Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Salam sejahtera. Kita mulakan sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri dengan menjemput Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji, Jelutong. Silakan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Selamat pagi Tan Sri Speaker yang saya hormati.
1. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong] minta Perdana Menteri menyatakan adakah Malaysia menghadapi apa-apa risiko sekatan perdagangan dari Amerika Syarikat disebabkan oleh kelantangan YAB Perdana Menteri yang mempertahankan hak rakyat dan negara Palestin.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Silakan Perdana Menteri.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tan Sri Yang di-Pertua, sebelum saya jawab Jelutong, izinkan saya memaklumkan tentang masalah negara iaitu situasi banjir semasa, dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Enam negeri terkesan dengan banjir ketika ini iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Johor dan Perak. Setakat jam 9.32 pagi ini, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 37,189 orang, membabitkan 11,385 keluarga di enam negeri. Sebanyak 322 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka keenam-enam negeri setakat ini dan saya ucapkan terima kasih kepada TPM I dan NADMA dan seluruh jentera termasuk kerajaan negeri yang memberikan kerjasama persiapan yang lebih baik tahun ini.
Mengikut negeri, Kelantan merekodkan mangsa banjir tertinggi membabitkan 30,582 orang, 9,223 keluarga. 157 PPS telah dibuka di sembilan daerah di Kelantan. Di bawah TPM I, NADMA telah diarah untuk memperkemas penyelarasan seluruh kekuatan jentera agensi persekutuan dan negeri untuk memastikan keselamatan serta kebajikan mangsa banjir.
Penduduk di kawasan terkesan menjadi keutamaan tertinggi sepanjang tempoh Monsun Timur Laut, November 2024 hingga Mac 2025.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Merujuk kepada soalan Jelutong, saya ingin menjelaskan bahawa hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat dari segi diplomatiknya, masih baik dan kita meneruskan dengan semua perkongsian komprehensif dan kerjasama dan termasuk pertemuan.
Termasuk umpamanya, pertemuan Menteri Luar dengan Sekretaris Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken. Malah saya sendiri juga mengambil masa untuk berbincang dengan Antony Blinken walaupun dia akan meninggalkan jabatan. Tetapi hubungan itu melibatkan pelaburan, perdagangan dan kerjasama diplomatik.
Sepertimana yang kita faham, Januari hingga Oktober 2024, jumlah perdagangan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat telah meningkat 29.1 peratus kepada RM264.28 bilion.
[Tepuk] Ya, peningkatannya agak tinggi iaitu AS$57.76 bilion daripada RM204.78 bilion atau AS$45.09 bilion bagi tempoh yang sama tahun 2023. Projek-projek yang telah dijalankan dan sedang diuruskan ialah 1,321 dengan pelaburan keseluruhannya AS$39 bilion.
Kita juga bimbang tentunya dengan perkembangan-perkembangan terbaharu, termasuk tindakan terbaharu kenaikan tarif untuk Mexico, Kanada dan negara China. Setakat ini kita pantau, dia tidak melibatkan isu Dasar Luar Negara termasuk soal Gaza atau Palestin.
Ia melibatkan soal imbangan bayaran dan di antara kedua-dua negara di mana berlaku defisit sepertimana Presiden Donald Trump mengumumkan semasa kempen.
Kita sekarang menjalinkan semua hubungan dengan tim baharu sedaya-upaya kita.
Tetapi sebagai satu negara merdeka dan berdaulat, pendirian kita dalam isu-isu antarabangsa termasuk keganasan, kezaliman, penindasan, penjajahan di Palestin dan Gaza akan terus kita suarakan. Saya tidak fikir pertimbangan ekonomi sementara sangat penting boleh menjejaskan pendirian kita atau mengurangkan atau mengekang pendirian kita dalam menyuarakan hak tuntutan keadilan buat rakyat Palestin, khususnya di Gaza.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas penjelasan itu.
Pada tahun 2014, ketika Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjadi seorang Ketua Pembangkang, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah menyatakan sokongan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan telah menyuarakan kebimbangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan dengan keganasan, kezaliman dan penindasan yang berlaku terhadap masyarakat Tamil di Sri Lanka.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya hadir dalam satu conference yang diadakan, Penang International Tamil Conference di George Town ketika itu dan saya melihat bahawa pendirian Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyuarakan hak masyarakat yang tertindas di seluruh negara ini merentasi agama, warna kulit, kaum dan sebagainya. Adakah pendirian ini pendirian kerajaan sekarang dan akan terus menjadi dukungan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan untuk menyuarakan hak masyarakat di mana-mana sahaja di seluruh dunia
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
tanpa mengira sebarang latar belakang, agama, politik dan kumpulan etnik? Mohon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberi penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Silakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Memang saya setuju bahawa dalam pengalaman sejarah hitam di Sri Lanka terutama tatkala mantan Presiden Rajapaksa. Namanya pun Rajapaksa. Penindasan terhadap etnik Tamil itu sangat meluas. Etnik Tamil itu termasuk majoriti Hindu dan Muslim. Saya pernah jumpa mereka tatkala memberikan ucapan Fonsenka Lecture di Colombo dan telah menyuarakan pandangan ini secara terbuka.
Walau bagaimanapun, kerajaan telah berubah dan kita alu-alukan pendirian kerajaan sekarang Sri Lanka yang menghentikan segala bentuk diskriminasi dan kezaliman ke atas rakyat etnik Tamil, Hindu dan Muslim di Sri Lanka. Pendirian ini adalah konsisten sepertimana kita lakukan untuk membela perjuangan Mandela di Afrika Selatan dan di mana-mana.
Malah, dalam pertemuan-pertemuan dengan pemimpin-pemimpin negara bila ada carcass ini berlaku walaupun tidak semuanya kita suarakan secara terbuka, saya mengambil peluang untuk menyuarakan dalam pertemuan empat mata dengan mana-mana pemimpin tentang kedudukan masyarakat yang tertindas atau dizalimi.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Malaysia telah membuat pengecualian ataupun dengan izin, reservation kepada Perkara 9 Konvensyen Genosid pada tahun 1994 yang lalu yang mana ia memerlukan persetujuan negara dalam setiap kes untuk dirujuk di ICJ.
Jadi, ini telah menghalang Malaysia daripada memfailkan sebarang intervensi ke dalam kes di Mahkamah Keadilan Antarabangsa ini. Kita ketahui pada 29 Disember 2023, negara Afrika Selatan telah memfailkan aduan terhadap Israel di bawah ICJ ini atas pelanggaran Konvensyen Genosid yang mana Israel telah melakukan genosid yang jelas di Gaza itu. Jadi, setakat ini beberapa buah negara telah pun memfailkan permintaan rasmi dan termasuklah negara Nicaragua, Colombia, Mexico, Libya dan Palestin itu sendiri.
Jadi, soalan saya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, sekiranya dinyatakan tadi kita tidak ada sebarang risiko sekatan perdagangan daripada Amerika Syarikat, maka adakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan mempertimbangkan untuk Malaysia mengambil tindakan yang lebih tegas dalam menyatakan hak Palestin ini dan termasuklah kita berusaha untuk menarik balik pengecualian kepada Perkara 9 Konvensyen Genosid ini bagi membolehkan Malaysia secara rasmi memfailkan intervensi. Ataupun kita juga bersama dengan Afrika Selatan untuk perbicaraan di ICJ ini. Ataupun kita memfailkan tuntutan baru kepada Israel untuk mereka didakwa di atas genosid yang sedang berlaku.
Kedua Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya juga memohon kenapa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melepaskan peluang untuk menghadirkan persidangan
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
UNGA, persidangan PBB pada September yang lalu dan ini telah pun memberi satu kerugian.
Walaupun saya tidak sikit pun mengurangkan kehebatan Menteri Luar kita yang hadir, namun kapasiti Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sangat penting untuk kita menyatakan pendirian yang lebih tegas di UNGA ini dalam hal khususnya pelanggaran Israel terhadap negara Palestin itu. Terima kasih Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Baik. Sila Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Yang Berhormat Sik. Soal pertamanya, soal genosid. Kita telah umumkan sebagai itu pendirian kita yang jelas. Saya menarik perhatian kerana dalam pertemuan kita minggu lalu saya telah sebut setelah kita tekankan soal genosid, Presiden Colombia yang menyusuli ucapan saya terus menyatakan dalam menyokong pendirian Malaysia, dia ingin menegaskan bahawa genocide is genocide.
Maknanya, minta supaya sidang G20 menerima kenyataan genosid itu. Jadi, sebab pendirian kita sangat jelas.
Soal umpamanya dengan Afrika Selatan dan Colombia. Dalam perbincangan saya dengan Presiden Ramaphosa, saya beritahu dengan apa juga cara termasuk menghantar wakil dalam sidang ICJ─ Menteri Luar sendiri hadir untuk menyatakan pendirian kita walaupun kita tidak boleh mengemukakan kerana bukan anggota. Ini Yang Berhormat Sik harus faham, dia terikat dengan Rome Statute. Setakat ini, Malaysia dalam soal iCERT dan Rome Statute ini ada kekangannya kerana beberapa peruntukan dalam Rome Statute itu yang tidak boleh diterima oleh sebahagian masyarakat kita terutama dalam dasar mempertahankan hak bumiputera, soal agama dan LGBT dan ini juga telah ditimbulkan oleh Majlis Raja-raja Melayu. Jadi, itu sahaja.
Tetapi, saya fikir dalam perbincangan saya dengan Presiden Afrika Selatan, Presiden Ramaphosa yang akan mengunjungi Malaysia dalam awal tahun depan, beliau menyatakan bahawa tidak menghalang sama sekali untuk Malaysia menyatakan dukungan bersama Selatan Afrika tetapi tidak mempunyai kedudukan yang sama kerana kita tidak menandatangani piagam Statue Rome. Itu jadi kekangannya.
Tetapi, saya fikir untuk memikirkan ke depan, boleh sahaja Jawatankuasa Pilihan bincang bersama di antara parti bagaimana boleh kita majukan isu ini sementara. Maknanya melihat semula peruntukan-peruntukan Rome Statue. Kalau ada kesepakatan kita boleh teruskan. Walaupun saya harus nyatakan bahawa kita ada sedikit kebimbangan melihat kepada suasana dan peruntukan Perlembagaan negara kita dan pendirian Raja-raja Melayu.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Yang Berhormat Tenggara.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
[Bangun]
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri, soalan nombor dua belum jawab mungkin.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Selagi daripada Menteri ini banyak orang dah tegur.
Banyak sangat berjalan. Saya dah bercakap di UNGA. Pendirian Malaysia yang tegas soal
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
penaklukan Rusia di Ukraine dan juga soal kezaliman dan penjajahan di Palestin dan Gaza.
Ada beberapa sidang yang tak dapat saya penuhi.
Kadang-kadang kerana masalah dalaman sepertimana sidang BRICS baru ini yang saya anggap sangat penting tetapi dia diadakan pada masa sidang Majlis Raja-raja Melayu yang agak penting untuk berbincang beberapa hal. Jadi, saya mohon maaflah kerana tidak mungkin menghadiri semua. Lagipun, kehadiran Menteri Luar sangat cekap dan ucapan itu diterima baik mewakili kerajaan keseluruhannya dan rakyat.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Yang Berhormat Tenggara.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Terima kasih Tan Sri Speaker. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, soalan tambahan daripada Tenggara. Bagaimanakah reaksi negara-negara rakan dagang Malaysia, khasnya negara anggota APEC yang lain terhadap kelantangan Malaysia dalam isu Palestin? Adakah mereka menyokong dan bersama kita mempertahankan hak Palestin ataupun berkecuali dengan pendirian Malaysia? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih. Dalam sidang negara Arab dan Islam, dalam sidang APEC dan G20, tentunya tidak semua yang bicara keras seperti kita tetapi ada juga negara-negara lain Afrika Selatan, Brazil. Walaupun tidak sekeras itu tetapi Colombia keras.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Malah, sepertimana yang saya sebut tadi, Columbia menyusuli ucapan saya mengatakan have the courage to call genocide a genocide. No two way about it. Jadi, saya fikir cukup kuat. Chile juga bagi pandangan yang sama. Tetapi kalau dalam sidang negara Arab dan Islam walaupun tidak semuanya mampu menyampaikan pandangan begitu kerana ikut dasar dan kepentingan dan kekangan negara masing-masing tapi banyak yang memberikan sambutan dan tahniah atas pendirian Malaysia.
Tapi saya katakan, sementara itu kita cuba tingkatkan melalui Kementerian Luar, MITI dan kementerian-kementerian lain supaya hubungan dua hala dengan semua negara yang diiktiraf akan diteruskan, yang melainkan hubungan dengan Israel yang tidak kita iktiraf tetapi negara-negara lain termasuk Eropah.
Sebab itu dalam perjumpaan dengan Presiden Macron, dia menjelaskan dalam beberapa isu walaupun tidak sekeras kita tapi sekurang-kurangnya beri ruang kepada kita menyampaikan dan dia beri pengakuan bahawa dia tidak mewakili pandangan yang menolak hak rakyat Palestin untuk bangkit sebagai negara bebas dan merdeka.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput soalan kedua Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, Tanah Merah.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
2. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Perdana Menteri menyatakan mengapakah kontrak sewaan pesawat helikopter untuk Angkatan Tentera Malaysia yang dilaksanakan secara pajakan tidak ditawarkan secara tender terbuka antarabangsa atau dilaksanakan secara Government to Government (GtoG).
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tanah Merah yang juga arif tentang perkara ini kerana dimulakan sejak 2015, juga 2017 dan 2021. Tapi saya setuju dengan Tanah Merah bahawa pada masa itu ia terikat hanya dengan Angkatan Tentera Malaysia. Tetapi dalam perkembangan terbaru, saya lakukan begini. Satu, kita mahu supaya rundingan itu rundingan yang agak telus yang melibatkan kerajaan dengan kerajaan dan tidak melalui mana-mana ejen.
Keduanya, kalau ada keperluan umpama satu jenis helikopter, apakah perlu tiap badan angkatan darat, laut, udara berunding secara berasingan termasuk badan-badan lain, umpamanya polis PDRM yang saya ingat ada dalam senarai, bomba. Jadi, kita ambil senarai kesemua yang memerlukan helikopter daripada masing-masing menjurus guna ejen dan berunding ataupun tender berasingan, kumpulkan semua supaya kos lebih terkawal. Jadi, ini yang pertama.
Malah Perdana Menteri Itali di Rio de Janeiro memang menyebut bahawa Kerajaan Itali yang punyai lebih daripada 30 peratus saham di Leonardo, memang senang dan akan beri jaminan supaya kerajaan akan memberikan semua kerjasama kerana dalam bentuk leasing ini, dia akan mengelakkan daripada beban kita dari segi maintenance yang menjadi masalah besar sekarang ini, bilion Ringgit satu tahun untuk keperluan bahan maintenance dan kerosakan-kerosakan semula jadi. Sebab itu saya setuju meneruskan keputusan leasing yang telah dibuat sebelumnya. Cuma kita perluaskan.
Tetapi dia tidak umpamanya direct nego kerana kita buat request for proposal. RFP ini di bawah kerjasama awam swasta yang kemudiannya diselaraskan oleh UKAS, meminta semua syarikat-syarikat yang ada keupayaan, empat yang utama, siapa yang memenuhi.
Akhirnya, yang hanya mampu dengan kewangan yang punya an air operator certificate, yang ada AOC ini, empat. Daripada empat itu, maka dipilih Weststar Aviation Services Sdn. Bhd.
yang telah mengemukakan tawaran melalui RFP ini.
Penilaian itu tertakluk kepada pertama, keupayaan modal yang agak tinggi. Modal yang diperlukan awal ialah RM122 juta. Ini tidak dipenuhi oleh banyak syarikat lain. Kemudian ada lesen air operator certificate, approved maintenance organisation. Kemudian, lesen directorate general technical airworthiness, lesen European Union Aviation Safety Agency kerana ada keperluan 135 juruterbang bertauliah dan lain-lain yang detail. Tetapi yang juga menarik ialah kerana sekarang ini Weststar sudah punya 28 helikopter dengan Leonardo daripada kontrak yang lama dan puluhan kontrak dengan Saudi menggunakan pengalaman yang ada.
Inilah maka sebabnya mengapa kita teruskan tetapi syarat kita ialah mengumpulkan semua dengan keperluan dalam negara iaitu TLDM, TUDM, tujuh untuk PDRM, 12 untuk
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
TUDM. Kemudian, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, mohon maaf, TDM dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan satu untuk kegunaan JPM. Ini keperluan. Yang penting ialah maintenance, repair dan overhaul yang kalau kita lihat. Sebab itu Singapura, Indonesia, Filipina memilih kaedah leasing yang kita putuskan sekarang ini.
Kemudian, konsep pajakan ini syarikat perlu memastikan tahap ketersediaan dan kesiagaan helikopter yang dibekalkan pada tahap 85 peratus dan ini membantu. Kita tambah lagi satu syarat iaitu kerjasama dengan institut latihan kita termasuk universiti, UTM dan TUDM. Kemudian, mengambil kira persiapan penyediaan Malaysia sebagai hab. Dia ada sekarang di Itali, di Miami dan ketiga di Malaysia. Mungkin dipilih Melaka kerana berdekatan dengan Lapangan Terbang Batu Berendam yang kita setuju untuk jadikan sebagai pusat latihan untuk helikopter Leonardo.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Tanah Merah.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Kita Yang Amat Berhormat, Tan Sri Yang di-Pertua, kita tak boleh ambil mudah hal-hal keselamatan dan kedaulatan negara. Tentera kita mesti dibekal dengan kelengkapan yang memenuhi keperluan operasi mereka. Melihat perkembangan geopolitik semasa dan impak akan datang, maka telah tiba masanya kerajaan untuk beri keutamaan lebih tinggi kepada pertahanan negara. Anggota tentera kita telah terbukti sanggup berkorban jiwa dan raga untuk negara.
Yang Amat Berhormat, saya mohon sangat-sangatlah, kelengkapan kepada anggota tentera, maaflah tak boleh cap ayam. Mestilah berkualiti, mesti ikut spec dan mesti ikut keperluan user atau perkhidmatan darat, laut dan udara. Semua pembekal akan mengatakan barang mereka barang yang terbaik. Namun hanya user yang benar-benar tahu keperluan mereka.
Tan Sri Yang di-Pertua, soalan tambahan saya kepada Yang Amat Berhormat ialah kenapa pendekatan pajakan aset dipilih berbanding perolehan biasa? Adakah keperluan agensi-agensi keselamatan atau pengguna telah diambil kira dalam pajakan aset ini? Sikit lagi ya Tan Sri Yang di-Pertua.
Yang Amat Berhormat, helikopter untuk military, ada military spec-nya. Mesti berupaya multitask, multitasking. Apakah helikopter yang dibekalkan kepada tentera ini telah menjalani ujian? Bolehkah buat under slump? Bolehkah bawa paratrooper? Bolehkah hantar ration? Bolehkah terbang di Sabah yang berbukit-bukit? Bolehkah buat search and rescue?
Bukan sekadar trip dari poin A atau ke poin B.
Akhir sekali Yang Amat Berhormat, memandangkan inilah kontrak perolehan aset yang paling mahal dalam sejarah negara, RM16.546 bilion. Kerajaan Filipina baru beli 32 pesawat helikopter Black Hawk hanya sekadar RM624 juta ataupun RM2.7 bilion sahaja.
Jadi, Yang Amat Berhormat, bolehkah cadangan penyewaan ini terlebih dahulu dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang terdiri daripada pihak kerajaan dan pihak pembangkang bagi pelaksanaan yang lebih telus.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Jawatankuasa ini boleh mengesahkan sama ada sewaan helikopter ini benar-benar jenis aset diperlukan dan penuhi spec pihak end user. Selepas itu sewa bolehlah diteruskan.
Semua pihak akan berpuas hati. Dato’ Seri akan dikenang PM yang terbaik, no more D, dapat A, A++ lagi Dato’ Seri. Terima kasih Yang Amat Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih. Yang Berhormat Tanah Merah, ini yang pilih dulu ini Yang Berhormat.
[Dewan ketawa]
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Amende je ini? Jadi yang pilih dulu itu syarikat ini masa Yang Berhormat dan sebelumnya juga lagi. Spec ini betul, Yang Berhormat punya komen itu betul. Spec itu ditentukan oleh badan-badan ataupun TLDM, TUDM ikut keperluan mereka.
Tidak semua Leonardo itu dalam satu jenis. Bomba lain, dia kena bekalan air, yang lain bekalan senjata. Itu secara detilnya tentu dipersiapkan dan yang minta dan beri syarat ini ialah pasukan, bukan kerajaan. Maknanya sepertimana saya baca yang tadi TUDM, TLDM masing-masing mengemukakan keperluan mereka. Ini telah diambil kira oleh UKAS dalam memberikan recommendation kerana ini masuk operate dan maintain MRO.
Yang dibangkitkan juga ialah tentang sama ada dia ada keupayaan. Jadi, saya fikir ini ditentukan oleh badan-badan yang berkaitan ataupun agensi berkaitan. Mereka tetapkan specs dan specs itu mesti dipenuhi. Sebab itu Leonardo dia bangkitkan tentang keperluan dia buat beberapa penyesuaian untuk memenuhi permintaan pengguna dan saya tidak fikir dia jadi masalah.
Ini sebenarnya menurut dan malah kalau ditanya saya ya, mungkin tidak disenangi oleh setengah pihak, ini lebih telus. Kita buat G2G, no commission, no agents, direct bagi syarikat yang boleh. Dah tentunya kita bagi keutamaan syarikat negara. Kita tak pergi kepada syarikat luar negara dan syarikat dalam negara yang punyai rekod dan prestasi yang memuaskan. Baik.
Apakah ia boleh dibincang secara terbuka? Tidak ada negara di dunia ini Tan Sri Yang di-Pertua yang membincang soal keperluan teknikal keselamatan untuk bicara secara umum, tidak boleh. Saya tidak setuju kalau isu-isu pembelian senjata. Ini pun kita dah umumkan setakat yang boleh diumumkan tetapi apakah keistimewaan tiap helikopter itu untuk TUDM, untuk TDLM saya tidak fikir boleh dibahaskan oleh Jawatankuasa Parlimen. Itu pandangan saya.
Boleh nanti kalau perlu Yang Berhormat, minta Menteri Pertahanan atau Menteri Dalam Negeri teliti semula apa yang boleh disampaikan. Tetapi saya tidak fikir wajar untuk keselamatan negara untuk kita bincang secara teliti soal specs dan keperluan dan kekuatan masing-masing kelengkapan tentera kita.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Tan Sri Speaker. Kepada soalan–soalan tambahan pada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Memandangkan kaedah pajakan ini merupakan yang pertama dilakukan bagi aset penerbangan kerajaan.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Apakah dasar kerajaan iaitu dasar sewaan helikopter ini akan dipakai juga bagi aset-aset lain seperti pesawat pejuang pada masa akan datang. Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Silakan Menteri.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Setakat ini, pada dasarnya Tan Sri Yang di-Pertua, kita lebih setuju cara ini, pertama, dia tidak jadi beban kewangan kepada negara. Walaupun setengah negara kita beli dengan lebih murah, tetapi kebanyakan kalau kita tengok maintenance dia dan akhirnya dia ada keperluan pesawat yang maintenance dia itu lebih mahal daripada pesawat pada peringkat awal.
Itu sebab mereka dikaji semula dan dianggap sebagai leasing MRO kerana mengurangkan beban dan tetapi syarat kita latihan mesti di sini, pemindahan teknologi di sini.
Sebab itu kita gunakan Lapangan Terbang Batu Berendam sebagai pusat latihan dan juga kilang, di mana yang mampu dilakukan. Itu syarat-syarat yang dikenakan.
Tetapi, prinsip ini setakat yang mampu kita boleh guna pakai walaupun pihak Angkatan Tentera Malaysia mengatakan ada keperluan segera yang harus dimiliki oleh negara yang tidak boleh menunggu soal leasing, makna beli secara langsung. Itu saya tidak fikir kita boleh putuskan untuk semua tapi pada dasarnya, saya fikir inilah untuk kelengkapan ketenteraan, kita pilih untuk sistem pajakan kerana ia lebih menjamin ketelusan dan elak kerugian dan tanggungan kewangan yang tidak menentu untuk tahun-tahun akan datang.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Ya Bagan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya nak ucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan. Juga menyatakan sokongan terhadap apa yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa urusan rundingan ini dibuat secara G2G kerana ini akan membolehkan negara kita untuk menjimatkan komisen. Di sini kerana ia menimbulkan banyak teka-teki.
Bolehkah buat satu perbandingan CBA (cost benefit analysis) daripada membeli yang baru berbanding dengan pajakan. Kerana khususnya apabila kita pajak, akan timbul pula sama ada kita akan gunakan helikopter yang sama kerana dengan peningkatan ataupun peralihan teknologi. Kalau kita guna helikopter yang sama untuk 15 tahun, ia akan jadi obsolete dengan izin.
So, adakah ada dalam terma atau rujukan itu pajakan, helikopter ini akan diganti dengan baru bukan gunakan yang sama. Kalau yang sama mungkin akan jadi lapuk.
Bolehkah dalam aspek ini, boleh buat itu CBA bahawa beli itu yang baru lebih mahal, lebih daripada RM16.5 bilion berbanding dengan pajakan untuk tempoh 15 tahun. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Bagan yang arif bab ini. Tetapi pertama, keperluan dalam pembelian ini ialah untuk 15 tahun. Selepas itu, kita boleh miliki dengan harga yang agak murah dalam sekadar RM15 juta. Tetapi, saya ambil perhatian kerana teknologi berubah, kecanggihan berubah, keperluan berubah ini benar.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Sebab itu pembelian itu mengikut keperluan semasa dan saya tidak fikir kita berakhir keperluan helikopter untuk 15 tahun ini sahaja. Tentu dalam dua tiga tahun lagi kita akan tanya malah itu pendekatan saya. Menteri Pertahanan lebih arif bab ini kerana kita mengatakan bahawa Angkatan Tentera Malaysia harus berikan apa senarai keutamaan mereka selain daripada helikopter dan LCS ini umpamanya.
Sekarang ini dalam peperangan Rusia-Ukraine dan dalam pertempuran kita lihat baru-baru ini Iran-Israel dan Hezbollah, itu dron sudah menjadi sesuatu yang menjadi keutamaan yang bukan keutamaan puluh tahun yang lalu. Jadi, kita akan melihat. Saya setuju supaya kita sentiasa pantau dan lihat apakah keperluan-keperluan semasa kerana teknologi berubah dan menuntut kita juga membeli barangan yang canggih yang upaya kita lakukan.
Walaupun kita syukur alhamdulillah setakat ini, rantau ASEAN ini dianggap rantau yang di antara yang paling aman di dunia dan kepesatan pertumbuhan ekonomi yang paling pantas di dunia. Mudah-mudahan kita dipelihara daripada permasalahan yang dihadapi oleh banyak rantau lain.
Tuan Yang di-Pertua
Baik Yang Berhormat. Sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
[Soalan No. 1 – Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal (Semporna) tidak hadir]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Kita mulakan sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan dengan saya menjemput Tuan Wan Razali bin Wan Nor, Kuantan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Soalan saya, soalan nombor dua.
2. Tuan Wan Razali bin Wan Nor [Kuantan] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan langkah yang diambil oleh kementerian dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengatasi kejadian banjir kilat yang kerap berlaku di kawasan bandar terutamanya berkaitan penyelenggaraan sistem saliran yang lebih efisien.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Membaca sepotong doa] Tuan Yang di-Pertua, pertama saya ingin ucapkan terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan juga Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan pihak berkuasa tempatan senantiasa proaktif mengutamakan pengurusan dan pengawalan banjir kilat yang kerap melanda sebagai satu
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
usaha berterusan untuk memastikan keselamatan rakyat dan menjamin mereka dapat terus hidup dalam keadaan yang lebih tenteram dalam keadaan gelombang perubahan iklim semasa yang tidak menentu.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
[Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) **mempengerusikan Mesyuarat****] Yang Berhormat bertanya tentang langkah kerjasama di antara kementerian dan juga pihak berkuasa tempatan. Saya ingin menjelaskan di sini bahawa langkah pemantauan di peringkat KPKT sebenarnya melibatkan dua peringkat. Pertama, melalui Jawatankuasa Pemandu bagi mengatasi masalah banjir kilat yang dipengerusikan secara bersama oleh KPKT dan juga PETRA iaitu Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air. Yang keduanya adalah melalui Jawatankuasa Task Force yang lebih berfokus untuk tindakan oleh jabatan-jabatan dan juga agensi-agensi pelaksana dan juga teknikal di lapangan.
Kedua-dua jawatankuasa ini berperanan untuk menyelaras cadangan dan pelaksanaan penyelesaian antara kerajaan negeri dan juga jabatan serta agensi-agensi teknikal yang melibatkan pelbagai agensi seperti mana Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di bawah PETRA, Jabatan Kerja Raya (JKR) di bawah Kementerian Kerja Raya, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan SW Corp di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, termasuklah juga dengan setiausaha kerajaan negeri bagi memastikan sistem perparitan bandar dalam keadaan sistematik dan mampan.
Secara khususnya Tuan Yang di-Pertua, Jawatankuasa Task Force menumpukan kepada semua strategi yang telah dibangunkan oleh agensi-agensi berkaitan sebagai satu sumber rujukan berdasarkan kepada skop kerja masing-masing dengan kekerapan mesyuarat tiga kali setahun, Ahli Yang Berhormat. Contohnya, JPS mempunyai Kajian PISMA iaitu Pelan Induk Saliran Mesra Alam, JPSPN mempunyai Perjanjian Pengurusan Sisa Pepejal Pembersihan Awam, PBT pula mempunyai perancangan naik taraf struktur perparitan dan dibantu kewangan di peringkat bantuan-bantuan melalui BP1 ke KPKT dan JKR mempunyai pelan jalan raya.
Perkara yang dibincangkan bagi mengatasi masalah banjir kilat di kawasan-kawasan
PBT ini Tuan Yang di-Pertua, adalah merangkumi
(i) mengenal pasti faktor banjir kilat seperti mana sistem perparitan yang telah uzur, tidak berfungsi dengan sistematik;
(ii) menyediakan pelan tindakan bagi mengatasi masalah banjir di kawasan PBT bagi tempoh lima tahun dan dalam konteks ini, 2021 hingga 2025 untuk dilaksanakan oleh semua agensi-agensi yang terlibat;
(iii) menumpukan usaha menaik taraf sistem saliran yang tidak sistematik, tersumbat dan tidak berfungsi;
PBT ini Tuan Yang di-Pertua, adalah merangkumi
(iv) menyediakan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) untuk pemakaian di semua peringkat PBT, di mana Kajian PISMA Bandar Kuantan contohnya, telah disediakan oleh JPS Malaysia pada tahun 2010, dan;
(v) mempergiatkan lagi kempen-kempen kesedaran awam bagi memastikan kesedaran peringkat komuniti setempat.
Bagi mengukuhkan keberkesanan pengurusan banjir kilat, kerajaan telah memperuntukkan kepada PBT di seluruh negara untuk menaik taraf sistem perparitan dan juga saliran sedia ada di kawasan yang telah pun dikenal pasti sebagai hotspots, Tuan Yang di-Pertua. Termasuklah contohnya pada tahun 2023, untuk peruntukan bagi penyelenggaraan kolam takungan banjir diperuntukkan sebanyak RM92.5 juta dan penyelenggaraan sistem perparitan, RM47.6 juta. Manakala tahun 2024, RM50 juta untuk sistem penyelenggaraan takungan dan untuk penyelenggaraan sistem perparitan adalah RM20 juta, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Yang Berhormat Kuantan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Seperti mana yang kita dengar tadilah, maknanya saliran ini dia banyak tuan iaitu KKR, PETRA, KPKT dan KKW. Jadi, terdapat juga jawapan tadi menyatakan bahawa telah merancang bersama. Jadi saya ingin bertanya, dalam merancang bersama tersebut, bersama agensi-agensi tersebut, apakah dapatan ataupun tempoh masa hasil daripada perancangan agar ia boleh diselesaikan dalam jangka masa yang panjang?
Saya juga ada terbaca kaedah, di mana Jepun menggunakan sistem saliran 60 meter bawah tanah yang dikenali sebagai sistem pembetungan paling maju di dunia dan mereka ada juga teknologi yang alih air daripada apabila berlaku hujan, alih air daripada Tokyo hantar kepada Tokyo Bay. Itu di Jepunlah.
Jadi, kita – pertanyaan saya, kita sambung balik usaha ataupun cadangan Arau semasa menjadi Menteri Wilayah Persekutuan berkaitan teknologi ini, berkaitan teknologi Jepun ini agar ia digunakan di bandar-bandar di negara kita. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Satu lagi akhirnya, saya juga ingin bertanya berkaitan peruntukan RM150 juta, bajet yang diumumkan dalam Belanjawan 2025. Bagaimana ia boleh digunakan segera bagi penyelesaian banjir-banjir negeri ketika ini untuk PBT nak tambah baik saliran dan juga untuk digunakan sebagai kerja-kerja pembersihan?
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, soalan berkaitan dengan cadangan yang disebutkan tentang cadangan Arau itu adalah perlu dipertimbangkan. Sedang pun dipertimbangkan tetapi dia memakan jumlah perbelanjaan yang cukup besar, Tuan Yang di-Pertua. Tetapi tak mengapa, itu memang di dalam perhatian kita. Bagaimana dari semasa
Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
ke semasa untuk memperbaiki lagi gerak kerja kita dalam menangani masalah banjir kilat, Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
[Bangun]
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
[Bangun]
Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Tetapi pada masa yang sama, saya juga ingin menekankan di sini bahawa banyak - kebanyakan banjir kilat yang berlaku adalah kerana isu- isu kebersihan ataupun longkang dan saliran kita tersumbat. Ini juga memerlukan kesedaran daripada awam di peringkat komuniti dan saya sangat berbesar hati dengan soalan ini Tuan Yang di-Pertua, kerana dia boleh memberikan satu wake-up call. Khususnya, macam baru- baru ini kita ada masalah banjir di Kuala Lumpur dan isu sebenarnya adalah saluran adalah tersumbat. Itu kalau kita dapat mempergiatkan lagi kesedaran awam pun sudah cukup cantik.
Yang keduanya, berkaitan dengan RM150 juta. Itu adalah peruntukan 2025 dan itu bolehlah diperincikan lagi untuk ke hadapan. Adapun yang sekarang ini jika berlaku apa-apa, dia boleh - PBT tersebut memohon peruntukan melalui BP1. Dan- BP1, satu. Yang kedua, kalau ada keperluan-keperluan untuk menaik taraf perparitan ataupun longkang- saluran dan juga kolam takungan, ini boleh dimohon dari semasa ke semasa untuk kita mendapatkan dari peruntukan khas daripada kewangan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, YB Shah Alam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Banjir kilat di kawasan bandar ini sebenarnya sering terkait dengan sistem perparitan, longkang dan juga parit erong (scupper drain). Ini benda yang sangat basic dan kita sebenarnya masih lagi menggunakan reka bentuk yang lama dah, berpuluh tahun dulu.
Jadi, adakah kerajaan bercadang untuk meminda dan menambah baik ya, peraturan dari segi reka bentuk, design scupper drain yang ada sekarang ini, yang terlalu kecil, 6 inci- 10 inci. Sedangkan di negara-negara yang sama dengan kita seperti negara jiran, Indonesia, Thailand, Philippines, besar scupper drain dia, dua kaki. Jadi, membolehkan air itu lalu dengan cepat.
Selain daripada itu, pocket development juga boleh mengundang pelbagai masalah, terutama alam sekitar, termasuk banjir kilat ini kerana kurangnya kadar susupan air ke dalam tanah ketika hujan lebat berlaku. Jadi, adakah, bagaimanakah kementerian bercadang untuk mengawal pembangunan pocket development sekarang ini? Terima kasih.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, memang benar bahawa adanya struktur-struktur yang lama. Tetapi saya nak ingin sebutkan di sini Tuan Yang di- Pertua, bermula tahun 2001 sebenarnya, KPKT telah pun menambah baik dan menetapkan reka bentuk sistem perparitan dan longkang bagi semua pelan pembangunan baharu di kawasan PBT untuk mereka berpandukan kepada Manual Saliran Mesra Alam (MSMA).
Ia adalah prasyarat kelulusan pelan pembangunan membabitkan infrastruktur saliran dan juga semua kriteria yang dipertimbangkan bagi kelulusan permohonan PBT dan itu yang
Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
baru. Untuk yang lama ini Tuan Yang di-Pertua, bagi kawasan-kawasan perbandaran yang telah pun dibangunkan, infrastruktur salirannya akan dinaik taraf dari semasa ke semasa, termasuk yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat tadi.
Namun, itu adalah tertumpu, diutamakan kepada kawasan-kawasan hotspots banjir dan berlakunya masalah-masalah banjir kilat. Adapun yang lama tetapi tidak berlaku banjir kilat contohnya, ia akan dilihat mengikut keperluan dari semasa ke semasa. Yang berkaitan dengan pocket development itu Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya di peringkat KPKT melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, kita telah pun mengeluarkan arahan pemakaian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) untuk digunakan oleh semua PBT.
Pembangunan pocket development ini boleh dikawal melalui pelaksanaan PISMA yang telah pun dipersetujui oleh Majlis Perancangan Fizikal Negara ke-41 yang bersidang pada 17 April dan telah pun dikeluarkan pekelilingnya oleh Ketua Setiausaha Majlis Perancang Fizikal Negara pada 18 September 2023, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Seterusnya, Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abdul Wahab, Tanjong Manis.
Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Soalan saya nombor tiga.
3. Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd. Wahab [Tanjong Manis] minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah status naik taraf jalan yang diklasifikasikan sebagai Red Line di sepanjang jajaran Lebuhraya Pan Borneo Sarawak. Berapa peruntukan yang telah diluluskan oleh kerajaan untuk naik taraf jalan tersebut.
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat yang bertanya, Tanjong Manis. Permohonan naik taraf jalan yang diklasifikasikan sebagai redline dengan jajaran sepanjang 136.74 kilometer daripada Teluk Melanau ke Miri.
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Jadi, sebanyak sembilan seksyen redline yang telah dimohon oleh JKR negeri Sarawak kepada kementerian ini untuk diangkat pada Rolling Plan Kelima Rancangan Malaysia Ke-12 seperti senarai berikut. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberi dalam bahasa Inggeris sebab tajuk-tajuknya memang dalam bahasa Inggeris.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Boleh Menteri.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Jadi yang berikut:-
Pertama, *The Proposed Rehabilitation And Strengthening Works For The Existing Four Lanes Dual Carriageway Redline, Section Lachau Overtaking Lane At Bukit Begunan Section Chainage 6+340 To Chainage 8+140.
Then, The Proposed Rehabilitation And Strengthening Works For The Existing Four Lanes Dual Carriageway – Redline - Section Durin (Julau Junction To Batang Rajang Bridge*
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
And Old Batang Rajang Bridge) dan Section Salim (Batang Rajang Bridge To Sibu Airport Roundabout).
The Proposed Rehabilitation And Strengthening Works For The Existing Four Lanes Dual Carriageway – Redline - Section Kemena (OTL Bintulu Section Chainage 42+460 To Chainage 44+237) Bintulu Airport Junction To Mile 5 And (OTL Bakun Section Chainage 10+085 To Chainage 11+760).
The Proposed Rehabilitation And Strengthening Works For The Existing Four Lanes Dual Carriageway – Redline - Section Sebiew, OTL At Niah Section (Chainage 43+340 To Chainage 45+341). Ini OTL Ini *Overtaking Lane At Niah Section (Chainage 54+247 To Chainage 55+879). OTL At Niah Section (Chainage 74+143 To Chainage 76+142).
