Nov252024

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Kita mulakan Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan dengan saya menjemput Tuan Mordi Bimol, Mas Gading.

draft • 10:00 AM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Selamat pagi, salam sejahtera. Terima kasih, Tan Sri Speaker.

Naik belon datang ke sini; Untuk bertanya kepada Menteri; Nombor 1 soalan Mas Gading hari ini; Mohon pencerahan tentang RIBI.

draft • 10:00 AM

1. Tuan Mordi Bimol [Mas Gading] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan statistik permohonan serta kelulusan projek dan berapa jumlah yang telah dibelanjakan bagi program RIBI mengikut pecahan negeri untuk tahun 2023 dan 2024.

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

*Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh...

[Membaca selawat]* Tuan Yang di-Pertua, sebelum menjawab nombor 1 ini, saya mohon izin untuk mengucapkan Selamat Hari Antarabangsa bagi Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita pada hari ini. Juga, hari ini juga bermula sebenarnya satu kempen 16 hari aktivisme melawan keganasan berasaskan gender yang akan berjalan di seluruh dunia sehingga 10 Disember, iaitu sambutan Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.

draft • 10:00 AM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

(KPKT) sentiasa berusaha bagi memelihara kepentingan semua kaum, semua agama sebagaimana aspirasi masyarakat Malaysia MADANI yang mengutamakan keterangkuman untuk semua.

Dalam memperoleh manfaat daripada pihak kerajaan dan dalam hal ini, Tuan Yang di-Pertua, KPKT turut memberikan perhatian kepada rumah ibadat bukan Islam (RIBI) di

draft • 10:00 AM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

seluruh negara khususnya selepas urusan ini, tanggungjawab ini diletakkan di bawah seliaan KPKT bermula Jun 2023 dan sehinggalah kini.

Justeru, selaku agensi yang menerajui inisiatif RIBI, KPKT telah pun meluluskan penyaluran peruntukan kepada 205 RIBI di seluruh negara dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM24.8 juta pada tahun 2023. Pada tahun 2024 pula, KPKT telah pun diperuntukkan sebanyak RM50 juta dan sehingga 30 September 2024, KPKT telah pun menerima sebanyak 1,074 permohonan, dan daripada jumlah tersebut, KPKT telah pun meluluskan sejumlah 422 permohonan dengan peruntukan sebanyak RM46.1 juta.

Perincian penyaluran tersebut kepada RIBI yang berjaya mengikut negeri-negeri bagi tahun 2023 dan 2024 adalah seperti mana berikut:

Kelulusan Permohonan RIBI Tahun 2023
NegeriBilanganPeruntukan (RM Juta)
Negeri Sembilan325.7
Perak323.3
Selangor262.7
Johor202.3
Kedah242.03
Sarawak141.9
Pulau Pinang191.9
Wilayah Persekutuan121.4
Melaka101.1
Pahang81.1
Sabah40.661
Terengganu40.205
Jumlah Keseluruhan20524.76

Manakala, bagi tahun 2024 sehingga 30 September, keseluruhannya adalah 422 permohonan RIBI yang telah diluluskan. Untuk Sarawak, saya sebutkan di sini, 15 bilangan RIBI yang telah diluluskan bersamaan dengan RM1.7 juta.

Tuan Yang di-Pertua, melalui Belanjawan 2025 yang juga telah diperuntukkan sejumlah RM50 juta untuk meneruskan inisiatif RIBI ini, kami menyasarkan sejumlah 200 RIBI yang akan diberikan kelulusan dengan jumlah maksimum peruntukan RM250,000. Sasaran ini mungkin boleh bertambah sekiranya permohonan dan kelulusan itu di bawah daripada RM250,000.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Mas Gading.

draft • 10:00 AM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Sekali lagi, terima kasih Tan Sri Speaker.

Terima kasih juga kepada Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan.

Untuk soalan tambahan, Mas Gading ingin tahu, apakah perancangan KPKT untuk menyebarluaskan akses kepada peruntukan kerajaan ini untuk menyelenggara RIBI di seluruh negara?

Seterusnya, bagi permohonan peruntukan RIBI ini, salah satu syaratnya adalah mesti ada geran tanah ataupun dokumen status tanah yang telah disahkan oleh pejabat tanah.

draft • 10:00 AM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Sama juga dengan permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR), juga inisiatif di bawah KPKT, mesti ada geran tanah.

Tan Sri Speaker, Yang Berhormat Timbalan Menteri, masalah kami di Sarawak terutamanya di luar bandar, tanah kami belum ada geran. Semua permohonan untuk RIBI daripada Mas Gading pada tahun ini ditolak kerana tidak mempunyai geran tanah. Jadi, Mas Gading ingin tahu, apakah usaha pihak kementerian dalam membantu kami di Sarawak yang tidak ada ataupun belum ada geran tanah? Bukan sahaja untuk permohonan RIBI, malah untuk permohonan RMR. Supaya tetap layak untuk menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan.

Untuk RIBI ini, apakah kementerian bersedia untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak terutamanya dengan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak tentang isu geran tanah khususnya untuk permohonan RIBI? Ataupun, cadangan saya kepada pihak kementerian, mungkin boleh mengikut ataupun mempertimbangkan kaedah-kaedah yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri Sarawak melalui UNIFOR untuk membantu rumah ibadat bukan Islam di Sarawak.

Sekian, terima kasih.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 10:00 AM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, permohonan yang diterima oleh KPKT bagi membantu RIBI akan diproses dan dipertimbangkan mengikut kriteria dan syarat kelayakan utama yang telah pun ditetapkan di dalam garis panduan inisiatif RIBI. Garis panduan ini pula telah diluluskan oleh pegawai pengawal KPKT selaras dengan surat arahan Kementerian Kewangan bertarikh 29 Mei 2023, 2 Jun 2023, 22 Jun 2023 dan 7 Disember 2023.

draft • 10:00 AM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Permohonan akan ditolak sekiranya kelayakan utama tidak dapat dipenuhi. Itu adalah arahan daripada Kementerian Kewangan. Antara kriteria yang disebutkan ini adalah pertama organisasi hendaklah berdaftar di bawah entiti undang-undang sepertimana Jabatan Pertubuhan Malaysia (ROS) dan juga Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Kedua organisasi hendaklah mempunyai akaun bank atas nama organisasi tersebut dan mengemukakan maklumat serta salinan akaun bank masing-masing. Ketiga, organisasi tersebut hendaklah memajukan salinan dokumen status tanah yang telah disahkan dan geran tanah ataupun dokumen-dokumen pemilikan dan juga perjanjian penyewaan tentang tanah tersebut.

Adapun yang ditanyakan tentang sama ada kita boleh bekerjasama, saya ingin menekankan di sini Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, bahawa merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 2, Senarai II, senarai negeri di dalam Jadual Kesembilan, hal ehwal tanah adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Sarawak. Sehubungan dengan itu, semua hal perundangan berkaitan dengan tanah perlu dipertimbangkan oleh kerajaan negeri. Justeru. kami ingin mencadangkan kepada Ahli Yang

draft • 10:10 AM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Berhormat untuk berbincang dengan pihak kerajaan negeri. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya Jemput Maran.

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Syarat milikan ataupun milikan tanah merupakan antara syarat yang boleh membenarkan sebuah RIBI itu mendapat peruntukan. Saya ingin bertanya bagaimana KPKT memastikan peruntukan penyelenggaraan RIBI ini tidak diberikan kepada rumah-rumah ibadat yang sama setiap tahun? Adakah terdapat sebarang mekanisme penilaian keutamaan dalam untuk pertimbangan kelulusan KPKT? Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Menteri.

draft • 10:10 AM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya setiap permohonan yang diterima sama ada secara terus ataupun sekarang kita buka melalui online sistem e-RIBI akan disaring oleh kementerian dan seterusnya akan dinilai oleh pasukan penilaian dan juga pemantauan. Kemudian akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Taskforce Inisiatif Penyelenggaraan Rumah Ibadat Bukan Islam di seluruh negara di peringkat KPKT yang dipengerusikan oleh ketua setiausaha kementerian sendiri.

Kekerapan mesyuarat akan dipergiatkan berdasarkan kepada banyak mana permohonan yang telah dimajukan. Semasa proses saringan Tuan Yang di-Pertua menjawab soalan Ahli-ahli Yang Berhormat tadi, permohonan RIBI akan diteliti dan permohonan tersebut akan digugurkan jika RIBI pernah menerima bantuan peruntukan. Untuk makluman juga pihak kementerian sedang dalam membuat pindaan kepada garis panduan permohonan inisiatif RIBI ini dengan memasukkan pindaan bahawa RIBI yang telah menerima peruntukan adalah tidak dibenarkan untuk membuat permohonan dalam tempoh tiga tahun Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya jemput Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin, Pagoh.

draft • 10:10 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Terima kasih Yang di- Pertua. Soalan saya soalan nombor dua.

draft • 10:10 AM

2. Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin [Pagoh] minta Menteri Ekonomi menyatakan bagaimana kerajaan memastikan keberkesanan hala tuju baru pembangunan ekonomi Bumiputera di bawah Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) sebagai kesinambungan daripada Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TBP2030) dan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB 2030) yang diperkenalkan oleh kerajaan sebelum ini.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajah Hanifah Hajar Taib

Assalamualaikum dan salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada YB Tan Sri Pagoh di atas soalan dan keprihatinan terhadap agenda pembangunan bumiputera. Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) yang dilancarkan pada 19 Ogos 2024 telah menzahirkan komitmen berterusan kerajaan dalam mengangkat darjat dan martabat Bumiputera agar sejajar dengan ekspresi ekonomi MADANI bagi membolehkan rakyat

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajah Hanifah Hajar Taib

Malaysia menikmati kehidupan lebih berkualiti. Penyediaan dokumen PuTERA35 turut mengambil kira dasar pembangunan negara dan agenda pembangunan bumiputera terdahulu dan sedia ada bagi memastikan kesinambungan agenda pemerkasaan bumiputera.

PuTERA35 yang bertemakan ‘Penyertaan, Pemilikan dan Penguasaan Bumiputera yang lebih bermakna’, memberi penekanan terhadap tiga teras utama iaitu memperkukuh pasak ekonomi negara, memperteguh kerukunan tata kelola dan institusi serta menegakkan keadilan sosial. Teras ini disokong oleh 12 pemacu dan 132 ikhtiar dalam isu dan cabaran Bumiputera.

Terdapat berbagai penambah baik yang telah diterapkan dalam PuTERA35 berbanding agenda pembangunan bumiputera sebelum ini. Antaranya pertama penglibatan yang lebih bersepadu daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) serta syarikat swasta sama ada bumiputera atau bukan Bumiputera.

Kedua, tumpuan khusus kepada segenap lapisan masyarakat bumiputera termasuk bumiputera Sabah dan Sarawak, Orang Asli serta pemberian limpahan manfaat kepada kaum kumpulan minoriti bukan bumiputera yang memerlukan. Ketiga, penetapan matlamat dan sasaran memartabatkan masyarakat bumiputera dalam pelbagai aspek sosioekonomi dan tidak memberi tumpuan kepada pemilikan ekuiti semata-mata.

Terdapat juga penambahbaikan terhadap pelaksanaan dan pemantauan yang diperkenalkan di bawah PuTERA35. Pertama, mewujudkan Unit Pemerkasaan Agenda Bumiputera (UPAB) di setiap kementerian bagi melaksanakan dan memantau ikhtiar PuTERA35 secara rapi. Kedua, pembangunan dashboard PuTERA35 bagi memudah cara dan pemantauan pelaksanaan dan penilaian berhasil dan sehingga tahun 2035 yang lebih sistematik.

Di peringkat tertinggi Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pelaksanaan dan pemantauan PuTERA35. Majlis ini terdiri daripada Ahli Jemaah Menteri termasuk Ahli Jemaah Menteri bukan bumiputera, wakil kerajaan negeri Sabah dan Sarawak serta wakil GLC dan GLIC.

MEB dibantu oleh dua jawatankuasa utama iaitu Jawatankuasa PEMANDU MEB dan Jawatankuasa Kerja MEB. Sekian terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Pagoh.

draft • 10:10 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah menjelaskan panjang lebar berkenaan usaha untuk membantu pembangunan usahawan bumiputera. Satu daripada perkara yang saya teliti ialah tentang komitmen kerajaan untuk mensasar 15 peratus sumbangan PMKS bumiputera kepada KDNK negara. Ini Tan Sri Yang di-Pertua adalah satu sasaran yang cukup tinggi, ikut tempoh masa ialah 10 tahun. Saya nak dapat tahu secara lebih jelas lagi apakah strategi yang khusus dan langkah-langkah tertentu yang sudah dan akan terus disusun supaya matlamat 15 peratus kepada KDNK negara daripada PMKS bumiputera itu boleh tercapai.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik sila Menteri.

draft • 10:10 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Terima kasih Yang di-Pertua. Kita mengutamakan dari segi sektor berpotensi di bawah PuTERA35 juga. Ia akan membangunkan, membuka ruang dan peluang kepada bumiputera untuk memanfaatkan sektor dan industri diberikan kepada oleh kerajaan...

draft • 10:10 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

...Terutamanya dalam industri high-growth, high- value dan berasaskan teknologi termaju. Tumpuan dan tekanan adalah industri HGHV berasaskan peliharaan tenaga, berasaskan teknologi digital E&E bernilai tinggi, pertanian dan industri asas tani nadir bumi, industri halal dan makanan, perkhidmatan profesional berteraskan kewangan Islam, logistik pelancongan, khidmat jagaan dan model teroka dan ekuiti persendirian.

Ini mempunyai dari segi tiga jenis jangka waktu dan insya-Allah, kita akan berusaha untuk memastikan bahawa meliputi dari segi kerumitan dari segi jenis industri yang akan dilaksanakan, kita melaksanakan yang mana yang kita dapat dari segi jangka waktu yang pendek, sederhana dan panjang. Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Sungai Siput.

draft • 10:10 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Saya menyambut baik Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 dan Wawasan Kemakmuran Bersama. Soalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah Pelan Transformasi Ekonomi bagi masyarakat India bagi tempoh yang sama? Sekian terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 10:10 AM

Dato Hajah Hanifah Hajar Taib

Terima kasih. PuTERA35 adalah sebuah agensi penyeluruhan negara untuk membangunkan ekonomi bumiputera itu dengan suatu bentuk fahaman ekonomi bumiputera yang berteraskan nilai, akhlak dan integriti. Melalui PuTERA35, kerajaan menghamparkan satu pelan komprehensif yang tidak terikat kepada pemikiran lama untuk peningkatan ekonomi bumiputera. PuTERA35 bukan pelan ekonomi eksklusif untuk masyarakat Bumiputera sahaja sebaliknya pelan ini akan membantu memacu ekonomi majoriti rakyat terbanyak yang terpinggir.

Agenda Pembangunan Bumiputera ini perlu berteraskan anjakan yang berani dan membawa perubahan yang besar bagi memastikan pembangunan yang lebih adil dan saksama serta dengan penglibatan semua pihak. Saya harap ini juga termasuk dengan golongan India di bawah Pelan Tindakan Masyarakat India di bawah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) di bawah Jabatan Perdana Menteri. Sekian terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem, Serian.

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem - Serian

Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor tiga.

draft • 10:20 AM

3. Dato' Sri Richard Riot anak Jaem [Serian] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan bila sebenarnya Institut Latihan Perindustrian (ILP) Serian akan beroperasi sepenuhnya.

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Serian. Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Serian kerana beliau juga merupakan bekas Menteri Sumber Manusia dan perjuangan ILP Serian ini di waktu beliau, sewaktu beliau Menteri Sumber Manusia dan telah menjadi kenyataan sekarang ini kerana telah siap sepenuhnya.

Cuma soalannya, bilakah ia akan mula operasi. Untuk makluman Dewan yang mulia, hasrat Kementerian Sumber Manusia atau KESUMA jika tiada halangan Institut Latihan Perindustrian (ILP) akan melaksanakan pengambilan pertama iaitu seramai 60 orang bermula pada 13 Januari 2025. Penerimaan peralatan di ILP Serian bermula pada November 2024 dan akan menerima sepenuhnya pada Julai 2025. Sekiranya tiada kelewatan dari segi prestasi pembekalan peralatan, pengambilan sepenuhnya boleh dilaksanakan pada Julai 2025.

Kursus-kursus yang ditawarkan di ILP Serian ialah Kursus Teknologi Binaan Bangunan, Teknologi Penyelenggaraan Bangunan, Teknologi Komputer Aided Design and Drafting, Teknologi Elektrikal serta Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara.

Pengisian perjawatan di ILP Serian akan dibuat secara berperingkat serta jumlah perjawatan keseluruhan di ILP Serian adalah seramai 72 orang. Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Serian.

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem - Serian

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Rakyat di kawasan Parlimen Serian khasnya menyambut baik berita baik ini. I repeat, menyambut baik berita baik ini. Sesi penerangan mengenai tertubuhnya ILP Serian bagi saya amat diperlukan. Jadi soalan tambahan saya, adakah kementerian bercadang untuk mengadakan sesi town hall? Kalau ya, bilakah ianya akan diadakan? Kalau tidak, mengapa? Sesi town hall very important. Thank you.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih. Menteri, short and sharp.

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Serian.

Kalau difikirkan perlu, insya-Allah kita boleh lakukan pada bila-bila masa.

draft • 10:20 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Kerana memandangkan ILP ini akan bermula pada Januari dan kita pun memerlukan seramai 600 orang pelajar dan sudah pastilah town hall itu diperlukan untuk memberi penjelasan, penerangan kepada masyarakat seluruh negara Sarawak ataupun Serian untuk memasuki ke pusat ILP tersebut. Program ini kita telah lakukan iaitu dinamakan Program Jelajah Spaoh, Debak, Daro, Balingian, Igan, Mukah pada 22 sehingga 26 Mei yang lalu.

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Berertinya kami telah membuat road show untuk memastikan ILP Serian ini akan dipenuhkan pelajar sehingga 600 orang pelajar. Terima kasih Yang Berhormat atas perjuangan tersebut. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Kulim-Bandar Baharu. Ikut contoh Serian, short and sharp soalan dia. Jangan pusing-pusing. Teruskan.

draft • 10:20 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Susah sikit ini. Apa-apa pun terima kasih Tan Sri. Apa pun tahniah kepada Serian kerana siapnya ILP ketiga di Sarawak dan juga 33 untuk di Malaysia. Soalan saya, adakah kelewatan ini yang mana kelewatan yang bertahun-bertahun yang agak lama, adakah kos daripada RM250 juta ini meningkat apabila kelewatan ini dan juga soalan saya juga, kiranya lari sikit tapi mohon jawapan bertulis ataupun jawapan lisan.

Kebanyakan keluarga yang M40 ataupun T40 agak kurang berminat untuk menggalakkan anak-anak mereka ke ILP kerana bukan bertaraf kolej universiti ataupun universiti. Adakah kerajaan sekarang bercadang untuk merentas kementerian dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengiktirafkan ILP ini sebagai kolej universiti atau universiti? Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Silakan Menteri.

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya, soalan pertama ada tiga soalan Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua. Yang pertama, peningkatan kos. Ia tidak melibatkan peningkatan kos. Hari esok akan selesai semua dari segi OP nya. Minat, dari segi minat tersebut sebenarnya hari ini ILP telah menarik begitu minat sekali pelajar-pelajar seluruh ILP kami, sebanyak 32 yang ada dan akan jadi yang ke-33 di Serian.

Yang ketiga, soalannya adakah dinaik taraf. Kita sedang merancang untuk membuat satu perubahan iaitu mungkin melibatkan akta baru daripada institut latihan (ILP), institut latihan kepada nama yang lebih sesuai kerana kita telah dari segi kursus itu kita telah membawa peningkatan yang lebih baik di bawah kepimpinan yang ada Menteri sekarang ini, telah menambah baik dari segi kursus tersebut. Kita akan masuk Huawei umpamanya, kursus Huawei di Melaka umpamanya dan boeing, turbo dan sebagainya.

Maka, sudah pastilah yang disarankan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri untuk peningkatan dalam TVET ini, sudah pastilah kami 33 pusat latihan industri ini akan meningkatkan dari segi kursus dan boleh membawa lebih ramai pelajar ke pusat kami.

Sebagai contoh Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, kita ada di Miri, baru ini kita telah tamat kursus seramai 293 pelajar. Seramai 292 pelajar telah mendapat pekerjaan. Cuma seorang itu tak dapat kerana dia nak dapat pekerjaan di belakang rumah dia. Itu sahaja.

Makna, susahlah kalau nak dapat pekerjaan belakang rumah dia. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan, Permatang Pauh.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Ramai isteri banyak cabaran, Soalan empat pohon jawapan.

draft • 10:20 AM

4. Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan [Permatang Pauh] minta

draft • 10:20 AM

Menteri Kerja Raya menyatakan

(a) usaha bagi menyelesaikan ketidakcekapan sistem RFID di lebuh raya sehingga menyusahkan pengguna; dan

(b) adakah kerajaan bercadang untuk menyeragamkan sistem bayaran tol di seluruh negara.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Isteri itu tak payah jawab ya Menteri. Jawab yang soalan saja.

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tan Sri.

*Mencari ubi tempatnya jauh, Ke dalam hutan baru dapat, Kepada YB Permatang Pauh, Ini jawapan soalan empat.

[Tepuk]* Tan Sri Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak kementerian bersama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi lebuh raya sentiasa memastikan tahap kecekapan yang tinggi dalam pelaksanaan sistem kutipan tol secara radio frequency identification dengan izin, RFID. Bagi memastikan kutipan tol berjalan dengan lancar, ada rakyat yang menyebut RFID ini Tan Sri, “reverse, forward, insya-Allah detect”.

[Ketawa] Itu gelaran merekalah.

Walau bagaimanapun, beberapa isu telah dikenal pasti melibatkan aspek teknikal dan operasi dalam pelaksanaan kutipan tol melalui teknologi RFID. Bagi isu teknikal, syarikat konsesi lebuh raya telah melaksanakan kerja-kerja penalaan. Penalaan ini Tan Sri maksudnya find tuning dengan lebih kerap di lorong-lorong RFID. Maka kala bagi isu operasi, syarikat konsesi lebuh raya sentiasa membuat hebahan kesedaran kepada pengguna agar mempunyai baki eWallet yang mencukupi sebelum melalui plaza tol bagi melancarkan proses pembayaran tol.

Dengan pelaksanaan usaha-usaha ini, ianya dapat mempertingkatkan prestasi dan kecekapan sistem RFID. Keperluan penambahan lorong RFID di setiap plaza tol juga dipantau dari semasa ke semasa melalui threshold yang telah ditetapkan. Sehingga kini, sebanyak 580 daripada 2,348 lorong tol atau 24 peratus menggunakan RFID. Yang kedua, soalan kedua, cadangan pelaksanaan multi-lane fast flow (MLFF) merupakan salah satu inisiatif kementerian untuk menambah baik sistem kutipan tol.

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Satu lagi ialah SPT, Sistem Pembayaran Tol Terbuka atau Open Payment System

(OPS), dengan izin, juga sedang dilaksanakan mengguna pakai kad kredit, kad debit dan kad prepaid di 13 lebuh raya melibatkan 32 plaza tol di 89 lorong. Sistem ini akan ditambah lagi penggunaannya dari semasa ke semasa.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Permatang Pauh.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Terima kasih, Tan Sri. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Kalau kita tengok, isu RFID ini selalu menjadi permasalahan di plaza-plaza tol. Kalau satu kereta tersangkut, ia akan menyebabkan kesesakan. Saya rasa ramai MP yang menghadapi masalah yang sama.

Persoalan saya sekarang berkaitan dengan ― adakah kerajaan mempunyai data berkaitan dengan gangguan sistem RFID di plaza-plaza tol ini? Bagaimana kerajaan nak menentukan jaminan kualiti pelekat RFID itu dan juga pengimbas daripada syarikat pembekal?

Tahun lepas, kalau tak silap saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menjawab soalan daripada Alor Setar berkaitan dengan sistem tol tanpa palang yang akan dilaksanakan pada tahun ini. Jadi, saya nak bertanya berkaitan dengan perkembangan, adakah telah dicuba? Adakah kerajaan berhasrat menggunakan sistem tersebut di negara kita?

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Soalan yang pertama itu, kita akan terus memperbaiki sistem RFID ini, kerana apa yang berlaku ialah kadang-kadang tag-nya rosak dan ia perlu diperbaiki. Satu tag itu RM35 dan satu tag tidak boleh diguna untuk kenderaan lain. Dia tak macam Smart Tag yang boleh diangkat ke kereta lain, diubah. RFID tak boleh diubah. Dia satu tag, satu kenderaan.

draft • 10:30 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Satu lagi mengenai soalan MLFF, plaza tol tanpa palang tol, seperti negara Singapura, Indonesia sudah mula melaksanakan, Thailand sudah mula melaksanakan.

MLFF ini, tempoh rundingan, berdasarkan perjanjian, sehingga 16 Disember 2024.

Apa yang berlaku ialah akan berlaku konsesi atas konsesi. Sekarang ini kita ada 33 konsesi tol. Yang ini nak dikonsesikan pula kaedah multi-lane free flow (MLFF) ini. Jadi, masalahnya, tidak semua konsesi bersetuju. Dalam rundingan 20 konsesi dan 13 lagi masih belum setuju.

Dia semua sekali ada 33 konsesi tol, 20 sedang dalam rundingan, 13 tidak setuju.

Satu lagi perkara tentang MLFF ini ialah kita perlu meminda akta yang tertentu.

Kerana, palang tol sekarang ini adalah berbentuk kawalan. Jika siapa-siapa yang tidak membayar, boleh kelihatan dengan jelas. Dan yang tidak membayar kini hanya 0.01 peratus yang tidak membayar tol. Sama ada mereka melanggar, sedikit sangatlah kejadian itu ataupun apa yang dipanggil sebagai tailgating. Tan Sri, dia betul-betul rapat dengan kenderaan yang di hadapan dia dan dia boleh lepas. Itu semua sekali 0.01 peratus.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tapi, kalau dah ada sistem tol yang tidak ada rumah tol macam sekarang, maka mereka yang tidak membayar tol itu akan bertambah. Sekarang ini kita kena pinda akta bagaimana cara. Siapa yang nak kena bayar ini? Mereka yang lari daripada pembayaran tol ini.

Jadi, itu isu-isu MLFF ini. Kita menunggu 16 Disember 2024 kepada yang mencadang. Jika tidak dapat keseluruhan 33, maka kerajaan akan membuat cadangan yang lain. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Pulai.

draft • 10:30 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih, Speaker. Saya rasa semua kita pernah merasai masalah RFID ini di mana kita terpaksa undur kenderaan kita untuk melayakkan ataupun kita boleh detect, sistem itu detect ya. Masalah ini dah terlalu lama dan complain dah terlalu banyak. Apakah ada tempoh yang diberikan oleh kementerian untuk memastikan bahawa sistem ini benar-benar berfungsi dengan baik dan mungkin kalau dia tidak berfungsi, kita terminate dia daripada sistem yang kita ada ini?

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Menteri.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya, saya sebut tadi masalah teknikal.

Kekangan gelombang wave yang tidak boleh lebih 2 watt di antara antena lorong. Jika lebih daripada 2 watt, dia akan mengganggu ataupun bouncing yang menyebabkan dia melimpah ke lorong lain. Itu satu teknikal yang memang kita telah minta atasi. Kedua ialah baki e-wallet dan sebagainya. Ini masalah manusia yang menyebabkan perkara itu. Saya kira sekarang ini semakin diperbaiki.

Saya ingin maklumkan bahawa RFID ini 580 per 2,348 lorong tol, 24 peratus. Ada lagi cara lain. Touch 'n Go ― 1,235 daripada 2,348 lorong atau 52 peratus. Banyak Touch 'n Go. Smart Tag ― 410 daripada 2,348 atau 17.5 peratus. Dan ada hibrid RFID-Touch 'n Go, RFID-Smart Tag, Smart Tag-Touch 'n Go. Itu 6.5 peratus atau 123 lorong.

Jadi, sekarang ini, RFID memanglah suku tetapi ada tiga lagi pilihan yang lain jika ada masalah teknikal dan operasi yang masih belum diselesaikan. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya, saya jemput Tuan Riduan bin Rubin, Tenom.

draft • 10:30 AM

5. Tuan Riduan bin Rubin [Tenom] minta Menteri Komunikasi menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menggubal undang-undang yang komprehensif, inklusif dan sesuai dengan peredaran zaman berkenaan penyebaran maklumat palsu kerana ianya berisiko menimbulkan kegentaran dan mengganggu ketenteraman awam.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Terima kasih, Tan Sri Speaker. Terima kasih, Ahli Yang Berhormat.

Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) giat memperluas kerjasama dengan platform media sosial dan juga agensi

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

penguat kuasa lain bagi menangani isu penyebaran maklumat palsu berpandukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] serta undang-undang sedia ada yang lain.

Dari tahun 2022 sehingga 15 November 2024, sebanyak 21,156 kandungan palsu telah diturunkan oleh penyedia platform media sosial berdasarkan pertimbangan dan penilaian oleh penyedia platform itu sendiri mengikut standard komuniti yang telah ditetapkan.

Bagi tindakan penguatkuasaan pula, sebanyak 198 kes bagi elemen palsu telah pun disiasat. Daripada jumlah tersebut, sebanyak lima kes telah didakwa oleh Jabatan Peguam Negara dan dijatuhkan hukuman.

Rang undang-undang pindaan Akta 588 telah diluluskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 22 November 2024 dan dijangka dibentangkan dalam mesyuarat Parlimen pada Disember ini. Dalam cadangan pindaan kepada Akta 588, evolusi teknologi dan peningkatan tahap penggunaan serta kebergantungan kepada teknologi telah diteliti dan diambil kira bagi menangani ancaman di alam siber termasuk isu penyebaran maklumat palsu melalui platform dalam talian sehingga menyebabkan kemudaratan kepada pengguna.

Selain daripada itu, kementerian-kementerian lain juga sedang meneliti seperti RUU Keselamatan Dalam Talian dan juga pindaan kepada Kanun Keseksaan bertujuan mengekang aktiviti jenayah di media sosial termasuk berita palsu.

Kementerian Komunikasi juga telah menubuhkan Task Force Menangani Berita Palsu pada 1 Disember 2022 bertujuan memantau berita palsu yang mempunyai kesan negatif terhadap sistem politik, ekonomi, sosial, agama, budaya, keselamatan dan kedaulatan negara. Task force ini telah dijenamakan semula kepada Task Force Menangani Berita Palsu dan 3R mulai 6 April 2023 selaras dengan penetapan fungsi baharu yang mencakupi pemantauan dan penguatkuasaan terhadap hantaran dan kandungan di media sosial yang menyentuh sensitiviti 3R.

Task Force Menangani Berita Palsu dan 3R merupakan kolaborasi strategik yang melibatkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Jabatan Penerangan Malaysia, Jabatan Penyiaran Malaysia, Jabatan Komunikasi Komuniti, BERNAMA, FINAS, KDN, AGC, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Majlis Keselamatan Negara, PDRM dan juga Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Bermula dari 1 Disember 2023 sehingga 22 November 2024, sebanyak 27 mesyuarat Task Force Menangani Berita Palsu dan 3R telah diadakan. Sekian jawapan saya. Terima kasih, Tan Sri Speaker.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tenom.

draft • 10:40 AM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Terima kasih Timbalan Menteri Kulai atas jawapan terperinci yang diberikan. Soalan tambahan saya ialah apakah pendirian kerajaan terhadap keperluan bagi mewujudkan suatu rang undang-undang khusus yang bersifat dinamik seiring dengan perubahan teknologi dan peredaran zaman berhubung dengan maklumat palsu ataupun adakah undang-undang sedia ada mencukupi untuk mengekang penularan maklumat palsu ini? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Timbalan Menteri.

draft • 10:40 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Ahli Yang Berhormat atas soalan tambahan tersebut. Seperti yang saya sebut tadi kalau dari segi rang undang-undang baharu, itu di bawah BHEUU. Mereka sedang meneliti Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian dan selain daripada itu untuk kementerian ini, setakat ini usaha kita adalah fokus kepada pindaan kepada Akta 588.

Dan cadangan-cadangan ataupun pindaan yang dicadangkan, termasuklah kita wujudkan seksyen ataupun klausa-klausa baharu di mana kita bagi pihak berkuasa seperti PDRM ataupun pegawai yang diberi kuasa untuk memelihara data komunikasi atau/dan jugalah untuk menzahirkan data komunikasi yang disimpan. dalam bahasa Inggeris kita panggil preserve data dan juga discovery data. Kami percaya bahawa dengan kaedah ini adalah kita mengambil kira teknologi baharu untuk memastikan bahawa siasatan oleh pihak berkuasa akan menjadi lebih berkesan. Sekian jawapan saya, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Alor Setar.

draft • 10:40 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Tan Sri Speaker. Lawa tie Tan Sri Speaker.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, berita palsu ini dia berkait dengan pemilik akaun palsu. Saya rasa saya pernah tanya soalan kepada Yang Berhormat Menteri sebelum ini tapi nampaknya pemilik akaun palsu ini semakin berleluasa. Macam kita tak mampu kawal. Saya dapat aduan bila seseorang itu ditohmah ataupun dituduh dengan berita palsu, dia buat repot.

Tapi bila nak trace, SKM, dia tak dapat trace, tak dapat kesan pemilik akaun palsu ini. Jadi sebenarnya nampak macam mereka terlebih advanced teknologi mereka daripada kita.

Macam mana kita nak atasi isu ini?

Yang kedua, Yang Berhormat Tan Sri Speaker baru ini tentang video Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang Menteri kata disunting oleh pihak tertentu video temu bual CNN, saya percaya Yang Berhormat Menteri memberi berita yang betul. Tak mungkin Yang Berhormat Menteri cakap berita yang palsu. Jadi, soalannya bila kerajaan nak ambil tindakan kepada pihak yang sunting video temu bual Perdana Menteri dengan CNN itu? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Alor Setar di atas soalan tambahan tersebut. Pertama, kita faham bahawa memang kita menghadapi cabaran bagaimana kita nak mengenal pasti siapa yang sebenarnya duduk di belakang akaun palsu tersebut dan oleh sebab itu sangat-sangat penting adalah kita menjadikan platform provider ini seperti META dan jugalah Bytedance, jugalah Google untuk mengetatkan lagi garis panduan pereka apabila ada pengguna-pengguna yang nak buka akaun baharu seperti adakah mereka wajib sesuatu akaun itu dibuka, apabila dibuka, perlulah mereka bagilah telefon number dan sebagainya.

Kalau kita tak ada usaha sebegini, sememang sangat sukar untuk kita mengenal pasti siapa yang di belakang akaun palsu tersebut. Dan selain daripada itu, di bawah pindaan kepada Akta 588, salah satu kuasa yang kami cadangkan adalah kita nak memperkenalkan satu seksyen baharu untuk mengukuhkan kuasa-kuasa penguatkuasaan untuk membenarkan pegawai polis ataupun pegawai yang diberi kuasa untuk menghendaki mana-

draft • 10:40 AM

Puan Teo Nie Ching

mana orang yang mengawal sistem komunikasi untuk menzahirkan data tersebut melalui kaedah yang dinyatakan.

Jadi kita percaya bahawa dengan seksyen tersebut, satu seksyen baharu kalau diluluskan oleh Dewan Rakyat ini, kita berkuasa, pihak PDRM berkuasa untuk minta platform provider itu untuk zahirkan data-data tentang pengguna akaun tersebut dan harap dari sana kita bolehlah mempermudah lagi siasatan oleh pihak PDRM.

Dan tentang tindakan yang akan diambil oleh mereka yang sunting video tersebut, saya rasa lebih sesuai dijawab oleh pihak PDRM. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Tuan Nurul Amin bin Hamid, Padang Terap. Sila Menteri.

draft • 10:40 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 6.

draft • 10:40 AM

6. Tuan Nurul Amin bin Hamid [Padang Terap] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan:

(a) adakah pihak kementerian akan mengekalkan skim bantuan geran Dana Sukan Komuniti; dan

(b) adakah jumlah bantuan geran ini akan ditambah pada masa akan datang jika diteruskan.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli bin Abd Halim

Terima kasih Yang di-Pertua. Soalan berkait dengan Dana Sukan Komuniti, untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua serta Yang Berhormat, pada tahun 2024, Kementerian Belia dan Sukan telah pun menerima peruntukan sebanyak RM20 juta daripada Kementerian Ekonomi untuk melaksanakan dana sukan komuniti yang memanfaatkan sebanyak 1,187 persatuan sukan dan pemegang taruh untuk melaksanakan 66 aktiviti sukan melibatkan 480,634 penyertaan.

Dalam masa yang sama berdasarkan pengumuman Belanjawan 2025 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 18 Oktober 2024 yang lepas, kementerian berterima kasih kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi kerana telah pun memperuntukkan sebanyak RM25 juta, maksudnya ada tambahan sebanyak RM5 juta untuk dana sukan komuniti bagi tahun 2025.

Menerusi dana ini, Kementerian Belia dan Sukan yakin bahawa pemerkasaan pembangunan dan pembudayaaan sukan di peringkat akar umbi akan kita dapat teruskan.

Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Padang Terap.

draft • 10:40 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Terima Kasih Tan Sri Speaker.

Sebelum saya bertanya soalan, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada Allahyarham Mohd Syauqie Ismail Pengerusi Pertubuhan Permotoran Santai Anak Utara yang telah meninggal dunia hari Sabtu baru-baru ini. Kita ucapkan penghargaan kepada

draft • 10:40 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Santai Anak Utara yang telah banyak membuat event permotoran melibatkan puluhan ribu anak muda kolaborasi dengan pihak kerajaan.

Soalan saya Yang Berhormat Menteri, sukan permotoran ini sangat dekat dengan anak muda di kampung, di bandar, di pekan dan sebagainya. Adakah ada perancangan daripada pihak kementerian untuk menggunakan Dana Sukan Komuniti untuk sukan permotoran? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri.

draft • 10:40 AM

Tuan Adam Adli bin Abd Halim

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk pengetahuan, kita kena pastikan sebelum kita anjurkan satu-satu program untuk menggunakan Dana Sukan Komuniti ini kita harus pastikan ada dia punya terma dan syarat. Antara terma dan syarat yang kita perlu patuhi adalah yang pertama dianjurkan oleh persatuan sukan, kelab sukan, ataupun persatuan belia.

Yang kedua adalah untuk memastikan bahawa ada elemen pertandingan di dalam permohonan Dana Sukan Komuniti tersebut. Selagi mana Dana Sukan Komuniti ini, selagi mana ianya dimohon mengikut Senarai Sukan Jadual satu iaitu 103 sukan telah disenaraikan, maka boleh.

Ada kategori yang mana kita boleh luluskan, ada kategori yang kita tidak benarkan.

Itu sahaja sebenarnya. Tapi secara ringkasnya boleh Yang Berhormat dan sudah pun dilaksanakan sebelum ini. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Sungai Petani.

draft • 10:40 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri, geran dana ini telah pun diberikan dan lebih 103 jenis sukan yang diperuntukkan di bawah geran ini. Kalau kita lihat bukan sahaja sukan yang biasa macam badminton, bola sepak dan sebagainya tapi di kampung-kampung banyak sukan yang perlu kita tonjolkan, contohnya petanque, kabaddi dan sebagainya.

Persoalan saya adalah apakah inisiatif oleh kementerian untuk meningkatkan kesedaran komuniti terhadap skim bantuan geran ini dan apakah mekanisme yang dibuat oleh kementerian untuk memastikan bahawa keberhasilan pemberian geran dan dana ini dalam meningkatkan keterlibatan sukan dalam kalangan masyarakat? Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:40 AM

Tuan Adam Adli bin Abd Halim

Terima kasih. Tan Sri Yang di-Pertua, yang pertama untuk kita meningkatkan kesedaran tentang kewujudan geran ini supaya lebih banyak pihak boleh manfaatkan kewujudan geran Dana Sukan Komuniti ini, kita ada buat open day di setiap negeri sebenarnya dan juga di peringkat daerah dengan kerjasama kelab-kelab dan juga persatuan-persatuan belia. Yang ini yang paling utama.

Yang kedua adalah kita tentu sekali buat hebahan menerusi media sosial, di mana untuk pengetahuan Dana Sukan Komuniti ini boleh diakses, menerusi laman web. Erti kata lain kita sudah pun cantas kerenah birokrasi dalam kita nak mohon satu-satu dana. Mana- mana pihak yang berminat untuk melaksanakan aktiviti sukan di peringkat komuniti dengan

draft • 10:40 AM

Tuan Adam Adli bin Abd Halim

kerjasama kelab sukan atau pun kelab belia terus boleh mohon, menerusi laman web Kementerian Belia dan Sukan. Jadi, ini yang pertama.

Yang Kedua, dalam kita mengukur impak oleh Dana Sukan Komuniti, kita harus lihat daripada dua spektrum yang berbeza.

draft • 10:40 AM

Tuan Adam Adli bin Abd Halim

Yang pertama adalah bagaimana kita berjaya merancakkan aktiviti sukan di peringkat komuniti. Erti kata lain, kita buka peluang kepada lebih banyak pihak untuk menganjurkan karnival, pertandingan, latihan malah sukan mengikut keperluan masing- masing.

Kedua, kita juga memastikan dengan adanya pertandingan di peringkat akar umbi, ia sedikit sebanyak menyumbang juga kepada pembangunan di peringkat tertinggi. Sebab itu kita lihat beberapa sukan yang menerima Dana Sukan Komuniti ini seperti sukan kanu, perahu panjang, sukan elektronik, Esports di mana apabila peringkat komuniti kita perkasakan, di peringkat tertinggi juga dapat lihat impak di mana mereka dapat memenangi beberapa kejuaraan di peringkat dunia juga.Ini salah satu yang kita laksanakan.

Begitu juga kita ada terutama sekali kajian dan penilaian dari semasa ke semasa yang dilaksanakan oleh IYRES, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia oleh Kementerian Belia dan Sukan. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua., terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tuan Lo Su Fui, Tawau.

draft • 10:50 AM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera Malaysia dan salam Sabah Maju Jaya.

Jalan Persekutuan Sabah bahaya gelap gelita, Menteri KKR usaha namun kurang peruntukan, MADANI sibuk luar dan Malaya, jangan lupa Sabah, Mohon jawapan tegas soalan nombor tujuh.

draft • 10:50 AM

7. Tuan Lo Su Fui [Tawau] minta Menteri Kerja Raya menyatakan jaminan penyaluran peruntukan bagi menyelesaikan masalah penyelenggaraan lampu jalan persekutuan di Tawau yang tidak mendapat peruntukan semenjak tahun 2022, ini menyebabkan jalan sangat gelap sekali gus ribuan kemalangan telah berlaku dalam masa tiga tahun serta telah meragut banyak nyawa ketua keluarga.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Pantun itu agak lari sedikit tapi tak apalah Menteri.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Pantun ke apa Tan Sri?

[Ketawa] Pantun bunyi macam ini.

Waktu petang cuaca teduh, Waktu pagi bersinar suria, Kepada soalan nombor tujuh, Dengarkan ini jawapannya. Itu baru pantun. Terima kasih Yang Berhormat Tawau. Bagi isu peruntukan dan penyenggaraan lampu jalan sebelum tahun 2020, pembaikan lampu jalan adalah dilaksanakan oleh PBT, pihak berkuasa tempatan Sabah. Pada tahun 2021, PBT dan JKR Sabah telah melaksanakan proses penyerahan penyenggaraan lampu jalan bagi jalan

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

persekutuan kepada JKR Negeri Sabah dengan peruntukan kewangan Persekutuan dari Kementerian Kerja Raya Malaysia.

Pada tahun 2022, kementerian ini telah meluluskan sebanyak RM1.705 juta bagi peruntukan penyenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat bagi negeri Sabah setelah menerima permohonan sebanyak RM5.4 juta dan pada tahun 2023, sebanyak RM1.4 juta diluluskan setelah menerima permohonan daripada JKR Sabah RM6.4 juta.

Walau bagaimanapun, bagi mengurangkan jumlah backlog yang tinggi pada tahun- tahun sebelumnya, kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya telah meningkatkan kadar kelulusan peruntukan pada tahun 2024 bagi penyenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat telah diluluskan sebanyak RM9.7 juta merangkumi 100 peratus lulus jumlah permohonan dari JKR Sabah dan ia diluluskan secara berfasa. Fasa pertama RM7 juta telah diluluskan pada bulan Januari ini 2024, manakala RM2.7 juta peruntukan tambahan telah diluluskan pada bulan Ogos 2024 bagi menyelesaikan backlog penyelenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat.

Bagi Daerah Tawau, sebanyak RM1.05 juta telah diluluskan untuk menangani isu backlog penyenggaraan lampu jalan telah dapat dilaksanakan pada tahun ini. Melalui peruntukan ini, banyak lampu jalan yang telah dibaiki dan permasalahan jalan gelap di kawasan berisiko telah diambil tindakan dan perkara ini juga telah dinyatakan oleh Facebook Ahli Yang Berhormat sendiri. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tawau.

draft • 10:50 AM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Terima kasih Tan Sri Speaker dan Menteri. Sejak 2019, jalan persekutuan di Sabah diambil alih KKR tanpa peruntukan tetap menyebabkan jalan gelap serta mengorbankan ribuan nyawa dan harta. Terima kasih kepada Dato Sri Alexander Nanta Linggi atas lawatan serta peruntukan. Namun peruntukan daripada MOF jauh mencukupi, menoktahkan masalah ini.

Soalan saya, adakah Kerajaan MADANI akan menyalurkan peruntukan mencukupi kepada KKR dan mengembalikan penyelenggaraan kepada Kerajaan Sabah yang terbukti lebih berkesan untuk menyelesaikan masalah ini. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Telah saya nyatakan tadi ya, bahawa pada tahun ini kita telah melaksanakan 100 peratus jumlah permohonan daripada JKR Sabah, RM9.7 juta. Kita tahu bahawa jalan persekutuan memanglah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Kerajaan negeri, JKR negeri ada tanggungjawab untuk melaksanakan penyenggaraan lampu-lampu jalan untuk jalan negeri dan pihak PBT untuk jalan bandaran.

Jadi kita bagi-bagi tugas yang mana tugas kita, kita ambil tugas kita.

Tambahan maklumat kepada Yang Berhormat, peratus kemalangan jalan raya ini kalau nak dikatakan sebab lampu jalan, ia tidak juga 100 peratus tepat kerana 80 peratus kerana kecuaian. Ini data daripada MIROS, 80 peratus kecuaian. 13 peratus permukaan jalan sama ada jalan itu berlubang atau selekoh tajam dan sebagainya. Tujuh peratus daripada

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

kemalangan adalah disebabkan oleh keadaan kenderaan yang tidak diservis, yang brek tak makan dan macam-macam.

Lima faktor utama menyebabkan kematian Tan Sri, tak ada kena mengena dengan lampu jalan pun iaitu:

(i) lebih had laju yang pertama, memandu laju;

(ii) tak pakai tali pinggang keledar;

(iii) tidak pakai topi keledar;

(iv) anak-anak kecil dalam itu tidak menggunakan apa ini dipanggil kerusi keselamatan kanak-kanak; dan

(v) dipengaruhi dadah dan alkohol.

draft • 10:50 AM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Itu antara lima sebab kecuaian maut dan mengenai lampu jalan itu ya, setiap malam memang kita kalau boleh terang jalan tetapi kita juga ada lampu kereta, lampu kenderaan untuk menyuluh sementara lampu jalan tak semuanya ada. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Tumpat.

draft • 10:50 AM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum, terima kasih Yang di-Pertua. Saya beralih kepada Menteri mengenai status pemasangan lampu jalan di sepanjang lebuh raya daripada Tawau tadi sekarang kepada KL-Karak. Saya perasan kalau kita lalu jalan itu, terdapat kira-kira dalam 30 kilometer yang ada lampu. Jadi yang selebihnya belum ada lampu yang kita kira kurang pencahayaan, khususnya kawasan selekoh tajam, laluan mendaki dan menurun yang menjadi amat berbahaya terutama kepada pengguna jalan raya terutama pada waktu malam dan juga musim hujan.

Jadi, bolehkah pihak kementerian memberikan garis masa atau pelan tindakan yang jelas bagi menyiapkan pemasangan lampu di sepanjang seluruh Lebuhraya KL-Karak bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna di jalan raya.

Kedua, adakah kerajaan akan bercadang untuk mempertimbangkan, mewajibkan penggunaan lampu isyarat di jalan-jalan raya di seluruh Malaysia yang direka khas dan dibuat dan merupakan 100 peratus buatan Malaysia daripada proses reka bentuk sehingga sepenuhnya- siap sepenuhnya kerana pada hari ini kita tahu bahawa kebanyakannya memang hampir semuanya diimport.

Jadi kita perlu kepada suatu rekaan tempatan yang juga boleh dilengkapi dengan integrasi kecerdasan buatan (AI) yang juga mungkin lepas ini boleh buat kalis ancaman siber.

Jadi, adakah pihak kementerian mempunyai kajian ataupun dasar ke arah ini bagi menyokong inovasi tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada produk import, khususnya untuk lampu isyarat. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, soalan yang bagus. Silakan.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tentunya kita inginkan inovasi dan kita salah satu yang kita inginkan ialah kebitaraan inovasi, tiada yang seumpamanya. Sebagai contoh, JKR bersama dengan sebuah universiti telah mencipta alat bagi kita memastikan

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

kenderaan mengikut had laju yang dipatuhi mengikut hadnya menggunakan apa yang dipanggil sebagai solar panel yang boleh menunjukkan laluan itu kenderaan sepatutnya 90 kilometer tetapi ia melebihi misalnya dan kita akan cari kenderaan itu. Itu sedang dalam proses.

Mengenai rekaan tempatan, memang sedang kita lakukan dan dalam beberapa pameran saya sendiri melihat bagaimana lampu-lampu isyarat dibina oleh pihak syarikat tempatan. Mengenai nak mencahayakan keseluruhan lebuh raya, ia agak sukar untuk keseluruhan kecuali di simpang-simpang tiga, simpang empat memang kita letakkan lampu- lampu jalan.

Statistik pemasangan lampu jalan baharu ya, untuk tahun hadapan, kita ada statistiknya, perancangan. Jumlahnya RM79.28 juta, projeknya 429 projek. Perlis RM800,000, Kedah RM500,000, Perak RM10.5 juta, Selangor RM60.1 juta, Negeri Sembilan RM11.9 juta, Melaka RM12.1 juta, Johor RM16.6 juta, Pahang RM2.8 juta, Terengganu RM3.6 juta, Kelantan paling banyak sekali RM20.3 juta. Jumlah RM79.28 juta. Ini perancangan tahun 2025 dari segi statistik pemasangan lampu jalan baharu. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary, Pengkalan Chepa.

draft • 10:50 AM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mulakan dengan pantun,

draft • 10:50 AM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Jala dibentang hanyut di lautan, Karam perahu hilang pedoman, Reformasi kini tinggal kenangan, Soalan saya nombor lapan.

draft • 11:00 AM

8. Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary [Pengkalan Chepa] minta Menteri Pertahanan menyatakan sejauh mana usaha kerajaan menambah bilangan pos statik dan anggota keselamatan negara di sepanjang Sungai Golok serta status kebolehlaksanaan pembangunan Sistem Kawalan Sempadan Negara (NBSC) untuk mengawal keselamatan sempadan negara.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Pengkalan Chepa di atas soalan yang dikemukakan.

