Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat]
Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng]
Tuan Syahredzan bin Johan, Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia MADANI.
1. Tuan Syahredzan bin Johan [Bangi] minta Perdana Menteri menyatakan, adakah kerajaan bersedia menerima pakai teknologi kecerdasan buatan dalam sektor perundangan dan perkhidmatan undang-undang dalam negara.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Puan Yang di-Pertua, Kerajaan MADANI sedar akan kepentingan sektor perundangan dalam negara kita dan perlu bergerak sejajar dengan perkembangan teknologi, khususnya berkaitan penggunaan sistem dengan izin, artificial intelligence atau AI yang semakin meluas dalam pelbagai sektor.
Penggunaan sistem AI dalam sektor perundangan dilihat dapat meningkatkan kecekapan perkhidmatan, memudahkan proses penggubalan perundangan dengan keupayaan data serta menjimatkan tempoh masa kerja yang digunakan. Dalam mengenali kelebihan penerima pakai teknologi AI seperti yang telah saya sebut banyak kali, bahawa secara peribadi juga saya juga berpendirian bahawa AI tidak akan dapat mengambil alih peranan serta kelebihan manusia secara umum. Walau bagaimanapun, memang kerajaan perlu bersedia dan perlu membuat perancangan.
Kalau kita tengok negara-negara hari ini di dunia di luar sana selain daripada European Union, kita terdapat juga penggunaan sedikit sebanyak di dengan izin, United States, Estonia, China, Brazil, Belanda, United Kingdom, Kanada, Singapura, di mana
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
pemakaiannya tertakluk sama ada pada aspek mahkamah, mahkamah kecil, tuntutan kecil ataupun kepada persediaan dokumen, kepada memberikan penilaian kepada kemampuan untuk bantuan guaman dan juga dilihat dalam aspek merangka keputusan-keputusan dalam rumusan-rumusan data-data yang begitu banyak.
Walau bagaimanapun, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebarang polisi khususnya berkaitan dengan pemakaian AI dalam negara kita wajar mengambil kira antara lain cabaran-cabaran berkaitan pemakaiannya, merangkumi isu kebolehterimaan keterangan digital yang melibatkan kandungan sulit. Dalam usaha ini, pada tahun 2025, kerajaan akan melancarkan Road Map to My Digital Justice yang komprehensif dan khas bagi sektor perundangan dengan kerjasama semua pihak yang berkaitan, termasuklah Kementerian Digital dan Kementerian Komunikasi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih YB Menteri atas jawapan tadi. YB Menteri, saya fikir boleh bersetuju bahawa salah satu tonggak penting dalam sistem keadilan kita atau our justice system adalah kepada keadilan ataupun akses kepada keadilan ataupun access to justice. Walau apa pun kemajuan teknologi, ia harus menjurus ke arah memastikan akses kepada keadilan ini.
Jadi soalan tambahan saya Puan Yang di-Pertua, apakah langkah daripada kerajaan dalam membentuk satu sinergi atau kerjasama di antara badan eksekutif dan badan kehakiman dalam memastikan teknologi kecerdasan buatan ini atau AI ini dapat terus menjamin akses kepada keadilan? Terima kasih YB Menteri.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Terima kasih Yang Berhormat dan juga seorang pengamal undang-undang. Dalam penerimaan pakai iaitu dalam kita menyebut adopt and embrace AI dengan izin, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan secara bersama sedang meneliti lebih mendalam melalui satu jawatankuasa bersama berkenaan pemakaian AI bagi sektor perundangan.
Kita berharap bahawa ini dapat mewujudkan tentang prinsip penggunaan aplikasi rule of law dalam akses kepada keadilan dan juga yang disebut oleh Yang Berhormat, tentang access to justice dalam bahasa Inggeris yang dilihat, di mana jawatankuasa bersama ini dapat menggubal Road Map to My Digital Justice.
Pemakaian AI dalam sistem kehakiman di Malaysia sebagai contoh, terhad juga dengan izin, court recording dan video to text system (RVT) yang merupakan pada hari ini kita menggunakan sistem ini dalam merakam kes-kes yang sedang berjalan. Jadi, bila kita melihat tentang penggunaan AI di mana dalam Road Map to My Digital Justice, kita tidak boleh lari daripada sistem yang ada pada hari ini.
Jadi, penubuhan jawatankuasa ini adalah untuk mewujudkan satu garis panduan supaya pihak eksekutif dan mahkamah dapat bekerjasama, tetapi selain daripada elemen badan kehakiman, judiciary Puan Yang di-Pertua ialah penggunaan pakai dalam aspek- aspek lain. Sebagai contohnya, permohonan dalam kes-kes insolvensi, pemohon-pemohon
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
dalam kes-kes bantuan guaman yang mana di bawah bidang kuasa Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, yang mana kita tengok dalam Belanjawan 2025 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM61 juta bagi menaik taraf prasarana kehakiman termasuklah pembangunan sistem e-Kehakiman bagi menyokong agenda digital badan kehakiman. Itu hanya badan kehakiman.
Jadi, bererti dalam aplikasi AI seperti yang saya sebut dalam jawapan saya awal tadi, ia tertakluk kepada aspek-aspek yang mana, tetapi bila kehakiman pada hari ini, kita ada voice-to-text yang mana kita perlu kemas kini dan memberikan kemampuan yang lebih supaya penggunaan AI itu akan diberikan kemudahan yang lebih kepada rakyat bila bercakap tentang access to justice. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. dicionary
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kita lihat tahun lepas, kita lihat di Singapore ini ada dibuat kajian tentang fasal penggunaan AI ini dalam Tribunal Tuntutan Kecil. Jadi, sebelum dia diperluaskan kepada yang lain-lain, tuntutan yang lain-lain.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Jadi, soalan saya, sejauh mana sebenarnya AI ini diteroka untuk membantu daripada segi penyelidikan dan juga merumuskan teks panjang penghakiman mahkamah ini, sebagaimana portal penyelidikan yang ada di Singapore seperti LawNet. Juga saya ingin dapat sedikit jawapan daripada Menteri, sejauh mana perkembangan sebenarnya AI ini dijangka akan memberi kesan kepada profesion guaman? Bangi ada ya, peguam, okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Jadi, adakah peguam itu akan digantikan dengan AI, ha itu? Agak-agak ganti kah, okey? Apakah perancangan kerajaan dalam kita nak bantu ataupun mengawal dalam perkara-perkara ini? Terima kasih.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Terima kasih Yang Berhormat Besut. Satu soalan yang sangat bagus, ya. Antara cabaran AI, banyak orang takut bahawa kemungkinan dia akan mengganti ya. Kita pun tak nak nanti satu hari AI pula nak ganti kita sebagai Ahli Parlimen...
[Ketawa] Tapi memang betul Yang Berhormat, itu sebab yang saya sebut tadi daripada negara-negara lain, bila bercakap tentang AI, sektor dia cakap sangat besar.
Saya bagi contoh di US itu, dia tengok pada pemantauan jenayah iaitu algorithm dalam kawasan ini banyak mana kes jenayah supaya hukumannya pada kadar ujian dan calculation mereka buat. Di Estonia pula, tuntutan kecil dan penggunaan chatbots. Ini dipakai pada tahun 2024. Di China pula mahkamah pintar- smart court berasaskan pada AI dan juga mengambil kira yang mana Yang Berhormat tadi sebut tentang research para-para hakim.
Di Brazil pula ialah dia ada satu sistem dipanggil VICTOR. VICTOR ini ialah menganalisis kes. Sebab bila bercakap tentang AI Puan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Besut, semuanya tertakluk pada data yang ada masuk pada hari ini. Data kita kalau pengamal undang-undang kita tahu daripada pihak Bar Council, Bar Committee, dia mempunyai data mereka sendiri. Mahkamah ada data daripada segi keputusan.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Jadi, data-data inilah yang mana Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital memainkan peranan, penarikan sebab kita ada satu bank, bank data. Bank data perundangan ini akan memberikan keputusan bagi pihak Road Map to My Digital Justice, peringkat tahap mana yang kita nak mula dulu. Kalau kita tengok di Belanda, United Kingdom, kelayakan legal aid di United Kingdom sangat hebat, sebab United Kingdom Iegal aid itu sesuatu yang sangat penting pada access to justice mereka.
Saya tidak menafikan pada kekhuatiran Yang Berhormat Besut, sama ada boleh mengganti kah tidak, tetapi saya yakin antara tanggungjawab kita dalam melahirkan sistem AI dalam sektor perundangan ialah tanggungjawab etika. Kemungkinan daripada segi mesin, daripada segi nombor, daripada segi data, daripada segi maklumat, mereka boleh buat bacaan dengan begitu cepat, tetapi pada akhir sekali, macam kes-kes yang memakai keputusan hakim daripada segi budi bicara, memang kita mesti memakai manusia.
Sama juga macam hakim ke mahkamah, pada tahap contohnya saya bagi pada hari ini. Pada pandangan saya untuk tahun depan, tuntutan kecil mungkin mulai sistem, macam kes trafik sebab dia ada sistem yang boleh terima. Bankruptcy daripada segi jumlah yang masuk antara bankrap tidak bankrap, tetapi untuk pelepasan itu masih pada manusia, tertakluk pada berapa banyak data dan pembayaran yang telah dibuat, tetapi memang tidak dinafikan pada masa hadapan, penggunaan AI ini pertama, cepat; keduanya, percentage kesilapan itu kurang; dan akhir sekali ia akan memakaikan apa yang disebut sebagai kos yang lebih murah.
Saya nak sebut di sini, antara masalah kita pada hari ini ialah access to justice dalam negara kita, mahkamah-mahkamah kita di peringkat daerah kah, sesyen kah, majistret pun masih dilihat begitu jauh bagi rakyat-rakyat di kawasan luar bandar nak sampai ke mahkamah. Inilah perlu menjadi objektif kita untuk mendekatkan rakyat kepada mahkamah, mungkin dalam sistem mobil dan sebagainya. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Komander Nordin bin Ahmad Ismail, TLDM (B), Lumut.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
2. Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) [Lumut] minta Menteri Pertahanan menyatakan, apa usaha dan kaedah yang sedang dilakukan oleh kementerian bagi memastikan kegiatan buli di UPNM dinoktahkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan.
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Puan Speaker, Kementerian Pertahanan mengakui dan mengambil pertanggungjawaban berkenaan kes-kes buli dan penderaan yang berlaku di bawah Akademi Latihan Ketenteraan UPNM melibatkan Pegawai Kadet. Kementerian ini tidak berkompromi dengan perilaku sedemikian dan akan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk menjalankan siasatan sekiranya terdapat aduan atau laporan yang dibuat. Saya memberi jaminan bahawa
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Kementerian Pertahanan akan memberikan kerjasama penuh bagi sebarang tindakan selanjutnya.
Pada masa yang sama, Kementerian Pertahanan melalui Angkatan Tentera Malaysia juga akan turut melaksanakan siasatan dalaman di peringkat Akademi Latihan Ketenteraan apabila wujud sesuatu aduan ataupun laporan. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Lumut, berikut merupakan antara tindakan penambahbaikan serta mekanisme pencegahan yang telah dan sedang diambil bagi mengelakkan perkara ini berulang.
Pertama, pihak ATM telah menambah perjawatan pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang ditugaskan di ALK. Pertambahan perjawatan ini melibatkan pegawai dan LLP ataupun lain-lain pangkat daripada 31 orang pegawai sebelum ini, ia telah ditambah kepada 48 orang pegawai dan daripada 124 orang LLP ditambah kepada 182 orang LLP. Daripada jumlah keseluruhan tersebut, 24 orang pegawai dan 48 orang LLP telah dilantik sebagai Jurulatih. Pelantikan Jurulatih ini bagi meringankan beban seorang Jurulatih untuk memantau 20 orang Pegawai Kadet dengan nisbah 1:20.
Penambahan jumlah jurulatih ini juga membolehkan pecahan untuk kawalan pentadbiran Pegawai Kadet dibuat dalam kumpulan yang lebih kecil iaitu daripada empat batalion kepada lapan kompeni yang mana satu batalion dengan jumlah maksimum 320 Pegawai Kadet kepada satu kompeni dengan hanya 150 Pegawai Kadet bagi tujuan pemantauan yang lebih rapi.
Selain itu, tempoh perkhidmatan pegawai dan lain-lain pangkat yang ditempatkan juga dihadkan kepada antara tiga hingga empat tahun untuk menentukan prestasi sebagai Jurulatih sentiasa di tahap yang tertinggi. Pada masa yang sama, semua Jurulatih perlu menghadiri dan lulus Lembaga Pemilihan dan Penempatan Jurulatih serta bebas daripada sebarang masalah disiplin.
Kedua, pihak ATM juga telah menetapkan seorang Jurulatih bertugas bagi setiap kompeni bagi membolehkan pemantauan pegawai kadet yang lebih teliti setiap hari.
Ketiga, Jurulatih bertugas telah diarahkan untuk melakukan rondaan ke penginapan Pegawai Kadet selepas jam 11.59 malam setiap hari.
Keempat, bermula bulan Februari 2023, sebanyak tujuh kamera litar tertutup di beberapa aras blok penginapan telah dipasang dan mengesan aktiviti yang mencurigakan.
Kementerian sedang merancang untuk menambah jumlah ini mengikut keperluan dan kesesuaian.
Kelima, larangan terhadap aktiviti penderaan sememangnya dikuatkuasakan dalam Perintah Tetap Pegawai Kadet sejak penubuhan ALK yang sentiasa diulangi dalam Perintah Harian Kompeni. Tindakan pemberhentian akan dilaksanakan terhadap Pegawai Kadet yang didapati bersalah.
Keenam, bermula April 2024 telah dilakukan pengasingan Pegawai Kadet Tahun 1 di Bukit Putra dan diletakkan di bawah kelolaan Jurulatih sepenuhnya memandangkan golongan ini biasanya menjadi sasaran.
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Ketujuh, pemeriksaan fizikal berkala kepada Pegawai Kadet bagi mengesan sebarang aktiviti penderaan yang boleh mendatangkan kecederaan.
Kelapan, sesi pertemuan di antara Pegawai Kadet dan pihak tertinggi ALK secara eksklusif diadakan untuk memberi ruang bebas tanpa perasaan takut atau sebagainya bagi mendapatkan maklumat salah laku dalam kalangan Pegawai Kadet bagi mengatasi isu keengganan Pegawai Kadet melaporkan kejadian-kejadian yang tidak sepatutnya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Lumut.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Terima kasih jawapan Menteri itu yang panjang. Untuk pengetahuan ya, saya pernah melalui pengalaman ini.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
[Bangun]
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Saya adalah seorang Pegawai Kadet universiti di sebuah universiti tempatan. Saya pun pernah dibulilah, tapi tak adalah kena iron ini, dengan izin seterika di badan.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Soalan saya kepada MINDEF ini, adakah perlu rombakan? Yang Menteri beritahu tadi, penambahan untuk menjaga semua. Rombakan.
Apa yang berlaku minggu lepas, insiden seorang Pegawai Kaunseling ATM sendiri mengasari seorang motivator dan juga seorang veteran, bekas pegawai- Pegawai Kaunseling, yang saya tahu, dia hadir untuk memberi kaunseling kepada Pegawai-pegawai Kadet ini di Akademi Latihan Ketenteraan inilah, tapi dia pula kena belasah.
Itu saya syorkan bukan sahaja Pegawai Kadet diberikan kaunseling, pegawai- pegawai. Bukan yang baharu Menteri kata ada penambahan ini. Yang lama-lama pun perlu diberi kaunseling atau ditukar. Sebab, zaman saya ini, saya borak dengan kawan-kawanlah.
Kita ini memang bekas daripada Maktab Tentera, memang ada ragging-ragging ni, tapi tak adalah sarkastik sampai guna iron. Dan janganlah iron pun nak diharamkan. Sebab, budak- budak ini kena iron baju. Mohon penjelasan daripada Menteri.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih, Yang Berhormat. Mengenai kes yang melibatkan seorang Kaunselor, sebenarnya kedua-dua pihak membuat aduan Polis.
Jadi, kita tunggulah laporan daripada siasatan Polis, apa sebenarnya insiden yang berlaku.
Laporan daripadanya akan menentukan tindakan-tindakan yang sewajarnya, tapi selain daripada itu, berasaskan kepada kes-kes yang berlaku dalam masa beberapa minggu atau bulan yang lepas, tentunya kita akan memberi perhatian dan akan meneliti apakah punca, apa kelemahan dan tindakan-tindakan yang sewajarnya akan diambil.
Ini kerana, seperti yang telah saya katakan di peringkat awal tadi, Kementerian Pertahanan, kita tidak berkompromi dalam soal-soal buli ataupun penderaan ini. Memang benar latihan ketenteraan sangat berat dan sebagainya, tetapi tidaklah sampai kepada buli atau berlakunya kekerasan dan sebagainya. Jadi, saya bagi jaminan di situ.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Puan Speaker. Menteri, memandangkan kes-kes buli yang berlaku bukan hanya kecederaan fizikal, tetapi juga kesan
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
trauma kepada mangsa, apakah Kementerian Pertahanan mempunyai program pemulihan atau sokongan psikologi yang khusus untuk mangsa buli di institusi pertahanan ini? Kalau ada, sejauh mana keberkesanan terapi ini?
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih Yang Berhormat. Saya percaya isunya bukan kepada mangsa. Kita tahu kalau ada yang terkesan, kita akan ambil tindakan-tindakan yang sewajarnya untuk kita pastikan dia tidak begitu terjejas.
Untuk makluman semua, hanya pada tahun ini kes ini bertambah. Kalau kita lihat pada tahun 2022, hanya ada satu kes. 2023 pun hanya ada satu kes. Yang penting ialah untuk kita pastikan tidak berlaku lagi, tidak adanya kadet-kadet senior dan sebagainya yang bertindak menggunakan kekerasan ataupun buli dan mendera junior dan sebagainya.
Jadi, dalam soal ini, apa yang akan kita lakukan, pertama, kita akan dedahkan dan kita akan hebahkan mengenai bentuk-bentuk kesalahan serta hukuman berat yang akan dikenakan. Seperti kes-kes yang ada ini, memang sudah adapun keputusan yang perlu disahkan oleh Majlis Angkatan Tentera apabila bersidang kelak. Soal kena buang, soal kena bayar balik denda dan soal kena keluar dari asrama, itu memang keputusan yang telah diambil untuk disahkan.
Kita juga akan hebahkan kepada semua mengenai kes yang telah diputuskan serta hukuman yang dikenakan. Kita juga akan tekankan mengenai keseriusan kesalahan bersubahat. Mana-mana pihak yang menyembunyikan kes, itu pun adalah satu kesalahan.
Jadi, yang ini kita akan tekankan.
Soal mangsa, saya ingat tak ada masalah. Kita akan pastikan dia akan kembali menjadi normal. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih. Saya jemput Puan Syerleena binti Abdul Rashid, Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih, Puan Timbalan Speaker.
3. Puan Syerleena binti Abdul Rashid [Bukit Bendera] minta Menteri Kewangan menyatakan, memandangkan Khazanah dan PNB diakui sebagai salah satu GLIC yang membuat pelaburan banyak portfolio yang mana mungkin terdapat sebahagian pelaburan yang gagal, dalam kes FashionValet, apakah faktor-faktor menyebabkan kegagalan syarikat tersebut?
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Bendera.
Puan Yang di-Pertua, ketika Khazanah dan PNB menilai FashionValet untuk potensi pelaburan pada tahun 2017, FashionValet telah menjadi sebuah platform fesyen e-dagang yang memperoleh lebih daripada 400 jenama dan 15,000 produk dengan hasil perniagaan pada tahun 2017 hampir RM60 juta dan merekodkan kadar pertumbuhan tahunan dari tahun 2013 sebanyak 100 peratus.
Pelaburan oleh Khazanah dan PNB dalam FashionValet dibuat setelah menerusi proses penilaian terperinci dan tekun wajar- due diligence oleh pihak masing-masing dan
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
dilaksanakan pada nilai pasaran yang berpatutan yang mencerminkan trajektori pertumbuhan FashionValet yang kukuh pada masa itu.
Suntikan pelaburan oleh Khazanah dan PNB ke dalam FashionValet digunakan untuk mengembangkan platform FashionValet supaya menjadi platform e-dagang serantau bagi jenama tempatan. Ini termasuk menambah bilangan kedai fizikal selaras dengan aspirasi FashionValet untuk menjadi platform membeli belah pelbagai saluran dan membangunkan jenama yang dimiliki sepenuhnya oleh mereka. FashionValet telah mencatat pulangan tunai positif atau lebih dikenali sebagai EBITDA untuk beberapa tahun selepas menerima pelaburan daripada Khazanah dan PNB.
Namun, pihak Khazanah dan PNB sedia maklum cabaran-cabaran yang dihadapi oleh FashionValet untuk mengembangkan perniagaan. Kegagalan FashionValet boleh dikaitkan dengan faktor-faktor luar jangkaan seperti berikut.
Pertama, implikasi COVID-19. Ketika FashionValet ingin mencapai aspirasi untuk menjadi platform membeli belah pelbagai saluran, ia telah menambah bilangan kedai fizikal secara pesat. Namun, Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan semasa Covid-19 telah menghalang perniagaan fizikal FashionValet dan mengakibatkan pasaran pakaian premium termasuk tudung merosot dengan ketara. Malahan, kedai fizikal yang kurang mendapat sambutan juga terpaksa ditutup.
Kedua, perubahan trend platform fesyen e-dagang. Perkembangan pesat jenama- jenama fesyen tempatan terutamanya fesyen sopan yang menggunakan saluran jualan e- platform tersendiri berserta saluran alternatif seperti akses seperti Facebook telah menyebabkan FashionValet mengalami saingan hebat. Oleh itu, platform FashionValet terpaksa ditutup dan seterusnya FashionValet telah beralih fokus kepada jenama sendiri seperti dUCk dan LILIT.
Ketiga, cabaran mengumpul dana. Kesemua cabaran ini telah menyebabkan kekangan aliran tunai kepada FashionValet. Ia berusaha mengumpul dana terbaharu untuk menangani masalah ini, tetapi pegangan saham sedia ada termasuk Khazanah dan PNB tidak bersetuju untuk mengambil risiko tambahan dengan menambah pelaburan dalam FashionValet. Malahan, pasaran pengumpul dana yang mencabar pada ketika itu menyebabkan proses pengumpulan dana yang dicadangkan oleh FashionValet tidak berjaya.
Walaupun Khazanah dan PNB adalah pelabur minoriti, kedua-dua pihak telah memainkan peranan proaktif untuk membantu FashionValet. Ini termasuk memberi bimbingan strategi dan nasihat kewangan kepada ahli pengurusan tertinggi syarikat. Walau bagaimanapun, impak dan cabaran yang dihadapi oleh FashionValet terlalu besar dan menyebabkan situasi kewangan syarikat makin parah.
Untuk terus beroperasi dan menangani masalah aliran tunai, FashionValet pada ketika itu memerlukan suntikan modal pada pelabur baharu dengan segera. Namun, mereka tidak menerima banyak tawaran daripada pelabur baharu. Tawaran yang diterima itu merupakan tawaran terbaik dan dipersetujui oleh semua pemegang saham.
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Khazanah dan PNB mengakui bahawa hasil pelaburan tidak selari dengan unjuran pulangan pelaburan dalam FashionValet. Walau bagaimanapun, kerajaan teliti dan akan terus memberi perhatian untuk memastikan tadbir urus tatakelola GLIC terus kukuh.
Memandangkan SPRM masih menyiasat kes ini dan audit dalaman masih berjalan, Khazanah dan PNB perlu diberi ruang untuk proses siasatan diselesaikan. Segala dapatan yang dimuktamadkan nanti akan digunakan untuk menambah baik tatakelola dan tadbir urus.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Yang Berhormat Menteri ke atas jawapan tersebut. Jadi soalan tambahan saya, memandangkan apa yang telah berlaku dengan pelaburan di FashionValet, jadi bergerak ke hadapan, adakah Khazanah tidak akan melabur dalam syarikat pemula ataupun terdapat strategi yang berbeza dalam industri tersebut? Jadi, adakah ini turut menjejaskan keinginan Khazanah untuk membuat pelaburan modal teroka? Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tersebut. Puan Yang di-Pertua, pelaburan Khazanah dalam FashionValet telah dibuat tujuh tahun yang lalu. Sejak itu, pendekatan Khazanah dalam membuat keputusan pelaburan sudah dirombak dan proses pemilihan pelaburan juga diperketat, termasuk pelaburan dalam syarikat pemula dan modal teroka.
Pelaburan modal teroka, venture capital, memainkan peranan yang penting dalam menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia, membantu negara beralih kepada status berpendapatan tinggi melalui inovasi dan pertumbuhan mampan. Pelaburan VC, berupaya memacu inovasi dengan menyediakan modal untuk startup dan perusahaan yang berpotensi mencipta teknologi baharu.
Selain itu, ia juga membantu mencipta peluang pekerjaan, merangsang ekonomi dan memperkenalkan teknologi maju daripada pasaran luar ke Malaysia. Melalui sokongan terhadap syarikat baharu, VC juga menggalakkan persaingan yang mendorong peningkatan inovasi dan produktiviti dalam ekonomi negara.
Namun, pelaburan modal teroka adalah satu yang bersifat tidak jaminan atau kepastian dalam pelaburan. Matlamatnya adalah untuk pertumbuhan walaupun risikonya tinggi dan sekiranya berjaya, berpotensi menjana keuntungan yang tinggi. Menyedari risiko dan ganjaran pelaburan dalam modal teroka dan ekuiti persendirian, kedua-dua pihak berpendapat bahawa pelaburan ini harus diurus dengan menilai prestasi berdasarkan portfolio pelaburan secara keseluruhan dan bukan pelaburan sesendiri.
Sebagai contoh, pelaburan Khazanah dalam perniagaan tenusu tempatan, Farm Fresh Berhad merupakan sebahagian daripada pelaburan modal teroka dalam sektor pertanian yang memberi pulangan yang lebih, pada 13 kali- ganda iaitu melebihi RM800 juta.
Isu FashionValet tidak akan menjejaskan Khazanah untuk melabur dalam syarikat pemula. VC masih kekal dalam mandat Khazanah dan Khazanah akan terus usaha untuk
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
menyokong ekosistem syarikat pemula dan modal teroka sambil menambahbaikkan mekanisme kawalan.
Khazanah telah menyediakan satu dana khusus iaitu dana impak untuk tujuan melabur bagi meningkatkan daya saing ekonomi dan membina daya tahan negara sambil menghasilkan manfaat dan impak sosioekonomi kepada rakyat terutama untuk syarikat pemula dan modal teroka.
Antara inisiatif Khazanah untuk tujuan tersebut adalah penubuhan Jelawang Capital sebagai sebuah national fund-of-funds dengan komitmen RM1 bilion untuk memacu pertumbuhan ekosistem modal teroka Malaysia menerusi Dana Impak seperti dinyatakan dalam Belanjawan 2025.
Kedua, pelaksanaan Emerging Fund Managers' Programme dan Regional Fund Managers’ Initiative yang akan dikelola di bawah Jelawang Capital. Dalam konteks ini, adalah wajar bagi Khazanah terus melabur dalam ekosistem modal teroka selaras dengan mandat Ekonomi MADANI bagi menyokong pembangunan negara secara keseluruhan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Terima kasih Menteri atas jawapan. Soalan saya, cuma modal sebanyak RM47 juta itu kalau bagi kepada orang kampung meniaga goreng pisang, sudah banyak keuntungan.
Soalan saya Menteri Kewangan, apakah langkah-langkah pemantauan yang diambil oleh Khazanah dan PNB terhadap prestasi kewangan FashionValet, selepas pelaburan dibuat?
Adakah tanda-tanda awal masalah kewangan yang mungkin diabaikan.
Ini kerana selepas FashionValet menerima pelaburan RM47 juta daripada Khazanah, beberapa bulan kemudian atau lebih tepat pada 4 Disember 2018, FashionValet membeli keseluruhan kepentingan ekuiti dalam 30 Maple Sendirian Berhad sebanyak melibatkan pembelian yang berjumlah RM95 juta. Menariknya, 30 Maple dan FashionValet ini dimiliki oleh orang yang sama, syarikat tangan kanan beli daripada tangan kiri. Tidakkah ini merupakan urus niaga yang sepatutnya dipantau oleh Khazanah ketika Khazanah membuat pelaburan ataupun selepas Khazanah membuat pelaburan tersebut.
Yang Berhormat Menteri, bolehkah Menteri menyatakan adakah terdapat lagi startup yang dibiayai oleh Khazanah dalam masa 10 tahun yang lepas ini dari sudut tahap ataupun prestasi keuntungan dan kerugiannya yang boleh disenaraikan. Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Puan Yang di-Pertua, soalannya memang lebar sekali. Saya akan cuba menjawab dengan beberapa perkara.
Pertama, daripada segi tatakelola Khazanah dan PNB dalam mengawasi pelaburan yang ada. Dalam usaha ini, kita mula dengan unjuran yang dibuat semasa pelaburan dibuat.
Semasa pelaburan dibuat dulu, memang nampak ketara segmen e-dagang adalah satu segmen yang menarik kerana Khazanah juga ada banyak melabur di luar negara seperti dalam Alibaba, dengan ini semua.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Dia orang mendapat pulangan yang baik sekali kerana trend e-dagang adalah satu trend yang baik. Namun, tak siapa menjangka yang ada isu semasa COVID-19 berlaku dan juga pada masa yang sama, FashionValet seperti mana syarikat-syarikat lain telah cuba memperkembangkan dia punya channel untuk distribute produk-produk dia dengan fizikal channel. Namun, bila ada COVID-19 yang melanda dan semuanya ditutup, idea untuk berkembang itu tidak berjalan dengan lancar. Jadi ada banyak kekangan yang ada masa itu.
Jadi, seperti saya terangkan tadi inilah antara sebab-sebab kegagalan yang berlaku.
Sebagai satu dana yang menolong sektor venture capital, adalah penting untuk Khazanah terus melihat beberapa perkara. Satu ialah kalau ada apa-apa perniagaan dalam negara yang berpotensi, kita harus tengok boleh tak kita melabur kerana ini akan membuka peluang untuk business itu berkembang dan multiplier effect yang akan ada dalam ekonomi adalah satu yang besar.
Sah, kalau kita tengok daripada segi Khazanah dan PNB, mereka telah berjaya dalam segmen ini, tetapi dia manage secara portfolio. Kalau kita tengok daripada segi PNB, sejak 2018 hingga 2023, Dana Proprietari PNB telah melabur sebanyak RM0.8 bilion dalam sektor persendirian. Dalam tempoh yang sama, Dana Proprietari PNB telah mendapat perolehan sebanyak RM3.3 bilion hasil jualan aset legasi pemilikan swasta atau merekodkan keuntungan sebanyak RM...
[Tidak jelas] bilion.
Jadi, memang sektor ini kalau dia berjaya, dia berjaya dengan banyak sekali. Jadi, ada yang mungkin satu dua yang tidak berjaya tapi ditampung oleh mereka yang berjaya, tapi yang pentingnya, dia merancakkan sektor venture capital dan menjana lebih banyak peneroka-peneroka di dalam Malaysia.
Jadi, daripada segi Khazanah dan PNB, mereka akan terus mencari jalan untuk memperbaiki tatakelola pengawasan yang ada tapi kita harus melabur juga dalam sektor ini kerana ia penting untuk negara. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini.
Terima kasih Yang Berhormat.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Lim Lip Eng, Kepong.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Terima kasih Puan Speaker. Soalan saya nombor satu.
1. Tuan Lim Lip Eng [Kepong] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, apakah program berasaskan komuniti dikaji sebagai alternatif kepada penahanan kanak-kanak bawah umur yang ditahan atas kesalahan Imigresen. Adakah program yang sama boleh dikaji bagi banduan yang telah habis menjalankan dua pertiga dari tempoh hukuman penjara mereka
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kepong.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, program berasaskan komuniti sebagai alternatif kepada penahanan kanak-kanak memang sentiasa menjadi keutamaan Kementerian Dalam Negeri.
Antara program terkini yang diperkenal adalah projek rintis yang dikenali sebagai Baitul Mahabbah. Baitul Mahabbah adalah satu inisiatif yang diperkenalkan pada tahun 2023 dan sehingga kini sebanyak lima Baitul Mahabbah telah beroperasi di seluruh negara dan satu lagi di Johor akan dibuka dalam masa terdekat. Program ini membolehkan pemindahan tahanan kanak-kanak dari Depot Imigresen ke satu premis lain di luar depot untuk kanak- kanak berumur 10 tahun dan ke bawah bersama ibu atau penjaga mereka.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Baitul Mahabbah ini Yang Berhormat, menyediakan persekitaran yang lebih kondusif kepada tahanan kanak-kanak tersebut bagi memastikan perkembangan fizikal, mental dan emosi yang lebih sempurna. Sehingga 30 September, seramai 209 orang kanak-kanak dan penjaga telah ditempatkan di Baitul Mahabbah. Walau bagaimanapun, penempatan ini adalah bersifat sementara sehingga proses penghantaran pulang tahanan ke negara asal dilaksanakan.
Di samping itu, beberapa sesi libat urus bersama dengan badan bukan kerajaan tempatan dan luar negara juga sedang dijalankan bagi meneliti pelbagai inisiatif kepada penahanan kanak-kanak melalui Program Berasas Komuniti demi memastikan pelaksanaan program tersebut selari dengan perundangan dan peraturan-peraturan yang sedang berkuat kuasa, Yang Berhormat.
Di Jabatan Penjara Malaysia, kita tiada program khusus bagi komuniti kepada kanak- kanak bawah umur yang ditahan atas kesalahan Imigresen. Walau bagaimanapun, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia untuk mengintegrasikan semula
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
banduan dalam masyarakat melalui Program Pemulihan Dalam Komuniti mengikut syarat- syarat dan kelayakan tertentu.
Untuk makluman Yang Berhormat, kalau kita lihat seksyen 96(1), Akta Kanak-kanak 2001 menyatakan bahawa kanak-kanak di bawah umur 14 tahun tidak boleh diperintahkan supaya di penjara bagi apa-apa kesalahan. Sehubungan dengan itu, bagi kanak-kanak warga asing yang berumur di bawah 14 tahun akan ditempatkan di Depot Imigresen sementara menunggu proses penghantaran pulang tahanan tersebut ke negara asal. Manakala bagi kanak-kanak warga asing yang berumur 14 tahun ke atas yang disabitkan kesalahan Imigresen, akan ditahan di penjara sebelum diserahkan pada Jabatan Imigresen untuk tujuan proses penghantaran pulang ke negara asal. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kepong.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Timbalan Speaker, Timbalan Menteri tidak jawab soalan yang second part of my soalan dan soalan tambahan saya, boleh tidak kerajaan menjamin bahawa Rang Undang-undang Tahanan Rumah tidak layak diberikan kepada scammer dan penjenayah yang menipu, merompak berjuta-juta ringgit, termasuk Jho Low dan Najib Razak. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Dato' Yang di-Pertua, kenyataan dan jawapan mengenai tahanan rumah telah pun dijawab dengan teliti dan begitu terperinci oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri. Ia terkeluar daripada soalan ini, saya tidak perlu jawab soalan tersebut. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Rantau Panjang.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya, setakat ini apakah bantuan yang telah diberi kepada Baitul Mahabbah ini untuk melaksanakan program dan berapa banyakkan penglibatan NGO-NGO?
Saya ingin tahu, apakah cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan ini dan adakah kanak-kanak yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi, yang berumur lebih 14 tahun yang diletakkan pada tahanan depoh ini, adakah dicampurkan dengan penghuni-penghuni dewasa ataupun diasingkan? Minta penjelasan.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Terima kasih Yang Berhormat.
Saya hendak menyebut bahawa kalau kita lihat daripada segi komitmen kerajaan, kita telah pun mewujudkan lima buah pusat Baitul Mahabbah dan dalam bajet yang akan datang ini ada tambahan lagi dan kajian-kajian memang kita buat dari semasa ke semasa untuk menambah baik apa yang sedang kita laksanakan.
Bagi pengoperasian Baitul Mahabbah, kita merangkumi pelbagai aktiviti Yang Berhormat. Penjagaan, pembelajaran kanak-kanak, khidmat runding cara, kita ada aktiviti- aktiviti harian yang menguasai kanak-kanak serta perancangan pelaksanaan dan pematuhan program yang manfaat untuk kanak-kanak. Antara aktiviti harian yang kita rangka ialah membaca, melukis, menyanyi, manakala penjaga juga disediakan aktiviti seperti aktiviti bercucuk tanam, ada aktiviti kraf tangan. Semua aktiviti ini diselia oleh pegawai-pegawai kita dan juga NGO-NGO terlibat.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Sebenarnya, komitmen kerajaan sangat tinggi dan pelaksanaan Baitul Mahabbah ini sebenarnya merupakan usaha sama JIM dengan kerjasama badan bukan kerajaan. Saya tidak ada maklumat lengkap jumlah NGO yang terlibat. Saya akan bagi secara bertulis dan bagi tahanan lebih 14 tahun, kita mengikut standard peraturan-peraturan, termasuk peraturan antarabangsa.
Sebab itu kalau kita lihat pada seksyen 96(3), Akta Kanak-kanak, ia menyatakan bahawa kanak-kanak yang disebutkan tadi, di bawah umur 14 tahun dan ke atas tidak boleh dibenarkan bergaul dengan banduan dewasa, bermakna kita mematuhi peraturan di bawah seksyen ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh, Pasir Puteh.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 2.
2. Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [Pasir Puteh] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan, perancangan jangka sederhana dan panjang pihak kementerian dalam memastikan kelestarian sektor perladangan sawit yang kini hampir mencecah limitasi keluasan tanah ladang iaitu 6.5 juta hektar.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perladangan dan Komoditi sentiasa komited untuk memastikan bahawa perkembangan industri sawit menitikberatkan elemen kelestarian terhadap alam sekitar, termasuk menyasarkan teknologi sifar sisa sawit bagi mengurangkan pelepasan gas rumah kaca ke atmosfera. Industri sawit turut digalakkan untuk mengeluarkan minyak sawit yang mampan mengikut standard antarabangsa serta memastikan tiada penanaman sawit baharu di atas tanah gambut bagi mengurangkan pelepasan karbon yang seterusnya dapat menyokong dan melindungi alam sekitar.
Selain itu, antara usaha dan tindakan kementerian termasuk mewajibkan Persijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) bermula pada 1 Januari 2020 kepada ladang sawit, pekebun kecil persendirian dan tersusun serta kilang pemprosesan minyak.
Persijilan ini merupakan komitmen kerajaan dalam memastikan keseluruhan rantaian pengeluaran minyak sawit di Malaysia adalah selari dan mematuhi peraturan perundangan, terutamanya yang berkaitan dengan pemuliharaan alam sekitar.
Selain itu, kementerian turut menekankan amalan pertanian baik atau good agriculture practice (GAP) serta pelan pengurusan alam sekitar yang meliputi aspek kesedaran terhadap kesan alam sekitar, amalan pembakaran sifar serta pengurusan bahan buangan terjadual. Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah menerbitkan buku berkaitan GAP yang telah diedarkan kepada pengusaha tanaman sawit di Malaysia dan menjadi rujukan pihak industri dalam usaha untuk mengurangkan kesan rumah kaca akibat aktiviti perladangan sawit.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin
Bagi menyokong usaha pemuliharaan alam sekitar yang berkait dengan industri minyak sawit di Malaysia, kementerian telah menubuhkan Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) dengan menggalakkan program penanaman semula hutan melalui inisiatif termasuk pemuliharaan hidupan liar serta kepelbagaian bio dan memastikan amalan kemapanan dilaksanakan dengan teratur dalam ladang sawit.
Dalam hal ini, MPOGCF menjalinkan kerjasama dengan pelbagai agensi, termasuk Jabatan Perhilitan, penyelidik universiti tempatan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak industri perladangan dalam mencari kaedah terbaik menyokong usaha pemuliharaan berkaitan industri minyak sawit. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pasir Puteh.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Terima kasih atas jawapan yang diberi, walaupun tidak menyentuh secara langsung soalan yang saya tanya.
Apa pun saya ingin dapat kepastian persoalan daripada kementerian. Sejauh mana tindakan yang diambil oleh pihak kementerian dalam memastikan kawasan tanah mineral yang sesuai untuk sawit tetapi sekarang ini belum lagi ditanam ataupun tanah terbiar ini diusahakan oleh pihak kementerian supaya hasil sawit ini lebih meningkat dalam negara kita. Sekian, terima kasih.
Datuk Chan Foong Hin
Untuk makluman YB Pasir Puteh, kemungkinan KPK apabila kita merangka jawapan ini kita melihat kepada aspek kelestarian. Cuma tadi apa yang dibayangkan oleh YB adalah lebih melihat kepada macam mana menaikkan produktiviti apabila menjaga kemapanan industri ini. So, untuk isu dana ini, kerajaan melalui KPK telah mengadakan sesi libat urus bersama dengan exco-exco pertanian untuk kerajaan negeri masing-masing untuk isu dana ini kerana banyak isu dana ini adalah di bawah kuasa kerajaan negeri.
Datuk Chan Foong Hin
So, macam mana kita nak mengguna pakai tanah-tanah terbiar ini? Kesemua ini harus kita usahakan sama-sama dengan kerajaan negeri. Macam mana pun, sesuatu yang saya kena mengingatkan bahawa kita sudah komited pada Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada tahun 1992 bahawa Malaysia untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan negara ini diliputi oleh kawasan yang berhutan. So, maksud dia, kita tak boleh tanam lebih ini. So, dan sekarang kita sudah mencecah 55.3 peratus adalah liputan hutan. So, kita masih ada ruangan dalam lima peratus dan sekarang jumlah keluasan penanaman kelapa sawit ini adalah 5.7 juta hektar.
Kita tak membenarkan penyahhutanan berlaku selepas 1 Januari 2020 kerana kita hendak mematuhi piawaian ini yang telah dikenakan oleh antarabangsa. So, untuk menjawab soalan untuk membuka lagi tanah untuk penanaman kelapa sawit adalah tak boleh apabila berkaitan dengan penyahhutanan. Cuma, kalau kawasan-kawasan yang telah tanam dengan tanaman lain, sekarang hendak bertukar kepada tanaman kelapa sawit, itu boleh kita lakukan cuma dengan bantuan kerajaan negeri supaya pindah milik itu senang berlaku dan senang diuruskan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Betong.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Saya ingin bertanya kepada Menteri khususnya mengenai sumbangan pekebun kecil kepada pengeluaran minyak sawit negara memang tidak boleh kita nafikanlah.
Jadi, bagi pekebun kecil, apa strategi kementerian untuk memastikan mereka ini terus relevan dalam industri sawit dan kalau boleh, jelaskanlah adakah usaha-usaha kerajaan untuk memastikan segala perancangan jangka sederhana dan jangka panjang itu adalah insklusif dan terangkum bagi golongan pekebun kecil ini. Terima kasih.
Datuk Chan Foong Hin
Untuk makluman YB. Betong, untuk pekebun-pekebun kecil ini dia lebih kurang telah membekalkan lebih kurang 30 peratus untuk pendapatan atau pengeluaran untuk industri ladang sawit ini dan 70 peratus adalah daripada syarikat-syarikat yang besar. So, macam mana kita nak membantu pekebun-pekebun kecil ini adalah kita melalui MPOB. Dia ada satu pasukan yang nama dia TUNAS.
Pegawai-pegawai TUNAS itu dia akan sentiasa turun padang untuk menolong apa yang pekebun kecil ini minta. Sebagai contoh, baru-baru ini Pegawai-pegawai TUNAS dari MPOB turun padang di bahagian utara dekat Sabah terutamanya kawasan Kota Marudu untuk tolong melibat urus bersama dengan penanam sawit pekebun kecil ini dengan dealer kerana harga yang selalu ada isu ini. Yang harga yang kononnya telah ditindas.
So, itulah antara langkah-langkah yang telah diambil oleh pegawai-pegawai TUNAS di bawah MPOB dan di bawah KPK ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj, Segamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Soalan Segamat nombor 3.
3. Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj [Segamat] minta Menteri Kewangan menyatakan, bilangan penyertaan rakyat Malaysia yang melabur dalam ASB dan ASM.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Puan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Segamat. Skim Amanah Saham Bumiputera
(ASB) dan Skim Amanah Saham Malaysia (ASM) masing-masing telah dilancarkan pada 2 Januari 1990 dan 20 April 2020 bertujuan untuk menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten kepada pemegang-pemegang unit menerusi pelaburan dalam portfolio yang dipelbagaikan di samping pengekalan modal pada tahap toleransi risiko yang minimum.
Dengan pelaburan permulaan serendah RM10, pelabur boleh menambah pelaburan bagi kedua-dua skim di kaunter cawangan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) di seluruh negara atau melalui agen-agen yang dilantik ASNB. Pelaburan juga boleh dibuat melalui platform atas talian di aplikasi dan portal MyASNB. Pelabur boleh melabur dengan
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
jumlah maksimum 300,000 unit bagi ASB. Walau bagaimanapun bagi ASM, jumlah pelaburan maksimum tertakluk kepada peruntukan saiz dana.
Setakat 23 Oktober 2024, seramai 11.1 juta- pemegang unit telah melabur dalam ASB dengan jumlah unit yang dilanggan sebanyak 173.8 bilion unit. Manakala seramai 731,872 pemegang unit telah melabur dalam ASM dengan jumlah unit yang dilanggan sebanyak 29.4 bilion. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Segamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih kepada Timbalan Menteri atas jawapan berkenaan dengan ASB dan ASM. Kita boleh lihat bahawa antara entiti pelaburan di Malaysia yang lebih kredibiliti dan kukuh. Saya ada dua soalan.
Yang pertama, adakah terdapat rancangan untuk menambahkan kuota ASM bagi memenuhi permintaan yang lebih tinggi kerana dia ada had sebelum ini, kalangan pelabur bukan bumiputera dan apakah strategik yang akan diambil oleh kementerian untuk menggalakkan lebih ramai lagi anak muda dan juga wanita untuk melabur dan terlibat dalam ASB dan ASM? Terima kasih.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Untuk menjawab soalan tambahan Yang Berhormat Segamat, pelbagai kempen dan program untuk memupuk kesedaran menabung di kalangan warga Malaysia tidak kira daripada belia atau wanita, kita memang seterusnya- untuk menarik minat pelabur dalam Skim Unit Amanah seperti ASB dan ASM dijalankan secara berterusan sepanjang tahun.
Antara program dan inisiatif yang dijalankan adalah seperti berikut iaitu mengadakan Hari ASB dan program Singgah Labur yang dianjurkan bersama dengan barisan hadapan ASNB dengan cawangan agen untuk mempromosikan Skim Unit Amanah Harga Tetap ASNB di seluruh negara. Kita juga meningkatkan usaha pemasaran dengan memperkenalkan kempen baharu seperti kempen Jom Simpan atau Auto Labur yang bertujuan untuk mengaktifkan pelabur baharu serta mempromosikan pelaburan secara sistematik dan berulang di kalangan pemegang unit.
Kita juga terlibat secara aktif dalam ruang pemasaran digital untuk menarik pelabur baharu dalam segmen digital serta meningkatkan pelaburan di kalangan pemegang unit yang sedia ada. Jadi, jualan dan pemasaran digital merupakan kaedah yang paling cost effective.
Penjenamaan semula dengan melancarkan semua logo ASNB dengan rupa yang lebih segar juga hendak menarik segmen-segmen belia. Daripada segi penambahan produk dan perkhidmatan, pada tahun 2023, hak pelaburan individu bagi skim ASB dan ASB 2 telah dinaikkan daripada RM200,000 kepada RM300,000 selain peningkatan saiz dana bagi skim ASM.
Ini memberi peluang kepada pemegang unit untuk menambahkan pelaburan mereka.
Selain itu, yang akhir sekali, kita ada program Celik Kewangan Belia MADANI. Kita lancarkan pada bulan Ogos lalu untuk meningkatkan celik kewangan dalam kalangan pelajar dan menggalakkan pelajar untuk mula melabur pada usia muda termasuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan alat-alat kewangan. Sekian, terima kasih.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Yang Berhormat Menteri, maaf.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Segamat, tak boleh tanya macam itu.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Tak, bukan. Soalan yang pertama belum dijawab. Adakah akan ditambahkan kuota ASB untuk bukan bumiputera tadi? Terima kasih.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Dah tambah tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okey, Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh jawab secara bertulis.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Ya, terima kasih.
Puan Lim Hui Ying
Okey, boleh. Saya akan jawab secara bertulis.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey, terima kasih Speaker.
Soalan tambahan saya adalah berkaitan adakah cukai dikenakan ke atas dividen yang diterima oleh pelaburan ASB dan juga ASM? Bagaimanakah status ASB dan ASM sebagai instrumen pelaburan yang patuh syariah? Adakah kedua-duanya terlibat dengan urus niaga dengan bank konvensional? Terima kasih.
Puan Lim Hui Ying
Dividen yang diterima daripada pelaburan ASB dan ASM tidak dikenakan cukai dan lagi satu berkenaan dengan bank konvensyen. Faedah actually untuk pengetahuan Yang Berhormat, kadar dividen yang diterima oleh pemegang-pemegang unit ASB dan ASM berbanding dengan bank konvensyen adalah lebih tinggi.
Puan Lim Hui Ying
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, sepanjang tahun 2021 sehingga 2023, Skim ASB menjana pulangan pendapatan dalam julat 4.6 peratus sehingga 5.25 peratus termasuk bonus. Bagi Skim ASM pula julat pendapatan sepanjang tahun yang sama adalah dari empat peratus sehingga 4.5 peratus. Pulangan kedua-dua tabung unit melebihi penanda aras kadar simpanan deposit tetap secara purata melebihi 1.5 peratus dari bank konvensyen. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin, Tangga Batu.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Terima kasih Tuan di-Pertua.
Belayar kapal ke Pulau Rupat; Soalan saya nombor empat.
4. Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin [Tangga Batu] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan, usaha-usaha yang dilakukan membawa pulang artifak dan manuskrip lama yang berkaitan sejarah Tanah Melayu yang dijarah pada zaman penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris dan disimpan di luar negara seperti yang diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pertama baru-baru ini.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Speaker, Kementerian Perpaduan Negara melalui Arkib Negara Malaysia
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
telah menganjurkan Konvensyen Sejarah dan Perpaduan Nasional 2024 yang menjadikan kelestarian elemen sejarah sebagai tunjang pembentukan masyarakat Malaysia MADANI.
Ketika konvensyen tersebut, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa pihak kerajaan perlu bertindak serius dalam mendapatkan kembali kesejarahan negara yang dijarah ataupun dirampas semasa penjajahan.
Pemeliharaan artifak dan manuskrip menunjukkan bukti konkrit tentang sejarah, budaya dan kehidupan masyarakat pada zaman dahulu yang dapat membantu kita memahami konteks sejarah dan evolusi tamadun.
Justeru kementerian percaya bahawa perkara ini perlu diberi perhatian mendalam dengan menjadikan ia sebagai satu agenda nasional. Ini kerana usaha untuk membawa pulang koleksi atau manuskrip sejarah negara bukanlah satu kerja yang mudah, ia bukan sahaja melibatkan hubungan antara kerjasama di peringkat antarabangsa, tetapi juga memerlukan jumlah peruntukan yang besar dan mencukupi kerana usaha ini merupakan satu proses yang panjang dan berterusan.
Usaha untuk membawa pulang artifak dan manuskrip lama berkaitan dengan sejarah Tanah Melayu yang dijarah pada zaman penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris yang disimpan di luar negara sememangnya telah dan sedang dilaksanakan oleh kementerian melalui Jabatan Muzium, Arkib Negara Malaysia dan juga Perpustakaan Negara Malaysia.
Sebagai contoh, Muzium Negara Malaysia telah membawa balik rangka paus biru dari Singapura pada tahun 1974 dan rangka manusia Gua Cha Kelantan dari Universiti Cambridge pada tahun 2008. Juga Muzium Sarawak telah membawa balik rangka prasejarah Gua Niah tahun 2020, dua bilah parang Orang Ulu, Kain Pua Kumbu dan aksesori manik dan The Sun Hat daripada Florida.
Bagi Arkib Negara Malaysia telah melaksanakan pengesanan penyelidikan dan pembelian manuskrip lama dan bahan sejarah berkaitan Tanah Melayu yang disimpan di institusi arkib di luar negara sejak 1965 lagi. Sekarang sebanyak 1448 manuskrip telah diperoleh oleh Arkib Negara Malaysia untuk rujukan dan penyelidikan masyarakat kita. Selain daripada manuskrip, Arkib Negara Malaysia juga tertumpu kepada sumber sejarah yang lain seperti dokumen, fail, data, bahan bercetak dan sebagainya.
Untuk perpustakaan pula, Perpustakaan melalui Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu telah mengesan dan memperoleh Manuskrip Melayu dan juga bahan-bahan nadir koleksi warisan negara yang berharga yang melambangkan kebitaraan bangsa Melayu zaman silam.
Seperti yang saya katakan awal tadi, perkara ini tidak mudah sebab ia melibatkan cooperation daripada negara lain dan juga menggunakan perbelanjaan yang besar. Sejak tahun 1970, Perpustakaan Negara Malaysia telah mendapat sejumlah 1,090 naskhah Manuskrip Melayu yang telah berjaya dibawa daripada 22 buah institusi di luar negara dari Singapura, dari Paris, Belanda dan juga British Library.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
Untuk makluman YB, ketika ini kementerian sedang menyediakan Kertas Dasar Memorandum Jemaah Menteri berhubung dengan perolehan membawa balik artifak ini.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tangga Batu.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Adakah Kerajaan Pusat mempunyai iktikad untuk membantu Kerajaan Melaka bagi melengkapkan kajian tentang Hang Tuah yang diletakkan di bawah UNIMEL. Ini kerana baru- baru ini saya lihat dalam Pameran Hang Tuah yang diadakan di MITC dan juga kajian dari Pusat Bahasa Moden dan Komunikasi (UPM) menunjukkan bahawa Hang Tuah ini bukan lagi suatu benda yang retorik, tetapi dia wujud kerana Hang Tuah pernah sampai ke Kerajaan Jepun di Ryukyu, Kerajaan Empayar Vijayanagara di India, sampai ke Turki, sampai ke Yaman, Aceh dan sebagainya.
Kalau kita lihat bahawa Hang Tuah ini satu karakter jati diri yang sangat bijaksana, diplomasi, dan juga menjadi ikon perpaduan sehingga kita boleh mengangkat Hang Tuah ini sebagai Ikon Perpaduan dan juga mengangkat jati diri Melayu.
Kalau kita lihat di Indonesia, sebenarnya ada sebuah...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jangan bahas, tanya soalan.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Sedikit, sebentar. Soalan sudah tanya tadi, tetapi hendak hurai sedikit. Di Indonesia ada sebuah nama dia Universitas Hang Tuah yang dimiliki oleh Tentera Laut Indonesia di mana kalau hendak belajar ilmu pelayaran dan juga ilmu kelautan boleh datang ke sana dan banyak- sekolah-sekolah pelayaran atas nama “Hang Tuah.” Sekian, terima kasih.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih atas prihatin Yang Berhormat terhadap sejarah lama.
Bagi cerita Hang Tuah ataupun Hikayat Hang Tuah, cerita Hang Tuah ini telah merupakan satu cerita horror ataupun epik tradisional Melayu yang telah mendapat pengiktirafan daripada UNESCO di bawah Memory of The World International pada tahun 2001 dan Hang Tuah disifatkan sebagai Pahlawan Melayu yang terkenal di Melaka dan amat setia serta taat kepada pemerintah. Cerita Hang Tuah ini juga melambangkan kehebatan dan keberanian Orang Melayu Melaka sebagai pahlawan ketika itu. Memang banyak buku Hang Tuah pun kita sudah keluar, tebal-tebal.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Hang Tuah juga sebenarnya adalah al-hafiz sebenarnya, hafaz al-Quran sebenarnya. Terima kasih.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Ya, terima kasih. Jadi bukan sahaja Hang Tuah, banyak- cerita-cerita lain yang telah kita dapati. Pada tahun ini sendiri, pada tahun 2022 ini banyak koleksi Melayu yang kita telah ikuti Koleksi Aminah binti Rahim- dua naskhah dan banyak lagi sejarah ataupun manuskrip Melayu yang telah kita telah dapati dan banyak lagi belum dan kita telah- sebab itu kita telah mengadakan satu Memorandum Jemaah Menteri
Datuk Aaron Ago anak Dagang
untuk ia diluluskan untuk kita terus mendapatkan manuskrip-manuskrip ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Puan Speaker. Mohon penjelasan Menteri, apa pihak kerajaan mempunyai perancangan jangka panjang dalam memanfaatkan manuskrip dan artifak yang dibawa pulang agar dapat dimanfaatkan oleh masyarakat. Mohon penjelasan, berapakah anggaran kos yang diperlukan untuk membawa pulang artifak dan manuskrip ini ke dalam negara?
