijelaskan oleh Exco Kerajaan Negeri Kelantan bukan musim banjir, tapi musim tengkujuh. Itu dua benda berbeza.

draft • 3:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Pengkalan Chepa, saya ada sebut musim tengkujuh juga. Dengar betul-betul.

draft • 3:10 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Apa masalah musim tengkujuh?

draft • 3:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey, okey.

draft • 3:10 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tadi sebut musim banjir.

draft • 3:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Musim tengkujuh maknanya ada banjir. Betul tak?

draft • 3:10 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tadi you sebut seolah-olah menjadikan musim banjir, kepayahan dan kesusahan orang.

draft • 3:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Saya tak pernah sebut yang mengelirukan.

draft • 3:10 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Musim tengkujuh, hujung tahun. Apa masalah?

draft • 3:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Saya sebut musim tengkujuh dan banjir.

draft • 3:10 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Ini mengelirukan. Saya minta dia tarik balik, Tuan Pengerusi, perkataan bodoh tadi.

draft • 3:10 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Pengerusi. Dan juga, kenyataan Exco itu dibuat dua, tiga minggu lepas. Bukan tengah banjir ini.

draft • 3:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey. Tak apalah, nanti ada...

draft • 3:10 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Walaupun musim tengkujuh...

draft • 3:10 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Saya minta Yang Berhormat tarik balik. Sebab dia...

draft • 3:10 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Walaupun musim tengkujuh, pelancongan perlu diteruskan berdasarkan kepada kesesuaian.

Bukan mengambil kepayahan musim banjir.

draft • 3:10 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Betul Yang Berhormat Pengerusi, sebab dia menyatakan ― saya baca satu kenyataan ini...

draft • 3:10 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Ini sangkaan jahat.

draft • 3:10 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Sebab nak membantu peniaga-peniaga waktu musim tengkujuh. Saya rasa dia berniat jahat dan juga cuba mengelirukan Dewan. Tarik balik.

draft • 3:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Saya rasa...

draft • 3:10 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Tak patut. Tarik balik.

draft • 3:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey.

draft • 3:10 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Sebab, Yang Berhormat Exco ini dia menyatakan untuk bantu peniaga-peniaga yang kelihatan sepi waktu musim tengkujuh.

draft • 3:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Beginilah Yang Berhormat. Saya kira ini satu...

draft • 3:20 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Banjir pun boleh berniagalah.

draft • 3:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Yang Berhormat, saya kira ini satu pandangan antara satu sama lain, terbuka kepada perbincanganlah, okey? Sila, saya teruskan...

draft • 3:20 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Itu, itu. Tak bolehlah macam itu.

draft • 3:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Musim tengkujuh itu bahaya. Bahaya untuk main laut.

draft • 3:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih. Saya persilakan seterusnya...

draft • 3:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

draft • 3:20 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Speaker, dia sebut bodoh.

draft • 3:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

...YB Parit.

draft • 3:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

draft • 3:20 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Tarik balik.

draft • 3:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Adakah PAS dan Perikatan Nasional sokong...

draft • 3:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Minta dia tarik balik.

draft • 3:20 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Tarik balik.

Mana boleh.

draft • 3:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

...Musim tengkujuh pergi ke laut.

draft • 3:20 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Orang lain tak boleh sebut bodoh.

draft • 3:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Ini dah dijelaskan oleh Exco...

draft • 3:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Apa perkataan tadi?

draft • 3:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

...Pelancongan Negeri Kelantan.

draft • 3:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Apa perkataan yang dia sebut?

draft • 3:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Minta dia tarik balik tuduhan jahat dan kata Exco itu bodoh.

draft • 3:20 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Dia kata bodoh.

draft • 3:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Bachok, apa sebut tadi?

draft • 3:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya nak tanya, adakah semua di pihak sana setuju kita pergi ke laut musim tengkujuh untuk pelancongan?

draft • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ahli Parlimen? Ahli Parlimen mana?

draft • 3:20 PM

[Dewan riuh]

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tuan Yang di- Pertua.

draft • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kawasan mana?

draft • 3:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey, Tebrau.

draft • 3:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Berbahaya.

draft • 3:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

YB Tebrau.

draft • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker, Timbalan Speaker, macam inilah...

draft • 3:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Nanti, nanti, nanti.

draft • 3:20 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Tarik balik, susah kah? Tarik balik, minta tarik balik.

draft • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker.

draft • 3:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

YB Tebrau.

draft • 3:20 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Jangan bodohkan orang.

draft • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker.

draft • 3:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Kejap. Jelutong, kejap. Sahabat saya Jelutong, sat.

draft • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker, saya setuju kenyataan itu memang kurang pandai. Bukan bodohlah tapi kurang bijak.

draft • 3:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Nanti dulu, nanti dulu.

draft • 3:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tuan Speaker, saya rasa yang perlu tarik balik itu Exco Kelantan.

draft • 3:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey.

draft • 3:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Kerana ini memalukan.

draft • 3:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Semua stop. Semua stop.

draft • 3:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Mana boleh buat kenyataan macam itu.

Orang tengah susah-susah masa banjir, kenapa nak buat-buat kenyataan macam itu.

draft • 3:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua. Bagi penjelasan.

draft • 3:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Boleh saya minta...

draft • 3:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Saya akan bagi penjelasan.

draft • 3:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Exco Pelancongan bukan Ahli Parlimen. Macam mana nak tarik balik. Apalah Kampar ini.

draft • 3:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Saya minta duduk dulu.

draft • 3:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tuan Yang di- Pertua, Pengkalan Chepa di sini.

draft • 3:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Semua, semua, semua. Okey, sabar, sabar.

draft • 3:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Ini kenyataan daripada Exco. Saya baca, jangan kacau.

draft • 3:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Tak apa, tak apa. Nanti dulu. Nanti kejap.

Saya ambil yang perkataan bodoh tadi dulu.

draft • 3:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Bukan itu saja, Tuan Yang di-Pertua. Dia sebut tadi dengan naratif yang sangat buruk.

draft • 3:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey, tak apa, tak apa.

draft • 3:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Seolah-olah mengambil manfaat daripada kepayahan orang di musim tengkujuh.

draft • 3:20 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Masjid Tanah nak sambung.

draft • 3:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey, tak apa nanti dulu.

draft • 3:20 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Niat buruk dan juga...

draft • 3:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Boleh saya — duduk dulu, duduk.

draft • 3:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Masa banjir ini jangan main politiklah.

draft • 3:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tuan Yang di- Pertua.

draft • 3:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Masa banjir ini jangan main politiklah.

draft • 3:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Siapa yang main politik?

draft • 3:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Jangan main politik.

draft • 3:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tebrau lah yang main politik, Kampar.

draft • 3:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya baca berita. Saya baru baca berita pemimpin PH dilarang sambut PM di Terengganu.

draft • 3:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tebrau main politik. Tarik balik perkataan bodoh tadi.

draft • 3:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ini bukan main politik kah?

draft • 3:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Yang Berhormat.

draft • 3:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ini bukan main politik kah? Kenapa pemimpin PH...

draft • 3:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Exco Pelancongan bukannya Ahli Parlimen. Dia nak jawab...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ini bukan main politik kah? Masa banjir jangan main politik.

draft • 3:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Exco Pelancongan bukannya Ahli Parlimen.

draft • 3:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Kita nak bantu rakyat... [Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Yang Berhormat.

draft • 3:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Nanti, nanti. Okey.

draft • 3:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Setengah minit.

draft • 3:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Nanti dulu. Nanti dulu.

draft • 3:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tuan Yang di- Pertua, ini dekat sini ada kenyataan media...

draft • 3:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Tak apa, nanti. Saya dah ada tadi. Minta duduk dulu. Bachok duduk dulu.

draft • 3:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Mana Bachok?

Pengkalan Chepa.

draft • 3:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Pengkalan Chepa, minta maaf. Pengkalan Chepa duduk dulu, ya? Dunia belum kiamat lagi. Relax dulu. Saya minta beginilah tadi, perkataan bodoh tadi minta tarik balik daripada Tebrau tadi. Boleh?

draft • 3:20 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Okey, okey.

draft • 3:20 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Yang Berhormat Pengerusi.

draft • 3:20 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Tarik balik.

draft • 3:20 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Saya nak tanya guna peraturan berapa?

draft • 3:20 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Tarik baliklah, tarik balik.

draft • 3:20 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Tarik balik saja.

Susah sangat kah?

draft • 3:20 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Kalau 36(12), mengelirukan, sangat nyata mereka tak keliru. Kalau keliru, dia tak bangun lagi. So, confirm mereka tahu apa yang saya cakapkan itu. Betul tak?

draft • 3:20 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Keputusan Speaker, ada dah.

Keputusan Speaker. Hormati keputusan Speaker.

draft • 3:20 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Saya rasa tak perlu tarik balik.

draft • 3:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Jangan nak auta lah. Tarik balik.

draft • 3:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey.

draft • 3:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Bodoh itu tarik balik, Tebrau. Bodoh tarik balik.

draft • 3:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Speaker dah buat ruling.

draft • 3:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Tebrau, perkataan bodoh saja tarik balik.

draft • 3:20 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Apa ruling?

draft • 3:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Jangan besar kepala.

draft • 3:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Itu saja.

draft • 3:20 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Okey, saya boleh ubah demi Speaker.

Bukan sebab awak, Pengkalan Chepa.

draft • 3:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Bukan demi Speaker. Peraturan Dewanlah.

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Speaker, sombong...

draft • 3:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Ini peraturan Dewan, bukan demi Speaker.

draft • 3:20 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Saya...

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tebrau berlagak sombong, Speaker.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:20 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Egolah.

draft • 3:20 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Tariklah balik.

draft • 3:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Semua, okey? Saya rasa tadi dah dengar tarik balik, kan?

draft • 3:20 PM

Beberapa Ahli

Belum.

draft • 3:20 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Bagilah saya cakap.

draft • 3:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Perkataan bodoh dah tarik?

draft • 3:20 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Tuan Pengerusi, saya tarik balik ‘bodoh’ tapi tidak cerdik. Okey, terima kasih.

draft • 3:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Ini tak boleh, Speaker.

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Dia tak boleh...

draft • 3:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Ini mempermainkan Dewan.

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tak boleh bersyarat Yang Berhormat Speaker.

draft • 3:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Cukup, cukup. Sudah tarik balik. Cukup, cukup.

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Your instruction is for him to withdraw ‘bodoh’.

draft • 3:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Nak jadi banjir punya pelancongan itu cerdik kah? Itu cerdik kah?

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Dia tak boleh bersyarat.

draft • 3:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Nak jadikan banjir itu pelancongan, mana boleh cerdik.

draft • 3:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Kamu yang bodoh. Bodoh tak reti...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Tenang, tenang, tenang, okey?

draft • 3:20 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Tebrau kurang cerdik.

draft • 3:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey, dah. Tenang, tenang.

draft • 3:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Dia tak reti beza tengkujuh dengan banjir itu, Tuan Yang di-Pertua. Kena belajar bahasa Melayu lagi ini.

draft • 3:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey, tak apa.

draft • 3:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tengkujuh tak semestinya banjir.

draft • 3:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey.

draft • 3:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tengkujuh boleh buat juga pelancongan. Apa punya tak cerdik ini.

draft • 3:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey, begini. Saya kira selesailah. Dah tarik balik, dah selesai. Jadi, saya teruskan kepada YB Parit. Silakan.

draft • 3:20 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Merujuk kepada Butiran 040100 – Jabatan Alam Sekitar. Saya ingin membangkitkan tentang insiden pencemaran bau yang berlaku di dua ladang penternakan babi iaitu di Lot 43180, Batu 14 1/2 di Jalan Parit Siputeh dan kilometer 26 Jalan Bota, Tronoh di mana kedua-dua ladang tersebut yang beroperasi menyebabkan sesak nafas, batuk atau asma terutamanya bagi para penduduk di sekitarnya.

Saya mohon tindakan segera dari Jabatan Alam Sekitar selaku agensi yang mempunyai kuasa penuh untuk menyiasat dan mengambil tindakan. Penduduk tempatan di sekitar Bandar Universiti, Taman Maju di Lestari IUS, begitu juga di Batu 7, di Taman Sri Sayang, Taman Seri Ara cukup menderita dengan bau yang sangat tidak menyenangkan.

Kedua, seterusnya saya ingin membangkitkan pencemaran udara dan pembuangan sisa cecair ke sungai dari ladang ternakan babi juga di sekitar Bidor telah berlaku lebih 50 tahun. Saya mendapat maklumat bahawa terdapat sebanyak 29 ladang penternak berdaftar di daerah Batang Padang dan berpotensi besar untuk menyebabkan pencemaran yang menyusahkan rakyat yang duduk di sekitarnya.

Saya mohon pencerahan tentang hal ini.

Saya mendapat tahu bahawa saiz ladang-ladang ini semakin membesar dan mendapat maklumat beberapa buah syarikat besar sedang memohon untuk menambahkan lagi bilangan ladang baharu mereka di Daerah Batang Padang ini.

Oleh itu, saya mohon penjelasan dari Jabatan Alam Sekitar tentang bagaimana urusan pengawalseliaan dibuat terhadap ladang-ladang ini, terutamanya bagi mengelakkan berlakunya pencemaran bau dan air.

Merujuk kepada Butiran 020100 – Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG). Soalan saya, adakah masih wujud lambakan kes-kes yang melibatkan pembahagian pusaka kecil yang mengambil masa sehingga bertahun-

draft • 3:24 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

tahun? Kedua, adakah kementerian telah melakukan penambahan perjawatan bagi pegawai dan kakitangan bahagian yang melibatkan pembahagian pusaka kecil ini di seluruh negara yang telah diutarakan sejak sekian lama?

Merujuk kepada Butiran 030200 – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). Soalan saya yang pertama, sejauh manakah tahap serangan hidupan liar di negara kita menyebabkan penduduk yang tinggal berhampiran kawasan hutan sering menghadapi masalah tanaman atau mengancam keselamatan mereka?

Kedua, adakah masih berlaku kelemahan penguatkuasaan atau undang- undang kerana kegiatan pemburuan haram dan perdagangan hidupan liar masih berleluasa termasuk spesies terancam seperti Harimau Malaya dan tenggiling?

Soalan saya ketiga, sejauh manakah aktiviti pembalakan haram, pembangunan tak terancang dan pembukaan tanah pertanian tanpa kebenaran telah menyebabkan kehilangan habitat hidupan liar ketika ini? Itu saja daripada saya. Sekian, terima kasih Pengerusi.

draft • 3:24 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih, Parit. Seterusnya, saya persilakan YB Puchong.

draft • 3:24 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana izinkan Puchong turut serta dalam perbahasan. Tuan Pengerusi, saya akan menggunakan lima minit perbahasan saya untuk tumpu kepada satu butiran sahaja iaitu Butiran 07200 – Pengawalseliaan Alam Sekitar dengan jumlah anggaran harga projek RM1,019,888,522.

Tuan Pengerusi, sebagai perbandingan dalam anggaran Belanjawan 2024, butiran yang sama, jumlah harga projek ialah RM961,809,322 iaitu ada pertambahan. Oleh itu, soalan Puchong yang pertama kepada Menteri adalah adakah projek ini telah pun dirunding semula dan mendapat pertambahan sebanyak kira-kira RM58 juta. Apakah skop kerja pertambahan?

Tuan Pengerusi, saya sentiasa memerhati perubahan butiran ini kerana semasa saya menjadi Menteri Alam Sekitar, saya nak runding semula perjanjian projek ini, 07200 ini untuk turunkan perbelanjaan dan bukan sebaliknya. Butiran ini adalah untuk projek Environmental Quality Monitoring Program (EQMP). Program pemantauan kualiti alam sekitar di bawah Jabatan Alam Sekitar (JAS). EQMP adalah projek konsesi selama 15 tahun bermula Julai 2017 hingga Januari 2032. Apabila

draft • 3:28 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

perjanjian konsesi ini ditandatangani, harga keseluruhan projek adalah sebanyak RM846 juta. Sekarang telah pun mencecah RM1 bilion.

draft • 3:28 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Apabila EQMP dilancarkan, objektif menurut Menteri Alam Sekitar ketika itu adalah untuk menyediakan input dan sokongan penting bagi pelaksanaan program penguatkuasaan JAS. EQMP juga bertujuan pada masa itu, objektif asal adalah untuk sebagai sistem amaran awal bagi pencemaran kualiti alam sekitar. Walau bagaimanapun, berdasarkan pengalaman saya mengendali krisis Sungai Kim Kim dan saya sudah pasti YB Tebrau akan setuju dengan saya. Saya mendapati bahawa EQMP ini langsung tidak dapat mencapai objektifnya.

Oleh itu, selepas krisis Sungai Kim Kim, saya sendiri meneliti keseluruhan perjanjian konsesi EQMP yang setebal ini [Menunjukkan isyarat jari] dan tengok apakah sebenarnya yang telah pun berlaku. Tuan Pengerusi, saya mendapati bahawa komponen utama program EQMP adalah ada beberapa komponen:

(i) membina dan mengoperasi stesen automatik iaitu stesen yang boleh hantar real time data kepada data center iaitu 65 udara, 30 sungai dan 10 laut;

(ii) membuat sampling, manual sampling. Pensampelan berkala yang manual di lokasi pensampelan, kita panggil sampling point yang berbeza. 14 sampling point untuk udara, 1,353 untuk sungai, 388 untuk laut;

(iii) komponen ketiga dalam perjanjian ini adalah untuk mengoperasi tiga stesen pemantauan udara mudah alih; dan

(iv) mewujudkan pusat data alam sekitar (environmental data center) supaya JAS boleh memantau secara real time readings dari stesen-stesen automatik di ibu pejabat JAS.

