Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia baginda telah memperkenankan Akta Kecekapan dan Konservatif Tenaga 2024.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sebelum saya menjemput Yang Berhormat untuk bukakan soalan, saya ucapkan selamat kembali Perdana Menteri ke tanah air. waktu-waktu pertanyaan Menteri, saya jemput Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Saya ucapkan selamat pulang ke tanah air buat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan seluruh delegasi yang mewakili negara Malaysia.
1. Dr. Mohammed Taufiq bin Johari [Sungai Petani] minta Perdana Menteri menyatakan apakah isu utama yang dibangkitkan di sidang APEC Peru dan G20 Brazil serta manfaat kepada Malaysia. Begitu juga dengan keputusan Sidang Kemuncak Arab Islam di Riyadh.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Perdana Menteri.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Tan Sri Yang di-Pertua, saya pilih untuk hadir hari ini bagi menghormati Dewan yang mulia, walaupun terpaksa bergegas ke Putrajaya untuk menyambut ketibaan tetamu negara dari Vietnam sebentar lagi.
Hubungan antarabangsa yang meningkat ini sebenarnya membantu, umpamanya berita yang terkini dalam pertandingan United Nations Commission of Inter Trade Law.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Untuk 2025-2031, Malaysia mendapat undi tertinggi, 179 daripada 183.
[Tepuk] Ini rekod yang belum pernah capai negara sejak merdeka. Dalam International Anti-Curruption Academy yang diikuti oleh 85 negara mengiktiraf peranan yang dilakukan oleh SPRM, maka Malaysia telah diberikan dukungan untuk menjadi Ketua International Anti-Corruption Academy dan Menteri Azalina yang mempengerusikan badan antarabangsa itu.
Sepertimana yang di-Pertua sedia maklum, memang kita mula dengan lawatan rasmi ke Mesir atas undangan Presiden Al-Fattah El-Sisi, memberikan penghargaan terima kasih kerana bantuan dia dalam soal bantuan kemanusiaan walaupun kemudian disekat oleh rejim Israel. Dan bantuan dia untuk membolehkan dua pesawat kita mengambil anak-anak Palestin, Gaza yang cedera ini dibawa ke mari.
Saya sempat bincang dengan dia tentang masa depan dan kedudukan terkini.
Kemudian, ke Riyadh. Ke Riyadh ini, satu perkembangan yang agak menarik ialah inilah kali pertama negara-negara Arab, negara-negara Islam itu membuat ketetapan yang agak tegas.
Mereka menerima ada genosid. Sebelum itu, yang banyak negara yang enggan menyatakan dalam keputusan resolusi tentang genosid.
Yang kedua, untuk menghentikan hubungan dan diplomatik dan embargo, mendukung supaya ada embargo, perdagangan dan juga dari sudut bantuan ketenteraan oleh negara-negara Barat. Yang lain itu sepertimana kita sedia maklum, ialah mendesak keras pengiktirafan Palestin sebagai negara dan, dan sebagainya. Peranan, pendirian kita tentulah keras. Saya di situ mengusulkan sedikit lebih meminta negara-negara pertimbangkan untuk menyingkir Israel sebagai anggota PBB.
Ini ada kaitan kerana maknanya pengiktirafan negara Israel itu ada. Kita nak singkir siapa? Kita singkir negara yang memang diiktiraf dan walaupun dari segi itu de facto de jure kita tidak mengiktiraf kedudukan negara itu, sebab itu tidak ada hubungan sama sekali. Dan saya harap perkara ini dimengerti dan tidak jadi masalah yang berbangkit di kalangan kita atas derita rakyat Gaza dan Palestin. Sepatutnya kita ada muafakat dan mencari jalan bersama, satu kata sepertimana yang diusulkan dalam sidang Parlimen.
Peru ini sidang APEC berkala dan kita ambil kesempatan untuk mendukung beberapa projek yang sedia dikendalikan oleh Petronas, Yinson Holdings dan Sapura Energy.
Sebenarnya itu pendirian kita tidak ketinggalan kerana walaupun mereka menyebut tentang empower include growth, kita kata ada yang di-empower tapi ada juga yang tersisih dan di situlah kita bawa isu Gaza dan di hadapan Presiden Biden, Xi Jinping dan lain-lain.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Kemudian, di Sidang G20 yang ditaja oleh Brazil. Brazil ini menekankan tentang global alliance against hunger and poverty. Seperti yang kita tahu, Presiden Lula itu di antara tokoh yang di kalangan negara berkembang yang berani, yang mempunyai pendirian tegas, banyak persamaan dengan Malaysia dan Afrika Selatan.
Kami bertiga juga berunding secara berasingan untuk merangka strategi, satu di pihak Latin America, satu di pihak Afrika, satu di pihak Asia, untuk memberikan pendekatan baharu. Kita bantah kedudukan PBB sekarang dan kita menuntut apa yang disebut tatanan
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
dunia iaitu reform United Nations. United Nations mesti di-reform dan kuasa veto tidak boleh hanya kepada negara-negara yang sedia ada tetapi dikembangkan kepada wakil Latin America iaitu Brazil dan wakil Afrika iaitu Afrika Selatan.
Kemudian, tentang saya sebut mengapa boleh kita terima United Nations tetapi kita boleh izinkan negara yang melanggar semua ketetapan Bangsa-bangsa Bersatu, United Nations Security Council dan juga UN. Oleh kerana kita biarkan, maka sepatutnya negara- negara seperti yang melanggar, terutamanya Israel, patut disingkir.
Ketiga, kita bicarakan tentang United Nations itu badan yang diasaskan untuk mengiktiraf negara-negara merdeka. Maknanya, anti-kolonial, anti-penjajahan. Bagaimana negara G20 ― kerana di situ, Presiden Amerika ada, Presiden negara China, Perdana Menteri UK ada dan banyak lain-lain. Saya kata, bagaimana kita boleh bergabung dalam satu badan dunia yang mengiktiraf satu negara yang menjajah? Kita lawan, selama ini, kolonialisme. Tetapi, kita iktiraf, menerima Israel yang terus menjajah Gaza.
Berikutnya adalah tentang perdagangan bebas, kerana aliran ke arah protectionism telah bermula. Padahal, negara-negara inilah pada peringkat awal yang menjajah, membawa apa yang dikatakan, prinsip perdagangan bebas. Jadi, kita tegur IMF kerana kita mengusulkan supaya ada perubahan international financial architecture dan juga WTO supaya mendukung perdagangan bebas tanpa diskriminasi bagi negara-negara kecil. Itu isu- isu yang kita ketengahkan, yang diberi perhatian.
Tetapi, harus diingat ya. G20, Malaysia tidak jadi anggota tetapi diminta khas kerana membincang beberapa isu yang mereka menganggap kita ke depan. Pertama, battle against hunger and poverty dan keduanya, anti-corruption drive. Jadi, dua-dua ini diiktiraf, baik di Peru dan Brazil, yang mereka minta kita berikan dukungan dan committee yang akan diwujudkan akan mengambil kira peranan Malaysia walaupun Malaysia itu belum menjadi anggota G20.
Dari segi perdagangan, memang peniaga-peniaga turut serta dan syarikat seperti Petronas memang diberi kesempatan sangat baik, sepertimana Abdel Fattah El-Sisi beri ruang kepada Petronas, Presiden Lulu beri ruang, Abdel Fattah El-Sisi beri ruang kepada Proton dan ‘lulu’, ‘lula’ ─ Presiden Lula da Silva beri ruang kepada Petronas dan Yinson.
Pelaburan Yinson mencecah lebih USD4 bilion dan pelaburan Petronas di Brazil yang memberikan pulangan dan hasil yang baik untuk negara iaitu mencecah USD6 bilion.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih Yang Amat Berhormat Tambun atas jawapan yang diberikan. Sebelum meneruskan soalan tambahan, Sungai Petani ingin mengucapkan tahniah atas penganugerahan pingat El Sol del Peru [Tepuk] kepada Perdana Menteri Malaysia oleh Kerajaan Peru baru-baru ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya, apakah pendirian dan langkah kerajaan susulan fokus Sidang Kemuncak G20 di Brazil yang memberi keutamaan kepada isu
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
kemiskinan tegar dan kelaparan? Bagaimana Malaysia boleh bekerjasama dengan negara- negara anggota untuk menangani isu tersebut di peringkat global dan serantau?
Apakah langkah khusus yang akan diambil oleh kerajaan untuk memastikan sokongan konsisten dari negara-negara anggota OIC dan blok lain terhadap resolusi menggantung keanggotaan Israel di PBB?
Yang terakhir, Yang Amat Berhormat Tambun, baru-baru ini tular video atau isu wawancara dengan CNN Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, yang mana perkara ini menimbulkan salah tanggapan oleh masyarakat. Sebenarnya, oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini sendiri, khususnya Ahli-ahli Yang Berhormat pembangkang yang mungkin hanya menonton video itu 30 seconds sahaja tetapi salah tanggapan antara perbezaan pengiktirafan dan pewujudan itu sendiri. Jadi, Yang Amat Berhormat Tambun, apakah penjelasan oleh Yang Amat Berhormat? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Pertama, soal pingat ini, saya tentu berterima kasih bagi pihak rakyat Malaysialah ya. Saya anggap ini penghargaan kepada rakyat Malaysia, seperti mana juga yang dianugerah oleh Tsinghua University yang dihadiri oleh Premier Li Qiang tentang Profesor Tsinghua University. Saya tak terpukau dengan pingat-pingat bintang di langit tersemat di dada itu. Cuma, saya gunakan itu sebagai pengiktirafan kepada Malaysia dan terima kasih bagi rakyat Malaysia.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tentang social inclusion’s fight against hunger and poverty. Memang kita diminta mengemukakan kerangka kerja kita dan pelaksanaan program di Malaysia untuk dikaji dan diteliti, dilaksanakan bersama. Seperti yang kita tahu, kalau Presiden Lula da Silva, dia banyak buat tentang Familia, tentang program pembasmian kemiskinan kerana dia merasa bertanggungjawab dalam masa singkat untuk membasmi kemiskinan tegar, walaupun jumlah itu terlalu besar. Jadi, saya telah minta supaya ICU, EPU dan badan-badan yang terlibat dalam kerajaan untuk merangka program dan boleh dimanfaatkan oleh mereka.
Begitu juga tentang anti-corruption, saya telah minta supaya SPRM bersedia kerana Peru dan Brazil minta kerjasama ditingkatkan di antara badan pencegahan rasuah Peru dan Brazil dengan Malaysia.
Tentang temu bual dengan Richard Quest, saya faham, dipermainkan. Soal dia, saya tegaskan, kalau dalam konteks United Nations, anggota United Nations, itu dianggap hak kenegaraan. Itu yang disebut de facto. Tetapi, kita tidak iktiraf daripada awal. Bukan saya, daripada awal. Daripada zaman Tunku Abdul Rahman tidak iktiraf Israel sampai sekarang.
Jadi, dibedakan di antara pengiktirafan de facto, yang saya sebut, ya. Kemudian, kalau kita iktiraf dia de facto, mana-mana negara yang diiktiraf de facto tidak boleh diserang.
Jadi, sebab itu saya kata, mana-mana negara bila telah de facto, dia boleh pertahankan diri dia, tetapi tidak di dalam court.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Selepas itu, kalau dengar, saya dalam konteks, saya serang Israel habis-habisan.
Tak tahulah apa lagi cara yang saya boleh buat. Di Riyadh, di Lima, di Rio de Janeiro, itu suara Malaysia, itu yang paling keras. Jadi, sebab itu, saya tidak fahamlah mengapa harus perkara ini dipolitikkan.
Padahal, kalau tahu, rakan-rakan saya di depan, kerajaan dulu, pesawat Israel pun boleh masuk. Diberi kebenaran. Ada tarikh, ada time. Tak ada nak tanya pula, tak ada pula hukum. ZIM itu sampai 2022, Tan Sri. 2022, kapal perdagangan Israel masuk ke pelabuhan.
Itu yang realitinya...
[Tepuk] Tetapi, duk sibuk serang saya juga.
Saya cuma nak beritahu, tak apalah, kita pergi ke depan. Kerana kalau kita ikuti perkembangan, itu soal derita itu terlalu keterlaluan. Kalau istilahnya, maknanya bila saya tengok kadang-kadang, pemimpin-pemimpin Barat yang terlibat, menyampah. Tuhan yang mengetahui.
Cuma, kita dalam urusan diplomatik, perdagangan, pelaburan, kita teruskan. Tetapi, kenyataan saya berdepan mereka. Bukan kenyataan saya di Cheruk Tok Kun. Kenyataan saya di depan mereka. Dan saya tahu, sepertimana yang saya sebut, risikonya ada kerana kenyataan di antara yang paling keras.
Rakan-rakan yang ikuti perkembangan Sidang OIC dan Arab States di Riyadh, walaupun genosid itu diterima umum malah, rakan saya Bolivia, selepas saya berucap, dia kata, setelah ikuti ucapan saya, dia kata, “Call a genocide, genocide”.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Ya, tetapi dari segi minta singkir Israel daripada PBB, menyerang, panggil Israel itu barbaric. Istilah yang saya gunakan dalam ucapan di Riyadh itu “Barbarism of Israel must be stopped”. Nak lebih daripada itu tak boleh lagi dah.
[Tepuk]
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Jadi, memang betul saya interview banyak dengan CNN, dengan Al Jazeera, dengan Bloomberg, dengan Fortune. Jadi kalau nak ambil cebis- cebisan itu, terkeluar daripada konteks kurang tepatlah ya. Kalaupun tidak bersetuju satu dua perkataan tidak mengapa. Saya tidak mahu berbalah soal itu tapi tidak benar Tan Sri Yang di-Pertua, untuk dikaitkan dan menghina kita dalam keadaan kita berperang dalam isu ini. Isu ini bagi saya bukan isu politik biasa. Ini isu yang kita lahir daripada keyakinan kita, dalaman kita dan perjuangan selama berpuluh-puluh tahun.
Tuan Yang di-Pertua
Baik saya jemput Ketua Pembangkang.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Selepas mendengar jawapan Yang Amat Berhormat Tambun, pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah kerana seorang Perdana Menteri yang begitu rajin untuk keluar negara untuk membuktikan banyak perkara yang harus diperjuangkan untuk Malaysia.
Jawapan yang begitu jelas tapi kadangkala apabila kita keluar negara ini, saya tengok tadi Yang Amat Berhormat begitu letih sekali. Nak sebut Presiden Lula tadi pun dah jadi Lulu.
Jadi sebab itu saya tahu letih. Kasihan, jadi mungkin juga masa Richard Quest interview itu pun letih kot masa itu.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Jangan diambilkan kekhilafan di antara kita ini, di antara pembangkang dan Yang Amat Berhormat sendiri. Sebagai sesuatu sehingga menjadi perpecahan di kalangan kita dalam negara kita ini. Soalan saya adalah mengapa tidak, soalan yang dibangkitkan Richard Quest itu boleh menimbulkan perasaan marah rakyat Malaysia sebenarnya. Jadi kalau sebagai seorang pejuang untuk negara kita, apabila Yang Amat Berhormat dah sebut merata- rata dunia mengatakan Israel ini sebuah negara yang zalim, barbaric. Itu adalah sesuatu yang kita semua beri sokongan.
Saya rasa bila Yang Amat Berhormat mengatakan perasaan ini dalam Mesyuarat di Riyadh kita juga bangun dan mengatakan tahniah dan syabas. Ini perkara biasa. Kami pembangkang is just to be checked and balance. Itu telah pun saya kata daripada mula lagi.
Maka soalannya, apakah seorang penceroboh yang masuk ke rumah kita, kita benarkan dia defending himself. Bila kita tangkap. “Fasal apa awak bunuh ini?” “Sebab saya nak defend diri saya”. Ini persoalannya, khilaf dari segi sebab itu. Mudah sahaja. Kalau Yang Berhormat kata “Ya, saya tersilap bab itu tetapi percayalah, yakin lah, saya akan terus pertahankan Palestin.” [Tepuk] Kami bersama dengan Yang Amat Berhormat. Itu sahaja.
Jangan bangkitkan isu ini menjadi satu lagi perkara yang memecahbelahkan di kalangan kita.
Itu sahaja persoalannya. Jadi janganlah sebab khilaf ini, ada pula seorang Menteri kata, “Siapa sahaja cakap benda lagi kita nak bawa supaya polis datang ke rumah”. Ini apa hal ini?
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
[Tepuk] Inilah perkara-perkara yang saya nak sebut. Kalau kita boleh bersetuju di sini bahawa perkara ini ada kesilapan khilaf di situ, kami di sini sentiasa menyokong perjuangan Yang Amat Berhormat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih penjelasan itu. Dia redalah sikit.
Maknanya dia pertanyaan dan minta penjelasan. Tidak menghukum. Yang saya kata, saya ulas keras macam penunggang agama itu kerana dia menghukum terus. Ini bezanya. Panggil Anwar munafik, bohong kerana dia menyokong Israel, itu yang sebab mengapa saya menentang tapi kalau kenyataan daripada Yang Berhormat Larut saya boleh terima. Cuma saya kata it is contextual. Dia tanya sama ada dalam konteks negara Israel itu hak wujud pada konteks dalam saya yang – Kalau ikut selepas itu saya serang habis-habisan. So, itu dalam konteksnya. Kalau penjelasan saya dah bagi, cukuplah bagi saya.
Keduanya, dia tanya defend. Defend, prinsip dalam United Nations Charter, any country being attacked you can defend. Itu dia konteks dia. Bukan maknanya sekarang defend. Apa yang defend? Lepas itu saya kata bagaimana boleh kata defend? Saya kata dia barbaric. Dia ganas. Dia Zionis dan zalim. Itu pendirian kita. Cuma dia ambil itu, bagi saya tak out of context sahaja kerana nak cari periodical point tapi kalau dah penjelasan, saya dah beri penjelasan, saya ingat dah cukup.
Terima kasih atas kerjasama. Saya sangat hargai kerana isu ini saudara-saudara percayalah, kita boleh bicara dan bertikam lidah dan berbincang tapi di sana, seolah-olah tidak ada. Saya bicara dengan Presiden Sisi, MBS, MBZ, Erdogan sepanjang masa dan saya
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
tidak lihat sedikit pun harapan untuk ada penyelesaian, perubahan pimpinan di Amerika Syarikat.
Semalam dalam sidang United Nations Security Council, Amerika masih bangkit menentang ceasefire. Padahal saya Yang Berhormat Larut, istilah ceasefire pun kalau ikutnya saya tak setuju. Apa yang ceasefire nya? Orang bunuh kamu, serang kamu, kamu kata ceasefire. Istilah ceasefire tak betul. Sebab itu kalau di Riyard, saya kata “Stop the aggression, stop the oppression, stop the colonisation”. Istilah kita guna lain tetapi oleh kerana usul itu ceasefire kita kata okeylah. Kalau ceasefire pun membantu tapi inilah keadaan dia, mudah-mudahan Allah SWT membantu dan kita yakin akhirnya, bagaimanapun penyelesaiannya akan memihak kepada yang benar iaitu perjuangan sah dan sahih rakyat Palestin.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
[Bangun]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya bagi Paya Besar. Lepas itu saya bagi Muar.
Silakan Paya Besar.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Tambun, saya gembira dengar Yang Berhormat Ketua Pembangkang akan menjadi check and balance tapi saya minta tolong kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang, biarlah bersifat adil dalam kita melihat full frame of picture.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Yang Berhormat Speaker, ini bukan platform saya untuk menjawab.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tak, sebab...
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
It is not fair. It is not fair. Kalau dibenarkan, saya boleh menjawab.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Seorang Ahli
Jawablah.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Saya nak menjawab bahawa inilah keadilan yang saya berikan.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Yang Amat Berhormat pun bersetuju dengan saya.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya minta Paya Besar terus...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tak layak jadi Speaker pun ini.
Tuan Yang di-Pertua
...Terus kepada soalan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ya.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Apa cerita nak menuduh saya sama ada...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tan Sri Speaker, sebab saya melihat...
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
...Ini adil ataupun tidak?
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik, baik. I think settle, settle.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tan Sri Speaker.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Sebab saya, saya...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ini yang saya sebutkan sebagai – Tan Sri Speaker, ini yang...
Tuan Yang di-Pertua
Paya Besar, Larut. Kita ada masa.
[Dewan riuh]
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik. Semua sit down. Sit down. Cukup! Paya Besar, teruskan soalan. Yang Berhormat terima kasih.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Speaker, saya nak cuma minta kepada semua Ahli-ahli Parlimen di sini. Jangan menuduh sama ada saya tidak beri keadilan. Apa yang kita timbulkan adalah masalah yang kita rasa akan...
[Dewan riuh]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Dia...
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Untuk dijawab.
[Dewan riuh]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tan Sri Speaker, dia bukan isu keadilan Tan Sri Speaker. Isunya adalah...
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Apabila Yang Amat Berhormat Tambun dah jawab, kami di sini tepuk.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Isunya adalah kalau betullah bertindak sebagai check and balance...
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
[Tidak jelas] ...At least memainkan peranan sebagai check and balance, Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Yang Berhormat boleh tengok sendiri bahawa kami di sini tepuk apabila memberikan sokongan dalam alasan yang baik.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya meneliti banyak perkara yang dibangkitkan Tan Sri Speaker, tidak akan memberi kesan kepada apa yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Tambun.
Tuan Yang di-Pertua
Paya Besar, Paya Besar.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Itu yang patutnya kita lakukan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya ingat begini. Paya Besar begini. Lumut, Lumut...
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Jangan nak tunjuk hero atau nak jadi Menteri dan bangkitkan perkara-perkara seperti ini.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik. Sit down.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Nanti, nanti.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang nak tunjuk heronya adalah Ketua Pembangkang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Nak jadi pengampu besar ini.
Tuan Yang di-Pertua
Listen, listen. Saya tidak benarkan apa-apa lagi ulasan kepada ulasan. Ulasan atau ulasan, saya tak benarkan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ha, padan muka.
Tuan Yang di-Pertua
Sekarang Paya Besar, ulasan jangan. No more ulasan. Paya Besar, majukan terus soalan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Okey. Yang Berhormat Tambun, saya puji strategi kerajaan untuk keluar negara untuk perkukuhkan hubungan antarabangsa. Malaysia sebagai negara perdagangan, kita mesti sentiasa mencari kawan baru dan perkukuhkan hubungan dengan kawan yang lama.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Jangan tumpu hanya kepada United States dengan China. Negara di sisi sahaja ada lebih kurang USD4 trilion sovereign fund yang berpotensi untuk FDI. Persoalan saya, apakah implikasi kos Yang Berhormat Tambun berada di luar negara dan apakah pulangan kepada perbelanjaan ke atas FDI dan pengukuhan hubungan antarabangsa? Tan Sri Speaker, demografi akan menjadi elemen equation yang penting...
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
...untuk ekonomi negara.
Saya nak tanya kepada Yang Berhormat Tambun, dasar trumponomic ini yang juga saya lihat menumpukan kepada populasi negara-negara besar seperti India. Kita tahun depan sebagai Pengerusi ASEAN dan populasi kita hampir 700 juta. Bagaimana Yang Berhormat Tambun, kita nak bersedia menghadapi dasar trumponomic ini? Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih Paya Besar. Silakan Yang Berhormat Menteri. Lepas ini, Muar.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih. Saya setuju bahawa strategi kita haruslah tarik dan cari pasaran baru. Umpamanya, bila kita ke Mesir, kita juga minta supaya import Mesir, kelapa sawit itu ditingkatkan dan Presiden Abdel Fattah el-Sisi setuju bukan sahaja untuk Mesir tapi untuk jadikan Mesir sebagai pelabuhan untuk dieksport ke negeri- negeri bersebelahan, di Afrika. Sebab itu Proton itu diasaskan di Mesir untuk pasaran di dunia Arab dan Afrika. Setakat ini, sambutan baik.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Cuma dan pengeluaran awal Proton itu bulan Disember insya-Allah, bulan Disember ini. Jadi, hubungan yang dua hala begitu, membantu.
Begitu saya katakan tadi macam Brazil, Petronas mudah mendapat tempat cari gali baru kerana Presiden Lula sendiri memberikan perakuan dan memberikan sokongan, ini dalam telefon kepada saya setahun yang lalu. Dia bagi laluan dan memudahkan.
Begitu juga dalam ‘Yinson’ dan sebagainya. Kos ini yang dulu telah pun diumumkan di Dewan. Yang baru ini, kita buat cara lain. Sebab saya lihat kos perjalanan selalunya itu agak tinggi. Jadi, kali ini apa yang kita lakukan ialah dengan kerjasama Menteri MITI, kita undang syarikat-syarikat yang terlibat. Contohnya, Petronas, Sapura Energy, Yinson, Proton
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
dan semikonduktor yang banyak. Mereka datang mengikut dalam rombongan. Dia bayar tambang dan kos.
Jadi maknanya, kalau tak salah saya, di sekitar 70-80 peratus kos penerbangan itu ditampung oleh syarikat-syarikat yang ada kepentingan perniagaan dan pelaburan di negara kerana kerajaan bantu syarikat-syarikat ini sama ada yang import ataupun eksport. Jadi, jumlah sebenarnya itu dalam kos – kerana baru saya balik semalam. Jadi, belum- Tapi yang saya tahu, kos itu memang tinggi kerana KL–Cairo-Riyadh-Cairo-Lima-Rio De Janeiro-Doha- KL. Itu memang sampai setengah dunia, dua benua, tiga benua. Jadi, tetapi 75 peratus daripada kos ditampung oleh syarikat.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Ada dua soalan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Dato’ Seri. Muar tidak pertikaikan niat dan usaha Dato’ Seri dalam menentang rejim genosid Benjamin Netanyahu dan Israel dari bantuan perikemanusiaan yang luar biasa sampai ke usaha untuk menyingkirkan Israel dari PBB. Tidak kira tersilap kata ke, penat, tersasul, itu tidak patut memadam niat dan usaha yang telah dilakukan oleh Dato’ Seri dan Malaysia selama ini.
Persoalan saya, Malaysia selama ini telah pun khususnya daripada tahun 2021, telah menerima lebih RM200 bilion pelaburan daripada Amerika Syarikat dan melalui RM200 bilion pelaburan ini telah pun mencipta lebih 300 ribu peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia. Kini dengan Presiden Trump yang bakal masuk Rumah Putih ataupun White House, Trump melihat Malaysia sebagai negara yang ada trade surplus dengan Amerika Syarikat. Dengan itu, kalau kita tidak dapat bina hubungan yang baik, kita mungkin bakal dikenakan tarif yang akan memberi impak teruk kepada ekonomi Malaysia.
Persoalan saya, bagaimana Malaysia nak seimbangkan hubungan ini apabila Dato’ Seri contohnya, berani berjumpa sebelum ini dengan Almarhum ataupun Allahyarham Ismail Haniyeh, perjumpaan dengan Lavrov, perjumpaan secara peribadi dengan Presiden Putin dan Malaysia dilihat lebih dekat dengan China. Bukan lagi dengan Amerika Syarikat.
Bagaimana kita hendak pastikan, kita seimbangkan hubungan ini supaya Malaysia tidak dihukum apabila kita ada trade surplus dengan Amerika Syarikat? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Sila Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Muar. Sepertimana saya telah jelaskan di Dewan yang mulia ini, dasar luar kita harus bebas. Apa yang saya gunakan, fiercely independent. Dalam ASEAN itu, kita kekalkan principle of centrality. Bila kita ambil alih pimpinan ASEAN dan akan saya bincang dengan kepimpinan Vietnam petang nanti, prinsip ini kita akan tegaskan.
Maknanya, hubungan tradisional kita dengan Amerika, Eropah tentunya akan kita teruskan tetapi dia tidak boleh menafikan hak kita untuk menyuarakan pandangan yang mewakili sentimen rakyat Malaysia. Begitu juga pandangan kita tentang reform United Nations, hypocrisy of the many countries in the last countries.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Jadi, saya faham apa yang dimaksudkan oleh Muar. Memang kita akan ambil langkah-langkah yang perlu untuk menentukan hubungan ini baik. Dalam sidang APEC umpamanya, syarikat-syarikat gergasi Amerika Syarikat, termasuk Google, Microsoft itu masih lagi memberi ruang kepada kita. Jadi maknanya, hubungan- pendirian kita yang tegas dan keras dalam beberapa isu, termasuk Gaza dan unfair trading practices serta reform United Nations.
Juga beberapa pendirian Barat, terutamanya Amerika yang cukup kurang kita senangi, tidak menjejaskan kepentingan perdagangan setakat ini. Saya percaya kebimbangan yang disuarakan oleh YB Muar tetapi sepertimana yang kita sudah sedia maklum, kita juga terus jalin hubungan dengan bukan sahaja Presiden Biden tapi juga dengan Presiden Elect Trump. Kita tak ada pilihan.
Maknanya, kita terpaksa suarakan apa yang berfaedah dan menjaga kepentingan dan concern rakyat Malaysia. Tapi kita tahu perdagangan Amerika masih lagi nombor satu dari segi pelaburan di Malaysia. Strategi kita juga membuka ruang. Sebab itu kita bersama dengan negara China, negara India dan pasaran baru seperti negara besar Selatan Afrika.
Ramaphosa, Presiden Afrika Selatan itu memang menggesa supaya hubungan kita itu dilipat gandakan. Brazil, Peru dengan negeri Arab dan BRICS ini kerana pasaran baru.
Memang dicurigai oleh banyak tempat bila saya bincang dengan Antony Blinken di Vientiane, memang dia tanya dan memang dia suarakan kegusaran Amerika.
Saya beritahu bahawa kita ambil sikap yang bebas dan perdagangan bebas. Kita tidak menghalang penyertaan syarikat Amerika. Mereka juga tidak boleh menghalang hubungan perdagangan kita dengan negara China dan dengan negara Rusia. Walau bagaimanapun, akhirulkalam fasal soal ini, saya setuju dengan Muar bahawa kita harus guna kebijaksanaan dan saya percaya ada kemahiran di Kementerian Luar dan kekuatan diplomasi mereka untuk terus mengadakan hubungan yang baik dengan negara berkenaan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Datuk Awang bin Hashim, Pendang.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, kita punya banyak soalan, Yang Berhormat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Bismillahi Rahmani Rahim. Saya sangat teruja, semalam pun bangkit awal. Bukan senang nak dapat penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Baca terus soalan dia.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Rindu saya. Dak, saya nak bagi tahu, kerinduan saya nak kena jelaskan juga.
Tuan Yang di-Pertua
Time. Time. Time. Time.
[Dewan riuh]
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Baik. Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana balik ke Malaysia dan bawa, saya haraplah dengan kembalinya itu membawa sekali dengan pengumuman seperti mana FDI untuk kita perkasakan ekonomi negara seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pelaburan.
Tuan Yang di-Pertua
Pendang, baca Pendang. Baca.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Tan Sri Speaker.
[Ketawa]
2. Datuk Haji Awang bin Hashim [Pendang] minta Perdana Menteri menyatakan tahap pencapaian Kerajaan MADANI setelah mencapai usia dua tahun pemerintahan dalam melaksanakan pelbagai janji reformasi antaranya usaha memerangi rasuah, memperkukuh integriti institusi, memperkasa sistem demokrasi serta menjamin kebebasan media dan hak bersuara rakyat.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Sepertimana yang telah kita jelas sebelum ini, kalau dimulakan dengan soal rasuah, memang langkah-langkah itu memang tegas. Memang saya tahu dia tidak mudah kerana sukar untuk memerangi rasuah bila melibatkan golongan maha kaya kerana ramai penyokong-penyokong mereka. Jadi, tetapi saya telah diberi maklum oleh SPRM bahawa hal ini akan diteruskan, termasuk isu-isu kadang-kadang yang berbangkit, umpamanya yang terakhir mengenai Sabah.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Itu yang dimaklum oleh SPRM, siasatan diteruskan, ADUN-ADUN yang terkaitan dipanggil tetapi setakat itu sahaja yang saya boleh beri makluman tetapi tidak benar sama sekali kalau dikatakan ada usaha untuk mengekang dan menyekat. Begitu juga yang melibatkan orang-orang kenamaan yang besar, yang lainnya.
Kerana bagi saya, sepertimana yang ditegaskan berulang kali, negara tidak mungkin selamat kalau tidak dibanteras rasuah ke akar umbinya. Saya mewakili satu pandangan dan saya percaya rakan-rakan di sebelah sana, khususnya DAP dan PAS dulu memang cukup keras dalam membongkar kes-kes rasuah yang melibatkan bukan sahaja satu pihak tetapi banyak ya.
Mantan-mantan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dulu itu dalam harakah- harakah dulu itu memang besar dan saya akui menyedarkan rakyat tentang hal yang sedemikian. Saya mewakili pandangan bahawa rasuah itu sudah jadi sistemik. Dilihat tiap agensi, tiap jabatan, tiap kementerian, itu menjadi bongkar, itu kecelaruannya teruk. Sebab itu saya memerlukan kerjasama dan dukungan semua pihak kerana tiap kali bila dihadapkan di mahkamah itu disiasat, itu tanggapan itu adalah itu dari segi motif politik. Jadi, ini agak sukar.
Sebab itu saya berulang kali malahan pagi tadi pun saya tanya dari segi SPRM dan mereka kata setakat mereka mampu, mereka akan teruskan. Yang lain itu dari segi pentadbiran institusi seperti mana kita lihat Parlimen, tentang select committee dan beberapa keputusan yang dibuat oleh Tan Sri Speaker untuk memberikan ruang yang lebih baik dan juga tentang Parliamentary Services Act (PSA) yang akan dibentangkan ya tahun depan, insya-Allah.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Kemudian, selain daripada anti-corruption dan juga yang sekarang telah meningkat imej kita. Bukan sahaja dalam dari segi angka, Corruption Perceptions Index tetapi pengiktirafan dengan negara-negara luar yang minta kita kerjasama. Malah, minggu depan Kerajaan Qatar telah minta satu rombongan utama Menteri dan SPRM untuk bekerjasama merangka Program Pembanterasan Rasuah di negara-negara Islam dan itu ditugaskan kepada SPRM dan jentera Malaysia tetapi pengiktirafan mereka.
Saya telah sebut tentang International Anti-Corruption Academy, Assembly of Parties yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri. Kemudian, kita pinda umpamanya Financial Procedure Act, Akta Audit 1957 yang selama ini menghalang Ketua Audit Negara untuk menyiasat dan audit badan-badan kerajaan, syarikat-syarikat kerajaan. Ini telah kita luluskan di Parlimen dengan kerjasama semua pihak. Jadi, ini dan juga perubahan- perubahan yang telah diumumkan tentang akta-akta yang dianggap lapuk.
Perkhidmatan awam itu sedang melalui proses perubahan yang agak drastik dan sebab itu kita mulakan dengan Skim Saraan Perkhidmatan Awam. Mengiktiraf peranan mereka dan menuntut supaya ada perubahan. Jadi, disenaraikan beberapa tahap kecekapan. JPJ, berapa masa kelulusan? Lesen untuk pendaftaran syarikat untuk sekolah- sekolah swasta atau universiti swasta, berapa? Semua ini diambil kira dalam proses ini dan saya akan sediakan secara terperinci kepada Yang Berhormat Pendang untuk baca satu per satu tiap kementerian termasuk saya kata sebut tadi tentang program untuk memastikan tahap kecekapan itu meningkat.
Tidak ada makna kalau kita kata reformasi tetapi tahap kecekapan itu masih di tahap yang lama. Kemudian, tentang penyasaran subsidi. Itu yang dibicarakan oleh semua kerajaan sebelum ini. Semua Perdana Menteri setuju tetapi tidak ada tekad politik untuk melaksanakan kerana risikonya ada. Kemudian, oleh yang itu, oleh yang demikian kita lihat umpamanya ada kesan umpamanya dari segi KDNK, peningkatannya termasuk yang angka terakhir, pengukuhan Ringgit.
Kemudian, median upah bulanan Se-Malaysia yang meningkat. Saya akan seperti mana saya sebut oleh kerana jawapannya agak panjang dan kebetulan akhir minggu ini kita adakan peringatan sambutan dua tahun untuk menjelaskan kepada rakyat apa yang telah dilakukan. Jadi, wajar saya sediakan satu jawapan yang lebih terperinci untuk kajian Yang Berhormat Pendang.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih. Itu yang saya katakan Tan Sri Speaker. Rindu bila kita boleh dapat tiga minggu kita tak tengok Yang Amat Berhormat Tambun dengan kita. Janganlah halang saya nak melepas rindu dendam saya.
[Ketawa] Okey, baik. Saya nak beri penegasan tentang Perikatan Nasional ini iaitu penjajah.
Selamanya tiada hak untuk wujud. Penjajahan selamanya tiada hak untuk dipertahankan.
Soalan saya Yang Berhormat Perdana Menteri, sebenarnya kami pembangkang berkongsi semangat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam melaksanakan reformasi seperti yang selalu diucapkan seperti mana kami bersama dengan Yang Amat Berhormat
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tambun untuk memerangi rasuah, memperjuangkan kebebasan media, memperkukuh sistem demokrasi dan hak bersuara rakyat.
Soalnya pada masa sama, terdapat lagi pihak yang masih tidak berpuas hati dengan pencapaian Kerajaan MADANI hari ini. Sebagai contoh, penarafan markah ‘D’ yang diberikan oleh NGO pro-PH iaitu Bersih yang mempersoalkan hala tuju serta kejayaan kerajaan hari ini menunaikan janji melaksanakan manifesto seperti dalam buku manifesto tawaran PH PRU15.
Saya rasa tak puas hati bila rating dia diletakkan oleh Bersih ini, Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat yang disanjungi seluruh dunia ini, baru balik ini nombor tiga. Lebih rendah daripada Ismail Sabri dengan Tun Dr. Mahathir.
Aih, ini tak boleh. Saya tak boleh terima, Perdana Menteri saya.
Tuan Yang di-Pertua
[Ketawa] Terbaik.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Oleh sebab itu, dalam kedudukan Malaysia jatuh merudum tempat ke-34, tangga dalam Indeks Kebebasan Media 2024 ini mungkin kerana ramai yang didakwa dan di-banned akaun media sosialnya kerana menegur kerajaan dalam melaksanakan janji-janji PH sebelum menjadi kerajaan. Saya minta reshuffle ini tukar lah Menteri Komunikasi ini.
Minta penjelasan Yang Amat Berhormat Tambun dalam kebebasan bersuara yang diperjuangkan sebelum ini.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pendang, Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Soalan saya itu dah dua soalan. Ketiga, soalan saya begitu juga dengan pelantikan jawatan utama dalam agensi penguatkuasaan sepertimana Ketua Pesuruhjaya SPRM sebagai contoh dalam kerajaan yang dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat Tambun dulu perlu disemak oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bersifat dwi-partisan yang lebih telus untuk saya nak menyokong tatakelola yang baik bersama dengan Yang Amat Berhormat Tambun yang sedang memerangi perkara-perkara yang tidak baik berlaku sebelum ini.
Akhir sekali, Pendang ingin mendapat kepastian berhubung Akta Pendanaan Politik dan Dana Pembangunan Kawasan Pilihan Raya (CDF) sama rata kepada semua wakil rakyat Parlimen tanpa mengira parti. Ke manakah Yang Amat Berhormat Tambun hendak bawa hal ini kerana masih suram lagi? Kami nampak kelam harapan untuk dilaksanakan. Mohon penjelasan Yang Amat Berhormat Tambun.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Pendang. Ini tentang media, Indeks Kebebasan Media, saya terima kerana kita juga terikat dengan masalah 3R. Sementara kita izinkan orang berbicara, tetapi sidang dalam Raja-Raja Melayu itu sangat tegas. Jadi, kita juga terikat dengan pandangan raja-raja bahawa mereka tidak mahu dan mengizinkan sebarang kecaman kepada di khalayak tanpa tindakan.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
[Bangun]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Kalau dibangkitkan umpamanya kecaman-kecaman terhadap saya, itu berbakul-bakul. Tidak ada tindakan. Tetapi kalau ada laporan polis, pihak polis yang menguruskan. Saya tidak mempedulikan sangat hal-hal yang sedemikian. Jadi, saya terima teguran Yang Berhormat Pendang bahawa ada keperluan kita perbaiki persepsi ini. Cuma kita ada keterbatasan. Itu sahaja masalah dia.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tentang pelantikan SPRM itu, awal selepas saya ambil alih. Jadi, proses itu tak dapat dipenuhi sepenuhnya. Hanya setelah kita bincang untuk perkenan Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong. Akta Pendanaan Politik itu masih dikaji oleh jawatankuasa. Kalau disegerakan, saya tidak ada halangan untuk disegerakan ya. Bahkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, kita setuju untuk dilaksanakan tetapi biar ada perimeter, dibincangkan oleh Jawatankuasa Parlimen berkenaan.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tentang BERSIH. Tak apalah BERSIH bagi D tapi bukan F. Jadi, mudah-mudahan, UPSR D, SPM esok naik A lah, insya-Allah. Dia baru sangat.
[Tepuk] Tentang peruntukan, saya tidak faham. Saya tahu hal ini termasuk di dalam laporan BERSIH. Dia mengetepikan kenyataan bahawa saya masa itu Ketua Pembangkang dan saya berunding.
Jawatankuasa berunding dan saya sendiri pun berunding dengan Perdana Menteri.
Setelah berunding itu, baru diputuskan. Kita tidak terima draf awal. Kita terima draf yang dipinda. Yang Berhormat Larut pun sedia maklum bahawa kita, pandangan kita kepada TPM II jelas, harus berunding. Tapi nampak pembangkang, keengganan berunding itu menyebabkan hal ini tertangguh.
Jadi, kalau Pendang umpamanya setuju jadi salah seorang perunding, boleh runding segera.
[Tepuk] Saya, kalau boleh setuju, kita boleh terima. Sekejap, saya kena pasal...
Tuan Yang di-Pertua
Saya difahamkan bahawa General Secretary dari Vietnam berada di Putrajaya dan Perdana Menteri terpaksa berjumpa, menyambut beliau. Saya bagi Jelutong, cepat dan ringkas untuk soalan terakhir.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih. Yang Amat Berhormat Perdana terima kasih. Saya telah mendengar dengan tekun jawapan yang diberikan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya lihat bahawa langkah-langkah yang diambil untuk mereformasikan pentadbiran dan juga perkara-perkara melibatkan tatakelola giat dilakukan oleh kerajaan yang kita terajui hari ini.
Pada masa yang sama, saya bangun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Tan Sri Speaker, soalan saya, penerimaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di persada dunia sama tarafnya seperti pejuang-pejuang seperti Mahatma Gandhi dan juga...
[Dewan riuh]
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Bodek, ke?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
No, no. Saya tanya...
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik, baik, baik.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Lantiklah Jelutong jadi Menteri kah, apa kah. Kesian dekat dia itu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Dan juga Nelson Mandela.
Alright.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Lantik, kesian Jelutong.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ini ketimbang, ketimbang.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Soalan, soalan saya. Hulu Terengganu tak bangun, Masjid Tanah tak bangun...
Tuan Yang di-Pertua
Jelutong cepat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Istilah banduan terhormat ini dipertikai di Dewan yang mulia ini. Mereka tak bangun. Saya sebagai penyokong tegar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mempertahankan.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya mohon Yang Amat...
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Ini nak bangun ini.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Bagi masa nak bangun. Bagi masa.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya mohon Yang Amat Berhormat...
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Masjid Tanah pun nak bangun juga.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, dia ini orang yang merosakkan nama Dewan ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Menjelaskan istilah yang digunakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini instigator. Merosak nama Dewan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya. okey, Jelutong, Jelutong, Jelutong. Duduk semua.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, lebih baik tak payah jawab. Tak betul.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Secretary General daripada Vietnam sedang tunggu.
Dia tetamu kita. Saya minta...
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Baik, baik. Saya jawab dulu ini. Tak apa.
Tuan Yang di-Pertua
...Perdana Menteri cepatkan dan....
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih, terima kasih.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
PAC pun nak juga, Tan Sri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Ini...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tan Sri, Tan Sri ...
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Saya dengar, dengar ini.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tan Sri, dengar saya dulu, Tan Sri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tak, tak. Kejap, kejap. Bagi dua minit.
Tuan Yang di-Pertua
Perdana Menteri sedang jawab.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Bukan, dengar dulu Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Perdana Menteri sedang jawab
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Saya ada dua minit. Allahu Rabbi.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sekarang masalah cabaran daripada...
Tuan Yang di-Pertua
Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sejak semalam cabaran dibuat oleh Jelutong.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Baik, baik. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon...
Tuan Yang di-Pertua
Okey, saya...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Terpekik, terlolong semalam.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Saya...
Tuan Yang di-Pertua
Saya buat keputusan, Perdana Menteri tidak perlu jawab.
Silakan untuk...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Bila, bila, bila boleh tanya?
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Saya jawab sekejap.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Tan Sri suruh saya tanya hari itu.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Minggu depan boleh tanya?
Minggu depan?
Tuan Yang di-Pertua
Boleh, boleh. Kita bawa, carry forward.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Tan Sri, Masjid Tanah pun nak tanya hari itu.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tetamu daripada Vietnam, official visit.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Betul, tak apa.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Kamu reti ke apa itu official visit?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Cabaran bila boleh jawab?
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Takkan Perdana Menteri lambat pada dia.
Tuan Yang di-Pertua
Besut, Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Minggu depan boleh jawab?
Minggu depan?
Tuan Yang di-Pertua
[Mengetuk tukul] Saya dengan ini meminta...
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Memang tak layak jadi Timbalan Perdana Menterilah awak.
Tuan Yang di-Pertua
Besut, please.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tuan Yang di-Pertua, sekejap. Saya nak sebut, saya tak peduli. Ini maki hamun ini, saya tak peduli. Saya ada kerja. Saya dah dimaki hamun dah berpuluh tahun dan di sebelah sana orang yang paling kuat pertahan saya, terima kasih.
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Perdana Menteri berjalan keluar Dewan]*
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Jawablah sekejap, Perdana Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Setiausaha.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Sekejap saja.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Selamat berkhidmat, Perdana Menteri.
[Dewan riuh]
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Apa dia tadi? Tak dengar saya.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput — kita mulakan pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan dengan menjemput Puan Teresa Kok Suh Sim, Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor satu.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Menteri.
1. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta Perdana Menteri menyatakan langkah- langkah yang diambil oleh DBKL untuk mencegah dan menangani banjir kilat di Kuala Lumpur. Senaraikan projek-projek pembangunan yang telah diluluskan oleh DBKL di kawasan persekitaran kolam takungan banjir sejak tahun 2014.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin memohon supaya pertanyaan daripada Yang Berhormat Seputeh dijawab bersekali dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Padang Serai pada tarikh 3 Disember 2024 kerana menyentuh isu yang sama iaitu banjir kilat di Kuala Lumpur.
Yang di-Pertua, sebenarnya saya telah menjawab banyak ya kali isu banjir dan isu lubang benam dalam sesi pertanyaan lisan, MQT dan juga penggulungan di mesyuarat yang sama. Sehubungan dengan itu, saya sebenarnya tidak berhasrat untuk mengulang jawapan yang serupa. Cuma jawapan saya pada hari ini adalah merupakan lanjutan ataupun extension kepada jawapan saya sebelum ini. Yang di-Pertua, boleh saya teruskan?
