Nov272024

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Kita mulakan sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan dengan saya menjemput Tuan Khoo Puay Tiong, Kota Melaka.

draft • 10:00 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Tan Sri Speaker. Saya ingin ucapkan Selamat Menyambut Hari Jadi kepada Timbalan Menteri kita yang akan jawab soalan sebentar lagi. Tan Sri Speaker, saya Kota Melaka soalan nombor satu. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

1. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan langkah-langkah kerajaan menggalakkan para pemain industri tempatan untuk mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi memenuhi permintaan tempatan terhadap kenderaan elektrik bagi mencapai sasaran SDG 2050.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sila Menteri. Happy Birthday yang ke-28 ya.

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Tan Sri.

[Ketawa] Terima kasih Tan Sri, terima kasih Kota Melaka. Izinkan saya membuat sedikit pembetulan iaitu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mensasarkan untuk mencapai United Nations Sustainable Development Goals pada tahun 2030 dan bukan tahun 2050...

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 10:00 AM

Tuan Liew Chin Tong

Namun begitu, negara kita telah meletakkan sasaran untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih atau net zero menjelang tahun 2050. Salah satu daripada sasaran national energy transition roadmap (NETR) adalah untuk mencapai jualan kenderaan xEV 80 peratus daripada total industry volume (TIV) pada tahun 2050. Kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk menggalakkan syarikat tempatan mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi menyokong hala tuju pembangunan industri automotif tempatan. Antara inisiatif ini berkaitan fiskal yang ditawarkan kerajaan merangkumi:

(i) pengecualian sepenuhnya duti import dan eksais untuk EV jenis CBU import sehingga 31 Disember 2025 serta pengecualian

draft • 10:00 AM

Tuan Liew Chin Tong

sepenuhnya duti import eksais dan cukai jualan untuk EV yang dikeluarkan dalam negara sehingga 31 Disember 2027;

(ii) pengecualian cukai pendapatan (income tax allowance) atau pioneer status untuk syarikat pengeluar kenderaan cekap tenaga

(energy efficient vehicles) (EEV)) termasuk EV dan komponen kritikal berkaitan;

(iii) pengecualian cukai jalan bagi pengguna EV sehingga 31 Disember 2025;

(iv) pemberian green investment tax allowance (GITA) kepada charging point operator yang memenuhi kriteria galakan cukai untuk pengecualian cukai dalam bentuk allowance, cukai pelaburan sebanyak 100 peratus bagi tempoh 5 tahun;

(v) pengecualian cukai pendapatan ke atas pendapatan berkanun kepada syarikat-syarikat pengeluar EV charging equipment mulai tahun 2023 hingga tahun 2032; dan

(vi) pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 bagi pemasangan atau langganan kemudahan pengecas EV di rumah untuk tahun taksiran sehingga tahun 2027.

Selain itu, beberapa inisiatif juga diperkenalkan oleh kerajaan untuk pembangunan ekosistem EV sebagai sokongan kepada pembangunan kepada industri EV seperti berikut.

Saya beri secara bertulis, terima kasih.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Kota Melaka.

draft • 10:00 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih kepada Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Tan Sri Speaker, apabila dengan wujudnya Proton ya, kereta nasional yang pertama suatu ketika dahulu di mana kita nak melindungi industri automotif, kita sudah ada dasar pelindungan industri automatif.

Jadi, kita lihat hasilnya ialah di mana kereta nasional ini tidak boleh pergi dengan jauh dan kita juga lihat rakyat terpaksa membeli kereta dengan harga yang tinggi kerana duti import ya. Jadi, soalan saya ialah memandangkan baru-baru ini e.MAS sahaja mengumumkan bahawa EV pertama di negara kita buatan Malaysia ialah RM120,000 dan lagi satu dasar MITI ialah EV yang diimport tidak boleh kurang daripada RM100,000.

Jadi, melihat kepada situasi sedemikian, adakah dalam zaman yang akan datang era yang baru kita nak menuju kepada EV, adakah kita masih lagi ingin mengamalkan dasar pelindungan sedemikian? Sebab kalau kita nak galakkan rakyat untuk mengalih kepada EV, saya rasa harga EV itu perlu lebih kompetitif ya, di mana saya lihat rata-rata di dunia di luar sana lebih kurang RM80,000. Mereka sudah boleh memiliki satu kereta EV yang bagus. Jadi, apakah pandangan daripada kementerian. Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri.

draft • 10:00 AM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Tan Sri, terima kasih Kota Melaka. Dasar dan hala tuju kita ialah untuk memastikan bahawa kereta EV di bawah RM100,000 sekurang-

draft • 10:00 AM

Tuan Liew Chin Tong

kurangnya dipasang di sini. So, dasar kita ialah untuk memastikan CKD, sekurang-kurangnya CKD dipasang di Malaysia kalau dia tidak melebihi RM100,000. Kerana pasaran ini besar dan pasaran kereta Malaysia memang besar. Kita tahun lepas, Malaysia menjual 799,000 kereta berbanding dengan kalau Indonesia. Indonesia adalah pasaran besar dengan populasi yang sangat besar tetapi Indonesia hanya menjual 1.1 juta kereta pada tahun lepas.

draft • 10:00 AM

Tuan Liew Chin Tong

Maka, pasaran kita besar. Kita ingin gunakan pasaran yang besar itu untuk memastikan sekurang-kurangnya apa yang dipasang, dijual di sini terutamanya di bawah RM100,000, dia membawa juga pembangunan industri. So, dia ada pembangunan industri, ada juga jualan kereta. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Kubang Pasu.

draft • 10:10 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Ini soalan tambahan saya. Sebelum itu, saya nak ucap happy birthday untuk kawan saya Timbalan Menteri. Tak tahu umur berapa, tak tahulah. Tan Sri Yang di-Pertua, access charging station. Akses kepada charging station ataupun stesen pengecasan amat penting kepada kelancaran dan kejayaan pembangunan EV bagi negara.

Kejayaan EV amat bergantung kepada ekosistem EV dan pembangunan infrastruktur pengecasan charging EV. Sasaran kerajaan dulu ialah 10,000 EV charging station menjelang 2025 tetapi sekarang, kita sudah ubah kepada 4,000 dan 10,000 itu diubah kepada 2030.

Sasaran EV charging station hendaklah ditentukan mengikut keperluan semasa dari segi bilangan penjualan EV.

Di Eropah Tan Sri Yang di-Pertua, terdapat negara-negara yang penjualan EV-nya menurun disebabkan oleh charging station yang tidak mencukupi. Pada tahun 2024 setakat Jun, 10,663 buah ataupun 2.6 percent daripada jumlah penjualan kereta penumpang ialah EV iaitu peningkatan 142 percent berbanding 2023.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Kubang Pasu. Maka soalan saya...

draft • 10:10 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Soalannya Tan Sri Yang di-Pertua, [Ketawa] Tak sabar Tan Sri pun ya. Pagi-pagi ini, bagilah masa sikit.

Soalannya ialah pertama, apakah strategi dan langkah sedang dan akan diambil oleh kerajaan untuk memastikan pembangunan dan jumlah EV charging station sejajar dan mencukupi dengan keperluan penambahan EV dalam negara?

Kedua saja. Tak ada tiga, Tan Sri. Selain daripada keterbatasan infrastruktur sokongan seperti stesen pengecasan EV yang sebahagian besarnya tertumpu di bandar- bandar besar seperti di Lembah Klang dan juga Pulau Pinang. Ini nak buka kertas pun tak boleh dah ini. Apakah pendekatan kerajaan untuk memajukan EV dan stesen pengecasan bagi kawasan pinggir bandar ataupun di luar bandar yang terutamanya mengambil masa yang tentunya mengambil masa mencapai pulangan pelaburan dalam konteks penggunaan EV dan mobiliti mampan? Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Timbalan Menteri, silakan.

draft • 10:10 AM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih, Kubang Pasu. Umur saya umur sama dengan Putrajaya, kawan saya.

[Ketawa] Yang Berhormat Kubang Pasu, pertama, sasaran MITI masih kekal 10,000 charging station tetapi sebenarnya yang paling penting bukan berapa charging point. Yang penting ialah berapa charging point DC.

So, MITI telah meningkatkan sasaran untuk DC charger dari 1,000 unit ke 1,500 unit menjelang untuk tahun 2025. So, kita harap ada charging. Sekarang ini ada 500. Kita harap boleh sampai 1,500 DC kerana DC adalah fast charger. Poin kedua ialah EV yang akan datang ada banyak. Ada PHEV, plug-in hybrid. So, dia bukan sahaja pure EV tetapi juga plag-plagnya hibrid di mana minyak dan juga elektrik diguna pakai bersama dan selaras. Ini dia akan bantu walaupun charging point kita tak sampai sasaran yang sangat tinggi seperti di negara lain tetapi PHEV juga salah satu cara untuk – atau pendekatan untuk electrification. Poin ketiga ialah untuk daerah-daerah yang tidak ada charging point buat masa ini, MITI sedang berusaha dengan Kerajaan Selangor dan Kerajaan Johor untuk memastikan setiap daerah sekurang-kurangnya ada beberapa charging point DC. Ini adalah usaha yang kami telah laksanakan. Kami harap selepas pilot dengan Selangor dan Johor, kita boleh meluaskan kepada semua negeri supaya memastikan semua daerah ada charging point. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, Muar.

draft • 10:10 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih, Tan Sri Pengerusi. Soalan saya, soalan nombor dua.

draft • 10:10 AM

2. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [Muar] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan adakah kementerian mempunyai rancangan untuk:

(a) menaikkan siling bagi pendapatan isi rumah pemohon bantuan JKM; dan

(b) jika ya, adakah kadar baharu ini akan dijadikan sebagai penanda aras untuk kadar baharu ini dikaji secara tahunan mengikut kadar inflasi negara.

draft • 10:10 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Muar.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

(KPWKM) menerusi JKM adalah agensi yang bertanggungjawab dalam mengurus dan mengagihkan bantuan kebajikan daripada Kerajaan Persekutuan untuk membantu kelangsungan hidup dan meringankan beban kumpulan sasar yang layak dan memerlukan.

Bantuan ini bersifat sementara waktu sehingga mereka keluar daripada kemiskinan dan hidup berdikari. Bantuan kebajikan yang disalurkan melalui JKM tersebut adalah berasaskan kelayakan dan keperluan iaitu means-tested. Pada masa ini, JKM mengguna

draft • 10:10 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

pakai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) sebagai salah satu syarat asas kelayakan permohonan bantuan kebajikan.

Walau bagaimanapun, ingin dimaklumkan bahawa PGK bukanlah satu-satunya ukuran atau penilaian tunggal dalam mempertimbangkan setiap permohonan kebajikan. Ini kerana terdapat pelbagai lagi faktor lain yang turut diambil kira bagi memastikan mereka yang layak dan berkeperluan mendapat akses kepada bantuan yang disediakan oleh kerajaan ini dan sememangnya diniatkan untuk membantu mereka.

Penilaian lain ini termasuklah aspek sokongan sosial keluarga secara menyeluruh seperti tanggungan keluarga, masalah kesihatan yang kronik, keperluan penjagaan yang rapi seperti OKU, psikososial dan sebagainya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mulai Januari 2024, JKM telah mula mengguna pakai PGK yang baharu iaitu PGK 2022 dengan nilai ambang RM1,198.

Dalam proses semakan semula dan pengemaskinian PGK 2022 ini, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) iaitu agensi di bawah seliaan Kementerian Ekonomi telah melaksanakannya bersekali dengan survei pendapatan dan perbelanjaan isi rumah ataupun household income and expenditure (HIES), dengan izin dan survei kemudahan asas.

Justeru, suka saya tegaskan sekali lagi bahawa JKM mengamalkan means-test dalam menilai setiap permohonan bantuan kebajikan agar setiap kes dikendalikan dengan mengambil kira keadaan sebenar serta gambaran yang lebih meluas seperti faktor ekonomi, lokaliti, keupayaan iaitu OKU nya, pesakit terlantarnya dan sebagainya. Bukannya hanya melihat dari segi jumlah pendapatan mereka semata-mata. Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Muar.

draft • 10:10 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Kini, ada banyak agensi, kementerian, kerajaan negeri yang banyak membantu golongan yang memerlukan. Jabatan Kebajikan, zakat, baitulmal. Ada juga bantuan khas bawah kerajaan negeri.

Adakah kerajaan mencadangkan untuk menubuhkan satu hab ataupun one stop center bagi bantuan kebajikan ini supaya dapat diselaraskan dengan baik, supaya tidak ada pertindihan daripada sudut bantuan ataupun keciciran? Jikalau ada one stop center ini, mungkin lebih mudah untuk kita ada bantuan yang menyeluruh disampaikan kepada satu keluarga supaya keluarga itu dikeluarkan daripada kepompong kemiskinan. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih, Yang Berhormat. Sebenarnya, setakat ini, belum ada perancangan seperti itu kerana kita membiarkan. Kita tahu bahawa selain daripada JKM, kita ada zakat, yang lain-lain yang memberi juga.

draft • 10:10 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Jadi, kita membenarkan itu berlaku supaya ia boleh membantu. Sebab, apa yang kita lihat pada masa ini pun, saya rasa mungkin ramai yang mengatakan tidak mencukupi terutama sekali mereka yang berada di bandar. Jadi, sebab itu kalau dilihat walaupun mungkin orang kata, kalau ini tak cukup tetapi kita melihat dari sudut berapa orang anaknya. Apa kategori mereka yang berada dalam keluarga itu? Si ibunya, mungkin warga tua pun kita bagi bantuan lain.

Walaupun yang isi, yang the head of the family itu, dengan izin, memang pun menerima tetapi kita benarkan anaknya yang OKU pun dalam bantuan lain. Jadi, kita pelbagaikan itu dan kita benarkan sesiapa sahaja mendapat ini supaya itu boleh meringankan lagi beban mereka. Terima kasih, Yang Berhormat.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Sungai Siput.

draft • 10:10 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Tan Sri Speaker.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Muar di mana Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan satu institusi yang sentiasa dekat dengan masyarakat, khususnya kepada golongan yang sangat-sangat memerlukan bantuan.

draft • 10:10 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, apakah kementerian bercadang untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Khas atau satu sistem pemantauan yang bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan kadar baharu nanti? Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Yang Berhormat. Secara sendirinya dalam kementerian itu kita ada audit. Kita ada juga, ada memang kumpulan untuk memantau. Misalnya mereka yang kita rasa mungkin seharusnya tidak lagi menerima. Tetapi itulah. Secara administrative-nya, kita sudah melakukannya. Tidak ada lah jawatankuasa kah apa Yang Berhormat. Cuma ia memang sentiasa dilakukan. Sebab itu sentiasa ada dipantau dari segi ada pembaharuan kah tak, ataupun ada sudah meninggal dunia yang mungkin masih menerima. Jadi, itu pernah berlaku juga. Tetapi inilah yang kita lakukan untuk memastikan pemantauan itu sentiasa dilakukan secara administrative dan auditing juga berlaku secara dalaman. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Tuan Zahir bin Hassan, Wangsa Maju.

draft • 10:20 AM

Tuan Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Lif rosak naik tangga, Soalan Wangsa Maju nombor tiga.

draft • 10:20 AM

3. Tuan Ts. Zahir bin Hassan [Wangsa Maju] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan:

(a) status terkini Dasar Pemetaan Utiliti Bawah Tanah dan juga pengaplikasian Pangkalan Data Utiliti Kebangsaan (PADU) oleh JUPEM; dan

(b) status kemajuan kajian perundangan berkaitan pemetaan utiliti bawah tanah dalam RMKe-12.

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) melalui Bahagian Pemetaan Utiliti telah melaksanakan kajian Dasar Pemetaan Utiliti Bawah Tanah (National Underground Utility Mapping Policy).

Pada masa ini, hasil kajian tersebut sedang dikemas kini sudah ditambah baik dan akan dibentangkan kepada pihak kementerian untuk hala tuju seterusnya. Pangkalan Data Utiliti Kebangsaan pula telah dibangunkan pada tahun 2006 dan merangkumi tujuh kategori lapisan data spatial iaitu maklumat binaan kadaster, hitografi, pengangkutan, ‘hisofgrafi’, topografi dan utiliti iaitu elektrik, air, gas, minyak, pembetungan dan telekomunikasi.

Maklumat dan data pemetaan utiliti bawah tanah di dalam PADU adalah berdasarkan perkongsian oleh agensi-agensi pembekal utiliti seperti Indah Water Konsortium Sdn. Bhd., Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia Berhad (TM), Pengurusan Air Selangor, Gas Malaysia serta melalui data yang dibekalkan oleh juruukur tanah berlesen (JTB) serta JUPEM sendiri.

Pangkalan Data Utiliti Kebangsaan digunakan sebagai sumber rujukan dalam pengurusan data dan maklumat pemetaan utiliti bawah tanah di negara ini. Data-data pangkalan, data utiliti kebangsaan dikawal selia oleh JUPEM dengan pengawalan kualiti tetapi di mana berukuran dan pengesanan dilaksanakan menggunakan peralatan seperti ground-penetrating radar (GPR), pipe cable locator (PCL) dan juga alat global navigation satellite system (GNSS).

Pangkalan Data Utiliti Kebangsaan dapat membantu kerajaan untuk melaksanakan perancangan dan pembangunan sesuatu kawasan serta boleh digunakan bagi kes-kes bencana terutamanya yang melibatkan utiliti bawah tanah. Data-data di dalam Pangkalan Data Utiliti Kebangsaan diklasifikasikan sebagai terhad dan tidak boleh dikongsikan kepada umum.

Berhubung status kemajuan kajian perundangan berkaitan pemetaan utiliti bawah tanah di bawah RMKe-12. Pada masa ini, kajian tersebut sedang dilaksanakan oleh JUPEM untuk tempoh dua tahun bermula dari Ogos 2023 hingga Ogos 2025. Kajian ini turut melibatkan beberapa kementerian, jabatan, pihak berkuasa tempatan (PBT), pengurus utiliti negeri dan agensi penyedia utiliti bagi mendapatkan input serta cadangan yang sesuai ke arah penyediaan kerangka perundangan bagi pemetaan utiliti bawah tanah di negara ini.

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Kajian ini juga melibatkan semakan kepada Perlembagaan dan perundangan sedia ada yang lain. Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Wangsa Maju.

draft • 10:20 AM

Tuan Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

Terima kasih di atas jawapan yang diberikan. Saya yakin usaha yang dijalankan menggambarkan bahawa kita sedang bergerak ke arah yang tepat. We are moving forward in the right direction, dengan izin. Walau bagaimanapun, acap kali kita mendengar bahawa pembekal utiliti tidak mengetahui ataupun tidak mempunyai yang tepat, yang lengkap di mana kedudukan utiliti mereka masing-masing.

Setiap kali di lapangan, kita terpaksa buat pilot trenching untuk mengenal pasti kedudukan sebenar utiliti-utiliti yang ada di bawah tanah itu. Jadi persoalan di sini, kalau lah perkongsian oleh agensi-agensi pembekal utiliti itu tidak tepat, tidak lengkap, bagaimana PADU dapat menyediakan satu pangkalan data yang tepat dan lengkap juga. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Melalui Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bilangan 7 Tahun 2014, pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah memastikan semua utiliti bawah tanah baharu yang dipasang melalui pengorekan terbuka atau melalui penggerudian ke arah (horizontal directional drilling (HDD) diukur oleh juruukur tanah bertauliah semasa pemasangannya.

Ia juga hendaklah dijadikan syarat kelulusan dalam kebenaran merancang. Juruukur tanah bertauliah perlu mengemukakan salinan data digital dan pelan utiliti yang memenuhi spesifikasi kepada pihak JUPEM selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada tahun 1994 dan 1998 yang menetapkan JUPEM menyimpan dan menguruskan semua maklumat utiliti bawah tanah.

Selain itu, pihak JUPEM juga telah mengeluarkan enam Pekeliling berkaitan kaedah pengesanan dan pengukuran serta format dan spesifikasi data sebagai bantuan kepada semua agensi yang terlibat. Data-data pemetaan utiliti yang diterima daripada agensi penyedia utiliti akan disemak mengikut format dan spesifikasi data yang ditetapkan sebelum dikemas kini ke dalam PADU. Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Pengerusi, Kuala Terengganu.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Gua Musang.

draft • 10:20 AM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 10:20 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Select Committee ini.

draft • 10:20 AM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Berdasarkan penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi berkaitan sistem Pangkalan Data Utiliti Kebangsaan, kini dapat membantu kerajaan untuk melaksanakan perancangan dan pembangunan sesuatu kawasan serta boleh digunakan untuk ataupun bagi kes-kes bencana terutamanya yang melibatkan utiliti bawah tanah.

draft • 10:20 AM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga pihak kementerian berhubung satu isu kejadian lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang yang berlaku baru-baru ini. Adakah kejadian tersebut ekoran daripada kerja-kerja utiliti bawah tanah di kawasan sekitarnya? Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri? Mohon penjelasan. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Soalan-soalan spesifik Menteri. Kalau Menteri nak jawab secara bertulis pun boleh juga.

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Tak apa, thank you. Thank you Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Kejadian lubang benam yang dilaporkan berlaku di KM75 Jalan Lojing-Gua Musang, Kampung Jekjok pada 23 November 2024 telah menyebabkan kerosakan serius pada jalan raya dengan dimensi anggaran empat meter panjang, lima meter lebar dan enam meter kedalaman.

Berdasarkan maklumat geologi kawasan kejadian oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), lokasi tersebut dilapisi batuan kasar granit dan lapisan tanah baki yang tebal. Kejadian ini boleh dikaitkan dengan hakisan oleh air...

draft • 10:20 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Larian permukaan yang banyak, terutamanya semasa musim hujan yang menerobos memasuki saluran pembetung, culvert yang terdapat di bahagian bawah lapisan jalan. Kejadian ini juga boleh dipengaruhi oleh keadaan struktur culvert yang rosak.

Pemerhatian juga mendapati tiada kerja-kerja utiliti bawah tanah dijalankan di kawasan kejadian lubang benam. Namun, terdapat struktur culvert dan ini di sepanjang jajaran jalan raya tersebut. JMG akan menjalankan tinjauan untuk mengenal pasti punca kejadian ini sebagai panduan kepada pihak berwajib untuk mengambil tindakan susulan dan langkah pencegahan bagi tujuan keselamatan pengguna jalan raya. Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Tan Sri, satu lagi soalan. Select committee.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Tuan Mohd Hasnizan bin Harun, Hulu Selangor.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor empat.

draft • 10:30 AM

4. Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [Hulu Selangor] minta Perdana Menteri menyatakan usaha dan inisiatif kementerian bagi mengatasi masalah jenayah penipuan dalam talian yang telah menyebabkan kerugian lebih RM2.6 bilion dalam tempoh kurang tiga tahun selain daripada tindakan penguatkuasaan undang-undang.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, antara usaha dan inisiatif yang telah diambil oleh kerajaan dalam mengatasi masalah jenayah penipuan dalam talian adalah seperti berikut.

Dengan penubuhan Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (National Scam Response Center (NSRC)). NSRC telah mula beroperasi pada 12 Oktober 2022.

Keberkesanan NSRC terletak pada ciri-ciri pengoperasiannya iaitu membolehkan mangsa- mangsa penipuan membuat aduan dengan mudah dengan hanya mendail nombor talian 997.

Sebaik sahaja aduan mangsa diterima, pihak NSRC yang turut dibantu oleh institusi- institusi kewangan mampu untuk mengesan jejak kewangan mangsa. Sekiranya wang mangsa dikesan masih berada di dalam sistem perbankan, tindakan sekatan boleh dilaksanakan. Tindakan sekatan ini dapat menghalang pelupusan wang mangsa dan memberi peluang untuk membolehkan wang itu dikembalikan semula kepada mangsa kelak.

Nombor dua, selain itu, kesepaduan tindakan pada pihak agensi penguatkuasaan di bawah NSRC juga membolehkan modus operandi yang dijalankan oleh sindiket penipuan ini dikenal pasti dengan lebih pantas dan penyiasatan lanjut dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Ketiga, berdasarkan statistik semenjak penubuhan NSRC pada 12 Oktober 2022 sehingga September 2024, sebanyak 131,036 panggilan telah diterima oleh NSRC yang merangkumi sebanyak 52,836 panggilan melibatkan laporan kes-kes penipuan dan 78,200 panggilan di mana khidmat nasihat kepada pemanggil.

Keempat, seterusnya, sebagai bukti komitmen berterusan kerajaan terhadap usaha untuk menangani penipuan jenayah atas talian, kerajaan telah memperuntukkan geran sebanyak RM20 juta kepada NSRC dalam Belanjawan 2025 untuk tujuan tersebut.

(b), laman web Semak Mule oleh Polis Diraja Malaysia. Laman web Semak Mule telah diwujudkan oleh PDRM bagi kemudahan orang awam membuat semakan ke atas akaun bank dan nombor telefon yang bersangkutan dengan laporan polis atau terlibat dengan siasatan pihak polis berkaitan jenayah penipuan atas talian.

Kedua, dalam pada masa itu juga menerusi NSRC, dari 14 Oktober 2022 hingga September 2024, sebanyak 15,106 kertas siasatan telah dibuka oleh PDRM bagi kesalahan penipuan di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan Akta 574 manakala 77 kertas siasatan bagi kesalahan pengubahan wang haram juga telah dibuka melibatkan pembekuan akaun dengan wang berjumlah RM75.35 juta.

(c), tindakan sekatan nombor telefon oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Selain itu, SKMM pula telah mengambil tindakan sekatan nombor telefon yang digunakan oleh scammers. Dari 14 Oktober 2022 hingga Oktober 2024, sebanyak 131 nombor talian telah ditamatkan kerana terlibat dengan aktiviti penipuan dan 112 nombor telefon yang meragukan telah disekat.

Selan dari itu, SKMM sedang turut bekerjasama dengan syarikat-syarikat telekomunikasi untuk mempertingkatkan keselamatan saluran komunikasi dan multimedia bagi menyekat keterlibatan mesej palsu dan menyebarkan dengan izin, malware oleh sindiket

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

peniupan kewangan itu di samping dengan izin, blacklist nombor telefon yang terlibat dalam kes penipuan kewangan.

Akhir sekali, pihak Bank Negara Malaysia telah menetapkan keperluan bank-bank memastikan kawalan dan standard keselamatan mereka sentiasa berada dalam tahap tertinggi pada setiap masa terutamanya bagi perkhidmatan perbankan internet dan mudah alih. Antara tindakan di bawah keperluan tersebut termasuk pengenalan dengan izin, kill switch dan pendaftaran satu peranti mudah alih sahaja untuk pengesanan transaksi perbankan dalam talian.

Akhir, Bank Negara Malaysia dengan kerjasama PayNet serta sektor kewangan telah turut mula mengoperasi Portal Fraud Kebangsaan (National Fraud Portal (NFP)) pada 20 Ogos 2024 yang berkebolehan untuk memudahkan automasi menjejakkan dana, mempercepatkan tempoh pengesanan, pembekuan dan pemulangan dana. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Hulu Selangor.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih YB Menteri atas jawapan ataupun penjelasan tadi.

Kalau kita lihat, RM2.6 bilion selama tiga tahun ini, satu angka yang cukup besar.

Tetapi apa yang jawapan dari YB Menteri tadi lebih kepada penjelasan berkaitan dengan isu- isu semasa. Persoalan sekarang ini, bagaimana nak menyelesaikan masalah ini sedangkan ia dah berpuluh tahun dah masalah seperti ini yang tidak berjaya diselesaikan? Saya ambil contoh Tabung Haji. Ambil masa sikit, Tabung Haji. Bagaimana kehilangan Tabung Haji kebanyakannya orang-orang tua yang hilangkan duit ini, yang hilang duit.

Jadi, soalan saya adalah apakah pelan kerajaan untuk melibatkan institusi kewangan dalam meningkatkan kawalan dan mekanisme pengesanan awal transaksi mencurigakan bagi membendung aliran wang daripada mangsa masuk ke akaun penjenayah? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sila, Menteri.

draft • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, kita perlu sedar bahawa pelbagai tindakan yang telah diambil, yang saya senaraikan sebelum ini.

draft • 10:30 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Tetapi, akhir sekali adalah pengguna akaun tersebut di mana mereka diperdayakan dan tidak membuat verifikasi. Itu satu di antara perkara yang besar di mana jika ada apa-apa perubahan kewangan, dengan serta-merta jangan percaya kepada apa yang diberitahu melalui online dan sebagainya.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Yang Berhormat Menteri, sekejap saja. Kebanyakan mereka yang kena ini orang-orang tua. Orang-orang tua, ini masalah kita.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

draft • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat, itulah sebab beberapa tindakan yang telah diambil dan sedang diambil. Ini bukan luar biasa, Yang Berhormat. Ini di seluruh dunia. This is a mammoth problem which has to be contained. Bagi memperkukuhkan perlindungan terhadap hak pengguna, Bank Negara Malaysia telah menetapkan keperluan ke atas institusi kewangan untuk menjalankan siasatan terperinci serta telus untuk setiap kes penipuan kewangan. Pihak bank bertanggungjawab untuk menanggung sepenuhnya kerugian penipuan sekiranya disebabkan oleh kelemahan bank. Itu jawapan. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Batu Pahat.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Tan Sri Speaker. Kepada Timbalan Menteri, soalan tambahan saya, dalam konteks kerjasama antarabangsa, apakah peranan organisasi serantau ASEAN dalam membantu negara-negara anggotanya menangani jenayah penipuan dalam talian ini? Adakah kerajaan akan memperkenalkan dasar berkait dalam tempoh mempengerusikan ASEAN tahun depan?

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

draft • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat, terima kasih pada soalan tersebut. Sebenarnya serantau dengan ASEAN, kita akan mengambil chairmanship dan penglibatan perkara-perkara scam dan sebagainya ini menjadi satu perkara yang semestinya sebelum ini ada perbincangan dan sebagainya dan ini akan diteruskan supaya matlamatnya adalah untuk menghapuskannya.

Perlu ingat Tan Sri, ini bukan hanya spesifik kepada Malaysia tetapi di serantau, di seluruh dunia pun terlibat. The mastermind di seluruh dunia, this kind of system. Jadi, cadangan Yang Berhormat itu akan diteliti oleh kerajaan dengan sedalam-dalamnya. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Tuan Azli bin Yusof, Shah Alam.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

[Berpantun] Arif sekali Tan Sri Yang di-Pertua, Mengendali Dewan dengan saksama, Persoalan GISB menjadi tanda tanya, Saya kemukakan soalan nombor lima.

draft • 10:40 AM

5. Tuan Haji Azli bin Yusof [Shah Alam] minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk memulihkan akidah pemimpin dan pengikut GISBH yang didakwa terpesong dari ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah; dan

(b) tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk membela kebajikan keluarga dan memastikan kelangsungan pendidikan anak-anak yang telah ditinggalkan GISBH akibat operasi Op Global.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Shah Alam.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sudah terdapat beberapa persoalan berkenaan dengan GISBH sebelum ini. Izinkan saya untuk memberikan pencerahan dan jawapan tambahan.

Bagi memulihkan akidah pemimpin dan pengikut GISBH yang terpesong dari ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, kerajaan telah melancarkan program rehabilitasi selama 90 hari secara sukarela kepada seluruh ahli GISBH. Majlis Keselamatan Negara dan JAKIM dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor, JAIN dan MKN Negeri telah memulakan projek rintis pada 7 November di Rumah Pemulihan MAIS dengan mengguna pakai modul Istitabah MAIS.

Penilaian akan dilaksanakan pada setiap 30 hari selepas sesi pemulihan dilaksanakan.

Berasaskan projek rintis ini, JAKIM dengan kerjasama MKN dan pelbagai agensi akan menjalankan program pemulihan dengan modul yang komprehensif. Modul yang digunakan diselaraskan bersama MAIS, JKM, KPM, KDN, LPPKN, JTK dan AKM. Modul tersebut meliputi aspek pemulihan akidah dan syariah, pendidikan, kaunseling, kesihatan, kenegaraan dan juga latihan kemahiran untuk persediaan kelangsungan hidup selepas kembali ke pangkuan masyarakat.

Dalam masa yang sama, sebahagian MAIN dan JAIN ataupun jabatan agama Islam negeri telah membentuk pasukan petugas khas bagi mengatur program pemulihan di peringkat negeri masing-masing dengan penyelarasan bersama JAKIM. Negeri Johor antara yang terawal telah melaksanakan program pemulihan kepada ahli GISBH di Johor Bahru, Pontian dan Mersing. Di samping itu, JAKIM dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia dan PDRM turut mengadakan program pemulihan akidah secara khusus kepada mereka yang sedang ditahan.

Bagi membela kebajikan keluarga dan memastikan kelangsungan pendidikan anak- anak yang ditinggalkan oleh GISBH, JAKIM bersama agensi-agensi berkaitan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, JKM termasuk pihak berkuasa agama negeri-negeri akan memastikan nasib mereka terbela dan dapat meneruskan kelangsungan hidup.

JAKIM dengan kerjasama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah menyelaras dengan majlis agama Islam negeri dan agensi mengurus zakat bagi memberikan bantuan kewangan kepada mereka. Majlis agama Islam negeri dan juga agensi zakat boleh mempertimbangkan bentuk-bentuk bantuan kepada ahli GISBH yang memenuhi syarat pemberian bantuan iaitu tergolong dalam asnaf ar-riqab, fakir miskin, al-gharimin dan fisabilillah.

Terakhir, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, dari sudut pendidikan, sekarang ini anak-anak yang berada di rumah perlindungan sudah pun menjalani persekolahan secara formal. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Shah Alam.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penjelasan yang sangat komprehensif.

Cuma, saya ingin menimbulkan persoalan, ada dilaporkan lebih 10,000 anggota GISBH ini yang terlibat dalam kumpulan mereka ini. Sekarang ini dimaklumkan bahawa penyertaan secara sukarela itu masih lagi terlalu rendah ya, walaupun MKI telah keluarkan fatwa mengenai penyelewengan ajaran mereka ini.

Jadi, apakah usaha kerajaan untuk memanggil, memujuk ahli GISBH ini untuk turut serta dalam program pemulihan yang dikendalikan oleh MKN dan JAKIM?

Di Shah Alam, Tan Sri Yang di-Pertua, sudah ada dua outlet ataupun restoran yang diusahakan oleh GISBH ini, dahulunya, telah dibuka semula dengan jenama yang lain.

Baguslah kerana mereka ingin kembali kepada masyarakat. Tetapi, dari segi sudut pegangan fikrah mereka itu, apakah usaha-usaha kita untuk memanggil mereka supaya dapat dipulihkan? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 10:40 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam di atas keprihatinan terhadap isu ini. Seperti yang kita maklumkan, kita sudah mempunyai modul yang komprehensif yang merangkumi aspek pendidikan, aspek kewangan termasuk juga latihan kemahiran.

Persoalannya, mengapakah bilangan yang tampil itu adalah masih rendah? Kita ambil maklum bahawa ia adalah bersifat sukarela. Namun begitu, daripada anak-anak yang masih berada di rumah perlindungan, kita teruskan program-program untuk memberikan persekolahan dan juga untuk memberikan mereka agar dapat mengikut ajaran Islam yang sebenar.

Apakah usaha-usaha yang telah dilakukan?Usaha-usaha telah dilaksanakan, di antaranya adalah ada majlis agama Islam mahupun JAKIM dan juga kerjasama dengan jabatan agama Islam negeri telah pun menawarkan bantuan-bantuan kewangan seperti elaun harian ya. Mereka yang hadir ke program pemulihan tersebut akan diberikan elaun harian bukan sahaja kepada mereka tetapi juga kepada anak dan isteri mereka.

Kedua, latihan kemahiran juga kita tawarkan kepada mereka. Mereka-mereka yang mengikuti program ini akan juga diberikan latihan kemahiran agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup dan juga diberikan bantuan kewangan seperti mana yang diinisiatifkan oleh pihak berkuasa agama dan juga agensi menguruskan zakat. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Silakan, Pengkalan Chepa.

draft • 10:40 AM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Terima kasih, Tan Sri Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah pun panjang lebar menjawab soalan tadi. Cuma, persoalan yang berbangkit daripada jawapan Timbalan Menteri tadi, kalau sudah ditangkap, sudah pasti ada siasatan dan memang confirm ada kesalahan. Tetapi, Yang Berhormat Menteri sebut tadi untuk rawatan pemulihan akidah ini adalah secara sukarela. Jadi, sepatutnya bila dah tangkap, didapati bersalah dari sudut akidah, kena ada satu proses yang lebih kepada paksa relalah, bukan lagi sukarela. Satu.

draft • 10:40 AM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Keduanya, Yang Berhormat Menteri, berkaitan dengan kriteria ajaran sesat yang dibongkarkan ini, apa kriteria utama dia? Setiap kali pihak agensi agama buat tangkapan atau pembongkaran, apa kriteria utama sesebuah ajaran sesat itu?

Yang terakhir, Tuan Yang di-Pertua, iaitu kalau rawatan pemulihan untuk kanak- kanak, sudah pasti ia berbeza daripada orang dewasa. Jadi, apakah pihak JAKIM ada menyediakan rawatan pemulihan akidah khusus untuk kanak-kanak?

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sila, Menteri.

draft • 10:40 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Okey. Terima kasih kepada Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, seperti mana yang saya maklumkan sebentar tadi, sukarela itu bagi ahli-ahli GISB yang tidak ada kesalahan jenayah mahupun yang tidak ditangkap.

Manakala mereka yang telah pun ditahan, maka mereka perlu melalui program pemulihan akidah secara khusus oleh PDRM, Jabatan Penjara Malaysia dan juga kerjasama JAKIM. Itu soalan yang pertama.

Bagi soalan kedua berkenaan dengan apakah kriteria. Sebenarnya kriteria itu panjang seperti mana yang telah pun disediakan oleh Bahagian Penyelidikan JAKIM dan juga yang diputuskan oleh Muzakarah.

Namun, saya kongsikan sini di antaranya adalah ketaksuban kepada pemimpin yang melampau sehingga menganggap pemimpin seperti nabi yang maksum, memanipulasi sepenuhnya kenaifan orang bawahan bagi tujuan memenuhi kehendak atasan, berdusta atas nama Allah, Rasulullah dan tokoh lain yang telah meninggal dunia, mengajar pengikut menjadi fanatik dengan melazimi amalan tertentu sebagai tanda kesetiaan dan banyak lagi.

Jadi, yang itu kita boleh kongsikan kepada Yang Berhormat berkenaan dengan kriteria.

Terakhir adalah berkenaan dengan kanak-kanak tadi. Sebenarnya memang sudah ada menerusi pelan rehabilitasi pemulihan ini. Dia mengikut tahap ya sama ada keseriusan dan juga mengikut kesesuaian. Maka dengan itu, sudah pasti untuk kanak-kanak ini, tahap pemulihannya itu adalah mengikut kesesuaian kanak-kanak seperti mana yang telah pun dimodulkan oleh JAKIM dengan kerjasama pihak-pihak berautoriti agama. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Seterusnya, saya jemput Dato’ Seri Dr.

Shahidan bin Kassim, Arau.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Soalan tambahan.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Seterusnya saya jemput Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Arau.

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya cadang nak tanya soalan tambahan. Nak tanya Ayah Pin dia tangkap tak dahulu?

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tak, tak. Soalan nombor enam.

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih.

Orang Kimanis, Arau suka bersenam, Mula seawal jam enam pagi, Soalan saya nombor enam, Tajuk Beting Patinggi Ali.

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Soalan nombor enam dengan pindaan 6(b), “duta” kepada “nota” ya.

draft • 10:50 AM

6. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau] minta Menteri Luar Negeri menyatakan:

(a) perancangan kerajaan dalam mempertahankan pencerobohan terhadap Beting Patinggi Ali yang berlaku sejak 2013; dan

(b) apakah langkah alternatif yang wajar dilaksanakan memandangkan pendekatan mengawal kapal pengawal pantai China tidak memberi impak malahan rundingan ‘duta’ diplomatik juga tidak berkesan kerana China tidak mengiktiraf UNCLOS.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Ada pindaan soalan ya? Ada pindaan?

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tak, ayat itu. Perkataan itu. Dia tulis “duta” tetapi sebenarnya “nota”.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Oh, okey. Okey.

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

“Nota” diplomatik bukan “duta” ya.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya silap ke siapa silap, tak tahu.

Wallahualam. Minta maaf ya.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih juga Arau di atas pertanyaan yang dikemukakan pada pagi ini dan juga keprihatinan terhadap isu-isu yang melibatkan Kementerian Luar Negeri, khususnya yang melibatkan isu-isu Laut China Selatan.

Tan Sri Yang di-Pertua, seperti mana Dewan yang mulia ini sedia maklum, isu berkaitan Laut China Selatan merupakan isu yang kompleks, sensitif dan perlu dikendalikan secara berhati-hati, teliti dan menyeluruh. Setiap tindakan yang diambil oleh kerajaan adalah berdasarkan pertimbangan yang komprehensif dan tidak sesekali akan memperjudiskan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara.

Kerajaan sentiasa mengambil berat akan keselamatan perairan negara di Laut China Selatan termasuk di kawasan Beting Patinggi Ali. Kerajaan sentiasa memantau rapat sebarang perkembangan dan situasi semasa di kawasan dengan keterlibatan dan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi berkaitan bagi memastikan isu tersebut ditangani dengan segera dan efisien tanpa menimbulkan sebarang ketegangan di lapangan.

Kerajaan Malaysia menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sentiasa memberikan perhatian serius terhadap keselamatan di kawasan perairan negara. Tindakan- tindakan yang diambil termasuklah rondaan, pengawasan, pemantauan dan penguatkuasaan di dalam kawasan maritim Malaysia bagi mempamerkan kehadiran atau dengan izin, show off present di kawasan tersebut. Semua agensi penguat kuasa dan pemantauan maritim

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin

dalam negara amat komited dalam memastikan tahap kedaulatan dan kepentingan Malaysia adalah kekal terpelihara.

Kerajaan juga melaksanakan pendekatan dengan izin, whole of government untuk menyelaras tindakan-tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk menjamin kedaulatan dan keselamatan perairan Malaysia. Setiap agensi kerajaan memainkan peranan masing-masing untuk memastikan kepentingan negara sentiasa dipertahankan. Pelaksanaan rondaan berkala dan operasi oleh pasukan keselamatan negara bertujuan untuk memastikan keselamatan aktiviti-aktiviti ekonomi negara seperti aktiviti eksplorasi dan eksploitasi hidrokarbon di kawasan tersebut sentiasa terpelihara sepanjang masa di samping mempertahankan kedaulatan negara.

Berkaitan dengan insiden pencerobohan kapal-kapal milik negara asing di kawasan maritim Malaysia, Kementerian Luar Negeri secara konsisten telah dan akan mengemukakan nota bantahan kepada negara-negara yang berkenaan sekiranya kapal dan aset-aset milik kerajaan negara-negara tersebut didapati menceroboh perairan negara. Ini adalah selari dengan pendirian tegas negara dalam memastikan kedaulatan, hak kedaulatan dan juga kepentingan kita terpelihara. Hal ini juga selaras dengan pendirian tegas negara yang mana semua pihak perlu mengelakkan tindakan yang boleh menimbulkan ketegangan dan bersifat provokatif dan mengamalkan pendekatan dengan izin, self-restraint. Kerajaan juga sentiasa menegaskan pendirian Malaysia dalam setiap pertemuan dengan negara-negara luar di pelbagai peringkat termasuklah di peringkat pemimpin negara hinggalah di peringkat kumpulan kerja. Sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan dan Negara Penyelaras Hubungan Dialog ASEAN-China daripada Ogos 2024 hingga Julai 2027, Malaysia kekal komited untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai.

Kementerian Luar Negeri akan terus menyuarakan pendirian tegas Malaysia berhubung isu Laut China Selatan di platform-platform berkaitan bagi memastikan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara akan terus kekal terpelihara. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Arau.

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tan Sri Yang di-Pertua, saya baca soalan ini, Yang Berhormat tak payah jawab sebab saya ingat tak boleh jawab sebab ini payah sikit ya. Bagaimanakah Wisma Putra melihat peranan Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN 2025 sebagai platform membuktikan ketegasan Malaysia dalam mempertahankan hak maritim negara di sebalik tuntutan sempadan maritim China dalam kawasan Nine-Dash Line yang jelas tidak sah dan bertentangan dengan UNCLOS. Adakah kerajaan bercadang untuk mengemas kini peta maritim Malaysia bagi memperjelaskan sempadan maritim Malaysia yang menjadi kawasan kedaulatan negara di Laut China Selatan?

Okey, Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih. Saya bukan – Yang Berhormat bagus tetapi saya nak bagi tahu, jawapan ini dah jawab berkali-kali. Tidak ada tindakan diambil ke atas kawasan Beting Patinggi Ali. Yang Berhormat sendiri pun tak pernah pergi ke sana.

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Siapa pun tak pernah pergi di sini, puak-puak ini. Tak nak pergi. Pergi tengok sendiri bahawa kita dilarang untuk mengoperasi telaga minyak PETRONAS yang telah dibina 10 tahun yang lalu. Kalau oren, PETRONAS ke Tan Sri? Sebab bangunan itu colour oren, bukan colour ini.

Colour oren tapi tak beroperasi.

Dulu masa saya jadi Menteri, saya minta untuk dijadikan hotel. Sebab apa? Tidak digunakan dan tidak beroperasi dan terdapat kompelin daripada nelayan tempatan bahawa kapal pengawal pantai itu kata “Jangan datang sini, ini kawasan kami”. Jadi, kawasan 80 batu kilometer dari Sarawak, yang ada hanyalah kapal ada sana kemudian kapal kita mengawasi.

Tetapi apa tindakan untuk mengejar mereka keluar? Itu poin saya. Sebab ini pencerobohan.

Orang luar jangan campur tangan sebab awak semua busuk.

[Ketawa]

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Menteri, silakan.

draft • 10:50 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Soalan berbelit-belit. Cuma Arau pernah jadi Menteri dahulu, APMM di bawah Arau punya bidang kuasa dahulu dan Arau juga tahu bagaimana exercise penguatkuasaan itu dijalankan. Arau tahu sebenarnya tetapi dia cuba nak tanya soalan-soalan yang dia tahu sendiri jawapan, Tan Sri. Cuma saya nak bagi tahu bahawa kita memang tak iktiraf.

Arau, kita memang tak iktiraf kawasan Nine-Dash Line yang telah pun dikeluarkan oleh negara China. Oleh itu, kita akan sentiasa menggunakan platform-platform yang bersesuaian untuk menyuarakan hak kita dan dalam Kepengerusian ASEAN juga, kita akan jadikan isu ini sebagai satu tumpuan kita pada tahun hadapan.

Di peringkat ASEAN, untuk makluman Arau, ASEAN-China Joint Working Group dan kita menjadi co-host atau co-chair dalam jawatankuasa ini, Tan Sri.

Ada empat mesyuarat telah pun berlangsung. Pertamanya di Bali, keduanya di Bangkok, Thailand dan yang ketiganya di Xi’an, China dan sekarang ini, pada hari ini, 27 November hingga 29 November sedang berlangsung mesyuarat ini di Vientiane, Laos.

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, boleh tak suruh kapal itu keluar dalam masa setahun ini? Suruh dia keluar setahun, cukup.

draft • 10:50 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Sabarlah, Arau.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Arau, Arau.

draft • 10:50 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Sabarlah Arau, saya nak jawab ini.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Bagi Menteri jawab dahulu.

draft • 10:50 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Sedang bermesyuarat. Jadi, jawatankuasa ini sedang bermesyuarat empat kali dan sedang bermesyuarat juga hari ini adalah di Vientiane, Laos untuk memuktamadkan Code of Conduct in the South China Sea dan perlu juga dihormati oleh semua negara-negara Asia termasuk China juga telah memeterai Declaration on the Conduct in the South China Sea pada tahun 2002. Sekarang kita dalam proses untuk memuktamadkan COC, Arau ya.

Jadi, untuk penguatkuasaan ini, semua agensi memang komited dan sentiasa bekerja secara bersepadu, Arau. APMM juga turun ke lapangan. TLDM juga turun ke lapangan. Jadi, mereka telah menguatkuasakan. Kita tak perlu menghebahkan apa jenis

draft • 10:50 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

penguatkuasaan yang kita buat. Kata Arau, usir dan sebagainya. Itu sebahagian daripada proses penguatkuasaan. Apakah Malaysia perlu menghebahkan apa yang kita buat? Tak perlu. Jadi maknanya, exercise penguatkuasaan itu Arau, sentiasa berjalan pada hari ini. Jadi Arau, saya ingat dia sudah tahu jawapan itu. Saya fikir cukup jelas jawapan saya. Terima kasih Tan Sri.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Menteri, cukup. Dia dah dengar.

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kapal APMM besar ini sahaja.

[Membuat isyarat tangan] Kapal navy kita hendak pergi sana.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Arau.

draft • 10:50 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Sudahlah itu, sudahlah. Jawapan sudah jelas.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Pasir Gudang.

draft • 10:50 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan tambahan saya. Apakah masih wujud perjanjian pertahanan lima negara yang terdiri daripada Malaysia, United Kingdom, Australia, New Zealand dan Singapura untuk membantu Malaysia jika ada pertikaian bersenjata dengan China di Laut China Selatan? Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 10:50 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Hubungan kita dengan semua negara adalah memang jelas bahawa kita mengamalkan dasar luar negara yang bebas dan juga pragmatik untuk kita bawa engagement dan juga kerjasama dalam semua bidang, bidang pertahanan dan sebagainya. Juga, kerjasama untuk kita mengadakan exercise bersama, Yang Berhormat Pasir Gudang, memang kita sentiasa jalankan dengan semua negara-negara yang disebutkan tadi.

Untuk kita menyelesaikan isu-isu yang berkaitan Laut China Selatan ini, kita menggunakan mekanisme ASEAN. ASEAN framework ini yang kita gunakan pada hari ini bagaimana untuk kita mencari jalan penyelesaian untuk kita muktamadkan COC, memuktamadkan apa juga tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh mana-mana negara Asia termasuk China juga. Kita mengamalkan dasar untuk menyelesaikan masalah ataupun dispute dengan cara aman. Tidak menggunakan cara yang provokatif yang untuk meningkatkan escalation dengan ketegangan. Ini kita elakkan sama sekali.

Yang penting, kerjasama dengan semua negara, Pasir Gudang, kita sentiasa eratkan termasuk exercise bagaimana untuk kita meningkatkan kerjasama pertahanan seumpamanya. Tetapi untuk itu, [Tidak jelas] Kita ada airport trade...

draft • 11:00 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Yang Berhormat Menteri, sekiranya kapal kita diserang, Petronas punya loji di laut diserang, apakah kita hendak diam?

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Pasir Gudang, Pasir Gudang...

draft • 11:00 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Untuk penguatkuasaan ini, terma kita, jawapan saya tadi jelas Pasir Gudang bahawa kita sentiasa menjaga kedaulatan kita dan juga kepentingan aktiviti-aktiviti ekonomi kita di kawasan yang dieksplorasi dan juga dieksploitasi. Memang

draft • 11:00 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

penguat kuasa kita sentiasa memantau dan membuat rondaan secara berkala dan berterusan di kawasan-kawasan yang sedang kita buat eksplorasi dan juga eksploitasi.

PETRONAS, di Kasawari dan banyak tempat lagi. Terima kasih Tan Sri.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tuan Wong Chen, Subang.

draft • 11:00 AM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan saya nombor tujuh.

draft • 11:00 AM

7. Tuan Wong Chen [Subang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan sama ada Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial akan dibentangkan menjelang akhir 2024, memandangkan pada 19 Mac 2024, beliau telah menyatakan bahawa rang undang-undang tersebut dijadualkan untuk diluluskan pada Oktober 2024.

draft • 11:00 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sememangnya mempunyai keazaman untuk menjadikan perkhidmatan kerja sosial sebagai satu cabang bidang yang mempunyai profesional terlatih, menumpukan perhatian untuk membantu individu dan komuniti yang terdedah atau rentan (vulnerable) dengan izin, mengatasi cabaran mereka hadapi dalam kehidupan seharian.

Dalam hal ini, KPWKM giat melaksanakan usaha menggubal RUU Profesion Kerja Sosial yang antaranya akan mengandungi takrifan kerja sosial dan pekerja sosial, penjelasan berkaitan skop amalan kerja sosial serta peruntukan berkaitan penubuhan badan yang berperanan untuk mengiktiraf, mendaftar dan mengawal selia amalan kerja sosial. Ini akan membolehkan praktis kerja dan pekerja profesional bidang ini ditadbir oleh kod etika tersendiri dalam melaksanakan proses kerja sosial di Malaysia.

Hasil dapatan pelbagai sesi libat urus berterusan khususnya antara agensi kerajaan ke atas draf RUU tersebut masih memerlukan beberapa penelitian khusus termasuklah melibatkan ketetapan dasar bagi memastikan kesediaan pemakaian RUU Profesion Kerja Sosial setelah diluluskan kelak. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Subang.

draft • 11:00 AM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Menteri.

Ya lah soalan saya tadi itu tidak dijawab lagi tentang masa (timing). Kalau boleh itu, Menteri tolong jawab yang asal lah.