Tan Sri Yang di-Pertua, pihak Tentera Darat Malaysia (TDM) sentiasa diatur gerak bagi mengawal persempadanan Malaysia–Thailand di Kelantan bermula dari Jeli sehingga ke Rantau Panjang yang melibatkan Operasi MERPATI 8 Briged. Terdapat seramai 11 pegawai dan 235 anggota lain-lain pangkat diatur gerak dalam operasi tersebut dan tempoh penugasan adalah selama dua bulan bagi setiap pasukan sepanjang tahun.

Pada masa ini, terdapat 11 buah Pos Keselamatan Tentera Darat Malaysia di sepanjang sempadan Malaysia–Thailand meliputi sejauh 84.5 kilometer. Kementerian Pertahanan melalui ATM juga sentiasa memantau dan menganalisa situasi ancaman semasa

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

dalam mempertimbangkan penambahan pos-pos keselamatan. Berdasarkan kepada analisa ancaman semasa buat masa ini, ATM akan mengekalkan operasi di pos keselamatan yang sedia ada.

Pelaksanaan operasi ini telah dipertingkat dan ditambah baik dengan atur gerak pelbagai aset baharu dan selenggaraan infrastruktur yang berterusan di semua pos-pos penempatan operasi di bawah Jawatankuasa Perancangan Gerakan (JPG) dan dengan pertambahan aset di kawasan operasi, kawalan di sempadan akan dapat diperkukuhkan lagi dan seterusnya mencegah pencerobohan anasir luar.

Selain itu, agensi kerajaan lain yang turut terlibat dalam kawalan sempadan negara selaras dengan pendekatan keseluruhan kerajaan (whole of government), pada masa yang sama pihak ATM bekerjasama dengan Royal Thai Army (RTA) melalui pelaksanaan Combined Force Border Patrol (CFBP) iaitu rondaan sempadan berpandukan kerjasama di antara Malaysia dan Thailand dan aktiviti ini dilaksanakan sebanyak dua kali setahun. Di samping meningkatkan keselamatan di sempadan, kerjasama ini juga dapat mengukuhkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan juga Thailand. Itu sahaja jawapan.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Pengkalan Chepa.

draft • 11:00 AM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita tahu bahawa sekarang ini sudah sampai musim tengkujuh kebanyakan pos-pos statik itu bila tiba musim banjir kawasan sempadan di Rantau Panjang dan Tumpat dan kawasan sekitar, semua kebanyakannya tenggelam.

Isu yang berbangkit ialah bagaimana pencerobohan daripada warganegara jiran yang mereka datang ke rumah-rumah yang separuh ditenggelami banjir dan mereka mencuri dan sebagainya sehingga ada yang terpaksa tunggu walaupun rumah hampir tenggelam, mereka tunggu dan tidur di rumah mereka. Jadi, apa bentuk mitigasi khusus kerajaan dalam menangani isu ini, khususnya kebimbangan rakyat di kawasan sempadan sekarang ini yang sedang berhadapan dengan musim tengkujuh? Sekian.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pengkalan Chepa di atas soalan tambahan. Sepertimana kita tahu kepada soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa, dalam persoalan keselamatan negara kita, di pihak ATM, fokus kita adalah kepada isu-isu yang terkait dengan persoalan tradisional pertahanan negara itu sendiri.

Adapun kalau kita lihat dalam isu-isu keselamatan dalam negara kita adalah kita sentiasa bekerjasama dengan pihak Kementerian Dalam Negeri termasuk persoalan utama yang dikemukakan tentang NBSC itu juga. Ini di bawah tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri.

Jadi, sebab itu kalau kita lihat sebenarnya dalam isu keselamatan ataupun sempadan negara kita, sama ada dalam musim banjir ataupun dalam musim tidak banjir itu, sebenarnya persoalan paling teras kita adalah kerjasama antara agensi-agensi kerajaan ini, kementerian

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

itu sendiri. Sebab itu kalau kita lihat macam kita di Kementerian Pertahanan, kalau mengikut tahun ini kita ada 179 tangkapan.

Jadi hasil daripada tangkapan itu, kita melakukan kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri. Begitulah juga kalau kita lihat tangkapan kita juga bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri juga dan juga kalau kita lihat ada yang terkait dengan aspek-aspek pertanian dan ternakan, kita bekerjasama dengan Kementerian Pertanian juga. Itu sahaja jawapan saya.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Ledang.

draft • 11:00 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih, Tan Sri Speaker. Kita dimaklumkan dalam Belanjawan 2025 bahawa peruntukan berjumlah sebanyak RM560 juta untuk memperkasakan sempadan negara. Ini satu tindakan yang tepat. Persoalan saya ialah bagaimanakah peruntukan ini digunakan untuk memastikan supaya perolehan aset-aset mengawal sempadan negara itu terjamin daripada sebarang penyelewengan ataupun kualiti yang tidak baik supaya aset itu dapat sampai tepat dan ketikanya untuk dimanfaatkan oleh anggota keselamatan kita. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih kepada Yang Berhormat Ledang atas soalan yang dikemukakan tentang pembangunan di kawasan-kawasan sempadan kita.

Memang kita tahu bahawa keutamaan kita, kita ada dua sempadan darat yang utama bagi kita iaitu sama ada di utara Semenanjung kita mahupun di Sabah dan juga Sarawak. Sebab itu kalau kita lihat memang kita tahu bahawa kawasan-kawasan pos-pos sempadan kita ini kita mempunyai cabaran juga dari segi pembangunan.

Terutamanya bila kita hendak membangunkan pos baharu kita, terutamanya di Sarawak itu dia memang kita ada isu-isu yang terkait dengan logistik. Tidak ramai kontraktor ataupun pemaju mahu membangunkan kawasan-kawasan sempadan itu. Itu antara cabaran- cabaran kita tetapi kita melihat berdasarkan penilaian kita berdasarkan kepada kemampuan pembangunan-pembangunan yang sedia ada.

Sebab itu kalau kita lihat dari segi pembangunan termasuk yang disebut oleh Pengkalan Chepa juga, kita terutamanya di kawasan utara kita, kita lebih banyak menumpukan kepada menaik taraf pos-pos sedia ada kita, termasuk kita melihat pelan-pelan dalam perkara-perkara yang melibatkan bencana.

Sebab itu kalau kita lihat semenjak Kerajaan MADANI mengambil alih kerajaan ini, kita mengambil pendirian bahawa Angkatan Tentera Malaysia juga terlibat dalam persoalan- persoalan yang terkait dengan bencana negara juga, terutamanya dalam urusan banjir itu juga.

Jadi, ini saya fikir bila kita mempunyai bajet yang sedemikian, jadi berdasarkan kepada pengalaman-pengalaman kita yang lalu, pembangunan-pembangunan di kawasan sempadan ini sentiasa kita pantau dan kita nilai untuk pastikan bahawa pembangunan itu menepati apa yang kita perlukan untuk keperluan hari ini dan juga masa depan. Itu sahaja jawapan.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri, Betong.

draft • 11:00 AM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Soalan Betong nombor sembilan.

draft • 11:00 AM

9. Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri [Betong] minta Menteri Ekonomi menyatakan perancangan kementerian bagi menangani kadar inflasi negara termasuk inflasi kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat dengan fokus kepada kawasan luar bandar di Sarawak. Apakah strategi yang sedang dirangka untuk mengurangkan kesan inflasi terhadap kos sara hidup dan pendapatan masyarakat di luar bandar.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, kadar inflasi Malaysia menyederhana serta kekal berada di bawah dua peratus sejak Julai 2023. Pada bulan Oktober 2024, kadar inflasi terus menyederhana dan merekodkan 1.9 peratus seperti mana 1.7 peratus bagi luar bandar dan 1.8 peratus pada bandar.

Sarawak mencatatkan kadar inflasi sebanyak 2.1 peratus pada Oktober 2024 lebih tinggi berbanding kadar nasional di dorong oleh kumpulan perumahan serta restoran dan perkhidmatan penginapan, inflasi kesihatan di Sarawak pula hanya merekodkan kadar yang sederhana iaitu 1.5 peratus.

Kerajaan komited dalam memastikan inflasi kesihatan kekal menyederhana termasuk di Sarawak. Sebanyak 58 projek Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi negeri Sarawak telah diluluskan di bawah RP Kelima RMKe-12 dan kos keseluruhan sebanyak RM3.04 bilion. Projek tersebut antaranya membina Klinik Kesihatan Betong, Klinik Kesihatan Julau, Klinik Kesihatan Nanga Atoi serta projek naik taraf dan pembangunan klinik baharu di seluruh negeri Sarawak.

Pelaksanaan projek-projek tersebut akan mengurangkan kes kos sara hidup terutamanya di kawasan luar bandar melalui penyediaan perkhidmatan kesihatan yang lebih mampu milik dan berkualiti serta mengurangkan kos pengangkutan kepada penduduk luar bandar yang memerlukan akses kepada kemudahan kesihatan.

Bagi mengurangkan kesan inflasi kepada kos sara hidup serta meningkatkan pendapatan masyarakat pula, kerajaan terus komited melaksanakan pelbagai inisiatif antaranya dengan meningkatkan jumlah keseluruhan Sumbang Tunai RAHMAH dan Sumbangan Asas Sara Hidup daripada RM10 bilion tahun ini ke RM13 bilion bagi tahun 2025.

Meningkatkan peruntukan inisiatif Payung RAHMAH dari RM200 juta bagi tahun ini kepada RM300 juta pada tahun 2025 dan akan dilaksanakan di semua Dewan Undangan Negeri dan meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan oleh Kerajaan Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bagi memastikan paras harga yang berpatutan dan menggalakkan aktiviti pencatutan. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Betong.

draft • 11:10 AM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua, terima kasih Menteri di atas jawapan tadi. Kita tahu bahawa peningkatan kos penjagaan kesihatan sudah tentu memberi kesan kepada masyarakat, terutamanya yang duduk di luar bandar.

Jadi soalan saya, apakah komitmen Kementerian Ekonomi untuk menyediakan ataupun meluluskan lebih banyak lagi peruntukan kepada Kementerian Kesihatan memandangkan apabila kita libat urus dengan pegawai daripada Jabatan Kesihatan untuk baik pulih ataupun naik taraf fasiliti kesihatan, jawapannya adalah terserah kepada Kementerian Ekonomi.

Jadi saya nak tanya, apakah komitmen bagi meningkatkan perkhidmatan kesihatan di Sarawak khususnya naik taraf bangunan hospital, klinik dan juga fasiliti seperti pusat dialisis yang amat diperlukan di luar bandar? Mohon penjelasan Menteri. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 11:10 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Kerajaan Persekutuan komited untuk terus memperluaskan akses kepada perkhidmatan kesihatan bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat Sarawak. Ini dapat dilihat melalui kos dan projek yang telah diluluskan. Di bawah RP4 RMKe-12, sebanyak 51 projek telah diluluskan di bawah KKM di Sarawak dengan kos sebanyak RM3 bilion. Bagi RP5 RMKe-12 pula, bilangan projek yang diluluskan telah meningkatkan kepada 58 projek dengan kos yang turut meningkat kepada RM3.04 bilion.

Antara projek yang diluluskan di bawah RMKe-12 merangkumi:

(i) Pusat Kanser Sarawak, RM1 bilion;

(ii) pembinaan bangunan tambahan Klinik Kesihatan Nanga Ngungun, Kanowit, RM6 juta;

(iii) pembinaan baru Blok X-Ray Patologi dan Farmasi di Klinik Kesihatan Asajaya, Samarahan, RM16.24 juta;

(iv) naik taraf bekalan elektrik solar di Klinik Kesihatan Nanga Merirai, Kapit, RM2.5 juta; dan

(v) Klinik Kesihatan Nanga Chemanong, Kapit, RM2.5 juta.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Besut.

draft • 11:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya berkenaan dengan perkara ini adalah mengenai langkah-langkah kerajaan untuk meminimumkan kesan berantai, setiap itu ada kita mengambil kira setiap bekalan itu dia berantai. Jadi, kita lihat akhir-akhir ini ada pelarasan gaji minimum dan juga peluasan skop SST dan juga penyasaran subsidi RON95.

Jadi, soalan saya kepada subsidi RON95 ini, dia akan ada pindahan kos daripada pengeluar ini kepada pengguna akhir. Jadi, melihat kepada perkara ini, adakah pihak kerajaan telah menjalankan libat urus dengan pemegang taruh dan juga wakil-wakil stesen minyak? Juga dia berhubung dengan penggunaan MyKad ini, menggunakan digital, jadi

draft • 11:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

akses kepada penduduk luar bandar macam mana ini? Kalau akses itu bagus, okeylah. Di bandar okey, tapi di luar bandar macam mana?

Soalan terakhir saya, salah satu RAHMAH disebut tadi. Saya nak tanya, daripada segi Menu RAHMAH macam mana? Ada lagi ke tidak sekarang ini? Kalau ada lagi, berapa kos yang telah dibuat sebelum ini dan yang ada sekarang? Sebab dalam ini disebut hanya untuk mengawal harga dan bekalan barang ini dalam kita punya belanjawan ini, yang disebut apa?

RAHMAH ada dua tiga perkara sahaja. SSTR kah apa itu? Payung RAHMAH, payung. Akan tetapi, yang RAHMAH ini tak ada. Saya dah tak dengar sekarang ini dan sasaran kepada pengguna-pengguna. Mungkin daripada Bangladesh kah, daripada mana yang datang. Macam mana kita nak kawal perkara macam ini? Okey, itu saja soalan saya.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Hari ini saya beri peluang dekat Besut meluahkan harapan dia. Silakan, Menteri. Jarang-jarang berlakulah Besut ya? Hari ini berlaku. Saya bagi peluang banyak kepada Besut hari ini.

draft • 11:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sama. Silakan, Menteri.

draft • 11:10 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Seperti yang telah diumumkan oleh YB. Perdana Menteri, kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025 dan hanya melibatkan warga asing dan kumpulan 15 peratus terkaya di Malaysia. Kerajaan komited untuk mengekalkan subsidi untuk majoriti rakyat seperti yang dilaksanakan dalam penyasaran subsidi elektrik apabila 85 peratus rakyat tidak terkesan. Maknanya, kerajaan akan terus menanggung subsidi yang dianggarkan berjumlah RM12 bilion untuk keperluan 85 peratus.

Penjimatan yang dicapai daripada ini akan memanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat terbanyak. Pelaksanaan rasionalisasi subsidi adalah penting untuk membolehkan pendapatan kerajaan diagihkan semula untuk perbelanjaan yang memberi impak besar kepada rakyat. Dari segi libat urus, memang kita harus melaksanakan dan mendapatkan maklum balas supaya kita melihat bagaimana cara yang terbaik untuk mengagihkan dengan terbaik dan terselamat. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput...

draft • 11:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Menu RAHMAH tak jawab kah?

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

RAHMAH jawab bertulis ya.

draft • 11:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ha, RAHMAH itu. Bertulis ya?

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Menu itu jawab bertulis. Menu-menu itu jawab bertulis ya.

draft • 11:10 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Insya-Allah Tuan Yang di-Pertua, tapi tak...

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah, Indera Mahkota.

draft • 11:10 AM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Hari ini Tuan Speaker rajin berseloroh, Soalan saya nombor sepuluh.

draft • 11:10 AM

10. Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah [Indera Mahkota] minta Menteri Kesihatan menyatakan sejauh manakah usaha proaktif kementerian dalam memperluas bantuan khidmat kaunseling melalui bantuan psikososial mengambil kira peningkatan kes bunuh diri di mana dilaporkan hampir 4,440 kes membunuh diri sejak 2019 dan kadar bunuh diri lelaki meningkat empat kali ganda berbanding wanita.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota atas satu soalan yang cukup- cukup baik berkaitan tentang isu kesihatan mental terutama berkaitan dengan peningkatan kes bunuh diri di Malaysia yang dilaporkan dengan kadar kes bunuh diri bagi lelaki meningkat empat kali ganda berbanding wanita sejak tahun 2019.

Untuk makluman Yang Berhormat, sememangnya melalui data-data yang diperolehi, sememangnya terdapat peningkatan yang sangat-sangat drastik bermula daripada tahun 2019 sebanyak 606 kes yang berlaku dan status terkini adalah sebanyak 1,087 kes pada tahun 2023. Ini menunjukkan prevalent bunuh diri ini sangat-sangat menjadi satu penyakit yang mungkin perlu diberikan perhatian kepada semua Ahli-ahli Parlimen di dalam Dewan ini.

Juga, antara langkah yang diguna pakai oleh KKM dalam memperluaskan bantuan khidmat kaunseling melalui bantuan psikososial bagi menangani isu ini adalah seperti berikut.

Yang pertama adalah perkhidmatan Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental ataupun Talian HEAL 15555 (Help With Empathy and Love) di bawah Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan.

Talian ini menyediakan perkhidmatan tele kaunseling daripada aspek bantuan sokongan emosi, psikopendidikan dan intervensi awal kesihatan mental seperti tingkah laku bunuh diri, kemurungan, anxiety, panic attack dan stres yang dikendalikan oleh pegawai psikologi ataupun kaunseling KKM. Selain itu, khidmat nasihat daripada keluarga atau penjaga pesakit mental serta sokongan postvention turut ditawarkan.

Juga untuk maklumat Ahli-ahli Dewan dan juga Yang Berhormat Indera Mahkota, sejak ditubuhkan Talian HEAL ini, kita telah pun memperoleh sebanyak 68,502 panggilan yang telah diterima. Daripada jumlah ini, sebanyak 42,415 ataupun 62 peratus klien telah pun menerima bantuan sokongan dan juga terdapat kes cubaan bunuh diri. Daripada 355, kita dapati 140 kes adalah merupakan cubaan bunuh diri. Alhamdulillah, kesemua cubaan ini dapat kita selamatkan.

Juga, perkhidmatan lain adalah seperti penyediaan perkhidmatan kesihatan mental di fasiliti KKM. Perkhidmatan kesihatan mental boleh diakses di 1,088 klinik kesihatan, 68 hospital psikiatri termasuk empat institusi kesihatan mental dan 37 pusat kesihatan mental masyarakat iaitu MENTARI yang meliputi aspek pengesanan awal, rawatan dan rehabilitasi.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Peluasan perkhidmatan kesihatan mental dan sokongan psikososial melalui penempatan 200 pegawai di seluruh negara ketika ini. Selain itu, kita juga menjalankan penggunaan aplikasi MySejahtera dengan orang awam termasuk petugas barisan hadapan boleh mendapatkan perkhidmatan kesihatan mental secara digital.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Selain daripada itu, kita memperkukuhkan perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial ataupun Mental Health and Psychosocial Support Service di fasiliti kerajaan. KKM juga telah pun menubuhkan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental yang bertindak sebagai agensi peneraju dan juga salah satu program yang kita perkenalkan adalah mySAFE agar rang undang-undang akan rakan media kita juga turut melaporkan satu berita bunuh diri secara lebih efisyen dan efektif supaya tidak memberikan idea bunuh diri kepada masyarakat umum. Itu jawapan daripada saya Tan Sri Speaker.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Indera Mahkota.

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih. Saya hendak merujuk sedikit tentang golongan remaja. Kita dapati bahawa trend kecenderungan dan percubaan bunuh diri di kalangan remaja semakin meningkat. Ada laporan mengatakan lebih 13 peratus peningkatannya. Faktor seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat ialah kemurungan, anxiety dan sebagainya. Remaja mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.

Tak termasuklah Tuan Speaker, bukan rakan sebaya remaja.

[Ketawa] Sekarang mereka mudah terpengaruh dengan apa yang dilayari di media sosial.

Algorithm media sosial kalau orang itu suka tengok benda-benda yang memurungkan, ia akan bertambah murung lagi. Apakah strategi kementerian untuk menggunakan platform media sosial bagi mengelakkan, menerangkan ataupun menenangkan golongan remaja yang berkait.

Mungkin kalau sudah ada contohnya tele-kaunseling yang disebutkan sebagai sokongan kesihatan mental jarak jauh mungkin akan ada strategi lain khusus dalam media sosial. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:20 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Tan Sri Speaker. Satu soalan yang sangat-sangat relevan dan juga untuk makluman Ahli-ahli Dewan, ketika kita melancarkan saringan MyMinda melalui aplikasi MySejahtera saringan yang dilakukan adalah sebanyak 185,244. Dan untuk makluman Tan Sri Speaker, idea untuk membunuh diri sahaja kita catatkan sebanyak 43,781.

Maklumat yang disampaikan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota adalah maklumat yang tepat di mana berdasarkan kajian ataupun prevalence, Tinjauan Kesihatan Morbiditi Kebangsaan, kita dapati daripada jumlah 7.9 peratus ataupun 424,000 pada tahun 2019 peningkatan sebanyak dua kali ganda berlaku sebanyak 16.5 percent seramai 922,318 pada tahun 2023 idea untuk membunuh diri. Dan juga saranan Yang Berhormat berkenaan tentang penggunaan sosial media ini adalah merupakan satu saranan yang terbaik.

draft • 11:20 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Ketika ini KKM juga sedang mengusahakan untuk memperluaskan sokongan psikososial melalui empat platform utama iaitu Instagram, Facebook, TikTok, Twitter dan juga Telegram di mana kita akan menggunakan dan juga kita sedang mendekati influencer- influencer. Sebagai contoh, influencer bernama Ceddy Ang di mana walaupun beliau kerap menguar-uarkan tentang makanan-makanan yang sedap, tetapi beliau secara terbuka mengakui mempunyai minat dan juga secara terbuka bercerita berkenaan tentang isu mental health ini.

Ini adalah merupakan satu keperluan dan juga saya menasihatkan kepada semua 222 Ahli Parlimen di dalam Dewan ini dan juga termasuk Tan Sri Speaker untuk kita memperkasakan kerana mental health ini juga bukan dapat dilihat sekelip mata. Kadang- kadang ada daya tahan individu itu sangat tinggi sehinggakan kita tidak nampak ada niat untuk membunuh diri. Tetapi tiba-tiba berita yang kita terima ada kejadian bunuh diri berlaku.

Di facilities kerajaan, di Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan turut berlaku. Maka saya sangat meminta juga agar kementerian seperti Kementerian Komunikasi turut membantu dari segi untuk memperluaskan bukan hanya berkenaan tentang fake news, tetapi turut menguar-uarkan cerita-cerita berkenaan tentang mental health issue ini terutama sekali isu tindakan idea untuk membunuh diri. Kita masih banyak lagi kerja-kerja yang perlu kita lakukan. Tan Sri Speaker, sekian terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Pengerusi

Baik, saya jemput Sungai Siput.

draft • 11:20 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Isu kesihatan mental mendapat perhatian yang serius sejak akhir-akhir ini di kalangan rakyat Malaysia kerana ia melibatkan nyawa. Malah beberapa kes yang kecenderungannya membunuh diri agak serius.

Jadi, saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan, adakah kementerian akan melaksanakan program-program pendidikan kesihatan mental secara meluas bagi mengurangkan stigma terhadap isu mental dan menggalakkan lebih ramai individu mendapat bantuan khususnya mereka-mereka yang menghadapi tekanan hidup yang agak tinggi yang membuatkan pilihan mereka kecenderungan membunuh diri. Sekian, terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:20 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput.

Seperti yang saya sebutkan prevalence idea membunuh diri semakin meningkat dan juga pelbagai kaedah-kaedah yang sedang kita laksanakan di peringkat awal ataupun pembesaran remaja-remaja kita memfokuskan kepada Program Minda Sihat, di mana kita akan membimbing pelajar-pelajar untuk memilih input-input yang bermanfaat bagi kesihatan mental mereka.

Dan juga kita mempunyai program ataupun dikenali sebagai PROSIS yang dapat memperkasakan dan membina jati diri untuk kita menghadapi masalah ataupun tekanan mental. Selain daripada itu juga, saya mencetuskan agar terdapat kerjasama antara public dan private dengan izin Tan Sri Speaker kerjasama awam dan swasta ini perlu diperkasakan.

draft • 11:20 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Ini adalah selaras dengan Kertas Putih Kesihatan yang kita lancarkan, di mana kita bukan hanya meletakkan tanggungjawab merawat kesihatan mental itu kepada Kementerian Kesihatan tetapi kita memerlukan kerjasama.

Syarikat-syarikat besar perlulah menggalakkan untuk melakukan program-program berbentuk CSR yang berkaitan dengan kesihatan mental ini. Dan juga saya berharap agar syarikat-syarikat besar juga turut menyumbang dari sudut dana untuk membolehkan NGO- NGO yang memperkasakan program-program mental health ini dapat diberikan sedikit dana ataupun membiayai program-program mereka ini untuk melancarkan ataupun program- program literasi ataupun advokasi mental health ini kerana kita berdepan dengan isu-isu yang sangat banyak ekonomi, isu-isu harga barang.

Ini akan mempengaruhi idea-idea untuk membunuh diri dan juga kita lihat statistik di kalangan lelaki empat kali ganda. Mungkin perlu difikirkan mengapa keputusan membunuh diri itu lebih kerap berlaku di kalangan lelaki dan juga mungkin di kalangan wanita lebih tinggi daya tahan untuk menghadapi tekanan. Itu kita perlukan satu sinergi selain daripada kita menjaga kesihatan dengan mengawal gula, mengawal garam di dalam badan, kita juga turut memerlukan satu mekanisme untuk memperkukuhkan mental health kita. Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Datuk Seri M. Saravanan, Tapah.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan - Tapah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan nombor sebelas.

draft • 11:20 AM

11. Datuk Seri Saravanan a/l Murugan [Tapah] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah kementerian telah mempertimbang untuk meluluskan agar had usia 60 tahun yang ditetapkan untuk menghantar Notis Keilatan bagi caruman sedia ada dinaikkan kepada 65 tahun memandangkan kebanyakan rakyat Malaysia kini bekerja sehingga usia 60 tahun diberi sedikit ruang agar Orang Berinsurans dapat menuntut hak mereka untuk mendapatkan perlindungan akibat bencana kerja.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Tapah. Untuk makluman Ahli- ahli Dewan yang mulia ini, tiada had umur ditetapkan oleh PERKESO bagi orang berinsurans menghantar tuntutan insurans pekerjaan termasuk permohonan di bawah Skim Keilatan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sekali gus memberi sedikit ruang kepada orang berinsurans untuk menuntut hak mereka bagi mendapatkan perlindungan insurans.

Sehingga hari ini had umur bagi kelayakan manfaat pencarum PERKESO untuk Pencen Ilat dan Pencen Penakat di bawah Akta 4 masih kekal sehingga 60 tahun. Pindaan had umur kelayakan daripada 55 tahun kepada 60 tahun telah pun dilaksanakan oleh PERKESO pada tahun 2013 selaras dengan Akta Umur Persaraan Minimum 2012. Had umur 60 tahun bagi pekerja yang dilindungi di bawah Skim Keilatan adalah selaras dengan umur persaraan minimum 60 tahun di bawah Akta 753.

Namun begitu pekerja berumur 60 tahun dan ke atas dan masih lagi bekerja dalam sektor formal, pekerja tersebut adalah layak dilindungi di bawah Skim Bencana Kerja (Akta

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

  1. kadar caruman yang ditetapkan adalah mengikut Jadual Kedua yang mana dibayar oleh majikan sahaja.

Manakala bagi orang yang menjalankan pekerjaan sendiri dalam sektor tidak formal dan berumur 60 tahun ke atas dilindungi di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) yang memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan, termasuk semasa dalam perjalanan yang berkaitan dengan aktiviti pekerjaannya. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Tapah.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan - Tapah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, sepertimana kita sedia maklum, warga kerja mencarum sehingga bersara iaitu sehingga 60 tahun. Kebanyakan pekerja menghidap sakit-sakit kronik selepas bersara ataupun selepas 60 tahun. Mengambil kira sumbangan mereka melalui PERKESO hampir lebih daripada 30 tahun, boleh tidak PERKESO memberi jaringan keselamatan melalui syarikat-syarikat insurans? Contohnya, kad insurans perubatan, di mana kos perubatan ditanggung oleh pihak syarikat insurans.

Tuan Yang di-Pertua, kita lihat apabila seorang bersara, umurnya 60 tahun. Cuba bayangkan mereka menghidap sakit-sakit kronik seperti kencing manis, sakit jantung ataupun blood pressure dan dalam keadaan tiada pendapatan, tiada jaringan keselamatan dan tiada waris yang menanggung kos ini. Ubat-ubat sahaja sudah tidak kurang daripada RM1,500.

Maka, boleh tidak, mereka tidak ada mencarum, hampir 30 tahun. Boleh tidak PERKESO keluarkan kad insurans untuk membela nasib mereka? Kalau tidak, ini akan menjadi satu beban kepada kerajaan melalui Kementerian Kebajikan dan sebagainya. Minta pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Yang Berhormat Tan Sri Yang di- Pertua, pagi ini saya bertuah Tan Sri kerana dua orang mantan Menteri KESUMA ataupun Kementerian Sumber Manusia bertanya dengan saya. Sepatutnya Menteri yang menjawab sebenarnya. Bukan Timbalan Menteri yang menjawab sepatutnya lah. Tetapi walau bagaimanapun, saya tetap akan menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Tapah.

draft • 11:30 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

[Bangun]

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Kita tahu bahawa pada 2030 memang lebih kurang 15 peratus dibanjiri pertambahan warga tua yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Tapah sebentar tadi. Yang dibangkitkan oleh Tapah ini melalui kerangka Dasar Manusia 2025 - 2030. Ini mesti Yang Berhormat tahu, ini zaman Yang Berhormat lagi sudah dibangkitkan dalam hal ini.

Faedah-faedah PERKESO dengan mengambil kira kos sara hidup dan kadar inflasi semasa serta kemapanan dana PERKESO. Bagi pekerja 60 tahun ke atas dan masih lagi

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

bekerja dalam sektor formal, pekerjaan tersebut adalah layak dilindungi dibawah Skim Bencana Pekerjaan. Dari segi satu sudut Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua,...

draft • 11:30 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Bangun]

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

...secara prinsipnya, Mesyuarat Kabinet pada Mac 2024 telah bersetuju untuk KESUMA melaksanakan Skim Keselamatan Sosial Bukan Bencana Pekerjaan. Maksudnya, perkara ini yang bukan dalam pekerjaan, akan mendapat perlindungan. Ini telah dipersetujui oleh Kabinet.

Tetapi persoalannya sekarang ini masih dalam rangka untuk dibawa ke dalam Mesyuarat Jemaah Kabinet. Akan dibawa dan kita doakan supaya – sebab Akta 4 ini mestilah diubah melalui Jemaah Menteri dan akan di bawa kembali di dalam sidang Parlimen yang mungkin dibentangkan.

Bagi kali ini, mungkin tidak sempat dan mungkin dibentangkan pada persidangan yang akan datang. Saya percaya sebagaimana yang dibawa oleh Yang Berhormat mantan Menteri kita iaitu Tapah, saya tahu sebenarnya perjuangan zaman beliau lagi perkara ini.

Sudah pastilah beliau hendak melihat, apakah perkembangan yang berlaku semasa beliau berjuang dan inilah masa pula kami menyambung perjuangan tersebut supaya dapat direalisasikan perjuangan tersebut. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tahniah Tapah.

draft • 11:30 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tan Sri, Pendang.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Muar.

draft • 11:30 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pembantu rumah adalah komponen penting dalam kelangsungan hidup keluarga muda di Malaysia. Malaysia mengikut model yang agak unik, bukan seperti negara-negara luar, di mana pembantu rumah itu kosnya sangat berpatutan, khususnya 10 tahun yang lepas.

Persoalan saya, diiklankan oleh kerajaan bahawa kos maksimum yang melibatkan semua, pengambilan, latihan, penempatan sampai bawa ke dalam Malaysia. Kos maksimum untuk membawa masuk seorang pembantu rumah adalah RM15 ribu. Itu maksimum tetapi realitinya bagi rakyat Malaysia, kosnya boleh mencecah RM20 ribu. Ada sampai RM25 ribu, melebihi kos maksimum yang telah ditetapkan.

Persoalan saya, apakah kementerian akan lakukan untuk menguatkuasakan kos maksimum ini? Jikalau ada agensi-agensi pekerjaan yang menyalahgunakan peraturan yang sedia ada untuk memerah rakyat biasa, keluarga muda di luar sana, apa tindakan yang boleh diambil? Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan ini terkeluar. Kalau Menteri hendak jawab...

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Saya sebenarnya Yang Berhormat Muar. Yang Berhormat Muar, soalan ini memang terkeluar daripada soalan asal. Tetapi saya nampak Yang Berhormat Muar tunjuk tanda macam itu [Menunjuk isyarat tangan] , jawab secara bertulis.

draft • 11:30 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tan Sri, bagi Pendang dahulu. Soalan ini khusus.

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Insya-Allah. Saya belum duduk lagi, Pendang. Insya-Allah kita akan jawab bertulis. Tetapi soalan ini sebenarnya hampir sama pada minggu lepas, saya menjawab soalan pekerja asing daripada salah seorang Ahli Parlimen. Sebenarnya di Kementerian Sumber Manusia ini, kita telah menetapkan berapakah bayaran kepada pekerja-pekerja asing ini. Tetapi sesetengahnya telah melakukan, menetapkan yang terlalu tinggi.

Tetapi sebenarnya penetapan tersebut kadang-kadang dilakukan oleh mereka sendiri dan kita perlu sebenarnya Muar, mendapat maklumat-maklumat ini supaya kita boleh mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka. Tetapi walau bagaimanapun, secara tepatnya kami akan jawab secara bertulis kepada Yang Berhormat Muar. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Sila, Menteri.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih Tan Sri. Tan Sri Yang di- Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air bagi Rang Undang- undang Perbekalan 2025 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2025 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Selasa, 26 November 2024”.

Terima kasih.

draft • 11:36 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong?

draft • 11:36 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Saya mohon menyokong.

draft • 11:36 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Terima kasih. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 11:36 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2025 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2025 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2025 dan Anggaran Pembangunan 2025 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Ketujuh] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft • 11:36 AM
Kepala B.30 [Jadual] – Kepala P.30 [Anggaran Pembangunan 2025] –

Tuan Pengerusi

Baik. Kepala Bekalan B.30 dan Kepala Pembangunan P.30 di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi terbuka untuk dibahas. Saya menerima sembilan nama-nama yang saya bacakan sekarang dan setiap pembahas diberikan lima minit. Bermula dengan YB Sungai Siput, Kuala Terengganu, Shah Alam, Padang Rengas, Bukit Bendera, Jerantut, Ipoh Timor, Kubang Pasu dan Pendang.

Baik, saya mulakan dengan menjemput Sungai Siput. Lima minit. Silakan.

draft • 11:36 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Sorry, terima kasih Pengerusi kerana memberikan peluang kepada Sungai Siput untuk turut serta dalam perbahasan Bajet 2025 kali ini di peringkat Jawatankuasa Kementerian Sains dan Teknologi. Saya ingin merujuk kepada Bekalan Pembangunan P.30 - Pembangunan Perkhidmatan STI iaitu 00500 – Baik Pulih dan Penyelenggaraan Bangunan dan Peralatan. Apakah butirannya? Sebab nampak seperti tahun-tahun sebelum ini, tiada peruntukan di bawah butiran ini.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft • 11:38 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Seterusnya, saya ingin merujuk kepada Butiran P.30 00603 – Agensi Angkasa Malaysia (MYSA). Yang Berhormat Timbalan Menteri ada sebut mengenai pembangunan satelit tapi adakah bajet ini mencukupi untuk pembangunan satelit dalam negara? Saya berpandangan pembangunan satelit ini adalah aset strategik negara dan faktor keselamatan

draft • 11:40 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

dalam negara perlu diteliti. Oleh itu, bajet yang diperuntukkan perlulah bersesuaian bagi memastikan grid keselamatan negara tidak dicerobohi oleh anasir luar.

Seterusnya, saya ingin beralih kepada Butiran 00800 – Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Di mana nampak ada peningkatan bajet sebanyak RM155 juta berbanding dengan RM93 juta tahun lepas. Mohon untuk dinyatakan perinciannya. Salah satu isu dalam permohonan dana di MOSTI adalah, proses penilaian yang ketat. Adakah MOSTI bercadang untuk memberikan laluan hijau atau green lane bagi projek-projek pembangunan teknologi negara yang berstrategik tinggi. Ini kerana, projek sebegini adalah teknologi terbaharu yang susah untuk dinilai oleh kepakaran sedia ada.

Seharusnya, MOSTI perlu memperbanyakkan projek sebegini bersama MITI supaya boleh menghasilkan peluang perniagaan dan pekerjaan baru di masa hadapan. Saya juga ingin bertanya berkaitan dengan pembangunan bakat terhadap kepesatan data center dalam negara. Bagaimana perancangan MOSTI bersama Kementerian Pendidikan Tinggi bagi melahirkan lebih ramai penyelidik terutamanya data saintis dalam negara?

Seterusnya saya ingin merujuk kepada Maksud Pembangunan P.30, Butiran 94000 – MDV. Saya lihat potensi Malaysia Debt Ventures ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh MOSTI. Seharusnya, MOSTI perlu memperbanyakkan usaha pendanaan bagi pembangunan teknologi dalam negara. Dalam hal ini, saya cadangkan MDV turut diberikan peluang untuk melaksanakan pelaburan ekuiti di masa hadapan. Syarikat pembiayaan teknologi seperti MDV perlu juga dimandatkan untuk pembiayaan seperti biotech dan AI yang kini mendapat perhatian global. Usaha-usaha ini perlu digalakkan bagi membolehkan lebih banyak syarikat – dan unicorn dalam negara.

Seterusnya Puan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 00604 – Pusat Sains Negara. Di sini ada peningkatan bajet secara konsisten berbanding tahun lalu. Apakah perinciannya? Kepala Pengurusan B.30, Butiran 020200 – Pembudayaan STI. Ada peningkatan mendadak tiga kali ganda berbanding dengan tahun lepas. Adakah ini akan membantu susun atur kementerian untuk memperkasakan program-program STEM dalam negara. Apakah program-program yang dilaksanakan di peringkat komuniti terutamanya komuniti Orang Asli?

Saya juga belum nampak program-program ini diadakan bersama Kelab Belia dan Sukan aliran Tamil terutamanya di kawasan saya, Sungai Siput. Saya memohon MOSTI untuk melihat juga kesesuaian, keterlibatan badan NGO kaum minoriti terutamanya Orang Asli dan orang India dalam pelaksanaan program-program setempat.

Akhir sekali Puan Pengerusi, Menteri MOSTI adalah orang Perak seperti saya. Dari Tanjong Malim, saya dari Sungai Siput. Saya menyeru supaya satu Pusat Sains Negara atau Hub STEM turut difikirkan, dirancang di negeri Perak bagi membantu anak-anak negeri Perak menjadi saintis terkemuka di masa akan datang. Sekian, terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Terengganu.

draft • 11:40 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum, terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 030100 – Teknologi Strategik.

Pengerusi, saya terkejut baru-baru ini apabila Menteri Ekonomi memaklumkan bahawa kita akan mengambil masa selama tiga tahun sebelum kita boleh memproses REE kita. Dalam keadaan kita telah melalui Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk alam sekitar, kita telah mendapat pengesahan bahawa SOP untuk perlombongan telah pun diselesaikan dan telah diberi kepada negeri. Begitu juga tentang perkara-perkara lain berkaitan dengan perlombongan perintis dan sebagainya. Jadi, faktor yang penting di sini adalah berkaitan dengan teknologi itu sendiri, teknologi memproses yang sebenarnya susah mahu didapati kerana teknologi itu dimiliki, dimonopoli oleh China.

Walau bagaimanapun, terdapat berita baik bahawa Malaysia mempunyai teknologi ini dan syarikat seperti Lynas telah mengesahkan bahawa mereka telah mempunyai teknologi untuk memproses REE ini di dalam negara. Baru-baru ini, Kerajaan Negeri Perak telah mengumumkan ada satu syarikat tempatan yang telah berjaya mencipta teknologi ini.

Memproses secara tempatan dengan diberitakan bahawa mereka boleh memproses sehingga empat jenis bahan yang utama dapat dikeluarkan daripada REE ini. Jadi saya mahu tanya, ini adalah satu teknologi strategik yang sangat penting. Apakah peranan MOSTI di sini?

Apakah nama syarikat yang berkenaan yang telah berjaya mencipta teknologi ini?

Betul kah teknologi berkenaan telah berjaya membuktikan, dibuktikan dan sekiranya teknologi ini telah dibuktikan, pada tahap mana technology readiness levels (TRL) dia di mana? TRL lapan ke, TRL sembilan ke dan sekiranya benar kilang yang berkenaan telah pun bersedia untuk memproses pada skala komersial, berapakah kapasiti kilang yang berkenaan?

Tuan Pengerusi, maka di sini timbul persoalan di mana yang menyebabkan begitu lambat sekali sehingga kita perlu menunggu tiga tahun? Adakah ia berkaitan dengan persijilan, kelulusan dan pelbagai jabatan termasuklah antara lain jabatan yang berada di bawah MOSTI? Selain daripada itu, apakah peranan MOSTI dalam penyelidikan teknologi seumpama ini? Adakah sudah ada sebarang geran diberikan untuk memajukan teknologi yang strategik ini? Apakah syarikat yang telah dibantu untuk membangunkan teknologi ini?

Butiran 020600 – Akademi Sains Malaysia. Butiran 040400 – MIGHT. Apa peranan Akademi Sains Malaysia dan MIGHT dalam memastikan roadmap nadir bumi ini. MIGHT adalah salah satu dan Akademi Sains adalah dua agensi yang penting dalam kerangka roadmap nadir bumi. Apa peranan dia? MIGHT dan Akademi Sains sepatutnya memainkan peranan yang lebih aktif di dalam menyelaraskan usaha untuk mempercepatkan usaha kita untuk memajukan industri nadir bumi kita.

Kita memerlukan pendekatan whole of government approach, menggabungkan MOSTI, MITI dan sebagainya supaya dalam keadaan di mana perkara-perkara pokok telah

draft • 11:44 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

pun kita berjaya selesaikan. Teknologi kita sudah ada, perlombongan kita telah berjaya buktikan kaedah yang lestari dengan projek perintis yang telah berjaya dibuktikan. Kita telah ada kerangka kerja, macam-macam kerangka dah, mengapa perlu sampai tiga tahun baru kita boleh melihat industri ini betul-betul mendatangkan hasil kepada negara? Tidak bolehkah kerajaan menyegerakan pengkomersialan teknologi tempatan yang berjaya dibangunkan untuk memproseskan REE ini seperti mana kaedah yang telah digunakan sebelum ini, melalui pendekatan Sandbox yang diperkenalkan oleh MOSTI.

Pengerusi, di bawah Butiran 030500 – Agensi Nuklear Malaysia. Saya menyambut baik kenyataan kerajaan baru-baru ini bahawa Malaysia bercadang untuk menggunakan tenaga nuklear pada masa akan datang. Memandangkan kerajaan sudah bersetuju untuk menggunakan tenaga nuklear ini, bagaimana usaha kerajaan di dalam mempersiapkan negara dalam pelbagai aspek misalnya kerangka kawal selia. Sudah tentulah MOSTI perlu memainkan peranan sebagai agensi yang penting di dalam teknologi dan bertanggungjawab terhadap Jabatan Tenaga Atom dan juga Agensi Nuklear supaya mengemukakan cadangan- cadangan di dalam mempertingkatkan kerangka kawal selia. Supaya Malaysia benar-benar bersedia seperti mana diumumkan oleh Menteri akan pada suatu hari nanti menggunakan tenaga nuklear supaya dapat dijalankan dalam keadaan yang selamat dan memberi manfaat kepada negara di dalam jangka masa yang panjang.

Selain daripada itu ...

draft • 11:44 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

[Ketawa]

draft • 11:50 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Selain daripada itu, aspek-aspek lain yang memberi manfaat kepada negara di dalam penggunaan teknologi nuklear di dalam bidang pertanian dan sebagainya. Kita telah diberitahu banyak penghasilan daripada R&D dan sebagainya. Sampai sekarang kita tidak dapat melihat bagaimana ia benar-benar membantu di dalam menambah pengeluaran padi sepertimana yang sebelum ini dimaklumkan tentang padi nuklear yang telah menghasilkan hasil dengan kadar yang jauh lebih tinggi. Sekian saja Pengerusi. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Saya jemput Yang Berhormat Shah Alam.

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI. Salam Rahmah.

Tuan Pengerusi, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberikan peluang untuk membahaskan Belanjawan 2025 bagi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang menerima peruntukan berjumlah RM1.275 bilion. MOSTI memainkan peranan penting dalam memastikan pembangunan negara berasaskan inovasi dan teknologi.

Oleh kerana itu, saya ingin menyentuh beberapa perkara yang khusus dalam peruntukan ini.

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Pertamanya, isu pengkomersialan projek R&D yang berkualiti bagi Butiran 00800 yang memperuntukkan peningkatan dana sebanyak RM1.55 juta ya. Peningkatan sebanyak RM60 juta dari RM96 juta. Sudah pasti ia memerlukan jaringan dengan sektor swasta dan institusi kewangan untuk memastikan bahawa projek R&D ini dapat dijalankan dengan benar- benar memberikan manfaat kepada apa juga bentuk inovasi yang dihasilkan dalam negara kita ini. Perlu diperkenalkan insentif-insentif yang tertentu termasuk pengecualian cukai kepada mana-mana syarikat-syarikat yang sudi untuk melabur dalam mengkomersialkan ya sebarang inovasi yang dihasilkan oleh pengusahaan tempatan.

Kita tahu berapa banyak inovasi yang dilakukan tetapi kebiasaannya tersekat sama ada kerana tidak adanya insentif yang membolehkan pihak-pihak swasta untuk melakukan pelaburan ataupun kerana tidak ada jumlah yang besar yang membolehkan mereka itu dieksport ke luar negara. Keduanya, kerana kita juga tidak ada satu dasar yang jelas untuk mengawal pengimportan teknologi-teknologi daripada luar untuk kita melindungi (protect) inovasi yang dihasilkan dalam negara kita ini.

Keduanya, saya ingin juga menyentuh tentang Butiran 98000 — Pembangunan Perkhidmatan Sains, Teknologi dan Inovasi yang menerima peruntukan sebanyak RM141 juta iaitu peningkatan sebanyak RM95 juta daripada RM47.77 juta. Saya percaya bahawa MOSTI mesti memberikan keutamaan kepada teknologi akan datang terutamanya teknologi hijau untuk menangani perubahan iklim, ekonomi digital dengan penerapan kecerdasan buatan AI dan juga teknologi Blockchain.

Usaha-usaha ini harus dilakukan dengan pemetaan hasil R&D untuk memastikan bahawa peluang pasaran, memastikan pelabur melihat nilai komersial terhadap projek yang dilakukan tersebut dan mestilah melakukan banyak hubungan forum di antara saintis-saintis dan juga pelabur-pelabur. Ini untuk memastikan mengenal pasti apakah industri-industri yang berpotensi untuk dinaiktarafkan supaya menjadi suatu produk inovasi yang berjenama Malaysia.

Akhirnya Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh tentang Butiran 030500 berhubung dengan Agensi Nuklear Malaysia. Saya ingin tahu, adakah MOSTI mempunyai kepakaran yang cukup daripada saintis tempatan ataupun kita masih lagi bergantung kepada saintis daripada luar negara untuk memastikan bahawa kita menuju ke arah meningkatkan keupayaan teknologi nuklear melalui Agensi Nuklear dalam Malaysia ini kerana kita sedang menuju ke arah energy mix yang melihat bahawa kita tidak akan lagi boleh bergantung kepada sumber arang batu. Nuklear adalah merupakan suatu sumber tenaga yang sangat penting yang berpotensi besar di masa akan datang.

Sejauh manakah MOSTI bersedia untuk menerajui bidang ini dan memberikan kesedaran advokasi kepada masyarakat bahawa tenaga nuklear sebenarnya adalah merupakan teknologi akan masa depan dan tidak memberikan kemudaratan kepada manusia dan juga kehidupan kita semua? Terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya jemput Yang Berhormat Padang Rengas.

draft • 11:50 AM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi di atas peluang untuk Padang Rengas turut serta dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa MOSTI pada hari ini.

Merujuk kepada Butiran 030200 berkenaan peruntukan bagi dana dan pengkomersialan sebanyak RM19.3 juta pada 2025 berbanding RM18.4 juta pada tahun 2024. Saya percaya objektif utama peruntukan ini untuk meningkatkan kadar penyelidikan yang dapat diterjemahkan kepada produk perkhidmatan, mengukuh kerjasama antara penyelidik, industri dan pembuat dasar dan menyokong pertumbuhan industri tempatan melalui inovasi teknologi.

Soalan saya ke arah meningkatkan kadar pengkomersialan hasil R&D untuk menembusi pasaran serantau dan antarabangsa seperti pembangunan teknologi produk atau pengkomersialan berkaitan nanoteknologi oleh syarikat pemula. Apakah strategi MOSTI bagi memperkukuh jaringan produk dan teknologi tempatan yang berpotensi untuk dikomersialkan?

Soalan kedua, bagi meningkatkan aspek pemilihan teknologi, sejauh manakah fasiliti perkongsian kemudahan dan peralatan saintifik nasional telah dimanfaatkan sehingga kini untuk menggalakkan perkongsian kemudahan dan kepakaran dalam komuniti STI sebagai usaha mempergiat kerjasama R&D dengan semua pemegang taruh?

Seterusnya, saya merujuk kepada B.30, Butiran 020000 berkenaan peruntukan perangan dan pembudayaan sains sebanyak RM68.8 juta. MOSTI secara tradisinya bertanggungjawab menggalakkan pemahaman dan penggunaan sains dalam masyarakat.

Usaha ini merangkumi program-program penyelidikan, kempen kesedaran sains serta inisiatif inovasi yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat termasuklah Malaysia Techlympics. Program pendidikan sains dan teknologi bertujuan menarik minta generasi muda terhadap sains. Soalan saya, sejauh manakah keberhasilan Pembangunan Modal Insan STI sejajar dengan pelaksanaan tindakan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara 2021-2030 khususnya dari segi koordinasi antara pihak penyelia kepakaran dengan pihak pemain industri untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat terhadap inisiatif pembudayaan STI?

draft • 11:56 AM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Seterusnya untuk mencakupi bidang robotik, teknologi pintar dan AI serta program- program pembudayaan STI, akar umbi melalui Scientech For You. Apakah pelan terperinci MOSTI untuk memupuk budaya STI menerusi pelaksanaan Program Malaysia Techlympic?

