Nov132024

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Assalamualaikum, selamat pagi, Yang Berhormat-Yang Berhormat. Kita mulakan sesi Majlis pada hari ini dengan pertanyaan-pertanyaan bagi jawab soalan lisan. Saya mempersilakan pembuka tirai, Dr. Kelvin Yii Lee Wuen, Yang Berhormat Bandar Kuching.

draft • 10:00 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Terima kasih, Tuan Speaker.

Jumpa isteri ucap cinta kepadamu, Soalan saya nombor satu.

draft • 10:00 AM

1. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [Bandar Kuching] minta Menteri Komunikasi menyatakan pelan kementerian untuk mengkaji dan memperkemaskan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk memastikan skop dan penggunaannya tidak memberi ruang untuk disalahgunakan.

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Dato’ Speaker.

Terima kasih Ahli Yang Berhormat.

Sebelum saya menjawab soalan nombor satu, saya juga ingin ambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan yang pergi meninggalkan kita pagi tadi.

Dato’ Yang di-Pertua, pada masa ini, seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] adalah antara peruntukan sedia ada yang boleh dikuatkuasakan bagi menangani sebarang aktiviti kemudaratan dalam talian. Peruntukan ini hanya akan dikuatkuasakan sekiranya terdapat kandungan dalam talian yang dikenal pasti bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiaya, mengugut atau mengganggu orang lain.

Tindakan penguatkuasaan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

(MCMC) adalah berdasarkan pemantauan proaktif serta aduan yang diterima daripada orang awam dan juga permohonan daripada agensi penguatkuasaan lain. MCMC akan menjalankan siasatan secara terus terhadap kandungan yang diadukan dan hasil siasatan akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara bagi tindakan pendakwaan.

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Dalam usaha untuk memastikan peruntukan seksyen 233 Akta 588 selari dengan perkembangan semasa, MCMC proaktif dalam menjalankan sesi libat urus yang melibatkan pihak-pihak berkepentingan, di antara lain, dari kalangan pemain industri, kementerian dan agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri serta organisasi bukan kerajaan. Setakat tahun 2024, beberapa sesi libat urus telah dijalankan oleh MCMC. Antara lain, termasuk cadangan berhubung pindaan kepada seksyen 233.

Maklum balas daripada sesi libat urus tersebut telah diambil kira dalam memuktamadkan cadangan pindaan kepada Akta 588 di mana penelitian dan kajian yang terperinci telah dilaksanakan oleh MCMC dan Kementerian Komunikasi bagi memastikan skop dan penggunaannya adalah lebih jelas dan tidak disalahgunakan dan bagi memastikan penguatkuasaannya dapat menangani kemudaratan dalam talian.

Cadangan pindaan kepada Akta 588 termasuk cadangan pindaan kepada seksyen 233 dihasratkan untuk dibentangkan di Parlimen dalam Mesyuarat kali ini tertakluk kepada kelulusan Jemaah Menteri.

Kementerian Komunikasi dan MCMC juga telah mengadakan beberapa mesyuarat penyelarasan dengan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri

(BHEUU) bagi memastikan tiada pertindihan antara Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian (ONSA) dan peruntukan-peruntukan di bawah Akta 588 termasuk dalam konteks pemakaian seksyen 233.

Kementerian Komunikasi bersama-sama kementerian lain yang berkaitan akan meneliti dengan sewajarnya keperluan sama ada untuk meminda dan menambah baik undang-undang sedia ada atau mewujudkan undang-undang baharu untuk mengekang aktiviti memudaratkan di dalam talian.

Sekian, jawapan saya. Terima kasih, Dato’ Speaker.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan.

Yang Berhormat Kuching.

draft • 10:00 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Okey, terima kasih. Saya menyambut baik jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri tentang hasrat kerajaan untuk mengkaji dan juga, jika ada, meminda secara menyeluruh untuk akta ini. Saya nak tanya, apakah pelan ataupun langkah kerajaan untuk memastikan akta-akta seperti ini tidak menyekat kebebasan bersuara rakyat?

Juga, tadi Timbalan Menteri ada menyebut tentang libat urus yang dibuat. Boleh saya tanya secara terperinci, apakah libat urus ― dengan siapa? Supaya kita tahu bahawa pindaan tersebut akan lebih menyeluruh.

Jadi, itulah soalan saya. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:00 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih, Dato’ Speaker. Terima kasih Ahli Yang Berhormat atas soalan tambahan tersebut.

draft • 10:00 AM

Puan Teo Nie Ching

Untuk makluman Yang Berhormat, sesi libat urus sebenarnya telah bermula pada tahun 2023, khasnya pada bulan Oktober dan juga pada bulan November, secara keseluruhan tentang pindaan kepada Akta 588 secara keseluruhan.

draft • 10:00 AM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

[Bangun]

draft • 10:00 AM

Puan Teo Nie Ching

Kami juga telah buat sesi libat urus dengan Bar Council dan juga beberapa orang Ahli Parlimen pada 8 Ogos tahun ini khasnya untuk bincang tentang pindaan yang boleh kita buat untuk menambah baik seksyen 233.

Setakat ini, draf untuk meminda Akta 588 ini telah dapat kelulusan daripada AGC dan kami telah buat edaran kepada kementerian-kementerian dan juga agensi-agensi.

draft • 10:00 AM

Puan Teo Nie Ching

Kalau dapat, selepas dapat ulasan daripada mereka, kami berhasrat untuk lah bentang di Jemaah Menteri untuk dapat kelulusan Jemaah Menteri sebelum kami bentang di Parlimen. Selepas RUU tersebut dibentang di Parlimen, kami akan buat sekali lagi sesi libat urus dan juga sesi taklimat dengan semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekian, jawapan saya.

Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Kuala Krau.

draft • 10:10 AM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih Speaker. Sangkutan dengan Bandar Kuching tadi ada dua persoalan yang saya hendak timbulkan. Pertama sekali, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk menjadikan Jawatankuasa Siasatan kepada perlanggaran akta ini benar-benar bertindak di atas dasar undang-undang, bukan kepada bias dengan sebab-sebab bias lah, satu.

Yang keduanya, apakah kerajaan berhasrat untuk mewujudkan moratorium sebelum ianya dibentangkan di Parlimen. Pelaksanaan moratorium sementara ia dibentang dan diluluskan. Adakah kerajaan bercadang untuk melaksanakan itu? Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:10 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih, Dato’ Speaker. Terima kasih, Ahli Yang Berhormat atas dua soalan yang sangat bagus tadi. Pertama saya jawab soalan kedua dahulu. Setakat ini tidak ada cadangan tersebut kerana kita nampak bahawa memang ada cases ataupun kes-kes yang wajar juga dibawa ke mahkamah. Saya hanya mungkinlah di sini boleh kongsi satu dua contoh.

Pertama adalah tentang kematian influencer Esha. Pemandu lori yang didakwa di mahkamah juga disiasat dan juga didakwa di bawah seksyen 233. Akhirnya mahkamah jatuh hukuman untuk penjara 12 bulan terhadap pemandu lori tersebut. Jadi saya rasa bahawa kalau kita cakap bahawa kita nak stop untuk mengguna pakai, henti guna pakai seksyen 233 sampailah kita dapat kelulusan atau buat pindaan di Parlimen juga tidak berapa praktikal.

Ini adalah satu – satu kes lagi, juga Adeline Chang, beliau buat hantaran jelik mengenai seorang budak yang baru umurnya lima tahun sahaja. Upload gambar dia dengan hantaran yang cukup jelik dan juga dia, Adeline Chang ini juga didakwa di bawah seksyen

draft • 10:10 AM

Puan Teo Nie Ching

233 dan dia dapat hukuman denda RM7,000. Jadi saya rasa kes-kes, memang ada kes-kes yang wajar dibawa ke mahkamah.

Pada masa yang sama, isu ataupun kerisauan kita semua adalah bagaimana kita hendak pastikan bahawa seksyen 233 ini tidak disalah guna. Jadi saya rasa check and balance adalah sangat-sangat penting untuk semua pihak, untuk semua penguat kuasa.

Siasatan boleh dijalankan oleh MCMC, boleh juga dijalankan oleh PDRM tetapi selepas itu kami akan hantar kertas siasatan kepada AGC. AGC, Peguam Negara yang akan buat keputusan sama ada akhirnya kes ini akan didakwa, dibawa ke mahkamah ataupun hanya bagi amaran dan akhirnya kita juga ada hakim-hakim yang duduk di mahkamah untuk jatuhkan hukuman ataupun lepaskan OKT tersebut.

Jadi, saya rasa ini adalah built-in punya sistem yang untuk pastikan bahawa apa-apa kuasa yang diberi kepada sesuatu penguat kuasa tidak disalahgunakan. Sekian jawapan saya, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Majlis berikutnya mempersilakan Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor, Yang Berhormat Temerloh.

draft • 10:10 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey, terima kasih.

Sungguh sedap masakan kari dimasak oleh orang tua, Harap sungguh kepada Menteri menjawab soalan dua. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

2. Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor [Temerloh] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan:

(a) berapa bilangan dan senaraikan MRSM elit di negara ini yang dikhaskan untuk golongan tertentu sahaja; dan

(b) apakah syarat kemasukan ke MRSM elit.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Temerloh atas soalan nombor dua. Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini terdapat 57 buah MRSM yang sedang beroperasi yang mana kesemua MRSM tersebut melaksanakan kurikulum standard kebangsaan dan menjalankan beberapa program nilai tambah.

Daripada itu terdapat enam program sistem pendidikan MRSM iaitu Premier, IGCSE, Ulul Albab, Teknikal dan Bitara. Untuk makluman, peluang kemasukan ke MRSM adalah terbuka kepada semua pelajar yang memenuhi syarat-syarat kemasukan pelajar ke MRSM adalah seperti berikut:

(i) calon merupakan warganegara Malaysia;

(ii) ibu dan bapa kandung warganegara Malaysia;

(iii) calon memohon secara dalam talian;

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

(iv) calon perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM

(UKKM) serta mendapat kelulusan yang cemerlang; dan

(v) ibu bapa atau penjaga tidak disenarai hitam dalam MARA.

Buat masa ini, MARA tidak mempunyai sebarang MRSM yang dikategorikan sebagai MRSM elit. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, soalan tambahan.

draft • 10:10 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey, soalan tambahan saya.