The Proposed Rehabilitation And Strengthening Works For The Existing Four Lanes Dual Carriageway – Redline - Section Tudan (OTL At Beluru Section Chainage 3+683 To Chainage 5+154)*. *Jalan Pujut Lane To Kuala Baram.
The Proposed Rehabilitation And Strengthening Works For The Existing Four Lanes Dual Carriageway – Redline - Section Batu Kawa & Padawan* (Sungai Moyan Bridge To Serian, Mile 10 - Mile15, Kuching-Serian) The Proposed Rehabilitation And Strengthening Works For The Existing Four Lanes Dual Carriageway – Redline - Section Selangau ((OTL At Selangau Section (Chainage 19+330 To Chainage 20+880)) The Proposed Rehabilitation And Strengthening Works For The Existing Four Lanes Dual Carriageway – Redline - Section Balingian ((OTL At Balingian Section Chainage 27+630 To Chainage 28+975) Jadi untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, dari sembilan seksyen yang dimohon tersebut hanya enam seksyen telah diluluskan iaitu Seksyen Lachau (Bukit Begunan), Seksyen Kemena (Bintulu dan Bakun), Seksyen Sebiew (Niah), Seksyen Tudan (Beluru), Seksyen Selangau dan Seksyen Balingian pada Rolling Plan Kelima Rancangan Malaysia Ke-12 dengan kos keseluruhan RM120 juta.
Kelulusan yang diberikan bagi seksyen ini adalah mengikut penilaian dan keperluan yang mendesak di seksyen tersebut. Manakala baki seksyen selebihnya akan dimohon pada Rolling Plan yang akan datang.
Kementerian ini berharap dengan penyiapan projek ini akan dapat memulihkan dan mengukuhkan lagi laluan berkembar empat lorong dua hala standard JKR 5 yang sedia ada untuk dipadankan dengan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang sudah siap. Oleh itu, sambungan cekap (efficient connection), cekap akan dapat disediakan untuk pergerakan penduduk setempat dan barangan dapat sampai ke destinasi dengan cepat dan selamat yang akan dapat meningkatkan ekonomi masyarakat setempat. Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Yang Berhormat Tanjong Manis.
Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan panjang lebar yang telah diberikan tadi. Kalau daripada
Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
senarai seksyen-seksyen Yang Berhormat Menteri sebut, tiga seksyen yang ada dilalui oleh saya dalam pergi kawasan iaitu Lachau, Bukit Begunan, Durin, Julau dan juga Salim, Sibu Airport. Saya harap kerja-kerja naik taraf kepada seksyen-seksyen redline ini akan dapat dilaksanakan dengan seberapa segera. Terima kasih.
Soalan tambahan saya selain daripada kawasan redline di Pan Borneo Sarawak yang perlu dibaiki dan dinaik taraf, terdapat satu jajaran Pan Borneo di Sarikei berdekatan dengan Pekan Jakar yang masih belum siap sepenuhnya. Soalan saya, bolehkah Yang Berhormat Menteri memberitahu apakah sebab kelewatannya dan bilakah jajaran ini akan siap sepenuhnya kerana dia sepatutnya sudah siap pada Oktober tahun ini? Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Menteri.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Tuan Yang di-Pertua, ini nama Lachau ini sebut betul-betul Yang Berhormat. Baiklah Yang Berhormat untuk menjawab soalan tambahan ini.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat jajaran Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sarikei yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi adalah dalam pakej 06 iaitu Jambatan Awik ke Persimpangan Bintangor yang kini siap di tahap 98 peratus.
Memandangkan kerja-kerja pengalihan utiliti yang kini ataupun yang masih dilaksanakan. Jadi, pakej kerja 06 ini dijadualkan siap pada bulan Disember 2024 hanya dijangkakan sekarang dapat disiapkan sepenuhnya pada bulan Mac 2025 nanti.
JKR Sarawak selaku pegawai penguasa projek ini sedang memantau prestasi kerja kontraktor supaya pakej kerja 06 ini dapat disiapkan mengikut jadual baharu tersebut.
Masalah besar Yang di-Pertua adalah masalah pengalihan utiliti yang di tempat ini ataupun di jajaran ini agak sukar daripada yang lain. Jadi, sebab itu mahu tidak mahu ada kelewatan dalam kerja-kerja tersebut. Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila soalan tambahan kedua daripada sebelah kiri. Tak ada. Kalau ada sebelah kanan. Juga tak ada. Seterusnya...
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Nombor tiga? Assalamualaikum.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Tumpat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Sorry. Soalan nombor 3 ya?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ya nombor 3, soalan tambahan yang kedua.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Kita fahami bahawa lebuh raya itu merupakan suatu tulang belakang kepada Semenanjung dan juga kepada Borneo. Dalam hal ini saya ingin bertanya kepada kementerian berkenaan dengan kita difahamkan bahawa jumlah anggaran perbelanjaan untuk LPT3 telah pun menjangkau RM9.8 bilion berbanding RM2.8 bilion pada tahun 2009. Jadi hari ini sebagaimana kita ketahui Kelantan, Terengganu dalam keadaan banjir.
Adakah pengiraan ini diambil kira berdasarkan juga kepada situasi yang berlaku ketika 2014 di mana keadaan-keadaan kawasan-kawasan yang rendah yang telah mengalami banjir sebagaimana hari ini hampir semua terputus komunikasi antara Kelantan dengan negeri lain kerana kita punya jalan rendah?
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Dalam pengiraan ini apakah kriteria yang akan diguna pakai oleh pihak kementerian dalam pembinaan lebuh raya-lebuh raya baru, adakah diambil kira tentang ketinggian supaya lebuh raya ini dapat digunakan ketika bencana dan juga ketika krisis? Kalau dalam hal itu ada berapakah perincian kerana kalau kita kira dari segi inflasi, RM2.8 bilion pada tahun 2009 berbanding dengan RM9.8 bilion tahun 2024 ini sangat tinggi. Dia punya kadar yang tidak munasabah dengan kadar inflasi.
Kedua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada memaklumkan bahawa akan ada kenaikan taraf untuk Lebuhraya Pantai Timur ataupun Timur Barat yang telah pun dijanjikan pada bajet yang lepas. Cuma saya ingin tanya, bilakah naik taraf ini akan dimulakan di Lebuhraya Timur Barat ini? Apakah perkara-perkara yang akan dinaik taraf dan berapakah kos yang telah pun diselesaikan kerana pada ketika itu saya tanya tahun lepas Yang Berhormat Menteri kata akan diperincikan. Jadi, hari ini saya nak tanya baliklah. Terima kasih.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Ya Tuan Yang di-Pertua. Walaupun ini jauh daripada Pan Borneo..
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, sekejap.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Mungkin saya kongsi sedikit.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Menteri, sekejap. Soalan tambahan yang dikemukakan oleh Tumpat agak lari sikit daripada asal. Saya pulangkan kepada Yang Berhormat Menteri sama ada nak menjawab atau tidak.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebab ini jauh daripada asal tapi yakinlah Yang Berhormat Tumpat, semua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi, kalau diizinkan, saya akan bagi penjelasan secara bertulis kepada Yang Berhormat ya. Baik. Sebab memang ini jauh daripada soalan asal, saya tak ada maklumat terperinci di sini.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Mungkin cuma dapat saya nak tahu tentang kriteria daripada segi ketinggian dikira bencana sebab itu perkara yang penting kepada kami.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Itu- betul Yang Berhormat. Itu saya boleh jawab.
Kita mengambil pengajaran daripada apa yang telah berlaku ya.
Oleh sebab itu saya di kementerian, saya dah berbincang banyak kali bersama pegawai untuk kita melihat bagaimana kita boleh meningkatkan- buat pembaikan kepada kaedah-kaedah ataupun cara kita melaksanakan satu-satunya projek yang begini untuk menangani masalah di mana kerap berlakunya banjir kerana paras jalan itu rendah. Memang itu kita dah ambil kira. Untuk projek-projek mendatang, kita akan design ataupun buat reka bentuk supaya kita menangani masalah banjir. Itu memang sudah dalam SOP JKR juga.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Saya minta maaf. Saya terpaksa jelaskan sedikit. Sebagai contohnya, sekarang ini adalah Fasa Pertama...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Yang Berhormat, Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Saya- sikit. Saya minta maaf.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Cukup, cukup Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Sebab sekarang ini banjir.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Cukup Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Jadi saya minta kalau boleh...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Yang Berhormat Tumpat, duduk
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Saya rasa ini penting berkaitan dengan banjir.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Duduk, duduk. Memang penting Yang Berhormat. Semua penting Yang Berhormat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Ya, sebab sekarang ini baharu Fasa Pertama. Kami dah mengalami 2014, jadi kami bimbang.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat faham peraturan mesyuarat atau tidak?
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
[Duduk]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kerja Raya. Sila seterusnya Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, Tanah Merah.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz
Hari ini dua soalan ya. Soalan saya nombor empat. Terima kasih.
4. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Menteri Pertahanan menyatakan, masalah kekurangan pakar/subspecialist bidang perubatan di Hospital Angkatan Tentera (HAT) di seluruh negara serta strategi baharu yang diperkenalkan pada tahun ini untuk menarik kumpulan pakar perubatan kekal berkhidmat di HAT dalam usaha mengelakkan mereka berhijrah ke hospital swasta.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Dato’ Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah atas persoalan yang dikemukakan.
Kementerian Pertahanan sentiasa berusaha untuk menambah bilangan Pegawai Perubatan- pakar dan subkepakaran dan Pegawai Perubatan Angkatan Tentera bagi memastikan perkhidmatan kesihatan Angkatan Tentera Malaysia yang diberikan adalah yang terbaik.
Bagi memastikan perkhidmatan kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diberikan adalah yang terbaik, Kementerian Pertahanan berhasrat untuk menambah bilangan Pegawai Perubatan- pakar dan juga subkepakaran dan Pegawai Perubatan ATM di mana mereka akan dilatih dalam bidang-bidang kepakaran yang diperlukan. Walau bagaimanapun, penambahan perjawatan pakar di dalam PKAT ini adalah bergantung kepada kekosongan perjawatan yang sedia ada dan tertakluk kepada kelulusan pihak Jabatan Perkhidmatan
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Awam untuk mewujudkan perjawatan tambahan baharu bagi menampung keperluan sumber manusia yang meningkat sejajar dengan peningkatan pesakit dan keperluan perawatan.
Dalam hal ini, Kementerian Pertahanan amat berharap agar cabaran ini dapat kita atasi dengan sebaik mungkin demi memastikan perkhidmatan kesihatan ATM sentiasa berada pada tahap yang terbaik dan setara dengan perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh KKM dan juga sektor perubatan swasta. Itu sahaja jawapannya.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Sila, Tanah Merah.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz
Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan. Jadi, apakah langkah-langkah seterusnya oleh MinDef untuk meyakinkan JPA untuk memberikan peruntukan jawatan tambahan terutama Doktor-doktor pakar di Hospital Angkatan Tentera bagi mengatasi kekurangan kepakaran tersebut, yang mana akan menjejaskan penyampaian perkhidmatan kepada anggota ATM, keluarga mereka termasuklah para veteran ATM? Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Sila, Timbalan Menteri.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tanah Merah atas soalan tambahan yang dikemukakan. Dato’ Yang di-Pertua, untuk memberikan lebih banyak keyakinan untuk kita mendapatkan perjawatan tambahan ini...
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
[Bangun]
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
[Bangun]
Tuan Haji Adly bin Zahari
Kita juga harus melihat di peringkat perkhidmatan kesihatan kita bagaimana kita boleh meningkatkan lagi keupayaan kita. Ini kerana kita tahu bahawa Hospital Angkatan Tentera ini bukan sahaja memberikan perkhidmatan kepada anggota pertahanan kita, keluarga dan juga anggota veteran kita, tetapi sebahagian daripada masyarakat awam juga mendapat perkhidmatan dari Hospital Angkatan Tentera.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
[Bangun]
Tuan Haji Adly bin Zahari
Sebab itu kalau kita lihat antara untuk memberikan keyakinan- antara perancangan kita adalah kita mahu mewujudkan sebuah pusat trauma di HAT Mizan itu sendiri kerana melalui proses itu, sebenarnya kita boleh meningkatkan lagi ruang-ruang perjawatan dan dalam masa yang sama melalui ruang perjawatan itu, akan ada peningkatan kepada perjawatan-perjawatan baharu yang boleh diisi oleh pakar-pakar kita.
Kedua, daripada segi penggunaan teknologi juga. Ini kerana kalau kita lihat sekarang ini di HAT Mizan, kita ada perkhidmatan robotic surgery kita dan dalam masa yang sama, kita juga membuat penilaian supaya robotic surgery kita ini juga dapat kita pertingkatkan lagi.
Jadi kalau kita melihat daripada segi bagaimana kita mahu memberikan keyakinan kepada Perkhidmatan Awam itu untuk mereka menambah perjawatan kita adalah bagaimana kita melihat penggunaan teknologi dan bagaimana kesannya dan dalam masa yang sama boleh juga membantu KKM itu dalam perkhidmatan kita. Itu sahaja jawapan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Sila.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Itu Yang Berhormat, itu jawapan daripada Timbalan Menteri. Secara konvensyennya Yang Berhormat, Yang Berhormat pun faham kan.
Jadi sila, Bukit Bintang.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah berlaku kes yang mana hospital tentera tidak cukup pakar menyebabkan para pesakit dirujuk ke Hospital Besar Kuala Lumpur dan lain-lain? Minta penjelasan, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Sila Timbalan Menteri.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang atas soalan yang dikemukakan. Macam saya sebut di peringkat awal tadi, kita di Hospital Angkatan Tentera, cabaran kita bukan kita tidak cukup kepakaran tetapi kita tidak cukup perjawatan itu sebenarnya. Sebab itu kita sentiasa bekerjasama dengan pihak KKM sendiri. Dalam bidang- bidang tertentu, kita sentiasa memberikan kerjasama di mana kita ada kepakaran, kita manfaatkan bersama dengan KKM. Begitulah juga kalau KKM punya kepakaran dan kita akan manfaatkan kepakaran di peringkat KKM. Itu biasanya kerjasama antara Hospital Angkatan Tentera dan juga Kementerian Kesihatan itu sentiasa kita hubung jalinkan. Itu sahaja jawapan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertahanan. Seterusnya, saya mempersilakan Datuk Wetrom bin Bahanda, Kota Marudu.
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Soalan saya nombor lima.
5. Datuk Wetrom bin Bahanda [Kota Marudu] minta Menteri Kesihatan menyatakan, adakah kementerian mempunyai perancangan untuk membina klinik kesihatan di kawasan pedalaman Magandai yang melibatkan tujuh buah kampung yang mempunyai keperluan mendesak kerana kedudukan geografi dan jalan yang ekstrem untuk dilalui.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Kesihatan prihatin berhubung kedudukan kawasan Magandai dan sekitarnya yang terletak jauh di pedalaman Sabah. Buat masa ini, penduduk di Magandai dan sekitarnya yang telah mencecah 1,291 orang menerima lawatan pasukan klinik bergerak dari Klinik Kesihatan Tandek dengan kekerapan sekali dalam sebulan.
Tambahan lagi, pelbagai aktiviti kesihatan juga dilaksanakan seperti program imunisasi, perkhidmatan kesihatan ibu dan anak, pengesanan awal penyakit berjangkit dan tidak berjangkit, rawatan awal kecemasan serta pendidikan kesihatan yang diberikan kepada penduduk pada setiap sesi lawatan yang memakan selama tiga hari dua malam.
Sehubungan dengan itu, KKM berpandangan, terdapat keperluan untuk menyediakan sebuah klinik kesihatan statik di kawasan tersebut agar pasukan kesihatan dapat memberikan perkhidmatan kesihatan secara berterusan di samping dapat menjaga keselamatan peralatan dan kebajikan petugas kesihatan.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Justeru, KKM sedang dalam proses mengenal pasti tapak berpotensi di Kampung Sonsogon Magandai. Lokasi ini didapati sesuai atau strategik kerana berada dalam lingkungan kampung dan ladang lain di sekitarnya. Walau bagaimanapun, perancangan ini perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan kerajaan. Kementerian Kesihatan berharap perkara ini turut mendapat perhatian dan kerjasama daripada kerajaan negeri terutamanya dalam aspek ketersediaan lokasi dan penyediaan prasarana asas terutamanya jalan raya supaya manfaat pembangunan ini dapat dinikmati oleh penduduk di Magandai dan sekitarnya.
Juga untuk makluman Kota Marudu, saya berharap agar Yang Berhormat juga dapat membantu kami terutama di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Sabah sama ada untuk membantu mengenal pasti lokasi. Juga saya cukup yakin dengan usaha yang dijalankan oleh Yang Berhormat bersama dengan kerajaan dan Kementerian Kesihatan, kita mampu mengadakan klinik statik ini.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan juga rakan-rakan di Parlimen, tempoh masa untuk kakitangan kami pergi melawat ke kawasan Magandai ini memakan masa dua ke-empat jam, tetapi perjalanannya adalah jalan tanah berbecak-becak.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Juga, kita memerlukan kos pengangkutan yang sangat-sangat tinggi sehinggakan kadang-kadang penduduk kampung mengatakan kita di KKM ini membayar sewaan kenderaan sehingga kita mungkin mampu untuk membina sebuah klinik. Mungkin anggota kerajaan di Kerajaan MADANI ini boleh memikirkan kaedah terbaik dan juga kaedah juga langkah-langkah yang dapat membolehkan.
Untuk makluman pada tahun ini sahaja di bawah Kerajaan Malaysia MADANI kita telah berjaya meroboh dan membina semula 21 buah klinik desa melalui Program Klinik Daif di bawah Kerajaan MADANI. Dengan model yang ada yang kita reka bentuk ketika ini saya yakin kita dapat membina klinik di kawasan Sonsogon Magandai. Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Kota Marudu.
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
Terima kasih atas jawapan Timbalan Menteri yang begitu padu. Bagi pihak rakyat, Kota Marudu mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas perancangan untuk pembinaan klinik baharu di Kampung Sonsogon Magandai. Saya sebagai Wakil Rakyat akan berusaha untuk membantu sekiranya diperlukan untuk mengenal pasti lokasi untuk pembinaan klinik kesihatan tersebut.
Dato' Yang di-Pertua, Kota Marudu ini sebenarnya terbahagi kepada dua daerah iaitu Parlimen Kota Marudu, Kota Marudu sendiri dan juga Daerah Kecil Matunggong. Daerah Kecil Matunggong sekarang pun sedang pesat untuk membangun.
Jadi, soalan kedua saya biarpun tidak dapat dijawab mungkin boleh dijawab secara bertulis. Adakah perancangan Kementerian Kesihatan untuk membina suatu hospital ataupun klinik kesihatan yang lengkap bagi Daerah Kecil Matunggong sebab ianya terletak di antara perantaraan Kudat dan juga Kota Marudu.
Jadi kalau ada kes emergency ataupun yang memerlukan rawatan amat sukar sedikit memerlukan masa untuk ke Hospital Kudat ataupun ke Kota Marudu. Kalau tidak ada
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
perancangan, saya mohon pada kerajaan untuk mempertimbangkan kepada Kementerian Kesihatan supaya dikaji dan kalau boleh dibina satu hospital ataupun klinik kesihatan yang lengkap untuk Daerah Kecil Matunggong. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih, Kota Marudu. Sepanjang tempoh dua tahun ini saya banyak menjelajah kawasan-kawasan di Sabah. Berkenaan tentang cadangan Yang Berhormat untuk mendirikan sebuah hospital di Daerah Kecil Matunggong ini kita akan lihat kesesuaian. Walaupun demikian, untuk makluman Yang Berhormat di bawah Kertas Putih Kesihatan kita kini sekarang beralih daripada perawatan kepada primary care ataupun kita lebih memberikan tumpuan untuk membina lebih banyak klinik-klinik komprehensif bagi menyediakan perkhidmatan primary care, dengan izin.
Walaupun demikian untuk makluman Kota Marudu juga, kita sedang sekarang memberikan fokus pembangunan Hospital Kota Marudu yang kini sekarang telah pun mendapat kerja awalan dan dijangkakan selepas siap sahaja kajian ini butiran-butiran lengkap bagi klinik ataupun Hospital Kota Marudu ini akan dilengkapkan menjelang RP kedua, Rancangan Malaysia Ke-13. Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Soalan tambahan yang kedua, Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih, Speaker yang baik hati. Ini ada mengenai klinik di pedalaman, tetapi di Selangor. Kalau tidak boleh bagi jawapan sekarang ini bagi tulisan pun tidak apalah. Mengenai klinik kesihatan di satu pulau bersifat pedalaman yang dihuni 7,000 orang dan mencatat pengunjung pelancong 4,000 hingga 8,000 iaitu Pulau Ketam. Bila air surut, pesakit perlu turun dari jeti dari bot ini 90 degrees. Bila sudah itu nak tunggu masuk bot 30 minit, hendak masuk ke Port Klang lagi tunggu kereta dan ambulans dan sebagainya lagi bayangkan kalau dia kena sakit apendiks, hendak bersalin, sakit jantung dan sebagainya. Lebih-lebih lagi kalau waktu malam.
Jadi saya merujukkan jawapan di DUN Selangor 2022, Yang Berhormat. Klinik Kesihatan Pulau Ketam ini telah beroperasi sejak 1960 dan Unit Forensik JKR menyatakan bangunan klinik kuarters ini tidak selamat diduduki berikutan struktur tiang konkrit telah terhakis. Klinik ini tutup operasi 24 Disember 2018 dan terpaksa beroperasi di bangunan sementara Dewan Rukun Tetangga bersebelahan klinik tersebut.
Jadi mengikut laporan tersebut disahkan tidak ekonomik untuk dibaiki dan jangka hayat selepas dibaiki tidak dapat dipastikan berapa lama kerana sudah 62 tahun. Oleh yang demikian, Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuat permohonan projek roboh dan bina baharu klinik kesihatan dengan kuarters Pulau Ketam pada RMKe-12 Rolling Plan 1 namun tidak mendapat keutamaan. Jabatan Kesihatan Negeri Selangor memohon semula projek ini dalam Rolling Plan yang akan datang.
Soalan Kapar, bilakah kementerian akan bina semula klinik dan kuarters Pulau Ketam ini bagi menjamin kesejahteraan penduduk dan petugas KKM? Saya sebut dalam perbahasan, tetapi Tenom punya aura Menteri tidak jawab.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih, Yang Berhormat Kapar.
Sememangnya kegusaran setiap Ahli Parlimen untuk mendapatkan sebuah fasiliti kesihatan ini memang sangat-sangat mendesak dan juga kita sedang mengusahakan perkara tersebut.
Walaupun demikian, untuk soalan yang spesifik kita akan berikan satu jawapan bertulis secara komprehensif dan juga saya sendiri akan menyemak semula dan merujuk klinik tersebut untuk perancangan akan datang.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
...Lupa pula saya jemput.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Okey, ya. Sekian, terima kasih, Yang di- Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, Timbalan Menteri Kesihatan. Seterusnya Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid, Kuala Kangsar.
Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar
Terima kasih, Dato’ Speaker. Soalan saya nombor enam.
6. Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid [Kuala Kangsar] minta Menteri Komunikasi menyatakan, status pelaksanaan projek menara telekomunikasi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan sejauh manakah tindakan telah dikenakan terhadap kontraktor yang gagal melaksanakan projek di bawah JENDELA mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat. Bagi menangani isu capaian Internet di kawasan bandar dan luar bandar, kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menetapkan sasaran untuk menyediakan 100 peratus liputan Internet di kawasan berpenduduk menjelang 2025 di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).
Kerajaan melalui MCMC juga akan menyediakan infrastruktur serta perkhidmatan komunikasi asas melalui Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP Fund) bagi kawasan luar bandar serta pendalaman. Sehingga 31 Oktober 2024, bagi pencapaian di bawah JENDELA di seluruh negara, sebanyak 8.88 juta premis telah tersedia dengan capaian gentian optik, kelajuan jalur lebar mudah alih median adalah 105.75 mbps dan kadar liputan jalur lebar di kawasan berpenduduk adalah sebanyak 98.38 peratus.
Pelaksanaan Projek JENDELA Fasa 1 masih lagi dalam pelaksanaan. Setakat 31 Oktober 2024 sebanyak 1,385 daripada 1,661 menara telah siap dan daripada jumlah 1,385 menara yang telah siap hanya sebanyak 808 menara telah beroperasi. Saya ambil kesempatan ini untuk nyatakan sebelum ini dalam beberapa jawapan saya telah nyatakan bahawa saya berhasrat untuk memaklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat tentang telco mana yang telah menerima menara, tetapi belum melaksanakan.
Jadi saya sebut di sini. Celcom, Digi telah menerima 866 menara dan 366 menara masih dalam pelaksanaan, 193 menara telah lebih sembilan bulan. Maksudnya menara itu sudah siap sembilan bulan, tetapi 193 masih belum beroperasi. Maxis telah menerima 134
Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
menara dan 96 masih dalam pelaksanaan, 10 lebih daripada sembilan bulan. U Mobile telah menerima 143 menara yang telah siap, 19 dalam pelaksanaan dan dua lebih daripada sembilan bulan. REDtone telah menerima 191 menara yang mana 45 masih dalam pelaksanaan dan empat telah melebihi sembilan bulan.
YTL Communications, YTL telah menerima 51 menara dan kesemua 51 menara YTL tidak ada satu pun yang telah beroperasi, 17 daripada menara ini telah lebih daripada sembilan bulan. Maksudnya YTL yang paling corot, saya minta maaf saya terpaksa sebut di sini daripada 51 menara yang telah diterima, kesemua 51 tidak siap.
Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Jadi, saya telah minta supaya MCMC meneliti menara yang menghadapi kelewatan.
Tindakan tegas akan dikenakan terhadap kontraktor sama ada bahagian pertama ataupun bahagian kedua, part one atau part two. Antara penalti yang boleh dikenakan di bawah notis pemberitahuan penamaan ataupun notification of approval kepada pihak pembina menara atas kegagalan menyiapkan menara dalam tempoh yang ditetapkan adalah liquidated damages, dengan izin, mengambil performance bond, penolakan tuntutan dan tindakan undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.
Pada masa ini, tindakan yang sedang dipertimbang adalah untuk mengenakan liquidated damages kepada pihak yang terlibat. MCMC kini sedang mendapatkan maklumat dan bukti-bukti ketidakpatuhan bagi membolehkan tindakan diambil ke atas kontraktor yang gagal menyiapkan menara dalam tempoh yang ditetapkan. Saya beri komitmen untuk memaklumkan semua Ahli Yang Berhormat, mana-mana menara JENDELA di kawasan Ahli- ahli Yang Berhormat yang tak siap lagi, saya hendak Ahli-ahli Yang Berhormat tahu, telco mana yang sepatutnya menyiapkan terutama kalau menara itu dah siap. Jadi, itu jawapan saya. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Kuala Kangsar.
Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar
Soalan tambahan saya, Yang Berhormat Menteri. Kita faham dengan projek JENDELA ini untuk memastikan liputan internet yang terbaik, tetapi kegagalan kontraktor-kontraktor ini untuk menyiapkan pencawang-pencawang ini dan adakah mereka terlibat sebagai kontraktor dalam Fasa 1 akan diberi peluang untuk Fasa 2? Itu yang pertama.
Yang keduanya, apakah komitmen daripada kerajaan untuk memastikan kelewatan ini tidak akan berulang selepas ini dan juga saya nak menjemput Yang Berhormat, marilah ke Kuala Kangsar kerana kampung saya sendiri pun masih lagi 3G. Saya duduk di kampung itu macam saya makan biskut Chipsmore. Kejap ada line, kejap tak ada line. Susah saya nak berinteraksi dengan rakyat saya. Mohon Yang Berhormat datang. Terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Baik, insya-Allah. Itu pun kampung mak saya, jadi insya-Allah saya akan...
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
[Bangun]
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
[Bangun]
Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar
Yang Berhormat datang.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Nanti, nanti insya-Allah, saya akan menyusul, saya akan datang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ada dua bahagian kepada projek JENDELA ini. Pertama, bahagian pertama melibatkan pembinaan menara.
Ada 1,661 menara dan 1,385 telah siap. Bermaksud masih ada 276 menara yang masih dalam proses pembinaan. Memang bagi pihak MCMC, daripada segi pemilihan tapak dan isu-isu seperti keberadaan dengan izin, backhaul, fiber backhaul yang terdekat.
Sekiranya dia terlalu jauh, maka itu yang mengakibatkan banyak daripada menara yang telah siap tidak dapat dengan izin, on air, tidak dapat beroperasi sepenuhnya, tapi seperti yang saya sebut, pada Oktober tahun lalu dan saya tegaskan beberapa kali dalam Dewan ini, saya telah minta supaya MCMC memberikan penyelesaian interim ataupun penyelesaian sementara waktu melibatkan penggunaan sama ada Starlink sebagai backhaul ataupun microwave. Jadi walaupun saya sebutkan tadi, CelcomDigi daripada 866 menara yang telah siap dan ada pada tangan mereka, masih 366 yang belum lagi beroperasi.
Namun, pihak CelcomDigi telah memberi jaminan bahawa setelah mereka menempah sejumlah unit Starlink, lebih banyak daripada menara-menara yang masih tergantung ini, tak siap lagi ini akan beroperasi dalam masa yang terdekat. Jadi, saya alu- alukan kerjasama daripada syarikat-syarikat telco untuk membantu dan saya akan minta MCMC untuk lawat kampung Yang Berhormat nanti. Insya-Allah.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Kuala Pilah.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kuala Pilah ingin mengucapkan jutaan terima kasihlah, merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas bantuan bagi menyiapkan pembinaan dua buah menara telekomunikasi di sepanjang jalan Bukit Putus. Satu telah siap dan satu lagi dalam pembinaan. Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan Kuala Pilah ialah apakah peranan kementerian bagi memastikan pembekal perkhidmatan internet 5G ini mengekalkan tahap kualiti perkhidmatan mereka dan stabil dalam menyediakan pengalaman terbaik untuk kepuasan pengguna selaras dengan misi JENDELA untuk menyediakan sebuah infrastruktur digital yang komprehensif di samping memacu Malaysia ke arah kesalinghubungan digital yang lebih baik dan stabil.
Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Menteri.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Kuala Pilah, terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Tadi Kuala Kangsar kampung mak saya, Kuala Pilah kampung ayah saya, tapi ini tak disusun ya, tak disusun. Speaker yang pilih, tetapi saya tahu, saya kenal sangat Bukit Putus ini dan memang sebelum ini ada masalah. Syukur, alhamdulillah. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Bukit Putus merupakan salah satu lokasi dengan izin, proof
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
of concept bagi syarikat-syarikat telco yang telah menjalin kerjasama komersial untuk memastikan masalah rangkaian dapat diurus dengan lebih baik.
Berkaitan dengan liputan 5G, pada waktu ini kita telah mencecah lebih daripada 83 peratus angka liputan. Saya sebutkan perjanjian komersial di antara syarikat-syarikat telco untuk network sharing itu melibatkan 4G dan saya telah mengamati kenyataan daripada pihak U Mobile yang mengatakan mereka akan bekerjasama dengan DNB untuk pastikan daripada segi network sharing di antara kedua-dua rangkaian ini akan dijalinkan. Dalam masa yang sama, perancangan tambahan untuk tingkatkan liputan.
Bagi rangkaian 5G, apa yang berlaku ialah melalui DNB telah diadakan dengan izin, six-way MOCN yang mana enam telco boleh memanfaatkan multi operator call network. Sekarang bagi JENDELA, banyak daripada menara-menara ini memanfaatkan hanya four- way MOCN tapi kita sedang berusaha untuk mengatasi isu teknikal sebab JENDELA telah dirancang sebelum ada kemudahan six-way MOCN. Jadi insya-Allah untuk kedua-dua 4G dan 5G, hasrat saya adalah untuk lihat, saya bagi contoh yang ringkas. Bagi kadar liputan 4G di seluruh negara, bagi kawasan berpenduduk telah mencecah 98.38 peratus untuk 4G.
Bagi Negeri Sembilan, 99.76 peratus. Walau bagaimanapun, liputan kawasan berpenduduk bagi telco-telco berbeza mengikut telco dan setelah mereka menandatangani perjanjian persefahaman di kalangan mereka, maka kita akan dalam masa yang tidak terlalu lama, mengarahkan supaya mereka berada dalam lingkungan satu ataupun dua peratus daripada liputan kawasan berpenduduk yang komposit bagi sesuatu negeri itu. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Menteri Komunikasi. Seterusnya, Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi, Kuala Langat.
[Soalan No. 7 – YB. Datuk Jonathan bin Yasin (Ranau) tidak hadir]
8. Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi [Kuala Langat] minta Menteri Kesihatan menyatakan:
(a) langkah menguruskan peningkatan kesesakan hospital awam akibat rakyat tidak mampu membayar amaun pembayaran bersama seperti dikehendaki oleh syarikat insurans; dan
(b) apakah mekanisme kawalan untuk mengekang penyedia penjagaan kesihatan swasta daripada memberi perkhidmatan dan preskripsi ubatan melebihi keperluan pesakit.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi kita dengar Yang Berhormat Menteri Lembah Pantai beritahu kampung emak dan bapa dia dekat sini. Ingat-ingatkan juga saudara mara dekat Sarawak itu. Talian putus-putus macam Chipsmore juga dekat Sibuti. Saya minta perhatian, sepupu- cousin lah, dengan izin.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
[Ketawa]
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan Malaysia memahami kesulitan yang dihadapi oleh golongan masyarakat yang kurang berkemampuan termasuklah mereka yang tidak dapat meneruskan bayaran insurans di hospital swasta. KKM juga sentiasa memberi komitmen sebaiknya dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada semua lapisan masyarakat dan tidak akan mengabaikan mana-mana golongan pesakit yang memerlukan rawatan dengan menekankan prinsip 'No Wrong Door Policy'. Namun, tidak dinafikan ini boleh membawa kepada lambakan pesakit yang seterusnya boleh mengakibatkan kesesakan hospital-hospital awam. Sehubungan dengan itu, terdapat pelbagai inisiatif yang sedang dilaksanakan bagi memantapkan penyampaian perkhidmatan perubatan dengan sasaran untuk mengurangkan masa menunggu dan kesesakan di hospital kerajaan. Juga untuk makluman Yang Berhormat, kita sedang memerhatikan isu yang sedang berbangkit dan hangat di media massa ketika ini berkenaan tentang kebimbangan peningkatan premium insurans dan juga copayment yang telah disebutkan.
Juga, dalam data yang kita ada ketika ini, bilangan kemasukan pesakit dari hospital swasta ke KKM sejak daripada 2019 ke tahun 2022, tidaklah mempunyai peningkatan yang agak mendadak. Sebagai contoh, pada tahun 2019, kita mempunyai 1,602 orang pesakit dari hospital swasta dirujuk ke hospital KKM dan juga pada tahun 2022, data yang terkini, hanya 1,604 orang sahaja. Maksud, tidak ada nampak sangat peningkatan, tetapi dengan apa yang berlaku pada ketika ini, kita memang memerhatikan secara teliti.
Inisiatif-inisiatif yang dijalankan untuk mengelakkan lambakan pesakit-pesakit datang ke KKM adalah dengan memperkenalkan inisiatif seperti:
(i) inisiatif hospital kluster;
(ii) pelaksanaan Bed Management Unit (BMU) secara digital dan berpusat;
(iii) mengaplikasikan inisiatif lean healthcare;
(iv) pelaksanaan projek short stay unit (SSU);
(v) memperluaskan perkhidmatan rawatan harian ke hospital seluruh negara;
(vi) pembedahan elektif;
(vii) program seperti program global surgery; dan
(viii) penyumberluaran- outsourcing. Tuan Yang di-Pertua, bagi jawapan yang kedua, Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (KPJKS) dikawal dan dikawal selia di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Awam 1998 [Akta 586].
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Manakala perkara berkaitan etika dan profesionalisme profesion pengamal perubatan adalah di bawah kawal seliaan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) ataupun (MPM)
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
selaku badan profesional yang mengawal selia pendaftaran pengamal perubatan di Malaysia.
Pesakit boleh membuat aduan berkaitan etika amalan perubatan oleh pengamal perubatan termasuk perkara pemberian perkhidmatan dan preskripsi ubatan yang melebihi keperluan seperti yang dibangkitkan oleh MPM. Pada masa yang sama, walau bagaimanapun, adalah di luar kawalan seliaan Akta 586.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] Akta 586 juga turut menetapkan peruntukan berkaitan mekanisme pengendalian aduan terhadap ketidakpuasan hati pesakit. Ini mewujudkan platform untuk pesakit mendapatkan penjelasan daripada KPJKS sekiranya mengesyaki terdapat elemen salah laku terhadap pemberian perkhidmatan jagaan kesihatan.
Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 27 November 2024, sebanyak 720 aduan terhadap KPJKS yang diterima Bahagian Amalan Perubatan untuk tahun 2024.
Daripada jumlah tersebut, 263 adalah kes berkenaan tentang aduan terhadap personel. Juga, anggaran daripada kes tersebut, hanya lima kes aduan per tahun melibatkan isu pemberian perkhidmatan preskripsi ubatan melebihi keperluan pesakit, dan juga tiada data spesifik jumlah aduan tersebut kerana kategori aduan ini adalah di luar kawal seliaan Akta 586.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuala Langat.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Terima kasih, Puan Yang di- Pertua. Walaupun mungkin tempohnya singkat, sejauh manakah keberkesanan pelaksanaan perkongsian kos ataupun pembayaran bersama untuk produk insurans dan takaful perubatan dan kesihatan sejak September yang lalu khususnya dalam membendung isu inflasi perubatan?
Bagaimanakah KKM memastikan penyelesaian yang berkesan berhubung isu kenaikan caj premium insurans kesihatan yang tidak munasabah sehingga 70 peratus terhadap pengguna dalam usaha KKM mempromosikan value-based healthcare?
Apakah ada polisi yang dirangka untuk membantu mereka yang terpaksa berhenti mencarum akibat kenaikan premium insurans ini dan akhirnya kembali ke hospital kerajaan, selain isu seperti tempoh menunggu untuk tuntutan yang baharu? Terima kasih.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih, Yang Berhormat Hulu Langat.
Berkenaan tentang- eh, Kuala Langat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuala Langat.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Berkenaan tentang isu copayment dan juga premium insurans ini, terdapat jawapan yang telah pun disediakan oleh pihak Kementerian Kewangan dan juga Yang Berhormat mungkin boleh merujuk persoalan tersebut ke arah kepada Kementerian Kewangan.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Walaupun demikian, untuk menangani isu-isu berkaitan tentang inflasi yang menyebabkan kenaikan nilai premium dan juga dakwaan bahawa terdapat overcharge ataupun fi yang berlebihan yang dikenakan oleh hospital swasta sehingga menyebabkan pesakit-pesakit terpaksa dirujuk semula ke hospital-hospital awam, antara salah satu kajian dan juga pelaksanaan yang sedang dilakukan dan pernah juga disebut di dalam media-media berkaitan dengan Yang Berhormat Menteri Kesihatan adalah di mana kita melihat rasional untuk pembangunan sistem DRG Kebangsaan ataupun diagnosis-related group (DRG) ataupun klasifikasi pesakit berdasarkan diagnosis, jenis rawatan dan sumber yang digunakan dalam satu episod rawatan. DRG ini adalah penting untuk penyediaan pembiayaan sektor kesihatan dengan mengira kos rawatan, kos pengurusan dan tarif kesihatan.
Kita juga sedang melakukan Casemix dalam sistem perawatan kita di hospital dan juga sedang giat untuk memikirkan apakah kaedah untuk kita melancarkan DRG ini di peringkat nasional untuk membolehkan hospital-hospital seperti hospital universiti, hospital tentera dan juga hospital swasta mengadaptasikan penggunaan DRG ini untuk menentukan kos supaya kos ini tidak berlebihan dan juga membolehkan golongan M40 ataupun B40 mendapat rawatan yang lebih jelas di sektor swasta, bukan hanya datang dengan perasaan gusar akan dikenakan dengan harga yang sangat berlebihan. Kita sedang memikirkan dan juga kita sedang memerhati dengan teliti situasi yang berlaku ketika ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kluang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Jadi, soalan saya susulan daripada jawapan yang diberi oleh Timbalan Menteri tadi berkenaan caj premium takaful juga, kerana isu ini adalah isu viral di internet dan juga antara kalangan rakyat Malaysia kita ini.