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih. Seperti yang saya katakan awal tadi memang kita bukan akan meneruskan- selama ini kita pun telah memang bekerja untuk mendapat pulang- balik kesemua manuskrip kita telah ada. Kita telah menyenaraikan Katalog Manuskrip Melayu yang berada di luar negara untuk rujukan dan juga untuk kita kalau dapat bawa balik ke negara ini. Jadi, daripada segi kos saya tiada angka, tetapi kita boleh bagi secara bertulis kalau dibenarkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah, Paya Besar.
5. Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan, adakah kementerian merancang untuk menyediakan program holistik berkaitan pengurusan halal sebagai nilai tambah kepada mahasiswa terutama dalam bidang Pengurusan Perniagaan; Pengurusan Hotel dan Pelancongan; dan Sains Gunaan.
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Puan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Tinggi menyedari kepentingan dalam menyediakan program-program yang holistik termasuk pengurusan halal bagi memberikan nilai tambah serta melahirkan graduan yang dilengkapi dengan ilmu yang merentas disiplin dan diperlukan dalam dunia pekerjaan yang dinamik.
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Berhubung dengan perkara ini, terdapat 12 buah universiti awam, yang menyediakan program holistik berkaitan pengurusan halal ini, antaranya Universiti Malaya, iaitu Universiti Malaya menawarkan Kursus Elektif Terbuka yang merangkumi bidang keusahawanan dan juga sampai ke peringkat Sarjana Pengurusan Halal. Sekiranya terdapat yang ingin mengambil pelajar-pelajar yang ingin mengambil subjek ini.
Yang kedua, Universiti Islam Antarabangsa juga memperkenalkan program iaitu dengan melalui International Institute for Halal Research and Training dengan izin, iaitu dipanggil sebagai INHART. Ianya bertujuan untuk merealisasikan aspirasi kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebagai Hab Halal Global menerusi program pengajian jangka panjang dan bidang kepakaran termasuk dalam konteks syariah compliants services.
Universiti Sains Malaysia, mempunyai program yang dirangka dalam mengguna pakai modul Halal Quality Management System atau SMIIC OIC yang merupakan standard piawaian digunakan oleh Board of Director Standard and Meteorology Institute for Islamic
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Countries bagi mendukung aspirasi menjadikan Malaysia sebagai hab halal terkemuka dunia dan juga melahirkan usahawan eksekutif dalam bidang halal.
Universiti Putra Malaysia juga menyediakan program holistik berkaitan pengurusan halal yang diterapkan dalam kursus-kursus pra-siswazah di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan.
Universiti Utara Malaysia, satu lagi contoh mempunyai Islamic Business School yang memfokuskan dalam penghasilan graduan dalam bidang pengurusan peniagaan termasuk dalam bidang pengurusan halal. Antara program siswazah ditawarkan adalah Bachelor of Halal Management.
Manakala, UiTM pula melalui pengurusan melalui Fakulti Pengurusan dan Perniagaan menawarkan Kursus Jangka Pendek iaitu Kursus International Halal Supply Chain. Kursus ini memberikan pendedahan kepada kaedah pelaksanaan rantaian bekalan halal serta aspek jaminan kualiti. Program ini juga terhasil daripada kerjasama antara Fakulti Pengurusan dan Perniagaan dengan Charted Institute of Logistic and Transport United Kingdom.
Ini antara beberapa inisiatif bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi.
Timbalan Yang di-Pertua, Puan Alice Lau Kiong Yieng
Paya Besar.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih yang berhormat Menteri.
Saya yakin kita dah ada talent yang baik. Pasaran halal peringkat global 5 trilion pada 2030, tapi baharu dipenuhi 20 peratus sahaja. Saya tiga bulan yang lepas ke Hong Kong dan ada keperluan yang amat mendesak Hong Kong untuk dapatkan money in-flow daripada negara GCC. Mereka perlukan ada eko-sistem halal.
Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, Dato’ Speaker, tahun depan kita akan menjadi Kepengerusian ASEAN, bagaimana KPT melihat perlu adanya Malaysia mewujudkan sebuah pusat kajian dan institusi halal di Peringkat ASEAN sebagai langkah pemula untuk melihat peluang dan juga penambahbaikan sektor melibatkan keperluan halal dalam setiap industri dalam pasaran dunia berdasarkan pengalaman Yang Berhormat Menteri sebagai Menteri Luar dan saya ingat ini satu langkah yang baik untuk kita dapatkan sinergi antara negara ASEAN yang populasinya hampir 800 juta. Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Satu soalan dan cadangan yang baik Yang Berhormat.
Saya ingin menjelaskan juga dalam konteks kita menyediakan kepakaran kita di peringkat Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa, sering kali yang dikemukakan ialah untuk kita mempunyai kursus-kursus ataupun halal accreditation, dengan izin, tetapi dalam satu lagi perspektif yang lebih besar ialah bagaimana halal itu seharusnya dijadikan sebagai satu industri.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Daripada pengalaman-pengalaman saya sering kali bila kita berada di luar negara, mereka memerlukan halal ataupun dipanggil sebagai Sijil Halal dari Malaysia kerana Sijil Halal dari Malaysia adalah antara yang terbaik yang diperakui di seluruh dunia, tapi saya melihat yang lebih mustahak ialah dimensi industri itu sendiri.
Makanya, dalam konteks Malaysia untuk terus menjadi sebagai pusat rujukan di peringkat antarabangsa, salah satu yang telah pun kita laksanakan iaitu seperti yang saya sebut dalam jawapan sebentar tadi iaitu INHART di UIA telah pun berfungsi hingga di peringkat antarabangsa. USIM satu lagi institut yang sedang meneroka dalam aspek antarabangsa.
Oleh yang demikian, sehubungan dengan tahun hadapan Malaysia akan menjadi tuan rumah akan menjadi Pengerusi ASEAN, yang ini pun telah kita rancang melalui Kementerian Pendidikan Tinggi dan juga dengan kementerian-kementerian lain termasuk dengan MITI dengan JAKIM dan sebagainya supaya kita boleh mengemukakan satu konsep baharu di mana negara-negara ASEAN ini dapat bergabung bersama-sama dalam meneroka bukan hanya dalam bidang pensijilan halal, tetapi industri yang berasaskan halal ini. Ini insya- Allah yang akan kita laksanakan pada tahun hadapan. Terima kasih Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua, Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Yang di- Pertua. Kursus pengurusan halal berkait rapat dengan pengajian Islam dan juga syariah.
Apakah rangka yang telah dilaksanakan oleh KPT terhadap kursus-kursus di IPT yang disebut oleh Yang Berhormat tadi ataupun mungkin di TVET selain Fakulti Pengajian Islam disediakan sewajarnya bagi memastikan mahasiswa pengurusan halal mempunyai ilmu yang mencukupi dalam bidang agama Islam dan mengambil kira peningkatan bilangan IPT dan juga institusi TVET yang menawarkan kursus-kursus dalam bidang pengurusan halal, apakah usaha kementerian, dengan kerjasama JAKIM untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan lulusan pengauditan halal, pengamal penasihat halal dan jawatan-jawatan lain berkaitan hal ehwal halal. Terima kasih Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Seperkara yang perlu kita fahami dalam konteks halal ini sebagaimana yang dikemukakan Yang Berhormat tadi ialah maksudnya pengetahuan tentang halal itu sangat penting iaitu ia mesti berteraskan apa yang disebut tadi dan sebagai syariah compliance iaitu bukannya halal, tapi ada satu lagi aspek yang disebut sebagai toyyib iaitu halalan toyyiban iaitu yang dikemukakan.
Kalau yang berhormat lihat semua- kursus-kursus yang dikemukakan oleh universiti- universiti itu memang mempunyai kandungan aspek ini kerana kita bukan hanya mahu melihat dalam konteks pensijilan semata-mata yang disebut dan yang dikemukakan oleh yang berhormat tadi ialah termasuk pengurusan halal itu sendiri.
Makanya akan terdapat semua- kandungan-kandungan, kokurikulum-kokurikulum yang berkaitan dengannya. Dan kita akan terus memperbaiki daripada masa-ke-semasa khususnya dalam konteks penyelidikan bila penyelidikan ini dia akan ada penemuan-
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
penemuan baharu bagi kita meningkatkan lagi kualiti halal yang ada daripada negara kita Malaysia.
Alhamdulillah setakat ini untuk pengetahuan Yang Berhormat, pengiktirafan halal pada Malaysia itu begitu baik.
Yang kedua, apa yang disebutkan oleh yang berhormat tadi berkaitan dengan kebolehpasaran mereka. Alhamdulillah kita lihat mereka yang mengikuti ataupun yang menceburkan diri mereka dalam bidang peniagaan yang berteraskan halal ini, mereka biasa tidak mempunyai masalah daripada segi itu kerana antara program yang dianjurkan lebih kepada value added ataupun mereka yang nak up-skilling dan apabila mereka nak graduated dalam tempoh yang sama mereka akan juga mengikuti kursus-kursus ini. Dan ada mereka yang terus menceburkan diri mereka di dalam bidang perniagaan secara kecilan dan juga dengan join, dengan izin, dengan syarikat-syarikat tertentu. Itu antara lain yang boleh saya jawab untuk setakat ini.
Timbalan Yang di-Pertua, Puan Alice Lau Kiong Yieng
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching, Beaufort.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 6.
6. Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching [Beaufort] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, usaha yang diambil bagi mengawal ancaman aktiviti penculikan dan rompakan di perairan Pantai Timur Sabah yang didalangi anasir kumpulan KFR dan Abu Sayyaf Group
(ASG) serta ancaman serangan ke atas Sabah dari Selatan Filipina khususnya daripada pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Terima kasih Yang di-Pertua, sahabat saya Yang Berhormat Beaufort.
KDN- kita menyedari Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai sempadan maritim yang sangat luas tidak terkecuali di perairan Pantai Timur Sabah. Untuk makluman Yang Berhormat, sejak sekian lama tidak ada insiden penculikan dan rompakan berlaku di kawasan sekitar perairan pantai timur Sabah sejak tahun 2020.
Menangani ancaman kumpulan pengganas seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat, merupakan tugas dan tanggungjawab yang berat dipikul oleh kementerian ini, termasuklah oleh semua agensi di bawah kementerian terutamanya PDRM, APMM dan juga ESSCOM.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Dalam konteks pencegahan Yang Berhormat, terutama menghentikan aliran kewangan kumpulan pengganas ini, kementerian dari semasa ke semasa sentiasa mengemas kini senarai entiti tertentu yang diklasifikasikan sebagai ahli atau kumpulan pengganas, yakni kumpulan Abu Sayyaf Group yang juga tersenarai dalam kumpulan ini.
Begitu juga, salah seorang individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.
Penyenaraian kedua-dua entiti ini bagi membolehkan aktiviti kewangan disekat dan ini boleh
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
menghalang entiti tersebut daripada terus melakukan aktiviti keganasan termasuklah penculikan dan juga rompakan.
Secara keseluruhan, saya nak sebut bahawa keadaan keselamatan di kawasan Pantai Timur Sabah adalah selamat, terkawal dan aman. Ia sejajar dengan kewujudan ESSCOM itu sendiri yang telah diberi tanggungjawab. Yang Berhormat sedia maklum, untuk mengekang gelombang kedua pencerobohan anasir asing yang menggelar diri mereka sebagai Royal Security Force (RSF) atau pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu dari Filipina. Juga, penyelusupan masuk militan seperti Kumpulan Abu Sayyaf dan kumpulan yang mempunyai modus operandi penculikan untuk mendapatkan wang tebusan.
Dalam hubungan ini, saya dah nyatakan beberapa kali, antara inisiatif keselamatan dijalankan oleh ESSCOM termasuklah di kawasan ESS Zone ialah Operasi Sanggah iaitu kita mengkoordinasi semua agensi, jabatan-jabatan berkaitan. Kita ada juga Operasi Gasak Laut dan Darat untuk membanteras elemen-elemen anasir asing dan militan dan juga tali barut. Kita ada Operasi Bersepadu Khas, operasi darat Road Check Point. Kita ada Operasi Pangkalan Pemeriksaan Laut dan juga Sea Check Point.
Banyak- operasi-operasi kalau saya nak senaraikan sini dan sudah tentu kesannya sangat besar, tiada insiden penculikan yang berlaku sejak Januari 2020.
Banyak lagi- yang lain dan juga banyak- hasil-hasil yang kita peroleh. Saya boleh bagi jawapan bertulis Yang Berhormat, kerana masa. Apa pun, saya nak jelaskan bahawa komitmen kita sangat tinggi. Kita meningkatkan keupayaan kita daripada segi penggunaan teknologi dan sebagainya. Kita mahu memastikan bahawa rakyat di Sabah terutama di kawasan Pantai Timur selamat dan aktiviti-aktiviti ekonomi dapat berjalan dengan baik dan tersusun. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Beaufort.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Terima kasih Puan Yang di- Pertua dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang begitu terperinci. Peguam utama yang mewakili kumpulan Sulu iaitu Paul Cohen yang mendakwa kemenangan Malaysia di Mahkamah Agung Perancis sebagai keputusan yang makan diri sendiri. Kononnya, kumpulan Sulu ini bebas membuat apa sahaja pada Sabah termasuk pajak ke Filipina dan juga China. Kenyataan ini merupakan provokasi dan ia boleh menimbulkan ancaman keselamatan kepada rakyat Sabah.
Soalan tambahan saya, adakah Kementerian Dalam Negeri juga ada menjalankan risikan berkenaan penyokong-penyokong Kumpulan Sulu ini yang ada dan tinggal di negeri Sabah? Adakah golongan ini juga berkait dengan pendatang tanpa izin (PTI) yang menjadi tali barut kumpulan penjenayah rentas sempadan? Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Sebab saya Yang Berhormat Beaufort- Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab oleh pihak berkenaan di saluran media massa, Kementerian Dalam Negeri menyahut seruan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Undang-undang dan Reformasi Institusi) bahawa dakwaan pihak berkenaan ialah tidak masuk akal dan satu
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
tindakan penipuan. Bahkan, keputusan Mahkamah Agung Perancis terhadap Kesultanan Sulu yang memihak pada Malaysia baru-baru ini membuktikan bahawa negara ini adalah berdaulat, berintegriti serta menjadi keutamaan kerajaan untuk memelihara dan pertahankan keutuhan wilayah Sabah tanpa kompromi.
Yang Berhormat, kita sentiasa komited. Saya dah sebut bahawa kita koordinasikan operasi pelbagai pasukan keselamatan- Polis, ATM, APMM di Pantai Timur bagi kita kekang gelombang kedua ancaman terutama yang didalangi oleh penceroboh kumpulan bersenjata Royal Security Force ini yang didalangi oleh pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu dari Filipina. Oleh yang demikian, kerajaan sendiri mengambil langkah-langkah proaktif sejak 11 tahun dahulu. Kita tubuh ESSCOM di ESS Zone terutama mengukuhkan soal keselamatan tadi.
Saya nak sebut antara langkah- langkah tersebut termasuklah kita mengekalkan tahap operasi tinggi menerusi kaedah perisikan, human intelligence dengan memberi penekanan kepada pengumpulan maklumat-maklumat terhadap individu atau kumpulan sasar secara terbuka atau rahsia. Kita juga mengukuhkan dan menggembleng pertukaran dan berkongsi maklumat perisikan melalui forum, interaksi melibatkan pelbagai jabatan, agensi termasuk agensi-agensi di luar negara. Kita koordinasi operasi-operasi khas jejakkan, pengesanan kumpulan sebagainya. Yang penting sekali saya nak sebut bahawa apa yang kita buat ini ialah bagi memastikan keselamatan rakyat di Sabah dan juga rakyat luar negara yang melancong dan sebagainya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ketereh.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya, kalau kita tengok di ESSCOM ini, ancamannya dari luar. Maknanya, dia menggugat kedaulatan negara. Jadi kalau kita tengok, peranan tentera lebih sesuai di kawasan tersebut kerana ancaman dari luar. Jadi, kenapa ESSCOM ini, leader-nya KDN, bukannya MINDEF?
Ini soalan saya.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Yang Berhormat, operasi kita di kawasan Pantai Timur Sabah memang di bawah Kementerian Dalam Negeri, tapi juga kita koordinasikan dengan pelbagai agensi dan jabatan lain. Sehingga kini, bagi menjawab apa yang disebut oleh Yang Berhormat, kita telah membuktikan keupayaan dan kejayaan kita.
Bermakna, apa yang kita laksanakan ini berkesan dan tentunya tanggungjawab kita untuk sentiasa menambah baik dan mendapat apa juga maklumat-maklumat, tapi yang saya sebut bahawa apa yang kita laksanakan ini berkesan, dah dibuktikan bahawa tidak ada kes-kes sejak tahun 2020. Terima kasih Yang Berhormat.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Saya nak tambah sikit lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya, Pasir Salak.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Terima kasih.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Boleh saya tambah sikit tak ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk Pasir Salak.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Terima kasih Puan Speaker.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Tak belajar daripada Tanduo dulu.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
... Terbang merak waktu subuh, Sampai di hutan buat sarang; Soalan Pasir Salak nombor tujuh, Mohon dijawab dengan terang.
7. Tuan Haji Jamaludin bin Yahya [Pasir Salak] minta Menteri Pendidikan menyatakan, adakah kementerian berhasrat mempertimbangkan cadangan memperkenalkan laluan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) seawal usia Tingkatan 1 bagi memberi peluang kepada pelajar memilih bidang kemahiran yang mereka minati.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Jawapan yang dijawab akan memberikan satu jawapan yang jelas dan terang.
KPM komited menyediakan akses pendidikan TVET bermula dengan pendedahan TVET kepada murid peringkat sekolah rendah bagi membolehkan mereka membuat pilihan aliran TVET yang bersesuaian apabila memasuki peringkat menengah iaitu selepas Tingkatan 3.
Pendedahan awal asas pendidikan TVET telah diperkenalkan kepada semua murid seawal Tahun 4 di peringkat sekolah rendah melalui mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) bermula pada tahun 2014. Murid diperkenalkan dengan kemahiran berasaskan TVET yang menawarkan bidang utama dalam teknologi, sains rumah tangga, kejuruteraan, pengaturcaraan dan juga pertanian.
Bagi memastikan kesinambungan pendidikan TVET, mulai tahun 2017, mata pelajaran RBT diteruskan kepada murid peringkat menengah rendah- Tingkatan 1. Usaha ini adalah bagi memastikan murid diberikan pendedahan awal kepada bidang-bidang utama TVET sebelum memasuki aliran TVET selepas Tingkatan 3.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, menerusi kurikulum persekolahan 2027, KPM akan memberikan penekanan kepada asas pendidikan TVET bagi memupuk minat murid dalam bidang TVET. KPM akan memperkenalkan elemen TVET bermula dari Tahap 1 iaitu Darjah 1- Tahun 1 di sekolah rendah menerusi pembelajaran bersepadu yang menggabungkan pelbagai disiplin ilmu dalam bidang sains, teknologi, digital, seni visual, muzik dan pendidikan kesihatan.
Seterusnya, bagi murid di Tahun 5 dan Tahun 6 akan mempelajari pembelajaran asas disiplin ilmu TVET seperti teknologi, sains, rumah tangga, kejuruteraan, pengaturcaraan dan pertanian.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Pembelajaran dilaksanakan berasaskan projek yang membolehkan murid mengetahui, memahami dan meneroka aplikasi teknologi dan digital dalam pelbagai bidang.
Kandungan kemahiran dan nilai daripada pelbagai bidang teknologi dan digital akan dikembangkan lagi kepada murid di peringkat menengah rendah iaitu di Tingkatan 1, 2 dan 3 bagi mereka mengenali potensi diri seterusnya mendorong minat mereka dalam bidang TVET.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat] KPM yakin, melalui inisiatif yang dilaksanakan mampu memberikan pendedahan awal dan memberikan peluang kepada murid memilih bidang TVET selepas tamat pendidikan menengah rendah iaitu tamat Tingkatan 3. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, soalan tambahan.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Terima kasih Dato’ Speaker.
Timbalan Menteri, terima kasih atas jawapan yang terang benderang tadi.
Soalan tambahan Pasir Salak, dalam usaha memberi pendedahan awal sistem pendidikan TVET, adakah KPM mempunyai perancangan untuk memperkasa program TVET KPM dengan menyediakan lebih banyak lagi latihan praktikal secara hands on melalui program apprenticeship serta penerapan modul keusahawanan dalam struktur kurikulum sedia ada.
Bagi membantu transisi pelajar menyambung ke peringkat lebih tinggi, apa usaha KPM dengan kerjasama institusi TVET lain seperti Malaysian Technical University Network dalam pembangunan modal insan TVET agar mereka boleh membuat pilihan bersesuaian mengikut kecenderungan masing-masing.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak atas soalan tambahan yang diajukan.
Seperti yang saya telah jawab tadi, pendedahan kepada pendidikan TVET kepada murid, pihak KPM telah mula daripada peringkat sekolah rendah lagi dengan penerapan- penerapan, nilai-nilai dan juga pendedahan asas berkenaan dengan pendidikan TVET.
Berkenaan dengan isu aktiviti hands on yang ada dengan pihak KPM, sememangnya daripada statistik yang KPM ada, pelaksanaan aktiviti hands on dalam mata pelajaran RBT di peringkat sekolah rendah adalah sebanyak 86 peratus daripada keseluruhan kandungan kurikulum yang sedia ada. Manakala untuk sekolah menengah pula, ia adalah dalam lingkungan 80 peratus. So, aktiviti hands on itu memang sudah ada dalam kurikulum kita, itu satu.
Tuan Wong Kah Woh
Nombor dua, pihak KPM sentiasa bekerjasama dengan pihak industri dan juga rakan- rakan strategik untuk memastikan apa yang dipelajari ataupun apa yang dipelajari oleh anak- anak kita sama ada dalam pendidikan TVET ataupun daripada pendidikan asas itu dapat diterapkan dan boleh diguna pakai selepas mereka menceburi diri dalam industri masing- masing.
Pihak KPM mempunyai satu jawatankuasa, iaitu Jawatankuasa Hubungan Industri TVET yang mana kita menjalin pelbagai kerjasama dengan pihak industri. Industri-industri ini termasuk- dia ada beberapa NGO ataupun persatuan yang terlibat melalui jawatankuasa ini termasuk Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia, Master Builders Association Malaysia, Malaysia Semiconductor Industry Association, Malaysia Industry Forward Association, Federation of Malaysian Manufacturers dan persatuan-persatuan yang lain yang mana persatuan-persatuan ini memberikan khidmat dan nasihat kepada KPM untuk memastikan kurikulum yang kita ada itu adalah boleh diguna pakai dan juga selaras dengan keperluan industri.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
[Bangun]
Tuan Wong Kah Woh
Berkenaan dengan isu lanjutan anak-anak ataupun graduan TVET ke pengajian institusi pengajian tinggi. Untuk graduan-graduan TVET daripada program Diploma Kolej Vokasional iaitu selepas tamat empat tahun dan juga empat hingga enam bulan praktikal, maka pihak KPM juga ada berkolaborasi dengan MTUN yang mana satu laluan khas diberikan kepada graduan KV bagi Sarjana Muda Teknologi iaitu Bachelor of Technology di universiti-universiti rangkaian MTUN termasuk Universiti Teknologi Melaka, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, UniMAP dan juga Universiti Malaysia Pahang. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Sandakan.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya adalah saya ingin tanya kepada Kementerian Pendidikan sama ada bercadang untuk menaik taraf alat-alat pembelajaran seperti enjin-enjin kereta ataupun penghawa-hawa dingin seperti sekolah TVET di Sandakan supaya untuk meningkatkan kebolehpasaran semua graduan-graduan di industri masing-masing apabila mereka menceburi pekerjaan mereka. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih soalan tambahan dari Yang Berhormat Sandakan. Sememangnya isu ini telah pun KPM jawab pada 18 Julai 2024 berkenaan dengan pakej-pakej ataupun projek-projek pembekalan peralatan perabot ataupun peralatan di KV Sandakan.
Mungkin secara ringkasnya, saya boleh jelaskan dalam beberapa tahun yang lepas sememangnya ada peruntukan dan juga usaha daripada pihak KPM untuk memberikan pembekalan dan peralatan perabot yang secukupnya kepada KV Sandakan. Untuk pada tahun ini juga KV Sandakan 2 telah pun mula beroperasi. Pada tahun 2023/2024 untuk KV
Tuan Wong Kah Woh
Sandakan 2, KPM ada menyediakan sejumlah RM1.975 juta untuk pembekalan peralatan dan perabot KV Sandakan 2, itu tahun 2023/2024.
Dan juga dari semasa ke semasa sekiranya mana-mana institusi pendidikan di bawah KPM termasuklah KV ataupun KV di Sandakan memerlukan apa-apa penambahbaikan daripada segi infrastruktur ataupun peralatan bolehlah hubungi KPM. KPM akan cuba untuk melengkapkan setakat yang KPM mampu. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan yang ke- 8. Majlis mempersilakan Dr. Kelvin Yii Lee Wuen, Yang Berhormat Bandar Kuching.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih.
Budi bahasa dan hormat jadi amalan; Soalan saya nombor lapan.
8. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [Bandar Kuching] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, pelan kerajaan sama ada untuk memansuhkan Akta Hasutan atau memindanya supaya hanya digunakan untuk perkara yang menyentuh institusi diraja dan tidak disalahgunakan untuk isu lain.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. KDN telah melaksanakan satu kajian bagi menilai semula sama ada pindaan terhadap Akta Hasutan perlu dibuat supaya ia seiring dengan peredaran masa dan ledakan digitalisasi atau penggubalan sebuah akta baharu bagi menangani isu 3R.
Susulan kajian tersebut Yang Berhormat, kementerian telah membentangkan Memorandum Jemaah Menteri bagi penetapan dasar berkaitan perkara tersebut dan Jemaah Menteri telah bersetuju secara dasar supaya Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri menyelaras penggubalan Rang Undang-undang Keselamatan Negara bagi memelihara keselamatan negara daripada ancaman luar dan dalam termasuklah melindungi Institusi Raja Berperlembagaan, demokrasi berparlimen dan keharmonian antara agama.
Tuan Yang di-Pertua, berhubung status terkini Akta Hasutan 1948, akta tersebut akan dikekalkan buat masa ini bagi memelihara ketenteraman awam dan keselamatan negara.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat soalan tambahan.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih atas jawapan tersebut.
Saya mempunyai pendirian bahawa kita ada akta lain yang boleh juga menolong dalam menjaga keselamatan negara. Namun saya hendak tanya, apakah tindakan kerajaan untuk memastikan bahawa hak rakyat untuk bersuara dan kebebasan bersuara tidak ditindas ataupun akta ini disalahgunakan dan juga tadi Yang Berhormat menyebut tentang isu 3R.
Mungkin boleh secara terperinci- apakah garis panduan, apakah definisi 3R ini supaya ia- akta tidak disalahgunakan untuk isu lain. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Dato’ Dr. Yang di-Pertua, Perkara 10 dalam Perlembagaan Persekutuan jelas menunjukkan bahawa Warganegara Malaysia mempunyai kebebasan dalam mengeluarkan pendapat dan juga bersuara. Namun, bagi menghormati perkara tersebut, janganlah ia melampaui batas. Akta Hasutan ini, spiritnya ketika ini hanya untuk memantau perkara-perkara yang menyentuh mengenai 3R. Sebab itu bukan semua perkara dalam isu 3R ini dilarang.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Ia hanya akan dikenakan ― melainkan ia melanggar peraturan-peraturan melibatkan Akta Hasutan, Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia dan sebagainya. Lebih baik, pendekatan yang patut diambil oleh rakyat mungkin tidak membicarakan perkara ini secara terbuka mengenai isu-isu yang sensitif.
Sebenarnya tindakan-tindakan yang dilakukan oleh PDRM, kebanyakan sengaja dibesarkan. Apa yang dilakukan pihak berkuasa, PDRM misalnya ialah untuk mengekang supaya perkara ini tidak berleluasa sampai ke tahap yang boleh mengundang keselamatan negara.
Yang Berhormat, PDRM sentiasa bertindak berlandaskan undang-undang yang ditetapkan dan tidak melakukan perkara-perkara yang luar daripada batas-batas yang sepatutnya. Malah, jika rakyat tidak berpuas hati atas tindakan-tindakan yang dilakukan, maka kita ada saluran aduan tentang salah laku yang disediakan oleh IPCC. Maknanya, hak rakyat diberikan dan kita juga boleh membuat aduan-aduan tersebut.
Yang Berhormat, mengenai garis panduan. Buat masa ini, perincian berkaitan kesalahan-kesalahan yang melibatkan isu 3R yang diguna pakai oleh Kementerian Dalam Negeri melalui PDRM adalah berpandukan kepada perundangan semasa seperti Akta Hasutan 1948. Tuan Yang di-Pertua sangat arif tentang perkara ini, Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia.
Kalau boleh saya sebut secara ringkas di sini. Panjang dari segi garis panduan, Yang Berhormat. Mungkin saya boleh bagi secara bertulis. Di bawah Akta Hasutan 1948 [Akta 15], sebarang perbuatan atau kenyataan yang mempunyai kecenderungan menghasut merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 4 dan seksyen 3(1). Perkara yang dikategorikan sebagai kecenderungan menghasut adalah, contohnya, mendatangkan kebencian atau penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia kepada mana-mana raja atau kerajaan.
Banyak lagi perkara-perkara lain. Kalau saya nak sebut, Yang Berhormat, panjang.
Namun demikian, kerajaan sentiasa memberi hak kepada rakyat, tapi tentulah kita berharap rakyat mematuhi peraturan-peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan. Saya akan beri secara bertulis, Yang Berhormat, secara terperinci. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan.
Yang Berhormat.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebentar tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri memetik Perkara 10(1)(a) iaitu kebebasan bersuara dan bercakap.
Berkaitan dengan Akta Hasutan yang dipersoalkan di sini, kita lihat balik sejarah tujuan Akta Hasutan ini diperkenalkan di zaman penjajahan British adalah untuk mengekang penentangan terhadap Kerajaan British waktu itu. Sekarang kita sudah mencapai kemerdekaan dan sudah ada Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak bercakap dan bersuara.
Soalan saya. Tidakkah setiap rakyat bersuara mengkritik dasar-dasar kerajaan yang pincang, mempersoalkan kewibawaan kepimpinan yang terlibat salah laku moral atau pun mempertahankan kontrak sosial antara kaum dalam negara dikira menghasut?
Yang kedua, tanpa takrifan yang jelas tentang 3R, apakah mekanisme kawalan kerajaan bagi mengelakkan pendakwaan terpilih atau dwistandard yang dirujuk kepada Akta Hasutan semata-mata untuk mengenakan caj kepada pengkritik kerajaan, rata-ratanya di kalangan pihak pembangkang? Sedangkan, di sebelah sana suatu ketika dulu menjadi pembangkang juga, membangkitkan perkara yang sama.
Itu soalan tambahan saya. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berikut, saya...
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya nak sebut bahawa rakyat diberi hak dan kebebasan bersuara sebagaimana dalam Perkara 10 yang termaktub dalam Perlembagaan. Yang saya sebutkan tadi ialah yang menjadi kesalahan apabila kita terkeluar daripada batas-batas yang sepatutnya yang saya percaya Ahli-ahli Yang Berhormat faham apa garis panduan, apa kandungan-kandungan dalam Akta Hasutan.
Saya juga nak sebut bahawa tidak benar kalau kerajaan mengehadkan kebebasan bersuara dan menghalang rakyat untuk mengkritik kerana perkara berkenaan dibenarkan.
Namun, sekali lagi saya sebut, bahawa ia tidak boleh melepasi daripada peraturan-peraturan yang ditetapkan.
Namun demikian, Yang Berhormat, perkara-perkara yang saya sebutkan tadi sedang dalam peringkat kajian. Ia, telah saya sebutkan tadi, bahawa kita telah bawa ke Jemaah Menteri. Ketika ini, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri sedang menyelaras penggubalan Rang Undang-undang Keselamatan bagi memelihara perkara- perkara yang dibangkitkan. Dalam kajian, Yang Berhormat.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berikut, saya mempersilakan Tuan Ganabatirau a/l Veraman, Ahli Yang Berhormat Klang.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Dato’ Yang di-Pertua, mohon mengalu- alukan rombongan SMK (P) Temenggong Ibrahim, dari Batu Pahat...
[Tepuk] Soalan saya soalan 9.
9. Tuan Ganabatirau a/l Veraman [Klang] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah tindakan yang telah diambil setakat ini dalam isu melibatkan tanah khas untuk pembinaan sekolah di Bandar Botanik, Klang yang disalah guna oleh suatu syarikat swasta.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih soalan dari Yang Berhormat Klang.
Untuk Ahli Yang Berhormat, hasil semakan Kementerian Pendidikan Malaysia mendapati bahawa tapak yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Klang dalam soalan ini adalah merupakan tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) kegunaan KPM dengan keluasan keseluruhan berjumlah 17.99 ekar. Pesuruhjaya Tanah Persekutuan merupakan tuan punya berdaftar ke atas tanah-tanah milik persekutuan dan bertindak sebagai pegawai pengawal kepada tanah-tanah rizab persekutuan. Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian pula telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan tanah-tanah tersebut bersama dengan kementerian atau jabatan pengguna yang menggunakan tanah berkenaan.
Hasil daripada semakan dengan JKPTG, selaras dengan dasar PTP untuk mengoptimumkan penggunaan tanah-tanah kosong bagi tujuan penjanaan hasil, JKPTG telah meluluskan penyewaan kepada sebuah syarikat swasta berkenaan dengan tanah tersebut dengan tujuan pengoperasian nurseri bermula 1 Oktober 2022 sehingga 30 September 2025 iaitu selama tiga tahun dengan syarat-syarat berikut:
(i) luas kawasan yang diluluskan adalah 17.99 ekar iaitu keseluruhan tanah yang terbabit;
(ii) kadar sewa adalah RM15,150 sebulan;
(iii) membayar wang cagaran sebanyak RM45,450 bersamaan dengan tiga bulan kadar sewa dan bayaran sewa bulanan pertama sebanyak RM15,150 atas nama PTP;
(iv) penyewaan perlu mendapatkan kelulusan lesen permit perniagaan dan pelan pembangunan daripada pihak berkuasa tempatan, lain- lain agensi kerajaan sebelum menjalankan perniagaan atau membina apa-apa struktur di atas tanah tersebut;
(v) penyewa tidak dibenarkan untuk membina sebarang struktur kekal di atas tapak tersebut; dan
(vi) penyewa tidak dibenarkan menyewa kecil atau pun sublet, dengan izin, tapak itu kepada mana-mana pihak ketiga.
Walau bagaimanapun, penyewaan ini telah ditamatkan oleh JKPTG pada 30 November 2023 setelah syarikat tersebut gagal mendapatkan kelulusan kebenaran merancang (KM) daripada pihak berkuasa tempatan dalam tempoh yang ditetapkan. Oleh kerana ketidakpatuhan kepada syarat-syarat dalam perjanjian sewaan, pihak syarikat telah pun diarahkan untuk mengosongkan tapak tersebut dengan serta-merta melalui surat penamatan yang dikeluarkan oleh JKPTG bertarikh 17 Mei 2024.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Sehingga 13 November 2024, masih terdapat struktur-struktur milik pihak syarikat yang berada di atas tapak. Sebarang tindakan lanjut berkenaan atau pun hala tuju tapak akan diputuskan dan dilaksanakan oleh JKPTG.
KPM mempunyai perancangan untuk pembangunan kompleks sekolah yang merangkumi sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan atas tapak ini.
Peruntukan akan dipohon melalui Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang akan datang.
Pembangunan kompleks sekolah ini adalah bertujuan untuk menampung kepadatan sedia ada hasil daripada pertambahan penduduk di kawasan Bandar Botanik, Klang.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan, Yang Berhormat.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang memberi begitu detail-out. Masalah yang kita nampak adalah sebenarnya sebarang tanah yang diperuntukkan, yang dimiliki oleh JKPTG, bukan dibeli. Ia adalah daripada diserap oleh pemaju. Bermaksud, kos tanah tersebut telah diselitkan kepada pembeli-pembeli rumah di situ.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Maka, tapak-tapak sekolah kita beri. Apabila tapak telah disediakan dan kini disalahgunakan, saya perlukan komitmen Kementerian Pendidikan supaya sekolah ini perlu dibina. Kita tidak boleh ada jawapan hanya kita akan bina sebelah atau mana tetapi tapak yang dinyatakan itu, adakah komitmen tadi, kalau tadi Menteri kata pada Rancangan Ketiga Belas. Tetapi saya difahamkan apabila saya mengadakan mesyuarat ia ada pada tahun 2028, mereka akan membina. Sekarang saya dapat 2030 kalau begitu. Saya hanya hendak dapatkan Menteri memberi komitmen penuh. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Klang. Suka saya jelaskan bahawa nombor satu, untuk tanah-tanah rizab pendidikan ini, ia adalah rizab sekolah. Maka, tanah tersebut haruslah digunakan untuk tujuan sekolah dan untuk tujuan pembinaan sekolah.
Seperti yang saya sebut tadi juga, PdP sementara menunggu perancangan yang akan datang, PdP dalam tanah ini telah pun mengambil keputusan untuk membuat sewaan.
Isu sekarang adalah perjanjian sewaan tersebut telah pun ditamatkan. Namun demikian, struktur-struktur yang sedia ada masih berada di atas tapak dan struktur-struktur tersebut haruslah diambil tindakan...
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
[Bangun]
Tuan Wong Kah Woh
Oleh pihak JKPTG atau Majlis Bandaraya Diraja Klang supaya peruntukan-peruntukan di dalam, di bawah perjanjian sewaan itu dapat dipenuhi.
Seperti yang saya sebut berkenaan dengan tapak sekolah baharu di kawasan tanah botani. Nombor satu, suka saya hendak memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa
Tuan Wong Kah Woh
dalam RMKe-12 RP5 iaitu dalam belanjawan yang baharu diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Pembinaan SMK Bandar Botani yang mengandungi 42 bilik darjah serta kemudahan- kemudahan lain mengikut piawai di atas Lot 97686, Geran 305137 Mukim Klang berkeluasan 18 ekar telah pun diluluskan. Tapak ini, jarak adalah dalam lingkungan 4 kilometer dari tapak yang dimaksudkan. Pembinaan sekolah ini tidak bermaksud bahawa dalam tapak yang kita sedang bincangkan ini tidak akan membina sekolah. Tidak.
Seperti yang saya sebut tadi, komitmen daripada Kementerian Pendidikan Malaysia adalah supaya permohonan ini dimasukkan ke dalam RMKe-13 dan daripada maklumat yang saya ada, cadangan bagi maksud di atas dijangka akan diangkat melalui Rancangan Malaysia Ketiga Belas, Rolling Plan Kelima iaitu pada tahun 2029.
So, itu adalah cadangan daripada KPM dan pada ketika itu sekiranya masih ada siapa-siapa yang beroperasi sama ada secara sah atau tidak sah di atas tanah tersebut, haruslah dipulangkan untuk tujuan rizab sekolah dan untuk tujuan pembinaan sekolah.
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Dipersilakan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Isu saya ialah berkaitan juga dengan Klang tetapi isu saya berbeza. Satunya ialah adakah KPM sentiasa menjalankan proses pemutihan yang menyeluruh di setiap tapak sekolah yang bermasalah?
Isu keduanya agak berat sedikit iaitu tapak-tapak sekolah yang telah dibina berpuluh tahun macam di kawasan saya ada enam tapak sekolah yang sudah dibina berpuluh tahun tetapi tapak-tapak ini masih belum mempunyai hak ataupun atas nama kementerian. Apakah tindakan kementerian untuk menyelesaikan isu-isu ini sebab saya perjuangkan di PPD masih lagi gagal untuk diselesaikan? Baik, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Okey.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Ada tambahan. Saya bagi nama-nama. Sekolah SK Serdang Baru, SMK Sultan Ahmad Tajuddin Bandar Baharu, SMK Serdang Kedah, Maktab Mahmud Cawangan Bandar Baharu, SK Ayer Puteh Serdang dan SK Sungai Batu dan juga SK Permatang Pasir yang masih lagi tanah tapak sekolah masih lagi bukan hak milik kementerian. Apakah status dan apakah tindakan daripada kementerian?
Terima kasih.
Tuan Wong Kah Woh
Okey, terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Dua-dua soalan adalah berkaitan berkenaan dengan pemutihan dan sememangnya sepanjang masa ini pihak KPM secara berterusan ada melaksanakan usaha pemutihan khasnya dari segi pemilikan tapak seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Kulim-Bandar
Tuan Wong Kah Woh
Baharu berkenaan dengan tapak-tapak yang tidak dimiliki oleh KPM tetapi telah pun didirikan sekolah.
Memang KPM mengambil maklum ada isu-isu berkenaan dan usaha berterusan untuk pemutihan masih sedang dijalankan. Untuk sekolah-sekolah yang mana disebut oleh Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu ini, bolehlah maklum kepada pihak kementerian.
Kementerian akan cuba untuk mempercepatkan proses dan pada masa yang sama mengenal pasti apa isu sebenar yang menjadi batasan ke atas usaha pemutihan tersebut.
Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Berikut dipersilakan Datuk Idris bin Ahmad, Yang Berhormat Bagan Serai.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Ilmu sebagai penyuluh, Soalan saya nombor 10.
10. Datuk Idris bin Ahmad [Bagan Serai] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan apakah usaha kementerian dalam menghasilkan pemimpin di peringkat pentadbiran universiti yang berkualiti dan mempunyai wawasan yang jelas dalam membangunkan negara melalui pembangunan bakat berpengetahuan tinggi, profesional, kreatif dan inovatif.
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan daripada Bagan Serai. Kementerian Pendidikan Tinggi sentiasa berperanan untuk memastikan pembentukan kepimpinan di institusi-institusi pengajian tinggi dan termasuk juga dalam institusi yang berada dalam lingkungan Kementerian Pendidikan Tinggi.
Antaranya, kita laksanakan melalui Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dengan memperkenalkan modul-modul bagi membentuk daya kepimpinan mereka. Ini termasuklah dalam konteks kepimpinan organisasi, pengurusan universiti dan termasuk juga pengurusan kemapanan kewangan dan perancangan strategik dan lain-lain lagi.
Selain daripada itu juga, melalui lonjakan kecemerlangan bakat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi yang kita telah pun laksanakan daripada 2015 hingga 2025, sehingga tahun hadapan, ia turut menggariskan strategi untuk menarik, memupuk dan mengekalkan bakat terbaik negara. Di bawah strategi ini, terdapat beberapa inisiatif yang terlibat iaitu pembangunan bakat dan keupayaan IPT.
Seterusnya, dalam usaha kita ini untuk memastikan supaya kita dapat membina dalam aspek profesional di kalangan kepimpinan universiti ini dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026-2035, KPT berhasrat untuk membangunkan pemimpin berprestasi tinggi yang mempunyai matlamat yang jelas atau dengan dalam bahasa Inggerisnya dengan izin, purpose-driven high performance talent di pelbagai peringkat sama ada dalam kalangan staf akademik atau pentadbir.
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Ini bagi memastikan bakat serta pemimpin yang dibangunkan adalah cekap, komited dan mempunyai nilai yang positif yang boleh memacu kecemerlangan institusi dan akademik.
Ini termasuk jugalah dengan menerapkan nilai-nilai yang dipanggil sebagai DEI iaitu dengan izin diversity, equity and inclusivity iaitu kepelbagaian ekuiti dan keterangkuman.
Di peringkat universiti awam pula turut terdapat usaha-usaha dalam menghasilkan pemimpin di peringkat pentadbiran universiti yang berkualiti dan mempunyai wawasan yang jelas. Antaranya diperkenalkan di peringkat USM melalui Pusat Transformasi Insan dan di Universiti Teknologi Malaysia melalui leadership bench strength. Di Universiti Sultan Idris, terdapat pelaksanaan pembangunan bakat dan pelan strategik yang diaturkan.
Di peringkat yang lain pula, melalui universiti awam turut menghantar pegawai- pegawai kanak universiti ke luar negara sama ada melalui program-program sabatikal mereka bagi memastikan supaya pendedahan-pendedahan terhadap transformasi kepimpinan ini dapat diberikan kepada mereka dari semasa ke semasa.
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Di peringkat politeknik dan kolej komuniti pula, antara inisiatif yang dilaksanakan adalah Program Pemerkasaan Kepimpinan Politeknik dan Kolej Komuniti dan ianya dikenali sebagai MyPolyCC LEP atau MyPolyCC Leadership Enhancement Program. Program ini memberi fokus kepada peningkatan kompetensi kepimpinan melalui beberapa pendekatan.
Antaranya kursus dan bengkel, mengetuai projek khas serta kemahiran yang diperolehi semasa bekerja ataupun on the job training. Jadi, KPT percaya segala usaha yang dijalankan dan direncana akan dapat menghasilkan pemimpin dan nilai-nilai kepimpinan di peringkat pentadbiran universiti yang lebih berkualiti. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bagan Serai.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker. Terima kasih kepada Menteri. Pemilihan kepimpinan untuk memimpin universiti ini merupakan salah satu penentu kepada kejayaan sesebuah institusi pendidikan tinggi. Maka, di antara fokus utama Kementerian Pendidikan Tinggi seperti dinyatakan sendiri oleh Menteri untuk menjadikan IPT sebagai wahana “human transformer” dan juga “culture builder”, dengan izin, untuk membentuk kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar.
Justeru itu, sejauh manakah KPT mengukur keberkesanan peranan pemimpin IPT dalam melaksanakan agenda ini? Kita hendak melihat kepimpinan IPT seperti mana zaman- zaman kecemerlangan dahulu, di zaman Profesor Ungku Diraja Ungku Aziz, Profesor Ainuddin Wahid, UTM. Sekarang ini kita nampak macam tidak berapa nak terserlah sikit. Oleh itu, kita hendak mengembalikan kegemilangan seperti mana kepimpinan universiti zaman satu ketika dahulu. Terima kasih.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai yang juga berlatar belakangkan seorang pensyarah sebelum ini dan itulah juga yang
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
menjadi keprihatinan kita dalam usaha kita untuk memastikan supaya nilai-nilai kepimpinan yang terbaik dapat kita tonjolkan dan termasuk juga dapat kita kenal pasti.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
[Bangun]
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
[Bangun]
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Ada dua pendekatan yang kita lakukan iaitu yang pertama di peringkat AKEPT itu, Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi yang kita laksanakan program-program untuk mereka menjawat jawatan-jawatan penting dalam universiti sama ada bagi proses untuk dinaikkan pangkat ke Timbalan-timbalan Naib Canselor, Dekan-dekan dan juga di peringkat ketua-ketua jabatan yang lain kerana proses ini sangat-sangat penting.
Sebagai contoh, di AKEPT itu sehingga kini sudah ada 10 modul yang dilaksanakan dengan memberikan penekanan-penekanan kepada aspek kepimpinan dan juga pengurusan di sesebuah universiti. Ini berjalan sepanjang tahun untuk pengetahuan Yang Berhormat Bagan Serai. Selain daripada itu juga, ada satu lagi kelompok di kalangan pensyarah- pensyarah universiti ini iaitu mereka yang dikategorikan sebagai pensyarah-pensyarah muda kerana mereka inilah yang akan meneruskan kesinambungan kepimpinan di peringkat universiti.
Lantaran itu, kita telah memperkenalkan – saya telah meminta supaya pensyarah- pensyarah muda juga didedahkan, diberikan peluang kepada mereka. Lantaran itu telah pun diwujudkan apa yang dipanggil sebagai Program KARISMA yang berjalan sekarang ini.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kita telah pun mengadakan empat program, empat peringkat iaitu setiap kali kita adakan program ini melibatkan semua pensyarah muda daripada seluruh negara. Tadbir mungkin universiti ini ada dua, tiga orang dan kita kumpulkan mereka sekitar 100 orang untuk pastikan supaya mereka mengikuti program-program ini, diberikan pendedahan dan mereka dapat berinteraksi secara langsung dengan tokoh-tokoh pentadbir, mereka yang pernah terlibat dalam pengurusan kerana program ini perlu kita laksanakan.
Malah, apa yang kita lakukan ialah daripada kelompok pensyarah-pensyarah muda ini juga, mereka perlu kita dedahkan juga sehingga ke peringkat antarabangsa. Kualiti-kualiti inilah yang kita perlukan dan kita terus membina potensi-potensi yang ada dalam kalangan mereka ini kerana saya percaya potensi-potensi itu tetap ada dalam konteks universiti kita.
Apabila saya berinteraksi secara langsung dengan mereka, di situ baru kita dapat lihat akan kualiti-kualiti yang ada ini. Tetapi yang perlu diingat ialah bagaimana kita melakukan proses itu untuk kita lahirkan mereka sebagai pemimpin-pemimpin di peringkat universiti.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sungai Siput.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Terima kasih Puan Speaker. Yang Berhormat kekanda KPT. Saya difahamkan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi terus memainkan peranannya dalam membangun kepimpinan dan melahirkan tenaga pengurusan di semua institut pendidikan tinggi sehingga hari ini. Soalan saya, apakah langkah yang
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
diambil untuk membina pensyarah muda melalui Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi?
Terima kasih Dato’ Speaker.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Terima kasih atas soalan tambahan itu. Sedikit penjelasan juga kepada program yang diaturkan melalui AKEPT ini. Ia bukan hanya terletak seperti yang telah pun saya jawab sebentar tadi. Bukan hanya melibatkan untuk pensyarah-pensyarah yang dianggap senior tapi juga kita melakukan program untuk pensyarah-pensyarah muda ini.
Sehingga kini, kita keseluruhannya di peringkat AKEPT ini telah pun kita laksanakan 43 program dan melibatkan 2,237 orang peserta kesemuanya. Untuk pensyarah-pensyarah muda ini seperti yang telah juga saya sebutkan tadi, termasuk dalam Program KARISMA dan yang terbaru semalam saya telah pun lancarkan kelompok untuk kelompok ini dipanggil sebagai pemikir.
Mereka ini akan kita kenal pasti bagi memastikan supaya dengan adanya program- program yang diatur untuk mereka, mereka bukan hanya lahir sebagai seorang intelektual yang hebat tetapi mereka juga akan dilatih dengan mempunyai nilai-nilai kepimpinan yang hebat untuk mentadbir di peringkat universiti dan juga di bidang-bidang yang lain. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat- Yang Berhormat, maka dengan ini tamatlah masa pertanyaan-pertanyaan bagi menjawab lisan.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Bismillah, Alhamdulillah. Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Luar Negeri, Kementerian Perpaduan Negara dan juga Kementerian Ekonomi, bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2025 dan juga Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2025, dan selepas daripada itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi pada hari Isnin, 18 November 2024”.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ada Yang Berhormat menyokong?
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah pada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul sebagaimana Menteri telah nyatakan tadi dikemukakan hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2025 dan Anggaran Pembangunan 2025 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kedua] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat-Yang Berhormat, Kepala Bekalan B.13 dan Kepala Pembangunan P.13, di bawah Kementerian Luar Negeri terbuka untuk dibahas.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dalam senarai yang di dalam tangan saya ini, terdapat 14 Yang Berhormat akan berbahas. Senarainya adalah seperti berikut. Yang Berhormat, pembukaan akan dimulakan oleh Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Puncak Borneo, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Paya Besar.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebelum saya memanggil Yang Berhormat untuk berbahas, bagi masa lima minit setiap seorang. Saya mengingatkan kembali kepada Peraturan 66(1). Dengan ini, saya memulakan Majlis perbahasan ini dengan menjemput Yang Berhormat Sandakan.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih. Sebelum saya mulakan perbahasan saya, sila izinkan saya mengalu-alukan kehadiran warga Pulai ke Parlimen pada hari ini.
[Tepuk] Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 020300 – Keselamatan Pelbagai Hala dan Perhubungan Antarabangsa dan juga Butiran 030200 – Hal Ehwal Maritim.
Butiran 040100 – Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Dua Hala, Bahagian Asia dan juga Butiran 070200 – Kepengerusian ASEAN 2025.
Jadi, ketika kita semua bersorak dengan keputusan terkini Mahkamah Tertinggi Perancis yang menolak tuntutan Sultan Sulu yang sudah tidak sah yang difailkan oleh arbitrator Sepanyol Dr. Stampa pada dua hari yang lalu, seorang peguam dari pihak Filipina kini mendakwa bahawa keputusan Mahkamah Perancis itu bermakna bahawa Sultan Sulu kini bebas untuk menyewa Sabah kepada negara lain, mana-mana negara juga.
Jadi Dato’ Pengerusi, ini adalah dakwaan yang sangat serius. Kedaulatan negara kita tidak boleh dan tidak harus diperlakukan seperti bola sepak yang boleh ditendang oleh mana- mana pihak. Jadi, bolehkah Menteri menjelaskan sama ada terdapat sebarang asas langsung untuk kenyataan yang dikeluarkan oleh peguam Sultan Sulu tersebut? Apakah tindakan yang akan diambil oleh kementerian terhadap individu atau organisasi yang mengancam kedaulatan negara kita?
Jadi selain daripada itu, baru-baru ini Filipina telah meluluskan dua undang-undang baharu untuk menuntut hak ke atas laut wilayah kita, The Philippine Maritime Zones Act or Republic Act (RA) 12064 dan juga Philippine Archipelagic Sea Lanes Act RA 12065 dengan izin, telah ditandatangani menjadi undang-undang oleh Presiden Filipina minggu lepas. Jadi, bolehkah Menteri menyatakan bahawa kedua-dua undang-undang ini tidak akan menyusup ke dalam laluan laut wilayah Sabah dan juga mencabuli perairan kontinen Sabah di bawah United Nations Convention on the Law of the Sea dengan izin. Jadi kementerian...
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh minta sikit Yang Berhormat?
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Ya, boleh.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Sandakan, saya memohon untuk menambah sedikit iaitu baru-baru ini juga Senate Philippine telah meluluskan bahawa tidak langsung menggugurkan tuntutan ke atas Sabah dan ini amat membimbangkan rakyat di Sabah. Minta Yang Berhormat nyatakan kepada Menteri untuk meminta Sabah supaya diselamatkan.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Saya minta ucapan Kinabatangan dimasukkan ke dalam perbahasan saya. Jadi, kementerian mesti bertindak pantas dengan menggunakan semua saluran diplomatik untuk menentang perkara ini dan dengan pantas dan juga menggunakan semua saluran diplomatik untuk menentang perkara ini dengan kesan maksimum jika perairan wilayah kita dicabar.
Jadi, memandangkan kita akan mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN pada tahun 2025, kita mesti menunjukkan bahawa negara-negara anggota harus mematuhi undang-undang dan juga konvensyen antarabangsa berhubung perkara kedaulatan wilayah.
Akhir sekali, saya ingin bertanyakan mengenai isu tahap amaran perjalanan ataupun
(travel advisory) dengan izin bagi Pantai Timur Sabah yang terdiri daripada daerah Kudat, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak dan juga Tawau. Jadi, amaran- amaran perjalanan yang telah dikeluarkan oleh negara-negara asing ini merupakan salah satu panduan bagi warganya semasa melawat ke kawasan Pantai Timur Sabah. Sebagai contoh, pihak Kerajaan Australia, New Zealand, Kanada, Jepun, Korea Selatan dan juga United Kingdom masih mengekalkan tahap amaran perjalanan zon merah bagi kawasan Pantai Timur Sabah.