Soalan ini merujuk kepada MRSM elit, adakah berbeza dengan MRSM yang lain? Kemudian, kita lihat bahawa ia memiliki, MRSM elit ini mempunyai banyak kelebihan dan kita perlu kepada keseimbangan. Agaknya apakah perancangan yang dilaksanakan oleh kementerian untuk menghadapi cabaran-cabaran dan ruang penambahbaikan bagi melahirkan pelajar cemerlang dan kepimpinan yang hebat pada masa hadapan. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:10 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh atas soalan tadi. Untuk makluman Yang Berhormat Temerloh, sekali lagi saya nak memaklumkan bahawa kita tidak mewujudkan MRSM elit. So far, setakat ini tidak ada MRSM elit. Namun begitu pengurusan MARA, kita telah memperkenalkan enam program MRSM iaitu MRSM Premier, IGCSE, Ulul Albab, Teknikal dan Bitara yang kursus asasnya mengikut standard kurikulum sistem pendidikan Malaysia tetapi nilai tambah berdasarkan enam perkara tadi.

Tujuan utama penambahan dalam kategori yang saya sebut tadi adalah untuk memastikan sistem pendidikan yang kita adakan di MRSM itu dalam keadaan yang terbaik dan menjurus kepada bidang-bidang tertentu. Dalam usaha kita mewujudkan para pelajar yang cemerlang, orang kata yang pintar, yang cerdas, kita mewujudkan MRSM Bitara, yang mana kemasukan MRSM Bitara ini semua sama, mengikut kurikulum skim pendidikan cuma kelayakan kemasukannya mesti mendapat 4A dan sekurang-kurangnya 4A 3B yang mana keputusan ini berdasarkan keputusan kemasukan UKKM tadi.

Yang ini maksudnya dalam sistem pendidikan Bitara ini pelajar-pelajar yang cemerlang dikategorikan dalam satu MRSM. Dia tidak bercampur dengan kategori pelajar- pelajar yang lain yang maksudnya persaingan itu di antara mereka yang ini tetapi kita tidak kategorikan ini sebagai MRSM elit. Begitu juga dengan Premier. Premier ini secara keseluruhan mengikut skop pendidikan, Kementerian Pendidikan. Manakala IGCSE adalah berdasarkan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM juga tetapi dengan kerjasama Cambridge IGCSE, Cambridge International General Certificate of Secondary Education.

Selepas itu kita ada juga Ulul Albab yang menekankan STEM dan juga berkaitan dengan aliran program agama termasuk tahfiz Al-Quran. Begitu juga kita juga ada MRSM Teknikal yang menjuruskan kejuruteraan sains dan teknologi selain daripada pendidikan STEM itu sendiri. Jadi cara kita mengkategorikan, kita ada kaedah mengkategorikan para

draft • 10:10 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

pelajar yang dalam kemasukannya ke MRSM namun tidak ada wujud MRSM elit setakat ini.

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Tampin tak berminat? Saya lihat Yang Berhormat dahulu yang bangun.

draft • 10:10 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Saya bagi laluan kepada Pengerusi BBC.

[Ketawa]

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Paya Besar.

draft • 10:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Dato’ Tuan Speaker, inilah contoh ahli BBC yang panjang umur nanti.

draft • 10:10 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

[Tepuk] Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri kepada Yang Berhormat Temerloh tadi, betul saya setuju kita tidak ada MRSM elit.

Cumanya ada dua perkara yang saya nak dapat pandangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, yang pertamanya dari segi syarat kemasukan.

draft • 10:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Disebut tadi UKKM. Bagaimana Yang Berhormat melihat? Adakah kita melakukan ujian kemasukan ke MRSM ini berasaskan kepada merit akademik semata-mata tanpa melihat latar belakang daripada segi pendapatan mereka, lokaliti mereka? Kerana kita juga harus melihat dari segi kemampuan, dari segi akademik. Itu yang pertama.

Yang kedua, bilakah pihak kementerian Yang Berhormat untuk menghapuskan blacklist kepada mereka yang berhutang dengan MARA ini supaya anak mereka juga mendapat akses kepada MRSM tersebut? Kerana apa, kadang-kadang mereka bukan peminjam, mereka juga penjamin. Tetapi disebabkan peminjam tidak membayar, mereka menjamin mungkin kerana faktor keluarga, akhirnya mereka terlibat, supaya anak mereka juga perlu dapatkan hak.

Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Pengerusi MARA kerana usaha untuk meningkatkan fasiliti di 57 MRSM di seluruh negara. Tahniah kepada kementerian dan Pengerusi MARA.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:20 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Okey, terima kasih YB Paya Besar atas soalan tambahan tadi ya. Yang pertama, berkaitan dengan kemasukan MRSM. Kita mensyaratkan — syarat telah saya sebutkan tadi, yang mana terbuka kepada semua dengan syarat warganegara Malaysia, ibu bapa pun warganegara Malaysia, memohon secara talian dan juga menduduki UKKM serta tidak blacklisted dalam senarai MARA. Kita menekankan dari sudut akademik. Namun begitu, kita juga mengambil kira beberapa perkara lain seperti Yang Berhormat maklumkan tadi, latar belakang dan sebagainya. Namun, itu bukan priority kita.

Tetapi, priority kita adalah kecemerlangan dalam keputusan UKKM berkenaan.

Sebab dalam sistem MARA ini, yang masuk itu kita kategorikan B40, M40 dan juga T20. Layanan diberi kita tak sama. Maksudnya, layanan dari sudut akademik sama, tetapi

draft • 10:20 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

dari sudut apa orang kata, kita mewujudkan bayaran sedikit untuk M40 dan juga B40 untuk memenuhi beberapa requirement yang diperlukan dalam sistem pendidikan yang kita berikan. Bagi B40 yang tak mampu, kita ada program khas yang kita kategorikan, yang kita maksudkan BUDI, yang kita sebut nama BUDI, yang mana MARA akan memberi tajaan sepenuhnya kepada pelajar-pelajar yang layak, B40 yang kurang berkemampuan berdasarkan latar belakang keluarga dengan bantuan sehingga RM2,500 setahun.

Kita beri termasuk pocket money RM50 sebulan, bayaran-bayaran lain pun kita perjelaskan. Contohnya dari sudut kemudahan di asrama, dobi, kokurikulum dan sebagainya yang ada bayaran koperasi, bayaran muafakat. Jawatankuasa Muafakat pun kita bayar untuk B40 melalui program BUDI berkenaan. That’s why bagi saya, ini satu pendekatan yang amat baik, tetapi MARA tetap memfokuskan tentang kecemerlangan akademik. Sebab itu kita menekankan tentang kelulusan cemerlang dalam penilaian UKKM ini.

Berkaitan dari sudut yang satu tadi, senarai hitam. Untuk makluman Yang Berhormat, senarai hitam ini bersifat sementara. Peminjam yang tak membayar, maksudnya ibu bapa sebab MARA ini offer banyak pinjaman untuk usahawan-usahawan khususnyalah, untuk usahawan-usahawan dalam memastikan sistem perniagaan mereka dapat dinaik taraf ataupun di-upgrade supaya lebih baik, lebih bagus lagi. Namun begitu, sistem senarai hitam ini kita kenakan apabila tiga bulan tak bayar, tiga bulan tak bayar. Kita kenakan senarai hitam kepada peminjam berkenaan, namun bersifat sementara.

Tujuannya kita hendak peminjam itu datang jumpa MARA, selesaikan isu itu sebab kita tak nak perkara itu berlanjutan. Selesaikan dengan MARA. Kalau dia tak mampu bayar, berapa yang dia boleh bayar. Kita buat adjustment balik. Pokoknya, dia bayar pinjaman MARA. Kalau dia boleh bayar, biasanya lepas itu kebanyakan kes kita lepas berjumpa itu, dia orang akan bayar. Automatik, senarai hitam itu tak ada lagi. Dia akan dihilangkan daripada disenarai hitam itu. Sebab itu cuma dari sudut senarai hitam bersifat sementara. Sebab itu kalau ada isu-isu ini timbul, boleh rujuk kepada MARA untuk pertimbangan lanjut untuk tujuan berkenaan.

Fokus MARA pada masa ini juga, kita tengah memfokuskan upgrading, membaik pulih semua 57 MRSM seluruh Malaysia, fokus kita. Sebab kita tahu umur bangunan kita ada yang melebih 40 tahun yang memerlukan penambahbaikan bangunan, kemudahan fasiliti yang ada di situ. Bermula tahun lepas, secara agresif kita memastikan kemudahan- kemudahan ini disediakan dalam keadaan yang terbaik. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut saya mempersilakan Dato Anyi Ngau, Yang Berhormat Baram.

draft • 10:20 AM

Dato Anyi Ngau - Baram

Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya, soalan nombor tiga.

draft • 10:20 AM

3. Dato Anyi Ngau [Baram] minta Menteri Kerja Raya menyatakan sama ada kerajaan mempunyai rancangan untuk membina Border Security Road di Sabah dan Sarawak dan nyatakan laluan jalan tersebut (jika berkenaan).

draft • 10:20 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Baram. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Baram, semakan kementerian ini mendapati pembangunan border security road di Sabah dan Sarawak merupakan projek perancangan di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Majlis Keselamatan Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri sedang merancang untuk membina tembok dan jalan keselamatan bagi tujuan memudahkan rondaan anggota keselamatan. Jadi, hal ini adalah selaras dengan prinsip yang telah dinyatakan dalam Garis Panduan Keselamatan dan Pembangunan Sempadan (KESBAN) 2.0.

Untuk perincian projek yang lebih terperinci, Ahli Yang Berhormat bolehlah merujuk kepada Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri. Kementerian ini tiada perancangan jalan baharu dan menaik taraf jalan yang diklasifikasikan sebagai border security road di Sabah dan Sarawak.

Walau bagaimanapun, kementerian ini menjalankan dua projek persempadanan di antara Malaysia dan Indonesia di Sabah dan Sarawak yang telah mendapat kelulusan Kerajaan Pusat dalam RP3, Rancangan Malaysia Kedua Belas iaitu yang pertama, membina jalan baharu dari Kalabakan ke sempadan Malaysia–Indonesia (Semengaris).

Kerja awalan dan reka bentuk awalan dengan kos siling sebanyak RM13 juta. Jadi, kerja-kerja awalan dijangka selesai pada bulan Disember 2025 kelak. Yang kedua, kerja awalan menaik taraf FR21 Jalan Serian–Tebedu–Indonesian border dengan kos siling RM13 juta. Kerja awalan dijangka selesai pada bulan Disember 2026.