Dengan analisis data, insiden pencemaran dapat dikesan dengan cepat dan boleh mengambil tindakan dengan baik. Tuan Pengerusi, izinkan sedikit masa untuk saya huraikan ini kerana ini adalah perjanjian yang telah pun mencecah RM1 bilion.

Tuan Pengerusi, Puchong memang sokong usaha untuk mengautomasikan pemantauan kualiti alam sekitar tetapi untuk manual sampling, manual sampling hanya boleh memberi amaran kepada JAS untuk perubahan yang berlaku pada jangka masa panjang dan dia tidak dapat mengesan apa-apa anomali secara tiba- tiba seperti pelepasan dan pembuangan sisa toksik, seperti bencana alam sekitar yang lain yang menyebabkan pelepasan bahan pencemar secara tiba-tiba ke alam sekitar pada masa yang sangat singkat.

draft • 3:30 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Jika kita lihat kepada jumlah stesen automatik, tadi saya sudah cakap jumlah automatik ini memang ia tidak mencukupi untuk membuat satu rangkaian yang menyeluruh. Oleh itu, tidak hairan sistem yang sedia ada tidak dapat memberi amaran kepada kita untuk pencemaran-pencemaran yang berlaku. Sungai Kim Kim ke, Sungai Semenyih yang melibatkan penutupan loji rawatan air ke, semua tak dapat. Oleh itu, secara keseluruhannya, saya rasa keupayaan EQMP untuk membantu penguatkuasaan adalah terhad kerana stesen automatik adalah terhad.

Untuk memberi satu gambaran, berapakah sama ada EQMP itu berfungsi ke, berkesan ke dalam membantu JAS dalam penguatkuasaan? Saya ambil statistik 2018 sebab masa itu saya Menteri, saya dapat data itu. Sejumlah 580 amaran pencemaran dibuat oleh sistem EQMP. Jumlah penguatkuasaan pada tahun yang sama, 5,678. Ia bermaksud bahawa amaran yang diberi oleh EQMP yang menyebabkan tindakan berlaku adalah 10 peratus jumlah penguatkuasaan JAS.

Tetapi kalau kita bandingkan kos yang kita bayar, kalau kita tengok Butiran 07200 – Pengawalseliaan Alam Sekitar, kita melibatkan RM85 juta untuk butiran ini.

Kalau kita bandingkan dengan jumlah perbelanjaan JAS iaitu Butiran 040100 – Jabatan Alam Sekitar (JAS). Kos yang mengoperasi semua cawangan JAS di seluruh negara ialah RM130 juta.

Kalau kita tengok lagi kod Butiran 10000 – Emolumen. Kos kita bayar untuk semua kakitangan JAS ialah RM98 juta. Sekarang, Dewan yang mulia ini, saya nak bandingkan. RM98 juta untuk semua warga JAS bayar gaji mereka berbanding dengan RM85 juta bayar satu syarikat yang membantu 10 peratus daripada tindakan penguatkuasaan JAS. Adakah ini berbaloi?

draft • 3:30 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Masa dah tamat ini, Yang Berhormat.

draft • 3:30 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Ya, sorry. Saya nak huraikan sikit.

draft • 3:30 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Ringkaskan, ringkaskan.

draft • 3:30 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Oleh itu, saya nak minta penjelasan daripada Menteri, sama ada kenapakah kita tingkatkan lagi perbelanjaan dan anggaran kos projek ini? Kedua, saya nak tanya sama ada Menteri ada baca tak perjanjian konsesi itu? Itu adalah sangat penting kerana Menteri adalah seorang peguam. Dia sudah tentu boleh baca perjanjian ini dan dalam perjanjian ini memang ada exit clause yang kita boleh masuk untuk re-negotiation, untuk mendapatkan lebih value for money untuk rakyat.

Saya ada banyak lagi yang saya nak huraikan secara keseluruhan. Hanya satu yang saya nak kata ialah Puchong memang adalah penyokong kuat supaya kita mengautomasikan pemantauan kualiti alam sekitar tetapi apa yang kita bayar dalam

draft • 3:30 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

perjanjian EQMP, 75 peratus adalah bacaan manual, manual sampling yang tidak akan efektif dalam pemantauan, membantu pemantauan kualiti alam sekeliling.

Oleh itu, saya rasa perbelanjaan kod Butiran 07200 - Pengawalseliaan Alam Sekitar, boleh diperbaiki lagi dan saya sangat berharap kementerian boleh menggunakan kuasa yang sedia ada untuk memastikan bahawa wang rakyat digunakan untuk mengawal kualiti alam sekitar adalah efektif dan value for money.

Sekian sahaja, Puchong menyokong.

draft • 3:30 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih Puchong. Seterusnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Sabak Bernam. Silakan.

draft • 3:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 020300 – Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dengan beberapa soalan.

Apakah strategi jangka pendek, sederhana dan panjang kerajaan terhadap pembangunan SOP bagi eksplorasi dan pengekstrakan unsur-unsur nadir bumi

(REE) serta memudah cara pengurusan dan mengukuhkan rangkaian industri mineral dalam pemprosesan REE.

Lanjutan daripada itu, apakah terdapat kajian menyeluruh yang dijalankan tentang keperluan untuk menyemak semula Akta Pembangunan Mineral 1994 dalam memenuhi keperluan pembangunan kerangka model perniagaan REE serta integrasi industri REE merentas peringkat haluan, pertengahan dan hiliran. Seterusnya, sejauh manakah peranan yang dimainkan oleh special taskforce REE setakat ini daripada segi pembangunan industri REE serta aspek R&D, termasuk perkongsian kepakaran dan pemindahan teknologi dan inovasi di peringkat negeri-negeri kerana ini di bawah negeri, tanah di bawah negeri.

Maksudnya, sejak kita menceburi industri perlombongan REE ini, setakat mana peningkatan teknologi-teknologi perlombongan bahan tersebut boleh dilakukan oleh anak-anak tempatan? Kerana sekarang ini, kita hanya melombong dan bahan-bahan mentah REE ini kita hantar ke negara luar, China khususnya.

Untuk menguraikan ataupun untuk menapis lagi menjadi tujuh logam berharga yang boleh digunakan untuk industri penggunaan peranti elektronik, khususnya semikonduktor.

Seterusnya, apakah inisiatif yang telah digariskan untuk membantu pemprosesan REE tempatan, khususnya industri pertengahan tempatan bagi memproses sumber mentah REE? Adakah bidang ini, kepakaran kejuruteraan dalam

draft • 3:35 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

bidang ini sudah ada dibuat kajian oleh universiti-universiti tempatan untuk melibatkan pelajar-pelajar di universiti kelak? Apakah implikasi pembukaan kilang Lynas di negara Australia? Adakah pihak kementerian telah mengenal pasti senarai syarikat baharu yang berminat untuk membuka kilang seumpama itu di Malaysia?

Apakah terdapat juga kajian yang dijalankan terhadap single buying house REE serta tindakan pengawalseliaan, khususnya bagi membendung aktiviti perlombongan haram dan penyeludupan REE? Sekiranya tidak mengikut garis panduan yang betul, bidang industri ini boleh mengancam kesihatan manusia, haiwan dan juga boleh mencemarkan alam sekitar.

draft • 3:35 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Apakah hala tuju kerajaan terhadap Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2030 ke arah memastikan pembangunan rantaian nilai industri mineral yang holistik di setiap peringkat bekalan serta pemetaan dan inventori sumber mineral menerusi aplikasi teknologi dan inovasi. Apakah langkah terperinci bagi mencapai sasaran peningkatan sumbangan subsektor perlombongan dan kuari terhadap kepada KDNKK menjelang 2030? Sejauh manakah keberkesanan fungsi MyGEMS sebagai Bank Data Nasional berbentuk seperti bagi memantapkan pengurusan maklumat sumber mineral dan geosains negara?

Seterusnya Butiran 16800. Peningkatan peruntukan kepada RM161.7 juta pada 2025 ini sangat sedikit. Boleh ditambah lagi kerana banjir ini setiap tahun berlaku tetapi masih lagi tidak dapat diatasi dengan tuntas. Di negara kita ini dianugerahkan air yang cukup banyak melalui hujan. Setiap tahun bila hujan berlakulah bencana dan sebagainya tetapi apabila kemarau, banyak takungan- takungan yang kering kontang. Kita juga menanggung air untuk dibekalkan ke Singapura. Apalah salahnya kerajaan berbelanja besar buat projek mega sepertimana yang dibuat oleh negara Afrika di zaman Muhammad Gaddafi, dia buat saliran di bawah tanah sehingga menyuburkan negara Libya pada waktu itu.

Kita juga boleh membuat takungan-takungan air yang bersaiz mega, yang besar supaya apabila banjir, kita lencongkan air ke situ dan apabila musim kemarau kita keluarkan air untuk kegunaan pertanian dan kegunaan harian. Hari ini saya tidak nyanyi sebab masa sudah habis.

[Ketawa] Tuan Pengerusi, terima kasih.

draft • 3:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih YB Sabak Bernam. Saya tunggu-tunggu juga nyanyi itu tidak ada keluar pula hari ini. Okey, seterusnya saya mempersilakan YB Ampang. Silakan.

draft • 3:40 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia MADANI. Ampang sebenarnya ingin mengambil bahagian memandangkan – YB Pengerusi sebenarnya orang tengok Ampang ini macam kawasan yang begitu padat pembangunan dan sebagainya. Kalau kita lihatkan di bawah kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya termasuk kawasan Parlimen Ampang, Ampang mempunyai 52 peratus perhutanan. Kawasan hutan yang begitu besar, kadang-kadang ia ada baik dan ada buruknya.

Di antara perkara yang ingin disentuh di bawah tajuk jawatankuasa ini adalah 030000 – Pengurusan Hutan dan juga 030200 – Jabatan PERHILITAN. Dua perkara ini sebenarnya mengambil perkara yang agak signifikan untuk kita highlightkan ataupun bincangkan. Kalau kita lihat 52 peratus kawasan perhutanan, selebihnya residen dan dua peratus sahaja komersial.

Maksudnya bagaimanakah kita ingin menjalinkan satu kehidupan yang harmoni bila mana di dalam hutan ini pastinya ada binatang-binatang yang telah pun kita usik biodiversitinya yang mereka tidak tahu hendak ke mana. Kemungkinan besar bila adanya isu kemungkinan mereka ingin mencari makan ataupun ingin melihat tempat habitatnya telah dimusnahkan dan sebagainya. Jadi ia satu perkara yang mengundang saya rasa sebagai Ahli Parlimen sering diutarakan tentang isu- isu berbangkit.

Isu monyet, isu babi hutan, isu kera, isu macam-macam lagi. Ada beberapa binatang lagi yang begitu eksotik yang ada di dalam hutan itu yang sebenarnya dia keluar untuk mencari kehidupan. Jadi persoalan yang saya ingin tanyakan, apakah sebenarnya pernah ataupun kementerian berbincang bagaimana kita hendak mengharmonikan antara dua makhluk ini di antara haiwan dan manusia ini supaya kita boleh tidak orang kata kita perlu menghormati kehidupan yang ada?

Saya tertarik bila satu hari dulu saya pergi ke Melbourne, saya pergi ke satu taman mereka. Di taman itu sebenarnya adalah kawasan di mana dilepaskan binatang-binatang yang sedia ada tetapi bukanlah binatang yang sensitif sangatlah.

Jadi isunya mereka telah pun ataupun rakyat di sana menghormati bahawa binatang ini mesti dipelihara, tidak dirosakkan dan sebagainya tetapi yang fundamental yang ingin saya utarakan di sini YB Menteri, adalah bagaimana hubungan di antara manusia dan haiwan ini kita boleh buat dengan satu mungkin kaedah. Kita hendak letak pagar, tidak terpagar kita. Kita hendak buat macam-macam, saya rasa saya

draft • 3:42 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

minta saya serahkan kepada kementerianlah untuk memikirkan apa yang kaedahnya. Sebenarnya ia mengakibatkan kos juga untuk perkara ini.

Seterusnya YB Pengerusi, saya ingin membangkitkan Butiran 030100 iaitu Taman Rimba Ampang di bawah topik ini. Taman Rimba Ampang ataupun dikenali sebagai Bukit Belacan adalah satu lokasi yang begitu dikunjungi pada sepuluh tahun yang lepas tetapi bila mana adanya pembangunan, kita lihat sepuluh tahun Taman Rimba Ampang ini tidak digunakan, terbiar, banyak biodiversitinya juga kita kehilangan. Bukan pokoknya sahaja tetapi keadaan sana hampir musnah yang tidak terjaga.

Jadi soalan saya kepada YB Menteri, apakah tindakan ataupun usaha untuk memastikan jika ada pembangunan-pembangunan begini, jangan sahaja kita serahkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan semasa pembangunan itu. Sepatutnya di bawah kementerian yang ada, apakah usaha untuk kita pelihara dan kita pulihara tempat sini supaya masih kekal walaupun pembangunan yang ada. Jadi, amat sayang bukan banyak tempat peranginan yang ada di tengah-tengah bandar tetapi sekarang ini kita tidak dapat menikmati perkara ini. Jadi hampir sepuluh tahun kami menunggu, apakah jawapan kepada perkara ini.

Seterusnya butiran terakhir yang ingin saya bawa adalah Butiran 020200 di bawah JUPEM iaitu isu ini memang nampak kecil tetapi jika seseorang itu memiliki tanah hak persendirian yang dipajakkan daripada kerajaan, ia ada satu proses yang perlu dilakukan iaitu sebelum ia dapat hak milik kekal, dia mestilah melalui ukur halus. Kalau tidak, gerannya itu adalah geran hak milik sementara sahaja tetapi tidak ramai orang perasan perkara ini.

Jadi, saya tahu JUPEM telah membuatkan satu usaha yang baik setiap kali adanya pemberian hartanah itu pemberian hak milik geran itu hendak diberikan bersekali dengan ukuran yang telah dibuat. Tetapi saya nampak ada sedikit loophole di situ bila mana tidak adanya penegasan bahawa ukur halus ini dibuat, maka hak milik kekal itu ada tanda tanya di situ. Kadang-kadang rumah yang dibuat, dimiliki ataupun tanah yang dimiliki terbesar ada yang terkecil.

Jadi later on, kemudian bila sudah lupus tanah tersebut, hendak diminta balik baru dia tahu, eh, sebenarnya tanah dia telah pun dimasuki oleh orang atau dia sendiri masuk ke tanah orang lain. Jadi, saya mohon penjelasan daripada kementerian apakah usaha yang terbaik untuk perkara ini tidak timbul. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

draft • 3:42 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih YB Ampang. Seterusnya saya mempersilakan YB Jerantut, silakan.

draft • 3:42 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada sahabat saya Tuan Pengerusi Yang Berhormat, rakan bola sepak saya. Menteri hari itu kalah insya-Allah kita boleh fight lagilah. Saya menang.

[Ketawa] Baik, ada beberapa perkara yang ringkas barangkali boleh dijawab dengan mudah oleh pihak Menteri dan kementerian. Pertama, berkenaan dengan Butiran 030000 – Pengurusan Hutan dan Biodiversiti. Dalam Belanjawan 2024, kerajaan telah mengumumkan penerbitan sukuk biodiversiti sehingga RM1 bilion, khususnya untuk penanaman semula hutan rosot. Jadi, saya mohon untuk pihak kementerian untuk menjawab dua perkara.

Pertama, apakah perkembangan kepada penerbitan sukuk ini termasuk langganan dan partisipasi yang ditunjukkan oleh kerajaan-kerajaan negeri dalam menjayakan inisiatif ini? Kedua, saya juga ingin mendapatkan maklumat peruntukan yang telah diberikan kepada kerajaan negeri di bawah pelaksanaan Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) bagi melindungi, memulihara dan mewarta kawasan perlindungan bagi perkhidmatan ekosistem khususnya kawasan tadahan air dan perlindungan hidupan liar. Ini banyak di negeri Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah dan sebagainya.

draft • 3:48 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Kedua, Tuan Pengerusi, berkenaan dengan Butiran 11900 – Kajian Sumber Air Tanah Negara. Malaysia diunjurkan mempunyai sumber air bawah tanah berkapasiti lebih daripada 5,000 bilion meter padu dengan keupayaan penjanaan semula sebanyak 64 bilion meter padu setahun. Kapasitinya sangat besar, namun penggunaan air bawah tanah hanya digunakan tidak lebih daripada tiga peratus sahaja.

Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian, apakah rancangan dan tindakan yang akan diambil untuk menggembleng penggunaan lebih banyak air bawah tanah khususnya bagi permintaan rakyat, terutamanya ketika musim kemarau di seluruh negara? Kedua, apakah aktiviti hidrogeologi yang sedang dan akan dilakukan untuk membantu penggunaan air bawah tanah sebagai sumber air loji-loji rawatan air yang menghadapi kekurangan sumber air? Ini saya fokuskan juga kepada Daerah Jerantut di mana kita mempunyai masalah yang besar tentang kekurangan sumber air.

draft • 3:50 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Kemudiannya berkenaan dengan Butiran 07100 – PERHILITAN. Saya amat bersimpati dengan apa yang berlaku pada Ahli Parlimen Kluang dan juga Ahli Parlimen Mersing, sahabat saya kedua-duanya. Juga berlaku di Jerantut, tentang isu gajah, isu kera. Dan di Jerantut lebih advance, kita ada gangguan daripada harimau.

Baru-baru ini di kawasan Gelanggi di Pulau Tawar, ada isu tentang harimau liar yang, alhamdulillah hasil daripada kerjasama masyarakat setempat dan juga PERHILITAN, kita dapat tangkap harimau tersebut. Harimau.

