Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Suhaizan bin Kaiat, Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Timbalan Speaker.
1. Tuan Suhaizan bin Kaiat [Pulai] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah usaha kementerian memperkasa COB dan PBT agar menjadi badan yang berkesan seperti HDB dan URA di Singapura memandangkan terlalu banyak masalah pengurusan perumahan terutamanya rumah pangsa kos rendah seperti MC tidak berfungsi, penyelenggaraan lemah, komuniti bermasalah dan infrastruktur rosak.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Salam Malaysia MADANI, Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, Kerajaan MADANI berpaksikan teras kemampanan dan kesejahteraan sosial sentiasa memastikan mutu kehidupan kepada rakyat yang seimbang, selesa dan harmoni berasaskan kepada kehidupan yang lebih kondusif.
Dalam hal ini, pengurusan bangunan yang lebih efektif dan teratur di kediaman berstrata termasuk yang melibatkan perumahan kos rendah juga adalah antara isu yang diberi perhatian rapi oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Selaras dengan Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757] , Badan Pengurusan Bersama (JMB) serta Perbadanan Pengurusan (MC) perlulah ditubuhkan bagi menguruskan penyelenggaraan perumahan strata melibatkan kemudahan bersama. Pesuruhjaya Bangunan (COB) melalui Akta 757 diberi kuasa untuk melatih ejen pengurusan bagi skim strata yang tidak mempunyai atau gagal menubuhkan JMB dan MC. Atau sekiranya JMB atau MC yang dilantik gagah untuk menjalankan tanggungjawab untuk menyelenggara dan mengurus bangunan strata.
Berkaitan dengan pengurusan bangunan berstrata di Singapura yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pulai, untuk makluman ia dikawal selia oleh Building Maintenance and Strata Management Act 2004 dengan izin, yang Menteri diberi kuasa untuk melantik individu
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
sebagai COB yang berperanan sebagai pentadbir serta pelaksana peranan yang termaktub di bawah akta tersebut.
Akta di Singapura turut memberi kuasa kepada pemilik strata untuk mentadbir di bawah Perbadanan Pengurusan yang ditubuhkan. Manakala pengurusan strata bagi flat di bawah pengurusan Housing and Development Board (HDB) ia telah mendapat pengecualian di bawah Akta 2004, di mana penubuhan Perbadanan Pengurusan adalah dikecualikan dan pengurusan strata telah dilaksanakan dari Town Councils yang ditubuhkan di bawah Town Councils Act 1988.
KPKT berpandangan bahawa perbandingan perundangan di antara Malaysia dan Singapura seperti yang difikirkan oleh Yang Berhormat Pulai boleh menjadi satu teladan yang baik untuk diambil kira sebagai penambahbaikan perundangan negara bagi mana-mana peruntukan yang sesuai dan wajar. Dalam hal ini, KPKT terus cakna akan keperluan untuk terus mempertingkatkan kerangka perundangan negara justeru di bawah Rolling Plan Ketiga RMKe-12, kerajaan telah bersetuju agar kajian dan pindaan Akta 757 dilaksanakan bagi mengambil kira senario serta keperluan semasa.
Antara perkara yang akan ditelitikan termasuk peranan dan pemerkasaan JMB dan MC serta aspek pertindihan peruntukkan undang-undang strata sedia ada khususnya dalam aspek pemerkasaan COB. Antara cadangan yang sedang dipertimbangkan:
(i) pemusatan COB di bawah satu jabatan atau agensi di peringkat Persekutuan bagi tujuan pemantauan yang efisien tetapi masih tertakluk kepada perundangan Persekutuan dan negeri;
(ii) mengkaji struktur perjawatan COB sedia ada di PBT dengan mengoptimumkan keperluan sumber manusia sedia ada untuk meningkatkan keberkesanan tadbir urus dan kawal selia; dan
(iii) meneliti kembali peranan serta tanggungjawab COB seperti yang termaktub dalam perundangan sedia ada.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, selain itu KPKT terus mempergiat usaha untuk menambah baik pengurusan strata merangkumi pelbagai aspek:
(i) Pendigitalan pengurusan strata. Penggunaan sistem bagi merekod data strata, mengurus data bangunan, permit, pemeriksaan dan penguatkuasaan dapat memastikan perancangan pelaksanaan pemantauan dan analisis khususnya melibatkan pengurusan strata menjadi lebih baik;
(ii) Pembangunan kompetensi COB menerusi penganjuran mesyuarat penyelarasan, bengkel teknikal dan sesi libat urus sedang giat dijalankan;
(iii) Pemantauan proaktif dan penguatkuasaan yang responsif.
Pemantauan secara proaktif dan tindakan penguatkuasaan yang lebih responsif sedang dilaksanakan untuk mengatasi ketidakpatuhan perundangan. Pelaksanaan ini dijalankan
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
kerana kolaborasi strategik bersama PDRM, SPRM, Jabatan Penguat kuasa PBT, Persatuan Industri Keselamatan Malaysia dan agensi lain; dan
(iv) Peningkatan ketelusan dan akauntabiliti. Peningkatan aspek ketelusan akauntabiliti amat dititikberatkan dalam pengurusan strata. Antara usaha yang dilaksanakan termasuk menerbit atau memaparkan maklumat secara dalam talian untuk rujukan pihak berkepentingan.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat Pulai, KPKT hanya prihatin terhadap isu penyelenggaraan perumahan yang usang disebabkan oleh pemilik atau JMB yang gagal menguruskan bangunan tersebut, terutama kerana kutipan caj penyelenggaraan ataupun sinking fund yang rendah. KPKT yang berpandangan sekiranya bangunan sedia ada telah usang dan berada dalam keadaan tidak economical untuk diperbaiki atau dengan izin beyond economical repair adalah wajar pemilik atau JMB melihat alternatif seperti pembangunan semula skim strata.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Walau bagaimanapun, kerajaan tetap prihatin dan sentiasa meletakkan keutamaan dalam menyantuni pemasaran rakyat. Untuk makluman Yang Berhormat, satu berita yang baik di bawah Belanjawan 2025, tahun hadapan KPKT telah pun diperuntukkan satu jumlah yang besar iaitu RM185 juta untuk menyelenggarakan rumah strata kos rendah dan sederhana awam termasuk menggantikan lif-lif usang dan dijangka ini adalah satu impak yang besar, 358 projek untuk manfaat hampir 400 ribu komuniti penduduk strata akan mendapat manfaat daripada inisiatif Belanjawan MADANI 2025 iaitu menggubah ekonomi menjana perubahan dan mensejahterakan rakyat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih jawapan daripada Menteri yang saya kira ada satu keazaman untuk membuat perubahan ini. Jadi, pangsapuri kos rendah ini kita tahu realitinya daif dan tidak diselenggara, MC ada masalah. Ada setengah MC ini 20 tahun tidak bermesyuarat dan tidak ada budaya yang baik dalam komuniti ini. Di Singapura...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terus kepada soalan.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Okey. Pangsapuri kos rendah ini ditanggung oleh kerajaan sepertimana yang Menteri sebut ada council yang laksanakan itu menggunakan dana rakyat. Manifesto PH 2022 pun menyatakan bahawa selenggara pangsapuri yang bermasalah ini akan ditanggung oleh pihak kerajaan.
Soalan saya adalah apakah kerajaan bersedia untuk ambil alih pengurusan rumah strata ataupun pangsapuri kos rendah ini? Dan apakah akan dibentuk satu budaya MADANI ini dan bila akan dilaksanakan? Terima kasih.
Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih. Yang Berhormat Pulai juga merupakan mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor di atas soalan yang konstruktif. Tuan Yang di- Pertua, izinkan saya memaklumkan Dewan yang mulia terlebih dahulu bahawa KPKT melalui
Tuan Nga Kor Ming
Jabatan Perumahan Negara telah melaksanakan inisiatif Program Penyelenggaraan Perumahan Malaysia iaitu (PPP) untuk membantu penghuni-penghuni perumahan strata kos rendah awam dalam penyelenggaraan dan baik pulih kediaman mereka.
Sebagai tambahan, satu lagi tabung telah pun ditubuhkan iaitu Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM). Kita ada dua skim, satu PPP satu TPPM, turut diwujudkan untuk baik pulih dan menyelenggara perumahan berstrata kos rendah serta kos sederhana swasta. Terkini mengambil kira keperluan penyelenggaraan perumahan strata di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan atas dasar keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap keperluan penduduk perumahan serta kos rendah dan sederhana rendah.
Mesyuarat Jemaah Menteri baru-baru ini pada 18 September telah pun meluluskan perluasan pelaksanaan PPP dan TPPM ke Kuala Lumpur. Sebelum ini diputuskan pengecualiannya untuk menerimanya sejak 2017. Kerajaan MADANI turut meluluskan perluasan inisiatif ini ke atas perumahan berstrata dengan harga belian bernilai RM300,000 ke bawah yang akan dibuat berdasarkan kepada peruntukan yang diterima oleh KPKT melalui Belanjawan 2025 iaitu sebanyak RM97.6 juta.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
[Bangun]
Tuan Nga Kor Ming
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, terdapat sepuluh skop kerja penyelenggaraan dan pembaikan akan dilakukan di bawah PPP dan TPPM. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat JBM dan MC yang tidak dapat melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan atas faktor seperti berikut:
(i) kadar yuran penyelenggaraan yang rendah;
(ii) sikap penduduk yang culas dan enggan membayar;
(iii) JMC tidak aktif dan tidak memainkan peranan yang sewajarnya; dan
(iv) ada juga penyelewengan kutipan.
Dalam hal ini seperti yang telah saya jelaskan tadi, KPKT sentiasa komited dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan, kecekapan serta memperkasa peranan COB di PBT agar dapat menjalankan fungsinya untuk meningkatkan kualiti pengurusan bangunan berstrata.
Saya sependapat dengan Yang Berhormat Pulai bahawa tidak cukup sekadar menanggung kos penyelenggaraan dan penghuni. Perlu dididik untuk hidup di kediaman berstrata. Ini agar harta sama sentiasa dijaga dengan baik selaras dengan slogan ‘Rumahku Syurgaku’. Ini permintaan saya rasa pelaksanaan kempen peningkatan kesedaran sedang...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, ringkaskan jawapan.
Tuan Nga Kor Ming
Ya, sedang dijalankan dan setakat ini lebih kurang 100 program kesedaran telah pun dilaksanakan oleh KPKT. Saya rasa it will take the whole nation approach dengan izin untuk pastikan masalah ini kita selesaikan bersama. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Hulu Selangor.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Terima kasih Puan ‘Pengetua’.
[Ketawa] Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di atas penjelasan. Jadi sepertimana yang kita sedia maklum, bahawa masalah rumah strata ini ataupun rumah bertingkat ini memang kita sentiasa dengar. Apa yang Yang Berhormat Menteri terangkan tadi, itulah kenyataan realitinya terutamanya apabila melibatkan pembiayaan maintenance dan sebagainya.
Jadi, saya mohon pertanyaan di sini, adakah kerajaan bercadang untuk melaksanakan sistem subsidi ataupun insentif kepada mana-mana bangunan kos rendah?
Dan bagaimana untuk menyelesaikan masalah rumah berstrata yang pemilik strata yang sehingga sekarang tidak dapat diselesaikan? Terima kasih.
Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih kepada Yang Berhormat. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, dalam negara kita mempunyai lebih kurang 24,385 skim bangunan berstrata. Jumlah unit adalah amat tinggi. Setakat hari ini sudah sampai mencecah 2.83 juta unit. Maka sekiranya semua rumah berstrata bergantung kepada subsidi kerajaan. Ini tidak mungkin, berdasarkan kepada kekangan kewangan, mana-mana kerajaan pun di dunia ini.
Oleh kerana itu, tetapi bagaimanapun, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun memang sentiasa menyantuni rakyat dan sebab itu dalam tempoh dua tahun sahaja hampir RM300 juta telah pun diperuntukkan untuk membaiki, menyelenggara, membaik pulih mana-mana bangunan yang didapati adalah usang ataupun daif.
Bagaimanapun kita juga perlukan kerjasama semua penghuni. Oleh kerana itu, dalam Skim Program Residensi Rakyat yang bakal dilancarkan pada tahun hadapan. Semua penghuni akan diberikan akses kad. Dua akses kad, yang pertama dekat depan, gated community. Kedua, dalam lif. Sekiranya mereka bayar akan dapat akses. Mereka enggan bayar, saya mohon maaf. Itu sahaja untuk pastikan setiap mereka bekerjasama sebagai satu komuniti yang kita boleh hidup aman sentosa dan sentiasa saling hormat-menghormati.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Roslan bin Hashim, Kulim-Bandar Baharu.
2. Tuan Roslan bin Hashim [Kulim-Bandar Baharu] minta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan akan memperkenalkan exit policy kepada penghuni kuarters serta mempertimbangkan pembinaan lebih banyak rumah PPAM untuk menggalakkan penghuni kuarters terutamanya yang menetap melebihi 10 tahun memiliki rumah sendiri bagi memberi peluang kepada penjawat awam baharu ditawarkan kuarters dan meringankan beban sewa.
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
Dengan izin Timbalan Yang di- Pertua. Saya akan menjawab soalan ini bagi pihak Menteri Wilayah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengurusan kuarters kerajaan dilaksanakan di kementerian/jabatan pengguna (KJP) mengikut perancangan dan keperluan masing-masing. Dalam hal ini,
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
Jabatan Perdana Menteri pula hanya menguruskan kuarters guna sama yang dibangunkan untuk menyediakan kemudahan kediaman kepada kakitangan awam berlandaskan peraturan dan dasar dalam Perintah Am Bab E, Rumah dan Bangunan Pejabat Kerajaan.
Secara prinsipnya, penyediaan kuarters kerajaan ini adalah sebagai satu kemudahan untuk kumpulan pegawai awam yang memerlukan. Perintah Am Bab E menyatakan bahawa kerajaan tiada bertanggungjawab untuk menyediakan rumah-rumah kediaman bagi pegawai- pegawainya melainkan sekadar pegawai-pegawai yang dikehendaki tinggal berhampiran dengan tempat kerja dan pegawai-pegawai yang bekerja di kawasan-kawasan yang terpencil, di mana rumah-rumah persendirian untuk disewa tidak diperolehi.
Pada masa ini dasar keutamaan yang sedia ada memberi perhatian khusus kepada penjawat awam yang menghadapi musibah atau tergolong dalam kategori orang kurang upaya untuk menerima tawaran menduduki kuarters dengan lebih awal. Sementara itu, penjawat awam muda yang baru dilantik perlu menunggu giliran mereka melalui saluran biasa seperti yang telah ditetapkan.
Dalam hal ini, Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) sedang meneliti cadangan untuk menetapkan dasar baru berkaitan tempoh menduduki kuarters kerajaan. Namun berdasarkan perbincangan Yang Berhormat Menteri Wilayah dengan pegawai, mereka mendapati bahawa sekiranya Dasar Exit Policy ingin dirangka, ia tidak seharusnya dilaksanakan secara simplistic seperti hanya menetapkan tempoh maksimum sepuluh tahun untuk penghuni.
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
Sebaliknya perlu ada pertimbangan khas bagi penghuni yang mempunyai keperluan tertentu seperti faktor kesihatan atau perancangan untuk bersara dan kembali ke kampung halaman. Golongan ini wajar diberi kelonggaran untuk terus mendiami kuarters tanpa had masa yang tertentu. Selain itu, kerajaan juga telah melaksanakan Program Perumahan Penjawat Awam Malaysia untuk membantu penjawat awam, khasnya yang berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah kediaman di seluruh negara, terutamanya di bandar- bandar utama.
Melalui inisiatif Program Perumahan Penjawat Awam Malaysia, sehingga kini seramai 36,479 penjawat awam telah menandatangani perjanjian jual beli. Daripada jumlah ini, 87 peratus pembeli iaitu 31,942 orang adalah penjawat awam berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan. Data ini menunjukkan bahawa kumpulan penjawat awam yang disasarkan telah menerima manfaat dan faedah daripada pelaksanaan Program Perumahan Penjawat Awam Malaysia.
Dalam pembentangan Belanjawan 2025, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak lebih RM496 juta bagi meneruskan pelaksanaan program di seluruh negara dan penyediaan rumah PPAM ini akan dilaksanakan melalui kerjasama awam, swasta agar sumber negara yang ada dapat digunakan secara optimum. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik. Terima kasih kepada YB Menteri atas jawapan yang agak lengkap dan teliti. Persoalannya YB Menteri, adakah jika anak pesara dan penjawat awam di mana ia bekerja adalah atas lantikan kontrak, adakah masih layak menduduki rumah PPAM? Mengapakah tidak dipanjangkan kepada anak kepada penjawat awam yang hampir bersara?
Contohnya YB Menteri, umur sudah hampir 55 tahun yang sukar untuk mendapatkan pinjaman dan juga apakah rasionalnya rumah PPAM yang dibina menggunakan subsidi kerajaan tetapi dibenarkan untuk disewakan? Terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Okey Timbalan Yang di-Pertua, saya jawab secara prinsipnya, Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, permohonan PPAM terbuka untuk penjawat awam lantikan tetap atau kontrak yang berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, pihak berkuasa negeri, pihak berkuasa tempatan, badan berkanun persekutuan dan badan berkanun negeri serta diperluaskan kepada pesara kerajaan.
Sehingga kini, terdapat kira-kira lebih 1.3 juta penjawat awam masih berkhidmat manakala lebih 950,000 telah bersara. Daripada 1.3 juta yang masih berkhidmat, sebanyak ataupun lebih kurang 52.95 peratus masih belum memiliki rumah dan majoritinya adalah dalam kalangan kumpulan pelaksana.
Berdasarkan data semasa pemilikan rumah dalam kalangan penjawat awam dan pesara tersebut, Jawatankuasa Khas Tertinggi Perumahan Penjawat Awam Malaysia telah bersetuju supaya permohonan rumah PPAM dikhususkan kepada penjawat awam yang berjawatan tetap atau kontrak dan pesara sahaja, khasnya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Walaupun anak kepada penjawat awam atau anak pesara tidak layak memohon rumah PPAM, namun mereka masih berpeluang menjadi pemilik bersama rumah PPAM yang ditawarkan kepada ibu bapa mereka yang merupakan penjawat awam atau pesara.
Penjawat awam yang telah menerima manfaat melalui inisiatif PPAM adalah tertakluk kepada sekatan moratorium iaitu rumah PPAM yang dibeli itu tidak dibenarkan dijual dan dipindah milik selama 10 tahun bermula dari tarikh perjanjian jual beli ditandatangani. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Tan Kar Hing, Gopeng.
3. Tuan Tan Kar Hing [Gopeng] minta Menteri Pendidikan menyatakan sama ada pihak kementerian akan memperkenalkan program sokongan psikologi dan kaunseling yang lebih menyeluruh untuk pelajar dan guru, khususnya selepas berlakunya insiden tragik seperti di Sekolah Kuen Cheng dan Sekolah Menengah Chung Hua.
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Gopeng, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memberi keutamaan dalam hal kebajikan dan kesejahteraan murid termasuk psikososial dan kesihatan
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
mental murid. KPM melaksanakan Yang Berhormat, pertama, Saringan Minda Sihat yang digunakan sebagai mekanisme pengesanan awal untuk mengenal pasti murid yang berhadapan dengan masalah gangguan emosi.
Saringan Minda Sihat dilaksanakan sekali dalam setahun kepada semua murid Tahun 5 hingga Tingkatan 6. Manakala murid yang dikenal pasti mempunyai masalah gangguan emosi teruk dan sangat teruk, Saringan Minda Sihat dilaksanakan sebanyak dua kali setahun. Jadi, pertama, saringan.
Kedua adalah intervensi. Murid yang menunjukkan tanda-tanda awal kemurungan diberikan bantuan segera melalui intervensi berfokus menggunakan Modul Minda Sihat, Modul Program Intervensi Minda Sihat (PRISMA) dan Modul Kesihatan Mental Remaja.
Modul-modul ini menerapkan kemahiran menangani stres, kemahiran menyelesaikan masalah dan menguruskan emosi dengan baik.
KPM menyediakan akses kepada bahan psikopendidikan yang disebar luaskan melalui infografik, video pendek, laman minda sihat, panduan kesejahteraan diri di pelbagai platform media sosial, talian sokongan psiko sosial melalui panggilan telefon, aplikasi WhatsApp dan Telegram turut disediakan untuk menyampaikan maklumat serta saluran kepada murid mendapatkan bantuan apabila berhadapan dengan sesuatu masalah atau kecelaruan minda.
Jadi, saringan, intervensi yang diteruskan melalui pembimbing rakan sebaya yang memainkan peranan dalam membantu meningkatkan kesejahteraan psikososial dan menyokong sosio-emosi rakan sebaya mereka. PRS saling membantu, cakna dan prihatin terhadap rakan mereka untuk sama-sama menghulurkan pertolongan. Usaha ini adalah seiring dengan falsafah PRS iaitu “Bantu diri untuk bantu orang lain”.
KPM juga menggerakkan Smart Support Team, merupakan sukarelawan guru bimbingan dan kaunseling yang berpengalaman dan terlatih dalam menyokong emosi murid yang terkesan dengan situasi krisis yang berlaku di sekolah. Pasukan ini berperanan memastikan murid dibantu emosinya dan memulihkan keadaan murid melalui intervensi dan postvention bagi meredakan stres atau trauma yang dihadapi.
Ketiga ialah konsultasi. Bagi murid yang dikenal pasti mempunyai tahap kemurungan yang teruk dan sangat teruk, pihak sekolah akan mengadakan sesi konsultasi bersama-sama ibu bapa, penjaga murid sebelum anak mereka dirujuk kepada pakar perubatan di klinik-klinik kesihatan atau hospital yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan yang diperlukan.
Melalui sesi konsultasi ini, ibu bapa, penjaga turut didedahkan kepada pelbagai aktiviti teknik relaksasi dan mindfulness yang boleh digunakan bagi mereka bagi menyokong kesejahteraan minda, meningkatkan kemahiran gaya daya tindak dan penjagaan anak mereka sewaktu berada di rumah.
Terakhir adalah penglibatan. KPM bekerjasama erat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi penyediaan Garis Panduan Sistem Rujukan Murid dengan masalah kesihatan mental dan pelaksanaan Health Promotion in Learning Institution. Kolaborasi ini turut dilaksanakan bersama-sama Yayasan Hasanah dalam pembangunan kapasiti dan literasi
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
kesihatan mental melibatkan guru, PRS serta ibu bapa. Selain itu, Konvensyen Minda Sihat peringkat kebangsaan diadakan dengan penglibatan ibu bapa, komuniti, sektor swasta bagi menyokong serta memperkasa kesejahteraan mental murid.
Tuan Timbalan Yang di-Pertua, ada sedikit sahaja lagi saya nak sentuh tentang guru.
KPM juga telah melaksanakan saringan Kesejahteraan Psikologi Guru melalui Profiling Kesejahteraan Guru menggunakan Inventori Kesejahteraan Psikologi. Sebanyak 92.7 peratus guru telah memiliki profil kesejahteraan psikologi dan kini KPM sedang membangunkan Indeks Kesejahteraan Guru untuk mengukur kesejahteraan guru melalui domain ketersediaan dan penggunaan sumber autonomi dan kompetensi guru, keselarasan kerja dan persekitaran kesejahteraan psikologi dan sistem sokongan.
Secara kesimpulannya Tuan Timbalan Yang di-Pertua, apa yang dilaksanakan di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengatasi isu-isu dan menyediakan satu ekosistem psikososial yang lebih kukuh untuk sekolah, pertama adalah isu saringan yang mesti dibereskan oleh semua sekolah, di semua peringkat termasuk untuk guru-guru dan juga anak murid.
Kedua adalah peringkat intervensi yang kita lakukan dengan serta-merta sekiranya kita dapati terdapat kecenderungan anak-anak ini menghadapi sebarang tanda-tanda kesihatan mental. Ketiga adalah terkait rapat dengan konsultasi yang kita libatkan juga ibu bapa dan juga pakar-pakar kesihatan mental dan pakar psikologi dan keempat adalah penglibatan bersama rakan sinergi kita, Kementerian Kesihatan Malaysia khusus untuk menangani isu-isu ini. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Gopeng.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Terima kasih kepada Menteri atas jawapan yang komprehensif tentang cara untuk mengatasi masalah psikologi di kalangan pelajar dan juga guru. Cuma apabila kita bicarakan perkara ini, lepas saya menghantar soalan, ada lagi satu kes yang berlaku di SMJK Heng Ee, Pulau Pinang yang mana seorang pelajar 16 tahun telah pun meninggalkan nota bunuh diri dan menyatakan masalah menghadapi masalah tekanan pembelajaran.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
So, dalam banyak faktor-faktor dan pihak-pihak yang berkewajipan untuk mengatasi masalah ini, saya lihat ada dua perkara yang ingin saya tanyakan kepada Menteri. Pertama adalah tentang tekanan akademik yang dikatakan kurang aktiviti kokurikulum di kalangan pelajar-pelajar turut menyumbang kepada perkara-perkara ini. Apakah cara KPM, sama ada kaji semula tentang bidang kurikulum ataupun kokurikulum, untuk mengurangkan tekanan akademik di kalangan pelajar?
Keduanya adalah di kalangan guru. Beban kerja hakiki guru-guru yang mungkin tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada perubahan emosi dan characteristic seseorang pelajar. Apakah indikator yang boleh kita nilaikan tentang keberkesanan pelaksanaan dasar KPM iaitu tujuh langkah KPM kurangkan beban guru-guru? Terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk soalan yang pertama Yang Berhormat, sebab itu di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia, kita ambil pendekatan untuk memansuhkan peperiksaan. Jadi, tidak ada lagi pembelajaran berasaskan peperiksaan, orientasi peperiksaan sudah tidak ada, tetapi ditumpukan kepada pembelajaran berasaskan enquiry, pembelajaran berasaskan eksplorasi, pembelajaran berasaskan pengalaman, kontekstual dan juga pentaksiran sepenuhnya melihat kepada pembangunan holistik anak-anak ini.
Jadi, anak-anak ini akan diberikan pengalaman pembelajaran berkaitan dengan content dan pengalaman dalam pembelajaran dan bukan lagi untuk peperiksaan semata- mata, Yang Berhormat. Pentaksiran bilik darjah ini akan memberikan satu tanda aras yang lebih baik khususnya melihat dan menilai anak-anak kita dengan lebih holistik, melibatkan komponen pentaksiran bilik darjah, jasmani, sukan dan kurikulum dan juga psikometri dan juga kecenderungan murid.
Jadi, ini pendekatan yang kita ambil untuk memastikan bahawa tidak ada lagi tumpuan-tumpuan diberikan kepada orientasi peperiksaan dan mengurangkan tekanan mereka, sebaliknya menawarkan satu ekosistem pembelajaran yang jauh lebih menarik yang melibatkan komponen-komponen yang saya sebutkan sebentar tadi.
Untuk isu yang kedua, Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat adalah terkait rapat dengan bebanan guru. Sepertimana yang telah pun saya ulang sebut beberapa kali dan penegasan telah diberikan, bahawa tujuh langkah menangani beban guru ini telah pun kita nyatakan dan ketika ini, hasrat kita adalah untuk melihat bahawa beban guru ini dapat kita teruskan dengan memastikan, pertamanya adalah soal bagaimana jemaah nazir akan melaksanakan penaziran kepada semua tujuh langkah ini untuk memastikan ia benar-benar efektif dan berkesan di bawah.
Kita juga melaksanakan Malaysian School Governance yang diwujudkan sebagai panduan dan sumber rujukan bagi bidang tugas guru, terutamanya pimpinan sekolah. Kita juga telah melaksanakan sebentar tadi, sebagaimana yang saya sebut, Indeks Kesejahteraan Guru, bagi memastikan guru dapat memastikan tumpuan dan juga fokus mereka kepada kelas dan juga PdP dapat dilaksanakan dengan pengurangan-pengurangan yang terkait rapat dengan beban-beban guru ini.
Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua.
Memandangkan isu semasa yang kompleks dan merugikan, kemunculan dunia siber yang menguasai minda dan emosi kanak-kanak termasuk pelajar, stres ibu bapa, cengkaman isu kewangan dan sebagainya dan gangguan mental di kalangan pelajar semakin merebak, soalan saya, apakah tindakan holistik kerajaan melibat pelbagai kementerian dan agensi, whole of government, whole of society approach, bukan sekadar firefighting ad hoc?
Adakah kementerian ― sebab, kita lihat ini daya saing, daya maju yang kita tekankan di dalam sekolah. Daya tahan itu yang membuat sampai membunuh diri, raging dan
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
sebagainya. Adakah kementerian mahu mengkaji menggunakan model pembangunan modal insan yang holistik seperti akronim spiritual untuk membina daya tahan? ‘P’― fizikal, jasmani. ‘I’― intelek. Barulah membaca, menulis, menghafal dan sebagainya. ‘E’― emosi dan ‘S’― sosial. Sebab, social intelligence yang semakin menurun...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, soalan terlalu panjang.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Sedikit, sedikit, sedikit. Nak fahamkan Menteri hendak jawab nanti, kan? Sebab, kita ada perkembangan gadget ini sehingga merenggangkan kemanusiaan pelajar kita daripada dunia sebenar sosial. Jadi, adakah itu di antara yang boleh diambil kira oleh kementerian? Whole of pelajar approach yang spiritualnya juga ditekankan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sebelum Yang Berhormat Menteri menjawab.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sukacita dimaklumkan bahawa hadir bersama-sama kita di Dewan yang mulia ini ialah delegasi yang diketuai oleh Tuan Yang Terutama Andres Pastrana Arango, 30th President of Colombia from 1998 to 2002...
[Tepuk] Former Head of the Non-Aligned Movement and the current President of CBI The Global Organization for Centre Right Political Parties.
Kepada Tuan Yang Terutama Andres Pastrana Arango dan delegasi, Dewan ini mengalu-alukan kehadiran Tuan dan delegasi ke Dewan yang mulia ini...
[Tepuk] Semoga dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Andres Pastrana Arango dan delegasinya ini akan mengukuhkan lagi tali persahabatan dan hubungan Malaysia dengan Colombia. Terima kasih Yang Berhormat.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Yang Berhormat. Saya ambil perhatian kepada pandangan Yang Berhormat sebentar tadi. Ingin saya tegaskan bahawa di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia, kita masih mempertahankan Falsafah Pendidikan Negara yang saya sangat yakin dan pasti bahawa keseluruhan yang disebut oleh Yang Berhormat itu telah pun terkandung dan diangkat dalam Falsafah Pendidikan Negara itu. Itu yang pertama.
Kedua adalah soal bagaimana kita melihat pendekatan yang dibawa oleh Kementerian Pendidikan hari ini adalah soal pendidikan manusiawi dan mengangkat soal karamah insaniah ataupun human dignity ini diberikan keutamaan. Dalam aspek yang melihat bagaimana the whole government approach ini juga, saya ingin berikan penegasan dan juga jaminan bahawa ia dilihat secara holistik.
Bagaimana kita melihat, sebagai contoh, untuk mengatasi isu-isu kemiskinan di kalangan pelajar kita. Kita menawarkan 18 bantuan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan Bantuan Awal Persekolahan yang diberikan kepada semua anak kita tanpa mengira latar belakang mereka.
Begitu juga dengan isu-isu yang melibatkan bagaimana kita tangani isu gejala sosial.
Pendekatan kita bersama dengan Kementerian Dalam Negeri, khususnya PDRM dan rakan-
Puan Fadhlina binti Sidek
rakan sinergi yang lain, begitu juga dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, begitu juga dengan Kementerian Kesihatan Malaysia yang melihat keseluruhan pembangunan anak-anak kita ini secara bersama.
Jadi, sebagai khulasahnya, Yang Berhormat, saya ingin tegaskan bahawa apa yang dikatakan Yang Berhormat itu telah pun terkandung dalam falsafah pendidikan kita. Begitu juga dengan pendekatan yang dibawa ketika ini yang kita sebut sebagai pendidikan manusiawi Malaysia MADANI. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan- pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah, Paya Besar.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Salam sejahtera, Puan Yang di-Pertua.
Soalan saya nombor satu.
1. Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah dan peratusan warga asing bertaraf nilai tinggi (expatriate) yang berhijrah ke Malaysia mengikut pecahan negara dan nilai sumbangan ekonomi mereka sejak dari tahun 2019 hingga 2023.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih rakan saya dari Paya Besar.
Ada tiga kategori pegawai expatriate, atau istilah bahasa kita pegawai dagang, yang disusun kategori ini mengikut tangga gaji. Pertama, RM10,000 ke atas. Kedua, gaji RM5,000 hingga RM9,999 ke atas. Ketiga adalah kelompok gaji RM3,000 hingga RM4,999. Itu julat gaji yang kita klasifikasikan sebagai pegawai expatriate yang imigresen keluarkan pas.
Sehingga 31 Oktober, kita ada 120,183 pegawai expatriate dan saya petik lima negara tertinggi. Ini semua kategori ya. Bidang perkhidmatan, bidang IT, segala macam.
China ― 27,460; India ― 23,131; Filipina ― 9,302; Jepun ― 8,739; Indonesia ― 8,333. Ini mewakili 64 peratus. Lain-lain negara adalah 36 peratus daripada 120,183.
Impak ekonomi, untuk makluman Ahli-ahli Dewan, secara langsung atau tidak langsung, mereka bayar cukai kepada Lembaga Hasil. Mereka tinggal di sini, anak mereka bersekolah. Mereka melancong. Perbelanjaan domestik mereka, mereka bayar utiliti, mereka melabur.
Jadi, kayu ukurnya ada dua. Pertama, Malaysia Productivity Corporation mengangkat angka sumbangan atau impak ekonomi keberadaan pegawai expatriate di negara kita ialah
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
RM75 bilion menyamai 4.8 peratus daripada keseluruhan KDNK negara. Kayu ukur yang kedua adalah Lembaga Hasil Dalam Negeri yang mengumpul sehingga RM100 juta cukai pendapatan daripada kelompok ini.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Mengakhiri jawapan saya ini Dato' Yang di-Pertua, adalah di mana kedudukan Malaysia kalau dinilai dari segi daya tarik untuk pegawai ekspatriat berada di negara kita?
Kayu ukurnya adalah yang dikeluarkan oleh Expat City Ranking 2023. Kuala Lumpur berada pada kedudukan kelapan daripada 49 bandar utama dunia yang diukur. Apa tarikan kita?
(i) kos sara hidup secara relatifnya rendah untuk pegawai ekspatriat ini;
(ii) kestabilan politik;
(iii) mereka melihat potensi kerancakan ekonomi; dan
(iv) skil di kalangan rakan sekerja tempatan.
Mereka mudah komunikasi kerana penguasaan bahasa dan faktor-faktor ini menyumbang kepada kedudukan Malaysia pada ranking kelapan tahun lepas. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Paya Besar.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Saya lihat Puan Yang di-Pertua, bukan sahaja kepada sumbangan ekonomi Yang Berhormat Menteri tetapi juga sumbangan kepada mutu imej Malaysia kerana ekspatriat bukan sahaja dirujuk sebagai viable reference kepada rakan senegara mereka tetapi mereka juga dilihat sebagai pemberi maklumat kepada agency survey. Survey disebut oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi.
Persoalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, bagaimana kita nak menjamin safety dan security kepada ekspatriat ini? Kerana saya nak menyinggung beberapa kes yang berlaku dua, tiga tahun yang lepas yang melibatkan ekspatriat. Sekiranya kita dapat menjamin safety dan security kepada ekspatriat ini dan kita juga mungkin akan dapat menarik lebih ramai ekspatriat datang ke negara kita, bukan sahaja mereka menyumbang kepada ekonomi tetapi juga mereka berkongsi pengetahuan dan keupayaan kualiti hidup yang lebih baik. Terima kasih Puan Pengerusi.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih Paya Besar atas soalan tambahan. Dalam 120,000 pegawai ekspatriat termasuk subsidiari tanggungan mereka, kes yang dilaporkan kalau melibatkan insiden. Kalau mereka melancong misalnya, ada kes di mana ada gangguan dibuat.
Jadi, berdasarkan kepada statistik aduan, bolehlah saya katakan angkanya sangat- sangat rendah. Namun, penting kita address isu ini kalau berlaku sebab melalui maklum balas nanti, mereka akan khabarkan pula kepada rakan mereka di negara luar bahawa tidak ada jaminan keselamatan. Kerana itu, kita bagi tumpuan penting kepada segmen ini dan mereka masuk ini pun Dato' Yang di-Pertua, mereka masuk melalui tapisan keselamatan yang kemas.
Kita ada agensi kawal selia, MITI, MIDA, CIDB.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
[Bangun]
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Imigresen cuma keluarkan pas untuk mereka dan kemudian apabila mereka tinggal di negara ini, jaminan keselamatan itu adalah tanggungjawab kita sebagai sebuah pemerintah. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jerlun.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Kita tidak menafikan jumlah kebanjiran warga asing ke dalam negara kita ini. Saya merujuk satu data yang menyebut bagi suku tahun pertama 2024, 3.4 juta ataupun 10 peratus daripada jumlah rakyat Malaysia adalah warga asing termasuk kategori golongan ekspatriat. Unjuran yang dibuat oleh Kementerian Ekonomi, pekerja asing yang sepatutnya diambil bekerja dalam negara kita ini ialah 2.4 juta sahaja atau 15 peratus daripada jumlah tenaga kerja yang sepatutnya dibenarkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
...Iaitu seramai 16.51 juta. Soalan tambahan saya, sejauh manakah pihak kementerian mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan golongan ini tidak mengancam kedaulatan negara?
Kedua, Microsoft dan Google telah mengembangkan pelaburan mereka di Malaysia.
Jadi soalan saya, sejauh manakah Kementerian Dalam Negeri berkolaborasi dengan Kementerian Sumber Manusia dalam mengawal jumlah kemasukan golongan ekspatriat, terutamanya golongan profesional yang berkemahiran tinggi, celik IT kerana kita bimbang peluang pekerjaan ini bakal dimonopoli oleh golongan ekspatriat ini dan sedikit sebanyak menjejaskan peluang pekerjaan yang sepatutnya diberi keutamaan kepada rakyat tempatan.
Sekian, Yang Berhormat.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Dari segi governance, Kabinet menubuhkan jawatankuasa menangani pekerja asing ini kepada dua kementerian di pengerusi bersama. Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia dan kita ada 14 lagi kementerian yang menganggotainya. Itu dari segi governance.
Dari segi siling. Jawatankuasa ini berpandu pada siling Kementerian Ekonomi. Angka terbaharu Yang Berhormat, kita ada 17.2 juta work force atau tenaga kerja, 15 peratus daripada 17.2, ertinya 2.58 juta siling yang tak boleh kita lepasi untuk pekerja asing menjelang Disember tahun ini, 2.58 juta adalah siling. Sekarang ini, pas lawatan kerja, itu data yang paling credible dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen kepada pekerja asing. Kita cuma tinggal defisit lebih kurang 400,000 saja lagi sebelum mencecah 2.58. Masih kurang, baik. Itu poin yang kedua.
Poin yang ketiga ialah ada dua kategori pekerja asing. Satu, yang kemahiran rendah, 3D. Kait buah sawit, susun bata, pekerja sektor pembinaan, sektor perkilangan. Itu 3D.
Ekspatriat tadi, 120,000 daripada 17.2 juta sasaran tenaga kerja. Ia sekitar satu peratus sahaja, Yang Berhormat. Pegawai ini, dua-dua kategori. Pertama, memang sebahagian daripada kemahiran itu tak ada pada rakyat negara kita.
Kedua, memang digajikan oleh syarikat asing yang beroperasi di negara kita. Mereka yang bayar gaji. Okey. Jadi, dua. Sebagai contoh, MBI Kedah, dia ada dapat pas lawatan
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
ikhtisas masa nak usahakan REE di Sik itu, Yang Berhormat. Tapi itu kes salah guna pas. Dia dapat pas ikhtisas. Patutnya majikan di China bayar tapi MBI yang bayar. Jadi, salah guna pas. Kita tangkaplah kan, contoh.
Jadi, pas lawatan ikhtisas ini betul-betul kemahiran yang tak ada pada kita. Ada pada dia maka kita bawa dia masuk. Jadi Yang Berhormat, yang pertama, panduan kita 2.58.
Kedua, dari segi governance, jawatankuasa bersama KDN dan KESUMA. KESUMA luluskan kuota. KDN, visa tapisan keselamatan.
Ketiga adalah 120,000 angka sekarang cuma mewakili satu peratus daripada guna tenaga 17.2. Angkanya masih jauh. Sektor 3D itu, 2.5 juta ini, yang defisit 400,000 ini, yang itu isu yang kita kena address secara dasar. Dia bukan piecemeal, Yang Berhormat. Kalau kita bekukan sekarang, buah sawit tak boleh dipetik. Tak petik, buah sawit kerugian negara RM28 bilion setahun.
So, what do we do? Kalau ada pekerja tempatan, dah lama syarikat ladang ambil. Itu hakikat bila kita libat urus dengan sektor pekerja. Ini adalah legasi sama juga semasa pihak Yang Berhormat jadi kerajaan pun sama. Sekarang pun sama.
Jadi, kita kawal selia, kita apa? Kita cap the ceiling sambil kita substitute. Tak boleh semuanya pekerja ini hanya bergantung pada sektor luar sebab itu kena ada inovasi, automatif dan sebagainya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin, Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Terima kasih kerajaan pada Puan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor dua.
2. Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [Jerantut] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan apakah target dan strategi kerajaan bagi memposisikan Malaysia sebagai pengeluar utama sustainable aviation fuel (SAF) serantau, terutamanya dengan potensi Malaysia yang kaya dengan bio-feedstock sepertimana yang disebut oleh Air New Zealand dan laporan MIDF pada Mac lalu.
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Puan Yang di-Pertua, sustainable aviation fuel (SAF) ialah merupakan bahan api penerbangan mampan yang merupakan jenis bahan api yang digunakan dalam sektor penerbangan yang selari dengan kriteria-kriteria kemapanan antarabangsa. Penggunaan SAF merupakan salah satu inisiatif yang diperkenalkan bagi mencapai matlamat International Civil Aviation Organization (ICAO) untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam sektor penerbangan sebanyak lima peratus menjelang tahun 2030 dan akan diwajibkan mulai tahun 2027.
Selain komitmen negara untuk mencapai pelepasan karbon ataupun carbon emissions sifar menjelang tahun 2050 atau Net Zero by 2050, SAF juga mempunyai potensi yang besar bagi ekonomi negara terutamanya dalam mempertingkatkan pelaksanaan
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
ekonomi kitaran. Malaysia sebagai pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia berada dalam kedudukan yang strategik untuk menjadi salah satu pengeluar SAF utama dunia.
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Antara bahan mentah feedstock yang boleh diguna pakai untuk menghasilkan SAF termasuklah empty fruit bunch, palm oil mill effluent (POME) dan juga minyak masak terpakai
(UCO), di mana Malaysia merupakan pengeluar sawit kedua terbesar dunia. Beberapa strategi yang telah kita susun atur dan yang pertamanya ialah Malaysian Aviation Decarbonisation Blueprint (MDB) yang telah disediakan oleh MOT pada September 2024.
Seterusnya, Kementerian Perladangan dan Komoditi bersama-sama dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), kedua-dua kementerian ini sedang berusaha untuk membangunkan dokumen national strategy for sustainable aviation fuel bagi menyokong perkembangan industri pengeluaran dan penggunaan SAF negara.
Yang kedua, kita juga mempertingkatkan lagi pelaksanaan program kesedaran pengumpulan minyak masak terpakai ataupun used cooking oil di seluruh negara, di mana Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan bekerjasama bersama-sama organisasi seperti PETRONAS untuk kita mengutip minyak-minyak yang terpakai ini. Yang ketiga, kita juga menggalakkan pelabur-pelabur untuk datang ke negara kita untuk membina kilang- kilang SAF ini. Setakat hari ini, ada satu syarikat telah dikeluarkan lesen EcoCeres Renewable Fuel Sdn Bhd yang akan membina 350,000 metrik tan SAF setahun.
Kedua, PETRONAS sedang menjalankan beberapa kajian dan PETRONAS juga merupakan salah satu daripada syarikat yang akan membina kilang SAF seluas kapasiti 650,000 metrik tan. Strategi seterusnya ialah kita juga sedang mempertimbangkan beberapa tax incentives untuk menggalakkan pelabur-pelabur datang ke Malaysia menggunakan Malaysia sebagai hab untuk membina SAF ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita tahu di antara cabaran utama SAF ini adalah kerana kurangnya pengeluaran dan juga bekalan. Ia merupakan alternatif kepada jet fuel sedia ada. Yang dimaklumkan dalam blueprint yang ditentukan oleh aviation industry di Malaysia ini, dengan penggunaan SAF ini kita akan mengurangkan 46 peratus penggunaan jet fuel dan ia merupakan satu berita baik kepada net-zero emissions kita 2050.
Soalan saya Yang Berhormat Menteri ialah bagaimana kerajaan melihat untuk kita pastikan inisiatif SAF ini dapat memberikan nilai tambah ekonomi negara, pertama. Kedua, bagaimana dapat meningkatkan taraf hidup para peneroka kita, peladang kecil, pekebun kecil dan juga usahawan bumiputera yang ada dalam negara kita? Terima kasih.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih Yang Berhormat. Pertama yang perlu kita ada ialah kilang-kilang yang produce SAF. Apabila ada kilang, macam saya sebut tadi pertama, EcoCeres 350,000 metrik tan, kemudian PETRONAS 650,000 metrik tan. Kalau wujud dua kilang ini bermakna kita berkebolehan mengeluarkan SAF 1 juta metrik tan.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Jadi, apa yang berlaku dalam setiap penerbangan ini, kalau minyak yang kita pakai jet fuel ini, dia bukan pakai 100 peratus bio, tak. Dia punya mandat ada sebahagian daripada negara satu percent daripada total jet fuel. Kalau kita pakai jet fuel 24 juta barrel ataupun 3.8 million metrik tan jet fuel, kita nak one percent- kalau mandate kita one percent, dia 38,000.
Kalau mandate dia 28 percent, dia lebih kurang 76,000 dan seterusnya.
Tetapi setiap penerbangan, kapal terbang ini boleh mengambil kapasiti up to 46 percent ataupun 47 percent minyak campuran daripada biofuel ini. Tetapi dalam negara kita ini, mana-mana lebihan daripada kapasiti ini kita akan eksport kepada negara-negara yang tidak ada kebolehan untuk membuat minyak SAF ini ataupun sustainable aviation fuel (SAF) ini untuk kita eksport. Itu adalah merupakan satu potential economy value yang kita akan dapat daripada kita eksport ingredient untuk kita jual SAF ini kepada negara-negara yang tidak mempunyai feedstock untuk membangunkan SAF ini.
Yang kedua, soalan Yang Berhormat tadi ialah apakah benefit yang akan didapati oleh pekebun-pekebun kecil dan juga industry player. Sudah tentu palm oil ini menjadikan satu tanaman komoditi yang sangat-sangat bernilai tinggi kerana waste dia pun mempunyai nilai lebih besar daripada CPO tersebut. Sebab penjualan minyak aviation fuel ini sungguh tinggi kalau dibandingkan dengan minyak brand petrol yang biasa. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Putatan.
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
Berdasarkan kenyataan yang disiarkan dalam laman sesawang DHL Group. DHL Express dan Shell telah memeterai kontak kerjasama selama setahun bagi membekalkan 25,000 metrik tan sustainable aviation fuel sebagai usaha untuk mengurangkan sekitar 80,000 metrik tan pembebasan gas rumah hijau.
Soalan tambahan saya, apakah bentuk kerjasama awam-swasta yang sedang direncanakan oleh kementerian ke arah mewujudkan kepelbagaian alternatif bagi penghasilan bahan api yang lestari, terutamanya bagi kegunaan pengangkutan udara dan maritim komersial seiring dengan tanggungjawab alam sekitar yang ditonjolkan menerusi usaha sama kedua-dua syarikat gergasi dunia tersebut?
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih Yang Berhormat. Seperti mana kita sedia maklum bahawa negara kita mempunyai komitmen untuk mencapai net-zero carbon emission bila tiba tahun 2050. So, dalam proses kita pergi ke 2050 untuk mencapai net-zero carbon emission ini sudah tentu salah satu daripada strateginya ialah bagaimana kita boleh produce SAF ini dan kita supply kepada semua industri penerbangan di seluruh dunia. Kalau mereka ingin membeli SAF ini daripada kita.
Jadi, buat masa ini kita belum ada kilang untuk proses SAF ini. Jadi, sudah tentu banyak daripada syarikat-syarikat macam Shell dan sebagainya, dia akan belilah kepada negara-negara yang akan produce SAF ini sebab kita punya feedstock is palm oil based. Ada juga SAF ini boleh dibina melalui lemak-lemak haiwan iaitu berkemungkinan mana-mana negara yang boleh pakai lemak haiwan atau producing country yang ada source material ini, raw material ini, dia boleh jual kepada Malaysia. Tetapi setakat hari ini kilang belum ada,
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
dalam proses membina, dua pelabur telah datang dan investment dia dijangkakan hampir RM7 bilion ke RM8 bilion. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail, Bandar Tun Razak.
Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail - Bandar Tun Razak
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor tiga.
3. Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail [Bandar Tun Razak] minta Menteri Pendidikan menyatakan melalui UNICEF merekodkan 12.3 peratus remaja berumur 15-17 tahun yang mendiami Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Lembah Klang mengalami masalah kesihatan mental dan cenderung membunuh diri. Apakah tindakan dan langkah-langkah yang berkesan diambil mengatasi situasi ini?
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih soalan dari Yang Berhormat Bandar Tun Razak. Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa prihatin terhadap kesihatan mental murid, termasuk yang mendiami projek perumahan rakyat (PPR) di Lembah Klang agar mereka sentiasa seronok dan ceria di sekolah selaras dengan prinsip “Karamah Insaniah” yang menekankan kepada pembentukan adab, akhlak dan integriti.
Menurut Laporan UNICEF bertajuk, dengan izin, Contributing Factors to Psychological Distress, Coping Strategies and Help-Seeking Behaviors, 12.3 peratus remaja berusia 10 sehingga 17 tahun yang tinggal di PPR mengalami tekanan psikologi. Laporan ini adalah hasil kajian impak pandemik COVID-19 ke atas masyarakat. KPM melaksanakan saringan minda sihat sebagai satu mekanisme pengesanan awal untuk mengenal pasti murid yang berhadapan dengan masalah gangguan emosi.
Saringan minda sihat dilaksanakan sekali setahun kepada semua murid Tahun 5 sehingga Tingkatan 6. Manakala murid yang dikenal pasti mempunyai masalah gangguan emosi teruk dan sangat teruk, ia akan dilaksanakan sebanyak dua kali setahun. Berkenaan dengan usaha intervensi, murid yang menunjukkan tanda-tanda awal kemurungan diberikan bantuan segera melalui intervensi berfokus menggunakan modul Minda Sihat, modul Program Intervensi Minda Sihat (PRISMA) dan modul Kesihatan Minda Remaja.
Modul-modul ini menerapkan kemahiran menangani stres, kemahiran menyelesaikan masalah dan menguruskan emosi dengan baik. KPM menyediakan akses kepada bahan psiko pendidikan yang disebar luas melalui infografik, video pendek, laman minda sihat, panduan kesejahteraan diri di pelbagai medium sosial.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Dalam usaha konsultasi pula, bagi murid yang dikenal pasti mempunyai tahap kemurungan yang teruk dan sangat teruk. Kita ada lima tahap ya. Ada tahap normal, ringan, sederhana, teruk dan sangat teruk.
Sekiranya bagi murid yang mempunyai tahap kemurungan yang teruk dan sangat teruk, pihak sekolah akan mengadakan sesi konsultasi bersama dengan ibu bapa atau penjaga sebelum anak dirujuk kepada pakar perubatan di klinik kesihatan. Melalui sesi
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
konsultasi ini, ibu bapa turut boleh didedahkan kepada pelbagai aktiviti ataupun teknik relaksasi dan mindfulness yang boleh digunakan oleh mereka untuk menyokong kesejahteraan minda anak-anak.
KPM juga bekerjasama erat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi penyediaan garis panduan sistem rujukan murid dengan masalah kesihatan mental dan pelaksanaan Health Promotion in Learning Institutions (HePiLI). Kolaborasi turut dilaksanakan bersama-sama dengan institusi lain seperti Yayasan Hasanah dalam pembangunan kapasiti dan literasi kesihatan mental melibatkan murid PRS serta ibu bapa.
Pada masa yang sama juga, untuk makluman Dewan yang mulia ini, KPM juga menggalakkan pembinaan laman minda di sekolah-sekolah di bawah KPM. Laman Minda Sihat ini berperanan sebagai lokasi strategik untuk menyalurkan maklumat psikopendidikan berkaitan kesejahteraan mental dengan menggunakan medium kreatif dan segar serta mempromosikan amalan gaya hidup sihat. Laman Minda Sihat ini memberikan fokus kepada pengaktifan lima deria anak-anak kita iaitu sentuhan, bau, pendengaran, rasa dan juga penglihatan ataupun pemandangan.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bandar Tun Razak.
Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail - Bandar Tun Razak
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri menjawab. Alhamdulillah, saya dengar. Baguslah tetapi saya hendak tanya juga yang mana yang tercicir kerana ini adalah langkah-langkah yang baik. Namun, ada nampak keciciran. Anak-anak ini adalah mereka yang akan masuk ke dalam alam remaja dan alam universiti. Bila kita dapati bahawa insiden- insiden membunuh diri itu makin menjadi, itu menunjukkan bahawa kita ada failure dengan izin.
Jadi, bagaimana kita menangani supaya kita tidak terlepas jaringan-jaringan anak- anak kita ini kerana persekitaran keluarga juga jadi memberikan faktor kerana duduk di Lembah Klang, terutama di Bandar Tun Razak banyak yang miskin bandar? Terima kasih.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih soalan tambahan dari Yang Berhormat Bandar Tun Razak. Berkenaan dengan anak-anak tercicir kita, sememangnya pihak KPM selalunya menyediakan bantuan yang sewajarnya. Pihak KPM ada menyediakan sebanyak 18 bantuan umum dan bantuan khas kepada anak-anak kita khasnya anak-anak kita yang memerlukan yang merupakan dari golongan berpendapatan rendah.
Antaranya yang saya boleh sebut di sini termasuklah Bantuan Awal Persekolahan yang diberikan kepada semua anak-anak kita RM5.72 juta dan Bantuan Pakaian Seragam yang diberikan kepada anak-anak warganegara Tahun 4, Tingkatan 1, Tingkatan 4 dalam golongan KIR eKasih iaitu miskin tegar. Tahun ini lebih kurang RM7 juta telah pun disediakan untuk anak-anak kita.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
[Bangun]
Tuan Wong Kah Woh
Pada masa yang sama, kita juga memberikan bantuan dari segi elaun murid prauniversiti, murid berkeperluan khas dan juga anak-anak kita bagi program RMT dan sebagainya.
Apa yang penting, sekiranya kita meninjau laporan UNICEF ini, laporan ini turut ada menyatakan berkenaan dengan faktor dan juga hala tuju cadangan yang diberikan khasnya kepada agensi-agensi kerajaan. Bagi saya, kepada MOE. Antara faktor utama yang dikenal pasti faktor utama ataupun cabaran utama yang dihadapi oleh anak-anak kita khasnya mereka yang berpendapatan rendah ataupun dari golongan PPR termasuk cabaran pembelajaran dalam talian, online learning dengan izin, kesukaran kewangan, isu hubungan keluarga, tekanan berkaitan pandemik, persekitaran tempat tinggal yang sempit.