Manakala untuk permohonan projek di dalam Rolling Pelan Kelima, Rancangan Malaysia Kedua Belas, kementerian ini telah mengangkat permohonan bagi menaiktarafkan jalan persekutuan FR21 dari dua lorong kepada empat lorong dengan piawaian R5 Jalan Serian–Tebedu–Indonesian border-Serian division untuk kelulusan agensi pusat. Walau bagaimanapun, berdasarkan keperluan teknikal dan kemampuan peruntukan kewangan yang terhad, kementerian ini tidak dapat mengangkat permohonan tersebut untuk kelulusan agensi pusat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, prosedur bagi permohonan projek membina jalan baharu atau menaik taraf jalan persekutuan sedia ada adalah melalui kerajaan negeri berdasarkan senarai keutamaan negeri yang dikemukakan kepada kementerian ini melalui pelarasan antara Unit Perancang Ekonomi negeri dan Jabatan Kerja Raya negeri.

Kementerian ini akan meneliti cadangan projek apabila ia dimohon oleh kerajaan negeri berdasarkan senarai keutamaan negeri dan akan diberi pertimbangan yang sewajarnya untuk diangkat kepada agensi pusat jika memenuhi keperluan teknikal untuk dilaksanakan tertakluklah kepada agihan peruntukan pembangunan kepada kementerian ini.

draft • 10:20 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Berdasarkan maklumat yang diterangkan tadi, kementerian ini sentiasa terbukalah untuk menerima syor atau cadangan daripada kerajaan negeri untuk menaik taraf atau membina baru jalan berdasarkan senarai keutamaan daripada negeri. Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Baram.

draft • 10:20 AM

Dato’ Anyi Ngau - Baram

Terima kasih Dato’ Speaker dan terima kasih kepada Menteri atas jawapan yang begitu baik tadi, yang menerangkan bahawa setakat ini, bahawa tak ada perancangan yang konkrit untuk membinakan jalan di kawasan sempadan pendalaman di Sarawak. Namun, saya difahamkan bahawa di pada masa ini, jiran kita di sebelah Indonesia telah rancak dan merancang dan melaksanakan jajaran jalan yang begitu rapi dan moden. Misal, di Long Nawang. Di kawasan Long Nawang, saya difahamkan bahawa CIQS mereka, CIQ mereka telah pun dibina.

Jadi, saya minta mohon penjelasan, pencerahan, ataupun panduan daripada Yang Berhormat supaya adakah patut ataupun sepatutnya kita mengadakan, menyegerakan lagi pelaksanaan ataupun perancangan jalan di sempadan kawasan pedalaman kerana saya percaya dengan adanya jalan-jalan di persempadanan ini, khususnya di kawasan Baram dan juga di kawasan Hulu Rajang, ini akan lagi merancakkan pembangunan di kawasan pendalaman. Mohon pencerahan panduan daripada Yang Berhormat, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih ya Yang Berhormat. Itu cadangan daripada Yang Berhormat ya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ini mengambil maklumlah keperluan pembinaan jalan di kawasan pendalaman di Parlimen Baram dan di Hulu Rajang, ya dari Long Nawang ke bahagian Kapit dan juga bandar Kapit mungkin. Yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ya. Jadi, sehubungan itu adalah disyorkan cadangan projek tersebut disenaraikan dalam keutamaan negeri Sarawak, ya untuk dimasukkan dalam replan yang akan datang.

Sepertimana telah saya terangkan dalam ucapan utama tadi, jadi kementerian ini seterusnya akan meneliti cadangan projek itu apabila dipohon oleh kerajaan negeri berdasarkan senarai keutamaan negeri dan akan diberi pertimbangan yang sewajarnya untuk diangkat kepada agensi pusat sekiranya memenuhi keperluan teknikal untuk dilaksanakan, tertakluk kepada agihan peruntukan pembangunan kepada Kementerian Kerja Raya ini.

Jadi, berdasarkan maklumat yang diterangkan tadi Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini sentiasa terbuka lah untuk menerima apa syor-syor dan untuk membina jalan baru berdasarkan senarai keutamaan dari pihak negeri. Saya tekankan mesti ada permohonan dan diutamakan oleh pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri, diangkat, barulah kami boleh menyusuli cadangan itu. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Langkawi.

draft • 10:30 AM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Bila bercakap berhubung dengan border security road ini, Yang Berhormat menyatakan tadi diserahkan kepada MKN di bawah kelolaan MKN dan saya melihat, bercakap soal border security road, dia involved kementerian Yang Berhormat. Saya rasa KDN juga involved, Angkatan Tentera juga involved kerana dia melibatkan security border dan apakah setakat ini kementerian mengadakan perbincangan-perbincangan dan apakah status perbincangan hingga kini dengan kementerian-kementerian lain Dan soalan saya yang kedua Yang Berhormat, apakah status terkini projek pembinaan laluan jalan raya baru yang menghubungkan ICQS-Bukit Kayu Hitam dan ICQS- Sadao yang merupakan satu jalan yang telah pun diumum pada bulan November tahun lepas.

Terima kasih, Yang Berhormat.

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi

Yang Berhormat, memang ada perbincangan di antara agensi-agensi yang berkaitan ya. MKN yang paling penting dalam apa projek-projek yang dicadangkan sebagai border security road ini, ya. Itu di bawah bidang seliaan dan kuasa MKN. Jadi, berkenaan dengan projek yang disebut di Sadao tu tadi di Kayu Hitam, memang projek itu adalah dilaksanakan melalui konsensi di bawah seliaan Kementerian Dalam Negeri ya. Kami di KKR tak terlibat, hanya memberi apa bantuan secara nasihat teknikal sahaja ya.

Jadi, saya difahamkan memang proses itu berjalan. Ada sedikit pengambilan tanah dan juga ada perkara-perkara yang lain diperhalusi. Saya sebenarnya Yang Berhormat tidak berapa tahu terperinci tapi itulah kami difahamkan selepas dibincang dalam Kabinet baru- baru ini. Ia dalam apa ─ proses dilaksanakan.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Majlis ke soalan yang keempat. Saya mempersilakan Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi, Yang Berhormat Tanjong Karang.

draft • 10:30 AM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (Bersara) - Tanjong Karang

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Tanjong Karang memajukan soalan nombor empat untuk dijawab oleh Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

4. Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (Bersara) [Tanjong Karang] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan adakah kementerian bercadang menambah dan membuka lebih banyak geran Agropreneur Muda di masa akan datang dan adakah ia tertumpu kepada kawasan tertentu sahaja. Berapa ramai yang telah menerima geran tersebut bagi tahun 2024.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup

Selamat pagi, salam sejahtera, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Program Agropreneur Muda telah mula dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia yang Ke-11 pada tahun 2016 dan merupakan usaha kementerian untuk membantu golongan muda dalam industri pertanian

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup

melalui khidmat nasihat dan bimbingan teknikal serta pemberian geran dalam bentuk input peralatan atau barangan sehingga nilai RM20, 000 bagi setiap penerima.

Di bawah Rancangan Malaysia yang Ke-12, Program Agropreneur Muda telah diperuntukkan sebanyak RM100 juta dengan siling tahunan sebanyak RM20 juta. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM15 juta digunakan untuk pembiayaan geran, manakala baki RM5 juta adalah untuk latihan dan kursus serta galakan pasaran.

Pada tahun 2024 sehingga 13 November ini, paling terkini seramai 815 orang peserta telah diluluskan Geran Agropreneur Muda dengan pecahan kelulusan mengikut sektor adalah seperti berikut:

(i) sektor tanaman sebanyak 324 peserta bersamaan dengan 39.8 peratus;

(ii) sektor industri asas tani seramai 281 peserta bersamaan dengan 34.5 peratus;

(iii) sektor ternakan 127 peserta bersamaan dengan 15.6 peratus; dan

(iv) sektor perikanan sebanyak 683 peserta bersamaan dengan 10.1 peratus.

Bermula bulan Ogos tahun 2024, had maksimum Geran Agropreneur Muda Start-Up telah dinaikkan daripada RM20,000 kepada RM30,000 dan kategori baru iaitu Geran Agropreneur Muda Scale-Up turut diperkenalkan dengan had nilai maksimum sebanyak RM50,000.

Semakan semula had maksimum nilai geran ini dibuat kerana mengambil kira peningkatan kos pelaksanaan dan operasi projek. Selain had nilai maksimum geran yang dinaikkan, kementerian juga telah menaikkan had umur iaitu daripada 18 kepada 43 bagi geran Agropreneur Muda Start-Up dan daripada 21 kepada 45 tahun bagi geran Agropreneur Muda Scale-up. Permohonan geran ini dibuka sepanjang tahun untuk kumpulan sasar di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak, merangkumi kawasan bandar dan juga luar bandar. Sekian dan terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan Yang Berhormat Tanjong Karang.

draft • 10:40 AM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (Bersara) - Tanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Demi keterjaminan makanan dan keselamatan makanan, adakah Kerajaan MADANI bersedia untuk memperluaskan lagi geran agropreneur ini kepada sesiapa sahaja yang bersedia atau terlibat dalam bidang pertanian atau apa-apa industri rangkaian makanan?

Atau adakah KPKM juga bersedia untuk menimbangkan satu insentif tani kepada mana-mana rakyat yang berjaya menghidupkan tanah-tanah lapang terbiar dengan tanaman sayur-sayuran ataupun apa-apa tanaman kontan lain.

draft • 10:40 AM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (Bersara) - Tanjong Karang

Ini pastinya dapat menyumbang kepada pendapatan tambahan keluarga dan juga meningkatkan bekalan makanan negara seterusnya membantu menstabilkan bekalan dan harga sayur-sayuran itu sendiri. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, untuk menjawab

draft • 10:40 AM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, untuk skop pelaksanaan projek-projek yang boleh diterima pakai dalam Geran Agropreneur Muda ini dia melibatkan sektor tanaman, ternakan, perikanan dan industri asas tani. Melalui kesemua empat sektor ini, pemohon itu apabila dia sudah berjaya, dia boleh kembangkan business itu, kembangkan lagi perniagaannya kepada satu tahap yang lebih tinggi.

Apabila dia sudah sampai ke tahap itu, kita ada lagi program-program dan geran yang lain untuk membantu dia lebih meluaskan lagi pasaran dia. Seperti sekiranya projek dia juga mempunyai unsur-unsur pelancongan sebagai contoh, kita ada Geran Agropelancongan di mana kita dapat membantu dari segi geran. Ini geran, bukan pinjaman sehingga maksimum RM200,000 untuk membuat pembinaan seperti infra, penambahbaikan dan sebagainya.