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, silakan.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Jadi, terkini satu jawatankuasa telah ditubuhkan di peringkat DBKL iaitu Jawatankuasa Pengurusan Insiden Awam Kuala Lumpur, yang dibantu juga oleh agensi luar yang lain seperti Angkatan Pertahanan Awam (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pengairan dan Saliran
Dr. Zaliha binti Mustafa
Kuala Lumpur (JPSKL) dalam usaha untuk kita menangani serta memberi bantuan segera iaitu kurang daripada setengah jam tempoh respond times daripada waktu diterima amaran awal banjir jalan atau banjir kilat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Jadi, seramai 490 petugas dalaman DBKL akan siap siaga ya di lapangan dengan dibantu oleh petugas pasukan pemantauan secara visual melalui lebih daripada 60 unit CCTV di bilik gerakan, khususnya di kawasan hot spot yang telah dikenal pasti.
Contohnya, memantau kawasan-kawasan sungai, parit dan juga kolam takungan.
Jadi, mulai esok satu langkah proaktif juga akan kita laksanakan iaitu semua variable message system (VMS) ataupun papan iklan LED di bawah seliaan DBKL akan memaparkan status masa, cuaca dan amaran kemungkinan berlakunya banjir kilat. Ini kita mendapat kerjasama daripada MET dan juga JPS. Ini kita akan mulakan di papan iklan LED di Menara DBKL terlebih dahulu. Jadi, rakyat ataupun penduduk warga Kuala Lumpur boleh mengambil langkah awal untuk jika kita memberi amaran.
Sebagai inisiatif persediaan menghadapi Monsun Timur Laut, DBKL juga telah menganjurkan program-program latihan seperti pengendalian bot bersama agensi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan program yang berlangsung pada 20 Ogos tahun ini melibatkan lima agensi lain di bawah pentadbiran JB, Jawatankuasa Bencana Daerah Kuala Lumpur iaitu PDRM, ATM, APM, bomba dan juga Jabatan Wilayah Persekutuan Sendiri. Jadi, program ini adalah bertujuan untuk memastikan ya bot penyelamat berada dalam keadaan baik dan menguji kemampuan prestasi.
DBKL juga telah menghadiri lawatan ke projek Lembangan Sungai Klang yang dianjurkan oleh JPS Kuala Lumpur sebagai langkah proaktif kita dalam usaha menangani Monsun Timur Laut dan juga sebagai persediaan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah bagi menyambut Kepengerusian ASEAN 2025.
Bagi menjawab isu Yang Berhormat Seputeh dibangkitkan berhubung dengan kolam takungan banjir. Berdasarkan rekod Yang Berhormat, kita ada lapan projek pembangunan yang telah diluluskan di kawasan persekitaran kolam takungan banjir sejak tahun 2014 yang melibatkan Kolam Taman Wahyu, Kolam Delima, Tasik Metropolitan Kepong dan juga Tasik Damai Lakefields. Jadi, saya akan mohon pegawai saya untuk mengemukakan senarai penuh projek-projek tersebut kepada Ahli Yang Berhormat.
Jadi, saya faham juga apa yang tersirat daripada soalan Yang Berhormat Seputeh.
Jadi, saya ingin yakinkan, kita melaksanakan pemantauan di DBKL ini terutamanya di kawasan-kawasan projek sekitar kolam takungan banjir yang telah diluluskan. Selama ini kita dapati paras air masih dalam keadaan yang terkawal dan masih belum pernah berlaku kejadian banjir di situ.
Sedikit pencerahan pula kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Serai, kejadian lubang benam di Jalan Masjid India tempoh hari. Sebenarnya, tidak ada hubungan secara langsung dengan banjir kilat yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur. Hanya kebetulan ketika itu ada beberapa insiden-insiden selain akibat daripada hujan yang lebat.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Dalam hal ini, berhubung langkah-langkah pencegahan lubang benam di Kuala Lumpur, DBKL juga telah melaksanakan kajian struktur tanah yang dipantau oleh task force khas di mana ia bermula sejak berlaku insiden di Jalan Masjid India tersebut dan masih lagi dalam proses pelaksanaan kajian dalam peringkat akhir. Untuk tindakan jangka pendek, DBKL dan agensi yang terlibat juga telah dan sedang melaksanakan audit integriti aset-aset utiliti yang akan dilaksanakan oleh syarikat-syarikat utiliti yang dimulakan di kawasan Central Business District (CBD) di Kuala Lumpur.
Jadi, pemetaan dan ujian integriti bawah tanah juga turut kita laksanakan di CBD.
Seterusnya, kerja-kerja pembaikan dan penggantian untuk komponen aset yang berada dalam keadaan uzur akan terus dijalankan. Selain daripada itu, pelaksanaan kerja penyiasatan tanah bagi menentukan struktur lapisan tanah akan menggunakan kaedah ground penetrating radar (GPR) dan Mackintosh Probe, satu alat yang khusus dan seterusnya ujian geofizik yang sesuai bagi menentukan perkara-perkara yang berikut iaitu microgravity untuk mengesan sama ada adanya lohong di bawah dan ground settlement monitoring untuk mengesan pergerakan tanah juga akan turut dijalankan.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Manakala bagi tindakan jangka panjang, DBKL akan melaksanakan juga penyiasatan tanah menggunakan deep boring ataupun borehole disertakan dengan ujian makmal dan DBKL akan mengemukakan laporan geoteknikal oleh jurutera awam yang bertauliah pada kadar yang segera untuk kawasan-kawasan pembangunan yang berisiko. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, sebagai warga kota, kita amat rasa kesal di mana bila banjir kilat selalu berlaku di Kuala Lumpur, kerajaan masih membenarkan pembangunan yang pesat dengan kepadatan yang tinggi di sekitar kolam takungan banjir.
Jadi, saya nak tanya sama ada kerajaan akan menghentikan pemberi milikan tanah di sekeliling kolam takungan banjir di Kuala Lumpur kepada pihak swasta mulai sekarang dan memantau fungsi dan kapasiti setiap kolam takungan banjir di Kuala Lumpur serta mengawal kepadatan semua projek pembangunan di sekeliling kolam takungan banjir.
Ini kerana kita lihat dengan banjir kilat yang kerap berlaku, sehingga Ahli Parlimen pada bulan lepas tak dapat masuk Parlimen kerana banjir kilat. Jadi, pembangunan di kolam takungan banjir di Kampung Bohol dan sekarang kita lihat di Taman Desa, kolam takungan banjir dekat sana, yang dengan kepadatan tinggi akan dibina oleh Mah Sing. Jadi semua ini, adakah DBKL akan mengkaji semula kesemua dasar ini supaya kita tidak menjadikan 20 tahun kemudian, kita sampai ke tahap yang tidak boleh diselamatkan lagi?
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Menteri.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang Berhormat. Yang di-Pertua, sebenarnya saya ingin menyatakan, faktor yang menyebabkan banjir ini sebenarnya pelbagai. Bukan hanya seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Seputeh iaitu disebabkan oleh pembangunan ya. Contohnya banjir besar atau banjir kilat yang berlaku baru-baru ini yang
Dr. Zaliha binti Mustafa
menyebabkan kita di Parlimen ini, di Dewan Rakyat ini lambat sedikit dalam setengah jam adalah disebabkan oleh hujan yang terlalu tinggi. Taburan hujan yang dikira untuk sebulan itu berlaku dalam masa dua jam. Itu yang menyebabkan sebenarnya berlaku banjir kilat yang besar baru-baru ini.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya sebenarnya menghayati pertanyaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Seputeh ini yang mirip dengan pendekatan yang kita panggil urban conservative, dengan izin yang popular di negara-negara maju. Urban conservatism ini mahu supaya saiz bandar ini dihadkan serta nilai tradisional dan juga karakter bandar dipelihara berbanding dengan pembangunan bandar yang pesat.
Dalam meluluskan sebarang projek pembangunan, semua pun tahu bahawa entiti pembangunan seimbang hendaklah kita utamakan. Sebelum kebenaran merancang dikeluarkan, penilaian seperti EIA, TIA dan SIA kita akan laksanakan termasuklah juga untuk mengawal kepadatan penduduk secara keseluruhan.
Malahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sering menyebut perkara ini.
Ketamadunan sesebuah negara bermula daripada ibu kotanya. Maka pembangunan Kuala Lumpur perlu diutamakan supaya limpahannya juga dirasai oleh warga kota dan juga mungkin aspirasi itu boleh dilihat di negeri-negeri lain.
Pendekatan pembangunan Wilayah Persekutuan sekarang adalah kita gunakan pendekatan smart growth iaitu pembangunan pesat tanpa meminggirkan kelestarian dan juga nilai-nilai estetika sesebuah bandar. Dalam hal ini, seperti yang saya sebutkan tadi, sebagai contoh ya, data kita menunjukkan tiada hot spot banjir yang baharu direkodkan di kawasan kolam takungan banjir setelah projek pembangunan di sekitar KTB itu diluluskan pada tahun 2018 lagi.
Jadi contoh lain yang saya nak bawa ialah itu di Kepong. Contoh lain di kawasan Kampung Periuk yang merupakan hot spot banjir. Setelah kita membuat pembinaan OST, di situ kekerapan banjir yang berlaku sepanjang dua tahun kebelakangan ini telah sangat berkurang.
Jadi saya juga telah memohon sebenarnya DBKL untuk membuat analisa bagi melihat sama ada terdapat hubungan langsung atau tidak di antara jumlah kebenaran merancang yang dikeluarkan dengan jumlah hot spot banjir ataupun banjir kilat yang berlaku di Kuala Lumpur. Jadi, analisa ini insya-Allah kita akan bentangkan dalam Majlis Menteri Wilayah sendiri dan Yang Berhormat Seputeh pun juga ada dalam majlis tersebut dan kita boleh bincangkan lebih lanjutnya.
Secara ringkas, bagi saya, kerajaan buat masa ini tidak ada lah perancangan kita secara khusus untuk menghentikan pemberi milikan tanah di sekitar KTB di Kuala Lumpur ini kepada pihak swasta. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Arau. Arau nak tanya?
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Padang Serai.
Tuan Yang di-Pertua
Oh, ya. Arau kah Padang Serai? Padang Serai, okey.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Arau. Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Arau bagi laluan ya.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Terima kasih atas jawapan panjang yang diberikan oleh Menteri berkenaan dengan kejadian banjir di Kuala Lumpur.
Jadi soalan tambahan saya Yang Berhormat Menteri, sejauh manakah pemetaan titik panas ataupun hotspot diambil kira dan dikemas kini dalam Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 sebagai langkah mitigasi bagi mengurangkan risiko banjir jika berlaku risiko banjir kilat pada masa yang akan datang? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Menteri.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Kami di Jabatan Wilayah Persekutuan sebenarnya sedang melakukan kolaborasi dengan NRES untuk melihat kesan cuaca ataupun climate change terhadap khususnya banjir di Kuala Lumpur ini dan juga masalah-masalah lain yang berkaitan dengan cuacalah.
Jadi, insya-Allah yang itu memang kita sedang perkukuhkan dan kita akan memastikan insya-Allah, dengan mengintegrasi seperti keadaan suhu di Kuala Lumpur itu akan dapat membantu lebih jauh lagi dalam pengurusan banjir kita di Kuala Lumpur. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff, Rantau Panjang.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan rombongan Kelab Alternatif 4x4 A4C Penang ke Parlimen yang diketuai oleh Tuan Haji Fadhil. Selamat datang ke Parlimen.
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mulakan dengan pantun.
*20 November Hari Kanak-Kanak sedunia, 25 November hari antarabangsa untuk penghapusan keganasan terhadap wanita.
Sama-sama kita meraikannya, Mohon jawapan soalan saya nombor dua.*
2. Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan apakah program serta libat urus yang telah dilaksanakan antara KPWKM dengan kerajaan-kerajaan negeri di seluruh negara serta pencapaian setakat ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat daripada Rantau Panjang.
Tan Sri Yang di-Pertua, KPWKM dalam pelaksanaan fungsi serta tanggungjawabnya sentiasa melibatkan kementerian dan agensi lain termasuk kerajaan negeri melalui kolaborasi strategik pelbagai program serta sesi libat urus. Ini adalah kerana kebanyakan isu yang
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
ditangani KPWKM adalah merentas agensi dan di bawah bidang kuasa pelbagai kementerian dan agensi.
Sesi libat urus bagi kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut tahun 2024/2025 telah diadakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di seluruh negara dan ia melibatkan 22 siri latihan amal dan simulasi pengurusan pusat pemindahan sementara ataupun PPS.
Seramai 2,000 orang telah terlibat yang terdiri daripada kakitangan agensi kerajaan yang terlibat dengan pengurusan bencana, pemimpin tempatan dan sukarelawan JKM. Semasa sesi libat urus ini, JKM turut memberikan penerangan berhubung penggunaan sistem MyInfoBencanaJKM ataupun MyIBJKM, di mana aplikasi ini adalah untuk memudahkan pendaftaran mangsa bencana di PPS.
Inisiatif menambah baik proses penyaluran bantuan adalah juga kerjasama dengan kerajaan negeri iaitu melalui integrasi sistem eBantuan JKM dan iSPEKS dan program pengintegrasian yang bermula daripada Februari 2022 dan selesai pada September 2023 telah mendapat kerjasama penuh daripada 11 kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia.
Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya LPPKN ataupun Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara sedang mengadakan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Ke-6 (KPKM-6) 2024 bermula daripada 15 Julai sehingga 31 Disember 2024 bagi mendapatkan maklumat terkini dan data berkaitan kependudukan keluarga dan kesihatan reproduktif penduduk di Malaysia.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Data yang diperoleh daripada kajian ini akan membantu negara merangka dasar berkaitan keluarga dan kependudukan yang lebih responsif kepada keperluan dan situasi semasa.
Satu lagi program yang melibatkan kerjasama negeri adalah Pelan Strategi Kebangsaan bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur. Pelan ini mengandungi tujuh objektif, 17 strategi dan juga 58 program dengan penglibatan daripada pelbagai agensi di peringkat Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, NGO serta pertubuhan antarabangsa.
Tan Sri Yang di-Pertua, KPWKM sentiasa memastikan keterlibatan semua pemegang taruh termasuk daripada kerajaan negeri agar pandangan dan maklum balas dari semua didengari dan diambil kira dalam pelaksanaan program dan inisiatif kementerian.
Dengan pelbagai bentuk kolaborasi dan kerjasama yang jitu di antara KPWKM dengan semua pihak, kita dapat mencapai penyelesaian yang holistik dan lebih berkesan dalam menangani isu sosial dalam masyarakat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Rantau Panjang.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Kita menyambut baik dan mengucapkan tahniah di atas kerjasama yang sangat baik yang telah diberi oleh kementerian dan agensi-agensi terlibat dengan kerajaan negeri.
Soalan saya ialah kita melihat bahawa kumpulan sasar Kementerian Wanita ini terlalu luas melibatkan pelbagai segmen masyarakat dan banyak kejayaan-kejayaan juga yang telah
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
dipelopori di bawah kerajaan-kerajaan negeri yang boleh dikembang dan diguna sama oleh Kerajaan Persekutuan.
Jadi, saya ingin tahu, setakat ini, berapa banyakkah penglibatan yang telah dilibatkan, contohnya seperti mesyuarat bersama dengan exco-exco wanita di peringkat apa yang melibatkan semua exco wanita di peringkat negeri? Begitu juga semakan terhadap semua dasar-dasar kementerian yang sedia ada dan juga semakan terhadap pelan tindakan strategik kementerian supaya ia selaras dengan keperluan negara semasa. Saya mohon penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Menteri.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang di atas soalan yang diberikan. Saya faham mengenai keprihatinan Yang Berhormat mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan kumpulan sasar di bawah KPWKM.
Untuk makluman Yang Berhormat, di kementerian ada, di awal tahun 2023, ditubuhkan Majlis Wanita dan Keluarga Negara. Yang ini sebenarnya dia menggantikan Majlis Wanita Negara dan pendekatan dia lebih komprehensif. Dia platform bagi pihak yang berkepentingan iaitu Federal Government, swasta, akademik dan juga NGO memberi pandangan ataupun idea untuk memperkasakan wanita dan lain-lain kumpulan sasar.
Yang Berhormat juga pernah berada di tempat saya. Dan ianya dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri sendiri. Dia bersidang dua tahun sekali. Kalau daripada 2023 hingga 2024, bermaksud dua kali sudah bermesyuarat. Dibincangkan pelbagai perkara yang menjadi isu pokok seperti Yang Berhormat nyatakan tadi.
Tetapi, saya akui, untuk mesyuarat yang akan datang sebab, Yang Berhormat banyak bertanya mengenai penglibatan exco daripada kerajaan negeri. Untuk mesyuarat yang akan datang, kementerian saya dimaklumkan dan kita mendapat ― kementerian sedia untuk meneliti untuk mengembalikan wakil kerajaan negeri ke dalam mesyuarat ini sebagai ahli mesyuarat.
Ini sebenarnya selaras dengan pendekatan whole of government, whole of society dan whole of nation approach. Banyak engagement yang kita telah laksanakan dengan NGO dalam contohnya ya, hendak menghadiri Konvensyen CEDAW, contohnya. Telah diadakan sesi dialog dengan NGO dan pelbagai engagement lain juga telah dilaksanakan.
Yang seterusnya mengenai NGO-NGO, dengan siapa dan di mana, semua saya akan berikan secara bertulis kepada Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Batang Sadong.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tahniah kepada KPWKM di atas beberapa inisiatif di antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.
Timbalan Menteri, baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pengumuman Bajet 2025 ada mengumumkan tentang Program Perantisan Kepimpinan Wanita, ataupun kita panggil Perantis, bagi meningkatkan kepimpinan wanita dalam pelbagai bidang termasuk politik, profesional dan tenaga buruh. Jadi, soalan saya, adakah KPWKM
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
melibatkan kerajaan negeri dalam pelaksanaan program berkaitan kepimpinan wanita ini?
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Menteri.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih saya ucapkan kepada YB Batang Sadong di atas soalan yang diberikan. Soalan ini adalah berkaitan dengan Program Perantis.
Sebenarnya, Yang Berhormat, Program Perantis ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri umumkan semasa Sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac 2024 dan dia telah memperuntukkan RM5 juta semasa pengumuman tersebut. Tujuan dia adalah untuk melahirkan lebih ramai lagi pemimpin wanita terutamanya di dalam peringkat dasar dan ia dijadikan sebagai satu platform jaringan kerjasama yang melibatkan perkongsian ilmu, kepakaran, paling tidak pun, at least wanita berupaya untuk meningkatkan keupayaan terutamanya di kalangan orang-orang muda, Tan Sri.
Mengenai penglibatan dengan negeri-negeri, sudah semestinya kita mendapat kerjasama dengan kerajaan negeri mengenai program ini, sebab program ini kita advertise- kan secara terbuka melalui laman web dan semua orang mempunyai akses kepada adanya Program Perantis ini.
Secara ringkasnya juga, saya hendak maklumkan, ia adalah proses bimbingan permentoran daripada empat hingga enam bulan. Insya-Allah, objektif program ini kita harap akan tercapai. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Dr. Richard Rapu anak Begri, Betong.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua. Soalan Betong nombor tiga.
3. Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri [Betong] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di seluruh negara, serta bagaimana usaha ini akan membantu mereka berkembang ke pasaran global. Apakah jenis sokongan khusus yang disediakan kepada PKS dalam menghadapi cabaran global.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di seluruh negara, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
(KUSKOP) telah menyediakan bantuan dan program keusahawanan melalui pelbagai aspek seperti berikut.
Pertama, menyediakan skim pembiayaan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melalui agensi-agensi di bawah KUSKOP seperti TEKUN Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia, Bank Rakyat, SME Bank, SME Corp. dan PERNAS. Sehingga September 2024, KUSKOP melalui agensi-agensi ini telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM6.45 bilion kepada seramai 265,325 usahawan PMKS.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
Kedua, meningkatkan kapasiti dan keupayaan PMKS melalui program pembangunan PMKS secara bersepadu dan bersasar di bawah SME Corp. Antara program yang dilaksanakan adalah program Business Accelerator Programme (BAP) dan Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP). Bagi tahun 2024 setakat sehingga Oktober ini, sejumlah 472 PMKS telah mendapat manfaat dengan peruntukan diluluskan sebanyak RM86.08 juta.
Ketiga, menggalakkan peningkatan ilmu pengetahuan berkaitan pengurusan perniagaan dan kewangan serta pemasaran produk yang dilaksanakan oleh Institut Keusahawanan Negara (INSKEN). Contohnya, melalui Program Bimbingan Business Bumiputera (IBBC), Program Bimbingan Keuntungan Menu dan Kursus Urus Tunai yang melibatkan seramai 8,308 usahawan setakat sehingga 30 September tahun ini.
Keempat, melaksanakan program galakan eksport dan penyertaan dalam misi perdagangan luar negara. Misi pengembangan perdagangan merangkumi usahawan francais, usahawan halal dan vendor melibatkan sebanyak 14 program antarabangsa bagi tempoh Januari hingga September 2024 yang melibatkan seramai 254 usahawan dan merekodkan potensi nilai jualan berjumlah RM1.4 bilion.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
Dalam hubungan ini, KUSKOP telah menggariskan strategi berkaitan aspek meluaskan akses pasaran kepada usahawan sehingga ke peringkat global melalui pelaksanaan program-program seperti berikut.
Pertama, program-program galakan eksport di bawah SME Corp. seperti Program Galakan Eksport Bumiputera dan Program Rantaian Global PKS (GLOSMEP). Bagi tahun 2024 setakat sehingga Oktober ini, sejumlah 247 PMKS telah mendapat manfaat di bawah program GEB melibatkan 10 usahawan yang diluluskan geran bernilai RM1.51 juta dan 237 usahawan yang telah menerima manfaat latihan berkaitan eksport.
Melalui program GLOSMEP pada tahun 2024 pula, sebanyak 260 PMKS tempatan telah menyertai 373 sesi pemadanan perniagaan yang diatur bersama pelbagai syarikat anchor dengan potensi jualan berjumlah RM42.5 juta.
Kedua, Business Exports Programme (BEP) yang dilaksanakan di bawah SME Bank yang menawarkan latihan bimbingan eksport dan penyertaan dalam misi perdagangan luar negara. Sehingga September 2024 untuk tahun ini, sebanyak 82 usahawan PKS bumiputera telah menyertai program BEP dengan peruntukan berjumlah RM15.75 juta. Daripada jumlah ini, sebanyak 35 syarikat telah menembusi pasaran baharu di luar negara dengan jumlah keseluruhan jualan eksport sebanyak RM191,92 juta.
Ketiga, Program Pengantarabangsaan Usahawan Halal bagi menyediakan akses produk dan perkhidmatan halal tempatan ke pasaran antarabangsa. Pada tahun ini, sebanyak sembilan misi pengembangan perniagaan usahawan halal telah dilaksanakan melibatkan seramai 143 usahawan dengan merekodkan potensi nilai jualan berjumlah RM255.4 juta.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
Keempat, Program Pengukuhan Francais bagi meningkatkan eksport ataupun Enhanced Franchise Development Programme (EFDP) untuk menggalakkan pengukuhan dan seterusnya mengembangkan francais tempatan di luar negara. Pada tahun ini, sebanyak sembilan misi perdagangan dan program antarabangsa usahawan francais di bawah program EFDP ini telah dilaksanakan melibatkan seramai 27 usahawan francais dengan merekodkan potensi nilai jualan sebanyak RM968 juta.
Kelima, Program Jaguh Serantau oleh SME Bank yang merupakan program pembiayaan kepada PMKS bumiputera bagi menerokai pasaran serantau. Sehingga Oktober tahun ini, sebanyak 19 syarikat telah menerima pembiayaan berjumlah RM173.24 juta. Selain itu, antara cabaran global yang terkait dengan pengembangan perniagaan adalah penerapan amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang harus dilaksanakan oleh PKS tempatan bagi memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk menembusi pasaran antarabangsa.
Dalam hubungan ini, KUSKOP melalui SME Corp. telah membangunkan dokumen Panduan Pantas ESG untuk PMKS sebagai rujukan asas kepada PMKS untuk memudah cara penerapan amalan ESG dalam operasi perniagaan mereka. Selain itu, SME Corp. juga sedang giat melaksanakan program PKSlestari untuk menggalakkan dan mempercepat penarafan ESG dalam kalangan PMKS. Selain program PKSlestari bermula tahun 2024 ini...
Tuan Yang di-Pertua
Menteri, panjang lagi ke Yang Berhormat? Panjang sangat.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ini terlalu panjang Speaker, terlalu panjang.
Datuk Ewon Benedick
Last, terlebih detail. Program Business Accelerator Programme telah diperluaskan skop bantuannya untuk turut meliputi penerapan elemen ESG dalam perniagaan seperti pembungkusan produk...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Speaker, ini menggulung, Speaker.
Datuk Ewon Benedick
...Serta pembelian mesin dan peralatan yang berkaitan dengan pengurusan sisa buangan bagi menggalakkan PMKS mengamalkan ESG dalam operasi perniagaan mereka. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Betong, ada soalan lagi Betong?
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat di atas soalan yang panjang lebar dan komprehensif.
Tuan Yang di-Pertua
Itu bukan soalan, jawapan dia itu panjang.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Sorry?
Tuan Yang di-Pertua
Soalan pendek tadi, jawapan panjang.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Ya, jawapan yang amat panjang, maaf. Yang Berhormat Menteri, memanglah PKS ini merupakan tulang belakang ekonomi kepada negara kita. Jadi soalan saya kepada Menteri, apakah kementerian daripada segi pelan perancangan dan pendekatan sama ada mempunyai perancangan untuk memperkasakan ekosistem e-dagang khusus untuk PKS yang merangkumi platform e-
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
dagang, perbankan digital serta khidmat sokongan seperti latihan bagi meluaskan jangkauan serta meningkatkan daya saing mereka di pasaran. Kalau boleh, minta juga Menteri memberi apakah kategori utama produk-produk PKS Malaysia yang popular dan laris dalam platform e-dagang ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Sila, Menteri.
Datuk Ewon Benedick
Soalan panjang tapi saya ringkaskan.
Tuan Yang di-Pertua
Ringkaskan, ringkaskan.
Datuk Ewon Benedick
Ya, kita ada perancangan. Kita ada MyMall dan kita juga menyokong inisiatif sendiri yang dilaksanakan oleh PMKS ke arah pendigitalan dan kita ada kursus-kursus yang disediakan oleh INSKEN dan juga agensi-agensi yang membangunkan usahawan seperti TEKUN Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia, SME Corp., SME Bank, begitu juga dengan Bank Rakyat dan francais. Semua itu dalam rancangan dan sedang dilaksanakan dan kita akan teruskan. Tentang jenama produk yang popular itu, saya beri secara bertulis kepada Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Kuala Langat.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Terima kasih Tuan Speaker.
Industri global halal mempunyai prospek USD5 trilion dijangka menjelang tahun 2030.
Apakah strategi KUSKOP dalam menggalakkan lebih ramai lagi PKS-PKS untuk terlibat dalam pensijilan dan juga ekosistem halal ini?
Adakah apa-apa insentif ataupun geran yang diberikan kepada mereka ini untuk menampung bimbingan, kursus dan juga mungkin yuran audit dan juga mungkin kos-kos tambahan dalam operasi dan lokasi Malaysia di tengah-tengah ASEAN dan mempunyai hubungan perdagangan yang sangat baik dengan Timur Tengah menjadikan lokasi pengedaran produk halal yang sangat baik.
Apakah perancangan KUSKOP menjelang Kepengerusian ASEAN ini dalam meningkatkan lagi kesiapsiagaan PKS dalam meluangkan ekosistem perniagaan dan produk tempatan untuk ditembusi kepada pasaran serantau? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Datuk Ewon Benedick
Tan Sri, ada dua soalan.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Datuk Ewon Benedick
Saya nak jawab yang mana satu ini?
Tuan Yang di-Pertua
Jawab serentaklah, jawab serentak.
Datuk Ewon Benedick
Serentak?
Tuan Yang di-Pertua
Ya. Padat dan pendek.
Datuk Ewon Benedick
Okey. Yang pertama, untuk persiapan Kepengerusian ASEAN, kementerian akan meng-host-kan dua mesyuarat peringkat pegawai tertinggi dan sudah tentu antara yang akan kita laksanakan adalah mengambil ataupun membeli daripada PMKS kita produk-produk yang boleh dijadikan sebagai kenang-kenangan, cenderamata kepada delegasi ASEAN ataupun negara-negara luar yang terlibat.
Datuk Ewon Benedick
Keduanya, tentang Program Pembangunan Keusahawanan Halal ini, saya sudah jelaskan sebahagian besar dalam peringkat Jawatankuasa semalam tetapi kalau diizinkan oleh Tuan Speaker, agak panjang juga tetapi untuk direkodkan, Program Pembangunan Kapasiti Produk Halal menjadi sebahagian daripada program kementerian.
Peruntukan berjumlah RM2 juta bertujuan membantu usahawan yang telah memiliki persijilan halal untuk meningkatkan kapasiti produk dan perkhidmatan halal daripada aspek penjenamaan, pembungkusan dan pelabelan. Melalui program ini, seramai 65 orang usahawan akan menerima bantuan geran pembiayaan bernilai sehingga RM30,000 bagi menampung kos pembangunan jenama produk, penyediaan prototaip dan menaik taraf reka bentuk pembungkusan dan pelabelan.
Kedua, Program Inovasi dan Teknologi Halal dengan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi membantu usahawan yang telah memiliki persijilan halal untuk meningkatkan keberhasilan produk dan perkhidmatan halal berteraskan inovasi dan teknologi. Program ini dijangka memberi manfaat kepada 25 orang usahawan dengan geran pembiayaan sehingga RM200,000 bagi setiap usahawan untuk mengadaptasi inovasi dan teknologi halal dalam meningkatkan produktiviti produk halal.
Ketiga, Program Pengantarabangsaan Usahawan Halal dengan peruntukan sebanyak RM5 juta bertujuan menyediakan akses produk dan perkhidmatan halal Malaysia di pasaran antarabangsa.
Datuk Ewon Benedick
Melalui program ini, seramai 200 orang usahawan dijangka akan dibantu dengan membiayai kos penyertaan usahawan dalam pameran dan expo perdagangan antarabangsa.
Keempat, Program Pembangunan Kapasiti Usahawan Industri Halal dengan peruntukan berjumlah RM1 juta pada tahun ini yang bertujuan menyediakan bantuan pematuhan persijilan halal kepada usahawan. Di bawah program ini, usahawan yang layak akan ditawarkan Bantuan Geran Pembiayaan RM10,000 bagi menampung kos pematuhan syarat-syarat persijilan halal. Ini kita akan teruskan dalam Belanjawan 2025.
Saya ucapkan terima kasih peruntukan bagi Program Pembangunan Ushawan Halal yang dilaksanakan oleh kementerian ditambah dan saya perlu rekodkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang menyokong belanjawan KUSKOP pada hari kelmarin, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan
(Tasek Gelugor).
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri. Soalan saya nombor empat.
4. Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan [Tasek Gelugor] minta Perdana Menteri menyatakan sebab RUU Kebebasan Maklumat (Freedom of Information) masih belum dibentangkan dan langkah-langkah yang diambil untuk menyegerakan pembentangannya.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pada 14 September 2023, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional
(JKKKTN) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bersetuju secara prinsip terhadap cadangan penggubalan Akta Kebebasan Maklumat di peringkat Persekutuan, dengan mewujudkan parameter serta garis panduan jelas bagi memberi akses kepada orang awam untuk mendapatkan maklumat daripada semua badan awam dan kerajaan. Dalam konteks cadangan penggubalan rang undang-undang (RUU) baru ini, matlamat utama kerajaan adalah untuk memastikan akses rakyat kepada maklumat sahih adalah lebih terbuka dan telus dan memberi gambaran jelas bahawa kebanyakan maklumat yang dipegang oleh pihak kerajaan secara prinsipnya adalah terbuka untuk diakses oleh orang awam.
[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar] **mempengerusikan Mesyuarat****] Dengan pengecualian bagi maklumat-maklumat tertentu seperti maklumat peribadi, selaras dengan amalan pelaksanaan prinsip, dengan izin, freedom of information di peringkat antarabangsa. Pelaksanaan gubalan rang undang-undang ini sedang diterajui oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) serta turut dibantu oleh Kementerian Digital, Jabatan Peguam Negara, pejabat ketua pegawai keselamatan kerajaan dan lain-lain agensi kerajaan utama yang berkaitan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seperti mana mandat yang telah diberikan oleh JKKKTN BHEUU, telah melaksanakan sesi libat urus secara menyeluruh di seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak yang telah melibatkan seramai 1,500 orang peserta, termasuk penyertaan daripada wakil kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), badan-badan peguam dan ahli-ahli akademik.
Selain itu, penggubalan rang undang-undang ini telah turut dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Hak Asasi Pilihan Raya dan Reformasi Institusi.
Tujuan sesi libat urus yang menyeluruh ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklum balas serta pandangan daripada semua pihak yang berkepentingan mengenai penetapan skop dan parameter perundangan bagi penggubalan rang undang-undang baru ini, termasuk isu-isu pelaksanaan dan implikasi kos serta perundangan yang bakal terlibat.
Pada masa ini, kesemua sesi libat urus ini baru sahaja selesai dilaksanakan.
Seterusnya, hasil dapatan sesi-sesi libat urus ini akan dibentangkan kepada JKKKTN, dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang dijadualkan akan bermesyuarat pada awal Disember 2024 untuk dipertimbangkan dan penempatan hala tuju selanjutnya dengan jangka masa untuk RUU ini dibentangkan di Parlimen pada tahun 2025.
Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Tasek Gelugor.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Eh, orang lain pula sudah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Sebenarnya bagi saya Undang-undang Kebebasan Maklumat ini adalah satu perkara yang penting. Dengan adanya akta ini nanti rakyat boleh bertanya secara terus pada kerajaan, apa istimewanya anak seorang pemimpin yang boleh dijemput ke delegasi antarabangsa dan kemudian, kenapa pula ada seorang lagi menantu pada pemimpin yang sama, suami kepada anak yang istimewa ini boleh pula pegang jawatan yang tinggi dalam salah sebuah GLC kerajaan yang dipengerusikan oleh pemimpin yang sama.
Ini soalan yang rakyat boleh tanya terus kepada kerajaan sekiranya ada akta tersebut. Tetapi saya kecewa apabila Yang Berhormat Menteri, bulan Julai dahulu kata bahawa akta ini akan dibentangkan di Parlimen pada penghujung tahun ini. Sekarang sudah kata 2025 pula.
Bukankah ini buktim – soalan saya, Tuan Yang di-Pertua. Bukankah ini bukti bahawa komitmen kerajaan kepada akta ini adalah amat rendah? Ini satu lagi kegagalan kerajaan dalam melaksanakan reformasi yang dituntut oleh rakyat.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, Yang Berhormat perlu faham. Komitmen dia adalah seratus peratus. Tidak ada apa-apa kurang daripada apa yang kita telah beritahu. Malah, mengambil lebih masa dari yang dijangka kerana libat urus dengan pelbagai pihak yang berkenaan yang ada pandangan-pandangan yang sangat berbeza dan juga komitmen Kerajaan Pakatan Harapan Yang Berhormat, adalah seperti yang telah kita uji di Pulau Pinang dan Selangor pun ada Freedom of Information Act. Maka, tidak ada apa-apa yang akan kita abaikan. Yang perlu fikir, yang perlu persetujuan adalah pada bulan Disember yang tidak lama lagi, ia akan dibincangkan, satu decision yang final akan dibuat dan kemungkinan besar ia akan dibawa pada- rang undang-undang ini akan dibawa pada bulan tahun hadapan sekurang-kurangnya.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Dato’ Speaker. Timbalan Menteri, bagaimanakah Malaysia boleh menangani isu birokrasi dan penolakan permohonan maklumat yang berulang? Seperti yang terjadi di India, dengan memastikan RUU Kebebasan Maklumat ini dilaksanakan dengan cekap, telus dan tanpa penangguhan yang tidak wajar, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Timbalan Menteri.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, terima kasih atas soalan tersebut. Sebenarnya, kalau kita tengok dari akta yang dicadangkan, ia ada merangkumi semua perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Experience-experience negara lain seperti di India dan sebagainya telah pun diambil kira dan ini terpulang kepada mesyuarat yang akan diadakan pada bulan Januari. Saya berpendapat bahawa perkara itu dapat diimplementasikan dan setelus-setelusnya supaya rakyat akan dapat manfaat yang tertentu.
Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Seterusnya, Tuan Jimmy Puah Wee Tse (Tebrau).
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Dato’ Speaker, soalan saya nombor lima.
5. Tuan Jimmy Puah Wee Tse [Tebrau] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan kementerian telah menganjurkan banyak program dan kempen kesedaran mengenai pengurangan penggunaan gula dalam makanan dan minuman seperti kempen oleh KPDN "Jom Kosong, Jom Sihat, Jom Jimat". Setakat hari ini, adakah langkah kementerian ini berkesan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Bismillahi Rahmani Rahim, terima kasih kepada Yang Berhormat Tebrau. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan Kempen ‘Jom Kosong’, saya menyorot kepada 8 September, di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melancarkan Kempen Perangi Gula ataupun ‘War on Sugar’, dengan izin, dan pada ketika itu, kementerian yang menguruskannya ialah KKM ya, Tuan Yang di-Pertua. Tetapi tiga hari selepas itu, pada 11 September, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri merupakan kementerian yang pertama, yang menyambut kempen ini dan kami melancarkan War on Sugar dalam bentuk ‘Jom Kosong’. Jom Kosong ini adalah kerjasama di antara kementerian dengan rakan-rakan strategik kementerian yang merupakan kedai-kedai, restoran, retail outlets makanan dan minuman. Yang mula-mula melibatkan diri adalah SAMENTA ataupun Small and Medium - Industri Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) ya dan 80 daripada ahli mereka telah pun on board bersama-sama dalam Kempen Jom Kosong.
Kemudian yang kedua, yang terlibat on board ialah Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA). PRESMA mempunyai empat ribu ahli dan lebih 12,000 outlets ataupun kedai dalam rangkaian mereka. Pada ketika ini, setakat ini 3,300 rangkaian kedai, restoran mamak sudah pun on board dalam Kempen Jom Kosong. Di masa yang sama dua hari lepas, Tealive pula melancarkan Jom Kosong mereka dengan KPDN, di mana seribu outlets Tealive juga terlibat dengan Jom Kosong. Manakala, Secret Recipe ada 360 outlets yang juga terlibat dengan Jom Kosong. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya terangkan sedikit model-model yang berbeza yang diguna pakai oleh mereka ini, pelbagai model.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Di samping persatuan-persatuan yang lain telah pun mengatakan komitmen seperti Persatuan Sahabat Tomyam Prihatin SeMalaysia dan sebagainya. Kita menunggu restoran India Malaysia juga terlibat ya. Kita hendak lancarkan. Tetapi model dia seperti dalam kedai mamak, dia kalau tidak ada gula, tolak 20 sen. Kalau dengan SEMENTA, dia dihidangkan tanpa gula. Hendak gula, tambah 20 sen.
Manakala di Parlimen juga kita ada hari tanpa gula ya. Di Tealive, mereka menolak RM0.20 daripada minuman tanpa gula tetapi RM0.20 itu didermakan kepada Yayasan Didik Negara untuk diberi kepada Rancangan Makanan Tambahan dengan KPM untuk pelajar- pelajar yang memerlukan di mana kempen mereka untuk mendapatkan satu juta makanan
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
tambahan untuk pelajar sekolah sebelum hujung 2025 yang melibatkan RM3.5 juta sebelum hujung 2025.
Di Secret Recipe juga begitu. Chocolate cake Secret Indulgence mereka itu, 50 peratus kurang gula tanpa kompromi dengan rasa dan semua minuman mereka juga kurang 20 sen. Jadi ini adalah beberapa model yang diguna pakai oleh kita punya rakan-rakan strategik dan lebih ramai yang berminat hendak on board dengan Kempen Jom Kosong.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih Timbalan Menteri. Saya ingin haraplah Timbalan Menteri bahawa kesihatan awak sentiasa dalam tahap yang terbaik ya.
Semalam sampai hari ini pun batuk juga tetapi tetap rajin datang ke Parlimen.
Menteri, pertama, soalan saya dua bab. Satu, adakah contohnya di Parlimen kita telah memperkenalkan hari Rabu sebagai hari jom kosong gula, adakah langkah ini ataupun usaha ini kita boleh panjangkan kepada agensi-agensi lain? Contohnya, kafeteria di hospital, klinik ataupun kafeteria di bawah bangunan agensi kerajaan. Itu satu. Sebab kita kena lead by example kerajaan.
Kedua, untuk pihak swasta. Apa lagi usaha yang boleh ditingkatkan lagi untuk kita pastikan lebih banyak lagi pengusaha-pengusaha pengeluar makanan dan minuman juga on board program kita War on Sugar ini? Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Timbalan Menteri.
Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Terima kasih Tebrau. Berkenaan dengan saranan Tebrau itu. Sebelum itu, saya ucap terima kasih lah prihatin atas kesihatan saya. Terima kasih.
Berkenaan dengan saranan Tebrau, saya kira itu cadangan yang baik berkenaan dengan agensi-agensi kerajaan. Saya juga menyarankan semua agensi kerajaan juga terlibat dan juga saya perhatikan dalam program-program kementerian, saya perhatikan sudah mula dihidangkan minuman tanpa gula dan dihidangkan gula itu asing. Caterers sudah mula melaksanakan program tersebut. Saya harap semua kementerian juga mengambil inisiatif yang sama.
Berkenaan dengan apa lagi yang boleh dimainkan peranan ya. Siapa lagi yang boleh mainkan peranan. Saya menyarankanlah ya semua warung-warung – ini individu yang tidak ada bawah persatuan, Dato’ Yang di-Pertua, boleh juga terlibat yang kita akan bagi kerjasama.
Ahli Parlimen, saya rasa peranan Ahli Parlimen juga penting di mana, Dato’ Yang di- Pertua, kalau boleh Ahli-ahli Parlimen ini dekat kawasan mereka pun mereka bersama-sama dengan Kempen Jom Kosong ini. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Timbalan Speaker, sahabat saya. Saya meneliti dengan cermat apa yang dijawab oleh Timbalan Menteri dan
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
saya mengalu-alukanlah dan saya sokong apa yang dikatakan Jom Kosong, Jom Sihat dan Jom Jimat.
Cuma Yang di-Pertua, Jom Kosong, Parlimen ini hebat. Jom Kosong sahaja terus kafe kosong. Kita pun terperanjat. Eh, ingatkan kosong kafe. Rupanya kosong gula. Itu hal yang itu. Cuma saya setuju supaya harga gula yang tanpa gula itu dikurangkan seperti apa yang dikatakan tadi. Kalau boleh kementerian menjalankan kempen supaya semua teh o kosong ke, kopi o kosong ke juga tukarkan harga. Jangan sama dengan yang bergula dengan tiada gula.
Kedua, Tuan Yang di-Pertua, kementerian telah kenakan dua harga gula. Harga premium dan harga kawalan. Apakah tindakan menjadikan dua harga gula ini, Kempen Jom Kosong ini masih belum berkesan? Kesannya terkena kepada rakyat yang hari ini susah untuk mendapatkan gula dengan harga kawalan dan terpaksa membeli gula premium. Terima kasih, Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Timbalan Menteri.
Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Terima kasih Hulu Terengganu. Saya hendak maklumkan Dato’ Yang di-Pertua, bahawa inisiatif untuk memberi diskaun 20 sen kepada minuman yang tidak ada gula ini ialah inisiatif sukarela ataupun private driven. Jadi, kita boleh menggalakkan tetapi kita tidak boleh memaksa mereka melaksanakannya. Namun, selepas dua bulan kita melancarkannya, saya lihat sambutan begitu baik dan saya yakin lebih ramai yang akan membantu kerajaan dalam usaha kempen untuk memerangi gula ini melalui Jom Kosong.
Berkenaan dengan bekalan gula Yang Berhormat Hulu Terengganu, sebenarnya tiada kena mengena dengan soalan ini. Tetapi saya jawab juga ya. 42,000 metrik tan gula standard itu memang kita kawal pengeluarannya dan kita ada Arahan Pengawal Bekalan di mana kedua-dua pengilang gula kita perlu melaporkan setiap hari Dato’ Yang di-Pertua dan kita tahu jumlah yang mereka keluarkan setiap bulan mencukupi.
Jadi, kalau sekiranya tiada bekalan di satu-satu masa, di satu-satu tempat, mungkin itu bersifat lokal ya. Saya pohon sangat-sangat kalau sekiranya ada maklumat tersebut, sampaikan kepada pihak KPDN supaya kita boleh membetulkan isu bekalan tersebut di kawasan-kawasan tertentu. Tetapi in general, bila kita turun padang memang tidak ada masalah langsung berkenaan dengan bekalan gula.
Berkenaan dengan gula premium, baru ini saya pergi ke Perlis dan saya tengok memang ada gula premium. Jadi, saya tanya. Adakah pengguna di Perlis ini suka kepada gula tersebut? Jawapan daripada peniaga mereka kata memang ada pasaran berkenaan dengan gula premium itu. Bukan terpaksa tetapi dia kata memang side by side saya tengok.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Betul ke Yang di-Pertua? Saya rasa mengelirukanlah.
Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Hulu Terengganu.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Hulu Terengganu. Biarkan Timbalan Menteri jawab.
Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Saya tengok Hulu Terengganu ini suka betul jadi badut dalam Parlimen. Suka sangat jadi badut.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Hei, jangan koyak. Jangan koyak, Menteri.
Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Hulu Terengganu, ini floor saya. Hulu Terengganu boleh duduk.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tidak betul itu. Ada ke yang murah, yang mahal, rakyat beli yang mahal. Tidak betul.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Hulu Terengganu, itu Hulu Terengganu hearsay.
Saya turun padang dan saya tengok sendiri dan saya soal sendiri. Ya memang para pengusaha...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Yang Berhormat Menteri duduk planet lain ini, Yang di-Pertua.
Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Jangan jadi badutlah. Cukuplah. Saya tanya betul- betul soalan kepada peniaga dan itulah jawapan mereka.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Eh, badut-badut ini menghina, Yang di-Pertua.
Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Side by side, Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tarik balik.
Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Side by side.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
36(6).
Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Buat jadi badut, maksudnya suka buat lawak.. [Tidak jelas]
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Duduklah Hulu Selangor, duduklah.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Badut-badut menghina. Tarik balik.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Duduklah.
Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Dato’ Yang di-Pertua,
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
No. 36(6), Dato’ Yang di-Pertua. 36(6), dia panggil saya badut.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Apa 36(6)? Apa 36(6)?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bangun]
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Menghina.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Apa 36(6), Yang Berhormat?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Kena baca buka buku dahulu.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ya lah.
Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Dato’ Yang di-Pertua, apa saya maklumkan bahawa memang saya tanya soalan tersebut.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sekejap, sekejap. Sekejap Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
36(6), “Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan kata sangkaan jahat ke atas sesiapa ahli lain.”
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Apa sangkaan jahat Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Dia kata saya badut. Badut ini orang bengong, Yang di-Pertua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Betullah. Betul.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Duduk, duduk.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Betullah.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Kalau betul, Jelutong pun badutlah.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Mana ada jahat.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sekejap Yang Berhormat.
Sekejap Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker, atas isu peraturan juga. Sama.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sekejap, sekejap, sekejap.
Saya ruling satu per satu boleh?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya. Boleh, boleh.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan bahawasanya Hulu Terengganu itu badut?
Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Saya ulang apa yang saya kata. Saya kata kenapa Hulu Terengganu suka buat badut dalam Dewan. Maksudnya tingkah laku...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Betullah itu.
Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
...Yang suka buat lawak begitu. Sebab Yang Berhormat Hulu Terengganu...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tak, tarik balik dulu, Dato’ Yang di- Pertua. Dia sudah mengaku. Ini sudah mengaku.
Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Saya...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Kita bersahabat. Janganlah menghina macam itu.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat. Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa badut adalah satu kerjaya yang mulia ..