Dalam isu ini, apabila kita bincang berkenaan dengan cabaran pembelajaran dalam talian. Pada tahun lepas, pihak KPM telah pun meluncurkan Dasar Pendidikan Digital yang memberikan fokus kepada beberapa teras termasuk penaiktarafan dari segi infrastruktur dan infostruktur dar segi kompetensi guru dan juga murid. Pada masa yang sama juga bagaimana kita memastikan murid anak-anak kita mempunyai akses ke atas pembelajaran atas talian.
Dengan pelantar DELIMa yang ada, sememangnya kita mempunyai satu ekosistem yang baik untuk memastikan bahan-bahan pembelajaran itu dapat dimuat naikkan dan dapat diberikan ataupun diakses oleh anak-anak kita.
Semasa pandemik juga..
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan jawapan.
Tuan Wong Kah Woh
Ya. Akhirnya, semasa pandemik juga Puan Yang di-Pertua, daripada rekod yang ada, pihak KPM melalui Yayasan Hasanah dalam inisiatif Tabung CERDIK telah pun memberikan peranti digital lengkap dengan pelan data kepada 150,000 orang murid B40. Inisiatif ini dilaksanakan oleh Yayasan Hasanah.
Dari semasa ke semasa, dalam pembangunan pendidikan digital, pihak KPM – ia memang merupakan fokus KPM pada hari ini dan KPM akan teruskan usaha untuk memastikan anak-anak kita tidak tercicir khasnya apabila kita menuju ke arah pembangunan pendidikan digital. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Terima kasih Timbalan Speaker.
Saya hendak bertanya. Adakah kementerian menyedari bahawa kurikulum untuk melahirkan generasi yang seimbang dari segi JERI kurang berkesan hingga wujudnya masalah kesihatan mental di kalangan remaja?
Apakah perancangan kementerian untuk jangka masa panjang supaya dapat melahirkan generasi dengan penghayatan hidup beragama supaya kurikulum kita menjadikan Al-Quran dan Sunah sebagai dasar pendidikan negara? Terima kasih.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Temerloh. Bagi kurikulum yang sedia ada, sememangnya pembangunan kurikulum itu bersifat dinamik iaitu apabila kurikulum dibangunkan, maka setiap setelah beberapa tahun,
Tuan Wong Kah Woh
pihak KPM akan menyemak semula dan sekiranya terdapat keperluan untuk semakan semula maka pihak KPM akan melaksanakan semakan terhadap kurikulum.
Semasa pandemik berlaku dan melanda negara ini, kita tidak membuat semakan tetapi kita membuat jajaran dari kurikulum. Jajaran itu adalah untuk memastikan setiap sekolah atau guru itu mempunyai satu autonomi untuk melaksanakan kurikulum yang sedia ada dengan cara ataupun dengan jajaran yang sewajarnya yang sesuai untuk murid-murid dalam sekolah-sekolah masing-masing.
Kurikulum Persekolahan 2027 sedang dalam peringkat untuk dimuktamadkan oleh KPM. Dalam Kurikulum Persekolahan 2027 ini, apa yang ditekankan oleh pihak KPM adalah kita hendak melahirkan anak-anak kita yang bukan sahaja seimbang dari segi akademik dan juga kukurikulum tetapi apa yang penting juga untuk pihak KPM mampu untuk melahirkan anak-anak kita yang mampu untuk menyumbang kembali kepada masyarakat apabila mereka selesai pembelajaran kelak.
Apa yang diterapkan dalam Kurikulum Persekolahan 2027, sudah tentunya semangat ataupun nilai MADANI yang kita ada, kita akan terapkan dalam Kurikulum Persekolahan 2027. Pada masa yang sama, kita pastikan bahawa anak-anak yang kita lahirkan ini merupakan golongan yang mampu untuk bersatu padu dan menyumbang kepada negara kita yang tercinta ini apabila keluar selesai pembelajaran kelak. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Kalam bin Salan, Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Soalan saya nombor empat. Terima kasih.
4. Tuan Kalam bin Salan [Sabak Bernam] minta Menteri Kewangan menyatakan rancangan jangka panjang untuk Skim Perlindungan Kesihatan Sosial (mySalam) dari segi jaminan untuk terus kekal dinikmati oleh B40 dan kebajikan kakitangannya yang banyak membantu golongan ini berurusan dengan pihak hospital.
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam atas soalan tersebut. Puan Timbalan Speaker, mySalam adalah Skim Perlindungan Kesihatan Takaful percuma yang disediakan oleh kerajaan kepada golongan B40 sejak tahun 2019.
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Penerima Sumbangan Tunai RAHMAH (STR) dan pasangannya yang berumur antara 18 hingga 65 tahun layak untuk manfaatkan mySalam bagi penyakit kritikal sebanyak RM8,000 dan hospitalisasi sebanyak RM50 sehari sehingga RM700. Sejak bermulanya Skim mySalam sejumlah RM1.1 bilion telah dibayar dengan memanfaatkan 54,000 pesakit penyakit kritikal dan 757,000 untuk manfaat hospitalisasi.
Skim mySalam ini adalah asalnya dirancangkan untuk beroperasi bagi tempoh lima tahun bermula 2019 hingga 2023. Dalam Belanjawan 2024, Kerajaan MADANI telah melanjutkan Skim mySalam bagi tempoh dua tahun sehingga 2025. Selanjutnya, Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia sedang mengkaji lanjutan Skim
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
mySalam untuk tambahan dua tahun lagi. Sementara merangka skim baharu yang boleh menyediakan insurans dan takaful yang mampu diperoleh golongan B40 untuk jangka panjang.
Sehubungan dengan itu, dalam Belanjawan 2025, kerajaan telah menyediakan RM60 juta bagi penyediaan baucar untuk membiayai sebahagian kos produk Perlindungan Tenang untuk golongan B40. Permohonan untuk manfaat mySalam boleh dibuat secara dalam talian dan juga dimudah cara melalui petugas yang mengendali 143 kios mySalam di hospital kerajaan utama. Petugas mySalam tersebut dilantik secara kontrak dan dibayar elaun oleh Great Eastern Takaful Berhad (GETB) yang merupakan penyedia perkhidmatan Skim mySalam.
Sebagai Majikan, GETB menghargai dan menitikberatkan kebajikan petugas- petugas mySalam yang menjalankan tugas di lapangan. Baru-baru ini, berkuat kuasa 1 November 2024, GETB telah menaikkan elaun petugas kepada RM110 sehari. Dengan pengalaman dan pengetahuan yang telah diperoleh sepanjang khidmat dalam mySalam, sekiranya petugas berhasrat menamatkan kontrak petugas mereka, industri takaful menyediakan peluang keusahawanan bagi petugas tersebut untuk menjadi ejen atau perunding takaful.
Selain itu, petugas tersebut juga boleh menyertai inisiatif-inisiatif kerajaan yang menawarkan latihan semula atau program peningkatan kemahiran bagi meningkatkan peluang untuk mendapat kerjaya baharu. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Saya mendengar dengan penuh teliti jawapan Yang Berhormat Menteri. Apa pun saya akan memberikan jawapan tambahan berkaitan penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan tambahan.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Soalan. Minta maaf. Begini, oleh kerana skim ini begitu komprehensif dan sampai kepada sasaran iaitu golongan B40, saya berharaplah siapa sahaja yang memerintah akan meneruskan skim ini untuk kebaikan rakyat.
Pun begitu, ketimbang tak ada skim ini sudah tentu mereka menghadapi kesusahan.
Saya juga mengambil berat petugas-petugas mySalam yang sehingga sekarang yang masih tarafnya kontrak dan dibayar ikut gaji hari, tak ada SOCSO, KWSP dan sebagainya sedangkan mereka sudah bertugas lima tahun, lama ya. Tak pernah kepada kerja-kerja lain. Mereka ini juga sangat berkelayakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Ada akademik dan sebagainya, ada ijazah dan sebagainya. Adakah, apakah tak ada perancangan kerajaan untuk menyerapkan mereka kepada skim yang lebih memberi manfaat masa depan mereka seperti serap ke jawatan tetap di bawah Kementerian Kesihatan seumpamanya, gaji mereka dibayar oleh kerajaan, tetapi claim-claim perubatan ini dibayar oleh syarikat-syarikat insurans yang terlibat menyumbang kepada tabung amanah tadi. Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam.
Timbalan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa peka pada penglibatan golongan B40 untuk meningkatkan coverage yang kita berikan kepada mereka dalam segi penginsurans. Kerana itu, dalam Skim mySalam kita telah memfokuskan kepada mereka yang mendapat STR.
Lebih kurang sembilan juta mereka yang dapat masuk ke dalam skim ini.
Untuk ini, seperti saya katakan tadi, buat masa sekarang mySalam akan terus berkuat kuasa sampai hujung tahun depan. Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan sekarang berusaha untuk memanjangkan Skim mySalam untuk lagi dua tahun ya.
Ini kalau kita kira, kalau kita dapat memanjangkan lagi dua tahun, bermakna skim ini dipanjangkan empat tahun daripada asal. Jadi, memang kerajaan prihatin kepada isu-isu ini.
Untuk mereka yang bekerja sebagai petugas di bawah Great Eastern yang mengendalikan skim ini, beberapa usaha yang penting dibuat oleh Great Eastern. Satu, kita menambahbaikkan elaun yang diberikan seperti saya katakan tadi bulan November hari itu dan juga mereka juga digalakkan untuk mengambil program-program yang ada untuk meningkatkan keberkesanan pekerjaan yang mereka ada.
Kita harap dengan menimba experience yang ada dalam skim-skim ini, meningkatkan lagi juga peluang mereka untuk mendapat pekerjaan yang permanent dalam Great Eastern atau lain-lain syarikat takaful di masa depan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Petaling Jaya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Terima kasih. Saya ingin tahu bahawa selain mySalam, apakah inisiatif lain yang sedang di rencana oleh kerajaan untuk memastikan penyediaan jaringan sosial keselamatan kepada rakyat Malaysia terutamanya golongan rentan. Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya.
Memang seperti saya katakan tadi, Kerajaan MADANI sentiasa mengutamakan kesihatan rakyat dan ini jelas dicerminkan dalam Belanjawan 2025. Kementerian Kesihatan disediakan peruntukan kedua terbesar iaitu RM45.3 bilion berbanding peruntukan RM41.2 bilion pada tahun 2024. Penambahan peruntukan Kementerian Kesihatan antara lain adalah untuk menyokong pelaksanaan Kertas Putih Kesihatan Negara, menaikkan taraf klinik dan menyelenggara prasarana kesihatan serta mengukuhkan pusat-pusat kecemerlangan kepakaran.
Antara paradigma baharu Kertas Putih Kesihatan adalah peralihan fokus bagi merawat pesakit kepada memastikan rakyat kekal sihat dengan mencegah penyakit.
Sehubungan itu, kerajaan akan terus mempergiatkan gerakan “War On Sugar” bagi menggalakkan pengurangan penggunaan gula serta menambah bekalan ubat SGLT inhibitors dengan kemudahan rawatan dialisis peritoneal.
Perkhidmatan saringan melalui klinik bergerak ditingkatkan khususnya oleh hospital pengajar universiti juga ditambah sembilan klinik gigi bergerak baharu untuk tahun 2025.
Kerajaan juga akan memulakan saringan Hepatitis B secara universal bagi ibu hamil.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Dalam Belanjawan 2025, kerajaan juga telah menambahbaikkan pelepasan cukai pendapatan berkaitan kesihatan khususnya skop pelepasan sehingga RM1,000 untuk pemeriksaan perubatan penuh diperluaskan supaya meliputi pembelian kit ujian kendiri dan peralatan pemeriksaan kesihatan.
Kedua, pelepasan perbelanjaan perubatan untuk ibu bapa dan diperluaskan kepada datuk dan nenek dan pelepasan bayaran premium pendidikan dan perubatan dinaikkan daripada RM3,000 ke RM4,000. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Khoo Poay Tiong, Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Timbalan Speaker, soalan saya soalan yang kelima. Terima kasih.
5. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan jumlah kes pemotongan bekalan elektrik oleh TNB akibat kegagalan membayar bil elektrik dan jumlah tunggakan terlibat mengikut negeri dan kategori pengguna bagi tahun 2023 hingga September 2024.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara keseluruhannya jumlah pengguna Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah seramai 10.4 juta orang iaitu 8.5 juta pengguna domestik dan 1.9 juta pengguna bukan domestik.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Di kesempatan ini, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pelanggan TNB yang telah menjelaskan bil elektrik dalam tempoh yang ditetapkan. Namun demikian, terdapat sebahagian pengguna yang tidak membuat pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan.
Berdasarkan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-peraturan Bekalan Pemegang Lesen 1990, TNB boleh mengambil tindakan untuk mendapatkan semula jumlah tertunggak melalui peringatan, perbincangan dengan pengguna dan sekiranya tiada jalan penyelesaian yang dicapai, pemotongan bekalan elektrik terpaksa dilaksanakan.
Kementerian ini melalui TNB telah mengambil inisiatif untuk menuntut tunggakan bil elektrik daripada pengguna yang dibahagikan kepada dua kategori seperti yang dinyatakan tadi; domestik kediaman manakala bukan domestik adalah komersial, perindustrian, pertanian dan lain-lain. Berdasarkan statistik TNB, terdapat peningkatan bilangan akaun dan jumlah amaun tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan elektrik bagi tahun 2024 berbanding 2023. Sebanyak 464,076 akaun telah dipotong dengan jumlah tunggakan sebanyak RM945,435,794.07 direkodkan pada tahun 2023.
Manakala sehingga September 2024, bilangan akaun dipotong telah meningkat kepada 627,491 dengan amaun tunggakan berjumlah RM1,008,771,447.78. Kemungkinan sebab-sebab berlakunya kelewatan pembayaran – ini kerana di pihak pengguna antaranya
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
kekangan kewangan, yang kedua yang sebenarnya menjadi masalah iaitu sikap mungkin tidak bertanggungjawab di mana kebanyakan nama pengguna berdaftar bukannya merupakan pemilik premis. Ini kes cabut lari dan sebagainya. Dan yang ketiga mungkin kerana pembayaran TNB ini selalunya adalah senarai terakhir atau pun pay TNB last, dengan izin.
Daripada statistik tersebut, lima kategori atau pun lima negeri yang merekodkan jumlah akaun dan tunggakan yang tertinggi bagi tahun 2023 ialah Selangor, Terengganu, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan. Manakala untuk 2024 adalah Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Terengganu. Sekian, terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Timbalan Speaker, sebab kenapa saya tanya soalan ini ialah kerana bagi saya pemotongan bekalan elektrik ini boleh jadi satu indikator kepada kita sama ada rakyat kita menghadapi kesusahan atau pun tidak.
Terutamanya mereka daripada golongan B40.
Secara umum, hari ini kerajaan mengatakan kadar pertumbuhan yang tinggi lebih daripada lima peratus, kadar pengangguran adalah rendah hanya sekadar tiga peratus, inflasi hanya 1.9 peratus, kita dah kawal harga barang. Tetapi kalau kita lihat kepada jawapan daripada Timbalan Menteri, kes pemotongan elektrik telah meningkat lebih daripada 50 peratus.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Daripada 400 lebih ribu kepada 600 lebih ribu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Salah satu sebab utama ialah kekangan kewangan. Jadi, ini adalah hakikat di luar sana. Jadi soalan saya, saya minta penjelasan sikit secara bertulis iaitu bolehkah berikan secara detail mereka yang hutang daripada tiga bulan, hutang lebih daripada enam bulan dan juga hutang lebih daripada 12 bulan supaya kita ada satu gambaran yang lebih jelas apa yang dihadapi oleh rakyat di luar sana sebab mereka akan isi perut sebelum mereka bayar bil elektrik? Itu adalah satu hakikat. Jadi, soalan tambahan saya ialah Timbalan Speaker...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...Ialah berkaitan dengan dalam kita lihat TNB begitu efisien, begitu berkesan untuk membuat pemotongan bekalan elektrik sebab pejabat kita hari-hari kita terima banyak aduan di mana B40 tak boleh bayar bil elektrik datang jumpa dengan kita. Jadi saya nak tanya, selain daripada mereka begitu efektif memotong bil bekalan elektrik, berkaitan pula dengan perkhidmatan mereka. Saya dapat aduan daripada...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, ringkaskan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...pengguna apabila mereka memohon, ya, memohon untuk sambung elektrik, mereka perlu tunggu sehingga enam hingga lapan bulan
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
baru mereka dapat bekalan daripada TNB. Apakah masalah yang dihadapi oleh TNB? Potong cepat tapi nak dapat bekalan baharu perlu tunggu enam hingga lapan bulan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, soalan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Sekarang kita cakap nak dapat pelaburan tetapi TNB
[Dewan riuh]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
prestasi mereka akan menggagalkan usaha kita. Terima kasih, Timbalan Speaker.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih kepada Yang Berhormat.
Berkaitan dengan kaedah pemotongan. Apa yang berlaku kalau ikut – kalau kita rujuk kepada akta, tempoh yang diberikan kepada pihak TNB untuk melakukan tindakan dalam tempoh 30 hari dah boleh keluar notis, tujuh hari tak selesai sebenarnya boleh terus dipotong. Tetapi sebab itu bila diteliti, yang mana Yang Berhormat sebutkan tadi ada kes yang mungkin mengambil masa berbulan-bulan tunggakan itu kerana ada budi bicara untuk tidak terus mengambil tindakan yang tegas.
Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
[Bangun]
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Itu juga kita teliti kerana melihat juga dari segi amaun sebab itu dari jumlah pengguna itu mungkin besar dari segi angka tetapi jumlah yang tertunggak itu mungkin untuk kumpulan tertentu itu jumlahnya seseorang itu tidaklah besar. Namun, TNB terpaksa mengambil tindakan yang tegas kepada pengguna bukan domestik sebagai contoh yang mana jumlah tunggakan itu melibatkan urusan perniagaan dan sebagainya.
Seterusnya, kalau boleh sedikit kerana persoalan tadi mungkin boleh disalah erti iaitu bila berlaku kes tunggakan dan sehinggalah berlaku kepada pemotongan. Memang di pihak TNB kita cuba elak untuk berlaku pemotongan kerana sumber tenaga itu dianggap sebagai sumber yang asas.
Maka, sebab itu nasihat kita kepada pengguna untuk berurusan dengan Kedai Tenaga untuk melakukan perundingan. Setakat ini, memang bila berunding untuk membuat bayaran secara ansuran dan sebagainya, hasratnya untuk membolehkan bekalan itu disambung, diteruskan.
Akhir sekali, saya rasa yang mana Yang Berhormat sebut dari segi untuk memohon tenaga yang baharu dan sebagainya, itu tengok kes. Sebagai contoh, kalau permohonan itu datang daripada industri atau pun data center dan sebagainya, penelitian itu dibuat dari segi proses dan juga ini merujuk kepada persoalan dalam perbahasan semalam, penggulungan.
Jadi, cuma kes spesifik sekiranya Yang Berhormat ada sebut yang tadi, kalau ada kes spesifik yang boleh untuk pihak kami bantu, mungkin Yang Berhormat boleh panjangkan kepada pejabat saya. Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Langkawi.
Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Saya bersetuju sangat dengan Kota Melaka, menjadikan indikator kecekapan kerajaan. Makanan tak ada, nak kena bayar bil elektrik pula. Kesimpulannya, saya rasa kerajaan sekarang failed-lah.
Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Soalan saya, apakah hasil kajian yang telah dijalankan oleh MyPower Corp yang kita dimaklumkan bahawa mereka ini membuat satu kajian pembaharuan struktur elektrik? Yang kedua, saya nak tanya juga berhubung dengan Langkawi. Tahap manakah energy security di Pulau Langkawi? Kerana ia merupakan pulau yang agak berjauhan dengan Semenanjung.
Dan berapa banyakkah di Langkawi yang pemotongan dan juga bil-bil elektrik yang tertunggak? Sama soalan dengan Kota Melaka tadi, untuk kita menjadikan indikator bahawa Langkawi ini juga ketinggalan oleh kerajaan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih kepada Yang Berhormat.
Berkaitan dengan soalan yang mengatakan dari segi kajian daripada MyPower. Kajian MyPower itu juga merangkumi untuk hala tuju masa akan datang dan sebagainya.
Berdasarkan komitmen yang diberikan, kajian itu akan tamat pada hujung tahun dan seterusnya akan diangkat kepada Kabinet sebelum diputuskan apakah kaedah yang selanjutnya.
Cuma, berkaitan dengan kes spesifik di Langkawi. Secara general-nya, secara asasnya untuk di Semenanjung, sememangnya dari segi pencapaian kita yang disebut sebagai indikator yang kita guna pakai untuk menyukat prestasi pembekalan elektrik adalah dipantau dengan menggunakan System Average Interruption Duration Index (SAIDI).
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Jadi, untuk secara generalnya, kita punya SAIDI ini telah kita tetapkan untuk tidak melebihi 48 minit per pelanggan per tahun yang mana pencapaian kita untuk tahun 2023 adalah 46.10 minit. Jadi, sebab itu daripada segi berdasarkan laporan pencapaian itu, itulah cara untuk kita memastikan bekalan elektrik itu dihantar walaupun itu secara purata untuk keseluruhan Semenanjung. Manakala, untuk jumlah ataupun statistik di Langkawi, saya cuba dapatkan bagi kepada pihak Yang Berhormat secara general dan sekiranya daripada segi dapatan tersebut, Yang Berhormat boleh telitilah. Terima kasih - tukar orang dah - Tuan Yang di-Pertua.
[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) mempengerusikan
Mesyuarat] Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sila, Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari, Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan saya nombor enam.
6. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Menteri Digital menyatakan, apa penyelesaian tuntas kementerian berhubung isu 5G ekoran keputusan Digital Nasional Bhd
(DNB) untuk menamatkan Perjanjian Langganan Saham (SSA) dengan Telekom Malaysia Bhd.
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Ahli Parlimen, sahabat saya di Pasir Mas cukup gigih melaksanakan tugas sebagai Ahli Parlimen. Soalan berkaitan dengan SSA dan 5G.
Tuan Yang di-Pertua, penamatan perjanjian langganan saham atau secara ringkas dikenali sebagai Share Subscription Agreement (SSA) di antara Digital Nasional Bhd (DNB) dengan Telekom Malaysia tidak menjejaskan pemuktamadan SSA yang telah berjaya disempurnakan dengan empat buah syarikat telekomunikasi yang lain. Seperti yang telah diumumkan menerusi kenyataan-kenyataan media oleh Digital Nasional Bhd yang bertarikh 20 Jun dan juga oleh Menteri Komunikasi pada 21 Jun tahun ini, proses penyempurnaan syarat-syarat duluan atau preconditions precedent dalam transaksi pemilikan ekuiti dalam DNB oleh CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan YTL telah pun diselesaikan pada tarikh 20 Jun, tahun ini.
Tuan Yang di-Pertua, penglibatan syarikat telekomunikasi melalui pegangan ekuiti dalam DNB lah merupakan antara langkah-langkah utama ke arah peralihan daripada model rangkaian borong tunggal kepada model dwi-rangkaian 5G di Malaysia. Di bawah terma SSA, keempat-empat syarikat telekomunikasi secara kolektif memegang kira-kira 65.1 peratus ekuiti dalam DNB dengan setiap syarikat telekomunikasi memegang kira-kira 16.3 peratus pegangan ekuiti. Kerajaan Malaysia menerusi Menteri Kewangan diperbadankan mengekalkan kira-kira 34.9 peratus pegangan ekuiti serta saham khas dalam DNB bagi tempoh yang ditetapkan.
Dalam hal pemilikan ekuiti dalam DNB oleh Telekom Malaysia pula, syarikat tersebut telah memohon lanjutan masa untuk memuktamadkan proses transaksi ekuiti iaitu dari 21 Jun ke 21 Ogos 2024 atas keperluan untuk mendapatkan persetujuan pemegang saham mereka. Walau bagaimanapun, pihak TM telah pun gagal memenuhi syarat duluan dalam mendapatkan persetujuan pegangan saham mereka pada atau sebelum 21 Ogos dan sekali lagi telah memohon lanjutan masa- ini kali kedua, dan sehingga tarikh 31 Disember tahun ini.
Permohonan daripada TM ini telah tidak diluluskan ataupun ditolak oleh Lembaga Pengarah DNB. Oleh yang demikian, DNB telah menamatkan SSA bersama pihak TM dengan mengeluarkan notis penamatan yang bertarikh 23 Ogos 2024.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penamatan SSA di antara DNB dan TM tidak sama sekali menjejaskan penawaran akses 5G sedia ada oleh pihak Telekom Malaysia. Perjanjian akses di antara DNB dan Telekom Malaysia yang dimeteraikan pada 30 Oktober 2022 juga masih terpakai. Justeru, pelanggan-pelanggan Telekom Malaysia masih boleh terus menikmati perkhidmatan 5G yang sedia ada. Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih Menteri atas jawapan yang saya kira cukup lengkap dan saya juga mengalu- alukan kenyataan Yang Berhormat Menteri bahawa pihak TM boleh mengemukakan rayuan selepas daripada keputusan di pihak kerajaan.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Soalan saya, apakah terdapat analisis kos manfaat bagi pelaksanaan rangkaian kedua 5G ini terhadap ekosistem pelaburan digital DNB bila beralih daripada model dan rangkaian tunggal yang boleh menyebabkan pelupusan besar seperti peralatan yang menjadi domain dan selain implikasi kos tambahan pada DNB? Kenapa persoalannya Menteri, pelan akses dalam penyambungan ini serta spesifikasi tender untuk rangkaian kedua ini tidak didedahkan terlebih dahulu kepada umum sedangkan ia melibatkan kepentingan aset negara dan rakyat?
Menteri, saya rasa boleh jelaskan juga apabila kelonggaran diberikan kepada U Mobile untuk bekerjasama dengan syarikat telco lain, menunjukkan bahawa U Mobile ini tidak mempunyai kapasiti yang kuat ataupun kemampuan untuk melaksanakan sepenuhnya tugas yang diberikan kepada mereka. Akhirnya, bergantung kepada syarikat telco yang lain seperti Maxis dan CelcomDigi. Tidakkah ini pada akhirnya akan menyebabkan U Mobile ini akan hanya menjadi broker ataupun orang tengah sahaja? Akhirnya kontrak ini, tugasan ini hanya menjadi, “Pi mai, pi mai, tang tu” atau bak kata Yang Berhormat Tambun, “zaman edan.” Terima kasih, Menteri.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Menteri.
Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih Pasir Mas atas soalan tambahan yang telah pun diberikan.
Pertama sekali Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan soal analisis kos manfaat.
Memang benar Tuan Yang di-Pertua, soal perkara kos manfaat itu adalah soal yang penting.
Jadi, perkara-perkara yang dilihat dari semua sudut termasuk juga kos manfaat dan kerajaan telah pun mengambil kira pelbagai faktor dalam menentukan soal peralihan daripada sistem yang sedia ada kepada model dwirangka 5G negara.
Tuan Yang di-Pertua, apa yang dihasratkan adalah supaya model baru iaitu dwi- rangka 5G yang dicadangkan itu yang akan diwujudkan menjadi satu yang mampan dan juga berprestasi tinggi untuk kepentingan rakyat dan sektor swasta serta sektor awam.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
[Bangun]
Tuan Gobind Singh Deo
Ini bermaksud bahawa kerajaan melihat kepada semua aspek terutamanya bagaimana kita boleh memastikan bahawa kedua-dua rangkaian DNB dan juga rangkaian kedua akan kekal kompetitif dan berdaya maju.
Seterusnya, kementerian yakin bahawa semua implikasi teknikal dan kewangan telah pun diambil kira oleh SKMM dalam melaksanakan model dwi-rangkaian 5G negara.
Tuan Yang di-Pertua, yang penting itu kita kena lihat kepada seluruh proses yang telah pun dijalankan. Dalam proses itu apa yang telah pun dikemukakan untuk dipertimbangkan adalah semua aspek yang termasuk aspek kos analisa, kos manfaat dan juga bagaimana kita boleh pastikan bahawa sekiranya wujud dua network tersebut, maka network itu ataupun rangkaian itu boleh membawa kepada kebaikan untuk semua sektor yang akan menggunakan network-network tersebut.
Jadi dalam perkara itu Pasir Mas, perkara yang dibangkitkan itu semua telah pun dilihat secara teliti. Sudut kos, sudut teknikal, sudut keperluan, jangka masa panjang kita nak
Tuan Gobind Singh Deo
lihat apakah sebenarnya keperluan kita masuk ke dalam digital. Kita nak pastikan bahawa seluruh rakyat Malaysia dapat menggunakan platform-platform yang sedia ada. Adakah kita mempunyai infrastruktur yang membolehkan kita menggunakan dan sebagainya? So, it’s a long process dan proses itu sudah pun diambil kira secara mendalam untuk memastikan bahawa apabila wujudnya dua sistem ini, ianya memadai untuk menanggung keperluan negara kita untuk kita boleh mentransformasikan negara kita ke arah teknologi digital dalam bergerak ke depan...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
[Bangun]
Tuan Gobind Singh Deo
Soal berkenaan dengan sama ada perjanjian tersebut harus dibuka kepada awam dan sebagainya. Pasir Mas, ini adalah satu perkara di antara SKMM dan syarikat-syarikat yang telah pun memasuki perjanjian SSA dan sebagainya dan DNB. Jadi, dalam keadaan tersebut, keputusan dibuat oleh MCMC atau SKMM supaya dokumen itu dihadkan kepada mereka sahaja tetapi perkara itu dalam pengetahuan penuh SKMM di luar bidang kuasa saya. Sekiranya persoalan ini dapat saya jawab secara bertulis apabila saya dapat daripada maklumat lanjut daripada SKMM, maka, saya akan panjangkan kepada Yang Berhormat dalam masa yang terdekat. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Ipoh Timor.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Terima kasih Tuan Pengerusi. Kita telah dengar panjang lebar, jelasnya latar belakang dan sejarahnya, tetapi saya rasa soalan yang induk yang perlu dijawabkan adalah sama ada dengan tamatnya atau berhentinya SSA dengan Telekom Malaysia dan DNB ini, adakah ia dalam apa jua bentuk pun menjejaskan pelaksanaan pembinaan infrastruktur 5G untuk masa yang akan datang ini?
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Kita faham latar belakangnya, tetapi adakah ia ada sebarang kesan, sama ada rangkaian pertama atau rangkaian dua, pembinaan dan pelaksanaan infrastruktur 5G?
Terima kasih.
Tuan Gobind Singh Deo
Tuan Yang di-Pertua, syarat-syarat yang dimasukkan di dalam dokumen SSA itu adalah untuk membolehkan proses kita memilih rangkaian kedua supaya kita boleh beralih kepada sistem dwi-rangkaian seperti mana saya sebut tadi. Jadi, syarat-syarat dimasukkan dalam perjanjian SSA berkaitan dengan siapa yang boleh mengambil bahagian, syarat-syarat yang terpakai dan sebagainya.
Dalam keadaan ini, kita lihat bahawa pra syarat telah pun diadakan untuk semua syarikat. Dia kena akur dan menepati syarat-syarat tersebut sebelum mereka boleh mengambil bahagian dalam proses tender tersebut.
Syarat-syarat yang diletakkan itu, malangnya, tidak dipatuhi atau pun tidak dapat dipatuhi dalam masa yang ditetapkan oleh TM. Jadi, TM itu memohon untuk lanjutan masa, Yang Berhormat. Lanjutan masa tidak diberikan dan itu mempunyai kesan terhadap peranan TM dalam proses SSA tersebut, tetapi ini tidak sama sekali mengganggu perkhidmatan 5G yang dilaksanakan atau diberikan oleh Telekom Malaysia. Itu adalah perkara yang lain.
Setakat sekarang, masih diteruskan seperti biasa permohonan-permohonan dibuat.
Tuan Gobind Singh Deo
Kita masih mengkaji bagaimana kita boleh melebarkan lagi perkhidmatan 5G yang diberikan khususnya dalam bentuk kita menyediakan private network enterprises dan sebagainya. Ini lah satu perbincangan yang telah pun diadakan dengan DNB dan industri- industri yang memerlukan dan sebagainya. So, as far as 5G is concern, perkhidmatannya masih berterusan. Malah, saya lihat bahawa ianya akan berkembang bergerak ke depan, Yang Berhormat. Terima kasih. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, Menteri.
Seterusnya, Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan, Merbok.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Soalan saya nombor lapan.
8. Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [Merbok] minta Menteri Pendidikan menyatakan, jumlah kuarters kediaman guru yang terbiar dan apakah perancangan kementerian dalam menguruskan aset milik kerajaan yang tidak digunakan hingga usang dan rosak.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Merbok. Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa komited dalam usaha menyediakan prasarana pendidikan termasuk kuarters guru yang selamat dan kondusif untuk diduduki kepada guru-guru kita.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah kuarters guru KPM adalah sebanyak 47,855 unit. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 30,331 unit kuarters sedang diduduki dan 17,524 unit kuarters tidak diduduki.
KPM telah menganalisis keperluan untuk menukar fungsi kuarters bagi kegunaan lain, guna sama dengan agensi kerajaan lain, membuka sewaan kepada awam dan juga swasta serta pelupusan kuarters yang tidak lagi selamat diduduki dan tidak ada permintaan diduduki untuk dirobohkan.
Sebagai contoh, sebanyak enam unit kuarters guru tidak berpenghuni di Sekolah Kebangsaan Tok Jiring, Kuala Nerus, Terengganu telah ditukar fungsi kepada bangunan tambahan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Nerus pada bulan Jun 2024. Tukar fungsi yang lain yang telah pun dilaksanakan adalah seperti tukar fungsi empat unit rumah guru Sekolah Kebangsaan Sungai Mok, Rompin, Pahang kepada pusat intelek pelajar-pelajar SK Sungai Mok tersebut. Ia dilaksanakan pada 12 Julai 2024 tahun ini.
Pada tahun ini juga, KPM telah memperuntukkan sebanyak RM66.5 juta untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan kuarters KPM di seluruh negara bagi kuarters berpenghuni dan sebahagian kecil penyelenggaraan kuarters tidak berpenghuni yang mendapat permintaan untuk diduduki.
Berdasarkan Belanjawan tahun 2025 yang dibentangkan, KPM dijangka akan menerima peruntukan sebanyak RM60 juta bagi pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih kuarters guru di seluruh negara. Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Merbok.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Terima kasih, Menteri. Kita difahamkan, seperti yang dijawab oleh Timbalan Menteri tadi, 17,000 unit kuarters yang tidak
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
diduduki. Ia satu jumlah yang sangat banyak dan ini satu pembaziran yang sangat merugikan kerajaan. Adakah hasrat daripada kementerian, yang disebut tadi itu, sebilangan kecil sahaja dari kuarters-kuarters ini telah diperbaiki?
Cadangan saya ialah KPM boleh bekerjasama dengan kementerian lain, seperti yang disebut tadi, seperti KPKT untuk dijual atau disewakan kepada keluarga yang memerlukan terutamanya golongan B40 yang tidak berumah. Kerana, kuarters-kuarters yang terbiar ini telah menjadi sarang penagihan dadah dan juga binatang-binatang berbisa seperti ular dan sebagainya. Sekian.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih atas soalan tambahan dan juga cadangan daripada Yang Berhormat Merbok.
Sememangnya pihak KPM mengambil maklum dan mengetahui berkenaan dengan masalah yang kita hadapi. Itu sebab kenapa pada Disember 2022, satu kajian untuk mengoptimumkan penggunaan kuarters guru tidak berpenghuni telah pun dilaksanakan.
Kajian tersebut telah pun selesai pada akhir tahun 2023. Dari situ, pihak KPM mengenal pasti beberapa perkara termasuk:-
(i) kondisi kuarters yang tidak berpenghuni; dan
(ii) sama ada kuarters tersebut terletak di kawasan-kawasan yang strategik atau tidak strategik.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, daripada kajian tersebut, kita mempunyai tujuh syor mengoptimumkan penggunaan kuarters guru. Iaitu, cadangan pertama, kekal sebagai kuarters- 6,141. Ini adalah kerana di kawasan itu mungkin ada permintaan pada masa kini dan masa depan; kedua, tukar fungsi- 7,201 unit; ketiga, guna sama dengan agensi yang lain- 1,496 unit; keempat, sewaan awam- 1,911 unit; kelima, pindah milik atau pun jual― 88 unit; keenam, syor roboh dan bina semula- 16 unit; dan ketujuh, syor roboh- 671 unit.
Jumlahnya 17,524 unit.
Memang pihak KPM telah pun menyediakan dan membentangkan satu Nota Jemaah Menteri pada minggu lepas sahaja, 12 November 2024, yang mana dalam Nota Jemaah Menteri ini juga ada disebut berkenaan dengan cadangan bagaimana KPM bekerjasama dengan GLC dan juga GLIC dan juga agensi-agensi yang lain untuk mengenal pasti kuarters- kuarters yang sesuai untuk disewa atau diguna sama dengan agensi-agensi yang lain.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, hasil penemuan analisis lokaliti kuarters di mana sama ada lokaliti itu strategik atau tidak, untuk kuarters yang berada di Skala 1- Sangat Strategik- kita mempunyai 6,285 unit yang tidak berpenghuni; kedua, Strategik- 11,035 unit; dan ketiga, Tidak Strategik- 204.
Maka, secara kesimpulannya, kebanyakan kuarters ini adalah terletak di kawasan atau pun lokaliti yang strategik yang mana pihak KPM yakin dengan hala tuju yang kita ada, kita mampu untuk bekerjasama dengan kementerian-kementerian yang lain, biarpun Kementerian KPKT yang disebut oleh Yang Berhormat atau pun Kementerian Dalam Negeri
Tuan Wong Kah Woh
dan juga kementerian-kementerian yang lain yang mempunyai hasrat untuk mengambil alih atau pun menyewa kuarters-kuarters ini.
Bagi pembinaan kuarters baharu, untuk makluman Dewan yang mulia ini, pihak KPM sekarang mengambil satu pendekatan yang holistik, pendekatan yang lebih bersikap cermat untuk memastikan kita hanya membina kuarters untuk memenuhi permintaan yang ada sahaja. Kuarters-kuarters ini akan dibina kebanyakannya dalam premis sekolah khasnya di kawasan-kawasan pedalaman, tetapi, pembinaan secara besar-besaran untuk kuarters ini memang kita tidak laksanakan ketika ini. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila. Soalan tambahan kedua. Seterusnya, Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran, Batu.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Soalan saya nombor sembilan.
9. Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran [Batu] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan, adakah kementerian berhasrat untuk menjalankan kerjasama dengan pihak PTPTN bagi golongan usia pertengahan berkategori B40 dan M40 untuk kembali belajar melalui pengiktirafan pembelajaran APEL A, APEL C dan APEL Q.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih, Yang Berhormat Batu. Dato’ Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Tinggi amat komited dalam menyokong agenda Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) negara serta agenda global berkenaan matlamat pembangunan lestari.
Justeru, kementerian melalui Agensi Kelayakan Malaysia- Malaysian Qualification Agency (MQA) telah memperkenalkan pengakreditan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu atau, dengan izin, Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) dalam tiga kategori iaitu:
(i) APEL untuk tujuan akses;
(ii) APEL untuk tujuan pindah kredit (APEL C); dan
(iii) APEL untuk tujuan penganugerahan kelayakan (APEL Q).
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Dalam usaha kementerian menggalakkan masyarakat menyokong agenda Pembelajaran Sepanjang Hayat, kementerian melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga telah menyediakan kemudahan pinjaman pendidikan PTPTN dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang mendapat tawaran ke institusi pendidikan tinggi awam dan swasta dan politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan kemasukan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi termasuk pelajar yang mendapat tawaran IPT melalui kelayakan APEL.
Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat-syarat permohonan seperti yang tertera dalam portal PTPTN antaranya, yang pertama berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon. Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA, IPTS dan politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi khususnya MQA dan berdaftar
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
dengan PTPTN dan pastikan baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang daripada satu semester dan juga telah membuka akaun Simpan SSPN Prime atau Simpan SSPN Plus. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Timbalan Menteri atas jawapan. Soalan tambahan saya adalah, apakah usaha- usaha kementerian untuk mempromosikan APEL dan bagaimanakah sambutan yang diterima daripada masyarakat?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih Yang Berhormat Batu atas soalan tambahan. Alhamdulillah, sejak kita perkenalkan APEL, telah mendapat sambutan yang amat baik daripada pelbagai sektor dan MQA telah menerima permohonan calon APEL daripada sektor kerajaan, badan berkanun, swasta multinasional, swasta tempatan, perusahaan sendiri, syarikat berkaitan dengan kerajaan GLC dan juga pertubuhan bukan kerajaan NGO dan juga yang lain-lain.
Di samping itu juga perkembangan yang amat baik apabila enam badan profesional yang telah menerima APEL sebagai salah satu syarat kemasukan ke program iaitu badan profesional tersebut adalah Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT), Lembaga Jurutera Malaysia, Lembaga Perancang Bandar Malaysia, Lembaga Kelayakan Profesion Undang- undang Malaysia dan juga Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari dan Lembaga Jurukur Tanah Malaysia.
Jadi bagi pihak kementerian, saya ingin mempromosikan APEL ini terutama APEL.Q ini berdasarkan pengalaman. Jika ada pengalaman sepuluh tahun boleh dapatkan Ijazah Pertama. Pengalaman 15 tahun, 20 tahun boleh memohon Master dan pengalaman 25 tahun boleh mengambil PhD. Jadi mana-mana Ahli-ahli Parlimen yang sudah lima term, saya fikir bolehlah apply APEL.Q ini dan boleh dianugerahkan PhD sebab berada di Parlimen lima term.
Kita boleh meningkatkan kualiti perbahasan kitalah di Parlimen ini daripada kita cuba membincangkan perkara-perkara yang kadang-kadang yang tidak masuk akal. Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, beberapa hari yang lepas Pengerusi PTPTN menyatakan bahawa tiada keputusan untuk memberhentikan pembiayaan bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar pembayaran balik rendah dan ia masih dalam peringkat awal kajian.
Sedangkan CEO PTPTN pada 16 November melaporkan cadangan pembiayaan dihentikan untuk kursus dengan kadar bayaran balik di bawah 30 peratus.
Soalan saya, apakah pendirian KPT berhubung dengan perkara ini, serta apakah mekanisme yang diguna pakai untuk mengenal pasti peminjam yang benar-benar tidak mampu membayar balik termasuk mengklasifikasikan peminjam berdasarkan kemampuan
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
kewangan dan mengikut kategori isi rumah memandangkan golongan B40 dan asnaf mencakupi sebahagian besar peminjam PTPTN? Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih Padang Terap. Untuk kursus-kursus ya, maknanya sekarang ini pun seperti yang kita sedia maklum kita kena pastikan bahawa kursus-kursus yang ditawarkan adalah kursus yang kebolehpasaran yang tinggi. Jadi maknanya fokus PTPTN, fokus kementerian, kita mahu memastikan bahawa kita akan memberi priority kepada kursus-kursus yang memang boleh mendapat pekerjaan selepas mereka tamat pengajian.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kita masih kekalkan daripada segi peminjaman ini, mana-mana pelajar yang dalam kategori yang menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) memang kita akan bagi kadar penuh pinjaman seratus peratus. Bila gaji di bawah RM8,000 kita akan beri sehingga 75 peratus pinjaman. Ini yang bukan kategori yang menerima Sumbangan Tunai Rahmah. Mana-mana yang menerima gaji lebih daripada RM8,000 kita akan berikan dengan kadar 50 peratus.
Jadi maknanya mekanisme ini kita teruskan dan kita akan pastikan terutama kategori B40 yang menerima Sumbangan Tunai Rahmah itu, kita akan pastikan mereka akan mendapat sumbangan maksimum seratus peratus mengikut kadar yang telah ditetapkan bagi kursus-kursus tersebut. Okey, sekian terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Seterusnya Tuan Kamal bin Ashaari, Kuala Krau.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Tuan Yang di-Pertua, Sekarang musim tengkujuh; Soalan nombor sepuluh.
10. Tuan Kamal bin Ashaari [Kuala Krau] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, SOP kerajaan dalam menghapuskan dadah-dadah yang dirampas daripada ops dan serbuan, dan apa langkah yang diambil bagi menangani kes penyeludupan dadah yang berlaku di dalam pusat-pusat tahanan.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih sahabat saya al-Fadil dari Kuala Krau. Yang pertama, bagaimana dadah dirampas dihapuskan. Ia mesti mengikuti Perintah Tetap Ketua Polis Negara khususnya Bahagian D207. Itu panduan, tetapi sebelum dihapus, dia ada beberapa syarat.
Yang pertama, dadah yang hendak dihapus itu mestilah merupakan bahan kes siasatan yang sudah selesai, kalau melibatkan perbicaraan, perbicaraan pun sudah selesai.
Sejurus selesai, mahkamah atau Timbalan Pendakwa Raya kena keluarkan arahan supaya barang kes tersebut dilupuskan.
Seterusnya Jawatankuasa Pelupusan Barang Kes akan ambil alih dari situ.
Jawatankuasa ini buat masa ini diketuai oleh pegawai polis sekurang-kurangnya berpangkat Superintenden.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Baik, di manakah dilupuskan dan oleh siapa? Kecuali ketum ataupun air ketum, yang itu dilupuskan di negeri masing-masing, tetapi kalau ianya merupakan dadah, dadah sintetik dan dadah konvensional, itu lokasinya di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan. Syarikat yang diberikan tugas adalah Syarikat Kualiti Alam Sdn. Bhd.
Baik, Jawatankuasa Pelupusan itu dia akan ikuti proses ini daripada mula sampai akhir. Keluarkan barang itu dari stor, bawa ke sana kemudian media dijemput, SPRM pun ada wakil, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard juga hadir. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi tahun 2024 ini setakat bulan 10, nilai dadah yang kita telah lupuskan ialah RM228.2 juta.
Baik, bahagian kedua soalan Yang Berhormat ialah terhadap insiden kes seludup dadah di pusat tahanan. Ada beberapa perkara.
Yang pertama, tentunya pihak KDN dan agensi kawal selia yang berkenaan, dia kena kuatkuasakan undang-undang. Undang-undang itu ada dua, pertama di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, yang kedua di bawah Akta Penjara 1995.
Ada tiga akta yang terlibat bercakap tentang kes seludup dadah ke pusat tahanan.
Yang pertama, petugas ataupun anggota agensi berkenaan, yang kedua orang awam ataupun ahli keluarga yang datang dalam Jadual Melawat, dia bawa benda itu, yang ketiga adalah orang-orang dalam tahanan itu sendiri.
Bila dia keluar misalnya, dia ke hospital atau dia keluar untuk tujuan perbicaraan dan sebagainya ada ruang di situ. Yang ketika kita memperketat prosedur di pusat tahanan, kita ketatkan pemeriksaan semasa orang tahanan dibawa masuk seawal hari pertama. Yang kedua, masa lawatan ahli keluarga pun kita check betul-betul.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Yang ketiga adalah tiada hari tanpa pemeriksaan rapi di sel-sel atau bilik tahanan.
Baik. Kena buat perkongsian maklumat di antara polis, penjara dan agensi yang berkenaan.
Baik.
Apakah langkah lain? Langkah lain adalah kita pasang device-lah. Larut, masa Larut dulu pasang scanner. Hari ini, kita kekal. Ada cadangan pasang CCTV dan portable device drug detector. Sampai sekarang kita cuba, tetapi duit tak cukup, tetapi ada satu lagi yang tak berlaku masa Larut ada tempat saya adalah seludup dadah pakai dron. Tahun ini sahaja 55 kes. Yang paling serius adalah di Penjara Tapah, yang kedua, di Penjara Alor Setar. Itu yang paling serius. Dia drop dadah pakai dron.
Jadi, kita kena ada anti-dron. Kita ada pasukan penembak untuk musnahkan dron.
Okey, tetapi maknanya, kalau dia drop, kita dapat kesanlah. Dia pun inovasi juga. Bila kita ketatkan pemeriksaan, dia hantar pakai dronlah. Buat masa sekarang, semuanya kita dapat kesan. Tak ada yang bolos. Jadi, itu menjawab dua bahagian soalan Kuala Krau dan soalan ke-10 yang jarang-jarang sampai dalam Dewan ini. Terima kasih.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Terima kasih Menteri. Jawapan yang agak saya puas hatilah, bagi saya. Cumanya, nak dapat maklumat umum sahajalah sepanjang
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
tempoh dua tahun kebelakangan ini, berapa kes yang telah dikesan dan berapa orang yang terlibat, orang dalam yang telah diambil tindakan atas kesalahan yang disebut oleh Menteri?
Terima kasih.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Yang di-Pertua, sebab angka itu dalam bentuk table, saya akan jawab terus secara bertulis kepada Yang Berhormat paling lewat esok pagi. Terima kasih.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Speaker. Soalan tambahan saya terkait berkenaan dengan isu penyeludupan dadah dalam pusat tahanan ataupun dalam penjara ini. Kes ini saya rasa telah pun berlaku lama dahulu lagi. Saya baca dalam berita sejak tahun 2017. Maksudnya, sudah tujuh, lapan tahun dan perkara- pelbagai perkara telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan.
Soalan saya ialah apakah kita faham, sedar bahawa masalahnya juga adalah kerana sindiket dan orang dalam yang menyebabkan perkara ini sentiasa berbangkit. Apa tindakan kita untuk kita jamin supaya orang dalam ini dapat dibanteras dan akhirnya, kita dapat elak daripada berlaku penyeludupan dadah? Terima kasih.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Dato’ Yang di-Pertua, jawapannya begini. Dia bab dadah ini, dia mesti ada dua elemen. Supply and demand. Jadi, bila demand itu ada, maka supply itu orang akan cari ikhtiar macam mana nak hantar ke dalam. Hakikatnya adalah daripada 87,000 orang yang duduk dalam penjara sekarang Yang Berhormat, sebahagian besar, hampir 70 peratus itu adalah kes dadah. Sama ada 39A, 39B, 39C, 15(1) Akta Dadah atau 12(2), itu semua seksyen yang kita kuatkuasakan.
Jadi, bila mereka ke dalam kes dadah, jadi demand itu ada dari situ. Itu adalah faktor utama yang menyumbang. Saya sebut tadi ada tiga aktor- mereka yang di dalam, anggota yang bertugas dan keluarga yang datang melawat, tetapi Ahli Yang Berhormat, bagi setiap- ini kes yang terbaharu ya, setakat- statistik terbaharu setakat ini ya, tahun ini. Kita kesan ini ada dua. Satu, istilahnya adalah- istilah kita guna, DUKA. DUKA maknanya, ‘dalam kawasan utama’. Dalam kompleks, dalam institusi. Yang kedua adalah LUKA, ‘luar kawasan utama’– LAKU, luar kawasan.
Jadi, kebanyakan yang kita kesan tahun ini, 188 kes yang kita kesan di luar kawasan.
22 kes sahaja kita kesan di dalam kawasan. Maksudnya, kerana pengawasan kita ketat, tak sempat barang itu bolos, kita dah sekat di pintu kawalan kita lagi. Bayangkan, 188 di luar yang kita tangkap berbanding 20- 22 yang kita tahan di dalam, yang kita dapat kesan. Jadi, nisbah ini menunjukkan bahawa kawalan kita berkesan. Sebab itu, dia drop pakai dron. Itu pun kita dapat kesan. Jadi Yang Berhormat, itu keadaannya. Mereka yang dalam kebanyakan adalah drug related case. Terima kasih.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Seterusnya, Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli, Jempol.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Soalan Jempol nombor 11.
11. Dato' Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli [Jempol] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan, bagaimana inisiatif kementerian dengan menubuhkan Majlis Sejarawan Negara dapat memastikan golongan muda terdidik dengan sejarah negara bangsa dan seterusnya mengelakkan polarisasi perkauman dan perpecahan sehingga boleh mengancam hubungan harmoni pelbagai kaum di negara.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Puan Saraswathy a/p Kandasami
Tuan Yang di-Pertua, penubuhan Majlis Sejarawan Negara telah dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri I sewaktu menyampaikan Ucaptama dan Perasmian Konvensyen Sejarah dan Perpaduan Nasional
(KSPN) 2024 anjuran Arkib Negara Malaysia pada 19 September 2024 di Hotel DoubleTree by Hilton, i-City Shah Alam, Selangor.
Sehubungan dengan itu, kementerian melalui Arkib Negara Malaysia sedang menyediakan Kertas Cadangan penubuhan dan terms of reference, dengan izin, TOR Majlis Sejarawan Negara. TOR tersebut mengandungi fungsi dan peranan majlis, struktur dan keanggotaan yang terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Ahli Majlis dan Arkib Negara Malaysia sebagai Urus Setia Majlis.
Ahli Majlis terdiri daripada kalangan pakar sejarawan dan juga disiplin lain berkaitan sejarah seperti pakar arkeologi, antropologi dan sosiologi, wakil kementerian dan ketua jabatan di bawah Kementerian Perpaduan Negara. Majlis ini akan berfungsi sebagai sebuah badan yang berautoriti bagi menangani dan menasihati kerajaan dalam sebarang pertikaian berkaitan sejarah negara, mengawal selia aspek kajian, penyelidikan, rujukan sumber, penulisan, penerbitan, pendidikan sejarah serta advokasi. Ia juga berperanan dalam mencadangkan langkah-langkah perlu untuk menghalang fakta sejarah negara daripada diselewengkan dan di manipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab demi mengelakkan- minta maaf. Untuk mengekalkan kestabilan, keamanan, keharmonian dan perpaduan negara serta meningkatkan jati diri rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Mudah-mudahan cadangan untuk mewujudkan Majlis Sejarawan Negara ini akan menjadi kenyataan untuk memantapkan integrasi nasional di kalangan rakyat di negara kita dan juga sebagai autoriti rujukan utama berkaitan isu sejarah negara kita. Apatah lagi dalam suasana negara kita pada hari ini yang amat penting kita fokuskan keutamaan kepada perpaduan rakyat di negara kita.
Persoalan Jempol, insya-Allah dengan penubuhan Majlis Sejarawan Negara ini nanti dapat dilaksanakan, apakah usaha ataupun inisiatif yang akan dilaksanakan dari segi penghayatan sejarah, dengan cara kreatif dan inovatif kepada golongan muda kini yang lebih tertarik dan fokus kepada media sosial seperti TikTok dan sebagainya, dan kurang faham kepada sejarah pembinaan negara kita? Terima kasih.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Puan Saraswathy a/p Kandasami
Terima kasih atas soalan susulan. Memang sejarah adalah asas dalam membentuk identiti dan semangat kita sebagai rakyat Malaysia.
Dengan mengaji sejarah negara, kita dapat mengenali nilai-nilai teras yang telah ditanamkan oleh nenek-moyang kita, termasuklah semangat perpaduan, kebersamaan dan keadilan sosial. Inilah harapan kementerian dalam penubuhan Majlis Sejarawan Negara dan sebaik sahaja majlis ini ditubuhkan dan– setelah ditubuhkan, ia akan memainkan peranan dalam mencapai hasrat tersebut. Terima kasih.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Sebelum saya mengemukakan soalan tambahan, saya ingin mengalu-alukan rombongan dari Jabatan Setiausaha PAS Kawasan Kuala Krai yang hadir di Dewan ini...