Jadi sehubungan itu, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah tindakan dan inisiatif yang telah diambil oleh kementerian untuk mendapatkan semakan ataupun kajian semula amaran perjalanan terkini untuk Pantai Timur Sabah dan juga apakah Suruhanjaya Tinggi dan kedutaan yang telah kementerian libatkan setakat ini khususnya berkenaan dengan isu amaran perjalanan untuk Pantai Timur Sabah.
Akhirnya, apakah maklum balas daripada perbincangan ini? Apakah yang perlu dilakukan seterusnya agar amaran perjalanan yang negatif ini dapat disemak semula dengan segera? Itu saja daripada saya Dato’ Pengerusi sekian dan terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Assalamualaikum warahmatullah dan selamat pagi, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Pengerusi.
Saya merujuk butiran utama iaitu Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Pelbagai Hala dan pengkhususan kepada Butiran 020200 – Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan yang diberi peranan besar kepada Kementerian Luar Negeri. Dalam butiran ini, dilihat ada penyusutan peruntukan sebanyak 11.33 peratus daripada RM1.2 juta kepada hanya RM1.08 juta untuk tahun ini.
Jadi, persoalan saya mengapa peruntukan untuk Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan ini ada penyusutan sedangkan krisis kemanusiaan dan hak asasi manusia itu sendiri semakin memuncak di beberapa wilayah, termasuklah yang terdekatnya di wilayah Rakhine di Myanmar yang dilaporkan penerusan pembantaian kepada etnik Rohingya di beberapa wilayah, termasuklah di Buthidaung, di Maungdaw dan keadaan ini nampak tidak
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
ada perhatian daripada masyarakat antarabangsa, termasuk daripada agensi-agensi daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Jadi, sudah pasti peruntukan ini penting untuk Malaysia lebih berperanan dalam hal kemanusiaan, termasuklah kita ingin memastikan bahawa soal kemanusiaan di Gaza itu dapat diteruskan untuk dibantu. Di ketika mana kita melihat infrastruktur Gaza dilaporkan telah musnah lebih daripada 90 peratus dan rakyatnya yang memerlukan bantuan makanan lebih 90 peratus juga yang memastikan bahawa ini tidak boleh terus berlaku dan Malaysia perlu berperanan lebih aktif di peringkat antarabangsa.
Persoalan saya, bagaimana Kementerian Luar Negeri berhasrat untuk memastikan keberkesanan advokasi terhadap krisis di Myanmar itu sendiri yang saya sebut dan juga di Palestin itu. Saya juga ingin membangkitkan berkaitan dengan berapa jumlah tabung kemanusiaan bantuan Palestin, Tabung Musa'adah yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Oktober 2023 yang lalu.
Jadi, mohon pihak kementerian memperincikan jumlah tabung ini yang dikumpul dan yang telah disalurkan kepada rakyat di Gaza ini sama ada melalui NGO-NGO yang beroperasi di sana ataupun melalui Ops Ihsan yang mendapat – maknanya satu usaha besar daripada Kementerian Luar Negeri.
Seterusnya Yang Berhormat Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 020400 – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Kerjasama Serantau. Dilihat ada kenaikan peruntukan sebanyak 8.58 peratus dan dalam pertambahan peruntukan ini bagaimana kementerian bercadang untuk menggunakan dana ini bagi memperkukuhkan hubungan dengan OIC khususnya dalam isu-isu hak asasi manusia di negara-negara Islam termasuk yang disebut tadi di Palestin, di Lebanon termasuk juga di Yaman yang berlaku krisis kemanusiaan.
Dalam hal ini, kerjasama OIC perlu dipertingkatkan khususnya dengan negara- negara ASEAN bagi memastikan bahawa isu-isu kemanusiaan ini dapat kita noktahkan dengan segeranya.
Tuan Pengerusi, saya juga ingin membangkitkan kita mengalukan penegasan Malaysia di pentas antarabangsa, termasuklah ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Israel di Riyadh pada tiga hari yang lalu, iaitu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menegaskan untuk mengusulkan satu usul khas bagi menyingkirkan ataupun untuk membeku keanggotaan Israel di Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ini satu desakan yang sangat penting bagi memastikan rakyat Palestin itu tidak lagi menjadi mangsa kerakusan Israel itu. Namun demikian, saya ingin juga menyatakan kekesalan, keliru dan rasa terguris hati apabila satu ucapan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika diwawancara oleh Richard Quest daripada CNN pada semalam dilaporkan apabila wartawan ini menyatakan adakah Israel berhak wujud dan mempertahankan diri, dijawab oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
mengatakan “Ya.”. Jadi, saya sangat risau jika ucapan ini dimanipulasi sebagai mengatakan kita menjustifikasikan tindakan Israel itu untuk terus membantai rakyat di Gaza.
Persoalan besar ialah orang akan melihat, masyarakatnya akan melihat kita tidak ada konsistensi dalam kita mengutuk kekejaman Israel, dalam masa sama kita memperjuangkan kemerdekaan Palestin yang mutlak. Saya mohon untuk Kementerian Luar Negeri memaklumkan bahawa kita perlu tegas dalam hal ini dan perlu memastikan tidak ada suara-suara yang akan menyatakan kelemahan kita dalam memperjuangkan isu Palestin ini yang sangat penting pada saat ini. Tuan Pengerusi, sekian terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Sik. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ledang pada pagi ataupun tengah hari ini ingin membahaskan Butiran 02000 – Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Pelbagai Hala.
Secara khususnya, kepada perkara Butiran 020200 – Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan.
Ini sedikit sebanyak serupa seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sik tadi, di mana kita tahu dalam keadaan agensi PBB UNRWA yang perlu disokong dan juga sumbangan kemanusiaan kepada Palestin-Gaza ini perlu ditingkatkan. Tapi persoalan, mengapakah jumlah perbelanjaan itu berkurangan dibandingkan ketimbang anggaran 2024 dan 2025. Jadi, itu persoalan dan mungkin kah ada peruntukan daripada sumber yang lain daripada tabung amanah yang digunakan. Mohon penjelasan daripada pihak kementerian.
Butiran 020400 – OIC dan Kerjasama Serantau juga sekali saya bacakan dengan 020500 – Politik Pelbagai Hala, 020600 – Kerjasama dan Pembangunan Antarabangsa. Saya lihat dari segi perbelanjaan untuk urusan OIC dan Kerjasama Serantau ini ada sedikit kenaikan. Tetapi, dari segi Politik Pelbagai Hala dan Kerjasama dan Pembangunan Antarabangsa ini ada penurunan berbanding ketimbang 2024 dan 2025.
Justeru, saya terlebih dahulu nak ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun, Perdana Menteri kerana telah pun bangkitkan berkenaan dengan diplomasi tegas.
Ini di sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Islam dan Arab di Riyadh baru-baru ini. Itu satu sikap dan ketegasan yang penting untuk kita raih sokongan daripada negara-negara lain.
Selari dengan desakan Malaysia yang disuarakan tersebut, maka kita tahu kita sudah pun suarakan di sini dalam Dewan ini pada awal November yang lepas supaya Israel disingkir ataupun digantung daripada PBB dengan kita meningkatkan tekanan diplomatik kepada rejim Zionis Israel.
Walaupun kita tahu ini satu langkah yang sukar sebab ia perlu sokongan daripada Majlis Keselamatan PBB tetapi saya percaya ini adalah satu perkara yang penting. Justeru, apakah peruntukan perbelanjaan ini memadai? Maknanya kita tengok daripada konteks perbelanjaan, kita hendak tingkatkan diplomasi, kita hendak tingkatkan diplomatik, tapi dari
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
segi perbelanjaan itu tidak menggambarkan perkara tersebut sedangkan ianya satu perkara yang penting.
Kita tahu kesannya juga penting. Ini adalah kesan simbolik, kesan politiknya juga diakui besar dan pada masa yang sama kita tahu ianya boleh memberikan tekanan moral dan politik yang besar juga kepada rejim Zionis Israel.
Justeru saya mengesyorkan supaya Malaysia, kementerian meningkatkan perbelanjaan untuk usaha-usaha membina kesepakatan ke arah menggantung dan menyingkirkan Israel daripada keanggotaan PBB. Kita kena tingkatkan dukungan suara kolektif daripada negara-negara yang berkecuali. Kita kena raih sokongan komuniti antarabangsa, termasuk di Amerika Syarikat daripada kalangan pemimpin politik mereka dari NGO, dari media.
Selain daripada itu, kita juga kena laksanakan desakan dalam bidang ekonomi termasuk kempen boikot produk, sekatan perdagangan syarikat yang menyokong operasi ketenteraan Israel. Kita kena jelas kita tidak boleh mengabsahkan entiti penjajah yang dibangunkan atas tanah rampasan rakyat Palestin. Kita tidak boleh mengabsahkan negara yang lahir daripada genosid.
Dato’ Pengerusi, butiran yang seterusnya ialah berkenaan dengan 070200 – Kepengerusian ASEAN 2025, berkait dengan Butiran 2000 – Perkhidmatan dan Bekalan.
Saya lihat jumlah di sini RM549 juta daripada RM560 juta, 98 peratus adalah untuk perkhidmatan dan bekalan.
Justeru, soalan saya apakah butiran terbesar daripada perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan ini? Apakah hasil jangkaan penjanaan ekonomi daripada ini? Berapa peratus kah perbelanjaan ini melibatkan perbelanjaan mesyuarat ASEAN mengikut negeri-negeri?
Sebab kita dah dimaklumkan dalam Dewan ini juga bahawa ia akan melibatkan penganjuran tuan rumah oleh semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Seterusnya saya juga ingin bertanya bagaimanakah Malaysia akan mengukuhkan Agenda Hak Asasi Manusia ASEAN yang juga telah pun disebut untuk disuntikkan semangat baru terutama dalam isu- isu krisis di Myanmar.
Ini seperti yang diharapkan oleh Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi hak asasi manusia, Volker Turk. Akhir sekali, apakah peranan wakil-wakil rakyat kita di sini untuk kita sama-sama dapat mendukung kejayaan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025. Sekian, terima kasih Dato’ Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Sik. Yang Berhormat Ledang, maaf. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Merbok.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Dato’ Yang di-Pertua, saya merujuk kepada P.13, 04000. Saya berterima kasih ke atas peluang untuk
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
membahaskan isu yang penting ini iaitu peruntukan kepada Kementerian Luar Negeri atau yang lebih dikenali dengan sebagai Wisma Putra. Sebagai Ahli Parlimen di dalam blok pembangkang, saya ingin menekankan beberapa perkara kritikal berhubung keberkesanan perbelanjaan ini.
Pertama sekali, peruntukan besar bagi hubungan diplomatik dan kerjasama dua hala sering dikaitkan dengan usaha untuk meningkatkan hubungan diplomatik dan menggalakkan pelaburan asing. Namun persoalannya, sejauh manakah impak yang sebenar dapat diukur laporan audit serta data kewangan tahunan kerajaan, menunjukkan bahawa meskipun terdapat peningkatan perbelanjaan untuk diplomasi keberhasilan dalam bentuk pendekatan pelaburan langsung FDI atau kerjasama strategik di mana ia sering kali tidak sempadan.
Kedua, penting untuk kita menilai kebijakan ini dalam konteks keperluan domestik dengan beban fiskal yang makin berat, termasuk perbelanjaan subsidi bersasar yang menelan belanja besar. Rakyat Malaysia harus diyakinkan bahawa perbelanjaan sedemikian benar-benar berbaloi. Jika peruntukan ini hanya berfungsi sebagai acara protokol tanpa hasil ketara, maka ia harus dikaji semula dan dipertingkatkan dari aspek keberkesanan dan hasilnya.
Saya juga ingin menegaskan bahawa meskipun hubungan antarabangsa penting, ia harus disokong oleh strategi yang mengutamakan kepentingan rakyat. Kegagalan menjamin impak yang menguntungkan akan menyebabkan ketidakpuasan dan mengikis kepercayaan rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan. Sebagai langkah ke hadapan adalah wajar bagi kerajaan untuk mempertingkatkan pelaksanaan audit prestasi bagi memastikan pulangan maksimum kepada negara serta ketelusan kepada rakyat.
Berkaitan Butiran 02000 – Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Pelbagai Hala, beberapa hari lepas syarikat penerbangan Malaysia Airlines dalam hantaran di Facebook mereka mengatakan bahawa Perdana Menteri menggunakan pesawat komersial milik Malaysia Airlines untuk ke Mesir.
Soalan saya, selain daripada lawatan ke Mesir, mohon Menteri senaraikan semua lawatan oleh Perdana Menteri sejak Januari 2023 sehingga hari ini serta cadangan lawatan sepanjang tahun 2024 yang menggunakan pesawat komersial. Adakah perbelanjaan menggunakan penerbangan komersial ini ditanggung secara langsung oleh kerajaan atau ditanggung oleh Malaysia Airlines.
Berapakah kos penyewaan pesawat untuk setiap lawatan yang menggunakan pesawat komersial? Berapakah kapasiti tempat duduk setiap pesawat? Berapakah delegasi yang turut sama dalam setiap penerbangan? Selain daripada itu, di bawah butiran yang sama, saya ingin merujuk kepada jawapan Pertanyaan Lisan bertarikh 29 Oktober 2024 berkaitan kos lawatan Perdana Menteri ke luar negara dinyatakan bahawa kerajaan membelanjakan sejumlah RM13.7 juta bagi menampung kos 39 lawatan Perdana Menteri ke luar negara.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Soalan saya, selain daripada perbelanjaan langsung daripada kerajaan, adakah terdapat perbelanjaan yang dikeluarkan oleh syarikat milik GLC atau syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC) bagi menampung kos lawatan Perdana Menteri ke luar negara? Jika ada, GLC dan GLIC manakah yang terlibat dan berapakah kos yang telah dikeluarkan oleh mereka? Saya ingin bertanya berkenaan lawatan Perdana Menteri ke luar negara, adakah beliau menggunakan pesawat komersial ataupun pesawat rasmi kerajaan dan berapakah kos sewaan yang terlibat?
Seterusnya, Butiran 050600 – Sumbangan Tahunan Pertubuhan Antarabangsa iaitu sebanyak RM138 juta. Apakah hasil daripada sumbangan-sumbangan ini dalam bidang kerjasama keselamatan melalui penglibatan dalam pertubuhan ASEAN? Adakah melalui sumbangan ini kerajaan dapat menjamin kestabilan serantau termasuk kerjasama dalam menangani isu seperti perdagangan manusia, jenayah siber dan penyeludupan? Berapakah jumlah sumbangan Malaysia kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan institusi kewangan serantau seperti Bank Pembangunan Asia melalui peruntukan ini?
Seterusnya, Butiran 050700. Peruntukan bagi petunjuk prestasi utama ketua-ketua perwakilan sebanyak RM10 juta. Apakah terdapat penambahbaikan dari sudut mekanisme pemantauan prestasi dan pencapaian ketua perwakilan selaku wakil rasmi Kerajaan Malaysia di negara penempatan masing-masing?
Terakhir, 070200. Peruntukan baharu kepada kementerian iaitu persediaan Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan sebanyak RM560 juta adalah satu jumlah yang banyak. Saya ingin perincian mengenai kesiapsiagaan kementerian berhubung penganjuran ASEAN 2025, termasuk agenda-agenda keutamaan kerajaan yang telah dikenal pasti untuk diangkat dalam platform diplomasi di antara kerajaan kepada kerajaan (G2G).
Bagaimanakah kerajaan melihat peranan Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN sebagai strategi untuk membuktikan ketegasan Malaysia dalam konteks mempertahankan hak kedaulatan maritim negara? Apakah pengajaran dan iktibar yang boleh diambil daripada pengalaman Malaysia yang pernah menjadi Pengerusi ASEAN sebanyak empat kali, 1977, 1997, 2005 dan 2015 merentas bidang ke arah mencapai hasrat pembangunan bandar pintar serta mendukung Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) selain meneroka sektor-sektor berpotensi seperti ekonomi hijau dan industri halal negara? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Puncak Borneo.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Selamat pagi dan salam sejahtera.
Saya terus kepada Butiran 040700 iaitu Hubungan Media dan Diplomasi Awam. Di dalam butiran ini, saya merasakan bahawa peruntukan itu tidak begitu banyak. Tetapi, saya juga ingin mengetahui sama ada Kementerian Luar Negeri ada menguar-uarkan polisi Malaysia ke negara luar? Saya juga ada cadangan untuk mencadangkan supaya kerajaan luar negeri
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
mengadakan sesi libat urus dengan diaspora-diaspora di negara-negara luar supaya mereka ini boleh menjadi pentutur ataupun juruhebah yang menghebahkan mengenai budaya, cara pentadbiran dan juga polisi Kerajaan Malaysia terhadap negara-negara tertentu.
Sebab acap kali kita melihat bahawa kadang-kadang rakyat Malaysia ini yang pergi ke luar negara selain daripada memberi kebaikan kepada negara, mereka juga condemn their own countries dengan izin. Jadi, kalau ada peruntukan untuk kita mengadakan sesi libat urus dengan diaspora-diaspora dan juga rakyat Malaysia di dalam negara-negara tertentu, maka kita boleh menyebarkan dan juga memberi maklumat yang sahih dan juga maklumat yang positif mengenai negara kita.
Jadi — sebab kadang-kadang kalau rakyat negara kita sendiri yang bertutur buruk mengenai negara kita, maka rakyat negara luar akan lebih percaya apa yang rakyat Malaysia cakap di luar sana. Jadi, saya ingin tahu sama ada Kementerian Luar Negeri, adakah mereka mengadakan sesi libat urus ini ataupun engagement dengan rakyat Malaysia di luar sana?
Kedua, saya juga ingin melihat supaya ada gerakan untuk Kementerian Luar Negeri untuk pergi ke setiap negara ini untuk — ada satu framework ataupun maklumat yang lengkap mengenai negara-negara kita. Sebab ada kalanya kalau kita bergantung kepada Kementerian Pelancongan, maklumat itu tidak begitu lengkap. Kalau ada satu buku sebagai contoh, yang kita boleh edarkan di dalam negara-negara luar, maka ini boleh membantu rakyat luar negara mengetahui lebih baik mengenai polisi dan cara pentadbiran negara kita dan budaya kita.
Selain daripada itu, saya terus kepada Butiran 020200 iaitu Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan. Saya merasakan rakyat Malaysia melalui Kementerian Luar Negeri harus memberitahu seluruh rakyat Malaysia mengenai polisi negara kita dan cara diplomatik negara kita sebab ramai rakyat Malaysia tidak mengetahui perkara ini. Ramai juga rakyat Malaysia yang di luar sana yang berada di negara luar, mereka tidak tahu polisi dan diplomasi yang diamalkan oleh negara kita.
Sebagai contoh, kalau kita ingin menyertai BRICS. Kenapa kita perlu menyertai BRICS? Perkara ini harus diberitahu kepada seluruh rakyat dan juga Ahli-ahli Parlimen juga supaya mereka ini boleh menjadi catalyst dan juga mereka ini menjadi pemangkin untuk mempromosikan polisi-polisi kerajaan kita kepada negara luar. Kerana acap kali apabila kita hendak melakukan sesuatu ataupun menyertai trade agreement ataupun gagasan seperti BRICS dan sebagainya, ramai rakyat yang tidak tahu perkara ini dan tujuan kerajaan terlibat sama dalam gagasan ini. Jadi, penerangan itu perlu ada daripada kementerian.
Saya juga terus kepada Butiran 020600 – Kerjasama dan Pembangunan Antarabangsa, di mana kita melihat mungkin negara kita kurang — melalui Kementerian Luar Negeri terlibat sama dengan pembangunan luar negara dan kerja-kerja amal yang boleh menaikkan nama Malaysia.
Jadi saya ingin tahu, apakah daripada peruntukan ini, apakah program-program, aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Luar Negeri untuk mengangkatkan kerjasama dan pembangunan dengan negara-negara antarabangsa yang lain supaya kita
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
lebih tahu apakah kekurangan yang perlu kita perbaiki dan setakat mana engagement itu berkesan dan sebagainya?
Saya ingin senarai yang lengkap supaya kita boleh memberi pandangan-pandangan yang positif dan membina untuk memperbaiki cara diplomatik negara luar kita. Dengan itu, sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya mulakan dengan Kod Objek Am 10000, peningkatan peruntukan untuk emolumen. Peruntukan emolumen meningkat daripada RM424 juta kepada RM453 juta pada tahun 2025.
Saya membangkitkan ini kerana di antara lain dari sudut kenaikan emolumen ini satu perkara yang boleh kita sokong. Tetapi dalam masa yang sama, saya juga minta kenaikan emolumen ini dapat memberikan sedikit kesan ataupun sedikit peruntukan kepada kenaikan ataupun staf dan kakitangan yang ditambah kepada pegawai-pegawai yang terletak di kedutaan di luar negara. Kerana kita melihat bagaimana kementerian perlu untuk meneliti kebajikan pegawai-pegawai kedutaan yang bertugas di luar negara, termasuklah kos sara hidup.
Jika kita pergi ke luar negara, kita akan melihat bagaimana kedutaan kita di luar negara cukup komited untuk melaksanakan tugas. Saya ingin rakamkan secara khusus, tahniah kepada Kedutaan Malaysia di Laos yang telah pun bertungkus-lumus untuk daripada sepanjang masa, daripada awal tahun 2024 sehingga ke akhir tahun dalam menyambut dan menyiapkan prasarana untuk pegawai-pegawai kita dan petugas kita daripada Malaysia untuk program ASEAN. Insya-Allah, kita juga akan membuat yang lebih baik pada tahun ini, insya-Allah. Dalam masa yang sama, kenaikan emolumen ini penting kerana Dato’ Pengerusi, imej Malaysia di luar negara cukup baik. Saya berdasarkan Indeks Pasport Henley 2024, pasport yang paling kuat di dunia milik Singapura, membolehkan rakyatnya mengunjungi 195 destinasi tanpa visa. Diikuti dengan Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Sepanyol dan Malaysia berada di kedudukan yang ke-11.
Kita punya pasport yang kuat untuk boleh mengunjungi 183 destinasi tanpa visa.
Maknanya, kita punya pasport yang kuat kerana imej kita dijaga di luar negara termasuklah sumbangannya oleh pegawai-pegawai kita di luar negara dan rakyat kita yang alhamdulillah, setakat ini saya kira dapat menjaga imej negara di luar negara.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Yang berikutnya Dato’ Pengerusi, Aset, Kod (Objek Am) - 30000, peningkatan peruntukan untuk aset diplomatik. Pada tahun lepas RM9 juta dan pada tahun ini ditingkatkan kepada RM17 juta. Peruntukan ini melibatkan pembelian aset baru dan menaik taraf aset
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
sedia ada termasuklah bangunan kedutaan di luar negara yang menjadi pusat operasi diplomatik.
Begitu juga untuk peningkatan perbelanjaan lain yang dalam Kod 5000 meningkat dari RM5 juta tahun 2024 kepada RM7 juta tahun 2025. Peruntukan ini boleh memberikan ruang yang menyokong aktiviti kebajikan dan bantuan kepada rakyat Malaysia di luar negara dan mengendalikan kes-kes darurat atau bencana yang mungkin dialami oleh mereka, sebagaimana yang telah pun dilaksanakan oleh kedutaan-kedutaan kita bila negara-negara mengalami isu-isu keamanan yang memerlukan tindakan segera, termasuklah ketika Arab Spring di Mesir dan di rantau Timur Tengah dan blockade yang melibatkan negara Qatar.
Peranan-peranan kedutaan ini sangat bagus dan perlu untuk diberikan tambahan dari sudut peruntukan perbelanjaan.
Pemberian dan juga Kenaan Bayaran Tetap. Kod Objek 4000. Dalam peningkatan peruntukan kepada organisasi antarabangsa untuk Palestin, peningkatan dalam kategori ini daripada RM134 juta tahun 2024 kepada RM154 juta tahun 2025. Saya kira ini merupakan peningkatan yang baik dan sebagaimana rakan saya daripada Sik tadi, kita menyokong usaha kerajaan, khususnya Perdana Menteri yang memfailkan usul pada hari ini untuk membawa keluar negara haram Israel daripada PBB. Ini satu tindakan yang cukup berani.
Saya kira sebagai sebuah negara yang kecil dan agak kerdil di rantau ini, dengan kita membuat pendirian seperti ini menyatakan kepada negara bahawa kita punyai pendirian seperti ini adalah satu perkara yang boleh dibanggakan. Cuma ya, sebagaimana yang disebut tadi bahawa bagaimana kenyataan yang telah disebut oleh Perdana Menteri dalam satu wawancara dengan CNN yang telah dilaporkan oleh pelbagai portal berita, termasuklah MalaysiaNow juga melaporkan bagaimana Dato’ Seri Yang Amat Berhormat Tambun dalam wawancara dengan CNN yang dihoskan oleh CNN telah pun menjawab soalan apabila ditanya, “Adakah – does...”, dengan izin, “Does Israel have a right to exist and defend itself?”.
Adakah Israel ada hak untuk wujud dan pertahankan diri? Perdana Menteri menjawab, “Yes”.
Dengan hanya perkataan ini sahaja, saya kira ini sangat-sangat mengelirukan.
Ia boleh jadi kerana diprovokasi oleh wartawan kerana suasana pada waktu itu.
Tetapi dalam keadaan sekarang ini, Israel tidak ada langsung hak untuk wujud dalam dunia ini pada hari ini.
[Tepuk] Doesn’t has any right to exist totally, absolutely. Ini perkara yang perlu untuk kita nyatakan dengan tegas bahawa dalam suasana pada hari ini, dengan kezaliman dan dengan segala macam jenayah yang dilakukan oleh negara ini, maka kita minta supaya Perdana Menteri dapat mengulangi semula kenyataan yang lebih tegas bahawa apa yang diucapkan di dalam wawancara itu tidak tepat dengan pendirian yang sepatutnya kita ungkapkan.
Kita tahu dan kita faham bahawa mungkin pendirian kita ini tidak boleh dianggap terlalu keras kerana kita bergantung kepada banyak perkara. Tetapi dengan kita mengemukakan usul untuk mengeluarkan Israel daripada PBB, apalah sangat untuk kita menyatakan bahawa Israel sudah tidak ada hak untuk wujud dalam dunia yang ada pada hari
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
ini kerana negara ini diasaskan oleh genosid, kezaliman darah rakyat Palestin yang tumpah dengan tidak ada dosa dan tidak ada alasan yang munasabah.
Dato’ Pengerusi, from the river to the sea, Palestine will be free, insya-Allah. Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Steady Pasir Mas*.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]*
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada Tuaran untuk turut berbahas dalam peringkat Jawatankuasa Kementerian Luar. Saya akan mulakan dengan maksud Bekalan 13, Butiran 070200 – Kepengerusian ASEAN 2025 yang telah diperuntukkan sebanyak RM260 juta.
Terkait dengan ini juga Tuan Pengerusi, hampir semua kementerian juga telah mewujudkan butiran sendiri tentang Kepengerusian ASEAN 2025 dan telah diberi juga peruntukan. Ada yang sampai RM12 juta, ada RM10 juta dan sebagainya. Ini bererti Tuan Pengerusi, Malaysia sedang bersiap siaga dan serius untuk bersedia dalam mengambil alih sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan.
Selaku salah satu daripada The ASEAN-5 iaitu the founding of ASEAN, negara- negara ASEAN yang dan juga rakan-rakan sekutu mempunyai harapan yang amat tinggi terhadap keupayaan Malaysia untuk menyelesaikan masalah-masalah tertunggak yang dihadapi di negara-negara ASEAN. Antara isu yang tertunggak yang paling penting adalah masalah Myanmar.
Seperti yang kita semua tahu, perang saudara sedang berlaku di Myanmar sejak rampasan kuasa Junta selepas pilihan raya umum pada tahun 2021. Perang saudara ini telah mengakibatkan wujudnya The National Unity Government atau NUG in exile. Sehingga hari ini, lebih 50,000 penduduk telah terkorban akibat daripada perang saudara ini dan ribuan kampung musnah kerana dibom manakala ribuan lagi yang cedera dan kelihatan anggota badan seperti tangan, kaki dan pelbagai anggota badan. Di Myanmar hari ini, perang saudara menyebabkan anak-anak ramai yang meninggal dan banyak lagi yang menjadi pelarian.
Kita juga difahamkan pada ketika ini the resistance forces are gaining ground manakala pihak Junta menggunakan kapal terbang untuk mengebom sasaran tertentu. Ini bermaksud mereka membunuh orang-orang atau rakyat sendiri. Selain itu, kita juga tahu bahawa sudah sekian lama pelarian Rohingya berada di Malaysia. Lebih 500,000 pelarian Rohingya berada di negara ini di mana kira-kira 300,000 pelarian sudah pun didokumentasi.
Kita juga tahu seawal tahun 2021 selepas rampasan kuasa berlaku di Myanmar, Pengerusi ASEAN ketika itu iaitu Brunei telah mewujudkan semasa summit mewujudkan apa yang dikenali sebagai The Five-Point Consensus. Jadi, sehingga tahun 2024 ini, sudah empat
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
tahun dan empat Pengerusi ASEAN meneruskan perjuangan melaksanakan Five-Point Consensus. Pertanyaan Tuaran ialah apakah status pelaksanaan Five-Point Consensus ini?
Tuaran juga ingin minta Kementerian Luar memberitahu Dewan yang mulia ini, apakah yang telah dilakukan oleh Brunei selaku pengerusi terdahulu, Cambodia dan juga Indonesia dan Laos baru-baru ini untuk menangani situasi di Myanmar semasa mereka menjadi Pengerusi ASEAN?
Apakah pula perancangan Malaysia setelah nanti apabila kita menjadi pengerusi tahun hadapan untuk melaksanakan Five-Point Consensus ini? Berasaskan apa yang dipelajari sejak daripada Brunei dulu, daripada Laos dulu, daripada Cambodia, apakah perancangan? Apa cadangan-cadangan baru Malaysia untuk memastikan agar Five-Point Consensus ini benar-benar dapat dilaksanakan pada tahun hadapan tahun 2025?
Kemudian, adakah juga Malaysia bercadang untuk melihat ke hadapan? Selepas Malaysia nanti, Filipina selepas itu Singapore selepas itu Thailand nanti jadi pengerusi.
Apakah dalam perancangan Malaysia itu, setiap langkah-langkah itu melibatkan pengerusi- pengerusi akan datang supaya tindakan yang kita buat ini berterusan, berkesinambungan?
Bukan satu tahun kita berjalan selepas itu tidak dapat dilaksanakan dan sebagainya dan tidak mencapai apa-apa.
Dalam hal ini juga, Tuaran ingin mencadangkan supaya Malaysia meneruskan langkah-langkah positif yang telah diambil oleh Indonesia semasa mempengerusikan ASEAN pada tahun 2022 iaitu mengadakan dialog dengan semua pihak yang terlibat.
Apabila saya mengatakan pihak yang terlibat bukan sahaja kepada di State Administration Council tetapi juga melibatkan NUJ, juga melibatkan civil society dan NGO- NGO yang lain supaya ini bererti bahawa Malaysia harus mewujudkan satu high-level platform untuk mengadakan dialog supaya dapat melibatkan banyak pihak terutama sekali apabila kita melaksanakan humanitarian assistance kepada rakyat Myanmar yang terkesan ini.
Saya juga meminta supaya kepimpinan Malaysia nanti itu menubuhkan satu tabung kemanusiaan ASEAN, bukan setakat humanitarian assistance yang ada sekarang tetapi satu tabung kemanusiaan ASEAN yang ASEAN sendiri akan melaksanakan melalui pelbagai saluran untuk menghantar ke tempat-tempat yang terkesan ini. Makna dia boleh NGO, civil society dan sebagainya dan bukan setakat apatah lagi kalau setakat melalui ‘ACAC’.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Selain daripada itu, Tuaran juga berpendapat pilihan raya yang dicadangkan oleh pihak Myanmar untuk to legitimize the government adalah sesuatu yang tidak masuk akal kalau diadakan sekarang ini sebab dia berperang. Dia berperang bagaimana rakyat dia didaftarkan sebagai pengundi dan sebagainya. Jadi, tidak sepatutnya kita tidak dapat menerima pilihan raya yang dicadangkan itu kerana dia masih berada dalam keadaan yang konflik dan ini hanya untuk kepentingan State Administration Council sahaja.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Pada Tuaran, apa yang berlaku di Myanmar sekarang ini harus kita mendapat sedikit pengajaran, lesson gained. Apa yang telah berlaku, perang saudara di Filipina pada tahun 70-an dahulu yang telah mengakibatkan pelarian ke Sabah. Sebab pelarian ke Sabah hari ini, kita tahu bermacam-macam masalah sosial di Sabah sekarang.
Bukan sahaja yang kita sering ceritakan tentang 280 setinggan di Sabah, mencuri elektrik, mencuri air, bermacam-macam kegiatan mereka buat. Bukan itu sahaja, tetapi telah mengakibatkan beribu-ribu stateless di Sabah sebab di kalangan mereka berkahwin, berkahwin dengan orang tempatan dan sebagainya. Kita tidak mahu nanti hasil daripada konflik di Myanmar ini, adanya pelarian di mana-mana wilayah tempat di Malaysia ini, di Semenanjung ini dan wujud lagi nanti stateless seperti apa yang telah berlaku di Sabah.
Dalam hal yang di Sabah ini, saya juga ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah langkah-langkah diambil di peringkat kementerian untuk menyelesaikan masalah keberadaan pelarian Filipina di Sabah ini yang telah berterusan? Apakah pihak Kementerian Luar Negeri, pihak Wisma Putra berbincang dengan Kerajaan Filipina? Ya dan bukan hari- hari mendengar.
Setiap kali pilihan raya di Filipina, kepimpinan di Filipina bercerita tentang claim Sabah, claim Sabah dan sebagainya. Apa sebenarnya yang telah dibuat? Di peringkat ASEAN sebagai contoh, apakah perkara ini pernah dibincangkan secara diplomasi? Apakah langkah-langkah yang telah diambil? Sebab kita tidak boleh berada dalam keadaan di mana ada tuntutan dari Kerajaan Filipina, lepas itu ada lagi yang Kesultanan Sulu dan sebagainya, masalahnya.
Lepas itu, kita ini berhadapan, we are grappling with the problem of refugees di Sabah yang di mana tidak ada kesudahan walaupun kita sudah mengadakan Suruhanjaya Siasatan Diraja, dibentangkan di Dewan yang mulia ini, ada dia punya rekomendasi tetapi tidak dilaksanakan, ya.
Biasanya standard jawapan dia nanti bila ditanya sebab claim mereka tidak ada konsulat di Sabah untuk menyelesaikan masalah ini dan sebagainya. Tetapi sampai bila?
Sudah lima decade ya, sudah lima dekad masalah ini di Sabah dan tidak ada kesudahan and we cannot go on and on like this. Tidak boleh.
Akhir sekali Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian. Setelah di selatan Filipina ini telah pun diisytiharkan sebagai satu autonomous region oleh Kerajaan Filipina, apakah situasi di Filipina sekarang? Bertambah lebih baik, bertambah lebih aman?
Dengan itu, keadaan di Sabah, limpahan tambahan itu bertambah baik di Sabah?
Sebab sepertimana yang kita ada sebut juga di Dewan yang mulia ini tentang masalah keselamatan di Pantai Timur Sabah, di mana masih lagi sekian banyak negara yang mengeluarkan Travel Advisory Note dan kesannya terhadap pelaburan di Sabah, kesannya terhadap pembangunan Sabah, kesannya terhadap pelancongan, industri pelancongan di Sabah dan sebagainya.
Barangkali pihak kementerian boleh memberitahu Dewan yang mulia ini negara- negara mana hari ini yang betul-betul mengeluarkan Travel Advisory Note ini dan apakah
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
langkah kementerian untuk memastikan agar mereka dapat drop sebab bukan setakat rebranding. Apa jawapan hari itu diberikan ya? ESSCOM sudah di-rebrand, lima tahun sudah tidak ada apa insiden. Tetapi kalau setakat itu dan pihak negara-negara yang mengeluarkan Travel Advisory Note ini masih lagi tidak memahami, tidak menerima keadaan di Pantai Timur Sabah, maka Travel Advisory Note itu masih lagi diteruskan.
Jadi, itu sahaja Tuan Pengerusi, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Padang Serai.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,* salam sejahtera. Dato’ Pengerusi, perkara yang saya nak bincangkan adalah Perkara B.13 Butiran 020200 – Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan.
Dato’ Pengerusi, terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk mengupas satu isu yang sangat mendalam impaknya, bukan sahaja kepada ekonomi negara tetapi juga kepada integriti moral dan diplomasi Malaysia di pentas antarabangsa. Penjualan sebahagian saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners
(GIP) yang dimiliki oleh BlackRock, pada hemat saya, isu ini selalu dinyatakan di dalam Dewan yang mulia ini. Ia hanya bukan sekadar transaksi korporat. Ia mencetuskan persoalan besar tentang kesungguhan kerajaan dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin dan keikhlasan dalam mempertahankan prinsip kedaulatan serta maruah negara.
Pertama Dato’ Pengerusi, isu ini menguji konsistensi dasar luar Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin. Izinkan saya menegaskan bahawa Malaysia selama ini terkenal dengan pendirian teguh menyokong perjuangan rakyat Palestin. Namun, penjualan saham BlackRock Inc. ini, sebuah syarikat yang diketahui secara langsung atau tidak langsung menyokong rejim Zionis adalah sesuatu yang meragukan dan kelihatan sangat bertentangan dengan pendirian Malaysia di pentas antarabangsa. Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sendiri, BlackRock adalah antara syarikat utama yang menyediakan dana kepada industri ketenteraan Israel yang secara langsung menindas rakyat Palestin.
Jadi, di manakah letaknya pendirian kerajaan dalam hal ini? Kerajaan dalam setiap ucapan dan tindakan sering menonjolkan solidariti bersama rakyat Palestin. Tetapi ironinya, di saat yang sama, negara lain yang menyaksikan isu ini mungkin akan mempersoalkan keikhlasan kita. Adakah ini tidak mencerminkan sifat hipokrasi?
Tindakan menjual saham kepada syarikat yang menyumbang kepada rejim Zionis adalah seperti memberi ruang kepada musuh perjuangan kita sendiri. Saya yakin bahawa rakyat Malaysia terutamanya mereka yang menyokong nasib rakyat Palestin berasa sangat kecewa dan keliru dengan keputusan ini.
Kedua, risiko keselamatan dan kedaulatan negara. Dato’ Pengerusi, kebimbangan kita bukan sekadar soal moral tetapi juga soal keselamatan dan kedaulatan negara. Apabila
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
kita membenarkan BlackRock melalui GIP untuk memiliki pegangan dalam MAHB, kita pada hakikatnya memberi peluang kepada syarikat asing yang pro Israel untuk mengakses infrastruktur kritikal negara kita. MAHB menguruskan lapangan terbang utama di negara ini yang bukan sahaja menjadi nadi ekonomi tetapi juga gerbang keselamatan negara. Tindakan seperti ini mengundang musuh ke dalam rumah kita sendiri.
BlackRock melalui pelbagai cabang korporatnya memiliki akses kepada pelbagai jenis data dan maklumat sensitif. Apakah kerajaan tidak memikirkan risiko besar ini? Adakah kerajaan sedar bahawa tindakan ini boleh membuka ruang kepada eksploitasi maklumat yang boleh menjejaskan keselamatan nasional.
Kita sering mendengar hujah bahawa penguasaan syarikat luar dalam infrastruktur penting negara boleh mengancam kedaulatan negara. Maka, adakah ini bukan situasi yang serupa? Adakah keuntungan jangka pendek begitu penting sehingga sanggup kita menggadaikan keselamatan dan maruah negara?
Saya memuji Kementerian Luar Negeri, usaha Kementerian Luar Negeri yang tidak henti-henti membawa suara rakyat Malaysia, membawa fakta daripada Malaysia bahawa kita memperjuangkan Palestin dan mengutuk Israel di pelbagai platform, di PBB, di OIC. Kita juga termasuk dalam negara yang menggesa supaya Israel dikeluarkan daripada PBB.
Dato’ Pengerusi, jadi dalam soal ini, perkara isu ini kita mesti menjaga maruah negara dan bukan hanya sekadar mengejar keuntungan. Isu ini adalah lebih besar dari soal pelaburan. Ia adalah soal prinsip, moral dan keikhlasan kita sebagai sebuah negara. Malaysia selama ini berdiri teguh sebagai sebuah negara yang mempertahankan hak asasi manusia dan menentang kezaliman.
Tetapi apabila keputusan seperti ini dibuat tanpa mengambil kira kesannya terhadap perjuangan rakyat Palestin, terhadap kedaulatan negara dan terhadap sensitiviti rakyat kita sendiri, maka kita sebenarnya sedang mencabar nilai-nilai yang kita pegang sebagai sebuah negara.
Saya menyeru kepada kerajaan untuk meneliti semula keputusan ini. Rakyat Malaysia berhak tahu mengapa keputusan ini diambil dan rakyat Malaysia berhak mendapatkan jaminan bahawa kerajaan akan mengutamakan kedaulatan, keselamatan dan maruah negara di atas segala-galanya. Semoga kerajaan sedar bahawa prinsip ini tidak boleh dikompromi demi keuntungan jangka pendek.
Saya juga kesal dan keliru dengan jawapan yang telah diberikan oleh Yang Amat Berhormat Tambun dalam temu ramah dengan CNN yang menjawab “Ya” tentang kewujudan Israel dan “Ya” tentang hak Israel untuk mempertahankan. Jadi, ini sebenarnya sangat mengelirukan rakyat Malaysia dan rakyat dunia dengan apa yang sedang berlaku pada hari ini. Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Masa telah menunjukkan tepat pukul 1.00. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat. Bentara.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sebelum saya tangguh Mesyuarat untuk berehat, ada satu pemakluman iaitu Ahli-ahli Yang Berhormat dijemput ke majlis dan taklimat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ahli-ahli Yang Berhormat dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengadakan majlis pelancaran Laporan Prevention and Control of Non-communicable Diseases di Malaysia: The Case for Investment serta taklimat Lung Health Initiative Malaysia dan pelaksanaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] pada 14 November 2024 iaitu hari ini, jam 1.00 tengah hari di Dewan Bankuet, Blok Utama, Parlimen Malaysia.
Semua Ahli Yang Berhormat dijemput hadir. Kehadiran Ahli-ahli Yang Berhormat amat dihargai sebagai tanda sokongan kepada agenda kesihatan nasional dan holistik serta berkesan. Dengan itu, Mesyuarat ditangguh dan akan disambung semula pada jam 2.30 petang nanti.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Assalamualaikum dan selamat petang, Yang Berhormat, Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang Majlis dalam Jawatankuasa.
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan
Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih, Dato’ Pengerusi. Salam Mutiara.
Jadi, merujuk kepada Butiran 020000 – Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Pelbagai Hala, sub Butiran 020200 – Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan, sub Butiran 020300 – Keselamatan Pelbagai Hala dan Pertubuhan Antarabangsa, dan juga sub Butiran
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
030200 – Hal Ehwal Maritim, dan seterusnya sub Butiran 070200 – Kepengerusian ASEAN 2025. Izinkan saya untuk membahaskan kesemua sub butiran tersebut secara sekali gus.
Jadi, ketika Malaysia bersiap untuk mengetuai ASEAN 2025, kita berada di ambang saat yang boleh mentakrifkan semula masa depan rantau kita. Jadi, ini bukan sekadar tentang dasar atau sidang kemuncak. Ia tentang memastikan legasi perpaduan, keadilan dan, yang penting, kemakmuran untuk rakyat ASEAN.
Malaysia sentiasa berada dan juga menjadi mercu tanda diplomasi. Dalam peranan yang penting ini, kita mempunyai peluang untuk menangani tiga isu kritikal yang mempengaruhi setiap warga ASEAN iaitu:
(i) pertikaian wilayah di Laut China Selatan;
(ii) perkongsian ekonomi di tengah persaingan global; dan
(iii) keperluan yang mendesak untuk kestabilan serantau.
Jadi, Laut China Selatan lebih daripada sekadar peta perairan yang dipertikaikan. Ia adalah nadi kehidupan bagi jutaan orang yang bergantung pada laluan perdagangan dan juga sumbernya.
Bagi Malaysia dan negara-negara ASEAN yang lain, kepentingannya sangat peribadi. Apabila nelayan bimbang tentang keselamatan mereka ataupun negara-negara risau mengenai pencerobohan terhadap kedaulatan, kita melihat betapa rapuhnya keamanan. Namun, Malaysia sentiasa percaya pada dialog daripada perbalahan.
Jadi, sebagai Pengerusi ASEAN, kita boleh memandu rundingan mengenai kod tatalaku, misal contohnya dengan negara China, ke arah hasil yang nyata iaitu hasil yang menghormati undang-undang antarabangsa dan mengutamakan kerjasama daripada konflik.
Bayangkanlah, sebuah ASEAN yang bersuara satu memperjuangkan keamanan dan juga kestabilan sambil memelihara hak ahli-ahlinya. Jadi, itulah visi yang mesti disampaikan oleh Malaysia.
Dengan hubungan ekonomi kita yang erat dengan negara China berserta keperluan mempertahankan kedaulatan, bagaimanakah Malaysia akan mengimbangi situasi yang agak rumit sambil memupuk kepercayaan dan juga perpaduan di kalangan negara-negara ASEAN?
Sebagai pengerusi, Malaysia mesti menangani cabaran ekonomi daripada ketegangan perdagangan antara kuasa besar global hingga dasar yang memberi kesan tidak adil terhadap industri kita seperti, saya bagi contoh, sekatan Kesatuan Eropah terhadap minyak sawit.
Namun, marilah kita berfikir lebih besar. Bayangkanlah sebuah ASEAN di mana pertumbuhan ekonomi meningkatkan taraf hidup semua rakyat di mana inisiatif seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau bukan sekadar wujud di atas kertas, tetapi diterjemahkan kepada peluang nyata untuk peniaga kecil dan juga komuniti tempatan.
Kekuatan terbesar ASEAN adalah rakyatnya- petani, pekerja, pelajar dan juga keluarga yang menjadikan rantau ini seperti adanya. Namun, terlalu kerap merekalah yang paling menderita semasa sebarang krisis yang berlaku. Sama ada pemerdagangan manusia,
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
perpindahan pelarian atau bencana alam, isu-isu ini melangkau sempadan dan memerlukan tindakan yang kolektif.
Malaysia mempunyai rekod yang terbukti dalam mengutamakan hak asasi manusia, daripada inisiatif untuk melindungi hak pekerja imigran hinggalah usaha untuk bantuan kemanusiaan yang kita nampak. Jadi, dalam hal ini, pemerdagangan manusia dan juga eksploitasi kumpulan rentan tetap menjadi noda pada kemajuan rantau kita.
Bagaimanakah Malaysia akan mengaspirasikan ASEAN untuk bertindak secara berani dan juga penuh empati memastikan kita melindungi maruah dan juga hak semua orang di bawah panji bersama kita? Jadi, ketika krisis terus mencabar di rantau kita, bagaimanakah Malaysia akan menyatukan ASEAN untuk mencipta bukan sekadar dasar, tetapi tindakan nyata yang mencerminkan kemanusiaan bersama kita dan, yang penting, komitmen kita?
Jadi, sebagai penggulungan mengakhiri debat saya, peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun 2025 lebih daripada sekadar pelantikan diplomatik. Ia adalah seruan untuk kita bertindak. Kita mempunyai peluang untuk memimpin bukan hanya dengan dasar, tetapi dengan hati dan visi menangani isu-isu yang penting untuk setiap warga ASEAN.
Dengan ini, Bukit Bendera menyokong. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Bendera. Dipersilakan Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Saya merujuk kepada Butiran 030100 – Perancangan Dasar. Dalam kita menjalani kehidupan di ASEAN, sepatutnya kerajaan haruslah berhati-hati dalam membezakan antara kepentingan perdagangan antarabangsa dan kedaulatan negara. Ini kerana dalam kes kita ini, kita berkongsi lautan yang sama dengan negara-negara ASEAN dan kita berkongsi daripada segi ukhuwah daripada segi sempadan. Adakah, dalam kes ini, kita akan mengemukakan sebagai usul iaitu usul keselamatan maritim serantau dan masing-masing negara ASEAN akan menjadikan ini sebagai asas untuk menggubal akta yang sepadan di Parlimen masing-masing?
Dasar dan resolusi untuk menjaga kepentingan negara ahli serantau juga perlu terutama dalam menghadapi kuasa besar. Apakah reaksi kita dalam kes yang berlaku di antara China dan Filipina yang juga merupakan ahli anggota ASEAN?
Begitu juga dengan Butiran 030200 – Hal Ehwal Maritim. Kita lihat dalam bajet ini disebut bahawa ada RM1.915 juta diperuntukkan untuk hal ehwal maritim.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Adakah jumlah itu cukup memandangkan negara kita mempunyai beberapa tuntutan yang kita kira mempunyai kesan yang sangat besar pada negara daripada segi politik, sosial dan juga ekonomi? Wajar kah jumlah ini dan saya cadangkan sekiranya dapat ditingkatkan lagi peruntukan ini kerana ini penting kepada negara.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Yang ketiga, 030300. Apa reaksi ataupun apakah aktiviti yang dibuat oleh Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan, yang kita kira merupakan suatu perkara yang sangat penting dan bagaimanakah respons ataupun status penubuhan King Salman Centre For International Peace kerana kita difahamkan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baharu sahaja menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa di Riyadh. Kita percaya bahawa ini kalau dapat diteruskan, ia akan memberikan kesan yang baik pada Malaysia.
Kita juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan. Di negara Turki, mereka menjadikan silibus tentang sejarah global termasuk Palestin sebagai silibus persekolahan mereka supaya masyarakat dunia memahami apakah asal usul sejarah Palestin itu sendiri. Adakah kerajaan bercadang untuk memasukkan perkara yang sama dalam silibus pendidikan negara kita dan berapa universiti kah dalam negara kita yang mempunyai pusat kajian dan kepakaran antarabangsa, terutamanya mengenai Al-Quds?
Butiran 030400 – Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri. Kita memohon agar cadangan bajet kepada IDFR ditingkatkan kepada RM20 juta, memandangkan keperluan institusi ini kepada prospek dan pelaburan masa depan negara. Malaysia terkenal sebagai sering mengambil pendekatan yang neutral. Jadi, pegawai-pegawai yang kita pilih, dilatih di sini adalah pegawai-pegawai yang terbaik. Jadi, kita mohon agar ia diberi penekanan kerana ini pelaburan yang terbaik untuk negara.
Di bawah 070200 – Kepengerusian ASEAN, bagaimanakah perkembangan Malaysia dalam kes ini khususnya untuk berkaitan dengan AFTA? Sejauh manakah Piagam ASEAN dipatuhi oleh negara-negara anggota dan bagaimana kita dapat menjaga nilai ketimuran ASEAN daripada segi budaya dan warisan? Kita mohon untuk perincian perbelanjaan memandangkan jumlah anggaran bajet yang disebut adalah RM560 juta.
Saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan dalam- bila mana kita menjadi Pengerusi ASEAN, untuk menubuhkan satu universiti ASEAN kerana Malaysia ini merupakan- di peringkat dunia, kita merupakan hab pendidikan bagi peringkat ASEAN dan sekiranya ini dapat dijadikan satu agenda besar, kita mungkin dapat membincangkan tentang pertukaran pelajar-pelajar di negara ASEAN bagi merapatkan hubungan di antara ASEAN dan juga memberikan peluang dan prospek yang baik kepada pelajar-pelajar untuk masa depan negara.
Kita difahamkan, banyak- negeri-negeri dalam Malaysia mempunyai agenda untuk Tahun Melawat. Bagaimanakah ia dapat dipromosikan sekali dengan kita menjadi negara Pengerusi ASEAN supaya butiran mengenai promosi ini dapat disekalikan?
Yang terakhir, peruntukan. Kita difahamkan bahawa dalam kes UNHCR, kita merupakan negara yang terbanyak menerima pelarian yang tertinggi di ASEAN. Jadi, adakah kita boleh meminta dengan ASEAN untuk mendapatkan dana kerana kitalah yang menanggung pendidikan, menanggung kesihatan yang telah pun- yang ditanggung oleh negara kita melibatkan pelarian-pelarian UNHCR ini?
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Jadi, kita juga ingin tahu kalau sekiranya perkara ini dapat dibuat, kita boleh menjadi satu tempat dan memulakan usaha supaya mewujudkan suatu persatuan bagi pelarian Muslim demi menjaga akidah mereka kerana yang paling ramai dalam dunia ini yang melibatkan pelarian merupakan orang Islam, tetapi di peringkat dunia belum ada international refugee yang melibatkan orang Islam dan ini penting untuk menjaga akidah dan juga mungkin boleh dibincangkan dalam OIC.
Sekiranya dulu kita pernah ada penyelesaian melibatkan pelarian yang kita tempatkan di mana-mana pulau, adakah kerajaan juga bercadang untuk memilih mana-mana pulau yang perlu di dana oleh negara ketiga sekiranya kita perlu juga menerima pelarian ini dan di samping isu-isu stateless yang tak dapat diselesaikan. Saya mohon agar dalam perbincangan di peringkat ASEAN, isu stateless ini dapat dibincangkan dengan lebih terperinci supaya ia tidak menjadi beban kepada mana-mana negara. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Tumpat. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Dato’ Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Perkara 13, Butiran 030300 – Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT).
Kita tahu bahawa pusat ini telah ditubuhkan sejak 2003 dan kita sebagai sebuah negara yang sangat mementingkan keamanan, apatah lagi berhubung dengan isu-isu yang melibatkan keganasan dan terrorism ini.
Merasa sangat bertuah kerana telah wujudnya satu centre, satu pusat yang mementingkan tentang aspek-aspek peningkatan keupayaan yang berkualiti dan komprehensif, menjalankan penerbitan, penyelidikan di bidang keganasan dan kontra- keganasan dan pendekatan yang lembut, yang lebih berhemah, berkesan untuk mengatasi ekstremisme melalui komunikasi yang strategik.
Penambahan peruntukan daripada RM7.72 juta kepada RM9.63 juta sudah pasti merupakan suatu langkah yang sangat positif untuk mengukuhkan lagi program-program pemantauan dan pendidikan pencegahan ekstremisme. Bukan sahaja dalam negara kita, tetapi juga di rantau Asia Tenggara ini. Insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram menunjukkan pentingnya usaha pencegahan awal terhadap radikalisasi di peringkat komuniti.
Dato’ Pengerusi, kita tahu langkah-langkah pencegahan ini kebiasaannya, kita ada usaha-usaha prevention ada usaha-usaha correction ya, countermeasures dan seumpamanya, tetapi sekarang ini, dengan adanya teknologi AI, kita sudah pergi lebih ke hadapan iaitu dengan adanya usaha-usaha prediction, jangkaan kita. Sekiranya sesuatu sentimen itu dimainkan, sesuatu gerakan itu dimulakan ya, dengan algorithm yang ada dalam AI ini kita sudah boleh mengagak ke mana hala tuju perkara tersebut sehingga boleh menyebabkan berlakunya kegiatan-kegiatan yang berupa terrorism.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Sebab itu, saya ingin bertanya kepada kementerian, kepada kerajaan ya. Sejauh mana usaha-usaha dengan penambahan peruntukan ini boleh dijalinkan dengan peruntukan sebanyak RM3.3 juta, saya percaya ia adalah di bawah Kementerian Digital, di mana kita sekali lagi Malaysia menerajui Rangkaian Keselamatan AI ASEAN (ASEAN AI Safe). Saya rasakan perkara ini penting sebab saya cukup bimbang dengan perkembangan semasa ini kerana kita bukan sahaja melihat sekarang ini, isu-isu yang melibatkan keganasan ini yang berlaku secara fizikal, tetapi ia lebih merupakan satu percikan, bibit-bibit yang boleh sahaja bermula daripada alam maya, daripada siber sehingga mencetuskan kepada cyber attack dan seumpamanya.
Kita akan pergi kepada Kepengerusian ASEAN tahun depan. Kita tidak hendak negara-negara ASEAN termasuk juga negara-negara yang menjadi observers countries. Negara-negara pemerhati yang berpuluh-puluh nanti yang akan datang ke negara kita ini melihat bahawa di samping kita menjuarai isu-isu keamanan di dunia ini, tetapi di dalam negara kita sendiri, terdapatnya bibit-bibit yang boleh mencetuskan isu-isu yang melibatkan ketidakharmonian yang akhirnya boleh mencetuskan isu-isu yang melibatkan keganasan.