[Ketawa] dan jangan menghina kerjaya badut itu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Betul.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Dia pembayar cukai, dia memberikan hiburan kepada kita semua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Betul.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Betul tidak? Jangan menghina badut.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker, atas isu peraturan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sekejap, sekejap.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Petaling Jaya pun badutlah? Badut yang bengong, Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya, terima kasih. Saya gunakan..
Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Saya ulang...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sekejap Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada peraturan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan 36(4).
Menggunakan bahasa yang kurang sopan. Saya rasakan bahawa Timbalan Menteri tidak menggunakan sebarang istilah yang kurang sopan. Satu, kerana Hulu Terengganu daripada permulaan sidang Dewan memang berlakon macam badut. Isu ketimbang dipertikaikan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sudahlah Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bangun tanya soalan-soalan yang memang kurang pandai.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Speaker. Speaker, rasanya kita...
[Tidak Jelas]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Memang dia layak dipanggil sebagai badut.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Memang badut pun.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Lagi, lagi bagi, lagi buka ruang ini, lagi banyak...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Memang badut pun dia.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Kebadutannya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Speaker.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Jadi, kita proceed-lah...
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sekejap, sekejap, sekejap.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Daripada awal sampai penghabis...
[Dewan riuh]
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
...
[Tidak jelas] , kita move on lah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Orang yang suka buat kacau di Parlimen ini adalah...
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Stick to the answer. Tak perlu pertikailah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
..Jelutong.
[Pembesar suara dimatikan]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia kata daripada awal. Awal apa ini boleh buat *conclusion.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]*
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Dah habis? Biar saya bagi petua Yang Berhormat. Saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat kita perlu menggunakan perkataan yang parliamentary. Perkataan-perkataan yang menyakiti hati-hati Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, saya rasa tak perlu digunakan.
[Tepuk] . Sila.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bangun]
Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Jadi, saya hendak ulang apa yang saya kata di hujung. Saya kata tadi, saya lihat dengan mata sendiri dan saya bertanya.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Okey.
Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Dan saya – itu adalah fakta Yang Berhormat Hulu Terengganu. Yang Hulu Terengganu tanya saya itu adalah hearsay.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
[Bangun]
Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Ya, dan mengatakan betul atau tidak. Itu juga adalah mempersoalkan integriti jawapan kami.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Jawablah betul-betul.
Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Dato’ Yang di-Pertua, saya rasa cukup.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Jawab sahaja betul atau tidak.
Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Saya tak nak, saya tak nak panjangkan lagi mengenai perkara itu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tapi, kata badut, kata sesuatu yang menghina.
Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Menghina.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Dah habis?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tak, maknanya kita...
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Biar, biar, biar saya bagi Petua ...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
...Betullah Dewan itu, tapi janganlah sehingga ke tahap itu, Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Okey, saya kira begini, saya membenarkan jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi berdasarkan Peraturan Mesyuarat, yang pertama. Tetapi, bahagian kedua, Yang Berhormat Timbalan Menteri bersedia untuk menjawab walaupun soalan tambahan daripada Yang Berhormat Hulu Terengganu terkeluar daripada asas pada soalan asal.
Jadi, saya ingat kita kena ada win-win situation. Saya dah buat petua tadi perkataan- perkataan unparliamentary tidak patut digunakan di dalam Dewan ini. Jadi, saya kira Menteri sudah habis menjawab, sila seterusnya...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tuan Yang di-Pertua, saya tak puas hati lagi ini, dia tak tarik lagi. Dia tak tarik lagi perkataan dia menuduh saya badut.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya dah buat petua tadi Yang Berhormat.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Jadi, kalau tak boleh jawab, ...[Tidak jelas] .....jangan menghina....
[Tidak jelas] .
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat Hulu Terengganu, Yang Berhormat juga menyatakan perkataan yang unparliamentary dan mengatakan bahawa – mendakwa Yang Berhormat Timbalan Menteri berada di planet yang lain. Saya dengar Yang Berhormat.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Itu sebab...
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Jadi, kalau saya ambil kira semua Yang Berhormat, kita ada urusan-urusan yang lain...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey, kalau yang itu saya...
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Dan saya dah buat Petua Yang Berhormat perkataan unparliamentary jangan digunakan dalam Dewan ini.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey. Kalau planet lain itu, tak betul, saya tarik balik. Saya minta dia tarik balik, badut.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Seterusnya...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Hei, tak tarik lagi Tuan Yang di-Pertua?
Mana fair macam itu Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim, Arau.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim - Arau
Bila mati anak Adam sering disebut hendaklah memaafkan sekiranya ada perkataan tersilap. Kalau dia mati nanti, depa ni tak maafkan.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Hang tarik balik.
Hari-hari pergi Inanam; Inanam berada di Sabah; Soalan saya nombor enam; Sila jawab dengan tabah.
6. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim [Arau] minta Perdana Menteri menyatakan:
(i) langkah-langkah yang telah diambil pihak JAKIM dalam mendidik industri pengusaha restoran dan syarikat makanan akan kelebihan dan nilai tambah yang akan diperoleh jika memiliki sijil halal; dan
(ii) berapa nilai terkini eksport halal Malaysia dan unjuran bagi tahun 2030.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi dan selamat tengah hari. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Arau.
Setakat ini sudah ada beberapa soalan mengenai aspek halal. Soalan Yang Berhormat Arau menunjukkan keprihatinan terhadap aspek halal ini. Ada dua soalan yang dikemukakan, yang pertama, apakah langkah-langkah yang telah diambil. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam usaha mendidik industri pengusaha restoran di syarikat makanan akan kelebihan dan nilai tambah yang akan diperolehi jika memiliki sijil halal, JAKIM telah mengambil inisiatif untuk mengadakan kerjasama dan libat urus dengan pelbagai pihak, antaranya yang pertama, bekerjasama dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia untuk menggalakkan dan mempertingkatkan jumlah usahawan halal di kawasan Rawat dan Rehat untuk membantu syarikat-syarikat konsesi di bawah LLM serta menggalakkan usahawan tersebut memohon Sijil Halal Malaysia.
Selain itu, JAKIM juga turut melaksanakan kerjasama dengan MARA untuk menjayakan penganjuran Bengkel Penyediaan Rangka Kerja Pembangunan Program Pembangunan Halal. JAKIM juga telah melaksanakan siri perbincangan dengan GIATMARA di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah bagi pelaksanaan program pengiktirafan sijil halal. Hasil kerjasama JAKIM dengan GIATMARA ini, sebanyak enam pusat latihan GIATMARA berjaya memperoleh pensijilan halal bagi Skim Premis Makanan pada tahun 2224.
Di samping itu, ada program khas iaitu Road to Halal yang telah dilaksanakan bersama dengan Amanah Ikhtiar Malaysia. Program ini memberi pendedahan kepada sahabat usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia berkenaan dengan penyediaan makanan, minuman dan produk kecantikan serta pendedahan tentang permohonan pensijilan halal secara atas talian. Manakala, di peringkat negeri, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan juga Jabatan Agama Islam Negeri sentiasa menjalin kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan melalui penganjuran pelbagai program kesedaran bimbingan dan fasilitasi halal kepada para usahawan serta peniaga.
Sebagai contoh, Jabatan Agama Islam Sarawak dengan kerjasama pejabat daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan serta agensi berkaitan telah melaksanakan projek Zon Halal di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti di Sarawak. Alhamdulillah, sehingga Julai 2024, sebanyak tujuh zon halal telah diwujudkan yang merangkumi 179 premis makanan mendapat Sijil Halal Malaysia.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan
Selain daripada itu, ada banyak lagi projek-projek dan program-program yang dilaksanakan. Cuma saya ingin maklumkan juga, apakah nilai tambahnya? Saya kongsikan ada beberapa sedikit kes tadi yang barangkali bermanfaat iaitu ada usahawan telur masin telah – daripada hasil jualan RM60 ribu setelah mendapat sijil halal telah meningkat kepada RM360 ribu. Usahawan daging salai dan dodol, daripada RM300,000 hasil jualan, meningkat kepada RM840,000. Jadi, itu di antara kes-kes yang menunjukkan bahawa nilai tambah halal itu sangat-sangat signifikan.
Bagi menjawab soalan yang kedua, apakah nilai terkini eksport halal Malaysia dan unjuran bagi tahun 2030. Nilai eksport bagi industri halal negara pada tahun 2023 seperti yang dinyatakan oleh MITI mencecah sebanyak RM54 bilion. Manakala kadar sumbangan industri halal kepada KDNK, mencecah 7.5 peratus pada tahun 2023 dan menghampiri 8.1 peratus seperti disasarkan pada tahun 2025. Pada tahun 2030, Malaysia menyasarkan nilai eksport halal RM75.2 bilion atau 11 peratus daripada KDNK. Terima kasih.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua,.
Terima kasih Timbalan Menteri. Jawapannya bagus. Tetapi saya ingin bertanya, terdapat beberapa pihak yang meremehkan halal ini termasuk Ahli Parlimen yang mempertikaikan halal ini, sijil halal. Padahal kita tahu bahawa berdasarkan jumlah eksport, unjuran, prestasi tahun lepas RM54 bilion dan tahun ini sampai September. Alor Setar bagi tahu juga RM45 bilion. Makna kata, majoriti daripada sijil halal ini dimiliki oleh orang-orang bukan Islam.
Jadi, ada di kalangan Ahli Parlimen yang telah mempertikaikan sijil halal secara terbuka. Program ini program kerajaan. Apakah Yang Berhormat bercadang untuk ambil tindakan undang-undang? Ataupun, untuk memberi pembelajaran kepadanya supaya tidak berbuat demikian.
Saya juga ingin bertanya, kenapa unjuran 2030 ini pelbagai-bagai? Yang Berhormat kata RM75.2 bilion, Menteri MITI kata RM330 bilion. Jadi, mana satu kita hendak pakai? Yang paling penting sekarang ini halal ini adalah merupakan satu jenama sijil yang sewajarnya dimiliki oleh rakyat Malaysia yang untuk membolehkan dia berbuat demikian, Yang Berhormat kami puak-puak ini ialah pencinta halal.
Jadi, sewajarnya Yang Berhormat bekerjasama dengan kami dan lebih beradab dengan kami. Jangan ikut menteri yang kata kat orang badut dan sebagainya. Ajar setengah Menteri itu supaya belajar menjaga mulut.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ringkaskan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Ada beberapa soalan di situ. Yang pertama berkenaan dengan apakah yang boleh dilakukan terhadap mereka- mereka yang cuba bertanya dan mempersoalkan halal.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan rekod terkini dimaklumkan bahawa peningkatan berkenaan dengan jumlah pemegang Sijil Halal Malaysia telah pun meningkat dari kalangan bumiputera dan juga bukan bumiputera di mana pada waktu ini, sebanyak 40 peratus adalah bumiputera dan 57 adalah bukan bumiputera dan hanya tiga peratus milikan asing. Itu menunjukkan satu perkembangan yang positif.
Jadi, untuk menjawab soalan berkenaan dengan apakah yang dilakukan. Kita di peringkat JAKIM, kita telah mendakan libat urus dengan pelbagai institusi dan juga agensi termasuk juga dewan perniagaan. Ini adalah langkah untuk memberikan pencerahan dan penjelasan kerana kita ambil maklum bahawa kerap kali apa yang menjadi persoalan adalah kerana ketidaktahuan ataupun tidak mempunyai maklumat yang lengkap. Maka, sesi libat urus itu telah pun dilakukan dengan lebih agresif. Alhamdulillah, kita telah dapat melihat bahawa perkembangan yang baik.
Berkenaan dengan data tersebut, kita akan semak. Sebenarnya, data itu telah pun mendapat daripada sepertimana yang telah diberikan, kita akan buat semakan dan memaklumkan secara bertulis yang terkini dan tepat. Terima kasih.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Ampang.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ahli Parlimen yang mempertikaikan adakah diambil tindakan undang-undang ataupun tidak?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Ampang, sila.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih, Dato’ Indera. Saya ingin bertanya kepada Menteri. Kita lihat tadi, alhamdulillah, ada peningkatan jualan kepada pengusaha-pengusaha yang telah pun mencapai tahap tahap halal. Tetapi, saya ingin tanya kepada kementerian, apakah usaha JAKIM khususnya, untuk membantu pengusaha- pengusaha bukan Islam seperti masyarakat Cina, India yang saya dapati makanan yang mereka kadang-kadang buat itu agak bagus?
Kita suka makan vadai, benda-benda yang dibuat oleh masyarakat bukan Islam. Jadi saya nak tanya, apakah usaha yang telah dibuat untuk membantu mereka supaya boleh juga menepati pensijilan halal sekali gus boleh meningkatkan juga jualan mereka? Kalau ada kejayaan-kejayaan lepas yang ada, boleh tak dikongsikan bersama? Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan diberikan. Kalau kita lihat bahawa sememangnya sudah ada banyak sebenarnya yang boleh kita kongsikan tentang usaha-usaha yang telah dijalankan. Mungkin saya boleh kongsikan di sini bahawa setakat 10 November 2024, seluruh Malaysia, yang mendapat sijil halal daripada skim premis makanan ini, sebanyak 1,926 syarikat iaitu mewakili 10,814 premis makanan.
Buat masa ini, kita telah pun mempergiatkan lagi usaha untuk memberikan penjelasan dan juga kerjasama. Antaranya Program Halal On Track yang telah pun
Dr. Zulkifli bin Hasan
dilaksanakan. Kita juga mengadakan klinik halal kepada usahawan dan juga kepada mereka yang ingin mendapatkan sijil halal.
Selain daripada itu, apa yang kita lakukan sekarang ini adalah untuk memberikan maklumat menerusi media dan juga menerusi saluran komunikasi yang terbaik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sekalian, kita juga mempunyai apps – aplikasi digital Verify Halal dan Smart Halal dan juga mempunyai maklumat-maklumat yang terperinci yang ada di dalam www.halal.gov.my. Ini merupakan di antara usaha yang akan diteruskan termasuk juga mempergiatkan lagi memberikan pencerahan kepada usahawan bukan Muslim. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Seterusnya, Tuan Chiew Choon Man, Miri.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor tujuh.
7. Tuan Chiew Choon Man [Miri] minta Perdana Menteri menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan maklumat kewangan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang lebih telus dan tertakluk kepada seliaan Parlimen.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Miri.
Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang, Lembaga Kelayakan merupakan satu badan yang ditubuhkan di bawah Akta Profesion Undang-undang 1976 yang merupakan dengan izin, a creature of statute. Pembiayaan operasi Lembaga Kelayakan bergantung sepenuhnya pada pendapatan daripada yuran peperiksaan Sijil Amalan Guaman pada setiap tahun dan beberapa yuran yang lain.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini Lembaga Kelayakan tidak dikehendaki di bawah Akta 166 untuk membentangkan penyata akaun yang telah diaudit kepada Parlimen. Malah, Akta 166 pada masa ini tidak memperuntukkan bahawa akaun Lembaga Kelayakan harus diaudit pada setiap tahun.
Dalam hal ini, seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini juga, sebagai kerajaan yang sentiasa komited untuk memastikan pelaksanaan tata kelola yang baik dalam pentadbiran awam, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan perbincangan dan sesi libat urus berhubung keperluan akaun Lembaga Kelayakan diaudit setiap tahun bersama semua pihak yang berkepentingan termasuk antara lain Ketua Audit Negara, Jabatan Peguam Negara, Lembaga Kelayakan dan Majlis Peguam melalui mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) pada 5 November 2024.
Hasil daripada mesyuarat tersebut, cadangan pindaan kepada Akta 166 supaya Ketua Audit Negara melaksanakan audit setiap tahun terhadap akaun Lembaga Kelayakan akan diangkat kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dalam masa terdekat.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Berhubung persoalan Yang Berhormat mengenai semak imbang oleh Parlimen terhadap kewangan Lembaga Kelayakan, penelitian awal Bahagian Hal Ehwal Undang- undang, Jabatan Perdana Menteri mendapati bahawa terdapat lembaga-lembaga lain yang melaporkan aktiviti tahunan dan penyata akaun yang telah diaudit kepada Menteri dan atau Parlimen seperti lain Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara.
Sehubungan dengan itu, saya berpandangan bahawa adalah wajar untuk sesuatu badan awam yang menjana pendapatan daripada wang orang awam untuk membentangkan laporan aktiviti tahunan dan maklumat kewangan di Parlimen bagi memastikan terdapat semak imbang yang sewajar untuk tujuan dengan izin, good governance. Oleh yang demikian, selaras dengan agenda memastikan pelaksanaan tata kelola yang baik dalam semua badan awam, kerajaan akan mengkaji menyeluruh kedudukan perkara ini untuk memastikan pelaporan aktiviti dan maklumat kewangan Lembaga Kelayakan yang lebih telus kepada Parlimen dan mematuhi tadbir urus korporat yang lebih baik. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Miri.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Terima kasih kepada YB Timbalan Menteri. Melalui pertanyaan-pertanyaan yang telah diajukan di Dewan ini sepanjang sesi ini, seperti yang dari Sungai Siput tentang Kamar Khas yang soalan sama, saya difahamkan bahawa Lembaga Kelayakan telah mengutip sebanyak RM50 juta lebih dan setakat September tahun ini juga telah mengutip sebanyak RM4 juta daripada para pelajar. Saya juga difahamkan bahawa akaun ini tidak diaudit sejak tahun 2007.
Soalan saya, adakah audit akan dibuat kebelakang sejak tahun 2007? Sama ada penyata kewangan yang kalau sudah audit, boleh tak dipaparkan di laman web rasmi seperti yang dikatakan Lembaga Perindustrian Kayu tadi? Kita boleh cari dengan senang dari laman web rasmi mereka. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih Yang Berhormat Miri. Soalan yang baik. Saya setuju bahawa audit itu patut dibuat. Kerajaan sedang dalam proses membawa beberapa perubahan yang akan dibawa kepada Kabinet tak lama lagi untuk mendapat pengesahan supaya undang-undang itu diubahsuai. Itu nombor satu.
Nombor dua Yang Berhormat, 17 tahun itu saya setuju adalah terlampau yang tak masuk akal macam mana tidak diaudit langsung. Lain-lain perkara yang dicadangkan oleh Yang Berhormat itu akan diambil kira supaya tindakan boleh diambil. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Soalan tambahan kedua.
Besut, sila.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Terima kasih, Yang di-Pertua.
Soalan pertama saya berkenaan dengan audit ini. Adakah audit bebas ataupun macam mana yang dilantik? Dalaman ataupun bebas?
Soalan seterusnya berkenaan dengan laporan terperinci berkenaan dengan kewangan ini, sama ada, ada dibuat kah tidak laporan secara terperinci dan boleh
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
dimasukkan dalam web rasmi dan boleh diakses oleh orang ramai dan juga pihak-pihak yang berkepentingan? Jadi, saya nak tahunya, banyaklah dari segi sumber pendapatan dia, perbelanjaan, baki dana dan juga yuran-yuran pendaftaran, yuran-yuran latihan peguam.
Jadi, saya nak tahu ada dibuat laporan terperinci tidak dan dimasukkan ke dalam web rasmi dan sama ada, ada jawatankuasa tak dilantik? Jawatankuasa yang dipanggil pemantau dalam LPQB ini? Mungkin boleh melibatkan wakil kerajaan ataupun melibatkan badan profesional dan juga wakil-wakil awam. Satu lagi, sama ada dasar dan juga ada undang-undang yang mewajibkan pihak LPQB ini mematuhi standard pengurusan kewangan LPQB itu sendiri.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih, Yang Berhormat Besut.
Kepada soalan Yang Berhormat Besut dan juga Miri sebelum ini, satu perkara yang cadangan iaitu jika audit dibuat – audit mesti dibuat. Itu saya boleh memberi pengakuan.
Tetapi soalan dia, adakah ia boleh be on the website? Saya rasa itu adalah pandangan yang bagus dan kerajaan akan go to that direction supaya lebih telus dan lebih accountability dan transparent. Itu nombor satu.
Nombor dua, audit bebas ini bila kita kata Yang Berhormat, ini adalah berkaitan dengan Auditor General sendiri. Dia diberi kuasa untuk mengaudit semua akaun 17 tahun sekurang-kurangnya atau sebelum itu, di mana kemungkinan ada sebab-sebab yang tertentu kenapa akaun-akaun itu tidak diaudit. Jika ada kekurangan atau penyelewengan, tindakan akan diambil.
Laporan terperinci itu, buat sementara, ia hanya akan diberi kepada Ketua Audit Negara. Kita harap mungkin di sesi yang akan datang, kita dapat memberi lebih jawapan yang menyeluruh bila kita ada semakan dan penelitian audit yang dibuat oleh Ketua Audit Negara dan kita dapat share kepada Ahli-ahli Parlimen. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Seterusnya...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ada lagi...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Cukup, Yang Berhormat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tak. Maksud saya...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat. Yang Berhormat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
...Ada dua lagi yang tak dijawab.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat. Yang Berhormat Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Jawatankuasa pemantau.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Besut.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Jawapan bertulis boleh?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Bukan. Yang Berhormat, biar saya jawab.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Jawatankuasa pemantau dan dasar dan undang-undang.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Menteri.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Ya, ya.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Itu bagi jawapan secara bertulis. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
No. Saya tak boleh lari dari perkara yang dibangkitkan. No.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tak. Yang Berhormat Timbalan Menteri, sila duduk.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Pemantauan, pemantauan...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Timbalan Menteri, duduk.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Kita perlu faham bahawa ini lepas Ketua Audit Negara diberi kuasa, baru dia akan membuat pemantauan. Selain dari itu, tak boleh buat apa-apa.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Okey. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Seterusnya, Tuan Zulkifli bin Ismail, Jasin.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya mulakan soalan saya dengan sepotong hadis Rasulullah SAW...
[Membaca sepotong hadis] “Nikahilah wanita penyayang yang subur, banyak keturunan kerana aku bangga dengan banyaknya umatku pada hari kiamat kelak.”. Soalan saya nombor lapan.
8. Tuan Zulkifli bin Ismail [Jasin] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan strategi kementerian untuk mempergiat program galakan tambah zuriat berikutan trend childfree atau tidak mahu mempunyai anak mengambil kira cabaran kewangan dan sosial yang dihadapi orang ramai khususnya di kawasan bandar.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan yang telah dikemukakan.
Dato’ Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa menyediakan persekitaran yang sihat dan kondusif bagi membantu pasangan berkahwin untuk mempunyai anak. Antara langkah yang diambil oleh kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui LPPKN termasuklah menawarkan perkhidmatan rawatan kesuburan ataupun subfertiliti sejak tahun 1979 dengan kos yang berpatutan dan jauh lebih rendah daripada fasiliti swasta.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Antara inisiatifnya adalah mewujudkan klinik kesejahteraan lelaki yang menawarkan ujian saringan kesihatan lelaki, khidmat nasihat masalah seksual dan amalan gaya hidup sihat serta rawatan ubat untuk membantu meningkatkan kesuburan lelaki, mengadakan aktiviti advokasi dan promosi dalam memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya kepada pasangan yang mengalami masalah kesuburan untuk tampil mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan kesuburan seawal enam bulan selepas berkahwin. Rawatan subfertiliti LPPKN telah berjaya merekodkan 6,150 kehamilan setakat Oktober 2024.
Keduanya pula adalah menyediakan inisiatif khas untuk membantu meringankan beban kewangan bagi pasangan yang menjalani rawatan kesuburan. Antaranya ialah pengecualian cukai bagi rawatan kesuburan sehingga RM10,000, pengeluaran wang caruman KWSP Akaun 2 untuk tujuan rawatan kesuburan bermula 1 September 2020, menyediakan kemudahan tuntutan daripada majikan bagi perbelanjaan rawatan kesuburan pada penjawat awam bermula tahun 2009.
Bagi tahun 2025, LPPKN akan memperkenalkan Program iKasih ataupun Insentif Keluarga Kasih yang menawarkan subsidi bagi pembiayaan kos rawatan kaedah intrauterine insemination (IUI), permanian beradas, kepada 1,300 pasangan yang berpendapatan kurang daripada RM10,000.
Seterusnya, bantuan berkaitan kos penjagaan anak kepada ibu bapa anak-anak kecil seperti menyalurkan subsidi yuran pengasuhan taska sebanyak RM180 seorang bagi anak berusia empat tahun ke bawah kepada penjawat awam yang layak, dan meningkatkan had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah daripada RM5,000 kepada RM7,000 bagi tujuan pemberian subsidi yuran pengasuhan.
Sebagai inisiatif khas jangka panjang, KPWKM melalui LPPKN telah mendapat mandat bagi penubuhan Pusat Subfertiliti Negara yang pertama di Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM171 juta. Pusat Subfertiliti Negara ini dijangka akan beroperasi di Shah Alam pada tahun 2030 dan bakal menjadi pusat kesuburan serta pusat rujukan utama dengan pelbagai kemudahan serba canggih, selain menjadi pusat latihan kepakaran dan penyelidikan kesuburan.
Semoga semua inisiatif dan perkhidmatan yang disediakan kerajaan dapat membantu keluarga menyediakan persekitaran yang kondusif, seterusnya sebagai galakan bagi kesediaan mempunyai zuriat. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Yang Berhormat Jasin.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang sangat jelas.
Soalan saya yang kedua iaitu, sebagaimana yang kita maklumi, bahawa, dengan izin, with great demographics comes great power. Jumlah penduduk yang besar membawa kepada kuasa yang besar. Justeru itu, dalam menangani trend tidak mahu ada anak, childfree, apakah strategi kerajaan bagi membantu menampung kos bagi keluarga muda
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
secara khusus yang baru memulakan kehidupan untuk memiliki anak akibat cabaran kos kewangan dan tekanan kos sara hidup?
Ini kerana menurut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), anggaran kos untuk membesarkan seorang anak sehingga tamat universiti boleh mencecah antara RM393,000 sehingga RM1.37 juta. Manakala tinjauan Malaysiakini dan Vase.ai mendapati keluarga berpendapatan sederhana dengan dua anak dianggarkan perlu membelanjakan RM254,304 pada enam tahun.
Soalan saya yang kedua. Sejauh manakah pendekatan menyeluruh kerajaan yang disebutkan tadi untuk meningkatkan kadar kesuburan di Malaysia benar-benar telah berjaya?
Kerana, kita mendapati kadar kesuburan keseluruhan (TFR) menunjukkan penurunan ketara daripada 2.1 orang anak pada 2010 kepada 1.6 orang anak pada 2022. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih Dato’ Speaker dan terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat di atas soalan tambahan yang telah dikemukakan.
Keputusan untuk mempunyai anak ke tidak itu, kementerian berpandangan itu adalah hak keluarga berkenaan sama ada dia nak memilih untuk mempunyai anak atas pelbagai alasan. Seperti Yang Berhormat tadi nyatakan juga, antara faktor yang mendorong kepada keputusan termasuklah kos sara hidup yang tinggi, komitmen kerjaya, keinginan untuk memiliki kebebasan peribadi. Lepas itu, kualiti hidup masa depan.
Memang hal ini sangat membimbangkan. Secara tak langsung, ianya akan memberi kesan jangka panjang kepada struktur penduduk Malaysia.
Walau bagaimanapun, kami di pihak kementerian, kita percaya bahawa usaha segera perlu dilaksanakan untuk mengatasi peningkatan trend yang sangat membimbangkan ini. Sebab itulah kerajaan menyediakan pelbagai persekitaran yang sihat dan kondusif untuk membantu pasangan berkahwin untuk― kita buat intervensi, berjumpa dengan keluarga ini untuk membantu mereka memilih untuk memiliki anak berbanding childfree ataupun tidak mempunyai anak.
Antara inisiatif lain yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk memperlahankan penurunan TFR pula, di dalam belanjawan baru-baru ini telah diumumkan inisiatif-inisiatif tambahan, Yang Berhormat, sebagai sokongan kepada keluarga yang berbentuk penjagaan anak seperti meningkatkan had pengecualian cukai pendapatan ke atas elaun penjagaan anak oleh pekerja atau dibayar terus oleh majikan kepada pusat penjagaan kanak-kanak daripada RM2,400 kepada RM3,000. Lepas itu, kerajaan juga mengumumkan akan membina― ini Belanjawan 2024. Membina sebanyak 10 tabika, taska.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Ini menunjukkan bahawa komitmen kerajaan juga dalam menggalakkan wanita kembali bekerja selepas bersalin dan insentif pengecualian cukai untuk kembali bekerja juga diumumkan. Ini secara tidak langsung kita dapat menurunkan ataupun TFR itu akan meningkat dan apa yang kita harapkan juga adalah keputusan pasangan tersebut akan
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
beralih daripada tidak mempunyai anak kepada mempunyai anak atas apa juga intervensi yang dilaksanakan oleh pihak kementerian. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Yang di-Pertua. Sejak lima dekad lalu, kadar kesuburan penduduk negara kita telah mencatatkan penurunan daripada 6.7 orang anak bagi seorang wanita pada 1997 dan kepada 1.6 orang anak pada 2022 iaitu kadar terendah yang pernah dicatatkan. Penurunan kadar kesuburan negara ini secara tidak langsung mempercepatkan proses Malaysia sebagai negara tua menjelang 2044 apabila 15 peratus daripada keseluruhan penduduk mencecah usia 60 tahun ke atas.
Sehubungan dengan itu Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin mengetahui apakah status terkini pembinaan Pusat Subfertiliti Negara yang telah diluluskan oleh kerajaan dalam RMKe-12 untuk menyediakan khidmat rawatan kesuburan. Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh menceritakan lebih mendalam, apakah matlamat sebenar penubuhan Pusat Subfertiliti Negara tersebut dan apakah yang ingin dicapai oleh kementerian setelah pusat tersebut beroperasi nanti.
Alhamdulillah Ampang, saya mempunyai lima orang anak dan tiga orang cucu setakat ini.
[Ketawa] Saya masih subur.
[Dewan riuh]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Timbalan Menteri.
[Ketawa]
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih. Terima kasih di atas soalan tambahan.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Hebat Tampin.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Tampin tambah satu lagi.
[Ketawa]
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
YB Tampin, mengenai objektif penubuhan Pusat Subfertiliti Negara itu antara lain adalah untuk membangunkan Pusat Subfertiliti setempat yang mempunyai kemudahan perawatan klinikal, lepas itu dia ada kaunseling dan dia ada macam-macam lagi fasiliti yang boleh diberikan at One Stop Centre. Insya-Allah akan menjadi pusat latihan dalam bidang subfertiliti dan diagnostic makmal, kaunseling psikoseksual, menjadi pusat penyelidikan dan pembangunan dalam bidang subfertiliti, menyediakan dan memperluaskan kemudahan perkhidmatan sebab setakat ini kita ada tiga.
Satu, di Johor Bharu. Satu lagi di Kuala Lumpur. Satu lagi di Pulau Pinang.
Tapi dengan penubuhan yang kita harapkan, insya-Allah akan siap by year 2030. Dia akan memberi lebih banyak lagi fasiliti untuk membantu mereka terutamanya yang ingin mendapatkan zuriat. Lokasi dia dekat Shah Alam, Seksyen 17 dan harapan ataupun apa ekspektasi kami adalah sudah semestinya peningkatan aksesibiliti rawatan kesuburan kepada masyarakat terutamanya bagi mereka yang memerlukan. Lepas itu, kita juga, harapan kita akan dapat membantu meningkatkan TFR ataupun kadar kesuburan jumlah di kalangan penduduk di Malaysia. Seterusnya dapat memperlahankan proses Malaysia menjadi negara menua ataupun negara tua. Itu antara lain yang saya dapat nyatakan di sini.
Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Sumber Manusia bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2025 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2025, dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 25 November 2024.”
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Saya mohon menyokong.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan ke atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2025 dan Anggaran Pembangunan 2025 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Keenam] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ahli-ahli Yang Berhormat, Kepala Bekalan B. 27 dan Kepala Pembangunan P.27 di bawah Kementerian Kerja Raya terbuka untuk dibahaskan.
Senarai nama pembahas bagi Kementerian Kerja Raya peringkat Jawatankuasa.
Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Tawau, Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Tanjong Piai, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Jeli, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Sungai Besar dan Yang Berhormat Kota Belud.
Semua pembahas diberikan masa lima minit. Dipersilakan pembahas pertama, Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Pengerusi.
Jempol ingin merujuk Kepala P.27 Butiran 61000 – Naiktaraf Jalan-jalan. Kerajaan memperuntukkan sekitar RM2.1 bilion kepada Kementerian Kerja Raya untuk naik taraf jalan- jalan agar objektif aksesibiliti dan mobiliti jalan yang menyeluruh dapat dicapai. Dalam hal ini,
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Jempol ingin membangkitkan semula isu naik taraf Jalan Utama Palong FT1283 sepanjang 32 kilometer yang sempit, kecil, gelap dan banyak berlaku kes kemalangan.
Untuk makluman Dewan, di bawah pewartaan semula jalan persekutuan di Negeri Sembilan, Jalan Felda Palong FT1283 ini telah dinaik taraf kepada laluan FT44 Jalan Utama Palong. Menurut maklumat daripada Cawangan Trafik IPD Jempol, kajian statistik kemalangan laluan FT44 pada tahun 2023 dan tahun 2024 iaitu dari bulan Januari hingga Oktober pada tahun ini adalah sebanyak 201 kes kemalangan yang merekodkan kes kemalangan yang tertinggi di daerah Jempol melibatkan 14 kemalangan maut, 11 kemalangan parah, 32 kemalangan ringan dan 144 kemalangan rosak.
Jempol mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kementerian Kerja Raya atas keprihatinan terhadap isu ini dan telah turun melawat laluan FT44 ini pada 29 Jun 2024.
Jadi persoalan Jempol, susulan lawatan KKR tersebut, apakah perancangan dan tindakan pihak Kementerian Kerja Raya berhubung permohonan projek naik taraf laluan FT44 Jalan Utama Palong tersebut?
Dato’ Pengerusi, seterusnya Jempol juga merujuk kepada Butiran 81000 – Membina Jalan-jalan Baru (Projek Baru). Jempol suka menarik perhatian di Dewan yang mulia ini untuk saya membangkitkan semula buat sekian kalinya, dua tahun berturut-turut dalam perbahasan iaitu permohonan untuk membina satu lebuh raya baharu iaitu Lebuhraya MADANI Seremban-Jempol yang mana keperluan mendesak pembinaan Lebuhraya MADANI yang baharu ini, Seremban-Jempol ini adalah untuk menyuraikan kesesakan trafik di laluan Seremban-Kuala Pilah, Jempol dan juga menjadi pemangkin pembangunan ekonomi di Negeri Sembilan Timur dan kawasan yang bersempadan dengan negeri Pahang dan juga negeri Johor.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Dato’ Pengerusi, lebuh raya yang dicadangkan, Lebuh Raya MADANI Seremban- Jempol ini juga akan jadi laluan utama. Menghubungkan KLIA dan juga Lembah Klang, terus melalui Seremban-Kuala Pilah-Jempol terus ke Rompin-Kuantan-Bera-Temerloh-Bentong dan Segamat. Jadi, ada sembilan daerah.
Jika dapat kita laksanakan satu jajaran lebuh raya baru ini, akan memberi manfaat kepada sembilan daerah keseluruhannya di kawasan tersebut. Itu sebablah bukan sahaja untuk mengatasi kesesakan laluan Kuala Pilah ke Jempol. Bukan saja di musim perayaan tapi juga di hujung minggu. Tetapi selain daripada itu juga ialah itu satu- dulu dijadikan alternatif, insya-Allah dapat kita laksanakan pembinaan lebuh raya baru ini nanti, dia akan jadi laluan utama di zon tengah ini yang menghubungkan daerah-daerah – sembilan daerah yang saya sebutkan tadi. Jadi, cadangan ini telah dipersetujui daripada asasnya semasa lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Jempol pada 27 Julai 2023. Jadi persoalan Jempol, apakah status permohonan cadangan pembinaan Lebuh Raya MADANI Seremban-Jempol yang juga telah pun disokong penuh oleh Kerajaan Negeri Sembilan?
Sekian, terima kasih.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Sila, Yang Berhormat Langkawi.
Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 040300 – Cawangan Kejuruteraan Cerun. Tapi sebelum itu Yang Berhormat Pengerusi, saya nak merujuk kepada Program 1, di muka surat 294 yang menyatakan bahawa indeks kepuasan pelanggan yang dijangka mencapai 90 peratus pada tahun ini dan tahun depan. Saya ingin mengetahui benchmark atau kayu ukur yang digunakan dalam meramalkan angka-angka ini.
Ini kerana kita melihat aduan jalan raya sering diutarakan di media sosial. Banyaknya tak puas hati dengan Jabatan Kerja Raya, khususnya jalan dan juga bangunan-bangunan kerajaan yang uzur. Khususnya bangunan-bangunan sekolah dan di dalam kompaun sekolah tersebut terdapat rumah-rumah guru yang tidak diduduki oleh guru-guru. Saya ingin bertanya kepada Kementerian Kerja Raya, apakah ianya akan dibiarkan begitu saja? Setengah- setengah sekolah, khususnya di Kedah. Lalang tumbuh dengan begitu tinggi dan kawasan- kawasan rumah perumahan guru itu juga diduduki oleh para-para ‘doktor’ yang menagih dadah.
Begitu juga program yang keempat penyelenggaraan aset tak alih kerajaan yang mana outcome pertama pengurusan dan penyelenggaraan Jalan Persekutuan yang berkesan menunjukkan peratusan tahap prestasi Jalan Persekutuan dalam keadaan yang selamat, selesa sebanyak 90 peratus. Saya yakin, jika ditanya pada orang-orang di Kuala Lumpur ini, rata-rata akan tersenyum sinis. Saya tak puas hati, dalam hati saya ni nak bercakap juga selamat datang kepada adik-adik yang muda-muda ini, segak-segak, handsome-handsome ini. Selamat datang ke Dewan Parlimen ini.
[Tepuk] Justeru itu, saya ingin bertanya, berapakah jumlah pakar yang dimiliki oleh Malaysia dalam rujukan 040300 – Cawangan Kejuruteraan Cerun, Timbalan Pengerusi? Perbelanjaan untuk Cawangan Kejuruteraan Cerun diperuntukkan sebanyak RM7.3 juta. Saya percaya bahawa ramai antara kita masih ingat tragedi 31 nyawa di Batang Kali, Selangor. Saya nak bertanya, apakah peruntukan ini mencukupi dan cukupkah pakar-pakar cerun ini, Timbalan Pengerusi? Kementerian telah mengenal pasti bahawa ada 3,200 cerun berbahaya di negara ini. Jumlah ini banyak, berapa cerun yang perlu dipantau oleh seorang jurutera yang ada kepakaran bidang ini? Jika ada 100 jurutera, maka 320 cerun satu jurutera. Jadi, bagaimana pecahan kepakaran mengikut lokasi berisiko ini?
Saya difahamkan juga, pengurusan cerun ini ada pihak lain yang menguruskannya selain KKR iaitu pihak berkuasa tempatan. Baru-baru ini berlaku di Ampang dan Menteri Besar telah mengumumkan terdapat 114 hotspots di kawasan Daerah Ampang Jaya saja.
Apakah data cerun ini dikongsi kepada JKR atau hanya milikan PBT sahaja? Itu persoalan saya. Timbul persoalan mengenai kepakaran teknikal geologi kejuruteraan atau geoteknik untuk mentafsirkan tahap kestabilan sesuatu cerun oleh PBT di Malaysia. Apakah
Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
perkongsian kepakaran daripada pihak KKR dengan PBT ini di seluruh negara? Saya juga ingin bertanya mengenai garis panduan tentang tanah runtuh dan cerun berisiko. Menurut laporan akhbar, negara ini mempunyai tanah runtuh pendam lama (old-dormant) dan menunggu masa untuk aktif semula. Ini bermakna, kita akan menyaksikan lebih banyak tanah runtuh kerana keragaman iklim dan perubahan cuaca yang akan mengaktifkan cerun-cerun dormant ini.
Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh 040100 – Cawangan Senggara Fasiliti Jalan. Yang diberi anggaran peruntukan sebanyak RM11.1 million. Kita menyaksikan semakin banyak kes lubang benam terjadi di Malaysia. Antaranya di tengah-tengah Kuala Lumpur yang mana kita mengetahui dan diketahui umum dan yang kedua, baru-baru ini di Ampang dan Kompleks Bunga Raya KLIA. Turut juga berlaku di lebuh raya dan saya nak pergi jauh sikit di Lapangan Terbang Sonoma Country, California, Amerika Syarikat pada bulan Mei.
Semuanya berjumpa perkara yang sama. Kita melihat, apakah tindakan yang akan dijalankan oleh Kementerian Kerja Raya? Dari sudut geologinya, bandar Kuala Lumpur dibina di atas batuan kapur yang terdedah kepada risiko larut dan mewujudkan ruang bawah tanah serta gua. Lubang benam juga dikaitkan dengan kegagalan infra seperti paip atau perparitan yang bocor. Ini menyebabkan hakisan tanah dan pencipta ruang kosong di bawah tanah.
Cerun-cerun ini Timbalan Pengerusi, masalah lubang benam ini juga akan terkesan dengan perubahan iklim apabila taburan hujan bertambah. Saya ingin juga menyentuh 040200 – Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, yang menerima anggaran peruntukan sebanyak RM67 juta. Pada tahun ini dan tahun lepas, berlaku kejadian lift rosak di dua buah hospital iaitu Hospital Melaka dan Hospital Sultan Ismail. Di Hospital Sultan Ismail, kerosakan itu berlaku kerana alat ganti yang sukar didapati daripada pembekal luar negara. Jadi, saya nak mencadangkan supaya kita banyak menggunakan bahan-bahan dan juga lift-lift yang dibuat di Malaysia. Saya ingin mendapatkan penjelasan Menteri mengenai senarai hospital dan klinik yang mempunyai masalah infrastruktur dan apakah rancangan untuk mengelakkan kejadian yang sama dan berulang?
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Okey, Yang Berhormat Langkawi.
Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Saya juga ingin bertanya, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Dah lebih masa, Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Saya akan gulung. Saya ingin juga bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, berapakah daripada RM10.3 bilion yang diperuntukkan kepada KKR? Berapakah yang akan digunakan di pulau pelancongan terkenal di Malaysia dan dunia, Pulau Langkawi? Terima kasih Timbalan Pengerusi. Maaf, nak dapat tu, insya-Allah.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Yang Berhormat Kluang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya ingin terus merujuk kepada Butiran 61000 – Naiktaraf Jalan-jalan. Maksud di bawah Pembangunan 27 sejumlah RM2,197,581,000 yang telah diperuntukkan tahun depan, meningkat daripada RM1,510,125,581 pada tahun ini.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Untuk projek naik taraf jalan-jalan, salah satu projek utama ialah kerja naik taraf jalan FT50 Fasa 3A yang melibatkan pelebaran jalan dari Parit Sempadan di Batu Pahat sehingga Tol Ayer Hitam. Kerja-kerja ini sedang berjalan dan dijangka akan siap pada Oktober tahun depan.
Lanjutan daripada projek ini saya ingin mencadangkan supaya JKR dapat terus menyambung kerja Fasa 3B iaitu naik taraf Jalan Persekutuan iaitu FT50 dari Tol Ayer Hitam sehingga ke simpang Stadium Kluang. Projek ini bukan hanya memberi manfaat kepada penduduk setempat, tapi juga kepada semua pengguna jalan raya dari Batu Pahat ke Kluang yang kebanyakan mereka berulang alik setiap hari. Perlu diingatkan bahawa jalan FT50 ini bukan sekadar jalan penghubung antara Batu Pahat, Kluang dan Mersing, tetapi juga adalah telah dikenal pastikan sebagai salah satu jalan paling bahaya seluruh negara.
Statistik menunjukkan bahawa kemalangan kerap berlaku di jalan ini. Antara punca utama ialah reka bentuk jalan lama yang tidak lagi memenuhi permintaan semasa akibat perubahan persekitaran, peningkatan jumlah kenderaan dan juga kelajuan pemanduan yang tidak terkawal. Sebagai contoh di hadapan Sekolah Menengah Seri Lalang, kemalangan sering berlaku akibat pemandu yang memandu secara laju tanpa mempedulikan keselamatan pelajar dan penggunaan jalan lain.
Datuk Pengerusi, naik taraf fasa 3B ini bukan sahaja akan menyelesaikan isu reka bentuk jalan yang lama, tetapi juga meningkatkan keselamatan pengguna. Kita- semua sedar bahawa setiap nyawa adalah berharga. Maka, amatlah penting untuk segera mengumumkan pelaksanaan kerja naik taraf ini bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya dan meningkatkan kualiti hidup penduduk setempat.
Saya berharap cadangan ini dapat diterima, diberi perhatian yang serius demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan Daerah Kluang.
Saya juga ingin merujuk Butiran 1000 – PPP/PFI sebanyak RM 2,275,749,300, sama ada butiran ini merangkumi projek multi-lane-fast-flow (MLFF) dimasukkan di bawah butiran ini. Pada masa yang sama, saya ingin bertanya perkembangan projek MLFF ini, adakah ia akan dilaksanakan? Jika ya, hendak dilaksanakan bila perancangannya dan apakah manfaat kepada rakyat secara keseluruhan?
Selain itu, adakah kementerian telah mengadakan libat urus dengan syarikat-syarikat konsesi tol bagi perlaksanaan projek MLFF ini? Khususnya ada beberapa Syarikat-syarikat konsesi yang pernah menyatakan ketidaksetujuan mereka berkenaan pelaksanaan MLFF.
Merujuk Butiran 030000 berkenaan infrastruktur bangunan yang diperuntukkan berjumlah RM234 juta, saya ingin bertanya kepada KKR, berapa banyak bangunan kerajaan
Puan Wong Shu Qi - Kluang
yang telah gunakan tenaga solar untuk dijadikan tenaga elektrik seperti yang dilakukan oleh Parlimen Malaysia? Adakah KKR meletakkan sebarang sasaran terhadap penjanaan tenaga solar di bangunan-bangunan kerajaan dalam tempoh dua tahun akan datang?
Selain itu, merujuk kepada Butiran 08250 – Kajian Perlindungan/Pembaikan Cerun- cerun berjumlah RM4.43 juta, saya ingin bertanya berapakah jumlah cerun yang dikategorikan sebagai bahaya di seluruh Malaysia? Kita sudah pasti tidak mahu kejadian cerun runtuh di Batang Kali pada tahun 2022 hingga mengakibatkan 31 orang terkorban termasuk murid sekolah berulang semula.
Pada masa dalam keadaan cuaca Monsun Timur Laut yang sedang melanda negara ini, sudah pasti keadaan cerun-cerun perlu dikenal pasti sama ada ia boleh mengundang kepada tragedi. Malah apa yang saya pelik mengapa saban tahun kejadian cerun runtuh terus berlaku di Cameron Highlands dengan yang kejadian baharu yang berlaku pada 25 Oktober lalu. Walaupun kejadian terbaharu itu tidak mengorbankan nyawa, namun sebelum ini ada kejadian cerun runtuh di Cameron Highlands mengakibatkan kehilangan nyawa.
Dan Cameron Highlands adalah antara pusat peranginan kawasan tanah tinggi yang popular di Malaysia selain Genting Highlands dan kejadian cerun runtuh yang kerap berlaku sudah pasti akan menjejaskan industri pelancongan negara.
Ini lah butiran-butiran yang saya ingin minta penjelasan, pencerahan dari Timbalan Menteri sahaja. Dengan ini, sekian. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Sila Yang Berhormat Hulu Selangor.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Terima kasih Dato’ Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya terus kepada kod B.27 Butiran 02000 berkenaan Pembangunan Infrastruktur Jalan dan Pembangunan Industri Pembinaan. Kos anggaran perbelanjaan adalah sebanyak RM 65,656, 900.