Macam mana kita hendak tangkap gajah? Gajah ini dia mengganggu.

Terbaru, di Kampung Som, dia mengganggu sampai ke dapur rumah dia hendak pergi. Jadi pula dengan Kampung Bantal, Kampung Gusai, Mat Daling, ini kawasan- kawasan kampung tradisional. Kita sukar sebab kita ― itu laluan gajah. Kita tidak boleh nafikan itu laluan dia.

Jadi, soalan saya ialah kita amat berterima kasih dan berbangga dengan tenaga PERHILITAN, kerana rakan-rakan daripada PERHILITAN inilah yang bukan sekadar bersabung nyawa untuk memastikan keselamatan kami di kawasan- kawasan yang penuh dengan flora dan fauna ini.

Cuma, persoalan saya ialah, apakah insentif yang boleh diberikan kepada PERHILITAN ini? Kalau boleh, pihak Menteri datang ke Jerantut, boleh tengok sendiri Pejabat PERHILITAN Jerantut dalam keadaan dia menguruskan di antara taman negara yang terbesar di dalam negara kita, dari sudut kelengkapan yang sedia ada, jumlah pekerja dan sebagainya. Jadi, saya mohon jasa baik pihak Menteri, marilah datang ke Jerantut, sama-sama kita meningkatkan kelestarian alam dalam keadaan kita mempertingkatkan operasi PERHILITAN Jerantut.

Kemudiannya, berkenaan dengan Butiran 040100 – Jabatan Alam Sekitar.

Saya melihat harapan Yang Berhormat Menteri untuk memperkasa Jabatan Alam Sekitar melalui peruntukan yang lebih besar untuk Belanjawan 2025 ini agaknya macam tidak dilayan. Sebab, sebelum ini pihak Menteri ada jumpa dengan pihak Menteri Kewangan Kedua untuk kita menambahkan lagi bajet, tetapi dari sudut perangkaan di sini, bajet itu tidak ditambah, hatta dikurangkan.

Jadi, persoalan saya ialah apakah justifikasi kerajaan tidak membenarkan kompaun dan denda yang dikenakan oleh Jabatan Alam Sekitar yang kini dimasukkan ke dalam Akaun Wang Yang Disatukan dan tidak diberikan kepada JAS untuk tujuan pemerkasaan agensi tersebut? Kerana, dengan adanya dana tambahan ini, kita boleh membantu pusat-pusat konservasi, contohnya Pusat Konservasi Harimau Malaya yang kita telah gazetkan sebanyak 134,000 hektar tanah di Pahang.

draft • 3:50 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Jadi, kalau adanya dana-dana tambahan ini, kita boleh meningkatkan kebolehupayaan pusat-pusat konservasi ini.

Terakhir, Tuan Pengerusi, berkenaan dengan Butiran 07300 – Pembangunan Dasar-dasar Berkaitan Perubahan Iklim dan Obligasi Pelaporan di bawah UNFCCC.

Tentang isu perubahan iklim ini, saya mengucapkan tahniah kepada pihak kementerian kerana mewakili Malaysia di COP29 Azerbaijan pada bulan November lepas.

Dalam isu perubahan iklim, saya mohon pihak kementerian untuk meneliti isu berkait dengan greenwashing. Isu ini penting sekarang ini berkenaan dengan strategi acah-acah hijau ini yang berselindung di sebalik label eco-friendly, recycle materials dan lain-lain, kerana wujud golongan kapitalis yang ingin mengambil kesempatan.

Justeru, saya meminta pihak kementerian untuk memberikan perhatian untuk meningkatkan kesedaran awam dan memberikan satu framework jelas untuk menangani isu greenwashing ini.

Terakhir, saya tertarik dengan lelongan kredit karbon pertama di Malaysia yang diadakan pada bulan Julai tahun ini. Saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian berkenaan hasil lelongan daripada projek pemuliharaan Hutan Hujan Kuamut untuk komuniti setempat. Sejauh manakah sokongan ditunjukkan oleh syarikat-syarikat korporat, khususnya dalam kalangan pengeluar karbon yang tinggi di Malaysia seperti industri automotif dan pembinaan? Terima kasih, sahabat saya Tuan Pengerusi.

draft • 3:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih, YB Jerantut. Seterusnya, saya persilakan YB Padang Serai. Yang Berhormat, silakan,

draft • 3:50 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, YB Pengerusi. Terus merujuk kepada Butiran 020300 – Jabatan Mineral dan Geosains. Saya ingin membangkitkan beberapa isu yang, jika diteliti, ia dapat memenuhi masa hadapan ekonomi dan warisan negara kita.

Pertamanya, saya ingin sentuh berkenaan dengan isu unsur nadir bumi, rare earth element. Statistik menunjukkan bahawa Malaysia berada dalam persimpangan sejarah dalam pembangunan industri mineral strategik ini. Dengan peruntukan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) meningkat daripada RM76.5 juta kepada RM78.5 juta pada 2025, kita melihat sedikit pengiktirafan terhadap kepentingan sektor ini.

draft • 3:55 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Namun, pertanyaan utama yang harus dijawab, apakah strategi komprehensif kerajaan terhadap REE ini? Adakah kita hanya bermain menunggu atau benar-benar mempunyai pelan transformasi yang jelas?

Beberapa fakta yang diragui telah terdedah. Malaysia berpotensi ketinggalan dalam revolusi teknologi global jika kita tidak segera bertindak. Deposit REE tersebar di pelbagai negeri, namun proses pengekstrakan masih lagi kabur. Proses perlombongan juga masih lagi kabur. Tiada kejelasan mengenai kerangka perundangan yang diperlukan untuk memaksimumkan potensi industri ini.

Dari itu, saya ingin mempersoalkan beberapa isu kritikal. Mengapakah semakan Akta Pembangunan Mineral 1994 begitu perlahan? Adakah ia disebabkan oleh kompleksiti politik atau kurang kehendak strategik? Keduanya, apakah peranan sebenar task force REE? Setakat manakah kejayaan mereka dalam pemindahan teknologi dan inovasi? Yang ketiga, bagaimana kita merancang membangunkan rantaian nilai industri REE dari peringkat huluan hingga ke peringkat hiliran?

Butiran yang seterusnya, Tan Sri Pengerusi. Butiran 020100 – JKPTG. Isu kedua yang saya ingin sentuh adalah berkaitan dengan tanah rizab Melayu, satu warisan yang kini berada dalam krisis sebenar. Mengikut rekod rasmi Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, sehingga 30 Jun tahun lalu, jumlah keseluruhan tanah rizab Melayu (TRM) di Malaysia adalah 4,977,083.37 hektar tersebar di 10 negeri dan wilayah. Namun, penyebaran ini tidak seragam. Terengganu memimpin dengan 1,822,000 hektar. Kelantan mencatatkan 1,361,000 hektar. Perak, 955,000 hektar. Kedah mencatatkan 829,000 hektar.

Saya merujuk kepada Harian Metro yang disiarkan 5 Mei 2024, tajuknya “Tanah rizab Melayu kian terhakis”. Tambahan mencabar, Pulau Pinang dan Melaka langsung tidak mempunyai tanah rizab Melayu. Selangor hanya mempunyai 161,375 hektar, satu angka yang membimbangkan memandangkan kepesatan pembangunan negeri tersebut. Statistik ini bukan sekadar angka tetapi gambaran nyata kepada kekerapan kehilangan dan pengalihan hak milik tanah rizab Melayu.

Laporan SPRM mendedahkan satu realiti yang mengejutkan. Tanah bernilai berbilion ringgit telah dipindah milik secara haram. Setiap ekar tanah rizab Melayu yang dahulunya bernilai RM20,000 hingga RM30,000 kini bernilai melebihi RM100,000. Ini bukan sekadar isu kewangan tetapi satu pengkhianatan terhadap amanah sejarah negara. Bukti yang nyata menunjukkan kakitangan Pejabat Tanah dan Galian disyaki terlibat dalam penukaran status tanah rizab Melayu. Sistem pengurusan tanah mempunyai kelemahan kritikal yang boleh dilihat ratusan hektar tanah telah beralih milik tanpa pengetahuan pemilik asal.

draft • 3:55 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Yang Berhormat Pengerusi, kita tidak boleh lagi bertolak ansur dalam penyelewengan ini. Setiap hektar tanah rizab Melayu yang hilang adalah satu kerugian besar kepada generasi akan datang. Justeru, saya mendesak kerajaan untuk melakukan tiga perkara.

Pertama, mengaudit menyeluruh ke atas sistem pengurusan tanah rizab Melayu dengan pengawasan bebas dan telus. Keduanya, memperketatkan undang- undang dan prosedur untuk menghalang sebarang perpindahan hak milik yang mencurigakan.

draft • 3:55 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Ketiga, membangunkan mekanisme pemulihan tanah yang komprehensif termasuk memulangkan tanah yang dialih milik secara haram.

Seterusnya Tuan Pengerusi, Butiran 07100 – PERHILITAN. Banyak yang sebut tentang gangguan hidupan liar, gajah, harimau, dan sebagainya. Tapi saya fikir, gangguan kera ataupun monyet ini berlaku di seluruh negara. Kalau gajah, harimau ini di tempat-tempat yang pinggir dengan hutan. Tapi kalau kera ini dia dah masuk ke dalam pekan, masuk ke dalam kawasan perumahan. Di kawasan perumahan saya yang berpagar, berkawat pun masih lagi boleh dimasuki kera.

Jadi Yang Berhormat Timbalan Menteri...

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 4:00 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Nak gulung dah Pengerusi.

draft • 4:00 PM

Seorang Ahli

Pengerusi.

draft • 4:00 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Dalam...

[Dicelah] Pengerusi, ya. Dalam Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Alam Sekitar, Sains dan Perladangan, satu kajian perbandingan pengurusan ancaman kera di negara lain supaya langkah drastik perlu diambil untuk mengatasinya. Semua Ahli-ahli Yang Berhormat boleh merujuk kepada isu ini dalam Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Alam Sekitar, Sains dan Perladangan.

Saya faham isu kera ini adalah satu isu yang cukup kompleks. Nak menanganinya juga satu perkara yang cukup besar. Nampak saja kecil tapi cukup besar. Tetapi perkara ini kita tidak boleh ambil sambil lewa sebab ia membahayakan kepada rakyat, kepada kanak-kanak. Saya minta kementerian jika ada bajet yang berlebihan ataupun bajet untuk tahun hadapan dan sebagainya, perkara ini dilihat dengan lebih serius. Terima kasih Pengerusi.

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.

draft • 4:00 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Puan Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya mengambil bahagian dalam perbahasan Jawatankuasa untuk Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Butiran pertama yang saya nak sebutkan adalah Butiran 07200 di bawah tajuk Pengawalseliaan Alam Sekitar. Saya nampak pada Belanjawan 2024, peruntukan sebanyak RM94.4 juta. Kali ini 2025, dia kurang RM10 juta kepada RM84.3 juta. Saya nak tanya, kenapakah peruntukan untuk perkara yang berkaitan dengan kelestarian alam sekitar ataupun mengawal selia, menjaga alam sekitar boleh dikurangkan? Sebab kita dalam usaha untuk memenuhi semua kriteria ataupun syarat yang diperlukan di bawah Sustainable Development Goals (SDGs) yang berkaitan dengan kelestarian alam. Sepatutnya dia tambah tapi tak tambah tapi kurang. Saya nak tanya Menteri, kenapa ini boleh berlaku?

Saya mengambil berat juga berkenaan dengan alam sekitar. Saya nak tanya, sekiranya sesuatu projek yang mempunyai impak terhadap alam sekitar, sudah tentu ia ada EIA report. Selepas itu, Alam Sekitar akan mengadakan mesyuarat yang berkaitan dengan Terms of Reference (TOR). Sekiranya saya nak tanya, kalau pihak berkuasa tempatan memberikan respons yang menolak permohonan tersebut sebab akhirnya keputusan akhir di tangan PBT, PBT menolak.

Jadi, apakah Jabatan Alam Sekitar akan menguruskan ataupun memberikan kelulusan? Sebab kalau PBT tak setuju, JAS pula setuju, dia akan berlaku konflik. Ia pernah berlaku dan ya lah ia akan menyebabkan keadaan di mana ada pihak yang tak puas hati mungkin akan ambil tindakan mahkamah dan sebagainya. Jadi, apa pandangan Menteri berkenaan dengan perkara ini?

Di bawah tajuk yang sama Yang Berhormat Menteri, perkara ini saya pernah sebut sejak saya jadi Ahli Parlimen pada tahun 2018 walaupun Menteri dah tukar banyak kali, berkenaan dengan kualiti alam sekitar. Okey, Cenviro Sdn. Bhd. di Sendayan, hanya jarak dalam lima kilometer daripada Parlimen Rasah yang saya rasa tadi ada rakan-rakan sebut. Ia adalah pusat sisa pepejal berjadual. Ia dibuka pada tahun 1995. Waktu itu kawasan sekitar, kualiti alam itu semuanya hutan. Jadi, waktu itu mungkin dikatakan sesuai. Lepas itu dia konsesi 20 tahun sehingga 2015.

Disambung 15 tahun sehingga 2030. Correct me if I’m wrong, Yang Berhormat Menteri.

Saya nak tanya, apakah pendirian kerajaan berkenaan dengan ini? Sebab tempat ini sebahagian daripada Bandar Sri Sendayan, sangat dekat dengan Tech Valley dan banyak kilang yang berkaitan dengan makanan telah dibina, beroperasi

draft • 4:02 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

di situ. Saya anggap kebakaran yang berlaku termasuk tahun ini, kali ketiga. Kali pertama pada tahun 2015. Kali kedua tahun 2019 dan kali ini kali ketiga.

Apakah kerajaan akan ambil tindakan yang drastik untuk tidak menyambung konsesi untuk kualiti alam di tempat tersebut sebab tempat itu dah tak sesuai dah.

Takkan semua sisa pepejal berjadual seluruh negara nak dilonggokkan di tempat yang sangat dekat dengan kawasan pembangunan bandar baharu tersebut. Jadi, mohon pandangan daripada Yang Berhormat Menteri.

Perkara kedua di bawah Butiran 07100 – PERHILITAN. Saya nampak ada pertambahan peruntukan yang tinggi daripada RM45 juta tahun sebelumnya kepada RM88 juta. Pertambahan yang baik, yang signifikan. Saya sepertimana rakan-rakan yang telah berbahas tadi, isu monyet.

Antara yang saya rasa berlaku di semua tempat sebab pembangunan di sana sini. Saya nak tanya, dengan adanya pertambahan ini, apakah makna pihak PERHILITAN akan mendapat peruntukan tambahan untuk khasnya menyediakan kelengkapan perangkap? Sebab monyet ini kita tahu kita perangkap secara hidup dan kita lepaskan di kawasan yang sesuai. Sebab sekarang ini, banyak aduan terpaksa tunggu giliran sebab peralatan tak cukup. Apakah ia dapat menyelesaikan ataupun mengurangkan masalah yang berlaku?

Perkara ketiga adalah berkaitan dengan JKPTG. Saya nampak di bawah Butiran 00200, Butiran 02303, Butiran 03400. Kalau tahun lepas RM1 juta. Kali ini RM131 juta. Satu lonjakan yang cukup signifikan. Jadi di sini, apakah sistem yang akan ditambah baik? Ada tak pengurusan harta pusaka? Sebab JKPTG salah satunya berkaitan dengan harta pusaka, khasnya pusaka kecil? Apakah sistem itu akan bertambah baik sebab banyak kes tunggu lama sebelum ini?

Perkara terakhir Puan Pengerusi, di bawah Butiran 16800 – Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi, Jabatan Meteorologi. Sebab kalau tebatan banjir biasa kita fikir fasal JPS. JPS di bawah PETRA. Tapi yang ini dapat peruntukan yang tinggi, RM27 juta kepada RM161 juta. Saya nak tanya, saya sokong sebab kalau kita sebut tebatan banjir ini, kita kena buat kesiapsiagaan sepanjang tahun. Kita tak tunggu banjir untuk kita ambil tindakan. Itu dah mungkin apa yang berlaku sekarang ini. Jadi, saya sambut baik.

Cuma saya harap, ini berkaitan dengan — mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Adakah ia berkenaan dengan siren ataupun alarm sebab ia berkaitan dengan Jabatan Meteorologi? Jadi, saya menyambut baik dan saya harap kalau betul, termasuk Sungai Linggi di bawah kawasan saya boleh mendapat

draft • 4:02 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

pertambahan kelengkapan sebegitu sebagai siren yang menyedarkan seandainya berlaku banjir. Itu sahaja daripada saya. Terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 4:02 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Nerus.

draft • 4:02 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi.

Saya terus pergi kepada Butiran 030200 – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). Saya ingin menarik perhatian Dewan mengenai isu konflik haiwan liar dan manusia. Spesifiknya adalah gajah-gajah liar yang sering muncul di kawasan perumahan penduduk dan merosakkan kebun serta memusnahkan tanaman penduduk yang akhirnya mengakibatkan kerugian yang sangat besar yang terpaksa ditanggung oleh petani di kawasan-kawasan perkampungan khususnya di sekitar Tasik Kenyir.

Mohon pencerahan, sejauh mana komitmen kerajaan untuk memindahkan gajah-gajah liar ini ke perkampungan Konservasi Gajah Tasik Kenyir (KECV)?

Apakah cabaran serta halangan untuk berbuat demikian? Sejauh mana penggunaan teknologi seperti dron digunakan untuk memantau gajah-gajah liar ini?

