Nov202024

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Salam sejahtera. Saya persilakan Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan, Sri Gading.

draft • 10:00 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Dato’ Timbalan Speaker. Soalan Sri Gading nombor 1. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

1. Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan [Sri Gading] minta Menteri Pendidikan menyatakan dalam membentuk silibus baharu yang akan diguna pakai menjelang tahun 2027, bagaimana pihak kementerian merancang untuk meningkatkan tahap pencapaian pelajar dari sudut literasi dan numerasi.

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih soalan dari Yang Berhormat Sri Gading.

Dato’ Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan tahap penguasaan literasi dan numerasi dalam kalangan murid. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, KPM telah menjadikan penguasaan asas literasi dan numerasi sebagai keutamaan dan fokus bagi KPM pada Tahap 1 sekolah rendah dalam Kurikulum Persekolahan 2027.

Pada masa kini, KPM sedang giat melaksanakan pelbagai inisiatif penting bagi mereformasikan pendidikan negara. Antaranya, termasuk penstrukturan semula sistem prasekolah, intervensi kurikulum bagi menangani keciciran pembelajaran.

Kelas prasekolah akan diperluaskan ke seluruh institusi pendidikan di bawah KPM dalam usaha memastikan isu keciciran murid termasuk penguasaan literasi dan numerasi dapat ditangani pada peringkat awal.

Pasukan Petugas Khas Intervensi Kurikulum iaitu satu daripada pasukan di bawah Pasukan Reformasi Pendidikan bertanggungjawab melaksanakan inisiatif menangani isu keciciran pembelajaran dalam kalangan murid. Antara inisiatif yang dilaksanakan dalam

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

intervensi kurikulum adalah pengesanan awal literasi dan numerasi murid Tahun 1.

Pengesanan ini dilaksanakan seawal tiga bulan pertama persekolahan Tahun 1 yang bertujuan untuk mengenal pasti murid yang belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan juga mengira.

Pengesanan ini juga akan dapat mengenal pasti murid yang belum menguasai literasi dan numerasi supaya intervensi awal yang sesuai dapat dilaksanakan. Pelaksanaannya akan dapat mengurangkan bilangan murid sekolah rendah yang belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis, mengira dan seterusnya membina keyakinan diri untuk belajar dan berkomunikasi dengan berkesan pada tahap persekolahan yang lebih tinggi.

Selain daripada itu, Kurikulum Persekolahan 2027 juga meletakkan penguasaan literasi dan numerasi sebagai fokus utama kurikulum Tahap 1 peringkat sekolah rendah.

Fokus ini bertujuan memastikan murid menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira sebelum mengikuti persekolahan Tahap 2.

Hal ini kerana murid perlu menguasai literasi dan numerasi bagi membolehkan mereka bersedia mengikuti pembelajaran di tahap seterusnya. Semakan kemajuan murid akan diadakan bertujuan memastikan penguasaan literasi dan numerasi dan murid yang belum menguasai akan diberikan intervensi yang bersesuaian agar mereka tidak tercicir dalam pembelajaran.

KPM yakin inisiatif yang dirancang dapat meningkatkan tahap penguasaan literasi dan numerasi dalam kalangan murid sekolah rendah agar tidak terus ketinggalan dalam sistem pendidikan negara.

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Yang Berhormat Sri Gading. Soalan tambahan pertama.

draft • 10:00 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih kepada Timbalan Menteri atas jawapan yang baik. Cuma, kalau kita lihat sekarang ini, dia ada prasekolah di sekolah biasa, sekolah kebangsaan, begitu juga dengan kelas-kelas tadika. Antara apa yang Sri Gading nampak, konsep penting MADANI ialah prinsip keseimbangan mampan di dalam enam rukun MADANI.

Bagaimana Kementerian Pendidikan merancang untuk mengintegrasikan konsep MADANI dalam silibus baharu ini? Dan bagaimana silibus tersebut boleh dijambatankan dengan institusi pengajian tinggi? Bagaimana kementerian merancang untuk memastikan guru-guru mempunyai latihan yang cukup dan berterusan dalam mengajar literasi dan numerasi terutamanya di dalam pengurusan teknologi pendidikan yang semakin berkembang? Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 10:00 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih, Yang Berhormat Sri Gading. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:00 AM

Tuan Wong Kah Woh

Berkenaan dengan bagaimana kita dapat menerap nilai-nilai MADANI ke dalam Kurikulum Persekolahan 2027. Sekiranya kita bandingkan Kurikulum Persekolahan 2027 dengan KSSR atau Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang sedia ada, KSSR matlamat akhirnya adalah untuk melahirkan insan yang seimbang daripada segi jasmani, rohani dan juga intelek dan kita membuat satu anjakan apabila menetap atau pun memuktamadkan Kurikulum Persekolahan 2027.

Selain daripada berpandukan kepada Dasar Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang sedia ada, di bawah Kurikulum Persekolahan 2027, KPM berhasrat untuk melahirkan insan yang sejahtera, warga yang bertanggungjawab dan juga warganegara yang mampu untuk menyumbang kembali kepada negara. Ini sememangnya merupakan satu perkara baharu dalam pembentukan karakter anak-anak kita.

draft • 10:00 AM

Tuan Wong Kah Woh

Salah satu fokus oleh KPM dalam isu ini adalah berkenaan dengan pembentukan karakter iaitu untuk membina individual yang mampu untuk menyumbang kepada pembentukan warganegara yang sejahtera dan saya nampak ini adalah sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI yang sedang kita pegang pada ketika ini. Dan pada masa yang sama berkenaan dengan latihan guru.

Saya ada sedikit maklumat daripada jawapan yang saya sediakan minggu lepas untuk Dewan ini. Yang mana guru-guru kita Datuk Yang di-Pertua, memang adalah terlatih dan kami memastikan bahawa kesemua guru yang ada ini mereka adalah fasih dan fasih dan mempunyai pengetahuan yang cukup luas berkenaan dengan anjakan ataupun pembaharuan kita di bawah Kurikulum Persekolahan 2027.

Semua guru pada tahun 2026 akan mengadakan kursus secara online dalam Sistem Pengurusan Latihan (SPLKPM) dan dari situ kita melaksanakan latihan ataupun pembangunan profesionalisme guru secara berterusan dan dari situ kita amat yakin bahawa guru-guru kita mampu untuk membawa aspirasi kita seperti yang dinyatakan, yang kita mahukan dalam Kurikulum Persekolahan 2027.

Tadi ada dibangkitkan berkenaan dengan soal digital dan sememangnya sepanjang masa beberapa tahun ini, pembangunan profesionalisme guru dalam pendidikan digital sedang giat dilaksanakan. Pihak KPM ada menjalinkan kerjasama strategik, kerjasama dengan rakan-rakan strategik kita termasuk Microsoft, AI dan juga Google untuk memastikan guru-guru kita adalah terlatih dari segi digital. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Yang Berhormat Temerloh.

draft • 10:10 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Terima kasih Speaker. Saya tertarik dengan soalan yang dikaitkan dengan prasekolah. Kan kita tahu bahawa Kerajaan MADANI, saya ucapkan syabas kerana sudah berjaya mengadakan pra-tahfiz di peringkat Tabika KEMAS dan kita tahu bahawa mereka ingin melahirkan pada tahun 2026, kanak- kanak yang hufaz juz amma seramai 100,000 orang. Ramai.

draft • 10:10 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Jadi, soalan saya adakah kerajaan bercadang untuk meneruskan modul pra-tahfiz ini di sekolah rendah dan menengah nanti melalui kaedah literasi, demi melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi sahsiah dan akademik, kerana terbukti Maahad Tahfiz Pahang sendiri, dia merupakan sekolah maahad tahfiz cemerlang dalam SPM. Terbaik SPM baru-baru ini.

Kemudian, adakah kerajaan bercadang untuk membina sekolah rendah dan sekolah menengah Islam demi menyediakan pelajar yang holistik, seimbang dalam kurikulum 2027.

Agaknya adakah sistem pentaksiran baharu yang akan disediakan oleh kementerian untuk mentaksirkan atau menaksirkan keupayaan dan kemampuan pelajar-pelajar ini. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 10:10 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ya, soalan ada tiga Yang Berhormat. Cuma jawab satu je Yang Berhormat.

draft • 10:10 AM

Tuan Wong Kah Woh

Ya, saya cuba untuk menjawab secara keseluruhan Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ringkaskan Yang Berhormat jawapan.

draft • 10:10 AM

Tuan Wong Kah Woh

Ya, terima kasih. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Soalan tambahan daripada Yang Berhormat Temerloh sememangnya kelas tahfiz, kelas pra-tahfiz dilaksanakan di Tadika KEMAS dan ia adalah di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan bagi pihak KPM, sememangnya mulai pada awal tahun ini, KPM telah memberikan, telah menubuhkan satu pasukan khas untuk mengendalikan isu-isu prasekolah.

Reformasi pendidikan. Kita ada 6 bidang reformasi pendidikan dan salah satunya adalah berkenaan dengan reformasi pendidikan prasekolah dan untuk makluman Yang Berhormat dan juga Dewan yang mulia ini, adalah menjadi hasrat bagi KPM untuk memastikan anak-anak kita yang mengikuti pembelajaran dan pendidikan prasekolah ini sama ada di bawah KPM ataupun di bawah agensi-agensi yang lain ataupun di mana pihak- pihak swasta ataupun badan yang berkenaan.

Kami berharap, kami mahu supaya untuk melahirkan, untuk membolehkan anak- anak kita lebih cenderung dan lebih sesuai untuk memasuki apabila mereka memasuki Tahun 1 sekolah rendah kelak, maka bagi KPM kita berharap bahawa kesemua tadika ataupun prasekolah ini dapat mengambil inisiatif. Untuk mereka yang tidak mendaftar dengan pihak KPM, haruslah mengambil inisiatif untuk mendaftar dengan KPM, supaya kita menggunakan satu silibus ataupun kurikulum yang telah pun disediakan oleh KPM dan itu merupakan kurikulum aliran perdana yang boleh membantu anak-anak kita apabila mereka masuk ke dalam, ke dalam sekolah rendah dan juga Tahap 1 kelak.

Dan apa yang kita nampak pada awal tahun ini, untuk penyelarasan dari segi kurikulum dan juga dari segi tenaga pengajar ataupun kelayakan dari segi guru-guru yang

draft • 10:10 AM

Tuan Wong Kah Woh

terbabit bagi KEMAS dan juga JPNIN, kita telah pun mengadakan sesi libat urus supaya kesemua ini boleh dibawa ke dalam payung besar, di bawah payung besar KPM dan di sini kita juga ada, ada juga tadika ataupun prasekolah yang tidak berdaftar. PASTI tidak berdaftar dengan KPM, tidak mengikuti kurikulum yang sedia ada.

Kita berharap bahawa sekiranya sesi libat urus dapat dilaksanakan, seperti sesi libat urus yang dilaksanakan sebelum ini mulai tahun 2020. So, sekiranya dia dapat didaftarkan, supaya pihak KPM dapat memastikan kurikulum yang digunakan itu adalah selari dan selaras dengan kurikulum yang sedia ada oleh KPM. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan. Seterusnya Datuk Haji Awang bin Hashim, Pendang.

draft • 10:10 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 2.

draft • 10:10 AM

2. Datuk Haji Awang bin Hashim [Pendang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan butiran mengenai jumlah tangkapan kes penyalahgunaan dadah di negeri Kedah khususnya di Daerah Pendang dan apakah penyelesaian segera pihak kerajaan dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa dalam negara.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, sahabat saya Yang Berhormat Pendang. KDN dah memandang serius gejala penyalahgunaan dadah dan telah melaksanakan pelbagai langkah pencegahan, pemulihan serta meningkatkan usaha penguatkuasaan untuk membanteras penyalahgunaan dadah. Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah tangkapan kes penyalahgunaan dadah oleh PDRM bermula Januari hingga Ogos 2024, untuk negeri Kedah ialah seramai 17,278 orang, meningkat sebanyak 17.3 peratus berbanding jumlah tangkapan keseluruhan pada tahun 2023 iaitu 14,284 orang.

Jumlah tangkapan bagi Daerah Pendang sehingga Ogos 2024 pula ialah seramai 1,166 orang. Jumlah klien yang menjalani rawatan dan pemulihan dalam institusi dan komuniti di negeri Kedah di bawah seliaan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam tempoh Januari hingga September 2024, adalah seramai 5,960 orang manakala di Daerah Pendang Yang Berhormat, seramai 462 orang yang menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti.

Untuk rekod statistik kita Yang Berhormat, di Pendang, klien rawatan pemulihan dalam komuniti berumur antara 19 hingga 39 tahun di Pendang. Kalau kita lihat dari segi komposisi kaumnya, daripada 462 orang itu, seramai 454 orang adalah daripada bangsa Melayu, 8 orang ialah lain-lain. Itu untuk maklumat Yang Berhormat.

Pada masa yang sama, KDN melalui PDRM dan AADK, kita komited dalam usaha membendung kegiatan penyalahgunaan dadah, tambahan di seluruh negara. Antara langkah yang diambil adalah seperti berikut. Antaranya pelaksanaan Ops Tapis Khas oleh PDRM yang melibatkan seluruh negeri di Malaysia bagi mengekang aktiviti dadah daripada terus berleluasa. Ops Tapis Khas ini tertumpu kawasan-kawasan sarang penagih. Antaranya

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

FELDA, FELCRA, ladang swasta, kawasan perumahan, penempatan jeti haram dan kampung nelayan serta lain-lain.

Kita ada juga tindakan ke atas individu yang terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah, akan ditahan dan dihukum di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985. Untuk lebih mudah, kita menyediakan talian hotline 24 jam iaitu 012-2087222 yang beroperasi 24 jam bagi membolehkan orang awam dari kawasan- kawasan bandar, luar bandar menyalurkan apa juga maklumat mengenai kegiatan berkaitan dadah supaya tindakan sewajarnya diambil oleh pihak berkaitan.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Kita pertingkatkan kerjasama untuk lebih berkesan dengan agensi dan pihak berkuasa tempatan seperti kastam dengan Jabatan Imigresen dengan AADK, maritim dan lain-lain termasuk NGO untuk melaksanakan aktiviti secara bersama. Sedikit lagi Yang Berhormat, tentunya kita adakan kempen-kempen kesedaran awam dengan komuniti, dengan pelbagai pihak, dengan program-program khusus yang kita buat, dengan kerjasama pelbagai pihak. Panjang kalau saya hendak sebut Yang Berhormat dan kita kenal pasti kawasan-kawasan berisiko tinggi yang menjadi tumpuan masalah penagih dadah berdasarkan 60 peratus populasi klien, rawatan dan pemulihan dan komuniti seluruh negara.

Sehingga September 2024 sebanyak 110 kawasan daripada 115 kawasan telah berjaya ditukar daripada kawasan berisiko ‘ke’ kepada kawasan berisiko rendah. Selain daripada itu, kita melaksanakan inisiatif bersepadu menangani masalah penyalahgunaan dadah, substance dan pelencongan sosial di kawasan berisiko tinggi pada tahun 2024 yang melibatkan penyertaan kementerian, NGO dan sebagainya dan yang penting juga kita memperluaskan akses rawatan pemulihan kepada penyalah guna dadah dan bahan melalui Rang Undang-undang Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, soalan tambahan pertama, Yang Berhormat Pendang.

draft • 10:20 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang hampir memuaskan dan saya masih lagi mengikat dengan soalan saya yang pertama tadi dan saya hendak mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak KDN dan juga PDRM di atas penguasaan dan tangkapan yang dijalankan, ini jelas menunjukkan PDRM cekap dan efisien menjalankan tugas dan tanggungjawab.

Saya telah berbincang dengan Ketua Polis Daerah masa itu di Pendang dan juga district officer ataupun pegawai daerah supaya pihak polis meningkatkan lagi operasi untuk membanteras gejala dadah kerana kita tengok tadi dalam jawapannya orang Melayu lebih tinggi. Jadi oleh sebab itu, diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Senator Datuk Seri Saifuddin bahawa Pendang adalah kawasan tertinggi kerana kita satu coalition, satu collaboration yang jitu antara rakyat, OCPD dan juga pegawai daerah untuk membuat kerap kali operasi supaya kita bersama-sama dengan kerajaan untuk membanteras gejala dadah

draft • 10:20 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

ini kerana ini adalah musuh kita masa depan dan juga generasi yang akan mengambil alih negara. Kalau inilah yang menyebabkan kita tengok tadi...

draft • 10:20 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Soalannya Yang Berhormat?

draft • 10:20 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Soalannya, jadi saya mendengar dengan teliti jawapannya, maklumat yang diberikan dengan statistik itu. Jadi seterusnya saya hendak beri satu, mendapat lagi penjelasan iaitu berkenaan dengan peratus tangkapan dan sebagainya begitu juga dengan penyalahgunaan dadah, ia turut mengambil kira, adakah ia turut mengambil kira penyalahgunaan dadah ini termasuk ketum, ganja dan juga dadah sintetik?

Seterusnya saya sedia maklum kerajaan telah melaksanakan pencegahan dan banyak tangkapan tetapi dengan izin, it is never-ending, dengan izin. Jadi, apakah way forward pihak kerajaan, jalan penyelesaian tuntas seperti mewujudkan kembali pasukan taktikal khas iaitu STING, STAGG ataupun S.T.A.G.G dan juga STAFOC bagi mengatasi jenayah hingga ke akar umbinya sekali. Apatah lagi sekarang pembunuhan semakin menjadi- jadi...

draft • 10:20 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, satu sahaja soalan tambahan Yang Berhormat.

draft • 10:20 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey, last sekali. Semakin meningkat, pengedaran dadah semakin meningkat dan tidak terurus begitu juga dengan gangsterism.

Saya harap saya dapat penjelasan, kalau tidak sempat jawab ini tulislah, bertulis mai kat saya. Saya hendak tengok statistik ini. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Timbalan Menteri, jawab satu sahaja di bawah peraturan mesyuarat sedia ada, yang berikutnya Yang Berhormat bagi jawapan secara bertulis.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih. Saya dengar nasihat Yang di-Pertua. Cuma saya hendak sebut dari segi kerjasama, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat kerana sangat komited. Memang kita mengharapkan kerjasama untuk menangani isu ini yang masih lagi kita letak sebagai musuh nombor satu negara di kalangan semua pihak, badan politik, ahli politik, pemimpin masyarakat sehinggalah peringkat akar umbi.

Sebab itu kerjasama antara agensi dalam negara untuk membanteras isu ini sangat penting kerana isu ni melibatkan pelbagai dimensi termasuk soal-soal kesihatan, soal keselamatan awam, ekonomi, kesejahteraan sosial, kesan-kesannya sangat besar. Dalam usaha untuk menangani masalah ini secara berkesan, kita memang mengharapkan pelbagai agensi kerajaan, sektor awam untuk bekerjasama tapi untuk rekod mungkin saya boleh bagi di sini pada tahun 2024 sebanyak 139 kerjasama telah terjalin antara PDRM dengan agensi- agensi lainlah, AADK, majlis daerah, Jabatan Pengangkutan Jalan, kastam, maritim, farmasi dan sebagainya.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Kita memang hendak meningkatkan lagi semua ini kerana kita hendak pastikan isu ini dapat ditangani dengan baik. Oleh kerana Pendang juga adalah kawasan yang berisiko tinggi, kita bersedia untuk membantu dan bekerjasama bagi kita pastikan kerana isu ini mesti dianggap isu bersama, diselesaikan secara bersama. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Tampin.

draft • 10:20 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Dato’ Indera Yang di- Pertua, sudah berpuluh tahun kita memerangi dadah namun di penghujungnya penjara kita pula yang mengalami kesesakan dan kita juga yang terpaksa meminda Akta Penagih Dadah 1983 untuk menyahjenayah kesalahan menagih dan penyalahgunaan barangan tersebut.

Sehubungan dengan itu, Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin mendapatkan penjelasan apakah punca atau kekurangan kita selama ini sehingga menyebabkan masalah dadah ini begitu sukar untuk dibendung dan menampakkan seolah- olah langkah yang telah diusahakan selama ini oleh kementerian dan agensi-agensi berkaitan seperti tidak berjaya?

Setakat ini sejauh manakah persiapan yang telah dilaksanakan oleh kementerian daripada sudut kekuatan keanggotaan, logistik dan fasiliti PUSPEN di seluruh negara untuk menampung lambakan kes kesalahan dadah yang bakal mendapat rawatan. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih sahabat saya, Tampin. Dato' Yang di-Pertua, antara punca yang menyebabkan masalah dadah sukar dibendung adalah disebabkan oleh perubahan trend daripada jenis dadah organik kepada jenis sintetik. Ini sangat mencabar. Kalau kita lihat statistik menunjukkan penyalahgunaan jenis ATS ini adalah seramai 119,410 orang iaitu 70.4 peratus berbanding jumlah keseluruhan jenis dadah sehingga September 2024.

Penyalahgunaan dadah jenis ganja hanya sekitar 4 peratus iaitu seramai 6,750 orang sahaja. Dari segi program rawatan pemulihan penagih dadah yang dijalankan oleh AADK melalui 30 Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN), 109 buah AADK daerah, kita ada 43 buah pusat khidmat di seluruh negara. PUSPEN dengan kapasiti maksimum 10 ribu katil mengendalikan program rawatan pemulihan dalam institusi dengan jumlah semasa klien AADK di PUSPEN adalah seramai 5,790 orang klien.

Sementara AADK daerah pula diberi tugas mengendali program-program rawatan dan pemulihan dalam komuniti dengan masyarakat seramai 51,984 orang klien. AADK dan kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri sentiasa berusaha untuk meningkatkan keupayaan dengan meningkatkan kemahiran pegawai, meningkatkan teknologi dan kepakaran kita, namun itu usaha membanteras pengedaran dadah oleh PDRM dan pemulihan AADK semata-mata, saya sebut tadi tidak akan menurunkan gejala dadah dengan ini.

Semua itu tentunya kita mengharapkan komuniti setempat bersama-sama untuk menangani isu yang sangat mencabar ini dan kita harap sasaran kita pada tahun 2025

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

mengurangkan kadar ini dapat dilaksanakan. Kita harap kerjasama semua pihak. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Speaker, peraturan mesyuarat, Pasir Salak.

draft • 10:20 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Pasir Salak, secara amalannya peraturan mesyuarat semua kita bangkitkan selepas sesi soal jawab.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Sekarang ini yang ini berkenaan dengan peraturan jawapan Menteri.

draft • 10:20 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Peraturan berapa Yang Berhormat?

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Terima kasih Dato’ Speaker.

draft • 10:20 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Peraturan berapa Yang Berhormat.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Peraturan 24A(2) muka surat 36.

draft • 10:20 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

24A muka surat 30...

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

draft • 10:20 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Baik...

draft • 10:20 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang berapa Yang Berhormat, 24A berapa?

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

(2) dan (5). Okey, “Seseorang Ahli boleh mengarahkan pertanyaan kepada Menteri berhubung dengan perkara dasar yang dalam tanggungan Menteri itu” dan juga (5) “Tempoh masa untuk setiap pertanyaan dan jawapan oleh Menteri yang berhubungan dengan perkara yang dibangkitkan tersebut adalah dihadkan kepada 10 minit”. Pertamanya, saya tengok trend dia sekarang ini Menteri tidak menjawab, yang hanya menjawab Timbalan Menteri sahaja.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Kedua, tempoh masa 10 minit itu, kita...

draft • 10:30 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, Yang Berhormat Pasir Salak. Yang Berhormat faham tak faham Peraturan Mesyuarat 24A itu, Yang Berhormat? Itu adalah Pertanyaan-pertanyaan Menteri (MQT), Yang Berhormat. Bukan pertanyaan sepertimana yang berlaku pada hari - Kan kita ada dua, Yang Berhormat.

Pertanyaan Menteri (MQT) atau pertanyaan urusan biasa. Yang Berhormat bangkitkan 24A itu adalah pertanyaan yang melibatkan pertanyaan Menteri. So, saya ingat Yang Berhormat, baca elok-elok dan faham elok-elok peraturan mesyuarat. Jangan bazir masa, Yang Berhormat. Sila, Tuan Chiew Choon Man, Miri.

draft • 10:30 AM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 3.

draft • 10:30 AM

3. Tuan Chiew Choon Man [Miri] minta Menteri Kewangan menyatakan adakah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh memperkasakan Program i-Lindung melalui subsidi dan rundingan bersama syarikat insurans agar perlindungan perubatan dapat ditawarkan sehingga umur 99 tahun pada kadar yang berpatutan.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Untuk maklumat Yang Berhormat, i-Lindung merupakan platform layan diri melalui i- Akaun ahli yang memudahkan proses pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA). Melalui PPA, ahli boleh membeli produk insurans atau takaful daripada syarikat insurans dan pengendali takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP untuk diri sendiri dan ahli keluarga terdekat untuk tempoh perlindungan jangka pendek iaitu satu tahun dan jangka panjang sehingga 75 tahun.

Untuk maklumat Yang Berhormat, terdapat lima syarikat insurans yang menawarkan Pelan Perlindungan Ahli iaitu Prudential BSN Takaful Berhad, Prudential Assurance Malaysia Berhad, Etiqa Family Takaful Berhad, Etiqa Life Insurance Berhad dan FWD Takaful Berhad.

Seramai 144,589 ahli telah memanfaatkan kemudahan pengeluaran simpanan daripada akaun Sejahtera, dulunya dikenal sebagai Akaun 2, bagi membeli insurans perlindungan hayat dan insurans penyakit kritikal di bawah Program i-Lindung.

Jumlah pengeluaran terlibat adalah sebanyak RM44.2 juta sejak diperkenalkan pada Julai 2022 sehingga September 2024. Bermula Februari 2024 pula, KWSP telah menambah baik i-Lindung Fasa 2 di bawah Pelan Perlindungan Ahli, di mana ahli KWSP boleh menggunakan simpanan dalam Akaun Sejahtera untuk membeli produk insurans konvensional dan takaful untuk perlindungan hayat dan insurans penyakit kritikal untuk ahli keluarga terdekat mereka.

Berhubung cadangan Yang Berhormat supaya Program i-Lindung diperkasa dan ditambah baik melalui pemberian subsidi dan rundingan bersama syarikat insurans agar perlindungan perubatan dapat ditawarkan sehingga umur 99 tahun, pihak kerajaan menyambut baik cadangan Yang Berhormat dan sentiasa komited untuk terus menambah baik Program i-Lindung bersama-sama syarikat insurans dan pengendali takaful agar dapat menawarkan pelan perlindungan perubatan yang lebih baik kepada ahli KWSP dengan kadar premium yang berpatutan di masa akan datang.

Di samping itu, tujuan utama KWSP ditubuhkan adalah untuk menyediakan tabung simpanan persaraan yang dapat memastikan kesejahteraan kewangan kepada rakyat Malaysia selepas mereka bersara. Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, soalan tambahan yang pertama.

draft • 10:30 AM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih. Terima kasih Timbalan Menteri. Tujuan soalan saya adalah untuk mengemukakan cadangan mengadakan satu skim insurans perubatan yang mampu dibiayai oleh orang awam secara umumnya, khususnya golongan

draft • 10:30 AM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

M40 tanpa mengira usia. Kita sedia maklum bahawa premium insurans perubatan swasta yang sedia ada agak terlalu tinggi dan tidak mampu dibiayai oleh orang ramai, terutamanya apabila sampai usia 50-an.

Saya melihat bahawa Program i-Lindung di bawah KWSP merupakan satu kaedah berpotensi untuk menawarkan skim insurans perubatan yang lebih berkemampuan sekiranya diperkasakan melalui rundingan dengan syarikat insurans dan subsidi kerajaan. Bolehkah Kementerian Kewangan menyatakan pendirian sama ada boleh bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk mengkaji pelaksanaan ini? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Timbalan Menteri Kewangan.

draft • 10:30 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Miri. Kita sedar akan isu premium yang semakin melonjak. Jadi, terima kasih.

Walau bagaimanapun, terima kasih di atas cadangan tambahan daripada Yang Berhormat.

Kerajaan sentiasa prihatin terhadap isu semasa yang dihadapi oleh golongan M40, termasuklah mengenai kos insurans perubatan yang semakin meningkat seiring dengan usia.

Kerajaan menyambut baik cadangan Yang Berhormat serta komited untuk mengkaji secara mendalam terhadap cadangan tersebut. Kajian perbandingan mengenai perkara ini boleh dilaksanakan dengan negara-negara lain yang pernah melaksanakan program seperti ini sekiranya ada. Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, soalan tambahan yang kedua, Yang Berhormat Masjid Tanah.

draft • 10:30 AM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya ingin tahu, adakah KWSP ada menerima komisen daripada syarikat insurans dan juga pengendali takaful sekiranya pencarum mengambil polisi insurans ataupun daripada mana-mana syarikat insurans ataupun pengendali takaful? Sekiranya ada, berapakah jumlah keseluruhan komisen diterima oleh KWSP daripada syarikat insurans sejak i-Lindung ini diperkenalkan? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila.

draft • 10:30 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Masjid Tanah. Setakat ini, KWSP tidak langsung sekalipun mengambil apa-apa komisen. Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan. Seterusnya, Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun, Hulu Selangor.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.

Telefon bini pukul empat, Jawab untuk soalan saya nombor empat.

draft • 10:30 AM

4. Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [Hulu Selangor] minta Menteri Pengangkutan menyatakan langkah kementerian bagi mengingatkan pemilik kenderaan agar tidak terlupa untuk memperbaharui lesen kenderaan motor (LKM) memandangkan sistem road tax digital tidak memerlukan pelekat cukai jalan dipamerkan.

draft • 10:30 AM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Salam sejahtera, salam Malaysia Madani Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat. Terlebih dahulu, bagi pihak Yang Berhormat Ahli Parlimen Taiping dan juga Timbalan Menteri Pendidikan, saya ingin mengalu- alukan rombongan Ahli-ahli Majlis Perbandaran Taiping dan warga Pusat Khidmat Ahli Parlimen Taiping. Selamat datang ke Parlimen.

Tuan Yang di-Pertua, seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Kementerian Pengangkutan pada 10 Februari 2023 telah mengumumkan inisiatif pendigitalan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang melibatkan Lesen Kenderaan Motor atau cukai jalan dan Lesen Memandu Malaysia. Inisiatif ini telah dilaksanakan secara berperingkat dengan fasa pertama melibatkan mod paparan digital e-LKM dan e-LMM bagi kenderaan persendirian individu yang boleh diakses melalui portal awam JPJ atau pun aplikasi mobile myJPJ.

Sejak inisiatif pendigitalan JPJ dilancarkan, Kementerian Pengangkutan dan JPJ sentiasa komited untuk menambah baik aplikasi myJPJ dari semasa ke semasa untuk meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan atas talian kepada orang ramai.

Antara penambahbaikan terkini yang dilaksanakan adalah pengenalan fungsi pembaharuan Lesen Kenderaan Motor dan pembaharuan Lesen Memandu yang telah dibuka kepada orang awam sejak 1 Februari 2024. Fungsi kongsi LKM turut diperkenalkan kepada orang ramai rentetan aduan yang diterima berkaitan penggunaan kereta milik orang lain. Kini pemilik boleh berkongsi LKM dengan ahli keluarga atau individu yang berkenaan.

Kementerian Pengangkutan melalui JPJ telah merancang untuk melaksanakan penambahbaikan aplikasi myJPJ secara berfasa dari semasa ke semasa tertakluk kepada keutamaan penambahbaikan dan kos perbelanjaan yang diperuntukkan. Dalam hal ini, cadangan penambahbaikan bagi mewujudkan fungsi notifikasi pemakluman tarikh tamat tempoh LKM adalah antara yang telah direncanakan di dalam agenda pendigitalan JPJ.

Fungsi ini akan dimaklumkan kepada umum apabila ia siap dibangunkan dan sedia untuk digunakan. Saya mengalu-alukan cadangan daripada Ahli Yang Berhormat Hulu Selangor untuk kita mewujudkan fungsi notifikasi ini supaya orang ramai tidak lupa untuk memperbaharui LKM mereka. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Yang Berhormat Hulu Selangor.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang telah diberikan. Saya ingin bertanya juga memandangkan bila berlaku roadblock dan sebagainya, adakah kementerian telah menyediakan equipment secukupnya kepada anggota keselamatan, polis ataupun JPJ ketika mana mengendali operasi sekatan jalan raya untuk sebab apa, kadang-kadang yang bawa

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

kenderaan itu orang tua dan nak tunjukkan dia punya road tax itu jadi masalah untuk dia.

Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Menteri.

draft • 10:30 AM

Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih. Memang dari segi SOP sekarang ini untuk sekatan jalan raya, bukan saja JPJ, malah JPJ juga telah memaklumkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia bahawa tidak ada lagi keperluan untuk menyemak LKM secara fizikal. Jadi, kalau Ahli Yang Berhormat pernah melalui roadblock baru-baru ini, anggota polis atau anggota JPJ pun tidak lihat lagi ataupun tengok, cek lagi road tax di dalam kaca di dalam kereta kerana aplikasi yang mereka ada atau telefon bimbit mereka dilengkapi dengan sistem, di mana mereka tekan sahaja nombor plat dalam sistem, boleh terpapar dalam aplikasi mereka ataupun gadget mereka sama ada kereta itu ada road tax yang sah atau tidak.

draft • 10:30 AM

Tuan Loke Siew Fook

Jadi, tidak ada keperluan untuk lihat secara fizikal. Segala sistem, segala maklumat apabila check saja nombor plat itu dia akan terpapar dalam gadget mereka. Gadget memang disediakan mencukupi kepada anggota-anggota penguat kuasa, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Yang Berhormat Ledang.

draft • 10:40 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Yang Berhormat Menteri, antara kelebihan yang saya rasa kita dapat daripada pelaksanaan road tax digital dengan izin ini ialah adanya efficiency dan juga cepat. Kecepatan dan kecekapan. Selain itu juga ada kekurangan dari segi dokumen fizikal. Jadi, apakah data yang menunjukkan bahawa keberkesanan ini telah berjaya dilakukan di samping penjimatan yang dapat dilahirkan daripada kurangnya percetakan yang terpaksa dilakukan? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Menteri.

draft • 10:40 AM

Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih Yang Berhormat Ledang, yang juga merupakan Pengerusi di MDEC kan. Memang dari segi digital, ini sesuatu yang kita sokong dan Kementerian Pengangkutan memang antara agensi kementerian yang paling menyokong pendigitalan negara.

Untuk makluman, aplikasi MyJPJ ini telah pun dimuat turun oleh 13.7 juta pengguna sejak dilancarkan tak sampai dua tahun yang lalu. Manakala pendaftaran JPJeID 10.7 juta orang. Maksudnya ialah bahawa sekarang ini sekurang-kurangnya lebih 10 juta pengguna yang telah pun menggunakan MyJPJ ini. Sudah tentu ini menyokong agenda pendigitalan negara. Untuk makluman, dari segi penggunaannya dan setakat ini dari segi transaksi orang yang renew road tax ataupun lesen mereka telah mencecah lebih 1 juta transaksi. Kita dari segi jumlah kutipan daripada MyJPJ ini setakat 31 Oktober ini telah mencatat hampir RM121 juta.

Jadi, penggunaan dan juga untuk membantu efficiency orang ramai dan juga jabatan memang dilihat keberkesanannya dan memang ada penjimatan dari segi percetakan. Kita tidak perlu lagi mencetak dengan banyak. Tetapi masih ada lagi rungutan orang ramai

draft • 10:40 AM

Tuan Loke Siew Fook

bahawa ada sebilangan yang masih ingin melihat ataupun mencetak lesen mereka ataupun cukai jalan mereka. Jadi, dari segi itu memang kita akan menambah baik dan awal tahun depan kita akan umumkan satu inisiatif kepada mana-mana pihak ataupun orang ramai yang ingin mencetak lesen mereka secara fizikal mungkin mereka kena bayar untuk percetakan tersebut. Dari segi kad fizikal itu yang kita cetak kepada mereka.

Jadi, dari segi pendigitalan ini memang ia tidak akan toleh ke belakang. Kita akan terus melihat apa lagi penambahbaikan yang boleh kita buat supaya proses pendigitalan ini dapat kita teruskan dan dapat menambah lagi efficiency jabatan kerajaan. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pengangkutan. Seterusnya, Tuan Manndzri bin Nasib, Tenggara.

draft • 10:40 AM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Terima kasih Dato’ Speaker.

Satu dua tiga empat lima, Soalan saya nombor lima.

draft • 10:40 AM

5. Tuan Manndzri bin Nasib [Tenggara] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan status terkini berkaitan dengan kad pengenalan generasi baharu yang bakal diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi menggantikan kad pengenalan diri sedia ada dengan tujuan untuk mengatasi isu pemalsuan kad identiti kewarganegaraan.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sahabat saya Tenggara. Mengenai status terkini berkaitan dengan kad pengenalan generasi baru yang bakal diperkenal oleh kerajaan bagi menggantikan kad pengenalan diri sedia ada.

Untuk makluman Yang Berhormat Tenggara, KDN melalui Jabatan Pendaftaran Negara kini sedang dalam fasa akhir untuk memuktamadkan perolehan bagi kad pengenalan struktur baru yang bakal menggantikan kad pengenalan sedia ada yang telah dikeluarkan kepada rakyat Malaysia sejak 2012 lagi.

Penggantian kad pengenalan struktur baru ini adalah bertujuan untuk pastikan kad pengenalan yang bakal dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara ini kepada rakyat Malaysia mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi, selamat dan dipertingkatkan selari dengan perkembangan teknologi keselamatan terkini serta bagi membendung sebarang insiden dan percubaan untuk memalsu dan menyalah guna kad pengenalan yang menjadi dokumen pengenalan penting dan utama bagi Malaysia. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, soalan tambahan pertama Tenggara.

draft • 10:40 AM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Terima kasih Dato’ Speaker. Jadi, soalan tambahan daripada Tenggara berapakah kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam usaha untuk menukar MyKad lama ini kepada yang baru dan apakah dengan usaha menukar MyKad lama kepada baru ini boleh menangani pemalsuan dan juga menjadi elemen untuk mengekang dual kerakyatan? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Timbalan Menteri.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Kad pengenalan generasi baru akan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih. Ia diperbuat daripada bahan polycarbonate yang telah diuji ketahanannya di makmal-makmal bertauliah serta dilengkapi dengan cip keselamatan berkapasiti storan yang lebih besar dengan piawai keselamatan dan penyulitan yang dipertingkatkan. Langkah ini kita buat bertujuan untuk membendung masalah pemalsuan kad pengenalan dan kebocoran data.

Untuk makluman Yang Berhormat, reka bentuk kad pengenalan baru ini juga tampil lebih moden dengan elemen seperti torehan laser dan hologram yang lebih maju selaras dengan perkembangan teknologi terkini dan perkembangan teknologi seluruh dunia. Ciri keselamatan yang tinggi ini diyakini. Kita yakin mampu untuk mengatasi isu pemalsuan kad pengenalan dari masa hadapan sebagaimana Yang Berhormat bangkitkan tadi.

Dari segi kos, KDN melalui Jabatan Pendaftaran Negara sedang menjalankan kajian pasaran bagi pastikan pelaksanaan kad pengenalan generasi baru ini memenuhi prinsip nilai faedah terbaik, best value for money. Usaha ini bertujuan untuk kita pastikan kos pengeluaran yang tidak membebankan kerajaan selain menjamin penggunaan sumber secara optimum sejajar dengan garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila soalan tambahan yang kedua, Yang Berhormat Besut.

draft • 10:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Nampak macam lupa Besut ya.

Soalan saya kepada Menteri. Terima kasih Yang di-Pertua. Soalan saya sebenarnya, saya nak tahu lebih kurang berapa kerap sebenarnya berlaku pemalsuan ini dan sejak bila ia dikesan? Dilihat lebih kepada security features maknanya kekurangan di situ.

Jadi, bagaimana yang kad pengenalan yang ada sekarang yang macam mana?

Sebab nak pergi kepada generasi baru punya kad pengenalan makna apa akan berlaku sekarang dengan kad pengenalan yang kita ada sekarang? Nampak macam ciri-ciri keselamatan tak ada seolah-olah macam itu.

Satu lagi yang saya nak lihat dari segi integrasi dia, integrasi – dulu kita dah ada MyDigital ID. Jadi pemusatan telah diumumkan oleh kerajaan mengatakan kena ada pemusatan tunggal. Jadi, macam mana kita nak integrasikan dari segi untuk kita kesan penipuan dan sebagainya dalam digital ID itu tersebut? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Timbalan Menteri.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Dato’ Yang di-Pertua, sahabat saya Besut, kerana itulah kita akan keluarkan kad pengenalan yang baru ini yang mempunyai ciri-ciri yang terkini, berteknologi tinggi yang boleh menyelesaikan isu dan masalah sebagaimana Yang Berhormat bangkitkan tadi. Kita jangkakan dalam tempoh terdekat bila penggunaan ini dibuat maka kad pengenalan lama dengan sendirinya tidak diguna pakai lagilah. Dan kerana ciri-ciri keselamatan dan cetakan laser dan sebagainya.

Untuk makluman Yang Berhormat, JPN, kita sentiasa menjalankan aktiviti pencegahan dan penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti pemalsuan kad pengenalan

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

dalam negara. Kad pengenalan yang ada pada hari ini. Kita buat kerjasama dengan pelbagai agensilah termasuk dengan JIM, dengan SPRM, dengan polis.

Saya nak bagi satu angka, sepanjang tahun 2022 sehingga 31 Oktober 2024, sebanyak 2,103 operasi penguatkuasaan telah dilaksanakan oleh JPN di seluruh negara yang terdiri daripada 1,606 operasi penguatkuasaan oleh JPN dan 497 operasi bersepadu bersama agensi penguat kuasa. Hasil daripada operasi dilaksanakan, JPN telah menahan seramai 519 individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Daripada jumlah tersebut, seramai 190 orang individu telah didakwa oleh kesalahan di bawah Peraturan 25(1)(e) yang terdiri daripada 130 memiliki kad pengenalan palsu dan 60 orang individu kad pengenalan milik orang lain. Oleh sebab itulah, kita lihat ada keperluan untuk membangunkan teknologi yang lebih terkini supaya isu-isu seumpama ini dapat ditangani dengan baik dan lebih berkesan. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 10:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi soalan saya tadi yang saya kata sejak bila sebenarnya...

draft • 10:50 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tak apa Yang Berhormat.

draft • 10:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Perkara ini di...

draft • 10:50 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang itu Timbalan Menteri ...

draft • 10:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jawab bertulis?

draft • 10:50 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Buat jawapan bertulis.

draft • 10:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri? Seterusnya, Dr. Hajah Halimah Ali, Kapar.

draft • 10:50 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Hujan turun Bukit Kapar berendam; Tunggu kerajaan settle dah macam nak demam; Soalan Kapar nombor enam.

draft • 10:50 AM

6. Dr. Hajah Halimah Ali [Kapar] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan;

(a) apakah kriteria untuk menyertai inisiatif “Friends of Unity” dan setakat ini berapa NGO yang terangkum dalam rangkaian kementerian; dan

(b) adakah kementerian bersedia melibatkan pembangkang dalam perancangan dan aktiviti atas dasar keterangkuman.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Puan Saraswathy a/p Kandasami

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kapar yang

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Puan Saraswathy a/p Kandasami

menunjukkan perhatian yang mendalam terhadap program Friends of Unity yang dianjurkan Kementerian Perpaduan Negara.

Friends of Unity (FoU) merupakan inisiatif kementerian ini bagi mengukuhkan kolaborasi strategik bersama badan-badan bukan kerajaan atau NGO dalam menjayakan agenda perpaduan selaras dengan Dasar Perpaduan Negara di bawah teras tiga iaitu ekosistem perpaduan yang antaranya menekankan aspek memperkasa jentera perpaduan melalui kerjasama strategik.

Inisiatif Friends of Unity ini terbuka kepada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan atau NGO dan kriteria penyertaan adalah NGO bertaraf tempatan dan berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) atau Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) serta terbukti aktif melaksanakan program-program perpaduan. Bermula dari tahun 2020 sehingga kini, kementerian ini telah mengadakan kerjasama dengan lebih 250 NGO bagi pelaksanaan program-program perpaduan di peringkat komuniti, daerah, negeri serta program-program utama kementerian.

Antara program-program utama yang dilaksanakan dengan kerjasama NGO adalah seperti:

(i) Pameran Rumah Kami, melibatkan pameran mengenai kebudayaan kaum utama dan etnik minoriti di Malaysia, seni warisan dan kebudayaan;

(ii) Sambutan Bulan Kebangsaan;

(iii) kempen media sosial seperti kempen #cakapbaikbaik Video Challenge dan Jom Unite TikTok Challenge;

(iv) Forum mengenai keharmonian antara agama;

(v) Pertandingan Pidato Rukun Negara;

(vi) Kelestarian Bahasa Kolokial dan Kaum Minoriti;

(vii) Karnival permainan sukan rakyat; dan

(viii) Khidmat kesukarelawan seperti bantuan pasca banjir.

Dalam hal ini, kementerian sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan mana- mana NGO bagi pelaksanaan program-program perpaduan melalui pendekatan kolaborasi strategik. Kementerian juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada NGO-NGO yang telah bekerjasama dengan kementerian dalam usaha memupuk dan menyemarakkan semangat serta nilai-nilai perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

YB Kapar.

draft • 10:50 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Yang di-Pertua, saya baca ini daripada Bentong, minta umumkan kehadiran pelajar sekolah rendah dan guru-guru pengiring dari SK FELDA Kemasul, Bentong, Pahang.

[Tepuk] Yang di-Pertua, saya lihat soalan asal saya ada dua. Yang dijawab adalah (a), (b) tak jawab lagi. So, saya nak bagi soalan tambahan ini, (a) pun tak jawab lagi. Itu ya. Yang kedua, saya tambah teruslah. Biar dia jawab sekali ya. Yang di-Pertua, boleh ya?

draft • 10:50 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Okey. Jadi perpaduan ini perlu ditonjolkan oleh Kementerian Perpaduan khasnya bagi kita semua di sinilah dalam Dewan ini. Jadi, keterlibatan pembangkang, ini sambung ya apa yang (b) yang tak dijawab lagi ini. Dalam perancangan dan aktiviti, adakah kementerian ada mekanisme formal untuk mengundang kami ini, Ahli Parlimen pembangkang ini dalam mesyuarat atau perbincangan dasar berkaitan dengan perpaduan?

Dalam semangat keterangkuman ini, adakah kementerian bersedia untuk menerima cadangan daripada pihak pembangkang untuk memperluaskan lagi keberkesanan program ini? Sebab macam saya di Kapar, ada 320,000 orang penduduk di Kapar dan pelbagai kaum.

40 percent non-Malay, non-minority-lah. Jadi, kalau tak dilibatkan, saya tak tahu apa masalahnya, semuanya diangkat dan ada yang tak diangkat. Sebab dia tak ada masuk ke kerajaan, tapi dia...

draft • 10:50 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey, Yang Berhormat.

draft • 10:50 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

...Mengajukan kepada kami. Jadi bagaimana tindakan kerajaan dalam betul-betul membumikan perpaduan? Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ringkaskan jawapan Timbalan Menteri.

draft • 10:50 AM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Ya. Tuan Yang di-Pertua, soalan (b) dalam soalan asal adalah susulan kepada soalan (a) yang bertanya penglibatan pihak pembangkang dalam menyediakan, melibatkan pembangkang dalam inisiatif Friends of Unity.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Dalam jawapan saya, saya telah menjawab bahawa NGO itu tidak dipilih sama ada NGO pembangkang ataupun pihak kerajaan.

Jawapan saya adalah jelas bahawa semua ataupun mana-mana NGO yang giat ataupun mempromosikan perpaduan, boleh mengambil bahagian dalam semua aktiviti Kementerian Perpaduan. Kementerian anggap NGO adalah platform neutral yang bebas daripada sebarang agenda politik. Wakil pembangkang boleh bekerjasama dengan NGO yang mempromosikan perpaduan tanpa sebarang agenda politik.

Kementerian juga telah menubuhkan Majlis Mesyuarat Yang Berhormat Menteri Perpaduan Bersama Menteri Perpaduan Negeri Sabah dan Sarawak serta Exco-exco Perpaduan Negeri (MExUnity) untuk tujuan perancangan dan pelaporan program-program perpaduan di seluruh Malaysia selaras dengan dasar keterangkuman. Majlis Mesyuarat MExUnity ini dipengerusikan oleh Menteri Perpaduan Negara manakala keahliannya adalah terdiri daripada Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang memegang portfolio perpaduan di setiap negeri termasuk negeri-negeri pembangkang.