Pada tahun lepas, pihak kementerian telah melancarkan IBS Homes Catalogue yang mana dikendalikan oleh Lembaga Pembangunan Industri pembinaan CIDB bagi meningkatkan kualiti dan kestabilan sistem binaan berindustri IBS dan sektor pembinaan di negara ini. Ianya merupakan satu inisiatif yang baik. Namun terdapat beberapa persoalan yang ingin saya bangkitkan dan cadangan bagi menambahkan inisiatif ini.
Apakah pelan kementerian untuk mengemas kini katalog ini secara berkala memandangkan perkembangan teknologi pembinaan yang semakin pesat? Bagaimanakah kementerian memastikan IBS Homes Catalogue ini benar-benar memenuhi keperluan locality tertentu seperti kawasan luar bandar dan pedalaman yang mungkin memerlukan reka bentuk yang lebih spesifik seperti pembinaan berasaskan tanah berbukit? Dalam masa yang sama apakah tindakan kementerian bagi memastikan kontraktor kecil, dan sederhana tidak ketinggalan dalam penggunaan IBS ini?
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Saya mohon agar pihak kementerian dan juga CIDB dapat memperbanyakkan program latihan IBS secara percuma atau bersubsidi untuk kontraktor-kontraktor kecil. Begitu juga dengan mewujudkan satu standard nasional IBS yang lebih mesra industri kecil, tanpa mengabaikan aspek keselamatan dan juga kualiti. Ini membolehkan kilang tempatan menghasilkan komponen dengan kos yang lebih rendah tanpa bergantung kepada piawaian antarabangsa yang mahal. Saya percaya sertipikat IBS ini merupakan langkah ke hadapan, tetapi ianya perlu dilaksanakan dengan lebih inklusif dan menyeluruh. Fokus kepada komuniti pendalaman kontraktor kecil menjadi elemen penting bagi memastikan pelaksanaan IBS ini memberikan impak yang positif kepada semua rakyat.
Dato’ Pengerusi, seterusnya Kod P.27 Butiran 51000 berkenaan Pelbagai Pembinaan dan juga Butiran 90000 berkaitan Lain-lain Pembinaan. Anggaran kos perbelanjaan bagi pelbagai pembinaan adalah sebanyak RM 203,056,000. Manakala lain-lain pembinaan sebanyak RM1 juta – RM1 bilion, RM1,412,848,900 bagi tahun 2025 ini.
Saya mohon kementerian menjelaskan apakah perbezaan bagi kedua-dua butiran yang disebutkan dan kategori pembinaan yang manakah berada dalam butiran-butiran ini?
Adakah peruntukan bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pembinaan lampu jalan yang baharu berada dalam butiran ini memandangkan saya melihat tiada peruntukan yang dinyatakan dalam belanjawan kali ini untuk lampu-lampu jalan?
Lampu jalan ini amat penting bagi keselamatan pengguna jalan raya terutamanya waktu malam memandangkan masih banyak lagi kawasan yang tidak mempunyai lampu jalan khususnya di luar bandar. Saya mohon agar kementerian meneruskan juga pembinaan lampu jalan yang telah dipohon oleh JKR Hulu Selangor bagi beberapa seksyen kawasan Sungai Choh, Rasa, Kuala Kubu Bharu, Kalumpang dan juga kawasan Bukit Tagar.
Dalam masa yang sama, bagi menggantikan lampu jalan, alternatif lain seperti teknologi glow in the dark untuk jalan raya telah dilaksanakan di beberapa buah lokasi. Saya mohon kementerian menjelaskan sejauh manakah keberkesanan projek perintis inovasi garisan jalan bercahaya dalam gelap atau glow in the dark yang telah dilaksanakan keseluruhan Malaysia setakat ini? Adakah Kementerian bercadang untuk memperluaskan lagi projek ini ke lokasi-lokasi yang baharu di seluruh Malaysia yang telah dikenal pasti bersesuaian untuk dilaksanakan termasuk di lebuh raya Malaysia? Dan berapakah peruntukan yang telah disediakan?
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Tuan Dato’ Pengerusi, masih juga dalam kod yang sama P.27 dan Butiran yang sama iaitu Butiran 51000 dan juga Butiran 90000. Saya ingin menyentuh berkaitan pembinaan lampu isyarat di Jalan Persekutuan iaitu FT001 KL – Tanjong Malim di persimpangan masuk ke Jalan B57 Jalan Hulu Yam Lama – Hulu Yam Bharu. Jalan ini merupakan jalan yang kerap kali berlakunya kemalangan.
Statistik kes kemalangan yang direkodkan sekitar lima tahun bermula tahun 2020 sehingga Jun 2024 sebanyak 105 kes kemalangan termasuk satu kemalangan maut dan lima kemalangan parah. Ini tidak termasuk dengan kes kemalangan yang tidak direkodkan.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Perkara ini jelas menunjukkan tindakan perlu diambil segera untuk meningkatkan aspek keselamatan di persimpangan ini. Saya mohon agar kementerian dapat mempertimbangkan bagi pemasangan lampu isyarat di jalan ini supaya risiko kemalangan dapat dikurangkan dan keselamatan semua pengguna jalan raya lebih terjamin. Sekian terima kasih. Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor. Seterusnya Yang Berhormat Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam Malaysia Madani. Terima kasih Dato’ Pengerusi atas peluang yang diberikan. Saya ingin merujuk kepada – terus kepada Butiran 61000 – Naik Taraf Jalan-jalan dengan anggaran kos RM2,197,581,000.
Saya ingin fokus kepada keperluan naik taraf Jalan Persekutuan FT005 khususnya dari Pusat Latihan Teknologi Tinggi Batu Pahat (ADTEC) ke Lapangan Terbang UTHM di Batu Pahat iaitu di Tanjung Laboh atau dikenali Jalan Bukit Kicap ataupun dikenali- jalan ke Pontian- tempat Timbalan Menterilah.
Jalan ini mempunyai peranan penting sebagai laluan utama bagi penduduk sekitar serta menyokong pembangunan aeronautik UTHM. Namun, terdapat beberapa isu kritikal yang memerlukan perhatian segera bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya. Jalan ini untuk Dato’ Pengerusi, sempit dan mempunyai beberapa buah selekoh yang merbahaya terutama di kawasan berbukit dan mempunyai risiko tinggi terutama bagi kenderaan berat yang kerap melalui jalan ini kerana kelebaran jalan yang tidak memadai.
Di kawasan ini perlu dinaikkan taraf untuk kurangkan risiko kemalangan.
Dalam pada itu juga, pencahayaan pun kurang sepanjang sejauh 5.5 kilometer ini.
Laluannya adalah gelap pada waktu malam dan menambah risiko kepada pengguna. Mohon penambahan pencahayaan iaitu tiang-tiang lampu di kawasan ini untuk mudah ke Pontian.
Laluan ini juga penting untuk kawasan sekitar kerana dia menyokong penggunaan sektor pendidikan tinggi dan aeronautik di UTHM. Setiap hari lebih 40,000 pengguna melalui jalan ini dan naik taraf yang dicadangkan akan membawa manfaat langsung kepada mereka serta menyokong pertumbuhan ekonomi daerah.
Mengenai statistik kemalangan, data adalah menunjukkan pada setiap tahun pada tahun 2022, sebanyak lima kemalangan berlaku dengan satu kes maut. Pada tahun 2023, lima kemalangan direkodkan termasuk tiga kes maut. Tahun ini pada tahun 2024, angka kemalangan meningkat kepada tujuh kes dengan dua kes maut. Dengan statistik ini jelas menunjukkan keperluan mendesak untuk menaikkan taraf jalan ini iaitu jalan ke Pontian bagi mengurangkan risiko kemalangan dan meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.
Batu Pahat mencadangkan agar naik taraf ini termasuk dengan dia punya pelebaran jalan, pemasangan pencahayaan jalan juga dan juga penerusan selekoh yang berbahaya.
Dengan itu Batu Pahat bercadang berharap cadangan pembaikan ini dapat dipertimbangkan.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Tuan Pengerusi, saya nak tambah lagi Jalan Minyak Beku J17. Batu Pahat ingin mencadangkan jalan ini dinaikkan taraf juga kerana dia ke arah ke destinasi pelancongan iaitu Pantai Minyak Beku. Antara syornyalah penambahan lampu jalan juga dan perabot jalan.
Seterusnya, kepada Butiran 00107 – Pembangunan Iskandar Malaysia iaitu RM16 juta. Mohon penjelasan, adakah peruntukan ini termasuk pembangunan ICT atau CCTV...
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Boleh beri laluan sekejap, jiran Batu Pahat?
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Boleh. Boleh.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Saya ingin tambah dan harap melalui Batu Pahat mendapatkan jawapan daripada kementerian.
Jejambat Cahaya Baru yang telah siap pada 2021, tetapi sampai hari ini masih tidak dibuka. Sudah hampir tiga tahun nak masuk empat tahun. Disebabkan flyover ini tidak buka, setiap pagi berpuluh-puluh ribu orang sangkut dalam jam daripada Cahaya Baru, Kota Masai yang nak menuju ke Pasir Gudang. Benda ini sangat hangat dalam komuniti. Harap Menteri boleh mengambil perhatian. Terima kasih.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Mohon soalan Tebrau ini masuk ke hujah saya.
Butiran 050400, Batu Pahat mohon pencerahan, berapa kerap Banci Lalu Lintas Kebangsaan iaitu BLK ini dilakukan? Mohon penjelasan juga kategori jalan mana bakal diadakan bancian lalu lintas ini? Apakah data mentah yang bakal dicerap? Adakah BLK ini juga meliputi kajian mereka bentuk had laju atau kajian aliran kadar aliran trafik? Mohon pencerahan lagi, siapakah sasaran pengguna dalam Banci Lalu Lintas Kebangsaan ini- adakah orang awam ataupun pemaju perumahan?
Akhir sekali Dato’ Pengerusi, Butiran 81000 – Membina Jalan-jalan Baharu.
Mengenai projek lebuh raya West-Coast Expressway (WCE) bagi jajaran Banting, Selangor dan ke Gelang Patah, Johor. Jadi, Batu Pahat sangat mengalu-alukan cadangan jajaran baharu ini. Mohon jajaran ini melalui khususnya Parlimen Batu Pahat terus ke kawasan Timbalan Menteri Pontian kerana Batu Pahat yakin ianya akan membawa limpahan ekonomi dan bakal memberi manfaat jangka panjang kepada sektor logistik dan ekonomi negara.
Sekian, Dato’ Pengerusi.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Sila Yang Berhormat Padang Serai.
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Kita terus merujuk kepada Butiran 60000 dan juga 61000. Jalan FT169 Kulim Hi- Tech ke Sungai Kob dan juga Jalan FT136 Jalan Kulim ke Padang Serai.
Saya mohon pihak kementerian untuk melihat kepada naik taraf ataupun pelebaran kepada jalan ini. Banyak kali telah saya ulang perkara ini. Saya juga pernah mengajukan kepada negeri supaya diberikan keutamaan untuk menaik taraf jalan ini, tetapi jawapan yang
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
telah diberikan oleh pihak negeri dan juga pihak JKR ialah akan dibina satu lebuh raya NCH untuk menyuraikan trafik yang sesak.
Saya mendapat aduan dan rungutan daripada pengguna-pengguna khususnya daripada Sungai Kob ke Kulim Hi-Tech yang menggunakan jalan tersebut. Waktu kemuncak, jalannya sangat sibuk dan mereka mohon supaya kalaupun tidak diberikan naik taraf secara laluan tambahan kepada jalan ini, tapi dibuat laluan motosikal kepada pengguna-pengguna motosikal.
Kemudian, kepada Butiran 81000. Merujuk kepada perkara yang tadi saya sebut iaitu membina jalan baharu- projek baharu- cadangan pembinaan Northern Corridor Highway.
Saya telah merujuk kepada jawapan yang telah diberikan oleh pihak kementerian iaitu cadangan penswastaan lebuh raya NCH ini telah dilaksanakan secara bidaan bersaing pada Mac 2023 oleh pihak UKAS JPM. Namun demikian, setelah penilaian tawaran daripada pembida dilaksanakan oleh pihak UKAS melalui Jawatankuasa Penilaian yang telah dilantik, tiada pembida yang berjaya bagi tawaran RFP tersebut, tetapi dalam Bajet 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, telah diluluskan projek lebuh raya bertingkat daripada Juru ke Sungai Dua.
Saya mohon lebuh raya NCH ini telah pun dirancang telah begitu lama. Saya ingat lebih daripada 10 tahun, tetapi tidak berjaya untuk dibina, untuk dibuat baharu. Lebuh raya ini sangat penting menghubungkan Utara Perak daripada Changkat Jering ke Bandar Baru, terus ke Kulim ke Padang Serai ke Sungai Petani, sampailah ke Bukit Kayu Hitam.
Jadi, lebuh raya ini penting untuk Utara Perak dan juga Selatan Kedah yang boleh merancakkan ekonomi pada kawan sedemikian. Jadi, saya mohon pihak kementerian untuk berusaha bersungguh-sungguh. Kalau lebuh raya bertingkat di Lebuhraya PLUS daripada Sungai Dua ke Juru boleh diluluskan dalam bajet untuk kerjasama UKAS, jadi saya minta lebuh raya NCH ini juga diberikan keutamaan untuk dimasukkan ke dalam projek UKAS selepas ini.
Jadi, Dato’ Pengerusi, saya nak tumpang perkara Butiran 31000 – Pembinaan Jalan dan Jambatan. Ini daripada rakan saya Permatang Pauh. Saya sampaikan hasrat sahabat saya Permatang Pauh yang tidak berkesempatan untuk berbahas pada Jawatankuasa Peringkat Kementerian Kerja Raya ini. Beliau memohon agar kerajaan dapat memberikan perhatian khusus kepada jalan-jalan di Permatang Pauh kerana berdasarkan laporan Metro pada 14 Januari 2024, Jalan Permatang Pauh termasuk dalam tiga- lokasi jalan yang terjejas teruk selain dari Lebuhraya Pulau Indah, Klang dan juga Jalan Aring dan Jeneris, Kelantan.
Jadi, saya mohon kementerian untuk memberikan jawapan. Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.
[Majlis Mesyuarat bersidang semula]
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
[Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) mempengerusikan
Mesyuarat] Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditempohkan dan akan disambung semula jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Mesyuarat] Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) mempengerusikan Mesyuarat]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Salam sejahtera. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis dalam Jawatankuasa.
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) mempengerusikan
Jawatankuasa] Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Kita sambung semula perbahasan. Silakan, Yang Berhormat Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Okey, terima kasih Dato’ Pengerusi.
Saya terus kepada Butiran 61000 – Naiktaraf Jalan-jalan. Cadangan adalah untuk menaik aras jalan di kawasan Jalan Seberang Jerteh ke sempadan Kelantan-Besut, Terengganu. Jadi, projek ini adalah cadangan membina dan juga menyiapkan longkang U- Drain yang bersaiz lebih kurang 1,200 milimeter berkaitan di FT189 Seksyen 17.85 hingga 18.75. Kawasan ini dilimpahi air setiap kali musim tengkujuh yang hampir tiba dan laluan ini tidak dapat digunakan untuk menghubungkan Jerteh ke Kampung Raja.
Dia boleh jadi sebagai satu laluan alternatif sekiranya laluan utama FT003 selalu ditenggelami air semasa musim banjir juga. Ia boleh meningkatkan kadar pertumbuhan dan juga seterusnya akan meningkatkan lagi tahap pembangunan sosioekonomi dan penduduk setempat.
Jadi, secara keseluruhannya projek ini amatlah perlu dilaksanakan segera kerana ia akan memberi impak segera yang amat baik dan positif kepada rakyat serta masyarakat
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
sama ada daripada segi ekonominya, daripada segi politiknya, sosialnya dan juga pembangunan masyarakat setempat.
Jadi, anggaran kos Timbalan Menteri- Timbalan Menteri tak- dia punya anggaran kos lebih kurang RM11,748,000.10.
Seorang Ahli
10 sen?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
10 sen itulah – RM11 juta. Jadi, kerja awalan juga terlibat, perunding, pengambil balik tanah dan juga yang lain-lain. Jadi, saya- kata Timbalan Menteri dia pernah pergi ke Besut, tapi kena pergi musim tengkujuhlah baharu tahulah macam mana. Akan putus. Putus tunang boleh dihubung balik. Putus kasih boleh hubung balik. Tapi kalau putus jalan ini, memang tak ada jalan yang kita nak lalu.
Jadi, butiran kedua adalah- saya rangkum Butiran kedua ini, Butiran 02800 dan juga Butiran 31000. Dia yang Butiran 02800 itu memperbaiki, mengganti dan menaik taraf jalan dan jambatan.
Kedua itu, pembinaan jalan dan jambatan. Projek yang saya maksudkan adalah untuk menaik aras jalan FT65 Kampung Tembila Seksyen 10 hingga 11.2 serta membina jambatan baharu Kampung Pengkalan Gaduh, di Besut, Terengganu. Jadi, anggaran kos lebih kurang RM43 juta.
Jadi, laluan utama ini sebenarnya adalah laluan utama untuk orang ramai daripada Kuala Terengganu sehingga ke Kota Bharu dan sebaliknya sering ditenggelami air masa musim banjir juga ini. Laluan terputus dan tiada laluan alternatif lain. Kalau terputus di kawasan tersebut, tidak ada lagi laluan lain memandangkan FT003 juga ditenggelami air.
Jadi, reka bentuk selekoh di kawasan itu amat berbahaya sebenarnya kepada pengguna jalan raya sebab banyak berlaku kemalangan. Jadi, laluan ini akan dijadikan sebagai macam lencongan untuk kenderaan berat tanpa melalui bandar iaitu bandar Jerteh tak perlu lalu dah.
Saya nak beritahu justifikasi tentang yang FT65 tadi, cadangan projek ini akan mengadakan sistem perhubungan jalan yang lebih baik sejajar dengan pembangunan dan kepadatan yang semakin pesat.
Kedua, meningkatkan tahap keselamatan kepada pengguna jalan raya yang terlibat dengan jambatan berkenaan dan juga meningkatkan kadar pertumbuhan dan meningkatkan tahap pembangunan sosioekonomi penduduk setempat. Seterusnya juga, ia mengadakan sistem perhubungan yang lebih baik sejajar dengan pembangunan dan kepadatan yang semakin pesat.
Secara keseluruhannya, projek ini amat perlu dilaksanakan kerana ia akan memberi impak segera yang amat baik dan positif kepada rakyat serta masyarakat sama ada daripada segi ekonomi, politik, sosial dan pembangunan masyarakat setempat. Jadi, saya minta Timbalan Menteri memberi perhatian kepada permohonan saya dan diluluskan dengan segera. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, Yang Berhormat Besut. Sila, Yang Berhormat Sandakan.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih, Dato’ Pengerusi. Saya terus masuk ke Butiran 08250 – Kajian Perlindungan/Pembaikan Cerun-cerun di mana hanya RM4.43 juta diperuntukkan untuk tahun 2025. Ya, Dato’ Pengerusi, saya ingin menyatakan kekecewaan terhadap beberapa kerja pembaikan cerun-cerun yang belum dilaksanakan di kawasan Sandakan.
Pertama adalah di Jalan Lalang di mana satu tanah runtuh kecil telah berlaku dan bahu jalan telah ditutup. Namun, selepas hampir dua tahun kerja pembaikan masih belum dijalankan dan kini separuh daripada permukaan jalan telah runtuh. Jadi, kegagalan cerun kedua-dua ini adalah di Jalan Bukit berhampiran dengan Apartmen Sentosa. Jadi, sekali lagi ia bermula sebagai cerun kecil, tetapi selepas satu tahun, keadaan semakin serius dan namun kerja pembaikan juga belum dimulakan.
Setiap kali saya menyemak dengan Jabatan Kerja Raya mengenai status tersebut, jawapan yang diberikan sentiasa menyatakan bahawa laporan kajian kejuruteraan telah disiapkan dan dihantar dan sedang menunggu kelulusan daripada HQ.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Jadi, kegagalan cerun seperti ini bukan sekadar membawa kesulitan kepada pengguna jalan raya, tetapi ia melibatkan keselamatan dan juga nyawa pengguna jalan yang menggunakan jalan tersebut setiap hari. Jadi, tempoh masa yang diambil untuk membaiki dan memperbetulkan kerja pembaikan kecemasan seperti ini terlalu lama dan tidak dapat diterima. Sering kali apabila bajet diluluskan atau satu atau dua tahun kemudian, skop pembaikan dan kos yang diperlukan mungkin telah meningkat jauh melebihi situasi asal dan kerja-kerja pembaikan yang akan terus ditangguhkan.
Jadi, oleh itu, saya dengan tegas menggesa kepada kementerian untuk menilai semua bajet serta proses bagi kerja pembaikan kecemasan seperti ini.
Kedua, saya ingin merujuk kepada Butiran 050400 – Banci Lalu Lintas Kebangsaan, Butiran 08260 – Naiktaraf dan Memulihkan Jalan dan Butiran 08280 – Pembinaan Jalan- jalan.
Jadi, Dato’ Pengerusi, rangkaian jalan raya di Sandakan memang jauh ketinggalan berbanding dengan kadar peningkatan jumlah kenderaan di Sandakan dalam 10 tahun kebelakangan ini. Kesesakan lalu lintas di pusat bandar dan persimpangan jalan utama semakin teruk dengan pihak polis terpaksa menutup beberapa buah persimpangan di pusat bandar setiap kali musim perayaan untuk mengelakkan kesesakan yang teruk sekali.
Selepas bertahun-tahun, kita masih bergantung kepada satu-satunya jalan utama Lebuhraya Persekutuan 22 untuk menghubungkan Sandakan dengan daerah-daerah lain di negeri ini.
Jadi, telah berkali-kali saya bangkitkan rancangan flyover bagi Bulatan Helang dan Buaya di Batu 7, Sandakan. Kini, proposal telah dihantar ke HQ JKR Sabah dan saya menyeru kepada Kerajaan Persekutuan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
menyelaraskan semua kerja dan membuat keputusan dengan segera dan salurkan peruntukan bagi projek ini serta-merta. Jangan lagi pertimbangkan, tetapi kami pohon untuk mendapatkan kelulusan bagi menaiktarafkan kedua-dua bulatan tersebut kepada flyover atau pun sekurang-kurangnya kepada traffic light. Dato’ Pengerusi, saya juga ingin bangkitkan sekali lagi berkenaan isu jalan raya, jalan Sandakan-Ranau dari Batu 16 ke-32. Jadi, pihak kementerian telah mengesahkan bahawa jalan tersebut berada pada tahap LSF iaitu sangat sesak teruk. Namun, jawapan yang sangat mengecewakan yang saya terima pada 7 November pada sidang Parlimen ini adalah, “Membina jalan Libaran Bypass Fasa 1 ke 3 persimpangan Batu 32 ke persimpangan Gum- Gum di dalam RMKe-12 adalah dimasukkan untuk kelulusan Pusat. Namun itu, projek ini tidak dapat dipertimbangkan berdasarkan keutamaan kerajaan dan kedudukan kewangan yang terhad.” Jadi, adakah bermakna kerajaan tidak ingin, tidak ada mandat untuk menyelesaikan masalah kesesakan di jalan raya satu lorong ini untuk rakyat-rakyat Sandakan?
Jadi, apa yang membingungkan saya juga adalah Fasa 4 projek Libaran Bypass yang bermula pada tahun 2013. Walaupun hanya satu fasa, tetapi hingga kini belum disiapkan sepenuhnya dan sehingga telah dikategorikan sebagai projek sakit. Tiga kali peruntukan telah disalurkan untuk fasa ini dan kerana jambatan ini, saya belum lagi boleh digunakan, telah runtuh. Jadi, apakah tindakan yang diambil oleh kementerian mengenai semua kontraktor yang gagal melaksanakan projek?
Selain itu, yang kritikalnya, mengapakah masih tiada peruntukan yang diluluskan bagi fasa 1 hingga 3? Logiknya, kalau kami tidak- kiranya, kami tidak dapat menggunakan Fasa 4 Libaran Bypass tanpa fasa 1 hingga 3. Sebab, ini adalah jambatan ke tidak mana- mana pun.
Jadi, akhir sekali, Dato’ Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 82000 – Lebuhraya Pan Borneo. Jadi, Dato’ Pengerusi, kemajuan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah jauh ketinggalan berbanding dengan Sarawak. Walaupun kami ingin melihat projek ini disiapkan dengan secepat mungkin, adalah sama pentingnya untuk memastikan kualiti projek ini tidak dikompromikan.
Jadi, saya ingin bertanya kepada Menteri, apakah tarikh jangkaan siap untuk Fasa 1A dan Fasa 1B Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan juga apakah status terkini bagi Pakej 28, 29 dan 30 dari Batu 32 ke Sungai Baoto? Jadi, apakah jangkaan siap bagi pakej-pakej ini?
Sekian dan terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, Yang Berhormat Sandakan. Sila, Yang Berhormat Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat petang. Terima kasih, Dato’ Pengerusi.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Butiran 71000 – Memperelok dan Membaikpulih Jalan. Peruntukan untuk tahun 2025 adalah sebanyak RM11 juta. Jadi, usaha-usaha untuk memperelok dan membaik pulih jalan amat penting demi keselamatan dan keselesaan pengguna. Jadi, Kangar ingin mohon jasa baik Menteri dan Timbalan Menteri untuk melaksanakan program baik pulih di Parlimen Kangar, juga merentangi parlimen-parlimen lain.
Nombor laluan FT194, jalan Kuala Perlis-Changlun dari Kilometer 5 hingga Kilometer 5.6 sepanjang 0.6 kilometer. FT194 juga, jalan Kuala Perlis-Changlun dari Kilometer 11 hingga Kilometer 12 sepanjang satu kilometer. Jadi, laluan-laluan ini perlu dibaik pulih memandangkan ada keretakan- crack, alur tayangan- rutting dan perlu ada penampalan- patching pengelupasan dan penuaan, dengan izin. Jadi, laluan-laluan ini perlu diperbaiki bagi mengelakkan berlakunya kemalangan-kemalangan.
Tuan Pengerusi, seterusnya, FT179, laluan jalan Kangar-Kodiang dari Kilometer 3.50 sehingga Kilometer 3.54 sepanjang 0.04 kilometer. Ia merupakan cadangan kerja-kerja pembaikan longkang. Longkang-longkang ini roboh kesan daripada berlaku kemalangan sebelum ini.
Begitu juga nombor laluan 7, jalan Kangar-Padang Besar bermula dari Kilometer 44.20 sehingga 44.30 sepanjang 0.10 kilometer. Pembaikan tebing perlu dibuat dan longkang telah pun roboh. Ianya boleh mengancam keselamatan pengguna.
Laluan 7 juga di Kilometer 40.0 hingga Kilometer 43.0 sepanjang tiga kilometer perlu diselenggarakan bagi meningkatkan keselamatan dan keselesaan kepada pengguna.
Antaranya ialah mengecat semula road curb.
Terdapat banyak lagi laluan-laluan yang perlu diperbaiki. Apa pun, terima kasih kepada KKR atas keprihatinan bagi menyelesaikan dan memperelok Jalan Persekutuan di Perlis.
Tuan Pengerusi, Butiran 020000 – Pembangunan Infrastruktur Jalan dan Pembangunan Industri Pembinaan.
Soalannya, apakah perincian mengenai peruntukan RM450 juta yang dikhususkan untuk kontraktor kecil dan sederhana G1 sehingga G4 bumiputera untuk menaik taraf Jalan Persekutuan?
Soalan kedua, sejauh manakah aspek pemantauan kualiti kerja serta penilaian prestasi kontraktor bagi penyelenggaraan jalan berkala pavement dan berkala bukan pavement?
Soalan ketiga, bagaimanakah KKR memantau kualiti turapan jalan memandangkan faktor bebanan aliran trafik atau pun kenderaan yang semakin banyak menyebabkan jalan mudah rosak?
Sebanyak RM178 juta pula diperuntukkan bagi pemasangan lampu jalan baharu dan lampu isyarat pintar di Jalan Persekutuan. Soalan saya, apakah kementerian bercadang untuk memperluaskan usaha-usaha menaik taraf lampu isyarat sedia ada kepada lampu isyarat pintar serta lampu jalan LED bermutu tinggi terutama di laluan-laluan baharu?
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Soalan kedua, setakat manakah peruntukan pemasangan lampu jalan baharu dan lampu isyarat pintar diadakan di bandar Kangar?
Itu sahaja untuk saya dari Kangar. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, Yang Berhormat Kangar. Sila, Yang Berhormat Tanjong Piai.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Terima kasih, Dato’ Pengerusi.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Merujuk kepada Butiran 81000, saya ingin mengangkat isu kesesakan jalan dari Pekan Nanas ke Johor Bahru terutamanya di laluan Pekan Nanas, Kampung Ulu Pulai.
Lebuhraya Skudai-Johor Bahru yang sentiasa menjadi aduan rakyat, kepesatan pembangunan Wilayah Ekonomi Iskandar Malaysia telah menyebabkan ribuan rakyat berulang-alik melalui jalan ini untuk ke Johor Bahru atau ke Tuas di Singapura melalui lebuh raya kedua iaitu Second-Link. Saya difahamkan sebelum ini terdapat cadangan bagi membina jalan baharu dari penghujung persimpangan Lebuhraya Skudai-Pontian ke Pekan Nanas di Daerah Pontian pernah dicadangkan bagi meningkatkan pembangunan di Daerah Pontian dan sekali gus mengatasi unjuran kesesakan yang berlaku. Saya kerap diadu oleh para penduduk mengenai isu kesesakan jalan raya yang berlaku di persimpangan Kampung Ulu Pulai, Gelang Patah.
Kita sedia maklum bahawa jalan raya utama di Pekan Nanas sudah terlalu sempit untuk dilebarkan kerana rizab jalan yang kecil dan pembangunan sedia ada tidak boleh memberikan sebarang ruang lagi untuk jalan tersebut dilebarkan.
Oleh yang demikian, saya ingin mendapatkan perhatian kementerian tentang apakah kesediaan untuk menilai kembali cadangan pembinaan jalan baharu ini kerana saya percaya cadangan tersebut mampu mengatasi kesesakan sedia ada yang secara tidak langsung mampu meluaskan potensi pelaburan ke kawasan Pekan Nanas dan Pontian dengan pewujudan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
Seterusnya mengenai projek jalan pintas Jalan Sawah iaitu J113 ke Ulu Choh bagi mengatasi kesesakan kenderaan yang masuk ke Pekan Nanas dan Jalan Sawah yang terhubung terus ke Lebuhraya PLUS di Kulai.
Kesesakan utama di sini ialah apabila kenderaan berat ke Johor Bahru akan masuk ke Bandar Pekan Nanas dan mereka dari Johor Bahru akan masuk ke Lebuhraya PLUS melalui Tol Kulai. Di laluan ini terdapat sekolah-sekolah, Klinik Kesihatan Pekan Nanas serta beberapa buah taman perumahan dan kampung-kampung tradisional yang sentiasa menjadi risiko berlakunya kemalangan. Kos projek yang diluluskan pada 2017 berjumlah RM28.8 juta, tetapi saya difahamkan berdasarkan penilaian semula projek berkenaan memerlukan penambahan peruntukan disebabkan kenaikan bahan binaan dan beberapa faktor lain.
Pada masa ini projek ini masih di peringkat penyediaan reka bentuk dan kos sebenar yang diperlukan pula masih belum dimuktamadkan. Jadi saya ingin mendapat penjelasan dan
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
gambaran sebenar, sejauh mana penglibatan dan intervensi kementerian dan Kerajaan Pusat menerusi penyaluran peruntukan tambahan berhubung pembinaan projek ini bagi memastikan kelangsungan projek ini tidak ditangguhkan dan memberi keselesaan kepada para pengguna.
Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 31000. Dimaklumkan jambatan Kampung Sawah di Jalan Sawah J113 bernilai anggaran RM2.5 juta telah diberikan kepada Tetuan Alita Sdn. Bhd. pada 25 Jun 2018 oleh JKR Negeri Johor. Pada 9 Disember 2018, projek tersebut telah gagal disiapkan dan akhirnya kontrak ditamatkan. Setelah itu melalui penilaian semula, kontrak baharu telah diberikan kepada Tetuan Rosha Dynamic Sdn. Bhd.
dengan nilai anggaran baharu berjumlah RM3.7 juta dengan kerja-kerja dimulakan pada 18 Jun 2024 dan dijangka siap pada 17 Jun 2025. Malangnya sehingga sekarang projek tersebut hanya mencapai lima peratus kemajuan.
Projek - ketimbang jadual sepatutnya yang diprojekkan iaitu sekitar 35 peratus kemajuan projek. Isunya ialah projek penggantian jambatan ini sudah melalui dua kali lantikan kontrak bermaksud pihak JKR pastinya telah membuat penilaian teliti berdasarkan kegagalan kontrak pertama. Bagi masyarakat di luar, projek ini dilabelkan sebagai projek gagal kerana telah tergendala hampir tujuh tahun sejak 2018 sehingga sekarang. Saya agak kecewa dengan kegagalan projek ini.
Yang Berhormat Timbalan Menteri mungkin tahu perkara ini. Sehubungan dengan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan, sejauh manakah pemantauan kementerian berhubung kadar pelaksanaan semasa projek ini? Apakah kementerian dapat membantu memastikan pelaksanaan projek dapat berjalan mengikut jadual sebagaimana yang telah dipersetujui dalam kontrak?
Yang akhir, merujuk kepada Butiran 60000, saya ingin menyentuh mengenai keadaan jalan raya bagi laluan Pontian, Kukup sejauh 27 kilometer yang berakhir di Jeti Kebangsaan Kukup merentasi kampung-kampung tradisional dan pekan kecil seperti Pekan Penerok dan Pekan Permas. Laluan ini juga merupakan antara laluan utama para pelancong untuk ke Taman Negara Tanjong Piai dan Taman Negara Pulau Kukup selain dari laluan untuk ke Jeti Antarabangsa Kukup bagi mereka yang ingin ke Indonesia. Di penghujung laluan ini pula terdapat perkampungan atas air iaitu Kukup dan Air Masin yang menjadi tempat tarikan pelancong.
Justeru itu saya ingin bertanya, sejauh mana pertimbangan kementerian untuk menaik taraf dan melebarkan jalan ini dengan penambahan penjajaran di sepanjang laluan Pontion-Kukup ini, memandangkan ianya mampu memberikan keselesaan yang amat baik kepada para pelancong yang melaluinya dan juga sebagai persediaan Tanjong Piai untuk menerima lebih ramai pelancong menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 kelak.
Jadi saya berharap Yang Berhormat Timbalan Menteri tahu sangat kawasan ini di Daerah Pontian. Bantulah untuk pembangunan di kawasan terutama di Daerah Pontian ini.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Piai. Seterusnya Yang Berhormat Jerai.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Butiran 02800 – Memperbaiki, Mengganti dan Menaikkan Taraf Jalan dan Jambatan.
Menyentuh tentang perkara ini, kita sedar dengan peningkatan kos sara hidup hari ini, bahagian pembinaan juga tidak lari dari terkesan. Antara isu besar yang dihadapi ialah harga bahan binaan, peningkatan tenaga kerja, termasuk kenaikan gaji minimum yang diumum kerajaan bakal terlaksana pertengahan tahun hadapan.
Saya mencadangkan langkah proaktif untuk memastikan mekanisme kawalan harga yang lebih berkesan dilaksanakan. Saya mencadangkan agar satu kajian menyeluruh dijalankan untuk menilai impak langsung kenaikan ini terhadap pelaksanaan projek kerajaan.
Selain memperkenalkan subsidi bersasar kepada kontraktor yang terkesan. Saya juga ingin mengetahui sejauh manakah kerajaan berusaha mengesan golongan yang terkesan dalam agenda memperkasakan kontrak G1 hingga G4 khususnya bumiputera yang memperuntukkan hampir RM1.3 bilion dalam pengumuman belanjawan yang lalu.
Seterusnya, proses pemulihan projek sakit ini dilihat mengambil masa yang sangat panjang. Ini boleh menyebabkan kerosakan akibat ditinggalkan serta memberi kesan langsung terhadap pertambahan kos pembangunan. Saya ingin mengetahui apakah usaha kerajaan untuk mengurangkan masa supaya tidak memberi kesan lebih teruk kepada projek sakit ini.
Tuan Pengerusi, Butiran 71000 – Memperelok dan Membaik Pulih Jalan.
Menurut Menteri, sejak 1 Ogos 2023 sehingga 31 Julai 2024, aplikasi MYJalan menerima sebanyak 17,157 aduan melibatkan KKR dan lain-lain jabatan, agensi kerajaan dengan 30.18 peratus atau RM5 bilion merupakan aduan di bawah aduan seliaan KKR agensi.
Soalan saya, secepat mana tahap responsif agensi dan jabatan yang terlibat dalam menangani masalah yang diadukan? Dengan jalan rosak sebagai masalah utama yang diadukan itu lebih RM2,000 aduan. Bagaimanakah kerajaan memastikan kerosakan jalan di tempat aduan tersebut tidak berulang memandangkan di kawasan tersebut, laluan lori, sering mengalami masalah sedemikian?
Infrastruktur jalan menjadi asas kepada pembangunan ekonomi dan rakyat. Kesan dari jalan yang tidak elok memberi impak secara tidak langsung kepada pelbagai masalah.
Oleh itu saya ingin mengetahui berapakah jumlah yang telah dikenal pasti jalan-jalan yang rosak di seluruh negara termasuk kos-kos yang diperlukan. Selain itu, berapakah kes kemalangan yang telah dikenal pasti berpunca dari jalan-jalan yang berlubang? Seterusnya adakah dengan statistik yang disebut, tindakan menurunkan peruntukan adalah relevan?
Mohon jawapan kementerian.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Tuan Pengerusi, butiran yang sama, saya melihat tiada lagi anggaran kos perbelanjaan bagi lampu isyarat. Jadi, saya mohon kementerian jelaskan, mengapakah tiada dan bagaimana pula dengan peruntukan bagi kerja-kerja penyelenggaraan lampu? Lampu jalan ini amat penting memandangkan masih banyak lagi kawasan yang tidak mempunyai lampu jalan. Ini melibatkan keselamatan pengguna jalan raya pada waktu malam.
Saya mengambil peluang ini untuk membawa isu masalah kesesakan lalu lintas dan kemalangan yang kerap berlaku di Parlimen saya, Jerai. Saya memohon agar diletakkan lampu isyarat di persimpangan Kampung Selengkoh ke Pulau Bunting. Banyak kemalangan yang berlaku dan keluh kesah rakyat disampaikan kepada saya untuk dibawa dalam Dewan ini.
Seterusnya, berkenaan dengan jalan yang dikategorikan sebagai gelap dan berisiko.
Apakah usaha kerajaan untuk menangani risiko kemalangan? Saya melihat dengan pemasangan lampu jalan boleh mengurangkan masalah ini. Saya juga mencadangkan agar kerajaan boleh memperbanyak lampu solar sebagai inisiatif menggantikan lampu biasa yang dilihat lebih menjimatkan dan kos penyelenggaraan yang rendah.
Tuan Pengerusi, Butiran 02000 – Pembangunan Infrastruktur dan Pembangunan Industri Pembinaan. Saya ingin mengetahui, apakah status terkini pelaksanaan projek-projek Kementerian Kerja Raya di bawah RMKe-12, khususnya untuk negeri Kedah?
Tuan Pengerusi, Butiran 10000 – PPP/PFI. Peningkatan peruntukan yang drastik daripada RM2.2 bilion pada 2025 berbanding RM260.9 juta pada 2024. Persoalan saya, apakah rasional peningkatan hampir sembilan kali- ganda serta nyatakan perincian projek yang akan dibiayai oleh PPP dan PFI? Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Sila Yang Berhormat Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Ampang juga ingin mengambil bahagian bermula dengan Kepala 020000 – Pembangunan Infrastruktur dan Pembangunan Industri Pembinaan. Di sini Ampang melihat tentang ada unjuran penurunan 18.4 peratus kepada RM3.9 juta bagi Butiran 020100 – Dasar dan Pembangunan.
Jadi, saya mohon jasa baik Yang Berhormat Menteri beri pencerahan mengenai program penswastaan penyelenggaraan, terutama pencapaian sejak dilaksanakan dan status terkini. Ini kerana kita lihat sepatutnya bila kita swastakan sesuatu itu, perniagaan itu lebih baik. Jadi, saya lihat ada juga di mana-mana rungutan bahawa kadang-kadang program penyenggaraan ini tidak mencapai hasrat yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Seterusnya, Ampang merujuk kepada Butiran 020200 – Cawangan Jalan.
Peruntukan yang disediakan. Butiran 050200 – Bayar Balik Pinjaman LLM, kepada peruntukan RM100 juta.
Saya mohon penjelasan sebab kita tahu bahawa Ampang ini berada di kawasan agak strategik, laluan Timur-Barat, laluan sebelah wilayah dan sebagainya. Terlalu banyak pembangunan, terutama lebuh raya-lebuh raya yang ada, termasuk juga MRT, LRT dan sebagainya.
Jadi, saya selaku Ahli Parlimen Ampang ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri tentang tiga projek kritikal di Ampang iaitu SUKE ataupun Sungai Besi-Hulu Kelang.
Kita ada juga program ataupun Lebuhraya NKVE yang masih belum siap setelah hampir 10 tahun berlangsung dan juga KL NODE. Saya akan memperincikan satu persatu, Dato’ Pengerusi.
Ampang ini kita lihat bahawa macam-macam pembangunan masuk tapi saya nak tanya khusus tentang SUKE, pertamanya. Apa kuasa KKR untuk mewajibkan pemaju atau pengurus dan penyelenggara lebuh raya, di manakah mereka beroperasi? Kita tahu bahawa SUKE ini telah pun siap dan telah pun diserahkan, tetapi kita lihat ada isu-isu pampasan, isu mekanisme penyelesaian, penaiktarafan, malah jaminan-jaminan yang sepatutnya diselesaikan selepas ataupun semasa pembinaan tidak dilangsungkan. Saya tahu SUKE sekarang tengah ada isu di bawah SPRM. Jadi, saya mohon supaya selain daripada isu yang berbangkit dengan SPRM, saya mohon apa yang saya bangkitkan tadi dapat diperjelaskan oleh pihak kerajaan.
Keduanya, berkaitan dengan NKVE. Bilakah sebenarnya tarikh muktamad NKVE akan siap sepenuhnya dan mula beroperasi? Ampang ini terkesan Dato’ Pengerusi, sudah hampir 10 tahun lebih ya. Ada dua fasa yang ingin dilaksanakan. Kalau ikut daripada laporan yang telah diberikan oleh dua pihak yang penting iaitu Menteri sendiri menjawab pada 7 Mac 2023 bahawa projek ini telah siap 91 percent, tetapi Exco Kerajaan Selangor pula menjawab pada 10 Julai baru-baru ini, 89 percent.
Sebenarnya, hakikatnya di bawah itu, NKVE ini belum siap pun. Jadi, kami belum dapat menikmati hasil daripada pembangunan ini bukan sahaja semata-mata bila siap itu boleh mengurangkan kesesakan jalan raya di Ampang, tetapi sebenarnya boleh mengatasi banyak isu lain. Jadi untuk itu, saya bertanya apakah status terkini dan apakah ketegasan pihak KKR dalam menangani isu ini?
Lagi-lagi saya melihat sementelah sepatutnya sudah siap dan sepatutnya bila siap ini Taman Rimba Ampang di Bukit Belacan sepatutnya boleh menikmati tahun hadapan dan juga oleh mungkin Tahun Melawat Malaysia 2026, tetapi ianya tertangguh. Itulah hasrat saya supaya ada jawapan sebenar tentang NKVE ini daripada pihak kementerian. Ketiganya, tentang Kuala Lumpur NODE. Ada satu lagi perancangan yang akan dibawa, satu projek Kuala Lumpur NODE yang saya cadangkan, saya ingin bertanya terlebih dahulu, apakah statusnya?
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Sebab memandangkan suara Ampang mendesak supaya ia ditangguhkan sebab mereka sudah tidak sanggup. Sudah hampir 50 tahun perancangan keluar-masuk di Ampang, tetapi kita- kesan ketenangan itu tidak ada, kedamaian itu tidak ada. Jadi, saya harapkan supaya Kuala Lumpur NODE ini ada satu keputusan khas sama ada definitely, dengan izin, dibatalkan ataupun diteruskan. Jadi, saya harap ia menjadi perhatian.
Seterusnya terakhir, minta tambahan sedikit ya iaitu berkaitan dengan Kepala 040000 – Penyenggaraan Aset Tidak Alih Kerajaan, iaitu merujuk kepada berkaitan dengan cerun. Ampang ini kalau berlaku tanah runtuh, orang nampak Ampang. Jadi, saya harap sangat Butiran 040300 – Cawangan Kejuruteraan Cerun, untuk melihat perkara ini supaya menjadi perkara yang lebih penting.
Ampang ini Dato’ Pengerusi, telah pun diiktiraf ataupun dibuat satu assessment bahawa ada beberapa tapak sebenarnya sangat bahaya dan bahaya. 95 tapaknya dan kurang bahaya 70. Jadi, apakah peruntukan yang diberikan, khususnya kepada MPAJ dalam mengendalikan perkara ini? Selalunya saya lihat dalam Butiran ini hanyalah cerun-cerun yang dikendalikan oleh KKR. Sedangkan tapak-tapak yang ada juga kadang-kadang ia melibatkan kawasan swasta ataupun persendirian, orang kampung yang dulu duduk di tepi- tepi bukit. Mereka juga menjadi masalah yang ada.
Jadi, soalan saya kepada Menteri? Apakah ada perancangan baharu untuk tangani isu-isu cerun ini bilamana ia tidak menjadi milikan kerajaan? Itu saja, Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Sila Yang Berhormat Padang Rangas.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Padang Rengas merujuk kepada Butiran 020000 – Pembangunan Infrastruktur Jalan dan Pembangunan Industri Pembinaan, sebanyak RM65.6 juta dan Butiran 71000 – Memperelok dan Membaik Pulih Jalan, sebanyak RM11 juta.
Dato’ Pengerusi, peruntukan ini haraplah dapat ditumpukan kepada projek-projek infrastruktur utama yang memberi impak langsung kepada ekonomi tempatan, termasuk meningkatkan hubungan logistik dan membuka kawasan-kawasan baharu untuk pembangunan ekonomi.
Soalan saya, daripada segi keutamaan projek pembangunan infrastruktur jalan, bagaimana kementerian menentukan projek yang mendapat keutamaan di bawah butiran ini, terutamanya di kawasan luar bandar? Bagaimanakah pihak kementerian dapat memastikan sektor pembinaan ini boleh bekerja lebih cekap dan mampan dengan peruntukan yang diberikan?
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Seterusnya, saya ingin menyentuh berkenaan peruntukan sebanyak RM178 juta bagi pemasangan lampu jalan baharu dan lampu isyarat pintar di Jalan Persekutuan dalam bajet kali ini.
Soalan saya, apa penyelesaian kementerian terhadap isu penyelenggaraan lampu jalan yang tidak berfungsi atau telah rosak, terutama di kawasan titik hitam yang kerap berlaku kemalangan? Apakah kerajaan bercadang memperluaskan usaha penaiktarafan lampu isyarat sedia ada kepada lampu isyarat pintar serta lampu jalan jenis LED?
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Saya minta kementerian pertimbangkan permohonan lampu Jalan Persekutuan di dalam Parlimen Padang Rengas iaitu di FT 076 seksyen 12 hingga 18- kawasan Changkat Jambu dan FT 076 seksyen 20 hingga 24- kawasan Sauk serta pembaikan lampu jalan persimpangan MRSM Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar. Kawasan ini banyak berlaku kemalangan maut. Minta juga dipertimbangkan lampu isyarat di persimpangan-persimpangan jalan dalam kawasan ini.