Saya juga dimaklumkan bahawa sejumlah peruntukan telah disalurkan bagi membina Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) di sekitar Tasik Kenyir. Apakah status projek ini sekarang dan bilakah jangkaan ia siap sepenuhnya? Pada waktu ini, sejauh mana keberkesanan SPEG bagi menghalang gajah-gajah liar daripada memasuki kawasan penduduk susulan terdapat kes di Pahang baru-baru ini di mana gajah liar dapat membolosi pagar elektrik dan memasuki kawasan penduduk pada waktu tengah malam? Mohon pencerahan Yang Berhormat Menteri.

Saya pergi kepada Butiran 040100 – Jabatan Alam Sekitar. Sejauh mana kajian pencemaran sisa pertanian, baja dan racun ke aliran sungai yang mengancam aktiviti penternakan ikan dalam sangkar telah dilaksanakan?

draft • 4:08 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Penggunaan racun pertanian berlebihan boleh menyebabkan peningkatan antimicrobial resistance (AMR) iaitu keadaan di mana microorganism seperti bakteria resistance terhadap bahan kimia yang biasanya digunakan untuk mengawal atau membunuh microorganism tersebut. Justeru, sejauh mana garis panduan yang ditetapkan untuk penggunaan baja dan racun perosak dalam sektor pertanian bagi

draft • 4:10 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

mengurangkan kesan negatif terhadap ekosistem sungai dipatuhi oleh para petani?

Apakah tindakan penguatkuasaan yang telah dilaksanakan kerajaan bagi membendung perkara ini? Apakah bentuk-bentuk kerjasama antara agensi kerajaan berkaitan untuk mengatasi isu pencemaran sistem pertanian di sungai ini?

Adakah terdapat sebarang program kesedaran atau latihan kepada para petani mengenai penggunaan baja dan racun perosak secara lestari? Juga sehingga kini, sejauh mana komitmen kerajaan untuk menyokong penternakan ikan dalam sangkar yang terjejas akibat pencemaran ini? Sama ada bantuan berbentuk kewangan ataupun teknikal? Mohon pencerahan.

Yang Berhormat Pengerusi, di bawah Butiran yang sama juga, saya ingin bangkitkan mengenai isu pencemaran sumber air sungai akibat perlombongan bijih besi, antaranya di Dungun. Aktiviti perlombongan ini telah menyebabkan air sungai menjadi keruh dan berwarna kemerah-merahan akibat pembuangan sisa biji besi dari hulu sungai yang mengancam habitat akuakultur, sumber air bersih dan juga pertanian dan juga untuk keperluan penduduk sekitar.

Justeru, saya berpandangan pihak berwajib perlu mengambil tindakan segera, termasuk melaksanakan pemantauan ketat terhadap aktiviti perlombongan dan pengawalan rawatan efluen dari lombong bijih besi tersebut. Bagi memastikan effluent yang dihasilkan dapat diproses dan dibuat dengan kaedah yang betul dan selamatnya. Seterusnya Yang Berhormat Pengerusi, saya pergi kepada Butiran 040200 - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET). Isu bencana banjir, khususnya yang sedang berlaku di negeri-negeri Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu pada waktu ini. Seperti yang kita sedia maklum, bencana banjir di Pantai Timur ini bukan perkara baharu. Malahan sudah berpuluh tahun.

Namun, bila tibanya masa musim tengkujuh, tetaplah juga rakyat terpaksa hadap musibah yang berkali-kali ini. Seperti tahun ini, dikatakan banjir besar di Kelantan seperti- atau lebih teruk berbanding dengan tahun 2014. Jadi, adakah situasi ini sebenarnya telah dapat diramalkan oleh pihak METMalaysia lebih awal?

Banjir kali ini di Terengganu juga teruk. Sekarang masih ada lebih kurang 40,000 di tempat pusat pemindahan sementara. Sejauh manakah menggunakan teknologi terkini untuk meramalkan cuaca ekstrem dan banjir, khususnya di Pantai Timur? Bagaimanakah keberkesanan sistem amaran awal banjir yang dikeluarkan oleh METMalaysia? Apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi memastikan maklumat amaran banjir sampai dengan cepat dan tepat pada penduduk di kawasan yang terjejas?

draft • 4:10 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Juga sejauh mana kerajaan bekerjasama antara METMalaysia dan agensi lain seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk menguruskan dan mengurangkan risiko banjir, khususnya di Pantai Timur?

Apakah mekanisme penilaian yang dijalankan selepas kejadian banjir untuk menambah baik ramalan serta sistem amaran pada masa yang akan datang?

Bagaimana METMalaysia menilai kesan perubahan iklim terhadap kekerapan dan intensity banjir di Pantai Timur? Apakah langkah-langkah jangka panjang yang disarankan untuk menangani isu ini? Akhirnya Yang Berhormat Pengerusi, Butiran 11900 - Kajian Sumber Air Tanah Negara.

Kajian oleh pakar-pakar telah menunjukkan penurunan kualiti air tanah di beberapa kawasan, khususnya di Terengganu. Termasuk peningkatan jumlah pepejal terlarut (TSS) dan kekeruhan air yang mana boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan manusia serta keseimbangan ekosistem.

Oleh itu, bagaimanakah hasil kajian sumber air tanah yang dijalankan oleh kerajaan akan membantu dalam pengurusan dan perlindungan sumber air tanah di Terengganu yang mana merupakan air bersih utama untuk rakyat? Apakah bentuk kerjasama yang telah dirancang antara Persekutuan dan kerajaan negeri dalam pelaksanaan hasil kajian tersebut? Saya ingin bertanya dari sudut perubahan iklim.

draft • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 4:10 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Sejauh mana banjir atau kemarau yang ekstrem memberi kesan terhadap sumber air tanah? Apakah langkah- langkah yang lebih strategik dan lestari diambil di peringkat Persekutuan untuk melindungi, menguruskan sumber air tanah dalam konteks perubahan iklim, khususnya di Terengganu dan umumnya di seluruh negara. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

draft • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Saya jemput Yang Berhormat Sri Gading.

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Pengerusi.

Butiran 040200 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET), yang telah diperuntukkan tambahan sebanyak RM3 juta. Ini adalah satu langkah yang bijak, yang bagus. Di mana kalau kita lihat seperti mana yang dinyatakan oleh Kuala Nerus tadi berkaitan dengan ramalan banjir besar di Kelantan.

draft • 4:15 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Sebenarnya kalau kita lihat, Meteorologi telah mengeluarkan amaran dan saya telah melihat sendiri gambaran yang ditunjukkan bahawa ianya sangat besar kerana tumpuan itu betul-betul di atas Terengganu dan Kelantan. Pada hari ini, Sri Gading mengucapkan tahniah kepada Jabatan Meteorologi yang telah memberikan amaran awal dan juga kepada semua agensi kerajaan yang telah menyediakan persiapan, sehinggakan tidak ada rungutan tentang lambatnya bantuan daripada pihak agensi-agensi kerajaan di bawah Kerajaan Perpaduan MADANI.

Keduanya, kami ingin meminta, Sri Gading ingin minta supaya dengan peruntukan tambahan itu, kalau boleh disediakan ataupun promosi iklan berbayar supaya rakyat yang menggunakan handset ini, seluruh rakyat Malaysia dapat maklumat terkini. Kerana dengan maklumat-maklumat daripada Meteorologi pada hari ini, mereka sangat berkesan untuk buat tindakan-tindakan awal sekiranya berlaku mana-mana, terutamanya di kalangan orang-orang muda yang bekerja.

Sama ada di negeri utara ataupun di bandar-bandar besar yang mereka kadang- kadang menggunakan motosikal, tiba-tiba hujan ya dan mereka tersangkut di dalam perjalanan kerana masalah banjir dan sebagainya. Jadi, kalau katakan promosi iklan berbayar ini diberikan ataupun digunakan dan boleh melalui kepada semua melalui telefon bimbit kepada rakyat, maka ianya memudahkan untuk tindakan rakyat bekerjasama.

Seterusnya, ramalan cuaca tentang panas. Cadangan daripada Sri Gading supaya Meteorologi Malaysia ni juga boleh menyangkakan tentang kemarau yang akan datang. Dengan demikian, banyak perkara yang boleh diutarakan ataupun boleh persiapan. Contohnya, kanak-kanak sekolah, anak-anak yang nak beraktiviti, maka dapat dikurangkan aktiviti mereka di luar.

Begitu juga dengan persiapan-persiapan bagi kerajaan untuk bekalan air supaya tidak berlaku kekeringan ataupun kemarau. Begitu juga dengan amaran komuniti. Sri Gading mencadangkan supaya ada amaran-amaran di sungai ataupun bahagian-bahagian yang biasa banjir dengan amaran menggunakan AI. Di mana sampai satu paras tertentu, dia telah bunyikan siren dan sebagainya. Maka, memberikan amaran pada penduduk sekitar atau bahawa itu adalah merupakan perkara penting untuk mereka ambil tindakan demi keselamatan mereka.

Butiran seterusnya 16800 - Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi. Di mana kalau kita lihat apa yang berlaku banjir yang baru ini, yang sedang melanda di beberapa negeri di bahagian Utara Kedah, Kelantan dan Terengganu. Adakah tebatan banjir yang telah diperuntukkan daripada RM26 juta kepada RM161 juta ini, yang termasuk di bawah Jabatan ataupun Kementerian Alam Sekitar ini ianya

draft • 4:15 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

memberikan satu impak negatif? Sedangkan sepatutnya mungkin ada di tebatan banjir semakin eloklah tetapi ini semakin teruk.

Sebab saya dapati, dihubungi oleh rakan di DUN Menanti, menyatakan bahawa sebelum daripada ini, 2014 dia tak pindah. Tetapi pada kali ini, banjir yang melanda sehingga masuk ke rumah mereka. Mereka pindah kerana air terlalu tinggi.

Jadi, ini kesan kalau kata kita tengok adakah ianya memberi kesan yang baik ataupun sebaliknya? Bagaimana projek yang berkenaan di, kalau katakan di Kelantan, Terengganu dan Kedah, adakah telah berjaya dan sampai mana tahap pembinaannya?

Bagaimana pula tebatan banjir yang berada di negeri Johor? Kerana pada tahun lepas, bulan tiga, ianya berlaku banjir di dalam Parlimen saya, Sri Gading dan juga Parit Sulong serta Batu Pahat. Memakan masa kerana kalau di Johor ini, banjir di kawasan Batu Pahat ini, dia adalah banjir termenung. Tetapi kalau di Kelantan, Terengganu mungkin banjir sekali lalu. Apa yang Sri Gading ingin persoalkan, bagaimanakah untuk menghadapi musim-musim banjir yang akan datang dalam persiapan yang jangka pendek dan jangka panjang ini?

draft • 4:15 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Begitu juga dengan banjir yang telah berlaku. Saya difahamkan ada satu bila berlaku banjir ini kita kena ingat, ini banjir adalah merupakan satu musibah yang semua orang kena, sama ada orang baik, orang jahat, orang alim, orang tak alim dan ini adalah satu perkara yang tidak boleh kita ketepikan tentang sifat kemanusiaan.

Bila sifat kemanusiaan, kita perlu bantu mereka walaupun apa colour fahaman mereka.

Saya difahamkan bahawa terdapat pimpinan daripada Barisan Nasional, Pakatan Harapan yang nak menyambut kehadiran Perdana Menteri ke Terengganu dihalang oleh pihak-pihak tertentu untuk dapat bersama dalam rombongan Perdana Menteri. Jadi ini kalau berlaku adalah merupakan satu insiden yang sangat tidak munasabah bagi sebuah agensi ataupun kerajaan yang berada bersama-sama untuk membantu rakyat yang sepatutnya berada dalam keadaan yang samalah dalam suasana musibah ini. Sepatutnya kita beri peluang sesiapa saja yang nak membantu.

draft • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Jadi, saya harap sangat perkara ini tidak akan berulang dan sekiranya berlaku kena nyatakan kepada pihak berkenaan meminta maaf. Sekian, terima kasih.

draft • 4:20 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Sri Gading, minta laluan sedikit. Saya hadir semalam. Tidak ada sekatan.

draft • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Saya jemput Yang Berhormat Merbok.

draft • 4:20 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Auzdubillahi minas syaitonir rajim. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Sebelum itu saya ingin berkongsi kesedihan saya kepada mangsa-mangsa banjir yang telah melanda beberapa negeri, termasuklah negeri saya sendiri di Kedah dan juga di Kelantan, Terengganu dan di tempat-tempat lain lagi. Mereka ini adalah mangsa keadaan di mana sekarang ini adalah musim tengkujuh dan harap mereka bertabah dengan ujian yang dihadapi.

Saya terus kepada Butiran B.23, 020300 – Peruntukan bagi Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) berkenaan dengan REE iaitu unsur nadir bumi. REE ini merupakan satu bahan yang penting yang digunakan untuk menghasilkan peranti elektronik pengguna harian seperti cip dalam komputer riba, kamera, televisyen, telefon pintar dan pembuatan bateri. Sebelum ini Menteri pernah memberitahu Channel News Asia bahawa negara pada masa ini mempunyai anggaran 16.2 juta tan deposit REE dengan potensi anggaran nilai sehingga USD182 bilion iaitu bersamaan dengan melebihi RM800 bilion.

Ia adalah satu nilai yang amat besar dan tak boleh dibiarkan terendam dalam tanah begitu saja tanpa diusahakan dan diuruskan untuk meningkatkan ekonomi negara. Sebelum ini Perdana Menteri pernah memberitahu Parlimen pada 11 September 2023 yang lalu bahawa kerajaan bercadang untuk mengharamkan eksport bahan mentah nadir bumi ini bagi mengelakkan dieksploitasi dan kehilangan sumber serta menjamin pulangan maksimum untuk negara.

Perdana Menteri juga pernah memberitahu bahawa Dasar Galian Negara yang baharu akan digubal untuk memacu pembangunan komprehensif industri mineral ini. Dasar itu akan digunakan sebagai panduan dalam menjalankan aktiviti perlombongan di hutan simpan kekal, kawasan sensitif alam sekitar (ESA) dan kawasan perlindungan.

Setelah setahun berlalu, saya ingin tahu adakah SOP atau sebarang dasar baru telah digubal dalam kerangka untuk menyediakan Pelan Pembangunan SOP Eksplorasi dan pengekstrakan unsur nadir bumi ini serta memudahkan cara pengurusan dan pengukuhan rangkaian industri mineral dalam pemprosesan REE ini.

draft • 4:21 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Adakah terdapat keperluan dan inisiatif daripada kerajaan untuk pemindaan Akta Pembangunan Mineral 1994 iaitu Akta 525 bagi menyokong pembangunan industri unsur nadir bumi ini dengan memfokuskan kepada aspek-aspek seperti berikut, iaitu memperluaskan definisi dan skop perlombongan dan pembangunan mineral untuk memasukkan secara khusus industri REE dan ini akan memberikan kejelasan perundangan kepada pelabur dan pengusaha mengenai rangka kerja pengurusan REE.

Kedua, menambah peruntukan lebih ketat terhadap pengurusan sisa dan pemantauan alam sekitar bagi mengelakkan pencemaran tanah dan air. Ini penting memandangkan perlombongan REE boleh menghasilkan bahan buangan radioaktif.

Prosedur pelesenan yang mesra perniagaan iaitu penambahbaikan dalam prosedur pelesenan untuk mempercepatkan kelulusan tanpa menjejaskan pematuhan dan pengendalian lesen khas untuk aktiviti REE, termasuk eksplorasi perlombongan dan pemprosesan. Penetapan mekanisme ini penting bagi memastikan kolaborasi yang kukuh antara Kerajaan Persekutuan dan negeri.

Perkara ini penting memandangkan pengurusan sumber mineral di Malaysia turut melibatkan perundangan negeri sebagaimana dinyatakan dalam senarai negeri dalam Perlembagaan Persekutuan.

Seterusnya ialah memastikan terdapat peruntukan untuk konsultasi awam dan faedah komuniti setempat dari hasil perlombongan dan pembangunan REE. Hal ini penting untuk menangani isu sosial dan menjamin penerimaan komuniti terhadap perusahaan REE ini.

Seterusnya saya ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan peruntukan iaitu Butiran P.23, 08600 – Penanaman Pokok Bakau dan Spesies Yang Sesuai. Pokok bakau adalah sangat penting iaitu di dalam mengawal hakisan pantai. Di Malaysia terdapat 629,038 hektar iaitu 3.44 peratus daripada keluasan kawasan berhutan di seluruh Malaysia. Berdasarkan Mangrove Guidebook Southeast Asia, Malaysia mempunyai pelbagai spesies flora dan pokok bakau yang tinggi iaitu sebanyak 42 spesies.

Dalam Rancangan Fizikal Zon Pesisir Pantai Negara–2 (RFZPPN–2) yang turut mengambil kira keperluan dan kepentingan untuk memelihara dan memulihara kawasan mempunyai biodiversiti tinggi seperti hutan paya laut ini dan sepanjang persisiran pantai negara dalam mengekalkan kelestarian alam sekitar. Saya rasa hutan paya bakau ini sangat penting untuk dikekalkan kerana ia boleh menyerap karbon dan ia amat efisien.

draft • 4:21 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Menurut Pertubuhan Pendidikan, Sains UNESCO, dianggarkan satu hektar kawasan hutan paya bakau mampu menyimpan 3,754 tan metrik karbon iaitu bersamaan dengan jumlah karbon yang dilepaskan oleh 2,650 buah kereta selama setahun. Itu saja, terima kasih.

draft • 4:21 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Saya jemput Yang Berhormat Bakri.

draft • 4:21 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya ingin bahaskan beberapa butiran secara bersekali iaitu 050800 – Malaysia Forest Fund, 10400 – Perancangan dan Pengurusan Hutan dan 08600 – Pengurusan Hutan Secara Berkekalan yang merangkumi jumlah lebih daripada RM60 juta.