Jadi, kementerian sentiasa terbuka kepada sebarang pandangan ataupun cadangan dalam mempromosikan perpaduan di kalangan rakyat. Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

MP-MP pembangkang, Menteri.

draft • 10:50 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Batu Pahat.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di- Pertua. Timbalan Menteri, Batu Pahat ingin bertanya, apakah perancangan jangka panjang untuk memastikan kesinambungan dan keberkesanan inisiatif Friends of Unity ini?

draft • 10:50 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Timbalan Menteri.

draft • 10:50 AM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Tuan Yang di-Pertua, Friends of Unity seperti mana yang saya telah jelaskan tadi, menjadi sebahagian daripada semua program yang dilaksanakan oleh Kementerian Perpaduan Negara. Sama ada mereka mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti program seperti yang saya terangkan tadi Pameran Rumah Kami. Ini adalah hasil usaha NGO-NGO yang mewakili kaum minoriti yang menunjukkan ataupun menonjolkan kebudayaan masing-masing.

Jadi, Friends of Unity menjadi sebahagian daripada semua program yang dilancarkan oleh ataupun dilaksanakan oleh Kementerian Perpaduan. Jadi, usaha ini akan berterusan dan kita akan cuba untuk mempergiatkan lagi penglibatan mereka dalam aktiviti- aktiviti yang dilaksanakan oleh Kementerian Perpaduan. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Speaker, satu soalan lagi Speaker, berkaitan dengan Perpaduan. Nak minta Menteri nasihat kepada Menteri Pendidikan membenarkan pembangkang masuk ke sekolah. Itu sahaja. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

draft • 10:50 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tak berkaitan Yang Berhormat. Yang Berhormat Timbalan Menteri, tak perlu jawab. Seterusnya, Tuan Ganabatirau a/l Veraman, Klang.

draft • 10:50 AM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih Yang di-Pertua. Soalan nombor 7.

draft • 11:00 AM

7. Tuan Ganabatirau a/l Veraman [Klang] minta Menteri Pendidikan menyatakan perancangan kementerian untuk memindah Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJK) yang kekurangan murid, khususnya di kawasan-kawasan luar bandar ke kawasan bandar dan usahanya untuk meningkatkan bilangan pelajar di SJKT serta melestarikan kewujudannya.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Klang. Dato’ Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia mendefinisikan sekolah kurang murid (SKM) sebagai sekolah yang berenrolmen 150 orang murid dan ke bawah. Data seperti pada 31 Oktober 2024, menunjukkan terdapat 3,063 buah sekolah rendah yang mempunyai enrolmen 150 orang murid dan ke bawah.

Bilangan sekolah rendah ini tidak mengambil kira sekolah kebangsaan pendidikan khas, sekolah kebangsaan (Asli), sekolah model khas, sekolah model khas K9 dan sekolah agama bantuan kerajaan. Definisi SKM ini juga tidak terpakai kepada sekolah menengah.

Berdasarkan rekod KPM, terdapat 383 buah SJKT yang berstatus SKM iaitu sekolah kurang murid.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah merangkan beberapa strategi bagi menangani isu SKM di bawah inisiatif pelaksanaan Pelan Hala Tuju SKM. Strategi tersebut adalah pelaksanaan kelas bercantum dengan pengajaran dan pembelajaran pelbagai gred.

Nombor dua, pemindahan atau penempatan semula SKM. Nombor tiga, pengekalan SKM atas keperluan.

Strategi pemindahan atau penempatan semula SKM ke lokasi baharu di kawasan yang mempunyai bilangan penduduk yang tinggi dilaksanakan bagi membantu untuk meningkatkan enrolmen SKM. KPM berkeyakinan bahawa menerusi strategi yang telah digariskan dan dilaksanakan di bawah Pelan Hala Tuju SKM tersebut, isu sekolah kurang murid dapat ditangani dan sumber pendidikan yang dibekalkan oleh KPM dapat dioptimumkan serta dapat dimanfaatkan oleh murid.

Strategi ini juga dapat memaksimumkan penggunaan tenaga pengajar dan mengurangkan kos pengoperasian sekolah. KPM akan terus meneliti pendekatan yang terbaik bagi memastikan aspirasi sistem pendidikan berkaitan akses ekuiti dan kualiti yang dilaksanakan di semua institusi pendidikan, termasuklah di sekolah kurang murid dapat direalisasikan secara berkesan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Yang Berhormat Klang.

draft • 11:00 AM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih Menteri untuk jawapan tadi.

Semasa pentadbiran Perdana Menteri yang keenam, Dato’ Sri Najib, terdapat jawatankuasa dan peruntukan khas untuk menyelaraskan inisiatif pemindahan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Tamil yang kekurangan murid. Adakah kemungkinan untuk kerajaan kita pada hari ini untuk mereplikasikan pendekatan yang sama?

Dalam pada itu, pada 22 Julai 2023, ketika berucap di Persidangan Penyelidikan Tamil Antarabangsa Ke-11 di Universiti Malaya, Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri telah menyatakan bahawa bahasa Tamil boleh diajar sebagai bahasa tambahan di sekolah-sekolah menengah, sekurang-kurangnya sekiranya ada 10 pelajar sahaja. Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk pihak kementerian setakat ini sejak pengumuman tersebut?

draft • 11:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Timbalan Menteri.

draft • 11:00 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih soalan tambahan. Dua soalan tambahan dari Yang Berhormat Klang.

Berkenaan dengan isu pertama yang berkaitan iaitu sekolah kurang murid.

Sememangnya dalam masa satu tahun yang lepas, saya sendiri telah pun adakan beberapa kali sesi libat urus dan perbincangan sama ada secara formal ataupun tidak formal dengan NGO-NGO, badan bukan kerajaan serta the Tamil Foundation dalam kita supaya kita boleh mengambil satu jalan dan juga pendekatan yang terbaik dalam menangani isu sekolah kurang murid khasnya dalam perkara ini, sekolah jenis kebangsaan Tamil yang kita ada.

So, tadi saya ada sebut sejumlah 383 buah SJKT adalah berstatus sekolah kurang murid. KPM mengambil maklum bahawa sememangnya ada sekolah-sekolah kurang murid

draft • 11:00 AM

Tuan Wong Kah Woh

ini yang terletak jauh di pedalaman, di dalam ladang dan juga ada yang menghadapi isu tanah dan sebagainya.

Perbincangan sedang giat diperlakukan supaya kita dapat mengambil satu pendekatan supaya bagi SJKT ataupun sekolah-sekolah kurang murid yang kita dapati tidak dapat sustain lagi, non-sustainable dengan izin, lagi dalam lokasi yang berkenaan, maka perbincangan sedang dibuat untuk mengenal pasti sekolah-sekolah tersebut supaya ia dapat dipindahkan ke kawasan yang mempunyai keperluan, yang mempunyai bilangan penduduk yang tinggi supaya enrolmennya, kemasukannya dapat ditingkatkan. Itu merupakan usaha yang sedang dilaksanakan oleh KPM.

Berkenaan dengan pengajaran bahasa Tamil sebagai bahasa tambahan di sekolah menengah kebangsaan, pihak KPM juga mengambil maklum berkenaan dengan pengumuman dan keputusan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membolehkan pembukaan kelas bagi bahasa Cina dan bahasa Tamil sebagai bahasa tambahan di SMK sekiranya ada permintaan lebih daripada 10 orang murid, sebelum ini 15 orang.

Selepas pengumuman itu, maka KPM telah pun mengambil tindakan susulan termasuk untuk menubuhkan satu jawatankuasa peringkat dasar bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran tambahan yang melibatkan bahasa Tamil dan bahasa Cina. Jawatankuasa ini sedang dalam usaha untuk meneliti dan menetapkan prosedur dan teknik dan juga berkenaan dengan teknikal, pengoperasian yang juga sedang diperhalusi. KPM akan mempercepatkan proses dalam isu ini.

Izinkan saya 30 saat Dato’ Yang di-Pertua, untuk tambah sedikit berkenaan dengan sekolah kurang murid tadi. Bagi SJKT, sememangnya pihak KPM memberikan komitmen untuk memastikan projek-projek yang sedang berjalan itu bagi sekolah kurang murid — projek-projek pemindahan bagi sekolah kurang murid itu terus berjalan.

Bagi tahun ini, untuk rekod Dewan yang mulia ini, dua sekolah pindah lokasi telah pun beroperasi. SJKT Seafield, Selangor; SJKT Ladang Pertang, Jelebu. Tahun lepas, SJKT Ladang Bukit Ijok, Jeram; SJKT Blue Valley, Cameron Highlands; SJKT Ladang Lanchang, Temerloh telah pun beroperasi dan SJKT Ladang Byram, Seberang Perai telah pun masuk dalam status pembinaan 90 peratus. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Soalan tambahan yang kedua di sebelah pembangkang? Kalau tidak ada, sila soalan tambahan kedua sebelah kerajaan. Tidak ada? Okey, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan.

Seterusnya Dr. Radzi Jidin, Putrajaya.

draft • 11:00 AM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Soalan saya nombor 8.

draft • 11:00 AM

8. Datuk Dr. Radzi bin Jidin [Putrajaya] minta Menteri Kewangan menyatakan kos keseluruhan yang ditanggung sektor Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) apabila dikehendaki menggunakan e-Invois mulai 1 Julai 2025:

(a) apakah bantuan kerajaan kepada PMKS dalam melaksanakan e- Invois; dan

(b) bagaimana kerajaan dapat menjamin keselamatan dan privasi data yang dikumpulkan melalui e-Invois.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Putrajaya. Seperti mana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, pelaksanaan e-Invois secara menyeluruh akan bermula pada 1 Julai 2025 yang melibatkan semua perniagaan termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana

(PMKS). Buat masa ini, kerajaan telah bersetuju untuk memberi pengecualian daripada pengeluaran e-Invois kepada peniaga kecil yang mempunyai jualan tahunan di bawah RM150,000 yang mana ia melibatkan lebih 700,000 PMKS dan peniaga kecil.

Namun, kerajaan sangat menggalakkan penglibatan peniaga kecil dalam inisiatif e- Invois selaras dengan aspirasi negara ke arah pendigitalan perniagaan. Setakat 19 November 2024, sebanyak 7,900 syarikat telah menggunakan sistem e-Invois yang melibatkan pengeluaran 87 juta e-Invois secara keseluruhan. Penyertaan e-Invois ini bukan sahaja melibatkan syarikat atau pembayar cukai fasa pertama sahaja, tetapi turut disertai oleh syarikat yang berada dalam fasa kedua dan ketiga secara sukarela. Ini menunjukkan tahap penerimaan yang baik di kalangan syarikat dalam mematuhi pelaksanaan e-Invois.

Selain itu, kerajaan telah menyediakan tempoh peralihan selama enam bulan bagi memberi kelonggaran kepada perniagaan untuk mengeluarkan e-Invois disatukan iaitu e- Invois yang menggabungkan semua transaksi jualan setiap bulan. Sepanjang tempoh peralihan ini juga, penalti tidak akan dikenakan kepada perniagaan yang sekurang-kurangnya mengeluarkan e-Invois disatukan.

Dalam usaha untuk membantu PMKS melaksanakan e-Invois ini tanpa melibatkan sebarang kos tambahan, Lembaga Hasil Dalam Negeri telah menyediakan Portal MyInvois yang boleh diakses dan digunakan secara percuma bagi proses penghantaran e-Invois kepada LHDN.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Sebagai tambahan, aplikasi MyInvois telah dibangunkan dan disediakan kepada pembayar cukai. Kini, pembayar cukai boleh melaksanakan e-Invois menerusi aplikasi MyInvois di telefon pintar masing-masing pada bila-bila masa dan di mana jua.

Bagi peniaga termasuk PMKS yang memilih untuk membangunkan sistem sendiri atau menggunakan pembekal teknologi, anggaran kos yang ditanggung PMKS adalah dalam lingkungan RM3,000 sehingga RM30,000 bergantung kepada saiz dan kompleksiti perniagaan yang dijalankan oleh PMKS. Sungguhpun begitu, kerajaan menyediakan insentif cukai bagi perniagaan yang melakukan perbelanjaan bagi pelaksanaan e-Invois seperti berikut:

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

(i) tempoh tuntutan elaun modal dikurangkan daripada empat tahun kepada tiga tahun bagi perbelanjaan pembelian peralatan ICT dan pakej perisian komputer mulai tahun taksiran 2024; dan

(ii) potongan cukai sehinggan RM50,000 bagi setiap tahun taksiran bagi perbelanjaan yuran perundingan yang ditanggung PMKS mulai tahun taksiran 2024 hingga 2027 Kerajaan akan terus komited untuk membantu semua syarikat termasuk PMKS sepanjang tempoh peralihan dalam melaksanakan e-Invois sepenuhnya. Sesi libat urus aktiviti pendidikan dan hands holding program, dengan izin, akan terus dipergiatkan di seluruh negara bagi menjelaskan proses dan mekanisme pelaksanaan e-Invois di samping memberi bimbingan berhubung penggunaan portal MyInvois. Setakat ini, LHDN telah menjalankan sesi libat urus melebihi 800 sesi melibatkan pelbagai jenis perniagaan dan industri termasuk PMKS.

Akhir sekali, dari segi keselamatan data, keutamaan akan diberi kepada kerahsiaan, integriti dan ketersediaan data melalui langkah-langkah perlindungan data yang ketat.

Kerajaan melalui LHDN sentiasa memastikan langkah keselamatan diambil bagi melindungi data e-Invois daripada capaian, pengubahsuaian, kehilangan atau pendedahan yang tidak dibenarkan dan melindungi hak privasi individu. Sekiranya perniagaan menggunakan portal MyInvois, maklumat dan data yang tersimpan dalam portal tersebut adalah dilindungi di bawah tadbir urus dasar keselamatan pekeliling dan garis panduan keselamatan ICT kerajaan yang sedang berkuat kuasa. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Putrajaya.

draft • 11:10 AM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Terima kasih, Dato’ Speaker. Saya mohon diberi masa sedikit panjang untuk soalan penting ini. Pertama sekali, tadi Yang Berhormat Menteri kata kosnya adalah RM3,000 hingga RM30,000 tetapi Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) menyatakan PMKS perlu membelanjakan sekitar RM200,000 untuk menyediakan sistem e-Invois dan RM50,000 setahun untuk maintain atau menyelenggara, menyokong sistem tersebut. Jadi, mohon penjelasan Menteri. Jauh beza tu.

Yang kedua, berkaitan dengan keselamatan data. Apakah jaminan kerajaan data yang disimpan oleh syarikat-syarikat atau peniaga ini tidak digunakan untuk tujuan lain termasuklah mempromosi barang-barang ataupun produk-produk ataupun syarikat mereka.

Itu yang kedua.

Yang ketiga, saya nak tanyakan soalan, merujuk kepada FAQ yang dikeluarkan oleh LHDN, soalan 87. LHDN kata, pertama, nak tetapkan RM150,000 ini, pertama berdasarkan kepada akaun yang telah diaudit sama ada lebih atau kurang daripada RM150,000. Kalau tidak, akan merujuk kepada penyata cukai yang dihantar pada tahun yang ditaksir, tahun taksiran. Lebih atau kurang daripada RM150,000. Kemudian, yang ketiga, kenyataannya adalah kerajaan menggunakan satu kenyataan umum iaitu, “Taxpayers with annual turnover of – or revenue exceeding RM150,000 for the relevant year.”

draft • 11:10 AM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Jadi, saya nak tanya di sini, macam mana kalau seseorang peniaga itu tidak ada penyata akaun yang telah diaudit, tidak ada penyata cukai, macam mana kerajaan nak kenal pasti bahawa mereka membuat jualan lebih daripada RM150,000? Adakah LHDN akan mengadakan operasi turun ke bawah untuk menyiasat dan melihat bagaimana peniaga– sama ada peniaga ini membuat jualan lebih daripada RM150,000? Jadi, kita kena ingat, RM150,000 ni tak tinggi, bahagi dengan 12, sebulan RM12,500.

draft • 11:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, ringkaskan Yang Berhormat.

draft • 11:10 AM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Bahagi dengan 30 hari dapat RM417. Kalau dia jual satu bungkus makanan RM10, hanya perlukan 40 bungkus sahaja. Jadi, adakah LHDN akan melihat peniaga-peniaga ini dan meminta mereka untuk mendaftar e-Invois?

Seterusnya, kalau ikut apa yang diadakan...

draft • 11:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

draft • 11:10 AM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Itu soalan...

draft • 11:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Putrajaya, saya dah bagi kelebihan masa kepada Yang Berhormat...

draft • 11:10 AM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Last sekali. Last sekali.

draft • 11:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Dah ini yang keenam, Yang Berhormat.

draft • 11:10 AM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Dak, ni last sekali, akhir sekali.

draft • 11:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Enam soalan dalam satu soalan tambahan.

draft • 11:10 AM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tadi Yang Berhormat Menteri kata akan diberi masa enam bulan. Jadi saya nak tanya, untuk PMKS bermula 1 Julai ini, adakah enam bulan daripada 1 Julai atau enam bulan yang awal-awal yang telah bermula pada tahun ini?

Jadi minta penjelasan. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan, kita kena menghormati rakan-rakan lain dan Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Menteri yang ada. Saya harap Yang Berhormat dapat jawab satu sahaja daripada tujuh soalan yang ditanya tadi. Yang bakinya saya anggap Yang Berhormat boleh buat secara bertulis.

draft • 11:10 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih. Saya akan – terlalu banyak tapi saya akan jawab yang terakhir itu. Enam bulan itu adalah dari kalau – jika syarikat itu adalah dalam fasa ketiga iaitu 1 Julai 2025, enam bulan daripada Julai 2025 walaupun jika syarikat itu telah secara sukarela telah mula terlebih awal. Tapi kelonggaran enam bulan itu memang daripada golongan di mana dia di jatuh di mana, which fasa. Yang itu, that enam bulan itu.

draft • 11:10 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Puan Lim Hui Ying

Okey. Satu lagi saya jawab ya berkenaan – Secara umumnya, PMKS dikehendaki untuk mengeluarkan e-Invois bagi jualan yang dijalankan sekiranya

draft • 11:10 AM

Puan Lim Hui Ying

terdapat permintaan e-Invois daripada pembeli. Walau bagaimanapun oh, ini bukan. Ini bagi tentang itu RM3,000 ke RM30,000. Kita telah membuat kajian bagi PMKS. Mungkin kepada syarikat yang di dalam fasa pertama dan fasa kedua mereka mungkin akan melibatkan kos yang lebih tinggi kerana saiz dan kompleksiti perniagaan mereka.

Tetapi untuk PMKS yang ditanya oleh Yang Berhormat Putrajaya, kita memang sudah buat pengajian. Jadi, adalah dalam lingkungan RM3,000 seperti yang saya telah jawab tadi sehingga RM30,000. Yang lain Tuan Yang di-Pertua, saya akan menjawab secara bertulis. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Yang Berhormat Sandakan.

draft • 11:10 AM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya satu sahaja adalah boleh saya minta Kementerian Kewangan menyatakan bilangan syarikat yang telah melaksanakan e-Invois dan bilangan e-Invois yang telah dijana daripada sistem MyInvois. Jadi, saya berharap untuk dapatkan data bagi negeri Sabah. Saya faham ini data yang agak banyak, so, kalau boleh, kalau kementerian ingin, boleh send saya jawapan bertulis juga. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih. Hanya untuk Sandakan atau Sabah, saya tidak ada data sekarang, saya akan jawab secara bertulis. Tapi untuk bilangan atau e-Invois yang lain, seperti saya telah sebut tadi, sehingga 19 November, kita terdapat 7,900 syarikat yang telah menggunakan sistem e-Invois. Manakala dalam perhitungan kita, dalam fasa pertama ada lebih kurang 5,000 syarikat mesti berdaftar– mesti menggunakan e-Invois tetapi kita melebihi.

Jadi, kita terdapat syarikat-syarikat yang dalam fasa kedua dan fasa ketiga telah mula sebelum dateline mereka, mereka telah mula menggunakan e-Invois secara sukarela. Jadi, lagi adalah okey 80 peratus daripada jumlah penghantaran e-Invois telah dikemukakan oleh pembayar cukai fasa pertama dan 20 dikemukakan secara sukarela. Ini adalah figure yang kita ada sekarang.

Bagi pembayar cukai dalam fasa pertama yang masih belum melaksanakan e-Invois, LHDN kita sedang meneliti kenapa mereka tidak berbuat begitu. Ini kita akan kaji secara case- by-case. Jadi, buat setakat ini yang lain saya akan memberi secara bertulis. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan. Seterusnya, Tuan Chow Yu Hui, Raub.

draft • 11:10 AM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Tuan Speaker, soalan saya soalan 9.

draft • 11:10 AM

9. Tuan Chow Yu Hui [Raub] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan garis masa terperinci bagi meminda Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA), memandangkan Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa seksyen 4 dan 15B POCA bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Raub. KDN selaku kementerian yang menerajui aspek keselamatan dalam negeri, kita ada peranan besar untuk menyediakan platform yang selamat dan aman untuk menyokong apa jua inisiatif yang dibuat oleh kerajaan.

Sebaik sahaja Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa seksyen 4 dalam 15B POCA bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan pada April 2022, KDN telah mengadakan beberapa sesi libat urus dengan pemegang taruh berkaitan dan selanjutnya membentangkan cadangan pindaan kepada Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Disember 2023 lalu.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Susulan kelulusan Jemaah Menteri terhadap cadangan pindaan POCA, satu lagi sesi libat urus khas bagi membincangkan cadangan tersebut dengan lebih terperinci dilaksanakan pada Februari 2024 yang melibatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Digital termasuk pegawai-pegawai dan Ahli-ahli Parlimen yang berkaitan. Turut terlibat sesi libat urus tersebut ialah pemegang taruh berkaitan termasuk NGO.

Tuan Yang di-Pertua, mengambil kira maklum balas daripada sesi libat urus pada Februari tersebut, KDN telah melaksanakan bengkel susulan pada Mac 2024 bagi meneliti pandangan dan memenuhi hasrat pemegang taruh yang telah diutarakan. Hasil bengkel susulan tersebut telah dibentang kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dalam satu taklimat pada April 2024. Dalam taklimat tersebut, Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri telah mengarahkan agar satu lagi sesi libat urus bersama dengan Menteri-menteri berkaitan diadakan semula sebelum memorandum diangkat untuk persetujuan Jemaah Menteri.

Selepas beberapa sesi perbincangan dan mesyuarat, KDN akan sekali lagi mengadakan sesi libat urus bersama menteri-menteri berkaitan dalam masa terdekat bagi kita bincangkan cadangan alternatif pindaan POCA yang baharu. Sekiranya sesi libat urus ini dapat respons positif, pindaan POCA dirancang untuk dibentang di Dewan yang mulia ini pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Yang Berhormat Raub.

draft • 11:20 AM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Soalan tambahan. Saya mengalu-alukan keputusan kerajaan yang bersedia untuk meminda akta ini kerana kes Rovin Joty.

Soalan tambahan saya adalah bagaimanakah keputusan ini akan memberi kesan kepada kes-kes lama yang di bawah seksyen yang telah diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah Persekutuan? Adakah kementerian juga merancang untuk menyemak atau meminda akta lain yang serupa, seperti SOSMA atau POTA, yang juga mempunyai peruntukan tahan sebelum bicara untuk mengelakkan isu perlembagaan yang sama? Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Timbalan Menteri.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Tuan Yang di-Pertua, kita masih lagi di peringkat sesi libat urus. Tidak ada keputusan muktamad lagi berkaitan perkara ini.

Saya tak boleh komen kes-kes yang disebutkan tadi. Apa pun, kita harap kita akan mendapat keputusan terbaik bagi membolehkan suatu akta yang benar-benar memberi suatu yang berkesan.

Saya nak sebut, Yang Berhormat, sebagai tambahan. Sebenarnya pihak PDRM memerlukan undang-undang ini untuk tindakan pencegahan jenayah yang lebih berkesan dan mencapai maslahat yang lebih besar. PDRM memang kita beri jaminan untuk siasatan lebih telus berpaksikan undang-undang sedia ada.

Cuma, saya nak sebut di sini, untuk rekod, setelah arahan penangguhan pada 22 April dan berkuat kuasa pada 28 April 2022 supaya semua tangkapan di bawah POCA ditangguhkan ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan, saya nak sebut ― saya boleh bagi data terkini berapa kes yang beri kesan ya. Antaranya, kes jenayah kekerasan. Kes pada tahun 2023, 17,198 meningkat kepada 20,381. Untuk jenayah harta benda, daripada 48,222 tahun 2023 meningkat kepada 51,941. Jenayah narkotik, kalau kita lihat pada tahun 2023, 139,342 meningkat kepada 204,461.

Sebab itu kita harap sesi libat urus nanti kita akan dapat keputusan terbaik bagi kita membendung jenayah-jenayah yang sangat mencabar dan besar ini. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Yang Berhormat Jerlun.

draft • 11:20 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Soalan tambahan saya, Yang Berhormat.

Jika dirujuk soalan asal, menyentuh tentang seksyen 4 dan seksyen 15 yang dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan. Perlu kita lihat seksyen 4 ini menggariskan peraturan untuk majistret mahkamah membenarkan perintah tahanan reman kepada polis terhadap mana- mana penjenayah. Manakala seksyen 15B itu menyekat hakim daripada inquiry mengenai asas penahanan yang mahu dibuat polis terhadap seseorang penjenayah di bawah POCA.

Persoalan saya. Apabila dua peruntukan ini dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan, ertinya ia tidak boleh dikuatkuasakan oleh pihak polis. Jadi, apakah terdapat peruntukan khas di bawah kuasa Menteri yang digunakan oleh PDRM untuk menyekat aktiviti jenayah terancang, gengsterisme, sindiket judi atas talian dan sebagainya dalam keadaan seksyen 4 dan seksyen 15 Akta POCA dibatalkan?

Kedua, bagi memastikan Akta POCA kekal relevan, dapat dikuatkuasakan, sejauh manakah fungsi Lembaga Pencegahan Jenayah yang wujud di bawah akta ini boleh ditambah baik dengan mengurangkan kuasa Menteri untuk menguatkuasakan akta ini? Sekian.

draft • 11:20 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, Timbalan Menteri.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Tuan Yang di-Pertua, kita menggunakan akta-akta lain untuk membendung kes-kes jenayah yang berkaitan. Kesan arahan daripada Jabatan Peguam Negara.

Namun demikian, saya sebut jawapan kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi, oleh kerana kita masih banyak lagi sesi libat urus dan membuka ruang

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

perbincangan termasuk sesi townhall dengan pelbagai pihak pakar undang-undang dari Peguam Negara, kita masih lagi terbuka untuk mendapat pandangan-pandangan daripada pelbagai pihak bagi membolehkan kita pastikan supaya keselamatan dan ketenteraman awam terjamin.

Jadi, sebab itu, kita harap pandangan-pandangan yang terbaik dapat kita perhalusi.

Sekiranya ada pandangan dan cadangan baharu, kementerian mengalu-alukan cadangan berkenaan. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri. Seterusnya, Tuan Zahari bin Kechik, Jeli.

draft • 11:20 AM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 10.

draft • 11:20 AM

10. Tuan Zahari bin Kechik [Jeli] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah pembaharuan yang bakal dilakukan bagi menangani isu sekolah daif di seluruh negara serta sejauh manakah keprihatinan kementerian dalam memastikan proses penambahbaikan dan naik taraf dipantau dan dilaksanakan mengikut perancangan yang ditetapkan.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Jeli. Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa komited dalam menyediakan infrastruktur dan kemudahan pendidikan yang selamat dan kondusif. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebanyak 1,076 projek pembangunan semula bangunan daif di sekolah telah diluluskan di seluruh Malaysia dengan kos berjumlah RM8.514 bilion. Daripada jumlah ini, sebanyak 724 projek telah siap, 180 projek pada fasa bina dan 172 projek pada fasa pra bina.

Dalam langkah menangani isu bangunan daif di sekolah seluruh negara, KPM telah melaksanakan beberapa pembaikan. Antaranya, projek pembinaan semula bangunan daif dijadikan salah satu inisiatif di bawah Bitara MADANI yang dipacu di bawah Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) bagi memperkasakan pelaksanaan projek pembangunan semula bangunan daif di sekolah. Melalui inisiatif ini, tempoh pelaksanaan projek daif dapat dikurangkan terutamanya tempoh semasa fasa pra bina melalui beberapa penambahbaikan proses pelaksanaan.

Antara tindakan adalah untuk memperkasakan dan memantapkan pelaksanaan projek adalah seperti transformasi prosedur pelaksanaan projek. Sebagai contoh, penubuhan jawatankuasa pemandu dan teknikal pembangunan semula bangunan daif di sekolah bagi memantau pelaksanaan dan status projek. Dan juga, untuk memendekkan tempoh proses daripada 147 hari kepada 47 hari, penurunan kuasa (NOC) agihan siling tahunan kepada KSU. Urusan tanah dipermudahkan dan juga penambahbaikan dari segi urusan rundingan 20 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

Juga, dari segi proses perolehan telah pun ditambah baik yang mana KPM telah mendapat kelulusan dan pengecualian khas oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi bagi melaksanakan pelawaan tender terbuka pra kelayakan bagi projek bangunan

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

daif di sekolah dan juga kelonggaran bagi had nilai kerja bekalan dan perkhidmatan dan sebagainya.

Juga, KPM mendapat kerjasama yang baik daripada agensi pelaksanaan projek yang mengambil inisiatif dalam mengurangkan tempoh pembinaan iaitu reka bentuk secara pre- approved plan, dengan izin, serta modular dan juga boleh mengoptimumkan penggunaan mekanisme industrialised building system (IBS).

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Dalam langkah penambahbaikan menangani isu bangunan daif sekolah seluruh negara, KPM juga telah melaksanakan tindakan ke arah sifar bangunan daif di sekolah.

Melalui inisiatif ini, KPM menambah baik dan memperkemaskan sistem pengurusan dan sistem pangkalan data iaitu imej kita.

Pada masa yang sama, KPM mengambil langkah proaktif untuk melaksanakan kerja ubah suai naik taraf (USNT) bagi bangunan berskala 6 untuk mengelakkan daripada bangunan ini dikategorikan sebagai bangunan daif skala 7 yang perlu di roboh dan dibina baharu. Pada masa yang sama, program penyelenggaraan dan pembaikan sekolah akan diteruskan secara berkala dan berpanjangan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] Pihak KPM juga sering mengadakan pelbagai sesi libat urus bersama-sama dengan pemegang taruh yang berkaitan termasuk dengan Kementerian Kewangan Malaysia, PLANMalaysia di bawah KPKT, Kementerian Ekonomi, Kerajaan Sabah dan Sarawak dan agensi-agensi yang lain. Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jeli.

draft • 11:30 AM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dalam kategori sekolah daif ini, terdapat satu lagi kategori iaitu yang diklasifikasikan sebagai bangunan yang tidak selamat iaitu skala 6 ataupun 7 ataupun yang memerlukan penggantian dan pembangunan semula.

Soalan saya, adakah kerajaan atau kementerian menyedari walaupun bangunan itu telah pun diisytiharkan oleh JKR jatuh di bawah skala 6, 7 iaitu tidak selamat, tetapi bangunan sebut masih lagi digunakan oleh pihak sekolah sebagai bilik darjah misalnya ataupun kantin ataupun kegunaan lain. Atas alasan sekolah berkenaan tidak mempunyai bilik yang mencukupi untuk mereka mengadakan kelas ataupun sebagainya.

Jadi soalan saya, apakah tindakan pihak kementerian ataupun kerajaan dalam mengatasi isu ini supaya pelajar betul-betul berada di bawah bangunan yang selamat dan pelajar tidak lagi dibiarkan berada di bangunan yang telah diisytiharkan sebagai tidak selamat? Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Yang Berhormat Jeli atas soalan tambahan.

Sememangnya seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Jeli berkenaan dengan bangunan daif skala 6. Skala 6 adalah bangunan yang tidak selamat dipakai dan juga di telah

draft • 11:30 AM

Tuan Wong Kah Woh

pun disahkan oleh pihak jabatan teknikal di peringkat PPD dan juga KPM. Peringkat skala 7 adalah disahkan oleh pihak JKR.

Seperti yang saya nyatakan tadi, usaha untuk menangani isu sekolah daif ini adalah satu usaha berpanjangan bagi sekolah-sekolah yang mempunyai bangunan daif bagi skala 6 maka tindakan-tindakan yang lebih pantas telah pun diambil iaitu ubah suai dan naik taraf untuk memastikan bahawa bangunan tersebut tidaklah sampai ke skala 7 dan mungkin ia boleh patah balik ke bangunan skala 5 yang masih sesuai digunakan. Pada tahun ini dan tahun hadapan, sejumlah RM150 juta telah pun diperuntukkan untuk tujuan ubah suai naik taraf (USNT).

Pada tahun ini 2024, RM15 juta di salurkan. Tahun hadapan akan dipergiatkan lagi RM135 juta. Bagi pihak KPM juga, usaha-usaha penyelenggaraan setiap tahun diadakan bagi untuk memastikan kondisi dan juga keadaan bangunan yang digunakan oleh sekolah adalah selamat dan juga sesuai untuk kegunaan anak-anak kita. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Batang Lupar.

draft • 11:30 AM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Terima kasih Puan Speaker.

Soalan tambahan saya berkenaan dengan SMK Sebuyau.

Seperti yang sedia maklum, telah dibuka ataupun ditutup tender pada 17 September yang lepas. Dua hari lepas, 18 November saya mengetahui melalui laman web KPM bahawa keputusan tender SMK tersebut adalah ditender semula. Jadi saya ingin mengetahui apakah way forward, dengan izin, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia berkenaan dengan SMK Sebuyau yang telah lama ditangguhkan, sejak RMKe-11 ini? Terima kasih Puan Speaker.

draft • 11:30 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan soalan spesifik, status berkenaan dengan SMK Sebuyau. Saya minta izin supaya saya boleh jawab secara bertulis untuk memastikan jawapan itu adalah tepat.

Namun untuk secara keseluruhan bagi Sarawak, saya ingin memberikan sedikit statistik di sini bahawa jumlah projek sekolah- pembangunan sekolah daif di Sarawak adalah sebanyak 392, adalah yang paling tinggi antara kesemua negeri ataupun wilayah. Yang mana 78 dalam pra bina, 59 bina dan 255 siap. Pada tahun 2019, ada satu projek pembangunan semula bangunan daif RM1 bilion Sarawak. Program ini dipecahkan kepada tiga tahun 2019, 2020, 2021. Secara keseluruhannya, jumlah projek yang terlibat adalah 141 dalam pra bina 43, bina 40 dan siap 58.

Soalan spesifik saya jawab secara bertulis nanti. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya ingin...

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini.

Terima kasih Yang Berhormat.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya ingin petua daripada Yang Berhormat sikit sahaja. Nak dapatkan petua daripada Yang Berhormat.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya sudah kata tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Saya ingin dapatkan petua daripada Yang Berhormat.

Soalan nombor 10 daripada Jeli. Dalam skrin itu tidak memaparkan daripada mana- mana parti. Jadi, adakah soalan kedua pastikan daripada sebelah kerajaan atau pun daripada sebelah sini?

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ini saya yang...

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Jadi tidak adillah kerana dia duduk tengah-tengah. Jadi sepatutnya dapat tiga soalan. Sana satu, sana yang kedua, sini yang ketiga - baharu adil Puan Yang di-Pertua.

Jadi saya ingin petua daripada Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua dan supaya menjadi amalan yang baik selepas daripada ini. Kalau daripada Jeli, Gua Musang dan sebagainya, kawan-kawan yang enam itu. Jadi bagi tiga soalan. Soalan pertama daripada tuan soalan, soalan kedua daripada kerajaan, soalan ketiga daripada pihak kami. Terima kasih Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, kalau mengikut peraturan masyarakat, ia tidak kata saya mesti pilih dari sini atau sana. Ini budi bicara Yang Berhormat Speaker. Faham? Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Akan datang sebelah sini Yang Berhormat, insya-Allah boleh? Akan datang sebelah sini.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Setiausaha.

draft • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahaskan dan diputuskan di Peringkat Jawatankuasa Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup; dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2025 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2025, dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 21 November 2024.”

draft • 11:37 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Saya pohon menyokong, Puan Yang di-Pertua.

draft • 11:37 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 11:37 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2025 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2025 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan ke atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2025 dan Anggaran Pembangunan 2025 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kelima] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa]

draft • 11:37 AM
Kepala B. 24 [Jadual] – Kepala P. 24 [Anggaran Pembangunan 2025] –

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri. Kepala Bekalan B.24 dan Kepala Pembangunan P.24 di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri terbuka untuk di bahas.

Senarai pembahas adalah seperti berikut: YB Ipoh Timur; YB Kubang Pasu; YB Kota Melaka; YB Parit; YB Simpang Renggam; YB Kangar; YB Paya Besar; YB Temerloh; YB Segamat; YB Shah Alam; YB Sabak Bernam; YB Tebrau; YB Pendang; YB Tuaran; dan YB Gombak.

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Ipoh Timur. Setiap pembahas diberi 5 minit.

draft • 11:37 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Saya terus merujuk kepada Butiran 00102 – Pembangunan Sumber Manusia, naik RM3.6 juta.

draft • 11:39 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Butiran 00402 – Kajian-kajian Perindustrian, naik RM1.3 juta itu. Butiran 06000 – Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), tak naik, tak turun. Sama juga dengan tahun lepas RM200 juta.

Butiran 03000 – Pengukuhan Perdagangan Antarabangsa dan Butiran 030100 - Hubungan Serantau dan Antarabangsa dan Butiran 030200 – Hubungan Perdagangan dan Ekonomi Dua Hala.

Saya nak menyentuh dan menarik perhatian seisi Dewan, bahawasanya untuk kita benar-benar mengaut nilai tambahan yang dibawa dengan apa yang disebut hari itu oleh Menteri MOSTI iaitu pendekatan mine to microchip dalam menarik pelaburan dalam keseluruhan rantaian nilai perlombongan sehingga ke pembuatan mikrocip ini.

Kita perlu buat penyelidikan impak ekonomi mineral kritikal berdasarkan pendekatan mine to microchip. Latar belakangnya, Malaysia memiliki deposit unsur nadir bumi (REE) yang sangat-sangat luas dan besar. Lumayan hasilnya sekira dikaut di bawah tanah kita.

Kami telah membangunkan keupayaan pemprosesan, walaupun terhad dan tidak berdaulat, tidak sovereign pada Malaysia.

Negara kita mempunyai kumpulan bakat dan kepakaran yang terlatih bersama-sama dengan pelbagai sektor pembuatan pertengahan sehingga hiliran yang menggunakan REE yang telah diproses dan juga silika dan lain-lain. Walaupun masih kurang berkembang.

Secara asasnya, kita mempunyai semua komponen penting untuk keseluruhan rantaian nilai dan bekalan daripada lombong ke mikrocip atau from mine to microchip dalam negara kita.

Memandangkan potensi ini, saya mencadangkan dengan ada yang meningkat butiran-butiran tadi, ada yang tak berapa meningkat, adanya yang turun sebenarnya. Saya mencadangkan agar difikirkan, ditambah atau mencari jalan lain untuk dijalankan penilaian dan pemetaan impak ekonomi mineral kritikal menggunakan pendekatan mine to microchip.

Ini harus merangkumi penilaian dan pemetaan potensi mineral atau mineral potential assessment atau mapping yang komprehensif untuk membangunkan inventori menyeluruh mineral yang tersedia dan hasil sampingan perlombongan mereka. Mungkin boleh disebut, ini bukan bidang kuasa dan bidang kerja khusus atau tunggal MITI, tetapi rasanya kementerian ini perlulah memainkan peranan kepimpinan dalam merealisasikan ini. Ia juga harus memperluaskan senarai industri pertengahan dan hiliran yang berpotensi, yang boleh muncul daripada sumber-sumber ini.

Yang Berhormat Pengerusi, saya cadangkan agar dengan kerjasama dan juga peruntukan yang ada dengan Butiran 00102 – Pembangunan Sumber Manusia, 00402 – Kajian-kajian Perindustrian, bawah NIMP Butiran 06000 - Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), juga supaya ISIS Malaysia, ISIS yang baik. ISIS kita itu, Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa menyelaraskan bersama-sama dengan MITI penyelidikan dan pemetaan ini.

ISIS Malaysia boleh memetakan perniagaan dan aktiviti sedia ada sepanjang rantaian nilai yang sudah beroperasi di Malaysia, mengenal pasti jurang dan peluang yang

draft • 11:40 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

berpotensi, yang sebenarnya seiring, sehati, seia, sejiwa dengan salah satu mesyuarat yang telah diadakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Beijing kebelakangan ini bersama dengan sesebuah venture capital company daripada China bernamanya Chong Wei yang dikepalai oleh Eric Lee yang memang tersohor dan amat terkenal dalam dunia mikrocip dan semikonduktor yang memang berhasrat dan menyatakan matlamat mereka untuk menarik dan juga bawa keseluruhan rantaian nilai semikonduktor dan mikrocip ke Malaysia.

Oleh itu, saya menggesa, meminta, merayu kementerian untuk mempertimbangkan dengan peruntukan-peruntukan tadi yang tersebut. Satu, untuk mewujudkan insentif pelaburan khusus untuk itu dan menyatakan di mana dan dari mana insentif ini dapat direalisasikan dan apakah dasar yang sedang sedia ada untuk menggalakkan pembangunan pembuatan pertengahan dan hiliran yang menggunakan silika, REE yang telah diproses?

Kedua, integrasi rantaian nilai. Bagaimanakah kementerian berhasrat untuk mengintegrasikan keseluruhan rantaian nilai dan bekalan daripada lombong ke mikrocip dalam Malaysia?

Ketiganya, reformasi perundangan. Sudah tentu perlu ada perubahan dan pindaan dan gubalan undang-undang yang baharu. Bagaimanakah reformasi ini akan semuanya imbangi pertumbuhannya ekonomi dengan kepentingan nasional?

Last tiga, pelan pembangunan ekonomi. Bolehkah kementerian menghuraikan peranan REE dalam atau critical minerals yang lain dalam pelan pembangunan ekonomi Malaysia yang lebih luas? Seberapa kritikal kah ia terhadap pertumbuhan industri dan kemajuan teknologi kita menarik kepakaran dan pelaburan? Apakah strategi yang ada untuk menarik dan mengekalkan kepakaran dan pelaburan antarabangsa dalam industri kita ke mineral di Malaysia? Adakah negara atau syarikat tertentu, misalnya China, misalnya Australia yang punya kepakaran dan juga teknologi yang perlu di-transfer ke sini?

Last, dengan menangani soalan-soalan ini dan melaksanakan penilaian dan pemetaan yang dicadangkan saya tadi, kita dapat membuka potensi penuh Malaysia dalam sektor mine to microchip dan ini akan memacu pertumbuhan ekonomi, meningkatkan keupayaan teknologi dan memastikan kedudukan negara kita dalam landskap teknologi global. Sekian, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timor. Saya jemput Yang Berhormat Kubang Pasu.

draft • 11:40 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih Puan Pengerusi. Bajet MITI bagi 2025 ialah RM2.84 bilion, naik kepada 29 peratus berbanding dengan 2024. Saya ingin merujuk kepada anggaran perbelanjaan mengurus kod 20000 – Perkhidmatan dan Bekalan, berjumlah RM364 juta, kenaikan mendadak iaitu RM270 juta ataupun 287 peratus berbanding dengan 2024.

Saya mohon Menteri memberikan penjelasan sebab-sebab peningkatan yang begitu tinggi. Sebenarnya, kenaikan belanja mengurus 48 peratus ataupun RM307 juta adalah

draft • 11:46 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

disebabkan oleh perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan. Bekalan perkhidmatan ini termasuklah perjalanan sara hidup, sewaan dan sebagainya.

Bagi pembangunan pula, kod 20000 - Perkhidmatan dan Bekalan, turun daripada RM233 juta kepada RM96.5 juta. Ini penting, one-off ya.

Kod 070000 – One-Off, sejumlah RM300.5 juta. Kemudian kod 070100 – Expo 2025 Osaka, nak belanja sehingga RM117.6 juta. Ini banyak, bawak saya sekali pun takpe lah.

Kalau banyak ini punya peruntukan.

Kemudian, kod 070200 – Kepengerusian ASEAN 2025, sampai RM172 juta. Saya tak tahu apa MITI nak buat untuk Kepengerusian ASEAN ini. Jumlah besar one-off untuk ketiga-tiga kod ini ialah RM593 juta. Satu angka yang amat besar iaitu 62.5 peratus daripada keseluruhan belanja mengurus.

Saya mohon Yang Berhormat Menteri, berikan penjelasan tentang setiap kod bajet one-off yang saya sebutkan tadi yang begitu besar ini serta memperincikan- perincian perbelanjaan.

Mengenai perbelanjaan pembangunan. Saya merujuk kepada kod 00525 – Dana Projek Berimpak Tinggi, kenaikan daripada RM160 juta kepada RM235 juta, naik 47 peratus.

Perbelanjaan adalah di bawah MIDA. Mohon Yang Berhormat Menteri beri penjelasan tentang apakah projek-projek berimpak tinggi yang akan dilaksanakan oleh MIDA?

Kod 00204 – Tabung Promosi Eksport Perkhidmatan. Kenaikan daripada RM17.5 juta kepada RM33 juta iaitu peningkatan 88.6 peratus. Mohon Yang Berhormat Menteri perjelaskan.

Kod 00531 – Taman Teknologi Sarawak. Apa dimaksudkan dengan pinjaman RM13.7 juta? Siapakah yang pinjam dari siapa?

Kod 00532 – Taman Teknologi Sabah iaitu RM14.585 juta. Mohon beri penjelasan.

Kod 06000 – Pelan Induk Perindustrian Baharu 2023 (NIMP 2030). Mohon memperincikan perbelanjaan. Berapakah jumlah yang dibelanjakan setakat Oktober 2024 daripada jumlah bajet RM200 juta?

Kod 00530 – Menaiktaraf dan Memperbaiki Infrastruktur Asas Kawasan Perindustrian Sedia Ada. Bajet ini diberikan kepada kawasan perindustrian seluruh negara. Ini amat penting bagi kawasan-kawasan perindustrian. Umpamanya perparitan, masalah banjir, membaik pulih dan menaik taraf jalan dan sebagainya. Ini amat diperlukan oleh negeri-negeri.

Sepatutnya bajet ini dinaikkan, bukan diturunkan daripada RM20 juta 2024 kepada RM15 juta 2025.

Saya mencadangkan agar jumlah ini dinaikkan kepada RM26 juta supaya setiap negeri diperuntukkan RM2 juta. Penambahan hanya RM11 juta. Kita boleh ambil daripada belanjawan one-off yang begitu besar RM593 juta tadi.

Terakhir, saya hendak bangkitkan mengenai bajet untuk National Semiconductor Strategy. Perkara ini, saya telah sebutkan dalam ucapan perbahasan Bajet 2025 sebelum ini.

draft • 11:46 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Jika kerajaan serius dan bersungguh-sungguh untuk menjayakan NSS, maka sepatutnya ada sejumlah bajet bagi 2025 daripada RM25 bilion yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Persidangan SEMICON SEA 2024. Kubang Pasu mencadangkan agar sekurang-kurangnya bajet RM1 bilion diperuntukkan dalam Bajet 2025.

Di kesempatan ini Tuan Pengerusi, saya ingin mengucapkan tahniah kepada MITI dan MADA di atas- MIDA atas usaha gigih sejak kerajaan terdahulu lagi- Pagoh, Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Dato’ Seri Azmin. Semuanya Menteri MITI sebelum ini dan kerajaan sekarang di bawah Datuk Seri Tengku Zafrul. Semua menteri-menteri menjalankan tugas mereka dengan baik dalam membawa masuk pelaburan yang begitu besar sekali dan juga memajukan industri pembuatan khususnya serta perdagangan di negara kita, Malaysia.

Begitu besar sekali kejayaan cemerlang.

Jumlah pelaburan meningkat setiap tahun. Januari-Jun 2024, Malaysia mencapai RM160 bilion pelaburan, kenaikan 18 peratus berbanding dengan 2023. Manakala, nilai perdagangan mencecah lebih RM2 trilion. Januari-Oktober tahun ini, Malaysia mencapai nilai perdagangan RM2.4 trilion berbanding dengan RM2.2 trilion bagi 2023, kenaikan 93 peratus.

Lagi seminit lagi, Puan Pengerusi...

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 11:50 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Ini nak gulung ini.

Cuma trade balance turun sikit iaitu 7.6 peratus pada Oktober 2024 selepas 54 bulan surplus sejak 2020. Kerajaan dulu sehingga kerajaan sekarang, trade surplus turun 46.3 peratus berbanding dengan 2023. Mohon Menteri nyatakan mengapakah trade surplus menurun begitu banyak sekali bagi tahun ini?