Seterusnya, kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan untuk mengatasi banjir dan kerja-kerja berkaitan di FT 076 seksyen 8.8 Jalan Kuala Kangsar–Gerik serta kerja mencantas dahan dan menebang pokok mati di bahu jalan di FT 076 seksyen 00 hingga 24.43 Jalan Kuala Kangsar–Gerik juga serta kerja-kerja mill dan pave di FT 076 seksyen 12.0 hingga 12.5 dan seksyen 18.0 hingga 19.0 di jalan yang sama, Jalan Kuala Kangsar–Gerik.
Dato’ Pengerusi, isu kedua saya ingin merujuk kepada Butiran 41000 – Kajian Kemungkinan Jalan sebanyak RM3.1 juta pada 2025 berbanding RM2.66 juta pada tahun 2024. Dalam memastikan projek-projek yang dilaksanakan memberi manfaat maksimum kepada rakyat, adalah penting bahawa proses pemilihan projek tidak dipengaruhi oleh kepentingan politik peribadi atau pihak-pihak tertentu. Jadi soalan saya, bagaimanakah pihak kerajaan ingin memastikan pemilihan projek berdasarkan kajian kemungkinan yang objektif dan bebas daripada kepentingan tertentu?
Akhir sekali, saya ingin menyentuh berkenaan kajian kemungkinan bagi cadangan penswastaan projek lebuh raya di Koridor Utara. Pada Oktober lalu, dilaporkan kerajaan tidak menerima sebarang bidaan untuk projek Lebuhraya Koridor Utara (NCH) yang memenuhi syarat yang ditetapkan dalam permintaan cadangannya. Jadi, adakah kerajaan berhasrat untuk meneroka kerjasama public-private partnership bagi projek ini sebagai usaha mengurangkan kesesakan di Lebuhraya Utara-Selatan serta menambah baik rangkaian pengangkutan di Wilayah Ekonomi Koridor Utara yang menghubungkan Changkat Jering ke Padang Besar. Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Sila Yang Berhormat Betong.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Dato’ Pengerusi atas peluang untuk terlibat dalam membahaskan RUU bagi Maksud B.27 dan P.27 Kementerian Kerja Raya.
Saya hanya akan fokus kepada satu butiran iaitu Butiran 82000 – Lebuhraya Pan Borneo dengan peruntukan sebanyak RM2 bilion untuk tahun 2025. Saya mengucapkan banyak terima kasih kepada kerajaan kerana Lebuhraya Pan Borneo ini ternyata telah memudahkan serta memendekkanlah segala perjalanan kita dari bandar raya kepada kawasan dan ianya juga lebuh raya yang tanpa tol.
Namun demikian Dato’ Pengerusi, Betong ingin membangkitkan beberapa isu yang terkait dengan Butiran 82000 ini. Yang pertamanya ialah melibatkan keselamatan. Mengenai keselamatan ini, sebuah lebuh raya itu menggunakan pusingan ‘P’ ataupun P-turn dan dalam jajaran Pan Borneo yang termasuk dalam kawasan Parlimen Betong bermula daripada Simpang Betong hingga ke Simpang Debak dan saya pernah membangkitkan ini pada perbahasan peringkat jawatankuasa bagi kementerian ini pada tahun lepas, tetapi setakat ini belum ada berita lagi.
Ada tiga lokasi di mana P-turn ini amat perlu disegerakan. Yang pertama ialah di kawasan Melayu Ili Betong. Kedua ialah menuju ke Persimpangan Ulu Paku, Spaoh dan ketiga ialah menuju ke Persimpangan Ulu Rimbas, Debak. Jadi, tiga lokasi ini amat memerlukan pembinaan P-turn dengan segera dan segala design dan cadangan memang sudah ada di JKR Sarawak. Mohon perhatian daripada Menteri.
Dan mengenai isu keselamatan juga yang terkait dengan butiran ini ialah mengenai keperluan untuk membina sebuah jejantas di sekolah SK Nanga Gayau, Debak bagi memudahkan warga sekolah ataupun murid-murid sekolah dan ibu bapa yang perlu melintas jalan di kawasan tersebut.
Ketiga ialah mengenai lampu jalan. Walaupun banyak yang telah dilaksanakan, tetapi ada satu, dua tempat yang strategik. Mohon dibina juga lampu jalan dan ada juga lampu jalan yang tidak berfungsi. Mohon perhatian supaya ianya dapat diselenggarakan. Dan mengenai isu keselamatan ini juga, saya mohon sekiranya kementerian dapat berkongsi statistik kemalangan dari mula lebuh raya ini dirasmikan sehingga ke pada masa ini.
Dato’ Pengerusi, satu lagi perkara mengenai butiran ini ialah melibatkan kebersihan dan isu orang yang membuang sampah merata-rata di sepanjang tepi jalan lebuh raya ini terutamanya di kawasan pusingan ‘P’ ini tadi ataupun P-turn dan juga di beberapa tempat perhentian dan ini amat menyedihkan dan minta kementerian juga berusahalah mengatasi masalah ini dan saya ingin mencadangkan mungkin pihak berwajib sediakan tempat membuang sampah di beberapa tempat yang strategik.
Mungkin sediakan papan tanda untuk memberi kesedaran kepada pengguna dan juga mungkin tambahkan skop untuk kontraktor yang dilantik untuk memotong rumput di kawasan itu dan berikan skop tambah kepada kerja memotong rumput ialah membuang
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
sampah di sepanjang kawasan itu. Kita sama-samalah mengharapkan orang awam dan pengguna jalan raya ini sama-sama mainkan peranan untuk menjaga alam sekitar kita.
Terakhir, yang terkait dengan butiran ini ialah mengenai hentian R&R. Satu yang dekat kawasan saya ialah di Jelukong, Lubok Antu. Bangunan memang sudah siap, cantik, tetapi nampak terbiar dan ianya sekarang hanya dibuka untuk kemudahan tandas awam dan juga surau. Dan saya minta penjelasan, bilakah ianya dapat dibuka untuk memberi peluang agar gerai-gerai makan dan gerai-gerai jualan itu dapat dibuka dengan segera? Mohon penjelasan daripada Menteri. Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Betong. Sila seterusnya, Yang Berhormat Pasir Salak.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Bismilllahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Pengerusi. Firman Allah SWT...
[Membaca sepotong ayat al-Quran] Maksudnya, “Maha berkat Tuhan yang menguasai pemerintahan dunia dan akhirat dan memanglah ia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” Surah Al-Mulk, ayat 1.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Tuan Pengerusi, di bawah Kepala B.27 Butiran 010000 – Pengurusan.
Bajet 2025 telah memberi fokus kepada pembangunan infrastruktur termasuk jalan raya luar bandar yang bertujuan meningkatkan mobiliti dan akses ekonomi penduduk luar bandar. Pengurusan projek dan audit projek pembangunan di bawah Kementerian Kerja Raya menjadi perhatian utama seperti yang ditekankan dalam Laporan Ketua Audit Negara untuk memastikan tiada ketirisan dana.
Soalan Pasir Salak ialah, apakah keputusan analisis keberkesanan pengguna dana untuk projek infrastruktur, sama ada ia benar-benar memberi impak kepada ekonomi dan kesejahteraan rakyat?
Dato’ Pengerusi, di bawah P.27 Butiran 08250 – Kajian Perlindungan/Pembaikan Cerun-cerun. Penggunaan teknologi hijau dalam pembinaan dan penyelenggaraan cerun- cerun harus ditekankan bagi menyokong agenda alam sekitar dan kelestarian alam.
Soalan Pasir Salak, adakah Kementerian Kerja Raya memfokuskan pembinaan dan penyelenggaraan cerun-cerun di kawasan bandar dan luar bandar?
Di bawah P.27 Butiran 81000 – Membina Jalan-jalan Baharu (Projek Baharu).
Soalan Pasir Salak, adakah kementerian mengkaji dasar subsidi bahan binaan kepada kontraktor-kontraktor kecil dan sederhana untuk mereka melaksanakan projek tanpa terkesan oleh kenaikan kos bahan?
Akhir sekali, di bawah Kepala P.27 Butiran 31000 – Pembinaan Jalan dan Jambatan.
Di Parlimen Pasir Salak iaitu FT070, jalan Kampar ke Langkap, ada sebuah jambatan di Kampung Chui Chak yang sudah daif dan selalu berlaku kemalangan kerana jambatan yang
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
sempit. Pasir Salak mohon agar jambatan ini diganti dan diperbesarkan untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya di lokasi berisiko ini. Sekian, terima kasih, Dato’ Pengerusi.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Salak. Sila, seterusnya, Yang Berhormat Tenom.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang yang diberikan dalam membahaskan peringkat Jawatankuasa Kementerian Kerja Raya.
Saya ingin membahaskan Butiran 82000 – Lebuhraya Pan Borneo. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Madani, khususnya kepada Kementerian Kerja Raya Malaysia, yang begitu komited dan ikhlas dalam melaksanakan agenda pembangunan negeri seperti beberapa pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo iaitu Fasa 1A dan Fasa 1B yang dijangka siap pada tahun 2029.
Walau bagaimanapun, saya ingin juga membangkitkan beberapa kebimbangan rakyat Sabah terhadap kelewatan penyiapan Pan Borneo terutamanya di Fasa 1A agar ia tidak berlaku di Fasa 1B. Saya juga mendapat maklumat antara sebab-sebab kelewatan kerja-kerja ini oleh kontraktor, ada juga berpunca daripada keputusan yang berubah daripada pihak konsultan serta agensi-agensi berkaitan. Ada juga pelan yang tidak mematuhi undang- undang negeri, tanah dan pengairan dan saliran.
Jadi, persoalan saya, apakah langkah-langkah atau intervensi kementerian ini agar perkara seumpama seperti ini tidak berlaku dalam pelaksanaan Pan Borneo Fasa 1B?
Saya juga ingin menyentuh mengenai pelaksanaan Projek Pan Borneo Fasa 3 yang saya rasa mungkin lama lagi dilaksanakan yang merangkumi pedalaman atas iaitu Tenom, Keningau, Pensiangan dan Kalabakan.
Untuk makluman Tuan Pengerusi, ada dua jalan yang menghubungkan kawasan pantai barat selatan ke kawasan pedalaman atas iaitu jalan Moyog-Tambunan dan juga jalan Kimanis-Keningau. Antara kedua-dua jalan ini, yang paling strategik yang sering digunakan ialah jalan Kimanis-Keningau. Namun, mengikut pengalaman dan juga hemat saya, jalan ini sangat merbahaya di rantau ini dengan dia punya kecuraman yang sangat tinggi, bentuk muka buminya yang telah menyaksikan beberapa kemalangan yang banyak berlaku di kawasan jalan ini.
Jadi, cadangan Tenom dalam menangani masalah ini, Tenom mencadangkan satu jajaran yang baharu yang harus diwujudkan. Saya mencadangkan agar jalan raya Tenom- Membakut diwujudkan dan dimasukkan dalam Projek Pan Borneo bagi pedalaman atas.
Untuk makluman Tuan Pengerusi, saya difahamkan jalan Tenom-Membakut ini jika daripada Tenom ke Membakut, ia hanya mengambil jarak dalam lapan kilometer daripada Tenom ke reserve road Membakut.
Juga, projek ini juga harus mengambil kira akan kepentingan tadahan air dan hutan agar bukit tidak dimusnahkan dengan membina sebuah terowong lebuh raya. Walaupun ia mengambil kos yang tinggi, tetapi bagi jangka masa panjang, ia menjimatkan perbelanjaan
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
kerajaan dalam penyelenggaraan seperti membaik pulih cerun ataupun runtuhan. Kita harus melihat perkara ini bukan sahaja sebagai kos atau beban, tetapi anggaplah ia sebagai satu pelaburan yang boleh menguntungkan negara kerana pembinaan-pembinaan jalan raya seperti ini pasti akan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi wilayah ini, seterusnya kepada negara.
Butiran 08230 – Pembinaan Jambatan. Di Parlimen Tenom ini, kita mempunyai ada dua jenis jambatan.
Pertama ialah jambatan konkrit, dan kedua ialah jambatan kayu yang usang. Saya mencadangkan agar kerajaan menaik taraf jambatan kayu yang berada di jalan seperti Jalan Ponontomon di mana jambatan ini hanya dapat dilalui kenderaan-kenderaan tidak berat.
Pada suatu ketika dahulu, saya pernah mencuba untuk menghantar bantuan air kepada mangsa bencana banjir, namun lori-lori yang mengangkut air itu tidak dapat melalui jambatan tersebut. Jambatan itu sudah usang dan lori yang melebihi 10 tan memang tidak dapat melalui.
Juga, di kawasan tersebut juga mengeluarkan hasil pertanian yang sangat tinggi.
Hasil pertanian seperti pisang Sabah, buah pomelo antara buah yang terbaik di rantau ini yang diiktiraf oleh FAMA. Apabila kita tidak mempunyai jambatan yang besar, akhirnya kita tidak dapat menggunakan lori yang besar untuk mengangkut hasil pertanian orang-orang kampung. Jadi, saya mohonlah agar pihak kerajaan meneliti dan meluluskan permohonan kami ini.
Juga, yang terakhir, Tuan Pengerusi, saya juga ingin membahaskan Butiran 08260 – Naiktaraf dan Memulihkan Jalan. Antara jalan yang paling penting untuk dinaiktarafkan ialah seperti jalan Kampung Tilis ke Sekolah Rendah Kebangsaan Tilis, jalan Kampung Semambu ke Sekolah Rendah Kebangsaan Semambu, Jalan Kebangsaan Gumisi 2 ke kawasan rel Tenom melalui Kampung Sinusut, Kampung Inubai, Sindungon, Paal Seberang dan Kampung Lalandang, jalan Kampung Baru Jumpa ke Kampung Maluyan Ulu, Jalan Kampung Laman, jalan Kampung Kolorok ke Sekolah Rendah Kebangsaan Kolorok.
Penaiktarafan jalan ini akan memudahkan penduduk kampung untuk merangsang pertumbuhan ekonomi setempat. Oleh yang demikian, saya menyeru pihak kerajaan supaya mempertimbangkan meluluskan peruntukan ini agar kesejahteraan dan kemajuan rakyat Tenom dapat dicapai.
Tuan Pengerusi, mengakhiri ucapan, Tenom mohon menyokong. Sekian dan terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, Yang Berhormat Tenom. Seterusnya, Yang Berhormat Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Terima kasih, Dato’ Pengerusi. Sabak Bernam ingin memulakan perbahasan dengan merujuk kepada isu tempatan di bawah Butiran 51000 – Pelbagai Pembinaan.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Pertama, pelebaran jalan. Mohon pelebaran jalan dari Jambatan Sungai Ayer Tawar yang sekarang ini sedang dalam pembinaan yang dijangka apabila siap nanti akan mengundang pengguna jalan raya daripada utara untuk ke Ibu Kota Kuala Lumpur melalui jalan ini ke persimpangan FT05 berhampiran JPJ Sabak Bernam sejauh 20 kilometer bagi menampung keperluan pertambahan jumlah kenderaan daripada Utara Semenanjung ke Daerah Sabak Bernam dan seterusnya ke Lembah Klang seperti mana yang disebutkan tadi.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Yang kedua, cadangan membina flyover Kampung Sepintas merentasi persimpangan FT05 dan jalan negeri B53 menghubungkan pekan Sabak Bernam ke laluan Kampung Sepintas yang sibuk kerana menjadi laluan utama penduduk kampung sekitar seperti Kampung Sepintas, Kampung Kemboja, Kampung Batu Empat, Batu Dua Sepintas, Kampung Bagan Terap, Kampung Tok Khalifah, Kampung Lubuk Pusing, Kampung Nyior Sebatang, Kampung Pulau Gandasuli.
Ketiga, pelebaran jalan dari Jambatan Sungai Air Tawar seperti yang saya sebutkan tadi dan juga menaik taraf longkang konkrit di FT05 sepanjang laluan tersebut bagi memastikan pengairan air parit dan terusan dapat dialirkan dengan berkesan, berikutan risiko kejadian air pasang yang besar dan taburan hujan yang agak tinggi yang memberi risiko banjir di setengah-setengah kawasan. Sekarang ini, longkang itu yang- Dato’ Pengerusi, masih lagi tidak ada berkonkrit, dalam tanah biasa. Parit biasa sahaja, menyebabkan rumput, teratai dan sebagainya tumbuh dengan subur di situ menyebabkan aliran airnya tersekat selalu.
Seterusnya, Sabak Bernam ingin merujuk kepada Butiran 02000 – Pembangunan Infrastruktur Jalan dan Pembangunan Industri Pembinaan iaitu mengikut indeks kos binaan Oktober 2024, harga simen, bahan binaan utama telah meningkat 0.2 hingga 3 peratus.
Apakah mekanisme dan intervensi kerajaan untuk mengawal kenaikan harga simen ini? Sejauh manakah tahap pemantauan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) terhadap harga yang dikenakan kepada pembekal atau pun kontraktor itu sendiri yang setengahnya ada mengambil kesempatan menaikkan harga akibat daripada- rentetan daripada penyasaran subsidi diesel? Dan juga kos overhead dan rantaian bekalan yang tidak menentu iaitu kadang-kadang kos penghantaran yang berbeza-beza dikenakan oleh pembekal atau pun kontraktor kepada pengguna.
Apa strategi yang dikenal pasti bagi memelihara sistem jalan raya dan memantau kualiti turapan jalan, mengambil kira faktor penambahan bebanan trafik sehingga menyebabkan berlakunya kegagalan struktur jalan? Lebih-lebih lagi peningkatan kenderaan lebih muatan sehingga menimbulkan isu keselamatan infrastruktur di jalan di sebalik trend kemalangan melibatkan kenderaan berat sejak kebelakangan ini. Jadi, apabila makin banyak kenderaan lalu dan kenderaan berat pun lalu, struktur jalan itu telah pun rosak.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Sabak Bernam, Sik mohon sikit, ada- boleh ya, Yang Berhormat?
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Silakan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Terima kasih, Yang Berhormat Sabak Bernam. Saya mohon sikit untuk perhatian Yang Berhormat Menteri berkaitan tadi disebut soal lalu lintas kita. Isu yang sedang ditunggu oleh rakyat iaitu berkaitan MLF agreement yang akan dimuktamadkan.
Jadi, saya ingin bertanya apakah persiapan konkrit di pihak kerajaan daripada segi efficiency jika senario bahawa MLF ini akan dilaksanakan dan sudah pastilah kerajaan melihat kepentingan projek ini supaya tidak membebankan kerajaan sendiri, tidak membebankan pengguna dan juga keadilan kepada konsesi-konsesi lebuh raya yang sedia ada?
Yang kedua, mungkin Yang Berhormat Sabak Bernam, kita mencadangkan banyak Ahli-ahli Parlimen kita yang tak sempat berbahas untuk KKR ini, yang isunya di bawah di setiap kawasan itu kita banyak disenaraikan tak sempat nak dijawab. Mungkin kalau dapat dicadangkan KKR membuat satu aduan...
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Masa sudah tamat...
[Ketawa]
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
...Atau pun Kaunter Aduan di Parlimen untuk dibuka kepada Parlimen-parlimen lain. Terima kasih.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Sila duduk.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat, masa telah tamat.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Sedikit ya, Pengerusi. Yang Berhormat Pengerusi, saya mohon supaya lampu jalan dipasang di Jalan Suhaimi, Jalan Batu Empat Sepintas, Jalan Bagan Terap, Jalan Sungai Lang. Sekiranya tidak ada kemudahan talian elektrik daripada TNB, mohon diberikan lampu solar sebagai menyahut cabaran penggunaan teknologi hijau. Terima kasih, Pengerusi.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, Yang Berhormat Sabak Bernam. Dipersilakan, seterusnya Yang Berhormat Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada P.27 Butiran 08260 – Naiktaraf dan Memulihkan Jalan. Sebelum ini, saya telah membangkitkan tentang keperluan menaik taraf jalan lama Simpang Pelangai ke Bentong kerana ia adalah jalan gelap, berbahaya dan juga banyak- selekoh-selekoh tajam di jalan tersebut. Daripada jawapan yang saya terima, dari Anggaran Penyelenggaraan Jalan (APJ) 2024 meliputi penyelenggaraan berkala pavement, bukan pavement serta lampu jalan dan isyarat dengan nilai hampir RM50 juta, ia telah dilaksanakan dan sedang dilaksanakan sehingga hujung November ini. Terima kasih kepada pihak kementerian.
Saya menyambut baik perkara ini dan saya harap agar peruntukan penyelenggaraan jalan ini dapat ditambah dan dibuat pada tahun hadapan, 2025 di kawasan-kawasan lain pula
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
contohnya seperti Jalan Bukit Damar, Mempaga Utama iaitu jalan dari Jalan Mempaga Utama ke Kem Askar di Mempaga kerana jalan tersebut agak teruk pada ketika ini dan memberikan kesan kepada lori-lori atau pun kenderaan-kenderaan berat untuk kem-kem, untuk tentera melaluinya.
Saya juga ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah perancangan untuk memperluaskan lagi penggunaan teknologi jalan iaitu glow-in-the-dark, dengan izin, seperti yang telah dibuat di Jalan Sungai Lalang, Hulu Langat? Apakah kos penggunaan teknologi ini dan keberkesanannya setakat ini? Saya mohon agar teknologi cat glow-in-the-dark ini juga dapat dimanfaatkan di jalan lama Simpang Pelangai atau pun jalan lama Genting Sempah ke Janda Baik.
Saya juga ingin menarik perhatian pihak kementerian terhadap keadaan jalan lama Bentong-KL yang sangat teruk pada ketika ini, berlubang dan tidak- dan sangat teruk keadaannya akibat daripada projek ECRL yang sedang menggunakan jalan tersebut kerana kenderaan berat daripada projek tersebut dan juga kenderaan berat daripada projek-projek lain.
Apakah mekanisme yang terbaik agar pihak JKR dapat menuntut pihak seperti ECRL dan pihak-pihak lain untuk membaiki jalan tersebut dengan kadar yang segera? Kerana kita lihat keadaan pada ketika ini dengan jalan yang berlubang-lubang, debu dan sebagainya itu memberikan kesan kepada penduduk atau pun pengguna yang menggunakan jalan lama KL- Bentong itu yang kini mereka tidak dapat menggunakan jalan tersebut. Adakah pihak JKR boleh menggunakan Akaun Amanah Dana Pusing- Revolving Fund, dengan izin, untuk pembaikan segera dan menuntut semula bayaran daripada pihak ECRL atau pun pihak-pihak lain yang bertanggungjawab?
Seterusnya, saya merujuk Butiran 80000 – Membina Jalan-jalan Baharu.
Saya difahamkan, setakat ini projek CSR Pakej Enam Karak-Simpang Pelangai telah dimasukkan dalam Rolling Plan 5 Rancangan Malaysia Kedua Belas. Namun, setakat ini, masih belum mendapat kelulusan kewangan dan tidak termasuk dalam senarai keutamaan kerajaan.
Jadi, saya ingin menegaskan kepentingan untuk meneruskan projek ini untuk menjadi keutamaan kepada kerajaan kerana ia adalah manfaat yang sangat besar dari sudut pembangunan ekonomi setempat serta mengurangkan kesesakan lalu lintas lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan atau pun pada hari minggu.
Manfaat ini buka hanya sekadar untuk warga Bentong dan warga Pelangai semata- mata, tetapi juga akan memberikan kesan kepada warga di Jelebu, di kawasan Negeri Sembilan dan sebagainya. Jalan Simpang Pelangai yang ada pada ketika ini, yang sering dilalui oleh kenderaan-kenderaan berat kerap berlaku kemalangan dan sebagainya. Dengan meneruskan projek ini, ia secara tidak langsung juga membantu penduduk Pelangai mengurangkan masa perjalanan mereka bagi memudahkan akses kepada kemudahan asas seperti hospital serta memudahkan bantuan kecemasan yang melibatkan bomba dan sebagainya. Selain itu, dapat juga mengurang dan membantukan guru-guru yang perlu
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
berulang alik daripada Bentong ke Pelangai kerana pada ketika ini ia mengambil masa sehingga dua jam bagi tempoh satu perjalanan sehala.
Seterusnya, saya merujuk Butiran 60000 – Naiktaraf Jalan Raya dan Laluan. Umum mengetahui, Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur merupakan laluan utama penduduk dan pengguna jalan raya ke Pantai Timur. Laluan utama ini kerap berlaku kemalangan. Hampir setiap hari, ada sahaja lori, bas atau kereta yang terbalik di selekoh atau hilang kawalan.
Jalan yang gelap dan tidak mempunyai jalan khususnya dari Genting Sempah ke arah Bukti Tinggi memburukkan lagi keadaan.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Kita tak ada lampu jalan, gelap. Jadi, jawapan yang saya terima dari kementerian ialah pemasangan lampu jalan ini akan dimasukkan dalam Projek Pelebaran Lebuh Raya Karak yang telah diluluskan dan akan dibiayai sepenuhnya oleh syarikat konsesi. Walau bagaimanapun, isu dia di sini ialah, berdasarkan perjanjian konsesi, tempoh pelebaran jalan ini mengambil masa sehingga empat tahun iaitu dijangka siap pada tahun 2029.
Jadi, takkanlah kita hendak menunggu sehingga bertahun-tahun untuk mendapatkan lampu jalan ini? Jadi, saya harap dalam tempoh singkat ini ada pendekatan yang lebih serius serta bagaimana kita hendak memastikan kita boleh mendapatkan jalan yang lebih singkat untuk inisiatif yang lebih baik, inisiatif sementara yang boleh kita segerakan dalam proses memasang lampu jalan tersebut bagi kita mengelakkan lagi kemalangan ataupun kehilangan nyawa yang lebih serius.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk membangkitkan, apakah perancangan kementerian untuk menaik taraf jalan di laluan simpang Ketari sehingga kawasan sekolah SMK Sulaiman yang kini terlalu sesak di waktu puncak? Keadaan ini akan bertambah buruk apabila projek ECRL di Bentong siap sepenuhnya menjelang penghujung tahun 2026.
Dalam usaha kita meningkatkan jumlah pelancong dan membangunkan sektor ekonomi, kita juga perlu menyediakan prasarana yang mencukupi bagi menyambut limpahan ekonomi dan pertambahan penduduk. Jadi, itu sahaja daripada Bentong. Bentong menyokong dan sekian, terima kasih.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Sila Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 81000 – Membina Jalan- jalan Baru (Projek Baru). Saya bercakap tentang LPT3 yang merupakan satu projek lama yang belum lagi diteruskan. Saya ingin menyatakan bilakah kerajaan telah membuat perancangan untuk Lebuhraya Pantai Timur ini?
Kerana kalaulah ianya pada tahun 2009, kini sudah 2024. Sudah berapa kali dah retime LPT3 ini, pelannya sudah lengkap. Saya ingin bertanya, penangguhan ini adakah ini
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
bukti kegagalan yang tidak sepatutnya berlaku? Kerana kita perlu ingat bahawa bukan hanya justice delayed, justice denied tetapi welfare delayed, also welfare denied.
Dalam hal ini, adakah perbezaan ini kerana kita berada di Pantai Timur? Pantai Barat menikmati pembangunan pesat dengan dua lebuh raya utama dan banyak lagi lebuh raya.
Kerana di Malaysia ini ada lebih kurang 33 lebuh raya yang telah pun siap tetapi Pantai Timur terus dianaktirikan, terutama di kawasan Kelantan. Jangan biarkan rakyat Pantai Timur berasa bahawa kerajaan hanya memberi alasan dan banyak berdalih untuk kepentingan mereka.
Saya juga ingin merujuk kepada titah tuanku Raja Kelantan semasa Istiadat Pengurniaan Penghormatan Kebesaran kepada Kelantan sempena ulang tahun baginda ke- 55, menyeru Kerajaan Persekutuan mempercepatkan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3.
Saya juga ingin bertanya, apakah rancangan ataupun sebab kenapa LPT3 ini yang telah pun dijangka meningkat jumlahnya kepada hampir RM10 bilion, asalnya berakhir di Tumpat tetapi hari ini berakhir di Tunjong. Ini kerana kalau kita lihat, kalau berakhir di Pengkalan Kubor, Tumpat ianya merupakan sambungan kepada jaringan antarabangsa Asian Highway 141 di Malaysia dan juga Asian Highway 18 di Thailand.
Jadi, sekiranya berhenti di Tunjong sahaja, ianya sangat mengecewakan kerana menidakkan potensi besar Tumpat sebagai Parlimen paling padat di Kelantan dan pusat jaringan antarabangsa. Jika dipendekkan, kita tengok bahawa bukan sekali Tumpat dinafikan tetapi juga dikeluarkan daripada ECRL. Jadi, kita merupakan kawasan paling hujung dan penyudah kepada Semenanjung Malaysia di Pantai Timur. Jadi, kita mahu kerajaan memberikan perhatian kepada kedua-dua perkara ini.
Kerajaan ada menyebut tentang ROI lebuh raya masa panjang dan mahukan keuntungan yang cepat. Saya ingin bertanya, lebuh raya manakah di Malaysia yang mempunyai pelaburan yang cepat dan ROI? Kalau ini dijadikan alasan untuk menunda. Kita lihat kalau alasan ini digunakan oleh kerajaan, maka tentulah PLUS dan Jambatan Pulau Pinang tidak akan dibuat kerana perkara ini bukan datang masa cepat. Jadi, kerajaan perlulah melihat pelaburan jangka panjang untuk negara, bukan hanya untuk kepentingan dalam masa singkat.
Kita perlu melihat bahawa anggaran RM10 bilion untuk projek LRT di Pulau Pinang dinyatakan. Harganya hampir sama dengan LPT3. Jadi, sepatutnya bergerak serentak untuk kemudahan kedua-dua wilayah atau tempat ini. Jadi, kita lihat dalam ini juga, sangat perlu kerana lebuh raya ini akan memberikan juga kepentingan mobiliti pertahanan dan pengurusan bencana akan memendekkan masa tindak balas semua bencana semasa bencana seperti banjir besar dan juga pergerakan pasukan keselamatan dan juga pertahanan. Ini nilai besar buat negara.
Hari ini bila mana kos dimaklumkan telah pun meningkat hampir RM10 bilion, saya juga hendak tahu, berapa lama lagi hendak tangguh? Sebab kalau ditangguh lagi, akan lagi tinggi yang rakyat perlu tanggung dan lagi banyak kebajikan rakyat yang akan terabai. Ia juga
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
merupakan sambungan strategik kepada LPT1, 2, 3. Kalau siap tiga, boleh sambung pula keempat.
Jadi, kalau siap empat, boleh sambung pergerakan bukan hanya daripada Kelantan tetapi daripada Singapura-Kuala Lumpur-Kuantan terus dapat ke Thailand dan juga Singapura. Jadi, ini lebih membaikkan lagi kerana kita akan menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun depan.
Jadi, ia juga akan memberikan impak yang besar kepada negara, terutama dalam membentuk jaringan lebuh raya ASEAN. Jadi, kita ingin lihat bahawa keadilan dibuat untuk lebuh raya-lebuh raya ini kerana kita mahu supaya ada keadilan dalam pembangunan wilayah di Malaysia. Dan juga dari segi pelaburan, ada kata telur dulu, ayam dulu. Dalam hal ini, telur kah? Ayam kah? Cameron Highlands, Genting Highlands buat infra dulu, baru ada pelaburan.
Jadi, dalam hal ini sama juga seperti LPT3 kepada Kelantan dan juga Terengganu. Jadi, kita perlu buat segera.
Saya juga ingin merujuk kepada Butiran 20000 – Membina Persimpangan Bertingkat dan Jejambat. Tentang status perolehan bagi cadangan untuk flyover di kawasan ataupun di simpang di bulatan Pasir Pekan, Tumpat dan juga status perolehan bagi penambahan blok sekolah Pulau Beluru juga di Tumpat dan status terkini berkenaan dengan Jambatan Pengkalan Kubor, Tak Bai kerana kita lihat baru ini disebut dalam bajet.
Jadi, dalam hal ini, kita hendak tengok kalau boleh perkara ini dapat kita buat dengan cara terbaik dan lebih cepat supaya ia membantu mempercepatkan dan memberikan kebaikan lebih banyak untuk mengatasi masalah kemiskinan yang semakin meningkat dalam keadaan ekonomi semasa. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Sila Yang Berhormat Beaufort.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya ingin bahaskan Belanjawan 2025 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya berkenaan belanjawan Pembangunan P.27, tajuk besar Jalan Raya dan Jambatan Sabah. Bersekali dengan Butiran 05100 – Jalan-jalan Besar di Sabah, Butiran 08230 – Pembinaan Jambatan, Butiran 08250 – Kajian Perlindungan/Pembaikan Cerun-cerun, Butiran 08260 – Naiktaraf dan Memulihkan Jalan dan Butiran 08280 – Pembinaan Jalan-jalan.
Dato’ Pengerusi, isu jalan raya di Sabah merupakan satu isu yang sangat kritikal dan perlu dipandang serius oleh kementerian dalam menyelesaikan permasalahan ini secara tuntas.
Kerosakan jalan raya ini telah banyak memberi kesan buruk terhadap rakyat di Sabah kerana mereka terpaksa menanggung kos yang lebih tinggi untuk maintenance, dengan izin, kenderaan mereka akibat kerosakan seperti tayar pecah, rim bengkok dan alatan kenderaan seperti absorber, drive shaft, steering rack yang terpaksa ditukar dengan kerap akibat melalui
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
jalan raya yang teruk berlubang sehingga membahayakan keselamatan penunggang jalan raya.
Dato’ Pengerusi, melihat kepada nilai peruntukan bagi kelima-lima butiran ini secara keseluruhannya telah berkurang berbanding tahun lepas iaitu RM596,936,839. Di mana pada tahun ini anggaran peruntukan hanya RM468,138,700, sedangkan mengikut laporan jalan raya di Sabah yang dikategorikan rosak teruk ialah 710 kilometer. Manakala, 126 kilometer lagi dikategorikan sebagai sangat kritikal.
Untuk penyelesaian membaiki jalan raya ini, di Sabah memerlukan RM1.8 bilion.
Saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah bentuk kerjasama dan komitmen yang telah digerakkan antara Persekutuan dan negeri dalam menyelesaikan masalah jalan raya di Sabah secara tuntas? Berapakah jalan persekutuan utama di Sabah yang telah mendapat peruntukan dan juga pelaksanaan siap pada tahun 2022 dan juga 2023? Daripada jalan tersebut, berapakah yang telah mengalami kerosakan semula?
Dato’ Pengerusi, saya ingin mengucapkan penghargaan kepada kementerian atas makluman berkenaan jalan persekutuan di Daerah Beaufort dari Bulatan Bingkul menuju ke Jeti Menumbok yang akan dibaik pulih dan naik taraf di bawah Rolling Plan 4, Rancangan Malaysia ke-12 dengan anggaran kos sebanyak RM100 juta.
Apa yang saya harapkan, projek ini akan dapat mengambil, tidak mengambil masa yang lama untuk kerja menaik taraf disebabkan external factor dan luar jangka kerana sepanjang laluan tersebut terdapat banyak rumah rakyat yang berdekatan dengan jalan raya yang mungkin akan memberi kesan kepada mereka sepanjang projek itu dilaksanakan kelak.
Kita tidak mahu projek tersebut terbengkalai sehingga menjadi punca kepada berlakunya banjir kilat yang akan menyusahkan rakyat. Maka – tetapi saya amat yakin kepada kementerian yang telah melaksanakan makmal pengurusan nilai bagi projek ini dengan melibatkan semua entiti dan juga pemegang taruh dalam memastikan projek ini akan siap sepenuhnya menjelang akhir tahun 2025 seperti yang telah dinyatakan.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Dato’ Pengerusi, saya ingin juga menyentuh sedikit mengenai projek Pan Borneo Membakut, Beaufort ke Sipitang. Melihat kepada progress pembinaan jalan ini, saya amat merasa kecewa kerana lebih 10 tahun projek Pan Borneo ini dibina tetapi masih belum siap sehingga kini. Ia telah memberi kesan buruk kepada penduduk setempat kerana banyak kenderaan yang telah rosak dan beberapa siri kemalangan yang telah berlaku terutama sekali di kawasan Beaufort ke Sipitang.
Soalan saya, apakah punca berlakunya kelewatan projek jalan ini memandangkan projek Pan Borneo di tempat lain tidak seteruk seperti di Daerah Beaufort? Selaku Ahli Parlimen yang bertanggungjawab kepada permasalahan rakyat, saya memohon agar pihak kementerian dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera.
Dato’ Pengerusi, akhir sekali seperti apa yang telah saya kemukakan dalam perbahasan Belanjawan 2025 peringkat dasar berkenaan membina jalan baharu Jalan Binunuk Halogilat sepanjang 20 kilometer. Saya telah mendapat maklum balas daripada
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
jawapan kementerian bahawa projek ini dalam program perancangan Kerajaan Negeri Sabah.
Saya mohon agar kementerian dapat mencadangkan dan menyokong agar projek ini diberikan prioriti oleh Kerajaan Negeri Sabah. Hal ini kerana permohonan telah dipohon lebih dari 10 tahun. Rakyat di kawasan perkampungan tersebut juga telah bersetuju untuk memberikan tanah yang terlibat kepada pihak JKR melalui memorandum yang telah mereka tandatangani tanpa meminta sebagai pampasan.
Melihat kepada komitmen yang telah diberikan ini, saya amat khuatir sekiranya projek ini tidak dapat dilaksanakan segera akibat bebanan perbelanjaan negeri Sabah yang sangat tinggi untuk membiayai kos pembinaan jalan raya ini. Maka dengan itu, saya memohon dan merayu kepada kementerian agar dapat sama-sama bersolidariti dan dapat memberikan peruntukan untuk pembinaan jalan tersebut demi memperjuangkan permohonan penduduk Kampung Batu 62, Kampung Tebobon dan Kampung Binunuk, Beaufort yang sangat mengharapkan pembinaan jalan tersebut. Sekian, terima kasih Dato’ Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Sila Yang Berhormat Jeli.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Terima kasih Dato’ Pengerusi. Jeli ingin merujuk kepada Butiran 61000 – Naik Taraf Jalan-jalan. Dalam isu ini, Jeli ingin merujuk kepada laluan-laluan berikut iaitu dari Tanah Merah ke Jeli, dari Jeli ke Dabong, dari persimpangan tiga Batu Gajah, Kampung Lawang, persimpangan tiga Kampung Panglima Bayu ke Rantau Panjang.
Dalam kepentingan naik taraf jalan ini, kita bertujuan ialah untuk meningkatkan kualiti.
Di samping kualiti, kita inginkan kepada keselamatan kepada pengguna. Dalam isu ini, Jeli ingin menekankan kepada kepentingan garisan putih yang berada di tengah jalan ataupun di tepi jalan. Ia dilihat agak remeh dalam isu menaik taraf jalan ini.
Apa pentingnya garisan putih ini? Ia adalah untuk memastikan pemandu berada di lorong yang betul bagi melancarkan pemanduannya, terutamanya jika memandu di waktu malam atau dalam keadaan cuaca yang lebat. Dalam cuaca hujan lebat atau waktu malam, kita memerlukan pada pantulan cahaya daripada lampu itu.
Daripada dapatan saya, di jalan-jalan yang saya nyatakan tadi sudah hilang garisan putih pembahagi jalan. Ada yang langsung tidak ada di lokasi-lokasi tertentu yang kadang- kadang agak samar. Garisan putih ini yang terpadam ini tidak dicat semula dan ini berlaku di sepanjang jalan yang saya nyatakan tadi.
Jadi, saya minta Yang Berhormat Menteri, kerajaan tolong jangan biarkanlah jalan ini tanpa garisan terbiar begitu lama. Jika berlaku situasi catnya samar-samar antara nampak dengan tidak nampak, bersegeralah untuk dicat semula. Demikian juga jika jalan baru diturap.
Pastikanlah garisan putih dicat segera di atas turapan itu.
Jeli ingin menyentuh tentang Butiran 8000 – Membina Jalan Baharu. Sebagai satu usaha untuk mengurangkan kesesakan yang bermula dari pekan Bukit Bunga ke Jeli. Mohon
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
kerajaan dapat mempertimbangkan kelulusan segera. Satu projek baharu yang bernama membina jalan baharu dari Kampung Legeh ke Bechah Keling, Ayer Lanas, Kelantan.
Cadangan ini telah dimasukkan oleh JKR Kelantan di bawah RMKe-12 Rolling Plan yang Kelima.
Akhir sekali, Butiran 89000 – Pengambilan Balik Tanah Untuk Projek-projek Jalan.
Kerap kali isu pengambilan balik tanah ini untuk tujuan menjadikan salah satu untuk tujuan pembangunan ataupun membina jalan-jalan baharu menjadi salah satu faktor satu-satu projek itu lambat bermula ataupun lambat disiapkan sepenuhnya.
Keadaan ini berlaku kepada satu projek Jeli iaitu membina jalan baharu dari Kampung Jalan Malaysia ke Kampung Berdang Jeli di Jeli. Projek ini terdapat dimulai secara optimum di atas masalah pengambilan tanah yang belum lagi selesai sehingga kini.
Jadi, Jeli ingin mencadangkan sekiranya satu-satu projek itu hendak dimulakan ataupun satu-satu projek itu hendak dibuat, pastikan dahulu isu pengambilan tanah ini dapat diselesaikan lebih awal. Ini bila projek hendak bermula ataupun sedang bermula, kita baru tahu rupa-rupanya isu pengambilan tanah belum pun lagi diselesaikan. Ini menyebabkan projek itu tergendala dan mengambil masa.
Contohnya, projek yang saya nyatakan tadi, SST sudah keluarkan lebih daripada tiga tahun dahulu. Tetapi sekarang belum pun dapat dimulakan. Bila ditanya kepada kontraktor, alasannya ialah pengambilan tanah belum dibuat sepenuhnya dan akhirnya menyebabkan projek yang sepatutnya siap tahun ini tidak dapat disiapkan sepenuhnya. Maka, kita sebagai rakyat yang memerlukan pembangunan, yang memerlukan jalan itu segera tidak dapat digunakan.
Oleh sebab itu, saya minta supaya kerajaan dapat menilai dan dapat mempertimbangkan kembali soal isu pengambilan tanah ini agar dapat diselesaikan secara tuntas supaya masalah pembangunan agar dapat dirancakkan dengan sepenuhnya. Sekian, terima kasih Pengerusi.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Jeli. Sila Yang Berhormat Petaling Jaya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Terima kasih kepada Dato’ Indera Pengerusi. Saya ingin menyentuh pembangunan Butiran 60000 – Naiktaraf Jalan Raya dan Laluan yang mendapat peruntukan sebanyak RM147 juta pada tahun 2025. Serta Butiran 71000 – Memperoleh dan Membaik Pulih Jalan yang mendapat peruntukan RM11 juta pada 2025.
Untuk makluman, saya pernah membawa isu infrastruktur dan penyelenggaraan laluan motosikal di sekitar kawasan Lembah Klang pada Yang Berhormat Menteri KKR sekitar Mac 2024, yang mana saya sendiri telah turun membuat pemantauan laluan motosikal sepanjang Lebuhraya Persekutuan dari jarak kawasan Amcorp Mall sehingga ke Batu Tiga, Shah Alam.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Untuk makluman Dato’ Indera Pengerusi, saya naik motor sendiri untuk meninjau dan tengok. Melalui pemerhatian saya, banjir, jalan berlubang dan tidak berturap merupakan keadaan yang paling jelas kelihatan dan ia menyebabkan keadaan laluan motosikal menjadi sebenarnya lebih berbahaya.
Berdasarkan maklum balas daripada pengguna-pengguna laluan motosikal juga, ada kalanya mereka terpaksa menggunakan laluan utama lebuh raya kerana infrastruktur laluan motosikal yang kurang diselenggarakan dengan baik. Tambahan dengan ada khabar angin bahawa terdapat perompak, peragut sepanjang jalan tersebut pada lewat malam. Ini lagi menakut-nakutkan penunggang motosikal. Namun, kalau mereka menggunakan laluan utama, mereka akan disaman oleh polis. So, mereka dalam satu keadaan yang sangat dilema, yang mana masuk ke laluan motosikal pun bahaya, di jalan utama pun bahaya.
Terima kasih kepada Menteri KKR. Saya dimaklumkan bahawa sejumlah RM3 juta telah pun diluluskan untuk menjalankan program penyelenggaraan jalan-jalan persekutuan di Lebuhraya Persekutuan serta penyelenggaraan lampu jalan dan isyarat termasuk lorong motosikal. Cuma dalam lawatan saya ke luar negara, saya dapati bahawa lorong motosikal sebenarnya memainkan satu peranan yang amat penting.
Di negara-negara tersebut, lorong motosikal, basikal mereka dibina dan diasingkan dengan baik. Ia bermula dengan lorong paling kiri yang dikhususkan untuk basikal, motosikal dan mobiliti mikro. Kemudian, diasingkan dengan pembahagi jalan, landskap, benteng ataupun pagar dan barulah diikuti dengan beberapa lorong untuk kenderaan empat roda.
Justeru, soalan saya adalah mengapakah kementerian tidak boleh melaksanakan lorong motosikal yang khusus kepada penunggang motosikal? Mengapakah kementerian tidak boleh mewajibkan konsesi lebuhraya bandar untuk membina lorong motosikal?
Sekiranya kita bayar tol, naik ke highway memang hilanglah lorong-lorong motosikal tersebut.
Yang tinggalnya hanya lorong motosikal yang terletak pada lebuh raya yang lama.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Adakah terdapat pelan kementerian untuk menambah lorong motosikal di tempat yang diperlukan? Adakah kajian telah dibuat? Saya yakin dengan semua langkah ini, sebenarnya kita dapat mengurangkan kadar kemalangan dan kadar kematian di kalangan penunggang motosikal kerana mereka tidak akan beralih ke aliran trafik utama.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Puan Pengerusi, saya juga ingin merujuk kepada Maksud Bekalan kod 010100 – Pengurusan dan Pentadbiran dan bertanya tentang konsep multimodel transport menerusi lensa kesesakan jalan raya, terutama di kawasan yang pesat membangun seperti di Lembah Klang, di Kuala Lumpur, termasuk di Petaling Jaya.
Saya ingin mengucapkan terima kasih dalam kesempatan ini kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi Parlimen kerana sudi menjalankan
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
satu sesi taklimat khas pada minggu depan untuk mendengar taklimat tentang projek Petaling Jaya dispersal elevated highway (PJD Link) oleh Kementerian Kerja Raya. Saya yakin, melalui taklimat dan juga melalui intervensi jawatankuasa tersebut ianya boleh menjadikan proses pembinaan lebuh raya bandar lebih telus, lebih profesional dan lebih accountable.
Soalan saya adalah apakah kemajuan kerjasama kementerian dengan Kementerian Pengangkutan, Jawatankuasa Kabinet Kesesakan Lalu Lintas serta bagaimanakah kementerian memastikan supaya setiap kementerian tidak work in silo, dengan izin?
Untuk pengetahuan Puan Pengerusi, apa yang saya nampak sekarang ada kementerian cuba mewujudkan pengangkutan awam tetapi ada kementerian yang sibuk tambah, tambah dan tambah lagi lebuh raya. Ini adalah kerana di samping saya melihat usaha-usaha untuk memperkasakan lalu lintas, kalau dengan lebih banyak lebuh raya sebenarnya ianya menjadi sangat counter productive kepada usaha kita untuk meningkatkan kepenggunaan pengangkutan awam.