Jadi, saya ingin petik perenggan pertama kenyataan media yang dikeluarkan oleh KPJ Healthcare Berhad baru-baru ini. “KPJ Healthcare Berhad achieved a historic milestone for the quarter ended 30th September 2024, recorded its highest-ever quarterly revenue of RM1.328 billion.” So, this KPJ Healthcare Berhad juga sebut bahawa quarterly income mereka meningkat secara mendadak kerana jumlah pesakit meningkat. Jadi, ini adalah jelas bahawa private healthcare system kita dapat keuntungan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Ya. Jadi, apabila kami Ahli Parlimen runding dengan Bank Negara Malaysia- ya, kerana caj premium oleh syarikat takaful itu meningkat, jadi kita berunding dengan Bank Negara, tetapi Bank Negara juga sebut bahawa untuk kawalan servis perubatan ini di bawah kawal selia KKM.
Jadi, adakah KKM berbincang dengan Bank Negara supaya isu ini diselesaikan?
Bukan sahaja apabila kami berunding dengan Bank Negara, Bank Negara kata pula ini di bawah KKM. Apabila kami berunding dengan KKM pula, KKM cakap ini kena berunding dengan Bank Negara. Boleh tidak kedua-dua pihak duduk bersama untuk selesaikan isu ini?
Supaya, bukan sahaja rakyat tidak mengadu, saya rasa ramai Ahli Parlimen sini pun terjejas
Puan Wong Shu Qi - Kluang
juga kerana terpaksa membayar caj premium yang lebih tinggi sekarang. Sekian, terima kasih...
[Tepuk]
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih, Yang Berhormat Kluang.
Memang itu adalah kegusaran yang sering kali saya dengar dan dapat ketika ini, Puan Yang di-Pertua. Seperti apa yang saya jawab sebentar tadi, kita sedang mengkaji rasional untuk memperkenalkan DRG ini di peringkat kebangsaan. Juga, kita telah pun memperkenalkan Casemix model ini di fasiliti-fasiliti dengan kita mempunyai kos-kos yang jelas untuk satu proses perawatan yang juga mungkin boleh dijadikan panduan sehinggakan tidak dijadikan overcharge oleh hospital-hospital swasta. Dan juga, ketika ini sememangnya kawalan di bawah CKAPS memang kita memantau dan juga Akta Fi, kita pantau.
Walaupun demikian, kita sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan berkenaan tentang pelaksanaan konsep DRG ini dan perbincangan juga sedang giat dijalankan dan pada hari ini juga pegawai-pegawai kami sedang merancang dan berbincang dan juga membentangkan kaedah tersebut.
Walaupun demikian, kita juga akan memantau dan juga menggunakan kuasa-kuasa yang kita ada, penguatkuasaan-penguatkuasaan yang kita ada untuk melihat dakwaan- dakwaan berkenaan tentang caj-caj dan juga premium yang telah dinaikkan. Juga, sekiranya kalau KPDN dapat memantau harga beras, harga gula dan harga telur, saya rasa mungkin di bawah kuasa yang ada pada Bank Negara, Kementerian Kewangan dan juga KKM, mungkin kita akan pantau keperluan untuk melihat kos yang mendesak ini. Kerana, kita faham bahawa KKM pun tidak mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk menerima pesakit-pesakit dengan bebanan kerja yang kita ada. Walaupun kita melakukan yang terbaik, tetapi kapasiti tersebut harus dikongsi oleh hospital swasta, tetapi dengan harga yang berpatutan.
Itu sahaja yang saya dapat jawab, Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Datuk Willie anak Mongin, Puncak Borneo.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Soalan saya nombor sembilan.
9. Datuk Willie anak Mongin [Puncak Borneo] minta Menteri Komunikasi menyatakan status terkini permohonan pemasangan STARLINK di kawasan Empangan Bengoh yang melibatkan tiga buah kampung iaitu Kampung Muk Ayun, Kampung Nyegol dan Kampung Sting yang merupakan pusat tarikan pelancong dari dalam dan luar negara, maka liputan internet amat diperlukan dan bilakah liputan internet dan telekomunikasi di seluruh kawasan Parlimen Puncak Borneo dapat diselesaikan.
Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat. Pemasangan peranti STARLINK oleh kerajaan melalui MCMC pada ketika ini adalah secara proof of concept (POC) di lokasi yang terpilih di seluruh negara yang bertujuan untuk menilai kebolehlaksanaan atau, dengan izin, visibility penyediaan perkhidmatan jalur lebar STARLINK sebagai langkah interim bagi menyelesaikan isu-isu ketersambungan yang dihadapi di kawasan-kawasan yang menghadapi masalah liputan termasuk sekolah, universiti dan kawasan terpencil.
Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Bagi Parlimen Puncak Borneo, POC Starlink sedang dilaksanakan di Kampung Puak, Bau sehingga Jun 2025. Selain itu, perkhidmatan Starlink merupakan antara perkhidmatan Internet melalui satelit yang boleh dilanggan secara terus oleh seluruh rakyat Malaysia sama seperti MEASAT, Numix dan Reach Ten.
Setakat 31 Oktober 2024, liputan Internet dan komunikasi di kawasan berpenduduk di negeri Sarawak telah mencecah 90.09 peratus dan di Parlimen Puncak Borneo telah mencecah 87.29 peratus. Dalam usaha untuk menambah baik liputan Internet dan telekomunikasi di Puncak Borneo di bawah inisiatif JENDELA Fasa 1 setakat 31 Oktober 2024, 28 menara komunikasi baharu telah siap dibina dan beroperasi manakala tujuh menara dijangka beroperasi pada suku pertama 2025 yang diusahakan oleh CelcomDigi.
Jadi Yang Berhormat boleh berhubung dengan pihak CelcomDigi untuk tanya apa status menara-menara yang sudah siap, tapi belum lagi beroperasi. Janji mereka, janji CEO kepada saya tadi ialah menjelang suku pertama. So, you can dengan izin, follow up with them nanti insya-Allah. Manakala kesemua 145 buah stesen pemancar sedia ada telah dinaiktarafkan dan 6,021 dari 6,189 premis telah tersedia dengan capaian gentian optik. Baki inisiatif yang sedang dalam pelaksanaan dijangka siap secara berperingkat hingga penghujung 2025.
Selain JENDELA, Kerajaan Negeri Sarawak melalui Sarawak Multimedia Authority ataupun SMA dan Sarawak Digital Economy Corporation Berhad (SDEC) juga sedang melaksanakan inisiatif pembinaan 600 buah menara baharu yang di bawah projek SMART600 bagi menambah baik liputan Internet di Sarawak.
Setakat 31 Oktober, sebanyak 10 buah menara baharu telah siap beroperasi dan 11 buah menara masih dalam peringkat pelaksanaan di bawah inisiatif SMART600 di Puncak Borneo. Sebagai tambahan, MCMC kini sedang merangka penyelesaian penyediaan perkhidmatan Internet bagi baki 3 peratus di kawasan berpenduduk melalui JENDELA Fasa 2, 3 peratus di seluruh negara.
Faktor bentuk muka bumi dan kedudukan geografi seperti di kawasan bukit bukau juga menjadi cabaran bagi mendapatkan dengan izin, line of sight (LOS) selain daripada taburan penduduk yang berselerak dengan kepadatan rendah, tiada infrastruktur asas seperti jalan berturap dan punca bekalan elektrik yang stabil dalam pembangunan infrastruktur di sesuatu kawasan.
Perancangan JENDELA Fasa 2 memerlukan penilaian dan pertimbangan kaedah pemberian perkhidmatan yang sesuai atau dengan izin, fit for purpose serta keupayaan dana pemberian perkhidmatan sejagat ataupun USP funds untuk membiayai perbelanjaan modal dan perbelanjaan operasi projek ini.
Senarai lokasi awal bagi penyediaan Internet buat masa ini sedang dikenal pasti.
Teknologi yang akan diguna bagi pelaksanaan ini dijangka akan melibatkan fit for purpose solution yang boleh merangkumi pembinaan menara baharu dan juga penyediaan jalur lebar menggunakan teknologi satelit.
Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
MCMC juga sedang meneliti perkembangan teknologi baharu termasuk direct to device dengan izin, yang menggunakan teknologi satelit low earth orbit bagi penyediaan perkhidmatan Internet yang boleh memberi manfaat kepada penduduk di luar bandar dan kawasan pedalaman.
Lokasi awal kawasan sasaran pelaksanaan buat masa ini masih sedang dipertimbang. MCMC juga sedang sentiasa meneliti dan bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan terutama Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Jabatan Tanah dan Survei serta SMA dalam pelbagai sesi mesyuarat, bengkel dan juga lawatan tapak sebagai salah satu kaedah fasilitasi untuk menyelesaikan isu dan cabaran di lapangan bagi memastikan keseluruhan inisiatif berjalan dengan lancar. insya-Allah MCMC juga akan melawat Parlimen Sibuti, sahabat saya. Bukan sepupu, bukan cousin dan selainnya, tapi kita akan usaha untuk selesaikan masalah juga di Sibuti, insya-Allah. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Puncak Borneo.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih Menteri atas segala inisiatif yang telah diadakan hanya di Parlimen Puncak Borneo. Saya mendengar tadi banyak usaha yang diberi dan dilaksanakan. Terima kasih banyak, tapi untuk itu saya juga ingin bertanya untuk projek Point of Presence atau pun POP atau dulu dikenali sebagai National Fiberisation Connectivity Plan ataupun NFCP yang juga di bawah inisiatif JENDELA. Apakah status pembinaan bagi seluruh negeri Sarawak setakat ini dan mengapa begitu lama untuk kami mendapat liputan Internet sedangkan di Malaysia ini merupakan nombor dua paling laju dalam speed 5G di Asia Pasifik?
Jadi, selain itu banyak juga menara JENDELA yang belum siap akibat kelewatan kontraktor dan saya ingin tahu, apakah masalah yang dihadapi oleh kontraktor ini dan kenapa terlalu perlahan untuk MCMC mengambil tindakan terhadap kontraktor yang tidak berprestasi ini ataupun non performing contractor? Itu saja.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih. Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo.
Untuk makluman Puncak Borneo, maklumat mengenai kadar liputan di kawasan berpenduduk bagi Parlimen Puncak Borneo mengikut telco setakat suku ketiga 2024 adalah seperti berikut, secara kompositnya 87.29 peratus hanya untuk kawasan Parlimen Puncak Borneo. Namun, bagi Celcom adalah 81.51 peratus, Digi 78.68 peratus, Maxis 71.49 peratus, U Mobile 67.57 peratus, TM Tech 28.19 peratus dan YTL 29.78 peratus.
Tadi dalam jawapan nombor enam saya ada sebut bahawa kita akan minta supaya semua syarikat telco mengerahkan segala jentera untuk pastikan kadar liputan bagi komposit sesebuah negeri itu disamaratakan bagi semua kawasan. Ini sudah pasti akan mengambil masa, tapi ini antara ikhtiar saya dan juga pihak MCMC.
Untuk projek PoP di bawah Kementerian Komunikasi bagi Fasa 1, sebanyak 60 buah sekolah telah disiapkan ataupun di negeri Sarawak dalam PoP Fasa 1 terdapat- secara keseluruhannya Fasa 1 dan Fasa 2 terdapat 748 lokasi yang akan dimasukkan PoP bagi seluruh negeri Sarawak.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Bagi Puncak Borneo, ada dua lokasi bagi PoP Fasa 1 dan 35 lokasi bagi PoP Fasa 2. Itu secara keseluruhan. Saya dah minta disediakan jawapan bertulis khusus untuk kawasan Puncak Borneo bagi projek PoP. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri. Soalan ini sangat spesifik. Jadi kita cuba nak generate-kan.
Soalan saya ialah bagaimana kerajaan menilai keberkesanan penggunaan Starlink ini kerana kalau ianya sesuai untuk dipasang di kawasan yang terpencil di luar bandar, barangkali ia boleh dipasang juga di kawasan-kawasan Parlimen luar bandar khususnya di Jerantut.
Keduanya, bagaimana pula dengan status pemasangan Starlink ini di pusat-pusat pendidikan yang di daerah terpencil ataupun di kawasan pusat untuk meningkatkan keberkesanan Internet di kawasan pendidikan tersebut?
Soalan untuk bertulis, boleh tak nyatakan apakah status itu di Jerantut? Apakah pemasangan di Jerantut, pertama. Kedua, apakah syarat-syarat kalau kami di peringkat kawasan luar ini nak minta kepada kementerian untuk pasang Starlink di kawasan kami? Itu secara bertulis. Terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Jerantut. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Starlink adalah aplikasi ataupun perkhidmatan yang boleh ditempah terus oleh mana-mana pihak dan tidaklah dimonopoli oleh MCMC ataupun kerajaan. Malah, boleh berhubung terus dengan pihak Starlink untuk mendapatkan peranti-peranti.
Saya difahamkan sebelum ini ada dua bentuk. Satu untuk kegunaan standard bagi satu rumah sebagai contoh, manakala satu adalah lebih bersifat high end bagi satu mungkin dalam lima, 10 biji rumah.
Pihak MCMC sedang meneliti seperti yang saya sebutkan tadi dalam jawapan bahawa kesesuaian penggunaan aplikasi Internet satelit seperti Starlink untuk melengkapkan kesalinghubungan di kawasan luar bandar dan sekiranya setelah meneliti data dan mengambil kira isu-isu berkenaan dengan keselamatan rangkaian memandangkan sekiranya kita semua bergantung hanya kepada satu pemberi perkhidmatan, itu juga akan menjadi sedikit risiko daripada segi keselamatan.
Jadi kita akan teliti apakah cara yang terbaik dan sama ada Starlink boleh dimanfaatkan contoh dalam JENDELA Fasa 2 nanti. Jadi, insya-Allah kita akan susuli. Saya akan minta jawapan disediakan dalam tempoh lima hari bekerja untuk Yang Berhormat Jerantut. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh, Pasir Puteh.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya lontarkan soalan, saya ingin merakamkan ucapan takziah,
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
ucapan salam simpati kepada semua mangsa banjir yang melanda negara kita khususnya di Parlimen Pasir Puteh.
Dato' Yang di-Pertua, soalan saya nombor 10.
10. Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh [Pasir Puteh] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, adakah kerajaan melalui kementerian mempunyai perancangan untuk mengkaji semula Akta Kerja 1955 melibatkan kebajikan pekerja swasta khususnya berkaitan cuti tahunan dalam Fasal 60E.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih Pasir Puteh dan saya turut simpati di atas menimpa banjir di kawasan Yang Berhormat. Saya percaya Yang Berhormat selepas ini akan bergegas balik untuk membantu mangsa banjir.
Pindaan Akta Kerja 1955 telah dibuat sebanyak 12 kali dan kali terakhir dipinda pada tahun 2022 yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023. Menerusi pindaan ini, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) komited dalam menjaga dan memenuhi kebajikan golongan pekerja di negara ini. Sehubungan itu, KESUMA akan meneliti semula semua akta perburuhan termasuk seksyen 60E Akta Kerja 1955 mengenai kelayakan cuti tahunan menerusi reformasi undang-undang perburuhan.
Di bawah peruntukan seksyen 60E Akta Kerja 1955, seseorang pekerja berhak mendapat cuti tahunan berbayar seperti berikut:
(i) lapan hari bagi pekerja yang bekerja bagi tempoh kurang daripada dua tahun;
(ii) 12 hari bagi pekerja yang bekerja bagi tempoh dua tahun atau lebih tempoh kurang daripada lima tahun; dan
(iii) 16 hari bagi pekerja yang bekerja bagi tempoh lima tahun atau lebih.
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pasir Puteh.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Terima kasih sahabat saya Timbalan Menteri. Lepas ini Menteri, insya-Allah...
[Ketawa]
Seorang Ahli
Amin, amin.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Tapi sebelah inilah.
Dato' Yang di-Pertua, jawapan yang diberikan itu memberi satu gambaran bahawa sistem cuti yang diwujudkan dalam negara kita ini bertujuan untuk meningkatkan daya kerja selepas daripada bercuti.
Soalan saya, apa mekanisme yang diambil oleh pihak kementerian untuk memastikan sektor kerajaan ini, pekerja-pekerjanya sama taraf sebagaimana di sektor swasta. Kalau kita lihat di sudut kerja, di sudut kecekapan, swasta lebih cekap dengan- maaf,
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
saya sebut itu realiti. Jadi, apa mekanisme yang diambil oleh pihak kerajaan selain daripada isu cuti ini.
Kedua, kalau boleh cuti ini jangan dibezalah antara yang bekerja dua tahun, yang bekerja dua tahun lebih, yang bekerja lima tahun ke atas di sudut jumlah hari kerana saya kira orang yang bekerja lebih di sudut tahun ini, sudah ada perbezaan di sudut gaji, tapi di sudut rehatnya, di sudut hak kemanusiaannya, kalau disamakan kerja dua tahun kah, lima tahun kah bagi 16 hari untuk cuti, mudah-mudahan mereka ini lebih cekap untuk mengendalikan urusan tersebut. Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih Pasir Puteh. Apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pasir Puteh sebentar tadi bahawa dia ada terdapat perbezaan antara pekerja kerajaan yang di bawah pentadbiran JPA. Swasta adalah di bawah pentadbiran majikan itu sendiri. Saya berpendapat bahawa kita di pihak JPA mempunyai 1.7 juta orang pekerja dan swasta di antara lebih kurang dalam 7 juta. Sudah pastilah pekerjaannya ada perbezaan.
Saya ada sikit penafian kepada Yang Berhormat Pasir Puteh bahawa ketidakcekapan kurang pihak kerajaan, saya berpendapat ada sikit kurang benarlah. Sebenarnya, saya berada di kementerian, saya nampak anggota kerajaan boleh dikatakan cekap dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Sebab itu saya katakan bahawa dah 12 kali kita melaksanakan perubahan akta-akta ini, pindaan akta-akta ini. Maknanya pindaan ini melibatkan perkara-perkara kecil yang sering dibangkitkan oleh sama ada majikan ataupun perburuhan itu sendiri.
Lantaran itu, yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, kita sentiasa memperhalusi setiap masa di bawah akta-akta ini apabila adanya keperluan semasa. Antara inti pati utama pindaan Akta Kerja 2025 yang berkuat kuasa pada 1 Januari dan kita dah bagi kelebihan kepada swasta juga sebenarnya. Kalau dahulu hanya kita tumpukan kepada kerajaan sahaja, tapi sekarang kita dah tumpukan kepada pihak swasta juga yang mana meliputi Akta Kerja 1955 yang bergaji RM2,000 ke bawah kepada semua pekerja tanpa mengira had gaji, umpamanya salah satu. Sebenarnya banyak yang boleh dibahaskan yang kita dah bantu pekerja-pekerja di dalam swasta itu sendiri. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Baru-baru ini, Kerajaan Negeri Johor telah mengumumkan bahawa semua syarikat swasta perlu berikan masa rehat dua jam pada hari Jumaat ya. Soalan saya ialah adakah arahan ini adalah sah atau selaras dengan Akta Kerja ataupun apa-apa akta di bawah KESUMA? Apa sanksi atau hukuman atau penalti sekiranya swasta ini, syarikat swasta tidak membuat demikian? Terima kasih.
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad]
Yang Berhormat Yang di-Pertua, sebenarnya apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi bahawa perkara ini
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad]
telah termaktub dalam Akta Pekerjaan sebenarnya dan sebarang yang dibangkitkan ini memerlukan perubahan pindaan kecil dalam akta tersebut.
Jadi, ini salah satu hak pekerja dan apa yang kita lakukan adalah bergantung kepada- dan bergantung kepada sebahagiannya kalau di peringkat kerajaan bergantung kepada negeri. Umpamanya kalau kita melihat di negeri Kelantan ataupun Kedah ataupun Terengganu, mereka bercuti pada hari Jumaat. Saya berpendapat bahawa ada baik dan ada kurang baiknya dalam hal ini. Sebab itu, ada suasana win-win situation dalam keadaan, semua keadaan.
Kalau kita melihat keadaan di negeri Kelantan umpamanya, terpaksa kita halusi daripada segi sudut perbankan umpamanya. Bank tutup tapi orang bekerja, umpamanya. Itu juga menjadikan satu permasalahan. Jadi yang difikirkan ini masalahnya kita telah juga berbincang dengan Kerajaan Johor sebenarnya supaya memperhalusi semula dalam keadaan seperti ini.
Bagi saya, apa yang kerajaan dah buat pada hari ini adalah yang terbaik. Pihak swasta seharusnya mengikuti juga apa perkembangan yang pihak kerajaan lakukan. Kita ada beri ruang masa kepada umpamanya overtime dan sebagainya kepada pihak pekerja-pekerja swasta. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih. Tuan Suhaizan bin Kaiat, Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan Pulai nombor 11.
11. Tuan Suhaizan bin Kaiat [Pulai] minta Menteri Ekonomi menyatakan, perkembangan terkini pelaburan di JSSEZ- Johor-Singapura Special Economic Zone yang akan memeterai perjanjian pada Disember 2024 dan apakah sektor ekonomi rakyat yang mendapat limpahan daripada pembangunan ini.
Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Terima kasih Pulai. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pada masa ini, semakan draf perjanjian bersama JS-SEZ di antara Kerajaan Malaysia dan Singapura sedang berlangsung dan sudah di peringkat akhir. Insya-Allah, Kertas Jemaah Menteri berhubung dengan perjanjian bersama JS-SEZ dijangka akan dibentangkan dalam tempoh satu, dua minggu ini untuk membolehkan kedua-dua negara menandatangani perjanjian itu semasa annual Leaders’ Retreat ya pada awal bulan Disember 2024 dan proses itu sedang berjalan. Selepas perjanjian itu ditandatangani, ia kemudian membolehkan kedua-dua buah negara untuk merangka blueprint mengikut not-not pembangunan yang telah ditetapkan.
Dalam perjanjian itu dan juga dalam memorandum yang ditandatangani pada awal tahun ini, Kerajaan Malaysia dan Singapura telah pun menetapkan beberapa perkara.
Contohnya bahawa JS-SEZ bertujuan untuk menarik pelaburan dunia, bukan sahaja dari Singapura, tetapi pelaburan dunia yang bernilai tinggi untuk mencipta peluang-peluang pekerjaan bergaji tinggi di kawasan yang telah ditetapkan di Johor.
Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Antara sektor-sektor yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:
(i) sektor digital dan tech;
(ii) sektor yang berhubung ekonomi dan tenaga hijau. Ekonomi hijau, tenaga hijau;
(iii) sektor elektronik termaju termasuklah advance E&E dan juga pembangunan semikonduktor sebagai sebahagian daripada ekosistem AI dan juga pusat data;
(iv) sektor bio-perubatan; dan
(v) sektor logistik bagi menyokong pergerakan barang di dalam kawasan JS-SEZ.
Sektor-sektor ekonomi ini adalah sebagai sebahagian daripada aspirasi negara melalui pelan-pelan yang telah dilancarkan untuk memastikan kita berjaya menstrukturkan semula ekonomi negara ke arah bernilai tinggi dengan menjadikan Johor sebagai satu lagi enjin pertumbuhan baharu di negara. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih jawapan daripada Menteri dan tahniah ya. Soalan saya adalah kita hendak pastikan bahawa tenaga-tenaga tempatan ini dapat berada di zon ekonomi ini. Soalan saya, apakah kita ada persediaan itu? Kita boleh pastikan bahawa anak-anak tempatan itu boleh bekerja dan tidak bergantung kepada tenaga- tenaga dari luar sahaja.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih Pulai. Proses ini sebenarnya dia berkait.
Kalau kita hendak mewujudkan peluang pekerjaan yang menawarkan gaji yang tinggi, mereka memerlukan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi. Kalau kita ingin menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi terlebih dahulu, maka pelaburan-pelaburan seperti itu akan pergi ke negara lain. Jadi, ia perlu dilakukan secara bersepadu dan berfasa.
Konsep melalui JS-SEZ ini ialah supaya kita dengan cepat boleh menskalakan industri-industri yang kalau sebelum ini tidak ada di Malaysia. Kalau contoh yang baik ialah industri yang berasaskan semikonduktor dan pangkalan data yang ada di Malaysia sekarang ini hanyalah pemasangan dan semuanya daripada terutamanya yang mereka bentuk baik semikonduktor atau mereka bentuk pangkalan data dan juga pusat data. Yang itu semua di luar negara.
Jadi, dengan JS-SEZ harapan kita, kita akan mempercepatkan kehadiran syarikat- syarikat ini di Malaysia dan mewujudkan industri baharu, sudah tentu pada awalnya kita juga memerlukan tenaga kepakaran daripada negara asing. Bukan sahaja Singapura, tetapi daripada seluruh dunia dan pada tempoh lima atau 10 tahun pertama itu, kita memerlukan tenaga daripada graduan kita untuk dilatih dengan cepat supaya pada satu masa akan datang mereka akan mengambil tempat itu. Sebenarnya itulah proses yang telah berlaku dalam pembangunan industri-industri lain di Malaysia pun. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Simpang Renggam.
Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penjelasan berkenaan dengan perkembangan special economic zone ini. Apakah pandangan Yang Berhormat daripada segi menarik pelaburan ini sama ada yang lebih baik daripada pernah kita alami? Bagaimanakah kementerian melihat untuk interface antara multi national corporation dengan syarikat- syarikat besar dalam negara kita supaya mereka juga boleh jadi lebih besar daripada apa yang ada hari ini? Sama ada pendekatan itu ada dalam perancangan kementerian dalam usaha untuk membawa sama ada IOT ataupun AI ke dalam negara kita? Terima kasih.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih Simpang Renggam. Itu sebenarnya salah satu daripada strategi utama melalui JS-SEZ ini ya. Kita telah melalui beberapa fasa pelaburan asing di negara kita. Di fasa-fasa awal itu selalunya hanya melibatkan pelaburan besar daripada MNC, tetapi keseluruhan penciptaan nilai itu dibuat di tempat lain. Ada industri yang berjaya membina rantaian nilainya. Semikonduktor contohnya berjaya membina rantaian nilai berdasarkan kepada industri itu. Ada yang tidak berjaya.
Jadi, melalui JS-SEZ sebahagian daripada strategi kerajaan ialah untuk mewujudkan peluang usaha sama dengan syarikat-syarikat yang membawa teknologi ini supaya fokus kita ialah bukan kepada pelaburan semata-mata, tetapi kepada pembinaan ekosistem, tetapi ini juga memerlukan perubahan di kalangan syarikat-syarikat besar kita supaya mereka juga mengambil kesempatan daripada peluang yang ada. Cuma, memang kita kena akui ada beberapa jurang tertentu, jurang kemahiran, jurang perniagaan. Yang itu akan dicantumkan melalui program-program yang kerajaan insya-Allah akan wujudkan selaras dengan pelaksanaan JS-SEZ ini.
Sebahagiannya saya tidak boleh sebut di sini kerana masih dirundingkan, tetapi memang beberapa pelabur perintis yang kita ada itu, mereka tahu bahawa syarat kerajaan ialah mereka mesti bersama-sama untuk membina ekosistem dan membawa masuk pemain- pemain industri tempatan yang ada potensi untuk membangunkan rantaian nilai di sekeliling industri baharu yang mereka bawa. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor, Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Terima kasih Timbalan Speaker.
Soalan saya nombor 12.
12. Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor [Temerloh] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan:
(a) berapa peruntukan untuk JALB, BALB dab BELB untuk setiap negeri dan wilayah di seluruh negara; dan
(b) berapa untuk kawasan Parlimen Temerloh.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih YB Temerloh atas soalan 12 ya.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian KKDW sentiasa komited dalam membuat perancangan pembangunan desa dan wilayah yang inklusif, mampan dan holistik agar memenuhi kehendak jangkaan dan juga keperluan rakyat khususnya bagi memastikan masyarakat desa yang mempunyai akses kepada infrastruktur, kemudahan sosial setanding dengan kawasan bandar.
Pada tahun 2024, KKDW telah diperuntukkan sejumlah RM2.28 bilion bagi pelaksanaan projek pembangunan di bawah Program Jalan Luar Bandar, Bekalan Elektrik Luar Bandar, Bekalan Air Luar Bandar dan Lampu Jalan Kampung di kawasan luar bandar di Malaysia. Peruntukan ini merangkumi Projek Jalan Luar Bandar berjumlah RM1.38 bilion, Program BELB berjumlah RM474.44 juta, Program BALB dengan jumlah RM409.89 juta dan Projek Jalan Kampung dengan jumlah RM17.61 juta.
Bagi pelaksanaan program infrastruktur ini di negeri Pahang, sejumlah RM159.96 juta telah diperuntukkan dengan melibatkan 73 projek. 56 projek JELB, 16 projek BALB dan satu projek BELB. Manakala di Parlimen Temerloh, sejumlah RM3.13 juta telah diperuntukkan bagi empat projek JALB dengan kos keseluruhan projek sebanyak RM56.5 juta.
Sejajar dengan wawasan luar bandar sejahtera, pembangunan di Temerloh akan turut diberi perhatian oleh kementerian bagi memastikan masyarakat desa di sempadan mempunyai akses kepada infrastruktur dan kemudahan sosial yang setanding dengan kawasan-kawasan lain di negeri Pahang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Terima kasih Timbalan Menteri.
Soalan saya untuk soalan tambahan, adakah kerajaan mempunyai peruntukan khusus untuk menaik taraf jalan Kampung Bolok, Lanchang menuju ke Kampung Kuala Gandah? Kuala Gandah tumpuan para pelancong kerana jalannya sudah daif, tiada garisan putih ditambah pula jalan yang sempit.
Bagaimanakah kementerian menangani isu kelewatan projek untuk melaksanakan jalan luar bandar? Terima kasih.
Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang]
Terima kasih YB Temerloh atas soalan tambahan. Yang pertama sekali berkaitan dengan cadangan perancangan untuk membina jalan yang disebut tadi ya. Saya tak dapat ambil semua nama tadi.
Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang]
Setakat ini, tidak ada permohonan untuk jalan berkenaan. Belum ada cadangan untuk permohonan jalan berkenaan. Namun begitu, jika ada keperluan YB Temerloh boleh memohon peruntukan ini kepada Unit Ekonomi Negeri Pahang supaya diberi prioriti untuk dikemukakan dalam Rolling yang seterusnya.
Nombor dua berkaitan dengan kelambatan pelaksanaan projek. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya perancangan pelaksanaan projek ini bukan satu proses yang
Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang]
mudah. Ia memerlukan jangka masa. Sebab ia mengikut SOP kita, kita ada stage perancangan, pembinaan dan juga pasca pembinaan.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
[Bangun] .
Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
Maksudnya siap sepenuhnya. Jadi, bagi memastikan projek ini dilaksanakan dengan baik, kita mengadakan, orang kata mewujudkan Jawatankuasa Pemantauan di peringkat kementerian dan juga di peringkat negeri yang mana di peringkat kementerian dipengerusikan sendiri oleh TKSU. Manakala di peringkat negeri dipengerusikan oleh Timbalan KSU Pembangunan bersama dengan pengarah projek negeri.
Ini dua mekanisme yang digunakan kita untuk memastikan perancangan pelaksanaan projek berjalan dengan lebih teratur.
Namun begitu, untuk makluman Yang Berhormat bagi memastikan projek dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, kita sebenarnya mengharapkan setiap- cadangan- cadangan projek yang dikemukakan kepada KKDW mempunyai orang kata spec projek yang lebih jelas, lebih jelas maksudnya kertas brief dia lebih jelas. Yang ini lebih boleh mempercepatkan. Kalau tidak proses pelantikan konsultan, proses menentukan jajaran termasuk pengambilan tanah dan sebagainya akan menimbulkan isu dan permasalahan yang boleh memanjangkan tempoh pelaksanaan projek berkenaan.
Namun begitu, pihak kementerian dan juga- pihak kementerian cuba bekerjasama dengan kerajaan negeri khususnya agensi teknikal bagi memastikan perkara ini dipantau ataupun dilaksanakan dengan sebaiknya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan pada hari ini.
Terima kasih Yang Berhormat.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Puan Yang di-Pertua.
“Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di Peringkat Jawatankuasa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Digital bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2025 dan juga Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2025, dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 2 Disember 2024”.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan ke atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2025 dan Anggaran Pembangunan 2025 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kesepuluh] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kepala Bekalan B.48 dan Kepala Pembangunan P.48 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terbuka untuk dibahaskan.
Senarai pembahas adalah seperti berikut. YB Bangi, YB Rantau Panjang, YB Tampin, YB Hulu Terengganu, YB Gopeng, YB Tumpat, YB Jelutong, YB Sabak Bernam, YB Temerloh, YB Ampang, YB Sungai Besar, YB Kepala Batas, YB Puchong, YB Kulim Bandar-Baharu, YB Bagan Serai, YB Mas Gading, YB Kangar, YB Jerlun dan YB Betong.
Saya jemput Yang Berhormat Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Puan Pengerusi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia Madani.
Saya terus merujuk kepada Butiran 030400 – Kurang Upaya Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Saya lihat, Puan Pengerusi tahun hadapan ada peruntukan sebanyak
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
RM144 juta iaitu kenaikan yang pada saya adalah signifikan berbanding tahun ini iaitu tahun ini sebanyak RM109 juta lebih kurang.
Saya sambut baik Puan Pengerusi peningkatan ini kerana PDK ini memainkan peranan yang penting bagi Orang Kurang Upaya (OKU) menjalani pemulihan dalam keluarga dan juga masyarakat sendiri. PDK memberi peluang kepada Orang Kurang Upaya ini untuk menjalani apa kita panggil pemulihan dan mengecap peluang yang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat.
Di kawasan dengan kepadatan penduduk yang tinggi seperti Parlimen Bangi dan sudah tentu jiran saya Parlimen Ampang, kami sebenarnya memerlukan PDK ini. Malahan kita perlu lebih banyak PDK dalam kawasan-kawasan seperti ini. Saya pernah Puan Pengerusi mengajukan soalan kepada pihak kementerian mengenai PDK dalam Daerah Hulu Langat dan saya telah dimaklumkan melalui jawapan tersebut adalah terdapat empat buah PDK yang ada dalam daerah Hulu Langat. Daripada empat PDK tersebut, mengikut pihak kementerian hanya satu yang ada dalam kawasan Parlimen Bangi iaitu PDK Kajang yang memberi khidmat kepada lebih kurang 70 orang pelatih OKU untuk dua sesi.
Saya berharap Puan Pengerusi bahawa lebih banyak PDK dapat diwujudkan dalam kawasan Parlimen saya dan sudah tentu dalam Daerah Hulu Langat secara amnya terutama kalau kita tengok perlu ada PDK di dalam Mukim Cheras dan juga dalam kawasan Bandar Baru Bangi itu sendiri. Jadi, soalan saya adakah kementerian ada merancang untuk mewujudkan lebih banyak PDK dalam daerah Hulu Langat.
Saya fikir sekiranya ada kekangan daripada segi dana dan sebagainya untuk mewujudkan lebih banyak PDK, kita boleh melihat cara untuk bekerjasama dengan pihak swasta untuk mengadakan PDK-PDK ini. Dana itu saya fikir adalah sesuatu perkara yang sekiranya kita sedikit kreatif, kita boleh melihat cara untuk memastikan bahawa kita ada lebih banyak PDK dalam kawasan-kawasan yang berkepadatan tinggi seperti Bangi ini.
Seterusnya saya merujuk kepada Butiran 031400 – Pusat Aktiviti Warga Emas
(PAWE). Terdapat peningkatan yang saya juga lihat ketara untuk tahun hadapan iaitu sebanyak RM10 juta lebih kurang berbanding RM8 juta untuk tahun ini. Saya sambut baik Puan Pengerusi pertambahan dana ini kerana PAWE ini adalah tempat bagi warga emas menjalankan aktiviti harian dalam komuniti. Sama seperti PDK, kawasan padat penduduk seperti daerah Hulu Langat secara amnya dan Parlimen Bangi secara khususnya memerlukan lebih banyak PAWE.
Saya ingin tahu, berapa banyak PAWE yang diwujudkan dalam daerah Hulu Langat serta berapa ramai ahli warga emas yang berdaftar bagi setiap PAWE ini.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Bangi, boleh sikit mencelah Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Siapa- okey, Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
PAWE ini dia tidak diperuntukkan sewa bulanan untuk premis mereka. Jadi, semuanya hasil daripada menumpang di mana-mana tempat.
Kalau ada peruntukan khusus untuk sewaan tempat ini, saya rasa lebih baik dan lebih
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
bersesuaian dengan persiapan kita untuk berdepan dengan Malaysia yang warga emas ini pada masa akan datang.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya, saya setuju. Masukan dalam ucapan saya. Saya ingin tahu jika terdapat perancangan untuk menambah bilangan PAWE di daerah Hulu Langat dan apakah kriteria yang diguna pakai oleh pihak kementerian dalam menentukan sama ada untuk menubuhkan PAWE di sesuatu kawasan tersebut.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Seterusnya, kod seterusnya adalah Butiran 031500 – Unit Penyayang Warga Emas
(UPWE). Tahun ini peruntukannya adalah sama dengan tahun lepas. Saya ingin tahu, berapa banyak unit UPWE yang ditubuhkan di seluruh negara? Adakah ia memberikan khidmat di dalam Daerah Hulu Langat? Saya juga ingin tahu, sama ada pihak kementerian merancang untuk mengembangkan unit ini ke tempat-tempat lain?
Akhir sekali Puan Pengerusi adalah Butiran 032200 — Anjung Sinar. Program Anjung Sinar ini saya difahamkan adalah satu projek rintis yang dilancarkan dan saya juga difahamkan bahawa ia dilaksanakan oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN). Tahun hadapan peruntukan dinaikkan daripada RM1.5 juta tahun ini, menjadi RM4.5 juta tahun hadapan.
Anjung Sinar ini adalah satu pusat transit untuk belia berusia 18 tahun ke atas yang dibenarkan keluar daripada JKM, tidak mempunyai ahli keluarga dan berasal daripada keluarga yang susah. Jadi, ialah satu program yang saya fikir cukup baik.
Jadi, saya sambut baik peruntukan tambahan ini dan komitmen kerajaan untuk meneruskan projek ini. Tetapi saya ingin tahu setakat ini, berapa ramai individu yang telah mengikuti program Anjung Sinar ini? Apakah perancangan khusus kementerian untuk mengembangkan program ini sejajar dengan peruntukan yang bertambah untuk tahun hadapan?
Puan Pengerusi, itu saja perbahasan saya. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Saya jemput Yang Berhormat Rantau Panjang.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Pengerusi.
Saya ingin menyentuh berkaitan dengan Butiran 020100 — Kebajikan Masyarakat dan Butiran 01900 — Depoh Simpanan Keperluan Mangsa Bencana. Di mana kebajikan masyarakat mendapat peruntukan RM472.37 juta. Jadi, saya ingin tahu apakah inisiatif yang dirancang untuk meningkatkan keberkesanan kebajikan masyarakat secara menyeluruh?
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada JKM dan kepada seluruh kakitangan agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri di atas kesungguhan untuk membantu seluruh mangsa banjir di seluruh negara, terutama di Kelantan dan di Rantau Panjang khususnya, yang mana dalam masa beberapa
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
jam sahaja, mangsa banjir di Kelantan sudah meningkat 32,437 orang, melibatkan 164 PPS.