Rang undang-undang ini Tan Sri Speaker, telah mengambil masa 14 tahun. Pada masa itu, negara ASEAN yang lain kurang maju macam Thailand, Filipina sudah meluluskan rang undang-undang mereka. Saya tertanya what is really holding this up? Financial implication-nya kecil. Tidak sampai RM5 juta pun. Adakah perkara ini dibantahkan oleh penjawat awam?

Kalau betul penjawat awam tidak suka dengan akta ini, kita boleh dengan izin, carve out, carve it out, sebab kita sebagai peguam, kita pakai Bar Council. Peguam kerajaan boleh

draft • 11:00 AM

Tuan Wong Chen - Subang

pakai legal services. Jadi, tidak payah lah bertindih. Saya rasa kita perlukan sangat sebab GISBH punya kes ini boleh dielakkan kalau kita ada standard ini sudah. Okey, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Tan Sri, terima kasih Yang Berhormat. Saya amat menghargai. Yang Berhormat sentiasa bertanya dengan saya. Kami selalu berbincang secara tidak formal. Namun begitu, kita juga ada peraturannya di kalangan peraturan daripada segi dalam pekerjaan. Terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti dengan lebih mendalam khususnya dalam memastikan kesinambungan sustainability actually dengan izin, perkhidmatan kerja sosial sedia ada di negara kita tidak terjejas.

Antaranya, cabaran dan persoalan yang harus ditangani termasuklah kelestarian majlis atau badan yang akan mengawal selia profesional dalam bidang ini. Ini mengambil kira hakikat bahawa nature dengan izin, nature kerja sosial yang berbeza dengan profesion lain yang boleh menjana hasil pendapatan yang tinggi menerusi perkhidmatan yang diberikan.

Misalnya tadi dikatakan legal profession itu ya.

Kedua, kesinambungan penyampaian perkhidmatan kerja sosial sedia ada di kedua- dua sektor awam dan swasta. Ketiga, pematuhan terhadap pelaksanaan dasar kerajaan sedia ada. Beberapa lagi isu yang lain yang sedang kita hadapi. Insya-Allah kita akan usahakan penyelesaian yang paling sesuai untuk merealisasikan hasrat penggubalan RUU Profesion Kerja Sosial ini.

Memang saya sendiri yang hendak melihat ini supayanya ia menjadi satu realiti dan memang tidak juga menjadi kegemaran saya untuk melihat ini di-delay-kan, dengan izin.

Tetapi, insya-Allah kita sentiasa berbincang. Akan kita pastikan ini dipercepatkan Yang Berhormat. Saya pun tidak suka. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kapar.

draft • 11:00 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berdasarkan kajian MAMPU, ini 2019 ya. Ini jawapan daripada kementerian sendiri. Nisbah pekerja sosial JKM kepada populasi penduduk Malaysia ialah satu orang pekerja kepada 8,576 orang. Itu 2019. Saya hendak tahu sekarang ini berapa? What’s the ratio? Oleh kerana Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial ini masih belum boleh dibentangkan menjelang akhir 2024, apakah langkah interim yang dirancang oleh kerajaan untuk memperkukuhkan peranan dan perlindungan pekerja sosial ini dalam menangani isu kritikal seperti kemiskinan, keganasan rumah tangga, penjagaan kanak-kanak, OKU dan golongan rentan yang lain?

Apakah dasar atau inisiatif sedia ada yang akan diperkukuhkan? Bagaimana kerajaan akan memastikan kebajikan pekerja sosial dilindungi dalam situasi yang sering berisiko. Sebab saya dahulu ada sedikit experience hospital Australia, bagi pekerja sosial, social workers ini sudah terlalu – Its part and parcel over the system. Jadi, kita ini macam masih belum lagi masuk ke situ.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kapar majukan soalan ya.

draft • 11:00 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih. Sudah bagi dah.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Saya kena pastikan di sini kita memahami beza kerja sosial dengan kerja amal (charity). Sebab ramai di Malaysia ini bercakap mengenai mereka adalah pekerja sosial tetapi sebenarnya bila kita tanya mereka adalah sukarela dalam dari segi volunteerism.

Jadi, kalau kita lihat dari segi apa yang berlaku kini walaupun pada masa ini belum ada satu akta khusus mengenai profesion kerja sosial ini, namun Jabatan Kebajikan Masyarakat telah membangunkan manual Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial sebagai panduan dan pegangan kakitangannya dalam melaksanakan proses kerja-kerja sosial.

Sistem pengurusan kes ini dibangunkan untuk meningkatkan Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial di JKM supaya kumpulan sasar mendapat perkhidmatan yang terancang, kompeten dan tercapai matlamatnya. Ia diwujudkan untuk meningkatkan kesedaran pekerja sosial mengenai nilai pengetahuan, kaedah dan kemahiran yang diperlukan untuk praktis pengurusan kes dengan kompeten. Maka, pemakaian sistem pengurusan kes ini disyorkan apabila kes yang dirujuk memerlukan tindakan lanjut untuk menentukan situasi masalah.

Perancangan teliti dan intervensi diperlukan untuk membantu klien menyelesaikan atau menguruskan masalah mereka serta memerlukan pemantauan berkala bagi mengenal pasti perkembangan atau kemajuan klien. Sistem pengurusan kes ini adalah sebagai panduan dalam pengurusan kes yang memerlukan intervensi kes di semua setting perkhidmatan JKM, khususnya di peringkat daerah dan institusi.

Panduan ini digunakan bersama dokumen rasmi lain JKM yang menerangkan proses kerja seperti akta, peraturan, kaedah dan standard operating procedure (SOP). Sistem ini bersifat fleksibel dan pekerja sosial JKM boleh menyuaipadankan kes dengan aktiviti yang bersesuaian dalam setiap tahap. Setiap proses kerja dalam sistem ini boleh digunakan mengikut keperluan dan keadaan klien.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Kita akan beri statistik dari segi ratio tadi secara bertulis ya. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya jemput Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed, Kuala Terengganu.

draft • 11:10 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor lapan.

draft • 11:10 AM

8. Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan adakah kementerian akan menggunakan model kerjasama awam-swasta (public-private partnership) untuk projek Pembangunan Satelit Penderiaan Jauh Negara (PSPJN) tanpa peruntukan khas dalam belanjawan negara, memandangkan setakat ini ia hanya diputuskan sebagai inisiatif kerjasama awam-swasta di peringkat Agensi Angkasa Negara (MYSA).

draft • 11:10 AM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Kuala Terengganu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kuala Terengganu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) memainkan peranan penting dalam menerajui dan melaksanakan Dasar Angkasa Negara 2030 yang bertujuan untuk memperkukuhkan ekosistem sektor angkasa negara.

Pada 14 Ogos 2019, Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan program Pembangunan Satelit Penderiaan Jarak Jauh (PSPJN) yang akan dilaksanakan melalui kaedah kerjasama awam swasta (public private partnership (PPP)) dengan izin, di mana pendekatan ini akan membuka peluang kepada sektor swasta untuk terlibat dalam pembangunan satelit dan memastikan penglibatan industri tempatan khususnya dalam kepakaran sumber manusia dan penggunaan fasiliti teknologi angkasa tempatan.

Model PPP ini membolehkan Malaysia memanfaatkan kepakaran dan inovasi sektor swasta serta mengutamakan kandungan tempatan (local content) dengan izin dalam membina keupayaan tempatan dalam teknologi satelit. Selain meminumkan perbelanjaan kerajaan di samping mengurangkan risiko teknologi, pendekatan PPP ini juga membuka potensi baru kepada sektor swasta tempatan untuk meneroka bidang seperti pembinaan, pelancaran dan penyediaan perkhidmatan satelit seterusnya memberikan fleksibiliti kepada kerajaan untuk meneroka lebih banyak peluang melalui pelaburan swasta yang mana berpotensi untuk memaju inovasi, komersialisasi hasil satelit dan menggalakkan penglibatan yang lebih luas dalam sektor angkasa negara.

Tan Sri Yang di-Pertua, pada tahun lepas kerajaan telah bersetuju meluluskan cadangan hala tuju Program Pembangunan Satelit (PSPJN) dengan beberapa penambahbaikan bagi memastikan tahap kejayaan program yang lebih tinggi dan berupaya memberi impak yang lebih meluas kepada pertumbuhan ekonomi dan keupayaan negara sebagai peneraju teknologi angkasa di peringkat serantau. Walaupun tiada peruntukan khas dalam Belanjawan Negara, kerajaan komited memberi nilai optik tidak melebihi RM50 juta setahun bagi tujuan pembelian data-data satelit yang akan digunakan oleh agensi kerajaan setelah satelit berjaya beroperasi dan membekalkan data.

Mengambil kira tempoh pembangunan dan pelancaran selama tiga tahun, satelit PSPJN dijangka akan memulakan operasi pada tahun keempat dengan jangkaan mula beroperasi selewat-lewatnya pada awal 2028. Setelah satelit mula beroperasi, pembayaran optik akan dibuat secara berkala dan berdasarkan jumlah data yang diterima dan diperakui oleh pihak kerajaan. Pendekatan ini membolehkan kerajaan memastikan pembayaran adalah berpatutan dan sepadan dengan nilai data yang diperoleh di samping mendorong syarikat untuk mengekalkan standard kualiti yang tinggi dalam penyampaian data satelit.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kuala Terengganu.

draft • 11:10 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Lama betul Malaysia untuk dapat satu satelit milik kita sendiri. Yang terakhir pada

draft • 11:10 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

tahun 2009 kita lancarkan RazakSAT. Itu pun bila kita lancarkan, selepas lancar imej dia lari 37 kilometer, tidak boleh pakai. Sekarang ini kita tunggu sepuluh tahun itu pun kelulusan 2019 kita jangka 2028 baru boleh pakai. Jadi ia perlu dipercepatkan bagi merancakkan dari segi teknologi angkasa.

Dalam hal ini saya ingin bertanya mengenai status semasa pembangunan Bandar Angkasa kerana ia juga akan menempatkan industri pembuatan komponen berkaitan angkasa pusat kawalan, operasi pelancaran angkasa, aktiviti berkaitan dengan aeroangkasa.

Jadi apa status semasa berkaitan dengan Bandar Angkasa ini. Selain daripada itu, saya ingin bertanya mengenai usaha kerajaan untuk meratifikasikan triti angkasa lepas antarabangsa.

Sudah lama kita bercakap pasal ini. Bagi melindungi kepentingan negara, bilakah ia akan berlaku? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 11:10 AM

Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Kuala Terengganu. Untuk makluman Yang Berhormat, RFP pertama PSPJN ini dibuka pada awal tahun 2022 walaupun telah diluluskan pada tahun 2019. Sehingga tarikh tutup RFP pada September 2022, terdapat empat syarikat pembida yang telah mengemukakan cadangan.

Malangnya tiada satu pun syarikat yang memenuhi kesemua syarat-syarat mandatori teknikal yang ditetapkan. Jemaah Menteri bersetuju untuk membuat penawaran semula yang telah dibuka pada 31 Januari 2024 tahun ini. Itu sebabnya ada sedikit kelewatan.

Berkaitan dengan pembangunan Bandar Angkasa (Space City) dengan izin, ianya merupakan salah satu inisiatif utama yang digariskan dalam Pelan Tindakan Dasar Angkasa Negara 2030. MOSTI melalui MYSA telah menganjurkan sesi libat urus pada 23 November 2024 yang lalu dengan pihak berkepentingan untuk menyelaraskan inisiatif Bandar Angkasa dengan rangka kerja dan dasar-dasar yang sedia ada. Jangkaan kerangka inisiatif Bandar Angkasa ini akan siap pada bulan Disember tahun ini.

Mengenai pertanyaan tentang triti antarabangsa. Mesyuarat Lembaga Angkasa Malaysia telah bersetuju untuk negara kita menyertai dengan izin dua Triti Angkasa di bawah PBB iaitu Auto Space Treaty 1967 dan Registration Convention 1975 apabila Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 [Akta 834] dikuatkuasakan sepenuhnya pada awal Januari 2025 satu kertas pertimbangan Jemaah Menteri akan diangkat untuk pertimbangan penyertaan negara dalam dua treaty tersebut. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Bentong.

draft • 11:10 AM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, tadi saya mendengar jawapan Yang Berhormat Menteri. Jadi, soalan saya ialah sebelum ini, satelit nano pertama telah dibangunkan dan dilancarkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTMSAT) dengan kerjasama Universiti KYUSHU, Jepun. Terkini, pihak UITM sedang membangunkan satelit nano kedua mereka yang bersaiz one unit.

Persoalannya, bagaimanakah MYSA berperanan dalam memastikan pembangunan bakat dalam pembinaan satelit ini terutamanya bersama kumpulan penyelidik universiti tempatan serta khususnya dalam bidang kejuruteraan angkasa.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:10 AM

Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Bentong.

Secara umumnya pembangunan satelit oleh universiti adalah untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan serta demonstrasi teknologi dan eksperimen sains di angkasa. MYSA sedang merancang program pembangunan satelit bersaiz kecil dengan kerjasama rakan strategi dari universiti-universiti dan juga syarikat-syarikat tempatan yang dijangka bermula pada suku tahun 2025. MYSA juga mengembangkan bakat kejuruteraan angkasa melalui lima inisiatif.

(i) program pendidikan dan latihan iaitu menyediakan program pendidikan dan latihan seperti bengkel, kursus, seminar yang khusus untuk bidang kejuruteraan angkasa;

(ii) kerjasama dengan akademia dengan menyediakan peluang R&D dan juga pembelajaran bagi pelajar-pelajar;

(iii) kerjasama dengan industri melalui kerjasama menggunakan fasiliti yang ada di Kompleks Teknologi Angkasa. Bakat-bakat muda dalam bidang kejuruteraan dapat dilahirkan;

(iv) program inspirasi dan motivasi pelajar dan generasi muda untuk memilih bidang kejuruteraan angkasa seperti acara sains dan teknologi, pertandingan dan program lawatan;

(v) pengiktirafan dan penghargaan kepada bakat-bakat yang telah menunjukkan prestasi hebat dalam bidang kejuruteraan angkasa.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya menjemput Tuan Suhaizan bin Kaiat, Pulai.

draft • 11:10 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih Speaker, soalan Pulai nombor sembilan.

draft • 11:10 AM

9. Tuan Suhaizan bin Kaiat [Pulai] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah yang diperoleh hasil daripada lawatan YAB Perdana Menteri ke India serta Rusia, apakah perkembangan keahlian Malaysia dalam BRICS dan apakah kesan kepada hubungan Malaysia dengan negara G7 setelah permohonan Malaysia dalam BRICS.

draft • 11:10 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih kepada Pulai. Tan Sri Speaker, BRICS ini adalah merupakan acronyms kepada nama-nama negara yang menganggotai kumpulan yang lima tersebut. Mula-mula ia ditubuhkan pada tahun 2009 iaitu empat negara. BRIC belum ada ‘S’ lagi. B-Brazil, Russia, India dan China pada 2009. Kemudian pada tahun 2010, South Africa ataupun Afrika Selatan menganggotainya. Maka kita panggil BRICS, ada ‘S'.

Ia merupakan suatu keanggotaan negara-negara yang besar Dato’ Seri yang mempunyai jumlah penduduk yang besar, ramai yang mempunyai GDP ataupun pertumbuhan ekonomi besar dunia.

draft • 11:10 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Penduduknya merupakan hampir 40 lebih peratus penduduk dunia. Dia punya pertumbuhan ekonomi, jumlah ekonominya melebihi 25 peratus ekonomi dunia, Dato’ Sri.

Jadi, ia merupakan suatu kumpulan negara yang longgar. Dia tidak merupakan kumpulan negara yang berasaskan kepada ketenteraan. Tidak ada pakatan ketenteraan, tidak ada pakatan apa-apa, tidak ada triti-triti yang perlu ditandatangani oleh negara-negara anggota. Maka itu, Malaysia melihatnya sebagai satu platform yang baharu untuk kita melebar luaskan kita punya keberadaan kita di pentas antarabangsa. BRICS ini merupakan satu pentas yang amat besar. Dianggotai oleh negara-negara yang besar-besar dan keanggotaan kita jika diterima Tan Sri, ia merupakan satu tambah nilai yang amat besar kepada negara kita.

Pada awal tahun ini, BRICS telah pun membenarkan kemasukan empat buah negara yang baharu sebagai anggota baharu iaitu Iran, Mesir, UAE dan juga Utopia pada awal tahun ini. Ia telah pun dihadamkan dan pada Mesyuarat Summit BRICS yang baru ini di Kazan, Uzbekistan, Rusia yang menjadi pengerusi BRICS pada ketika ini telah pun membuka satu pintu baharu untuk negara-negara lain.

Ada berpuluh-puluh negara yang menunggu untuk menjadi anggota BRICS, kerana ia merupakan suatu keanggotaan kumpulan negara-negara yang progresif yang dinamik yang mewakili global south yang mana negara-negara sekarang melihat bahawa kedudukan geopolitik yang tidak menentu, yang adanya satu keadaan di mana ada usaha untuk mewujudkan satu unipolar power iaitu satu kuasa dunia yang nak menguasai dunia. Itu sebab negara-negara ini bersama-sama untuk membina kekuatan baharu, platform yang baharu, tetapi ia lebih kepada berasaskan ekonomi.

Maka, Malaysia telah pun diterima kerana kita telah memohon untuk menjadi anggota BRICS semasa berjumpa dengan Perdana Menteri China di negara China. Untuk pertama kalinya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan hasrat negara kita untuk menganggotai sebagai anggota BRICS.

Selepas itu, semasa lawatan rasmi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga menyatakan kepada Perdana Menteri Modi, India bahawa hasrat Malaysia yang sama dan ia mendapat sokongan, dan terakhir sekali ialah semasa menghadiri Eastern Economic Forum

(EEF) Vladivostok, di Rusia di mana di Rusia tersebut, Perdana Menteri telah mengadakan perbincangan dua hala Malaysia-Rusia dan di situ sekali lagi Malaysia telah menyatakan hasrat untuk kita diterima sebagai anggota BRICS.

Alhamdulillah, walaupun tidak secara rasmi diuar-uarkan tetapi kita telah menerima surat Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Malaysia telah diterima sebagai rakan negara (country partner) kerana belum lagi dibuka untuk anggota baharu. Alasannya ataupun asas kepada dibuat satu platform baharu iaitu rakan negara ataupun country partner dan tidak sebagai anggota penuh kerana anggota BRICS ini nak menghadamkan dulu keberadaan empat negara baharu. Mereka tidak ada satu SOP macam mana nak menerima anggota baharu,

draft • 11:20 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

mereka tak ada Dato’ Sri. Kerana ini satu orang kata, very loose club of countries. Mereka longgar saja.

Jadi Alhamdulillah, saya telah pun mengutus surat terima kasih kepada rakan sejawat saya daripada Rusia, menyatakan kami amat gembira di atas keputusan yang telah pun dibuat semasa Summit BRICS di Kazan baru-baru ini. Terima kasih, Dato’ Sri.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Pulai.

draft • 11:20 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih dan tahniah kepada Menteri atas jawapan tadi. Soalan saya itu kesan dia daripada hubungan kita dengan BRICS ini. Pada waktu ini, difahamkan terdapat beberapa syarikat negara kita yang mempunyai perdagangan dengan negara BRICS ini khususnya Rusia yang telah disekat khususnya syarikat-syarikat yang berasaskan semi conductor ini.

Tahun depan pula akan ada polisi baharu daripada presiden yang baharu. Mungkin lebih keras lagi. Jadi, apa langkah-langkah kerajaan untuk mengatasi masalah ini? Sebab kebimbangan kita bila disekat mungkin eksport kita akan jadi kurang dan menyebabkan terjejas pekerja-pekerja kita dan sebagainya. So, apa langkah-langkah kerajaan untuk menghadapi suasana ini? Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sila Menteri.

draft • 11:20 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Tan Sri Speaker, berkenaan soalan tambahan daripada sahabat daripada Pulai. Memang ada kita menerima notis daripada pihak Amerika Syarikat untuk mengenakan sekatan kepada beberapa buah syarikat di negara ini. Ini adalah berasaskan kepada mereka mengatakan bahawa syarikat-syarikat ini telah pun mengeksport barang bahan ‘dual sage’ iaitu bahan yang mana boleh digunakan sebagai bahan untuk memperkasakan peralatan perang pihak Rusia.

Yang mana kita semua tahu, dunia semua tahu bahawa Amerika Syarikat telah pun mengenakan secara unilateral sanctions ke atas Rusia. Dia bukannya sanctions yang diputuskan oleh Bangsa-bangsa Bersatu, tetapi unilaterally sanctions by US. Jadi, kita tidak menerima unilateral sanctions ini, Dato’ Yang di-Pertua. Tapi walau bagaimanapun, being American is American, Dato’ Yang di-Pertua. Dia buat dan kita tidak mahu nanti ada pula kesan daripada ini kita tidak mematuhinya. Amerika ini kadang-kadang dia buat gila-gila dia, dengan izin dia buat nanti secondary sanctions ke atas Malaysia, lagi kita teruk.

Jadi, lagipun syarikat ini yang baru-baru ini ada pada enam, tiga pada syarikat tersebut jelas mereka bukannya merupakan pengeluar. Mereka adalah merupakan trading company dan isu dia di sini adalah isu bukan masalah kita sanctions tersebut tetapi isunya kita boleh ambil tindakan kalau if at all dengan izin, government wants to take action all this three companies. Dia orang kata Akta Kastam yang mana declaration form itu tidak betul.

Jadi, di situ ada kesilapan sikitlah pada syarikat tersebut kerana mereka tidak mengisytiharkan dengan secara betul barang-barang dan juga country of origin dia.

Dato’ Yang di-Pertua, saya nak ambil peluang di sini Dato’ Yang di-Pertua, nak memperingatkan kepada syarikat-syarikat kita supaya walaupun barangan mereka itu dijual destinasi di Dubai, tetapi kita mesti tahu sebagai syarikat pengeluar, kita mesti tahu barangan

draft • 11:20 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

kita ini akhirnya nanti sampai ke mana. Kerana kita tidak mahu nanti ada tindakan yang lebih tegas daripada pihak Amerika Syarikat dengan nanti dengan jelas mengenakan second resanctions ke atas negara kita dan kita akan keadaan yang amat sukar pada ketika itu.

Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Padang Terap. Oh, dah tukar dah. Pasir Mas? Okey.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Baik. Soal penyertaan di dalam BRICS ini kita tahu bahawa kita tidak maklumkan ke dalam Parlimen secara jelas dan dibentangkan agenda penyertaan kita dalam BRICS ini.

Bukan kami di pihak pembangkang ini menentang komitmen kerajaan. Tetapi, beberapa perkara saya rasa perlu dilumatkan terlebih dahulu.

Kita tahu bahawa negara seperti China, India, Rusia adalah kuasa besar ekonomi dan mereka ada agenda mereka sendiri. Bagaimana Malaysia nak memposisikan di dalam BRICS dan dalam masa yang sama tidak ingin dilihat sebagai anti kepada blok satu lagi?

Dan, juga bagaimana Malaysia nak membawa agenda kita penyertaan dalam BRICS ini dalam negara-negara ASEAN kerana dalam kalangan kelompok negara ASEAN, kita ada platform ekonomi kita sendiri seperti RCEP dan juga APEC. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:20 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Seperti yang saya sebut awal tadi Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, kita belum lagi diterima secara penuh sebagai Ahli BRICS. Kita cuma sebagai country partners. Jika kita diterima, sudah semestinya Kementerian Luar akan membawa perkara ini ke Kabinet. Tetapi rakan BRICS ini pun kita bawa ke Kabinet. Tapi jika nanti kita diterima sebagai ahli penuh BRICS, sudah sememangnya kami akan membawa ke Parlimen membincangkannya kerana ia merupakan suatu keputusan yang besar negara untuk menyertai BRICS.

Tetapi, seperti yang saya sebut tadi Dato’ Yang di-Pertua, BRICS ini bukan merupakan suatu pakatan apa-apa. Dia suatu kelab yang longgar, tidak ada apa-apa triti, tidak ada apa-apa konvensyen yang perlu kita tandatangani atau yang perlu kita patuhi. Ia merupakan satu kelab sahaja iaitu untuk kita bersuara lebih sebagai the global south kerana the divide between the north and the south nampak jelas. Kita tidak nampak, terutamanya dalam kita punya SDG, dalam kita climate change.

draft • 11:20 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Baru-baru ini, COP29 Dato' Pengerusi. Sepatutnya kita dapat sumbangan daripada negara maju yang telah memusnahkan alam sekitar mereka 100 tahun dulu. Patutnya contribution mereka, USD1 trillion, mereka cuma bagi 300 bilion sahaja. Ini suatu perkara yang amat kita kesali. Janji mereka semasa Paris Agreement, semasa kita buat COP di Glasgow (COP2008), semua mengatakan akan contribute. Ini kos untuk kita mengurus climate change ini, Tan Sri Yang di-Pertua. Amat serius, amat mahal dan memerlukan teknologi yang tinggi.

draft • 11:30 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Jadi, kita telah- dalam BRICS itu tidak pula kita mencairkan ke peranan kita dalam OIC. Tidak mengurangkan peranan kita di dalam NAM. Tidak mengurangkan peranan kita dalam APEC ataupun baru-baru ini kita dijemput sebagai negara yang hadir di APEC dan juga di G20 sebagai tetamu kepada Kerajaan Brazil. Kita bersuara perkara yang sama iaitu betapa jurang di antara negara-negara maju dengan the global south ini amat ketara sekali.

Apa peranan negara-negara maju untuk membantu daripada mereka menuding jari, mereka patut bersama-sama untuk mengurus climate change ataupun pertukaran global warming ini, Tan Sri.

Jadi, jawab kepada Pulai. Kita tidak kurang peranan kita. Ia akan menambah luas lagi iaitu terutamanya dalam bidang ekonomi. Kita akan membuka pasaran kita kerana kita perlu juga buat apa yang dipanggil sebagai, dengan izin Dato’ Sri, derisk policy. Kita tak perlu bergantung kepada pasaran tradisional, kita terlampau sangat. Kalau ada apa-apa berlaku kepada pasaran tersebut, kita akan jatuh terduduk.

Makanya, kita perlu lebar luaskan dan pelbagaikan kita punya pasaran supaya apa- apa berlaku- kerana dalam keadaan geopolitik yang tidak menentu pada hari ini, dunia dalam keadaan kucar-kacir. Kita tak boleh terus-menerus dengan kita punya satu sistem negara yang menjadi sekutu kita dan membeli barangan kita tetapi kita perlu memperbanyakkan dan menyebar luaskan pasaran barangan kita, Dato’ Sri. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih Menteri. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Tan Sri Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahaskan dan diputuskan di Peringkat Jawatankuasa Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Komunikasi bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2025 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2025, dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 28 November 2024.” Sekian, terima kasih.

draft • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Ada yang menyokong?

draft • 11:32 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Saya menyokong. Cuma saya mengambil kesempatan ini juga untuk mengalu-alukan kehadiran

draft • 11:32 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat Sabah ke sidang Parlimen pada pagi ini.

[Tepuk] Terima kasih.

draft • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 11:32 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2025 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2025 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan ke atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2025 dan Anggaran Pembangunan 2025 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kesembilan] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft • 11:32 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Selamat pagi, Tan Sri Speaker.

Jelutong.

draft • 11:32 AM

Tuan Pengerusi

Ya.

draft • 11:32 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Isu peraturan dewan.

draft • 11:32 AM

Tuan Pengerusi

Peraturan berapa itu?

draft • 11:32 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

36(6) dan 36(12).

draft • 11:32 AM

Tuan Pengerusi

Okey. Isu apa itu?

draft • 11:32 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Berkenaan dengan usul saya untuk merujuk Yang Berhormat Pendang ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Saya juga telah terima maklum balas daripada Tan Sri Speaker sendiri, mengepilkan bersama-sama surat penjelasan daripada Yang Berhormat Pendang dan...

draft • 11:32 AM

Tuan Pengerusi

Baik.

draft • 11:32 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...di mana beliau ingin...

draft • 11:32 AM

Tuan Pengerusi

Saya telah pun memberikan satu tarikh...

draft • 11:32 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya.

draft • 11:32 AM

Tuan Pengerusi

...untuk kita selesaikan isu itu. Saya akan maklumkan kepada Yang Berhormat kemudian.

draft • 11:32 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya. Tan Sri Speaker. Untuk makluman juga, saya telah membalas surat itu. Surat daripada Yang Berhormat Pendang, di mana beliau telah mengaku bahawa beliau telah khilaf dan beliau ingin memperbetulkan kenyataan tersebut. Saya telah menjawab surat itu. Memberi jawapan kepada Tan Sri

draft • 11:32 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker. Memohon juga ketetapan supaya beliau dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Terima kasih.

draft • 11:32 AM

Tuan Pengerusi

Baik. Saya dapat surat itu, saya akan jawab.

draft • 11:32 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tan Sri. Terima kasih.

draft • 11:32 AM

Tuan Pengerusi

Baik.

draft • 11:32 AM
Kepala B. 45 [Jadual] – Kepala P. 45 [Anggaran Pembangunan 2025] –

Tuan Pengerusi

Baik Yang Berhormat. Kepala Bekalan B.45 dan Kepala Pembangunan P.45 di bawah Kementerian Belia dan Sukan terbuka untuk dibahas. Saya menerima senarai yang agak panjang daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat. Saya nak bacakan semua nama-nama ini. Baik. Bermula dengan YB Kudat. Kemudian Alor Setar, Bangi, Gerik, Kuala Pilah, Permatang Pauh, Miri, Kangar, Batang Sadong, Kepala Batas, Sungai Petani, Jeli, Kampar, Sungai Besar dan terakhir sekali ialah Sipitang. Yang Berhormat diberikan 15, maaf, diberikan lima minit setiap pembahas dan saya mulakan dengan Kudat.

Silakan.

draft • 11:32 AM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

Terima kasih Tan Sri Speaker.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam perpaduan. Salam Malaysia MADANI. Kudat ingin membangkitkan beberapa perkara dalam Jawatankuasa Belia dan Sukan. P.45 Butiran 00100 – Institusi Kemahiran Belia Negara (IKBN). Di Sabah, kita cuma ada satu IKBN iaitu di Kinarut yang menawarkan teknologi awam dan teknologi elektrik. Kudat mohon pertimbangan supaya KBS membina satu lagi IKBN di Sabah dan diletakkan di utara Sabah iaitu di Parlimen Kudat.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Seterusnya, Butiran 00601 - Menaik Taraf Kompleks Belia dan Sukan Negeri-negeri.

Naik taraf Kompleks Sukan Kudat. Saya telah mohon peruntukan untuk menaik taraf lampu limpah di Kompleks Sukan Kudat kepada Yang Berhormat Menteri tahun ini tapi tidak dapat diluluskan atas alasan tiada peruntukan dan isu pemilikan tapak projek bukan milik KBS Malaysia.

Isu pemilikan tapak ini merupakan satu masalah kerana bagi saya, semua tapak- tapak untuk sukan ataupun kompleks sukan ini adalah milik kepada kerajaan negeri.

Sekiranya ini dijadikan alasan sebagai perkara untuk tidak dapat membantu keperluan- keperluan, terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar ini, maka tidak mungkin kita dapat

draft • 11:36 AM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat ataupun rakyat di kawasan luar bandar.

Puan Pengerusi, seterusnya Butiran 02007 – Kompleks Sukan Komuniti. Kudat mohon supaya Kompleks Sukan Komuniti di Pulau Banggi dan di Daerah Pitas dibina masing- masing. Sebab kawasan luar bandar ini sangat berpotensi untuk menjadi hab pengeluar sukan ataupun pengeluar ahli sukan yang terbaik, memandangkan anak-anak muda di kawasan luar bandar masih terlibat dengan aktiviti lasak setiap hari.

Contohnya, kalau di Banggi. Kita mengeluarkan beberapa pemain bertaraf negara di Banggi iaitu salah satunya, Muhd Asri bin Muhairi, pemain nombor satu bola tampar negara.

Kudat yakin kalau Yang Berhormat Menteri dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat memberikan Kompleks Sukan Komuniti di Banggi dan Pitas ini, confirm Menteri dan Timbalan Menteri ini akan menjadi kesayangan kepada anak muda di kawasan saya lah.

Seterusnya, Butiran 02400 – Gelanggang Sukan. Kudat ingin bertanya, berapa banyak peruntukan daripada kementerian yang telah dibelanjakan pada tahun 2023 sehingga sekarang untuk Parlimen Kudat? Sebab sepanjang pengetahuan saya, belum ada projek gelanggang sukan di peringkat kampung dalam Parlimen Kudat dalam pentadbiran Kerajaan MADANI. Sedangkan keperluan ini sangat penting bagi menggalakkan belia bersukan dan mengelakkan mereka daripada kegiatan yang tidak sihat.

draft • 11:36 AM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

Seterusnya 06000 – Pembangunan Sukan Komuniti dan bersama-sama 07000 – Penyelenggaraan Bangunan dan Fasiliti. Kudat menyambut baik inisiatif ini. Walau bagaimanapun, Kudat merasa perlu diperbaiki dari segi sistem penyampaian juga disebabkan saya difahamkan oleh pegawai yang terlibat daripada KBS Malaysia bahawa masalah tapak juga iaitu masalah tapak bukan milik Kementerian Belia dan Sukan Malaysia menyebabkan peruntukan tidak dapat disalurkan untuk menyelenggara gelanggang futsal dan semua gelanggang-gelanggang sukan di luar bandar terutama sekali – di Parlimen Kudat ada 12 infra gelanggang futsal iaitu di Kampung Rosob, Kampung Senaja, Kampung Telaga, Kampung Adibungan, Kampung Pekan Baru, Kampung Feri di Pitas dan di Kampung Lok Tohog, Kampung Batu Layar di Banggi dan di Kudat, Kampung Andap Bangau, Kampung Tajau, Kampung Landung Ayang dan di urus setia Kudat.

Jadi, saya mohon supaya Kementerian Belia dan Sukan dapat memberikan peluang kepada kawasan saya untuk mendapatkan peruntukan-peruntukan ini bagi menyelenggara keperluan-keperluan ataupun gelanggang-gelanggang sukan yang diperlukan ini. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kudat. Saya jemput Yang Berhormat Alor Setar.

draft • 11:40 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Yang Berhormat Puan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri yang turut bersama dalam Dewan ini. Ada empat perkara yang ingin saya sentuh di dalam perbahasan saya pada kali ini.

Pertama, mengenai 010200 – Perbadanan Stadium Malaysia. Saya dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri sendiri dalam Dewan sebelum ini, Stadium Hoki Nasional akan dipilih sebagai tempat penganjuran konsert. Katanya sudah ada 26 konsert yang akan diadakan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil tahun 2025. Masih dengan isu yang pernah saya bangkitkan sebelum ini kepada Yang Berhormat Menteri. Stadium ini akan ada risikolah untuk rosak. Sebelum ini buat di stadium bola, kemudian buat di stadium hoki.

Saya ucap tahniah kerana ada satu alternatif lain tetapi masih terdedah kepada kerosakan walaupun rumput itu berbeza. Di stadium hoki mungkin lebih tahan berbanding stadium bola tapi dia masih lagi terdedah kepada kerosakan dan konsert itu sendiri – saya tidaklah membantah konsert ini. Menyanyi ini semua orang menyanyi. YB Sabak Bernam pun pandai menyanyi. Cuma nisbah penganjuran konsert dengan penganjuran aktiviti lain yang bukan konsert itu saya rasa kena seimbang kerana belia ini kena diberi pendedahan tentang kefahaman, keilmuan berbanding hiburan. Hiburan ada tetapi ratio nya agak kecil. Tidak boleh ratio itu terlalu banyak sehingga melampau mengakibatkan mereka itu sendiri lalai, leka dan berlaku masalah sosial yang lain.

Saya hendak ambil contoh tentang Litar Antarabangsa Sepang. Walaupun sudah tujuh tahun saya difahamkan tidak lagi menganjurkan acara F1 tapi Litar Sepang ini masih dalam kalendar MotoGP. Masih aktif dengan pelbagai aktiviti permotoran dan bermacam acara yang bukan permotoran. Dia generate income. Cuma, dia ada trek litar lah tapi stadium hoki berbeza. Tetapi itu dilema lah yang saya rasa KBS hadapi. Saya faham tapi itu perkara yang kita kena pertimbang kerana stadium ini dibina untuk sukan kecualilah kalau stadium itu di peringkat asal dibina untuk multiprogram, multiactivity. Saya rasa itu lebih boleh dipertimbang oleh KBS pada masa akan datang.

Yang kedua Yang Berhormat Pengerusi, mengenai 010300 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia. Saya difahamkan ianya bertindak sebagai Pusat Penyelidikan Pembangunan Belia Kebangsaan. Dilihat dalam bajet kita ini ada peningkatan berbanding tahun 2024 lalu. Tahun ini RM2.6 juta, tahun lepas RM2.25 juta. Saya hendak tanya apa hasil kajian-kajian yang dibuat oleh institut ini?

Saya cadangkan supaya institut ini juga digunakan sebagai satu kajian dan program tentang meningkatkan kesedaran pembangunan belia dalam politik supaya penglibatan belia dalam politik ini non-partisan. Dia lebih terdedah dan kita gunakan platform ini untuk memberi pendidikan politik kepada para belia di samping kementerian-kementerian lain. Saya rasa KBS perlu fokus kepada perkara tersebut. Sebaiknya program pendidikan politik yang hendak dianjurkan ini adalah program yang tidak memihak ataupun bersifat natural. Kalaupun hendak melibatkan parti politik, saya setuju melibatkan semua dan belia itu akan pilihlah. So, kita

draft • 11:41 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

berdialog secara matang dalam platform yang disediakan oleh pihak KBS melalui Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia ini.

Yang ketiga, Yang Berhormat Pengerusi, mengenai Belia dan Sukan – 020100. Ini tentang isu badminton. Kita tahu BAM memikul tanggungjawab besar memajukan sukan ini tetapi isu utama yang diperkatakan dalam dunia badminton Malaysia ialah kita ketandusan bakat muda yang konsisten. Setelah Datuk Lee Chong Wei bersara, jurang prestasi antara dia dengan pelapis-pelapis muda itu sangat ketara. Jadi, ada gap di situ. Akademi Badminton Malaysia saya faham ada di sana tapi kita nampak hasil yang masih lagi belum dapat menyaingi Indonesia, Thailand yang lebih nampak berkaliber atlet badmintonnya berbanding kita. Nampak macam ada gap. Apatah lagi Yang Berhormat Pengerusi, kita sedang menuju ke Olimpik LA 2028. Saya rasa kita dah kena mulakan program Road to Gold (RTG) Olimpik LA 2028 ini untuk kita memadam semula ataupun membalas semula rekod kita dalam sukan Olimpik yang sebelum ini yang kita tak dapat sasaran kita dengan baik.

Yang akhir sekali Yang Berhormat Pengerusi mengenai kesihatan mental belia, 030400. Ini juga satu perkara yang membimbangkan kita Yang Berhormat Pengerusi. Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan 2022, kemurungan dalam kalangan remaja meningkat 26.9 peratus berbanding 18 peratus pada tiga atau empat tahun sebelumnya. Maknanya remaja sekarang ini sudah makin terdedah kepada kemurungan. Sebelum ini remaja ini, budak- budak ini Pengerusi, dia banyak bermain tapi hari ini remaja ini dia murung. Lebih parah daripada itu Yang Berhormat Pengerusi, 13 peratus dilaporkan remaja mempunyai pemikiran untuk membunuh diri. Ini sangat berbahaya. Saya rasa kita kena ambil tindakan yang serius.

Pihak sana atau pihak sini, kita kena tengok serius. Jadi saya mencadangkan..

draft • 11:41 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 11:41 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

KBS merangka pelan strategik yang detailed, yang jangka masa panjang walaupun kita dah ada Youth Mental Health Index tetapi dia lebih kepada pengumpulan data Yang Berhormat Pengerusi. Dia tidak ada satu tindakan. Mungkin boleh kolaborasi dengan kementerian-kementerian lain ataupun mana-mana pihak yang pakar. Perkara ini kita perlu beri perhatian sebab remaja hari ini dia mudah terpengaruh dengan media sosial. Dia tengok gaya hidup orang itu lebih daripada dia, dia kurang. Itu semua mendorong kepada kemurungan.

Saya fikir ini perkara-perkara yang kita perlu beri perhatian kerana kalau mental kita tidak okey, macam mana jasad kita hendak okey. Maka KBS, saya cadang fokus kepada dua perkara itu selain daripada kita sudah tumpu kepada aspek fizikal atlet sukan, mental juga menjadi satu isu serius yang perlu diberi perhatian. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:41 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Saya jemput Yang Berhormat Bangi.

draft • 11:41 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Puan Pengerusi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI.

Saya terus kepada kod 031300 iaitu Rakan Muda. Tahun ini saya lihat peruntukan sebanyak RM22 juta telah dikhaskan untuk program Rakan Muda dan saya sambut baik peruntukan ini. Saya hadir Puan Pengerusi semasa pelancaran nafas baru Rakan Muda pada tahun 2023 di UKM, di kawasan Parlimen saya. Bagi mereka daripada generasi saya dan sudah tentu generasi Yang Berhormat Menteri KBS dan juga Yang Berhormat Menteri KESUMA yang ada dekat sini, Rakan Muda itulah satu program ikonik pada tahun 90an. Jadi, sekarang ini program Rakan Muda ini telah melalui satu proses rejuvenasi dengan peruntukan yang saya fikir cukup besar dan mencukupi pada ketika ini.

Saya ingin tahu Puan Pengerusi, berapa banyak program Rakan Muda yang telah dilaksanakan khususnya di dalam Parlimen Bangi setakat ini? Apakah perancangan program- program Rakan Muda di Parlimen Bangi di masa hadapan? Saya tanya soalan ini sebab setakat yang saya tahu, saya mungkin salah, ada satu program yang telah dilaksanakan di bawah dengan izin, banner rakan Muda di dalam Parlimen Bangi iaitu program tayangan skrin besar Ejen Ali yang telah dilakukan ataupun ditayangkan beberapa minggu lepas yang mana satu program ini adalah program yang begitu berjaya. Saya ucapkan syabas kepada Pejabat Belia dan Sukan Hulu Langat. Tetapi pada masa yang sama, saya berharap lebih banyak program Rakan Muda dapat dilaksanakan di dalam Parlimen Bangi kerana Bangi ini mempunyai banyak institusi pengajian tinggi, Puan Pengerusi.

draft • 11:48 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Contohnya, UKM, UniKL MFI, GMI, New Era College University dan juga UTAR.

Kalau kita tengok data DOSM Puan Pengerusi, 21 peratus daripada penduduk dalam Parlimen Bangi adalah dalam kategori umur muda. Maka, amat sesuailah Bangi ini dijadikan tempat untuk diadakan lebih banyak program-program Rakan Muda.

Saya juga ingin cadangkan bahawa pihak KBS ini pertimbangkan untuk duta-duta untuk Rakan Muda ini sama seperti apa yang dilaksanakan di Selangor iaitu Penggerak Belia Selangor (PBS) yang mana setiap zon Ahli Majlis itu ada penggerak belia. Kita tak payah buat setiap zon tetapi mungkin di setiap Parlimen, kita boleh ada duta Rakan Muda untuk laksanakan program-program Rakan Muda di kawasan tersebut.

Saya seterusnya pergi kepada Butiran 031000 - Impact Integrated. Di sini saya melihat ada peningkatan untuk tahun 2025 iaitu RM8 juta pada tahun hadapan ketimbang RM7 juta pada tahun ini. Saya sambut baik pertambahan dana ini. Saya sini ingin sentuh secara khusus satu inisiatif di bawah Impact Integrated ini iaitu Esports Integrated (ESI). ESI ini seperti yang kita tahu adalah bertujuan untuk memacu pembangunan e-sukan di Malaysia.

Sememangnya e-sukan kita tahu ada potensi yang cukup besar dalam Malaysia.

Saya pernah kata dalam Dewan ini banyak kali saya gamer, tapi bukanlah seorang atlet e-sports,bukan secara kompetitif. Tetapi kita tahu dekat Malaysia ini memang ada potensi yang besar dalam e-sports ini. Atlet-atlet e-sports dan juga pasukan e-sports kini

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

menempa nama di kejohanan-kejohanan antarabangsa. Malahan di Sukan Asia pada tahun lepas, e-sukan telah menyumbang dua pingat kepada Malaysia iaitu dalam pingat perak dan juga gangsa. Maka, kita harus melihat e-sukan ini sebagai satu sukan yang boleh menyumbang kepada kutipan pingat buat negara lebih-lebih lagi jika e-sukan ini dimasukkan dan diiktiraf dalam kejohanan sukan antarabangsa seperti Sukan Asia.

Jadi, wajarlah atlet e-sukan diberi pengiktirafan dan sokongan sama seperti atlet-atlet lain. Pada masa yang sama Puan Pengerusi, saya fikir kita juga harus memupuk e-sukan di peringkat komuniti dan akar umbi. Saya lihat – maaf saya katakan bahawa e-sukan di peringkat akar umbi ini masih sedikit celaru dan dengan izin, disjointed. Di sini saya berharap pihak ESI dapat memainkan peranan yang lebih besar. Bukan hanya menganjurkan kejohanan ataupun menyediakan fasiliti atau hab sukan, tetapi juga terlibat secara langsung atau sekurang-kurangnya memantau e-sukan di peringkat komuniti dan akar umbi ini.

Saya bagi contoh. Saya fikir banyak wakil rakyat daripada sini atau di sana yang anjurkan pertandingan e-sukan, PUBG lah, Mobile Legends lah dan sebagainya. Tetapi saya melihat bahawa ya, anak muda datang join sekali, tetapi siapa yang melihat potensi yang ada pada mereka yang masuk pertandingan-pertandingan komuniti dan juga akar umbi ini?

Sebab, kita tak nak bahawa mereka masuk, mereka ada potensi tetapi tidak dapat dicungkil bakat mereka. Saya tahu ada scouting daripada pasukan-pasukan e-sports commercial dan sebagainya. Tetapi mereka tidak secara menyeluruh. Jadi, kalau ESI ini boleh mainkan peranan ini, saya fikir ia dapat memupuk bakat dan juga mencungkil bakat atlet-atlet e-sports di peringkat akar umbi.

Perlu ada koordinasi dengan ESI bagi pertandingan dan kejohanan di peringkat akar umbi. Sebab saya percaya Puan Pengerusi, jika kita pupuk bakat atlet e-sukan tempatan ini, kita akan dapat lahirkan lebih ramai atlet-atlet e-sukan bertaraf dunia.

Dengan itu saya akhiri ucapan saya. Terima kasih. Bangi mohon menyokong, Puan Pengerusi.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Saya jemput Yang Berhormat Gerik.

draft • 11:50 AM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi atas laluan yang diberikan. Gerik ingin menyentuh tentang Bajet Kementerian Belia dan Sukan bagi maksud perkara Bekalan 45 Butiran 030000 - Program Khusus. Ada dua yang menarik Tuan Pengerusi.

Pertamanya, berkenaan dengan Butiran 030300 - Hari Sukan Negara dengan bajet tahun lepas anggaran sebanyak RM2.7 juta dan tahun ini dinaikkan kepada RM3 juta.

Kemudiannya, ada satu lagi program adalah Butiran 03100 - Hari Belia Negara dengan bajet sebanyak RM5 juta. Program sebegini amatlah baik sebenarnya untuk pembangunan belia kita di seluruh negara. Namun Gerik ingin menarik perhatian Menteri berkenaan dengan satu

draft • 11:54 AM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

isu yang mungkin kita tertinggal iaitu tentang pelajar graduan jurusan sains sukan kita yang banyak yang menganggur kerana tidak dapat pekerjaan yang selari dengan pendidikan yang dia ada terutamanya ramai yang kerja Grab, kerja pelbagai kerja yang bukan dalam bidang sukanlah.

Jadi, Gerik melihat dengan penganjuran program-program yang besar sebegini, seharusnya pelajar-pelajar jurusan sains sukan ini diberi peluang untuk mereka bekerja atau terlibat dalam segala aktiviti KBS. KBS sepatutnya memanggil mereka, menyusun kembali, supaya mereka mungkin duduk dalam syarikat-syarikat berkaitan sukan atau syarikat di bawah KBS sendiri kah, kan. Jadi, mereka ini akan dapat satu pengalaman dan mungkin dia orang boleh buat business juga berkaitan dengan sukan. Agak rugi jika kita membiarkan bakat-bakat seperti ini yang ada pendidikan sehingga ke ijazah malah ada yang Master, ada yang PhD tentang sukan tetapi akhirnya bekerja di bidang yang bukan kena mengena dengan sukan.

Contohnya, yang paling hampir adalah mungkin KBS juga boleh berbincang dengan Kementerian Pendidikan untuk melantik pelajar-pelajar jurusan sains sukan ini sebagai guru pelatih kepada program-program sukan sekolah. Kalau sekarang ini apa yang kita amalkan mungkin guru-guru sendiri yang melatih pasukan bola sepak kah, pasukan apa sukan yang ada di sekolah. Tetapi kalau kita boleh kita boleh rancang satu mekanisme yang baru, mungkin guru-guru tak perlu lagi mengajar sukan tetapi digantikan dengan pelajar-pelajar jurusan sains sukan yang berselerak dalam negara.

Jadi, itu satu cadangan daripada Geriklah. Mungkin juga kita boleh cipta penganjuran program-program baru atau liga-liga baru di daerah-daerah di seluruh negara dan juga boleh menempatkan pelajar-pelajar sukan ini. Di samping kita nak membangunkan belia-belia kita dan mengelakkan daripada segala masalah sosial, dadah dan sebagainya.

Keduanya Puan Pengerusi, berkenaan dengan satu lagi adalah Pembangunan 45, Butiran 02001 - Kompleks Rakan Muda Daerah (KRMD). Isu Kompleks Rakan Muda ini, sekarang ini kita dah dapat 34 buah Kompleks Rakan Muda di seluruh negara. Jadi, adakah kementerian mempunyai perancangan untuk menambahnya? Kerana bagi kami di tempat yang seperti Gerik ini, dia jauh di luar bandar. Kita sangat memerlukan sebenarnya satu kompleks yang macam ini. Jadi, kita boleh kumpulkan daerah kita yang luas ini dan panggil orang-orang di pendalaman ini ya, belia-belia semua ini. Kita boleh kumpulkan untuk buat aktiviti di situ.

Begitu juga dengan Butiran 02007 - Kompleks Sukan Komuniti ini. Kompleks Sukan Komuniti ini pun sama. Jadi, Gerik ambil kesempatan ini juga untuk mohonlah jika kementerian boleh teliti balik untuk bina kompleks rakan muda daerah dan juga kompleks sukan daerah ataupun kompleks sukan komuniti di daerah Gerik, di Parlimen Gerik.

Akhir sekali, berkenaan dengan satu lagi perkara adalah saya nak menarik perhatian Menteri berkenaan dengan isu sumbangan sukan ataupun pengecualian cukai LHDN bagi sumbangan sukan. Isu ini pun adalah satu isu yang telah lama bermain di kalangan penggiat- penggiat sukan atau persatuan-persatuan sukan. Kita tak ada satu mekanisme yang jelas

draft • 11:54 AM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

sebenarnya macam mana cara untuk persatuan ini dia boleh terus secara langsung untuk dia mohon sumbangan dana sukan yang ada pengecualian cukai LHDN.

Banyak syarikat korporat kita ini nak bantu sebenarnya. Kita punya persatuan- persatuan sukan. Tetapi kaedah kita, kita tak ada satu kaedah yang jelas, yang sebenarnya kaedah itu membolehkan langsung. Bila dia bagi sumbangan pada persatuan, persatuan ini boleh keluar satu surat yang menyatakan dia boleh kurang cukai bila dia nak buat akaun pada hujung tahun. Sebab sekarang ini kebanyakannya kita perlu melalui MSN contohnya ataupun perlu melalui Majlis Sukan Negeri. Jadi, persatuan sukan kita iniada banyak. Kadang-kadang penderma kita ini pula, penderma peringkat komuniti di daerah dan sebagainya, dia tak adalah sampai nak berurusan sampai ke negeri.

draft • 11:54 AM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Jadi, perkara begini yang membantutkan dan sumbangan sukan kepada kawasan- kawasan luar bandar. Untuk kelab besar-besar macam bola, bola sepak contohnya, persatuan negeri dan sebagainya, itu tak ada masalah. Tapi kita melihat perkara sebegini jika KBS dapat cari satu mekanisme yang baik, bincang dengan Kementerian Kewangan, mungkin dia akan berubah situasi, perkembangan persatuan-persatuan sukan di kawasan luar bandar. Sekian, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Gerik, saya jemput Yang Berhormat Kuala Pilah.

draft • 12:00 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang Berhormat Pengerusi, Puan Pengerusi, saya Kuala Pilah terus merujuk pada Butiran 02001 — Kompleks Rakan Muda Daerah (KRMD). Kuala Pilah ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan kerana dalam jawapan Menteri Belia yang dijawab pada ketika itu oleh Timbalan Menteri Belia telah meluluskan peruntukan sebanyak RM6 juta bagi naik taraf Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah. Terima kasih Yang Berhormat.