Oleh sebab itu, bajet yang besar yang diperuntukkan kepada kita dalam Kepengerusian ASEAN nanti yang berjumlah RM560 juta mestilah digunakan dengan sepenuhnya dan salah satu aspek yang sangat penting ialah kita mesti menunjukkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempelopori keamanan, kestabilan, keharmonian dalam masyarakat di Rantau Asia ini dan juga masyarakat di dunia dan kita nak menunjukkan kepada dunia bahawa kita menghormati mereka yang datang kepada negara ini termasuklah kalau nak bawa bendera pun saja tidak ada masalah.
Sebab, kita kalau pergi luar negara pun, saya pergi ke puncak bukit, gunung mana pun saya akan pacak Bendera Malaysia...
[Ketawa] Jadi, ini tidak ada masalah. Jadi, kita mesti tunjukkan kita welcome mereka. Membawa identiti negara mereka bahawa kita adalah merupakan sebuah negara yang coexist dengan semua masyarakat dalam dunia ini. Insya- Allah dan menjadikan tema inclusive dan sustainable. Inclusivity, sustainability ataupun keterangkuman dan kemampanan itu merupakan tema yang benar-benar dihayati oleh negara kita Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN. Terima kasih, Dato’ Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Shah Alam. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih, Tuan Pengerusi yang saya hormati. Saya ingin menyentuh Butiran 020200 – Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terdapat pengurangan dalam belanjawan yang telah dibentangkan. Daripada RM1,227,000 ke RM1,088,000 pada tahun yang akan datang. Cumanya saya tertarik dengan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk kita memberi bantuan rata-rata kepada
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
mangsa-mangsa perang di Palestin yang baru-baru ini dibawa ke negara Malaysia. Kita memberi bantuan kemanusiaan.
Di samping itu juga, di beberapa buah tempat yang lain seperti Myanmar dan sebagainya. Saya memuji inisiatif yang diambil oleh kerajaan Yang Amat Berhormat Tambun atas langkah-langkah yang diambil. Misi untuk menyelamatkan yang tertindas di Palestin, di Rohingya dan di seluruh pelosok dunia, di mana kita menyatakan hak Malaysia- pendirian Malaysia untuk mempertahankan mereka.
Pada masa yang sama, saya juga ingin tanya apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi membela individu-individu yang dituduh di luar negara. Saya beri contoh.
Seorang pelajar bernama Jia Xin Teo berusia 22 tahun yang belajar di United Kingdom, England. Baru-baru ini telah dikenakan hukuman disabitkan dengan kesalahan membunuh kerana telah menyembunyikan bayi yang dilahirkan oleh beliau dalam satu tin biskut.
Cumanya saya ingin tanya kepada kementerian, adakah kementerian akan memberi bantuan melantik peguam bagi mereka yang belajar United Kingdom? Maklumlah, United Kingdom banyak juga pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di sana.
Satu lagi kejadian yang ingin saya sentuh adalah seorang pelajar dari Malaysia- Thomas Wei Huang, 17 tahun yang dituduh di mahkamah kerana mendatangkan cedera kepada pelajar-pelajar beliau dengan menggunakan tukul besi. Dalam kes-kes sebegini, adakah kementerian akan membantu pelajar-pelajar di luar negara, bukan sahaja United Kingdom, tetapi di seluruh pelosok dunia untuk melantik peguam, untuk kita memberi bantuan guaman kepada mereka, untuk membela pertuduhan yang dihadapi oleh mereka? Ini lah persoalan saya.
Keduanya, saya ingin menyentuh kepada 030400 – Institusi Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR).
Tuan Pengerusi, saya terkejut apabila terdapat pengurangan daripada RM13,967,000 kepada- sorry, ya pengurangan. Maafkan saya. Pengurangan.
Butiran 020500 – Politik Pelbagai Hala. Ada pengurangan daripada RM1,936,000 kepada RM1,847,000 dan juga Butiran 020600 - Kerjasama dan Pembangunan Antarabangsa juga terdapat pengurangan. Dari RM903,000 ke RM786,000.
Saya ingin tanya, kenapakah ada pengurangan? Kita lihat bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Tambun bertungkus-lumus untuk ke sana sini berjumpa dengan pemimpin-pemimpin di luar negara. Sebelum ini kalau beliau telah pergi ke India berjumpa dengan Perdana Menteri- Narendra Modi. Kemudian beliau telah ke China berjumpa dengan Presiden China- Xi Jinping dan baru-baru ini berjumpa dengan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Saudi Arabia- Raja Mohammad bin Salman Al Saud, tapi adakah langkah-langkah ini untuk menaikkan lagi status Malaysia di persada dunia perlu disambut oleh negara kita sendiri.
Saya melihat ada kemungkinan- saya tidak kecil hati, tetapi ada tindakan-tindakan oleh segelintir pihak di Malaysia. Macam baru-baru ini kita lihat ada pihak-pihak yang mungkin tidak tahu tentang inisiatif yang diambil oleh Perdana Menteri untuk mempromosikan
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Malaysia di China, memainkan isu-isu yang remeh. Seperti yang telah dinyatakan oleh Shah Alam tadi. Mengibar Bendera China digunakan sebagai satu sebab untuk mereka memporak- perandakan keamanan di negara kita.
Saya merasakan bahawa kita perlu meningkatkan lagi peruntukan-peruntukan.
Bukan sahaja untuk kita menggunakan peruntukan itu untuk membuat lawatan dan sebagainya, tetapi pada semasa ke semasa, mungkin memberi didikan kepada ahli-ahli politik, Ahli Parlimen mungkin ADUN-ADUN tentang keakraban India-Malaysia, China- Malaysia, Saudi Arabia-Malaysia. Kalau ada seorang bayangkan yang mengibarkan bendera Saudi Arabia di Malaysia, adakah itu merupakan satu kesalahan?
Kita ada juga banyak pekerja warganegara asing, umpamanya kalau mereka menonton satu pertandingan bola sepak atau hoki, di mana India terkenal. Kalau mereka mengibarkan bendera India, adakah itu merupakan satu kesalahan?
Jadi, saya ingin meringkaskan dengan mengatakan bahawa perlu kita memberi- bukan tazkirah, tapi mungkin tunjuk ajar, kuliah bahawa mengibarkan bendera negara lain ini bukan sesuatu yang perlu kita sensitif sangat. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Selamat petang. Terima kasih Dato’ Pengerusi, Ahli-ahli Yang Berhormat.
Butiran 070200 – Kepengerusian ASEAN 2025, dengan peruntukan adalah sebanyak RM560 juta. ASEAN mula dibentuk pada 8 Ogos 1967. Hingga kini, ASEAN telah pun melangkau 57 tahun. Banyak isu politik, isu ekonomi, isu sosial dalam masyarakat di ASEAN.
Antara isu-isu tersebut adalah berkaitan dengan Rohingya, berkaitan dengan kerajaan Islam di Pattani, berkaitan juga dengan Bangsamoro.
Saya nak bincang sedikit tentang isu Rohingya, bangsa yang dinafikan hak kewarganegaraan oleh junta tentera Myanmar. Kita pun agak hairan kenapa orang Rohingya ini dinafikan hak mereka di Myanmar sedangkan di Myanmar pun agak ramai orang-orang Melayu di Selatan Myanmar, terutamanya di Tanah Seri ataupun di Tenasserim. Mereka ini tidak ditekan oleh junta tentera Myanmar.
Dikatakan terdapat lebih 40 buah kampung Melayu di Pulau Dua dan di Bandar Bokepyin, Myanmar iaitu di kawasan selatan. Mereka ini masih mengamalkan budaya, hidup Melayu, tapi agak berbeza dengan orang-orang Rohingya yang bila berada di negara mereka, ditekan dan apabila mereka ke negara-negara jiran seperti Thailand, Malaysia, Indonesia, mereka sudah menunjukkan apakah tingkah laku yang mereka ada yang menyebabkan kerajaan ataupun negara agak gusar dengan tindakan-tindakan mereka. Soalan saya, apakah usaha Malaysia untuk membantu menyelesaikan isu Rohingya?
Soalan kedua, adakah Kerajaan Malaysia bersedia membantu orang-orang Melayu di Myanmar yang agak sukar dalam kehidupan mereka?
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Soalan ketiga, setakat manakah usaha-usaha kerajaan dapat membantu menyelesaikan isu Kerajaan Islam Pattani ataupun Pattani Darul Salam?
Soalan keempat, di Filipina, kerajaan autonomi Islam di Mindanao dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2025 yang sebelum ini dijangka pada 2022. Apakah peranan Malaysia dalam hal ini?
Dato’ Pengerusi, saya pergi kepada Butiran 020500 – Politik Pelbagai Hala. Apakah hala tuju negara Malaysia pada hari ini? Adakah Kerajaan Malaysia sekarang berpaksi kepada Amerika Syarikat? Bagaimanakah hubungan dengan negara-negara lain seperti Rusia?
Jika zaman Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir sanggup dan tidak menghairankan kerana beliau sanggup membeli pesawat-pesawat pejuang MiG-29 dari Rusia. Sanggup mengkritik negara-negara besar. Adakah kerajaan kini sudah tidak lagi ataupun tidak berani mengecam Amerika Syarikat atas dasar keterbukaan?
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Kita dapati juga semasa zaman Tun, kita bagi kredit kepada Tun yang melancarkan Dasar Pandang ke Timur, juga polisi Buy British Last, dengan izin, atau BBL yang berlaku dalam masa pentadbiran 2 Oktober 1981. Kita nampak berlaku ketegasan Tun M atau pun Perdana Menteri Keempat dalam isu-isu antarabangsa. Jadi, persoalan Kangar apakah Perdana Menteri hari ini bersedia memberikan impak yang hebat seperti Perdana Menteri yang keempat?
Terkini kita dengar, berdegar-degar PMX menyuarakan ketegasan menentang Israel di PBB. Namun, yang terbaru bila ditemu bual oleh wartawan CNN, PMX mengakui penubuhan negara Israel dan setuju agar Israel mempertahankan diri. Soalannya adakah PMX ingin menunjukkan keterbukaan Malaysia? Jadi, rakyat Malaysia sedang menunggu apakah ketegasan PMX pada hari ini? Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Berikut adalah pembahas yang terakhir, Yang Berhormat Paya Besar.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Saya turut ingin mengemukakan pandangan saya di bawah Butiran 070200 – Kepengerusian ASEAN 2025. Saya nak tanya kepada kementerian apakah yang akan ditonjolkan dalam Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia dan adakah kita juga melibatkan anak-anak muda dalam negara kita dalam Young ASEAN Programme?
Kerana Dato’ Pengerusi, in every one decade, baharulah kita dapat jadi Pengerusi.
Jadi, sudah semestinya ASEAN ini bukan tertumpu sahaja kepada policymaker atau implementor, tetapi juga harus merangkumi semua spektrum dalam negara kita.
Butiran 050700 – Petunjuk Prestasi Utama Ketua-ketua Perwakilan (HOMKPI). Saya nak bertanya kepada kementerian, apakah petunjuk prestasi yang diukur dan berapakah
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
yang Ketua Perwakilan dapat mencapai prestasinya? Kalau tak dapat capai, apakah intervensi yang dibuat? Kerana apa Dato’ Pengerusi? Bagi saya, Ketua-ketua Perwakilan ini amat penting kerana mereka merupakan cerminan negara kita yang berada di seluruh dunia dan sekiranya prestasi ini tidak dinilai dengan efektif, saya bimbang kita tidak dapat whole- of-nation yang berada di luar negara.
Dato’ Pengerusi, saya nak sentuh juga Butiran 040700 – Hubungan Media dan Diplomasi Awam serta Butiran 050500 – Program Seranta, Diplomasi Awam dan Penerangan. Perkara ini adalah perkara penting dalam kita memastikan dasar-dasar luar kita difahami. Bukan sahaja difahami oleh rakyat Malaysia, tetapi masyarakat serantau dan masyarakat antarabangsa. Saya hendak bertanya kepada kementerian, berapakah banyak travel advisory note yang diterima oleh negara kita setakat hari ini? Kita merancang untuk Visit Malaysia 2025, tetapi bagaimana kita mitigate atau pun kita hadapi keadaan keselamatan di laut kita sudah selamat, tetapi bagaimana kita membuat advokasi?
Saya nak mencadangkan sesuatu kepada kementerian supaya kita ada kan education diplomacy seperti mana yang telah saya cadangkan dalam satu kementerian iaitu MITI, kenapakah? Kerana setakat hari ini kita ada lebih 150,000 orang pelajar antarabangsa yang belajar di negara kita dan sudah semestinya berdasarkan pengalaman kita, dahulu kita hantar rakyat Malaysia belajar di luar negara dan mereka balik dan negara rujukan mereka adalah negara yang mereka belajar. Seharusnya kita mesti mengambil educational diplomacy ini supaya Kementerian Luar Negeri dapat koordinat dengan MITI, dengan MOTAC supaya segala dasar yang kita ada ini dapat kita terang dan tunjukkan penjelasan itu kepada masyarakat antarabangsa yang belajar di negara kita ini empat ke-lima tahun.
Dato’ Pengerusi, sekiranya educational diplomacy ini dapat kita perkasakan, saya yakin kita akan jimat masa kerana mereka berada di negara kita lebih kurang empat ke-lima tahun. Ada yang mencecah 10 tahun dan mereka gemar untuk berada di negara kita dan saya pasti ia akan memberi kesan yang amat positif kepada negara kita.
Saya nak sentuh yang terakhir Dato’ Pengerusi berkaitan Butiran 02000 dan Butiran 03000 – Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Dua Hala dan Kerjasama Pelbagai Hala.
Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Tambun atas ketegasan dan menerusi kenyataan negara di Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab dan Islam untuk mendesak supaya agar dibina satu konsensus menggantung bahkan menyingkirkan Israel daripada Pertubuhan PBB. Saya juga ingin menggesa dan ada usaha dari Wisma Putra dan Kerajaan Malaysia untuk terus memastikan Gaza ini dapat kita bangun semula daripada kehancuran yang telah dilakukan.
Cumanya, perkara penting yang ingin saya- sekejap Ledang, saya bagi sekejap.
Pertamanya adalah apakah peranan yang telah dan sedang dilakukan oleh Wisma Putra dalam memastikan perkara dalam kenyataan negara yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Tambun ini dapat kita realisasikan? Bukan hanya sekadar kenyataan negara, kerana apa di Dewan yang mulia ini, bipartisan telah berbahas dan telah menyatakan mandat
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
yang jelas kepada Yang Amat Berhormat Tambun untuk dibawa dalam kenyataan negara di sidang tempoh hari.
Saya juga nak bertanya apakah persediaan Wisma Putra untuk menghadapi repercussions atas ketegasan Malaysia yang atas kenyataan tersebut? Terima kasih Dato’.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Paya Besar. Kasi saya mencelah sedikit. Setujukah sebenarnya Paya Besar, dalam konteks kita sebut tentang pendirian Malaysia tentang Palestin terutamanya ini untuk kita tidak hanya berdasarkan kepada sekerat, beberapa kerat temu bual yang keluar yang disebutkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tadi berkenaan dengan temu bual CNN kepada Yang Amat Berhormat Tambun?
Kerana saya rasa tidak adil untuk mengambil satu konteks sahaja, tetapi tidak melihat secara keseluruhan temu bual tersebut.
Ada perkara-perkara disebutkan yang jelas menggambarkan pendirian Malaysia untuk menentang penjajahan Israel ke atas Palestin. Apakah kaedah untuk kita kerat sahaja dan kemudian persoalkan pendirian Malaysia dalam hal ini berkenaan dengan isu Palestin?
Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Dato’ Pengerusi, saya yang disebutkan oleh Yang Berhormat Ledang bagi saya tidak terkejut perkara itu berlaku. Kerana semalam Yang Berhormat Masjid Tanah bangkitkan perkataan “hearsay”, khabar-khabar angin dibawa masuk Dewan. Saya tak bimbang perkara itu kerana apa Yang Berhormat Ledang, ini yang saya sifatkan sebagai delusional disorder syndrome. Kerana apa kerana kita mesti berasaskan kepada full of picture. Saya harap kita biarlah kita bersifat adil kepada diri kita. Janganlah masukkan dalam pemikiran hanya sekerat-kerat. Perkataan exist versus recognize. Itu mesti dijelaskan.
Defend versus genocide. Saya tak nak ambil masa panjang Dato’ Pengerusi, tetapi bagi saya, kita mesti cari jalan bagaimana untuk memastikan delusional disorder syndrome ini tidak merebak dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau ini nak bercakap ini atas platform apa?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya pohon start tiga minit.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ini untuk apa?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sorry?
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Untuk apa?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Untuk tajuk ini.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat. Yang Berhormat lama dah jadi Wakil Rakyat...?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Betul tak? Berpenggal- penggal. Senarai pembahas Yang Berhormat patut hantar awal, tetapi walau bagaimanapun..
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tak. Saya- itu sebab saya minta Yang Berhormat Speaker.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, saya tengah bercakap. Tak habis lagi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kalau tak boleh tak apa. No problem.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bukan tak bagi bercakap.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya bukan nak bergaduh. Saya nak minta...
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya bukan tak bagi bercakap. Saya berharap janganlah terjah-terjah macam itu. Kita dah ada senarai dan saya harap...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya. Ya. Senarai, saya nama tak ada lagi. Saya minta sebab selalunya saya minta penghabis, dapat. Jadi, kalau tak dapat, cakap tak dapatlah. Tak payah jawab terbuka macam ini.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya maklum...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Itu maksud saya, hantar surat itu Yang Berhormat. Bagi tengok surat.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya pun...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat malu kan saya depan orang ramai.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya tak malu kan Yang Berhormat. Saya bercakap atas dasar peraturan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Apa sedikit peraturan. Tak boleh? All right, fine. Tak payah cakap depan orang ramai.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kenapakah saya marah? Sebab saya minta tiga minit. Tak bagi okay lah. Saya buat surat sahaja. Jawab surat. Saya tak cakap yang lain. Terpaksa saya kacau awak nanti.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat nak bercakap kah tidak ini?
Baik, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,559,050,100 untuk Kepala... oh maaf. Sebentar. Menteri belum menjawab.
Yang Berhormat Menteri, 20 minit.
Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin
Bagus kita undi tak payah jawab. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, masa 20 minit tapi saya ingin bagi tahu awal- awal mana yang tidak sempat saya jawab, saya akan jawab secara bertulis selepas ini.
Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin
Dato’ Pengerusi, terima kasih terutamanya kerana memberi ruang kepada saya untuk menggulung perkara-perkara berkaitan Kementerian Luar Negeri dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Belanjawan 2025 di peringkat Jawatankuasa dalam Dewan yang mulia ini. Bagi pihak seluruh warga Kementerian Luar Negeri, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang terus cakna dan prihatin dengan perkembangan isu- isu berkait rapat dengan Kementerian Luar Negeri.
Dato’ Pengerusi, Kementerian Luar Negeri merupakan peneraju dan pelaksana Dasar Luar yang berperanan untuk memperkukuh dan memperluas kepentingan Malaysia di platform antarabangsa melalui amalan diplomasi yang dinamik dan proaktif. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan atas pengiktirafan terhadap peranan dan fungsi paling penting yang dimainkan oleh kementerian.
Dengan anggaran peruntukan sebanyak RM1.77 bilion bagi tahun 2025 iaitu peningkatan sebanyak 57.01 peratus. Daripada jumlah ini, sebanyak RM1.56 bilion diperuntukkan bagi belanja mengurus dan RM209.9 juta bagi belanja pembangunan. Masing- masing mencatatkan kenaikan sebanyak 70.04 peratus dan 0.06 peratus berbanding tahun lepas. Peruntukan ini adalah termasuk peruntukan khas one-off Kepengerusian ASEAN 2025 sebanyak RM560 juta. Kementerian turut menghargai peningkatan peruntukan penyelenggaraan bagi menampung pembaikan aset, bangunan dan infrastruktur pejabat- pejabat di Malaysia dan perwakilan diplomatik. Peruntukan ini penting bagi memastikan aset- aset milik kerajaan ini sentiasa berada dalam keadaan baik dan beroperasi pada tahap optimum.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, lebih daripada 60 peratus perbelanjaan kementerian dibelanjakan di luar negara. Ini meliputi bayaran kos perasian 106 Perwakilan Diplomatik di serata dunia. Emolumen pegawai dan kakitangan, penyelenggaraan dan utiliti, bangunan dan rumah, bayaran kos penganjuran dan penglibatan Malaysia dalam lawatan- lawatan dan mesyuarat-mesyuarat di luar negara, komitmen sumbangan tahunan kerajaan kepada badan-badan antarabangsa serta projek-projek pembangunan bagi menaiktarafkan dan membaiki bangunan milik kerajaan Malaysia di luar negara.
Dalam hal ini, kementerian sedaya upaya memastikan kos dan perbelanjaan mengoperasi Pejabat Perwakilan Diplomatik terus terkawal dan tidak meningkat secara mendadak. Usaha penjimatan dan kawalan dalaman ini adalah bagi memastikan peruntukan belanjawan yang diterima mencukupi untuk menampung keperluan semasa kementerian.
Secara keseluruhannya, peningkatan peruntukan bagi tahun hadapan amat membantu kementerian untuk terus menyampaikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada semua rakyat serta pemegang taruh dan pihak berkepentingan. Ia juga membantu dalam proses penambahbaikan infrastruktur pejabat perwakilan diplomatik serta menyumbang kepada usaha diplomasi dan penglibatan kementerian yang lebih aktif dan
Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin
berkesan di platform-platform serantau dan antarabangsa, mengukuhkan kedudukan Malaysia dan mengangkat martabat Malaysia di merata dunia.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, penjelasan.
Datuk Mohamad bin Alamin
Ya, sila Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, sebagai Pengerusi ASEAN kali yg kelima- ini yang kelimalah selepas 2015 yang kelima, saya ucap tahniah. Saya tidak berapa masalah dari segi peruntukan, saya hendak tengok pengisian. Pengisian utama yang harus ada ialah dialog ASEAN-China, ASEAN-US, ini pernah dibuat.
Jadi, saya ingin bertanya, apakah dialog ini yang pernah dibuat sebelum ini akan diteruskan ataupun tidak supaya kedaulatan Laut China Selatan terjamin. Sekarang ni masalah besar, China membuat beberapa tuntutan termasuk di pulau- kehadiran kapal pengawal pantai China di kawasan pelantar minyak di kawasan Malaysia termasuk Beting Patinggi Ali dan juga di Philippines, di Scarborough.
Jadi saya nak tanya, apakah dialog ini diwujudkan terus dan berapa kali yang akan diadakan sebab kebanyakan apa yang berlaku ialah nota bantahan kecuali Philippines mengadakan peperangan kecil yang berlaku di sana, tetapi Malaysia menghantar nota bantahan. Saya akan tanya soalan kedua pasal nota bantahan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih.
Datuk Mohamad bin Alamin
Baik, terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya belum sampai lagi ke topik yang dipertanyakan, tetapi secara amnya Kepengerusian ASEAN pada tahun hadapan, kita- semua maklum bahawa kita akan menumpukan tiga- tonggak utama.
Yang pertama ialah tonggak politik dan keselamatan; yang keduanya tonggak ekonomi; yang ketiganya tonggak sosiobudaya. Banyak- sub-sub topik, sub-sub tema yang akan dibincangkan dalam setiap tonggak itu Arau termasuk juga isu perbincangan, perundingan mengenai tuntutan-tuntutan di Laut China Selatan juga akan diangkat dan juga akan dijadikan tumpuan dalam ASEAN pada tahun hadapan Dato’ Pengerusi. Jadi, ini sebahagian daripada tumpuan kita dan banyak lagi. Nanti saya akan sampai ke sana Arau ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya tanya tadi Pengerusi, dialog ASEAN-China. Dialog ASEAN-China.
Datuk Mohamad bin Alamin
Dalam ASEAN 2025, kita akan adakan juga Summit.
Summit ASEAN GCC plus China dan akan melibatkan negara-negara Arab, tetapi kalau kita hendak fokus kepada China saja, kita memang ada jawatankuasa sekarang ini, macam- macam jawatankuasa yang sedang bekerja, working group di antara ASEAN juga China memang ada Arau. Kita sebagai negara koordinator untuk menguruskan, membincangkan beberapa isu melibatkan tuntutan Laut China Selatan, ASEAN-China dan kita sebagai co- chair- koordinator pada Sabah dengan China untuk membincangkan isu-isu melibatkan anggota-anggota ASEAN yang lain, Arau.
Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, untuk tahun 2025 Kementerian Luar Negeri telah diluluskan peruntukan belanja pembangunan sebanyak RM209.9 juta yakni meningkat
Datuk Mohamad bin Alamin
sebanyak RM146,000,200 atau 0.06 peratus bagi memperkasakan Pejabat Perwakilan Diplomatik dengan mengganti aset-aset lama dan menaiktarafkan serta membaik pulih bangunan-bangunan milik kerajaan di luar negara. Jumlah ini adalah untuk menyiapkan 15 projek sambungan dan melaksanakan satu projek baharu.
Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya terus kepada beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Sik ada membangkitkan isu berkenaan dengan penurunan peruntukan di bawah Kod Butiran 020200.
Bukan hanya Sik, ada beberapa orang anggota Ahli Yang Berhormat juga membangkitkan seolah-olah ada sedikit penurunan yang dinyatakan itu.
Saya ingin nyatakan bahawa penurunan jumlah peruntukan daripada RM1.22 juta pada tahun 2024 kepada RM1.088 juta pada tahun 2025 adalah disebabkan oleh penyusunan sumber manusia di peringkat kementerian bagi memfokuskan kepada Kepengerusian ASEAN yang akan berlangsung pada tahun hadapan. Penurunan ini tidak akan menjejaskan komitmen negara di peringkat antarabangsa berkaitan hak asasi manusia dan kemanusiaan.
Ini kerana seperti mana Ahli Dewan sedia maklum sumbangan kepada pertubuhan- pertubuhan antarabangsa dan kemanusiaan adalah di bawah kod peruntukan yang berbeza.
Sumbangan ini telah meningkat sebanyak 7.93 peratus iaitu dari RM128.12 juta kepada RM138.282 juta. Maknanya ada realignment, restructure mengenai sumber manusia di peringkat dalaman. Jadi sebenarnya kita tarik sedikit peruntukan itu fokus kepada Kepengerusian ASEAN pada tahun hadapan Yang Berhormat.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri. Sikit.
Datuk Mohamad bin Alamin
Ya.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Saya mohon sikit penjelasan. Ketika pembentangan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk komitmen kita membantu tabung UNRWA. Jadi, adakah komitmen itu dalam butiran yang disebut itu ataupun ada satu butiran asing untuk kita mengatakan bahawa ada penambahan pada Tabung UNRWA itu sendiri?
Datuk Mohamad bin Alamin
Mengenai Tabung UNRWA Yang Berhormat, sebagaimana telah saya jelaskan dalam Dewan yang mulia yang sebelum ini dalam jawapan kita, bahawa antara sumbangan kita di peringkat antarabangsa termasuk UNRWA itu digunakan daripada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) dan juga UNWRA di sana, tapi saya juga ingin nyatakan sekarang ini Yang Berhormat, untuk makluman semua, sumbangan kita di peringkat antarabangsa banyak sebenarnya.
Saya sebut sumbangan kepada PBB termasuk UN regular budget, UNRWA, konvensyen-konvensyen antarabangsa yang telah diratifikasi oleh Malaysia sebanyak RM72.2 juta; Komanwel RM3.67 juta; ASEAN RM13.6 juta; pertubuhan-pertubuhan serantau seperti OIC, Indian Ocean Rim Association (IORA), Islamic Solidarity Fund, banyak lagi,
Datuk Mohamad bin Alamin
semuanya berjumlah lebih kurang RM12 juta. Ini lah sumbangan-sumbangan kita kepada badan-badan pertubuhan di peringkat antarabangsa Yang Berhormat.
Mengenai soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ledang dan juga Yang Berhormat Merbok, yang dibangkitkan di bawah Butiran 070200 – Kepengerusian ASEAN 2025.
Pelbagai agenda dan usaha Kepengerusian ASEAN Malaysia pada tahun hadapan akan digerakkan melalui ketiga-tiga tonggak seperti mana yang saya sebutkan tadi. Dalam hal ini, Kementerian Luar Negeri beriltizam untuk menjadikan ASEAN sebagai platform yang kukuh demi kepentingan strategik dan pembangunan berterusan serta memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan akan membawa manfaat jangka panjang bukan sahaja pada Malaysia, tetapi juga kepada seluruh Negara-negara Anggota ASEAN.
Malaysia juga bertekad untuk mengutamakan usaha-usaha melalui dialog dan diplomasi berlandaskan prinsip kepusatan ASEAN atau, dengan izin, ASEAN centrality ke arah mengekalkan rantau yang aman, stabil, selamat dan makmur. Di samping itu, Malaysia juga akan terus memupuk dan mengukuhkan hubungan ASEAN dan rakan dialog dan rakan luar seperti yang ditekankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa Sidang Kemuncak ASEAN baru-baru ini. ASEAN perlu menggalakkan rakan dialog untuk menguruskan perbezaan mereka dengan penuh tanggungjawab serta mengelak ketegangan dari terus meruncing. Pada masa yang sama, ASEAN perlu menolak sebarang pendekatan negatif dari luar yang boleh memecahbelahkan perpaduan ASEAN.
Daripada segi integrasi ekonomi pula, tumpuan akan diberikan kepada usaha untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan intra-ASEAN yang dilihat masih berada di peringkat yang rendah. Malaysia juga akan terus mengemudi usaha-usaha meneroka dan memperluas kerjasama dan perkongsian ekonomi di luar Rantau ASEAN. Daripada segi logistik Kepengerusian ASEAN, kos penganjuran bagi Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia terutamanya oleh Kementerian Luar Negeri akan meliputi perkhidmatan seperti perbelanjaan bagi kemudahan persidangan, kemudahan penginapan bagi tetamu negara dan delegasi, media dan publisiti, pengangkutan dan lain-lain perkhidmatan.
Lokasi mesyuarat-mesyuarat ASEAN yang diadakan di seluruh negeri termasuk di wilayah Sabah dan Sarawak, akan membantu menjana pendapatan domestik bagi pelbagai sektor tempatan termasuk dengan izin, meetings, incentives, conventions and exhibitions, sektor perkhidmatan, perhotelan, pelancongan, jualan seni dan kraf, selain mempromosi budaya Malaysia. Jadi ASEAN pada tahun hadapan Dato’ Pengerusi, banyak yang akan dapat manfaat daripada kepengerusian ini.
Paya Besar tadi membangkitkan tentang program melibatkan anak-anak muda, belia-belia. Ini memang juga termasuk di dalam tonggak sosiobudaya ini. Jadi, kementerian KBS dan mana-mana agensi yang terlibat juga akan dilibatkan sama dalam mengadakan beberapa program yang bersesuaian untuk memastikan ada anak muda di negara ini juga terlibat sama dalam menjayakan kepengerusian pada tahun hadapan, insya-Allah.
Datuk Mohamad bin Alamin
Yang Berhormat Sandakan dan celahan Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Tuaran membangkitkan tentang dua akta baharu yang telah pun diluluskan oleh negara Filipina berkait rapat tentang isu-isu maritim di negara ini, yang pertamanya kalau saya boleh sebutkan akta apa yang diluluskan itu. Pertamanya, akta yang diluluskan yang telah dipersetujui oleh Presiden Filipina sendiri ialah akta atau pun dalam bahasa Inggerisnya, Philippine Maritime Zones Act, yang keduanya Philippine Archipelagic Sea Lanes Act.
Akta yang pertama yang saya sebutkan itu, kita telah mendapat nasihat dan telah merujuk kepada agensi-agensi berkenaan dan telah disahkan dan mendapat pengesahan bahawa kandungan dalam akta itu iaitu mereka mengeluarkan satu sempadan yang baharu.
Ianya telah melangkaui peta baharu Malaysia 1979 yang dibuat berdasarkan undang-undang antarabangsa, pengesahan bila kita peroleh daripada agensi yang terlibat di negara ini.
Mengenai akta yang sama juga, terdapat satu dokumen rujukan dalam akta itu di mana dokumen rujukan itu menyentuh soal tuntutan terhadap Sabah, dinyatakan dokumen rujukan dalam akta itu. Oleh yang demikian Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya suka menyatakan bahawa Kementerian Luar Negeri sentiasa sensitif dan sentiasa cakna tentang isu-isu melibatkan isu-isu serantau dan antarabangsa yang juga melibatkan soal persempadanan maritim dan juga yang berkaitan dengannya.
Oleh sebab itu Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, pada saat saya bercakap waktu ini, kita telah pun memuktamadkan dan mempertimbangkan beberapa- isu-isu utama yang akan kita masukkan dalam nota bantahan kita. Nota bantahan ini kita akan hantar hari ini juga demi menunjukkan komitmen kita bahawa hak kedaulatan negeri Sabah dan negara kita akan terus kita pertahankan Yang Berhormat Dato’ Pengerusi...
[Tepuk] Jadi berkaitan dengan isu-isu itu, insya-Allah kita akan terus suarakan sebagaimana saranan Yang Berhormat Tuaran. Memang kita sentiasa angkat isu-isu seumpama ini dibincangkan, mesyuarat-mesyuarat dua hala, perbincangan secara diplomatik kita angkat di antara Malaysia dan juga negara Filipina. Mana-mana isu yang baharu yang timbul seperti yang ada pada hari ini, kita juga akan ambil tindakan-tindakan yang perlu. Nota bantahan kita akan hantar.
Mengenai kenyataan daripada seorang peguam, kononnya yang mewakili keluarga waris Sultan Sulu, mengatakan bahawa kini mereka bebas untuk menyewakan Sabah kepada mana-mana pihak yang lain. Semalam Yang Berhormat Menteri Undang-undang telah menyatakan bahawa terserah kepada mereka untuk membuat apa-apa statement, tetapi kita akan mempertahankan kedaulatan negeri Sabah dan bahawa kita telah menang dalam kes. Kes rayuan yang berlaku di Paris itu kita telah menang, memihak kepada kita, tetapi insya-Allah, kita percaya dengan komitmen yang ada, usaha secara bersepadu di semua kementerian dan juga agensi yang terlibat, insya-Allah kita akan pertahankan hak kedaulatan Sabah dan juga kedaulatan negara kita insya-Allah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Minta penjelasan Speaker.
Datuk Mohamad bin Alamin
Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya hanya ada 1 minit sahaja lagi Arau, boleh?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sikit sahaja sebab Yang Berhormat jawab tadi.
Datuk Mohamad bin Alamin
Kalau Dato’ Pengerusi tambah masa, saya akan bagi.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Saya ada juga, mohon penjelasan.
Datuk Mohamad bin Alamin
Okey, sila. Ringkas, ringkas, ringkas.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya dah tak boleh berucap. Hendak tanya pun tak boleh. Apakah Menteri ini?...
[Ketawa] Okey, Yang Berhormat sebut tadi Nota Bantahan. Saya tahu Nota Bantahan. Saya nak tanya, sebulan berapa kali hantar? Nota bantahan kepada China dihantar, saya dengar cerita sebulan sekali, tapi sekarang dah jadi dua bulan sekali. Saya hendak tanya, berapa kerap dihantar? Sebab ini nota bantahan yang melibatkan hak kita. Sekarang nota bantahan dekat China itu pencerobohan kita. Jadi, nota bantahan ini saya hendak supaya Menteri- menteri yang berucap ini jangan bersemangat dekat kami sahaja, semangat dekat orang luar itu. Angkat tangan macam itu dekat orang luar.
Datuk Mohamad bin Alamin
Okey, okey, okey. Okey, okey Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Allahyarham Tan Sri Ghazali Shafie bekas Menteri Luar dulu, bila mereka tutup Sabah dan akan merujuk kepada WC, semua orang Malaysia bertepuk tangan kerana keberaniannya berucap sebab bagi Filipina, WC itu maknanya War Court, tapi Malaysia war- “W.C” itu ialah “bilik air.” Jadi pertelingkahan berlaku di peringkat, tetapi Tan Sri Ghazali Shafie, Allahyarham berani dan gagah perkasa, bukan berani di Malaysia, tapi di luar Malaysia.
Saya harap Yang Berhormat yang telah menyebut dengan hebat tadi berani juga di luar Malaysia, boleh?
Datuk Mohamad bin Alamin
Kita memang bersuara lantang Yang Berhormat Arau di peringkat antarabangsa. Terbukti Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selesa berucap dengan begitu lantang sekali. Di PBB, OIC dan semua tempat dan yang terbaru apabila Yang Amat Berhormat ditemu ramah oleh CNN dan diisukan oleh rakan-rakan dalam Dewan yang mulia ini.
Fokus kita ialah Palestin. Fokus kita ialah Palestin untuk melihat bahawa hak Palestin itu harus diberikan, right to the self-determination- untuk menentukan hak nasib mereka sendiri. Jadi kita akan pastikan Palestin dikembalikan hak mereka dan mendapat hak kedaulatan negara mereka, kebebasan, kemerdekaan berlandaskan sempadan pra 1967 dengan Baitulmaqdis diterima sebagai ibu negara mereka dan komitmen kita juga memperjuangkan supaya Palestin diterima sebagai Anggota PBB.
Saya ingin nyatakan bahawa dalam temu ramah yang telah berlaku semalam, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebenarnya mahu memberi fokus kepada bagaimana untuk kita mewujudkan sebuah negara Palestin itu. Walaupun ditanya tentang kewujudan sebuah negara Israel, tapi fokus dalam temu ramah, the whole gist of the interview adalah
Datuk Mohamad bin Alamin
untuk memperjuangkan, untuk mewujudkan sebuah Negara Palestin yang merdeka dan juga yang berdaulat.
Jadi kita jangan terlalu memberi fokus kepada isu-isu yang saya fikir melarikan fokus kita sebenarnya...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri, sedikit. Boleh saya mohon pencelahan sedikit?
Datuk Mohamad bin Alamin
Saya ingin menyatakan bahawa mengikut undang- undang antarabangsa, setiap negara mempunyai hak untuk mempertahankan diri seperti juga dinyatakan di bawah Artikel 51, Piagam PBB. Pada masa yang sama Palestin juga mempunyai hak di bawah undang-undang antarabangsa. Palestin berhak wujud sebagai sebuah negara berdaulat. Rakyat Palestin berhak mendapat pengembalian hak dan pembebasan mutlak termasuk hak untuk menentukan nasib mereka- right to self- determination. Walau bagaimanapun Yang Berhormat, di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, tindakan mempertahankan diri wajib menghormati prinsip...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Menteri.
Datuk Mohamad bin Alamin
Yang pertama, prinsip perbezaan, distinction di bawah dengan izin, Article 48 dan 52 of 1977, Additional Protocols 1 of the Geneva Convention 1949.
Sebarang serangan langsung terhadap orang awam atau objek awam bukan sahaja merupakan pelanggaran-pelanggaran serius di bawah terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa, serangan langsung terhadap orang awam dan atau objek awam dikategorikan sebagai jenayah perang.
Selain itu, penggunaan sebarang senjata yang tidak dapat membezakan antara orang awam atau objek awam dan tentera atau objek ketenteraan juga dilarang di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Dan juga apa yang kedua, tadi yang pertama. Keduanya, prinsip apa yang harus dihormati? Berwaspada, precaution di bawah dengan izin, Article 59(1) of the 1977, Additional Protocols 1 of the Geneva Convention 1949. Dalam menjalankan operasi ketenteraan, langkah berwaspada secara berterusan untuk melindungi orang awam dan objek awam dan apa juga keadaan bagi meminimumkan kehilangan nyawa dan kecederaan kepada orang awam dan kerosakan terhadap objek awam.
Ketiga, prinsip ada? Keberkadaran, proportionality. Article 5(1)B of 1977, Additional Protocols 1 of Geneva Convention 1949 dan semua- prinsip-prinsip itu telah dilanggar secara terang-terangan dan secara berterusan oleh pihak Israel Yang Berhormat...
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
[Bangun]
Datuk Mohamad bin Alamin
Oleh sebab itu, oleh sebab itu kenapa, oleh sebab itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan dalam Dewan yang mulia ini dan diulangi di peringkat antarabangsa baru-baru ini bahawa kita akan mengusulkan bahawa Israel harus disingkir daripada PBB ini. Ini adalah apa nama- gist of the whole maksud Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Menteri, ya boleh minta sedikit penjelasan?
Datuk Mohamad bin Alamin
Jadi sama-samalah kita bersolidariti Yang Berhormat bagi memastikan Usul ini berjaya bahawa Israel telah melanggar prinsip-prinsip yang saya sebutkan tadi secara berterusan selama ini. Bukan hanya dari tahun 2023, tapi selama ini.
Itu sebabnya Usul Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu is a very timely dan memang tepat pada masanya untuk sama-sama kita singkir Israel daripada PBB.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Menteri, boleh sikit penjelasan- bagi ya?
Menteri, soal kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri...
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sebentar.
Saya hanya benarkan satu soalan dan saya minta Menteri menggulung.
Datuk Mohamad bin Alamin
Baik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Boleh, boleh last? Okey. Baik, saya memahami pernyataan tegas daripada Kementerian Luar. Namun jawapan ataupun pernyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu memberi polemik yang sangat besar kepada negara kita dan kedudukan kita di peringkat antarabangsa.
Jadi, saya mencadangkan supaya Pejabat Perdana Menteri (PMO) memberi penjelasan sejelas-jelasnya- kenapa pernyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu telah mengelirukan konsistensi Kementerian Luar dalam hal kita memperjuangkan Palestin ini Menteri.
Datuk Mohamad bin Alamin
Fokus, kita akan terus fokus kepada Palestin, mewujudkan sebuah negara yang merdeka insya-Allah. Setiap apa kenyataan Wisma Putra sekalipun, kita terus istiqamah dan memperjuangkan kemerdekaan rakyat Palestin insya- Allah. Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, mengenai isu travel advisory yang dibangkitkan dan saya telah jawab dalam Dewan yang mulia ini waktu penggulungan di Peringkat Dasar.
Saya akan hantar secara bertulis kepada Yang Berhormat Paya Besar dan juga Yang Berhormat Sandakan yang membangkitkan isu travel advisory ini.
Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, sebagai penutupnya saya mohon maaf kalau banyak isu yang dibangkitkan saya tak dapat jawab secara lisan. Insya-Allah saya akan jawab secara bertulis satu persatu selepas ini.
Sebagai penutup, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat atas pandangan dan keprihatinan terhadap isu-isu berkaitan Kementerian Luar Negeri sebagai peneraju dan pelaksanaan dasar luar.
Kementerian Luar Negeri akan terus memikul amanah dengan penuh iltizam memastikan setiap langkah Dasar Luar Negara kita mencerminkan aspirasi nasional serta memperkukuh peranan Malaysia dalam mendukung keamanan dan kesejahteraan dunia.
Dalam hal ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan atas bajet yang diperuntukkan kepada Kementerian Luar Negeri bagi tahun 2025.
Datuk Mohamad bin Alamin
Semestinya, peruntukan ini akan dibelanjakan secara optimum bagi mempergiatkan lagi penglibatan Malaysia secara lebih aktif dan efektif di pelbagai platform antarabangsa terutamanya dalam menjalankan tanggungjawab selaku Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan.
Kementerian Luar Negeri juga akan terus berusaha menyediakan perkhidmatan luar negeri yang unggul, menyumbang ke arah merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI. Sekian dan terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, point of order, point or order.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
36(4). Tadi saya dimaklumkan Speaker telah pun keluar ruling bahawa perkataan “kurang ajar” tidak boleh digunakan di Parlimen dan saya telah menggunakan perkataan itu “jangan kurang ajar.” Saya ikut contoh Jelutong.
Speaker telah keluar ruling tak boleh kalau ada perkataan “kurang ajar” tidak boleh pakai walaupun ada “jangan...” di hadapan.
Jadi saya minta Dato’ Seri Pengerusi supaya Jelutong menarik balik perkataan “kurang ajar” yang telah dihalakan pada Kuantan pada hari tersebut. Kalau tidak, dia jadi tergantunglah permasalahan kita. Kita nak selesai cara adik-beradik supaya dia tarik balik sebab dia sebagai penyokong penggunaan bendera-bendera dunia di Malaysia ini, saya minta tarik balik perkataan “kurang ajar” yang telah dihalakan kepada Jelutong.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Arau, keputusan tersebut telah dibuat oleh Tuan Speaker. Jadi, is still stand dengan izin. Jika Yang Berhormat berfikir ia tidak sesuai dan perlu untuk reversekan keputusan dibuat oleh Tuan Speaker, saya cadangkan buat Usul. Saya tak boleh buat keputusan kerana benda ini semua telah berlaku di masa dan ketika kemudian sebelumnya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, bukan saya reverse.
Saya sokong Speaker.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Oh.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya sokong Speaker kerana membuat keputusan supaya jangan menggunakan perkataan “kurang ajar.” Jadi saya sokong, Speaker telah membuat keputusan yang terhebat dalam dunia ini, tapi yang tak tarik itu ialah Jelutong.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia tidak tarik perkataan “kurang ajar” yang dihalakan kepada Kuantan. Dia diam sahaja buat tidak tahu sahaja, buat kering, tetapi makna tergantung dalam Hansard sana bahawa Jelutong pernah mengatakan pada Kuantan, “jangan kurang ajar”, tetapi saya kena kata dekat Jelutong hari itu, “jangan kurang ajar”, Speaker hentak lima kali benda itu suruh saya tarik balik. Saya pun tarik baliklah walaupun saya kata guna perkataan “jangan”, tetapi
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
nampaknya walaupun “jangan”, perkataan “kurang ajar” itu tidak boleh guna di Parlimen.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, apakah Jelutong saya hendak kena buat surat sekali supaya Jelutong tarik balik?
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat Arau. Apa yang Yang Berhormat Arau menyatakan ini, sebagaimana yang telah saya nyatakan, benda-benda yang telah berlaku sebelum dan keputusan telah dibuat. Jika ada isu baharu, Yang Berhormat usulkan.
Baik, kita teruskan urusan Mesyuarat dengan Peraturan Mesyuarat.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,559,050,100 untuk Kepala B.13 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2025 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.13 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.13 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2025 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.13 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Jawatankuasa ke perkara yang ke-14, Kementerian Perpaduan Negara.
Kepala Bekalan B.14 dan Kepala Pembangunan P.14 di bawah Kementerian Perpaduan Negara terbuka untuk dibahaskan sekarang.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dalam senarai yang telah diberikan kepada saya, terdapat sejumlah 15 orang juga Yang Berhormat akan berbahas.
Saya akan bacakan senarai.
Mohon Yang Berhormat, Yang Berhormat bersedia untuk berbahas. Tirai akan dibuka oleh Yang Berhormat Batu Gajah, diikuti dengan Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Mersing, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Puncak Borneo, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Jeli, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Paya Besar. Dengan- Yang Berhormat Jelutong?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Pengerusi, selamat petang. Saya cuma ingin menarik perhatian Tuan Pengerusi Peraturan Mesyuarat 36(6), 36(12) atas isu yang saya telah usulkan memohon Yang Berhormat Pendang dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Saya telah menerima maklum balas daripada Tan Sri Speaker berkenaan hal ini.
Saya bangun kerana hari ini kita lihat Yang Berhormat Pendang hadir, Yang Berhormat Batu Gajah pun hadir, tetapi perkara ini telah berlarutan dari minggu lalu dan kita lihat bahawa- saya menerima banyak persoalan daripada banyak pihak, Ahli-ahli Parlimen dan juga termasuklah Ketua Whip parti saya bertanyakan apakah keputusan yang bakal dibuat oleh Dewan yang mulia ini.
Kerana, saya melihatkan bahawa di luar sana, ia menjadi bahan perbualan dan cemuhan. Saya telah ditanya, setiap kali saya melangkah keluar di luar sana balik ke kawasan, “Adakah kita boleh membuat sebarang kenyataan secara semberono dan tidak bertanggungjawab dan terus melarikan diri daripada tanggungjawab meminta maaf?” Jadi, saya ingin tanya kepada Tuan Pengerusi yang saya hormati, apakah yang bakal dilakukan ke atas Yang Berhormat Pendang yang ada di Dewan yang mulia ini yang tidak segan silu hanya mendiamkan diri selepas melemparkan satu tuduhan yang serius?
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, get to the point.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya. So, saya ingin mohon, apakah bakal dilakukan terhadap Yang Berhormat Pendang? Terima kasih. Kalau tidak, ia menjadi free for all. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, get your point. Sebentar. Sebentar....
[Berbincang dengan Setiausaha] Baik, Ahli-ahli Yang Berhormat, setelah konsultasi dengan Setiausaha Dewan, perkara ini sedia maklum di atas meja Speaker Dewan Rakyat. Beliau menimbangkan banyak perkara. Apa yang saya boleh nyatakan di dalam Dewan ini, kata putus akan dinyatakan secepat mungkin. Itu sahaja...
[Tepuk]
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Speaker, Jelutong ini saya ingat meroyanlah.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Fasal apa, dia sudah- kita sudah selesai.
Saya patuh kepada arahan Tan Sri Speaker.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat. Yang Berhormat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Dia ingat dia nak jadi Speaker kot itu, tapi dia tidak layak. Bodoh...
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Astaghfirullah.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Hei, cukuplah, Pendang. Tarik balik perkataan “bodoh”. Baharu sahaja buat satu sangkaan jahat ataupun satu mengelirukan Dewan, sekarang nak...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
[Mencelah]
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
36(6). Dia baru...
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Amaran pertama. Duduk.
Yang Berhormat, Yang Berhormat, sila lihat di belakang itu. Anak-anak kita.
Baik, kita aturkan balik semula perjalanan Dewan...
[Tepuk] Yang Berhormat, kita ada peraturan. Kalau hendak mencelah, kalau bab peraturan, saya akan layan. Itu termaktub dalam kitab peraturan. Kalau tidak, perbahasan akan berlaku.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Timbalan Speaker, Peraturan Mesyuarat 36(6).
Tadi Pendang, saya dengar...
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, saya kuatkuasakan Peraturan 37. Amaran kedua. Duduk. Masuk amaran ketiga, I have no way.
Saya bertegas tentang perkara peraturan. Saya hendak mesyuarat ini berjalan atur dan elok.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Pendang, Jelutong, Kampar dan yang lain-lain, we are very senior. Kita sudah dewasa. Jadi, jangan buat perbahasan dan Dewan ini sebagai satu- gelanggang antara Yang Berhormat dengan Yang Berhormat. The person yang akan mediator adalah Pengerusi.
Jadi, kita balik kepada peraturan. Saya akan ketepikan apa yang berlaku tadi dan saya akan tarik balik dua amaran juga kepada Yang Berhormat Kampar. Balik kosong. Kita teruskan dengan aturan mesyuarat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Pengerusi, saya minta maaf. Tuan Pengerusi, saya akur, saya setuju bahawa Tuan Pengerusi adalah orang yang paling berkuasa dalam Dewan ini. Saya akur. Jelutong akur. Saya rujuk balik kepada 36(4).
Saya tidak akan meminta Pendang untuk menarik balik, tetapi ia menunjukkan tingkah laku beliau di khalayak orang ramai...
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Yang mengeluarkan perkataan- 36(4), kurang sopan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, duduk.
Saya ambil maklum tentang peraturan berkenaan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jadi, Tuan Pengerusi, sedikit.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
I agree, I dengar apa berkenaan 36(4). Duduk.
Yang Berhormat Pendang, perkataan “bodoh” itu adalah jelas. Jadi, saya hendak buat petualah ya. Kalau benda itu berlaku sebelum saya, itu lain. Saya akan minta Usul.
Berlaku depan mata saya, 36(4) itu memang kena pada Pendang. Jadi, saya buat petua, tarik baliklah demi keharmonian Dewan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Saya sangat hormatlah Dato’ Yang di-Pertua ini, selalu buat keputusan yang agak seimbang dan adil. Jadi, disebabkan- tadi ini saya sebut itu sebab Jelutong ini sebut nama saya Pendang, jadi saya bangkit...
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang lain itu tolonglah diam.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Jadi bila dia sebut “Pendang”...
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Nantilah. Bagi dia cakap.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
...Saya sudah berurusan sudah dengan Tan Sri Speaker untuk keputusan ini. Jadi, bila tidak diarahkan saya untuk menjawab di sini, saya tidak jawablah lagi. Tunggulah Speaker buat keputusan.
Jadi, oleh sebab itu, dia teringin nak jadi Speaker, tetapi...
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Allahuakbar.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
...Dia tidak layak. Tidak dilantik sebagai Menteri kah, sebagai Speaker kah, tidak layak.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey, saya tarik baliklah.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, saya hendak dengar, tarik balik atau tidak?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tarik balik, tarik balik.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Okey. Duduk, Yang Berhormat...
[Tepuk] Tolong, cukup.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Masa Dewan ini adalah terhad ya, kita nak selesaikan bab Jawatankuasa ini. Baik, Allahuakbar. Jaga budak-budak sekolah lagi senang...
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Ketawa] Baik. Jadi, kita telah selesaikan bab tadi, semua dah ditarik balik dan balik pada status quo. Saya balik kepada urusan Dewan pula ya, di bawah Jawatankuasa. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Batu Gajah untuk membuka tirai. Silakan Yang Berhormat Batu Gajah.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Tuan Pengerusi, terima kasih atas peluang untuk membahaskan peruntukan Kementerian Perpaduan Negara dalam sesi Jawatankuasa ini.
Izinkan saya membangkitkan beberapa perkara yang penting berkaitan dengan dua- agensi utama di bawah kementerian ini. Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi- tinggi penghargaan kepada Kementerian Perpaduan Negara yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam usaha memperkukuhkan perpaduan kaum di negara kita. Program- program yang dilaksanakan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Yayasan Tun Razak telah menampakkan hasil yang memberangsangkan dan memupuk perpaduan di peringkat akar umbi. Namun demikian, sebagai Wakil Rakyat yang prihatin, saya ingin membangkitkan beberapa isu kritikal yang memerlukan perhatian segera pihak kementerian.
Tuan Pengerusi, Butiran 020100 – Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Di kawasan Parlimen Batu Gajah, kita mempunyai Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang sangat aktif dalam melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan. Dewan sedia ada telah digunakan secara optimum untuk aktiviti-aktiviti komuniti seperti kelas tuisyen, program motivasi belia, aktiviti warga emas dan pelbagai program perpaduan. Walaupun saya telah memperuntukkan sebanyak RM180,000 untuk kerja-kerja naik taraf, bangunan ini masih memerlukan pembaikan berterusan memandangkan strukturnya yang semakin uzur.
Tuan Pengerusi, saya ingin membawa perhatian Dewan yang mulia ini kepada satu keperluan mendesak di Indian settlement- Desa Changkat, Batu Gajah. Kawasan ini menempatkan hampir 900 buah rumah dengan jumlah penduduk seramai 3,000 orang.
Komuniti di sini masih tidak mempunyai sebuah dewan komuniti yang sempurna dan tabika perpaduan yang boleh menempatkan anak-anak mereka. Walaupun tanah telah dikenal pasti dan tersedia untuk pembangunan, kekangan utama adalah ketiadaan peruntukan untuk membina infrastruktur tersebut.
Justeru, saya memohon dengan rendah hati agar pihak kementerian mempertimbangkan peruntukan sebanyak RM350,000 untuk membina sebuah dewan komuniti yang lengkap dengan kemudahan asas dan yang kedua, tabika perpaduan yang mampu menempatkan 50 orang kanak-kanak.
Pembinaan kemudahan ini amat signifikan kerana ia akan menjadi pusat tumpuan aktiviti kemasyarakatan bagi 3,000 orang penduduk setempat, membolehkan pelaksanaan program-program pembangunan komuniti secara lebih teratur, memberi peluang pendidikan awal berkualiti kepada anak-anak setempat dan menjadi platform untuk aktiviti perpaduan antara kaum.