Jadi, sudah tentu memerlukan dana dan peruntukan besar. Sedangkan saya lihat daripada apa yang dibentangkan dalam bajet ini, peruntukan untuk depoh simpanan keperluan mangsa banjir hanya RM950,000 sahaja. Ini sudah tentu tidak mencukupi.
Jadi, saya ingin tahu apakah rancangan kementerian untuk memastikan supaya dengan cuaca yang tidak menentu, dengan pelbagai cabaran yang dihadapi hari ini serta tentulah cabaran yang besar ini perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Semalam saya berada di Parlimen Rantau Panjang. Walaupun saya datang ke Parlimen tetapi saya bergegas balik dan subuh saya sampai balik ke Kuala Lumpur balik.
Apa yang saya nak tahu di sini ialah kita melihat mangsa-mangsa banjir sedang berdepan dengan masalah tak cukup khemah, tak cukup minuman, tak cukup tikar, tak cukup selimut, tak cukup makanan. Apa lagi PPS yang mereka sudah menetap, tiba-tiba ditenggelami banjir terpaksa pindah lain. Isu yang dihadapi oleh pegawai-pegawai JKM ialah mereka tak cukup tenaga, tak cukup logistik kenderaan, ada yang tak makan sebiji nasi daripada pagi sampai malam.
Saya tersentuh hati. Paling sedih ialah kenderaan untuk mengangkut bekalan makanan ke tempat PPS yang diperlukan, itulah juga kenderaan yang mengangkut menyelamatkan mangsa-mangsa. Kenderaan tidak mencukupi. Jadi, sedangkan JKM sendiri tidak ada trak yang sesuai, bergantung kepada trak tentera dan agensi lain. Jadi, saya ingin tahu, sejauh mana perancangan pihak kementerian, untuk memastikan supaya keperluan mangsa-mangsa banjir ini diambil perhatian sepenuhnya.
Begitu juga tentang peruntukan khusus untuk petugas-petugas. Saya dimaklumkan tidak ada sebarang elaun diberi kepada sukarelawan ataupun AJK yang bertugas di PPS yang terdiri daripada orang awam yang sukarela, yang mereka bekerja kadang-kadang satu minggu, berbulan, mengurus PPS yang ribuan mangsa yang terlibat tidak ada satu sen elaun.
Berbanding dengan ATM dan juga RELA, mereka ada sedikit elaun.
Jadi, saya harap supaya elaun untuk petugas sukarelawan yang bertugas di setiap PPS di seluruh negara hendaklah diberi keutamaan dan beri perhatian. Mereka letih daripada pagi balik malam. Mereka berkorban, kadang-kadang keluarga mereka pun mereka tak sempat urus kerana mengurus mangsa banjir di pusat PPS. Jadi, saya ingin tahu sejauh mana perancangan pihak kementerian untuk benar-benar membantu petugas-petugas yang bertungkus-lumus bergadai nyawa untuk membantu mangsa-mangsa banjir di pusat-pusat perpindahan.
Begitu juga saya ingin menyentuh berkaitan dengan peruntukan yang berkaitan dengan pendidikan dan pembangunan polisi yang mana diperuntukkan sebanyak RM4 juta.
Saya ingin tahu, bagaimana kementerian memastikan pendidikan yang dilakukan menghasilkan polisi yang berimpak tinggi dan praktikal? Setakat ini, apakah polisi-polisi yang telah dicapai? Sejauh mana usaha kementerian untuk mengatasi isu-isu yang berkaitan dengan eksploitasi wanita, berkaitan juga dengan polisi-polisi mesra keluarga, mesra kanak-
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
kanak ataupun mesra wanita yang banyak kadang-kadang kita lihat semakin meruncing dalam negara kita?
Termasuk juga cadangan pihak Kementerian Kesihatan sebelum ini untuk menambah lagi jadual waktu bekerja jururawat kepada tambah lagi tiga jam. Banyak rungutan saya terima, kami terima. Kalau kita tengok di media-media massa. Bagaimana seharusnya ada keseimbangan antara keluarga dan tugas perjawatan di tempat kerja.
Begitu juga saya ingin menyentuh Butiran 032300 — Pusat Sokongan Sosial Setempat. Saya ingin tahu, setakat ini dengan peruntukan RM8 juta, bagaimana pusat ini dapat meningkatkan keupayaan masyarakat untuk menangani cabaran sosial yang semakin meruncing hari ini? Apakah program-program yang telah dibuat dan apakah pencapaian setakat ini? Saya ingin tahu juga, berkaitan dengan penyelenggaraan di institusi kebajikan, Butiran 031800 yang melibatkan RM4.5 juta peruntukan.
Apakah kriteria penyenggaraan institusi yang dipilih untuk memastikan impak maksimum kepada penghuni? Sebab kita banyak institusi-institusi yang kurang, kita tengok yang uzur, yang perlu kepada penambahbaikan, yang perlu kepada peningkatan. Jadi, sejauh mana program yang dibuat?
Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, menyentuh Butiran 031900 — Subsidi Ujian Mamogram untuk wanita yang bernilai RM8 juta. Bagaimana kementerian memastikan wanita terutama di kawasan luar bandar mendapat akses kepada subsidi ini supaya lebih meluas?
Begitu juga langkah untuk memperluaskan kesedaran wanita terhadap pentingnya terutama berkaitan dengan kanser serviks. Jadi, perkara ini adalah penting untuk kesejahteraan wanita.
Jadi, saya harapkan isu-isu terutama penambahan peruntukan kepada negeri-negeri yang berdepan dengan banjir, hendaklah diberi penambahan. Apa lagi apabila mangsa banjir itu di luar daripada dugaan terutama di Kelantan hari ini. Saya dapati banyak sungutan daripada semua pihak mengeluh apabila peruntukan yang sangat terhad. Jadi, saya ingin penjelasan daripada pihak kementerian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih yang berhormat Rantau Panjang. Saya jemput Yang Berhormat Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Puan Pengerusi atas kesempatan ini. Saya terus kepada Butiran 00800 — Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri/Daerah.
Umum mengetahui JKM telah lama berperanan menjadi tulang belakang kerajaan untuk menjaga kebajikan individu dan keluarga yang memerlukan. Meskipun JKM telah mengalami pelbagai evolusi untuk memenuhi peranannya selama 70 tahun lamanya, namun kerajaan dilihat masih gagal untuk memenuhi tuntutannya. Sehingga kini masih banyak lagi pejabat kebajikan masyarakat daerah yang masih menyewa dan menumpang berbanding jabatan-jabatan lain yang telah mempunyai pejabat sendiri.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Merujuk kepada peruntukan, bagi tujuan ini pada tahun depan yang hanya berjumlah RM3 juta, berbanding sebelumnya iaitu RM10 juta. Sememangnya amat mendukacitakan.
Saya merayu supaya perkara ini diberi perhatian oleh kementerian kerana masih terdapat sebilangan besar pejabat JKM daerah yang keadaannya tidak kondusif, sempit dan kekurangan segala macam kemudahan.
Hal ini sudah semestinya mendatangkan ketidakselesaan kepada rakyat yang berkunjung. Apatah lagi kakitangan yang bertugas di pejabat. Tidak terhenti di situ, ditambah pula dengan masalah kenderaan yang sering rosak kerana kebanyakan sudah berusia lebih 10 tahun dan ada juga telah, yang mencecah usia 17 tahun.
Sepertimana Rantau Panjang beritahu tadi, hari ini berlakunya banjir. Kadang- kadang kenderaan JKM sendiri pun tak dapat nak bersama dalam pusat-pusat pemindahan.
Justeru itu, saya menggesa supaya kementerian melihat dan melakukan sesuatu berhubung perkara ini supaya kakitangan JKM di daerah juga dapat pembelaan.
Puan Pengerusi, Butiran 02020 — Pembangunan Wanita. Terima kasih diucapkan kepada kementerian atas komitmen untuk membuka reruai sepanjang minggu ini di lobi Parlimen sempena Hari Antarabangsa Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita yang disambut pada setiap 25 November.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Tahniah diucapkan kerana berjaya meningkatkan kesedaran para wanita untuk tampil membuat laporan berhubung keganasan rumah tangga. Sungguh pun begitu, saya yakin dan percaya masih ramai lagi wanita di luar sana yang tidak melaporkannya kerana berasa takut dan salah faham terhadap konsep taat. Justeru itu, saya ingin mengetahui apakah perancangan yang telah dirangka oleh kementerian untuk menyedarkan golongan wanita yang takut dan salah faham untuk tampil membuat laporan? Dan sejauh manakah program- program pembelaan atau advokasi yang telah digerakkan sebelum ini berupaya untuk berhadapan dengan trend keganasan rumah tangga yang kian meningkat saban tahun?
Di butiran yang sama, saya ingin merujuk kepada data yang pernah dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan. Menurut data tersebut, peratusan wanita dalam kumpulan usia 25 hingga 29 tahun yang belum berkahwin telah meningkat kepada 37.8 peratus pada 2010 berbanding 29.8 pada tahun 2000. Trend kahwin lewat dan enggan berkahwin dalam kalangan wanita yang semakin membimbangkan ini bakal memberi implikasi besar terhadap tahap kesuburan dan akan sukar untuk mendapatkan zuriat.
Sehubungan dengan itu, saya ingin mengetahui, apakah dapatan terbaru kementerian mengenai perkara ini sama ada trend tersebut telah kembali pulih atau pun semakin parah? Saya juga ingin mengetahui sejauh manakah kebenaran terhadap dakwaan bahawa hubungan luar nikah dan kewujudan pil pencegahan kehamilan di pasaran telah menjadi penyumbang utama kepada trend tersebut? Jika benar, kementerian perlu mencari solusi kerana ianya bertentangan dengan adat dan budaya dalam negara ini.
Butiran 00300 – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. Saya dapati peruntukan perbelanjaan pembangunan pada tahun depan ditingkatkan kepada RM15
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
juta berbanding RM8 juta pada tahun ini. Saya difahamkan selain berfungsi sebagai agensi yang menguruskan hal reproduktif, LPPKN juga turut mempunyai peranan tersendiri untuk membantu kerajaan dalam menguruskan perkara-perkara berkaitan gejala sosial.
Sehubungan dengan itu, saya ingin mengetahui sejauh manakah sumbangan atau peranan yang telah dimainkan oleh LPPKN untuk mengatasi masalah gejala sosial di dalam negara ini? Mengapakah fungsi LPPKN ini dilihat agak tenggelam keberadaannya, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman? Dan saya ingin mengetahui, apakah perancangan kementerian untuk terus memperkasakan peranan LPPKN ini dan kewujudan dapat dirasai di serata negara?
Menurut statistik Jabatan Perangkaan, jumlah kelahiran di Malaysia sehingga suku pertama 2024 telah merekodkan penurunan sebanyak 9.4 peratus. Data ini secara tidak langsung telah mengesahkan trend keengganan untuk berkahwin dan childfree sememangnya sedang benar-benar berlaku. Sehubungan itu, saya ingin mengetahui berapakah bilangan pasangan yang telah berjaya ditemui untuk dilakukan intervensi mengikut pecahan negeri di sepanjang tahun ini?
Dan apakah strategi jangka pendek, sederhana dan panjang untuk mengatasi perkembangan yang tidak sihat ini daripada terus berleluasa? Besarlah harapan saya agar kementerian terus mencari jalan penyelesaian supaya trend childfree ini dapat dibendung supaya tidak memberi kesan struktur penduduk.
Seterusnya, Butiran 030400 – Kurang Upaya Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).
Saya minta kementerian selidik atau pun kaji kekurangan petugas di PDK. Saya ambil contoh di PDK Gemencheh oleh sebab banyak aktiviti yang dijalankan, maka pengurangan petugas adalah tidak patut kerana faktor latihan, pembelajaran, aktiviti dan yang paling penting soal keselamatan pelatih. Dan saya berharap dapat dikaji semula. Puan Pengerusi, itu sahaja yang saya hendak sampaikan. Bersama untuk tamatkan keganasan terhadap wanita. Saya pencinta wanita. Sekian, saya mohon menyokong. Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Saya jemput Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih. Saya juga pencinta wanita, Tampin.
[Ketawa] Terima kasih Pengerusi. *Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran]* “Ketahuilah bahawa harta kamu dan anak kamu adalah fitnah, sesungguhnya di sisi Allah adalah ganjaran yang besar.” Tuan Pengerusi, saya terus kepada Butiran 020400 – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Saya masih ingat lagi pada tahun 1982, mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir mengumumkan Dasar Kependudukan Malaysia ke arah 70 juta penduduk. Ini berlaku 42 tahun yang lalu, Pengerusi susulan saranan tersebut disuarakan pada September 1982.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Bagaimanapun, laporan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) baru-baru ini mendedahkan bahawa kadar kesuburan rakyat Malaysia telah menurun daripada 2.1 orang anak pada 2010 telah menurun menjadi 1.6 orang anak pada tahun pada tahun 2022. Jadi, menunjukkan bahawa persoalan saya, ke mana atau pun masih hidup lagikah dasar 70 juta penduduk rakyat Malaysia? Kerana kita tahu bahawa negara-negara yang hebat, China, India, Indonesia, mereka mempunyai ramai penduduk.
Jadi, untuk hendak menjadikan kita hebat, kita cemerlang, kita kena ramaikan penduduk negara kita. Kerana bila ramai penduduk, pasaran domestik ini sudah cukup untuk barang-barang yang dikeluarkan dalam negara. Jadi oleh hal demikian, menjadi kebimbangan kita kerana trend kita di Malaysia ini dikatakan akan menjadi negara tua pada 2043 iaitu dikatakan, dijangkakan 14 peratus daripada penduduk terdiri daripada mereka yang berusia 65 tahun dan ke atas dan kadar kesuburan yang rendah dan populasi golongan tua semakin meningkat. Negara kemungkinan akan ketandusan tenaga produktif yang secara tidak langsung menjejaskan pertumbuhan sosial dan ekonomi sesebuah negara.
Jadi, kadar kesuburan yang menurun itu akan menjejaskan kadar kelahiran dan populasi penduduk. Ditambah pula dengan keadaan hari ini dijangkakan kerana trend keluarga hari ini, mereka berkahwin kerana tidak mahu anak. Jadi, ini suatu trend yang tidak sihat yang berlaku dalam negara. Yang kedua, wujudnya suasana di mana mereka tidak mahu kahwin kerana mereka merasakan perkahwinan itu satu beban yang akhirnya akan menjejaskan produktiviti negara.
Jadi, saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah insentif atau pun dorongan untuk hendak menggalakkan mereka berkahwin dan mempunyai anak agar kita akan dapat menambah penduduk di negara kita? Mungkin ada program menggalakkan poligami ke atau pun sebagainya? Terima kasih Yang di-Pertua.
Selain daripada itu, saya pergi kepada apa yang disentuh oleh Bangi iaitu pusat aktiviti warga emas (PAWE). Dalam manifesto Tawaran Harapan pada Pilihan Raya yang ke- 15 yang lalu, Pakatan Harapan ada menjanjikan penubuhan pusat aktiviti warga emas atau pusat harian warga emas dalam Pelan Perancangan Tempatan dan Pelan Pembangunan Pihak Pembangunan Pihak Berkuasa Tempatan sedangkan ketika itu sudah ada pusat aktiviti warga emas (PAWE). Jadi saya ingin bertanya, apakah jadi dengan cadangan tersebut?
Apakah masih on lagi? Atau pun oleh sebab Menteri bukan daripada PH dulu, mungkin dah ditukar perancangan tersebut kerana ini janji PH, Timbalan Menteri.
Dalam Belanjawan 2025, kerajaan mencadangkan supaya pelepasan cukai pendapatan individu melibatkan perbelanjaan rawatan perubatan bagi ibu bapa, datuk dan nenek. Kita tahu sejak beberapa tahun lalu memang pengurangan cukai diberikan kepada anak yang menanggung perbelanjaan rawatan ibu bapa dalam jumlah yang tertentu.
Cuma, saya ingin bertanya, Menteri. Saya ingin bertanya, apakah kerajaan ada cadangan untuk memperkenalkan elaun penjagaan warga emas kepada caretaker seperti yang pernah ditawarkan Pakatan Harapan dalam manifesto PRU yang ke-15? Apa terjadi
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
dengan cadangan tersebut? Adakah masih on lagi atau pun dah terkeluar daripada apa yang dirancangkan?
Akhir sekali Yang di-Pertua, saya teringat juga. Mungkin ini kerjasama antara Kementerian Wanita dengan Kesihatan iaitu pada tahun 2022 lalu iaitu Projek Perintis Tuala Wanita Percuma di pejabat Menteri. Apakah projek tersebut masih on, masih dijalankan atau pun bagaimana kajian atau pun dapatan daripada projek rintis tersebut? Itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih banyak-banyak. Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Terengganu. Saya jemput Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya merujuk kepada Butiran 020200 – Pembangunan Wanita. Apakah inisiatif yang akan dibuat oleh kementerian untuk memberikan perkhidmatan saringan kesihatan mental wanita? Sekiranya ini dah dibuat bersama dengan Kementerian Kesihatan, mohon dapatkan berapakah jumlah mereka? Yang kedua, berkenaan susulan soalan kepada MOT berkenaan dengan sistem yang perlu dipasang dalam kereta untuk mengelakkan kes anak- anak tertinggal dalam kereta.
Apakah tindakan yang telah dibuat oleh pihak kementerian berikutan dengan kes ini?
Kerana kita mahu kejadian seperti ini tidak akan berulang, dari segi polisi dan juga segi tindakan serta subsidi yang mungkin boleh diperkenalkan kepada ibu-ibu muda dan kepada keluarga muda.
Yang ketiga, berkaitan dengan tambahan masa untuk jururawat bekerja di dalam sektor kerajaan. Apakah tindakan dan respons daripada Kementerian Wanita? Kerana ini membabitkan kebajikan pekerja wanita, secara umumnya ramai di kalangan jururawat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Seterusnya berkaitan dengan kita maklumkan bahawa Bilik Kasih telah pun diperkenalkan di negeri Sarawak. Adakah pihak kementerian akan memperkenalkan perkara yang sama di peringkat Persekutuan untuk memberikan ruang kepada kakitangan awam ini mendapatkan rehat yang sempurna khususnya bagi mereka yang bekerja shift. Saya juga ingin bertanya kepada kerajaan berkenaan dengan bila mana kita memberikan galakan kepada wanita-wanita untuk bekerja, bagaimana pula galakan yang diberikan kepada ibu-ibu yang memilih untuk menjadi suri rumah?
Di bawah Butiran 01900 untuk Depoh Bagi Simpanan Keperluan Mangsa Banjir.
Saya mencadangkan kalau depoh sebelum ini dia pergi buat di peringkat Parlimen-Parlimen, sekarang ini kita memerlukan depoh-depoh ini dibuat di peringkat DUN-DUN kerana banjir sekarang berlaku dan bencana berlaku di seluruh negara, tak terkecuali mana-mana DUN.
Saya juga ingin mendapatkan kepastian daripada pihak kerajaan berhubung dengan tidak ada gangguan politicking dalam kes melibatkan PPS. Saya telah berkunjung ke sebuah
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
sekolah di Tumpat kerana program PIBG ada terdapat isu pertukaran guru besar, saya mengharapkan kali ini kalau kita berkunjung ke PPS, jangan ada isu yang sama.
Sebab kerana perkara ini membabitkan bencana dan yang seterus dalam hal ini, apakah SOP yang akan kita perkenalkan dari segi pendidikan kepada mangsa-mangsa bencana kerana ada kes yang berlaku pernah bergaduh bila mana ada gangguan seksual secara pandangan yang dibuat kepada orang yang baru berkahwin. Jadi dalam hal ini, kerana berada di pusat pemulihan ini bukan satu hari, melibatkan beberapa hari. Jadi, perlu ada SOP dan pendidikan tentang privacy khususnya berkaitan dengan Akta Gangguan Seksual.
Bagaimanakah kita juga ingin melihat dari Butiran 010300 – Pengurusan Sumber Manusia.
Hari ini NADMA bercakap tentang soal menyelamatkan mangsa. NADMA juga membuat bantuan untuk mangsa banjir. JKM menguruskan untuk bantuan tapi hari ini bila mana digunakan, kakitangan JKM tak cukup. Jadi, kita nak tahu berapakah pertambahan jawatan yang akan diperkenalkan dan bilakah kerajaan akan mengasingkan kerja-kerja membabitkan bencana ini khususnya di bawah, terus di bawah NADMA, bukan lagi diletakkan di bawah JKM.
Juga ingin bertanya di bawah 03000 – LPPKN kerana hari ini ramai ibu yang telah pun menjadi ibu yang mengambil keputusan untuk menyusukan anak. Walau bagaimanapun.
Ini mengakibatkan gangguan kepada gigi mereka. Apakah pihak kementerian akan memperkenalkan sesi konsultasi khusus dan khidmat pergigian bagi ibu-ibu yang menyusukan anak. Sebagai contohnya memberikan subsidi susu ataupun subsidi bagi root canal kerana hari ini kita lihat ramai di kalangan mereka kehilangan gigi dalam usia yang awal kerana mereka tidak mendapat konsultasi yang betul. Dalam hal ini juga saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan berkenaan dengan adakah kerajaan akan bekerjasama dengan pihak PIBG, khususnya di bawah Kementerian Pendidikan dan menjadikan sebagai satu SKT bagi pendidikan keibubapaan di kalangan ibu-ibu dan bapa-bapa yg muda untuk bekerjasama dengan LPPKN.
Ertinya LPPKN kerjasama dengan PIBG bersama dengan KKM untuk syllabus pendidikan standard bagi hak ibu bapa dengan kanak-kanak. Saya juga ingin mengetahui tentang apakah perkembangan Dasar-dasar Kanak-kanak yang telah pun dilancarkan dan kami di Parlimen pun tak dapat dasar tersebut. Jadi kalau boleh kita nak dapatkan perincian salah satu dasar ini. Dan juga bagaimanakah pelindungan kerajaan persediaan daripada sudut digital kanak-kanak?
Dalam negara kita, kita ada Akta Kanak-kanak yang kita pinda yang berkaitan dengan perlindungan ini tetapi tidak khusus. Saya merujuk kepada apa yang berlaku di United Kingdom di mana dia buat Age Appropriate Design Code ataupun Children’s Code yang spesifik untuk memantau tentang pergerakan pendidikan kepada digital untuk kanak-kanak.
Jadi, adakah kita akan mengekalkan kod-kod yang sama bagi memastikan perkara ini dapat dipantau secara sebaiknya kepada kanak-kanak?
Saya juga ingin menyebut kepada satu hadis, yang mana disebut dalam buku Ihya’ Ulumuddin Juzuk 2 bab nikah, [Membaca sepotong Hadis] . Yang bermaksud, “Akan datang
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
satu masa di mana kehancuran seorang laki-laki berada di tangan isterinya, kedua ibu bapanya, dan anak-anaknya. Mereka mencelanya kerana kemiskinan dan membebaninya di luar kemampuan sehingga ia terjerumus ke jalan yang merosak agama lalu binasa.” Saya merujuk perkara ini kerana hari ini kita bukan hanya menjaga wanita, kita juga perlu menjaga laki-laki. Berapa banyakkah kes yang dilaporkan yang telah melibatkan ketua rumah tangga yang melakukan dua, tiga kerja sehingga akhirnya mereka ini didapati meninggal dunia kerana tekanan kepada tubuh badan yang tidak mampu. Jadi, kita lihat dalam beberapa paparan akhbar yang menyebut bahawa ada kes-kes yang begini.
Suami terpaksa melakukan dua hingga tiga kerja semata-mata untuk menanggung nafkah keluarga. Dalam hal ini, sejauh manakah kebersamaan dan penyelarasan di antara Kementerian Ekonomi yang mengguna pakai PAKW bersama dengan pihak Kementerian Wanita yang menggunakan PGK untuk memastikan 42 kluster yang dilihat dalam penyelarasan ekonomi ini dapat jalan serentak?
Kerana hari ini bukan hanya perlu kepada makan, pakai, tempat tinggal tapi juga kepada teknologi-teknologi lain untuk mereka hidup secara sempurna dan wajar. Jadi dalam hal ini, saya juga memohon kepada pihak kementerian memberikan penekanan sebaik- baiknya kepada negeri Pantai Timur yang sekarang ini menghadapi banjir yang sangat luar biasa dan kami memohon untuk terpaksa tinggalkan Dewan pada hari ini, kami terpaksa balik tapi kami mohon jawapan diberikan dan insya-Allah kita akan ikuti melalui online kerana hari ini keadaan yang berlaku di Kelantan, Terengganu – ini untuk fasa pertama dan ini biasanya fasa pertama tak seteruk ini.
Tapi ini dah sangat teruk dan kita mengharapkan supaya diberikan perhatian khas gabungan di antara NADMA dan KKM untuk membantu semua Ahli-ahli Parlimen termasuk Ahli Parlimen Pembangkang dalam kes kita untuk menyelamatkan rakyat kita yang menghadapi bencana. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Saya jemput Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Puan Pengerusi.
Saya bangun untuk turut menyokong inisiatif yang diambil oleh kementerian di dalam memperkasakan kementerian memberi peruntukan untuk pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. Berkenaan dengan Parlimen Jelutong, saya ingin merujuk kepada Butiran 020100 di mana Ramakrishna Ashrama atau Asrama Ramakrishna yang menempatkan lebih kurang 70 kanak-kanak tidak mendapat peruntukan sebelum ini. Tetapi baru-baru ini saya difahamkan bahawa mereka hanya menerima RM10,000 sahaja untuk menyelenggarakan asrama itu untuk setahun. Saya berterima kasih di atas peruntukan yang telah diberikan.
Cuma saya difahamkan bahawa selalunya tiap-tiap tahun mereka akan menerima lebih kurang RM50,000 hingga RM60,000. Jadi, saya diminta untuk membawa perkara ini kepada perhatian kementerian Timbalan Menteri yang selalu prihatin di atas isu yang
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
melibatkan kebajikan masyarakat dan saya berharap kalau boleh peruntukan itu ditambahkan.
Pada masa yang sama saya juga ingin menyentuh kepada Butiran 031400 – Pusat Aktiviti Warga Emas. Puan Pengerusi, saya telah membangkitkan di Dewan yang mulia ini, dewasa ini kita mempunyai pusat aktiviti warga emas yang diselenggara oleh pihak syarikat sendirian ataupun individu. Ia berlaku kerana kadangkala warga emas itu ditinggalkan di situ oleh anak-anak mereka kerana anak-anak mereka tidak mampu menjaga.
Saya mempunyai dua orang warga emas ayah dan ibu saya yang saya jaga di rumah saya dan juga bapa dan ibu mertua saya yang juga saya jaga. Kerana saya dapat menampung membayar seorang penjaga untuk menjaga mereka. Tetapi kadangkala bila berlakunya keadaan di mana mereka terpaksa ditinggalkan di rumah persendirian, selalunya terdapat aduan bahawa jiran-jiran tetangga membuat aduan.
Ada juga aduan daripada komuniti bahawa ia adalah rumah persendirian yang ditukar guna untuk tujuan menjaga orang-orang warga emas. Jadi, saya telah minta kementerian untuk berbincang dengan pihak berkuasa tempatan untuk memberikan lesen. Apabila mereka memohon lesen, pelbagai perkara masalah yang dihadapi oleh mereka. Kadangkala tidak mendapat lesen kerana ia merupakan rumah persendirian di mana warga emas lebih kurang 40 atau 50 orang ditempatkan di situ. Ada risiko berlakunya kebakaran. Jabatan Bomba mungkin tidak akan memberi kelulusan dan pelbagai masalah dihadapi oleh mereka.
Jadi permintaan saya, selalu saya menghadapi di kawasan Parlimen Jelutong, tiap- tiap kali saya berjumpa dengan seorang pengurus yang menguruskan rumah persendirian ataupun pusat aktiviti warga emas yang meminta saya menulis surat merayu kepada pihak berkuasa tempatan untuk menangguhkan tindakan penguatkuasaan yang diambil. Jadi ini adalah permintaan saya. Saya mohon supaya satu jawatankuasa ditubuhkan bersama-sama oleh pihak kementerian dan juga kementerian-kementerian lain supaya perkara-perkara ini dapat diberi perhatian dan diperhalusi. Saya sekarang merujuk kepada Butiran Kebajikan Masyarakat – 020100 dan pada masa yang sama Butiran 030300 – Pembangunan dan Perkembangan Kanak-kanak.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu insiden yang melibatkan 400 orang anak- anak yatim piatu yang dijaga di pusat jagaan yang ada kaitan dengan Global Ikhwan Group Holdings (GISBH).
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Di mana, saya difahamkan bahawa laporan-laporan polis telah dibuat tentang penderaan ke atas kanak-kanak di tempat-tempat di mana mereka tinggal. Sebanyak 41 laporan polis telah dibuat sejak 2011 sehingga baru-baru ini, 7 September, barulah tindakan diambil di mana serbuan dilakukan oleh pihak berkuasa ke pusat-pusat kebajikan kanak- kanak ini di mana 400 orang kanak-kanak telah pun diselamatkan di Selangor dan di Negeri Sembilan.
Persoalan saya. Bagaimanakah kementerian ingin memastikan bahawa perkara ini tidak berlaku? Adakah kita ingin meminta tempat-tempat seperti ini, pusat-pusat kebajikan
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
ini, yang menempatkan kanak-kanak yatim piatu untuk mendaftarkan? Adakah pihak-pihak kementerian akan menghantar pegawai kebajikan ke rumah-rumah seperti ini, di mana anak- anak yatim piatu dijaga, untuk memastikan bahawa penderaan ini yang berlaku dalam kes Global Ikhwan Services Sdn. Bhd. yang melibatkan 400 orang kanak-kanak tidak akan berulang?
Terima kasih, Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong. Saya jemput Yang Berhormat Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih, Puan Pengerusi.
Butiran 031000 – Sosioekonomi Warga Emas. Apakah perancangan terperinci kementerian terhadap portal sistem warga emas eWarga Emas yang dilancarkan pada Oktober lalu bagi memastikan pemantauan dan intervensi yang lebih berkesan termasuk pemetaan demografi serta pengintegrasian pangkalan data untuk golongan warga emas?
Berapakah bilangan warga emas yang menghuni di pusat jagaan warga emas JKM termasuk Rumah Seri Kenangan, Rumah Ehsan dan di bawah kendalian swasta setakat ini?
Apakah sistem ini juga telah mengenal pasti golongan warga emas yang tinggal bersendirian dan jauh dari mana kementerian bercadang untuk menggalakkan komuniti setempat menerusi pertubuhan sukarela kebajikan sebagai usaha memperluas jaringan perkhidmatan jagaan kepada warga emas?
Apakah status terkini garis masa penggubalan bagi Akta Warga Emas dan Akta Profesion Kerja Sosial mengambil kira proses penggubalan ini yang dimulai sejak tahun 2019? Apakah usaha kementerian ke arah membangunkan kerangka sektor ekonomi penjagaan menyeluruh serta sasaran kerajaan menjelang negara menua pada tahun 2030?
Adakah kerajaan telah mengkaji keperluan untuk mempertimbangkan memberi elaun kepada anak-anak ataupun waris ataupun ahli keluarga yang menjaga ibu bapa dari kalangan warga emas? Kerana, jika ini berlaku, sudah tentu warga emas lebih selesa kerana dapat selalu berhadapan dengan anak-anak, dan yang menjaganya mendapat elaun.
Untuk makluman Tuan Pengerusi, setengah-setengah daripada anak-anak ini sanggup berhenti kerja semata-mata untuk menjaga ibu ataupun bapa mereka yang telah masuk ke dalam golongan warga emas. Mohon pertimbangan supaya mereka diberikan elaun dalam bajet yang akan datang ini.
Apakah JKM juga bercadang memperluas insentif bagi menggalakkan penyertaan golongan muda ataupun belia menjadi sukarelawan melalui pelaksanaan program khidmat bantu di rumah? Apakah inisiatif yang kerajaan beri kepada pusat jagaan persendirian seperti pondok moden yang telah banyak tumbuh di negara kita ini?
Setakat mana pemantauan kerajaan supaya pondok moden ini dapat memberi manfaat kepada golongan warga emas yang mana di situ diajar bab-bab agama dan
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
persediaan di hari tua supaya tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini berlaku terhadap warga tua itu sendiri? Minta kementerian memantau. Apa-apa bantuan yang patut disalurkan, mohon diberikan kepada pondok moden seperti ini.
Mengambil kira cabaran Malaysia mendepani agenda negara mertua— negara menua, bukan negara mertua...
[Ketawa] Tersasul. Mengambil kira cabaran Malaysia mendepani negara menua saya ulang ya, negara menua. Adakah kementerian telah menjalankan kajian kebolehlaksanaan terhadap konsep rintis time banking, dengan izin, khususnya dalam memperkukuh sektor penjagaan sepertimana yang dipraktikkan di negara Switzerland?
Misalnya, sekiranya saya menjadi rakyat Switzerland, semasa saya muda, saya telah mendepositkan masa lima tahun menjadi sukarelawan menjaga warga tua. Jadi, bila saya dah masuk warga tua, saya berhak mengeluarkan deposit itu, kerajaan menyediakan seorang sukarelawan muda yang manis, yang cantik untuk menjaga saya selama lima tahun. Jadi, saya pun akan lebih selesa pada waktu ketika itu.
Akhirnya, Sabak Bernam ingin mengakhiri hujah dengan menyatakan bahawa Sabak Bernam dan wanita berpisah tiada. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Sabak Bernam. Saya jemput Yang Berhormat Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Saya terus kepada B.48 Butiran 030400 – Kurang Upaya Pemulihan Dalam Komuniti
(PDK), RM144.66 juta. Menurut data JKM, jumlah OKU yang berdaftar sekitar 2.2 peratus hingga 2.5 peratus daripada jumlah penduduk 33 juta iaitu lebih kurang antara 700,000 hingga 800,000.
Temerloh ingin tahu, apakah pelan strategik untuk memastikan PDK dapat memperkasa OKU dengan kemahiran yang relevan untuk keperluan industri? Berapa banyak daripada dana ini akan digunakan untuk program keusahawanan OKU? Berapa ramai OKU dijangka dapat manfaat langsung daripada peruntukan ini?
Tiga buah PDK di Temerloh iaitu di Mentakab, FELDA Bukit Damar dan juga Taman Bahagia sudah lama beroperasi dan melaksanakan pelbagai aktiviti kepada para pelatih.
PDK memohon kementerian memberikan dana untuk menjalankan aktiviti harian termasuk keperluan makanan untuk para pelatih dan perbelanjaan untuk melaksanakan program mingguan yang dirancang. Adakah kementerian boleh memberi geran untuk gaji guru yang mengajar di PDK, walaupun dia merupakan NGO, kerana gaji yang diterima hanyalah sekitar RM1,200 sebelum ditolak KWSP? Tambahan, gaji minimum tahun hadapan sudah RM1,700.
Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) Wilayah Pahang mempunyai sebuah pusat aktiviti di Simpang Mambang Berulang, Temerloh. Sudah sampai masanya kementerian perlu memberikan perhatian dengan menaik taraf premis ini
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
dan menyediakan prasarana yang lebih lengkap dan selesa. Persatuan ini aktif melaksanakan aktiviti mereka.
Seterusnya, Temerloh ingin tahu, bagaimana kementerian bekerjasama dengan Menteri Agama untuk melahirkan mujahid OKU melalui PERTIS dalam komuniti dan boleh dimanfaatkan untuk melaksanakan kerja dakwah kepada masyarakat dalam menyampaikan ilmu agama. Temerloh ingin mengetahui status Taman Harapan, pusat jagaan harian dan latihan pertanian orang buta. Mengapakah ia ditutup? Adakah benar tanah Taman Harapan sudah dijual dan akan dibangunkan untuk perniagaan? Adakah kementerian bercadang untuk membina yang baharu? Taman Harapan memberi sumbangan kepada golongan OKU penglihatan melalui latihan pertanian dan mereka boleh menjual hasil tanaman kepada masyarakat sekitar.
Baru-baru ini, Majlis Peguam telah mencadangkan pindaan pada Perkara 8 dan 12 Perlembagaan Persekutuan bagi memasukkan terma ‘ketidakupayaan’. Cadangan ini bagi memastikan hak OKU lebih terjamin dari sudut perundangan. Adakah kementerian boleh memastikan hak OKU ini terjaga?
Adalah diharapkan pusat jagaan dan latihan orang buta tidak hanya memberi kemahiran bermain muzik tetapi sepatutnya memberi kemahiran yang lebih bermanfaat untuk kehidupan berdikari, menyediakan pengisian yang boleh dimanfaatkan sebagai ilmu sepanjang hayat dan mengutamakan pengisian ibadah terutamanya bagi golongan Muslim.
Sejauh mana kementerian bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan? Temerloh mencadangkan kementerian menyediakan premis latihan OKU dan memberi kemahiran membaca Al-Quran dengan kaedah yang spesifik. Di Temerloh ada Maahad Al-Faqeh yang mempunyai pelajar OKU yang dibimbing, dan diharapkan daripada bantuan kementerian boleh diberikan dari segi fasilitinya. Adakah kementerian bercadang membentuk Jabatan Pembangunan OKU sebagai jabatan yang berdiri sendiri sebagaimana yang sudah dibentuk Jabatan Kanak-kanak?
Butiran 031000 – Sosioekonomi Warga Emas, peruntukan RM910 juta. Malaysia dijangka mencapai status negara tua apabila 15 peratus atau lebih daripada populasi negara berusia 60 tahun ke atas. Apakah bentuk program yang disusun demi memberi manfaat untuk meningkatkan kualiti hidup golongan ini? Cabaran golongan warga emas biasanya berkaitan kos rawatan dengan pelbagai penyakit yang dihidapi. Bagaimana peruntukan RM910 juta memberi manfaat kepada warga emas untuk mendapat akses kesihatan yang berkualiti? Berapa peratuskah daripada dana ini diperuntukkan untuk perkhidmatan warga emas yang sangat terdedah kepada penyakit kronik?
Butiran 032900 – Program Pengukuhan Kesihatan Mental, RM8 juta. Kajian menunjukkan lebih 10 peratus warga emas mengalami masalah kesihatan mental.
Bagaimana kementerian memastikan peruntukan ini sampai kepada sasaran? Sejauh mana sokongan psikologi dan terapi dapat memberi impak positif kepada golongan yang terlibat?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Terakhir, Pengerusi. Butiran 10001 – Pusat Jagaan Harian Warga Emas. Peruntukan semakin kurang. Temerloh ingin penjelasan, mengapakah peruntukan ini dikurangkan hampir RM1.3 juta? Adakah kementerian memantau pengurusan pusat jagaan ini? Adakah kementerian bercadang untuk menyediakan satu modul khas bagi golongan warga emas Muslim untuk berfokus kepada aktiviti yang bermanfaat terutama pengisian kelas dan kuliah agama? Apakah permasalahan dan cabaran yang dihadapi untuk menguruskan pusat jagaan harian warga emas? Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Temerloh. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.
[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.03 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Tan Sri Pengerusi, saya bangun di sini di atas Peraturan 36(6) dan 36(12). Saya rasa Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi sedia maklum apa yang berlaku dalam Dewan ini pada 6 hari bulan dan 7 hari bulan. Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi sendiri yang mempengerusikan sesi pada hari itu iaitu perbahasan dalam peringkat dasar melibatkan Yang Berhormat Rafizi dengan saya ketika saya mencelah perbahasan. Kemudian 7 hari bulan, saya terus membawa di bawah peraturan yang sama untuk bertanyakan macam mana. Kemudian Tan Sri telah menasihatkan saya tulis secara spesifik kepada Tan Sri apa yang dituntut oleh saya.
Jadi, sekali lagi Yang Berhormat Tan Sri, saya rasa dalam Dewan yang mulia ini, kita semua dewasa, profesional. Saya tidak ada masalah dengan jawapan Menteri tetapi ketika itu, saya tidak merujuk Menteri kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Itu jelas dalam Hansard dan juga mana-mana rakaman video.