Secara peribadi, sebagai Exco Pelaburan dan Industri Kedah selama 10 tahun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada MITI terutamanya MIDA yang banyak membantu Kedah dalam menjayakan pelaburan dan industri pembuatan. Tolong, banyak-banyak lagi tolong Kedah supaya Kedah dapat lagi banyak pelaburan. Mana-mana negeri, kalau hendak dapat banyak pelaburan, kenalah selalu berjumpa dan menjalin hubungan rapat dengan MITI dan MIDA, pegawai peringkat tertinggi dan juga peringkat bawah.

Akhir sekali Puan Pengerusi, ini betul-betul gulung. Saya menyokong Bajet MITI 2025, jika pindaan yang saya cadangkan ini dibuat. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka.

draft • 11:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Puan Pengerusi. Sebelum saya mulakan ucapan perbahasan saya, saya ingin mengambil kesempatan mengalu-alukan- selamat datang kepada staf PETRONAS KLCC yang diketuai oleh Tuan Khairuddin Mohd Jaafar selaku Pengurus Kanan PETRONAS ya. Kamu dialu-alukan...

[Tepuk]

draft • 11:52 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Puan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 06000 – Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030. Puan Pengerusi, seperti yang kita maklum, dasar ini adalah satu dasar yang penting. Satu pelan induk di mana ia merupakan dasar industri untuk sektor pembuatan dan juga perkhidmatan berkaitan yang meliputi tujuh tahun pelaksanaan ya. Dalam masa tujuh tahun yang akan datang ini merupakan satu dasar jangka masa sederhana dan ia juga memberi hala tuju strategik untuk pembangunan industri.

Jadi, kita boleh lihat baru-baru ini, banyak pelaburan asing datang ke Malaysia termasuk yang kita banggakan ialah data center yang akan ditubuhkan di negara kita. Kita semua tahu ya, data center ini memerlukan elektrik, bekalan elektrik yang banyak, bekalan air yang banyak. Jadi, dalam isu ini sebab mereka perlu- apabila mereka beroperasi, mereka perlukan elektrik yang banyak. Perlu ya sistem penyejukan untuk data center mereka.

Jadi, bagaimanakah MITI akan bekerjasama dengan kementerian lain untuk memastikan agar bekalan elektrik dan air ini mencukupi? Sama ada kementerian ada kerjasama, ada libat urus dengan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

(PETRA) sebab mereka yang akan sediakan infrastruktur ini.

Juga, adakah kementerian juga ada libat urus dengan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam? Kenapakah saya kata begitu? Sebab kalau kita nak adakan lebih banyak bekalan elektrik, adakah kita akan gunakan cara seperti yang dahulu iaitu pembinaan empangan dam yang baharu? Kalau begitu, ia akan merosakkan alam sekitar. Jadi, dari sudut itu, bagaimana kita nak cari satu keseimbangan di mana TNB boleh sediakan elektrik yang secukupnya tetapi pada masa yang sama, kita jaga alam sekitar. Sebab kita inginkan agar- supaya ia akhirnya, kita dapat capai pelan induk ini di mana kita akan kekalkan ekonomi berdaya tahan.

Isu yang kedua yang saya nak bangkit ialah berkaitan dengan- kita lihat terutamanya negara-negara asing, di mana apabila mereka ada bekalan yang lebih, mereka akan import ke negara kita dengan volume yang besar, dengan harga yang murah. Jadi, sehingga pengimportan mereka secara besar-besaran ini telah menyebabkan ia membanjiri pasaran tempatan, telah menyebabkan harga mereka- mereka buang harga. Mereka turunkan harga.

Jadi, ini telah memberi kesan kepada industri dalam negeri kita. Jadi, bagaimanakah MITI dapat membantu terutamanya mereka pengusaha tempatan?

Adakah kita akan gunakan akta yang sedia ada iaitu Akta Perlindungan 2006?

Adakah ia mencukupi untuk bantu melindungi pengusaha tempatan?

Adakah- berapakah ya, saya nak tanya kepada kementerian, berapakah duti pelindung sementara yang telah dikenakan supaya kita dapat bantu pengusaha industri tempatan?

Saya beri satu contoh, Puan Pengerusi iaitu berkaitan dengan industri seramik di mana kita lihat di pasaran sana, pengimportan yang begitu ketara sekali membanjiri pasaran tempatan iaitu jubin lantai dan juga dinding seramik di Malaysia ini di mana, sehingga Persekutuan Pengeluar Kumpulan Industri Seramik Malaysia telah juga menyuarakan masalah mereka sebab mereka tidak boleh bersaing dengan harga import tersebut.

draft • 11:52 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Jadi, bolehkah kementerian bantu dari dua segi iaitu mengenakan duti? Ya, mengenakan duti supaya- duti perlindungan supaya kita dapat bantu industri ini ataupun boleh berbincang dengan kementerian lain supaya memberikan subsidi daripada segi bahan mentah mereka iaitu bahan api yang mereka perlukan iaitu gas asli. Berikan mereka sedikit subsidi supaya mereka boleh bersaing dengan barang import yang begitu murah sekali.

Akhir sekali, isu yang saya nak bangkit ialah berkaitan dengan EV. Sekarang negara kita menuju- kita nak menggalakkan supaya rakyat Malaysia menggunakan EV. Saya ada satu cadangan iaitu dalam masa kita tumpukan kepada EV kereta, kita juga harus tumpu kepada e-motorbike ya supaya kita dapat bantu. Sebab e-motorbike itu kalau kita lihat di pasaran sana, di luar sana, ramai terutamanya golongan B40, mereka gunakan motorbike. Jadi, bolehkah kerajaan keluarkan satu pelan induk supaya dapat memberi galakan kepada pemilik motorbike ini supaya mereka tukar gunakan e-motorbike ini supaya kita dapat- tak lama lagi, kita akan ada subsidi untuk RON95. Jadi, kalau kita boleh pergi ke e-motorbike, barangkali kita boleh bantu selesaikan sedikit masalah daripada segi itu dan juga kita boleh selesaikan masalah, apa nama- masalah mat rempit. Jadi, saya rasa itu sesuatu yang harus kita pertimbangkan. Itu sahaja daripada saya, Puan Pengerusi. Terima kasih.

draft • 11:52 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Kota Melaka. Saya jemput Yang Berhormat Parit.

draft • 11:52 AM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Terima kasih Puan Pengerusi.

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Merujuk kepada Butiran 010200, berkaitan Perancangan Strategik, saya gembira mengetahui kementerian telah menetapkan peruntukan sebanyak RM3.129 juta untuk tujuan pembentukan dasar pelan strategi dan program kementerian bagi menggalakkan pembangunan industri pelaburan dan perdagangan antarabangsa secara bersepadu. Oleh itu, selaku Ahli Parlimen Parit, saya berminat untuk mengetahui apa perancangan strategik kementerian.

Pertama, berkaitan apa inisiatif jangka panjang untuk meningkatkan pelaburan terhadap kawasan saya di Seri Iskandar, daerah Perak Tengah pada masa akan datang?

Kawasan ini mempunyai kemudahan akses jalan darat, laut dan udara yang memberi peluang kepada syarikat daripada serata dunia untuk berkembang dan menghasilkan produk industri yang berkualiti tinggi.

Kedua, soalan saya, apa usaha untuk memangkinkan pembangunan daerah Perak Tengah terutamanya industri berasaskan sumber khusus produk makanan dan produk hiliran berasaskan hasil pertanian, produk logam asas serta produk elektronik sehingga ke peringkat antarabangsa?

draft • 11:58 AM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Soalan saya ketiga berkaitan dengan butiran ini, apakah langkah yang dilakukan bagi mengatasi masalah kawasan industri terancang utama yang dibangunkan di daerah Perak

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Tengah khususnya di Taman Teknologi Seri Iskandar dan Taman Farmasi Seri Iskandar yang tidak dapat dibangunkan secara sepenuhnya ekoran tiada sambutan atau permintaan daripada pelabur-pelabur industri? Lot-lot industri yang masih kosong, masih banyak lagi yang belum difungsikan. Saya berharap supaya perkara ini dapat diberikan perhatian sekali gus dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat di tempat saya.

Merujuk kepada perkara Butiran 020000 – Pembangunan Industri dan Daya Saing.

Dengan peruntukan sebanyak RM86.5 juta pada tahun hadapan, bagaimanakah kementerian membantu meningkatkan daya saing industri halal pada waktu ini dalam menjadikan negara kita kekal antara pengeluar utama produk halal di peringkat dunia?

Soalan saya yang kedua, apakah contoh program yang dilaksanakan oleh kementerian bagi membantu usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana terutamanya di negeri saya di negeri Perak agar mereka mampu ‘berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah’ dengan usahawan-usahawan di peringkat serantau dan juga dunia?

Merujuk kepada perkara Butiran 020100 – Sokongan Perdagangan dan Industri.

Dengan peruntukan yang semakin mengurang iaitu sebanyak RM12.4 juta pada tahun hadapan, apakah jenis bentuk sokongan yang disediakan oleh kementerian bagi Butiran ini?

Bagi Butiran 020700 – Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dengan peruntukan yang semakin mengurang pada tahun hadapan iaitu sebanyak RM45.18 juta.

Sejauh mana perbadanan ini akan menyelia maklumat mengenai produktiviti, kualiti, daya saing dan amalan terbaik melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan pangkalan data? Soalan saya kedua, bagaimanakah perbadanan ini membantu dalam menerima industry forward atau Fourth Revolution bagi membantu meningkatkan produktiviti dalam negara?

Merujuk kepada Butiran 030100 – Hubungan Serantau dan Antarabangsa. Apakah impak atau kesan positif dari Kepengerusian ASEAN pada waktu ini kepada ekonomi negara?

Bagi Butiran 030200 – Hubungan Perdagangan dan Ekonomi Dua Hala.

Soalan saya yang pertama, bagaimanakah secara umumnya kementerian meningkatkan hubungan perdagangan dua hala dengan negara-negara yang sudah sedia mempunyai hubungan diplomatik dengan negara kita pada waktu ini?

Soalan saya yang kedua, apakah kementerian dengan kerjasama Kementerian Perladangan dan Komoditi masih meneruskan lagi usaha untuk meningkatkan lagi eksport minyak sawit ke negara-negara European Union (EU)?

Merujuk kepada Butiran 030300 – Integrasi Kerjasama Ekonomi ASEAN.

Soalan saya, sejauh manakah the Regional Comprehensive Economic Partnership

(RCEP) telah diratifikasikan dan akan memberi kesan positif kepada negara?

Kedua, adakah kementerian dalam proses mencadangkan ASEAN untuk mempertingkatkan modal perkongsian kerjasama ekonomi seperti EU yang ternyata memberikan kelebihan banyak kepada negara-negara anggota?

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Terakhir, Butiran 030500 – Rundingan Strategik. Adakah kementerian merancang melaksanakan usaha untuk mengadakan perjanjian perdagangan bebas yang baharu dengan negara-negara lain pada masa akan datang?

Kedua, soalan saya, sejauh manakah perjanjian perdagangan bebas atau FTA ini benar-benar membantu dalam perkembangan ekonomi negara kita sehingga kini? Sekian, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Parit. Saya jemput Yang Berhormat Simpang Renggam.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Terima kasih Puan Pengerusi. Berkaitan dengan Maksud Bekalan Butiran 070100 – Expo 2025 Osaka.

Pertama, tahniah saya ucapkan kerana kementerian telah meminta satu peruntukan yang besar. Wajar. Cuma, diharapkan supaya bajet sebanyak RM117,576,000 ini dapat digunakan sepenuhnya sebagai satu- cerminan kedudukan negara kita.

Jadi, bagaimana pihak kementerian- kerana Yang Berhormat Puan Pengerusi, saya telah menghadiri dua COP28 dan 29. Negara kita memiliki pavilion kita, tetapi haru sungguh.

Pertama, lokasi kita bersebelahan dengan negara yang jauh lebih maju. Macam COP28 di Dubai, kita bersebelahan dengan pavilion negara China, sebagai contoh. Dah macam reban ayam kita punya pavilion berbanding dengan negara China. Jadi, strategi lokasi di mana kita nak meletakkan pavilion kita pun penting.

Kalau RM100 juta pun kita belanjakan, tetapi kalau kita letak pavilion kita di sebelah negara yang jauh lebih maju, RM100 juta itu tidak membawa sebarang gambaran terhadap kedudukan negara kita. Jadi, dengan peruntukan seperti mana di bawah Butiran 070100 ini, RM117 juta ini satu jumlah yang besar. Jadi, gunakanlah sepenuhnya. Saya tidak dapat mengikuti berapakah peruntukan yang akan digunakan untuk tujuan pavilion kita semasa Expo 2025 Osaka. Ini kerana dalam Butiran Kementerian Kerja Raya juga ada menyatakan Expo Osaka 2025, tetapi hanya RM1.5 juta disediakan.

Yang Berhormat Puan Pengerusi, kalau RM1.5 juta sahaja sekali lagi kita diletakkan di sebelah Indonesia sebagai contoh macam di Dubai, di Azerbaijan juga kes yang sama.

Pavilion kita diletakkan berhampiran negara Brazil yang jauh lebih maju daripada kita. Jadi, bayangkan. Jadi, peruntukan yang disediakan manfaatkanlah sepenuhnya.

Cuma, saya nak bertanya sedikit di bawah Butiran 070100 ini ialah tumpuan yang akan diberikan oleh MITI sewaktu kita berada di Expo 2025 Osaka ini. Apakah moto kita?

Apakah keutamaan yang akan kita berikan? Ini kerana kalau dalam Rancangan Special Economic Zone Johor, negara berharap untuk menarik lebih kurang 50 multinational corporation dalam tempoh lima tahun. Maka, berilah ruang pada Johor untuk berada bersama-sama sewaktu Expo 2025 Osaka. Ini supaya kita dapat mempamerkan kekuatan yang ada pada Johor, tumpuan yang diberikan pada Johor di bawah Special Economic Zone.

draft • 12:04 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Berkenaan dengan Butiran 070200 – Kepengerusian ASEAN 2025. Yang Berhormat Puan Pengerusi, ini adalah peluang untuk negara kita menjuarai negara-negara khususnya global south. Saya berharap, kita akan dapat membuat keputusan melalui Butiran 070200 ini.

Pertama, yang kita tahu bahawa global economy ini terbahagi kepada dua pihak.

Satu pihak yang diterajui oleh US blocs dan satu pihak lagi diterajui oleh negara China blocs.

Jadi dua blok ini, diharapkan kita tidak berada dalam keadaan yang tersepit untuk menjayakan Kepengerusian ASEAN 2025.

Saya berkata begitu dengan soalan, di manakah kedudukan kita berhubung dengan soal permohonan untuk menjadi anggota di dalam BRICS sama ada kita masih ingin meneruskan untuk menjadi anggota dalam BRICS? Ini kerana di dalam Kepengerusian ASEAN ini, kita juga berbelanja satu peruntukan yang besar RM175 juta untuk tujuan kita meletakkan negara kita berada di hadapan.

Sementara butiran seterusnya iaitu Butiran 00520 – Dana Pelaburan Strategik. Saya berharap melalui dana pelaburan strategik ini kita akan dapat menarik pelaburan yang berimpak tinggi. Tentunya menjadi strategi kementerian.

Jadi, saya ingin bertanya, sama ada sektor teknologi hijau menjadi sebahagian daripada sektor strategik kementerian? Berapa banyak kah daripada dana sebanyak RM418 juta ini yang mungkin kalau boleh diberi dalam bentuk peratus yang akan diberikan tumpuan terhadap sektor pembangunan teknologi hijau yang dianggap sebagai sektor strategik kementerian?

draft • 12:04 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Okey, itulah beberapa pertanyaan berkaitan dengan bajet yang dikemukakan pada hari ini.

Pada akhirnya Puan Pengerusi, kita ini kena kadang-kadang kena buat lencongan sedikit Yang Berhormat. Kita tak boleh sentiasa mengejar negara-negara pendahulu. Kita kena terima hakikat kedudukan negara kita. Kita perlu beri tumpuan untuk bangunkan syarikat-syarikat yang ada dalam negara. Kita perkukuhkan syarikat-syarikat besar yang ada dalam negara. Kalau tidak, kita mungkin tidak akan mencapai – dengan peruntukan yang ada untuk mencapai matlamat yang dihasratkan. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Saya jemput Yang Berhormat Kangar.

draft • 12:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat tengah hari. Terima kasih Tuan Pengerusi, Ahli- ahli Yang Berhormat.

Peruntukan adalah sebanyak RM2.1 bilion, Butiran 030000 – Pengukuhan Perdagangan Antarabangsa. Peruntukan adalah sebanyak RM197.2 juta pada 2025 berbanding RM195.2 juta pada 2024.

draft • 12:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Pertama sekali berkaitan dengan CPTPP dan RCEP yang merupakan Perjanjian Perdagangan Bebas yang melibatkan banyak negara termasuk ASEAN dan juga Asia Pasifik.

Tujuan adalah untuk mengurangkan halangan perdagangan, meningkatkan akses pasaran, memperkukuhkan pasaran dan kerjasama ekonomi antara negara ahli. Jadi, Malaysia tidak terkecuali dalam mendapatkan manfaat yang menguntungkan daripada perjanjian ini.

Manakala, RCEP juga merupakan perjanjian terbesar di dunia mencakupi 30 peratus daripada populasi global dan hampir satu pertiga daripada KDNK dunia.

Soalan Kangar, apakah MITI telah mengenal pasti cabaran dalam usaha meningkatkan integrasi PMKS ke dalam rantaian bekalan CPTPP atau RCEP serta meningkatkan promosi dan pasaran eksport secara meluas?

Soalan kedua, apakah kejayaan Malaysia dalam interaksi dengan CPTPP dan RCEP hingga kini?

Seterusnya, berkaitan FTA ataupun Free Trade Agreements merupakan Perjanjian Perdagangan Bebas yang mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik.

Soalan saya, apakah langkah-langkah untuk memastikan Malaysia mendapat manfaat yang seimbang melalui FTA? Apakah strategi MITI dalam menghadapi cabaran global seperti krisis ekonomi dan kesan perang perdagangan?

Butiran 00520 – Dana Pelaburan Strategik di bawah MIDA. Seperti yang diketahui, MIDA bertanggungjawab merancang, menyelaras, menggalak Pelaburan Langsung Asing

(FDI) serta pelaburan domestik dalam sektor ekonomi strategik.

Jadi soalan saya, apakah tindakan yang telah MIDA buat dalam usaha menarik pelaburan pada tahun 2024? Apakah usaha-usaha MIDA untuk syarikat-syarikat kecil dan sederhana SME berkembang dalam industri yang kompetitif di Malaysia?

Soalan ketiga, setakat mana Malaysia berjaya menarik syarikat teknologi besar seperti semikonduktor, EV dan juga solar?

Seterusnya berkaitan lawatan Perdana Menteri Malaysia dan rombongan ke Peru dan lain-lain negara baru-baru ini. Apakah prospek ekonomi dan pelaburan hasil daripada lawatan ini? Jadi, yang ini saya rasa Menteri tak perlu jawab. Mungkin esok kerana YAB Tambun akan memberi jawapan yang detil.

Tuan Pengerusi, Butiran 06000 – Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030. Pertama sekali Kangar setuju atas gesaan YB Rompin. YB Rompin semalam dia berbahas dalam KKDW...

draft • 12:10 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

...Supaya pelaburan ditaburkan di kawasan luar bandar seperti di Rompin dan juga di Perlis, di Chuping, Perlis.

Okey, saya nak bincang isu tempatan berkaitan dengan CVIA ataupun Lembah Chuping. Jadi, Kangar ingin memfokuskan pelaburan di Perlis terutama di Kawasan Perindustrian Lembah Chuping atau lebih dikenali sebagai CVIA. Daripada segi sejarahnya, saya bincang sejarah sikit. CVIA merupakan bekas kawasan penanaman tebu terbesar di

draft • 12:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Malaysia yang turut menjadi ikon penting dalam sejarah industri gula di negeri Perlis, terkenal dengan Gula Chuping dan membekalkan gula ke seluruh Malaysia.

Jadi, kilang gula ini mula beroperasi pada era 1970-an sebagai sebahagian usaha kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran domestik. Kilang milik Malayan Sugar Manufacturing ataupun MSM adalah anak syarikat FGV Holdings Berhad. Kilang ini memberhentikan operasi dan memindahkan operasi mereka disebabkan faktor kos pengeluaran yang tinggi dan tidak mampu bersaing dengan gula import yang lebih murah.

Impak daripada ini, beribu-ribu rakyat Perlis telah kehilangan pekerjaan yang sinonim dengan kehidupan mereka dan hilanglah mercu ekonomi negeri Perlis.

Jadi selepas penutupan kilang gula, CVIA dihidupkan dan menjadi tumpuan semula pelaburan daripada pelbagai syarikat tempatan dan luar negara yang lebih memfokuskan industri pembuatan, logistik dan pertanian moden. Jadi antara syarikat yang melabur di CVIA adalah Jabil Circuit Sdn. Bhd. yang memfokuskan dalam pembuatan dalam produk elektronik seperti komponen komputer, telefon pintar, peralatan komunikasi dan komponen automatif...

draft • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 12:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Sikit lagi.

draft • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 12:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Ya. Ini secara tidak langsung akan membantu meningkatkan ekonomi Perlis dan memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan.

Pada 9 November 2024 yang lepas, baharu ini minggu lepas, hampir 3,000 anak muda telah menyerbu dan menghadiri temu duga terbuka yang dianjurkan oleh kilang Jabil, amat-amat dahsyat. Lama dah tak tengok situasi macam ini, anak-anak muda yang terlibat dalam temu duga tersebut.

Jadi soalan saya, apakah cabaran-cabaran yang MITI jangkakan kesan pembangunan CVIA?

Soalan kedua, adakah usaha-usaha yang boleh dibuat oleh MITI, juga Kementerian Kerja Raya dan lain-lain kementerian bagi merancakkan pembangunan industri di sini?

Perbahasan saya sampai di sini sahaja. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Saya jemput Yang Berhormat Paya Besar.

draft • 12:10 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya ingin merujuk Butiran 020100 – Sokongan Perdagangan dan Industri dan Butiran 020200 – Pembangunan Industri.

Puan Pengerusi, Malaysia sebagai negara perdagangan sudah pasti hubungan kita dengan negara-negara luar amat penting kerana kita nak memastikan supaya nilai demografi itu diambil kira dalam erti kata untuk kita meningkatkan nilai kemapanan prestasi ekonomi kita. Itu sebabnya bagi saya, pembangunan industri mesti tertumpu kepada nilai tambah kepada sektor eksport kita. Kerana apa, kerana populasi negara kita 34 juta orang tidak

draft • 12:17 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

mencukupi kerana hanya separuh daripada jumlah populasi Malaysia yang bekerja. Lebih kurang hampir 16 juta, 16 juta mempunyai duit dan 16 juta akan menjadi sebagai pengguna.

Itu sebabnya saya minta sangat supaya kita sebagai negara trading country atau negara perdagangan mesti memperkasakan di bawah butiran ini supaya kita dapat memastikan keupayaan syarikat-syarikat tempatan kita untuk berada di luar negara untuk memasarkan supaya ekosistem yang ada akan dapat disokong dengan baik.

Saya ada bertanya Puan Pengerusi, kepada Kementerian Perdagangan dan Industri, apakah kereta pembuatan tempatan kita dieksport daripada 2019 sehingga 2024? Saya terkejut dan bimbang, jumlah daripada jawapan tersebut hampir 25,000 unit sahaja dieksport ke luar negara.

Puan Pengerusi, ekosistem automatif negara kita ini merangkumi beberapa sektor.

Sector primary, support sector, manufacturing sector dan aftermarket sector iaitu services, tetapi yang pentingnya adalah bagaimana kita nak mengupayakan kalau hanya 25,000 unit selama lima tahun? Puratanya satu tahun hampir 5,000 kereta tempatan kita dieksport ke luar negara, bagaimanakah ekosistem yang merangkumi hampir 700,000 mereka dan keluarga mereka terlibat dalam industri ini dapat kita pasarkan?

draft • 12:17 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Puan Pengerusi, kalau kita dapat memperkasakan sektor eksport kenderaan tempatan kita, kita mesti mempunyai keupayaan yang luar biasa. Hari ini timbul perkataan kenapa local production dalam negara kita tidak mempunyai harga yang kompetitif?

Bagaimana nak dapat kompetitif kerana demand dalam negara amat kecil, tetapi sekiranya kita dapat extend our networking, our customer dekat negara-negara luar, sudah pasti kita mendapat value yang tinggi dan harga tersebut akan mendapat harga yang kompetitif seperti mana yang diharapkan.

Saya harap sangat Puan Pengerusi, MITI harus mempunyai dasar yang jelas untuk kita eksport produk-produk tempatan kita khususnya kereta buatan Malaysia. Kerana apa, PROTON hanya dapat mengeluarkan 140 ribu ke-150 ribu setahun dan Perodua dapat mengeluarkan hampir 320 ribu setahun, tetapi jumlah yang dieksport amat-amat kecil daripada jumlah yang saya nyatakan tadi. Kalau kita betul nak beri penekanan kepada industri tempatan, kita mesti memastikan eksport ini berada di antara negara-negara yang lain.

Saya nak sentuh fasal MPC Puan Pengerusi- Butiran 020700. Saya minta sangat Perbadanan Produktiviti ini dinaikkan taraf sebagai suruhanjaya.

Kita yakin produktiviti adalah key kepada peningkatan keberkesanan ke arah meningkatkan ekonomi, tetapi kalau kita hanya ada perbadanan ia tidak satu penguatkuasaan. Kalau kita nak maju, kita mesti carrot and stick Puan Pengerusi. Hanya carrot sahaja diberi, stick itu tak ada tindakan penguatkuasaan dan denda itu tak ada kerana apa, kerana negara kita hari ini menuju ke arah pusat data, data-driven decision itulah yang akan menentukan pelaburan. Saya yakin kalau MPC dapat dinaiktarafkan sebagai suruhanjaya, pasti dia akan menjadi suatu yang penting berdasarkan keadaan semasa.

draft • 12:20 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Akhirnya Puan Pengerusi, saya nak sentuh fasal Trumponomics. Di luar sana, di bawah Butiran 030000 - Pengukuhan Perdagangan Antarabangsa.

Saya minta sangat Kementerian MITI, Kementerian Ekonomi dan kementerian yang berkaitan harus meneliti ada usaha-usaha artikel-artikel yang mengatakan bahawasanya dasar Trumponomics akan memberi kesan negatif kepada negara kita, tapi saya ingin melihat perspektif yang berbeza Puan Pengerusi.

Ini bukanlah kali pertama Presiden Amerika diterajui oleh Donald Trump- ini merupakan kali kedua, tetapi apabila kita lihat pada tahun 2016 sehingga 2020, keadaan negara kita mempunyai peningkatan ekonomi yang baik. Itu sebabnya saya minta sangat MITI mesti mempunyai keupayaan di bawah butiran ini untuk memastikan jangan ada artikel- artikel yang nakal, merosakkan ekosistem dan menimbulkan uncertainty yang akhirnya memberi kesan dan keuntungan kepada pihak yang membuat cerita-cerita yang tak elok ini.

Puan Pengerusi, ada orang kata di luar sana hujan, tetapi saya nampak ada sinar cuma kita kena sediakan payung. Terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Saya jemput Yang Berhormat Temerloh.

draft • 12:20 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Temerloh nak merujuk kepada P.24, Butiran 19599- RM7.8 juta telah diumumkan untuk pembangunan industri halal di bawah Belanjawan 2025. Yang pertama, bagaimana peruntukan RM7.8 juta akan diagihkan untuk menyokong pembangunan industri halal?

Apakah keutamaan utama yang akan diberikan daripada dana ini? Contohnya berfokus kepada infrastruktur, latihan, promosi antarabangsa atau penyelidikan.

Berapakah sasaran peningkatan eksport produk halal yang dijangka melalui peruntukan ini? Apa penanda aras kejayaan yang akan diguna untuk mengukur keberkesanan peruntukan ini. Adakah sebahagian daripada RM7.8 juta ini akan digunakan untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana PKS dalam mendapatkan pensijilan halal.

Bagaimana kementerian merancang untuk membantu PKS meningkatkan daya saing di pasaran antarabangsa. Apa rancangan promosi yang akan dilaksanakan untuk meningkatkan jenama halal di pasaran antarabangsa.

Temerloh ingin penjelasan tentang Genting Malaysia terima Anugerah Halal Champion Negeri Pahang. Apa kriteria anugerah kerana menimbulkan kekeliruan di kalangan netizen. Bagaimana kementerian meningkatkan kesedaran tentang kepentingan industri halal dalam negara.

B.20 Butiran 020100 - Sokongan Perdagangan dan Industri menurun menjadi RM12,430,600. Temerloh ingin tahu berapakah lesen eksport pasir yang dikeluarkan bagi negeri Pahang dan ke manakah pasir itu dieksport? Berapakah kutipan hasil tahunan bagi

draft • 12:23 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

perdagangan ini untuk negara kita? Berapakah jumlah lesen import beras dan nyatakan syarikat yang terlibat? Berapakah jumlah lesen import makanan ikan dan adakah kementerian merancang untuk membina kilang makanan ikan khususnya di Temerloh bagi mengatasi masalah harga makanan ikan air tawar yang sangat mahal serta dapat membuka peluang pekerja kepada penduduk tempatan? Rungutan penternak ikan air tawar khususnya ikan patin mengeluh kerana makanan ikan terlalu mahal dan ini menjadi halangan untuk memajukan industri penternakan ikan.

Mengapakah kerajaan tidak membatalkan penjualan 30 peratus saham MAHB kepada GIP dan BlackRock sebagai tanda menyokong Palestin dan menolak kezaliman Israel?

P.24 Butiran 06000 - Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, RM200 juta. Temerloh ingin tahun apakah perancangan kementerian untuk membangunkan infrastruktur dan rantaian bekalan yang dapat meningkatkan daya saing ekonomi Malaysia. Temerloh sebagai titik tengah Semenanjung mempunyai jaringan ECRL, bakal menjadi bandar pintar- smart city serta mempunyai jaringan jalan raya dan kereta api sangat strategik dijadikan tumpuan industri domestik yang memberi peluang pelaburan dan perniagaan yang dapat meningkatkan pendapatan negara. Temerloh menjemput pelaburan ini.

B.24 Butiran 020200 - Pembangunan Industri. Temerloh ingin tahu usaha yang dilakukan oleh kementerian untuk menggantikan penutupan operasi kilang MNI, kilang kertas di Temerloh yang melibatkan lebih 400 tenaga kerja mahir yang diberhentikan dengan membangunkan industri baharu yang lebih sesuai dan berpotensi. Di Temerloh, kawasan perindustrian songsang mempunyai 15 buah kilang papan. Temerloh mohon kementerian mengambil inisiatif untuk menjadikan kawasan ini sebagai pusat industri perkayuan, perabot dan mempelbagaikan hasil perkayuan.

Kawasan industri songsang sangat strategik dan sepatutnya dibangunkan dengan berbagai-bagai industri termasuk produktiviti agromakanan, industri kimia, baja, industri elektronik dan berbagai-bagai industri yang sesuai. Ini membuka peluang pekerjaan kepada golongan belia tambahan di Temerloh mempunyai pusat kemahiran TVET seperti IKBN, dua buah Kolej Vokasional dan dua buah pusat GIATMARA.

B.24 Butiran 020500 - Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Dalam Industri. Temerloh ingin tahu bagaimana kementerian memastikan industri yang beroperasi mematuhi standard piawaian dalam alam sekitar yang ditetapkan.

Di kawasan industri Mentakab dan Seberang Temerloh berlaku pencemaran udara, habuk dan bunyi yang mengganggu kesejahteraan penduduk sekitar dan taman perubahan baharu. Apakah tindakan kementerian terhadap isu ini kerana banyak aduan dan rungutan daripada penduduk?

Temerloh ingin tahu, adakah masih wujud industri yang beroperasi dengan status tanah pertanian, apakah penyelesaian daripada pihak kementerian? Sekian, terima kasih.

draft • 12:23 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Saya jemput Yang Berhormat Segamat.

draft • 12:23 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Terima kasih Timbalan Pengerusi bagi peluang untuk Segamat untuk berbahas isu berkenaan dengan MITI. Saya ada beberapa perkara yang ingin membawa.

Yang pertama, 020000 - Pembangunan Industri dan Daya Saing, 020100 - Sokongan Perdagangan dan Industri. Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri dan MITI.

draft • 12:29 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Apakah perancangan MITI untuk membangunkan industri-industri di Segamat kerana ada kelompangan yang besar? Rakyat ataupun pelabur sanggup ke Selatan Johor, tapi kita masih mengabaikan Utara Johor di mana logistiknya lebih jauh, dua jam daripada Utara ke Selatan. Saya ingin beritahu kerana pelaburan ini sepatutnya diluaskan kepada negeri-negeri lain seperti negeri-negeri di Pantai Timur, di Terengganu, Kelantan dan Pahang because kalau tidak kita perluaskan perindustrian dan pengukuhan pembinaan kilang-kilang di kawasan ini, maka penghijrahan atau migrasi akan kekal terus ke bandar-bandar besar.

So, I need to know that what other strategy plan for the MITI to expand the industrial investment hub ini supaya kita boleh mengurangkan migrasi ini. Baru-baru ini, MITI mengumumkan pelbagai pelaburan daripada mesyuarat-mesyuarat, mesyuarat ASEAN, mesyuarat APEC, mesyuarat BRICS dan sebagainya termasuk yang tadi disebut oleh Simpang Renggam, The Global South- Negara-Negara Selatan ini sedang berkumpul untuk menuju ke pelaburan ekonomi.

Saya ingin tahu juga kerana pelaburan ini, di manakah syarikat-syarikat akan dibina?

Saya ingin bertanya untuk bagi kawasan Segamat, adakah MITI akan ada perancangan untuk membawa syarikat-syarikat yang boleh memberi pekerjaan di high-end job seperti automatif, kejuruteraan, tenaga solar, logistik dan sebagainya bagi membangunkan Segamat sebagai hab ekonomi kompetitif.

Saya juga ingin meminta Yang Berhormat Menteri MITI, untuk menjelaskan juga dalam Dewan ini. Tahun lepas, MITI meluluskan pelaburan RM225 bilion pelaburan, telah mengesahkan. Di manakah syarikat-syarikat ini sedang operasi? We need to know where syarikat-syarikat ini yang sedang beroperasi, di kawasan mana, berapakah syarikat yang terlibat dalam pelaburan ini dan nisbah FDI dan PDI? DDI meningkat sehingga 56 peratus bagi tahun 2023.

Kita mahu juga syarikat-syarikat ini diuar-uarkan kepada media, kalau tidak ia akan memberi satu persepsi dan impresi yang tidak benar kepada masyarakat luar. Saya ingin juga minta Yang Berhormat Menteri untuk jelaskan juga di manakah syarikat-syarikat ini terlibat dalam pelaburan?

Akhir sekali, saya juga ingin menyentuh tentang 030300. Saya sebagai anggota ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) member ingin tahu juga, adakah perancangan MITI bahawa untuk kolaborasi mengukuhkan ekonomi Malaysia melalui ASEAN yang akan berlangsung pada tahun depan. Adakah perancangan Malaysia di bawah MITI ini supaya kita

draft • 12:30 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

boleh eratkan lagi AIPA ataupun ASEAN ini, memberi sumbangan besar pada Malaysia pada tahun depan. Kerana ASEAN ini memainkan peranan penting apabila Malaysia will share the ASEAN- kita perlu tahu juga apakah perancangan yang akan dibawa dalam ASEAN kali ini.

Itu saja saya ingin membawa.

Akhir sekali adalah berkenaan dengan isu-isu yang saya sebut adalah berkenaan apakah strategi yang akan disyorkan pada Segamat untuk membawa ramai ataupun pelabur- pelabur supaya kita boleh memperkukuhkan ekonomi tempatan? Sekian, terima kasih.

draft • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Segamat. Saya jemput Yang Berhormat Shah Alam.

draft • 12:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

[Bangun] Eh! Shah Alam dulu.

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI, salam rahmah.

Puan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 050400 – Halal Development Corporation. Butiran 070400 – Pembangunan Industri Halal dan Butiran 19599 – Halal Industry Development Corporation.

Kita tahu Halal Development Corporation adalah merupakan custodian ataupun yang bertanggungjawab terhadap memajukan ataupun menjana peluang dalam ekosistem ekonomi halal negara. Halal Industry Development Corporation bertanggungjawab terhadap pembangunan standard halal, audit, pensijilan, pembangunan kapasiti.

Cuma saya ingin tahu, apakah perbezaan di antara Halal Industry Development Corporation ini fungsinya berbanding dengan JAKIM? Adakah kerjasama yang diwujudkan di antara kedua-dua agensi ini yang kedua-duanya bertanggungjawab terhadap pensijilan, pengauditan terhadap industri halal ini? Walau bagaimanapun, saya ucapkan tahniah kerana berlaku peningkatan dan peruntukan terhadap pembangunan industri halal ini.

Saya juga ingin bertanya kepada pihak kementerian terkait dengan lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Brazil baru-baru ini yang menyatakan komitmen negara dalam memperluaskan industri halal ini. Saya yakin setiap kali Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Menteri MITI mengadakan lawatan ataupun persidangan ke mana- mana negara di dunia ini, sudah pasti menyentuh tentang industri halal yang sedang dipelopori oleh negara kita ini.

Jadi, saya ingin tahu status yang terkini berhubung dengan sambutan yang diterima oleh negara-negara yang dikunjungi ini terhadap industri halal yang sedang diusahakan oleh negara kita.

Industri halal bukan sahaja terbatas kepada sektor makanan, tetapi juga ia merangkumi produk-produk kosmetik, farmaseutikal dan pelbagai lain lagi termasuk urut pun ada urut halal dan urut tidak halal Puan Pengerusi, ada.

Dalam konteks ini, saya ingin bertanya, apakah perancangan daripada pihak kerajaan untuk memastikan bahawa industri halal ini yang kita tahu pasarannya sangat besar.

draft • 12:33 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Kita sebutkan bahawa dia akan mencecah RM2.8 trilion di peringkat global. Di Malaysia sahaja, dia akan mencecah sehingga RM500 bilion menjelang 2030 yang menyumbang kepada 8.1 peratus kepada KDNK negara kita.

Jadi, ianya merupakan satu perkara yang sangat penting. Dalam negara kita telah wujud banyak halal hab. Di Selangor saya tahu ada halal hab di Pulau Indah. Menteri Besar, MP Gombak boleh sahkan. Di tempat-tempat lain pun ada halal hab. Di Melaka, di Labuan ada satu halal hub, tapi dah jadi gajah putih. Saya ingin tahu di pihak kementerian, setakat mana kerajaan telah pun meneroka dan memanfaatkan sepenuhnya halal-halal hab yang ada dalam negara kita ini.

Tuan Pengerusi, saya ingin juga menyentuh berkenaan dengan Butiran 00520 – Dana Pelaburan Strategik yang berjumlah RM418 juta dalam Belanjawan 2025.

Saya ingin bertanya adakah industri halal dalam negara kita ini dikategorikan sebagai salah satu daripada pelaburan strategik dalam belanjawan yang dikemukakan oleh MITI ini.

Berapakah anggaran peruntukan yang diberikan untuk menyokong industri halal dalam negara kita ini? Kebanyakannya adalah dipelopori oleh industri-industri PMKS yang 74 peratus adalah terdiri daripada kalangan pengusaha-pengusaha bumiputera yang memerlukan kepada sokongan memajukan industri mereka khususnya dalam penggunaan teknologi dan juga jentera.

Yang terakhir Puan Pengerusi, Butiran 00525 – Dana Projek Berimpak Tinggi yang mendapat penambahbaikan peruntukan sebanyak RM75 juta dari RM160 juta kepada RM235 juta. Persoalan utama yang timbul ialah bagaimana dana ini akan digunakan untuk menyokong sektor berimpak tinggi khususnya dalam menangani cabaran semasa seperti sekuriti makanan, teknologi hijau dan juga infrastruktur digital. Apakah keutamaan yang dirancang oleh MITI terkait dengan peruntukan ini? Terima kasih.

draft • 12:33 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya jemput Yang Berhormat Sabak Bernam.

draft • 12:33 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Saya terus merujuk kepada Butiran 00505 – Program Pembangunan Kemahiran.

Program ini perlu diperkasakan dengan bajet yang lebih besar lagi kerana saya memikirkan apa industri yang kita jalankan di negara kita khususnyalah saya ambil contoh semikonduktor.

draft • 12:39 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Dia memerlukan kemahiran yang tinggi. Saya dalam banyak hal setuju, sebahagian hal saya tidak bersetujulah dengan pendapat sahabat saya yang sebelum ini yang mengatakan perlu dibawa industri perkilangan ini ke kawasan-kawasan luar bandar.

Soalnya, kalau dibawa ke kawasan luar bandar pun, adakah pekerja-pekerja di kawasan tersebut yang mampu untuk bekerja?

draft • 12:40 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Contohnya di kilang semikonduktor, ya. Saya ingin menjelaskan di sini bahawa semikonduktor ini adalah komponen kecil yang sangat penting dalam peranti elektronik seperti telefon, komputer, penghawa dingin dan sebagainya. Di situ ada litar elektronik ataupun litar bersepadu yang dipanggil cip. Di dalamnya itu ada semikonduktor yang berperanan penting di situ.

Proses untuk memasang semikonduktor ini daripada awal sehingga sekarang, dia semakin kecil saiznya. Contoh- saya ambil contohlah. Pada tahun 90-an, saya mengajar di Kuala Lumpur, di sekolah rendah, ya. Kawan saya dia ada buat perniagaan bursa saham apa semua, dia pakai telefon bimbit. Telefon bimbit pada waktu itu sebesar bekas minuman kanak-kanak sekolah itu. Bentuknya pun sama. Dan ada ibu bapa sampai tertukar.

Maknanya, besar, tapi sekarang ini, dia bertambah kecil, tapi walaupun kecil, fungsinya pelbagai. Pada waktu itu, telefon hanya guna untuk menerima panggilan dan menjawab panggilan. Itu sahaja. Sekarang, sudah pelbagai. Boleh digunakan untuk kamera, video, melayari Internet, bayar bil. Dan lahirlah telefon pintar. Saiz semakin kecil, tapi fungsi dia semakin banyak. Itulah.

Jadi, pekerja-pekerja yang perlu diambil untuk dijadikan sebagai pemegang taruh di kilang-kilang tersebut mestilah berkemahiran tinggi dalam bidang teknikal khususnya elektronik. Mereka ini tentunya daripada kalangan rakyat yang berpelajaran tinggi.

Oleh sebab itu, saya tekankan di sini supaya kerajaan memperkasakan program perkembangan kemahiran ini supaya lebih ramai lagi yang ada kemahiran ini dan dapat ditugaskan untuk mengambil alih pekerja-pekerja sekarang ini yang sudah tua sebagai operator di kilang-kilang tersebut. Bayangkanlah, tuan-tuan ya, Yang Berhormat ya, seorang operator kilang yang semakin tua mengendalikan pemeriksaan produk semikonduktor yang semakin kecil saiznya.

Jadi, mereka yang berkemahiran tinggi sahaja yang boleh melaksanakan tugas- tugas itu. Kerajaan mestilah memperkukuhkan kursus-kursus supaya lebih ramai lagi terlibat dalam bidang ini dan mempunyai kemahiran yang tinggi.

Saya juga ingin merujuk kepada Butiran 96000. Ditulis di situ “PPP/PFI”. Mengapa tidak ditulis sahaja penuh tajuknya, “Public-Private Partnership” ataupun “Private Finance Initiative” agar lebih senang untuk kita membuat kajian dan untuk perbahasan? Mohon selepas ini ditulis dalam penuh ya, kerana kalau singkatan macam ini menimbulkan kekeliruan ya, banyak kekeliruan. Terpaksa melayari sana sini untuk mendapatkan maknanya.

Saya rasa Shah Alam setujulah dengan saya berkenaan ini. boleh ya?

draft • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 12:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Shah Alam faham dah itu makna itu? Tidak ada masalah...

[Ketawa]

draft • 12:40 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Okey...

[Ketawa] Terima kasih.

draft • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, masa sudah tamat. Terima kasih.

draft • 12:40 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Ya.

draft • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Tebrau.

draft • 12:40 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih, Puan Pengerusi. Butiran 020000 – Pembangunan Industri dan Daya Saing dan khususnya Butiran 020700 – Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Puan Pengerusi, dalam belanjawan ini, kerajaan telah mengumumkan dua dasar baharu iaitu kenaikan gaji minimum dari RM1,500 ke RM1,700 dan juga pembayaran KWSP untuk pekerja asing. Saya faham rasional untuk kita perlu naikkan pendapatan pekerja Malaysia secara umumnya. Malah, Menteri Kewangan II dalam Dewan yang mulia ini juga ada sebut, dengan kenaikan gaji minima dan pencaruman KWSP ini, ia bakal menyuntik RM20 bilion kepada pasaran tempatan.

Saya juga rasa pandangan komuniti business juga mereka faham ada keperluan untuk kita naikkan gaji minimum walaupun tentunya ini akan meningkatkan, dengan izin, cost of doing business. Bayangkanlah, sebuah syarikat PKMS yang kini mempunyai 100 orang pekerja dengan gaji minimum, tahun hadapan dia perlu menanggung RM20,000 sebulan hanya untuk teruskan operasi.

Hakikatnya, saya berpendapat sekiranya kerajaan ada niat murni nak tambah gaji minimum pekerja B40, maka kerajaan juga kena fikir dan bekerjasama dengan pihak swasta untuk meningkatkan produktiviti pekerja kita di Malaysia. Saya nak tegaskan di sini, Puan Pengerusi, kenaikan gaji tanpa kenaikan produktiviti adalah tidak mampan, non-sustainable dan akan merugikan ekonomi Malaysia terutamanya daripada daya saingan. Malah, bukan sahaja gaji minimum, tetapi gaji progresif yang diperkenalkan oleh kerajaan juga perlu diberi perhatian.

Puan Pengerusi, berdasarkan kepada satu laporan Institute of Management Development, Malaysia kini hanya menduduki nombor 34 daripada 67 buah negara yang disurvei dalam daya saingan sedunia. Kini Malaysia di belakang negara jiran kita seperti Indonesia dan Thailand. Apa yang lebih membimbangkan, Malaysia sudah jatuh 17 tangga ke nombor 53 dalam ranking produktiviti dan efficiency. Puan Pengerusi, angka tidak tipu. Malah, ini adalah selaras dengan statistik lain.

Berdasarkan kepada nombor yang diberi sendiri oleh MPC, produktiviti seorang pekerja di Malaysia pada tahun 2023 adalah RM96,692 berbanding dengan RM95,858 pada tahun 2022. Kenaikan produktiviti setahun dari 2022 ke-2023 hanya 0.08 peratus. Less than one percent, tetapi kenaikan gaji minimum tahun hadapan adalah lebih 13 peratus. Memang saya faham keperluan kenaikan ini dan kita bukannya kata mestilah 13 peratus naik sini, 13 peratus naik sana, tetapi sekurang-kurangnya kita kena lebih kompetitif kalau berbanding dengan trend global.

draft • 12:44 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Berdasarkan kepada laporan McKinsey Global Institute, purata kenaikan indeks produktiviti untuk emerging economy seperti Malaysia adalah di antara dua hingga tiga peratus. Maka, jelas kenaikan gaji di Malaysia adalah tidak disusuli dengan kenaikan produktiviti yang sepatutnya. Hakikatnya apa? Hakikatnya, kita akan hilang daya saingan berbanding dengan negara lain.

Maka, saya harap kerajaan boleh lebih menumpukan kepada isu peningkatan produktiviti ini, tapi saya tengok bajet untuk MPC kali ini bukan tambah, malah dikurangkan sedikit. Saya rasanya this is the wrong direction we are taking. Signal yang betul yang perlu disampaikan kepada pasaran dan pelabur adalah peningkatan gaji akan disusuli dengan usaha kerajaan all out untuk meningkatkan produktiviti negara. Tanpa peningkatan produktiviti, Puan Pengerusi, semua perancangan kerajaan di bawah NIMP, NETR atau NSS tidak akan dapat mencapai sasaran yang murni itu.

Maka, saya juga sokong Yang Berhormat Paya Besar untuk kita naikkan status MPC.

So, saya harap Menteri boleh memberi perincian apa usaha kerajaan dan MPC untuk meningkatkan produktiviti di Malaysia. Selain daripada latihan, adakah kerajaan juga akan menumpu kepada aspek guna inovasi dan teknologi untuk kita tingkatkan produktiviti?