Seterusnya, merujuk kepada P.30 Butiran 01100 - MIMOS Berhad, sebanyak RM56.6 juta pada 2025 berbanding RM37.3 juta pada tahun yang lalu. MIMOS Berhad adalah agensi penyelidikan dan pembangunan di bawah MOSTI yang memberi tumpuan kepada inovasi teknologi. Seperti yang diketahui umum, peruntukan ini digunakan untuk

draft • 12:00 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

pembangunan teknologi baru, termasuk integrasi ke arah digitalisasi ekonomi dan menyokong inovasi dalam sektor perindustrian tempatan dan teknologi tinggi. Malah, matlamat asalnya untuk memperkukuhkan industri E&E, terutama semikonduktor.

Soalan saya, berdasarkan analisa dinamik permintaan yang dijalankan, apakah pendekatan yang diambil dalam mengimbangi antara permintaan dan penawaran dalam bidang E&E? Dalam pada itu, apakah pendekatan baharu kerajaan terhadap aspek pembangunan bakat tempatan mahir dalam sektor E&E menerusi peranan MIMOS?

Seterusnya, apakah pelan kerajaan bagi mengatasi defisit bakat sektor E&E, mengambil kira trend penghijrahan bakat berkemahiran tinggi ke sektor lain seperti industri minyak dan gas dan juga telekomunikasi?

Akhir sekali, saya ingin menegaskan bahawa pembangunan teknologi adalah kunci kepada daya saing Malaysia di peringkat global. Oleh itu, kita harus memberi perhatian yang serius terhadap peruntukan ini agar dapat mencorakkan masa depan negara yang lebih cerah dan berjaya. Sekian, terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.

draft • 12:00 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih Puan Pengerusi. Jadi, merujuk kepada Butiran 030000 - Pembangunan Teknologi dan juga 030200 – Dana dan Pengkomersialan. Jadi, Puan Pengerusi, penyelidikan dan juga pembangunan

(R&D) adalah pemacu utama inovasi dan transformasi ekonomi sesebuah negara. Jadi, di Malaysia, kita hanya memperuntukkan satu peratus daripada KDNK kepada R&D, jauh di bawah purata global iaitu sebanyak 2.5 peratus dan juga ketinggalan berbanding negara seperti Korea Selatan yang melabur lebih empat peratus. Jadi, untuk mencapai matlamat menjadi salah satu daripada 30 negara yang terbaik dalam indeks inovasi global, kita mesti meningkatkan peruntukan ini secara signifikan dan juga menyalurkan ke arah inisiatif yang berimpak tinggi. Jadi, pelaburan dalam R&D, dengan izin, bukan hanya soal perbelanjaan. Ia adalah tentang mencetuskan, dengan izin, chain reaction yang dapat meningkatkan ekonomi dan juga masyarakat kita. Dengan memberikan geran kepada penyelidikan, mewujudkan kerjasama antara akademia dan juga industri, usaha ini akan membangunkan bakat tempatan dan sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan kepada teknologi import.

Puan Pengerusi, teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI) dan juga rantaian blok, dengan izin, blockchain, sedang merubah ekonomi global dan Malaysia mesti merebut peluang untuk memimpin dalam bidang ini. Jadi, teknologi blockchain menawarkan potensi yang cukup besar untuk merevolusikan industri Malaysia. Ia memastikan kepercayaan, ketelusan dan keselamatan yang lebih tinggi dalam ekonomi digital. Dari memudahkan transaksi kewangan yang selamat hingga meningkatkan ketelusan dalam rangkaian bekalan halal, blockchain ini merampingkan proses dan juga mengurangkan penipuan, sekali gus

draft • 12:02 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

memperkasakan perniagaan pelbagai saiz. Jadi, teknologi blockchain dianggar akan mencecah USD960 bilion di peringkat global menjelang tahun 2030.

Puan Pengerusi, saya ingin mengutarakan isu penting mengenai usaha memerangi rasuah dalam sistem pemerintahan kita. Jadi, dalam dunia yang semakin digital adalah penting bagi Malaysia untuk mengikut perkembangan global. Teknologi blockchain menawarkan sistem lejar yang telus dan tidak boleh diubah, yang dapat meningkatkan accountability dan juga transaksi awam. Pelan Hala Tuju Blockchain Nasional Tahun 2021 – 2025 menggariskan inisiatif-inisiatif yang bercita-cita tinggi, termasuklah penubuhan Malaysia– dengan izin, Malaysia Blockchain Infrastructure dan juga Blockchain Acceleration Hub. Jadi, apakah status terkini program-program ini?

Selain itu, bagaimana kerajaan bekerjasama dengan syarikat tempatan dan juga antarabangsa untuk mempercepatkan lagi penerapan blockchain? Tambahan pula, apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mewujudkan program penyelidikan dan lebih penting, latihan bagi melengkapkan rakyat Malaysia dengan kemahiran yang diperlukan untuk turut serta secara aktif dalam ekosistem blockchain dan memastikan daya saing Malaysia dalam era digital ini?

Negara seperti Georgia dan Estonia telah pun berjaya melaksanakan penyelesaian blockchain dengan kerjasama firma teknologi. Jadi, saya bagi contoh, Georgia bekerjasama dengan Big Theory Group untuk melindungi rekod pendaftaran tanah, sekali gus mengurangkan penipuan dalam urusan hartanah. Estonia pula bekerjasama dengan Guard Time untuk melindungi data awam menggunakan, dengan izin, keyless signature infrastructure. Ia memastikan ketelusan dalam pelbagai sektor. Dubai bercita-cita nak menjadi sebuah kerajaan yang dikuasakan oleh blockchain. Jadi, kerjasama yang diwujudkan dengan syarikat seperti IBM dan juga consensus untuk meningkatkan kecekapan serta keyakinan awam.

Jadi, melihat kepada perkembangan ini, bolehkah pihak kementerian menjelaskan pendiriannya berkenaan penggunaan teknologi blockchain untuk memerangi rasuah? Pada masa yang sama, adakah terdapat rancangan untuk memulakan penyelidikan, untuk membuka dialog mengenai pengintegrasian penyelesaian blockchain ke dalam proses kerajaan kita untuk mempromosikan ketelusan dan juga integriti? Mengadaptasikan teknologi seperti ini adalah penting untuk mengukuhkan demokrasi kita dan yang paling penting untuk memastikan kepercayaan rakyat Malaysia.

Puan Pengerusi, saya akan landing. Jadi, peranan MOSTI dalam bajet- Belanjawan 2025 ini cukup penting. Jadi, dengan meningkatkan peruntukan R&D dan membangunkan industri sedia ada dalam bidang teknologi hijau, teknologi baharu dan juga teknologi kewangan. Saya pasti Malaysia dapat membina ekonomi berasaskan inovasi dan berkembang maju dan pada masa yang sama mengukuhkan kedudukan kita sebagai peneraju global dan juga meningkatkan kualiti hidup untuk semua rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih.

draft • 12:02 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kubang Pasu.

draft • 12:02 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

[Ketawa] Saya terkejut. Terima kasih Yang Berhormat Puan Pengerusi. Bajet MOSTI bagi 2025 ialah RM1.276 bilion meningkat 2.74 peratus berbanding 2024. Bekalan dan Pengurusan RM738.9 juta berbanding dengan– kenaikan 9.7 peratus berbanding 2024. Manakala anggaran pembangunan RM536.63 juta, kenaikan 0.14 peratus.

Bagi bekalan dan mengurus seterusnya, saya merujuk kepada Kod 020000 – Perancangan dan Pembudayaan Sains, meningkat 3.2 peratus kepada 68.8 peratus dan peningkatan ini adalah disebabkan oleh Kod 020200 – Pembudayaan STI. Peningkatan sehingga 167 peratus kepada RM15.2 juta dan Kod 40000 – Pemberian dan Kenaan Tetap yang meningkat 402 peratus iaitu kepada RM11.8 juta berbanding RM250,000 pada tahun 2024. Ini satu petunjuk yang baik kerana pembudayaan sains sangat penting bagi menarik dan meningkatkan minat masyarakat, khususnya pelajar sekolah kepada sains dan teknologi.

Cuma, saya nak minta Menteri memberikan pencerahan, apakah aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan bagi menjayakan Program Pembudayaan STI ini?

Seterusnya, Kod 030500 – Agensi Nuklear Malaysia. Terdapat peningkatan anggaran perbelanjaan daripada 95.7 peratus pada RM101 juta iaitu kenaikan 5.5 peratus.

draft • 12:07 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Agensi ini bertanggungjawab melaksanakan R&D dalam bidang sains dan teknologi nuklear untuk Malaysia. Berhubung dengan perkara ini, saya ingin bertanya kepada Menteri, apakah bidang-bidang R&D yang akan dilaksanakan? Adakah ia termasuk R&D bagi penggunaan tenaga nuklear untuk tenaga diperbaharui? Dan banyak sudah negara-negara sudah melangkah ke arah ini.

Butiran 060000 – Kepengerusian ASEAN 2025. RM48 juta diperuntukkan. Yang ini saya tak faham pasai apa semua kementerian ada peruntukan bajet untuk kepengerusian dan bagi kementerian ini diperuntukkan RM48 juta. Seterusnya anggaran Pembangunan Perkhidmatan STI. Butiran 00200 – Jabatan Kimia Malaysia. Kenaikan mendadak 7.4 peratus kepada 22.8 peratus, penambahan 208 persen. Mohon Menteri beri pencerahan tentang perkara ini.

Begitu juga dengan Butiran 00603 – Agensi Angkasa Malaysia (MYSA). Anggaran meningkat 72.8 peratus daripada RM9 juta kepada RM35 juta. Sila nyatakan sebab-sebab mengapa kenaikan begitu besar dan senaraikan aktiviti yang akan dilaksanakan. Pada keseluruhan anggaran untuk Pembangunan Perkhidmatan STI meningkat sebanyak RM93 juta iaitu 196 peratus berbanding dengan tahun 2024. Satu peningkatan yang amat tinggi.

Pembangunan Penyelidikan STI. Kod 00605 – Institut Bioteknologi Kebangsaan.

Anggaran meningkat daripada RM555,000 pada RM10.7 juta iaitu peningkatan 1,800 peratus. Kemudiannya, 00800 – Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Kenaikan

draft • 12:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

daripada RM93 juta kepada RM155 juta, peningkatan 65 peratus. Pada keseluruhannya, anggaran R&D STI meningkat 71 peratus iaitu kepada RM176 juta. Kubang Pasu mohon Menteri berikan penjelasan berhubung dengan kenaikan signifikan NIBM dan program R&D.

Pengkomersialan STI. MIMOS Bhd. naik RM37 juta kepada RM54 juta, peningkatan 43 peratus. Mohon Menteri berikan penjelasan mengenai perkara ini.

Seterusnya, suntikan ekuiti berbanding 2024, kenaikan 28 peratus, sila Menteri berikan apakah nama syarikat dan berapakah ekuiti yang dipegang.

Kod Malaysian Bioeconomy Development Corporation, kenaikan anggaran 638 peratus, satu peningkatan yang tinggi. Minta Menteri sebutkan sebab-sebab kenaikan dan produk yang akan dikomersialkan.

Kemudian, seterusnya pada keseluruhan, pengkomersialan STI meningkat 32 peratus iaitu RM168 juta kepada RM222 juta. Ia satu peningkatan yang amat besar, minta Menteri berikan penjelasan mengenai ini. Minta sikit lagi ya Puan Pengerusi.

Dalam perbahasan ini, saya ingin menyentuh sedikit mengenai tiga agensi di bawah MOSTI dan MIMOS iaitu MIMOS MRANTI dan Malaysian Bioeconomy. MIMOS adalah agensi strategik di bawah MOSTI dan pusat inovasi utama dalam semiconductors, microelectronics dan teknologi ICT. Dalam hubungan ini, mohon Menteri menyatakan apakah hasil serta kejayaan MIMOS selama ini terutamanya dalam semikonduktor dan sumbangannya kepada industri semikonduktor di Malaysia di mana – maaf saya tersasul, saya katakan bahawa setakat ini tidak ada kejayaan yang jelas yang tidak visible.

Seterusnya, MRANTI. Begitu juga dengan MRANTI, apakah hasil dan kejayaan sebagai Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation?

Seterusnya, Malaysian Bioeconomy Development Corporation yang ditubuhkan 2025, ini ditubuhkan di zaman Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri. Ketika ditubuhkan memang banyak diperkatakan tentang biotech tetapi akhir-akhir ini ia tak dengar lagi, dah macam lesu bunyinya.

Kerajaan Malaysia sejak 2020 hingga 2024 hanya membelanjakan untuk R&D satu peratus daripada GDP. Angka ini terlalu kecil berbanding dengan negara-negara maju umpama Jepun – 3.6 peratus, Korea Selatan – 5.2 peratus, Amerika Syarikat – 3.5 peratus.

Bagi memenuhi sasaran National Science, Technology and Innovation Policy 2021-2030, kerajaan perlu pertingkatkan belanja R&D. Bagi tahun 2025, kerajaan sepatutnya membelanjakan 2.5 peratus dari GDP dan 2030 – 3.5 peratus GDP. Untuk sasaran 10 tahun, kerajaan perlu membelanjakan RM85.7 bilion atau purata RM8.6 bilion setahun.

draft • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 12:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Soalan saya kepada Menteri ialah berapa peratuskah anggaran perbelanjaan R&D per kapita bagi 24, 25 dan apakah perancangan dan strategi kerajaan untuk mencapai sasaran perbelanjaan R&D per GDP 3.5 peratus pada tahun 2030? Peranan MOSTI dan R&D amat penting dalam membangunkan industri teknologi tinggi kita sendiri dan memajukan ekonomi negara.

draft • 12:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Akhir sekali Puan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya menyokong bajet ini, bajet MOSTI 2025 jika cadangan-cadangan yang saya sebutkan tadi dipersetujui dan dilaksanakan. Sekian, terima kasih.

draft • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu, saya jemput Yang Berhormat Pendang.

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Pengerusi atas peluang untuk saya berbahas di peringkat jawatankuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Saya ingin terus pergi kepada isu butiran yang saya ingin bangkitkan iaitu P.30, Butiran 00800 – Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Peruntukan bagi Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di bawah penyelidikan STI sebanyak RM155 juta bagi 2025 berbanding RM93.7 juta pada 2024. Ini satu peningkatan yang saya harap akan mendapatkan hasil yang baik, hasil daripada R&D ini untuk pembangunan negara.

Apakah pelan khusus kementerian bagi memastikan keberhasilan wakaf R&D sebagai langkah untuk menggalakkan penglibatan syarikat swasta, pakar bidang dan juga ahli penyelidik untuk turut serta dalam aktiviti yang berkaitan penyelidikan, pengkomersialan dan inovasi sekali gus mendorong pembudayaan sains, teknologi dan inovasi ataupun STI?

Seterusnya, apakah bentuk sokongan dan insentif yang diberikan oleh kerajaan kepada para penyelidik tempatan khususnya dalam transisi pemindahan ilmu dari peringkat universiti kepada industri dalam bidang STI?

Puan Pengerusi, apakah usaha penambahbaikan kerajaan terhadap model organisasi sains, teknologi dan inovasi bagi tujuan pemantauan lebih 6,292 organisasi STI yang terlibat dalam bidang R&D serta lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan STI seperti bank, projek R&D yang sedia ada. Daripada projek-projek R&D ini, berapakah penghasilannya dapat digunakan oleh kerajaan untuk dikomersialkan sebagai satu produk negara? Daripada 6,292 yang kita belanja pada tahun ini, kita tingkatkan lagi sehingga menjadi RM155 juta daripada RM93.7 juta tahun lepas.

Dalam hal ini, saya ingin tahu, apakah kerajaan buat dengan produk R&D yang dibangunkan oleh pihak universiti melalui dana R&D? Sejauh mana ia dijual dan memberi keuntungan kepada kerajaan? Rugilah kerajaan kalau buat kajian dalam pelbagai bidang dan dapat hasil baharu daripada R&D tetapi setakat itu sahaja, tidak dikembangkan. Ini yang kita selalu bangkitkan, duit kita belanja banyak, bila dapat penghasilan, dapat kepada kerajaan, tak digunakan. Sebab, inilah kita katakan campur tangan politik. Jadi, dalam apa hal sekalipun kalau ada campur tangan politik yang merupakan eksekutif yang membuat dasar, akan menjadi terhalang segala pembangunan kita. Kita harap segala R&D yang dibuat ini diguna pakai untuk kebaikan negara tanpa mengira pemikiran politik ataupun keuntungan politik pihak-pihak tertentu.

draft • 12:15 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya hendak menyentuh juga B.30, Butiran 030600 – Agensi Angkasa Malaysia.

Peruntukan bagi Agensi Angkasa Malaysia iaitu MOSA sebanyak RM67.7 juta bagi 2025 berbanding RM64.9 juta pada tahun 2024. Semua meningkat pada tahun ini. Saya ingin mendapatkan kepastian berkenaan perancangan kerajaan untuk memiliki satelit sendiri tanpa perlu menyewa daripada pihak ketiga dengan kos hampir RM20 juta.

Sewaan tersebut juga bukan bermakna kerajaan mempunyai autonomi penuh atas semua dapatan observation tetapi ia terhad kepada kebenaran penyewa. Oleh yang demikian, adakah kerajaan ada mempertimbangkan untuk membangunkan satelit sendiri milik Kerajaan Malaysia. Boleh kongsi garis semasa atau timeline untuk membina satelit sendiri untuk milik negara. Jadi kalau boleh ini, saya ucap terima kasih kepada kerajaan kerana memiliki satelit milik negara.

Dalam pada itu, Pendang ingin tahu, perincian mengenai hala tuju MOSTI berhubung kewujudan Bandar Angkasa untuk merintis peluang kerjasama dan pelaburan dalam melonjakkan ekonomi angkasa seiring dengan Dasar Angkasa Negara iaitu DAN2030.

draft • 12:15 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dalam Butiran B.30, 030000, peruntukan bagi Pembangunan Teknologi sebanyak RM362.2 juta pada 2025 berbanding RM349.2 juta pada 2024. Kerajaan mensasarkan kedudukan ke-30 dalam Indeks Inovasi Global pada 2025, berbanding sekarang ke-26 pada 2024, dan ke-36 pada 2023.

Dalam hal ini, apakah strategi terperinci MOSTI untuk melonjakkan kedudukan Malaysia dalam GII ini, memandangkan sasaran sumbangan industri dalam masa dana R&D berkurangan? Kita tengok, perbezaan daripada 2023-2026, berlaku peningkatan kedudukan negara kita tetapi rakyat tidak merasa keberkesanan daripada kedudukan rating kita yang daripada ke-36 ke ke-26 pada 2024 dan akan ditingkatkan lagi pada 2025, kedudukan ke-30.

Oleh sebab itu, akhir sekali, memandangkan sasaran sumbangan industri dalam dana R&D berkurangan kepada 40 peratus pada 2025 berbanding prestasi sebenar pada 2023 iaitu 50.37 peratus. Manakala, sasaran peratusan kadar komersialan produk teknologi perkhidmatan inovasi oleh agensi dan syarikat start-up bagi 2025 turut menurun kepada 47.85 peratus berbanding 51.43 peratus pada tahun lalu.

Yang akhir sekali, Yang Berhormat Puan Pengerusi...

draft • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 12:20 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Nak gulung dah. Dalam 01100, peruntukan bagi MIMOS Berhad sebanyak 53.6 peratus 2025. Mengambil kira matlamat asal penubuhan MIMOS untuk memperkukuhkan industri elektrik dan elektronik (E&E) terutama semikonduktor, apakah pendekatan yang diambil dalam mengimbangi antara permintaan dan penawaran dalam bidang E&E berdasarkan Analisa Dinamik Permintaan (Dynamic Demand Analysis) yang dijalankan?

Soalnya, apakah pendekatan baharu kerajaan terhadap aspek pembangunan bakat tempatan mahir dalam sektor E&E menerusi peranan MIMOS ini memandangkan peluang pekerjaan sektor E&E dilihat masih tertumpu di peringkat operator mesin, loji dan pemasang

draft • 12:20 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

sekitar 53 peratus? Manakala, jumlah tenaga kerja E&E dalam tempoh 2018 sehingga 2023 juga masih didominasi pekerjaan di peringkat separa mahir dengan peratusan tertinggi sebanyak 74 peratus.

Berdasarkan senario tersebut, apakah pelan kerajaan bagi mengatasi defisit bakat sektor E&E mengambil kira trend penghijrahan bakat berkemahiran tinggi ke sektor lain seperti industri minyak dan gas, dan juga telekomunikasi? Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

draft • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Pendang. Sekarang, saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.

Masa 15 minit sahaja.

draft • 12:20 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih, Puan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada —Berapa orang tadi ya? Ingat tadi ramai, rupanya sikit.

[Ketawa]

draft • 12:23 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tujuh, tujuh orang.

draft • 12:23 PM

Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal

Tujuh orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Belanjawan 2025 peringkat Jawatankuasa, yang menyentuh isu-isu di bawah bidang kuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Ahli Yang Berhormat, seperti yang kita dengar tadi, Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Padang Rengas, Bukit Bendera, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Pendang. Ini jelas menunjukkan komitmen, sokongan dan penghargaan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap usaha kerajaan dalam memartabatkan agenda sains, teknologi dan inovasi negara sejajar dengan konsep Malaysia Madani.

Saya akan menggunakan kesempatan ini dengan sebaik mungkin bagi memberikan jawapan untuk setiap persoalan dan juga pertimbangan kepada cadangan-cadangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat.

Secara keseluruhannya bagi tahun 2025, MOSTI menerima anggaran peruntukan sebanyak RM1.274 bilion. Peruntukan mengurus berjumlah RM738 juta dan peruntukan pembangunan pula berjumlah RM536 juta. Berbanding dengan tahun sebelumnya, peruntukan mengurus bagi tahun 2025 telah meningkat sebanyak hampir RM34 juta atau 4.72 peratus. Manakala, peruntukan pembangunan meningkat kira-kira RM1 juta atau 0.14 peratus.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat tiga program di bawah peruntukan pembangunan MOSTI iaitu:

draft • 12:23 PM

Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal

(i) Program Pembangunan Perkhidmatan STI yang diperuntukkan sebanyak RM141.49 juta;

(ii) Program Penyelidikan STI yang diperuntukkan sebanyak RM172 juta; dan

(iii) Program Pengkomersialan STI yang diperuntukkan RM222.65 juta.

Secara keseluruhannya, MOSTI telah diluluskan peruntukan pembangunan bagi tahun 2025 berjumlah RM536 juta melibatkan 11 projek baharu dan 45 projek sambungan.

Puan Pengerusi, izinkan saya untuk menjawab soalan yang ditimbulkan satu persatu oleh Yang Berhormat yang berbahas. Yang Berhormat Sungai Siput...

draft • 12:23 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sungai Siput tak ada dalam Dewan.

draft • 12:23 PM

Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal

Tak ada?

draft • 12:23 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Boleh jawab secara bertulis.

draft • 12:23 PM

Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal

Tetapi, saya panjang masa lagi.

[Ketawa]

draft • 12:23 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak apa. Boleh habis.

draft • 12:23 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Jawab yang Kuala Terengganulah.

draft • 12:23 PM

Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal

Yang ada sajalah. Yang Berhormat Kuala Terengganu menyentuh mengenai Butiran P 98000 dan P 83000. Untuk makluman Yang Berhormat, Malaysia mempunyai potensi besar dalam industri unsur nadir bumi (REE) yang mampu membawa manfaat ekonomi yang signifikan kepada negara kita. Namun, pertanyaan mengenai SOP, taraf teknologi serta kapasiti hanya boleh ditentukan melalui kerjasama dengan NRES selanjutnya.

Kajian terhadap pengenalan insentif khusus kepada syarikat yang melibatkan diri dalam industri REE juga penting bagi menarik lebih banyak —Mana tadi ya? Dah lompat kah?

[Ketawa] Sekejap ya. Lebih banyak pelaburan asing dan tempatan serta membantu mempercepatkan pembangunan sektor ini.

Penubuhan Akademi Mineral Malaysia dan pembinaan makmal mineralnya juga penting. Namun, usaha lebih lanjut diperlukan untuk meningkatkan kemahiran tempatan dalam teknologi pemprosesan REE. MOSTI akan memberi fokus kepada memastikan kedaulatan teknologi di dalam sektor strategik seperti REE dan pembuatan produk bernilai tinggi seperti super magnet, motor elektrik, bateri dan sebagainya sebagai salah satu outcomes roadmap tersebut.

Majlis Mineral Negara Ke-3 (MMN Ke-3) telah memutuskan...

draft • 12:23 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

YB, soalan saya tadi mudah sahaja. Yang penting, dari segi memajukan REE ini, nampaknya dari segi faktor teknologi adalah satu perkara yang utama. Selain daripada China, yang dalam Malaysia setakat ini diumumkan kejayaan teknologi pertama, satu syarikat sahaja setakat ini, di Perak.

draft • 12:23 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Jadi, saya tanya apa nama syarikat ini? Jadi, apabila Menteri Ekonomi beritahu sampai kena tunggu tiga tahun, ini lama sangat. Nanti, tiga tahun nanti, kerajaan lain yang akan laksanakan, Yang Berhormat. Okey, terima kasih.

draft • 12:23 PM

Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal

Okey, terima kasih. Rasanya, itu soalan saya akan jawab secara bertulis sebab dia ada hubung kait dengan Menteri Ekonomi ya.

Majlis Mineral Negara Ke-3 (MMN Ke-3) telah memutuskan keperluan untuk membangunkan pelan hala tuju teknologi bagi industri REE ini.

Dalam hal ini, MOSTI bersama MIGHT akan mengetuai usaha ini dengan melibatkan semua agensi berkaitan dengan bengkel permulaan telah diadakan dalam bulan November 2024 untuk memperhalusi strategi dan pandangan teknologi foresight bagi industri REE termasuk pengenalpastian kepakaran yang ada.

Akademi Sains Malaysia (ASM) membantu Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) membangunkan model perniagaan industri pembangunan nadir bumi, tanah liat penjerapan ion (IAC-REE) di Malaysia. Model perniagaan ini menetapkan hala tuju terkini bagi industri REE di Malaysia. Model ini berfungsi sebagai panduan kepada pemain industri dalam sektor REE untuk memastikan kelestarian kesihatan planet, kesejahteraan manusia dan kesejahteraan sejagat.

draft • 12:23 PM

Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal

Mengenai tenaga nuklear Dasar Tenaga Nuklear belum dizahirkan dengan jelas.

Nuklear Malaysia secara proaktif membangunkan kapasiti dalam bidang ini dengan pengalaman luas dalam pengoperasian reaktor nuklear Triga Puspati serta kemudahan penyinaran gama dan elektron. Dengan kemudahan asas R&D yang ada, Nuklear Malaysia menawarkan kepakaran yang penting dalam menyokong program pembangunan tenaga nuklear negara.

Mengenai varieti padi baru, Nuklear Malaysia telah membangunkan varieti padi baru Malaysia NMR 152 bagi membantu agenda dan dasar negara dalam menghasilkan varieti tanaman baharu yang boleh meningkatkan tahap sara diri, pendapatan dan taraf hidup petani.

Padi NMR152 telah berjaya mencatatkan hasil di antara tujuh hingga 11 tan per hektar bergantung kepada lokasi penanaman dan kaedah pengurusan sawah.

Produk ini membuktikan bahawa...

draft • 12:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:30 PM

Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal

Ya.

draft • 12:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat, minta jalan sedikit.

Saya setuju tadi bila disebut varieti benih padi baru yang akan keluar ini. Bila target penghasilan itu sebab sekarang ini beras tempatan tak ada dekat dalam pasaran. Kalau varieti ini tinggi mengeluarkan produk berlipat kali ganda, kita tak ada masalah, masalah kita dengan beras tempatan di dalam pasaran ini.

So, sekarang ini bila? Maknanya varieti baru ini bila dia punya hasil nak akan keluar dan akan menampung masalah beras tempatan dalam pasaran yang sekarang ini kita kata tak adalah senang, memang tak ada. Sebab beras import sahaja sebab kita nak tahu varieti

draft • 12:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

daripada penghasilan R&D ini bila akan boleh di laksana dan bila kita akan dapat penghasilan daripada varieti yang baru disebut tadi.

draft • 12:30 PM

Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih YB Pendang. I jawab nanti lepas ini ya. I jawab yang dulu, nanti later I’ll see you. Saya teruskan Tuan Pengerusi. Produk ini membuktikan bahawa varian ini adalah kompetitif dan lestari dengan daya tahan penyakit.

Ia sesuai dipamerkan sebagai satu aset negara dalam menambah pendapatan dan seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada beras import.

Buat masa ini varieti NMR152 hanya diperakukan oleh Jawatankuasa Bantuan Kerajaan Kepada Industri Padi dan Beras Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sebagai benih padi sah untuk kegunaan petani di Semenanjung Malaysia di bawah skim subsidi kerajaan sejak tahun 2021. Bagi membolehkan lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada nuklear, MOSTI ambil pendekatan dengan bekerjasama dengan Syarikat Pertama Padi Sdn. Bhd. dan insya-Allah tahun depan padi nuklear akan dihasilkan di Jelapang Utara.

Ini dekat dengan YB lah ya.

draft • 12:30 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Soalan.

draft • 12:30 PM

Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal

Ya.

draft • 12:30 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Varieti NMR ini tak salah saya telah dilancarkan dan telah diberi nama IS21. Adakah sekarang ini nama itu sudah tak diguna pakai lagi dikembalikan kepada NMR?

draft • 12:30 PM

Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal

Tak dia sama sahaja. Cuma saya- itu biasalah kita biasa panggil NMR152, so itu masa nama asal dialah, masih sama. Saya juga akan cubalah nanti berikan jawapan-jawapan yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat Pendang— Kuala Terengganu dan Pendang tadi selepas nanti saya menjawab semua persoalan daripada Ahli Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi, saya teruskan penggulungan saya kepada persoalan yang ditimbulkan oleh sahabat saya daripada Shah Alam. Yang Berhormat Shah Alam menyentuh...

draft • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Shah Alam tak ada dalam Dewan.

draft • 12:30 PM

Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal

Tak ada lagi. Ramai tak ada, lari semua itu.

[Ketawa] Sekarang saya ke Yang Berhormat Padang Rengas ya.

draft • 12:30 PM

Seorang Ahli

Padang Rengas ada.

draft • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada.

draft • 12:30 PM

Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal

Ada? Ada okey. Terima kasih atas kepekaan dan keprihatinan Yang Berhormat terhadap MIMOS Berhad. Untuk makluman Yang Berhormat fokus utama MIMOS adalah penyelidikan dalam bidang semikonduktor ataupun orang putih, Mat Saleh cakap semiconductors lah micro electronic dan teknologi maklumat dan komunikasi ICT yang kritikal untuk memajukan daya saing negara di peringkat global.

Teknologi yang dihasilkan dari penyelidikan dan pembangunan ini seterusnya disalurkan kepada pemain industri tempatan untuk dibangunkan di dalam produk dan

draft • 12:30 PM

Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal

perkhidmatan syarikat mereka agar lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Perbelanjaan mengurus MIMOS untuk tahun 2025 adalah berjumlah RM80 juta, jumlah yang sama seperti tahun 2024.

Secara ringkasnya pecahan perbelanjaan mengurus adalah pertama RM55 juta untuk emolumen untuk seramai 550 kakitangan, kedua RM20 juta untuk program Semiconductor Technology Centre (SITC) dan yang ketiga RM5 juta untuk kos operasi.

Dalam usaha ke hadapan MIMOS bertekad untuk memacu program projek dan inisiatif berteraskan tema pintar selamat dan inklusif atau smart, secured and inclusive dengan izin yang melibatkan bidang semikonduktor, mikroelektronik dan ICT. Program-program ini merangkumi tiga campur satu segmen perniagaan atau business segment yang dikenal pasti mampu menjadikan Malaysia lebih kukuh dan berdaya saing.

MIMOS akan memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari atau sustainable energy menjadikan Malaysia sebagai peneraju dalam teknologi hijau. Fokus utama adalah membangunkan panel solar (solar panels) yang canggih, sistem grid pintar dan penyelesaian penyimpanan tenaga (energy storage solution) bagi menyokong keperluan tenaga masa depan.

Kedua, berhubung kait dengan ekonomi angkasa (space economy). Dalam sektor ini MIMOS akan memperkasakan teknologi angkasa (space technologies) bagi menyokong pembangunan industri angkasa yang semakin berkembang di Malaysia.

Tumpuan diberikan kepada teknologi satelit (satellite technologies), komunikasi berasaskan angkasa (space based communication) dan sistem pemerhatian bumi (earth observation system) bagi meningkatkan keupayaan negara dalam bidang angkasa.

Ketiga, ekonomi teknologi kuantum (quantum technologies economy). MIMOS akan menerajui penyelidikan dalam bidang komputasi, komunikasi dan keselamatan (security) melalui penyelidikan teknologi kuantum (quantum technology). Ini termasuk pembangunan komputer kuantum (quantum computers), penyulitan kuantum (quantum encryption) dan teknologi pengesanan kuantum (quantum sensing) yang akan memperkukuh keselamatan data dan sistem maklumat negara.

[Meneguk air] Keempat, ekonomi teknologi kritikal (critical technologies economy) pembangunan penerapan dan pengkomersialan teknologi canggih berimpak tinggi (advanced high impact technologies) yang penting untuk keselamatan negara daya saing ekonomi serta kemajuan masyarakat akan menjadi keutamaan. MIMOS komited untuk memastikan teknologi ini menjadi teras kepada kemajuan negara pada masa akan datang.

draft • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 12:30 PM

Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal

Gulung ya. Sedikit. Saya sentuh persoalan yang ditimbulkan Yang Berhormat Bukit Bendera. Yang Berhormat menyentuh Butiran 030000 – Pembangunan Teknologi dan Butiran 030200 – Dana dan Pengkomersialan.

Pertama, Yang Berhormat cadangkan agar kerajaan meningkatkan peruntukan R&D secara signifikan dan menyalurkannya ke arah inisiatif yang berimpak tinggi. Cadangan Yang Berhormat diterima baik bagi memastikan keberkesanan peruntukan R&D kelestarian dan

draft • 12:30 PM

Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal

impak tinggi yang di bawah program SRF pihak akademi dan industri berganding bahu bersama agensi di MOSTI yang mempunyai kepakaran dalam sektor berkaitan untuk menjayakan program R&D berkenaan. Kesemua projek ini juga dilaksanakan bagi menyokong sepenuhnya agenda Sustainable Development Goals (SDG) untuk masa depan yang lebih baik dan mampan. MOSTI juga mengambil maklum akan pandangan dan cadangan Yang Berhormat mengenai kerjasama antara akademia dan industri. Usaha ini akan turut membangunkan bakat tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada teknologi import.

draft • 12:30 PM

Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal

Seterusnya Yang Berhormat menyentuh mengenai teknologi blockchain dan potensi besar untuk merevolisasikan industri Malaysia dan yang paling penting meningkatkan kecekapan accountability dan kecekapan. Yang Berhormat ingin tahu, kementerian menjelaskan pendiriannya berkenaan penggunaan teknologi blockchain untuk memenangi rasuah, adakah terdapat rancangan untuk memulakan penyelidikan atau membuka dialog mengenai pengintegrasian penyelesaian blockchain ke dalam proses kerajaan kita untuk mempromosikan ketelusan dan integriti.

Untuk makluman Yang Berhormat, MOSTI juga akan membangunkan platform Malaysia Blockchain Infrastructure (MBI). Ia adalah platform berpusat yang menggabungkan pelbagai platform blockchain seperti Hyperledger, Atrium, Venus, Smart Chain, Tellers, Taylor dan lain-lain. Platform MBI ini akan menggalakkan lagi proses pembangunan aplikasi blockchain dalam negara.

Bagi menjawab persoalan Yang Berhormat mengenai teknologi blockchain untuk memerangi rasuah dan perancangan pengintegrasian penyelesaian blockchain, cadangan apa nama bagi ketelusan dan integriti, saya rasa ini merupakan satu cadangan yang amat baik daripada Yang Berhormat, yang mana kerajaan akan mengambil maklum dan mempertimbangkannya.

Seterusnya mengenai status terkini program-program di bawah Pelan Hala Tuju Blockchain Nasional 2021–2025. Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Bendera, projek- projek seperti yang saya nyatakan tadi, sedang berjalan namun masih dalam peringkat R&D.

Seterusnya Yang Berhormat juga ingin tahu, bagaimana kerajaan bekerjasama dengan syarikat tempatan dan antarabangsa untuk mempercepatkan penerapan blockchain?

Untuk makluman Yang Berhormat, kita masih dalam peringkat R&D, maka selepas berjaya dihasilkan prototaip sewajarnya, akan difikirkan mengenai elemen pengkomersialan selanjutnya.

Terakhir, Yang Berhormat ingin tahu, apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mewujudkan program pendidikan dan latihan bagi melengkapkan rakyat Malaysia dengan kemahiran yang diperlukan untuk ekosistem blockchain. Untuk makluman Yang Berhormat, sepertimana saya nyatakan tadi program CEPI akan diadakan selepas R&D berjaya dikomersialkan. Buat masa ini, MOSTI juga mengadakan beberapa program perdana

draft • 12:40 PM

Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal

di bawah SciTech4U seperti Malaysia Techlympics yang baru sahaja menutup tirai pertandingan pada pertengahan bulan ini.

Kepada persoalan-persoalan yang lain yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, terutamanya Kubang Pasu dan Pendang saya mohon izin untuk menjawab segalanya secara bertulis. Sekian, terima kasih.

draft • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM738,945,500 untuk Kepala B.30 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2025 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.30 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.30 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2025 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.30 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

draft • 12:40 PM
Kepala B.31 [Jadual] – Kepala P.31 [Anggaran Pembangunan 2025] –

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kepala Bekalan B.31 dan Kepala Pembangunan P.31 di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya terbuka untuk dibahas.

Senarai pembahas adalah seperti berikut; YB. Raub, YB. Masjid Tanah, YB. Paya Besar, YB. Beaufort, YB. Padang Besar, YB. Gopeng, YB. Lumut, YB. Sri Gading, YB. Kuala Kedah, YB. Bukit Bendera, YB. Kulim-Bandar Bharu, YB. Kota Belud, YB. Labuan, YB.

Keningau, YB. Arau dan YB. Tenggara. Sekarang saya menjemput YB Raub.

draft • 12:40 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Terima kasih Puan Speaker. Saya akan bahaskan bajet di peringkat Jawatankuasa bawah Maksud P.31 Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Butiran 020000 – Pembangunan dan Promosi Pelancongan. Ini bukan isu baru, saya pernah bangkitkan di Dewan mulia ini, iaitu isu pembangunan Fraser Hill di kawasan Parlimen Raub.

Walaupun Fraser Hill dahulunya dianggap sebagai Little England oleh penduduk tempatan dan para pelancong. Pada masa kini, ia sudah digelar sebagai sebuah ghost town yang sunyi sepi.

Tidak dapat dinafikan bahawa pelbagai cabaran telah menimpa Fraser hill yang menyebabkannya kehilangan tarikan sebagai destinasi pelancongan dan tidak sesuai untuk dijadikan tempat kediaman. Yang pertama, persekitaran yang tidak terpelihara. Dari masa ke semasa insiden tanah runtuh terjadi. Buat masa ini, masih terdapat beberapa tanah runtuh yang terjadi dalam tahun 2021 belum lagi ditangani dan ia menyebabkan tanah di kawasan

draft • 12:44 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

yang berkenaan semakin terhakis. Saya memohon supaya pihak kerajaan menjalankan kerja penyelenggaraan dengan secepat mungkin untuk mengelak hakisan secara berterusan memandangkan pengunjung-pengunjung tidak yakin melawat kerana menganggapnya tidak selamat.

Selain itu, terdapat juga aktiviti pemburuan haram yang mengganggukan ekologi ‘asid’ terjadi. Insiden ini sering terjadi yang mengakibatkan kekurangan spesies-spesies tertentu, contohnya labah-labah endemik.

Tambah pula peningkatan bilangan spesies-spesies tertentu seperti babi hutan, kera- kera dan gagak-gagak juga akan mengganggu keseimbangan ekosistem. Oleh itu saya, memohon supaya pemantauan harian dijalankan di Fraser Hill supaya para pemburu haram tidak berpeluang untuk membahayakan ekosistem di sana.

Saya juga memohon supaya pakar ekologi dihantar dan ditugaskan untuk melawan bilangan babi hutan, kera-kera dan juga burung gagak-gagak supaya keseimbangan ekosistem di Fraser Hill dikekalkan.

Puan Speaker, kedua saya ingin membangkitkan isu penyelenggaraan infrastruktur dan utiliti di Fraser Hill. Jabatan-jabatan bertanggungjawab untuk menyelenggara infrastruktur seperti TNB, TM, JKR, Jabatan Air tidak lagi wujud di Fraser Hill. Sebagai implikasinya, longkang-longkang yang tersumbat, sampahnya bersepah-sepah dan bekalan elektrik yang sering terputus turut menjejaskan industri pelancongan dan kehidupan seharian penduduk tempatan.

Sebagai contoh yang spesifik, ‘paip rod’ yang bertanggungjawab ke atas saluran air di Bukit Fraser paling kerap mengakibatkan kerugian terhadap perniagaan-perniagaan di Fraser Hill kebelakangan ini kerana sering lambat mengendalikan kerosakan dan lambat bertindak untuk memastikan kawasan tersebut tidak kekeringan air. Terdapat banyak perniagaan yang sangat bergantung kepada saluran air di Bukit Fraser.

Saya di sini ingatkan kepada pihak kerajaan bahawa Fraser Hill bukan sahaja merupakan satu destinasi pelancongan tetapi juga terdapat penduduk-penduduk tempatan di situ. Oleh itu adalah perlu untuk agensi-agensi infrastruktur harian tersebut wujud di Fraser Hill supaya kehidupan harian penduduk tempatan tidak terjejas.

Puan speaker, sebahagian Fraser Hill dimiliki oleh negeri Pahang dan sebahagian dimiliki Selangor. Majlis Daerah Raub dan Majlis Perbandaran Hulu Langat mentadbirkan Fraser Hill sama-sama. Oleh itu saya menyeru supaya kedua-dua kerajaan negeri bekerjasama untuk memperbaiki jalan raya tersebut dengan segera.

Puan Speaker, sebagai kesimpulannya adalah dukacita apabila Fraser Hill tidak lagi menarik minat para pelancong dan tidak sesuai untuk dijadikan sebagai tempat tinggal hanya kerana ia tidak dipelihara dengan baik. Oleh itu saya sekali lagi mencadangkan satu penyelesaian supaya menubuhkan satu agensi bawah Kerajaan Persekutuan yang khas bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pembangunan dan pengurusan Fraser Hill supaya dapat meningkatkan efficiency pengurusan di kawasan itu.

draft • 12:44 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Akhirnya, saya ingin nyatakan sokongan kepada YB Menteri Pelancongan berkenaan dengan kenyataan beliau yang menyokong kewujudan papan tanda yang berbilang bahasa. Kepelbagaian merupakan aset kepada Malaysia. Rakyat Malaysia berbangga kerana mampu bertutur dalam pelbagai bahasa dan hak penggunaan pelbagai bahasa telah dijaminkan dalam Perlembagaan.

Sekiranya Malaysia berazam untuk menjadi destinasi pelancongan yang menarik, kita haruslah mempromosikan Malaysia sebagai sebuah negara yang menghormati dan juga menghargai diversity dan bukan mencetuskan kontroversi baru-baru ini, berhubung penguatkuasaan peraturan mengenai papan tanda dwibahasa. Saya bersetuju kenyataan Menteri bahawa kepelbagaian bahasa mencerminkan mesra pelancong. Dengan menerima dan mempromosikan kepelbagaian ini, Malaysia boleh mengubah warisan pelbagai budaya kepada kelebihan ekonomi yang menyumbang kepada pertumbuhan negara. Sekian, terima kasih Puan Speaker.

draft • 12:44 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Raub. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Masjid Tanah.

draft • 12:44 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Masjid Tanah ingin sama membahaskan untuk Butiran one-off B.060300 iaitu Tahun Melawat Malaysia tahun 2026 yang sebanyak RM400 juta. Sebagai mana yang kita tahu, target di bawah Tourism Malaysia adalah seramai 27.3 juta pelancong yang akan membawa pendapatan sebanyak RM102.7 bilion.

draft • 12:49 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Umum tahu bahawa kementerian memang menyasarkan pelancong daripada negara China sebagai sasaran utama. Malang sekali, daripada data yang ditunjukkan, setakat September hanya 18.3 juta saja pelancong yang terdapat baki 16.08 juta bagi tempoh tiga bulan yang berakhir.

Hari ini kita berbaki satu bulan dan berapa hari, enam hari. Saya ingin tahu, berapakah jumlah ketibaan pelancong daripada China secara total kerana apa? Saya difahamkan Yang Berhormat Menteri mensasarkan seramai 5 juta pelancong daripada China tapi sampai hari ini, saya rasa jumlah itu tidak masih lagi tercapai.

Memandangkan jumlah yang kita target itu masih jauh lagi dicapai, saya ingin mencadangkan supaya kementerian melihat semula dan memberikan pertimbangan dan juga perhatian untuk melihat semula polisi dan juga dasar kementerian supaya strategi yang terbaik dapat ditangani bukan sahaja kita target untuk kuantiti tetapi ianya lebih kepada pelancong yang berkualiti.

Dalam keadaan pattern ketibaan pelancong tidak menantu disebabkan oleh pelbagai faktor, suka saya cadangkan supaya fokus kepada pelancong yang berkualiti ini dapat diberikan tempat. Saya ingin tahu, apakah usaha-usaha kementerian dalam mendapatkan pelancong-pelancong daripada...

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Masjid Tanah, Masjid Tanah...

draft • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Ya.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Masjid Tanah, terima kasih...

draft • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Ya. Awal sangat. Hari itu saya tak bagi, saya dah kena marah. Okey saya bagi. Sekejap saja ya.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Sekejap saja. Saya nak tanya Masjid Tanah, adakah dengan pelepasan visa untuk pelancong daripada China dan India ini untuk mencukupi target tadi?

draft • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Ya sepatutnya ianya membantu untuk capai target tapi saya nampak walaupun pemberian pengecualian visa itu masih lagi tidak dapat sasaran tersebut. Pastinya kita patut fokus untuk mendapatkan pelancong-pelancong daripada pasaran Jepun, Korea dan juga negara-negara Eropah yang lain kerana mereka ini berpendapatan tinggi dan ada kuasa untuk berbelanja besar, sekali gus boleh melonjakkan ekonomi dan juga segmen perniagaan tempatan.

Saya juga ingin tahu, berapakah jumlah promosi yang diberikan di bawah Tourism Malaysia? Adakah benar seperti yang saya dengar bahawa perbelanjaan dua per tiga perbelanjaan promosi Tourism Malaysia ini diberikan khusus untuk pelancong daripada negara China dan tidak diberikan kepada segmen lain? Sekiranya benar, saya ingin tahu apakah perincian tersebut? Bagaimanakah penyelarasan promosi pelancongan dibuat di antara negeri-negeri, supaya ia nampak seia sekata dan menjadikan pelancong yang dapat membantu dan juga memberikan pendapatan kepada rakyat.

Seterusnya saya ingin menyentuh tentang hal yang satu dua hari ini yang memberikan impak yang besar dan sebagaimana yang saya amat kecewa dengan kenyataan, bukan saja kenyataan menteri tetapi juga dengan kenyataan Yang Berhormat Raub sebentar tadi kerana papan tanda yang dicetuskan oleh Yang Berhormat Menteri MOTAC baru-baru ini yang mana saya sangat mengagumi Yang Berhormat Menteri MOTAC.

Timbalan menteri pun saya kagum juga.

Saya terkejut apabila Yang Berhormat Menteri mendakwa tindakan DBKL untuk pastikan golongan peniaga di negara ini patuh undang-undang dengan mempamerkan papan tanda yang menggunakan Bahasa Kebangsaan akan mempengaruhi keputusan pelancong untuk melawat Malaysia dan membantutkan daya saing negara kita di persada luar negara.

Ini adalah kenyataan yang tidak benar. Kerana apa?

[Tepuk] Memalukan sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya patut mengangkat budaya kita dan mempertahankan sebagaimana saranan...

draft • 12:50 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Masjid Tanah, Masjid Tanah, mencelah...

draft • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat, saya minta maaf. Saya tak ada ini. Duduk.

draft • 12:50 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Masjid Tanah, celah. Kenapa guna dwibahasa adalah salah?

draft • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Tak payah nak celah.

Sultan Selangor dah arahkan untuk tanggalkan, tanggalkan papan tanda tulisan Cina.

draft • 12:50 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Masjid Tanah, tadi ada ...

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Raub, sila duduk.

draft • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Berita Harian, 19 November 2018 dan sebab inilah tak usahlah Yang Berhormat Menteri buat drama dan memetik agenda perkauman. Sebenarnya Yang Berhormat Menteri sebenarnya yang membakar 3R di dalam dan juga di luar negara.

[Tepuk] Hanya untuk menghalalkan papan tanda yang tidak patuhi undang-undang. Ini sangat tak betul. Macam mana saya nak kata dia buat drama? Malah kenyataan Yang Berhormat Menteri ini sangat bahaya dan boleh kita katakan sebagai kenyataan 3R dan ianya seolah-olah merendah-rendahkan pelancong daripada negara China. Hei, tengok sajalah dekat Thailand, tengok sajalah dekat Indonesia, tidak adapun sibuk nak please-kan pelancong-pelancong daripada China menggunakan bahasa mereka sendiri tetapi dekat Malaysia ini kenapa pula kita nak buat macam itu?

[Tepuk] Memalukan.

draft • 12:50 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Masjid Tanah, KFC di Indonesia ada guna bahasa Indonesia kah? Masjid Tanah, KFC di Indonesia ada guna bahasa Indonesia kah?

draft • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Sebab itulah saya rasa, sebab itulah saya rasa pelancong daripada negara China tak hairan pun. Dia tetap tak boleh masuk ke kedai-kedai, mereka masih lagi boleh melawat dan sebab itulah saya minta ...

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tuan Speaker, Peraturan 36(12), 36(12), Mana- mana ahli yang mengeluarkan kenyataan dan mengelirukan Dewan adalah disifatkan sebagai menghina Majlis dan —Point of Order!

draft • 12:50 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Masjid Tanah, KFC di Indonesia ada guna bahasa Indonesia kah?

draft • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Saya minta supaya Yang Berhormat Menteri ini kita tukarkan kepada ...

draft • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Hei, betullah. Dia cakap Indonesia dengan Thailand tidak ada bahasa Cina...

draft • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Sebab itu ...