[Tepuk] Yang Berhormat Timbalan Menteri, dari sudut teorinya saya akur dan juga kementerian mempunyai garis panduan yang jelas dalam isu perpaduan ini. Kerana selepas daripada negara ini merdeka, perpaduan adalah nikmat yang paling besar yang perlu dijaga oleh kita semua, tetapi soalan saya ialah bagaimanakah pihak kementerian, khususnya Kementerian Perpaduan melihat dari sudut pelaksanaan di bawah supaya rakyat Malaysia dan warganegara betul-betul menghayati semangat Rukun Negara yang kita pun di awal sesi, kita baca ikrar ini di Dewan yang mulia ini.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Apakah usaha bagi mempertingkatkan lagi penghayatan semua lapisan rakyat supaya bangsa negara ini dapat menjadi warganegara yang setia dan dapat menjaga keharmonian perpaduan kaum dalam negara kita.? Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Timbalan Menteri.
Puan Saraswathy a/p Kandasami
Terima kasih atas soalan tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, memang kementerian dan juga agensi- agensi di bawah kementerian mengambil inisiatif untuk memastikan penghayatan Rukun Negara menjadi salah satu cara hidup di setiap lapisan masyarakat, bukan sahaja di peringkat pelajar, tetapi di semua aspek kehidupan rakyat. Sebab itu penghayatan Rukun Negara telah menjadi sebahagian daripada acara semasa semua program kementerian dan juga semua program rasmi, kita galakkan penghayatan ataupun pembacaan Rukun Negara menjadi sebahagian daripada atur cara dalam semua majlis rasmi yang dilaksanakan oleh Kerajaan Perpaduan.
Selain daripada itu, semua program yang dilaksanakan oleh kementerian untuk tahun 2024, lebih kurang 300 program yang berimpak tinggi berteraskan kepada Rukun Negara.
Jadi di kementerian, kami sentiasa peka kepada hasrat, cita-cita yang telah diluahkan dalam Rukun Negara semasa ia digubal dan kami juga sedia untuk menerima sebarang juga cadangan daripada pihak Pembangkang sekiranya ada dan kita boleh menerapkan dalam program-program yang dilaksanakan oleh kementerian. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan jawab lisan pada hari ini. Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat.
Sila, Yang Berhormat Menteri.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di Peringkat Jawatankuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian kesihatan bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2025 dan juga Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2025, dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi pada hari Rabu, 27 November 2024”.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah pada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2025 dan Anggaran Pembangunan 2025 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kelapan] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) mempengerusikan Jawatankuasa]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat-Yang Berhormat, Kepala Bekalan B.43 dan Kepala Pembangunan P.43 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan terbuka untuk dibahas.
Senarai pembahas bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Peringkat Jawatankuasa, yang pertama Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Puncak Borneo, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Besut dan Yang Berhormat Mas Gading.
Seramai 19 orang pembahas. Masa yang diperuntukkan 5 minit. Saya persilakan pembahas pertama, Yang Berhormat Klang.
Tuan Ganabatirau A/L Veraman - Klang
Terima kasih Dato’ Pengerusi. Dato’ Pengerusi, di Klang terdapat beberapa projek perumahan yang belum disiapkan atau dibengkalaikan oleh pemajunya atas sebab-sebab yang tertentu seperti di Taman Meru Makmur, Pangsapuri Impian Meru, Taman Desa Kencana dan banyak lagi. Ada juga projek- projek perumahan yang dibina untuk penempatan semula seperti pekerja-pekerja ladang yang telah terbengkalai sebelum ini.
Tuan Ganabatirau A/L Veraman - Klang
Projek-projek ini bukan dibengkalaikan hanya untuk satu atau dua tahun tetapi ada yang sampai 10, 20 malah 30 tahun ditinggalkan tanpa sebarang tindakan. Apabila projek- projek ini dibengkalaikan, ia menjadi beban yang sangat berat terhadap pembeli-pembeli unit perumahan tersebut. Ada yang terpaksa membayar ansuran bank untuk rumah yang mereka tidak pernah menduduki. Maka saya ingin tanya kepada pihak kementerian bahawa bagaimanakah peruntukan dana daripada Belanjawan 2025 ini yang boleh dimanfaatkan untuk penyelesaian isu ini?
Adakah dana sebanyak RM50 juta di maksud Bekalan 43 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Butiran 020000, sub Butiran 020100 – Kerajaan Tempatan akan digunakan untuk membantu masyarakat yang telah terjejas akibat kecuaian pemaju dan penguat kuasa? Rakyat juga ingin tahu bahawa apakah tindakan yang telah diambil setakat ini terhadap pemaju-pemaju dan pihak penguat kuasa yang bertanggungjawab untuk kegagalan projek-projek perumahan ini?
Isu yang kedua penyalahgunaan tapak-tapak yang diwartakan untuk dijadikan fasiliti awam. Terdapat banyak tapak pembinaan yang diwartakan untuk menjadi fasiliti awam yang telah disewakan atau disalahgunakan untuk tujuan yang lain khususnya di Bandaraya Klang.
Misalnya lot di Bandar Botanic, Klang lot tanah iaitu Lot 96588 dan 93893 yang telah diserahkan kepada JKPTG bagi tujuan pembangunan institusi pendidikan.
Difahamkan bahawa kawasan tersebut telah diluluskan penyewaan sementara kepada sebuah syarikat swasta selama tiga tahun untuk dijadikan nurseri. Saya telah menulis kepada KPM, JKPTG, JKPTGS, JPNS, PTGS, MBDK dan PTD Klang tentang isu ini.
Meskipun saya telah membawa isu ini ke perhatian pihak berkuasa yang dinyatakan, sehingga ini pihak penyewa masih meneruskan penyewaan tersebut tanpa sebarang gangguan. Persoalan saya adalah apakah tindakan pihak kementerian dalam isu ini demi memastikan tanah-tanah yang diwartakan ini tidak salah guna sambil menunggu pembangunan?
Apakah tindakan yang akan diambil terhadap penyewa yang telah melanggar syarat penyewaan yang ditetapkan terhadap pegawai-pegawai yang tidak mengambil tindakan yang sepatutnya meskipun dapat menyaksikan perlanggaran syarat yang dilakukan secara jelas di bawah tanggungjawab?
Saya merujuk kepada Bekalan 3 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Butiran 020000 sub Butiran 020400 – Perancang Bandar dan Wilayah- PLANMalaysia yang memperuntukkan RM59 juta.
Saya juga menyentuh beberapa butiran lain yang mengetengahkan perancangan dan penstrukturan bandar. Walau bagaimanapun, saranan saya adalah pihak kementerian seharusnya memberi keutamaan kepada cara pelaksanaan yang lebih efektif bukan setakat peningkatan peruntukan.
Kajian yang lebih terperinci harus dilakukan sebelum laksanakan sesuatu projek pembangunan untuk memastikan inisiatif tersebut tidak membawa impak kepada bangunan- bangunan yang sedia ada. Hal ini kerana di Klang lazimnya projek penaiktarafan atau
Tuan Ganabatirau A/L Veraman - Klang
penyelenggaraan yang baharu menyebabkan penutupan jalan raya, kesesakan yang teruk meruntuhkan sistem perparitan dan akhirnya mengakibatkan banjir.
Saya juga memerhati Bekalan 43 Butiran 0600, Butiran 01402 – Kajian dan Penyelidikan Perumahan yang memperuntukkan RM5.3 juta. Saya harap peruntukan khas bagi kajian dan penyelidikan sebegini harus diperkenalkan terhadap semua- projek-projek pembangunan supaya terdapat perancangan yang lagi tepat dan penggunaan teknologi yang baharu boleh mengurangkan kerosakan yang tidak dijangka.
Dato’ Pengerusi, yang ini yang last. Semasa perjumpaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Wakil Rakyat daripada kalangan kaum India, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim bersama Wakil Rakyat dan media masyarakat keturunan India.
Tuan Ganabatirau A/L Veraman - Klang
Beliau telah mengatakan bahawa dana sebanyak RM30 juta telah diberi kepada rumah-rumah ibadat Hindu di seluruh negara. Minta pihak KPKT mengeluarkan perincian berkenaan pembahagian dana tersebut. Hal ini kerana setakat ini saya percaya tiada lagi sebarang maklumat rasmi berkenaan inisiatif ini. Andai kata maklumat tersebut didapati tidak benar atau tidak tepat, saya harap pihak KPKT juga akan bertindak terhadap sesiapa yang memberi maklumat tersebut kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Dalam pada itu juga Dato’ Pengerusi, saya difahamkan baru-baru ini, Timbalan Menteri telah menjawab dalam Dewan yang mulia ini bahawa mana-mana rumah ibadat yang menerima bantuan daripada KPKT, tiga tahun gap akan diwujudkan. Saya percaya ini adalah tidak adil sebab semua rumah ibadat ada keperluan masing-masing. Saya percaya perkara begitu patut dikaji semula. Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Klang. Seterusnya, Yang Berhormat Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Pengerusi.
Saya mengambil kesempatan untuk berbahas dalam butiran yang pertama mengenai Butiran 020400 – Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia). Mengenai isu berkaitan dengan cadangan penggubalan Akta Pembaharuan Semula Bandar, Yang Berhormat Dato' Pengerusi, cadangan daripada pihak KPKT ini sedikit sebanyak menimbulkan resah dalam kalangan warga kota khususnya penduduk-penduduk asal. Saya ikuti ada jawapan yang telah pun diberi oleh Yang Berhormat Menteri KPKT sebelum ini namun ia masih lagi belum dapat merungkaikan kebimbangan-kebimbangan yang disuarakan.
Isu yang berlaku ialah Yang Berhormat Dato' Pengerusi, apabila dikurangkan nilai ambang persetujuan daripada 100 peratus kepada 75 peratus ataupun 80 peratus, ini kita lihat dia bercanggah dengan 13 akta terhadap harta dalam Perlembagaan Persekutuan kerana tidak ada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
Tidak ada peruntukan undang-undang dalam undang-undang kita ini yang membolehkan
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
penggunaan harta itu dengan secara paksa tanpa pampasan yang memadai. Apabila dikurangkan nilai ambang persetujuan itu kepada 80 peratus ataupun 75 peratus, maka baki lagi 20 peratus ataupun 25 peratus itu akan teraniaya. Suaranya tidak akan didengari, haknya mungkin akan dirampas. Ini perkara-perkara yang menyebabkan berlaku unsur-unsur penindasan dan mungkin boleh dikatakan penganiayaan kepada sebahagian kecil yang tidak bersetuju itu.
Ini juga Yang Berhormat Dato' Pengerusi, boleh mendedahkan kepada manipulasi oleh pihak pemaju. Pemaju sebelum ini dia kena cari semua penduduk, pemilik asal, 100 peratus, tetapi sekarang ini dia hanya perlu cari kumpulan yang lain. Dia tak perlu lagi pergi kepada kumpulan yang tegas, yang mempertahankan tanah ataupun tempat itu. Ini akan boleh terdedah kepada manipulasi oleh pihak pemaju. Kalaulah ini betul-betul berlaku, saya rasa orang akan menganggap ini satu win-lose situation dengan izin, Dato' Pengerusi.
Sepatutnya dia win-win situation. Kumpulan minoriti juga perlu ada hak mereka ke atas harta mereka.
Risiko-risiko yang lain Dato' Pengerusi, akan wujud komposisi demografi penduduk yang tidak seimbang kerana nanti apabila ada pembinaan baru yang dibina di atas tanah ataupun tapak yang sedia ada, saya pernah ikuti beberapa kes yang saya juga didatangi oleh penduduk. Rumah yang baru ditawarkan kepada penduduk ini lebih rendah kos dia, okey tapi saiznya lebih kecil, tetapi rumah yang dijual kepada orang awam saiznya lebih selesa, harganya lebih mahal. Kalaupun mereka boleh beli rumah yang ditawarkan yang baru itu, akan wujud ketidakseimbangan sosial. Ini rumah kategori rendah, kos rendah. Ini rumah kategori yang maha kaya sebagai contoh. Jadi, akan wujud ketidakseimbangan sosial. Ini perkara-perkara yang tak bagus. Dia telah pun menghilangkan identiti asal penduduk asal ataupun pemilik asal tempat tersebut.
Akan wujud persepsi yang negatif. Seolah-olah satu macam pengusiran kepada penduduk yang asal. Ini persepsi yang timbul. Saya yakin pihak KPKT ataupun kerajaan tidak mahu persepsi-persepsi itu timbul dan sekali gus akan menyebabkan kemerosotan keyakinan awam kepada pihak kementerian melalui cadangan penggubalan akta yang akan dibentangkan nanti. Walau bagaimanapun Dato' Pengerusi, walaupun ada kebimbangan itu, saya tidaklah menolak 100 peratus kerana perlu pembangunan bandar ini kita uruskan dengan cara yang baik, tidak meminggirkan penduduk asal dan sesuatu pembangunan itu dapat diuruskan dengan terancang dan tersusun.
Beberapa cadangan yang saya suka cadangkan, akta ini kalaupun hendak diteruskan, mesti diharmonikan dengan akta-akta lain yang berkaitan, Kanun Tanah Negara, Akta Pengambilan Tanah, Akta Hakmilik Strata. Kesemua akta tadi itu masih mengekalkan nilai ambang 100 peratus. Jadi, dia bercanggah sebenarnya kalaulah nak diteruskan cadangan penggubalan akta ini.
Yang kedua, mesti dirunding dengan semua. Nilai ambang itu saya cadangkan mesti kekal 100 peratus persetujuan. Tak boleh kurang kerana nanti akan ada pihak yang teraniaya.
Pembinaan mesti diterajui oleh agensi kerajaan. Tak boleh diserah kepada pemaju 100
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
peratus. Kerajaan boleh mengawal dengan ada punca kuasa yang diberikan kepada pihak kerajaan. Ganti dengan rumah yang sepadan, setimpal. Sediakan kemudahan untuk pembiayaan khusus kepada pemilik asal dan status tanah itu mestilah dikekalkan. Kalau tanah rizab Melayu, kekalkan.
Akhir sekali Dato' Pengerusi, saya juga nak sentuh perkara kedua. Butiran 030300 – Bahagian Kawalan Kredit Komuniti ini, ringkas. Walaupun pihak kementerian telah pun ada undang-undang untuk mengawal pihak kredit komuniti ataupun syarikat pemberi pinjam wang berlesen ini, tetapi masih lagi ada aduan daripada pihak pengguna ataupun peminjam. Kadar faedah yang tinggi, tak diberi salinan pinjaman perjanjian, dia suruh sign sahaja. Sebab orang ini terdesak, dia sua kertas, sign, dapat duit.
Jadi kadang-kadang orang yang meminjam ini pun dia terdesak, dia tahu benda itu membebankan, tapi dia terpaksa. Jadi, perkara-perkara ini sehingga berlaku ugutan. Tak dapat bayar, memalukan peminjam, pergi ke rumah. Dia dah jadi macam Ah Long. Walaupun dia syarikat berlesen, tapi dia dah jadi macam Ah Long. Ini aduan yang dibuat.
Maka saya cadangkan, walaupun ada syarikat-syarikat ini diheret ke mahkamah, saya ucap tahniah KPKT. Ada yang mengheret syarikat-syarikat ini ke mahkamah, tetapi fobia itu masih ada. Apatah lagi pula fobia itu timbul apabila KPKT anjur penganugerahan untuk pemberi pinjam wang ini. Jadi, dia akan menyebabkan manipulasi itu masih boleh berlaku.
Peminjam ini masih lagi rasa, “Oh, kerajaan dah endorse. Jadi, kita boleh terima siapa sahaja.” Walaupun sebenarnya tidak, tapi persepsi itu wujud, Yang Berhormat. Saya nak membantu supaya KPKT tidak terdedah kepada perkara ini.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Alor Setar, minta sikit boleh?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Dah habis masa, Yang Berhormat.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Dato’ Pengerusi, saya landing. Maka saya cadangkan supaya Pengurusan Kredit Komuniti ini diserahkan kepada bawah bidang kuasa Bank Negara supaya kuasanya lebih luas, satu.
Yang kedua, mesti ada konsep tabaruk, Dato' Pengerusi. Dalam bab memberi hutang ini, konsep tolong-menolong, tidak menindas, tidak ada apa-apa syarat imbuhan, benda- benda itu kena dilihat semula. Tak bolehlah hanya satu pihak untung tetapi mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain. Itu kita kena elakkan. Terima kasih Dato' Pengerusi.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Minta maaf sekali lagi, minta laluan pencelahan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Okey, terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ini penting, penting Yang Berhormat.
Penting.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Alor Setar.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Kita dah ada bank, kenapakah lagi kita bagi lesen kepada peminjam wang ini?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Alor Setar.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ataupun kriteria yang ada kepada peminjam wang ini dipindahkan untuk mempermudah di bank-bank semua. Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Pendang.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kuala Krai boleh? Kuala Krai.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Saya dah habis dah, Dato' Pengerusi. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih. Sila Yang Berhormat Putatan.
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
Terima kasih Dato' Pengerusi. Saya mulakan perbahasan dengan menyentuh Butiran 01513 – Program Perumahan Rakyat Dimiliki. Berdasarkan Survey Migrasi 2020 oleh Jabatan Perangkaan Negara, negeri Sabah merupakan negeri yang mencatatkan kadar penghijrahan penduduk atau migrasi dalaman yang paling tinggi iaitu sebanyak 74.4 peratus. Dapatan tersebut turut merekodkan peningkatan migrasi rakyat Sabah dari bandar ke luar bandar pada kadar 43.3 peratus.
Dapatan tersebut sewajarnya dijadikan sebagai petunjuk penting kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk meneliti dengan lebih serius keperluan semasa bagi membangunkan lebih banyak rumah mampu milik termasuklah di Daerah Putatan.
Selain mendorong kepada pertumbuhan sosioekonomi setempat, komposisi pembangunan rumah mampu milik yang seiring dengan peningkatan populasi daerah berupaya menjadi pemacu kepada pembangunan infrastruktur yang lain di samping menarik perhatian golongan perniagaan untuk mendirikan aktiviti niaga yang boleh menjanjikan peluang pekerjaan kepada rakyat setempat. Oleh sebab itu menerusi peruntukan bagi maksud butiran ini, Putatan mengharapkan agar projek perumahan rakyat yang baru dapat dilaksanakan sebagai tambahan kepada PPR Serigai dan PPR Keramat yang kini sudah didiami sepenuhnya.
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
Justeru, saya meletakkan harapan yang tinggi agar kementerian dapat meneliti semula permohonan asal untuk pembinaan PPR di Parlimen Putatan yang telah dikemukakan sebelum Belanjawan 2024 lalu. Saya juga telah memaklumkan sekali lagi hasrat tersebut kepada Yang Berhormat Menteri semasa lawatan kerja beliau ke PPR Serigai pada akhir Julai lalu.
Sebagai tambahan saya juga ingin mengemukakan cadangan kepada KPKT agar sebahagian daripada peruntukan bagi maksud Butiran ini dapat dimanfaatkan untuk
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
pembinaan sebuah PPR masing-masing di Sembulan dan juga Tanjung Aru yang juga berada di dalam Parlimen Putatan. Secara lokalitinya kedua-dua kawasan yang saya nyatakan tersebut terletak di dalam Bandaraya Kota Kinabalu yang merupakan kawasan bandar yang berpenduduk tinggi. Oleh itu, pembinaan PPR di kedua-dua kawasan tersebut adalah wajar untuk menampung kepadatan semasa penduduk terutamanya isi rumah dalam segmen pendapatan B40 dan ke bawah.
Kerjasama erat antara KPKT, Kerajaan Negeri Sabah dengan Kementerian Ekonomi perlu dijalinkan untuk mengenal pasti kumpulan isi rumah dengan Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar yang menetap di Parlimen Putatan. Mekanisme penentuan kelayakan tersebut perlu diperluaskan penggunaannya oleh Kerajaan Persekutuan dalam menilai serta meneliti keperluan semasa sesebuah daerah atau kawasan Parlimen terhadap pembangunan Projek Perumahan Rakyat serta projek-projek rumah mampu milik yang berada dalam skop belanjawan tahunan KPKT.
Dato’ Pengerusi yang keduanya adalah Butiran 00500 – Pengurusan Sisa Pepejal.
Menerusi kenaikan peruntukan sebanyak RM232,333,118 bagi maksud Butiran ini, KPKT seharusnya menyokong penggunaan metodologi pelupusan pepejal yang jauh lebih berkesan berbanding kaedah pelupusan yang sedia ada. Keberkesanan pengendalian pelupusan sampah di satu-satu zon akan berupaya mengurangkan lambakan sampah yang tidak terlupus. Kesan tersebut dapat mendorong kepada perlindungan alam sekitar daripada risiko pencemaran udara yang tidak terkawal yang boleh memudaratkan kesihatan rakyat setempat. Oleh sebab itu penggunaan insinerator sewajarnya diberi perhatian oleh KPKT sebagai alternatif terbaik untuk melupuskan pelbagai jenis sisa pepejal khususnya yang tidak boleh dikitar semula.
Seperti yang dipaparkan di dalam laman sesawang Majlis Keselamatan Negara penggunaan insinerator sebagai kaedah pelupusan sampah dapat mengurangkan beban longgokan sampah yang akan dilupuskan di pusat pelupusan akhir menerusi kaedah pembakaran yang bersistem. Teknologi tersebut juga dapat menjadikan sampah yang dilupus sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui yang boleh dimanfaatkan untuk penjanaan tenaga pelbagai guna. Justeru menerusi peruntukan Butiran ini saya ingin mengesyorkan agar KPKT dapat merangka pelan pembangunan insinerator yang boleh menyokong perancangan pembinaan insinerator dengan keupayaan teknologi anti pencemaran terkini di negeri Sabah.
Saya difahamkan bahawa Kerajaan Negeri Sarawak telah merangka perancangan untuk membangunkan dua buah insinerator yang menggunakan model insinerator yang dibangunkan di negara Sweden. Sikit lagi. Secara teorinya pembinaan insinerator tersebut perlu diutamakan di zon atau daerah di sesebuah negeri yang mencatatkan kadar pelupusan sisa pepejal harian yang tinggi. Sudah pasti pembinaan insinerator yang berteknologi tinggi akan menelan belanja yang besar termasuk kos penyelenggaraan berkala.
Jadi apalah salahnya jika hasil daripada cukai karbon atau cukai industri yang lain dapat turut dimanfaatkan untuk menyokong perancangan pembinaan insinerator mengikut skala pelupusan sisa pepejal setiap negeri. Pelaburan daripada syarikat swasta juga penting
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
untuk didorong bagi meningkatkan capaian sesebuah negeri kepada akses pembiayaan secara hibrid yang lebih signifikan dalam menjayakan agenda satu negeri satu insinerator menjelang tahun 2030.
Dato’ Tuan Pengerusi, saya menyokong. Sekian.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Terima kasih Yang Berhormat Putatan.
Saya buat sikit pertukaran disebabkan Yang Berhormat Masjid Tanah ada prosiding PAC.
Seterusnya saya silakan Yang Berhormat Masjid Tanah.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Saya ingin menyentuh di Butiran 030000 dan 020000 – Persekitaran Bandar Mampan. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri terhadap keluhan peniaga-peniaga di luar sana yang mana menyewa premis PBT. Sebelum ini kenakan sewa hanya berlaku setiap kali mereka nak tandatangan perjanjian sewa iaitu dua ke tiga tahun.
Tetapi akhir-akhir ini saya dimaklumkan bahawa kenaikan sewa naik setahun sekali.
Dah lah naik setahun sekali, kenaikan 10 peratus. Berniaga pula sendu. Barang mentah, barang basah semuanya makin naik. Jadi bagaimanakah nasib peniaga-peniaga ini? Jadi saya ingin tahu apakah garis panduan dalam kenaikan sewa ini? Dan apakah usaha di pihak kementerian memantau segala urusan sewa di bawah PBT di seluruh negara supaya tidak ada pihak yang mengambil tindakan sesuka hati?
Seterusnya saya ingin menyentuh tentang Butiran 00500 – Pengurusan Sisa Pepejal.
Bawah Akta 672 yang dikuatkuasakan pada 1 September 2011 merangkumi pelesenan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan juga penguatkuasaan yang telah dilakukan oleh perbadanan. Saya ingat lagi pada tahun 2011 di Melaka Tun Ali sebagai Ketua Menteri Melaka ada lebih kurang 180 syarikat bumiputera yang berdaftar di bawah ini untuk sama-sama mencari peluang dan juga kerja di bawah empat PBT di negeri Melaka.
Namun Yang Berhormat Pengerusi, hari ini tiba-tiba di tahun 2024 daripada 180 reduced kepada 83 peratus dan hari ini tinggal 30 sahaja syarikat yang bumiputera sahaja yang tinggal. 30 syarikat ini lah yang selalu menerima tekanan daripada pihak konsesi. Sebab apa, sebab syarikat – syarat-syarat yang dikenakan adalah ketat oleh pihak SWM dan juga SWCorp. Contohnya kontraktor kena ada lori. Dah lah kena ada lori setiap lima tahun kena bertukar. Ini bukan lori nak bawa orang ini lori nak bawa sampah. Itu pun nak kena tukar setiap kali lima tahun.
Kedua KPI dikenakan ketat. Ada sistem demerit. Kalau tak ikut kena potong.
Contohnya konsesi SWM dapat harga satu rumah dapat RM15. Dia bagi kontraktor RM8.
Kalau kontraktor tak follow sahaja dia punya KPI maka ada yang sampai RM3 sahaja yang dapat mereka. Itu satu isu. Belum jadi isu lain yang mana bil syarikat konsesi ini pun nak berniaga juga. Mereka pun nak jadi subkon kepada anak Syarikat Edaran SWM Sdn. Bhd.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Mereka pula bersaing dengan syarikat-syarikat lokal. Jadi macam mana lah syarikat yang lain nak survive.
Seterusnya saya ingin menyentuh tentang Butiran 030000 – Bahagian Kawalan Kredit Komuniti. Sebagaimana telah disentuh oleh sahabat saya Yang Berhormat Alor Setar, tak pernah-pernah dibuat orang tapi kali ini idea Yang Berhormat Menteri kononnya nak bagi Anugerah Kredit MDANI 2024. Tak pernah dibuat orang Yang Berhormat. Kami bukan along, kami cuma mahu nak tolong. Ini bukan nak tolong Yang Berhormat. Ini sebenarnya banyak kes yang melibatkan peminjam wang menindas peminjam terutama sekali yang menggunakan kekerasan dan juga keganasan. Faedah pun ganas gila naik.
Saya nak tahu apakah bentuk mekanisme pemantauan yang dibuat oleh pihak KPT?
Sebab tahun 2023 difahamkan lebih kurang ada 4,400 peminjam dan 881 pajak gadai yang dengan nilai pasaran RM25 bilion. Tapi bajet diletak dekat sini RM5.6 juta. Cukup kah dengan penguatkuasaan yang ada di pihak KPT? Saya rasa tak cukup. Ada cadangan daripada pihak KPT...
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
KPKT.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
KPKT, minta maaf – KPKT, tak payah lah nak buat majlis anugerah itu lagi. Tolonglah cakap dengan Yang Berhormat Menteri, Timbalan Menteri tak payah. Lebih baik buat kempen kesedaran kepada masyarakat di luar sana. Itu lebih baik dan lebih berbaloi.
[Tepuk]
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Masjid Tanah. Boleh Pasir Mas mencelah sikit?
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Saya kalau Pasir Mas minta saya kena bagi.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Masjid Tanah, Sebab zaman sekarang zaman tajaan swasta. Adakah kemungkinan tak along-along ini ada sedikit tajaan kepada pihak KPKT? Takut ada kemungkinan Masjid Tanah.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Yang ini saya minta Yang Berhormat Menteri jawab Pasir Mas kata apa ya. Yang Berhormat saya baru tahu rupanya Shopee saya baru tahu, Shopee loan ini rupanya di bawah KPKT rupanya. Yang Berhormat baik check, bini tuan-tuan apa semua, anak-anak pakai kita semua di bawah KPKT Yang Berhormat.
Saya nak beritahu kita selalu beli barang dekat Shopee dan hari ini ada Shopee loan. SLoan yang mana Buy Now Pay Later. Sebut betul-betul BNPL. Bukan Pink N Pay. Ini sindrom yang membimbangkan. BNPL ini bukan main-main. Kerana apa hari ini golongan Gen Z dan millenials banyak terdedah pada skim ini. Majoriti 3.7 juta rakyat Malaysia usia 21 tahun sampai ke 45 tahun. Ia macam itu lah saya ada baca penganalisa tulis. Umpama macam buku 555. Dulu bapa kita beli barang dekat kedai ada buku 555. Ingat ya – Yang Berhormat Langkawi senyum dia teringat dulu agaknya. Tetapi hari ini anak-anak kita sendiri pun dah ada buku 555. Ini sangat bahaya sekali kita kalau tidak dibendung.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Sebab itulah saya suka mencadangkan supaya Pasukan Petugas Lembaga Pemantau Kredit Pengguna (CCOB) ini yang mana nilai BLPM ini menjangkau RM1.42 bilion, sangat besar. Saya suka hendak mencadangkan supaya KPKT dimasukkan sebagai jawatankuasa utama dan bukan sahaja lagi menjalankan kerjasama erat. Sebab dengan peruntukan yang sedikit RM5.6 juta untuk KPKT tidak cukup nak buat penguatkuasaan dan membanteras pihak-pihak yang cuba mengaut keuntungan. Itu sahaja cadangan daripada Masjid Tanah. Terima kasih.
[Tepuk]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Seterusnya Yang Berhormat Kota Belud.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Pengerusi, Butiran 020100 – Kerajaan Tempatan, Butiran 020700 – Pembangunan Kampung Baru, Butiran 01700 – Program Pembangunan Kampung Baru.
Pertama, saya ingin tahu berapakah peruntukan yang disediakan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan bagi tujuan membangunkan kampung baru? Di Parlimen Kota Belud terdapat kampung baru. Saya mahu tahu bagi tahun 2023 dan setakat November 2024, berapakah peruntukan yang telah disalurkan bagi tujuan penaiktarafan kemudahan asas dan sosial, pinjaman mudah, menaik taraf rumah termasuk juga peruntukan bagi aktiviti-aktiviti kemasyarakatan?
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengenai kebimbangan saya berkenaan kebanjiran dan monopoli kedai warga asing di Sabah kebanyakannya warga Pakistan. Sama ada mereka ini warganegara atau tidak, itu menimbulkan tanda tanya. Saya sama sekali tidak mempersoalkan rezeki dan usaha mereka. Ya, untuk berjaya dalam hidup, kita kena kerja keras dan semua kita pun kena belajar tentang itu. Namun, persoalan di sini, sejauh manakah undang-undang sedia ada diikuti? Itu pertama.
Keduanya, apakah usaha kerajaan dalam memperkasakan orang tempatan Sabah untuk terlibat dalam aktiviti peruncitan? Pun begitu, cabaran untuk bersaing dengan kedai- kedai ini menjadi satu perkara lain. Mati bah kedai runcit di kampung. Makin lama, makin ramai mereka. Even pekerja pun warga asing.
Jadi, saya ingin bertanya, sejauh manakah peranan kementerian dalam memastikan keutamaan perniagaan adalah kepada warga tempatan? Saya wonder adakah mereka ini mempunyai visa untuk berniaga dan berapa lama sebenarnya mereka boleh tinggal di Malaysia?
Butiran 020400 – Perancangan Bandar dan Desa, PLANMalaysia. Apa pandangan PLANMalaysia mengenai perancangan bandar dan desa di Sabah dan cabaran-cabaran yang dihadapi? Sejauh manakah nasihat yang diberikan itu diikuti memandangkan kalau tengok laporan kedudukan hampir semua PBT di Sabah ini di kedudukan yang paling tercorot di seluruh negara?
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Kalau di Kota Belud, cabaran terbesar bagi kami adalah untuk membangunkan Pekan Kota Belud adalah isu tapak. Tiada tanah di kawasan pekan. Even untuk mahu bina masjid Pekan Kota Belud pun sehingga ke hari ini sukar kerana masalah tapak. Tuan Pengerusi, buat sekian kalinya saya ingin pohon kepada Kerajaan Sabah serta Kerajaan Persekutuan untuk membina pejabat daerah baru untuk Kota Belud.
Saya sudah pernah kemukakan hal ini kepada Yang Berhormat Menteri tetapi Yang Berhormat Menteri pada waktu itu mengatakan bahawa ini adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Saya telah pun serah surat kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah sewaktu Pesta Tamu Besar baru ini supaya perkara ini dijadikan keutamaan. Kota Belud deserve to have a new pejabat daerah. Again, cadangan saya bina sahaja di bangunan lama itu sebab tidak digunakan pun. Robohkan sahaja dan bina baharu sebab kita susah untuk cari tapak.
Saya juga berharap agar jalan keluar alternatif dari Pasar Raya Golden Dragon di Kota Belud dapat disegerakan supaya keadaan trafik lebih baik, mengurangkan jam dan dapat meningkatkan pelanggan datang ke sekitar itu. Begitu juga dengan jalan menuju ke Hospital Daerah Kota Belud, SMK Arshad, SK Pekan, Saint Edmund,kemudian tembus ke Jalan Mandap 2, jalan ini sangat penting untuk Kota Belud.
Butiran 030200 – Perumahan Negara. Tuan Pengerusi, perkara paling penting yang ingin saya bahaskan pada hari ini adalah mengenai isu pemilikan rumah dan tanah khususnya kepada golongan pembeli rumah pertama dan juga golongan belia. Tiga faktor utama pada saya yang penting menjadi ukuran iaitu harga, kedudukan dan juga ukuran.
Saya percaya ramai anak muda di luar sana yang ingin membeli rumah selepas mendapat pekerjaan especially mereka yang baru mendirikan rumah tangga. Kami orang muda pun kita punya financial planning agar bebanan di hari tua dapat dikurangkan.
Namun begitu, kalau kita lihat harga rumah di Kota Kinabalu sangat mahal dan di luar harga mampu milik. Tuan Pengerusi juga kena maklum bahawa gaji di Sabah sangat rendah.
Even kau graduate pun belum tentu kau dapat beli rumah.
Tuan Pengerusi, ya, negara kita mengamalkan pasaran bebas di kuasai kapitalis.
Kononnya merekalah golongan terpaling berbakti dan menyumbang kepada negara. Namun, di bawah Kerajaan MDANI yang mengutamakan rakyat berbanding golongan maha kaya ini, perlu kita melihat semula isu perumahan ini dalam konteks yang lebih luas.
Golongan maha kaya kalau tidak semua, ramai dari mereka yang kaya disebabkan terlibat dalam sektor hartanah. Mengapa institusi perbankan yang ada dalam negara dengan mudah memberikan pinjaman kepada syarikat-syarikat perumahan untuk membuat rumah sana sini? Selepas itu, rumah terbengkalai dan tidak terjual. Bukan juta ya nilainya. Belasan dan puluhan bilion Ringgit nilai unit yang tidak terjual. Sudahlah terbengkalai dan tidak terjual, kerajaan pula datang lagi, bantu lagi memudahkan mereka ini menjual unit mereka yang tidak laku. Untuk apa? Bila datang pula rakyat memohon pinjaman untuk beli rumah, sebiji bukan 10 biji rumah. Punya susah untuk dapatkan pinjaman. Come on-lah.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Jangan biarkan isu paling asas ini dibiarkan berterusan. Ke mana kita mahu hadiahkan masa depan kepada generasi akan datang kalau kita biarkan sahaja sistem ini berputar dan terus menindas. Ya, kita boleh cakap inilah realiti dan susah mahu tukar. Tapi kita ini kerajaan bah. Apa kita buat?
Tuan Pengerusi, saya cadangkan supaya Kerajaan Negeri Sabah membina lebih banyak rumah PPR jenis sewa untuk beli. Saya tidak setuju dengan cara sekarang ini di mana kita bagi mereka tinggal di rumah PPR dengan harga yang murah tetapi hanya untuk tempoh 10 tahun dengan harapan selepas 10 tahun kehidupan mereka semakin baik. Tetapi kita kena ingat bahawa orang pun akan berkeluarga dan makin banyak bebanan.
Saya ingin cadangkan kepada kerajaan berkenaan pemilikan rumah kepada rakyat.
Hentikan normalisasi aktiviti manipulasi harga rumah dengan mengenakan sekatan sementara pembelian rumah ketiga dan ke atas sehinggalah peratusan pemilikan rumah rakyat Malaysia sampai ke satu tahap yang boleh dianggap tercapai.
Tuan Pengerusi, di Sabah ini kalau di kawasan saya, satu rumah itu diduduki oleh lebih dari satu keluarga dan itu perkara biasa. Bukan kerana suka-suka Tuan Pengerusi, sebab mereka tidak mampu beli rumah dan mereka tiada duit pun untuk bina rumah. Inilah realitinya. Mohon diberikan perhatian dan pertimbangan serius atas cadangan saya tadi.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, Yang Berhormat Kota Belud. Seterusnya, Yang Berhormat Bukit Gantang.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Dato’ Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 01513 – Program Perumahan Rakyat Dimiliki, Butiran 01600 – Program Perumahan Rakyat Disewa, Butiran 01603 – Program Perumahan Rakyat Bersepadu.
Kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan rumah yang cukup untuk rakyat sama ada dalam bentuk sewaan, pemilikan atau pajakan terutama bagi generasi muda yang baru menamatkan pengajian masuk alam pekerjaan yang juga mendirikan rumah tangga disediakan rumah berbentuk transit. Soalannya, apakah kerajaan berhasrat untuk menyediakan rumah-rumah yang lebih murah bagi anak-anak muda B40 dan M40 di bandar- bandar?
Saya suka merujuk 40 ribu Rumah Mesra Rakyat SPNB. Peruntukan tahun 2025 bertambah daripada RM358,382,000 kepada RM504,119,700 iaitu sebanyak 40 peratus menunjukkan bahawa kerajaan serius untuk menyediakan kemudahan pinjaman untuk membina rumah pada rakyat. Saya ingin tahu peruntukan tahun 2024 SPNB, apakah telah habis dibelanjakan? Bagaimanakah agihan dibuat?
Saya hendak tahu berapa banyak yang telah diluluskan untuk Parlimen Bukit Gantang? Hampir setiap kali saya membuat lawatan, banyak rungutan daripada rakyat
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
memaklumkan bahawa pinjaman SPNB susah nak diluluskan. Saya juga ingin memohon kepada Yang Berhormat Menteri untuk pinjaman SPNB yang meningkat sebanyak 40 peratus untuk tahun 2025 ini diagihkan dan diperuntukkan ikut kuota Parlimen-parlimen dengan ini dapat memudahkan Ahli-ahli Parlimen untuk membantu rakyat di kawasan mereka untuk membuat pinjaman SPNB.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Saya yakin kesemua program perumahan rakyat termasuk Rumah Mesra Rakyat SPNB telah menerima permohonan yang banyak. Dari sudut ini, saya meminta agar pihak KPKT melibatkan semua Ahli-ahli Parlimen di dalam SOP proses saringan dan tapisan permohonan tersebut, kerana sebagai Ahli Parlimen, kita lebih mengetahui mereka yang tinggal dalam kawasan kita.
Saya merujuk Butiran 030300 – Bahagian Kawalan Kredit Komuniti. Berkenaan kredit komuniti atau sering dikaitkan dengan pinjaman ‘ah long’, Kementerian telah membuat garis panduan urusan pelesenan kredit komuniti yang dipraktis bermula 9 Ogos 2019.
Kemudahan yang disediakan syarikat jaminan wang yang berlesen ini amat cepat tetapi syaratnya juga amat ketat.
Masalah yang timbul daripada kelicikan syarikat penyaman adalah peminjam menanggung kadar bunga pinjaman yang tinggi, bayaran tidak lunas walaupun telah patuh tempoh bayaran, ugutan hinggakan ada juga yang melibat kes bunuh diri akibat terlampau tertekan. Saya sendiri mempunyai pengalaman membantu rakyat di kawasan saya akibat diburu oleh ‘ah long’. Pinjaman asalnya RM10,000 tetapi dipaksa membayar sebanyak RM40,000. Ini sebenarnya ramai lagi yang terperangkap dengan pinjaman segera ini.
Berkenaan isu-isu ini, apakah tanggungjawab dan peranan yang dimainkan oleh KPKT, keberkesanan program atau tindakan undang-undang oleh kementerian?
Nilai pasaran industri kredit komuniti pada tahun 2024 telah dianggarkan mencecah nilai RM24.8 bilion. Jumlah ini amat besar, iaitu lebih empat kali ganda, berbanding RM5.9 bilion yang diperuntukkan oleh KPKT bagi tahun 2025.
Terdapat pelbagai laporan tentang pinjaman yang terjerat dengan kelicikan syarikat yang berselindung dan menyalahgunakan imej kredit komuniti. Antara lain, kadar faedah yang terlalu tinggi, tiada salinan perjanjian, kad ATM dipegang pemberi pinjam serta ancaman ugutan kepada peminjam yang culas membayar. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Gantang. Seterusnya, Yang Berhormat Kinabatangan.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih, Pengerusi.
Saya ingin membicarakan tentang Butiran 40000 – Rumah Mesra Rakyat SPNB, Butiran 01513 – Program Perumahan Rakyat Dimiliki, Butiran 01600 – Program Perumahan Rakyat Disewa, Butiran 01603 – Program Perumahan Rakyat Bersepadu.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tuan Pengerusi, nampak gaya bahawa kerajaan tidak serius memberi rumah kepada rakyat Malaysia. Saya ingin bertanya dengan kerajaan, dengan kementerian. Daripada penduduk Malaysia lebih kurang 35 juta ini, berapa peratus yang tidak ada rumah?
Sedangkan, kita banyak agensi kerajaan mewujudkan perumahan tetapi sistem kita, rasa saya, perlu diubah. Mungkin kerajaan perlu melihat matlamat kita, sasaran kita memberi perumahan kepada mereka yang tidak berumah. Ini sistem sewa 10 tahun pun dia tidak miliki. Akhirnya, dia menyewa sampai mati.
Jadi, saya mahu minta menyeru kerajaan, kementerian melihat perkara ini secara serius, berkolaborasi dengan kerajaan negeri dan mungkin buat satu sistem peraturan mandatori― Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri perlu menyediakan tanah untuk pembangunan rumah yang murah mampu dimiliki oleh rakyat. Dan tanah itu, kerajaan negeri tidak perlu lagi meminta bayaran royalti yang tinggi atau premium. Ini halangan, kekangan kita. Apabila tanah tidak ada― ada tapi royalti dia tinggi― harga rumah dijual murah. Ini SPNB nama saja rumah mesra rakyat. Apa mesra rakyat? Rakyat mampu tengok, tidak boleh beli.
Jadi, seharusnya kerajaan kita sudah merdeka berpuluh-puluh tahun, berapa puluh juta rakyat Malaysia yang tidak berumah? Kalau di Sabah ini di kawasan saya pun, satu rumah lapan keluarga. Apa hidup begini ini? Ini bukan merdeka namanya. Ini kesusahan.
Jadi, oleh kerana itu, kementerian perlu melihat struktur apa, sistem apa yang diguna pakai. Sebab, matlamat kerajaan kita memberi perumahan yang mampu dimiliki. Kalaupun tidak percuma, biarlah mampu dimiliki. Ini di Sabah, sewa tiap-tiap tahun naik. Tapi, orang tidak juga berumah. Seharusnya apabila dia sudah menyewa melebihi lima tahun, dia dibenarkan memiliki rumah itu. Biarlah dia bayar sampai 40 tahun kah. Tetapi, saya tidak nampak ada satu kemungkinan bahawa masalah ini akan selesai.
Oleh kerana itu, saya betul-betul melihat perkara ini, saya tidak berasa untuk berhujah tetapi saya melihat bahawa tidak ada penyelesaian jangka panjang yang bisa dilaksanakan oleh kerajaan dan kementerian. Asyik-asyik kita memikirkan bagaimana untuk mewujudkan perumahan yang tidak mampu dimiliki rakyat.
Satu lagi perkara. Apabila rumah ini, bangunan ini, contohnya, sudah lima enam tahun, di situlah masalah lif dia. Mati bertahun-tahun dan orang naik tingkat lapan, tingkat 11 jalan kaki. Ini pun masalah, iaitu maintenance cost dia tidak dipastikan oleh kerajaan, oleh syarikat yang diberi mandat dan amanah itu.
Jadi, inilah sumber-sumber yang rasa saya tidak menyenangkan hati rakyat kita di negara ini. Sebab, soal perumahan ini soal kehidupan. Bagaimana selepas dia lahir, dia akan berkeluarga dan akan berkeluarga lagi, tetapi rumah dia itu saja. Di situlah wujudnya gejala-gejala sosial ini― sumbang mahram dan sebagainya. Sebab, satu rumah lapan keluarga. Bayangkan. Tak tahu macam mana proses kehidupan begitu.
Jadi, ini satu perkara perlu kita tangani dan atasi dengan apa cara sekalipun.
Kementerian perlu mengambil perhatian dengan sewajarnya untuk memberikan perumahan yang mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, Yang Berhormat Kinabatangan. Seterusnya, Yang Berhormat Hulu Selangor.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Maksud P.43 Butiran 17400 – Program Pembangunan Kampung Baru. Kos anggaran perbelanjaan adalah sebanyak RM380,916,530. Saya ingin mengaitkan dengan keperluan mendesak supaya perhatian diberikan kepada kampung baru.
Isu yang terkini menyebabkan penduduk di Kampung Sungai Baru, Rafidah Ibrahim, anak tempatan yang cukup lantang bersuara mempertahankan Kampung Sungai Baru sebagai satu tanah warisan yang memiliki nilai sentimental yang tinggi bagi masyarakat Melayu. Pengambilan tanah tanpa mengambil kira nilai sentimental dan warisan menimbulkan kebimbangan terhadap kehilangan identiti kampung-kampung tradisional dalam arus pembangunan bandar. Situasi yang sedang dihadapi oleh penduduk Sungai Baru ini bercanggah dengan usaha untuk memartabatkan warisan dan budaya Melayu.
Dato’ Pengerusi, saya mohon supaya perkara ini dikaji dan dilihat semula. Apakah peranan pihak kementerian bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi di Kampung Sungai Baru ini?
Kampung Sungai Baru bukanlah sekadar kawasan kediaman, ianya adalah simbol budaya dan warisan masyarakat Melayu bandar. Tindakan terburu-buru untuk pembangunan boleh menghapuskan identiti ini. Mengapa tidak pihak kementerian bekerjasama dengan Kementerian Wilayah Persekutuan khususnya Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu untuk mengambil pendekatan mewujudkan pembangunan lestari yang mengintegrasikan warisan budaya setempat?
Dalam masa yang sama, saya melihat ketidakseimbangan tumpuan peruntukan pada kali ini. RM84 juta telah diperuntukkan bagi kampung baru Cina. Bagaimana pula dengan kampung baru Melayu dan perkampungan India?
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Dato’ Pengerusi, seterusnya, masih Maksud yang sama P.43, Butiran 04001 – Penyenggaraan Perumahan. Kos anggaran perbelanjaan adalah sebanyak RM 601,950,000.
Saya ingin menarik perhatian pihak kementerian berkaitan keretakan bangunan yang dihadapi oleh Pangsapuri Seri Trompet iaitu keseluruhan Blok K yang telah dikeluarkan notis pengosongan pada tahun 2015 kerana tidak selamat untuk diduduki. Keseluruhan kos pembaikan bagi blok ini dianggarkan sebanyak RM2.4 juta. Mohon kementerian mengambil serius isu ini kerana ia telah memberikan kesan yang cukup besar kepada pemilik unit rumah di Blok K ini.
Sebagai contoh, Encik Zainul Kamal bin Abdul Majid yang merupakan seorang pesara kerajaan telah membeli unit rumah di Blok K. Hak beliau sebagai pembeli yang sah telah dinafikan. Beliau tidak menerima sebarang pemakluman berkaitan pengosongan tersebut kerana sedang berkhidmat di luar kawasan Hulu Selangor sehinggalah pada tahun
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
2017 barulah beliau mengetahui apa yang terjadi. Pelbagai usaha telah beliau lakukan dengan menghubungi pelbagai pihak termasuklah pihak Ler Lum Advisory yang bertindak sebagai liquidator selepas pemaju gulung tikar. Namun, pihak Ler Lum memaklumkan nama beliau tidak ada dalam rekod untuk mendapatkan unit gantian sekali gus menafikan hak beliau sebagai pembeli. Beliau tidak bersalah dalam hal ini dan sewajibnya kementerian membantu beliau dan mereka yang terkesan dengan isu-isu seperti ini.
Dato’ Pengerusi, saya telah berhubung dengan pihak Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata dan jawapan yang telah diberikan adalah merujuk kepada peguam bela dan peguam cara untuk mendapatkan nasihat undang-undang. Sudah pasti ini bukan suatu yang mudah, kos yang tinggi, dalam masa yang sama, untuk diselesaikan.
Saya juga telah berhubung dengan Jabatan Perumahan Negara. Namun, saya masih lagi menunggu maklum balas. Saya lihat perkara ini hanya boleh diselesaikan dengan campur tangan daripada pihak kementerian itu sendiri. Sudah hampir 10 tahun. Bukan isu yang baru. Namun, tidak ada jalan penyelesaian diambil bagi memastikan hak semua pembeli di Blok K ini.
Mohon kementerian menjelaskan tindakan segera yang boleh diambil bagi membantu pemilik unit rumah di Blok K Pangsapuri Seri Trompet ini. Sebaiknya adalah meluluskan dana beri kerja-kerja pembaikan semula.
Dato’ Pengerusi, seterusnya Maksud yang sama P.43, Butiran 30000 – Pembinaan Bangunan JBPM di Semenanjung Malaysia. Kos anggaran perbelanjaan adalah sebanyak RM485,515,900.
Saya pernah membangkitkan berkaitan pembinaan balai bomba di Felda Soeharto pada sesi yang lepas termasuklah dalam Kamar Khas Parlimen pada tahun 2023. Pihak kementerian memaklumkan bahawa permohonan tapak seluas 6.747 ekar telah pun dibuat di kawasan Felda Soeharto. Pelaksanaannya akan dilakukan selepas pemilikan tapak tanah diluluskan.
Mohon kementerian menjelaskan perkembangan terkini berkaitan permohonan ini dan saya mohon agar pembinaan balai bomba dan penyelamat di kawasan Felda Soeharto dapat disegerakan kerana jelas keperluan balai bomba ini melihat kepada jaraknya yang cukup jauh dari balai bomba berdekatan, kepesatan pembangunan serta pertambahan penduduk yang ketara di kawasan penempatan tersebut. Dalam masa yang sama, mohon kementerian menyenaraikan kawasan yang terlibat dengan pembinaan bangunan JBPM dalam belanjawan pada kali ini.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, Yang Berhormat Hulu Selangor. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.
[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula jam 2.30 petang nanti. Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.04 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Majlis dalam Jawatankuasa.
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Tuan Pengerusi
Baik. Terima kasih. Sebelum kita teruskan dengan perbahasan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Saya nak maklumkan bahawa esok. Maaf, 28 hari bulan, Khamis, 2024, Perdana Menteri sendiri akan datang untuk menjawab Pertanyaan-pertanyaan Menteri. Jadi, Ahli Yang Berhormat yang ada soalan-soalan untuk Perdana Menteri, sila kemukakan kepada Setiausaha esok, 27 hari bulan, sebelum pukul 10.
Jadi, apa-apa yang hajat Yang Berhormat nak bertanya, sila kemukakan esok ya.
Baik, kita sambung dengan saya menjemput Bentong. Bentong ada lima minit dari sekarang. Silakan Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tan Sri Pengerusi, saya terus merujuk kepada P.43 Butiran 00500 – Pengurusan Sisa Pepejal. Mengikut Jabatan Perangkaan, sehingga tahun 2022, jumlah penduduk Bentong adalah seramai 117,000 orang dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 0.9 peratus.
Namun begitu, daerah Bentong hanya mempunyai satu tapak pelupusan sampah yang terletak di Kampung Padang Sertik. Tapak pelupusan sampah ini juga dikongsi bersama dengan penduduk daerah Raub yang mempunyai penduduk seramai 96,000 orang. Sudah tentu ia tidak mencukupi bagi menampung kepadatan penduduk kedua-dua daerah.
Tambahan pula, satu-satunya jalan untuk menuju ke tapak pelupusan sampah tersebut setakat ini hanya di selenggara oleh pihak operator TPS Padang Sertik dengan menggunakan binaan tidak kekal seperti crusher run, batu dan tanah untuk memastikan laluan tersebut boleh digunakan oleh lori pengangkutan sisa tanpa halangan.
Masalahnya di sini Tan Sri Pengerusi, apabila hujan lebat, lecak dan sebagainya, kadang-kadang lori kutipan sampah ini tidak dapat melalui jalan tersebut dan tersangkut di
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
tengah jalan dan sebagainya. Akhirnya, ia memberi kesan kepada operasi menghantar sampah ke tapak pelupusan sampah. Saya mohon agar pihak kementerian dapat mempercepatkan urusan pengambilan tanah untuk digazetkan serta meningkatkan peruntukan siling bagi pembinaan jalan tersebut kerana saya difahamkan ia akan – projek ini akan bermula pada mungkin September 2025. Isunya adalah masalah ini telah berlarutan bertahun-tahun tidak selesai sehingga sekarang. Jadi, saya harap ia dapat diselesaikan dengan segera.
Seterusnya, saya merujuk Butiran 030100 – Bomba dan Penyelamat. Saya mengambil maklum sebuah berita, baru-baru ini memaparkan keluhan anggota bomba berikutan elaun bayaran insentif bomba yang tidak sepadan dengan bebanan tugas dan risiko yang dihadapi mereka. Mereka bukan sahaja perlu memadamkan kebakaran tetapi perlu bersedia 24 jam untuk kerja-kerja kecemasan dan tugasan menyelamat yang sering kali berisiko tinggi. Malah jika kita lihat setakat ini, jurang pendapatan kedua-dua pegawai polis dan bomba berpangkat rendah misalnya mencecah sehingga RM972 setahun. Saya ingin meminta agar pihak kementerian mempertimbangkan semula kadar gaji dan elaun ini agar mereka setimpal dengan tugas mereka dan setaraf dengan anggota perkhidmatan keselamatan yang lain.
Ini turut berkaitan dengan P.34 Butiran 30000 – Pembinaan Bangunan JBPM di Semenanjung Malaysia. Saya memohon agar kerajaan dapat mempertimbangkan untuk membina satu balai bomba kategori D di Pelangai. Ini kerana setakat ini, sekiranya ada apa- apa kecemasan yang memerlukan bantuan bomba, penduduk Pelangai terpaksa menggunakan khidmat sama ada bomba sukarelawan ataupun Balai Bomba Bentong yang sekarang ini jauh jaraknya. Yang ada adalah Balai Bomba Teriang dan Kuala Pilah yang turut menghantar bantuan sekiranya diperlukan. Jadi, saya fikir sudah tiba masanya penduduk Pelangai mempunyai balai bomba mereka sendiri untuk manfaat setempat.
Seterusnya, saya merujuk kepada Butiran 020500 – Kemapanan Bandar dan Persekitaran yang hijau. Saya menyambut baik inisiatif kementerian yang telah memberikan penekanan khusus kepada penaiktarafan lebih 10,000 tandas di seluruh negara dengan kos sebanyak RM800 juta pada tahun ini. Penganjuran Anugerah Toilet of The Year, tahun ini juga memperlihatkan peningkatan penyertaan daripada hanya 345 penyertaan kepada 625 penyertaan.