Soalan terakhir adalah apakah perancangan kerajaan untuk decongest kawasan- kawasan yang sesak? Apakah pelan kerajaan untuk memastikan lebih banyak laluan bas dapat diwujudkan supaya penggunaan kereta persendirian dapat dikurangkan dan seterusnya menyumbang kepada carbon emission, dengan izin yang lebih kurang? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Besar.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh*, selamat petang. Terima kasih Tuan Pengerusi. Sedikit dan ringkas saja daripada saya Tuan Pengerusi.
Saya terus merangkum ke Butiran 60000 – Naik Taraf Jalan Raya dan Laluan, Butiran 81000 –Membina Jalan-jalan Baru, Butiran 08260 – Naik Taraf dan Memulihkan Jalan, termasuk Butiran 89000 – Pengambilan Balik Tanah Untuk Projek-projek Jalan/Jambatan.
Tuan Pengerusi, mengambil perhatian pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sewaktu membentang belanjawan pada 18 Oktober yang lalu yang mengumumkan Projek Lebuhraya WCE Banting ke Gelang Patah adalah keutamaan pada tahun hadapan, maknanya tahun 2025. Kita tahu Lebuhraya Pesisir Pantai satu usaha yang bagus sebagai alternatif kesibukan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
Cumanya Tuan Pengerusi, saya nak tahu adakah penyambungan Lebuhraya Pesisir Pantai daripada Sepang ke Gelang Patah, kaedahnya sama dengan pembinaan Lebuhraya Pesisir Pantai antara Sepang dengan Taiping? Ada integrasi hibrid dalam pembinaan jalan ini. Sebahagian dilaksanakan oleh syarikat konsesi dan sebahagian dilaksanakan oleh JKR.
Berapa banyak kos JKR perlu keluarkan untuk menaik taraf jalan-jalan persekutuan FR5 yang menjadi penyambungan Lebuhraya WCE ini termasuk pengambilalihan tanah, khususnya di jajaran baru Banting ke Gelang Patah?
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Mengambil contoh lebuh raya fasa pertama WCE dari Banting ke Sepang yang mana beberapa jalan persekutuan dinaik taraf menggunakan peruntukan kerajaan melalui JKR.
Contoh, FR5 persekutuan daripada Tanjung Karang–Sungai Besar–Sabak Bernam sehinggalah ke sempadan Bagan Datuk termasuk jalan Batu 5 ke Lekir sebagai penyambungan Lebuhraya WCE. Berbilion, kerajaan melalui KKR keluarkan modal. Benar kah? Saya dapat makluman hampir RM1.5 bilion diperuntukkan oleh kerajaan pada waktu itu? Kenapa konsesi tidak mencari jajaran baru?
Saya nak tanya pihak KKR, bila konsesi nak mencari jajaran baru Lebuhraya WCE sepenuhnya? Kalau ikut jajaran asal Banting ke Taiping yang melalui jalan FR5 adalah melalui jajaran Hutan Simpan Sungai Karang. Kami dimaklumkan konsesi yang diberikan adalah 50 tahun dengan tambahan 20 tol baru sepanjang lebuh raya ini. Maknanya daripada Banting ke Taiping. Benar kah maklumat ini? Saya nak tanya kepada Menteri KKR.
Kalau dapat tahun konsesi yang panjang, kenapa tidak membuat lebuh raya sepenuhnya di jajaran sendiri? Buatlah seberapa banyak tol, kita bayar. Tapi jalan rakyat, Jalan Persekutuan, janganlah diambil untuk dijadikan penyambungan lebuh raya. Walaupun alasan kita nak menaikkan dan merancakkan ekonomi setempat termasuk naikkan nilai harta tanah dan lain-lain.
Saya nak kongsi natijah FR5 persekutuan dijadikan penyambungan Lebuhraya WCE.
Ini di kawasan saya.
Pertama, jalan persekutuan menjadi agak sesak pada waktu-waktu tertentu.
Kampung terbelah dua kerana pembinaan pengadang jalan. Kereta-kereta luar yang lalu di jalan FR5 laju-laju belaka. Kemalangan bertambah, binatang melintas akan terjadi kemalangan kerana sepanjang jalan tiada pagar penghalang.
Saya nak ambil contoh, apa kesusahan dan kesulitan kita rakyat yang jalan FR5 diambil untuk jadikan sebagai penyambungan lebuh raya. Contoh, ini rumah saya, depan itu surau. Nak pergi ke surau kena melalui U-turn tiga kilometer pergi, tiga kilometer ke surau.
Tiga kilometer pergi, balik tiga kilometer sampai ke rumah. Satu waktu solat terpaksa melalui 12 kilometer. Lima kali solat, 60 kilometer. Kali 30 hari 1,800 kilometer. Kali RM0.20, implikasi kewangan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat ialah sebanyak RM360. Menteri, akeh banyak, kata Jawanya.
Jadi Tuan Pengerusi, saya mengesyorkan lebih baik pihak konsesi yang mendapat tahun konsesi yang panjang ini mencari jajaran baru. Biar jalan persekutuan menjadi jalan rakyat. Dengan kata mudah, jangan ganggu jalan persekutuan dan jangan jadikan dan jadi pilihan alternatif kepada rakyat. Biar jalan persekutuan itu jadi jalan kita dan rakyat ada pilihan sama ada nak jalan bertol ataupun jalan persekutuan.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Saya nak. Boleh celah sikit Sungai Besar?
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Boleh. Silakan.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Sedikit berkaitan dengan jajaran tadi. Tadi Tumpat bangkitkan tentang LPT3. Jadi, saya minta Menteri tolong jelaskan. LPT3 ini adakah
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
jajaran baru sepenuhnya ataupun sepertimana yang disebut oleh Sungai Besar tadi? Terima kasih.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Terima kasih. Itu sahaja. Cuma, saya nak maklumkan bahawa WCE ini bermula daripada Banting ke Taiping. Saya rasa dah hampir siap kecuali Tanjung Karang. Ada lagi yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, daripada Banting ke Gelang Patah dan saya yakin dia juga akan melalui beberapa jalan FR, jalan-jalan persekutuan yang dinaik taraf. Ini memberi satu bebanan kepada penduduk-penduduk di situ termasuk kehilangan ataupun kampung-kampung terbelah dua.
Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar. Saya jemput Yang Berhormat Kota Belud.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Pengerusi, B.27 Butiran 020100 – Dasar dan Pembangunan. Saya ingin menyentuh mengenai projek yang dilaksanakan oleh JKR Sabah di bawah Arahan Perbendaharaan, AP182 mengenai pelaksanaan projek yang bernilai RM57 juta dan ke bawah. Tahun 2023 diperuntukkan RM235.6 juta. Tahun 2024 diperuntukkan RM331.4 juta.
Saya mohon kementerian perincikan satu persatu projek yang dicadangkan untuk dilaksanakan pada tempoh tersebut. Satu persatu ya Yang Berhormat. Saya minta jawapan bertulis.
Butiran 05100 – Jalan-jalan Besar di Sabah, Butiran 08230 – Pembinaan Jambatan, Butiran 08250 – Kajian Perlindungan/Pembaikan Cerun-cerun, Butiran 08260 – Naik Taraf dan Memulihkan Jalan dan Butiran 08280 – Pembinaan Jalan-jalan. Ini semua melibatkan butiran jalan raya dan jambatan Sabah yang mana daripada lima butiran hanya satu sahaja yang mengalami peningkatan peruntukan. Empat lagi butiran berlaku pengurangan.
Pertama, saya mahu tahu kenapa?
Kedua, daripada jumlah RM468 juta bagi tahun 2025 berbanding RM596 juta tahun ini, berapakah jumlah projek sambungan dan berapa jumlah projek baru? Adakah semua projek ini dilaksanakan oleh JKR pusat ataupun JKR negeri? Saya juga minta jawapan yang sangat detail untuk ini. One by one.
Butiran 09280 – Membina Jalan-jalan. Ketiga, saya mahu tahu mengapa peruntukan untuk jalan raya dan jambatan berlaku penurunan di Sabah?
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Saya mahu tahu, berapakah jumlah asal yang dipohon oleh Kementerian Kerja Raya dan berapa pula yang diluluskan oleh MoF?
Tuan Pengerusi, Butiran 10000 – PPP/PFI. Berlaku penambahan peruntukan yang mendadak bagi butiran ini daripada RM260.9 juta kepada RM2.2 bilion. Saya mahu tahu, apakah projek ini, projek apa melibatkan peruntukan sebesar ini? Sebab terlampau jauh dia punya naik. Saya mahu detail, please ya. Jawapan bertulis juga, tidak apa.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Butiran 90000 – Lain-lain Pembinaan. Ini satu lagi. Pada saya, saya mahu ulang kali keempat. Lampu jalan sepanjang Bukit Kelawat itu prioriti untuk Kota Belud. Prioriti juga untuk pengguna jalan yang balik ke Kudat, Kota Marudu dan Pitas. Saya sudah serahkan surat kepada Pengarah JKR Sabah. So, please kerajaan negeri tolong masukkan ini sebagai prioriti dan saya mohon kepada KKR juga.
Tuan Pengerusi, Butiran 82000 – Lebuhraya Pan Borneo. Berkenaan dengan pendedahan Yang Berhormat Kinabatangan berkenaan WP32 projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah tempoh hari. Yang Berhormat ada sebut bahawa JKR Pusat telah menghantar cadangan nama syarikat yang telah dicadangkan oleh JKR Negeri kepada MOF.
Maksudnya, contohnya jika syarikat A yang dicadangkan oleh JKR Negeri, JKR Pusat hantar ke MOF juga adalah syarikat A. Kemudian, Yang Berhormat Menteri maklumkan yang dipilih oleh MOF adalah syarikat B. Itu yang disebut Yang Berhormat pada 7 November pada muka surat 73, Penyata Rasmi Parlimen.
Namun Tuan Pengerusi, saya rujuk pula kenyataan Yang Berhormat Menteri Kerja Raya Sabah sewaktu menggulung Belanjawan Sabah semalam. Saya dapati versi lain yang diterangkan oleh beliau. Beliau bilang, JKR Negeri mencadangkan syarikat A kepada JKR Pusat. Kemudian, JKR Pusat pula hantar syarikat B kepada MOF. Sekali MOF pula lantik syarikat C. Justeru, saya mohon pengesahan daripada Yang Berhormat Menteri, mana satu yang betul ini? Versi Yang Berhormat ataupun versi Menteri Kerja Raya Sabah?
Kedua, Yang Berhormat Menteri Kerja Raya Sabah juga menyatakan bahawa syarikat yang dipilih oleh MoF itu sebenarnya melepasi proses pra kelayakan. Cuma gagal di peringkat harga kerana harga yang diletakkan terlalu rendah. Saya inginkan kepastian daripada Yang Berhormat Menteri. Adakah senario sebegini biasa terjadi?
Saya juga mahu tanya pandangan Jabatan Kerja Raya. Adakah keputusan MOF seperti ini akan menjadi asas pertimbangan kepada projek-projek lain yang sedang dan akan ditender oleh JKR? Atau ini sahaja diberikan pengecualian? Atau ada lagi projek-projek lain yang mendapat pengecualian seperti ini?
Saya juga rujuk jawapan kepada soalan Yang Berhormat Semporna bertarikh 13 November 2024. Saya quote, “Baki dua pakej kerja LPB Sabah Fasa 1B iaitu WP25 menaik taraf jalan dari Kampung Perpaduan Datuk Moh ke Sekau dan WP32 menaik taraf jalan dari Kampung Rambutan ke Ranau dijadualkan dapat dikeluarkan SST pada akhir tahun 2024.” Soalan saya, mengapa dua projek ini hanya dikeluarkan SST pada akhir tahun perincikan isunya? Saya minta jawapan bertulis juga.
Kedua, pada 7 November lalu, Yang Berhormat Menteri sewaktu menggulung ada menyebut bahawa WP32 ini seperti sudah diputuskan oleh MOF tetapi lima hari selepas itu pula iaitu melalui jawapan kepada Yang Berhormat Semporna tadi, SST untuk dua projek hanya akan dikeluarkan pada akhir tahun 2024. Sekali lagi Yang Berhormat, dua jawapan yang berbeza. So, saya minta mana satu?
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Terakhir, mengenai status WP09 yang melibatkan laluan dari Selusop ke Pituru yang masih di peringkat perolehan. Kalau ikut jawapan daripada Yang Berhormat Menteri yang terbaharu, SST akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada akhir tahun 2024.
Saya percaya Yang Berhormat tahu mana apa yang saya mahu cakap. Lama sudah bah projek ini diluluskan ya. Kalau saya quote apa yang YB Menteri cakap tempoh hari dalam Parlimen, “Di Sabah ini berebut-rebut projek Pan Borneo.” Soalan saya, adakah masih lagi berebut-rebut sampai kena tunggu akhir tahun atau mungkin tahun hadapan? Sebab projek ini melalui kawasan saya, Yang Berhormat. Jadi, itu saja Tuan Pengerusi. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Masa 25 minit.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih kepada begitu ramai Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan- pandangan dan juga permohonan-permohonan daripada Yang Berhormat Jempol, Langkawi, Kluang, Hulu Selangor, Batu Pahat, Padang Serai, Besut, Sandakan, Kangar, Tanjong Piai, Jerai, Ampang, Padang Rengas, Betong, Pasir Salak, Tenom, Sabak Bernam, Bentong, Tumpat, Beaufort, Jeli, Petaling Jaya, Sungai Besar, Kota Belud.
Ada banyak jawapan yang ada di tangan saya ini. Kalau saya nak baca, saya memerlukan tiga jam untuk membaca.
[Ketawa]
Seorang Ahli
Boleh, boleh, boleh.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Saya cuma ada 23 minit. Satu perkara
yang saya ingin maklumkan pada Ahli-ahli Yang Berhormat, jalan di Malaysia ini ada 11 jenis
(i) jalan persekutuan;
(ii) lebuh raya;
(iii) jalan negeri;
(iv) PBT;
(v) desa atau kampung;
(vi) pertanian;
(vii) jalan industri;
(viii) pulau-pulau pelancongan;
(ix) jalan persendirian;
(x) jalan ladang; dan
(xi) jalan hutan atau jalan balak.
Antara yang menarik minat yang ada di tangan saya, yang saya catit satu per satu.
Saya hanya keluar sekali dan saya minta Limbang untuk mencatitkan bagi pihak saya. Keluar sebab buang air kecil.
[Ketawa] Yang disebut oleh Ahli Parlimen daripada Jeli.
Sebagai contoh, beliau telah menyebut beberapa jalan yang kebetulan saya tahu sangat jalan-jalan itu kerana saya pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Ahli
yang saya ingin maklumkan pada Ahli-ahli Yang Berhormat, jalan di Malaysia ini ada 11 jenis
Parlimen Jeli, Datuk Mustapa Mohamed. Beliau menyebut tentang Jalan Panglima Bayu ke Rantau Panjang, Jalan Tanah Merah ke Jeli, Jalan Jeli Kuala Balah yang mana perlu garisan putih yang hilang hendaklah dicat semula.
Saya bersetuju apa yang disebut oleh Ahli Yang Berhormat Jeli dan satu lagi contoh disebut oleh Jeli, bagaimana pengambilan balik tanah hendaklah diselesaikan terlebih dahulu, barulah diberi pada syarikat yang terlibat, surat setuju terima (SST). Ini juga saya bersetuju. Dua cadangan YB Jeli, saya setuju dan dia juga melibatkan kawasan-kawasan lain yang mana kawasan-kawasan berkenaan jalannya telah hilang garisan putih.
Garisan putih itu boleh membantu jika jalan itu tidak berlampu dan kita tidak dapat untuk meletakkan glow in the dark. Ada dua Ahli Yang Berhormat mencadangkan supaya glow in the dark. Glow in the dark telah kita buat percubaan, namun percubaan itu tidak memuaskan hati kumpulan pakar di Kementerian Kerja Raya. Jadi kita kemungkinan tidak akan meneruskan glow in the dark. Lagipun kosnya mahal. Walaupun demikian, adalah penting supaya garisan putih diteruskan.
Kerajaan juga telah membuat satu keputusan bahawa pengambilan balik tanah hendaklah diselesaikan terlebih dahulu. Baru diberikan SST kepada syarikat yang mendapat projek yang berkaitan. Jadi kita jangan bagi SST, lepas itu menunggu sampai dua, tiga tahun jalan tidak dimulakan, walhal telah diumumkan dan ia memberikan harapan palsu pada rakyat.
Seterusnya, yang juga menarik perhatian saya ialah semuanya menarik perhatian, 24 orang ini.
[Ketawa] Kota Belud ya. Kota Belud bercerita mengenai yang dibangkitkan oleh Kota Bharu, yang dibangkitkan oleh Kinabatangan iaitu mengenai apa yang berlaku yang disebut oleh Menteri Kerja Raya di Dewan ini dan Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Dewan ini yang berada di Sabah.
Apa juga yang berlaku Yang Berhormat Kota Belud, kuasa mutlak bukan daripada JKR Negeri. Bukan daripada Kementerian Kerja Raya. Kuasa mutlak ialah daripada Kementerian Kewangan. Kalau dia nak pilih nombor 10, dia pilih. Kalau dia nak pilih nombor satu, dia pilih. Tentu ada sebab mengapa dia memilih syarikat yang berkaitan itu yang TCS harga rendah.
yang saya ingin maklumkan pada Ahli-ahli Yang Berhormat, jalan di Malaysia ini ada 11 jenis
Mungkin dia melihat syarikat itu berupaya walaupun harga terlalu rendah kerana ada yang telah dilakukan oleh syarikat itu menunjukkan kewangan syarikat itu cukup kukuh untuk melaksanakan walaupun harga yang diberi adalah terlalu rendah. Ini pandangan daripada Kementerian Kewangan yang menilai satu per satu yang mungkin tidak dinilai oleh JKR Sabah, yang mungkin tidak dinilai oleh Kementerian Kerja Raya.
Juga keputusan empunya yang memberikan kewangan terhadap projek itu ia adalah keputusan yang muktamad. Lebih-lebih lagi projek itu bernilai ratusan juta ringgit. Itu secara am yang ingin saya nyatakan kepada Kota Belud. Permohonan beliau mengenai satu per satu secara bertulis itu, ya kita akan beri jawapan satu per satu.
yang saya ingin maklumkan pada Ahli-ahli Yang Berhormat, jalan di Malaysia ini ada 11 jenis
Sungai Besar. Terima kasih kerana Sungai Besar memberikan satu kata orang itu pengajaran yang cukup baik supaya WCE Banting ke Gelang Patah tidak akan mengulangi kesilapan Banting ke Taiping, Banting ke Sepang bagaimana kampung terbelah dua. Selepas Menteri Kewangan mengumunkan tentang kemungkinan Banting-Gelang Patah akan dilaksanakan dengan segera, saya antara ingin memberikan pandangan balas kepada Kementerian Kewangan. Setelah melihat apa yang berlaku di Banting ke Taiping, Banting- Sepang ya.
Saya melalui jalan raya-jalan raya itu dan saya memahami apa yang disebut ya bagaimana untuk pergi ke surau walaupun surau itu di hadapan rumah kita. Oleh kerana di hadapannya ada WCE, kita terpaksa berjalan menaiki motosikal tiga kilometer dan sebagainya. Kampung terbelah dua, kemalangan makin bertambah. Walhal kita ingin membuat jajaran baru untuk manfaat rakyat bukan untuk menyusahkan rakyat.
Begitu juga pakej 1A dan 1B yang disebut oleh Ahli Parlimen Tenom. Bagaimana kita telah memanggil kontraktor yang mendapat Pan Borneo Pakej 1B supaya belajar dan jangan mengulangi kesilapan-kesilapan, kelewatan-kelewatan melaksanakan pakej 1A dalam Lebuhraya Pan Borneo di Sabah itu.
Seterusnya Jempol. Projek baru Lebuh Raya MADANI. Kita telah maklumkan kepada Jempol bahawa projek ini kita telah angkat ke UKAS, JPM untuk diberikan tindakan seterusnya. Jempol juga mengenai naik taraf jalan FT1283 yang sempit. Saya telah pergi ke tempat ini FELDA Palong belah malam. Yang saya lihat jalannya sempit. Sekarang ini saya ingin maklumkan bahawa ada kira-kira RM1 bilion daripada peruntukan pada tahun hadapan yang diberikan kepada Kementerian Kerja Raya untuk tujuan jalan industri dan juga jalan FELDA untuk kita naik taraf. Saya harap Jalan FELDA Palong ini akan termasuk dalam senarai itu.
Langkawi menyebut mengenai lif rosak hospital dan sebagainya. Ini adalah bergantung kepada peruntukan daripada Kementerian Kesihatan. Jika Kementerian Kesihatan memberikan peruntukan dan mendapatkan peruntukan kepada kami, maka kami akan melaksanakan.
Seterusnya, rumah-rumah guru yang terdiri daripada bangunan-bangunan uzur dan penagih dadah. Ini juga di bawah Kementerian Pendidikan. Kementerian Pendidikan perlu menyalurkan peruntukan itu kepada Kementerian Kerja Raya untuk kita memastikan perkara itu dilakukan. Langkawi juga menyebut tentang bagaimana cerun di Ampang misalnya.
Ampang juga menyebut tentang perkara itu. Kita akan memastikan bahawa cerun yang merbahaya akan dapat kita perbaiki dan peruntukan cerun yang sewajarnya akan dapat kita perolehi.
Kemudian Kluang. Fasa 3A perlulah disambung kepada fasa 3B. Saya ingin memaklumkan kepada Kluang, jalan daripada Parit Sempadan ke Tol Ayer Hitam itu. Memang betul, fasa 3A sedang dilaksanakan. Fasa 3B ini telah ada dalam apa yang dipanggil sebagai keutamaan negeri.
yang saya ingin maklumkan pada Ahli-ahli Yang Berhormat, jalan di Malaysia ini ada 11 jenis
Juga telah dibawa kepada KKR sebagai keutamaan kami. Malangnya agensi pusat belum lagi meluluskan peruntukan untuk fasa 3B. Mereka kata selesaikan dulu fasa 3A barulah mereka akan pertimbang untuk fasa 3B. Walaupun demikian, ia telah menjadi jalan keutamaan negeri dan juga jalan keutamaan kerja raya. Itu untuk makluman Kluang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih Timbalan Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Saya juga tahu bahawa paling bahaya jalan lama. Saya juga lalu tempat itu. Baru-baru ini apabila pergi ke Mahkota dan kawasan Kluang. Ya, sila.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Jadi saya ingin minta pandangan Timbalan Menteri.
Bagaimana kita boleh terus pujuk supaya agensi Kerajaan Pusat lain boleh setuju supaya selesaikan 3A dan terus bermula dengan fasa 3B supaya pengguna jalan raya di jalan FT50 dapat manfaat seterusnya. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Mari kita sama-sama pujuk ya...
[Ketawa] Ada dua agensi yang perlu dipujuk. Satu, Kementerian Ekonomi, yang kedua Kementerian Kewangan. Itu sahaja yang perlu kita pujuk...
[Ketawa] Hulu Selangor, mengenai IBS. Saya memahami bahawa kita perlu membantu kontraktor kecil tentang IBS ini. Kita perlu bagi latihan percuma. Ini adalah kerja CIDB dan CIDB sebenarnya ada peruntukan yang tertentu untuk membuat latihan. Walaupun sekarang ini kita bagi latihan secara bersubsidi. Jika tiba waktunya apabila kita boleh menaikkan levi dan sebagainya, apabila waktu yang sesuai, segala latihan-latihan ini kita akan bagi percuma.
Glow in the dark saya sudah jawab tadi bahawa ya, ia tidak berapa sesuai untuk dilaksanakan kerana kosnya dan juga sebenarnya ia tidaklah mendatangkan manfaat sebagaimana yang kita harapkan.
Batu Pahat, pelebaran mengenai WCE Banting ke Gelang Patah, Batu Pahat sokong.
Tetapi Batu Pahat kita kena belajar daripada Sabak Bernam supaya kampung jangan terbelah, supaya kalau ada jajaran lain buat di jajaran lain. Tetapi apabila kita melihat kawasan Batu Pahat sampai ke Pontian dan sebagainya macam tidak ada jajaran kecuali kalau ada diambil pengambilan balik tanah. Biarkan jalan persekutuan jadi jalan persekutuan.
Kalau mereka ada jajaran lain silakan. Sabak Bernam.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Timbalan Menteri, bila konsesi menerangkan kepada kerajaan, sepatutnya dia sudah menyediakan semua kewangan, tanah, dan sebagainya kerana dia melibatkan perjanjian konsesi antara konsesi dengan kerajaan. Saya dengar 50 tahun. Jadi, tidak perlulah JKR, kerajaan terpaksa menyediakan duit hendak menyediakan penyambungan. Dia kata naik taraf, tetapi sebenarnya itu adalah penyambungan lebuh raya antara WCE ke WCE yang lain. Jadi, yang ini kalau boleh apa yang berlaku di Sungai Besar tidak berlaku di tempat lain kerana ini memberi banyak kesusahan kepada rakyat. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Peringatan Sabak Bernam itu juga adalah untuk kami terutama di Melaka, di Negeri Sembilan, di Johor supaya dia tidak akan
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
menyusahkan rakyat. Kita hendak buat lebuh raya untuk memudahkan rakyat bukan untuk menyusahkan rakyat. Terima kasih.
Padang Serai mengenai NCH. NCH ini kita akan angkat kertas kepada UKAS. Kita akan membuat satu jajaran awal ya. Hanya sampai Sungai Petani 110 kilometer terlebih dahulu sebelum kita hendak melanjutkan ke kawasan Utara yang lebih jauh.
Seterusnya, Besut. Besut, saya sudah pergi tempat ini sebagaimana Besut sedia maklum. Jertih ke sempadan Kelantan, Kampung Raja, pendalaman longkang, U-drain, musim tengkujuh, RM11 juta kos, Kampung Tembila RM43 juta kos. Kemudian dia memberikan sosioekonomi kepada penduduk apabila reka bentuk di selekoh FT003 dan sebagainya. Terima kasih Besut atas pandangan-pandangan.
Sandakan. Ya, kita amat kecewa apa yang berlaku di fasa 4 itu kerana jambatannya runtuh, embarkment-nya runtuh menyebabkan jambatan yang dibina tidak boleh diguna. Oleh itu, kita terpaksa membuka. Saya pergi satu tender untuk membina jambatan itu. Setelah jambatan itu siap, maka fasa keempat itu boleh digunakan. Walaupun demikian, kita akan mencari kewangan untuk fasa 1 hingga 3. Ia perlu lulus. Kalau hanya fasa 4, 1, 2, 3 tidak diteruskan jalan itu bukanlah jalan yang ekonomik.
Kangar, RM450 juta untuk G1, G4 ini. Ia adalah satu usaha kerajaan untuk membantu. Kita tahu bahawa kontraktor ini daripada G1 sampai G7 ada 113,000 kontraktor.
Separuh daripada 113,000 kontraktor itu ialah G1 hingga G4.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
G1, G4 ini lesennya itu adalah kontraktor-kontraktor kecil yang perlu kita lakukan bantuan kepada mereka. Antara bantuannya ialah dalam kaedah cabut undi, ya. Maka, mereka akan dapat projek-projek kecil berdasarkan lesen-lesen mereka dan kalau kita tidak lakukan perkara itu G1, G4 tidak akan terbela dan ini akan menyukarkan kehidupan walaupun mereka seorang kontraktor tetapi kontraktor kecil. Oleh itu, RM450 juta itu kita ingin laksanakan kerja-kerja yang berkaitan secara cabut undi di pejabat-pejabat daerah yang berkaitan.
Lampu isyarat pintar di Kangar, kita akan teliti terutama di bandar Kangar. Ia tidak boleh dilakukan di semua tempat tetapi di bandar-bandar utama lampu isyarat pintar boleh kita lakukan. Tanjong Piai, jiran saya ini, saya tahu sangat jalan-jalan ini. Pekan Nanas, Pontian, JB, Second link ya, Skudai, Pekan Nanas, Kampung Ulu Pulai, Gelang Patah dah tak ada tempat pembesaran. Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan? J113 ke Ulu Choh, Jalan Sawah ke PLUS.
Saya juga terperanjat apabila baru-baru ini saya lalu jambatan yang berkaitan yang disebut oleh Yang Berhormat itu dah dua kali tapi masih lagi belum dilaksanakan. Saya akan bersegera melihat perkara ini. Ia adalah di bawah JD JKR yang sama. JD JKR Daerah Pontian juga adalah JD JKR untuk Parlimen Pontian dan juga JD JKR untuk Tanjong Piai.
Saya faham mengenai jalan antara Pontian sampai ke Kukup ia boleh pergi ke Tanjong Piai pergi ke Kukup pergi ke Indonesia, Tanjung Balai. Jalan itu adalah jalan utama
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
yang perlu untuk pelancong daripada Indonesia datang ke kawasan kita, kawasan Pekan Nanas, kawasan Pontian dan ini di bawah radar sayalah.
Sebenarnya esok saya akan membuat lawatan dengan pegawai-pegawai yang berkaitan daripada JKR Johor, JKR Daerah Pontian, daripada PLUS untuk melihat pelebaran lebuh raya daripada empat lorong ke enam lorong di Sedenak. Kemudian, saya akan bawa ke Daerah Pontian untuk melihat pembesaran Jambatan Pontian Kecil, Jambatan Pontian Besar antara lain.
Jerai, kontraktor G1, G4 lagi dan projek sakit perlulah disegerakan segala ─ saya nak maklumkan projek sakit ini cuma ada tiga persen. Projek sakit di seluruh bawah Kementerian Kerja Raya hanya tiga persen. Hanya ada puluhan yang projek sakit dan saya adalah Pengerusi Projek Sakit Malaysia, Ahli-ahli Yang Berhormat. Projek sihat tak perlu dipengerusikanlah sebab dia projek dah okey.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Ya.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Saya amat memahami tentang projek- projek sakit ini. Sila.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Sehubungan itu, di Jerai juga ada masjid sakit yang belum siap. Saya ingat di bawah penguasaan ICU negeri, mungkin dilaksanakan oleh JKR.
Jadi, satu lagi di persimpangan Kampung Selingkuh melibatkan lampu isyarat yang selalu berlaku kemalangan. Saya ingat boleh ambil take action-lah.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tidak semua projek ICU di bawah JKR, Yang Berhormat. Saya ada projek ICU masjid di kawasan saya, JKR tak terlibat. Jadi, dia direct daripada kemajuan negeri dan mengenai perkara yang berkaitan saya akan bawakan ke ICU ataupun Projek Pembangunan Kemajuan ─ Pejabat Pembangunan Negeri di Kedah untuk melihat apa yang sebenarnya berlaku di projek sakit masjid di kawasan Jerai itu.
Ya, nama Kampung Selingkuh. Selingkuh ke Pulau Bunting.
[Ketawa] Perkataan Selingkuh ke Pulau Bunting itu satu yang menarik.
[Ketawa] Satu lagi, Tenom tadi, saya pun, saya pun ─ Tenom, Tenom, ada Tenom?
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Itu tukar nama Menteri, tukar nama.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Apa yang menarik Tenom ini ialah Kampung Baru Jumpa. Ini...
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Ya, betul. Kampung Baru Jumpa dihuni oleh komuniti Suku Kaum Lundayeh.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya, kampung itu. Siapa yang jumpa? Siapa yang jumpa kampung itu YB?
[Ketawa]
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Dahulu pada tahun 60-an itu dijumpai oleh masyarakat Lundayeh lah.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Okey.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Dia jumpa itu kampung dia bagi tahu, ini Kampung Baru Jumpa.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Lepas itu, kekal namanya.
[Ketawa]
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Ya, betul.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Selengkoh itu dengan ‘e’ bukan dengan ‘i’.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Oh, Selekoh ke Selingkuh? Lepas berselingkuh pergi ke Kampung Bunting.
[Ketawa] Saya catat semua sekali ini.
[Ketawa] Ya, untuk lampu jalan...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat, Yang Berhormat dia bukan Selingkuh, Selengkoh. Maknanya, curve, corner.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya, saya tahu.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sebab, selingkuh itu jadi makna lain itu.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Saya tahu.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Orang Indonesia faham itu. Jangan fikir macam-macam. Fikir Selengkoh. Selekoh ini curve, corner.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya, macamlah saya tak tahu.
[Ketawa]
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Okey, terima kasih...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sebab kalau tahu tak sebut selingkuh lah.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Terima kasih Pendang. Terima kasih.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sebab di hujung Pulau Bunting.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Lampu jalan ini, saya ingin berkongsi di sini Ahli-ahli Yang Berhormat. Penyelenggaraan lampu jalan boleh digunakan dengan wang MARRIS yang Kerajaan Pusat, Kementerian Kewangan bagi pada kerajaan-kerajaan negeri, ratusan juta untuk setiap kerajaan negeri. Tak kira kerajaan negeri mana, semua mereka dapat di bawah Perlembagaan. Maka, mereka dapat wang MARRIS untuk penyelenggaraan jalan negeri dan juga jalan PBT boleh juga digunakan wang MARRIS.
Tetapi, saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat menulis surat kepada Kementerian Kewangan, ada dua atau tiga orang Yang Berhormat pun dah cukup supaya wang MARRIS boleh diguna untuk membina lampu jalan baharu, bukan hanya untuk menyelenggarakan lampu jalan lama.
Sekarang ini, hanya boleh diguna untuk menyelenggara lampu kuning kepada lampu yang, lampu putih ya. Kemudian, tidak boleh diguna untuk membina lampu jalan baharu.
Maka, kalau Ahli-ahli Yang Berhormat dua atau tiga orang menulis pada Kementerian Kewangan saya rasa boleh diubah SOP itu.
Dulu, tak ada SOP, MARRIS boleh diguna untuk membeli apa dipanggil Jambatan Bailey. Sekarang ini, wang MARRIS boleh diguna untuk Jambatan Bailey dan aset yang kalau Yang Berhormat lihat dalam butiran ada peningkatan aset itu ialah untuk kami menyediakan alat melancarkan Jambatan Bailey itu. Itu menjadi aset yang besar, ada 28 aset yang kita beli. Beli juga low loader lorry untuk membawa alat itu jika berlaku runtuhan jambatan ketika bencana dan Jambatan Bailey ada dimiliki oleh kerajaan negeri selepas ini.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Kota Bharu.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Sila.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tadi Yang Berhormat sebut mengenai peruntukan MARRIS ya, seolah-olah tidak ada penyelarasan di antara KKR dengan Kementerian Kewangan. Kena orang lain pula tulis pada Kementerian Kewangan.
Adakah bermakna KKR punya perakuan ataupun cadangan ini tak diterima langsung oleh Kementerian Kewangan ini bukan sahaja WP32 itu. Lain-lain itu Kementerian Kewangan tak dengar juga kah? Musykil sikit.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya, kalau saya menulis kepada Kementerian Kewangan insya-Allah mereka akan ─ tetapi, alangkah baiknya kalau ada dua atau tiga orang menyatakan bahawa itu cadangan mereka pada Kementerian Kewangan. Ia akan lebih mempercepatkan.
Kementerian Kewangan bukan tidak mendengar ya, mereka ada maklumat yang kami tidak tahu. Mereka maklumkan pada kami yang tentang Kota Bharu sebut dan Kinabatangan sebut itu ada maklumat yang Kementerian Kerja Raya tahu, yang tidak tahu yang mereka tahu. Oleh itu, maka mereka membuat keputusan lain selain daripada apa yang kami cadangkan. Okey. Di situ sahajalah yang saya boleh maklum pada Kota Bharu. Hal-hal lain itu Kota Bharu tanyalah sendiri.
[Ketawa] Pasir Salak ─ [Ketawa] Teknologi hijau cerun bandar dan luar bandar, subsidi bahan binaan untuk kontraktor kecil. Ia cadangan yang baik yang kita perlu ambil ingatan. Betong, Pan Borneo Sarawak untuk P-turn di tiga lokasi perlu disegerakan dan ada- sudah ada reka bentuk untuk jejantas di SK kawasan Debak itu. Lampu jalan tak berfungsi, statistik kemalangan, kebersihan. Saya ingin maklumkan satu perkara bahawa Lebuhraya Pan Borneo, Sarawak dan juga Sabah ini tidak termasuk untuk lampu jalan.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
[Bangun]
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Maka, lampu jalan akan ada di persimpangan-persimpangan masuk ke kawasan pekan-pekan. Sepanjangan lebuh raya itu tidak akan sepenuhnya berlampu. Kita tidak ada peruntukan yang sangat besar untuk membina segalanya lampu jalan di semua tempat ya Ahli-ahli Yang Berhormat.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
[Bangun]
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
[Bangun]
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Itu sebab, kita kena ada plan B seperti Yang Berhormat Jeli cadangkan supaya garisan putih itu jangan pudar, hendaklah lihat- dapat dilihat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
YB...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tumpat, ya Tumpat. Sila Tumpat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Okey, saya bimbang takut YB tak jawab tentang isu LPT3. Ada tak Yang Berhormat? LPT3. Jawapan itu. Ya.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
LPT3 saya dah jawab. Saya dah jawab di sini panjang lebar. Saya minta Ahli Yang Berhormat melihat dalam kita punya Hansard.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Saya dah lihat seperti Yang Berhormat Timbalan Menteri, Pengerusi.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya memang kita tak sampai Tumpat.
Sampai Tunjong sahaja. Minta maaflah. Dia memerlukan RM10 bilion. RM10 bilion itu perlu ditanggung oleh konsesi dan RM10 bilion itu daripada Kampung...
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Daripada asal RM2.8 bilion jadi sekarang dah jadi RM10 bilion...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Kampung Gemuroh sampai ke Tunjong, RM10 bilion, kos untuk tol ialah RM70. Jadi ini yang kita...
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Yang Berhormat dalam...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Perlu lihat dan perlu fikir adakah rakyat daripada Kampung Gemuroh...
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Bagi peluang saya sedikit?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Nak masuk LPT3, pergi Tunjong boleh membayar RM70 itu. Jadi itu salah satu antara perkara yang kita angkat dan telah putuskan.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Yang Berhormat macam ini.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya sila.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Sebab kalau RM70 jadi isu, sebenarnya kalau tambah lagi sedikit, tidak jadi masalah bagi saya kerana bila orang dah bayar RM70, kalau boleh tambah RM77 pun, orang takkan marah. Sebab daripada RM2.8 bilion 2009, sekarang dah jadi RM9.8 bilion untuk 2023. Jadi 2024 ini kalau tambah sedikit, saya rasa tidak ada masalah kerana antara Tumpat dengan Kota Bharu dalam 2.5 kilometer sahaja. Jadi apa kekangan adalah kerana masalah nak tambah tol RM7 atau apa dia? Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ahli Yang Berhormat Tumpat ada menyebut mengenai jejambat di suatu bulatan. Ada kemungkinan berita baik tentang jejambat itu sebagai kata orang itu menuntut sedikit dukacita LPT3 tak sampai lagi Tumpat.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Menteri.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ada Ahli Yang Berhormat bertanya tentang MLFF senario...
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
MLFF ini.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Padang Rengas.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Saya melompat dah ini.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Saya nak beritahu MLFF ini, sehingga 16 Disember ini akan diputuskan. Kita hendaklah mendapatkan persetujuan. Masalahnya
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
konsesi atas konsesi. Satu konsesi baru ingin membuat MLFF di atas 33 konsesi yang lama, yang telah memiliki lebuh raya-lebuh raya di 33 kawasan yang separuh daripadanya, daripada 2,000 lebih kilometer, 1,000 lebih kilometer dimiliki oleh PLUS.
PLUS tidak bersetuju konsesi atas konsesi ini misalnya. Kenapa PLUS mempunyai keupayaan sendiri untuk membuat MLFF. Jadi Multi-Lane Free Flow ini ia masih lagi dalam pertimbangan yang berat di bawah kementerian kami dan akan kita disediakan Kertas Kabinet akhirnya. Ya?
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Padang Rengas mengenai kerja naik taraf jalan dan juga lampu jalan tadi.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ahli-ahli Yang Berhormat, masa dah habis.
Saya mencatat semua sekali. Pegawai saya pun mencatat semua sekali dan pegawai saya ini menghantar tak berhenti-henti jawapan-jawapan. Saya pun tak tahu bila nak membacanya.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Timbalan Menteri.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Kalau tak sempat, bagi jawapan bertulis Timbalan Menteri. Minta.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Macam saya sebut tadi, ia memerlukan dua jam untuk saya baca segala jawapan-jawapan yang dihantar.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Pasir Salak, Pasir Salak.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Maklumlah...
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Datuk Seri, Ampang, Ampang
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Jalan Persekutuan ini...
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Ampang rasa macam terkilan sikit. Dah dua kali soalan tentang perkara yang sama.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya, okey Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Selalunya masuk soalan lisan. Jadi kalau boleh baca secara...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Panjang Jalan Persekutuan ini Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Secara lisan, tidak bertulis.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Jalan Persekutuan ini Ampang, ada 18,023 kilometer dan 18,023 kilometer ini melalui 222 kawasan Parlimen. Bilangan lampu jalan di seluruh Persekutuan ini ada 133,642 bilangan lampu jalan. Bilangan lampu isyarat di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan, 41,919 lampu isyarat.
Jadi bilangan lampu di seluruh jalan persekutuan seluruh Malaysia, Labuan, Sarawak, Sabah, Semenanjung, 133,642 lampu jalan yang masih lagi tak cukup-cukup. Untuk kita selenggarakan ini 18,023 kilometer jalan, Semenanjung Malaysia 14,886 kilometer, Sabah 1,502 kilometer jalan persekutuan, Sarawak 1,561 kilometer jalan persekutuan, Wilayah Persekutuan Labuan 142 kilometer jalan wilayah persekutuan.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Pasir Salak, last.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Di Ampang ada – Ampang ada jawapan, memang Ampang ada jawapan dan kita tahu EKVE dah 10 tahun. Saya banyak kali menyebut kepada konsesi EKVE ini, AZRB. Saya kata belajarlah daripada jalan yang mereka lakukan di India. Ada sebatang jalan di India itu, 100 kilometer jalan siap dalam 100 jam. Satu kilometer jalan siap satu jam. Yang ini 40 kilometer jalan EKVE, 10 tahun tak siap-siap.
Seorang Ahli
Betul !
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Jadi, ini adalah satu yang menyayat hati dan mendukacitakan dan kita memahami dan KL-NODE yang disebut oleh Ampang itu, masih lagi dalam pertimbangan. Belum ada lagi keputusan muktamad tentang KL-NODE. Ada nota yang akan kita berikan kepada semua Ahli Yang Berhormat dalam masa lima hari. Hari ini hari Khamis. Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin. Pegawai-pegawai saya yang banyak di belakang ini, hari Isnin. Lima hari ini Yang di-Pertua, termasuk hari cuti kah tak termasuk? Lima hari jawapan bertulis.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Menteri, Pasir Salak last.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Hari bekerja ya. Hari bekerja, lima hari.
Besoklah. Jumaat, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis. Khamis depan. Sebelum Khamis depan, 24 Ahli Yang Berhormat yang bertanya akan dapat jawapan bertulis jika jawapan saya tidak lengkap.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Pasir Salak, last. Saya ada mohon jambatan di Kampung Chui Chak itu.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bagi jawapan bertulis.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Di Pasir Salak itu, ada satu jambatan.
Itu sahaja yang belum siap, yang belum dibaiki. Yang lain semua okey. Kalau boleh diambil perhatian. Terima kasih. Kampung Chui Chak.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Kampung?
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Chui Chak.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Pelik-pelik betul nama kampung dia.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Chenderong Balai, Chenderong Balai. Sungai Manik. Chui Chak. Okey.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Okey.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Yang Berhormat Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jawapan bertulis sahaja.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Yang Berhormat Pengerusi, saya nak pujilah YB Pontian sebab dia kata dalam minggu depan dapat balik jawapan bertulis. Saya harap Menteri lain pun dapat contohi macam YB Pontian tapi jangan hanya – janji di sekadar bibir sahaja. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Kenapa dia puji saya? Sebab dulu kami satu parti.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Itu tak ada kena mengena Yang Berhormat.
[Ketawa]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Timbalan Menteri.
Ahli-ahli Yang Berhormat. Masalah ialah bahawa wang sejumlah RM1,022,337,500 untuk Kepala B.27 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2025 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.27 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masalah ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.27 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2025 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.27 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kepala Bekalan B.46 dan Kepala Pembangunan P.46 di bawah Kementerian Sumber Manusia terbuka untuk dibahas.
Senarai pembahas adalah seperti berikut. YB Jelutong, YB Pendang, YB Pekan, YB Masjid Tanah, YB Shah Alam, YB Dungun, YB Maran, YB Bukit Bendera, YB Sabak Bernam, YB Muar, YB Kuantan, YB Wangsa Maju, YB Kapar, YB Kangar dan YB Bangi. Saya jemput Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Puan Pengerusi.
Saya merujuk kepada Butiran 00600 – Pembangunan Kemahiran. Saya lihat bahawa jumlah yang diperuntukkan adalah RM500 juta. Jumlah yang begitu banyak. Di samping itu, saya ingin tanya, bagaimana wang untuk pembangunan kemahiran ini ingin dibelanjakan oleh kementerian?
Saya terpanggil untuk bangun dan tanya perkara ini kerana pembangunan sumber manusia adalah sesuatu yang penting dan saya terpanggil untuk menyentuh bahawa tahun ini, kita telah membincangkan tentang 18 Julai 2024. Ketika itu kita telah membahaskan Laporan Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara yang mendedahkan bagaimana jumlah RM3.77 bilion hasil kutipan levi daripada majikan telah disalahgunakan oleh HRD Corp untuk melabur dalam pelbagai aktiviti yang bukan merupakan matlamat penubuhan agensi itu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sebab itu, saya ingin tanya. Kembali kepada butiran yang sama, pembangunan kemahiran. Bagaimanakah kementerian ingin memastikan bahawa pembaziran, penyalahgunaan dana ini tidak berulang? Berikutan penemuan ini, Kementerian Sumber
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Manusia telah membuat laporan kepada SPRM, Menteri sendiri mengenai isu-isu HRD Corp.
Susulan itu, SPRM telah menyerbu pejabat HRD Corp untuk siasatan lanjut.
Saya juga masih lagi ingat bahawa pada 18 Julai 2024, CEO HRD Corp telah diminta untuk pergi bercuti, on garden leave. Tapi saya difahamkan sekarang, saya ingin tanya Menteri untuk menjelaskan. Adakah beliau telah pun kembali berkhidmat, bertugas dengan HRD Corp? Kalau betul itu berlaku, kenapa ia berlaku? Nombor satu. Kerana beliau adalah seseorang yang telah terpalit dengan pelbagai isu penyalahgunaan dana.
Ketika dipanggil oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara juga, saya baca laporan, ada desas-desus mengatakan bahawa syarikat beliau sendiri terlibat dalam penyalahgunaan dana. So, adakah CEO HRD Corp Shahul Hameed telah kembali berkhidmat dengan HRD Corp? Saya ingin penjelasan berkenaan isu ini kerana jumlah dalam Butiran 00600 – Pembangunan Kemahiran, RM500 juta adalah jumlah yang begitu besar.
Saya mohon penjelasan. Kerana kalau kita membahaskan isu ini, melibatkan HRD Corp di Dewan yang mulia ini, saya masih ingat lagi sahabat saya Masjid Tanah. Kita bahas satu hari, semua menyeru supaya perkara ini ditangani, siasatan dibuat, tindakan diambil.
Tiba-tiba saya dengar bahawa CEO kembali bertugas. Apa yang berlaku?