Sikit sahaja lagi, Puan Pengerusi. Isu MATRADE Market Development Grant. Geran Pembangunan Pasaran adalah satu usaha yang baik untuk bantu PMKS Malaysia. PMKS itu penting. Ia ada hampir satu juta entiti di Malaysia. Malah, dia adalah tulang belakang kepada ekonomi negara Malaysia. Ya, kita banyak sebut startup. Itu seksi, tapi yang betul-betul berkesan adalah PMKS.

draft • 12:44 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

So, saya mohon perincian jumlah MDG yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk tahun depan. Harap ada suntikan baharu, kena tambahkan untuk bantu PMKS kita keluarkan produk mereka ke Malaysia. Contohnya, kini RM5,000 dan RM20,000 untuk trade fair atau exhibition di Malaysia dan di luar negara, bagi saya terlalu sikit dengan kos yang naik kian hari. Saya harap jumlah ini perlu disemak semula dan perlulah beri bantuan yang sewajarnya kepada SME kita. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Saya jemput Yang Berhormat Pendang.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim. Saya nak menyentuh beberapa perkara yang saya nak bangkitkan berkenaan dengan kementerian ini iaitu Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, yang mana dalam bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada tempoh hari iaitu bagi tahun 2025, kira-kira RM2.1 bilion untuk kementerian ini berbanding dengan RM1.9 bilion pada tahun 2024. Ia melibatkan peningkatan anggaran perbelanjaan sebanyak lebih kurang RM200 juta ataupun RM232,241,800.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dalam peningkatan maksud perbekalan ini harus dijustifikasikan dalam erti mengetahui ke arah manakah peruntukan dibelanjakan. Oleh yang demikian, adalah persoalan yang saya ingin ajukan berdasarkan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 yang dibentangkan tempoh hari.

Saya merujuk pada Kepala B.24, Butiran 070000 – “ONE-OFF”, Butiran 070200 – Kepengerusian ASEAN 2025. Berkaitan dengan peruntukan tambahan baharu khas untuk Chairmanship dengan izin, Kepengerusian ASEAN 2025, Tuan Pengerusi. Peruntukan sebanyak RM172 juta adalah satu lonjakan yang besar dalam maksud peningkatan belanjawan tahunan namun ia harus dijustifikasikan dengan manfaat dan faedah yang bakal diperoleh selepas penganjuran ASEAN 2025.

Soalnya, apakah manfaat serta faedah yang kerajaan dapat daripada Kepengerusian ASEAN 2025 yang boleh dianggap sebagai catalyst ataupun catalyzer yang meletakkan ASEAN sebagai kuasa ekonomi kelima terbesar di ASEAN? Ia lantas melonjakkan trajektori perdagangan dan pelaburan dalam kalangan negara ASEAN ke arah memastikan pertumbuhan serantau yang mampan dan inklusif.

Di sebalik landskap ekonomi global yang dinamik, adakah pihak MITI telah menggariskan strategi keutamaan mengikut sektor termasuk peralihan tenaga hijau dan bidang perdagangan karbon pelaburan berkaitan AI, industri halal dan juga penekanan khusus untuk sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana?

Apakah MITI mempunyai perancangan untuk membangunkan hab halal komuniti perniagaan ASEAN yang bertujuan menggabungkan usahawan halal di rantau ini agak diberi akses secara lebih luas kepada ekosistem pasaran halal global? Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, apakah sasaran terperinci terhadap 15 Keberhasilan Utama Ekonomi sebagai usaha memperkukuh rantaian nilai serantau selain rantaian bekalan baharu untuk industri-industri baharu semikonduktor?

Jadi saya harap pihak MITI juga akan meningkatkan DDI sempena dengan kita nak membangunkan kita menjadi Pengerusi Negara-negara ASEAN ini yang pada tahun depan.

Adakah MITI turut berhasrat untuk memantapkan fungsi Jawatankuasa Tindakan Penyelarasan Pelaburan dan Perdagangan yang sedia ada?

Bagi B.24 Butiran 040000 berkaitan peruntukan bagi Pengukuhan Pelaburan Berkualiti sebanyak RM189.6 juta bagi 2025 berbanding RM180.6 juta pada 2024. Saya ingin terus menjurus kepada industri semikonduktor dalam negara yang mampu meletakkan Malaysia setanding dengan ekonomi besar dunia khususnya dalam sektor pembuatan. Bagi mengukuhkan rantaian nilai semikonduktor, apakah inisiatif pembaharuan- game changer untuk melonjakkan Malaysia sebagai hab industri semikonduktor mengambil kira usaha negara-negara jiran seperti Vietnam dan Indonesia yang dilihat agak agresif melalui tawaran insentif pelaburan yang lumayan di China.

Sejauh manakah inisiatif untuk menggalakkan penglibatan GLIC untuk melabur dalam syarikat semikonduktor tempatan di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 serta langkah yang diambil untuk memodenkan syarikat-syarikat Outsourced Semiconductor

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Assembly and Test (OSAT) yang sedia ada? Berapakah jumlah pelaburan yang dijana setakat ini melalui Strategi Semikonduktor Nasional Malaysia berbanding sasaran asal iaitu sekurang-kurangnya RM500 bilion pelaburan?

Sejauh manakah penekanan terhadap nilai rantaian front-end yang memberi nilai tambah aktiviti berteknologi tinggi berbanding proses back-end terutama daripada segi R&D?

Reka bentuk litar yang bersepadu dan fabrikasi wafer.

Semikonduktor di Kedah. Apa langkah kerajaan telah ambil untuk meletakkan Malaysia sebaris dengan wafer semiconductor dunia, dengan memanfaatkan Kulim sebagai hab pembuatan teknologi tinggi? Terima kasih Puan Pengerusi yang saya hormati dan saya selalu ingati. Terima kasih.

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya jemput Yang Berhormat Tuaran.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Puan Pengerusi kerana memberi peluang pada Tuaran untuk turut serta membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Sebelum berbahas, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga mendiang Rudi Boliku iaitu salah seorang Pengerusi JKK di Kawasan Parlimen Tuaran sempena hari penghormatan terakhir di Kampung Malangang Kiulu sebab kalau kita hidup, kita hidup untuk Tuhan dan jika kita mati, kita mati untuk Tuhan. Jadi, baik hidup atau mati, kita adalah milik Tuhan.

Tuaran hanya berbahas bagi Maksud B.24, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri. Butiran 020000 – Pembangunan Industri dan Daya Saing yang telah diberikan peruntukan sebanyak RM86,571,400, bersama-sama dengan Maksud Pembangunan 24 Butiran 06000 – Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dengan peruntukan RM200 juta.

Puan Pengerusi, pada ketika ekonomi Semenanjung Malaysia sudah pun dipacu oleh industri pembuatan dan sudah pun memberi sumbangan melebihi 35 peratus kepada KDNK Malaysia, ekonomi Sabah masih lagi bergantung pada sumber asli atau perlombongan, pertanian dan sedikit industri hiliran daripada sumber-sumber asli.

Sebab itu walaupun Sabah kaya dengan sumber asli seperti petroleum, gas, kelapa sawit, koko dan kayu kayan, tetapi hakikatnya adalah ekonomi Sabah tidak dapat menampung keperluan rakyat Sabah khususnya daripada segi memberi peluang pekerjaan yang berkualiti khususnya anak-anak muda lulusan universiti dan kolej. Akibatnya ribuan anak-anak Sabah yang berbakat dan berkemahiran, ramai yang berhijrah dan bekerja di tempat-tempat perindustrian seperti di Lembah Klang, di Johor, Pulau Pinang malah juga di Singapura dan hakikat ini sudah berulang kali disuarakan di Dewan yang mulia ini.

draft • 12:56 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Selama Kerajaan Sabah silih berganti, pelbagai langkah-langkah tertentu juga telah diambil untuk mengindustrikan ekonomi Sabah. Antara langkah yang paling ketara ialah mewujudkan taman-taman perindustrian seperti Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Lahad Datu, Taman Industri Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) dan kawasan-kawasan baharu yang telah dikenal pasti di sekitar Kimanis dan juga sekitar Kota Belud, Kota Marudu.

Telah juga diumumkan Free Trade Zone ditubuhkan di KKIP dan POIC Lahad Datu.

Pewujudan Free Trade Zone dilihat sebagai game changer perindustrian Sabah. Secara peribadi, Tuaran sudah sekian lama memperjuangkan kewujudan Free Trade Zone di Sabah khususnya di KKIP dan POIC Lahad Datu.

Namun demikian, cabaran utama untuk mengindustrikan ekonomi Sabah ialah kemudahan infrastruktur asas selain daripada utiliti seperti elektrik, air, Internet. Cabaran kita juga yang jauh lebih besar ialah logistik atau pengangkutan. Logistik dalam bentuk pelabuhan perlu dipertingkatkan seperti apa yang ada di Pelabuhan Sepanggar, Pelabuhan POIC Lahad Datu dan pelabuhan-pelabuhan lain termasuklah di Tawau dan tempat-tempat yang lain.

Selain daripada itu, logistik seperti kereta api untuk menghubungkan taman-taman perindustrian ini ke pelabuhan-pelabuhan juga sangat-sangat kritikal.

Jadi, kita perlukan kemudahan-kemudahan kereta api moden menghubungkan KKIP dengan Pelabuhan Sepanggar, Taman Perindustrian Kimanis, Taman Perindustrian SOGIP Sipitang dan Taman Perindustrian Kota Belud. Kesemua taman perindustrian ini perlu dihubungkan kereta api ke Pelabuhan Sepanggar. Begitu juga di Pantai Timur ke Pelabuhan Lahad Datu selain daripada container port dan liquid bulk terminal, bus terminal juga sangat diperlukan.

draft • 12:56 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Selain daripada itu, infrastruktur lapangan terbang juga perlu dipertingkatkan terutamanya ia mewujudkan perkhidmatan maintenance repair dan overhaul MRO. Pada masa yang sama juga ia memerlukan pelbagai bentuk cold storage untuk membolehkan eksport sebagai produk pertanian.

Untuk merealisasikan free trade zone di Lahad Datu, perkara yang paling kritikal ialah menaik taraf Lapangan Terbang Lahad Datu yang kini dalam keadaan sangat daif ke Lapangan Terbang Antarabangsa Lahad Datu. Untuk mengatasi cabaran ini, maka adalah sangat-sangat penting perhubungan yang sangat baik antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Sabah yang mana hubungan baik ini sangat penting untuk memastikan dasar-dasar perindustrian di kedua-dua bahagian dapat diselaraskan dan saling memenuhi sama ada daripada segi politik mahupun ekonomi.

Tuaran minta MITI menyatakan apakah kementerian MITI memberi perhatian khusus untuk menjayakan Free Trade Zone di Lahad Datu dan juga KKIP. Dalam hal ini, Tuaran ingin bertanya bagaimanakah Pelan Induk Perindustrian dilancarkan di peringkat Persekutuan dapat diselaraskan dan dilaksanakan bersama pelan perindustrian di Sabah?

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Saya bertanya ini semua kerana saya sangat sedar, semasa saya Pengerusi KKIP dan juga POIC Lahad Datu, adalah sangat-sangat mencabar untuk mendapatkan peruntukan dari Kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf pelbagai infrastruktur kerana semua peruntukan Persekutuan itu diberikan dalam bentuk pinjaman dengan kadar empat peratus dan bukannya dalam geran...

draft • 1:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa telah tamat.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Ini poin terakhir sudah Puan Pengerusi.

Selain itu, apakah peranan MITI memastikan agar bahan bakar seperti gas dapat di- allocate oleh PETRONAS pada Sabah yang sangat di kritikal diperlukan oleh para pelabur?

Terakhir Puan, yang memburukkan oleh keadaan terlalu banyak kerenah dalam sistem perolehan. Sebagai contoh, dalam perolehan bas terminal di POIC Lahad Datu, bermula dengan kos hanya RM8 juta. Telah tertangguh bertahun-tahun dan akhirnya kos sudah meningkat RM17 juta dan sampai sekarang masih pun boleh dilaksanakan menjadikan terminal bas itu tertangguh bertahun-tahun lamanya.

Pertanyaan Tuaran kepada MITI ialah, apakah langkah-langkah diambil oleh MITI agar kerenah birokrasi perolehan itu dapat diatasi dan dipermudahkan? Adakah pihak MITI ada turun padang bersama di POIC Lahad Datu dan KKIP serta taman-taman perindustrian lain di Sabah untuk menyelaraskan mengatasi masalah yang disebutkan tadi. Bagaimanakah MITI dapat melaksanakan segala peruntukan yang diberikan secara pantas dan cekap? Saya mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 1:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Saya jemput Yang Berhormat Gombak.

draft • 1:00 PM

Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Terima kasih Pengerusi dan seluruh Ahli Dewan sekalian. Saya ucap terima kasih atas kesempatan untuk sama-sama berbahas di Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri untuk Bekalan Pembangunan 24.

Seterusnya, saya ingin merujuk kepada pertambahan kepada peruntukan yang telah dikurniakan kepada MITI sebanyak RM300 juta yang sebahagian besarnya diperuntukkan untuk dua program iaitu Ekspo Dunia pada 2025 di Osaka dan juga Kepengerusian Malaysia ASEAN 2025.

Justeru, saya ingin menjurus kepada Butiran P. 00207 - Pembangunan Syarikat Peringkat Pertengahan (PPSPP) dengan sebanyak RM5 juta dan Butiran 00200 - Skim Pinjaman Mudah Digital dan Teknologi telah menurun daripada RM18 juta kepada RM10 juta.

Bagi saya, kita harus mengambil peranan yang lebih aktif dalam memartabatkan syarikat- syarikat tempatan selain dalam usaha untuk mempertingkat dan memperkukuhkan kehadiran FDI.

draft • 1:02 PM

Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Melalui Kepengerusian ASEAN, ini adalah peluang terbaik dan sewajarnya penurunan seperti ini akan memberi kesan kepada usaha kita untuk menubuhkan dan mempertingkatkan kepada PMKS. Justeru, saya berharap agar pihak kementerian dapat membutirkan kenapa penurunan ini berlaku dan sebenarnya ia mungkin akan memberi kesan kepada usaha-usaha kita untuk membantu kepada syarikat-syarikat tempatan kerana semasa kita memikirkan tentang pelaburan yang datang di dalam negara, kita jangan lupa tentang *domestic investment.

Domestic investment* memainkan peranan yang sangat penting dan kadangkala apa kita lihat peranan ataupun insentif yang diberikan kepada syarikat-syarikat FDI ataupun syarikat-syarikat asing mempunyai jumlah yang lebih besar. Kadang-kadang pengecualian cukai yang lebih panjang dan ia tidak diberikan kepada syarikat-syarikat tempatan ataupun syarikat-syarikat domestik yang berkemampuan ataupun yang terpilih.

Jadi saya berharap agar dasar ini dapat diperimbangkan kerana kalau kita melihat negara seperti Jepun telah mencatatkan ataupun gagal mencatatkan pertumbuhan dalam negara, tetapi syarikat-syarikat mereka yang bergerak di luar memberikan hasil kepada pendapatan syarikat-syarikat mereka dan juga kepada warga mereka yang bekerja di negara luar dan juga kepada warga tempatan yang mungkin tidak bekerja secara langsung. Mungkin strategi ini harus dilihat oleh kementerian MITI bagaimana untuk memperkukuhkan syarikat- syarikat ini supaya mereka menjadi syarikat multinasional dan kita tidak hanya bergantung kepada FDI untuk sama-sama melihat sama ada pelaburan kita ini meningkat ataupun menurun dan sebagainya.

Yang Berhormat, saya juga ingin menjurus tentang perkara yang tersebut untuk melihat tentang Butiran 99000 – Aeroangkasa. Kita di negeri Selangor merupakan di antara host penting dalam bidang aeroangkasa, tetapi malangnya, setelah kita mengeluarkan pelaburan yang besar dan memulakan dengan agak awal pada tahun 70-an, dengan kelahiran AIROD.

Kalau kita bandingkan dengan syarikat-syarikat yang ada di luar sana, saya boleh sebut dari secara syarikat dari Turki- TUSAS sebagai contoh, dilahirkan pada kadar yang sama, tetapi pada hari ini, syarikat yang saya sebutkan tadi sudah berada dalam tier one, tetapi tidak ada lagi syarikat tempatan kita yang berada dalam tier one ataupun yang boleh dianggap sebagai syarikat-syarikat pada tahap satu dan masih lagi bertahap pada tahap tiga dan tahap empat. Sedangkan pada waktu-waktu tertentu, Malaysia, Mexico dan Maghribi mempunyai kekuatan-kekuatannya yang tersendiri.

Saya percaya kalau kita memberikan fokus dengan council yang terbabit, kita harus mempunyai cita-cita dalam tempoh tiga atau empat tahun atau lima tahun paling tidak, untuk meletakkan aeroangkasa kita, syarikat aeroangkasa kita mampu untuk berada dalam tier one yang bukan dimiliki oleh syarikat antarabangsa, tetapi syarikat-syarikat tempatan.

Yang Berhormat, saya juga menjurus kepada Perkara 030000 - Pengukuhan Perdagangan Antarabangsa.

draft • 1:02 PM

Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Sebelum ini kita telah membuat Free Trade Agreement dengan pelbagai pihak. Ada RCEP, ada CPTPP dan sekarang kita sedang bergerak tentang BRICS. Kedua-dua yang saya sebut tentang RCEP dan CPTPP sebelum ini mempunyai beberapa verifikasi-verifikasi tentang pengecualian-pengecualian cukai yang bermanfaat. Justeru saya percaya perdagangan di peringkat BRICS nanti, kita juga harus bergerak ke arah tersebut dan mungkin ada overlapping dengan CPTPP dan juga syarikat-syarikat di bawah RCEP.

Justeru, saya percaya melalui dana yang agak besar melalui Pengukuhan Perdagangan Antarabangsa keseluruhannya RM197 juta lebih itu harus melihat pelarasan perkara-perkara ini kerana kita harus menempatkan diri kita dalam persaingan global.

Pada saat kemenangan Trump sebagai contoh yang akan memberi kesan kepada kadar tarif dengan syarikat-syarikat China kalau kita tidak meletakkan pelarasan kita sama ada yang ditandatangani dalam CPTPP ataupun dalam RCEP ataupun yang kita hubungi dalam BRICS tidak lama lagi nantinya, mungkin kita akan terkesan dengan pengenaan- pengenaan tarif pada saat kita sedang cuba untuk meletakkan tarif-tarif yang lebih berkemampuan untuk syarikat-syarikat kita pada hari ini dan masa depan. Terima kasih Pengerusi.

draft • 1:02 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Gombak. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 1:02 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula jam 2.30 petang nanti.

Terima kasih.

draft • 1:02 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.08 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Saya jemput Menteri untuk – oh ya, sebelum itu ya, Majlis dalam Jawatankuasa.

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft • 2:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Saya jemput Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri untuk respons. Terima kasih.

draft • 2:30 PM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2025, peringkat Jawatankuasa dan menyentuh kepala Bekalan B.24 dan Pembangunan P.24 di bawah tanggungjawab di bawah tanggungjawab Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Segamat, Yang Berhormat Pendang dan Yang Berhormat Gombak telah membangkitkan isu tentang Kepengerusian ASEAN 2025.

Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 adalah platform untuk negara membuktikan kemampuan negara memimpin negara-negara anggota ASEAN ke arah integrasi ekonomi, memastikan keterangkuman dan memperkukuhkan kestabilan serta kerjasama serantau.

Bagi tujuan penganjuran Kepengerusian ASEAN pada tahun 2025, MITI sebagai penyelaras untuk tonggak ekonomi telah diluluskan peruntukan belanjawan belanja mengurus sebanyak RM172 juta. Perincian Belanjawan 2025 untuk Kepengerusian ASEAN adalah seperti berikut:

(i) perbelanjaan perjalanan dan sara hidup iaitu RM10.61 juta;

(ii) perhubungan dan utiliti iaitu RM3 juta;

(iii) sewaan RM92 juta;

(iv) bekalan dan bahan lain RM5 juta; dan

(v) perkhidmatan ikhtisas RM60 juta.

Ini hanya untuk tonggak ekonomi. Kalau tonggak sekuriti dan politik, itu di bawah Kementerian Luar dan kalau tonggak budaya di bawah MOTAC.

Bagi Kepengerusian ASEAN 2025, tema yang telah ditentukan adalah Keterangkuman dan Kemampanan (Sustainability and Inclusivity). Bagi memastikan kesan- kesan positif melalui kepengerusian ini, kita berdasarkan tema tersebut, kita telah mengambil kira peluang serta cabaran yang dihadapi oleh ASEAN pada masa kini dan akan datang.

MITI akan menetapkan hala tuju serta strategi pembangunan ASEAN melalui penetapan keberhasilan ekonomi berkeutamaan ataupun priority economy deliverables

(PED) dan Malaysia melalui MITI membuat penetapan PED bagi Kepengerusian ASEAN Malaysia berdasarkan 4 teras strategik seperti berikut.

Teras strategik satu ialah meningkatkan perdagangan dan pelaburan. Teras strategik kedua ialah untuk mewujudkan laluan yang inklusif dan mampan. Ketiga, strategik ketiga ialah menggalakkan integrasi dan keterhubungan ekonomi, teras strategik keempat ialah untuk membina digital ASEAN yang berdaya tahan. Senarai PED MITI yang ditetapkan oleh Malaysia ini dijangka membantu ASEAN dalam mengorak agenda pembangunan ekonomi dalam pelbagai sektor ekonomi, termasuk memperkukuhkan posisi Malaysia dan ASEAN di peringkat antarabangsa.

Ini termasuk melalui kerjasama yang rapat dengan AIPA seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Segamat. Adalah diharapkan ASEAN akan menjadi kuasa ekonomi

draft • 2:33 PM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

keempat terbesar dunia pada tahun 2030 dan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 akan dapat menyumbang dan memimpin pelaksanaan pelbagai inisiatif bagi mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi serantau. Seterusnya Yang Berhormat Kubang Pasu dan Yang Berhormat Simpang Renggam juga ingin tahu tentang tumpuan Malaysia dalam Expo 2025, Osaka.

Penglibatan Malaysia di Expo 2025, Osaka Kansai ini diterjemahkan melalui Pavillion Malaysia yang sarat dengan aktiviti berkaitan perniagaan dan bukan perniagaan, inovasi dan persembahan kebudayaan selama 6 bulan tempoh ekspo berlangsung iaitu dari 13 April sehingga 13 Oktober 2025. Selain itu, Malaysia juga turut menyasarkan minimum 1.5 juta bilangan pengunjung dan jumlah perdagangan dan pelaburan sebanyak RM13 billion dan meraih beberapa anugerah serta pengiktirafan bagi Pavillion Malaysia.

Penyertaan Malaysia di Expo 2025, Osaka Kansai berteraskan kepada Konsep Jalinan Kisah Harmoni Malaysia yang berpandukan kepada rukun-rukun yang terkandung dalam Malaysia MADANI dan seiring dengan 17 matlamat pembangunan lestari ataupun SDGs dan konsep ini akan memberi penekanan kepada pemerkasaan ekonomi dipacu oleh daya cipta dan perpaduan dalam kepelbagaian yang berteraskan nilai, etika dan akhlak ke arah satu masa depan yang inklusif, berdaya tahan dan lestari tanpa meninggalkan sesiapa di belakang.

Bidang keutamaan yang akan diterajui oleh Kementerian Dalam Negeri melalui penyertaan mingguan, merangkumi pertanian Lestari, tenaga yang pelbagai dan boleh diperbaharui, pembuatan pintar dan berkualiti tinggi, kehidupan pintar, pengurusan alam sekitar yang lestari dan halal. Semua elemen ini akan disokong oleh prinsip-prinsip ekonomi, sosial dan governance (ESG).

Malaysia telah diperuntukkan satu lot pameran ─ Simpang Renggam tanya tentang lot dan dari mana lot pameran. Malaysia diperuntukkan satu Lot Pameran bersaiz 2,090 meter persegi di bawah subtema empowering life.

draft • 2:33 PM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Lot pameran tersebut terletak di lokasi yang strategik memandangkan ianya berdekatan dengan pintu masuk utama ekspo dan berdekatan dengan Pavilion Jepun, Majlis Perbandaran Osaka serta pavilion negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Perancis dan Jerman.

Bagi tahun 2025, sekretariat telah diberikan peruntukan sepenuhnya di bawah peruntukan mengurus, yang mana sebahagian besar peruntukan tersebut akan digunakan untuk menampung kos perolehan dan pengoperasian Pavilion Malaysia bagi pengurusan program dan aktiviti, promosi, publisiti, perkhidmatan pengurusan hospitaliti, perkhidmatan pengurusan fasiliti dan bilangan-bilangan lain dan bil-bil elektrik juga utiliti juga.

Selain itu, sejumlah peruntukan sekretariat pada tahun ini juga akan turut diagihkan kepada kementerian, kerajaan negeri dan agensi MITI yang akan menjayakan pengisian program dan aktiviti mengikut tema yang telah ditetapkan oleh penganjur ekspo, termasuk pelaksanaan program dan aktiviti kebudayaan.

draft • 2:40 PM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Sebanyak 204 program perniagaan dan 97 program bukan perniagaan telah dikenal pasti dan akan dilaksanakan di Pavilion Malaysia sepanjang tempoh ekspo berlangsung.

Yang Berhormat Kubang Pasu dan Kota Melaka telah mengutarakan mengenai perbelanjaan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030) seperti yang telah diumumkan dalam bajet atau Belanjawan 2024.

NIMP 2030 telah menerima peruntukan awal sebanyak RM200 juta. Menurut jumlah tersebut, sebanyak RM68.5 juta telah diperuntukkan untuk Dana Pembangunan Industri

(NIDF), manakala RM131.5 juta diperuntukkan di bawah dana pelaburan bersama strategik

(co-investment strategic fund) untuk membiayai projek-projek berimpak tinggi secara dana padanan bersama pasaran modal.

Gabungan modal pendanaan awam dan swasta ini adalah bertujuan untuk meningkatkan jumlah modal, mengurangkan risiko pelaburan dan meningkatkan daya tarikan projek-projek untuk mendapatkan modal melalui pasaran ekuiti dan bon. Inisiatif baharu ini memanfaatkan kaedah pembiayaan alternatif untuk beralih daripada pendekatan konvensional melalui pemberian geran.

Saya ingin tekankan, ini sebenarnya satu cara baharu ataupun pendekatan baharu.

Biasanya, lazimnya kita mengguna pakai cara untuk memberikan geran tetapi pemberian geran ini biasanya tidak atau agak lazimnya tidak menghasilkan hasil yang kita inginkan.

Maka, cara dan pendekatan NIMP dengan CoSIF ini adalah konsep baharu. Sepanjang tahun 2024, usaha telah difokuskan kepada perwujudan tatakelola dan tadbir urus, selain mendapatkan kelulusan berkaitan bagi pentadbiran kedua-dua dana tersebut.

Pada tahun 2024, dua projek telah dimulakan di bawah NIDF iaitu Program Smart Tech Up oleh SIRIM ke arah mewujudkan 3,000 kilang pintar dan Program Rasionalisasi Investment Promotion Agency (IPA) oleh MIDA. Kedua-dua projek ini akan dilaksanakan sehingga tahun 2025 melibatkan jumlah kos keseluruhan sebanyak RM46.4 juta.

Daripada jumlah ini sebanyak RM23 juta sedang melalui proses akhir untuk penyaluran pada tahun ini. Manakala mekanisme pelaksanaan CoSIF sedang diperkukuhkan bagi memastikan pelaksanaan bermula tahun 2025 oleh Suruhanjaya Sekuriti berjalan lancar.

Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Paya Besar mencadangkan supaya Malaysian Productivity Corporation (MPC) dinaikkan taraf menjadi sebuah suruhanjaya.

Kerajaan kini dalam proses meminda Akta Perbadanan Produktiviti Malaysia 1996 ataupun Akta 408 untuk memperkenalkan kuasa pengawasan (oversight) melalui fungsi baharu suruhanjaya seperti fungsi menjalankan siasatan (inquiry power) dan penyelidikan

(research) dan menasihat (advice) kepada kerajaan. Fungsi MPC baharu ini juga memberikan kuasa untuk mengadakan perbicaraan (hearing) dan membentangkan penemuan dan syor di Parlimen. Suruhanjaya juga dapat memastikan pelaksanaan syor-syor yang berkesan melalui pemantauan dan penilaian.

Yang Berhormat Kota Melaka membawa isu pusat data. MITI amat menggalakkan penggunaan sumber tenaga baharu, peralatan cekap tenaga dan air untuk memastikan semua pusat data di Malaysia beroperasi dengan efisien dan mampan di samping

draft • 2:40 PM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

memastikan keterjaminan bekalan elektrik dan air negara dikawal serta digunakan secara efektif.

MITI adalah ahli bagi Jawatankuasa Pembangunan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

(PETRA), turut menjadi ahli Demand Forecasting Committee bagi membincangkan mengenai keperluan dan menyediakan unjuran bekalan elektrik bagi industri pusat data.

Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan juga telah mengambil beberapa inisiatif bersepadu bagi memastikan bahawa penggunaan air dan tenaga bagi pusat data mematuhi piawaian kemapanan merangkumi pembangunan garis panduan pembangunan mampan bagi pusat data, penggunaan tenaga boleh baharu dan Program Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat.

Untuk garis panduan pembangunan mampan bagi pusat data, Majlis Pelaburan Negara telah mengarah MITI dan juga agensi-agensi bersama MITI untuk merangkumi ataupun untuk mewujudkan, membangun satu garis panduan dan garis panduan ini akan dibentang ke Majlis Pelaburan Negara pada bulan Disember.

Yang Berhormat Kota Melaka juga bertanya tentang usaha yang disediakan oleh kerajaan untuk menggalakkan pengguna motosikal untuk beralih kepada motosikal elektrik.

Bagi menggalakkan penggunaan motosikal elektrik (EV bike) di Malaysia, MITI melalui agensinya iaitu MARii telah melaksanakan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik

(MARiiCas) yang menawarkan rebate sebanyak RM2,400 bagi tujuan pembelian atau langganan motosikal elektrik kepada rakyat Malaysia dengan pendapatan tahunan di bawah RM120 ribu.

Skim ini dilaksanakan mulai tahun 2024 dengan peruntukan tahunan berjumlah RM10 juta dan ia bertujuan bagi menggalakkan rakyat untuk beralih kepada kenderaan berasaskan elektrik. Dalam ucapan Belanjawan 2025, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa skim ini dilanjutkan sehingga tahun 2025. Untuk makluman sehingga 18 November 2024, sejumlah 6,031 permohonan melibatkan peruntukan sebanyak RM14.4 juta bagi skim ini telah diluluskan.

Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Tuaran dan Yang Berhormat Segamat bertanya tentang strategi untuk menarik pelaburan ke kawasan masing-masing. Salah satu misi utama yang digariskan di bawah NIMP 2030 iaitu misi keempat adalah untuk menjamin sekuriti ekonomi serta keterangkuman dalam menggalakkan penyertaan saksama dalam aktiviti ekonomi, khususnya sektor pembuatan.

Dalam hal ini, pelaksanaan NIMP 2030 tidak akan hanya tertumpu kepada sesuatu kawasan tetapi ianya akan mengambil pendekatan pembangunan secara menyeluruh merentasi kluster ekonomi sedia ada, di samping mewujudkan kluster ekonomi baharu bagi menyokong bidang ekonomi baharu di bawah NIMP.

NIMP 2030 adalah bersifat inklusif dan bertujuan untuk memastikan tiada negeri yang ketinggalan dalam pelaksanaan strategi dan pelan tindakan yang digariskan. Kerajaan negeri perlu bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi merealisasikan hasrat pelaksanaan

draft • 2:40 PM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

NIMP 2030 untuk memastikan pembangunan secara saksama di semua kawasan di Malaysia.

draft • 2:40 PM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Yang berhormat Ipoh Timor, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Sabak Bernam dan Yang Berhormat Pendang telah menimbulkan isu berkenaan industri semikonduktor. MITI mengalu-alukan cadangan Yang Berhormat Ipoh Timor untuk melaksanakan pemetaan potensi mineral dan kerangka from mine to microchip, dari perlombongan ke mikrocip untuk memperkasakan kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan semikonduktor global. Cadangan ini akan dirunding dengan semua kementerian yang terlibat sebagai sebahagian daripada pendekatan seluruh kerajaan ataupun whole-of- government approach.

Untuk memastikan Malaysia dapat mencapai status sebagai hab utama industri semikonduktor di rantau ini, kerajaan telah melaksanakan langkah-langkah strategik yang menyeluruh dan bersepadu bagi memastikan Malaysia kekal kompetitif. Bagi tujuan tersebut, kerajaan telah melancarkan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) untuk melahirkan sekurang-kurangnya 10 syarikat Malaysia dalam reka bentuk dan pembangunan pembungkusan termaju, advanced packaging dengan pendapatan antara USD1 bilion serta melahirkan sekurang-kurangnya 100 syarikat berkaitan semikonduktor yang mampu meraihkan pendapatan hampir RM1 bilion.

Bagi merealisasikan sasaran tersebut, kerajaan akan menggalakkan penglibatan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) untuk melabur dalam syarikat semikonduktor tempatan. Pendekatan ini selari dengan hasrat kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2025 untuk memacu pertumbuhan industri teknologi tempatan. Melalui pelaburan oleh GLIC syarikat-syarikat semikonduktor tempatan akan menerima suntikan modal yang diperlukan untuk memperluaskan kapasiti pengeluaran, memacu inovasi serta memperkukuhkan daya saing mereka di peringkat global.

So, untuk jawab soalan Kubang Pasu, walaupun tidak dalam bentuk fiskal dalam belanjawan tetapi dia dalam bentuk peruntukan untuk melabur di bawah Khazanah dan juga GLIC yang lain. Yang Berhormat Parit, Temerloh dan Yang Berhormat Shah Alam telah mengutarakan tentang industri halal negara dan apakah usaha kementerian untuk bangunkan industri halal. Industri halal merupakan salah satu sektor yang menggalakkan pertumbuhan sosioekonomi negara. Malaysia kekal komited dalam memperkukuh pasaran produk dan perkhidmatan halal di peringkat domestik dan antarabangsa.

Pelan Induk Industri Halal 2030 telah dilancarkan pada tahun 2023 dengan tujuan untuk menggalakkan industri halal yang berkualiti, inovatif dan berdaya saing, membangunkan perusahaan tempatan yang berprestasi tinggi dan memacu pertumbuhan sosioekonomi yang mampan, seimbang dan inklusif. Antara usaha-usaha yang telah digariskan dalam HIMP 2030 untuk meningkatkan pasaran halal di luar negara adalah pembinaan industri domestik yang teguh bagi memastikan pengeluaran produk halal yang berkualiti tinggi, yang menepati piawaian antarabangsa.

draft • 2:50 PM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Selain itu, HIMP 2030 juga menekankan pematuhan syariah bagi memastikan semua produk halal dikeluarkan memenuhi garis panduan Islam. Ini akan meningkatkan daya tarikan produk halal keluaran Malaysia kepada pengguna Islam di seluruh dunia.

draft • 2:50 PM

Tuan Pengerusi

Menteri, Menteri perlukan berapa minit lagi?

draft • 2:50 PM

Tuan Liew Chin Tong

Sorry.

draft • 2:50 PM

Tuan Pengerusi

Menteri perlukan berapa minit lagi?

draft • 2:50 PM

Tuan Liew Chin Tong

Lima minit boleh?

draft • 2:50 PM

Tuan Pengerusi

Okey, lima minit.

draft • 2:50 PM

Tuan Liew Chin Tong

Okey, terima kasih Tan Sri.

draft • 2:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tan Sri Pengerusi, minta laluan sikit. Boleh tak sebelum Menteri duduk, saya ada sedikit.

draft • 2:50 PM

Tuan Liew Chin Tong

30 saat, 30 saat.

draft • 2:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Okey ya? All right.

draft • 2:50 PM

Tuan Liew Chin Tong

30 saat saja.

draft • 2:50 PM

Tuan Pengerusi

Tanya, tanya, tanya.

draft • 2:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Menteri, dia kena beri laluan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya nak tanya berhubung dengan penyenggaraan yang saya sebutkan penyenggaraan kawasan perindustrian yang sedia wujud. Dalam bajet diletakkan RM15 juta tapi oleh kerana kepentingan itu amat tinggi sekali, kawasan-kawasan industri di seluruh negara, semua negeri ada masalah dari segi dia punya infrastruktur, pembaikan, naik taraf jalan, perparitan dan sebagainya.

Kedah memang amat menghargai apa yang diberikan oleh MIDA dulu masa saya jadi Exco supaya dinaikkan kepada RM15 juta kepada RM26 juta supaya setiap negeri diberikan RM2 juta. Ada 13 negeri, dapat RM26 juta. Ini banyak membantu Yang Berhormat Menteri. Minta dipertimbangkan.

draft • 2:50 PM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu.

draft • 2:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Kemudian sikit lagi Expo Osaka ini boleh cerita tak apa benda yang banyak sangat sampai RM117 juta dan juga Kepengerusian ASEAN itu. Boleh beritahu sedikit tak? Terima kasih. Terima kasih Menteri.

draft • 2:50 PM

Tuan Liew Chin Tong

Nanti saya bagi secara bertulis. Ya, terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Bab berkenaan dengan taman perindustrian, sila masukkan dalam ucapan saya. Untuk Osaka, saya akan bagi secara bertulis.

Akhirnya Yang Berhormat Speaker, Tan Sri Speaker, saya ingin jawab soalan atau pandangan Tebrau. Tebrau berkata bahawa kenaikan gaji tidak seiring dengan kenaikan produktiviti, tidak baik untuk ekonomi kita tapi saya nak berikan sedikit pembetulan.

Sebenarnya produktiviti bukan hanya produktiviti pekerja. Produktiviti akan banyak menambah baik kalau kita guna pakai automasi.

So, tujuan kerajaan untuk meningkat kos mengupah pekerja warga asing tanpa kemahiran ialah untuk memastikan ekonomi kita dalam kitaran yang lebih baik. Kita tidak bergantung kepada pekerja asing tanpa kemahiran. Kita fikir, kalau kita guna tangan untuk

draft • 2:50 PM

Tuan Liew Chin Tong

mencuci pinggan, memang dia boleh tetapi guna pakai dishwasher sebenarnya lebih cepat dan lebih bersih. So, ini adalah ataupun untuk kita pakai penyapu berbanding dengan memakai mesin, memakai...

draft • 2:50 PM

Tuan Pengerusi

Vacuum cleaner.

draft • 2:50 PM

Tuan Liew Chin Tong

Vacuum cleaner Dyson Tan Sri.

draft • 2:50 PM

Seorang ahli

Dyson.

[Bercakap tanpa pembesar suara]

draft • 2:50 PM

Tuan Liew Chin Tong

So, the point this is, the point ialah kita mesti memastikan syarikat-syarikat kita kurang mengupah pekerja warga asing tanpa kemahiran dan terutamanya untuk Johor. Setiap hari 50,000 rakyat Malaysia bermotosikal masuk ke Singapura untuk bekerja dengan kerja-kerja di bawah SGD2,000. Sebagai kerajaan, kerajaan mesti cuba mewujudkan pekerjaan untuk rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura kerana kalau you tanya semua, kalau tanya pekerja di Singapura, kalau diberi gaji dua pertiga Singapura, dia akan balik ke Malaysia.

Tetapi ini adalah tujuan kerajaan supaya kita memastikan pasaran buruh kita tidak terlalu bergantung kepada pekerja warga asing tanpa kemahiran dan kita memberikan, mewujudkan pekerjaan bagi rakyat Malaysia. So, saya harap Tebrau bersama dengan Ahli- ahli Parlimen menyokong dasar dan hala tuju kerajaan supaya kita tidak lagi bergantung kepada pekerja warga asing tanpa kemahiran dan bergantung kepada automasi, bergantung kepada digitalisasi, bergantung kepada inovasi.

draft • 2:50 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Menteri, boleh tambah sikit sajalah? Saya memang sokong apa yang Menteri kata kita guna inovasi, guna teknologi untuk kita naikkan produktiviti pekerja kita. Saya memang sokong, malah saya tanya dalam bahas saya, adakah kerajaan ada fikir untuk gunakan inovasi dan teknologi? Tapi apa yang saya kata ialah, bila kita ada naik gaji, dia mesti diikuti dengan produktiviti. Produktiviti boleh datang daripada inovasi, daripada teknologi. That is okay tapi yang pentingnya kita kena hantar signal betul kepada pelabur bahawa Malaysia bukan naik gaji sewenang-wenangnya. We are also increasing our productivity through technology and innovation.

draft • 2:50 PM

Tuan Liew Chin Tong

Mesej kita nak hantar kepada pelabur ialah Malaysia bukan Vietnam plus. Malaysia is a Singapore at a discount. Mesej yang kita nak hantar kepada pelabur ialah bahawa negara kita, gaji di negara kita jangan banding gaji di negara kita bersama dengan atau setaraf dengan gaji di Vietnam.

Apa yang kita nak banding ialah, gaji kita sebenarnya gaji hampir Singapura dan keupayaan pekerja kita dan yang penting ialah kita mesti memastikan pelabur memahami bahawa keupayaan pekerja kita sebenarnya hampir sama dengan pekerja Singapura kerana ramai, 1.1 juta rakyat Malaysia bekerja di Singapura.

Kita perlu wujudkan pekerjaan untuk mereka balik ke tanah air dan juga wujudkan pekerjaan untuk rakyat Malaysia dalam ekosistem ekonomi kita dan ini adalah apa yang MITI dipandukan dengan nilai ini supaya kita mewujudkan pekerjaan dengan gaji yang lebih tinggi, gaji yang lebih setimpal untuk rakyat Malaysia. Saya harap ini boleh diterima oleh semua.

draft • 2:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Pengerusi, Pengerusi.

draft • 2:50 PM

Tuan Pengerusi

Menteri, masa Menteri. Tolong.

draft • 2:50 PM

Tuan Liew Chin Tong

Ya, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam...

draft • 2:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Dato’ Pengerusi, satu je.

draft • 3:00 PM

Tuan Pengerusi

Saya tak benarkan dah. Masa.

draft • 3:00 PM

Tuan Liew Chin Tong

Dalam perbahasan ini. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya atau jawapan saya, saya ingin memberi ucapan terima kasih kepada mereka yang hadir daripada Iskandar Puteri. Terima kasih.

draft • 3:00 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Saya minta jawapan dalam bentuk bertulis. Satu pun tak dijawab untuk Temerloh.

draft • 3:00 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Ya, ya. Yang lain-lain minta Menteri jawapan bertulis.

Baik. Yang Berhormat-Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM947,901,400 untuk Kepala B.24 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2025 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.24 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 3:00 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat-Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.24 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2025 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.24 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

draft • 3:00 PM
Kepala B.25 [Jadual] – Kepala P.25 [Anggaran Pembangunan 2025] –

Tuan Pengerusi

Baik. Kita bergerak kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Kepala Bekalan B.25 dan Kepala Pembangunan P.25 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup terbuka untuk dibahas.

Saya menerima 18 nama pembahas-pembahas. Saya bacakan semuanya dan setiap pembahas akan diberi lima minit bermula dengan YB Batu Gajah, diikuti dengan Hulu Terengganu, Tenggara, Bagan Serai, Tebrau, Masjid Tanah, Baram, Kuala Krai, Sri Gading, Padang Rengas, Kota Melaka, Jelebu, Pokok Sena, Sungai Petani, Merbok, Bangi, Dungun dan terakhir, Mas Gading. Untuk itu, saya menjemput YB Batu Gajah, lima minit. Silakan.

draft • 3:00 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Tuan Pengerusi, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan prestasi dan keberkesanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan saya akan beri fokus kepada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Saya ingin merujuk kepada dua butiran yang penting dalam perbahasan ini.

draft • 3:02 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Butiran 010000 – Pendaftaran dan Pemprosesan IP. Prestasi Pendaftaran.

Berapakah jumlah permohonan paten tempatan dan antarabangsa yang telah diterima dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini? Saya juga ingin tahu, apakah tempoh purata untuk pemprosesan pendaftaran cap dagangan? Adakah terdapat inisiatif untuk memendekkan tempoh tersebut? Seterusnya saya juga ingin tahu, berapakah kadar kelulusan bagi hak cipta dan reka bentuk perindustrian dalam tempoh yang sama?

Tuan Pengerusi, berkaitan dengan kualiti perkhidmatan, bagaimanakah standard pemeriksaan paten diperkukuhkan untuk menjamin kualiti penilaian? Apakah langkah untuk meningkatkan kecekapan pengurusan fail bagi memastikan kelancaran proses pendaftaran tersebut? Seterusnya saya juga ingin tahu, adakah sistem dalam talian MyIPO memenuhi keperluan pengguna dengan mesra dan adakah ia dapat dilaksanakan secara cekap dan berkesan?

Butiran kedua ialah 020000 iaitu berkaitan dengan penguatkuasaan dan perlindungan. Mekanisme perlindungan. Saya ingin tahu, apakah mekanisme pencegahan yang digunakan untuk menangani pelanggaran harta intelek? Bagaimanakah sistem pemantauan pasaran dikendalikan bagi mengesan pelanggaran hak IP? Berapakah banyak tindakan yang telah diambil terhadap pencerobohan harta intelek pada tahun lalu?

Berkaitan dengan kerjasama penguatkuasaan, saya juga ingin tahu, sejauh manakah koordinasi antara MyIPO, PDRM dan juga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dalam membanteras pelanggaran IP ini? Apakah bentuk kerjasama antarabangsa yang dijalankan, khususnya dalam konteks ASEAN? Adakah program-program kesedaran awam mencukupi untuk mendidik masyarakat mengenai pentingnya perlindungan harta intelek ini?

Tuan Pengerusi, saya juga mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan beberapa perkara berikut.

Satu, iaitu berkaitan dengan prestasi MyIPO. Adakah terdapat peningkatan dalam jumlah permohonan paten daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan?

Apakah langkah proaktif untuk mempercepatkan proses pendaftaran paten dan cap dagangan? Bagaimana MyIPO membantu PKS dalam melindungi inovasi mereka, terutamanya di pasaran antarabangsa?

Berkaitan dengan pembangunan kapasiti, berapakah jumlah pemeriksaan paten bertauliah yang bertugas ketika ini? Apakah langkah untuk meningkatkan bilangan ini?

Apakah program latihan yang dilaksanakan untuk memperkukuhkan kepakaran pegawai MyIPO? Bagaimana kerjasama dengan universiti tempatan dan institusi penyelidikan dijalankan untuk membangunkan kapasiti tenaga pakar?

Berkaitan dengan penguatkuasaan, berapakah jumlah kes pelanggaran harta intelek yang telah berjaya diselesaikan dalam tempoh setahun? Apakah strategi khusus MyIPO untuk membanteras barang tiruan yang menjejaskan jenama tempatan? Bagaimana MyIPO bekerjasama dengan rakan strategik antarabangsa bagi menangani isu pelanggaran rentas sempadan?

draft • 3:02 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Berkaitan dengan perancangan strategik pula, apakah sasaran yang ditetapkan bagi pendaftaran IP menjelang tahun 2025? Bagaimana MyIPO menyokong agenda inovasi negara melalui insentif kepada pencipta tempatan? Berapakah peruntukan yang telah diperuntukkan untuk menaik taraf sistem digital MyIPO agar lebih kompetitif?

Saya percaya, penambahbaikan dalam aspek pendaftaran, penguatkuasaan dan pembangunan kapasiti akan menjadikan MyIPO sebagai platform yang lebih berkesan dan menyokong inovasi dan kreativiti. Sekian, terima kasih.

draft • 3:02 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Terima kasih, YB. Saya jemput Hulu Terengganu.

draft • 3:02 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam qablal kalam.

Terima kasih Tuan Pengerusi, memberi peluang kepada Hulu Terengganu untuk membahaskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di bawah Jawatankuasa. Sebelum saya meneruskan perbahasan ini Tuan Pengerusi, saya ingin mengajak seluruh Ahli Dewan yang mulia ini untuk berdoa untuk kesejahteraan penduduk di Terengganu yang sedang mengalami banjir dan ramai yang berada di pusat perpindahan.

Bersabarlah dengan takdir.

Tuan Pengerusi, saya terus masuk kepada Butiran 020000 – Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri. Suka atau tidak, kerajaan hari ini perlu mengakui bahawa kos sara hidup semakin melambung, semakin meningkat. Walaupun banyak jawapan daripada Timbalan Menteri mengatakan tiada kenaikan tapi rata-rata rakyat di luar sana mengeluh dengan kenaikan harga tersebut. Dengan Belanjawan 2025 yang baru lalu dan kenaikan harga ataupun gaji penjawat awam dan juga gaji swasta, sektor tadika, taska dan pengusaha restoran telah mengumumkan kenaikan harga makanan dan juga perkhidmatan mereka.

Terkini Tuan Pengerusi, dilaporkan harga kelapa. Orang Terengganu panggil buah nyior. Daripada RM1.90 sebiji meningkat menjadi RM2.80 sebiji. Kenaikan ini mencapai sehingga 90 sen satu biji dan ini akan menjejaskan ataupun akan meningkatkan juga harga santan di pasaran yang mungkin akan mencecah sehingga RM20 satu kilogram. Ini memberi kesan kerana banyak santan digunakan dalam masakan kita, Tuan Pengerusi.

draft • 3:08 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Persoalan saya, apakah langkah-langkah yang diambil oleh KPDN untuk mengawal kenaikan kos sara hidup rakyat ini yang pada kami, sehingga hari ini tidak mendapatkan apa- apa kesan tentang kestabilan harga barang? Rakyat terus mengeluh dan ada dikatakan yang terpaksa mencatu makanan harian mereka.