Tetapi, baru-baru ini saya difahamkan bahawa peruntukan ini tidak termasuk kepada permohonan yang sepatutnya menjadi keutamaan iaitu bagi membina bumbung ataupun dewan terbuka berbumbung, dewan terbuka berbumbung. Oleh kerana itu, Kuala Pilah amat memerlukan sebuah dewan berbumbung penganjuran untuk aktiviti sukan ini mahupun bukan sukan yang kerap tergendala terutamanya di musim hujan.

Difahamkan, kementerian menolak permohonan awal ini kerana ia melibatkan kos yang agak tinggi oleh itu Kuala Pilah memohon kementerian untuk mempertimbangkan semula Yang Berhormat pembinaan sebuah dewan terbuka ini berbumbung yang melibatkan kos pembinaan yang lebih rendah berbanding dewan tertutup tetapi masih dapat memenuhi matlamat dan tujuan pembinaan.

draft • 12:00 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Yang Berhormat Puan Pengerusi, Kuala Pilah juga berharap agar projek naik taraf ini dapat disekalikan pembinaan sebuah padang sintetik menggunakan rumput tiruan di dalam Kompleks Rakan Muda ini. Walaupun padang sintetik akan melibatkan kos pemasangan yang agak tinggi, namun ia lebih menjimatkan dalam rangka jangka masa yang panjang terutamanya dari segi kos penyelenggaraan. Malah padang yang menggunakan sintetik juga tidak terhad untuk sukan bola sepak, tetapi boleh turut digunakan untuk aktiviti sukan atau bukan sukan yang lainnya.

Untuk pengetahuan, Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah ini juga sentiasa dibanjiri oleh orang ramai untuk tujuan beriadah. Oleh itu Kuala Pilah juga memohon kementerian untuk turut membina sebuah trek larian yang selesa di sini bagi membolehkan masyarakat menjalani aktiviti riadah dan kecergasan sekali gus menggalakkan budaya bersukan di kalangan rakyat terutamanya di Kuala Pilah.

Yang Berhormat Puan Pengerusi, Kuala Pilah merujuk Butiran 02007 — Kompleks Sukan Komuniti, Butiran 06000 — Pembangunan Sukan Komuniti. Kuala Pilah juga dikenali melalui penganjuran Pesta Bola Ngoca iaitu aktiviti bermain bola di dalam sawah yang telah menjadi acara tahunan di sini. Pesta ini mengangkat sukan tradisi dan kebudayaan negeri ini kerana ia tiada di negeri-negeri lain sekali gus menjadi satu trademark dengan izin Yang Berhormat, di Negeri Sembilan.

Penganjuran pesta ini secara tidak langsung telah mengangkat Kuala Pilah sebagai destinasi tumpuan sukan komuniti ditambah pula penyertaan dan dari negeri luar yang amat memberangsangkan. Bagi memastikan acara ini dapat dianjurkan secara berskala besar dan menjamin keselesaan serta keselamatan pengunjung, Kuala Pilah Berharap agar kementerian dapat menyediakan peruntukan yang bersesuaian untuk menaik taraf kemudahan membina pencahayaan serta mempercantikkan landskap di Stadium Ngoca Kuala Pilah ini. Ini memandangkan ia membabitkan kos yang agak besar.

Selain itu, Kuala Pilah juga berharap agar kementerian dapat merangka sebuah pelan membangunkan dan memperkenalkan lagi aktiviti sukan Ngoca ini. Kuala Pilah yakin dengan promosi yang berkesan, sukan ini mampu menarik lebih banyak penyertaan peserta dari dalam dan luar negara dan menjadikan Pesta Bola Ngoca ini sebagai acara sukan bertaraf antarabangsa di samping merancakkan pembangunan ekonomi dan peluang pendapatan untuk masyarakat setempat.

Akhirnya Yang Berhormat Puan Pengerusi, Kuala Pilah merujuk Butiran 02400 – Gelanggang Sukan. Gelanggang futsal merupakan satu fasiliti sukan yang banyak dibina untuk kegunaan masyarakat di seluruh negara dan saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada kementerian di atas perhatian yang diberikan kepada pembinaan gelanggang futsal ini.

Kuala Pilah — Parlimen Kuala Pilah juga mempunyai sebanyak 29 buah gelanggang futsal. Namun begitu, kesemua gelanggang ini memerlukan penyelenggaraan. Kuala Pilah melihat terdapatnya keperluan yang mendesak untuk dijalankan kerja-kerja penyelenggaraan

draft • 12:00 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

bagi kesemua gelanggang futsal ini bagi memastikan fasiliti sukan ini sentiasa dalam keadaan yang baik dan boleh diguna bagi tempoh yang lama.

Di samping itu, penyelenggaraan berkala juga amat penting bagi menjaga keselamatan pengguna dan oleh yang demikian, Kuala Pilah percaya bahawa dengan adanya pembangunan ataupun peruntukan bagi maksud penyelenggaraan ini, ianya secara jangka panjangnya akan memberikan faedah bukan setakat kepada Kementerian Belia dan Sukan tetapi pemegang taruh iaitu rakyat ataupun belia di kawasan-kawasan Parlimen tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi, Kuala Pilah dengan ini menyokong.

draft • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah. Saya jemput Yang Berhormat Permatang Pauh.

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi pada semua. Terima kasih Puan Pengerusi.

Saya ingin merujuk kepada Butiran 031200 — Sepang International Circuit Sdn. Bhd..

Saya bersetuju dengan perjanjian di antara Sepang ataupun SIC dengan Petronas untuk bekerjasama selama tiga tahun. Ini dapat mengurangkan kebergantungan SIC kepada bajet kerajaan. Rentetan daripada perjanjian ini, kalau kita lihat banyak program rancak dilaksanakan di SIC. Dalam kalangan pemuda khususnya Pemuda PAS dan Bersatu, baru- baru ini kita ada menonton Pertandingan MotoGP Sepang 2024 pada awal November khususnya bagi pemuda-pemuda yang minat dengan acara sukan pemotoran.

Jadi dalam Dewan yang mulia ini, saya ingin membangkitkan selain daripada acara yang baik dilaksanakan, ada beberapa perkara yang mungkin yang boleh untuk kita buat penambahbaikan. Saya hendak kongsikan hari ini adalah berkaitan dengan isu tradisi memperagakan model wanita seksi yang mencolok mata yang ada di sepanjang acara tersebut. Ianya kalau kita lihat dia bercanggah dengan ajaran Islam satu dan dia juga bercanggah dengan Rukun Nagara kita yang kelima, ‘Kesopanan dan Kesusilaan’. Sangat tidak patut sukan pemotoran yang sinonim dengan lelaki dan diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat disajikan dengan tradisi sebegitu. Malah ramai pengunjung yang merungut tentang perkara tersebut. Jadi, saya mohon kalau boleh KBS dapat mengambil kira pandangan ini seperti mana yang kita buat pada sebelum ini. Kalau kita tengok dalam kategori F1 sebelum ini ada upacara arak diberikan di atas podium tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan sebelum SIC tidak dihidupkan, kita lihat penyerahan arak itu tidak diberikan.

Ini satu perkara yang baik yang mungkin boleh untuk kita amalkan di negara kita khususnya dalam isu wanita yang mencolok mata ini.

Puan Pengerusi, Butiran 031300 — Program Rakan Muda. Dalam belanjawan kali ini, kalau kita lihat diperuntukkan sebanyak RM22 juta untuk program ini. Jadi, dengan peruntukan yang besar ini, saya mohon pihak KBS untuk menyenaraikan secara terperinci berkaitan dengan program yang akan dilaksanakan, sasaran program, matlamat program,

draft • 12:05 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

modul dan silibus yang hendak digunakan dan jumlah pengagihan peruntukan kepada negeri dan apakah kaedah peruntukan itu.

Penting untuk Menteri menjelaskan secara terperinci kerana kita khuatir diwujudkan program-program yang berunsurkan politik yang mempromosikan ideologi politik tertentu seperti yang didakwa berlaku dalam kerajaan terdahulu.

Selain daripada itu, saya mengharapkan kalau boleh agar program-program yang disusun ini ada panduan yang bertepatan dengan apa yang saya sebutkan tadi bertepatan dengan panduan agama dan bertepatan dengan panduan Rukun Negara terutamanya berkaitan isu aurat, batas pergaulan, termasuk juga berkaitan dengan apa yang disebut oleh Alor Setar sebentar tadi berkaitan dengan isu kesihatan mental. Kalau boleh biarlah modul yang disusun itu mengambil kira perkara-perkara tersebut.

Terakhir Puan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 010200 – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM). Sewaktu menjawab soalan daripada salah seorang Ahli Parlimen di dalam Dewan yang mulia ini, Yang Berhormat Menteri menyatakan Stadium Hoki Nasional ini seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Alor Setar telah menerima konsert hampir 26 untuk penganjuran konsert. Jadi, ini selain daripada isu kerosakan padang dan sebagainya, saya ingin bertanya adakah fungsi asal fasiliti ini telah mula lari daripada tujuan asalnya?

Apakah kekerapan konsert yang tinggi ini tidak mengganggu rutin latihan dan juga jadual pertandingan yang akan diadakan di stadium hoki tersebut? Suka saya hendak ingatkan bahawa agar kita janganlah korbankan prestasi dan reputasi Skuad Hoki Negara yang cemerlang disebabkan perkara-perkara yang sebegini. Penyalahgunaan fasiliti sukan untuk hiburan yang tiada kaitan dengan objektif pembangunan sukan, dia sebenarnya mencerminkan kegagalan pihak kerajaan dalam menilai keutamaan mana yang patut didahulukan.

draft • 12:05 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Saya menyeru agar pihak kerajaan untuk mengkaji semula polisi ini dan memastikan stadium-stadium kita kembali kepada tujuan asal dengan memberi keutamaan kepada aktiviti sukan dan pembangunan atlet.

Saya sebagai penutup – saya agak pelik dengan Kerajaan Madani pada hari ini di mana kalau kita lihat sebelum ini Menteri Pembangunan Wanita menyatakan angka remaja hamil tanpa nikah ini hampir 20,000 orang. Sedangkan kalau kita tengok di satu bahagian yang lain, kita sedang seolah-olah reda dengan program-program yang boleh menyumbang kepada unsur pergaulan bebas, hiburan melampau yang pasti akan menimbulkan seribu satu masalah. Jadi, saya mohon agar ini semua dapat dipertimbangkan. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

draft • 12:10 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih, Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya jemput Yang Berhormat Kangar.

draft • 12:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. selamat pagi – selamat tengah hari. Terima kasih, Tuan Pengerusi, Ahli-ahli Yang Berhormat.

Berdasarkan Bajet 2025 Kementerian Belia dan Sukan telah menerima RM1.12 bilion dan antara misi KBS adalah memacu kemajuan belia dalam sukan secara holistik untuk memenuhi aspirasi negara. Jadi saya pergi kepada – ini peringkat kawasan dulu. Butiran 02400 – Gelanggang Sukan sebanyak RM135 juta diperuntukkan.

Jadi yang pertama, Arena Futsal di Kangar merupakan pusat aktiviti indoor, dengan izin, terutama bagi anak-anak muda sama ada bagi lelaki ataupun wanita. Namun begitu, gelanggang arena futsal ini didapati permukaan dia agak kasar menyebabkan penggunaan bola begitu mudah rosak. Bukan setakat satu – kalau main dalam satu hari untuk tournament, kita – bola boleh rosak dua, tiga biji. Jadi, kalau boleh nak minta KBS untuk menangani ataupun menukar permukaan gelanggang di Arena Futsal.

Yang kedua, gelanggang bola tampar pantai di Kangar berhadapan Hotel Putra Regency. Gelanggang ini sering digunakan oleh banyak agensi dan kelab sukan di seluruh negara termasuk sukan MAKSWIP, sukan badan berkanun dan sebagainya. Gelanggang ini adalah satu-satunya gelanggang bola tampar pantai di negeri Perlis. Jadi permohonan naik taraf telah pun dibuat kepada KBS, kepada YB Menteri sebelum ini. Jadi, kali ini, harap-harap adalah untuk Kangar bagi mendapatkan kelulusan berkaitan dengan gelanggang bola tampar pantai ini.

Saya pergi kepada Butiran 01800 – Penyediaan Sukan Antarabangsa RM63.5 juta.

Jadi umum mengetahui Malaysia gagal mendapat pingat emas dalam Olimpik Paris. Jadi, apakah hala tuju dan perancangan baru KBS bagi mengatasi kegagalan mendapatkan pingat emas Olimpik Paris menjelang temasya Olimpik Los Angeles 2028? Yang kedua, apakah sasaran Malaysia di dalam Sukan Komanwel 2026?

Saya pergi kepada Butiran 030800 – Program Latihan dan Pembangunan Sukan MSN, RM44 juta. Ke manakah hala tuju program NFDP yang melibatkan pemain-pemain akar umbi di seluruh negara? Jadi, berdasarkan pengamatan saya, kekuatan pasukan Malaysia peringkat akar umbi ataupun bawah umur telah mula menunjukkan tanda-tanda kemerosotan berbanding dengan negara jiran, Thailand dan Indonesia. Jadi, apakah perlu ada perubahan drastik peringkat Akademi Tunas (AT), Pusat Latihan Daerah (PLD) ataupun Akademik Mokhtar Dahari (AMD) dari segi struktur kejurulatihan dan pertandingan?

Jadi, dalam isu yang berkaitan Liga Bola Sepak Malaysia ataupun Malaysia Football League sekarang berada dalam situasi yang agak membimbangkan di mana didapati beberapa pasukan berdepan dengan masalah kewangan yang berat. Isu tunggakan gaji membelenggu pasukan-pasukan. Kos untuk mengendalikan pasukan amat tinggi. Soal penswastaan pasukan daripada FA kepada FC nampak sukar untuk direalisasikan. Banyak pasukan terpaksa bergantung kepada kerajaan negeri bagi meneruskan saingan. Manakala penaja-penaja juga bimbang melihat kepada kesuraman perjalanan Liga Malaysia.

Jadi, soalan saya, di mana silap? Adakah MFL tidak berjaya memastikan setiap pasukan benar-benar kukuh dan stabil selepas penswastaan? Adakah pelaksanaan financial

draft • 12:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

fair play, dengan izin, untuk semua pasukan gagal mengelakkan pasukan berbelanja mengikut kemampuan? Apakah pendekatan-pendekatan baru oleh CEO MFL, Pompili Rossi bagi mengatasi kemelut ini kerana di akhirnya pelatih-pelatih remaja gagal untuk mendapatkan tempat memandangkan pasukan-pasukan gagal utk menyertai pertandingan?

Ini sebenarnya untuk CEO MFL tapi Menteri kena jawab juga.

Tuan Pengerusi, Butiran 00906 - Program Pembangunan Ahli Sukan - Skim Kumpulan Ahli Sukan peruntukan RM50.9 juta. Soalan, apakah usaha-usaha KBS untuk memperkasakan YAKEB? Berapakah peruntukan dana KBS untuk YAKEB pada tahun 2025?

Itu sahaja daripada saya. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih, Yang Berhormat Kangar. Terima kasih kerana menepati masa walaupun masa tidak jalan, ya. Yang Berhormat Batang Sadong.

draft • 12:10 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Terima kasih, Puan Pengerusi. Saya terus ke Butiran 02007 – Kompleks Sukan Komuniti, Butiran 02400 – Gelanggang Sukan.

Saya ingin bertanya kepada kementerian berapakah jumlah peruntukan untuk Sarawak bagi membangunkan prasarana sukan di bawah butiran-butiran tersebut? Puan Pengerusi, saya telah menerima jawapan bertulis daripada KBS dalam perbahasan Dasar Belanjawan 2025 pada 7 November yang lepas. Saya amat kecewa sedikit apabila KBS memaklumkan telah membatalkan dan menyatakan tiada hasrat untuk membina Kompleks Sukan Batang Sadong ekoran isu tapak projek yang belum selesai dan menyatakan terdapat pembinaan fasiliti sukan oleh kerajaan negeri di tapak tersebut. Bagi saya justifikasi ini adalah kurang tepat sama sekali.

Saya ingin bertanya adakah pihak kementerian telah mengeluarkan sebarang dokumen ataupun surat rasmi mengenai pembatalan projek kompleks ataupun dewan sukan tertutup ini yang pada tahun 2018? Pada perbincangan dalam bulan Mei 2023 yang lalu, saya dimaklumkan bahawa projek ini ditangguhkan sahaja sehingga peruntukan dipohon semula.

Jadi, pihak Kementerian Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan Sarawak telah menulis kepada KBS untuk memohon peruntukan semula projek tersebut pada Ogos 2024 untuk dipertimbangkan.

Untuk pengetahuan Menteri, sekali lagi saya nyatakan bahawa dewan sukan tertutup ini akan menjadi pelengkap kepada fasiliti sukan sedia ada iaitu terdapat padang bola sepak dan trek balapan untuk membentuk sebuah kompleks sukan yang lengkap. Projek ini telah diluluskan di bawah RMKe-12 dengan peruntukan RM9.5 juta yang didambakan oleh masyarakat setempat sekian lama dan telah diuar-uarkan dan diumumkan kepada masyarakat setempat sebelum ini. Kalau KBS terus membatalkan projek ini, saya rasa ianya boleh menjejaskan reputasi Kerajaan Perpaduan kali ini. Oleh itu, saya menyeru kepada pihak kementerian untuk mempertimbangkan dan menyalurkan kembali dana yang telah diperuntukkan sebelum ini demi merealisasikan projek ini.

draft • 12:16 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Seterusnya, saya mewakili Lubok Antu kerana tidak dapat slot untuk berbahas iaitu mengenai Butiran 01800 – Penyediaan Sukan Antarabangsa. Soalannya, apakah perancangan kementerian untuk menambah baik fasiliti sukan di Sarawak memandangkan Sarawak adalah co-host untuk Sukan SEA ke-34 pada tahun 2027?

Seterusnya, Butiran 06000 – Pembangunan Sukan Komuniti. Di bawah butiran ini, mohon KBS nyatakan perincian agihan peruntukan ini dan berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan kepada Sarawak? Apakah dan berapakah jumlah agihan peruntukan yang akan diterima khususnya untuk pembangunan sukan di kawasan luar bandar?

draft • 12:16 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Kalau ada, macam mana saya ataupun mana-mana Ahli Yang Berhormat hendak memohon? Saya berharap pihak kementerian dapat memastikan agihan peruntukan yang lebih adil dan saksama dengan memberi keutamaan kepada kawasan-kawasan yang masih ketinggalan dari segi kemudahan asas sukan, bukan hanya tertumpu di kawasan bandar sahaja.

Seterusnya, yang keempat, saya ingin merujuk kepada Butiran 020000, Butiran 020200, Puan Pengerusi bagi Program Pembangunan Belia. Saya ingin memohon kepada pihak kementerian untuk menyatakan secara terperinci mengenai program-program dan jumlah yang sedang dan akan dijalankan di semua negeri dan masih di dalam butiran yang sama, kita tahu bahawa ramai atlet veteran negara pernah mengharumkan nama baik dan imej negara pada suatu ketika dahulu.

Kini, mungkin mereka ini telah berusia, bersara ataupun uzur. Sumbangan mereka dalam bidang sukan negara tidak boleh dilupakan. Persoalan saya adalah apakah inisiatif terkini diperkenalkan oleh kerajaan bagi menjamin masa depan atlet-atlet yang pernah mengharumkan nama negara tetapi tidak lagi berkecimpung dalam arena sukan lagi?

Terakhir Puan Pengerusi, bagi maksud Pembangunan 04007 iaitu Kajian Pembangunan Belia sebanyak RM1.6 juta. Saya ingin bertanya, apakah bentuk kajian yang akan diberikan tumpuan dalam kajian pembangunan belia ini dan kepada siapakah kajian ini akan dibuat untuk memastikan pembangunan belia tercapai dan kongsikan outcome kajian seumpama ini kalau pernah dilaksanakan?

Jadi, itu sahaja daripada saya. Sekian, terima kasih.

draft • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Batang Sadong. Saya jemput Yang Berhormat Kepala Batas.

draft • 12:20 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih, Puan Pengerusi.

Yang pertama, Butiran 020400 – Institut Sukan Negara. Ketika sesi jawab lisan yang lalu, Timbalan Menteri ada menyebut bahawa semua program yang berada di bawah kementerian ada ditawarkan rawatan secara percuma kepada atlet yang terlibat. Ketika itu,

draft • 12:22 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Kepala Batas mengambil isu kecederaan yang melibatkan pelatih di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) yang diwujudkan di seluruh negara.

Justeru, seperti umum ketahui, kemudahan rawatan dan pemulihan sukan di Kompleks Bukit Jalil adalah antara yang terbaik di dalam negara ini. Kepala Batas ingin tahu adakah kos pengangkutan dan penginapan sepanjang rawatan akan turut ditanggung oleh pihak kementerian sekiranya rawatan dan pemulihan perlu dilakukan di pusat kemudahan Bukit Jalil.

Proses rawatan dan pemulihan bagi pelatih yang mengalami kecederaan ACL ini mestilah dilaksanakan dengan insentif. Matlamat rawatan bagi atlet ataupun pelatih bukanlah hanya boleh kembali berlari dan menyepak bola tetapi boleh kembali beraksi sebaik mungkin seperti sebelum cedera. Mereka ini adalah permata masa depan negara. Maka, sebaiknya diberikan rawatan dan proses pemulihan yang terbaik.

Yang kedua, 020100 – Belia dan Sukan dan 030300 – Hari Sukan Negara. Kepala Batas mengucapkan tahniah kepada Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia yang baru sahaja selesai menganjurkan Piala Datuk Zuraidi Rahim yang merupakan Kejuaraan Silat Terbuka Kebangsaan dan Jemputan Antarabangsa baru-baru ini di Alor Setar.

Silat merupakan warisan orang Melayu yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia khususnya anak muda sejak kebelakangan ini. Perasaan ingin mengenali dan mempelajari seni silat sudah mula merentasi bangsa, kaum tanpa mengira had umur.

Kecenderungan minat ini dilihat semakin ketara selepas tayangan filem legenda Melayu, Mat Kilau, filem Syahadan yang diterajui oleh Jufferi Jamari yang merupakan pemenang pingat emas Kejohanan Silat Dunia sebanyak empat kali. Justeru, Kepala Batas ingin tahu, adakah terdapat pertimbangan oleh pihak kementerian untuk menyenaraikan seni silat sebahagian daripada Program Rakan Muda di masa hadapan?

Seni silat bukanlah satu tari gerakan dan seni bela diri semata-mata tetapi, ia juga merupakan gaya hidup orang Melayu sejak dahulu dan sehingga kini, masih ada pengamalnya. Sukan ini juga telah banyak menaikkan nama negara di kejohanan tempatan dan antarabangsa. Malah, ada kalangan pesilat bukan sahaja dalam kalangan orang Melayu tetapi turut diwakili oleh kaum bumiputera dari Sabah seperti Merrywati Manuil.

Kepala Batas ingin tahu, apakah status acara seni silat ini dalam Program Podium dan bagaimanakah persediaan telah dirancang bagi sukan ini menghadapi Sukan SEA 2027 nanti? Mudah-mudahan, kita bakal membawa pulang emas melalui acara silat ini.

Kepala Batas ingin mencadangkan agar kejuaraan pencak silat dapat diperbanyakkan lagi dan diketengahkan sebagai acara tahunan ataupun dwitahunan. Lebih banyak pertandingan dianjurkan, maka lebih ramai bakat pesilat muda yang berpotensi dapat dicungkil dan digilap seperti Pertandingan One Silat, dengan izin, dianjurkan oleh Rumpun Silat Sarawak.

Memandangkan peminat dan pengamal silat semakin ramai ketika ini, Kepala Batas ingin tahu adakah terdapat perancangan daripada pihak kementerian untuk menggalakkan lebih banyak acara seni silat bagi Sambutan Hari Sukan Negara pada tahun 2025 nanti.

draft • 12:22 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Terdapat perancangan daripada Kementerian Belia dan Sukan untuk mensasarkan Malaysia sebagai Negara Sukan menjelang 2025 seperti yang dilaporkan portal Harian Metro pada 20 September 2022. Bagaimanakah perancangan ini akan diteruskan untuk mencapai sasaran dan bagaimana pula Skor Indeks Budaya Sukan Malaysia masa ini?

Seterusnya, 031300 – Program Rakan Muda dan 02001 – Kompleks Rakan Muda Daerah. Tahniah diucapkan kepada Kementerian Belia dan Sukan di atas usaha untuk menjayakan semula Program Rakan Muda yang telah tenggelam untuk sekian lama sebelum ini.

Kepala Batas mengharapkan peruntukan sebanyak RM22 juta yang bakal dilaburkan dapat membantu pembangunan anak muda dan anak muda adalah aset negara. Kepala Batas mohon perincian daripada pihak kementerian tentang bagaimanakah peruntukan ini akan dibelanjakan.

Pada 12 September 2024, BERNAMA telah melaporkan bahawa Menteri Belia dan Sukan sedang mengkaji insentif yang sesuai bagi menarik anak muda belia untuk sertai Program Rakan Muda. Apakah insentif-insentif tersebut telah dicapai masa ini dan apakah insentif-insentif yang dimaksudkan?

Program-program Rakan Muda yang diperkenalkan kali ini dilihat agak berbeza daripada perubahan program berbanding daripada versi yang terdahulu. Justeru, Kepala Batas mohon perincian lebih lanjut tentang 10 program yang diperkenalkan di dalam program anak muda ini. Bagaimana ia dapat membantu anak muda dalam mendepani isu-isu berkaitan sosial, agama, budaya, ekonomi dan juga kenegaraan?

Berapakah jumlah Kompleks Rakan Muda Daerah yang telah ada atau akan dibina sehingga masa ini dan adakah kompleks tersebut turut akan dibina di Kepala Batas? Adakah terdapat kompleks yang dibina mengikut jenis sukan ataupun kegunaan kerana jika dilihat daripada 10 program yang diketengahkan, seolah-olah akan ada litar lumba yang perlu dibina dalam menjayakan Program Rakan Litar? Mohon pencerahan. Sekian, terima kasih.

draft • 12:22 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Kepala Batas. Saya jemput Yang Berhormat Beaufort.

draft • 12:22 PM

Datuk Siti Aminah binti Aching - Beaufort

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih, Puan Pengerusi.

Saya ingin membahaskan Belanjawan 2025 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Belia dan Sukan berkenaan belanjawan maksud Pembangunan P45 bagi Butiran 02400 – Gelanggang Sukan dan 07000 – Penyelenggaraan Bangunan dan Fasiliti Kementerian Belia dan Sukan.

Puan Pengerusi, Kementerian Belia dan Sukan adalah kementerian yang mempunyai peranan yang sangat penting dalam membangunkan sahsiah belia dan membentuk jati diri masyarakat ke arah yang lebih baik. Atas dasar itu, inisiatif kementerian

draft • 12:27 PM

Datuk Siti Aminah binti Aching - Beaufort

dalam mewujudkan gelanggang sukan sebagai aktiviti riadah belia adalah satu usaha yang perlu diteruskan.

Saya merujuk mengenai jawapan lisan Yang Berhormat Timbalan Menteri semasa menjawab soalan persoalan saya berkenaan gelanggang sukan di Beaufort yang dimaklumkan bahawa terdapat 11 fasiliti gelanggang sukan yang telah dibina di Beaufort.

Antaranya, Pekan Kuala Penyu, Pekan Kampung Berangkup, Pekan Menumbok, Kampung Kerukan, Kampung Bundu dan Pekan Beaufort.

Daripada 11 fasiliti sukan sedia ada, sembilan telah diisytiharkan rosak. Saya ingin bertanya kepada kementerian, selepas pembinaan gelanggang sukan ini siap, adakah Kementerian Belia dan Sukan akan mendapat collection, dengan izin, data daripada Jabatan Belia dan Sukan di daerah berkenaan dengan ‘value of money’, dengan izin juga, gelanggang sukan tersebut.

Mengapakah pihak kementerian tidak melantik sahaja persatuan belia di daerah berkenaan yang berdaftar di bawah ROI untuk mengurus dan memastikan gelanggang sukan ini sentiasa berfungsi dengan baik, sekiranya Jabatan Belia dan Sukan daerah tidak dapat menguruskan gelanggang sukan yang telah dibina?

Saya mohon kepada kementerian agar sembilan fasiliti gelanggang sukan yang telah dibina dan diisytihar rosak ini mendapat peruntukan untuk dibaik pulih agar ia dapat diguna pakai oleh semua belia serta masyarakat setempat untuk aktiviti riadah yang sihat. Ini juga bagi memastikan gelanggang tersebut tidak terbiar dan tidak merugikan kerajaan.

draft • 12:27 PM

Datuk Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Puan Pengerusi, saya juga ingin merujuk berkenaan permohonan projek membina gelanggang baharu futsal di Kampung Kabidang dan juga Kampung Muhhibah, Beaufort.

Untuk makluman, cadangan tapak tanah pembinaan gelanggang futsal di Kampung Kabidang adalah berstatus tanah rizab kerajaan yang telah digazetkan sebagai tanah perkampungan dan mempunyai jumlah penduduk seramai 800 orang dan lebih kurang 250 buah rumah.

Begitu juga dengan Kampung Muhhibah yang mempunyai jumlah penduduk lebih kurang seramai 1,890 orang dengan 300 lebih buah rumah.

Puan Pengerusi, permohonan ini telah dihantar pada 22 September 2023 kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk pertimbangan dan kelulusan. Semasa soal jawab lisan yang lepas, Yang Berhormat Timbalan Menteri telah memberikan komitmen untuk kelulusan permohonan ini. Soalan saya, apakah status terkini permohonan pembinaan gelanggang futsal di Kampung Kabidang dan juga Kampung Muhibbah?

Puan Pengerusi, akhir sekali, saya ingin merujuk berkenaan Butiran 07000 – Penyelenggaraan Bangunan dan Fasiliti Kementerian Belia dan Sukan. Puan Pengerusi, Kompleks Sukan Beaufort telah dibina 1 Julai 2009 dan mula beroperasi pada 31 Julai 2011.

Kompleks sukan ini telah banyak memberi manfaat kepada penduduk di Parlimen Beaufort dalam melahirkan olahragawan yang menyumbang kepada pembangunan sukan negara.

Selain itu, kompleks sukan ini dijadikan sebagai aktiviti sambutan dan program yang berskala besar di Parlimen Beaufort.

draft • 12:30 PM

Datuk Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Atas dasar itu, sudah tiba masanya kerajaan menaiktarafkan kompleks sukan ini dengan memasang lampu limpah dan membina fasiliti seperti dewan serba guna untuk kegunaan masyarakat di sekitar Parlimen Beaufort. Saya memohon agar kementerian dapat mempertimbangkan permohonan ini dan menyalurkan peruntukan demi kepentingan rakyat di Parlimen Beaufort khasnya dan juga masyarakat keseluruhannya.

Sekian, terima kasih, Puan Pengerusi.

draft • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Beaufort. Saya jemput Yang Berhormat Jeli.

draft • 12:30 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Jeli ingin menyentuh Butiran 00100 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). IKBN Tanah Merah merupakan satu-satunya IKBN yang paling hampir dengan Jeli iaitu terletak dalam Parlimen Tanah Merah. Di IKBN ini, hanya satu sahaja kursus kemahiran yang ditawarkan iaitu teknologi tekstil. Dengan perkembangan terkini, selaras dengan permintaan sezaman, dicadangkan agar IKBN Tanah Merah menambah untuk menawarkan kursus-kursus kemahiran yang lain seperti teknologi automatif, binaan bangunan, cat automatif dan sebagainya.

Kedua, Butiran 02400 – Gelanggang Sukan. Berlaku pertambahan pada tahun hadapan iaitu sebanyak RM23 juta. Dengan pertambahan ini, Jeli memohon supaya kerajaan dapat segera mempertimbangkan pembinaan gelanggang sukan yang baharu di kawasan- kawasan yang belum ada kemudahan gelanggang terutamanya di kawasan pedalaman, seperti di Jeli, seiring dengan pertambahan peruntukan yang dinyatakan tadi.

Betapa dahaganya belia dan anak muda terhadap gelanggang sukan ini telah dimanifestasikan oleh Persatuan Belia Gemilang Kampung Bukit Tok Ali, Jeli. Di mana, dalam bulan Ogos yang lalu, sekumpulan mereka seramai 50 orang belia di tempat itu dengan kerjasama AADK Jeli telah bergotong-royong membersih, menebang pokok dan menebas semak samun di atas sekeping tanah rizab kerajaan seluas 3.3 ekar untuk dijadikan gelanggang sukan di kampung mereka. Alhamdulillah, tanah yang dahulunya kawasan belukar, hutan kecil, tempat kediaman binatang-binatang, hasil daripada gotong-royong itu, mereka telah berjaya dapat menjadikan tanah belukar itu sebagai padang permainan walaupun dalam serba serbi kekurangan.

Demikian juga berlaku di Kampung Lawang. Satu tanah yang telah dirizabkan oleh seorang individu yang telah bermurah hati untuk mewakafkan tanah tersebut sebagai padang permainan seluas dua ekar. Penduduk di situ telah bergotong-royong dan sekarang ini menjadikan padang itu sebagai padang permainan dan kita namakan padang itu sebagai ‘Padang Rakyat’ seiring dengan nama pengorbanan rakyat di situ yang telah menjadikan padang. Justeru, saya memohon agar kerajaan dapat membantu agar padang ini dinaiktaraf dan dijadikan gelanggang sukan yang lebih sempurna dan mempunyai pelbagai kemudahan.

Ketiga, Butiran 06000 – Pembangunan Sukan Komuniti. Pada tahun hadapan, sebanyak RM25 juta telah diperuntukkan untuk butiran ini. Untuk apa diwujudkan sukan

draft • 12:32 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

komuniti, antaranya ialah bertujuan untuk menggalakkan dan membangunkan pelbagai jenis sukan di peringkat komuniti, mengekalkan hubungan baik dalam komuniti, mewujudkan komuniti yang sihat. Tetapi, yang penting sekali, pada hemat saya, ialah untuk melahirkan jaguh-jaguh sukan tanpa perlu mengharapkan bakat itu dibentuk oleh persatuan-persatuan utama ataupun Majlis Sukan Negara.

Soalnya, jika terserlah bakat-bakat ini di komuniti atau di akar umbi, apakah ia terhenti di situ tanpa perhatian oleh persatuan-persatuan utama atau majlis sukan negeri ataupun Majlis Sukan Negara? Bagaimana bakat-bakat ini akan dibawa ke atas jika tidak ada apa-apa inisiatif dibuat oleh mana-mana pihak yang sepatutnya bertanggungjawab?

Dalam tahun 2015, 2016, 2017, penghujung 2018, FAM dengan kerjasama Bank Rakyat telah menganjurkan satu liga bola sepak rakyat yang disertai oleh setiap persatuan bola sepak di peringkat daerah dalam negara kita ini. Kejohanan ini cukup baik, berkesan dalam kita mencari dan mencungkil bakat-bakat baharu dalam arena bola sepak di peringkat komuniti dan juga di akar umbi.

Daerah saya Jeli, misalnya, hasil daripada liga ini telah berjaya membawa Jeli ke peringkat suku akhir di peringkat negara kita. Bayangkanlah, di tempat yang tidak pernah terbayang oleh kita, ada bakat-bakat bola sepak telah berjaya muncul sebagai pemain bola sepak yang boleh diketengahkan bakat-bakatnya di peringkat negara kita.

Lantaran itu, saya menggesa agar kementerian dapat mempertimbangkan bersama persatuan sukan, terutamanya FAM, bersama dengan pihak swasta ataupun mana-mana agensi, NGO yang berkepentingan mengadakan semula liga ini agar bakat-bakat yang terpendam di kawasan-kawasan pedalaman dapat dicungkil dan tidak hilang begitu sahaja ditelan masa.

Sebagai penutup, betapa pentingnya generasi muda dalam mencorak dan menjadi tulang belakang masa depan negara telah dizahirkan dalam ungkapan “Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”. Presiden Indonesia pertama, Soekarno, pernah berkata― dengan penuh yakin beliau berkata, “Berikan aku sepuluh pemuda, nescaya aku goncangkan dunia ini.” Makanya, Jeli ingin menyatakan betapa hebatnya semangat anak muda jika digarap, tetapi betapa ruginya jika semangat itu dipersia-siakan.

Sekian, terima kasih.

draft • 12:32 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Jeli.

Saya jemput Yang Berhormat Kampar.

draft • 12:32 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih kepada Timbalan Pengerusi. Saya terus masuk ke dalam Butiran 01800 – Penyediaan Sukan Antarabangsa.

Timbalan Pengerusi, tahun lepas, di sini, Parlimen, saya pernah bangkitkan tentang isu pasukan pingpong negara tidak dibenarkan ataupun tidak dibagi peluang untuk mengambil bahagian dalam Asian Games Hangzhou 2023. Pada masa itu, Malaysia Olympic of Council telah berpendapat bahawa mana-mana pasukan sukan yang tidak dalam top eight

draft • 12:37 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Asian Games tidak perlu dihantar kepada Asian Games kerana mereka berpendapat bahawa Asian Games ini satu sukan yang besar dan bukan untuk satu peluang untuk mengambil pengalaman.

Hari ini, kita nampak ini satu keputusan yang amat salah kerana pasukan pingpong beregu lelaki Malaysia baru-baru ini dalam Asian Championship telah mendapat nombor ketiga dan telah mengalahkan beregu China nombor satu, Lin Shidong dan Lin Gaoyuan.

Beregu lelaki kita, Wong Qi Shen dan Choong Javen, bukan sahaja membuat kejutan dan juga ini satu rekod yang tidak pernah kita lakukan, kita telah mendapat tempat ketiga dalam Asian Championship. Ini merupakan satu kesalahan yang saya rasa kita tidak dapat ulangi.

Saya berharap Malaysia Olympic of Council― sampai hari ini mereka tidak ada apa- apa maklum balas lagi. Saya berharap mereka boleh bagi satu maklum balas kerana kesalahan untuk tidak menghantar pasukan pingpong, sekarang semua beban di bawah kementerian. Tapi, saya tahu ini bukan keputusan kementerian. Malaysia Olympic of Council mesti keluar buat satu kenyataan bahawa mereka telah buat satu kesalahan. Ini satu kesalahan yang mereka tidak patut lakukan dan mereka harus bagi satu komitmen pada masa akan datang mereka perlu hantar pasukan pingpong untuk mengambil bahagian dalam Asian Games.

Kedua...

draft • 12:37 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Saya nak minta— minta maaf, Kampar. Berkenaan dengan isu pingpong tersebut. Kesilapan yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi bahawa atlet-atlet pingpong tersebut sepatutnya diberi peluang.

draft • 12:37 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Adakah Yang Berhormat berpendapat bahawa kementerian boleh membantu dalam proses untuk memberi mereka peluang di masa depan supaya mereka dapat memberi ataupun mencapai kemenangan untuk mengharumkan nama negara. Apakah peranan kementerian dalam perkara ini, dalam pendapat Yang Berhormat. Terima kasih.

draft • 12:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih Bukit Gelugor. Kementerian memang boleh berunding dengan OCM tetapi keputusan terakhir adalah diambil oleh OCM dan saya harap OCM akan look at the long term, kita tengok pada jangka masa panjang. Ini kerana, pada masa itu, Malaysia Table Tennis Association telah bagi komitmen mereka akan membiayai sepenuhnya perbelanjaan untuk ambil bahagian dalam Asian Games tetapi kelulusan tidak diberi. Saya rasa ini tak betul.

Kedua, tentang Butiran 00616 – Pusat Latihan Khas. Saya dapat informasi di dalam web ataupun laporan berita bahawa jumlah pelaburan untuk basikal bagi Datuk Azizul adalah RM7.5 juta daripada MSN. Jadi saya nak tanya, sekarang kalau selepas pertandingan, basikal RM7.5 juta ini milik siapa dan apakah akan terjadi kepada basikal ini? Adakah kita akan jual ataupun adakah kita akan bagi Datuk Azizul untuk terus gunakan? Saya faham basikal merupakan satu kekuatan bagi sukan kita tetapi kita laburkan berjuta-juta untuk satu jenis sukan. Untuk badminton, untuk diving. Adakah ini memberi pelaburan yang setimpal

draft • 12:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

balik kepada kita? Mengapa kita tak tengok kepada sukan yang ada potensi seperti skuasy, seperti pingpong, seperti mungkin pickleball pada masa akan datang.

Jadi saya harap, kementerian boleh juga lihat pada sukan-sukan yang ada potensi ini dan kita tahu skuasy akan dimasukkan ke dalam Sukan Olimpik dan pada 10 tahun, 20 tahun yang lalu, Nicol David merupakan satu pemain skuasy yang terhandal di dunia. Setiap kali dia masuk, kita tahu dia mesti juara dan mengapa pada hari ini, kita tak boleh dapat satu pemain yang seperti Nicol David? Jadi saya harap mungkin kementerian boleh lihat pada hal ini dan juga pickleball. Pickleball ini satu sukan yang amat hangat pada masa ini dan pickleball belum lagi masuk apa-apa sukan antarabangsa tetapi saya nampak potensi dia amat tinggi.

Mungkin dalam masa 10 tahun pickleball ini akan masuk satu sukan antarabangsa.

Jadi saya harap kementerian boleh lihat pada trend ini dan laburkan lebih banyak gelanggang-gelanggang pickleball di serata Malaysia kerana sekarang saya nampak ada banyak gelanggang daripada pihak-pihak persendirian. Mereka buat dan setiap kali mereka buat pickleball courts, semua itu penuh. Jadi saya harap kementerian juga boleh membantu dalam hal ini. Okey, sekian sahaja.

draft • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Besar.

draft • 12:40 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Selamat tengah hari. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus ke Butiran 00100 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Butiran 00110 – Program Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Tuan Pengerusi, kita maklum Kementerian Belia dan Sukan menyediakan ruang dan peluang kedua pembelajaran kemahiran untuk pelajar lepasan SPM yang minat dalam bidang teknik dan vokasional serta kemahiran dan kita juga tahu memang sekarang ini terdapat 21 IKBN di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

IKBN ini Tuan Pengerusi, dah lama. Lama sangat. Sejarah bermula dari Balai Muda Mudi Kebangsaan di Morib tahun 1954 berorientasikan kebudayaan, kesenian dan kerja-kerja kemasyarakatan dan akhirnya IKBN Peretak, ini IKBN yang pertama tertubuh pada tahun 1964. Dah berusia 60 tahun, dah cukup pengalaman mentadbir dan mengurus sebuah institusi, Tuan Pengerusi. Berpuluh ribu graduan IKBN dikeluarkan dan sedang berada di pelbagai sektor perusahaan, pembinaan dan perkilangan.

Dengan usia 60 tahun ini, sebagai institusi pendidikan kemahiran, saya kira sudah sampai masanya IKBN diangkat menjadi sebuah universiti ataupun sekurang-kurangnya kolej universiti sebagai mengangkat martabat golongan belia untuk memiliki pendidikan kemahiran yang lebih tinggi hingga ke peringkat ijazah dan sebagainya, sesuai dengan bakat, minat dan kecenderungan serta keperluan kumpulan belia itu sendiri.

Tuan Pengerusi, ini waktunya kita apply pendidikan kemahiran TVET, sebuah pembelajaran berasaskan work based learning ataupun pendidikan berasaskan kerjaya

draft • 12:43 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

secara serius dan komprehensif. Penubuhan universiti kemahiran belia negara ini akan menambahkan sumbangan belia, sumbangan guna tenaga pakar yang berpendidikan tinggi dan mampu membawa negara ini lebih cemerlang kemajuannya.

Saya ambil contoh, Institut Koperasi Malaysia (IKMa) di bawah KUSKOP sekarang sudah memiliki dan menaik taraf IKMa menjadi sebuah universiti iaitu Universiti Keusahawanan dan Koperasi Malaysia (UKKM), menawarkan peringkat ijazah. Lepasan universiti ini nanti akan menjaga kepentingan lebih 15,000 koperasi dan lebih 7.3 juta ahli, sama juga dengan kumpulan belia, Tuan Pengerusi, yang hari ini hampir seramai 15 juta orang belia. Maka sebab itu ini masanya IKBN walaupun sudah naik taraf ke Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) pada tahun 2014 tetapi mengambil kira situasi terkini, maka soalan saya, adakah ada cadangan KBS dan kerajaan khususnya membuat penelitian serius untuk menubuhkan sebuah universiti untuk belia. Kesinambungan kepada institusi IKBN dan IKTBN.

Kedua, saya nak merujuk Butiran 02400 – Gelanggang Sukan dan saya khususnya berkaitan gelanggang futsal di bawah KBS. Saya nak tanya, berapa gelanggang futsal di seluruh Malaysia sekarang ini? Berapa gelanggang yang masih aktif? Berapa gelanggang yang uzur dan tidak digunakan dan berapa gelanggang yang telah diserahkan semula kepada tuan-tuan tanah? Berkaitan dengan futsal yang kebanyakannya uzur, apa usaha KBS untuk memastikan gelanggang ini boleh digunakan dan dijadikan tempat anak-anak muda bersukan?

Berapa peruntukan khusus diperuntukkan untuk baik pulih gelanggang ini terutamanya di Parlimen Sungai Besar? Jadi itu sahaja, Tuan Pengerusi. Terima kasih daripada Sungai Besar.

draft • 12:43 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu celah sikit, Sungai Besar. Dah habis dah?

draft • 12:43 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Boleh, celah-celah. Masih ada masa.

draft • 12:43 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Sila, sila. Boleh, boleh. Ada masa.

draft • 12:43 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Okey. Berkenaan gelanggang futsal tadi, saya nak bangkitkan tentang isu berkait gelanggang futsal terbuka yang pernah dibuat oleh KBS. Saya dapati kebanyakan, hampir semualah gelanggang futsal terbuka ini kebanyakan sudah tidak dapat digunakan dan perlu kepada penyelenggaraan daripada KBS tetapi saya dimaklumkan bahawa KBS dalam proses pelupusan dan menyerahkan kepada kerajaan negeri untuk baik pulih. Jadi, apa pandangan Sungai Besar kalau saya cadangkan supaya KBS perlu menyediakan peruntukan untuk menyelenggarakan balik gelanggang futsal ini. Sekian, terima kasih.

draft • 12:43 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Terima kasih Setiu. Saya setuju dan masukkan dalam perbahasan saya. Saya mohon Yang Berhormat Menteri memberi perhatian terhadap apa yang telah dilontarkan oleh Setiu dan Sungai Besar. Terima kasih.

draft • 12:43 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar. Saya jemput Yang Berhormat Sipitang.

draft • 12:43 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Puan Pengerusi.

Pertamanya, saya ingin menyentuh Butiran 00601 – Naik Taraf Kompleks Belia dan Sukan Negeri-negeri bersekali dengan Butiran 02400 – Gelanggang Sukan dan Butiran 07000 – Penyelenggaraan Bangunan dan Fasiliti Kementerian Belia dan Sukan yang terkait dengan beberapa penambahbaikan fasiliti sukan di Parlimen Sipitang yang ingin saya cadangkan.

Saya menyambut baik kenyataan oleh Yang Berhormat Menteri sebelum ini yang menyarankan agar Ahli Parlimen untuk memeriksa atau memantau pusat sukan sedia ada di kawasan masing-masing untuk menaik taraf memandangkan ianya tidak melibatkan kos yang tinggi berbanding mengemukakan permohonan baru. Lanjutan saranan itu, saya ingin menarik perhatian kementerian mengenai dua buah kompleks sukan sedia ada di bahagian pedalaman daerah Sipitang dan Beaufort.

Pada masa ini, kompleks sukan berkenaan telah mempunyai beberapa kemudahan seperti trek larian, padang bola sepak, gelanggang bola tampar, sepak takraw, bola keranjang dan futsal yang sangat memberi manfaat kepada penduduk tempatan dan juga belia setempat dalam membudayakan elemen sukan dan gaya hidup sihat. Namun begitu, aktiviti- aktiviti yang dilaksanakan di kompleks berkenaan sedikit terganggu khususnya pada waktu malam susulan kurangnya pencahayaan yang mencukupi sekali gus membataskan kegiatan sukan dan juga membahayakan keselamatan para pengguna fasiliti kompleks tersebut.

Oleh yang demikian, saya ingin mendapatkan perhatian Yang Berhormat Menteri, sejauh manakah kementerian mempertimbangkan pemasangan lampu limpah di kompleks berkenaan bagi memberi kemudahan kepada para penduduk atau rakyat untuk mengguna pakai fasiliti di kompleks berkenaan pada waktu malam.

draft • 12:48 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Dalam pada itu juga, saya ingin memohon pertimbangan kementerian untuk menambah beberapa kemudahan sukan lain di kompleks tersebut seperti taman papan luncur- skate park, dengan izin, dewan permainan indoor games, dengan izin, padang hoki, gelanggang boling padang, kolam renang, gelanggang tenis dan timber wall climbing, dengan izin, bagi menjadikan kompleks berkenaan sebagai one-stop centre, dengan izin, kepada aktiviti sukan di Parlimen Sipitang supaya ianya mampu membangunkan bakat-bakat baru di kawasan tersebut.

Kekurangan kemudahan facility sukan yang bersesuaian sentiasa menjadi kekangan di Sabah dan itu juga telah menjadi salah satu faktor penarikan diri Sabah sebagai pengelola bersama Sukan SEA 2027. Oleh yang demikian, saya memohon kepada kementerian untuk menilai permohonan saya yang secara tidak langsung akan memberi manfaat secara jangka

draft • 12:50 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

masa panjang kepada pembangunan bakat sukan di Sabah ini menerusi penganjuran acara sukan di peringkat lebih tinggi usaha seperti Sukan Sabah (SAGA).

Seterusnya, saya juga ingin menyentuh Butiran 06000 - Pembangunan Sukan Komuniti. Uniknya di Sipitang ini kita mempunyai bakat-bakat luar biasa yang diketengahkan melalui sukan memanah, seperti atlet kelahiran Sipitang. Untuk makluman, Rohayati Tarip dan Ismail Jumad yang memenangi tempat ketiga di Kejohanan Memanah European Traditional Open (ETO) di Jerman pada tahun 2023.

Ini satu pencapaian yang luar biasa dan membanggakan bagi warga Sipitang dan saya melihat peluang kepada kementerian untuk mewujudkan pusat aktiviti memanah bagi memperkasa pembangunan memanah sebagai sukan komuniti dalam kalangan rakyat Sipitang. Oleh yang demikian, saya ingin mendapatkan pandangan Yang Berhormat Menteri mengenai sejauh manakah kesediaan kementerian untuk mewujudkan pusat aktiviti memanah di Sipitang ini yang semakin mendapat tempat dalam kalangan penduduk tempatan?

Kemudian di bawah Butiran 020000 - Pembangunan Belia dan Sukan, pula saya ingin membangkitkan mengenai Pendaftar Pertubuhan Belia (ROI). Saya menyedari pentingnya pengasahan bakat kepimpinan dalam kalangan belia menerusi gerakan pertubuhan kelab- kelab belia di peringkat akar umbi. Melalui pertubuhan belia inilah idea dan aspirasi mereka didengari, selain berkongsi sebagai platform dan institusi belia pedalaman dalam satu platform penting sama ada dalam peringkat negeri ataupun kebangsaan.

Justeru itu, saya ingin bertanya, sejauh manakah penglibatan belia di kawasan pedalaman Sabah dalam penubuhan kelab-kelab belia di bawah ROI ini? Apa perincian perancangan kementerian dalam memastikan belia dalam penubuhan dan pengiktirafan kelab belia di kawasan pedalaman Sabah, terutamanya di Sipitang ini dapat dipertingkatkan?

Saya mohon untuk dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Sipitang mohon menyokong.

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sipitang. Saya jemput pembahas terakhir, Yang Berhormat Miri.

draft • 12:50 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 02007 – Kompleks Sukan Komuniti. Saya pun tidak pasti yang manalah, tetapi terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan- KBS kerana telah memberikan dana sebagai RM1.5 juta bagi menaiktarafkan facility sukan di Miri.

Difahamkan RM1 juta telah diberikan untuk menaiktarafkan facility sukan, terdiri daripada membaiki sistem penapisan air baru kolam renang awam Miri dan RM500 ribu untuk gelanggang bola tampar di Miri. So, terima kasih sangat kepada KBS.

Saya ingin mengemukakan di bawah Butiran 00100 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). Yang Berhormat Menteri, sebenarnya IKBN di Miri masih ada kekosongan tanah yang luas dan sememangnya boleh dimanfaatkan untuk memperkenalkan kursus

draft • 12:53 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

tentang penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan udara seperti helikopter, jet dan sebagainya. Ini kerana Miri merupakan satu bandar yang penting untuk kita sediakan servis- rural air service di kawasan pedalaman dan juga ke oil and gas platform dan sebagainya.

Oleh itu, sebenarnya IKBN Miri memang perlu dan juga berpotensi untuk mendirikan satu kursus yang khas dalam bidang ini.

Saya juga mendapat- mungkin pegawai IKBN Miri pun ada minta supaya tenaga pengajar juga diberi peluang untuk mendapatkan kursus-kursus TVET, terutamanya di luar negara supaya mereka dapat dilengkapkan dengan teknologi dan kemahiran terkini. Begitu juga saya memohon supaya IKBN Miri, terutamanya facility sukan dapat dipertingkatkan lagi seperti gelanggang tertutup untuk futsal dan sebagainya.