Lantaran itu juga, ketika itu, saya tidak bangun apabila Menteri Ekonomi menyebut tentang, “RM85.7 juta itu tidak benar, yang Ayer Hitam gunakan dalam TikTok”. Saya tidak bangun kerana Menteri ketika itu menghabiskan penggulungan. Saya hanya bangun keesokan hari apabila saya gunakan peraturan untuk mendapat pandangan. Saya kata, saya
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
tidak berhajat untuk mengheret Menteri ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan pada ketika itu, saya cuma menceritakan apa pertuturan saya dengan Menteri ketika itu. Saya kata, “Ini adalah Penyata Rasmi, jawapan rasmi kepada Rantau Panjang dan Bakri”. Setakat itu, saya ikut, patuh apa yang Tuan Pengerusi minta saya buat, saya buat.
Lantaran itu, satu episod telah berlaku di mana Yang Berhormat Kampar telah merujuk saya, kononnya saya merujuk Menteri kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Saya pun bingung. Bahasa Melayu saya taklah susah sangat difahami kecuali orang yang tak faham bahasa dan telah terang lagi bersuluh saya dah sebut dengan begitu jelas sekali tetapi akhirnya, saya akur juga apabila saya terima surat daripada Tuan Pengerusi untuk saya buat penerangan, kerana berlaku adil, saya kena terangkan. Saya serahkan kepada Tan Sri Tuan Pengerusi pada 14 hari bulan untuk menjelaskan kedudukan apa yang sebenarnya.
Jadi, terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya juga dapat jawapan daripada Tuan Pengerusi. Pada waktu itu, saya tidak memanjangkan isu ini tetapi saya nak beritahu, pada 14 November hari itu, apabila dalam peringkat Jawatankuasa, saya sekali lagi, nama saya disebut. Tak tahulah dia rindu saya sangat ke apa. Tiba-tiba nama saya diheret sekali lagi.
Kata saya rujuk Menteri kepada Jawatankuasa Hak. Apa ini? Saya tak pernah. Kemudian, wujudnya satu ayat, jawapan yang telah diberikan oleh Menteri, “RM31 juta adalah perbelanjaan sehingga sekarang”. Itu pun saya tak bangkit sebab masa itu saya tak sempat, tak diberi kesempatan untuk mencelah pun. Kemudian dia kata, saya buat begitu.
Saya tanya, bila saya jawab kepada Menteri. “Mata mana yang dia nampak saya ini bangun?” Hairan. Hansard ini adalah rekod rasmi dalam Dewan Rakyat kecuali dia pergi dewan makan, dewan kuliah. Dewan Rakyat memang berpandukan pada Hansard. Jadi kelmarin, saya berada di luar negara dan semalam, satu laporan Malaysiakini kata saya ini sebaliknya, yang mengambil kesempatan untuk menghukum beliau. Saya cuma nak minta supaya pertama, kenyataan Yang Berhormat Menteri Ekonomi menyebut saya yang memetik data salah itu, sebenarnya datang daripada jawapan bertulis yang telah disembahkan dalam Dewan Rakyat ini. Itu sahaja.
Saya tak kata nak minta maaf, saya kata, “Please excuse me, saya tidak terlibat. Itu angka yang saya petik daripada jawapan rasmi”. Pertama. Kedua, apabila YB Kampar sebut benda ini, seolah-olah saya berbohong kerana saya tengok rekod balik, percakapan Hansard, semua tak ada. Saya tanya dia, dia pergi masuk dewan apa itu? Dewan Rakyat, Hansard tak ada, gambar tak ada. Macam mana dia boleh pakai dua tiga kali? Semalam pun cakap. Ya, saya akur dengan keputusan Tuan Pengerusi sebab itu saya tak memanjangkan cerita ini.
Dia kata, saya sebaliknya nak gigit dia balik. Apa ini? Keputusan Tuan Pengerusi dah kata dengan jelas, tak ada prima facie kes terhadap saya. Saya tak merujuk Menteri kepada ini.
Kedua, saya pun tak bangkit. Jadi, benda yang dia tak nampak, tak ada rekod, dikatakan saya melakukan benda ini dan semalam saya digelar sebagai saya telah mencipta satu rekod, mengheret Menteri dalam kerajaan ke Jawatankuasa Hak. Satu lagi yang memesongkan Dewan, saya minta petua daripada Tan Sri Tuan Pengerusi, mana mungkin 36(12). Saya dah 20 tahun dalam Dewan ini.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
First term, Kit Siang kata “Lesson number one, kena belajar” pada kita. Kita backbencher, baru masuk. First timer. Dia kata, kena belajar. Pasal apa? Kalau 36(12), tak semesti kamu wajib merujuk seseorang itu kepada Jawatankuasa. Apa yang dikehendaki ialah penjelasan, kalau tak betul tarik balik. Itu lazim berlaku. Saya tunjuk banyak kes yang berlaku.
Kenapa dalam kes ini, saya dipaksa gunakan 36(12) dan tiada pengecualian. Mesti merujuk Menteri, mengikut tafsiran dialah, kepada Jawatankuasa Hak. Dia nak rujuk, dia punya pasal tapi jangan melibatkan saya sebab saya ini, saya anggap integriti saya ini penting. Saya nak Tan Sri Tuan Pengerusi yang cukup arif lagi bijaksana, tahu apa yang berlaku. Apa yang Menteri kata saya petik data yang salah itu, saya tak pernah buat. Itu kenyataan daripada Hansard, penyataan rasmi. Itu sahaja.
Tuan Pengerusi
Baik.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Kemudian, kepada Kampar, jangan mengada-ada. Kalau tak faham bahasa, balik sekolah. Minta maaf , saya terpaksa gunakan bahasa kasar sikit sebab orang yang tak faham bahasalah, tak faham. Saya kata saya tidak berhajat untuk merujuk Menteri kepada Jawatankuasa. Jadi, saya berharap isu dalam November, selesai dalam bulan November dan saya yakin Tan Sri Tuan Pengerusi mampu melakukan tindakan. Jadi, kembalikan nama suci saya.
Yang pertama, dengan Menteri. Saya tak petik yang tak benar. Itu memang diberi pada jawapan dan sama ada peruntukan itu secara berfasa yang diluluskan oleh Dewan Rakyat kepada YB Kampar, itu satu projek. Kalau RM85 million digunakan dua tahun, tiga tahun, itu bukan ceritanya. ‘Bot’ peruntukan itu diberikan berapa? Bukan pembayaran setakat ini. Saya tak tanya itu pun.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Kalau saya tak tanya dianggap sebagai imaginasi, saya rasa itu tidak adil. Tan Sri Yang di-Pertua, saya akur dengan keputusan, apa jua keputusan, saya menghormati kedudukan Speaker sebagai orang yang paling arif dalam Dewan ini. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik. Terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker, Tan Sri Speaker.
Tuan Pengerusi
Nanti...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Hari Khamis, hari Khamis.
Tuan Pengerusi
Boleh saya selesai ini dulu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Boleh, boleh, boleh.
Tuan Pengerusi
Sebab hari ini hari Khamis, malam Jumaat. Jadi semua nak balik cepat besok nak balik ke kawasan ya. Baik, isu yang dibangkitkan oleh Ayer Hitam itu ini respons saya. Saya telah menerima usul di bawah Peraturan Mesyuarat 36(6) dan 36(12) dari Yang Berhormat Kampar. Kampar bukan Kapar, Kampar dan Yang Berhormat Ayer Hitam.
Tuan Pengerusi
Usul-usul ini berkaitan kenyataan Yang Berhormat Pandan dan Yang Berhormat Ayer Hitam berkaitan kos pembangunan PADU di Dewan Rakyat ini pada 6 November 2024. So, ada tiga personaliti yang terlibat sini Ayer Hitam, Kampar dan Pandan. Jadi berdasarkan penelitian saya, I’ve study all, kenyataan Yang Berhormat Ayer Hitam dan Yang Berhormat Pandan telah merujuk kepada dua perkara yang berlainan dan kedua-duanya adalah fakta yang betul. Kedua-duanya betul.
Ayer Hitam telah merujuk kepada kos pembangunan PADU secara keseluruhan untuk tahun 2023 hingga 2025 manakala Yang Berhormat Pandan telah merujuk kepada kos pembangunan PADU hingga September 2024. Cuma cara perkara itu dibangkitkan dalam Dewan pada hari itu ataupun hari tersebut adalah dari sudut yang berlainan. Oleh itu saya dapati bahawa tidak wujud prima facie terhadap perkara yang dibangkitkan di bawah Peraturan Mesyuarat 36(6) dan 36(12). Tidak, tidak ada.
Maka saya berpandangan perkara ini tidak perlu dibangkitkan lagi selepas ini kerana saya telah membuat keputusan melalui surat saya yang telah saya utuskan kepada Yang Berhormat Kampar. So, it is a closure, I don’t want it to be raised anymore. Semua itu ada sedikit perbezaan-perbezaan pendapat, namun begitu faktanya betul, apa yang Ayer Hitam bangkitkan dengan apa yang telah disebut oleh Pandan. So, saya anggap case closed, please ya. Jadi saya dah pun tulis surat kepada Kampar. Yes, get Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker, saya- terima kasih. Saya juga bangun di atas isu Peraturan 36(12).
Tuan Pengerusi
36(12) yes isu apa itu?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya, 36(12) dan 36(6). Cuma nak rujuk balik kepada kenyataan Ayer Hitam tadi apa yang dimaksudkan saya percaya adalah bukan Ayer Hitam bersihkan nama suci Ayer Hitam, nama bersih Ayer Hitam. Cuma hendak perbetulkan itu sahajalah.
Tuan Pengerusi
Okey, terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Hendak balik kepada isu yang saya bangkitkan tadi adalah berkenaan dengan usul untuk merujukkan Yang Berhormat Pendang di mana dalam perkara itu saya terima, saya dengar dengan teliti...
Tuan Pengerusi
Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Segala keputusan yang dibuat oleh Tan Sri Speaker memang kita akur dan memang keputusan yang memang teratur dan kita hormati.
Saya juga ingin tanya kerana kita sekarang dalam minggu ke- ada dua minggu lagi sidang akan selesai. Kita lihat bahawa selepas kejadian pada 6 November, sorry 4 November kejadian ini telah berulang sekali lagi, [Ketawa] di mana Yang Berhormat Pendang pun telah diminta untuk keluar daripada Dewan oleh Yang Berhormat Timbalan Speaker, Timbalan Pengerusi yang mempengerusikan Mesyuarat Dewan.
Jadi saya ingin tanya selepas meneliti penjelasan, apakah keputusan yang akan dibuat oleh Tan Sri Speaker kerana kalau kita merujuk kepada keputusan Tan Sri Speaker
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
tadi memang dalam kes ini memang ada bukti prima facie case, jelas sekali. Saya pun lihat Tan Sri Speaker mengangguk kepala. Jadi kita melihatkan bahawa tuduhan yang dibuat terhadap DAP, yang dibuat terhadap Menteri DAP tentang wang yang dijumpa RM94 juta dan sebagainya adalah sesuatu yang tidak benar.
Jadi saya mohon dengan rendah diri, dengan penuh takzim apakah keputusan yang akan dibuat oleh Tan Sri Speaker kerana kita masih lagi dengan pendirian bahawa Pendang perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Terima kasih, Tan Sri Speaker.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih Jelutong. Saya telah pun menerima jawapan ataupun usul yang dikemukakan oleh Jelutong kepada saya dan saya telah juga memajukan apa juga kompelin Jelutong kepada Pendang dan insya-Allah saya sedang meneliti semua fakta-fakta itu termasuk sedang membaca Hansard. Saya nak cuba selesaikan isu bajet hari ini, bukan minggu dalam sesi ini sebaik sahaja saya ingat kita akan selesaikan masalah perbelanjaan pada 3 hari bulan. Immediately after that saya akan deal kan dengan isu yang telah Jelutong bangkitkan itu di Dewan ini juga selepas bajet ya. Boleh sabar sekejap ya. Baik, untuk menyucikan nama masing-masing.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih, Tan Sri.
Tuan Pengerusi
Baik. Seterusnya kita sambung perbahasan atas Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan menjemput Ampang. Lima minit dari sekarang, Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih, Tan Sri Pengerusi.
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Ampang ingin ambil bahagian mungkin akan menyinggung lima ke-enam perkara isu berkaitan jika sempat masa yang ada.
Terus kepada Kepala 010000 – Pengurusan. Ampang ingin bertanya kepada pihak bahawa Butiran 010600 – Pengurusan Maklumat apakah ataupun sejauh manakah usaha mengharmoni dan mengintegrasikan pangkalan data eKasih di bawah ICU berbanding dengan pangkalan data utama PADU. Kerana saya yakin bahawa bila tahun depan akan dibuat pengiraan dicadangkan sebagaimana oleh Kementerian Ekonomi ianya kiraan tersebut akan berasaskan kepada Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) maka indeks kos sara hidup juga akan berbeza mengikut perkiraan.
Jadi kedua pangkalan data ini mustahak bagi memastikan bantuan dan sokongan dapat diagihkan dengan lebih efisien dan juga sistematik. Oleh itu Ampang juga boleh mencadangkan supaya satu sahaja sistem data yang digunakan tidak lagi hanya eKasih, lain ini dan lain-lainnya sebab kita mahukan satu platform dengan izin, social benefit and services gateway number one yang digunakan oleh pihak kerajaan.
Keduanya di bawah Butiran 010700 – Kewangan dan Butiran 010900 – Akaun, Ampang agak musykil apakah rasional untuk memisahkan kekedua bahagian ini ya.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Maknanya ia mempunyai fungsi hampir yang sama iaitu berkait rapat dengan kewangan dan perakaunan. Jadi mohon Timbalan Menteri memperjelaskan.
Kedua di bawah Kepala 020000 – Kesejahteraan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Pertama persoalan yang ditimbulkan, saya ingin mengetahui sebab musabab mengapa sasaran 2025 bagi beberapa petunjuk prestasi utama pada tahap begitu rendah yakni kalau kita lihat peratusan kesedaran wanita terhadap isu gangguan seksual hanya 10 peratus.
Peratusan penglibatan komuniti dalam menyediakan khidmat sosial dan warga emas hanya 30 peratus dan peratusan kanak-kanak yang mengikuti program latihan diintegrasikan dengan program komuniti juga agak rendah iaitu 10 peratus. Jadi apakah sebenarnya batu penghalang untuk mencapai tahap pencapaian lebih baik paling kurang sepatutnya kita mencecah 50 peratus dalam konteks untuk menyasarkan supaya program-program ini dapat dilakukan.
Saya ingin ambil contoh Tan Sri Pengerusi apa yang dilakukan mungkin pihak kementerian boleh ambil contoh. Apa yang berlaku di Selangor contohnya dengan melantik seorang pegawai penyelia setiap kawasan, ia boleh memudah cara ataupun lebih menjadikan program advokasi kepada rakyat ini dapat disempurnakan. Mungkin kementerian boleh ambil perhatian perkara tersebut.
Bagi perkara ketiga yang ingin dirujuk iaitu Butiran 020100 – Kebajikan Masyarakat yang diunjurkan, kita lihat ada peningkatan 5.3 persen kepada 472 peratus. Saya yakin ini adalah peningkatan memandangkan kita ada memberi- kerajaan ada memberi penambahan elaun kepada mungkin OKU, RM450 kepada RM500, warga emas RM500 kepada RM600 tetapi apakah bantuan dan sokongan buat golongan OKU ini mencukupi?
Terutamanya kalau kita lihat yalah, kalau OKU itu kanak-kanak, mungkin RM450 itu membantu sedikit tetapi kalau dia lagi tahun ke tahun tambah besar dan sebagainya keperluan mereka berbeza. Benda yang perlu diberi perhatian kepada mereka lebih berbeza.
Saya yakin pernahkah sebarang kajian sebenarnya spesifik dijalankan untuk mengenal pasti kedua apa jua impak terhadap keluarga yang ahli keluarganya ada sama ada OKU, warga emas ataupun mereka yang dalam keadaan kesihatan yang tidak baik, bed ridden dan sebagainya dengan izin yang perlu dibantu.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Sebagai contoh, katalah satu keluarga itu mempunyai satu atau lebih daripada satu mereka yang saya sebut ini. Dahulu dia bekerja, mungkin pendapatan paling rendah RM2,000 tetapi mereka terpaksa berhenti kerja dan bila mereka berhenti kerja, mereka hanya- tidak ada pendapatan tetapi bantuan daripada kerajaan hanya RM450. Jadi, kita bayangkan bagaimana mereka ingin mendepani keadaan untuk masa-masa akan datang?
Kerana konflik antara mendapat pendapatan dengan menjaga mereka yang ada tanggungjawabnya di situ.
Oleh itu, saya ingin tanya di bawah Butiran 020300 – Institut Sosial Malaysia (ISM).
Apakah sebarang kajian yang saya rasa sudah sampai masanya senarai keperluan asas dan sistem sokongan bersepadu mengandungi pelbagai bentuk bantuan insentif sama ada tunai
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
atau bukan di peringkat umur buat golongan rentan, terutama OKU agar dapat mencapai independent living.
Jadi, kita hendak juga tengok kajian-kajian khusus dikemukakan. Kalau boleh Menteri, selain daripada kajian itu, kita hendak juga tengok pelan tindakan yang agak khusus, yang ada affirmative action untuk golongan-golongan rentan ini, yang boleh dibaca oleh pihak Ahli-ahli Parlimen untuk kita lihat. Contohnya, apakah dalam konteks pendidikan latihan untuk mereka, pekerjaan yang sesuai untuk mereka, program pemulihan dalam komuniti yang saya yakin sebenarnya banyak perlu dibuat. Termasuk fasiliti dan infrastruktur sokongan lain yang bebas halangan supaya akhirnya mereka ini boleh hidup berdikari tanpa bergantung kepada bantuan-bantuan yang banyak. Satu minit lagi, Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Silakan.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Saya ingin mengambil bahagian dalam menyatakan tentang- saya lihat di sini di bawah Butiran 01600 Peruntukan JKM Khas untuk Pelan Tindakan Mekanisme, untuk menangani impak jangka pendek, sederhana dan panjang terhadap mangsa GISB. Saya yakin peruntukan tahun depan ini ada juga untuk menangani perkara ini tetapi saya lebih menjurus kepada bukan untuk bantuan khusus kepada mangsa- mangsa GISB ini.
Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah peruntukan yang ada itu untuk kita menambah kakitangan ataupun untuk kita memberikan elaun tambahan kepada kakitangan yang terpaksa bekerja lebih untuk menjaga anak-anak yang ada di pusat-pusat jagaan atau mereka yang perlu melaksanakan program ini?
Saya tahu saya dapat informasi bahawa mereka terpaksa kerja lebih tetapi tidak ada ataupun amat sedikit bantuan yang diberikan. Mungkin mereka terpaksa kerja tujuh hari seminggu bagi menepati perkara-perkara yang perlu tanggungjawab di bawah GISB ini.
Akhirnya, saya harap sangat supaya kerajaan juga di bawah Butiran 030400 – Kurang Upaya Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).
Adakah semua kajian ini- saya kalau boleh harapan saya sebagai ahli Parlimen Ampang yang tidak ada PDK di dalam kawasan Ampang, saya hendak mencadangkan supaya wujudkan satu pusat one stop center whole of society and whole of government untuk menangani kesemua golongan rentan di dalam satu institusi. Modelnya patut dibuat dan mengambil kira bagaimana yang dilaksanakan oleh negara-negara luar yang maju, yang telah meletakkan satu center untuk dijaga semua golongan rentan ini. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Itu daripada Ampang.
Tuan Pengerusi
Baik, seterusnya saya jemput Sungai Besar.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat petang. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya terus ke Butiran 030400 - Kurang Upaya Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), bagi lebih 18,000 anak-anak istimewa yang mendapat pendidikan ataupun terapi dan
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
pembelajaran daripada pusat-pusat pertubuhan di dalam komuniti. Saya mencadangkan beberapa kurikulum kena ditambah baik.
Pembelajaran berasaskan bagaimana hendak berdikari untuk kelangsungan hidup mereka kena diberi keutamaan, terutamanya bagi pelatih yang sedang menginjak usia remaja. Saya kira pembelajaran yang berasaskan teknik dan vokasional (TVET) wajar diperkenalkan supaya mereka ada kemahiran dan boleh berdikari. Ada SKM lagi baik.
Dengan kemahiran yang ada, mereka boleh mendaftarkan diri sebagai pekerja di mana-mana premis dan mereka boleh dapat tambahan elaun iaitu elaun pekerja cacat daripada JKM.
Saya juga hendak sentuh sedikit berkaitan Butiran 020300 - Institut Sosial Malaysia
(ISM), yang dahulunya sebuah institusi yang menggunakan banyak kaedah kaunseling dalam melaksanakan agendanya sama ada dalam bentuk latihan ataupun seminar. Soalan saya, siapakah focus group ISM dalam melaksanakan fungsinya? Ke arah mana matlamat utama ISM? Begitu juga, saya hendak sentuh satu institusi bawah KWKM iaitu Lembaga Kaunselor Malaysia.
Setakat ini, berapa ramaikah kaunselor berdaftar di bawah Lembaga Kaunselor?
Berapa sasaran kaunselor berdaftar itu ingin diwujudkan? Berapa sasarannya? Apa hala tuju dan ke mana hendak dibawa fungsi kaunselor berdaftar ini? Kita tahu kaunselor berdaftar memiliki kepakaran kaunseling yang sangat tinggi. Ada akta. Akta 580 di bawah Parlimen, tahun 1998. Adakah kaunselor-kaunselor berdaftar ini diberi peranan dan tanggungjawab membantu masyarakat, orang awam berkaitan kerajaan, pelajar sekolah dan sebagainya?
Saya hendak bagi contoh, Tuan Pengerusi. Semakin ramai masyarakat kita sedang berada dalam keadaan stress, burnout, gangguan emosi dan mental sekarang ini. Ada laporan tahun 2024, Wellness at Works menyatakan 67 peratus pekerja kita burnout mungkin kerana letih, mungkin kerana penat, mungkin kerana tertekan dengan situasi kerja. Mereka ini perlukan pembimbing rakan sekerja yang ada sedikit kemahiran kaunseling.
Bagaimana Institut Sosial Malaysia (ISM) boleh melatih pembimbing-pembimbing ini dengan kemahiran ini? Juga perlunya kaunselor berdaftar untuk mengurangkan tekanan mereka. Pernyataan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada 1 Oktober 2024, Laporan Bernama 40,000 penjawat awam alami isu kesihatan psikologi.
Isu kesihatan psikologi ini boleh membawa kepada kecelaruan mental dan tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS), satu juta bersamaan 4.6 peratus penduduk Malaysia berusia 15 tahun ke atas mengalami kemurungan. Tuan Pengerusi, isu psikologi saya kira hanya kaunselor berdaftar sahaja yang boleh dipercayai untuk membantu mereka.
Jadi soalan saya, apa usaha Lembaga Kaunselor Malaysia untuk membantu KPWKM menyelesaikan beberapa isu masyarakat dan bagaimana Lembaga Kaunselor boleh berkolaborasi dengan persatuan-persatuan kaunseling seperti Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA), Persatuan Kaunselor Pendidikan Malaysia (PEKA) dan persatuan- persatuan kaunseling yang lain dalam membantu masyarakat yang sudah mula stress dan terganggu emosi dan terkini di Pantai Timur, di utara Semenanjung Tuan Pengerusi, sedang dilanda banjir besar.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Berpuluh ribu rakyat sedang terganggu rohani, mental dan perasaan mereka serta jiwa mereka tertekan. Apa usaha Lembaga Kaunselor dan kumpulan kaunselor-kaunselor berdaftar untuk membantu meredakan keresahan, trauma dan kesedihan mereka yang sedang bertarung di Pantai Timur, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis yang sedang berlaku sekarang ini. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih Sungai Besar. Saya jemput Kepala Batas.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Wanita itu fitrahnya lemah lembut, namun sebagaimana pepatah, ‘tangan yang menghayun buaian, mampu menggoncangkan dunia’.
Kepala Batas bersama-sama menyokong hentikan keganasan terhadap wanita. Terima kasih kepada Tan Sri Pengerusi.
Pertama, Butiran 020200 - Pembangunan Wanita. Alhamdulillah peruntukan sebanyak RM28.84 juta untuk Pembangunan Wanita. Maka, Kepala Batas ingin tahu bagaimanakah jumlah peruntukan ini akan digunakan bagi membantu pembangunan wanita dari segi kewangan dan kesejahteraan kepada peniaga kecil wanita seperti pengusaha warung, penjual nasi lemak, goreng pisang di tepi jalan di bawah peruntukan ini? Adakah ia hanya dapat membantu para wanita ini melangsaikan hutang Ah Long yang terpaksa diambil demi kelangsungan perniagaan mereka ataupun disebabkan terbeban dengan pinjaman- pinjaman yang dilakukan seperti TEKUN, MARA, PTPTN serta yang lain?
Kedua, 032100 - Anjung Singgah. Umum sedia maklum bahawa kehadiran gelandangan banyak terdapat di bandar-bandar utama. Antara yang sering menghadapi isu gelandangan ini ialah sudah tentunya di ibu kota seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Tanjung Pulau Pinang. Adakah peruntukan yang disediakan untuk RM4.5 juta ini mencukupi untuk biayai semua kemudahan Anjung Singgah di seluruh negara?
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Apakah strategi pihak kementerian dalam mendepani isu gelandangan berulang?
Adakah terdapat mekanisme dalam menangani isu ini? Kalau dilihat berdasarkan apa yang disebutkan oleh pakar kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr. Fauziah Mohd Sa’ad melaporkan bahawa segelintir gelandangan ini sulit untuk keluar daripada kitaran hidup yang sama berulang kerana didorong oleh faktor gangguan kesihatan mental dan juga kurang sokongan sosial.
Maka setakat ini, berapakah jumlah gelandangan yang berulang yang telah direkodkan melibatkan wanita, kanak-kanak, OKU dan berkeluarga oleh Anjung Singgah serta Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mohon perincian mengikut bandar dan juga negeri.
Kalau dilihat berkenaan dilaporkan oleh Utusan Borneo online melaporkan terdapat isu gelandangan berulang di Old Man Street, Miri yang perlu ditangani dengan segera. Apakah status terkini isu ini dan adakah terdapat keperluan untuk Anjung Singgah turut dibuka dan diperkenalkan di bandar Miri selain telah wujud di Bandar Kuching?
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Hari ini kita melihat tempat-tempat menghadapi banjir Rantau Panjang, Ketereh, Sik, Pasir Mas, Machang dan beberapa tempat lain. Adakah Anjung Singgah ini berpotensi untuk menjadi sebagai satu alternatif kepada pusat pemindahan banjir sementara kerana ia dilihat lebih kondusif terutama kepada kaum wanita yang perlu menjaga auratnya?
Ketiga, 020300 – Institut Sosial Malaysia. Kepala Batas ingin tahu adakah terdapat kajian berkaitan kesihatan mental dan keseimbangan hidup telah dilaksanakan oleh Institut Sosial Malaysia? Sekiranya ada, mohon pencerahan tentang apakah hasil dapatan daripada kajian tersebut.
Baru-baru ini Kepala Batas ada menerima laporan dan juga pembentangan daripada satu badan bukan kerajaan, ARWA atau dengan izin, Association of Research, Development and Women Empowerment Malaysia berkaitan kajian polisi kesihatan mental wanita muda Malaysia.
Tadi Sungai Besar ada menyebutkan berkenaan dengan isu mental. Ini saya khususkan berkenaan dengan isu kesihatan mental wanita muda Malaysia. Timbalan Menteri, Tan Sri Pengerusi yang saya ingin kongsikan beberapa perkara. Jika dilihat apa yang dilaporkan oleh ARWA ini, hasil kaji selidik menunjukkan bahawasanya prevalence depresi lebih tinggi dalam kalangan muslimat muda atau pun golongan anak muda.
Menunjukkan 11.5 peratus wanita muda di Malaysia mempunyai gejala kegelisahan.
Berdasarkan responden 532 orang, maka dilihat faktor utama yang berkait rapat tekanan dalam kalangan wanita muda ini adalah faktor yang paling utama yang pertama sekali adalah kerjaya.
Kedua adalah kewangan, dan ketiga adalah keluarga. Majoriti daripada hasil kajian ini di Malaysia, 91 peratus setuju supaya waktu bekerja fleksibel atau hari bekerja dari rumah secara berkala dapat dilaksanakan. Majoriti wanita muda bersetuju supaya cuti khas diperuntukkan bagi ibu bapa menjaga anak-anak yang sakit. Sebab setakat ini cuti bergaji penuh hanya diperuntukkan bagi anak-anak yang perlu di kuarantin ataupun memerlukan pengasingan khusus yang mana diperakukan oleh pegawai perubatan.
Jika dilihat bahawasanya Malaysia berada di kedudukan kedua terburuk di dunia berkaitan keseimbangan hidup dan kerja, work-life balance daripada 60 bauh negara. Maka kalau kita lihat negara New Zealand yang memiliki skor index work-life balance iaitu 80.76 peratus mohon izin Tan Sri Pengerusi, satu minit lagi. Oleh itu Tan Sri Pengerusi, ketika sesi Kamar Khas yang lalu bahawasanya disebutkan berkenaan dengan kesihatan mental ini amat mengejutkan.
Timbalan Menteri ada menyebutkan bahawasanya apa yang direkodkan di Pusat Sokongan Sosial Setempat di seluruh negara yang paling tinggi adalah berkaitan dengan isu- isu sosial dan juga isu-isu berkenaan dengan kesihatan mental. Maka, secara realitinya Parlimen Kepala Batas ingin mendapatkan realiti bahawasanya ibu tinggal juga turut terkesan dengan masalah kesihatan mental ini. Maka kajian perlu dibuat berkenaan dengan definisi apakah itu ‘ibu tinggal’ dan tidak boleh disamakan kedudukannya dengan ibu tunggal. Kepala
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Batas mencadangkan agar kajian ini dapat dibentangkan hasilnya oleh Institut Sosial Malaysia demi kepentingan dan kebajikan wanita masa hadapan.
Akhirnya Tan Sri Pengerusi, Kepala Batas mencadangkan agar hasil kajian yang dilaporkan oleh ARWA ini dapat dipertimbangkan dan mungkin Timbalan Menteri dan juga semua Ahli Parlimen wanita dalam Dewan ini boleh bersetuju bahawa perkara berkaitan work-life balance ini sangat berharga terutamanya kepada ibu-ibu muda yang sedang berjuang demi kelangsungan diri dan keluarga. Malah para suami juga akan berasa lebih bahagia dapat meluangkan lebih banyak masa dengan isteri di rumah ataupun di mana sahaja. Dengan izin, happy wife, happy family. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Saya jemput Puchong.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Terima kasih Tan Sri Speaker kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan. Tan Sri, Puchong ingin merujuk kepada Butiran 030300 – Pembangunan dan Perkembangan Kanak-kanak yang memperuntukkan RM9 juta.
Puchong ingin tanya, apakah status penubuhan dan perancangan kementerian untuk tahun 2025 bagi Jabatan Pembangunan Kanak-kanak yang telah pun dilancarkan pada Ogos ini. Berapakah jawatan yang akan diwujudkan, apakah peruntukan untuk JPKK iaitu Jabatan Pembangunan Kanak-kanak ini?
Tan Sri, terdapat 9.13 juta kanak-kanak di Malaysia iaitu hampir satu pertiga populasi di Malaysia adalah kanak-kanak, tetapi kerana usia mereka, mereka tidak ada undi iaitu tidak ada wakil di Parlimen ini. Oleh itu, saya sangat berharap bahawa pemimpin-pemimpin di sini, kita juga menitik berat kebajikan mereka dan antara yang paling penting ialah penubuhan satu jabatan yang khusus untuk menjaga dan melindung mereka.
Bukan sahaja itu, Puchong juga ingin cadangkan kepada KPWKM untuk mewujudkan satu rang undang-undang di mana iaitu Rang Undang-undang Jabatan Pembangunan Kanak-kanak bagi menginstitusikan JPKK. Jangan sekarang kerajaan ada kita menubuhkan JPKK, selepas itu kerajaan sudah tidak ada, tidak ada peruntukan, kita tutupkan.
Oleh itu, adalah sangat penting kita ada satu akta untuk menginstitusikan JPKK supaya kita dan dengan adanya akta ini juga, agensi atau jabatan ada punca kuasa yang sempurna untuk menjalani tugas teras mereka iaitu dalam pencegahan, pembangunan, perlindungan, pemulihan dan mengintegrasikan kanak-kanak. Oleh itu Tan Sri, sudah tiga kali ya Parlimen ini meminda undang-undang dan melindungi kanak-kanak dengan lebih baik, tiga kali, tapi saya rasa kita ada satu kali lagi kita buatkan Rang Undang-undang Jabatan Pembangunan Kanak-kanak.
Tan Sri, seterusnya Puchong ingin mengalih ke Butiran 030900 – Sosioekonomi Kurang Upaya memperuntukkan kira-kira RM1.1 bilion.
Kita sentiasa cakap bahawa apabila kita beri ikan kepada seseorang, kita akan memastikan dia makan satu hari. Kalau kita mengajar dia untuk memancing, maka kita boleh memberi makanan kepada dia seumur hidup. Tindakan proaktif daripada kerajaan untuk
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
mewujudkan peluang pekerjaan untuk OKU adalah sangat penting. Dengan itu, Puchong ingin tanya secara spesifik kepada KPWKM, apakah status pencapaian sasaran satu peratus OKU dalam sistem kerajaan?
Setahu saya, ia adalah jauh daripada sasaran. Sudah banyak tahun kita cakap kita nak satu peratus OKU dalam sistem kerajaan, tetapi tidak pernah memenuhi sasaran ini.
Barangkali saya dengar alasan ataupun sebab daripada kementerian ialah tiada cukup permohonan ataupun tiada cukup bakat, tetapi saya nak tanya, adakah KPWKM telah pun mempergiatkan promosi di kalangan OKU supaya mereka boleh apply? Adakah KPWKM telah pun engaged secara proaktif dengan JPA supaya langkah-langkah untuk mengatasi kekangan ini telah pun diambil? Oleh itu, saya nak menggesa di sini supaya kementerian menjadi lebih proaktif untuk mencapai sasaran satu peratus ini.
Seterusnya Puchong ingin merujuk kepada Butiran 020100 – Kebajikan Masyarakat.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk bertanya kepada Timbalan Menteri, apakah perkembangan pembentangan RUU Profesion Pekerja Sosial?
Tan Sri, satu daripada 20 kanak-kanak dan satu daripada 10 orang dewasa hidup kurang upaya antara 2020 hingga 2022. JKM telah merekodkan lebih daripada 18,000 kes penderaan kanak-kanak.
Professionalism kerja sosial semakin penting. Jika kita bandingkan dengan negara jiran yang lain ya, kita jauh di belakang dalam mengiktiraf kerja sosial sebagai satu profesion.
Negara seperti Filipina, Singapura, Thailand dan Indonesia telah pun menggubal undang- undang dan dasar untuk memprofesionalkan kerja sosial pada 1965, 2009, 2013, 2019 masing-masing.
Dengan adanya akta, mereka dapat meningkatkan sokongan untuk tenaga kerja perkhidmatan sosial mereka. Di samping itu, saya sangat bimbang apabila saya tengok angka ini iaitu nisbah pekerja sosial kepada penduduk di Malaysia adalah sangat tinggi iaitu satu pekerja sosial ke 8,576. Ini adalah jauh di belakang Singapura satu kepada 3,448 dan Australia satu kepada 1,040.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Oleh itu, pewujudan Akta Profesion adalah sangat penting dan sangat timely. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, Mac tahun ini, Menteri umumkan RUU Profesion Kerja Sosial akan dibentangkan pada tahun ini juga, tetapi saya sangat kecewa apabila saya tengok dan baca laporan bahawa pada Oktober, Menteri umumkan pembentangan RUU ini telah pun ditunda. Puchong ingin tanya, mendapatkan komitmen daripada pihak kementerian, bilakah RUU ini akan dibentangkan?
Sebagai Pengerusi JKPK Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat, saya sangat berharap bahawa draf RUU ini akan dikemukakan kepada JKPK dan mendapatkan feedback daripada kita sebelum pembentangan. Harap bukan sahaja satu taklimat untuk jelaskan apa yang akan diadakan, tetapi sesi libat urus dengan kita dan kita akan melibatkan lebih ramai stakeholders lagi untuk menimbang rang undang-undang ini dengan baik. Saya sangat berharap bahawa rang udang-undang ini akan dibentangkan pada
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
tahun 2025 dan saya beri komitmen bahawa JKPK akan memberi sokongan penuh kepada kementerian supaya kita boleh bersama-sama membentangkan RUU ini.
Tan Sri, bagi saya satu minit lagi untuk bahas tentang pembangunan wanita. Saya merujuk kepada Butiran 020200 – Pembangunan Wanita yang memperuntukkan RM28.84 juta. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, subsektor pemerkasaan politik di Global Gender Index, Malaysia telah pun mencapai skor yang sangat rendah iaitu 0.098 daripada satu. Jika kita menggunakan skor 100 markah ya, kita hanya dapat 9.8 iaitu tidak mencapai 10 pun.
Walaupun wanita terdiri daripada 50 pengundi dan populasi, tetapi hanya terdapat 13 wanita di dalam Dewan yang mulia ini. Sejak kemerdekaan, kurang daripada 100 wanita pernah menjadi Ahli Parlimen. Dengan perwakilan yang sangat rendah, suara dan keperluan wanita dan kanak-kanak tidak dapat perhatian yang sepatutnya. Bukan sahaja di peringkat Parlimen. Kalau kita tengok di peringkat negeri, akar umbi pun pemimpin politik wanita berjawatan adalah kurang daripada 15 peratus.
Dengan ini, Puchong ingin cadangkan kerajaan satu game changer-lah, I would say, untuk menubuhkan political party fund for women empowerment. Dana parti politik untuk pemerkasaan wanita dalam politik. Dalam tempoh 10 tahun, parti politik, tidak kira kerajaan ataupun pembangkang, layak mendapat satu peruntukan spesifik daripada kerajaan setiap tahun mengikut jumlah Ketua Kampung, ketua masyarakat, Ahli Majlis, ADUN ataupun Ahli Parlimen. Dengan ini, kerajaan juga boleh menyediakan matching grant untuk parti politik untuk program-program pemerkasaan wanita dalam politik. Dengan ini, kerajaan dengan menggunakan peruntukan kerajaan, kerajaan boleh mewujudkan insentif untuk parti politik untuk melatih, melantik dan mencalonkan pemimpin wanita.
Puchong cadangkan kerajaan memperuntukkan RM5 juta daripada RM28 juta dalam butiran ini. RM5 juta sahaja sebagai permulaan dan harap-harap dana ini boleh menjadi game changer sistem politik di Malaysia yang selama ini male dominated.
Selain itu, dana ini juga boleh menjadi projek perintis yang selama ini kita nak menggubal ataupun meluluskan political financing act. Ini boleh menjadi satu projek perintis untuk political financing act. So, it is actually achieving killing two birds in one stone.
Itu sahaja cadangan saya. Puchong bersetuju dengan rang udang-undang ini.
Tuan Pengerusi
Baik. Terima kasih, Puchong. Puchong juga Pengerusi JKPK Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Sebab itu Puchong diberi masa yang lebih.
Baik, Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik. Terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tan Sri Pengerusi. Kulim- Bandar Baharu ingin membawa beberapa butiran dalam perbahasan ini.
Butiran yang pertama iaitu Butiran 020100, iaitu peruntukan bagi kebajikan masyarakat sebanyak RM472.3 juta pada tahun 2025. Kulim-Bandar Baharu ingin
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
bertanyakan iaitu berkaitan dengan program 2 Years Exit. Ia merupakan suatu program yang cukup baik. Namun, sasaran tercapai iaitu hanya sekitar 46.7 peratus sahaja. Oleh itu, Kulim-Bandar Baharu ingin bertanya, perlukah kementerian mengambil langkah-langkah untuk penambahbaikan supaya program 2 Years Exit ini lebih berjaya kerana ia adalah satu program yang cukup baik.