Yang Berhormat Puan Pengerusi, perkara ini menunjukkan betapa pentingnya ataupun penekanan pihak kerajaan terhadap isu-isu terutamanya pemeliharaan dan pemuliharaan hutan di dalam negara kita. Akan tetapi kita lihat banyak Yang Berhormat yang membuat tadi dalam perbahasan mereka telah banyak berbicara tentang isu-isu yang berkaitan dengan gajah, dengan monyet, dengan kera dan sebagainya. Ini semuanya berkaitan rapat dengan pemeliharaan hutan di negara kita.

Maka saya harap Yang Berhormat Menteri ada di sini menerangkan kepada Dewan yang mulia ini apakah strategi pemeliharaan dan pemuliharaan hutan di dalam negara kita dan pada masa yang sama bagaimanakah kerajaan ataupun kementerian ini dengan usaha sama dengan Kementerian Perladangan dan Komoditi untuk memastikan bahawa usaha-usaha pemulihan dan pemuliharaan hutan ini, ianya juga menjaga kelestarian industri yang berkaitan dengan industri kayu kayan iaitu secara terus, yang berkaitan rapat dengan kawasan Bakri adalah industri perabot yang menggunakan kayu sebagai bahan mentah dalam industri ini.

Jadi, saya berharap pihak kementerian dapat menerangkan ataupun menjelaskan dalam Dewan yang mulia ini apakah kadar perhutanan semula di negara kita untuk memastikan kelestarian alam sekitar dan kemapanan bekalan bahan mentah industri kayu kayan ini dapat mencapai satu keseimbangan?

Adakah kerajaan ada cadangan ataupun rancangan untuk mewujudkan satu ladang kayu kayan supaya memastikan bahawa hanya sesuatu kawasan tertentu sahaja dibenarkan kawasan pembalakan dalam kawasan tersebut bagi memastikan bahawa kesejatian hutan khatulistiwa di negara kita terjalin dan mengelakkan lebih banyak kawasan hutan ditebang untuk mendapatkan kayu balak?

draft • 4:26 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Jadi, perkara ini sangat penting. Semakin hari, semakin banyak isu-isu yang berkaitan dengan kemusnahan hutan telah berlaku dan menjejaskan ketenteraman hidup dalam masyarakat kita.

draft • 4:26 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Perkara yang kedua, Yang Berhormat Puan Pengerusi, adalah Butiran 020000 – Pengurusan Geologi dan Tanah. Walaupun kita fahami hakikat bahawa isu tanah adalah dalam Senarai Negeri, bagaimanapun masih banyak tanah-tanah yang dipegang ataupun diselenggara di bawah kendalian jabatan-jabatan Persekutuan.

Seperti Kementerian Pendidikan, banyak tanah-tanah rizab sekolah yang belum dibangunkan. Seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, yang mana tanah rizab hospital dan klinik yang belum dibangunkan.

Adakah pihak kementerian ataupun pihak Pesuruhjaya Tanah ada mewujudkan satu inventori tanah-tanah yang dipegang oleh agensi-agensi Persekutuan, terutamanya bagi tanah-tanah yang belum dibangunkan? Sebab, saya lihat, tanah-tanah ini yang tidak dibangunkan sepatutnya boleh dipajak ataupun disewa kepada pengusaha-pengusaha yang berminat untuk membangunkan tanah- tanah tersebut untuk menambah sumber pendapatan negara dan sumber pendapatan pengusaha-pengusaha tersebut. Bagi saya, itu adalah satu dosa yang besar sekiranya khazanah-khazanah alam yang begitu kaya ini tidak dimanfaatkan dengan sepenuhnya.

Maka, pihak kementerian, terutamanya pihak Pesuruhjaya Tanah, adakah inventori itu ada? Apakah mekanisme sekiranya masyarakat awam berminat untuk mengusahakan tanah-tanah tersebut? Adakah ada satu pusat sehenti untuk membenarkan mereka yang berminat untuk mengusahakan tanah-tanah kerajaan yang belum ada rancangan untuk dibangunkan dalam masa terdekat?

Itu sahaja. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. Sekian, terima kasih.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Saya jemput Yang Berhormat Tangga Batu.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Tangga Batu ingin menyentuh Butiran 040000 – Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang berjumlah RM221 juta, CCUS dan cukai karbon.

Pelaksanaan Rang Undang-undang Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon ataupun CCUS dan pengenalan cukai karbon di Malaysia

draft • 4:32 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

adalah sangat signifikan ke arah ekonomi rendah karbon dan pencapaian sasaran pelepasan karbon bersih sifar menjelang tahun 2050.

Namun, terdapat beberapa isu dan cabaran utama yang perlu diberikan perhatian. Pertama, kos pelaksanaan teknologi CCUS sangat tinggi. Kos teknologi dan infrastruktur CCUS memerlukan teknologi canggih dan infrastruktur khusus seperti loji penyimpanan karbon di bawah tanah yang memerlukan pelaburan besar.

Negara perlu memastikan teknologi ini tidak hanya bergantung pada teknologi import yang boleh meningkatkan kos.

Sumber kewangan. Kerajaan perlu menentukan sama ada dana awam, kerjasama sektor swasta atau pelaburan asing akan menjadi sumber utama untuk membiayai pelaksanaan teknologi ini.

Kedua, ketidaksediaan teknologi tempatan. Malaysia mungkin kekurangan teknologi dan kepakaran tempatan untuk mengadaptasi CCUS secara menyeluruh.

Ketergantungan kepada teknologi asing boleh menimbulkan isu kos pemindahan teknologi dan kebergantungan jangka panjang kepada negara lain.

Ketiga, cabaran perundangan dan kawal selia. Perundangan sedia ada seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mungkin tidak mencukupi untuk mengawal selia teknologi CCUS ini. Penggubalan rang undang-undang yang jelas dan menyeluruh diperlukan untuk memastikan pelaksanaan yang adil dan efektif.

Keempat, implikasi kepada sektor industri. Beban kepada sektor perniagaan.

Pengenalan cukai karbon boleh meningkatkan kos operasi terutama kepada industri berat seperti minyak dan gas, tenaga dan pembuatan dan akhirnya akan membebankan pengguna.

Persaingan global. Syarikat-syarikat tempatan mungkin menghadapi cabaran daya saing jika kos mereka meningkat akibat cukai ini terutama, berbanding syarikat di negara yang tidak mengenakan cukai karbon.

Kebergantungan kepada tenaga fosil. Industri Malaysia yang masih bergantung kepada bahan bakar fosil perlu menjalani transisi yang mahal ke arah teknologi rendah karbon.

Kelima, risiko peningkatan kos hidup. Kos tambahan yang ditanggung oleh industri akibat cukai karbon berkemungkinan besar akan dipindahkan kepada pengguna. Ini boleh meningkatkan harga barang dan perkhidmatan, seterusnya memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah. Golongan ini mungkin terkesan lebih teruk oleh kenaikan harga ini yang boleh meningkatkan ketidaksamarataan ekonomi.

draft • 4:32 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Keenam, kesedaran dan pendidikan awam. Kekurangan pemahaman ramai pihak berkepentingan termasuk industri kecil, NGO dan masyarakat awam mungkin kurang memahami kepentingan dan implikasi RUU CCUS dan cukai karbon. Tanpa kesedaran yang mencukupi, dasar ini mungkin menghadapi tentangan daripada industri dan masyarakat.

Ketujuh, keberkesanan pemantauan dan penguatkuasaan. Ketirisan dan kelemahan pemantauan. Malaysia sering menghadapi cabaran dalam penguatkuasaan dasar dan undang-undang. Pelaksanaan cukai karbon dan CCUS memerlukan mekanisme pemantauan yang telus dan berkesan untuk mengelakkan ketirisan.

Kesimpulannya, RUU CCUS dan cukai karbon merupakan langkah penting ke arah pemulihan alam sekitar dan ekonomi hijau, tetapi pelaksanaan dasar ini memerlukan perancangan teliti, sokongan kewangan yang kukuh, penglibatan pihak berkepentingan dan kesedaran yang menyeluruh untuk mengatasi cabaran wujudnya.

Tuan Pengerusi, kedua adalah peruntukan kepada JAS. Tangga Batu ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan atas penekanan yang diberikan kepada aspek penguatkuasaan alam sekitar melalui Jabatan Alam Sekitar dan peruntukan sebanyak RM3.9 juta untuk penambahbaikan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Namun begitu, saya terpanggil untuk memberikan beberapa pandangan kritikal terhadap pengumuman ini. Pengukuhan penguatkuasaan kelihatan tidak seimbang dengan skala cabaran alam sekitar yang dihadapi oleh negara. Adakah jumlah ini mencukupi untuk menangani isu pencemaran air, udara, tanah yang semakin meruncing?

Tuan Pengerusi, yang akhirnya, Tangga Batu ingin menyentuh Butiran 00117 – Projek Teknologi Hijau dan Butiran 08510 – Pembangunan Penyelidikan Sumber, Pengurusan dan Hasil (FRIM). Buluh bukan lagi wood for poor tetapi hari ini ia sudah menjadi wood for future. Ia boleh menggantikan kayu hutan yang lebih sustainable, renewable serta environmentally friendly. Buluh mempunyai keupayaan menyerap dan mengitar karbon di atmosfera dengan sangat baik. Ia boleh dijadikan sebagai sumber carbon capture dan juga sumber tenaga hijau.

Buluh merupakan salah satu daripada tanaman yang dicadangkan di samping 10 lagi spesies hutan di bawah Program Pembangunan Ladang Hutan

(PPLH) oleh Malaysian Timber Industry Board (MTIB). Namun, buluh pengembangannya terhambat disebabkan, dikeranakan buluh tidak termasuk di dalam kategori kayu hutan. Oleh itu, Tangga Batu menggesa agar FRIM dapat

draft • 4:32 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

meninjau kembali Dasar Perhutanan Negara 1978 agar buluh dapat dikategorikan sebagai kayu hutan supaya buluh boleh digunakan secara meluas dalam program carbon capture dan sebagainya. Sekian, terima kasih.

draft • 4:32 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Tangga Batu. Saya jemput Yang Berhormat Tuaran.

draft • 4:32 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Puan Pengerusi kerana memberikan peluang kepada Tuaran untuk turut serta berbahas bajet peringkat jawatankuasa Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Saya akan mulakan dengan Butiran 040000 – Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Puan Pengerusi, Kerajaan Persekutuan sudah pun menyatakan dasar tentang sumber penjanaan elektrik iaitu tidak membolehkan penggunaan arang batu ataupun coal. Pada ketika ini, kita tahu bahawa di peringkat Semenanjung, 40 peratus daripada penjanaannya adalah daripada arang batu dan di Sarawak adalah 20 peratus, di Sabah masih lagi kosong. Walau bagaimanapun, di Sabah ini kalau kita lihat, 65 peratus daripada tanah Sabah adalah masih diliputi dengan hutan, 40 peratusnya sudah pun diwartakan sebagai forest reserve. Sekeliling Sabah ini juga adalah lautan. Semuanya mampu untuk menyerapkan pelepasan karbon.

Oleh itu, Puan Pengerusi, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan.

Adakah kerajaan mempertimbangkan dalam keadaan Sabah di mana pelepasan karbon ini masih lagi pada paras negatif. Kita zero, kita negatif, adakah pihak kerajaan mempertimbangkan agar Sabah boleh menggunakan arang batu pada ketika di mana rizab margin kita di bawah paras 10 peratus?

Dan juga, renewable energy yang ada, solar, wind, wave, tidal wave, geothermal kesemuanya mahal dan bukan senang untuk melaksanakan. Adakah juga kerajaan mahu mengkaji teknologi-teknologi baharu seperti apa yang dikatakan sebagai karbon ataupun teknologi di mana zero carbon emission ataupun coal yang bersih, boleh mencapai bersih.

draft • 4:37 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Semua ini kerana jika sekiranya kita mempertahankan, meneruskan dasar sekarang dari segi penggunaan arang batu, saya tidak yakin yang Sabah boleh menyelesaikan masalah elektrik kerana semua yang lain perlu kenaikan tarif. Rakyat tidak dapat menanggungkan tarif yang tinggi. Kalau ada pihak-pihak aktivis yang takut yang Sabah akan melombong arang batunya sendiri, tidak apa. Kita boleh

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

import sepertimana yang diimport dari Semenanjung. Kita boleh ambil daripada Kalimantan dan sebagainya.

Puan Pengerusi, dalam hal perubahan iklim ini dan khusus untuk Sabah, kesedaran memang tinggi. Kesedaran sangat tinggi sehinggakan saya difahamkan empangan yang bakal yang sudah pun dirancang di Papar, Kaiduan sebagainya tidak akan jadi. Apabila ini tidak jadi, maka kita pun sangat risau. Apakah lagi pilihan kita untuk menjana elektrik di Sabah?

Puan Pengerusi, dalam hal ini juga saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, apakah kerajaan memantau tentang kesedaran perubahan iklim di kalangan rakyat. Kalau kesedaran rakyat tinggi, maka apakah rakyat bersedia untuk menerima tarik elektrik yang tinggi sebagai contoh.

Puan Pengerusi, saya beralih ke Butiran 16800 – Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi yang telah diberi peruntukan sebanyak RM161,774,600.

Dalam hal ini pada ketika ini bila banjir berlaku, kita sedar bahawa sebahagian besar daripada ini adalah diakibatkan kegiatan pembangunan yang tidak terkawal, tidak tersusun.

Contohnya dalam penanaman semula getah. Ya lah kita berterima kasih kerana pihak RISDA sebagai contoh, kalau di Sabah adalah GS membantu pekebun kecil menanam semula getah. Malangnya apabila ditanam semula getah ini dan melibatkan terracing teknologi yang digunakan ataupun mesin-mesin digunakan adalah tidak sesuai. Tidak sesuai sehinggakan terracing itu begitu besar dan tanah yang dipotong, bukit-bukit yang dipotong itu akan masuk ke dalam sungai dan bila masuk ke sungai, sungai akan cetek. Dalam masa kurang sejam hujan sudah pun mula banjir.

Adakah pihak kementerian mengkaji mesin-mesin yang digunakan untuk buat terracing apabila memotong bukit ini supaya tidak dapat menggunakan mesin yang terracing-nya ataupun tidak dapat mengawal pemotongan bukit supaya dengan ini kita boleh buat tebatan banjir secara natural? Dalam hal ini juga...

draft • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Okey, saya akan gulung. Dalam hal ini juga, adakah pihak kementerian juga mahu menggalakkan memberi insentif kepada pihak-pihak yang mahu terlibat dalam penanaman pokok.

Di kawasan saya di Tuaran, kita menanam pokok. Tahun ini kita berjaya menanam 21,000 pokok. Pada tahun hadapan kita bercadang mahu tanam lagi 60,000 lebih pokok.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Adakah pihak kementerian memberi insentif termasuk memberi peruntukan untuk memberi galakan kepada masyarakat khususnya NGO kah, sekolah kah apa juga siapa juga yang terlibat dalam penanaman pokok ini sebagai salah satu cara kita untuk membantu sebagai tebatan banjir yang lebih efektif dan berkesan dalam jangka panjang. Sekian, saya mohon menyokong.

draft • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Saya jemput Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

draft • 4:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik, terima kasih Tuan Pengerusi. Perbahasan yang Kulim-Bandar Baharu Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Butiran 11800 – Kajian Geobencana Negara. Saban tahun, geobencana menyebabkan banyak kematian, kecederaan dan kerosakan harta benda.

Di tengah musim banjir yang sedang melanda negara ini pastinya banyak kerosakan harta benda yang berlaku dan dengan perancangan rapi oleh kementerian kita mengharapkan bilangan nyawa terkorban akibat bencana alam ini tidak setinggi tahun-tahun sebelumnya atau kalau boleh dielakkan. Kita elaklah daripada berlaku.

Oleh yang demikian bagi maksud pembangunan 23, saya ingin menyentuh perihal Butiran 11800 – Kajian Geobencana Negara. Susulan pelbagai insiden geobencana yang melanda negara pada tahun ini saya fikirkan kajian geobencana ini mual mendapat perhatian masyarakat yang ingin mengetahui status kawasan tempat tinggal mereka untuk jangka masa panjang.

Soalan saya berkaitan butiran ini ialah apakah perincian pelaksanaan kajian geobencana ini di seluruh negara dan bagaimanakah kerajaan dapat membantu memastikan rakyat boleh mendapat akses yang lengkap untuk mereka memahami dengan lebih terperinci butiran status kajian geobencana di kawasan tempat tinggal mereka.

Seterusnya, sebelum itu terdapat juga gesaan dari pakar geobencana yang menyarankan agar kerajaan menguatkuasakan kelulusan laporan geobencana terhadap semua projek pembangunan yang dilakukan dalam zon berisiko tinggi atau kritikal membabitkan cerun tanah sebagai tambahan kepada penilaian impak alam sekitar (EIA). Laporan geobencana tersebut patut merangkumi aspek pemetaan kawasan geobahaya dan juga penentuan kawasan zon penampan.

draft • 4:44 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Lanjutan itu sejauh manakah penguatkuasaan kelulusan laporan geobencana ini telah dilaksanakan oleh kementerian? Dalam tempoh 24 bulan tarikh ini, berapakah jumlah projek pembangunan yang telah gagal memenuhi kriteria kelulusan laporan geobencana berkenaan di seluruh negara?

Tuan Pengerusi, Butiran 16800 – Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi. Bagi Butiran 16800 projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi pula saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kementerian mengenai apakah perincian lanjut projek-projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi yang akan dilaksanakan di negeri Kedah, khususnya di Kulim.