Kedua Yang di-Pertua, saya menyentuh Butiran 020600 – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC). Belanjawan pada tahun 2024 untuk MyCC ialah RM17 juta, manakala belanjawan pada tahun 2025, saya lihat menurun RM12 juta dan dikatakan bahawa ada juga RM5 juta untuk rejim penggabungan dan RM5 juta untuk ─ RM10 juta untuk peruntukan khas MOF.

draft • 3:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Dengan hasrat Perdana Menteri untuk menghapuskan persaingan di Malaysia, maka MyCC dilihat ketandusan pegawai penyiasat. Kerana untuk makluman Dewan yang mulia ini Tuan Pengerusi, setakat ini MyCC cuma mempunyai 17 pegawai penyiasat dan ia sememangnya tidak mencukupi untuk mengatasi masalah kartel dan juga persaingan yang berlaku di negara kita. Saya juga mohon supaya dapatan daripada siasatan kartel beras yang pernah dilakukan oleh MyCC sebelum ini, supaya dipamerkan ataupun dimaklumkan kepada umum.

Saya juga ingin menyentuh perlunya MyCC untuk melakukan siasatan persaingan terhadap projek-projek kontroversi yang riuh di luar sana Yang di-Pertua, iaitu dua syarikat HeiTech Padu dan juga U Mobile. HeiTech Padu telah pun dapat kontrak bernilai RM892.19 juta untuk Projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISE) dan juga dua-dua dapat projek Yang di-Pertua. Jabatan Imigresen Malaysia dan menang juga tender Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan nilai RM190.01 juta. Kaya syarikat ini. Manakala U Mobile juga dianugerah projek mega pengendalian rangkaian 5G kedua negara menewaskan dua pesaing gergasi telco Malaysia iaitu Celcom dan juga Maxis.

Kita tahu HeiTech Padu umpamanya, menjadi pertikaian dan dikaitkan dengan kronisme yang membabitkan bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri. Malah, HeiTech dan U Mobile kedua-duanya mempunyai penglibatan golongan atasan. Jadi, saya menyeru pihak MyCC jangan takut, jangan bimbang untuk menyiasat kedua-dua ini kerana ia menjadi pertikaian atau menjadi polemik yang meluas di luar sana, terutamanya di kalangan warga maya.

Jangan kita seolah wujud pakatan antara syarikat-syarikat ini dengan kerajaan untuk memenangi projek-projek tersebut kerana dikatakan pemilihannya adalah kerana ada sokongan ataupun ada penglibatan golongan daripada istana.

Jadi, saya suka memetik seorang Ahli Parlimen dalam podcast-nya, saya ulang sekali lagi Yang di-Pertua, mengatakan bahawa Perdana Menteri pernah menelefon beliau mengatakan bahawa YB nak kritik saya boleh, tetapi jangan sangat sentuh institusi raja. Jadi, ini menunjukkan bahawa ada penglibatan golongan tersebut di dalam syarikat-syarikat ini...

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, saya ingat kalau boleh jangan sebut nama-nama sesiapalah ya.

draft • 3:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Tak sebut nama.

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Okey.

draft • 3:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Just secara umum.

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Saya cuba...

draft • 3:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Minta pihak MyCC menyiasat...

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Saya beri peringatan kepada YB lah.

draft • 3:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Bimbang-bimbang Tuan Pengerusi, takut-takut ada unsur-unsur persaingan sehingga mengalahkan syarikat-syarikat yang lebih hebat di negara kita.

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Baik.

draft • 3:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang akhir Tuan Pengerusi, masa pun sudah hampir tamat, berkaitan dengan Butiran 040400 – Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak. Ini satu program yang banyak membantu rakyat di luar sana. Cuma, saya difahamkan bahawa kerajaan bercadang untuk hendak melupuskannya. Cuma harapan saya, supaya ia difikir dahulu kerana hari ini rakyat masih tertekan. Pun begitu, pihak kementerian perlu menekankan masalah penyeludupan minyak tersebut ke luar negara.

Kalau diesel dipotong subsidinya kerana penyeludupan, apakah nasib yang sama akan dipotong juga kepada minyak paket bersubsidi?

Yang di-Pertua, saya ada lagi, tetapi tak apalah. Saya itu sahaja, terima kasih.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Waalaikumussalam. Terima kasih. Saya jemput Tenggara.

draft • 3:10 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tan Sri Speaker. Tan Sri Pengerusi, minta maaf.

Tenggara mulakan dengan Butiran 010900 – PPDN Negeri, turun ke RM22.607 juta dan Butiran 020400 – Penguatkuasaan. Penguatkuasaan adalah penting untuk memastikan harga barangan dalam keadaan stabil, memerangi pihak yang tidak bertanggungjawab, sorok barang bersubsidi, penyeludupan kartel, ketirisan dari terus berlaku. Antara sebab penyasaran subsidi diesel dan RON95 juga saya yakin adalah berkaitan dengan penyeludupan yang berlaku. Jadi sehingga kini, soalan Tenggara, berapakah jumlah sebenar penguat kuasa yang ada di seluruh negara? Apakah usaha kementerian untuk memperkasa aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan di seluruh negara?

Melalui kedua-dua butiran ini, jumlah perjawatan masih sama saya perhatikan, tetapi tugas mereka semakin mencabar. Apakah usaha bagi membuka lebih banyak perjawatan bagi memastikan segala bentuk kesalahan dapat dibanteras dengan lebih berkesan?

Kerajaan juga disarankan untuk menaik taraf bahagian penguatkuasaan dengan menubuhkan satu jabatan yang dapat meningkatkan martabat pegawai penguatkuasaan dan beri mereka lebih kuasa autoriti laksana penguatkuasaan.

Tenggara juga ingin bertanya kepada kementerian, adakah terdapat sebarang penggunaan teknologi baharu termasuklah drone, artificial intelligence atau pun internet of things untuk kita melakukan aktiviti pemantauan bagi mengelakkan berlakunya penyeludupan?

Tenggara juga ingin mencadangkan kepada pihak kementerian supaya mengerapkan lagi ops-ops bersepadu melibatkan bahagian penguatkuasaan lain untuk menghalang daripada berlakunya penyeludupan. Seperkara lagi adalah berkaitan dengan cadangan, saya pernah sebut juga di Dewan ini agar pasukan-pasukan yang menjaga sempadan, termasuklah dengan pihak berkuasa daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup supaya hasil rampasan itu, lima peratus diberikan kepada agensi

draft • 3:14 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

penguatkuasaan yang ada supaya boleh memotivasikan pegawai-pegawai kita yang menjaga sempadan terutamanya untuk menghalang daripada berlakunya penyeludupan.

Butiran ketiga adalah kod Butiran 040300 – Emolumen Pegawai Pemantau Harga

(PPH), kekal RM41 juta. Jadi, PPH ini yang bekerja secara kontrak membantu penguat kuasa lakukan pemantauan harga barang di premis perniagaan. Sehingga bila mereka terus harus berstatus kontrak? Apakah terdapat usaha kementerian untuk serap mereka ke jawatan tetap? PPH ini pantau harga barangan dan papar harga dalam aplikasi PriceCatcher sebab aplikasi yang dibangunkan sejak 2017 bagi membantu rakyat buat perbandingan harga dan rancang perbelanjaan secara berhemah.

Jadi, apakah langkah kerajaan untuk pastikan penggunaan aplikasi ini secara meluas dan wajibkan penglibatan pasar raya-pasar raya besar dan kecil bagi mempermudah urusan pemantauan harga barangan dan tingkat ketelusan dan elak sebarang pihak daripada mengambil kesempatan. Tenggara juga mencadangkan agar pihak kementerian melibatkan persatuan-persatuan pertubuhan pengguna dan NGO-NGO lain seperti Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Daerah untuk terlibat dalam pemantauan harga barangan.

Butiran seterusnya adalah berkaitan dengan Pengawalseliaan Barang Kawalan dan Subsidi - Butiran 020100, yang turun sedikit nilainya. Jadi, negara dibanjiri pekerja warga asing, pendatang tanpa izin (PATI) dan pelancong daripada negara jiran. Secara tidak langsung, beri impak kepada kesejahteraan hidup rakyat kerana mereka turut menikmati harga barang bersubsidi.

Contohnya, isu kekurangan minyak paket disebabkan satu keluarga boleh beli sebungkus sahaja, tapi ada pasar raya, kedai tetap jual pada warga asing. Bukan hanya minyak paket, tetapi banyak lagi barangan bersubsidi seperti petrol RON95, gula, tepung dan lain-lainnya. Jadi, apakah langkah kerajaan bagi memastikan barangan tersebut benar-benar sampai pada golongan sasar rakyat Malaysia sebab kita beri subsidi ini untuk rakyat Malaysia menikmati, bukan kepada rakyat negara lain?

Bukan itu sahaja, terdapat restoran mengambil kesempatan kaut untung berganda guna minyak, tepung subsidi. Jadi, supplier boleh bagi berkotak-kotak minyak kepada — minyak-minyak kotak dan tepung subsidi ini kepada restoran-restoran. Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku? Adakah terdapat sebarang usaha membangunkan aplikasi tertentu untuk jejak dan tayang pergerakan barangan bersubsidi, elak penyelewengan sikap tidak bertanggungjawab sehingga merugikan negara?

Akhirnya Tuan Pengerusi, Tan Sri Pengerusi adalah berkaitan Butiran 040900 – Inisiatif Payung RAHMAH dan juga saya baca sekali dengan Butiran 020300 – Hal Ehwal Kos Sara Hidup dan Penyelidikan. Tahniah dan terima kasih, peningkatan peruntukan RM100 juta. Ini membuktikan kerajaan prihatin dalam perkasa usaha kurangkan beban kos sara hidup rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan luar bandar.

draft • 3:14 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Jadi, apakah penambahbaikan yang dilakukan bagi memastikan usaha ini dapat digerakkan secara berterusan dan mampan dan sampai kepada golongan sasar dan berimpak dengan lebih meluas?

Selain daripada Jualan RAHMAH, Menu RAHMAH juga sebenarnya perlu diberi perhatian untuk bantu ringan beban kenaikan kos sara hidup di kawasan bandar.

Bagaimanakah penerimaan perniagaan terhadap inisiatif Menu RAHMAH? Apakah yang diambil oleh kerajaan untuk menarik dan menggalakkan lagi penjualan Menu RAHMAH?

Bagi Butiran 20300 – Majlis Imbuhan Sara Hidup Negara dan Membangun Pelan Data Raya. Kementerian ini menjadi rujukan utamalah untuk hal ehwal kos sara hidup dan penyelidikan ini. Jadi, Tenggara mengambil kesempatan untuk memuji usaha DOSM dengan mewujudkan kalkulator (PAKW) Perbelanjaan Kos Sara Hidup Wajar.

Ini akan dapat membantu pemetaan kementerian untuk melaksanakan program- program RAHMAH dengan lebih berkesan dan bersasar kerana telah tahu di manakah kawasan-kawasan geografi yang melibatkan insan-insan Malaysia ataupun rakyat Malaysia yang dikategorikan dalam kategori miskin. Jadi, ini akan membantulah. Tenggara yakin penyasaran-penyasarannya tertentu. Sekian, terima kasih Tan Sri Pengerusi.

draft • 3:20 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Saya jemput Bagan Serai.

draft • 3:20 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

Butiran 020100 – Mengawal Seliaan Barang Kawalan dan Subsidi. Sejauh manakah kajian kebolehsaknaan telah dilaksanakan oleh KPDN berhubung cadangan pemansuhan subsidi minyak masak paket dan berapakah implikasi kos serta risiko pelaksanaan yang terlibat? Alasan yang diberikan biasa kerana untuk sekat ketirisan.

Sepatutnya kalau tiris, tampunglah macam periuk. Kalau periuk itu tiris, kita tampung.

Bukan buang periuk itu. Begitu juga kalau tiris, kita perangi hat yang mana melibatkan berlakunya penyelewengan dan ketirisan. Hasilnya kita dapat tengok terdapat 135 individu ditahan sepanjang tahun 2023 hingga 2024.

Manakala, sebanyak 25 syarikat pembungkusan minyak masak telah ditarik semula kuota mereka. Syabas. Ertinya boleh kita buat untuk kita memerangi kartel-kartel ataupun mereka yang melakukan penyeludupan ataupun ketirisan ini. Jangan kita, kerana nila setitik menyebabkan susu sebelanga habis. Begitu juga berkenaan dengan penyasaran subsidi RON95 yang dijangka akan dilaksanakan pada pertengahan tahun hadapan.

Apakah perancangan muktamad pihak kerajaan untuk melaksanakannya? Sejauh mana perbincangan dan libat urus dengan pemegang taruh seperti Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Bumiputera Malaysia. Setakat maklumat yang sampai kepada kami pada hari Isnin dalam pertemuan kami, belum ada lagi libat urus dengan mereka.

draft • 3:21 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Kita tidak mahu menjadi sepertimana dalam hal penyasaran subsidi diesel baru ini, menyebabkan mereka juga tidak melakukan persediaan dan menimbulkan kelam kabut.

Lebih-lebih lagi dalam kita hendak menangani dalam soal penyasaran subsidi RON95 ini, melibatkan ramai daripada kalangan pengguna-pengguna yang terdapat di dalam negara ini.

Kita tidak mahu dasar ini akan menyebabkan menjadi huru-hara dan huru biru dan biru haru. Kita hendak melihat juga berkenaan dengan mengambil kesempatan ini, kita hendak dapat tengok berapakah unjuran kos dan implikasi kewangan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan jika ingin melaksanakan penyasaran subsidi ini dengan menggunakan sistem digital dan juga MyKad.

Dalam mengambil pendekatan menang-menang, win-win situation, sejauh manakah kerajaan berhasrat untuk melaksanakan penentuan harga dan subsidi petroleum menerusi mekanisme harga automatik (APM) harga relevan dengan sosioekonomi dan struktur ekonomi terkini? Saya bimbang kerana dengan kenaikan ini akan menyebabkan harga barang akan meningkat.

Saya cuba bayangkan kerana baru-baru ini kita dapat lihat Menteri Ekonomi telah memberitahu hanya ada empat barang basah sahaja yang naik dia kata. Betik, udang, oren, jambu batu naik 10 peratus. Tidak apa. Itu dia punya...

draft • 3:21 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Bagan Serai, barang naik boleh? Sikit, sikit sahaja. Boleh?

draft • 3:21 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Jangan laju sangat.

draft • 3:21 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Pengerusi, masa BN dahulu Kerajaan BN dia kata barang naik. Sekarang PH ini press high. Setuju tidak Bagan Serai?

draft • 3:21 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Masuk sebahagian daripada ucapan saya.

Siapakah kata barang tidak naik? Saya baru sahaja menghubungi satu mini market di tempat saya nama dia Mini Market Lesong. Dia kata sebelum daripada harga diesel, dulu susu pekat SAJI dan Marigold RM2.70 naik RM3.10. Ertinya naik 40 sen. Serbuk kopi seperti serbuk Kopi Cap Gantang dan Che’ Nah dahulu RM2.55, sekarang naik RM3.05. Air mineral 500ml, satu karton dahulu RM9.20 naik RM10.10. Serbuk dan cecair pencucian 2.2 kilo, dahulu RM13.90 naik RM14.40.

Makanan sejuk beku seperti kuih proses, kuih frozen RM6.50 naik RM7 dan begitu juga ayam. Dahulu RM9.50 sekarang RM10.50. Bawang Ros, 4 kilo RM16.50 sekarang naik sebanyak RM20. Jadi, walaupun begitu, kita dapat melihat inilah keadaan yang berlaku kesan daripada kenaikan harga diesel sebelumnya.

Tan Sri Speaker, sedikit lagi boleh? Butiran 020600 – Suruhanjaya Persaingan MyCC. Fungsi MyCC amat penting. Terdapat kebimbangan bahawa mekanisme pelaksanaannya masih belum cukup efektif. Sebagai contoh, kes-kes monopoli kartel sering kali mengambil masa yang lama untuk disiasat dan diselesaikan.

Ini bukan sahaja menjejaskan keyakinan pengguna tetapi juga menekan peniagaan kecil dan sederhana. Tanpa peruntukan yang cukup, sudah tentulah MyCC terhad untuk

draft • 3:21 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

menjalankan siasatan yang mendalam, khususnya dalam kes yang melibatkan sektor besar seperti telekomunikasi, tenaga dan barangan pengguna asas.

Saya ingin menekankan bahawa tanpa peruntukan yang mencukupi, fungsi MyCC akan terjejas dan akhirnya membebankan rakyat. Saya pun pelik kenapa peruntukan tahun lepas, yakni tahun 2024 RM17 juta. Tahun depan sebanyak RM12 juta. Ertinya penurunan berlaku sebanyak RM5 juta. Masalah kos sara hidup akibat monopoli.

Kajian dari Bank Dunia tahun 2022 mendapati 43 peratus kos sara hidup rakyat Malaysia dipengaruhi oleh struktur pasaran yang tidak kompetitif, terutama dalam sektor pengangkutan kerana monopoli pengangkutan darat menyebabkan harga barangan asas meningkat di kawasan luar bandar seperti di kawasan saya Bagan Serai.

Begitu juga kajian MyCC pada tahun 2022 mendapati wujud kartel dalam sektor ayam dan telur yang menaikkan harga hingga 15 hingga 30 peratus lebih tinggi daripada paras normal. Dalam belanjawan ini, kita dapat tengok belanjawan yang semakin merosot. Jadi, sebab itu sedangkan kalau kita buat perbandingan Suruhanjaya Persaingan dan Pasaran UK menerima peruntukan sebanyak 113 juta Pound lebih kurang RM650 juta. Walaupun negara tersebut mempunyai skala ekonomi yang serupa dengan Malaysia.

draft • 3:21 PM

Tuan Pengerusi

Bagan Serai, sudah lebih banyak dah itu.

draft • 3:21 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Sedikit sahaja.

draft • 3:21 PM

Tuan Pengerusi

Sedikit itu berapa? Last point, last point.

draft • 3:21 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Last point. Terima kasih Tan Sri. Last ialah berkenaan dengan soal Inisiatif Payung RAHMAH. Ini merupakan satu Butiran 040900 – inisiatif ini telah ditingkatkan peruntukan sebanyak RM100 juta pada tahun 2025.

Namun begitu, sejauh manakah lebih kecil peningkatan sebenarnya jauh lebih berbanding dengan penjimatan yang diperolehi oleh kerajaan hasil daripada penyasaran subsidi sebanyak RM10 bilion? Dengan kata lain, tarik RM10 bilion baki sebanyak RM100 juta.

Tan Sri Speaker, matlamat utama Payung RAHMAH untuk membantu golongan B40 dan miskin tegar.

draft • 3:21 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Namun, hakikatnya, golongan T20 juga mengambil bahagian dalam program seperti Menu RAHMAH atau Jualan RAHMAH. Maka, sudah tentu ini menyebabkan sepatutnya sasarannya ialah untuk B40. Ianya telah pun disalahgunakan kerana ia tidak mempunyai mekanisme kawalan terhadap program Inisiatif Payung RAHMAH ini. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Saya jemput Tebrau.

draft • 3:30 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya ingin mulakan dengan Butiran 040900 – Inisiatif Payung RAHMAH.

draft • 3:30 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Saya ingin ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan MADANI yang telah mulakan pelbagai Program RAHMAH sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan dua tahun lepas. Ramai orang Malaysia, khususnya golongan B40 kini telah menerima limpahan manfaat daripada program yang cukup berjaya ini. Malah, tahun ini, saya lagi gembira dengan kenaikan peruntukan untuk Inisiatif Payung RAHMAH dari RM200 juta kepada RM300 juta yang tentunya dapat memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat jelata.

Di sini, saya ingin mohon sedikit pencerahan daripada Menteri. Boleh tak berikan breakdown senarai yang lebih khusus bagaimana RM300 juta ini akan dibahagikan kepada setiap program di bawah Payung RAHMAH ini?

Saya cukup yakin Program RAHMAH dapat memastikan wang yang kerajaan jimat daripada penyasaran subsidi akan sampai terus kepada golongan sasaran dan membantu mereka meringankan beban kos sara hidup mereka. Di Tebrau, program seperti Jualan RAHMAH diadakan di Kampung Desa dan juga di bawah flat bandar. Setiap kali ia diadakan, sambutannya cukup baik. Dengan itu, saya haraplah dengan peningkatan bajet, bolehlah kita buatkan Jualan RAHMAH lebih kerap lagi.

Butiran 020400 – Penguatkuasaan. Minggu lepas, ada satu berita di mana Persatuan Restoran Mamak Johor dia umum nak naikkan harga pada tahun depan. Tetapi, nasib baik semalam saya juga baca kenyataan daripada Persatuan Restoran Mamak Malaysia yang telah bagi akur janji tidak akan naik harga selepas KPDN keluarkan notis di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2010.

Saya nak membawa perhatian kepada Menteri. Kadang-kadang ini, banyak business di luar ini dia suka naik harga sewenang-wenang itu saja. Saya masih ingat, bila kerajaan mulakan penyasaran diesel juga, Persatuan Bas Sekolah pun nak naik tambang, padahal mereka ada fleet card dan telah menikmati subsidi kerajaan RM1.88 sejak dulu lagi. Nasib baik itu pun ditangani dengan baik. Tetapi, saya harap Menteri boleh prihatinkan isu-isu ini supaya hak pengguna sentiasa dibela.

Baru-baru ini juga, saya ingin membawa perhatian kepada Dewan yang mulia ini, saya dapati hospital swasta dan syarikat insurans juga telah mula naikkan harga mereka.

Bagi saya, ini amat memudaratkan rakyat kerana bila kos di hospital swasta naik, maka satu golongan M40 atau middle-class yang selama ini mungkin pergi ke hospital swasta.

Kini sebab kos sudah naik mungkin mereka akan terpaksa pergi ke hospital awam sebab tidak lagi mampu untuk pergi ke hospital swasta. Ini tentunya akan overload, dengan izin, hospital awam kita ini yang kini pun sudah penuh dengan pesakit-pesakit. Bagi saya, ini adalah satu isu yang sangat penting sebab akses kepada kesihatan ini adalah hak asas kepada semua lapisan rakyat Malaysia.

Maka, saya harap kerajaan kena peka kepada industri-industri yang naik harga tanpa apa-apa alasan yang kukuh. Sebab, akhirnya, rakyatlah yang akan mendapat kesan.So, saya mohon pencerahan daripada kementerian. Apakah usaha penguatkuasaan KPDN untuk memastikan kos sara hidup dan hak rakyat jelata sentiasa dibela dan tidak diganggu oleh mereka yang tidak beramanah?

draft • 3:30 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Butiran 040800. Saya juga ada nampak tahun ini ada penurunan bajet untuk Kempen Beli Barangan Malaysia. Saya agak terkilan. Kenapa ada penurunan? Bukankah kita patut menggalak orang ramai untuk membeli barangan buatan Malaysia khususnya makanan dan minuman? Sekiranya lebih ramai rakyat Malaysia guna produk Malaysia, maka kita boleh kurangkan juga barang-barang import dan ini secara tidak langsung akan mengukuhkan Ringgit Malaysia. Apa lagi, produk Malaysia juga berkualiti dan kemungkinan besar lebih murah berbanding dengan produk import.

Di samping itu juga, penggunaan meluas produk Malaysia tentu akan membantu business atau ekonomi usahawan orang tempatan. Tengoklah di negara jiran kita di Thailand dan Indonesia. Pergi tengok pasar raya mereka. Di Indonesia, hampir semua barang mereka adalah produk lokal. Dan di Indonesia, nak cari Coca-Cola pun susah sebab ada jenama sendiri. Mereka memang ada usaha untuk promote produk tempatan kepada pelancong, tapi nampaknya di Malaysia ini agak kurang sikit. Haraplah kita boleh pertingkatkan usaha untuk promote-kan produk buatan jenama Malaysia.

Akhir sekali, Butiran 020100 – Pengawalseliaan Barang Kawalan dan Subsidi. Saya ingin ucapkan tahniah atas kejayaan program kempen yang dilancarkan oleh KPDN iaitu Kempen ‘Jom Kosong’ gula. Cukup berjaya dan bermakna. Malah, Tan Sri Speaker pun telah lancarkan di Parlimen, tiap-tiap hari Rabu, kita zero sugar.

Maka, saya haraplah kementerian bolehlah kita panjangkan program kempen ini.

Pertama, kita mulakan kepada kafeteria semua hospital dan klinik kerajaan, supaya di sana, kafeteria dia juga tidak boleh ada gula pada hari-hari tertentu. Selepas itu, kita teruskan lagi, pastikan kantin dan kafeteria bangunan agensi kerajaan pula, juga perlu adakan Kempen ‘Jom Kosong’ gula ini. Saya cukup yakin kalaulah kerajaan boleh mulakan dan contoh melalui teladan itu, saya rasa pihak swasta juga akan turut menyokong kempen yang cukup bermakna ini demi kesihatan rakyat jelata.

Dengan itu, saya harap Menteri boleh beri pencerahan, kongsikan hala tuju Kempen ‘Jom Kosong’ ini dan akan pergi ke mana. Dengan itu, sekian. Terima kasih, Tan Sri Speaker.

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Terima kasih. Saya jemput Baram.

draft • 3:30 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Terima kasih Tan Sri Speaker. Saya ingin memulakan perbahasan ini dengan menyentuh Butiran 020000 – Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri, khususnya berkenaan Butiran 020100 – Pengawalseliaan Barang Kawalan dan Subsidi.

Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian berkenaan dengan satu isu iaitu berkenaan dengan portable container system ini. Saya ingin bertanya dengan kementerian, berapa banyak portable container system ini yang kita ada khususnya di kawasan luar bandar dan di kawasan Baram khususnya?

Kedua, berkenaan dengan ini, kalau belum ada di kawasan-kawasan pedalaman, saya percaya bahawa portable container system ini adalah satu kaedah yang baik untuk kita

draft • 3:37 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

semua, sebab ini, bagi saya, akan menjimatkan ataupun memudahkan lagi transporter untuk barang-barang subsidi ini. Jadi, saya mohon supaya portable container system ini diperbanyakkan, khususnya di kawasan luar bandar dan di Baram khususnya lagi.

Kedua ialah berkenaan dengan Butiran 020200 – Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan. Ini saya nak bertanya dengan pihak kementerian, berkenaan dengan kriteria ataupun standard-standard yang ditetapkan untuk kita menentukan sama ada kawasan itu layak untuk ditubuhkan satu point of sales (POS) ini.

Sebab, saya percaya di kawasan-kawasan luar bandar, di mana keadaan dia sentiasa berubah dan lebih-lebih lagi di kawasan pedalaman, khususnya di kawasan saya sendiri, di mana pada masa ini pengangkutan ke kawasan pedalaman ini adalah satu masalah yang besar. Saya mohon supaya di mana perlu point of sales ini ditubuhkan mengikut keadaan yang sentiasa berubah ini.

draft • 3:37 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Seterusnya ialah berkenaan dengan Butiran 020400 – Penguatkuasaan. Saya nak gabungkan ini, berkenaan dengan penguatkuasaan ini berkenaan dengan Butiran 040400, 040500 dan juga 040600 ini. Ini adalah saya rasa di kawasan pendalaman di mana pengangkutan-pengangkutan yang menghantar bahan-bahan subsidi ini. Mereka kadang- kadang kita pergi ke kawasan itu, mereka kata, “Oh, subsidi minyak dah habis”. Dia kata ataupun barang-barang ini tak ada ini.

Jadi apakah kaedah ataupun mekanisme yang diguna pakai oleh pihak kementerian untuk memastikan supaya bekalan-bekalan bahan-bahan keperluan yang asas begini tetap ada setiap masa ini sebab saya sendiri pun, Tan Sri Pengerusi, bila saya nak minta mahu gunakan minyak subsidi di kawasan pedalaman dulu, mereka mengatakan bahawa bekalan sudah habis ini.

Jadi, inilah saya rasa perlu kita tengok supaya masalah-masalah macam ini ataupun kekurangan-kekurangan bekalan macam ini tidak berulang lagi di kawasan pendalaman sebab saya percaya dengan keadaan yang kita ada sekarang untuk kita mendapatkan, ini juga adalah sejajar dengan hajat kementerian untuk menjaga sara hidup mereka di kawasan pendalaman ini.

Saya juga nak bertanya dengan pihak kementerian sebab pengangkutan ataupun kontraktor-kontraktor yang terlibat dengan pengangkutan barang bersubsidi ini, mereka seolah-olah menetapkan harga subsidi pengangkutan ini mengikut cara mereka sendiri.

Kadang-kadang kita dengar bahawa di kawasan pendalaman ada pihak-pihak orang kampung yang mereka mohon untuk menghantar barang subsidi ini, mereka mengatakan bahawa kadar bayaran itu adalah begitu rendah sekali.

Jadi, saya minta supaya pihak kementerian dapat mengambil kira berkenaan dengan perkara-perkara macam ini dan juga terlibat untuk menentukan kadar bayaran tambang untuk menghantar barang subsidi ke kawasan pendalaman. Itu saja dan terima kasih Tan Sri Pengerusi.

draft • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Terima kasih. Saya jemput Masjid Tanah.

draft • 3:40 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Masjid Tanah mengambil peluang ini untuk menyebut Butiran 010900 yang bernilai RM226 juta iaitu di bawah Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri, di bawah Butiran 020000, 020400, yang mana Masjid Tanah melihat bahawa terdapat usaha-usaha yang baik ditunjukkan oleh KPDN negeri-negeri dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dalam memberikan pendedahan dan juga menguatkuasakan.

Sebagaimana yang ditunjukkan dalam TikTok KPDN Melaka. Yang mana kalau semua nak tahu, followers mereka hampir 700,000 dan diikuti oleh KPDN Perak 653,000. Ini satu jumlah yang cukup banyak sekali dan sekali gus ia memberikan satu cerminan yang baik kepada usaha oleh pihak kementerian dalam membanteras perkara-perkara yang tidak patut dalam seolah – apatah lagi dewasa ini terlalu banyak pihak yang mengambil kesempatan dalam waktu rakyat Malaysia di kesempitan.

Jadi saya ingin bertanya kepada kementerian, adakah pihak kementerian ada memberikan insentif tambahan kepada usaha-usaha yang baik dibuatkan oleh KPDN negeri- negeri ini?

Keduanya, sejauh mana pemantauan yang dibuat bagi content terutama sekali dalam sosial media ini, dibuat agar ia masih lagi menjaga sensitiviti, ia terkawal dan tidak menyalahi undang-undang? Kita tahu, saya tengok dalam, ada mereka yang turut terlibat dalam serbuan dan sebagainya, mereka sangat excited ya dan komen-komen ditunjukkan oleh rakyat Malaysia juga baik.

Seterusnya, saya ingin menyentuh Butiran 048000 – Kempen Beli Barangan Malaysia yang kita tengok jumlahnya cukup sedikit, RM10 juta yang cukup kah untuk kita membuat satu kempen beli barangan buatan Malaysia dan hari ini ia macam tidak ada bunyi pun. Begitu senyap, tak seumpama yang pada yang lepas.

Kempen Buatan Malaysia ini patut kita meriahkan kerana banyak buatan Malaysia yang patut kita pamerkan, yang patut kita promosikan dan patut kita persembahkan, terutama sekali apabila Malaysia ingin menjadi tuan rumah untuk AIPA akan datang dan juga banyak lagi menjadi tuan rumah yang bagi negara-negara lain dan juga Tahun Melawat Malaysia.

Jadi, saya ingin bertanya dalam dewasa ini juga banyak dibanjiri dengan bahan, barang-barangan luar negara yang boleh didapati dengan mudah. Daripada Shopee, Lazada, Temu, TikTok dan sebagainya. Jadi, saya harap ia sepatutnya ditambah lagi dan bagaimana dengan kombinasi ataupun sinergi dengan pihak Kementerian KUSKOP dalam kita nak memberikan Kempen Buatan Malaysia ini dengan lebih baik.

Seterusnya, saya ingin menyentuh pada Butiran 040900 – Inisiatif Payung RAHMAH.

Saya ingin menyentuh mengenai Menu RAHMAH dan saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri, baru-baru ini mengakui bahawa peniaga yang tidak berupaya meneruskan penyediaan Menu RAHMAH susulan menghadapi peningkatan kos dalam beberapa pemimpin kerajaan menafikan dan banyak berdalih dalam isu kenaikan kos sara

draft • 3:43 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

hidup ini. Menteri KPDN sendiri mengakui dan bahawa itu merupakan satu tindakan yang berani ditunjukkan oleh Yang Berhormat Menteri.

Nampaknya apa yang diramalkan oleh pihak pembangkang sejak awal inisiatif Menu RAHMAH ini diperkenalkan, akhirnya benar-benar terjadi yang mana ia tidak akan dapat bertahan lama kerana konsep kerajaan meletakkan beban kepada peniaga untuk menawarkan menu pada harga yang murah sedangkan berhadapan dengan kos pengeluaran yang tinggi.

Dengan kenyataan Menteri ini, saya ingin bertanya apa yang terjadi kepada inisiatif Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH, inisiatif bersama enam pasar raya iaitu AEON Big, Mydin, NSK, Giant, Lotus dan juga Econsave. Selaku rakan strategik KPDN yang menawarkan diskaun sehingga 40 peratus bagi pembelian barangan keperluan peniagaan untuk meniaga ini. Adakah ia diteruskan ataupun tidak diteruskan lagi?

Saya juga ingin memohon Menteri memberi penjelasan, bagaimana Menu RAHMAH ini mahu diteruskan dengan memberikan keutamaan kepada rakyat secara bersasar kerana isu kos sara hidup ini bukan hanya dialami di lokasi-lokasi tertentu tetapi di seluruh negara.

Saya juga ingin bertanya mengenai inisiatif Jualan RAHMAH. Perkara yang paling ketara sekali yang kita dapat lihat dalam Jualan RAHMAH ini ialah beras tempatan yang hanya boleh didapati di Jualan RAHMAH tetapi pasar raya rakyat tak jumpa pun beras tempatan yang murah ini.

Sebagaimana yang dijawab oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan sebelum ini bahawa beras tempatan memang mudah didapati di Jualan RAHMAH kerana ia tuntutan kerajaan. Saya kira ia satu jawapan yang tidak bertanggungjawab.

Soalan saya kepada KPDNKK, bagaimana memantau soal bekalan beras ini supaya pengeluar tidak hanya memenuhi keperluan atau permintaan untuk Jualan RAHMAH tetapi juga memastikan beras tempatan ini boleh dibeli di pasaran pada harga berpatutan? Itu saja.

Terima kasih Pengerusi.

draft • 3:43 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Saya jemput Kuala Krai.

draft • 3:43 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Bismillahi Rahmani Rahim.

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan guru dan juga pelajar daripada SMK Sri Gunung Bachok, Kelantan.

[Tepuk] Terima kasih Tan Sri kerana memberi peluang kepada Kuala Krai mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Saya merujuk kepada Butiran 020100 – Pengawalseliaan Barang Kawalan dan Subsidi. Ada dua isu di sini. Pertama ialah subsidi minyak peket. Soalan saya ialah apakah hasil kajian kerajaan terhadap mekanisme kawalan untuk memantau dan menjejaki rantaian pengedaran minyak masak bersubsidi di setiap rantaian bekalan?

Sejauh manakah usaha penambahbaikan KPDN terhadap sistem ECOS yang sedia ada khususnya dalam aspek pemantauan membabitkan minyak masak peket dari peringkat

draft • 3:48 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

pengilang sehingga peruncit serta keberkesanan sistem ini dalam mengenal pasti golongan isi rumah yang menerima agihan dan juga pengusaha mikro.

Adakah kementerian sedar bahawa minyak masak peket tiada di pasaran sekarang?

Adakah betul ia kehabisan stok ataupun disorok oleh pihak yang tertentu bagi menjual dengan harga yang lebih tinggi ataupun sebenarnya apa masalah yang boleh dijelaskan oleh pihak Menteri?

Saya difahamkan terdapat peruncit yang meletakkan syarat untuk membelinya perlu bersekali dengan bahan lain sama ada beli gula, tepung, barulah dapat minyak peket. Jadi saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat dalam isu ini.

draft • 3:48 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Kedua, berkaitan Butiran yang sama ialah subsidi RON95, dalam dua persoalan yang saya bangkitkan sendiri kepada Menteri Ekonomi dan juga Menteri Kewangan. Saya nak sambung di sini ialah persoalan saya yang sama- hampir sama iaitu berapakah sesi libat urus atau rundingan yang telah diadakan setakat ini dengan pemegang taruh?

Ekoran daripada laporan bahawa tiada rundingan dengan wakil pengusaha stesen minyak berhubung mekanisme penggunaan MyKad bagi subsidi RON95 sebagaimana laporan daripada Sinar Harian. Kenyataan daripada pihak Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Bumiputera Malaysia baru-baru ini.

Mengenai kaedah pelaksanaan roll out subsidi RON95, bagaimana sistem semakan silang kelayakan akan dibuat oleh stesen-stesen minyak? Mengambil kira cabaran penggunaan MyKad yang berpotensi merumitkan operasi stesen minyak dan pengguna. Itu belum lagi dikira MyKad yang rosak cipnya. Jika sistem two-tiered-pricing diwujudkan, adakah akan ada dua pam yang berbeza harga? Adakah wujud kuota tertentu untuk mengisi minyak bagi mereka yang layak?

Sekiranya ada dari kalangan individu atau isi rumah bukan T15 yang tercicir daripada sistem ini, apakah tindakan kerajaan untuk melayakkan mereka menerima subsidi RON95?

Bagaimana kerajaan memastikan mekanisme ini benar-benar praktikal untuk penduduk di kawasan luar bandar? Terutama apabila berdepan akses internet yang terhad atau jika berlakunya kerosakan sistem?

Butiran yang kedua Tan Sri Pengerusi, ialah berkaitan dengan 020400 - Penguatkuasaan. Iaitu saya nak sebut sini berkaitan penyeludupan karkas babi. Baru-baru ini akhbar arus perdana Harian Metro mendedahkan kewujudan sindiket penyeludupan karkas babi. Menerusi laporan bersiri itu, sindiket penyeludupan didakwa membawa masuk ke negara ini melalui Tak Bai, Sungai Golok dan juga Bukit Tar di Thailand ke sempadan Malaysia di Kelantan.

Malah, ianya turut dari awal mencampur karkas babi dan ayam dalam kenderaan yang sama. Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, Kelantan berada di sempadan. Jangan pula ada yang mengatakan penyeludupan ini untuk orang Kelantan. Sebagaimana ada yang mendakwa sebelum ini penyeludupan dadah ini untuk orang Kelantan. Kelantan berada di

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

sempadan, sudah pasti laluan utama untuk mereka-mereka yang terlibat dengan penyeludupan ini, termasuklah beras dan sebagainya.

Jadi soalan saya Tan Sri Pengerusi, sehingga kini adakah berlaku tangkapan oleh pihak berkuasa? Jika ada, berapa banyak tangkapan yang telah dilakukan dan bagaimana aktiviti ini boleh terus berlaku? Adakah wujud elemen rasuah? Jika wujud elemen rasuah, adakah SPRM mengesan perkara ini? Sejauh manakah kerajaan serius menangani aktiviti penyeludupan karkas babi ini? Kerana ianya bakal mengundang pelbagai penyakit seperti Demam Babi Afrika ataupun African Swine Fever (ASF). Kita bimbang ianya akan menular jika tidak ditangani dengan segera. Satu operasi bersepadu bagi mengenali dalang di sebalik penyeludupan perlu dilakukan.

Tan Sri Pengerusi, dalam isu butiran yang sama ialah penyeludupan diesel dan RON95. Sejauh manakah tindakan pengesanan pihak KPDN terhadap usaha pemantauan kadar jualan diesel dan RON95 di stesen minyak serta langkah susulan yang diambil?

Apakah terdapat peningkatan ketara dari segi penyeludupan bahan api RON95 ekoran langkah penyesaran subsidi diesel?

Berapakah jumlah kerugian yang terlibat? Apakah langkah proaktif kementerian ekoran tinjauan Bernama baru-baru ini yang mendapati puluhan gerai di Sungai Golok menjual minyak dan diesel subsidi dengan harga sekitar 28 Baht ataupun RM3.64 sen untuk satu liter sebotol sehingga 250 Baht ataupun RM32.50 untuk tong sembilan liter? Isu penguatkuasaan terhadap penyeludupan inilah yang pernah dibangkit oleh kami sebelum ini sebelum penyesaran diesel berlaku.

Kerana alasan pihak kerajaan, penyasaran subsidi diesel waktu itu bagi menghalang penyeludupan. Nah, sekarang penyeludupan masih berleluasa. Isu sindiket penyeludupan bernilai RM400 juta yang berlaku di Sibu pada bulan Ogos yang lalu amat serius dan perlu dijejaki lagi sehingga ke akar umbi.

Yang terakhir Tan Sri Pengerusi, butiran yang sama. Adakah KPDN dapat mengenal pasti syarikat yang telah menyalah guna kad fleet bagi tujuan pembelian bahan api bersubsidi? Jika ada, berapakah syarikat terlibat serta tindakan pembatalan kad fleet setakat ini? Bagaimana dengan tindakan yang diambil terhadap pemandu kereta asing yang didapati menyalah guna plat Malaysia dengan mengisi RON95? Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

draft • 3:50 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Saya jemput Sri Gading.

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Butiran 040900 – Inisiatif Payung RAHMAH, B.25. Kalau dilihatkan pada awal tahun ini, 81 peratus respondent menyatakan kepuasan terhadap pelaksanaan Program Payung RAHMAH. Ini satu indikator positif kepada kerajaan.

Apatah lagi apabila belanjawan pada tahun hadapan akan ditambah daripada RM200 juta kepada RM300 juta.

draft • 3:54 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Apa yang dapat Sri Gading perhatikan tentang pembeli-pembeli ataupun yang datang dalam Program Payung RAHMAH dalam Parlimen Sri Gading. Di mana kalau kita dapat lihat yang datang itu adalah memang betul-betul orang yang dianggap sebagai B40. Saya pernah menyatakan kepada beberapa rakan yang ada kebun lebih daripada 10 ekar, daripada kalangan guru-guru yang berpendapatan lebih daripada 5,000 – 6,000. Saya tanya, you tak pergi? Dia kata, malulah YB. Sebab apa malu? Yang pergi itu orang yang sepatutnya pergi beli.

Ini satu gambaran yang jelas kepada kita bahawa Payung RAHMAH ini sangat bermakna kepada mereka yang memerlukannya. Tahniah kepada kerajaan. Cuma yang penting kepada pandangan Sri Gading, bagaimana kita sebagai Ahli Parlimen untuk memastikan kehadiran itu adalah merupakan memang mereka yang memerlukannya.

Yang kedua, berkaitan dengan Menu RAHMAH. Sepertimana ramai di kalangan rakan-rakan yang telah sebut, kenapa ia trend macam seolah-olahnya macam terhenti?

Apakah sokongan daripada kementerian ataupun kerajaan untuk memastikan bahawa Menu RAHMAH ini dapat diteruskan supaya rakyat yang berada dipanggil B40 ini dapat menikmati makanan-makanan yang berzat ataupun yang baik daripada pengeluar-pengeluar yang ada nama, yang ternama.

Kedua, berkaitan dengan Butiran 040800 – Kempen Beli Barangan Malaysia. Ini juga satu perkara yang dipersoalkan. Ramai di kalangan rakan-rakan, kenapa peruntukan ataupun pengurangan peruntukan ini? Walaupun nampak sedikit, RM2 juta tetapi seolah-olahnya macam mengurangkan aktiviti promosi untuk barangan kita sendiri.

Sedangkan rakyat yang berkaitan dengan PKS ataupun yang memerlukan, yang bergantung kepada kempen daripada pihak kerajaan, rasanya mereka akan tertekan. Kecuali apa yang dicadangkan di sini adalah kempen melalui digitalisasi. Kalau ini dapat dilaksanakan dengan baik oleh kementerian, saya yakin dan percaya pihak yang kekurangan ataupun dapat kurang promosi ini dapat dilaksanakan dengan baik.

Begitu juga dengan kerjasama strategik. Sri Gading mencadangkan supaya pihak kerajaan dapat menjalinkan kerjasama dengan pasar-pasar raya yang besar ataupun platform digital seperti Shopee dan juga Lazada supaya barang-barang bukan saja diimport daripada luar yang murah tetapi juga dapat menggunakan daripada pengusaha-pengusaha kecil daripada syarikat yang ada di dalam Malaysia.

Ketiga Tan Sri Pengerusi adalah berkaitan dengan 040400 - Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS). Pada 12 hari bulan 11, baru saja beberapa hari yang lalu. Berita tentang KPDN Kelantan akui minyak masak paling banyak di seludup ke negara jiran kita. Begitu juga dengan PGA tumpaskan kegiatan seludup gula dan minyak masak ke negara jiran kita yang berada di utara.

Persoalannya di sini, kalau barang-barang ini boleh diseludup dengan mudah melalui sempadan yang berada di utara, kenapa ini boleh berlaku? Sedangkan keperluan kalau katakan seolah-olahnya macam rakyat Malaysia nak beli minyak masak ini kena pergi seberang, baru dapat beli minyak. Dekat negeri sendiri tak boleh, tak dapat, tak ada. Jadi, ini

draft • 3:54 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

satu perkara yang sangat penting untuk pengurusan daripada kerajaan untuk pengawalan kemasukan ataupun bagaimana boleh berlaku penyeludupan ke negara seberang?

draft • 3:54 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa] Begitu juga dengan undang-undang yang sepatutnya kita kena ambil tindakan yang tegas. Sama ada pengilang ataupun penyeludup ataupun sesiapa sahaja yang menyalahgunakan bajet ataupun menyalahgunakan subsidi kerajaan ini supaya mereka diberikan tindakan yang tegas dan pada kakitangan kerajaan yang bertanggungjawab untuk pengurusan tentang penguatkuasaan ini. Jalankanlah tanggungjawab yang sebaiknya dan jangan takut kepada apa-apa mana-mana pihak yang akan bertindak sekiranya anda melakukan tindakan sebaik mungkin untuk rakyat dan untuk negara. Sekian, terima kasih.

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Saya jemput Yang Berhormat Padang Rengas.

draft • 4:00 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya merujuk kepada Butiran 020100 – Peruntukan bagi Pengawalseliaan Barang Kawalan dan Subsidi sebanyak RM4.191 juta dan Butiran 040400 – Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak sebanyak RM916 juta.

Pertamanya saya ingin menyentuh berkenaan subsidi minyak paket berhubung cadangan pemansuhan subsidi minyak masak paket. Sejauh manakah kajian kebolehlaksanaan telah dijalankan oleh KPDN dan apakah implikasi kos serta risiko pelaksanaan yang terlibat?

Dalam pada itu apakah hasil kajian kerajaan terhadap mekanisme kawalan untuk memantau dan menjejaki rantaian pengedaran minyak masak bersubsidi di setiap rantaian bekalan? Selain itu sejauh manakah usaha penambahbaikan KPDN terhadap sistem eCOSS yang sedia ada khususnya dalam aspek pemantauan membabitkan minyak masak paket daripada peringkat pengilang sehingga peruncit serta keberkesanan sistem ini? Apakah langkah-langkah KPDN untuk membantu peniaga-peniaga kecil makanan serta kedai-kedai makan untuk mendapatkan bekalan minyak masak paket yang amat berkurang ketika ini?

Tuan Pengerusi, seterusnya perkara kedua penyasaran subsidi RON95. Ekoran laporan bahawa tiada rundingan dengan Persatuan Pengusaha Stesen Minyak (Bumipeda) atau wakil pengusaha stesen minyak berhubung mekanisme penggunaan MyKad bagi subsidi RON95. Jadi berapakah sesi libat urus atau rundingan yang telah diadakan setakat ini dengan pemegang taruh? Mengenai kaedah pelaksanaan rollout subsidi RON95, bagaimanakah sistem semakan silang kelayakan akan dibuat oleh stesen-stesen minyak

draft • 4:00 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

mengambil kira cadangan penggunaan MyKad yang berpotensi merumitkan operasi stesen minyak dan pengguna? Malah berapakah kos tambahan yang diperlukan untuk tujuan pelaksanaan dan penyelenggaraan sistem ini di stesen minyak di seluruh negara?

Di samping itu saya juga ingin bertanya sekiranya sistem two-tier pricing diwujudkan, adakah wujud kuota tertentu untuk mengisi minyak bagi mereka yang layak? Sekiranya ada dalam kalangan individu atau isi rumah bukan T15 yang tercicir daripada sistem ini, apakah tindakan pihak kerajaan untuk melayakkan mereka menerima subsidi RON95 ini?