Ataupun untuk memberi mesin-mesin, kita ada geran seperti Change Upgrade Product, High Impact Product. Ada yang sampai maksimum RM60,000, ada yang sampai maksimum RM200,000 untuk menaik taraf premis kilang, membeli peralatan mesin dan sebagainya.

Satu lagi soalan yang ditanya oleh Ahli Yang Berhormat, tanah-tanah terbiar, contoh.

Sekiranya Agropreneur Muda itu boleh mendapat kontrak untuk menyewa tanah-tanah tersebut, dia juga layak untuk memohon geran-geran seperti ini sebagai satu insentif untuk kita mengoptimumkan ataupun mengusahakan tanah-tanah terbiar oleh golongan-golongan muda. Sekian dan terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Tampin.

draft • 10:40 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Dato’ Speaker. Terlebih dahulu, syabas dan terima kasih saya ucapkan kepada kerajaan kerana telah memperkenalkan dua geran baharu untuk membantu golongan muda yang terlibat dalam sektor pertanian. Saya difahamkan seramai 9,754 orang Agropreneur Muda telah dibantu sehingga September 2024 dengan nilai bentuk barangan sebanyak RM178.5 juta.

Justeru itu, saya ingin mendapatkan penjelasan, apakah syarat utama yang perlu dipatuhi bagi membolehkan mereka yang pernah menerima Geran Agropreneur Muda sebelum ini dapat memanfaatkan Geran Scale-Up. Apakah justifikasi kementerian berhubung had umur maksimum baru yang ditetapkan iaitu 43 tahun bagi Geran Start-Up dan 45 tahun bagi Geran Scale-Up. Sedangkan takrifan umur belia pada ketika ini ialah 40 tahun ke bawah dan bakal diturunkan kepada 30 tahun ke bawah bermula 1 Januari 2026 akan datang.

Dato’ Speaker, di kesempatan ini saya ingin alu-alukan kedatangan tetamu saya, Kelab Sokongan Eksklusif Penyusuan Susu Ibu Daerah Tampin. Susu ibu tiada tandingan, selamat datang ke Dewan Rakyat.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 10:40 AM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Mungkin saya mula dahulu dengan syarat-syarat kelayakan yang utama iaitu:

(i) tentunya dia kena menjadi warganegara Malaysia;

(ii) individu berumur di antara 18 tahun hingga ke 43 tahun. Itu bergantung kepada kategori Geran Agropreneur Muda yang dipohon;

(iii) dia tidak mengira latar belakang pendidikan;

(iv) wajiblah mengikuti kursus latihan teknikal anjuran jabatan dan agensi berkaitan sebab walaupun dia tidak ada latar belakang pendidikan, tetapi dia mesti ada sekurang-kurangnya ilmu yang asas untuk menjalankan projek pertanian; dan

(v) berpendapatan bersih kurang daripada RM5,000 sebulan.

Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Tampin sebab nampaknya Yang Berhormat Tampin sangat cakna mengikuti kepada perkembangan program seperti Geran Agropreneur Muda ini. Tujuan ini adalah untuk menggalakkan golongan muda dan belia di negara kita menceburi bidang-bidang pertanian.

Jadi, kenapa kita menaikkan had umur sebab kita sebenarnya tidak terikat kepada kategori belia yang ditetapkan oleh mana-mana belia antarabangsa. Kita bergantung kepada apakah potensi rakyat Malaysia yang walaupun sudah melebihi 40 tahun, tetapi masih anggap dirinya muda dan juga bertenaga, bolehlah masuk kepada kategori Geran Agropreneur Muda. Sekiranya kamu berpotensi, kerajaan memang sedia untuk membantu.

Sekian dan terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang kelima. Mempersilakan Datuk Willie anak Mongin, Yang Berhormat Puncak Borneo.

draft • 10:40 AM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Soalan saya soalan nombor lima.

draft • 10:40 AM

5. Datuk Willie anak Mongin [Puncak Borneo] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan dewasa ini kenaikan harga hartanah dan kekurangan rumah mampu milik menjadi masalah bagi golongan berpendapatan rendah khasnya kepada golongan muda yang baru berumah tangga. Apakah dasar dan strategi Kementerian untuk menangani masalah ini.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

*Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Membaca sepotong doa]* Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua, Kerajaan MADANI sentiasa berusaha untuk memastikan kebajikan dan kemudahan rakyat diberikan keutamaan termasuklah dalam aspek perumahan. Dalam hal ini, KPKT memberikan komitmen padu bagi mengimbangi

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

antara keperluan menyediakan rumah mampu milik dengan harga mampu milik tanpa mengetepikan aspek kualiti pemajuan perumahan. Kerajaan maklum bahawa antara cabaran dalam sektor perumahan adalah peningkatan harga hartanah dan juga kekurangan rumah mampu milik.

Peningkatan harga rumah dipengaruhi oleh pelbagai faktor antaranya lokasi rumah yang strategik, kos pembinaan rumah, kos infrastruktur, kos tanah, kos pematuhan dan juga keuntungan yang dimahukan oleh pemaju. Manakala kekurangan rumah mampu milik adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya kos pembinaan rumah yang semakin tinggi, isu projek rumah mampu milik yang sakit dan terbengkalai serta kecenderungan pihak pemaju swasta untuk membayar levi ataupun denda, penalti berbanding menyediakan rumah mampu milik. Dapatan ini semua adalah berdasarkan kajian oleh beberapa pihak dalam industri, termasuklah juga institusi penyelidikan.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, sebagai usaha kerajaan untuk memastikan kenaikan harga rumah adalah terkawal, KPKT telah pun melaksanakan beberapa perkara berikut.

Pertama, memperkenalkan Dasar Perumahan Mampu Milik Negara dengan menetapkan siling harga rumah mampu milik pada RM300,000 ke bawah. Walau bagaimanapun siling harga rumah mampu milik ini adalah turut tertakluk kepada ketetapan di peringkat negeri.

Kedua, melaksanakan pemetaan harga rumah mampu milik berdasarkan pendapatan median mengikut negeri dan daerah yang diperolehi daripada tinjauan Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan juga Kemudahan Asas Tahun 2022. Pemetaan ini menjadi panduan kepada para pemaju dan juga agensi-agensi penyediaan perumahan bagi penetapan harga jualan rumah di satu-satu lokaliti. Ia boleh diakses melalui dashboard maklumat rumah mampu milik di laman web Urban Observatory (MUO).

Dan juga yang ketiga membangunkan Sistem Analitis Data Raya (BDA) perumahan sebagai satu strategi jangka panjang iaitu satu repositori data dan juga sumber rujukan pelbagai pihak berkepentingan dalam sektor perumahan.

Tuan Yang di-Pertua, KPKT sedang dipertanggungjawabkan sebagai penyelaras bagi penyediaan dan pelaporan sasaran Rancangan Malaysia Ke-12. Di mana sehingga 30 September 2024, sebanyak 443,259 unit rumah bersamaan dengan 89 peratus rumah mampu milik telah pun siap dibina dalam pembinaan dan juga dalam perancangan di seluruh negara, sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar.

Ini bermakna sasaran penyediaan 500,000 rumah mampu milik di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 ini hanya kini berbaki 56,741 unit rumah dan kerajaan yakin dalam Rancangan Malaysia Ke-12 ini, kita akan dapat mencapai. Pencapaian ini pula juga dipantau oleh satu Majlis Mesyuarat Majlis Perumahan Mampu Milik Negara yang juga dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Perdana Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, KPKT juga melaksanakan pelbagai inisiatif lain bagi meningkatkan penyediaan rumah mampu milik kepada rakyat iaitu antaranya Program Perumahan Rakyat ataupun Program Residensi Rakyat pada ketika ini. Rumah

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Mesra Rakyat (RMR), Perumahan PR1MA dan juga kediaman SPNB. Peluang kerjasama sama ada di peringkat kerajaan negeri dan juga dengan swasta terus diterokai dan dimajukan supaya kita dapat menggalakkan juga pada masa yang sama swasta untuk membangunkan rumah mampu milik ini melalui kaedah pemberian insentif.

Akhir sekali Dato’ Sri Yang di-Pertua, daripada sudut bantuan pembiayaan perumahan pula, kerajaan telah pun menyediakan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) di bawah inisiatif i-Biaya yang memberi jaminan pembiayaan perumahan sehingga RM500,000 bagi pembelian rumah pertama. Sama ada rumah itu siap sedia ataupun lelongan, yang mana turut memberi manfaat termasuklah kepada golongan muda dan juga golongan berpendapatan rendah.

Tuan Yang di-Pertua, di bawah Belanjawan 2025 jaminan tambahan sebanyak RM10 bilion di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan ini telah pun diteruskan dan pada masa yang sama kita ada satu program baru Step Up Financing yang akan memberikan keseluruhan jaminan di bawah SJKP ini adalah berjumlah RM30 bilion.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, setakat ini – setakat 31 Ogos, pemohon pinjaman yang telah pun diluluskan adalah bernilai RM14.97 bilion dan telah pun memanfaatkan, dimanfaatkan kepada 65,818 peminjam. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Puncak Borneo, soalan tambahan.

draft • 10:50 AM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih Timbalan Menteri yang telah memberi jawapan yang begitu spesifik dan begitu lengkap. Saya mendengar tadi bahawa ada juga daripada segi pembiayaan, kerajaan telah membantu. Saya berharap ia akan membantu golongan muda kita mempunyai rumah. Tetapi dewasa ini kita juga melihat harus mengambil kira bahawa kenaikan harga bahan binaan yang boleh memberi impak kepada kos keseluruhan pembangunan termasuk rumah mampu milik.

Saya ingin bertanya, apakah mekanisme dan juga cara untuk memastikan pembinaan rumah ini kekal berkualiti dan juga selamat didiami? Sebab kita tidak mahu apabila harga rumah itu murah dan kontraktor-kontraktor ataupun pemaju ini menggunakan substandard bahan binaan. Jadi, apakah strategi yang telah dibuat oleh kementerian?

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 10:50 AM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat, untuk sebarang pemajuan perumahan sebenarnya kita ada tiga mekanisme khusus yang telah pun, sedang pun berjalan. Pertamanya adalah melalui Akta Pemajuan Perumahan

(Kawalan dan Pelesenan). Keduanya, melalui satu garis panduan perancangan perumahan.