Seterusnya Puan Pengerusi, saya hendak rujuk kepada 031300 - Program Rakan Muda. Saya ingin ambil peluang ini untuk membagikan beberapa persoalan yang relevan dengan masa depan belia. Khususnya dalam peranan KBS untuk membentuk generasi muda yang berdaya saing, mandiri dan berwawasan.

Puan Pengerusi, Program Rakan Muda pernah menjadi pergerakan masa yang besar. Menyatukan anak-anak muda di seluruh negara dalam semangat bakti kepada tanah air. Namun, persoalan kini timbul. Adakah Rakan Muda sekadar terhad kepada penganjuran aktiviti seperti sebuah persatuan belia sahaja?

Kita perlu mengangkat kembali falsafah Rakan Muda sebagai satu gerakan anak muda di peringkat kebangsaan. Negara-negara seperti Finland melalui Program Youth Guarantee telah berjaya menghubungkan belia dengan peluang pekerjaan, latihan kemahiran dan pendidikan. Program ini telah berjaya menurunkan kadar pengangguran belia di Finland.

Oleh itu, persoalan saya kepada kementerian, apakah indikator kejayaan yang digunakan untuk mengukur keberkesanan Program Rakan Muda ini? Bagaimana program ini bukan sahaja dapat melibatkan lebih banyak belia, tetapi juga memberi impak besar kepada kehidupan mereka dalam masa jangka panjang, terutama daripada segi pembangunan kapasiti, ekonomi dan perpaduan sosial? Kita boleh...

draft • 12:53 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Miri, boleh saya mencelah sedikit?

draft • 12:53 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Boleh, boleh.

draft • 12:53 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, terima kasih YB Miri. Saya tertarik tadi apabila YB sentuh tentang Rakan Muda tadi. Dalam perbahasan saya pun saya ada bercakap tentang Rakan Muda. Saya katakan bahawa saya setuju dengan apa yang Miri katakan bahawa masa zaman tahun 90an, zaman generasi saya, zaman generasi YB Menteri, memang Rakan Muda ini adalah satu program yang sohor dan menjadi satu gerakan dan sekarang ada nafas baru RM22 juta dan sebagainya.

Cuma saya hendak kalau boleh, Miri setuju tak kalau kita tengok cara bagaimana Rakan Muda ini kita boleh perkasakan dengan melantik duta-duta Rakan Muda di setiap Kawasan Parlimen. Seperti yang dilaksanakan di Selangor iaitu Penggerak Belia Selangor, yang mana di setiap zon PBT ada penggerak belia untuk zon tersebut.

draft • 12:53 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Mungkin kita tidak perlu adakan duta di setiap zon, tetapi mungkin di setiap kawasan Parlimen, Duta Rakan Muda yang mana merekalah yang tahu bagaimana hendak adakan program-program dalam kawasan Parlimen tersebut. Sebab kita tahu- yang terbaik untuk anak muda adalah anak muda sendiri, they know best what is good for them. Setuju atau tidak, dengan izin, YB Miri? Terima kasih.

draft • 12:53 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Sangat-sangat setuju YB Bangi. Mohon masukkan dalam ucapan saya, tetapi Puan Pengerusi, mohon masa tambahan untuk saya bahaskan isu ini. Penting untuk orang muda.

draft • 12:53 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Satu minit.

draft • 12:53 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Okey, terima kasih Puan Pengerusi. Seterusnya, saya ingin rujuk kepada 020000 – Pembangunan Belia dan Sukan. Puan Pengerusi, belia memerlukan lebih daripada sekadar program sukan dan aktiviti. Tidak dapat dinafikan ia agak penting, tetapi dalam konteks ekonomi yang semakin mencabar, kita perlu membuka ruang yang lebih luas untuk anak muda untuk membina kehidupan dan masa hadapan. Ketika ini saya melihat kita kekurangan inisiatif khusus seperti geran untuk menyokong usahawan belia.

Di negara seperti Korea Selatan, Program Youth Startup Academy telah menyediakan pelbagai jenis dana, latihan dan inkubasi untuk membantu belia memulakan perniagaan. Hasilnya, lebih daripada 50,000 pekerjaan telah diwujudkan oleh usahawan belia, menyumbang kepada ekonomi negara dan menyumbang pelan pembangunan ekonomi di Korea Selatan dalam bidang teknologi inovasi. Cadangan saya kepada kementerian supaya wujudkan geran keusahawanan belia dan terbuka kepada semua, terutama golongan B40 untuk memulakan perniagaan atau projek inovatif. Program seperti ini perlu memberi tumpuan kepada mereka yang tidak mendapat peluang di arus perdana seperti graduan TVET dan belia luar bandar.

Akhir sekali, landing Puan Pengerusi. Saya ingin menyatakan bahawa isu ekonomi adalah nadi utama kebangkitan dan menjadikan anak muda ini kadang-kadang mereka bersifat rebellious ataupun anti-establishment, dengan izin. Dalam kehidupan mereka, belia telah menghadapi fasa penting yang akan memberikan tekanan ekonomi yang tinggi dalam kehidupan mereka. Selepas graduasi, mereka perlu mencari pekerjaan dengan gaji yang lebih rendah kerana kurang pengalaman. Apabila mula ke peringkat dewasa, mereka berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi. Membeli kereta, rumah dan perbelanjaan perkahwinan. Selepas itu, apabila usia meningkat, komitmen untuk keluarga dan anak-anak menambah tekanan kewangan.

Pengerusi, saya berumur 33 tahun dan inilah perkara yang saya lalui sebagai seorang anak muda. Kita kena habis, tamat universiti, cari kerja. Lepas itu, berhadapan dengan pelbagai tekanan kehidupan daripada segi kewangan apabila usia kita semakin meningkat.

draft • 12:53 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 12:53 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Okey. So, saya harap KBS dapat memberi tumpuan juga kepada ekonomi anak muda. Sekian, terima kasih.

draft • 12:53 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Miri.

Yang Berhormat Menteri akan menjawab selepas 2.30 nanti.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 12:53 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula jam 2.30 petang nanti.

Terima kasih.

draft • 12:53 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) mempengerusikan

draft • 2:30 PM

Mesyuarat] Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera Ahli-ahli Yang Berhormat.

Majlis dalam Jawatankuasa.

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) mempengerusikan

draft • 2:30 PM

Jawatankuasa] Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, sebagai panduan Yang Berhormat Menteri bolehlah menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat yang sedang berada dalam Dewan. Maka, Ahli Yang Berhormat yang tiada dalam Dewan akan diberikan jawapan bertulis dalam tempoh lima hari kepada Ahli Yang Berhormat yang berkaitan.

Sila Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan menjawab selama 20 minit.

draft • 2:30 PM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya mengucapkan terima kasih kepada 15 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan, pandangan serta cadangan kepada Kementerian Belia dan Sukan semasa sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 iaitu YB Kudat, Alor Setar, YB Bangi, YB Gerik, YB Kuala Pilah, YB Permatang Pauh, YB Kangar, YB Batang Sadong, YB Kepala Batas, YB Beaufort, YB Jeli, YB Kampar, YB Sungai Besar, YB Sipitang dan YB Miri.

Secara keseluruhannya, perkara telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat merangkumi isu yang berkaitan belia, sukan, TVET dan kemudahan serta fasiliti sukan.

draft • 2:33 PM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Terlebih dahulu, izinkan saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI atas kenaikan sebanyak 2.07 peratus bagi Peruntukan Pembangunan. Bagi tahun 2024, RM488 juta ke tahun 2025 iaitu RM498 juta dan 10.62 peratus bagi Peruntukan Mengurus daripada RM567 juta untuk tahun 2024 kepada RM628 juta bagi tahun 2025.

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, peruntukan yang diterima oleh KBS tidaklah banyak. Hanya RM1.1 bilion pada tahun lepas. Namun, KBS telah berjaya memanfaatkan peruntukan berkenaan dengan mencipta nilai tinggi dengan izin, return of value untuk pelbagai inisiatif di peringkat akar umbi dan prestasi tinggi seperti berikut.

Satu, gaya hidup sihat warga emas melalui penganjuran sukan untuk dewasa berumur 40 tahun dan ke atas serta warga emas melalui Masters Games. Saya kira ini adalah game changer kerana Malaysia akan menjadi negara menua apabila 15 peratus daripada populasi berumur 60 tahun ke atas. Tahun ini, warga emas di negara kita adalah 11.6 peratus daripada 34.1 juta populasi.

Masters Games 2024 yang baru selesai minggu lepas telah diadakan di Bukit Jalil dengan disertai seramai 1,522 orang peserta berumur 40 tahun dan ke atas termasuk warga emas. Kita sampai menerima permohonan yang berusia 90 tahun hendak mengambil bahagian. Oleh sebab itu, kita hendak menggalakkan sukan untuk semua. Sports for all.

Keduanya, kelas renang untuk golongan yang kurang mampu dalam kalangan kanak-kanak dan warga emas B40. Sepanjang tahun ini, sebanyak empat fasa kelas renang diadakan di 222 buah lokasi seluruh negara- 192 buah lokasi bagi kanak-kanak B40, 15 lokasi kanak-kanak kurang upaya dan 15 lagi lokasi untuk warga emas dengan memanfaatkan seramai 8,880 orang peserta.

Penggunaan stadium ataupun fasiliti sukan secara percuma kepada pelajar sekolah dan khasnya untuk hari sukan dengan tujuan membuka peluang kepada kanak-kanak untuk merasai pengalaman berlari di atas track larian. Pada tahun 2023, seramai 13,650 orang pelajar dan sehingga bulan Oktober tahun ini, seramai 16,000 orang pelajar telah berpeluang bersukan di stadium fasiliti KBS secara percuma khasnya di Bukit Jalil.

Keempat, pengecualian bayaran sewaan kemudahan dan fasiliti di bawah KBS untuk kegunaan sekolah kerajaan.

Kelima, bantuan pentadbiran kepada pertubuhan belia merupakan pendekatan kolaborasi strategik KBS untuk pengupayaan belia berdaftar. Majlis Belia Malaysia diperuntukkan sebanyak RM5 juta pada tahun lepas. Manakala, sebanyak RM5 juta pada tahun 2025. Bantuan pentadbiran ini adalah untuk kegunaan Pertubuhan Belia peringkat kebangsaan, Majlis Belia Negeri dan Daerah serta badan beruniform gabungan MBM.

Sebagai langkah promosi ke atas Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007, KBS dari semasa ke semasa melaksanakan libat urus pelan transisi belia melalui KJOM yang dikendalikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Belia dan Sukan di seluruh negara. Seramai 21,365 orang belia telah menyertai 25 siri libat urus sehingga 14 September pada tahun ini. Yang kita nak bukan sahaja belia datang ke Kuala Lumpur ataupun Putrajaya,

draft • 2:33 PM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

tetapi Timbalan Menteri sendiri telah turun jelajah setiap negeri untuk mengadakan libat urus untuk mendengar pandangan mereka.

Bantuan kepada persatuan dan kelab sukan, kita telah wujudkan. Kerajaan MADANI telah wujudkan Geran Padanan Sukan. Untuk makluman semua, sebanyak RM35 juta telah diluluskan untuk 307 permohonan. Dana Sukan Komuniti sebanyak RM19 juta telah diluluskan untuk 1,207 permohonan dan Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara sebanyak RM4 juta telah diluluskan untuk 72 kejohanan.

Penyaluran dana dan geran ini antaranya bertujuan sebagai penganjuran kejohanan untuk persiapan dan pengenalpastian atlet seperti yang telah dibahaskan oleh Yang Berhormat semua untuk kita mencari bakat muda. Hasilnya, kejayaan pasukan sepak takraw Malaysia sebagai juara dalam kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw tahun ini. Sebanyak RM1 juta kita peruntukkan bawah Geran Padanan Sukan telah disalurkan pada Persatuan Sepaktakraw Malaysia untuk kejohanan ini.

Persatuan Karate Wilayah Persekutuan Putrajaya menerima dana yang sama sebanyak RM200,000 untuk menganjurkan kejohanan karate terbuka. Hasilnya, 60 pingat emas telah berjaya dimenangi oleh negara Malaysia. Tambahan lagi, lima daripada atlet yang telah menyertai kejohanan ini turut berjaya memenangi pingat emas untuk negeri yang mereka wakili semasa SUKMA baru-baru ini.

Persekutuan Wushu Malaysia menerima sebanyak RM310,000 untuk penganjuran Kejohanan Wushu Remaja KPM WFM Kali Ke-13. Seramai 14 orang atlet telah berjaya memenangi 10 Pingat Emas, 14 Pingat Perak dan lima Pingat Gangsa secara keseluruhan di tiga Kejohanan Wushu Dunia dan Antarabangsa pada tahun ini.

Penyediaan ekosistem yang selamat dan sihat melalui kod sukan selamat juga telah dilaksanakan. Perintah Pembangunan Sukan telah dipinda bagi memastikan aktiviti sukan dikendalikan dalam persekitaran yang selamat dan pelaksanaan langkah remedi bagi perkara melibatkan gangguan seksual dan penderaan.

draft • 2:33 PM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Sukan permotoran negara terus rancak dan meletakkan Malaysia di mata dunia.

Melalui Geran Padanan Sukan untuk kejohanan kebangsaan, pelumba Malaysia Muhammad Aqil Putra, pemenang Malaysia Motocross Championship tahun lepas, berjaya melayakkan Malaysia ke Junior Motocross World Championship di Belanda pada tahun ini. Bagi tahun 2025, KBS akan meneruskan kehangatan ini melalui Kelas Motocross dan Kelas Kapcai untuk menggalakkan anak muda menyertai sukan permotoran dengan selamat. Kita lihat sahaja kejohanan PETRONAS Grand Prix of Malaysia (MotoGP) pada tahun ini meraih kehadiran penonton tertinggi iaitu seramai 184,000 orang.

Baiklah, saya terus menjawab isu yang telah dibangkitkan. Isu belia, dibangkitkan oleh YB Bangi dan YB Miri. YB Bangi ada. Isu yang sama. Sebanyak 23 program Rakan Muda telah dilaksanakan di daerah Hulu Langat termasuk Bangi pada tahun ini meliputi Program Gaya Hidup Rakan Prihatin, Rakan Bumi, Rakan Muzik, Rakan Aktif dan Rakan Mahir.

draft • 2:40 PM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Bagi tahun depan, Program Rakan Muda akan terus dilaksanakan di semua negeri dan daerah termasuk Bangi dengan penumpuan diberikan kepada program berbentuk pertandingan sebagai satu platform penyerlahan bakat anak muda dalam pelbagai bidang.

Program Skrin Besar Rakan Muda akan diberi pertimbangan untuk terus dilaksanakan berikutan sambutan yang sangat menggalakkan.

Berhubung tayangan skrin besar, dengan izin, big screen kepada ahli komuniti setempat di semua negeri. Pada tahun ini, sebanyak 157 tayangan skrin besar telah diadakan dengan jumlah penonton seramai 156,482 orang seluruh negara. Antara tayangan yang mendapat sambutan hangat ialah perlawanan bola sepak Piala Asia 2023, Malaysia menentang Bahrain yang telah dihadiri oleh 46,555 orang.

YB Permatang Pauh dan YB Kepala Batas telah membangkitkan isu Rakan Muda juga. Untuk tahun depan Yang Berhormat, kementerian akan meneruskan 10 gaya hidup Rakan Muda. Kementerian juga akan melaksanakan dan memperbanyakkan lagi program berbentuk pertandingan seperti yang saya telah jawab, di peringkat kebangsaan, daerah dan juga di negeri.

Kenapakah pertandingan? Kerana bila ada pertandingan, sama ada untuk sukan ataupun belia, bermaksud ada latihan dan latihan inilah yang diperlukan untuk pengisian masa lapang. Kalau hanya saja-saja buat program, datang sekali, dua kali, tak memberi manfaat, tetapi kalau kita adakan pertandingan, kita boleh cari bakat dan kita tahu yang pasti setiap minggu anak-anak muda ini akan terus berlatih untuk mendapat hasil yang bagus.

Program Rakan Muda akan di perhebatkan di peringkat sekolah dan IPT. Ia akan turut dilaksanakan secara kerjasama dengan rakan pelaksana yang terdiri daripada pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan, NGO, IPT dan Persatuan Belia. Program Rakan Muda turut memberi fokus kepada isu kesihatan mental belia, rakan prihatin, pendidikan demokrasi, perpaduan dan patriotisme dan pembentukan jati diri anak muda yang positif melalui 10 gaya hidup Rakan Muda. Berhubung insentif bagi peserta Rakan Muda, penglibatan peserta Rakan Muda akan dikira di dalam pentaksiran aktiviti sukan, jasmani dan kokurikulum sekolah menengah yang menjadi nilai tambah untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu tahap Gangsa, 5 markah; tahap Perak, 7 markah; tahap Emas 10 markah.

KBS akan meneroka lebih banyak insentif lain bersama KPM dan KPT bagi penglibatan pelajar sekolah dan IPT dalam Program Rakan Muda di samping akan turut meneroka insentif lain dengan pihak swasta yang kita ada partnership strategic dengan Grab, Shopee, Lazada dan Foodpanda, tetapi kita masih sedang mendapatkan data daripada rakan strategik ini kerana mereka menyalurkan baucar diskaun, discount voucher untuk peserta- peserta Rakan Muda.

Peserta Rakan Muda juga berpeluang untuk mengikuti program pembangunan belia yang lain di bawah KBS yang berkaitan dengan aspek kepimpinan, keusahawanan dan kemahiran untuk melahirkan pemimpin muda di kalangan anak muda serta membuka peluang dalam bidang keusahawanan dan kemahiran. Bagi skop di mana KBS tidak ada kemahiran, kita bergantung sangat kepada kemahiran kementerian lain. Saya bagi contoh

draft • 2:40 PM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

untuk keusahawanan, memang pelaksana bersama KBS adalah KUSKOP. Untuk pertanian belia, kita bekerjasama dengan Kementerian Pertanian.

YB Miri- tapi isu Rakan Muda juga. Okey, saya skip. YB Alor Setar dan YB Batang Sadong- IYRES. Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia melaksanakan fungsinya sebagai Pusat Penyelidikan Pembangunan Belia Kebangsaan. Bagi tahun depan, peruntukan sebanyak RM1.6 juta adalah bagi tiga kajian peringkat nasional di mana di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas, di bawah peruntukan Kementerian Ekonomi.

Antara kajiannya adalah kajian potensi, daya saing dan kebolehpasaran belia dalam pekerjaan, pendidikan dan latihan. Pelaksanaannya tahun 2024, 2025. Berkaitan pendidikan politik, selari dengan undi 18 dan peruntukan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas, KBS sedang melaksanakan pendidikan demokrasi dan kenegaraan melalui Rakan Demokrasi Kuasa Orang Muda. Program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran belia tentang sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan oleh negara.

Program Rakan Demokrasi Kuasa Orang Muda ini dilaksanakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara dan Impact Integrated yang kedua-duanya adalah agensi KBS. Bagi tahun depan, sejumlah RM37,235,000 telah diperuntukkan di bawah JBSN bagi pelaksanaan Program Pembangunan Belia di peringkat negeri dan daerah seluruh negara. Sebelum ini memang untuk i-LEAD, mereka ada di bawah KBS, tetapi sekarang ini telah dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri dan dinamakan sebagai Akademi Kenegaraan. Jadi, banyak projek khusus pendidikan untuk kewarganegaraan ini semua di-park bawah mereka. Yang kita laksanakan adalah di bawah JBSN dan Impact.

Untuk YB Alor Setar dan YB Bangi berkaitan kesihatan mental belia. Kementerian melalui IYRES juga bersama Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

(UNICEF) Malaysia telah membangunkan Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2023 sebagai alat pengukuran penting bagi menilai tahap kesihatan mental belia Malaysia berusia 15 hingga 30 tahun. Kajian ini mencatatkan indeks kesihatan mental belia berada pada tahap sederhana, memuaskan dengan skor 71.91 dan menunjukkan bahawa belia Malaysia berisiko sederhana berhadapan dengan masalah kesihatan mental.

Pengukuran ini mengambil kira tujuh domain yang mempengaruhi kesihatan mental belia iaitu minda sihat, gaya hidup, persekitaran, keperibadian individu, pengalaman hidup, pengendalian tekanan dan sokongan sosial. IYRES juga telah membangunkan garis panduan menangani isu kesihatan mental belia Malaysia pada tahun lepas yang boleh diakses melalui laman web IYRES, iyres.gov.my. Garis panduan ini adalah untuk rujukan individu, belia dan orang awam bagi mendapat pendedahan berhubung kesihatan mental, menangani stigma masyarakat dan panduan mendepani isu kesihatan mental.

Selain itu, KBS dan JBSN telah melaksanakan beberapa program untuk memberi kesedaran dan sokongan kepada belia yang menghadapi masalah kesihatan mental terutamanya dalam Program Rakan Muda dengan kerjasama beberapa NGO menerusi Program Befrienders Webinar dan Mental Boy Lifesaver dan juga aktiviti reruai dalam pelaksanaan program ikonik KBS seperti penawaran mental health screening dan advokasi.

draft • 2:40 PM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kementerian juga sedang menjalinkan kerjasama strategik dengan Kementerian Kesihatan iaitu di bawah Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan. Mereka menawarkan khidmat nasihat serta sokongan kepada golongan belia yang menghadapi masalah tekanan, kecemasan dan kemurungan. Melalui inisiatif ini, perkhidmatan yang dapat diberikan kepada golongan belia yang memerlukan bantuan dan sokongan adalah seperti kaunseling dan talian daripada kaunselor berkelayakan dan pakar dalam bidang kesihatan mental.

Kementerian turut melaksanakan Program Rakan Muda melalui 10 gaya hidup yang dilihat dapat memberikan kesan positif terhadap kesihatan mental belia. Dengan penglibatan belia dalam program sebegini membolehkan belia mengenali diri mereka dengan lebih baik melalui aktiviti sukan, seni dan aktiviti sosial. Ini juga membantu belia mengenali potensi diri, kekuatan dan kelemahan serta memberi ruang untuk mereka mengembangkan keupayaan mengurus tekanan dan emosi.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, kita juga akan menggunakan social media tahun depan untuk membuat video-video promosi kesedaran untuk membantu kementerian yang lain yang mempunyai expertise seperti Kementerian Kesihatan. KBS akan membantu meningkatkan kesedaran dan menghantar golongan belia yang memerlukan bantuan kepada platform yang bersesuaian.

YB Alor Setar juga telah membangkitkan isu Stadium Hoki Nasional bersama dengan YB Permatang Pauh. Stadium Hoki Nasional telah pun menjadi venue konsert sebanyak tiga kali pada tahun ini dan dua lagi akan datang sehingga hujung tahun ini. Setakat ini, tiada sebarang kerosakan pada permukaan Stadium Hoki Nasional kerana Perbadanan Stadium Nasional telah membangunkan SOP yang bersesuaian dengan kerjasama pembekal turf hoki.

draft • 2:40 PM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Sebarang tempahan akan perlu melalui proses pematuhan SOP yang ketat.

Contohnya, menutup turf dengan pelapik yang disarankan oleh pembekal asal turf hoki bagi menampung berat.

Keduanya, untuk makluman juga, terdapat dua buah padang hoki di Stadium Hoki Nasional sebenarnya di mana Padang 2 didedikasikan kepada pasukan hoki kebangsaan bagi tujuan pembangunan dan latihan. Bagi Padang 1 ataupun padang utama, keutamaan sentiasa diberikan kepada penganjuran acara hoki bertaraf antarabangsa dan kebangsaan.

Nisbah penggunaan stadium hoki adalah 60:40 di mana 60 untuk sukan dan 40 untuk bukan sukan.

Untuk makluman Yang Berhormat, acara konsert hanya akan dibenarkan sekiranya tidak bertembung dengan acara hoki. Jadi, libat urus bersama Persatuan Hoki Kebangsaan sentiasa ada, wujud dan sebenarnya perbincangan ini wujud sebelum Perbadanan Stadium mengambil keputusan untuk menjana pendapatan khas daripada penggunaan stadium hoki sebagai venue concert.

draft • 2:50 PM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Untuk makluman Yang Berhormat juga, stadium hoki ini digunakan oleh pasukan veteran hoki yang tidak mampu untuk membayar yuran sewa stadium. Jadi, ada beberapa kumpulan di mana mereka mewakili Malaysia tetapi tak ada dana tersebut dan di bawah penjanaan pendapatan penganjuran konsert, kita boleh menampung secara percuma untuk golongan yang tidak boleh membayar sewa untuk Perbadanan Stadium. Jadi, saya bagi jaminan, tak ada isu di mana prestasi hoki kita gadai demi konsert.

Yang Berhormat Jeli, Jeli ada?

draft • 2:50 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Ada.

draft • 2:50 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Okey. Satu minit lagi. YB Bangi?

draft • 2:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya, ada.

draft • 2:50 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Okey. Kementerian sedar akan potensi yang ada pada e-sukan. Kementerian telah mengiktiraf sukan elektronik, e-sports sebagai salah satu jenis sukan dan dimasukkan dalam Jadual Pertama Akta Pembangunan Sukan 1997 menerusi Perintah Pembangunan Sukan (Pindaan Jadual Pertama) 2023 pada tahun lalu.

Insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) adalah pengiktirafan kepada atlet negara yang berjaya mengharumkan nama Malaysia menerusi pencapaian pingat pada temasya sukan antarabangsa yang diiktiraf. Insentif ini turut tersedia bagi atlet e-sports negara yang menyumbang pingat dalam temasya seperti Sukan SEA, Sukan Asia yang menawarkan pingat untuk sukan elektronik.

Bagi kejayaan atlet e-sports di Sukan Asia Hangzhou tahun lepas, sebanyak RM72,000 telah dibayar atas kejayaan memenangi satu Pingat Perak dan satu Pingat Gangsa menerusi SHAKAM. Manakala bagi Sukan SEA Cambodia 2022, sebanyak RM12,750 telah dibayar bagi dua Pingat Perak dan dua Pingat Gangsa.

Esports Integrated (ESI) sebenarnya berperanan dalam merancakkan dan memangkin ekosistem e-sukan tempatan. Dalam usaha mengetengahkan bakat baharu dan menyediakan platform kompetitif di peringkat akar umbi, kejohanan e-sukan utama yang diterajui oleh kementerian menerusi ESI iaitu Malaysia Esports League telah dilaksanakan sebanyak empat edisi bermula pada tahun 2021 hingga tahun ini yang telah mendapat penyertaan lebih 35,000 peserta.

Banyak lagi, panjang lagi, tetapi masa tidak mengizinkan. Jadi, untuk Yang Berhormat lain, saya akan berikan secara bertulis. Terima kasih kepada semua yang telah membantu menyokong bajet perbelanjaan untuk Kementerian Belia dan Sukan. Terima kasih.

draft • 2:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan.

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah ialah bahawa wang sejumlah RM628,109,600 untuk Kepala B.45 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2025 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.45 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 2:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Masalah ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.45 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2025 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.45 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

draft • 2:50 PM
Kepala B.28 [Jadual] – Kepala P.28 [Anggaran Pembangunan 2025] –

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ahli-ahli Yang Berhormat, Kepala Bekalan B.28 dan Kepala Pembangunan P.28 di bawah Kementerian Pengangkutan terbuka untuk dibahaskan.

Senarai nama pembahas bagi Kementerian Pengangkutan peringkat Jawatankuasa.

Pembahas yang pertama- YB Libaran; YB Jerantut; YB Klang; YB Merbok; YB Ipoh Timor; YB Setiu; YB Puncak Borneo; YB Padang Rengas; YB Sri Gading; YB Kuala Krai; YB Miri; YB Langkawi; YB Petaling Jaya; YB Kuantan; YB Tuaran; YB Bangi; YB Rompin; YB Bayan Baru; YB Padang Besar; dan YB Tebrau. Sebanyak 20 orang pembahas. Masa 5 minit.

Saya persilakan pembahas pertama, YB Libaran. Silakan.

draft • 2:50 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam mengambil bahagian perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Pengangkutan. Sebanyak RM6.596 bilion telah diperuntukkan bagi tahun 2025, satu peningkatan yang berbanding dengan tahun 2024.

YB Pengerusi, Butiran 030300 – Subsidi Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) dan Butiran 040000 – Dasar Baru. Saya ingin memohon untuk mendapatkan pecahan untuk negeri Sabah dan Sarawak serta perincian mengenai Program Subsidi Perkhidmatan Udara Luar Bandar.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana telah memberi pencerahan mengenai route penerbangan semasa penggulungan tempoh hari.

Saya ingin mencadangkan untuk kerajaan menyediakan dasar baharu bagi menggalakkan syarikat penerbangan yang ingin membuka laluan baharu ataupun menambah kekerapan ke Sabah dan Sandakan khususnya.

Insentif seperti pengecualian cukai lapangan terbang atau subsidi bahan bakar bagi syarikat penerbangan adalah antara cadangan yang telah diperkenalkan. Jika insentif ini dilaksanakan, secara langsung ia akan dapat menarik minat mereka untuk membuka laluan baharu. Pada masa yang sama, insentif tersebut dapat mengurangkan kos operasi dan seterusnya menggalakkan mereka untuk meningkatkan kekerapan penerbangan.

Satu lagi cadangan adalah bagi Kementerian Pengangkutan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan bagi melaksanakan program promosi Sabah ecotourism campaign. Melalui program ini, pelancong akan ditawarkan pakej yang termasuk

draft • 2:56 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

penerbangan dan lawatan ke destinasi-destinasi terkenal di Sandakan seperti Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre, Pulau Penyu National Park, Bornean Sun Bear Conservation Centre dan banyak lagi. Ini akan meningkatkan minat pelancong untuk memilih Sandakan sebagai destinasi mereka sekali gus meningkatkan jumlah penerbangan ke sana.

Kerajaan juga dicadangkan untuk memperluaskan program subsidi laluan Rural Air Services untuk menggalakkan penumpang dari pedalaman ke Sandakan. Peluasan program ini akan membantu memperkukuhkan perhubungan antara bandar kecil dan bandar utama serta meningkatkan akses ke pengangkutan udara. Kepada syarikat penerbangan pula, kerajaan boleh membantu dengan memberikan subsidi langsung untuk mengurangkan kos operasi mereka.

YB Pengerusi, bagi Butiran 020600 – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia

(CAAM) dan juga Butiran 040100 – Subsidi Tiket Penerbangan (Flysiswa dan Musim Perayaan), saya ingin mengucapkan penghargaan kepada kerajaan kerana telah memperkenalkan inisiatif Flysiswa dan pemberian subsidi harga tiket semasa musim perayaan. Di dalam Belanjawan 2025, sebanyak RM48 juta telah diperuntukkan bagi inisiatif tersebut. Oleh itu, saya ingin memohon perincian dan pecahan bagi program tersebut.

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, harga tiket penerbangan ke Sabah dari Semenanjung dan sebaliknya adalah mahal terutamanya semasa hujung minggu, musim cuti sekolah dan juga musim perayaan.

draft • 2:56 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Adalah wajar, untuk kerajaan meneruskan perbincangan bersama syarikat penerbangan agar tidak meningkatkan harga tetapi sebaliknya menambah lagi kekerapan penerbangan ke Sabah semasa waktu tersebut. Dicadangkan juga untuk kerajaan menyediakan pelbagai bentuk inisiatif atau pengecualian cukai yang menarik boleh ditawarkan kepada mereka. Ini secara langsung akan membantu dalam meringankan beban kos operasi yang mereka tampung. Melalui cadangan ini juga, ekonomi pelancong dan setempat dapat dijana dan dirancakkan. Ianya juga akan dapat menambah akses kepada peluang pekerjaan di Semenanjung dan menggalakkan pelaburan untuk masuk ke Sabah.

YB Pengerusi, jika cadangan-cadangan tersebut dapat dilaksanakan ia akan membantu meningkatkan dan menjadikan Sabah dan Sandakan lebih mudah diakses bagi pelancong dan pelabur sambil menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Saya akhiri dengan satu petikan kata daripada Richard Nixon bekas Presiden Amerika “Transportation is freedom, it is enable of opportunity and bring the world close together.” Sekian, terima kasih.

draft • 3:00 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Libaran. Seterusnya, Yang Berhormat Jerantut.

draft • 3:00 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Pengerusi.

draft • 3:01 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Topik saya yang pertama berkenaan dengan kelulusan projek Lapangan Antarabangsa Kargo Kulim (KXP). Seperti mana yang dimaklumi oleh Yang Berhormat Menteri dan terima kasih kami ucapkan. Bahawasanya, pihak Kementerian Pengangkutan telah pun menerima permohonan daripada Kerajaan Negeri Kedah berkenaan dengan penubuhan aerodrom pada 21 Ogos 2024 dan sekarang ini sedang berada di tangan CAAM dan juga MAVCOM untuk penelitian.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, selaras dengan Rancangan Malaysia Kedua Belas, untuk memperkasakan industri aeroangkasa demi pembangunan ekonomi rakyat, KXP telah didirikan sebagai salah satu pemacu utama terhadap Blueprint the Greater Kedah 2035. Maka, ingin kami tegaskan bahawasanya KXP tidak pernah menjadi pesaing pada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Hatta, ia merupakan satu complementary dan supporters kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ini kerana dengan peningkatan pelaburan yang ada di Kulim Hi- Tech Park dengan Kedah Rubber City yang dimaklumi pelbagai pelabur-pelabur asing yang hadir maka ia akan meningkatkan keupayaan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bagi menerima lebih banyak penumpang selaras dengan target mereka untuk mencapai 12 juta penumpang, dengan bajet yang diberikan oleh kerajaan untuk pembesaran. Jadi, ia merupakan satu complement, symbiotic relationship di antara KXP dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Kita dimaklumkan bahawasanya penilaian ini memakan masa tiga bulan dan telah due kepada keputusan iaitu pada bulan Disember ini. Jadi, kami mohon dan merayu kepada pihak MOT khususnya, untuk meneliti perkara ini dengan sebaiknya agar ia dapat diberikan kelulusan bagi kesejahteraan rakyat khususnya kepada rakyat negeri Kedah dan umumnya kepada negeri-negeri Utara Malaysia.

Yang kedua Tuan Pengerusi, berkenaan dengan pembesaran kapasiti Pelabuhan Kemaman. Saya juga ingin menarik perhatian Kementerian Pengangkutan untuk meneliti idea dan cadangan untuk membesarkan Pelabuhan Kemaman. Berdasarkan unjuran kargo, pengendalian kargo akan meningkat secara berperingkat sehingga 15 juta metrik tan menjelang tahun 2028. Unjuran tersebut berdasarkan permintaan operasi pemain-pemain industri yang berteraskan kepada oil and gas dan melebihi kapasiti pengendalian kargo di dermaga timur yang berjumlah 4 juta metrik tan sepanjang 648 meter.

Oleh sebab lokasinya yang strategik dan yang keduanya kerana Allah SWT berikan kedalaman Pelabuhan Kemaman ini baik dengan pelabuhan-pelabuhan lain. Kita ada 18 meter kedalaman yang kita memerlukan minor dredging activities untuk pelabuhan tersebut.

Maka, di sini Kerajaan Negeri Terengganu, kami merayu agar berlakunya kita cadangkan supaya meningkatkan penambahan satu kilometer dermaga untuk breakwater, pembesaran laluan jalan raya, penambakan tanah, ubah suai pemecah ombak dan beberapa fasiliti lain yang berkaitan bagi memastikan kita boleh mencapai target dan pembangunan ekonomi untuk negeri dibelah timur ini. Kita harapkan kalau kita tidak ada, kita tidak mampu untuk

draft • 3:01 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

angkat pada belanjawan akan datang kita boleh angkat pada Rancangan Malaysia Ketiga Belas.

Tuan Pengerusi, berkenaan dengan isu kelewatan Projek EDT Gemas-Johor. Ini pada butiran yang sama. Projek mega adalah antara projek yang dikatakan tidak dilaksanakan tahun ini. Namun, saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian tentang Projek Gemas-Johor, EDT projek yang bernilai RM9.5 bilion. Kita lihat selalunya berlaku penundaan. Jadi, apakah sebenarnya yang berlaku? Kenapakah berlaku penundaan?

Apa pula terjadi kepada kos keseluruhan projek apabila berlaku, mendapat extension of time (EOT) apakah berlakunya VO ataupun penambahan kepada kos keseluruhan projek tersebut. Saya harapkan jawapan ini tuntas kerana ini adalah taxpayers money dan kita mahukan- apakah duit rakyat ini terselamat daripada kelewatan projek tersebut di samping untuk memberikan keselesaan kepada pengguna-pengguna pada masa akan datang.

Kemudiannya Tuan Pengerusi, tentang Butiran 020300 – Pengangkutan Jalan. Isu tentang pemandu mabuk. Ini juga telah saya utarakan sebelum ini dan kita cuba uruskan untuk membawa soalan ini ke MQT, tapi kita tak lepas pada susunan MQT itu. Jadi, saya tanya di sinilah supaya Yang Berhormat Menteri boleh terus jawab.

Berkenaannya ialah apakah tindakan kementerian dalam menangani kes pemandu mabuk yang saban hari semakin membimbangkan sehingga meragut nyawa mereka yang tidak bersalah dan apakah perancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang kerajaan agar dapat menoktahkan kes-kes pemandu mabuk?

Kemudiannya Butiran 020100 – APAD. Berkenaan dengan demerit pemandu kenderaan berat yang kita telah angkat sama ada di peringkat saya sendiri dan juga Ahli Parlimen Kuantan. Ini akan ditekankan oleh Ahli Parlimen Kuantan kerana berlakunya libat urus di antara kami berdua dengan beberapa- pengusaha syarikat lori ini dan pemandu- pemandu lori yang terbabit. Ada banyak aduan daripada mereka dan kita amat bersetuju dengan jawapan daripada MOT, pihak Menteri sendiri berkenaan dengan perlunya kita ada keseimbangan di antara menjaga keselamatan pengguna jalan raya yang lain dan kita tidak boleh dilihat terlampau dalam isu keselamatan ini.

Namun, kita juga perlu pertimbangkan tentang kebajikan pemandu-pemandu yang terbabit untuk mencari nafkah mereka sehari-hari yang seterusnya. Kemudiannya, tentang integrasi RSC KTMB pada Butiran 00400...

draft • 3:01 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, point yang terakhir ya.

draft • 3:01 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Second last ya. Second last.

draft • 3:01 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang terakhir Yang Berhormat, dah 7 minit Yang Berhormat.

draft • 3:01 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Baik. Tentang RSC dengan- terima kasih Tuan Pengerusi. Yang terakhir seperti yang dimaklumi. Tentang integrasi RSC

draft • 3:01 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

KTMB, kita telah mendapat jawapan daripada Yang Berhormat Menteri tentang penggabungan ini. Seperti mana yang saya maklumkan sebelum ini, penggabungan ini adalah untuk memastikan berlakunya peningkatan performance kepada KTMB kerana KTMB mengalami kerugian saban tahun.

Dalam jawapan ini, kata Menteri dasar semasa Kementerian Pengangkutan adalah untuk melaksanakan sepenuhnya hasrat Akta Keretapi 1991 di mana RSC berfungsi sebagai agensi yang menyokong kepada kemajuan KTMB dalam sektor pengkeretapian dan KTMB memfokuskan kepada penyampaian perkhidmatan yang cekap kepada rakyat.

Jadi, the idea of merging kedua-dua ini pastinya saya merayu kepada pihak Menteri untuk melihat the due diligence dengan izin, apakah sebolehnya kita lalukan penggabungan ini kerana walaupun ia termaktub dalam akta, kita boleh ubah akta itu. Itu tugas legislatif seperti mana yang kita buat pada penghapusan ataupun penyediaan kepada MAVCOM untuk digabungkan kembali dengan CAAM. Jadi, saya harap beberapa perkara dasar ini dapat dijelaskan oleh pihak Menteri. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Assalamualaikum.

draft • 3:01 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Sila, seterusnya Yang Berhormat Klang.

draft • 3:01 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih Dato’ Pengerusi. Bandaraya Klang mempunyai kepadatan penduduk dan prospek ekonomi dan keperluan infrastruktur pengangkutan yang semakin meningkat. Saya juga ingin mengingatkan Dewan yang mulia ini tentang Pelabuhan Klang yang menjadi pelabuhan yang paling sibuk di negara kita dan membawa hasil keuntungan yang sangat tinggi. Maka, Kementerian Pengangkutan kita mempunyai tanggungjawab yang sangat penting untuk memastikan segala keperluan bandar raya Klang dipenuhi dan sumbangannya dibalas untuk memacu pertumbuhan negara kita secara keseluruhannya.

draft • 3:09 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Maka, beberapa isu yang ditimbulkan oleh rakyat memerlukan penjelasan. Yang pertama adalah berkenaan pembangunan Pelabuhan Klang dan manfaatnya kepada masyarakat persekitaran. Saya merujuk kepada maksud Bekalan 28 – Kementerian Pengangkutan, Butiran 020000 – Perkhidmatan Pengangkutan, sub Butiran 020200 – Pengangkutan Laut.

Dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan yang menganggarkan sebanyak RM143 juta sebagai perbelanjaan pengangkutan laut. Seperti yang saya kata tadi, penduduk Klang mempunyai harapan yang sangat besar terhadap Kementerian Pengangkutan untuk terus membantu pembangunan Pelabuhan Klang untuk memacu pertumbuhan ekonomi di kawasan tersebut.

Persoalannya, adakah sebahagian daripada jangkaan RM143 juta ini akan diperuntukkan untuk membangunkan Pelabuhan Klang atau pun bagaimanakah sub butiran ini akan memanfaatkan pertumbuhan ekonomi di Pelabuhan Klang? Saya juga ingin

draft • 3:10 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan Kementerian Pengangkutan Malaysia tentang keperluan pembangunan infrastruktur di Pelabuhan Klang untuk menampung kitaran ekonomi yang agak sibuk. Isu utama yang dihadapi oleh masyarakat di sekitar kawasan tersebut ialah kesesakan. Kita tidak mahu kesesakan ini menjadi penghalang untuk keterhubungan yang baik supaya memastikan barangan eksport atau import dapat dijalankan dengan cekap.

Jika fasiliti kita ditambah baik, ia akan menarik minat pelabur kerana jaringan logistik adalah faktor penting bagi pihak industri. Perkara ini akan meningkatkan lagi produktiviti pelabuhan tersebut, sekali gus memberi sumbangan dari segi percukaian kepada negara.

Pada masa yang sama, industri dan peluang pekerja berasaskan kargo juga akan terus berkembang. Penambahbaikan infrastruktur logistik di Pelabuhan Klang mampu menjadikan Malaysia sebagai hab serantau yang menarik bagi syarikat multinasional, terutama dalam sektor perkilangan, perdagangan serta logistik. Ini berpotensi menjadikan Malaysia sebagai gerbang utama perdagangan ASEAN.

Memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Maka, saya harap pada tahun depan Kementerian Pengangkutan akan menunjukkan komitmennya untuk menambahbaikkan beberapa aspek kritikal seperti pengurangan kesesakan, kecekapan pengurusan trafik dan penyelenggaraan jalan secara berkala bagi memastikan potensi yang dinyatakan tadi dapat dicapai.

Masyarakat di Klang, khususnya golongan usahawan mengharapkan pembangunan infrastruktur seperti jalan yang lebih luas tentunya mengambil kira sistem pencahayaan yang lebih baik. Manakala penambahan teknologi keselamatan seperti kamera pemantauan daripada peruntukan seperti sub Butiran 020200 - Pengangkutan Laut.

Sebagai perkara kedua, Butiran 0200, Butiran 020100 - Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), di bawah maksud Bekalan 28. Kementerian Pengangkutan dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan yang menganggarkan sebanyak RM13.4 juta. Sub Butiran 00800 - Projek Membaikpulih dan Mengukuhkan Landasan Keretapi Pantai Timur, yang memperuntukkan RM126 juta. Sub Butiran 00900 - Meningkatkan Keupayaan KTMB, RM1.4 bilion dan sub Butiran 20000 - Peningkatan Infrastruktur Rel, RM35 juta.

Persoalannya, adakah perbelanjaan ini akan menyelesaikan masalah akar umbi iaitu kesesakan lalu lintas dan memastikan peralihan yang lancar daripada penggunaan kenderaan persendirian kepada pengangkutan awam dalam kalangan masyarakat?

Apakah tahap keyakinan pihak kementerian terhadap projek-projek pengangkutan awam yang sedang dibina sekarang? Adakah pihak kementerian melakukan tinjauan atau kajian seawal-awalnya untuk mengenal pasti keberkesanan perbelanjaan ini secara awal- awalan? Di mana yang Klang seperti yang kata tadi, satu kawasan yang terkenal untuk kesesakan jalan raya. Adakah pembukaan LRT3 pada tahun depan akan mengurangkan kesesakan lalu lintas? Apakah impak perbelanjaan di sub butiran yang saya senaraikan tadi kepada masyarakat di Klang?

draft • 3:10 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Selain daripada pengurangan kesesakan lalu lintas, saya juga harap peluang pekerjaan di fasiliti-fasiliti pengangkutan awam seperti Projek LRT3 akan dibuka kepada penduduk tempatan di Klang pada tahun-tahun akan datang supaya rakyat dapat merasai pulangan pelaburan yang ini. Dato’ Pengerusi, last one.

draft • 3:10 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Boleh.

draft • 3:10 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Perkara ketiga yang saya ingin membangkitkan di Dewan yang mulia ini adalah berkenaan Butiran 01600 - Pembelian Rolling Stock KTMB, di bawah maksud Bekalan 28. Kementerian Pengangkutan dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan menganggarkan sebanyak RM582 juta. Saya percaya perbelanjaan ini merangkumi usaha perolehan 12 gerabak tren merupa penumpang KTMB baru bagi keselesaan penumpang oleh Kementerian Pengangkutan.

Walau bagaimanapun, saya juga harap pihak kementerian akan menjelaskan bahawa adakah kontrak menghasilkan gerabak tren baru ini akan diberi melalui kontrak terbuka atau secara rundingan? Pada masa yang sama saya juga ingin tanya, apakah keperluannya untuk negara kita untuk memperoleh 50 gerabak tren lagi bagi pajakan melalui kerjasama kerajaan dengan negara China?

Inti pati kedua-dua persoalan ini adalah bahawa adakah kerajaan akan memberi peluang kepada penghasil tempatan untuk membekalkan gerabak tren tersebut? Apakah jaminan daripada pihak Kementerian Pengangkutan untuk memastikan industri tempatan dimanfaatkan daripada usaha ini? Saya telah menerima sepucuk surat daripada Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad yang menentang perolehan 50 gerabak tren daripada Kerajaan China dan menyarankan kementerian untuk mencari mekanisme lain yang tidak menghakis industri tempatan dan mempertahankan aset negara. Secara peribadi, saya menyokong saranan tersebut. Sekian, terima kasih.

draft • 3:10 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Klang. Seterusnya, Yang Berhormat Merbok.

draft • 3:10 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Saya terus ke Butiran B.28 020300 - Pengangkutan Jalan, peruntukan sebanyak RM714.4 juta pada tahun 2025.

Antara Januari hingga Oktober 2024, lebih 532,125 nahas jalan raya direkodkan dengan 5,364 daripadanya melibatkan kemalangan maut. Dengan trend kematian pengguna motosikal yang membimbangkan, di mana sekitar 68 peratus membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Bagi mengekang nahas jalan raya secara lebih berkesan, adakah pihak kementerian telah mengkaji keperluan untuk menyemak semula Akta Pengangkutan Jalan bagi memastikan tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas? Khususnya dalam menangani kemalangan membabitkan kenderaan yang membawa load muatan yang lebih?

draft • 3:16 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Berapakah lesen operasi syarikat pengendali atau pemilik lesen perdagangan yang telah digantung setakat ini akibat menyebabkan kemalangan jalan raya? Sejauh mana penempatan pegawai penguat kuasa JPJ di lokasi hotspots telah berjaya menangani isu ini?

Apakah perancangan terkini MOT terhadap pemasangan high speed weigh in motion, dengan izin, bagi mengurangkan risiko kemalangan serta mengatasi masalah kerosakan jalan raya disebabkan oleh kenderaan berat atau kenderaan perdagangan?

Seterusnya Butiran B.28 020600 - Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM), peruntukan sebanyak RM100 juta pada 2025. Seperti juga dengan rakan saya, peruntukan bagi Jerantut tadi. Saya ingin merujuk kepada permohonan Kerajaan Negeri Kedah berkenaan KXP. Kelulusan penubuhan aerodrome bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Kargo Kulim (KXP) dari Kerajaan Negeri Kedah adalah elemen penting dalam merealisasikan Projek Kedah Aerotropolis yang juga menjadi salah satu komponen strategik dalam rancangan The Greater Kedah 2035.

Berikut adalah sebab-sebab kepentingannya. Kelulusan ini memastikan Projek KXP selaras dengan visi The Greater Kedah 2035 iaitu memperkasakan Kedah sebagai pusat ekonomi serantau dan Kerajaan Negeri Kedah mempunyai mandat untuk mengintegrasikan pembangunan KXP ke dalam Pelan Induk Pembangunan Negeri, termasuk sektor logistik, industri dan pelancongan.

KXP juga akan berperanan sebagai hab kargo udara di utara Semenanjung dan akan memainkan peranan besar dalam memperkukuhkan ekonomi Kedah melalui peningkatan aktiviti perdagangan, eksport dan pelaburan. Kelulusan dan sokongan daripada Kerajaan Pusat menjadi asas kepada keyakinan pelaburan tempatan dan antarabangsa terhadap projek ini. Kerajaan Negeri Kedah akan bertanggungjawab dalam pengurusan dan pengambilan tanah untuk pembinaan KXP serta kawasan sekitarnya. Ini termasuklah memastikan penggunaan tanah yang strategik, mematuhi undang-undang dan mengurangkan konflik sosial dengan komuniti tempatan.

Kerajaan Negeri Kedah akan bertindak sebagai pemudah cara untuk mendapatkan kelulusan dari agensi Persekutuan seperti CAAM, MAVCOM, MOT dan EPU. Projek ini memerlukan sokongan infrastruktur seperti jalan raya, rel, bekalan air dan elektrik dan telekomunikasi yang berada di bawah kawalan kerajaan negeri dan juga Kerajaan Pusat.

Sewaktu penggulungan peringkat dasar Belanjawan MADANI 2025 baru-baru ini, YB Menteri telah menyatakan bahawa permohonan rasmi penubuhan aerodrome dari Kerajaan Negeri Kedah bagi salah satu komponen Kedah Aerotropolis iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kargo Kulim (KXP) telah pun diserahkan kepada Kementerian Pengangkutan pada 21 Ogos 2024 yang lalu untuk dibuat penilaian bagi kelulusan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia

(MAVCOM) dan penilaian akan dilaksanakan dalam masa tiga bulan daripada tarikh tersebut.

draft • 3:16 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Di sini saya ingin merayu kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) agar dapatlah meneliti dan

draft • 3:20 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

mempertimbangkan dengan sewajarnya permohonan tersebut daripada kerajaan negeri saya ini untuk diluluskan. Tanpa sokongan dan kelulusan daripada CAAM dan MAVCOM ini, proses perancangan KXP dan komponennya mungkin akan tertangguh dan menjejaskan kesinambungan perancangan dan projek untuk menjadikan Kedah sebagai gerbang ekonomi di Wilayah Utara ini.

Manfaat lokasi yang berdekatan dengan Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) yang akan memberikan impak secara langsung kepada penduduk tempatan, termasuklah menghasilkan peluang pekerjaan yang baharu serta meningkatkan kemudahan awam untuk kesejahteraan rakyat negeri Kedah khususnya dan juga menarik pakar-pakar industri dan para pencari kerja daripada seluruh negara untuk sama-sama mencari rezeki di negeri Kedah yang bertuah ini. Mereka-mereka ini boleh datang melalui Lapangan Terbang Pulau Pinang yang sedia ada sekarang.

Kesimpulannya, kelulusan ini bukanlah sekadar prosedur pentadbiran sahaja, tetapi ia merupakan penyataan sokongan rasmi dan strategi pembangunan holistik yang diperlukan untuk memastikan KXP ini berjaya. Tetapi projek ini juga akan dapat mengukuhkan peranannya dalam ekonomi nasional dan serantau di bawah negeri Kedah 2035. Sekian, terima kasih.

draft • 3:20 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Sila Yang Berhormat Ipoh Timur.

draft • 3:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi, saya ingin hendak ambil kesempatan bagi pihak sahabat saya dari Tenggara untuk mengalu-alukan keberadaan pimpinan masyarakat dari Masjid Kampung Batu 4, Parlimen Tenggara yang diketuai oleh Tuan Haji Alauddin Yusof, sila alu-alukan.

Terima kasih. Tepuklah sikit. Terima kasih Pengerusi.

Kita sedia maklum bahawasanya negara mungkin boleh dikatakan guna istilah menghadapi satu krisis kekurangan pemandu berkemahiran atau terlatih bagi sektor dan industri pengangkutan awam dan juga logistik atau pengangkutan secara amnya. Saya fokus kepada krisis kekurangan pemandu berkemahiran. Maksudnya ia satu isu dan masalah latihan.