Butiran 031700 – Taska OKU. Taska OKU merupakan sebuah taman asuhan kanak- kanak khusus kanak-kanak kurang upaya di mana taska ini menyediakan asuhan dan pendidikan awal. Setakat ini, hanya 13 taska OKU dan pihak kerajaan telah merancang untuk membina hingga 50 taska OKU. Persoalannya, adakah perancangan ini dilaksanakan?
Kerana ia amat diperlukan oleh masyarakat setempat dan juga di Parlimen Kulim-Bandar Baharu.
Butiran 031500 – Unit Penyayang Warga Emas (UPWE). Bagi Kulim-Bandar Baharu, unit ini adalah bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan sokongan dan kebajikan kepada warga emas. Antara fokus utama juga ialah untuk meningkatkan kualiti hidup; kedua, keselamatan dan perlindungan. Oleh itu, pandangan Kulim-Bandar Baharu, Unit Penyayang Warga Emas ini amat perlu ditambah sesuai dengan keperluan semasa terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar.
Butiran 031100 – Bantuan Am. Dato’ Pengerusi, Bantuan Am, mengikut data yang terkini, lebih daripada 450,000 isi rumah mendapat bantuan daripada JKM dalam pelbagai bentuk bantuan yang memerlukan peruntukan hampir RM2.5 bilion pada tahun 2023.
Soalannya, adakah kementerian bercadang untuk menambah jumlah peruntukan? Kerana, kos semakin meningkat. Contohnya, bantuan OKU tidak bekerja sekarang ini hanyalah RM300.
Dato’ Pengerusi, Butiran 030400. Kulim-Bandar Baharu ingin bertanya kepada kementerian iaitu berkaitan dengan kanak-kanak yang berada di institusi JKM hanya boleh tinggal di institusi itu sebelum mereka berumur 18 tahun sahaja. Persoalannya, bagaimana kementerian boleh pastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka selepas kehidupan di institusi ini? Ini adalah kerana kebanyakan daripada mereka adalah sebatang kara, tidak mempunyai keluarga dan mungkin terpaksa hidup bersendirian pada umur 18 tahun iaitu masih muda. Jadi, apakah tindakan kementerian untuk memastikan bahawa selepas 18 tahun, mereka masih lagi boleh menjalankan kehidupan seperti biasa?
Butiran 030400 – Kurang Upaya Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Yang Berhormat Menteri, di Daerah Kulim Bandar Baharu ada sebuah PDK. Bagi saya, PDK ini adalah cukup penting bagi kawasan saya iaitu di Kulim-Bandar Baharu. Namun, ia amat daif dan amat tidak selesa untuk pelajar-pelajar OKU di sini untuk belajar dan menjalankan pelbagai aktiviti yang dijalankan di sini. Oleh itu, saya mohon kementerian untuk memberi perhatian yang sewajarnya demi keselesaan pelajar-pelajar di sini. Sekian, terima kasih. Terima kasih, Tan Sri.
Tuan Pengerusi
Baik. Saya jemput Bagan Serai.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tan Sri Pengerusi.
Saya mahu bahas berkenaan dengan Butiran 031400 – Pusat Aktiviti Warga Emas
(PAWE), sesuai dengan- saya pun telah pun masuk ke warga emas. Tiket kata pergi separuh.
Sepertimana sabda Nabi SWT menyebut...
[Membaca sepotong Hadis] “Umur umat ku ini antara 60 hingga 70 tahun.” Sebab itu kerajaan bagi umur pencen 60 tahun itu elok. Sempat makan pencen tiga bulan, mati.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Nabi juga bersabda, nabi mengatakan...
[Membaca sepotong Hadis] “Orang yang terbaik daripada kalangan kamu ialah orang yang umurnya panjang dan baik daripada segi amalannya.” Maka, penubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas ini sudah tentulah untuk menyediakan kepada mereka yang sudah menghampiri umur hayat mereka atas dunia ini.
Berapakah jumlah PAWE yang telah ditubuhkan mengikut negeri dan bergerak secara aktif?
Bagaimanakah kementerian menentukan kewujudan di kawasan luar bandar dan kawasan populasi warga emas yang tinggi?
Dengan lima aktiviti utama melibatkan kerohanian, kesihatan, ekonomi, sosial dan persekitaran maka PAWE boleh juga memfokuskan kepada kesejahteraan mental. Isu kesihatan mental warga emas kadang-kadang kurang diberi penekanan. Banyak warga emas yang menghadapi masalah kesunyian ataupun kemurungan. Tambah program yang fokuskan kepada kesejahteraan mental seperti kaunseling, terapi seni dan juga aktiviti sosial. Kualiti dan keberkesanan Program PAWE ini mungkin berbeza bergantung kepada pengurusan setempat. Ada PAWE yang sangat aktif, tetapi ada juga yang bertenaga. Perlukan standard modul dan pemantauan secara berkala oleh pihak berwajib untuk memastikan konsistensi perkhidmatan.
Bagaimana kementerian membina hubungan dengan pihak luar terutama melibatkan sektor swasta yang boleh menyumbangkan melalui dana CSR mereka, pihak NGO dan sebagainya supaya pelaksanaan pusat warga emas ini lebih aktif dan lebih efektif dan relevan sepanjang masa? Sekarang banyak pondok warga emas yang mendapat sambutan daripada kalangan warga emas untuk menghabiskan hayat mereka dengan berada di pondok. Apakah boleh pondok warga emas ini dijadikan sebagai pusat untuk warga emas ini?
Tan Sri Pengerusi, Butiran 031600 – Home Help. Program Home Help ini merupakan inisiatif yang bertujuan memberikan sokongan kepada golongan warga emas terutama mereka yang tinggal bersendirian atau tidak mempunyai sistem sokongan keluarga yang kuat. Program ini melibatkan kunjungan sukarelawan atau pekerja sosial ke rumah warga emas untuk membantu dalam pelbagai aspek kehidupan harian seperti kebersihan, penjagaan kesihatan, bekalan makanan dan sokongan emosi.
Saya mohon penjelasan kementerian, sejauh manakah program ini berjalan pada ketika ini mengikut negeri? Sejauh manakah pemantauan dan penilaian yang telah dibuat oleh pihak kerajaan dalam menilai impak program ini terutama terhadap kesejahteraan warga
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
emas? Sejauh manakah kementerian menyediakan latihan dan insentif kepada sukarelawan terutama dalam menarik minat golongan muda menyertai program ini selaras dengan objektif pelaksanaan projek komuniti untuk komuniti? Seperti juga pusat warga emas ini, bagaimana kementerian membina kerjasama erat bersama dengan pihak swasta, GLC dan NGO dalam menjayakan inisiatif Home Help ini supaya pelaksanaannya semakin bertambah baik dari semasa ke semasa?
Dalam dunia yang semakin canggih ini, bagaimana pihak kerajaan memanfaatkan ruang digital seperti penggunaan sebuah aplikasi yang boleh menghubungkan secara langsung antara sukarelawan, warga emas dan juga pihak keluarga? Satu lagi butiran, Tan Sri.
Tuan Pengerusi
Sila.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Butiran 032200 – Anjung Sinar. Objektif program ini untuk membantu golongan yang memerlukan dan mencerahkan masa depan mereka selaras dengan prinsip keadilan sosial. Inisiatif seumpama ini mempunyai potensi besar dalam memberikan kesan positif kepada golongan muda yang memerlukannya. Dalam tempoh setahun sejak ia mula diperkenalkan, berapakah jumlah individu yang terlibat dengan inisiatif ini? Apakah penilaian dan KPI yang telah ditetapkan oleh kementerian terhadap inisiatif ini? Sejauh manakah ia berpotensi untuk diperluaskan ke seluruh negara terutama di kawasan pedalaman?
Adakah kementerian mewujudkan program seumpama mentor mentee melibatkan golongan profesional di dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, kemahiran teknikal, keusahawanan dan sebagainya untuk dijadikan sebagai bimbingan awal kepada golongan muda ini? Sejauh mana sokongan psikososial seperti kaunseling trauma, latihan pengurusan tekanan dan program pembangunan keyakinan diri benar-benar diterap untuk memastikan golongan muda ini mampu menghadapi cabaran kehidupan berdikari di dunia sebenar?
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Pengerusi
Baik. Saya jemput Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terlebih dahulu nasihat kepada mangsa- mangsa banjir di Perlis dan lain-lain negeri, berhati-hati dan patuhilah arahan pihak berkuasa untuk berpindah dan sebagainya.
Jadi, hari ini saya hendak mula berkaitan dengan demografi penduduklah terutamanya berkaitan dengan Butiran 020400 – LPPKN. Kalau kita lihat balik pada tahun 2023, anggaran jumlah penduduk Malaysia adalah sebanyak 33.4 juta berbanding 32.7 juta pada tahun 2023. Mengikut jantina pula, pada tahun 2023, bilangan lelaki berjumlah 17.5 juta ataupun merangkumi 52.4 peratus. Manakala, perempuan 15.9 juta ataupun 47.6 peratus.
Nisbah jantina, 110 lelaki- berbanding 100 orang perempuan. Kadar pertumbuhan penduduk
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
yang semula jadi ini untuk di Malaysia, pada tahun 2022 adalah 1.7 peratus. Tahun 2023, 2.1 peratus, 2024 dijangkakan 1.9 peratus, 2025 unjuran 1.5 hingga 1.9 peratus, 2030 menurun.
Jadi, soalan saya, apakah usaha-usaha kementerian untuk memberi peluang- peluang ekonomi kepada golongan lelaki? Sebab tadi kita bincang lelaki dan perempuan.
Lelaki banyak lagi daripada perempuan, 110 lawan 100. Peluang-peluang ekonomi kepada lelaki kerana lelaki adalah ketua keluarga berbanding dengan wanita.
Soalan kedua, lihat pada trend kadar pertumbuhan penduduk yang semakin menurun disebabkan peningkatan penduduk tua dan penyusutan dalam kumpulan umur muda, apakah kementerian bersedia ke arah pembangunan dasar-dasar baharu dalam sektor pendidikan, kesihatan dan ekonomi bagi menghadapi cabaran semasa?
Tan Sri Pengerusi, masih lagi dalam LPPKN. Jadi, saya bincang yang ini pula.
Seronok bab-bab keluarga ni. Bab-bab kependudukan. Saya tertarik juga dengan seperti disebut oleh Bagan Serai tadi, sabda Rasulullah, “Umur umat-umat ku antara 60 hingga 70.” Itu yang dibaca oleh Bagan Serai tadi. Jadi, saya hendak sentuh berkaitan dengan populasi menua dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tahun 2022, 3.6 juta rakyat Malaysia ataupun 11 peratus berusia 60 tahun ke atas seperti disebutkan oleh Bagan Serai tadi, 60 tahun, 3.6 juta atau 11 peratus 60 tahun ke atas.
Tahun 2023, 3.8 juta. Meningkat lagi 11.3 peratus, 2030 unjuran 15 peratus, 2050, unjuran 20 peratus. Soalan saya, apakah langkah-langkah jangka panjang kementerian bagi membuat persediaan bagi menghadapi populasi menua ini?
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Bagaimana kementerian berusaha memberi pendidikan berterusan kepada ibu bapa bagi menyemai perasaan kasih dan sayang kepada golongan tua sebab kita pun dah masuk zon tua. Zon yang perlu dijaga oleh anak-anak, insya-Allah.
Saya pergi kepada Butiran 030900 – Sosioekonomi Kurang Upaya dengan peruntukan yang paling banyak la ni, RM1.1 bilion. Menurut statistik JKM sendiri, sehingga Januari 2023 bilangan OKU ataupun golongan istimewa telah pun melebihi 619,000 orang.
Golongan yang mengalami masalah pembelajaran mencatat jumlah tertinggi.
Soalan saya, apakah usaha-usaha kementerian untuk menangani golongan yang mempunyai masalah pembelajaran? Yang kedua, apakah bentuk pendidikan dan sokongan kepada golongan ini daripada kementerian.
Yang terakhir, Butiran 020100 – Kebajikan Masyarakat dan Butiran 030800 – Sosioekonomi Keluarga Miskin. Untuk butiran ini, saya ingin memberi kredit pada Jabatan Kebajikan Malaysia Perlis yang begitu cepat mengambil tindakan terutamanya yang berkaitan dengan isu-isu tempatan seperti kemiskinan, bencana-bencana seperti ribut dan banjir yang sedang berlaku sekarang. Terima kasih, Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik. Saya jemput Jerlun.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Yang Berhormat Timbalan Pengerusi. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah dan dukacita kepada masyarakat yang terlibat dengan banjir khususnya di kawasan saya di Jerlun pada hari ini.
Butiran 020100 – Kebajikan Masyarakat. Dalam Bajet 2024 diperuntukkan RM448.5 juta, dalam Bajet 2025 pula sebanyak RM472.3 juta. Ada peningkatan sebanyak RM23.8 juta.
Saya hendak merujuk Skim Geran Pelancaran di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Sekarang ini diperuntukkan sebanyak RM2,700 sekali gus dan diberikan kepada klien JKM.
Saya pohon penjelasan, adakah kerajaan bercadang untuk meningkatkan kadar geran pelancaran daripada RM2,700 kepada suatu jumlah yang lebih tinggi.
Kita sedia maklum bahawa kos bahan mentah semakin meningkat dan kadar ini tidak sesuai lagi untuk membolehkan penerima memulakan perniagaan mereka. Lagi pun, kadar RM2,700 ini merupakan kadar lama yang tidak pernah dinaikkan. Merujuk bantuan alat sokongan, saya dapati keutamaan pesakit sama ada di kalangan klien JKM atau bukan klien JKM sekarang ini keperluannya ialah kerusi roda dan katil hospital terutamanya di kalangan pesakit terlantar. Pengalaman saya mengadakan lawatan dan ziarah, dua perkara inilah yang menjadi permintaan mereka.
Saya nak tanya, adakah kementerian menetapkan suatu jumlah tertentu secara ready stock, dengan izin, di Pejabat Kebajikan Masyarakat daerah-daerah untuk memudahkan waris pesakit mendapatkannya dengan cepat. Pengalaman saya berbual dengan pesakit, nak dapatkan katil hospital sangat susah, lambat untuk diluluskan permohonan. Jika diluluskan pun kena tunggu agak lama baharu boleh dapat. Kadang- kadang perlu tunggu- que.
Saya harap kementerian perlu ubah birokrasi yang diamalkan. Permudahkan urusan permohonan secara fast track dan berikan elaun tambahan kepada kakitangan yang bertugas di lapangan, di luar waktu pejabat. Jika ini dapat dibuat penambahbaikan, saya yakin masalah pesakit yang memerlukan kerusi roda dan katil hospital dapat diatasi dengan segera.
Merujuk Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas. Tabung ini diletakkan di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas, KPWKM yang mana sistemnya telah pun dikemaskinikan pada 19 November 2021 yang lalu. Kumpulan wang ini adalah bertujuan untuk menyalurkan pembiayaan bagi tujuan memberi bantuan kewangan kepada mangsa serangan binatang buas atau waris terdekat mangsa serangan binatang buas.
Di Parlimen Jerlun, tempat saya, gangguan anjing liar berlaku di beberapa buah kampung di Kodiang menyebabkan penduduk rasa takut dan bimbang keselamatan diri dan anak-anak mereka. Aduan telah dibuat kepada pihak berwajib, tetapi tiada tindakan yang memuaskan diambil. Akhirnya anjing liar semakin bermaharajalela dan semakin membiak.
Persoalan saya tentang tabung ini. Adakah tabung ini hanya dikhususkan kepada klien JKM sahaja atau terbuka kepada sesiapa sahaja yang menjadi mangsa serangan
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
binatang buas? Tentang kadar. Kadar yang ditetapkan untuk sesiapa yang kena serangan binatang buas ini ialah RM200. Saya rasa kadar RM200 ini perlu dikaji semula dan tidak sesuai lagi pada masa kini. Untuk rawatan segera mangsa mendapatkan rawatan di klinik swasta, kos ubat di klinik pun semakin tinggi.
Satu perkara lagi, tabung ini boleh membayar kepada mangsa yang meninggal dunia akibat serangan binatang buas dengan jumlah pampasan sebanyak RM10,000. Syaratnya kategori kecederaan dan jenis binatang buas perlu disahkan terlebih dahulu oleh PERHILITAN ataupun Jabatan Perikanan.
Saya rasa syarat ini terlalu ketat dan mungkin tidak logik pada sesetengah tempat kerana tak mungkin masa hari kejadian, PERHILITAN atau Jabatan Pertanian berada di tempat kejadian dan tidak membuat pemeriksaan ataupun rawatan kepada mangsa. Yang buat pemeriksaan dan rawatan ini adalah Doktor di klinik swasta atau hospital kerajaan. Oleh itu, saya nak mencadangkan pengesahan yang ditetapkan kepada PERHILITAN atau Jabatan Perikanan itu ditukar kepada Doktor yang merawat mangsa, baharu boleh mengesahkan bahawa punca kematian ini adalah akibat daripada serangan binatang buas.
Butiran 030500 – Wang Saku Institusi Kanak-kanak. Peruntukan dalam Belanjawan 2024 dan Belanjawan 2025 kekal RM1.8 juta. Pemberian wang saku kepada kanak-kanak yang ditempatkan di institusi kanak-kanak di bawah JKM. Dalam portal KPWKM ini saya lihat kadar bagi kanak-kanak yang bersekolah ialah RM3 sehari bagi seorang kanak-kanak.
Manakala RM1 bagi kanak-kanak yang tidak bersekolah.
Saya juga rasa kadar ini terlalu rendah sekarang. Kanak-kanak yang belajar di sekolah luar bandar pun diberi wang saku oleh ibu bapa mereka pun RM5. Kalau di pusat bandar mungkin lebih daripada kadar itu. Oleh itu, saya mencadangkan agar kadar wang saku tersebut dinaikkan kepada RM5 bagi seorang kanak-kanak yang bersekolah dan RM3 bagi kanak-kanak yang tidak bersekolah.
Butiran 030600 – Wang Saku Institusi Warga Emas. Peruntukan dalam Belanjawan 2024 dan Belanjawan 2025 juga kekal iaitu RM792,000. Dalam portal KPWKM saya dapati tidak ditetapkan kadar bagi warga emas sebagaimana kanak-kanak tadi yang tinggal di institusi kecuali hanya disebut secara one-off dan secara tunai.
Persoalan saya, berapakah kadar bayaran yang diberikan kepada warga emas yang tinggal di institusi bagi tahun 2024? Adakah terdapat lebihan bayaran yang tak dibayar pada tahun 2024 ini sama ada berlaku kekurangan bilangan warga emas atau warga emas itu sendiri tidak memohonnya. Itu sahaja, Tuan Pengerusi. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi
Baik. Waalaikumsalam. Terima kasih...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tuan Pengerusi standing order.
Tuan Pengerusi
...Dan pembahas terakhir ialah Betong. Saya jemput...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tuan Pengerusi, ada Standing Order 99.
Keputusan Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan sebarang perkara tafsir dalam mana-
Tuan Chong Zhemin - Kampar
mana jua peraturan mesyuarat ini atau berkenaan dengan kelaziman adalah muktamad kecuali ada Usul bersendiri menentang keputusan Yang di-Pertua.
Tadi Ayer Hitam telah keluar satu tafsiran sendiri terhadap Peraturan Mesyuarat 36(12). Ini serius kerana peraturan ini adalah peraturan yang paling banyak digunakan dalam Dewan. Dia katakan dia pakai Peraturan Mesyuarat 36(12), tetapi tak rujuk Menteri ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ini seperti katakan dia masuk tandas, air dah masuk tandas, buka seluar, tetapi tak kencing. Saya rasa ini tak boleh diterima. Saya dapat surat dari Ayer Hitam mengatakan- dia pakai Peraturan Mesyuarat 36(12) terhadap saya. Betul, dalam surat dia tak sebut nak heret saya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, tetapi menurut surat daripada Speaker. Saya baca di sini, “adalah dimaklumkan bahawa Yang Berhormat Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Ahli Parlimen Ayer Hitam telah mengemukakan Usul yang diterima pada 18 November supaya Yang Berhormat” iaitu saya, “dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di bawah Peraturan Mesyuarat 36 dan 36(12)” Jadi, saya nak tegaskan di sini, asalkan Ayer Hitam pakai Peraturan Mesyuarat 36(12), bermakna Ahli yang dikenakan peraturan tersebut telah dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Ini selari dengan apa yang keputusan Speaker dapat. Ini keputusan bertulis.
Saya nak katakan pada Ayer Hitam, jangan nak heret Speaker ke dalam ini. Hari itu dia salahkan Speaker. Dia cakap bukan dia nak heret Menteri ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Speaker yang suruh. Speaker tak suruh, Speaker hanya kata kalau ada Usul, masuk Usul. Bermakna, kalau tak ada Usul, jangan masuk. Jadi, kalau Ayer Hitam betul-betul jantan, jangan nak heret Speaker masuk. Dia sendiri yang kena mengaku dia pakai Peraturan 36(12).
Saya nak buat rekod di sini, memang ini dalam sejarah Parlimen. Seorang backbencher kerajaan memakai Peraturan 36(12) ke atas seorang Ahli Kabinet, tak pernah berlaku. Dalam seluruh sejarah Parlimen. Ini dia tidak boleh nafikan. Dia nak buat apa interpretasi pun, 36(12) tak pernah ada seorang backbencher yang guna pakai atas satu Ahli Kabinet. Dulu masa isu ventilator, apabila saya ada pendapat. Saya ada pendapat bercanggah dengan dia, saya pun tak pakai 36 terhadap dia. Saya pakai 36 terhadap saya sendiri, saya bawa saya sendiri ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Jadi, itu yang saya buat pada masa itu, tetapi sekarang, dia ada cara yang lain untuk dapat penjelasan, tetapi dia pilih cara yang paling ekstrem untuk pakai Peraturan Mesyuarat 36(12). Saya nak bagi tahu, walaupun dia cakap dia hanya nak dapatkan penjelasan, tetapi kalau dia betul-betul faham apa itu beza angka RM85 juta dengan RM31 juta. Rantau Panjang dapat jawapan bertulis, Bakri dapat jawapan bertulis. Mereka tak suruh Menteri datang untuk bagi penerangan sebab mereka pandai, mereka bijak. Mereka faham apa bezanya dua angka itu, tetapi Ayer Hitam tak faham. Dia suruh Menteri datang buat penjelasan. Bermakna, dia tak faham apa beza dua. Walaupun dia tak sebut ada perbezaan dua angka, tetapi itu konotasi...
Tuan Pengerusi
Baik.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Kita boleh lihat pada seluruh Facebook pemimpin Malaysia. Mereka semua, tuduh Menteri bagi dua angka berbeza, itu fakta. Boleh check balik.
Tuan Pengerusi
Baik.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Jadi, saya harap Ayer Hitam kalau sudah terkantoi, diam cukup. Okey, jangan buat bising bagi satu dunia tahu dia terkantoi.
Tuan Pengerusi
Kampar, Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya.
Tuan Pengerusi
Baik, duduk Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya.
Tuan Pengerusi
Isu yang Kampar bangkit pun telah saya dengar. Saya juga telah pun dengar dari Ayer Hitam. Saya juga jawapan daripada Pandan, saya dah baca semua.
Tadi masa saya buat keputusan, Kampar tidak ada. Bukan Kampar, Kapar tidak ada. Kampar, saya confuse ya, Kampar. Okey, sekarang ini kita sedang berbicara tentang Kampar.
Untuk makluman Kampar, saya dah buat keputusan bahawa isu ini I put to rest, dah selesai. Jadi, tak payah bangkit-bangkit lagi. Sebab saya dah baca semua dan saya faham.
Jadi, orang yang paling berkuasa dalam Dewan ini ialah saya. Jadi, saya buat keputusan, Kampar jangan lagi bangkitkan perkara itu kerana saya telah buat keputusan tidak ada apa- apa yang dianggap sebagai prima facie. Okey, faham? Terima kasih Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya, terima kasih Speaker, saya faham. Saya tak bangkit, tetapi Ayer Hitam...
Tuan Pengerusi
Okey, duduk, duduk, duduk. Cukup, cukup, cukup. Saya jemput Bentong- oh, sorry, Betong. Saya pun confused ya.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Betong dengan Bentong.
Tuan Pengerusi
Betong silakan, lima minit. Betong.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Ya, selamat petang, terima kasih Tan Sri Pengerusi. Sebelum saya mula, saya ingin mengalu-alukan kehadiran pelajar dan guru dari SMK Ghafar Baba dan SMK Sultan Alauddin, Masjid Tanah, Melaka. Selamat datang ke Parlimen.
Terima kasih atas peluang untuk membahaskan RUU Perbekalan 2025 bagi Maksud B.48 dan P.48 iaitu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tan Sri Pengerusi, saya ingin terus kepada Butiran 030900 - Sosioekonomi Kurang Upaya. Golongan OKU mempunyai kesaksamaan hak dan peluang ya untuk menjalani kehidupan seperti kita anggota masyarakat yang lain. Maka, mereka perlu diberi segala peluang pekerjaan supaya taraf hidup mereka dapat di tingkatkan. Maka ini kerana, kerajaanlah merupakan keperluan asas dan hak asasi manusia.
Soalannya, apakah usaha kerajaan untuk menyediakan segala peluang dalam bidang kerjaya yang harus dilakukan untuk membantu meningkatkan taraf hidup OKU di
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
negara ini? OKU memang menghadapi banyak masalah mendapatkan pekerjaan yang produktif dan pendapatan bagi menyara hidup. Bilangan OKU yang berjaya mendapatkan pekerjaan di sektor awam dan juga di sektor swasta adalah kurang memberangsangkan.
Soalannya, apakah sasaran yang diunjurkan oleh kerajaan bagi OKU untuk bekerja dalam sektor awam? Di mana angka sebenar masih jauh daripada sasaran berbanding kakitangan awam seluruh negara. Apakah usaha kerajaan untuk memastikan golongan OKU tidak menghadapi rintangan di luar kemunasabahan dalam mendapatkan pekerjaan?
Betong ingin bertanya sama ada kerajaan ada mewujudkan apa-apa garis panduan khas berkaitan dengan pengambilan OKU sebagai pekerja sehingga mereka tamat perkhidmatan? Ini penting kerana supaya kakitangan OKU ini dilindungi daripada tekanan dan penindasan mental dan psikologi yang berterusan di tempat kerja.
Tan Sri Pengerusi, hak OKU untuk bekerja dan menjalankan perniagaan, termasuklah perniagaan kecil dan penjaja perlu juga diiktiraf dan diuar-uarkan kepada mereka. Apakah jenis pemberian geran yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada OKU untuk membantu golongan kurang upaya ini yang berpendapatan kecil atau yang ingin menjalankan perniagaan kecil? Apakah jenis sokongan tambahan lain yang turut diberikan kepada OKU untuk membesarkan perniagaan mereka?
Kerajaan juga perlu mengambil pelbagai inisiatif untuk golongan OKU menubuhkan rangkaian kedai-kedai francais sebagai memberi peluang kepada mereka. Sebagai contoh, orang buta untuk menjalankan perniagaan mereka sendiri.
Tan Sri Pengerusi, seterusnya saya pergi ke Butiran 030400 - Kurang Upaya Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Kanak-kanak kurang upaya memerlukan segala pemulihan yang komprehensif dan berterusan.
Betong melihat bahawa Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) ini yang dibina untuk memenuhi segala keperluan ini dan telah memberi banyak manfaat kepada semua peringkat umur dalam kalangan masyarakat, baik di bandar dan juga di luar bandar.
Maka soalannya, berapa banyak kah bantuan kerajaan untuk membiayai kebolehan kanak-kanak kurang upaya di sesebuah PDK?
Sejauh manakah keberhasilan program pemulihan? Serta apakah faktor-faktor yang telah dikenal pasti berkaitan dengannya dalam kalangan kanak-kanak kurang upaya di PDK?
Setiap tahun, jumlah orang kurang upaya, termasuk kanak-kanak semakin meningkat seiring dengan pertambahan penduduk.
Program pemulihan adalah penting ya bagi mengatasi cabaran yang dialami. Ini melalui pelaksanaan aktiviti yang dapat meningkatkan pencapaian potensi kanak-kanak kurang upaya. Berapakah jumlah PDK terkini di Malaysia? Daripada jumlah itu, berapakah jumlahnya bagi Sarawak? Apakah jenis latihan asas mengendalikan penjagaan dan program pemulihan orang kurang upaya yang dianjurkan oleh kerajaan kepada petugas di PDK?
Betong ingin mencadangkan satu kajian keberhasilan PDK dijalankan sebagai satu bentuk pemantauan ke arah meningkatkan kecekapan perkhidmatan pemulihan, seterusnya kualiti kehidupan kanak-kanak kurang upaya dan penjaga. Melalui penilaian keberhasilan
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
PDK secara spesifik terhadap kanak-kanak kurang upaya, akan membolehkan pihak penyedia Program PDK merancang program pemulihan yang lebih khusus dan bertepatan.
Bagi kawasan luar bandar seperti kami di Betong yang tidak mempunyai kemudahan dan akses kepada pusat pemulihan dan latihan OKU, maka PDK inilah sahaja merupakan pilihan yang dekat dengan mereka untuk mendapatkan bantuan. Maka oleh itu, Betong ingin mencadangkan kerajaan menyediakan bantuan berikut bagi memperkasakan lagi PDK di luar bandar. Terutamanya dana tahunan untuk menaik taraf pusat pemulihan, latihan kemahiran khas yang berkala kepada petugas. Merangkumi pelbagai jenis kurang keupayaan seperti autisme dan sebagainya. Dana untuk elaun petugas sekurang-kurangnya setaraflah dengan gaji minimum.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Tan Sri Pengerusi, semoga segala persoalan dan cadangan itu dapat diambil perhatian oleh kementerian bagi kita sama-sama memastikan kebajikan OKU ini terus terjaga dan mereka dapat menjalani segala kehidupan seperti kita masyarakat lain. Dengan itu, Betong mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih Betong. Sebelum saya menjemput Menteri menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Saya dengar banyak yang membicarakan tentang kesihatan mental, tetapi saya hendak ingatkan kesihatan fizikal juga penting. Saya masih menunggu ada beberapa orang lagi MP-MP yang mungkin telah mengadakan pemeriksaan kesihatan di luar, tetapi belum menghantar lagi laporan-laporan kepada doktor kita di sini.
Jadi, saya minta semua Ahli Yang Berhormat setalah menjalani pemeriksaan di klinik- klinik luar daripada Parlimen ini menghantar rekod supaya kita ada rekod Yang Berhormat, rekod kesihatan berada di sini. Kalau jadi apa-apa kepada Yang Berhormat, kita dapat bertindak dengan pantas kerana rekod Yang Berhormat berada dalam tangan kita.
Jadi, untuk itu saya jemput Menteri sekarang untuk menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan, 17 orang Ahli Parlimen telah mengambil bahagian dan Menteri mempunyai 25 minit dari sekarang. Silakan Menteri.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tan Sri Pengerusi dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 di Peringkat Jawatankuasa bagi B.P.48 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, tetapi saya bagi- Tan Sri, izinkan saya untuk menyebut satu persatu Ahli-ahli Parlimen yang telah menunjukkan keprihatinan terhadap KPWKM.
Saya ingin bagi pihak kementerian mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Bangi, YB Rantau Panjang, YB Tampin, YB Hulu Terengganu, YB Tumpat, YB Jelutong, YB
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Sabak Bernam, YB Temerloh, YB Ampang, YB Sungai Besar, YB Kepala Batas, YB Puchong, YB Kulim Bandar-Baharu, YB Bagan Serai, YB Mas Gading, YB Kangar, YB Jerlun dan YB...
Tuan Pengerusi
Mas Gading tak ambil bahagian.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Okey, minta maaf, minta maaf Tan Sri. Dan YB Betong. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini bagi pihak kementerian ingin menyatakan rasa dukacita pihak kementerian dan ingin juga mengucapkan takziah kepada mangsa- mangsa banjir di seluruh Malaysia.
Untuk makluman Tan Sri Pengerusi, bagi tahun 2025, KPWKM telah diperuntukkan sebanyak RM3.6 bilion daripada jumlah tersebut, sebanyak RM3.4 bilion adalah di bawah peruntukan mengurus B.48. Sementara itu, sebanyak RM217 juta di bawah peruntukan pembangunan P.48. Saya ingin- izinkan saya untuk menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.
Bagi Yang Berhormat Bangi, YB Bangi ada bertanya mengenai berapa ramai individu yang telah mengikuti program Anjung Sinar dan apakah perancangan khusus kementerian untuk mengembangkan program ini. Sejajar dengan peruntukan yang bertambah untuk setiap tahun.
Untuk makluman Yang Berhormat Bangi, KPWKM melalui Yayasan Kebajikan Negara Malaysia telah menyediakan Anjung Sinar sebagai inisiatif untuk membantu dalam pemerkasaan dan kesejahteraan kanak-kanak lepasan institusi khususnya kepada yang tiada keluarga ataupun keluarga kurang berkemampuan dan tidak mempunyai tempat tinggal dalam tempoh tertentu.
Sejak pelaksanaan inisiatif ini pada tahun 2023, seramai 310 orang telah mendapat manfaat dan antaranya adalah melalui pelaksanaan Program Transisi Dinamik Booth Camp yang bertujuan membentuk jati diri dan meningkatkan keyakinan mereka agar bersedia untuk hidup berdikari dan diintegrasikan di dalam masyarakat dan secara tak langsung dia dapat memberi peluang kepada kementerian untuk mendapatkan maklumat dan input bagi penyediaan profil peserta bagi tujuan perancangan intervensi penetapan hala tuju.
Susulan dapatan pelaksanaan program tersebut, anak-anak lepasan institusi dikategorikan mengikut kecenderungan minat dan personaliti mereka dan bantuan dapat diberikan dengan lebih khusus seperti bantuan kos sara hidup, pendidikan, bantuan melanjutkan pelajaran dan lain-lain. Sejajar dengan penambahan peruntukan Anjung Sinar pada tahun depan, KPWKM akan mewujudkan pusat Anjung Sinar yang komprehensif berkonsepkan independent living merangkumi aspek bantuan tempat tinggal sementara, latihan kemahiran serta bantuan lain yang lebih holistik.
Kementerian juga merancang untuk membuat penambahan elemen daripada aspek latihan dan kemahiran yang lebih bersasar melalui pelaksanaan projek Sosio Hab di Anjung Sinar bagi meningkatkan pengetahuan dan kecekapan mereka dalam menjana pendapatan.
Dan program ini kita laksanakan dengan kerjasama jabatan dan agensi lain seperti GIATMARA, kolej komuniti, PERKESO, NGO mahupun private sector ataupun syarikat- syarikat swasta.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
YB Bangi juga bertanya dan berharap lebih banyak PDK dapat diwujudkan dalam kawasan Parlimen Bangi terutama bagi Mukim Cheras dan kawasan Bandar Baru Bangi dan bertanya sama ada kementerian ada rancangan untuk mewujudkan lebih banyak PDK dalam Daerah Hulu Langat. PDK ini adalah Tan Sri, adalah satu inisiatif dalam bangunan komuniti untuk rehabilitasi penyamaan peluang dan integrasi sosial bagi OKU. Mulai tahun 2018, semua PDK telah disyaratkan untuk berdaftar sebagai pertubuhan bukan kerajaan ataupun NGO yang di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Langkah ini sebenarnya bertujuan untuk memastikan pengurusan kewangan dan aset atau fasiliti PDK dapat diurus mengikut tatacara pengurusan seperti yang telah ditetapkan oleh ROS.
Untuk makluman Yang Berhormat Bangi, bagi tahun 2024, sebanyak 500- terdapat sebanyak 573 buah PDK yang memberi manfaat kepada 19,907 OKU seluruh negara.
Penyelia dia ada seramai 573, petugas ada 2,747 dan di daerah Hulu Langat ada lima buah PDK. PDK Kajang, Semenyih, Nanding, Ampang dan terbaharu untuk makluman Dewan, untuk makluman Yang Berhormat Bangi dan juga Tan Sri, PDK UKM baharu sahaja ditubuhkan dan baharu sahaja beroperasi awal bulan November tahun ini.
Pihak kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM134.4 juta kepada semua PDK ini dan peruntukan ini meliputi elaun khas pelatih OKU, bayaran sagu hati kepada penyelia dan petugas, sewa premis dan bayaran utiliti sebab saya tadi pada awal ucapan saya, saya maklumkan bahawa pertubuhan ataupun PDK ini merupakan pertubuhan yang berdaftar di bawah ROS. Jadinya pemilihan tempat, bangunan di dalam komuniti itu mestilah strategik dan mudah diakses oleh OKU dan keluarga itu sendiri.
Bagi tahun 2025, selaras dengan pendekatan kebajikan tanggungjawab bersama, KPWKM mengalu-alukan penyertaan komuniti melalui kerajaan negeri dan pihak swasta dalam usaha untuk pengoperasian PDK baharu. Sehubungan dengan itu, kerajaan juga mengalu-alukan kerjasama semua pihak termasuk kepada kerajaan negeri dan swasta untuk membantu penubuhan mana-mana PDK demi kebajikan dan kesejahteraan OKU.
YB Rantau Panjang, walaupun YB Rantau Panjang tak ada dalam Dewan, tapi dia memaklumkan bahawa minta supaya soalan yang diutarakan itu dijawab. Dia bertanya- YB Rantau Panjang ada bertanya mengenai inisiatif yang dirancang untuk keberkesanan kebajikan masyarakat secara menyeluruh, rancangan kementerian untuk memastikan cuaca sekarang ini dengan banjir, dengan hujan- yang tidak cukup bagi pengurusan bencana bagi keperluan di PPS dan kekurangan kakitangan yang bertugas serta tiada kenderaan yang bersesuaian. Dia juga bertanya mengenai depoh simpanan bajet sedangkan banjir ini besar dia cakap bajet itu kurang, PPS tidak cukup, khemah dan sebagainya.
Sebagai langkah proaktif bagi memastikan perancangan untuk melaksanakan polisi program, mengetuai domain-domain yang perlu diteliti, kementerian telah menjalankan Kajian Pembangunan Indeks Kesejahteraan Penerima Bantuan Sosial.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Kajian ini dilaksanakan tahun 2023, dah selesai dijalankan tahun ini. Melalui kajian ini, satu instrumen bagi mengetahui skor kesejahteraan mengikut domain telah dibangunkan.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Pada masa ini, pembangunan polisi dan program boleh dibangunkan berpandukan indeks skor yang rendah sebagai panduan supaya program yang dibangunkan adalah berdasarkan data dan dapatan pengukuran indeks dan bukan berdasarkan kepada perancangan semata- mata. Oleh itu, perancangan bagi inisiatif program kepada masyarakat akan menjadi lebih berkesan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa] Bagi menghadapi Monsun Timur Laut yang bermula November dan kita expect atau pun kita jangka akan hanya selesai bulan Mac tahun depan, kementerian menerusi Jabatan Pembangunan Masyarakat berada dalam kesiapsiagaan dan kita menggerakkan 4,590 pegawai dan kakitangan JKM, 125 orang pegawai psikologi, 1,047 orang psychological support team dan seramai 6,073 orang sukarelawan JKM di seluruh negara.
Bagi memastikan keperluan makanan dan barangan keperluan bantuan bencana kepada mangsa dapat disalurkan dengan sebaiknya, pihak kementerian juga telah menyediakan peruntukan untuk tahun ini sebanyak RM39.9 juta. Ini Persekutuan RM12 juta dan juga negeri RM27.9 juta. Termasuklah peruntukan bagi depot simpanan yang meliputi barang keperluan seperti berikut.