Bagaimanakah kerajaan memastikan mekanisme ini benar-benar praktikal untuk penduduk di kawasan luar bandar terutamanya apabila berdepan dengan akses internet yang terhad?

Puan Pengerusi, seterusnya isu kedua saya ingin merujuk kepada Butiran 020400 – berkenaan peruntukan bagi penguatkuasaan sebanyak RM43.5 juta.

Soalan saya, adakah terdapat peningkatan ketara daripada segi penyeludupan bahan api RON95 ekoran langkah penyasaran subsidi diesel. Berapakah jumlah kerugian yang terlibat?

Seterusnya, apakah tindakan yang diambil terhadap pemandu atau pemilik kenderaan asing yang didapati mengisi minyak RON95 selain tindakan yang dikenakan terhadap pengusaha stesen minyak ketika ini? Ia agar penguatkuasaan yang lebih berkesan seperti mana tindakan yang dikenakan terhadap pemandu yang memandu melebihi had laju.

Minta kementerian tengoklah sebab sekarang ini seolah-olah tanggungjawab untuk mengelakkan kenderaan asing mengisi minyak itu diletakkan di bahu pengusaha-pengusaha stesen minyak. Harap ada tindakan susulan daripada kementerian untuk mengambil tindakan terhadap pemandu kereta itu sendiri.

Terakhir, apakah pihak kementerian telah mengkaji semula had pembelian diesel menggunakan tong di stesen-stesen minyak memandangkan harga diesel telah diapungkan.

Had pembelian sekarang hanya 20 liter sahaja. Harap pihak KPDN akan meningkatkan lagi pembelian ini bagi memudahkan para penggunaan untuk mendapatkan bekalan. Sekian, terima kasih.

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka.

draft • 4:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Puan Pengerusi.

Saya merujuk kepada Butiran 040400 – Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak. Seperti yang kita maklum, tahun lepas sahaja kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1.3 bilion untuk subsidi minyak masak. Wang ini adalah untuk penyediaan sebanyak 60,000 metrik tan satu bulan. Ertinya satu bulan kita boleh sediakan minyak masak subsidi sebanyak 60 juta paket. Satu paket satu kilo. Kalau kita lihat kepada bilangan penduduk rakyat Malaysia, populasinya lebih kurang 35 juta. Ertinya hampir setiap rakyat diperuntukkan dua paket minyak masak. Ertinya satu bulan satu rakyat boleh makan minyak

draft • 4:05 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

masak dua kilo yang ada subsidi. Minyak masak subsidi, tetapi di luar sana kita boleh lihat masih lagi menghadapi masalah kekurangan minyak masak subsidi ini.

Beberapa punca yang boleh kita lihat. Pertama, yang saya lihat ialah masalah penyeludupan yang begitu serius yang berlaku. Kita pergi ke Selatan Thai mudah sahaja kita boleh lihat minyak masak subsidi paket satu kilo boleh dijual di mana-mana kita boleh dapat.

Pergi ke Indonesia juga sama. Kenapakah itu berlaku? Penyeludupan. Sempadan Thai, Selatan Thai. mereka dengan mudah dapat. Indonesia, mereka melalui saluran air laut dari Johor menyeludup pergi ke Indonesia. Ini yang berlaku hari ini.

Kita harap supaya kementerian bekerjasama dengan kastam untuk tangkap semua- sindiket-sindiket penyeludupan ini. Kenapa tiada tindakan yang tegas, yang berkesan diambil? Adakah kerana di belakang sindiket penyeludupan adalah ada suatu kuasa besar sehingga kita tidak berani nak sentuh sindiket ini? Sebab sindiket ini penyeludupan ini, saya anggap mereka adalah penjual negara, pengkhianat kepada negara.

Ini wang yang diperuntukkan untuk rakyat kita. Mereka yang terkandung dalam B40, tetapi kalau kita lihat kita boleh sediakan 60 juta paket minyak. Ertinya daripada T20, M40, B40 semuanya sepatutnya dapat, tetapi hari ini kita lihat sistem ini sudah gagal.

Kementerian barangkali akan kata mereka ada penguatkuasaan, tetapi saya lihat penguatkuasaan itu sudah gagal. Kementerian akan kata mereka ada satu sistem rekod di mana mereka akan buat rekod. Kalau mereka ada buat rekod, kenapakah ini masih lagi berlaku? Kenapa pergi ke shopping, pergi ke kedai runcit, masih lagi hadapi masalah ini?

Sebab itu saya lihat di sini sudah tiba masanya kita kaji semula struktur ini.

Di luar sana saya lihat hari ini mereka kata mereka adakan satu sistem rekod. Kedai runcit juga perlu buat rekod, tetapi kita juga harus ingat kedai runcit yang kecil-kecil di kampung, kalau nak suruh mereka buat rekod, itu juga satu masalah bagi mereka sehinggakan ada kedai runcit akhirnya mengangkat keputusan mereka tak mahu jual minyak masak. Sebab untung sedikit, tetapi, risiko yang tinggi kerana perlu buat rekod, tetapi kenapa kementerian perlukan mereka buat rekod?

draft • 4:05 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kononnya kerana nak kawal mana perginya minyak masak ini, tetapi kita- semua tahu, dalam surat khabar juga sudah banyak kali sudah siarkan di Selatan Thai boleh nampak minyak masak daripada Malaysia yang bersubsidi ini dijual dengan begitu sahaja. Jadi dalam hal ini, saya rasa sudah tiba masanya kita perlu lihat apakah kaedah yang boleh kita gunakan supaya kita dapat mengatasi masalah ini.

Puan Pengerusi, minyak masak bersubsidi kita jual dengan harga RM2.50. Di pasaran sana, di luar sana kalau tanpa subsidi minyak masak, kita jual lebih kurang RM6 satu kilo. Ertinya, kita boleh lihat perbezaan dia. RM2.50 dengan RM6, perbezaan dia RM3.50.

Sebab itu, banyak ketirisan berlaku, penyeludupan dan juga ada kilang yang pack minyak masak ini yang tidak bertanggungjawab. Mereka dapat subsidi, minyak subsidi, tetapi mereka pack sebagai minyak yang tidak ada subsidi dan jual dengan harga yang mahal. Jadi, ini juga

draft • 4:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

adalah salah satu sebabnya kenapa di pasaran sana susah untuk dapat minyak masak subsidi.

Jadi, saya harap supaya kementerian boleh tumpukan kepada masalah ini. Sebab ini sudah jadi satu senjata kepada pihak Pembangkang untuk kritik kerajaan. Padahal, kerajaan ada niat baik. Peruntukan RM1.3 bilion nak bantu rakyat, tetapi akhirnya matlamat tidak tercapai kerana sekumpulan kecil orang yang mengkhianati negara ini menyeludup keluar minyak masak ini. Terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Saya jemput Yang Berhormat Jelebu.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Puan Pengerusi, terima kasih kerana memberi peluang sekali lagi pada Jelebu untuk turut serta dalam perbahasan di bawah kementerian ini.

Saya ingin menyentuh Kepala B.25 Butiran 020600 – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC). Peruntukan RM12 juta. Perkara pertama yang ingin saya bangkitkan adalah berkenaan dengan Suruhanjaya Persaingan Malaysia.

Suruhanjaya ini walaupun jarang disebut oleh rakyat, tetapi mempunyai peranan yang sangat penting terutamanya dalam soal yang berkaitan dengan pencatutan yang berkaitan dengan rakyat. Dengan berteraskan Akta Suruhanjaya Persaingan 2010, MyCC sepatutnya memainkan peranan untuk mengawal selia persaingan pasaran, mengelakkan wujudnya kartel dan memastikan kepentingan perniagaan pengguna dan ekonomi dilindungi.

Namun begitu, terdapat beberapa pandangan, Puan Pengerusi terutamanya people’s opinion- pandangan ramai yang melihat MyCC ini satu Suruhanjaya yang bersifat draconian, yang mana tidak ada sebarang mekanisme semak dan imbang ataupun check and balance, dengan izin. Ini kerana keseluruhan siasatan dan keputusan serta rayuan atau representasi akan dibuat oleh MyCC sendiri.

MyCC juga dilihat sering membuat kenyataan media terhadap cadangan keputusan yang mana cadangan keputusan tersebut bukan lagi dianggap sebagai satu kesalahan. Ini akan jeopardize, dengan izin, kepada pihak yang tertentu dan pihak yang telah di senarai, apatah lagi apabila disenaraikan di media-media umum. Adakah perkara ini seperti biasa ataupun amalan biasa dalam ruang lingkup MyCC itu sendiri?

Kita ambil contoh, Puan Pengerusi ya. Saya mengambil contoh suruhanjaya yang lain yang bersifat seperti MyCC iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM mempunyai mekanisme semak dan imbang seperti pembentukan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), pembentukan Lembaga Penasihat Rasuah, Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) dan Jawatankuasa Aduan (JKA) yang dibuat melalui peruntukan undang-undang. Manakala pembentukan Panel Penilaian Operasi (PPO) serta Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah dibuat secara pentadbiran.

draft • 4:12 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Persoalan saya kepada pihak kementerian ialah bagaimana pula dengan MyCC?

Siapakah, atau pihak mana yang memantau dan menjadi semak imbang terhadap sebarang siasatan dan keputusan yang dibuat oleh MyCC? Adakah pihak kementerian dirujuk terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan?

Saya merasakan dan mencadangkan supaya perlu wujud semak imbang yang lebih baik dan lebih jelas untuk MyCC ini di dalam melaksanakan fungsi-fungsi tugasnya. MyCC ini sering berhadapan dengan kartel yang mengawal rantaian bekalan barangan di pasaran dan kita perlu akui, berhadapan dengan kartel ini bukanlah satu tugas dan amanah yang mudah.

Saya mohon YB Menteri senaraikan success story MyCC ini di dalam menyelesaikan isu kartel yang membelenggu pasaran negara sejak puluhan tahun yang lalu.

Kepala kedua ataupun perkara kedua Puan Pengerusi, B.25 Butiran 040300 – Emolumen Pegawai Pemantau Harga (PPH). Peruntukan RM41 juta.

Antara persoalan yang sering ditimbulkan oleh rakyat jika bercakap soal harga barang, di manakah penguat kuasa yang memantau harga barang? Jika kita lihat kepada peruntukan emolumen yang diberikan, saya buat average calculation, dengan izin. Kalau satu pegawai pemantau harga diberikan gaji RM3,000 sebulan, maka sekitar 1,200 ke 1,500 pegawai yang boleh dilantik. Berapa jumlah sebenar pegawai pemantau harga ini di seluruh negara? Adakah mereka ini berada di setiap Parlimen, setiap daerah atau setiap DUN dan bagaimanakah pecahan pegawai ini dibuat?

Satu ketika dahulu Puan Pengerusi, kerajaan ada mewujudkan satu cabang kerjasama antara kementerian dan juga rakyat untuk sama-sama memantau dan menyelia soal yang berkaitan dengan harga barang melalui Friends of KPDNHEP waktu itu. Saya mohon pencerahan daripada pihak kementerian, apakah sebenarnya kaedah terbaik yang boleh digunakan oleh rakyat untuk menyalurkan aduan berkenaan dengan harga barang yang semakin hari semakin tinggi?

Apakah SOP yang diguna pakai oleh pihak kementerian di dalam mengambil tindakan selepas menerima aduan? Adakah memadai tindakan yang diambil hanya dengan satu aduan atau perlu mencapai jumlah tertentu terhadap premis yang sama, barulah tindakan susulan akan diambil?

Kerajaan berdepan dengan cabaran yang besar, Puan Pengerusi di dalam meyakinkan rakyat bahawa penguat kuasa KPDN ini benar-benar serius di dalam mengawal harga barang terutamanya bagi kawasan luar bandar.

Sesuatu harus dilakukan oleh pihak kementerian dan juga pihak kerajaan. Kita sudah ada Akta Antipencatutan sejak tahun 2011 lagi, tetapi kenaikan harga barang yang melampau dan wujud elemen pencatutan, tetap juga berlaku. Adakah pihak kementerian melihat sebarang keperluan untuk akta ini diperkemas lagi bersesuaian dengan keadaan semasa?

Terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 4:12 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Saya jemput Yang Berhormat Pokok Sena.

draft • 4:12 PM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya merujuk kepada Butiran 020100 – Pengawalseliaan Barang Kawalan dan Subsidi. Baru-baru ini, pihak kementerian telah membentangkan beberapa statistik mengenai kes-kes penyeludupan serta tindakan yang dikenakan terhadap 25 buah syarikat pembungkusan semula minyak masak berpeket atas kesalahan-kesalahan tertentu. Begitu juga, serbuan kes sorok minyak masak yang bernilai kira-kira RM15 juta yang berlaku di Kajang, Selangor.

Isu utamanya ialah apakah jalan keluar terhadap perkara ini? Apakah perancangan strategik kementerian selain soal penguatkuasaan serta pengesanan sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak? Di manakah permasalahan akar yang masih tidak ditangani di peringkat kementerian bagi mengatasi masalah terhadap syarikat-syarikat yang diberikan kuota pembungkusan semula minyak masak bersubsidi ini? Jadi, saya mohon kementerian untuk memberikan penjelasan yang lebih lanjut berkaitan dengan isu ini.

Butiran 020600 – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC). Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kementerian mengenai peruntukan di bawah MyCC, sebagaimana yang dibangkitkan oleh rakan-rakan yang lain.

draft • 4:18 PM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Ini kerana dalam poin belanjawan dimaklumkan bahawa peruntukan yang disalurkan kepada MyCC bagi mengekang aktiviti kartel, pakatan harga dan monopoli adalah RM27 juta, tetapi dalam peruntukan yang tertera ini hanya RM12 juta. Jadi persoalannya, adakah ia termasuk dalam kementerian yang lain dan bagaimana peruntukan tersebut boleh mencukupkan jumlah yang dibentangkan dalam belanjawan iaitu RM27 juta?

Dalam butiran yang sama, saya juga ingin mengetahui sektor-sektor yang menjadi sasaran di pihak MyCC dalam usaha mengatasi isu kartel, pakatan harga, monopoli dan sebagainya ini. Sebelum ini Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah memaklumkan bahawa akan ada kerjasama dengan MyCC untuk melawan kartel bagi industri padi dan beras. Sejauh mana kerjasama ini akan berlaku dan apakah ada kerjasama dengan kementerian lain bagi mengatasi isu kartel ini? Puan Pengerusi, kadang-kadang kita nampak kartel ini lebih berkuasa daripada kerajaan dan pihak penguat kuasa.

Butiran 030400 – Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Saya melihat peruntukan di bawah Tribunal Tuntutan Pengguna ini tidak mempunyai peningkatan meskipun kes-kes tuntutan di bawah tribunal semakin meningkat saban hari. Saya tidak pasti apakah pihak Tribunal mempunyai cukup kakitangan untuk menyelia kes demi kes yang semakin bertambah.

Kemudian, soal SOP dalam penyelesaian satu-satu kes yang dibawa kepada pihak tribunal. Saya mendapat makluman ada kes yang masih belum dipanggil sebutan kes selepas lebih enam bulan difailkan di pihak tribunal. Oleh itu dalam hal ini, saya ingin mendapatkan penjelasan lanjut mengenai apakah pihak TTPM meletakkan satu SOP bagi tempoh

draft • 4:20 PM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

penyelesaian satu-satu kes yang difailkan? Berapa kes yang masih tertunggak lagi pada ketika ini?

Seperkara lagi, saya juga mohon supaya pihak kementerian menyenaraikan statistik kes-kes penipuan berdasarkan kategori yang sama, sama ada melihat- kategori sama ada melibatkan ia penipuan umrah, agensi travel pelancongan, pembelian emas dan sebagainya.

Butiran 040800 – Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia. Saya ingin bertanya mengenai Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia ini, sejauh manakah pelan strategik kementerian bagi memperhebatkan kempen ini bagi tahun hadapan?

Bagaimanakah memastikan kempen ini digerakkan lebih agresif kepada rakyat?

Tujuannya jelas, kita- semua tahu iaitu bagi menggalakkan pengguna tempatan mencintai, membeli dan menggunakan barangan buatan Malaysia. Ia juga dapat membantu pengeluar, pengusaha produk tempatan.

Saya juga ingin tahu, bagaimanakah pula kempen ini dijalankan di luar negara agar produk tempatan dapat dieksport ke luar negara? Terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Petani.

draft • 4:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya mulakan perbahasan saya pada Butiran 020300 – Hal Ehwal Kos Sara Hidup dan Penyelidikan.

Kita sedia maklum bahawa kadar pertumbuhan pendapatan rakyat hari ini sebenarnya masih belum mampu untuk mengejar dengan kadar inflasi terutamanya bagi barang keperluan asas. Di kawasan seperti Sungai Petani contohnya, isu ini lebih ketara apabila kos barang meningkat, tetapi pendapatan rakyat khususnya kepada mereka yang sektor informal, contohnya dalam bidang pertanian, tidak menunjukkan peningkatan yang setara.

Jelas di sini bahawa kos sara hidup ini tidak seragam di seluruh negara, tetapi dasar dan bantuan kerajaan sering kali menggunakan pendekatan one-size-fits-all dengan izin.

Contohnya, kita boleh lihat langkah kerajaan menaikkan gaji minimum RM1,700 sebagai contoh. Saya ingin bertanya, adakah kementerian bekerjasama dengan Kementerian Ekonomi dan rentas kementerian yang lain untuk menetapkan gaji minimum ini berdasarkan dengan kos sara hidup di setiap lokaliti itu sendiri?

Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh Butiran 020300 – Hal Ehwal Kos Sara Hidup dan Penyelidikan, perkhidmatan dan bekalan. Peruntukan bagi tahun 2024 ialah RM773,000. Namun, terdapat penurunan bagi tahun 2025 iaitu RM673,800.

Persoalan saya, mengapakah terdapat penurunan daripada jumlah peruntukan bagi perkhidmatan ini sedangkan isu kos sara hidup semakin hari semakin membelenggu rakyat?

Saya menyeru agar kerajaan mengkaji semula nilai ini kerana penyelidikan amatlah penting dan akan membantu pembuat dan penggubal dasar.

draft • 4:23 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Seterusnya Yang Berhormat Pengerusi, Butiran 020100 – Pengawalseliaan Barang Kawalan dan Subsidi. Kita melihat bahawa isu kekurangan beras ini memang sedang berlaku di bawah.

Apakah langkah tambahan yang boleh diambil untuk memastikan bekalan barang- barang asas itu stabil terutama di kawasan-kawasan separa bandar seperti di Sungai Petani?

Apakah pemantauan dan penguatkuasaan- adakah penguatkuasaan dan pemantauan ini diperkukuhkan lagi bagi mengelakkan ketirisan subsidi atau penyalahgunaan bekalan bersubsidi termasuklah aktiviti kartel?

Saya ingin bertanya, bagaimanakah program rentas kementerian untuk dilakukan Ops Bersepadu untuk menyerbu kilang-kilang atau tempat-tempat yang mana kita telah identify kartel itu sendiri di mana? Adakah ops ini akan semakin hari akan semakin digiatkan lagi merentasi kementerian?

Saya ingin menyentuh Butiran 020400 – Penguatkuasaan, perkhidmatan dan bekalan. Saya menyambut baik kenaikan peruntukan untuk penguatkuasaan terutamanya untuk perkhidmatan dan bekalan iaitu daripada RM17,439,000 kepada RM19,400,700.

Langkah ini adalah satu perkembangan yang positif kerana penguatkuasaan yang lemah sering kali menjadi punca ketirisan dalam subsidi dan isu penyelewengan seperti penimbunan barang kawalan. Peningkatan peruntukan ini perlu diikuti dengan pelan pelaksanaan yang jelas untuk memastikan ia benar-benar memberi kesan kepada rakyat.

Saya ingin bertanya, bagaimanakah kerajaan ingin membangunkan teknologi seperti sistem pemantauan digital yang dapat mengesan barang kawalan daripada pengeluar hingga kepada pengguna? Contohnya, sekarang kita ada PriceCatcher Apps. Apakah perkembangan aplikasi tersebut dan bagaimanakah rakyat kita benar-benar memanfaatkan aplikasi tersebut dan pemantauan itu bagaimana?

Yang Berhormat Pengerusi, saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan atas Program Payung RAHMAH MADANI. Satu inisiatif yang memberikan impak yang hebat kepada rakyat khususnya rakyat di bawah, rakyat yang susah, B40. Hari ini kita lihat ada Yang Berhormat Timbalan Menteri tekun mendengar. Ini antara inisiatif yang giat dilakukan di bawah. Sebanyak 640 DUN dan dua kali sebulan di setiap DUN itu ada Program Jualan RAHMAH, tapi di sini saya ingin bertanya, apa hala tuju, jangka masa panjang program ini?

Adakah ini merupakan salah satu solusi, short-term solution ataupun adakah ini long-term solution, dan adakah Jualan RAHMAH ini akan diperluaskan dengan lebih lebar lagi di seluruh tempat?

Selain itu, pendekatan lebih menyeluruh perlu diterapkan dengan melibatkan kerjasama pelbagai kementerian. Jualan RAHMAH boleh diperluas untuk melibatkan IKS tempatan bagi memastikan lebih banyak produk keluaran tempatan berada dalam pasaran dengan harga yang mampu milik dan produk-produk Jualan RAHMAH itu sendiri perlulah menyeluruh bukan sahaja barangan asas, tetapi keperluan bayi contohnya dan juga keperluan anak sekolah. Itu juga perlu berada dalam produk-produk Jualan RAHMAH. Sekali

draft • 4:23 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

lagi saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan atas usaha ini. Namun jangka masa panjangnya, apakah sudah ada pelan tindakan yang jelas daripada pihak kementerian?

Akhir sekali, untuk berkenaan dengan Sumbangan Tunai Rahmah. Saya ingin juga menyatakan bahawa adalah lebih baik bahawa STR ini tidak diberikan secara cash, tetapi kerjasama dengan pihak kementerian agar diwujudkan satu baucar supaya penyasaran STR ini benar-benar dapat mengurangkan kos sara hidup penerima supaya tidak dibelanjakan kepada hal-hal yang mungkin tidak sepatutnya. Sekian, terima kasih. Saya ingin menyokong Tuan Pengerusi.

draft • 4:23 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Sungai Petani. Saya jemput Yang Berhormat Merbok.

draft • 4:30 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum* dan salam sejahtera, Puan Pengerusi. Butiran B. 020000 – Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri, 020400 – Penguatkuasaan.

Peruntukan bagi penguatkuasaan sebanyak RM43.5 juta pada tahun 2025 berbanding RM42 juta pada tahun 2024. Merujuk kepada peruntukan ini, saya ingin menyentuh berkenaan kaedah penguatkuasaan. Rata-rata rakyat sekarang terbeban dan merungut dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin hari semakin meningkat.

Saya berharap melalui kenaikan gaji di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam

(SSPA) ini dapat menyuntik semangat penguat kuasa sekali gus dapat meningkatkan kecekapan dan ketangkasan kerja untuk memelihara kepentingan rakyat. Ini termasuk dalam aspek pemantauan dan penguatkuasaan yang terkait langsung dengan situasi kenaikan harga barangan oleh peniaga sebaik adanya pengumuman peningkatan gaji mahupun pemberian bonus. Kebanyakannya beranggapan keadaan yang sama juga akan berlaku lagi pada Disember kelak.

Oleh itu, saya mendesak agar kementerian dapat melaksanakan penguatkuasaan yang lebih tegas dalam menangani isu kenaikan harga barang yang sering berlaku. Kenaikan gaji tidak akan bermakna sekiranya harga barang dan perkhidmatan jika tidak dikawal dengan berkesan oleh kementerian. Saya berharap Pasukan Pegawai Penguatkuasa daripada kementerian dapat meningkatkan pemantauan di lapangan bagi memastikan para peniaga tidak menaikkan harga tanpa sebab yang munasabah.

Tindakan penguatkuasaan yang tegas dan mengenakan denda serta-merta terhadap peniaga yang terbukti menaikkan harga tanpa kebenaran, sebagaimana dibenarkan di bawah undang-undang sedia ada atau merampas barangan atau menutup premis sekiranya terdapat pelanggaran serius yang berulang.

Saya juga ingin mengetahui sejauh manakah tindakan pengesanan pihak KPDN terhadap usaha memantau kadar jualan diesel dan RON95 di stesen minyak serta langkah susulan yang diambil. Ini termasuk di 38 buah stesen minyak di seluruh negara yang didapati

draft • 4:30 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

mencatatkan rekod penjualan minyak diesel serta RON95 yang luar biasa sebelum ini.

Adakah terdapat peningkatan ketara daripada segi penyeludupan bahan api RON95 ekoran langkah penyasaran subsidi diesel dan berapakah jumlah kerugian yang terlibat?

Butiran 040000 – Program Khusus, 040300 – Emolumen Pegawai Pemantau Harga

(PPH). Peruntukan yang sama dengan tahun lepas iaitu sebanyak RM41 juta. Pegawai Pemantau Harga (PPH) merupakan inisiatif kerajaan untuk memantau dan memastikan harga barang keperluan di pasaran adalah munasabah, khususnya bagi mengelakkan kenaikan harga yang tidak wajar.

Saya sering mendengar rungutan daripada pengguna. Walaupun terdapat pelbagai kaedah pemantauan dan penguatkuasaan, tetapi harga barang terus naik tanpa belas kasihan dan di sini saya ingin tahu peranan yang dilakukan oleh PPH ini. Berapa kerapkah PPH ini menjalankan pemeriksaan rutin di premis perniagaan untuk merekodkan harga barangan keperluan asas seperti makanan dan barangan dapur. Jika PPH menemui kes barang kawalan di bawah Akta Kawalan Bekalan dan Akta Kawalan Harga, apakah tanggungjawab PPH untuk memastikan harga tersebut dipatuhi oleh peniaga.

Bagaimanakah mereka menyediakan laporan kepada pihak kementerian bagi mengambil tindakan sekiranya terdapat pelanggaran peraturan? Adakah PPH turut terlibat dalam memberikan penerangan kepada peniaga dan pengguna mengenai hak serta tanggungjawab mereka berhubung dengan harga barang.

Langkah ini penting untuk melindungi pengguna, terutamanya dalam keadaan kos sara hidup yang semakin tinggi sekarang ini. Selama PPH ini diwujudkan, bagaimana kementerian mengukur keberkesanan PPH dalam memastikan peniaga tidak menaikkan harga barang sesuka hati. Adakah jumlah PPH ini mencukupi untuk merangkumi ke seluruh negara termasuk kawasan luar bandar dan pedalaman?

Jika pemantauan tidak menyeluruh, keberkesanan dasar ini akan terus dipersoalkan dan adakah pihak kementerian bercadang juga untuk menambah bilangan PPH terutamanya di kawasan luar bandar yang kurang pemantauan. Bagaimanakah PPH dapat membantu mencegah manipulasi harga oleh pihak peniaga yang tidak bertanggungjawab terutamanya pada musim perayaan atau ketika berlaku krisis bekalan?

Adakah PPH diberi kuasa yang mencukupi untuk mengambil tindakan segera atau segera melaporkan kepada kementerian?Tanpa kuasa langsung, penguatkuasaan mungkin tertangguh. Adakah PPH dibekalkan penggunaan teknologi seperti aplikasi mudah alih yang boleh membantu PPH merekodkan harga secara lebih pantas dan dapat memproses maklumat dan bertindak segera.

Kelemahan dalam sistem pengumpulan data boleh menyebabkan kelewatan dalam tindakan pembetulan, dan sejauh mana kementerian berkongsi hasil pemantauan secara telus. Rakyat berhak tahu tindakan yang diambil terhadap peniaga yang melanggar peraturan ini. Adakah dengan adanya pemantauan dari PPH ini dapat menyelesaikan masalah seperti kos pengeluaran logistik dan kekurangan bekalan yang berlaku?

draft • 4:30 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Dengan peruntukan yang besar untuk emolumen ini, diharapkan PPH boleh menjadi alat yang berguna untuk membantu kementerian mengawal kenaikan harga barang. Namun, tanpa penambahbaikan dan pengurusan yang strategik, peranan mereka mungkin hanya bersifat kosmetik. Ketelusan, kecekapan dan tindakan yang lebih komprehensif dalam pelaksanaan dasar ini akan dapat memastikan hak pengguna terbela. Sekian.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Merbok. Saya jemput Yang Berhormat Bangi.

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih kepada Puan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya. Puan Pengerusi, saya ingin mulakan dengan 13006 iaitu Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Saya ada dapat maklum balas Puan Pengerusi, mengenai MyIPO ini bahawa MyIPO ini perlu ke arah sistem, dengan izin, paperless. Sebab, kami mendapat maklum balas bahawa sijil pembaharuan ataupun, dengan izin, renewal ini, bila diberikan, ia diberikan dalam bentuk hardcopy, dengan izin, yang mana sekarang ini, kebanyakan pemilik harta intelek mahukan sijil tersebut dalam bentuk softcopy. Saya juga dapat maklum balas bahawa untuk permohonan dan bantahan, yang lama bukan yang baru, masih lagi banyak yang belum diselesaikan oleh MyIPO, walaupun kes-kes yang baru kita nampak sedang bergerak. Jadi, saya ingin mendapat makluman mengenai apakah langkah-langkah yang diambil oleh MyIPO untuk memastikan bahawa permohonan- permohonan ini dan juga bantahan-bantahan sebelum ini yang masuk dapat diselesaikan dengan cepat dan juga dengan tuntas.

Saya juga ingin tahu mengenai permohonan daripada pihak kementerian untuk menghalang akses kepada laman sesawang, kononnya disebabkan pelanggaran hak milik harta intelek. Saya tanya Soalan Lisan tentang perkara ini dan saya tanya disebabkan satu insiden yang mana satu laman sesawang dipanggil ArtStation telah dihalang akses, yang mana permohonan telah dibuat oleh kementerian ini.

Saya dah tanya soalan dalam Parlimen ini dan jawapan telah diberikan mengenai bidang kuasa dan juga prosedur, tetapi, apa yang saya ingin tahu adalah dalam masa lima tahun kebelakangan ini, daripada sekarang lima tahun ke belakang, berapa banyak laman sesawang yang telah dihalang akses atas dakwaan bahawa pelanggaran harta intelek ini.

Sebab, saya fikir ini penting kerana ramai di luar sana tak tahu sebenarnya ada kuasa yang dijalankan oleh pihak kementerian untuk menghalang akses ini. Bila ada kuasa, maka perlulah ada pengimbangan kepada kuasa tersebut.

Jadi, saya ingin mengetahui daripada pihak kementerian, apakah dia remedi ataupun penyelesaian bagi pemilik laman sesawang yang telah dihalang akses atas sebab pelanggaran harta intelek ini? Adakah proses rayuan yang mereka boleh buat dan apakah remedi bagi mereka untuk menyelesaikan isu ini.

draft • 4:35 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya kemudian rujuk kepada 030100 – Gerakan Kepenggunaan. Saya melihat, ada pengurangan daripada RM11 juta untuk tahun ini kepada lebih kurang RM8 juta untuk tahun hadapan. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian mengenai pengurangan ini, yang saya fikir adalah satu pengurangan yang ketara.

Di mana, dalam keadaan sekarang, yang mana kuasa pengguna itu adalah begitu penting dan pengguna itu menjadi mata-mata di lapangan sebelum tindakan yang dibuat oleh pihak penguasa, perlu dapat aduan daripada pengguna itu terlebih dahulu. Jadi, apabila ada pengurangan ini, saya takut gerakan ini akan terbantut atau terjejas. Jadi, saya ingin penjelasan daripada pihak kementerian.

Seterusnya, 030400 – Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Saya ingin tahu, adakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kementerian untuk meningkatkan kesedaran rakyat mengenai hak mereka untuk bawa aduan ke TTPM ini. Sebab, saya lihat masih ramai lagi yang masih tidak mengamalkan hak mereka untuk bawa satu aduan ataupun saranan ataupun isu ke TTPM ini.

draft • 4:35 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ini lebih ketara sekarang yang mana kita tahu platform e-dagang seperti Lazada, Shopee dan sebagainya. Kalau kita tengok contohnya dalam review platform e-dagang ini banyak yang memberikan review yang tidak baik, tetapi mereka tidak membawa aduan ini ke TTPM. Maka saya fikir perlu ada kerjasama dengan platform e-dagang untuk memberi penekanan kepada hak pengguna untuk bawa aduan ke TTPM. Saya juga ingin mendapat tahu, apakah status sesi libat urus dan kajian mengenai Lemon Law yang saya pernah bangkitkan dalam Kamar Khas sebelum ini dan juga Motor Services Ombudsman.

Adakah pihak kementerian sudah mencapai keputusan sama ada Lemon Law dan Ombudsman ini sesuai dilaksanakan di Malaysia. Dalam pada masa yang sama saya ingin mendapat data, berapa peratus daripada tuntutan pengguna yang masuk ke TPPM, jika masuk, adalah mengenai kenderaan bermotor dan mohon statistik ini diberikan lima tahun kebelakangan ini.

Poin yang terakhir Puan Pengerusi, seterusnya 040800 - Kempen Beli Barangan Malaysia. Saya mengulangi apa yang telah dinyatakan oleh banyak Ahli-ahli dalam Dewan ini.

Kita melihat penurunan, pengurangan yang agak ketara daripada RM12 juta ke RM10 juta tahun ini. Ini satu perkara yang saya fikir menggusarkan kerana kita dalam kita menghadapi situasi yang mana barangan-barangan tempatan harus bersaing dengan barangan-barangan murah dari luar negara maka kempen untuk membeli barangan Malaysia itu haruslah diperkasakan lagi, di perhebatkan lagi. Apabila ada pengurangan seperti ini, kita nak tahu kenapa ada pengurangan? Sebab pengurangan itu memberi signal, memberi mesej bahawa kita akan kurangkan kempen itu.

Jadi sebab itu saya mengulangi apa yang telah dinyatakan oleh rakan-rakan dalam ini bahawa perlu ada penjelasan mengapa ada pengurangan ini. Itu sahaja Puan Pengerusi.

Bangi sekali lagi mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Saya jemput Yang Berhormat Dungun.

draft • 4:40 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya terus ke Butiran 020400 - Penguatkuasaan. Aktiviti pegawai penguatkuasaan KPDN melakukan serbuan ke atas premis-premis yang didakwa melakukan kesalahan terhadap penyelewengan barangan kawalan dan subsidi seperti minyak paket dan gula. Namun demikian, langkah proaktif sedemikian dilihat hanya berlaku di beberapa buah tempat tertentu. Sementara di tempat-tempat lain kita melihat ada yang dilaporkan penyelewengan berlaku tetapi tiada tindakan penguat kuasa.

Perbuatan menyembunyikan minyak paket dan gula oleh peniaga warga asing sebagai contoh masih berlaku di lapangan. Jadi kita melihat langkah proaktif tersebut masih belum dibuat secara menyeluruh. Timbul persoalan, sama ada serbuan-serbuan yang dibuat hanya berlaku sekali-sekala atau ada aktiviti penguatkuasaan di lapangan sedemikian bergantung pada komitmen dan integriti pegawai tertentu. Jika penguat kuasa sesuatu kawasan tersebut cakna dengan laporan rakyat, maka akan ada tindakan, jika sebaliknya, tiada tindakan.

Perkara ini juga berkait dengan Butiran 010300 - Integriti. Mohon penjelasan kerajaan bagaimanakah penguatkuasaan dipastikan dibuat secara sistematik, berkala dan berintegriti di seluruh negara tanpa mengira siapa yang menyarung uniform penguat kuasa KPDN.

Adakah terdapat mekanisme memastikan setiap laporan yang diterima sampai ke makluman kementerian dan disusuli laporan tentang tindakan yang telah diambil. Saya ingin menyentuh tentang aplikasi ezAdu KPDN. Sejauh manakah aplikasi ini dimanfaatkan oleh rakyat untuk membuat aduan dan keberkesanannya mengetahui membantu penguatkuasaan oleh pegawai KPDN?

Tuan Pengerusi, butiran seterusnya ialah 040900 - Inisiatif Payung Rahmah. Antara program di bawah inisiatif ini adalah Jualan Rahmah. Walau bagaimanapun, program ini yang sangat membantu tetapi ia bukanlah penyelesaian jangka panjang. Apa yang diinginkan rakyat bukanlah harga beras yang murah pada masa-masa tertentu dan di tempat-tempat tertentu. Sebaliknya mereka inginkan bekalan beras tempatan yang stabil dan boleh diperoleh seperti biasa dengan harga normal walaupun bukan pada harga rahmah atau pada musim Jualan Rahmah, tetapi ianya tetap dengan harga biasa yang berterusan bukan hanya pada masa-masa tertentu dan tempat-tempat tertentu. Oleh demikian, saya berharap kerajaan melalui kementerian ini meneliti penyelesaian terhadap ketiadaan beras tempatan dan tidak hanya menumpukan pada penyelesaian jangka pendek sahaja.

Seterusnya Butiran 020300 - Hal Ehwal Kos Sara Hidup dan Penyelidikan. Antara program kerajaan Terengganu dalam meringankan beban rakyat ialah bayaran hospital wad kelas tiga yang dilancarkan sejak tahun 2021. Bagaimanapun program ini tidak dapat diteruskan seperti biasa dengan sebab kekangan kewangan apabila hak royalti disekat.

draft • 4:42 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Oleh itu saya ingin untuk kita melihat apakah daripada program-program yang disusun di peringkat kerajaan-kerajaan negeri termasuk Kerajaan Terengganu dengan kelulusan bajet maka ditetapkan di antara meringankan beban sara hidup rakyat ialah apabila yang masuk ke wad kelas tiga ini diberikan bayaran oleh kerajaan negeri melalui kelulusan daripada bajet negeri. Wad ini kebanyakan daripada mereka adalah keluarga biasa yang masuk yang hidupnya dalam biasa yang sekadar cukup makan, tetapi Kerajaan Terengganu sekarang ini tidak dapat meneruskan program ini seperti biasa dengan sebab kekangan kewangan.

Walau bagaimanapun, saya mengharapkan kepada kementerian ini juga untuk melihat dalam pelanggan KPDN yang telah dicatatkan pengguna nombor satu; nombor dua peniaga atau pengusaha; nombor tiga- pertubuhan bukan kerajaan;yang keempat ialah kementerian atau jabatan dan agensi. Saya harapkan dilibatkan juga kerajaan-kerajaan negeri kerana mereka ada rakyat yang juga terpaksa mereka laksanakan program-program untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat di bawah tanggungan mereka. Terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 4:42 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Saya jemput Yang Berhormat Mas Gading.

draft • 4:42 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Terima kasih Puan Pengerusi. Izinkan saya terus menyentuh tentang Kepala 020000 - Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri bagi Butiran 020100 - Penguatkuasaan dan Pengawal Seliaan Barangan Kawalan dan Subsidi dan Butiran 020400 - Penguatkuasaan.

Saya berpendapat peruntukan perbelanjaan perlu ditambah di kedua-dua Butiran ini memandangkan isu-isu penyeludupan semakin berleluasa terutamanya di Sarawak dan tidak kurang rancaknya di Mas Gading.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, baru-baru ini sahaja penguat kuasa KPDN Sarawak telah berjaya merampas barang kawalan bersubsidi lebih 11 tan yang melibatkan 9,864 kilogram gula pasir dan 2,078 kilogram minyak masak yang dianggarkan bernilai RM33,307 di sebuah premis di Kampung Stungkor, Lundu yang terletak di Kawasan Parlimen Mas Gading. Itu hanya sedikit sahaja daripada banyak laporan yang diterima.

Walau apa pun, tahniah saya ucapkan kepada pihak kementerian dan pasukan KPDN. Bukan itu sahaja, media massa turut melaporkan banyak tangkapan yang berkaitan dengan isu penyeludupan dibuat di Sarawak dengan jumlah mencecah puluhan juta Ringgit.

Ini belum termasuk lagi jumlah kerugian pengaliran barangan secara haram ke negara luar akibat daripada aktiviti penyeludupan ini. Oleh itu, saya mohon agar jumlah pegawai-pegawai penguat kuasa dan perbelanjaan bagi urusan penguatkuasaan ini ditambah.

Tuan Pengerusi, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas sekali lagi kepada Kementerian KPDN kerana telah memperkenalkan Program Penstabilan Harga Minyak

draft • 4:48 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Masak (COSS) melalui edaran zoning iaitu pengagihan minyak masak mengikut daerah ataupun bahagian bagi negeri Sarawak yang baru dikuatkuasakan pada 1 November baru- baru ini. Dengan itu, saya menyokong penuh peningkatan peruntukan sebanyak RM70.5 juta dari tahun lepas di bawah Kepala 040000 - Program Khusus iaitu bagi Butiran - 040400 Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak.

draft • 4:48 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Namun begitu, saya ingin mencadangkan kepada pihak KPDN untuk menambah baik program ini dengan menggunakan sistem serial number ataupun sebarang kaedah tracking system kepada kuota bekalan yang dikeluarkan oleh syarikat pembungkus minyak, supaya dengan adanya serial number ataupun tracking system ini nanti akan dapat meningkatkan lagi kecekapan pihak penguat kuasa KPDN untuk mengesan dan menjalankan tanggungjawab mereka sekali gus menyekat aktiviti penyeludupan. Saya percaya kaedah ini akan dapat menyekat ketirisan dan memastikan bekalan barangan kawalan dan bersubsidi mencukupi untuk rakyat kita.

Sebagai tambahan, saya juga ingin mencadangkan kepada kementerian KPDN agar program yang sama diwujudkan bagi barang-barang kawalan lain seperti bekalan gula, contohnya, dan hendaklah dikuatkuasakan serta-merta demi menyekat ketirisan barangan kawalan dan bersubsidi ini.

Puan Pengerusi, saya sendiri telah banyak kali menerima aduan daripada penduduk kampung khususnya kampung-kampung yang terletak dekat dengan sempadan seperti Kampung Biawak, Kampung Kendaie, Kampung Pasir Tengah dan Kampung Raso di daerah Lundu sehingga Kampong Stass dan Kampung Serikin di daerah Bau. Mereka mengadu tentang kemasukan kenderaan pacuan empat roda dan lori-lori dengan muatan yang penuh melalui jalan-jalan tikus, jalan-jalan gajah yang sudah menjadi seperti laluan highway kepada kenderaan-kenderaan ini sehingga membawa ketakutan dan menjejaskan keselamatan penduduk kampung.

Telah beberapa kali saya utarakan isu ini di Dewan yang mulia ini. Apa yang lebih merisaukan adalah gerak kerja sindiket penyeludupan ini sudah menjadi lebih teratur dan terancang, malah melibatkan kerjasama dengan beberapa pihak. Ini bukan tuduhan tetapi keluhan dan kerisauan penduduk kampung yang terkesan akibat daripada aktiviti penyeludupan sebegini. Bukan itu sahaja, apa yang lebih membimbangkan adalah jenis dan bentuk penyeludupan yang dilakukan. Daripada penyeludupan barang kawalan dan bersubsidi seperti gula, beras, minyak masak, diesel hinggalah ke barangan berbahaya seperti dadah dan senjata api.

Persoalan saya juga adalah adakah sebarang peruntukan di bawah kementerian ini bagi usaha untuk membentuk kerjasama dan mengukuhkan hubungan dua hala dengan negara-negara jiran kita seperti Indonesia, Thailand dan Filipina untuk memutuskan rantaian supply and demand, dengan izin, agar kita juga dapat menyekat aktiviti penyeludupan barang kawalan dan bersubsidi? Selain itu, adakah sebarang peruntukan bagi program usaha sama

draft • 4:50 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

merentas kementerian antara KPDN dan kementerian-kementerian lain bagi menghadapi isu penyeludupan ini?

Selanjutnya, Puan Pengerusi, saya ingin menyentuh tentang Butiran 040900 di bawah program khusus berkenaan dengan Inisiatif Payung Rahmah. Program Menu Rahmah, Jualan Rahmah, Bakul Rahmah, Pakej Rahmah, Kafe Rahmah, semua usaha kerajaan ini saya sangat alu-alukan dan saya sokong penuh bagi menangani kos sara hidup dan membantu mengangkat kesejahteraan rakyat terutamanya golongan B40.

Oleh itu, saya ingin mohon butiran yang lebih terperinci berkenaan dengan inisiatif ini. Berapakah jumlah yang akan diperuntukkan kepada Sarawak dan mengikut pecahan Parlimen?

Akhir sekali, saya ingin mendapatkan penjelasan tentang langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk menambah baik pelaksanaan penganjuran Program Jualan Ihsan Rahmah (PJIR) musim perayaan. Sesuai dengan konsep dan pengertian Payung Rahmah, adakah kementerian punya perancangan di bawah Belanjawan 2025 untuk memberikan peruntukan kepada jualan musim perayaan lain seperti Krismas, Tahun Baharu Cina, Deepavali, Hari Gawai, Keamatan dan sebagainya?

Sekian, terima kasih, Puan Pengerusi.

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Mas Gading.

Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab, saya ingin ingatkan, Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat yang sedang berada di dalam Dewan ini dan yang tiada di dalam Dewan, boleh beri jawapan bertulis.

Jadi, saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Masa 25 minit.

draft • 4:50 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih, Puan Pengerusi.

Saya mengucapkan terima kasih kepada 18 Ahli Yang Berhormat yang telah pun berbahas di peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan 2025. Saya akan jawab mengikut kepala tajuk dan butiran.

Puan Pengerusi, izinkan saya menjawab dahulu soalan-soalan berkenaan dengan Butiran 040900 – Inisiatif Payung Rahmah. Beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah bertanya berkenaan dengan Inisiatif Payung Rahmah ini.

Pertama ialah berkenaan dengan breakdown ataupun pecahan RM300 juta itu. Saya berikan pecahannya seperti begini. Di bawah Butiran 040900 itu, pecahannya ialah subsidi tepung gandum kegunaan am dimasuk di bawah ini iaitu RM40 juta. Advokasi dan publisiti, ada RM5.5 juta dan RM1 juta. Advokasi kepenggunaan, advokasi komunikasi korporat dan advokasi program, jadi ada keseluruhan RM5.5 juta, RM1 juta dan RM1.5 juta. RM8 juta

draft • 4:53 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh

ialah untuk advokasi ya. Ada advokasi kepenggunaan, ada advokasi untuk program dan ada advokasi untuk komunikasi.

Tadi ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang agak risau berkenaan dengan kepenggunaan tadi dikurangkan dia punya peruntukan itu. Sebenarnya dia dialihkan di bawah advokasi. Jadi, kalau kepenggunaan itu, dulu RM12 juta, sekarang tinggal RM10 juta.

Dia ada di tempat lain. Ada advokasi. Dan dia ada juga di tempat lain berkenaan dengan direct grant kepada NGO. Ada di bawah butiran yang berbeza.

Jadi, Ahli Yang Berhormat, di bawah butiran NGO ini, sumbangan kepada badan- badan lain― yang ini kepenggunaan yang Bangi tanya tadi. Jadi, di beberapa tempat.

Jadi, di sini saya ingin juga maklumkan bahawa untuk Jualan Rahmah sepenuhnya, ada RM200 juta dan selebihnya RM52 juta ialah untuk program-program Payung Rahmah yang lain. Maksudnya, sejumlah RM252 juta ialah khusus untuk program-program yang berkaitan dengan Jualan Rahmah dan program Inisiatif Payung Rahmah yang lain-lain.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Sungai Petani bertanya berkenaan sama ada ianya long term ataupun short term. Saya ingin maklumkan bahawa sebenarnya Inisiatif Payung Rahmah ataupun Jualan Rahmah ini merupakan satu program intervensi. Sebab, pada ketika ini, ianya satu program untuk membantu rakyat yang memerlukan untuk mendapat barang- barang keperluan asas dengan harga diskaun yang tinggi, 10 hingga 30 peratus. Ianya sebahagian daripada ikhtiar kita membantu menangani kos sara hidup untuk golongan yang memerlukan. Kita akan laksanakan di 640 DUN, dua kali sebulan mulai tahun 2025.

Berkenaan dengan Sri Gading dan beberapa Ahli Parlimen yang bercakap berkenaan dengan Menu Rahmah. Saya ingin jelaskan bahawa Kad Diskaun Menu Rahmah memang telah pun dilancarkan pada tahun lepas dan ada enam supermarket yang terlibat.

Namun, ada sistem supermarket ini yang berbeza ya, Sri Gading. Sistem dia berbeza. Jadi, oleh sebab itu, kad diskaun itu ada masalah nak sync dengan beberapa supermarket tersebut. Tapi, macam seperti Mydin, memang boleh digunakan. Tetapi, ada supermarket yang lain yang ada sistem mereka sendiri yang tak sync dengan sistem kad diskaun itu.