Tuan Pengerusi, izinkan saya mencadangkan beberapa penambahbaikan untuk kedua-dua agensi di bawah kementerian ini. Untuk Jabatan Perpaduan Negara, saya mencadangkan:
(i) peningkatan peruntukan tahunan untuk aktiviti KRT di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi;
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
(ii) pelaksanaan program jalinan kasih yang menggabungkan pelbagai kaum dan aktiviti kemasyarakatan bulanan; dan
(iii) pemerkasaan program latihan kepimpinan untuk jawatankuasa KRT.
Manakala untuk Yayasan Tun Razak, saya mencadangkan:
(i) penambahan kuota biasiswa untuk pelajar dari keluarga B40
(ii) pembangunan program mentoring yang menghubungkan pelajar dengan tokoh-tokong industri; dan
(iii) pengenalan program kepimpinan khusus untuk graduan muda.
Tuan Pengerusi, Butiran 020400 – Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Saya juga ingin mengutarakan cadangan bagi memperkukuhkan peranan perpustakaan desa di Batu Gajah dan seluruh negara. Perpustakaan desa boleh memainkan peranan yang besar dengan pendekatan inovatif. Satu, transformasi perpustakaan desa kepada pusat komuniti pintar, menyediakan akses kepada bahan bacaan digital dan latihan teknologi bagi masyarakat desa termasuk kelas-kelas penggunaan komputer, rekreasi digital dan teknologi maklumat. Ini juga boleh merangkumi kelas untuk mengajar masyarakat menggunakan peranti pintar dan perisian yang berguna dalam kehidupan seharian.
Menyediakan rangkaian Wi-Fi percuma untuk memudahkan masyarakat mengakses maklumat dalam talian dan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran digital. Perpustakaan desa sebagai pusat pembelajaran sepanjang hayat, mengadakan kursus dan bengkel kemahiran seperti kraf tangan, pertanian moden dan keusahawanan untuk memberi manfaat kepada masyarakat desa dalam meningkatkan kemahiran hidup mereka. Perpustakaan desa sebagai pusat perpaduan komuniti, menganjurkan program perpaduan kaum seperti acara seni dan budaya, pameran serta ceramah yang memupuk nilai toleransi dan keharmonian antara kaum di kalangan penduduk desa.
Tuan Pengerusi, sebagai penutup, saya ingin menegaskan bahawa perpaduan adalah tonggak kestabilan negara kita. Justeru, saya memohon agar permohonan peruntukan RM350,000 untuk pembinaan dewan komuniti dan tabika perpaduan di Desa Changkat diberi keutamaan. Program-program di peringkat akar umbi dilaksanakan dengan peruntukan yang mencukupi, sistem pemantauan projek dipertingkatkan untuk memastikan pelaksanaan yang berkesan dan adalah menjadi harapan saya agar cadangan-cadangan ini dapat dipertimbangkan demi kesejahteraan rakyat dan perpaduan negara. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
yang telah mengizinkan Kapar untuk membahaskan Belanjawan 2025 di peringkat Jawatankuasa.
Kapar merujuk kepada B.14 dan seterusnya P.14 khususnya pertama, Butiran 020000 – Perpaduan Negara. Tahniah kepada pihak kementerian yang telah diperuntukkan dana yang besar berjumlah RM711,346,800 untuk 2025 ketimbang RM637,255,100 pada tahun ini.
Untuk program 020100 – Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Kod Objek 10000 – Emolumen, lebih RM48 juta berbanding dengan tahun lalu.
Pertama, tentang ketelusan peruntukan dan pengagihan dana. Pemerhatian saya, dalam pengalaman sedikit sebagai AJK PAC, saya amat terkilan. Banyak wang negara yang sepatutnya boleh diselamatkan jika langkah-langkah urus tadbir yang baik, budaya berintegriti dan kecekapan dan keberkesanan diamalkan. Jadi, saya mahu lihatlah di kementerian ini akan dititikberatkan. Saya minta penjelasan tentang cara peruntukan dana seperti dana untuk Kawasan Rukun Tetangga dan Program Harmoni akan disalurkan dan dipantau. Adakah sudah ada mekanisme yang jelas dan telus bagi memastikan dana digunakan sepenuhnya untuk tujuan yang ditetapkan?
Bagaimanakah keberkesanan program perpaduan seperti Eksplorasi Rukun Negara akan diukur? Apakah indikator jelas bagi menilai impak program ini dalam memupuk perpaduan antara rakyat pelbagai kaum? Kapar mahu tahu sama ada kementerian mengambil kira perspektif masyarakat yang kurang terlibat atau yang terpinggir dalam perancangan program perpaduan dan penyusunan modul Rukun Negara. Tak libat Pembangkang, Menteri. Adakah kementerian memberi tumpuan kepada kawasan yang berpotensi untuk konflik sosial dan memperuntukkan dana khusus untuk mencegah ketegangan di kawasan berisiko terutama di kawasan bandar yang pelbagai etnik, padat seperti Selangor?
Aduh, sikit nya. Adakah kerajaan pernah buat kajian sejauh manakah kesan polarisasi kaum berlaku dalam negara kita dan adakah sistem pendidikan sedia ada menjurangkan pelbagai etnik dan apakah solusi kerajaan? Kapar juga mahu tahu apakah ada keberlanjutan- follow up and follow through program-program perpaduan yang diperkenalkan supaya ianya bukan sahaja just one-off, tetapi ada substance change.
Saya juga mahu tahu apakah perincian Program Perpaduan dan Integrasi Nasional, Butiran 050000 – One-Off berjumlah RM30 juta yang merupakan dasar baru dan fenomena pelik. Minta maaflah Tuan Pengerusi, minta masa sikit sebagai ketua portfolio ya.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Saya kurang setuju kalau benar pegawai dan Pejabat Perpaduan Daerah tidak mendapat peruntukan untuk aktiviti. Daripada negeri terus kepada KRT dan Tabika Perpaduan. Walhal, merekalah yang lebih memahami orang di bawah. Jadi, saya rasa perkara ini perlu dikaji semula.
Merujuk kepada Butiran 020300 - Jabatan Muzium Malaysia (JMM), saya melihat ada penurunan peruntukan muzium hampir RM3 juta. Jadi, saya hendak ingatkan kerajaan,
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
muzium perlu dana yang mencukupi untuk pelbagai sebab yang saya sudah sebutkan. Tidak sempat masa hendak sebutkan, sebab ini akan memberi kesan kepada sejarah negara perlu diketahui oleh generasi akan datang.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****] Butiran 020400 - Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Kenapa turunkan peruntukan ini? Walhal kan, ianya penting untuk memacu kemajuan literasi negara. Jadi, Kapar mahu tahu sama ada kementerian mempunyai pelan untuk memperluaskan akses perpustakaan di kawasan luar bandar dan pedalaman?
Sebab ianya sangat-sangat penting untuk memandaikan rakyat di dalam negara ini.
Perlu ada akses kepada bahan bacaan teknologi dan sumber pengetahuan. Saya sendiri pernah baca semua buku di dalam satu perpustakaan dalam pekan saya. Suka ke tak suka tetapi dia tidak cukup bahan. Itu zaman saya. Sekarang saya hendak lihat lima dekad selepas itu, sepatutnya ada banyak perubahan.
Dalam kita hendak jadi Pengerusi ASEAN, saya lihat Malaysia 2024 di tangga ke-6 ranking habit membaca dan di dunia ke-37. Jadi, kita hendak Pengerusi ASEAN ini. Kalau kita di Asia itu sendiri hanyalah ranking ke-6, saya rasa ini sangat-sangat penting bagi kementerian untuk berikan satu lonjakan minat dan membudayakan membaca itu kerana itu adalah satu pembelajaran sepanjang hayat yang perlu menjadi budaya leaving no one behind. Akhir sekali, sedikit Pengerusi. Perpustakaan boleh dijadikan ejen perpaduan merentas kaum. Semua pelajar yang masih macam rebung ini boleh dijemput ke perpustakaan untuk membuatkan program-program yang insya-Allah, di dalam iklim yang begitu baik, begitu aman, begitu tenang, begitu untuk diberikan satu peluang untuk mereka ini bergaul supaya insya-Allah, perpaduan boleh dipupukkan.
Saya ini kepada Kapar, saya mohon semua perpustakaan desa di Kapar, terutama di Meru. Saya rasa terlalu lama ini, Menteri. Dinaiktarafkan, dijadikan supaya dalam dan luarnya nampak menarik, berhawa dingin, mempunyai stok baru yang menarik, mencukupi dan ada internet, ada air-cond dan sebagainya.
Saya hendak minta kementerian sekali lagi berikan peruntukan kepada KRT ini.
Naikkan RM6,000 hingga RM10,000. Kalau boleh lebih, lagi baguskan. Sebab saya lihat menerusi AJK KRT ini bukan daripada kategori T15, bagaimana mereka hendak berfungsi?
Jadi, saya juga hendak bertanya kepada Menteri, daripada RM30 juta itulah yang diperuntukkan untuk kementerian ini, agak berapalah yang diperuntukkan untuk Kapar?
Jadi, saya hendak lihat juga di mana ada satu budaya menulis. Ini last point, Pengerusi. Kita mahu menggalakkan membaca dan banyak bahan yang kita baca ini dari luar negara. Mana budaya kita, nilai-nilai dalam negara sendiri ini tidak ditulis. Kalau tidak tacit knowledge, orang yang berada di sini, modal insan, pesara, pakar-pakar kita tidak mula menulis, tidak ada budaya menulis, maka hilang mereka, pergi mereka selamanya, maka
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
pergilah tacit knowledge itu. Jadi, saya minta kerajaan membuatkan galakan budaya menulis.
Semua di dalam sini, termasuk Speaker lah. Insya-Allah banyak pengalaman boleh dituliskan.
Terima kasih Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Seterusnya, saya jemput Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Assalamualaikum warahmatullah, salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih Tan Sri Pengerusi, atas ruang yang diberikan untuk membahas peringkat Jawatankuasa Kementerian Perpaduan. Saya akan fokus kepada enam butiran utama iaitu Butiran 42700, 00300, 45100, 50000, 00100 dan 17300. Butiran 42700 - Naik Taraf Bangunan-bangunan Arkib Negara Malaysia.
Saya memahami lebih lanjut mengenai naik taraf yang akan dilakukan ke atas bangunan Arkib Negara Malaysia. Adakah inisiatif ini akan melibatkan pemasangan teknologi moden seperti sistem penyimpanan dan pengambilan automatik (ASRS)? Jika ya, saya ingin mengetahui lokasi-lokasi bangunan arkib yang bakal menggunakannya dan anggaran kos bagi projek ini?
Saya juga mencadangkan beberapa aspek penting untuk dititik beratkan dalam naik taraf ini. Contohnya, reka bentuk moden yang mampu memenuhi keperluan penyimpanan arkib yang semakin bertambah, ruang rujukan, dewan pameran dan kemudahan bagi pengunjung, termasuk kafeteria, ruang istirahat, bilik seminar serta kedai cenderamata untuk meningkatkan pengunjung. Selain itu, keselamatan juga harus diutamakan bagi memastikan bahan-bahan arkib terpelihara dengan pemasangan sistem pengawasan yang lebih canggih.
Dengan naik taraf ini, Arkib Negara akan lebih mesra pengunjung dan memenuhi kehendak masyarakat.
Butiran 00300 - Pendigitalan Jabatan Muzium Malaysia. Butiran ini memperuntukkan anggaran RM5 juta untuk pendigitalan Jabatan Muzium Malaysia. Saya ingin meminta penjelasan mengenai muzium mana yang akan menerima manfaat langsung daripada pendigitalan ini. Adakah muzium di Johor iaitu termasuk dalam keutamaan, memandangkan khazanah negara yang terdapat di negeri ini, termasuk artifak dan bahan sejarah yang amat bernilai.
Dengan pendigitalan ianya akan menjadi akses kepada warisan negara lebih mudah, terutama bagi golongan muda dan harap dapat menarik minat lebih ramai pelawat ke muzium-muzium kita. Butiran 45100 - Ubah Suai dan Naik Taraf Muzium. Saya ingin mendapatkan kepastian mengenai muzium negeri yang bakal mendapat peruntukan ubah suai serta anggaran kos yang diperuntukkan.
Ingin juga mengetahui sejauh mana teknologi kecerdasan buatan atau AI akan diintegrasikan dalam naik taraf ini? Apakah kos bagi AI telah dimasukkan dalam peruntukan dan bagaimana teknologi ini akan meningkatkan pengalaman pengunjung muzium?
Terutamanya melalui sistem informasi yang interaktif dan mesra pengguna.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Butiran 50000 - Perpustakaan Negara Malaysia. Tan Sri Pengerusi, perpustakaan adalah tempat yang membina budaya sihat di luar skop bangunan pendidikan rasmi.
Berdasarkan laporan, seramai lebih 500,000 orang telah mengunjungi Perpustakaan Negara sehingga Ogos tahun ini. Pada Belanjawan 2025, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM74.6 juta kepada Perpustakaan Negara.
Saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah usaha untuk kementerian dalam meningkatkan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia melalui Perpustakaan Negara?
Selain itu, apakah usaha yang sedang dan akan digerakkan oleh kerajaan agar lebih banyak buku ilmiah dapat diterbitkan di pasaran Malaysia? Kerana saya percaya lambakan buku ilmiah di pasaran akan membantu secara tidak langsung dalam membangun masyarakat yang kritis.
Butiran 00100 - Pembaikan, Naik Taraf dan Ubah Suai Kementerian Perpaduan Negara. Di bawah butiran ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM15 juta atas tujuan pembaikan Kementerian Perpaduan. Saya mengambil ruang di sidang Parlimen ini untuk bertanya kepada kementerian, apakah perkara yang akan ditambah baik dengan peruntukan RM15 juta ini? Penting untuk perkara ini dipersoalkan kerana duit yang dipakai adalah duit rakyat mengenai cukai. Saya mohon penjelasan yang terperinci oleh kementerian mengenai peruntukan RM15 juta.
Akhir sekali, Butiran 17300 - Pusat Rukun Tetangga. Anggaran peruntukan sebanyak RM51,964,000 untuk tahun 2025. Saya ingin bertanya jika ada dana atau inisiatif baru bagi memperluaskan kawasan Rukun Tetangga yang aktif untuk merangkumi lebih ramai komuniti? Selain itu, ingin tahu perkembangan terkini skim rondaan sukarela di setiap KRT dan mencadangkan agar peruntukan tambahan diberikan kepada KRT bagi membantu mereka menjalankan aktiviti dan urusan pentadbiran.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Saya juga ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai tahap penglibatan KRT di seluruh negara, berapa banyak yang aktif, sederhana aktif dan yang kurang aktif. Dengan penjelasan daripada pihak kementerian, saya berharap agar peruntukan ini dapat digunakan dengan baik bagi memelihara perpaduan masyarakat serta kesinambungan budaya dan warisan kita. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik, seterusnya saya jemput Mersing.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya merujuk Butiran B.030500 – Perpustakaan Desa. Tan Sri Pengerusi, perpustakaan desa adalah titik sentuh penting bagi komuniti luar bandar, khususnya sebagai ejen sosialisasi. Namun usaha perlu dipertingkat bagi menarik golongan muda untuk mengunjungi perpustakaan-perpustakaan desa.
Soalan saya, dengan peruntukan RM45 juta pada tahun 2025, bagaimana kementerian akan memastikan capaian internet dan kelengkapan asas seperti komputer di
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
perpustakaan desa dapat diperbaiki. Adakah terdapat rekod lengkap mengenai kelengkapan yang tersedia di setiap perpustakaan desa memandangkan terdapat banyak perpustakaan yang masih kekurangan komputer dan peralatan asas lain termasuk perpustakaan- perpustakaan desa dalam Parlimen Mersing.
Seterusnya, Butiran B.50000 – Perpustakaan Negara Malaysia. Sektor pembukuan adalah nadi kepada peningkatan intelek dan budaya membaca. Saya difahamkan Dasar Buku Negara telah diperkemaskan melalui kajian data terkini yang turut menunjukkan peningkatan dalam penerbitan buku di seluruh negara, seterusnya menunjukkan trend yang positif kepada ekonomi dan KDNK negara.
Soalan saya, bagaimanakah Perpustakaan Negara Malaysia akan memanfaatkan peruntukan RM 57.4 juta ini untuk meningkatkan kadar peminjaman, khususnya bagi e-book dan buku audio. adakah rancangan untuk memperkenalkan teknologi seperti arguemented reality (AR) dan virtual reality (VR) bagi memberikan pengalaman lebih interaktif di perpustakaan awam.
Butiran P.00300 – Pendigitalan Jabatan Muzium Malaysia. Peruntukan RM5 juta untuk pendigitalan Jabatan Muzium Malaysia penting untuk membawa sejarah dan seni kepada masyarakat. Beberapa muzium terkenal seperti Muzium di Paris dan British Muzium di London telah menerapkan teknologi lawatan maya, yang menyajikan pengalaman menarik kepada pengunjung.
Di Malaysia, Muzium Kesenian Islam menawarkan pameran maya yang memaparkan 10,000 artifak Islam. Soalan saya, bagaimanakah peruntukan untuk pendigitalan akan dimanfaatkan bagi memperkenalkan lawatan maya di muzium-muzium seluruh negara. Sejauh mana Jabatan Muzium berhasrat untuk mengadaptasi teknologi digital seperti yang digunakan di muzium antarabangsa untuk memudahkan akses orang ramai kepada koleksi seni dan sejarah.
Seterusnya Tan Sri, Butiran P.17300 – Pusat Rukun Tetangga. Peruntukan RM51.9 juta kepada Pusat Rukun Tetangga pada tahun 2025 mencatatkan peningkatan ketara berbanding RM4.6 juta pada tahun 2024. Kini terdapat lebih daripada 8,330 pusat di seluruh negara termasuk 36 KRT di Mersing berfungsi sebagai platform penting untuk memupuk perpaduan dan keharmonian antara kaum.
Soalan saya, apakah perancangan kementerian untuk menyokong KRT yang aktif dengan menaikkan peruntukan tahunan berbanding hanya RM6 ribu setahun sedia ada, terutamanya bagi meningkatkan penglibatan komuniti dan golongan muda dalam aktiviti perpaduan. Selain itu, adakah kementerian akan mempertimbang dana khas bagi membina lebih banyak pos kawalan untuk unit rondaan sukarela SRS bagi meningkatkan keselamatan kejiranan atau sekurang-kurangnya setiap KRT mempunyai satu bangunan sendiri.
Seterusnya, Butiran B.020200 - Arkib Negara Malaysia dan Butiran P.42700 – Naik Taraf Bangunan-bangunan Arkib Negara Malaysia. Isu perjawatan kakitangan dan keperluan Bangunan Arkib Negara di seluruh negeri adalah antara aspek penting untuk memastikan operasi Arkib Negara di seluruh negara dapat berfungsi dengan baik.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Soalan saya, apakah langkah yang diambil bagi meningkatkan perjawatan kakitangan khusus dalam bidang pemuliharaan dan pendigitalan di Arkib Negara setiap negeri. Saya difahamkan jumlah kakitangan sedia ada tidak mencukupi dan tidak seimbang antara negeri.
Soalan seterusnya, adakah peruntukan 2025 mencukupi untuk menaik taraf kemudahan penyimpanan dokumen penting dan apakah perancangan bagi membuka atau memperluas cawangan Arkib Negara di negeri yang semakin berkembang seperti Johor, Sabah dan Sarawak serta negeri-negeri lain yang masih belum mempunyai bangunan sendiri seperti negeri Terengganu, Kelantan, Melaka dan Johor. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, saya jemput Betong.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Tan Sri Pengerusi kerana memberi peluang untuk saya turut bahaskan bajet di peringkat jawatankuasa di bawah maksud B dan P.14 Kementerian Perpaduan Negara. Saya mula dengan merujuk kepada Butiran B.030500 di bawah aktiviti perpustakaan desa dengan nilai anggaran belanja sebanyak RM45 juta dan P.50000. Saya ingin menekankan betapa pentingnya kita menilai semula relevansi perpustakaan desa dalam era digital ini.
Pertama sekali, kita perlu bertanya adakah perpustakaan desa masih relevan dalam menyediakan akses kepada maklumat dengan perkembangan teknologi dan capaian internet yang semakin meluas. Ramai yang berpendapat bahawa maklumat kini lebih mudah diakses melalui peranti digital. Adakah peruntukan untuk perpustakaan desa ini masih berbaloi?
Kedua, walaupun perpustakaan desa berfungsi sebagai pusat komuniti, kita perlu mempertimbangkan sama ada fungsi ini boleh digantikan dengan platform digital yang lebih interaktif dan mudah diakses. Adakah perpustakaan desa masih menjadi tempat utama untuk aktiviti sosial dan pendidikan dalam komuniti.
Ketiga, dalam konteks pendidikan dan literasi, adakah perpustakaan desa ini masih memainkan peranan penting. Dengan adanya pelbagai sumber pendidikan dalam talian, adakah kita masih memerlukan perpustakaan fizikal untuk meningkatkan literasi dan pendidikan di kalangan masyarakat di luar bandar.
Tan Sri Pengerusi, berikutnya Betong ingin merujuk kepada butiran B.050100 - Program Perpaduan dan Integrasi Nasional. Penglibatan komuniti dalam aktiviti perpaduan adalah penting untuk kita membina hubungan yang kukuh antara pelbagai kumpulan etnik dan agama. Perpaduan nasional tidak boleh dicapai tanpa sokongan dan penglibatan aktif daripada komuniti tempatan. Bagaimanakah kerajaan merancang untuk melibatkan pemimpin komuniti tempatan dalam merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti perpaduan.
Adakah terdapat peruntukan khusus untuk menyokong inisiatif-inisiatif yang dianjurkan oleh komuniti tempatan. Betong juga ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai peruntukan ini sekiranya dana yang disediakan benar-benar mencukupi untuk menyokong pelbagai aktiviti yang mempromosikan perpaduan antara pelbagai etnik dan
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
agama serta memastikan aktiviti yang diadakan adalah terangkum dan melibatkan kesemua lapisan masyarakat.
Seterusnya Tan Sri Pengerusi, Betong mohon merujuk kepada Butiran P.00300 - Program Pendigitalan Jabatan Muzium Malaysia dan Butiran P.45100 – Projek Ubah Suai dan Naik Taraf Muzium. Peruntukan sebanyak RM5 juta bagi pendigitalan di Jabatan Muzium Malaysia melalui Belanjawan 2025 adalah langkah positif, tapi jumlah ini mungkin terhad untuk mencapai potensi penuh program ini.
Betong juga mengambil maklum bahawa pada masa ini terdapat lebih kurang 150 buah muzium di Malaysia. Muzium memainkan peranan penting dalam sektor pelancongan dengan menarik pelawat domestik dan antarabangsa melalui pameran sejarah budaya dan warisan negara yang menjadi tarikan utama pelancong.
Muzium juga membantu dalam mempromosikan destinasi pelancongan dan meningkatkan ekonomi tempatan melalui perbelanjaan pelawat. Soalan saya, adakah kita mempunyai data terkini mengenai jumlah muzium yang beroperasi dan berfungsi dengan baik.
Bagaimanakah kita memastikan bahawa muzium-muzium ini terus relevan dan menarik kepada pengunjung. Adakah semua muzium di Malaysia ini mengenakan bayaran masuk? Jika ya, adakah pembayaran ini berpatutan dan mampu menarik lebih ramai pengunjung. Bagaimanakah kita boleh memastikan bahawa bayaran ini tidak menjadi halangan kepada akses kepada pendidikan dan budaya.
Merujuk kepada peranan muzium dengan pelancongan, sejauh manakah muzium di Malaysia ini menyumbang kepada sektor pelancongan. Adakah kita mempunyai data yang menunjukkan impak ekonomi muzium terhadap industri pelancongan. Bagaimanakah kita boleh meningkatkan peranan muzium dalam menarik pelancong domestik dan antarabangsa.
Seterusnya Tan Sri Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran B.030400 - Bantuan Geran Per Kapita Tabika Perpaduan dan tabika perpaduan yang merupakan usaha penting dalam membentuk generasi muda dengan nilai perpaduan. Namun, perkembangannya ke kawasan luar bandar dan pengalaman masih terbatas.
Pertama sekali, bagaimanakah kerajaan bercadang untuk memastikan tadika ini dapat diperluaskan ke kawasan luar bandar dan pendalaman. Adakah terdapat pelan tindakan yang jelas untuk mengatasi cabaran logistik dan infrastruktur di kawasan-kawasan ini.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Bagaimana kerajaan memastikan bahawa semua kanak-kanak tanpa mengira lokasi mendapat akses kepada pendidikan awal yang berkualiti? Dalam memperkukuhkan program ini, Betong berpandangan bahawa peruntukan tambahan diperlukan agar tadika-tadika tersebut dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bilik darjah yang kondusif, bahan pembelajaran yang berkesan dan sumber teknologi digital.
Adakah peruntukan yang disediakan mencukupi untuk menampung semua keperluan ini? Bagaimanakah kerajaan memastikan bahawa dana yang diperuntukkan
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
digunakan dengan berkesan dan mencapai sasaran yang ditetapkan. Selain itu, tenaga pengajar terlatih khusus dalam mendidik nilai perpaduan dan menghargai kepelbagaian budaya tempatan amat diperlukan bagi memastikan impak yang berkesan.
Adakah kerajaan mempunyai program-program latihan yang mencukupi untuk guru- guru ini? Bagaimanakah kerajaan memastikan bahawa guru-guru yang dilatih benar-benar memahami dan mampu mengajar nilai-nilai perpaduan kepada kanak-kanak? Dengan ini Betong juga ingin mendapatkan penjelasan mengenai jumlah Tabika Perpaduan yang telah ditubuhkan dan berapa ramai kanak-kanak yang mendapat manfaat daripada program ini?
Betong berharap soalan-soalan yang diutarakan ini dapat diperincikan dengan jelas untuk kebaikan bersama Dewan yang mulia ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, saya jemput Pokok Sena.
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tan Sri Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 020100 – Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Saya teliti peruntukan di bawah butiran ini yang mengalami perubahan peruntukan yang agak ketara berbanding tahun ini. Peruntukan di bawah Kod Aset meningkat daripada RM500,000 kepada RM2.92 juta. Kemudian peruntukan di bawah Kod Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap pula berkurang daripada RM30.3 juta kepada RM3.47 juta. Jadi, saya mohon kerajaan memperincikan mengapa berlaku perubahan peruntukan yang dinyatakan dalam butiran perbelanjaan ini?
Tan Sri Pengerusi, merujuk Butiran 020200 – Arkib Negara Malaysia, peruntukan di bawah butiran ini mengalami peningkatan kira-kira lebih RM3 juta daripada RM54.5 juta pada tahun 2024 kepada RM57.99 juta pada tahun akan datang. Jadi, saya ingin mendapatkan kepastian sejauh mana peruntukan ini akan dikhususkan terhadap usaha membawa balik dokumen-dokumen penting berkaitan negara dan sejarah termasuklah artifak sejarah negara yang masih tersimpan di luar negara? Apakah kementerian telah menyusun langkah yang bersepadu terhadap perkara ini dan bagaimana dengan pelan masa yang dirangka terhadap usaha ini?
Tan Sri Pengerusi, Butiran 040200 – Perpustakaan Negara Malaysia. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kementerian atas usaha yang jitu dalam memupuk budaya membaca dalam kalangan rakyat. Satu kajian mendedahkan bahawa peratusan kadar minat membaca di kalangan rakyat Malaysia ketika ini adalah 86.6 peratus dengan 24 naskhah bacaan setahun. Perkara ini seiring dengan Dekad Membaca Kebangsaan yang dilancarkan pada tahun 2021. Cuma, dalam aspek ini, saya ingin bertanya mengenai usaha kementerian untuk terus menggalakkan pembacaan dalam kalangan orang dewasa yang berkerjaya dan berkeluarga.
Pertama, galakan untuk membaca bahan bacaan ilmiah. Yang kedua, untuk mempelbagaikan bahan bacaan ilmiah yang bersesuaian. Marilah kita bersama menyahut seruan Allah melalui wahyu yang pertama yang diturunkan kepada junjungan Nabi
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Muhammad SAW...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang mencipta.” Tan Sri Pengerusi, Butiran 00100 – Pembaikan, Naik Taraf dan Ubah Suai Kementerian Perpaduan Negara. Peruntukan pembangunan yang disalurkan di bawah butiran ini berjumlah kira-kira RM10 juta dengan jumlah keseluruhan anggaran projek bernilai RM15 juta. Saya mohon supaya kementerian memperincikan peruntukan RM10 juta dalam butiran ini.
Butiran 17300 – Pusat Rukun Tetangga dan Butiran 50000 – Perpustakaan Negara Malaysia. Peruntukan pembangunan di bawah butiran ini telah mengalami peningkatan yang terlalu mendadak iaitu daripada RM381,000 dan RM4.6 juta pada masing-masing tahun 2023, 2024 kepada RM51.96 juta pada tahun depan. Walaupun mungkin masih tidak melebihi anggaran harga projek, namun timbul persoalan mengenai berlaku peningkatan ketara dalam butiran ini.
Begitu juga peruntukan pembangunan di bawah Butiran 50000 – Perpustakaan Negara Malaysia yang juga mengalami peningkatan ketara daripada lebih kurang RM1.45 juta lebih kepada RM19.2 juta pada tahun 2025. Persoalannya mengapa berlaku peningkatan yang ketara dalam butiran ini? Jadi, saya mohon penjelasan dari pihak kementerian. Sekian, terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik, saya jemput Puncak Borneo.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 17200 dan 17300 saya bersekalikan pertanyaan saya. Saya ingin mengetahui apakah keberkesanan pusat-pusat ini sebagai alat perpaduan? Sebab saban tahun kita melihat banyak peruntukan yang telah diperuntukkan. Jadi, saya ingin mengetahui apakah indikator yang dapat menunjukkan keberkesanan pusat ini untuk memupuk semangat perpaduan di antara kaum di dalam negara kita?
Saya juga terus pergi kepada Butiran 45100 – Ubah Suai dan Naik Taraf Muzium.
Saya ingin mengetahui jumlah pengunjung dan juga pelawat muzium dalam negara kita untuk data setiap tahun sebab kebanyakan muzium kita yang telah usang dan juga tidak mendapat― tidak ada competitiveness. Jadi, maka adalah amat perlu untuk kita membuat pengubahsuaian yang lebih canggih dan sebagainya untuk para pengunjung-pengunjung datang. Kalau kita lihat, kita compare, kita banding dengan muzium-muzium daripada negara yang lain, kita rasa muzium kita amat jauh ke belakang.
Saya juga ingin menyebut Butiran 030400 – Bantuan Geran Per Kapita Tabika Perpaduan. Saya ingin mengetahui siapakah penerima dan sila beri maklumat yang lengkap supaya kita mengetahui siapa yang mendapat geran ini dan bagaimana geran ini boleh benefit-kan penerima-penerimanya?
Untuk Butiran 030300 – Bantuan Makanan Tambahan Tabika Perpaduan. Saya juga menerima maklumat mengenai kualiti makanan yang diberi padahal saya melihat di dalam
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
butiran ini peruntukan yang diperuntukkan agak signifikan. Jadi, saya ingin melihat apakah jenis makanan yang sepatutnya yang diedar dan diberi kepada Tabika Perpaduan ini?
Siapakah yang membuat pemantauan daripada aspek kualiti makanan yang diberi dan juga daripada aspek kebersihan?
Selain daripada itu, saya juga ingin terus kepada Butiran 030500 mengenai Perpustakaan Desa di mana saya meneliti di kawasan saya iaitu Pusat Perpustakaan Desa Taman Duranda. Saya melihat bahan-bahan dan buku-buku itu bukan adalah bukan buku- buku dan bahan-bahan yang terkini. Maka, saya menyarankan kepada kementerian untuk beralih kepada bahan-bahan digital supaya ia lebih senang diakses oleh user-user dan sebagainya.
Saya juga ingin kementerian memberi maklumat lengkap mengenai setiap perpustakaan desa yang ada dan berapakah users atau pun pengguna yang ada berdaftar di dalam setiap perpustakaan desa supaya kita melihat keberkesanan dan juga effectiveness, dengan izin, untuk setiap perpustakaan desa ini.
Selain daripada itu, saya juga ingin menyentuh mengenai kekurangan― there is a lacking of interfaith program yang dilaksanakan oleh kementerian. Saya faham kita ada Minggu Perpaduan dan sebagainya dan Kembara Perpaduan tetapi tidak ada program yang lebih spesifik untuk kita mengeratkan perpaduan di antara agama-agama di kalangan rakyat Malaysia.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Jadi, saya berharap agar kementerian lebih proaktif untuk mengadakan program- program sedemikian untuk mengeratkan perpaduan pelbagai kaum dan juga perpaduan antara agama.
Saya juga ingin tahu, bagaimana KPN boleh menjadi instrumen untuk mengeratkan perpaduan kaum di dalam Malaysia ini? Saya juga ingin menyarankan supaya mungkin KPN boleh menubuhkan satu unity garden ataupun taman perpaduan di mana di dalam taman perpaduan ini boleh juga kita memperagakan pavilion-pavilion setiap kaum, sebagai contohnya Pavilion Orang Asli, Pavilion Orang Bidayuh, Dayak dan sebagainya supaya rakyat Malaysia boleh berkunjung ke pavilion ini dan mengetahui apakah budaya, agama dan adat resam mereka. Sebab, mereka mungkin tidak ada peluang untuk pergi ke negeri-negeri lain seperti Sabah dan Sarawak. Tetapi, dengan adanya unity garden ataupun taman perpaduan ini, mereka boleh mengunjungi dan mengetahui apakah budaya rakyat Malaysia.
Selain daripada itu, kita boleh juga terjemahkan taman unity ini ataupun unity garden ini sebagai salah satu daripada produk pelancongan yang boleh kita uar-uarkan kepada pengunjung-pengunjung di luar negara dan kalau kita boleh manage unity garden ini dengan baik, dia boleh mendatangkan hasil. Selain daripada itu, dia boleh juga membawa perpaduan yang erat dan persefahaman di antara kaum di negara kita Malaysia ini.
Dengan itu, sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik. Saya jemput Padang Serai.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,* salam sejahtera. Terima kasih, Tan Sri Pengerusi.
Merujuk kepada Perkara B.14, Butiran 020100 – Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Saya ingin mendapatkan penjelasan kepada Kod 40000, seperti yang ditanya oleh Pokok Sena tadi, Anggaran 2024, RM30,317,000 berbanding RM3,465,000 pada tahun 2025.
Mohon penjelasan daripada pihak kementerian.
Tan Sri Pengerusi, saya berdiri di sini hari ini untuk menyuarakan satu isu yang berkaitan dengan perpaduan negara dan integrasi nasional yang menyentuh jiwa dan identiti bangsa kita. Isu pengibaran bendera asing di bumi Malaysia yang akhir-akhir ini semakin sering berlaku tanpa alasan yang munasabah. Pengibaran bendera ini bukan sekadar isu simbolik, tetapi mencabar kedaulatan negara dan menguji tahap patriotisme kita sebagai rakyat Malaysia.
Yang pertama, menyelami motif dan kesedaran nasional. Pertama sekali, kita perlu bertanya, apa motif sebenar di sebalik pengibaran bendera asing, khususnya bendera negara-negara besar seperti China? Tindakan ini menimbulkan persoalan sama ada wujud agenda tersembunyi yang bertujuan melemahkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat kita terutamanya generasi muda. Ketika peristiwa seperti ini berlaku, ia memberi imej bahawa kita seolah-olah membenarkan dan merestui tindakan sedemikian di tanah air kita sendiri. Adakah ini nilai yang ingin kita tanamkan kepada rakyat di negara kita?
Tan Sri Pengerusi, kita mesti sedar bahawa negara kita dibina dengan pengorbanan besar oleh wira-wira negara seperti Superintenden (B) Datuk Paul Kiong SP yang pernah mempertaruhkan nyawanya demi menjaga kedaulatan Malaysia. Apa yang kita saksikan di sini adalah satu penghinaan kepada jasa-jasa wira-wira kita apabila kita membenarkan negara asing melibatkan diri dalam aktiviti yang seharusnya eksklusif untuk rakyat Malaysia sahaja.
Meningkatkan semangat patriotisme bukanlah dengan menjemput tentera asing melawat sekolah-sekolah kita, tetapi dengan mengenang pengorbanan wira-wira negara yang pernah menentang pengganas, mempertahankan tanah air.
Yang kedua, kebimbangan terhadap pengaruh asing dan agenda tersembunyi. Tan Sri Pengerusi, mengibarkan bendera asing di tempat awam bukan sekadar tindakan spontan, tetapi satu tanda dan simbol pengaruh yang cuba disebarkan. Pengaruh ini, jika dibiarkan berleluasa, berpotensi untuk melunturkan semangat nasionalisme kita dan menimbulkan perpecahan di kalangan rakyat.
Tindakan seperti berlaku di Menara Condong Teluk Intan baru-baru ini dan di sebuah sekolah persendirian di Pulau Pinang baru-baru ini...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tan Sri Speaker...
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
...Mencetuskan tanda tanya di kalangan rakyat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
...Peraturan Mesyuarat 36(12).
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Adakah terdapat usaha yang terancang oleh pihak luar untuk...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan sebagai menghina Dewan dan Ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu.
Tadi, Padang Serai baru bagi contoh bahawa di Menara Condong Teluk Intan ada orang Malaysia yang mengibar bendera asing. Itu tidak betul. Saya baru sahaja rujuk Kuantan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Dia jawab, tapi jawapan itu saya tak terima. Sekarang Padang Serai nak repeat lagi tuduhan ini.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Duduklah, Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ini tidak betul. Penganjur telah menafikan. Tidak ada mana-mana orang Malaysia yang mengibar bendera asing. Pihak polis juga telah mengesahkan. Mengapa hendak buat satu tuduhan yang tidak berasas? Ini tidak berlaku.
Hanya orang rakyat dari negara China yang mengibarkan bendera China. Itu fakta. Saya minta Padang Serai tarik balik. Tarik balik kenyataan yang tidak benar ini.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Tak apa, saya tarik balik.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Jangan cuba mengelirukan Dewan, mengelirukan orang luar.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Peristiwa seperti ini bukan kali pertama berlaku. Rakyat kini mula muak...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Padang Serai, please.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
...Apabila hanya tindakan mohon maaf...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Padang Serai.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
...Yang diambil setiap kali insiden ini terjadi...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Padang Serai, PDRM telah buat satu kenyataan, tidak ada mana-mana rakyat Malaysia...
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
...Tanpa hukuman atau langkah pencegahan yang lebih tegas.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
...Yang mengibar bendera asing di Menara Condong Teluk Intan.
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Jika sekadar permohonan maaf memadai, bagaimana kita dapat memastikan insiden sebegini tidak akan berulang?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya minta Tuan Speaker bagi satu petua.
Tuan Pengerusi
Okey, okey.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ini satu fakta. Ini satu fakta.
Tuan Pengerusi
Kampar, Kampar.
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Ini my floor.
Tuan Pengerusi
Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Betul, tapi tak boleh langgar peraturan.
Tuan Pengerusi
Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
This is your floor, tapi tak boleh suka hati langgar peraturan.
Tuan Pengerusi
Kampar, Padang Serai, duduk kejap. Baik. Tanggungjawab ini ialah Menteri akan jawab sebentar lagi. Jadi, apa yang disebut oleh Padang Serai akan dijawab oleh Menteri. Ini pandangan Padang Serai. Jadi, saya minta Menteri ambil note dan jawab balik apa yang disebut oleh Padang Serai. Itu sahaja.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tan Sri Speaker, for due respect, ini bukan satu pandangan. Dia bagi satu fakta yang salah.
Tuan Pengerusi
Biar ― Kampar, biar Menteri yang memberi jawapan. Sebab, ini adalah pandangan dia.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Berdasarkan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949, bendera asing tidak boleh dipamerkan di tempat awam atau di institusi awam tanpa kebenaran. Sekiranya terdapat pelanggaran undang- undang ini, kita sebagai pembuat dasar harus bertindak untuk memastikan hukuman yang berkesan dan membawa pengajaran.
Saya mendesak pihak kerajaan untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya terhadap individu atau organisasi yang terlibat dalam pengibaran bendera asing ini. Cadangan untuk mengenakan tindakan tegas di bawah seksyen 124B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun jika didapati bersalah adalah wajar dipertimbangkan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Pengerusi...
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Langkah ini penting supaya rakyat tahu bahawa kerajaan serius...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Standing order. Peraturan Dewan.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
...Dalam melindungi maruah dan kedaulatan negara.
Tuan Pengerusi
Baik. Padang Serai, sebentar.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Jangan sampai rakyat sendiri hilang keyakinan terhadap kerajaan akibat ketiadaan tindakan konkrit dalam hal-hal begini.
Tuan Pengerusi
Padang Serai, sebentar. Ada standing order. Berapa itu?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Pengerusi, saya rujuk kepada standing order yang sama, 36(12).
Yang Berhormat tadi telah, dalam perbahasan, mengatakan bahawa mengibarkan bendera negara asing di tempat awam adalah satu kesalahan. Pertamanya, ia bukanlah satu kesalahan kerana di kota raya, ada beberapa tempat di mana kita ada mengibarkan bendera asing. Kalau kita rujuk kepada satu perkara ― saya gunakan... [Sambil menunjukkan
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
sekeping kertas] Ada bukti. Dalam satu ekspo yang dianjurkan di Kelantan pada tahun 2015, Ekspo Cheng Ho di Kota Bharu, bendera China dikibarkan dengan besarnya di Stadium Kota Bharu...
[Tepuk]
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Saya minta ― Jelutong, saya minta Menteri menjawab.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya ada bukti.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Tidak mengapa.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
No, no, no. Ini peraturan Dewan.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Ini secara umum saya memberitahu kepada Dewan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bagilah saya habis. Bagilah saya habis.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Saya ada masa yang sangat pendek.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
No. Kenapa melenting kalau tak betul?
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Saya tak melenting. Saya punya masa pendek.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya bangkitkan, saya sedang berurusan dengan Tan Sri Speaker.
Tuan Pengerusi
Ya, Padang Serai duduk dulu. Bagi habiskan, Jelutong. Silakan
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya. Kenyataan bahawa mengibarkan bendera negara asing di Malaysia di tempat orang awam itu merupakan satu kesalahan adalah tidak benar. Kerana, umpamanya, kalau saya merupakan seorang dari negara asing dan saya datang ke Malaysia umpamanya, ada kita lihat hari-hari mereka melawat di Tugu Kebangsaan ataupun kadangkala di Dataran Merdeka, di Parlimen, mereka membawa bendera, mengibarkan bendera.
Saya menggunakan kesimpulan, Tuan Pengerusi. Bukti yang saya ada, bendera China dikibarkan dengan besar pada tahun 2015 semasa Ekspo Cheng Ho di Kota Bharu.
Apa masalahnya? Ketika itu, ia tidak menjadi bahan sindiran ataupun polemik. Kenapa menjadikan isunya polemik sekarang? Tolonglah. Tumpukan pada perbahasan.
Tan Sri Speaker...
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Itu ekspolah.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Itu saya tumpu pada perbahasan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya mohon, saya mohon...
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Saya secara umum. Saya tidak menuduh sesiapa.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya mohon ruling dibuat.
Saya mohon ruling dibuat.
Tuan Pengerusi
Baik. Okey, ini ruling saya. Oleh kerana isu-isu ini isu-isu yang terlibat dalam kementerian, maka Menteri patut memberi penjelasan. Adakah tindakan- tindakan ini bertentangan dengan undang-undang? Sebab kita boleh memberi pandangan di sini. Sebab itu saya katakan sebelum berucap, make sure you have the fact right dan Menteri akan pastikan adakah benda yang diungkapkan oleh pembahas-pembahas itu sama ada betul atau tidak sebab yang mempunyai autoriti dalam isu ini ialah Menteri kerana Menteri lebih faham apa yang sedang berlaku dalam kementerian beliau. Baik, Padang Serai, saya bagi seminit lagi. Selepas itu landing.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Terima kasih Tan Sri Speaker. Saya menyatakan perkara ini secara umum. Saya tak kira bila, siapa, di mana, negeri mana. Jadi selain itu, kita perlu kembali kepada sistem pendidikan kita. Mengapa sekolah-sekolah kita lebih cenderung untuk mengundang tentera asing atau individu dari negara luar dalam acara mereka. Bukankah lebih baik jika sekolah-sekolah ini menjemput wira negara yang pernah berjuang demi keselamatan dan keamanan Malaysia.
[Tepuk] Saya mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan program pendidikan patriotisme yang lebih menyeluruh di sekolah-sekolah, di mana wira negara yang sebenar dijemput untuk berkongsi pengalaman dan menyemai semangat cintakan tanah air dalam kalangan pelajar. Jika kita ingin melahirkan generasi yang benar-benar memahami dan menghargai erti kemerdekaan dan kedaulatan, kita tidak boleh membiarkan budaya dan pengaruh asing membanjiri sekolah-sekolah kita tanpa pengawasan.
Kesimpulannya Tan Sri Pengerusi, isu ini bukan isu remeh. Ia bukan saja seolah bendera yang dinaikkan tetapi soal kedaulatan dan identiti negara kita sebagai rakyat Malaysia. Kita tidak boleh berdiam diri apabila maruah negara dipertaruhkan. Jika negara gagal untuk bertindak tegas sekarang, kita mungkin akan kehilangan lebih daripada sekadar simbol, kita mungkin kehilangan nilai dan semangat kebangsaan yang menjadi tonggak utama kepada negara kita. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
[Tepuk]
Tuan Pengerusi
Baik. Saya jemput Klang.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Kementerian Perpaduan Negara dengan visi “Peneraju perpaduan yang inklusif ke arah kemakmuran bersama” dan dengan misi ini pula, “Meningkatkan usaha baharu penyatupaduan untuk membina tapak integrasi bagi pengukuhan semangat muhibah dalam kalangan rakyat”. Saya percaya muhibah diperlukan di sini.
Tan Sri Pengerusi, mengikut Menterinya, Kementerian Perpaduan Negara akan memberi tumpuan kepada tiga fokus utama menerusi peruntukan Belanjawan 2025 iaitu adalah pemerkasaan Kawasan Rukun Tetangga Progresif, Eksplorasi Rukun Negara dan Inisiatif Harmoni MADANI.
KPN wajib memperkasa hala tuju perpaduan negara melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif serta program yang dapat melestarikan perpaduan rakyat. Di samping memupuk
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa. Kita dapati bahawa peruntukan KPN dalam Belanjawan 2025 telah meningkat sebanyak lebih 11.88 peratus berbanding tahun lepas. Secara teori, ini adalah suatu pendekatan yang bernas.
Walau bagaimanapun, saya bertanggungjawab untuk mempersoalkan keberkesanannya secara praktikal. Adakah penambahan peruntukan semata-mata cukup untuk kita mencapai hasrat Rancangan Malaysia Kedua Belas yang menyasarkan Indeks Perpaduan Nasional sebanyak 0.7 peratus pada tahun 2025. Saya percaya terdapat langkah- langkah yang lebih holistik dari segi pelaksanaan yang perlu dibuat untuk mencapai sasaran kita. Pada tahun-tahun yang akan datang, KPN perlu memastikan bahawa semua inisiatif di bawah kementeriannya memanfaatkannya, rakyat kita daripada semua kaum bukan hanya daripada satu golongan sahaja.
Sebagai langkah pertama, pihak KPN harus mengkaji nisbah kaum di antara pemanfaatan dalam inisiatif-inisiatif tahun lepas. Mengikut portal rasmi KPN, terdapat banyak inisiatif yang diuar-uarkan sebelum ini seperti peruntukan Geran Rukun Tetangga, Program Friends of Unity, Program Kenali Etnik Minoriti, Tabika-tabika Perpaduan di seluruh negara dan sebagainya.
Persoalannya, adakah inisiatif ini semua mencapai semua suku kaum di negara kita?
Adakah KPN berjaya melibatkan perwakilan daripada semua kaum di negara kita demi betul- betul memperkasakan perpaduan di akar umbi masyarakat. Kajian ini sangat penting untuk kita memastikan bahawa perbelanjaan yang kita buat ini memang membantu mencapai hasrat kita dan mengelakkan ia menjadi hanya suatu retorik.
Andai kata, nisbah kaum antara pemanfaat atau peserta program-program ini tidak seimbang atau selaras dengan demografi negara kita. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kementerian Perpaduan Negara pada tahun depan untuk menggalakkan lebih banyak peserta daripada kaum minoriti menyertai inisiatif sebegini? Apakah rancangan Kementerian Perpaduan Negara untuk memperkasakan suara kaum minoriti dan pastikan mereka tidak terasa dirinya sebagai orang asing menggunakan penambahan peruntukan ini?
Adakah inisiatif yang telah dirancang sebelum ini berjaya mengurangkan rasa salah faham dan perbezaan antara kaum majoriti dan minoriti?
Kertas Pelan Tindakan 2024 bagi Kementerian Perpaduan Negara telah menetapkan suatu sasaran penyertaan bagi semua program-program di bawah KPN. Adakah sasaran yang ditetapkan sebelum ini berjaya dicapai? Apakah nisbah kaum antaranya penyertanya?
Dalam konteks Tabika-tabika Perpaduan, adakah KPN mempunyai data berkenaan pecahan kaum antara pelajar-pelajar dan pemanfaat-pemanfaat daripada segala inisiatif melibatkannya?
Tan Sri Pengerusi, inti pati ucapan saya di Dewan yang mulia ini adalah bahawa kita wajib memastikan penambahan peruntukan kepada KPN pada tahun ini mempunyai justifikasi yang relevan. Bukan sahaja daripada saya seorang tetapi saya harap semua Ahli- ahli Yang Berhormat mempunyai niat untuk memastikan perbelanjaan yang dibuat di atas KPN ini memang membantu mengeratkan perpaduan antara semua kaum dan agama di
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
negara kita. Terima kasih di atas peluang yang diberi untuk melontarkan pandangan saya di Dewan yang mulia ini.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih Klang. Seterusnya, saya jemput Tumpat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya merujuk kepada 45100 – Ubah Suai dan Naik Taraf Muzium. Jumlah yang diperuntukkan RM14.8 juta adalah tidak berpatutan kerana membabitkan khazanah negara yang merupakan kamus negara, isu membabitkan pemulihan bangunan artifak, repository dan ke arah...
[Tidak jelas] muzium supaya sepadan dengan perkembangan semasa.
Saya ingin tahu, apakah tindakan yang dibuat oleh pihak kementerian untuk menjadikan bahawa agenda mempromosikan muzium sebagai tempat lawat dijadikan satu agenda besar oleh kerajaan kerana kita dapati bila kita turun, jawatankuasa kami turun ke muzium, kita dapati sangat tidak berpadanan. Sebagai contohnya, Akta Fi sepatutnya dipinda bagi membolehkan harga tiket kemasukan ke muzium ditingkatkan dalam usaha untuk membolehkan JMM mendapatkan kewangan yang lebih bagi tujuan penyelenggaraan dan pembangunan muzium.
Di bawah Butiran 020100 – Perpaduan dan Integrasi Nasional. Kita lihat pada hari ini, saya menyarankan kepada pihak kerajaan kerana kita dapati bahawa di Kelantan hanya ada satu sahaja muzium sempadan iaitu di Jeli, supaya menubuhkan satu lagi muzium sempadan di Tumpat, Kelantan iaitu di Pangkalan Kubor bagi mengkaji dan menilai sejarah- sejarah yang berkaitan dengan persempadanan negara. Begitu juga dengan muzium kereta api dan Muzium Jambatan Sultan Yahya Petra yang saya kira sangat unik untuk dilihat oleh masyarakat akan datang.
Alat perpaduan dalam negara kita, antaranya ialah bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi dari segi pertuturan dan tulisan. Apakah usaha yang dibuat oleh pihak kementerian bagi memastikan bahasa dan tulisan, sukan tradisi, makanan dan budaya ini dijadikan satu agenda besar yang merentasi kementerian kerana tanpa bahasa dan alat seperti ini, tidak akan ada perpaduan dalam negara.
Dalam lawatan itu juga, pihak jawatankuasa mengesyorkan agar semua tapak tanah dan premis muzium Persekutuan dan negeri diwartakan sebagai tempat ataupun tapak yang tidak boleh dimusnahkan ditutup, dipindah atau ditukar fungsi tanpa melalui satu prosedur yang ketat dan terkawal bagi menjaga khazanah negara. Kita lihat bahawa sebagai contohnya JMM mempunyai aset yang bernilai tinggi yang boleh dicairkan seperti tanah di Muzium Negara, Muzium Diraja.
Dalam masa yang sama mempunyai keperluan yang mendesak serta tertangguh untuk dinaik taraf dan menyelenggara bangunan di bawah JMM. Maka jawatankuasa kita mengesyorkan agar kaedah land swap dipertimbangkan untuk memperoleh dana yang diperlukan. Dalam masa itu juga, kita juga mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
mengekalkan Bangunan Muzium Tekstil Negara pada lokasi sedia ada memandangkan pemindahan lokasi akan memberikan kos yang sangat tinggi.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Saya juga ingin bertanya, kenapakah Akademi Kenegaraan Malaysia berada di bawah JPM, bukan di bawah Kementerian Perpaduan? Kerana kita rasa bahawa akademi ini sepatutnya berfungsi sebagai tempat untuk pendidikan Rukun Negara dan ia seharusnya berada di bawah kementerian ini bagi menjalin perpaduan rakyat.
Di bawah 050100 – Program Perpaduan dan Integrasi Nasional. Kita mahu kalau boleh pihak kementerian membuat kajian bagaimana kejayaan Kelantan dalam usaha mengintegrasikan bangsa lain tanpa menghilangkan identiti mereka. Istilah meng‘Kelantan’kan ini bukan usaha untuk me‘Melayu’kan mereka.
Kita lihat ada satu nyanyian yang dibuat oleh seorang anak di Kelantan yang bernama Danish bertajuk ‘Apa salah aku Kelate?’ Ini menunjukkan kepada kita bahawa kita berjaya di sana meng‘Kelantan’kan tanpa menukar bangsa mereka. Sebaliknya, memberi ruang untuk mereka memahami dan menghormati budaya setempat. Saya kira perkara ini perlu dikaji oleh pihak kementerian bagi semua negeri yang berjaya membuat perpaduan seperti ini.
Di bawah tajuk 020200 - Arkib Negara Malaysia (ANM). Saya mencadangkan agar Arkib Negara diperkasakan supaya mampu menjadi sumber utama dalam memperkukuhkan konsep muslim Malay di Semenanjung Malaysia. Ini merupakan satu perkara yang perlu kita tahu. Ini merupakan satu ciri dalam negara kita. Di mana, arkib ini akan menjadi pusat dokumentasi sejarah.
Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan. Adakah penggunaan tempat sebagai Tabika Perpaduan dan juga dewan-dewan perpaduan ini dapat dibuka juga kepada pihak Ahli-ahli Parlimen pembangkang? Kerana isu perpaduan sebenarnya bukan isu politik.
Jadi, sepatutnya penggunaan dewan-dewan bagi tujuan perpaduan ini perlu diberi kebenaran khas supaya tidak menimbulkan isu yang tidak baik di kemudian hari.
Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan berkenaan dengan Perpustakaan Malaysia. Bagaimanakah perpustakaan ini dapat meningkatkan peranan untuk menjadikan rakyat dengan lebih celik politik? Kerana perpustakaan dilihat kadang-kadang sebagai tempat membaca tetapi tidak membentuk orang yang celik politik dan memahami tanggungjawab mereka sebagai warganegara. Jadi, program seperti ini sangat diperlukan.
Saya juga bersetuju dengan rakan-rakan mengenai 17300 – Pusat Rukun Tetangga.
Kerana kalau dahulu kanak-kanak dilihat, dipantau, dididik oleh masyarakat. Hari ini peranan ini diambil oleh Pusat Rukun Tetangga. Maka, perlu suatu silibus dan bajet yang lebih besar.
Saya kira jumlah yang ada sekarang perlu lagi dipertingkatkan untuk memastikan bahawa 222 kawasan Parlimen mendapat peruntukan yang sama dan seimbang demi memastikan perpaduan negara kerana harga yang amat mahal kita akan bayar kalau kita tidak menjaga perpaduan ini.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Ke arah pendigitalan. Saya mengucapkan tahniah kepada pihak Muzium kerana berusaha untuk pendigitalan Jabatan Muzium Negara. Walau bagaimanapun, kita ingin memohon pihak kerajaan memberikan peruntukan pembangunan yang lebih besar kerana projek berkala seperti virtual reality, augmented reality, hologram, paper ghost, kecerdasan buatan, internet of things. Bagi tujuan ini, memerlukan satu bajet yang sangat besar.