Ya, mungkin kadang-kadang kita, ada yang setengah pihak rasa ini kelakar ataupun adalah perkara remeh tetapi ini adalah satu usaha yang sangat baik bagi memastikan kesejahteraan bandar serta meningkatkan keselesaan di tempat-tempat awam. Jika kita lihat, kategori dipertandingkan termasuk hotel, pusat beli-belah, kawasan rehat dan rawat, stesen minyak, restoran serta sekolah. Saya mencadangkan agar pihak kementerian turut menambah kategori rumah ibadat pada ‘tokia’, dengan izin tahun hadapan kerana rumah ibadat juga melibatkan penggunaan awam yang seharusnya mempunyai tandas yang selesa dan bertaraf BMW.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Untuk pengetahuan Tan Sri Pengerusi, sebenarnya kita ada influencer ataupun pempengaruh dengan izin, ini juga telah membuat content di TikTok menunjukkan tandas- tandas yang selesa, yang cantik, yang boleh dikunjungi oleh orang awam, yang boleh digunakan dan ia mendapat respons yang sangat positif.
Akhir sekali Tan Sri Pengerusi, saya ingin merujuk Butiran 01513 – Program Perumahan Rakyat Dimiliki. Saya maklum bahawa kementerian berhasrat untuk menambah baik program PPR ini dan dipakejkan semula sebagai Program Residensi Rakyat (PRR) yang antara lainnya mempunyai lima elemen termasuklah sustainability dan livability dengan izin.
Antara cabaran untuk membangunkan PPR ini tentulah sebahagian besarnya melibatkan kos pembelian tanah yang menyebabkan kos yang tidak efisien bagi membangunkan PPR.
Apakah strategi kementerian dalam kerjasama dengan kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu tanah ini? Apakah terdapat kajian menyeluruh terhadap tanah-tanah terbiar sama ada milik kerajaan atau individu yang boleh dimanfaatkan khususnya di Bentong? Ini kerana masih terdapat ramai individu khususnya golongan muda yang bekerja tetapi masih tidak dapat, mampu membeli rumah mampu milik di Bentong. Itu saja daripada Bentong. Bentong menyokong. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik. Terima kasih. Saya jemput Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Baik, saya terus kepada Butiran 00110 – Kediaman Rumah PR1MA.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Tan Sri Pengerusi, di Kulim-Bandar Baharu iaitu ada dua rumah PR1MA yang dijalankan iaitu satu di Junjong, Kulim dan juga satu di Seri Mahkota, Kulim juga. Tetapi Yang Berhormat Tan Sri, bagi PR1MA Junjong Kulim, rumah ini mula dibuat iaitu pada 2018 lagi tetapi malangnya hingga sekarang 2024, sampai sekarang sudah enam tahun masih lagi belum boleh diduduki.
Jadi, saya membawa isu ini kepada KPKT, di mana jumlah unit rumah di PR1MA Junjong iaitu sebanyak 580 unit, di mana kalau ikut perjanjian PR1MA, rumah ini akan siap iaitu pada tahun 2020. Tetapi soalnya, hingga sekarang masih lagi belum siap dan belum lagi mendapat kunci, di mana semua pembeli rumah di sini mengeluh kenapa rumah di sini begitu lama, mengambil masa yang terlalu lama untuk disiapkan. Jadi persoalan saya, bilakah perumahan di PR1MA Junjong ini akan dapat CCC dan bilakah penyerahan kunci boleh dibuat kepada semua pembeli rumah PR1MA di Junjong ini? Di mana kita dapat tahu banyak rumah yang dibeli di sini telah pun– mereka terpaksa bayar loan perumahan lebih kurang- semua pembeli bayar lebih kurang RM1,000 sebulan untuk bayaran bank.
Saya juga ingin bertanya kepada PR1MA, di mana PR1MA Seri Mahkota yang telah pun siap baru ini, setahun awal dari PR1MA Junjong. Agak berbeza dengan rumah PR1MA di Junjong, di mana rumah PR1MA di Junjong mempunyai tapak surau yang lengkap tetapi rumah PR1MA di Seri Mahkota mempunyai jumlah unit rumah yang sama, 580 juga. Di
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Junjong pun 580 juga tetapi rumah PR1MA di Seri Mahkota tidak mempunyai surau yang lengkap seperti mana rumah PR1MA di Junjong. Saya mohon jawapan daripada PR1MA, kenapa perbezaan ini berlaku?
Tuan Pengerusi, di bawah Butiran 00100 – Projek Kecil di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Saya ingin memohon daripada PR1MA supaya rumah PR1MA di Daerah Bandar Baharu juga diwujudkan. Ini adalah atas sebab di kawasan Bandar Baharu ramai golongan yang terdiri daripada B40. Yang kedua, kurang taman perumahan dan yang ketiga, bertujuan untuk menambah bilangan penduduk di Daerah Bandar Baharu.
Dengan adanya penambahan penduduk ini, saya berharap agar syarat untuk saya memohon hospital di kawasan Daerah Bandar Baharu mungkin boleh mencapai syarat. Di mana mengikut KKM, jumlah permohonan untuk hospital adalah minimum adalah seramai 50,000 orang. Sekarang di Daerah Bandar Baharu baru mempunyai penduduk seramai 47,000 orang. Jadi, dengan adanya rumah PR1MA ini mungkin mencukupkan syarat saya untuk memohon hospital daerah di Bandar Baharu.
Contoh yang kedua, saya juga ingin membawa contoh di mana rumah PR1MA yang juga perlu, seperti sahabat saya di Padang Rengas, yang mana Padang Rengas juga memerlukan sebuah rumah PR1MA, yang mana banyak di kawasan itu mempunyai penduduknya B40.
Tan Sri Pengerusi, Butiran 010100 – Pengurusan Am. Di mana saya ingin membawa satu isu, di mana PBT-PBT di mana mereka ini diberikan geran keseimbangan. Di mana semua majlis perbandaran diberi geran keseimbangan pada setiap tahun tetapi malangnya geran keseimbangan ini yang diberi adalah berdasarkan pada tahun 2006 lagi, di mana tidak pernah direview. Contohnya, di Majlis Daerah Bandar Baharu sendiri. Geran keseimbangan yang diberi di Majlis Daerah Bandar Baharu berjumlah RM1.3 juta sahaja, sedangkan sepatutnya dengan keadaan sekarang, dengan kos harga, dengan penambahan staf di majlis perbandaran di mana-mana sahaja pun, contoh di Bandar Baharu, perlu mendapat geran keseimbangan ini adalah sebanyak RM1.9 juta. Jadi, saya mohonlah kepada Kementerian KPKT untuk melihat semula, review balik geran keseimbangan ini supaya dengan kos, dengan penambahan pekerja di PBT mungkin sudah tidak relevan lagi.
Oleh itu, saya mohon mencadang pihak PBT memberi jawapan lisan atau jawapan bertulis untuk saya beri jawapan kepada rakyat di bawah. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik. Terima kasih. Saya jemput Libaran.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Terima kasih Tan Sri Pengerusi di atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk turut serta mengambil bahagian di dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Sebanyak RM5.934 bilion telah diperuntukkan bagi tahun 2025. Ianya boleh dikatakan satu angka yang besar.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Tan Sri Pengerusi, bagi Butiran 00100 - Projek Kecil di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, saya dapati bahawa bagi tahun 2025 sebanyak RM407.38 juta telah diperuntukkan berbanding dengan peruntukan tahun 2024 sebanyak RM449.67 juta. Di kawasan saya terdapat keperluan yang mendesak bagi pelaksanaan kerja-kerja pembersihan longkang, menaik taraf jalan, menaik taraf pasar, penyediaan kiosk-kiosk, baik pulih tandas dan lain-lain lagi. Kerja-kerja ini perlu diberi keutamaan oleh kerajaan yang memastikan pembangunan dan peningkatan ekonomi setempat di Libaran khususnya, dapat diteruskan.
Pada masa yang sama, kerja-kerja tersebut juga dapat memberikan keselesaan dan meningkatkan keselamatan para penduduk di kawasan Libaran. Saya ingin memohon pencerahan daripada kerajaan, apakah pecahan bagi projek-projek kecil ini dan berapakah yang telah diperuntukkan bagi negeri Sabah bagi tahun 2025?
Tan Sri Pengerusi, bagi Butiran 30002 – Pembinaan Bangunan JBPM di Sabah.
Sebanyak RM5.695 juta telah diperuntukkan bagi tahun 2025. Daerah Sandakan adalah satu daerah yang besar dan terdapat tiga Parlimen di bawah daerah ini iaitu Parlimen Libaran, Parlimen Sandakan dan Parlimen Batu Sapi. Namun begitu, terdapat hanya sebuah balai bomba yang beroperasi untuk mengawal selia tiga Parlimen tersebut iaitu Sandakan Fire and Rescue Station.
Saya ingin mencadangkan agar peruntukan di bawah butiran ini dapat ditambah bagi menyediakan sebuah balai bomba yang baru di kawasan Libaran bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan penduduk terjamin. Balai bomba yang baru ini amat diperlukan bagi menampung operasi Sandakan Fire and Rescue Station dan seterusnya meringankan beban mereka. Saya juga ingin mencadangkan agar pembinaan balai bomba di Libaran ini dapat dimasukkan di bawah senarai keutamaan negeri Sabah pada tahun 2025.
Tan Sri Pengerusi, di bawah Butiran 030100 – Bomba dan Penyelamat. Saya amat menghargai akan jasa dan tenaga yang dicurahkan oleh kakitangan anggota bomba di Malaysia seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bentong. Walaupun kerajaan telah melaksanakan SSPA, namun masih terdapat elaun-elaun kursus bagi anggota bomba tidak pernah ditambah baik sejak sekian lama. Bayaran elaun seperti bayaran intensif bomba pada kadar RM110 bagi 12 jam tidak lagi relevan dan dinaikkan sesuai dengan keadaan semasa.
Elaun perkhidmatan bomba pada kadar RM200 serta elaun operasi khidmat pada kadar RM30 bagi setiap operasi adalah tidak lagi sesuai dengan risiko yang ditanggung.
Selain daripada itu, saya juga telah difahamkan bahawa hal ehwal seperti tuntutan bagi cuti ganti kepada anggota yang telah bertugas lebih daripada 12 jam serta gantian kepada cuti am tidak lagi diberikan kepada anggota bomba. Perkara sedemikian adalah tidak wajar memandangkan mereka ini perlu mendapatkan rehat walaupun ganti yang sewajarnya di dalam memastikan mereka berada pada kondisi yang optimum untuk menjalankan tugas.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Kerajaan memerlukan perbelanjaan yang mampan dan efektif tetapi jangan sampai kebajikan anggota-anggota keselamatan kita dikorbankan. Saya ingin mencadangkan
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
kepada kerajaan agar kebajikan dan elaun anggota bomba ini dapat ditambah baik sejajar dengan tugas dan risiko yang mereka hadapi setiap kali beroperasi.
Tan Sri Pengerusi, saya berharap agar cadangan-cadangan yang telah dikemukakan tersebut dapat diambil tindakan dengan kadar segera. Cadangan-cadangan yang diutarakan bukanlah sekadar satu cadangan jangka masa yang pendek tetapi bagi menapak generasi yang akan datang.
Saya akhiri ucapan saya dengan memetik serangkap kata daripada James Freeman Clarke, seorang penulis daripada Amerika Syarikat, dengan izin, “A politician thinks of the next election; a statesman thinks about the next generation.” Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Seterusnya saya menjemput Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri, izinkan saya untuk membahaskan bajet peringkat jawatankuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang telah diperuntukkan kurang lebih RM5.934 bilion yang membawa misi peneraju kemakmuran komuniti bandar dan persekitaran mampan yang menumpukan kepada pelanggan, orang awam, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan.
Tan Sri Pengerusi, sebelum itu saya ingin mengambil kesempatan, yang pertama untuk mengucapkan junjung kasih di atas keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Pahang ke Chenor berikutan peristiwa mati lemas Allahyarham Encik Murdani Ab Rahman di Kelantan yang alhamdulillah berkat keberangkatan Kebawah Duli dan doa serta daulat Kebawah Duli dan kerjasama yang telah diberikan oleh pasukan bomba dan penyelamat, polis, JPAM, RELA, pejabat daerah dan seluruh orang awam, maka mangsa telah ditemui pada kurang lebih 12.45 tengah hari tadi. Al-Fatihah.
Tan Sri Pengerusi, saya ingin terus membawa kepada Butiran 030100 – Bomba dan Penyelamat. Kebetulan kes ini berlaku di kawasan saya. Yang diperuntukkan kurang lebih RM1.037 bilion dan sekali lagi saya nak timbulkan supaya kerajaan memberikan perhatian yang serius dalam peranan yang telah dimainkan oleh pasukan bomba seperti mana yang disebutkan oleh rakan-rakan sama ada di sebelah sini dan sebelah sana dalam mana kita boleh membela masa depan bomba ini. Saya juga minta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memastikan supaya bangunan – cadangan Balai Bomba di Chenor ini dapat direalisasikan secepat mungkin kerana beberapa tahun telah pun dipersetujui pada dasarnya tetapi saya difahamkan masalah tapak, maka ini timbul semula.
Saya juga minta supaya KPKT memberikan perhatian kepada penyelenggaraan dan juga peruntukan kepada balai bomba di Maran yang agak ketinggalan sedikit dan membekalkan kemudahan-kemudahan peralatan seperti bot dan sebagainya kerana Maran ini kebetulan berada di tepi Sungai Pahang dan sentiasa terdedah kepada ancaman banjir dan sebagainya.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Tan Sri Pengerusi, saya pergi pada Butiran 020700 – Pembangunan Kampung Baru yang diperuntukkan – dan juga Butiran 17400 yang telah juga diperuntukkan berjuta-juta ringgit. Kini terdapat sebanyak – sejumlah 613 kampung baru di seluruh negara. Kenapa senarai kampung baru ini masih diletakkan di bawah KPKT? Kenapa senarai kampung baru ini tidak diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah? Kerana jika masih kekal di bawah KPKT ini menampakkan seolahnya tersasar daripada visi KPKT sebenarnya iaitu peranan kemakmuran komuniti bandar, bukannya kampung dan sedangkan kampung- kampung baru ini masih diletakkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Saya juga ingin bertanya kenapa dahulunya kerajaan lepas kita telah mencadangkan supaya kampung baru ini diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan dengan alasan kita tidak nampak, tidak hendak melihat ada satu-satu penempatan yang dikenal pasti atas nama bangsa kerana kalau saya cerita dari sejarah Kampung Baru diwujudkan kerana kita nak mengelakkan kaum Cina terpengaruh dengan ancaman komunis. Jadi, saya minta supaya kerajaan memberikan perhatian semula dan Dato’ Pengerusi, sebelum itu saya telah – saya minta supaya – saya nak mencadangkan supaya Kampung Baru ini diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Desa dan Wilayah walaupun mungkin tidak di Kementerian Perpaduan. Kerana visi KPKT adalah bandar bukannya kampung.
Saya hendakkan supaya kita senaraikan semua kampung-kampung baru termasuk Kampung Baru India, Kampung Baru Melayu dan sebagainya dan diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Desa dan Wilayah ini atau pun diletakkan di bawah kementerian- kementerian lain termasuk Kementerian Perpaduan seperti mana yang saya sebutkan tadi.
Tan Sri Pengerusi, saya juga nak sebut – nak sentuh tentang 040200 – Elaun Emolumen Kakitangan Kontrak. Saya ingin bertanya, pada tahun ini diperuntukkan lebih kurang RM5 – RM786,000. Saya ingin bertanya berapakah jumlah kakitangan kontrak di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada hari ini? Apakah kakitangan ini masih diperlukan oleh kementerian? Jika ia perlu, kenapa salahnya kalau kita minta supaya dicadangkan jawatan-jawatan baru tetap yang diberikan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi membolehkan kakitangan kontrak ini diserapkan ke jawatan tetap. Ini lebih memudahkan.
Bukan sahaja memudahkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menjalankan kerja di bawah tanggungjawab bahagian masing-masing. Dalam masa yang sama kita boleh memberikan nafas yang cukup baik kepada pegawai-pegawai kontrak ini kerana mereka merasa bahawa masa depan mereka lebih terjamin. Jadi, Tan Sri Pengerusi, saya juga berharap perkara-perkara yang dalam Kementerian Perumahan ini diberikan perhatian termasuklah Rumah Mesra Rakyat seperti mana yang disebutkan oleh rakan-rakan saya tadi.
Saya ingin juga bertanya, akhirnya Tan Sri Yang di-Pertua, berapa jumlah Rumah Mesra Rakyat di seluruh negara pada hari ini termasuk di Sabah, di Sarawak dan sebagainya? Apakah cadangan ataupun adakah ada perubahan kerana dulu satu lot rumah,
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
satu ekar mungkin boleh dua, tiga orang anak pemilik tanah itu membina rumah. Tetapi hari ini, saya difahamkan ada negeri yang hanya membenarkan satu rumah sahaja bagi satu lot rumah – satu rumah sahaja bagi satu lot tanah. Jadi, ini mungkin memberikan kesan kepada sebahagian penduduk miskin di luar bandar kerana Rumah Mesra Rakyat ini lebih difokuskan kepada golongan miskin di luar bandar dan sebagainya. Saya hendak juga kalau boleh saiz rumah ini jangan dikecilkan kerana kita harap supaya masyarakat negara kita ini hidup lebih selesa dan sebagainya.
Jadi Tan Sri Pengerusi, terima kasih banyak. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi
Waalaikumussalam. Baik, saya jemput Wangsa Maju.
Tuan Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Izinkan saya terus kepada Butiran 030100 – Bomba dan Penyelamat dan juga Butiran 31000 – Perolehan Kenderaan/Helikopter dan Kelengkapan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Perkhidmatan kebombaan dan penyelamat mempunyai bidang tugas yang luas dan sentiasa berada dalam keadaan yang amat mencabar dalam menjalankan tugas. Petunjuk prestasi utama (KPI) perkhidmatan ini di mana peratusan pencapaian response time panggilan kecemasan di bawah 10 minit bagi tahun 2025 disasarkan sebanyak 65 peratus.
Sebagai rekod dan rujukan, pencapaian KPI ini adalah 66.66 peratus pada tahun 2023 dan 64 peratus pada tahun 2024. Apakah penanda aras dalam meletakkan sasaran KPI ini? Adakah kementerian tidak berhasrat untuk meningkatkan lagi sasaran KPI supaya hasrat perkhidmatan kebombaan yang efektif dan benar-benar dapat dicapai? Adakah kementerian telah mengambil kira faktor aset dan kelengkapan Jabatan Bomba dan Penyelamat sebagai strategi meningkatkan kecekapan perkhidmatan kebombaan dan penyelamat?
Sebagai kes kajian, di kawasan Parlimen Wangsa Maju ada dua buah Balai Bomba iaitu Balai Bomba Wangsa Maju dan Balai Bomba Gombak Selatan. Ada suatu ketika berlaku satu kejadian bencana di mana ada pokok yang tumbang dan perlu dipotong dan dialihkan.
Pada insiden ini, anggota bomba telah tiba di tempat kejadian tetapi tidak dapat bertindak.
Terpaksa menunggu pasukan dari DBKL tiba. Ini disebabkan ketiadaan chainsaw untuk potong pokok tumbang tersebut.
Tuan Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
Melihat keadaan ini, saya telah mengambil langkah membeli sendiri lima buah chainsaw untuk diagihkan kepada kedua-dua balai bomba tersebut.
Kita sudah ada anggota-anggota bomba yang cekap, terlatih dan sentiasa bersedia menghadapi situasi cemas. Tetapi tanpa peralatan dan kelengkapan yang tepat, kerja-kerja menyelamat pastinya terbantut dan tergendala. Saya pohon KPKT untuk beri perhatian terhadap isu ini khususnya dalam memastikan balai-balai bomba di seluruh negara dilengkapi dengan peralatan dan kelengkapan yang terbaik agar kerja-kerja menyelamat dapat
Tuan Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
dilakukan dengan efektif dan cemerlang. Ini sudah pastinya akan mempertingkatkan lagi kesiapsiagaan serta kecekapan ketika menghadapi bencana.
Terus kepada Butiran 00200 – PPP/PFI. Terdapat pertambahan melebihi RM1.5 bilion bagi projek berkaitan PPP dan PFI untuk tahun 2025 berbanding dengan tahun 2024.
Malah perbelanjaan pada tahun 2022, 2023 dan 2024 sekitar RM49 juta sahaja. Pohon KPKT memberi penjelasan terperinci apakah projek-projek PPP dan PFI yang terlibat sehingga memerlukan jumlah yang jauh lebih besar berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Kalau projek PPP dan PFI ini melibatkan projek perumahan, kita ingin rujuk siaran media task force projek perumahan swasta sakit dan terbengkalai 25 Oktober yang lalu dinyatakan bahawa jumlah projek sakit pada September 2024 telah bertambah sebanyak 10 projek berbanding bulan Ogos menjadikan jumlahnya kepada 379 projek. Ini termasuk projek sakit Residensi Hektar.
Dalam masa yang sama, Belanjawan 2025 ini tiada diperuntukkan dana jaminan khas bagi memulihkan projek perumahan sakit dan terbengkalai. Sampai bila kerajaan perlu menanggung beban untuk menyelesaikan masalah-masalah projek sakit, lewat dan terbengkalai ini? Apakah usaha proaktif kementerian untuk memastikan pemaju-pemaju projek perumahan lebih komited dan bertanggungjawab dalam menjalankan kerja-kerja pemajuan sekali gus mengelakkan keadaan projek perumahan yang di isytihar sebagai lewat, sakit dan terbengkalai di seluruh negara. Perlu tindakan yang lebih tegas oleh kementerian terhadap pemaju sekiranya projek tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang dijadualkan tanpa sebab-sebab yang munasabah.
Terus kepada Butiran 00900 – Kajian-kajian KPKT. Saya tidak menolak kepentingan untuk menjalankan kajian-kajian malah amat menyokongnya. Walau bagaimanapun, saya pohon penjelasan terperinci mengenai kajian-kajian KPKT yang akan dijalankan memandangkan tiada peruntukan diberikan untuk tujuan ini bagi tahun 2023 dan 2024 yang lalu. Apakah jenis-jenis kajian KPKT yang akan dijalankan? Apakah jangkaan hasil ataupun outcome daripada kajian tersebut? Bagaimana hasil kajian tersebut dapat dimanfaatkan oleh rakyat?
Tan Sri Pengerusi, saya akhiri dengan serangkap pantun.
Mentari pagi membawa sinar; Harapan rakyat tak akan pudar; Perancangan bijak jadi penawar; Masalah perumahan di selesai segera. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, saya jemput Langkawi.
Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Assalamualaikum. Terima kasih Tan Sri.
Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Merujuk kepada Butiran 060100 – Kepengerusian ASEAN 2025. Saya ingin mengetahui apakah pelan yang akan dibuat oleh KPKT dengan peruntukan sebanyak RM6.5 juta. Saya ingin juga menyentuh kerangka keberhasilan kementerian program ketiga iaitu Komuniti Bandar Mampan di mana program ini ada disebut mengenai penambahbaikan pengurusan di PPR dan meningkatkan kualiti hidup penghuni perumahan mampu milik awam.
Saya ingin bertanya mengenai apakah rancangan kerajaan untuk memperbanyakkan lagi pembinaan PPR terutama di kawasan Greater KL. Kita menyaksikan peningkatan astronomical harga rumah di bandar sehingga tidak tercapai akalnya. Satu unit kondo 1,000 kaki, RM500,000. Angka yang tidak dapat dicapai oleh kebanyakan rakyat terutama golongan B40. Justeru, pembinaan rumah mampu milik ini amatlah kritikal agar masyarakat bandar khususnya orang Melayu dapat kekal di bandar.
Saya ingin mencadangkan agar GLC-GLC yang terlibat dengan pembinaan hartanah diarahkan untuk membina rumah mampu milik ini. Kita melihat projek-projek di bawah GLC ini harganya bukan murah, malah mencecah jutaan ringgit. GLC harus ingat tanggungjawab mereka kepada masyarakat dan bukannya hanya menumpukan kepada keuntungan semata- mata.
Saya juga ingin bertanya mengenai masalah parking di PPR. Ada beberapa PPR di Kuala Lumpur mempunyai parking bertingkat, tetapi penuh Yang Berhormat Tan Sri. Apakah pelan daripada KPKT untuk penambahbaikan parking-parking di PPR? KPKT juga pernah mengumumkan membawa masuk pakar HBD daripada Singapura. Saya ingin Menteri jelaskan apakah hasil positif daripada tindakan ini.
Tan Sri Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 030300 – Bahagian Kawalan Kredit Komuniti dengan jumlah RM5.6 juta. Baru-baru ini kita digemparkan dengan tindakan Menteri mengadakan satu majlis anugerah meraikan syarikat peminjam wang seperti mana rakan- rakan saya yang lain menyebutnya. Ini adalah satu tindakan yang saya rasa tidak sejajar dengan apa yang difikirkan rakyat. Rakyat tahu sama ada berlesen atau tidak. Peminjam wang ini adalah Ah Long yang terus merosakkan kehidupan rakyat.
Apakah tujuan anugerah ini diadakan? Adakah sudah menjadi dasar kerajaan untuk mengubah persepsi awam kepada peminjam wang ini? Bukankah lebih baik KPKT menganjurkan program kesedaran terhadap bahaya Ah Long, tak kiralah ia berlesen atau tidak. Saya minta Yang Berhormat Menteri turut menyatakan berapakah syarikat peminjam wang yang telah melanggar garis panduan dan ditarik semula lesennya?
Seterusnya saya ingin menyentuh mengenai Butiran 00400 – Pembangunan Bandar Pintar dengan anggaran RM15.1 juta. Apakah bentuk pembangunan yang dirancang untuk mewujudkan bandar pintar ini? Apakah bandar dan pekan yang terlibat? Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Majlis Perbandaran Langkawi telah pun menjenamakan Pulau Langkawi sebagai pulau Cleaner, Greener dan Smarter Island. Justeru, saya ingin KPKT untuk turut mempertimbangkan Langkawi dalam inisiatif bandar pintar ini kerana potensinya kepada pelancong dan juga penduduk tempatan.
Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Di bawah Pelan Induk Bandar Pintar Malaysia 2021-2025 ada disebut mengenai Kuala Lumpur Climate Action Plan yang menggariskan penggunaan urban sensor untuk mengumpul real-time data bagi tujuan analytics iklim, sistem amaran awal, pengurusan banjir dan kemarau. Justeru, di manakah penggunaan sensor tersebut baru-bari ini? Apakah ibu kota kita dilanda banjir kilat tidak ada sensor di beberapa tempat termasuk di depan Bangunan Parlimen ini sendiri.
Butiran 030500 membicarakan tentang kesejahteraan komuniti dengan peruntukkan yang agak besar iaitu RM12.7 juta. Saya ingin bertanya mengenai program-program yang dilakukan di bawah inisiatif ini dan apakah langkah kerajaan untuk memperkasakan kesejahteraan komuniti di bandar dan luar bandar?
Seterusnya Butiran 00500 berkaitan pengurusan sisa pepejal dengan anggaran RM295.7 juta. Kita dapati negara Malaysia berhadapan cabaran yang timbul daripada urbanisasi pada kadar yang terlalu laju. Pertumbuhan populasi dan infrastruktur yang tidak mencukupi, negara menghasilkan 39,000 tan sisa pepejal municipal setiap harian iaitu bersamaan dengan 1.17 kilogram sisa untuk setiap orang. Jumlah sisa makanan juga amat membimbangkan dengan 98.3 juta metrik tan. Ini menunjukkan betapa perlunya kita kepada strategi pengurangan sisa yang efektif.
Justeru apakah strategi kerajaan dalam mendepani masalah yang makin meruncing?
Bagaimanakah dengan kempen 3R (Reused, Reduce, Recycle) yang telah lama kita dengar tetapi seakan-akan tidak berkesan.
Mengikut statistik, Malaysia lebih rendah daripada Singapura dan Taiwan. Apakah cabaran yang dihadapi oleh KPKT dalam meningkatkan kadar ini pada tahun-tahun hadapan? Peningkatan sisa pepejal juga bermakna kita mungkin memerlukan semakin banyak tapak pelupusan sampah. Berapa banyakkan tapak pelupusan sampah di Malaysia ini? Apakah kapasiti mereka? Bilakah tempoh masa semua tapak ini akan dipenuhi dari segi kapasiti dan tidak lagi mampu menanggung sampah-sampah baharu? Impaknya bukan kecil.
Tapak ini mengeluarkan gas-gas berbahaya di kawasan sekitar.
Saya ingin mencadangkan satu tapak pelupusan sampah diadakan di Pulau Tuba untuk kegunaan Langkawi.
Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Kos yang dikaitkan dengan operasi tapak pelupusan sampah selalunya tinggi dan fasiliti pengurusan sisa juga memberikan tekanan kepada sumber kewangan. Saya juga ingin bertanya, apakah prestasi pengurusan sisa pepejal daripada pihak swasta jika ada di negara ini? Adakah operasi mereka lebih cekap daripada operasi pihak kerajaan?
Bercakap soal insinerator Tan Sri Pengerusi, teknologi insinerator di Pulau Langkawi perlu mengadaptasi teknologi hijau. Teknologi hijau yang canggih memandangkan mesin sekarang ini sudah berusia dan tidak menyokong inisiatif hijau. Apakah KPKT berhasrat untuk menyediakan teknologi insinerator yang lebih canggih di Langkawi berbanding dengan yang sedia ada?
Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Tan Sri Pengerusi, saya ingin juga bertanya apakah jadi dengan tender berhubung dengan mesin insinerator yang baru itu? Tan Sri Pengerusi, saya juga ingin bertanya Tan Sri Pengerusi satu soalan lagi.
Tuan Pengerusi
Masa. Last ya. Last.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Terima kasih, Tan Sri.
Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan telah mencadangkan langkah-langkah penting untuk menyelesaikan insinerator di Kampung Belanga Pecah ini dan soalan saya tadi, sama ada tender yang dibuka baru-baru ini telah pun selesai atau masih di peringkat yang sama?
Yang kedua, landfill di Pulau Tuba. Setakat mana perancangan landfill di Pulau Tuba?
Terima kasih, Tan Sri.
Tuan Pengerusi
Baik. Terima kasih. Saya jemput Kuala Nerus.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tan Sri Pengerusi. Saya pergi terus kepada Butiran 030200 – Perumahan Negara. Saya ingin bangkitkan mengenai dua projek di Terengganu.
Pertamanya, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jeram, Kuala Terengganu dan keduanya, PPR Lembah Pertang, Hulu Terengganu yang masing-masing melibatkan 150 dan 500 unit rumah pangsa.
Untuk makluman Tan Sri Pengerusi, PPR Jeram telah diluluskan di bawah Rolling Plan (RP4) RMKe-12 oleh KPKT. Namun, status terkini di peringkat perolehan masih belum kita ketahui. Untuk PPR Lembah Pertang pula, permohonan di bawah Rolling Plan (RP5) RMKe-12 telah dibuat pada 24 Mac 2024. Manakala, pembentangan pada 26 Mac 2024 dan lawatan penilaian teknikal oleh pihak KPKT pada 6 Mei 2024. Walau bagaimanapun, status permohonan masih belum diketahui. Oleh itu, saya mohon pencerahan Yang Berhormat Menteri mengenai status dua projek tersebut.
Bagi projek PPR ini, saya ingin memohon juga supaya pihak KPKT mengambil kira bilangan unit rumah PPR yang maksimum sesuai dengan keluasan tapak PPR yang dicadangkan bagi memenuhi keperluan rakyat setempat. Saya juga ingin mencadangkan supaya pihak KPKT mempertimbangkan setiap negeri mendapat lebih daripada satu projek PPR setiap tahun mengikut cadangan tapak yang telah dicadangkan dan sesuai untuk dilaksanakan.
Seterusnya, saya pergi kepada Butiran 030600 – Perancangan Perumahan.
Sejumlah 24,642 unit rumah yang telah siap dibina dengan nilai RM14.24 bilion tidak terjual berbanding keseluruhan 128,032 unit rumah yang dilancarkan dalam tempoh sehingga suku kedua tahun ini. Ini berdasarkan kepada jawapan Yang Berhormat Menteri KPKT dalam sesi soal jawab lisan pada minggu lepas.
Oleh itu, saya mohon perincian Yang Berhormat Menteri secara spesifik. Daripada jumlah yang dinyatakan ini, berapakah unit rumah di bawah kuota bumiputera dan non-
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
bumiputera yang tidak terjual di seluruh negara, dan juga nilainya mengikut negeri? Serta, saya mohon jenis perincian, jenis perumahan yang tidak terjual ini – jenis-jenis perumahan yang tidak terjual ini.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Setiu, Kuala Nerus.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Bagi unit non-bumiputera yang tidak terjual kepada warga-warga tempatan, adakah kerajaan membuka peluang kepada warga asing untuk membeli lot-lot rumah tersebut?
Tuan Pengerusi
Ada soalan daripada Setiu. Nak bagi?
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Setiu, Setiu. Boleh sikit?
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Jiran depan itu, setengah minit sahaja.
Tuan Pengerusi
Setengah minit, okey.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Ringkas sahaja, Speaker berkenaan dengan rumah terbengkalai. Bila rumah terbengkalai, pembeli tetap kena bayar dari segi progressive loans. Jadi, saya cadangkan supaya kontraktor yang tidak menyiapkan rumah itu dikenakan, diminta supaya membayar bayaran loan selagi mana rumah belum disiapkan ataupun kerajaan membuat satu akta yang boleh melindungi para pembeli. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Setiu akan berkata begini. Setujukah Kuala Nerus dengan saya?
Ha, itu ayat dia.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Tak sampai setengah minit ya.
Tuan Pengerusi
Silakan.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Saya setuju supaya jangan dikenakan caj kepada pembeli dan mengenakan kepada kontraktor yang gagal tersebut. Masuk dalam ucapan saya.
Selain daripada itu, adakah skim-skim sedia ada untuk membantu rakyat memiliki rumah pertama akan diteruskan secara keseluruhannya? Dan adakah kerajaan akan memperkenalkan skim-skim baharu yang lebih efisien untuk membantu rakyat memiliki rumah pertama?
Isu lambakan rumah tidak terjual juga disebabkan penawaran melebihi permintaan.
Persoalan saya, adakah tidak ada apa-apa kajian berkenaan keperluan unit perumahan di kawasan yang dicadangkan pemaju sebelum kerajaan memberikan kebenaran kepada pemaju untuk memulakan projek? Mohon pencerahan.
Seterusnya, saya pergi kepada Butiran 02101 – Pembangunan Taman Awam di bawah Butiran Landskap Negara. Di Kuala Nerus, hanya terdapat satu sahaja taman awam iaitu di Bandar Baru Kuala Nerus. Oleh itu, saya mencadangkan, mohon Menteri supaya membina beberapa lagi taman awam khususnya di kawasan Bukit Tunggal.
Di bawah Kepala – di bawah Butiran 02102 – Pembangunan Landskap yang juga di bawah Butiran Landskap Negara. Saya ingin menekankan keperluan untuk membina padang
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
bola di daerah Kuala Nerus, khususnya untuk kegunaan anak-anak muda yang mengelakkan mereka daripada melepak di mana-mana.
Justeru, saya mohon pihak kementerian menjalankan kajian lapangan yang lebih menyeluruh bagi memastikan pembinaan kedua-dua taman awam dan padang bola ini, yang Insya-Allah semoga dapat direalisasikan di daerah Kuala Nerus. Langkah ini adalah sebagai usaha memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat dan juga mengelakkan daripada mereka terjebak dengan perkara-perkara yang negatif.
Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri sama ada permohonan ini akan dipertimbangkan di peringkat Persekutuan. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Saya jemput Puncak Borneo.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 020700 iaitu Pembangunan Kampung Baru dan juga Butiran 17400 iaitu Program Pembangunan Kampung Baru. Saya melihat peruntukan ini bernilai RM14,649,100 dan dengan adanya peruntukan ini, saya juga berharap agar kampung-kampung baru kita dapat diberi nafas baru dan juga infrastruktur di sekitar juga dapat diperbaiki.
Saya juga memohon kepada Kementerian KPKT untuk melihat kampung-kampung baru di Parlimen Puncak Borneo iaitu kawasan Tapah, kawasan Beratok dan juga kawasan Kampung Cina Siburan. Di mana, kampung-kampung ini adalah penempatan yang diadakan semasa komunis dulu. Jadi, saya berharap agar mereka ini juga diberi peluang, khasnya kepada generasi mereka yang muda di mana mereka juga harus diberi peluang untuk mempunyai rumah-rumah yang mampu milik.
Saya juga beralih kepada satu perkara iaitu 01513 iaitu Program Perumahan Rakyat Dimiliki. Di mana sebanyak lebih kurang RM400 juta diperuntukkan. Saya juga berharap agar program ini dapat diperluaskan.
Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Puncak Borneo, minta laluan sikit sahaja.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Satu second. Silakan.
Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Sikit saja. Tentang istilah kampung baru ini. Saya fikir, istilah kampung baru ini kena ada satu tempoh. Ini sampai 40 tahun, 50 tahun masih lagi dikategori kampung baru dan dapat kemudahan, pelbagai kemudahan yang sepatutnya kampung-kampung ini dah jadi kampung tradisional, kampung- kampung lama. Apakah Puncak Borneo setuju bahawa satu kategori perlu diwujudkan? Okey.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih, Yang Berhormat.
Mungkin definisi itu perlu diperbaiki dan saya amat setuju. Saya menyebut tadi, mengenai Program Perumahan Rakyat Dimiliki dan saya juga berharap agar banyak rumah-rumah yang berkualiti dan bersaiz yang agak boleh mensejahterakan anak-anak muda kita. Sebab
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
walaupun rumah – yang program rumah yang dimiliki ini ada, tetapi kadang-kadang saiznya terlalu kecil untuk keluarga dan anak-anak muda membina keluarga baharu mereka.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Saya juga beralih ke Rumah Mesra Rakyat di mana di Kawasan Parlimen Puncak Borneo, ramai di antara pemohon-pemohon yang ingin memohon, tetapi tanah itu tidak bergeran. Tanah ini adalah tanah native customary rights (NCR). Mereka ini tidak boleh memohon dan saya juga meminta dan memohon kepada Kementerian KPKT melalui SPNB supaya melonggarkan syarat-syarat supaya mereka ini dengan adanya tanah NCR mereka, mereka boleh memohon skim Rumah Mesra Rakyat ini supaya anak-anak muda kita dapat membina rumah yang selesa. Sebab ada di antara mereka, mereka mampu membayar bulanan ansuran, tetapi kerana disebabkan oleh prosedur dan syarat-syarat kelayakan ini terlalu sukar bagi mereka untuk memohon. Jadi, mereka boleh lihat sahaja dan tidak boleh menikmati. Ini amat menyedihkan.
Jadi, saya juga ingin beralih kepada projek BP1 ataupun Butiran 00100 – Projek Kecil di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di mana saya menggesa kepada KPKT supaya senaraikan projek BP1 di Parlimen Puncak Borneo daripada tahun 2022 sehingga kini dengan kos tempat dan jenis projek yang dilaksanakan. Saya juga memohon supaya kalau boleh KPKT memperuntukkan setiap Kawasan Parlimen dengan jumlah yang ditetapkan. Sebagai contoh satu Parlimen RM2 juta ataupun RM3 juta. Kita beri projek-projek yang berimpak tinggi untuk mereka menyejahterakan kawasan Pihak Berkuasa Tempatan masing-masing di dalam Parlimen tersebut.
Saya berharap dengan ada nya peruntukan yang very specific dan bersasar ini ia akan dapat menyelesaikan banyak masalah. Jadi, itu yang perlu kita lakukan. Kalau boleh kita libatkan Ahli-ahli Parlimen supaya mereka ini boleh menjadi evangelist ataupun orang yang boleh menyebarluaskan program-program kerajaan yang dilaksanakan oleh KPKT. Ini juga boleh mengangkat nama kementerian tersebut.
Saya juga beralih kepada Butiran 01604 – Pemulihan Projek Perumahan. Saya minta satu minit injury time, Tan Sri. Pemulihan projek perumahan di mana peruntukan sebanyak RM5,000,200. Saya amat bersedih apabila melihat RPR Flat Batu Gong di mana bumbungnya sudah terbang. Sampai ke hari ini masih belum ada pembaikpulihan. Saya berharap agar Flat Batu Gong ini juga diselenggarakan. Kadang-kadang saya melihat terlalu amat daif. Jadi, saya meminta Menteri kita supaya melihat perkara ini untuk kesejahteraan rakyat. Sebab mereka yang duduk dalam flat ini bukannya orang-orang yang berada pun.
Mereka amat daif dan berpendapatan rendah.
Akhir sekali saya juga melihat kepada Butiran 30000 – Pembinaan Bangunan JBPM di Semenanjung Malaysia, Butiran 30001 – Pembinaan Bangunan JBPM di Sarawak dan Butiran 30002 – Pembinaan Bangunan JBPM di Sabah di mana peruntukan untuk pembinaan bangunan Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi Sarawak, RM3.9 juta dan bagi Sabah, RM5.6 5 dan bagi Semenanjung, RM46 juta. Jadi, perbezaan ini agak ketara di mana di Semenanjung terlalu tinggi dan di Sabah, Sarawak agak kurang.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Saya di Parlimen Puncak Borneo sering berlaku kebakaran. Jadi, kalau boleh peruntukan juga jenis bomba maybe kelas E ataupun kelas D pun cukuplah yang terkecil balai pun boleh ataupun kalau tak boleh juga turun padang dan uar-uarkan supaya mereka ini boleh menubuhkan Persatuan Bomba Sukarela. Beri aktiviti dan juga beri taktik-taktik pemadaman api dan beri training dan sebagainya kepada mereka supaya kita dapat menyejahterakan rakyat kita. Saya melihat bomba-bomba kita begitu banyak yang berpotensi tapi pengetahuan mereka ini tidak diturunkan kepada orang kampung. Jadi, saya berharap agar kementerian dapat melihat perkara ini demi kebaikan kita semua. Dengan itu, sekian terima kasih. Puncak Borneo mohon menyokong.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya jemput Kuantan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Terima kasih Dato’ Pengerusi. Pertama saya mahu terus merujuk pada Kepala Bekalan Butiran P.030200 – Perumahan Negara.
Menurut laporan terkini yang dikeluarkan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara bagi suku ketiga 2024 sebanyak 21,998 unit kediaman siap dibina, tetapi tidak terjual. Rumah harganya antara RM300,000 sehingga RM500,000. Paling banyak yang tidak terjual mewakili 31.9 peratus iaitu komponen hartanah. Jadi, soalan saya apakah tindakan pihak kementerian dalam mengawal agar jumlah rumah yang tak terjual dapat dikurangkan pada masa akan datang?
Saya berpandangan perlu buat kajian demografi ekonomi penduduk. Contohnya, jika taburan penduduk B40 di sesebuah kawasan, sebanyak 30 peratus maka jumlah kediaman kos rendah juga perlu disediakan selaras dengan jumlah penduduk B40 di kawasan tersebut.
Bukannya kita biarkan pihak pemaju hartanah mendirikan rumah projek kos tinggi sehinggakan hasrat kerajaan untuk merealisasikan rumah mampu milik tidak tercapai.
Jadi, soalan saya, apakah peranan yang dimainkan oleh pihak kementerian dan PBT dalam memastikan kuota jenis rumah yang dibangunkan oleh pemaju berdasarkan demografi ekonomi penduduk? Saya ingin bertanya berkaitan kuota rumah bumiputera. Adakah semua pemaju mengikut kuota yang ditetapkan? Apakah pemantauan dilakukan oleh kementerian secara berkala?
Seterusnya Butiran B.020400 – Garis Panduan Perancangan Perumahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. Kawasan perumahan dengan jumlah 400 unit kediaman perlu menyediakan fasiliti pusat komuniti termasuk padang permainan, tadika, surau, dewan orang ramai.
Soalan saya, sejauh mana garis panduan ini dipatuhi oleh pihak pemaju? Adakah penalti akan dikenakan kepada pihak pemaju sekiranya gagal menyediakan fasiliti tersebut?
Sebagai contoh di kawasan saya, Taman Penor Makmur, Kuantan. Perumahan ini mempunyai lebih daripada 1,000 unit perumahan, 1,000 unit kediaman. Namun, fasiliti seperti dewan, surau tidak disediakan. Sebaliknya, pemaju hanya menyediakan tapak kosong.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Tapak pula masih belum digazet. Nak buat dewannya di mana? Nak buat suraunya di mana ataupun tamannya di mana?
Jadi, fasiliti tersebut penting kepada penduduk sebagai pusat aktiviti bagi membentuk integrasi yang sihat di kalangan komuniti. Bagi projek perumahan yang dibangunkan di kawasan baharu yang jauh daripada infra komunikasi, adakah terdapat syarat agar pihak pemaju menyediakan infra komunikasi seperti pencawang atau tapak didirikan pencawang oleh syarikat telekomunikasi? Jadi, kita berharap ia perlu dilaksanakan sebab kita juga ada pengalaman taman-taman perumahan yang lain telekomunikasinya agak perlahan.
Seterusnya Dato’ Pengerusi, kerajaan memperuntukkan RM900 juta bagi melaksanakan 48 Program Residensi Rakyat dan juga 30 projek PPR yang disiapkan menjelang hujung tahun 2025. Saya mohon Yang Berhormat Menteri dapat memberikan butiran terperinci semua 48 projek tersebut kepada saya secara bertulis.
Seterusnya Butiran P.04001 – Penyenggaraan Perumahan. Saya mohon agar sebahagian peruntukan ini dapat disalurkan bagi penyelenggaraan PPRS Pinggiran Putra III atau lebih dikenali Flat Pak Mahat di Kuantan. Suka juga saya mencadangkan agar sistem pengurusan sampah yang lebih efisien dapat dilaksanakan di kawasan PPR. Contohnya, disediakan rumah sampah di setiap aras atau lubang khas di setiap tingkat dalam usaha mengekalkan kebersihan dan bagi memudahkan urusan harian penduduk.
Merujuk Butiran P.01513 – Program Perumahan Rakyat Dimiliki dan P.01600 – Program Perumahan Rakyat Disewa. Saya mohon jawapan secara bertulis senarai agihan peruntukan bagi kesemua projek PPR jenis dimiliki dan disewa.
Saya mohon penjelasan, apakah kriteria bagi meluluskan sesuatu projek PPR untuk disewa? Adakah atas permohonan pihak PBT dan kerajaan negeri? Berkenaan kelayakan pemohon di PPR disewa, adakah pihak PBT menyemak secara berkala status pendapatan penyewa supaya hanya yang benar-benar layak dapat kemudahan ini?
Butiran P.00100 – Projek Kecil Kawasan PBT. Antara projek yang boleh dilaksanakan di bawah seliaan Jabatan Kerajaan Tempatan termasuk kemudahan awam seperti dewan serba guna serta kemudahan sukan dan rekreasi.
Soalan saya, adakah peruntukan ini berdasarkan permohonan atau diagihkan secara terus kepada setiap PBT? Ini kerana saya lihat banyak taman permainan peralatannya rosak dan juga kemudahan tidak diselenggarakan. Contohnya, di taman perumahan di Peramu, Kuantan, di Seri Teruntum ataupun Kampung Tengah. Saya tengok gelanggang futsal, jaring dia pun dah bocor. Jadi, dia di tepi jalan. Kalau main bola, rumah pun mungkin terkena dan juga kenderaan pun mungkin terkena. Jadi, saya harap KPKT melihat situasi ini dan permasalahan ini di seluruh negara.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Saya mohon senarai projek berkaitan kemudahan sukan dan rekreasi ini bagi tahun 2023 dan 2024 serta kos yang diluluskan secara bertulis bagi Parlimen Kuantan.
Sedikit lagi ya. Saya pergi ke Butiran 030100 – Bomba dan Penyelamat. Pada 20 Ogos 2024 baharu ini, Ke Bawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang mencemar duli
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
melawat mangsa kebakaran rumah di Taman Kempadang Makmur dan Baginda bertitah agar sebuah balai bomba dan penyelamat dapat diwujudkan di kawasan Tanjung Lumpur kerana pembangunan yang pesat di kawasan itu. Saya mohon respons daripada Yang Berhormat Menteri.
Merujuk kepada Butiran 30000 – Pembinaan Bangunan JBPM di Semenanjung Malaysia. Peruntukan sebanyak RM46 juta, tetapi semasa penggulungan Peringkat Dasar bertarikh 12 Julai baharu ini, Yang Berhormat Menteri sebut peruntukan bagi bina, selenggara bomba dan kuarters sebanyak RM16.27 juta. Jadi, nampak jumlah tersebut tidak sama. Jadi, mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Kita nak rujuk yang mana satu?
Seterusnya, yang akhirnya, Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, di Butiran 020100.
Terdapat salah guna lesen menjalankan kegiatan judi haram termasuk online. Di papan tanda, lain. Aduan yang kita terima daripada masyarakat, lain perniagaannya. Jadi, kita memohon KPKT membuat pemantauan terhadap perkara-perkara begini.
Di butiran yang sama, akhirnya, saya ada terima aduan SOP pembangunan rumah persendirian memerlukan kelulusan pihak PBT. Terdapat syarat pemohon seperti dia kena buat longkang dari rumah dia. Contohnya, ada empat lot rumah. Dia lot yang keempat. Jadi, apabila dia memohon dia nak buat rumah, daripada lot dia pergi kepada saluran utama saluran longkang, dia kena buat longkang dengan- sepanjangnya, saya pergi tengok, dalam 250 meter. Jadi, kalau belah kanan 250 meter, belah kiri 250 meter, dia dah jadi 500 meter.
Kalau contohnya sekaki dah RM80, berapakah yang dia dah kena tanggung? Hampir RM40,000 dah dia kena tanggung dan dia kena buat premix jalan dari jalan utama kepada rumah dia yang sebelum ini adalah keseran sahaja.
Jadi, kita minta tengok balik dia punya prosedur-prosedur ini yang ketika ini dialami oleh pemohon di Kuantan ketika ini. Jadi, kita mohon KPKT semak semula SOP berkaitan.
Adakah ianya selaras berlaku seluruh negara atau pun hanya di kawasan saya sahaja di Kuantan? Saya faham matlamat utamanya adalah untuk buat penyelesaian banjir dan sebagainya, tetapi mungkin- kalau contohnya satu biji rumah, mungkin ada penyelesaian dia.
Kalau contoh projek perumahan, ada jalan penyelesaiannya. Jadi, saya pun harap pihak kementerian melihat sendiri perkara ini.
Dan akhirnya - last, betul-betul akhir, Dato’ Pengerusi. Last betulnya...
Tuan Pengerusi
Berapa kali last ini?
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Ini last betul-betul ya. Ini last betul-betul.
Akta Pembaharuan Semula Bandar. Jadi, ketika penggulungan Yang Berhormat Menteri, dia ada sebut berkaitan dengan sesi libat urus yang dibuat bersama Select Committee sebanyak dalam 60 atau pun 69, dia punya jumlah dia, tetapi saya difahamkan untuk bersama Ahli Parlimen, hanya sekali sahaja. Jadi, saya berharap- perkara ini perkara penting dan perkara ini berlegar di kalangan masyarakat dengan fakta maklumatnya yang mana yang betul, yang mana yang tidak.
Jadi, kita mohon Yang Berhormat Menteri adakan libat urus bersama dengan Ahli- ahli Parlimen Perikatan Nasional juga sendiri agar mereka tahu apa itu yang hendak dibuat
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Akta Pembaharuan Semula Bandar ini. Jadi, kita tidak mahu hari esok kita nak bentang RUU, hari ini kita panggil buat taklimat. Kita dah tak boleh nak berbincang secara real-lah, kita panggil ya.
Jadi, sekadar itu sahaja. Terima kasih, Dato’ Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik. Terima kasih. Saya jemput Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Terima kasih, Tan Sri Pengerusi.
Saya ingin merujuk kepada Butiran 30000 – Pembinaan Bangunan JBPM di Semenanjung Malaysia. Ini saya merujuk kepada bangunan di Pulau Perhentian ya, Menteri. Menteri tak jawab, kah? Operasi ini sangat perlu kerana ia berdasarkan risiko setempat. Kita ada lebih kurang 2,300 orang penduduk di Pulau Perhentian dan juga pelancongnya lebih kurang 400,000 setiap tahun. Jadi, kita perlukan balai ini dalam bentuk balailah. Balai gred D. Macam pernah dengar gred D ini, tetapi tak apalah, tetapi kita perlukan gred D sahaja. Bukan gred A.
Jadi, tujuan dia adalah untuk meningkatkan pencapaian atau pun response time dalam menghadiri panggilan kecemasan seperti kebakaran dan juga penyelamatan. Jarak ke darat ini, dia lebih kurang 20 kilometer dari Pulau Perhentian ke Kuala Besut. Juga, Pejabat Daerah sebenarnya, Pejabat Daerah Besut- sebenarnya Pejabat Tanah Besut telah meluluskan tapak sejak 2016 lagi. Jadi, tak ada masalahlah di pihak kerajaan untuk menanggung kos pengambilan tanah dan sebagainya.
Keduanya, saya ingin merujuk kepada Butiran 00500 – Pengurusan Sisa Pepejal.
Bajet ini banyak ini, saya tengok- RM295 juta ini berbanding 2024 ini, RM63 juta. Jadi, sebenarnya di Besut ini, tidak ada sistem pengurusan sisa pepejal yang cekap menyebabkan berlakunya pencemaran ini juga masalah kesihatan awam.
Jadi, saya cadangkan ialah pihak kementerian dapat memperkenalkan sistem pengasingan sisa ini. Di peringkat awal kutipan diasingkan dan mengurangkan jumlah yang dibawa ke tapak pelupusan. Juga, laksanakan projek waste-to-energy (WTE) untuk kita menukar sisa pepejal itu kepada tenaga alternatif.
Isu seterusnya ialah Butiran 01513 – Program Perumahan Rakyat Dimiliki.
Nampaknya kurangnya peruntukan dalam bajet. Walau bagaimanapun, di Besut ini, memang begitu kurang sekali rumah mampu milik untuk golongan B40, M40 dan sebagainya. Jadi, agak sukarlah penduduk-penduduk di Besut ini untuk memiliki rumah sendiri.
Jadi, saya mencadangkanlah kepada pihak kementerian, binalah rumah mampu milik ini sebanyak mungkin di daerah Besut. Saya cadangkan juga supaya adakan kerjasama dengan pihak pemaju swasta kah melalui inisiatif yang dipanggil Rumah Mesra Rakyat ini dan juga melalui Dasar Perumahan Negara. Seterusnya, kalau boleh, adakan juga insentif khas ini kepada rakyat Besut ini khususnya bagi memiliki rumah pertama seperti skim MyHome. Itu berkenaan dengan isu yang ketiga.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Isu keempatnya ialah saya ingin menyentuh berkenaan dengan Butiran 030500 – Kesejahteraan Komuniti. Jadi, saya akan menyentuh berkenaan dengan anjing liar di Besut yang diuar-uarkan oleh beberapa mereka yang tidak bertanggungjawab ya. Adakan bermacam-macam ya. Berkumpul sana, berkumpul sini ya.
Saya ingin bertanya kepada pihak KPKT, apakah tindakan diambil? Apakah yang berlaku di Semporna tempoh hari? Apa yang berlaku di Semporna di mana satu orang budak berumur dua tahun telah meninggal dunia dibaham oleh anjing liar. Jadi, apakah tindakan daripada pihak KPKT ini terhadap anjing tersebut? Bukan kepada budak tersebut ya. Adakah apa-apa tindakan diambil kepada mereka yang mungkin memiliki anjing tersebut dan dilepaskan?
Saya ingin beritahu juga kisah anjing liar ini banyak berlaku ya. Di Kampar tempoh hari. Kampar dengar ya, Kampar. Di Kampar tempoh hari, beberapa ekor anjing dikurung, tak diberi makan. Bukan dog sahaja, termasuk puppy sekali dikurung ya, tak diberi makan.