Ketiga adalah melalui Dasar Perumahan Mampu Milik Negara di mana Dato’ Sri Yang di- Pertua, melalui Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan d an Pelesenan) 1966 [Akta 118] ini, pemaju perlu mendapatkan kelulusan Lesen Pemajuan Perumahan dan juga Permit Iklan dan Jualan.

draft • 10:50 AM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Seterusnya, melalui garis panduan ini yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) dan diselaraskan dengan rancangan pemajuan, khususnya di setiap kawasan PBT di mana pemajuan tersebut diadakan. Secara umumnya Dato’ Sri Yang di-Pertua, perancangan reka bentuk pemajuan perumahan juga perlu mengambil kira kehendak-kehendak teknikal dan ketetapan PBT di sesebuah negeri.

Yang ketiganya Dato’ Sri Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, melalui Dasar Perumahan Mampu Milik Negara, kerajaan telah pun menggariskan standard spesifikasi utama, harga serta panduan bagi pembangunan rumah mampu milik sama ada ia dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan, ataupun kerajaan negeri ataupun juga adalah pihak-pihak swasta. Ini selari dengan Standard Perumahan Kebangsaan (CIS 26: 2019) yang telah diterbitkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

Pada masa yang sama, pembangunan perumahan juga digalakkan menggunakan Sistem Penilaian Kualiti Dalam Pembinaan (QLASSIC) untuk memastikan kualiti kerja-kerja pembinaan dan juga pemajuan perumahan mematuhi piawaian dan juga standard yang telah ditetapkan. Dato’ Sri Yang di-Pertua, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan, Yang Berhormat Kuantan.

draft • 10:50 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

Terima kasih juga kepada jawapan yang panjang kita dengar pada hari ini. Jadi, soalan saya bagaimana kerajaan melihat kelangsungan skim sewa untuk beli sebagai antara penyelesaian jangka sederhana dan panjang untuk meningkatkan kadar pemilikan rumah dalam kalangan generasi muda?

Adakah KPKT bercadang supaya penyewa diberi insentif atau pulangan tertentu setelah menyewa untuk satu tempoh yang panjang yang kemudiannya boleh dijadikan sebagai bayaran ansuran atau wang pendahuluan untuk pembelian rumah baharu kelak serta kajian dari sudut hak pemilikan sepanjang tempoh sewaan?

Akhirnya, saya memohon Yang Berhormat Menteri menyatakan 89 peratus yang disebutkan tadi iaitu 443,259 unit rumah mampu milik yang telah siap itu, adakah projek itu seimbang di antara bandar-bandar ataupun bandar-bandar tertentu sahaja? Jadi, saya mohon perincian terhadap projek tersebut. Jika tiada hari ini pun, mungkin boleh secara bertulis. Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:50 AM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Dato’ Sri Yang di-Pertua, sebenarnya khususnya di bawah Belanjawan 2025 “Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahterakan Rakyat”, Kerajaan MADANI telah pun menyediakan pelbagai inisiatif bagi menggalakkan pemilikan perumahan iaitu pertamanya SJKP yang telah pun saya sebutkan panjang tadi.

Keduanya adalah pelepasan cukai individu ke atas bayaran faedah pinjaman perumahan yang melibatkan perjanjian jual beli yang telah pun disempurnakan 1 Januari

draft • 10:50 AM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

2025 sehingga 31 Disember 2027 dan boleh dituntut bagi tiga tahun taksiran berturut-turut, di mana pelepasan cukai sehingga RM7,000 diberikan bagi rumah kediaman yang berharga sehingga RM500,000. Keduanya, pelepasan cukai sehingga RM5,000 diberikan bagi rumah kediaman yang berharga lebih RM500,000 hingga RM750,000.

Ketiganya, kita ada pengenalan kepada satu lagi Program Step Up Financing iaitu penyediaan jaminan pembiayaan sehingga RM5 bilion di bawah SJKP untuk golongan muda memiliki rumah pertama dengan kemudahan bayaran balik pinjaman yang lebih rendah bagi tempoh lima tahun pertama. Keempat, jaminan pinjaman pembeli rumah pertama yang bernilai sehingga RM500,000 yang dibangunkan di atas tanah wakaf di bawah SJKP.

Pada masa ini Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan MADANI juga telah pun meluluskan satu lagi Projek Rintis Perumahan Inklusif MADANI di bawah Belanjawan 2025 yang akan dibangunkan untuk golongan sasar di bandar utama sepertimana Johor Bahru dengan pelbagai saiz lantai rumah dan menampung keperluan berbeza sama ada daripada kalangan warga emas, golongan orang kurang upaya, belia, golong B40 dan juga keluarga muda M40.

Tuan Yang di-Pertua, selebihnya yang diminta pemetaan tadi, saya kira saya akan memberikan jawapan secara bertulis. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut, ke soalan yang keenam, saya mempersilakan Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie, Yang Berhormat Sri Aman.

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor enam.

draft • 10:50 AM

6. Dato' Sri Doris Sophia anak Brodie [Sri Aman] minta Menteri Ekonomi menyatakan penjelasan mengenai pelan pembangunan infrastruktur ekonomi utama seperti lebuh raya, pelabuhan dan lapangan terbang serta bagaimana projek-projek ini akan menyokong pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat global dalam jangka masa pendek dan panjang.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Terima kasih.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rancangan Malaysia Ke-12 adalah merupakan dokumen dasar nasional lima tahun terkini yang menggariskan perancangan dan pelaksanaan pembangunan sosioekonomi negara termasuk pembangunan infrastruktur seperti lebuh raya, pelabuhan dan lapangan terbang. Dokumen ini digunakan sebagai rujukan utama kerajaan dalam membangunkan infrastruktur tersebut di seluruh negara melalui rolling plan tahunan di bawah perbelanjaan pembangunan.

Di peringkat kementerian pula, hala tuju pembangunan adalah berlandaskan kepada ketetapan peraturan dan dokumen dasar yang lebih terperinci. Sebagai contoh, di Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan, dokumen dasar seperti Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya 2030 dan Dasar Pengangkutan Negara 2019–2030 telah menggariskan perancangan pembangunan infrastruktur yang komprehensif mengikut pelan tindakan dan sasaran yang perlu dilaksanakan dan dicapai dalam tempoh tertentu.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Kedua-dua dokumen ini boleh diakses oleh orang awam melalui laman web kementerian tersebut.

Kerajaan terus komited dalam melaksanakan projek pembangunan infrastruktur seperti lebuh raya, pelabuhan dan lapangan terbang ke arah mencapai sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) lima peratus hingga enam peratus bagi tempoh RMKe- 12. Ketersediaan infrastruktur pengangkutan yang baik akan membolehkan pergerakan barangan dan manusia berjalan lancar, menyumbang kepada kesejahteraan rakyat dan seterusnya menyokong dan mempercepat aktiviti ekonomi negara dengan lebih berkesan termasuk pelancongan, perjalanan import dan eksport barangan.

Pelaburan yang berterusan dalam projek pembangunan infrastruktur akan membolehkan Malaysia memperkukuh kedudukan sebagai hab perdagangan dan pelaburan serantau serta meningkatkan daya saing di peringkat global. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa agihan adalah terhad tertakluk kepada bajet dan keupayaan kewangan kerajaan.

Faktor lain seperti kemampanan, kesegeraan, tahap kritikal, keperluan keselamatan dan kesejahteraan rakyat juga diambil kira dalam membangunkan sesuatu projek infrastruktur termasuklah peningkatan tahap perkhidmatan yang diberikan. Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Sri Aman.

draft • 10:50 AM

Dato' Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang baru diberi tadi. Saya cuma ada sedikit lagi pertanyaan iaitu bagaimanakah pihak kementerian memastikan agar pelan pembangunan infrastruktur tersebut turut memberi manfaat kepada kawasan yang kurang membangun seperti di luar bandar, di pendalaman terutama sekali di Sabah dan Sarawak?

draft • 10:50 AM

Dato' Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Apakah KPI yang digunakan untuk menilai projek-projek tersebut agar betul-betul boleh menyokong pertumbuhan ekonomi negara? Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 11:00 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Pembangunan infrastruktur yang dilaksanakan semestinya memberikan manfaat kepada kawasan kurang membangun melalui peningkatan pembangunan infrastruktur asas, peningkatan ketersambungan mobiliti dan digital, mengoptimumkan guna tanah untuk ekonomi luar bandar.

Antara indikator ditetapkan bagi Sabah dan Sarawak di bawah Kajian Separuh Penggal RMKe-12 adalah:

(i) penetapan 98 peratus sasaran liputan akses kepada air bersih dan selamat;

(ii) penetapan 99 peratus sasaran liputan akses kepada elektrik;

(iii) 700 kilometer jalan luar bandar dibina dan dinaik taraf;

draft • 11:00 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

(iv) tapak baharu untuk pembangunan infrastruktur digital iaitu 382 tapak di Sabah dan 636 tapak di Sarawak; dan

(v) bilangan point of presence (PoP) untuk sambungan internet bagi sekolah luar bandar iaitu sebanyak 695 PoP di Sabah dan 741 PoP di Sarawak.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Kapar.

draft • 11:00 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Sejauh manakah perancangan kerajaan dalam mengadaptasi penerimagunaan teknologi 4IR, Industry Revolution berdasarkan keperluan industri selari dengan Dasar 4IR Negara ke arah mencapai sasaran peningkatan produktiviti sebanyak 30 peratus merentas semua sektor ekonomi menjelang 2030? Apakah strategi yang diambil untuk mengoptimumkan dana pelaburan bersama yang tertumpu kepada aspek pembiayaan R&D, pengkomersialan dan inovasi dalam sektor berimpak tinggi seperti bidang E&E, aeroangkasa dan farmaseutikal?

Jadi, saya minta Pelabuhan Klang dikatakan menyumbang kepada 95 peratus pada marine industry kita. Jadi, yang bagaimana kita nak menjamin kelancaran sistem logistik dan pengangkutan melalui segala infrastruktur yang baharu dan yang sedia ada supaya nak melancarkan dia. Ada integrasi dengan yang baharu nak dibuat dengan yang telah ada.

Bukannya tersekat dan terencat, bukannya jam lama-lama. Time is money, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, untuk menjawab.

draft • 11:00 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Terima kasih Dato’ yang di-Pertua. Yang Berhormat, saya akan memberikan maklum balas secara bertulis kerana banyak juga dari segi nak menjawabkannya tetapi antaranya adalah memastikan kemampanan dan keutamaan kepada yang diperlukan. Memang kita perlu adaptasi dari segi AI dan E&E dan perkara yang teknologi baharu maka itulah sebabnya kita memandangkan kemampanan dan mengikuti dari segi kepentingan ekosistem supaya ia melancar keseluruhannya. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih.