Jadi, RM5 juta adalah tidak memadai untuk mereka ini membuat perubahan- perubahan kerana artifak yang ada di muzium- di 200 muzium ini sangat banyak dan memerlukan bajet yang sangat besar. Saya juga ingin meminta kepada pihak Tuan Pengerusi, ingin memperbetulkan fakta yang disebut oleh pihak Jelutong tadi berkenaan dengan Cheng Ho di Kelantan. Itu merupakan suatu pameran yang telah dibuat oleh Kerajaan Kelantan iaitu satu pameran antara Kerajaan Kelantan dan China. Ia dibuat pada tahun 2010, bukan 2015.
Jadi, fakta ini perlu diperbetulkan dan ia merupakan satu ekspo yang telah mendapat permit daripada pihak polis. Saya kira perkara seperti ini sepatutnya kalau hendak sebut, sebutlah perkara betul. Ini membabitkan hubungan di antara dua kerajaan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik. Saya jemput Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terlebih dahulu saya ingin ucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak kementerian kerana segala usaha yang cuba dilakukan untuk memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Saya mulakan perbahasan bagi maksud Pembangunan 14, Butiran 17200 – Pusat Aktiviti Perpaduan. Salah satu agenda penting kementerian ialah pembangunan ruang sosial dan fizikal di kawasan rukun tetangga perumahan strata kos rendah dalam bandar yang telah diluluskan oleh Majlis Penasihat Perpaduan Negara.
Saya menyokong penuh inisiatif ini. Namun, saya ingin menekankan bahawa kriteria pemilihan kos rendah yang akan mendapat ruang sosial belum lagi dikenal pasti. Maka, di sini saya juga ingin mendapatkan perhatian daripada pihak kementerian agar di tempat saya sendiri, di KRT Flat PPR Paya Nahu, Sungai Petani turut dipertimbangkan untuk pembangunan ini.
Kerana bagi saya, contohnya di PPR Paya Nahu, di situ tempat gejala sosial amat tinggi. Tetapi kalau kita sediakan satu ruang yang baik, ruang sosial dan fizikal, kita sediakan satu platform yang baik, khususnya untuk anak-anak muda belia di sana. Maka, mereka ada aktiviti, mereka akan ada tempat untuk membuat program-program yang baik. Maka dengan ini, saya mohon agar perkara ini dipertimbangkan. Juga, saya ingin mengetahui apakah kriteria atas pemilihan atau pilihan ruang sosial dan fizikal ini.
Seterusnya Tuan Pengerusi, saya teruskan perbahasan dengan Butiran 020000 – Perpaduan Negara. Saya ingin menyentuh berkenaan dengan PLKN yang akan dikembalikan pada Januari 2025. Walaupun PLKN ini berada bawah tanggungjawab Kementerian
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Perpaduan, apakah usaha untuk memastikan atau kerjasama antara kementerian bahawa kita memastikan bahawa PLKN ini tidak hanya latihan fizikal dan mental.
Tetapi yang paling penting adalah Pusat Latihan Khidmat Negara ini menjadi tempat atau platform untuk memupuk perpaduan antara masyarakat dalam negara Malaysia, khususnya untuk anak-anak muda? Bagaimanakah Kementerian Perpaduan ingin bekerjasama dengan semua kementerian, termasuk dengan JPM, Pendidikan dan juga MINDEF?
Ini membawa kepada Butiran 020100 – Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional iaitu isu mengenai Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) sebagai satu indeks yang mengukur tahap perpaduan dalam negara. Saya ingin mengetahui statistik terkini IPNas serta pencapaian Malaysia dalam usaha memperkukuhkan perpaduan. Kita lihat bahawa pada tahun 2022, Malaysia menunjukkan peningkatan kepada 0.62 ketimbang 0.57 pada 2018.
Persoalan saya, bagaimanakah dengan tahun 2023 dan 2024 ini? Adakah ia meningkat atau sebaliknya? Saya juga ingin mengetahui bahawa apakah sebenarnya indikator untuk mengukur tahap perpaduan nasional ini? Kerana kalau kita lihat, walaupun ada peningkatan tetapi on the ground kita lihat masih ada perpecahan, masih ada isu-isu yang berlegar di internet dan sebagainya yang memecahbelahkan kaum, bangsa dan juga agama dalam negara kita.
Ini permulaannya tidak lain dan tidak bukan ia bermula daripada pemimpin sendiri untuk memastikan bahawa apa yang dipetik, apa yang cuba dimainkan, isu-isu politik, isu-isu kaum, isu-isu 3R dan sebagainya itu mestilah dipetik daripada sumber yang sahih. Bukannya menjual sentimen untuk memecahbelahkan rakyat, untuk mendapat sokongan orang ramai.
Kalau kita lihat peruntukan untuk perpaduan negara dan integrasi nasional telah berkurang iaitu 178,879,000 pada 2024 kepada 162,965,300 pada tahun 2025. Dalam suasana sosial sekarang memerlukan perpaduan yang tinggi, apakah dengan pengurangan ini tidak memberikan kesan? Itu pertanyaan saya.
Seterusnya, untuk yang terakhir. Saya juga ingin menyentuh Butiran 17300 – Pusat Rukun Tetangga. Di kawasan Sungai Petani di Kuala Muda, kita ada 128 KRT. Di Sungai Petani sahaja ada 67 KRT. KRT ini adalah tempat yang amat penting untuk masyarakat, tempat di mana program-program yang baik dibuat di situ.
Kalau kita lihat peruntukan RM6,000 geran KRT setahun itu adalah amat-amat tidak mencukupi. Saya amat-amat mohon kepada kerajaan dan juga kementerian agar peruntukan KRT ini dapat dinaikkan kerana inilah tempat permulaannya kita ingin memupuk semangat perpaduan, semangat kebersamaan dalam masyarakat.
Saya mendapat keluhan daripada pihak KRT. Geran ini amat-amat tidak cukup kerana banyak program yang ingin dilakukan yang mana program ini amat positif dan amat memberikan kebaikan kepada masyarakat secara keseluruhannya. Sekian daripada saya.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik. Seterusnya, saya jemput Jeli.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Terima kasih Tuan Pengerusi. Jeli terus sahaja kepada Butiran 17300 – Pusat Rukun Tetangga. Seiring dengan perubahan semasa, pelbagai penambahbaikan yang telah dirancang oleh kerajaan bagi melihat rukun tetangga ini sebagai satu semangat kejiranan dan perpaduan yang utuh di kalangan penduduk setempat.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Melihat kepada peranan KRT dalam aspek penyatuan masyarakat melalui platform perumahan Jiran Muda, Jiran Wanita, Jiran Warga Emas, Tunas Jiran, Skim Rondaan Sukarela, Skuad Uniti, maka adalah perlu langkah holistik yang realistik bagi mewajibkan perpaduan di kalangan masyarakat. Namun begitu, kurang lima peratus iaitu sebanyak 425 KRT di seluruh negara dapati tidak aktif daripada jumlah keseluruhan sebanyak 8,500 kawasan Rukun Tetangga dalam Malaysia ini seperti mana yang dilaporkan oleh Sinar Harian pada 1 Mac 2024.
Kita melihat dalam KRT terdapat masalahnya ialah penyertaan golongan muda kurang di mana lebih kepada warga yang berusia lebih 60 tahun yang aktif dalam KRT. Jadi, apakah tindakan susulan pihak kerajaan dalam nak mempastikan ataupun nak menarik golongan muda ini supaya aktif di dalam KRT ini?
Yang keduanya, adakah dalam penubuhan ini dikira dari segi bilangan rumah?
Adakah sama kita melihat di taman perumahan dengan di kawasan kampung untuk kita menubuhkan KRT? Yang ketiga ialah, adakah peruntukan sebanyak RM6,000 setahun itu geran itu mencukupi untuk mereka melaksanakan program?
Saya memberi cadangan supaya kerajaan menimbang kembali supaya geran ini diberi berdasarkan kepada keaktifan setiap KRT dalam kawasan berkenaan dengan siling sebanyak RM6,000 dan geran tambahan diberi kepada setiap program yang dilaksanakan oleh KRT.
Kedua ialah skim rondaan sukarela. Skim ini ialah untuk membantu pihak berkuasa membendung kegiatan dan gejala yang tidak sihat dalam komuniti setempat. Saya juga mencadangkan supaya kementerian juga memberikan satu geran khusus kepada skim rondaan sukarela ini kerana merekalah memainkan peranan penting dalam kita menjamin keselamatan di setiap taman perumahan ataupun di setiap kampung.
Kedua Butiran 020100 – Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Tuan Pengerusi, memperkasa perpaduan dan integrasi nasional di Malaysia adalah satu usaha penting untuk memastikan keharmonian dan kemakmuran negara yang berbilang bangsa, agama dan juga budaya. Namun begitu, kerap timbul permasalahan dalam mewujudkan perpaduan ini di kalangan rakyat mahu pun pemimpin.
Sudah banyak kali kita lihat di media massa sekarang ini banyak komen-komen negatif, budaya mewujudkan persepsi yang boleh membangkitkan kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, sehingga kini masih lagi wujud jurang penggunaan bahasa di antara bandar dan juga luar bandar.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Tuan Pengerusi, oleh hal demikian dalam memperkasakan perpaduan dan integrasi nasional ini, Jeli mencadangkan supaya memperkasakan kembali Kembara Perpaduan Malaysia MADANI, mewujudkan program pertukaran pelajar di antara sekolah dan pelbagai negeri dan latar belakang, peranan media dan teknologi dalam mempromosikan perpaduan, mewujudkan kajian di semua peringkat termasuk di Semenanjung, di Sabah, Sarawak juga melibatkan kerajaan dan juga pembangkang terutamanya tentang impak dan pengaruh parti- parti politik terhadap perpaduan negara.
Yang kelima ialah, kajian dan padanan awal untuk sekolah yang melibatkan murid- murid sekolah rendah dan menengah dalam kita nak mencapai matlamat perpaduan negara di masa-masa yang akan datang. Kita tidak mahu supaya perpaduan negara kita ini dilihat elok di permukaan tetapi di bawahnya ialah kita nampak tidak begitu utuh. Sepertimana kata pepatah daripada Kelantan, luar nampak comey, daley kucar lembey. Inilah yang kita harus pastikan supaya jiran nampak saja perpaduan ini mestilah sampai ke akar umbinya.
Terakhirnya Tuan Pengerusi ialah 020300 – Jabatan Muzium Malaysia. Tuan Pengerusi, di Jeli atau lebih tepatnya ialah Lebuhraya Timur-Barat, tersergam indah sebuah gunung berbatu berbentuk tirus ke bawah, ianya menjadikan gunung ini ikonik dengan berlatarbelakangkan panorama bukit yang hijau. Gunung ini dikenali sebagai Gunung Reng.
Menurut sejarah, gunung ini asalnya ialah sebuah kampung bernama Kampung Tala yang dibuka oleh seorang individu bernama Tok Tadoh berketurunan Pulang Hari dari Jawa kira-kira 1,400 tahun dahulu. Gunung ini juga menjadi tempat legenda Puteri Saadong bersemayam dan menjadikan gunung berkenaan sebagai tempat kediaman buat seketika setelah berpindah daripada Bukit Marak di Bachok.
Dengan ini, Jeli memohon supaya kementerian melalui pengkaji sejarah dan arkeologi melakukan kerja khusus ke atas asal usul Gunung Reng ini yang akan mewujudkan satu lagi sejarah penting bagi tatapan ramai untuk mengunjungi dan untuk kita membuat koleksi sejarah selain daripada kita mengkaji sejarah Kedah Tua ataupun Kedah Langkasuka.
Sekian terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik, saya jemput Tampin.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 17300 – Pusat Rukun Tetangga. Saya dapati sejumlah RM52 juta telah diperuntukkan pada tahun 2025 berbanding hanya RM4.6 juta sahaja pada tahun 2024. Justeru itu, saya ingin mengetahui apakah perancangan kementerian berdasarkan peningkatan peruntukan yang cukup besar tersebut?
Saya berpendapat peruntukan tahunan bagi setiap KRT yang berjumlah hanya RM6,000 setahun atau bersamaan RM500 sebulan perlu ditingkatkan seperti mana rakan- rakan saya bahaskan tadi kepada jumlah yang lebih munasabah meskipun KRT ini berkonsepkan sukarela.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Kementerian tidak boleh mengamalkan pendekatan secara pukul rata kerana keperluan keahlian dan keaktifan setiap KRT adalah berbeza-beza. Untuk memberi keadilan dan galakan kepada setiap KRT, saya mencadangkan agar kadar peruntukan tahunan KRT yang kadar keaktifannya lebih daripada 60 peratus kita tingkatkan.
Selain memastikan keamanan, keselamatan, kejiranan, saya berpendapat sudah tiba masanya KRT ini diberikan lonjakan baru dengan menerapkan elemen keusahawanan yang lebih proaktif. Jika perkara ini dapat direalisasikan, KRT berupaya untuk menjana pendapatan sendiri dan tidak perlu lagi kepada Geran Rukun Tetangga bagi tujuan pengurusan dan penganjuran aktiviti.
Saya mengucapkan tahniah kepada kementerian kerana program pemerkasaan Ekonomi MADANI, kawasan Rukun Tetangga kini amat baik yang telah dijalankan oleh kementerian. Harap ianya dapat diperluaskan lagi program-program seperti kebun komuniti dan lain-lain program.
Justeru itu, Yang Berhormat Menteri saya mencadangkan supaya KRT ini diberikan sejumlah peruntukan sepertimana inisiatif SejaTi MADANI yang disalurkan menerusi JPKK, JPKKP dan sebagainya. Perkara akhir mengenai butiran dan KRT ini, saya juga ingin mencadangkan supaya kementerian wujudkan bantuan khas secara one-off kepada KRT untuk tujuan sama ada baik pulih pejabat, bina baharu pejabat ataupun pusat aktiviti.
Tan Sri Pengerusi, Butiran 17200 – Pusat Aktiviti Perpaduan. Saya dapati peruntukannya telah meningkat lebih 50 peratus iaitu kepada RM10.8 juta pada tahun depan berbanding RM5.3 juta pada tahun 2024. Saya amat mengalu-alukan peningkatan peruntukan ini dan menyambut baik hasrat kementerian untuk mewujudkan satu kompleks perpaduan di setiap negeri di seluruh negara.
Setakat ini hanya satu saja kompleks perpaduan yang telah wujud iaitu di Kelantan dan juga di Perlis. Persoalan saya, apakah master plan kementerian mengenai kompleks perpaduan ini dan bilakah Negeri Sembilan dijangka mempunyai kompleks perpaduan tersebut serta di manakah lokasi cadangannya?
Saya mencadangkan agar kompleks perpaduan Negeri Sembilan dibina di Tampin kerana Tampin telah dinobatkan antara 10 bandar paling bahagia dengan pencapaian skor tertinggi berbanding enam daerah lain di dalam Negeri Sembilan.
Seorang Ahli
Steady Tampin.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Ketawa] Seterusnya Butiran 20100 – Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Saya ingin merujuk kepada bilangan Tabika Perpaduan sehingga 31 Disember 2020, terdapat sebanyak 1,781 buah tabika di seluruh negara. Persoalan saya, berapakah bilangan tabika yang telah ditambah bermula tempoh tersebut sehingga ke hari ini kerana saya difahamkan kementerian telah bercadang untuk menambah bilangannya sejak 21 Mac 2021.
Selain itu, saya juga ingin tahu sejauh manakah tabika tersebut telah berjaya membentuk sahsiah murid dengan semangat perpaduan dan bagaimanakah pula dengan
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
taburan murid mengikut kaum? Ada kawasan tertentu Tabika Perpaduan ini hanya orang Melayu sahaja.
Seterusnya, apakah pelan kementerian untuk memastikan Tabika Perpaduan menepati cita rasa ibu bapa pada masa ini yang mahukan penggunaan bahasa Inggeris semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan penerapan nilai-nilai Islam. Saya menimbulkan persoalan ini kerana ingin melihat Tabika Perpaduan dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan tabika-tabika swasta.
Butiran 50100 - Program Perpaduan dan Integrasi Nasional. Saya dapati sejumlah RM30 juta bakal diperuntukkan pada tahun depan bagi agenda perpaduan dan penyatuan masyarakat. Kesepaduan sosial integrasi nasional dan perpaduan antara kaum merupakan kunci utama negara sejak sekian lama untuk mendepani apa jua cabaran.
Sehubungan itu, saya ingin mengetahui apakah program yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun depan bagi memperkukuhkan lagi perpaduan di kalangan rakyat dan adakah sasaran 0.7 peratus Indeks Perpaduan Nasional berdasarkan ketetapan yang telah dibuat menerusi Rancangan Malaysia Kedua Belas realistik untuk dicapai menjelang tahun 2025? Serta apakah pelan sandaran kementerian, sekiranya berlaku keadaan luar jangka yang boleh menggagalkan hasrat tersebut?
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Tan Sri Pengerusi, saya berpendapat bahawa perpaduan itu bermula di Dewan Rakyat ini juga. Sekian sahaja daripada saya setakat ini. Semoga persoalan dan cadangan yang telah dibangkitkan mendapat perhatian untuk tindakan susulan. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya mohon menyokong.
Tuan Pengerusi
Baik. Saya jemput Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Terima kasih Pengerusi. Butiran 020100 – Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Merujuk kepada butiran ini, umum mengetahui bahawa salah satu fungsi kementerian ini adalah untuk menyemai, memupuk dan meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Saya kira salah satu elemen terpenting dalam menyemai semangat perpaduan adalah dengan menjaga keutuhan semangat federalisme. Sejarah membuktikan bahawa Malaysia pernah mengalami tempoh sukar dalam menjaga keutuhan federalisme apabila berpisah dengan Singapura pada tahun 1965 dan tercetusnya konflik perkauman seperti Peristiwa 13 Mei 1969. Saya kira semangat kebersamaan antara negeri dan Persekutuan dan keberkesanan sistem kehakiman dalam mengurus konflik dan pertikaian antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri elemen yang sangat penting bagi menjaga keharmonian dan perpaduan negara.
Oleh itu, apakah bentuk usaha yang dijalankan oleh kementerian dalam menjaga semangat federalisme ini terutama dalam menangani isu konflik antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri pembangkang kesan daripada pelbagai faktor?
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Antaranya ialah disebabkan oleh pembayaran hasil royalti yang tidak adil dan campur tangan Kerajaan Pusat melalui penubuhan agensi atau organisasi untuk mengawal pentadbiran negeri yang tidak sehaluan dengannya.
Seterusnya pada butiran yang sama, sebelum ini dalam Titah Yang di-Pertuan Agong hubungan antara kaum masih belum sempurna kerana rakyat masih lagi gagal menguasai Bahasa Kebangsaan. Bahkan apa yang lebih menyedihkan apabila masih terdapat pemimpin negara termasuk Menteri dan Timbalan Menteri yang masih belum fasih berbahasa Melayu.
Oleh itu, apakah mekanisme kementerian bagi memastikan bahasa yang merupakan alat komunikasi terpenting ini dikuasai sebenar-benarnya khususnya pemimpin negara termasuk Menteri dan Timbalan Menteri serta Ahli Parlimen? Adakah wujud inisiatif khusus untuk para pemimpin selain usaha-usaha yang sedia ada yang lebih menjurus kepada rakyat berbanding pemimpin seperti Program Festival Puisi Rakyat dan Program Sanggar Puisi Perpaduan 2024 dan sebagainya?
Akhir sekali, baru-baru ini Dewan Rakyat telah meluluskan pindaan Perlembagaan berhubung kewarganegaraan dan telah memasukkan perenggan bahawa dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam Bahasa Melayu. Syarat untuk mendapat kewarganegaraan adalah fasih berbahasa Melayu. Oleh itu, sejauh manakah kerjasama rentas kementerian dengan Kementerian Luar Negeri bagi memainkan peranan untuk menilai tahap kefasihan berbahasa kebangsaan setiap individu yang ingin mendapatkan taraf kewarganegaraan dan memastikan program penilaian bahasa serta piawaian yang jelas dan seragam dapat dihasilkan sebaik mungkin?
Akhir sekali, 030500 – Perpustakaan Desa. Sejauh manakah sambutan masyarakat terhadap penggunaan perpustakaan desa sebagai tempat mereka membaca dan mencari bahan-bahan bacaan ketika kedai-kedai buku terutamanya menghadapi kemerosotan jualan disebabkan pengguna lebih gemar menggunakan medsos sebagai bahan bacaan mereka?
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik. Saya jemput Paya Besar.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tan Sri Pengerusi, saya ingin membangkitkan berkaitan Butiran 020200 – Arkib Negara, 020300 – Jabatan Muzium Malaysia, 020400 – Perpustakaan Negara.
Tan Sri Pengerusi, Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara merupakan tonggak asas dalam kita memastikan kefahaman berkaitan Malaysia MADANI ini mesti difahamkan sebagai asas dalam pembangunan generasi yang mendatang. Cumanya, persoalan saya kepada kementerian, adakah kementerian betul-betul memahami bahawasanya Arkib Negara ini memenuhi custodian bagi menjaga nilai kebangsaan dan sejarah? Manakala, Jabatan Muzium pula adalah mempamer dan menyelidik serta
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
memelihara warisan sejarah, budaya, alam semula jadi dan Perpustakaan Negara itu akses kepada koleksi menyediakan akses kepada sumber ilmu.
Saya harap sangat supaya ketiga-tiga jabatan ini mesti ada koordinasi bagi memastikan hasrat kita berteraskan pillars Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara kita dapat dicapai. Miscoordination amongst the three jabatan ini Tan Sri perlu dibetulkan supaya mereka tidak ada pertindihan daripada segi tugas dan mesti mempunyai keupayaan untuk melihat lokasi-lokasi penting terutamanya di kawasan-kawasan yang penuh ada sejarah nilai untuk kita jadikan sebagai peluang ekonomi masa depan negara.
Dato’ Pengerusi, saya juga hendak sentuh 020100 dan 030400 berkaitan Perpaduan Negara, Integrasi dan Tabika Perpaduan. Tan Sri Pengerusi, meluntur buluh biarlah daripada rebungnya. Pendidikan awal kanak-kanak, anak-anak Malaysia adalah kunci kepada kemajmukan dan kesejahteraan kaum. Sejauh mana Tabika Perpaduan dapat memenuhi aspirasi ini? Ini persoalan saya. Berapa ramaikah murid di Tabika Perpaduan mengikut kaum di seluruh negara bermula 2014 sehingga 2024? Apakah corak kurikulum di Tabika Perpaduan memberi ruang kepada murid memahami silang budaya di Malaysia?
Tan Sri Pengerusi, pendekatan bahasa pada pandangan saya amat penting supaya bukan sahaja mereka belajar mengenai corak pemakaian bangsa-bangsa, tetapi yang paling pentingnya bahasa itu adalah lambang jiwa bangsa.
Saya mencadangkan supaya Kementerian Perpaduan mengambil pendekatan supaya dapat mengajak anak-anak kita berbahasa Mandarin, berbahasa Tamil dan sekurang- kurangnya anak-anak kita di peringkat Tabika Perpaduan boleh menyanyi atau memahami beberapa patah perkataan kerana bahasa di Malaysia adalah Bahasa Malaysia dan juga bahasa Tamil dan bahasa Mandarin.
Dato’ Pengerusi, saya juga hendak sentuh perkara yang terakhir 030500 berkaitan Perpustakaan Desa. Saya yakin dan percaya perpustakaan desa adalah untuk menyediakan koleksi dan akses kepada ilmu kepada masyarakat yang berada di kampung, di desa dan jauh di pedalaman. Cuma, persoalan saya kepada kementerian Tan Sri Pengerusi, apakah strategi yang berterusan untuk kita memperkasakan perpustakaan desa ini? Saya tidak mahu perpustakaan desa ini hanya sepi tanpa ada strategi yang berterusan untuk memperkasakan institusi di luar bandar ini.
Keduanya, apakah inovasi pendekatan baharu yang memungkinkan perpustakaan desa ini dapat menjadi tarikan dan tumpuan? Tan Sri Pengerusi, apabila saya berkunjung ke beberapa buah perpustakaan desa di kawasan saya, saya meneliti rak ke rak, buku ke buku.
Saya lihat buku-buku itu adalah buku edisi yang begitu lama. Terbitan itu mungkin dah memakan hampir ke-20 tahun. Saya bimbang Tan Sri Pengerusi, perpustakaan desa ini bukanlah perpustakaan yang kita ingin beri akses dan koleksi ilmu yang baru kepada masyarakat di desa, tetapi saya bimbang takut-takut perpustakaan desa ini menjadi stor buku kepada masyarakat yang berada di desa. Mereka hanya melihat buku, tetapi ilmu dalam itu tidak dicedok dan diperbincangkan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya mencadangkan kepada pihak kementerian supaya perlu update sekurang- kurangnya satu tahun dan perlu juga penambahbaikan daripada segi koleksi buku yang mempamerkan cerita-cerita silang budaya. Cerita-cerita yang boleh membangkitkan sejarah yang dahulu supaya dapat difahamkan dan diambil penghayatan oleh masyarakat yang berada di desa. Tan Sri Pengerusi, saya kira itu sahaja yang saya hendak sampaikan peringkat Jawatankuasa ini berkaitan B dan P.14. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik. Saya beri peluang yang terakhir berbahas dari Ampang.
Silakan.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ampang ingin mengambil bahagian dan dalam masa yang sama menyambut baik unjuran lonjakan 11.6 peratus yang telah pun dikemukakan dalam belanjawan akan datang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Tan Sri Pengerusi, saya menyentuh Kepala 020000 – Perpaduan Negara di bawah Butiran 020200 – Arkib Negara dan Butiran 020300 – Jabatan Muzium Negara.
Setelah saya teliti, saya dapati sebenarnya, ada satu lagi elemen ataupun perkara yang penting dalam butiran ini iaitu selain daripada Arkib Negara, kita dapati isu warisan juga adalah isu yang patut di sekalikan di dalam usaha untuk kita melonjakkan lagi perkara- perkara yang berkaitan dengan perpaduan dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan warisan bangsa, juga khazanah bangsa.
Oleh itu, saya ingin bertanya kepada Menteri bahawa apakah rasionalnya perkara ini yang mana Jabatan Warisan ini tidak diletakkan di bawah Jabatan Perpaduan Negara malah ia diletakkan di bawah MOTAC? Sedangkan saya lihat kalau cantiklah kalau ia diletakkan bersekali memandangkan usaha untuk dilaksanakan ke arah masa depan itu boleh di sekalikan.
Oleh itu, saya ingin bertanya pandangan daripada Menteri, apakah ia wajar diletakkan di satu bumbung? Saya tak kira sama ada ia nak diletakkan keseluruhannya di bawah MOTAC ataupun keseluruhannya di bawah Jabatan Perpaduan Negara. Itu lebih nampak kondusif di dalam melaksanakan atau mentadbirkan sesuatu perkara yang penting ini.
Soalan kedua saya Tan Sri Pengerusi, bawah kod 020300. Kita dapati bahawa JMM ini ataupun Muzium Negara ini diunjurkan turun 5.3 peratus. Jadi antara perkara penurunan mendadak ini saya nampak kod objek 40000. Jadi, pemberian dan kenaikan bayaran tetap yang kekal pada RM800,000 ini nampaknya ada penurunan.
Jadi apakah sebenarnya- Ampang musykil, apakah kita tak perlukan lagi kurator yang kita nampak sebenarnya penting bila setiap satu muzium itu dilaksanakan kerana bilangan muziumnya kekal 22, tetapi kuratornya kita nampak keperluan untuk itu tidak ada. Jadi mohon Menteri memberi jawapan kepada perkara ini.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Ketiganya, saya ingin melihat di bawah kepala ini iaitu tentang apakah rancangan yang boleh kita bantu kepada Muzium? Setiap kali jawatankuasa pergi ke sana, kita dapati kekangan yang paling besarnya adalah kewangan. Jadi kita mencadangkan supaya bahagian hasil Persekutuan diwartakan sebagai pendapatan pada Jabatan Muzium di bawah Akaun Amanah dengan kadar segera dengan mengeluarkan sebagai beberapa item daripada senarai Kumpulan Wang Disatukan supaya ia boleh digunakan untuk menampung kos penyelenggaraan Muzium.
Saya nampak kasihanlah mereka peruntukan tiada. Kalau dah dapat pun, sedikit kena dipulangkan di bawah Wang Disatukan. Eloklah ia dikaji semula supaya boleh diserahkan kewangan itu kepada mereka yang diletakkan di bawah Wang Disatukan.
Seterusnya, saya ingin menyinggung perkara yang berbangkit yang berkaitan dengan Muzium Alam Semula Jadi. Dulu Tan Sri Pengerusi, kita pernah ada Muzium Alam Semula Jadi- tetapi bila diminta dipindahkan, sekarang semua khazanah alam semula jadi ini telah pun ada di sebelah Muzium Diraja, tetapi ia tersimpan begitu sahaja, tidak dipamerkan.
Jadi, saya lihat tentang sejarah ini saya dapati bahawa pernah ada satu rancangan supaya muzium ini diwujudkan semula, tetapi disebabkan ada pertindihan pertimbangan projek ini dimohon di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, maka ia tertangguh. Saya ingin minta kepada Menteri, apakah sebenarnya perkembangan ke atas perkara ini? Apakah telah diberikan kepada Kementerian Sumber Asli ataupun bagaimana?
Harap dapat Menteri beri hala tuju ini.
Seterusnya, berkaitan dengan Muzium Tekstil. Saya dapati ada usaha untuk kita laksanakan satu pembaharuan iaitu saya dapati ia dapat diberikan penegasan di sini bahawa Muzium Tekstil ini kalau kita pergi lawatan adalah di antara Muzium yang terbaik yang menjadi lawatan pihak-pihak yang baik pada kerabat diraja ataupun pihak luar, tetapi kita dapati dengan adanya Program Dirgahayu Tan Sri Pengerusi, ia dicadangkan untuk dipindahkan.
Jadi saya mencadangkan supaya masukkan bersekali di bawah program khazanah itu supaya biarkan tapak itu di situ. Ini kerana kita tengok tekstil yang ada di situ amat fragile, dengan izin. Jadi untuk itu, kita mohon ia dapat diselaraskan semula dan biarlah ia di situ dan jangan di beban.
Akhirnya, sekali yang terakhir untuk kebajikan pekerja. Ada satu sebenarnya laporan yang saya lihat di sini iaitu berkaitan dengan Makmal Konservasi yang pada 1 Oktober 2020, telah pun dikatakan ruang pejabat yang mana kakitangan dan juga makmal itu di sekalikan telah diberi amaran dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja menerusi laporan chemical health risk assessment berkenaan pencemaran udara yang bertoksik yang memberi kesan kepada kesihatan kakitangan. Oleh itu, saya mohon Menteri menjawab, apakah ia telah diambil langkah segera? Jika belum, saya harap ada satu jawapan bilakah ia akan dilaksanakan. Terima kasih Tan Sri Pengerusi memberi peluang ini.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Kita ada 16 Ahli Yang Berhormat yang telah pun berucap. Sebelum saya panggil Menteri buat penggulungan dan respons, saya ingin buat satu pengumuman respons kepada apa yang dibangkitkan oleh Pasir Mas dan Bagan
Tuan Pengerusi
semalam berhubung dengan penutupan kafe pegawai-pegawai kerajaan dan kafe Ahli Parlimen.
Parlimen Malaysia mengambil maklum tindakan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dalam penutupan kantin di aras satu Bangunan Parlimen yang dikendalikan oleh Pak Tam Katering Sdn. Bhd. untuk tujuan pembersihan dan beberapa penambahbaikan penyediaan makanan dan minuman.
Pemeriksaan kesihatan berkala ini telah dijalankan terhadap dua lagi kantin yang dikendalikan oleh pengusaha Kafeteria Faridah Hayat dan CS Success. Parlimen Malaysia menyokong keputusan dan saranan Kementerian Kesihatan dan telah menghentikan serta- merta perkhidmatan pengendalian Pak Tam Katering hingga mendapat kelulusan dan kebenaran daripada pihak Kementerian Kesihatan selanjutnya.
Oleh itu, syarikat CS Success telah diarahkan untuk beroperasi di ruang makan Dewan Negara serta ruang rehat Ahli Parlimen ataupun MP lounge yang terletak di Blok Utama Parlimen. Manakala pengoperasian pengendalian makanan Faridah Hayat berjalan seperti biasa di Blok Sementara.
Jadi untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat, kerjasama dengan Kementerian Kesihatan akan tetap diteruskan secara berkala bagi memastikan tahap kualiti dan keselamatan makanan mematuhi standard tertinggi berdasarkan garis panduan penyediaan dan pengendalian makanan yang telah ditetapkan.
Untuk itu, saya jemput Menteri. Saya berikan 20 minit. Cuma saya nak ingatkan Menteri ataupun saya nak cadangkan kepada Menteri, Menteri boleh respons dan menjawab kepada Ahli Yang Berhormat yang telah bertanya, tetapi berada dalam Dewan. Manakala Menteri juga boleh mempunyai pilihan untuk tidak jawab kepada mereka yang tidak berada dalam Dewan dan menjawab secara bertulis dalam masa lima hari dari hari ini.
Sila Menteri, 20 minit.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih ke atas semua 15 Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Perpaduan Negara.
Tan Sri Pengerusi, Kementerian Perpaduan Negara menghargai dan menyambut baik Belanjawan 2025 dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini. Bagi pihak Kementerian Perpaduan Negara, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat kerana telah meluluskan peruntukan 2025 berjumlah RM711.34 juta dengan pecahan mengurus RM587.35 juta dan peruntukan pembangunan RM123.99 juta.
Dengan ini, peruntukan meningkat sebanyak 11.88 peratus berbanding tahun 2024.
Tambahan pula, beberapa inisiatif khas Belanjawan 2025 turut diumumkan kepada Kementerian Perpaduan Negara iaitu Program Perpaduan, Integrasi Nasional dan Keharmonian bagi memupuk semangat perpaduan serta jati diri sebanyak RM50 juta. Juga
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
peruntukan untuk kawasan Rukun Tetangga, RM20 juta. Untuk pendigitalan bahan-bahan khazanah warisan, RM15 juta dan pembaikan premis, RM10 juta dan untuk bahasa etnik Siam, RM1 juta.
Melalui peruntukan ini, Kementerian Perpaduan Negara akan terus memperkasakan hala tuju perpaduan negara melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif serta program yang dapat melestarikan perpaduan rakyat di samping memupuk keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa, agama dan budaya.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
Pada tahun 2025, tema yang kita akan angkatkan adalah *“Harmoni Dalam Kepelbagaian”.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)* mempengerusikan Jawatankuasa] Tema ini mencerminkan komitmen kita untuk memperkukuhkan keharmonian nasional dengan menghargai kepelbagaian budaya, agama dan etnik yang wujud dalam negara kita ini. Kepelbagaian ini adalah anugerah yang menjadikan Malaysia unik dan istimewa. Untuk makluman juga, I think, selama ini kita telah menyebut tema kita adalah “Unity in Diversity” ataupun “Perpaduan Dalam Kepelbagaian”. Dalam tahun yang akan datang kita akan menukar naratif kepada “Harmoni Dalam Kepelbagaian”.
Dalam mencapai matlamat keharmonian nasional ini, kita harus berpaksikan kepada nilai bersama seperti toleransi, saling menghormati dan empati. Setiap lapisan masyarakat sama ada golongan muda, dewasa mahupun warga emas mempunyai peranan penting dalam usaha kita memupuk semangat kesepaduan dengan menerima dan menghargai perbezaan yang ada.
Bagi banyak yang telah sentuh dalam bahagian perpaduan dan integrasi, ingin saya menyebut sedikit sebanyak berkenaan dengan tumpuan utama kita dalam program ini. Kita ada empat fokus utama untuk tahun hadapan iaitu ekosistem perpaduan di mana terletaknya KRT. Kita juga masih membuat sambungan program kita di bawah Rukun Negara, Eksplorasi Rukun Negara. Satu yang kita ingin diperbanyakkan perhebatkan adalah Inisiatif Harmoni MADANI dan keempat adalah Komuniti Sosiobudaya.
Di bawah Ekosistem Perpaduan, sebelum saya menjawab satu persatu pertanyaan tadi. Saya akan menyebut seterusnya sebab kesemua yang telah ditanya oleh YB-YB adalah di bawah program-program kita sebab Kementerian Perpaduan ini adalah program based kementerian. Kita melibatkan kesemua kementerian dan agensi kerajaan.
Jadi, di program yang kita telah adakan dan kita akan terus adakan bagi tahun 2025 adalah dalam empat ikhtiar. Pertama adalah Ekosistem Perpaduan. Ekosistem Perpaduan ini adalah kita tumpukan kepada pemerkasaan jentera dan tapak perpaduan dan pembangunan belia menerusi aktiviti perpaduan.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
Contoh antara aktiviti yang kita sering adakan dan kita akan teruskan pada tahun yang akan datang adalah pemerkasaan 300 KRT Progresif. KRT adalah jentera perpaduan.
Kita akan mengadakan sambutan 50 tahun penubuhan KRT. Kita akan mengadakan konvensyen dan anugerah KRT, Karnival Ekonomi KRT, Sambutan Minggu Perpaduan sebagai tapak perpaduan. Tahun depan kita akan adakan di Pulau Pinang. This year kita telah adakan di Johor. Pertama kita adakan 2023 di Sarawak dan sebagainya.
Selainnya adalah Jelajah Kembara Perpaduan untuk belia. Seterus itu, kita mempunyai Biasiswa Tunku Abdul Rahman untuk belia. Kita mempunyai misi sukarelawan siswa di bawah Yayasan Sukarelawan Siswa untuk belia. Kita juga mempunyai pelbagai program seperti Closing the Gap dan Tuisyen KAMI di bawah YSS ataupun Yayasan Sukarelawan Siswa.
Di ikhtiar kedua adalah Eksplorasi Rukun Negara. Ini adalah bertujuan untuk meningkatkan penglihatan dan pengamalan nilai Rukun Negara dalam kehidupan seharian.
Kalau kita melihat keseluruhannya, ini adalah satu program yang kita pertama kali usahakan untuk ianya dikembalikan iaitu Lafaz Ikrar Rukun Negara dan kita telah berjaya. Selama ini, sebab itu setiap majlis besar kita akan lafazkan Ikrar Rukun Negara dan itu pun telah sampai ke Parlimen ini. Pertama kali, this year kita telah melafazkan Ikrar Rukun Negara.
Kalau kita melihat falsafah ataupun ideologi Kementerian Perpaduan Negara ini dari dasar dan strategi dan sebagainya, memang Rukun Negara di Perlembagaan Malaysia dan pelbagai inisiatif di bawah program-program kita adalah semua menjurus kepada nilai-nilai murni untuk perpaduan. Di bawah Eksplorasi Rukun Negara, kita akan sambung semula pelbagai program.
Satu daripadanya adalah Simposium Pendidikan Rukun Negara. Kita akan mengadakan Sambutan 55 Tahun Rukun Negara. Kita memang sambut program Kem Perpaduan Anak Malaysia, amat popular. Juga Jelajah Belia Rukun Negara. Kita telah menggubal modal...
[Tidak Jelas] Rukun Negara untuk ini. Kita akan adakan Konvensyen Sekretariat Rukun Negara. Kita akan ada Duta Perpaduan dan Ikon Perpaduan.
Ikhtiar ketiga adalah Inisiatif Harmoni MADANI. Ini adalah satu inisiatif yang kita ingin hebatkan sebab selama ini program di bawah Harmoni ini kurang dan di bawah Jawatankuasa Harmoni yang dipengerusikan saya dengan Menteri Agama, kita telah pun menyenaraikan banyak program Inisiatif Harmoni MADANI seperti Dialog Harmoni, kita akan sama-sama menyambut minggu Keharmonian Sedunia second week of February every year.
Then, kita juga sedang membuat Dokumentari Jejak Harmoni. Ini kita pergi melawat rumah- rumah ibadat dengan kesemua penglibatan penganut-penganut agama.
Kita akan menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan di bawah Jawatankuasa Harmoni untuk menangani isu-isu perpaduan 3R dan sebagainya. Kita juga ada podcast Harmoni, iklan perayaan, dokumentari kisah perpaduan dan yang baru-baru ini kita pun telah berusaha untuk mengadakan Kajian Semula Pengukuhan Indeks Ketegangan ataupun Tension Index yang akan dikendalikan oleh IKIM di bawah Kementerian Ekonomi.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
Kita juga akan menjurus kepada Kajian Pembangunan Modal Kesepaduan atau cohesion Indeks Sosial Semenanjung Malaysia. Dalam hal ini kita telah berjaya mengadakan satu kajian untuk Sabah dan Sarawak. Kita mendapati tahap kesepaduan di Sabah dan Sarawak amat tinggi disebabkan pelbagai faktor. Tadi telah pun disebutkan di Kelantan.
Mereka mempunyai kesepaduan sosial yang tinggi tapi dalam daripada segi persepsi belum ada statistik untuk menilai tahap kesepaduan sosial di negeri-negeri yang disebut tadi.
Di ikhtiar keempat di bawah Komuniti Sosiobudaya. Di sini terletaklah muzium, Arkib Negara dan Perpustakaan Negara Malaysia. Di bawah program ini, banyak- program- program signature yang telah diadakan oleh muzium dan kita akan teruskan dalam tahun- tahun yang akan datang. Bagi muzium adalah Citra Nusa Muzium, Semarak Muzium, Bermalam di Muzium dan sebagainya.
Bagi arkib kita akan tubuhkan satu Majlis Sejarawan Negara. Juga kita akan mengadakan majlis mengenang jasa negarawan seperti tahun ini kita telah mengadakan untuk for the first Prime Minister iaitu Tunku Abdul Rahman, Bapa Malaysia dan tahun depan kita akan adakan untuk Tun V.T Sambanthan, Menteri Perpaduan Pertama. Di bawah arkib, banyak lagi program di bawah arkib. Kita ada Arkib Komuniti, kita akan adakan Pameran ASEAN juga under arkib.
Di bawah perpustakaan, kita mengadakan Karnival Baca Perdana, Indeks Membaca Kebangsaan, Festival Kaligrafi Perpaduan, Pelantikan Ikon Pembaca Kebangsaan dan sebagainya. Saya yakinlah bahawa dengan kerjasama semua pihak, kita mampu mencipta masa hadapan yang lebih harmoni dan aman bagi tahun 2025. Kita berharap kesemua kegiatan dan aktiviti kita ini dapat disempurnakan peruntukan bajet-bajet yang telah disenaraikan dalam Bajet 2025.
Bagi menyahut pertanyaan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat, Kapar tadi telah- Tuan Pengerusi, telah menyentuh dana KRT. Mungkin ramai lagi ya YB telah menyentuh dana KRT yang kita bagi dalam RM6,000 setahun. Memang kita ketahui dana ini memang tidak mencukupi, tapi ini adalah dana untuk pengurusan untuk mesyuarat dan sebagainya. Sebab itu apabila saya dan pegawai pergi melawat ke banyak-banyak KRT dalam tahun 2023. Kita melihat banyak lagi perlu kita bantu.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
Dengan inisiatif yang kita adakan untuk memperkasakan KRT ini, kita pun telah mengadakan satu inisiatif baharu iaitu untuk memperkasakan KRT sebagai KRT Progresif. Di bawah KRT Progresif ini, kita berusaha dengan sedayanya memohon peruntukan, 2024 kita ada lebih RM20 juta. Mungkin tadi dalam 2025 pun RM20 juta ini pun keluar lagi. Of course dalam permohonan kita, kita telah mohon lebih banyak lagi. Sebab dalam KRT ini, ini adalah tumpuan pertama kita sebab KRT adalah jentera perpaduan. Sebab itu kita ingin memperkasakan mereka, jentera-jentera ini untuk lebih terlibat dalam banyak aktiviti.
Kalau dulu, kita memang faham bahawa KRT ini ditubuhkan untuk keselamatan selepas insiden 13 Mei 1969. Selepas itu, dikembangkan lagi untuk pelbagai kegiatan. Pada last year, 2023, kita telah membuat a big charm dalam memperkasakan KRT dan sebab itu
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
kita tambahkan nama KRT ini menjadi KRT Progresif. Jadi di bawah KRT Progresif, kita ada lapan tumpuan utama. Satu daripadanya adalah daripada segi memperkasakan ekonomi KRT...
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
[Bangun]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
[Bangun]
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Kedua adalah of course keselamatan. Ketiga adalah kepimpinan, pendidikan, kesihatan, ekosistem, daya cipta dan sebagainya.
Yes, manakah satu?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Datuk. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih sahabat saya, Menteri. Saya nak tanya satu.
Dulu ada Jabatan Kementerian Perpaduan, Jabatan Perpaduan telah berusaha nak pindahkan Kampung Baru Cina ini di bawah Jabatan Perpaduan.
Sekarang ini kita ada lebih kurang 100 lebih, tak silap saya- 300, 100 lebih? Saya tak ingat. Minta Menteri betulkan. Kampung Baru Cina ini yang dulunya diasaskan kerana ada masalah komunis dan sebagainya. Ada juga Kampung Melayu yang terlibat.
Jadi, tujuannya untuk mengelakkan perselisihan kaum. Kita tak nak mengenal pasti sesuatu kampung itu Melayu sebab India dia tak ada ‘Kampung India’. ‘Kampung Baru India’ tak ada. Melayu pun saya ingat tak ada Kampung Baru kecuali kampung-kampung yang dipindah, banjir dan sebagainya.
Jadi, akhirnya apabila bertukar kerajaan, cadangan pindahkan Kampung Baru ini ke Jabatan Perpaduan telah dipindah balik kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Jadi, kenapakah perkara ini berlaku Yang Berhormat?
Dalam konteks peruntukan ini, bajet ini, Kampung Baru ini telah mendapat tiga kali peruntukan. Pertama, 2023. Selepas itu, bila pindah ke Jabatan Perpaduan, dia dah diwujudkan satu Kepala, pecahan Kepala untuk peruntukan baharu.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Maran tak bahas. Tak payah panjang- panjang.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat. Yang Berhormat Maran.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Maran tak bahas.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Nanti dulu.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Maran tidak berbahas.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Jadi, minta kenapa ini...?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk. Jangan bawa isu baharu.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Kita nak tunggu yang berbahas ini Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya, saya tak ada ruang Yang Berhormat Pengerusi.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Tak apalah YB.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya nak bercakap, tetapi saya tak ada ruang kerana nak beri rakan-rakan yang lain. Jadi kita minta supaya...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jadi, bagi Menteri untuk jawab rakan-rakan yang lain dulu.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Matlamat ini baik. Jadi janganlah racist pula.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk. Yang Berhormat Kapar ada berbahas.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih YB. Okey YB, untuk makluman...
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Kapar sikit saja ya, Menteri?
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Pertanyaan YB itu saya pun tak boleh selesaikan di sini sebab Kampung Cina sekarang di bawah KPKT, kementerian- Local Government lah.
Dulu memang kita tahu ia di bawah Kementerian Perpaduan dan sekarang sudah under KPKT. Mungkin boleh bertanya dengan kementerian yang berkaitanlah.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Sikit, sikit Menteri. Berkaitan, berkaitan dengan KRT tadi sebab di antara yang disebut oleh rakan-rakan kita dalam ini ialah orang muda susah nak mencebur diri dalam KRT. Jadi, sebab itulah perlu penarik bagi mereka. Tolonglah luluskan kenaikan untuk KRT. Kasihan KRT seluruh negara. Bagi pihak semua ya, rakan- rakan juga. Terima kasih.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih YB. Itulah sebab kita ingin memperkasakan KRT dengan peruntukan yang amat besar. Peruntukan yang kita mohon kepada MoF memang besar, tetapi tidak diberi mengikut kehendak kita, tetapi walaupun begitu, pada tahun ini kita dapat melibatkan sebanyak 152 KRT Progresif dengan diberi peruntukan daripada RM50,000 sampai beratus ribu untuk mereka menceburkan diri dalam pelbagai aktiviti ekonomi, kepimpinan dan sebagainya.
Satu daripada kriteria untuk kita memilih mereka adalah mereka bergiat dalam kegiatan ekonomi. Sebab apa? Sebab apabila kita melawat ke kawasan-kawasan KRT ini, kita mengadakan majlis-majlis, mereka datang untuk membawa produk-produk pertanian mereka. Macam-macam.
Sebab itu apabila kita melihat keadaan begitu, kita merasakan bahawa kita patut memperkasakan jentera perpaduan ini bukan sahaja daripada segi skim rondaan dan Tabika Perpaduan. Sekarang pun kerajaan telah menyebut untuk menaik taraf, meningkatkan income untuk mereka yang di bawah KRT ini. Kita pun menjurus kepada minat begitu dan objektif kita adalah untuk meningkatkan penglibatan mereka daripada segi kegiatan ekonomi.
Pada tahun depan, tahun 2025, kita mengharap untuk dapat melaksanakan atau melibatkan 300 lagi KRT dan seterusnya, kita akan berupaya untuk ia dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas supaya KRT ini, kegiatan kita ini disambung tiap-tiap tahun dengan peruntukan yang lebih besar. Itu harapan kita.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
YB Kapar menyentuh berkenaan dengan penglibatan perpustakaan dalam simposium atau Kongres Southeast Asian yang menjurus kepada peruntukan RM1.4 juta.
Untuk makluman Yang Berhormat, Malaysia telah pun dipilih untuk menjadi tuan rumah menganjurkan The 19th Congress Southeast Asian Librarians General Conference Meeting yang dinamakan CONSAL Ke-19 dan ini ketiga kalilah kita menjadi tuan rumah pada tahun ini. Dulu 1981, 1996, sekarang 2025, next year. Peruntukan yang RM1.4 juta itu yang disebut-sebut itu adalah untuk menganjurkan program ini. Kita berharap kita akan mendapat seramai 1,200 orang peserta pada kongres itu.
Batu Pahat menyentuh berkenaan dengan budaya membaca. Untuk bagi budaya membaca ini, kita telah mengadakan pelbagai program. Bagi next year, kita akan terus dengan Karnival Baca Perdana dan kita akan mengadakan Indeks Membaca Kebangsaan.
Kita akan mengadakan Festival Kaligrafi Perpaduan. Kita akan melantik Ikon Pembaca Kebangsaan. Kita akan adakan Festival Sastera Kanak-kanak dan of course, kita akan adakan Kem Citra Buku.
Jadi, satu daripada program kita teruskan adalah Kajian Profil Membaca seperti yang telah disebutkan oleh beberapa YB tadi dan kita amat berbangga dengan dapatan Kajian Profil ini. Dalam tahun 2022-2023, jumlah naskhah buku yang dibaca oleh rakyat kita adalah meningkat dari dua buah 2005 kepada 24 naskhah buku. Okey.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri, masa sudah tamat.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Sudah habis ya?...
[Ketawa] Jadi, jawapan bertulis? All right. Banyak- soalan-soalan ataupun information yang telah ditanya oleh Ahli- ahli Yang Berhormat. Saya minta maaf kerana kesuntukan masa. Saya akan jawab bertulis.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Menteri, sekejap sahaja. Ada satu benda. Saya terbaca Twitter, tweet daripada Perdana Menteri. Dia sebut, “Perhebat muzium di Malaysia dengan paparan sejarah dan warisan.” Maknanya dia dengar Menteri jawab, tetapi Muzium, Menteri tak sentuh langsung.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Ya, ya. Muzium, memang kita banyak program dengan Muzium. Aktiviti dan peruntukan yang kita dapati baru-baru ini adalah untuk pendigitalan. Kita amat berpuas hati dengan permohonan kita, mendapat RM15 juta untuk tiga agensi: Muzium; Perpustakaan; dan Arkib. Itu akan menambahkan cara kita memberi perkhidmatan kepada pelanggan kita, bukan sahaja di Muzium, juga di Arkib dan juga di Perpustakaan.
Jadi Yang Berhormat Timbalan Speaker, dengan ini saya memberi sekali lagi terima kasih kepada semua yang terlibat dalam perbahasan ini. Saya minta maaf kerana kesuntukan masa. Saya akan menjawab secara bertulis ke atas semua- soalan-soalan yang telah disampaikan semasa perbahasan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah ialah bahawa wang sejumlah RM587,351,800 untuk Kepala B.14 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2025 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.14 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masalah ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.14 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2025 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.14 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kementerian Ekonomi. Kepala Bekalan B.15 dan Kepala Pembangunan P.15 di bawah Kementerian Ekonomi terbuka untuk dibahas.
Senarai pembahas adalah seperti berikut, YB Kampar, YB Sabak Bernam, YB Shah Alam, YB Padang Terap, YB Gopeng, YB Padang Rengas, YB Betong, YB Kota Melaka, YB Pendang, YB Bakri, YB Kulim-Bandar Baharu, YB Beaufort, YB Langkawi, YB Petaling Jaya, YB Bachok dan YB Paya Besar. Saya jemput Yang Berhormat Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih Timbalan Speaker.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pengerusi.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya terus masuk ke dalam Butiran 93, Timbalan Pengerusi. Saya terus masuk ke dalam Butiran 93500 – Program/Projek Pembangunan Ekonomi.
Sebelum ini, Menteri Ekonomi telah umum kita akan buat satu Rang Undang-undang Dasar Anti-Ali Baba. Saya nak tahu apakah keputusan sekarang dan adakah kajian ini masih dilakukan dan apakah kaedah-kaedah akan dilakukan? Kerana kita tahu banyak projek yang telah diberikan kepada satu syarikat dan selepas itu disubkontrakkan kepada syarikat kedua, ketiga, keempat seperti syarikat Jana Wibawa. Jadi, kita harap ada satu dasar yang anti-Ali Baba. Sesiapa syarikat yang betul-betul dapat kontrak, syarikat itulah yang patut laksanakan kontrak itu.
Kedua, Butiran 70108 – PKNP Perak. Saya nampak dari tahun-tahun, saya pernah bangkit isu ini tahun lepas, tahun sebelum ini. Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP Perak) tidak pernah dapat apa-apa peruntukan tapi tahun ini saya nampak ada RM10 juta tetapi RM10 juta itu bukan bawah peruntukan, ia adalah di bawah pinjaman. Saya nampak
Tuan Chong Zhemin - Kampar
negeri-negeri lain semua dapat peruntukan tapi Perak dapat pinjaman RM10 juta. Yang pertama, saya nak tahu kenapa? Yang kedua, saya nak tahu adakah ini ada apa-apa faedah ataupun soft loan yang dikenakan dan berapakah jangka tempoh yang perlu dibayar balik?
Saya masuk Butiran 99000 mengenai bancian ekonomi, isu PADU. Minggu lalu, Ayer Hitam telah membuat satu dakwaan ke atas Menteri Ekonomi bahawa Menteri Ekonomi membagi dua angka yang berbeza tentang kos PADU. Satu ya RM85 juta semasa jawapan bertulis yang pada Rantau Panjang. Saya baca di sini. Saya baca di sini jawapan bertulis yang dibekalkan pada Rantau Panjang. Ini semasa 1 Julai. “Kos keseluruhan pembangunan dan pelaksanaan sistem PADU bagi tempoh tiga tahun pelaksanaan bermula 2023 sehingga 2025 adalah dianggar sebanyak RM85.27 juta”. Jadi, jelas di sini jawapan bertulis Menteri pada Rantau Panjang adalah untuk tiga tahun, 2022, 2024, 2025 dan ini satu anggaran. Anggaran kos RM85.27 juta. Hari itu, Menteri sudah jawab dalam Dewan ini, kos setakat September 2024, RM31 juta tetapi tiba-tiba Ayer Hitam bangun. Dia cakap, “Kenapa ada dua angka berbeza?” Timbalan Pengerusi, kedua- dua angka ini tidak ada bercanggah. Saya tak tahu kalau Ayer Hitam dia sendiri keliru, kenapa datang sini mengelirukan Dewan, mengelirukan Pengerusi, kelirukan semua rakyat di luar.