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Dengar dulu Point of Order, dengar dulu Point of Order. Point of Order. Duduk, duduk. 36(12)...

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dia tidak ada bahasa —Walaupun kamu bahasa dia —Kamu pun duduk, kamu pun duduk. Tak ada, tak ada. Tiada 36.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Masjid Tanah kamu buat satu kenyataan mengelirukan Dewan. Tuan Speaker...

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tak ada, tak ada...

draft • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Sebab itu Yang Berhormat Pengerusi, sebab itu Yang Berhormat Pengerusi saya minta, saya minta Kerajaan Madani pada hari ini...

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi bawa ...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Kampar apa lagi?

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Point of Order...

draft • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Kejap lagilah, kejap lagi. Bagi Masjid Tanah selesaikan dulu. Kejap lagi boleh bagi?

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Bawah, di bawah. Dengar, Point of Order, Point of Order. Duduk dulu, dengar. Di bawah, di bawah...

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kita 36(9)...

draft • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Siapa engkau nak suruh aku...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Point of Order, 36(9), Point of Order sebab nak bagi contoh tak ada negara...

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya, saya ...

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Dengar, dengar, dengar...

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat...

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Bawah garis panduan KPKT memang dibenarkan bahasa Cina, bahasa Tamil.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tak kan itu pun nak bawa Point of Order?

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya bagi Yang Berhormat Masjid Tanah untuk gulung dulu, nanti saya bagi Yang Berhormat Kampar untuk raise of Point of Order.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Bagi Kampar gulung tikarlah.

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pendang, saya tak bagi laluan. Sila duduk.

draft • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Sebab itu Yang Berhormat Pengerusi, saya suka mencadangkan kepada Kerajaan Madani ini mintalah tolong. Tolonglah tukarkan Yang Berhormat Menteri Pelancongan ini kepada Menteri Penguatkuasaan, menteri ganti Menteri KPDN pun tak apa. Biar dia pergi raid dan sebagainya. Dia memang sesuai untuk bahagian penguatkuasaan undang-undang...

draft • 12:50 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Timbalan Menteri pun sedia menunggu itu.

draft • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Sebab apa yang dinyatakan sebagaimana yang papan tanda itu, Sultan Pahang pun dah arah turun papan tanda tulisan Jawi di Pahang pada tahun 2020. Ini semua arahan.

draft • 12:50 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara ] Naikkan [Tidak jelas]

draft • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Hah, naikkan. Arah papan tanda tulisan jawi di Pahang dan sebab ini semua adalah arahan Yang di-Pertuan Agong, Sultan yang patut kita hormati. Adakah ini kita nak jadikan sebuah kementerian yang patut mengangkat budaya ...

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Derhaka, derhaka.

draft • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Mengangkat budaya kita, seni, budaya, lambang negara kita yang harus kita perlecehkan. Sebab itulah saya merayu kepada Yang Berhormat Menteri supaya tarik balik apa juga kenyataan yang telah pun dilakukan.

draft • 12:50 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Masjid Tanah, celah Masjid Tanah. Bahasa Cina dan bahasa Tamil juga salah satu elemen yang sangat penting di negara Malaysia. Bahasa Cina dan bahasa Tamil juga lambang dan juga ikon dalam Malaysia.

draft • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

...Supaya kita benar- benar menjadi pejuang seni dan budaya. Saya harap, saya harap ya...

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Raub sila duduk.

draft • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Saya harap ianya dapat membantu dan tak usahlah kita memperlekehkan, memperlekehkan pelancong- pelancong daripada luar negara hanya dengan signage atau pun signboard yang tidak memaparkan atau mempamerkan tulisan Cina.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Cina.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey sudah. Masa sudah tamat.

draft • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Jangan pilih pelancong-pelancong daripada luar. Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kampar.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ya Timbalan Speaker ada Standing Order 36(6) dan 36(12) sangkaan jahat. Tadi Masjid Tanah buat satu sangkaan jahat terhadap menteri bahawa mengatakan menteri membakar sentimen perkauman. Itu tidak betul. Yang membakar sentimen perkauman itu Masjid Tanah.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Kedua, kedua tadi Masjid Tanah katakan ini kita ambil penguatkuasaan atas papan tanda itu adalah betul tapi saya nak tanya. Bawah garis panduan KPKT, bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Inggeris memang dibenarkan. Dengar, dengar baik-baik tetapi perlu ada bahasa Melayu. Itu kita tidak nafikan. Saya nak tanya, Mr.DIY, bahasa Melayu kah bahasa Inggeris? Kentucky Fried Chicken, bahasa Melayu atau bahasa Inggeris? Kelantan tulis Kentucky Fried Chicken kah or Ayam Goreng Kentucky? Sama saja tapi saya nak tanya kalau itu dibenarkan ...

draft • 12:50 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Itu nama khaslah. Tak reti bahasa Melayu kah?

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya rasa apa yang dibangkitkan oleh Masjid Tanah nanti Yang Berhormat Timbalan Menteri akan jawab dan yang lain sila duduk.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Kampar ini, Kampar ini.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

37(2) Yang Berhormat. Menjadi tabiat dan budaya Kampar ini mengganggu mana-mana di antara kami sini berbahas dengan menggunakan Peraturan Mesyuarat.

draft • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cukup, semua cukup. Ahli-ahli Yang Berhormat saya sudah kata apa yang dibangkitkan oleh Masjid Tanah boleh dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri nanti, okey dan saya menjemput Yang Berhormat Paya Besar untuk berbahas.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Bolehkah saya katakan DAP tidak mengiktiraf bahasa Melayu? Boleh kah?

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak boleh. Sila duduk. Yang Berhormat Pendang...

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Pendang, jangan buat sangkaan jahat. Jangan buat apa-apa sangkaan jahat. Saya tak pernah cakap kita tak iktiraf. Tarik balik. Sila tarik balik!

Pendang jangan main-main.

draft • 12:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

[Bangun]

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya kata DAP. Saya tak kata Kampar.

DAP dibolehkan...

[Pembesar suara dimatikan] Datuk Haji Awang bin Hashim [Pendang] Saya [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Saya tak kata Kampar. Saya tak [Tidak jelas]

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pendang boleh keluar sekejap. Jangan kacau Dewan. Ya Yang Berhormat Pendang boleh rehat.

draft • 12:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tuan Pengerusi, saya nak merujuk Butiran 020500 – Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia dan 020400.

draft • 12:59 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Puan Pengerusi, saya hendak sentuh satu perkara di bawah butiran ini ialah berkaitan dengan edutourism. Di Paya Besar Puan Pengerusi, ada banyak pusat pengajian.

Kita ada Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah; kita ada UIA Kampus Gambang; kita ada Akademi Mokhtar Dahari yang ke arah bola sepak, sukan; Kolej Matrikulasi; kita ada Kolej Komuniti dan pusat tarikan pelancongan banyak sangat di kawasan Paya Besar.

Saya minta di bawah butiran ini supaya Lembaga Penggalakan Pelancongan dapat bantu di kawasan saya Puan Pengerusi, supaya nilai atau mata pencarian mereka berasaskan kepada penjawat awam, pekerja swasta dan petani dapat kita ubah untuk kita menaik taraf dari segi tapak-tapak tarikan pelancongan yang sedia ada. Saya cadangkan kepada pihak kementerian supaya melihat lokasi di kawasan Paya Besar ini sebagai satu lagi pelancongan di negeri Pahang yang tertumpu kepada flora dan fauna. RM165 juta yang diperuntukkan ini mesti juga melibatkan apa yang saya sebutkan sebagai edutourism kerana di bawah Universiti Malaysia Pahang sudah ada gerak kerja yang tersusun bagi memastikan edutourism ini dapat dilaksanakan.

Saya juga hendak bertanya kepada pihak kementerian Puan Pengerusi, infrastruktur yang dibuat oleh kerajaan sudah pastilah untuk memberi keselesaan kepada pelancong.

Gerai-gerai yang dibuat oleh kerajaan juga adalah untuk memberi penekanan kepada PMKS yang dibantu oleh kerajaan, tetapi persoalannya adalah kebanyakan infrastruktur yang dibangunkan oleh kerajaan ini kurang tarikan oleh pelancong. Saya minta untuk Kementerian Pelancongan untuk memberi penekanan koordinasi supaya travel agent, agensi pelancongan ini dapat duduk berbincang supaya infrastruktur yang dibangunkan kerajaan ini dapat spillover effect dari segi ekonomi.

Kerana apabila mereka membangunkan itinerari bagi pelancong-pelancong yang datang daripada luar negara, pelancong-pelancong luar negara dia tidak mengetahui manakah yang kerajaan punya, manakah pihak swasta yang punya, tetapi biarlah seimbang di antara kerajaan dengan swasta. Kerana apa, kerana banyak duit yang kita gunakan untuk kita naikkan infrastruktur ini, tetapi ia tidak memberi tarikan kepada pelancong kerana tidak ada dalam itinerari yang dibangunkan oleh agensi-agensi pelancongan. Sudah pasti ia akan memberi kesan yang berganda kerana kita juga membangunkan usahawan PMKS di lokasi- lokasi yang disediakan oleh kerajaan.

Saya hendak sentuh 040300 dan 040400. Saya ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana memilih Pekan Sungai Lembing yang dahulunya pada tahun 1886, bermulanya lombong bijih timah dan alhamdulillah, dijadikan sebagai salah satu pencalonan kepada UNESCO dalam Bajet 2025 yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun. Akan tetapi persoalan saya di bawah butiran ini, saya minta perincian apakah

draft • 1:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

program-program yang akan dibuat untuk memastikan road to UNESCO kepada Pekan Sungai Lembing ini dapat kita perkasakan.

Butiran 060300 Puan Pengerusi, berkaitan Visit Malaysia 2026 yang telah diperuntukkan RM400 juta, satu jumlah yang agak besar. Saya minta supaya education diplomacy dapat dilaksanakan di sini. Kita ada 150 ribu pelajar luar negara yang sedang belajar dalam negara kita. Kita ada lagi dua tahun — lagi setahun untuk capai 2026 dan sudah pasti jalan yang singkat, jalan yang mudah, kita menggunakan ruang yang ada, pelajar luar negara ini untuk mereka difahamkan dan apakah inisiatif yang disediakan oleh pelajar luar negara sekiranya mereka dapat menarik rakan-rakan mereka di luar negara untuk datang ke Malaysia untuk memenuhi Visit Malaysia 2026. Kerana bagi saya, mereka juga adalah duta kita. Mereka juga mempunyai kefahaman yang jelas tentang selok-belok di negara ini dan mereka juga boleh menjadi tour guide kepada pelancong-pelancong yang berada di luar negara dan mempunyai kapasiti untuk berbelanja di negara kita.

Saya juga hendak sentuh Butiran 030500 – Kebudayaan dan Kesenian, supaya kementerian mempunyai perancangan untuk menubuhkan sebuah Kampung Budaya Orang Asli di kawasan Paya Besar Puan Pengerusi. Kerana di Daerah Kuantan sahaja kita ada airport; kita ada ECRL, dua pintu masuk ECRL, Stesen Kota SAS, Stesen ECRL Paya Besar; kita ada lapangan terbang yang menempatkan laluan daripada domestik dan juga internasional daripada Singapura.

Sekiranya kita dapat tubuhkan Kampung Budaya Orang Asli yang dapat memberi nilai budaya Orang Asli ini dapat kita laksanakan seperti mana kejayaan School of Jungle yang dibuat di Gombak. Ini yang sedang pusat khidmat saya dan UIA sedang laksanakan supaya ia dapat memberi satu pulangan dan dapat menarik high premium tourist ke kawasan Paya Besar. Terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 1:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 1:00 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula jam 2.30 petang nanti.

Terima kasih.

draft • 1:00 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.06 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) mempengerusikan

draft • 2:30 PM

Mesyuarat] Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*, salam sejahtera. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) mempengerusikan

draft • 2:30 PM

Jawatankuasa] Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Yang Berhormat Padang Besar.

draft • 2:30 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada semua. Terima kasih kepada Dato’ Pengerusi kerana memberi ruang dan peluang untuk saya berbahas di peringkat Jawatankuasa bagi perkara Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Pertamanya saya suka merujuk kepada Butiran 040200 – Emolumen Kakitangan Kontrak. Setiap tahun, kementerian membelanjakan sekitar RM10 juta dan untuk 2025, terdapat pertambahan RM500,000 lagi. Saya agak pelik. Sekiranya keadaan ini berterusan, kenapa kementerian ini tidak mengambil ikhtiar yang tuntas untuk menjadikan mereka sebagai penjawat perkhidmatan awam secara tetap, terutama yang bergred rendah.

Saya pasti ada di kalangan mereka yang telah berkhidmat lebih daripada lima tahun dengan insentif kerajaan menawarkan skim SSPA, apalah salahnya juga ditawarkan bagi kontrak perjawatan tetap bagi mereka. Mereka juga ingin menjadi sesuatu yang menjamin masa depan mereka.

Keduanya Butiran 040400 – Pemerkasaan Sektor Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan. Terdapat pertambahan sekitar RM6 juta untuk tahun 2025 yang diharapkan signifikan kepada kementerian dalam memacu butiran ini. Kita sering kali digembar- gemburkan berkaitan dengan pelancongan perubatan. Tidak dapat dinafikan, sektor kesihatan kita adalah yang terselesa dan termaju di rantau Asia mahupun Asia.

Namun begitu, selaras dengan Malaysia sebagai tuan rumah ASEAN 2025, kementerian boleh membesarkan skop pelancongan hibrid yang lain seperti pelancongan agro. Saya menekankan skop pelancongan ini kerana pelancong mampu melibatkan diri dalam aktiviti pertanian, belajar tentang cara pertanian tradisional dan moden serta menikmati keindahan semula jadi di kawasan luar bandar.

Ini telah Padang Besar laksanakan sejak tahun lepas bersama IPT, NGO, CSO, petani dan penternak daripada Selatan Thai ke Padang Besar. Sektor pelancongan ini secara

draft • 2:32 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

langsung mampu memberi sumber pendapatan alternatif bagi petani dan komoditi luar bandar yang bergantung sepenuhnya kepada aktiviti pertanian tradisional. Dengan menawarkan pengalaman pelancongan, mereka dapat memperoleh pendapatan tambahan melalui aktiviti pelancongan seperti lawatan ladang, penginapan, jualan produk tempatan dan acara khas. Pelancongan agro membuka peluang pekerjaan baru seperti dalam pengurusan ladang, pemandu pelancong, pengendalian inap desa dan pembuatan serta pemasaran produk tempatan.

Ini boleh membantu mengurangkan kemiskinan di kawasan luar bandar dengan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih stabil dan berdaya saing. Pelancong yang melibatkan diri dalam pelancongan agro berkesempatan untuk mempelajari budaya setempat melalui aktiviti tradisional seperti masakan tradisional, tarian, kerja tangan dan cara hidup komoditi tempatan. Ini memberi pengalaman yang lebih mendalam dan autentik.

Pelancongan agro menawarkan pengalaman pelancongan yang unik dan asli berbanding dengan bentuk pelancongan tradisional. Pelancong dapat berinteraksi langsung dengan alam semula jadi, merasai aktiviti pertanian dan menikmati suasana yang tenang dan damai di luar bandar.

Pelancongan agro dapat menjadi daya tarikan utama bagi pelancong asing yang berminat untuk mengalami kehidupan luar bandar dan pertanian negara yang autentik.

Malaysia dengan kekayaan biodiversiti dan warisan pertaniannya mempunyai potensi untuk menjadi destinasi pelancongan agro terkenal di Asia Tenggara.

Saya juga ingin menyentuh Butiran 060100 peruntukan bagi - Kepengerusian ASEAN 2025. Kita pernah menjadi Pengerusi ASEAN sebanyak empat kali sebelum ini. Adakah kita benar-benar bersedia untuk menjadi penganjur Forum Pelancongan ASEAN 2025 (ATF)?

Sejauh mana MOTAC bersedia bagi mencapai sasaran 2.3 juta pelancong daripada Thailand? Apakah strategi MOTAC bagi mempromosi pelancongan rentas sempadan serta meningkatkan kerjasama melalui IMT-GT? Sejauh mana hasil inisiatif self-drive tourism setakat ini berjaya meningkatkan kesedaran berkenaan aktiviti pelancongan antara dua negara?

Saya baru pulang dari Pattani kelmarin untuk perbincangan isu yang sama anjuran Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan Thai, Inisiatif MADANI Serantau dan juga Yayasan Pusat Islam Yala di Pattani. Antara fokus perbincangan adalah berkenaan keusahawanan sosial di fokus kepada pelancongan di sempadan negara yang melibatkan kedua-dua pihak. Perlu dasar yang lebih insklusif, sediakan insentif khas, kukuhkan kerjasama rentas sempadan, permudahkan transaksi dan memastikan sokongan komuniti setempat. Pihak sana agak agresif untuk bekerjasama dengan kita di Malaysia.

Kesimpulannya, kita perlu memastikan sektor pelancongan negara ini terus berkembang dan berdaya saing di peringkat domestik dan antarabangsa. Di samping itu, kementerian juga diharap dapat menangani cabaran dan peluang dalam era ekonomi alaf baru, gig ekonomi serta memastikan pelancongan memberi manfaat seimbang kepada

draft • 2:32 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

semua pihak terutamanya komuniti tempatan, industri pelancongan dan kelestarian alam sekitar.

Saya juga ingin menyentuh untuk akhirnya, berkenaan dengan Butiran 040600 - Islamic Tourism Centre (ITC). Kita perlu memberi fokus yang lebih baik untuk ITC ini, Islamic Tourism Council agar kita dapat lebih memberi tumpuan kepada industri halal untuk pelancong-pelancong daripada negara Timur Tengah. Malaysia tidak pernah gagal menjadi tumpuan pelancong dan pertambahan RM300,000 pada tahun 2025 tidak mencerminkan pihak kementerian komited lagi dalam menjunjung Malaysia sebagai ITC. Mohon pihak kementerian lebih agresif dalam isu ITC ini. Akhirnya, saya mendoakan agar Malaysia dapat membuat yang terbaik untuk persidangan ASEAN ini...

draft • 2:32 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Padang Besar, laluan.

draft • 2:32 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Okey.

draft • 2:32 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Okey. Saya merujuk kepada Butiran 040600 – Islamic Tourism Centre (ITC) tadi. Malaysia pernah dinobatkan sebagai ‘Destinasi Mesra-Muslim Terbaik Tahun 2023’ tetapi masih banyak hotel-hotel yang belum menyediakan perkhidmatan mesra Muslim kepada pelancong Muslim, tidak menyediakan kelengkapan untuk solat, tidak menyediakan makanan halal.

Jadi, setujukah MP Padang Besar kalau sekiranya saya mencadangkan supaya hotel Malaysia perlu diperkasakan dengan menyediakan perkhidmatan yang mesra Muslim dan saya mencadangkan kerajaan wajibkan hotel-hotel ini menyediakan kelengkapan solat seperti sejadah dan lain-lain. Memandangkan negara Taiwan satu peratus Muslim tetapi semenjak tahun 2018 lagi menyediakan perkhidmatan mesra Muslim kepada pelancong.

draft • 2:32 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Saya setuju, Setiu. Boleh bawa pelabur daripada Terengganu ke Perlis untuk melabur di Perlis. Insya-Allah. Dan akhirnya, saya mengharapkan agar MOTAC lebih bersedia untuk menjadi tuan rumah kepada Tahun Melawat Malaysia 2026 dan sempena kita menjadi Pengerusi ASEAN 2025 dan lebih serius lagi, kita harap Menteri MOTAC dapat lebih serius untuk bekerjasama. Kalau tak, kita bagi Timbalan dialah naik jadi Menteri, *insya-Allah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Tepuk]*

draft • 2:32 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ahli Yang Berhormat, Majlis dalam Jawatankuasa. Terima kasih, Yang Berhormat Padang Besar. Persilakan, Yang Berhormat Kinabatangan.

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

Saya ingin membahas Butiran 020200 – Pelesenan Pelancongan. Saya nampak tidak ada penyelarasan Dato’ Pengerusi, berhubung dengan pelesenan pelancongan ini. Di mana, di Sabah contohnya, pelancong Korea ini datang berbondong-bondong tetapi

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

operatornya orang Korea, bas pengangkutan bas Korea, tempat restoran makan restoran Korea. Tempat tinggal, disewanya bangunan berpuluh-puluh bangunan, di situ dia tinggal.

Jadi, saya tidak nampak di mana impak ekonomi ini, tempias ekonomi itu melimpah kepada operator-operator tempatan kita.

Jadi, saya mahu minta kerajaan, kementerian melihat perkara ini. Kalau boleh, jangan benarkan sama sekali. Sebab, di mana-mana negara luar negara, tidak ada begini.

Tidak ada operator Malaysia, tidak ada hotel Malaysia, transport Malaysia, restoran Malaysia di China-kah, di Thailand-kah, di Cambodia-kah, di mana-mana. Tetapi, di Malaysia ini, begitu longgar. Jadi, saya harap Timbalan Menteri dapat mencari pendekatan baharu untuk memastikan bahawa operator-operator tempatan ini mendapat limpahan ekonomi daripada kehadiran pelancong-pelancong ini.

Yang kedua, iaitu Butiran 02800 – Program Peningkatan Kemudahan Homestay.

Peruntukan dia RM2.2 juta sahaja, Dato’ Sri. Jadi, homestay kita ini di seluruh Malaysia, terutama sekali di Sabahlah, macam “hidup segan mati tidak mahu”. Ada orang datang tetapi fasiliti dia, prasarana dia tidak ada. Apabila minta peruntukan, macam mana kalau RM2.2 juta sahaja nak dibagi-bagi seluruh negara?

Jadi, saya harap perkara ini pun dapat dilihat sebab homestay ini sebetulnya membawa impak yang baik dan memberi tambahan pendapatan kepada masyarakat di setempat itu dan sekali gus membantu mengurangkan beban kehidupan mereka. Jadi, harus dilihat secara serius. Kalau mahu membantu homestay-homestay ini, dibagilah peruntukan yang lebih banyak.

Yang ketiga, Butiran 030500 – Kebudayaan dan Kesenian. Ini pun, kebudayaan dan kesenian ini pun saya nampak peruntukan dia RM46 juta. Macam mana kita nak mengembangkan industri kebudayaan dan kesenian kita sedangkan dalam negara kita ini kita banyak budaya, etnik dan sebagainya yang boleh kita perkenalkan di mana-mana di seluruh negara? Tetapi, dengan peruntukan RM46 juta, seharusnya Malaysia menjadi tuan rumah untuk satu anjuran satu pertandingankah, persembahankah budaya seluruh negara.

Jadi, sudah tentu kita memerlukan satu pusat kebudayaan dan kesenian.

Wujudkanlah tapak 10, 15, 20 ekar untuk memastikan negara kita menjadi tumpuan pelancong-pelancong. Sebab, kebudayaan dan kesenian ini juga membawa dorongan kepada pelancong-pelancong untuk datang melihat kebudayaan kita itu sendiri.

Yang terakhir iaitu Butiran 060300 – Visit Malaysia 2026. Peruntukan RM400 juta.

Jadi, apakah sasaran oleh kementerian untuk memastikan bahawa pelancong-pelancong dari seluruh dunia, bukan sahaja daripada negara-negara tertentu tetapi daripada seluruh dunia, bahkan mungkin pelancong-pelancong yang belum mengenali Malaysia turut datang untuk mengunjungi negara kita?

Dalam masa yang sama juga, perlu juga diterapkan nilai-nilai pelancong-pelancong tempatan. Sebab, kita bimbang manalah tahu pelancong-pelancong luar negara tidak mahu datang. Maka, kita ada pelancong-pelancong tempatan yang bersedia untuk berkunjung sendiri-sendiri ke negara kita, ke suatu tempat ke suatu tempat. Di Malaysia ini sebetulnya

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

banyak pusat-pusat pelancongan, di Sabah terutamanya, yang boleh dikunjungi dan tidak terdapat di negara-negara lain.

draft • 2:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Boleh?

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Gila ndak boleh.

draft • 2:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Ketawa] Yang Berhormat Kinabatangan, tadi Yang Berhormat kata pasal restoran Korea. Saya rasa kalau ada lebih banyak restoran Korea dan kebanyakannya kalau dia adalah dibuka oleh orang tempatan, orang Malaysia, jadi kita boleh menarik lebih pelancong dari Korea untuk datang ke Malaysia, pergi ke Kinabatangan kerana ada banyak restoran Korea. Jadi, kenapakah Yang Berhormat membantah restoran Korea kah ataupun negara-negara lain?

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Okey, rakan saya Seputeh. Bukan membantah. Dia seharusnya pengunjung-pengunjung Korea ini dia spread, melebar ke mana-mana. Tetapi, apabila operator dia orang Korea, naik bas dia terus datang ke restoran yang owner dia orang Korea. Jadi, yang orang lain ada restoran Korea tidak dapat keuntungan dia. Satu orang saja dapat. Jadi, ini yang kita tidak mahu. Habis itu, hotel pun bukan hotel apa, dia terus homestay dia― Korea juga. Mana ada aturan begitu?

draft • 2:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ini macam bila kita pergi ke negara China, kita pergi menginap di Shangri-La Hotel kerana ia dibuka oleh orang Malaysia. Jadi, selagi mereka datang...

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya tidak pergi ke Shangri-La. Saya pergi hotel orang China. Yang Berhormat mungkinlah. Tapi, saya tidak.

Saya pergi juga hotel yang China punya, sebab kita meng-invest ke negara dia. Yang Berhormat punya mentaliti lain sikit...

[Ketawa]

draft • 2:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey, Yang Berhormat.

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jadi, itu sajalah, Dato’ Pengerusi. Insya-Allah, saya minta kementerian melihat perkara-perkara yang boleh kita kongsi bersama untuk kebaikan industri pelancongan negara kita. Terima kasih.

draft • 2:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih, Yang Berhormat Kinabatangan. Sila, Yang Berhormat Beaufort.

draft • 2:40 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Pengerusi.

Saya ingin membahas Belanjawan 2025 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya berkenaan belanjawan Maksud Bekalan B.31 dalam Butiran 060300 – Visit Malaysia 2026 dan Maksud Pembangunan P.31 di bawah Butiran 01000 – Penyelenggaraan dan Pembaikan, Butiran 01100 – Program Penyediaan/Peningkatan Kemudahan Pelancongan dan Butiran 01400 – Penyelenggaraan Kemudahan/Infrastruktur.

draft • 2:47 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Dato’ Pengerusi, menyentuh berkenaan Visit Malaysia 2026 dalam belanjawan ini untuk tujuan pengurusan, kerajaan memperuntukkan RM400 juta. Kita sedar betapa pentingnya industri pelancongan ini kepada Malaysia dalam menyumbang nilai pendapatan kepada negara.

Melihat kepada aspirasi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyasarkan kedatangan pelancong luar negara sebanyak 35.6 juta sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan anggaran perbelanjaan domestik sebanyak RM147.1 bilion diraih sepanjang tempoh VM 2026, adalah sangat penting untuk Sekretariat VM 2026 ini memainkan peranan dalam mempromosikan sosiobudaya warisan negara yang tinggi nilai kepahlawanan dan kaya dengan budi pekerti semua bangsa dirai dalam mewarnai hakikat Malaysia sebenar untuk kita terjemahkan kepada dunia bahawa inilah Malaysia, sebuah negara idaman bagi mereka yang cintakan kedamaian.

Dato’ Pengerusi, atas dasar itu, pengisian dalam Visit Malaysia 2026 perlu diterjemahkan dalam makna Malaysia sebenar tanpa perlu kita mengimport budaya luar yang sememangnya jauh dengan nilai dan adat ketimuran bangsa kita.

Saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah langkah dan gerak kerja yang telah diambil oleh kementerian dalam melibatkan semua entiti dan pemegang taruh seperti penggiat kebudayaan di seluruh negara dalam persiapan Visit Malaysia 2026? Apakah bentuk cadangan pengisian yang telah dirangka oleh kementerian dalam mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dunia?

Dato’ Pengerusi, saya ingin menyentuh bersekali belanjawan pembangunan P.31 di bawah Butiran 01000 – Penyelenggaraan dan Pembaikan, Butiran 01100 – Program Penyediaan/Peningkatan Kemudahan Pelancongan dan juga Butiran 01400 – Penyelenggaraan Kemudahan/Infrastruktur.

draft • 2:47 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Dato’ Pengerusi, untuk makluman kementerian, Pejabat MOTAC Sabah, Pejabat Daerah Kecil Menumbok dan Persatuan Pelancongan Daerah Menumbok iaitu di dalam kawasan Parlimen Beaufort telah melakukan tinjauan dan penelitian kertas cadangan untuk dikemukakan kepada Kementerian Pelancongan berkenaan cadangan pembangunan dan juga naik taraf lokasi pelancongan Daerah Menumbok.

Mereka mencadangkan agar papan tanda titik paling berat dapat dinaik taraf kepada mercu tanda titik paling berat negeri Sabah yang berada di Kampung Mempakul dan mewujudkan tapak warisan Sabah dan tugu perang Australia di lokasi yang sama.

Namun Dato’ Pengerusi, saya dimaklumkan permohonan untuk membina bangunan atau lokasi pelancongan tersebut perlu memohon melalui KePKAS terlebih dahulu memandangkan MOTAC melalui peruntukan pemulihan dan pemeliharaan dan ubah suai naik taraf PPUN hanya memperuntukkan sebanyak RM250 ribu sahaja untuk satu kawasan.

Saya ingin bertanya kepada kementerian. Apakah cara permohonan yang lebih sesuai digunakan sekiranya pembangunan dan naik taraf kawasan pelancongan itu melebihi daripada RM250 ribu peruntukannya? Sekiranya permohonan untuk mewujudkan tapak

draft • 2:50 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

warisan Sabah dan tugu perang Australia tidak dapat dipertimbangkan oleh KePKAS disebabkan kekangan peruntukan yang terhad. Apakah permohonan ini boleh dimajukan kepada Kementerian Pelancongan untuk pertimbangan dan juga kelulusan?

Jadi, saya mohon kepada Timbalan Menteri, dapat bagi jawapan pada saya nanti ya sebab Timbalan Menteri pun ada di sini. Terima kasih.

Dato’ Pengerusi, perkara ini adalah amat penting dalam usaha memacu sektor pelancongan di Daerah Menumbok iaitu di kawasan saya yang sememangnya sentiasa sibuk berikutan ia adalah laluan utama rakyat Sabah ke Wilayah Labuan. Lokasi Menumbok yang sangat strategik berdepan dengan Pulau Labuan dan dipenuhi warisan sejarah amat sesuai dibangunkan sebagai pusat pelancongan warisan negeri Sabah.

Dato’ Pengerusi, untuk akhir sekali, saya ingin memohon kepada kementerian agar dapat memberikan peruntukan kepada bangunan Pusat Kebudayaan dan Kesenian

(BISAYA) yang terdapat di Parlimen Beaufort. Melihat kepada skop projek PPUN, pembinaan jalan utama menuju ke bangunan kebudayaan dan tapak parking adalah bersesuaian dengan keperluan semasa untuk mengembangkan lagi sektor pelancongan melalui kebudayaan, kesenian dan kraf tangan yang boleh menjadi nilai tambah kepada ekonomi penduduk setempat kerana laluan dan jalan utama serta parking di bangunan tersebut agak sempit dan perlu dinaik taraf. Terima kasih Dato’ Pengerusi.

draft • 2:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Sila Yang Berhormat Gopeng.

draft • 2:50 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Terima kasih kepada Dato’ Pengerusi kerana izinkan saya untuk turut serta dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian MOTAC. Saya ada dua perkara yang saya ingin hendak bahaskan pada hari ini.

Pertamanya adalah tentang pembangunan ekopelancongan P.31 01900 – Pembangunan Ecotourism. Tahun depan kita bakal menjadi tuan rumah untuk penganjuran ASEAN dan Tahun Melawat Malaysia 2026. Sudah tentu kita akan menerima lambakan kemasukan pelancong-pelancong asing ke destinasi pelancongan dalam negara kita.

Khususnya kekuatan kita dan keunikan negara kita dalam sektor ekopelancongan. Cuma, kadang-kadang kita perhebatkan sektor ini tetapi dari segi infrastruktur dan kemudahannya kurang memuaskan dan malah kita terdedah kepada risiko keselamatan.

Baru-baru ini insiden tiga peserta team building JKR yang mati lemas di Gopeng ketika melakukan aktiviti water rafting. Saya ingin mengucapkan takziah kepada mangsa keluarga tetapi ini juga sekali gus memberikan peringatan kepada kerajaan untuk memperincikan dan memperketat aspek keselamatan baik untuk pengunjung-pengunjung ataupun pengusaha-pengusaha dalam menjalankan aktiviti lasak ini.

Saya bangkitkan perkara ini bukan saya hendak cari salah tetapi saya hendak memperbaiki kelemahan dan kelompangan yang masih perlu kita perhalusi. Kini, DO Kampar selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kampar telah pun bertindak

draft • 2:53 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

pantas untuk menetapkan garis panduan sebagai syarat pengoperasian semula aktiviti riadah air.

Tindakan pantas ini harus saya bagi pujian tetapi pada masa yang sama saya rasa MOTAC perlu ambil langkah secara jangka panjang, berbincang dengan kementerian- kementerian yang lain seperti KBS dan PETRA untuk menetapkan garis panduan ataupun code of practice ataupun menetapkan punca kuasa dan undang-undang yang jelas bagi memantau segala peraturan serta penguatkuasaannya.

Selain itu, ia perlu ditambah baik menerusi pelbagai usaha melalui agensi-agensi lain seperti membangunkan fasiliti keselamatan seperti jeti perlu diwartakan, pertimbangkan untuk IoT enabled water monitoring system memberikan amaran awal tentang paras air dan juga alat penderia paras air di sungai dan censoring di punca air sungai dan sebagainya.

Keduanya tentang kebudayaan dan kesenian. B.31 030500 – Kebudayaan dan Kesenian. Saya ingin bertanya kepada kementerian sebab tahun depan dan tahun satu lagi kita bakal akan menerima ramai pelancong. Apakah status sekarang ini tentang warisan kesenian dan kebudayaan Mak Yong dan juga Wayang Kulit Kelantan yang telah pun diharamkan sejak tahun 1991? Tetapi warisan ini telah pun diiktiraf oleh UNESCO sebagai Warisan Tidak Ketara pada tahun 2005.

Saya sedar ada sensitiviti dalam perkara ini kerana keputusan pengharaman ini dikaitkan dengan alasan pelanggaran akidah Islam yang dikatakan melibatkan unsur-unsur pemujaan. Tetapi saya hendak tanya kepada pihak kementerian, adakah JKKN bercadang untuk berunding semula dan berbincang semula dengan Kerajaan Negeri Kelantan demi mengembalikan warisan budaya Melayu ini berdasarkan kepada perkembangan semasa dan berpandukan pada susur galur agama yang sesuai.

draft • 2:53 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Gopeng. Sedikit mencelah. Hendak betulkan sedikit sebab baru-baru ini dalam perbahasan peringkat dasar saya telah sebut di mana Wayang Kulit Kelantan telah pun ada di antara salah satu daripada aktiviti yang dianjurkan oleh Exco Perpaduan Kelantan. Itu hendak kena betulkan sedikitlah.

draft • 2:53 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Baik.

draft • 2:53 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Dia punya tukang karut adalah seorang Cina, bukan Melayu.

draft • 2:53 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Baik, terima kasih.

draft • 2:53 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih.

draft • 2:53 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Baik, saya menyambut baik tentang apa yang dikatakan oleh YB tadi tetapi saya hendak tegaskan ia ada beberapa perkara lagi termasuklah persembahan Mak Yong. Sebab saya lihat kita patut raikan dan memberikan ruang kepada generasi-generasi baharu ini untuk menghayati keunikan dan keistimewaan warisan seni dan budaya tersebut.

Kalau kita lihat kepada persembahan untuk bangsa lain juga, contohnya tarian singa.

Dia ada terlibat dengan upacara sembahyang juga tetapi sekarang kita lihat pelbagai kaum aktif dalam mengambil bahagian untuk mempelajari budaya bangsa-bangsa lain. Itu memang

draft • 2:53 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

sesuatu yang baik tetapi dengan mengekalkan ciri-ciri dan asal usulnya sebab sekarang ini persembahan tarian singa ini bukan setakat hanya untuk persembahan ataupun upacara sembahyang sahaja tetapi tarian singa atas tiang dan sebagainya.

Satu lagi yang saya ingin bangkitkan perkara-perkara seperti ini tidak patut dipolitikkan atau pun dikaitkan terlalu ketat dengan agama sebab seperti apa yang baru-baru dikatakan oleh seorang ADUN daripada Terengganu kawasan Ladang yang membawa cadangan dalam Sidang DUN Terengganu bahawa hanya membenarkan murid perempuan sekolah rendah yang belum baligh sahaja membuat persembahan tarian di khalayak ramai.

Adakah cadangan ini akan diguna pakai oleh pihak JKKN untuk akademi, untuk pengajaran dalam warisan budaya dan seni akan datang?

Saya tidak faham, mengapakah asyik kaum wanita dan perempuan sentiasa diberikan layanan yang double standard malah perkara ini dicadangkan oleh seorang ADUN wanita. Dalam kita memastikan penerapan prinsip-prinsip etika Islam dan paradigma yang meletakkan kaum wanita pada kedudukan rohani yang sama dengan lelaki, asyik-asyik kaum wanita dipandang dengan lensa yang berbeza. Kalau budak-budak dan murid lelaki dibenarkan untuk persembahan tanpa bezanya baligh atau belum baligh.

Saya melihat tiada kewajaran untuk layanan berbeza kepada murid dan budak-budak perempuan. Mengapakah apabila berdepan dengan masalah, sentiasa kita akan terus haramkan, tutupkan, matikan tetapi kita tidak mencari solusi? Saya bagi contoh, kalau kita mengalami masalah dalam isu pemakaian, kod etika pakaian. Apakah kita tidak boleh mencari solusi untuk menggalakkan lebih ramai lagi pereka-pereka fesyen Muslimah yang mereka ini boleh reka bentuk baju mengikut syariah, tetapkan SOP sebagai panduan untuk atlet, penari ataupun artis-artis yang berbakat dalam bidang ini?

Sebab kalau tidak, pertamanya mereka yang berbakat dalam bidang ini mereka akan rasa segan silu dan ada lensa yang berbeza, pandangan serong, sinis terhadap mereka untuk terus praktik bakat-bakat mereka dalam bidang ini.

draft • 2:53 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Keduanya, saya bimbang sektor-sektor ini tidak akan terus berkembang, malah akan malap dan mati selepas tindakan-tindakan pengharaman ini dilakukan oleh pihak berkuasa.

So, saya berharap Menteri boleh mengambil berat dalam perkara ini, dalam aspek kita mewarisi budaya dan seni dalam masyarakat kita. Sekian sahaja, terima kasih.

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Gopeng, sila Yang Berhormat Lumut.

draft • 3:00 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Pengerusi. Saya terus ke Butiran 060300 – Visit Malaysia 2026, di mana peruntukan yang disediakan sebanyak RM400,000,000. Saya mohon Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan bagi perincian perbelanjaan peruntukan ini, di mana ini adalah peruntukan yang paling tinggi dalam Butiran 060000 – “One-Off”.

draft • 3:00 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Seterusnya, di bawah Butiran 020000 – Pembangunan dan Promosi Pelancongan.

Saya hendak maklumkan, tiga tempat lokasi di kawasan Lumut yang perlu diberi perhatian.

Pulau Pangkor adalah satu destinasi pelancongan dalam Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026. Terdapat sebuah galeri yang dinamakan Galeri Pangkor yang mempamerkan sejarah budaya dan warisan Pulau Pangkor.

Apakah usaha yang sedang dirancangkan oleh kerajaan untuk melengkapkan Galeri Pangkor dengan penambahan bahan-bahan pameran yang lebih komprehesif? Terutama yang berkaitan sejarah, budaya dan alam semula jadi Pulau Pangkor bagi persediaan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Adakah peruntukan tambahan akan disediakan untuk meningkatkan isi kandungan galeri agar lebih menarik kepada pengunjung? Memandangkan teknologi audio visual masa kini mampu meningkatkan pengalaman pelawat, saya mencadangkan kerajaan melengkapkan Galeri Pangkor dengan peralatan audio visual yang interaktif seperti skrin sentuh, pameran 3D dan panduan audio.

Apakah langkah yang akan diambil untuk memastikan penggunaan teknologi ini sesuai dengan keperluan semasa dan memenuhi standard pusat pelancongan moden?

Tempat kedua ialah Taman Paya Bakau Manjong. Merupakan satu-satunya taman paya bakau yang dimajukan di dalam bandar di Malaysia dan keunikan lokasinya yang terletak di antara bandar Manjung dan pekan Lumut, menjadikan destinasi yang berpotensi tinggi untuk aktiviti ekopelancongan. Saya mohon agar MOTAC menyediakan peruntukan tambahan untuk membaik pulih, memelihara dan mempromosi lokasi ini. Dengan usaha ini, ia akan menarik lebih ramai pengunjung dan memajukan lagi sektor pelancongan kawasan Lumut.

Butiran seterusnya adalah 01900 - Pembangunan Ecotourism. Bandar Lumut telah diisytiharkan sebagai Bandar Tentera Laut, Pelancongan dan Maritim pada 24 April 2009.

Saya ingin mencadangkan sebuah Muzium TLDM dibina di bandar Lumut bagi mengangkat nama bandar Lumut itu sendiri sebagai Bandar Tentera Laut, Pelancongan dan Maritim.

Lebih menarik, di mana sebuah kapal TLDM yang dalam perancangan akan dilucutkan tauliah dan boleh ditempatkan di muzium tersebut. Ini akan menarik minat pelancong tempatan dan luar negara, seterusnya menaikkan ekonomi peniaga-peniaga tempatan. Saya juga mencadangkan MOTAC meningkatkan usaha mempromosi bandar Lumut dengan menggalakkan aktiviti dan program antarabangsa.

draft • 3:00 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey, Temerloh ingin mencelah.

Sedikit, sekejap.

draft • 3:00 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Sila.

draft • 3:00 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Terima kasih Lumut. Temerloh terbaca dalam satu surat khabar Mac 2024 berkaitan dengan Tanah Aina di Bentong yang telah ditutup oleh unit penguat kuasa. Jadi, saya mengharapkan supaya Kementerian Pelancongan mengambil berat perkara ini kerana sumbangan Tanah Aina dalam ekopelancongan sangat besar. Jadi, saya kira perkara ini perlu diambil perhatian untuk pelancong domestik dan juga antarabangsa. Terima kasih.

draft • 3:00 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Boleh dimasukkan dalam ucapan saya. Dengan persiapan untuk Tahun Melawat Malaysia 2026, MOTAC perlu merangka pelan promosi yang khusus dan bersasar untuk menarik pelancong dari pasaran yang berkembang seperti Timur Tengah, Asia Tengga dan Eropah. Program khas atau pakej bertema bagi pelancong antarabangsa ini termasuk insentif bagi pelancongan berkumpulan dan percutian keluarga boleh meningkatkan daya tarikan dan kunjungan ke negara kita.

Akhir sekali, saya ingin menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk datang melawat ke Pulau Pangkor dan bandar Lumut agar dapat menilai persediaan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 serta semua cadangan dan isu yang dibangkitkan dapat diberi perhatian serius oleh MOTAC. Sekian, terima kasih.

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Sila Yang Berhormat Sri Gading.

draft • 3:00 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Dato’ Pengerusi. Sri Gading akan membahaskan beberapa perkara. 060000 – “One-Off” berkaitan dengan 060300 - Visit Malaysia 2026, di mana kalau kita dapat melihat bahawa peruntukan sebanyak RM400,000,000.

Apakah kerajaan memberikan penekanan kepada destinasi popular dalam negara kita seperti Kuala Lumpur, Tioman, Langkawi, Melaka dan Pulau Pinang sahaja? Bagaimana dengan negeri-negeri yang baru seperti yang kurang dari segi pelancongan seperti Johor, Negeri Sembilan, Perak? Di mana kalau negeri Johor ini kalau kita lihat masa peperangan Jepun dahulu, ada satu tempat di mana kubu yang berada di Tanjung Pengelih yang sepatutnya MOTAC boleh menjadikan satu tempat lawatan bagi mereka yang datang dari Jepun umpamanya ataupun tentera-tentera, keluarga daripada tentera British yang mempertahankan Johor untuk mempertahankan Singapura. Jadi, ini salah satu daripada yang boleh disasarkan sebagai contohnya, tempat bersejarah dalam negeri Johor.

Begitu juga, apakah sasaran kepada MOTAC untuk memastikan negara mana menjadi sasaran? Sepertimana yang saya sebut tadi, kalau katakan contoh Perang Jepun itu kita lihat, ada tapak-tapak sejarah, maka penting kita jadikan sebagai sasaran kepada pelancong supaya sejarah itu boleh dijadikan tarikan kepada mereka.

Yang kedua, daripada 01900 - Pembangunan Ecotourism, P.31. Di mana kalau kita lihat peruntukan daripada RM94 juta kepada RM25 juta. Ini juga adalah merupakan satu peruntukan yang menarik, yang banyak. Cuma dari segi kemampuan pekerja industri ini untuk berkomunikasi dan juga dengan pelancongan antarabangsa. Apakah tindakan-tindakan yang telah dilaksanakan, khususnya latihan bahasa kepada penerima ataupun tourist guide kita ini? Di mana bukan itu sahaja, kalau katakan kita hendak bawa ke tempat-tempat yang tertentu, yang memang sudah ada dia punya pegawai-pegawai yang berkenaan.

Bagaimana kalau dikatakan ecotourism tadi pergi ke tempat-tempat, contohnya Program Melawat Musim Durian umpamanya. Kalau kita pergi ke kampung yang ada dusun

draft • 3:04 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

durian, ada apa semua sekali. Tentulah ini menarik juga kepada pelancong, khususnya daripada kalau kita kata buah durian itu laku sangat di negara China.

Kita bawa tengok macam mana pokok durian ada, pondok durian ada dan ini juga adalah satu daya tarikan dan bagaimana usaha MOTAC untuk memastikan yang menerima pelancong-pelancong dari luar tadi kerana di kampung-kampung ini mereka boleh berbahasa dengan bahasa mereka yang datang. Kalau katakan kita pakai hanya bahasa Inggeris sahaja, adakah mampu dengan tourism dari tempat lain.

Begitu juga kalau kita lihat ecotourism yang sepertimana kalau kita lihat Taman Negara Rompin dan juga pulau-pulau seperti Pulau Aur di Mersing. Bagaimana kita hendak hendak kembangkan supaya lebih ramai mereka yang datang dari luar, bukan sahaja tertumpu kepada pulau-pulau yang telah terkenal? Seterusnya, kalau kita lihat pada penggalakan. 040300 - Program Penggalakan Pemasaran, Promosi dan Acara-acara Pelancongan, Seni dan Budaya.

Kalau kita lihat di sini, daripada RM350,000,000 telah diturunkan kepada RM150,000,00. Ini adalah satu perkara yang pada pandangan Sri Gading, penurunan yang agak ketara. Bagaimana kita hendak memastikan bahawa persaingan promosi ini sedangkan di negara jiran mereka bersungguh-sungguh promosi? Sebagai contohnya Phuket, mereka menarik pelancong dengan promosi yang begitu hebat. Sedangkan kita, kalau kita kurangkan promosi ini, adakah kita mampu untuk bersaing dengan negara jiran? Itu yang pertama.

Kedua, berkaitan dengan langkah penggunaan hotel dan sebagainya. Adakah kita telah memastikan penginapan yang kompetitif kepada pelancong-pelancong untuk datang ke negara kita dengan harga hotel yang berpatutan berbanding dengan negara-negara jiran seperti Thailand, Vietnam, Indonesia? Di mana ini juga menjadi satu daripada perbandingan untuk pelancong datang ke negara kita.

Jadi, ini perkara yang penting untuk kita tengok dan kita lihat, adakah dengan harga yang berpatutan, yang sangat baik untuk kita tawarkan, maka mereka akan datang ke negara kita. Terakhir, dasar baru yang berkaitan dengan 050100 - Pusat Sehenti Malaysia Rumah Keduaku (OSC MM2H).

draft • 3:04 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Jadi, kalau kita lihat di sini tentang ini, walaupun peruntukannya tidak banyak RM1.6 juta di mana kalau kita lihat di sini, Malaysia My Second Home ini adalah satu perkara baharu yang dalam pelancongan. Biasanya kita dapat lihat benda ini dibincangkan dalam KPKT.

Tetapi kalau di sini dibincangkan saya, Sri Gading ingin mempersoalkan ataupun bertanya, apakah nilai minimum rumah berbeza mengikut negeri dan apakah nilai yang diberikan tawaran kepada penduduk ataupun warga asing untuk memiliki rumahnya? Apakah pendapatan minimum rakyat asing yang ingin memiliki rumah second home ini?

Ini kerana kita tak mahu kerajaan ataupun pihak tertentu akan mengambil kesempatan buat rumah-rumah, akhirnya rakyat tak boleh beli, tetapi orang luar ataupun warga asing membelinya. Jadi, ini juga satu persoalan yang perlu diketengahkan ataupun dijawabkan.

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Jadi, sekadar itu sahaja apa yang Sri Gading dapat bahaskan, terima kasih.

draft • 3:10 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Sila Yang Berhormat Kuala Kedah.

draft • 3:10 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Terima kasih Dato’ Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Butiran 040300 – Program Penggalakan, Promosi dan Acara-acara Pelancongan, Seni dan Budaya. Ketika menjawab pertanyaan lisan pada Mesyuarat Pertama yang lalu, Yang Berhormat Timbalan Menteri telah memaklumkan bahawa jumlah ketibaan pelancong pada tahun 2023 yang direkodkan adalah 20.1 juta orang dengan pendapatan dari sektor ini sebanyak RM71.3 bilion.

Saya ingin mendapat pencerahan, sehingga bulan Oktober 2024 yang lalu pula, berapakah jumlah ketibaan pelancong ke negara ini yang direkodkan dan berapakah jumlah pendapatan yang diraih sepanjang 10 bulan tersebut. Saya membangkitkan persoalan ini kerana dalam pembentangan Yang Berhormat Menteri telah memperuntukkan di dalam pembentangan Belanjawan 2024 sejumlah RM350 juta bagi aktiviti promosi penganjuran acara pelancongan dalam dan luar negara. Satu peruntukan yang cukup besar.

Secara spesifik, butiran ini juga menunjukkan kadar penurunan peruntukan yang ketara iaitu dari RM350 kepada RM150 juta. Sehubungan dengan itu, saya ingin melontarkan persoalan kenapakah terdapat penurunan anggaran bagi Belanjawan 2025 berbanding anggaran tahun 2024 dan nyatakan juga perincian berkenaan mengikut pecahan sub yang terkandung dalam butiran ini.