Saya merujuk kepada Butiran 020700 – Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) dan juga 60000 – Pengangkutan Awam Bandar. Saya hendak mencadangkan untuk mengatasi dan menyelesaikan sekurang-kurangnya permulaan penyelesaian masalah kekurangan ini meskipun ia satu cabaran yang agak besar. Kita perlu melibatkan pemain- pemain industri, konsortium-konsortium, pengangkut-pengangkut dan juga pemain-pemain dalam sektor pengangkutan awam serta institusi-institusi pendidikan dan latihan, khususnya dalam TVET.

Sahabat saya dari Tenggara pun Ahli Majlis TVET negara dan kami dengarlah ada rintihan-rintihan bahawasanya institusi TVET atau institusi latihan vokasional dan teknikal

draft • 3:21 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

kurang terlibat dalam proses untuk membangunkan tenaga pekerja dan tenaga pemandu yang diperlukan kerana yang saling kait rapat iaitu industri dengan institusi kurang ada ‘tarisan’ atau dia punya connection itu kurang sikit.

Jadi, saya hendak mencadangkan supaya kita mengambil satu pendekatan akademi industri atau AiI di mana mungkin kementerian dan juga mana-mana agensi yang terlibat boleh mewujudkan bersama dengan KESUMA atau mana-mana kementerian lain yang juga perlu dan boleh turut terlibat termasuk juga menggunakan HRD fund, termasuk juga mengangkat ke Majlis TVET Negara bersama-sama pastinya Tenggara akan menyokong. Untuk mewujudkan satu wage subsidy system atau training subsidy system dengan izin, di mana kementerian dan kerajaan bolehlah bayo lah sebahagian daripada gaji upah dalam tempoh latihan.

Maksudnya, kita ambil yang minat untuk masuk dalam bidang pemandu atau pemanduan ini, kerajaan subsidi sedikit sebanyak gajinya sementara dia dilatih supaya kita boleh mengatasi dan menyelesaikan masalah krisis kekurangan pemandu berkemahiran ini.

Baik. Saya hendak gerak ke Butiran 00100 – Bangunan/Pentadbiran Kementerian dan juga 02300 – Pengangkutan Jalan. Negara sedang memasuki satu zaman baharu di mana NETR telah diumum. Kita memang sedang berusaha gigih dengan pelbagai usaha kerajaan dalam NETR ke arah electrification of public transport atau elektrifikasi pengangkutan awam di mana syarikat-konsesi yang membawa perkhidmatan pengangkutan awam ini memang secara sangat-sangat agresif tengah memperolehi EV buses dan sebagainya.

Tetapi kita juga dengar di luar sana mungkin ada usaha pelarasan atau usaha pelarasan tarif elektrik sedang juga dijalankan. Maksudnya ada kemungkinan, ada kemungkinan tarif atau kadar, atau harga kos elektrik mungkin akan juga meningkat. Adakah pihak kementerian berusaha sama dengan PETRA?

Tadi Yang Amat Berhormat Menteri PETRA ada. Adakah PETRA bersama dengan MOT, sama-sama akan usahakan untuk menyuarakan keperluan dan menyuarakan rintihan sekiranya ada pelarasan yang akan menaikkan tarif elektrik, khususnya untuk sektor pengangkutan dan pengangkutan awam ini tidak ada terjejas.

Ini kerana kita hendak betul-betul usaha gigih, berputih tulang pastikan NETR khususnya dalam bab untuk elektrifikasikan pengangkutan awam ini betul-betul boleh jalan dengan pantas dan berkesan yang sekiranya ada pelarasan elektrik dan tarif elektrik naik untuk EV buses pengangkutan dan pengangkutan awam ini, kalau ada naiknya, mungkin dia punya business plan akan lari.

Sangat-sangat last sekali saya rujuk kepada Butiran 20000 – Peningkatan Infrastruktur Rel. Kita telah dengar dua bulan yang lepas ada berita yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri sendiri iRide atau Ipoh Sentral telah disenarai pendekkan konsortium yang bakal membangunkan projek tersebut. Kami, saya dari Ipoh memang sangat-sangat mengalu-alukan dan menyambut baik projek ini. Sudah tentu bila kata konsortium, dia ada syarikat besar satu dan dia akan mengambil, menarik developer,

draft • 3:21 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

developer kecil, kontraktor-kontraktor yang lebih kecil berbanding yang besar itu untuk mewujudkan konsortium itu.

Apakah pendirian dan juga adakah adanya berita baik yang akan diumumkan, maksudnya konsortium mana yang dapat dan adakah syarat-syarat untuk melibatkan, memasuki kontraktor tempatan dari Perak sendiri untuk sama-sama membangunkan Ipoh Sentral dan iRide ini yang sangat-sangat menarik, yang sangat-sangat perlu? Dan khususnya kira kita hendak meningkatkan dan menaikkan menambah perkhidmatan rel ataupun kereta api dari utara sehingga ke selatan. Sekian, terima kasih.

draft • 3:21 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Dipersilakan Yang Berhormat Setiu.

draft • 3:21 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Dato’ Yang di-Pertua. Saya merujuk kepada Butiran 030400 – Subsidi Operasi Tren Tidak Ekonomik (KTMB). Mengenai perancangan kerajaan memajak 62 set tren penumpang secara rundingan terus yang mana masa pajakan tersebut mencecah 30 tahun semesti memberi implikasi yang cukup besar kepada KTMB. Umum mengetahui bahawa KTMB adalah salah satu pengangkutan yang paling lama diwujudkan di Malaysia yang kini mencecah 136 tahun.

Oleh itu saya ingin – saya lihat pajakan 62 set tren kepada China ini memberi implikasi negatif kepada rakyat terutamanya berkenaan isu penghakisan pekerja. Apakah jaminan kerajaan bahawa sepanjang tempoh pajakan, nasib pekerja KTMB ini tidak terjejas.

Apatah lagi dengan jangka hayat set-set kereta api sedia ada dan tempoh hayatnya akan tamat beberapa tahun lagi. Jika ia digantikan dengan set tren daripada China, bagaimana pekerja-pekerja ini ingin menyelenggara tren, mengawal sistem ada seperti sistem elektrifikasi dan sebagainya. Jika set, set tren dari China ini yang mana semestinya segala sistem dan teknologinya adalah dari China.

draft • 3:28 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Kedua, Butiran 020100 – Agensi Pengangkutan Awam dan Darat (APAD). Setiu mendapati banyak kelemahan yang berlaku apabila suruhanjaya bebas yang mengawal pengangkutan awam ini dihapuskan. Sebelum 2018, pengangkutan darat dikawal selia oleh suruhanjaya bebas iaitu SPAD yang mana suruhanjaya ini bebas membuat keputusan terbaik untuk memajukan perkhidmatan awam. Lebih-lebih lagi, kerenah birokrasi di bawah suruhanjaya bebas ini adalah jauh lebih teratur dan mudah berbanding dikawal selia oleh agensi kerajaan sepertimana yang dilakukan di London, transport for London (TFL), begitu juga di Singapura.

Namun begitu, selepas hampir lima tahun ia dihapuskan, pelbagai isu telah timbul.

Antaranya, terdapat banyak tunggakan dalam melesenkan kenderaan pengangkutan awam, menyebabkan kelewatan dalam perkhidmatan bas dan teksi yang berpunca daripada kitaran kertas kerja yang tidak berkesudahan. Oleh itu, mohon justifikasi daripada pihak kementerian

draft • 3:30 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

apakah pemansuhan SPAD sebelum ini telah memberi implikasi positif kepada pengangkutan awam? Apakah buktinya dan adakah kerajaan bercadang untuk menggunakan peruntukan yang disediakan untuk menubuhkan satu suruhanjaya bebas seperti SPAD bagi memajukan lagi perkhidmatan awam?

Dalam butiran yang sama, saya juga ingin menyentuh sedikit berkenaan perancangan kerajaan untuk memperkasakan koc wanita. Koc wanita ini bukanlah perkara baru dan di kebanyakan negara turut mewujudkan perkhidmatan ini termasuk Jepun, Mesir, Indonesia dan Brazil. Jika sebelum ini program koc wanita ini terbukti berjaya menurunkan kes gangguan seksual daripada purata 3.2 kes sehari kepada dua kes sehari.

Namun hari ini, kita lihat pemerkasaan kos wanita untuk memastikan koc tersebut digunakan untuk wanita sahaja semakin lemah disebabkan penguatkuasaan yang lemah.

Oleh itu, apakah dengan peningkatan peruntukan ini, kerajaan ada bercadang untuk menambah bilangan koc wanita ini dan mengenakan penguatkuasaan yang lebih ketat bagi memastikan keselamatan wanita terjamin?

Seterusnya Butiran 020300 - Pengangkutan Jalan. Berkenaan piawaian keselamatan kenderaan bermotor, saya kira telah tiba masanya kerajaan memperkenalkan subsidi penggunaan pembelian dashcam sepertimana sebelum ini, adanya subsidi pemberian pembelian car seat. Oleh itu, kerana dashcam bukan sahaja boleh melindungi pengguna jalan raya, malah ia merupakan antara bahan bukti yang terpenting jika kemalangan berlaku. Namun, bagi mendapatkan dashcam yang betul-betul berkualiti, kosnya agak tinggi. Oleh itu, pemberian subsidi terutama kepada masyarakat B40 amat diperlukan.

Dalam butiran yang sama, berkenaan MyDigital ID dalam apps JPJ. Sebelum ini terdapat syarat bahawa pengguna apps JPJ perlu menggunakan MYDigital ID untuk mendaftar masuk apps JPJ. Namun begitu, Kementerian Pengangkutan membatalkan serta- merta syarat tersebut setelah mendapat pelbagai reaksi dan keluhan daripada rakyat.

Oleh itu saya ingin mengemukakan beberapa persoalan. Apakah keperluan untuk menggunakan MYDigital ID di dalam apps MyJPJ kalau sistem ada sudah terselamat dan memadai? Apakah jaminan kerajaan bahawa perkongsian data yang dibuat oleh pengguna selamat jika MYDigital ID dan juga sebuah syarikat sendirian berhad turut diberi akses yang sama dengan apps JPJ yang dikawal selia oleh kerajaan?

Akhir sekali Dato’ Yang di-Pertua, berkenaan dengan ECRL. Saya mendapati jajaran ECRL, walaupun Menteri dalam jawapan baru ini mengatakan bahawa telah mengambil kira pandangan agensi seperti JPS ketika membuat jajaran. Tetapi saya memohon supaya pihak kementerian menghantar wakil untuk melihat secara lebih dekat, turun padang, bagaimana keluhan dan aduan daripada rakyat bawahan berkenaan kesan daripada ECRL ini termasuk ada tanaman-tanaman padi mereka yang tenggelam, parit-parit yang tersumbat. Walaupun kerajaan mengatakan pembinaan ECRL ini telah mengambil kira pandangan agensi, tetapi yang berlaku sebaliknya. Sekian, terima kasih.

draft • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Dipersilakan seterusnya Yang Berhormat Puncak Borneo.

draft • 3:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 040000 - Dasar Baharu dan juga Butiran 020100 - Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Di mana seperti yang kita sedia maklum, permohonan permit sementara ataupun LPS telah dibekukan oleh kerajaan kepada semua pengusaha bas sekolah di seluruh negara.

Saya merasakan bahawa perkara ini perlu dilihat semula supaya kementerian dapat memberi sedikit kelonggaran kepada pengusaha-pengusaha bas sekolah untuk memohon permit sementara bagi bas sekolah untuk membawa murid-murid sekolah atau orang awam melancong di dalam musim cuti sekolah. Sebab apa yang berlaku semasa cuti sekolah, mereka ini tidak ada pendapatan.

Jadi, kita kesian dengan pengusaha-pengusaha bas sekolah ini kerana apabila permit sementara ini tidak dikeluarkan lagi, maka mereka dalam semasa cuti sekolah amat sukar untuk mereka mendapatkan pendapatan sampingan yang baru untuk menyokong pendapatan-pendapatan mereka dalam membawa permata negara kita iaitu anak-anak murid di dalam bas sekolah ini. Jadi, saya berharap agar pihak berwajib dapat memberi sokongan dan penilaian semula dan memberi ruang kepada mereka ini diberi permit sementara ini supaya dikeluarkan kepada pengusaha-pengusaha bas ini semasa musim cuti sekolah.

Saya juga ingin melihat kepada masalah bas, di mana pihak APAD telah menetapkan supaya setiap bas sekolah ini hendaklah tidak melebihi jangka hayat umur 30 tahun. Tetapi kita sedia maklum bahawa sekiranya bas ini diselenggara dengan baik dan memenuhi test ataupun pemeriksaan PUSPAKOM, seharusnya mereka ini diberi peluang kerana mereka ini, kebanyakan pengusaha ini bukanlah golongan-golongan tauke-tauke yang besar.

Mereka ini kadang-kadang pencen askar, veteran dan sebagainya ataupun suri rumah. Jadi, kita harus memberi pertimbangan yang wajar. Sebab walaupun bas itu berumur tiga, empat tahun ataupun lima tahun, kalau tidak diselenggarakan juga bas itu juga tidak bermakna, tidak mempunyai dia punya spare part ataupun wear and tear yang di-maintain ataupun diselenggara. Jadi, lebih baik kalau bas itu walaupun sudah 30 tahun, tapi diselenggara dengan baik, mematuhi syarat-syarat PUSPAKOM, kita kena hendak pertimbangkan.

Jadi, saya berharap agar MOT melihat perkara ini. Saya juga melihat di mana bas sekolah ini apabila setiap pembeli pengusaha-pengusaha bas sekolah ini membeli bas yang berumur 20 tahun, tidak dibenarkan sekarang. Tetapi macam mana mereka nak membeli bas baru? Untuk seorang suri rumah, bekas tentera dan pengusaha-pengusaha bas ini untuk membeli nilai bas sekolah yang lebih kurang dalam RM500,000, half a million. I don’t think they’re able to generate that kind of money or raise that kind of fund to buy a new bus. Jadi, MOT seharusnya facilitate, not regulate. Sebab if we facilitate, it’s become better. Kita hendaklah memberi peluang. Tetapi kalau kita terlalu regulate perkara ini, macam

draft • 3:35 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

mana mereka ini nak cari makan? Sedangkan mereka juga bukannya business-business besar pun. Jadi, kita nak melihat perkara ini.

Saya juga ingin menyeru kepada pihak MOT supaya melalui JPJ dan mana-mana agensi yang terlibat juga memantau dan membanteras van-van sapu ataupun bas-bas sekolah yang tidak berlesen dengan APAD ataupun LPKP ini supaya mereka tidak merebut peluang yang daripada pengusaha yang berdaftar, pengusaha yang berdaftar dengan persatuan dengan kementerian dan sebagainya.

Jadi, kita kena ada penguatkuasaan yang dilaksanakan supaya kita tidak memberi kesan yang buruk kepada anak-anak yang menggunakan van-van sapu ini. Kalau ada perkara berlaku, ada kemalangan, apa yang patut dilakukan? Siapa yang bertanggungjawab?

Tetapi kalau dengan bas pengusaha bas sekolah yang berdaftar dan mempunyai lesen yang penuh, mereka ini harus bertanggungjawab.

draft • 3:35 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Jadi, MOT, saya mohonlah memperhalusi perkara ini dan juga melihat kepada kebajikan-kebajikan pengusaha-pengusaha bas sekolah ini, kerana mereka bukannya business besar. Jadi, kita harus bagi ruang dan peluang. Kita tidak seharusnya membuat kehidupan mereka semakin hari semakin sukar di dalam dunia yang penuh cabaran ini. Jadi, saya memohon dan merayu kepada Menteri MOT supaya mempertimbangkan apa yang telah saya utarakan. Terima kasih.

draft • 3:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo. Seterusnya, Yang Berhormat Padang Rengas.

draft • 3:40 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Pengerusi atas peluang untuk Padang Rengas turut serta dalam perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Pengangkutan pada hari ini.

Merujuk kepada B.28 Butiran 010200 berkenaan peruntukan pengurusan maritim sebanyak RM5.77 juta. Marina-marina awam di bawah Kementerian Pengangkutan yang diuruskan oleh Jabatan Laut Malaysia memainkan peranan penting dalam menggalakkan industri pelancongan dan aktiviti rekreasi maritim di negara ini. Projek pembinaan marina- marina ini melibatkan pelaburan dana yang besar daripada kerajaan dengan harapan untuk meningkatkan infrastruktur pelancongan dan menyediakan kemudahan bertaraf dunia kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa.

Soalan saya. Apakah status marina-marina awam yang diuruskan oleh Jabatan Laut Malaysia ini seperti Marina Pulau Indah, Marina Melaka dan Marina Kuching? Adakah fasiliti- fasiliti tersebut masih mendapat dana dari MOT untuk operasi harian, atau adakah ianya telah berupaya untuk menanggung kos operasi sendiri selepas dibina dengan dana yang begitu tinggi?

draft • 3:40 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Dato’ Pengerusi, seterusnya saya ingin merujuk kepada B.28 Butiran 020200 berkenaan peruntukan perkhidmatan pengangkutan laut sebanyak RM143.35 juta. Berikutan sebab-sebab geopolitik yang berkaitan dengan peperangan di Ukraine sejak tahun 2022, senarai kapal layar mewah yang berdaftar di bawah bendera Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi (LIYR) telah berkembang dengan pesat sehinggakan kapal layar mewah terbesar di dunia yang boleh di-charter sekarang ini juga berada di bawah pendaftaran bendera Langkawi. Pasaran kapal layar mewah dunia sekarang bernilai lebih kurang RM30 bilion dan dijangka meningkat sehingga RM75 bilion pada tahun 2032, menurut Fortune Business Insights. Soalan saya. Dengan potensi yang begitu tinggi bagi industri ini, adakah pihak kementerian mempunyai perancangan dari segi belanjawan untuk memperkasakan industri kapal layar mewah negara melalui LIYR? Dan adakah kepakaran serta jabatan yang berkaitan mempunyai tenaga kerja yang cukup untuk membantu memperkembangkan industri ini di Malaysia? Dato’ Pengerusi, sekiranya tidak, adakah pihak kementerian pernah mempertimbangkan untuk menswastakan pengurusan pendaftaran LIYR ini untuk memastikan perkembangan industri ini ke tahap yang lebih tinggi selaras dengan potensinya?

Dalam pada itu, saya ingin menyentuh dari segi pembangunan modal insan pula.

Seperti yang disebutkan oleh Menteri KESUMA sebelum ini, kerjaya maritim merupakan salah satu kerjaya yang high impact, high value. Oleh itu, apakah langkah-langkah atau perancangan kementerian untuk memperkasakan tenaga kerja profesional industri kapal layar mewah ini untuk memberikan peluang kerja pendapatan tinggi yang boleh diterokai oleh para belia tempatan?

Dato’ Pengerusi, seterusnya di bawah Butiran yang sama, saya ingin menyentuh berkenaan industri aero-marine di mana ianya merupakan suatu alternatif yang baharu, mempunyai potensi yang tinggi serta menggunakan sistem enjin alternative fuel yang kurang kesannya kepada persekitaran seperti hydrogen cell atau kuasa elektrik. Saingan bagi industri ini pula tidak banyak pada masa ini serta teknologi yang sedia ada berpotensi meletakkan Malaysia sebagai hab aero-marine terulung di rantau ini. Untuk makluman juga, 40 peratus daripada penduduk dunia tinggal di kawasan-kawasan berhampiran dengan pantai, coastal area.

Soalan saya. Selaras dengan kemungkinan pelaburan yang akan masuk ke negara ini bagi industri hibrid aero-marine yang di bawah kawal selia MOT melalui garis panduan yang disediakan oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO), adakah kementerian telah bersedia dari segi perundangan atau keperluan teknikal operasi serta tenaga profesional yang mahir bagi industri yang berpotensi tinggi ini?

Seterusnya, saya ingin menyentuh mengenai projek terowong dasar laut di Pulau Pinang. Saya mohon perincian mengenai status kajian kebolehlaksanaan mengenai projek ini yang masih belum selesai. Bilakah proses ini dapat dimuktamadkan?

Berkenaan pelabuhan Perlis Inland Port, apakah perancangan terperinci kerajaan bagi memastikan kelangsungan projek PIP di Chuping yang dijangka siap pada Julai tahun

draft • 3:40 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

depan serta usaha yang diambil untuk melancarkan proses pemindahan operasi kargo yang ketika ini dilaksanakan di Padang Besar?

Akhir sekali, apakah tindakan MOT berhubung laporan bahawa perkhidmatan Feri Pulau Pinang mengalami kerugian tahunan sekitar RM14 juta akibat kos perbelanjaan yang melebihi jumlah kutipan tiket feri? Sekian, terima kasih, Dato’ Pengerusi.

draft • 3:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Seterusnya, sila Yang Berhormat Sri Gading.

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Pengerusi.

Butiran 12100 – Projek Pengangkutan Jalan, P.28. Peruntukan tambahan daripada RM70.2 juta kepada RM182.35 juta bagi projek pengangkutan jalan mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk meningkatkan infrastruktur negara.

Projek lanjutan Lebuh Raya Pantai Barat (WCE) ke selatan, dari Banting ke Gelang Patah, adalah langkah strategik yang akan menghubungkan bandar-bandar utama di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor seperti Port Dickson, Masjid Tanah, Bandaraya Melaka, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Gelang Patah itu sendiri. Projek ini bakal membawa impak positif kepada rakyat. Maka dengan itu, beberapa cadangan daripada Sri Gading.

Pertama sekali, pemerkasaan ekonomi komuniti setempat di mana kawasan jajaran ini adalah merupakan kawasan membangun yang perlu kepada kawasan-kawasan rehat dan juga rawat, yang memberikan keutamaan kepada usahawan tempatan. Dengan ini, mereka dapat memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat.

Kedua, integrasi pengangkutan awam. Lanjutan WCE ini juga perlu disepadukan dengan rangkaian pengangkutan awam seperti bas ekspres terutamanya, kerana jajaran ini ramai penduduk-penduduk di kawasan bandar yang bekerja di bandar-bandar besar. Ini akan memastikan rakyat yang tidak memiliki kenderaan persendirian turut mendapat manfaat daripada lebuh raya ini.

Selain daripada itu, satu isu yang semakin membimbangkan di bawah sektor pengangkutan jalan iaitu tentang lambakan kenderaan yang menurut laporan tahun 2022, terdapat lebih tujuh juta kenderaan usang di negara kita. Lambakan ini bukan sahaja membebankan infrastruktur jalan raya tetapi juga menyumbang kepada pencemaran dan juga peningkatan risiko kepada jalan raya.

Mengambil contoh negara Singapura. Selepas 10 tahun, pemilik kenderaan dipilih untuk menamatkan riwayat kenderaan ataupun membayar sejumlah wang untuk menyambung pemilikan dan penggunaan kenderaan tersebut. Polisi ini memastikan kenderaan yang digunakan di jalan raya adalah kenderaan yang baik, yang efisien, moden dan mesra alam.

Contoh yang kedua seperti Jepun. Pemilik perlu menjalani pemeriksaan keselamatan kenderaan setiap tiga tahun selepas membeli kenderaan berkenaan.

draft • 3:46 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Kenderaan berusia lebih daripada 10 tahun mesti melalui pemeriksaan yang ketat demi memastikan keselamatan dan juga mengelakkan lambakan kenderaan.

draft • 3:46 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Cadangan daripada penambahbaikan iaitu yang pertama, polisi scrap kenderaan.

Kerajaan boleh memperkenalkan sistem ataupun skim insentif bagi pemilik kenderaan lama untuk menamatkan penggunaan kenderaan usang mereka seperti menawarkan subsidi untuk pembelian kenderaan baru atau pengecualian cukai tertentu.

Kedua, peningkatan pemeriksaan keselamatan. Seperti Jepun, pemeriksaan keselamatan berkala yang lebih ketat diwajibkan ke atas kenderaan berusia lebih 10 tahun.

Selain itu, Sri Gading memuji Program MyLesen B2 oleh Kementerian Pengangkutan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan yang telah memberi manfaat kepada 35,000 penerima golongan B40 pada tahun 2024 untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 dan kos lebih rendah. Sri Gading ingin bertanya, adakah kerajaan bercadang untuk meneruskan program ini pada tahun 2025?

Butiran 020600 – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Penurunan peruntukan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia daripada RM150 juta kepada RM100 juta menimbulkan persoalan penting mengenai keupayaan badan ini untuk terus memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi terutamanya apabila kita menghadapi isu-isu kritikal dalam sektor penerbangan di mana kita menyaksikan masalah sekatan perjalanan di lapangan terbang yang mendapat perhatian ramai. Dengan penurunan peruntukan ini, bagaimana kerajaan memastikan CAAM dapat terus melaksanakan fungsi utamanya termasuk penyeliaan keselamatan penerbangan dapat berfungsi sekali gus melancarkan aktiviti pelancongan negara kita.

Selain itu, Malaysia menjadi Tahun Melawat Malaysia pada tahun 2026 di mana sektor penerbangan akan menjadi tulang belakang untuk menyokong sasaran ketibaan pelancong. Kerajaan perlu merancang beberapa langkah penambahbaikan yang perlu diambil. Pertama, infrastruktur lapangan terbang dan pengurusan trafik. Kedua, pekerja tempatan dalam industri penerbangan.

Terakhir, 40000 – Menaiktaraf dan Pembangunan Sistem Kawalan/Pengurusan Trafik. Sri Gading menyambut baik peningkatan peruntukan yang signifikan daripada RM9.6 juta kepada RM228.3 juta bagi menaik taraf dan membangunkan sistem kawalan serta pengurusan trafik. Perubahan ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk menangani isu kesesakan lalu lintas yang semakin meruncing terutamanya di kawasan bandar.

Persoalan utama, adakah peruntukan ini melibatkan pemasangan lampu isyarat pintar atau smart traffic system? Sistem ini mampu menyelaras kawalan trafik berdasarkan data waktu nyata, mengurangkan kesesakan dan meningkatkan kecekapan perjalanan.

Namun sistem ini memerlukan integrasi teknologi seperti sensor, kamera pintar dan analitik data yang berterusan. Adakah kerajaan sudah bersedia dari segi infrastruktur dan sokongan teknikal untuk pelaksanaan secara meluas?

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Akhir sekali, kempen kesedaran awam yang perlu melibatkan promosi pengangkutan awam sebagai pilihan utama termasuk insentif seperti tambang murah dan kemudahan tambahan di sistem bas dan kereta api. Libat urus bersama syarikat swasta supaya kerajaan boleh bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang memperkenalkan waktu kerja fleksibel bagi mengurangkan kesesakan pada waktu puncak. Selain itu, syarikat juga boleh menawarkan subsidi tambang pengangkutan awam kepada pekerja mereka sebagai insentif korporat. Kerjasama dengan platform teknologi. Kerajaan boleh menjalinkan kerjasama dengan syarikat seperti Grab atau perkhidmatan e-hailing untuk menyelaraskan perjalanan dengan pengangkutan awam. Sekian, terima kasih.

draft • 3:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Sila Yang Berhormat Kuala Krai.

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada Kuala Krai mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Pengangkutan.

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mengambil peluang ini untuk menyatakan di sini bahawa pada hari ini, Kelantan dilanda banjir besar yang boleh dikatakan seluruh Kelantan termasuk Kuala Krai. Sama-sama kita berdoa kepada Allah agar diselamatkan semua yang terlibat dengan banjir ini.

[Membaca sepotong doa] “Ya Allah, mudah-mudahan hujan turun adalah hujan rahmat bukan hujan yang membawa bencana”.

draft • 3:54 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Amin.

draft • 3:54 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Dato' Pengerusi, bajet yang diterima oleh MOT bagi tahun 2025 naik sekitar RM60 juta berbanding tahun ini. Saya ingin merujuk kepada beberapa butiran. Pertama ialah Butiran 020200 – Pengangkutan Laut.

Pengerusi, saya ingin sebut berkaitan dengan Pelabuhan Tok Bali di Pasir Puteh. Dengan projek ECRL yang sedang berjalan dan Tok Bali menjadi stesen kedua di Kelantan, yang pertama ialah di Tunjong. Yang kedua di Kelantan, di Tok Bali.

Apakah usaha kementerian bagi memastikan Pelabuhan Tok Bali dapat dibangunkan dengan sebaiknya? Saya yakin jika pihak MOT dapat melihat secara holistik dan juga membantu khususnya memberikan suntikan modal dengan perancangan yang rapi bersama dengan Kerajaan Negeri Kelantan, Tok Bali akan menjadi hab pengangkutan laut dan darat yang terhebat di negeri yang bersempadan dengan Thailand. Berkaitan dengan banjir tadi, terdapat laporan daripada penduduk bahawa projek ECRL adalah menjadi punca banjir teruk khususnya di kawasan Pasir Puteh iaitu di kampung Banggol Pak Esah. Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri dapat turun padang melihat isu ini dan dapat membuat pelaporan yang terperinci.

Kedua Tuan Pengerusi, Butiran 020300 – Pengangkutan Jalan. Dalam isu kemalangan jalan raya khususnya kemalangan maut yang boleh dikatakan setiap hari kita

draft • 3:54 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

mendengar beritanya. Saya pernah mencadangkan agar elemen agama dimasukkan dalam silibus Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu sebelum ini. Sama ada agama Islam ataupun agama-agama lain yang boleh dimasukkan berdasarkan kepada agama yang dianuti oleh peserta. Contoh, nilai nyawa manusia apabila terlibat dalam kemalangan akibat kecuaian pemandu yang menyebabkan kematian orang yang tidak bersalah. Hukuman yang berat akan dikenakan sama ada bayaran diyat atau hukuman di mahkamah sivil.

Jadi, adakah pihak kementerian bersedia untuk mengkaji cadangan ini? Berkaitan dengan butiran yang sama, kuota subsidi diesel bas. Apakah kerajaan bersedia untuk mempertimbangkan cadangan supaya kuota subsidi diesel bas ekspres ditambah kepada 10,000 liter sebulan berbanding 6,000 liter sebelum ini untuk mengelakkan pengguna terbeban daripada kenaikan tambang seperti yang digesa oleh Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (PEMBAWA).

Yang ketiga dalam butiran yang sama ialah berkaitan lesen memandu dan lesen Kelas B. Apakah usaha penambahbaikan kementerian daripada segi penyelarasan sistem dan syarat pelaksanaan program peralihan khas bagi pemegang lesen Kelas B1 dan B2 kepada kelas B sejak 1 Oktober lalu mengambil kira aduan yang diterima berkaitan pendaftaran dan status kelayakan. Berapakah jumlah permohonan yang diterima dan diluluskan setakat ini? Daripada jumlah ini, berapakah permohonan yang telah ditolak atas sebab tidak memenuhi syarat naik taraf lesen?

Perincian mengenai pelan kerajaan untuk menawarkan pilihan bagi mereka yang ingin mencetak cukai jalan dan lesen memandu secara fizikal sebelum ini, saya mencadangkan pihak kerajaan kembalikan sahaja kepada cara lama iaitu bayar sahaja cukai jalan dan lesen memandu, terus sahaja dapat yang bercetak. Sudah banyak sangat Dato' Pengerusi, rakyat terpaksa menanggung kos-kos kenaikan sara hidup dan juga cukai-cukai lain.

Butiran yang seterusnya ialah Butiran 12100 – Pejabat/Bangunan Baru, Peralatan dan Pengkomputeran JPJ. Dengan peruntukan besar daripada RM70 juta kepada RM182 juta diberikan untuk butiran ini, saya mencadangkan agar pihak kementerian dapat meluluskan untuk membuka sebuah pejabat JPJ di Kuala Krai memandangkan pejabat JPJ paling dekat di Machang tetapi masa menunggu yang lama diperlukan bagi menyelesaikan urusan. Walaupun di Gua Musang, pelanggan tidak begitu ramai tetapi jarak perjalanan hampir dua jam dari Kuala Krai. Jadi, amat sesuai dan keperluan mendesak bagi JPJ membuka pejabatnya di Kuala Krai tetapi tidak mencukupi dengan kaunter bergerak sahaja.

Butiran yang seterusnya ialah kedua terakhir, Tuan Pengerusi iaitu Butiran 00800 – Projek Membaik pulih dan Mengukuhkan Landasan Keretapi Pantai Timur, daripada RM51 juta kepada RM126 juta. Kenaikan ini diharapkan dapat memastikan laluan Tumpat ke Gemas melalui Kuala Krai dapat diperbaiki dengan segera bagi memendekkan masa perjalanan khususnya tren DMU yang telah beroperasi sejak beberapa tahun yang lalu. Antara isu besar yang perlu perhatian daripada pihak MOT iaitu trek yang licin, jambatan-jambatan lama yang setengahnya sudah pun berusia lebih 100 tahun yang perlu dibaik pulih dengan segera.

draft • 3:54 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang menariknya, laluan Kuala Krai-Gua Musang, Yang Berhormat Tuan Pengerusi pernah lalui, melalui train to Dabong, mempunyai lapan terowong ataupun orang Kelantan panggil, Bukit Korek dan satu lagi di Pahang. Terowong-terowong ini juga perlu diperbaiki segera kerana semua ini antara sebab kelajuan DMU tidak dapat digunakan dengan sepenuhnya.

draft • 3:54 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Butiran terakhir, seminit sahaja Yang Berhormat Pengerusi. Butiran 00900 - Meningkatkan Keupayaan KTMB dan juga Butiran 20000 - Peningkatan Infrastruktur Rel.

Ada beberapa persoalan saya di sini. Pertama, kenapa berlaku kelewatan?

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Projek Laluan Gemas-JB. Berapa kalikah EOT yang telah diberikan? Adakah terdapat isu integriti dalam pelaksanaan projek ini? Kedua, RAC lebih untung dan kaya berbanding KTMB. Kenapa tidak disatukan sahaja antara dua entiti ini? Ketiga, adakah benar CEO RAC dilantik tidak mengikut kepakaran tetapi atas asas politik? Keempat, bagaimana dengan pajakan tren dari China yang dilaporkan tiada kualiti? Indonesia memulakan semula kereta api buatan China kerana gagal beroperasi tanpa pemandu.

Kelima, dengan menyerahkan tempoh pajakan 30 tahun, adakah akan berlaku perpindahan teknologi kepada pekerja di negara ini, khususnya pekerja TNB? Kerana track record, set-set yang sedia dibeli melalui CSSR China, tiada pertukaran teknologi dijalankan, malah kalau wujud sekalipun, hanya sekadar wayang tinggi produksi. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Saya jemput Yang Berhormat Langkawi.

draft • 4:00 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih Dato’ Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera kepada Yang Berhormat Menteri. Butiran 020600 - Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Sebanyak RM100 juta tahun depan akan diberikan kepada CAAM. Kita faham CAAM ini akan bergabung dengan MAVCOM dan tahun ini diberi RM150 juta. Soalan saya, kenapa kurang RM50 juta? Sedangkan sekarang ini sudah pun combine antara MAVCOM dan Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM).

Soal kedua Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, berhubung dengan pembinaan dan menaik taraf infrastruktur lapangan terbang sebanyak RM74 juta. Saya membawa tumpuan Dewan ini kepada Lapangan Terbang Subang yang menjadi buah mulut rakyat, khususnya di sekeliling Kuala Lumpur ini apabila Yang Berhormat Menteri membawa masuk syarikat MRO dari Singapura yang memajak dua hangar di Subang. Apakah perancangan jangka panjang

draft • 4:01 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Yang Berhormat berhubung dengan tapak ini? Apakah players di sekeliling Lapangan Subang ini akan dipanggil untuk berbincang sama ada untuk hendak menaikkan taraf ataupun membenarkan bangunan-bangunan perniagaan di kawasan tersebut?

Saya juga hendak menyentuh Lapangan Terbang Langkawi, Yang Berhormat Dato’ Pengerusi. Kalau dilihat Yang Berhormat Pengerusi, daripada RM74 juta itu, saya ingin juga bertanya. Berapa juta akan diberi kepada Lapangan Terbang Langkawi? Bukannya daif tetapi kadang-kadang agak menyusahkan para pelancong.

Saya pernah sampai di Langkawi, terpaksa duduk di dalam kapal terbang melebihi jam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Langkawi kerana hujan dan kilat serta ribut. Kami tidak boleh keluar kerana tidak ada bridge- tidak ada jambatan dari kapal terbang ke lapangan terbang. Ini menimbulkan satu masalah. Kalau setidak-tidak pun, sekurang-kurangnya dibuat seperti Subang, ada juga tempat berjalan yang ditutup. Ini semua kapal terbang memberi payung. Basah di bawah, kering di atas.

Bila sampai sahaja di terminal selepas satu jam dalam kapal terbang, mereka terus menuju ke bilik air. Maklumlah sejam dalam kapal terbang, ke bilik air juga. Saya juga hendak complaint sedikit bilik air di sana. Bukan tidak terurus. Terurus tetapi agak lama dan ianya berbau yang tidak kita inginkan.

Seterusnya Yang Berhormat, saya hendak menyentuh Butiran 020200 - Pengangkutan Laut. 020200 ini menyentuh berhubung dengan Feri Pulau Langkawi dan juga Pulau Pinang. Feri Pulau Pinang saya ingat selama ini membuat keuntungan tetapi diumumkan RM14 juta kerugian yang berlaku dan tidak cukup passenger. Katanya, hanya 35 percent sahaja passenger yang menaiki feri di Pulau Pinang. Walaupun telah diubah daripada feri lama yang antik, yang menjadi juga bahan pelancongan kepada feri baru tetapi malangnya, dengan dua biji feri ini pun tidak dapat pulangan yang begitu. Begitu juga dengan Feri Langkawi.

Saya ingat Yang Berhormat Menteri pun malas hendak dengar bab Feri Langkawi ini, ceritanya sama. Cumanya, saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Tak ada ke syarikat yang sanggup buat teksi laut yang kita bercakap selama ini, yang kapasitinya di bawah 50. 20-30 passengers yang dapat berjalan terus dan kalau kita lihat Phi Phi Island ke Midland, Thailand, mereka menggunakan teksi bot ini, feri ini dan passengers tidak payah menunggu lama dan dia juga berulang alik dengan begitu pantas.

Akhirnya, saya hendak sentuh sedikit berhubung makmal MIROS ini. Butiran 14000 - Projek Pembangunan Makmal MIROS, RM15 juta Yang Berhormat Menteri. Ini adalah jumlah yang agak besar untuk satu makmal. Saya ingin bertanya mengenai KPI dan prestasi MIROS selama ini, selama 17 tahun wujudnya. Tahun ke tahun kita menyaksikan kemalangan jalan raya. Apakah inovasi baru yang telah diperkenalkan oleh MIROS, Yang Berhormat Menteri? Infrastruktur asas seperti pembahagi jalan sahaja masih lagi di takuk lama.

Apakah kerajaan bercadang untuk menukar pembahagi jalan dengan bahan rekaan baru? Pembahagi jalan yang sedia ada boleh dan telah membawa maut kepada pengguna jalan raya. Pada 2018, seorang penunggang motosikal putus kepala apabila leher lelaki itu

draft • 4:01 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

terkena besi pembahagi jalan. Kemalangan membabitkan pemandu mabuk dan juga kecuaian lori treler juga kerap dilaporkan dan baru-baru ini juga dilaporkan sebuah treler yang putus kepalanya. Saban tahun kita mendengar kisah tragis tanpa ada solusi tuntas. Jadi, saya ingin bertanya. Apakah Yang Berhormat memberi arahan baru kepada MIROS supaya kita membuat lebih dalam dengan kajian-kajian yang ada?

draft • 4:01 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, masa sudah tamat.

draft • 4:01 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Butiran terakhir Dato’ Pengerusi, 00900 - Meningkatkan Keupayaan KTMB. RM1.4 bilion di bawah 00900 ini.

Kegunaan KTMB ini kerap mengadu - pengguna KTMB kerap mengadu mengenai masa kelewatan dan kadang-kadang kekerapan tren KTMB. Saya ingin tahu, apakah langkah kerajaan dalam menyelesaikan masalah ini? Ramai rakan-rakan kita, khususnya Pendang, naik kereta api boleh kata tiap-tiap minggu balik ke kawasan.

draft • 4:01 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Petaling Jaya.

draft • 4:01 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Sampai hati Tuan Yang di-Pertua.

[Ketawa]

draft • 4:01 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Terima kasih kepada Puan Pengerusi.

Sebelum saya bermula, saya ingin mengalu-alukan kehadiran mahasiswa-mahasiswa dari Jabatan Pentadbiran Sosial dan Keadilan, Universiti Malaya. Puan Pengerusi, kadar perbandaran di Malaysia menunjukkan trend peningkatan yang dijangka mencapai 80 peratus dalam masa terdekat. Saya ingin memetik kod pembangunan berorientasikan transit, ditambah pula dengan golongan rakyat Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian yang dijangka terus meningkat pada tahun 2030.

Negara seharusnya tertumpu kepada dasar yang dapat mengoptimumkan kegunaan tanah dan menggalakkan peralihan daripada pengguna kenderaan persendirian kepada pengangkutan awam seperti transit oriented development yang berpusatkan stesen pengangkutan awam rel atau bas dan mempunyai ketersambungan pengangkutan awam, lorong pejalan kaki dan basikal yang tinggi. Di Jepun, kawasan berkepadatan tinggi juga dikenal sebagai high-density areas dapat diakses sepenuhnya dengan berjalan kaki atau bas.

Di kawasan zon TOD, sistem MRT dapat capai destinasi aktiviti rekreasi, pangsapuri kediaman mahupun pusat beli-belah.

Tidak dinafikan bahawa projek-projek TOD di sekitar Lembah Klang, termasuk di Petaling Jaya telah pun dibangunkan, malahan kawasan sekitar hub-transit ini adalah kondominium mewah dan eksklusif dengan beberapa unit dijual pada harga sehingga RM700 ribu seunit.

draft • 4:08 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Ini membangkitkan naratif bahawa accessibility pengangkutan awam yang hanya tertumpu kepada golongan berpendapatan sederhana ataupun tinggi lalu mewujudkan persekitaran yang eksklusif.

Puan Pengerusi, saya mengambil maklum bahawa TOD bukanlah konsep yang baharu. Cuma, soalan saya adalah bagaimanakah kementerian akan memastikan projek TOD lebih bersifat inklusif dan mampu milik agar tidak berlakunya jurang accessibility berlandaskan pendapatan.

Kedua, adakah kementerian mempunyai rancangan untuk mengemas kini garis panduan yang selaras dengan trend semasa?

Tentang e-hailing Puan Pengerusi, kita sedia maklum bahawa untuk mengatasi isu first and last mile (FMLM), pelbagai kaedah telah diguna pakai. Walau bagaimanapun, keluhan pengguna yang berterusan menunjukkan bahawa capaian pengangkutan awam di seluruh Malaysia masih ketinggalan.

Puan Pengerusi, saya ingin mencadangkan bahawa untuk membenarkan syarikat e-hailing mengisi kekangan yang wujud dengan servis motosikal e-hailing penumpang bertapak di samping terus menyokong memperkasakan FMLM di negara ini. Menurut laporan International Transport Federation, bandar seperti Bangkok dan Jakarta dapat meningkatkan prestasi consumer welfare dengan izin, dan memperkasa daya tahan pengangkutan awam negara dengan pelaksanaan e-hailing motosikal.

Selain itu, ekonomi gig yang merentasi pelbagai industri e-hailing dan p-hailing makin berkembang di Malaysia. Ia membuka peluang konsep e-hailing sebagai dual income janaan ekonomi rakyat. Namun, saya faham kebimbangan kementerian tentang keselamatan jalan raya. Malah, kecekapan motosikal e-hailing ini terbukti di negara jiran seperti Thailand dan Indonesia di mana kekerapan e-hailing penumpang lebih lima kali seminggu dibandingkan dengan e-hailing kereta yang hanya sebanyak tiga kali seminggu kerana lebih mudah dan menjimatkan masa menunggu di trafik yang sesak.

Syarikat Grab mempunyai kadar kemalangan jalan raya yang rendah di rantau ini.

Ini adalah hasil peraturan pengangkutan di bawah land transport authority dan quality of services dengan izin, sebagai penanda aras keselamatan penunggang. Kemudian, diintegrasikan dalam aplikasi Grab dengan ciri-ciri notifikasi seperti amaran pemantauan perjalanan, laporan keselamatan memandu, peringatan keperluan berehat bagi mengelakkan kemalangan dari berlaku.

Di Jakarta pula, perkhidmatan e-hailing motosikal Gojek melaksanakan inisiatif Gojek SHIELD yang merangkumi perlindungan daripada serangan siber, perlindungan data peribadi dan mampu mencegah dan mengambil tindakan terhadap aktiviti yang mencurigakan di aplikasi Gojek. Menurut contoh di atas, persoalan saya adalah bagaimanakah kementerian melihat perkembangan industri pengangkutan awam dalam konteks trend global e-hailing motosikal? Kedua, adakah kementerian sedia untuk mempertimbangkan perkhidmatan motosikal e-hailing. Di Petaling Jaya, sekiranya kita

draft • 4:10 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

hendak melakukan sandbox, saya cadangkan supaya diadakan dahulu di Petaling Jaya dan saya sedia menyokong inisiatif untuk mewujudkan motosikal e-hailing. Ketiga, secara ringkas sahaja sebab telah pun disebut oleh Langkawi iaitu tentang komuter KTMB. Untuk makluman, bukan Pendang sahaja yang selalu naik KTM. Petaling Jaya juga KTM selalu lambat dengan kekerapan yang memang hanya setiap 30 minit pada waktu kemuncak dan kelewatan kadang sehingga 60 minit.

Saya difahamkan kerajaan telah memperoleh 62 set tren baharu melalui pajakan dan akan berlangsung selama tempoh 30 tahun. Saya ingin tahu bahawa adakah kementerian menyediakan perincian bagi pelaksanaan trend-trend tersebut dan dengan penambahan bilangan trend ini, adakah kekerapan perkhidmatan ETS dan KTM akan ditambah baik? Sekian, terima kasih.

draft • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Saya jemput Yang Berhormat Kuantan.

draft • 4:10 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 010700. Media melaporkan berkenaan cadangan untuk menggunakan MyDigital ID bagi log masuk aplikasi MyJPJ. Aplikasi MyJPJ sendiri memerlukan pendaftaran secara peribadi. Jadi, apa keperluan untuk menambah MyDigital ID bagi log masuk. Kenapa rumitkan pengguna dengan MyDigital ID pula? Saya melihat cadangan ini tidak praktikal khususnya melibatkan golongan warga emas.

Kaedah pelaksanaan log masuk ini pastinya menyusahkan mereka dan tidak mesra penggunaan teknologi terkini. Adakah pihak kementerian telah melakukan survey bagi mendapatkan maklum balas daripada pengguna? Saya ingin bertanya adakah data berkaitan dengan sistem JPJ akan disimpan dalam pangkalan data IDN? Apakah risiko tahap keselamatan data dalam integrasi cadangan tersebut? Ramai rakyat yang memberi respons kegusaran mereka terhadap perkara ini. Saya mohon pencerahan Yang Berhormat Menteri berkenaan perkara ini.

Butiran 020000 – Perkhidmatan Pengangkutan. Saya ingin menyentuh juga sedikit berkenaan ECRL. Jadi, soalan saya apakah sumber tenaga yang akan digunakan bagi operasi ECRL? Adakah menggunakan bahan bakar atau tenaga elektrik? Adakah kementerian mengambil kira hasrat kerajaan berkaitan sasaran pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 bagi projek ECRL?

Projek ECRL dijangka siap pada 2026 dan mula beroperasi pada 2027. Jadi, soalan saya, apakah tahap persediaan bagi urusan berkaitan perkhidmatan termasuk penyediaan alat ganti? Berapa peratus komponen atau peralatan kritikal yang memerlukan tempoh yang panjang untuk diperolehi?

Laporan sebelum ini menyatakan syarikat tempatan turut dilibatkan dalam projek ECRL. Persoalannya, sejauh mana syarikat tempatan akan dilibatkan berkaitan servis dan maintenance bagi projek ECRL? Beberapa negeri akan melaksanakan perkhidmatan

draft • 6:14 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

automated rapid transit iaitu Sarawak dan Johor. Soalan saya, adakah garis panduan telah dikeluarkan oleh MOT dalam pelaksanaan pembangunan ART supaya selaras di semua negeri? Apakah impak penggunaan ART dalam menyuraikan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar? Merujuk laporan media, Kerajaan Indonesia akan memulangkan tren ERT yang gagal berfungsi secara autonomi semasa percubaan di ibu kota Nusantara pada September lalu.

Selain itu, sistem brek gagal berfungsi secara automatik ketika terdapat halangan di hadapan tren. Soalan saya, adakah kajian berkaitan aspek keselamatan serta risiko kemalangan telah dibuat bagi projek ART di Johor dan Sarawak.

Masih pada butiran yang sama, saya ingin mendapatkan penjelasan berkenaan Terminal Bersepadu Gombak. Laporan media memetik kenyataan Menteri Pengangkutan di mana terminal ini dijangka beroperasi pada pertengahan tahun ini. Namun, sehingga kini belum lagi beroperasi. Apakah faktor yang menyebabkan terminal ini belum dapat berfungsi dan bilakah dijangka akan mula beroperasi?

Merujuk kepada Butiran 020700 – Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya

(MIROS). Apakah bentuk kajian yang telah dijalankan oleh MIROS bagi mengatasi kesesakan jalan raya yang berlaku di lebuh raya dan jalan persekutuan? Apakah dapatan kajian berkaitan kemalangan jalan raya serta cadangan mengatasi faktor kemalangan jalan raya?

Cuaca di negara kita ini khatulistiwa dan jalan mudah rosak dan juga pecah.

Jadi, saya membaca laporan projek rintis mencampurkan bahan asphalt dengan sisa plastik atau getah yang telah dilaksanakan di Temerloh pada September 2017 dan Kemaman pada 2018. Soalan saya, sejauh mana dapatan daripada kajian tersebut? Apakah analisa kos pembinaan menggunakan campuran bahan tersebut berbanding kos penyelenggaraan?

Banyak kes kemalangan melibatkan penunggang motosikal yang berhenti di bahu jalan di bawah jambatan ketika hujan lebat terutama kawasan bandaran. Apakah tindakan yang telah dibuat bagi meningkatkan tahap waspada pengguna jalan raya khususnya di kawasan hot spot kemalangan? Berapakah bilangan kawasan berteduh yang tersedia kepada penunggang motosikal di kawasan bandaran? Saya mencadangkan agar kawasan perlindungan hujan ini dapat dibina dengan lebih banyak khususnya di bandar besar yang mempunyai ramai pengguna motosikal.

Akhirnya, Butiran 020100 – Agensi Pengangkutan Awam Darat. Pada awal tahun lepas, saya ada membangkitkan berkenaan demerit pemandu kenderaan berat dalam sistem keselamatan jalan raya. Apabila mata demerit dipotong dan akhirnya lesen pemandu digantung, keadaan ini menyukarkan pemandu kerana tidak boleh membawa apa-apa kenderaan. Bahkan kenderaan sendiri ataupun kereta ataupun motosikal. Sekiranya perkara ini dapat dipertimbangkan, hanya lesen berkaitan perdagangan yang terkesan tetapi lesen individu masih boleh digunakan.

Yang Berhormat Menteri ada respons berkenaan perkara ini dalam sidang lepas.

Saya quote jawapan Menteri. “Dari segi penguatkuasaan, mungkin kita perlu melihat kembali

draft • 6:14 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

bagaimana cara penguatkuasaan yang lebih praktikal yang juga dapat memberikan ruang kepada mereka untuk mencari nafkah.” Namun, sehingga hari ini, perkara ini masih belum ada tindakan penyelesaian atau tambah baik.

Jadi, seperti makluman Jerantut tadi, mereka ada datang. Pemandu-pemandu lori ini ada datang berjumpa saya dan bertanya. Berjumpa kami dan bertanya tentang ruang penyelesaian yang telah Yang Berhormat Menteri maklumkan tersebut. Jadi, cuba kita bayangkan jika berlaku kemalangan di kala mereka memandu untuk pergi bekerja juga ataupun pergi hantar anak sekolah ataupun pergi beli makanan. Jadi, apakah tanggungjawab kerajaan akibat daripada peraturan ini? Jadi, saya mohon respons daripada Menteri. Terima kasih.

draft • 6:14 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. saya jemput Yang Berhormat Bangi.

draft • 4:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Puan Pengerusi. Kali kedua saya bangun hari ini. Hari ini ada tiga kementerian, insya-Allah saya akan bahaskan ketiga- tiga kementerian. Saya kena cakap itu sebab Setiausaha Agung saya ada dekat situ. Jadi, saya mulakan dengan ucapan tahniah buat pihak kementerian atas peningkatan peruntukan dalam Belanjawan 2025 iaitu RM6.5 bilion untuk tahun hadapan berbanding RM6.2 bilion untuk tahun ini. Ini menunjukkan komitmen kerajaan terhadap memperkasakan sistem pengangkutan yang bersepadu, yang efisien dan juga yang selamat.