Maka, kita pun telah membuat dasar dan ketetapan bahawa Kad Diskaun Menu Rahmah ini boleh digunakan di Program Jualan Rahmah. Mekanisme kegunaan Kad Diskaun Menu Rahmah untuk peniaga-peniaga Menu Rahmah sedang dibangunkan.

Maksudnya, peniaga-peniaga Menu Rahmah yang dapat Kad Diskaun Menu Rahmah ini boleh pergi ke Program Jualan Rahmah kita untuk mendapatkan barang bekalan berniaga mereka.

Ini usaha kerajaan untuk membantu peniaga-peniaga Menu Rahmah. Sebab, kita nak program ini sustainable ataupun dapat diteruskan kerana kita dengar daripada orang ramai, rakyat di bawah sana, mereka amat-amat memerlukan Menu Rahmah ini. Kita juga akui bahawa kita tidak bolehlah terus-menerus memberikan peniaga-peniaga itu menanggung kosnya. Maka, kalau kita boleh bantu, kita akan bantu. Itu caranya melalui jualan di Jualan Rahmah.

draft • 4:53 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Kemudian, soalan berkenaan dengan beras tempatan. Sebenarnya, Ahli-ahli Yang Berhormat, kita ini dalam Parlimen. Kita harus tahu bahawa Akta Kawalan Padi dan Beras sepenuhnya di bawah bidang kuasa KPKM daripada A sampai Z. Maksudnya, sampai kawalan harga pun, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan yang di bawah KPDN tidak boleh digunakan berkaitan dengan Akta Kawalan Padi dan Beras ini. Jadi, kalau ada soalan berkenaan dengan beras tempatan, Yang Berhormat, sila salurkan kepada kementerian yang berkenaan.

Jadi, bagi pihak KPDN, kita akan memastikan bahawa beras itu ada sewaktu Jualan Rahmah dan kita akan pastikan bahawa kita akan bagi diskaun kepada beras, sama ada beras import atau apa saja beras, dan memastikan harganya itu compatible ataupun bersesuaian dengan beras tempatan. Maksudnya kalau kita pergi Jualan Rahmah, beras import pun harga dia sama dengan beras tempatan.

draft • 4:53 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Puan Yang di-Pertua, saya pergi terus kepada Butiran 040400 berkenaan dengan sistem kestabilan minyak masak ni. Ramai yang bertanya berkenaan dengan subsidi minyak masak terutamanya apabila Menteri Ekonomi membuat pengumuman bahawa akan ditarik balik subsidi. Saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa kertas itu adalah tanggungjawab KPDN dan kertas untuk KPDN itu belum pun dibentangkan di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri. Jadi, belum ada keputusan berkenaan dengan penarikan subsidi tersebut. Jadi perlu di― orang kata, please note lah berkenaan dengan perkara ini.

Saya juga nak maklumkan berkenaan dengan ketirisan ini. Sekarang ini kita punya sistem ECOS ialah daripada repacker kepada pemborong dan kepada peruncit. Satu sistem sedang dibangunkan daripada peruncit kepada pengguna. Sebab sekarang dia berhenti di peruncit Puan Pengerusi. Jadi, kita perlu bangunkan satu lagi sistem yang menyambung kepada pengguna. Kita juga sedang mendengar, kita juga sedang memikirkan bagaimana mekanisme seperti yang disarankan oleh Mas Gading tadi, mekanisme ada batch number ataupun ada serial number. Sebab bila barang itu dia tiris, dia pergi ke sempadan, seberang, ke negara jiran. Bila kita tengok dekat negara jiran itu ada cap ABC contohnya, tetapi bila kita tengok cap ABC itu, kita kena trace kepada repacker tapi kita tak tahu daripada repacker― dia tiris dekat repacker ataupun dia tiris dekat pemborong ataupun dia tiris dekat peruncit sebab kadang-kadang pemborong dia dah masuk dalam dia punya sistem, dia dah pergi kepada peruncit tetapi daripada peruncit itu, dia tidak ada sistem, dia hanya ada buku log. Jadi, itulah saranan Mas Gading ini ialah satu yang kita juga sedang tengok.

Baru-baru ini, saya pun tengok ada satu syarikat repacker buat perkara macam tu dan mungkin itu merupakan salah satu mekanisme yang boleh membantu kita untuk trace untuk melihat di peringkat mana tirisnya sama ada di peringkat repacker kah di peringkat pemborong kah di peringkat peruncit. Sebab mereka salah menyalahkan satu sama lain. Jadi, kita tidak boleh hendak pin point dia dekat mana yang dia punya tiris tu. Zoning juga ialah satu perkara yang akan membantu kita sebab zoning itu memberi alokasi repacker ini untuk

draft • 5:00 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh

hantar ke mana supaya untuk memastikan bahawa pengedaran minyak masak bersubsidi itu serata dan tidak berat ataupun appropriation dengan izin Puan Pengerusi ianya baik.

Saya juga nak maklumkan bahawa jualan bersyarat minyak masak itu tidak dibenarkan, jualan bersyarat tidak dibenarkan. Jadi, kalau nak beli minyak masak paket kena beli barang-barang lain, itu menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan hukuman, boleh buat laporan kepada kita.

Perkara yang seterusnya ialah Butiran 040800 berkenaan dengan beli barang buatan Malaysia. Ramai Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkan berkenaan dengan bajet yang berkurangan. Sebenarnya, bajet advokasi seperti yang saya katakan tadi dia bawah butiran yang tadi, di bawah Butiran 040900. Bajet untuk advokasi dan bajet RM10 juta itu ialah untuk program.

Apa yang membezakan antara peranan KUSKOP dan peranan KPDN? Di mana KUSKOP peranannya ialah membangunkan usahawan, di mana peranan KPDN ialah access to retail. Bila usahawan tu dah dibangunkan dan produk itu juga boleh mencapai standard yang boleh bawa masuk ke retail ataupun peruncit-peruncit, kedai-kedai runcit, maka di situ peranan KPDN. KPDN pada tahun hadapan, 2025 akan memberi tumpuan kepada program Local to Global. Malah kita dah mulakan program Local to Global ni sebabnya ada banyak soalan daripada Bangi, Pokok Sena, Sri Gading, Masjid Tanah, Tebrau berkenaan dengan program beli barang buatan Malaysia ini.

Jadi, advokasinya di dalam butiran lain. Peranan kita ialah program Local to Global merupakan tumpuan untuk tahun 2025. Malah kita sudah pun menembusi pasaran Selatan Thailand. Pattani, Songkhla, Yala dan ini sudah pun dibawa masuk barang-barang buatan Malaysia dan di supermarket-supermarket seperti AEON di luar negara, supermarket- supermarket seperti Lulu yang merupakan rakan strategik kita semua membawa produk- produk buatan Malaysia di luar negara.

Saya teruskan kepada Butiran 040300 iaitu PPH. Saya hendak maklumkan bahawa kita ada 990 jumlah PPH Puan Pengerusi. Ini soalan-soalan Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Tenggara, daripada Merbok, daripada Jelebu ingin bertanyakan berkenaan dengan PPH, 990. Setiap hari mereka turun padang untuk memeriksa harga. Mereka memeriksa 480 item dan mereka memeriksa pasar basah, supermarket, hypermarket dan sebagainya.

Semua data kutipan mereka itu dimasukkan ke dalam sistem price catcher. Sebab itu sistem price catcher kita merupakan agak live data juga, very updated data dan ianya juga membantu kementerian di dalam mengenal pasti harga barangan.

Puan Pengerusi, kalau hendak tahu harga purata ayam di Semenanjung, hendak tahu harga purata ayam ataupun sayur ataupun tomato ataupun sawi, semua melalui kerja PPH ini. Jadi, kita ada harga purata. Sebab itu bila kita katakan daripada harga purata itu ada yang kawasan lebih sikit, ada kawasan rendah sikit, kadang-kadang dia localize satu kawasan tu ada mahal sikit tapi keseluruhannya kita tengok, kita pantau setiap hari Ahli-ahli Yang Berhormat ya berkenaan dengan harga ini. Inilah peranan PPH.

draft • 5:00 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Berkenaan dengan masa depan PPH. Ya, betul kalau kita tengok kepada B.25 di bawah 040300. Kita tengok bahawa jumlahnya masih RM41 juta. Maksudnya di situ kontrak mereka akan disambung lagi satu tahun untuk tahun 2025. Namun dari segi jangka panjangnya, kita sedang membuat kajian Puan Pengerusi berkenaan dengan sama ada kita boleh serapkan mereka ke dalam contract of service. Jadi, kajian itu sedang dijalankan dan Insya-Allah sebelum hujung tahun, akan diberikan dapatan-dapatan kajian tersebut kepada pihak pengurusan di kementerian.

Saya juga ingin meneruskan kepada penguatkuasaan, Butiran 020400. Saya ingin maklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertanya bahawa jumlah perjawatan keseluruhan penguat kuasa ialah 2,577. Ketika ini, ada sejumlah 2,450 jumlah penguat kuasa dan kekosongan itu akan diisi untuk tahun 2025.

Berkenaan dengan Masjid Tanah― Masjid Tanah tidak ada ya. Masjid Tanah tanya pasal insentif tambahan. Kita memang menggalakkanlah KPDN negeri untuk buat akaun TikTok dan sebagainya untuk menunjukkan kepada orang ramai berkenaan dengan program- program mereka. Mereka diberi latihan Puan Pengerusi.

Saya terus kepada MyCC. Ramai Ahli-ahli Yang Berhormat bertanya berkenaan dengan MyCC. Peruntukan MyCC, saya ingin maklumkan bahawa peruntukan MyCC ada RM12 juta. RM12 juta dan ada lagRMRM5 juta di bawah Rejim Kawalan Penggabungan di bawah Butiran 060300. Jadi, RM12 juta yang disebut oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, RM5 juta di bawah Butiran 060300 – Rejim Kawalan Penggabungan dan ada lagi RM10 juta di bawah Kepala B.11 Ahli-ahli Yang Berhormat. Di bawah Kepala B.11 boleh nanti bertanya kepada MoF bila B.11 itu berkenaan dengan butiran di bawah B.11 berkenaan dengan RM10 juta MyCC itu.

draft • 5:00 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Kemudian kartel padi dan beras, Pokok Sena, ya betul, kita sudah pun, MyCC sudah menyiapkan kajian atau laporan berkenaan kartel padi dan beras. Belum dibentangkan lagi dan perlu diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bila dibentangkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya terus kepada apa yang dikatakan apa yang dibahaskan oleh Baram Butiran 040500, 040600 iaitu Program Penyeragaman Harga barang perlu dan port-to-port.

Penyeragaman harga perlu ini, dia ada RM250 juta yang telah diperuntukkan. Kalau yang berhormat tengok 040500 kita tengok bahawa jumlahnya di situ ialah RM230 juta. Ya tapi RM20 juta itu juga di bawah B.11. Yang Berhormat, jadi saya nak maklumkan RM20 juta lagi bawah B.11. RM230 juta di bawah B.25 Butiran 040500.

Jadi keseluruhannya RM250 juta. Seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tanggungjawab kita ialah dalam – dengan ini port-to-port ini ialah untuk membawa barang-barang keperluan daripada Port Klang ke Kota Kinabalu contohnya. Ya, ke Pelabuhan Kota Kinabalu sebab kita nak memastikan penyeragaman harga itu berlaku. Jadi soalan Baram berkenaan pos. Ya, pos. Apa kriteria pos? Kriterianya ialah 15 km radius itu tidak ada kedai-kedai yang menjual barang-barang tersebut. Contohnya

draft • 5:10 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh

dalam 15 km tidak ada kedai yang menjual diesel ataupun RON95 ya, kedai yang menjual gula, gas memasak LPG, minyak masak dan sebagainya, beras ya. Jadi barang-barang perlu itu keperluannya ialah 15 km. Kalau lebih daripada 15 km satu pos, baru boleh diwujudkan.

Ramai yang berbahas berkenaan pengawalseliaan barang kawalan dan subsidi.

Dekat sini saya nak maklumkan Yang Berhormat berkenaan dengan MyKad, itu bukan sesuatu yang di bawah butiran ini Yang Berhormat. Jadi saya hanya menjawab di bawah butiran ini ya tapi berkenaan dengan tiada libat urus dengan PDAM dan Bumipeda itu. Baru- baru ini KPDN ada libat urus, saya sendiri jumpa dengan PDAM dan Bumipeda. Ya, saya juga ambil berat berkenaan dengan nasib pengusaha-pengusaha stesen minyak terutamanya pengusaha-pengusaha kecil stesen minyak ini ya. Especially, terutamanya yang DODO atau dealer owned dealer own operate ya dan kalau ianya kecil mereka memikirkan berkenaan dengan komisen, mereka membabitkan isu breakeven, mereka membangkitkan isu operational cost, Automatic Pricing Mechanism, MBR dan sebagainya.

Jadi saya sendiri dengar dan saya sendiri mengambil maklum dan juga telah pun meminta pihak kementerian untuk berbincang dengan MOF, berkenaan perkara-perkara yang dibangkitkan. Kalau mereka kata tak ada terlibat urus, itu mungkin dengan kementerian lain Yang Berhormat ya tapi KPDN saya sendiri jumpa dan saya boleh sahkan bahawa saya jumpa. Terima kasih kepada Yang Berhormat yang bertanya.

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat, boleh saya dapatkan kepastian sikit? Yang Berhormat sebut ada jumpa dengan pihak-pihak NGO ataupun pihak persatuan tadi, dalam isu – boleh Yang Berhormat terangkan apa? Adakah untuk perintis projek penggunaan untuk dua harga minyak nanti ataupun apakah isu yang dibincangkan?

draft • 5:10 PM

Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

Yang Berhormat, berkenaan dengan harga, dasar dan sebagainya, ini semua ditentukan oleh MOF ya. Namun, oleh kerana lesen stesen minyak ini di bawah KPDN maka KPDN mengambil tanggungjawab juga untuk mendengar. Kalau di bawah MOF, MOF dengarlah juga. Two-tiered pricing lah dan sebagainya, itu dengan MOF lah dan kelulusan Yang Berhormat, memang di bawah MOF. Maksudnya nak naikkan komisen, itu MOF, yang akan tentukan. Macam mana nak review Automatic Pricing Mechanism (APM) itu juga MOF akan tentukan. Namun, oleh kerana kami ni bertanggungjawab juga untuk mengeluarkan lesen. Maka, kami juga tak mahulah – kami juga bertanggungjawab untuk bekalan Yang Berhormat.

Kalau mereka tutup kedai. Kami KPDN akan susah sebab tak ada bekalan, orang complaint tak ada minyak ya sebab stesen minyak tutup ya. KPDN bertanggungjawab untuk bekalan. Jadi KPDN kena pastikan bahawa operasi mereka itu boleh breakeven. Komisen itu boleh breakeven ya, operational cost termasuk pekerja dan sebagainya, itu juga perlu diambil kira. Sekarang kita punya bila pakai fleet card, guna kad jadi MDR perlu ditanggung pula oleh pengendali stesen minyak. Ini semua kita dengar dan KPDN membawa juga saranan- saranan mereka ke MOF.

draft • 5:10 PM

Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

Di samping mereka sendiri engage dengan MOF, begitu ya Yang Berhormat. Saya harap dapat menjelaskan, dapat dijelaskan. Okey, berkenaan dengan TTPM. Statistik ini saya minta beri jawapan bertulis Yang Berhormat Bangi ya, statistik penipuan, tertunggak dan sebagainya. Saya minta beri secara bertulis tetapi berkenaan dengan soalan adakah cukup kakitangan, berkenaan dengan SOP, berkenaan dengan ada yang belum dipanggil selepas enam bulan.

Saya juga dengar permohonan pada TTPM berkenaan dengan keperluan-keperluan mereka dan contohnya mungkin ada sesetengah negeri itu kes banyak dan tak cukup fasiliti seperti mahkamah untuk TTPM jadi dalam. Tahun 2025, akan dimasukkan ya, akan dimasukkan peruntukan untuk menambah mahkamah-mahkamah untuk mendengar. Dia bukan bina baru mahkamah ini Yang Berhormat, dia bukan bina baru. Dia akan ubah suai pejabat sedia ada, untuk wujudkan mahkamah TTPM yang apa orang kata? Extra mahkamah ini supaya boleh mengambil kes-kes tambahan ini. Jadi ini akan diperuntukkan pada tahun 2025, Puan Pengerusi.

MyIPO juga banyak soalan, Batu Gajah banyak melibatkan statistik. Saya baca sedikit sahaja berkenaan dengan masjid, dengan Batu Gajah. Batu Gajah bertanya berkenaan dengan piagam pelanggan yang ditetapkan bagi pendaftaran cap dagangan.

draft • 5:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Batu Gajah tak ada. Boleh tanya yang Bangi punya?

draft • 5:10 PM

Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

Oh, Batu Gajah tak ada.

draft • 5:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Bangi pun ada tanya MyIPO juga.

draft • 5:10 PM

Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

Bangi tadi MyIPO, Bangi minta ini kan? Bangi minta statistik ya?

draft • 5:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Langkah untuk mempercepatkan kes-kes, dan juga saya ada satu soalan. Tentang halangan akses kepada laman sesawang yang dilaksanakan oleh pihak kementerian atas pelanggaran harta intelek kalau boleh, kalau tak ada pun mungkin bertulis pun boleh sebab saya rasa isu ini penting juga sebab macam saya katakan tadi bulan September ada akses kepada satu laman sesawang Artstation yang telah dihalang akses di Malaysia ini disebabkan boleh dikatakan pelanggaran harta intelek. Jadi saya nak tahu apakah remedy bagi laman sesawang yang mana di block akses ini untuk dia unblocked akses tersebut. Terima kasih.

draft • 5:10 PM

Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

Okey, terima kasih Yang Berhormat Bangi. Saya pohon jawapan bertulis untuk Yang Berhormat Bangi. Dengan itu saya ucapkan terima kasih kepada semua sekali lagi, kepada yang berbahas di peringkat Jawatankuasa Rang Undang- undang Perbekalan ini. Data, statistik dan jawapan yang saya tidak berikan saya akan berikan secara bertulis. Terima kasih dan saya mohon diluluskan di peringkat Jawatankuasa. Terima kasih Pengerusi.

draft • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Masalah ialah bahawa sejumlah RM2,004,131,000 untuk Kepala B.25

draft • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2025 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.25 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.25 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2025 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.25 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

draft • 5:10 PM
Kepala B.26 [Jadual] – Kepala P.26 [Anggaran Pembangunan 2025] –

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi terbuka untuk dibahas. Senarai pembahas adalah seperti berikut, Yang Berhormat Kota Melaka, YB Sungai Besar, YB Betong, YB Padang Besar, YB Miri, YB Rompin, YB Pulai, YB Jerlun, YB Maran, YB Bukit Bendera, YB Labuan, YB Sungai Siput dan YB Pendang. Saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka.

draft • 5:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran berkaitan dengan 04004 – Pembangunan Usahawan :

Pembangunan Francais. Di mana kita lihat kerajaan ada banyak program untuk industri francais ini dan kita tahu kerajaan ada beri banyak dana ataupun geran untuk dipohon oleh mereka yang francaisi ini. Ya, ada pula yang mendapat pinjaman daripada SME Bank untuk menjalankan perniagaan francaisi ini. Akan tetapi kebelakangan ini kita lihat dan saya ada terima beberapa aduan daripada pengusaha francaisi ini, di mana apabila mereka mengambil bahagian program daripada yang diusahakan oleh kementerian dan akhirnya, telah berlaku kegagalan. Apabila berlaku kegagalan, mereka yang menyertai program francaisi ini, mereka terpaksa menanggung hutang tersebut sebab program ini diusahakan bersama antara kementerian dengan francaisor yang mereka memberi francaisi itu tetapi apabila gagal, perniagaan itu gagal, francaisi- mereka terpaksa menanggung hutang yang tinggi.

Jadi, antara aduan yang saya terima ialah mereka dapati ada sesetengah program ataupun pakej yang ditawarkan oleh pemberi francaisi ini tidak mendapat kelulusan, kebenaran daripada kementerian dan akhirnya, telah menyebabkan mereka tanggung hutang yang tinggi. Jadi, saya harap supaya kementerian dapat membuat siasatan supaya untuk memastikan mereka yang pemberi francaisi ini ia betul-betul mengeluarkan satu pakej yang betul-betul boleh mencapai satu situasi win-win situation, dengan izinnya. Juga saya hendak menarik perhatian kementerian ya, Menteri. Di mana kita lihat AYAMAS telah menghadapi masalah. Mereka sedang menghadapi masalah, barangkali mereka akan sehingga ke

draft • 5:21 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

liquidation dan mereka yang telah melabur ratus ribu. Jadi dalam hal ini, bagaimana kementerian dapat bantu mereka? Sebab apabila kita lihat kepada statistik 2022, di mana industri francaisi ini telah menyumbangkan lebih daripada RM36 bilion kepada KDNK negara kita.

Jadi, ini satu bukti menunjukkan bahawa industri ini ada daya tahan dan juga ada potensi untuk berkembang dan juga telah dijangka pada tahun 2025 dia akan kembang menjadi RM46 bilion, dijangka ya. Jadi, sudah pasti pertumbuhan lebih kurang 15 peratus setiap tahun untuk lima tahun kebelakangan ini. Jadi, saya harap kalau kita hendak menggalakkan, memberi satu peluang kepada mereka yang ingin ceburi dalam bidang perniagaan ini melalui industri francaisi ini, saya rasa kerajaan perlu memainkan peranan yang penting, yang lebih serius mengawal mereka yang memberi francais ini supaya pakej mereka akhirnya tidak membebankan mereka yang pemegang francaisi ini.

Begitu juga Menteri, isu yang kedua yang saya hendak bangkit. Saya merujuk kepada Butiran 19535 – Pembangunan Sistem dan Infrastruktur ICT. Di mana saya percaya kalau kita lihat kepada angka, SME ini telah menyumbangkan 37.4 peratus kepada KDNK negara kita dan hampir separuh iaitu lebih kurang 47.8 peratus telah mereka sumbang kepada tenaga kerja negara dan 11.7 peratus kepada eksport. Perusahaan mikro mendominasi landskap SME iaitu 78.6 peratus telah menunjukkan keperluan untuk kita menyokong mereka supaya pertumbuhan segmen ini dapat mengukuhkan ekonomi negara kita. Jadi dalam hal ini, sudah pasti hari ini zaman sekarang kita bincang tentang digital. Jadi, bagaimanakah kementerian akan bekerjasama dengan sektor swasta yang ada di luar sana supaya saya lihat ada banyak syarikat sektor swasta, mereka ada banyak program untuk pembangunan ya, untuk melatih pemain-pemain baharu ini yang ingin ceburi dalam bidang perniagaan.

Jadi, adakah kerajaan ataupun kementerian bersedia ataupun ada contoh yang mereka bekerjasama dengan syarikat swasta ini? Di mana syarikat swasta ini mereka sudah ada pakej, mereka sudah ada kursus latihan, mereka juga ada platform ICT ataupun teknologi yang sedia ada. Di mana hanya kementerian hanya menjadi orang tengah untuk hubungkan kedua-dua pihak ini. Saya beri satu contoh, Shopee.

draft • 5:21 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan, masa sudah tamat.

draft • 5:21 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Sedikit sahaja, 30 saat. Shopee satu platform yang begitu terunggul di Malaysia. Salah satunya dan kita tahu Shopee ini adalah diuruskan hundred percent, 100 peratus oleh orang tempatan. Shopee ini mereka juga ada banyak program yang saya faham mereka ada lebih kurang 50 program untuk melatih mereka hendak ceburi dalam bidang perniagaan ini. Shopee, mereka hari ini sudah ada satu platform internet, IT mereka yang begitu baik sekali, sehingga mereka boleh jual barang- barang yang ditawarkan di Shopee itu ke pasaran antarabangsa. Jadi, dia sudah ada satu platform yang begitu sempurna. Jadi, adakah kementerian melihat kepada sudut ini, bekerjasama platform seperti Shopee untuk bantu melatih atau membangunkan mereka yang minat dalam perniagaan ini? Dengan itu, sekian terima kasih, Puan Pengerusi.

draft • 5:21 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Besar.

draft • 5:21 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sore, selamat petang. Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertamanya, tahniah kepada KUSKOP yang mendapat peruntukan sebanyak RM815,136,700, Puan Pengerusi. Sangat sedikit, sangat kecil berbanding untuk membantu dari segi pembiayaan, bimbingan, latihan dan khidmat nasihat kepada 1,100,725 orang usahawan mikro kecil dan sederhana, tidak termasuk lebih satu juta usahawan informal.

Ada empat bahagian sahaja yang saya hendak sentuh, Tuan Pengerusi. Pertama, saya juga hendak menyentuh berkaitan Butiran 020300 – Pembangunan Francais dan Vendor dan Butiran 04004 – Pembangunan Keusahawanan : Pembangunan Francais. Kalau tidak silap, ini di bawah Permodalan Nasional Berhad (PERNAS).

Saya hendak tanya, adakah sudah dipindahkan sepenuhnya operasi, fungsi, kawal selia francais dan vendor daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri ke Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)? Termasuk dari segi penguatkuasaan ataupun enforcement, franchise registration, international promotion dan lain-lain. Termasuk akta-akta francais yang dahulunya dikendalikan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri. Ini penting sebenarnya Tuan Pengerusi, supaya stakeholders tidak pening, usahawan-usahawan dan orang awam juga boleh keliru jika berlaku pertindihan fungsi dan sebagainya. Kedua Tuan Pengerusi, saya hendak menyentuh Butiran 040500 – Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) yang melatih, membimbing, bagi khidmat nasihat kepada usahawan-usahawan walaupun sekecil mengurus tunai.

draft • 5:28 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Nampaknya peruntukan masih sekitar RM10 juta. Saya kira kalau kita serius membangunkan usahawan terutamanya selepas kita menghadapi krisis kesihatan yang menjejaskan keseluruhan aktiviti keusahawanan dan ekonomi, ada yang gulung tikar, ada yang terganggu emosi, ada yang hilang punca pendapatan, perlukan latihan semula, perlu spirit semula kerana kebanyakan style perniagaan dah berubah kepada pendigitalan online business dan lain-lain. Maka ISKENlah tempatnya untuk exercise semula. Jadi peruntukan untuk INSKEN ini saya kira Yang Berhormat Pengerusi perlu ditambah dan disusun semula peruntukannya.

Kemudian yang ketiga Butiran 020400 berkaitan Pusat Khidmat Kontraktor. Saya nak tanya data berapa bilangan kontraktor terkini seluruh Malaysia daripada G1 hingga G7.

Berapa ramai kontraktor Melayu? Bagaimana Pusat Khidmat Kontraktor mengukur kompetensi kontraktor khususnya kontraktor Melayu? Apa kursus untuk meningkatkan kemahiran mereka dan bagaimana dengan dana untuk membantu membiayai projek

draft • 5:30 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

mereka? Agensi mana yang pihak kontraktor boleh bersandar harapan mendapatkan pembiayaan bagi membiayai kerja-kerja mereka?

[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Keempat seterusnya Tuan Pengerusi saya nak menyentuh Butiran 030000, 030100, 030200 berkaitan Pembangunan Koperasi, Urusan Koperasi dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Daripada 15,809 koperasi, benarkah hanya terdapat 80 koperasi kecil yang pendapatannya kurang daripada RM200,000? Maknanya daripada 15,000 itu, 80 peratus adalah koperasi-koperasi kecil yang pendapatannya kurang daripada RM200,000? Jadi saya nak tanya, apa perancangan SKM untuk menggerakkan program dalam meningkatkan kemampuan koperasi? Bagaimana nak jadikan koperasi-koperasi kecil ini berdaya maju dan mampu memberi pulangan kepada ahli? Bagaimana dengan penubuhan federasi pada risiko operasi? Adakah koperasi-koperasi kecil dibimbing, diajak untuk menyertai federasi pada koperasi dan menjana pendapatan untuk ahli? Itu saja Tuan Pengerusi, terima kasih.

draft • 5:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar. Sila Yang Berhormat Betong.

draft • 5:30 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Dato’ Pengerusi.

Salam sejahtera. Terima kasih juga di atas peluang untuk bahaskan RUU Perbekalan 2025 bagi B.26 dan P.26, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Dato’ Pengerusi, saya mula dengan Butiran B. 020000 - Pembangunan Usahawan. Kementerian telah menetapkan outcome utama untuk mewujudkan core sistem keusahawanan yang kondusif dan Betong berharap kementerian akan terus berusaha untuk mencapai sasaran ini melalui strategi yang berkesan.

Maka dalam hubungan ini, bagaimanakah kementerian merancang untuk mencapai sasaran 100 peratus usahawan yang mendapat pembiayaan kewangan pada tahun 2025 nanti dan apakah langkah-langkah yang diambil? Seterusnya merujuk kepada Butiran 020300 – Pembangunan Francais dan Vendor. Program ini boleh membantu meningkatkan bilangan usahawan tempatan dan memperkukuhkan ekonomi setempat. Maka persoalannya, apakah strategi kementerian untuk meningkatkan kapasiti dan kemahiran usahawan dalam bidang keusahawanan melalui program pembangunan francais dan vendor?

Seterusnya Butiran P. 04004 iaitu Pembangunan Francais. Bagaimanakah program francais mikro dan francais mampu milik membantu golongan seperti B40 dan M40 untuk memulakan perniagaan mereka dan apakah sokongan tambahan yang ada disediakan oleh kementerian untuk golongan ini? Bagaimanakah peserta boleh memohon untuk menyertai program francais mikro atau pun francais mampu milik bagi kami di Sarawak? Apakah syarat- syarat kelayakan dan proses permohonan yang perlu diikuti? Ini untuk memastikan segala

draft • 5:32 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

maklumat mengenai cara memohon program ini jelas dan mudah diakses oleh golongan sasaran terutamanya bagi penduduk di pedalaman yang di luar bandar.

Dato’ Pengerusi, seterusnya saya merujuk ke Butiran 030000 iaitu Pembangunan Koperasi. Langkah-langkah untuk memastikan koperasi yang kompetitif adalah sangat dialu- alukan. Peningkatan syer dan yuran koperasi sebanyak dua persen pada 2025 serta pemulihan koperasi yang tidak aktif adalah sasaran yang penting. Maka saya berharap, kementerian akan terus menyokong koperasi melalui segala latihan, pendidikan dan bimbingan yang bersasar. Soalan saya, bolehkah kementerian memberikan pecahan peruntukan sebanyak RM101.52 juta untuk pembangunan koperasi pada tahun 2025?

Bagaimanakah dana ini akan digunakan untuk memulihkan koperasi yang tidak aktif?

Soalan saya seterusnya adalah apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk memastikan peningkatan syer dan yuran koperasi sebanyak dua persen pada tahun 2025 dan bagaimanakah keberkesanan langkah-langkah ini akan diukur? Bolehkah kementerian memberikan perbandingan peruntukan untuk pembangunan koperasi di Sarawak berbanding dengan negeri-negeri lain dan apakah faktor-faktor yang mempengaruhi perbezaan peruntukan ini?

Dato’ Pengerusi, seterusnya saya pergi ke Butiran P. 30000 iaitu Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga ataupun TEKUN. TEKUN ini ditubuhkan adalah untuk menyediakan segala kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada Bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka. TEKUN pernah membuka sebuah kios di RTC Simpang Layar, Betong di kawasan saya dan saya difahamkan kini ianya telah ditutup. Maka Betong mohon penjelasan kenapa kios TEKUN di RTC Layar ini ditutup dan ya lah ini dia di luar pekan Betong.

Oleh itu saya mohonlah Menteri melihat keadaan ini dan mempertimbangkan agar dapat membuka semula TEKUN di bandar Betong dan bukan di luar itu seperti di RTC supaya dapat memberi perkhidmatan kepada kontraktor kecil yang memerlukan kemudahan pembiayaan seperti program pembiayaan Kontrak-i sebab ramai juga kontraktor kecil-kecil Kelas F yang memerlukan program-program macam ini. Soalan saya seterusnya, minta pencerahan Menteri menyatakan jumlah pelbagai jenis pinjaman termasuk pembiayaan Kontrak-i dan jumlah penerima bagi kawasan Betong di Sarawak.

Akhir sekali Dato’ Pengerusi P.96000 iaitu Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).

Betong berterima kasihlah kepada Menteri kerana sudah membuka sebuah cawangan INSKEN di Kuching. Soalan saya, berapakah jumlah kursus keusahawanan yang telah dijalankan dan berapakah jumlah peserta yang telah mendapat manfaat dari program tersebut? Apakah usaha INSKEN untuk menyediakan program latihan keusahawanan kepada masyarakat di luar bandar yang jauh daripada pusat bandar supaya mereka dapat access kepada program latihan.

Betong juga mencadangkan agar INSKEN mengelolakan segala kursus pemasaran barangan atas talian melalui platform seperti Shopee untuk usahawan kecil menjual produk tempatan seperti kraf tangan dan lain-lain. Sebagai penutup, Betong menyeru agar

draft • 5:32 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

kementerian terus memainkan peranan penting dalam memperkasakan usahawan dan koperasi melalui dasar yang inklusif dan program yang menyeluruh dengan pendekatan yang strategik. Sektor ini mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara dan memperkukuhkan daya saing usahawan tempatan di pasaran global. Sekian, terima kasih.

draft • 5:32 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Betong. Seterusnya, Yang Berhormat Padang Besar.

draft • 5:32 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Dato’ Pengerusi yang memberi ruang dan peluang kepada saya untuk bahas tentang Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Padang Besar menyambut inisiatif oleh Kerajaan Malaysia dalam Bajet 2025 untuk memperoleh produk kraf tangan daripada pengusaha tempatan bagi sidang ASEAN 2025.

Pada hari ini saya memakai tanda nama daripada pokok jati yang dibuat oleh kerjasama antara FRIM dan juga komuniti di Padang Besar dan juga tanda nama atau sarung kad dibuat daripada kayu merbau yang merupakan pokok kebangsaan Malaysia yang diiktiraf pada 2019.

draft • 5:39 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Berbalik kepada perbahasan saya. Pertamanya, saya merujuk kepada Butiran 020200 – Pembangunan Ekosistem Keusahawanan. Terdapat sedikit pertambahan daripada peruntukan 2024 di mana RM53,400 telah ditambah. Sedikit kegusaran saya, apakah mekanisme kementerian yang telah dirancang dan dilaksanakan bagi membantu kelompok yang tercicir dalam pelajaran dalam suasana mencengkam bagi membantu mereka menaik taraf sosioekonomi dan sara diri? Ramai daripada kelompok ini terdiri daripada mereka yang berumur 12 hingga 18 tahun yang terlibat dalam pekerjaan yang menerima upah atau gaji yang mana keadaan ini seharusnya diambil peluang oleh kementerian dengan keadaan semasa ekonomi yang memfokus kepada pekerja gig.

Kementerian juga perlu memperincikan program yang dirancang supaya ia tepat kepada sasaran yang diharapkan. Harapan saya, agar kementerian mampu membantu usahawan kita yang terkesan di kala ekonomi yang seolah-olah ‘Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.

Kedua, Butiran 020500 – Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia

(SME Corp. Malaysia). Peningkatan hampir RM5 juta ini seharusnya juga dapat menghasilkan kepada kemampanan ekosistem SME ini. SME Corp. sewajarnya boleh menyediakan infrastruktur fizikal untuk program inkubator kepada komuniti setempat. Saya rasa konsep ini sangat baik bagi mengembangkan ekosistem keusahawanan di peringkat komuniti. Bertahun-tahun sudah kementerian fokus kepada anak muda di industri pendidikan di IPT, tapi kali ini harap dapat membantu komuniti setempat yang tercicir tadi melalui agensi- agensi kerajaan yang sedia ada.

draft • 5:40 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Seterusnya, Butiran Projek 19534 – Pembangunan Industri Halal dan Vendor.

Tahniah atas penambahan dana. Padang Besar merupakan pintu utama kepada ekonomi di utara tanah air dan merupakan akses terpenting. Namun begitu, suka saya ingin menyatakan kepada kementerian untuk melihat keperluan hab halal di utara tanah air dalam usaha membangunkan dan mempromosikan industri halal sebagai hab yang berdaya saing di peringkat domestik dan juga antarabangsa.

Isu kekurangan kemudahan sokongan untuk industri halal masih tidak dapat dinafikan seperti kekurangan pusat penyelidikan halal, zon industri halal atau kemudahan pemprosesan halal yang memenuhi piawaian antarabangsa. Tanpa kemudahan ini, ia sukar untuk menarik pelabur dan usahawan yang ingin menceburi dalam bidang halal.

Seterusnya, kekurangan sumber pembiayaan untuk sektor halal. Walaupun kerajaan menyediakan beberapa program pembiayaan, banyak usahawan halal di kawasan utara menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pembiayaan khusus untuk perusahaan halal mereka. Selain itu, terdapat juga masalah dalam akses kepada modal risiko atau pembiayaan alternatif yang boleh membantu syarikat-syarikat kecil dan sederhana halal untuk terus berkembang.

Terakhir, berkaitan kekangan dalam pensijilan halal. Proses pensijilan halal boleh melibatkan kos tambahan yang tinggi terutamanya bagi PKS. Kos ini sering kali menjadi halangan pada syarikat kecil terutama di kawasan utara yang mempunyai bajet yang terhad.

Sekiranya terdapat dana suai padan untuk PKS, pastinya mampu merancakkan lagi ekonomi halal di utara tanah air.

Kesimpulannya, saya juga mencadangkan agar peruntukan yang bakal diluluskan ini, mampu membantu PKS khususnya dan Malaysia amnya untuk menjadi pemacu dalam pergerakan ekonomi domestik dan Asia Tenggara. Saya sudahi dengan wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

draft • 5:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih, Yang Berhormat Padang Besar. Seterusnya, Yang Berhormat Miri.

draft • 5:40 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih, Dato’ Pengerusi. Saya rujuk kepada Butiran 19530 – Program Peningkatan dan Pembangunan PKS. Tuan Pengerusi, walaupun ekonomi negara telah menunjukkan tanda-tanda perkembangan yang baik, tapi PKS terus menghadapi pelbagai cabaran yang menggugat kelangsungan mereka.

Antaranya, margin keuntungan mengecil disebabkan kenaikan kos bahan mentah, tenaga kerja dan utiliti.

Seterusnya, mereka juga mengalami masalah aliran tunai yang kritikal. Kebanyakan PKS hanya mempunyai aliran tunai yang tempoh kurang daripada enam bulan.

Seterusnya, kos operasi yang tinggi, tahap digitalisasi yang rendah di mana hampir 72 peratus PKS yang berada pada tahap digitalisasi yang paling asas, menyebabkan mereka sukar bersaing dengan syarikat besar antarabangsa yang lebih inovatif.

draft • 5:44 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Seterusnya juga hadapi masalah kesukaran mendapatkan pinjaman. Sebanyak 44 peratus PKS menghadapi masalah untuk mendapatkan pembiayaan. Kebanyakan institusi kewangan masih berfokus kepada cagaran fizikal dan bukannya aliran tunai perniagaan.

PKS juga berhadapan dengan cabaran pematuhan seperti e-invoicing dan piawaian ESG yang memerlukan pelaburan besar tetapi kurangnya sokongan kewangan.

Dato’ Pengerusi, PKS telah menyumbang lebih daripada 37 peratus kepada KDNK negara dan menyediakan lebih kepada lapan juta peluang pekerjaan. Namun, tanpa sokongan kukuh daripada kerajaan, banyak perniagaan ini akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan mungkin tidak dapat berdaya tahan dalam menghadapi arus transformasi digital dan perkembangan global ini. Ini akan memberi kesan besar kepada ekonomi dan sosial negara.

Seterusnya saya rujuk kepada Butiran 020200 – Pembangunan Ekosistem Keusahawanan. Dato’ Pengerusi, isu yang paling asas untuk golongan belia ataupun anak muda masihlah dengan izin, bread and butter issue. Melalui program usahawan, inilah peluang yang paling baik untuk kita memperkasakan ataupun meningkatkan taraf ekonomi untuk anak muda. Tetapi, agak malangnya, sekarang kita tidak nampak banyak program untuk usahawan belia atau usahawan anak muda.

Orang muda kita ini – saya pun orang mudalah, masih orang muda lagi. Kita sekat, we are stuck, dengan izin. Kalau kita rujuk kepada KBS, KBS katakan mereka hanya lebih kepada program dan sukan. Tidak ada geran yang khas ataupun bantuan yang khas untuk membantu usahawan belia. Tetapi apabila kita rujuk kepada KUSKOP pula, terlalu banyak sektor usahawan yang perlu dijaga oleh KUSKOP.

Oleh itu, saya menyeru kepada KUSKOP supaya boleh dengan kerjasama dengan KBS untuk memberi bantuan secara khususnya kepada usahawan muda. Ini kerana mereka kita tahu, orang muda kita memang akan mempunyai cabaran dari segi modal permulaan, bimbingan dan juga akses kepada teknologi dan sebagainya. Oleh itu, saya menyeru kepada kerajaan supaya boleh menyediakan geran keusahawanan kepada orang muda untuk memulakan perniagaan.

Saya juga sarankan kerajaan untuk memperkenalkan program latihan komprehensif, program latihan madani untuk kita membangunkan kemahiran pengurusan digital dan inovasi untuk anak muda.

Saya juga sarankan kerajaan untuk menyediakan pusat inkubator untuk usahawan muda supaya dapat membimbing usahawan belia dan usahawan muda ini supaya dapat berjaya dalam bidang perniagaan mereka.

Akhir sekali, saya ingin menyuarakan bagi pihak PKS tentang harapan untuk Bajet 2025 di mana mereka memohon supaya kerajaan dapat sediakan geran automasi sehingga RM100,000 untuk meningkatkan produktiviti mereka, menyediakan pinjaman mudah untuk pembiayaan mudah guna bagi menaik taraf mesin dan teknologi.

Untuk memastikan PKS tidak ketinggalan, kerajaan boleh menyediakan geran pemadanan bagi membantu mereka mengadaptasi teknologi, peningkatan geran digitalisasi

draft • 5:44 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

untuk membantu mereka melabur dalam bidang teknologi ERP, automasi dan e-dagang dan akhir sekali, memperkenalkan program latihan digital khususnya untuk pekerja PKS dalam bidang digital dan automasi. Sekian, terima kasih.

draft • 5:44 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih, Yang Berhormat Miri. Seterusnya, Yang Berhormat Rompin.

draft • 5:44 PM

Dato’ Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Terima kasih, Dato’ Pengerusi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Sebelum itu Dato’ Pengerusi, saya nampak Dato’ Pengerusi tadi minat je dengan card holder ini. Padang Besar janji nak bagi kepada semua Ahli Dewan Rakyat, insya-Allah.

[Tepuk] [Ketawa] Dia janji tadi.

Saya terus pergi kepada Butiran 00606 – Pembangunan Perusahaan Mikro dengan peruntukan sebanyak RM6 juta.

draft • 5:49 PM

Dato’ Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Sesetengah negara maju seperti Taiwan dan lain-lain lagi, aktiviti ekonominya didukung oleh usahawan-usahawan kecil dan sederhana, SME dan di Malaysia tidak terkecuali. Malah, kita juga memberi tumpuan bukan saja enterprise kecil dan sederhana, malah juga kepada enterprise mikro. Sama ada pihak kerajaan menyedari atau tidak bahawa industri mikro kecil dan sederhana adalah merupakan kumpulan industri enterprise yang terbesar yang menyumbang kepada aktiviti perniagaan. Dalam kajian-kajian ilmiah, dikatakan hampir 90 peratus bilangan perniagaan di Malaysia ini dipelopori oleh enterprise dan industri mikro kecil dan sederhana. Soalan saya, apakah pihak kerajaan mempunyai sasaran program entrepreneurships bagi menambah bilangan usahawan-usahawan yang lahir dari institusi dan agensi keusahawanan ini?

Dato’ Pengerusi, saya baru-baru ini menerima aduan daripada penduduk di kawasan saya berkaitan dengan pasar raya-pasar raya besar dah memasuki pasaran di luar-luar bandar. Ini menjadi pesaing kepada peniaga-peniaga kecil di kawasan luar bandar. Mana mungkin ular lidi nak lawan dengan ular sawa, tak mungkin. Tetapi adalah tidak adil juga untuk kita menyekat pasar raya-pasar raya ini daripada memasuki kawasan-kawasan ini.

Cumanya, saya ingin tahu daripada Kementerian Pembangunan Usahawan, apakah langkah kementerian dalam usaha untuk membawa peniaga-peniaga kecil ini keluar daripada kepompong perniagaan yang mereka warisi daripada zaman datuk mereka? Ada peniaga dah meniaga 40 tahun, 50 tahun daripada tok dia meninggal, turun kepada ayah dia, meninggal. Akhirnya dapat kepada dia, tak tahu bila dia nak meninggal ini.

[Ketawa] Jadi, saya ingin melihat kepada kementerian Yang Berhormat Menteri, kalau boleh hantar pegawai-pegawai ini bukan saja bagi kursus, tapi turun ke padang. Pastikan, kenal pasti usahawan-usahawan kecil ini. Sampai bila mereka nak berniaga keropok kah, perniagaan-perniagaan kecil, perniagaan runcit yang kecil-kecil ini. Dah tiba masanya mereka bersaing di peringkat yang lebih besar. Jadi saya nak tahu, apa usaha yang dibuat oleh

draft • 5:50 PM

Dato’ Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

kementerian? Saya yakin jika mereka dikenal pasti, diberi bimbingan, diberi motivasi dan insya-Allah, mereka akan menjadi ular sawa satu ketika nanti.

draft • 5:50 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Setuju.

[Tepuk]

draft • 5:50 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Dato’ Pengerusi, Butiran 00606 – Pembangunan dan Pembiayaan PKS, peruntukan berjumlah RM85 juta. Pembiayaan dan sokongan pembangunan untuk perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi. Kesukaran akses kepada dana serta proses permohonan rumit menyebabkan banyak PKS menghadapi kesukaran dalam memenuhi dokumentasi dan syarat-syarat ketat yang diperlukan untuk melayakkan diri.

Selain itu, kekurangan kesedaran di mana ramai usahawan tidak mengetahui kewujudan dana tertentu dan tidak memahami cara membuat permohonan. Penilaian kredit yang ketat juga menyebabkan PKS yang baru bermula atau tidak mempunyai rekod kewangan yang kukuh sering ditolak.

Soalan saya, apakah langkah kementerian dalam usaha untuk mempermudahkan permohonan agar ianya tidak membebankan pemohon? Saya ingin mengambil contoh, hari ini saya dapat daripada seorang yang nak meminjam iaitu Pembiayaan Mikro Kredit, i-MAINJ.

Okey, pembiayaan daripada berapa puluh ribu ke berapa puluh ribu, okey. Syarat-syarat dia Dato’ Pengerusi, okey. Dokumen yang diperlukan, ada 12 dokumen yang diperlukan. Saya baca.

Yang pertama, dua salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan. Pemohon nak, pasangan pun dia nak. Ada juga yang dia mohon surat sokongan pemastautin. Kalaulah dah ada kad pengenalan, macam mana nak lagi pula yang pemastautin? Dia dah bagi kad pengenalan ini. Jadi, saya melihat kepada perkara ini supaya ianya tidak membebankan kepada pemohon-pemohon ini. Jadi, terima kasih kepada Dato’ Pengerusi yang memberi ruang kepada saya. Terima kasih.

draft • 5:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Seterusnya Yang Berhormat Jerlun. Sila, Yang Berhormat Jerlun.

draft • 5:50 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tuan Pengerusi, saya merujuk Kod 020000 – Pembangunan Usahawan, Butiran 020100 – Dasar dan Hubungan Antarabangsa.

Perjanjian Komprehensif dan Progresif Untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) berkuat kuasa ke atas Malaysia pada 29 November 2022. Apabila Malaysia meratifikasi dan menguatkuasakan CPTPP, negara kita terpaksa membuka akses pasaran perolehan kerajaan Malaysia kepada 11 buah negara ahli CPTPP yang lain seperti United Kingdom, Australia, Chile, Jepun, Kanada, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Brunei dan Vietnam.

CPTPP merupakan perjanjian perdagangan bebas yang mengandungi obligasi dan komitmen yang perlu dipatuhi oleh negara ahli bagi membentuk kawasan bebas dagang di

draft • 5:55 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

antara negara ahli untuk menerima akses keutamaan berbanding negara bukan ahli. Ekoran pelaksanaan CPTPP ini, usahawan bumiputera terpaksa bersaing dengan syarikat multinasional daripada 11 negara tersebut, di mana negara terbabit boleh terlibat dengan tender-tender projek kerajaan yang dibuka untuk dibida. Saya tidak gusar dengan usahawan bukan bumiputera, kerana mereka bernaung di bawah Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian China Malaysia (ACCCIM) dan Persekutuan Dewan Perniagaan dan Industri India (FICCI) Malaysia.