Ditembak pun ada.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Jadi, saya nak tahu apa sebenarnya tindakan daripada Pihak Berkuasa Tempatan di Daerah Kampar ya. Di Besut, memang kita ambil mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik. Saya jemput Mas Gading.
Tuan Mordi Anak Bimbol - Mas Gading
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Izinkan Mas Gading untuk terus kepada perkara pertama, iaitu Butiran 020100 - Kerajaan Tempatan.
Peruntukan kekal dengan jumlah RM57.62 juta. Tiada perubahan antara tahun 2024 dan 2025.
Mas Gading ingin bertanya, adakah jumlah peruntukan sedia ada mencukupi untuk memenuhi keperluan operasi dan pengurusan di kawasan pihak berkuasa tempatan. Mas Gading ingin tahu, apakah inisiatif yang boleh diambil oleh pihak PBT bagi meningkatkan kecekapan operasi, termasuk memperoleh dana tambahan melalui kolaborasi awam swasta.
Seterusnya Butiran 030100 - Bomba dan Penyelamat. Mas Gading menyambut baik usaha kerajaan untuk menambah pegawai dan anggota perkhidmatan bagi memenuhi keperluan semasa yang semakin mendesak. Berkenaan isu yang sama, Mas Gading dimaklumkan tentang pengurangan anggota perkhidmatan di Balai Bomba dan Penyelamat Bau, daripada 52 orang kepada 30 orang.
Mengapa berlaku pengurangan ini dan apakah ada langkah lain yang diambil daripada pihak kementerian, sebagai contoh melalui pemerkasaan Bomba dan masyarakat bagi memastikan pengurangan anggota di Balai Bomba dan Penyelamat Bau ini tidak memberi kesan yang signifikan terhadap keberkesanan perkhidmatan mereka kepada orang awam.
Tuan Mordi Anak Bimbol - Mas Gading
Perkara ketiga adalah di bawah Kepala 040000 - Program Khusus iaitu bagi Butiran 040300 - Sumbangan Membantu Kadar. Mas Gading ingin bertanya tentang perincian jenis pembayaran yang dibuat kepada pihak PBT menerusi butiran ini dan terdapat peningkatan ketara sebanyak RM11 juta bagi tahun 2025, ketimbang tahun 2024. Mas Gading ingin mendapatkan perincian pembayaran kepada PBT serta pecahan khusus untuk Majlis Daerah Bau dan juga Majlis Daerah Lundu.
Seterusnya bagi perkara keempat, merujuk kepada Butiran 00100 - Projek Kecil di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Didapati ada penurunan yang konsisten dari tahun 2023 hingga 2025, iaitu RM501.07 juta pada tahun 2023 kepada RM449 juta pada tahun 2024 dan seterusnya RM407.38 juta pada tahun 2025.
Mas Gading ingin tahu, bagaimana kerajaan menentukan keutamaan projek kecil yang akan dibiayai, memandangkan penurunan peruntukan ini, apakah sumber lain seperti kerjasama awam swasta disyorkan kepada PBT untuk menampung jurang ini? Apakah Majlis Daerah Bau dan Majlis Daerah Lundu turut menerima manfaat peruntukan di bawah Butiran ini pada tahun 2025?
Tan Sri Pengerusi, Mas Gading memerlukan jawapan yang/atau perincian yang jelas tentang perkara ini sebab banyak aduan yang diterima daripada warga Parlimen Mas Gading di Daerah Bau apabila mereka nampak dan membandingkan kerancakan pembangunan melalui projek-projek kecil di bawah Majlis Daerah Lundu.
Tidak dinafikan banyak projek atau program ke arah meningkatkan taraf ekonomi warga Parlimen Mas Gading dan Parlimen Santubong di Daerah Lundu, berbeza pula dengan warga Parlimen Mas Gading di Daerah Bau. Nasib penjaja kecil tidak menentu kerana tidak ada lokasi atau tapak yang tetap untuk mereka berniaga. Di bawah Majlis Daerah Lundu, banyak kios ataupun gerai kecil dibina untuk memberi ruang serta peluang kepada peniaga kecil, tetapi apa yang berlaku di Daerah Bau, ada kumpulan penjaja kecil ini sudah beberapa kali diarahkan untuk berpindah.
Mohon pandangan serta cadangan daripada pihak KPKT tentang perkara ini.
Bagaimana kita boleh sama-sama membantu PBT seperti Majlis Daerah Bau untuk kebaikan penduduk sekitarnya.
Kelima, menyentuh perbelanjaan Pembangunan di bawah Butiran 31000 - Perolehan Kenderaan Helikopter dan Kelengkapan JPPM, di mana mencatatkan peningkatan ketara sebanyak RM25.32 juta iaitu sebanyak 60 peratus. Saya percaya peningkatan ini mencerminkan komitmen untuk meningkatkan kapasiti JPPM dalam menangani situasi kecemasan dan bencana.
Mas Gading mohon pertimbangan wajar dapat diberikan kepada pihak Balai Bomba dan Penyelamat Bau untuk permohonan bot fiber lengkap dengan enjin yang boleh memuatkan lima hingga enam, tujuh orang berserta mesin gergaji lantai. Ini merupakan keperluan kritikal bagi menghadapi banjir dan bencana di kawasan berisiko tinggi semasa musim tengkujuh.
Tuan Mordi Anak Bimbol - Mas Gading
Perkara terakhir menyentuh perkara di bawah Butiran 40000 - Rumah Mesra Rakyat SPNB. Mas Gading menyokong sepenuhnya peningkatan signifikan sebanyak RM145.74 juta iaitu 40.7 peratus lebih tinggi berbanding tahun 2024. Peningkatan ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam menyediakan rumah mampu milik untuk golongan B40, khususnya di kawasan luar bandar dan pinggir bandar.
Namun, perlu ditegaskan bahawa anggaran 2025 masih lebih rendah sebanyak RM50.77 juta berbanding perbelanjaan sebenar pada tahun 2023. Mas Gading ingin mendapatkan penjelasan, berapa unit- rumah yang disasarkan untuk dibina pada tahun 2025 dan bagaimana pula kah pecahan pembinaan ini mengikut negeri?
Seperkara lagi, Mas Gading ingin menyentuh tentang, sedikit tentang perubahan peruntukan RIBI. Berapa- anggaran perbelanjaan bagi tahun 2025, memandangkan tidak dinyatakan secara spesifik di bawah Butiran manakah program RIBI ini?
Sebelum Mas Gading mengakhiri ucapan bahas RUU Perbekalan bagi KPKT, Mas Gading sekali lagi ingin mengambil perhatian Tan Sri Pengerusi dan juga YB Menteri untuk melihat semula tentang syarat kelayakan permohonan bagi dua program di bawah KPKT iaitu Program Rumah Mesra Rakyat dan peruntukan RIBI.
Kedua-dua program ini menetapkan bahawa salah satu syarat utama bagi kelayakan pemohon ada memiliki geran tanah. Isu tentang geran tanah ini pernah Mas Gading bangkitkan pada sesi mesyuarat yang lepas, tetapi berkisar tentang permohonan RMR.
Semalam Mas Gading sekali lagi berpeluang membangkitkan isu yang sama, tetapi berkisar tentang peruntukan RIBI.
Jawapan yang sama diberikan iaitu setiap permohonan hendaklah mematuhi syarat- syarat utama, di mana salah satu daripadanya adalah mesti ada pemilikan geran tanah.
Disebabkan tiada geran tanah, kami di luar bandar tidak layak mohon rumah mesra rakyat.
Disebabkan tiada geran tanah juga, kami di luar bandar tidak layak mohon peruntukan RIBI.
Isu pemilikan geran tanah merupakan masalah yang sudah sekian lama membelenggu kami masyarakat di luar bandar Sarawak. Ada yang tanahnya sudah disukat, tapi sehingga hari ini, masih tertunggu-tunggu pengesahan dari Jabatan Tanah dan Survei Sarawak. Satu proses yang sangat panjang, tapi boleh timbul secara tiba-tiba bila menjelang pilihan raya.
Untuk makluman Tan Sri Pengerusi, hampir semua rumah ibadat di luar bandar di Sarawak tidak mempunyai geran tanah, termasuklah rumah ibadat Islam, tetapi semua rumah ibadat ini adalah sah berdaftar dan diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Sarawak.
Mas Gading sangat faham rasional di sebalik syarat-syarat ini, tetapi Mas Gading juga percaya perkara ini boleh dipertimbangkan dan wajar diberi perhatian oleh pihak kementerian. Mas Gading juga sangat jelas tentang isu pemilikan geran tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, tetapi apa yang Mas Gading membangkitkan di Dewan ini adalah tentang syarat kelayakan bagi permohonan RMR dan peruntukan RIBI di bawah KPKT.
Tuan Mordi Anak Bimbol - Mas Gading
Mas Gading membawa isu ini bukan bertujuan untuk meminta KPKT menyelesaikan isu pemilikan geran tanah di Sarawak, tetapi Mas Gading ingin menyeru kepada KPKT untuk mempertimbangkan semula. Adakah pendekatan lain yang boleh diguna pakai atau mungkin ada syarat alternatif dan kaedah lain yang bersesuaian selain daripada pemilikan geran tanah? Dengan itu, sekian terima kasih dari Mas Gading.
Tuan Pengerusi
Baik, saya jemput Ampang.
Puan Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdullillah saya sempat sampai dan berbahas tentang isu berkaitan dengan KPKT.
Terus pada Kepala 02000 - Persekitaran Bandar, Butiran 020200, 020300 dan Butiran 00500, semua nya ini adalah berkaitan dengan berkaitan pengurusan sisa pepejal.
Tan Sri Pengerusi, Ampang yakin ramai bersetuju bahawa pengurusan sisa pepejal ini dan pembersihan awam yang cekap perlu untuk kawasan-kawasan keseluruhan, lagi-lagi bila di kawasan bandar. Jadi, kita merasakan bahawa perkara-perkara ini perlu diuruskan dengan baik. Jadi, Ampang bersetuju bahawa pengurusan ini perlu dioptimumkan dengan kos dan nilai malah menjana pendapatan bagi pihak berkuasa.
Jadi, soalan Ampang adalah apakah hala tuju dan perancangan KPKT bagi mempertingkatkan dan memperluaskan program seperti waste to wealth, dengan izin, trash to cash dan sebagainya di peringkat akar umbi seluruh negara, termasuk penyediaan geran dan pelbagai bentuk bantuan kewangan lain.
Contohnya kita perlu juga menggerakkan sedikit insentif, pakej latihan, bimbingan, sokongan teknikal dan sebagainya. Jadi, adakah di bawah butiran ini perancangan- perancangan untuk perkara yang saya sebutkan tadi.
Berkaitan dengan seterusnya Tan Sri Pengerusi, Kepala 03000 - Komuniti Bandar Mampan. Perkara yang ingin saya rujuk Butiran 030200, Butiran 00110, Butiran 01402, Butiran 01513, Butiran 01600, Butiran 04001.
Saya juga sebenarnya ingin mengetahui, adakah hala tuju dan pelan tindakan baharu khusus sebab golongan berpendapatan rendah dan sederhana terutama di kawasan pinggiran bandar besar dan ibu kota seperti Ampang, yang menjadi pilihan tempat tinggal bagi mereka yang bekerja di bandar besar dan ibu kota demi menjamin penawaran rumah mampu milik yang mencukupi.
Adakah ketersediaan rumah mampu milik mencukupi, sedangkan peruntukan saya lihat di bawah Butiran 01600 - Program Perumahan Rakyat, kita lihat di sini disewakan agak diunjurkan menurun, ketara sebanyak 31.1 peratus kepada RM4.8 juta sahaja. Jadi, saya harap ianya perlu diperjelaskan kerana Ampang juga sebenarnya amat terkesan dengan berkaitan dengan perkara dengan perumahan rakyat ini.
Puan Rodziah binti Ismail - Ampang
Seterusnya saya juga di bawah Kepala yang sama, isu perumahan sebenarnya tidak lagi kita perlu melihat isu yang berkaitan hanya perancangan, pembinaan, pemilikan, tetapi ada satu yang saya harap juga pihak kementerian iaitu pos pendudukan dan pemilikan. Kita berdepan Tan Sri Pengerusi dengan perkara-perkara yang di mana rumah-rumah perumahan lama ini yang sebelum dasar baharu pada 2015 bahawa MOT ataupun Suratcara Pemindah itu perlu dibuat dalam setahun, kita banyak rumah-rumah ataupun pemilikan rumah-rumah kos rendah, kos sederhana rendah yang dahulu tidak dapat dibuat penukaran nama.
Memandangkan kita tidak dapat memanfaatkan pemindahan strata title secara bersendirian ini kerana mereka tidak mampu. Sudah dua kali sudah tidak mampu, pertama tidak mampu buat rumah kita bagi perumahan. Sudah buat rumah pula mereka tidak mampu hendak buat pindah nama. Jadi maka lepas sudah meninggal, diwarisi dan sebagainya masih lagi rumah itu tidak di bawah nama mereka.
Jadi saya ingin bertanya juga kepada pihak kementerian demi menjamin keselamatan, kesejahteraan dan keselesaan ini, apakah cadangan kita untuk melaksanakan ataupun memastikan isu-isu MOT ini dapat kita selesaikan bagi rumah-rumah kos sederhana, kos rendah dan kos sederhana rendah yang berlaku sebanyak tempat.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Ampang, boleh mencelah sedikit tidak? Sedikit saja.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Siapa?
Tuan Pengerusi
Pulai, Pulai belakang.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Pulai.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Boleh, sekejap sahaja.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Saya ada hadapi, saya hadapi juga masalah ini...
Tuan Pengerusi
Ada seminit lagi.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Apabila ada lebih daripada 100 pembeli di rumah di Taman Bukit Mewah di Pulai ini kos rendah, mereka tidak boleh hendak tukar kepada pemilikan daripada pemaju kepada pemilik ini kerana pemaju itu sudah tidak aktif lagi. Jadi mereka terlalu sukar, lebih daripada 30 tahun mereka telah habis bayar, tetapi tidak boleh juga ditukar. Ini mohon pandangan sedikit.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih, Pulai. Saya memahami sangat perkara-perkara ini sebab kami di kawasan bandar, inilah masalah besar kami Tan Sri. Bila kita tengok perumahan lama ini, bila tidak dapat pindah nama dan sebagainya, ada satu kejadian ataupun kes di kawasan saya di Pangsapuri Baiduri. Sudahlah pemaju lari, liquidator tidak buat kerja, akhirnya mereka kutip duit sama-sama sendiri pergi pejabat tanah hendak bayar dan akhirnya bukan sebulan dua, setahun lebih sudah tidak selesai-selesai lagi masalah ini.
Jadi saya harap sangat kementerian supaya ambil tindakan ataupun ambil satu perancangan yang lebih harmoni supaya kita boleh duduk bincang semua pihak untuk menyelesaikan perkara ini. Jadi saya juga ingin bertanya, hasil daripada pertanyaan saya
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
tadi, apakah hasil perkembangan program ataupun satu latihan ataupun satu makmal ataupun bengkel yang telah dibuat oleh KPKT iaitu Makmal Perumahan Cabaran dan Cadangan, Penyelesaian Isu-isu Perumahan.
Jadi selain daripada itu Tan Sri Pengerusi, isu yang besar juga adalah isu-isu Joint Management Body ataupun MC yang sekarang ini saya rasa ada mimpi ngeri kepada mereka yang duduk di strata kos rendah, yang tidak ramai hendak ambil bahagian untuk menjadi pengerusi ataupun mengambil maklum atau mengambil tanggungjawab untuk pengurusan rumah strata ini.
Akhir sekali saya ingin sentuh Maksud Pembangunan 43 tentang apakah kriteria kelayakan bagi mana-mana PBT untuk memohon peruntukan RM15.1 juta di bawah Butiran 00400 – Pembangunan Bandar Pintar.
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sebagai contoh sedang melaksanakan Smart City Framework dengan izin, dengan berpaksikan lima- komponen besar. Jadi kalau ada butiran, saya ingin tahu, apakah bantuan-bantuan yang diberikan kepada mana-mana majlis perbandaran yang ingin lengkapkan smart city yang mereka sedang usahakan? Terima kasih, Tan Sri Pengerusi memberikan saya peluang ini.
Tuan Pengerusi
Okey, sebelum saya panggil Menteri saya bagi peluang dekat Keningau. Last, 5 minit.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Terima kasih, Tan Sri Speaker. Saya terus kepada Butiran 020600 – Landskap Negara. Diperuntukkan RM21.4 juta dan Butiran 02102 – Pembangunan Landskap muka surat 398 peruntukan RM80.64 juta.
Saya juga ingin memohon kepada Yang Berhormat Menteri KPKT di bawah Jabatan Landskap Negara ini meluluskan RM2.5 juta untuk kerja-kerja landskap softscape dan hardscape di Projek Sinar Sinurambi Viewing Tower di Tambunan.
Projek tersebut amat penting kerana tersedia, tetapi tidak ada akses dari bawah dan kita bercadang untuk membina tiga-ribu anak tangga ke atas, tetapi selain daripada itu dan kemudahan yang lain, kita juga perlu landskap daripada kementerian. Saya berharap Kementerian KPKT ini akan mempertimbangkan kelulusan peruntukan untuk kerja-kerja landskap di Sinurambi, Tambunan untuk menambah baik destinasi pelancongan tersebut, wujud ruang pekerjaan dan juga meningkatkan pendapatan pemain industri di Tambunan.
Mengenai Jabatan Landskap Negara saya telah memohon untuk Keningau dan Tambunan dan untuk Keningau, saya difahamkan konsultan dan kontraktor dari Kuala Lumpur telah dilantik, tetapi untuk Tambunan kelulusan masih lagi ditunggu. Saya berharap pelan landskap induk Tambunan ini akan diluluskan dengan secepat mungkin. Saya difahamkan juga untuk beberapa projek landskap di Sabah walaupun di submit oleh konsultan dari Sabah, tetapi diluluskan dianugerahkan kepada konsultan dari Kuala Lumpur.
Kemudiannya ditawarkan kepada konsultan dan kontraktor di Sabah dan meminta komisen 15 sehingga 20 peratus. Adakah ini ia amalan biasa? Saya harap tidak.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Butiran 00100 – Projek Kecil di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Diperuntukkan untuk projek kecil di kawasan pihak berkuasa tempatan RM407 juta.
Saya ingin bertanya, berapakah daripada peruntukan ini diperuntukkan untuk Sabah? Dalam Butiran 40000 sebanyak RM504.11 juta telah diperuntukkan untuk Rumah Mesra Rakyat, SPNB. Saya ingin bertanya, berapakah peruntukan untuk Sabah dan sebelum ini setiap tahun aduan mengenai Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) di Sabah tidak mencukupi dan ini disebabkan kuota terhad untuk Sabah dan tidak mencukupi untuk menampung permintaan yang tinggi.
Harap kementerian KPKT ambil maklum bahawa bilangan orang miskin dan kurang upaya kewangan di Sabah ini amat tinggi dan Program RMR adalah satu-satunya program yang boleh membantu mereka memiliki rumah dengan harga yang mampu milik. Tuan Speaker, terima kasih dan saya mohon menyokong.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Sekarang saya jemput Menteri menjawab. Ada 25 minit Menteri untuk menjawab 21 soalan daripada Yang Berhormat, seperti biasa kalau yang tidak ada Menteri ada opsyen untuk menjawab secara bertulis. Silakan, Menteri 25 minit.
Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih kepada Tan Sri Speaker. Salam sejahtera dan salam Malaysia MDANI. Izinkan saya mulakan penggulungan di Peringkat Jawatankuasa ini dengan dua rangkap pantun.
*Rukun dijunjung prinsip disemai, MADANI dilaksana perubahan dijana; Ekonomi makmur negara permai, Aspirasi Belanjawan 2025.
Isu rakyat sentiasa diutama, Nusa dan bangsa kekal dibela; YB bertanya merungkai dilema, KPKT menjawab di Peringkat Jawatankuasa.* Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, pertama sekali saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan khas kepada seluruh kakitangan Kementerian KPKT kerana telah membantu kementerian untuk menjadi pemenang Anugerah Pembangunan Negara kita memenangi tempat pertama sebagai kementerian berprestasi tinggi pada tahun ini. Sebagai tanda penghargaan saya di sini umumkan saya akan sumbang satu bulan gaji Menteri kepada kakitangan kerajaan, kakitangan KPKT sebagai tabung kebajikan untuk kakitangan kementerian.
Selain daripada itu, saya juga ingin merakamkan penghargaan khas saya kepada Kementerian Kewangan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun kerana telah memperuntukkan RM5.934 bilion kepada KPKT di bawah Belanjawan 2025 merangkumi RM1.971 bilion perbelanjaan mengurus dan juga RM3.962 bilion perbelanjaan pembangunan.
Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Jumlah ini mencatatkan sekali lagi peningkatan 5.08 peratus melibatkan RM287.4 juta. Satu tambahan berbanding dengan tahun 2024. Dengan tema Belanjawan 2025 iaitu “Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat.” Usaha Kerajaan MDANI di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekali lagi membuktikan komitmen tidak berbelah bahagi ke atas usaha berterusan bagi mewarnai jalur-jalur pembangunan negara ke arah pencapaian yang gemilang dan lestari.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Pengerusi dan Ahli-ahli Yang Berhormat, seterusnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 21 orang- rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang sudi dan telah membahaskan perkara-perkara berkaitan dengan KPKT. Maka, izinkan saya menyoroti kembali sedikit sebanyak pencapaian KPKT berdasarkan belanjawan. Hal ini penting untuk mengingatkan kita- semua bagaimana sumber kewangan yang disalurkan oleh kerajaan telah memberikan limpah nikmat dan manfaat kepada rakyat serta menyokong agenda pembangunan negara, sekali gus membuktikan akauntabiliti kementerian dalam melaksanakan janji-janji yang telah disemai.
Dalam aspek kerajaan tempatan, antara pencapaian KPKT sehingga 1 November tahun ini termasuk:
(i) pelaksanaan 182 projek penyelenggaraan kolam takungan banjir berbanding dengan sasaran 100 projek yang amat membantu menangani isu banjir kilat di bandar;
(ii) kelulusan 243 unit Gerai MDANI berbanding dengan sasaran 100 unit;
(iii) pelaksanaan 122 projek naik taraf serta baik pulih sistem perparitan dan longkang berbanding dengan sasaran 40 projek;
(iv) menaiktarafkan 112 pasar awam uzur berbanding dengan sasaran 100 unit;
(v) menaik taraf 1,002 Projek Tandas BMW (bersih, menawan, wangi) berbanding dengan sasaran 1,000 unit disasarkan; dan
(vi) penyediaan 4,054 unit MyKiosk KPKT berbanding dengan sasaran 4,000.
Keenam-enam KPI kita berjaya melepasi 100 peratus. Dalam aspek perumahan, KPKT telah mencatat 89 peratus penyediaan rumah mampu milik yang telah pun siap dibina, dalam pembinaan dan juga yang telah mendapat kelulusan dalam perancangan di seluruh negara meliputi kawasan bandar serta luar bandar berbanding dengan sasaran 500 unit rumah mampu milik di bawah Rancangan Malaysia Ke-12. Selain itu, KPKT juga telah melancarkan Buku Panduan Pemilikan Kediaman- Home Ownership Handbook pada 21
Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Oktober 2024 sebagai rujukan kepada rakyat untuk memahami dengan lebih jelas berkenaan dengan proses pemilikan kediaman rumah, khususnya pembeli rumah pertama.
Sukacita saya maklumkan, sekiranya semua berjalan dengan lancar, insya-Allah pada penghujung RMKe-12, di mana kita akan berjaya mencapai 500,000 unit rumah mampu milik buat pertama kali dalam sejarah. Yang Amat Berhormat Tambun akan menjadi Perdana Menteri pertama yang berjaya mencapai sasaran tersebut di bawah Rancangan Malaysia selepas 12 edisi. Selain inisiatif yang bersifat fizikal, KPKT turut giat memperkasakan perkhidmatan kepada rakyat melalui pengukuhan dasar seperti melalui Blueprint Ekonomi Kitaran bagi sisa pepejal di Malaysia untuk tahun depan sehingga 2035 yang buat pertama kali dilancarkan pada 8 Ogos tahun ini.
Kajian ke atas pindaan undang-undang sedia ada seperti Akta Pemajuan Perumahan [Akta 118], Akta 757 serta penggubalan rang undang-undang baharu seperti Rang Undang- undang Sewaan Kediaman, Residential Tenancy Act dan tidak lupa juga Rang Undang- undang Pembaharuan Semula Bandar. Kesemua usaha ini akan terus menjamin pembangunan yang mampan serta kesejahteraan alam dan manusia. Sukacita dimaklumkan, memang sebelum pembentangan mana-mana rang undang-undang, KPKT akan mengundang Ahli-ahli Yang Berhormat sebagai rakan strategik untuk kita bermesyuarat, bermusyawarah dan juga untuk mencari kata sepakat supaya undang-undang ini dapat diharmonikan dan dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin.
Bagi meneruskan penjelasan saya, berikut adalah perencanaan yang telah disusun oleh KPKT merangkumi 17 inisiatif utama di bawah belanjawan tahun depan. Pertama, melebar luaskan pembangunan Program Residensi Rakyat (PRR) serta Rumah Mesra Rakyat melibatkan peruntukan hampir RM900 juta, khususnya bagi RMR, peningkatan sasaran pembinaan Rumah Mesra Rakyat adalah tahun depan kita nak bina 2,000 unit tambahan berjumlah 5,410 unit untuk tahun depan.
Kedua, kita juga bercadang untuk melaksanakan 10 projek baharu pengurusan sisa pepejal, termasuk penutupan selamat tapak pelupusan sisa pepejal di Krubong, Melaka, Pontian, Johor dan Tampin, Negeri Sembilan menjadi Lestari Park yang siap dengan aktiviti riadah dan juga kelengkapan untuk memupuk gaya hidup yang sihat dan melibatkan kos sebanyak RM327.5 juta keseluruhannya.
Ketiga, melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan naik taraf longkang, parit, sungai di mana semua PBT seluruh negara. Ini akan melibatkan peruntukan sebanyak dianggarkan RM200 juta.
Keempat, menyelenggarakan rumah strata kos rendah dan sederhana awam, termasuk menggantikan lif-lif usang melibatkan peruntukan sebanyak RM185 juta. Di mana dijangka 358 projek penyelenggaraan rumah swasta kos rendah ini akan dilaksanakan dan dijangka hampir 400,000 penduduk akan menerima manfaat daripada usaha gigih Kerajaan MDANI.
Kelima, menaik taraf 100 buah Taman Awam MDANI merangkumi kawasan rekreasi serta landskap di bandar dan pekan kecil melibatkan peruntukan sebanyak RM96 juta.
Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Sukacita dimaklumkan, esok saya akan melawat negeri Kelantan sekali lagi untuk membawa Sentuhan Kasih 2.0 ke Kota Bharu. Di mana lebih banyak berita baik akan diumumkan esok sempena lawatan kerja saya ke negeri Kelantan yang dikasihi.
Keenam, menaik taraf kemudahan asas dan juga sosial Kampung Baru Cina melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM101.1 juta, manakala tidak ketinggalan juta RM10 juta untuk Kampung Baru India, Indian Settlement. Ketujuh, memperkasa aktiviti penguatkuasaan Bomba - search and rescue melibatkan anjing pengesan K9 iaitu anjing pakar kita dengan peruntukan kesemuanya sebanyak RM67.5 juta dan membaiki kerosakan balai Pasukan Bomba Sukarela seluruh negara.
Kelapan, membina gerai, membaik pulih prasarana pasar awam dan menaik taraf gerai serta warung kecil di semua PBT seluruh negara melibatkan peruntukan sebanyak RM54.4 juta.
Kesembilan, menyelenggarakan rumah ibadah bukan Islam melibatkan peruntukan sebanyak RM50 juta.
Kesepuluh, membina, menyelenggarakan serta membaik pulih balai bomba dan penyelamat dan kuarters Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melibatkan peruntukan sebanyak RM16.27 juta.
Kesebelas, membantu membangunkan bandar pintar melibatkan peruntukan RM15.1 juta.
Puan Pengerusi, selain 11 yang telah disebutkan, masih ada lagi enam inisiatif tambahan telah diperakukan oleh kerajaan iaitu; Pertama, jaminan tambahan sebanyak RM10 bilion- tambahan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan dan step up financing menjadi keseluruhan jaminan pembiayaan pembelian rumah pertama setinggi RM30 bilion. Sepanjang pelaksanaan SJKP mulai tahun 2008 hingga 2024, sebanyak 65,818 permohonan pinjaman bernilai RM14.975 bilion telah berjaya diluluskan.
Kedua, kenaikan had siling bantuan bina baharu daripada RM85,000 kini ditingkatkan kepada RM90,000 dan baik pulih rumah ditingkatkan daripada RM15,000 kini menjadi RM20,000. Jumlah peruntukan yang diluluskan bagi tahun depan adalah sebanyak RM13.4 juta bagi bantuan bina rumah baharu dan RM38.29 juta bagi baik pulih rumah untuk manfaat 2,059 ketua isi keluarga. Semua bantuan adalah akan diberikan tanpa mengira kaum, agama ataupun fahaman politik. Di mana ada keperluan, KPKT akan cuba membantu.
Ketiga, program pemerkasaan ekonomi komuniti bandar. Sebanyak RM11 juta telah pun diperuntukkan untuk manfaat lebih 1,060 ketua isi keluarga.
Keempat, buat pertama kali, pelepasan cukai sehingga RM7,000 bayaran faedah pinjaman perumahan pertama akan diberikan kepada golongan muda, khususnya pembeli rumah pertama.
Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Kelima, pelepasan cukai untuk pembelian mesin kompos sisa makanan untuk kegunaan isi rumah sehingga tahun taksiran tiga tahun berturut-turut sehingga 2027 untuk menggalakkan industri restoran, hotel untuk memberi mesin kompos sisa makanan berasaskan kepada kompos, sekali gus menyokong usaha pemerkasaan ekonomi kitaran yang mesra alam serta mampan.
Keenam, perluasan Skim Ex-Gratia Bencana Kerja untuk memperkasa perlindungan sosial kepada semua penjawat awam termasuk anggota JPPM. Sebelum saya menjawab kepada isu-isu perbahasan daripada 21 Ahli Yang Berhormat, ingin saya maklumkan Dewan yang mulia ini bahawa penjelasan saya akan memberi keutamaan kepada isu-isu yang berkaitan secara langsung dengan Belanjawan 2025 di bawah KPKT.
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Pengerusi di mana YB Kota Belud, YB Kinabatangan, YB Bukit Gantang dan YB Bentong membangkitkan usaha KPKT terhadap isu pemilikan rumah dan tanah, khususnya golongan belia yang kebanyakannya adalah merupakan pembeli rumah pertama. YB-YB juga memohon skim rent-to-own diperbanyakkan dan dibagi dengan kriterianya.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan MADANI maklum bahawa antara cabaran dalam sektor perumahan adalah peningkatan harga hartanah yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Antaranya lokasi, kos, kos infrastruktur, kos tanah, kos pematuhan serta keuntungan pemaju. Manakala cabaran penyediaan lebih banyak rumah mampu milik disumbang oleh faktor antaranya kecenderungan pihak pemaju swasta untuk membayar levi penalti berbanding untuk menyediakan rumah mampu milik.
Sebaik usaha kerajaan untuk mengawal kenaikan harga rumah agar rakyat termasuk golongan muda dapat memiliki kediaman. KPKT telah menetapkan siling harga rumah mampu milik pada RM300,000 selaras dengan Dasar Perumahan Mampu Milik. Selain itu, pemetaan harga rumah mampu milik berdasarkan pendapatan median mengikut negeri dan daerah turut dilaksanakan sebagai panduan pihak berkepentingan. Walau bagaimanapun siling harga rumah mampu milik ini turut tertakluk kepada ketetapan di peringkat kerajaan negeri.
Berkaitan dengan soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuantan tentang rumah atau hartanah tidak terjual, sukacita dimaklumkan pada 2021 di mana jumlah hartanah tidak terjual, jumlah lebih kurang 37,000 unit kini telah berkurangan 43 peratus dan tinggal 21,000 unit yang masih tidak terjual. Ada banyak lagi sebenarnya adalah proses jualan.
Maka saya yakin dengan sektor hartanah yang kini telah pun pulih dan stabil, saya yakin jumlah ini akan terus kita menampakkan kemajuan.
Yang Berhormat, melalui Program Perumahan PPR RTO yang bermula pada tahun 2017. Ianya sebenarnya khusus untuk membantu pemilikan rumah oleh B40 yang telah ditawarkan unit PPR tetapi gagal untuk mendapatkan pembiayaan daripada mana-mana institusi kewangan. Pelaksanaan skim rent-to-own ini adalah satu usaha proaktif KPKT untuk menggalakkan pemilikan rumah secara berperingkat kerana ia juga membuka ruang untuk
Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
golongan muda yang baru bekerja untuk memiliki rumah dengan cara menyewa dalam tempoh masa tertentu dan kemudiannya boleh memilih untuk membeli rumah tersebut.
Menilai kepada manfaat untuk rakyat, pelaksanaan skim rent-to-own akan diteruskan bagi Program Residensi Rakyat (PRR) mulai tahun depan melalui projek-projek yang sedang dan akan dilaksanakan. Selain PPR dan PRR, inisiatif penyediaan rumah mampu milik lain di bawah KPKT termasuk Rumah Mesra Rakyat, Program Rumah PR1MA serta kediaman SPNB.
Untuk makluman, sehingga 30 September 2024, sebanyak 25,903 unit kediaman SPNB telah berjaya dijual dan sebanyak 19,909 unit iaitu 76.9 peratus sebenarnya dimiliki golongan belia. Manakala sebanyak 44,983 unit iaitu 65 peratus daripada 69,205 unit rumah mesra rakyat telah dibina adalah juga dimiliki oleh golongan belia.
Kedua, sebanyak 25,030 unit daripada 41,671 unit iaitu 60.1 peratus daripada rumah mampu milik yang dibuka untuk jualan oleh PR1MA adalah dimiliki oleh golongan belia. Ini tidak termasuk projek usaha sama yang dilaksanakan oleh PR1MA. Ketiga, sebanyak 166 PPR telah siap dibina dengan 104,081 unit rumah. Daripada jumlah ini, sebanyak 26 PPR yang merangkumi tiga projek PPR disewa, dua projek PPR dimiliki dan 21 projek PPR rent- to-own adalah di bawah seliaan KPKT. Berdasarkan rekod, sebanyak 35.90 peratus ketua isi rumah adalah juga golongan belia di antara umur 31 hingga 40 tahun. Maka jelas, Kerajaan MADANI sentiasa komited untuk membantu golongan, khususnya orang muda untuk memiliki rumah idaman mereka selaras dengan slogan kita, ‘rumahku syurgaku’. Ahli-ahli Yang Berhormat, dari aspek sokongan pembiayaan, ramai kata tidak dapat pinjaman bank, maka KPKT telah mewujudkan tiga inisiatif. Pertama, Skim Jaminan Kredit Perumahan yang telah pun saya jelaskan tadi. Setakat hari ini telah meningkat kepada RM30 bilion ditawarkan sebagai jana jaminan dan 65,000 pembeli telah berjaya mendapat kelulusan.
Kedua, Home Ownership Campaign (HOC) 2.0 iaitu pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pembiayaan untuk beli rumah pertama bernilai RM500,000 ke bawah dan ini masih lagi valid sehingga 31 Disember 2025. Maka mana- mana pembeli rumah pertama yang ingin mendapat pengecualian duti setem 100 peratus, sila buat demikian sebelum akhir tahun depan. Yang ketiga, projek rintis Perumahan Inklusif MADANI di Johor iaitu perumahan pelbagai saiz, multiple gross floor area bagi memastikan kesesuaian dan keperluan isi rumah pelbagai golongan sasaran dipenuhi.
Yang Berhormat Putatan meminta KPKT meneliti keperluan untuk membangunkan lebih banyak rumah mampu milik di kawasan bandar disebabkan oleh proses urbanisasi serta migrasi penduduk termasuk pembinaan PPR di Sembulan dan Tanjung Aru di Putatan. Untuk makluman, sejak 18 Mac tahun lepas, apabila saya umumkan mana-mana PPR, keutamaan akan diberikan kepada kerajaan negeri yang menawarkan tanah percuma.
Maka alhamdulillah, saya amat bersyukur sekali di mana banyak kerajaan negeri memberi kerjasama penuh menyerahkan tanah percuma supaya kita dapat kurangkan kos
Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
tanah dan boleh belanjawan ini digunakan seratus peratus untuk optimumkan kualiti pembinaan rumah mampu milik.
Tahun ini, dasar ini diperluaskan kepada sektor swasta. Mana-mana pemaju rumah yang ingin serah tanah percuma kepada kerajaan akan diberikan keutamaan untuk membantu kerajaan membina PRR ataupun rumah mampu milik. Dengan ini, dasar baru ini kos tanah adalah minimum ataupun sifar. Maka semua peruntukan yang dinyatakan dalam Belanjawan 2025 ini dapat dioptimumkan untuk membina rumah kediaman yang lebih berkualiti tinggi selaras dengan SDG Goals 2030.
YB Bukit Gantang mencadangkan bagi Butiran projek 40000 iaitu Rumah Mesra Rakyat SPNB agar pengagihan peruntukan dibuat mengikut kawasan Parlimen. Untuk makluman, peruntukan sebanyak RM504 juta akan disalurkan untuk menyediakan 5,450 unit rumah mampu milik pada tahun hadapan. Ini adalah satu peningkatan yang mendadak sebanyak 2,000 unit.
Pelaksanaan RMR di setiap negeri adalah berdasarkan kepada permohonan dan giliran permohonan oleh pemohon serta tertakluk kepada sasaran yang telah pun diluluskan.
Di bawah Kerajaan MADANI kami telah meningkatkan had pendapatan, dahulu hanya RM3,000 pendapatan layak memohon. Sekarang gaji kurang dari RM5,000 pun layak untuk memohon rumah mesra rakyat. Setiap rumah mesra rakyat hanya mereka yang layak hanya membayar RM55,000 dan baki tanggung hampir RM30,000 adalah angpau ataupun ihsan daripada Kerajaan MADANI. Setiap pemilik akan layak menerima subsidi tersebut.
YB Klang membangkitkan isu rumah terbengkalai di Taman Meru Makmur, Pangsapuri Impian Meru, Desa Kencana serta beberapa lagi di kawasan Klang.
Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Untuk makluman, projek perumahan swasta terbengkalai Taman Meru Makmur dan Pangsapuri Impian Meru, Klang sedang dipulihkan menggunakan inisiatif belanjawan tahun 2023 serta peruntukan pembangunan 2024. Kedua-dua projek ini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2025. Bagi projek Taman Desa Kencana, peruntukan tidak dapat dipertimbangkan buat masa ini berikutan isu pemilikan tanah yang masih belum selesai, di mana terdapat 14 daripada 37 unit merupakan hak milik tuan tanah.
Dana sebanyak RM5.2 juta pada tahun depan di bawah Butiran 01604 – Pemulihan Projek Perumahan tidak melibatkan projek-projek tersebut di atas kerana peruntukan telah disalurkan pada tahun ini. Tindakan penguatkuasaan terhadap pemaju termasuk:
(i) KPKT akan menyenaraikan hitam pemaju dan ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan;
(ii) menyekat advertising and permit developer license daripada pemohon pemajuan baharu; dan
(iii) akaun pemajuan perumahan HDA sedia ada akan dibekukan.
YB Klang turut mencadangkan kajian perumahan RM5.3 juta di bawah Butiran 01402 diperkenalkan kepada semua projek pembangunan. Untuk makluman, peruntukan ini adalah khusus untuk KPKT melaksanakan skop kajian. Antaranya, ke atas cadangan penggubalan
Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
rang undang-undang baharu, pindaan kepada akta serta dasar yang sedia ada ke atas isu dan permasalahan berkaitan sektor perumahan yang memerlukan penelitian dan kajian yang sistematik, teknikal untuk memenuhi keperluan semasa dan akan datang.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
Bagaimanapun, feasibility study untuk pemajuan perumahan swasta khususnya...
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Minta laluan sedikit Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
Adalah di bawah tanggungan pemaju dan KPKT menggalakkan untuk dilaksanakan.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Yang Berhormat Menteri, Kulim.
Tuan Nga Kor Ming
Singkat ya. Masa tinggal satu minit. Saya ― soalan.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Minta, minta sikit. Minta laluan, sikit sahaja.
Tuan Nga Kor Ming
Sila, sila.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Yang Berhormat Menteri, minta jawapan sedikit sahaja.
Tuan Nga Kor Ming
Sila.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Tentang Residensi PR1MA Junjong. Bila akan disiapkan dan bila kunci boleh dapat kerana banyak pembeli sedang menunggu jawapan.
Tuan Nga Kor Ming
Ya. Terima kasih kepada soalan spesifik di mana jika tidak, saya akan dapatkan maklumat lanjut. Saya akan mencari jalan dan ikhtiar bersama untuk selesaikan masalah ini. Untuk makluman, sebenarnya saya sudah sediakan jawapan untuk satu jam setengah tetapi Tuan Pengerusi hanya bagi saya 25 minit. Maka, yang tidak sempat saya jawab saya mohon maaf tetapi akan seperti biasa kita akan berikan jawapan yang bertulis yang telah pun saya bekalkan semasa waktu peringkat dasar.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Yang Berhormat.
Tuan Nga Kor Ming
Ya.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Yang Berhormat Pengerusi.
Sebenarnya awal tadi Yang Berhormat lebih tumpukan kepada introduction (pendahuluan) prestasi kementerian. Kita tidak hendak itu semua.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
[Bangun]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Kita persoalkan isu-isu yang ditimbulkan di dalam masyarakat sebab itu kita bahaskan di Jawatankuasa...
[Tepuk] Itu tidak penting bagi kita. Kita hendak isu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Ya, betul.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Selesaikan isu masyarakat, selesailah masalah Kementerian Perumahan.
Tuan Nga Kor Ming
Ya.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Kenapa Yang Berhormat nak pergi jauh bercerita.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Tambah masa Speaker, tambah masa Speaker.
Tuan Nga Kor Ming
All right.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Jangan bunga-bunga. Kita tak nak bunga-bunga. Kita hendak direct to the point. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Nga Kor Ming
Okey, terima kasih kepada...
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Masjid Tanah hendak jawapan Yang Berhormat. Masjid Tanah pun hendak jawapan juga. Ada tiga perkara yang dibangkitkan.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Setiu hendak...
Tuan Nga Kor Ming
Perkara-perkara seperti yang saya katakan, perkara-perkara yang telah pun dibangkitkan jika tidak sempat mengikut amalan dan juga peraturan mesyuarat memang jawapan bertulis akan dibekalkan. Itu Yang Berhormat memang arif dalam perkara ini. Cuma, hendak cuba curi dari segi perhatian. Tetapi tidak apa. Itu bagi saya sebahagian asam garam.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Kulim tadi, Kulim. Ada jawapan tidak Menteri Kulim tadi?
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Setiu.
Tuan Nga Kor Ming
Sehubungan ini, saya rasa saya hendak mematuhi kepada masa yang ditetapkan supaya berlaku adil kepada kementerian yang lain. Maka dalam hubungan ini, sekali lagi saya mewakili KPKT menegaskan iltizam yang tidak berbelah bahagi kementerian ini dalam merealisasikan perancangan yang telah dibuat berdasarkan belanjawan tahun depan meliputi enam bidang tonggak KPKT iaitu kerajaan tempatan, perumahan, perancangan bandar dan desa, kesejahteraan komuniti, perkhidmatan kebombaan dan pengurusan sisa pepejal. Maka sudah pastinya kementerian akan memastikan tahap akauntabiliti berlandaskan kepada tatakelola yang baik terus mekar dan disemarakkan. Saya akhiri penggulungan saya dengan serangkap pantun.
Ekonomi MADANI tongkat berdiri, Membina usaha bukan kepalang, Negara perkasa janji KPKT, Rakyat disayang negara dijulang. Sekian, terima kasih.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Tidak penting lah pantun Yang Berhormat. Dia patutnya jawab.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Masjid Tanah.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Enam minit pertanyaan Yang Berhormat semua tidak jawab. Saya setuju dengan Yang Berhormat Maran. Sepatutnya Yang Berhormat jawab. Tujuh minit dihabiskan untuk buat penerangan sahaja buat apa.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang lain sila duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah ialah bahawa wang sejumlah RM1,971,705,100 untuk Kepala B.43 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2025 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.43 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi
Masalah ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.43 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2025 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.43 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Tuan Pengerusi
Kepala Bekalan B.42 dan Kepala Pembangunan P.42 di bawah Kementerian Kesihatan terbuka untuk dibahas. Senarai pembahas adalah seperti berikut, YB Bentong, YB Kuala Langat, YB Jempol, YB Kulim-Bandar Baharu, YB Kalabakan, YB Kuala Nerus, YB Sipitang, YB Padang Serai, YB Tawau, YB Tanjong Karang, YB Sungai Siput, YB Kapar, YB Sungai Petani, YB Ketereh, YB Bandar Kuching, YB Parit, YB Puchong, YB Gerik, YB Miri, YB Maran, YB Bayan Baru, YB Lumut, YB Pulai, YB Arau dan YB Betong.
Saya jemput Yang Berhormat Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Terima kasih Puan Pengerusi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Puan Pengerusi, saya merujuk kepada B.42 Butiran 022700 – Psikiatri dan Kesihatan Mental. Isu kesihatan mental bukan lagi isu yang asing. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 telah mendedahkan seramai sejuta iaitu 4.6 peratus penduduk Malaysia melebihi umur 15 tahun mengalami kemurungan iaitu peningkatan dua kali ganda sejak tahun 2019. Ini ditambah pula dengan isu kesihatan mental kanak-kanak yang meningkat kepada 16.5 peratus pada tahun 2023.
Setakat ini, saya difahamkan KKM kini mempunyai empat buat institusi mental dan 61 buah hospital yang menyediakan perkhidmatan psikiatri dan kesihatan mental. Saya ingin bertanya, berapa ramai kah sebenarnya mereka yang mengalami masalah kesihatan mental yang telah mendapatkan rawatan? Apakah strategi kementerian bagi menggalakkan orang awam untuk menjalankan ujian kendiri bagi mengenal pasti apakah mereka benar-benar memerlukan sesi kaunseling di pusat kesihatan berhampiran?
Tahun lepas, ada diumumkan tentang penubuhan institusi kesihatan mental yang akan menempatkan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan yang kini beroperasi di sebuah bangunan sewa di Cyberjaya. Apakah status penubuhan institusi ini
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
dan bagaimanakah ia berupaya meningkatkan lagi kesedaran awam tentang kepentingan menjaga kesihatan mental?
Seterusnya, saya merujuk Butiran 010300 – Kewangan. Kementerian ada mengumumkan baru-baru ini supaya elaun tugas atas panggilan secara aktif dan pasif bagi pegawai perubatan serta pegawai pergigian dinaikkan antara RM55 sehingga RM65 dan dilaksanakan secara rintis selama tiga bulan mengikut bidang perkhidmatan dan jabatan tertentu. Ini satu inisiatif yang sangat baik dan memang memerlukan semakan semula setelah kali terakhir disemak pada tahun 2012.
Saya mohon agar kementerian dapat memperluaskan kadar kenaikan elaun on call ini khusus bagi penyakit-penyakit kritikal dan kes-kes kecemasan bagi mengurangkan beban para petugas kesihatan. Saya memahami tekanan kewangan yang dihadapi oleh pihak KKM setiap tahun yang sentiasa tidak mencukupi walau ada kenaikan peruntukan. Ini mengambil kira kadar inflasi kos perubatan yang sentiasa bertambah dan turut membebankan pesakit.
Saya juga ingin bertanya, baru-baru ini kita menghadapi isu berkenaan premium insurans yang semakin meningkat kerana kos kenaikan kos perubatan. Dalam masa yang sama, tiada kawalan terhadap hospital-hospital swasta misalnya yang mengenakan cas yang lebih mahal kepada mereka yang mempunyai insurans. Hasilnya, insurans pula mengenakan premium yang lebih tinggi kepada pelanggan.
Apakah strategi bersepadu yang boleh dirangka oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kewangan dalam menangani isu ini? Bolehkah kita menetapkan harga siling bagi kos perubatan dan perkhidmatan tertentu ataupun berkongsi data menyeluruh perbandingan kos-kos perubatan yang dikenakan oleh hospital-hospital swasta dengan kos yang ditanggung kerajaan agar kita boleh membuat pemantauan.
Seterusnya, saya merujuk kepada Butiran 090200 – Pelarasan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Isu yang tular baru-baru ini ialah berkenaan dengan arahan baharu di bawah SSPA yang mewajibkan tambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat wad mulai 1 Disember ini. Saya menyeru agar pihak kementerian dan JPA dapat menyemak semula keputusan ini kerana kakitangan kejururawatan merupakan nadi yang penting dalam sistem penjagaan kesihatan negara. Tambahan tiga jam kerja ini akan mengurangkan semangat dan motivasi mereka serta menambah bebanan kerja mereka yang sememangnya telah terbeban.
Menteri sendiri telah memaklumkan bahawa kita menghadapi masalah kekurangan jururawat yang kritikal dan diunjurkan kepada mencapai hampir 60 peratus menjelang 2030.
Keputusan ini pastinya akan membantutkan lagi upaya untuk menarik minat mereka di luar sana untuk menyertai bidang kejururawatan ini serta mengekalkan kakitangan sedia ada.
Setakat ini, sudah 2,445 jururawat yang memohon untuk bekerja di luar negara tahun lalu yang mana 36 peratus daripadanya bertugas dalam sektor awam. Apakah jumlah ini sepadan dengan kemasukan baharu kakitangan jururawat di dalam negara?
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Akhir sekali Puan Pengerusi, saya ingin merujuk Butiran 080700 – Bekalan Perubatan Fasiliti Kesihatan. Hasil lawatan saya sebagai Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Oktober yang lepas melibatkan tiga hospital iaitu Hospital Kuantan, Hospital Bentong dan Hospital Temerloh telah mendapati beberapa isu yang sering dibangkitkan seperti kekurangan katil khususnya untuk unit rawatan rapi dan wad bersalin. Isu pendigitalisasi rekod perubatan, kekurangan peralatan perubatan terkini, serta isu penambahbaikan unit-unit tertentu seperti unit kecemasan, unit psikiatri dan sebagainya.
Malah banyak peralatan yang digunakan sepatutnya diganti setiap 10 tahun. Tetapi masih banyak barang-barang yang digunakan walaupun sudah mencecah usia 19 tahun.
Hospital perlu diberikan lebih peruntukan untuk menggantikan barang-barang lama seperti menyelenggara fasiliti hospital. Saya juga menyeru agar pihak kementerian dapat menyemai sikap pelaporan yang telus dan mengurangkan birokrasi dalam melaporkan setiap permasalahan yang melanda di fasiliti kesihatan awam kita. Kita mahu agar pegawai-pegawai kesihatan ini tidak takut, malah digalakkan untuk berkongsi secara telus kepada pihak kementerian apa-apa keperluan, aduan atau isu-isu di bawah. Sekian saja daripada Bentong.
Bentong menyokong, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Langat.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Terima kasih Puan Pengerusi.
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih. Reformasi kesihatan secara menyeluruh sangat perlu dalam perkhidmatan kesihatan di dalam negara kita. Saya terus masuk kepada Bekalan B.42 kod objek Butiran 10000 – Emolumen. Butiran 010000 – Pengurusan. Butiran 010200 – Sumber Manusia.
Sudah tiba masanya kajian secara menyeluruh melihat isu kebajikan penjawat awam sektor kesihatan agar mereka mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik dan kekal dalam perkhidmatan awam. Bukan hanya cebisan demi cebisan. Terima kasih kepada kerajaan yang telah memperbaiki pengambilan jawatan tetap dari kontrak pegawai perubatan walaupun banyak sistem yang perlu diperbaiki.
Pengumuman Belanjawan 2025, projek rintis elaun tugasan atas panggilan pegawai perubatan dan pergigian kenaikan RM55 hingga RM65 selama tiga bulan sebelum pelaksanaan secara menyeluruh adalah terlalu kecil dan tidak menampakkan kesungguhan kerajaan dan dilihat oleh rakyat sebagai ketidakbijakan kerajaan mengurus. Sepatutnya satu kajian yang mudah boleh dilakukan kerana semua data-data sedia ada dan boleh terus dilaksanakan secara menyeluruh. Apa perlunya projek rintis ini? Begitu juga insentif projek rintis lanjutan masa klinik kesihatan bagi menangani kesesakan di hospital dengan kadar elaun lokum RM80 sejam di 52 klinik kesihatan. Dilihat elaun ini lebih besar berbanding dengan elaun on call.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Apakah status projek ini dan adakah ianya akan diperluaskan keseluruhan negara?
Apakah implikasi kewangan ke atas projek-projek rintis yang saya sebutkan tadi? Kita menghadapi aliran keluar kumpulan sokongan termasuklah jururawat ke sektor swasta dan juga ke luar negara. Menjelang 2030, kita dijangka akan kekurangan jururawat hampir 60 peratus dan pada hari ini pun kita sudah kekurangan lebih kurang dalam 6,000 jururawat yang sepatutnya.
Adakah pengambilan pelatih Diploma Kejururawatan di Institut Latihan KKM kepada 2,000 setahun dan penawaran jururawat masyarakat ke program peningkatan secara latihan
(PSL) kepada 1,000 orang setahun mencukupi dan mampu menangani unjuran kekurangan itu nanti? Adakah permohonan beberapa insentif dan elaun daripada jururawat telah dipenuhi? Baru-baru ini, penjawat jururawat ini sekali lagi kecewa apabila dimaklumkan penambahan waktu bekerja tiga jam seminggu mulai 1 Disember 2024.
Tahun lalu, apabila ada arahan untuk mengeluarkan jururawat daripada klinik-klinik pakar untuk bertugas di wad-wad, mereka sudah merasa dipinggirkan dalam perbincangan.
Mereka mendakwa tiada libat urus ataupun perbincangan dengan mereka atau persatuan dan mereka tidak dimaklumkan semasa mereka menandatangani SSPA.
Butiran 020000 – Perubatan. Program 020500 – Perubatan Am. Ini adalah antara peruntukan terbesar kalau kita lihat dalam program-program ini. Bancian DOSM 2024, seramai 3.767 juta orang warga emas lebih kurang dalam 11.2 peratus daripada penduduk negara kita.
Dalam perkhidmatan kesihatan, kita ada 1,096 klinik kesihatan, 264 kelab warga emas di klinik kesihatan, 431 klinik desa, 17 hospital berpakar genetik, sebuah hospital rehabilitasi yang berikan perkhidmatan kesihatan kepada warga emas termasuklah pendidikan kesihatan, saringan dan sebagainya. Ini pandangan saya. Sudah tiba masanya, peruntukan program geriatrik diwujudkan dan dipisahkan daripada program am bagi memberikan penumpuan khusus kepada perkhidmatan kesihatan warga emas dalam program yang berkaitan.
Program seterusnya, untuk akhirnya, saya ingin menyebutkan Program P.42 Perkhidmatan Kesihatan Bandar. Cadangan pembangunan pembinaan Klinik Kesihatan Rimbayu Jenis 2, Bandar Saujana Putra semenjak tahun 2000 dibuka tiada fasiliti kesihatan kecuali klinik komuniti. Penduduk 77,000 dan golongan B40 dan M40, 14,200 dan jarak lebih kurang dalam 19 kilometer daripada klinik kesihatan yang terdekat dan lebih kurang dalam 32 kilometer...