Saya terus merujuk kepada kod 020300 – Pengangkutan Jalan. Di sini, saya ingin menyentuh beberapa insiden kemalangan yang melibatkan kenderaan berat secara khususnya lori kontena dan juga treler. Insiden-insiden ini malang sekali telah melibatkan kehilangan nyawa yang tidak berdosa. Saya ingin tahu apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kementerian melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memastikan bahawa kenderaan-kenderaan berat seperti lori dan treler ini tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Saya juga ingin tahu, apakah tindakan yang diambil terhadap syarikat-syarikat yang memiliki kenderaan berat yang terlibat dalam kemalangan seperti ini? Saya sedar permit operasi boleh digantung dan ini selalu dilakukan. Tetapi saya ingin cadangkan bahawa tindakan pendakwaan juga diambil terhadap pemilik syarikat kenderaan berat sekiranya terdapat kecuaian pada pihak syarikat.

Contohnya, jika mereka gagal memastikan keselamatan kenderaan berat yang dipandu oleh pemandu-pemandu mereka, maka cadangan saya bukan hanya kita bawa atau ambil tindakan pada pemandu sahaja tetapi jika ada kecuaian dakwa juga majikan ataupun syarikat. Jika perlu dipinda undang-undang saya harap pihak kementerian dapat mempertimbangkan perkara ini.

draft • 4:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Seterusnya saya merujuk kepada Kod 20000 bawah Kepala Pembangunan iaitu Peningkatan Infrastruktur Rel. Untuk makluman, ramai penduduk di dalam kawasan Parlimen saya kawasan Parlimen Bangi ini lebih-lebih lagi dalam Bandar Baru Bangi yang bekerja di Putrajaya. Saya selalu mendapat permohonan daripada penduduk Bangi, supaya MRT yang sekarang ini ada yang berhenti di Kajang dipanjangkan ke kawasan Bandar Baru Bangi. Buat masa ini, ada perkhidmatan laluan 451 bas dari MRT Kajang melalui Bangi sampai ke MRT Putrajaya Sentral dan laluan ini masih dalam percubaan. Baru-baru ini, telah dilanjutkan tempoh percubaan ini ke 30 Mac 2025.

Saya difahamkan bahawa terdapat satu kajian mengenai bagaimana nak menghubungkan Bangi dan Kajang ini yang kedua-duanya dalam kawasan Parlimen saya dengan Putrajaya dam kajian ini telah dilaksanakan oleh pihak kementerian. Jadi, saya ingin tahu apakah rumusan daripada kajian tersebut dan sememangnya kalau kita tengok ada keperluan untuk menghubungkan Bangi-Kajang ini dengan Putrajaya dan Cyberjaya menggunakan pengangkutan awam, khususnya melalui penggunaan rel. Saya juga ingin mengetahui sama ada dalam RMKe-13 nanti ada perancangan untuk menghubungkan MRT Kajang dengan MRT Putrajaya Sentral ini menggunakan rel.

Saya merujuk kemudiannya kepada kod 020100 – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Saya melihat untuk APAD ini terdapatnya pengurangan untuk tahun ini iaitu RM13.4 juta berbanding dengan RM14.2 juta untuk tahun ini. Jadi, di tahun hadapan ada pengurangan RM13.4 juta berbanding RM14.2 juta.

Saya ingin merujuk kepada satu insiden baru-baru Puan Pengerusi, di mana seorang remaja meninggal dunia akibat renjatan elektrik yang apabila dia menggunakan soket dalam bas ekspres. Saya difahamkan bahawa APAD telah menggantung penggunaan soket elektrik ini buat sementara waktu. Saya ingin tahu, apakah langah-langkah yang diambil oleh pihak kementerian untuk memastikan bahawa perkara seperti ini tidak berlaku lagi?

Sebab saya fikir ada keperluan bukan saja kita nak tengok semula wiring yang ada dalam bas ekspres dan sebagainya tetapi juga dalam kenderaan-kenderaan lain seperti kereta api, tren, feri dan sebagainya dan perlu ada semakan berkala dibuat bagi memastikan bahawa wiring dan pendawaian dalam kenderaan-kenderaan ini semua adalah selamat, supaya insiden yang begitu menyayat hati ini tidak berlaku lagi. Jadi, itu saja perkara yang saya ingin bangkitkan Puan Pengerusi. Sekali lagi Bangi mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

draft • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Saya jemput Yang Berhormat Rompin.

draft • 4:20 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Pengerusi. Saya rasa saya tidak akan mengambil masa yang panjang kerana saya akan

draft • 4:25 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

menyentuh hanya satu butiran dan dua perkara saja iaitu Butiran 020200, peruntukan bagi Pengangkutan Laut.

Pertamanya, saya ingin merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, pada bulan Mei baru ini beliau melawat Pulau Tioman dan beliau sendiri telah pergi ke Jeti Kampung Juara. Beliau melihat sendiri kerja-kerja menaik taraf di Jeti Kampung Juara Pulau Tioman. Saya mengharapkan agar jeti ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan dan insya-Allah ianya boleh digunakan dan menarik ramai lagi pelancong untuk datang ke Pulau Tioman.

Apa yang saya nak bangkit ini ialah Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan ramai saya menerima rungutan daripada pelancong iaitu harga tiket ke Pulau Tioman yang mahal Puan Pengerusi. Pergi balik RM120 dan ianya berpunca daripada pengusaha feri di Pulau Tioman ini dia tidak mendapat subsidi diesel seperti mana yang dinikmati oleh pengusaha-pengusaha feri di Langkawi dan juga di pulau-pulau di Sabah.

Jadi, apabila tiket mahal ada juga pelancong-pelancong yang terpaksa membatalkan percutian mereka di Pulau Tioman dan ini sudah pasti memberi tekanan kepada peniaga-peniaga di Pulau Tioman. Pulau Tioman ini Puan Pengerusi, dia hanya mengharapkan kepada aktiviti pelancongan. Pelancong datang dan ini memberi pulangan kepada mereka. Jadi, saya mengharapkan kepada Yang Berhormat Menteri agar pengusaha feri di Pulau Tioman ini juga dapat menikmati subsidi yang saya sebutkan tadi.

Yang keduanya Yang Berhormat Menteri ialah berkenaan dengan saya juga menerima aduan berkenaan dengan bot-bot jabatan laut yang menggunakan terminal Jeti Tanjung Gemuk untuk berlabuh. Jadi, ini memberikan kesukaran kepada pengusaha- pengusaha feri untuk melancarkan penumpang-penumpang untuk masuk ke feri untuk ke Pulau Tioman. Jadi, saya mengharapkan agar satu pangkalan baru untuk bot-bot jabatan laut. Jadi, saya rasa itu saja daripada Rompin, saya...

draft • 4:25 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Rompin.

draft • 4:25 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Ya.

draft • 4:25 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Ada masa lagi sikit boleh?

draft • 4:25 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Boleh, boleh silakan.

draft • 4:25 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Apa pandangan Rompin tentang cadangan Kementerian Pengangkutan sebelum ini nak buat pilot test tentang kenderaan mikromobiliti. Tahun lepas saya ada tanya soalan itu di Dewan ini dan dijawab oleh pihak Timbalan Menteri nak buat pilot test di Shah Alam. Kita nak tahu apa hasilnya kerana kenderaan mikromobiliti ini sekarang digunakan oleh pengguna jalan raya, pejalan kaki dan pengusaha-pengusaha komersial di taman-taman rekreasi.

Sebagai contoh di Alor Setar sebelum ini kita dapat aduan mereka nak guna tapi disekat kerana undang-undang tidak benarkan. Jadi, itu satu peluang untuk menggamit pelancong dan juga untuk mengurangkan kadar karbon dalam bandar. Apa pandangan Yang Berhormat Rompin?

draft • 4:25 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Terima kasih Alor Setar. Saya bersetuju dengan pandangan yang disuarakan oleh Alor Setar dan saya mohon masukkan.

draft • 4:25 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Rompin. Boleh saya nak tanya sikit Rompin?

draft • 4:25 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Ramai sangat yang nak menanya saya ini.

draft • 4:25 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Masa 48 saat lagi masa.

draft • 4:25 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Okey. Boleh, boleh silakan.

draft • 4:25 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Isu LRT di Pulau Pinang ini Rompin sebab kita tahu bahawa LRT di Kuala Lumpur sendiri pun masih tidak menjana keuntungan ekoran laporan daripada Khazanah, Prasarana dan sebagainya.

draft • 4:25 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Jadi, apabila dicadangkan pula nak buat LRT di Pulau Pinang, adakah ia tidak akan berkemungkinan akan menjadi projek gajah putih dengan unjuran pengguna yang ada di Pulau Pinang itu? Kita mohon supaya Menteri dapat memberikan kewajaran, kenapa projek ini nak dilaksanakan di Pulau Pinang dengan anggaran perbelanjaan berbelas-belas bilion.

Terima kasih, Rompin.

draft • 4:30 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Terima kasih Pasir Mas dan saya mohonkan juga masukkan dalam ucapan saya. Terima kasihlah banyak membantu saya pada petang ini. Terima kasih Puan Pengerusi. Saya menepati masa.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Rompin. Saya jemput Yang Berhormat Bayan Baru.

draft • 4:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya ingin masuk kepada Kepala B.28 – Kementerian Pengangkutan, Butiran 60000 – Pengangkutan Awam Bandar. Pertama sekali, saya ingin jawab Pasir Mas dululah. LRT Pulau Pinang memang perlu, okey. Ini sudah buat kajian sejak 2012 dan keperluan itu sudah ada. Kalau Pasir Mas tak puas hati, datang ke Bayan Baru. Saya tunjukkan betapa kesesakan di satu.

draft • 5:30 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Saya tanya Menteri, Bayan Baru.

draft • 5:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Sabar dulu. Saya jemput.

draft • 5:30 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Saya suruh Menteri jawab.

[Ketawa]

draft • 5:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Kita boleh main badminton. Makan nasi kandar, okey. Terima kasih. Menteri tak payah jawab. Saya jawab dulu.

[Ketawa] Okey.

Isu LRT Pulau Pinang, saya mengalu-alukan projek ini dan memang ini adalah projek yang penting untuk infrastruktur Pulau Pinang. Kita tahu bahawa di negeri Pulau Pinang ini kecil dan dia kesesakan jalan raya sangat teruk. Walaupun sekarang belum ada LRT, sudah kesesakan yang sangat teruk.

draft • 5:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Apabila ada LRT, pembinaan projek LRT, jalan menjadi lagi sempit. Dulu kalau kereta boleh jalan 60 kilometer per hour, apabila ada construction, dia akan jadi lambat dan jadi lebih slow lagi. Mungkin dia hanya 40 kilometer per hour, 30 kilometer per hour dan dia akan menjadikan lagi sesak.

Jadi, perlu ada – saya ingin menarik perhatian kepada MRT, projek agensi pelaksana LRT Pulau Pinang. Dia perlukan forward planning. Forward planning macam mana? Maksudnya, harus menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya semasa construction. Walaupun project management akan kata, “Oh kita ada traffic control, traffic management system, itu semua tidak mencukupi”.

Jadi, saya ingin cadangkan di sini kepada kerajaan terutamanya MRT, kita kena ada more holistic approach. Kita minta supaya kerajaan melaksanakan demand responsive transit

(DRT) menggunakan bas-bas kecil daripada prasarana dan sebagainya untuk menyelesaikan kesesakan setempat masa construction.

Kalau boleh kerajaan memberikan lesen temporary kepada pengusaha-pengusaha bas kilang, pengusaha-pengusaha bas sekolah supaya mereka boleh bergerak setempat untuk sebagai demand responsive transit, lesen itu digunakan untuk menyelesaikan masalah kesesakan semasa construction. Saya rasa itu perlu ada forward planning daripada MRT bersama dengan PBT dan juga kerajaan negeri.

Kedua, saya ingin membahaskan Butiran 020700 – Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS). MIROS ini, saya tahu dia penyelidikan. Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan kerana kita tahu bahawa sekarang keselamatan jalan raya ini amat membimbangkan kerana kalau kita tengok di merata tempat penunggang- penunggang motosikal, mereka menggunakan, dia melanggar traffic light begitu sahaja.

Saya baru-baru ini di Bayan Baru, seorang murid sekolah rendah melintas jalan.

Memang pejalan kaki, green light. Sepatutnya semua kereta, motor kena berhenti untuk bagi laluan. Tetapi apa yang berlaku adalah motor dia langgar saja, okey. Budak sekolah itu tak nampak dan dilanggar. Saya tak pasti, dia survived kah atau tidak tapi video itu dah viral.

Saya kesian kepada murid-murid sekolah. Ini adalah isu keselamatan jalan raya yang out of control.

Kalau kita Yang Berhormat-Yang Berhormat di sini, kita pergi mana-mana tempatlah, you duduk dekat traffic light saja. Tengok semestinya ada pelanggaran trafik dan sememangnya ramai yang menjadi mangsa. What are we going to do about it? Kita minta polis, polis kata, mereka tidak mempunyai kakitangan yang secukupnya. Kita minta JPJ, JPJ pun kata, “Ini adalah kerja polis”. Kita minta yang lain, mereka saling tendang bola ini ke sini, ke sana. Siapa yang akan menyelesaikan masalah ini? Sebenarnya ramai yang telah menjadi mangsa.

draft • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 5:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Jadi, saya harap bahawa kerajaan tengoklah seriously bawa kepada Kabinet untuk membincangkan keselamatan jalan raya terutamanya melanggar traffic light. Terima kasih, Pengerusi.

draft • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Saya jemput Yang Berhormat Padang Besar.

draft • 5:30 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih pada Puan Pengerusi yang memberi ruang dan peluang untuk saya berbahas pada hari ini di peringkat Jawatankuasa berkenaan dengan Kementerian Pengangkutan.

Pertamanya, saya mendoakan agensi baharu kita di sempadan iaitu Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA) akan dilaksanakan tahun depan dapat dipermudahkan, insya-Allah. Cumanya, Kementerian Pengangkutan terlibat sebagai komponen dalam MCBA. Cuma saya sedikit keliru dengan singkatan MCBA. Dalam portal MINDEF, dia tulis Malaysian Checkpoints and Border Agency tapi dalam portal KDN, dia tulis Malaysian Border Control and Protection Agency. Itu antara benda yang mengelirukan sikit.

Mungkin boleh disepakati.

Terima kasih kepada YB Padang Rengas yang bangkitkan berkenaan projek PIP di Cuping, Perlis. Itu amat perlu diberi perhatian demi memudahkan transaksi logistik antara sepadan di bawah Perkara 020200 – Pengurusan Laut. Saya nak sebut tapi dah Padang Rengas sebut. Jadi, saya tumpu kepada butiran lain.

Butiran seterusnya adalah 020300 – Vehicle Entry Permit (VEP) yang berkaitan dengan pelaksanaan dari sempadan. Pertamanya, saya ucapkan tahniahlah kepada kementerian atas pelaksanaan LCVEP Road Charge dan Vehicle Entry Permit, khususnya dalam konteks pengusahaan yang telah dimulakan pada 1 Oktober lalu di sempadan Malaysia-Singapura. Cabaran pelaksanaan yang penuh akan dijangka bermula Januari tahun depan. Saya ingin mengupas sikit berkenaan dengan situasi di sempadan Padang Besar dan kepentingannya terhadap keselamatan dan sektor pelancongan di negeri Perlis.

Di Padang Besar, keadaan ini amat relevan. Kenderaan asing dari Thailand yang mempunyai saman tertunggak juga berpotensi memberi impak negatif kepada keselamatan jalan raya kita. Juga, isu prebet sapu yang memberi kesan kepada pengusaha teksi di sempadan. Saya mencadangkan juga sistem pemantauan dan senarai blacklist bagi kenderaan asing dikuat kuasa segera, walaupun sebelum Januari untuk mengelakkan kenderaan masalah ini membanjiri sempadan kita.

Seterusnya, berkenaan dengan penentuan kadar cas VEP dan kos penyelenggaraan. Persoalan tentang kadar cas VEP dan kos penyelenggaraan perlu dijelaskan dengan lebih telus. Apakah kriteria yang digunakan untuk menetapkan kadar cas tersebut? Apakah kadar ini mengambil kira kos penyelenggaraan sistem VEP seperti di pintu masuk Padang Besar?

Selain itu, jumlah peruntukan untuk operasi dan penyelenggaraan VEP di sempadan perlu diberikan perhatian. Di Perlis, sumber yang mencukupi perlu disalurkan untuk

draft • 4:36 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

memastikan sistem ini berfungsi dengan efisien termasuk pemasangan infrastruktur yang berkaitan seperti kiosk pendaftaran, pemantauan digital dan sokongan teknikal.

Puan Pengerusi, isu penyeragaman peraturan VEP di semua pintu masuk negara juga perlu diberikan perhatian serius. Ketika ini pelan pada kerajaan bermula di sempadan Malaysia-Singapura Namun, apakah langkah-langkah konkrit yang telah dirancang untuk memperluaskan pengeraman ini di sepadan Malaysia-Thailand dan Malaysia-Indonesia?

Padang Besar yang menjadi salah satu pintu masuk utama ke Malaysia-Thailand, daripada Thailand, perbezaan peraturan dan prosedur dengan sempadan lain boleh menimbulkan kekeliruan kepada pelancong. Penyeragaman ini perlu untuk mengelakkan tanggapan bahawa penguasaan ini hanya bersifat selektif di pintu masuk tertentu.

Implikasi kepada sektor pelancongan dan ekonomi Perlis. Sektor pelancongan di Padang Besar menjadi tarikan pelancong asing khususnya daripada Thailand yang perlu dilindungi dari sebarang maklum balas negatif akibat kelemahan dalam pelaksanaan VEP.

Penguatkuasaan yang tidak konsisten atau prosedur yang membebankan boleh menjejaskan kemasukan pelancong. Antara yang cukup terkesan adalah pihak peniagaan sosial dan perniagaan kecil di sempadan yang selalu berulang-alik antara sempadan kedua negara untuk berurusan.

draft • 4:36 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Mereka ini sebenarlah yang merancakkan ekonomi sempadan. Proses lambat akan memberi kesan kepada mereka dan memberi impak kepada pengguna lain terutama pelancong yang akan memberi pengalaman buruk kepada mereka. Ini termasuk isu pemeriksaan luar biasa di pintu masuk ICQS Padang Besar selama ini. Dengan pelaksanaan yang teratur dan telus, sistem VEP ini boleh memberi peluang untuk memperkukuhkan imej Perlis sebagai destinasi pelancongan yang selamat dan mesra pelawat.

Butiran 00900 – Meningkatkan Keupayaan KTMB. Kebetulan pula kami sebahagian besarnya daripada utara banyak menggunakan sistem ETS dan isu yang sama dibangkitkan sebelum ini, isu kelewatan tiba. Mohon diambil perhatian dan penambahan koc perlu untuk isu-isu tersebut. Saya pun terpaksa kadang-kadang menempah lebih awal lagi untuk mendapatkan khidmat ETS tersebut. Harap dapat diberi perhatian oleh Yang Berhormat Menteri dan terima kasih atas makluman sebelum ini bahawa Yang Berhormat Menteri akan mengambil maklum beberapa perkara di Padang Besar.

Seterusnya, yang akhirnya, saya terus kepada Butiran 01600 – Pembelian Rolling Stock KTMB. Dalam Belanjawan 2025, dinyatakan pihak kerajaan telah bersetuju untuk memperoleh 50 gerabak tren secara pajakan melalui kerjasama G2G Malaysia dan China dengan kos mencecah RM10.7 bilion selama 30 tahun. Tetapi saya melihat jawapan kementerian kepada soalan lisan Jerantut baru-baru ini pada 14 November 2024, MOT mengatakan yang perincian kos perbelanjaan yang terlibat belum dimuktamadkan kerana proses rundingan masih berjalan. Selepas melihat review berkenaan kereta api buatan China daripada negara Indonesia ini, makinlah kami risau akan kondisi gerabak tren yang bakal kita dapat melalui kaedah pajakan ini. Memang tren kita bukan autonomi seperti Indonesia, tetapi

draft • 4:40 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

risau. Ini adalah keratan akhbar Berita Harian pada November 15, 2024, “Indonesia pulangkan kereta api buatan China kerana gagal beroperasi tanpa pemandu.” Jadi persoalan saya, mengapa kerajaan mengambil keputusan untuk membuat kaedah pajakan dan bukan pembelian secara berperingkat? Mengapa pajakan dengan China walhal KTMB telah melakukan kerjasama dan berkongsi kepakaran dengan Jepun sejak 2019?

draft • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 4:40 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Saya pernah berbincang dengan Datuk Rizal Abduh Haji Saleh, kita mampu membuat kereta api sendiri. Beliau juga merupakan orang lama dalam industri pengangkutan di Malaysia. Juga, suara dari Kesatuan Pekerja- pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (Railwayman Union of Malaya) tidak boleh diabaikan.

Sekian, saya sudahi dengan wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

draft • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Saya jemput Yang Berhormat Miri.

draft • 4:40 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 13000 – Pembinaan dan Menaiktaraf Infrastruktur Lapangan Terbang. Saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun dan juga YB Menteri atas kelulusan menaik taraf Lapangan Terbang Miri yang diberikan dalam Belanjawan 2025.

Saya juga ingin merujuk kepada Butiran 040200 – Subsidi Tiket Penerbangan. Saya juga ingin ucapkan syabas dan tahniah atas usaha Kementerian Pengangkutan untuk sentiasa komited dalam membantu supaya kita dapat adakan tiket penerbangan yang lebih mampu milik. Tapi walau bagaimanapun, kami masih berhadapan dengan cabaran di mana kadangkalanya tiket penerbangan memang masih sangat tinggi dan tidak mampu dimiliki oleh rakyat terutamanya apabila mereka mempunyai urusan seperti pendidikan, kesihatan dan lain-lain selain daripada melancong. Kalau pelancongan mereka boleh membuat tempahan tiket awal dan menikmati mungkin kos yang lebih rendah, tetapi selalunya apabila kita mempunyai urusan yang mustahak, yang memerlukan untuk tempahan tiket dalam masa dua minggu, ia akan melonjak tinggi harganya.

Saya faham ini adalah disebabkan oleh mekanisme penetapan harga dalam syarikat penerbangan yang mana susah untuk kita kerajaan campur tangan secara terus kerana ia telah ditentukan oleh penawaran dan permintaan pasaran. Oleh itu, saya memohon kerajaan supaya dapat berunding dengan syarikat penerbangan untuk meningkatkan kekerapan penerbangan khususnya ke kawasan-kawasan yang mempunyai permintaan yang tinggi supaya ia akan mencapai satu tahap keseimbangan dan menstabilkan harga tiket penerbangan. Juga, boleh menerangkan kepada syarikat penerbangan supaya menggunakan pesawat yang lebih besar bagi memenuhi permintaan. Saya juga memohon supaya kerajaan boleh melihat untuk meluaskan inisiatif yang sedia ada seperti Perkhidmatan

draft • 4:42 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Udara Luar Bandar (RAS) dan juga program diskaun sedia ada untuk pelajar mahasiswa, pelajar-pelajar yang juga boleh diperluaskan kepada rakyat umum di Sabah, Sarawak yang kerap memerlukan perjalanan untuk tujuan perubatan dan pendidikan.

Kita boleh ambil contoh di negara luar seperti di Korea Selatan, di mana syarikat penerbangan telah memberi diskaun kepada residen daripada Jeju sahaja di mana kalau residen dari Jeju perlu ke Seoul, mereka akan dapat diskaun 10 sampai 20 peratus harga tiket penerbangan. Ini kerana bagi mereka, residen Jeju, mereka pergi ke Seoul bukan untuk tujuan pelancongan, tetapi adalah urusan penting yang mereka perlu hadir ke ibu negara.

Maklumlah Kuala Lumpur merupakan ibu negara bukan sahaja untuk negeri-negeri di Semenanjung, tetapi juga untuk rakyat Sarawak dan Sabah. Oleh itu, kita haruslah menjadikan Kuala Lumpur lebih mudah untuk diakses oleh rakyat dari Sabah dan Sarawak supaya mereka juga boleh datang ke sini untuk menjalankan urusan dari segi pentadbiran ataupun ekonomi. Oleh itu, saya memohon kerajaan untuk terus mengambil usaha untuk mencari jalan untuk menyelesaikan masalah harga tiket penerbangan yang mahal ini. Sekian, terima kasih.

draft • 4:42 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Miri.

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab dalam masa 25 minit.

draft • 4:42 PM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan Kementerian Pengangkutan di peringkat Jawatankuasa ini. Izinkan saya untuk memberikan sedikit makluman terlebih dahulu secara umum.

Kementerian Pengangkutan menyambut baik Belanjawan 2025 yang bertemakan “Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat” untuk memastikan kemakmuran ekonomi yang diraih dapat diterjemahkan kepada peningkatan kualiti dan taraf hidup rakyat. Inisiatif-inisiatif belanjawan ini sudah tentunya mencerminkan pengurusan fiskal yang bertanggungjawab dan seimbang bagi menyokong dan mempercepat agenda reformasi negara di samping menangani isu utama rakyat. Sejumlah RM6.596 bilion telah diperuntukkan kepada Kementerian Pengangkutan bagi keseluruhan anggaran perbelanjaan mengurus dan pembangunan bagi tahun 2025 iaitu peningkatan sebanyak 4.68 peratus berbanding tahun 2024.

Menerusi peruntukan belanja mengurus, MOT telah diperuntukkan sebanyak RM1.7 bilion, peningkatan sebanyak RM60 juta berbanding tahun lalu. Peningkatan ini ialah selaras dengan kenaikan gaji kakitangan awam dan sudah tentunya ini akan memberikan satu kesejahteraan kepada warga MOT. Manakala, sebanyak RM4.894 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan 116 projek ataupun program pembangunan yang telah diluluskan di bawah Rolling Plan 5, Rancangan Malaysia Kedua Belas. Daripada jumlah tersebut, RM4.2 bilion atau 86 peratus adalah bagi meneruskan pelaksanaan 97 projek sambungan ataupun

draft • 4:46 PM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

bakinya sebanyak RM682 juta bagi melaksanakan 19 projek baru yang diluluskan di bawah Belanjawan 2025.

Secara perbandingannya, peruntukan DE yang diluluskan di bawah Belanjawan 2025 meningkat 5.35 peratus berbanding tahun lalu. Peningkatan ini adalah kerana beberapa kelulusan projek seperti LRT Pulau Pinang dan juga pelaksanaan projek sambungan sedia ada yang sedang berada di tahap puncak seperti RTS Link, Projek Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT1 dan 2), Projek Landasan Keretapi Berkembar Gemas - Johor Bahru, perolehan ETF 3, Projek Pembesaran dan Menaik Taraf Lapangan Terbang Kota Bharu, Tawau dan projek meroboh, membina dan menaik taraf terminal dan jeti penumpang, kargo dan RORO Kuala Kedah.

Bertepatan dengan tema Belanjawan 2025, MOT telah dipertanggungjawabkan untuk meneruskan program subsidi pengangkutan awam bagi membantu rakyat meringankan kos sara hidup. Sejumlah RM508.9 juta ataupun hampir 30 peratus daripada jumlah keseluruhan peruntukan mengurus MOT telah diperuntukkan bagi subsidi pengangkutan awam yang meliputi darat, rel dan udara seperti berikut – ■1650 • Insentif pas bulanan tanpa had di kawasan Lembah Klang dan Pas Mutiara di utara dengan jumlah peruntukan RM226 juta.

• Subsidi Tren Tidak Ekonomik di laluan sedia ada Tumpat ke Kuala Lipis dan tambahan laluan ke Gemas dengan peruntukan RM22 juta, • inisiatif Pas Perjalanan Percuma Pelajar Sekolah dan OKU dengan peruntukan RM3.9 juta untuk KTM komuter, • Subsidi Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) di pedalaman Sabah dan Sarawak serta laluan baru Kota Kinabalu ke Layang-layang serta Miri ke Long Banga sebanyak RM209 juta.

• RM48 juta bagi Subsidi Tiket Penerbangan FLYsiswa dan musim perayaan yang akan memanfaatkan 60,000 orang mahasiswa dan rakyat khususnya di negeri Sabah dan Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM4.894 bilion akan dimanfaatkan bagi pelaksanaan 116 projek yang akan dikategorikan di bawah lima kategori utama iaitu:

(i) projek rel kereta api sebanyak RM2.1874 bilion atau 44 peratus;

(ii) pengangkutan awam bandar sebanyak RM1.8 bilion, 34.56 peratus;

(iii) pengangkutan udara, RM310 juta ataupun 6.35 peratus;

(iv) pengangkutan maritim sebanyak RM199.5 juta; dan

(i) peruntukan sebanyak RM286 juta untuk kos membangun, menaik taraf dan menyelenggara aset dan sistem yang diguna pakai di bawah agensi.

draft • 4:46 PM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Tuan Pengerusi, saya rasa sukar untuk menjawab setiap satu persoalan yang ditimbulkan kerana ada berpuluh soalan yang ditimbulkan daripada hampir 20 pembahas tetapi saya akan cuba menjawab beberapa soalan pokok, soalan utama. Pertamanya, saya ingin menjawab soalan daripada pihak Jerantut. Jerantut telah mengemukakan beberapa persoalan berkenaan dengan Pelabuhan Kemaman. Pelabuhan Kemaman itu memang sedang dalam perancangan kita dan akan kita muktamadkan dari segi kajian teknikal itu dan akan diangkat untuk pertimbangan oleh Kementerian Pengangkutan sama ada bagaimana kita melaksanakan.

Tetapi secara umumnya, untuk pengetahuan Yang Berhormat Jerantut, dari segi pembangunan ataupun pembesaran pelabuhan-pelabuhan sekarang ini, kita biasanya menyerahkan kepada pihak operator untuk menjana ataupun melabur dalam DE ataupun dalam CapEx mereka dengan memberikan konsesi yang lebih panjang kepada pihak operator. Umpamanya di West Port, dia tidak melibatkan peruntukan kerajaan. Mereka membesarkan dermaga itu untuk diperbesarkan, ditambah kapasiti tetapi kita memberikan satu konsesi yang lebih panjang kepada pihak operator untuk recoup investment mereka.

Jadi dalam kes Kemaman, kita akan lihat sama ada model yang sama akan diguna pakai ataupun model-model lain. Setakat ini, belum ada satu ketetapan tetapi saya telah pun menyatakan hasrat saya kepada pihak operator di Kemaman Port bahawa saya akan melawat Kemaman Port pada bulan Januari nanti dan akan ada satu perbincangan yang lebih lanjut dengan pihak Kemaman Port.

Seterusnya, Yang Berhormat tadi ada menyebab— dan juga Yang Berhormat daripada Merbok juga ada membangkitkan isu berkenaan dengan Kulim (KXP). Dalam isu KXP ini, seperti yang telah pun banyak kali kita jawab dalam Dewan yang mulia ini, permohonan rasmi baru dikemukakan oleh pihak Kerajaan Negeri Kedah pada bulan Ogos yang lalu.

Walaupun perkara ini sudah kecoh sejak tahun lalu, tetapi berulang kali saya telah jawab bahawa tahun lalu memang tak ada permohonan secara rasmi. Permohonan rasmi untuk memohon satu aerodrom hanya dikemukakan pada bulan Ogos yang lalu. Sekarang ini, ada dua pihak sedang mengenal pasti atau pun menilai permohonan itu iaitu CAAM dari segi teknikal – Civil Aviation Authority Malaysia dan juga MAVCOM untuk melihat kebolehlaksanaan ataupun sama ada boleh diluluskan aerodrom itu.

Jadi, keputusan saya sebagai Menteri Pengangkutan sudah tentu perlu berlandaskan kepada recommendation mereka. Setakat ini belum sampai ke pejabat saya laporan mereka.

Satu perkara yang perlu kita ambil kira, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kita menilainya dengan objektif. Tak ada unsur politik, tak ada apa-apa unsur lain. Kita akan menilai dengan objektif. Sekiranya ia memenuhi segala syarat, sudah tentu kita akan tiada masalah untuk memberikan keputusannya. Tetapi ada satu faktor yang sangat penting yang ramai daripada Ahli Yang Berhormat gagal mengambil kira iaitu berdekatan dengan Kulim ini ada satu lapangan terbang di Butterworth. Itu merupakan markas udara TUDM.

draft • 4:46 PM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Jadi, ulasan daripada pihak TUDM sangat penting sama ada ia akan mengganggu atau tidak pergerakan kapal-kapal dan juga pesawat-pesawat TUDM di sekitar kawasan itu.

Jadi, itu merupakan satu faktor yang sangat penting sama ada boleh diletakkan satu aerodrom baru di kawasan berdekatan. Jadi, kalau itu dapat diselesaikan, maka kita tiada masalah. Tetapi saya hendak bagi satu pandangan terlebih dahulu bahawa itu antara satu pertimbangan yang sangat penting kerana ia melibatkan markas tentera udara negara kita.

Ini melibatkan pertahanan negara di— bukan sahaja di kawasan utara tetapi di seluruh kawasan Semenanjung Malaysia. Jadi, ini sesuatu perkara yang penting.

Saya nak bagi komitmen bahawa pertimbangan saya sebagai Menteri Pengangkutan adalah berdasarkan kepada semua penilaian secara objektif. Kerja kita dalam kerajaan mesti melihat kepada kepentingan seluruh negara. Dalam hal ini saya kesal sedikit dengan pandangan daripada Yang Berhormat Pasir Mas tadi yang mempersoalkan soal Projek LRT Pulau Pinang. Seolah-olah Yang Berhormat Pasir Mas ini, kalau apa sahaja berkenaan dengan Pulau Pinang, dia...

draft • 4:46 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Saya tanya, Menteri. Saya tanya, bukan persoal.

draft • 4:46 PM

Tuan Loke Siew Fook

Tak apa, tak apa. Duduk. Saya jawab dulu. Tadi sebab Yang Berhormat mempersoalkan unjuran penumpang. Saya nak nyatakan, yang pertamanya, dari segi projek pengangkutan awam ini, memang kalau nak recoup investment itu sukar. Memang betul. Semua projek-projek pengangkutan awam ini akan melibatkan perbelanjaan kerajaan yang cukup besar. Kalau nak dapat balik pelaburan itu dalam satu tempoh yang pendek, memang sukar.

Kebanyakan projek pengangkutan awam ini memang rugi. Tetapi kita lihat dari segi pembangunan sosioekonomi. Kalau hendak dikatakan unjuran penumpang, nak justify. ECRL pun sukar nak justify, untuk Kelantan. Tetapi adakah kerajaan mengatakan bahawa kita tidak membangunkan ECRL ke Kelantan? Tidak.

draft • 4:46 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

[Bangun]

draft • 4:46 PM

Tuan Loke Siew Fook

Saya dua kali jadi Menteri Pengangkutan. Dari segi soal ECRL ke Kelantan, tak pernah saya kata tak sokong ataupun bantah. Kita tetapi mempertahankan projek itu sampai ke Kelantan. Tak menjadi masalah. Malah, baru-baru ini saya cuba meyakinkan pihak Kabinet untuk kita lihat bagaimana sambung ECRL itu sampai ke Rantau Panjang supaya kita boleh sambung ke negeri Thailand.

Jadi, itu bezanya antara kita dengan Yang Berhormat. Jadi, saya nak Pulau Pinang maju, saya juga nak Kelantan maju. Saya nak rakyat Pulau Pinang mendapat kesejahteraan.

Saya juga nak rakyat Kelantan mendapat kemudahan. Begitu juga rakyat di Sabah dan Sarawak.

Jadi, kita jangan bermain politik dalam soal infrastruktur ini. Infrastruktur ini penting untuk negara, penting untuk semua wilayah, penting untuk semua negeri. Apabila kita buat infrastruktur, ini kemudahan untuk rakyat. Ini membawa kemajuan kepada ekonomi dan juga pembangunan negara. Maaf, Yang Berhormat. Saya ada 15 minit lagi sahaja.

draft • 4:46 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Sikit, tentang...

draft • 4:46 PM

Tuan Loke Siew Fook

Tak apa, tak apa. Sekejap. Saya jawab— banyak persoalan yang saya nak jawab daripada Yang Berhormat khususnya daripada Jerantut, rakan saya.

Dari segi pemandu di bawah pengaruh ataupun driving under influence, pemandu mabuk dan sebagainya. Memang tindakan tegas diambil. Cuma, dari segi tindakan itu, dia akan diambil oleh pihak PDRM, oleh polis. Dalam mana-mana kes, pemandu di bawah pengaruh ini sama ada mabuk minum alkohol ataupun mabuk dadah, mabuk ketum dan sebaginya, semuanya akan diambil tindakan oleh pihak polis dari segi pendakwaannya. Jadi, tak menjadi apa-apa pertikaian bahawa kita tak mengambil tindakan. Memang tindakan telah pun diambil dan akan diambil dan hukuman itu memang telah pun meningkat.

Dalam Dewan ini juga, pada tahun 2020 yang lalu, kita sama-sama meluluskan pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan untuk meningkatkan satu hukuman penjara yang lebih besar dan lebih tinggi kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam kesalahan ini. Jadi, memang tidak ada kompromi dari segi apa-apa kesalahan, dari segi pemandu yang membawa kereta di bawah pengaruh DUI.

Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat, ada beberapa perkara lain yang saya ingin jawab juga untuk memastikan supaya ada pemahaman. Tadi Yang Berhormat Langkawi, saya jawab dulu Yang Berhormat Langkawi. Yang Berhormat Langkawi tanya satu soalan yang cukup penting yang saya nak jawab, mengambil peluang ini. Yang Berhormat Langkawi tanya kenapa CAAM ini dapat RM100 juta sahaja daripada RM150 juta. Biar saya jawab ini. Memang betul, kita turunkan peruntukan untuk CAAM. Mengapa? Sebab CAAM ini adalah satu agensi ataupun badan berkanun. Sekarang ini memang setiap tahun dia tak cukup duit. Kutipan CAAM ini tak mencukupi untuk bayar gaji dan sebaginya. Jadi, ada funding gap. Kerajaan terpaksa bantu memberikan suntikan dana RM150 juta untuk mereka kekal berdaya saing ataupun kekal boleh beroperasi, boleh bayar gaji.

draft • 4:46 PM

Tuan Loke Siew Fook

Tahun depan saya nak naik tarafkan CAAM ini sebagai badan berkanun, diasingkan dan dibebaskan saraan daripada kerajaan. Maksudnya, tangga gaji, skim gaji untuk kakitangan-kakitangan CAAM ini akan dinaikkan. Bukan lagi tertakluk kepada skim JPA sedia ada. Tetapi, syaratnya, mereka mesti jadi financially independent. Mereka mesti bebas dari segi kewangan, dia ada dana dia sendiri.

Bagaimana kita hendak menjana dana untuk CAAM? Saya telah luluskan kenaikan aeronautical charges, caj-caj penerbangan khususnya pesawat-pesawat asing yang menggunakan ruang udara kita, yang melalui ruang udara kita, kita naikkan kadar. Berpuluh tahun tak pernah naik kadar itu. Kita bagi orang lain perkhidmatan yang murah.

Jadi, saya naikkan caj itu― aeronautical charges. Pendapatan CAAM akan naik daripada RM100 juta lebih kepada RM400 juta setahun. Cukup untuk membiayai semua perbelanjaan CAAM ini. Maka, kita boleh pun naikkan gaji kakitangan-kakitangan CAAM dan badan berkanun ini akan menjadi satu badan berkanun yang diasingkan saraannya.

draft • 5:00 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 5:00 PM

Tuan Loke Siew Fook

Ya. Maaf.

draft • 5:00 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Saya nak tanya, adakah akan ada kesan kepada kadar dan kos pengangkutan udara?

draft • 5:00 PM

Tuan Loke Siew Fook

Itu tak melibatkan― itu saya katakan, major portion itu ialah kepada pesawat-pesawat asing. Aeronautical charges ini adalah overflight charges.

Memang ada beberapa kenaikan dan sebagainya, tetapi itu komponen kecil dalam syarikat- syarikat penerbangan yang tidak memberikan kesan besar kepada syarikat-syarikat penerbangan dari segi kos.

Tetapi, major portion itu tidak melibatkan syarikat penerbangan negara. Syarikat penerbangan asing daripada negara jiran dan sebagainya. Bayangkan dalam geografi ruang udara kita, setiap pesawat daripada negara jiran kita, dia hendak pergi ke Barat, dia mesti melalui ruang udara kita. Dia pakai kita punya air traffic control. Kena bayar. Setiap negara kena bayar, kena caj. Berpuluh tahun tak pernah review. Kita yang review.

Kita naikkan caj ini, kita berani naikkan caj ini supaya CAAM ada satu dana yang lebih besar. Apabila dana itu lebih besar, kita dapat perkasakan CAAM ini. Dia tak payah lagi jadi satu jabatan kerajaan, bukannya badan berkanun yang masih diikat dengan saraan JPA. Diasingkan secara sepenuhnya.

Dan saya yakinkan kepada MoF bahawa tolong kita percepatkan proses ini, kita boleh kurangkan peruntukan daripada MoF. Maka tahun ini, kita hanya minta RM1 juta untuk enam bulan pertama kerana kalau semua proses ini siap menjelang separuh tahun kedua, kita boleh teruskan. Jadi, itu jawapan komprehensif kepada Yang Berhormat Langkawi. Saya harap Langkawi faham supaya tidak mempersoalkan perkara ini.

Satu lagi perkara besar yang ingin hendak jawab dalam perkara ini. Sebab, ramai yang timbulkan berkenaan dengan isu pajakan kereta api. Mengapa kita hendak buat model pajakan ini? Ramai juga Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat Langkawi tadi tulis nota kepada saya kata ada rungutan, ada aduan daripada pengundi Yang Berhormat Langkawi kata KTM utara selalu lewat, tren Komuter tak tepat masa. Betul, kita tahu. Ini memang masalah, ini memang kelemahan. Itu yang saya cuba perbaiki kelemahan ini.

Mengapa ada kelemahan dari segi kelewatan? Sebab, tren tak cukup. Tren kita banyak rosak. Banyak Ahli-ahli Yang Berhormat daripada sebelah utara minta tambah ETS, tambah Komuter utara. Memang kita hendak tambah. Itu sebabnya kita buat satu model baharu untuk tambah gerabak ini dengan lebih cepat, dengan lebih banyak dalam satu tempoh masa yang pendek.

Tetapi, Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri juga keliru, hendak bantah juga model ini.

Saya tahu ada pihak-pihak yang feed information, tapi jangan dengar sebelah sahaja. Dengar kedua-dua belah hujahnya.

Mengapa kita buat model ini? Kalau kita buat model procurement secara konvensional, satu tahun kita boleh dapat berapa? Sebab, kita punya bajet untuk satu cycle tiga tahun, hanya boleh dapat maksimum mungkin 10 set. Kalau hendak ambil 50 set, mungkin kena tunggu 15 tahun. Jadi, kalau kita tambah 10 set, mana saya hendak letak?

draft • 5:00 PM

Tuan Loke Siew Fook

Hendak letak utara, tak cukup. Hendak letak Lembah Klang, tak cukup. Hendak letak selatan, tak cukup. Jadi, kita perlukan gerabak yang lebih banyak. Kita perlukan set yang lebih banyak.

Tetapi, dari segi cash flow kita, kita tak mampu. Kalau kita buat konvensional, dari segi procurement-nya, mana boleh Kementerian Ekonomi bagi satu kali RM10 bilion. MoF tak boleh peruntukkan RM10 bilion terus kepada MOT. Kita punya bajet pembangunan satu tahun RM4 bilion sahaja. Kementerian lain juga perlukan.

Jadi, itu sebabnya kita buat model pajakan.

draft • 5:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Yang Berhormat Menteri, boleh bagi laluan?

draft • 5:00 PM

Tuan Loke Siew Fook

Model pajakan ini― biar saya perjelaskan. Model pajakan ini G2G. Sudah tentu rundingan antara dua kerajaan. Apabila rundingan dengan dua kerajaan, kerajaan buat guarantee.

Ada pula tadi persoalan, “Oh, mengapa dari China?”. Tren-tren yang Yang Berhormat pakai itu, dari China juga. Dari CRC. Ada juga keliru tadi, nama syarikat pun salah, kata CSSR. Bukan CSSR. CRRC. Itu ada kilang dekat Batu Gajah sekarang. Kalau Yang Berhormat minat, boleh pergi tengok. Kita tidak ada masalah hendak memberikan pencerahan.

Ini bukannya soal ada apa-apa kompromi dan sebagainya. Ada kata, “Oh, kereta api China ini, dihantar balik oleh Indonesia”. Itu pun salah faktanya. Itu ART, bukannya EMU.

Ada bezanya. ART itu tak payah trek. Itu ART autonomi, yang tak ada pemandu, yang Indonesia hendak pulangkan. Itu terpulanglah kepada mereka.

Tetapi, apa yang kita sebut di sini ialah gerabak-gerabak EMU, Komuter dan juga ETS. Ini EMU yang perlukan trek, perlukan pemandu. Kita tak pernah kata nak membeli ART tanpa pemandu. Jadi, Indonesia punya kereta api cepat, HSR mereka juga daripada China.

Dia tak pulangkan kereta api cepat daripada Jakarta ke Bandung itu kepada China. Yang dipulangkan ART sahaja. Jadi, ART ada bezanya dengan apa yang kita sebut di sini.

Jadi, yang keduanya, Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam perjanjian ini, Kerajaan Malaysia juga akan syaratkan satu SPV ditubuhkan. SPV ini mesti pegangan majoritinya oleh Kerajaan Malaysia 51 peratus, usaha sama dengan pihak negara China untuk bangunkan tren-tren ini.

Dan dari segi nasib dan juga kebajikan pekerja KTMB, tidak ada apa-apa kesan langsung. Kita tak pernah cakap pun akan kurangkan satu pun pekerja KTMB. Tak pernah ada. Jadi, pekerja-pekerja KTMB masih ada kerja mereka kerana ada banyak lagi tren lain yang perlu diselenggarakan. Kalau kita boleh tambah set tren itu dengan lebih banyak, maka operasi bertambah, sudah tentu kita memerlukan pekerja. Mana mungkin pekerja KTMB dikurangkan.

Jadi, itulah saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat― termasuk Klang tadi persoalkan juga. Ini BBC pun persoalkan. Dia pun tak faham. Jadi, ini bukan soal kita ada apa-apa komplot dengan mana-mana pihak. Ini dari segi satu langkah, satu solution secara praktikal.

draft • 5:00 PM

Tuan Loke Siew Fook

Ahli-ahli Yang Berhormat minta tambah tren, tambah kekerapan, bagi keselesaan. Kita dah buat. Dalam tempoh tiga tahun nak dapat 50 set tren baharu. Tambahlah untuk utara, tambahlah untuk sampai ke Perlis, tambah untuk selatan, Lembah Klang dan sebagainya.

Termasuk Pantai Timur.

Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya berharap perkara ini dapat difahami dan tidak menjadi satu polemik. Kerana, apa yang kita nak buat secara terbuka, kita tak sorok-sorok.

Saya buat pengumuman. Apabila ada keputusan Kabinet, saya maklumkan kepada orang ramai. Saya jawab dalam Parlimen. Tak ada sorok-sorok.

Jadi, apa yang kita buat ini ialah demi kepentingan negara untuk memberikan satu kemudahan tren yang lebih baik kepada rakyat kepada negara kita dan supaya kita sama- sama dapat bangunkan dengan lebih cepat dan dapat anjakan― ini yang ditekankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kalau kita nak buat beransur-ansur, tak selesai masalah. Kita nak satu anjakan besar, satu anjakan cepat...

draft • 5:00 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

YB Menteri, saya setuju dengan apa yang YB Menteri cakap.

draft • 5:00 PM

Tuan Loke Siew Fook

Ya, terima kasihlah.

draft • 5:00 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Belah sana pun tak faham, sini pun tak faham.

draft • 5:00 PM

Tuan Loke Siew Fook

Ya.

draft • 5:00 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tapi, yang ETS ke Padang Besar ini, YB Menteri...

draft • 5:00 PM

Tuan Loke Siew Fook

Maaf. Maaf, Yang Berhormat. Banyak lagi ini.

draft • 5:00 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Saya naik dekat Alor Setar itu, dah 80 percent penuh. Sebab, banyak pelancong naik daripada Thailand. Tapi, bila tak ada di situ, saya ambil yang Butterworth. Butterworth punya jarang sekali yang 100 percent penuh.

draft • 5:00 PM

Tuan Loke Siew Fook

Ya.

draft • 5:00 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Saya nak cadangkan supaya tarik satu daripada Butterworth pergi ke Padang Besar, sebab dia bukan sahaja mengambil kita punya penumpang dari utara tetapi juga daripada pelancong- pelancong itu. Boleh tak YB Menteri pertimbangkan? Terima kasih.

draft • 5:00 PM

Tuan Loke Siew Fook

Faham, faham. Memang kita tahu ada isu dari segi ticketing untuk bagaimana kita optimumkan. Jadi, memang itu kalau ada kelemahan-kelemahan itu, memang kita akan ambil kira untuk kita perbaiki. Saya tak ada masalah untuk menerima apa- apa pandangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat demi untuk kita mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan kita.

Jadi, saya harap jangan timbulkan...

draft • 5:00 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Yang Berhormat Menteri, isu demerit itu sikit.

draft • 5:00 PM

Tuan Loke Siew Fook

Isu apa?

draft • 5:00 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Isu demerit. Kuantan tadi.

draft • 5:00 PM

Tuan Loke Siew Fook

Kuantan?

draft • 5:00 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Isu demerit. Demerit.

draft • 5:00 PM

Tuan Loke Siew Fook

Demerit. Demerit, nanti saya akan jawab dengan lebih terperinci melalui jawapan bertulis.

Cuma, saya nak bagi tahu, tadi ada beberapa Ahli Yang Berhormat ada timbulkan soal tiket feri. Ini saya juga hendak berikan sedikit pencerahan. Saya pun peliklah ramai daripada Ahli-ahli daripada negeri luar, yang bukan Pulau Pinang, dia sangat prihatin akan kerugian Feri Pulau Pinang.

draft • 5:00 PM

Tuan Loke Siew Fook

Memang betul operator feri pulau pinang rugi tetapi itu bukan ditanggung oleh kerajaan. Itu ditanggung oleh Penang Port Sdn. Bhd. operator sebab itu merupakan antara obligasi kepada Penang Port apabila mereka mengambil alih pelabuhan-pelabuhan Pulau Pinang, dia mesti laksanakan perkhidmatan feri untuk Pulau Pinang. Jadi memang ada kerugian.

Jadi kita nak bantu operator-operator ini, betul kita nak cuba dapatkan subsidi diesel runtuk operator-operator feri dan Kementerian Pengangkutan memang sudah berbincang dengan Kementerian Kewangan. Saya rasa ada berita baik akan kita sampaikan tak lama lagi. Secara prinsipnya Kementerian Kewangan tak ada masalah tetapi saya perlukan black and white, surat daripada Kementerian Kewangan dulu bahawa memberikan subsidi kepada operator Saya nyatakan dalam Dewan yang mulia ini apabila dia diberikan subsidi, kita tak pilih kasih. Bukannya hanya operator feri Pulau Pinang saja dapat subsidi. Feri Langkawi juga akan dapat, Feri Tioman juga akan dapat, feri dekat Sabah juga akan dapat subsidi ini.

[Tepuk] Jadi kalau dapat...

draft • 5:10 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Terima kasih Menteri.

draft • 5:10 PM

Tuan Loke Siew Fook

...Semua akan dapat, semua akan beri. Supaya kita nak pastikan operator-operator feri ini dapat survive, mereka dapat lanjutkan operasi mereka dan supaya tiket itu tidak membebankan kepada pengguna. Ini yang penting. Jadi memang kita dari segi ini kita memperjuangkan dan kita memang nak meyakinkan Kementerian Kewangan. Kita nak rasionalisasi subsidi tetapi beberapa operator ini mesti dibantu sebab ini adalah perkhidmatan-perkhidmatan wajib.

Kalau kita tak bagi subsidi tak ada operator feri nak buat maka daripada Kuala Kedah, Kuala Perlis nak pergi ke Pulau Langkawi tak ada lagi network. Mana boleh kita putus hubungan. Jadi itu memang akan dibuat. Langkawi tanya ada tak operator nak buat teksi?

Kalau ada operator nak melabur, saya alu-alukan. Yang Berhormat Langkawi bawa kepada saya, saya akan cuba facilitate perkara ini. Jadi tak menjadi masalah kalau mana-mana pihak nak membuka ataupun operasi baru untuk mendapatkan lesen untuk memberikan perkhidmatannya lebih baik kepada penduduk-penduduk. Jadi saya berharap...

draft • 5:10 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah - Langkawi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya bangkitkan Pulau Pinang bukan nak menyibuk tetapi it is in public news dengan izin.

draft • 5:10 PM

Tuan Loke Siew Fook

Terima kasihlah, terima kasih.

draft • 5:10 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Yang Berhormat.

draft • 5:10 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Menteri, Padang Rengas, Menteri.

draft • 5:10 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Petaling Jaya.

draft • 5:10 PM

Tuan Loke Siew Fook

Ya, Petaling Jaya tanya pasal itu e-hailing motosikal. E- hailing motosikal ini...

draft • 5:10 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Kalau ada yang berminat, boleh tak diberikan peluang?

draft • 5:10 PM

Tuan Loke Siew Fook

E-hailing motosikal pernah pun kita buat pilot projek dulu tetapi saya rasa masa itu memang tidak begitu mendapat sambutan tetapi kalau ada pihak operator yang cuba nak buat sandbox dan sebagainya, saya alu-alukan. Kita terbuka untuk buat proof of concept (POC) ini. Kalau dekat Petaling Jaya ada satu kawasan – tetapi saya nak bagilah pandangan dulu kepada Yang Berhormat.