Kita siapkan atau pun kita sediakan barang keperluan asas seperti khemah, tikar, selimut dan pelbagai. Waktu yang sama, kita siapkan juga bekalan pek makanan- pack food atau pun makanan bermasak atau pun retort. Kita juga siapkan barangan keperluan khas terutamanya kepada golongan OKU, warga emas, wanita, kanak-kanak, dan makanan kering. Ini terutamanya di kawasan yang terputus hubungan.
YB Rantau Panjang juga bertanya mengenai elaun kepada sukarelawan yang membantu jabatan dalam pengurusan bencana. Dalam hal ini, kementerian, kita akui bahawa- sebab sukarelawan itu berkonsep betul-betul sukarelawan, jadinya pihak JKM sebenarnya, untuk makluman Puan Pengerusi, telah menyediakan satu Kertas Dasar yang akan diangkat bagi cadangan pemberian insentif tersebut.
Seterusnya, YB Rantau Panjang juga bertanya mengenai program yang dibuat di PSSS dan apakah pencapaian setakat ini. PSSS ini adalah di bawah Yayasan Kebajikan Negara (YKN) Malaysia. Dia mewujudkan PSSS ini yang menawarkan perkhidmatan psikososial yang holistik kepada masyarakat yang berbentuk immediate relief atau pun kelegaan kepada kumpulan sasar KPWKM. Seperti, dianjurkan sesi bimbingan, kaunseling, sesi intervensi, rujukan bantuan kebajikan, psiko pendidikan dan ada- yang paling penting, dia juga menyiapkan atau pun menyediakan pusat transit sementara kepada mangsa keganasan rumah tangga.
Perkhidmatan yang disediakan di PSSS ini dikendalikan oleh kaunselor berdaftar yang bertauliah dan berpengalaman dalam mengendalikan isu kesihatan mental. Tujuan dia
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
adalah untuk membimbing masyarakat meningkatkan ketahanan mental dalam mendepani dan menangani isu-isu serta cabaran sosial.
Saya juga nak maklumkan bahawa PSSS telah melaksanakan Program Jelajah Kasih di seluruh negara. Dia ada dua PSSS ini. Satu, yang tidak berubah-ubah. Satu lagi yang mobile, yang bergerak daripada satu tempat ke satu tempat. Yang stagnant itu ada satu di Kuala Lumpur dan satu lagi di Rantau Panjang.
Kementerian juga mengambil pendekatan secara usaha sama dengan penglibatan PSSS ini melalui program rentas kementerian supaya dapat membantu masyarakat mengikut bidang kuasa agensi. Sejak pelaksanaan inisiatif ini, sejumlah 71,304 telah menerima manfaat daripada perkhidmatan PSSS yang rata-ratanya, alhamdulillah, telah berjaya diselesaikan seperti isu kemurungan, keganasan rumah tangga, rujukan bantuan kebajikan dan sebagainya.
Rantau Panjang juga bertanya mengenai insentif Program Subsidi Ujian Mamogram yang disalurkan kepada wanita terutamanya di kawasan luar bandar dan peluasan kesedaran berkenaan kepentingan kanser serviks. Sebenarnya program ini, pertanyaan ini ditujukan kepada LPPKN atau pun Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara yang memang meneruskan Program Subsidi Ujian Mamogram sebagai satu langkah penting dalam usaha pengesanan awal kanser payudara. LPPKN menggunakan peruntukan sedia ada untuk program ini. Dia menyasarkan 35,000 wanita- Warganegara Malaysia, penduduk tetap dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat kanser payudara yang berusia 35 hingga 70 tahun.
Bagi memperluaskan akses wanita mendapat subsidi mamogram percuma ini, pendekatan diambil- saya hendak bagi tahu juga- seperti memperkenalkan Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif dalam usaha mempromosikan Program Subsidi Ujian Mamogram dan Program Saringan Kanser Serviks. Tujuan kempen ini adalah untuk memberi kesedaran. Kita juga menyebarluaskan maklumat mengenai program subsidi ini melalui social media, media cetak, media elektronik dan kita juga melaksanakan roadshow dan kerjasama dengan pihak swasta dan juga kerjasama dengan pusat-pusat mamogram, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dalam usaha kita mendekati kumpulan sasar kita.
Pada tahun ini, sebanyak 4,675 orang- kawasan luar bandar telah menjalani ujian saringan mamogram. Kita juga ada kemudahan pengangkutan dari Klinik Nur Sejahtera, pemberian elaun bantuan makanan RM10 bagi klien yang dirujuk yang melebihi 200 kilometer atau perjalanan melebihi empat jam satu hala dan pemberian bantuan kemudahan penginapan bagi klien yang tidak dapat menyelesaikan masalah atau pun urusan mamogram pada hari yang sama. Ini di Sabah dan juga di Sarawak.
Kementerian memperkenalkan satu kempen iaitu Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita. Dan yang lain-lain, saya akan beri secara bertulis untuk yang mamogram dan HPV ini.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Eksploitasi wanita. Sehingga Oktober 2024, ada satu program yang kita laksanakan iaitu Program Literasi Perundangan dan Hak Wanita. Sebanyak 171 program IRIS telah dilaksanakan di seluruh negara yang melibatkan 23,410 orang peserta.
Seterusnya, yang lain-lain, saya akan bagi secara bertulis untuk Rantau Panjang.
YB Tampin. YB Tampin bertanya mengenai bangunan yang disewa dalam keadaan tidak kondusif. Terima kasih YB Tampin atas keprihatinan. Untuk makluman Dewan ini, sehingga kini, statistik status bangunan- yang ini, kita PKMD ada 56 yang kita sewa, kita menumpang ada 46, kita milik ada 16. Dan JKMN, ada lima yang disewa, lapan yang kita menumpang dan dua menjadi milik.
Antara tindakan yang diambil oleh jabatan dalam menyediakan pejabat yang kondusif dan selamat adalah JKM daripada semasa ke semasa akan menyelenggarakan dan membaik pulih, tetapi untuk bajet kali ini, ada sebanyak 74 buah premis. Peruntukan yang diluluskan adalah sebanyak RM3.8 juta. Jabatan juga telah diperuntukkan sebanyak RM4.5 juta untuk tujuan penyelenggaraan premis JKM tahun depan. JKM mengemas kini senarai premis yang terlibat dengan kerja-kerja pembaikan.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Yang lain-lain, details mengenai mana tempat dan sebagainya saya akan berikan secara bertulis juga kepada YB Tampin.
Mengenai keganasan rumah tangga. Apakah perancangan yang dirangka oleh kementerian? Terima kasih kerana sama-sama terlibat dalam Kempen Oren, anti keganasan terhadap wanita. Antara program advokasi yang kita teruskan pelaksanaannya adalah perkhidmatan kaunseling, melaksanakan Program Psiko Pendidikan, melalui Program Matahari, Program Iris, Program Skuad Waja dan penubuhan Jawatankuasa Kerja Advokasi dan Pembangunan Kapasiti ini dalam usaha untuk menangani keganasan rumah tangga.
Program Matahari ini secara ringkasnya adalah program bagi wanita untuk belajar aspek psikologi bagi membina daya tahan dalaman dan luaran dan lain-lainnya pula saya akan berikan kepada Yang Berhormat Tampin secara bertulislah untuk jawapan itu.
Mengenai childfree pula, YB Tampin tanya mengenai bilangan pasangan yang berjaya ditemui? Yang buat intervensi dan sebagainya. LPPKN memang memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah gejala sosial dekat Malaysia ini. Kita ada program yang kita namakan PEKERTI ataupun Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial. Ini telah dibangunkan pada tahun 2009, dikemas kini tahun 2022 hingga 2025. Matlamatnya meningkatkan kesedaran semua pihak terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan melahirkan masyarakat yang penyayang, bertanggungjawab, resilient, serta mengamalkan gaya hidup yang sihat dan sejahtera.
Kemudian kita juga membangunkan Modul Cakna Diri Remaja, Modul Cakna Diri Lelaki, dan Modul ACE ataupun Accurate, Comprehensive and Effective untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan pendidikan kesihatan produktif. LPPKN telah mendirikan 18 buah Pusat Remaja KafeTEEN dan mempunyai satu Trak KafeTEEN yang meningkatkan akses kepada maklumat dan perkhidmatan kesihatan reproduktif dan jaringan
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
kolaborasi strategik juga diadakan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia yang membantu menyebar luas pendidikan kesihatan reproduktif.
Bagi memantapkan peranan LPPKN ada Mesyuarat Majlis Sosial Negara baru-baru ini bilangan yang kedua yang dipengerusikan oleh TPM II pada 27 Julai telah meluluskan pelaksanaan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial melalui tindakan sinergi antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan agensi berkenaan.
Kelulusan ini mengangkat peranan kementerian kami melalui agensinya LPPKN bagi menyebarluaskan PEKERTI di peringkat kebangsaan dan juga di peringkat komuniti dengan mengambil kira perluasan komuniti kawasan dalaman. Ada banyak sebenarnya, tapi kemudian saya akan bagikan secara bertulis juga YB Tampin. Boleh ya? Okey, terima kasih.
Mengenai dasar penduduk 70 tahun, sama ada masih relevan atau tak. Ini ditanya oleh YB Hulu Terengganu, tapi Hulu Terengganu tak ada dalam Dewan.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jawapan bertulis.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Jadinya boleh bagi secara bertulis. Terima kasih.
Lepas itu, Tumpat. Tumpat...
Seorang Ahli
Tak ada, tak ada.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bagi jawapan bertulis.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Tak ada dalam Dewan, tapi saya akan berikan secara bertulis. Saya harap YB Tumpat yang menonton secara online ini, saya akan berikan secara bertulis sebab panjang juga jawapan dia.
Jelutong...?
Seorang Ahli
Tak ada, tak ada.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak ada.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Oh, Jelutong pun tak ada. Sabak Bernam, Sabak Bernam, ada...?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak ada.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Oh, tak ada juga. Okey, tak ada saya bagikan secara bertulis. Temerloh- pun tak ada. Ampang?
Seorang Ahli
Ampang ada. Ampang setia menunggu.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
[Ketawa] Terima kasih YB Ampang di atas perbahasan.
Ampang bertanya mengenai bantuan kepada OKU, sama ada mencukupi ke tak berdasarkan kepada kenaikan bantuan disebabkan keperluan berbeza mengikut umur.
Kementerian melalui JKM ada menyediakan bantuan kewangan kebajikan dan bantuan kebajikan ini bertujuan untuk membantu kelangsungan hidup kumpulan sasar yang layak.
Terdapat tiga skim bantuan yang disediakan kepada golongan Orang Kurang Upaya.
Pertama, Elaun Pekerja OKU. Ini kadarnya RM450 sebulan seorang. Elaun ini sebenarnya
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
memberi manfaat kepada 95,239 penerima dengan sebanyak RM388.1 juta peruntukan telah disalurkan sehingga Oktober, YB Ampang.
Bantuan Penjagaan OKU dengan kadar RM500, tapi insya-Allah tahun depan akan dinaikkan ke jumlah RM600 bagi seorang mengikut keperluan kes. Bantuan ini telah memberi manfaat kepada 28,832 penjaga OKU dan pesakit terlantar peruntukan RM130 juta dan Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja dengan kadar RM300 bagi seorang. Bantuan ini memberi manfaat kepada 112,519 OKU yang tidak bekerja dan sebanyak RM297 juta peruntukan telah disalurkan sehingga Oktober.
Untuk belanjawan tahun depan, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1.119 bilion dengan menaikkan syarat kelayakan pendapatan daripada RM1,500 kepada RM1,700, YB Ampang. Syarat kelayakan pendapatan isi rumah bagi BPT daripada RM3,000 hingga RM5,000. Maknanya dia dapat- kita harapkan dapat membantu lebih ramai lagi. YB Sungai Besar...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sila gulung.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Okey. Banyak lagi yang lain, tapi saya akan beri secara bertulis.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Pengerusi, Pengerusi, Menteri...?
Berkenaan dengan pondok warga emas itu. Boleh atau tidak kita, kerana infranya sudah untuk kita jadikan sebagai Pusat Warga Emas (PAWE), macam mana prosedurnya?
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Prosedur PAWE ini satu Yang Berhormat, kita minta supaya membuat permohonan. Tak apalah, nanti kita jumpalah...
[Ketawa] Jadinya ada beberapa soalan-soalan lain yang tak sempat saya nak menjawab semua yang dibangkitkan.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
[Mencelah]
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Menteri, Kulim, Kulim.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
...Dan saya akan menjawab secara bertulis dan insya-Allah dalam masa kurang daripada lima hari kita akan hantar jawapan-jawapan ini.
Sekali lagi saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat...
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Menteri, Menteri, sikit, sikit sahaja.
Seorang Ahli
Habis.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Dah, dah.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Dah habis. Sila duduk.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Kulim-Bandar Baharu isu itu tak apa nanti kita boleh berjumpa dan discuss.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
[Mencelah]
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Okey, okey. Saya nak ucap tahniah kepada Menteri kerana direct jawab untuk pembahas-pembahas. Macam inilah kita
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
nak. Ucapan tahniah. Bukan nak gelong pi mana-mana, terima kasih. Perlu dicontohi oleh Menteri-Menteri lain. Terima kasih Menteri, tahniah.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih, terima kasih sangat, tapi don’t worry, nanti soalan itu kita akan jawab secara bertulis sebelum lima hari. Kami menghargai segala cadangan dan teguran Ahli-ahli Yang Berhormat dan akan mengambil tindakan sewajarnya.
Sekian terima kasih banyak-banyak. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM3,423,506,300 untuk Kepala B.48 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2025 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.48 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.48 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2025 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.48 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kepala Bekalan B.50 dan Kepala Pembangunan P.50 di bawah Kementerian Digital terbuka untuk dibahaskan. Senarai pembahas adalah seperti berikut. YB Ipoh Timur, YB Alor Setar, YB Kapar, YB Tebrau, YB Lumut, YB Padang Rengas, YB Mas Gading, YB Dungun, YB Gerik dan YB Shah Alam.
Saya jemput Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Saya merujuk kepada butiran bawah Kepala 020000 – Pembangunan Digital. Butiran 020100 – Pengupayaan Digital dan Butiran 020500 – Digital Negara.
Semalam sehingga sekarang tiba-tiba ada berita hangat di gembar-gembur di luar sana menyatakan ada yang kata ada pergaduhan, ada pertindihan mesej antara satu kementerian dengan satu kementerian yang lain. Kerana sahabat baik saya, Menteri Komunikasi telah mendedahkan bahawasanya di awal pentadbiran ini bukan la, bukan semalam, bukan bulan lepaih, pada awal pentadbiran ini ada pertemuan yang menggerunkan, menyeramkan dan mencemaskan kalau tak silap.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Lepaih tu ada kengkawan di sebelah sana mungkin atau yang menyokong sebelah sana yang kata, oh ini tak ada WhatsApp group lah, ada gaduhlah, tak betui lah sehingga petiknya perbahasan salah satu Ahli Yang Berhormat di sini dengan katakan RM16 bilion telah diselewengkan dan tak ada tindakan yang dibuat.
Saya nak menyatakan secara jelas, apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri Komunikasi adalah pada awal pentadbiran seketika beliau baharu masuk pejabat.
Sebenarnya, Menteri Komunikasi sendiri ini ialah berkenaan dengan DNB, Digital Nasional Berhad. Pada ketika itu, dengan RM16 bilion itu, kalau tak silaplah, saya yang tak reti sangat pasai DNB tak reti sangat pasai apa nama agenda pembangunan digital negara ni pun ada baca, ada dengar memang khusyuk kerana rajin membaca.
RM16.5 bilion ini adalah kos 10 tahun, bukan setahun, bukan sebulan, tapi saya tahu tak guna. Saya nak minta Yang Berhormat Menteri Digital yang sekarang memang menjaga DNB untuk menyatakan secara terperinci apa ceritanya. Kenapa sehingga ada Ahli yang keliru RM16.5 bilion ini, berapa telah di belanja dan berapakah duit kerajaan sebenarnya dalam RM16.5 bilion ini sebenarnya adalah duit daripada sumbangan kerajaan. Berapa pinjaman, berapa daripada SSA, berapa daripada MoF, saya mohon supaya Menteri boleh menghuraikan sedikit sebanyak tentang itu dengan izin, to set the record clean and clear. Sebenarnya kalau depa kata kenapa tak– kalau tak ada masalah, kenapa disebut seram, kenapa disebut cemas, kenapa disebut gerun. Apa ke hey nya nak menggunakan istilah-istilah seperti ini? Pada hey nya, sebenarnya Menteri sendiri, Menteri Komunikasi pasai DNB ini sendiri sewaktu menjawab soalan daripada ayahanda Bagan, Yang Berhormat Bagan dan juga daripada saudara ayahanda juga, Ledang pada bulan dua. Kalau tak silap Februari 2023, kalau tak silap 9 Mac, dua kali Menteri Komunikasi dah kata tak ada hey pun.
Siasatan telah dijalankan, tak ada hey pun. Dalam Dewan ini punya depa dah kata, Menteri dah kata tak ada hey pun. Kenapa adanya belah sana yang nak timbui kan isu pasai benda yang telah settle dan jelas nyata.
Jadi, di situlah saya mohon supaya Menteri Digital boleh mengambil...
Seorang Ahli
Tak de hey pun.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Apa...?
Seorang Ahli
[Mencelah]
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Apa...?
[Dicelah] Tak ada apa, memang tak ada hey, memang tak ada hey. Jadi ini perlu kita perlu set the record straight kerana kalau tak silaplah, sekali lagi saya sebut, saya tak tahu apa-apa benda ni pun, tapi saya pun tahu sebenarnya duit itu sebahagian kecil sahaja daripada kerajaan. Kalau pihak swasta, maksudnya daripada syarikat-syarikat telco, kalau bukannya deme yang sumbang bagi suntikan ke dalam DNB, tak akan ada RM16.5 bilion ini untuk jalan sepanjang lima tahun, tapi saya juga mohon menggunakan peluang ini untuk meminta Menteri Digital untuk jelaskan sebab ada juga tuduhan di luar sana yang kata RM16.5 bilion ini dah habis songlap sampai dah belanja RM5 bilion yang entah tang mana, entah pi mana, entah buat belanja buat apa.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Jadi, perkara ini perlu diperjelaskan. Saya memohon meminta ayahanda saya juga, Menteri Digital untuk menjawab sejelas-jelasnya bagi kekeliruan yang seram tu, yang gerun itu. Tok sah lah gerun dan seram dah, benda ni dijawab, selesai isu, jangan ditimbulkan lagi.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timor. Saya jemput Yang Berhormat Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Saya rasa kurang tepat kot Ipoh Timur panggil ayahanda, kakanda tu manis sikitlah, ayahanda tu nampak tua sangatlah. Saya rasa yang...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Teman ni muda lagi, teman lagi- tak tua sangat daripada Yang Berhormat Aloq Staq.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Okey, okey, terima kasih adinda. Yang Berhormat Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 020600 – Perlindungan Data Peribadi.
Saya rasa Yang Berhormat Menteri masih lagi ingat kes yang saya pernah bawa dalam Dewan ini sebelum ini mengenai perlindungan data peribadi antara Ranjan Paramalingam di Mahkamah Rayuan melawan Persatuan Penduduk Taman Bangsar, Kuala Lumpur. Saya bagi satu salinan kepada Yang Berhormat Menteri sebelum ini.
Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, kes ini telah menjadi duluan ataupun precedent dengan izin, kepada satu kes di Mahkamah Rayuan, sorry Mahkamah Sesyen Seremban pada 11 Ogos baharu ni apabila plaintif, Noradilah binti Abu Talib melawan Boustead Hotels & Resorts Sdn. Bhd. Dalam kes Noradilah ini, hakim di Mahkamah Sesyen Seremban mengambil pedoman keputusan Mahkamah Rayuan dan hakim itu mengatakan tidak boleh diambil tindakan sivil terhadap pembocoran data peribadi.
Ini Yang Berhormat Menteri, saya rasa kebimbangan kita semua kerana nampaknya, Akta Data Peribadi kita ni masih lagi ada kelompangan, ada kelonggaran yang kita perlu tambah baik segera Yang Berhormat Pengerusi. Kerana kalau tidak, dia akan mendorong pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk terus membocorkan data dan dia tidak boleh diambil tindakan sivil. Hanya boleh dianggap sebagai kes jenayah dan prosesnya panjang, Yang Berhormat Menteri lebih arif kerana Yang Berhormat Menteri juga seorang pengamal undang-undang.
Jadi, saya cadangkan dia perlu dipinda dengan segera dalam sidang Parlimen yang terdekat. Saya rasa mungkin Yang Berhormat Menteri sudah pun ambil tindakan yang berkaitan. Apatah lagi pula kebimbangan rakyat kita dengan kebocoran data peribadi, kes- kes yang besar, kebocoran data pengguna Facebook, April 2021, kebocoran data LHDN, 2022, kebocoran data JPN, 2021, kebocoran data pengguna Carousell, Oktober 2022, kebocoran data pengguna Maybank, Astro, SPR, Disember 2022. Ini semua- kes-kes yang
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
besar yang saya kira ditambah pula dengan keputusan kes Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Sesyen Seremban tadi,itu menyebabkan kita bimbang.
Data kita ni sebenarnya tidaklah begitu selamat dan boleh dibocorkan pada bila-bila masa. Ini perkara yang saya rasa kerajaan perlu beri perhatian serius dan saya rasa atas sebab itulah, pihak kerajaan mewujudkan Menteri ataupun kementerian yang baharu digital.
Bagus dan kita kena fokus dengan segera perkara ini.
Yang Berhormat Pengerusi, seterusnya perkara yang kedua mengenai AI. Ini butiran 010600. Kita masih lagi belum ada undang-undang khusus tentang AI. Walaupun kita ada undang-undang lain, tetapi untuk spesifik AI ini belum ada. Hanya Kesatuan Eropah saja yang didapati ada undang-undang khusus tentang AI ini. China, Singapore, Kanada hanya ada undang-undang khusus kepada sektor tertentu, tidak meliputi semua.
Isu yang timbul ialah Yang Berhormat Pengerusi, kesediaan infrastruktur dan modal insan. Setakat mana kesediaan kementerian dan negara kita ini untuk menangani kekurangan pakar AI tempatan. Setakat ini, kita masih lagi bergantung kepada syarikat- syarikat luar khususnya di luar negara dan ini boleh mendedahkan kepada dominasi syarikat asing. Perkara ini penting bagaimana kita nak memastikan kedaulatan data bukan setakat kita nak protect, nak lindungi data, tapi sekarang ni lebih kepada kedaulatan data.
Saya kira ini mungkin akan jadi senjata peperangan akhir zaman nanti. Semakin banyak teknologi semakin canggih, berlaku peperangan data. Dia tidak lagi bertembung secara fizikal mungkin. Jadi ini perkara yang sangat mustahak dan mendesak untuk kita segera ambil tindakan.
Apakah pula jaminan supaya AI ini tidak disalah guna oleh pihak berkuasa? Kalau berlaku pertembungan politik, perkelahian, perseteruan dengan pihak-pihak tertentu, mereka boleh gunakan AI ini untuk disalah guna dan menyerang ataupun menjatuhkan kredibiliti ataupun sebagainya. Ini perkara yang tidak baik Yang Berhormat Pengerusi kalau kita tidak tangani dengan begitu tuntas.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Begitu juga, apa kesan impak-impak yang negatif nanti bila ada banyak AI, maka tenaga kerja akan makin berkurangan? Dan juga kalau orang terlalu bergantung kepada AI, suatu hari nanti sistem ini mungkin lumpuh, mungkin shutdown. Kita pernah tengok banyak- KLIA pun pernah shutdown. Apa pelan pemulihan yang kementerian mungkin dah rangka untuk kita atasi kalau berlaku lumpuhnya teknologi, khususnya AI yang sedang kita bergantung sekarang ini?
Dan seterusnya Puan Pengerusi, berkait dengan AI dan data tadi itu juga berlaku kepada jenayah siber. Ini saya pergi kepada butiran Cybersecurity. Kita tengok jumlah jenayah siber ini, insiden keselamatan siber ini tinggi. Saya yakin Yang Berhormat Menteri tahu. Tahun ini sahaja daripada Januari sampai Oktober 5,000 kes. 5,181 setakat bacaan saya tadi. 3,400 penipuan dalam talian, 2022, dua tahun lepas, lebih 5,000 kes scam ataupun penipuan kewangan.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Nilai kerugian RM560 juta. Maknanya, seolah-olah nampak macam kita tak beria-ria kawal kes penipuan dalam talian. Nampak begitu. Walaupun ada tindakan dibuat, tetapi nampak kesnya sama. 5,000, kerugiannya juta-juta dan ianya melibatkan- antaranya yang terlibat ialah warga-warga emas yang pencen, yang ada duit banyak, dia kurang pertimbangan, orang call. Akhirnya, kena tipu. Akhirnya, duit habis. Ini perkara yang sangat mustahak.
Dan akhir sekali Puan Pengerusi, berkait dengan digital dan juga belia. Kalau kita tekuni, dalam 34 juta rakyat Malaysia ini, 22 juta adalah gamers, pemain video game yang aktif, Yang Berhormat Menteri. Seramai 34 juta jumlah penduduk, 22 juta gamers dan mereka bermain ini, saya rasa termasuk YB Bangi, dia pun mengaku dia main game sebelum ini. 9.7 juta Yang Berhormat Menteri, menggunakan- merupakan pengguna berbayar. Dia bayar.
Jadi- tapi bila kita tengok peruntukan dalam industri digital kreatif ini- digital negara ini, peruntukan tahun ini nampak berkurangan.
Tahun ini RM88 juta, tahun lepas RM110 juta. Dalam keadaan pemain digital ini semakin berkembang, pada saya sepatutnya peruntukan ini wajar ditambah untuk membimbing dan mendorong golongan muda ini. Lebih baik dia bermain game e-sports daripada dia buat kerja-kerja tak berfaedah. Jadi, saya rasa Yang Berhormat Menteri pun boleh join main game kalau ada, ajak saya sekali. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Saya jemput Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Bismillahi Rahmanir Rahim. Saya ambil peluang ini untuk menyatakan kepada mangsa banjir, di mana-mana sahaja yang berada. Semoga- saya doakan selamat dan bersabar.
Terima kasih Pengerusi memberikan peluang pada Kapar untuk membahaskan Kementerian Digital Peringkat Jawatankuasa Kepala B.50 yang diperuntukkan RM201,390,400 dan P.50 yang mendapat peruntukan RM1,105,945,500. Jarang kementerian yang pembangunannya lebih daripada pengurusan.
Tahniah Kementerian Digital. Bagi mencapai misi mewujudkan ekosistem digital negara yang dipercayai dan bertaraf dunia. Saya sangat setuju misi ini, Yang Berhormat Menteri. So, ekosistem yang dipercayai sangat penting dan utama bagi kelancaran urus tadbir dan segala aspek kehidupan dalam negara kita. Saya bagi contoh yang telah disebut pun oleh Alor Setar tadi, daripada 21 Ogos 2019. Kita tak mahu insiden yang memalukan negara kita, di mana gangguan besar berlaku di KLIA yang menyebabkan sistemnya lumpuh selama beberapa hari hingga 25 Ogos.
Dia kata, punca insiden ini adalah kegagalan core network switches yang merupakan sistem rangkaian utama KLIA. Jadi, kita harapkan kerajaan ini akan memberikan tumpuan agar benda ini tidak berlaku.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
B.50 Butiran 030400 – MyDIGITAL Corporation. Dalam Belanjawan 2025, peruntukan sebanyak RM10 juta untuk Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan di bawah MyDIGITAL. Apakah hala tuju terperinci kerajaan terhadap penubuhan ini yang dijangka dilancar pada Disember ini tak lama lagi? Dan apakah nilai tambah dan anjakan kepada ekosistem AI dalam meningkatkan penggunaan teknologi AI serta mengukuhkan ekonomi digital? Apakah kerajaan telah mengenal pasti keperluan perundangan baharu berkaitan AI serta kelompongan berkaitan kebocoran data peribadi seperti yang disebutkan tadi di sebalik ancaman siber yang semakin meruncing? Bagaimanakah fungsi NAIO akan diselaraskan dengan garis panduan tabir urus dan etika kecerdasan buatan negara yang sedia ada kelak?
Keyword, ‘integriti’ Menteri dan berapakah jawatan yang tergolong dalam sektor keselamatan siber? Memandangkan Malaysia kini berdepan kekurangan kira-kira 12,000 pakar siber berbanding 25,000 orang pekerja menjelang tahun depan. Dan kerana- kekurangan ini menyebabkan kebimbangan, terutama bagi perusahaan kecil dan sederhana yang lebih terdedah kepada serangan siber.
Mengenai transformasi digital. Apakah perancangan kerajaan bagi memastikan kesinambungan rangka tindakan ataupun blueprint ekonomi digital yang diperkenalkan kerajaan sebelum ini, seiring dengan hasrat MyDIGITAL? Sejauh manakah keberhasilan Program Perintis Usahawan Digital melalui MyDIGITAL? ROI-nya...
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Kapar, sikit.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terutama membantu luar bandar ya.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Kuala Krau, sikit, sikit. Bersangkutan yang sama, adakah kementerian untuk mengkaji tentang kewujudan Malaysia centre ke arah mengurangkan kos. Sekarang ini Malaysia memerlukan 20 ke-30 peratus berbanding Jepun yang hanya memainkan 5 peratus dalam operasi data Malaysia. Adakah kerajaan berhajat untuk mewujudkan data Malaysia- Malaysian data...?
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Okey, masukkan dalam ucapan saya.
P.50 01600 - Cybersecurity Malaysia, peruntukan sebanyak RM40 juta pada 2025 berbanding hanya RM49.1 juta, kurang pula pada tahun 2024.
Adakah kerajaan telah mengkaji secara terperinci aspek perundangan siber sedia ada? Khususnya dalam mengesan modus operandi scammer di sebalik ancaman taktik penipuan baharu seperti pemalsuan nombor telefon- caller ID spoofing dan sindiket love scam. Dan seperti di UK, jika seorang pemilik akaun bank ditipu oleh scammer, mereka boleh mendapat semula wang mereka daripada pihak bank dalam tempoh lima hari di bawah mandatory reimbursement requirement mulai 5 Oktober 2024.
Justeru, adakah kerajaan juga sedang berusaha ke arah itu? Apakah langkah yang diambil untuk meningkatkan kebertanggungjawaban institusi perbankan sekiranya terdapat sebarang kes kecuaian oleh pihak bank sehingga berlakunya kes penipuan dalam talian, di samping tindakan penguatkuasaan menerusi kill switch? Apakah terdapat usaha penambahbaikan terhadap kaedah pelaporan scam? Memandangkan Laporan State of Scam 2024 mendedahkan hampir 70 peratus mangsa
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
penipuan yang tidak melaporkan kes mereka kepada pihak berkuasa. Sikit Pengerusi.
Peruntukan untuk ASEAN 2025 sebanyak RM5 juta. Apakah strategi menyeluruh kerajaan dalam memperkukuh rangka kerja kawal selia ASEAN ke arah usaha memantapkan pembangunan AI melalui kerjasama strategik antara negara-negara ASEAN?
Last sekali, last sekali. Apakah status terkini berhubung Jawatankuasa Pemodenan dan MyDIGITAL kluster kerajaan yang ditubuhkan kerajaan sebelum ini? Peruntukan bagi Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) sebanyak RM215 juta. Perincikan mengenai jumlah peruntukan yang disalurkan bagi geran kandungan digital, geran pemangkin digital dan geran eksport digital Malaysia serta penerima manfaat bagi ketiga-tiga geran ini. Terima kasih Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Saya jemput Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih Puan Pengerusi. Tebrau ingin mula dengan Butiran 020500 – Digital Negara, bersama dengan 020600 – Perlindungan Data Peribadi.
Tuan Pengerusi, pada tahun ini kerajaan telah melancarkan MyDIGITAL ID, tapi ini memang satu inisiatif yang sangat baik dan dalam dunia sekarang, digital ini memang adalah keperluan untuk kalaulah setiap orang Malaysia ini mempunyai satu digital ID, tapi apa yang saya nampak hari ini ialah sambutan untuk digital ID ini masih dingin dan tidak ramai sebenarnya yang faham apa itu digital ID. Saya harap kementerian boleh bersama dengan kementerian lain cuba kita promosikan lagi digital ID ini. Khususnya kalau boleh, bukan sahaja dengan satu bar kod scan sahaja, yang lagi penting, kita kena guna biometrik.
Contohnya, finger print ataupun face ID.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Kalaulah Digital ID ini kita boleh buat dengan lebih elok, contohnya, face ID, bayangkanlah kalau kita pergi hospital terus kita scan ID kah, scan barcode, sudah dapat maklumat yang kita perlu. Pergi Imigresen pun lagi senang dan juga JPJ dan semua agensi kerajaan. Maka, saya harap usaha itu dipertingkatkan, tetapi tentunya sebab Digital ID ini masih ada cabaran ialah apa yang dibangkitkan oleh rakan saya dari Alor Setar itu juga sebab isu sekuriti, kebocoran data di kalangan rakyat Malaysia. Mereka masih khuatir. Boleh tak kita sign up benda ini dan macam mana how safe is it data-data kita ini akan dikendalikan oleh kerajaan? Maka, saya harap kementerian boleh mengambil perhatian kepada isu ini juga, macam mana kita boleh memastikan data-data yang kita bagi kepada kerajaan ini akan disahkan adalah selamat supaya pendigitalisasi di Malaysia ini boleh diteruskan.
Saya terus masuk kepada isu Butiran 020000 – Pembangunan Digital. Saya ingin membawa satu isu yang sering kali disebut dalam Dewan ini iaitu isu pusat data- data center.
Puan Pengerusi, data center ini di Malaysia kini seumpamanya cendawan tumbuh selepas hujan di merata-rata tempat khususnya di Selangor dan di Johor. Ini walaupun dia
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
ada membawa manfaat ekonomi malah limpahan ekonomi, tapi kita juga kena perhatikan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh industri yang terlibat dalam data center sebab suka tak suka kita kena akui, data center ini dia bergantung kepada banyak dan dia akan consume banyak utiliti kita khususnya electricity dan juga air.
Saya bagi satu contoh Puan Pengerusi, bayangkanlah satu gigawatt data center dia boleh power 700,000 rumah. Satu gigawatt data center sahaja.
Di Johor sahaja, sudah ada- menjelang 2027, projected data center di Johor sahaja dia akan menggunakan 2.7 gigawatt iaitu cukup untuk power 3,000,000 rumah, hampir semua rumah di Johor. Itu sahaja. Data center sahaja sudah cukup power semua rumah di Johor.
Bayangkan betapa banyak elektrik yang diguna. Bukan itu sahaja, air. Untuk satu gigawatt data center, dia akan guna 42 juta liter air. Cukup untuk air untuk 100,000 orang. Kalau kita guna andaian itu, untuk Johor saja, data center sahaja, dia boleh membekalkan air untuk hampir 250,000 keluarga di Johor sahaja.
Bayangkan begitu banyak sumber kita kena beri kepada data center ini. Maka, saya harap kementerian boleh berikan saya beberapa jawapan, perincian, bertulis pun boleh. Satu, sebenarnya Malaysia kini ada berapa data center dan berapa data center yang kini telah diluluskan dan akan dibina? Kedua, berapakah purata tiap-tiap air dan juga elektrik tenaga yang digunakan oleh data center dan berapa daripada itu yang menggunakan renewable energy? Sebab itu penting sebab kita sekarang nak menuju kepada NETR zero carbon. Selain daripada itu, saya nak tahu juga, ini penting. Setiap data center yang masuk Malaysia, adakah kerajaan ada memberi mereka apa-apa insentif cukai tak atau apa-apa pakej yang mendorong mereka masuk? Ada tak di tiap-tiap perjanjian dengan data center, mereka ada keutamaan sekiranya tiada air atau tiada elektrik, mereka masih kena komited TNB ataupun syarikat air kena komited bagi air kepada mereka terdahulu? Itu bagi saya sangat penting.
Last sekali Puan Speaker, saya ingin masuk kepada isu...
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
[Mencelah]
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Oh, Pengerusi. MyDIGITAL Corp. Butiran 030400 di mana saya hanya nak katakan adalah sangat penting kita gunakan teknologi dan inovasi dan digital untuk membantu usahawan-usahawan negara kita khasnya di PMKS untuk kita melonjakkan produktiviti mereka ke-satu tahap di mana dia dapat membantu ekonomi negara. Maka, saya harap kementerian boleh beri perincian sebenarnya bajet untuk MyDIGITAL Corp. ini bagaimana mereka akan usahakan.
Last sekali ialah Butiran 010500 – Inkubator Digital. Ini adalah usaha satu usaha yang baik untuk kita bantu start-up. Daripada start-up, kita tolong mereka terus jadi satu syarikat yang berjaya walaupun bajet dia masih terhad, saya harap usaha kerajaan ini boleh ditingkatkan dan mohon perincian sebenarnya bajet untuk inkubator digital ini adakah ia akan diberikan kepada swasta ataupun kepada universiti atau tertiary? Terima kasih Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Saya jemput Yang Berhormat Lumut.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Terima kasih Puan Pengerusi. Terus ke Butiran 020000 – Pembangunan Digital.
Seiring dengan penubuhan Pusat Revolusi (IR 4.0), apakah strategi yang telah digariskan kerajaan untuk memupuk inovasi digital serta merapatkan jurang literasi dalam kalangan rakyat? Sejauh manakah keterlibatan orang ramai dalam program AI untuk Rakyat untuk meningkatkan pemahaman dan kesedaran mereka terhadap AI dan rantaian blok?
Adakah terhadap juga usaha-usaha memperkasakan syarikat awam tersenarai di Malaysia untuk mencapai matlamat alam sekitar, sosial dan tadbir urus menerusi penggunaan teknologi digital?
Sejauh mana penekanan kementerian terhadap aspek pembangunan landskap bakat digital dengan kolaborasi syarikat teknologi dan start-up bagi menghasilkan bakat-bakat tempatan terutama dalam bidang pengkomputeran awam, keselamatan siber dan kecerdasan buatan misalnya projek sekolah pengekodan yang pertama di Malaysia, 42 MY yang dilancarkan oleh Universiti Sunway dengan kerjasama MyDIGITAL Corporation untuk melatih murid-murid sekolah dalam bidang robotik dan AI? Adakah terdapat juga peruntukan dana khusus yang disediakan bagi penyelidikan berkaitan robotik dan AI mengambil kira prospek AI terhadap pasaran pekerjaan masa depan?
Apakah status terkini berhubung Jawatankuasa Pemodenan dan MyDIGITAL Kluster Kerajaan yang ditubuhkan kerajaan sebelum ini sebagai langkah mengurus dan memantau dasar program dan projek dalam memacu transformasi digital sektor awam termasuk sasaran 80 peratus perkhidmatan kerajaan secara dalam talian menjelang 2025?
Di bawah Butiran 33000 – Peruntukan bagi MyDIGITAL Economy Corporation. Perincian mengenai jumlah peruntukan yang disalurkan bagi Geran Kandungan Digital, Geran Pemangkin Digital Malaysia dan Geran Eksport Digital Malaysia serta penerima manfaat bagi kategori-kategori geran ini. Adakah pihak kementerian bercadang untuk memperluaskan skim insentif cukai untuk syarikat digital Malaysia bagi merancakkan ekosistem kandungan digital tempatan? Apakah usaha kerajaan untuk membantu syarikat- syarikat yang masih tidak mencapai status MyDIGITAL (MD)?