Sebelum ini saya dimaklumkan oleh Kerajaan Negeri Kedah bahawa terdapat lapan projek telah dipohon di bawah Rolling Plan 5 (RP5) berjumlah RM897 juta dengan RTB Sungai Karangan di Kulim, adakah salah satu daripadanya.

Sehubungan itu saya ingin mendapatkan penjelasan apakah projek ini turut diklasifikasikan sebagai keutamaan tinggi di bawah butiran ini. Jika tidak, apakah kriteria yang telah ditetapkan kementerian bagi membolehkan ia dimohon sebagai salah satu projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi?

Tuan Pengerusi Butiran 050500 – Biodiversity Protection. Sebagai sebuah negara yang terkehadapan dalam menyokong pelaksanaan kerangka biodiversiti global Kunming-Montreal Global Biodiversity Framework saya ingin memuji pendekatan yang dilaksanakan oleh kementerian terutamanya dalam program di bawah Butiran 050500.

Dengan pertambahan bilangan renjer komuniti seramai 2,388 orang pada tahun 2024 berbanding 1,500 orang pada tahun 2023, saya ingin mendapatkan penjelasan apakah terdapat penambahan bilangan pelantikan renjer komuniti bagi tahun hadapan. Berapakah renjer komuniti yang telah ditempatkan di seluruh negeri Kedah? Apakah terdapat juga penambahan bidang kuasa renjer komuniti yang dipertimbangkan kementerian bagi melindungi habitat flora dan fauna, seterusnya memperkasakan program perlindungan biodiversiti dan rondaan ini dengan lebih baik?

Manakala bagi Ecology Fiscal Transfer of Biodiversity...

draft • 4:44 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 4:44 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik. Diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk disalurkan kepada kerajaan negeri bagi melindungi dan memulihara kawasan perlindungan pulau. Sejauh manakah pengagihan inisiatif yang telah dibuat kepada kerajaan negeri sehingga kini? Apakah bentuk usaha yang telah diambil oleh kerajaan negeri untuk melindungi kawasan hutan, tadahan air dan

draft • 4:44 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

kawasan perlindungan sedia ada serta mengambil kawasan perlindungan dan hutan simpan kekal yang harus di bawah EFT?

draft • 4:44 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Saya ingin juga mendapatkan penjelasan daripada kementerian. Kita mengambil maklum tentang pengenalan kerangka kewangan red plus bagi meningkatkan kerjasama antara pihak swasta dan kerajaan negeri dalam menyalurkan dana kepada aktiviti pemeliharaan dan pengurusan hutan. Namun, ia dilihat tidak berkembang dengan pesat memandangkan wujud kebimbangan berlakunya green washing iaitu penglibatan syarikat-syarikat korporat. Ini hanyalah pendekatan public relations mereka semata-mata dan bukannya inisiatif ikhlas untuk memperbaiki hutan yang ada.

Apakah pandangan kementerian berkaitan dengan perkara ini dan bagaimanakah kementerian melihat kerangka kewangan red plus ini dapat dikembangkan dan lebih baik dan ikhlas? Sekian, terima kasih.

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Saya jemput Yang Berhormat Setiu.

draft • 4:50 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Puan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada PM Tambun kerana sudi melawat Setiu sempena banjir semalam dan Alhamdulillah, saya turut hadir dalam program tersebut. Program tersebut juga turut dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Exco yang menjaga portfolio berkenaan, YB Chukai, Datuk Setiausaha Kerajaan dan Hal Ehwal Negeri dan mendapat kerjasama yang baik daripada agensi di peringkat daerah dan juga di peringkat kampung.

JPKK sebagai agensi yang paling rendah di peringkat kampung memberi kerjasama yang sepatutnya. Alhamdulillah, dua sekolah dilawati iaitu Sekolah Kebangsaan Telaga Papan dan Sekolah Kebangsaan Mangkok dan saya menafikan apa yang disebut oleh Sri Gading mengatakan ada halangan yang menghalang untuk hadir ke program tersebut.

[Tepuk] Pepatah ada mengatakan, ada orang di Mekah diberitahu tentang lorong-lorong di Mekah.

draft • 4:51 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Yang menghalang itu, yang tak dapat datang itu adalah pimpinan daripada Barisan Nasional dan juga pimpinan daripada PH dihalang untuk menyertai program berkenaan.

draft • 4:51 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Sri Gading.

draft • 4:51 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Mungkin Sri Gading menerima laporan daripada TikTok. Tak tahulah. Berkenaan Butiran 030200 – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). Sebelum ini saya ada membangkitkan isu keperluan untuk mewujudkan Pejabat PERHILITAN Setiu bagi menangani isu haiwan liar berkeliaran di Daerah Setiu dalam soalan MQT kepada Menteri.

Keperluan ini amat mendesak kerana isu haiwan liar di Setiu amat kritikal dan melibatkan nyawa penduduk. Pernah berlaku seekor beruang hampir meragut nyawa seorang penduduk di Kampung Bukit Mak Som, Langkat. Sekali lagi saya tekankan, agak mustahil dua daerah yang besar iaitu Besut dan Setiu berkongsi satu pejabat iaitu Pejabat PERHILITAN Daerah Besut dengan kakitangan seramai lapan orang.

Pada Butiran yang sama, baru-baru ini berlaku kes di mana kanak-kanak berumur dua dan tiga tahun meninggal dunia akibat ternakan racun haiwan yang digantung oleh petani untuk meracun haiwan seperti monyet yang mengganggu tanaman mereka di Kampung Padang Ubi, Kulim, Kedah pada 7 Julai.

Tindakan meletakkan racun haiwan ini amat berbahaya kepada banyak pihak. Namun, pihak petani turut memaklumkan bahawa tindakan tersebut diambil oleh mereka kerana telah banyak kali mereka melaporkan kepada PERHILITAN akan kewujudan haiwan liar tersebut. Oleh itu, apakah kekangan yang dihadapi oleh pihak PERHILITAN untuk mengambil tindakan sewajarnya dan adakah kekurangan kakitangan menyebabkan setiap laporan yang dibuat tidak diambil tindakan secepat mungkin?

Begitu juga dengan anjing liar. Walaupun saya tahu bahawa anjing liar ini di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT), Majlis Daerah. Tetapi saya cadangkan supaya kes anjing liar ini ditukar pengawasan kepada Jabatan PERHILITAN.

Berkenaan Butiran 040100 – Jabatan Alam Sekitar (JAS). Saya meneliti perancangan di pihak kementerian untuk mewujudkan Akta Perubahan Iklim Malaysia yang mana fokus utama adalah bagi memenuhi ikrar iklim global dan usaha mencapai pelepasan gas rumah hijau (GSG) sifar, bersih menjelang 2050. Pelbagai usaha yang telah boleh dijalankan melalui akta ini, termasuk melibatkan perdagangan karbon yang merangkumi teknologi hijau dan alam semula jadi.

Saya yakin perdagangan karbon, terutama sektor hutan memerlukan kepada hubung kait yang kuat dengan kerajaan negeri kerana hasil hutan adalah milik kerajaan negeri. Oleh itu, apakah jaminan kerajaan bahawa kerajaan negeri akan

draft • 4:51 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

dilibatkan secara bersepadu sebelum akta ini dikuat kuasa dan apakah perancangan kerajaan untuk membantu negeri-negeri yang boleh berpotensi menjalankan aktiviti industri penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) seperti Terengganu dan Sarawak?

Selain itu, pada Butiran yang sama, saya difahamkan JAS mempunyai banyak kekangan untuk mengekang masalah pencemaran alam secara holistik, terutama melibatkan kelemahan infrastruktur, fasiliti dan kekurangan tenaga pekerja.

Oleh itu, apakah jaminan kerajaan peruntukan yang dikurangkan hampir RM6 juta kepada JAS dapat menangani isu pencemaran alam, terutama melibatkan pencemaran sungai? Kita tidak mahu tragedi sisa toksik di Sungai Kim Kim yang melibatkan ribuan mangsa berulang kembali. Butiran 10900 – Mineral Perindustrian Semenanjung Malaysia.

draft • 4:51 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung. Gulung.

draft • 4:51 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Umum, negeri Terengganu merupakan salah satu negeri yang berpotensi untuk dijadikan hab pengeluar REE utama negara. Mengikut kajian, mendapati Terengganu mempunyai kira-kira simpanan 7,187,500 REE di kawasan seluas 581,735 hektar di Setiu, Hulu Terengganu, Maran, Dungun dan Kemaman.

Potensi ini wajar diteroka dan memerlukan kos yang besar untuk dimajukan.

Namun begitu, REE adalah satu unsur penting kepada industri digital abad ini yang menjadi teras kepada ledakan industri 4.0. Permintaan pada peralatan berteraskan teknologi digital yang tinggi telah menyebabkan permintaan kepada REE turut meningkat kerana REE merupakan komponen penting untuk menghasilkan peralatan berteknologi.

Oleh itu, apakah perancangan kerajaan untuk membantu negeri-negeri yang berpotensi untuk menghasilkan sumber mineral ini, termasuk Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor. Yang akhir sekali pada Butiran 11000...

draft • 4:51 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 4:51 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

....berkenaan Hidupan Marin.

Dunia hari ini berdepan fenomena pelunturan...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 4:51 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Saya jemput Yang Berhormat Kubang Pasu. Yang Berhormat Kubang Pasu, terima kasih.

[Ketawa]

draft • 4:51 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua. Saya nak ucap tahniah kepada Menteri NRES kerana beliau sendiri datang mendengar dan akan membuat penggulungan. Yang lain, dia bagi Timbalan Menteri. Tahniah, beri tahniah.

[Tepuk] Anggaran perbelanjaan NRES ialah RM2.7 bilion, kenaikan 3.3 peratus. Pengurusan, RM1.4 bilion, kenaikan 36 peratus. Pembangunan RM860.1 bilion, kenaikan 2.3 peratus.

Mengenai pengurusan dan bekalan, tidak banyak perubahan anggaran perbelanjaan kecuali perkara-perkara yang berikut.

Kod 040100 – Jabatan Alam Sekitar (JAS), RM29.3 juta penurunan 17 peratus. Mohon Yang Berhormat Menteri beri penjelasan, adakah kerana masalah alam sekitar akan berkurangan pada tahun 2025 berbanding 2024? Kod 060000 – Dasar Baru, RM45.3 juta. Yang ini SSPA, tak apa, kenaikan gaji.

Soalan kepada Menteri ialah mengapakah anggaran perbelanjaan begitu tinggi terhadap yang saya sebutkan tadi? Pembangunan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Butiran 08600 – Pengurusan Hutan Secara Berkekalan

(JPSM). Jumlah RM55.24 juta, kenaikan 17.2 peratus. Mohon Yang Berhormat Menteri nyatakan, kenapa terdapat kenaikan yang begitu ketara?

Kod 16800 – Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi. Jumlah, RM161.8 juta. Kenaikan 486 peratus. Persoalan kepada Menteri ialah aktivis sekarang ini berada di bawah PETRA. Correct me if I’m wrong.

draft • 4:58 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Kenapakah masih berada lagi di bawah kementerian ini? Seterusnya kenapa kenaikan terlalu tinggi? Kod 07100 – PERHILITAN. Ini interesting. RM48.8 juta kenaikan 85.6 peratus, saya harap ini dapat mengurang masalah gajah yang melanggar banyak kawasan. Kod 08510 – Pembangunan Penyelidikan Pengurusan dan Hasil Forestry Research Institute, kenaikan 50 – 15.4 peratus iaitu RM28.4 juta, yang ini saya sangat sokong sebab R&D adalah pelaburan masa depan negara.

Dalam perbahasan ini, Kubang Pasu juga ingin menyentuh tentang isu nadir bumi. NRES telah membentangkan laporan kepada PAC dapatan daripada projek rintis perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif dalam kawasan hutan simpanan kekal sebagai projek rintis, yang mana keluasannya 87.5 hektar, SOP NRE Perak telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Disember 2021. Lokasi Mukim Kenering, Hulu Perak yang bermula operasi 1.1.2024, 13 juta metrik tan RE Carbonate telah dihasilkan dan dieksport ke negara China.

draft • 5:00 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Untuk memastikan segala peruntukan SOP, pematuhan-pematuhan SOP, sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh JMG Perak ditubuhkan. Sebanyak 8,143 tan metrik telah dieksport ke negara China sepertimana saya sebutkan tadi. SOP ini mencakupi pra perlombongan, semasa perlombongan dan pasca perlombongan.

Hasil dapatan terdapat beberapa ketidakpatuhan seperti runtuhan cerun dan pencemaran. Pasca perlombongan belum dapat dilaksanakan memandangkan kerja-kerja pengekstrakan unsur nadir bumi masih dijalankan.

Kubang Pasu ingin mendapatkan respons daripada Yang Berhormat Menteri.

Bilakah Kerajaan Persekutuan akan memberikan lampu hijau kepada negeri-negeri yang mempunyai REE seperti negeri Kedah dalam bumi mereka. Setakat ini masih tidak terdapat panduan yang jelas daripada kerajaan bagi perlombongan RE dan ekosistemnya sehingga ke industri hiliran. Adakah Akta 525 1994 akan dipinda untuk REE dapatkan daripada hutan simpanan kekal?

Dan Kubang Pasu berharap agar kerajaan dapat mempercepatkan kelulusan dan panduan kepada negeri-negeri yang berkenaan supaya industri RE dapat dijayakan segera. Kita akan terlepas peluang keemasan yang berperolehi sumber baru ekonomi yang berada di Malaysia yang nilainya bertrilion Ringgit bukannya hanya bilion jika pengurusan tidak dapat dilakukan segera.

Menurut satu laporan, Malaysia berada pada tangga kelima dalam dunia, dalam membuang plastik ke dalam laut. Pasaran global plastik meningkat daripada USD502 bilion pada 2025 kepada USD578 bilion pada tahun 2020. Pasaran ini dijangka mencecah 616 bilion pada 2028 dan ia meningkat secara purata 5 peratus.

Ini satu masalah yang amat besar.

draft • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 5:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Kita ada Pelan Hala Tuju Malaysia ke Arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna 2018-2030 dan Hala Tuju Kelestarian Plastik 2021-2030. Terdapat dua isu mengenai buangan plastik ini.

Pertamanya sebagai pencemaran. Yang keduanya mikroplastik yang akan memasuki badan manusia dan menjejaskan kesihatan – Seminit lagi Tuan Pengerusi.

draft • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 5:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Soalan ini– nak gulung Pengerusi. Terima kasih banyak, memang nak gulung dah ini. Soalan saya kepada Menteri ialah apakah kemajuan yang telah dicapai dalam Pelan Hala Tuju ke Arah Sifar Penggunaan Sekali Guna 2018-2030 dan Pelan Hala Tuju

draft • 5:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Kelestarian Plastik 2021-2030. Sebenarnya Yang Berhormat Menteri, Puan Pengerusi, wakil rakyat sendiri pun tidak merasai bahawa pelan ini sedang dilaksanakan, lebih lagilah rakyat di bawah sana tentu tidak merasai apa yang sedang dilaksanakan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu.

draft • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya bagi pembahas terakhir, Yang Berhormat Arau, tiga minit.

draft • 5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih. Setelah tiga hari tak berucap, terima kasih ya. Rakyat Malaysia orang muda. B.030100 – Jabatan Perhutanan Malaysia iaitu yang dinaikkan daripada RM36 juta kepada RM38juta.

Yang Berhormat, FRIM ini penyelidikan RM65.4 juta, PERHILITAN RM106 juta.

Tetapi Jabatan Perhutanan RM38.4 juta. Hari ini bukan saya nak menegur. Saya nak tolong Yang Berhormat supaya minta peruntukan khusus untuk Jabatan Perhutanan.

Yang Berhormat, masalah besar sekarang ini kita bagi peruntukan untuk memelihara hidupan liar tapi kita tak bagi, hutan kita tak bagi. Sekarang ini hutan RM36 juta, nak jaga hidupan RM106 juta.

Jadi saya minta Yang Berhormat tengok balik. Kita lihat pencerobohan hutan yang dahsyat yang berlaku di Malaysia. Ini sebahagian. Lagi banyaklah. Gua Musang, Rompin, Lipis, Betong, Bentong, Raub, Cameron Highlands. Jadi, penerokaan hutan yang telah dibuat cara berleluasa tapi tindakan untuk menguatkuasakannya saya ingat kurang. Malah ada beberapa kerajaan negeri masa saya duduk sebelah sana dulu, minta supaya Kerajaan Persekutuan bantu kerajaan negeri untuk menguatkuasakan pencerobohan hutan.

Jadi saya nak tanya Yang Berhormat, ini khusus ya tapi kalau Yang Berhormat boleh jawab, alhamdulillah. Kita telah menjalankan penguatkuasaan hutan iaitu di Cameron Highlands, pencerobohannya luar biasa. Kawasan yang sepatutnya dijadikan kawasan pelancongan tetapi diceroboh. Hutannya diceroboh dan majoriti pencerobohnya bukan orang tempatan, orang negara jiran sebagai tauke. Malah pekerja-pekerja Bangladesh juga bekerja dengan tauke tapi dia juga menceroboh, menambahkan kawasan untuk menanam sayur.

Sekarang ini, dulu kita telah menjalankan penguatkuasaan. Kita telah meruntuhkan bangunan-bangunan yang mereka telah buat untuk menanam sayur tapi sekarang saya tengok sendiri, bangunan yang kita runtuhkan dia naikkan semula

draft • 5:04 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

dan kita tengok penguatkuasaan daripada kerajaan cukup lemah. Jadi, saya minta supaya kerajaan tingkatkan penguatkuasaan hutan. Dulu saya cadangkan supaya kita ada renjer-renjer hutan, kita wujudkan di sekolah-sekolah, renjer sukarela supaya semangat untuk memelihara hutan itu bukan hanya pihak kerajaan tapi rakyat Malaysia.