Budaya rakyat Malaysia ini tak begitu suka menggunakan e-hailing motosikal. Itu mungkin saya silap, mungkin saya salah. Kalau ada bukti bahawa POC ini berjaya, saya terbuka untuk pandangan ini. Kita harap ia dapat membolehkan ataupun meringankan lagi beban untuk first mile dan last mile.

draft • 5:10 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Terima kasih banyak.

draft • 5:10 PM

Tuan Loke Siew Fook

Jadi, saya banyak terbuka kalau ada permohonan, saya akan bincang dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan dan juga pihak APAD untuk memberikan satu kelulusan secara prinsip untuk POC dulu.

draft • 5:10 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Okey.

draft • 5:10 PM

Tuan Loke Siew Fook

Sebab semua perkara pun kita kena ada proof of concept

(POC). Kalau tanpa proof of concept, sukar untuk kita berikan kelulusan.

draft • 5:10 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Terima kasih banyak.

draft • 5:10 PM

Tuan Loke Siew Fook

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya dah tak ada masa lagi...

draft • 5:10 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Menteri, Padang Rengas.

draft • 5:10 PM

Tuan Loke Siew Fook

Banyak, saya tahu ada ramai yang bangkit tentang...

draft • 5:10 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Kalau tak sempat bagi secara bertulis Menteri.

draft • 5:10 PM

Tuan Loke Siew Fook

Ya, memang secara bertulis, semua saya akan bagi.

draft • 5:10 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Tiket penerbangan Menteri.

draft • 5:10 PM

Tuan Loke Siew Fook

Berkenaan dengan banyak perkara lagi. Saya akan bagi secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk kita bagikan pencerahan tetapi seperti biasa...

draft • 5:10 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Yang Berhormat Menteri, Setiu sedikit? Nak penjelasan sikit saja, Setiu boleh?

draft • 5:10 PM

Tuan Loke Siew Fook

Cukuplah Setiu ya. Saya dah landing dah.

draft • 5:10 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

ECRL.

draft • 5:10 PM

Tuan Loke Siew Fook

Dah landing dah sebab banyak isu di sini. Kalau saya nak bagi satu persatu memang sukar untuk sekarang ini, untuk secara lisan.

draft • 5:10 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Cuma saya nak minta supaya Menteri turun padang lawat kawasan jajaran ECRL. Walaupun Menteri kata dah ada pandangan daripada JPS ketika nak buat jajaran tetapi apa yang berlaku sebagaimana yang saya sebut dalam perbahasan, berlaku sebaliknya. Banyak kawasan-kawasan yang ditenggelami air ketika banjir.

draft • 5:10 PM

Tuan Loke Siew Fook

Saya akan, akan...

draft • 5:10 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Minta Menteri turunlah.

draft • 5:10 PM

Tuan Loke Siew Fook

Saya akan cuba turun, saya akan minta supaya – Memang saya tak ada turun, termasuk negeri-negeri di Pantai Timur. Kelantan, Terengganu memang saya turun. Kedah, semua saya turun. Seperti yang saya katakan kita bukannya pergi negeri- negeri di bawah Kerajaan Perpaduan saja.

draft • 5:10 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu, saya bawa ke Setiu.

draft • 5:10 PM

Tuan Loke Siew Fook

Jadi untuk yang terlebih dahulu, sekarang ini memang musim banjir. Saya tahu, saya berasa simpati dan saya ucapkan ucapan simpati saya kepada rakyat di Pantai Timur khususnya dilanda banjir besar sekarang ini.

Memang KTMB pun terjejas, baru saya dapat laporan tadi. Track KTMB telah pun dibanjiri. Laluan DMU tak boleh bergerak sekarang ini, tak boleh melalui landasan-landasan kereta api. Jadi kalau mana-mana kawasan yang dikatakan banjir sebab projek ECRL, saya akan minta pihak MRL untuk turun secepat mungkin untuk melihat bagaimana untuk memberikan mitigasi.

Dari segi jajaran tak boleh lagi diubah Yang Berhormat. Kalau jajaran itu jambatan, jejambat, semua telah dibina. Macam mana nak robohkan nak pindah ke tempat lain? Tak boleh.

draft • 5:10 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Ubah, cuma baik pulih yang rosak itulah.

draft • 5:10 PM

Tuan Loke Siew Fook

Itu memang impossible tetapi kita perlu ada mitigasi. Ada mitigasi bagaimana buat tebatan banjir dan sebagainya. Saya akan minta pihak MRL buat segera supaya isu-isu banjir ini dapat diselesaikan. Supaya meringankan beban kepada rakyat di sekeliling kawasan terbabit. Sekian, terima kasih.

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih semua Ahli Yang Berhormat kerana menyokong bajet untuk Kementerian Pengangkutan.

draft • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,702,433,900 untuk Kepala B.28 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2025 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

draft • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.28 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.28 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2025 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.28 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

draft • 5:10 PM
Kepala B. 47 [Jadual] – Kepala P. 47 [Anggaran Pembangunan 2025] –

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kepala Bekalan B.47 dan Kepala Pembangunan P.47 di bawah Kementerian Komunikasi terbuka untuk dibahas.

Senarai Pembahas adalah seperti berikut. YB Jelutong, YB Tasek Gelugor, YB Segamat, YB Pasir Mas, YB Shah Alam, YB Masjid Tanah, YB Bangi, YB Kepala Batas, YB Pasir Gudang, YB Langkawi, YB Kudat, YB Padang Besar dan YB Pekan.

Saya jemput Yang Berhormat Jelutong.

draft • 5:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Puan Pengerusi.

Hari ini saya pakai ribbon oren kerana kita selalu mempertahankan wanita dan akan menentang siapa-siapa yang cuba berlaku ganas terhadap wanita.

[Tepuk] Terima kasih Puan Pengerusi. Saya bangun untuk menyokong belanjawan ini dan saya ingin merujuk kepada Butiran 020500 – Penyiaran (RTM) dan juga Butiran 040400 – Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Saya lihat bahawa terdapat pengurangan dalam pembentangan belanjawan Butiran 020500 dari RM551,000 kepada – RM551 juta kepada RM441 juta.

Saya di sini pertamanya, ingin bertanya kenapa? Kerana pada hemat saya, kita perlu memantapkan lagi, memperkuatkan lagi penyiaran oleh pihak RTM yang merupakan stesen penyiaran rasmi kerajaan. Terutamanya untuk mempromosikan program-program yang boleh membawa kepada kemajmukan, kemakmuran, kesejahteraan dan kebersamaan oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Perpaduan rakyat adalah sesuatu yang perlu di ditonjolkan pada setiap masa.

Di sini saya memuji Menteri dan Timbalan Menteri yang hadir. Apabila saya melihat sambutan Hari Kebangsaan. Lagu yang disiarkan Macha Macha oleh Zubair Khan. Adalah satu kesimpulan di mana lagu itu adalah lagu yang dinyanyikan dalam bahasa Tamil tetapi saya sendiri ketika itu tidak tahu bahawa penyanyinya adalah Zubair Khan. Dia merupakan seorang keturunan Pakistan dan sekarang adalah merupakan seorang warganegara Malaysia.

draft • 5:17 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ayah dan ibunya merupakan daripada Pakistan tetapi adalah warganegara Malaysia.

Seorang Melayu yang lagunya begitu sedap untuk didengar dan juga memberi suntikan semangat.

draft • 5:17 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ini adalah salah satu contoh yang ingin saya gunakan, di mana lagu itu dimainkan semasa perarakan Hari Kebangsaan. Kita lihat bahawa semua pemuda-pemudi yang bersama-sama menyertai perarakan Hari Kebangsaan menyanyi lagu itu dan menari dengan rentak yang sama dan ini memberi konsep ke-Malaysiaan yang patut digalakkan. Jadi, saya menggunakan kesempatan ini untuk menyeru Menteri dan Timbalan Menteri untuk memperkasakan lagi program-program sebegini. Kerana kita lihat dewasa ini bahawa terdapat pihak-pihak yang berkecenderungan untuk memecahbelahkan kita, untuk menghasut, untuk menggunakan perkara-perkara kecil untuk memecahbelahkan kita.

So, saya merasakan bahawa kita hanya boleh melawan hasutan ini, tindakan- tindakan oleh pihak-pihak tertentu untuk memecahbelahkan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dengan memberi promosi– mempromosikan kita punya local talents, dengan izin, seperti Zubir Khan dan memberikan beliau banyak lagi siaran dalam RTM supaya beliau dan artis-artis tempatan lain akan mempunyai satu tempat untuk menyiarkan program-program dan lagu-lagu mereka. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya juga ingin menyentuh kepada Hari Wartawan Nasional.

draft • 5:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Jelutong. YB Jelutong, boleh celah sikit?

draft • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Bangi.

draft • 5:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Boleh?

draft • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Bangi kawan saya. Bagilah.

draft • 5:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, terima kasih. Terima kasih.

draft • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Puan Pengerusi, minta masa tambahan sikit?

draft • 5:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

[Ketawa] Saya cuma nak ambil peluang ini untuk memuji sambutan Hari Kebangsaan tahun ini yang mana buat pertama kali kita ada perarakan daripada pelbagai bangsa yang menunjukkan bahawa inilah satu pengiktirafan bahawa Malaysia ini ada kepelbagaian bangsa dan warisan. Terima kasih.

draft • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Bangi. Minta dimasukkan dalam ucapan saya. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, Puan Pengerusi, hari ini saya membaca satu berita yang agak memeranjatkan dalam Malaysiakini yang bertajuk, “Journalist Who Exposed Migrant Workers Issues Have Been Threatened”. Dalam konteks ini, saya ingin merujuk kepada Hari Wartawan Nasional. Butiran 040600 – Hari Wartawan Nasional (HAWANA), di mana saya lihat bahawa peruntukannya sama sahaja, RM5 juta. Saya merasakan bahawa peruntukan ini perlu ditambahkan. Kita perlu memuji wartawan-wartawan yang membongkarkan apa-apa skandal, memberikan mereka penganugerahan. Dalam konteks ini, saya minta supaya kementerian memberi perlindungan kepada dua wartawan ini iaitu S Vinotha dan B Nantha Kumar, wartawan daripada

draft • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Malaysiakini yang telah pun menerima ugutan kerana membongkarkan isu pemerdagangan orang dewasa ini. So, saya menggunakan kesempatan ini dan menyokong belanjawan yang dibentangkan.

Sekian, terima kasih. Saya pohon menyokong.

draft • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya jemput Yang Berhormat Tasek Gelugor.

draft • 5:20 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Terima kasih Pengerusi yang saya hormati, rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya terus ke Butiran 020200 – Komunikasi Strategik dan Korporat. Saya rasa disekali kan juga Pengerusi, dengan Butiran 020700 – Komunikasi Komuniti (J-KOM). Saya minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan, apakah program-program dan aktiviti-aktiviti yang dirancang di bawah tajuk ini? Adakah ia termasuk program-program latihan untuk menambah baik kebolehan komunikasi strategik dan terutamanya dana yang diperuntukkan kepada J-KOM? Adakah ia juga melibatkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di peringkat akar umbi dan apakah program-program tersebut?

Pengerusi, saya bertanya perkara ini sebab saya lihat banyak kelemahan yang berlaku dari segi cara kerajaan menangani perkara-perkara yang mungkin boleh jadi besar dan kontroversi dalam negara kita. Contohnya, baru-baru ini saya ambil contoh yang paling dekat lah dengan waktu sekarang iaitu pemberian spektrum 5G kepada U Mobile. Sepatutnya daripada awal lagi kementerian boleh mempunyai pelan komunikasi yang kompeten untuk menangani pelbagai isu sensitif, terutamanya apabila kita tahu bahawa dalam U Mobile itu sebahagian daripada sahamnya dipegang oleh Yang di-Pertua Agong. Takkan lah isu sebesar ini tidak boleh dikesan daripada awal oleh pihak kementerian sehingga menyebabkan tidak wujud satu perancangan bagaimana untuk menangani hal ini dengan baik.

Hasil daripada itu, wujud pelbagai komen yang jelik mengenai isu ini yang tidak sewajarnya dibiarkan bermula daripada awal sekali pun. Macam biasa lah, macam-macam alasan diberikan kenapa ia berlaku tapi sebenarnya bagi saya ini adalah kesalahan dan kelemahan pihak kerajaan yang tidak mempunyai perancangan awal dan ia mesti diperbaiki dengan peruntukan yang ada supaya tidak berulang lagi selepas ini.

Seterusnya Pengerusi, Butiran 020100 – Dasar dan Antarabangsa. Saya nak fokus kepada perkara yang berkaitan dengan dasar kerajaan. Sekali lagi, perkara yang berkaitan dengan spektrum 5G. Saya minta Menteri menjelaskan, apakah dasar sebenar kerajaan hari ini terhadap Digital Nasional Berhad (DNB)? Sehingga hari ini, U Mobile kekal sebagai salah satu syarikat yang merupakan pemilik kepada DNB. Tetapi kerajaan mahu U Mobile bersaing dengan DNB. Situasi ini sebenarnya aneh, yang mana syarikat swasta boleh jadi pemilik kepada syarikat GLC dan syarikat swasta ini mandatnya ialah bersaing dengan GLC tersebut yang sudah pasti antara matlamatnya ialah mengalahkan pesaingnya dalam pasaran.

Kenapa hingga hari ini kerajaan gagal mengumumkan exit strategy yang tuntas untuk U Mobile? Saya dimaklumkan bahawa hasil daripada tekanan yang kita berikan di dalam

draft • 5:23 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Dewan dan di luar Dewan, wakil-wakil U Mobile dalam DNB telah pun meletakkan jawatan mereka sebagai Ahli Lembaga Pengarah DNB. Alhamdulillah, itu satu perkembangan yang baik. Tetapi bagaimana dengan isu pemilikan saham yang saya sebut tadi? Apa dasar kerajaan sebenarnya?

Saya juga minta Menteri menjelaskan, apakah dasar kerajaan berkaitan dengan hutang dan liabiliti DNB? Sekiranya akibat daripada dasar yang kerajaan mahu U Mobile bersaing dengan DNB ini menyebabkan U Mobile berjaya dan DNB tidak berjaya, malahan rugi. Maka, siapa yang akan tanggung hutang dan liabiliti dan kerugian yang ditanggung oleh DNB itu? Adakah kerajaan yang akan menanggungnya, akibat daripada dasar kerajaan itu sendiri?

Saya sebenarnya tak pernah dengar lah mana-mana kerajaan yang memperkenalkan dasar yang menyebabkan syarikat milik kerajaan sendiri jadi rugi. Jadi Pengerusi, kalau sekiranya dari segi dasar-dasar ini kerajaan masih gagal untuk menjelaskannya, saya rasa kita di sebalah sini tidak teragak-agak untuk mencadangkan penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat sepenuhnya kelemahan-kelemahan yang berlaku supaya perkara ini tidak berulang lagi.

Yang di-Pertua, seterusnya perkara yang disebut oleh Jelutong tadi. Saya nak betulkan juga kod yang Jelutong sebut tadi salah sebenarnya. Kod yang sebenar ialah 040500 – Hari Wartawan Nasional (HAWANA). Yang disebut tadi silap sikit. Saya menghargai seperti mana Jelutong tadi cakap, saya menghargai pengiktirafan yang diberikan oleh kerajaan kepada golongan wartawan. Wartawan ini memainkan peranan yang amat penting, memastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat, memastikan berita dapat disampaikan pada masa yang tepat dan sebagainya dan memang sesuai sangatlah kita raikan, termasuklah dalam bentuk Hari Wartawan Nasional (HAWANA).

Saya rakamkan penghargaan juga kepada kerajaan kerana memperuntukkan sejumlah wang untuk Tabung Kasih@HAWANA. Ini satu langkah yang baik, malahan ada laporan berita, ada Yang Berhormat Menteri itu nampak handsome dekat tengah-tengah gambar itu [Merujuk senaskah dokumen] mengatakan, “Tabung Kasih@HAWANA diperluas, bantu rakan media terjejas ekonomi”. Saya nak merakamkan penghargaan bahawa ini satu perkara yang baik. Saya harap peruntukan yang diberikan untuk Tabung Kasih@HAWANA ditambah kerana dalam era ini ramai wartawan yang hilang pekerjaan.

Bagaimanapun Yang di-Pertua, saya minta kerajaan pastikan bahawa jangan pula langkah kerajaan membantu wartawan ini dijadikan helah oleh majikan yang mahu lari daripada tanggungjawab. Kita tahu bahawa sekarang ini ramai hilang pekerjaan. Ada yang bekerja tetapi tidak dapat gaji, KWSP tidak dibayar, SOCSO tidak dibayar. Saya rasa Yang Berhormat Menteri pun tahu dah, bila saya sebut sahaja topik itu dia dah boleh baca dah apa yang saya maksudkan. Tanggungjawab majikan kepada para wartawan wajib ditunaikan tanpa tangguh.

Yang paling urgent Pengerusi, ini point last saya ialah mengenai kebajikan wartawan yang bekerja dengan The Vibes, TMI dan Getaran. Dana yang diperuntukkan perlu digunakan

draft • 5:23 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

untuk membantu mereka sekarang, bukan pada Hari Wartawan Nasional semata-mata kerana sudah banyak bulan gaji mereka tidak dibayar, KWSP tidak dibayar dan compulsory contribution tidak dibayar. Ini betul. Kalau syarikat-syarikat lain sebenarnya, pemilik (majikan) itu dah lama dah kena sekatan perjalanan dan macam-macam tindakan sebab tidak membayar compulsory contribution. Akan tetapi saya kesal sebab pemilik ketiga-tiga ini baru kelmarin boleh datang ke Parlimen kita, mengiringi VIP datang ke Parlimen. Kenapa ada double standard? Kalau pemilik SMB yang tak bayar KWSP, dah kena sekatan macam- macam tapi pemilik ini mungkin ada kaitan politik dan sebagainya, boleh datang ke sini mengiringi VIP, seolah-olah dia seorang VIP juga dalam negara kita.

Jadi dengan itu, saya mohon Menteri menjawab. Terima kasih Pengerusi.

draft • 5:23 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tasek Gelugor. Saya jemput Yang Berhormat Segamat.

draft • 5:23 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Terima kasih Timbalan Pengerusi.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang untuk berbahas Kementerian Komunikasi. Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk memuji juga Kementerian Komunikasi kerana daripada hari pertama sehinggalah hari ini yang telah mengambil pelbagai langkah untuk menyelesaikan pelbagai isu berkaitan dengan kementerian. Ada juga beberapa perkara yang saya akan bangkit dan saya yakin juga akan ada penyelesaian dan juga usaha sama. Pertama adalah Butiran 030200 – Kawalan dan Pematuhan. Apakah langkah-langkah dalam membanteras kemudaratan yang semakin berleluasa di dalam sosial media, sedangkan Malaysia juga merupakan nombor dua paling laju download speed 5G di Asia Pasifik?

draft • 5:29 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Adakah kerajaan sedia untuk memberikan Dewan ini statistik-statistik perjudian atas talian dan isu scam yang menunjukkan bahawa kerajaan telah berusaha untuk mengekang kemudaratan dan jenayah-jenayah yang berlaku dalam talian di mana undang-undang serta tindakan yang lebih keras harus dikenakan terhadap penjenayah-penjenayah ini?

Ketiga adalah nyatakan usaha-usaha kementerian dalam menangani isu scam melalui online dan juga melalui panggilan telefon. Baru-baru ini scammer menggunakan logo kerajaan dan inisiatif STR dan sebagainya untuk menjadikan rakyat mudah termakan umpan mereka dan klik link atau pautan tersebut. Tindakan preventive yang tegas harus diambil kerana scam ini bukan sahaja hanyalah menyalahgunakan nama dan jata kerajaan tetapi menjadi sasaran rakyat biasa atau rakyat marhaen yang sedang susah di bawah sini.

Juga ada satu isu juga saya ingin membawakan perhatian kepada Yang Berhormat Menteri, isu piracy di mana kita lihat movie, movie ataupun lagu yang dicipta di Malaysia ini khususnya artis-artis tempatan, kita nampak ada juga usaha-usaha yang juga rekod dan sebarkan maklumat-maklumat piracy ini dan juga perlu ambil tindakan yang tegas.

draft • 5:30 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Seterusnya adalah 030000 – Infrastruktur dan Telekomunikasi. Mengapakah pihak sekolah masih menggunakan Telegram sebagai saluran komunikasi utama sedangkan platform ini diketahui mempunyai isu besar berkaitan dengan keselamatan seperti perlanggaran privacy, penyalahgunaan untuk aktiviti haram seperti pengedaran dadah, senjata dan pornografi serta kebocoran data akibat penggodaman? Kenapa kementerian tidak membangunkan atau mengenal pasti platform komunikasi yang lebih selamat, boleh dipantau dan mematuhi peraturan kementerian?

Adakah bajet kali ini memperuntukkan dana untuk membangunkan platform komunikasi khususnya yang mampu menampung jumlah pengguna yang besar, selamat dan memelihara keselamatan pelajar? Apakah strategi kementerian untuk memastikan keselamatan digital pelajar terjamin dan bagaimana penguatkuasaan ke atas penggunaan platform ini akan dilaksanakan? Kenapa Malaysia harus sentiasa kita tergantung kepada media platform yang berasal daripada luar negara seperti Meta, Whatsapp dan sebagainya.

Kalau kita melihat di negara China, masih ada TikTok versi China dan mereka juga ada Facebook versi China termasuk Google. Mereka ada aplikasi DiDi, Alipay dan WeChat yang diasas atau dibuat inovatifnya melalui kerajaan mereka sendiri.

Saya berharap dan saya yakin Menteri yang ada pada hari ini mampu dan juga untuk melakukan sesuatu perubahan besar dalam melaksanakan atau introduce a new application in the local supaya kita lebih selamat digunakan dan juga melindungi data-data rakyat serta kesejahteraan rakyat.

Sehubungan dengan itu juga, Butiran 030200 – Kawalan dan Pematuhan. Apakah dapatan kerajaan dalam usaha menangani isu child grooming melalui platform media sosial dan juga isu pornografi kanak-kanak serta inisiatif kerajaan dalam aspek kesedaran dan penerangan terhadap masyarakat awam?

Akhir sekali adalah 020500 dan 020400 – Jabatan Penerangan. Sejauh manakah Kementerian Komunikasi telah meneliti dan mempunyai strategi yang jelas dalam memperkasakan peranan RTM melalui program Malaysia MADANI untuk memastikan inisiatif kerajaan sampai kepada masyarakat dalam bahasa-bahasa utama Malaysia seperti bahasa Tamil, bahasa Mandarin, dan juga bahasa Melayu? Apakah langkah proaktif yang diambil untuk melawan berita palsu yang semakin berleluasa dan bagaimanakah keberkesanan strategi ini diukur untuk memastikan penyampaian maklumat yang tepat dan berkesan kepada rakyat?

Contohnya saya ingin juga menyampaikan isu-isu di luar sana sentiasanya dimanipulasi melalui berita-berita palsu. Saya cadangkan apakah kementerian akan meneliti menggunakan media platform official government melalui Bernama Tamil News, RTM Tamil News, Astro Seithigal dan akhbar rasmi Tamil rasmi Kerajaan Malaysia MADANI supaya maklumat yang disampaikan melalui portal-portal ini ataupun berita rasmi ini dapat meyakinkan bahawa Kerajaan Malaysia MADANI menyampaikan maklumat yang sahih, maklumat yang benar supaya kita boleh mempromosikan usaha Kerajaan Madani.

draft • 5:30 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Oleh itu, saya yakin kementerian juga ada jawapan dan memberi kerjasama untuk mengusahakan ke satu arah yang lebih cemerlang. Sekian, terima kasih. Segamat menyokong

draft • 5:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Saya jemput Pasir Mas.

draft • 5:30 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya terus Butiran 030000 – Infrastruktur dan Telekomunikasi. Tan Sri Pengerusi, saya ingin mempersoalkan sekali lagi langkah kerajaan sebagai mana disebut oleh Tasek Gelugor tadi. Langkah kerajaan menganugerahkan kontrak 5G kedua kepada U Mobile. Satu tindakan yang menimbulkan keraguan besar terhadap ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam proses penganugerahan ini. Menteri telah menjawab tetapi dengan jawapan yang saya rasa masih kurang jelas berkenaan apakah kemampuan sebenar U Mobile untuk diberikan anugerah ini.

Laporan daripada SKMM, U Mobile hanya menguasai sekitar 14 peratus pasaran pengguna telekomunikasi di Malaysia pada tahun 2023. Jauh lebih kecil berbanding pesaing utama seperti Maxis dan CelcomDigi yang masing-masing menguasai lebih daripada 35 peratus pasaran. Selain itu, U Mobile tidak mempunyai rekod kukuh dalam pembangunan infrastruktur berskala besar berbanding syarikat-syarikat lain yang telah melabur secara signifikan dalam teknologi 5G sejak beberapa tahun lalu. Saya tidak ada kepentingan dengan syarikat-syarikat disebutkan tadi tetapi ia menjadi suatu perkara yang meragukan persoalan di kalangan rakyat. Lebih bimbangkan, U Mobile sebelum ini dimiliki oleh pelabur asing sebanyak 49 peratus walaupun ada komitmen untuk mengurangkan pegangan asing kepada 20 peratus tetapi ia masih di dalam proses peralihan. Jadi inilah yang dipersoalkan oleh rakyat.

Menteri pernah menjawab bahawa kerana ada perkara-perkara tertentu contohnya aduan pengguna dan sebagainya. Soalnya adakah isu-isu ataupun ciri-ciri ini telah didedahkan terlebih awal yang boleh menyebabkan pesaing-pesaing lain berdiri di atas tapak dan juga padang yang rata? Ini kita bimbang. Saya menggesa kerajaan untuk memberikan penjelasan segera termasuk mendedahkan laporan penilaian teknikal dari sudut kewangan, memastikan proses ini benar-benar telus.

Butiran 020300 – Pembangunan Kandungan. Kita melihat perkembangan yang positif dalam industri kreatif dengan lebih ramai orang menceburi bidang ini dan sebahagiannya menjadi pempengaruh, influencer di media sosial untuk menjana pendapatan. Tetapi sedikit kebimbangan apabila bukan sedikit pempengaruh yang menggunakan platform mereka untuk hiburan yang keterlaluan dan perbuatan yang tidak senonoh semata-mata untuk melakukan perniagaan. Saya ingin mencadangkan kementerian boleh sediakan insentif dan membangunkan ekonomi sokongan untuk kita ketengahkan lebih ramai pempengaruh media sosial dari latar belakang akademik dan profesional dan juga mengelakkan daripada menyiarkan kandungan-kandungan yang menyalahi undang-undang.

draft • 5:34 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Saya nak sentuh sedikit Menteri. Menteri pernah menyebut bahawa video wawancara Perdana Menteri dengan CNN telah disunting dan tidak menggambarkan konteks penuh pada 15 November 2024. Sampai ke hari ini, tidak ada tindakan terhadap orang yang menyunting video ini. Pernah dipersoalkan dalam Dewan ini, Timbalan Menteri kata sudah diserahkan kepada polis. 15 November dan sekarang 27 November, ertinya sudah hampir dua minggu.

Tapi tak ada tindakan kepada orang yang menyunting video Perdana Menteri yang kita sayangi ini. Jadi ini yang menjadi masalah kita pada hari ini ialah apabila Perdana Menteri menyebut perkataan ataupun menyatakan fakta kepada CNN itu, dikatakan bahawa itu telah disunting.

Jadi saya ingin mendapatkan penjelasan. Adakah ia nya disunting atau tidak? Kalau ia disunting, minta hadapkan mereka ini ke muka pengadilan dengan segera. Sebab saya bimbang takut tertukar di antara yes dengan no ataupun no menjadi yes dan sebagainya. Jadi ini boleh menyebabkan kita bersalah sangka dengan Perdana Menteri.

Tan Sri Pengerusi, Butiran 020000 – Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif. Kita mengalu-alukan kerajaan pada hari ini menggunakan syarikat penyiaran milik kerajaan sendiri atau pihak swasta, penyiaran milik kerajaan atau pihak swasta untuk menyampaikan maklumat terus kepada rakyat. Namun saya kecewa bila kerajaan menjadikannya sebagai agensi penerangan parti politik, tidak ubah seperti zaman yang disebut oleh PM zaman edan. Saya kira amalan ini sudah lapuk dan tentunya menyalahgunakan dana awam untuk kepentingan parti politik ini tidak disenangi oleh pihak kerajaan sendiri. Kerajaan perlu bezakan bila masa bercakap sebagai kerajaan dan bila masa bercakap sebagai parti politik.

Sebab itu saya tidak pelik ada Menteri yang terpaksa menggunakan akaun media sosialnya seperti netizen.

Saya minta maaf kepada Menteri. Saya fikir Menteri orang yang baik, orang yang bagus tetapi kadang-kadang mungkin kerana Menteri telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi suara kepada kerajaan, akhirnya terpaksa bertindak seperti netizen. Saya minta maaf Menteri sekali lagi. Saya dapati beberapa jam yang lepas, Menteri telah repost satu kenyataan dalam Twitter yang menggunakan kata-kata yang kesat. Kalau saya salah ataupun saya silap melihat akaun Twitter milik Menteri, saya minta maaf. Tetapi membuat repost, membuat retweet balik perkataan-perkataan yang kesat. Contohnya seorang pengguna. Saya tidak perlu sebut namanya. Dia menyatakan “Siap-siaplah Pengerusi MARA 2017”, dengan maaf Tan Sri Pengerusi, “Paling jahanam”.

draft • 5:34 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Ini perkataan yang tak sesuai digunakan dalam media sosial. Tak apa kalau orang biasa. Tetapi, kalau menteri repost balik, rakyat melihat. Takkan lah menteri nak repost perkara-perkara seperti ini. Jadi, seolah-olah menteri telah bertindak sebagai netizen dan saya bertelepuk dan ini saya rasa tidak sesuai dengan situasi ataupun kedudukan seorang menteri yang saya yakin menteri ada prinsip dan ada jati diri yang tersendiri yang saya rasa perkara ini boleh diperbaiki.

draft • 5:40 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Tan Sri Pengerusi, saya juga ingin menyebut berkenaan dengan Butiran 040200 – Emolumen Kakitangan Kontrak. Saya ingin membangkitkan tentang pembayaran elaun atau gaji staf di bawah Kementerian Komunikasi. Minggu lepas, seorang staf kontrak RTM membuat hantaran media sosial yang menyatakan beliau tidak menerima gaji setelah dua bulan memulakan kerja dan situasi sama turut berlaku kepada rakan kerja beliau dan ini ditulis di dalam media sosialnya sendiri. Jadi, bagaimanakah isu ini diambil perhatian oleh menteri?

Susulan daripada itu beliau dikatakan menerima ugutan daripada pihak atasan kementerian untuk menurunkan hantaran tersebut. Bahkan, RTM membuat cubaan, membuat penafian dengan mengatakan ia kes terpencil. Jadi, soal pekerja di sebuah agensi yang menerima peruntukan tetap oleh kerajaan bagaimana boleh berlaku isu kelewatan pembayaran gaji.

Tan Sri Pengerusi dan saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan Butiran 040400 – Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Dahulu di peruntukan RM20 juta. Tahun depan peruntukan RM25 juta. Kita ucapkan tahniah dan saya harap supaya dapatlah apa lah kiranya kami dipihak pembangkang ini turutlah dilibatkan sedikit sebanyak ya Tan Sri Pengerusi...

[Tepuk] Mungkinlah di sebalik apa-apa acara ataupun ia boleh sikit sebanyak untuk kami menonton secara live di tempat kejadian. Pertunjukan dan juga kehebatan Hari Kebangsaan Malaysia yang diagung-agungkan ini.

Akhir sekali Tan Sri Pengerusi, Program Penyiaran TV ataupun one-off kalau saya silap saya minta maaf. Butiran 060500 yang diberikan peruntukan RM26,847,000. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada pengusaha-pengusaha filem kreatif. Filem terbaru Tan Sri Pengerusi, Lahad Datu. Cukup hebat membangkitkan semangat jati diri dan juga kehebatan pengorbanan tentera kita dan kalau kita pada masa sekarang ini, ketika saya masih kecil saya masih ingat kita menonton filem-filem seperti Darah Satria dan juga filem-filem yang telah diterbitkan oleh Kerajaan Malaysia, Bukit Kepong dan sebagainya.

Kalau boleh zaman menteri yang ada pada hari ini terbitkan filem terbitan kerajaan yang benar-benar boleh mengakar umbi ingatannya sehingga generasi akan datang. Terima kasih Tan Sri Pengerusi...

[Tepuk]

draft • 5:40 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Saya jemput Yang Berhormat Shah Alam.

draft • 5:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI. Salam Rahmah. Tan Sri Pengerusi, saya ingin menarik perhatian Dewan terhadap Butiran 020700 – Komunikasi Komuniti (J-KOM).

Peruntukan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) berjumlah RM13.18 juta.

Saya ingin timbulkan persoalan bagaimana J-KOM akan terus berfungsi secara efektif untuk memastikan mesej dan inisiatif kerajaan sampai kepada rakyat tanpa ada pengarahnya. Dulu Profesor Agus setahun. Kemudian, Dr. Mohd. Khairuddin Othman lebih kurang enam bulan. Pertukaran dan ketiadaan Pengarah J-KOM ini menimbulkan spekulasi di kalangan masyarakat tentang hala tuju jabatan ini. Namun, sehingga kini tiada garis masa yang jelas diberikan untuk pelantikan ketua pengarah yang baharu dan sudah pasti

draft • 5:43 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

menimbulkan persoalan tentang kecekapan dan keberkesanan komunikasi kerajaan dengan komuniti.

Dalam era digital hari ini, kita mesti bertindak pantas memperoleh maklumat dan juga untuk counter attack ataupun memberikan maklumat yang tepat apatah lagi dengan perkara- perkara yang selalu disensasikan. Contohnya, disebutkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas tadi, disunting. Memanglah disunting sebab dia dipotong pendek-pendek. Sepatutnya diceritakan penuh wawancara dengan Richard Quest itu oleh PMX. Disunting itu sebab dia potong pendek-pendek. Jadi, memang disunting. Tidak ada isu sebenarnya. Tetapi, digembar-gemburkan seolah-olahnya ia diberitakan sebagai perkara yang sengaja diada- adakan. Jadi, bagaimana kementerian ingin menstruktur semula dan mengatur strategi baru berhubung dengan peranan J-KOM ini dan pastikan bahawa J-KOM dapat menjayakan inisiatif kerajaan. Memastikan bahawa keberkesanan komunikasi dapat dilakukan daripada masa ke semasa.

Sehubungan dengan itu Tan Sri Pengerusi, Butiran 020400 – Jabatan Penerangan

(JaPen) yang peruntukan RM171 juta. Dalam Jabatan Penerangan ini ada satu Jawatankuasa Komuniti MADANI. Saya rasa satu inisiatif yang sangat baik Tan Sri Pengerusi kerana dia berhadapan engage (melibat urus) dengan masyarakat memberikan penerangan tentang dasar-dasar, hala tuju, inisiatif kerajaan, menangkis serangan memburukkan kerajaan dan juga menjejaskan perpaduan. Saya kebetulan terlibat dalam beberapa program yang dianjurkan oleh Komuniti MADANI ini. Memang baik. Program yang sangat-sangat baik, disambut baik oleh masyarakat.

Hanya peruntukan yang diberikan ialah RM3,000 sebulan kepada jawatankuasa ini.

Apalah yang boleh dilakukan sangat dengan RM3,000. Mungkin hanya sekali program sahaja. Jadi, saya mencadangkan kepada pihak kementerian sebaik-baiknya tolonglah naikkan program yang baik ini, peruntukannya setidak-tidaknya RM10,000 untuk satu Komuniti MADANI. Kalau tak boleh RM10,000 Tuan Pengerusi RM15,000. Itu lebih baik lagi.

Insya-Allah.

Seterusnya, Butiran 02014 – Sistem Penyiaran TV Digital Berdefinisi Tinggi. Saya ingin membangkitkan isu ini kerana ia mendapat peruntukan yang tinggi daripada RM300,000 pada tahun 2024 kepada RM46.8 juta bagi tahun 2025. Sudah pasti ia merupakan satu komitmen kerajaan untuk meningkatkan infrastruktur penyiaran digital. Namun, beberapa persoalan dari cabaran perlu diberi perhatian kerana isu ini sudah pasti akan menimbulkan capaian kepada mereka yang berada di kawasan luar bandar. Jadi, bagaimana kerajaan ingin memastikan bahawa isu kesalinghubungan di kawasan luar bandar ini dapat diselesaikan dengan peningkatan peruntukan ini? Apakah langkah-langkah tambahan yang akan diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan capaian kepada mereka yang berada di luar bandar dan sudah tentu ia melibatkan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang disebut dalam Butiran 31003 – Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Air tak ada.

[Meneguk air] – Terima kasih. Makan kacang banyak Tuan Pengerusi.

draft • 5:43 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Peruntukan RM800 juta pada tahun 2025 dan kita dimaklumkan bahawa terdapat beberapa inisiatif yang dilaksanakan oleh JENDELA ini tergendala. Beberapa projek yang tidak mencapai sasaran jangka masa yang ditentukan. Jadi, saya ingin dapatkan penjelasan daripada pihak kementerian sejauh manakah back log ini dapat diurus dengan baik dan― supaya kita balik semula kepada garis masa yang ditentukan. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

draft • 5:43 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Saya jemput Yang Berhormat Masjid Tanah.

draft • 5:43 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Masjid Tanah ingin menyentuh di Butiran 020900 – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang berjumlah RM36 juta. Sebelum ini pernah dibangkitkan berkenaan dengan isu penyelewengan dana dan juga beberapa penambahbaikan yang telah pun dibuat oleh pihak FINAS. Jadi, syabas dan tahniah saya ucapkan. Boleh tak Yang Berhormat Menteri jelaskan RM36 juta ini berapakah target untuk menghasilkan filem yang berkualiti dan juga yang bermutu pada masa akan datang. Apakah pembaharuan yang dibuat dari segi penambah baik prestasi FINAS?

Kedua, lima hari lepas saya membaca berita bahawa Filem Abang Adik telah pun memenangi di 10th Asian World of Film Festival di LA 2024 yang mana arahan pertama Jin Ong yang telah pun memenangi sebelum ini 19 anugerah di peringkat antarabangsa.

draft • 5:49 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Ini satu pencapaian yang cukup hebat. Apakah pihak FINAS ada memberikan intensif untuk pemenang-pemenang di peringkat global kerana ini membuktikan bahawa Malaysia sangat berpotensi dan mampu bersaing di peringkat dunia? Saya harap juga untuk Festival Filem Malaysia yang akan berlangsung pada 7 Disember ini, filem kegemaran saya Imaginur akan menang yang mungkin arahan Nik Amir yang saya lihat sangat berpotensi. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah usaha-usaha oleh pihak kementerian untuk menghasilkan lebih ramai lagi pengarah-pengarah wanita yang berbakat sebagaimana Amanda Nell Eu yang telah pun menang pada tahun lepas di Cannes yang menang filem arahan yang pertama.

Seterus itu, saya ingin menyentuh di Butiran 010700 – Pengurusan Maklumat dan juga Butiran 030200 – Kawalan dan Pematuhan, yang mana Yang Berhormat Menteri, setiap rakyat Malaysia wajib menyokong usaha kerajaan untuk memastikan media sosial ini bebas daripada elemen yang boleh merosakkan negara seperti perjudian, penipuan, pemerdagangan manusia dan unsur-unsur jenayah lain. Ini kita tidak boleh ada toleransi dalam hal-hal seumpama ini dan itu jelas.

Tetapi kita juga perlu ingat, rakyat Malaysia juga bertanggungjawab untuk mematahkan tindakan Kerajaan Malaysia yang sedang ghairah dalam membisukan kritikannya terhadapnya secara sistematik. Tidak pernah terjadi dalam sejarah Malaysia, suara para aktivis, pembentuk pendapat, gerakan sivil malahan wakil rakyat dan mantan wakil rakyat dibungkam sebagaimana yang sedang terjadi di bawah kerajaan ini. Ada akaun media

draft • 5:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

sosial dan content mereka dihalang dari dilihat di Malaysia kerana mengkritik kerajaan tapi peliknya tidak ada satu pun tindakan undang-undang yang diambil terhadap mereka. Mereka tidak di saman fitnah, mahu dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan jenayah tersebut.

Bukan satu rahsia kerajaan ini yang mana dinakhodakan oleh mereka satu masa dahulu adalah penyokong hak kebebasan bersuara dan kebebasan untuk mengkritik kerajaan. Jadi, amat menakutkan apabila kita semak laporan ketelusan oleh Tiktok dan Meta dan indeks kebebasan media terbukti semakin tua Kerajaan Madani semakin ganas mencabul hak bersuara. Tengok saja daripada laporan Tiktok Government Removal Requests Report untuk tempoh Julai ke Disember 2023, Kerajaan Malaysia mencatatkan rekod dunia jadi nombor satu meminta tindakan diambil terhadap content dan akaun TikTok.

27 peratus daripada permintaan seluruh dunia datangnya dari negara Malaysia yang kita cintai ini.

Dengan jumlah permintaan sebanyak 1,862 dan disusuli oleh Australia dengan permintaan 651. Meta pula menunjukkan untuk tahun 2022, ada 515 permintaan daripada Kerajaan Malaysia untuk menurunkan hantaran dengan hanya 45 permintaan untuk setengah tahun pertama dan meningkat naik di setengah tahun kedua, ketika di awal Kerajaan Madani.

Lebih memeranjatkan lagi, pada tahun 2023 permintaan Kerajaan Malaysia melonjak kepada 8,580. Kerajaan Madani memberikan alasan permintaan ini hanya untuk hantaran berunsurkan pelbagai jenayah tetapi Meta – tetapi Meta, saya tekankan di sini. Meta dalam laporannya jelas menyatakan permintaan itu termasuklah untuk hantaran yang diklasifikasikan sebagai mengkritik kerajaan.

Dalam masa lebih kurang sebulan, Kerajaan Malaysia berpotensi menjadi kerajaan dalam dunia yang terpaling mencabul hak kebebasan bersuara apabila lesen media sosial dikuatkuasakan mulai 1 Januari depan. Lesen ini diperkenalkan tanpa libat urus mencukupi untuk proses konsultasi yang betul. Pada awalnya, digesa kan semua platform yang berkenaan untuk memohon lesen ini tanpa garis panduan. Selepas mengundang kritikan hebat daripada pelbagai pihak termasuklah Meta, garis panduan itu pun diperkenalkan.

Tetapi garis panduan itu bukan saja lemah, malah membuka ruang seluas-luasnya untuk disalah guna oleh kerajaan membisukan pengkritiknya. Antara yang menimbulkan kegusaran awam mengenai lesen ini adalah kill switch ataupun dalam bahasa Melayu nya saklar pematinya atau tombol untuk mematikannya. Ramai pembentuk pendapat dan aktivis percaya bahawa kill switch dalam mesin ini bertujuan untuk menghapuskan content-content yang tidak disukai oleh kerajaan, lebih-lebih lagi ketika live streaming. Mereka percaya jika kritik Perdana Menteri dalam live ataupun Menteri Komunikasi sendiri yang panas telinga tetapi YouTube dan TikTok tidak mahu menghentikan stream itu.

Kerajaan Madani sendiri boleh menghentikan. Jika kegusaran ini betul, adakah kill switch ini akan digunakan dalam kempen pilihan raya terhadap pembangkang? Saya dah nak selesai.

Negara kita ini sekarang sedang berada pada zaman gelap kerana kerakusan kerajaan ini dalam membisukan suara rakyat. Apa yang terjadi dan bakal terjadi akan memberi impak besar kepada negara di masa hadapan.

draft • 5:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Oleh itu, saya merayu kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Kebebasan Asasi dan Hak di bawah Perlembagaan untuk menilai lanjut tentang lesen media sosial ini sebelum ianya dikuatkuasakan. Saya memohon supaya Yang Berhormat Menteri juga untuk memberikan perhatian dan juga memberikan kerjasama, jika tidak masih ramai dan saya takut lebih ramai lagi pada 31 Disember ini kita tidur di Malaysia, 1 Januari 2025 kita berada di Korea Utara.

Terima kasih, Masjid Tanah.

draft • 5:50 PM

Tuan Pengerusi

Saya jemput Bangi.

draft • 5:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI. Saya pertamanya ingin merujuk kepada perbelanjaan mengurus yang telah meningkat untuk tahun hadapan daripada RM1.0 bilion kepada RM1.07 bilion.

Saya mulakan dengan merujuk kepada Butiran 030200 – Kawalan dan Pematuhan.

Kita tahu seperti yang telah dinyatakan oleh Pengerusi saya dalam PAC tidak lama lagi bulan ataupun tahun 2025, kita akan ada rejim pelesenan yang mana akaun media sosial dengan lapan juta pengguna harus mendapatkan lesen terlebih dahulu. Juga kita difahamkan bahawa akan dibentangkan Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian untuk menjamin keselamatan pengguna media sosial dan melindungi kanak-kanak dan menyekat kandungan yang berbahaya.

Ini bermakna Tan Sri Pengerusi, peranan SKMM ini akan menjadi lebih besar dan lebih penting pada tahun hadapan. Maka, pertambahan perbelanjaan mengurus dan sebagainya, adalah diperlukan. Ada pihak seperti yang telah dinyatakan oleh tadi YB Masjid Tanah menyatakan kebimbangan berkenaan dengan beberapa rang undang-undang dan juga pada masa yang sama, rejim pelesenan ini.

Oleh itu, saya ingin mendapatkan data daripada pihak kementerian berkenaan dengan penyalahgunaan media sosial mengikut elemen kesalahan contohnya, kalau kita tengok seksyen 233, kesalahan ataupun elemen sumbang, lucah, jelik dan sebagainya dan juga jumlah penurunan kandungan mengikut platform yang disebabkan oleh apa yang kita katakan sebagai penyalahgunaan media sosial ini.

Selanjutnya, saya pergi kepada Butiran 020500 – Penyiaran (RTM). Saya melihat terdapatnya pengurangan yang ketara, daripada RM551 juta untuk tahun ini menjadi RM441 juta untuk tahun hadapan. Saya boleh katakan bahawa kalau kita tengok dalam beberapa tahun ini, kita nampak kualiti program dan penyiaran TV untuk RTM sudah pun meningkat kualitinya. Malahan boleh dikatakan sekarang ini dia setanding dengan stesen TV swasta.

Maka, saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian, kenapa terdapatnya pengurangan peruntukan ini terutama sekali di bawah Butiran 30000 – Aset.

Saya lihat aset RTM ini begitu penting dan dapat membantu RTM dalam menyampaikan program dengan cara yang menarik dan juga profesional. Saya bagi contoh, masa sambutan Hari Kebangsaan, RTM telah mengguna pakai satu robot, kamera robot yang

draft • 5:56 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

dipanggil AGITO, kalau tak silap saya yang mana ianya digunakan untuk merakam ataupun menyiarkan sambutan tersebut dan memberi perspektif yang berbeza dengan apa yang kita selalu lihat.

Sebenarnya kalau kita tengok, ramai yang memuji liputan RTM semasa Hari Kebangsaan ini. Saya nak ambil peluang ini untuk ucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh kru dan kakitangan RTM yang terlibat dalam penyiaran hari sambutan kemerdekaan tersebut. Saya berharap bahawa RTM dapat teruskan momentum ini.

Akhir sekali, saya merujuk kepada Butiran 020400 – Penerangan (JaPen). Secara khususnya, saya ingin menyentuh berkenaan dengan Komuniti MADANI yang telah ditubuhkan di seluruh negara. Saya ada jalinkan kerjasama membuat program bersama- sama dengan Komuniti MADANI yang ada dalam kawasan Parlimen saya.

draft • 5:56 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Di sini saya ingin mengutarakan beberapa cadangan. Pertamanya, saya ingin mencadangkan bahawa lebih banyak peruntukan harus diberikan kepada setiap Komuniti MADANI untuk menjalankan program-program. Saya difahamkan, sekarang ini setiap Komuniti MADANI diperuntukkan RM10,000 yang mana RM7,000 digunakan untuk buat program, RM3,000 untuk geran pentadbiran. Saya ingin cadangkan bahawa peruntukan untuk program ini dinaikkan kepada RM10,000. Jadi, jumlah keseluruhan yang diberikan, saya nak cadangkan bahawa setiap Komuniti MADANI terima lebih kurang RM13,000.

Kedua, penggunaan dana yang diberikan ini saya difahamkan bahawa ada beberapa sekatan atau pun ada sedikit ketat yang mana contohnya kalau nak buat program itu harus guna vendor FNB yang didaftar dengan perolehan MoF. Saya fikir perlu ada sedikit kelonggaran yang diberikan dalam menggunakan dana ini walaupun pada masa yang sama, saya pun nak tekankan bahawa sudah tentu perlu ada audit yang dilaksanakan supaya kita nak pastikan bahawa penggunaan dana Komuniti MADANI ini tiada apa yang dikatakan penyalahgunaan dan sebagainya. Jadi, audit itu penting walaupun pada masa yang sama, saya nak cadangkan supaya longgarkan sedikit syarat penggunaan dana tersebut.

Ketiga dan akhir sekali Tan Sri Pengerusi, saya melihat Komuniti MADANI ini selalunya aktif atau pun kalau kita boleh tengok tahun ini sahaja, aktif dalam bulan kemerdekaan iaitu bulan Ogos dan September sahaja. Saya nak cadangkan supaya Komuniti MADANI ini mengadakan program dengan lebih kerap, bukan hanya bulan Ogos dan September sahaja.

Saya faham kalau nak adakan lebih kerap program itu, perlulah ada peruntukan yang lebih. Sebab itu saya fikir bahawa cadangan saya untuk memberikan peruntukan yang lebih kepada Komuniti MADANI ini wajar dipertimbangkan oleh pihak kementerian. Sebab saya percaya kalau kita benar-benar perkasakan Komuniti MADANI ini, ia nya boleh menjadikan suatu komuniti based engagement yang benar-benar efektif untuk memberi penerangan kepada komuniti-komuniti yang ada di seluruh negara.

Dengan itu Tan Sri Pengerusi, saya mengakhiri ucapan saya dan Bangi mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

draft • 6:00 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Saya jemput Kepala Batas.

draft • 6:00 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tan Sri Pengerusi.

Butiran pertama 020200 – Komunikasi Strategik dan Korporat. Kita dapat melihat terdapat banyak- program-program kerajaan melibatkan kementerian dan masyarakat telah dijayakan dalam usaha mendekati masyarakat di seluruh negara. Kepala Batas ingin tahu, adakah terdapat program bertemu masyarakat yang dijayakan oleh kementerian melibatkan kami daripada Ahli-ahli Parlimen pembangkang? Misalnya YB, sekiranya turun Kepala Batas, jemputlah YB Kepala Batas untuk turut serta bersama dengan YB.

Apakah jenis-jenis kandungan kreatif program-program dasar dan kempen kerajaan telah dirangka sejak 2022 sehingga masa ini dan kos yang telah dibelanjakan? Sebagai mana Pasir Mas ada bahaskan sebentar tadi berkenaan dengan video yang disunting sehingga PM dilihat seolah-olah menyokong keberadaan Israel sebagai sebuah negara, maka persoalannya apakah tindakan yang telah diambil terhadap wartawan portal antarabangsa tersebut? Bukan setakat menyunting yang dikatakan menyunting, tetapi bahkan memuat naik di laman Twitter nya. Mohon penjelasan Menteri.

Kedua, Butiran 31001 – Sistem Panggilan Kecemasan Negara 999. Tan Sri Pengerusi, Kepala Batas mengalami situasi dan menyaksikan sendiri tahap kecekapan sistem ini berlaku dalam beberapa situasi kemalangan yang menyebabkan pengundi di Kepala Batas sendiri. Misalnya beberapa bulan lepas, berlaku di susur keluar Guar Kepah.

Mangsa mengalami kecederaan yang parah, berlumuran darah, warga emas tersembam ketika kemalangan tersebut berseorangan.

Jika dilihat berkenaan dengan perkara tersebut, apa yang menyedihkan selepas panggilan dilakukan, waktu respons daripada masa panggilan dibuat lebih kurang mengambil masa 30 minit, sedangkan jika dilihat jarak masa itu, kenderaan biasa ada hampir lebih kurang sama dengan jarak yang ada. Jadi, Kepala Batas ingin tahu di manakah kelemahan yang berlaku di situ?

Penduduk di situ kemudiannya cuba mengambil inisiatif untuk menelefon JPAM untuk bantuan selepas hampir 20 minit tidak datang lagi bantuan. Maka, segala urusan berkenaan mangsa ini memerlukan ambulans mesti melalui talian 999. Itu apa yang dimaklumkan oleh JPAM apabila penduduk meminta bantuan daripada JPAM.