Adakah pihak kementerian telah mengenal pasti cabaran utama yang dihadapi oleh industri kandungan kreatif digital tempatan dalam menembusi pasaran antarabangsa terutama daripada segi promosi, pemasaran serta kekangan dana bagi meningkatkan pengkomersialan karya dan kandungan mereka? Apa strategi baharu MDEC untuk merintis perkongsian pembangunan bakat digital negara dengan kerjasama sektor swasta bagi mengetengahkan lebih ramai bakat pencipta kandungan digital kreatif, menghasilkan produk kreatif sehingga menembusi pasaran global? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Saya jemput Yang Berhormat Padang Rengas.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat datang ke Dewan Rakyat kepada wakil-wakil penduduk dari Padang Rengas. Ada di belakang ini yang diketuai oleh Tuan Haji Haris Awang. Selamat datang.
[Tepuk] Padang Rengas ingin menyentuh Butiran 020000 – Peruntukan Kementerian Digital khususnya berkenaan pengurangan peruntukan bagi pembangunan digital yang kini hanya RM95.1 juta pada tahun ini berbanding RM114.3 juta pada tahun 2024.
Pengurangan hampir 17 peratus ini, pada pandangan saya, amat mengecewakan dan menunjukkan satu langkah yang tidak selari dengan keperluan semasa dan aspirasi negara.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Tuan Pengerusi, pertama, dalam era revolusi industri 4.0 di mana ekonomi digital menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi global, pengurangan ini memberi isyarat bercanggah dengan retorik kerajaan untuk memperkukuhkan transformasi digital negara.
Bagaimanakah kita mahu bersaing dengan negara serantau seperti Singapura dan Vietnam yang secara agresif melabur dalam digitalisasi jika kita sendiri mengurangkan sokongan kewangan?
Tuan Pengerusi, yang kedua, saya ingin menyentuh berkenaan isu keberkesanan penggunaan dana. Jika pengurangan ini disebabkan ketirisan atau kegagalan mencapai objektif tahun-tahun sebelumnya, saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah indikator prestasi utama (KPI) untuk program digital pada tahun 2024? Adakah sasaran-sasaran ini dicapai? Jika tidak, apakah langkah penambahbaikan yang akan diambil?
Ketiga, program digital harus memberi tumpuan kepada kawasan luar bandar.
Statistik menunjuk bahawa kawasan pedalaman masih ketinggalan daripada segi akses internet dan teknologi digital. Dengan pengurangan ini, apakah jaminan kementerian bahawa komuniti luar bandar tidak terus terpinggir? Adakah kerajaan akan memastikan sebahagian besar dana ini disalurkan kepada program seperti peningkatan jalur lebar di luar bandar?
Tuan Pengerusi, yang keempat, agenda pendigitalan PKS. Kita sedia maklum bahawa perusahaan kecil dan sederhana adalah tulang belakang ekonomi negara. Namun, kebayakan PKS masih bergelut untuk mengadaptasi teknologi digital kerana kekangan modal dan pengetahuan. Apakah insentif yang disediakan untuk menyokong mereka? Apakah kementerian bercadang untuk memperkenalkan geran atau insentif tambahan bagi mempercepatkan transformasi digital di kalangan PKS ini?
Kelima, saya ingin menarik perhatian kepada agenda teknologi hijau yang sering ditekankan oleh kerajaan. Teknologi digital berpotensi besar untuk menyokong kelestarian
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
alam sekitar seperti sistem pengurusan tenaga pintar dan peralihan kepada ekonomi rendah karbon. Dengan pengurangan bajet ini, bagaimana kementerian memastikan elemen teknologi hijau dimasukkan dalam perancangan digital?
Saya juga ingin menyentuh aspek ketelusan dan pemantauan. Adakah kementerian bersedia untuk memperkenalkan mekanisme pemantauan yang lebih telus seperti penerbitan laporan suku tahunan untuk menunjukkan keberkesanan program digital dan perbelanjaan?
Seterusnya, saya ingin merujuk Butiran 020600, peruntukan bagi Perlindungan Data Peribadi (JPDP) sebanyak RM4.3 juta pada 2025 berbanding RM3.7 juta pada 2024.
Soalan saya, adakah pihak kementerian telah meneliti cadangan untuk mewujudkan Suruhanjaya Data dan bagaimana ia dapat memperkukuh fungsi JPDP dalam aspek pemeliharaan privacy data serta membendung ketirisan data peribadi yang sering berkait rapat dengan jenayah scam?
Akhir sekali, sejauh mana pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dapat membantu usaha kerajaan dalam mengurangkan insiden kebocoran data dan maklumat peribadi sehingga mendorong mangsa penipuan terpedaya skim-skim penipuan berkaitan perbankan dan kewangan atas talian? Tuan Pengerusi, sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Padang Rengas. Saya jemput Yang Berhormat Dungun.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Saya ke Butiran 01600 – Cybersecurity Malaysia.
Persoalan keselamatan siber tidak boleh dipandang remeh kerana perang siber dan risikan siber kini telah mengubah rules of engagement, dengan izin, dengan sangat drastik.
Kini kita bukan sahaja berhadapan ancaman komunikasi kita yang bukan sahaja dipintas dan dibaca oleh anasir luar, malah kemajuan teknologi digital kini mampu memberikan mereka akses untuk merampas terus kawalan ke atas sistem komunikasi dan digital itu sendiri.
Tidak hairanlah pelantikan syarikat U Mobile Sdn. Bhd. untuk menguruskan rangkaian 5G kedua negara menjadi isu yang kerap ditimbulkan memandangkan syarikat pemegang saham terbesar U Mobile adalah syarikat Singapura. Kerisauan ini adalah kerana ia berkait rapat dengan infrastruktur kritikal dan kedaulatan digital negara.
Oleh yang demikian, apakah inisiatif khusus oleh Cybersecurity Malaysia daripada segi pembangunan teknologi dan kepakaran bagi mengekang risiko berlakunya kebocoran atau serangan ke atas rangkaian tersebut?
Yang Berhormat Pengerusi, bercakap tentang perkara yang melibatkan perlindungan data peribadi, Butiran 020600, bagaimanakah kementerian menangani isu kebocoran data rakyat dari pangkalan data institusi seperti bank dan lain-lain yang menyumbang kepada kes- kes kegiatan scammer, kerana kita melihat dalam perkara yang melibatkan perlindungan data peribadi, ada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709] dan di antara fungsi dan tugas
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
ialah pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan Akta 709 melalui penilaian, penyiasatan dan pemantauan.
Soalan saya. Setakat ini, berapakah jumlah kes yang disiasat, didakwa dan dijatuhkan hukuman? Supaya menjadi pencegah kepada kes-kes bocornya data-data peribadi ini, supaya rakyat akan rasa terselamat apabila mereka memberikan input kepada maklumat data-data peribadi mereka.
Seterusnya, Butiran 020200 – Perniagaan Digital. Dasar Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Digital membuat kerangka untuk memastikan bahawa dasar-dasar berkait dengan digital negara akan berjalan melalui proses yang ditetapkan.
Namun, apabila sampai kepada pelaksanaan, kerajaan-kerajaan negeri mempunyai agenda pendigitalan negeri masing-masing. Oleh itu, ia juga adalah menjadi rujukan kepada agensi-agensi kerajaan negeri dan syarikat-syarikat perniagaan serta untuk membimbing rakyat berkenaan kepentingan agenda pendigitalan negara untuk menambah pendapatan mereka dalam inisiatif pembangunan keusahawanan rakyat.
Saya pohon supaya pemegang taruh ataupun agensi-agensi pelaksana di peringkat negeri, yakni pelanggan kepada Kementerian Digital ini, mestilah dilibatkan juga negeri-negeri kerana mereka mempunyai Exco-Exco yang menjaga kepentingan untuk pembangunan digital di peringkat negeri masing-masing. Mohon kementerian memberikan perhatian kepada fasa pelaksanaan yang lebih penting. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Dungun. Saya jemput Yang Berhormat Gerik.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi atas laluan yang diberikan daripada Gerik untuk membahaskan belanjawan bagi Kementerian Digital bagi Bekalan dan Pembangunan 50. Tuan Pengerusi, Gerik mendapati Kementerian Digital ini adalah satu kementerian yang baru, tidak banyak pembandingan bajet yang boleh dirujuk atau kejayaan-kejayaan lepas yang boleh kita jadikan ukuran secara adil untuk kita menilai kementerian dan juga Menteri yang bertanggungjawab.
Namun Gerik ingin mengupas atau bertanyakan kepada Menteri isu-isu yang secara umum bagi satu pelan untuk tindakan kita di pihak kementerian ke arah mendigitalisasikan perniagaan-perniagaan di Malaysia. Mungkin ada beberapa butiran menjadi berkaitan dengan perkara ini seperti contohnya Butiran 010500 – Inkubator Digital. Kemudian Butiran 010600 – Dasar, Strategik dan Pematuhan yang membelanjakan RM1.27 juta kemudian Butiran 020100 – Pengupayaan Digital sebanyak lebih kurang setengah juta juga. Kemudian ada Butiran 020200 – Perniagaan Digital. Ini mungkin juga berkaitan dan mungkin juga Butiran 020500 – Digital Negara.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Jadi, dalam usaha kerajaan untuk mendigitalisasikan perniagaan-perniagaan di Malaysia ini jadi Gerik ingat era Revolusi Industri 4.0. Digitalisasi ini bukan lagi pilihan. Nak sebut pun payah tapi dah jadi satu keperluan dan ia juga jadi kunci untuk kita memastikan perniagaan kita kekal berdaya saing di pasaran global. Jadi pertamanya, kementerian dicadangkan perlu mengutamakan peningkatan infrastruktur digital.
Walaupun infra berada di kementerian sebelah, Kementerian Komunikasi, untuk Kementerian Digital melaksanakan apa-apa dasar untuk memajukan Digital Negara ini, kerajaan perlu memastikan capaian internet kita mestilah pantas, stabil dan mampu milik, terutamanya bagi kawasan-kawasan luar bandar.
Tanpa akses internet yang kukuh, perniagaan kecil dan sederhana di kawasan pendalaman takkan dapat sambut apa yang kementerian nak buat ini. Keduanya adalah latihan dan pembangunan bakat digital Malaysia juga harus diberi keutamaan kerana banyak PKS di Malaysia ini pun masih kurang cerdik daripada – Kurang celik daripada sudut teknologi ya sebab teknologi sentiasa berubah dari semasa ke semasa dan juga kementerian perlu melabur dalam banyak program latihan, bengkel dan juga lagi satu perkara yang penting adalah geran, sebabkan digital ini adalah satu benda yang baru. Jadi, tak semua orang berani buat satu benda yang baru macam ini. Kemudian kita ambil risiko pula dengan pinjaman.
Kemudian kita gagal, kita nak tanggung pula pinjaman itu kan?
Jadi, benda-benda baharu macam ini perlu ada geran yang sesuailah. Kemudian kementerian perlu juga memahamkan usahawan kita ini, memahami dan menggunakan teknologi seperti e-dagang adalah analisis data dan automasi.
Kemudian, satu lagi adalah penggunaan kaedah bayaran dan urus niaga digital. Ini adalah satu perkara yang sebelum kita melangkah lebih jauh. Kaedah bayaran dalam negara ini terutamanya di kawasan luar bandar masih lagi belum digital sepenuhnya. Dengan penggunaan QR code dan sebagainya. Di sesetengah negara kalau kita pergi dia dah – peminta sedekah pun dah guna QR code. Kita nak cerita inikan, jadi di Malaysia ini sepatutnya semua kedailah, walaupun dia jual goreng pisang ke apa, dia boleh dibayar guna QR code.
Jadi, kementerian perlu bantu usahawan-usahawan semua untuk proses pendaftaran dan sebagainya. Ini adalah langkah yang – Langkah awal sebelum kita nak bercerita tentang satu program digitalisasi yang lebih hebat macam AI dan sebagainya.
Kemudian, insentif dan sokongan kewangan. Macam saya cerita tadi, insentif dan sokongan kewangan juga perlu ditingkatkan untuk membantu peniagaan membuat peralihan ke arah digital.
Perniagaan kadang-kadang dia dah sedia ada tapi nak beralih kepada digital itu dia perlukan sokongan dan bantuan, terutamanya bantuan kewanganlah, nak buat website ke apa ke. Kemudian juga, kerajaan juga perlu ada inisiatiflah tentang potongan cukai dan macam tadi geran khas dan sebagainya. Itu adalah satu benda yang Kementerian Digital patut terkehadapan untuk merangka kaedah potongan cukai ataupun pengecualian cukai yang sepatutnyalah untuk kementerian.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Akhir sekali adalah tentang keselamatan siberlah. Apabila kita balik kepada digital tadi itu, semua perniagaan pun kita beralih kepada digital, keselamatan siber sangat penting kerana ianya melibatkan pendapatan dan kewangan peniaga-peniaga. Jadi kesimpulannya, pelan tindakan ini memerlukan komitmenlah dari semua pihak. Jadi, macam Gerik cakap tadi, kita nak menilai belanja, perbelanjaan baru, tahun lepas tak ada, tahun ini baru nak ada. Jadi kita pun tak boleh nak nilai ya. Secara – kita perlu bagi peluanglah kan? Jadi, harap Kementerian Digital dapat ambil satu pendekatan yang holistiklah. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Saya jemput Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI, salam RAHMAH. Terima kasih Puan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 01600 – Cybersecurity Malaysia. Peruntukan kepada Cybersecurity Malaysia (CSM) telah diturunkan daripada RM49 juta kepada RM40 juta, hampir 20 peratus penurunan untuk tahun 2025, sudah pasti penurunan ini menimbulkan kebimbangan kerana dalam kita bercakap tentang memperkasakan keselamatan cyber tetapi kita menerima penurunan ini, sudah pasti ia merupakan salah satu perkara yang utama yang perlu diberi perhatian dalam era digital yang semakin mencabar hari ini.
Dengan peningkatan serangan cyber seperti pencerobohan data dan serangan ransomware, tindakan ini boleh melemahkan kemampuan negara dalam melindungi platform digital, infrastruktur kritikal dan data rakyat. The Star pada 26 November 2024 yang lalu menyebut, “Cyber security threats becoming more complex, require collective action says Gobind”. Gobind ni Menteri Digital, Tuan Pengerusi.
Sebagai agency yang memastikan keselamatan digital negara selari dengan piawaian global, adakah pengurangan ini akan menjejaskan keupayaan CSM dalam menjalankan fungsinya ataupun ada strategi ataupun kaedah lain yang sedang dilaksanakan ataupun dirancang oleh pihak kementerian. Dalam pada itu saya ingin mencadangkan program Cyber Security Talent Accelerator untuk mempercepatkan bakat-bakat cyber security agar kerajaan melancarkan inisiatif untuk melatih lebih ramai pakar keselamatan cyber dengan menawarkan program-program yang berbentuk biasiswa atau pun insentif kepada pelajar-pelajar STEM dan latihan intensif melibatkan universiti tempatan serta syarikat-syarikat antarabangsa.
Langkah ini bukan hanya menampung keperluan domestic tetapi membuka peluang eksport bakat pasaran global. Selain daripada itu saya juga ingin mencadangkan agar platform amaran siber awam ataupun national cyber threat alert system dibangunkan supaya kita boleh memberi amaran yang nyata kepada rakyat dan organisasi berkenaan, berkenaan dengan serangan cyber yang terkini, sebagai contoh yang melibatkan kawasan yang tertentu hotspot dan seumpamanya.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Butiran yang kedua, Puan Pengerusi, Butiran 33000 – Malaysia Digital Economy Corporation yang mendapat peruntukan yang lebih besar pada tahun ini, RM215 juta berbanding RM140 juta pada tahun ini. RM215 juta pada tahun 2025. Saya mengalu-alukan langkah untuk memperkasa Malaysia Digital Economy Corporation ini kerana ekonomi digital memang akan berkembang dengan pesat iaitu sebanyak 16 peratus, mencecah Amerika Syarikat RM31 bilion menjelang 2024. Sebagaimana yang dilaporkan dalam e-Conomy SEA 2024, oleh Google, Temasek dan Bain and Company. Sektor seperti e-dagang, pelancongan dalam talian, pengangkutan, makanan dan media digital dijangka menjadi pemacu utama pertumbuhan ini.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan agar Kementerian Digital memikirkan bagaimana kita nak membantu memperkasa dan mengajak lebih ramai lagi para belia terlibat dalam ekonomi digital ini, e-dagang. Kalau dalam industri biasa keusahawanan, kita biasalah, Kementerian Keusahawanan ataupun state economic development corporation, mereka biasa melakukan beberapa insentif, menyediakan hab-hab keusahawanan tetapi itu dalam bentuk yang tradisional.
Bila melibatkan e-dagang yang melibatkan hab e-digital ini, saya rasa Kementerian Digital harus menjuarai perkara ini. Kalau kita boleh garab perkara ini, tawarkan kepada anak muda, barulah anak-anak muda rasa inilah Menteri Digital saya yang saya amat sanjungi.
Sebab itu saya mencadangkan, saya menawarkan di Shah Alam, kita wujudkan satu hab e- dagang, hab digital pioneer.
Saya boleh bersetuju kalau kita adakan matching grant pun tak apa Yang Berhormat Menteri. Fifty-fifty pun tak apa. Saya keluar belanja, Menteri keluar belanja tapi yang pentingnya, rakyat khususnya masyarakat, anak-anak muda yang ingin terlibat dengan perniagaan e-dagang ini ada tempat yang sesuai untuk mereka memula, memajukan perniagaan mereka dalam industri e-dagang. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. 15 minit.
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan tadi yang telah pun menyentuh isu-isu berkaitan dengan Kementerian Digital iaitu Yang Berhormat Ipoh Timor, Alor Setar, Kapar, Tebrau, Lumut, Padang Rengas, Dungun, Gerik dan juga Shah Alam.
Tuan Pengerusi, sahabat saya daripada Ipoh Timor bangkitkan isu berkenaan dengan DNB. Tuan Pengerusi, DNB sebelum daripada Januari tahun ini, berada di dalam kawalan ataupun satu agensi Kementerian Komunikasi dan Digital. Kementerian Digital telah pun mengambil alih daripada Kementerian Komunikasi dalam bulan Januari tahun ini dan sehingga sekarang. Perkara yang telah pun dibangkitkan dan sering kali menjadi aspek
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
pertanyaan ataupun soalan adalah berkaitan dengan dana yang digunakan oleh DNB setakat ini dan semalam, dibangkitkan perkara berkaitan dengan dana sebanyak RM16.5 bilion yang dikatakan wang yang telah pun disalurkan dan digunakan oleh DNB.
Tuan Pengerusi, izinkan saya menyatakan dengan tegas di sini bahawa sejak kementerian saya mengambil alih agensi DNB, kami telah pun memanggil pihak-pihak yang berkaitan dalam DNB untuk memberi penjelasan yang penuh berkaitan dengan masalah ataupun perkara-perkara yang dibangkitkan dalam aspek ini. Selain daripada itu, saya juga telah pun mengarahkan supaya dijalankan audit ataupun due diligence untuk memastikan bahawa aspek-aspek atau tatakelola dan sebagainya diikuti secara rapat di dalam DNB.
Saya nak nyatakan di sini dengan tegas bahawa sekiranya wujud atau dibawa ke perhatian saya bahawa ada perkara-perkara yang perlu kita tangani, perkara-perkara yang luar daripada biasa, saya akan ambil tindakan. Itu adalah satu perkara yang serius dan saya bagi jaminan bahawa sekiranya dibawa ke perhatian saya, tindakan akan diambil. Berkaitan dengan aspek due diligence yang telah pun dilaksanakan, due diligence telah pun memberikan jawapan bahawa perkara-perkara yang kita lihat daripada aspek pentadbiran, kewangan dan sebagainya adalah teratur, tidak ada masalah.
Selain daripada itu, saya ingin juga menyatakan bahawa bila kita lihat kepada jumlah wang yang saya sebutkan tadi, jumlah wang RM16.5 juta bilion ini adalah untuk tempoh masa 10 tahun. Sehingga sekarang Puan Pengerusi, saya nak nyatakan bahawa jumlah RM16.5 bilion selama 10 tahun itu tidak melibatkan dana kerajaan melainkan hanya dua perkara.
Satu, suntikan ekuiti sebanyak RM500 juta pada tahun 2021 serta pinjaman pemegang saham sebanyak RM450 juta oleh Menteri Kewangan Diperbadankan pada Mei 2023.
Menteri Kewangan Diperbadankan adalah pemegang saham.
Jadi, ini sahaja wang-wang yang datang daripada pihak-pihak yang saya nyatakan tadi. First, suntikan ekuiti RM500 million, 2021 dan kemudian pinjaman daripada pemegang saham, RM450 million daripada Menteri Kewangan Diperbadankan dan ini di dalam bulan Mei tahun 2023. Selain daripada itu, perbelanjaan DNB dilaksanakan melalui juga pinjaman swasta termasuk pinjaman bank yang dijamin oleh kerajaan serta sumber-sumber kewangan yang lain.
Setakat ini Tuan Pengerusi, saya ingin nyatakan untuk rekod, setakat tahun 2024, DNB telah membelanjakan wang sebanyak RM5 bilion dan ini bagi tujuan pembangunan dan penyelenggaraan rangkaian 5G DNB. Jumlah pendanaan kerajaan dalam DNB sebanyak RM950 ini iaitu yang saya sebut tadi the first RM500 suntikan ekuiti dan kemudian pinjaman RM450 juta itu serta pinjaman bank dijamin kerajaan akan diambil alih dan dibayar balik oleh pihak telco kepada kerajaan sebagai sebahagian daripada proses peralihan kepada model dwirangka 5G negara.
Malah Tuan Pengerusi, rangkaian 5G kedua negara tidak dapat dilaksanakan sehingga dana Kementerian Kewangan itu dipulangkan. Dalam erti kata lain, kerajaan akan tetap dibayar balik oleh pihak telco dan kenyataan ini dengan jelas menunjukkan bahawa ia tidak akan menanggung sebarang kerugian. Jadi dalam perkara ini, saya harap bahawa
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
masalah ini dapat kita fahami. RM16.5 itu over period of 10 years, jumlah yang telah pun dikeluarkan. At this point in time, the RM500, the RM450 sepertimana saya nyatakan, ianya akan dibayar balik.
Setakat mana yang saya boleh memaklumkan Dewan ini, selepas kami mengambil alih DNB, we are very clear, kita adakan due diligence. Ini telah pun dilaksanakan. Hasilnya menunjukkan bahawa tidak ada masalah berkenaan dengan tatakelola dan juga kewangan, isu aspek pentadbiran dan kami memang terbuka untuk apa-apa soalan ditanya dan memberi jawapan pada bila-bila masa.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
[Bangun]
Tuan Gobind Singh Deo
Tuan Pengerusi, saya juga ingin nyatakan bahawa satu aspek yang telah pun diberi penekanan dan ini dapat dilihat dalam tahun 2024, tahun ini, 41 projek telah pun dianugerahkan oleh DNB. Projek-projek ini berjumlah sebanyak RM51.8 juta dan semua projek ini telah pun diberikan melalui proses tender. Ini adalah satu perkara yang kita memberi penekanan di dalam Kementerian Digital supaya memastikan bahawa pada setiap masa kita ada transparensi berkenaan dengan sebarang tindakan atau urusan yang dikendalikan melalui DNB. Tuan Pengerusi, saya sekarang alih kepada aspek yang dibangkitkan oleh beberapa Yang Berhormat berkaitan dengan AI.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Gobind Singh Deo
Ya, sila.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Satu lagi soalan. Yang Berhormat Menteri sebut tadi bahawasanya due diligence dah dibuat, apa yang perlu disiasat telah disiasat. Boleh tak Yang Berhormat secara ringkasnya menyatakan atau memaklumkan seisi Dewan ini, apakah hasil dan penemuan siasatan yang telah dibuat. Kalau SPRM masuk kah, apa penemuan mereka. Baik kah, elok kah, buruk kah, ada masalah kah? Kalau boleh Yang Berhormat memberi sedikit hasil penemuan sekiranya SPRM dah masuk.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Menteri, sambungan sikit.
Tuan Gobind Singh Deo
Baik, sila.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Adakah ini bermakna bahawa DNB akan terus menjadi pemain industri ini walaupun mungkin selepas daripada dibuat bayaran balik oleh syarikat rangkaian 5G kedua? Adakah DNB akan masih menjadi industry player dalam perkara digital ini? Terima kasih.
Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih Dungun, jawapan kepada soalan itu, ya memang selepas berlakunya peralihan mengikut terma-terma perjanjian SSA yang telah pun dimeteraikan itu, memang DNB akan terus berada dalam industri. Kita jangka bahawa melihat kepada bagaimana kita bergerak ke depan khususnya dalam bidang teknologi dan AI dan sebagainya, memang kita yakin bahawa ia akan tetap berjaya. So, itu adalah pendirian saya.
Berkaitan dengan soalan yang dibangkitkan oleh Ipoh Timur. Ipoh Timur, saya ada surat daripada SPRM, saya akan berikan selepas saya — saya tidak ada salinan dengan
Tuan Gobind Singh Deo
saya. Saya akan berikan. Tetapi Ipoh Timur, sebelum kita masuk dalam perjanjian SSA dengan syarikat-syarikat telco dan sebagainya, proses telah pun dilaksanakan untuk memastikan bahawa urusan-urusan di dalam DNB ini adalah urusan-urusan yang teratur. Itu adalah satu keperluan.
Jadi, adalah diperlukan supaya due diligence diadakan. Jadi due diligence itu diadakan oleh DNB dan juga diadakan oleh syarikat-syarikat yang terlibat untuk memastikan bahawa semua perkara yang dilihat dalam rangka angka yang dikemukakan dalam pentadbiran, kewangan dan sebagainya adalah teratur. Apa yang kita dapat melalui proses itu adalah menunjukkan bahawa segala yang berlaku di situ adalah teratur. Ia kepada saya berjumlah kepada satu audit yang menunjukkan bahawa memang apa yang dilaksanakan setakat sekarang adalah mengikut keperluan undang-undang.
Selain daripada itu Ipoh Timur, kita dapat lihat bahawa keberjayaan DNB sehingga sekarang di mana kita dalam lebih daripada tiga tahun, kurang daripada empat tahun, berjaya menepati sehingga lebih daripada 80. Saya rasa 82 peratus coverage of COPA dan ramai sangat pelanggan. Lebih daripada 16 juta pelanggan dan ini dalam kurang daripada empat tahun. Ini menunjukkan bahawa prestasi perkembangan dalam pembinaan infrastruktur daripada DNB ini memang satu yang dilihat dan diiktiraf sebagai salah satu yang terbaik di dalam dunia.
So, di dalam aspek itu, bergerak ke depan, kita perlu lihat kepada bagaimana kita boleh perkukuhkan lagi pertumbuhan network ataupun infrastruktur yang mendirikan network di dalam negara kita kerana bergerak ke depan, saya melihat dan saya rasa semua Ahli Yang Berhormat yang juga mengambil bahagian dalam perbahasan hari ini dapat memahami bahawa negara kita ini memerlukan infrastruktur yang kukuh supaya memastikan bahawa setiap rakyat Malaysia mahupun secara persendirian, industri ataupun yang lain ada akses kepada kesalinghubungan yang boleh digunakan untuk menjayakan ataupun mengubah cara kita kerja daripada cara lama kepada zaman teknologi baharu.
So, ini adalah satu perkara yang kita lihat. Moving ahead, I think of course there’s a lot to be done dan DNB adalah salah satu daripada ini juga mengikut apa yang disebut oleh Dungun tadi. Ia memang akan menjadi satu industry player akan tetap melaksanakan tugas untuk memastikan bahawa negara kita bersedia untuk cabaran-cabaran teknologi yang akan kita hadapi pada masa depan.
Tetapi saya ingin menyatakan sekali lagi, kementerian saya sentiasa terbuka, Dungun, Gerik dan sebagainya. Kalau ada masalah, beritahu kepada kita. Kita akan melihat, kita akan kaji, siasat dan sebagainya. Kita hendak melaksanakan pendekatan terbuka kerana memang ramai yang tanya soalan berkenaan ini. Ini jumlah wang yang cukup besar dan saya tidak ada masalah. Itu sebab bila saya jadi Menteri, saya terus minta supaya DNB membawa kepada saya semua buku dan angka, kita lihat kerana kita hendak pastikan bahawa tidak ada masalah kerana tahu perkara ini akan dibangkitkan, bukan sahaja di luar sana tetapi juga di dalam Dewan yang mulia ini. Saya harap itu menjawab soalan Yang Berhormat.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Ya, mujur sudah dibentuk Kementerian Digital, mujur ada Menteri yang bertanggungjawab. Tidak adalah yang gerun, tidak adalah yang seram sudah.
Tuan Gobind Singh Deo
[Ketawa] Baik, kita beralih kepada AI, Puan Pengerusi.
Puan Pengerusi, aspek yang dibangkitkan oleh ramai daripada Yang Berhormat dan saya minta maaf, saya jawab semua sekali soalan dibawa oleh Kapar, oleh Dungun, sahabat saya dari Alor Setar dan sebagainya sekali. Saya terima bahawa kita perlu menerima hakikat bahawa dunia sekarang bergerak ke arah AI.
Dalam keadaan tersebut, kita juga terima bahawa AI ini bukan mempunyai kesan terhadap satu sektor sahaja. AI ini akan mempunyai kesan terhadap semua sektor di dalam negara. Oleh itu, saya kerap kali sebut, bila kita sebut berkenaan dengan Smart City, Smart Nation, sebenarnya sekarang ianya bukan Smart City, Smart Nation. Sebenarnya ianya AI City, AI Nation kerana ini akan menjadi lapisan yang akan terserap dalam semua aplikasi yang kita gunakan, bergerak ke depan.
Jadi, perkaranya berbalik kepada bagaimana kita boleh membuat persediaan, walhal kita terima bahawa luas yang kita lihat ini, keterpakaian dia adalah besar sangat, luas sangat.
Jadi, itu sebab kita membuat keputusan untuk mewujudkan Pejabat Nasional AI ataupun National AI Office yang akan kita luncurkan dalam bulan depan, 12 Disember. Kapar, saya hantar surat jemputan. Kalau ada masa, tolong datanglah.
Jadi soalan ditanya oleh Kapar, dia kata “Okey, apakah struktur di dalam NAIO?” Kapar, sekarang kita mula dengan mengeluarkan iklan untuk memenuhi jawatan-jawatan utama, CEO dan sebagainya dan itu telah pun kita laksanakan. Again, secara transparent kita telah menerima 1,000 lebih permohonan, telah pun mengkaji satu persatu dan keputusan telah pun dibuat. Selepas daripada itu, kita hendak bawa bersama team kita dan kita hendak buat keputusan bagaimana kita hendak bergerak ke depan.
Setakat sekarang, ada beberapa kategori yang kita lihat yang akan diungkit ataupun dilihat secara spesifik oleh National AI Office ini. Pertama, berkaitan dengan apakah sebenarnya teknologi yang kita lihat akan digunakan dan perlu kita gunakan di Malaysia supaya kita dapat memanfaatkan dengan penuh teknologi baharu khususnya AI ini bergerak ke depan.
So, kita kena lihat bagaimana kita boleh pastikan bahawa negara kita bersedia? Jadi, dari sudut infrastruktur dan itu saya rasa perkara juga dibangkitkan tadi. Kita kena pastikan bahawa infrastruktur kita sedia untuk mendukung teknologi khususnya teknologi AI dan juga generative AI apabila kita bergerak ke depan. So, kita kena lihat apakah teknologi yang kita perlukan dan bagaimana kita boleh memastikan bahawa kita dapat menarik perhatian pelabur-pelabur asing yang membolehkan kita mewujudkan ekosistem untuk menyediakan negara kita supaya kita dapat menggunakan ataupun mengadaptasikan teknologi ini.
Dalam masa yang sama, saya juga setuju bahawa apabila kita lihat kepada AI dan sebagainya dan soalan ini telah pun dibangkitkan tadi juga. Kita juga kena lihat kepada kepakaran kita di Malaysia. Ya, jadi memang kita dapat lihat keluar bagaimana ada syarikat-
Tuan Gobind Singh Deo
syarikat asing, global, gergasi yang boleh bantu kita. Kita sedia menyambut ataupun menjemput mereka supaya buat pelaburan di Malaysia. Tetapi dalam masa yang sama, jangan kita lupakan bahawa kita perlu mendirikan tenaga kerja yang cukup mahir dalam bidang ini di Malaysia.
Saya hendak nyatakan Puan Pengerusi, sejak 12 bulan ini saya jumpa industri, almost everyday dan saya tengok memang kita ada cukup kelayakan di sini. Walaupun dari sudut start up, walaupun daripada individu-individu tertentu dan sebagainya. Ini adalah sebab kita dapat lihat inisiatif-inisiatif yang diambil oleh kerajaan.
Dalam dua tiga bulan yang lalu, kita melancarkan apa yang disebut sebagai Fakulti AI di UTM. Selepas daripada itu, baru-baru ini kita telah pun mengumumkan apa yang disebutkan kohort pertama, 100 pelajar termasuk juga wanita kerana kita hendak bangunkan ekosistem di mana kita ada kepakaran daripada dalam negara dan juga luar. So, itu pertama.
Keduanya, apa yang kita hendak laksanakan bahawa kita ada sistem yang membolehkan pelaburan. Jadi, bila kita lihat kepada pelaburan AI ini, kita hendak wujudkan kerangka di mana pelaburan ini dapat dijalankan dengan mudah. So, sama ada kita hendak adakan special economic zone dan sebagainya, itu kita akan bincangkanlah bagaimana kita memudahcarakan tarikan kita untuk membawa kepada negara kita syarikat-syarikat yang mahir di dalam bidang AI supaya kita dapat menyediakan negara kita untuk cabaran-cabaran AI dalam masa yang akan datang.
Keduanya, aspek berkenaan dengan inovasi. Inovasi ini adalah satu perkara yang cukup penting. Dunia sekarang ini bergantung kepada inovasi untuk kita mencari jalan penyelesaian untuk masalah-masalah. So, AI is about solutions to problems. Jadi, kita hendak pastikan bahawa kita ada ruang untuk kita ini memberi ruang kepada syarikat-syarikat untuk teruskan dengan inovasi. Jadi, di situ kita ada beberapa inisiatif yang telah pun kita umumkan.
Baru-baru ini kita ada KL20 dan sebagainya di mana kita telah pun memberi dukungan kepada start up dan sebagainya.
Ini adalah pihak-pihak dan kumpulan yang kita kena lihat, berikan sokongan bagaimana kita boleh membangunkan industri tempatan kita, kekuatan kita. So, itu satu perkara. Ketiga...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri, masa sudah tamat.
Tuan Gobind Singh Deo
Ini macam Ai ini. Boleh saya habiskan?
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Mohon tambah masa sedikitlah kot.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Tambah sedikit, Pengerusi. Bagi lima minit kah?
Tuan Gobind Singh Deo
Ada lima perkara, saya di nombor tiga. Boleh saya habis?
Kalau tidak nanti Kapar marah, susah nanti.
Tuan Gobind Singh Deo
Jadi, saya sebut tadi berkenaan dengan investment, innovation, third collaboration.
Bagaimana kalau kita ada ekosistem yang berkebolehan di Malaysia, tetapi kita tahu bahawa wujudnya kepakaran lain di rantau ini dan juga peringkat global. Bagaimana kita boleh
Tuan Gobind Singh Deo
pastikan bahawa kita ada kebolehan untuk kita menarik kerjasama supaya syarikat-syarikat kita daripada negara ini boleh bergerak ke luar negara, ke peringkat global dan kita boleh juga bawa daripada global ke peringkat Malaysia. Itu ketiga, saya hendak ringkaskan.
Keempat, apabila kita ada infrastructure, investment, innovation, collaboration, kita perlu ada polisi. Polisi itu kita bincang dengan industri bagaimana kita hendak bergerak ke hadapan, apakah sebenarnya langkah perundangan yang kita perlukan. Last-nya, governance. Governance itu berbalik kepada apa yang disebut tadi. Adakah kita hendak mewujudkan undang-undang?
Alor Setar tadi telah pun memberikan penekanan. Di Eropah kita ada akta EUAI dan sebagainya, tetapi ianya luas. Mungkin beberapa sektor perlu kita ada perundangan dari sudut undang-undang Parlimen. Tetapi sektor-sektor yang lain yang tidak memerlukan kawalan ketat itu, mungkin kita boleh kawal dengan menggunakan piawaian-piawaian tertentu seperti ISO dan sebagainya. So, kita kena buat kajian itu. Ini menunjukkan sebenarnya kenapa kita perlu mewujudkan National AI Office ini, kerana banyak sangat kerja yang perlu kita laksanakan.
Puan Pengerusi, saya minta maaf kerana telah mengambil masa yang lebih. Tetapi saya hendak bagi juga cadangan kepada semua sahabat-sahabat saya dalam Dewan yang mulia ini, kalau ada cadangan hendak dibawa melalui NAIO, jumpa saya. Kita semua memainkan peranan secara bersama untuk menjayakan misi AI kita.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Menteri, minta sedikit...
Tuan Gobind Singh Deo
Sila Dungun.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Saya hendak tanya ini sebab kita baru membina ekosistem, itu akan mengambil beberapa tahun. Kemudian yang kedua, setelah ada ekosistem ialah trusted system, sistem yang dipercayai. Kemudian, kita akan melonjak untuk menjadi bertaraf antarabangsa. Tetapi soalnya bukan negara kita sahaja, kita juga kena berfikir bagaimana persaingan yang akan berlaku dari negara-negara lain dan mungkin sebahagiannya telah lama bermula. Jadi, bagaimana solusi kepada masalah itu?
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Ya, Yang Berhormat Menteri, ini tentang kes mahkamah tadi itu. Saya minta Yang Berhormat Menteri kerana agak penting. Terima kasih.
Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih Dungun. Itu soalan yang cukup penting. Saya setujulah yang kita kena lihat kepada aspek bagaimana kita boleh menyediakan negara kita untuk apa yang kita boleh lihat sebagai competition daripada negara-negara rantau dan sebagainya. Itu satu cara melihatnya. Keduanya, kalau kita lihat dari sudut ASEAN misal kata.
Kita hendak bina struktur bagaimana kita boleh kerjasama menggunakan teknologi merentas sempadan dan sebagainya ya, membolehkan pembayaran dengan menggunakan teknologi lebih pantas dan sebagainya supaya kita boleh memajukan bukan sahaja negara kita, tetapi persaingan itu memang ada.
Tetapi, bagaimana kita boleh memajukan dan bangunkan kita sebagai rantau yang boleh juga membawa kesan kepada perniagaan dunia dan sebagainya. So, this is a big area.
Tuan Gobind Singh Deo
Saya setuju dan kita perlu mulakan perbincangan sekarang. Mungkin sedikit lambat, tetapi baik kita mula sekarang daripada tidak bermula langsung. Itu pertama.
Soalan daripada Alor Setar. Alor Setar, saya faham, saya juga melihat perkara ini.
Aspek yang kita lihat kes itu dan minta maaf kalau saya silap, tetapi yang saya baca itu dia kata kita tidak boleh menggunakan akta itu sebagai klausa tindakan. Tetapi soal dia, bolehkah atau tidak kita menggunakan klausa undang-undang dari sudut cuai, gagal melaksanakan sekian, sekian, sekian sebagai klausa undang-undang? Tetapi, itu satu perkara yang telah pun saya berikan kepada team saya. Saya akan melihat perkara ini kerana saya setuju kalau perlu kita memperbaiki masalah ini. But, I will come back to you on this.
Kepada semua yang telah mengambil bahagian Puan Pengerusi, saya minta maaf, lambat sedikit. Kepada semua yang tidak dapat saya jawab, saya akan berikan jawapan secara bertulis. Shah Alam minta maaf, tak ada masa, tetapi akan terima surat daripada saya dalam masa yang terdekat ya. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM201,390,400 untuk Kepala B.50 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2025 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.50 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.50 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2025 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.50 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Isnin, 2 Disember 2024.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.35 petang]