Yang membuat kerja mengganggu gugat hutan ini tak berapa kerat manusia pun tapi orang yang menguat kuasa ini ribu-ribu macam tengok sahaja orang itu menceroboh hutan. Menceroboh hutan di Raub sebagai contoh untuk menanam durian dan sebagainya. Jadi, saya minta supaya kerajaan perhati balik pengurusan hutan sekarang ini supaya hutan yang diceroboh itu diganti serta-merta. Bukan diganti dalam maksud ke tempat lain. Hutan itu nak ditanam semula untuk dijadikan hutan. Setakat itu Puan Pengerusi, saya terima kasih. Hutan untuk negara.

draft • 5:04 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, 30 minit.

draft • 5:04 PM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua Yang Berhormat-Yang Berhormat yang turut serta membahaskan isu-isu untuk di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam ataupun NRES. Pada masa yang sama, saya juga ingin mengucapkan rasa simpati kepada semua mangsa banjir yang terkesan dengan aktiviti bencana yang sedang melanda negara kita.

Saya pergi ke isu pertama yang melibatkan perubahan iklim dan pertama sekali, saya ingin menyentuh apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuaran sebentar tadi tentang keboleh ataupun kebarangkalian untuk menggunakan arang batu bagi negeri Sabah. Sebenarnya isu bekalan elektrik ini di bawah Kementerian PETRA ya tetapi secara keseluruhan, isu masalah ataupun defisit tenaga elektrik yang wujud di negeri Sabah ini satu masalah yang sangat serius dan tentulah kita sangat simpati sebab kalau berbanding dengan Semenanjung ataupun di negeri Sarawak, Sabah memang mempunyai banyak cabaran dari sudut bekalan elektrik.

Jadi, bagi saya apa jua penyelesaian untuk berdepan dengan isu ini perlu diambil kira tetapi kita percaya bahawa kita perlu kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri ke arah peralihan rendah karbon kita. Dan kita

draft • 5:07 PM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

yakin dalam jangka masa panjang, itu merupakan penyelesaian yang efektif daripada segi keberkesanan, daripada segi harta dan sebagainya.

Tetapi kita sedia maklum tentang cabaran infrastruktur dan masalah untuk misalnya mengekstrak sumber gas asli di beberapa tempat di Sabah sebelum ini. Itu merupakan antara cabaran mengapa perkara tersebut dibangkitkan dan kita bersedia untuk berbincang untuk melihat perkara ini dengan lebih menyeluruh bersama pihak PETRA dan juga pihak Kerajaan Negeri Sabah.

draft • 5:07 PM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Seterusnya, Yang Berhormat Kluang dan banyak lagi Yang Berhormat bertanya tentang apa kaitan projek tebatan banjir yang disebut di bawah NRES. Ini sebenarnya berkaitan dengan METMalaysia. Dia bukan projek tebatan banjir on the ground, infrastruktur seperti yang dibuat oleh JPS di bawah PETRA.

Sebagai contoh, salah satu projeknya ialah Projek Peningkatan Keupayaan Model Ramalan Cuaca Numerikal dengan mengadaptasi teknologi sistem komputer berprestasi tinggi dan ini untuk membolehkan jabatan menjangkakan risiko bencana cuaca 14 hari lebih awal berbanding tujuh hari pada ketika ini.

Ini merupakan antara input utama bagi Model Ramalan Banjir Negara yang dibangunkan di bawah Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara. Ia juga meliputi sistem amaran awal bencana yang lain seperti kejadian tanah runtuh, kepala air, gelombang haba dan lain-lain lagi.

Seterusnya, pembangunan sistem ini juga penting dan menjadi salah satu daripada sasaran utama Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030. Ada juga projek ini meliputi sistem rangkaian pencerapan radar di Kuching dan Kota Kinabalu untuk memantau keadaan cuaca supaya dapat dilakukan dengan lebih teliti dan menyeluruh.

Seterusnya, Yang Berhormat Jerantut ada bertanya tentang soal menangani, dengan izin, greenwashing. Ini ialah di mana syarikat-syarikat membuat dakwaan bahawa produk mereka mesra alam sekitar tetapi sebenarnya sebaliknya. Kita sedar tentang perkara ini dan antara perkara yang kita lakukan ialah adakan libat urus yang cukup rapat, kalau dengan pihak perniagaan, kita ada panel penasihat. Kita juga ada Panel Konsultatif Perubahan Iklim untuk kita dapat input dan menerusi agensi MGTC atau Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation, kita menangani isu ini dengan lebih dekat dan khusus.

Soalan kedua daripada Yang Berhormat Jerantut ialah tentang projek kredit karbon kita iaitu Projek Pemeliharaan Hutan Hujan Kuamut yang terletak di Daerah Tongod dan Kinabatangan, Sabah seluas 83,381 hektar. Ia telah dilelong di Bursa

draft • 5:10 PM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Carbon Exchange (BCX) dengan harga RM50 bagi setiap kontrak dan majoriti pembida adalah terdiri daripada syarikat tenaga, perbankan dan juga pemaju ataupun pelabur kredit karbon.

Antara syarikat-syarikat yang saya boleh namakan di sini termasuklah BBB Asia Capital Berhad, CIMB Bank Berhad, Eco Green Carbon Ventures Sdn. Bhd., Gas Malaysia Berhad, Malayan Banking (Maybank) Berhad, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), TROX Malaysia Sdn. Bhd., Yinson Holding Berhad dan Malaysia Aviation Group (MAG).

Seterusnya, Yang Berhormat Kuala Nerus bertanya tentang keberkesanan amaran awal banjir yang dikeluarkan oleh METMalaysia. Untuk makluman, sememangnya pada 19 November, kenyataan media jangkaan luruan monsun kuat dikeluarkan. 19 November, seminggu sebelum terjadinya episod hujan lebat di Pantai Timur. Dalam ramalan tersebut, METMalaysia telah menamakan ataupun menjangkakan hujan lebat akan berlaku di Pantai Timur. Namun, memang betul, kita tidak menjangkakan hujannya seekstrem tahun 2014, tetapi apabila berlaku, realitinya ialah sebaliknya. Ia ekstrem seperti mana tahun 2014.

Antara perkara yang saya juga selalu ingatkan kepada METMalaysia ialah untuk memastikan mesej mereka dapat sampai kepada audiens yang lebih luas.

Mereka mempunyai pengikut yang cukup ramai di Facebook, di X ataupun Twitter dan Instagram dan YouTube, tetapi pada masa yang sama, mungkin ramai generasi muda, mereka berada di TikTok.

Di TikTok, dia tak boleh kita letak mesej yang sama macam di Facebook ataupun Instagram. Jadi, itu saya minta. Pagi ini pun saya ada perhimpunan ataupun balai raya dengan METMalaysia. Saya minta mereka ambil perhatian tentang pendekatan untuk menerangkan dan menyampaikan mesej-mesej cuaca ini dengan lebih baik kepada orang ramai.

METMalaysia sememangnya bekerja secara langsung. Mereka terlibat di dalam memberi nasihat dan pandangan kepada NADMA dalam berdepan dengan bencana. Pada masa yang sama, dalam Jawatankuasa Cuaca Kering dan Panas Kebangsaan, METMalaysia juga salah satu agensi yang terletak di dalamnya. Jadi, mereka juga memberi pandangan ketika kita berdepan dengan cuaca panas ataupun kering. Ini berkaitan juga dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sri Gading sebentar tadi.

Seterusnya, Yang Berhormat Tangga Batu membangkitkan mengenai CCUS dan juga cukai karbon oleh kerajaan. Untuk makluman, CCUS ini merupakan di bawah kelolaan Kementerian Ekonomi. Cukai karbon pula terletak di bawah

draft • 5:10 PM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Kementerian Kewangan. Tetapi, NRES sememangnya terlibat secara langsung di dalam memberikan pandangan teknikal tentang kedua-dua isu ini.

Bagi kita, ini antara langkah untuk kita mencapai matlamat pengurangan pelepasan GHG 45 peratus menjelang 2030 dan juga sifar bersih menjelang tahun 2050. Kita boleh belajar ya. Ada beberapa contoh daripada negara lain ketika mereka memulakan cukai karbon dan sebagainya. Diletakkan pada satu tahap yang tidak terlalu tinggi untuk membolehkan peralihan itu dapat berlaku dengan lebih lancar untuk orang ramai.

Seterusnya tentang isu biodiversiti dan perhutanan. Tadi Arau membangkitkan, dia kata peruntukan untuk JPSM terlalu rendah berbanding dengan PERHILITAN dan jabatan-jabatan yang lain. Sebagaimana kita semua sedia maklum, perhutanan ini bidang kuasa dia banyak terletak di bawah kerajaan negeri.

Itu pertama.

Kedua ialah, untuk makluman, Kerajaan Persekutuan juga, kita menyalurkan ecological fiscal transfer (EFT) yang banyak juga disebut oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sebentar tadi. Kalau tahun 2022, EFT RM70 juta, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah naikkan menjadi RM150 juta pada tahun 2023. Tahun ini naik ke RM200 juta dan tahun akan datang dalam Belanjawan ini dinaikkan ke RM250 juta.

Jadi, sememangnya kita berharap kerajaan negeri dapat memainkan peranan aktif dan kita sekarang meletakkan kriteria yang lebih tinggi― 50 peratus kepada keberhasilan. Ini bermaksud, kalau dahulu kita meletakkan kriteria tertinggi ini lebih kepada keluasan, 70 peratus keluasan, sekarang 50 peratus meliputi luas tetapi 50 peratus lagi melihat kepada keberhasilan. Jadi, kita nak lihat outcome ataupun hasil daripada kerajaan-kerajaan negeri di dalam kita mengagihkan EFT.

Untuk makluman Yang Berhormat Kluang, tadi membangkitkan tentang soal isu ini, memang isu favorite Yang Berhormat Kluang dan saya bersimpati. Sebab, saya pasti komuniti di Kluang selalu akan bersuara tentang isu ini. Kita, NRES menerusi PERHILITAN telah kenal pasti 21 lokasi food bank gajah dengan mengambil kira corak pergerakan gajah yang dipasang kolar satelit di negeri Johor.

Pendekatan pembinaan food bank buat masa ini adalah secara sumbangan CSR oleh syarikat-syarikat perladangan dan projek pilot ataupun perintis telah dimulakan oleh ladang KLK berhampiran dengan Taman Negeri Endau-Rompin.

Sesi libat urus dengan ladang-ladang berhampiran juga telah dirancang untuk dilaksanakan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor.

draft • 5:10 PM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Kita telah memperkenalkan Bantuan Kerugian Harta Benda dan Tanaman Akibat Serangan Hidupan Liar dengan peruntukan belanjawan di bawah 2024. Untuk makluman, sehingga November 2024, seramai 246 pemohon telah menerima bayaran di bawah tabung ini berjumlah RM978,000. Buat masa ini, komuniti sasar kita ialah di kalangan penduduk kampung, komuniti setempat dan komuniti Orang Asli ataupun orang asal berskala kecil yang tidak berupaya menampung kerugian akibat serangan hidupan liar. Kita akan membawa isu ini juga untuk kita meminta program ini diteruskan. Kita akan tulis kepada pihak Kementerian Kewangan kerana kita rasa wajar dan jumlahnya tidak terlalu besar.

Sebanyak RM7.7 juta telah diperuntukkan di bawah peruntukan pembangunan di bawah Program Peningkatan Perlindungan Kawalan Pencerobohan, Serangan dan Ancaman Gajah Konflik bagi tahun 2024 dan ini termasuklah pembinaan sistem pagar elektrik gajah (SPEG). Untuk tahun 2025, diperuntukkan RM4.3 juta bagi memastikan sistem ini dapat berfungsi dengan baik.

Dia sebenarnya sistem pagar elektrik ini, dia memerlukan pengawasan yang baik, pengurusan yang baik dan juga kepekaan di kalangan komuniti setempat. Kalau hanya ada pagar tetapi tidak dijalankan dengan baik memang dia tidak akan berkesan. Ya.

draft • 5:10 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih Menteri atas penjelasan dan juga jawapan yang diberi tadi. Kalau inisiatif PKHD ini dapat dilangsungkan masuk ke tahun 2025, saya mohon Menteri mempertimbangkan supaya PKHD bukan sahaja dimohon oleh individu iaitu penduduk kampung atau Orang Asli sahaja, tetapi juga memanjangkan kepada syarikat-syarikat kecil kerana pejabat pertanian sebenarnya menggalakkan petani kecil jadi usahawan.

Jadi, ramai mereka sebenarnya sudah tubuhkan SSM, tanah mereka didaftarkan di bawah syarikat. Walaupun tidak beruntung banyak pun tetapi dengan pendaftaran SSM itu, kesemua petani kecil ini hilang panduan PKHD iaitu apabila saya mengadakan satu taklimat dengan kerjasama PERHILITAN di kawasan saya, ramai petani menyuarakan seperti itu dan syarikat besar— ya, mereka faham mereka disuruh oleh cari insurans tetapi sebenarnya tidak ada syarikat insurans hendak cover isu ini pun.

Bagi syarikat besar tanaman itu, mereka hanya minta selesaikan isu ini secepat mungkin kerana memang diganggu oleh gajah hampir setiap minggu ataupun minta bantuan untuk dapatkan idea bagaimana elakkan ataupun turunkan kerugian mereka. Mereka hanya hendak satu penyelesaian. Terima kasih.

draft • 5:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Menteri...

draft • 5:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih. Ya...

draft • 5:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Menteri, saya tidak berbahas tetapi kalau boleh Menteri juga boleh berikan maklumat lebih terperinci tentang teknologi yang digunakan oleh FELCRA. Seorang pegawai FELCRA telah memenangi satu anugerah di mana teknologi menggunakan bunyi dapat menghindarkan gajah daripada masuk ke sesuatu kawasan supaya lebih ramai orang tahu tentang teknologi ini dan ia boleh digunakan secara selamat. Terima kasih.

draft • 5:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih, mungkin jawapan yang perkara yang ditanya oleh Yang Berhormat tadi saya akan berikan secara bertulis.

Untuk makluman tentang pindaan Akta 313 ini dibawa oleh kerajaan yang lepas, Akta Perhutanan untuk di mana mengetatkan syarat-syarat dalam soal hutan.

Setakat ini, akta itu dimodelkan pindaan itu dimodelkan daripada enakmen yang ada di negeri Selangor. Perlu ada pendengaran awam untuk dinyahwartakan dan sekiranya dinyahwartakan kawasan hutan, dia perlu diganti serta merta tetapi setakat ini yang telah terus adopt ialah negeri Perlis.

Di peringkat negeri-negeri lain, kita difahamkan mereka mengkaji tetapi hanya sebahagian, bukan keseluruhan daripada peruntukan itu. Jadi, kita sarankan ia dilihat secara menyeluruh pindaan di bawah Akta Perhutanan tersebut kerana akhirnya soal konflik ini dia berkaitan dengan soal hutan ataupun habitat. Kita boleh — isu lain ini hanya isu mitigasi tetapi kalau kita tidak atasi masalah habitat, maka kita tidak dapat selesaikan.

Tentang soal peruntukan...

draft • 5:20 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Menteri, boleh sedikit?

draft • 5:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya.

draft • 5:20 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Kuala Nerus. Berkaitan dengan gajah tadi kan, yang kita buat sekarang pagar elektrik itu untuk menghalang dia tetapi gajah, dia sebenarnya dia tidak ada makanan. Jadi, adakah usaha kita untuk menanam pokok-pokok sebagai pagar kepada sawit kita itu supaya dia boleh makan makanan dia itu supaya dia tidak mengganggu sawit.

[Tidak jelas] di negeri Terengganu pernah buat untuk satu lapisan makanan pokok untuk gajah. Bila dia ada makanan, dia tidak mengganggu kita punya sawit. Ada usaha itu untuk dibuat tidak?

draft • 5:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya, sebagaimana disebut di Johor itu antara pendekatan yang telah diambil. Jadi, sebab itu akhirnya dia soal makanan,

draft • 5:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

soal habitat ini antara isu pertama untuk melihat atau mengelakkan konflik antara hidupan liar dan juga manusia.

Tentang soal agihan EFT tadi saya sudah sebut peningkatan tetapi kalau jumlah tertinggi untuk EFT ini daripada mula dasar ini diperkenalkan tahun 2019, negeri-negeri yang tertinggi ialah negeri Sabah lebih daripada RM90 juta mereka telah terima EFT diikuti oleh Sarawak RM63 juta dan kemudian negeri Pahang RM56 juta. Negeri-negeri lain semua. Semua negeri dalam Persekutuan ada terima peruntukan EFT.

Seterusnya...

draft • 5:20 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Menteri, boleh minta semua statistik EFT ini, boleh bagi jawapan bertulis.

draft • 5:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Boleh.

draft • 5:20 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih.

draft • 5:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Kita boleh kongsikan dari tahun ke tahun dan negeri ke negeri.

Untuk makluman, tentang persoalan yang dibangkitkan tentang BP3 ataupun renjer komuniti yang kita ambil veteran Angkatan Tentera, Orang Asli, orang asal dan polis dan juga komuniti setempat. Untuk makluman, pada tahun — setakat ini yang kita ada di Semenanjung 1,950 orang terdiri daripada 577 orang daripada veteran Angkatan Tentera, 10 orang veteran PDRM, 935 orang daripada komuniti Orang Asli dan 428 orang daripada masyarakat setempat. Manakala bagi di Sabah dan Sarawak, ada 550 orang di Sabah 250 dan di Sarawak 300 orang. Jadi, jumlah ialah 2,500 orang.