Walau bagaimanapun, perlu terus kepada talian 999. Maka, apakah terdapat sistem operasi atau pun SOP terkini dalam menangani kecemasan? Adakah ia nya disebabkan sistem baharu yang diwujudkan NG999 yang akan diperkenalkan? Persoalannya, apakah rasional pengenalan sistem panggilan kecemasan baharu ini menggantikan sistem yang telah ada termasuklah kontrak yang dimeterai dengan TM Technology Services? Apakah langkah proaktif kerajaan bagi menangani isu panggilan kecemasan palsu yang diterima melalui talian hotline ini?

draft • 6:02 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Ketiga, Butiran 020900 dan Butiran 47000 – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia dan Butiran 53000 – Dasar Industri Kreatif Negara.

Kepala Batas mengetengahkan usaha memartabatkan sejarah perjuangan bagi orang-orang Melayu dan legasi yang telah mereka tinggalkan. Kita telah melihat bagaimana filem Mat Kilau, Panglima Awang yang mencetuskan perasaan cinta pada agama, bangsa, negara dan seni warisan silat yang telah diwarisi oleh generasi kini. Jika di Borneo, orang Sarawak sudah pasti mengenali siapakah The Iban Warrior, Temenggong Datuk Kanang anak Langkau antara seorang pejuang yang berani menentang Komunis dan juga pernah difilemkan sebelum itu.

Bagi Kepala Batas, sudah tiba masanya untuk mencadangkan filem kisah peperangan misalnya Musuh Bisik yang berlaku di Istana Kuala Kedah yang diserang Siam dan dibantu oleh tentera British dan disokong oleh pengkhianat. Antara watak penting dalam filem atau pun peperangan ini, belum difilemkan lagi, tersebut ialah Almarhum Tengku Kudin, Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin, Almarhum Tok Moris, Almarhum Haji Muhammad Said dan merupakan pejuang yang telah membebaskan Kuala Kedah dan jajahan daripada kerajaan sistem Rattanakosin dan British ketika itu. Kepala Batas merasakan cadangan ini adalah selari dengan salah satu fungsi FINAS membawa syor tentang dasar menggalakkan, memulihara dan memudahkan kemajuan perusahaan filem.

Berkaitan industri kreatif, Kepala Batas ingin tahu sejauh manakah drama dan filem tempatan telah berjaya dipasarkan di platform antarabangsa? Jika dilihat kepada Outcome 3 berkaitan topik yang dikemukakan, sebanyak 25 terbitan disasarkan bagi tahun 2024 dan juga 25 terbitan untuk tahun 2025. Apakah terdapat kriteria atau pun syarat bagi sesebuah terbitan itu dapat diberi dana atau pun insentif bagi menembusi platform antarabangsa?

Mungkinkah filem-filem warisan sejarah dan budaya bangsa negara ini sesuai selepas ini untuk diberikan lebih peluang?

Kepala Batas ingin tahu, berapakah jumlah permohonan daripada produksi antarabangsa yang ingin menjalankan penggambaran dan juga persembahan yang diluluskan dan ditolak sejak 2023 hingga masa ini? Adakah terdapat sebarang perubahan ke atas garis panduan ke atas penganjur dan artis yang ingin membuat penggambaran atau pun persembahan di negara ini? Mohon izin Tan Sri Pengerusi, 30 saat.

Terakhir, Butiran 050300 – RTMKlik. Tidak dinafikan portal atas talian ini telah membawa satu dimensi baharu kepada RTM dalam capaian penonton. Namun begitu, Kepala Batas ingin mohon perincian peruntukan sebanyak RM37 juta yang disediakan bagi tahun 2025 berbanding sifar pada tahun lepas 2024. Apakah terdapat pembelian aset atau pun penambahbaikan kualiti siaran? Jika ya, siapakah yang akan menguruskannya? Bagi urusan pengurusan dan pelaksanaan RTMKlik ini, adakah terdapat pihak lain yang turut terlibat?

Mohon pencerahan. Sekian, terima kasih Tan Sri Pengerusi.

draft • 6:02 PM

Tuan Pengerusi

Baik, saya jemput Pasir Gudang.

draft • 6:02 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Bismillahi Rahmani Rahim.

Selamat petang. Tan Sri Pengerusi, saya ingin membahaskan satu butiran sahaja iaitu Butiran 31003 – Jalinan Digital Negara (JENDELA).

JENDELA atau Jalinan Digital Negara ini adalah sebuah rancangan penyediaan infrastruktur digital yang komprehensif bertujuan untuk memberi perkhidmatan internet tetap dan mudah alih yang berkualiti kepada pengguna. JENDELA ini dibangunkan ketika negara kita Malaysia bersiap sedia untuk teknologi 5G.

Tan Sri Pengerusi, jadi berkaitan teknologi 5G ini, saya ada beberapa persoalan kepada Yang Amat Berhormat Menteri. Pertama, adakah benar ketika pelaksanaan rangkaian pertama 5G oleh DNB, kerajaan waktu itu Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Yang Amat Berhormat Pagoh, Perdana Menteri Kelapan, ketika itu telah memperuntukkan dana kerajaan, wang rakyat sebanyak RM16.5 bilion? Jadi saya nak tahu, apakah benar?

Soalan kedua, jika benar fakta itu yang memperuntukkan pembangunan rangkaian 5G itu untuk tempoh 10 tahun, maka setakat ini, berapa bilion telah digunakan dan berapa baki yang ada?

draft • 6:08 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Adakah benar cakap-cakap orang sebanyak RM4 bilion telah digunakan dan ada lagi baki sebanyak RM12.5 bilion? Jadi, mohon Menteri jelaskan di Dewan kita Parlimen ini.

Soalan ketiga, adakah perbelanjaan DNB untuk 5G rangkaian pertama itu telah diaudit oleh Ketua Audit Negara?

Soalan keempat, setujukah Yang Berhormat Menteri agar Laporan Ketua Audit Negara berkenaan RM16.5 bilion itu, 5G yang pertama, kalau benar, akan dibentangkan di Parlimen dan dibahaskan nanti?

Kelima, Yang Berhormat Menteri memberitahu Parlimen minggu lepas bahawa penganugerahan spektrum 5G rangkaian kedua kepada sebuah syarikat telekomunikasi U Mobile tidak melibatkan wang kerajaan, tidak melibatkan tax payer money. Soalan saya, kenapa kah kerajaan Perdana Menteri Kesepuluh, Yang Amat Berhormat Tambun boleh melancarkan 5G rangkaian kedua tanpa melibatkan wang negara, wang kerajaan, tetapi kerajaan Perdana Menteri Kelapan, jika benarlah perlu mengeluarkan sehingga RM16.5 bilion wang rakyat, wang tax payer, pembayar cukai?

Soalan keenam, adakah Parlimen Penggal Ke-14 yang lalu terlibat meluluskan RM16.5 bilion itu?

Soalan ketujuh, adakah kelulusan RM16.5 bilion itu diluluskan oleh Kabinet sewaktu Parlimen digantung selama enam bulan- adakah benar atau tidak?

Soalan kelapan, jika jawapan ya, adakah kerajaan semasa darurat itu telah melakukan satu salah guna kuasa, tidak berperlembagaan, tidak prudent, tidak amanah, satu jenayah dan satu skandal kewangan yang serius? Jadi, saya mencadangkan jika apa yang saya kata ini ada meritnya, saya mohon PDRM Commercial Crime dan SPRM siasat perkara ini.

draft • 6:10 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Tan Sri Pengerusi, saya mohon Yang Berhormat Menteri dapat beri jawapan di Dewan ini without fear and favor, untuk negara. Terima kasih. Saya menyokong Tan Sri.

draft • 6:10 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Saya jemput Langkawi.

draft • 6:10 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Assalamualaikum Tan Sri, terima kasih. Saya merujuk kepada 020500 – Penyiaran (RTM), tapi sebelum itu Tan Sri, izinkan saya untuk merujuk kepada sahabat saya daripada Bangi tadi yang mengucapkan tahniah kepada RTM kerana berjaya. Saya terus masuk dalam search ini dan rupa-rupanya rakyat masih tak puas hati Yang Berhormat Bangi. Katanya kualiti dan relevancy kandungan tak menarik dan tidak relevan dengan kehendak generasi muda jika dibandingkan dengan saluran-saluran swasta.

Kemudian, dia kata pula capaian dan teknologi sesetengah pengguna mengadu tentang isu teknikal seperti liputan siaran yang lemah di kawasan-kawasan tertentu.

Kemudian yang ketiga, saya ambil tiga sahaja, banyak sahabat dari Bangi. Pendanaan dan keberkesanan, kritik lain menyentuh soal penggunaan dana awam untuk menyokong operasi RTM. Yang ini yang sedap ini. Sedangkan, penerimaan penonton dikatakan tidak seimbang dengan perbelanjaan yang diberikan oleh kerajaan.

Merujuk kepada 020500 – Penyiaran (RTM) sebanyak RM441 juta. Saban tahun, RTM menerima jumlah yang begitu tinggi. Cumanya, amat mendukacitakan Tan Sri kerana baru-baru ini tersebar dan kita merasa dukacita kerana lewat membayar pekerja kontrak ataupun piecemeal workers sepertimana yang tular di media-media. Dan kita- perkara ini rasanya tidak wajar berlaku kepada RTM kerana mereka ini sepertimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bangi tadi bekerja keras untuk menaikkan nama RTM.

Kedua Tan Sri, kita melihat RTM ataupun TV-TV station di luar negara, contohnya BBC di United Kingdom, CNA yang di belakangnya Kerajaan Singapura, Anadolu yang di belakangnya Kerajaan Turki, WION Kerajaan India dan televisyen-televisyen mereka ini menjadi lidah atau suara pembesar-pembesar, suara propaganda kerajaan.

Saya yakin dan percaya bahawa RTM juga adalah salah satu propaganda kerajaan dan saya hendak bertanya bila agak-agaknyalah RTM ini hendak mengikut jejak negara- negara ini supaya laungan-laungan Yang Amat Berhormat Tambun contoh against Israel, contoh memasuki BRICS dan lain-lain lagi dapat disiarkan di seluruh dunia supaya mereka tahu bahawa inilah PMX kita yang hebat menentang genocide di Gaza?

Saya percaya, kalau kita melihat BBC, CNN dan lain-lain, mereka ini menawan seluruh pelosok dunia. Jadi, RM67 juta diberikan kepada Bernama dan saya yakin dan percaya Bernama ada stafnya di luar negara, tetapi apa yang Bernama siarkan kepada kita selama ini? Kemudian Yang Berhormat Tan Sri, saya rasa sudah tiba masanya untuk RTM melaporkan secara direct daripada Gaza contohnya, melaporkan daripada Amerika direct kepada kita contohnya, dalam Bahasa Malaysia supaya seluruh rakyat Malaysia memahami apa yang berlaku ataupun perkembangan di dunia.

draft • 6:13 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Butiran 030000 – Infrastruktur dan Telekomunikasi. Saya mengucapkan tahniah kepada infrastruktur dan telekomunikasi ini, sebanyak RM80.4 juta disalurkan untuk infrastruktur telekomunikasi. Saya hendak bertanya Yang Berhormat Menteri, be honest with us, dengan izin. Berapa banyak agaknya hendak dibagi kepada Langkawi untuk memperluaskan? Contohnya di Pulau Tuba, hendak dapat WiFi pun susah.

Pulau Tuba ini menjadi pulau kedua, Pulau Langkawi yang pelancong-pelancong pergi ke sana, tapi hendak dapat akses amat sukar sekali. Kemudian, isu telekomunikasi juga berlegar, ketersambungan internet liputan peralihan kepada teknologi 5G. Ramai penduduk melaporkan kelajuan internet yang tidak konsisten antara penyedia-penyedia perkhidmatan yang berbeza seperti mana yang saya katakan tadi.

Tan Sri Yang di-Pertua, akhir sekali Butiran 31003 – Jalinan Digital Negara

(JENDELA). Sepertimana yang dibawa oleh Pasir Gudang tadi, RM830 juta untuk meningkatkan infrastruktur komunikasi. Ia menghadapi cabaran yang kritikal berkaitan dengan pelaksanaan projek, halangan teknikal dan tidak kecekapan operasi yang memerlukan perhatian segera untuk mencapai objektifnya. Saya juga bersetuju kalau RM16 bilion telah pun diserahkan, jadi kita perlu mengetahui juga setakat mana RM16 bilion ini digunakan. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 6:13 PM

Tuan Pengerusi

Baik saya jemput Kudat.

draft • 6:13 PM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

Terima kasih Tan Sri Speaker dan terima kasih sebab saya nampak Tan Sri Speaker, walaupun macam tidak berapa sihat, tetapi tetap tabah bersama-sama kita dalam Dewan...

[Tepuk] Terima kasih atas kesempatan ini. Kudat ingin bertanya berkaitan beberapa butiran kepada Yang Berhormat Menteri.

draft • 6:19 PM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

Yang pertama, Butiran 060500 – Program Penyiaran TV, Butiran 020500 – RTM, Butiran 020400 – Jabatan Penerangan, Butiran 020200 – Komunikasi Strategik dan Korporat.

Apakah dapatan kerajaan dalam usaha menangani isu child grooming melalui platform social media dan juga isu pornografi kanak-kanak serta inisiatif kerajaan dalam aspek penerangan terhadap awam? Seiring dengan peredaran zaman dan kemajuan teknologi, di mana masyarakat beralih kepada peranti mudah alih, apakah usaha kerajaan untuk meningkatkan engagement siaran program penyiaran TV khususnya dalam aspek perpaduan dan keharmonian?

Tan Sri Pengerusi, seterusnya Butiran 030000 – Infrastruktur dan Telekomunikasi dibaca bersama Butiran 030100 – Infrastruktur, Butiran 030200 – Kawalan dan Pematuhan.

Terdapat isu drop call signal yang lemah terutama dalam perjalanan sama ada di highway ataupun kampung-kampung. Di kawasan KL sendiri pun selalu terjadi drop call, apa lagi kalau di kawasan luar bandar. Misalnya di Parlimen Kudat, di Banggi, Pitas, banyak kawasan yang langsung tiada liputan. Walaupun ada kawasan-kawasan yang sudah ada

draft • 6:20 PM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

pencawang telekomunikasi, tetapi masih tidak ada liputan sehingga kini. Misalnya di Kampung Loro di Kudat dan juga di Pantai Kelambu.

Adakah kementerian sedia untuk mengenakan denda dan memastikan level accountability yang lebih tinggi terhadap syarikat-syarikat telco untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan kepuasan terhadap pengguna? Mungkin kita boleh menggunakan score card melalui aduan-aduan yang diperolehi daripada pengguna. Itu sahaja daripada saya, Tan Sri. Terima kasih.

draft • 6:20 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Saya jemput Padang Besar.

draft • 6:20 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tan Sri Pengerusi atas ruang dan peluang untuk saya berbahas tentang jawatankuasa Kementerian Komunikasi.

Pertamanya, saya mengucapkan terima kasih, setinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri dan kementerian atas kerjasama untuk Bandar Teknologi Maju Perlis yang mana Yang Berhormat Menteri baharu datang ke Perlis baru-baru ini, dengan izin, untuk menjadi satu game changer di negeri Perlis atau pengubah keadaan di negeri Perlis, satu projek angkat negeri Perlis di peta dunia berkaitan dengan projek Data AI.

Merujuk kepada Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2025, Program 3:

Infrastruktur dan Telekomunikasi, liputan komunikasi digital yang menyeluruh di bawah Butiran 030000 – Infrastruktur dan Telekomunikasi.

Saya mengambil skop berkaitan dengan kedaulatan frekuensi di sempadan tanah air kita khususnya Padang Besar. Sehingga kini, kita masih belum berjaya mengekang pencerobohan isyarat dari Thailand, dari sudut komersial mahupun keselamatan. Walaupun perbahasan saya ini berbentuk teknikal, mungkin untuk maklum kepada Yang Berhormat Menterilah, untuk daripada segi frekuensi antara pertahanan dan juga frekuensi untuk kegunaan awam.

Semua telah memaklumi Malaysia ke arah negara 5G dengan satu lagi penyedia perkhidmatan telah dimuktamadkan. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

(MCMC) telah memperuntukkan spektrum 700 megahertz, 3.5 gigahertz dan 26 atau 28 gigahertz untuk pelaksanaan 5G dalam sektor komersial. Selari dengan itu, sistem pertahanan kita turut memodenkan alat-alat asetnya melalui pembelian radar berteknologi tinggi.

Apa yang membimbangkan saya adalah, melalui semakan, mendapati radar pertahanan Malaysia masih ditala pada frekuensi 2.9 hingga 3.2 gigahertz. Adakah akan wujud kesan pertindihan antara frekuensi komersial dengan frekuensi yang digunakan oleh Kementerian Pertahanan?

Saya amat bersetuju dengan tindakan MCMC mewartakan Pelan Spektrum Negara dan ia perlu menjadi rujukan secara kolektif, tidak kira dari kerajaan mahupun pihak penyedia perkhidmatan komersial. Kalau diamati, spektrum radio yang dimuat naik di laman web

draft • 6:22 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

MCMC pastinya, secara kilas pandang, melihat ruang udara kita sudah padat dengan frekuensi-frekuensi tersebut. Ibaratnya, kalau dizahirkan, seperti rangkaian lebuh raya di Lembah Klang yang bersimpang-siur. Untung sahaja kita tak boleh melihat frekuensi tersebut.

Kedaulatan sempadan dan keselamatan sempadan perlu diberi perhatian serius.

Sejauh mana dan berapa kali kekerapan libat urus yang dibuat secara serius antara Kementerian Komunikasi dan MINDEF, KDN dan lain-lain agensi untuk isu ini?

Saya mendapat maklumat bahawa baru-baru- saya mendapat maklumat pernah berlaku insiden radar pertahanan udara di sebuah lokasi di selatan tanah air yang terpaksa dibuat power down, dengan izin, akibat menghasilkan gangguan terhadap rangkaian komunikasi Singapura. Keadaan ini amat membimbangkan kerana ia menjejaskan kemampuan radar berfungsi secara optimum untuk mempertahankan ruang udara negara.

Negara jiran kita menggunakan L-band bagi mengelak gangguan frekuensi.

Kenapakah masih kita menggunakan S-band? Walaupun pembelian aset ketenteraan dan pertahanan negara di bawah kementerian lain, namun frekuensi dan spektrum di bawah Kementerian Komunikasi.

Radar S-band yang beroperasi dalam julat frekuensi dua hingga empat gigahertz sering menjadi pilihan untuk pertahanan. Namun, ia mempunyai kelemahan ketara.

Frekuensi ini berada terlalu dekat dengan sistem komunikasi awam seperti yang kita gunakan selalu iaitu WiFi 2.4 gigahertz dan juga bluetooth, selain teknologi satelit dan radio amatur.

Apabila radar ini memancarkan isyarat yang kuat tanpa kawalan ketat, gangguan elektromagnet boleh berlaku yang akhirnya merosakkan kestabilan komunikasi awam.

Lebih memburukkan, ia memiliki kelemahan tambahan kerana julat frekuensinya terlalu kecil menjadikan sasaran mudah untuk di-jamming, dengan izin, oleh pihak musuh.

Hal ini menimbulkan persoalan, adakah radar S-band masih wajar digunakan untuk aplikasi ketenteraan? Atau sudah masanya kita mempertimbangkan pilihan lain yang menawarkan jalur lebar lebih luas dan tahan terhadap gangguan luar.

Risiko untuk gangguan komunikasi awam. Radar S-band ini tidak hanya berisiko terdedah kepada ancaman musuh, tetapi juga menimbulkan masalah gangguan kepada sistem komunikasi awam. Terdapat beberapa cabaran utama, antaranya spektrum berhampiran dengan sistem telekomunikasi awam. Radar S-band berkongsi spektrum berhampiran dengan telekomunikasi awam seperti Wi-Fi dan bluetooth. Jika isyarat radar terlalu kuat atau tidak diatur dengan baik, hingar elektromagnet boleh menjejaskan kelancaran perkhidmatan awam termasuk sambungan WiFi dan teknologi rumah pintar.

Akhir sekali, langkah perlu diambil untuk mengelakkan insiden alatan komunikasi pertahanan negara tidak berfungsi seperti darurat, terutamanya di sempadan Padang Besar yang juga mempunyai perkaitan dengan sistem telekomunikasi awam dan komersial.

Pendekatan value for money, dengan izin. Saya ingin menekankan bahawa setiap peruntukan perlu memberikan pulangan terbaik kepada rakyat. Pelaburan dalam teknologi seperti radar dan pengurusan spektrum haruslah menambah baik keselamatan negara tanpa menjejaskan kesejahteraan awam. Sekiranya pelaburan tersebut memberi manfaat nyata,

draft • 6:22 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

kita tidak perlu ragu-ragu lagi untuk berbelanja selayaknya. Saya bersetuju jika kementerian berbelanja lebih besar untuk tujuan tersebut.

Tan Sri Pengerusi, isu spektrum frekuensi adalah cabaran yang kompleks, tetapi penting. Dengan langkah proaktif seperti penyelarasan spektrum, pelaburan dalam teknologi tepat, saya yakin Malaysia dapat mengekalkan kedaulatan frekuensinya sambil memastikan keseimbangan antara keselamatan dan komunikasi awam. Sekian, terima kasih.

draft • 6:22 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Saya jemput pembahas terakhir, Pekan.

draft • 6:22 PM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Bismillahi Rahmani Rahim****.** Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia Madani.

Terima kasih, Tan Sri Pengerusi.

Saya terus pergi kepada Butiran 020000 – Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif dengan peruntukan sebanyak RM773 juta dan Butiran 020400 – Penerangan (JaPen) dengan peruntukan RM171 juta. Inti perbahasan ini menekankan kepada perkara berkaitan dengan salah guna media sosial yang menjurus kepada perbuatan buli siber.

Buli siber merupakan satu bentuk perbuatan menakutkan, mendatangkan kemarahan, menjatuhkan reputasi serta memalukan seseorang menerusi pelbagai platform komunikasi dan media seperti media sosial, laman web, pesanan mesej dan sebagainya.

Rekod berkaitan buli siber, mengikut MCMC, merekodkan sebanyak 8,339 laporan dan aduan atau 27 kes sehari bagi tempoh Januari hingga 1 November 2024.

draft • 6:28 PM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Pada masa ini tiada akta ataupun perundangan spesifik berkenaan buli siber.

Sebaliknya bagi kes yang melibatkan isu buli siber ini hanya melibatkan peruntukan di bawah perundangan sedia ada yang bersifat umum, antaranya Akta 574, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, seksyen 211 dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Jenayah Komputer 1997.

Sebagai contoh, bagi kes A. Rajeswary atau Esha, Julai 2024 merupakan mangsa buli yang meninggal dunia. Selepas kes kematiannya yang menjadi perhatian masyarakat, dua orang individu yang didakwa berkait kematiannya telah dibawa ke muka pengadilan.

Mereka disyaki memuat naik kandungan bersifat jelik dan fitnah yang berbentuk ugutan dan ancaman serta menggunakan kata-kata kesat dan lucah terhadap Esha yang didakwa menjadi antara punca kematiannya.

Namun yang menjadi pertikaian awam adalah walaupun mereka mengaku bersalah atas tuduhan tersebut namun mereka hanya dikenakan hukuman yang ringan. Sebagai contoh, P. Shalini telah didakwa di bawah seksyen 14, Akta Kesalahan Kecil 1955 dan dia hanya dikenakan hukuman denda RM100 dan kemudiannya dibebaskan. Ini merupakan antara faktor utama mengapa buli siber wajar dibanteras sekeras-kerasnya dan undang- undang kecil buli siber juga wajar dilaksanakan. Perbuatan menggalakkan dan mewujudkan kebencian sebegini seharusnya dihapuskan.

draft • 6:30 PM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Justeru itu, saya menggesa kementerian untuk mempercepatkan proses penggubalan rang undang-undang baharu yang khusus mengenai buli siber sebagai satu inisiatif yang memperlihatkan kesungguhan kementerian dalam menangani isu buli siber dan memastikan hukuman yang berat dan setimpal dikenakan kepada pesalah.

Saya juga ingin mencadangkan kepada kementerian untuk turut meletakkan kebertanggungjawaban kepada penyedia platform media sosial yang terlibat seperti Facebook, Instagram dan TikTok supaya mereka lebih peka terhadap isu buli siber yang berlaku dalam platform mereka, selain mempertingkatkan kawalan keselamatan pada platform tersebut supaya insiden tersebut tidak berlaku atau berulang.

Dalam masa yang sama, saya ingin mengetahui apakah inisiatif kementerian dalam menggalakkan mangsa buli siber untuk tampil dan membuat tindakan secara perundangan supaya pembuli tersebut boleh diadili dan dikenakan hukuman yang selayaknya. Apakah usaha rentas kementerian dalam membantu mangsa buli siber yang menghadapi ‘kejejasan’ kesihatan mental bagi menggelakkan berlakunya perkara-perkara lain yang tidak diingini.

Buli siber boleh dianggap sebagai risiko ancaman keselamatan masa kini. Justeru itu, kementerian perlu memperketat undang-undang berkaitan buli siber termasuklah daripada segi takrifan buli siber, denda dan juga hukuman yang sewajarnya. Isu buli tidak seharusnya dipandang ringan kerana ia mampu menyebabkan impak psikologi yang berupaya mengancam keselamatan serta nyawa seseorang. Tindakan tegas perlu diambil bagi menangani kerana ia tidak mempunyai batasan dan boleh berlaku tanpa mengira waktu serta berpotensi dilakukan oleh sesiapa sahaja termasuklah oleh individu tidak dikenali.

Sekian terima kasih, Pekan mohon menyokong.

draft • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Saya akan menjemput Menteri menjawab selama 20 minit, 13 orang Ahli Parlimen telah pun mengambil bahagian. Silakan Menteri, 20 minit.

draft • 6:30 PM

Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Sebelum saya mulakan menjawab soalan-soalan dan isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mengambil kesempatan untuk merakamkan ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Khairul Azli bin Rahim yang merupakan Ketua Meja Perhubungan ASEAN, Seksyen Perhubungan Antarabangsa, Bahagian Pembangunan Strategik RTM yang telah menghembuskan nafas terakhirnya sebentar tadi.

Jadi saya sangat terkesan kerana begitu ramai dalam minggu yang baharu berlalu ini rakan-rakan media yang terkesan, ada yang meninggal dunia. Ada yang hilang kerja dan sebagai seorang yang sebelum menjadi Menteri, sebelum menjadi Ahli Parlimen pun saya sering perjuangkan nasib termasuk kebajikan bagi para wartawan dan rakan-rakan media.

Saya sangat-sangat terkesan dan saya ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Tan Sri Pengerusi, saya mengambil kesempatan untuk ucapan terima kasih kepada 13 orang Ahli Parlimen yang telah membahaskan. Saya cuba untuk rangkumkan mengikut

draft • 6:34 PM

Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

topik kerana ada beberapa topik yang berulang. Saya ucapkan terima kasih kepada semua rakan yang telah berbahas dan memberi teguran dan juga pandangan, nasihat, cadangan untuk menambah baik terutama mutu perkhidmatan. Sebagai contoh, RTM.

Sudah pasti dengan Ketua Pengarah Penyiaran yang ada pada waktu ini kita sedang berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan mutu sama ada daripada segi kandungan ataupun siaran dan juga aspek teknikal. Saya sendiri mendapat dari semasa ke semasa setelah dilakukan acara-acara rasmi seperti sambutan Hari Kebangsaan. Ada yang menyatakan dan merakamkan ucapan terima kasih kepada pasukan RTM terutama pasukan jurukamera yang berupaya untuk merakam pelbagai aksi yang cukup mengagumkan termasuklah pasukan bomba dan juga mereka yang menaiki kenderaan-kenderaan sewaktu perbarisan.

Jadi ada yang mencuit hati. Ada yang memang menimbulkan rasa patriotik dalam kalangan rakyat. Jadi saya ucapkan terima kasih dan insya-Allah kita akan teliti cadangan- cadangan termasuk untuk meneliti apa yang boleh kita lakukan untuk pastikan dalam bahasa vernakular lebih banyak daripada kandungan yang disediakan oleh RTM sampai kepada komuniti. Jadi saya ambil maklum apa yang disampaikan oleh Yang Berhormat Segamat tadi.

Berkenaan dengan – saya sentuh sedikit, salah satu kandungan yang dihasilkan melalui rancangan RTM pada setiap 7.59 setiap malam, satu segmen yang disediakan iaitu segmen Biar Betul. Meneliti apa-apa perkara yang didapati bersifat sama ada tidak betul maklumatnya, isi kandungan atau pun fitnah dan diperbetulkan.

Jadi saya sarankan Ahli-ahli Parlimen untuk melihat setiap malam, 7.59 malam dan juga di pelbagai akaun media sosial Biar Betul. Ini diusahakan sejak tahun lalu atas arahan Yang Berhormat Hulu Langat tetapi dia tak ada. Jadi atas arahan beliau. Kalau dia, dia nak kan Fitnah Apa Hari Ini? Tapi kita usahakan segmen Biar Betul, tapi kita dapati banyak daripada bahan yang disebar sekarang ini lagi banyak disebar melalui WhatsApp.

Maka pihak MCMC memaklumkan dalam bulan Januari ini akhirnya chatbot dalam WhatsApp akan diluncurkan untuk membantu semua pengguna yang memanfaatkan aplikasi WhatsApp menghantar mesej yang mereka syak adalah bersifat palsu ataupun mempunyai elemen yang meragukan untuk pengesahan melalui penggunaan AI. Jadi, insya-Allah kita akan maklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk memanfaatkan nanti.

Mengenai sambutan Hari Kebangsaan dan juga Hari Malaysia, alhamdulillah, kita akan mendapat sedikit peningkatan.

Untuk makluman semua, memang dari blok pembangkang ada dijemput wakil untuk hadir dan yang dijemput itu adalah Ketua Pembangkang. Saya telah mendapatkan pengesahan daripada Ketua Setiausaha Kementerian dan memang Pegawai Khas Ketua Setiausaha Kementerian berhubung dengan Setiausaha Sulit kepada Ketua Pembangkang berkali-kali untuk menjemput beliau tapi tidak ada respons yang positif.

Saya harap untuk sambutan Hari Kebangsaan pada tahun 2025 insya-Allah sekiranya saya diarahkan untuk mengemudinya, saya pohon supaya Ketua Pembangkang

draft • 6:34 PM

Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

hadir supaya kita boleh menampakkan semangat kekitaan terutama pada hari yang penting seperti Hari Kebangsaan dan juga Hari Malaysia.

draft • 6:34 PM

Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Jadi, dua-dua acara ini, wakil Pembangkang dijemput dan yang dijemput itu adalah Ketua Pembangkang. Ini saya sahkan. Saya balik seketika kepada isu RTM. Ramai Ahli Parlimen, termasuk Pasir Mas dan beberapa yang lain mengenai isu part-timer ataupun piecemeal. Itu yang disebut.

Jadi, pihak RTM telah memaklumkan bahawa kes terpencil ini melibatkan seorang staff piecemeal yang baharu bermula pada bulan Oktober dan ada beberapa proses yang untuk membuat, dengan izin, claim, tetapi beberapa buah dokumen yang tidak lengkap. Jadi, perkara itu telah diuruskan dan saya difahamkan beliau telah mendapat gaji. Jadi, saya tidak mahu kita membincangkan seolah-olah ini satu individu sahaja.

Pada masa yang sama, sebelum ini memang ada sedikit kelewatan, tetapi itu lebih kepada satu Pekeliling yang telah diterbitkan dan hal itu juga telah diuruskan secara dalaman.

Jadi insya-Allah, kita akan pastikan mereka yang terlibat, termasuk para part-timer dan juga yang bekerja sebagai piecemeal kepada RTM, nasib mereka, kebajikan mereka akan sentiasa terbela.

Saya sentuh mengenai Program Hari Wartawan Nasional (HAWANA). Yang Berhormat Tasek Gelugor ada bangkitkan mengenai rakan-rakan wartawan yang tidak mendapat gaji berbulan-bulan. Saya sendiri mengikuti perkara ini, saya sendiri ada membantu both, dengan izin, both secara peribadi dan juga melalui Tabung Kasih@HAWANA. Jadi, Tabung Kasih@HAWANA bukan hanya sewaktu Hari Wartawan, tetapi boleh digunakan pada bila-bila masa untuk membantu wartawan yang menghadapi sebarang bentuk kesukaran. Jadi, ada disediakan dan disampaikan.

Pada masa yang sama, berkenaan dengan portal yang disebut itu, saya juga telah berhubung dengan Chief Editor, dengan izin, Ketua Pengarang dan beliau memaklumkan antara lain kerana hal ini disebut berkali-kali dalam Dewan yang mulia ini, maka akan ada pertemuan esok hari dengan pihak pengurusan untuk pastikan isu-isu yang dibangkitkan diuruskan dengan segera. Saya akan terus memantau dan sudah pasti Menteri Sumber Manusia juga akan meneliti untuk pastikan kebajikan dan hak bagi para pekerja, termasuk para wartawan terbela.

draft • 6:40 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Menteri, just sikit sahaja.

Bolehkah Menteri memberi jaminan bahawa pemilik ketiga-tiga portal itu akan dilayan seperti mana semua- pemilik-pemilik syarikat lain sekiranya dia tidak menjelaskan all the compulsory contributions?

draft • 6:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Ya. Itu sejujurnya. Walaupun saya muka senyum, tetapi dalam hati saya, api sedang membara dengan cukup luar biasa sebab saya kenal kawan-kawan wartawan ini, semua, kawan-kawan saya. Jadi, saya sangat-sangat terkilan dan saya mohon kepada yang sedang menonton, kalau ada mana-mana wartawan

draft • 6:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

yang menghadapi kesukaran dan kita tahu kebelakangan ini ramai di kalangan wartawan yang hadapi isu dan masalah.

draft • 6:40 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Yang Berhormat Menteri, boleh saya tambah sikit sahaja? Berkenaan dengan wartawan ini supaya kita boleh memberi keyakinan.

Adakah kementerian boleh adakan satu direct link untuk menghubungi mereka supaya they can have a direct access to the ministry, instead of kita pusing ke sini, ke sana supaya kita boleh tangani isu wartawan ini secara - Ini menunjukkan kejujuran Yang Berhormat Menterilah. Terima kasih.

draft • 6:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Ya, saya bagi peluang terakhir. So, saya akan tunggu sampai esok. Saya nak tunggu, saya nak dengar apa kata Ketua Editor tersebut dan saya akan susuli. Ada beberapa tindakan, tapi tindakan yang kita ambil perlu berlandaskan, berlunaskan undang-undang dan tidak boleh melangkaui bidang kuasa yang ada pada kita. Jadi, saya akan teliti perkara ini dan saya akan uruskan insya-Allah sebaik mungkin.

Mengenai isu yang dibangkitkan Yang Berhormat Masjid Tanah mengenai filem “Abang Adik” yang FINAS telah mengangkat sebagai filem mewakili Malaysia di Oscars dan memang pihak FINAS ada menyediakan bantuan melalui beberapa dana yang ada. Kita sedang meneliti kerana kita dapati bila filem-filem ini bukan hanya bertanding dalam pertandingan seperti Oscars, mereka bersedia. Kami dapati termasuk dengan pembikin filem seperti Amanda Nell Eu yang telah menghasilkan filem “Tiger Stripes” dan membawa ke Cannes. Mereka bersedia untuk membawa, tetapi bila mereka sampai ke sana, banyak kos yang mereka tak sangka terpaksa mereka tanggung. Sama juga dengan filem “Abang Adik”. Jadi, pihak FINAS sedang meneliti perkara ini. Saya telah minta supaya kepada mana-mana filem yang akan dipertandingkan di festival antarabangsa, mereka juga faham bahawa kerajaan boleh membantu setakat ini, tetapi secara realistiknya, untuk setiap round di mana mereka terpaksa melakukan pemasaran di festival-festival itu, mereka lebih bersedia.

Jadi, insya-Allah kita akan teliti perkara ini dengan lebih mendalam dan lebih menyeluruh dan kita hendak supaya filem-filem Malaysia dapat bertanding, tapi mereka juga bersedia untuk bertanding. Jadi, bukan sekadar kita boleh mengumumkan bahawa inilah filem yang masuk ke Oscars, Cannes, pergi ke Rotterdam dan sebagainya, tetapi mereka benar-benar bersedia...

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri.

draft • 6:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Ya, saya.

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Menteri. Saya juga telah bangkitkan dalam perbahasan saya.

Saya mendengar ulasan bahawa Menteri dan Timbalan Menteri dan kementerian adalah sungguh prihatin tentang nasib yang dihadapi oleh wartawan-wartawan. Dalam konteks ini, saya cuma ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengulangi semula kerisauan saya tentang apa yang telah berlaku kepada dua orang wartawan MalaysiaKini, S

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Vinothaa dan B Nantha Kumar dan saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk menyeru Menteri untuk menggunakan kementerian. Walaupun isu penguatkuasaan dan tindakan memberi perlindungan kepada mereka terletak kepada Kementerian Dalam Negeri, cuma sebagai kementerian, saya berharap Menteri dapat menggunakan kesempatan ini untuk berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri untuk memberi perlindungan kerana ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima...

draft • 6:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Baik, baik. Saya faham.

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih.

draft • 6:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Saya faham. Isunya ia bukan dalam- saya tidak ada punca kuasa. Saya tidak ada akta khusus untuk memberi perlindungan seperti yang diminta oleh Jelutong tapi saya faham. Saya dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, kami konsisten dalam pendirian bahawa para wartawan mempunyai hak untuk membuat pelaporan. Mereka mempunyai hak untuk merahsiakan sumber dan ini kami jelaskan berkali- kali dan kami tidak akan berganjak dalam perkara ini.

Sekiranya ada mana-mana wartawan yang merasakan diri mereka tidak selamat setelah mereka membuat sebarang pelaporan, mekanisme yang pertama, buat Laporan Polis dan yang kedua, boleh berhubung dengan kami. Saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri dan kita akan cuba teliti isu-isu yang dibangkitkan dan pastikan bahawa mereka sebanyak yang mungkin dalam lingkungan undang-undang mendapat- boleh dikatakan mungkin bukan imuniti, bukan kekebalan tapi hak mereka terbela...

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Menteri, terima kasih.

draft • 6:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Saya pergi kepada perkara yang dibangkitkan juga oleh Yang Berhormat Masjid Tanah dan saya cukup berterima kasih atas isu yang beliau bangkitkan, juga Pasir Mas dan beberapa rakan-rakan yang lain mengenai kegusaran di kalangan Ahli Parlimen tentang proses pelesenan.

Saya rasa untuk mengatakan pada 1 Januari, kita akan menjadi Korea Utara, itu adalah, dengan izin, hyperbole. Itu adalah yang agak luar biasalah dan bagi saya, sangat tidak adil kerana Malaysia selama ini kita telah mengamalkan satu sikap yang baik. Setakat ini tidak ada netizen yang ditangkap seperti mana yang berlaku dulu, ada netizen yang mengingatkan bila beliau memasukkan Tweet tentang MySejahtera, esok lusa, dah kena tangkap. Kali ini tidak berlaku keadaan seperti itu.

Kita telah berjaya beredar dari zaman edan pada ketika Parlimen itu sendiri ditutup.

Jadi, kalau nak kata nak buat perbandingan dengan Korea Utara, bilakah zamannya? Jadi, tak apalah. Saya ambil maklum pandangan Yang Berhormat dan sejujurnya saya dan Yang Berhormat Timbalan Menteri juga MCMC sedia untuk mengadakan lebih banyak perbincangan dengan Ahli-ahli Yang Berhormat, termasuk rakan-rakan daripada pihak pembangkang untuk memahamkan.

Niat kita tidak lain, tidak bukan Tan Sri Pengerusi, bahawa pihak Jabatan Siasatan Jenayah dan juga Jabatan Siasatan Jenayah Komersial telah memberi satu laporan yang

draft • 6:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

cukup menggusarkan bahawa jenayah sedang dan telah berhijrah secara massa ke dalam media sosial. Kita lihat kesan daripada kebanjiran kandungan sama ada scam, dengan izin, ataupun judi dalam talian.

draft • 6:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Ini berlaku paling banyak dalam platform Facebook. Jadi sekiranya ada Ahli Yang Berhormat yang mempertahankan Facebook contoh ataupun Meta sukacita saya maklumkan di sini bahawa setakat hari ini jumlah kandungan yang diminta oleh MCMC untuk diturunkan daripada Facebook secara keseluruhan adalah 249,268 kandungan. Saya sebut sekali lagi 249,268 kandungan. Daripada Facebook sahaja, jumlah kandungan perjudian online gambling berjumlah 172,072, manakala jumlah kandungan scam 56,136. Menjadikan jumlah ini adalah 91.6 peratus daripada semua kandungan yang diminta oleh MCMC untuk diturunkan daripada Facebook.

Jadi, the overwhelming majority Tan Sri Pengerusi dengan izin, daripada kandungan yang diminta oleh MCMC untuk diturunkan oleh platform-platform ini adalah bersifat scam dan judi dalam talian. Belum lagi kandungan yang seperti pelacuran, seperti iklan produk perkhidmatan yang tidak dibenarkan dan isu-isu yang sewaktu dengannya...

draft • 6:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Menteri, Bangi.

draft • 6:50 PM

Tuan Pengerusi

Bangi.

draft • 6:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Bangi, ya.

draft • 6:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Menteri, terima kasih. Tadi Menteri sudah buka sedikit pintu itu. Saya pun tadi dalam perbahasan saya, saya minta disenaraikan jumlah yang diminta untuk diturunkan.

draft • 6:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Baiklah. Saya ....

draft • 6:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya fikir kalau tidak boleh bagi secara lisan pun, mungkin secara bertulis, Menteri. Terima kasih.

draft • 6:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Sebab angka-angkanya sangat menarik dan saya rasa wajar untuk kita tunjukkan kepada umum. Saya sebut di sini mekanismenya pada waktu ini ialah MCMC tidak boleh mengarahkan kerana kita tidak ada kuasa itu dan MCMC hanya meminta kepada platform untuk diturunkan. Terpulang kepada platform untuk menurunkan.

draft • 6:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya tadi yang figure yang telah pun Yang Berhormat Menteri nyatakan tadi, boleh tidak kita tahu itu dari tahun berapa ke tahun berapa?

draft • 6:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Untuk tahun ini sahaja.

draft • 6:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Untuk tahun ini dan sebagaimana yang saya nyatakan tadi, laporan Meta itu menyebut bahawa permintaan itu termasuklah hantaran yang diklasifikasikan sebagai mengkritik kerajaan. Jadi bagaimana saya hendak tahu respons Yang Berhormat tentang perkara tersebut. Adakah benar ataupun tidak?

draft • 6:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bukan semua permintaan yang datang kepada MCMC itu datang daripada saya. Aduan kepada MCMC boleh dibuat oleh sesiapa sahaja. Saya tidak dimaklumkan dan MCMC tidak meminta saya untuk pengesahan sebelum mereka mengambil tindakan kerana mereka ada kuasa untuk berhubung dengan platform-platform ini. Seperti dalam kes PDRM, saya tidak berhasrat...

draft • 6:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat....

draft • 6:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Bagi saya....

draft • 6:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

...Sebab kita tengok sekarang ini suara rakyat dibisukan dan kita ada data bahawa request tersebut, permohonan tersebut adalah datang daripada kerajaan sendiri.

draft • 6:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Ini tidak benar.

draft • 6:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Dari kerajaan sendiri.

draft • 6:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Saya jelaskan di sini, perkara ini tidak benar.

draft • 6:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

So, Yang Berhormat kata, tak benarlah?

draft • 6:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Sekiranya sesuatu kandungan itu diturunkan, maka platform tersebut mengaku bahawa kandungan itu melanggar community standard dengan izin, platform-platform tersebut. MCMC akan memanjangkan aduan yang diterima daripada sesiapa sekalipun. Bukan saya.

Daripada jumlah yang saya sebutkan tadi itu 172,000, 56,136 untuk makluman Ahli Yang Berhormat Bangi. Ya, insya-Allah kita akan terbitkan. Untuk makluman, bukan hanya Bangi, tetapi juga Dewan ini bahawa angka-angka ini sangat-sangat mengejutkan. Jadi kita akan maklumkan dan saya akan sediakan dalam format yang mudah untuk diteliti dalam semua platform, insya-Allah.

draft • 6:50 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Menteri, sedikit sahaja.

Saya sebenarnya hendak dengar jawapan pasal DNB tadi, tetapi Pengerusi, saya just hendak sebut bahawa saya dengar banyak kali Menteri kata, “Bukan arahan Menteri, tetapi MCMC buat.” Tidak kiralah sama ada arahan Menteri atau tidak, kalau dilakukan oleh mana-mana agensi kerajaan, Menteri bertanggungjawab. Jadi, tidak boleh lari daripada tanggungjawab itu dengan memberikan alasan sebegitu. Jadi kalau MCMC buat, maka the responsibility to answer is from you, dengan izin Tuan Pengerusi.

draft • 6:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Itulah jawapan saya.

draft • 6:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Maksudnya laporan daripada Meta itu transparency report daripada Meta itu maksudnya salah ataupun betul, saya hendak tanya.

draft • 6:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Dia, saya bagikan konteksnya Ahli Yang Berhormat.

draft • 6:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Betul ataupun tidak?

Hendak tahu itu jer.

draft • 6:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Ya, saya akan jawab. Isu pada hari ini untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, bila kita sebut tadi tentang rakan-rakan media yang paling terkesan sekarang ini akibat daripada penghijrahan dana advertising expenditure

(ADEX) daripada media kepada media sosial- saya sebutkan perkara ini sebagai konteks dan sebagai latar belakang kepada apa yang sedang berlaku sekarang. Kita dapati berdasarkan maklumat dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial pada tahun lalu, RM432 juta duit rakyat Malaysia telah hilang akibat scam dalam platform Facebook sahaja.

Berdasarkan maklumat yang kita terima, Facebook telah meraih keuntungan dari Malaysia sebanyak RM2.5 bilion hasil daripada jualan seperti yang saya sebutkan tadi. Iklan- iklan yang kita minta diturunkan termasuk Ahli Yang Berhormat dari Seputeh bila wajah beliau disalahgunakan untuk menjual investment, dengan izin. Jadi saya sebut di sini- ya benar kerajaan khususnya saya, harus bertanggungjawab atas tindakan yang diambil dan saya tidak lari daripada tanggungjawab itu.

Kebebasan bersuara memang ada dan memang termaktub dalam Perlembagaan, tetapi kebebasan yang tidak berbatas dan apa yang kita sebut sebagai kebebasan yang mutlak akan mengundang malapetaka. Kritikan itu kita terima.

Perdana Menteri juga tidak menghalang sesiapa daripada mengkritik, tetapi sekiranya kritikan itu asasnya adalah fitnah belaka. Contoh dalam kes yang dibangkitkan oleh Menteri Dalam Negeri, fitnah yang mengatakan bahawa 1.2 juta rakyat China telah mendapat kewarganegaraan, di mana Ahli-ahli Yang Berhormat mempertahankan bila Menteri Dalam Negeri berkata bahawa fitnah ini berlegar dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkan fitnah itu!?

[Berucap dengan nada tegas] Jadi kritikan seperti itu – Saya minta maaf ya.

Hujung hari dan hendak masuk Maghrib...

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Cool down, cool down.

Bertenang, bertenang Menteri. Bertenang.

draft • 6:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Saya bertenang, baik, tetapi yang saya sebutkan itu adalah contoh yang paling drastik- kritikan. Jadi jangan berselindung, jangan cuba melindungi: pertama, pemfitnah dengan menggunakan label pengkritik. Kita harus bezakan pemfitnah dan pengkritik...

draft • 6:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Soalnya hari ini suara rakyat ‘dibisukan’ Yang Berhormat. Dulu Yang Berhormat juga yang lantang mengkritik.

draft • 6:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Tidak benar.

draft • 6:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

...Tentang memperjuangkan hak kebebasan bersuara rakyat.

draft • 6:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

I stand dalam hal ini. Suara rakyat...

draft • 6:50 PM

Tuan Pengerusi

Elok-elok kalau Masjid Tanah...

draft • 6:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Itu sahaja- hendak mengingatkan balik.

draft • 6:50 PM

Tuan Pengerusi

Masjid Tanah, minta kepada saya dahulu. Minta dahulu ya. Saya bukan hendak kata apa-apa sebab saya dah rasa elok kita buat elok-elok. Tadi elok sudah, tetapi now better that you respect me, I respect you. Okay, please proceed.

draft • 6:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Baik, jadi saya nak sampai ke penghujung cuma kalau nak kata suara rakyat dibisukan, bukan pentadbiran ini, bukan Perdana Menteri ini yang tutup Parlimen Yang Berhormat...

[Tepuk] Bukan. Jadi ingatlah, beringat-ingatlah apa yang berlaku dulu.

Baik saya ke topik yang terakhir walaupun Pasir Gudang meminta berkali-kali isu dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat membangkitkan tentang isu DNB. Sebenarnya DNB bukan di bawah jagaan saya. DNB telah dipindahkan kepada Kementerian Digital. Jadi apa yang mungkin yang Yang Berhormat bangkitkan itu lebih baik sekiranya ia dijawab oleh Menteri Digital, tetapi ada beberapa perkara yang saya boleh nyatakan di sini sewaktu saya mengambil alih portfolio ini yang agak menyeramkan dan agak mencemaskan pada ketika itu Tan Sri Pengerusi, yang mana kita dapati ia seperti tidak ada sesiapa dalam kementerian ataupun dalam MCMC yang mengetahui sebarang perkara yang berlaku dalam DNB pada ketika saya mengambil alih.

Kontrak-kontraknya, angka-angka yang disebut itu. Pada waktu itu Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang sekarang ini Ketua Setiausaha Perbendaharaan sendiri tidak mempunyai dengan izin, any visibility tentang apa yang berlaku dalam DNB walaupun DNB itu adalah sebuah syarikat di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

Jadi saya tidak boleh lebih dari itu kerana saya hormat apa yang disebut sebagai Ministerial Function Order (MFO), tetapi sewaktu ia di bawah jagaan saya, itulah antara perkara yang kita teliti. Sudah pasti apa yang sedang berlaku sekarang ada satu seperti yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, Tasek Gelugor menyatakan, saya pun tak tahu Yang Berhormat bahawa wakil U-Mobile telah meletakkan jawatan sebab DNB bukan bawah jagaan saya dan saya tidak dimaklumkan.

draft • 6:50 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Tetapi just Pengerusi, kalau dibenarkan Menteri. Mengenai yang ditimbulkan oleh Pasir Gudang, saya rasa itu satu komen yang berat sebenarnya dan saya petik daripada laman web DNB, jumlah kos pelancaran 5G akan dibiayai secara eksklusif oleh sektor swasta tanpa melibatkan pembiayaan kerajaan atau perbelanjaan pembangunan.

Jadi yang disebut oleh Pasir Gudang tadi saya hendak rekodkan bahawa premis awalnya daripada nombor satu tadi itu sudah salah. Maka soalan-soalan selanjutnya itu pun jadi tidak relevan kerana semuanya tidak dibiayai oleh kerajaan mengikut data DNB sendiri, tetapi mungkin besok bila perbahasan digital lebih tepat untuk dibincangkan perkara ini Tuan Pengerusi.

draft • 6:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Cuma saya mengambil tanggungjawab untuk menguruskan pastikan daripada segi liputan kawasan berpenduduk (COPA) capai 80 peratus. Selepas kita capai, niat saya walaupun kita telah beralih kepada dwi rangkaian adalah untuk memastikan DNB ini mampan, sustainable, tetapi isu-isu yang dibangkitkan itu

draft • 6:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

sekiranya pihak PAC sebagai contoh ingin meneliti dan kini sudah pasti Ketua Audit Negara boleh meneliti setelah kita pinda Akta Audit, kita serah kepada siasatan-siasatan dan sekiranya ada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat dan mereka ingin membuat laporan Polis dan sebagainya, kita serahkan.

Tan Sri Pengerusi...

draft • 6:50 PM

Tuan Pengerusi

Menteri perlukan berapa minit lagi?

draft • 6:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Saya sudah hendak landing sebab sudah masuk Maghrib dan sekiranya maklumat yang diperlukan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, saya akan minta supaya dijawab secara bertulis.

Akhir sekali, saya pohon supaya Ahli-ahli Yang Berhormat bersama dengan kerajaan dalam usaha untuk pastikan Internet yang kita sediakan sama ada di Langkawi- Langkawi saya telah minta supaya MCMC meneliti dan juga pihak kementerian meneliti masalah di Pulau Tuba yang saya sendiri pernah lawat dan saya setuju memang ada isu-isu Internet di kawasan itu. Nanti kita akan sampaikan secara bertulis kepada Ahli Yang Berhormat.

Saya pohon supaya kita bersama untuk pastikan Internet bukan hanya lebih selamat, lebih boleh dimanfaatkan oleh semua termasuk Ahli Parlimen Pembangkang dan boleh terus bersuara, tetapi kita hendak Internet yang lebih selamat, lebih meluas, lebih murah yang paling penting lebih selamat untuk kanak-kanak dan keluarga. Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum.

draft • 6:50 PM

Tuan Pengerusi

Baik, Yang Berhormat. Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,077,476,700 untuk Kepala B.47 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2025 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.47 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 6:50 PM

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.47 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2025 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.47 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

draft • 6:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi, hari Khamis, 28 November 2024.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat malam.

draft • 6:50 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.04 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026