Kedua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melancarkan Malaysian Indian Skills Initiative. Puan Pengerusi, berkenaan dengan isu yang sama, pembangunan kemahiran. Di mana Kementerian Kewangan telah menyumbangkan RM10 juta, KESUMA telah menyumbangkan RM10 juta, MITRA telah menyumbangkan RM10 juta. Tujuannya untuk memberi latihan dalam bidang kritikal yang memenuhi kehendak industri, keperluan negara kepada pemuda pemudi India. Ada rintihan dan keluhan di luar sana, wang ini tidak sampai. Saya mohon penjelasan apakah, siapakah syarikat-syarikat yang terlibat?
Saya berulang kembali Puan Pengerusi. Jumlah RM500 juta ini adalah jumlah yang begitu besar. Kalau kerajaan serius untuk melaksanakan usaha transformasi masyarakat India, saya sebagai Backbencher ingin memastikan bahawa jumlah RM500 juta ini digunakan untuk tujuan yang tepat. Jumlah RM30 juta ini apa yang berlaku? Siapa yang dapat manfaat?
Siapakah syarikat-syarikat yang terlibat?
Puan Pengerusi, akhir sekali. Saya mohon penjelasan. Adakah CEO Shahul Hameed telah kembali bertugas dalam HRD Corp? Terima kasih. Itu soalan saya.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Kejap, saya nak minta...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
... Jelutong. Satu, satu, last sekali Yang Berhormat Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Masjid Tanah, nanti boleh bahas.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Ala saya nak respons pada...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih. Yang Berhormat Pendang.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
...Pada YB Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya boleh bagi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya panggil Yang Berhormat Pendang untuk bahas.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Saya nak bagi Masjid Tanah, boleh tak?
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Saya nak rekod sahaja.
Saya nak tanya pada YB Jelutong, adakah perlu PAC membuka untuk dibahaskan HRD Corp di dalam Dewan ini untuk laporan PAC nanti? Adakah Jelutong setuju?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya setuju. Saya akan menyokong.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Okey. PAC akan mengambil maklum tentang perkara tersebut. Terima kasih.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Puan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Kementerian Sumber Manusia ini. Saya merujuk kepada B.46, Butiran 030100 – Tenaga Kerja. Saya ingin menarik perhatian Pengerusi berhubung keperluan pertambahan pegawai perhubungan perusahaan perlu diberi perhatian serius oleh pihak KESUMA, JPA dan MOF. Jumlah pegawai penguat kuasa di Jabatan Tenaga Kerja setakat hari ini hanyalah kira-kira 800 orang sahaja. Namun tanggungjawab dan peranan yang perlu dijalankan melibatkan guna tenaga melebihi 16 juta orang. 800 tenaga kerja nak mengawal 16 juta pekerja. Yang Berhormat Menteri, sila ambil perhatian. Ini satu tekanan kepada pekerja-pekerja kita.
Juga pertambahan tempat pekerjaan telah bertambah melebihi 600,000 premis.
Sejajar dengan perkembangan ini, maknanya tak ada perseimbangan. Saya harap pihak kementerian boleh memberi perhatian terhadap apa yang saya sebutkan tadi. Ini juga tidak termasuk bidang tugas dan amanah serta tanggungjawab yang lain seperti pendengaran kes buruh, siasatan aduan, pemeriksaan ke tempat pekerjaan, DOSH, proses penggajian pekerja asing dan lain-lain lagi. Pastinya jumlah pegawai penguat kuasa berkenaan perlu ditambah sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada jumlah sekarang. Merekalah yang menjaga hak dan kebajikan pekerja di sektor swasta.
Puan Pengerusi, Pendang berharap kementerian dapat memberikan perhatian sewajarnya bagaimana nak menjaga hak pekerja kalau penguat kuasa sendiri pun tak cukup untuk buat kerja. Mohon tindakan segera daripada pihak kementerian dan juga Menteri.
Masih dalam butiran yang sama. Saya ingin mendapatkan penjelasan berkenaan sejauh manakah keberkesanan pelaksanaan aturan kerja anjal atau fleksibel di bawah Akta
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Kerja 1955 serta apakah inisiatif Jabatan Tenaga Kerja untuk menawarkan khidmat rundingan kepada majikan dan juga syarikat yang ingin melaksanakannya?
Adakah aturan kerja fleksibel ini turut membantu menyokong insentif galakan golongan wanita kembali ke tempat pekerjaan? Yang ini saya nak tambah sikit lagi. MPGN yang di bawah KSM yang membuat review ataupun revision of salary every two years dengan izin, Puan Pengerusi supaya ada satu segmentasi kajian gaji pekerja rakyat Malaysia dan juga gaji pekerja yang dibawa masuk ataupun foreign workers. Seterusnya, saya nak menyentuh juga berkenaan dengan caruman PERKESO.
Sejauh manakah kesediaan para penjaja dan peniaga berlesen yang diwajibkan untuk mencarum PERKESO mulai 1 Januari 2025, termasuk kios yang menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri? Apakah tempoh peralihan yang diperuntukkan selama empat bulan mencukupi dan apakah tindakan yang akan diambil sekiranya mereka gagal mematuhinya?
Sebagai usaha meningkatkan perlindungan keselamatan sosial, apakah usaha berterusan PERKESO dalam usaha memperluaskan perlindungan kepada golongan pekerja berpendapatan rendah, suri rumah dan golongan bekerja sendiri melalui Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) dan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS)?
Mohon maklumat pencapaian program-program tersebut.
Adakah sasaran 500,000 untuk suri rumah bagi mencarum SKSSR ini telah berjaya dicapai untuk tahun ini? Apakah usaha KESUMA untuk terus meningkatkan fleksibiliti dalam kaedah pembayaran caruman bagi melindungi pekerja sektor ekonomi ihsan ini? Saya ingin mendapat maklumat berkaitan dengan B.46, Butiran 030300 – Hal Ehwal Kesatuan Sekerja sebanyak RM9.8 juta pada 2025 berbanding RM9.9 juta pada 2024.
Berapakah peratusan terkini pekerja daripada sektor awam dan swasta yang telah menjadi ahli kesatuan sekerja? Apakah penyelesaian KESUMA bagi memastikan supaya mana-mana rundingan perjanjian kolektif ataupun collective agreement (CA) antara kesatuan pekerja dijalankan secara lebih inklusif seterusnya melindungi hak setiap pekerja tanpa menjejaskan hak sosioekonomi mereka?
Sebelum saya mengakhiri perbahasan, saya ingin tahu apakah kerajaan bersedia untuk menggariskan usaha untuk mengatasi penindasan terhadap kesatuan sekerja ataupun union busting khususnya untuk membantu golongan pekerja-pekerja rentan, misalnya pekerja pembersihan dan keselamatan di sekolah dan hospital yang menerima tekanan ataupun ditindas oleh pihak majikan?
Akhir sekali B.46, Butiran 020200 – Pembangunan Kemahiran dan Pengiktirafan sebanyak RM78.4 juta pada 2025 dan RM70.8 juta pada 2024. Saya nak terus gulung. Saya ingin merujuk kepada isu ketidakpadanan pekerjaan ataupun pekerjaan di bawah kelayakan underemployment yang melibatkan kira-kira hampir 36.8 peratus atau 1.95 juta pekerja di Malaysia yang didapati tidak bekerja setara dengan tahap pendidikan termasuk pekerjaan separa mahir dan kemahiran rendah.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Dalam mengatasi cabaran dan dinamik pasaran buruh graduan ini, adakah pihak KESUMA bercadang untuk membangunkan sistem pemetaan secara lebih menyeluruh bagi memantau jurang antara graduan dan industri ini?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Adakah juga terdapat kajian menyeluruh pelajar asing yang menamatkan pengajian di IPT dan bekerja dalam sektor tenaga mahir di Malaysia dan akhirnya menjejaskan peluang graduan tempatan dalam bidang kemahiran tinggi?
Akhir sekali, bagi mengatasi isu underemployment ini, adakah KESUMA juga telah merangka program transisi khas dengan mewujudkan kluster industri melalui kerjasama GLC dan GLIC untuk membantu peralihan graduan ke peringkat industri secara lebih berkesan, misalnya sektor pertanian moden, yang kekurangan pekerjaan mahir? Selain itu, adakah kerajaan melihat keperluan untuk mengemas kini Senarai Pekerjaan Kritikal Malaysia
(MyCOL) di bawah TalentCorp untuk menggariskan keperluan sebenar permintaan dan pengeluaran bakat mahir merentas sektor-sektor baharu?
Terima kasih Puan Pengerusi yang saya ingati, tidak pernah lupa.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Pendang. Saya jemput Yang Berhormat Pekan. Pekan tidak ada. Saya jemput Yang Berhormat Masjid Tanah.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi memberikan peluang pada Masjid Tanah untuk membahaskan perkara di Kepala B.46 dan juga P.46.
Di bawah Butiran 020100 – Pembangunan Tenaga Manusia, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan kadar pengangguran sehingga setakat Ogos 2024 mencatat 558,500 orang penganggur dan kekosongan jawatan bagi suku pertama 2024 pula susut kepada hanya 191,900 jawatan kosong ataupun peluang pekerjaan.
Saya juga ingin bandingkan data ini dengan merujuk kepada laporan DOSM pada tahun 2023 bahawa terdapat seramai 462,100 penganggur aktif di negara kita ini, iaitu mereka yang bersedia untuk bekerja dan juga aktif dalam mencari pekerjaan, tetapi peluang pekerjaan yang terhad terutama dalam bidang-bidang tertentu, selain daripada persaingan dengan tenaga kerja asing menyebabkan masalah pengangguran ini masih belum lagi dapat diatasi sehingga hari ini.
Apa yang membimbangkan ialah kadar pengangguran yang paling tinggi membabitkan belia di usia 15 tahun hingga 30 tahun iaitu kira-kira 439,600 orang. Jika dilihat pada data Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) pada tahun 2023 pula, terdapat 448,181 kekosongan peluang pekerjaan di 85,814 syarikat di seluruh negara.
Jadi, apa yang menjadi persoalan saya ialah mengapakah dengan ratusan ribu jumlah pekerjaan yang tersedia, ia tidak dapat diisi oleh jumlah pengangguran yang masih tinggi? Apakah usaha-usaha yang diambil oleh pihak kementerian untuk menangani isu ini
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
secara tuntas? Kerana, kita lihat usaha-usaha yang telah pun diambil sebelum ini, antaranya menghebahkan perkhidmatan pekerjaan yang telah pun disediakan melalui portal pekerjaan seperti MyFutureJobs, bimbingan kerjaya, festival kerjaya dan sebagainya seperti kurang berhasil. Ini kerana peluang pekerjaan yang tidak diisi memberikan kerugian kepada pertumbuhan ekonomi negara dan juga perkembangan kerjaya terutama untuk anak muda di negara kita ini.
Jadi, saya juga ingin menyentuh mengenai pengumuman kerajaan baru-baru ini mengenai tawaran ataupun pelaksanaan gaji premium untuk pekerja berkemahiran tinggi dengan Johor yang akan menjadi perintis program gaji premium bermula RM4,000 sebulan.
Saya menyambut baik pelaksanaan gaji premium ini kerana ia secara tidak langsung mengiktiraf bakat-bakat anak kita dan juga dapat mengelakkan penghijrahan bakat ke negara jiran seperti Singapura yang menawarkan gaji yang lebih lumayan.
Cuma, yang menjadi persoalan ialah jurang gaji yang besar antara pekerja yang berkemahiran tinggi dengan pekerja profesional pendidikan tinggi lain. Bagaimanakah kementerian melihat keseimbangan ini untuk pasaran kerja berkemahiran tinggi dan juga pekerja profesional ini? Apakah persediaan kementerian untuk pastikan gaji premium ini tidak menjejaskan persaingan dalam pasaran kerja?
Seterusnya, saya ingin pergi pada Butiran 030200 – Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Kerajaan akan melaksanakan penyelarasan gaji minimum RM1,700 sebulan untuk swasta dan juga RM2,115 untuk penjawat awam. Saya bersetuju bahawa kenaikan gaji minimum ini dan juga ia merupakan motivasi yang baik untuk pekerja.
Namun, apa yang mencuri perhatian saya ialah baru-baru ini, KPPA, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz merepotkan bahawa 40,000 kakitangan awam di negara kita ini berisiko mengalami isu kesihatan psikologi berikutan kegagalan mereka menangani tekanan di tempat kerja.
Justeru, saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah inisiatif kementerian dalam mengenal pasti golongan pekerja yang mengalami tekanan di tempat kerja dan apakah langkah yang diambil oleh pihak kementerian untuk pastikan isu ini tidak melarat? Saya rasa isu ini sangat penting sekali kerana tekanan di tempat kerja boleh menyumbang kepada masalah yang lain-lain ya.
Kita tahu mana-mana pekerjaan yang terlibat dalam kemalangan ataupun kecederaan ketika pergi bekerja, ada jaminan kebajikan, akan terbela. Antaranya, melalui PERKESO, tetapi dalam isu kesihatan mental akibat tekanan di tempat kerja, apakah ruang jaminan rawatan ataupun kebajikan untuk golongan ini terbela? Jadi, saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian.
Seperkara lagi saya ingin bertanya, apakah perkembangan terhadap cadangan untuk memperkenalkan skim kemalangan bukan bencana kerja untuk melindungi hak-hak pekerja terutama melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja? Kita tahu ketika ini perlindungan yang diberikan oleh PERKESO hanya merangkumi kemalangan yang berlaku
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
semasa waktu kerja ataupun kegiatan bekerja diklasifikasikan sebagai bencana kerja. Jadi, mohon pencerahan daripada kementerian.
Akhir sekali, Butiran 030300 – Hal Ehwal Kesatuan Sekerja dan juga Butiran 041100.
Saya ingin menyentuh kebajikan pekerja gig di Malaysia dan juga kesatuan pekerja.
Dianggarkan ada lebih kurang 1.16 juta pekerja gig di Malaysia dan saya maklum bahawa wujudnya beberapa persatuan yang menaungi pekerja gig. Contohnya, Persatuan Penghantar Barang dan banyak lagi seumpamanya yang ditubuhkan secara tidak rasmi bertujuan untuk melindungi hak dan juga kebajikan pekerja, tapi kita tahu tak ada gunanya kewujudan kesatuan ini selagi mana rang undang-undang pekerja gig tidak digubal.
Jadi, saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah perkembangan rang undang- undang pekerja gig ini dan apakah sasaran kementerian untuk mewujudkan kesatuan sekerja pekerja gig untuk membela nasib mereka ini yang ramai di luar sana? Itu sahaja. Terima kasih, Yang Berhormat Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Masjid Tanah. Saya jemput Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia Madani, salam Rahmah. Puan Pengerusi, saya ucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk membahaskan ‘RUU dasar’ Belanjawan 2025 Kementerian Sumber Manusia.
Saya ingin turut terus pergi ke Butiran 00600 – Pembangunan Kemahiran yang mendapat peruntukan sebanyak RM509 juta iaitu kenaikan sebanyak RM121 juta berbanding dengan tahun sebelumnya. Ini satu kenaikan yang sangat besar dan sudah pasti kita inginkan maklumat daripada pihak kementerian, ke manakah peruntukan ini akan dibelanjakan? Walaupun sudah pasti ianya bertujuan untuk meninggikan ataupun menaikkan kemahiran di kalangan tenaga pekerja di Malaysia ini.
Di Shah Alam, Puan Pengerusi, ada sebuah institut yang dinamakan sebagai CIAST ataupun Center for Instructors and Advanced Skill Training, ataupun Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan. Sangat penting pusat latihan ini kerana dia melatih tenaga-tenaga pengajar yang sudah pastinya akan di-deploy, diagih-agihkan kepada pusat-pusat latihan seperti TVET dan seumpamanya.
Saya ingin tahu, berapakah sumbangan yang diberikan oleh CIAST kepada melahirkan tenaga-tenaga pengajar yang diperlukan dalam institut-institut kemahiran yang ada di dalam negara kita ini? Kerana, dalam CIAST juga, sebahagian daripada mereka ini apabila keluar ia tidak semestinya menjadi tenaga pengajar. Ada sebahagiannya menjadi usahawan dan sebahagiannya bekerja dengan orang lain juga. Jadi, kalau tujuannya adalah untuk melahirkan tenaga-tenaga pengajar yang sememangnya diperlukan untuk industri seperti TVET, sudah tentu kita perlu melihat kembali fungsi CIAST itu.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Selain daripada CIAST, apakah lagi institusi seumpamanya yang juga berfungsi sebagai melahirkan tenaga pengajar kepada institut-institut kemahiran yang diperlukan dalam negara kita ini?
CIAST bertumpu kepada bidang-bidang seperti elektronik, mekatronik, pengeluaran, kimpalan, automotif, machining dan seumpamanya. Bagaimana ia boleh berfungsi untuk melahirkan tenaga-tenaga mahir, meningkatkan kecekapan mereka dalam industri yang diperlukan di dalam negara kita ini untuk memastikan bahawa kita boleh mengalih perhatian ramai dalam negara kita ini yang mungkin agak alergi dengan pekerjaan yang melibatkan 3D- dirty, dangerous and difficult, yang kotor, bahaya dan juga susah? Sedangkan, pengangguran dalam negara kita ini, sebagaimana yang disebut oleh beberapa orang Ahli Dewan Rakyat sebentar tadi, masih lagi agak tinggi iaitu berjumlah 558,000 orang penganggur.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Walaupun ada penurunan daripada dua tahun sebelumnya, daripada 3.6 peratus kepada 3.2 peratus pada Ogos tahun ini, tetapi jumlah itu masih besar dan kita masih terlalu bergantung kepada tenaga pekerja dari luar negara. Sehubungan dengan itu, Butiran 08300 – Pengurusan Perburuhan dan Pekerjaan yang juga mendapat peruntukan yang tinggi iaitu kenaikan berjumlah RM211 juta daripada RM31 juta kepada RM242 juta. Satu jumlah peningkatan yang terlalu besar.
Jadi saya ingin tahu, apakah peruntukan ini dapat memastikan bahawa kita menangani isu-isu yang berkaitan dengan pengangguran dan kebergantungan kepada tenaga buruh asing ini? Di manakah peruntukan ini akan dibelanjakan untuk pengetahuan kita semua?
Yang terakhir Tuan Pengerusi ialah berkenaan dengan Butiran 030200 – Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Saya ingin hendak menyebut tentang satu firman Allah SWT dalam Al-Quran, Surah Al-Qasas ayat 73. Maksudnya, antara rahmat pemberian-Nya, Dia menjadikan untuk kamu malam dan siang agar kamu beristirahat pada malam hari dan mencari pekerjaan pada siang hari agar kamu bersyukur. Secara nature nya memang kita bekerja siang, malam itu untuk istirahat, tetapi saya cukup bersimpati dengan sebahagian daripada warganegara kita yang terpaksa bersengkang mata bekerja pada waktu malam atas sebab-sebab yang tertentu, keperluan tertentu seperti mereka yang bekerja dalam industri kesihatan, klinik, hospital, tetapi mereka tidak mendapat pembelaan yang sepenuhnya.
Mungkin ada keperluan untuk hendak melihat, elaun yang sesuai dengan pengorbanan yang mereka lakukan. Begitu juga dengan mereka yang bekerja mengikut syif dalam industri-industri yang tertentu. Jadi saya mohon perhatian daripada pihak kementerian untuk melihat aspek-aspek pengorbanan daripada mereka yang terpaksa bekerja di luar dari waktu kebiasaan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya jemput Yang Berhormat Dungun.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi ruang kepada saya untuk berbahas di Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Sumber Manusia.
Saya rujuk kepada Butiran 020100 – Pembangunan Tenaga Manusia. Saya sangat mengharapkan agar kementerian menjadi pemacu dalam bidang TVET, untuk melihat satu impak yang besar kementerian perlu menyatukan seluruh penyedia TVET agar program yang ditawarkan relevan dengan permintaan semasa industri. Kita tidak mahu melihat ketidakseimbangan graduan TVET. Ada sesetengah graduan program yang menjadi lambakan dan ada juga yang ketidakcukupan dalam industri tertentu. Moga Majlis TVET Negara boleh membantu isu ini agar anak-anak muda di luar sana dapat memenuhi kelompangan industri mengikut permintaan semasa.
Keluaran graduan TVET telah- oleh penyediaan TVET negara mahupun kerajaan atau swasta, banyak menghasilkan tenaga kerja separa mahir. Dalam proses untuk membina Malaysia sebagai negara maju, seharusnya pekerja berkemahiran asas dan juga berkemahiran tinggi diberikan penekanan. Negara kita masih lagi cuba untuk mengadaptasi dengan Industri 4.0 yang lebih memberi penekanan kepada analisis Big Data, teknologi robot, artificial intelligence, hingga internet of things. Negara seperti Jepun dan German sudah mula bergerak ke arah Industri 5.0. Oleh itu, pohon juga diperkenalkan kurus-kursus TVET yang berkaitan teknologi supaya negara dapat mencapai Industri 5.0 Butiran 030200 – Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Suka saya untuk bertanya kepada kementerian berkaitan penguatkuasaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Adakah kementerian telah merangka program yang sewajarnya bagi memastikan akta ini mampu dikuatkuasakan dengan baik? Adakah benar cadangan menswastakan Bahagian Penguatkuasaan JKKP, mohon pencerahan?
Di samping itu juga, peranan Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP). Melalui akta yang telah dipinda terdapat pertambahan ahli dalam MNKKP. Walaupun begitu, difahamkan sehingga kini belum ada lagi mesyuarat MNKKP dilaksanakan sejak Menteri yang baharu dilantik. Mohon penjelasan.
Butiran 040500 – Elaun Pelajar Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia.
Kita sering dengar pelajar TVET kurang mendapat tempat, kurang pengambilan dan segala-galanya kurang, tetapi kali ini ia dilihat berkaitan dengan elaun pelajar. Dilihat tiada pertambahan. Oleh itu di manakah peranan kementerian untuk memperkasa kemahiran TVET. Jika kita lihat kepada faktor utama yang menyebabkan pelajar-pelajar memilih untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi selepas SPM, di antaranya ialah kerana elaun pelajar TVET dan juga pohon, pihak penyedia TVET juga didapati sukar mendapatkan peserta kerana masalah yang dibicarakan tadi.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Kesimpulannya, kementerian perlu memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan kesejahteraan tenaga kerja negara, memperbaiki pasaran pekerjaan serta meningkatkan kemahiran dan produktiviti rakyat Malaysia.
Akhir, Butiran 060200 – Kepengerusian ASEAN 2025, “ONE-OFF” dengan RM3,840,000. Boleh dinyatakan, apakah keperluan perbelanjaan ini? Terima kasih Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Saya jemput Yang Berhormat Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuan Pengerusi, izinkan saya untuk membahaskan bajet Jawatankuasa ini di bawah Kementerian Sumber Manusia yang diperuntukkan RM1.8 bilion dan saya juga mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Sumber Manusia yang hadir pada hari ini.
Puan Pengerusi, beberapa butiran saya hendak sebut. Yang pertama ialah Butiran 030000 – Pengurusan Perburuhan Negara dan Butiran 030100 – Tenaga Kerja.
Kalau tidak silap saya, kita dibekalkan pekerja oleh lebih kurang 51 buah negara sumber. Mungkin ada perubahan, saya minta jelaskan daripada kementerian. Berapakah negara-negara sumber sekarang yang membekal tenaga kerja kepada negara kita?
Berapakah bilangan tenaga kerja yang dibekalkan oleh negara berkenaan mengikut kategori 3D dan sebagainya? Berapakah anggaran pekerja asing tanpa izin (PATI) di negara kita dan berapakah sindiket pengambilan pekerja yang semata-mata mencari keuntungan yang telah diambil tindakkan oleh kerajaan?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya mendapat banyak aduan daripada pekerja tempatan yang mengatakan terdapat banyak- syarikat-syarikat supermarket yang membuang pekerja tempatan dan mereka lebih berminat mengambil pekerja asing kerana mereka tidak mahu membayar SOCSO dan mereka tidak mahu bayar EPF yang dicadangkan. Boleh ugut pekerja asing, mungkin kalau tidak dengar cakap mereka, mereka akan hantar balik. Di Chow Kit sahaja Puan Pengerusi dan Menteri, kita boleh lihat.
Dahulu saya lihat pekerja-pekerja tempatan bekerja, hari ini pekerja-pekerja asing.
Tidak perlu saya sebutkan daripada mana. Saya ingin bertanya, berapakah jumlah wang negara yang mengalir ke negara-negara asing ini dan yang suatu ketika dahulu melibatkan berbilion-bilion Ringgit? Apakah antara usaha kerajaan dalam menyekat aliran wang negara ke luar negeri?
Butiran 030200 – Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Akhir-akhir ini banyak kes insiden ataupun kemalangan jenayah yang dilakukan oleh pekerja asing terhadap pekerja tempatan. Saya ingin tahu, adakah kerajaan ataupun Kementerian Sumber Manusia
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
mempunyai data tentang penyakit-penyakit yang di kategori sebagai ‘penyakit pekerjaan’ atau disebabkan tekanan mereka dalam atau semasa menjalankan pekerjaan? Ini keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Apa antara penyakit-penyakit yang dikategorikan sebagai ‘penyakit pekerjaan’? Berapa kos yang terlibat dalam menangani ‘penyakit-penyakit pekerjaan’ yang ditanggung oleh kementerian dan kerajaan?
Ada negara luar yang secara serius menangani ‘penyakit pekerjaan’ di kalangan pekerja-pekerja mereka. Umpamanya Turkiye, mereka mempunyai hospital pekerjaan sendiri. Apakah kerajaan bercadang untuk membolehkan- menubuhkan hospital khas untuk pekerja-pekerja tempatan? Di samping pusat pemulihan ataupun rehabilitasi center di bawah PERKESO yang cukup berkesan dilaksanakan di bawah Kementerian Sumber Manusia pada hari ini.
Yang Berhormat Pengerusi, Butiran 09300 – Pusat Latihan Pengajar dan Latihan Lanjutan (CIAST). Persoalan saya, kenapa pada tahun 2025 CIAST dinafikan kewujudannya dan peruntukan daripada RM2.7 juta tahun 2023, RM3.3 juta tahun 2024, tetapi pada tahun 2025 hanya diperuntukkan RM100 ribu sahaja? Betul, Yang Berhormat Menteri ya?
Apakah sebab-sebab yang membuatkan peruntukan kepada pusat latihan ini diturunkan begitu mendadak? Sedangkan pusat latihan ini ataupun CIAST ini mempunyai kolaborasi yang cukup baik dengan jabatan-jabatan ataupun kementerian yang punya kemahiran dan teknikal. Adakah pusat ini tidak berperanan atau tidak percaya kepada mereka, kepada pakar-pakar tempatan? Apakah akan terjadi dengan bangunan CIAST yang tersergam indah di Bangi berhampiran dengan Universiti Kebangsaan itu yang menjadi kebanggaan rakyat tempatan?
Saya pernah pergi ke sana Yang Berhormat Menteri dan saya bangga kerana agensi- agensi kerajaan lain seperti Kerja Raya, Alam Sekitar dan sebagainya berperanan membimbing, mendidik pelatih-pelatih sumber tenaga kerja mahir di negara kita bagi mereka memberikan sumbangan kepada pekerja tempatan.
Adakah sebenarnya kerajaan mempunyai cadangan lain, mungkin untuk mengambil pekerja ataupun pelatih-pelatih mahir daripada negara asing? Saya kalau ini berlaku, sebenar ini lah suatu kemalangan yang cukup besar dan saya minta Menteri sebagai seorang yang bertanggungjawab, pastikan supaya pusat latihan seperti ini perlu kita pertahankan.
Kerana bukan sahaja kita mempunyai pelatih-pelatih ataupun tenaga pengajar mahir di negara kita sendiri, anak tempatan sendiri dan kita dapat melatih, melibatkan agensi-agensi bersama di bawah kementerian-kementerian yang lain bagi kita melahirkan tenaga kerja mahir yang akhirnya, mereka akan jadi pelatih kepada negara kita. Saya tidak mahu menjadi seperti mana cadangan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, mengimport tenaga mahir dari Singapura untuk melatih tenaga di negara kita.
Tuan Pengerusi, saya ucapkan terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Maran. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Puan Pengerusi.
Bunga melur harum di taman, Mekar indah menyeri desa; Kerajaan MADANI KESUMA nyaman, Bela rakyat demi negara. Jadi, dengan merujuk Butiran 020000 – Pembangunan Modal Insan; sub Butiran 020100 – Pembangunan Tenaga Manusia dan Butiran 020200 – Pembangunan Kemahiran dan Pengiktirafan.
Jadi, hari ini kita berada di persimpangan era transformasi yang bakal menentukan masa depan tenaga kerja dan juga ekonomi negara kita. Jadi, izinkan saya mulakan dengan memberikan penghargaan kepada Talent Corp. atas inisiatif mereka berpandangan jauh dalam melancarkan kajian penting mengenai kesan AI pendigitalan dan juga ekonomi hijau terhadap tenaga kerja di bawah KESUMA.
Saya memuji inisiatif Talent Corp yang telah melancarkan beberapa kajian dan juga penerbitan melalui MyMahir. Memahami permintaan tenaga kerja dan juga mengenal pasti sektor-sektor kritikal adalah penting untuk Malaysia berjaya dalam era digital ini. Jadi, kewujudan AI adalah untuk mengubah dan juga memperkasakan rakyat, tetapi untuk memastikan transformasi ini berjaya, kita mesti bertindak pantas dan yang paling penting, strategik. Ekonomi global sedang berubah.
Menjelang 2030, AI dijangka menyumbang sebanyak 15.7 trilion Dolar kepada ekonomi dunia. Negara-negara yang mengambil tindakan tegas hari ini akan menuai hasilnya pada masa depan. Jadi, di Malaysia perlu mengubah naratif. AI tidak akan menggantikan kita, ia akan membawakan kita ke tahap yang lebih tinggi. Jadi, dengan latihan yang betul dan dasar yang sesuai, saya percaya pekerjaan pasti tidak akan hilang. Sebaliknya, ia akan berkembang.
Sebagai contoh, Forum Ekonomi Dunia menganggarkan bahawa 97 juta peranan baharu boleh muncul secara global seiring kemajuan AI dan juga automasi. Peranan yang memerlukan inovasi kreativiti dan juga kemahiran untuk menyelesaikan masalah. Masa untuk bertindak adalah sekarang. Jadi, di bawah Menteri KESUMA, kita mempunyai peluang yang cukup unik untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju dalam revolusi digital ini.
Jadi, saya menyeru Yang Berhormat Menteri untuk menjawab satu persoalan penting iaitu adakah Menteri Kementerian KESUMA akan memperuntukkan sumber tambahan untuk melatih semula dan juga meningkatkan kemahiran rakyat Malaysia bagi pekerjaan masa depan, selaras dengan aspirasi pendigitalan dan AI? Kita perlu melabur dalam rakyat Malaysia. Rakyat kita merupakan sumber yang terbesar. Jadi, untuk memastikan bahawa rakyat Malaysia bersedia untuk menghadapi gelombang transformasi yang bakal tiba, dengan izin, AI is no match for ignorance. Therefore, we must empower our own Malaysian workforce.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Tidak boleh ada sebarang kompromi di sini.
Jadi, ini bukan tentang dasar atau angka. Ia adalah tentang keluarga kita, komuniti kita dan juga Malaysia yang kita ingin bina. Jadi, bayangkan masa depan, di mana anak-anak kita cemerlang dalam industri berasaskan AI Ini bukan sekadar impian, tetapi ini adalah realiti dalam jangkauan kita jika kita bersedia untuk melabur dalam diri kita sendiri. Jadi, kita perlu pastikan tiada rakyat Malaysia yang ketinggalan dalam revolusi digital ini.
Jadi, bersama-sama kita perlu membina tenaga kerja yang bukan sahaja bersedia untuk masa depan, tetapi juga untuk membawa semangat Malaysia. Jangan biarkan ketakutan terhadap mesin-mesin robot jahat seperti yang digambarkan dalam filem Matrix, Blade Runner ataupun Terminator mempengaruhi kita. AI bukanlah musuh, tetapi alat yang berkuasa, yang jika digunakan dengan bijak, boleh memberi manfaat yang cukup besar dalam komuniti kita. AI mempunyai potensi untuk meningkatkan pendidikan, penjagaan kesihatan, perkhidmatan awam dan pelbagai aspek kehidupan harian.
Kuncinya terletak dalam pemahaman cara menggunakan AI secara bertanggungjawab dan berkesan. Semoga ini menjadi permulaan perjalanan yang mengaspirasikan untuk semua rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya jemput Yang Berhormat Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Terima kasih Yang Berhormat Puan Pengerusi. Memulakan perbahasan, saya ingin memetik kata-kata bijak pandai dan pujangga, “Sekiranya esok kiamat dan di tangan kita sekarang ini ada benih, maka tanamlah benih itu”. Ini memberikan makna bahawa kita mestilah berusaha untuk memperbaiki diri kita dengan membuat apa juga pekerjaan yang kita boleh lakukan selagi kita termampu.
Yang Berhormat Puan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 020100 iaitu peruntukan bagi Pembangunan Tenaga Manusia.
Soalan saya, berapakah peratusan tenaga mahir di negara kita ini, yang profesional, yang bekerja di luar negara dan apakah sebab mereka bertindak sedemikian sedangkan negara kita sendiri didatangi oleh ramai pekerja asing?
Dalam mengimbangi prospek antara teknologi AI dan pasaran pekerjaan masa depan di mana pekerja tertentu mungkin terpaksa digabung atau digantikan. Apa hala tuju dan strategi KESUMA daripada segi persediaan tenaga bakat mahir AI termasuk meningkatkan kemahiran semula di mana kira-kira 6,000 pekerja dijangka terkesan dalam tempoh tiga hingga lima tahun sektor revolusi AI, digitalisasi dan ekonomi hijau? Apakah hasil kajian impak AI, digital, ekonomi hijau terhadap tenaga kerja Malaysia melalui platform MyMAHIR?
Dan juga saya ingin menyentuh apakah inisiatif yang kerajaan boleh beri kepada warganegara Malaysia yang bekerja dengan syarikat-syarikat luar negara, tetapi mereka duduk di negara kita, tidak duduk di luar? Mereka ini terdiri daripada Jurutera Perisian-
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Software Engineer yang mana mereka menghadapi beberapa kesukaran terutama daripada segi masa bekerja.
Contohnya sekiranya seorang Software Engineer itu, dia bekerja di Malaysia, sekarang ini waktu malam sedangkan dia bekerja dengan syarikat yang berpangkalan di Belanda, Eropah ke, Amerika Latin ke, di sana siang. Jadi dia terpaksa berjaga malam. Ada tak KESUMA memberikan inisiatif kepada mereka ini yang menghadapi pada saya, ada kesukaranlah ya sebab perbezaan masa itu. Untuk makluman, mereka ini juga membayar cukai pendapatan untuk pendapatan kerajaan.
Saya tidak tertinggal untuk menyebut, menyentuh tentang ekonomi gig. Apakah perincian mengenai bilangan pekerja gig yang mempunyai caruman aktif di pelbagai platform penyediaan perkhidmatan termasuk sektor penghantaran barangan atau makanan dan pengangkutan penumpang.
Sekarang ini trend kepada pekerja-pekerja di Malaysia ini terutama anak-anak muda, mereka memilih untuk bekerja di bidang ini kerana menggunakan talian telefon dan sebagainya dan pendapatannya pun agak memberangsangkan. Nampaknya mereka sudah tidak berapa berminat untuk sektor pertanian. Oleh sebab itu, ramai tenaga buruh dari luar negara membanjiri pelosok negara kita di luar bandar, dalam bandar, pinggir bandar, untuk mengambil alih tempat dia, yang ditinggalkan oleh pekerja-pekerja tempatan tadi.
[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) mempengerusikan Jawatankuasa] Jadi, apa tindakan KESUMA terhadap pekerja-pekerja asing sama ada mengadakan aktiviti pemutihan, pemeriksaan pasport ataupun pas pekerjaan yang telah tamat tempoh dan adakah ianya dijalankan mengikut secara berkala, lebih kerap lagi supaya kehadiran mereka ini sah di sisi undang-undang dan tidak menimbulkan kegusaran rakyat tempatan sendiri?
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Seterusnya, sila Yang Berhormat Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Butiran 020100. Adakah kerajaan akan mereformasikan sistem pengambilan pekerja asing?
Sebelum ini ada kajian yang dilakukan oleh pakar-pakar yang dikepalai oleh Dato' Seri Hishamudin Yunus, mantan Hakim Mahkamah Rayuan dan kini tidak silap, merupakan Pengerusi SUHAKAM. Melalui kajian tersebut, ia mencadangkan supaya Kementerian Sumber Manusia dipusatkan kuasa berkenaan reformasi isu pengambilan pekerja asing.
Saya difahamkan pada hari ini, kuasa tersebut telah pun diturunkan kepada Kementerian Dalam Negeri. Kalau kita baca laporan yang dibuat oleh pakar-pakar ini, ia
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
menunjukkan ada pertindihan kepentingan yang akhirnya menyebabkan eksploitasi berlaku dan akhirnya rakyat yang susah dan juga ada isu, dengan izin, human trafficking. Saya ingin mencadangkan supaya Kementerian Sumber Manusia mengambil alih isu pengambilan pekerja asing supaya reformasi yang menyeluruh dapat dilakukan dan mengambil kira pandangan yang dikeluarkan oleh Dato' Seri Hishamudin, SUHAKAM dan beberapa badan sivil yang lain supaya isu ini dapat direformasikan secara menyeluruh.
Pada masa yang sama, saya ingin mencadangkan supaya kementerian memantau syarikat-syarikat yang kini diberikan tanggungjawab untuk membawa masuk pembantu rumah kerana walaupun di atas kertas, mereka hanya secara maksimum boleh mengenakan caj RM15,000, tetapi di lapangan, banyak rakyat akhirnya akan dikenakan caj jauh lebih tinggi. Minimum jadi RM15,000, ada yang mencecah RM20,000 ke RM25,000. Walhal mereka ini datang daripada golongan pertengahan yang memerlukan pembantu rumah kadangkala untuk menjaga dua ke-tiga orang anak mereka dan saya rasa perkara ini akhirnya menyebabkan kesulitan yang lebih besar bagi mereka.
Itu yang pertama. Kedua, Butiran 041000. Adakah kerajaan bercadang untuk mereformasi industri gig? Persoalan saya, saya difahamkan bahawa kerajaan dalam proses untuk menyiapkan undang-undang khas bagi industri gig. Adakah kerajaan akan mewajibkan majikan untuk memberikan KWSP bagi pekerja-pekerja gig?
Saya faham walaupun pekerja gig ini ada klasifikasi mereka tersendiri, mereka bukan pekerja tetap, tetapi apabila mereka bukan pekerja tetap pada hari ini, itulah yang diguna pakai untuk mengeksploitasi pekerja gig. Mereka bukan kerja tetap, tetapi diharapkan membuat beban kerja seperti pekerja tetap.
Sebab itu kita lihat bagi sektor platform e-hailing contohnya.Pelbagai jenis KPI dikenakan ke atas mereka sampai ada pemandu yang sanggup tidak ikut peraturan trafik kerana mereka bergegas untuk hantar makanan. Kalau lewat sedikit, habis kena demerit. Ini semua menunjukkan dengan peraturan-peraturan dan proses untuk menginstitusikan kerja tersebut ia seperti pekerja tetap, tapi saya faham kita tidak perlu kenakan kadar KWSP yang sama seperti pekerja tetap. Kita boleh ikut modal yang telah diguna pakai di Singapura contohnya di mana permulaan hanya enam peratus, tidak banyak. 2.5 peratus daripada pencarum iaitu pekerja dan lagi 3.5 peratus yang diwajibkan majikan untuk bayar.
Sekurang-kurangnya apabila mereka bersara nanti, akan adalah sedikit wang yang boleh diguna pakai. Kalau tidak, kosong atau mengharapkan mereka sahaja dan majikan tidak perlu membuat apa-apa bayaran sekali pun. Saya harap ini merupakan salah satu cadangan yang disertakan sekali dalam proses kerajaan menyiapkan undang-undang ataupun badan yang akan menjaga dan membela hak pekerja gig di Malaysia dan saya ingat model di Singapura boleh dijadikan salah satu contoh.
Yang ketiga, Tuan Pengerusi, adalah berkait rapat dengan isu internship berbayar bawah TalentCorp. Saya difahamkan sekarang TalentCorp ada sedikit peruntukan untuk isu internship berbayar. Ada dua cadangan susulan.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Pertama sekali, saya berharap bahawa kerajaan boleh menguatkuasakan SOP dalam badan kerajaan khususnya kementerian dan agensi yang mewajibkan agensi dan kementerian untuk membayar intern, intern yang telah pun mereka ambil. Ini ada SOP dan saya tahu Yang Berhormat Menteri pun tahu kerana ini dilaksanakan pada tahun 2019 dan kita usahakan bersama.
Sekurang-kurangnya melalui agensi dan kementerian, mereka boleh walk the talk dan dari situ, kita mungkin boleh pujuk kepada syarikat swasta untuk lakukan perkara yang sama. Saya difahamkan pada hari ini, bagi sektor swasta walaupun tidak diwajibkan, tetapi boleh mendapat insentif bawah Kementerian Sumber Manusia, tetapi jumlah insentif tersebut masih sangat kecil ataupun the pool of funds dengan izin, sangat kecil.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Saya berharap bahawa Yang Berhormat Menteri mungkin kalau tidak pada tahun depan, tetapi melalui persediaan belanjawan akan datang boleh memastikan bahawa the pool of funds itu jauh lebih besar supaya akhirnya lebih banyak rakyat, anak-anak muda dapat memanfaatkan isu internship berbayar kerana ini isu yang sangat penting.
Kalau anak muda itu tidak dapat pengalaman melalui internship tersebut, agak sukar untuk mereka panjat tangga ekonomi daripada golongan B40 ke M40 jika nak dibandingkan dengan orang lain yang boleh dapat pengalaman yang agak luar biasa kerana mereka mungkin tidak perlu dapat satu sen pun daripada pembayaran internship kerana keluarga mereka mampu taja mereka. Ini tiga perkara yang saya mohon penjelasan. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Muar. Seterusnya, sila Yang Berhormat Kuantan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 020000 – Pembangunan Modal Insan.
Antara tumpuan kerajaan pada masa ini berkaitan dengan TVET dan pelbagai insentif diberikan dan peruntukan yang diberikan berkaitan TVET amat besar. Namun, terdapat pertindihan fungsi dan kurang penyelarasan institusi berkaitan TVET kerana merangkumi beberapa kementerian. Persoalannya, apakah langkah pihak kerajaan bagi mengatasi perkara ini?
Kita sering bercakap keperluan untuk menyediakan tenaga kerja yang kompeten serta boleh menguasai teknologi terkini termasuk AI. Memetik laporan media masa, pada bulan Julai lepas, Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Belia Berkemahiran menyatakan peralatan di institusi TVET adalah lapuk dan kurang peralatan moden sejajar dengan keperluan industri semasa dan teknologi terkini.
Adakah tenaga pengajar TVET juga telah dilatih dengan perkembangan teknologi AI?
Apakah usaha pihak kementerian untuk menjalinkan kerjasama dengan pihak industri bagi memberikan pendedahan kemahiran secara langsung di lapangan industri kepada pelajar dan lepasan TVET?
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Antara institusi pendidikan TVET berkaitan keterjaminan makanan ialah kolej pertanian dan kolej perikanan. Kebiasaannya, peluang pekerjaan di sektor ini di kawasan luar bandar dan jika mereka nak buat sendiri, contohnya tanam sayur atau ternakan ikan, sudah pasti perlukan modal. Soalan saya, adakah kerajaan menyediakan mekanisme pemadanan pekerjaan atau platform untuk membantu graduan TVET di sektor ini mendapatkan peluang pekerjaan kelak? Apakah bentuk sokongan atau insentif kewangan yang disediakan kepada graduan TVET dalam sektor pertanian dan perikanan untuk memulakan perniagaan atau pekerjaan sendiri?
Dato’ Pengerusi, saya seterusnya pergi kepada Butiran 030200. Buat masa ini, manfaat caruman PERKESO terhad sehingga 60 tahun.
Sekali lagi, saya mohon pertimbangan pihak kerajaan untuk mengkaji had umur manfaat caruman dinaikkan selari dengan purata usia rakyat Malaysia sekitar 70 tahun. Jika ianya disebabkan masalah kewangan, saya mohon perincian berkaitan jumlah penerimaan premium PERKESO dan jumlah tuntutan yang dikeluarkan mengikut tahun bagi tahun 2020 hingga 2024 secara bertulis.
Berkenaan kes kartel, pemalsuan tuntutan PERKESO, adakah audit dalaman diadakan secara berkala termasuk melibatkan jemaah doktor? Apakah tindakan pihak kementerian bagi mengelakkan kes seperti ini berulang pada masa akan datang? Saya berharap sekiranya SOP tuntutan akan dikemas kini dan diperketat, jangan sehingga menyusahkan dan menidakkan hak pencarum.
Masih pada butiran yang sama, 030200. Ketika ini, ramai pekerja terlibat dalam sektor gig ekonomi khususnya pemandu e-hailing dan penghantar makanan, mereka sangat terdedah dan berisiko dengan kemalangan jalan raya.
Soalan saya, sejauh mana penglibatan agensi seperti NIOSH dan JKPP bagi golongan ini? Juga dengan pekerja dalam sektor perladangan, pertanian dan penternakan secara kecil-kecilan, adakah mereka juga didedahkan dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan?
Seterusnya, 040400 – Majlis Perundingan Gaji Negara. Kita juga ingin minta pihak kementerian dalam satu kajian bagi kenaikan gaji kakitangan, perlu ada satu- tangga gaji khusus bagi mereka yang gajinya sudah melepasi gaji minimum yang diumumkan agar mereka juga merasai setiap pengumuman yang dibuat oleh kerajaan.
Seterusnya, Butiran 030300 dan 030500. Kita sedia maklum peranan kesatuan sebagai penghubung dengan majikan dalam aspek kebajikan. Soalan saya, berapa bilangan kesatuan sekerja di negara kita yang aktif? Bilakah pekerja di sektor ekonomi gig seperti e- hailing dan penghantar makanan serta sektor pendidikan digital turut diberi ruang menubuhkan kesatuan-kesatuan mereka?
Saya juga difahamkan, terdapat kes di mahkamah perusahaan yang mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri, apakah faktor yang menyebabkan proses perbicaraan terlalu lama?
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Akhirnya Dato’ Pengerusi, saya mendapat aduan daripada orang awam di mana pekerja Islam yang terlibat dalam urusan berkaitan arak seperti mana menerima transaksi pembayaran di kaunter. Kepada Yang Berhormat Menteri, untuk makluman bagi orang Islam, urusan arak itu adalah haram. Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana ia berkaitan dengan hukum halal dan haram, dosa serta pahala. Sebagaimana hadis Rasulullah SAW, riwayat At- Tirmizi, “Rasulullah melaknat 10 orang yang berkaitan dengan arak, yang memerah, yang meminta perah, yang minum, yang membawa, yang dibawa kepadanya, yang menuang, yang menjual, yang memakan hasil jualan, yang membeli dan yang dijual untuknya.” Saya berharap pihak KESUMA dapat berbincang dengan agensi berkaitan seperti JAKIM dan Menteri Hal Ehwal Agama untuk mendapat panduan dan mencari penyelesaian terbaik. Boleh buat syarat juga kepada pasar raya, contohnya menyediakan kaunter khas yang dijaga khusus oleh bukan Islam, menguruskan semua urusan berkaitan dengan arak.