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Mohon laluan sikit. Kuala Langat.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
...daripada Hospital Banting.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Sikit je. Terima kasih. Saya cuma nak mohon untuk segerakan kelulusan untuk peruntukan Klinik Kesihatan di Bukit Sentosa, terima kasih menumpang.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Terima kasih. Masukkan dalam ucapan saya. Tahun 2023 Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat telah menghantar permohonan untuk projek ini tetapi tidak diluluskan dan mereka mengharapkan permohonan RMKe-13 melalui Rolling Plan 1 tahun 2026 harap dapat diluluskan. Kemudian saya ingin menyentuh berkaitan dengan...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
...Butiran 00300 – Kemudahan Hospital. Sebenarnya yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tetap Pilihan Khas Kesihatan untuk Ahli Jawatankuasa melawat kepada hospital-hospital untuk mendapatkan maklumat- maklumat berkaitan dengan keperluan peralatan-peralatan dan juga fasiliti.
Saya mendapat maklum bahawa di Hospital Banting ini ada projek untuk menaikkan satu blok baharu yang dimaklumkan bahawa lapan tingkat dan perbelanjaan awal RM2 juta telah diuntukkan dan saya mengharapkan projek ini akan terus dibangunkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-13. Akhirnya Pengerusi, berkaitan dengan Butiran 01100 – Peralatan dan Kenderaan.
Saya ingin juga mendapat maklumat daripada Menteri, berapa banyak peralatan- peralatan keperluan yang utama yang tidak dapat dibekalkan di hospital-hospital tetapi ia menjadi keutamaan. Saya juga mohon diambil tindakan di atas peralatan yang sudah berusia di Hospital Banting.
Saya nak bagi di sini sebagai contoh, di Unit Patologi, inkubator yang sudah berusia 47 tahun sejak hospital ini ditubuhkan. Plasma freezers, 37 tahun. Begitu juga dengan beberapa peralatan-peralatan lain seperti cardiotocography, 19 tahun; sleep lamp with camera, 19 tahun. Yang saya kira, walaupun mungkin boleh berfungsi tetapi tidak dapat berfungsi dengan sebaiknya. Harap perkara ini dapat diambil tindakan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Saya jemput Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera Terima kasih Tuan Pengerusi.
Jempol merujuk B.42 Butiran 020200 – Pengurusan Hospital. Sebelum ini, Jempol sering membangkitkan cadangan agar Hospital Jempol dinaiktaraf menjadi Hospital Pakar Minor. Di kesempatan ini, Jempol ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan kerana telah meluluskan enam perjawatan pakar perubatan pada 8 Mac 2024 yang terdiri daripada dua pegawai pakar perubatan dalam, pakar perubatan kecemasan, pakar bius, pakar pembedahan dan pakar tulang. Terima kasih kepada Kementerian Kesihatan.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Jempol difahamkan ketika ini hanya empat orang pakar perubatan ini telah melaporkan diri dan dua orang pakar masih dalam tempoh latihan kepakaran di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah. Di kesempatan ini, Jempol juga berharap semoga akan dapat ditambah perjawatan pakar seperti pakar kebidanan yang mana untuk makluman Dewan, Jempol merupakan daerah ketiga tertinggi dalam kadar peratusan kesuburan ataupun kelahiran di Negeri Sembilan selepas Daerah Seremban dan juga Port Dickson.
Seterusnya, dipertimbangkan juga pakar kanak-kanak, pakar makmal dan juga pakar ideologi dan lain-lain kepakaran bersesuaian yang menyokong perkhidmatan perubatan yang lebih holistik. Jempol mohon pertimbangan daripada pihak kementerian.
Tuan Pengerusi, seterusnya, Jempol merujuk kepada B.42 Butiran 021000 – Anestesiologi dan Rawatan Rapi. Hospital Jempol adalah merupakan hospital moden dan dilengkapi dengan pelbagai peralatan canggih. Untuk makluman Dewan, di Hospital Jempol terdapat bilik unit rawatan rapi dengan mempunyai empat katil yang tidak digunakan kerana tiada perjawatan sejak dibina pada tahun 2005.
Alhamdulillah, dengan adanya enam perjawatan pakar perubatan yang baharu ditempatkan di Hospital Jempol, sudah sampai masanya perjawatan Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Jempol ini diisi untuk digunakan secara optimum bagi perkhidmatan rawatan rapi yang komprehensif dan efektif kepada pesakit.
Untuk makluman Dewan, Jempol telah membahaskan keperluan perjawatan Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Jempol ini pada perbahasan sidang yang lepas bertarikh 6 Mac 2024 yang lalu. Tetapi, sehingga ini masih belum ada maklum balas daripada pihak kementerian. Jadi, persoalannya, Jempol ingin menanyakan bilakah perjawatan untuk Rawatan Rapi (ICU) yang mempunyai empat katil ini akan diisi?
Akhirnya Tuan Pengerusi, Jempol juga merujuk kepada Butiran 030100 – Pengurusan Kesihatan Awam Ibu Pejabat dan juga Negeri. Untuk maklum Dewan, di Parlimen Jempol telah diluluskan pembinaan baharu klinik kesihatan di Felda Palong 7 dan 8 iaitu Type 3 ini ya. Tarikh milik tapak bagi projek tersebut adalah pada 27 April 2018 dan dijangka tarikh siap asal adalah dijadualkan pada 23 April 2020. Namun, sehingga hari ini, projek ini telah terbengkalai selama hampir enam tahun. Jadi, persoalan Jempol, apakah tindakan yang diambil oleh pihak kementerian untuk menyiapkan projek bina baharu Klinik Kesihatan Palong 7 dan 8 yang terbengkalai tersebut?
Jadi Tuan Pengerusi, Jempol mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Saya jemput Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik. Terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sebelum saya berbahas, saya ingin memohonlah kepada kementerian supaya apa yang dibahas oleh Ahli-ahli Parlimen diberi jawapan terus. Kita tak mahu duk baca cerpen, duk baca pantun, duk bersyair. Akhirnya, apa
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
yang kami minta jawapan, tak terjawab. Jadi, kami mohon terus kepada jawapan bukan nak dengar pantun-pantun.
[Tepuk] Mohon Yang Berhormat Menteri. Tak nak mengelak Menteri noh. Jawab terus.
[Ketawa] Sedih kami. Lebih baik saya tak bahas.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terus bahas.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kulim, Kulim, lain kali tanya soalan juga tak perlu baca pantun kah, semualah. Terus tanya soalan saja.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Ya.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Boleh?
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Kota Melaka, saya punya masa sekarang.
[Ketawa]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terus bahaslah. Tak payah cakap banyak.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Tak apalah.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kalau ikut you punya basic ...
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Saya, saya...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...kalau mereka jawab, terus jawab ...
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Saya guna masa saya.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...kenapa apabila awak...
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Saya tak lebih daripada lima minit. Okey.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kota Melaka, sila duduk.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...awak bahas, banyak cakap.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Okey. Butiran 08600.
Seorang Ahli
[Ketawa] Sibuk saja.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Bagi maksud Bekalan 42 di bawah butiran tersebut, saya sekali lagi ingin mendapat perhatian kementerian berhubung permohonan untuk menaik taraf Klinik Kesihatan Kulim kepada Type 2 memandangkan purata kehadiran sehari bagi pesakit yang datang mendapat rawatan di situ mencecah sehingga 800 orang malah mampu menjangkau 1,000 pesakit ketika hujung minggu. Dengan bilangan pesakit yang datang mendapat rawatan semakin meningkat, saya berpandangan sudah tiba masanya untuk kementerian meneliti situasi di Klinik Kesihatan Kulim dan sudah berusia hampir 60 tahun lebih.
Seterusnya, di bawah butiran ini juga, saya ingin mendapatkan penjelasan sejauh manakah penumpuan kerajaan terhadap penaiktarafan klinik-klinik desa di kawasan luar bandar dan apakah kementerian memperjimatkan hasrat untuk menaikkan taraf klinik desa terutamanya iaitu di Kampung Badlishah dan juga di Kampung Sedim kepada klinik kesihatan? Apakah kedua-dua klinik ini, desa ini termasuk dalam senarai antara 401 projek yang menerima pengiktirafan klinik seperti yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri sebelum ini atau dipertimbangkan sebelum antara projek bagi tahun hadapan di bawah Belanjawan 2025?
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Bagi Butiran 00300 Yang Berhormat Menteri, Kemudahan Hospital dan juga Butiran 00400 – Hospital Baharu. Yang Berhormat Menteri, saya sudah tiga kali berbahas di Parlimen dan pada tahun 2022, 2023, tahun 2024 dan memohon surat kepada kementerian.
Alhamdulillah, akhirnya bangunan tambahan Hospital Daerah Kulim telah diluluskan iaitu tambahan sebanyak 230 katil. Insya-Allah, kesesakan di Hospital Kulim dapat diselesaikan.
Soalannya, bilakah hospital ini akan ditender, dibina dan berapa kos dan jangka masa siap oleh kementerian? Saya berharap juga pihak kementerian dapat memilih kontraktor yang berkelayakan bagi mengelakkan projek ini terbengkalai.
Dato’ Pengerusi, di bawah Butiran 08600 juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada KKM kerana telah membina klinik kesihatan baharu di Pekan Junjung, Kulim. Soalan saya, kenapa peruntukan untuk bangunan sahaja tetapi peruntukan untuk alatan seperti meja, kerusi, almari, rak-rak tidak dibekalkan? Ini menyebabkan kesulitan bagi KK Kulim untuk beroperasi secara maksimum.
Yang Berhormat Menteri, bagi Butiran 100100 – Pembaikan Ambulans di KKM. Saya juga memohon daripada KKM supaya memberi perhatian kepada ambulans-ambulans di kawasan terutamanya di kawasan saya di Kulim-Bandar Baharu. Bagi saya, ambulans di kawasan Kulim-Bandar Baharu cukup kritikal Yang Berhormat Menteri. Saya mohon sangat- sangat supaya ambulans di kawasan terutamanya di kawasan Kulim-Bandar Baharu ditambah kerana perkhidmatannya amat sukar untuk pihak-pihak yang mendapat kecemasan untuk mendapatkan perkhidmatan ambulans.
Jadi, sekali lagi saya harap pihak Menteri dapat menjawab dengan sebaik mungkin dan saya tak lebih pun daripada lima minit, Kota Melaka. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Saya jemput Yang Berhormat Kalabakan.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Terima kasih Puan Pengerusi. Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat petang.
Saya akan terus kepada membahaskan Butiran 010000 – Pengurusan. Antara isu utama ialah berkaitan pertambahan waktu kerja kakitangan kesihatan kepada 45 jam dalam seminggu. Secara teorinya, ini mungkin kelihatan sebagai langkah untuk meningkatkan produktiviti.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Namun dalam konteks serenity, ia merupakan penambahan beban kerja kepada kakitangan kesihatan. Sudah pasti penambahan ini tidak hanya mencetuskan risiko keletihan fizikal dan mental sehingga mengakibatkan mereka burnout, malah akan menurunkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan serta meningkatkan risiko berlakunya kesilapan ketika rawatan. Justeru itu, saya memohon agar pihak kementerian mempertimbangkan semula cadangan ini dengan pendekatan yang lebih inklusif tanpa meminggirkan kebajikan kakitangan kesihatan.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Kedua, Butiran 090000 – Dasar Baru. Saya menyambut baik pengumuman kerajaan untuk menaikkan kadar elaun tugas atas panggilan ataupun on call antara RM55 hingga RM65 kepada pegawai perubatan dan pegawai pergigian mengikut bidang perkhidmatan dan jabatan tertentu. Namun demikian, setelah ianya diumumkan di dalam ucapan Bajet 2025, tiba-tiba keluar pula kenyataan bahawa kenaikan kadar elaun tugas ataupun panggilan on call ini adalah projek perintis untuk sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum dilaksanakan secara lebih meluas.
Persoalannya, mengapa ianya tidak dilaksanakan terus secara meluas kepada mereka yang layak? Saya mohon pihak kementerian batalkan hasrat untuk melaksanakan projek rintis ini, sebaliknya terus berikan hak mereka bermula pada awal tahun hadapan.
Tambahan pula, kadar kenaikan ini tidak terlalu banyak dan wajar sekiranya hendak dibandingkan dengan masa dan juga pengorbanan mereka. Sekiranya berkhidmat di sektor swasta, sudah pasti kadar elaun yang diterima lebih tinggi kerana dibayar mengikut kadar jam bekerja. Justeru itu, saya mohon agar perkara ini disemak semula.
Puan Pengerusi, ketiga, Butiran 100100 – Pembaikan Ambulans KKM dan 01100 – Peralatan dan Kenderaan. Saya mohon pihak kementerian mengambil langkah proaktif dengan mempercepatkan perolehan ambulans tambahan di Hospital Tawau dan klinik kesihatan dalam Parlimen Kalabakan.
Saya difahamkan ambulans ini sepatutnya diserahkan pada tahun ini, namun sehingga kini masih lagi belum diterima. Saya mohon disegerakan memandangkan hospital dan klinik yang ada di Parlimen Kalabakan kekurangan ambulans untuk memberikan rawatan responsif kepada pesakit disebabkan ambulans yang sudah sedia ada sama ada rosak, usang dan tidak mampu lagi untuk digunakan.
Keempat, Butiran 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar. Saya mohon agar pihak kementerian dapat mempercepatkan pembinaan Klinik Kesihatan Tamang di Pulau Sebatik dengan kadar segera memandangkan ianya merupakan keperluan kesihatan mendesak kepada penduduk. Saya difahamkan punca kelewatan ini adalah disebabkan oleh pertukaran reka bentuk dan saya harap ianya dapat diselesaikan dengan kadar segera.
Saya juga memohon agar pihak kementerian dapat memberikan perhatian kepada isu kritikal di Klinik Umas di mana terdapat laporan kematian akibat kekurangan kakitangan dan hal ini tidak boleh dipandang remeh. Justeru itu, saya memohon pihak kementerian untuk segera menambahkan bilangan doktor, pembantu perubatan dan melengkapkan klinik ini dengan kemudahan yang mencukupi.
Puan Pengerusi, kelima, Butiran 00300 – Kemudahan Hospital, bersekali dengan Butiran 00400 – Hospital Baharu dan juga Butiran 00700 – Perolehan dan Penyelenggaraan Tanah. Pada hemat saya, keperluan untuk membina hospital baharu di Kalabakan semakin mendesak memandangkan kedudukannya yang strategik yang berhampiran dengan Kalimantan Utara, lokasi ibu negara baru Indonesia.
Daerah Kalabakan dijangka akan menjadi kawasan tumpuan dan populasi penduduk dijangka bertambah apabila ibu negara baru itu beroperasi dengan peningkatan pergerakan
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
penduduk dan aktiviti ekonomi merentas sempadan. Sudah pasti kemudahan kesihatan ini akan dapat menyokong pembangunan Kalabakan sebagai hab ekonomi yang pesat sesuai dengan kedudukannya di sempadan.
Puan Pengerusi, saya percaya dengan komitmen yang tinggi serta pendekatan yang lebih strategik, pihak kementerian akan mampu menangani isu-isu ini dengan lebih berkesan.
Mengakhiri ucapan, Kalabakan mohon menyokong. Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.
Yang Berhormat Pengerusi, saya pergi terus kepada Butiran 030200 – Pembangunan Kesihatan Keluarga. Saya ingin tahu, apakah langkah yang diambil oleh kerajaan, oleh Kementerian Kesihatan khususnya bagi menangani kesan negatif penggunaan vape terhadap kesihatan keluarga terutamanya kanak-kanak dan remaja?
Sejauh mana kajian atau data terkini yang menunjukkan kesan jangka panjang penggunaan vape terhadap kesihatan individu dan keluarga? Bagaimana kerajaan memastikan hasil kerajaan ini digunakan untuk merumuskan satu polisi yang lebih berkesan dalam menangani isu penggunaan vape khususnya di kalangan remaja dan kanak-kanak?
Seterusnya di bawah butiran yang sama berkenaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024. Apakah mekanisme kerajaan bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan yang digazetkan khususnya melibatkan peniaga yang menjual vape kepada golongan bawah umur? Juga, apakah inisiatif kesedaran awam serta program pendidikan khusus yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk mendidik masyarakat mengenai risiko kesihatan yang berkaitan penggunaan vape serta cara mencegah penggunaannya di dalam keluarga? Mohon mencerah daripada Yang Berhormat Menteri.
Seterusnya saya pergi kepada Farmasi dan Bekalan Kesihatan Keluarga di bawah Butiran 030500. Di sini ingin saya membangkitkan isu ubat pre-exposure prophylaxis (PrEP) pada golongan-golongan sasar yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini. Sehingga kini, adakah telah diisytiharkan satu hukum yang benar-benar disepakati dalam kalangan agamawan yang membenarkan penggunaan PrEP khususnya pada kelompok- kelompok pengamal homoseksual, pengamal aktiviti seksual secara bebas dan lain-lain yang berkenaan? Juga bagi kelompok yang dibenarkan penggunaan PrEP dari sudut syarak, apakah langkah yang diambil untuk mengurangkan stigma negatif penggunaan PrEP dalam komuniti yang terlibat?
Seterusnya di bawah butiran yang sama, adakah KKM telah membentang dan mengeluarkan laporan berkenaan dapatan daripada projek rintis pemberian PrEP yang berakhir Disember 2023 yang lalu? Apakah dapatan kajian rintis PrEP ini menunjukkan ia
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
selamat dan berkesan untuk digunakan bagi tempoh jangka panjang? Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Seterusnya saya pergi kepada Butiran 081200 – Skim Perubatan MADANI. Saya lihat tiada penambahan peruntukan bagi tahun 2025 berbanding tahun 2024 iaitu sama, RM100 juta sahaja. Bagaimanakah kerajaan memastikan bahawa peruntukan RM100 juta ini digunakan secara berkesan dan sampai kepada mereka yang memerlukan? Apakah mekanisme pematuhan yang digunakan bagi menilai keberkesanan program ini?
Juga, persoalan utama yang ingin saya tekankan di sini ialah sejauh mana komitmen Kerajaan MDANI untuk mengembangkan kembali skop capaian Skim Perubatan MADANI ke seluruh negara khususnya kawasan luar bandar dan pedalaman termasuk negeri Terengganu seperti yang telah dilaksanakan sebelum ini? Boleh dikatakan semua pusat kesihatan dalam Daerah Kuala Nerus mengalami kesesakan.
Semoga dengan adanya Skim MADANI ini, ia dapat mengurangkan kesesakan tersebut. Oleh itu, apakah sebenarnya isu yang melatari program SPM ini sehingga kerajaan dengan drastik mengecilkan skop program kepada 10 daerah terpilih sahaja iaitu di Selangor dan Kuala Lumpur?
Yang Berhormat Pengerusi, untuk makluman Yang Berhormat Pengerusi, pada penggal lepas, Terengganu telah melaksanakan Skim Kad Sejahtera iaitu skim yang hampir sama dengan SPM kerana semasa kerajaan pusat di bawah Tun M, YB Pagoh dan YB Bera, Terengganu mendapat peruntukan royalti petroleum ataupun Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP), tapi malangnya di bawah Kerajaan MADANI, royalti telah dinafikan dan Skim Kad Sejahtera ini terpaksa ditangguhkan pelaksanaannya. Rakyat Terengganu boleh diibaratkan seperti kata pepatah, peribahasa, “Sudah jatuh ditimpa tangga” di bawah Kerajaan MADANI ini. Skim Perubatan MADANI tidak dapat, Kad Sejahtera juga terpaksa ditangguhkan.
Oleh itu Yang Berhormat Pengerusi, saya ingin tahu, adakah sebarang laporan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan berhubung pengecilan skop program yang bermula Mac lepas? Sejauh manakah kerajaan melaksanakan kajian terperinci bagi menambah baik mekanisme pelaksanaan skim ini pada masa yang akan datang? Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Saya jemput Yang Berhormat Sipitang.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Yang Berhormat Puan Pengerusi. Di bawah maksud Pembangunan 42, saya ingin menyentuh Butiran Projek 00300 – Kemudahan Hospital mengenai beberapa isu terkait di Hospital Sipitang. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Menteri Kesihatan atas lawatan ke Hospital Sipitang dan Beaufort dalam Siri Jelajah Borneo baru-baru ini.
Hospital Sipitang ini secara rasmi ditubuhkan pada tahun 1995 di mana hospital ini diwujudkan di bawah hospital kluster bersama-sama dengan Hospital Kuala Penyu dan juga Hospital Beaufort, [Tidak jelas] hospital. Saya kerap dihujani aduan serta rungutan oleh penduduk setempat mengenai isu kekurangan doktor, khususnya doktor pakar di Hospital Sipitang yang sehingga kini tidak mampu menanggung sepenuhnya keperluan pesakit meliputi Daerah Sipitang dan Beaufort.
Pesakit yang perlu mendapatkan rawatan terpaksa membuat temu janji sehingga ke Hospital Beaufort yang jaraknya hampir 42 kilometer dari Hospital Sipitang ataupun terpaksa ke Hospital Queen Elizabeth yang terletak di Kota Kinabalu iaitu sekitar 134 kilometer daripada Sipitang.
Jarak yang terlalu jauh ini pasti membebankan pesakit yang ingin mendapatkan rawatan pakar memandangkan ia membabitkan kos yang tinggi buat mereka untuk bergerak seperti kos sewa kenderaan, sewa hotel, rumah penginapan dan juga kos minyak petrol yang mahal. Oleh yang demikian, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, sejauh manakah kepekaan kementerian berhubung situasi semasa di Hospital Sipitang ini? Kementerian perlu mewujudkan satu sistem yang lebih cekap kepada pesakit yang datang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.
Baru-baru ini di Hospital Beaufort saya menerima rungutan daripada rakyat tentang kelewatan perkhidmatan mendapatkan rawatan. Malah, saya sendiri turut merasai pengalaman yang mengecewakan sama seperti orang lain apabila anak saya sendiri datang untuk mendapatkan rawatan di Hospital Beaufort pada pukul 8.00 pagi tetapi malangnya sehingga pukul 4.30 petang, anak saya masih belum dipanggil berjumpa doktor.
Rungutan ini bukan bermakna saya seorang Ahli Yang Berhormat, maka saya perlu diberikan keutamaan, tidak sama sekali. Cuma, apa yang ingin saya tekankan dan utarakan dan lontarkan di Dewan ini ialah- di sini ialah tentang kekurangan doktor. Apakah pandangan kementerian berhubung perkara ini dan apakah terdapat perancangan dari kementerian bagi meningkatkan kecekapan sistem yang sedia ada?
Saya mohon penjelasan dan lanjutan dari lawatan Yang Berhormat Timbalan Menteri tempoh hari, apakah kementerian mempunyai rancangan bagi menempatkan doktor pakar di Hospital Sipitang dan menambah doktor pakar di Hospital Beaufort bagi memudahkan pesakit dari kawasan pedalaman untuk mendapatkan rawatan.
Seterusnya, di bawah Butiran Projek 00600 – Ubahsuai, Naik Taraf dan Pembaikan.
Saya ingin menyentuh mengenai Hospital Beaufort. Walaupun ia terletak di kawasan Parlimen Beaufort, namun kebanyakan pesakit yang datang mendapatkan perkhidmatan adalah mereka yang berada di bawah DUN Lumadan iaitu di bawah Parlimen Sipitang.
Untuk makluman, Hospital Beaufort ini seperti kementerian sedia maklum juga, merupakan salah satu daripada 12 projek sakit di Sabah yang masih tergendala proses penaiktarafannya. Kerja-kerja naik taraf bangunan sedia ada dan sistem mekanikal dan
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
electrical di Hospital Beaufort sehingga sekarang masih lagi belum disiapkan dan ini telah membantutkan perkembangan Hospital Beaufort sebagai sebuah Hospital Berpakar Minor.
Projek ini telah dimulai pada 18 Mac 2020 dan sepatutnya dijangka siap pada tanggal 17 Jun 2022. Namun, projek ini telah terbengkalai dan saya difahamkan hanya 20 peratus sahaja kerja yang siap, maknanya 80 peratus belum siap. Pada tahun 2017, kos projek ini bernilai hampir RM24 juta tetapi telah ditender semula pada tahun 2019 dan akhirnya telah diserahkan kepada kontraktor yang dipilih oleh JKR Sabah pada 18 Mac 2020 di mana pada waktu itu kontraktor terpaksa berhadapan dengan pandemik COVID-19.
Lantaran itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri adakah kos yang telah ditender semula ini telah disemak atau diteliti oleh kementerian sebelum ini? Apakah kementerian baru menyedari tentang kenaikan 100 peratus dari kos asal selepas projek tersebut ditamatkan memandangkan saya dimaklumkan bahawa kekangan peruntukan yang telah menjadi faktor utama terbantutnya projek berkenaan.
Apakah kementerian mempertimbangkan peruntukan tambahan bagi meneruskan projek naik taraf Hospital Beaufort ini memandangkan projek ini mesti dipercepatkan demi kesejahteraan dan keprihatinan kerajaan kepada rakyat di kawasan berkenaan. Seperkara lagi ialah mengenai pembaikan – pembinaan Klinik Kesihatan Beaufort yang juga di bawah butiran yang sama.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengusulkan agar perkhidmatan Jabatan Pesakit Luar Hospital Beaufort ini dapat dipindahkan ke Pejabat Kesihatan Daerah Beaufort. Hal ini berikutan Hospital Beaufort pada masa ini terpaksa menampung perkhidmatan Jabatan Pesakit Luar kerana perkhidmatan Klinik Pakar turut beroperasi tetapi terdapat kekangan dari segi fasiliti dan juga perjawatan.
Saya juga dimaklumkan terdapat arahan penutupan Jabatan Pesakit Luar di hospital- hospital kementerian dengan merujuk kepada surat KKM yang bertarikh 17 November 2023.
Nombor rujukan surat ialah KKM.600-1/4/20 Jilid 4(18) dan ini menimbulkan sedikit persoalan dalam kalangan masyarakat. Pertanyaan saya ialah sejauh manakah kebenaran penutupan Jabatan Pesakit Luar ini dan apakah kementerian memiliki rancangan untuk memindahkan Jabatan Pesakit Luar ini, Hospital Beaufort ke Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Seterusnya saya juga ingin menyentuh lebih lanjut mengenai perjawatan pegawai perubatan dan doktor pakar di Hospital Beaufort di bawah Butiran 010200 – Sumber Manusia. Untuk makluman Puan Pengerusi, Hospital Beaufort telah dinaik taraf sebagai Hospital Pakar Minor di mana terdapat 10 disiplin. Selain itu, Hospital Beaufort juga kita sedia maklum memang banyak status kepakaran yang seharusnya diisi dengan perjawatan sebanyak 10 orang pakar.
Namun demikian, hanya terdapat tujuh disiplin kepakaran sahaja yang telah beroperasi dengan penempatan seramai tujuh orang pegawai perubatan pakar iaitu perubatan am, pembedahan am, anestesiologi, radiologi, pediatrik, O&G, ortopedik
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
sedangkan emergency dan juga banyak lagi yang menunggu penempatan pakar oleh kementerian.
Soalan saya ialah apakah kementerian dapat menempatkan doktor pakar bagi disiplin berkenaan di Hospital Beaufort? Hal ini berikutan kekurangan doktor pakar bagi disiplin berkenaan sangat membebankan doktor pakar sedia ada yang menyebabkan mereka terpaksa bertugas atas talian setiap hari dan perkhidmatan kepakaran di hospital berkenaan pastinya terjejas. Doktor pakar sedia terpaksa mengambil cuti. Isu ini juga sangat tidak sihat terhadap kesihatan mental bagi pegawai perubatan berkenaan dan saya mohon pandangan Yang Berhormat Menteri bagi perkara ini dan terakhir...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Sipitang. Saya jemput Yang Berhormat Padang Serai.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Terima kasih.
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat petang. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. Merujuk kepada Butiran 010200 – Pengurusan Isu Sumber Manusia. Hari ini saya ingin membangkitkan satu isu yang agak kritis di mana ramai antara Ahli Parlimen yang menyebut pada petang ini di mana membabitkan sumber manusia dalam sektor kesihatan. Khususnya isu kekurangan doktor awam dan cabaran yang dihadapi oleh graduan perubatan.
Pada masa ini kita menghadapi situasi membimbangkan di mana ramai doktor yang baru tamat latihan housemanship perlu menunggu pelantikan, manakala negara kita menghadapi kekurangan tenaga perubatan yang semakin serius. Persoalannya, apakah inisiatif strategik kerajaan untuk memastikan graduan doktor yang baru tamat housemanship dapat dilantik dengan segera.
Keduanya, bagaimana kerajaan bertindak menangani isu perpindahan doktor awam ke sektor swasta? Apakah strategi kerajaan bagi mewujudkan mekanisme yang komprehensif untuk mengekalkan bakat tempatan dalam sistem kesihatan awam?
Justeru, Tuan Pengerusi, pertama, proses pelantikan doktor pasca housemanship perlu dipercepatkan dan di-digitalkan. Bayangkan seorang graduan perubatan telah menghabiskan enam tahun pengajian, menjalani latihan intensif selama dua tahun, kini terpaksa menunggu tanpa kepastian. Setiap bulan menunggu adalah suatu kerugian buat negara. Kita cadangkan sistem pendaftaran yang lebih efisien, dengan mekanisme penilaian yang lebih telus dan proses pelantikan yang lebih strategik.
Keduanya, kita perlu memikirkan insentif untuk doktor di sektor awam. Bukan sekadar soal gaji tetapi pakej yang menyeluruh. Ini termasuk peluang pengembangan kerjaya yang jelas, kemudahan latihan lanjutan dijamin, sokongan psikologi dan kebajikan yang komprehensif, elaun khusus untuk berkhidmat di kawasan pedalaman, fleksibiliti dalam pengambilan cuti dalam tempoh bertugas.
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Ketiganya Tuan Pengerusi, Program Ikatan Khidmat perlu didekati secara lebih bijak bukannya ikatan yang rigid dan membantutkan semangat. Kita memerlukan pendekatan yang lebih dinamik. Cadangan kita ialah ikatan khidmat yang boleh disesuaikan dengan minat dan kepakaran individu.
Keduanya, peluang untuk pertukaran antarabangsa dan pengalaman global. Laluan kerjaya yang membolehkan doktor mengembangkan kepakaran sambil terus berkhidmat kepada negara.
Merujuk kepada butiran yang seterusnya Butiran 030000 dan Butiran 030400, Kesihatan Awam dan Pemakanan. Tuan Pengerusi, isu kesihatan awam kini semakin kompleks terutamanya berkaitan dengan cabaran pemakanan dan penyakit tidak berjangkit.
Kementerian Kesihatan menerima peruntukan RM45.27 bilion pada tahun 2025. Satu peningkatan yang memberikan harapan. Namun persoalannya, bagaimanakah dana ini akan dimanfaatkan secara strategik? Kita menghadapi realiti yang membimbangkan. Laporan menunjukkan penyakit kardiovaskular, respiratori kronik, diabetes dan kanser berpotensi membebani ekonomi sehingga RM64.2 bilion. Pneumonia kini menjadi punca kematian tertinggi sesuatu yang tidak berlaku dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini.
Justeru Tuan Pengerusi, izinkan saya menggariskan pendekatan strategik untuk transformasi kesihatan masyarakat. Pertamanya program keselamatan makanan yang komprehensif bukan sekadar ceramah atau risalah. Kita memerlukan revolusi pemikiran tentang pemakanan. Ini bermakna pendidikan pemakanan bermula dari sekolah rendah, program literasi pemakanan di pusat komuniti, kempen media sosial yang berkesan untuk menyasarkan generasi muda, garis panduan pemakanan yang mudah difahami untuk setiap peringkat umur.
Keduanya, insentif untuk gaya hidup sihat. Kita perlu menjadikan kesihatan sebagai pilihan yang menarik bukannya beban. Cadangannya ialah, potongan cukai untuk aktiviti senaman, subsidi untuk pusat kecergasan di kawasan setinggan, program ganjaran untuk komuniti yang mencapai penanda aras kesihatan. Yang keempatnya, insentif kepada syarikat yang mempromosikan gaya hidup sihat dalam organisasi.
Ketiga, kawalan makanan yang diproses. Ini pertempuran melawan industri yang mencari keuntungan di atas kesihatan rakyat. Kita mencadangkan yang pertama, penanda harga yang jelas untuk makanan tidak sihat. Yang keduanya, had kandungan gula, garam dan bahan pengawet mesti dikawal, larangan pengiklanan makanan tidak sihat kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa, insentif untuk pengeluar makanan yang menghasilkan produk lebih sihat. Keempatnya, vaksinasi untuk kumpulan berisiko. Kita tidak boleh bergantung kepada rawatan, kita mesti fokus kepada pencegahan.
Seterusnya Tuan Pengerusi, saya juga ingin membawa isu tentang caruman insurans, premium insurans yang semakin meningkat dan juga caj rawatan di hospital swasta yang juga semakin meningkat. Ramai yang merungut tentang premium insurans yang semakin meningkat ini. Jadi kita mohon supaya Menteri Kesihatan – Kementerian Kesihatan
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
memantau isu-isu ini ketika rakyat sedang berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Saya jemput Yang Berhormat Tawau.
Tuan Lo Su Fui - Tawau
Terima kasih Puan Pengerusi. Salam sejahtera Malaysia dan salam Sabah Maju Jaya.
Merujuk Butiran 010200 – Sumber Manusia, Butiran 020200 – Pengurusan Hospital, Butiran 00400 – Hospital Baharu, Butiran 00600 – Ubahsuai, Naik Taraf dan Pembaikan. Saya ingin menyentuh isu berkaitan perkembangan dan keperluan mendesak di Hospital Tawau dan Klinik Kesihatan Apas Balung Tawau.
Pertama kali saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri dan Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan atas kelulusan perjawatan terbesar dalam sejarah untuk Hospital Tawau iaitu sebanyak 1,227 jawatan. Keputusan ini adalah langkah yang besar dalam meningkatkan keupayaan perkhidmatan kesihatan. Saya amat berharap agar bangunan hospital baharu yang telah siap dapat segera beroperasi bagi memenuhi keperluan kesihatan penduduk seramai satu juta meliputi Parlimen Tawau, Kalabakan, Lahad Datu dan Semporna.
Walau bagaimanapun, saya ingin menekankan bahawa kelulusan ini hanya akan memberi manfaat sekiranya jumlah waran perjawatan 1,227 orang ini terus dikekalkan dan diisi segera selewatnya dalam tempoh dua tahun. Penduduk Sabah yang berjumlah lebih kurang empat juta orang ini amat kekurangan doktor di mana seorang doktor perlu merawat 900 orang penduduk. Berbanding purata di Semenanjung Malaysia, seorang doktor hanya merawat dalam 112 orang sahaja.
Oleh itu, saya menggesa KKM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi untuk meningkatkan pengambilan mahasiswa perubatan yang berasal dari Sabah, Sarawak.
Apabila ramai anak Sabah, Sarawak berjaya menjadi doktor, mereka tiada masalah untuk kembali berkhidmat di tempat kelahiran sendiri menjadikan isu doktor menolak penempatan dapat diatasi.
Puan Pengerusi, saya mengambil maklum jawapan daripada Menteri untuk membina sebuah bangunan Klinik Kesihatan Apas Balung, Tawau memandangkan keadaan klinik sekarang sangat usang dan sesak yang menampung keperluan hampir 500,000 penduduk meliputi kawasan dari Balung hingga ke sempadan Kunak dan Semporna.
Purata 300 pesakit setiap hari dengan hanya tiga orang doktor dan 34 orang kakitangan, statistik ini bermakna setiap doktor perlu merawat kira-kira 100 orang pesakit setiap hari. Ini satu beban kerja yang terlalu tinggi diterima oleh Klinik Apas Balung. Situasi ini bukan sahaja memberi tekanan kepada kakitangan kesihatan, tetapi juga menyulitkan pesakit yang terpaksa menunggu sehingga satu jam atau lebih untuk mendapatkan rawatan.
Tuan Lo Su Fui - Tawau
Justeru, saya cadangkan kepada KKM bukan sahaja membina bangunan baharu klinik, tetapi terus menaik taraf Klinik Apas Balung, Tawau menjadi hospital yang dilengkapi dengan kemudahan moden serta peralatan yang mencukupi, penambahan bilangan doktor dan kakitangan bagi mengatasi masalah sekarang.
Keadaan kesihatan di Tawau dan Sabah adalah isu kritikal yang memerlukan prihatin segera. Pelaburan dan infrastruktur dan tenaga kerja kesihatan bukan sahaja akan meningkatkan taraf perkhidmatan, tetapi juga memastikan rakyat di kawasan ini mendapat hak kesihatan yang sama rata seperti di Semenanjung Malaysia. Saya percaya usaha ini akan membawa manfaat besar dan memastikan kesejahteraan rakyat terus terjamin.
Menteri KKM, terima kasih. Sebanyak 1,227 sudah diluluskan. Namun, waran perjawatan perlu diisi agar perkhidmatan terus ditingkatkan. Klinik Apas Balung Tawau kian sesak, naik taraf hospital perlu segera. Hak kesihatan biar sama tegak agar Sabah terus sejahtera.
Puan Pengerusi, seterusnya saya ingin menyentuh isu Hospital Beaufort yang saya ingin menyambungkan ini ucapan daripada Ahli Parlimen Sipitang. Selain itu, Hospital Beaufort juga sangat memerlukan tambahan perjawatan memandangkan mereka kekurangan seramai 28 pegawai perubatan. Pada masa ini, jumlah pegawai perubatan yang bertugas di Hospital Beaufort iaitu tetap dan kontrak adalah seramai 39 orang pegawai sedangkan keperluan sebenar hospital ini untuk beroperasi sebagai hospital pakar minor adalah sebanyak 67 orang. Apakah perancangan terbaharu kementerian bagi mengisi kekosongan jawatan ini dalam tempoh segera?
Saya harap permohonan saya ini diambil perhatian oleh pihak kementerian. Hal ini berikutan kekurangan doktor pakar bagi disiplin berkenaan sangat membebankan doktor pakar sedia ada yang menyebabkan mereka terpaksa bertugas atas talian setiap hari dan perkhidmatan kepakaran di hospital berkenaan pastinya terjejas sekiranya doktor pakar sedia dan terpaksa mengambil cuti. Isu ini juga sangat tidak sihat terhadap kesihatan mental bagi Pegawai Perubatan berkenaan. Saya mohon pandang Yang Berhormat Menteri berhubung perkara ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tawau. Saya jemput Yang Berhormat Tanjong Karang.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia MDANI. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tanjong Karang terus kepada Butiran 030200 – Pembangunan Kesihatan Keluarga yang diperuntukkan RM4.3 bilion belanjawan ketimbang 11.02 peratus belanjawan KKM bagi tahun 2024. Memahami iltizam KKM adalah untuk merubah dari konsep konvensional kepada meningkatkan penjagaan kesihatan primer serta mengalihkan fokus sistem kesihatan kepada
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
sick care kepada wellness dengan izin sudah tentu ianya memerlukan pelbagai adjustment dan prasarana dalam menjayakannya dan memerlukan pembiayaan yang lebih.
Ini termasuk penekanan kepada budaya hidup sihat di bawah agenda Nasional Malaysia Sihat yang melibatkan whole government approach termasuk juga inisiatif menambah cukai minuman gula. Jadi, sewajarnya berlaku penambahan bajet kepada belanjawan pengurusan kesihatan keluarga, bukan penurunan daripada 16.154 peratus pada tahun 2024 kepada 11.03 pada Belanjawan 2025.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Jadi, saya memohon penjelasan daripada YB Menteri Kesihatan tentang kewajaran penurunan Belanjawan Pengurusan Kesihatan Keluarga ini walaupun bajet keseluruhan KKM meningkat kepada RM45.3 bilion ketimbang RM35.3 bilion tahun 2024.
Tuan Pengerusi, seterusnya izinkan Tanjong Karang ingin merujuk kepada Butiran 10000 ke Butiran 50000 iaitu Perbelanjaan Mengurus, dan juga Butiran 20000, 30000 dan 40000 – Perbelanjaan Pembangunan. Jumlah Perbelanjaan Mengurus adalah sebesar RM38.5 bilion iaitu 85.06 peratus daripada keseluruhan belanjawan KKM. Jadi, yang baki untuk belanjawan pembangunan cuma tinggal RM6.8 bilion iaitu cuma 4.94 peratus daripada belanjawan KKM keseluruhan.
Belanjawan mengurus 85.06 peratus dan pembangunan 4.9 peratus adalah satu ratio yang sangat tidak sihat. Daripada angka ini dapat kita simpulkan bahawa KKM sangat terbeban dengan 85.06 peratus belanja mengurus. Adalah sukar untuk KKM mampu bergerak bagi melakukan pembangunan yang mampan untuk semua- klinik-klinik dan hospital- hospitalnya serta penggantian dan penambahan aset-aset keperluan perubatannya.
Tambahan pula, dunia perubatan ini sangat dinamik dengan perkembangan ilmu perubatan yang sangat pantas bergerak dan kemajuan teknologi alat-alat perubatannya.
Tanjong Karang ingin memohon penjelasan Yang Berhormat Menteri Kesihatan.
Bagaimanakah pelan jangka panjang KKM dalam menangani bebanan mengurus yang telah meningkat kepada 85.06 peratus daripada belanjawan? Dan bagaimana dengan bajet pembangunan hanya 4.94 peratus ini akan mampu untuk melancarkan pembangunan KKM itu sendiri tanpa mengabaikan atau compromise, dengan izin, kualiti perkhidmatan KKM kepada rakyat.
Tuan Pengerusi, yang terakhir Tanjong Karang ingin menyinggung Butiran 020200 mengenai Pengurusan Hospital. Mengguna pakai peruntukan 34.25 peratus atau RM13.2 bilion daripada keseluruhan belanjawan KKM. Dalam mengurus sick care, ini adalah terlalu besar dan sangat-sangat membebankan KKM.
Maka, satu pendekatan baharu yang lebih berani wajar dipertimbangkan dengan kadar segera bagi melaksanakan reformasi di dalam health financing untuk menampung bebanan pengurusan hospital yang sudah melebihi RM13 bilion dan angka ini akan terus membengkak dari tahun ke tahun.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Tanjong Karang ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Apakah ada usaha atau perancangan KKM untuk segera keluar daripada beban belenggu pengurusan hospital ini yang akan terus meningkat dari tahun ke tahun?
Pengalaman subsidi bersasar diesel dan rasionalisasi RON95 wajar diaplikasikan oleh KKM untuk mengembangkan health financing melalui Skim Insurans Kesihatan Nasional bagi pengurusan hospital di seluruh negara. Malaysia wajar melihat pengalaman Indonesia yang telah berjaya melindungi hampir 95 peratus atau 270 penduduknya dengan Skim Insurans Kesihatan Nasionalnya. Hanya dalam tempoh 10 tahun sahaja dan ini sangat menakjubkan dan wajar kita contohi dengan segera. Tanjong Karang mohon menyokong.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Tanjong Karang. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Siput.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Terima kasih, Puan Pengerusi mengizinkan Sungai Siput turut bahas Peringkat Jawatankuasa Kementerian Kesihatan Malaysia.
Saya merujuk kepada Butiran 081100 – Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan yang telah diperuntukkan RM24,600,000. Sektor kesihatan ini tidak hanya menentukan tahap kesihatan individu, tetapi juga mempengaruhi produktiviti dan kemakmuran negara.
Bertepatan dengan peruntukan di dalam Belanjawan 2025, kita berpeluang untuk memperkukuhkan sistem kesihatan kita, meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti dan mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.
Kesihatan bukanlah semata-mata berkaitan dengan aspek fizikal, tetapi juga melibatkan isu mental.
Saya berasa bimbang dengan peningkatan masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja berumur 15 tahun. Menurut statistik, kadar masalah kesihatan mental dalam kumpulan ini telah meningkat kepada 16.5 peratus iaitu sekitar 922,318 individu berbanding 7.9 peratus iaitu sebanyak 424,000 pada tahun 2019.
Tambahan pula, data yang dipetik dari laman sesawang rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan Statistik Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2015 mendedahkan satu pertiga rakyat Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas berdepan dengan masalah mental. Pada tahun 2019 pula, KKM telah merekodkan sebanyak 2.3 peratus orang dewasa dan 9.5 peratus kanak-kanak berusia 10 hingga 15 tahun mengalami masalah mental dan KKM mengunjurkan peratus tersebut dijangka akan terus meningkat.
Walau bagaimanapun, saya sedar akan inisiatif kerajaan bagi menangani isu kesihatan mental tersebut dengan melaksanakan Program Minda Kesihatan Sekolah. KKM juga menyediakan perkhidmatan kesihatan mental yang boleh diakses di 1,088 buah klinik kesihatan, 63 hospital dan 37 pusat kesihatan mental masyarakat dan sebagainya.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Namun, inisiatif ini boleh diperhebat lagi, khususnya di kawasan luar bandar seperti di Sungai Siput. Sebagai langkah tambahan, saya cadangkan penubuhan Pusat Sokongan Kesihatan Mental Bergerak yang dapat menawarkan perkhidmatan psikososial secara langsung kepada masyarakat. Pusat ini boleh menyediakan sesi kaunseling, ceramah kesedaran dan program intervensi awal untuk membantu individu yang mengalami masalah kesihatan mental.
Puan Pengerusi, selain itu kita juga boleh melaksanakan latihan dan kursus untuk guru dan kakitangan sekolah tentang pengenalan awal tanda-tanda awal masalah kesihatan mental serta cara memberikan sokongan kepada pelajar. Dengan langkah-langkah ini, kita bukan sahaja dapat meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan mental, tetapi juga membina kesedaran dan pengertian dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan kesihatan mental.
Puan Pengerusi, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), populasi yang paling terjejas adalah kanak-kanak dan remaja berumur di antara 10 hingga 19 tahun dan warga emas. Walaupun kesedaran kesihatan mental mula meningkat di Malaysia, tetapi kebanyakan intervensi pada masa sekarang hanya tertumpu pada kesedaran kesihatan mental itu sendiri, dan bukannya pada faktor-faktor yang mempengaruhi kesihatan mental.
Bagaimanakah kita hendak mengawal dan mengurangkan pendedahan risiko sebelumnya bermula gejala kesihatan mental dan mengenal pasti mereka yang berisiko tinggi? Mencegah sebelum parah. Apa modal klinikal pencegahan dan intervensi awal yang boleh diperkenalkan di peringkat kehamilan, kanak-kanak, kanak-kanak pertengahan, remaja dan dewasa? Bolehkah kementerian menawarkan program penilaian kesihatan mental kepada warga emas? Sekian, terima kasih Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Saya jemput Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi kerana memberi ruang pada Kapar untuk membahaskan Kementerian Kesihatan Peringkat Jawatankuasa khususnya Bekalan B.42 dan Pembangunan P.42 yang secara keseluruhannya berjumlah RM45, 272, 372, 800. B.42 Butiran 022700 – Psikiatri dan Kesihatan Mental. Ia agak besar dan wajar bagi Kapar, ia wajar kerana kita mendengar kes yang berkaitan dengan stres, kemurungan termasuk yang di kalangan kanak-kanak, remaja terutama lelaki sehingga ada yang membunuh diri.
Trend kes neurologi di Malaysia ini mencerminkan pola global iaitu peningkatan prevalence penyakit berkaitan penuaan seperti dementia dan alzheimer, parkinson, stroke. Merujuk kepada Butiran 020000 – Perubatan. Program neurologi kod 10000 – Emolumen, Kapar mahu tahu kenapakah hanya RM21,143,900 untuk tahun 2025 kerana peningkatan kes penyakit neurologi berkaitan gaya hidup? Kerana ini, saya rasa ini YB
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Menteri kerana tak cukup rehat, makanan segera, budaya kerja, blood reading raise- sinonim dengan kehidupan di bandar dan neuropathy komplikasi berkaitan dengan diabetes ada lagi gangguan perkembangan neurologi seperti autisme, ADHD dan sebagainya, semakin didiagnosiskan. Jadi, Kapar mahu tahu berapakah pakar neurologi berdaftar dalam negara mengikut specialty dan kepakaran dan taburan yang mengikut hospital? Boleh bertulis Menteri.
P.42 Butiran Projek 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar. Kapar mahu mengambil perhatian Menteri tentang pertama, Klinik Kesihatan Ibu dan Kanak-kanak Sungai Udang, Kapar, bukan Melaka, ya. Menteri tahu ini. Dibuat berpuluh-puluh tahun lalu. Agak uzur. Diguna dengan optimum. Terletak di jalan utama- Jalan Sungai Udang. Dibuat daripada kayu, mudah dinaiki air. Saya minta klinik dinaiktarafkan dan diberikan kemudahan dan kelengkapan sewajarnya. Sekarang dah “Majlis Bandar Diraja”, dulu Majlis Perbandaran Klang.
Kedua, pusat kesihatan atau hospital di Pulau Ketam. Memang premis ini memang di luar bandar. Jadi, dikatakan- forensik JKR kata tak selamat. Persoalannya, bilakah nak buat yang baharu?
P.42 Butiran 00400 – Hospital Baharu, melonjak RM744 juta lebih. Rakyat Kapar nak tanya Hospital Kapar mengikut jadual, berapa peratus dah siap? Bilakah dijangka akan beroperasi dan bidang kepakaran? Jadi, saya minta kepada Menteri, bagilah yang best, best untuk Hospital Kapar. Bukan sahaja orang Parlimen Kapar sahaja guna, orang Kuala Selangor tempat YB Menteri pun boleh tumpang semangkuk.
[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) mempengerusikan Jawatankuasa] Butiran 00900 – Penyelenggaraan Kuarters KKM. Kuarters Klinik Kesihatan Meru dah sangat uzur, usang. Lebih separuh sudah tidak selamat untuk didiami. Jadi, saya minta kerajaan ganti kan lah kuarters yang baharu. Dah ular pun dah masuk dan sebagainya.
Merujuk kepada- ini suara Jururawat. Seperti yang disebutkan oleh kawan-kawan saya tadi di mana Jururawat dinaik- tambah tiga jam seminggu. Disebut tiga jam, tapi sebenarnya mungkin enam jam. Biasanya mereka akan gunakan yang lebih. Jadi, berikan lah yang terbaik.
Saya tanya berapakah Jururawat yang terlibat? Kerana kita tak mahu dengar pula ada Jururawat terlupa ada anaknya di dalam- kerana terkejar-kejar, penat, tak cukup tidur dan sebagainya.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
[Bangun]
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Kejap, kejap jiran saya. Nak tanya fasal R&D.
R&D ini perlu menambahkan tumpuan kepada penemuan baharu dalam persediaan Malaysia ke arah negara atau ageing nation. Jadi, Kapar mahu tahu, apakah fokus penyelidikan KKM dalam Kepala B.42 Butiran 060000 – Penyelidikan dan Sokongan
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Teknikal? Adakah AI nya masuk, pengeluaran vaksin, stem cell, penyelidikan tentang autisme? Kejap lagi ya jiran saya...
[Yang Berhormat Setiu masih berdiri] Butiran 030500 – Farmasi dan Bekalan Kesihatan Awam. Saya difahamkan oleh rakyat Kapar yang selalu banyak kekurangan bekalan ubat di hospital kerajaan. Golongan B40 terpaksa membeli sendiri. Disuruh beli sendiri sebab dia kata tak ada dekat hospital kerajaan ini. Dah lah miskin, bila miskin bertambah miskin kerana kos beli ubat bulanan ini bukannya murah. Jadi, saya nak tanya insentif kepada syarikat farmasi tempatan untuk meningkatkan pengeluaran ubat generik? Mungkin boleh murah sikit kot. Okey saya bagi kepada...
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadar - Setiu
Okey Setiu nak tambah satu sahaja Kapar iaitu supaya masukkan dalam ucapan Kapar iaitu pembinaan baharu Kompleks Kesihatan Daerah Setiu yang menggabungkan dua entiti- yang pertama, Pejabat Kesihatan Daerah Setiu yang sekarang ini disewa, tetapi bangunan yang disewa tadi selalu terdedah kepada banjir, ditenggelami air. Kedua, Klinik Kesihatan Bandar Permaisuri, usang. Dibina sejak 1976 lagi dan keadaan dinding retak dan atapnya bocor. Tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) sudah diberi milik untuk pembinaan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat ini bukan cara berbahas, Yang Berhormat. Yang Berhormat minta celahan. Bukan memasukkan begitu Yang Berhormat.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Okey masuklah dalam ucapan saya.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Kapar, dah habis masa.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Akhir sekali Pengerusi. B.42 Butiran 080900 – PeKa B40 dan Skim Perubatan MADANI. Macam sama sahaja tak naik-naik, walhal kos sara hidup kita makin naik. Jadi, saya minta kepada pihak kerajaan biar naik sejajar dengan apa yang berlaku.
Akhir sekali saya mohon kepada Menteri seperti apa yang rakan-rakan saya kata tadi tolong jawab teruslah isu-isu yang dibangkit oleh kami ini. Tak payah mukadimah banyak- banyak, yang lain kami cari sendiri. Terima kasih, Pengerusi.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Seterusnya Yang Berhormat Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua- Tuan Pengerusi, minta maaf. Terima kasih atas peluang untuk memberikan Sungai Petani berbahas bagi Kementerian Kesihatan Malaysia, Belanjawan 2025.
Saya ingin menyentuh Butiran 020000 – Perubatan iaitu beban yang ditanggung oleh hospital awam. Ini dah ke sekian kalinya dah beberapa kali Sungai Petani membangkitkan isu ini, tapi kali ini Sungai Petani betul-betul ingin merayu bagi pihak penduduk Sungai Petani untuk Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Ini adalah merupakan satu-satunya
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
hospital utama dalam kawasan tersebut dan perlu menampung bukan sahaja penduduk Sungai Petani, tetapi penduduk di Kuala Muda.
Kalau kita lihat di Parlimen Sungai Petani sahaja kita- ada penduduk lebih kurang 290,500; di Merbok kita ada 220,000; di Kuala Muda ada lebih daripada setengah juta penduduk. Ini semua perlu ditempatkan pesakit-pesakit yang ini di Hospital Sungai Petani. Ini memberikan satu bebanan yang amat-amat tinggi. Kita tidak boleh salahkan tenaga kesihatan kerana kalau saya dapat maklumat bahawa di Hospital Sungai Petani ini amat- amat berkurang tenaga kesihatan. Ini menyebabkan servis yang diberikan juga tidak cukup optimum.
Kalau kita lihat di Belanjawan 2025, kerajaan telah memperuntukkan RM1.35 bilion untuk penyelenggaraan infrastruktur kesihatan termasuk juga dengan bilik hospital dan juga tandas. Saya ingin mencadangkan agar sebahagian daripada peruntukan ini diberikan atau digunakan untuk meningkatkan kapasiti hospital melalui blok tambahan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani dan menambah kakitangan perubatan dan sokongan di hospital yang berdepan dengan beban pesakit yang tinggi.
Perlu meningkatkan juga perjawatan housemanship, MO dan sebagainya. Kalau kita lihat keluhan yang didapatkan bahawa MO perlu buat kerja HO dan juga specialist perlu membuat kerja MO. Ini tidak memberikan satu produktiviti untuk hospital itu sendiri. Pada akhirnya pesakit-pesakit menyalahkan tenaga kesihatan. Ini adalah tidak adil untuk mereka.
Saya juga ingin bertanya apakah perancangan kementerian untuk mengurangkan kesesakan yang berlaku di Hospital Sultan Abdul Halim ini.
Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 020300 – Rawatan Kecemasan dan Pesakit Luar. Ini juga terjadi di hospital yang sama, Hospital Sultan Abdul Halim. Kita lihat bagaimana kesesakan yang amat parah sering berlaku.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Saya ingin menyentuh Butiran 030600 – Pendidikan Kesihatan. Pendidikan kesihatan ini bukan hanya tentang memahami tubuh atau penyakit, tetapi yang lebih penting adalah memberikan pemahaman kepada masyarakat bahawa pentingnya primary healthcare.
Saya ingin bertanya, apakah usaha kerajaan untuk meningkatkan lagi pemahaman masyarakat berkenaan dengan fungsi klinik kesihatan? Supaya masyarakat yang datang ke hospital atau emergency itu adalah betul-betul kerana penyakit atau emergency, tetapi bukan hanya sekadar selesema atau pun demam. Ini kita boleh dapat di primary healthcare.
Peruntukan RM300 juta dalam Belanjawan 2025 untuk menaik taraf klinik merupakan peluang untuk menambah peralatan perubatan, kakitangan dan perkhidmatan klinik kesihatan di daerah-daerah terutamanya di kawasan Sungai Petani. Saya ingin bertanya, apakah strategi kementerian untuk memastikan klinik kesihatan ini menjadi pusat rawatan utama bagi kes-kes ringan?
Tuan Pengerusi, Butiran 030000 – Kesihatan Awam. Perkhidmatan penjagaan primary merupakan tulang belakang sistem kesihatan kerana ia mampu mencegah dan
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
mengawal penyakit tidak berjangkit atau non-communicable diseases (NCD) seperti kencing manis, hipertensi dan penyakit jantung. Satu daripada enam orang dewasa di Malaysia mengalami penyakit NCD ini, mengikut National Health and Morbidity Survey 2023. Dengan peningkatan peruntukan untuk NCD dalam Belanjawan 2025, langkah ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk menangani isu ini secara lebih meluas.
Dalam hal ini, saya ingin kerajaan memperkasakan lagi wellness hub yang mana di dalam wellness hub ini merangkumi pelbagai aktiviti-aktiviti untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat. Kalau di Kedah, kita melihat di Kuala Muda dan Kota Setar, terdapat wellness hub yang cukup lengkap. Saya harap agar kementerian dapat menambahkan lagi bajet agar primary healthcare ini dapat dimanfaatkan dengan seoptimum mungkin.
Terakhir, Tuan Pengerusi, kita tidak boleh menutup mata terhadap kes kematian buli yang berlaku dalam kalangan Doktor Pelatih di negara kita. Insiden seperti ini bukan sahaja mencerminkan kelemahan dalam sistem latihan perubatan, tetapi juga memberikan kesan buruk kepada keseluruhan profesion perubatan. Doktor-doktor Pelatih ini dahlah stres dengan jam kerja yang lama dan juga suasana kerja yang stres, ditambah pula dengan aktiviti-aktiviti yang negatif ini. Kes-kes buli ini amat-amat perlu dicegah.
Perlindungan untuk whistleblower di mana Doktor Pelatih yang melaporkan kejadian buli atau penyalahgunaan kuasa harus diberikan perlindungan. Saya ingin mencadangkan penubuhan program mentorship khas yang memberi ruang kepada Doktor Pelatih untuk mendapatkan nasihat, melaporkan masalah dan menerima sokongan moral daripada mentor yang berpengalaman. Pada masa yang sama, platform aduan atas talian seperti MyHelp perlulah ditingkatkan lagi fungsinya agar lebih efektif dan telus.
Ini yang betul-betul terakhir. Saya ingin membawa perhatian Dewan mengenai isu caj hospital swasta dan premium insurans perubatan. Hal ini dah dibangkitkan oleh beberapa Ahli Parlimen yang lain dan kita melihat bahawa hal ini amat-amatlah parah. Masalah ini turut memberi kesan besar kepada sistem kesihatan negara kerana golongan M40 yang sebelum ini mampu mendapatkan rawatan kini beralih ke hospital kerajaan yang sudah pun sesak dengan pesakit B40. Pada masa yang sama, premium insurans yang mahal terus menambah beban kepada keluarga.
Saya ingin bertanya kepada Kementerian Kesihatan tentang beberapa perkara mengenai isu ini. Pertama, apakah langkah KKM untuk mengawal caj hospital swasta di luar prosedur perubatan? Adakah kerajaan akan memperkenalkan mekanisme kawalan harga atau garis panduan caj hospital swasta? Adakah BNM akan diminta menyelia premium insurans perubatan dan memastikan syarat yang dinyatakan ini secara telus?
Kita ingin memastikan bahawa ada kawal selia yang baik. Hospital swasta ini tidak sewenang-wenangnya meningkatkan lagi kos harga sehingga harga yang amat-amat melampau. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Sungai Petani izin menyokong.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, Yang Berhormat Sungai Petani. Seterusnya, Yang Berhormat Ketereh.
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Dato’ Pengerusi. Terima kasih juga Yang Berhormat Menteri kerana begitu tekun mencatat. Dari tadi lagi saya perhatikan Yang Berhormat Menteri, sahabat saya.
Saya terus kepada Butiran 080600 – Pengoperasian Fasiliti Baharu. Klinik Kesihatan Ketereh telah ditamatkan perkhidmatan secara sementara pada 15 Januari 2024 akibat daripada kerosakan bangunan dan tidak selamat digunakan. Mengikut rekod, seramai 37,240 orang pesakit telah menggunakan Klinik Kesihatan Ketereh sepanjang tahun 2022 kerana klinik kesihatan ini merupakan klinik utama di selatan daerah Kota Bharu.
Masalah yang dihadapi oleh rakyat Ketereh adalah mereka terpaksa pergi ke klinik kesihatan desa yang berhampiran, baharulah pergi kepada klinik kesihatan yang berhampiran juga. Walaupun berhampiran, tetapi di luar jauh sedikit dari Ketereh. Contoh.
Saya nak bagi contoh, ibu yang bersalin. Mula-mula dia terpaksa pergi kepada klinik desa.
Kemudian, dari situ, setelah mendapat data-data, kemudian pergi pula kepada klinik kesihatan yang berhampiran. Jadi, memerlukan masa yang lama. Di situ sahaja dah lebih kurang dua jam. Kemudian, pergi lagi- habis hampir separuh dari hari itu. Memang menyusahkan ibu-ibu. Ada yang sakit, ada yang apa dan macam-macam lagi.
Jadi, di sini, saya merayulah kepada Yang Berhormat Menteri untuk meneliti balik permasalahan di Klinik Ketereh dan bertindak segera untuk membaik pulih bangunan yang rosak agar ia boleh berfungsi seperti dahulu.
Perkara yang terakhir iaitu Butiran 022400 – Kardiotorasik. Okey, banyak aduan yang saya terima daripada anggota veteran di mana mereka menghadapi masalah untuk mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara. Keadaan ini berlaku apabila IJN menggunakan Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan KKM 87 (P20/901) Bahagian 3 bertarikh 3 Oktober 2002 bagi menafikan hak rawatan susulan di IJN bagi anggota veteran ATM.
Sesungguhnya anggota veteran ATM tidak tertakluk pada arahan Ketua Pengarah KKM 2002 ini kerana ianya terhad kepada kakitangan dan pesara Jabatan Perkhidmatan Awam sahaja. Seperti saya beritahu dari dulu lagi, ATM ini tak sama dengan awam. Anggota veteran ATM tertakluk pada Perintah Majlis Angkatan Tentera mengikut Akta Angkatan Tentera 1972 dan pekeliling oleh Jabatan Rekod dan Pencen atau pekeliling Jabatan Hal Ehwal Veteran, di mana kos rawatan veteran dibayar oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran dan bukan oleh KKM.
Justeru itu, saya mohon Yang Berhormat Menteri menyelesaikan masalah ini dengan segera agar IJN boleh menerima kembali pesakit yang telah dinafikan hak mereka.
Kebanyakan veteran-veteran ini telah lanjut usia, Yang Berhormat Menteri. Dah tua-tua dah.
Nak mati dah. Mereka adalah pejuang negara semasa darurat. Mereka telah berkorban jiwa dan raga demi mempertahankan tanah air tercinta. Apa salahnya KKM berbincang dengan
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
MINDEF. Tak cukup peruntukan, minta dengan MINDEF. Fasal, saya tengok ada banyak peruntukan untuk bahagian veteran itu. Jadi, dia boleh bayar.
Itu sahaja daripada saya. Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, Yang Berhormat Ketereh. Seterusnya, Yang Berhormat Bandar Kuching.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Sebelum saya bermula, saya ingin mengucapkan tahniah dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri kerana sangat komited untuk mendengar semua permintaan Ahli Parlimen pada petang ini.
Jadi, saya terus kepada Kod 10000 – Emolumen dan juga Butiran 090100 – Perluasan Komitmen Kewangan KKM. Di sini ada butiran RM200 juta. Saya nak tanya secara jelas, secara terperinci. Adakah peluasan ini berkenaan dengan isu on-call allowance?
Kami memang memuji komitmen KKM untuk meningkatkan on-call allowance untuk doktor kita dan ini memang satu perjuangan yang kita sokong. Saya menyambut baik kenaikan daripada RM9.16 kepada RM1.50 sejam dalam pembentangan bajet tersebut, tetapi juga ada projek rintis yang akan dimulakan dalam beberapa buah hospital dan juga institusi kesihatan. Saya nak tanya. Memang ada persoalan yang akan timbul.
Bagaimanakah institusi kesihatan dan juga hospital ini dipilih sebagai projek rintis tersebut?
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Kenapakah kita perlukan satu projek rintis jika ini tentang isu kenaikan on-call allowance atau emolumen? Projek rintis biasanya dilakukan jika ada satu inisiatif yang baharu yang kita kena test out, tapi ini berkenaan dengan kenaikan bukan gaji, tapi on-call allowance kepada doktor-doktor kita. Ia adalah lebih adil jika ia diberikan kepada semua kerana kita tahu kerja semua- doktor-doktor tak kira hospital mana di setiap negeri, kerja mereka adalah banyak dan lebih adil jika mereka dibayar secara menyeluruh bukan sahaja rintis untuk beberapa buah institusi atau hospital sahaja.
Seterusnya, kepada Butiran 100100 – Pembaikan Ambulans KKM. Butiran 080800 – Perolehan Aset/Harta Modal/Kenderaan. Saya sebenarnya mendengar dengan teliti idea atau inisiatif KKM untuk ubernization perkhidmatan ambulans. Konsep ini sebenarnya sangat promising dan jika ia dapat di implementasi dengan baik mungkin satu game changer dalam pengurusan aset ambulans di negara kita. Namun, ada beberapa halangan, ada beberapa persoalan dan beberapa careful consideration yang kita kena ambil.
Jadi, nombor satu, aplikasi yang digunakan. Setahu saya, mungkin ada satu digital triage atau satu algorithm atau AI yang digunakan untuk triage kes tersebut.
Dalam praktis yang kita buat sekarang, kita ada human operator yang mereka akan gunakan clinical judgement mereka untuk membuat keputusan sama ada ini satu emergency, ini satu urgent case dan sebagainya. Jika kita keluarkan this human element terutamanya dalam kes yang lebih complicated, adakah ia akan disalahgunakan dalam isu ini? Persoalan
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
pokok adalah siapakah yang membayar tentang management ambulans tersebut, driver, pembaikan ambulans tersebut dan untuk kos maintenance aplikasi dan the whole thing? Siapakah yang bayar? Yang menanggung kos penggunaan uberization ini terutamanya jika kita mengaitkan kedua-dua swasta dan juga publik aset yang ada?
Siapakah juga akan menanggung medical liability jika ada apa-apa kejadian yang tidak diingini disebabkan- contohnya medical negligence yang berlaku dalam perjalanan tersebut? Butiran 022700 – Psikiatri dan Kesihatan Mental. Saya menyambut baik, sebenarnya Yang Berhormat Menteri telah datang Kuching baru-baru ini dan pergi ke Hospital Sentosa. Antara satu daripada empat buah Hospital Psikiatri di seluruh Malaysia dan telah memberikan peruntukan lebih RM600,000 untuk membelikan peralatan. Memang saya menyambut baik, saya berterima kasih. Hospital Sentosa amat memerlukan banyak keperluan. Ada lagi isu asbestos yang perlu ditangani.
Butiran 022300 – Dietetik dan Sajian. Ini satu permintaan daripada saya, kawan baik saya Yang Berhormat Menteri. Jika boleh luluskan serta-merta, ada satu keperluan di Sarawak General Hospital untuk membeli dishwasher. Tahu kah di Sarawak General Hospital, setiap hari mereka kena masak 4,000 meal untuk breakfast, lunch, dinner- 4,000. Tanpa dishwasher ini, pekerja-pekerja sana susah, mereka kena cuci pinggan satu-satu dan mereka tak ada masa untuk menyediakan masakan atau makanan yang ada khasiat yang baik untuk pesakit. Jadi, boleh luluskan- RM800,000 sahaja. Boleh luluskan hari ini.
Butiran 010500 – Pengurusan Maklumat. Saya ingin tanya tentang progress projek EMR. Saya menyokong one individual one record. Saya menyokong visi Yang Berhormat Menteri tapi dalam bajet yang saya cuba teliti kan, saya tak nampak di mana peruntukan khas untuk projek ini. Memang perlukan peruntukan yang sangat besar. I know the numbers, tetapi boleh memberikan sedikit penjelasan, apakah progress EMR dan bagaimana projek ini dapat dilakukan? Dengan itu, sekian terima kasih Tuan Pengerusi.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Seterusnya, Yang Berhormat Parit.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Assalamualaikum dan selamat petang. Terlebih dahulu, Parit mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri baru-baru ini turun ke kawasan saya dalam majlis penyerahan projek bagi Hospital Seri Iskandar. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada YB Menteri dan Timbalan Menteri kerana mendengar dengan tekun perbahasan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat kerana kita tengok akhir-akhir ini hanya Timbalan Menteri yang mendengar dan menjawab segala perkara yang telah dibahaskan. Hari ini kedua-duanya ada ya, alhamdulillah. Merujuk kepada Butiran 010200 – Sumber Manusia. Saya dimaklumkan bahawa Unit Sokongan Jurupulih Perubatan Fisioterapi di hospital memerlukan penambahan perjawatan yang sangat kritikal kerana pada waktu ini mereka telah dibebani oleh bilangan pesakit yang
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
ramai bagi seorang Fisioterapi terutamanya di hospital-hospital besar iaitu seorang Jurupulih Perubatan Fisioterapi perlu memberi rawatan kepada purata 30 orang pesakit pada waktu ini.
Adakah kementerian akan menambah bilangan perjawatan Fisioterapi ini dalam masa yang terdekat ini?
Kedua, banyak di kalangan staf bergred 32 dan 36 sudah lama memperoleh ijazah namun proses untuk menaikkan mereka ke Gred 41 mengambil masa yang terlalu lama.
Apakah tindakan kementerian dalam mempercepatkan proses kenaikan gred ini?
Ketiga, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam digesa menyemak semula keputusan yang mewajibkan tambahan tiga jam bekerja seminggu untuk Jururawat wad mulai 1 Disember ini. Arahan baharu di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ini bukan sahaja tidak adil malah berisiko memburukkan lagi keadaan yang dihadapi oleh kakitangan kejururawatan yang menjadi tulang belakang kepada sistem penjagaan kesihatan negara ini.
Para Jururawat mempunyai bebanan tugas yang berat dan sudah menjangkau had kepada kemampuan mereka malah sering mengorbankan kesejahteraan fizikal, emosi dan mental untuk menjaga pesakit. Saya menggesa keputusan ini disemak semula.
Merujuk kepada perkara Butiran 00300 – Kemudahan Hospital. Saya dimaklumkan bahawa peralatan-peralatan yang digunakan di wad dan unit hospital yang telah rosak mengambil masa yang lama untuk digunakan semula. Apakah tindakan kementerian dalam mengurangkan kerenah birokrasi dalam menggantikan peralatan ini secepat mungkin?
Kedua, saya ingin membangkitkan berkenaan keperluan mendesak untuk menyambung semula perkhidmatan Klinik Jabatan Pesakit Luar di Hospital Changkat Melintang yang ianya ditutup baru-baru ini.
Setelah wujudnya hospital baharu di Seri Iskandar, penduduk tempatan kini terpaksa menempuh perjalanan yang jauh atau menanggung kos yang lebih tinggi untuk mendapatkan rawatan asas. Penutupan klinik di Hospital Changkat Melintang ini juga telah meningkatkan jumlah pesakit yang terpaksa mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Bota Kiri dan Lambor Kiri yang menyebabkan masa menunggu yang lebih lama dan bebanan tambahan kepada kakitangan kesihatan di klinik-klinik Bota Kiri dan Lambor Kiri ini.
Saya memohon agar perkhidmatan klinik kesihatan diadakan semula di Hospital Changkat Melintang di bawah pengurusan Pejabat Kesihatan Daerah. Hal ini kerana perkhidmatan Hospital Changkat Melintang telah pun berpindah ke hospital baharu di Seri Iskandar.
Ketiga, Klinik Kesihatan Parit di kawasan Parlimen saya menghadapi pelbagai cabaran yang memerlukan perhatian segera demi memastikan keselesaan dan kecekapan perkhidmatan kesihatan untuk rakyat. Antara isu utama bagi klinik ini ialah ruangan parkir yang sempit dan terhad menyukarkan kakitangan dan pesakit terutama warga emas yang semakin ramai mendapat rawatan secara konsisten. Kekurangan kemudahan seperti X-ray di klinik juga memaksa warga emas untuk ke Klinik Seri Iskandar. Begitu juga tiadanya ambulans yang selesa, yang mencukupi.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Oleh itu, saya mencadangkan agar kerajaan menyegerakan pembinaan klinik baharu, Klinik Kesihatan Parit yang baharu di lokasi strategik yang lebih selesa, mesra OKU dan mesra warga emas serta dilengkapi kemudahan perubatan moden untuk rawatan pelbagai jenis penyakit. Lokasi ini juga disarankan untuk dielakkan daripada kesesakan atau kesibukan bagi menjamin akses yang lebih baik bagi para pengguna.
Saya turut mencadangkan penambahan ambulans bagi Klinik Kesihatan Parit ini.
Saya difahamkan bahawa lokasi telah pun dikenal pasti justeru peruntukan segera diperlukan bagi pembangunan klinik baharu, Klinik Kesihatan Parit ini. Itu sahaja. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Parit. Seterusnya, Yang Berhormat Puchong.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Terima kasih Dato’ Pengerusi kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan. Saya ingin terus merujuk kepada B.42 Butiran 020600 – Pembedahan Am dan Butiran 022400 – Kardiotorasik. Puchong ingin mengambil kesempatan ini untuk membangkitkan isu berkenaan dengan Pusat Jantung Hospital Serdang. Dato’ Pengerusi, Pusat Jantung Hospital Serdang ini dibuka pada Disember tahun 2022 dan dibina dengan kos RM546 juta.
Apabila Pusat Jantung ini buka, ia dikatakan mampu memberi rawatan bertaraf dunia kepada pesakit jantung di Malaysia dan mengurangkan pergantungan negara kita pada Institut Jantung Negara (IJN) sahaja.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Namun, hanya selepas 18 bulan, pada Mei 2024 tahun ini, keempat-empat bilik pembedahan telah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah teknikal dan elektrik. The Star menggunakan tajuk yang sangat tepat dan saya ingin petik di sini, “Heart of the center is not beating”, “Jantung pusat jantung tidak berdegup.” Bukan sahaja itu, pada masa yang sama saya sangat bimbang. Saya tengok lagi, The Sun juga telah pun melaporkan bahawa, sementara keempat-empat bilik pembedahan tidak berfungsi di new wing Hospital Serdang. Old wing Hospital Serdang juga, hanya satu daripada empat pembedahan di old wing Hospital Serdang yang berfungsi.
Puchong ingin mendapat pengesahan daripada KKM sama ada pada Mei, semua kecuali satu bilik pembedahan di Hospital Serdang adalah berfungsi. Pada 7 hari bulan Jun, Menteri telah pun umumkan bahawa tiga daripada empat bilik pembedahan di Pusat Jantung Serdang sudah mula berfungsi sejak 5 hari bulan Jun. Walau bagaimanapun, pada Julai 22, hanya satu bulan selepas penyelenggaraan ada satu laporan akhbar lagi yang katakan bilik pembedahan terpaksa tutup lagi selama tiga minggu.
Puchong ingin mendapatkan pengesahan daripada Menteri. Berapakah bilik pembedahan yang di kedua-dua new wing dan old wing di hospital sekarang berfungsi sekarang?
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Puchong juga ingin tanya sama ada fasiliti-fasiliti baharu yang diuar-uarkan semasa Pusat Jantung Hospital Serdang dibuka seperti makmal jantung invasive, machine MRI 3.0 Tesla dan lain-lain sekarang berfungsi dengan baik?
Sebab, saya pun tak yakin- bilik pembedahan tak berfungsi. Saya tak yakin sama ada fasiliti-fasiliti yang baharu dalam Pusat Jantung juga berfungsi. Paling penting Puchong ingin tanya kepada Menteri, adakah perkara ini boleh diterima sebagai norma di Malaysia?
Di mana satu Pusat Jantung yang beribu-ribu pesakit jantung yang tunggu bilik pembedahan, yang kos rakyat- wang rakyat sebanyak RM546 juta, yang baharu- tidak boleh berfungsi.
Adakah ini is a norm that we need to be accepted? I don’t think so, dengan izin.
Puchong cadangkan KKM untuk menjalankan satu siasatan dan juga audit. Apakah prosedur? Siapakah yang menyebabkan kejadian ini berlaku? Kita perlu mengambil langkah penambahbaikan. We cannot just let it be, dengan izin. We need to know who is responsible for this and head must roll, dengan izin.
Puchong ingin cadangkan juga KKM untuk mengadakan satu dashboard di Ibu Pejabat KKM untuk tujuan memantau sama ada bilik, bukan sahaja bilik pembedahan, tetapi semua fasiliti-fasiliti penting hospital yang lain di semua hospital dan klinik kesihatan kerajaan di seluruh Malaysia sama ada fasiliti-fasiliti ini, satu- berfungsi. Bilakah penyelenggaraan?
Sama ada penyelenggaraan dibuat. Jika tidak, siasatan dan tindakan perlu diambil.
Saya nak mengambil pengajaran ini sebab new wing apabila bilik pembedahan tak boleh guna, okey kita mungkin kata dia new lagi, ada banyak lagi masalah teknikal. What about the old wing? Kenapa apabila new wing tidak boleh, old wing pun tidak boleh? Old wing, itu masalah penyelenggaraan. So, saya minta penjelasan daripada KKM dan juga dari Menteri, apakah tindakan ataupun langkah yang akan diambil oleh KKM untuk memastikan kejadian ini tidak berlaku lagi?
Seterusnya Dato’ Pengerusi, saya ingin merujuk kepada B.42 Kepala Butiran 030000 – Kesihatan Awam dan Butiran 030300 – Kawalan Penyakit. Saya ingin cadangkan KKM untuk mengadakan inisiatif pemasangan automated external defibrillator (AED) di premis awam di Malaysia bagi mengurangkan kadar kematian akibat serangan jantung. Kajian telah menunjukkan bahawa AED mampu meningkatkan survival rate bahawa bagi mangsa serangan jantung setinggi 60 hingga 80 peratus. Dato’ Pengerusi, saya baca laporan.
Pada Mac 22, Menteri KKM masa itu umum kan bahawa pemasangan AED akan menjadi wajib menjelang tahun 2025, tetapi hari ini saya menerima Jawapan Soalan Lisan daripada KKM- soalan 15, bahawa pemasangan AED hanya akan menjadi sukarela. Saya ingin tanya, adakah polisi ini muktamad? Saya juga amat bimbang apabila saya baca jawapan hari ini, jawapan ini- KKM kata, tiada pangkalan data bilangan AED di negara. Malah, bilangan AED di agensi-agensi kerajaan, KKM juga tak tahu. So, ini menunjukkan bahawa KKM tidak mengambil berat pemasangan AED. Memang saya tahu, KKM ada banyak benda yang mereka perlu meletakkan perhatian.
Oleh itu, Puchong ingin menarik perhatian kali ini supaya Menteri juga tak lupa pemasangan AED sebagai satu langkah untuk mengawal, save the life. Puchong ingin juga-
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
10 saat lagi, Puchong ingin juga menyeru supaya KKM untuk mempertimbangkan lagi dasar untuk mewajibkan pemasangan AED seperti yang dilaksanakan di Taiwan melalui Taiwan Emergency Medical Services Act. Puchong rasa kerajaan perlu sekurang-kurangnya mewajibkan pemasangan AED di premis awam yang berisiko tinggi seperti gelanggang badminton. Itu sahaja yang saya bahas. Saya sokong. Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Seterusnya Yang Berhormat Gerik.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Pengerusi, terima kasih atas laluan yang diberikan kepada Gerik.
Jadi, Gerik ingin menyentuh tentang bajet Kementerian Kesihatan bagi maksud perkara Bekalan 42, Butiran 020000 – Perubatan. Bagi aktiviti Butiran 020300 – Rawatan Kecemasan dan Pesakit Luar, yang meningkat sebanyak RM138.8 juta yang menjadikan bajet tahun 2025 sebanyak RM976.26 juta.
Jadi, apakah sebab utama kenaikan ini dan apakah ia mampu menyelesaikan masalah-masalah seperti kelewatan atau terlalu lama menunggu atau adakah ia untuk bekalan ubat-ubatan kecemasan atau bagaimana?
Manakala, bagi aktiviti Butiran 020400 – Rawatan Am Pesakit Dalam, yang meningkat sebanyak RM174.7 juta. Begitu juga dengan Butiran 020500 – Perubatan Am, yang meningkat sebanyak RM169.9 juta. Apakah signifikan bagi kenaikan belanja bagi kedua-dua bekalan ini? Gerik ingin bertanya, adakah perubatan am ini yang menggunakan bajet sebanyak RM1.7 bilion ini ia termasuk dengan mengekalkan klinik-klinik komuniti di daerah-daerah seluruh negara? Ini kerana kami di Gerik, kami telah menerima satu berita tentang penutupan sebuah Klinik Komuniti yang sangat diperlukan oleh masyarakat setempat.
Jadi, Gerik ingin minta perhatian Menteri. Di kesempatan ini, untuk menyatakan berkenaan dengan bantahan penutupan Klinik Komuniti Taman Baiduri di Gerik. Ini kerana Klinik Komuniti tersebut masih diperlukan oleh penduduk. Kita maklum ada isu kekurangan staf dan sebagainya, tetapi keadaan ini haruslah diatasi secara dalaman oleh pihak kementerian tanpa melibatkan penutupan. Bagi saya dan pihak penduduk Parlimen Gerik, kami merayulah pada kementerian untuk mengekalkan Klinik Komuniti Taman Baiduri ini demi kepentingan rawatan kesihatan warga setempat yang dikatakan ia akan ditutup pada hujung tahun ini. Jadi, Surat Bantahan Rasmi penduduk telah saya panjangkan dan saya juga bawa satu Surat Bantahan Rasmi yang saya nak bagi sendiri kepada Menteri. Saya harap Menteri faham betapa seriusnya masalah ini...
[Menunjukkan dokumen berkaitan] Kedua, Gerik juga ingin mengambil sedikit perhatian Menteri berkenaan dengan status pembinaan Klinik Kesihatan Bandar Gerik yang dicadangkan sebelum ini bertempat di Kampung Air Panas, Gerik. Jadi, Gerik juga ingin tahu, apakah status terkini berkenaan
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
perkara itu kerana Klinik Kesihatan Pesakit Luar ataupun Klinik Kesihatan Am Gerik ini dia berselerak di seluruh Gerik. Ada klinik pergigian dan sebagainya. Jadi, kami sangat-sangat memerlukan. Kita tahu hari itu kementerian cakap ia akan diluluskan. Cuma, kita nak tahu bila- bila ia akan dimulakan?
Kemudian ketiga, begitu juga dengan Klinik Kesihatan Pulau Banding, Gerik. Jadi, apakah status terkini tentang cadangan tersebut- bilakah ia akan dimuktamadkan? Kerana ia penting bagi komuniti Orang Asli dan komuniti penduduk-penduduk tempatan di sekitar Pulau Banding. Sebab jarak dia sangat jauh dengan Gerik. Lebih kurang dua jam. Sejam lebih lah kalau nak pergi.
Kemudian, begitu juga perkhidmatan ambulans. Ambulans Gerik perlu ditambah kerana kami ini tak ada klinik pakar. Kami tak ada hospital pakar di Gerik.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Jadi bila berlakunya temu janji dan sebagainya, ambulan ini kita nak guna untuk kecemasan, tapi dalam masa yang sama, kadang-kadang perlu nak bawa ke temu janji dan sebagainya di Ipoh dan Taiping, jadi kita juga perlukanlah van-van KKM untuk ditambah di Gerik ini.
Lagi satu di kesempatan masa yang ada Tuan Pengerusi, Gerik juga ingin membawakan satu masalah yang saya rasa ramai Ahli Parlimen kita telah bangkitkan sebentar tadi. Gerik sering kali ditanya oleh orang ramai berkenaan dengan kos premium insurans yang semakin naik. Jadi ada di antara rakyat kita ini yang dah tak mampu dah nak bayar insurans. Jadi menyebabkan kalau dulu dia orang pergi ke hospital swasta kebanyakannya, jadi kebanyakan ada yang M40 pun dah tak mampu nak pergi ke hospital swasta. Jadi ramai yang dah beralih ke hospital kerajaan. Jadi apakah pelan mitigasi bagi KKM bagi mengatasi masalah ini? Lagi satu adakah cukup bajet yang telah diperuntukkan semua ini dengan kejadian-kejadian yang akan berlaku menjelang tahun-tahun yang akan datang?
Lagi satu adakah kos premium insurans ini tidak dipantau? Kerana kita rasa KKM bertanggungjawab juga untuk memantau premium-premium insurans yang naik ini kerana ia nya melibatkan pengurusan hospital-hospital swasta dan adakah kita ini tiada mekanisme kawalan harga premium insurans ini dan sebagainya? Itulah. Jadi minta perhatian Menteri berkenaan dengan perkara tersebut. Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Seterusnya Yang Berhormat Miri.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 020000 – Perubatan.
Pengerusi, seperti yang dinyatakan dalam Kertas Putih KKM tahun lepas, gabungan pelbagai faktor telah mengakibatkan sistem kesihatan pada masa kini terutamanya penjagaan kesihatan di sektor awam menjadi terbeban dan ketinggalan. Dalam beberapa dekad terakhir,
Tuan Chiew Choon Man - Miri
sistem kesihatan kita terpaksa menghadapi cabaran baharu seperti perubahan gaya hidup, urbanisasi serta kesan kepada kesihatan planet. Semua ini memberi tekanan besar baik daripada segi operasi mahupun kewangan.
Selain terus memberi sokongan peruntukan kepada sistem penjagaan kesihatan awam, kerajaan juga harus memberi fokus dalam sektor sistem sektor kesihatan swasta memandangkan sistem kesihatan Malaysia adalah sistem hibrid yang terdiri daripada penjagaan kesihatan awam dan swasta. Sesungguhnya sistem kesihatan sektor swasta berfungsi sebagai alternatif kepada sektor awam dalam membantu mengurangkan kesesakan dalam sistem kesihatan awam. Namun kita juga harus akui bahawa sejak kebelakangan ini, kos perkhidmatan kesihatan swasta dan kos premium insurans perubatan menjadi beban yang tidak mampu lagi bagi rakyat terutamanya golongan M40 dan B40.
Tuan Pengerusi, seperti yang dikatakan oleh saudara Gerik tadi dan juga beberapa orang rakan Ahli Parlimen, isu kenaikan kadar premium insurans perubatan yang mendadak telah dibangkitkan. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah menerima aduan di mana berlakunya premium insurans perubatan telah meningkat antara 30 hingga 50 peratus.
Bahkan ada yang mencecah sekali ganda. Selalunya alasan yang diberikan adalah disebabkan kenaikan kos perubatan di hospital swasta. Saya bukan ingin membuat pertuduhan di sini, tetapi kita juga harus memastikan bahawa amalan negatif yang berlaku di sesetengah negara seperti Amerika Syarikat tidak berulang dan berlaku di Malaysia.
Sebagai contoh, kolusi dan caj berlebihan terutama sekali. Di Amerika Syarikat, terdapat laporan kolusi antara atau pakat atau subahat, antara hospital dan syarikat insurans swasta di mana caj perubatan dinaikkan secara melampau dengan alasan dia akan ditanggung oleh insurans...
Seorang Ahli
Betul...
[Tepuk]
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Kedua, penipuan pengebilan perubatan. Penipuan seperti caj untuk perkhidmatan yang tidak diperlukan atau melebih-lebihkan perkhidmatan menjadi amalan yang membebankan tabung atau pool insurance.
Ketiga, inilah menyebabkan kepada kenaikan mendadak premium. Kenaikan premium insurans di Amerika Syarikat adalah disebabkan oleh kos perubatan yang paling tinggi serta ketidakcekapan pentadbiran insurans yang menjadikannya tidak mampu dimiliki oleh rakyat biasa. Tuan Pengerusi, dalam Kertas Putih Kementerian Kesihatan yang lalu, kerajaan telah mencadangkan untuk meneroka sistem sumbangan progresif sebagai satu langkah bagi memastikan pembiayaan kesihatan yang mampan.
Sehubungan dengan itu, saya meminta agar Kementerian Kesihatan dapat bekerjasama dengan Kementerian Kewangan untuk melaksanakan perkara berikut.
Pertama sekali, menyiasat punca sebenar kenaikan kos insurans perubatan swasta bagi memastikan kenaikan itu adalah berasas dan tidak melibatkan amalan tidak beretika...
[Tepuk] Kedua, memastikan kenaikan kos adalah wajar dan sejajar dengan kenaikan kos perubatan dan bukan untuk keuntungan yang tidak berpatutan dan terlampau.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Ketiga, memperkenalkan skim sumbangan khusus seperti insurans perubatan kerajaan yang lebih mampu milik dan inklusif untuk rakyat Malaysia.
Keempat memastikan ekosistem pasaran perubatan swasta daripada caj penyertaan perkhidmatan sampailah insurans beroperasi secara adil dan menepati prinsip perdagangan yang sihat.
Tuan Pengerusi, sekiranya mengikuti trend yang sedia ada, premium insurans perubatan akan meningkat ke-satu tahap yang tidak mampu lagi dimiliki. Oleh itu, kerajaan perlulah campur tangan dalam isu ini. Jika golongan khususnya M40 yang sebelum ini bergantung kepada insurans perubatan untuk mendapatkan perkhidmatan di perubatan swasta, terpaksa beralih sepenuhnya kepada perkhidmatan awam, ia akan meningkatkan lagi kesesakan dan beban di hospital kerajaan. Kita tidak boleh membiarkan perkara ini berlaku kerana ia akan memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat dan keberkesanan sistem kesihatan negara kita.
Saya menggesa kerajaan untuk mengambil langkah segera dan proaktif bagi menangani isu ini. Sistem kesihatan kita adalah aset negara yang tidak ternilai dan kita mesti memastikan ia mampu diakses oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang ekonomi...
[Tepuk] Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Miri. Seterusnya Yang Berhormat Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Menteri dan Timbalan Menteri, tahniah kerana hadir sama.
Saya membahaskan peruntukan Bajet 2025 Peringkat Jawatankuasa yang memperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan sebanyak lebih kurang lebih RM45.272 bilion. Dato’ Pengerusi, visi Kementerian Kesihatan ialah gembleng negara ke arah kesihatan yang lebih baik dengan sasaran ialah ke seluruh rakyat Malaysia.
Saya ingin menyentuh beberapa butiran, yang pertama ialah Menteri, Butiran 00400 – Hospital Baharu. Ini mungkin dah isu dah lama Menteri dan saya minta benar Menteri berikan perhatian terhadap isu ini. Saya tak nak menyentuh tentang 36(7) kerana ini berkaitan dengan Kebawah Duli Tuanku. Saya minta supaya Hospital Maran ini dapat direalisasikan dengan segera.
Saya amat kecewa Dato’ Pengerusi, Menteri dan Timbalan Menteri, kerana hospital ini sudah diluluskan di Rancangan Malaysia Ke-11 lagi oleh mantan Perdana Menteri Yang Berhormat Dato’ Sri Najib. Saya cukup sedih atas insiden ini kerana apabila dahulu diluluskan oleh Dato’ Sri Najib dan bila kita tukar kerajaan, maka kerajaan yang juga Menteri nya hari ini telah mengetepikan atau menghilangkan tajuk “Hospital Baharu Maran” ini.
Kemudian diambil alih oleh kerajaan yang baharu masa memerintah Tan Sri Muhyiddin. Hospital ini dilahirkan semula. Begitulah seterusnya di bawah Perdana Menteri
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
iaitu Bera, hospital ini terus diperjuangkan dan ada dalam bajet sejumlah RM350 juta telah diperuntukkan, tetapi bila tukar je baharu kerajaan, maka hospital ini telah hilang kembali. Jadi saya bukanlah- tidak hendak mengeluarkan bahasa-bahasa kasar Menteri, tetapi ini sesuatu yang cukup menyedihkan. Dan amat malang bagi rakyat di Maran kurang lebih 200,000 atau 150,000 orang yang terpaksa pergi ke Hospital Temerloh atau Jengka untuk mendapatkan rawatan. Hari ini ada kes kematian. Semalam Ke bawah Duli Tuanku berangkat dan mereka- mangsa yang lemas ini telah kita bawa ke Hospital Jengka lebih kurang 30-40 kilometer yang terpaksa membuat postmortem.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Sebab itulah saya rasa Maran sahaja yang belum ada hospital ini Datuk Menteri.
Saya minta tolonglah, saya akan terus perjuangkan hospital ini. Saya akan terus perjuangkan dengan rakyat saya memastikan mereka mendapat kemudahan Hospital Maran ini secepat mungkin. Jangan khianati rakyat. Biarlah kita susah sedikit Menteri asalkan kita boleh memberikan jasa kita yang mulia ini kepada rakyat dan insya-Allah, Allah membalas jasa baik kita.
Dato’ Pengerusi, saya nak pergi kepada Kesihatan Awam 03000 sejumlah RM6.2 bilion diperuntukkan. Saya nak tahu daripada Menteri berapa ramai kah pekerja asing yang mendapat rawatan melalui hospital-hospital kerajaan ini? Mereka berada di sini. Kadang- kadang kita pergi ke hospital umpamanya Hospital Temerloh, terlalu ramai, ramai pekerja asing bersaing dengan orang kita. Berapa ramai di antara mereka yang mendapat faedah dari hospital kita ini. Adakah kerajaan mempunyai maklumat yang terperinci? Berapakah belanja yang telah dikeluarkan kepada pekerja asing ini?
Berapakah pula pulangan yang mungkin kita boleh dapat daripada pendaftaran dan juga bayaran yang kita kenakan kepada pekerja asing yang dibayar kepada kerajaan? Saya juga ingin bertanya kepada kerajaan apakah kerajaan bercadang untuk membina mengadakan hospital khas bagi pekerja-pekerja terutama pekerja asing? Kita ada berapa juta orang pekerja asing sekarang ini- cukup ramai. Adakah tidak boleh kita collaborate-kan dengan Kementerian Sumber Manusia melalui PERKESO untuk kita mengadakan hospital khas bagi pekerja dan keselamatan pekerjaan ini.
Dato’ Pengerusi, saya nak sentuh satu lagi ialah 022200, 030500, 05000 berkaitan dengan farmasi dan juga bekalan kesihatan perkhidmatan farmasi di hospital kita. Saya lihat- saya mendapat banyak teguran ataupun pandangan ingin tahu daripada masyarakat setempat. Mereka mendapat bekalan ubat daripada kesihatan. Mereka mungkin hanya perlu membayar RM1 untuk pendaftaran perubatan mendapatkan rawatan di hospital atau klinik.
Mereka mendapat ubat yang cukup banyak kadang-kadang, tetapi tidak semua- ubat-ubat ini dimakan oleh pesakit-pesakit.
Jadi, mereka bertanya apa cara. Setakat ini agak kurang bimbingan yang diberikan kepada pesakit-pesakit untuk mereka bagaimana mereka menguruskan ubat-ubat yang dibekalkan oleh kerajaan ini dan bagaimana mereka boleh melupuskan ubat-ubat ini. Sebab itulah kadang-kadang Datuk Menteri, ada pesakit-pesakit yang kadang-kadang bila dia dah
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
lama tak makan ubat, bila dia sakit semula dia ambil ubat lama, dia makan semula. Akhirnya, bukan sahaja pemulihan diperoleh, tapi tambahan penyakit yang mereka terpaksa hadapi.
Yang akhir Dato’ Pengerusi ialah Butiran 080400 – Rawatan Perubatan Pesara Awam Persekutuan yang diperuntukkan RM679 juta. Terima kasih kepada kerajaan daripada usaha yang telah diberikan dan menghormati jasa yang telah dimainkan oleh pesara-pesara kerajaan yang telah banyak berkhidmat kepada negara dan mereka diberikan kemudahan perubatan oleh kerajaan.
Saya ingin tahu berapa ramai kah bilangan pesara-pesara kerajaan yang mendapat faedah daripada perbekalan perkhidmatan kerajaan ini. Berapakah jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan khusus dalam memberikan rawatan kepada pesara-pesara ini? Apakah antara pendekatan-pendekatan lain yang boleh diberikan kepada pesara-pesara dalam usaha kerajaan memberikan terima kasih kerana jasa yang telah dimainkan oleh pesara-pesara kerajaan kepada negara? Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Maran. Seterusnya Yang Berhormat Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya ingin straight to the point. Kepala B.42 030000 – Kesihatan Awam. Baru-baru ini pelbagai pihak telah membangkitkan isu caj hospital swasta yang melambung tinggi dan akibat daripada kenaikan caj tersebut premium insurans juga naik juga. Jadi, minggu lepas beberapa Ahli Parlimen saya, YB Miri, YB Sungai Petani, Segamat dan juga Tebrau, kami telah adakan satu inisiatif mendengar aduan dan keluhan dan cadangan daripada rakyat untuk membawa isu-isu mereka, experience mereka, masalah mereka kepada kami.
Dalam tempoh satu minggu sahaja, kami telah menerima 63 cadangan, aduan dan pelbagai kompelin. Saya tahu Menteri, saya nampak Menteri duduk di situ, Menteri ini orang baik, saya kenal dia lama, dia orang baik, dia akan dengar semua keluhan rakyat. Maka saya ingin bawa beberapa kes sahaja yang saya rasa perlu disebut di sini. Kes antaranya kes:
satu- pertama, satu pengadu dia kata dia masuk hospital swasta kerana sinus. Buat pembedahan kecil kena caj RM26,000. Satu pembedahan kecil.
Satu kes yang satu lagi adalah seorang yang accident dia masuk hospital swasta, dia kena caj RM200,000 untuk pelbagai operation-lah tulang dan sebagainya, patah dan sebagainya kerana caj itu overcharge. Dia RM200,000 sudah maksimum, dia stop, dia terpaksa pergi ke hospital kerajaan- HUKM. HUKM dia buat semula sebab dia tergantung kan. Jadi, HUKM buat semula. Dia ambil keluar- ada masalah sikitlah. Dia buat semula, hanya caj RM60,000. Ini bermaksud bahawa hospital swasta RM200,000, hospital separa swastalah- kerajaan- HUKM RM60,000. Maksudnya RM60,000 boleh buat, tetapi kena caj RM200 ribu.
Jadi, ini perbezaan. Akibat daripada semua hospital swasta ini, kita nampak bahawa mereka mendapat- saya boleh katalah ya, dia punya keuntungan yang sangat-sangat tinggi.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Contohnya 2024, sembilan bulan pertama KPJ dia punya profit RM349 juta, naik 19 peratus berbanding tahun lepas. Secara purata net profit 12 percent- secara purata profit 12 peratus. IHH 2023 dia punya profit adalah RM2.95 bilion, naik 90 percent berbanding tahun 2022. Sunway 2023 dia punya profit RM993 juta, almost RM1 bilion. Jadi, Tuan Pengerusi, tengok profit yang begitu besar, tetapi atas siapa? Orang-orang kecil yang masuk hospital swasta- M40, beli insurans sedikit, masuk hospital swasta dan mereka mengenakan semua caj yang begitu teruk. Itu yang mengakibatkan premium insurans telah naik mendadak.
Saya nak bagi tahu kepada Menteri. Menteri, you baik hati, you tolong dengar. Okey.
Satu kes dia cancer patient- 15 tahun dia bayar insurans, okey, tanpa henti, tetapi baru-baru ini dia punya insurans over the years-lah dia naik 262 percent. Jadi, kerana dia pesara, dia tak ada duitlah. Dia punya insurans payment dulu RM754 sekarang RM1,862. Jadi, kerana dia pesara, tak boleh bayar, dia cancel sahaja. Dia cancer patient, kesiannya.
Satu kes lagi, satu keluarga dia beli, tapi saya bagi satu contoh. Tahun 2023, dia bayar RM2,868. Tahun 2024, naik RM3,360 premium dia. Tahun 2025 sudah bagi notis naik ke RM4,176. Setiap tahun daripada RM2,000 lebih, RM3,000 lebih tahun ini dan tahun depan RM4,000 lebih.
Menteri, this is too much. Too much. Bagaimanakah rakyat boleh bayar macam ini?
Jadi, ini lah isu yang besar yang memerlukan perhatian daripada Menteri supaya kita membuat sesuatu dan saya nampak bahawa Menteri sudah mengangguk, saya harap Menteri boleh bantu rakyat kita betul-betul lihat masalah kenaikan caj dan exorbitant profit daripada hospital swasta dan juga kenaikan premium insurans. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Seterusnya Yang Berhormat Lumut.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Terima kasih Dato’ Pengerusi. Syabas saya ucapkan kepada kedua-dua YB Menteri dan Timbalan Menteri kerana kedua-duanya komited untuk menunggu bagi menjawab pertanyaan perbahasan Ahli- ahli Dewan. Disebabkan komitmen mereka, tahniah kepada Kementerian Kesihatan menerima peruntukan kedua tertinggi dalam Belanjawan 2025 iaitu RM45.27 bilion bagi tahun 2025 berbanding RM41.22 bilion pada tahun 2024 di mana peningkatan sebanyak 9.83 peratus.
Saya terus kepada Butiran 010000 – Pengurusan. Di mana peruntukan sebanyak RM4.95 bilion bagi tahun 2025 berbanding RM5.77 bilion bagi tahun 2024. Kita sedia maklum perkhidmatan terbaik bagi sesebuah hospital adalah mengutamakan keselamatan dan keberkesanan serta kepuasan warga hospital, pesakit dan pelawat. Isunya mengenai sistem rekod perubatan elektronik. Baru-baru ini, pihak KKM dilaporkan sedang dalam proses membangunkan sebuah aplikasi mudah alih super atau ‘super apps.’ untuk menguruskan pelbagai perkhidmatan kesihatan termasuk perkhidmatan ambulan.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Adakah KKM berhasrat untuk memanfaatkan aplikasi MySejahtera yang sedia ada bagi tujuan ini? Dalam usaha kementerian memperluaskan sistem rekod perubatan elektronik di fasiliti kesihatan KKM, apakah langkah khusus yang diambil bagi menambah baik serta mempercepatkan proses perkongsian maklumat kesihatan? Dalam hal ini, sejauh manakah kadar penggunaan aplikasi MySejahtera khususnya bagi membabitkan urusan pendaftaran temu janji pesakit dalam mengurangkan masa menunggu bagi mendapatkan rawatan? Selain mengatasi kesesakan di fasiliti kesihatan seluruh negara supaya penggunaannya dapat dioptimumkan ke arah memastikan perkhidmatan kesihatan yang lebih cekap.
Seterusnya isu kesesakan wad. Apakah inisiatif terkini KKM untuk mengatasi masalah kesesakan di wad-wad hospital kerajaan yang agak kritikal ketika ini? Contohnya seperti di Hospital Seri Manjung, Perak. Ini termasuk prosedur pembedahan yang dijalankan secara rawatan harian di Hospital KKM bagi mengurangkan jumlah kemasukan pesakit di wad-wad pembedahan serta pertambahan perjawatan yang diperlukan bagi menampung keperluan di fasiliti baharu atau yang baharu dinaiktarafkan.
Seterusnya isu parkir di perkarangan hospital, butiran yang sama. Sejauh manakah pemetaan hospital telah dijalankan oleh KKM di seluruh negara bagi menangani isu parkir terhad di hospital yang dikenal pasti bagi termasuk penggunaan teknologi sistem parkir mekanikal serta cadangan konsesi tender bagi tujuan pembinaan tempat letak kereta bertingkat yang telah dikenal pasti di hospital tertentu? Contohnya seperti di Hospital Seri Manjung, Perak.
Apa pun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Menteri Kesihatan yang telah turun padang ke Hospital Seri Manjung minggu lepas. Saya mengharapkan isu – walaupun saya tak dijemput untuk mengalu-alukan kehadiran YB Menteri, saya mengharapkan isu dan masalah yang saya nyatakan di atas mendapat perhatian serius serta kerana warga kawasan Lumut termasuk Beruas mengharapkan penyelesaiannya.
Seterusnya Butiran 010200 – Sumber Manusia. Di mana peruntukan sebanyak RM27.9 juta bagi tahun 2025 berbanding RM14.69 juta pada tahun 2024. Mengenai isu tambahan waktu kerja Jururawat. Arahan baharu di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam memerlukan Jururawat di wad hospital bekerja selama tiga jam seminggu daripada 42 jam kepada 45 jam mulai 1 Disember.
Yang dianggap oleh YB Menteri Kesihatan sebagai munasabah, tetapi yang telah menerima pandangan balas yang majoritinya menunjukkan rasa tidak puas hati seperti Persatuan Perubatan Malaysia dan Kesatuan Jururawat Malaya. Dalam konteks ini, kita tertanya-tanya apakah keputusan arahan penambahan jam bekerja itu benar-benar berakar pada keperluan perkhidmatan atau sekadar penyelesaian sementara terutama terhadap isu kekurangan jururawat di negara ini.
Yang Berhormat Menteri telah memberi komitmen untuk mengkaji semula keputusan yang mewajibkan tambahan tiga jam bekerja seminggu itu. Ini memandangkan arahan baharu di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam ini berisiko menambah beban
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
kakitangan kejururawatan serta implikasi terhadap sistem penjagaan kesihatan. Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Dipersilakan Yang Berhormat Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Pengerusi. Terima kasih kepada Menteri dan Timbalan Menteri yang bersama-sama kita pada petang ini.
Pertama, saya ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat ini di mana saya- Pulai, mengalu-alukan dan mengucapkan tahniah atas agenda yang baik ini. Agenda Nasional Malaysia Sihat ya di mana kita berdepan dengan beban pesakit yang banyak di negara kita ini ya.
Di mana 25 peratus tidak amalkan cara hidup yang sihat ya. Satu daripada tiga dewasa hadapi tekanan darah, 1/2 dewasa hadapi obesiti, satu daripada enam dewasa hadapi diabetes, 1/3 daripada dewasa ini hadapi kolesterol. Kita punya kos NCD adalah RM12 bilion daripada perbelanjaan kita RM45 bilion. Bermakna mana 1/4 daripada bajet Kementerian Kesihatan diberikan kepada- dikhususkan kepada masalah NCD ini.
Ini berpunca daripada lifestyle rakyat kita dan lifestyle ini bukan terhasil daripada KKM tapi ia adalah terhasil daripada polisi-polisi dalam negara kita ini. Ini bermakna bahawa KKM adalah menjadi tempat yang terakhir masalah itu dikenakan. Umpamanya, kita hendak makan sedap, kita pilih makanan yang manis dan masin akhirnya masuk hospital. Kita drive laju-laju di jalan raya, accident, masuk hospital kena pada KKM. Kita buat polisi rumah yang banyak, tapi tidak seimbang, akhirnya memberi tekanan hidup, bermasalah, tension masuk hospital.
So semua itu memerlukan satu kebersamaan dan saya rasa Agenda Nasional Malaysia Sihat ini satu platform yang sangat baik untuk menggembleng semua kementerian ini membuat polisi-polisi yang terbaik. Polisi-polisi KKM compliance lah ya okey. Jadi di sini ada satu saya melihat yang dibentangkan oleh WHO, di mana RM1 yang kita invest ini untuk pelaburan promosi mengurangkan garam, boleh save RM60.10 ya.
Jika kanser, kita buat promosi trace kanser, kita dapat save RM8.40. Jika terlibat dengan fizikal aktiviti awareness, kita dapat save RM6.60. Jika melibatkan tembakau, kita boleh dapat save RM5.90. Soalnya saya pada petang ini pada Menteri, bagaimana pelaksanaan ini boleh dilaksanakan untuk menjayakan agenda negara kita ini sihat dan rakyat kita semua sihat daripada penyakit-penyakit yang kita hadapi. Itu yang pertama ya.
Yang keduanya, Pulai juga ingin menyentuh berkenaan dengan satu usaha yang baik daripada pihak kementerian untuk pendigitalan.
Dan kami dibentangkan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas, pada 2028 bahawa hospital-hospital di negara kita ini akan sepenuhnya didigital ya. Saya- Pulai ingin berikan soalan berkenaan dengan peluasan Cloud-Based Clinical Management System (CCMS) ini
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
di 100 Klinik Kesihatan di 12 buah negeri tak termasuk Negeri Sembilan dan juga Wilayah Persekutuan di mana tempoh pelaksanaan ini sepatutnya siap pada Disember 2024.
Apakah rancangan CCMS ini telah dilaksanakan dengan jayanya? Begitu juga dengan Dental Information System (DIS) ini projek rintis di 14 Klinik Pergigian ini apakah telah dilaksanakan?
Yang seterusnya adalah Pulai ingin menyentuh juga berkenaan dengan apa yang disebut oleh rakan-rakan tadi. Berkenaan dengan beban kerja kakitangan hospital ini iaitu tambahan tiga jam daripada 42 jam ke-45 jam. Ini menunjukkan ramai yang menyebut perkara ini, ini benda yang penting ya. Saya dimaklumkan ia membebankan kakitangan ini seperti satu contoh umpamanya.
Untuk syif sebelah malam, dulunya pukul 2 petang hingga 9 malam. Sekarang pukul 2 petang dan balik pukul 10 malam. Sampai ke rumah sudah jadi pukul 11 atau pukul 12 malam. Bagi seorang Jururawat yang telah berkeluarga, ianya sangat membebankan lagi.
Tambahan lagi, apabila kekurangan staf ini, mereka terpaksa syif pagi esok pukul 7.
Bermakna bahawa pukul 5 dia dah bangun balik untuk masuk bekerja pada pukul 7 ya.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Jadi, maknanya ini sangat membebankan dan Pulai mengingatkan bahawa, kita sudah berdepan dengan 60 peratus kakitangan kita ini burnout. Kalau kita tekan mereka lagi dengan perkara ini, dia akan lebih merebak dan menyebabkan bermasalah. Sebenarnya, peluang-peluang untuk mereka bekerja di luar ni lagi banyak, insentif mungkin lagi baik lagi.
So, mungkin mereka akan keluar, tak bekerja lagi dengan kita dan kita akan menghadapi lebih ramai lagi tenaga-tenaga yang keluar.