Dato’ Yang di-Pertua, Butiran 060300 – Visit Malaysia 2026. Seperti yang diketahui bahawa Kerajaan MADANI telah menyasar ketibaan pelancong luar negara seramai 35.6 juta orang sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. MOTAC juga menyasarkan anggaran perbelanjaan domestik sebanyak RM147.1 bilion diraih sepanjang tempoh Visit Malaysia 2026. Bagi tujuan ini, pada andaian saya, kerajaan memperuntukkan anggaran bagi kolum baharu tahun 2025 sejumlah RM400 juta.

Soalan saya, bagaimana peruntukan sebanyak ini dapat memperkukuhkan lagi hubungan dan kolaborasi antara MOTAC dengan negeri-negeri yang turut sama teruja dengan pembentangan anggaran peruntukan ini? Apakah mekanisme agihan peruntukan dibuat oleh MOTAC supaya acara-acara pelancongan atau aktiviti yang berkaitan benar- benar mencapai sasaran serta saksama antara negeri-negeri sejajar dengan penjenamaan global Malaysia Truly Asia?

Dengan anggaran peruntukan RM400 juta juga, saya ingin bertanya, bagaimanakah acara-acara di dalam VM 2026 ini dapat dilaksanakan di negeri Kedah khususnya dalam Parlimen Kuala Kedah? Ini kerana Parlimen Kuala Kedah memiliki beberapa destinasi yang menarik antaranya panorama indah dari atas puncak Gunung Keriang, keheningan mentari

draft • 3:11 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

terbenam di Pantai Leman, keindahan aliran Sungai Kedah yang merentangi Daerah Kota Setar dan beberapa lagi lokasi yang menarik.

Seterusnya, apakah pihak MOTAC ada merangka inisiatif khusus untuk penerokaan destinasi baharu pelancongan antara pihak negeri dan masyarakat tempatan? Apakah strategi pihak MOTAC untuk mendapatkan laba tertinggi menerusi butiran ini khususnya Kedah kerana peruntukan untuk butiran ini sahaja mencecah RM400 juta.

Dato’ Pengerusi, Butiran 030400 – Warisan Negara dan terkait Butiran 040400 – Pemerkasaan Sektor Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan. Salah sebuah lokasi bersejarah yang menjadi tarikan pelancong di negeri Kedah adalah Muzium Kota Kuala Kedah atau dikenali sebagai Muzium Bandaraya Kuala Bahang.

Muzium ini menempatkan binaan kota benteng pertahanan yang siap dibina pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa pada tahun 1780. Apakah terdapat usaha- usaha terbaharu pihak Jabatan Warisan mengenal pasti monumen-monumen lama yang dapat didaftar dan diiktiraf sebagai Rumah Tradisional Kedah atau binaan-binaan lama unik sebagai bangunan yang perlu dipelihara seperti masjid-masjid lama sepertimana Masjid Kubang Siam (Ra'ayatul Islam), Mukim Padang Lalang dan sebagainya.

Saya ingin mendapatkan pencerahan, sejauh manakah usaha-usaha berterusan pihak MOTAC mempromosi tempat-tempat bersejarah sebegini dan apakah pakej-pakej galakan yang ditawarkan kepada ejen-ejen pelancongan supaya tempat-tempat bersejarah ini menjadi pilihan mereka untuk membawa pelancong?

Adakah terdapat usaha untuk merintis kerjasama penyelidikan dan perkongsian kepakaran merentas universiti awam dan swasta terutamanya dalam isu-isu kajian, konservasi, artifak negara dan pemerkasaan pameran arkeologi sebagai usaha memperkasa kelestarian budaya dan warisan negara?

Dato’ Pengerusi, Butiran P.01000. Oleh kerana pembinaan jeti baharu Kuala Kedah sedang rancak berjalan, apakah pihak MOTAC merancang untuk membuka kaunter pelancongan di jeti berkenaan setelah siap beroperasi? Adakah pihak MOTAC juga akan menaik taraf sistem teknologi digitalisasi di pintu masuk keluar jeti supaya ketibaan pelancong ke Pulau Langkawi dan destinasi lainnya diterima secara sistematik?

Terakhir Dato’ Pengerusi, Butiran 020100 – Dasar Pelancongan dan Hubungan Antarabangsa. Berdasarkan butiran ini, sejauh manakah usaha yang dimainkan oleh pihak MOTAC untuk mendapatkan pengiktirafan tapak arkeologi Sungai Batu, Kedah sebagai Tapak Warisan Dunia (UNESCO)? Apakah bentuk cabaran yang dihadapi oleh MOTAC dalam mempercepat dan merealisasikan hasrat mendapatkan pengiktirafan UNESCO ke atas penubuhan tapak bersejarah ini?

Saya berpendapat bahawa pengangkatan tapak arkeologi Sungai Batu ini adalah tepat kerana nilai sejarahnya yang begitu unik. Hal ini telah pun diakui oleh para penyelidik dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, USM sejak penemuannya pada tahun 2007.

Kumpulan penyelidik yang dianggotai oleh Prof. Dato' Dr. Mokhtar Saidin menyatakan bahawa tempat berkenaan merupakan tapak-tapak peleburan besi yang wujud

draft • 3:11 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

seawal tahun 788 sebelum Masihi dan merupakan tamadun terawal di Asia Tenggara mengatasi Tamadun Rom dan Yunani. Justeru, biarlah usaha ini, usaha mendapatkan pengiktirafan ini menjadi satu realiti. Sekian, terima kasih Dato’ Pengerusi.

draft • 3:11 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Sila Yang Berhormat Bukit Bendera.

draft • 3:11 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam takziah atas pemergian Seniman Negara Tan Sri Ahmad Nawab. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat industri muzik negara. Jasa dan sumbangan Allahyarham dalam mengangkat nama seni tanah air baik di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa menyentuh jiwa jutaan rakyat, menjadi warisan seni yang memupuk perpaduan masyarakat dan memperkayakan landskap muzik tanah air. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Dato’ Pengerusi, merujuk Butiran 030000 – Pembangunan dan Promosi Kebudayaan dan juga sub Butiran 030400 – Warisan Negara. Khazanah budaya kita seperti Mak Yong, Boria, Gamelan, Mek Mulung bukan sekadar bentuk seni, mereka adalah naratif hidup nenek moyang kita. Jadi, adakah kita benar-benar melakukan cukup untuk memelihara dan mempromosikan khazanah ini? Bagaimana kita memanfaatkan modal budaya kaya kita, bukan sahaja memelihara untuk memelihara, tetapi untuk mempromosikan dan juga meraih manfaat daripada warisan kita.

Dato’ Pengerusi, tekstil indah songket dan batik, kedua-dua ini bukan sekadar kain, ia adalah kanvas yang menggambarkan kehalusan seni, sejarah dan jiwa Malaysia melambangkan kepelbagaian dan juga kreativiti yang mendefinisikan kita sebagai sebuah negara.

Saya memuji inisiatif Jabatan Muzium Negara kerana mengadakan pameran di luar Dewan kita. Mereka akan berada di sini sehingga Khamis dan saya merayu kepada Ahli-ahli Parlimen yang lain yang belum melawat pameran mereka, sila luangkan masa untuk berbuat demikian. Sebagai langkah untuk mengingati diri sendiri, betapa kayanya warisan kita.

draft • 3:17 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Jadi sebagai pencinta batik, saya telah mengambil inisiatif untuk mempromosikan batik melalui menghadiahkan batik kepada kedutaan asing seperti ini dan juga kepada rakan- rakan Malaysia lain melalui pelbagai program lawatan mesra. Tapi timbul satu persoalan yang mendesak. Mengapakah batik Malaysia tidak terkenal atau kukuh di peringkat global seperti batik Indonesia yang cantik juga?

Kita memiliki bakat yang luar biasa, sejarah yang kaya dan reka bentuk yang cukup unik. Jadi, mengapa batik kita tidak menghiasi pentas global dengan keunggulan yang sepatutnya? Jadi, apakah strategi yang kita laksanakan untuk mempromosikan batik Malaysia?

draft • 3:20 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Pada masa yang sama, kita juga perlu menghadapi kebenaran yang saya rasa kurang selesa. Mengapakah harga tekstil batik kita terlalu tinggi? Walaupun penting untuk memastikan artisan kita diberi ganjaran yang adil untuk kerja cemerlang mereka, kita juga mesti berusaha untuk menjadikan batik lebih mudah diakses dan mampu dimiliki oleh orang ramai. Mempromosikan batik juga bermakna mengintegrasikannya ke dalam kehidupan rakyat. Membolehkan setiap warga memakai dan mempamerkan warisan kita dengan bangga. Dengan menjadikan batik lebih mudah diakses, kita bukan sahaja memelihara budaya tapi kita juga menggalakkan penyebarannya di peringkat tempatan dan juga global.

Dato’ Pengerusi, sebagai memilih destinasi, pelancong sering mencari tempat yang menawarkan pengalaman yang unik. Jadi, faktor seperti keselamatan, accessibility, kemampuan juga memainkan peranan yang penting serta kadar pertukaran wang asing.

Pelancong pasti ingin mendapat nilai yang lebih baik bagi mata wang mereka.

Jadi, selain itu, pelancong juga tertarik dengan destinasi yang menyediakan pelbagai aktiviti seperti tapak bersejarah, peluang pengembaraan, hidangan makanan dan juga festival yang meriah yang membolehkan mereka sepenuhnya menghayati pengalaman dan mencipta kenangan yang berkekalan.

Jadi, Malaysia dengan mozek tradisi dan budayanya menawarkan semua ini. Dengan memelihara dan mempromosikan warisan kita, kita menyediakan pengalaman unik yang melangkau tarikan konvensional seperti pusat membeli-belah. Jadi, dari segi kepelbagaian budaya, saya berani katakan, kita melebihi jiran kita seperti Singapura dan Thailand. Kita harus manfaatkan kekayaan ini untuk menarik pelancong dari seluruh dunia dan juga mempamerkan semangat sebenar Malaysia. Sekian, terima kasih.

draft • 3:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Sila Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

draft • 3:20 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih, Dato’ Pengerusi memberi ruang kepada saya untuk berbahas dalam jawatankuasa. Yang Berhormat Pengerusi, Butiran 020500. Tahun 2025 adalah Tahun Melawat Kedah di mana pada 9 Ogos 2024, Kedah telah pun melancar Tahun Melawat Kedah iaitu dengan tema, Expert Kedah. Jadi, saya mohonlah MOTAC untuk memberi perhatian yang lebih kepada negeri Kedah untuk memberi kejayaan yang berganda kepada Kedah mengenai Tahun Melawat Kedah pada tahun 2025.

Yang Berhormat Pengerusi, Butiran 020500 juga iaitu Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM). Bagi maksud Bekalan 31 di bawah butiran tersebut, saya ingin menyentuh mengenai keistimewaan serta keunikan Daerah Bandar Baharu yang terkenal sebagai daerah yang kaya dengan tanaman durian dan bumi Kedah Darul Aman.

Terdapat banyak dusun buah-buahan terutama durian berkualiti tinggi yang tertumpu di kawasan Bukit Limau, Bagan Samak, Air Puteh, Serdang, Sungai Kecil Hilir dan Relau.

draft • 3:23 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Dengan keluasan keseluruhan tanaman merangkumi 524.51 hektar manakala keluasan hasil yang telah diperoleh sekitar 458.22 hektar, terdapat beberapa jenis durian utama yang menjadi tumpuan di Bandar Baharu iaitu seperti Duri Hitam, Musang King, D24 dan juga Udang Merah. Malah, anggaran harga pasaran semasa bagi Duri Hitam iaitu sekitar RM65 per kilo, Musang King RM55 per kilo, D24 dan juga Udang Merah merupakan antara versi durian yang terkenal di kawasan Bandar Baharu. Oleh itu, ianya telah pun pasarannya telah sampai ke negeri China.

Menyedari akan kelebihan ini, saya ingin menyatakan persoalan kepada kementerian, apakah kementerian berhasrat atau mempunyai inisiatif yang lebih progresif dalam menjayakan Bandar Baharu sebagai satu hab durian terkenal di Malaysia menerusi pakej agropelancongan durian tourism di bawah kelolaan Tourism Malaysia sekali gus memperkasakan Bandar Baharu sebagai antara destinasi ekopelancongan terkemuka di utara tanah air?

Apakah strategi di bawah Belanjawan 2025 yang dapat dirangka dalam membantu usahawan tempatan yang mengusahakan dusun durian di Bandar Baharu untuk meningkatkan segmen produk pelancongan mereka ke arah pengkomersialan yang lebih baik dengan kerjasama rentas kementerian seperti Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi?

Seterusnya, di bawah butiran yang sama, saya juga ingin mengajukan persoalan kepada kementerian mengenai peranan yang dimainkan dalam memperkasakan industri pelancongan perubatan atau medical tourism di Malaysia? Medical tourism di Malaysia pada hari ini semakin mendapat tempat terutama dari pelancong Indonesia yang berkunjung ke sini bagi mendapat rawatan di hospital swasta.

Sebagai contoh, di Pulau Pinang terdapat hospital swasta yang siap menyediakan kaunter khas bagi Indonesia dan juga menempatkan doktor yang fasih dalam bahasa Indonesia bagi memudahkan urusan mereka datang dan mendapatkan rawatan.

Malah, jika kita perhatikan melalui media sosial, TikTok umpamanya. Terdapat satu akaun seperti “Berubat di Penang” yang memudahkan mereka yang berada di Indonesia untuk datang ke Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan. Susulan itu, pertanyaan saya ialah sejauh manakah perancangan kementerian dalam meneroka serta memperkasakan potensi medical tourism di Malaysia?

Sejauh manakah juga menerusi peluang ini, kita sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan dapat dijadikan sebagai platform terbaik untuk menjadikan Malaysia sebagai hab medical tourism yang unggul di Asia Tenggara? Saya mohon penjelasan.

Bagi Butiran 020200 – Pelesenan Pelancongan. Di bawah Butiran 020200 – Pelesenan Pelancongan ini, saya ingin membangkitkan isu berkaitan siri-siri penipuan pakej umrah dengan statistik menunjukkan jumlah kes penipuan umrah dan haji di sepanjang 2023 hingga Mei 2024 telah melibatkan sebanyak 349 aduan penipuan umrah direkodkan bagi tempoh itu dengan nilai kerugian keseluruhan berjumlah RM14.9 juta.

draft • 3:23 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Ini satu angka yang jumlah semakin meningkat saban tahun dan semakin ramai pakcik-pakcik dan makcik-makcik di kampung terutamanya sering terpedaya dengan pakej umrah ini. Mereka ibarat sindiket hari ini diambil tindakan, sebulan dua kemudian akan mungkin lagi syarikat baru dan licik memperdayakan pelanggan dengan tawaran yang lebih menarik.

Dengan peruntukan sebanyak RM1.48 bilion dalam Bajet 2025, MOTAC perlu usaha lebih padu bagi menarik pelancong dari negara-negara jiran. Rasionalnya, negara-negara jiran ini adalah bersempadan dengan Malaysia dan juga memudahkan mereka untuk datang melancong ke negara ini.

Tuan Pengerusi, difahamkan rekod pelancongan Thailand, seramai 3.7 juta pelancong Malaysia berkunjung ke negara berkenaan antara bulan Januari hingga September 2024. Laporan Metro, hampir 300,000 rakyat Malaysia telah berkunjung ke Thailand pada musim cuti Deepavali baru-baru ini menurut Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi.

Menurut Timbalan Gabenor Antarabangsa Lembaga Pelancongan Thailand (TAT), Malaysia menduduki tempat kedua dalam sejarah pelancong Asia ke Thailand walaupun rakyat Malaysia hanya 32 juta orang. Tuan Pengerusi, MOTAC juga perlu menarik pelancong- pelancong dari Thailand.

draft • 3:23 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

draft • 3:23 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Dari Thailand, mempunyai penduduk seramai 71.6 juta orang. MOTAC juga menarik pelancong dari Indonesia di mana negara ini mempunyai penduduk seramai 283 juta orang. Keutamaan perlu diberi kepada negara-negara ini, perlu akses yang lebih mudah bagi menarik kedatangan pelancong terutama dari kawasan sempadan seperti Wang Kelian, Kuala Perlis, Padang Besar, di sempadan Perlis, begitu juga di sempadan negeri-negeri lain, di Kelantan, Kedah dan Terengganu. Sikit lagi.

draft • 3:23 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

MOTAC perlu berkolaborasi...

draft • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Dah tujuh minit Yang Berhormat.

draft • 3:30 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

...dengan Kementerian Dalam Negeri bagi memudahkan kenderaan-kenderaan Thailand memasuki ke Malaysia sebagaimana kenderaan-kenderaan Malaysia memasuki Thailand.

draft • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey Yang Berhormat.

draft • 3:30 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik. Terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih. Sila Yang Berhormat Kudat.

draft • 3:30 PM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

Terima kasih Dato' Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum dan salam Malaysia MADANI.

Dato' Pengerusi, Kudat ingin menyentuh mengenai berkenaan Butiran 060300 - Visit Malaysia 2026, dengan peruntukan sebanyak RM400 juta. Kudat ingin mengucapkan tahniah kepada MOTAC atas inisiatif penganjuran Visit Malaysia 2026 untuk mempromosi keunikan dan tarikan di Malaysia. Sebagai rekod, Sabah merupakan wilayah kedua di Malaysia yang merekodkan ketibaan pelancongan tertinggi dan menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebagai lapangan terbang kedua tersibuk di negara ini.

Tahniah kepada MOTAC dan Kerajaan Sabah atas pencapaian ini. Bagi merancakkan lagi ketibaan pelancong, sekali gus menyokong matlamat Tahun Melawat Malaysia 2026, Kudat mohon agar MOTAC memberikan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk Sabah dengan mengambil kira pencapaian keluasan wilayah Sabah yang luas bagi tujuan promosi Tahun Melawat Malaysia.

Butiran 01900, bagi menjamin kejayaan Tahun Melawat Malaysia, Kudat menyeru agar penganjuran acara berimpak tinggi diberikan keutamaan dan diberikan peruntukan yang lebih banyak untuk penganjuran acara di mana masyarakat Sabah dan Sarawak begitu terkenal dengan sikap harmoni dan sekali gus, menjadi tarikan dan keselesaan kepada pelancong untuk datang ke Sabah.

Di kawasan saya, Parlimen Kudat pernah dianjurkan Borneo Surf and Music Festival, kali terakhir dianjurkan pada tahun 2017. Tahun ini, North Borneo Half Marathon Bayu Run telah menarik peserta antarabangsa daripada UK, US, Indonesia, Singapore, Brunei dan Semenanjung Malaysia sehingga semua hotel dan homestay penuh. Limpahan ekonomi seperti ini yang kita mahu.

Di Pitas, karnival tahunan pelancongan Daerah Pitas telah menjadi platform untuk pengusaha pelancongan berasaskan komuniti mempromosi usaha mereka. Jadi, Kudat mohon agar acara-acara ini dimasukkan dalam kalender Tahun Melawat Malaysia 2026.

Kudat juga ingin merakamkan penghargaan kepada MOTAC, khususnya Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah memberikan peruntukan penganjuran Program Merakyatkan Seni Budaya: Karnival Kesenian dan Kebudayaan Kudat baru-baru ini.

Untuk pengetahuan semua di Dewan yang mulia ini, Kudat merupakan salah satu daerah yang paling unik kerana di Kudat ini kita mempunyai lebih daripada 10 etnik yang menjadi penduduk di Daerah Kudat. Saya percaya budaya dan juga sifat-sifat keunikan etnik itu sendiri akan memboleh, menjadi salah satu daya tarikan utama untuk pelancongan di Daerah Kudat.

Dato' Pengerusi, bagi memberikan persepsi maklum balas dan testimonial yang positif daripada pelancongan, pembangunan kemudahan, kualiti perkhidmatan, keunikan dan kebolehcapaian destinasi pelancongan amat perlu. Jadi, Kudat menyentuh mengenai butiran P.00800 – Kajian Pelancongan, P.01000 – Penyelenggaraan dan Pembaikan, P.01100 – Program Penyediaan Kemudahan Pelancongan, P.01400 – Penyelenggaraan Kemudahan,

draft • 3:30 PM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

P.01900 – Pembangunan Ecotourism, P.02800 – Program Peningkatan Kemudahan Homestay dan P.40600 – Program Pemuliharaan dan Pemugaran Tinggalan Sejarah.

Selain daripada kajian-kajian potensi pasaran pelancongan di luar negara dan potensi produk-produk pelancongan yang baharu yang dipelopori oleh syarikat maha kaya, Kudat juga mohon agar MOTAC menjalankan kajian dan memberikan perhatian kepada produk pelancongan berasakan komuniti dan membantu golongan ini untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan fasiliti mereka.

Sebagai rekod di Dewan ini, Sabah juga merupakan negeri pertama yang melancarkan inisiatif untuk pembangunan pelancongan luar bandar di mana saya difahamkan terdapat persatuan-persatuan pelancongan di luar bandar di kesemua daerah di Sabah yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan yang giat memacu industri pelancongan luar bandar berasaskan ekopelancongan homestay tradisi dan kebudayaan serta aktiviti- aktiviti lain yang berasaskan tradisi.

draft • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sudah habis Yang Berhormat?

draft • 3:30 PM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

Masih banyak lagi ini Dato' Pengerusi. Tapi sikit lagi.

Kemudahan pelancongan kawasan saya perlu diberi perhatian dan dipromosikan.

Tanjung Simpang Mengayau misalnya; Kudat, the Tip of Borneo merupakan salah satu tempat ataupun kawasan yang paling menarik terutama sekali pantainya yang indah. Begitu juga dengan Pulau Supirak. Saya mohon supaya kerajaan melalui MOTAC memberikan perhatian yang khusus kepada perkara-perkara ini. Terima kasih Dato' Pengerusi.

draft • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Kudat. Sila Yang Berhormat Keningau.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Antara aktiviti pengurusan MOTAC adalah Aktiviti 5 - Pembangunan Prasarana di muka surat 335, memastikan destinasi serta produk pelancongan dan kebudayaan, kemudahan asas serta infrastruktur pelancongan dan kebudayaan ditambah dan diselenggara baik bagi memenuhi keselesaan dan keselamatan pelancong.

Seperti yang kita maklum, destinasi, kemudahan dan serta infrastruktur pelancongan di Semporna dan Tawau khasnya, Lapangan Terbang Tawau memang serba kekurangan dan kurang memuaskan termasuk fasiliti tandas khasnya, untuk pelancong luar negara sehingga menjejaskan keselamatan dan membawa maut.

Saya ingin bertanya, apakah tindakan Kementerian Pelancongan akan melaksanakan pada tahun 2025 untuk meningkatkan dan menambah baik kekurangan destinasi, kemudahan dan infrastruktur pelancongan tersebut memandangkan peningkatan pelancongan luar negara kian meningkat?

draft • 3:36 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Untuk membantu penggiat industri pelancongan di Sabah, membangunkan lebih banyak lagi destinasi pelancongan selain Butiran 010500 – Pembangunan Prasarana, RM3 juta di muka surat 340. Bolehkah MOTAC menyediakan satu tabung atau dana khas untuk membantu penggiat industri pelancongan di Sabah?

Tuan Pengerusi, saya juga ingin memohon kepada Yang Berhormat Menteri MOTAC untuk mempertimbangkan peruntukan sebanyak RM7.5 juta untuk pembangunan prasarana infrastruktur yang melibatkan pembinaan tangga, 3,000 anak tangga dan kemudahan hentian rehat, tandas dan kios-kios makan minum untuk pelancongan menaik tangga ke Puncak Sinurambi di Tambunan.

Dari Puncak Sinurambi yang setinggi 1,500 meter atas paras laut dan di Sinurambi ini boleh mempunyai pemandangan separuh Daerah Tambunan dan boleh menarik ramai pelancong untuk datang ke situ, terutama sekali di Sinurambi ini adalah pintu masuk ke Gunung Trusmadi iaitu gunung yang nombor dua tertinggi di Sabah.

Dato’ Speaker, antara aktiviti pembangunan dan promosi pelancongan MOTAC adalah Aktiviti 1 di muka surat 336 iaitu Dasar Pelancongan dan Hubungan Antarabangsa.

Mengkaji, merancang dan merangka serta menilai dasar-dasar pelancongan bagi mengawal, menyelaras dan memantau pertumbuhan industri pelancongan. Maka itu...

draft • 3:36 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Keningau, Yang Berhormat kena sebut Butiran, Yang Berhormat.

draft • 3:40 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Ya. Butiran sudah disebutkan tadi.

draft • 3:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat sebut muka surat, Yang Berhormat.

draft • 3:40 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Butiran ─ dia dah lupa itu. Di muka surat 336. Kini Sabah dan Sarawak masing-masing menyambut Hari Sabah pada 31 hari bulan dan Sarawak pada 22 hari bulan Julai yang menarik peminat dan pelancong luar negara mahupun dalam negara. Saya ingin bertanya MOTAC, apakah perancangan MOTAC untuk membangunkan Hari Sabah dan Hari Sarawak sebagai produk pelancongan yang baharu khasnya untuk pelancong luar negara.

Butiran 030500 – Kebudayaan dan Kesenian, muka surat 341 – RM46 juta. Saya ingin menarik perhatian MOTAC bahawa pada tahun 2024, MOTAC tidak menyumbang kepada Pesta Kaamatan Sabah manakala Yang Berhormat Perdana Menteri telah menyumbangkan dan mengumumkan RM1 juta untuk 2023. Saya ingin bertanya sama ada dan mohonlah supaya MOTAC akan menyediakan sumbangan untuk Pesta Kaamatan 2025 nanti.

Muka surat 341, Butiran 040000 – Program Khusus. Butiran 040300 – Program Penggalakan Pemasaran, Promosi dan Acara-acara Pelancongan, Seni dan Budaya, RM150 juta. Butiran 060300 – Visit Malaysia 2026, RM400 juta. Daripada jumlah-jumlah yang saya sebutkan tadi, berapakah peruntukan untuk mempromosikan pelancongan di Sabah?

draft • 3:40 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Saya juga ingin menyokong Ahli Parlimen daripada Kinabatangan yang menyebutkan peruntukan untuk homestay tidak memadai iaitu RM2 juta sahaja. Bolehkah ini dipertimbangkan untuk Malaysia – RM2 juta setiap wilayah? Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

draft • 3:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Keningau. Yang Berhormat Besut.

draft • 3:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Dato’ Pengerusi.

Saya terus kepada Butiran 010500 – Pembangunan Prasarana. Yang kita ketahui bahawa Kementerian Pelancongan ini berfungsi sebenarnya memastikan destinasi serta produk pelancongan dan juga kebudayaan, kemudahan asas serta infrastruktur pelancongan dan kebudayaan ditambah dan diselenggara bagi memenuhi keselesaan dan juga keselamatan pelancongan.

Jadi yang saya lihat dalam mengenai dengan pulau ini, saya lihat dalam bajet tempoh hari disebut kepada peruntukan menambah baik antara lain kemudahan Pulau Redang, Setiu di bawah Setiu. Tapi yang saya nak rujuk kepada Pulau Perhentian di Daerah Besut yang sehingga kini menjadi satu tarikan pelancong seluruh negara – seluruh dunia sebenarnya.

Jadi, saya mintalah MOTAC untuk dapat menaik taraf dan juga menambah jeti, juga laluan trek banyaklah ya. Boardwalk di kincir angin dan juga dapat membina platform tinjau di Pulau Perhentian ini. Pulau, pernah pergi? Dato’ pernah pergi ya? Memang cantik.

Jadi, persoalan saya bolehkah pakej-pakej khas untuk pulau ini dipamerkan di pejabat-pejabat Tourism Malaysia ya? Timbalan Menteri, boleh kita pamerkan di pejabat Tourism Malaysia di luar negara terutamanya? Boleh ya? Untuk Pulau Perhentian khas ini.

Lepas ini, saya jemput pergi sana. Kita juga perlu membangun sistem pengurusan kitar semula dan juga pembangunan sisa pepejal untuk lebih mesra alam sikitlah. Kalau tidak, dia sampah bersepah-sepah, merata-rata. Tujuan dia untuk menjaga inilah ekosistem laut dan juga darat di pulau tersebut.

Jadi persoalan saya, apakah terdapat apa-apa tabung khas daripada pihak MOTAC ini boleh membantu untuk membangunkan sektor pelancongan ini terutama di Pulau Perhentian? Jadi, saya juga ingin memohon supaya pihak MOTAC juga dapat mengadakan kursus pembangunan homestay di Besut ini dan terutamanya Pulau Perhentian bagi meningkatkan pekerjaan penduduk tempatan. Saya juga ingin juga bertanya, adakah terdapat apa-apa platform digital untuk promosi Pulau Perhentian khususnya.

Di Daerah Besut ini sebenarnya, ada lagi beberapa kawasan pelancongan eko di Besut ini – Taman Eko Rimba Lata Tembakah, Taman Eko Rimba Lata Belatan. Ini dia dalam Daerah Setiu – dalam Daerah Besut tapi Parlimen Setiu. Lata Kolam Air Deru Eco Park dan yang paling penting, Kolam Air Panas La (La Hot Spring). Kena tambah. Boleh ya Timbalan Menteri? Tambah peruntukan. Cantik, bagi cantik. Air panas boleh berendam dekat sana.

draft • 3:43 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Persoalan saya juga, bolehkah MOTAC ini menaik taraf produk pelancongan untuk yang saya sebut-sebutkan tadi. Ada empat lebih kurang.

Signboard kita di sana memang kita adakan banyak bahasalah. Tapi yang utama bahasa Malaysia bukan bahasa Cina. Maknanya yang ada dekat sesetengah tempat itu nak pentingkan bahasa Cina lagi daripada bahasa Malaysia. Letak Bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa lain. Ha, boleh ya?

Yang akhir, Butiran 030500 – Kebudayaan dan Kesenian. Di Kelantan dan juga Besut, kita terkenal dengan dikir barat. Tapi saya nak minta, kalau boleh pihak pelancongan buat lagi satu ada dikir lain. Mungkin tidak pernah dengar. Dikir halaqat dia panggil.

Dikir halaqat ini pengisiannya adalah keagamaan. Yang menyertai adalah pak-pak imam. Yang jadi juara, yang jadi tukang karut adalah dia lebih kurang samalah ya dengan dikir barat tapi pengisian dia itu pengisian agama. Lagu-lagu Selimut Putih ke, kita nyanyi.

Kita dah tua-tua semua dah ini, kan? Lain-lain banyak lagilah yang kita boleh isikan dalam yang dikatakan dikir halaqat tadi.

draft • 3:43 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey Yang Berhormat.

draft • 3:43 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jadi, yang akhirnya saya ingin beritahu kepada pihak MOTAC ini, boleh tak kita anjurkan acara kebudayaan untuk menarik lebih ramai pelancong khusus kepada dikir halaqat. Okey, terima kasih.

draft • 3:43 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Besut. Sila Yang Berhormat Tenggara.

draft • 3:43 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya mulakan perbahasan ini dengan mengucapkan banyak terima kasih kepada dua agensi iaitu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia kerana membuka pejabat perkhidmatannya di pusat perkhidmatan dan transit pelancongan di Batu Ampat, Tenggara.

Sebab dulu dalam perbahasan jawatankuasa ini juga saya menjemput jabatan- jabatan kerajaan untuk beroperasi di sana. Jadi, alhamdulillah dah ada dah. Jadi, saya mempelawa lagilah kementerian-kementerian lain untuk membuka fungsi di jabatan, di pejabat-pejabat mereka di pusat perkhidmatan dan transit pelancongan Daerah Kota Tinggi yang berada di Batu Ampat.

Baik Dato’ Pengerusi, saya mulakan dengan Butiran 020000 – Pembangunan dan Promosi Pelancongan – RM186 juta naik kepada RM192 juta dan Butiran 060300 – Visit Malaysia 2026 daripada tiada kepada RM400 juta. Negara bersiap untuk menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026 dan disambut bersekali dengan kebetulan Johor pun 2026 juga Tahun Melawat Johor.

Jadi, tahun 2025 ini bolehlah kita katakan tahun terpenting mensiagakan untuk persediaan bagi kedua-dua visi negara dan negeri Johor ini.

draft • 3:48 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Jadi, bagi menarik pelancong tempatan dan antarabangsa, usaha yang perlu dilakukan adalah memulihkan dan memajukan aktiviti pelancongan negara selepas pasca pandemik ini. Jadi, Tenggara bertanyakan, apakah usaha yang dilaksanakan oleh kementerian bagi mencapai sasaran kedatangan pelancong luar negara sebanyak 35.6 juta yang disasarkan serta anggaran perbelanjaan domestik sebanyak RM147.1 bilion yang mungkin diraih dan dijana sepanjang tempoh Visit Malaysia 2026?

Apakah usaha penggunaan media sosial ataupun influencer dan aplikasi digital untuk merangsang dan mempromosikan produk-produk pelancongan sedia ada? Juga, Tenggara ingin mencadangkan supaya pihak kementerian MOTAC memanfaatkan pelajar-pelajar kita di luar negara yang ada di merata dunia ini untuk membantu usaha MOTAC bagi merangsang Visit Malaysia 2026.

Apakah perancangan pihak MOTAC bagi bangunkan produk-produk pelancongan baharu dan gilap industri pelancongan sedia ada dan memperkemas dan bangunkan infrastruktur dan fasiliti sokongan untuk merangsang kecapaian pelancong-pelancong ini kepada destinasi-destinasi pelancongan yang sedia ada?

Melalui butiran ini juga, Tenggara berharap kerajaan dapat menyalurkan peruntukan yang sewajarnya kepada negeri Johor Darul Takzim bagi merancakkan Visit Johor 2026, secara tak langsung akan juga merangsang Visit Malaysia 2026. Maksudnya, KPI Visit Johor itu akan secara tidak langsung memberi capaian juga kepada KPI Visit Malaysia 2026.

Seterusnya, Dato’ Pengerusi, adalah berkaitan dengan Butiran 040300 – Program Penggalakan Pemasaran, Promosi dan Acara-acara Pelancongan, Seni dan Budaya. Dalam usaha negara pergiat promosi produk pelancongan dan kebudayaan, khususnya dalam usaha menarik pelancong antarabangsa pasca pandemik ini, tidak seharusnya peruntukan ini berkurang sehingga RM200 juta. Sebab, sebelum ini RM350 juta. Sekarang ini jadi RM150 juta sahaja. Jadi, mengapakah pengurangan ini berlaku?

Apakah perancangan pihak kerajaan bagi mempromosikan pelancongan Malaysia yakni industri yang menyokong produk pelancongan negara khususnya terhadap pemain industri produk-produk pelancongan secara kecil-kecilan? Di Tenggara misalnya, Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, kita ada Gunung Panti yang boleh dimanfaatkan. Sepanjang jajaran kaki Gunung Panti itu mengalirlah sungai yang sangat cantik dan memberi manfaat kepada penduduk Temenin, Temenin Baru, Kampung Batu 4, Lukut, Bukit Lintang yang sekarang ini galak membina homestay dan juga camp site.

Jadi, selain daripada itu juga, di Tenggara ini kita giatlah untuk mencipta produk baharu pelancongan iaitu berkaitan dengan sport tourism kerana di Tenggara ini ada satu kawasan itu di bawah KKDW, KEJORA dan di situ kita pun baru anjurkan peringkat kebangsaan dan juga international motorcross. Jadi, saya mencadangkanlah agar kementerian memberi juga dana peruntukan untuk banyak lagi penggiat NGO dan NGI berkaitan dengan sukan ini supaya boleh mengadakan acara-acara dan menjadi elemen untuk menarik pelancong datang ke negara kita.

draft • 3:50 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Akhir sekali, Dato’ Pengerusi, adalah Butiran 01900 – Pembangunan Ecotourism dan juga Butiran 02800 – Program Peningkatan Kemudahan Homestay. Agrotourism dan homestay sinonim dengan pembangunan pelancongan khususnya di luar bandar. Namun, promosi dan fasiliti berkaitan dengan perkhidmatan homestay ini masih lagi berkurangan. Di Tenggara pun kita ada sanctuary gajah dan juga raft point yang menjadi tarikan pelancongan.

Jadi, memerlukan rangsangan bukan sahaja dalam konteks Johor tetapi dalam konteks negara juga.

Jadi, Tenggara ingin bertanya sedikit, Dato’ Pengerusi, apakah langkah-langkah kerajaan bagi menggalakkan pembangunan industri agrotourism dan homestay di kawasan luar bandar bagi meningkatkan pendapatan dan sumber ekonomi satu-satu kampung?

Apakah bentuk kempen promosi yang dibuat pihak kementerian dengan melibatkan para pengusaha dan pemain industri bagi membolehkan mereka menyalurkan maklumat secara langsung berkaitan perkhidmatan ditawarkan kepada pelanggan?

Saya suka untuk mencadangkan agar ada one stop center daripada pihak MOTAC.

Maksudnya, kalau kita klik dekat medsos itu, kita boleh dapat semua peta jajaran homestay- homestay yang ada di negara kita ini.

Sedikit lagi, Dato’ Pengerusi. Apakah ada promosi atau usaha khusus untuk pelancongan Orang Asli? Ini juga adalah perkara yang mungkin boleh diberi pandangan yang serius, fokus oleh pihak MOTAC kerana kita tahu masyarakat Orang Asli ini ada budaya, ada kesenian, ada tradisinya yang menarik yang mungkin biasa bagi kita tetapi sebenarnya ialah satu keindahan dan perkara yang menjadi kecanduan kepada masyarakat luar untuk datang.

Jadi, mungkin MOTAC boleh memberi sedikit peruntukan supaya pelancongan Orang Asli ini boleh diperkasakan untuk merangsang Visit Malaysia.

Itu sahaja, Dato’ Pengerusi. Sekian, terima kasih.

draft • 3:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih, Yang Berhormat Tenggara. Kita ada lagi dua pembahas sebelum Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Sila, Yang Berhormat Sungai Siput. Tiga minit.

draft • 3:50 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Tuan Pengerusi mengizinkan Sungai Siput turut bahas.

draft • 3:55 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya bagi tiga minit ya.

draft • 3:55 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Ya. Saya terus masuk kepada agenda.

Merujuk kepada Butiran 01100 – Program Penyediaan/Peningkatan Kemudahan Pelancongan. Kawasan pelancongan seperti Kuala Mu di Sungai Siput memerlukan kemudahan asas seperti jalan raya, lampu jalan solar dan pengangkutan awam yang lebih baik untuk memudahkan akses pelancongan.

Jadi, kerajaan perlulah memperuntukkan dana khas untuk menarik taraf kemudahan ini yang akan memberikan manfaat bukan sahaja kepada pelancongan tetapi juga penduduk

draft • 3:55 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

tempatan. Saya lihat butiran ini diperuntukkan RM16 juta bagi tahun 2025 berbanding dengan tahun semasa 2024, RM13 juta, iaitu peningkatan sebanyak RM3 juta.

Seterusnya, Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 01400 – Penyelenggaraan Kemudahan/Infrastruktur yang diperuntukkan RM80 juta. Jadi, destinasi pelancongan haruslah dilengkapi dengan kemudahan digital seperti papan tanda interaktif, akses WiFi percuma dan aplikasi panduan pelancongan untuk memudahkan pelawat mendapat informasi yang tepat. Usaha ini penting untuk menarik minat pelancong khususnya golongan muda dan pelancong celik teknologi yang cenderung bergantung pada kemudahan digital semasa perjalanan.

Kemudahan pelancongan inklusif. Pada masa yang sama, pembangunan pelancongan mestilah bersifat inklusif dengan memastikan kemudahan seperti laluan khas, tandas mesra OKU dan kawasan rehat yang sesuai untuk golongan warga emas, individu kurang upaya serta keluarga dengan anak kecil. Langkah ini akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan mesra semua golongan selaras dengan prinsip keterangkuman dan keadilan sosial.

Seterusnya, Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 94000 – Pemasaran dan Promosi yang telah diperuntukkan RM14 juta bagi tahun 2025 berbanding dengan tahun 2024 RM29 juta, iaitu hampir separuh, 50 peratus setelah dikurangkan bagi tahun 2025. Jadi, saya mohon penjelasan pengurangan peruntukan tersebut.

Platform digital seperti media sosial, laman web pelancongan dan aplikasi khas harus dimanfaatkan untuk mempromosikan destinasi pelancongan termasuk kawasan luar bandar.

Contoh, promosi Cuti-cuti Malaysia dengan elemen moden seperti video interaktif dan kolaborasi bersama influencer, kerjasama antarabangsa, menyertai pameran pelancongan antarabangsa seperti ITB Berlin atau WTM London untuk menarik pelancong asing, penawaran pakej pelancongan bersepadu yang menekankan keunikan Malaysia seperti pelancongan budaya, alam semula jadi dan makanan, penglibatan komuniti tempatan mempromosikan program pelancongan komuniti seperti homestay dan festival tradisional yang bukan sahaja menjana pendapatan tetap, juga memelihara budaya tempatan.

Akhir sekali, Tuan Pengerusi, sokongan kepada usaha tempatan untuk menghasilkan cenderamata atau makanan khas sebagai tarikan pelancongan. Kerajaan perlu terus memacu pelancongan domestik dengan insentif seperti baucar perjalanan dan diskaun tiket masuk ke destinasi pelancongan utama. Ini akan membantu memastikan aliran wang dalam negara serta menyokong pemulihan ekonomi tempatan.

Sektor pelancongan adalah nadi penting ekonomi negara. Namun, untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan global, kita perlu menyelaraskan pembangunan kemudahan yang lengkap dengan strategi pemasaran yang inovatif. Saya menyeru agar program peningkatan pelancongan diberikan perhatian serius oleh kerajaan melalui penyediaan bajet yang mencukupi dan pelaksanaan yang cekap.

Terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 3:55 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih, Yang Berhormat Sungai Siput. Pembahas yang terakhir. Yang Berhormat Arau. Tiga minit.

draft • 3:55 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dato’ Pengerusi yang handsome.

Timbalan Pengerusi yang handsome.

Okey, Butiran 020000 – Pembangunan dan Promosi Pelancongan. Pengerusi, dalam dunia ini ada benda-benda yang unik. Pertama, tembok besar. Di dunia ini, ada dua tembok besar. Satu, tembok besar China. Lagi satu, tembok di Perlis. Sebab, kawasan sempadan yang dibina tembok hanya di Perlis. Satu.

draft • 3:59 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kedua, Gua Kelam. Gua Kelam dalam dunia ini ada dua. Satu di Brazil di mana kita masuk dan boleh keluar sebelah sana. Yang keduanya di Perlis. Jadi, kedua-dua ini cukup unik tapi tak nampak satu usaha yang gigih untuk mempromosikan Perlis. Perlis Geopark telah pun diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia di peringkat kebangsaan tetapi kita belum buat usaha yang bersungguh-sungguh untuk masukkan senarai UNESCO. Duli Yang Maha Mulia Raja Muda Perlis telah pun menyebut perkara ini. Jadi, saya ingin bertanya kepada kementerian. Tan Sri Pengerusi ya, bila kah kita nak usaha supaya dia masuk dalam UNESCO? Yang Berhormat, ini geopark ini tidak ada tempat yang cukup unik.

Baru-baru ini saintis dunia telah berkampung di Perlis seramai 40 orang dan dia terjumpa dua jenis tumbuh-tumbuhan yang tidak diberi nama lagi dan mereka telah beri nama kepada kedua-dua tumbuhan ini dan telah masuk dalam senarai nama dunia. Nama itu saya tak boleh sebut sebab dia kira siapa yang ada – masa dia jumpa itu, siapa yang ada di sana.

Jadi, namanya telah pun ada, yang cukup unik, yang saya tak boleh bagi tahulah nama apa.

Tuan-tuan cari sendiri sebab masa berlaku itu saya ada di sana. Okey, jadi Perlis Geopark Tan Sri Pengerusi, hendaklah dimasukkan dalam senarai UNESCO dan Perlis dalam Tahun Melawat Malaysia 2026, tidak ada usaha yang tertentu untuk promote Perlis.

Negeri-negeri lain saya sokong. Saya sokong Sabah, Sarawak, Melaka, saya sokong. Terengganu, semua. Tak sebut semua, marah ya. Jadi, saya akan sebut satu-satu kalau Tan Sri bagi masa. Promote lah tapi Perlis tak masuk padahal baru-baru ini saya tengok – saya pun hairan, ada juga orang melawat ke Perlis. Contohnya, Betong baru-baru ini datang Perlis. Saya tanya, “You pergi buat apa?” “Makanan sedap”. Ini dia sebut. Ahli Parlimen sebut dan banyak Ahli Parlimen diam-diam pergi tak bagi tahu saya. Kalau bagi tahu, tentu saya belanja ya. Dia datang Perlis, dia kata sebab makanan sebab dan melawat Perlis dia kata, “Melawat Perlis boleh melawat tiga tempat. Langkawi dan juga Thailand”. Jadi, hebatnya tempat ini. Kita tak buat promosi bersungguh-sungguh.

Akhir sekali Tan Sri sebab janji tiga minit. Akhir sekali, Malaysia ini ialah Malaysia lah, Malaysia. Menteri Pelancongan ini bagus tetapi saya nak bagi tahu bila – kawan-kawan saya ada sebut tadi, bila orang datang Malaysia, dia nak tengok Malaysia. Bila saya pergi China, saya tak mahu tengok benda lain, saya nak tengok China, makanan China. Bila saya

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

pergi Bhutan, maaf, saya pergi Nepal yang Tan Sri unjurkan baru-baru ini, kita pergi Nepal, kita nak tengok makanan Nepal. Pergi ke – Tan Sri pergi Azerbaijan, kita nak rasa makanan Azerbaijan. Bila tang Malaysia, kita nak rasa makanan Malaysia. Selepas itu, nak makan makanan lain pun no problem tapi identiti Malaysia itu kena ada. Bila datang ke Malaysia, dia nak tengok ini Malaysia. Dia tak nak datang ini ialah negara lain.

Kalau kita pergi Korea, kawan-kawan saya sebut tadi, pergi Korea, kita ini Korea.

Kalau pergi Jepun, ini Jepun kita tahu. Tak pula mengurangkan pelancongan kalau kita tunjukkan identiti Malaysia. Malaysia mesti. Kita tahu bahawa orang nak tengok bahasa Malaysia, bahasa Malaysia ini bahasa yang mudah dipelajari. Kenapa kita mesti nak tukar pula ini pelbagai bahasa, pelbagai budaya? Pelbagai itu ialah dalam erti kata pelaksanaan tapi dari segi undang-undang termaktub bahawa bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi dan kita mesti menunjukkan identiti kita rakyat Malaysia.

draft • 4:00 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Arau, boleh celah Arau? Adakah bahasa Cina dan bahasa Tamil juga salah satu identiti Malaysia?

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini, itu kita dah tahu.

draft • 4:00 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Arau, kamu tak boleh jawab.

draft • 4:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Arau sudah jam lah. Arau sudah jam.

draft • 4:00 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Bahasa Cina dan bahasa Tamil dan bahasa Inggeris juga salah satu identiti Malaysia.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tak bagi pun.

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi

Baik, baik, baik.

draft • 4:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Jawablah Arau. Jawab sahaja. Ya atau tidak?

draft • 4:00 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Jawab sahajalah.

draft • 4:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Soalan senang.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini identiti Malaysia tetapi kena ingat kita kena patuh kepada undang-undang, Perlembagaan. Bahasa Malaysia bahasa rasmi.

draft • 4:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Betul. Jadi, pelbagai bahasa dibenarkan tetapi bahasa lain...

[Tidak jelas]

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi

Baik.

draft • 4:00 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Perlembagaan 152.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini dia. Hari ini nampak bahawa orang yang menentang bahasa Malaysia...

draft • 4:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Betul Arau. Betul, betul.

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Raub, Arau, Kampar.

draft • 4:00 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Saya tak menentang. Saya menghormati bahasa Malaysia.

draft • 4:00 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sepatutnya kita jadi rakyat Malaysia.

draft • 4:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Menteri, menteri...

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sepatutnya kita jadi rakyat Malaysia!

Cinta akan negara ini.

draft • 4:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Menteri KPKT baru keluar berita...

draft • 4:00 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Bukan. Perlembagaan 152...

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tulisan...

[Tidak jelas] government mesti menggunakan bahasa Malaysia.

draft • 4:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Betul, betul, betul. Tak salah. Betul, Arau.

draft • 4:00 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Sudah nyatakan tiada orang boleh larang kami menggunakan bahasa...

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi

Baik, baik, baik. Duduk, duduk semua. Arau, Arau. Arau, Kampar dan juga Raub. Duduk, duduk.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya duduk.

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi

Masa dah habis. Semua dah mai.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya nak last sekali. Nak landing.

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi

But, duduk dulu.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Nak landing, landing.

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi

Duduk dulu, duduk, duduk, duduk.

draft • 4:00 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Perlembagaan bagi semua orang guna bahasa...

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi

Duduk dulu.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey.

draft • 4:00 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

...Melayu dan juga lain-lain boleh bahasa.

draft • 4:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi

Duduk dulu.

draft • 4:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Pengacau ini, pengacau.

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi

Duduk.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Landing.

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi

Arau habiskan terakhir sekali.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Nak landing.

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi

Okey.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya ucap terima kasih kepada Tan Sri Pengerusi dan juga Menteri dan saya menyeru supaya rakyat Malaysia, mari lah kita bersatu padu dengan pendekatan bahasa, seni, mematuhi undang-undang...

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi

Okey.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini tak ada apa ini, dah jadi bergaduh kita sekarang...

[Tepuk]

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi

Okey.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kalau cuba nak mempertahankan sesuatu identiti. Terima kasih Tan Sri.

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Sekarang saya jemput Menteri buat penggulungan. 25 minit untuk soalan-soalan yang dikemukakan oleh 16 orang Ahli Yang Berhormat, 25 minit. Silakan.

draft • 4:00 PM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tan Sri Yang di-Pertua lagi bijaksana, terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian bagi sesi perbahasan Bajet 2025 peringkat Jawatankuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) pada hari yang cukup meriah ini.