Berikut saya mempersilakan Dr. Siti Mastura binti Muhammad, Yang Berhormat Kepala Batas.

draft • 11:00 AM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor tujuh.

draft • 11:00 AM

7. Dr. Siti Mastura binti Muhammad [Kepala Batas] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan perincian jumlah ahli fisioterapi sukan yang bertauliah dan berdaftar di bawah kementerian.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim

Dato’ Yang di- Pertua, izinkan saya untuk menjawab soalan nombor tujuh yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Kepala Batas bahawa profesion fisioterapi sukan sebenarnya tidak didaftar atau

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim

ditauliahkan oleh Kementerian Belia dan Sukan, sebaliknya badan bertanggungjawab yang mendaftarkan profesion ini adalah Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia, di bawah Akta Kesihatan Bersekutu 2016 atau Akta 774.

Berdasarkan statistik yang dibekalkan oleh pihak Majlis Profesion, jumlah physiotherapist sukan yang berdaftar di Malaysia sehingga Oktober 2024 adalah seramai 3,934 orang. Di peringkat Kementerian Belia dan Sukan, sekurang-kurangnya terdapat 21 physiotherapist sukan yang bertauliah, yang bertugas sekarang ini di Institut Sukan Negara merangkumi 17 physiotherapist sukan kanan dan empat physiotherapist sukan.

Semua physiotherapist sukan ini mempunyai kelayakan di peringkat diploma, ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana dalam bidang fisioterapi dari universiti awam dan swasta tempatan. Physiotherapist sukan di Institut Sukan Negara turut berdaftar di bawah Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia, di bawah Akta Kesihatan Bersekutu 2016 atau Akta 774 dan merupakan ahli di bawah Persatuan Fisioterapi Malaysia. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Kepala Batas.

draft • 11:00 AM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Terima kasih kepada Timbalan Menteri di atas jawapan yang ringkas dan padat.

Soalan tambahan saya, adakah ahli fisioterapi yang telah layak ataupun diberi tauliah tadi, layak untuk sediakan laporan kecergasan selepas kecederaan yang dialami oleh atlet di peringkat produk pembangunan sukan di bawah kementerian, sebagaimana program pembangunan bola sepak negara (NFDP) bagi tentukan sama ada atlet tersebut perlu kepada rehab ataupun tidak?

Adakah kementerian bersedia untuk tanggung kos rawatan lanjut di pusat rawatan dan pemulihan di Bukit Jalil untuk projek ataupun program NFDP ini memandangkan program ini di bawah kementerian?

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 11:00 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk pengetahuan, yang pertama betul, physiotherapist yang di bawah kendalian Institut Sukan Negara memang ditauliahkan untuk membuat laporan assessment bagi sebarang rawatan kecederaan sukan.

Dalam masa yang sama, mana-mana atlet yang bernaung di bawah Majlis Sukan Negara termasuk NFDP sebenarnya memang diberi laluan ataupun diberi kemudahan untuk mendapatkan rawatan fisioterapi secara percuma selagi mana mereka berada di bawah program yang berkenaan. Dalam kes-kes tertentu, kita juga tawarkan khidmat fisioterapi kita kepada atlet-atlet yang di luar daripada program Majlis Sukan Negara.

Untuk pengetahuan juga, Institut Sukan Negara turut menyediakan khidmat rawatan fisioterapi sukan ini kepada masyarakat umum dengan harga bermula daripada RM30 ke RM80 sehinggalah kepada pakej lengkap selama 14 sesi dalam lebih kurang RM2,100. Ini perkhidmatan yang disediakan di bawah ISN, yang dikendalikan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Menteri. Silakan Yang Berhormat Sungai Petani.

draft • 11:00 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Dr. Timbalan Yang di-Pertua. Sebelum saya meneruskan soalan tambahan saya, sukacita saya ingin mengalu-alukan rombongan dari Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang daripada Parlimen Miri.

[Tepuk] Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Pertanyaan saya, bagaimanakah kementerian menilai keperluan ahli fisioterapi sukan yang bertauliah dalam negara, terutamanya kalau kita lihat sekarang peningkatan golongan anak muda untuk menyertai sukan-sukan yang terpapar dengan risiko bahaya?

Apakah kerjasama yang telah dijalankan antara KBS dan juga Kesihatan untuk meningkatkan lagi ahli fisioterapi bertauliah ini di negara kita? Bagaimanakah kementerian ingin memastikan bahawa ahli fisioterapi sukan bertauliah memainkan peranan yang efektif dalam pasukan sokongan untuk atlet elit negara? Apakah kriteria pemilihan ahli fisioterapi tersebut? Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, untuk menjawab.

draft • 11:00 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, banyak komponen dalam soalan Sungai Petani tetapi saya cuba untuk sentuh sedikit demi sedikit. Kalau tak cukup, saya bagi jawapan secara bertulis.

Berkaitan yang pertama, kelayakan tentu sekali adalah disediakan oleh Majlis Profesion. Ini ditauliahkan oleh Majlis Profesion. Itu jelas kerana fisioterapi ini adalah kursus perubatan yang perlu melalui pensijilan oleh universiti ataupun institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Ia sedikit berbeza. Contohnya sekarang kita juga ada terapi sukan, berbeza dengan fisioterapi. Fisioterapi adalah medical manakala terapi sukan adalah kemahiran (skill).

Ini boleh ditawarkan di peringkat termasuk IKBN sekarang.

Untuk soalan yang kedua, berkait dengan persediaan ataupun apa yang kita sediakan untuk atlet-atlet elit. Untuk pengetahuan, di mana-mana sukan temasya sekalipun sama ada sukan SEA, sukan Asia mahupun Olimpik, pasukan fisioterapi yang dikendalikan oleh ISN ini akan dihantar dengan selengkap-lengkapnya termasuk peralatan dan juga equipment, dengan izin yang digunakan untuk merawat atlet-atlet kita yang bertanding dalam temasya- temasya tersebut.

Sebab itu dalam setiap kejohanan ataupun dalam setiap temasya sukan, kita akan dapat lihat ISN antara yang perlu hadir ataupun perlu fly out lebih awal untuk mereka set up klinik-klinik bergerak ataupun klinik-klinik modular untuk menyediakan khidmat fisioterapi kepada atlet-atlet kita.

draft • 11:00 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Kerjasama dengan KKM itu dalam bentuk mungkin ISN selalunya akan juga bagi tumpuan sedikit sebanyak kepada research and development dalam bidang fisioterapi sukan

draft • 11:10 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

ini kerana mereka sebahagian yang berada di lapangan ada pengalaman dan juga pengetahuan tentang perkembangan atau advancement in technology yang boleh dikongsi dengan institusi pengajian tinggi mahupun juga dengan Kementerian Kesihatan jika ada keperluan. Itu memang peranan yang dimainkan oleh Institut Sukan Negara selama ini.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut saya mempersilakan Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali, Yang Berhormat Pekan.

draft • 11:10 AM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

Soalan saya soalan nombor lapan.

draft • 11:10 AM

8. Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali [Pekan] minta Menteri Pertahanan menyatakan kesediaan kerajaan untuk melaksanakan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang menyeluruh dalam sektor ketenteraan bagi memperkukuh lagi keupayaan pertahanan Malaysia dan sejauh manakah penggunaan teknologi ini dalam aspek ketenteraan pada masa kini.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Dato' Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pekan di atas soalan yang dikemukakan. Di mana Kementerian Pertahanan sentiasa menjalankan kajian mendalam mengenai aplikasi teknologi artificial intelligence (AI) dalam sektor pertahanan. Ini merupakan sebahagian daripada usaha strategik untuk merapatkan jurang keupayaan dalam aspek tersebut. Kajian ini meliputi pelbagai perkara penting.

Di antaranya adalah penggunaan AI dalam sistem persenjataan yang menumpukan kepada antara lain keupayaan AI dalam meningkatkan ketepatan serangan sambil mengurangkan kerosakan sampingan semasa operasi ketenteraan.

Kedua adalah berkaitan AI dalam keselamatan siber yang menumpukan kepada penggunaan AI untuk mengesan, mencegah serta bertindak balas terhadap serangan siber, melindungi rangkaian yang kritikal.

Ketiga adalah pemprosesan dan juga analisa data yang menumpukan kepada penggunaan teknologi AI dalam memproses data dari pelbagai sumber untuk mengenal pasti corak dan ancaman lalu meningkatkan kesedaran situasi dan keupayaan pertahanan negara.

Memanfaatkan AI dalam membuat keputusan secara pantas adalah elemen penting dalam memperkukuhkan kawalan dan operasi ketenteraan negara. Walau bagaimanapun, pembangunan infrastruktur AI yang kukuh dan selamat perlu diwujudkan terlebih dahulu bagi menyokong sistem pertahanan negara.

Pada masa yang sama, kerajaan melalui Kementerian Pertahanan turut menekankan pembangunan bakat, kolaborasi dengan institusi akademik dan industri serta rangka kerja etika yang jelas untuk memastikan penggunaan AI dijalankan secara bertanggungjawab dan selaras dengan etika antarabangsa.

Dato' Yang di-Pertua, di samping itu dalam Kajian Separuh Penggal Kertas Putih Pertahanan, kementerian ini juga berhasrat untuk melaksanakan pembangunan teknologi

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

strategik dengan memberikan fokus kepada teknologi kritikal seperti sistem tanpa pemandu

(unmanned system) dengan izin, senjata pintar, teknologi angkasa dan juga sepertimana yang kita bincangkan itu tentang kecerdasan buatan untuk memacu inovasi meningkatkan keupayaan modal insan serta memperkukuhkan kerjasama antara semula pemegang taruh bagi membina ekosistem pertahanan yang kukuh dalam negara kita. Itu saja jawapan.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebelum saya memanggil Yang Berhormat Pekan untuk soalan tambahan. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin menarik perhatian bahawa pada pagi ini bersama-sama kita ialah His Excellency Colonel Tawee Sodsong, Menteri Keadilan Thailand.

[Tepuk] Saya dengan hormatnya mengalu-alukan kehadiran His Excellency Colonel Tawee Sodsong dan delegasi ke Dewan yang mulia ini. Kepada semua ahli delegasi, saya berharap agar lawatan ini merupakan salah satu usaha dalam mengukuhkan hubungan bilateral sedia ada antara Malaysia dan Thailand. Semoga hubungan erat ini akan terus berkekalan dan berkembang dalam berbagai bidang dan aspek.