Mereka mempunyai kemampuan kewangan yang tinggi dan mampu bersaing syarikat multinasional luar negara. Yang saya gusar dan bimbang ialah usahawan bumiputera. Walaupun dia bernaung di bawah Dewan Perniagaan Melayu Malaysia yang mempunyai akses untuk mendapat peluang perniagaan yang mudah melalui pinjaman agensi kerajaan seperti TEKUN, MARA, SME Bank dan sebagainya dan mendapat subsidi daripada kerajaan, tetapi masih tidak mampu untuk meningkatkan perniagaan mereka. Masih tidak mampu bersaing dengan usahawan bukan bumiputera dalam negara kita sendiri. Inikan pula nak bersaing dengan pasaran antarabangsa.

Saya nak tanya, peruntukan sebanyak RM5.89 juta untuk tahun 2023, apakah langkah segera kementerian untuk membantu syarikat-syarikat tempatan khasnya melibatkan usahawan bumiputera untuk mendepani cabaran perniagaan akibat ratifikasi CPTPP ini? Nyatakan pelan pembangunan usahawan bumiputera yang dirangka oleh kementerian untuk tahun 2025. Sekurang-kurangnya, ia dapat mengurangkan bilangan syarikat bumiputera agar tidak gulung tikar. Realiti sekarang, kesukaran untuk mendapatkan pembiayaan, kekurangan pengetahuan dan pengalaman menjadi punca usahawan Malaysia tidak berani menceburi bidang berteknologi tinggi. Soalan saya, apakah langkah jangka panjang kementerian untuk melahirkan teknousahawan di peringkat global?

Kod 030000 - Pembangunan Koperasi, Butiran 030100 - Pengurusan Koperasi...

draft • 5:55 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Jerlun.

draft • 5:55 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Peruntukan dikurangkan daripada RM3.068 juta, Belanjawan 2024...

draft • 5:55 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Jerlun, boleh sikit Sik mencelah?

draft • 5:55 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Ya, ya, sila.

draft • 5:55 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Mohon untuk kita memberi ataupun kementerian melihat isu usahawan dan juga pengangguran belia yang nampak tidak seimbang. Dilapor dalam Dewan kita oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, lebih 300,000 belia-belia kita yang berhadapan dengan pengangguran.

draft • 5:55 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Jadi adakah Yang Berhormat Jerlun setuju untuk kementerian melihat ataupun memperluaskan program-program yang sedia ada dan termasuk pemain MYStartup dan Siswazah Tani di bawah Kementerian Koperasi ini untuk dikembangkan dan menyediakan

draft • 6:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

geran yang lebih besar untuk usahawan-usahawan muda kita ini memulakan perniagaan mereka. Terima kasih.

draft • 6:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Setuju dengan pandangan Sik dan mohon dimasukkan menjadi sebahagian daripada ucapan saya.

Peruntukan dikurangkan daripada RM3.068 juta Belanjawan 2024 kepada RM2.923 juta bagi Belanjawan 2025. Salah satu masalah yang melibatkan koperasi terutamanya Koperasi Bumiputera ialah aspek pengurusan yang berkesan. Antaranya, sebahagian koperasi menghadapi cabaran dalam menguruskan kewangan koperasi dan operasi secara cekap.

Tidak semua pengurusan koperasi memiliki kecekapan profesional atau pengetahuan yang mencukupi dalam bidang perniagaan dan kewangan. Kurangnya pelaksanaan amalan tadbir urus korporat yang baik, boleh membawa kepada ketirisan, penyelewengan dan konflik dalaman.

Dalam hal ini, saya ingin mencadangkan kepada kementerian:

(i) menyediakan lebih banyak program latihan dan kursus kepada pengurusan dan ahli koperasi;

(ii) meningkatkan penggunaan teknologi digital dalam operasi dan pemasaran koperasi;

(iii) menguatkan amalan tadbir urus koperasi dengan pemantauan yang lebih ketat;

(iv) memperkukuhkan kerjasama antara koperasi kerajaan dan sektor swasta; dan

(v) memperkenalkan model koperasi yang lebih dinamik dan inovatif untuk menarik minat golongan muda.

Akhirnya, berkaitan golongan muda. Mereka kurang berminat untuk terlibat dalam koperasi sebagai penggerak koperasi yang berdaya maju tetapi hanya menjadi ahli yang pasif, tidak menyertai Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi, tidak menyertai kursus dan latihan yang dianjurkan oleh Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan hanya menyimpan syer sekadar untuk mendapat dividen sahaja.

Oleh itu, saya mencadangkan agar pendekatan baharu perlu dilakukan oleh kementerian agar generasi muda kembali aktif dan setiap program yang disediakan oleh kementerian biarlah menarik hati dan relevan dengan aspirasi orang muda. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 6:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Seterusnya Yang Berhormat Maran.

draft • 6:00 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Terima kasih Dato’ Pengerusi.

Izinkan saya untuk membahaskan Bajet Jawatankuasa Kementerian Pembangunan

draft • 6:03 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Usahawan dan Koperasi yang mendapat RM815,136,000 dengan peningkatan sebanyak RM33.57 juta.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Kementerian juga telah meletakkan sasaran nilai pendapatan sektor koperasi sehingga RM70.88 bilion peningkatan hingga 47.6 peratus berbanding nilai sebenar pada tahun 2023. Saya ingin tahu sehingga kini, berapakah peratus nilai pendapatan sektor koperasi yang berjaya dicapai berbanding sasaran pada tahun 2024 iaitu RM67.5 bilion.

Butiran 010100 dan 010300 – Pengurusan Am dan Teknologi Maklumat. Bagi kedua- dua butiran ini, berlaku peningkatan peruntukan sehingga RM1.46 juta. Namun begitu, sasaran bagi tahun 2025 terhadap Indeks Kepuasan Pelanggan bukan sahaja sama seperti tahun 2024 iaitu 95 peratus bahkan ia dilihat mengundur ke belakang apabila pencapaian sebenar pada tahun 2023 adalah 97.1 peratus.

Apakah faktor utama dalam penentuan sasaran ini? Saya juga ingin mencadangkan agar kementerian dapat mempergiatkan lagi sistem pengaduan melalui digitalisasi supaya ia akan memudahkan kedua-dua pihak iaitu pengguna untuk memberikan laporan dan kementerian sebagai pihak untuk menyelesaikan secara efektif.

Dato’ Pengerusi, saya pergi kepada butiran lain iaitu Butiran 020500 – SME Corp.

Perbadanan Pengurusan Kecil dan Sederhana Malaysia ini merupakan antara pihak yang menerima pertambahan peruntukan tertinggi sebanyak 13 peratus bersamaan dengan RM5.38 juta.

Apakah mekanisme audit yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan terhadap SME Corp. ini dan dalam memastikan sejumlah peruntukan RM45.98 juta yang diperuntukkan ini sampai kepada PMKS yang sepatutnya?

Saya juga mencadangkan agar diwujudkan pelaporan secara berkala terhadap penggunaan dana ini yang sepatutnya dimanfaatkan oleh semua PMKS di negara kita.

Dato’ Pengerusi, Butiran 030100 – Pengurusan Koperasi. Suka untuk saya mencadangkan agar kementerian dapat membentangkan laporan secara ringkas dan tuntas.

Sejauh manakah pencapaian pelaksanaan Dasar Koperasi Malaysia 2030. Apakah halangan dan cabaran utama dalam pelaksanaan dasar ini? Adakah negara kita masih on track dengan izin dalam pembangunan koperasi?

Apakah faktor yang menyebabkan penurunan sasaran bagi tahun 2025 terhadap peratus pemulihan koperasi yang tidak aktif iaitu hanya sebanyak dua peratus sama seperti sasaran 2024 sedangkan pencapaian sebenar bagi komponen ini pada tahun 2023 adalah 5.5 peratus? Sedangkan dalam masa yang sama kementerian menetapkan peningkatan nilai pendapatan sektor koperasi hingga hampir 50 peratus.

Di kesempatan ini juga, saya berhasrat untuk mendapatkan maklumat berkenaan bilangan koperasi dan jumlah pendapatan koperasi negeri bagi tahun 2022 sehingga 2034.

Saya juga ingin tahu berapakah bilangan koperasi di seluruh negara sekarang ini? Berapakah nilai harta koperasi di seluruh negara? Berapakah jumlah koperasi di seluruh negara yang

draft • 6:03 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

berjaya dan berdaya saing dan jumlah koperasi yang tidak berjaya atau tidak menguntungkan ahli?

Apakah di antara langkah-langkah komprehensif yang diambil oleh kementerian dalam mengatasi masalah-masalah dihadapi oleh koperasi-koperasi yang bermasalah?

Adakah antara masalah-masalah ini telah pun dikenal pasti?

Dato’ Pengerusi, Butiran 030200, 030300 – SKM dan IKMa. Apakah respons kementerian terhadap cadangan untuk menghubungkan kedua-dua institusi ini iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Institut Koperasi Malaysia?

Bukan sahaja peruntukan pada tahun 2025 bagi kedua-dua institusi ini meningkat sehingga RM3.84 juta, bahkan skop kerja keduanya ialah hampir sama dan kalau boleh disamakan. Bahkan ia selari dengan konsep penjimatan Kerajaan Madani untuk mengurangkan perbelanjaan supaya dapat disalurkan kepada tempat yang lebih sesuai.

Dato’ Pengerusi, akhirnya ialah Butiran 19530 – Program Peningkatan dan Pembangunan PKS. Butiran 00607 – Pelan Induk PKS. Mohon pihak kementerian menyatakan apakah perincian bagi kedua-dua butiran ini.

Hal ini kerana bagi tahun 2025, terdapat peningkatan peruntukan lebih 100 peratus bagi keduanya iaitu RM1.2 juta kepada RM5.1 juta bagi program peningkatan dan pengeluaran PKS. Manakala, butiran pelan induk PKS meningkat daripada RM12.9 juta kepada RM25.1 juta.

Yang lebih utama Dato’ Pengerusi, sejauh manakah manfaat yang bakal diterima oleh para usahawan dari peningkatan ini? Saya juga berharap supaya kementerian betul- betul memilih PKS-PKS yang disalurkan peruntukan ini dan bukan sekadar mencapai prestasi kewangan dengan menghabiskan peruntukan yang disediakan oleh kerajaan tetapi di hadapan menunggu kegagalan bagi PKS-PKS tersebut. Terima kasih Dato’ Pengerusi.

draft • 6:03 PM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Maran. Sila seterusnya Yang Berhormat Bukit Bendera.

draft • 6:03 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih Dato’ Pengerusi. Merujuk kepada Butiran 20000 – mengenai Perkhidmatan dan Bekalan. Jadi saya ingin bangkitkan satu isu sahaja iaitu isu mengenai UDA Holdings Berhad. Satu GLC yang berada di bawah Kementerian KUSKOP.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas kesudian melawat UDA pada 26 September 2023, selepas saya telah membangkitkan beberapa isu berkaitan Flat Tanjung Tokong.

Jadi berikutan dengan lawatan tersebut, secara dasarnya Yang Berhormat Menteri telah bersetuju mempertimbangkan peruntukan.

draft • 6:09 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Apa-apa pun pihak UDA telah pun menulis surat permohonan bertarikh 10 Oktober 2023 untuk memohon peruntukan untuk kerja-kerja membaik pulih dan juga menaik taraf perumahan UDA Fasa 1, 2 dan 3 serta kemudahan awam di sekitarnya. Dukacitanya, tiada sebarang kelulusan diberikan pada tahun 2024.

Jadi, sebagai Ahli Parlimen Bukit Bendera yang pegang teguh mempercayai prinsip demokrasi sosial, sudah tentu tanggungjawab kitalah untuk membangkitkan isu yang seolah- olah tiada penghujungnya. Jadi, setiap tahun berlalu, keadaan flat-flat ini semakin merosot dan akan menjadi lebih daif jika tiada tindakan diambil. Saya pasti Ahli Parlimen yang dok belah sini mahupun yang dok belah sana pun turut menghadapi isu-isu yang agak sama di kawasan masing-masing.

Jadi flat Tanjong Tokong Fasa 1 siap dibina tahun 1980 terdiri daripada 96 unit. Fasa 2 pula siap pada tahun 1985 sebanyak 330 unit. Manakala fasa 3 siap pada tahun 1987 menambah lagi 210 unit. Jadi, keseluruhannya terdapat 636 unit yang dibina di kawasan ini.

Ada juga 10 blok kediaman, kedai dan sebagainya. Jadi, asalnya perumahan ini adalah berstatus rumah ganti rumah ataupun rumah transit.

Menurut pembentangan oleh pihak UDA semasa lawatan tersebut, terdapat juga usaha untuk menubuhkan Perbadanan Pengurusan ataupun JMB di flat UDA. Namun, Mesyuarat Agung Penubuhan Perbadanan Pengurusan tidak berjaya kerana tiada penduduk yang sukarela menjadi ahli jawatankuasa, berikutan liabiliti yang agak tinggi serta keadaan bangunan yang semakin uzur. Jadi, inilah merupakan halangan yang besar yang perlu diselesaikan dahulu sebelum bangunan ini diserahkan dalam keadaan yang elok untuk penduduk-penduduk untuk uruskan.

Jadi justeru itu, saya harapkan peruntukan tahun ini untuk menyelesaikan masalah- masalah yang dapat dimasukkan dalam butiran pembangunan atau mana-mana butiran penyelenggaraan.

Jadi, berikut adalah senarai yang telah dipohon pada tahun Oktober 2023 yang memerlukan perhatian segera iaitu penukaran dua unit lif, penggantian tangki air dan sistem paip, sistem pencegahan kebakaran, pembaikan genset, menggantikan paip najis dan sebagainya, pendawaian semula untuk bangunan fasa 1, 2 dan 3 dan juga pembaikan bagi bangunan am dan seterusnya. Jadi, anggaran kos pembaikan keseluruhan ini adalah sebanyak RM6.5 juta. Jadi, angka ini saya tak petik atas angin tetapi inilah angka yang diberikan oleh pihak UDA.

Jadi, inilah satu perbelanjaan yang besar. Tetapi sangat diperlukan untuk menangani kerosakan dan juga yang pentingnya untuk memastikan keselamatan penduduk. Jadi, baru- baru ini UDA Holdings Berhad telah diberikan peruntukan sebanyak RM200 juta untuk fokus, untuk pembangunan perumahan mampu milik di tanah di atas tanah wakaf.

Saya memuji inisiatif ini tetapi saya juga ingin bertanya. Mengapa tiada peruntukan diberikan untuk menyelenggara bangunan yang sedia ada. Jadi, perumahan adalah hak asasi setiap rakyat. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, adalah kewajipan kita untuk

draft • 6:10 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa untuk keluarga kita, untuk penduduk.

Jadi, flat Tanjong Tokong bukan sekadar bangunan, ia adalah rumah kepada ratusan keluarga yang berharap agar kerajaan mendengar rintihan mereka.

Jadi, saya merayu kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Yang Berhormat Menteri untuk mengambil tindakan segera. Jangan biarkan masalah ini berlarutan sehingga menjejaskan nyawa dan kesejahteraan rakyat. Jadi, marilah kita bersama-sama mencari satu solusi yang terbaik untuk kepentingan rakyat yang kita wakili. Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

draft • 6:10 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Seterusnya Yang Berhormat Labuan.

draft • 6:10 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Terima kasih Dato’ Pengerusi, terima kasih juga kerana bagi saya peluang untuk turut serta membahaskan peringkat Jawatankuasa Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi.

Saya ingin merujuk kepada Butiran 030000 – Pembangunan Koperasi. Pada Belanjawan 2025, sebanyak RM101,517,900 diperuntukkan untuk pembangunan koperasi berbanding tahun 2024 di mana hanya RM97,925,700 diperuntukkan. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana gigih berusaha menggalakkan penubuhan koperasi di setiap Parlimen dan DUN di Semenanjung, Sabah, Sarawak dan juga tidak ketinggalan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Semasa lawatan kerja Yang Berhormat Menteri ke Labuan beberapa bulan yang lalu, YB Menteri dalam ucapan beliau menjelaskan dengan begitu mudah untuk difahami tentang kebaikan berniaga berlandaskan konsep berkoperasi. Begitu juga peranan koperasi dalam memperkasakan ekonomi bumiputera dan peluang-peluang serta insentif yang ditawarkan bila memilih koperasi sebagai wadah peniagaan secara berkumpulan atau secara kelompok keluarga.

Kesungguhan YB Menteri ke arah mencapai visi menjadikan Malaysia sebuah negara keusahawanan unggul serta mencapai misi mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif bagi menyokong pembangunan sosioekonomi negara yang inklusif seimbang dan mampan, wajib dihargai oleh warga usahawan koperasi dan usahawan koperasi keluarga di negara ini. Soalan saya, apakah pencapaian dan keberkesanan program-program usahawan-usahawan dan koperasi keluarga Malaysia sepanjang tempoh tahun 2023 dan 2024.

Saya juga ingin merujuk kepada Butiran 020000 – Pembangunan Usahawan.

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM69,883,800 pada Belanjawan 2024, pada Belanjawan 2025 naik kepada RM74,887,900, terdapat sedikit peningkatan. Soalan saya, sejauh manakah dana modal usahawan telah mencapai objektifnya?

Saya juga melihat TEKUN diberikan peruntukan yang sama banyaknya seperti Belanjawan 2024 iaitu RM330 juta. Kenapakah tidak ada peruntukan tambahan kepada

draft • 6:14 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

TEKUN sedangkan TEKUN telah membuktikan kemampuannya sebagai agensi yang membantu usahawan-usahawan mikro, penjaja-penjaja PKS di luar bandar, khususnya di Wilayah Sabah dan Sarawak. Soalan saya, sejauh manakah kejayaan TEKUN dalam membantu usahawan mikro, kecil dan sederhana ke arah perniagaan yang berdaya saing atau ke arah perniagaan francais.

Selain daripada itu, saya juga ingin merujuk kepada Butiran 50000 – Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS). Peruntukan tahun 2025 diberikan sama banyaknya seperti peruntukan 2024 iaitu RM6 juta. Melihat kepada peranan PERNAS yang lebih menyerlah dalam melahirkan usahawan francais, maka saya ingin bertanya, sejauh manakah pencapaian PERNAS yang meletakkan sasaran melahirkan 5,000 usahawan francais bermula 2021 hingga 2025 telah dicapai.

Setakat Oktober 2024, berapa ribu yang sudah dilahirkan sebagai usahawan francais dari target 5,000 usahawan yang disasarkan. Saya juga ingin bertanya pencapaian prestasi kewangan atau keuntungan yang dicatatkan oleh PERNAS pada tahun kewangan tahun 2022 dan 2023. Sebagai orang yang pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah PERNAS, hampir kesemua anak syarikat PERNAS mengalami kerugian ataupun hanya menyumbang keuntungan yang sangat sedikit.

Saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri KUSKOP. Pencarian Gloria Jean's Coffees yang dimiliki 100 peratus oleh PERNAS. Mengapakah francais ini ketinggalan jauh di belakang produk baharu seperti ZUS Coffee di mana seperti di KLIA ZUS Coffee lebih besar berbanding Gloria Jean’s. Sedangkan dari segi kemampuan bersaing Gloria Jean's jauh lebih ke depan.

draft • 6:14 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Terakhir, saya tertarik dengan Program Projek Pembangunan Premis Tamu Desa dalam Belanjawan 2025. Program Tamu Desa yang didukung sepenuhnya oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang dilaksanakan buat kali pertama pada tahun 2024 dilihat telah banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada penjaja-penjaja dan peniaga-peniaga kecil khususnya di luar bandar di Wilayah Sabah dan Sarawak dan juga Semenanjung.

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana begitu prihatin kepada masyarakat luar bandar.

Soalan saya. Apakah Kerajaan MADANI, setelah mengambil kira kejayaan Program Tamu Desa ini, akan menambah peruntukan Tamu Desa ini dari RM20 juta kepada RM40 juta? Saya berharap ia akan ditambah atau dinaikkan, atau paling tidak jumlah peruntukan RM20 juta tersebut tidak dikurangkan.

Mewakili kepentingan warga penjaja-penjaja dan peniaga-peniaga kecil di Wilayah Persekutuan Labuan, saya secara rasminya memohon kepada YB Menteri KUSKOP agar Labuan juga diberikan peruntukan untuk membangunkan Projek Premis Tamu Desa ini. Soal tapak, insya-Allah, saya akan meminta kerjasama dan bantuan daripada Perbadanan Labuan untuk merealisasikan dan menjayakan hasrat warga penjaja-penjaja dan peniaga-peniaga kecil Labuan untuk memiliki Tamu Desa.

draft • 6:20 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Dengan kenyataan tersebut, saya dengan ini menyokong. Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 6:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Labuan. Seterusnya Yang Berhormat Sungai Siput.

draft • 6:20 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai siput

Terima kasih Tuan Pengerusi, mengizinkan Sungai Siput turut serta bahas peringkat Jawatankuasa Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Tuan Pengerusi, saya merujuk Butiran 30000 – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) yang telah diperuntukkan sebanyak RM330 juta. Tahniah dan syabas kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang telah mengusahakan pelbagai inisiatif khas untuk komuniti India iaitu SPUMI di Goes, di bawah TEKUN sebanyak RM30 juta, RM50 juta melalui Amanah Ikhtiar Malaysia untuk program PENN, RM6 juta program I- BAP di bawah SME Corp. dan RM50 juta untuk BRIEF-i melalui Bank Rakyat.

Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri KUSKOP yang telah mengilhamkan dan mengusahakan inisiatif-inisiatif baharu demi menjamin harapan komuniti India. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia juga telah memuji tindakan KUSKOP untuk membantu komuniti India baru-baru ini dan telah meminta kementerian untuk memperbanyakkan lagi inisiatif untuk komuniti India.

Saya berharap untuk tahun depan, lebih banyak inisiatif-inisiatif dapat diusahakan bagi tahun 2025.

Tuan Pengerusi, saya ingin nak tanya jumlah usahawan yang mendapat pinjaman TEKUN bagi tahun 2024. Nyatakan status terkini jumlah pinjaman dan jumlah penerima pinjaman yang gagal...

draft • 6:21 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Minta laluan, Yang Berhormat.

draft • 6:21 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai siput

...Membayar balik pinjaman...

draft • 6:21 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, minta laluan

draft • 6:21 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai siput

...Mengikut tempoh yang ditetapkan. Apakah tindakan pihak kementerian untuk mengutip balik pinjaman kepada mereka yang telah tidak langsung mahu membayar hutang?

draft • 6:21 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sungai Siput.

draft • 6:21 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai siput

Juga, saya ingin tanya status cawangan pejabat TEKUN di Sungai Siput yang telah ditutup pada tahun 2018 dan saya ingin tanya status permohonan saya untuk membuka semula cawangan pejabat TEKUN di Sungai Siput.

Seterusnya, Tuan Pengerusi...

draft • 6:21 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sungai Siput.

draft • 6:21 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai siput

...Saya merujuk Butiran 50000 – Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), di mana PERNAS diberi mandat untuk menerajui

draft • 6:21 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai siput

pembangunan industri francais di Malaysia. Jadi, saya ingin nak tanya jumlah usahawan francais bagi tahun 2024 dan jumlah yang disasarkan usahawan francais bagi tahun 2025.

Sila, Jelutong.

draft • 6:21 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih, Sungai Siput.

Saya dengar apa yang dinyatakan oleh Sungai Siput tadi. Adakah Yang Berhormat Sungai Siput bersetuju bahawa langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian KUSKOP jauh lebih banyak kalau dibandingkan dengan kerajaan sebelum ini semasa pemerintahan di bawah Yang Berhormat Pagoh?

draft • 6:21 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai siput

Ya. Saya amat setuju dengan pandangan Jelutong, di mana KUSKOP di bawah kepimpinan Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri di bawah Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri jauh lebih baik daripada kerajaan terdahulu.

draft • 6:21 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Setuju. Go, go, go.

draft • 6:21 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai siput

Sekian, terima kasih, Tuan Pengerusi.

draft • 6:21 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Pembahas yang terakhir. Yang Berhormat Pendang.

draft • 6:21 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya ingat sarkas mana sat tadi.

Terkejut saya.

draft • 6:26 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Teruskan, Yang Berhormat.

draft • 6:26 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Dato’ Pengerusi. Saya atas peluang yang diberi kepada saya ini, Dato’ Pengerusi, atas ruang dan peluang yang diberikan untuk saya berbahas peringkat Jawatankuasa KUSKOP pada hari ini.

Saya menyentuh B.26 Butiran 030000, iaitu peruntukan bagi pembangunan koperasi.

Sebanyak RM101.5 juta pada 2025 berbanding dengan RM97.9 juta pada tahun 2024.

Merujuk pada butiran tersebut, saya ingin tahu, apakah status terkini pencapaian Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKom) 2021-2025 serta inisiatif dan program yang telah dijalankan sehingga kini?

Seterusnya, apakah usaha yang KUSKOP telah buat untuk memperkasa agensi seperti Institut Koperasi Malaysia dalam merancakkan pertumbuhan gerakan koperasi agar ia terus kekal dan berdaya maju, lantas melonjakkan aktiviti keusahawanan sejajar dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030? Sepertimana Bank Rakyat, bermula daripada koperasi.

Dalam konteks butiran yang sama, apakah penambahbaikan dari segi memudahkan cara permohonan koperasi yang dilaksanakan bagi yang membuat permohonan pembiayaan buat pertama kali? Adakah terdapat juga engagement atau usaha untuk meningkatkan

draft • 6:26 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

jaringan kerjasama dengan bank koperasi Islam seperti Bank Rakyat sebagai usaha memperluas program pembangunan kapasiti koperasi dan usahawan melalui penyediaan insentif pembiayaan dan khidmat nasihat?

Saya juga ingin mendapatkan perincian berkenaan pembiayaan dana tabung modal pusingan (TMP) bagi membantu para koperasi dalam bidang agromakanan dan pertanian bagi meningkatkan pengeluaran komoditi masing-masing melalui kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Sekurang-kurangnya, ia mampu menjadi multiprong ataupun catalyzer ataupun catalyst, dengan izin, serampang banyak mata yang menjadi pemangkin industri pertanian dan sektor agromakanan, membawa faedah kepada koperasi memberikan pendapatan tinggi.

Saya nak menyentuh juga P.26 Butiran 04004, iaitu peruntukan bagi pembangunan keusahawanan dan pembangunan francais. Terdapat penurunan peruntukan kepada RM2.7 juta bagi tahun 2025, berbanding anggaran untuk tahun 2024 sebanyak RM4 juta. Apakah pelan terkini KUSKOP terhadap pembangunan Dasar Pembangunan Usahawan Francais Nasional 2030 untuk memperkasakan ekosistem keusahawanan francais di seluruh negara serta garis masa pelaksanaannya?

Dalam masa yang sama juga, sejauh manakah keberhasilan pemusatan ekosistem francais melalui aspek tadbir urus dan kawal selia industri francais di bawah Akta Francais 1998 melalui KUSKOP serta jumlah inisiatif pembiayaan dan latihan yang telah disalurkan kepada usahawan francais.

draft • 6:26 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya menyentuh juga P.26, 90000 – Peruntukan bagi Skim Latihan Siswazah sebanyak RM5 juta pada 2025 berbanding RM7.3 juta pada 2024. Terdapat penurun peruntukan pembangunan sekitar RM2.3 juta bagi tahun 2025. Saya ingin penjelasan, apakah langkah proaktif yang telah diambil dalam usaha membantu mempercepatkan transisi graduan ke peringkat industri. Menerusi program tersebut seperti mana Professional Training and Education for Growing Enterpreneurs (PROTEGE) dengan kerjasama institusi pendidikan yang menawarkan kursus kemahiran dan latihan profesional.

Adakah ada satu twin program dengan sistem TVET negara ataupun Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan yang di bawah KESUMA? Selain itu, apakah mekanisme atau panduan yang digunakan bagi memantau progress atau perkembangan setiap pelajar yang menyertai program tersebut. Seterusnya sejauh manakah penekanan khusus diberi terhadap aspek bimbingan (mentorship) untuk memastikan setiap graduan dilengkapi dengan set kemahiran yang bersesuaian mengikut keperluan industri.

Saya yang terakhir Dato’ Pengerusi. Saya dapati sekarang board of director (BOD) di mana anak syarikat atau syarikat yang bermula dengan koperasi dan akhirnya menjadi sebuah badan ekonomi yang besar sepertimana Bank Rakyat, saya hendak minta pandangan kenapa kita meletakkan orang-orang politik sebagai board of director kerana ini badan pemangkin ekonomi. Sepatutnya kita meletakkan mereka yang kompeten,

draft • 6:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

berkebolehan dalam bidang bagaimana nak menguruskan wang negara dan juga ekonomi negara.

Sebab rekod, telah jelas orang-orang politik diletakkan sebagai BOD ini banyak terpalit dengan isu salah guna kuasa, komisen dan juga rasuah. Seperti mana rekod-rekod yang sedang berlaku yang sedang kita hadapi, yang ada di kes mahkamah dan juga sebagainya.

Jadi, saya hendak minta penjelasan bagaimana tatakelola ataupun urus tadbir yang hendak dibuat reformasi menjadi refor-basi ataupun refor-mati. Jadi, saya mintalah kalau itu jangan sebut lagi reformasi pentadbiran dalam semua urusan kerajaan kalau meletakkan orang-orang politik dalam board of director syarikat-syarikat yang besar, yang kita sedang urus untuk pulihkan ekonomi...

draft • 6:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat...

draft • 6:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

...Di mana menghadapi satu tindakan...

draft • 6:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Pendang.

Butiran yang mana Yang Berhormat? Perkara ini bawah Butiran mana?

draft • 6:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ini saya sebut ini.

draft • 6:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Butiran mana Yang Berhormat?

draft • 6:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Butiran P.26, 90000 Dato’ Pengerusi.

You tengok situ. 90000.

draft • 6:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ya lah, Butiran mana Yang Berhormat?

draft • 6:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya hendak sebut apa lagi saya dah sebut dah Butiran mana.

draft • 6:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ya Butiran mana?

draft • 6:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Butiran P.26, 90000.

draft • 6:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Butiran tersebut membawa maksud apa Yang Berhormat?

draft • 6:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dia relate. Dia ada kaitan.

draft • 6:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ya. Sebut Yang Berhormat apa.

draft • 6:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ini tadi, sebut tadi mentorship, memastikan graduan.

[Dicelah] Jelutong diam lah! Ini bukan masa hang. Masa aku. Diam lah.

Macam beruk lagi.

draft • 6:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey, Yang Berhormat, okey.

draft • 6:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey baik terima kasih. Saya ucap terima kasih kepada semua. Okey baik.

draft • 6:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menjemput Yang Berhormat

draft • 6:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Menteri untuk menjawab, sebagai panduan Yang Berhormat Menteri bolehlah menjawab isu- isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat yang sedang berada di dalam Dewan.

Manakala Ahli Yang Berhormat yang tiada di dalam Dewan akan diberikan jawapan secara bertulis. Jawapan bertulis Yang Berhormat Menteri perlu diberikan dalam tempoh lima hari kepada Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan. Boleh Yang Berhormat Menteri? Sila Yang Berhormat Menteri menjawab selama 20 minit.

draft • 6:30 PM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

Terima kasih Tuan Speaker. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah diperuntukkan sebanyak RM815.1 juta di bawah Belanjawan 2025 yang mencakupi RM551.9 juta bagi Perbelanjaan Pembangunan dan RM263.2 juta bagi Perbelanjaan Mengurus.

Walaupun dengan peruntukan yang terhad dan mungkin pada pandangan sebahagian Ahli-ahli Yang Berhormat jumlah ini agak kecil, kementerian saya akan terus komited dalam membantu para usahawan dan koperasi untuk memulakan ataupun mengembangkan perniagaan mereka. Ini dapat dibuktikan melalui pembiayaan sebanyak RM9.53 bilion kepada seramai 328,790 orang usahawan PMKS dan koperasi sepanjang tahun 2023 oleh agensi-agensi KUSKOP.

Selain itu, KUSKOP juga telah membangunkan beberapa dokumen khusus ke arah memperkasakan ekosistem pembangunan usahawan dan koperasi melalui Pelan Strategik PMKS 2030, Dasar Koperasi Negara 2030, Dasar Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil Negara 2030 yang baru dilancarkan pada awal bulan ini dan yang akan datang kita juga akan melancarkan ataupun akan membentangkan kepada Jemaah Menteri Dasar Francais Negara.

Seterusnya, saya ingin menzahirkan penghargaan saya kepada 11 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa ini dan PMKS, usahawan-usahawan dan koperasi di kawasan Ahli-ahli Yang Berhormat bertuah kerana Ahli-ahli Yang Berhormat menunjukkan komitmen besar dalam mengangkat nasib dan juga menyatakan mengemukakan banyak pandangan, teguran, cadangan kepada kerajaan yang ditujukan kepada kementerian.

Tuan Speaker, sebagai makluman sepertimana Ahli-ahli yang maklum dalam Belanjawan MADANI ini, sejumlah RM40 bilion disediakan untuk pelbagai skim bantuan dan juga jaminan pembiayaan yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan.

Jika dibandingkan dengan peruntukan yang akan disalurkan kepada kementerian, itu jumlah jauh sekali perbezaannya. Tetapi itulah kita mempunyai platform Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan untuk menyelaras RM40 bilion ini yang mana pelbagai skim dilaksanakan oleh kementerian-kementerian dan agensi di bawah kementerian-kementerian ini.

draft • 6:34 PM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

Kita juga telah menubuhkan sekretariat MPUPK yang akan bermesyuarat ataupun bermesyuarat hampir setiap bulan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri I selaku Pengerusi untuk kita menyelaras semua ini. Inilah termasuk juga keanggotaan KUSKOP dalam Majlis TVET Negara. Antara lainnya bertujuan untuk kita membangunkan atau memberi pandangan bagaimana kita dapat membangunkan usahawan TVET negara kita.

Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat tadi menyentuh tentang banyak Butiran daripada 010100, 010300, 020100, 020200, 020300, 020400, 030100, 030200, 030300. Ini adalah Perbelanjaan Mengurus. Bererti ia digunakan untuk emolumen dan Perbelanjaan Mengurus. Bukan digunakan untuk pembangunan ataupun pembiayaan kepada usahawan PMKS. Oleh sebab itu, saya tidak dapat memberi respons kepada perbahasan yang menyebut tentang kod ini seolah-olah kod ini adalah satu peruntukan pembangunan.

Saya ingin jelaskan bahawa kod-kod yang disebutkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tadi adalah digunakan untuk tujuan emolumen. Pun begitu, saya menghargai banyak pandangan, terutama yang meminta data-data saya mohon izin Tuan Speaker, kalau berkenaan dengan data ini saya akan bekalkan, beri secara bertulis kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat meminta mengikut negeri, jumlah pembiayaan, penerima pembiayaan daripada pelbagai agensi sama ada TEKUN Nasional ataupun Suruhanjaya Koperasi Malaysia, INSKEN ataupun agensi-agensi lain termasuk SME Corp. Termasuk mengikut kawasan yang diminta.

Yang ini saya akan berikan secara bertulis untuk memastikan Ahli-ahli Yang Berhormat mendapat data yang lebih details. Boleh juga merujuk kepada jawapan-jawapan yang telah saya berikan dalam soalan-soalan lisan ataupun soalan-soalan Parlimen sebelum ini.

Tuan Speaker...

draft • 6:34 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tuan Pengerusi Yang Berhormat Menteri.

draft • 6:34 PM

Datuk Ewon Benedick

Ya.

draft • 6:34 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Address.

draft • 6:34 PM

Datuk Ewon Benedick

Tuan Pengerusi, berkait dengan isu perkara yang dibangkitkan tentang Program Pembangunan Halal. Ini merupakan satu tambahan peruntukan yang disalurkan kepada kementerian. Bererti, ada komitmen besar Kerajaan MADANI untuk terus membantu usahawan-usahawan dalam sektor industri halal negara kita.

Kita mempunyai beberapa skim bantuan.

Pertamanya, untuk membantu usahawan-usahawan mendapatkan persijilan halal.

Kita ada geran sehingga RM10,000. Begitu juga dengan geran untuk membantu mereka membuat packaging yang lebih baik. Itu sehingga RM30,000 dan juga geran untuk ke mengembangkan perniagaan mereka. Kita menyediakan geran sehingga RM200,000 di

draft • 6:40 PM

Datuk Ewon Benedick

bawah Program Pembangunan Usahawan Halal ini. Yang paling ketara peningkatan adalah untuk kita mengantarabangsakan usahawan-usahawan kita.

Sama ada di bawah SME Corp. untuk Program SMEs Go Global ataupun di bawah SME Bank iaitu SME Eksport Program, Business Exports Programme dan termasuklah juga program di bawah Pengantarabangsaan Usahawan Halal. Itu juga berlaku penambahan peruntukan dan saya percaya kita sama-sama peringatkan kepada usahawan-usahawan di kawasan masing-masing memohon persijilan halal.

Saya tahu ianya satu isu yang berasingan. Sebab itu kementerian saya akan bekerjasama antaranya dengan kerajaan negeri ataupun pihak berkuasa negeri ataupun agensi-agensi yang bersesuaian untuk kita memperbanyakkan program kesedaran persijilan halal kerana inilah yang diperlukan untuk mereka mengakses kepada skim-skim yang telah saya nyatakan tadi. Termasuklah membawa usahawan-usahawan kita ini ke program ekspo antarabangsa antara lainnya.

draft • 6:40 PM

Seorang Ahli

Terima kasih Menteri.

draft • 6:40 PM

Datuk Ewon Benedick

Begitu juga dengan sektor francais. Begitu banyak yang disebut tadi. Selepas pemindahan fungsi francais daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri ke kementerian pada awal tahun ini, saya ingin nyatakan di sini bahawa semua fungsi francais sudah dipusatkan di KUSKOP.

Susulan daripada itu, sepertimana saya nyatakan tadi, kita akan mengangkat kepada Jemaah Menteri cadangan Dasar Francais Negara dan mudah-mudahan dengan sokongan semua anggota Jemaah Menteri, kita akan lancarkan sebagai satu panduan dan juga hala tuju pembangunan francais di negara kita. Dengan itu dengan adanya dasar ini, ia dapat memandu kita memacu pembangunan francais kita.

Saya ambil serius pandangan yang disampaikan oleh beberapa hal Ahli Yang Berhormat, termasuk untuk kita membuat siasatan-siasatan kepada aduan-aduan sepertimana yang telah disampaikan tadi, dinyatakan tadi. Sekiranya ada kes-kes spesifik ini, minta sampaikan kepada saya secara terus supaya saya dapat buat siasatan dan ambil tindakan yang sewajarnya.

Begitu juga di bawah KUSKOP ini kita ada PERNAS, agensi kita yang membangunkan usahawan-usahawan pra francais dan juga pra francaisi ini, di bawah Program Business In Transformation. Manakala daripada program yang disebutkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat tadi, kita bekerjasama dengan Malaysian Franchise Association, di bawah Program EFDP untuk membawa syarikat-syarikat francais kita ini menyertai ekspo-ekspo francais antarabangsa termasuk yang sedang berlangsung di Dubai sekarang, di MIHAS.

Ini antara lain kerjasama sinergi yang kita laksanakan dan mudah-mudahan dengan adanya Dasar Francais Negara kelak, kita dapat membentuk satu sinergi yang lebih baik lagi.

Saya ingin sahkan dan ingin nyatakan komitmen saya dan kementerian untuk menangani aduan-aduan terkait dengan usahawan-usahawan francais dan minta Yang Berhormat terus

draft • 6:40 PM

Datuk Ewon Benedick

berkomunikasi dengan pejabat saya atau kementerian saya untuk mendapatkan maklum balas aduan-aduan yang telah dinyatakan tadi.

KOPERASI, setakat 2023 kita sebenarnya telah mempunyai sasaran dalam Dasar Koperasi Negara. Setakat 2023, kita sudah mencapai lebih awal pencapaian ini. Di mana gerakan koperasi negara telah mencapai RM64.56 bilion perolehan berbanding dengan sasaran awal kita RM60 bilion menjelang 2025. Itu sudah dicapai oleh gerakan koperasi tahun 2023.

Ertinya ada pencapaian yang cukup cemerlang oleh gerakan koperasi kita. Pun begitu kita harus akui masih banyak yang perlu kita laksanakan untuk mengangkat koperasi- koperasi ini supaya mereka juga boleh menyumbang kepada KDNK negara kita kepada perolehan ini.

Mudah-mudahan sasaran kita menjelang 2030 itu akan dapat dicapai. Kalau bukan lebih awal pada tahun 2030 tersebut. Saya ambil maklum pelbagai pandangan yang telah dinyatakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Ini merupakan satu usaha kita. Termasuk kita membuat terlibat urus dengan gerakan koperasi tentang cadangan pindaan Akta Koperasi yang ada sekarang ini. Sudah beberapa libat urus telah dibuat.

Saya beri jaminan untuk laksanakan ataupun akan adakan libat urus lebih awal kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di sini. Khususnya yang menjadi ahli ataupun pemimpin kepada koperasi masing-masing supaya dapat memberi input kepada kementerian.

Bukan hanya semasa kita bentangkan rang undang-undang itu. Saya mahu Ahli-ahli Yang Berhormat memberi pandangan jauh lebih awal. Sebelum kita bentangkan rang undang-undang itu, saya akan jemput Ahli-ahli Yang Berhormat untuk libat urus. Memberi pandangan kepada cadangan pindaan ini kerana saya dapati daripada libat urus kita dengan koperasi dengan pertemuan-pertemuan dengan program turun padang ke gerakan koperasi, Akta Koperasi ini mempunyai halangan-halangan tertentu kerana dibuat sekitar 30 tahun yang lepas dan sudah tentu perlu dipinda sesuai dengan keperluan gerakan koperasi sekarang.

Sebab itulah kita telah bekerjasama dengan ANGKASA untuk menganjurkan Kongres Koperasi Kebangsaan pada bulan Julai yang lepas dan ianya telah dibincangkan.

Resolusinya telah dikemukakan kepada kerajaan dan sebab itu kita ambil keputusan untuk meminda Akta Koperasi yang ada pada masa ini. Koperasi-koperasi kecil, koperasi-koperasi keluarga, koperasi-koperasi belia. Yang ini saya beri jaminan usaha kita akan terus kita perhebatkan. Termasuk mengambil kira pandangan-pandangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat.

Saya dan pasukan saya di kementerian akan memperbanyakkan program turun padang. Kelmarin sahaja Ketua Setiausaha Kementerian berada di Kelantan melancarkan beberapa premis milik koperasi dan ini menunjukkan usaha kita ini berterusan, tidak pernah berhenti. Sekiranya ada kes spesifik di mana Ahli-ahli Yang Berhormat mahu saya dan kementerian turun ke padang, maklumkan kami ya.

draft • 6:40 PM

Datuk Ewon Benedick

Begitu juga dengan TEKUN Nasional. Walaupun tidak ada penambahan peruntukan, ianya masih kekal RM330 juta dalam belanjawan ini tetapi dari segi disbursement, dari segi penyaluran itu lebih daripada itu kerana TEKUN sama seperti agensi-agensi yang lain, mempunyai dana dalaman yang boleh disalurkan kepada usahawan-usahawan PMKS.

Termasuklah koperasi di bawah Program Tabung Modal Pusingan.

Sepertimana saya sebutkan tadi, berbanding dengan jumlah peruntukan yang disalurkan kepada KUSKOP tahun ini, kita telah menyalurkan RM9.53 bilion setakat 2023. Ini bererti ada kemampuan agensi-agensi menggunakan dana dalaman untuk membantu meneruskan pembiayaan kepada PMKS dan juga koperasi-koperasi kita.

draft • 6:40 PM

Datuk Ewon Benedick

Tentang pembukaan pejabat-pejabat TEKUN di kawasan Ahli-ahli Yang Berhormat.

Pada dasarnya, TEKUN mempunyai rancangan untuk membuka sekurang-kurangnya satu pejabat TEKUN di setiap kawasan Parlimen, termasuklah di Sungai Siput. Saya akan teliti apa sebabnya di Betong itu ditutup, di UTC itu. Rasanya ada kaitan tentang sambutan oleh usahawan-usahawan yang berurusan di situ. Kerana kalau kita buka cawangan ini, sudah tentu ada kos operasi yang perlu ditanggung oleh TEKUN dan sekiranya tidak ada sambutan ataupun kurang sambutan, maka kos operasi itu boleh dipindahkan kepada sesuatu yang lebih baik.

Tetapi dari segi secara dasarnya, TEKUN berhasrat untuk membuka sekurang- kurangnya di setiap kawasan Parlimen. Itu adalah pejabat TEKUN cawangan. Kalau saya merujuk dengan pejabat TEKUN itu, rasanya di Sungai Siput sedang dikenal pasti tapak pejabat TEKUN.

Jadi, saya berharap pada masa akan datang, saya bersama-sama dengan Ahli-ahli Yang Berhormat mungkin boleh melancarkan pejabat ini setelah dikenal pasti dan dimuktamadkan. Mudah-mudahan dengan adanya cawangan itu bolehlah Yang Berhormat menguar-uarkan Program TEKUN, terutama Program SPUMI ataupun banyak lagi skim di bawah TEKUN.

Tuan Pengerusi, saya fikir banyak pandangan tadi. Itu saya ambil maklum. Yang penting, beri keyakinan kepada belanjawan ini. Dari segi auditnya itu, kepada agensi-agensi sentiasa ada mekanismenya. Bagaimana kita merancang untuk memberi pembiayaan terus ataupun lebih baik kepada PMKS ini, kita ada kaedah-kaedahnya.

Contohnya, sebaik sahaja belanjawan kementerian ini diluluskan, pada minggu pertama bulan Disember ini, KSU akan mengetuai retreat kementerian, agensi-agensi dan bahagian-bahagian dalam kementerian untuk membincangkan bagaimana peruntukan ini dapat dimaksimumkan, dioptimumkan supaya sampai kepada sasaran kita, pemegang taruh kita iaitu PMKS, koperasi dan usahawan franchise. Pertengahan tahun, kita ada midterm review. Setiap pertengahan tahun itu, kita bincang sama ada sasaran kita ini tercapai. Kalau ada masalahnya, ada cabarannya, dibincang dan bagaimana dapat diperbaiki. Saya tahu, dengan limitasi bajet itu sudah tentu

draft • 6:50 PM

Datuk Ewon Benedick

ada halangan. Akan ada yang mengadu tidak dapat pembiayaan, akan ada yang mengadu agak sukar untuk mendapat pandangan.

Saya alu-alukan cadangan daripada Ahli Yang Berhormat, bagaimana kita sama- sama dapat mengatasi ini. Kerana ada yang kita telah bantu tetapi dia tidak servis pinjaman mikro dia dan itu akan menghalang peminjam yang lain ataupun bakal usahawan yang lain.

Itu pun masalah juga.

Sebab itu, dalam situasi di mana agensi-agensi KUSKOP itu ingin membantu, kita juga mempunyai prosedur-prosedur, berhati-hati supaya kita dapat memaksimakan, mengoptimumkan peruntukan yang agak kecil ini, jika dibanding dengan jumlah besar RM40 bilion yang diumumkan itu. Tetapi saya amat yakin dengan sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat, kita dapat membantu lebih ramai lagi usahawan-usahawan PMKS, koperasi dan franchise. Saya ingin nyatakan, sepertimana saya laporkan prestasi PMKS 2023. Jumlah perusahaan sederhana telah meningkat 2023 berbanding tahun 2022. Jumlah perusahaan kecil juga bertambah. Yang berkurang itu adalah perusahaan mikro. Ini bererti, banyak peningkatan.

Kalau dulu dia bersaiz mikro pada tahun 2022, 2023 itu mereka sudah menjadi perusahaan kecil. Ada peningkatan dari segi saiznya dan ada yang telah menjadi perusahaan sederhana. Bererti, apa yang telah kita laksanakan ini, ada pencapaian dia. Ada kejayaan dia tetapi kita maklum. Masih banyak yang perlu dilaksanakan.

Saya menghargai semua pandangan, teguran, cadangan dan saya ingin nyatakan komitmen saya, Timbalan Menteri dan warga kementerian untuk terus menjayakan belanjawan ini untuk kita sama-sama membantu PMKS, koperasi dan usahawan franchise kita.

Saya ingin dahului penghargaan ini, Ahli-ahli Yang Berhormat 11 orang dan kesemua Ahli Dewan ini, sokongan yang telah diberikan kepada KUSKOP selama ini. Terima kasih di atas sokongan ini. Sepertimana saya nyatakan tadi Tuan Pengerusi, yang memohon data itu saya akan berikan secara bertulis. Terima kasih.

draft • 6:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM263,191,800 untuk Kepala B.26 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2025 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.26 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 6:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.26 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2025 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.26 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula]

draft • 6:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) mempengerusikan

draft • 6:50 PM

Mesyuarat] Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, point of order.

draft • 6:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 21 November 2024.

draft • 6:50 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.57 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026