Terima kasih saya ucapkan kepada seramai 18 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengajukan pertanyaan serta memberikan cadangan dan pandangan yang cukup bernas berhubung perkara-perkara di bawah tanggungjawab MOTAC sebentar tadi dan saya akan cuba sedaya upaya untuk menjawab perkara-perkara yang telah dibangkitkan berkaitan dengan kementerian ini. Semoga semua Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam keadaan tenang dan kekal sentiasa dengan kemanisan iman.

draft • 4:05 PM

Beberapa Ahli

Allahuakbar!

draft • 4:05 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengajukan pertanyaan pada hari ini ialah Raub, Masjid Tanah, Paya Besar, Beaufort, Padang Besar, Gopeng, Lumut, Sri Gading, Kuala Kedah, Bukit Bendera, Kulim-Bandar Baharu, Kudat, Kinabatangan, Keningau, Besut, Arau, Tenggara dan Sungai Siput.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Kewangan (MoF) telah memperuntukkan kepada MOTAC sebanyak RM1,418,378,400 untuk tahun 2025 termasuklah peruntukan berjumlah RM400 juta sebagai persediaan ke arah penganjuran Kempen Visit Malaysia 2026. Daripada jumlah tersebut, belanja mengurus adalah sebanyak RM1,188,449,400 manakala baki RM229,929,000 lagi diperuntukkan untuk bajet Pembangunan. Belanja mengurus ini akan diguna pakai bagi tujuan pembayaran Emolumen – OA 10000 berjumlah RM102,422,700. Perkhidmatan dan Bekalan – OA 20000 bernilai RM467,222,900. Aset – OA 30000 sebanyak RM3,765,900. Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap – OA 40000 sebanyak RM615,015,100 dan perbelanjaan-perbelanjaan lain di bawah OA 50000 RM2,800.

Di bawah bajet Pembangunan terdapat tiga jenis perbelanjaan yang telah ditetapkan iaitu Perkhidmatan dan Bekalan – OA 20000 berjumlah RM9,115,000. Aset – OA 30000 yang bernilai RM115,814,000 dan Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap – OA 40000 sebanyak RM105 juta.

Bajet 2025 ini adalah turut diharapkan akan menjadi pemacu kepada visi kementerian iaitu “Malaysia – Destinasi Lestari Kaya Budaya” yang memberikan fokus kepada misi memperkasa ekosistem industri pelancongan dan kebudayaan yang inklusif. Bagi memastikan visi dan misi ini mampu direalisasikan, MOTAC akan memberikan tiga penekanan yang penting ataupun outcome di bawah kerangka keberhasilan kementerian iaitu:

(i) Outcome 1: Sumbangan sektor pelancongan dan kebudayaan kepada ekonomi negara yang signifikan;

draft • 4:05 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

(ii) Outcome 2: Seni budaya dan warisan yang lestari; dan

(iii) Outcome 3: Industri pelancongan dan kebudayaan yang berdaya saing.

draft • 4:05 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Perbelanjaan peruntukan Bajet 2025 ini turut dibahagikan kepada tiga program utama iaitu program pertama - pengurusan. Program kedua - pembangunan dan promosi pelancongan dan program ketiga - pembangunan dan promosi kebudayaan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, program satu - pengurusan ini melibatkan lapan aktiviti seperti pengurusan am, kewangan, pentadbiran, pembangunan prasarana dan pejabat MOTAC negeri. Sementara aktiviti-aktiviti di bawah program dua - pembangunan dan promosi pelancongan, merangkumi dasar pelancongan dan hubungan antarabangsa, pelesenan pelancongan, pembangunan industri, pusat pelancongan Malaysia serta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia atau Tourism Malaysia. Bagi program ketiga - pembangunan dan promosi kebudayaan pula.

Terdapat sembilan aktiviti yang telah dirangka seperti dasar dan perancangan strategik, hubungan antarabangsa kebudayaan, pengurusan acara, warisan negara, kebudayaan dan kesenian serta jabatan agensi iaitu Istana Budaya, Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan.

Menyentuh soal projek-projek pembangunan fizikal mahupun bukan fizikal, MOTAC akan mengenal pasti kaedah yang terbaik untuk mempercepatkan pelaksanaan projek-projek sambungan dan memastikan projek-projek baharu dapat dilaksanakan pada tahun ini dan juga tahun hadapan. Kementerian ini akan komited untuk memastikan projek-projek pembangunan dapat dilaksanakan dalam tempoh masa yang ditetapkan, khusus supaya faedahnya dapat dinikmati oleh semua golongan rakyat.

Yang Berhormat Raub ada mengajukan beberapa isu yang berkaitan dengan kawasan beliau. Pertama, apakah promosi pelancongan untuk Frasers Hill, Pahang? Untuk makluman Yang Berhormat Raub, pihak kementerian ada menganjurkan farm trip dan penyertaan dalam pertandingan mengenal burung peringkat antarabangsa di Fraser’s Hill pada tahun 2022 dan 2023. Tahun ini disebabkan ada beberapa kekangan, maka ia nya tidak dapat dilakukan. Insya-Allah, jika panjang umur, ada rezekinya tahun hadapan, kita akan buat kerana kita tahu di Fraser’s Hill ini banyak spesies burung yang luar biasa, yang tidak boleh ditemui di mana-mana negeri di negara kita. Saya harap Yang Berhormat Kimanis faham maksudnya saya mahu sampaikan. Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon supaya Yang Berhormat Kimanis tidak mengganggu saya, Tan Sri.

draft • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kenapa?

draft • 4:10 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Saya bercakap, dia pun bercakap, Tan Sri.

[Ketawa]

draft • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey teruskan.

draft • 4:10 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Kedua, untuk makluman Yang Berhormat Raub juga. Kita juga ada melakukan farm trip di ladang-ladang pertanian dan juga ladang- ladang buah di Bukit Fraser. Ini adalah untuk kita memperkenalkan ekopelancongan di Fraser’s Hill supaya ia nya bukan sahaja dikenali sebagai pusat peranginan yang mempunyai cuaca yang baik tetapi juga ekopelancongan kita terapkan supaya Fraser’s Hill ini dapat dikenali di seluruh dunia berkenaan dengan ekopelancongannya. Akhir sekali, kita melakukan penerbitan melalui agensi Tourism Malaysia berkenaan dengan pengembaraan lasak adventure with nature. Baharu sempena Tahun Melawat Malaysia, sudah tentunya Fraser’s Hill ini kita akan menjenamakannya sebagai satu pusat extreme park atau pun adventure park di bawah promosi kita sempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Isu kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Raub adalah berkaitan sampah, elektrik/air di kawasan pelancongan dan juga penyelenggaraan tempat-tempat kemudahan awam dan juga tempat-tempat yang telah disebutkan tadi. Isu ini sebenarnya di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT), termasuk juga haiwan-haiwan liar Yang Berhormat Raub sebutkan tadi. Ia nya tidak boleh diletakkan khusus ke Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Masjid Tanah belum sampai. Jadi, saya skip lah. Alhamdulillah. Yang Berhormat Paya Besar ada membangkitkan isu berkaitan dengan naik taraf tapak-tapak pelancongan.

Semua permohonan berkenaan dengan penaikan taraf tapak-tapak pelancongan ini harus dan lebih baik, lebih cantik kalau ia nya dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri

(UPEN), Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), untuk diselaraskan dengan peraturan semasa yang berkuat kuasa.

Namun sedemikian, pihak kementerian juga tidak mempunyai halangan jika ada permohonan yang terus kepada pihak kementerian. Cuma, kami di pihak kementerian tidak mahu ada beberapa perkara yang bertindih dengan permintaan secara langsung daripada negeri dan juga secara langsung daripada Ahli Parlimen itu sendiri. Satu isu yang cukup baik dibawa oleh Yang Berhormat Paya Besar ialah berkenaan dengan bagaimana pihak kementerian mahu merancakkan dan membangunkan edutourism. Untuk makluman Yang Berhormat Paya Besar, beberapa bulan dahulu kita telah melancarkan pakej edutourism dan pakej ini khas bagi peringkat pertama, kita memfokuskan pelajar-pelajar daripada negara Jepun dan juga Korea. Ia nya berkaitan dengan kursus pembelajaran dalam jangka masa pendek, terutamanya dalam pembelajaran menguasai bahasa Inggeris dan juga Mandarin dan juga Melayu, di mana banyak universiti-universiti tempatan dan juga kolej-kolej tempatan yang mampu menyediakan kepakaran yang seperti saya terangkan sebentar tadi.

Kita juga melakukan kolaborasi dan kerjasama dengan pelbagai pihak, termasuklah IPTA dan IPTS untuk kita merancakkan lagi edutourism sempena dengan Kempen Melawat Malaysia 2026. Yang paling penting, pihak Tourism Malaysia juga telah bekerjasama dengan National Association of Private Educational Institutions (NAPEI) dalam membangunkan pakej pelancongan eduplus. Alhamdulillah, pada tahun ini saya telah difahamkan hampir Ringgit Malaysia- tidak silap saya Tan Sri Yang di-Pertua, RM40 juta pakej edutourism telah dijual

draft • 4:10 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

kepada pelanggan-pelanggan kita. Seramai 19,000 pelajar dijangka akan mengambil peluang pakej untuk tahun ini sahaja dengan pulangan sebanyak RM95 juta jikalau kita dapat mencapai sasaran 19,000 pelajar.

Selain daripada itu juga, edutourism memberikan ruang dan peluang yang cukup baik kepada para pelajar untuk melihat keindahan negara kita dan yang paling penting juga untuk menilai sendiri apakah keunikan budaya kita? Apakah keunikan masyarakat kita? Itu yang kita mahu angkat. Itu yang kita mahu perkenalkan kerana seperti kerisauan Ahli-ahli Parlimen yang ada di dalam Dewan yang cukup mulia ini, kebudayaan itu melambangkan identiti negara kita.

Akhir sekali, kita sentiasa memberikan pandangan kepada para pelajar untuk mengoptimumkan lagi penggunaan media sosial di kalangan mereka supaya ia nya secara tidak langsung mampu memberikan promosi secara terus kepada rakan-rakan mereka, kepada keluarga mereka dan juga kepada masyarakat mereka di luar sana.

Akhir sekali, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Paya Besar berkenaan dengan peruntukan Road To UNESCO. Tapak warisan perlombongan bijih timah Sungai Lembing, Kuantan, Pahang. Untuk makluman Yang Berhormat Paya Besar, pihak kementerian telah bermurah hati dan telah meluluskan sejumlah RM7.09 juta bagi tujuan pemuliharaan, pengukuhan terowong, kajian tanah dan lain-lain kerja berkaitan dalam Belanjawan 2024. Bagi inisiatif 2025, MOTAC menerusi Jabatan Warisan Negara (JWN) akan menyelaras perkara ini dengan pihak kerajaan negeri berkaitan. Oleh itu, saya mohon supaya Yang Berhormat Paya Besar boleh turut serta bersama-sama dalam proses perbincangan ini supaya ia nya dapat diselerakan dengan kemahuan masyarakat di Paya Besar.

draft • 4:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tan Sri Pengerusi, boleh sedikit?

draft • 4:10 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Saya...

draft • 4:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Boleh, Yang Berhormat Timbalan Menteri?

draft • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri.

draft • 4:10 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Saya mahu teruskan, Tan Sri. Masa tidak mengizinkan.

draft • 4:20 PM

Tuan Pengerusi

So, dia tak benarkan.

draft • 4:20 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Bukan saya tak mahu jawab, Tan Sri.

draft • 4:20 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Masa panjang lagi itu.

draft • 4:20 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Minta maaf, Tan Sri. Saya ikut arahan, Tan Sri. Di dalam Parlimen ini, Tan Sri nombor satu. Terima kasih Tan Sri.

draft • 4:20 PM

Tuan Pengerusi

Paya Besar, dia tak bagi.

draft • 4:20 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Saya tak bagi.

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Batu Api bagilah sikit, Batu Api. [Dewan Riuh]

draft • 4:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

[Ketawa] Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ucapkan terima kasih kepada Kementerian MOTAC atas kepimpinan Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri meneruskan peruntukan. Adakah Yang Berhormat bercadang di bawah kementerian Yang Berhormat untuk menubuhkan satu unit pusat promosi pelancongan yang sekarang ini tidak ada di pekan Sungai Lembing bagi memudahkan kerana saya tahu Yang Berhormat belum turun lagi ke pekan Sungai Lembing. Jadi, sepatutnya lebih daripada 10 tarikan pelancongan di sana perlukan ada satu pusat untuk menyelaras dan mengkoordinasi bagi memudahkan pelancong yang berada untuk datang ke pekan Sungai Lembing.

draft • 4:20 PM

Tuan Pengerusi

Sila Menteri.

draft • 4:20 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar.

Saya cukup teruja apabila Yang Berhormat Paya Besar menggunakan terma koordinasi. Saya setuju dengan pandangan beliau. Tapi untuk makluman semua juga, tapak warisan bukan sahaja ada di Sungai Lembing. Banyak kawasan-kawasan yang lain juga. Tapi yang paling penting, saya yakin cadangan ini boleh dibawa dan diutarakan kepada pihak Tourism Malaysia untuk melihat secara spesifik dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara, mana tapak-tapak yang dianggap sebagai tapak warisan, ia perlu dipromosikan. Kerana saya lihat kerisauan Yang Berhormat Paya Besar ini ada benarnya. Terima kasih.

Seterusnya ialah Yang Berhormat Padang Besar membangkitkan emolumen kontrak menjadikan mereka penjawat awam tetap. Emolumen kakitangan kontrak sebanyak RM10 juta adalah untuk Artis Budaya Gred 19. Perjawatan aktif artis budaya tidak sesuai untuk diberikan status tetap memandangkan jawatan ini melibatkan penilaian khususnya dari segi penampilan artis budaya yang biasanya akan berada di barisan hadapan untuk mempromosikan kebudayaan dan kesenian.

Pandangan untuk merancakkan pelancongan perubatan dan agropelancongan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelancongan perubatan adalah di bawah bidang agensi Kementerian Kesihatan iaitu Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC). Manakala, agropelancongan adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Walau bagaimanapun, MOTAC sentiasa melakukan hubungan dan juga mengadakan sesi libat urus dengan kedua-dua kementerian untuk melihat bagaimana satu strategi dan kerangka terbaik untuk kita memastikan dua sektor yang saya sebutkan tadi mampu kita angkat supaya ia dapat kita tuai hasilnya.

Untuk makluman Yang Berhormat Padang Besar, saya ada bertemu sendiri dengan CEO MHTC supaya kita dapat lihat apa yang saya katakan tadi itu dilakukan dan dihasilkan keputusannya ke arah positif. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Padang Besar iaitu berdasarkan skop pelancongan hibrid. Kita juga di bawah Tourism Malaysia telah memberikan pandangan bentuk-betuk pakej dan juga kita wujudkan bengkel bersama-sama

draft • 4:20 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

dengan MHTC supaya ia dapat diselaraskan apabila pihak Tourism Malaysia melakukan misi penjualan di luar negara.

Selain itu juga kita tahu industri pelancongan mampu mengurangkan kadar kemiskinan. Melalui Program Pengalaman Homestay Malaysia, ia dapat menarik kedatangan pelancong luar untuk merasai pengalaman tinggal bersama dengan pengusaha. Secara tidak langsung pastinya pembentukan ekonomi mikro dapat kita hasilkan dan pengusaha setempat dapat kita rancakkan.

Melalui program kraf tangan Malaysia pula, usahawan kraf peluang untuk memasarkan dan mempromosikan produk mereka sewaktu Hari Kraf Kebangsaan. Untuk makluman Yang Berhormat Padang Besar, Hari Kraf Kebangsaan ini biasanya dilakukan di ibu kota. Namun sedemikian, setiap negeri juga mempunyai hari kraf mereka sendiri. Ia juga dirancakkan lagi dengan pelbagai inti pati sewaktu hari kraf itu diadakan. Usahawan kraf ini pastinya turut diberikan bimbingan, turut diberikan seminar dari aspek pemasaran dan juga aspek bagaimana untuk mengawal selia kewangan. Dalam talian juga kita lakukan untuk kita mendepani masa hadapan dari sudut teknologi itu sendiri.

Berkaitan dan kita kembali kepada agropelancongan di Perlis pula. Seperti biasa, Tourism Malaysia sentiasa memberikan keutamaan bukan sahaja kepada negeri-negeri tertentu, ia dilakukan kepada seluruh negeri yang ada di negara kita. Banyak FAM trip, familiarization trip telah dilakukan di negeri Perlis dan insya-Allah pada tahun hadapan, pihak Tourism Malaysia ada merencanakan sesuatu yang menarik untuk negeri Perlis. Namun, saya tidak boleh mengumumkan selagi ia belum dirasai oleh Yang Berhormat Padang Besar.

draft • 4:20 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Terima kasih.

draft • 4:20 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih. Cross-border tourism adalah satu aspek yang selama ini mungkin tidak dipandang secara serius. Pada 26 Oktober 2024, susulan daripada hasil lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, kita telah melancarkan Malaysia-Thailand Self-Drive Tourism di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan juga bulan lalu, 31 Oktober 2024, Midnight Sale di Johor Bahru telah menarik rakyat Singapura berbelanja di Malaysia pada 31 Oktober 2024. Ini adalah salah satu strategi yang baru supaya kita dapat lihat bagaimana kita boleh...

draft • 4:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Minta laluan, Tan Sri. Boleh minta laluan Timbalan Menteri, boleh? Belah sini, belah sini. Sikit saja.

draft • 4:20 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Boleh, boleh.

draft • 4:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Pasal dengar tadi masuk melalui Bukit Kayu Hitam.

draft • 4:20 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Ya.

draft • 4:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Saya Ahli Parlimen Bukit Kayu Hitam. Maklumlah sedikit kata kami nak mai Bukit Kayu Hitam, lalu sini. Jadi, saya pun boleh ada di sana bersama. Terima kasih.

draft • 4:20 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Saya bagi pihak kementerian mohon maaf kepada Yang Berhormat, pasal tak dimaklumkan inisiatif ini. Insya-Allah pada masa yang

draft • 4:20 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

akan datang, setiap inisiatif yang kita lakukan di kawasan Yang Berhormat, kita akan maklumkan secara bertulis. Kalau saya ...

draft • 4:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih banyak Timbalan Menteri. Itu cara dia.

draft • 4:20 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Okey, itu saja kan, Yang Berhormat?

[Ketawa] Berkenaan dengan kesiapsiagaan kita menjadi Pengerusi ASEAN. Malaysia melalui MOTAC akan menganjurkan ASEAN Tourism Forum (ATF) pada 2025, bermula 15 hingga 20 Januari di Johor Bahru. Berpaksikan tema Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia 2025 yang telah ditetapkan iaitu yakni inclusivity and sustainability, MOTAC memastikan segala aspek penganjuran mengambil kira nilai serta aplikasi keterangkuman dan kemapanan supaya tiada rakyat Malaysia yang dilupai dan yang paling penting partisipasi keseluruhan rakyat Malaysia itu dapat dirasai.

Lokasi mesyuarat dan program meliputi semua negeri dan juga zon termasuk Sabah dan Sarawak, seluruh rantaian perkhidmatan logistik tempatan pastinya akan mendapat manfaat yang baik. Selain itu, kita tidak lupa terhadap usahawan kraf tangan kita. Kita akan gunakan kraf tangan ataupun kraf tempatan bagi tujuan pemberian cenderamata, cenderahati, pameran dan hiasan bagi penganjuran program mesyuarat sempena Kepengerusian ASEAN.

Makanan warisan yang selama ini belum pernah kita promosikan secara serius, sewaktu Kepengerusian ASEAN kita akan hidangkan makanan warisan sehingga ...

draft • 4:20 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Sepanjang tahun.

draft • 4:20 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

... Sepanjang tahun. Ahli-ahli delegasi akan merasai betapa enaknya makanan warisan kita. Kita mahu makanan warisan kita ini kita angkat setinggi mana yang boleh. Saya cadangkan, mulai pada tahun hadapan, kita jamu dan kita hidangkan makanan warisan bermula di Parlimen dahulu.

Berdasarkan jawapan berkenaan dengan kesiapsiagaan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN, saya percaya Malaysia bukan saja sedia, malahan akan memberikan satu pengalaman yang cukup luar biasa untuk mereka menilai sendiri.

draft • 4:20 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Berkenaan dengan ITC (Islamic Tourism Centre)...

draft • 4:30 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Yang Berhormat Menteri― eh Yang Berhormat Menteri pula dah. Insya-Allah, dalam masa terdekatlah. Menyentuh tentang ASEAN tadi, adakah ada KPI yang telah disediakan oleh kementerian untuk memantau ejen- ejen promosi kita di luar negara? Sebab ada sesetengah negara ini masih tak kenal lagi tentang keindahan Malaysia khususnya Perlis lah. Okey, terima kasih.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi

Menteri, sebelum Menteri jawab, saya bagi tiga minit lagi ya.

Silakan.

draft • 4:30 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. KPI ini memang kita secara lazimnya dan secara

draft • 4:30 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

umumnya memang diwujudkan. Bagaimana kita mahu memastikan pengalaman itu dapat dirasai ataupun kejayaan itu dapat diukur? Kebiasaannya ianya akan dilihat melalui kemasukan pelancong-pelancong yang berkait rapat dengan sektor pelancongan itu sendiri apabila kita mempromosikan negara kita berkenaan dengan ciri-ciri ASEAN itu sendiri.

Keduanya juga KPI yang lebih jelas biasanya akan ditentukan oleh Kementerian Luar Negeri kerana mereka adalah sekretariat utama dalam ASEAN, bukannya MOTAC. MOTAC hanya melihat sektor sociocultural. Itu sahaja.

Akhir sekali berkenaan dengan ITC. Kita tahu industri Islamic Tourism ataupun Muslim Friendly Tourism ini satu industri pasaran yang cukup besar. Namun sedemikian, kita tidak pernah melihat ianya sebagai satu cabaran untuk kita memastikan Malaysia kekal sebagai Muslim friendly destination. Apa yang paling penting ialah gerakan yang dimainkan oleh pihak ITC dengan Tourism Malaysia. Kedua-dua agensi ini bekerja dengan cukup rapat untuk melihat bagaimana saluran, bukan setakat saluran malahan juga bagaimana kita mahu melihat pendekatan supaya ianya bukan dilihat sebagai satu pendekatan eksklusif tetapi juga inklusif. Ini yang kita mahu memposisikan Malaysia sebagai pusat destinasi mesra Muslim ataupun Muslim friendly destination. Selain daripada itu, pelbagai program yang telah dilangsungkan sendiri oleh pihak ITC. Saya akan memberikan jawapan secara bertulis berkenaan dengan program-program yang telah ITC lakukan. Kalau saya bincang di sini, memang tidak habislah.

draft • 4:30 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Bertulis?

draft • 4:30 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Minta bagi jawapan bertulis. Akhir sekali berkenaan dengan isu yang dibawakan oleh Yang Berhormat Kudat iaitu mempromosikan acara di Borneo seperti Borneo Safari dan Music Festival, North Borneo Half Marathon. Untuk makluman Yang Berhormat Kudat, pihak kementerian pada tahun hadapan menyediakan geran sebanyak RM50 juta bagi sektor pelancongan. Mana-mana pihak yang berminat, boleh memohon secara terus kepada pihak kementerian. Yang paling penting, ia dapat dilakukan berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan sewaktu memohon geran.

Selain daripada itu, insentif-insentif yang lain juga ada di bawah pihak kementerian iaitu kita boleh juga menyelitkan elemen kebudayaan. Daripada sudut kebudayaan juga kita memberikan geran. Tapi yang paling penting, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kudat, pihak Tourism Malaysia melalui cawangan negeri Sabah sentiasa mempromosikan dan memposisikan negeri Sabah sebagai satu tempat destinasi yang luar biasa untuk dikunjungi oleh pelancong-pelancong di luar sana.

Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Parlimen yang bekerja keras sepanjang sesi ini untuk melihat bagaimana boleh membantu merancakkan lagi sektor pelancongan dan juga kebudayaan kita. Sekian, terima kasih.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih Menteri.

draft • 4:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tan Sri Pengerusi, yang lain- lain― akhir dah ke tadi?

draft • 4:30 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Minta maaf Yang Berhormat Besut, saya lupa nak maklumkan. Yang lain-lain saya akan berikan...

draft • 4:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Bertulis?

draft • 4:30 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Jawapan bertulis.

draft • 4:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey.

draft • 4:30 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Sorry. Minta maaf. Terlepas pandang.

draft • 4:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jawab betul-betul.

draft • 4:30 PM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Ya, ya.

draft • 4:30 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Aih, marah?

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik, Yang Berhormat. Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,188,449,400 untuk Kepala B.31 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2025 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.31 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, masalah ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.31 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2025 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.31 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

draft • 4:30 PM
Kepala B.33 [Jadual] – Kepala P.33 [Anggaran Pembangunan 2025] –

Tuan Pengerusi

Kepala Bekalan B.33 dan Kepala Pembangunan P.33 di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air terbuka untuk dibahas.

Saya dapat 19 nama-nama Ahli Yang Berhormat yang akan berbahas. Saya akan bacakan nama-nama itu. Bermula dengan Yang Berhormat Paya Besar. Diikuti dengan Rompin, Klang, Yang Serai, Tampin, Kuala Nerus, Petaling Jaya, Kubang Pasu, Baram, Tangga Batu, Keningau, Putatan, Merbok, Bayan Baru, Tuaran, Tanjong Karang, Kota Melaka, Pasir Mas dan Pulai. Setiap pembahas diberikan lima minit dan dimulakan dengan Yang Berhormat Paya Besar. Silakan.

draft • 4:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar dan Butiran 16800 – Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi.

Tan Sri Pengerusi, saya ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah meletakkan satu peruntukan yang besar bagi projek tebatan banjir Sungai Kenau. Silingnya RM120 juta dan pada November 2023 telah dianugerahkan kepada kontraktor dengan jumlah RM99 juta. Antara skop Tan Sri Pengerusi, mendalamkan sungai dan menaikkan tembok di kiri dan kanan.

draft • 4:36 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Cuma persoalan saya Tan Sri Pengerusi, adakah masalah ini akan selesai? Ini kerana projek ini secara design and build mengambil masa 36 bulan, sudah hampir 12 bulan berlalu. Cuma saya nak minta kepada pihak kementerian supaya dengan lebihan siling yang masih ada ini supaya untuk mengkaji skop baharu untuk tambahan kepada skop sedia ada.

Mendalamkan Sungai Kenau Tan Sri Pengerusi tidak cukup kerana pertembungan di antara Sungai Kenau dan Sungai Kuantan itu juga akan memberi kesan kerana stream velocity yang kuat Tan Sri Pengerusi dan channel yang lebih besar berada pada Sungai Kuantan. Jadi, sekiranya Sungai Kenau ini didalamkan sepanjang tujuh kilometer, saya bimbang ia tidak akan dapat mencapai objektif yang digariskan.

Saya nak sentuh juga Butiran 16900 – Penyelidikan dan Pembangunan. Saya nak tanya Tan Sri Pengerusi, apakah proses sedia ada yang telah diambil dan akan diambil berdasarkan penyelidikan dan pembangunan untuk membuat perancangan dan penyelesaian di atas setiap kawasan banjir? Saya difahamkan kita hanya menggunakan computer simulation untuk melihat sama ada perancangan atau design yang dibuat itu bertepatan dengan masalah, dijadikan sebagai input kepada computation ini.

Saya nak cadangkan supaya ada satu dasar dibuat dan mewajibkan supaya ia dilakukan secara prototaip di mana kita scale down-kan masalah tersebut atau design tersebut dan kemudian kita scale up kan. Kerana apa? Ini kerana cara yang paling tepat untuk kita melihat keberkesanan dalam prototaip supaya bila kita bina nanti jangan ada masalah walaupun dalam valuation management dilihat membuat prototaip ini akan meningkatkan kos. Tetapi saya bimbang kalau kita tidak buat langkah prototaip, kita juga akan meningkatkan kos sekiranya projek ini tidak dapat dicapai.

Saya nak sentuh Butiran 95000 – Non-Revenue Water (NRW) di peringkat nasional Tan Sri Pengerusi. World Bank sebutkan 32 bilion cubic meters setiap tahun kita kehilangan dan developing country lebih kurang 45 juta cubic meters pada setiap hari. Saya nak tanya, apakah strategi terbaru kerajaan untuk kita menyelesaikan NRW ini? Bagaimana kita nak mencari kemampanan penyelesaian kepada NRW untuk kita kurangkan?

draft • 4:36 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya juga nak sentuh Butiran 22000 – Rancangan Bekalan Air Negeri Pahang. Saya nak sentuh Tan Sri, Pekan Sungai Lembing, sekali lagi, Taman Tas dan Kampung Sungai Mas mesti diberi penekanan kerana terutamanya di Pekan Sungai Lembing ini kawasan pelancongan. Banyak hotel, motel dan homestay dan ada juga ketiadaan bekalan air yang stabil.

Saya nak minta Butiran 33000 – Menaik Taraf dan Membaiki Empangan Berisiko Tinggi. Saya minta pihak kementerian senaraikan apakah empangan yang sedang berisiko tinggi dan bagaimana tahap keselamatan kepada penduduk?

Saya nak sentuh Butiran 13900 Tan Sri Pengerusi, berkaitan Rancangan Kawalan dan Isyarat Bahaya Banjir. Saya lihat, saya ucapkan tahniah dan syabas kepada pihak kementerian kerana semenjak dua tahun yang lepas, kita juga telah di-update maklumat tentang – maklumat awal tentang amaran banjir. Ini satu perkara yang cukup baik kerana ia

draft • 4:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

dapat memberi persediaan kepada rakyat dalam kita menghadapi musim monsun terutamanya di kawasan-kawasan yang memang hotspot banjir.

Persoalan saya Tan Sri Pengerusi, untuk mengenal pasti isyarat banjir bukannya mudah. Kita ada pegawai-pegawai yang kod J tetapi mereka juga ada perkara yang mereka tidak mempunyai kepakaran. Saya nak cadangkan kepada pihak kementerian supaya berbincang dengan JPA untuk menggunakan Hadiah Latihan Persekutuan untuk cari pegawai-pegawai yang sanggup untuk dilatih, dibimbing bagi program-program Master dan PhD supaya mereka dapat ilmu yang lebih tinggi untuk melihat apakah teknologi dan apakah algoritma dan pendekatan yang lebih baik untuk kita mendapatkan ketepatan atas prediction isyarat banjir berasaskan pelbagai agensi yang sedia ada.

Akhirnya Pengerusi, saya nak sentuh Butiran 040300 – Subsidi Bil Elektrik, RM55 juta. Saya nak tahu kenapa ada jumlah yang sama pada tahun 2024, tahun ini dan juga pada tahun akan datang. Cumanya Tan Sri, di bawah Butiran 13900 tadi, saya faham, saya lihat kita ingin lakukan menggunakan artificial intelligence dalam kita menggunakan kaedah untuk menentukan isyarat bahayanya banjir. Cuma, saya nak tanya adakah pihak kementerian berbincang dengan pihak Kementerian Kewangan kod bidang kerana sudah pasti apabila ia melibatkan banjir, dia melibatkan civil and structure (CNS) dari segi perundingan.

Tetapi apabila melibatkan artificial intelligence, dia melibatkan perkara yang melibatkan pengkomputeran. Sudah pasti kod bidang ini akan menyukarkan untuk kita dapatkan konsultan-konsultan yang bermutu tinggi dalam untuk membuat mathematical computation terhadap input-input yang adil. Saya cadangkan supaya pihak kementerian dapat berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk menentukan kod bidang yang sesuai supaya mereka yang betul-betul layak dapat dianugerahkan dalam membuat teknologi terkini dalam kita menentukan isyarat bahaya banjir ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 4:40 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Saya jemput Rompin.

draft • 4:40 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Saya terus pergi ke Butiran 15300 – Mengorek Kuala-kuala Sungai dengan anggaran secara langsung tahun 2025, sejumlah RM319.4 juta. Soalan saya, saya ingin memohon senarai semak nama-nama sungai. Kalau ini boleh dibagi secara bertulis, Yang Berhormat Timbalan Menteri ya, yang telah, sedang dan dijangka terlibat dalam proses mendalamkan sungai kerana ini sangat penting bagi mengelakkan musibah banjir yang kerap kali berlaku ekoran sungai-sungai semakin cetek dan tidak mampu menampung air yang banyak. Juga agar aktiviti lain seperti laluan bot nelayan dan pelancong boleh melaluinya.

Saya sebutkan ini Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah saya mengambil permasalahan di kawasan Rompin berikutan Sungai Rompin yang terlalu banyak mendapan sungai yang menyebabkan sukar bagi bot-bot nelayan, terutamanya untuk keluar masuk dan ini sudah pasti menjejaskan aktiviti ekonomi tempatan seperti perikanan dan pelancongan.

draft • 4:43 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Saya tahu Yang Berhormat Timbalan Menteri, perkara ini bukan saya sahaja nak bawa.

Perkara ini dah lama dibawa oleh wakil-wakil rakyat sebelum saya. Dua orang wakil rakyat sudah bawa perkara ini tapi masih lagi – masalah ini masih lagi belum selesai. Jadi, saya mohon sangatlah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Seterusnya saya pergi kepada Butiran 22000 – Rancangan Bekalan Air Negeri Pahang dengan anggaran tahun 2025 secara langsung berjumlah RM15,900,000 dan pinjaman RM30,600,000. Soalan spesifik saya mengenai kawasan saya, apakah status terkini bekalan air di daerah Rompin? Isu seperti keperluan dan cabaran yang dihadapi dalam memastikan bekalan air mencukupi untuk penduduk Rompin.

Dua, apakah projek-projek yang telah dirancang untuk meningkatkan bekalan air di Rompin? Saya mohon maklumat berkaitan projek loji rawatan air atau infrastruktur lain yang sedang atau yang akan dilaksanakan.

Ketiganya, bagaimana Jabatan Bekalan Air Pahang merancang untuk menangani isu kualiti air di Rompin? Ini termasuk langkah-langkah pemantauan dan rawatan air.

Keempatnya, bagaimana kementerian dan Kerajaan Negeri Pahang bekerjasama dalam merancang untuk menyelesaikan masalah bekalan air menjelang tahun 2026? Ini pun saya nak bawa di kawasan saya masalah air, Kota Bahagia, Kampung Meripoh, Kampung Lubuk Batu, Kampung Tenggalong, Kampung Kota Shahbandar, Bukit Serok, kawasan Asli Bukit Serok. Masalahnya ialah kekerapan paip pecah dan kita tahulah ini disebabkan oleh penggunaan paip AC dan pemulihannya memakan masa yang lama. Manakala, di kawasan satu lagi, di Kampung Sarang Tiong, Kampung Setajam, Kampung Pianggu. Ini – gangguan bekalan air disebabkan kegagalan tangki berfungsi menyebabkan tekanan air tidak sampai.

Tan Sri Pengerusi, maklum sahajalah di kampung-kampung ini yang tinggal sahaja kebanyakan orang tua-tua. Jadi, adalah sukar bagi mereka untuk mengangkut air. Saya ucap terima kasih kepada PAIP yang telah berusaha sedaya upaya menghantar air sekiranya berlaku gangguan air. Tetapi soalnya, sampai bila? Yang Berhormat Timbalan Menteri, tarif air dah naik dah pun. Jadi, saya harap sangatlah masalah ini yang melibatkan kampung- kampung di kawasan saya ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.

Seterusnya, saya pergi Butiran 95000 – Peruntukan Non-Revenue Water (NRW) Nasional di mana sebanyak RM260.2 juta pada 2025 berbanding RM154 juta pada 2024.

Kerajaan menyasarkan untuk mengurangkan penghasilan air tidak berhasil (NRW) Kebangsaan kepada 28.8 peratus menjelang 2030 berbanding 34.6 peratus ketika ini, mengambil kira kerugian yang ditanggung akibat masalah NRW.

Soalan saya, sejauh manakah usaha kerajaan untuk meneroka kolaborasi sektor swasta, awam untuk berkongsi kepakaran teknologi dan pendanaan bagi membaiki dan mengurus sistem air seluruh negara sekali gus memastikan pengurusan bekalan air yang lebih cekap dan mampan? Terima kasih.

draft • 4:43 PM

Tuan Pengerusi

Baik terima kasih. Saya jemput Klang.

draft • 4:43 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Klang adalah antara bandar raya yang paling kerap dilanda musibah banjir di negara kita. Dengan rasa kecewa, saya ingin menyatakan di Dewan yang mulia ini bahawa walaupun dengan segala kemajuan dan sumbangan yang telah dicapai oleh bandar raya Klang, musibah banjir di Klang ini masih menjadi satu fenomena yang belum ditangani dengan penuh efficiency. Tiap-tiap kali berhujan, sekurang-kurangnya satu kawasan atau satu jalan akan dipenuhi air. Kalau hujan lama-lama, bukan sahaja banjir yang teruk tetapi akan diikuti dengan kesesakan jalan raya, kerugian harta benda, kerosakan infrastruktur dan secara keseluruhannya, memberi kesan yang sangat buruk terhadap kehidupan harian dan mata pencarian masyarakat. Apa yang paling sedih adalah kejadian ini berlaku tiap-tiap bulan di Klang dan setakat ini tiada apa-apa jalan penyelesaian yang the effective dirasai oleh masyarakat.

Susulan daripada itu, perkara pertama yang saya ingin bangkitkan adalah adakah pihak Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) mempunyai kiraan atau data berkaitan jumlah kerugian akibat banjir yang telah berlaku di bandar raya Klang? Tan Sri Pengerusi, hal ini kerana tidak guna untuk kita bersusah-payah menyediakan perbelanjaan ataupun meningkatkan peruntukan tiap-tiap tahun tanpa mengetahui nisbah kerugian akibat daripada kegagalan kita sendiri.

draft • 4:48 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Peningkatan dalam peruntukan atau pengumuman projek-projek baharu langsung tidak berguna andai kata kerugian akibat banjir juga meningkat saban tahun. Maka perspektif baharu yang perlu diadaptasi oleh pihak PETRA adalah bagaimana belanjawan ini boleh digunakan untuk mengurangkan kerugian akibat banjir pada tahun hadapan khususnya di Bandaraya Klang.

Saya merujuk kepada Bekalan 33 Butiran 030000 – Pengurusan Air dan Pembetungan. Sub Butiran 030300 – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang memperuntukkan jumlah sebanyak RM142 juta. Saya sarankan pihak kementerian untuk mengusahakan suatu sistem pengagihan dana yang adil mengikut keperluan JPS di tiap-tiap daerah. Lebih banyak kepentingan dan peruntukan perlu difokuskan kepada kawasan- kawasan yang berisiko tinggi untuk ditimpa banjir seperti Bandaraya Klang. Lebih banyak kerugian akibat banjir, lebih banyak peruntukan kementerian harus melabur untuk memastikan kejadian tersebut tidak berulang.

Hal ini kerana, tiap-tiap kali saya bermesyuarat dengan Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan dengan isu banjir, alasan yang paling lazim yang saya dengar adalah peruntukan tidak cukup atau peruntukan belum turun. Maka saya percaya solusi kepada masalah ini adalah pengagihan dana yang adil mengikut keperluan pada masa yang tepat.

Selain itu, saya juga ingin menekankan keperluan untuk kita sering berinovasi dalam usaha membendung musibah banjir ini. Saya merujuk kepada Bekalan 33 Butiran 060000 – One-off, sub Butiran 13200 – Peningkatan Inovasi dan Kemajuan Teknologi dan sub Butiran

draft • 4:50 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

16900 – Penyelidikan dan Pembangunan yang masing-masing memperuntukkan sebanyak RM8 juta dan RM19 juta.

Sehubungan itu, saya ingin minta pihak PETRA untuk menjelaskan apakah hasil daripada perbelanjaan tersebut pada tahun-tahun lepas? Apakah kita boleh harapkan pada masa depan? Apakah teknologi baharu yang berjaya dikenal pasti dan dilaksanakan dalam usaha membendung musibah banjir setakat ini? Adakah teknologi baharu sedang diusahakan untuk boleh diharapkan pada masa depan? Saya percaya semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan masyarakat di luar juga ingin tahu.

Akhirnya saya merujuk kepada Butiran yang sama 060000, sub Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir dan Saliran Bandar, sub Butiran 16800 – Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi yang berjumlah RM1.5 bilion. Saya bersama penduduk Klang memang menghargai usaha ini. Walau bagaimanapun, keluhan yang saya biasa dengar daripada rakyat adalah bahawa projek-projek RTB ini lambat di mula dan di siap.

Terdapat pelbagai RTB yang telah diumumkan khususnya di kawasan Klang. Tetapi setakat ini tiada projek yang menunjukkan kemajuan atau kesan yang ketara. Semua pembangunan RTB masih berada dalam proses permulaan dan ada juga langsung belum dimulakan. Maka, saya minta kementerian untuk senaraikan dahulu projek-projek RTB yang sedang dan akan dipinda serta jumlah yang telah dibelanjakan setakat ini.

Hasil daripada pemerhatian saya, apa yang didapati ialah bahawa pengurusan dana dan pelaksanaan projek yang bertanggungjawab adalah lebih jauh penting berbanding dengan peningkatan peruntukan atau pengumuman rancangan-rancangan tebatan banjir yang baharu.

Di negara kita pula kita mempunyai budaya salahkan Tuhan untuk kelemahan kita sendiri. Apabila kita dilanda oleh fenomena yang buruk yang sering dilabel sebagai an act of God, bukan sebagai kegagalan kita untuk menghadapi fenomena tersebut. Misalnya seperti di Bandar Bukit Raja dan juga Klang Utama, suatu projek perbandaran mega dibangunkan oleh Kumpulan Sime Darby Berhad. Kos pembangunannya tinggi maka pembeli hartanah di situ yang juga membayar harga yang sangat tinggi untuk diduduki di kawasan tersebut tetapi jika ditimpa hujan yang lebat lebih dua atau tiga jam kawasannya terus dibanjiri air.

Saya tak faham, rakyat tak faham apa sebenarnya walaupun penduduk sanggup melabur kos yang sangat tinggi, mereka masih tidak diselamatkan daripada musibah banjir.

Jika ditanya jawapan yang lazim adalah this is an act of God. Bukan Tan Sri Pengerusi, this is an of our own incompetence. Jika kerajaan meningkatkan usahanya untuk memastikan semua Pihak Berkuasa Tempatan, JPS, JKR yang merangkumi beribu-ribu penjawat awam melaksanakan tugasnya secara penuh dan melaksanakan penguatkuasaan yang ketat untuk menjamin kualiti projek perbandaran ini yang berdaya tahan, kejadian sebegini pasti tidak akan terjadi.

Kesimpulannya, harapan saya adalah terhadap PETRA pada tahun yang akan datang adalah bahawa semua rancangan yang dibuat ini dilaksanakan dengan tempat dan bukan hanya menjadi rancangan atas kertas. Sekian, terima kasih.

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Saya jemput Padang Serai.

draft • 4:50 PM

Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Merujuk kepada Butiran 40000 – Program Kecekapan Tenaga dan Tenaga Diperbaharui. Di sini saya ingin menegaskan penggunaan tenaga solar adalah satu langkah yang wajar diberikan perhatian serius untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api, fosil dan menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.

Namun, peruntukan bagi Program Kecekapan Tenaga dan Tenaga Boleh Diperbaharui pada tahun 2025 hanya meningkat kepada RM18.8 juta sahaja berbanding kepada keperluan sebenar yang lebih besar bagi mendorong pelaksanaan secara menyeluruh. Persoalannya, apakah inisiatif strategi kerajaan untuk mempermudah rakyat khususnya golongan B40 dan M40 beralih kepada penggunaan tenaga solar di kediaman masing-masing? Adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan insentif seperti rebat cukai atau subsidi pemasangan sistem solar bagi kediaman rakyat? Serta terdapatkah usaha kerajaan untuk mengurangkan kos pemasangan solar yang pada masa ini masih dikira masih mahal?

Apa yang dapat saya cadangkan kepada kerajaan adalah dengan melaksanakan insentif pemasangan solar bagi rakyat termasuk subsidi pemasangan panel solar untuk kediaman. Langkah ini mampu meningkatkan kadar penggunaan tenaga boleh diperbaharui.

Keduanya, memperkenalkan kerjasama strategik dengan syarikat tempatan untuk menghasilkan panel solar pada kos lebih rendah sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada import. Sebagai alternatif menawarkan pinjaman mudah melalui institusi kewangan bagi pemasangan sistem solar kediaman dengan bayaran balik yang fleksibel.

Selain itu, negara seperti China dan India telah menjadi peneraju dalam penggunaan tenaga solar. Mengapa Malaysia yang memiliki sumber cahaya matahari yang melimpah masih berada di kedudukan ke-35 dunia? Tidakkah ini menunjukkan kelemahan dalam dasar dalam pelaksanaan tenaga boleh diperbaharui kita.

Tan Sri Pengerusi, merujuk kepada Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir dan Saliran Bandar. Perubahan iklim ini semakin meruncing dengan kesan nyata kepada negara termasuk banjir besar, kemarau dan pencemaran sumber air. Namun, peruntukan bagi Rancangan Tebatan Banjir (RTB) untuk tahun 2025 menurun sebanyak 16.2 peratus. Satu langkah yang menimbulkan tanda tanya. Apakah rasional di sebalik pengurangan ini ketika kita semakin terdedah kepada risiko bencana alam yang lebih kerap?

Persoalannya, apakah persediaan kerajaan untuk menghadapi impak perubahan iklim terhadap sumber air negara? Bagaimanakah kerajaan memastikan penyelesaian jangka panjang seperti Pelan Induk Tebatan Banjir ini dapat diuruskan dengan berkesan? Adakah kerajaan bercadang untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas yang bekerjasama dengan

draft • 4:55 PM

Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai

kerajaan negeri bagi menyelesaikan isu projek RTB yang terbengkalai? Sejauh manakah keberhasilan pelan RTB berdasarkan kajian impak terhadap 49 induk yang telah disiapkan?

Justeru, kami mencadangkan beberapa langkah penting untuk dipertimbangkan oleh pihak kerajaan iaitu meningkatkan peningkatan peruntukan untuk penyelenggaraan dan penaiktarafan sistem saliran serta RTB terutama di kawasan berisiko tinggi. Pengurusan sumber air yang lebih baik melalui teknologi baharu seperti sistem tadahan air hujan di kawasan bandar dan pendalaman serta penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Kebangsaan untuk memastikan pelaksanaan projek RTB lebih cekap dan tindakan tegas perlu diambil terhadap kontraktor yang gagal menyiapkan projek mengikut jadual yang ditetapkan.

Terakhir Tan Sri Pengerusi ialah Butiran 95000 – Non-Revenue Water. Peningkatan peruntukan RM154 juta kepada RM260 juta. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kementerian, nyatakan peruntukan yang telah disediakan ini untuk mengurangkan NRW kepada negeri-negeri berdasarkan bajet yang disediakan. Saya juga sama seperti Rompin ingin bertanya, apakah sudah ada kerjasama antara kerajaan dan juga pihak swasta untuk mengurangkan NRW ini di semua negeri khususnya empat negeri di atas yang mengalami NRW yang sangat tinggi, Perlis, Kelantan, Kedah, Pahang. Ini negeri-negeri yang mempunyai NRW yang sangat tinggi. Kita minta penjelasan daripada pihak kementerian. Terima kasih Pengerusi.

draft • 4:55 PM

Tuan Pengerusi

Baik saya Jemput Tampin.

draft • 4:55 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tan Sri Pengerusi atas kesempatan ini.

Saya terus merujuk kepada Butiran 14500 – Menaiktaraf Infrastruktur dan Saliran Bandar, Tebatan Banjir. Pada bulan pertama fasa Monsun Timur Laut ini, kawasan Parlimen Tampin sudah pun diuji dengan keadaan banjir yang telah berlaku di dalam kawasan Gemencheh dan Gemas minggu lalu. Kita doakan juga kepada mangsa-mangsa banjir yang melanda di negeri Kelantan, Terengganu, Johor, Selangor dan lain-lain yang berlaku sekarang.

Tan Sri Pengerusi, di Tampin iaitu di Gemencheh sahaja, sebanyak 78 buah rumah telah terkesan dan dua buah PPS juga terpaksa dibuka iaitu di Gedok dan juga di Sungai Kelamah. Manakala di kawasan Gemas pula, sebanyak 34 buah rumah telah terjejas tetapi tiada PPS dibuka sepanjang kejadian banjir tersebut.

Merujuk kepada perkembangan semasa kejadian banjir di Parlimen Tampin, keadaannya jelas telah jauh berubah berbanding puluhan tahun dahulu apabila tibanya Monsun Timur Laut (MTL). Perkara ini secara tidak langsung telah menimbulkan kebimbangan dan ketegangan dalam masyarakat di Tampin.

Sehubungan dengan itu, saya juga ingin mendapatkan kepastian daripada kementerian, iaitu sejauh manakah keberkesanan tebatan banjir sedia ada di pekan Gemas

draft • 5:00 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

pada masa ini? Adakah tebatan banjir tersebut masih berupaya untuk beroperasi dengan baik dan menjalankan fungsinya bagi mengekang kejadian banjir dari terus berlaku?

Saya mohon untuk menaik taraf dan meluruskan Sungai Padu untuk mengelakkan banjir di kawasan Jelai dan juga Sungai Kelamah kerana muara Sungai Padu ini harus dilencongkan untuk mengelakkan konflik dengan Sungai Gemencheh.

Di kesempatan ini, saya ingin mengetahui, sejauh manakah projek tebatan banjir baharu di pekan Gemencheh akan dibangunkan? Saya mendapat maklum di pihak JPS bahawa pihak konsultan telah membuat bancian dan juga kaji selidik untuk tebatan banjir di pekan Gemencheh ini. Sememangnya sudah ada keperluan yang mendesak untuk perkara tersebut dilaksanakan oleh kementerian.

Tan Sri Pengerusi, Butiran 80000 – Projek Pembetungan Negara. Saya dapati peruntukan bagi pembetungan ini telah dikurangkan dengan ketara iaitu kepada RM190 juta sahaja bagi tahun depan berbanding RM540 juta pada tahun 2024. Sehubungan itu, saya ingin mengetahui, apakah rasional atau justifikasi pihak kementerian berhubung tindakan pemotongan peruntukan tersebut?

Untuk makluman kementerian, di kawasan Parlimen Tampin masih terdapat satu lagi projek sistem pembetungan yang terletak di bandar Tampin yang masih gagal untuk disiapkan sehingga hari ini. Projek yang tergendala sejak sekian lama tersebut telah mengganggu kelancaran aliran trafik, mencacatkan pemandangan setempat dan mengurangkan kebahagiaan masyarakat di Tampin. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengetahui, sejauh manakah pelaksanaan kerja-kerja pembinaan yang telah dibuat dan bilakah projek sistem pembetungan tersebut dijadualkan siap sepenuhnya?

Tan Sri Pengerusi, Butiran 95000 – Non-Revenue Water (NRW) Nasional. Saya menyokong penuh hasrat kementerian menerusi NRW ataupun program mengurangkan air tidak berhasil ini, dan saya juga difahamkan proses penggantian paip air di seluruh negara akan dilaksanakan secara berperingkat yang melibatkan 1,844 kilometer paip tua dan kritikal.

Sehubungan itu, saya ingin mengetahui sama ada program ini juga turut melibatkan paip-paip lama di kawasan tanah rancangan FELDA atau bagaimana? Hal ini kerana butiran mengenai perbelanjaan projek sistem bekalan air FELDA terdapat di bawah JPM dengan nilai peruntukan sebanyak RM50 juta bagi tahun hadapan.