Honorable Members, I would like to inform that we are honored to have His Excellency Colonel Tawee Sodsong, Thailand’s Minister of Justice and delegation with us in the August House. I wish to welcome His Excellency and delegation to the House of Representatives. We hope that our existing close bilateral relationship will further leverage our cooperation in manage new aspects and fields. Your presence in this August House is one of the manifestation of our close relationship. Thank You. Dengan itu, saya mempersilakan Yang Berhormat Pekan untuk soalan tambahan.

draft • 11:10 AM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Terima kasih. Saya telah dengar dengan teliti penjelasan Timbalan Menteri Pertahanan sebentar tadi. Cuma saya ingin mengetahui, menerusi revolusi teknologi AI ini dan penggunaan semasa dalam industri pertahanan, pada tahap manakah penggunaan teknologi ini dapat dipastikan agar keselamatan dan kedaulatan negara terjamin? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih Yang Berhormat Pekan di atas soalan tambahan yang dikemukakan. Dato' Yang di-Pertua, kita tahu revolusi dan teknologi AI ini adalah dengan tujuan adalah untuk kita mendapat lebih manfaat dari segi penggunaannya bukan sahaja untuk kebaikan negara dan bukan sahaja untuk kebaikan rakyat tapi dalam masa yang sama dalam aspek pertahanan negara kita sepertimana yang saya sebutkan tadi, dalam Kertas Putih Pertahanan pun dalam kita review Kertas Putih Pertahanan kita, kita mahu bahawa aspek-aspek AI ini juga diberikan penekanan untuk pastikan bahawa apa yang dibangkitkan oleh Pekan itu terkait dengan etika dan moral.

Ada lima perkara yang kita berikan tumpuan untuk pastikan etika dan moral kita dalam aspek AI ini diberikan keutamaan untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan negara kita.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Pertama adalah tentang pihak yang bertanggungjawab untuk melaksanakan AI itu.

Itu kita berikan penekanan.

Kedua adalah kawalan kepada sistem itu tersebut. Jadi kita pun harus melihat siapa yang mengawal dan bagaimana faktor kawalan itu dibuat, terutamanya dalam konteks pertahanan itu sendiri.

Ketiga adalah sistem itu sendiri. Di samping kita melihat siapa yang mengoperasi, siapa faktor kawalannya? Sistem itu sendiri pun harus di peringkat kementerian memang kita berikan keutamaan kerana keyakinan kepada sistem itu akan memberikan impak kepada keselamatan dan juga kedaulatan negara kita.

Keempat adalah apek perundangan juga kita berikan keutamaan kerana kita mahu bahawa sistem yang kita bangunkan itu menurut tatakelola dan tidak melanggar undang- undang negara.

Terakhir, saya fikir antara yang harus kita lihat dari segi etika dan moralnya adalah tentang bagaimana kita mengesan data-data yang mahu kita analisa dan mahu kita dapatkan sebelum kita membuat keputusan. Itu saja jawapan.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut Yang Berhormat Lumut untuk soalan tambahan.

draft • 11:10 AM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan saya, ATM pernah ada pengalaman portal ATM ini telah digodam. Soalan saya, berapa jumlah insiden serangan siber yang dicatat oleh Bahagian Siber dan Elektronik Pertahanan bagi tahun 2024? Dan serta dari negara manakah serangan siber yang paling banyak dicatat oleh pihak bahagian tersebut? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih Yang Berhormat Lumut di atas soalan tambahan itu. Mungkin detil kepada terkait dengan serangan siber itu, saya akan bagi jawapan bertulis tapi saya ingin menyebut bahawa sepertimana yang telah saya ungkapkan daripada awal lagi bahawa kemampuan kita untuk meningkatkan keupayaan AI kita terkait juga dengan sistem siber kita. Kerana kita tahu bahawa di samping kita punya domain udara, darat dan juga laut itu, kita tahu bahawa perkembangan kepada domain siber ini merupakan sebahagian daripada keutamaan kita di Kementerian Pertahanan. Itu saja jawapan.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut saya mempersilakan untuk soalan yang kesembilan, Tuan Riduan bin Rubin, Yang Berhormat Tenom.

draft • 11:10 AM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Assalamualaikum dan selamat pagi. Soalan saya soalan sembilan.

draft • 11:10 AM

9. Tuan Riduan bin Rubin [Tenom] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan adakah pihak kementerian bercadang untuk menetapkan harga siling bagi pengambilan pekerja asing di Sabah memandangkan kos tersebut pada ketika ini sangat membebankan dan apakah langkah bagi mengurangkan impak kos pengambilan pekerja asing agar keperluan industri dapat dipenuhi tanpa membebankan majikan.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tenom. Untuk makluman Dewan yang mulia, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sentiasa memastikan pengambilan pekerja asing dilaksanakan secara telus, selamat dan berlandaskan kepada prinsip fair recruitment yang akan memanfaatkan majikan dan pekerja.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Berhubung dengan penetapan kos pengambilan pekerja asing, termasuk di Sabah dan Sarawak, KESUMA dalam proses mengadakan sesi perundingan bersama negara sumber bagi memperincikan struktur kos pengambilan pekerja asing yang akan bekerja di Malaysia.

Dapatan ini akan dikongsi dengan semua pemegang taruh merangkumi agensi kerajaan, termasuk di Sabah dan Sarawak, majikan, kesatuan pekerja, agensi pekerjaan swasta dan lain-lain badan berkaitan. Langkah ini juga sejajar dengan komitmen KESUMA di bawah Pelan Tindakan Kebangsaan Buruh Paksa (NAPFL) 2021 hingga 2025 yang menerapkan konsep transparensi dan zero cost of the worker, dengan izin Yang di-Pertua, dalam kos pengenalan pekerja asing.

Yang Berhormat Dato’ Dr. Yang di-Pertua, pada masa yang sama, KESUMA akan meneliti perkara-perkara berikut sebagai langkah yang mengurangkan impak kos pengambilan pekerja asing yang antaranya seperti berikut:

(i) kos pengambilan yang dipersetujui dengan negara sumber akan diumumkan pada majikan dan agensi-agensi pekerjaan swasta untuk meningkatkan pemahaman semua pihak. Langkah ini akan dikaji kerana ia penting untuk memberi gambaran jelas tentang kos sebenar dan pengambilan pekerja asing, sekali gus membantu majikan merancang dengan lebih berkesan dan telus;

(ii) bagi calon pekerja asing, kementerian juga akan melaksanakan konsep pre-employment yang memberi pendedahan awal tentang jenis pekerjaan dan kos yang bakal terlibat di Malaysia. Melalui pendekatan ini, calon pekerja akan memahami syarikat kerja dan kos yang perlu ditanggung dengan jelas dan mengurangkan risiko salah faham atau kecewa kelak. Pendekatan ini diharap dapat meningkatkan kebaikan pekerja asing dan memudahkan majikan mencari pekerja yang benar-benar bersedia; dan

(iii) kementerian turut menggalakkan majikan mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing dengan balik kepada mekanisasi atau automasi melalui pelaksanaan multi tier levy.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Dana lebihan yang dikutip akan disalurkan kembali kepada majikan sebagai insentif untuk transformasi ini. Dengan cara ini, kita bukan sahaja meningkatkan daya saing sektor perniagaan dalam jangka panjang, tetapi juga memodenkan proses kerja menjadikan ia lebih efisien dan produktiviti.

Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan, Yang Berhormat Tenom.

draft • 11:20 AM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Menteri (Lipis) atas jawapan yang diberikan.

Soalan tambahan saya ialah sejauh manakah pihak kementerian telah bekerjasama dengan negara-negara sumber untuk membendung sindiket pengambilan pekerja asing yang telah mengakibatkan kos pengambilan pekerja asing yang menjadi semakin tinggi dan tidak masuk akal? Apakah respons yang diterima daripada negara-negara sumber berhubung masalah ini? Serta, apa usaha kementerian untuk menarik minat tenaga kerja tempatan, terutamanya anak muda untuk bekerja dalam sektor industri 3D iaitu dirty, dangerous and difficult, terutamanya dalam sektor industri perladangan? Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Dr. Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tenom.

Sebenarnya pihak kerajaan telah- kita menandatangani satu memorandum bagi persefahaman antara penggajian kerja dan kerajaan. Di mana pada Disember 1921, kita telah bersetuju dengan kos yang dinyatakan oleh pihak Yang Berhormat sebentar tadi, tetapi memandangkan dalam hal ini sebenarnya, walaupun hearsay kita dengar mereka meletakkan lebih tinggi daripada kos sebenar, tetapi dalam persoalan ini, daripada segi kami di kementerian tidak dapat kesan kos yang diletakkan oleh pihak tempat yang kita mengambil pekerja asing ini. Saya tak nak menyebut negara, tetapi persoalannya yang lebihan itu kita tidak dapat mengetahui secara sebenar-benarnya.

Dalam yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Tenom sebentar tadi, itu lah kos yang sebenar yang telah kita membuat kajian dan telah berbincang dengan pemegang taruh antara majikan-majikan bagi kita tidak melakukan perkara yang di luar jangkaan perkara tersebut.

Maksud saya, soalan Tenom ini amat baik sekali kerana hearsay ini sangat tinggi sebenarnya di kalangan pihak luar. Sedangkan kos di antaranya kalau saya katakan di Bangladesh umpamanya, antara 6,000 ke-7,000 sahaja, tetapi kita mendengar sehingga mencecah puluhan ribu, tetapi ini yang kita tidak dapat kesan di manakah pihak yang melakukan perkara sehingga lebihan daripada anggaran yang ditetapkan oleh kementerian KESUMA itu sendiri. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Maran.

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Dato’ Yang di-Pertua, kita ada punya lebih kurang 51 negara sumber yang membekalkan tenaga kerja ke negara kita ini. Kes penyelewengan pengambilan pekerja asing dan sedikit- sedikit yang terlibat ini cukup ramai. Saya tidak tahu berapa ramai. Mereka ini mendapat untung. Seperti mana Yang Berhormat Menteri sebutkan, bayaran yang tinggi. Dalam masa yang sama, mereka dapat menyelamatkan bayaran-bayaran kos-kos yang lain seperti SOCSO, EPF dan sebagainya. Saya hendak tahu, berapakah sindiket yang telah dapat dikesan oleh kementerian dan berapa ramai – melibatkan pekerja asing yang dimasukkan tanpa peraturan yang kita tetapkan? Berapakah pulangan hasil denda ataupun tindakan yang diambil oleh kerajaan yang mendapat jadi pulangan pada negara? Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Maran. Ingin saya nyatakan bahawa angka yang diminta oleh Yang Berhormat itu saya jawab secara bertulis angka tersebut kerana angka yang melibatkan denda dan sebagainya. Ada perkara Yang Berhormat menanyakan sebentar tadi, jawapan yang saya berikan hampir sama dengan apa yang boleh dinyatakan oleh pihak Tenom sebentar tadi. Yang kita dapat dengar hanyalah hearsay Yang Berhormat Yang di-Pertua, dengan izin, tetapi perkara sebenar kita tidak dapat kesan kerana sindiket ini kalau kita hendak katakan licik, mungkin licik, tetapi ia bermula apa yang kita dengar juga ia berlaku sebenarnya - yang sebenarnya berlaku bermula pada negara-negara sumber yang kita hendak menerima pekerja asing itu sendiri.