Seorang Ahli
[Mencelah]
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Jadi, saya harap Menteri boleh ambil peluang ini sebab ini isu sudah satu minggu. Saya lihat banyak pemimpin MCA yang keluar kenyataan bukan sahaja nak balun Menteri, saya pun kena balun, tetapi saya tak ada kena mengena dengan isu ini sebab mereka tak suka sebab saya balun dia punya presiden. Tak apa, hari ini saya minta Menteri bagi satu penerangan dalam Dewan ini. Kita selesaikan isu ini once and for all. Saya tahu Ayer Hitam sudah rujuk Menteri kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, tetapi tak apa, saya pun rujuk Ayer Hitam. Kita sama-sama rujuk, kita sama-sama siasat.
Tengok siapa yang betul-betul yang mengelirukan Dewan sebab isu ini sudah lama. Kalau satu minggu kita tak selesai nanti pergi dekat luar kita akan ada lagi.
Akhirnya, tentang takrifan T15. Saya tahu Pembangkang banyak yang main isu ini.
Tiba-tiba T15, kenapa RM13,000, RM15,000, RM20,000. Saya nak bagi tahu, ini bajet. Bajet itu anggaran. Apabila kita buat satu bajet, itu anggaran untuk bajet tahun depan, berapa subsidi kita kena tarik balik dan T15 ini kalau belum sampai tempoh, kita tak akan buat keputusan. Menteri telah bagi komitmen. Bulan depan kita akan selesaikan, kita akan buat keputusan untuk muktamadkan golongan mana yang masuk T15, golongan mana yang tak masuk.
Saya bagi contoh, semasa GST dilaksanakan, diumumkan dalam Bajet 2015. Masa itu 2014, Oktober. Adakah masa itu senarai-senarai benda yang akan dikenakan enam peratus, senarai benda yang zero-rated semua telah dimuktamadkan? Belum! Masa itu kita buat satu dasar, kita buat satu pengumuman bahawa bajet kita nak laksanakan GST dan kita ada zero-rated goods, kita ada standard-rated goods, tetapi ada perincian kita belum muktamad. Jadi, tak payahlah main isu ini. T15, kita jangan umum dulu dan belum laksana,
Tuan Chong Zhemin - Kampar
kita belum buat keputusan. Ini satu bajet. Bajet yang kita akan laksanakan tahun depan. Jadi, itu sahaja yang saya nak ucapkan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Saya jemput Yang Berhormat Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Terima kasih Yang Berhormat Puan Pengerusi. Izinkan saya untuk merujuk kepada maksud perbekalan Butiran 020000 – Perancangan Pembangunan Nasional. Muka surat 196. Sub butiran pengurusan, 020100 – Perancangan Ekonomi.
Saya beranggapan dan yakin inilah tim yang mengilhamkan apa yang kita amalkan sekarang sebagai penyasaran subsidi bahan bakar, diesel dan petrol melalui Program Bantuan Subsidi MADANI iaitu BUDI MADANI. Saya dapati ada tiga skim iaitu BUDI MySubsidi, diesel pengangkutan darat, BUDI Agri iaitu Komoditi dan BUDI Individu.
Saya ingin merujuk kepada BUDI Individu. Berapa peratus kah yang tidak dapat mendaftar dalam skim BUDI MADANI hanya kerana mereka tidak ada kecekapan ataupun kemahiran untuk mendaftarkan diri? Kerana saya pun cuba untuk mendapatkan maklumat, apakah susahnya untuk mendapatkan daftar- untuk mendaftarkan diri ke skim ini iaitu individu hanya perlu mengisi IC, nama, e-mel dan kebanyakannya ada yang tak ada e-mel. Kemudian, mencipta kata laluan dan sebagainya, kemudian isi apa-apa yang diperlukanlah.
Saya ingin bertanya setakat mana respons daripada pihak kerajaan untuk membantu golongan individu yang layak menerima BUDI Individu ini, tetapi mereka menghadapi kesukaran untuk mendaftarkan diri?
Soalan saya yang kedua ialah apakah rasionalnya kenderaan yang berusia lebih daripada 10 tahun, pemiliknya tidak layak untuk membuat claim BUDI Individu ini? Pada sayalah, pandangan peribadi sayalah, sepatutnya sekiranya kerajaan ingin mengekang penyeludupan dan ketirisan subsidi diesel ataupun petrol kepada warga asing ini maka penguatkuasaan hendaklah diperkasakan daripada segi kawalan sempadan sebagainya.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Tingkatkan integriti pihak-pihak yang menjaga sempadan dan sebagainya. Kerana kalau hanya membuat penyasaran ini, rakyat yang sepatutnya nikmati subsidi diesel ini nampaknya ada yang terpaksa dinafikan ya.
Soalan saya, adakah sebelum melaksanakan penyasaran ini, kerajaan telah membuat kajian di negara-negara di mana harga bahan api lebih rendah daripada negara kita seperti di Timur Tengah? Di sana pun ada juga pendatang-pendatang warga asing yang tinggal di sana menggunakan diesel. Jadi, bagaimanakah negara-negara itu dapat memberikan harga diesel yang agak rendah? Harga petrol, harga bahan api yang agak rendah berbanding negara kita.
Saya mengucapkan tahniah lah kepada kerajaan kerana telah memberi- berusaha untuk meningkatkan ekonomi negara yang bertambah baik, pelaburan bertambah baik, nilai
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Ringgit pun semakin kukuh dan juga gaji penjawat awam pun bakal naik, tapi berilah tempoh bertenang kepada rakyat untuk menikmati semua kebaikan itu dan mohon ditangguhkan dulu lah subsidi RON95 yang dijangka yang akan dibuat pada pertengahan tahun hadapan ya. Ini kerana rakyat sekarang ini bolehlah dianggap sebagai golongan rentan lah berikutan pensubsidian diesel ini. Boleh Dr. ya, kerana rakyat masih lagi dalam keadaan susah betul.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Saya jemput Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Puan Pengerusi, saya ingin terus kepada Butiran 020200 – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Memang kita mengiktiraf peranan yang penting dalam menyediakan data berkaitan dengan kadar pekerjaan, inflasi, populasi dan semuanya menjadi rujukan sebelum kerajaan melakukan sesuatu dasar ataupun polisi ya.
Tambahan pula, peruntukan pada tahun 2025 akan dinaikkan. Oleh itu, saya ingin menyentuh sedikit juga berkenaan dengan penyasaran subsidi untuk RON95 pada tahun hadapan. Saya dengan Yang Berhormat Sabak Bernam sama dapat allowance. Saya isteri seorang, Yang Berhormat Sabak Bernam pun seorang juga. Yang saya tahu lah. Yang saya tak tahu, saya tak tahu berapa ada. Saya ada anak empat, beliau ada tiga orang. Tetapi kehidupan saya di Shah Alam lebih tinggi, di Sabak Bernam kampung saya juga, saya tahu bagaimana. Rumah tak payah nak bayar, contoh. Jadi, kalau berdasarkan kepada pendapatan yang begitu, sudah pasti secara perbandingannya saya lebih layak untuk mendapat subsidi RON95, contoh.
Kebanyakan guru-guru pun begitu. Kalau guru di Sabak Bernam, suami guru, isteri guru. Ketimbang guru di Shah Alam, suami- guru, isteri- guru. Anak-anak di Shah Alam sebahagian terpaksa mungkin menghantar ke sekolah swasta. Nak pergi kerja, sekolah lain- lain. Suami- guru pergi sekolah lain, isteri pergi sekolah lain. Tidak sama.
Walaupun kedua-duanya kalau di peringkat umur akhir bidang pekerjaan Guru mungkin boleh dikategorikan sebagai T95 kalau mengikut household income ataupun pendapatan seisi rumah, tapi mengikut pendapatan disposible income, yang di Shah Alam itu lebih layak untuk mendapat subsidi RON95. Jadi, saya berharap DOSM menggunakan data ini sebaik-baiknya supaya penyasaran subsidi bersasar ini tidak memberikan kesan ataupun menganiaya sebahagian yang mungkin kita anggap mereka itu tergolong daripada golongan T35. Saya hanya menyebut satu contoh bidang pekerjaan ataupun sektor yang ada segmen yang ada dalam masyarakat.
Seterusnya, saya ingin juga bertanya kepada pihak kementerian dengan peningkatan peruntukan kepada DOSM ini. Setakat manakah kementerian bercadang ataupun sudah memulakan integrasi big data? Saya tahu Menteri seorang yang sangat passionate tentang big data ini, tetapi sebenarnya data kita ada di seluruh negara. Begitu banyak di bawah
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
kementerian, agensi dan sebagainya, tetapi kita boleh belum lagi berupaya untuk mengemukakan desktop dan seumpamanya yang diperlukan oleh masyarakat sama ada golongan petani, masyarakat yang memerlukan harga barangan yang mudah untuk dicapai kerana data-data itu ada berselerakan.
Saya ingin bertanya, setakat manakah usaha yang dilakukan oleh pihak kementerian untuk mengintegrasikan data yang banyak ini supaya dia menjadi satu maklumat yang mudah untuk dicapai oleh rakyat dalam negara kita ini? Apatah lagi oleh agensi-agensi kerajaan yang memerlukan untuk menentukan sesuatu- membuat keputusan ataupun dasar.
Kedua, saya ingin menyentuh Butiran 00700 – Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, yang mendapat peruntukan yang begitu besar daripada RM100 juta kepada RM305 juta. Sudah tentu ia nya akan membawa faedah yang sangat penting, terutamanya dalam menyokong peralihan tenaga bagi negara kita ini dengan sasaran kira-kira 47,000 peluang pekerjaan dalam sektor tenaga hijau menjelang 2035.
Apakah pelan kerajaan bagi melatih dan menyediakan- mengembangkan kemahiran tenaga tempatan di dalam bidang ini? Bagaimanakah kerajaan bercadang atau kementerian bercadang untuk juga memastikan adanya usaha bersepadu peralihan tenaga ini dalam sektor pertanian untuk memastikan kita keluar daripada isu-isu terhadap sekuriti makanan dalam negara kita ini? Dalam masa yang sama, kita menggunakan teknologi hijau dalam masa yang akan datang. Dan yang terakhirnya, Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung. Masa sudah tamat.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Ya, gulung ini, insya-Allah. Butiran 00113 – Pembangunan Koridor, yang mana peruntukannya telah berkurang dari RM911 juta kepada RM580 juta.
Saya ingin bertanya, apakah faktor yang menyebabkan pengurangan ini? Adakah ia nya melibatkan penjimatan ataupun peralihan fokus kepada projek-projek yang lain?
Bagaimanakah pengurangan ini menjejaskan peluang pekerjaan dan pembangunan ekonomi setempat? Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat.
Saya jemput Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum* dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Timbalan Pengerusi. Saya menyentuh Butiran 00010 – Matlamat Pembangunan Mampan.
Dalam konteks pelaksanaan SDG di Malaysia, terdapat sejumlah 248 indikator yang telah ditetapkan untuk menilai kemajuan terhadap matlamat pembangunan mampan di negara ini. Jumlah ini merangkumi pelbagai aspek yang sesuai dengan keadaan sosioekonomi dan alam sekitar di Malaysia dan melibatkan 17 matlamat SDG utama yang diiktiraf oleh PBB. Malaysia mencatatkan prestasi dalam petunjuk matlamat pembangunan
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
mampan (SDG) ini dengan mencatat 43 peratus berbanding purata dunia sekitar 17 peratus pada September yang lalu.
Soalan saya yang ingin saya bangkitkan ialah setakat manakah penyertaan Malaysia dalam Forum Politik Tertinggi SDG yang diadakan pada 12 Julai di Ibu Pejabat PBB, New York? Apakah hasil dan kesan pulangan kepada negara penyertaan Malaysia dalam Forum SDG tersebut dan kelangsungan impak penyertaan ini ke dalam Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Mampan Malaysia 2024 ataupun Malaysia SDG Summit yang dibuat baru- baru ini? Bolehkah pihak kementerian membuat sedikit rumusan tentang pencapaian ke arah mencapai matlamat SDG 2030 tidak lama lagi? Dan saya ingin tahu, negeri dan PBT manakah yang sudah selesai menghantar Laporan SDG kepada pihak PBB?
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Kemudian, Butiran 050100 – Dasar Baru, Pelarasan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). Saya ingin menyentuh tentang skim SSPA yang diperkenalkan dengan 1,001 muka surat yang perlu dihadam oleh penjawat awam, yang menimbulkan banyak persoalan.
Pegawai awam mempunyai tempoh opsyen selama 40 hari bermula 21 Oktober hingga 30 November ini untuk memilih sama ada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) atau kekal dengan Sistem Saraan Malaysia (SSM) sebelum ia berkuat kuasa 1 Disember.
Tempoh masa yang diberikan dilihat tidak mencukupi untuk para penjawat awam benar-benar memahami sistem saraan baharu ini. Soalan saya, adakah kerajaan akan melanjutkan tempoh masa 40 hari ini untuk para penjawat awam memilih SSPA ataupun SSM?
Yang kedua, kenapa berbaki dua minggu sahaja lagi, baru pihak kerajaan mewujudkan Pusat Panggilan Setempat (PPS) untuk menjawab pelbagai kemusykilan penjawat awam berkenaan SSPA? Ia dilihat agak terlewat yang sepatutnya semasa perancangan awal kerajaan dalam memperkenalkan SSPA ini sudah mengambil kira perancangan penubuhan Pusat Panggilan Setempat (PPS) ini.
Yang ketiga, adakah SSPA ini mengambil kira keadilan kepada 300,000 Pembantu Tadbir Awam di dalam negara ini apabila dilihat SSPA ini seolah tidak meningkatkan taraf gred gaji bagi golongan ini? Sedangkan, dalam kajian SSPA ini, 3,524 Pembantu Tadbir memberi respons terhadap kajian dengan mengemukakan 8,499 cadangan penambahbaikan, syor agar skim mereka dinaik taraf lebih baik.
Golongan pembantu tadbir ini tercicir dalam sistem baru SSPA ini. Tangga gaji masih dikekalkan, sedangkan tugasan harian Pembantu Tadbir telah melangkaui beban skim yang sedia ada. 300,000 Pembantu Tadbir awam seluruh negara dikekalkan dalam Gred 1 SSPA dengan gaji setaraf SPM. Pembantu Tadbir Awam adalah tunjang kepada perkhidmatan dan pentadbiran seluruh jabatan dan agensi kerajaan. Maka, selayaknya mereka dibela dan dinaik taraf skim gaji dalam SSPA.
Yang terakhir ialah Butiran 15, 030200 – Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara
(NCIA). NCIA adalah salah satu agensi pelaksana di bawah Kementerian Ekonomi. Antara projek besar yang sedang dilaksanakan oleh NCIA ialah Projek Kedah Rubber City di Padang
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terap (KRC). KRC merupakan salah satu projek strategik nasional di bawah Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).
Lokasinya yang strategik di kawasan Rubber Belt sempadan Malaysia–Thailand, KRC juga akan memupuk kerjasama dan integrasi serantau yang lebih erat antara kedua- dua negara serta dijangka menjadi penggerak dalam menghubungkan pengeluar-pengeluar getah utama di rantau ini di bawah platform Indonesia–Malaysia–Thailand (IMT-GT).
Soalan saya kepada pihak Kementerian Ekonomi, apakah status pakej insentif cukai khas yang telah diluluskan oleh Kementerian Ekonomi sebelum ini kepada Kedah Rubber City? Apakah sasaran dan strategi terbaharu pihak kementerian untuk memastikan projek Kedah Rubber City yang sudah 10 tahun ini dapat direalisasikan? Terima kasih Timbalan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Saya jemput Yang Berhormat Gopeng.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Terima kasih kepada Puan Pengerusi kerana mengizinkan saya untuk mengambil peluang dalam perbahasan Jawatankuasa bagi Kementerian Ekonomi. Saya ada tiga perkara yang saya ingin bangkitkan. Pertamanya adalah Butiran B.15, 020200 – DOSM dan juga berkaitan P.15, 99000 – Banci Ekonomi.
Kita tahu bahawanya dalam era perubahan kepada data raya, akta yang kita guna pakai sekarang masih lagi akta yang lama iaitu Akta Banci 1960 dan juga Akta Perangkaan 1965. Sudah tentu pindaan terhadap kedua-dua akta ini adalah semakin mendesak, memandangkan kedua-dua akta ini telah pun jauh ketinggalan zaman, berbanding dengan apa yang berlaku terkini dengan teknologi yang barunya, khususnya dalam perubahan volume, velocity dan variety dalam era data raya.
Jabatan Perangkaan (DOSM) mungkin selalunya dilihat sebagai librarian ataupun data keeper berbanding dengan penganalisa data berdasarkan kepada teknologi terkini.
Kalau lihat sekarang, mungkin ada banyak keterbatasan berlaku untuk ada data sharing merentasi agensi sama ada dalam agensi Kerajaan Persekutuan ataupun agensi kerajaan negeri ataupun kerajaan tempatan. Ia ada keterbatasan kalau tidak digubalkan ataupun dipindakan undang-undang tersebut.
Kita perlu memperkasakan landskap statistik negara, malah perlu meningkatkan peranan Jabatan Perangkaan Malaysia dan juga peranan Ketua Perangkaan Negara kita.
Pentingnya, pindaan akta yang tersedia ada itu akan mencerminkan realiti dan keadaan rakyat serta membantu kerajaan memperkenalkan dasar-dasar yang bersifat memberikan kebajikan ataupun dasar-dasar yang berkaitan dengan subsidi rasionalisasi.
Saya ingin ambil contoh. Setakat ini, masih lagi mesyuarat Focus Group Discussion
(FDG) daerah untuk pembasmian kemiskinan masih lagi menggunakan sistem eKasih yang membincangkan tentang – untuk menentukan isi rumah ataupun individu yang memerlukan
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
bantuan kerajaan. So, maka saya mohon Menteri untuk memberitahu sama ada dalam bajet tahun depan ataupun persiapan dalam meminda kedua-dua akta yang tersebut.
Keduanya adalah tentang P.15, 93500 – IPR. Saya ingin nak tanya sama ada butiran ini berkaitan dengan IPR dan apakah pencapaian atas pelaksanaan program IPR ini yang mana sebelum ini, program IPR sentiasa diperlekehkan oleh pihak pembangkang? Malah dalam projek IPR ini, vending machine yang telah pun membantu ramai isi rumah yang kurang berkemampuan sentiasa dijadikan sebagai bahan lawak.
Contohnya, oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah sebelum ini pernah memperlekehkan mesin ini adalah mesin gegedung. Mesin gegedung. Kalau tak percaya, boleh tanya Pendang. Dia dari Kedah. Dia tahu apakah yang dikatakan oleh Menteri Besar Kedah sebelum ini. Ia disifatkan sebagai satu mesin yang tak membantu tetapi saya nak bertanya kepada Menteri. Apakah puas hati kementerian dalam melaksanakan projek ini dan adakah diperuntukkan bajet bagi tahun depan untuk teruskan usaha yang baik ini?
Yang ketiga adalah tentang P.15, 00108. Saya nak bertanya sama ada dalam butiran ini, projek Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) akan diteruskan. Saya lihat usaha ini sungguh baik dan kalau lihat kepada laporan awal sebelum ini, ini adalah satu usaha yang memberikan tumpuan kepada projek kecil tetapi berimpak tinggi untuk membenarkan rakyat baik individu ataupun organisasi-organisasi yang lain memohon secara terus dengan Kementerian Ekonomi bagi melaksanakan projek kecil di kawasan. Saya ingin tahu, berapakah jumlah yang telah pun dibelanjakan pada tahun ini, tahun 2024 dalam melaksanakan projek dan adakah projek ini akan diteruskan pada tahun akan datang?
So, yang terakhir. Yang ini tambahan, memandangkan ada masa lagi. Saya ingin nak bertanyalah kepada Menteri juga, dalam Butiran P.15, 70108 berkaitan dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak. Dikatakan dalam – dipaparkan dalam dokumen, ada pinjaman RM10 juta yang perlu diberikan kepada pihak PKNP tetapi lihat kepada perbadanan kemajuan negeri-negeri lain termasuk pembangkang, kerajaan memberikan peruntukan kepada beberapa negeri, walaupun negeri pembangkang.
So, apakah beza? Kenapa Kerajaan Negeri Perak yang sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan diberikan pinjaman tetapi kerajaan pembangkang yang selalu kata dianaktirikan itu boleh dapat peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan? Terima kasih.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Minta jalan sikit.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Gopeng.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Habis dah. Terima kasih.
[Ketawa]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Padang Rengas.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Perbahasan saya
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
terutamanya merujuk kepada Butiran 00100, berkenaan peruntukan bagi Kajian-kajian Kemungkinan sebanyak RM44.1 juta pada Belanjawan 2025 berbanding RM15.5 juta pada Belanjawan 2024. Peruntukan ini penting bagi memastikan keputusan pelaburan yang lebih bijaksana dan mengurangkan risiko kerugian apabila projek dimulakan.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Antara beberapa tujuan utama peruntukan bagi kajian-kajian kemungkinan adalah yang pertama, penilaian kos dan keberkesanan. Ini adalah bagi memastikan kajian ini membantu menilai anggaran kos projek, berbanding manfaat yang dijangka. Melalui peruntukan ini, pihak kerajaan dapat menjalankan kajian mendalam mengenai faktor-faktor kewangan yang berkaitan dengan projek tersebut.
Kedua, dari segi analisis risiko. Kajian kemungkinan mengenal pasti potensi risiko yang mungkin timbul seperti kekangan kewangan, cabaran teknikal atau isu perundangan.
Ini membolehkan tindakan mitigasi dirancang lebih awal.
Ketiga, dari sudut kebolehlaksanaan teknikal. Peruntukan kajian ini juga digunakan untuk menilai sama ada teknologi ataupun infrastruktur yang diperlukan untuk projek tersebut wujud dan berdaya tahan untuk jangka panjang.
Keempat, impak sosial dan alam sekitar di mana peruntukan ini membantu menilai kesan sosial dan alam sekitar bagi memastikan projek yang dicadang tidak menjejaskan masyarakat setempat atau ekosistem. Aspek kelestarian semakin penting dalam kajian projek hari ini.
Kelima, memperkukuhkan keyakinan pelabur. Kajian kemungkinan yang komprehensif dapat memberi keyakinan kepada pelabur atau pihak pembiaya bahawa projek yang dicadangkan adalah realistik, menguntungkan dan layak disokong. Seterusnya mematuhi prosedur dan keperluan regulasi. Peruntukan ini membantu memenuhi syarat undang-undang atau regulasi yang mungkin memerlukan kajian kemungkinan sebagai prasyarat sebelum mendapat kelulusan.
Jadi, soalan saya dalam usaha mempromosi pembangunan ekonomi mampan berasaskan ekonomi laut adakah kajian kemungkinan ini turut mencakupi strategi ekonomi biru khususnya di Pantai Timur dalam usaha membantu menjana peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf sosial ekonomi penduduk setempat.
Misalnya usaha meneroka potensi sektor maritim dengan kerjasama Institut Maritim Malaysia merentas bidang seperti sektor perikanan, akuakultur, eksplorasi minyak dan mineral di samping mempelbagaikan sektor ekonomi berasaskan laut dalam bidang perikanan dan pelancongan menerusi Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur
(ECERDC).
Soalan kedua, adakah kerajaan bercadang untuk mengetengahkan lebih ramai bakat-bakat tempatan dalam proses kajian kemungkinan berbanding kaedah penyumberan luar kepada badan-badan perunding luar sekali gus mengurangkan kebergantungan dari segi khidmat badan konsultan dan perunding asing. Adakah kajian-kajian kemungkinan ini juga
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
berpandukan data analitik baharu DOSM yang mengaplikasikan penggunaan data raya (big data).
Puan Pengerusi, seterusnya saya ingin merujuk kepada Butiran 030000 berkenaan peruntukan bagi pembangunan Ekonomi Wilayah Koridor sebanyak RM154.4 juta pada 2025 berbanding RM152 juta pada 2024. Saya ingin menyentuh berkenaan perincian mengenai projek-projek baharu yang telah dikenal pasti di bawah pembangunan Ekonomi Wilayah Koridor termasuk Wilayah Ekonomi Koridor Utara dan Wilayah Ekonomi Pantai Timur.
Soalan saya, apakah langkah kerajaan untuk memperkasa agensi pelaksanaan koridor ekonomi untuk mengenal pasti projek yang berupaya memberi kesan berganda dan limpahan manfaat seperti projek pembangunan taman industri mengikut kluster serta projek pengembangan rantaian makanan dan pertanian untuk dipadankan dengan negeri-negeri yang terlibat.
Soalan kedua, apakah strategi khusus kerajaan bagi mewujudkan model koridor ekonomi tenaga hijau misalnya menerusi ekosistem segi tiga peruntukan utara iaitu Taman Teknologi Tinggi Kulim, Batu Kawan Industri Park dan Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke arah menjadi lebih lembah silikon ASEAN. Ini termasuk sokongan dan galakan kepada kerajaan negeri untuk meransang aktiviti ekonomi serta meningkatkan nilai eksport sebagai pemangkin industri teknologi hijau dan hab global E&E sekali gus memberi limpahan ekonomi kepada rakyat tempatan.
Soalan ketiga, apakah pendekatan yang diambil supaya kerajaan tidak sekadar menumpukan kepada kelulusan pelaburan semata-mata sebaliknya memastikan pelaburan ekonomi koridor benar-benar direalisasikan untuk memanfaat pembangunan luar bandar dan kawasan kurang membangun terutamanya dari segi meningkatkan ketersediaan PMKS serta tenaga bakat mahir tempatan di samping pembangunan infra industri hijau.
Akhir sekali, sejauh manakah penilaian turut dibuat terhadap status sosioekonomi masyarakat setempat bagi mengenal pasti kesediaan dan langkah intervensi supaya orang ramai dapat turut serta dalam pembangunan ekonomi wilayah koridor misalnya program kemahiran berkaitan industri hijau. Sekian terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Saya jemput Yang Berhormat Betong.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Puan Pengerusi kerana memberi peluang untuk Betong menyertai sesi perbahasan di peringkat Jawatankuasa di bawah maksud B dan P.15 Kementerian Ekonomi. Ada dua inisiatif penting dalam kementerian ini yang memberi impak yang besar kepada rakyat khususnya kita di Sarawak iaitu Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dan PuTERA35. Terlebih dahulu Betong ingin mendapatkan penjelasan bagi kedua-dua inisiatif ini berada di bawah butiran mana kerana tidak dinyatakan dengan jelas dalam maksud B dan P.15 Kementerian Ekonomi.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Dengan peruntukan masing-masing sebanyak RM250 juta dan RM100 juta, kedua- dua program ini mempunyai potensi besar untuk meningkatkan taraf hidup dan peluang ekonomi khususnya kami Sarawak, terutamanya di kawasan luar bandar dan bagi golongan belia. Walau bagaimanapun, kalau dilihat dari segi peratusan penyertaan etnik Sabah dan Sarawak masih rendah iaitu pada kadar 16.2 peratus dari 2,536 golongan sasar keseluruhan setakat bulan Oktober lepas.
Puan Pengerusi, Betong ingin melontarkan beberapa soalan iaitu pertamanya bagaimanakah kerajaan memastikan bahawa program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) ini menyediakan bantuan kewangan dan teknikal yang disesuaikan dengan keperluan tempatan? Apakah mekanisme untuk memperkukuhkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak bagi memastikan program IPR ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan di Sarawak dengan mengambil kira program latihan dan bimbingan teknikal dapat diadakan secara berkala dengan penglibatan pakar tempatan yang memahami keperluan dan cabaran unik di Sarawak?
Selain itu, Betong ingin bertanya, sekiranya kerajaan mempunyai perancangan untuk melaksanakan dan menyediakan program latihan yang berkaitan. Adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk mengadakan kerjasama dengan institusi pendidikan dan syarikat teknologi? Adakah terdapat program latihan berterusan dan pusat latihan komuniti di kawasan pedalaman untuk memastikan akses yang lebih mudah kepada latihan dan bimbingan?
Apakah mekanisme untuk memastikan pelaksanaan pengagihan dana adalah cekap, adil, telus dan tepat sasaran? Bagaimanakah kerajaan memastikan bahawa sistem pengawasan dan pemantauan berterusan diwujudkan untuk memastikan keberkesanan program IPR ini? Adakah terdapat mekanisme khusus untuk menilai dan mengukur impak program ini terhadap peningkatan pendapatan golongan sasar?
Puan Pengerusi, seterusnya Betong ingin merujuk kepada inisiatif PuTERA35 memandangkan ekonomi hijau ini masih baru, mewujudkan peluang pekerjaan dalam sektor ekonomi hijau adalah satu cabaran. Oleh itu, apakah strategi kerajaan untuk melibatkan belia khususnya di Sarawak dalam projek tenaga yang boleh diperbaharui seperti solar dan hidroelektrik? Apakah kemungkinan untuk kerajaan mempertimbangkan penyediaan insentif untuk syarikat yang mengambil belia tempatan dalam projek hijau bagi mewujudkan peluang pekerjaan yang berdaya saing dan menyokong pembangunan lestari di Sarawak?
Apakah langkah-langkah yang telah dirancang oleh kerajaan untuk menyediakan geran dan pinjaman mikro bagi usahawan muda? Bagaimanakah kerajaan merancang untuk menubuhkan inkubator perniagaan yang menawarkan bimbingan dan akses kepada pasaran? Adakah terdapat program khas yang menyediakan modal permulaan dan latihan kemahiran kepada belia di kawasan pedalaman.
Puan Pengerusi, seterusnya saya merujuk kepada Butiran P.00700 bagi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara. Betong ingin mendapatkan penjelasan berhubung perincian
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
projek. Adakah ia melibatkan projek pembangunan solar terapung, pengeluaran hidrogen hijau atau pemasangan stesen pengecas kenderaan elektrik?
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Adakah butiran ini juga melibatkan sebarang kajian dan syarikat manakah yang dilantik sebagai perunding? Sehingga kini, berapakah jumlah pelaburan yang telah berjaya dijana melalui pelan ini?
Puan Pengerusi, Betong juga seterusnya ingin mohon perincian bagi Butiran P.93500 dan P.99000 bagi Projek Pembangunan Ekonomi serta Projek R&D&C&I RMU dan mohon perincian perbelanjaan di bawah butiran-butiran tersebut.
Selain itu, bagi RMU pula, apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Ekonomi untuk memastikan koordinasi yang berkesan antara Unit Pengurusan Penyelidikan, Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia dalam menjalankan penyelidikan ekonomi? Bagaimana kerajaan membahagikan tugas dan tanggungjawab dalam bidang penyelidikan ekonomi untuk mengelakkan pertindihan dan memastikan setiap agensi fokus kepada bidang penyelidikan yang spesifik dan saling melengkap?
Selain itu, bagaimanakah hasil penyelidikan yang dijalankan oleh ketiga-tiga agensi ini digunakan untuk membentuk Dasar Ekonomi Negara? Soalan ini diajukan untuk memastikan tiada berlaku pertindihan dan juga pembaziran sekiranya terdapat pertindihan fungsi.
Akhir sekali Puan Pengerusi, Betong ingin membangkitkan Butiran...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan. Masa sudah tamat.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
020200 iaitu DOSM. Saya mohon mengenai kriteria perbelanjaan isi rumah, mohon kementerian pertimbangkan untuk memasukkan kos-kos berkaitan dengan haiwan peliharaan sebagai salah satu kriteria perbelanjaan isi rumah kerana kos barang dan juga perubatan juga semakin meningkat.
Dengan itu, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Betong. Saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Puan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 00113 – Pembangunan Koridor. Kita tahu di Malaysia ini kita ada beberapa koridor tetapi bagi negeri Melaka, tidak termasuk dalam mana-mana koridor. Kita semua faham kalau negeri yang termasuk dalam koridor, maka dia sudah pasti akan dapat lebih banyak tumpuan dan juga lebih banyak peruntukan.
Jadi, memandangkan saya dari Melaka, saya nak minta supaya Menteri boleh bantu sama ada kita Melaka ini berdekatan dengan Johor, adakah ada peluang untuk dimasukkan dalam salah satu koridor tersebut supaya pembangunan negeri Melaka juga dapat dijaga.
Seterusnya, saya merujuk kepada Butiran 00010 dengan 00100. Saya juga merujuk kepada Butiran 020200 – Jabatan Perangkaan Malaysia. Di mana Menteri pernah kata inflasi
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
sekadar 1.9 peratus. Jadi apabila kenyataan sedemikian dikeluarkan, di luar sana mereka akan rasa angka ini, peratusan ini adalah berbeza dengan apa yang mereka belanja.
Ya dan saya faham bagaimana DOSM ini mendapat angka 1.9 peratus iaitu barangkali kamu ambil ialah bahan mentah, maka harganya tak naik banyak. Contohnya makanan. Makanan harganya tak naik banyak. Akan tetapi apabila produk akhir itu makanan apabila telah disediakan, harganya akan lebih mahal berbanding dengan dahulu. Itu adalah satu kenyataan.
Jadi saya masih ingat Menteri pernah kata, barangkali kita perlu tukar style of living kita daripada kita pergi luar beli makan, barangkali mungkin kita perlu masak di rumah, mungkin lebih jimat. Ya itu Menteri pernah kata. Jadi itu memang saya setuju dengan Menteri.
Ya memang itu hakikatnya.
Saya nak kongsi satu ceritalah Menteri. Ada seorang lepasan siswazah. Gajinya hanya sekadar RM2,700 di Kuala Lumpur. Dia bayar sewa bilik, RM800. Sebab dia kerja marketing, dia perlu ada sebuah kereta. Bayar ansuran untuk kereta, tolak lagi RM600.
Jadi bagi mereka, saya tanya dia, boleh survive kah kalau makan hari ni di luar, kalau satu hari RM50, memang tak cukup. Dia beritahu kepada saya, dia cakap makan, dia masak di rumah. Maka grocery dia satu bulan RM200 sahaja. Dia bujanglah, RM200. Jadi, ini yang hakikatnya di luar sana Menteri. Jadi, kita lihat sekarang kita tahu ya sebab yang lagi satu ialah tentang hari ini kita bincang tentang T15. Banyak kita bincang.
Semalam, kelmarin Menteri pula sebut tentang B60, ya B60. Jadi, adakah sekarang struktur ekonomi masyarakat Malaysia ini sudah berubah? Dulu kita kata T20, B40, M40, golongan pertengahan ada 40. Kalau ikut apa yang disebut oleh Menteri sudah menjadi B60, ertinya adakah M hanya tinggal M25?
Kalau itu adalah keadaan sekarang ini, jadi saya nak tanya kepada Menteri, apakah inisiatif ataupun langkah-langkah yang akan kita ambil supaya kita naikkan semula pendapatan rakyat kita yang mereka M40 yang terjatuh kepada B60 itu supaya kita bantu mereka kembali balik kepada M40? Sebab kalau kita nak pastikan negara kita maju ke depan, kita perlu memperluaskan golongan pendapatan yang middle-class ini, kita perlu perbanyakkan supaya rakyat semua boleh hidup dengan lebih baik.
Poin yang terakhir Puan Pengerusi adalah berkaitan dengan kita tahu, hari ini negara kita menghadapi defisit. Negara kita perlu menaikkan pendapatan negara. Jadi, cara untuk kita menaikkan pendapatan negara, antaranya ialah kita perlu menaikkan hasil kerajaan ya.
Selalunya kita melalui kutipan cukai tetapi kita tahu kalau kita naikkan kutipan cukai, ia akan memberikan beban kepada rakyat. Jadi, ini satu cabaran kepada kementerian bagaimana kita nak cari satu keseimbangan.
Jadi dalam hal ini, saya ada satu cadangan iaitu Puan Pengerusi, sedikit sahaja ya.
Jadi saya ada satu cadangan ialah kita perlu memperbaiki perkhidmatan yang kita boleh tawarkan kepada rakyat di luar sana. Bagaimana kita nak meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam? Bagaimana kita nak pastikan apabila rakyat kita kelas M40, B40
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
mereka pergi kerja, anak mereka dihantar ke pusat tadika itu, bayarannya adalah munasabah mereka boleh tanggung?
Bagaimana kita nak pastikan perkhidmatan bayaran di rumah jagaan sebab kita rata- rata hari ini semua isi rumah suami isteri semua perlu kerja? Jadi, anak mereka ataupun ibu bapa mereka yang sakit mereka terpaksa hantar ke rumah jagaan. Jadi itu bagaimana kita nak bantu mereka supaya akhirnya, pendapatan sebenar mereka adalah lebih tinggi supaya mereka ada kuasa beli yang lebih banyak untuk memastikan – itu sasaran kita. Kalau kita kata ekonomi MADANI, bagaimana kita nak pastikan pendapatan sebenar yang mereka boleh belanja itu, kuasa beli mereka itu lebih tinggi? Itu adalah sasaran kita.
Jadi, saya harap supaya bajet kali ini, kita dapat mencapai matlamat tersebut. Terima kasih Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Saya jemput Yang Berhormat Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Puan Pengerusi memberi ruang untuk saya membangkitkan isu-isu dalam Kementerian Ekonomi ini berkaitan dengan Butiran B.15, 020100 iaitu peruntukan bagi perancangan ekonomi yang meningkat kepada RM162 juta pada tahun 2025 berbanding RM148.7 juta pada 2024.
Jadi, saya menyentuh berkenaan dengan strategi membasmi kemiskinan tegar dan vicious cycle of poverty. Puan Pengerusi, walaupun usaha kerajaan untuk membasmikan kemiskinan adalah wajar, persoalan utama yang saya akan bangkitkan, apakah strategi jangka sederhana dan panjang yang disediakan untuk memastikan rakyat mampu keluar dari belenggu kemiskinan atau vicious cycle of poverty ini? Strategi ini sangat penting untuk tidak sekadar memberi bantuan jangka masa pendek tetapi membolehkan rakyat mencapai kemampanan ekonomi dan kelangsungan hidup yang holistik.
Adakah kerajaan mempunyai rancangan jangka masa panjang khususnya untuk menangani masalah kemiskinan mengikut keperluan negeri-negeri yang berbeza terutama sekali negeri yang mencatat kadar kemiskinan 100 peratus seperti mana Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur? Ini persoalan yang saya bangkitkan. Tambahan pula, dengan integrasi data eKasih dan Sistem PADU, diharapkan gambaran yang lebih jelas mengenai angka sebenar golongan miskin tegar dapat diperolehi.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya rasa nak menyentuh juga berkenaan dengan subsidi RON95 dan keciciran isi rumah dalam sistem data PADU ini. Puan Pengerusi, kerajaan memperkenalkan subsidi RON95 dengan menggunakan sistem PADU untuk menjejaki golongan yang layak. Namun, persoalan yang kita timbulkan mengenai ketelusan dan kualiti perkongsian data ini khususnya bagi kawasan luar bandar yang mungkin menghadapi kekangan akses internet.
Bagaimana dengan memastikan tiada isi rumah yang bukan tergolong dalam kategori T15 akan tercicir daripada sistem ini? Sekiranya terdapat keciciran, apakah mekanisme bagi
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
memastikan mereka layak mendapat subsidi tanpa menunggu proses rayuan yang rumit dan menyulitkan.
Selain daripada itu, dalam sistem two-tiered pricing, apakah kerajaan mempertimbangkan risiko penyalahgunaan identiti melalui penggunaan MyKad di stesen minyak? Apakah langkah keselamatan tambahan yang dirancang bagi memastikan proses semakan kelayakan di stesen minyak berjalan lancar tanpa membuka ruang kepada manipulasi terutamanya di kawasan luar bandar yang menghadapi kekangan sistem ini?
Seterusnya, sistem agenda ekonomi bumiputera dan pemantauan pelaksanaan resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera. Puan Pengerusi, dalam usaha untuk memperkasakan bumiputera, kerajaan telah melancarkan sebanyak 74 resolusi dan 150 program di bawah Kongres Ekonomi Bumiputera. Namun, sejauh manakah kemajuan program-program ini?
Apakah laporan berkala yang disediakan bagi memastikan keberhasilan inisiatif ini dipantau dengan rapi, khususnya dalam memenuhi sasaran pembangunan sosioekonomi yang inklusif dan menyeluruh.
Saya nak menyentuh juga berkenaan dengan mencari pendekatan holistik untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi rakyat. Puan Pengerusi, dalam perbahasan ini saya ingin menekankan bahawa usaha kerajaan untuk memperbaiki taraf hidup rakyat melalui perancangan ekonomi, pengurusan data yang cekap, penambahbaikan subsidi, pemerkasaan agenda bumiputera dan Dasar Gaji Progresif yang perlu dilaksanakan dengan consistency, ketelusan dan kesungguhan. Gaji progresif ini kita boleh serahlah kepada KSM untuk mereka menyemak seluruhnya.
Kita tidak boleh sekadar membentangkan angka dan peruntukan yang besar jika pelaksanaannya tidak mencerminkan penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi rakyat. Oleh itu, saya menyeru agar kerajaan mengutamakan pelaksanaan yang berkesan dan terus berinteraksi dengan rakyat bagi memastikan setiap dasar yang diperkenalkan mencapai matlamat yang disasarkan.
Saya nak menyentuh juga dasar baru, 050100 iaitu sistem sosial kredit. Apakah jaminan kerajaan bahawa Malaysia tidak akan mengimplementasikan polisi sosial kredit dalam negara pada masa akan datang memandangkan kerajaan telah banyak memfokuskan kepada teknologi kecerdasan buatan (AI).
Pada tarikh ini, kita sudah ada Kementerian Digital dan juga sistem PADU. Saya ingin mendapatkan jawapan mengenai langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi memastikan bahawa langkah ini tidak akan membawa kepada pengenalan sistem sosial kredit yang mungkin menjejaskan kebebasan individu dan inspirasi rakyat di negara ini dan privasi rakyat dalam negara ini.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ada sikit boleh tak?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Boleh tak sikit lagi?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak boleh.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tak boleh?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tak boleh. Terima kasih...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Puan Pengerusi yang dikasihi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya jemput Yang Berhormat Bakri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih Yang Berhormat Puan Pengerusi. Saya ingin menyentuh dua perkara dalam perbahasan saya. Yang pertama, Bekalan 93500 – Program/Projek Pembangunan Ekonomi.
Yang Berhormat Puan Pengerusi, dalam ucapan Yang Amat Berhormat Tambun tempoh hari iaitu poin ke-65 berkaitan dengan Lebuhraya WCE atau dengan izin West Coast Expressway bagi jajaran Banting ke Gelang Patah diberikan keutamaan dalam perancangan.
Saya anggap bahawa projek ini diberikan keutamaan sebab dengan matlamat untuk meleraikan kesesakan trafik yang semakin teruk khasnya di Lebuhraya Utara–Selatan.
Tapi saya ingin mengingatkan kerajaan dengan membina lebuh raya sahaja mungkin tidak mencukupi. Di mana kita perlu mengambil perhatian tentang Downs–Thomson paradox yang mana mengatakan bahawa pembinaan jalan yang baru bukannya ubat penawar untuk menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya.
Maka, saya memohon kerjasama di antara Kementerian Ekonomi dengan Kementerian Kerja Raya dan juga Kementerian Pengangkutan supaya fikir di luar kerangka yang ada sekarang iaitu selain daripada kita membina lebuh raya, adakah wajar kita membina, membangunkan pengangkutan landasan ataupun pengangkutan rel pada jajaran yang sama?
Dengan ini, saya rasa sekiranya kedua-dua mod pengangkutan ini dibangunkan secara bersama, ianya akan mengurangkan kos perancangan dan kos pembinaan. Maka, saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh memberikan ulasan ataupun pandangan Yang Berhormat berkenaan cadangan saya ini supaya kita memberikan satu pilihan alternatif kepada pengguna jalan raya apabila mereka mendapati sekiranya pengangkutan jalan raya itu terlalu sesak dan dia ada pilihan untuk menggunakan pengangkutan kereta api.
Saya bagi contoh, setiap minggu apabila saya bergerak dari kawasan datang ke Kuala Lumpur untuk sidang Parlimen, sudah tentu saya tidak akan sampai tepat mengikut jangkaan masa. Pada masa itulah, saya akan fikir sekiranya ada perkhidmatan kereta api dari Muar ke Kuala Lumpur alangkah baiknya.
Maka, saya harap kerajaan mengambil serius berkenaan perkara ini supaya ada jajaran, landasan atau perkhidmatan kereta api untuk Pantai Barat, terutamanya Pantai Barat negeri Johor di mana di situ jajaran tersebut akan melalui Seremban, Melaka, Muar, Batu
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Pahat, Pontian yang masing-masing mempunyai potensi ekonomi yang begitu tinggi dan akan mendatangkan pertumbuhan GDP negara yang begitu memberangsangkan.
Perkara yang kedua berkenaan dengan Bekalan 020000 – Perancangan Pembangunan Nasional iaitu satu isu yang begitu hangat dibincangkan baru-baru ini iaitu berkenaan dengan definisi T15 kerana ianya berkait rapat dengan subsidi minyak dan juga mungkin akan menjejaskan subsidi pengajian tinggi di mana T15 ini sekarang dikatakan gaji ataupun pendapatan isi keluarga RM13,000.
Yang Berhormat Puan Pengerusi, RM13,000 ini mungkin membawa makna yang berlainan bagi keluarga yang berlain-lainan. Bagi keluarga yang hanya ada suami isteri tak ada anak, RM13,000 ini mungkin boleh hidup dengan selesa. Tapi sekiranya ada tanggungan, dengan dua anak, tiga anak pun berlainan. Sekiranya ada anak yang tengah ataupun sedang menuntut di IPT itu pun membawa makna yang berlainan. Maka, saya berharap dan saya meminta pihak kementerian untuk menetapkan ataupun mengelaskan pendapatan ini bukan sahaja mengikut pendapatan kasar isi keluarga tetapi kalau boleh biarlah per kapita.
Kalau boleh lagi, pendetilan itu sampailah detil sehingga sekiranya perbelanjaan tanggungan-tanggungan yang berlainan sebab tanggungan untuk anak yang umur lapan tahun dengan tanggungan untuk anak yang menuntut di universiti itu amat berbeza. Maka, saya berharap perkara-perkara ini perlu diambil kira terutamanya sekiranya ada terpaksa kita mengamalkan satu, menggariskan satu – melukiskan satu garisan supaya lebih senang kita untuk menilai, saya mencadangkan supaya ada satu saluran untuk merayu ataupun satu saluran untuk menyemak daripada pihak jabatan supaya mekanisme itu lebih telus dan lebih meyakinkan rakyat. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Saya jemput Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Petang-petang ini sejuk ini. Orang pun tak ada, jadi aircond terlampau sejuk.
Kalau boleh kurang sedikit waktu-waktu petang ini. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi yang memberi masa untuk saya berbahas dalam peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Ekonomi.
Saya juga ingin meminjam butiran daripada Bakri tadi, sebab Menteri Ekonomi ada di sini. Dia membangkitkan tentang lebuh raya. Saya pun takut terlupa, Yang Berhormat Menteri, saya pun nak bangkitkan, meminjamkan dia punya butiran, iaitu saya juga minta.
Dah minta pun dekat KKR.
Ini nak minta daripada Menteri Ekonomi sebab ada di sini. Kalau boleh tolong, tengoklah lebuh raya R6 daripada Sungai Petani-Kulim Bandar Baharu sebab melalui Parlimen saya. Boleh kot Yang Berhormat Menteri tengok-tengoklah. Dah lama dah lulus
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
tetapi tak, masih belum berjalan. Insya-Allah, kalau saya tengok itu, perbelanjaan dia lebih kurang RM3.2 bilion. Tak banyak pun. Insya-Allah, Yang Berhormat Menteri.
Butiran 050100. Saya juga satu pendapat dengan Padang Terap, jiran saya. Dia pun menulis, saya pun menulis. Kebetulan satu butiran yang sama. Oleh kerana kami prihatin terhadap perkhidmatan awam. Iaitu tentang penyelarasan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), Yang Berhormat Menteri.
Anggaran Belanjawan bagi 2025 di mana melalui anggaran ini, butiran ini, kerajaan telah melaksanakan Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang berkuat kuasa pada bulan Disember ini, Yang Berhormat Menteri, iaitu Disember 2024. Namun, skim perkhidmatan Pembantu Tadbir atau dikenali dengan gelaran kerani gred N19 hingga N29 terus ketinggalan. Tak tinggal, kita tak kisah.
Tetapi pasal tinggal ini, depa hingar di kawasan, Yang Berhormat Menteri. Alami keciciran dalam gred skim SSPA. Jadi, kita minta Menteri tengoklah balik sebab apa keciciran ini berlaku untuk perkhidmatan skim ini. Jadi, mohon sangat, Menteri. Kalau naik semua, tak ada yang tercicir, bagus. Naik bagi banyak.
Saya pun minta kalau boleh Ahli Parlimen pembangkang yang tak ada peruntukan ini dinaikkan gaji. Boleh, Menteri? Kalau tidak, letih, Pengerusi. Kalau tidak, letih, Menteri. Kami ini dah berkisar rata dah. Tinggal tak gadai barang sahaja lagi.
Jika kita tengok Yang Berhormat Menteri, hampir 300,000 pembantu tadbir awam seluruh negara bakal kekal dalam gred 1 dalam SSPA dan terus menikmati gaji setaraf kelulusan SPM, sedangkan rata-rata mereka berpendidikan lebih tinggi sehingga peringkat ijazah. Tetapi, pendapatan mereka, Yang Berhormat Menteri, SPM. Kita pun dah tak lepas dah la ni kalau SPM. Jadi, pembantu tadbir yang bergred 19 dalam skim SSM telah lama tertinggal sedangkan skim-skim lain setara atau lebih rendah semakin meningkat.
Oleh itu, saya memohon kerjasama agar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menaikkan skim penjawat awam kepada gred N5 bawah SSPA atau pun setara gred N29 dalam SSM sebelum ini. Aik, dah nak habis.
Baik. Tuan Pengerusi, bagi Butiran 020200 – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi Maksud Bekalan 15 di bawah butiran tersebut, saya ingin menyentuh beberapa perkara berkaitan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Pertamanya mengenai Banci Pertanian 2024 yang telah dilaksanakan di seluruh Malaysia dari Julai hingga Oktober 2024 yang lalu, di mana kali terakhir negara melakukan banci pertanian adalah pada tahun 2005, hampir 20 tahun yang lalu. Saya memuji inisiatif kementerian dalam menyemak semula, selepas 20 tahun, mengenai keterjaminan makanan, sektor makanan, guna tenaga pertanian di negara ini bagi memastikan segala perancangan dan pelaksanaan membangun ekonomi berasaskan pertanian dapat disegerakan.
Setelah hampir sebulan bancian pertanian ini telah dilaksanakan, saya ingin mendapat penjelasan, apakah status terbaharu pelaksanaan bancian ini? Apakah indikator yang ditetapkan kementerian bagi membuktikan bancian pertanian ini telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna?
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Saya amat mengharapkan melalui sokongan dan bancian pertanian ini seperti data asas tentang profil pegangan pertanian seperti maklumat demografi, hasil pertanian, kos input, saiz ladang, penggunaan dan pemilikan tanah, mekanisme serta penggunaan teknologi akan dapat memberi manfaat yang besar kepada para petani dan pekebun moden dalam sektor pertanian.
Sehubungan dengan itu, pertanyaan lanjut saya juga ialah apakah bancian ini telah melengkapi analisis oleh pihak DOSM dan adakah ianya boleh dibentangkan oleh pihak kerajaan? Apakah anggaran garis masa analisis awal dan hasil bancian ini kelak akan dapat dikongsi kepada umum?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat.
Masa sudah tamat.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Alamak. Sedikit lagi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Beaufort.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Bismillahi Rahmani Rahim.
Terima kasih Puan Pengerusi atas ruang dan peluang yang diberikan kepada Beaufort untuk turut serta membahaskan Belanjawan 2025 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Ekonomi. Puan Pengerusi, saya ingin menyentuh berkenaan belanjawan Pembangunan P.15 – Kementerian Ekonomi melalui Butiran 93500 – Program/Projek Pembangunan Ekonomi dengan nilai anggaran RM575,404,000.
Puan Pengerusi, di bawah Kementerian Ekonomi, melalui Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) merupakan satu platform yang terbaik untuk memastikan permohonan secara mendesak dapat disalurkan terus kepada pejabat daerah dan juga majlis daerah untuk pelaksanaan projek di bawah RM200,000.
Saya memohon di bawah Butiran 93500 ini, Kementerian Ekonomi, di mana Yang Berhormat Menterinya ada di sini ya, dapat memberikan peruntukan untuk membina sebuah jambatan simen bagi menggantikan jambatan kayu yang sangat usang dan tidak selamat di dua perkampungan di Parlimen saya iaitu di Kampung Tepi Laut dan juga Kampung Sekalong, Menumbok.
Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, kampung ini adalah di air ya. Jambatan ini di air. Jadi, saya rasa jambatan sudah usang, kita perlu ganti dia jadi simenlah. Saya telah melawat kawasan tersebut Datuk, di mana jumlah penduduk seramai 523 orang dengan 123 buah rumah yang mana penduduk kampungnya terdiri daripada golongan B40.
Untuk makluman kementerian, penduduk kampung terpaksa menggantikan sendiri apabila ada papan kayu jambatan ini yang patah asalkan mereka dapat menggunakan jambatan ini kerana ia sudah tidak ― walaupun macam ia tidak kuat tetapi terpaksa dilalui kerana itulah sahaja satu-satunya laluan yang dapat mereka lalui ya.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Jadi, begitu juga di Tanjung Lumut di Kampung Paringan Menumbok di mana saya telah menerima aduan dan juga permohonan agar dapat dibina sebuah jambatan kayu dan juga pondok berbumbung jeti nelayan.
Dan yang terakhir, Yang Berhormat Menteri, saya juga memohon agar pemasangan culvert konkrit di Jalan Tanjung Lumut, Kampung Paringan Menumbok dapat dilaksanakan di bawah peruntukan Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) ini.
Jadi, secara tuntasnya, saya amat berharap agar permohonan ini dapat diberikan perhatian oleh Yang Berhormat Menteri dalam merealisasikan harapan penduduk kampung yang terlibat dalam menyediakan prasarana dan kemudahan yang baik kepada masyarakat dan juga rakyat. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Saya jemput Yang Berhormat Langkawi.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Terima kasih Dato’ Pengerusi. Izinkan saya untuk berbicara Butiran 030200 – Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) yang mendapat peruntukan sebanyak RM41 juta, melebihi ketimbang tahun lepas.
Konsep pembangunan ekonomi wilayah koridor ini tercipta untuk menangani jurang ekonomi antara kawasan luar bandar dan dalam bandar.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Ia mula diperkenalkan pada tahun 2006 sehingga sekarang 2024. Saya mendapat maklumat bahawa NCER telah berjaya menarik pelaburan sebanyak RM248.28 bilion. Ini meliputi sektor pembuatan, pelancongan, logistik dan ekonomi digital. Tetapi yang menyedihkan saya satu program yang terbaik di Langkawi, empowerNCER Akademik yang cukup berjaya di Langkawi. Di mana ramai pelajar-pelajar telah pun dapat membuka business secara kecil-kecilan. Contoh, nasi kandar, ada dua orang yang dapat buat nasi kandar. Salun, tiga wanita setakat ini dan lain-lain program yang berjaya dijalankan oleh mereka.
Tetapi, malangnya telah diumumkan supaya program empowerNCER Akademik ini ditutup dan saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Setelah hampir dua abad kita masih menyaksikan jurang ekonomi yang besar antara wilayah yang telah membangun dan wilayah yang masih belum membangun. Kemajuan ekonomi Malaysia tertumpu di Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu, tidak diagih dengan saksama. Justeru, kita mendengar bahawa rakan-rakan daripada pihak kerajaan menyatakan bahawa di sebelah utara dan sebelah timur, kemiskinan negeri-negeri ini bawah lagi, masih lagi di tahap yang boleh dikatakan kemiskinan.
Sebab itu, saya yakin dan percaya bahawa dengan SG4 yang baru-baru ini telah diwujudkan. Insya-Allah, dia akan menjadi salah satu sumber yang akan memberhentikan sejarah kemiskinan di negeri ini. Mengambil kira latar belakang ini, saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Ekonomi mengenai rancangan beliau untuk
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
tahun hadapan bagi koridor utara ini. Apakah grand plan Kerajaan Pusat membantu wilayah utara menikmati pembangunan yang sekata dengan wilayah Pantai Barat yang lain, khususnya Langkawi.