Jika NRW turut melibatkan kawasan FELDA, saya berharap kementerian dapat mengutamakan paip-paip air di kawasan Felda di Gugusan Jelai, Felda Bukit Rokan Utara dan Felda Sungai Kelamah yang sering mengalami masalah air. Jika tidak, saya berharap supaya pihak kementerian dapat melakukan sesuatu dengan menjalinkan kerjasama bersama dengan JPM untuk mencari solusi terbaik berhubung masalah bekalan air bersih dan terawat di kawasan FELDA.

Tan Sri Pengerusi, Butiran 13900 – Rancangan Kawalan dan Isyarat Bahaya Banjir.

Saya dapati peruntukan bagi kawalan dan isyarat banjir juga telah mengalami pengurangan bagi tahun depan iaitu kepada RM65 juta berbanding tahun ini iaitu sebanyak RM109 juta.

Menurut data terbuka yang dikeluarkan oleh JPS, sehingga September 2023, sebanyak 5,648

draft • 5:00 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

lokasi telah dikenal pasti sebagai kawasan hotspot banjir di seluruh negara, dan sehingga Julai tahun ini, bilangan kawasan hotspot banjir yang dilaporkan oleh JPS masih tidak berganjak dan kekal sebanyak 5,648 lokasi.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mengetahui, apakah alasan kementerian untuk menurunkan peruntukan bagi rancangan kawalan dan isyarat bahaya banjir bagi tahun hadapan sedangkan lokasi hotspot banjir masih kekal pada kadar yang serupa?

Tan Sri Pengerusi, sekian sahaja daripada saya setakat ini. Saya mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 5:00 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Terima kasih. Saya jemput Kuala Nerus.

draft • 5:00 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Tan Sri Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim. Saya pergi terus di bawah Butiran 030000 – Pengurusan Air dan Pembetungan. Di sini, saya sukalah menekankan tentang isu kesan pencemaran air laut ataupun air masin ke aliran sungai yang menyebabkan gangguan kepada sumber air bersih, sumber air minum untuk kita semua. Ini sering berlaku di Terengganu, antaranya berlaku di Sungai Paka, Sungai Dungun dan juga Sungai Terengganu.

Oleh itu, saya mohon penjelasan daripada kerajaan mengenai tindakan segera yang akan diambil untuk menyelesaikan isu ini, kerana ia sangat mendesak. Kerap kali berlaku air yang diminum itu air yang payau melalui paip air yang kita terima.

Untuk makluman Tan Sri Pengerusi, pencemaran air masin ini tidak dapat dirawat.

Teknologi kita belum ada yang dapat merawat. Teknologi di loji rawatan air kita tidak dapat menawarkan air yang masin. Jadi, bila berlaku pencemaran ini, tindakan yang diambil ialah sama ada menghentikan sementara pengambilan air untuk rawatan, atau pun jikalau terambil juga, maka air yang kita minum akan jadi payau.

Untuk makluman Tan Sri Pengerusi, saya mendapat makluman bahawa antara faktor utama yang menyebabkan isu ini adalah kesan pengorekan sungai yang berleluasa untuk mengambil pasir sungai untuk buat projek-projek pembangunan. Juga, ada kaitan dengan empangan penjanaan elektrik. Oleh itu, mohon penjelasan, adakah kerajaan bercadang untuk melaksanakan kajian lapangan segera bagi menilai kesan daripada aktiviti-aktiviti ini terhadap aliran air sungai?

Selain itu, apakah bentuk tindakan penguatkuasaan yang dilakukan kerajaan dalam menangani isu ini serta tindakan perundangan yang akan dikenakan terhadap mana-mana pemaju projek yang didapati gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan? Adakah kerajaan bercadang untuk membuat satu peraturan di mana sungai-sungai perlu direhatkan untuk beberapa ketika supaya timbunan pasir akan dapat memenuhi dasarnya dan menjadi seperti asal? Kalau tidak, terus menerus dikorek, akhirnya berlakulah apa yang saya sebutkan tadi iaitu air laut akan masuk ke sungai dan mencemarkan punca air bersih kita.

draft • 5:05 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Seterusnya, saya pergi kepada Butiran 15100 – Mencegah Hakisan Pantai. Untuk makluman Tan Sri Pengerusi, di bawah butiran ini, saya ingin menarik perhatian kepada insiden di tanah perkuburan Kampung Pengkalan Maras, Kuala Nerus yang baru-baru ini mengalami runtuhan disebabkan oleh hakisan pantai. Hakisan ini telah mengakibatkan lima jenazah dihanyutkan ombak. Jadi, bukan sahaja hakisan ini mengancam orang hidup, orang mati pun terancam. Namun, tahniahlah kepada penduduk tempatan kerana segera dapat mengebumikan semula jenazah tersebut di kawasan yang lebih selamat.

Untuk makluman Tan Sri Pengerusi juga, kawasan perkuburan tersebut terletak berdekatan pantai...

draft • 5:05 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Kuala Nerus. Setiu.

draft • 5:05 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

...Ini telah lama diancam oleh― kawasan perkuburan tersebut yang terletak berdekatan dengan pantai itu telah lama diancam oleh masalah hakisan terutama sekali semasa musim tengkujuh.

draft • 5:05 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu minta laluan. Oleh sebab Pengkalan Maras ini dalam Parlimen Setiu, walaupun dia terletak dalam daerah Kuala Nerus.

Baru-baru ini, sebagaimana kata Kuala Nerus, dua hari lepas, tujuh jenazah terpaksa dipindahkan di kawasan perkuburan yang lain. Jadi, saya ingin tanya, apakah punca sebenar berlaku hakisan pantai yang teruk di sekitar Tok Jembal, di sekitar Pengkalan Maras ini?

Apakah persediaan kerajaan jika sekiranya – sebab, saya dapati bahawa hakisan ini telah melangkau ke kawasan-kawasan baharu yang luar daripada skop breakwater yang sedang dibina sekarang dengan kos RM69 juta. Sekian, terima kasih.

draft • 5:05 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Terima kasih Setiu. Sila masukkan ucapan Setiu dalam ucapan saya. Jadi oleh itu saya memohon agar projek pembinaan benteng pemecah ombak di Kampung Pengkalan Maras ini disegerakan untuk mengelakkan hakisan yang semakin teruk dan boleh menjejaskan kawasan penempatan penduduk sekitar.

Selain itu, berkenaan isu hakisan pantai ini juga saya berpendapat kerajaan perlu mengutamakan perancangan untuk meningkatkan daya tahan zon pantai yang berisiko menghadapi hakisan yang lebih teruk pada masa akan datang. Sekian, terima kasih Tan Sri Pengerusi.

draft • 5:10 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Saya jemput Petaling Jaya.

draft • 5:10 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya ingin memetik Pembangunan 33 Butiran 14500 – Menaiktaraf Infrastruktur dan Saliran Bandar, Tebatan Banjir dan juga Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir dan Saliran Bandar.

Tuan Pengerusi, dalam keadaan negara yang sedang pesat membangun dalam sektor industri dan komersial, infrastruktur dan pertanian ditambah dengan perubahan iklim yang tidak menentu maka kita sedang menghadapi arus gelombang banjir yang bukan sahaja terjadi secara semula jadi tetapi juga fenomena banjir kilat yang terhasil akibat kegopohan

draft • 5:10 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

pembangunan bandar yang tidak terancang. Yang akhirnya menanggung beban adalah rakyat dan kerajaan sendiri kerana perlu bersedia meningkatkan peruntukan untuk bencana sedangkan perkara ini dapat dikawal menerusi naik taraf infrastruktur dan kelengkapan pengaliran dan saliran, pengurusan, penyelidikan dan pelan RTB yang komprehensif dan siap tepat pada waktunya.

Menurut NADMA pada Oktober 2024, terdapat sembilan daripada 41 projek RTB di Selangor dikenal pasti sebagai projek sakit di mana projek ini tidak disiapkan dalam tempoh ditetapkan. Ini termasuklah projek di Sungai Kayu Ara dan Sungai Damansara yang sepatutnya bermula pada 23 Februari 2021 dan tamat pada 22 Disember 2024 iaitu bulan depan. Namun, apa yang sudah jadi?

Pada Belanjawan 2025, Kerajaan Negeri Selangor sahaja memperuntukkan RM34 juta bagi pengurusan pembangunan projek tebatan banjir. Saya percaya, pasti ada sinergi projek tebatan banjir antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi mengurangkan risiko banjir dan seterusnya mencapai keberkesanan yang lebih menyeluruh dalam menangani isu banjir di Selangor.

Justeru, soalan saya, apakah perincian jumlah peruntukan rancangan tebatan banjir yang disalurkan daripada Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri dan seterusnya ke daerah Petaling. Kedua, berapakah jumlah kawasan hotspot yang sering dilanda banjir kilat di kawasan Petaling Jaya, apakah nilai dan tahap kerugian yang dialami oleh kawasan tersebut dan apakah langkah drastik dan susulan bagi mengurangkan kerugian dan impak banjir tersebut di Petaling Jaya?

Tan Sri Pengerusi, pembangunan Butiran 40000 – Program Kecekapan Tenaga dan Tenaga Boleh Diperbaharui. Setakat ini, anggaran sebanyak 80 peratus tenaga elektrik dalam negara dijana menggunakan gas asli dan arang batu, diikuti oleh minyak dan hidro. Namun, seperti yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Ekonomi pada 17 November, sumber minyak mentah dan gas di Semenanjung telah berkurangan 50 peratus dalam tempoh 10 tahun ini di mana saat ini sumber hanya boleh didapati di Sabah dan Sarawak susulan penemuan terbaru.

Ini memberi kesan kepada janaan ekonomi dan agihan pendapatan negara.

Ditambah dengan harga bahan api dan arang batu yang tidak menentu, serta pelepasan gas karbon yang tinggi, apakah kita wajar mempercepatkan rentak peralihan tenaga kita melalui penggantian gas dengan tenaga suria yang lebih agresif yang dibantu oleh Battery Energy Storage System (BESS) ataupun penyimpanan hidro pam (pumped hydro storage) dengan izin.

Pada tahun 2024 tahun ini, Prof Timothy Weber bersama dengan penyelidik- penyelidik lain dari Australian National University telah mengemukakan satu kajian yang bernama Grids dominated by solar and pumped Hydro in wind-constrained sunbelt countries dengan izin.

Mereka berjaya membuktikan bahawa Malaysia mampu mencapai 100 peratus tenaga diperbaharui dengan memasang 660 gigawatt suria dengan 2,200 gigawatt hour

draft • 5:10 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

penyimpanan hydro pumped dan disokong dengan loji gas yang dijana oleh gas hidrogen untuk menguruskan tempoh permintaan kemuncak. Tidak perlu lagi tenaga gas, tidak perlu lagi arang batu, tidak perlu lagi fossil fuel. Apakah pandangan dan respons kementerian kepada kajian tersebut?

Tan Sri Pengerusi, kalau kita tidak dapat mempersiapkan grid kita untuk menerima suntikan RE maka sama ada negara kita terpaksa bergantung kepada pengimportan gas ataupun batu arang yang kosnya meningkat mendadak. Ini kerana, jika tidak, maka terpaksalah masyarakat kita berhadapan dengan kemungkinan untuk menerima tenaga nuklear.

Di Perancis, sekitar 70 peratus elektrik negara dihasilkan oleh tenaga nuklear melalui campuran tenaga. Manakala Sweden sebanyak 30 peratus, UK 20 peratus, US 15 peratus dan negara Asia seperti China, India, Jepun dan Korea juga mempunyai beberapa reaktor nuklear.

Masalahnya Tan Sri Pengerusi, rakyat kita masih sangsi dan kurang yakin dengan tenaga nuklear. Tambahan dengan kontroversi sebelum ini yang dicetuskan oleh Lynas dan peletupan yang berlaku di Fukushima, Jepun, rakyat masih mempunyai banyak salah tanggapan terhadap tenaga ataupun teknologi nuklear.

Walaupun ianya telah makin selamat digunakan dengan adanya small modular reactors (SMR). Maka persoalan saya adalah, apakah langkah ataupun hala tuju kementerian dalam berhadapan dengan dilema tenaga ini? Sekian, terima kasih.

draft • 5:10 PM

Tuan Pengerusi

Baik, saya jemput Kubang Pasu.

draft • 5:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Bajet Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air tidak banyak berubah berbanding dengan 2024. Lebih kurang sama sahaja iaitu RM4.95 bilion bagi bekalan dan pengurusan RM363 juta, manakala pembangunan RM4.59 bilion.

Bagi bekalan dan mengurus secara perubahan signifikan berbanding dengan 2024 kecuali Bekalan 050000 – Dasar Baru, Pelarasan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam.

Butiran 060000, ini “ONE-OFF”, RM9.27 juta. Ini Kepengerusian ASEAN 2025, semua kementerian ada.

Seterusnya dalam pembangunan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Bagi JPS, kebanyakan anggaran menurun kecuali Kerja-kerja Kecil JPS, Pelbagai Negeri naik daripada RM80 juta kepada RM121 juta iaitu kenaikan RM51.3 juta.

Butiran 15300 – Mengorek Kuala-kuala Sungai. Sebanyak RM319 juta telah diperuntukkan, meningkat 85 peratus. Mohon Menteri maklumkan apakah sungai-sungai yang akan dikorek.

Butiran 16800. Ini penting sangat. Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi, kenaikan 248 peratus daripada RM216 juta kepada RM755 juta. Berhubung dengan Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi ini saya mohon Yang Berhormat Menteri PETRA untuk

draft • 5:16 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

memberi pertimbangan sewajarnya kepada permintaan Kubang Pasu bagi melaksanakan RTB Sungai Temin Bata di Kubang Pasu. Hanya dalam RM220 juta sahaja, bukan terus digunakan RM220 juta, hanya dalam RM40 juta setahun.

Saya penuh yakin dan percaya, RTB Sungai Temin Bata adalah keutamaan tertinggi kerana setiap tahun waktu musim hujan September-Oktober kawasan terlibat akan mengalami banjir yang teruk di mana 20,000 penduduk terlibat dan menjejaskan lalu lintas Lebuhraya PLUS serta kawasan perindustrian di Bukit Kayu Hitam. Jika tidak dimasukkan dalam bajet kali ini pun, mintalah, tak apalah tetapi penduduk-penduduk Kubang Pasu sangat berharap agar ia dapat dimasukkan dalam RMKe-13 nanti.

Pada keseluruhannya, jumlah anggaran bagi JPS ialah RM2.7 bilion berbanding dengan RM2.45 bilion bagi tahun 2024. Ini kenaikan 15.8 peratus. Mengenai bekalan air, kenaikan daripada RM874 juta kepada RM1.06 bilion dalam Butiran 06400 sehingga 96000.

Ini termasuk pinjaman RM796 juta. Sebahagian besar daripada perbelanjaan bekalan air ialah dari pinjaman iaitu seperti saya sebutkan tadi ataupun 75 peratus dari jumlah keseluruhan.

Saya mohon Menteri untuk menyatakan dari manakah jumlah pinjaman berkenaan akan diperolehi atau adakah jumlah berkenaan adalah daripada pinjaman Kerajaan Persekutuan pada kerajaan negeri? Butiran 03400 – PPP/PFI berjumlah RM30.13 juta.

Mohon Menteri berikan pencerahan, apakah projek yang akan dilaksanakan melalui PPP/PFI ini?

draft • 5:16 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Butiran 95000 – Non-Revenue Water (NRW) Nasional, berjumlah RM260 juta, berbanding dengan tahun lalu RM1.54 juta. Pada 2024 tahun ini kenaikan 69 peratus. Mohon Menteri menyatakan di negeri manakah projek ini akan dilaksanakan serta perincikan jumlah yang terlibat dalam negeri-negeri yang berkenaan?

Sedikit pandangan daripada Kubang Pasu mengenai peruntukan untuk projek-projek NRW ini. Kerajaan sepatutnya memperuntukkan jumlah wang yang lebih besar ini kerana setiap jumlah yang dibelanjakan akan menurunkan peratus NRW ataupun air tidak terhasil yang akhirnya akan menjimat wang kerajaan dalam pembinaan loji rawatan air. Perbelanjaan untuk menurunkan NRW sebenarnya adalah pelaburan jangka panjang kerajaan. Bayangkan jika NRW 50 peratus, bererti setiap 100 liter yang diproses, kita akan hanya memperolehi 50 liter air terawat sahaja. Jika proses ini ia memproseskan 1,000 juta liter, bermakna hanya 500 juta liter sahaja yang kita dapat. Mengurangkan NRW juga bererti kita dapat mengurangkan jumlah LRA atau kapasiti LRA yang perlu dibina.

Saya mencadangkan agar kerajaan mencari satu mekanisme yang terbaik untuk melaksanakan Projek NRW ini. Salah satu kaedah mungkin dengan melibatkan syarikat swasta melalui profit sharing dari penjimatan yang dihasilkan bagi kedua-dua belah pihak kerajaan dan juga swasta. Kerajaan Persekutuan mensasarkan Malaysia mencapai NRW secara purata pada 2025, 31 peratus dan sekarang 37.1 peratus. Dengan NRW 37.1 peratus, kita kehilangan air terawat 7,000,095 juta sehari ataupun RM2 bilion setahun. Cadangan

draft • 5:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Kubang Pasu ialah kerajaan memberi keutamaan dalam menangani isu NRW kepada negeri- negeri yang NRW nya tinggi seperti Kedah - 50.7 peratus, Perlis - 64.5 peratus, Kelantan - 54.5 peratus supaya purata NRW bagi negara dapat diturunkan dengan lebih berkesan lagi.

Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 5:20 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Saya jemput Baram.

draft • 5:20 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Terima kasih Tan Sri Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk terlibat dalam bahas Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dan saya mulakan dengan Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar dan juga Butiran 16800 – Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi.

Saya mengucapkan tahniah kepada pihak kementerian kerana telah pun mencadangkan dan mudah-mudahan akan diluluskan untuk peruntukan yang bernilai RM800 lebih juta dan juga RM754 juta masing-masing untuk kedua-dua butiran tersebut. Saya ingin mengatakan di sini bahawa Sungai Baram adalah salah satu sungai yang besar dan mungkin yang kedua terpanjang di negara kita ini. Kita pun tahu bahawa Sungai Baram ini memang selalu banjir sebab di kawasan-kawasan pedalaman dan ini pun sudah menjadi masalah besar dan saya pun pernah di Dewan ini pun kita semua tahu bahawa Sungai Baram ini selalu dilanda banjir ini.

Akibat oleh kerana banjir ini Tuan Pengerusi, maka rumah panjang dan juga sekolah- sekolah, termasuk klinik-klinik ini menjadi mangsa juga oleh kerana hakisan tebing Sungai Baram ini. Oleh yang demikian, saya sudah berhubung berapa lama yang sudah dengan DID ataupun JPS di Bahagian Miri. Mereka mengatakan, mengesahkan bahawa di kawasan Baram ini terdapat beberapa buah rumah panjang. Termasuk juga sebuah sekolah di kawasan Baram yang kini terancam oleh kerana hakisan Sungai Baram ini. Oleh yang demikian, saya merayu dan saya percaya bahawa permohonan ini ataupun aduan ini telah pun disampaikan mungkin di pihak negeri, mahupun di peringkat Persekutuan bahawa permohonan untuk membuat tebatan sungai di SK Ubong Imang.

Saya baru juga pergi ke tempat ini dan saya nampak dan saya melihat bahawa Sekolah SK Ubong Imang ini mungkin akan terjatuh dalam Sungai Baram ini pada bila-bila masa. Kita harap ini tidak akan terjadi tetapi dengan intervensi dari pihak kementerian, saya percaya ini boleh dapat menyelamatkan lagi Sekolah SK Ubong Imang dan juga harta kerajaan.

Di samping itu, Kampung Long Ikang ataupun Rumah Panjang Long Ikang yang terdiri daripada hampir 100 pintu kini telah pun separuh boleh dikatakan dalam sungai dan permohonan ini untuk membuat tebatan sungai di Long Ikang ini pun telah diajukan kepada pihak kementerian ataupun melalui JPS Sarawak. Saya amat-amat mengharapkan supaya perkara-perkara yang macam ini dapat ditangani dengan segera untuk menyelamatkan harta dan supaya rakyat di rumah panjang juga apabila datangnya banjir, mereka dapatlah berfikir dengan tenang supaya ini saya rasa- inilah sebab harta ini adalah harta mereka sendiri.

draft • 5:22 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Jadi, saya mohon juga berkenaan Butiran 15400 – Rancangan Pengurusan Sungai Saliran Mesra Alam supaya pihak kementerian dapat pergi ke kawasan Baram, termasuk di Sungai Bakong, di Sungai Apoh sebab kawasan Sungai Apoh dan Sungai Bakong ini selalu banjir dan saya percaya kemungkinan ada sebab-sebab ini selalu banjir adalah oleh kerana sungai ini pun sudah ini orang kata, sudah tidak dibersihkan ataupun tidak diselenggarakan dan siltation takes place in this area, dengan izin. Saya mohon supaya kawasan Sungai Apoh, Sungai Bakong dan lain-lain sungai di Baram ini dapat dilawati untuk dipertimbangkan untuk dibersihkan untuk kebaikan semua. Dengan itu, saya ucapkan terima kasih kepada Tan Sri dan juga kementerian. Terima kasih.

draft • 5:22 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Saya jemput Tangga Batu.

draft • 5:22 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Tangga Batu ingin menyentuh Butiran 14500 – Menaiktaraf Infrastruktur dan Saliran Bandar, Tebatan Banjir.

Tuan Pengerusi, Tangga Batu ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kementerian kerana telah memberikan peruntukan untuk mengatasi masalah banjir di Melaka, termasuk tebatan banjir Krubung dalam Rolling Plan Keempat. Walaupun begitu, perhatian juga perlu diberikan ke kawasan-kawasan yang kerap mengalami banjir kilat yang juga turut merosakkan harta benda penduduk tempatan. Antaranya, Taman Perumahan Rambai Utama, Rambai Jaya, Rambai Indah, Kampung Bukit Datuk A, Kampung Bukit Datuk B yang kerap mengalami banjir kilat akibat daripada limpahan Sungai Air Hitam dan Sungai Air Salak yang menjadi anak sungai kepada Sungai Melaka yang mengalir ke laut melalui Kampung Tengah dan Kampung Pulau Gadong.

Banjir ini disebabkan oleh tiadanya flood mitigation pond, dengan izin, di kawasan sekitar dan masalah kedalaman sungai. Malah, ia akan bertambah teruk jika bertembung dengan fenomena air pasang besar. Walaupun pam air sudah dipasang di Taman Rambai Utama tetapi bila curah hujan yang tinggi melebihi 60 milimeter, ia akan menyebabkan berlakunya backflow dan pasti akan berlaku banjir.

draft • 5:28 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Tangga Batu, Masjid Tanah.

draft • 5:28 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Ya, silakan.

draft • 5:28 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Tuan Yang Berhormat Pengerusi, Masjid Tanah pun adalah mangsa banjir dan baru-baru ini, hari Sabtu hari itu pun ada banjir berlaku, ada tiga kali naik. Dalam setahun empat kali naik- dalam setahun. Saya juga hendak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri kerana telah turun ke Masjid Tanah dua minggu lalu dan mengumumkan peruntukan sebanyak RM6 juta untuk bantu kawasan banjir sekitar dan juga Pekan Masjid Tanah.

draft • 5:28 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Walau bagaimanapun, saya nak merakamkan perasaan kekecewaan saya terhadap Pengarah JPS Melaka yang mana dia janji nak buat perjumpaan dan juga sesi libat urus bersama dengan penduduk di kawasan Masjid Tanah tetapi tidak dilakukan. Dia janji nak buat bulan September tetapi ini dah nak masuk bulan Disember. So, macam mana? Ini Pengarah JPS yang kita terpaksa berhadapan ini, di Melaka. So, macam mana pandangan Tangga Batu? Terima kasih.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 5:30 PM

Jawatankuasa] Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Ya, Tangga Batu setuju.

Masukkan dalam ucapan saya. Baik, secara matematiknya, isi padu hujan yang turun pada 77.5mm hari Jumaat yang lalu merekodkan isi padu hujan sebanyak 775,000 liter sehektar.

Jadi kalau kawasan itu 100 hektar, bayangkanlah berapa juta liter yang ada. Oleh itu, Tangga Batu mencadangkan supaya JPS dapat memasang water pump di water gate Pulau Gadong bagi mengurangkan kesan banjir kilat sewaktu bertembung dengan air pasang.

Seterusnya Tangga Batu ingin menyentuh Butiran 15000 – Kerja-kerja kecil JPS, Pelbagai Negeri berjumlah RM121 juta. Tuan Pengerusi, Tangga Batu ingin tahu sejauh manakah kemajuan kerja-kerja penstabilan tebing parit Bukit Berlian. Tangga Batu dimaklumkan bahawa ada peruntukan sebanyak RM45,000 telah diluluskan. Kerja-kerja ini sepatutnya siap pada 6 November yang lalu. Tangga Batu juga ingin tahu, sejauh manakah kemajuan kerja-kerja menaik taraf pembetungan di kekotak di Jalan Damai, Paya Rumput.

Sebanyak RM45,000 peruntukan yang telah diperuntukkan dalam Rolling Plan Ke-4. Hal yang demikian juga amat penting kerana laluan keluar orang kampung bergantung pada jalan ini.

Seterusnya Tangga Batu ingin menyentuh Butiran 15100 – Mencegah Hakisan Pantai sebanyak RM248 juta. Tuan Pengerusi, Pantai Puteri merupakan pantai yang menjadi tumpuan masyarakat untuk beriadah dan mencari rezeki bagi penduduk tempatan. Hakisan pantai di Pantai Puteri semakin hari semakin membimbangkan. Kejadian yang terbaru yang berlaku pada bulan Julai yang lalu telah meranapkan beberapa buah premis dan gerai perniagaan yang dimiliki oleh penduduk tempatan dan kemudahan awam di sekitar pantai ini.

Tangga Batu telah menulis surat dan membuat laporan terus kepada kementerian dan kami dimaklumkan bahawa sebanyak RM30 juta telah diperuntukkan untuk membaik pulih hakisan pantai di Pantai Puteri. Tangga Batu memohon Menteri memberikan penjelasan penuh tentang garis masa projek pengawalan hakisan pantai di Pantai Puteri dan berharap kerja-kerja ini dapat dilaksanakan, diselesaikan secepat mungkin dan tidak ditangguhkan lagi keutamaannya. Hal yang demikian kerana ianya berkaitan dengan penyusunan penjaja- penjaja kecil di sepanjang pantai Pantai Puteri.

draft • 5:30 PM

Jawatankuasa] Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Yang terakhir, Tangga Batu ingin menyentuh Butiran 15300 – Mengorek Kuala-kuala Sungai yang berjumlah RM319 juta. Tuan Pengerusi, kesan daripada penambakan laut dan perubahan aliran arus laut menyebabkan muara Sungai Lereh sering mengalami mendapan pasir dan lumpur hingga menjadi dangkal. Ini menyulitkan para nelayan yang ingin ke laut, masuk ke laut dan pulang terpaksa menunggu sehingga air pasang.

Tangga Batu pernah membangkitkan isu mengorek muara Sungai Lereh ini di dalam Kamar Khas pada sesi yang lalu. Tangga Batu merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan ataupun pihak JPS yang telah membersihkan dan mencuci Sungai Lereh di sekitar Kampung Pengkalan Lanjut tetapi malangnya muara Sungai Lereh ini tidak dicuci dan tidak didalamkan dan tidak dibuang mendapan pasir yang hari ini menyukarkan keluar masuk nelayan ke kawasan ini.

Oleh itu, Tangga Batu meminta jasa baik Kementerian PETRA untuk memberikan peruntukan bagi menyelesaikan masalah nelayan yang berkaitan dengan muara Sungai Lereh dalam Bajet 2025 ini. Sekian, terima kasih.

draft • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Saya jemput Yang Berhormat Keningau.

draft • 5:30 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Terima kasih Puan Speaker. Saya terus kepada Butiran 16700 di mana peruntukan RM887 juta telah diberikan untuk tebatan banjir dan juga Butiran 16800 di mana peruntukan RM754 juta telah diperuntukkan untuk projek tebatan banjir. Saya nak tanya, daripada peruntukan-peruntukan ini, berapakah telah diperuntukkan untuk Tebatan Banjir Sungai Moyog di Penampang dan juga Sungai Tawau di Tawau. Ini sebab kedua-dua projek ini adalah projek sambungan tebatan banjir yang telah disiapkan separuhnya dan sambungan itu penting diteruskan supaya kerja-kerja yang telah disiapkan itu tidak terjejas dan kos-kos untuk projek itu akan tidak meningkat.

Puan Speaker, di Kota Kinabalu, kerajaan perlu meluluskan pembinaan Likas Barrage di muara tiga sungai iaitu Sungai Darau, Sungai Inanam dan Sungai Likas dengan mengambil kira impak projek-projek berkaitan yang telah dan sedang dilaksanakan di sungai- sungai tersebut iaitu Projek Tebatan Banjir Likas dan projek menaik taraf infrastruktur mekanikal dan elektrikal di Rumah Pam Likas agar usaha menyelesaikan masalah banjir di kawasan tersebut dan persekitarannya dapat dicapai dengan sepenuhnya.

Puan Speaker, keperluan keseluruhan projek tebatan banjir dan pemuliharaan sungai di Sabah berjumlah RM3 bilion. Saya hanya memohon untuk 2025, dana RM898 juta untuk tebatan banjir dan RM101 juta untuk pemuliharaan sungai yang berkeutamaan, termasuklah beberapa sungai di kawasan saya iaitu Sungai Pegalan, RM32 juta, Sungai Padas, Beaufort, RM20 juta, projek kestabilan tebing Sungai Pegalan di Melalap, Tenom dan projek pemuliharaan Sungai Bayayo di Bingkor. Saya akan juga menghantarkan senarai- senarai yang lebih terperinci kepada kementerian.

draft • 5:34 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Puan Speaker, dalam Butiran 15200 di muka surat 353, RM118.35 juta telah diperuntukkan untuk Memperbaiki, Mengindah, Membersih dan Merawat Air Sungai dan Infrastruktur MASMA. Butiran 16300, RM319 juta, Mengorek Kuala-kuala Sungai. Saya ingin bertanya, daripada peruntukan ini, berapakah yang diperuntukkan untuk keperluan di Sabah?

Sekian terima kasih dan saya mohon menyokong.

draft • 5:34 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Keningau. Saya jemput Yang Berhormat Putatan.

draft • 5:34 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 5:38 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pengerusi.

draft • 5:38 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Puan Pengerusi. Saya mulakan perbahasan saya pada petang ini dengan menyentuh Butiran 28000 – Rancangan Bekalan Air Sabah. Saya merujuk kepada dapatan Laporan Ketua Audit Negara Siri 2/2024 berkenaan pencapaian liputan bekalan air terawat setakat tahun 2022. Laporan tersebut secara pecahannya mendedahkan bahawa hanya 61 peratus bekalan air terawat dibekalkan di kawasan luar bandar Sabah berbanding kawasan bandar Sabah yang menikmati 100 peratus bekalan air terawat.

Seperti yang dinyatakan sebagai pendapat Audit dalam laporan tersebut, jurang ketara antara bekalan air terawat di negeri Sabah dengan negeri-negeri di Semenanjung adalah disebabkan masalah kekurangan fasiliti agihan bekalan air. Pendapat Audit tersebut seharusnya dijadikan sebagai pedoman penting kepada PETRA untuk menumpukan pembangunan baharu serta pembangunan semula loji rawatan air yang berteknologi terkini serta berkapasiti tinggi di setiap kawasan luar bandar Sabah yang telah dikenal pasti berdepan dengan masalah capaian bekalan air terawat.

Usaha sama erat antara PETRA dengan Jabatan Air Negeri Sabah dalam menyelesaikan masalah bekalan air terawat perlu seiring dengan saiz peruntukan kewangan yang signifikan khususnya bagi melaksanakan penstrukturan semula fasiliti loji rawatan air mengikut spesifikasi yang bersandarkan kepada unjuran permintaan bekalan air terawat.

draft • 5:38 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri, unjuran permintaan terhadap bekalan air terawat di negeri Sabah pada tahun 2030 ialah 1,974 juta liter sehari. Justeru bermula pada tahun 2025, PETRA serta Jabatan Air Negeri Sabah perlu menggalas tanggungjawab untuk memastikan agar kapasiti bekalan air terawat di kawasan luar bandar Sabah dapat ditingkatkan secara progresif. Matlamat tersebut hanya akan dapat dicapai sekiranya setiap loji rawatan air dilengkapi dengan keupayaan rawatan air yang setara.

Sehubungan dengan itu teknologi rawatan enap cemar atau sisa buangan berjadual perlu dijadikan sebagai pematuhan dalam proses pembangunan atau pembaikan semula loji rawatan air. Di negeri Sabah setakat 31 Disember 2022, hanya 31 daripada 85 loji rawatan

draft • 5:40 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

air yang dilengkapi dengan kemudahan rawatan enap cemar. Ketiadaan kemudahan rawatan enap cemar boleh mengundang implikasi negatif kepada alam sekitar kerana proses pembuangan enap cemar terpaksa dibuat secara terus ke dalam saliran sepertimana yang telah dikenal pasti berlaku di residual lagoon Loji Rawatan Moyog Sabah.

Berpandukan kepada kepatuhan Kerajaan Negeri Selangor dalam menyediakan fasiliti rawatan enap cemar di kesemua loji rawatan air, saya harap PETRA dapat mengkhususkan peruntukan yang sewajarnya bagi membolehkan Jabatan Air Negeri Sabah dapat melaksanakan koordinasi pembaikan semula loji rawatan air bermula pada tahun hadapan.

Seterusnya saya ingin menyentuh Butiran 40000 – Program Kecekapan Tenaga dan Tenaga Diperbaharui. Menerusi peruntukan bagi maksud butiran ini, saya berpendirian bahawa PETRA menerusi dukungan pelan hala tuju peralihan tenaga perlu mewujudkan pelbagai bentuk inisiatif baharu yang berbentuk sokongan kepada rakyat kebanyakan untuk memanfaatkan tenaga boleh baru. Perwujudan inisiatif galakan yang berorientasikan Solar for All mampu meningkatkan lagi penyertaan rakyat pelbagai segmen pendapatan untuk melakukan pemasangan panel solar di rumah mereka, terutamanya di negeri Sabah.

Untuk menjayakan agenda peralihan tenaga secara progresif sejajar dengan aspirasi Sifar Karbon menjelang tahun 2050, PETRA sewajarnya merangka pelan tindakan yang relevan dengan keperluan tenaga harian domestik khususnya di kawasan-kawasan yang kerap mengalami masalah catuan bekalan elektrik di negeri Sabah. Berbaki 25 tahun lagi, PETRA seharusnya menjadikan tahun 2025 sebagai tahun terbaik untuk memacu fasa peralihan tenaga boleh diperbaharuhi dengan mewujudkan insentif-insentif pro-marhaen.

Maksudnya penggunaan tenaga solar tidak hanya eksklusif kepada golongan rakyat dalam kelas pendapatan tertentu, tetapi perlu inklusif kepada rakyat yang selama ini hanya menikmati bekalan elektrik secara tidak menentu.

Secara prinsipnya saya menyambut baik pelaksanaan inisiatif Solar For Rakyat Incentive Scheme, pemberian rebat di bawah program Net Energy Metering yang menetapkan kadar RM1,000 per kilowatt sehingga maksimum RM4,000 kepada pengguna baru merupakan satu langkah terbaik untuk memperluaskan capaian kepada tenaga solar bagi pengguna domestik.

Berhubung dengan perihal tersebut, saya ingin membangkitkan tiga persoalan untuk perhatian Yang Berhormat Menteri dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertama, berapakah jumlah pemohon rebat net energy metering atau singkatannya (NEM) dari kalangan rakyat Sabah setakat 31 Oktober 2024?

Kedua, apakah bentuk penilaian khusus yang telah dibuat oleh TNB melalui Sabah Electricity untuk memuktamadkan kelulusan akhir bagi satu-satu permohonan rebat NEM?

Sejauh manakah penilaian tersebut benar-benar mengutamakan pengguna Sabah Electricity dan pemohon net energy metering rakyat dari kalangan isi rumah atau individu yang berpendapatan rendah.

draft • 5:40 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Ketiga, apakah bentuk galakan-galakan baru yang akan dilaksanakan bermula tahun 2025 yang boleh dijadikan sebagai kesinambungan kepada pemberi rebat NEM Rakyat yang hanya diberikan sekali sahaja? Bagaimanakah galakan baru tersebut dapat merangkum rakyat Sabah dalam segmen pendapatan B40 dan ke bawah untuk turut bergelar pengguna tenaga solar tanpa melibatkan sebarang bentuk perbelanjaan berterusan? Saya menyokong.

draft • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Saya menjemput Yang Berhormat Merbok.

draft • 5:40 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. B.030000 – Pengurusan Air dan Pembetungan, 030200 – Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP). Apakah pendekatan terbaru PETRA menerusi Institut Penyelidikan Air Malaysia (NAHRIM) dari sudut penambahbaikan ekosistem sektor air serta pengurusan sumber air yang mampan termasuk penyelidikan sumber air alternatif, permodelan bekalan dan perkhidmatan air serta pengintegrasian teknologi canggih di samping pengukuhan infrastruktur yang sedia ada?

Apakah perancangan kerajaan untuk merealisasikan potensi instrumen kewangan sosial seperti inisiatif wakaf air dengan kerjasama rentas agensi sebagai usaha merealisasikan agenda ketahanan iklim negara untuk mengumpul dana wakaf bagi pembiayaan projek berkaitan perkhidmatan air berskala kecil serta penyelenggaraan paip air.

Seterusnya P.15100 peruntukan bagi Mencegah Hakisan Pantai. Sebanyak RM248 juta diperuntukkan pada tahun 2025, mengambil kira masalah hakisan pantai yang semakin membimbangkan di mana kerajaan diunjurkan berbelanja sehingga RM1 trilion untuk mengatasi masalah ini menjelang 2050.

Justeru itu, sejauh manakah pembangunan sistem pemetaan bersepadu bagi mengenal pasti projek kawalan hakisan pantai dan pemantauan muara di seluruh negara yang berhadapan dengan masalah hakisan serius, terutamanya ketika musim tengkujuh.

Sejauh manakah gerak kerja membaiki struktur muara sungai dan pembinaan pemecah ombak telah membantu menyelesaikan masalah penduduk kawasan perkampungan di tebing muara sungai dan pada masa yang sama melindungi bot-bot nelayan daripada muara yang cetek?

Baru-baru ini Kerajaan Negeri Kedah telah memperuntukkan sebanyak RM200,000 bagi membina benteng penahan ombak di pesisiran pantai Kampung Huma di sini bagi mengurangkan kesan hakisan pantai serta banjir kilat. Pada 20 Ogos yang lalu, fenomena kejadian air pasang besar dan ribut telah memaksa seramai 84 penduduk daripada 24 buah rumah dan keluarga telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Pial. Benteng sementara sepanjang 500 meter itu telah dibina di kawasan kritikal berdekatan dengan rumah penduduk.

Sebelum ini, Kerajaan Persekutuan juga telah meluluskan bajet sebanyak RM17.5 juta untuk projek ini. Saya dimaklumkan, tendernya hanya dijadualkan pada awal tahun

draft • 5:25 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

hadapan dan saya memohon kepada pihak kementerian, kalau boleh kita mempercepatkan pembinaannya supaya masalah ini dapat diselesaikan segera agar air laut tidak masuk ke rumah dan merosakkan harta benda penduduk di situ.

Selain di Parlimen Merbok, fenomena air pasang besar turut melanda beberapa kawasan di Pantai Murni dan Kuala Sala di Parlimen Jerai serta di sepanjang pantai di Parlimen Kuala Kedah. Apakah status terkini Projek Pelaksanaan Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI) yang mengambil kira implikasinya terhadap ekosistem marin Pulau Pinang serta komuniti nelayan yang terkesan akibat PSI.

Seterusnya P.13500, peruntukan bagi Pemulihan Empangan. Apakah langkah proaktif kementerian untuk meningkatkan kesiapsagaan empangan di seluruh negara dalam menghadapi sebarang risiko yang boleh mendatangkan masalah sumber air kepada loji rawatan air dan kawasan sekitarnya jika berlaku kegagalan fungsi empangan atas faktor cuaca? Sejauh manakah tahap pembangunan Takungan Air Pinggir Sungai (TAPS) sebagai kolam takungan dan sempadan air bagi tujuan bekalan air di seluruh negara? Adakah kementerian bercadang membina TAPS di Sungai Muda untuk meningkatkan simpanan air musim kemarau bagi kegunaan loji-loji air yang terletak di sepanjang Sungai Muda?

Seterusnya P.15300 – Mengorek Kuala-kuala Sungai. Apakah kriteria pemilihan kuala-kuala sungai yang akan dilibatkan dalam projek ini? Adakah kerajaan bercadang untuk mengorek Kuala Sungai Merbok di kawasan Tanjung Dawai yang semakin cetek sekarang akibat daripada masalah kelodakan mendapan yang telah sekian lama berlaku? Apakah langkah mitigasi yang diambil untuk mengurangkan impak alam sekitar apabila menjalankan kerja-kerja mengorek?

draft • 5:25 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Merbok, Sik mahu sedikit pandangan Yang Berhormat Merbok. Ketika disebut tadi sumber air termasuklah pengurusan empangan. Yang Berhormat Merbok mungkin kita bersetuju supaya kementerian lebih serius menjadi penimbang tara tuntutan Kedah kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk sama-sama berkongsi, maknanya kos ataupun kalau disebut pampasan ataupun imbuhan kepada kerajaan negeri yang telah mengorbankan pembangunan di Ulu Muda sebagai sumber air untuk seluruh negeri di utara itu. Terima kasih.

draft • 5:25 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Saya sangat bersetuju dengan kenyataan daripada Sik dan saya mintakan itu dimasukkan dalam ucapan saya.

Seterusnya, yang terakhir iaitu P.33, Butiran 040300 – Peruntukan Bagi Subsidi Bil Elektrik di bawah program khusus sebanyak RM55 juta pada tahun 2025. Apakah pelan kerajaan setelah tamat tempoh tiada kenaikan tarif elektrik kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung melalui pelaksanaan kadar pelepasan kos tidak seimbang (ICPT) pada Disember ini? Bagaimanakah kerajaan memastikan supaya pengelasan T15 kelak akan menjamin penstrukturan subsidi lebih adil untuk memastikan setiap pengguna akan layak menerima rebat bil elektrik? Sekian, terima kasih.

draft • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Saya jemput Yang Berhormat Bayan Baru.

draft • 5:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya ingin terus masuk ke dalam Butiran 030200 – Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP). Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini tentang satu projek di kawasan Bayan Baru yang bernama Loji Rawatan Kumbahan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan di Bayan Baru, Pulau Pinang Fasa 2.

Saya ingin menarik perhatian kerana projek ini dia telah mendapat 10 extension of time (EoT). Ini adalah dalam satu rekod di mana EoT biasanya kasi sekali, dua kali, mungkin kerana projek itu bermasalah. Tetapi untuk projek ini, dia dapat 10 EoT. Daripada pilihan raya, sebelum pilihan raya 2013 sampai sudah bermula projek iaitu projek bermula 30 September 2015. Tetapi projek telah di-award sebelum pilihan raya 2013 sampai EoT, pilihan raya 2018, pilihan raya 2022, sampai sekarang belum selesai lagi.

EoT yang paling dahsyat sekali adalah sebanyak 571 hari. Projek ini ada dua pakej.

Satu pakej adalah paip pembetungan. Satu adalah loji rawatan kumbahan. Tetapi, yang sangat mengejutkan saya adalah apabila projek ini dua-dua dilaksanakan, dia tidak ada the last connection, last mile connection antara network pembetungan kepada loji rawatan kumbahan. Dia ada missing link. Jadi, ini adalah satu kegagalan. Saya rasa pihak yang bertanggungjawab untuk projek ini harus diambil tindakan kerana negligence oleh sesuatu projek yang begitu besar, yang berbelanja beratus-ratus juta ringgit. Tetapi, ada negligence sehinggakan ada missing link dan sehingga sekarang terpaksa buat 10 kali EoT untuk menyelesaikan masalah tersebut. Of course, EoT ada untuk – to be fair, EoT ada banyak masalah lain. Contohnya, COVID-19, contohnya jumpa batu, jumpa macam-macam underground. Jadi, ini dan juga what we call utilities. Walau bagaimanapun, saya rasa perancangan untuk projek harus lebih ditelitikan.

Projek ini telah mendapat perhatian daripada Ketua Audit Negara yang menegur JPP tentang dalam Laporan Pengurusan Air Negara. Ini bukan hanya satu kes sahaja tetapi di bawah laporan audit ada banyak kes lagi. This is only one. Ada banyak lagi. Jadi, saya rasa kementerian harus jawab dengan lebih teliti bagaimana boleh memastikan bahawa pada masa depan tidak ada negligence, kelalaian yang berlaku kepada projek-projek akan datang.

Seterusnya, saya hendak masuk Butiran 13900 – Rancangan Kawalan dan Isyarat Bahaya Banjir. Saya ingin menumpukan kepada Projek Ramalan Air Amaran Banjir Negara

(PRAB). Saya – dalam Laporan Ketua Audit Negara juga telah highlight beberapa kelemahan.

Antaranya, kelemahan dan pengurusan projek PRAB telah menyebabkan kelewatan kerja di lembangan Sungai Kelantan dan Terengganu selama 1,829 hari dan di Sungai Pahang, 1,836 hari. Ini juga problem-nya adalah kelemahanlah, peng-implementation projek.

Kedua adalah PRAB Fasa 2, RM385 juta, naik kepada RM522 juta. Cost overrun.

draft • 5:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ketiga adalah hit yang rendah. Maksudnya, projek objektifnya adalah identify masalah banjir sebelum banjir berlaku tetapi objektif tidak tercapai. Hanya lima peratus success rate. Jadi, ini adalah projek yang berbelanja, jumlahnya Fasa 1, 2, 3 adalah lebih daripada RM1 bilion. Tetapi apa yang rakyat kita telah habiskan duit itu, tetapi dia punya keberkesanannya itu sangat rendah.

Jadi, saya ingin minta kementerian tolong kaji balik. Walaupun program, projek objektif bagus, tetapi adakah lebih baik kalau kita pakai duit RM1 bilion ini untuk projek tebatan banjir yang betul-betul boleh menyelesaikan masalah banjir, bukan ramalan sahaja.

Ramalan itu, ramalan yang rendah, tidak berkesan. Tetapi guna duit RM1 bilion itu untuk projek tebatan banjir. Ini cadangan saya kepada kerajaan. Terima kasih Pengerusi.

draft • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Saya jemput Yang Berhormat Tuaran.

draft • 5:50 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Puan Pengerusi kerana memberi peluang kepada Tuaran membahaskan Bajet 2025 Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) di peringkat jawatankuasa.

Tuaran mulakan perbahasan bagi maksud Pembangunan 33 Butiran 41000 – Bekalan Elektrik Sabah dan seterusnya bagi maksud Bekalan 33 Butiran 020000 – Pembangunan Tenaga.

Puan Pengerusi, umum sudah tahu bahawa pada tahun 2021, Kerajaan Persekutuan telah melupuskan hutang FELDA sebanyak RM8.3 bilion. Saya ulangi RM8.3 bilion secara bersyarat iaitu melibatkan lebih 70 peratus hutang peneroka FELDA yang memberi manfaat seramai 112,635 peneroka. Kita berterima kasih kepada pihak kerajaan di atas langkah menyelamatkan peneroka daripada keberhutangan.

Dengan niat yang sama, Tuaran mencadangkan supaya kerajaan juga melupuskan hutang Sabah Electricity sebanyak RM2.6 bilion dengan serta-merta yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat Sabah iaitu empat juta penduduk Sabah, melibatkan 700 pemegang meter serta melibatkan juga lebih 100 meter kerajaan. Setelah pinjaman ini dihalalkan, maka aliran tunai Sabah Electricity akan bertambah kukuh malah kita tidak ada hutang lagi.

Antara justifikasi lain tentang cadangan ini ialah pertamanya walaupun hal bekalan elektrik ini terletak di bawah Persekutuan sepertimana termaktub dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Tetapi, selama 21 tahun iaitu bermula pada 1963 hinggalah 1988, Kerajaan Sabah sendiri telah membiayai perbelanjaan hal ehwal bekalan elektrik di Sabah iaitu menggunakan duit Kerajaan Sabah sendiri.

Walaupun Kerajaan Persekutuan mengambil alih urus tadbir hal ehwal bekalan elektrik di Sabah selama 14 tahun iaitu bermula tahun 1984 hingga 1998 tetapi Kerajaan Persekutuan tidak pun membina apa-apa grid di Sabah. Semua pekan dan juga bandar di Sabah menggunakan genset selama itu kecuali hidro Tenom Pangi. Itu pun dibina oleh Kerajaan Sabah yang telah selesai pada sebelum diserahkan kepada Persekutuan pada

draft • 5:56 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

  1. Hanya selepas apabila Lembaga Elektrik Sabah itu diswastakan pada 1998, grid mula dibina pada Tuaran hingga ke Kudat.

Selepas itu, Sabah Electricity terpaksa meminjam daripada Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan untuk membina grid yang menyambung semua pekan-pekan dan bandar di Sabah. Malah, sehingga pada hari ini, pekan Telupid, Daerah Telupid masih lagi tidak disambung grid. Oleh sebab itu, saya mohon sekali lagi supaya PETRA meminta pihak Kementerian Kewangan supaya melupuskan hutang itu, RM2.23 bilion itu, supaya ini akan memperbaiki aliran tunai SESB.

draft • 5:56 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Seterusnya, dalam hal ini juga sepertimana dinyatakan rakan saya Yang Berhormat Putatan sebentar tadi, Sabah komited untuk melaksanakan dasar peralihan tenaga negara iaitu setibanya 2050, negara kita mencapai zero carbon emissions. Jadi, kita hanya ada 26 tahun lagi untuk mencapai net zero itu. Oleh sebab itu, seluruh front plan dalam industri tenaga perlu perubahan mindset, perlu perubahan hard set malah perubahan-perubahan soul set seluruh jiwa raga kita.

Sebab itulah atas komitmen tersebut Sabah Electricity yang telah melancarkan penjenamaan semula baru-baru ini bukan bertujuan untuk siap sendiri mendapatkan satu jenama yang baru tetap seperti yang didakwa beberapa pihak termasuk beberapa ADUN di Sabah. Tetapi sebaliknya ia adalah bertujuan untuk memulakan satu perubahan minda. Kita perlu perubahan minda untuk beralih tenaga sehinggakan kita berjaya untuk sampai ke net zero. Seterusnya, saya juga mengambil peluang ini sekali lagi meminta supaya Kerajaan Persekutuan meluluskan subsidi elektrik tambahan yang telah dipohon oleh Kerajaan Sabah iaitu ada yang RM284 juta sebelum Krismas ini dan RM278 juta pada bulan Januari 2025 untuk mengelakkan black new year bagi negeri Sabah.