Kita sebagai pemimpin yang dilantik akan dipertanggungjawabkan nanti. Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Sila Yang Berhormat Wangsa Maju.
Tuan Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Saya terus merujuk kepada Butiran 020000 – Pembangunan Modal Insan dan juga Butiran 00600 – Pembangunan Kemahiran. Susulan laporan Bank Dunia, MEM Ke-30 dikeluarkan Oktober 2024 baru-baru ini timbul kebimbangan mengenai nasib dan masa depan sektor pekerjaan mahir di Malaysia.
Ada beberapa aspek yang dilaporkan. Isu under employment menarik perhatian saya di mana individu yang berpendidikan tinggi, berkemahiran tinggi, tetapi bekerja separa mahir ataupun berkemahiran rendah. Di Malaysia, under employment rate meningkat, dengan izin, meningkat daripada 27.2 peratus pada 2010 kepada 37.3 peratus pada 2022.
Tahun 2023, hanya 48,700 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi ditawarkan berbanding dengan 287,000 graduan baharu. Jumlah peluang pekerjaan berkemahiran tinggi ini tidak bertambah sejak 2018. Akhir suku pertama tahun ini, dilaporkan hanya 24.9 peratus pekerjaan berkemahiran tinggi berbanding dengan 62.9 peratus pekerjaan separa mahir dan 12.7 pekerjaan berkemahiran rendah.
Untuk meletakkan Malaysia setanding dengan negara-negara OECD, kita perlu ada sekurang-kurangnya 35 peratus tenaga buruh berkemahiran tinggi yang mana pada masa ini jumlah tenaga berkemahiran tinggi di Malaysia hanya 25 peratus. Ironinya, walaupun kita mengalami isu under employment ini, lebih 40 peratus syarikat sektor pembuatan dan perkhidmatan dilaporkan sukar mencari pekerja yang ada berkemahiran generik.
Tuan Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
Dengan perkembangan teknologi AI, digital dan green economy, dianggarkan lebih kurang 620,000 pekerjaan melibatkan 18 peratus pekerja dalam 10 sektor ekonomi utama dijangkakan akan terkesan dalam tempoh tiga ke-lima tahun lagi. Dengan semua angka ini, sejauh mana Malaysia bersedia dan apakah tindakan segera oleh pihak kerajaan untuk merapatkan jurang sedia ada ini?
Isu ini perlu ditangani secara multidimensional approach kerana kita bukan sahaja perlu lahirkan pekerja berkemahiran tinggi tetapi dalam masa yang sama perlu dipastikan juga peluang pekerjaan yang mencukupi dapat disediakan.
Tuan Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
Latihan upskilling dan reskilling perlu diperhebatkan. Saya maklum agensi-agensi di bawah KESUMA yang telah menjalankan beberapa program latihan termasuklah Penjana Kerjaya, MyFutureJob, MyMAHIR dan juga Upskill Malaysia. Ini adalah antara program- program yang dijalankan oleh KESUMA, tetapi sejauh mana maklumat mengenai peluang latihan ini dapat diakses oleh rakyat dan majikan? Mengapakah tidak disepadukan dalam satu one-stop center platform untuk memudahkan pencari kerja dan juga pihak majikan?
Inisiatif kerajaan seperti latihan upskilling dan reskilling percuma, pemberian elaun serta insentif kepada individu dan majikan yang terlibat perlu diberi pujian. Namun, nampaknya masih belum mampu menyelesaikan isu mismatch dan underemployment ini.
Lakukan kajian keberkesanan untuk tambah baik inisiatif sedia ada di samping tawarkan juga lebih banyak kursus yang pelbagai termasuk latihan kemahiran TVET. Setiap kali kita akan dengar bahawa program TVET ini dikendalikan merentasi 12 kementerian.
Mungkin sekarang masa yang tepat untuk kerajaan secara serius melihat aliran TVET disatukan di bawah satu urus tadbir berpusat.
Mungkin KESUMA kementerian yang paling sesuai. Pendekatan ini akan membolehkan aliran TVET diangkat setanding dengan aliran akademik dan bukan lagi aliran kelas kedua. Syabas kerana telah memperkenalkan platform UP_TVET, berperanan seperti UPU untuk pengajian tinggi. Cuma, saya dapati kursus-kursus dan institut latihan yang tersenarai masih terhad. Pohon, perhatian serius daripada pihak KESUMA.
Belayar rakit di sungai tenang, Sambil mendayung menyanyi riang; Kemahiran dibina cabaran ditentang, Demi negara terus gemilang. Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, Yang Berhormat Wangsa Maju. Sila, Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Pengerusi kerana memberikan peluang pada Kapar membahaskan Bajet 2025 untuk Kementerian Sumber Manusia
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Peringkat Jawatankuasa. Bismillahi Rahmani Rahim. Kerajaan memerlukan pendekatan strategik untuk menilai keberkesanan dan ketelusan peruntukan yang diberikan dan juga mengambil kira syor Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) seperti isu yang disebut- sebutkan di dalam Dewan ini.
Saya merujuk pada Kepala B.46 Kepala P.46 merujuk Butiran 020000 – Pembangunan Modal Insan. Program 020100 – Pembangunan Tenaga Manusia. Kod Objek 10000 RM223,371,500. Kapar juga merujuk Butiran Objek 006000 – Pembangunan Kemahiran sebanyak RM509,335,700 dan Butiran Projek 08300 – Pengurusan dan Pekerjaan yang naik mendadak berjumlah RM242,468,300 ketimbang hanya RM31,569,021 pada tahun ini. Hampir lapan kali ganda. Saya mahu tahu, kenapa mencanak naik.
Perbandingan tahun sebelum ini, peruntukan mengurus Bajet 2025 sebanyak RM1,005,944,400 jauh lebih tinggi daripada tahun 2024 yang tak sampai RM1 bilion. Jadi, kenapakah dan untuk apa? Tumpuan pada isu kritikal. Saya merujuk, Menteri, World Bank Report, “Over quarter of degree holders in Malaysia work in jobs that do not match their qualification.” Saya rasa Menteri pun dah sebut begini, “26.9 peratus degree holders in Malaysia under employed in 2022 banding dengan 2010 hanya 8.6 peratus.” Ramai dah kawan-kawan kita di sini dah sebut tadi. Dari segala high skilled jobs not matching kepada young graduates dan sebagainya. Saya rasa Menteri memang perlu mengambil tumpuan- memberi tumpuan kepada ini, skill shortage dan sebagainya. Dan apa yang saya nak sebutkan ialah di mana World Bank recommends, “aligning education with industry needs,” yang betul-betul ada keperluan, “promoting high skill job creation and providing life long skills to address this challenges.” Jadi, empat orang graduan, satu orang tak kerja sepatut apa yang dia dapat dengan qualification, dengan duit yang dia telah dilaburkan ibu bapanya dan sebagainya.
Bagaimanakah kerajaan memastikan program latihan seperti HRD Corp benar-benar memenuhi keperluan industri? Adakah pihak kementerian mempunyai perancangan holistik merangkumi keperluan, jenis dan kelengkapan kemahiran modal insan negara yang berpendapatan setimpal selari dengan pertumbuhan dan perkembangan dalam negara terutama bagi menampung keperluan Malaysia menuju kepada negara yang maju, berteknologi tinggi, mampan dan sejahtera?
Saya nak minta kementerian fokus juga kepada HRD Corp ni. Menangani- bagaimana nak menangani ketirisan dana atau projek yang gagal? Best practices, good governance sebab bandingkan dengan GLC lain dan sebagainya sudah tentulah Kementerian Sumber Manusia sebagai benchmark melahirkan pekerja-pekerja atau modal insan yang menggunakan good governance dan best practices itu.
Masa sedikit ya. Daripada segi isu pekerja asing itu juga, kita mahu pengurusan dan penguatkuasaan diberi kepada majikan yang menyalahgunakan pekerja asing termasuk isu kerja tanpa dokumen sah atau eksploitasi dan juga ketergantungan tinggi- ekonomi Malaysia yang terlalu tergantung kepada pekerja asing terutama dalam sektor pembinaan dan perladangan tanpa strategi jangka panjang untuk pengurangan kebertanggungan-
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
ketergantungan ini. Juga, saya melihatkan keterangkuman dalam dasar tenaga kerja, golongan rentan, penglibatan golongan wanita, OKU, warga emas dan digitalisasi dan revolusi industri 4.0. Cabaran untuk melatih semula, reskilling tenaga kerja sedia ada bagi menghadapi perubahan dalam teknologi dan automasi.
Menteri, sebab masa dah habis, saya, hari Jumaat lepas, berpeluang untuk pergi ke sebuah syarikat besar di Penang bersama rakan saya, Bayan Baru dan yang lain-lain, di mana kita melihat sendiri, YB Menteri, di mana di dalam syarikat yang besar itu, syarikat automation yang mengeluarkan mesin-mesin automasi, robotik dan sebagainya termasuk medical supply. Yang menariknya, 1,000 pekerja yang mereka ada, 95 percent adalah Engineers. Yang buat design, yang buat secretary dan sebagainya. Dan yang paling menarik bagi saya lah, Menteri, di sana ada pelbagai kaum, pelbagai bangsa dan mereka adalah young skilled workers.
Jadi, bagi saya, ini adalah satu contoh yang saya sedih sedikit di mana, apa yang dia sebutkan, dia kena eksport produk dia kepada luar negara which is good. Maknanya, kita ada branded, tapi syarikat-syarikat dalam negara kita termasuklah kerajaan kita tidak mengiktirafkan kebolehan mereka, branding yang dibuat oleh local companies yang di mana pekerja-pekerja, young graduates, very-very young graduates, tak sampai 30 pun mereka ini semua di dalam kilang ini. Ini yang sepatutnya diberikan insentif, diberikan dorongan, yang digalakkan oleh KESUMA. Jadi, terima kasih, Pengerusi.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Sila, Yang Berhormat Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat petang. Terima kasih, Dato’ Pengerusi. Terima kasih, YB Menteri yang setia menunggu.
Butiran 030000 – Pengurusan Perburuhan Negara. Peruntukan adalah sebanyak RM315 juta pada tahun 2025 berbanding RM301 juta pada tahun 2024. Jadi, umum sudah sedia maklum bahawa KWSP dan PERKESO adalah institusi yang menjaga kebajikan pekerja yang mencarum dengan mereka.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Jadi, soalan saya mudah sahaja. Sejauh manakah kesediaan para penjaja- ini penjaja dan peniaga kecil, penjaja dan peniaga berlesen atau tidak berlesen diwajibkan untuk mencarum PERKESO mulai 1 Januari 2025? Kita dapati bahawa setakat ini saya rasa penglibatan mereka agak kurang sama ada mereka ini kurang pengetahuan ataupun kurang daripada segi pendapatan.
Soalan kedua, seiring usaha untuk memperkasakan jaringan perlindungan keselamatan sosial, apakah usaha berterusan PERKESO dalam meluaskan perlindungan melalui Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) dan juga Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS)?
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Tuan Pengerusi, dalam perniagaan kita ada konsep sales and service- jual dan perkhidmatan. Dalam PERKESO seolah-olah ada konsep sale, tetapi atau dalam erti kata lain pekerja mencarum. Namun, saya mendapat banyak maklumat daripada penjaja-penjaja ataupun penjual ikan di pasar mereka tidak dihampiri oleh pegawai-pegawai PERKESO untuk menawarkan khidmat selepas jualan. Jadi, seolah-olah penjaja, penjual-penjual ikan terutamanya yang berusia tidak mengetahui apakah manfaat daripada caruman. Mereka hanya diminta untuk mencarum sahaja tetapi tidak ditawarkan dengan perkhidmatan yang lebih berkesan.
Jadi, soalan saya adakah PERKESO kekurangan jentera yang cukup untuk menggerakkan perkhidmatan mereka kepada golongan sasar.
Dato’ Pengerusi, saya pergi kepada Butiran 020200 – Pembangunan Kemahiran dan Pengiktirafan sebanyak RM78.4 juta pada 2025 berbanding RM70.8 juta pada 2024.
Jadi, sekarang ini zaman sudah berubah. Kalau dahulu kita dapati bahawa universiti, kolej adalah tempat untuk melahirkan pekerja-pekerja yang hebat, tetapi sekarang ini masuk universiti maka mereka keluar belum tentu dapat pekerjaan malah mereka menanggung hutang PTPTN yang amat banyak. Kalau mereka masuk peringkat Diploma ambil PTPTN, peringkat Ijazah pun ambil PTPTN, maka mereka akan menghadapi masalah keberhutangan yang banyak.
Jadi, mengambil kira hampir 36.8 peratus atau 1.95 juta pekerja di Malaysia yang didapati tidak bekerja setara dengan tahap pendidikan termasuk pekerjaan separa mahir dan berkemahiran rendah, adakah pihak KESUMA memantau jurang antara graduan dan industri serta keberhasilan pekerjaan graduan?
Soalan kedua, apa usaha-usaha keras atau pelan jangka panjang KESUMA bagi menjaga kebajikan dan memudahkan golongan lepasan universiti mendapat pekerjaan yang agak berbaloi?
Soalan ketiga, adakah kerajaan melihat keperluan untuk mengemas kini senarai pekerjaan kritikal Malaysia- MyCOL di bawah Talent Corp untuk menggariskan keperluan sebenar permintaan dan pengeluaran bakat mahir merentas sektor-sektor baharu.
Terakhir, berkaitan dengan TVET. Setakat mana kolaborasi antara institusi TVET dan industri untuk menampung keperluan pekerja-pekerja mahir baharu. Jadi, kalau ikut skala ini daripada segi TVET, dari segi kemahiran berapa skala kita hendak bagi- 1 hingga 10 berapa skala dari segi kolaborasi antara institusi TVET dengan industri? Itu sahaja untuk hari ini.
Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Sila pembahas yang terakhir, Yang Berhormat Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Dato’ Pengerusi, sebelum saya mulakan, saya ingin memuji lah Dato’ Pengerusi.
Pagi tanya soalan, tengah hari berbahas, petang jadi Pengerusi sidang. Saya rasa sebagai backbencher, saya berbanggalah dengan Pengerusi saya. Harap bagi masa yang lebih sedikit...
[Ketawa]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Masa berjalan Yang Berhormat.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya mulakan dengan ucapan tahniah buat KESUMA kerana terdapat peningkatan peruntukan dalam Belanjawan 2025 iaitu daripada RM1.4 bilion pada tahun ini jadi RM1.8 bilion untuk tahun 2025. Pada saya Dato’ Pengerusi, ini menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk memperkasakan modal insan dalam negara dan pada masa yang sama melindungi hak-hak pekerja.
Saya terus merujuk kepada Butiran 030500 iaitu Mahkamah Perusahaan.
Saya ambil peluang ini juga untuk merakamkan pujian kepada Mahkamah Perusahaan kerana ada beberapa keputusan yang telah dilaporkan Dato’ Pengerusi dalam media yang pada saya merupakan keputusan-keputusan yang progresif. Contohnya, ada satu laporan baru-baru ini mengenai pampasan yang diberikan kepada juruterbang atas alasan constructive dismissal dan ada juga satu lagi laporan di mana mahkamah perusahaan telah memuji sebuah syarikat berkaitan kerajaan kerana menamatkan kontrak pegawai yang melakukan gangguan seksual.
Pengerusi Mahkamah Perusahaan dalam kes itu mengatakan bahawa persekitaran kerja yang selamat adalah penting dan sama penting dengan hak untuk hidup ataupun the right to live dalam Perlembagaan Persekutuan.
Saya fikir ini semua- keputusan-keputusan yang progresif, yang baik. Untuk memastikan bahawa mereka yang buat tuntutan di Mahkamah Perusahaan ini dapat keadilan yang sewajarnya Dato’ Pengerusi, maka adalah penting untuk pastikan bahawa Hakim-hakim Mahkamah Perusahaan ini bukan hanya Hakim-hakim yang kompeten, tetapi Hakim-hakim yang dengan izin, best in class.
Jadi, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian. Apakah langkah-langkah yang diambilkan untuk memastikan bahawa mereka yang dilantik menjadi Pengerusi Mahkamah Perusahaan ini adalah mereka yang terbaik? Bagi hakim-hakim yang sedia ada, apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kementerian untuk memastikan kualiti dan kekompetenan mereka dari semasa ke semasa?
Dalam pada masa yang sama, saya juga dapat maklum balas Dato’ Pengerusi bahawa kita tahu sebelum sampai ke Mahkamah Perusahaan, ia akan ada apa sahaja kita panggil proses rundingan damai yang mana penuntut akan membuat ataupun ada satu sesi rundingan bersama dengan syarikat. Saya dimaklumkan bahawa ada segelintir pegawai dalam rundingan-rundingan ini memberikan gambaran kepada penuntut contohnya bahawa mereka tidak mempunyai kes yang kuat dan untuk memberi sedikit tekanan supaya mereka bersetuju dengan penyelesaian tersebut. Bukan semua sudah tentu, tetapi ada segelintir.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Padahal kes itu mungkin kes yang lebih kuat, lebih kukuh, tetapi gambaran yang diberikan itu tidak tepat.
Jadi, saya ingin mendapat maklum balas daripada pihak kementerian untuk melihat kepada perkara ini untuk memastikan bahawa tidak ada situasi seperti ini berlaku jika ia berlaku. Saya juga ada dapat maklum balas bahawa selepas proses rundingan damai ini, jika tidak ada penyelesaian kemudian perkara itu harus dirujuk ke Mahkamah Perusahaan, tetapi saya dapat maklum balas bahawa proses untuk merujuk ke Mahkamah Perusahaan itu mengambil masa yang lama. Ada saya dapat tahu ada lebih kurang dalam lapan hingga sembilan bulan untuk merujuk ke Mahkamah Perusahaan. Jadi, bila masuk Mahkamah Perusahaan itu, prosesnya cepat, tetapi proses untuk merujuk itu yang mengambil masa yang lama.
Jadi, saya berharap bahawa pihak kementerian boleh cuba tengok bagaimana kita boleh kurangkan masa ini. Sebab selalunya orang yang buat tuntutan ini ada sebab mereka hilang kerja ataupun constructive dismissal dan sebagainya. Jadi, kalau terlalu lama juga tidak adil bagi mereka yang menuntut.
Kemudian, saya juga ingin merujuk kepada Butiran 030100 – Tenaga Kerja di mana di sini kita melihat ada peningkatan daripada RM118 juta menjadi RM124 juta untuk tahun hadapan.
Saya ingin bertanya mengenai kes-kes buruh yang telah difailkan dan didengar, apa langkah-langkah untuk memastikan bahawa kes-kes buruh ini ataupun kes-kes di bawah Jabatan Tenaga Kerja ini dapat didengar dengan cepat, dapat diselesaikan dengan pantas dan tuntas? Pada masa yang sama, adakah terdapat kursus-kursus atau latihan-latihan yang dijalankan untuk memastikan apa yang kita panggil continuing education bagi mereka yang mengendalikan kes-kes ini?
Dato’ Pengerusi, itu sahaja yang saya dapat kongsikan, Bangi mohon menyokong.
Sekian, terima kasih.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Bangi sebagai pembahas yang terakhir.
Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, sebagai panduan, memandangkan seramai 14 Ahli Yang Berhormat telah berbahas dengan pelbagai isu yang telah dibangkitkan, Yang Berhormat Menteri bolehlah menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang sedang berada di dalam Dewan.
Manakala Ahli Yang Berhormat yang tiada di dalam Dewan, akan diberikan jawapan secara bertulis. Jawapan bertulis perlu diberikan dalam tempoh lima hari kepada Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan. Boleh Yang Berhormat Menteri?
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong
Cuba menyenduk baki di hujung, Periuk hitam penuh jelaga; Ayam berinduk, sirih berjunjung, Tiap pekerja harus dijaga. Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih pada 14 orang- rakan-rakan Yang Berhormat yang telah menyampaikan perbahasan Peringkat Jawatankuasa ini. Walaupun saya nampak sebenarnya ramai yang dia bukan fokus kepada butiran, tetapi kepada dasar, sepatutnya tidak boleh Peringkat Jawatankuasa, tetapi walau bagaimana, saya cuba untuk menjawab.
Soalan pertama ...
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Masa 20 minit Yang Berhormat Menteri, ya.
Tuan Sim Chee Keong
10 minit saya cuba.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
20 minit.
Tuan Sim Chee Keong
20 minit, ya saya cuba. Soalan pertama sudah tentu daripada rakan saya Yang Berhormat dari Jelutong, Pulau Pinang yang begitu berkobar-kobar semangat beliau bercakap tentang isu HRD Corp, tetapi butiran yang beliau rujuk itu sebenarnya dia bukan berkaitan dengan HRD Corp, Pembangunan Kemahiran - Butiran 00600, tetapi tak apa, nanti saya akan menjawab isu itu juga sebab ada orang lain yang bertanya tentang Butiran 00600.
Saya juga berterima kasih kepada saudari Kapar yang telah menyatakan bahawa KESUMA dianggap mempunyai tahap tatakelola yang tinggi piawaiannya. Jadi, saya mengambil pelbagai kenyataan daripada perbahasan Jelutong, Kapar dan sebagainya tentang HRD Corp ini sebagai pengiktirafan terhadap tahap integriti dan juga tatakelola yang tinggi di peringkat KESUMA.
Untuk makluman, saudara Jelutong telah menyatakan pelbagai isu seperti Laporan Audit dan Laporan PAC. Saya hendak katakan di sini bahawa tak pernah lagi berlaku dalam sejarah negara kita di mana kementerian termasuk Menteri, Ketua Eksekutif sendiri dan KSU telah mengambil tindakan susulan dengan melaporkan kepada pihak berkuasa selepas laporan-laporan tersebut dikeluarkan.
Satu laporan SPRM telah pun dibuat berkaitan dengan Laporan Audit Negara dan ini tidak pernah lagi berlaku, itu satu. Justeru, siasatan oleh SPRM kita berikan laluan dan kuasa, ruang kepada SPRM untuk mendapatkan kebenaran, itu satu.
Keduanya, pelbagai pembaharuan ataupun reformasi telah pun dilaksanakan dan saya tak nak ulang sebab saya dah jawab ketika perbahasan laporan tersebut pada awal tahun ini.
Jadi reformasi-reformasi ini adalah untuk mengelakkan isu-isu yang dibangkitkan oleh laporan audit tidak berlaku lagi, Jadi kita telah ada sistem-sistem ditempatkan.
Contohnya, Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa Risiko dan sebagainya untuk memastikan bahawa tatakelola tahapnya adalah yang paling tinggi dalam isu pengurusan HRD Corp.
Tuan Sim Chee Keong
Ketiganya, soal tentang...
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Pengerusi, Pengerusi...
Tuan Sim Chee Keong
Ya.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
...Fasal tatakelola itu.
Tuan Sim Chee Keong
Saya jawab, saya jawab habis dulu. Saya jawab habis dulu, supaya- nanti saya akan bagi peluang
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Okey, okey.
Tuan Sim Chee Keong
Ketiganya, soalan tentang cuti Ketua Pegawai Eksekutif HRD Corp. Saya telah memaklumkan bahawa untuk membantu ataupun untuk to been seen dengan izin, to been seen as orang kata memberikan, bukan sahaja kita memberikan kerjasama penuh kepada SPRM supaya tiada gangguan, tetapi untuk dilihat dengan nyatanya sebagai menghantar satu mesej bahawa kita tidak akan kompromi. Maka, Ketua Eksekutif HRD telah mengambil cuti dalam tempoh apabila SPRM datang mengambil kertas dan sebagainya.
Selepas tempoh itu, beliau telah kembali untuk bertugas iaitu saya rasa kita dapat menafikan saudara Jelutong merupakan seorang peguam. Everyone is presumed innocent until proven guilty. Dalam keadaan ini, tiada anggota ataupun individu dalam HRD Corp yang didakwa di mahkamah waima mereka yang didakwa di mahkamah itu pun, saya percaya anak-anak guaman, peguam-peguam kita kalau mereka disiasat dari awal, tak kan kita hendak suruh mereka bercuti ataupun melepaskan jawatan. Saya rasa itu tidak adil, tetapi saya dah katakan, siasatan diserahkan kepada pihak berkuasa. Kalau siapa-siapa didapati bersalah, kita tidak akan kompromi bukan sahaja tindakan memecat, kita akan ambil tindakan undang-undang termasuk tindakan penjara dan hukuman dan sebagainya. Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Menteri. Saya hendak mengucapkan tahniah kepada Menteri. Saya rasa ada satu benda ini mengenai HRD Corp yang direcommend oleh PAC yang saya rasa Menteri pun boleh ambil tindakan. Sebab mengikut Akta PSMB 2001, wakil Bank Negara Malaysia perlu dilantik sebagai salah seorang ahli Panel Pelaburan. Walau bagaimanapun, sejak 2017, tidak ada wakil PAMB dalam Panel Pelaburan kerana dan ini bertentangan dengan Akta PSMB 2001. So, saya nak tanya Menteri, bila hendak pinda akta ini?
Tuan Sim Chee Keong
Pinda akta untuk mengeluarkan wakil Bank Negara atau pinda akta untuk...
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Ya, kalau tak dia macam tak valid, mengikut akta itu dia wajib ada dalam Panel Pelaburan.
Tuan Sim Chee Keong
Kita tidak ada masalah dan kita menjemput. Saya rasa ini merupakan hak dan keputusan Bank Negara untuk menghantar wakil mereka, tetapi kita akan lihat kepada cadangan tersebut sama ada untuk meminda iaitu untuk mengeluarkan jikalau Bank Negara telah membuat keputusan tidak untuk terlibat dalam mana-mana- bukan sahaja- isu ini bukan sahaja melibatkan HRD Corp, tapi juga badan-badan yang lain berkaitan dengan
Tuan Sim Chee Keong
Bank Negara ini, tapi untuk makluman, wakil-wakil kementerian lain contohnya MoF, Kementerian Kewangan dan sebagainya ada dalam Lembaga Pengarah HRD Corp.
Saya teruskan. Isu tentang Butiran 00600 itu yang melibatkan Pembangunan Kemahiran itu telah menjadi tanda tanya sebab ada peningkatan yang agak ketara. Untuk makluman, saudara saudari di Dewan yang mulia ini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan kerana telah meluluskan hampir 25 peratus peningkatan kepada belanjawan KESUMA pada tahun ini berbanding tahun 2024.
Saya rasa ini merupakan pengiktirafan kerajaan menunjukkan iltizam kerajaan bahawa kita ingin bukan sahaja memperkasakan golongan pekerja kita, tetapi juga memperkasakan sektor-sektor latihan kemahiran di bawah bidang kuasa KESUMA.
Bagi peruntukan lebih kurang RM500 juta itu, sebenarnya ialah peruntukan pembangunan yang akan diperuntukkan kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran, so, this is not HRD Corp, dengan izin, ataupun PTPK. Program yang dilaksanakan- ada yang telah menanya butiran-butirannya, program-program yang telah dilaksanakan ialah PTPK menyediakan modal pinjaman dan pembiayaan latihan kemahiran secara pakej dengan program pensijilan kompetensi kelayakan profesional dan sebagainya.
Khususnya, yang akan menjadi nilai tambah kepada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
Fokus pembiayaan untuk tahun 2025 ini akan menjurus kepada program-program kemahiran dalam sektor industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi ataupun high-growth high-value industry (HGHV), bidang-bidang keutamaan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) seperti MRO, EV, aeroangkasa, AI dan sebagainya.
PTPK juga menawarkan insentif kemudahan pembiayaan kepada pelatih yang mengikuti pelbagai program kemahiran di bawah Skim Pinjaman Dana Latihan TVET. Saya hendak list-kan sebenarnya ini pun sudah pun dijawab di Peringkat Dasar dahulu.
Seterusnya untuk saudara dari Pendang. Beliau telah menanya tentang aturan kerja anjal ataupun aturan kerja fleksibel FWA- flexible working arrangement yang telah pun dikuatkuasakan dalam Akta Kerja 1955 mulai Januari 2023. Benar, dalam pemantauan kita walaupun telah dikuatkuasakan sejak bulan Januari 2023, pelaksanaan agak perlahan.
Apabila kita membuat tinjauan industri, kita mendapati bahawa ramai majikan dan juga pekerja menyatakan bahawa mereka walaupun sudah ada seksyen 60P dan 60Q dalam Akta Kerja 1955, tetapi mereka tidak tahu, but proses untuk melaksanakan Aturan Kerja Anjal itu, sebab ada dua line Aturan Kerja Anjal- seksyen 60P, 60Q.
Tuan Sim Chee Keong
Jadi mereka juga memohon panduan daripada KESUMA. Justeru, berikutan tinjauan tersebut KESUMA pada tahun ini kita telah mengeluarkan satu garis kepanduan yang agak komprehensif iaitu garis panduan pelaksanaan aturan kerja fleksibel. Kebetulan tadi bila saya datang dari pejabat saya ambil buku ini- tak tahu pula Pendang nak tanya soalan itu. Jadi, Pendang kita dah ada boleh di-download ataupun dimuat turun dari laman web.
Dalam buku ini terkandung secara terperinci step-by-step, langkah demi langkah majikan dan pekerja bagaimana mereka boleh melaksanakan Aturan Kerja Anjal. Waima
Tuan Sim Chee Keong
dengan borang-borangnya sekali kita sediakan. Contoh boranglah, yang boleh diguna pakai oleh syarikat-syarikat bagi melaksanakan Aturan Kerja Anjal di syarikat-syarikat mereka.
Dalam Belanjawan 2025 juga, kerajaan telah mengumumkan insentif potongan cukai tambahan kepada syarikat-syarikat yang ingin melaksanakan Aturan Kerja Anjal kepada pekerja mereka.
Jadi, saya rasa dengan penambahbaikan ini satu garis panduan komprehensif.
Keduanya insentif potongan cukai tambahan dan ketiganya sekarang kita telah merancakkan kempen galakkan khususnya di bandar-bandar besar contohnya di Pulau Pinang, di Lembah Klang, di Johor Bahru dan sebagainya untuk menggalakkan syarikat-syarikat sama ada MNC ataupun SME untuk melaksanakan aturan kerja anjal sebagai langkah bukan saja untuk meningkatkan keadaan persekitaran kerja yang lebih baik. Malah, kalau boleh dengan Aturan Kerja Anjal itu kita juga boleh mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya di bandar- bandar besar jadi ada.
Berkaitan dengan pencapaian Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) dan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS)...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri.
Tuan Sim Chee Keong
Sekejap, saya jawab ini dulu. SKSPS ini sasaran kita menjelang hujung tahun ini adalah seramai 1 juta pencarum. Setakat ini, kita telah mencapai lebih kurang 76 peratus iaitu lebih kurang 790,000 pencarum. Jadi, kita harap dalam masa- masa yang berbaki ini kita boleh memenuhi sasaran tersebut.
Keduanya, bagi SKSSR pula sasaran kita 500,000 pencarum setakatlah lebih kurang 96 peratus telah dicapai pencapaiannya iaitu lebih kurang 480,000 orang pencarum. Jadi, saya harap baki-baki tempoh yang kita ada sehingga 31 Disember kita boleh memenuhi sasaran kita. Saya jemput Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini tidak kira parti mana untuk bekerjasama dengan PERKESO bantu mempromosi malah kalau boleh menaja untuk para penjaja contohnya ataupun suri-suri rumah di kawasan masing-masing.
KESUMA kita komited untuk membantu Ahli-ahli Yang Berhormat dalam melaksanakan ataupun memperluaskan perlindungan PERKESO kepada pengundi ataupun rakyat di kawasan masing-masing...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri. Terima kasih.
Tuan Sim Chee Keong
Silakan Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Menteri atas penjelasan. Saya cuma ingin kembali kepada isu HRD Corp. Saya terima penjelasan yang diberikan oleh Menteri. Sebagai seorang peguam memang seseorang itu adalah innocent until proven guilty, tetapi saya ingin tanya, apakah langkah-langkah yang diambil oleh KESUMA untuk memastikan bahawa tatakelola yang bakal dilaksanakan akan menentukan dan memastikan bahawa penyelewengan dana, pembaziran, ketirisan yang berlaku yang menjadi punca berlakunya satu laporan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara itu tidak berulang.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Contohnya Tuan Pengerusi, kalau Shahul Hamid telah kembali ke HRD Corp. adakah beliau dijadikan CEO semula? Bukankah patut kita menggantikannya dengan orang lain?
Membenarkan beliau mungkin kembali ke HRD Corp., tapi melaksanakan tugas-tugasan lain.
Adakah HRD Corp. mempunyai apa-apa langkah-langkah untuk melantik seorang CEO yang baru supaya Shahul Hamid itu dibenarkan bertugas, tetapi tidak menjadi CEO sehingga perkara ini selesai disiasat oleh SPRM. Itu akan meyakinkan rakyat. Kalau tidak, beliau kembali ke HRD Corp. business as usual, apa gunanya kita bincangkan hal ini, bahaskan hal ini, mengadakan satu siasatan PAC dan sebagainya semua kembali.
Soalan kedua, Malaysian Indian Skills Initiative Menteri belum jawab lagi. RM30 juta yang diberikan oleh Kementerian Kewangan oleh MITRA dan KESUMA yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Apakah hasilnya dan berapakah pemuda pemudi India yang telah mendapat manfaat daripada Malaysian-Indian Skills Initiative ini? Kerana saya lihat kesungguhan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memperkasakan pemuda pemudi India di negara kita. Terima kasih.
Tuan Sim Chee Keong
Terima kasih. Saya sambut baik semangat Jelutong ini sebab inilah semangat kita untuk memperjuangkan tata kelola yang baik, tetapi saya harap bukan saja tadi beliau telah sebut butiran yang salah, tapi saya harap beliau baca juga laporan-laporan yang beliau ketengahkan. Nama yang disebut itu di Dewan ini satu, tidak disebut dalam apa-apa laporan. Keduanya, beliau orang itu tidak ada di sini untuk mempertahankan diri.
Saya nak kata laporan yang telah kita serahkan kepada SPRM ini adalah untuk apa- apa sekali kesalahan khususnya yang telah dibangkitkan oleh laporan-laporan audit itu. Jadi tidak semestinya si anu, si anu yang bersalah. Jadi, kita akan ambil tindakan tegas kepada mana-mana orang yang didapati bersalah selepas ini, tetapi sehingga laporan akhir ataupun keputusan akhir SPRM dan pihak berkuasa dikeluarkan, saya rasa tidak adil untuk kita menuding jari kepada siapa-siapa. Lebih-lebih lagi tidak ada orang didakwa tak kira di bawah polis ataupun di mahkamah.
Bayangkan kalau kita yang sentiasa mungkin akan disiasat polis orang politik biasalah, ataupun dihadapkan ke mahkamah. Kalau ikut prinsip itu kita tak boleh hadir di Parlimen walaupun belum lagi dikenakan atau disabitkan kesalahan. Jadi, saya nak betulkan apa yang dikatakan itu.
Keduanya tentang misi...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Menteri. Sikit.
Tuan Sim Chee Keong
Saya akan bagi.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Isu ini juga.
Tuan Sim Chee Keong
Saya akan bagi, saya akan bagi.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Isu ini juga.
Tuan Sim Chee Keong
Saya akan bagi, saya akan bagi.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tak, Yang Berhormat Pendang, bagi Menteri dulu.
Tuan Sim Chee Keong
Saya bagi semua.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Menteri hendak bagi komitmen kan, tak bagikan.
Tuan Sim Chee Keong
Sebab mantan.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Sim Chee Keong
Malah Laporan Audit itu sebenarnya menunjuk tempoh bukan zaman saya bertugas, YB Jelutong. Zaman sebelum ini mungkin itu boleh dijawab oleh Pendang nanti, tapi bab berkaitan dengan misi ini adalah program baharu yang baharu kita laksanakan. Saya rasa tak sampai mungkin dua bulan, tiga bulan program itu dilaksanakan, dilancarkan dan dilaksanakan. Jadi, saya akan beri secara bertulis mungkin senarai program, di mana dan sebagainya kepada Yang Berhormat Jelutong yang menanya soalan tersebut.
Silakan Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih sahabat saya Menteri KESUMA. Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Saya nak sokonglah sebab dalam kita nak buat penambahbaikan tatakelola, tapi jangan sampai kita dilihat menzalimi sesuatu pihak. Sebab saya melihat macam disebut tadi belum ada lagi pendakwaan dibuat, belum ada siasatan. Jadi, kita kena berlaku adil selagi tidak ada sampai mereka itu didapati bersalah mereka berhak bekerja kenapa kita nak tinggalkan mereka kerana ini lah persepsi-persepsi yang dibina untuk siasatan.
Biarlah sampai pendakwaan dibuat baharu kita berhentikan dia kerja. Lepas itu kalau dia bersalah, bersalahlah kalau dia tak bersalah, teruskan. Ini yang kita tak nak kezaliman dalam kita menambahbaikkan sesuatu benda menyebabkan satu kezaliman berlaku kepada mereka yang tidak didapati bersalah. Sekian, terima kasih.
Tuan Sim Chee Keong
Terima kasih kerana mengukuhkan hujah saya tadi. Dan saya rasa semua setuju, termasuk Jelutong bahawa everyone is innocent until proven guilty dan sebenarnya tidak ada nama-nama yang disebut dalam mana-mana laporan dan siasatan.
Kita benarkan berikan ruang kepada pihak berkuasa untuk buat siasatan secara bebas, tak kira dia nak siasat mana.
Siasat Ketua Pegawai Eksekutif kah, siasat orang yang jaga duit kah, siasat pegawai biasa waima siasat Menteri dan mantan Menteri. Kita biarkan mereka siasat dan apabila sudah ada keputusannya nanti, saya yakin di bawah Kerajaan Perpaduan ini kita akan mengambil tindakan hukuman yang paling berat terhadap pesalah. Just untuk maklumat tadi sebab YB Kapar tentang Bank Negara ini.
Tuan Sim Chee Keong
Saya baharu dapat. Sebab tadi saya tak dapat rujuk kepada surat, saya tak ada surat tersebut, tapi sekarang saya baharu dapat surat ini. Daripada Julai 2010, memang ada surat dari Bank Negara sendiri yang memohon pengunduran perwakilan bank dalam Panel HRD Corp.
Tuan Sim Chee Keong
Jadi, ini merupakan keputusan yang- kita hormati keputusan Bank Negara mungkin atas faktor-faktor tertentu. Sudah tentu sebab ada provinsi ataupun peruntukan tersebut dalam akta. Mungkin kita akan lihat, bincang dengan Bank Negara, bincang dengan MoF sama ada, ada keperluan untuk mengeluarkan peruntukan tersebut memandangkan Bank Negara sejak tahun 2010 telah pun membuat keputusan untuk mengundurkan diri.
Saya balik kepada perbahasan. Saya 36 saat, nak jawab macam mana, tapi tak apa.
Saya rasa untuk menjawab satu soalan yang amat penting, selepas itu saya akan bagi jawapan-jawapan bertulis.
Satu persoalan yang amat penting adalah isu pengangguran dan kadar guna tenaga tidak penuh khususnya yang berkaitan kemahiran tadi kerana katanya pelajar kita, mahasiswa kita, siswazah kita keluar, tetapi bekerja dalam peranan-peranan pekerjaan yang tidak memerlukan kemahiran tinggi.
Untuk makluman, saya dah banyak kali sebut dalam Dewan ini. Dia ada dua sisi. Sisi pertama, sudah tentu sisi kepada KESUMA. Kita melakukan, merancakkan pelbagai program-program latihan kemahiran. RM3 bilion diperuntukkan untuk tahun 2025 untuk memastikan anak-anak kita, rakyat Malaysia, pekerja-pekerja kita mempunyai akses kepada latihan kemahiran yang terhebat, tercanggih. Ada ditanya Kangar tadi. Skala satu hingga 10, penglibatan industri kepada sektor latihan kemahiran kita. Saya boleh kata sudah tentu berbeza-beza mengikut institusi. Kita ada lebih kurang 600 lebih institusi TVET awam, tapi saya tak bagi contoh di KESUMA.
Satu contoh ialah institut PROTON yang telah dibangkitkan dalam Ucapan Belanjawan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, di mana PROTON sebuah syarikat NMC telah bekerjasama dengan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) untuk menguruskan sebuah Institut Latihan Perusahaan sehingga kita menjenamakan semula institut terdahulunya dipanggil Advance Technology Training Centre (ADTEC) Melaka di bawah kelolaan Jabatan Tenaga Manusia.
Kini, pada tahun ini, dengan kerjasama yang begitu rapat dengan PROTON, kita dah menjenamakan semula kepada PROTON Advanced Automotive Technology Institute dengan Syarikat PROTON mengelolakan design, kursus-kursus yang berkaitan di peringkat Diploma Lanjutan untuk Industri Teknologi Automatif. Keadaan ini saya rasa, kalau ditanya skala satu hingga 10, saya rasa 10 kut sebab kerjasama yang begitu rapat. Model ini telah dipetik dalam Ucapan Belanjawan untuk dijadikan satu kaedah dan diberikan peruntukan RM50 juta dalam Program Anak Angkat ILKA supaya institusi-institusi TVET yang lain juga boleh mengadaptasi, mengguna pakai model ini untuk bekerjasama.
Selain itu juga, program latihan amali yang kita rancakkan bersama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi, di mana kita lihat latihan amali yang berstruktur dan berbayar- ini memetik apa yang disebut oleh YB Muar tadi, berbayar. Kita nak pastikan, first berstruktur iaitu dia tidak pergi untuk bancuh teh, ambil beg, tetapi memastikan pelatih-pelatih amali kita, intern kita, mampu untuk belajar kemahiran-kemahiran yang penting ketika latihan amali mereka.
Tuan Sim Chee Keong
Keduanya, haruslah berbayar. Ya, sekurang-kurangnya untuk membiayai kos-kos keperluan asas, pengangkutan dan sebagainya. Itu kita rancakkan melalui program ILHAM KESUMA iaitu Insentif Latihan Amali (ILHAM) KESUMA dengan pelbagai insentif diberikan, bukan saja untuk menggalakkan latihan amali di bandar-bandar besar malah untuk syarikat- syarikat kecil, SME di negeri-negeri yang di luar bandar-bandar besar ini, tetapi sisi yang kedua, yang lebih penting dan saya hujung kan jawapan saya dengan sisi kedua ini ialah kerangka Ekonomi MADANI yang telah diketengahkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di mana kita harus menaikkan nilai ekonomi kita, we have to increase the value of economy.
Tadi saudara Yang Berhormat Wangsa Maju telah petik Laporan Bank Dunia itu bahawa satu tahun industri negara kita mengikut tren ekonomi 10, 20 tahun terdahulu ini mampu menjana lebih kurang 50,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi, berkemahiran tinggi, tetapi kalau dibandingkan dengan siswazah-siswazah yang keluar dari universiti lebih kurang 300,000 orang memang ada jurang yang amat besar.
Jadi harus kita mengangkat, menaikkan nilai ekonomi kita, membolehkan perniagaan-perniagaan Malaysia menaiki tangga nilai, produktiviti lebih tinggi, menawarkan produk dan perkhidmatan yang lebih bernilai tinggi untuk membolehkan ekonomi kita, mewujudkan peluang pekerjaan yang bernilai dan bergaji tinggi. Tadi Kapar sebut sebuah syarikat, di mana memang syarikat bernilai tinggi.
Justeru, daripada 1,000 pekerja yang ada dalam syarikat itu, 95 peratus adalah peringkat Jurutera. Itulah sasaran kita ya. Sasaran kita supaya kita nak bantu tubuhkan ataupun bantu syarikat-syarikat mencapai keadaan seperti syarikat yang disebut oleh Kapar di Pulau Pinang tadi, di mana mereka buat perniagaan yang mempunyai nilai yang lebih tinggi, maka boleh mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih tinggi kepada rakyat Malaysia.
Jadi, dengan itu tak sempat nak jawab semua, tetapi saya akan seperti dalam arahan, petua Tuan Pengerusi itu memberikan jawapan secara bertulis...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Pengerusi, boleh sikit ya?
Tuan Sim Chee Keong
Masa sudah habis.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Yang Berhormat Menteri, sikit saja. CIAST tadi.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Bangun]
Tuan Sim Chee Keong
CIAST, okey.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya nak minta bercakap sikit saja.
Tuan Sim Chee Keong
Ya, ya. Silakan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Daripada peruntukan RM3.3 juta...
Tuan Sim Chee Keong
Ya, ya.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
... 2024 ...
Tuan Sim Chee Keong
Betul, betul, betul.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
…Hanya RM100,000 saja.
Tuan Sim Chee Keong
Ya, ya.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Apa peranan CIAST ini...?
Tuan Sim Chee Keong
Ya, ya.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
...Telah dipindahkan kepada institusi lain...
Tuan Sim Chee Keong
Ya, ya.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
...Ataupun mungkin syarikat- syarikat yang mempunyai kemahiran teknikal.
Tuan Sim Chee Keong
Faham, faham.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
...Menyebabkan kita tidak dapat membina tenaga-tenaga pelajar yang ...
Tuan Sim Chee Keong
Faham, faham.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
... Hasil daripada kerajaan sendiri.
Tuan Sim Chee Keong
Boleh, boleh. Saya jawab, saya jawab.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terima kasih.
Tuan Sim Chee Keong
Saya tengok Pendang nak kejar Maghrib ini. Jadi saya nak cepat, cepat habiskan...
[Dewan riuh]
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tak apalah, fasal- sebab apa ...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Menteri, Menteri.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
...Memang layaklah jadi Ketua Menteri.
Orang yang cerdik macam ini. Saya nak pujilah...
[Ketawa] Yang kedua, CIAST itu tak apa. Kita kena tumpu melahirkan...
Tuan Sim Chee Keong
Boleh, boleh. Saya nak jelaskan
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
... Tenaga pengajar, tenaga pengajar skil, fokus yang bertaraf tinggi. Jadi kena tumpu sikitlah soalan itu, tetapi...
Tuan Sim Chee Keong
Saya jawab, saya jawab.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
...Yang Berhormat Menteri layak jadi Ketua Menteri...
[Ketawa]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Menteri, berapa minit?
Tuan Sim Chee Keong
Sekejap, sekejap. Satu minit saja.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Satu minit.
Tuan Sim Chee Keong
CIAST itu sebenarnya apa yang YB Dungun tadi lihat tu, sebenarnya ia adalah peruntukan pembangunan. Justeru, sebenarnya dia terikat sebab kepada sebuah projek membina bangunan baharu. Jadi, projek membina bangunan baharu itu sudah tamatlah. Jadi tahun ini, maka bajetnya diturunkan.
Bajet pembangunan diturunkan sebab bangunan dah siap, projek dah habis, tetapi daripada segi pentadbiran CIAST, pengurusan CIAST bukan saja bajet tetap ada, malah bajet
Tuan Sim Chee Keong
meningkat. Tahun lepas RM34 juta, tahun ini RM35 juta. Jadi CIAST akan tetap memberikan perkhidmatan, beroperasi seperti biasa untuk melatih tenaga-tenaga pengajar dan juga pakar-pakar, pekerja-pekerja berkemahiran tinggi di negara kita.
Jadi saya harap, bersangka baik. Tadi saya dengar dia kata- adakah kita nak ambil pakar negara lain dan sebagainya? Tidak, CIAST tetap CIAST. Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,005,944,400 untuk Kepala B.46 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2025 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.46 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.46 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2025 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.46 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) mempengerusikan
Mesyuarat] Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menangguhkan Dewan pada hari ini, ingin saya memaklumkan terdapat pertukaran giliran kementerian di Peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan 2025, pada hari Selasa 26 November 2024- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan bertukar giliran dengan Kementerian Kesihatan. Kedua-duanya adalah pada hari tersebut. Ini bermakna Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan bermula dahulu dan diikuti oleh Kementerian Kesihatan. Sekian, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 25 November 2024.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.40 malam]