Bahkan dalam negeri-negeri di wilayah utara ini sendiri ada jurang yang tinggi di antara Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Tuan Pengerusi, NCIA ialah badan yang mentadbir Wilayah Ekonomi Koridor Utara. Menurut laman web agensi itu, matlamat Pelan Pembangunan Strategik NCER adalah untuk menjadi wilayah ekonomi bertaraf dunia menjelang 2025.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah matlamat ini realistik dan akan dicapai pada tahun depan? Saya melihat antara projek yang dimasukkan dalam NCER ini antaranya Kedah Digital Library dan Perlis Inland Port. Apakah status terkini Perlis Inland Port ini? Bagaimana pula dengan Kedah yang jauh lebih besar, apakah mencukupi dengan hanya satu projek perpustakaan digital?
Yang Amat Berhormat Menteri Besar baru ini merayu agar lapangan terbang kargo dan juga pelabuhan dapat diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan. Ini adalah salah satu juga sumber ekonomi kepada kawasan utara. Saya nak sentuh juga Yang Berhormat Tuan Pengerusi, Butiran 060200 berhubung dengan Kepengerusian ASEAN 2025. Saya bercakap dalam perbahasan belanjawan tetapi saya menunggu juga agar Yang Berhormat Menteri Kewangan menjawab tetapi tidak ada jawapan.
Saya membangkitkan perkara ini kerana Kepengerusian ASEAN ini saya pun tak faham berapa banyak peruntukan yang nak diperuntukkan. Apakah ada ASEAN memberi juga wang modal kepada kita? Sebab saya melihat Parlimen, Ketua Pentadbir Parlimen diberi lebih daripada Kementerian Ekonomi. Kementerian Ekonomi diberi RM3 juta. Ketua Pentadbir Parlimen, RM12 juta. Jabatan Perdana Menteri, RM8 juta. Saya baca yang besar- besar sahaja. SPRM, RM12.3 juta. Pelaburan, Perdagangan dan Industri, RM172 juta, yang banyak-banyak sahaja baca ini.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Langkawi, sila gulung.
Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Semua 25 kementerian, yang terakhir sekali adalah Pengajian Tinggi sebanyak RM5 juta. Jumlah keseluruhan Yang Berhormat Menteri, RM375,713,000. Jadi, saya nak bertanyalah pembahagian ini, untuk ASEAN ini, apakah akan melebihi angka ini? Walaupun anggaran tetapi perincian itu kita kalau dapat dibentangkan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Saya jemput Yang Berhormat Petaling Jaya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Menteri kerana antara yang mendengar dan hadir sendiri untuk mendengar perbahasan backbenchers di peringkat Jawatankuasa.
Saya ingin menyentuh Butiran 00010 – Matlamat Pembangunan Mampan yang memperuntukkan sebanyak RM23 juta berbanding anggaran perbelanjaan RM18 juta pada tahun lepas. Berpandukan Agenda 2030 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) ia penting sebagai rangka panduan negara mencapai masa depan yang lebih mampan dan holistik.
Ia perlu selari dengan nilai-nilai MADANI yang diterap oleh kerajaan tentang kelestarian, ihsan dan memahami keperluan holistik untuk terus hidup sebagai sebuah negara yang stabil, harmoni dan rakyatnya sebagai model insan yang boleh dibanggakan.
Tuan Pengerusi, The Sustainable Development Report 2024 dengan izin, melaporkan Indeks SDG Malaysia berada di tangga 79 daripada 166 buah negara. Di mana, pencapaian skor Indeks SDG nya ialah 69.3 peratus berbanding paras negara serantau iaitu 66.5 peratus sahaja ke atas keseluruhan pencapaian 17 teras SDG.
Laporan tersebut juga melaporkan teras SDG seperti kelaparan sifar, kesaksamaan jantina, ketidaksamaan yang kurang, kehidupan dalam air dan kehidupan darat adalah antara cabaran yang besar buat negara kita. Namun, kemiskinan sifar dan bandar dan masyarakat mampan menunjukkan pembangunan dan impak yang sangat positif.
Saya kira kita perlu melihat apa yang boleh ditambah baik dan memperkasa usaha sinergi bersama pelbagai lapisan masyarakat.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****] Soalan saya adalah apakah lensa pendekatan dan mekanisme SDG yang diguna pakai kerajaan sekarang bagi memastikan kita tidak tersasar dari konteks Malaysia dalam matlamat membangunkan kualiti kehidupan masyarakat yang mampan. Di samping itu juga, boleh menduduki tangga yang lebih baik pada tahun akan datang.
Kedua, adakah kementerian mempunyai data-data terkini pelaksanaan setiap indikator 17 teras SDG melalui perincian setiap negeri, daerah, kawasan Parlimen serta bidang sektor yang dinilai bagi memastikan keseluruhan Agenda 2030 SDG dapat digembleng bersama.
Tuan Pengerusi, Pembangunan Butiran 00700 – Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara yang mendapat peruntukan sebanyak RM305 juta untuk tahun depan. Kita maklum tentang Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) yang ingin mengangkat Malaysia menjadi peneraju serantau dalam tenaga boleh baharu. Di samping memastikan negara dapat mencapai sasaran net zero carbon seawal-awal tahun 2050.
Saya terus ingin menumpukan kepada CCUS ataupun carbon capture, utility and storage. Industri CCUS ini berpotensi menjadi penjana pertumbuhan ekonomi negara dan pelaburan asing bernilai tinggi Malaysia. Di mana, dianggarkan industri ini mampu menyumbang USD200 bilion hingga USD250 bilion dalam tempoh 30 tahun ini. Anggaran 200,000 peluang pekerjaan baharu serta pembangunan PKS dalam bidang berkaitan juga akan dapat diwujudkan.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Industri CCUS ini telah lama dibangunkan di negara-negara Eropah dan Amerika Utara. Contohnya, Norway telah bermula sejak tahun 1996 dan menyimpan kekal sebanyak 20 juta tan Co2. Namun, negara di Asia Pasifik kebanyakannya masih pada peringkat awal rangka undang-undang dan kawal selia CCUS.
Tuan Pengerusi, negara jiran seperti Indonesia lebih ke depan. Sejak 2023, Indonesia telah mewujudkan dua undang-undang CCUS yang menyatakan komitmen Indonesia untuk menjadi hab penyimpanan serantau selain menetapkan struktur penjanaan ekonomi bagi aktiviti CCUS melalui cross-border carbon trading or storage fees bagi industri- industri selain sektor minyak dan gas, sekali pun rangka pasaran masih belum ditubuhkan sepenuhnya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Justeru, Malaysia perlu bertindak segera merangka undang-undang kawal selia dan piawaian CCUS agar Malaysia tidak terkecuali menjadi hab dan peneraju industri CCUS di Asia.
Soalan saya adalah, apakah perancangan kawal selia piawaian, struktur dan model perniagaan aktiviti CCUS yang akan dibangunkan kerajaan bagi memastikan Malaysia menjadi hab penyimpanan serantau? Kedua, bagi memastikan adanya akauntabiliti di antara kerajaan dan sektor-sektor industri atau pihak swasta dalam aktiviti CCUS, adakah kerajaan mempunyai tanggungan liabiliti dan pembayaran pampasan terhadap pemegang industri syarikat yang terlibat, sekiranya ia gagal dan tidak membantu kerajaan mencapai sasaran tersebut? Itu sahaja perbahasan saya. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Saya jemput Bachok.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Terima kasih. Terima kasih Tan Sri Pengerusi kerana memberikan laluan kepada Bachok. Dua perkara saja. Butiran 020100 – Perancangan Ekonomi. Penyediaan dokumen dan Rancangan Malaysia Ke-13 bagi tempoh 2026/2030. Saya terbaca laporan berita yang memetik ucapan Yang Berhormat Menteri bahawa RMKe-13 akan dirangka dengan mengambil pendekatan yang sama seperti RMKe-1 yang lebih ringkas dan menyeluruh dan berasaskan kaedah kanvas kosong. Mohon Yang Berhormat Menteri kongsikan di Dewan yang mulia ini, perbezaan pendekatan yang akan diambil dalam penyediaan dokumen RMKe-13 berasaskan kaedah kanvas kosong ini berbanding penyediaan RMK-RMK sebelum ini.
Selain itu, dalam merangka RMKe-13 ini Tan Sri Pengerusi, Bachok mengajak pasukan Kementerian Ekonomi yang sangat komited dan kompeten untuk menetapkan sasaran dan matlamat jangka panjang pembangunan ekonomi negara melangkaui sehingga 2040, bukan setakat tempoh 2030 sahaja. Mengambil kira trend mega yang mempengaruhi dunia dan masyarakat pada masa hadapan serta jurang sosioekonomi dalam negara yang perlu dirapatkan.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Fokus Tan Sri Pengerusi, perlu diberikan secara seimbang di antara perkara-perkara besar dan melangit di atas dengan perkara-perkara kecil dan membumi di bawah supaya kemakmuran ekonomi dapat dinikmati bersama. Saya juga secara peribadilah mengucapkan selamat datang kepada Yang Berhormat Menteri ke Kelantan, sesi libat urus RMKe-13 pada Ahad, 17 November ini di Kota Bharu. Ahlan wa sahlan diucapkan.
Tan Sri Pengerusi, Butiran 020200 – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), peruntukan RM245.3 juta. Jelas di sini peruntukan kepada DOSM lebih tinggi berbanding peruntukan di bawah tajuk Perancangan Ekonomi yang saya sentuh di awal tadi. RM162.1 juta menunjukkan peri pentingnya penghasilan data dan statistik yang reliable, dengan izin, terkini dan komprehensif.
Ingin saya tegaskan di sini, tak timbul soal kami mempertikaikan data rasmi yang dikeluarkan oleh pihak DOSM kerana Jabatan Perangkaan Malaysia adalah institusi tunggal dan terunggul yang menjalankan aktiviti survey, bancian dan perangkaan secara komprehensif di seluruh negara. Saya nak bangkitkan dua, tiga perkara. Pertama, proses kemas kini maklumat PADU.
Mohon maklum balas Menteri, mekanisme untuk rakyat mengemas kini maklumat dalam PADU yang belum daftar dan juga yang telah mendaftar, dari aspek tempoh kekerapannya. Seterusnya, mekanisme pengesahan. Tadi update, yang ini pengesahan.
Verifikasi maklumat yang telah diisi, khususnya berkaitan pendapatan, komitmen hutang dan lokasi yang mungkin boleh berubah dari semasa ke semasa, Yang Berhormat Menteri selalu sentuh perkara ini.
Kedua, proses penentuan kelayakan penerima subsidi petrol RON95, dibangkitkan oleh banyak Yang Berhormat. Mohon maklum balas Menteri, apakah definisi T15 ini? Berapa, siapa dan di mana? Ketiga, projek rintis (pilot project), dengan izin, penentuan kelayakan subsidi petrol RON95. Mohon Yang Berhormat Menteri menyatakan jumlahnya sahaja.
Jumlah stesen yang terlibat mengikut negeri, termasuk Sabah dan Sarawak, juga jumlah pemegang kad pengenalan yang terlibat mengikut kategori T15 dan bukan T15. Saya nak tarik perhatian Yang Berhormat Menteri, hari ini keluar laporan di Sinar Harian, ‘Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Bumiputera Malaysia (BUMIPEDA)’, [Sambil menunjukkan dokumen] menyatakan, “Belum ada rundingan pembelian RON95”, mengesahkan belum ada sesi libat urus atau rundingan dengan pengendali pengusaha stesen minyak berhubung pelaksanaan mekanisme penggunaan MyKad dan e-dompet bagi pembelian RON95. Jadi, mohon penjelasan.
Menteri, yang terakhir sikit saja. Saya tengok Butiran 040100 – Bertugas ke Luar Negara. Tan Sri Pengerusi, kelihatan satu peningkatan yang agak ketaralah bagi tahun 2025.
RM7.3 juta berbanding ketimbang RM2.1 juta tahun 2024. Pandangan saya Yang Berhormat Menteri, with due respect, tak perlulah kerap sangat Menteri Ekonomi ini keluar ke luar negara.
Kita railah, kita utamakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri MITI, Menteri Luar Negara untuk mengiringi ataupun ke luar negara bersama Yang Amat Berhormat
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Perdana Menteri untuk membawa masuk pelaburan dan membuka pasaran eksport yang berbilion Ringgit. Menteri Ekonomi ini kalau selalu berada di luar negara, nanti ramai rindu pada Yang Berhormat Menteri, khususnya sahabat saya Arau dan juga Pendang. Rakyat di luar pun pastinya merindui.
Terakhir Tan Sri Pengerusi, sukalah saya kongsikan di sini satu slogan, ‘Ekonomi Maju, Perancangan Jitu, Data Yang PADU’. Jadi, sekian sahaja, Tan Sri Pengerusi. Oleh kerana kita pun dah masuk waktu Maghrib, saya mohon semuanya dijawab secara bertulis oleh Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Saya jemput terakhir, Paya Besar.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya ingin merujuk Butiran 020000 – Perancangan Pembangunan Nasional. Tan Sri Yang di-Pertua, Wawasan 2020 diperkenalkan pada Rancangan Malaysia Ke-6 tahun 1991, telah menjadi satu panduan penting pada tahun tersebut hinggalah ke saat tahun 2020.
Persoalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah kerajaan akan membentang dasar jangka panjang yang menggariskan matlamat Malaysia dalam 30 tahun ke hadapan semasa membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 agar kita tahu apakah corak Malaysia pada tahun 2055, Malaysia 2055?
Tan Sri, saya juga nak menyentuh berkaitan Butiran 020200 – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Situasi kesejahteraan sosial dan ekonomi negara dilihat dan dinilai dari paparan data statistik yang diterbitkan. Bagaimana Yang Berhormat Menteri, kerajaan nak menangani perbezaan data capture yang dibuat daripada DOSM dan agensi-agensi kerajaan? Sebagai contoh, data yang berada di MIDA berkaitan FDI tak sama seperti mana data capture oleh DOSM.
Data jumlah tourism yang sampai di Malaysia diambil oleh MOTAC dan tak sama sepertimana yang berada di DOSM. Saya juga ingin mencadangkan kepada kementerian supaya data charter ini diperkenalkan di negara kita. Apakah polisi yang sebenarnya ingin kita akur bersama dalam memastikan semua policy maker harus mengambil piagam data ini sebagai asas dalam membuat data driven decision?
Tan Sri, saya juga nak sentuh Butiran 030000 – Pembangunan Ekonomi Wilayah Koridor. Saya nak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, bagaimana penentuan kefungsian terkini pembangunan koridor? Berdasarkan apa yang Yang Berhormat Menteri lihat, prestasi pencapaian koridor ekonomi, adakah kita masih nak mengekalkan kefungsian mereka?
Pembangunan infrastruktur, koridor buat. Pelaburan, koridor buat. Pembangunan kapasiti usahawan dan penyelidikan juga koridor buat. Adakah kita nak tumpukan sepenuhnya untuk mereka tarik pelaburan kepada kawasan koridor ekonomi atau kita juga benarkan mereka membuat pembinaan infrastruktur? Kefungsian daripada dapatan ini
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
penting kerana kita nak memastikan koridor yang kita cadangkan itu berjaya mencapai asasnya.
Tan Sri Pengerusi, saya juga nak menyentuh Butiran 00100 – Kajian-kajian Kemungkinan dan Butiran 00700 – Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara. Tan Sri, saya nak minta pencerahan daripada pihak kementerian kerana peruntukan diperuntukkan begitu tinggi di bawah kajian-kajian kemungkinan. Saya nak di Dewan ini diberi penerangan, adakah kita mempunyai kajian untuk melihat trend peningkatan dan penurunan harga minyak pasaran global? Hari ini 71.66 barrel, medium-term revenue strategi 2024/2026, kita meletakkan pada kadar USD80 per barrel, turun sahaja daripada USD80 per barrel, government akan kurang hasil.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Kalau meningkat atas daripada 80 barrel, government akan tambah hasil tetapi beban subsidi juga meningkat. Jadi saya minta supaya di Dewan ini diperjelaskan apakah trend pada masa yang akan datang, apatah lagi Tan Sri Pengerusi, apabila kita buat penyasaran pada T15, saya kira kita float terlampau tinggi dan ini akan memberi kesan juga kepada lower bracket T15. Saya juga nak menyentuh berkaitan Trump’s Anti-Climate Change Agenda, US in Paris Agreement Pact. Tan Sri Pengerusi, US signed Agreement Paris di bawah Barack Obama. 2017, Presiden Trump revoked, pull out the agreement. Biden masuk balik 2021 untuk reaffirm. Semalam, minggu lepas di Qatar Economic Forum, CEO Exxon Mobil, top U.S oil co. menyatakan kebimbangan bahawasanya akan ada second US exit. Saya bimbang Tan Sri, destabilization effort to attract capital ini akan impak kepada kita. Jadi saya nak tanya, adakah kerajaan kemungkinan di bawah Kementerian Ekonomi juga melihat kemungkinan ini dan kalau boleh, dapat share untuk kita.
Akhir Tan Sri, saya nak sentuh berkaitan Butiran 93500 – Program/Projek Pembangunan Ekonomi. Saya memuji langkah Kementerian Ekonomi membuat program- program pembangunan ekonomi. Jelas dan ada target-nya. Cumanya adakah Kementerian Ekonomi juga mempunyai perancangan untuk membuat kerjasama dengan kerajaan negeri?
Saya ambil contoh Tan Sri Pengerusi, Kerajaan Negeri Pahang di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang memberi 25 rumah percuma kepada mereka miskin tegar. Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah juga mengurniakan rumah kepada mereka pada setiap tahun. Jadi cumanya Yang Berhormat Menteri, masalah mereka tidak mempunyai tanah.
Kita kelompokkan mereka Tan Sri Pengerusi, cumanya tidak ada pakej pemerkasaan ekonomi di situ. Kita beri rumah tetapi kita tidak beri punca pendapatan. Saya nak mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri, kalau boleh jadikan Paya Besar sebagai pilot untuk kita adakan sebab di Paya Besar ini kita kelompokkan mereka ikut rumah.
Rumah dah percuma. Mereka ada tanah. Kerajaan negeri sediakan tanah. Di tanah itu kita mungkin boleh buat IPR, IKR dan ini akan menjadi model supaya bukan sahaja kita beri rumah, tetapi juga kita beri mereka punca ekonomi. Kalau ini dapat ditunjukkan, insya-
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Allah ia akan dapat lagi mencapai objektif yang kita ingin lakukan kerana Tan Sri Pengerusi, setakat hari ini, Kerajaan Negeri Pahang telah beri ratusan buah rumah percuma kepada rakyat negeri Pahang yang memerlukan.
Ini satu tindakan yang baik tetapi lebih baik jika Kerajaan Persekutuan datang dengan pelan ekonominya. Tan Sri Pengerusi, terima kasih atas peluang yang ada. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik. Terima kasih kepada 16 orang Yang Berhormat telah pun mengambil bahagian. Saya jemput Menteri untuk memberi jawapan-jawapan, 25 minit.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Tan Sri Speaker. Peraturan Mesyuarat 36(6), 36(12).
Tuan Pengerusi
Okey.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Ini tak ada kena mengena dengan Menteri Ekonomi.
Tuan Pengerusi
Okey.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Tadi jam 5.56 petang, Ahli Parlimen Kampar telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa, saya tahu YB Ayer Hitam rujuk Menteri pada Jawatankuasa Hak. Saya nak sekali lagi Tan Sri Speaker orang yang paling arif dan Tan Sri lah saksi. Saya menurut perintah Tan Sri selepas kalau ada usul, boleh buat usul. Saya buat usul kepada Tan Sri Speaker.
Kemudian saya terima surat, Ahli Parlimen Kampar pula buat usul terhadap saya, rujuk saya kepada Jawatankuasa Hak. Saya terima. Saya pun jawab apa – pertama, saya tulis kepada Tan Sri apa yang saya minta. Saya tidak pernah nak merujuk Menteri Ekonomi kepada Jawatankuasa Hak. First day saya dah kata. Itu bukan niat saya. Saya cuma nak bersihkan nama saya. Itu adalah berdasarkan rujukan yang telah saya sebutkan.
Tapi dalam kes ini, yang merujuk saya kepada jawatankuasa adalah YB Kampar.
Sekarang terbalik pula. Saya rujuk Menteri Ekonomi kepada Jawatankuasa. Apa ini Tan Sri?
Dan surat kata 15 hari bulan untuk saya menjawab. Saya pun akur Tan Sri dan hantar kepada Tan Sri. Tak ada masalah. Saya beri masa Tan Sri, kita berbincang. Dalam kerajaan, apa masalah. Tapi jangan ada orang yang menyibuk, cakap bukan-bukan dan sampai boleh terbalikkan fakta. Itu saya minta petua daripada Tan Sri 36(12), 36(6) sangkaan jahat, tak boleh. Saya dah rasa tak boleh.
Limit saya kalau you nak cakap saya tak baik, tak apa. Tapi jangan sampai terbalikkan fakta kerana boleh rujuk Hansard. Saya tak pernah kata saya rujuk Menteri. Saya pun kata, saya anak jantan. Kalau dirujuk kepada jawatankuasa, saya akan berdepan. Tak ada masalah. Yang benar tetap benar. Itu 85.2 juta itu bukan datangnya, asalnya daripada saya dan saya merujuk kepada jawapan bertulis dalam Dewan Rakyat ini. Saya minta Tan Sri supaya kita bincang. Perkara ini bagi saya tidak melibatkan pihak yang lain. Saya akur dengan apa yang Tan Sri buat. Terima kasih Tan Sri yang bijaksana.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya. Terima kasih Tan Sri Speaker. Hari itu saya bangkit perkara sama 36(12).
Tuan Pengerusi
Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tapi saya tak dibenarkan ucap tapi...
Tuan Pengerusi
Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ayer Hitam duduk sini, dia boleh ucap dua, tiga minit. Jadi..
Tuan Pengerusi
Kampar!.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya, ya, ya.
Tuan Pengerusi
Duduk dulu. Kampar, duduk dulu. Okey terima kasih. Depan – saya baru dapat surat yang telah pun saya tandatangani dan setelah sedang ambil tindakan dan beri saya masa sedikit. Saya telah pun minta semua pihak yang terlibat untuk bagi jawapan- jawapan yang saya minta. Akhirnya, minggu depan saya akan buat keputusan. Jadi untuk itu, saya nak rest kes itu di sini hinggalah saya buat keputusan.
Kampar, dengar saya bahawa tidak ada apa-apa yang Kampar perlu risaukan kerana saya juga akan memberi jawapan yang Kampar majukan itu minggu depan. Okey, terima kasih.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Cuma kenyataan Kampar tadi kata saya rujuk Menteri, itu perlu diperbetulkan. Itu tidak benar.
Tuan Pengerusi
Itulah saya akan bentangkan apa juga hasil siasatan saya minggu depan kerana saya telah pun memberikan deadline. It’s not fair.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tan Sri Speaker. Benarkan saya cakap sedikit.
Tuan Pengerusi
Saya tak bagi dah.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Sebab dia pun – dia yang membuat sangkaan jahat.
Dia pakai usul 36(12). 36(12) itu, “Mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan”. Tapi dia kata, dia pakai 36(12), dia tak rujuk Menteri.
Apa itu?
Tuan Pengerusi
Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya tak faham.
Tuan Pengerusi
Kampar, saya dapat semua surat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya, ya, ya.
Tuan Pengerusi
Surat Kampar pun saya dapat, surat Ayer Hitam pun saya dapat.
Duduk dulu. Minggu depan saya cakap. Sekarang Menteri nak jawab. Silakan Menteri, 25 minit.
Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat malam Tan Sri Pengerusi. Saya nak minta maaf kepada Ayer Hitam dan Kampar dan juga Tan Sri Pengerusi. Saya punya pasal, habis bergaduh ini kan.
[Ketawa] Habis kena rujuk.
Baik, tadi ada 16 orang dan setiap seorang itu ada dalam empat, lima soalan. Jadi kalau nak baca satu-satu jawapan itu, mungkin tak balik kita malam ini. Jadi, saya mohon izin
Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Tan Sri Pengerusi supaya walaupun setiap pembahas, Ahli Dewan tadi bagi soalan yang terperinci, tapi kalau saya boleh rangkumkan ada banyak soalan yang bertindih-tindih.
Sebelum itu, saya nak jawab yang paling awal sekali kepada Beaufort. Beaufort menanyakan mengenai tiga keperluan asas jambatan kayu, culvert dan sebagainya yang sangat mendesak di Beaufort. Sama ada ia boleh dilaksanakan melalui IKR, saya boleh maklumkan di sini, boleh diluluskan sekarang, tertakluk kepada syarat IKR dan pegawai saya akan berhubung dengan Beaufort untuk memastikan perkara itu dapat dilakukan.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Terima kasih YB Menteri.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Pertama, Kampar bertanya mengenai Rang Undang- undang Anti-Ali Baba. Perancangannya akan di – draf itu untuk disiapkan dalam tahun 2025.
Oleh kerana tempoh masa kajian dan kaji selidik sebenarnya panjang. Kalau kita benar-benar faham mengenai Ali Baba, dia melibatkan banyak perkara dan ada perkara yang kita perlu jelaskan. Berapa banyak bentuk dari segi dengan izin, value adding yang perlu ada sebelum sesuatu itu dikira sebagai Ali Baba.
Soalan Kampar, saya ingat Gopeng pun tanya dan beberapa yang lain ialah kenapa di bawah Butiran 70108, dalam banyak-banyak PKEN itu, tiba-tiba Perak sahaja yang ada yang kena bagi. Kami bagi pinjaman, yang lain semua bagi percuma.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Jadi, saya nak ambil kesempatan ini untuk ucapkan sebenarnya tahniah kepada Perak kerana memang Perak sanggup untuk mengambil pinjaman dan pinjaman itu adalah untuk mengusahakan Silver Valley Park dan memang kami mengalu-alukan dan saya ingat di masa akan datang, satu lagi fokus ialah untuk kita memastikan seberapa banyak perbadanan kemajuan ekonomi negeri-negeri mampu melaksanakan perkara yang sama.
Jika peruntukan itu dipohon, ia mestilah untuk membangunkan sesuatu projek yang ada nilai ekonomi yang boleh bertahan supaya pinjaman itu dapat dibayar balik.
Mengenai PADU, saya ingat kita dah jawab banyak kali. Jadi, saya skip-lah yang itu ya. Sabak Bernam tanya mengenai budi individu dan juga kenapa kenderaan 10 tahun dan sebagainya. Saya minta maaf Sabak Bernam tetapi itu di bawah MOF. Jadi, bukan di bawah butiran saya. Yang itu boleh ditanya kepada MOF, seterusnya kerana pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel itu diuruskan sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan.
Shah Alam bertanya mengenai subsidi dan T15 dan sebagainya yang boleh juga kita rangkumkan dengan beberapa soalan yang lain ya. Setakat ini, saya boleh berkongsi dengan Dewan bahawa pendirian dan cadangan Kementerian Ekonomi sama dengan hampir semua yang disuarakan di dalam Dewan, baik di sebelah kerajaan ataupun di sebelah pembangkang iaitu kita tidak boleh melaksanakan perkara ini dengan berdasarkan pendapatan kasar isi rumah semata-mata.
Ia akan perlu mengambil kira perkara-perkara yang banyak dibangkitkan oleh Ahli Dewan tadi iaitu ia mestilah mengambil kira pendapatan bersih setelah ditolak cukai, caruman, zakat dan sebagainya. Kemudian mestilah ditolak dengan perbelanjaan, bergantung kepada lokasi, anak, umur anak, tanggungan anak dan sebagainya.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Cuma yang mungkin saya belum jelaskan sebelum ini, semasa kita laksanakan PADU, selalu ditanya macam mana kita nak pastikan bahawa yang dimasukkan data itu adalah tepat. Siapa yang nak semak? Sebab itu kita perkenalkan Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar. Data-data itu setakat ini bila digabungkan dengan data-data lain, memberi gambaran sebenarnya untuk sesebuah keluarga dengan isi rumah tertentu, di tempat tertentu, pada umur tertentu, apakah perbelanjaan yang perlu minimum ada untuk menghadapi kehidupan yang wajar.
Kehidupan wajar itu maknanya selain daripada dia boleh makan dengan baik, rumah dengan baik, kenderaan semua ada, dia juga ada lebih lagi untuk dia menjalani perkara- perkara dalam aktiviti sosial, menyumbang dan sebagainya. Ini akan menjadi ukuran perbelanjaan yang standard kepada semua.
Jadi, kalau ada orang kata saya gaji RM10,000 tapi saya selepas tolak semua kereta saya, Mercedes semua saya tinggal RM100. Itu masalah engkau sebab kalau di tempat itu untuk isi rumah dia katakanlah empat orang, sebenarnya kita tengok perbelanjaan asas kehidupan wajar hanya RM8,000 sepatutnya dia ada RM3,000 lagi lebih. Tetapi oleh kerana dia berbelanja lebih, maka sebab itu kita perlukan satu piawai yang dipanggil Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar. Itulah yang telah dibangunkan dan menjadi sebahagian daripada asas cadangan daripada Kementerian Ekonomi kepada kerajaan.
Shah Alam juga bertanya tentang integrasi data. Kita sedia maklum Akta Omnibus perkongsian data akan dibentangkan dalam tahun 2025 dan itu akan memudahkan perkongsian data. Sekarang ini memang tidak boleh berkongsi data sesama jabatan kerajaan kerana hak data dan kerahsiaan data itu ditentukan oleh setiap akta masing-masing dan penyediaan PADU memerlukan Kementerian Ekonomi dan DOSM menandatangani berpuluh-puluh perjanjian perkongsian data dengan jabatan-jabatan.
Shah Alam dan beberapa yang lain juga tanya tentang NETF iaitu di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga. Peruntukan untuk tahun depan sekitar RM305 juta. Itu adalah untuk dana peralihan tenaga negara bermula dengan RM100 juta tahun ini dan tahun depan RM300 juta. Itu akan dijadikan dana kepada industri untuk memulakan projek-projek peralihan tenaga.
Mengenai peluang pekerjaan dan sebagainya, ini diselaraskan secara bersepadu dan satu strategi utama kerajaan ialah menggunakan kepakaran yang ada di dalam industri minyak dan gas atau yang dipanggil OGSE, oil and gas service equipment industry dengan izin, kerana mereka mempunyai asas teknikal yang sama. Jadi, sepertimana juga kita dulu melatih kumpulan ini di dalam bidang oil and gas, mereka juga akan dilatih untuk mula mencapah ke dalam industri peralihan tenaga.
Shah Alam juga dan beberapa ahli yang lain bertanya tentang pembangunan koridor, kenapa peruntukan berkurang. Sebabnya ialah kerana kerajaan telah membuat keputusan untuk memfokuskan dan mera ― I cannot mention, dengan izin boleh? Rationalize. Dia petang, malam hendak sebut rasionalisasi pun payah. Kerajaan telah membuat keputusan untuk kita memberi fokus kerana kalau tidak ia banyak pertindihan. Kita ada PBK (pihak
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
berkuasa koridor). Dia juga buat jalan tetapi JKR pun buat jalan. Dia juga buat program kebajikan tetapi Jabatan Kebajikan Masyarakat pun buat.
Jadi, kalau macam Langkawi tanya tadi, mereka ada empower, dia ada program keusahawanan dan sebagainya. Oleh sebab itu, dia banyak pertindihan. Jadi, dalam fokus kita ialah apa sebenarnya fungsi asal pihak berkuasa koridor? Fungsinya ialah meningkatkan ekonomi dengan membawa masuk pelaburan, memudah cara pelaburan supaya ada peluang pekerjaan.
Kerja-kerja yang berkait dengan tugas rasmi itu, mereka akan teruskan termasuklah latihan yang diperlukan untuk dijadikan tenaga kerja kepada pelaburan-pelaburan ini, termasuklah beberapa perkara strategik yang lain termasuklah contohnya untuk mengusahakan taman-taman industri tertentu. Itu akan terus. Tetapi yang dibuat oleh jabatan-jabatan lain itu memang keputusan saya daripada tahun lepas lagi mereka perlu fokus dan pakarnya adalah di jabatan-jabatan kerajaan lain.
Ini kerana kalau kita Kementerian Ekonomi menggunakan pihak berkuasa koridor ini untuk memberi peruntukan, untuk membuat sesuatu, dia sebenarnya mengambil peruntukan daripada kementerian lain untuk buat tugas itu. Jadi, kalau latihan tenaga kerja, mana yang di bawah program di bawah Kementerian Sumber Manusia contohnya akan diteruskan dan diperkasakan melalui Kementerian Sumber Manusia. Saya ingat itu turut menjawab sebahagian daripada yang disebut oleh Paya Besar tadi. Jadi fokusnya ialah masing-masing kementerian, agensi kita fokus kepada core business kita. Padang Terap ada bertanya tentang penyertaan Malaysia...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tan Sri Pengerusi, Yang Berhormat Menteri, sedikit. Sedikit saja.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Boleh.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya setuju pandangan Yang Berhormat Menteri supaya kita penetapan fokus itu kepada koridor pihak berkuasa ini untuk tumpukan pada pelaburan. Antara MITI dan MOF ada masalah dari segi kefahaman, dari segi insentif. Bagaimana Yang Berhormat Menteri melihat untuk kita speed up-kan supaya Gambang Halal Park tempat saya itu dapat dipercepatkan. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Dari segi pengasingan tugasnya sekarang, untuk mendapatkan minat awal sehingga kelulusan pelaburan itu, maksudnya pergi ke luar negara, promosi dan sebagainya, itu adalah di bawah MITI dan MIDA. Tetapi untuk merealisasikannya, sebab proses itu panjang. Dia kadang hanya datang, dia dapat kelulusan tapi dia ambil dua tiga tahun untuk melalui proses melaksanakan. Itu akan dilaksanakan oleh PBK dan memang agensi pusat seperti MIDA perlu bekerjasama rapat dengan PBK kerana yang berada di bawah dan berurusan dengan syarikat-syarikat ini adalah PBK.
Proses itu telah dilaksanakan di dalam tatakelola yang lebih baik. Memang ada mesyuarat berkala di antara MIDA, di antara PBK yang dipengerusikan oleh saya sendiri yang sebelum ini tidak pernah berlaku. Jadi, perkara itu dibincangkan dengan adik-beradik supaya
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
kita tidak terlalu silo di antara jabatan-jabatan ini. Padang Terap bertanya tentang Sidang Kemuncak SDG di New York, saya ingat Julai.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Sebenarnya, tugas yang mewakili negara di New York itu seingat saya ialah KPKT.
Jadi saya ingat Menteri KPKT hadir, Julai tetapi saya perlukan pengesahan daripada Menteri KPKT. Sebahagian daripada SDG ini ada proses-proses tertentu seperti kalau di bandar- bandar, dia ada voluntary local review dan memang kita ada bandar-bandar tertentu yang melalui proses ini.
Untuk makluman terperinci itu, saya ingat saya kena mohon nanti bantuan secara bertulis daripada KPKT kerana Kementerian Ekonomi adalah sekretariat pusat yang menyelaraskan perancangan SDG. Tetapi kalau contohnya VLR yang berkaitan dengan perbandaran dan sebagainya, ia sebenarnya di bawah KPKT. Jadi yang itu nanti bila saya dapat jawapan bertulis, boleh diberikan kepada Padang Terap.
Soalan Padang Terap mengenai Butiran 050100 – Skim Saraan Perkhidmatan Awam
(SSPA) yang baharu, termasuk lagi soalan-soalan beberapa anggota yang lain, yang itu pun sama saya mohon maaf. Butiran di dalam Kementerian Ekonomi yang ada itu hanyalah merujuk kepada kenaikan gaji yang perlu ditanggung untuk kakitangan Kementerian Ekonomi. Sebarang persoalan mengenai dasar dan sebagainya itu, sewajarnya ditanya kepada JPA yang boleh dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Padang Terap bertanya mengenai perkembangan di Kedah Rubber City dalam kawasan Padang Terap. Saya baru mempengerusikan Mesyuarat Exco NCIA semalam. Saya boleh melaporkan kepada Padang Terap dan Dewan dua perkara yang ditanya tadi. Satu, pakej insentif. Memang pakej insentif sedia ada ini akan tamat 31 Disember 2024 dan MOF sedang dalam proses untuk membangunkan dan melaksanakan pakej insentif yang baharu.
Tetapi insya-Allah, memang akan ada tetapi dia lebih kepada lokasi dan tumpuan kepada industri-industri tertentu.
Kemajuan KRC sekarang sangat membanggakan. Untuk fasa pertama, sekitar saya ingat sekitar 20 peratus telah ditandatangani dari segi industri yang akan masuk termasuk satu industri yang baru yang besar dan lebih kurang 40 peratus lagi tanah untuk fasa 1 itu sudah pun ada perspektif yang kita rasa dari segi tahap akan tandatangan ini, the feasibility yang dia akan tandatangani itu adalah sekitar 80 peratus.
Jadi saya agak yakin bahawa dalam tempoh setahun, kita akan dapat berjaya penuhkan fasa 1 dan bila kita sampai ke satu peringkat tertentu, itu membolehkan Kementerian Ekonomi menilai sama ada kita boleh membina satu ataupun naik taraf jalan daripada Padang Terap ke Alor Setar. Jadi itu status KRC sekarang. Tetapi saya ingat insya- Allah, dengan perancangan yang ada itu dalam tempoh setahun, Padang Terap insya-Allah akan jadi lebih popular kerana memang akan ada satu industri yang besar di kawasan itu.
Gopeng bertanya tentang banci ekonomi. Akta statistik akan dibentangkan tahun depan insya-Allah 2025. Jadi, Kementerian Ekonomi terpaksa sebenarnya akta itu telah siap.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Cuma tahun ini, aturan undang-undang baharu ini banyak. Jadi ada dua undang-undang yang sepatutnya kami bentangkan tahun ini kami kena bawa tahun depan.
Satu ialah sekarang ini sedang dibincangkan dengan Ketua Setiausaha Negara dan JPA mengenai akta iltizam. Satu lagi ialah akta statistik. Memang betul akta statistik tidak pernah dipinda langsung daripada awal-awal tahun 1960 saya ingat. Jadi memang sudah sampai masanya untuk kita bentangkan balik keseluruhan akta baharu. Untuk Akta Banci, insya-Allah itu juga dalam senarai untuk kami semak kalau ada keperluan untuk dipinda.
Gopeng bertanya dan juga beberapa anggota Dewan yang lain bertanya tentang Butiran 93500 iaitu Projek-projek Pembangunan. Apa yang terkandung di dalam itu yang besarnya adalah Inisiatif Pendapatan Rakyat dan juga Inisiatif Kemudahan Rakyat.
Peruntukan Inisiatif Pendapatan Rakyat tahun depan adalah RM250 juta, memang dia berkurang berbanding dengan tahun ini sebabnya ialah kerana peruntukan ini dia tidak dibelanjakan secara sekata. Ia bergantung kepada fasa pelaksanaan, terutamanya jika ia projek INTAN yang melibatkan pertanian. Ia hanya mahal semasa beberapa bulan awal kita membina infrastruktur itu.
Selepas dua pusingan tuaian itu berlaku, memang peruntukan itu tidak banyak kerana hasil daripada tuaian itulah juga yang akan membayar kepada kos operasi setiap tapak itu. Jadi memang dari satu tahun ke satu tahun bila kita membuka, kecuali kita ada beberapa siri projek yang besar yang baharu, dia memang akan turun sedikit.
Untuk Inisiatif Kemudahan Rakyat untuk tahun 2024, sebanyak RM350 juta telah dibelanjakan dan ini adalah projek-projek kecil yang dipohon terus oleh orang ramai ataupun kadang-kadang pihak berkuasa tempatan pun ada mohon untuk dilaksanakan dan ia mestilah di bawah RM200 ribu. Sambutan yang paling tinggi adalah di Sabah lah. Jadi sebab itu bila Beaufort minta tiga tadi, saya banyak meneliti sendiri keadaan kemudahan di Sabah, memang banyak yang diluluskan untuk Sabah dan juga termasuk di negeri-negeri lain.
Minggu lepas, saya ingat saya ada mesyuarat dengan Menteri-menteri Besar dan wakil-wakil kerajaan negeri untuk kita bekerjasama supaya manfaat Inisiatif Kemudahan Rakyat ini dan juga IPR dapat diperluaskan lagi dan dia terbuka kepada semua kerajaan- kerajaan negeri untuk memanfaatkannya.
Padang Rengas menyentuh mengenai Kajian Kemungkinan. Jadi, terima kasih banyak-banyak kepada Padang Rengas. Pertanyaan Padang Rengas mengenai ekonomi yang berasaskan laut, perikanan dan sebagainya, tahun depan Kementerian Ekonomi akan melaksana dan insya-Allah memuktamadkan kajian mengenai ekonomi biru (blue economy) dan RM2.45 juta telah diperuntukkan untuk menyiapkan rangka kerja tersebut.
Memang kebiasaannya kita tidak menggunakan perunding luar. Malah beberapa pelan-pelan yang telah dibentangkan daripada Kementerian Ekonomi sebelum ini dibangunkan hampir sepenuhnya oleh kakitangan kerajaan. Cuma, ada beberapa perkara kadang-kadang kita memerlukan data dan hanya pihak-pihak tertentu yang ada data tertentu.
Itu selalunya kita hanya bayar untuk mendapatkan data tersebut. Keutamaannya adalah untuk menggunakan seberapa banyak perunding tempatan.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Betong ada menyentuh mengenai IPR dan IKR tadi dan sedikit maklum balas mengenai Sarawak.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Bangun]
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Minggu lepas seperti yang saya sebut, Sarawak diwakili oleh Timbalan Premier dan Timbalan Premier menyambut baik supaya program IPR ini dapat ditingkatkan dengan meluas di Sarawak kerana Sarawak banyak tanah. Tetapi ini akan diselaraskan bersama dengan UPEN Sarawak dan juga Kementerian Ekonomi.
Memang bagi setiap program kalau INTAN itu, dia perlukan technical partner ataupun syarikat ataupun selalunya juga Pertubuhan Peladang yang perlu ambil keseluruhan risiko daripada risiko teknikal menanam sampailah jual kerana syaratnya ialah setiap peserta itu mesti dapat sekurang-kurangnya RM2 ribu sebulan. Kalau dia jual tanaman itu tidak jadi ataupun tidak ada pembeli sedia, kalau rendah, dia kena bayar.
Pendang nak tanya, boleh bagi masa? Saya okey. Pendang nampak baik hari ini.
Tuan Pengerusi
Pendang?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya baik, saya baik. Insya-Allah. Saya cuma nak bangkitkan tadi saya bangkit dalam – tidak disentuh oleh Yang Berhormat Menteri tadi berkenaan dengan keciciran isi rumah dalam sistem data PADU dan yang kedua, saya sentuh juga vicious circle of poverty tadi ini. Saya nak sebut lagi sekali yang ketiganya berkenaan dengan Sistem Sosial Kredit – 050100 sahaja. Minta, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Pendang tak sabar, dia punya saya nak jawab. Ada dua orang lagi ini nak jawab ini. Insya-Allah, sempat untuk jawab Pendang sebelum habis.
Jadi kalau tak sempat Tan Sri Pengerusi, saya minta bagi dua minit untuk jawab Pendang sahaja. Kalau tidak, dia marah.
Mengenai Kota Melaka dan saya ingat Bakri pun ada menyentuh mengenai West Coast Expressway. Kepada soalan Kota Melaka, memang Kerajaan Persekutuan telah membuat keputusan walaupun tidak dimasukkan di bawah mana-mana pihak berkuasa koridor tetapi Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Melaka sebenarnya membentuk koridor ekonomi yang besar di negara ini yang perlu diperluaskan.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Sebahagian daripada keputusan yang dibuat termasuklah juga mengumumkan mengenai pembinaan Lebuhraya Pantai Barat itu. Jadi memang perancangan di peringkat Kementerian Ekonomi, di peringkat MITI ialah melihat Negeri Sembilan dan Melaka dan sambungannya kepada Selangor dan Wilayah Persekutuan sebagai satu koridor pembangunan. Mengenai inflasi, saya perlu jelaskan sedikit Tan Sri Pengerusi.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat Menteri, Bakri.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Ya, ya, Bakri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat Menteri, tadi saya ada bangkitkan...
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Ya, saya jawab sedikit yang pasal kereta api. Saya nak jawab kemudian tetapi tak apa, saya jawab terus sekali gus soalan Bakri mengenai kereta
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
api. Kita sekarang ada jajaran daripada Gemas kepada Kempas. Jajaran ini adalah jajaran lama yang kita warisi daripada British dan kerajaan telah membelanjakan saya ingat melebihi RM20 bilion untuk menaik taraf menjadi landasan berkembar daripada Padang Besar sehinggalah kepada Kempas.
Masalah sekarang yang baru-baru ini Menteri Pengangkutan dan saya ada umumkan mengenai keputusan menyewa, untuk menukar modal pembelian gerabak ialah kita ada landasan yang sangat baik sekarang, landasan berkembar tetapi kita tak ada wang untuk beli gerabak. Jadi, kapasiti kereta api yang kita ada sekarang, dia tak sampai 30 peratus pun daripada yang sepatutnya kerana dengan soal duit dan sebagainya, tak ada wang untuk beli gerabak.
Jadi sebab itu masalah gerabak itu telah diselesaikan. Kementerian Pengangkutan telah mendapat kelulusan untuk merundingkan, untuk membina industri gerabak dan membolehkan keperluan gerabak dari Gemas ke Kempas itu dapat dipenuhkan terlebih dahulu dan kita perlu menggunakan kapasiti yang ada ini. Tetapi kalau kita tengok, itu masih lagi tidak menyelesaikan masalah ketersambungan di Pantai Barat.
Tapi kalau kita hendak bina satu lagi spur line dengan izin Tuan Pengerusi, memang mahal. Jadi kita perlu tingkatkan kapasiti landasan berkembar kita ini sampai 100 peratus dahulu menggunakan jajaran sedia ada. Sebab itu buat masa sekarang, kaedah yang paling baik ialah untuk kita membina Lebuhraya Pantai Barat yang menghubungkan daripada Banting sehinggalah ke Melaka dan insya-Allah ke Johor.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat Pengerusi, saya hendak meminta perhatian daripada ....
Tuan Pengerusi
Sebelum itu, Menteri perlukan berapa minit agak-agak?
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Saya rasa lima minit. Kalau kita boleh pukul 8?
Tuan Pengerusi
Okey, saya bagi tujuh minit dari sekarang.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Tujuh minit, ya.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat Menteri, saya faham hakikat bahawa mungkin sekarang kita tidak ada dana yang mencukupi untuk membangunkan sekarang.
Tetapi sekiranya perancangan itu ada, kita sediakan footprint. Sementara kita merancang untuk Lebuh raya Pantai Barat itu, maka dia akan menjimatkan kos untuk pembangunan akan datang. Saya rasa perlu ada perancangan awal untuk satu jangka masa yang panjang untuk menangani isu ini sebab mungkin dana itu kita boleh cari atau biayai projek ini dengan cara lain. Tidak semestinya keluar daripada pihak kerajaan.
Tuan Pengerusi
Okey.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Maka saya harap pihak kementerian merancang lebih awal untuk cadangan ini.
Tuan Pengerusi
Okey.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih Bakri. Akan dipertimbangkan mengikut kesesuaian dan kemampuan peruntukan kerajaan ya. Mengenai inflasi yang Kota Melaka
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
tanya tadi, saya faham bila disebut inflasi ini, yang kita selalu dapat maklum balas ialah macam mana inflasi ini rendah sedangkan harganya mahal?
Inflasi bukan ukuran harga itu mahal atau murah. Inflasi ialah petunjuk betapa cepatnya harga barang itu naik daripada satu tahun ke satu tahun. Dalam keadaan yang sempurna, inflasi katakanlah naik tiga peratus, pertumbuhan gaji naik enam peratus setiap tahun. Jadi, walaupun inflasi itu naik, rakyat tidak rasa terbeban kerana mereka terus mendapat lebihan gaji jika kita berjaya mengawal inflasi.
Jadi sebab itu, sebelum kita bercakap tentang harga barang turun dan sebagainya, tugas mana-mana kerajaan dalam dunia ini adalah untuk memastikan kawal inflasi dahulu.
Sebab kalau inflasi itu melebihi, kalau ada negara sampai 20 peratus, 30 peratus, segala perancangan ekonomi lain tidak akan ada kesan. Ekonomi tumbuh pun tapi dia tidak akan ada kesan kepada rakyat kerana kuasa beli itu makin rendah.
Jadi sebab itu keadaan yang berlaku sekarang, inflasi kita adalah paling stabil kalau diukur daripada 2011 pun sekarang. Itu juga yang mempengaruhi keputusan kerajaan bahawa kita hendak melaksanakan penyasaran semula subsidi RON95. Kalau kita naikkan harga, kebimbangan kita dia akan mempercepatkan balik inflasi. Jadi, mengawal inflasi pada kadar sekarang adalah keutamaan utama.
Sebab itu juga, satu lagi tumpuan kerajaan ialah menaikkan gaji. Apabila gaji naik dan inflasi terkawal, barulah tekanan kos sara hidup itu dapat dikurangkan sedikit sementara kerajaan terus mencari jalan seperti yang disebut oleh Kota Melaka termasuklah melihat macam mana kita boleh menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang sekarang ini menjadi perbelanjaan besar kepada isi rumah daripada segi penjagaan anak dan sebagainya.
Perkara itu dibincangkan secara mendalam di dalam RMKe-13 juga. Walaupun saya tak boleh sebut di sini, kita perlu melalui prosesnya, tapi ini kaedah yang dijalankan oleh kerajaan sekarang. Kawal inflasi, naikkan gaji dan tengok macam mana kita boleh menawarkan banyak khidmat yang boleh mengurangkan belanja yang perlu ditanggung oleh keluarga. Sampai kepada Pendang ya.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tan Sri Pengerusi, sekejap.
Sebelum sampai ke Pendang. Boleh Menteri? Menteri ada sebut tadi, kementerian sedang mengkaji wajaran kos sara hidup atau beban setiap rumah ini. Adakah dimasukkan juga bukan sahaja anak tetapi ada keluarga yang tiada anak, mereka ada haiwan peliharaan. Juga dimasukkan dalam wajaran tersebut? Itu yang pertama. Saya minta sangat Yang Berhormat, tolong jawab soalan saya berkaitan adakah kerajaan sedang merangka Pelan 30 Tahun Malaysia ini? Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih Paya Besar. Saya ingat tadi Betong juga ada tanya pasal haiwan peliharaan. Saya ada 19 ekor kucing. Jadi, saya cukup memahami bebannya apabila kita ada haiwan peliharaan yang banyak di rumah. Walaupun dia tidak ada secara spesifik di dalam saya ingat di dalam wajaran sekarang, tetapi di dalam perbelanjaan asas kehidupan wajar, dari segi kos-kos untuk mengalami kehidupan wajar, perkara itu telah
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
diambil kira. Yang perlu kita lihat sekarang, kita perlukan data yang lebih banyak sedikit untuk kita tentukan sama ada kita perlu tukar wajaran mengikut bakul.
Sebab bakul contohnya kalau bakul makanan, ada makanan mentah, ada makanan yang sudah siap dimasak dibawa balik ke rumah, ada makanan yang dimakan di restoran dan sebagainya. Saya tak ingat sekarang, saya tak pasti tapi saya tak ingat ada satu kumpulan kategori di dalam wajaran inflasi itu ialah harga dan kos penjagaan haiwan peliharaan. Tapi itu memang kita nampak, itu antara satu yang inflasi dia naik jauh lagi cepat daripada makanan manusia.
Pendang ya. Pendang tanya tentang strategi membasmi kemiskinan. Memang betul, kita tak boleh lagi terlalu tertumpu kepada soal miskin tegar semata-mata. Saya bersetuju dan saya harap Dewan bersetuju bahawa sepatutnya kita memang kena basmi miskin tegar ini, tak boleh dah ada orang yang RM1,000 pun tak ada, tak dapat setiap bulan. Makan pun tak boleh. Jadi, kalau kerajaan perlu bagi duit, kita kena bagi duit.
Tetapi, daripada segi takat sosioekonomi setiap keluarga, dia sebenarnya secara relatif daripada satu tahun ke satu tahun. Sebab itu sekarang yang diperkenalkan kerajaan, kita beralih daripada soal miskin tegar dan juga miskin mutlak kepada perbelanjaan asas kehidupan wajar yang mana ini ukuran untuk hidup dengan wajar. Dia tak timbul dah soal miskin.
Kalau dalam dasar kerajaan, tumpuan kita adalah ukuran miskin tegar, memang kita nampak cantiklah sebab memang miskin tegar kita ini memang jadi kosonglah kalau kita terus bagi bantuan. Tetapi, itu tidak melambangkan daripada segi aspirasi kita. Itulah yang akan terus ditukar daripada semasa ke semasa supaya kita bergerak ke arah satu pengukuran yang lebih dinamik dan lebih tinggi.
Pendang tanya mengenai RON95, mengenai kekangan akses internet dan keciciran.
Daripada segi pelaksanaan dengan stesen minyak dan sebagainya akan dilaksanakan oleh Kementerian Kewangan. Ini sebahagian daripada proses yang mereka sedang berbincang dengan stesen, dengan syarikat-syarikat minyak. Begitu juga dengan pandangan Pendang mengenai risiko penyelewengan...
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Menteri, Menteri, sikit.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Tan Sri Pengerusi?
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Sikit sahaja.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Saya terpulang kepada Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Saya tak bagi dah sebab saya janji tadi pukul 8. Silakan, teruskan.
Landing, Menteri.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Okey. Mengenai sosial kredit, setakat ini tidak ada sebarang perbincangan dalam kerajaan mengenai sosial kredit. Jadi, saya tak rasa itu adalah sesuatu yang kita perlu beri perhatian sekarang.
Bakri, Kulim-Bandar Baharu sedikit mengenai lebuh raya. Saya tidak pasti tetapi memang ada satu projek lebuh raya di Kedah yang walaupun telah diluluskan tetapi bila dibuka kepada konsesi, tidak ada yang mahu melaksanakannya dan dia kembali kepada
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
peringkat KKR. Saya ingat saya kena semak dengan KKR apa status perancangan Lebuhraya Kulim-Sungai Petani.
Soalan-soalan mengenai SSPA, itu perlu diajukan kepada JPA. Banci pertanian telah siap sekarang dan kita akan mengambil masa dalam dua ke tiga bulan untuk mengharmonikan data dengan Kementerian Pertanian. Insya-Allah dalam suku pertama akan dibentangkan. Saya sedang juga berbincang sama ada kita boleh bentangkan sebagai kertas putih di Parlimen kerana itu kali pertama kita melihat kembali keadaan keterjaminan makanan kita selepas 20 tahun.
Saya ingat akhir sekali, Bachok minta supaya semuanya secara bertulis. Akhir sekali mengenai Petaling Jaya. Petaling Jaya bertanya mengenai SDG. Memang betul kalau dibandingkan dengan jiran-jiran kita, pencapaian SDG kita sebenarnya lebih baik tetapi itu juga perbincangan di peringkat kerajaan bahawa kita tak boleh ukur dengan jiran-jiran kita.
Kita mesti ada aspirasi yang lebih baik. Betul seperti yang Petaling Jaya sebut, kita masih lagi ada indikator-indikator yang tidak pernah dilaporkan dan sebahagian daripada peruntukan di dalam Belanjawan 2025 adalah untuk DOSM membangunkan indikator- indikator ini bagi pihak kementerian-kementerian.
Jadi, terima kasih banyak-banyak kepada Ahli Dewan yang turut serta. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya mohon supaya, saya ingat sebab kita nak pergi Isyak ini, jadi semua aman, jadi saya mohon supaya sambung aman seperti ini. Terima kasih Tan Sri.
Tuan Pengerusi
Baik. Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM600,847,800 untuk Kepala B.15 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2025 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.15 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.15 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2025 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.15 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi, hari Isnin, 18 November 2024. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat malam.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.04 malam]