Seterusnya, bekalan pembangunan 33...

draft • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung. Masa sudah tamat.

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Okey. Terakhir ini pendek saja.

Ini berkenaan dengan Butiran 28000 – Rancangan Bekalan Air Sabah. Saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menyatakan ataupun memberikan senarai projek-projek yang telah dibiayai oleh RM300 juta pinjaman yang dipinjam daripada Kerajaan Persekutuan. Kalau tidak dapat disebut satu persatu dalam penggulungan nanti, mohon supaya dihantar secara bertulis.

Yang terakhir, ini terakhir Puan Pengerusi, iaitu ini hal berkenaan dengan hal ehwal Sabah dan Sarawak. Sebab semasa dibangkit di peringkat Jabatan Perdana Menteri, tidak ada Menteri atau Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri yang boleh menjawab ini sebab semua pun menunggu Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.

Jadi, pertanyaan saya di sini barangkali Yang Berhormat Timbalan Menteri bertanya pada Menteri, bilakah kita boleh sebut ini? Siapakah Menteri yang akan menjawab ini?

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Seperti hari ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak ada di sini, Timbalan Menteri yang menjawab, bilakah mahu dijawab hal ehwal Sabah ini? Apakah sebenarnya dasar Kerajaan MADANI tentang bahagian hal ehwal Sabah dan Sarawak ini? Di manakah sudah kedudukannya? Dahulu ada Menteri menjaganya, hari ini kita tak tentu mana satu Menteri dan bila kita perlu sebut. Jadi, saya mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Saya jemput Yang Berhormat Tanjong Karang.

draft • 6:00 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis. Tanjong Karang terus kepada Butiran 16800 – Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi yang berjumlah RM754.979 juta ketimbang Belanjawan 2024 yang berjumlah RM216.6397 juta.

Kita lihat di sini pertambahan belanjawan yang begitu ketara iaitu berjumlah RM538.3393 juta. Bagi projek RTB ini adalah menggambarkan keprihatinan dan kebertanggungjawaban yang tinggi Kerajaan MADANI itu sendiri dalam usaha untuk mengatasi masalah banjir yang sering menghantui kehidupan rakyat yang kita dengar banyak kawasan yang mengadukan masalah yang sama.

Tanjong Karang ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah belanjawan ini sudah termasuk dengan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Tengi, Tanjong Karang yang bernilai RM51 juta? Kalau belum termasuk dalam belanjawan ini, Tanjong Karang memohon jasa baik, ihsan dan pertimbangan wajar Yang Berhormat Menteri untuk memberikan keutamaan kepada Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Tengi ini kerana ianya sangat penting bagi penduduk sekitar termasuk Pekan Tanjong Karang itu sendiri di atas masalah banjir yang terlalu kerap dan sering berulang-ulang.

Tanjong Karang amat menginsafi kedudukan Tanjong Karang itu sendiri yang terhimpit di antara jelapang padi dan Laut Selat Melaka yang dihubungi dari Ban Canal oleh Sungai Tengi ke lautan. Jadi kawasan muka buminya agak rendah secara semula jadi. Maka, bila air pasang akan berlaku banjir dan bila hujan juga berlaku banjir, bila hujan sewaktu air pasang banjir akan bertambah teruk. Malah, apabila hujan lebat di Hulu Selangor tanpa ada setitik hujan di Tanjong Karang tetapi anehnya Tanjong Karang tetap mengalami banjir.

Sekali lagi Tanjong Karang merayu untuk Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Tengi yang bernilai RM51 juta ini dapat diberikan keutamaan dan dimasukkan ke dalam Belanjawan 2025 atau sekurang-kurangnya untuk Rancangan Malaysia Yang Ke-13 dalam Rolling Plan yang pertama.

Tuan Pengerusi, seterusnya Tanjong Karang ingin menyinggung Butiran 15100- Mencegah Hakisan Pantai yang berjumlah RM248.030 juta. Hakisan pantai dan banjir air laut juga sering mengancam rakyat Tanjong Karang apabila benteng ombak di Pantai Sungai Kajang yang berstatus sementara akan pecah dan runtuh hampir setiap tahun apabila berlaku

draft • 6:03 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

air pasang besar dan ianya mengancam 247 penduduk di Kampung Baru Lembah Pantai, Sungai Kajang.

Saya difahamkan baru-baru ini kerja-kerja menaik taraf yang bernilai RM4.6 juta sedang dilakukan. Tetapi penduduk merasa amat kecewa dengan sikap dan komitmen kontraktor ini yang tidak prihatin dalam persediaan menghadapi air pasang besar pada 17, 18 dan 19 Oktober lalu. Dengan membuat kerja sambil lewa dan akibatnya benteng ini tidak mampu mencegah kebanjiran sehingga lebih 100 penduduk terpaksa berpindah ke PPS.

Ketimbang, kebimbangan ini berterusan menjelang air pasang besar pada bulan Disember nanti dan pihak kontraktor yang dilantik seolah-olah tidak bersedia semaksimum mungkin dan tidak peka akan kebimbangan rakyat ini.

Jadi, saya memohon satu tindakan ataupun penilaian semula perlu dilakukan terhadap kontraktor ini bagi memastikan ban ataupun benteng yang sementara ini mampu diubah menjadi benteng kekal dan menjamin keselamatan penduduk di Kampung Baru, Sungai Kajang. Sekian, terima kasih.

draft • 6:03 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka.

draft • 6:03 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 13400 – Pembangunan Sumber Air Negara. Butiran 13500 – Pemulihan Empangan. Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar. Butiran 16800 – Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi dan juga Butiran 07400 – Rancangan Bekalan Air Negeri Melaka. Butiran 17000 – NAHRIM. Butiran 40000 – Program Kecekapan Tenaga dan Tenaga Diperbaharui dan juga Butiran 95000 – Non-Revenue Water

(NRW) Nasional.

Semua yang saya akan bangkit adalah berkaitan dengan butiran ini semua ya.

Pertama sekali, saya ingin tanya kepada kementerian. Memandangkan kita banyak menumpukan kepada pelaburan asing, jadi baru-baru ini kita ada pengumuman mengatakan akan membina data center di negara kita. Kita rata-rata tahu dengan pembinaannya data center ini ia memerlukan banyak bekalan elektrik dan juga bekalan air.

Jadi, saya ingin tanya kepada kementerian, apakah rancangan ataupun projek yang telah dijalankan ataupun akan dijalankan untuk memenuhi permintaan tersebut? Sebab kita tidak mahu akhirnya kita menghadapi masalah kekurangan bekalan elektrik dan juga bekalan air akibat daripada pembinaan data center tersebut.

draft • 6:08 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Isu kedua yang saya nak bangkit ialah berkaitan dengan banjir kilat yang sering berlaku di kawasan saya di bawah DUN Kesidang, khasnya kawasan Malim Jaya. Ia selalu berlakunya banjir kilat. Saya lihat sungguhpun JPS mereka ada banyak projek ataupun rancangan untuk mengatasi banjir kilat ini, di kawasan DUN Paya Rumput iaitu di bawah

draft • 6:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

kawasan Parlimen Tangga Batu juga berlaku. DUN Paya Rumput itu juga menanti masalah banjir kilat.

Kita lihat sering kali JPS kata mereka ada banyak projek yang akan dijalankan untuk mengatasi banjir kilat ini, tetapi saya lihat ialah projek yang akan dijalankan ataupun sedang dijalankan itu tidak dapat mengejar masalah banjir kilat yang berlaku di Melaka ini. Sebelum siapnya satu projek, sudah lebih banyak tempat yang akan mengalami banjir kilat ini.

Jadi, adakah sudah tiba masanya kita melihat bagaimana kita nak mengatasi masalah banjir kilat ini dengan cara yang berbeza? Barangkali formula yang kita guna hari ini sudah tidak dapat mengatasi masalah banjir kilat ini. Adakah sudah tiba masanya kita lihat kepada cara yang lain?

Saya lihat di Paya Rumput, di Malim Jaya berlakunya banjir kilat ini ialah kerana terlalu banyak pembangunan yang baharu telah mengakibatkan kawasan perumahan yang lama itu menjadi mangsa, di mana apabila mereka luluskan projek baharu untuk perindustrian, mereka terlupa tentang design yang sepatutnya supaya aliran air itu dapat lebih lancar untuk keluar ke sungai dan seterusnya ke laut. Itu mereka tidak pandang. Jadi, sudah tiba masanya, saya rasa, kita harus cari formula yang baharu untuk kita atasi masalah banjir kilat ini.

Isu seterusnya yang saya nak bangkit ialah berkaitan dengan bekalan air di negeri Melaka. Kalau kita lihat kepada laporan National Water Research Institute of Malaysia, di mana laporan research tersebut telah mengatakan mula daripada tahun depan 2025 di mana negara kita Malaysia akan menghadapi kemarau untuk 10 tahun yang akan datang.

Jadi, apakah langkah ataupun perancangan yang telah ataupun akan dijalankan oleh PETRA untuk kita menghadapi masalah perubahan iklim ini? Sepuluh tahun mengalami kemarau itu satu isu yang besar yang harus kita buat persediaan daripada sekarang untuk kita mengatasi supaya tidak menghadapi bekalan air yang tak cukup.

Untuk makluman Puan Pengerusi, di Melaka ini, kita pernah menghadapi krisis bekalan air. Tahun 1991, berlaku. Selepas itu, pada tahun 2019, Melaka sekali lagi menghadapi krisis bekalan air pada waktu itu. Jadi, kita harap supaya krisis bekalan air ini tidak akan berulang lagi di masa akan datang. Maka, saya rasa kita perlu ada satu perancangan yang rapi untuk kita menghadapi masalah kemarau ini.

Seterusnya, satu lagi isu yang saya nak bangkit...

draft • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan. Masa sudah tamat.

draft • 6:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya, Puan Pengerusi. Satu saja isu yang saya nak bangkit, iaitu berkaitan dengan pengumuman dalam bajet kali ini, di mana carbon tax akan kita laksanakan pada tahun 2026. Kita akan mulakan dengan industri besi keluli dan juga tenaga. Jadi, sasaran kita ialah pada tahun 2030, nisbah pelepasan karbon dengan KDNK ialah 45 peratus dan matlamat akhir kita ialah pada tahun 2050 iaitu zero carbon.

Jadi, saya nak tanya kepada PETRA, adakah satu roadmap 2050 telah disediakan?

Supaya pada akhirnya apabila kita nak ada peralihan guna tenaga ini dapat dijalankan secara

draft • 6:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

lancar tanpa menjejaskan industri yang ada di Malaysia ini. Itu saja daripada saya, Puan Pengerusi. Terima kasih.

draft • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas.

draft • 6:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Puan Pengerusi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya ingin memulakan perbahasan dengan memetik beberapa dapatan utama daripada Persidangan Perubahan Iklim atau COP29 yang baru sahaja melabuhkan tirai di Azerbaijan minggu lalu. Banyak komitmen dan resolusi yang termeterai oleh pelbagai pihak dan ada yang menyentuh berkenaan tenaga bersih. Saya ingin menarik perhatian Dewan tentang bagaimana penglibatan Malaysia dan tindakan yang perlu diambil oleh Kementerian PETRA untuk memenuhi aspirasi ini.

Pertama, meningkatkan kapasiti penyimpanan tenaga sehingga 1,500 gigawatt menjelang tahun 2030. Kapasiti penyimpanan amat penting dalam peralihan kepada tenaga boleh baharu memandangkan sumber seperti tenaga solar dan angin menjana tenaga elektrik secara tidak menentu.

Kedua, membangunkan koridor tenaga hijau yang menghubungkan wilayah dan negara yang menjana tenaga hijau berkapasiti tinggi. Mengambil peluang sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan, Malaysia boleh memulakan dialog dan perbincangan untuk meletakkan Asia Tenggara sebagai hab utama tenaga hijau memandangkan wilayah ini amat terdedah kepada impak perubahan iklim.

Ketiga, menambah penjanaan hidrogen yang boleh diperbaharui dan rendah karbon.

Dalam isu tenaga solar, Puan Pengerusi, Malaysia perlu berani mencontohi negara-negara maju dalam usaha meningkatkan penggunaan tenaga boleh baharu. Menurut laporan Suruhanjaya Tenaga Malaysia tahun 2023, hanya 23 peratus daripada bekalan tenaga elektrik negara datang daripada sumber tenaga boleh baharu, jauh berbanding dengan Jerman sekitar 40 peratus dan Sweden, 56 peratus. Ini membuktikan bahawa kita masih tertinggal dalam peralihan ke arah tenaga bersih atau tenaga boleh baharu.

Kita boleh belajar daripada China, negara pengeluar tenaga solar terbesar dunia.

Pada tahun 2023, China menghasilkan lebih 380 gigawatt tenaga daripada panel solar, setara dengan 40 peratus kapasiti tenaga solar dunia. Malaysia boleh juga mencontohi India yang berjaya membangunkan projek Ladang Solar Kamuthi dengan kapasiti 648 megawatt menjadikan ia salah satu daripada ladang solar terbesar di dunia. Begitu juga Denmark, kepimpinan luar biasa dalam menjana tenaga angin dengan hampir 50 peratus bekalan tenaga elektriknya datang daripada sumber ini.

Puan Pengerusi, sasaran untuk meningkatkan penggunaan tenaga boleh baharu kepada 40 peratus menjelang 2035 adalah tidak mustahil jika kita mengambil langkah drastik daripada sekarang.

draft • 6:15 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Saya ingin bertanya dalam Butiran 40000 – Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap di bawah kementerian ini. Saya menyarankan supaya memperuntukkan dana khusus untuk perkasakan grid pengecas elektrik bagi menyokong peningkatan penggunaan kenderaan elektrik (EV). Langkah ini penting. Sehingga sekarang, mengikut sumber TNB, hanya 2,585 stesen pengecas EV yang ada di seluruh Malaysia berbanding 600,000 stesen di Eropah dan 2.7 juta stesen di China. Sebagai contoh, China telah melabur secara besar-besaran dalam infrastruktur pengecasan menjadikannya peneraju global dalam penyediaan stesen pengecas EV.

Puan Pengerusi, Butiran 020100 – Pengurusan Tenaga. Landskap ekonomi dan teknologi negara semakin rancak menerima limpahan manfaat daripada pelaburan asing terhadap pembangunan pusat data. Empat syarikat sahaja telah melabur dengan nilai mencecah RM70 bilion iaitu Google, Nvidia, Amazon dan Microsoft. Tidak dinafikan, senario ini akan mendorong permintaan perkhidmatan IT, seterusnya mencipta lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada anak tempatan.

Namun, pembangunan operasi pusat data memerlukan tenaga dan air yang amat tinggi. Tenaga Nasional menjangkakan permintaan elektrik daripada pusat data mencecah 4,300 megawatt dalam tahun akan datang. Konflik tentang bekalan elektrik ini terdapat dua sudut pandang. Jadi kalau kita masih bergantung kepada penjanaan tenaga konvensional, sebahagian besar yang masih daripada sumber bahan api fosil sudah tentu akan terus menghasilkan pelepasan karbon yang tinggi.

Puan Pengerusi, saya juga ingin membangkitkan berkenaan dengan Butiran 13900 – Rancangan Kawalan dan Isyarat Bahaya Banjir. Di sebalik pelbagai projek infrastruktur tebatan sedang dibangunkan, kita masih belum menunjukkan tanda-tanda akan surut daripada masalah banjir. Kawasan saya di Pasir Mas sekarang sudah pun mula masuk musim tengkujuh dan kebiasaannya, dari sudut adat akalnya, dalam masa dua minggu, tiga minggu daripada sekarang, maka lebih kurang 50 peratus daripada kawasan saya di Pasir Mas ini akan menerima limpahan air daripada Selatan Thailand.

draft • 6:15 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Inilah yang kami hadapi setiap tahun iaitu apabila berlaku sahaja musim tengkujuh, kami menerima limpahan air daripada Thailand. Saya ingin bertanya kepada PETRA walaupun mungkin ia juga berkait dengan kementerian lain, berkenaan dengan Projek Tebatan Banjir atau pun Projek Lembangan Sungai Bersepadu. Bilakah ia dapat disiapkan sepenuhnya dalam usaha untuk menghalang limpahan air daripada Thailand, khususnya untuk melimpah ke Malaysia sepertimana yang ada pada hari ini?

Saya juga ingin memohon daripada Timbalan Menteri untuk menyatakan apakah pelan yang boleh diumumkan di dalam Dewan ini untuk menyelesaikan masalah NRW dan juga bekalan air di negeri Kelantan Darul Naim? Terima kasih, Tuan Pengerusi.

draft • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Mas. Saya jemput Yang Berhormat Pulai.

draft • 6:20 PM

Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih, Puan Pengerusi. Saya ingin menyentuh tiga butiran. Pertamanya adalah Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar yang berjumlah RM887 juta. Di Johor Bahru ada satu sungai, nama dia Sungai Skudai di mana pembangunan di muara sungai ini telah menyebabkan sungai menjadi cetek, sempit dan mengganggu ekosistem yang ada di sungai tersebut dan telah menyebabkan banjir kilat di hulu umpamanya di kawasan Iskandar Puteri. Iskandar Puteri pun ada di sini ya, iaitu Kampung Separa, Kampung Jaya Sepakat, Kampung Pertanian, Kampung Laut, Kampung Shahbandar, Kampung Poh Chee, Batu 12, Jalan Skudai.

Di Pulai juga ada iaitu di Taman Tampoi Indah, Kampung Seri Serdang, Kampung Pasir, Kampung Pengkalan Rinting, Kampung Seri Jaya. Ini adalah disebabkan – banjir ini telah menyebabkan kesusahan dan kepayahan kepada rakyat. Mendapan tanah juga di kawasan Sungai Skudai ini telah menyebabkan Jeti Polis Marin tidak dapat berfungsi dengan baik dan juga terdapatnya pokok-pokok yang tumbuh di pulau-pulau yang kecil di tengah Sungai Skudai ini. Soalan saya adalah apakah dalam Butiran 16700 ini diperuntukkan penyelenggaraan Sungai Skudai ini?

Yang kedua adalah berkenaan dengan Butiran 15300, 15400 dan juga 16700, di mana di peringkat negeri ada satu bayaran yang dikenakan kepada setiap rancangan perumahan ini iaitu dikenali sebagai wang sumbangan perparitan yang tujuannya adalah untuk membiayai sebarang pembiayaan yang mungkin menjadi perlu untuk penyelenggaraan sistem saliran yang besar, berikutan dari pembangunan dalam kawasan tadahan yang sama serta kerja-kerja menaik taraf sistem saliran, kejuruteraan sungai dan tebatan banjir dan lain- lain.

Soalan Pulai, ini contohnya adalah di Johor, di Majlis Bandaraya dan Perbandaran, 10,000 per ekar bayaran wang sumbangan perparitan. Majlis Daerah, RM5,000 per ekar.

Soalan Pulai adalah dalam PETRA merangka butiran ini, apakah mengambil kira wang sumbangan perparitan yang ada pada PTG di setiap negeri ini?

Yang terakhir adalah berkenaan dengan Butiran 13400 – Pembangunan Sumber Air Negara. Pada waktu ini, Johor sedang mempromosikan data center yang banyak dan ada satu projek iaitu Johor-Singapore Special Economic Zone yang akan dimeterai pada Disember tahun ini. Apa yang Pulai nampak adalah promosi yang banyak tentang data center ini tidak seimbang dengan pembangunan sumber air atau bekalan air di negeri Johor ini.

Kalau dilihat daripada peruntukan RM10 juta ini dalam pembangunan sumber air negara, tentulah tidak cukup contohnya untuk membangunkan satu empangan yang mungkin jumlahnya adalah, nilainya adalah RM2 bilion.

Jadi, Pulai merasakan satu kebimbangan bahawa jika tidak ada perancangan yang rapi untuk membangunkan sumber air negara ini, kita khuatir bahawa kita tidak dapat memberikan sumbangan atau pun bekalan air yang mencukupi khususnya dalam industri yang kita tawarkan di negeri Johor ini. Jadi, oleh sebab itu, maka satu rancangan yang teliti perlu dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk memastikan bahawa bekalan air ini mencukupi

draft • 6:20 PM

Suhaizan bin Kaiat - Pulai

dan kita boleh memberikan perkhidmatan yang terbaik dan juga memberikan peluang- peluang pekerjaan yang baik kepada rakyat negara kita. Sekian, terima kasih.

draft • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Pembahas terakhir, saya jemput Yang Berhormat Beaufort.

draft • 6:20 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Terima kasih Puan Pengerusi.

Saya ingin membahaskan Belanjawan 2025 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkenaan belanjawan Maksud Pembangunan 33 bagi Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar dan 28000 – Rancangan Bekalan Air Sabah.

Puan Pengerusi, Beaufort adalah daerah yang sering kali mengalami masalah banjir sehingga menjejaskan harta dan keselamatan penduduk. Semasa lawatan Program Prihatin Ahli Parlimen, saya sendiri telah melawat kawasan perkampungan yang berhampiran dengan tebing Sungai Padas iaitu Kampung Melati, Kampung Melalugus dan Kampung Mempagar, di mana perkampungan ini sering kali dilanda banjir apabila musim hujan. Saya difahamkan aliran Sungai Padas ini telah menyebabkan hakisan tanah sehingga ada rumah di Kampung Mempagar hampir runtuh.

Aliran Sungai Padas ini juga menyebabkan sungai di kawasan perkampungan Kampung Bakalau turut mengalami masalah banjir dan hakisan tanah. Perkara ini amat mendesak kerana hakisan tanah sentiasa berlaku walaupun tiada banjir tetapi ini kerana struktur tanah telah terjejas teruk akibat banjir yang sering berlaku.

Puan Pengerusi, Sungai Melabau, Beaufort sehingga ke Sungai Klias Kecil yang mempunyai panjang saliran 13,595 meter adalah skim saliran yang perlu mendapat perhatian dari kementerian dalam menyediakan peruntukan bagi kerja pembersihan dan mendalamkan sungai. Saya difahamkan bahawa skim saliran Melabau ini telah lama tidak diselenggara sehingga menyebabkan berlakunya banjir kilat apabila musim hujan disebabkan aliran keluar air yang sangat perlahan. Permasalahan ini telah memberi kesan kepada penduduk setempat sehingga ke Kampung Rancangan Klias.

Saya memohon kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air untuk mengambil tindakan segera dengan melihat permasalahan ini di tiga kawasan iaitu Sungai Padas, Sungai Bakalau dan juga Sungai Melabau melalui pelaksanaan Projek Tebatan Banjir. Saya difahamkan bahawa Sungai Padas dan Sungai Bakalau ini memerlukan pemasangan gabion bagi mengelakkan tanah terhakis dan juga laluan air keluar apabila musim hujan.

Puan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 28000 – Rancangan Bekalan Air Sabah. Sumber bekalan air di daerah Beaufort adalah daripada dua loji rawatan air (LRA) utama iaitu LRA Beaufort 1 dan LRA Beaufort 2 dengan jumlah keseluruhan kapasiti sebanyak 60 liter air sehari untuk menampung keperluan sebanyak 12,285 pengguna di daerah Beaufort.

draft • 6:25 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Saya merujuk kepada jawapan Yang Amat Berhormat Menteri berkenaan penyelesaian masalah pengoperasian di kedua-dua loji tersebut di mana kementerian di bawah Rolling Plan Keempat tahun 2024 Rancangan Malaysia Kedua Belas telah meluluskan projek baharu pada Beaufort dengan skop projek yang diluluskan iaitu pertama, menaik taraf muka sauk di LRA Beaufort 2 dan yang kedua penggantian generator di muka sauk dan Loji Rawatan Air Beaufort 1.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan di atas keprihatinan meluluskan peruntukan ini untuk membantu menyelesaikan masalah air bersih yang telah lama dihadapi sekian – yang telah dihadapi sekian lama. Saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah status terkini pelaksanaan projek ini? Sekiranya projek ini dilaksanakan, apakah pelan perancangan kementerian dalam memastikan bekalan air di Daerah Beaufort semasa kerja-kerja pembaikan dilaksanakan tidak akan terjejas?

Puan Pengerusi, besarlah harapan saya sebagai Ahli Parlimen Beaufort agar semua isu serta permasalahan yang saya utarakan dalam perbahasan ini dapat diatasi secara tuntas oleh kementerian. Sekian dan terima kasih, Puan Pengerusi.

draft • 6:25 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.

Masa 25 minit.

draft • 6:25 PM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Puan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) di sepanjang tempoh perbahasan Belanjawan MADANI 2025 ‘Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat’ dalam sidang kali ini. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi Belanjawan 2025, PETRA menerima peruntukan berjumlah RM4.95 bilion yang terdiri daripada RM362.37 juta belanja Mengurus dan RM4.59 bilion untuk belanja Pembangunan. Yang mana PETRA telah diluluskan sebanyak 484 projek daripada jumlah tersebut, sebanyak 35 projek baharu, manakala projek sambungan sebanyak 449.

Jadi, sebentar tadi seramai 20 orang Ahli Yang Berhormat telah berbahas dan saya rasa ada dua ataupun tiga celahan yang turut membawa perkara berkaitan dengan kementerian dan saya tengok juga setiap orang menyebut empat hingga lima perkara butiran, total lebih kurang 100 soalan. Jadi, 25 minit saya cuba yang terbaiklah. Saya akan cuba jawab mengikut empat bahagian iaitu yang pertama, berkaitan dengan bekalan elektrik. Kedua adalah tenaga lestari. Ketiga, berkaitan dengan bekalan air dan pembetungan. Keempat, banjir dan saliran.

draft • 6:30 PM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Bagi persoalan berkaitan dengan bekalan elektrik daripada Paya Besar, berkaitan dengan subsidi bil elektrik. Jumlah subsidi bil elektrik bagi tahun 2025 dan 2024 kekal sama sebanyak RM55 juta kerana jumlah tersebut mencukupi untuk menampung subsidi bil elektrik sehingga RM40.00 sebulan kepada ketua isi rumah berstatus miskin tegar dan berdaftar dengan sistem eKasih. Bilangan KIR terkini adalah seramai 170,753 orang.

Seterusnya, daripada Petaling Jaya. Yang Berhormat bangkitkan soal hala tuju dan juga banyak perkara tadi. Jadi, berhubung dengan agenda peralihan tenaga bagi sektor elektrik, kementerian komited untuk memastikan negara mencapai aspirasi net-zero carbon emissions, dengan izin, seawal-awalnya pada tahun 2050.

Seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, kerajaan komited untuk tidak membina loji jana kuasa arang batu yang baharu dan juga bahan api gas merupakan bahan api peralihan ataupun transition fuel dengan penjanaan elektrik. Dalam masa yang sama, kementerian terus mempergiatkan pelaksanaan program-program (TBB) tenaga boleh baharu seperti di bawah Program FiT, NEM, Celco, CGPP dan CRESS agar mencapai kapasiti terpasang TBB sebanyak 70 peratus.

Selain itu, kementerian terbuka untuk mengeksplorasi penggunaan teknologi- teknologi baharu bagi penjanaan elektrik seperti penggunaan battery energy storage systems

(BESS), pumped hydro storage, carbon capture storage (CCS) dan teknologi nuklear iaitu small modular reactor (SMR) dan juga large conventional reactor. Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) Bilangan 2/2024 pada 21 November yang lalu telah pun bersetuju untuk memasukkan BESS dan pumped hydro storage sebagai sebahagian daripada sumber penjanaan elektrik di Semenanjung.

Seterusnya daripada Merbok, berkaitan dengan ICPT. Memang kerajaan sentiasa memantau perubahan harga bahan api untuk penjanaan elektrik melalui mekanisme imbalance cost pass-through atau pun ICPT pada setiap enam bulan. Yang mana ketika ini kenaikan harga bahan api menyebabkan surcharge perlu dikenakan pada semua pengguna elektrik di Semenanjung sepanjang tahun 2024.

Namun begitu, kerajaan masih memberikan subsidi kepada pengguna domestik di bawah secara bersasar yang mana pengguna domestik bawah 600 kilowatt/jam masih menerima rebat, sungguhpun semua pengguna sepatutnya dikenakan surcaj. Manakala, pengguna 601 sehingga 1,500 kilowatt/jam tidak lagi dikenakan surcaj atau rebat dan pengguna yang melebihi 1,500 kilowatt/jam sebulan perlu membayar surcaj terhadap tarif elektrik masing-masing. Walaupun begitu, kerajaan melalui kadar tersebut memberi subsidi bagi menampung surcaj tersebut tetapi tidak dimasukkan dalam belanjawan.

Seterusnya, Kota Melaka ada bangkitkan soal berkaitan dengan data center- kemasukan data center. Merujuk kepada mesyuarat yang sama, JPPET Bilangan 2 pada 21 November, unjuran keperluan bekalan elektrik bagi pusat data adalah sebanyak 12.9 gigawatt pada 2030 dan dijangka akan meningkat sehingga 20.9 gigawatt menjelang 2040.

Unjuran ini dibuat berdasar data daripada pihak Tenaga Nasional Berhad, di mana sehingga 30 September 2024, sebanyak 101 permohonan daripada pusat data dengan

draft • 6:30 PM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

keperluan tenaga sebanyak 19,916 megawatt telah diterima oleh pihak TNB. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 17 Projek Pusat Data dengan keperluan bekalan elektrik sebanyak 1,694 megawatt telah pun siap.

Oleh itu, bagi menampung unjuran keperluan penggunaan elektrik, terutamanya oleh pusat-pusat data, mesyuarat tersebut telah meluluskan unjuran pelan pembangunan penjanaan atau pun, dengan izin, power development plan (PDP) Semenanjung bagi tahun 2024 hingga 2050 dengan mengambil kira pembangunan kapasiti penjanaan baharu berasaskan gas dan peningkatan tenaga boleh baharu untuk memenuhi unjuran permintaan berkenaan.

Sebagai langkah penyelesaian segera, mesyuarat telah mengenal pasti beberapa buah loji jana kuasa sedia ada untuk kita lanjutkan tempoh operasi kerana pembinaan sebuah loji jana kuasa gas yang baharu akan mengambil masa antara empat hingga lima tahun.

Seterusnya, untuk berkaitan dengan tenaga lestari, soalan daripada...

draft • 6:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Menteri...

draft • 6:30 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Padang Serai. Padang Serai...

draft • 6:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Menteri...

draft • 6:30 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

...tak ada dalam Dewan.

draft • 6:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Timbalan Menteri, Kota Melaka sedikit.

draft • 6:30 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Kota Melaka, silakan.

draft • 6:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Penjelasan tentang – saya hendak tanya kepastian daripada kementerian. Adakah kita akan menggunakan, membina lebih banyak dam untuk kita men-generate lebih banyak elektrik? Dulu ada Bakun Dam. Adakah kita akan gunakan jenis begitu ataupun kita gunakan cara yang lain? Terima kasih.

draft • 6:30 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Melaka. Bagi pembinaan sebarang empangan, ia bergantung kepada potensi untuk kita janakan kuasa daripada sumber tersebut. Jadi, sudah pastinya ada beberapa kawasan yang mungkin masih ada potensi, itu adalah satu perancangan yang perlu ditelitilah. Cuma buat masa ini, dari segi peralihan daripada untuk tidak menggunakan arang batu, gas itu dianggap sebagai transition generation ataupun untuk kita transisi ke arah peralihan tenaga. Cuma, kalau untuk spesifik di kawasan mana dan sebagainya, perkara itu akan diumumkan dari semasa ke semasalah, kalau sekiranya ada projek berkaitan dengan empangan.

Seterusnya, berkaitan dengan soalan yang berkaitan dengan penggalakan untuk pemasangan sistem solar di kalangan pengguna kategori domestik. Kerajaan telah memperkenalkan Program Insentif Solar Untuk Rakyat ataupun Solar for Rakyat Incentive Scheme (SolaRIS) yang memberikan rebat sehingga RM4,000 setiap pengguna.

Pelaksanaan insentif ini telah meningkatkan penyertaan pengguna domestik dalam program pemasangan sistem solar.

SolaRIS telah membantu pengguna domestik dengan menurunkan kos pemasangan sistem yang mampu milik dan membolehkan lebih banyak pemaju menawarkan pakej menarik untuk pemasangan sistem solar di bumbung premis kediaman. Hasil daripada

draft • 6:30 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

pengenalan insentif ini, perkhidmatan pemasangan sistem solar bagi segmen domestik menjadi lebih kompetitif dan pelbagai kaedah pembiayaan mudah melalui kad kredit dan sebagainya yang disediakan boleh membolehkan sistem pemasangan itu dibayar secara ansuran sehingga 60 bulan.

Selain itu, PETRA juga telah mengemukakan cadangan pelepasan dan rebat cukai pendapatan individu yang memasang sistem solar PV kepada Kementerian Kewangan.

Namun, untuk Belanjawan 2025 ini masih belum lagi ada sebarang persetujuan tetapi kita akan teliti lagi untuk tahun-tahun yang seterusnya. Berkaitan dengan...

draft • 6:30 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Menteri, solar sedikit. Tanya sedikit.

draft • 6:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Boleh, silakan Yang Berhormat.

draft • 6:40 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Maknanya inisiatif tersebut sekarang masih lagi dibuka dan tidak ada limit dari sudut permohonan kah macam mana Menteri?

draft • 6:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Setakat ini pakej SolaRIS itu bersifat sekali iaitu diperkenalkan ketika ini dan kita akan teliti sama ada selepas selesai perbelanjaan ataupun tawaran yang diberikan itu sama ada kementerian untuk meneruskan lagi ataupun tidak akan diteliti hasil selepas selesai program ini. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas.

Seterusnya berkaitan dengan Pasir Mas ada bertanya mengenai pengecasan EV.

Untuk makluman Yang Berhormat, itu terletak di bawah kementerian MITI, cuma kalau dari segi angkanya mungkin nanti boleh dapatkan daripada MITI.

Seterusnya, mungkin saya boleh masukkan ataupun menuju berkaitan dengan air dan juga pembetungan supaya kita cuba sentuh setiap bahagian. Bermula daripada Paya Besar lagi berkaitan dengan soalan NRW dan dibangkitkan oleh ramai Ahli-ahli Yang Berhormat. Jadi, kalau saya boleh rumuskan tanpa spesifik kepada Paya Besar iaitu untuk program NRW Kebangsaan, kementerian telah merangka cadangan penambahbaikan dalam usaha meningkatkan pengurusan air di seluruh negara.

Cadangan ini melibatkan kos RM2.525 bilion dan telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 24 Julai 2024. Program ini akan dilaksanakan bermula tahun 2025 hingga 2030 melalui pembiayaan secara geran. Program ini merangkumi iaitu pendekatan pertama iaitu melibatkan penggantian paip kritikal di seluruh negara dan seterusnya penyelesaian NRW holistik yang melibatkan enam negeri iaitu negeri Pahang, Kelantan, Perlis, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Pendekatan kedua bagi negeri-negeri lain iaitu Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu, Perak, Pulau Pinang dan Kedah boleh juga mendapat kadar imbuhan balik secara pro rata untuk geran secara matching grant. Jadi on top of ataupun selain daripada melibatkan penggantian paip kritikal di seluruh negara, negeri-negeri yang tidak terlibat dengan Pendekatan 1 masih lagi boleh buat permohonan secara tambahan.

draft • 6:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Seterusnya berkaitan dengan mungkin saya boleh sentuh sedikit beberapa projek yang secara spesifik sebab kalau dilihat dari segi perbahasan tadi mungkin ada dua penerangan yang saya boleh terangkan terlebih dahulu iaitu bagi mereka yang membandingkan butiran sebagai contoh bila disebut tahun 2024 berbanding dengan 2025, contohnya kalau kod Butiran 80000 – Projek Pembetungan Negara, terdapat pengurangan ataupun yang disebut tadi berkaitan dengan Butiran 13900 – Rancangan Kawalan dan Isyarat Bahaya Banjir dinyatakan seperti terdapat pengurangan. Itu sebenarnya adalah pengurusan cash flow dengan izin, iaitu aliran tunai yang mana kebanyakan projek tersebut mengambil masa untuk dibina.

Maka sebab itu dari segi aliran tunai, ada projek yang mungkin dah sampai ke penghujungnya, ada projek yang mungkin telah siap ataupun mungkin ada projek yang baru mendapat SST perbelanjaannya mungkin lebih rendah daripada tahun yang mendatang. Jadi sebab itu ada terdapat perbezaan dari segi angka. Ini disebut oleh Pokok Sena dan sebagainyalah tadi. Cuma untuk projek yang secara spesifik, yang ini mungkin sebab Rompin sering bangkitkan isu bekalan air di dalam Dewan ini, sahabatlah sekarang ini yang mana untuk ada dua projek yang melibatkan daerah Rompin iaitu Projek Bekalan Air Nenasi, Daerah Pekan, negeri Pahang dan juga Program NRW Nasional Pendekatan 1, Pakej 1 dan 2.

Projek Bekalan Air Nenasi ini yang sebenarnya ditender semula yang mana projek ini sedang dalam pembinaan dengan peratus pembinaan sebenar sebanyak 63 peratus berbanding jadual 96 peratus. Projek ini di bawah pelaksanaan oleh kerajaan negeri iaitu Pengurusan Air Pahang Berhad sebagai pelaksana. Ketika ini, projek ini berstatus sakit dengan jumlah hari lewat sebanyak 179 hari.

Pihak kementerian memantau rapat pelaksanaan projek ini yang telah dibentangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian yang kita adakan setiap bulan. Selain itu, untuk program NRW Kebangsaan, Pendekatan 1, Pakej 1 dan 2 di daerah Rompin ini adalah penggantian meter pengguna sebanyak 7,380 unit. Kemudian, pemetaan GIS atau geographic information system dengan izin, dan juga penggantian sebanyak dua buah tangki.

Bagi status terkini projek bekalan air di Rompin, PAIP juga sedang melaksanakan pembinaan rumah pam dan tangki sedutan berkapasiti 1,500 meter padu di tapak tangki Tanjong Gemok dengan kos RM3.3 juta melalui dana dalaman PAIP. Sehingga Oktober 2024, kemajuan fizikal di tapak telah mencapai 80 peratus. Seterusnya kalau saya boleh ambil satu contoh untuk spesifik yang berkaitan dengan pengurusan banjir iaitu yang pertama untuk Paya Besar sekali lagi sebab beliau pembahas pertama, jadi saya sempat dapatkan maklumat yang terperinci.

Untuk RTB Sungai Kenau, kelulusan yang diberikan yang disebutkan tadi jadi sejumlah RM17.3 juta telah diperuntukkan di bawah RP4 dan kerja di tapak telah bermula pada 6 November 2023 dan dijangka siap sepenuhnya pada 27 November 2026. Sehingga kini, kemajuan telah mencapai 11.7 peratus yang mana skopnya melibatkan pembinaan ban

draft • 6:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

banjir, pemulihan sungai, pembinaan structure outlet, pembinaan rumah pam serta pintu kawalan air dan juga pembinaan flood wall. Setelah siap kelak, projek ini dijangka akan mengurangkan keluasan banjir daripada 46 hektar kepada empat hektar dan bilangan penduduk terjejas banjir akan dapat dikurangkan dari 4,600 orang kepada 400 orang.

Berkaitan dengan cadangan daripada Yang Berhormat untuk kita melibatkan penggunaan teknologi terkini termasuk kecerdasan pintar ataupun AI, memang diakui memerlukan lebih ramai tenaga pakar. Jadi, memang kita menyambut baiklah hasrat untuk kita terus melatih pegawai-pegawai kita di peringkat yang lebih tinggi, yang sangat diperlukan.

Manakala cadangan Yang Berhormat berkaitan latihan tersebut, kita akan panjangkan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awamlah (JPA).

draft • 6:40 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Minta laluan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Minta laluan boleh?

draft • 6:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Boleh, silakan.

draft • 6:40 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Pasal Timbalan Menteri sedang bercakap mengenai Rancangan Tebatan Banjir tapi kadang-kadang Yang Berhormat Menteri yang daripada ucapan-ucapan tertentu, perbahasan daripada Ahli Parlimen ini kadang-kadang panjang juga cerita, jawab dia. Ada yang tak jawab langsung.

Ada yang cerita itu dia panjang orang yang sama tapi yang setengah Ahli Parlimen yang bercakap tak ada.

Tetapi walau bagaimanapun, saya ada sebut dalam ucapan saya tentang RTB Sungai Temin, Bata di Kubang Pasu. Mereka mengalami banjir yang teruk ini lebih daripada 20 tahun. Sampai sekarang belum ada apa-apa lagi berita mengenainya. Dia melibatkan kadang-kadang bila hujan, bukan kadang-kadanglah, bulan September, Oktober memang banjir besar dan baru ini pun ada tiga gelombang. Dia melibatkan 20,000 orang penduduk dan melibatkan juga PLUS Highway daripada Bukit Kayu Hitam yang membawa bekalan banyak barang-barang eksport dan sebagainya yang nilainya RM40 bilion setahun dan juga kawasan industri.

Jadi saya mohon supaya dia dipertimbangkan untuk masuk dalam Rancangan Malaysia Ke-13 nanti sebab dia amat serius. Dia sebahagian daripada Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kedah. Di utara...

draft • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 6:40 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Yang Berhormat, point’s taken.

draft • 6:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Ya.

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Sebab masa sangat pendek.

draft • 6:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Okey, boleh pertimbangkan tidak?

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Kalau saya boleh teruskan lagi.

draft • 6:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Boleh timbangkan?

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Ya. Jadi, sebab memang kita ada 100 butiran tadi yang saya nyatakan, jadi saya cuba nyatakan untuk memberi gambaran beberapa jawapan yang lebih secara umum. Kedua, sekarang ini saya tengah masuk contoh yang agak spesifik.

draft • 6:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Boleh sedikit?

draft • 6:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tetapi butiran itu banyak tidak dijawab.

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Jadi, sebab itu saya mengikut giliran.

Sebab itu kalau daripada sebelah sana Yang Berhormat Rompin berpeluang bahas awal jadi memang saya sempat untuk cover.

draft • 6:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Saya lagi awal.

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Rompin lagi awal.

draft • 6:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Saya nombor lapan.

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Rompin lagi awal. Rompin nombor berapa tadi Rompin.

draft • 6:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tetapi ada juga yang last sekalipun di...

draft • 6:50 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Rompin nombor dua.

draft • 6:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Nombor dua. Oh, awailah...

[Ketawa]

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Nombor dua. So, Yang Berhormat minta kita tumpukan dahulu untuk menjawab dahululah.

draft • 6:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Okey.

draft • 6:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Boleh sedikit Timbalan Menteri.

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Sila.

draft • 6:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya ucap terima kasih maklumat yang Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan tadi. Cuma persoalan saya adalah saya tidak ada masalah dengan Projek Tebatan Banjir Sungai Kenau. Skop dia tujuh kilometer untuk mendalamkan sungai.

Cuma masalah saya Sungai Kenau itu akan bertemu dengan Sungai Kuantan, saya minta supaya perluasan skop memandangkan ada lagi lebihan RM20 juta daripada siling projek yang sedia ada untuk kita dalamkan Sungai Kuantan itu tiga kilometer ke bawah supaya velocity stream banjir tersebut dapat mencapai tahap yang sebenar. Sebab Sungai Kenau ini kecil sahaja Yang Berhormat, Sungai Kuantan itu besar. Saya takut nanti dia akan jadi pemampan kepada Sungai Kenau dan masalah 44 tahun ini tidak akan selesai. Terima kasih.

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar.

draft • 6:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Sekejap. Masjid Tanah sekejap sahaja hendak tanya penjelasan saja daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Boleh, sebab dia memang dia sudah jadi isu yang spesifik ini. Cuma, pandangan Yang Berhormat itu sekiranya ada ruang iaitu ya lah kita akan panjangkan kepada pihak kementerian. Cuma selalunya skop projek itu selalunya dipinda sekiranya ada halangan ataupun perkara-perkara berkaitan yang menyebabkan projek itu perlu dipinda.

Cuma dalam kes ini sebab Yang Berhormat nyatakan secara spesifik kes yang disebut tadi, jadi yang itu kita akan teliti dahulu. Cuma kelazimannya pindaan skop projek itu berlaku apabila projek itu menghadapi cabaran. Jadi, yang ini mungkin pandangan Yang Berhormat nyatakan tadi sesuatu perkara yang ketika reka dan bina tidak dibangkitkan atau perkara yang baharu Yang Berhormat, berdasarkan pemerhatian Yang Berhormat. Jadi, perkara itu saya akan panjangkan kepada pihak kementerianlah. Boleh saya teruskan, Speaker.

draft • 6:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Sekejap, saya tadi mencelah tadi. Saya cuma hendak dapat penjelasan sedikit sahaja. Setuju ataupun tidak?

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Sebab Yang Berhormat pun tadi sudah mencelah perbahasan tadi yang pembahas.

draft • 6:50 PM

Tuan Ganabatirau A/L Veraman - Klang

[Bangun]

draft • 6:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Cuma hendak tahu sahaja tentang peranan JPS, peranan JPS. Saya hendak tahu ya ataupun tidak sahaja.

Betapa pentingnya..

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Pembahas masih belum dibagi ruang lagi, elok saya jawab mereka yang berbahas. Saya akan jawab yang Klang dahulu. Terima kasih, Yang Berhormat Klang. Berkaitan dengan data berkaitan kerugian banjir di Klang.

Maklumat berkaitan data kerugian akibat banjir secara menyeluruh adalah terletak di bawah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Berdasarkan Laporan Khas Impak Banjir di Malaysia 2023 oleh DOSM, jumlah kerugian akibat banjir di negeri Selangor adalah sebanyak RM13.9 juta. Yang ini nanti minta Yang Berhormat semak dengan DOSM sekali lagi. Cuma berkaitan dengan senarai projek RTB di bawah PETRA melalui JPS telah diluluskan sebanyak 90 projek Butiran 16700 yang melibatkan kos sebanyak RM11.54 bilion dan 43 projek dengan kos keseluruhan berjumlah RM10.45 bilion di bawah Butiran 16800 bagi melaksanakan projek tebatan banjir bertujuan untuk mengurangkan impak akibat kejadian banjir.

Di bawah Butiran 16700 sebanyak 10 projek telah disiapkan melibatkan kos sebanyak RM571 juta dan 51 projek sedang dalam pelaksanaan melibatkan kos sebanyak RM7.35 bilion. Bagi Projek Tebatan Banjir Penggunaan Tinggi pula 31 projek sedang dalam pelaksanaan melibatkan kos RM7.77 bilion.

Untuk spesifik di Klang melalui JPS ini ada beberapa projek yang sedang dilaksanakan iaitu pertama, menaik taraf Sistem Saliran Mesra Alam di Pelabuhan Klang,

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Selangor yang sebenarnya telah siap pada tahun 2021. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kapar Kecil dan Sungai Kapar Besar daerah Klang dan daerah Petaling. Projek ini dalam fasa pelaksanaan dan dijangka akan disiapkan pada tahun 2029.

Ketiga, Rancangan Tebatan Banjir Sungai Klang di Seksyen 25 Shah Alam, daerah Klang, Selangor. Projek ini dalam fasa pelaksanaan dan dijangka akan disiapkan pada tahun 2029. JPS juga dalam rancangan melaksanakan pelan induk baharu di hilir lembangan Sungai Klang iaitu PISMA Pekan Meru, Selangor yang akan mencadangkan penyelesaian bersepadu bagi mengkaji semula PISMA sedia ada. Kajian ini akan bermula pada tahun 2025.

Masih banyak lagi isu-isu spesifik yang dibangkitkan oleh kesemua Yang Berhormat seramai 20 orang tadi. Saya rasa...

draft • 6:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya bagi masa tambahan dua minit untuk gulung. Yang tidak sempat jawab boleh bagi jawapan bertulis.

draft • 6:50 PM

Tuan Ganabatirau A/L Veraman - Klang

Timbalan Menteri satu sahaja perkara.

Menteri, Menteri satu perkara sahaja. Saya rasa perkara-perkara tentang Klang tolong walaupun tidak dapat jawab di sini, tolong beri secara bertulis projek-projek di kawasan Klang.

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Ya, tadi saya sudah nyatakan ada...

draft • 6:50 PM

Tuan Ganabatirau A/L Veraman - Klang

Itu secara keseluruhan Selangor. Hanya spesifik Klang sahaja.

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Yang lima tadi memang di Klang.

Cuma disebut tadi ada Sungai Kapar itu masuk dalam Daerah Klang jugalah.

draft • 6:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Eh, cepat sedikitlah.

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Jadi, kalau saya boleh sentuh sedikit sebab yang ini memang ada masuk dalam akhbar berkaitan dengan hakisan pantai di Kampung Mengabang Telipot di Terengganu yang melibatkan tanah perkuburan. Jadi, ada beberapa cadanganlah yang kita tengah ― daripada MP Kuala Nerus bangkitkan sebentar tadi dan kita bersimpatilah ataupun kita faham apa yang dihadapi oleh ahli keluarga yang melibatkan waris dan sebagainya.

Jadi, dua cadangan penyelesaian segera yang kita sedang teliti iaitu cadangan ini adalah untuk kita hendak tengok macam mana kita melindungi kawasan kubur Pengkalan Maras daripada hakisan berterusan dalam mengelakkan lebih banyak kubur terjejas atau runtuh akibat hakisan.

Skop projek penyelesaian jangka pendek adalah dengan membina lapis lindung ataupun rock revetment sepanjang 100 hingga 150 meter di lokasi cadangan projek dengan anggaran kos RM500,000. Namun, ini bergantung kepada kajian di tapak dan sekiranya projek ini tidak dapat dilaksanakan kita kena teliti perkara yang lainlah. Cuma, dari segi projek pengawalan hakisan pantai itu kita masih teruskanlah dari segi benteng pemecah ombak dan sebagainya.

Jadi Yang Berhormat Pengerusi, memang banyak lagi isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Saya akan minta kementerian untuk membekalkan jawapan secara bertulis dan di sebalik yang saya menjawab ini memang sebenarnya kementerian sedang mengikuti

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

dan sedang meneliti setiap perkara yang dibangkitkan, teguran mahupun cadangan ataupun pandangan Yang Berhormat nyatakan tadi kita akan cuba teliti dengan sebaik mungkinlah.

Jadi, terima kasih semua. Mohon menyokong cadangan ini. Terima kasih.

draft • 6:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM362,674,200 untuk Kepala B.33 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2025 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.33 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual] Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.33 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2025 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.33 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 6:50 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Selasa, 26 November 2024.

draft • 6:50 PM

[Dewan ditangguhkan pada jam 7.00 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026