Yang terakhir, saya minta sikit sahaja Pengerusi. Tak elok kalau tak bercakap berkenaan dengan HSA ini ya, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru ini. Katil rasmi kita ada 1206. Sepatutnya katil ICU ini ada 120, tetapi sekarang ini kita hanya ada 72 sahaja katil di ICU ini. Kita ada alternatif, HSA 2, tapi tahun 2028. Empat tahun lagi ya. Kemudian, ada cadangan pembinaan Pusat Rawatan Harian dan Kompleks Kesihatan Pakar HSA, tapi belum tentu lagi ataupun Pulai belum dapat maklumat yang jelas bila akan dilaksanakan.
Sikit teguran kepada satu projek menaik taraf bekalan utama elektrik sistem electrical dan mekanikal, jumlahnya RM140 juta. Ianya berlaku pada tahun 2016, sudah lapan tahun daripada sekarang, tapi belum siap lagi. Maknanya, sudah lapan tahun, sekarang ini baharu 54 peratus saja Menteri. Jadi, apa masalahnya kerana sudah lama projek ini, tapi masalah ini berlaku, tapi belum lagi dapat dijayakan. Terima kasih Pengerusi.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Seterusnya, Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Rakyat Malaysia, orang muda. Tap, tap,
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
screen guys. Saya, Tan Sri Pengerusi- ya, tak apalah, lama-lama dapatlah tu. Ambil jawatan inilah, cukup.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Masa 5 minit, Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sebelum saya masuk tadi, saya tanya ada kawan saya seorang daripada pihak kerajaan. Bercakap tak? Dia kata, “Cakap pun tak guna, bukan ada ubah pun.” Dengar- kerajaan cakap, bukan saya cakap. Orang lain jangan campur. Saya bercakap, ruang saya, masing-masing bercakap bahagian masing-masing.
Pasal Parlimen ni kelam kabut kerana hangpa lah.
Jadi Menteri Kesihatan, hadir sendiri, terima kasih Menteri. Saya percaya Menteri ini akan buat perubahan. Kalau tidak seperti kawan saya sebutkan tadi. Kawan saya sekarang ini ada dalam Dewan, saya tak sebut nama dia, tapi saya cukup hormat kepadanya, dia seorang yang berkelulusan tinggi, tapi tak dilantik dalam Kabinet. Saya tak tahu kenapa. Saya doakan semoga dia masuk Kabinet lepas ini, tapi kalau tak masuk, kalau kami memerintah, dia boleh join kami.
Tan Sri Pengerusi, okey yang pertama sekali B.1000, masalah pengurusan KKM.
Yang Berhormat, saya nak sebut ini ICU. Di Perlis okey, alright, tetapi kena perbaiki lagilah.
Masalah ICU sekarang ini, ada malam-malam tertentu cukup sibuk. Di kalangan kawan- kawan kita mungkin jarang pergi ICU. Saya hari Sabtu, malam Ahad ini saya sering pusing dekat sana. Saya akan lihat di sana orang ramai sebab malam itulah kadang-kadang berlaku banyak kemalangan dan sebagainya.
Dia masalahnya bertingkat. Sekarang ini rakyat Malaysia ramai. Rakyat yang bukan rakyat Malaysia pun ramai. Sebab apabila ekonomi turun, orang berbut-rebut datang ke hospital kerajaan. Orang kurang pergi swasta. Swasta dalam keadaan yang kawan-kawan sebut mahal dan sebagainya. Orang pergi hospital kerajaan.
ICU, tempat penyelenggaraan kecemasan ini kita dapati overcrowded. Maka, saya nak cadangkan Yang Berhormat- Perlis okey, tambah sikit lagilah. Untuk seluruh Malaysia, saya cadangkan supaya kita letakkan doktor-doktor yang cerdas, cergas dan pakar. Doktor ini ada Doktor macam- dia manusia juga, tapi kadang-kadang ada kurang kecergasan sikit.
Dia kena cepat. Masuk ICU, dia kena transfer pergi wad serta-merta, maka dengan itu taklah sibuk di ICU.
Jadi, saya percaya Yang Berhormat boleh selesaikan benda ini dengan baik. Saya tidak mahu- bukan saya menegur, saya minta buat perubahan. Yang saya cakap ini semua minta buat perubahan, penambahbaikan. Kita tak tegur sebab apa, kita tahu dalam Islam pun sebagai daripada segi hukum orang yang bekerja bidang ini dia dapat pahala lebih daripada kami. Sebab apa? Dia orang yang kalau dia niat kerana Allah, dia dapat pahala lebih. Sebab apa? Dia mengubat manusia, kesihatan manusia. Jadi, beberapa bidang manusia ini yang sentiasa mendapat tempat pertama di sisi Allah nanti, kalau dia buat kerana Allah ialah di antaranya ialah bidang keselamatan termasuklah Cikgu dan sebagainya. Jadi, kita minta buat perubahan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang keduanya, ini maslah houseman ini ataupun Doktor Pelatih ini telah disebut berbagai-bagai dan kes buli. Kes buli ini Yang Berhormat sedia maklum. Saya mempunyai pengalaman tersendiri, tertentu untuk kes buli ini yang saya cukup sedih dalam hidup saya, tapi saya sentiasa mengampunkan manusia sebab saya terlibat secara langsung. Saya terlibat secara langsung dalam kes buli itu. Kes buli itu bukan melibatkan daripada segi kerja, tapi melibatkan ada sikit pemikiran politik yang berbeza zaman itu, maka dibulilah anak-anak mereka sampai ke tahap houseman pun kena buli.
Akhirnya, berlakulah apa yang berlaku. Saya minta benda ini diperbetulkan sebab kes buli ini kita tahu Doktor Pelatih ini akan menghadapi tekanan. Kena buli daripada senior, kena buli daripada pakar, kena buli gajinya RM3,800 dengan sedikit elaun, tetapi yang paling penting ialah tekanan kerja. Bilik Rehat kurang. Macam di Perlis itu ada. Ada lelaki, ada perempuan, tapi sesetengah hospital dia campur semua Bilik Rehat. Jadi, kita minta diberi perhatian perkara ini dan saya tidak mahu kompelin berlebihan.
Kemudian, yang berikutnya Butiran 022700 – Psikiatri dan Kesihatan Mental.
Kesihatan mental ni terutama yang kanak-kanak, kita minta diberi perhatian. Kalau nak bina klinik untuk mendapatkan doktor untuk tujuan ini, sudah pasti dia timbul masalah. Saya cadangkan supaya kita ada kaunselor. Tiap-tiap sekolah tambah. Kalau ada, tambah Kaunselor. Sebab anak-anak kita dalam tekanan hidup ini dia menghadapi masalah mental termasuk juga orang tua yang perlu diberi perhatian, tapi yang untuk kanak-kanak ini, kita minta perhatian diberi supaya ditambah kaunselor di sekolah-sekolah. Sebab kita now, rakyat now, sebab kita mahu rakyat Malaysia jadi rakyat yang ikhlas, cakap benar, tidak berbohong, sentiasa positif dalam kehidupan. Maka, sebuah pantun akan ditujukan kepada siapa yang kenalah.
Siakap senohong gelama ikan nila; Bercakap bohong lama-lama jadi macam orang gila. Jadi, saya tujukan kepada mereka yang bercakap bohong supaya mengambil pendekatan macam ini sebab kadang-kadang saya menjadi mangsa kepada pembohongan oleh semua pihak. Jadi, terima kasih.
Akhir sekali Dato’ Pengerusi, kalau boleh satu lagi. Ini denggi sebab kita takut Yang Berhormat kah, semua kita terlibat, mungkin terdedah dengan denggi. Ini ialah berhubung dengan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi ICT, Butiran 00800.
Yang Berhormat Pengerusi, denggi ini bertambah, Yang Berhormat pun tahu. Di Kuala Lumpur, Putrajaya, lima lokasi bertambah; Negeri Sembilan- semua tempat bertambah; Pulau Pinang, dua lokaliti bertambah; Selangor, 25 lokaliti bertambah. Denggi ini meningkat.
Saya minta diberi perhatian dan supaya aplikasi berhubung dengan denggi iaitu iDengue itu supaya diperbetulkan. Bukan saya nak kata outdated, supaya dipertingkatkan mutunya supaya kita juga boleh sama-sama menangani masalah denggi yang sekarang meningkat. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Seterusnya, Yang Berhormat Betong.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Sebagai pembahas terakhir bagi Peringkat Jawatankuasa, Maksud B dan P.42, Kementerian Kesihatan.
Saya terus kepada butiran berikut iaitu Butiran 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar, Butiran 00300 – Kemudahan Hospital, Butiran 00600 – Ubahsuai, Naik Taraf dan Pembaikan dan juga Butiran 01100 – Peralatan dan Kenderaan, saya baca bersekali. Banyak juga yang telah saya sentuh semasa Peringkat Dasar tempoh hari.
Dato’ Pengerusi, pada hari ini saya mulakan dengan mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan kementerian kerana telah memberi jawapan kepada persoalan saya tempoh hari dan telah meluluskan sebuah pembinaan klinik Kelas 3 dengan kuarters di Betong dan Pejabat Kesihatan Bahagian Betong dalam Rolling Plan Kelima, RMKe-12. Terima kasih.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Dato’ Pengerusi, saya terus kepada ingin membangkitkan isu-isu spesifik kepada kawasan saya di Betong terutamanya ialah Hospital Betong yang telah dibina pada tahun 1991 yang bertaraf sebuah hospital daerah yang bukan hospital pakar. Antara isu dan halangan yang dihadapi sekarang ialah kekurangan staf yang tidak diisi termasuklah pegawai perubatan dan juga jururawat; kekurangan mesin X-ray digital yang menyebabkan masa menunggu lama apabila ada berlaku kes trauma berganda; dan juga kekurangan kuarters untuk staf serta kakitangan; dan juga kekurangan tempat parkir kenderaan orang awam; dan isu aset perubatan dan bukan perubatan yang uzur dan kekurangan.
Oleh itu, Betong ingin bertanyalah kepada Menteri. Dalam masa terdekat ini, adakah kerajaan mempunyai apa-apa perancangan untuk menaik taraf tempat menunggu di Unit Kecemasan dan Rawatan?
Kedua, adakah terdapat cadangan untuk menaik taraf iaitu sistem bekalan pusat gas perubatan? Untuk makluman, sekarang dia masih lagi menggunakan tangki gas di dalam wad dan juga bilik bedah. Apa yang saya maksudkan dengan izin, iaitu medical gas manifold yang digunakan pada hospital yang baru-baru.
Seterusnya, adakah ada cadangan untuk pembinaan kuarters untuk kakitangan serta staf hospital? Saya ingin bertanya juga sama ada, ada perancangan untuk permanent in house specialist, dengan izin, untuk perkhidmatan asas ataupun dinaikkan kepada taraf hospital pakar minor?
Dato’ Pengerusi, seterusnya saya pergi ke Klinik Kesihatan Spaoh. Memang tiga empat tahun ini kita telah merancang untuk membina sebuah Klinik Kesihatan Kelas 4. Saya difahamkan baru-baru ini oleh pegawai di Sarawak bahawa ia tidak diluluskan oleh Kementerian Ekonomi untuk RP5 ini.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Saya ingin bertanya, apakah statusnya dan berapakah peruntukan yang ada?
Sekiranya peruntukan tidak cukup, apakah kaedah sekiranya kerajaan kita dari Sarawak, sebagai pelengkap, mungkin berkongsikah? Yang penting, ia dapat dibina secepat mungkin untuk memberi kemudahan terbaik untuk rakyat kita. Saya mohon pencerahan daripada Menteri.
Akhir sekali, isu yang amat penting yang saya selalu bangkitkan ialah mengenai pusat dialisis iaitu masalah NCD yang kita juga telah banyak diperkatakan oleh pembahas yang awal-awal tadi.
Untuk makluman Menteri, kita telah mendapat peruntukan daripada Kerajaan Sarawak sebanyak RM5 juta untuk membina bangunan sebuah pusat dialisis di Spaoh. Pelan dan juga design telah juga disediakan atas libat urus Jabatan Kesihatan dan juga JKR Sarawak. Saya nak minta penjelasan daripada Menteri, kita buang ke tepilah segala birokrasi dan permudahkanlah segala proses. Mohon percepatkanlah untuk meluluskan pelan tersebut. Saya minta komitmen daripada kerajaan, sediakanlah peralatan dan juga keperluan dan juga kakitangan untuk mengendalikan operasi pusat dialisis tersebut.
Pagi tadi saya telah pun menerima panggilan daripada seorang ahli keluarga pesakit buah pinggang baharu. Dia mohon agar ia dapat dibuat dialisis di Betong. Saya mendapatkan maklumat dari Betong bahawa slot untuk dialisis memang lebih daripada 100 peratus penuh dan keluarga ini disuruh membuat dialisis di Kuching. Jarak Betong ke Kuching 250 kilometer.
Bayangkan dia nak pergi sejauh itu untuk dua kali seminggu untuk buat dialisis. Jadi, keperluan sebuah pusat dialisis amat meruncing di Betong, maka kita telah mendapatkan dana untuk membina. Jadi, saya mohonlah Menteri untuk membantu mempercepatkan segala urusan bagi kita dapat merealisasikan sebuah- tambah lagi sebuah pusat dialisis.
Maka dengan itu, saya akhiri ucapan saya dengan sebuah pantun ya.
Nyiur gading di puncak mahligai, Sayang ketupat berisi inti; Biar daging tulang berkecai, Belum dapat belum ku berhenti. Sekian, terima kasih...
[Tepuk]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Betong. Sila pembahas yang terakhir, Yang Berhormat Tenom.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada Tenom untuk berbahas dalam Peringkat Jawatankuasa, Kementerian Kesihatan.
Tuan Pengerusi, pertama saya akan membahaskan Butiran 020000 – Perubatan.
Baru-baru ini saya mendapat aduan daripada pesakit di Hospital Tenom yang mengatakan bahawa bantuan kebajikan mereka ditarik ataupun mereka terpaksa membayar caj dialisis.
Apabila saya ke hospital untuk mendapatkan maklum balas pengesahan mengenai masalah
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
ini, saya dimaklumkan oleh Jururawat hospital tersebut, perkara ini terjadi apabila ia dilaksanakan pada baru-baru ini iaitu Pekeliling bertarikh 14 Januari 2022 yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah menyatakan bahawa penerima bantuan kebajikan sudah tidak layak lagi mendapat pengecualian caj rawatan harian, daycare di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia termasuklah mereka yang menerima rawatan dialisis.
Tuan Pengerusi, mereka ini yang mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, mendapat bantuan RM200 sebulan. Perkara ini amat membebankan mereka kerana kos rawatan tiga kali seminggu, ditambah pula dengan kos pengangkutan dan perjalanan yang tinggi. Bayangkan ada pesakit yang terpaksa berulang-alik dari Kampung Alutok Kemabong yang jaraknya ulang-alik ke Hospital Tenom lebih kurang 120 kilometer.
Tambang yang ditanggung oleh beliau ialah RM40 bagi satu sesi. Tiga kali seminggu, dalam RM120 seminggu. Disebabkan ini, ada di kalangan pesakit yang sudah tidak mampu untuk meneruskan rawatan kerana tidak mampu menanggung kos rawatan, perjalanan mereka dan mereka membiarkan diri mereka sahaja sehinggalah meninggal dunia.
Sehubungan dengan itu, saya memahami kesusahan yang dihadapi oleh pesakit ini.
Justeru itu, saya mohon jasa baik pihak kementerian yang dipimpin oleh Menteri yang berdedikasi dan prihatin terhadap masalah rakyat agar mengkaji semula pengecualian caj ini bagi memastikan keadilan sosial dan hak untuk mendapatkan rawatan terbaik dapat diberikan kepada semua rakyat. Saya juga mohon agar pihak kementerian dapat menempatkan mesin hemodialisis baharu di klinik kesihatan di Kemabong dan Kuala Tomani untuk kegunaan para pesakit.
Tuan Pengerusi, kedua, Butiran 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar bersekali dengan Butiran 00600 – Ubahsuai, Naik Taraf dan Pembaikan.
Tenom juga memohon pihak kementerian dapat memasang generator set ataupun genset di kawasan-kawasan klinik berikut bagi mengatasi masalah ketiadaan elektrik iaitu Klinik Kesihatan Kuala Tomani, Klinik Kesihatan Melalap, Klinik Desa Paal, Klinik Desa Sapong, Klinik Desa Ulu Tomani, Klinik Desa Mandalom, Klinik Desa Lagud Seberang, Klinik Desa Batu-Batu, Klinik Desa Pamilaan dan terakhir, Klinik Desa Baru Jumpa.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Selain itu masalah air dan pembinaan tandas baharu juga merupakan keperluan mendesak di beberapa buah klinik di Tenom dan senarai klinik yang belum lagi dinaik taraf iaitu Klinik Desa Paal, Klinik Desa Sapong, Klinik Desa Ulu Tomani, Klinik Desa Mandalom, Klinik Desa Lagud Seberang, Klinik Desa Batu-batu, Klinik Desa Pamilaan serta Klinik Desa Baru Jumpa.
Di sampingi itu juga saya mohon agar pihak kementerian dapat membina baharu Klinik Desa Zon Bukit bagi memudahkan penduduk-penduduk di sekitar yang terdiri daripada Kampung Kapulu, Kampung Katobu, Kampung Rundum Sumambu, Kampung Kolorok, Kampung Patian Tengah, Kampung Kangkawang, Kampung Abingkoi dan Kampung Lahoron untuk menerima rawatan memandangkan klinik kesihatan yang terdekat untuk mereka mendapatkan rawatan adalah Klinik Kesihatan Kemabong.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Saya juga mohon agar pihak kementerian dapat membina klinik kesihatan bagi memudahkan penduduk di Kampung Rayoh dan Pangi untuk mendapatkan rawatan kecemasan dengan segera memandangkan klinik tersebut agak jauh daripada kawasan klinik yang terdekat. Ada terdapat tiga kes yang berlaku di kampung ini sehingga melibatkan kehilangan nyawa iaitu yang pertama, kes seorang individu dipatuk ular dan meninggal dunia kerana tidak dapat mendapat rawatan segera.
Kedua, kes yang sangat menyayat hati saya melibatkan seorang kanak-kanak yang terjatuh di sungai dan terpaksa dikejarkan ke klinik di Pekan Tenom dengan hanya berjalan kaki. Malangnya kanak-kanak tersebut meninggal dunia di pangkuan keluarga kerana tidak mendapat rawatan segera.
Ketiga, baru-baru ini telah terjadi kejadian penduduk setempat sekali lagi dipatuk ular ketika sedang melintasi laluan kereta api dan tidak dapat menerima rawatan segera disebabkan ketiadaan klinik berdekatan ditambah pula akses perhubungan pekan yang sukar untuk mendapatkan rawatan.
Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, Kampung Rayoh dan Kampung Pangi ini hanya dapat dihubungkan dengan perhubungan kereta api sahaja. Oleh yang demikian, Tenom telah mengambil inisiatif mengadakan perbincangan dengan Jabatan Keretapi Negeri pada tahun ini dan pihak Jabatan Keretapi Negeri telah bersetuju agar tanah milik Jabatan Keretapi dipinjamkan bagi tujuan pembinaan klinik kesihatan tersebut.
Selain itu, saya juga mohon agar Klinik Kemabong dapat ditambah pembinaan bangunan baharu bagi menampung pertambahan populasi penduduk. Naik taraf Klinik Kesihatan Tenom kepada Jenis 3, naik taraf fasiliti bangunan dan kemudahan di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Tenom serta naik taraf Pusat Rawatan Tibi, Tenom.
Tuan Pengerusi, yang terakhir Butiran 00300 – Kemudahan Hospital, Butiran 00400 – Hospital Baharu. Saya mohon agar hospital baharu dapat dibina di Tenom memandangkan hospital sedia ada telah usang dan beroperasi sejak tahun 1959 serta kini berusia hampir 65 tahun. Mengakhiri ucapan Tenom mohon menyokong, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, pembahas terakhir, Yang Berhormat Tenom.
Sebelum Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab sebagai panduan Yang Berhormat Menteri bolehlah menjawab isu- isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat yang sedang berada dalam Dewan ini manakala Ahli Yang Berhormat yang tiada dalam Dewan akan diberikan jawapan secara bertulis. Jawapan bertulis perlu diberikan dalam tempoh lima hari kepada Ahli Berhormat yang berkaitan. Sila, YB Menteri, 25 minit.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Pengerusi.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Maaf, Timbalan Pengerusi. Ya, saya mulakan dengan lafaz yang mulia, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia MADANI semuanya.
Timbalan Pengerusi, saya mendengar dengan tekun dan telah pun mencatat perbahasan-perbahasan setiap seorang Ahli Yang Berhormat yang saya yakin telah berhujah dan menampilkan permohonan dan permintaan mereka yang setiap seorang membawa rintihan warga dan rakyat mereka. Saya kira saya punya jawapan yang agak bolehlah saya kira agak lengkap pada setiap yang berbahas dan dengan peruntukan hanya tinggal berbaki 23 minit, saya tidak yakin saya akan dapat menghabiskannya sepertimana yang sahabat- sahabat minta supaya saya jangan berpantun atau berseloka.
Namun setiap seorang kita mungkin telah mendengar perbahasan sahabat-sahabat Ahli Yang Berhormat yang lain yang sebentar tadi di penghujung Yang Berhormat Tenom ya telah menceritakan pada kita betapa rakyatnya akhirnya meninggal.
[Sebak] Justeru fasiliti umpama dialisis, hemodialisis yang bukan sahaja sukar untuk didapati tetapi tidak mampu dibayar dengan caj yang hanya, yang caj yang dikenakan RM80 pada setiap sesi yang berakhir dengan perlu membayar RM120, mungkin itu pun mampu dibayar tetapi dengan pengangkutan, kos pengangkutan Dato’ Pengerusi, akhirnya memilih untuk tidak dapat dilakukan dialisis, berakhir dengan nyawana, ya, dibayar dengan nyawanya.
Kesemua ini Dato' Yang di-Pertua, mengingatkan saya akan tanggungjawab besar Menteri yang...
[Menangis] ...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Menteri, minum air dahulu, Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri, minum air dulu.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
[Meneguk air] Saya mahu menjawab soalan YB Tenom walaupun yang terakhir, bahawa caj kepada rakyat yang tidak berkemampuan itu tidak wajar dikenakan oleh kerajaan kalau sampai akhirnya dibayar dengan nyawanya.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa****] Tenom, menceritakan pelbagai permintaan, khususnya daripada klinik-klinik yang dibariskan yang keseluruhannya saya kira pastinya layak untuk dipertimbangkan dengan serius kerana saya teringat akan mantera yang lebih mudah disebut dan diretorikkan yang diangkat oleh negara-negara yang menandatangani apa pun perjanjian. Dengan mantera Universal Health Coverage itu mengingatkan saya dengan mantera, “Living no one behind”, dengan tidak meninggalkan sesiapa pun perkhidmatan kesihatan wajib diberikan.
Namun, saya katakan sekali lagi lebih mudah diretorikkan oleh Menteri-menteri Kesihatan di seluruh dunia namun untuk memastikan The Universal Health Coverage bererti tidak seorang pun mesti tercicir, dipinggir untuk mendapat rawatan kesihatan, perubatan tanpa dia mengalami any financial shocked. Itu sebenarnya-benarnya adalah tuntutan UHC
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
ataupun Universal Health Coverage atau rawatan yang dibolehlah diterjemahkan sebagai Universal Health Coverage.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Rawatan sejagat dan rawatan kesihatan sejagat yang dituntut ke atas negara-negara di bawah WHO dan setiap Menteri membuat janji untuk melunaskan tuntutan UHC itu. Itu sebenar-benarnya adalah cita-cita setiap kerajaan dan Menteri-menteri Kesihatan yang semacam mengangkat agenda besar UHC ini.
Tan Sri Pengerusi, saya bermula mendengar sebentar tadi, Bentong dan kemudiannya Kuala Langat berakhir dengan Tenom, sebelum Betong. Jadi, saya boleh membaca setiap satu ini tetapi saya tahu saya tidak akan dapat membuat penerangan dengan baik. Tetapi, hampir semua soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, saya kira saya bersedia untuk menjawab. Ada yang menekan saya untuk menjawab segera.
Adapun yang terkait dengan fasiliti-fasiliti setiap seorang yang Ahli-ahli Yang Berhormat yang meminta, menuntut, yang menggesa, menggasak saya untuk sedia memberikan. Saya sememangnya akan membawa setiap satu permintaan ini dan memastikan bahagian-bahagian, terutamanya pembangunan kewangan saya, perancang dan yang lain supaya segera memberikan jawapan dan hampir semua sudah ada di tangan saya. Akan tetapi saya rasa ada isu-isu yang mungkin saya terpaksa Tan Sri Speaker, untuk saya kongsi bersama kerana isu itu adalah terkait dengan kepentingan dan kemaslahatan semua rakyat di semua kawasan.
Yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bayan Baru yang bukan sekali membangkitkan hal ini. Bagaimana Kementerian Kesihatan akan memastikan bahawa caj pengenaan bayaran apabila seseorang itu mengambil ataupun membuat rawatan di fasiliti- fasiliti swasta. Itu menjadi cabaran besar pada saya.
Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, dalam pengenaan caj hospital-hospital awam, kita tertakluk kepada Akta Fi ataupun Fi (Perubatan). Mudah dan senangnya fi perubatan ini kita ada bimbingannya. Namun semua pun sedia maklum, dalam charging yang dibuat oleh fasiliti-fasiliti swasta, kita tertakluk kepada Akta 586 di mana jadual-jadual tertentu contohnya Jadual 13 menentukan caj yang boleh kita kenakan atau kita tentukan ke atas fasiliti swasta. Namun untuk pengetahuan semua, ia hanya terkait dengan yuran konsultasi seseorang doktor ataupun pakar. Nah, selainnya, kita tidak punya apa-apa kuasa untuk menentukan caj yang dikenakan oleh operator, pemilik hospital-hospital swasta.
Lalu, apa yang hendak saya katakan, di sinilah pentingnya untuk sesebuah kementerian, khasnya Kementerian Kesihatan untuk mampu mengajak, menggesa, menganjur operator-operator hospital swasta supaya tidak mengenakan caj yang melampau.
Apa yang kami mampu buat hari ini, kita hanya boleh tentukan konsultasi fees tetapi selainnya adalah ditentukan oleh mereka sendiri. Sama ada yang bersabit dengan prosedur-prosedur, consumables, juga ubat-ubatan dan sebagainya. Lalu memang tidak ada keupayaan kawalan kami ke atas operator-operator hospital swasta.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Justeru kerana itu, kali ini saya datang mengemudi KKM, saya membawa pendekatan yang hari ini agak trendy the buzzwords dalam dunia perubatan dan kesihatan hari ini adalah value-based healthcare delivery ataupun perkhidmatan kesihatan berdasarkan nilai, berdasarkan value. Yang dimaksudkan mudahnya, jangan kita kenakan caj berdasarkan pay for service tetapi pay for health outcome.
Di sinilah beberapa perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bayan Baru, menyebutkan saya berkesempatan untuk catat kes-kes yang seumpama ini. Jelasnya pada saya adalah kes di mana Yang Berhormat Bayan Baru yang menyebutkan tentang kes sinusitis sahaja. Sinusitis ini resdung, ya. Tak susah mana pun. Tetapi apabila mengambil pendekatan nak lakukan satu prosedur untuk merawat sinusitis itu berakhir dengan caj RM26,000 di satu klinik, satu apa yang disebutkan oleh Bayan Baru sebentar tadi di satu fasiliti swasta.
Begitu juga dalam hal-hal yang lain contohnya disebutkan berbeza dengan dikenakan oleh HUKM, RM60,000. HUKM itu pun bayaran, bukannya macam hospital awam.
Ia juga dikenakan bayaran tetapi berbanding dengan apa yang disebutkan tadi, RM200,000.
Nah, kesemua ini mengingatkan saya bahawa tidak ada cara untuk kita menentukan ataupun dapat mitigasi membendung inflasi kesihatan (medical inflation) ataupun inflasi perubatan dan kesihatan kecuali kalau saya dapat mengajak hospital-hospital swasta untuk mengamalkan value-based charging, not pay for service.
Kalau pay for service, bermakna kalau seseorang itu punya insurans, datang dengan apa pun penyakitnya, selama dia boleh mengenakan apa pun testing, prosedur dan sebagainya, maka itulah jumlah daripada procedures, daripada testing, daripada apa pun dia akan kenakan.
Tetapi hari ini, sebab itu dunia perubatan dan kesihatan beralih kepada satu yang dianggap sebagai satu yang boleh saya cuba terangkan di sini, yang dikatakan sebagai pendekatan diagnostic related groupings (DRG) yang mana sesuatu prosedur itu, dia ada kurang lebihnya cara untuk mengukur bayaran.
Jadi, kalau contohnya seseorang pesakit datang untuk melakukan apendektomi contohnya ataupun dia ada angin pasang contohnya, dia ada hernia contohnya, dia lakukan hernia atau satu prosedur call herniorrhaphy. Kalau sesuatu hospital itu cekap, efisien, maka dia akan mengenakan bayaran hanya kepada satu prosedur yang namanya herniorrhaphy itu.
Tetapi kalau kerana dia tidak cekap dan juga banyak lagi apa dipanggil komplikasi dan complication-nya, datangnya hanya untuk melakukan apendektomi, buang apendiks tetapi berakhir dengan pelbagai, contohnya dia datang dengan komplikasi infection dan sebagainya. Apa yang seharusnya, apa yang sepatutnya menjadi satu prosedur yang senang, menjadi satu prosedur yang jadi kompleks dan susah. Akhirnya mungkin sinusitis tadi contohnya, dia akan datang ke hospital-hospital kita di hospital-hospital MOH mahupun hospital-hospital KPT atau MOHE.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Jadi sahabat-sahabat Yang Berhormat sekalian, di sinilah sukarnya saya nak terangkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat supaya kalaulah kita terus-terusan begini, maka akan melambung-lambung inflasi medical ataupun medical inflation ini. Sebab itu pertama- tama saya menyebutkan tentang tekanan saya, penekanan saya kepada value-based healthcare delivery, yang menyambut saya adalah juga pihak swasta. Other than, tidak selain daripada IHH, KPJ dan yang lain.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Jadi dengan kata lain, saya mahu menangani perkara ini. Bukan mudah Yang Berhormat Bayan Baru. You think I can just bulldozekah ataupun paksa kah? it’s not like that at all. Jadi, di sinilah kepentingan untuk kita memahamkan. This Minister is not for public health sahaja, or public facility sahaja, public sector sahaja. There is a reason why oleh sebab itu, saya engage them. Saya pergi ke program-program mereka dan fahamkan. APHM contohnya, The Association of Public Hospitals Malaysia contohnya. Saya pergi dan saya terlibat sama dan saya berdialog dan kadang-kadang saya memberikan apa-apa pun officiating...
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Yang Berhormat Menteri, minta laluan sat?
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Sila, sila. Saya minta maaf, saya terpaksa mengambil pendekatan seperti ini. Saya yakin saya akan dapat memberikan setiap seorang Ahli Yang Berhormat yang meminta dan memohon apa pun. Siap sudah jawapan-jawapan ini. Saya yakin saya dapat memberikan dalam masa lima hari Tan Sri Speaker, saya akan deliver this.
Tetapi ada perkara-perkara saya hendak bangkitkan kerana saya minta untuk Ahli Yang Berhormat dengar bahawa selain daripada menuntut fasiliti-fasiliti tertentu sama ada klinik ke, sama ada hospital ke, sama ada naik taraf klinik-klinik daif ke? Semuanya telah kita cerakinkan dalam peruntukan yang diberikan. Saya boleh beri satu persatu tetapi saya kira tidaklah besar manfaatnya waktu saya membuat penggulungan ini hanyalah untuk menjawab satu persatu hal-hal yang terkait dengan permohonan Ahli Yang Berhormat kerana semuanya akan dapat secara terperinci setiap satu hal yang Ahli Yang Berhormat bangkitkan.
Saya ada beberapa perkara yang saya hendak berkongsi tentang hal-hal yang terkait dengan dasar, dengan apa yang dikatakan dengan stewardship ataupun kepimpinan dan dasar-dasar penting dalam sektor kesihatan ini. Jadi, saya berikan siapa yang hendak bertanya tadi siapa?
Tuan Pengerusi
Kulim, Kulim-Bandar Baharu.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Kulim-Bandar Baharu. Sila, Kulim-Bandar Baharu pun ada...
Tuan Pengerusi
Menteri kata jangan tanya pasal bangunan-bangunan.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Kalau boleh janganlah...
Tuan Pengerusi
Sudah ada jawapan.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Semua saya dah jawab.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Okey, saya minta Menteri janganlah mengulas satu-satu, terlalu lama. Kami pun hendak dengar juga apa yang kami bahas, itu sahaja.
Tuan Pengerusi
Baik.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Tuan Pengerusi, kalau Tuan Pengerusi boleh bagi saya setengah jam, saya hendak habiskan semua. Boleh?
Tuan Pengerusi
Habiskan masa dahulu, nanti saya bagi masa tambahan.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Saya baca sahaja, kalau saya baca saya minta Tan Sri Pengerusi bagi saya masa sedikit?
Tuan Pengerusi
You finish your first this one, lepas itu saya....
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Saya tidak ada masalah untuk memberikan setiap seorang yang berbahas untuk memberikan jawapan sebab saya ada semua. Kalau tidak ada ini pun, saya ada dalam nota saya pun ada. Hampir setengah buku.
Tuan Pengerusi
Proceed, Menteri proceed.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Baik, boleh? Terima kasih Tan Sri.
Bentong, YB Bentong. YB Bentong bertanya tentang hal status The National Centre of Excellence for Mental Health (NCEMH). Kita panggil NCEMH sebenarnya dalam KKM kita panggil NCEMH. Jawapan yang saya hendak berikan, berapa yang mengalami kesihatan mental yang telah menerima rawatan kesihatan mental? Apakah strategi KKM dalam menangani masalah, status penubuhan NCEMH dan keupayaannya?
Pada tahun 2023, seramai 22 – takkan saya hendak baca semua ini Tan Sri? Begitu ke?
Tuan Pengerusi
Menteri, pilih-pilihlah yang penting.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Yang ini...
Tuan Pengerusi
Yang lain-lain itu, mungkin yang tidak ada dalam ini Menteri jawab bertulis.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Nanti Bentong dapat jawapan ya. Saya nak jawab juga. Mental health ini begitulah jawapannya. Berapa jumlah yang telah kes sakit mental dan sebagainya? Dan KKM sedang menyediakan medical brief of requirement dan memuktamadkan perolehan bangunan NCEMH di bawah pelaksanaan projek. Projek kerja awalan NCEMH, peruntukan untuk perolehan bangunan berserta kerja-kerja ubah suai bangunan ini yang dipohon oleh Rolling Plan 1 (RP1) RMKe-13 tahun 2026. Yang Berhormat Bentong, okey. Maklumat tambahan tidak payah. Itu satu sahaja kepada Bentong.
Tambahan tiga jam. Boleh tidak saya buat penjelasan tambahan jururawat ini? Ramai yang bangkitkan. Hal contohnya ambulans pun ramai juga bangkitkan. Saya pilih satu yang dikongsi ramai. Boleh? Saya telah melepaskan ciapan saya pagi tadi dalam hal jururawat dan saya kira saya dapat memberi jawapan ini sebaik yang mungkin. Kalau saya kembali untuk membaca ciapan saya pada pagi tadi dan saya bacakan.
Saya mengikuti dengan penuh sedar segala input yang diberikan oleh pelbagai pihak berkenaan waktu bekerja jururawat di bawah sistem baru SSPA. Jutaan terima kasih. Saya
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
juga menerima baik kenyataan daripada lima persatuan jururawat berkenaan hal ini yang juga mahu meninjau dan mendalami perkara ini dari libat urus mereka. Pastinya saya akan meneliti dan menimbang cadangan-cadangan daripada tinjauan mereka.
Untuk makluman, perubahan yang diumumkan di bawah SSPA merangkumi semua petugas yang bekerja syif. Bukan sahaja jururawat ya, kami ada lagi banyak PPP-nya, sampailah semua ada lima enam lagi skim perkhidmatan yang juga terkait ataupun terkena, terkait dengan isu penambahan masa syif ini.
Kami merasakan adalah lebih adil untuk warga KKM yang terkesan ini untuk segala keputusan yang muktamad yang dibuat secara tuntas dengan meneliti realiti berdasarkan data dan maklumat. Apakah sebenarnya ada tentang hal taburan, tentang shortage, tentang mild distribution ataupun agihan yang tidak betul tentang jururawat dan sebagainya. Jadi saya kira dan saya tekankan sekali lagi perkhidmatan KKM adalah seluruhnya berpaksikan sifat ihsan dan empati dan pastinya kami di KKM seharusnya memulakan dan menghayati nilai ihsan dan empati ini bermula dengan mengurus warga kerja kami, pertama-tamanya Tan Sri Pengerusi.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Menteri, Pulai Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Sekejap ya. Kejap-kejap. Oleh itu saya mohon agar warga KKM yang terkesan oleh perubahan ini dapat sedikit bersabar sementara kita perhalusi segala perkara ini dalam waktu yang terdekat. Libat urus pelbagai pihak termasuklah dengan bahagian kejururawatan dan pertubuhan jururawat yang terlibat akan diadakan seperti yang kita telah pun aturkan. Sama-sama kita ikhtiar untuk mendapatkan kebajikan, kesihatan, dan kesejahteraan semua petugas perkhidmatan kesihatan khasnya KKM dan juga pihak awam yang lain dan juga pihak swasta yang pastinya kita perlu jaga dan kita bela.
Apa yang berlaku sebenarnya adalah kalau boleh saya singgung sedikit sahaja ya, dahulunya dalam skim yang lama mereka bekerja secara syif juga tetapi 7-7-10. Bermakna mereka akan bekerja ditetapkan 42 jam seminggu dan hari ini diberikan dalam SSPA tambahan tiga jam. Tambahan tiga jam, 42 campur tiga, 45, 45 jam seminggu. Kalau saya diizinkan satu dua minit Tan Sri Pengerusi, saya boleh cuba hujahkan.
42 jam itu Tan Sri Pengerusi tidak termasuk apa-apa pun waktu untuk berehat sama ada makan, ataupun solat. 42 jam itulah mereka berada ataupun 42 jam seminggu itulah sama ada syifnya pagi, petang ataupun malam. Balik keluar pukul 7. Dengan kata lain, bila hendak solat? Bila hendak makan? Tergantunglah kepada kesesuaian dan perkongsian dan understanding (persefahaman) antara mereka dalam satu-satu syif itu Tan Sri. Faham ya.
Memang tidak ada masa diperuntukkan. 42 jam seminggu itu memang kerja. Seharusnya kerja, kerja, kerja 42 hours. Where is your time for prayer? Where is your time for mana masa untuk makan? Mana masa untuk solat? Tidak ada.
Apa yang berlaku adalah, saya tidak kata yang mana saya cenderung, saya bentangkan faktanya. Apa yang berlaku dalam SSPA policy makers datang dengan
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
cadangan 42 jam itu ditambah tiga jam, menjadikan 45. Tetapi dalam 45 itu ada waktu berhenti makan dan berhenti solat, setiap hari one hour.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
So, setiap hari one hour, kalau lima hari bekerja, lima jam. Tan Sri Pengerusi, 42 jam yang dulu berbanding dengan 45 jam SSPA yang kalau kita ambil tolak lima jam ataupun sejam sehari menjadikan 45 tolak –
Tuan Pengerusi
Lima jam.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya. Tolak lima menjadi hakikatnya 40 jam bekerja.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Saya tidak – dengar ya. Maaf Yang Berhormat. Saya bukannya – saya menyebutkan ini untuk Ahli-ahli Yang Berhormat mengukur data dan faktanya dulu. Saya tidak cenderung untuk mana-mana. Saya buat masa ini akan mengambil sikap sepertimana saya melakukan apa pun problem solving saya. Saya tidak akan cenderung untuk mana-mana opsyen, selagi saya tidak memahami 360 degrees memahami isu itu. Ya, begitulah saya solve the problem parallel pathway.
Tuan Pengerusi
Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya.
Tuan Pengerusi
Waktu Menteri dah habis sebenarnya. Cumanya, agak-agak Menteri lah kalau penggulungan ini boleh diselesaikan dalam masa 7.45 ataupun 7.50 boleh tak?
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Saya bersedia apa pun yang saya boleh lakukan.
Tuan Pengerusi
Sebab Maghrib nak habis. Takut kawan-kawan yang tidak sembahyang lagi itu.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Saya pun tidak sembahyang lagi.
Tuan Pengerusi
Okey, kalau lagu itu, saya bagi sampai 7.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Bertulis.
Tuan Pengerusi
Bertulis, ya. 7.45.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Boleh, Tan Sri. Saya kesian sahabat- sahabat semua menunggu.
Tuan Pengerusi
Ya. Lain-lain itu, Pulai nak tanya?
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Menteri, ada masa banyak itu saya minta sedikit, boleh?
Tuan Pengerusi
Baik, kita akan berhenti pada pukul 7.45.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Sedikit saja.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Satu minit sahaja. Nanti sekejap. Saya tidak pasti yang tadi saya sebutkan tadi itu sudah difahami. Saya ulang sekali lagi, ya. 42 jam dalam skim lama, 42 jam bermakna tidak ada peruntukan untuk berhenti. Berhenti solat, makan itu sebenar-benarnya hanyalah, saya difahamkan, saya bertanya.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Jadi, mana solat, mana makan? Ia adalah tergantung kepada kesefahaman setiap team untuk berhenti siapa. They take turn to pray, they take turn to eat. Sebenar-benarnya tidak ada dalam peruntukan 42 jam itu. Dalam SSPA baru, 45 jam. Ia betul 42 campur tiga menjadi 45. Tetapi setiap hari itu mereka mendapat satu jam berhenti untuk solat dan makan.
Jadi, daripada situ sahaja saya tidak tahu bagaimana kita merumuskan pada pandangan dan pendirian. Itu hanya satu. Kedua, nak saya sebutkan sedikit. Apa sudah lupa saya. Itu 42, 45.
Tuan Pengerusi
Menteri nak ambil soalan dahulu?
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ada lagi perkara-perkara lain tetapi dia adalah yang terkait dengan SSPA dan saya minta supaya saya akan dapat jawab pada waktu yang lebih sesuai. Sila, Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Saya pun dapat juga maklum balas daripada mereka ini, yang shift itu memanglah semua ada, tetapi yang sebenarnya ramai adalah nurse.
Sebenarnya mereka dah selesa dengan sistem 42 jam itu. So, mereka lebih tak selesa kalau tambahan tiga jam itu.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Baik, baik.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Kedua, saya nak –
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Pulai, Pulai, saya...
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Saya nak sebut satu. Dia ada dua shift. Ada shift, ada tak shift bagi nurse ini. Bagi yang tak shift ini, dia dapat dua hari cuti. Tetapi yang shift ini mereka dapat satu hari cuti walaupun dua-duanya dapat 45. So, ini ada berlaku ketidakadilan.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Saya sebutkan hanya perkara yang saya ingat. Saya nak sebut ataupun banyak lagi perkara yang saya tak sebut lagi. Contoh, bila kita sebut pasal jururawat, jururawat ada dua tempat mereka bekerja. Satu di klinik, satu lagi di hospital. Di klinik, memang tidak ada shift. Jururawat klinik go by the work, office work. Mereka kerja from 7 to 5 tidak silap saya. Ada klinik-klinik yang akan buat extended hours.
Jadi, kalau saya hendak berbincang perkara ini dengan lumat, dengan cermat, dengan teliti, saya mesti be very careful sebab saya tak mahu selepas daripada ini, saya akan di quote di luar sana saya menyokong A, B atau C. Saya tidak memberikan apa-apa sokongan pada mana-mana pandangan lagi, selagi saya sekali lagi menyebutkan saya belum lumat untuk berbincang tentang setiap sisi dan setiap dimensi isu ini.
Kalau boleh juga saya sebutkan, bila berlaku acute shortage, bila ada di sana kekurangan dan lebih penting lagi bila berlaku sedikit mild distribution ataupun mild pertaburan, maka di situlah akhirnya akan ada jururawat yang akan tergantung di mana mereka di wad kah, di ICU kah, di HDU kah? Mereka akhirnya dan wad itu pelbagai setting.
Jadi, di situ lah untuk kita betul-betul mengadili segalanya itu mestilah bukan dengan cara kita berbahas begini sahaja.
Sebab itu saya hendak libat urus dengan bahagian jururawat, dengan matron, dengan Director of Nursing (DON) dan sebagainya dan juga, persatuan-persatuan jururawat yang lain supaya benar-benar kita dapat menyelami apa kehendak mereka.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Saya tahu bahawa sepertimana yang YB Pulai sebutkan, kalau mereka sudah selesa dengan 7–10 ini, contohnya dari sudut mengambil anak mereka keluar dari hospital dalam keadaan waktu yang awal pagi ataupun terlalu lewat malam. Semua itu adalah perkara yang kita kena ambil kira, yang tidak hanya dengan angka-angka sahaja kita bercakap. They are tangible, non-tangible values dan perhitungan yang kita kena buat.
Jadi, pendek cerita Tan Sri, saya yakin perkara ini tidak boleh kita bahas lalu rasa kita boleh buat keputusan. Saya ingat perkara ini izinkan Kementerian Kesihatan dan saya bersama rakan saya Timbalan Menteri untuk menanganinya, mendepaninya dengan cermat, dengan teliti dan engage mengadakan libat urus dengan pelbagai pihak supaya kami akan dapat dalam waktu terdekat mengambil keputusan yang paling baik, yang tuntas, yang mengadili semua pihak dan pelbagai tuntutan. Saling bersilang kadang kali tuntutan-tuntutan yang saling bersilang. Jadi, semuanya kita kena garap dalam satu draf polisi dan tindakan.
Tan Sri, saya hendak baca jawapan-jawapan yang lain, Tan Sri. Bentong juga menanyakan, apakah strategi kementerian untuk menangani isu kos rawatan di fasiliti swasta. Setelah saya cuba ini...
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Tan Sri Speaker. .
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Sekejap.
Tuan Pengerus
Bagi Menteri menjawab sekejap.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Setelah saya cuba jawab. Satu lagi yang saya masukkan juga jawapan pada Bayan Baru tadi adalah satu lagi cara untuk saya kemukakan ataupun mitigasi ataupun bendung inflasi ini adalah dengan cara tuntutan memaparkan harga ubat-ubatan. Saya tahu mereka tidak selesa dengan ini. Ada yang sudah kompelin.
Tetapi pada saya, saya kena terus bertegas. Bukan saya nak control. This not about drug price control. Hanya paparan harga ubat-ubatan supaya seseorang pesakit boleh memilih ketika mereka mendapat rawatan to go to which facility dan akhirnya they come with mereka akan membuat inform decision keputusan yang berdasarkan pengetahuan sebab ada di sana paparan harga ubat setiap fasiliti-fasiliti kesihatan itu sama ada hospital mahupun klinik. Itu yang saya nak sebutkan tentang perkara yang dibangkitkan oleh Bentong.
Sahabat saya Kuala Langat menyebutkan kajian menyeluruh pegawai penjawat awam projek rintis, elaun tugas atas panggilan iaitu dipanggil dengan elaun tugasan atas panggilan perubatan pergigian dari kurang lebih RM50 ke RM65 adalah kecil kata Kuala Langat. Kecil tidak menampakkan kesungguhan kementerian dalam mengurangkan dan apa keperluan projek rintis ini dan mengurangkan kesesakan dan sebagainya.
Jadi, jawapan yang diberikan di sini adalah menerusi projek rintis yang akan dilaksanakan pegawai perubatan. Saya pun kurang senang dengan istilah projek rintis ini.
Sebenarnya saya kira tidak tepat. Seharusnya bukan rintis yang dimaksudkan. Seharusnya projek ini dilakukan secara staggered. Pelaksanaannya itu berfasa bukan rintis. They don’t need to have proof of concept (POC) to do this. You know you, bagi elaun okey kah tak okey.
Tetapi pelaksanaannya itu dilakukan secara staggered. Itu yang saya faham maksud
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
sebenarnya yang dikatakan ia tidak boleh dibuat sederap seluruh negara, tetapi diambil pendekatan berfasa.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Jadi, jawapan seterusnya. Menerusi projek berfasa ini bukan rintis yang akan dilaksanakan, pegawai perubatan dan pegawai pergigian. Dua-dua dapat elaun ini ya. I fought for this yang menjalankan tugas atas panggilan ataupun dikatakan sebagai mengikut waktu bekerja baru ataupun the new scheme itu, dijangka akan menikmati kadar baru dipanggil Elaun Tetap Atas Panggilan (ETAP), on call-lah ya, dengan anggaran kadar semalaman antara RM275 hingga RM315 pada hari cuti mingguan dan kelepasan am. Kadar ini adalah― maaf cakap. Kalau disebutkan, lebih baik berbanding kadar semalaman semasa yang ianya hanya RM220 hingga RM250 dahulu.
Ahli Yang Berhormat Kuala Langat, saya rasa memanglah tak berbaloilah berbanding kalau ia di swasta dan sebagainya. Tapi, inilah sedikit yang boleh diberikan penambahan imbuhan on call ini. Kuala Langat, saya berdoa, kita doakan that we will be able to pay better when our country gets richer, insya-Allah. Yang bagi panggilan aktif pada hari cuti dan kelepasan yang lain. Itu sikit yang untuk Kuala Langat.
Kuala Langat, soalannya ya. Aliran keluar kumpulan sokongan, kekurangan jururawat. Itu semua itu sudah mencukupi. Semua ini pada saya adalah masih lagi bersabit dengan isu jururawat tadi, Kuala Langat ya.
Saya beralih kepada pembahas ketiga, Jempol. Tambahan perjawatan pakar perubatan yang menyokong perkhidmatan secara holistik. Soalannya, pertambahan perjawatan pakar di Hospital Jempol untuk rawatan rapi (ICU), tindakan yang diambil oleh kementerian untuk menyiapkan projek KK FELDA Palong 7 dan 8 yang saya juga ada menyatakan itu, yang terbengkalai tersebut. What is the ― Jawapan yang diberikan. KKM ambil maklum berhubung keperluan penempatan pakar anesthesiology di Hospital Jempol. Keperluan ini akan diteliti mengambil kira beban kerja, ketersediaan fasiliti dan peraturan peruntukan kewangan dan sumber manusia yang mencukupi. Pada masa ini, Hospital Jempol menerima perkhidmatan anesthesiology melalui inisiatif kluster. Hospital Jempol ini bukan ― dia menerima specialist daripada lead cluster which is Hospital Tuanku Ampuan Najihah.
Jadi, bagi projek pembinaan itu cara dia kita mengatasi apa yang diminta oleh Yang Berhormat Jempol. Bagi projek pembinaan klinik kesihatan yang sedia ada jadi Jenis 3, Palong 7 dan 8, kontraktor telah ditamatkan perkhidmatan oleh JKR pada 26 Ogos 2024 kerana kegagalan untuk menyiapkan projek.
Kemajuan kerja telah mencapai kemajuan 88 peratus semasa penamatan dilakukan.
Kini JKR sedang menyelaras proses pelantikan kontraktor penyiap di mana surat setuju terima (SST) dijangka dikeluarkan 18 Februari 2025, Yang Berhormat Jempol. KKM membuat pemantauan rapi ke atas projek ini sebagai memastikan projek siap mengikut jadual yang ditetapkan.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Kulim-Bandar Baharu. Bekalan 42, permohonan menaik taraf Klinik Kesihatan Kulim
(Type 2), purata kehadiran mencecah 800 hingga 1,000 berusia 60 tahun. Ini satu kedatangan pesakit yang saya kira tinggi. Sudah almost like Type 1 dah, Type 2 ini.
Jawapan. KKM mempunyai perancangan untuk membina sebuah klinik kesihatan yang baharu di tapak sedia ada bagi menggantikan Klinik Kesihatan Kulim yang sudah uzur dan mempunyai ruang yang agak terhad bagi memaksimumkan perkhidmatan di masa hadapan. Projek akan dimohon dalam Rancangan Malaysia akan datang bergantung pada senarai keutamaan negeri dan ketersediaan peruntukan oleh kerajaan. Itu Kulim-Bandar Baharu.
Soalan yang seterusnya. Sejauh manakah masih lagi Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Sejauh manakah projek naik taraf klinik desa di luar bandar di Kampung Sedim dan juga Badlishah.
Jawapannya. KKM mempunyai perancangan jangka panjang untuk menaik taraf perkhidmatan Klinik Desa Kampung Badlishah dan Klinik Desa Kampung Sedim sebagai klinik kesihatan berikutan lokasinya yang jauh dari klinik kesihatan. Pelaksanaan ini akan dapat dibuat secara berperingkat seiring dengan ketersediaan sumber-sumber bagi memenuhi fungsi sebagai sebuah klinik kesihatan kelak.
Ketiga, masih Kulim-Bandar Baharu. Bangunan tambahan Hospital Kulim telah diluluskan. Soalannya, bilakah ditender, dibina dan berapa kos dan jangka masa siap oleh kementerian, hendaklah pilih kontraktor yang sesuai untuk elakkan terbengkalai.
Jawapannya. Projek pembinaan bangunan tambahan Hospital Kulim yang telah diluluskan di bawah RP5 RMKe-12 tahun 2025. JKR dilantik sebagai agensi pelaksana projek ini. KKM akan bekerjasama dengan JKR untuk menyediakan dokumen teknikal dan JKR akan bertanggungjawab melantik kontraktor untuk menyiapkan projek ini.
Tan Sri Pengerusi, saya...
Tuan Pengerusi
Menteri, kita dah promise yang kita akan berhenti pukul 7.45 malam. I think you don’t look good also, dengan tak sihat.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
I am okay.
Tuan Pengerusi
So, saya ingat kita― kalau boleh, lain-lain itu Menteri jawab bertulislah, secara bertulis. Boleh?
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Tan Sri Pengerusi. Saya juga mencadangkan begini, Tan Sri Pengerusi.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Oleh kerana ini tidak adil kepada pembahas yang lain. Kita ada 25 pembahas. Makna yang lain dah dijawab, kami pula tak dijawab. Jadi, baiklah Yang Berhormat Menteri nanti jawab secara bertulis.
Tuan Pengerusi
Ya.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Kita faham mungkin Yang Berhormat Menteri terbawa-bawa dengan emosi dengan apa yang telah dilontarkan ucapan MP Tenom tadi.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Saya takut Menteri lagi lama duduk sini, dia pun tak sihat.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
I am okay. I am just a bit a...
Tuan Pengerusi
Kalau begitu, Menteri, keputusannya ialah Menteri jawab secara bertulis ya. Setuju? Okey, baik.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Tan Sri Pengerusi, saya...
Tuan Pengerusi
You want to do the landing?
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Tidaklah landing sangat pun. Cumanya, saya mohon jutaan maaf kerana agak terbawa dengan emosi Yang Berhormat Tenom. Ketika Yang Berhormat Tenom membuat naratif yang sangat menyayat hati itu, saya sebenarnya teringat akan apa yang disebutkan oleh Khalifah Umar ibnu Al-Khattab yang menyebutkan kalau ada unta yang terperosok kakinya di mana pun di Iraq, Khalifah Umar bertanggungjawab atas kejadian accident itu.
Tuan Pengerusi
Okey. *Alhamdulillah...
[Tepuk]* Baik, Yang Berhormat.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Peruntukan kena bagi, Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
*Insya-Allah...
[Ketawa]*
Tuan Pengerusi
Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM38,534,287,200 untuk Kepala B.42 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2025 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.42 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.42 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2025 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.42 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10.00 pagi, hari Rabu, 27 November 2024. Sekian.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat malam.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.49 malam]