Buat masa ini mereka dilantik di bawah Malaysia Short-term Employment Program (MySTEP) dengan dibayar kadar upah khas. Jadi, kita sedang berbincang dengan pihak JPA dan juga Kementerian Kewangan untuk melihat kaedah pelantikan yang lebih baik misalnya secara contract for service, di mana mereka mendapat tempoh perkhidmatan yang lebih panjang dan juga mendapat faedah- faedah yang lebih baik tetapi kita belum ada cadangan untuk membekalkan senjata api untuk renjer komuniti.

Tentang status pewartaan Taman Santuari Gajah di Johor, ia telah diwartakan di bawah seksyen 62(1) Kanun Tanah Negara bertarikh 22 Jun 2017 dan RM15 juta telah diperuntukkan untuk pembangunan projek ini. Seterusnya bagi Fasa 2, RM29.3 juta bagi Projek Santuari Gajah. Ini dalam proses untuk disiapkan.

Tentang yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tebrau tentang diplomasi panda dan buat masa ini kita memang mendapat manfaat daripada diplomasi ini dan

draft • 5:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

ini di antara hasrat untuk kita, untuk mempunyai hubungan dua hala, perdagangan dan teknologi yang kukuh dengan Republik Rakyat China.

Jemaah Menteri pada 28 Jun tahun ini telah bersetuju agar kita teruskan Projek Kerjasama Antarabangsa Konservasi Giant Panda antara Kerajaan Malaysia dan Republik Rakyat China dan kita dalam proses rundingan dengan pihak China dan perjanjian baharu dijangkakan akan dapat dimuktamadkan pada awal tahun 2025.

Banyak tadi Yang Berhormat-Yang Berhormat yang berminat tentang soal konflik dengan kera dan monyet. Jadi, sememangnya isu ini satu isu yang berterusan dan dia memang betul dia sampai tadi ada Yang Berhormat-Yang Berhormat tadi bangkitkan dia sampai ke kawasan yang lebih urban misalnya. Kalau kita pergi ke Taman Tun Dr. Ismail pun, kita boleh jumpa monyet dan kera.

Jadi, antara perkara yang kita buat ialah soal memandulkan kera-kera tersebut, menjalankan program bersepadu dengan pihak penduduk kampung dan juga RELA, perangkap komuniti dengan kerjasama pihak wakil rakyat untuk menangkap kera-kera dan juga babi hutan yang bermasalah, program kontrak menangkap kera melalui pemasangan perangkap dengan kerjasama agensi swasta.

Juga program-program kawalan tangkapan dan mitigasi konflik hidupan liar yang mana kita belanjakan di Semenanjung sebanyak RM2.75 juta pada tahun 2024 dan tambahan RM1.325 juta untuk tahun hadapan.

Seterusnya Yang Berhormat Parit...

draft • 5:20 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Menteri, Menteri.

draft • 5:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya.

draft • 5:20 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Tentang kera tadi, Menteri tahu tidak yang sebenarnya ada limitasi perangkap itu. Saya ada pengalaman sendiri di rumah saya, dia masuk ke rumah saya rosakkan semua dekat rumah itu. Jadi, bila kita jumpa PERHILITAN, kita minta perangkap itu dia kata perangkap itu pun kena queue dengan orang lain. Jadi, isu kera ini isu besar ini dan saya dimaklumkan tadi ada juga negara yang ada industri tangkap kera dan dieksport keluar.

Jadi, apakah sebab kita tahu kalau kita hendak satu, kita hendak tembak ataupun kita hendak colour-kan dia dengan colour lain, itu akan jadi isu-isu yang mungkin akan mencederakan kita, terutamanya sekali kepada NGO-NGO di luar sana. Jadi, minta response daripada Menteri.

draft • 5:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Okey, terima kasih. Dari segi apa pendekatan kita, isu macam saya sebut tadi, memang kita tahu dari segi

draft • 5:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

PERHILITAN kita bermain catch up dengan soal konflik hidupan liar, kera, harimau, gajah dan sebagainya sebab masalah pokoknya yang saya boleh katakan literally masalah pokok ialah soal habitat.

draft • 5:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

[Tuan Suhaizan bin Kaiat (Pulai) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Selagi mana kita tidak dapat tangani isu ini secara berterusan, maka PERHILITAN hanya boleh memainkan langkah mitigasi. Tentang soal untuk eksport, kita kena tengok spesieslah. Sebab dia bergantung kepada spesies mana yang terancam dan sebagainya dan kita terikat dengan perjanjian ataupun apa yang ada di peringkat antarabangsa, yang mana kita salah satu parti. Kalau dia haiwan yang terancam misalnya, kita ada kekangan-kekangan tertentu.

Tapi kita memang kena, saya fikir tadi pun ada laporan daripada pihak jawatankuasa untuk alam sekitar di peringkat Parlimen. Kita akan lihat secara lebih menyeluruh cadangan-cadangan yang dibuat di negara lain dalam menangani isu ini. Tadi Yang Berhormat Parit bertanya tentang statistik penguatkuasaan bagi mencegah penyeludupan haram yang dibuat oleh PERHILITAN. Kalau tahun 2022, kita ada 71 operasi, 2023 – 49 dan setakat ini, setakat Oktober 2024 – 46.

Seterusnya, Yang Berhormat Jerantut tadi telah bertanya tentang EFT. Saya telah terangkan secara bertulis. Saya akan berikan untuk semua negeri-negeri yang ada. Untuk memang di peringkat PERHILITAN, sebagaimana ditanya juga oleh Kuala Nerus, oleh Jerantut dan sebagainya. Itu memang target kita ialah untuk tambah fasiliti di setiap daerah dan juga untuk tambah lagi di mana daerah-daerah konflik tinggi dan juga bilangan kakitangan.

Yang Berhormat Kuala Nerus juga bertanya tentang komitmen kita untuk memindahkan gajah dari Tasik Kenyir. Jadi, sememangnya di peringkat PERHILITAN, kita jalankan operasi tangkap pindah gajah di lokasi konflik dan setakat ini, Tasik Kenyir ini sebab dia berhubung dengan Taman Negara. Jadi, memang ya lah, ada memang gajah. Populasi gajah di situ agak banyak. Kita akan tengok sama ada, ada keperluan untuk kita pindahkan dari kawasan itu, ke kawasan yang lain daripada skim misalnya, isu sanctuary gajah dan sebagainya. Ya.

draft • 5:30 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Minta laluan.

Terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua. Ramai...

draft • 5:30 PM

Beberapa Ahli

Tuan Pengerusi.

draft • 5:30 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Pengerusi.

draft • 5:30 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Ah, Pengerusi, sorry. Nampak macam Yang di-Pertua.

[Ketawa] Nampak cara tu, sungguhpun baru masuk Parlimen. Ramai rakan Yang Berhormat Menteri, termasuk saya sendiri bertanya tentang (REE) nadir bumi. Bilakah negeri-negeri yang ada nadir bumi seperti Kedah, Perak dan sebagainya dapat memulakan kerja-kerja perlombongan? Sebab projek perintis sudah pun dilaksanakan di Perak. Saya rasa kalau kita tunggu makin lama, maka kita akan terlepas peluang untuk memperolehi wang untuk majukan ekonomi negeri-negeri ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 5:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya, saya baru isu gajah, kera apa, harimau.

Jadi, memang kita akan sampai ke isu REE. Seterusnya, Yang Berhormat Kluang tadi bertanya tentang berapa kes pencemaran sungai yang telah didakwa dan langkah untuk memastikan pencemaran sungai dapat kita elakkan? Untuk makluman, ini saya bercakap tentang penguatkuasaan di bawah JAS, Akta Kualiti Alam Sekeliling. Bukan soal akta-akta lainlah, di bawah agensi lain.

Pada tahun 2023, 505 kompaun telah dikeluarkan dengan jumlah terkumpul RM742,450 dan 159 dengan nilai sabitan terkumpul sebanyak RM3.6 juta kes telah disabitkan kesalahan. Setakat 31 Oktober 2024 bagi tahun ini, 321 kompaun berjumlah RM452,650 telah dikenakan dan 100 nilai sabitan berjumlah RM2.796 juta telah disabitkan di mahkamah.

Untuk makluman, kita mempunyai 1,353 stesen pengawasan kualiti air sungai manual yang merangkumi 672 sungai yang dipantau untuk seluruh negara.

Jadi, antara perkara yang kita telah lakukan ialah meningkatkan aktiviti penguatkuasaan Akta 127 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Meningkatkan kerjasama dengan kerajaan negeri dengan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar di negeri Sarawak, dengan pihak berkuasa tempatan dan agensi penguat kuasa yang lain dan memperbanyakkan lagi promosi dan kesedaran awam.

Ini memang soal pencemaran sungai memerlukan kerjasama yang menyeluruh antara semua agensi iaitu di peringkat Persekutuan, di peringkat negeri dan juga di peringkat PBT. Seterusnya, Yang Berhormat Tebrau ada membangkitkan tentang memohon kerajaan menyatakan kemudahan facility bagi buangan terjadual.

Untuk makluman, memang betul kita ada tiga facility utama di seluruh negara.

Satu, kemudahan integrated scheduled waste management di Sarawak iaitu Trienekens Sdn Bhd dan dua, kemudahan di Semenanjung iaitu Kualiti Alam Sdn Bhd di Negeri Sembilan dan yang paling terkini ialah J&T Berjaya Alam Murni Sdn Bhd di Selangor. Tiga lagi cadangan facility integrated scheduled waste management

draft • 5:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

sedang dicadangkan iaitu di zon selatan di Johor, di Pantai Timur, di Terengganu dan juga di Zon Utara di Perak.

Tadi ada dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rasah tentang facility kualiti alam tersebu. Ya lah, ketika awal diadakan, kawasan sekeliling itu memang kawasan hutan tetapi kemudian sekarang bukan hanya kilang tetapi kawasan perumahan juga semakin dekat dengan facility tersebut. Jadi, ini kita berharap dengan kerjasama pihak PBT dan kerajaan negeri agar perancangan itu melihat keadaan ini. Sebab kita di peringkat Kerajaan Persekutuan, pelan yang dibuat di peringkat tempatan itu di luar bidang kuasa kita. Sebab facility itu telah pun wujud dan mereka ada konsesi sehingga tahun 2030.

Yang Berhormat Parit ada bangkitkan tentang soal isu khinzir. Sebab isu khinzir ini sebenarnya dia bukan terletak di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling tetapi kita bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan juga pihak PBT untuk memberi pandangan dan nasihat dalam isu ternakan khinzir. Tetapi dari segi kualiti air, memang itu di bawah AKAS, kita memainkan peranan.

Yang Berhormat Puchong ada berkaitan tentang soal EQMP. Ini satu perkara yang pernah dibangkitkan oleh Yang Berhormat sebelum ini ketika memegang jawatan Menteri. Untuk makluman, pertama sekali, program rasionalisasi telah pun dijalankan dengan penambahbaikan dengan penempatan stesen mengikut keperluan semasa, parameter persampelan ditambah baik.

Sebagai contoh, parameter tabol, senarai persampelan kajian khas telah pun ditambah dan skop pelaksanaan mengikut perjanjian asal rasionalisasi ini juga dibuat tanpa peningkatan kos. Jadi, projek ini- keseluruhan projek sedia ada RM846 juta untuk 15 tahun dengan kos tahunan sebanyak RM58 juta.

Tentang keberkesanan EQMP, kita memang- kita baru ada satu pasukan yang sedang melihat semula kontrak tersebut secara dekat tentang beberapa perkara yang ada dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puchong. Saya perlukan sedikit masa lagi, Yang Berhormat. Jadi, ini untuk memastikan keberkesanan dan juga value for money, dengan izin, dengan wang besar yang telah dibelanjakan oleh pihak kerajaan. Tentang yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerantut supaya...

draft • 5:30 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Tuan Pengerusi, saya nak tanya. Minta penjelasan daripada Menteri, sebab 07200 – Pengawalseliaan Alam Sekitar, adalah RM85 juta. Tetapi apa yang Menteri kata adalah RM58 juta untuk tahun 2025. So, minta penjelasan kenapa terdapat perbezaan?

draft • 5:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Kalau boleh, bagi saya bagi jawapan secara bertulis. Angka yang dikongsikan di sini ialah RM58 juta untuk kos setahun

draft • 5:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

dengan kos RM846 juta untuk 15 tahun. Jadi yang ini, izinkan saya untuk beri secara bertulis. Yang Berhormat Jerantut bertanya tentang apakah kita, kenapa kita tidak letak kompaun dan denda yang dikenakan oleh JAS di dalam Akaun Amanah JAS?

Ini sememangnya perkara yang kita sedang bincang dengan pihak Kementerian Kewangan dan mereka mengatakan pihak Menteri Kewangan II dalam perbincangan kami, menyatakan keterbukaan beliau. Disebabkan kalau kita lihat misalnya, untuk Jabatan Kastam, mereka ada sebahagian wang yang dikutip itu boleh dimasukkan ke dalam Akaun Jabatan Kastam. Menjadi satu insentif untuk mereka melaksanakan tugas dengan lebih berkesan.

Jadi pada masa yang sama, Jabatan Alam Sekitar, kita sekarang denda naik daripada RM100 ribu kepada RM10 juta untuk kesalahan alam sekitar. Jadi, kita mencadangkan supaya ada sebahagiannya boleh kita letakkan di dalam Tabung Amanah JAS supaya sebagai satu galakan kepada agensi untuk ditambah baik lagi tanggungjawab dan bagaimana kita dapat laksanakan tugas kita.

draft • 5:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Kalau ada banyak lagi ini, izinkan saya yang lain saya boleh bagi secara bertulis tapi pasal isu REE. Ini antara isu yang banyak mendapat minat. Pertama sekali ya untuk makluman Yang Berhormat-Yang Berhormat, SOP untuk perlombongan REE telah pun dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada Mac 2023 dan ia telah pun diedarkan kepada kerajaan-kerajaan negeri pada Disember 2023 dan ini untuk diselaraskan dengan perundangan di negeri masing-masing kerana kita tahu isu hasil bumi ini terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Sebahagian negeri- negeri yang ada sudah pun menerima dan mengguna pakai SOP ini.

Kita sedang jalankan kajian untuk melihat Akta Pembangunan Mineral 1994 bagaimana kita boleh tambah baik dengan soal keperluan REE yang ada pada hari ini. Kita telah wujudkan satu special task force dengan izin yang diketuai oleh ataupun dipengerusikan oleh NRES dan dianggotai oleh MITI, Kementerian Ekonomi, MOSTI dan juga MOF.

Ini untuk membincangkan bagaimana kita dapat membangunkan keseluruhan industri REE daripada peringkat huluan ke peringkat hiliran. Kalau kita lihat pada waktu ini, kita berbincang dengan semua pihak tentang hal ini supaya kita dapat memanfaatkannya sebaik mungkin.

Untuk makluman, Syarikat Lynas misalnya mereka juga sedang menyatakan kesediaan mereka untuk membangunkan line untuk memproses REE daripada REE karbonat daripada negara kita kerana ia berbeza sifatnya daripada REE yang mereka proses selama ini daripada negara Australia. Projek perintis yang kita ada di

draft • 5:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Kenering, di Perak mereka diberikan kebenaran khas untuk tempoh yang tertentu untuk mengeksport ke negara China buat sementara waktu sementara belum ada lagi tempat pemprosesan lain yang ada di negara kita. Akan tetapi kita dalam proses untuk memastikan ada kemudahan ataupun fasiliti bagi setiap peringkat bagi industri REE.

Okey, seterusnya kalau boleh saya katakan sememangnya itu isu REE ini kita memang kita nak memastikan supaya kita ada dapat menyampaikan manfaatnya kepada semua ataupun kepada negeri-negeri yang ada. Kita tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri dan kebanyakan kerajaan negeri terbuka dalam hal ini. Kita mendapat kehadiran Menteri-menteri besar daripada negeri-negeri yang berkaitan juga yang membincangkan perkara ini sebab kita nak bangunkan daripada peringkat awal atau pun peringkat huluan sampailah ke peringkat industri itu sendiri.

Akhir sekali tadi sebelum saya, yang lain saya mungkin pohon diberi secara bertulis ialah tentang soal tanah rizab Melayu. Sebagaimana kita tahu di bawah Perlembagaan Persekutuan, soal tanah ini ialah soal kerajaan negeri. Cuma sejak tahun 2013, kita ada mengemas kini jumlah tanah rizab Melayu ini dari tahun ke tahun dengan antara kerjasama pihak kerajaan negeri dengan pihak Kerajaan Persekutuan menerusi Majlis Tanah Negara.

Jadi, kita berharap apa jua langkah untuk mengetatkan, kita boleh bagi syor dan sebagainya tetapi akhirnya langkah itu perlu diambil oleh kerajaan negeri kerana bidang kuasa ini terletak di bawah senarai negeri di bawah Perlembagaan. Terima kasih.

draft • 5:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 5:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, jadi yang lain Yang Berhormat tak sebut, jawab secara bertulis.

draft • 5:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Saya sudah jawab kalau yang Arau, yang itu saya sudah jawab di peringkat awal tadi.

draft • 5:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Oh, awal lagi?

draft • 5:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Awal lagi.

draft • 5:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya penghabis, dapat awal.

Terima kasih. Saya pergi sembahyang tadi. Minta maaf.

draft • 5:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Special Arau.

draft • 5:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey, terima kasih kepada Menteri.

Masalah ialah bahawa wang sejumlah RM1,407,183,200 untuk Kepala B.23

draft • 5:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2025 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.23 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 5:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Masalah ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.23 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2025 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.23 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Suhaizan bin Kaiat (Pulai) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 5:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan ke jam 10.00 pagi hari Selasa, 3 Disember 2024.

draft • 5:40 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.45 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026