Persoalan ini – memang sebenarnya banyak dibangkitkan oleh rakan-rakan dalam waktu bersembang-sembang. Waktu bersembang, tetapi apabila saya minta angka sebenar, di mana sumber yang kita hendak ketahui, di manakah dapatan Yang Berhormat menyatakan perkara ini, tetapi perkara ini tidak dapat dibuktikan secara sebenar- apakah yang hendak dibuktikan? Sebab itu sekarang ini kerajaan sedang merangka sistem. Mungkin sistem yang lebih baik untuk memastikan bahawa perkara ini tidak akan berlaku lagi pada masa mendatang ini. Kita faham yang berlaku kepada mereka ini kerana penglibatan kos yang sangat tinggi untuk mereka masuk ke negara ini sebagai seorang pekerja asing. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawapan Lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:20 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Dato’ Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahaskan dan diputuskan di Peringkat Jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan bagi Rang Undang- undang Perbekalan 2025 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2025 dan selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 14 November 2024.”

draft • 11:29 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ada yang menyokong?

draft • 11:29 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Saya mohon sokong.

draft • 11:29 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Dewan untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul sebagaimana telah dibentangkan oleh Menteri hendaklah disetujukan.

draft • 11:29 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2025 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2025 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2025 dan Usul Anggaran Pembangunan 2025 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Pertama]

draft • 11:30 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan di sini. Kerana kita dimaklumkan bahawa pada pagi tadi pemergian seorang tokoh negarawan yang banyak berjasa kepada negara iaitu Allahyarham Tun Daim Zainuddin, maka saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Allahyarham merupakan arkitek ekonomi negara sehingga Malaysia terkenal sebagai ‘Asian Tigers’. Menggunung jasa Allahyarham kepada agama, bangsa dan negara

draft • 11:30 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

terutamanya ketika negara berdepan dengan krisis kewangan pada tahun 1998. Beliau merupakan pejuang yang tulen, bahkan sehingga ke akhir hayatnya tetap berjuang demi masa depan negara yang adil dan saksama.

Saya ingin merakamkan ucapan takziah ini dan memohon kepada semua yang beragama Islam untuk membacakan dan sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham. Al- Fatihah.

[Ahli-ahli bertafakur] Amin ya rabbal alamin. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, Majlis Mesyuarat mengambil maklum atas pengisytiharan itu. Salam takziah bagi keluarga Allahyarham.

Majlis balik kepada Aturan Urusan Mesyuarat. Majlis dalam Jawatankuasa.

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan

draft • 11:30 AM

Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Minta Yang Berhormat Menteri Kewangan mengemukakan Anggaran Perbelanjaan bagi semua kementerian.

draft • 11:30 AM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Dato’ Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya wang sejumlah tidak lebih daripada RM232,954,014,300 yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tahun 2025 bagi Maksud-maksud Bekalan B.1 hingga B.15, B.20 hingga B.28, B.30 hingga B.31, B.33, B.40, B.42 hingga B.43, B.45 hingga B.48, B.50, B.60, B.62 hingga B.64 untuk kementerian dan jabatan yang berkenaan dijadikan Jadual, dan sejumlah tidak lebih daripada RM88 bilion yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2025 bagi Maksud- maksud Pembangunan P.6, P.7, P.10, P.13 hingga P.15, P.20 hingga P.28, P.30 hingga P.31, P.33, P.42 hingga P.43, P.45 hingga P.48, P.50, P.60, P.62 hingga P.64 dan P.70 untuk kementerian dan jabatan yang berkenaan seperti yang ditunjukkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai Lampiran A dan Lampiran B, Kertas Perintah 15 Tahun 2024 dijadikan Anggaran Perbelanjaan.

Dato’ Pengerusi, keperluan bagi mengadakan peruntukan Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tahun 2025 dan juga Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2025 telah pun dibentangkan.

Di samping itu, penjelasan lanjut mengenai cadangan-cadangan anggaran itu adalah juga diberi dalam Kertas Perintah 15 Tahun 2024 dan Buku Anggaran Persekutuan 2025 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 16 Tahun 2024.

draft • 11:33 AM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Oleh itu, saya tidak berhajat untuk memberi apa-apa penerangan tambahan lagi.

Dato’ Pengerusi, saya mohon mencadangkan.

draft • 11:33 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, setelah mendengar apa yang telah dinyatakan oleh Menteri Kewangan II, Ahli-ahli Yang Berhormat, hari ini bermulalah giliran bagi kementerian di Peringkat Jawatankuasa bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2025 iaitu selama 12 hari, iaitu sehingga Selasa, 3 Disember 2024 yang mana 28 kementerian akan melalui peringkat Jawatankuasa ini.

Saya ingin mengingatkan semua Ahli Yang Berhormat untuk mematuhi Peraturan Mesyuarat 66(12) iaitu, “Perbahasan hendaklah dihadkan kepada dasar khidmatan yang hendak diuntukkan wang itu dan tidak boleh mengenai butir-butir perbelanjaan, tetapi boleh menyebut butir-butir hasil atau kumpulan wang-kumpulan wang yang dalam tanggungjawab khidmatan itu”.

Oleh itu, Ahli-ahli Yang Berhormat, semasa berbahas Peringkat Jawatankuasa ini perlu menyebut secara spesifik butiran kementerian yang Ahli Yang Berhormat ingin membangkitkan.

Seperti mana semua sedia maklum, Ahli-ahli Yang Berhormat telah berbahas semasa Belanjawan 2025 Peringkat Dasar selama lapan hari. Oleh itu, saya menasihatkan semua Ahli Yang Berhormat untuk tidak membangkitkan semula isu-isu yang telah dibangkitkan semasa Belanjawan 2025 di Peringkat Dasar.

Dengan mengambil kira masa perbahasan Peringkat Jawatankuasa iaitu selama 12 hari ini yang akan melibatkan 28 kementerian, saya ingin memberikan sebanyak boleh Ahli Yang Berhormat terlibat dalam perbahasan. Maka, setelah diambil kira, setiap perbahasan Yang Berhormat diberi masa hanya 5 minit.

draft • 11:33 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Timbalan Speaker, boleh saya minta petua sedikit dari Timbalan Speaker?

draft • 11:33 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Paya Besar.

draft • 11:33 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Tuan Speaker ada bangkitkan tadi berkaitan jangan kita mengulangi isu dan perkara yang telah dibangkitkan pada Peringkat Dasar. Cumanya, saya minta petua daripada Yang Berhormat Tuan Speaker, jawapan-jawapan yang tidak dijawab oleh Yang Berhormat Menteri ketika menggulung di Peringkat Dasar belum sampai di meja Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Dewan.

Jadi, bagaimanakah kami hendak mengetahui sama ada kami sudah ada jawapan atau tidak?

Perkara tersebut adalah perkara yang kita bangkitkan dan kita perlukan jawapan. Saya minta petua daripada Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih.

draft • 11:33 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Paya Besar, soalannya amat jelas. Dengan sedemikian, the burden falls on the ministry, dengan izin. Dengan sedemikian, Menteri Kewangan, sebagaimana telah dipohon oleh Yang Berhormat Paya Besar, please, dengan izin, deliver the written answers.

draft • 11:33 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dengan sedemikian, kita mulakan perbahasan di Peringkat Jawatankuasa. Saya ingin juga mengingatkan bahawa siapa yang mempengerusikan Majlis ini diberi panggilan ‘Pengerusi’ dan bukan ‘Yang di-Pertua’ ya.

draft • 11:33 AM
Kepala B.1, B.2, B.3, B.4, B.5, B.6, B.7, B.8, B.9 dan B.40 [Jadual] – Kepala P.6 dan P.7 [Anggaran Pembangunan 2025] –

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Berikut adalah senarai. Saya akan baca sehingga 25 yang awal.

draft • 11:33 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Mereka adalah pembuka tirai. Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Putrajaya, Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Kangar dan Yang Berhormat Lubok Antu. Seramai 25 orang pembahas akan memulakan perbahasan.

Baik, saya dengan ini sebagai Pengerusi mempersilakan Jabatan Perdana Menteri, Kepala Bekalan B.1 sehingga B.9 dan B.40 dan Kepala Pembangunan P.6 dan P.7 di bawah Jabatan Perdana Menteri terbuka untuk dibahaskan.

Silakan YB Seputeh memulakan perbahasan, dipersilakan.

draft • 11:40 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Bekalan 8 Butiran 030000 – Jabatan Peguam Negara dan Bekalan 6 Butiran 040000 – Pengurusan Kehakiman dan Perundangan dan juga Bekalan 6 Butiran 070000 – Pengurusan Wilayah Persekutuan.

Dato’ Pengerusi, saya nak mula merujuk kepada penjatuhan hukuman ke atas Yang Berhormat kawasan Parlimen Muar. Saya difahamkan pihak pembelaan dalam kesnya menutup kes di mahkamah pada 14 Mac 2023 manakala Hakim Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman pada 9 November pada tahun lepas. Hari ini adalah 13 November, lebih satu tahun selepas keputusan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, tetapi penghakiman bertulis masih belum disediakan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa]

draft • 11:41 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Kelewatan ini menjejaskan proses rayuan Yang Berhormat Muar di mahkamah.

Kalau ikut rekod daripada kata-kata Yang Arif Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, beliau mengatakan akan keluarkan penghakiman bertulis dalam masa satu minggu selepas sabitan kesalahan itu dibuat, tetapi selepas lebih setahun sampai hari ini, kita masih tidak dengar sebarang khabar. Ini belum kira lagi pengurusan mahkamah atau pun case management yang terpaksa ditangguhkan sebanyak enam kali sehingga hari ini sebab penghakiman bertulis belum disiapkan.

Jadi, penangguhan lebih satu tahun bagaikan hukuman gantung tanpa- you know, satu hukuman yang nampaknya kurang baik untuk Yang Berhormat Muar. Saya nak minta sama ada pihak kerajaan boleh buat apa-apa supaya hukuman bertulis boleh dikeluarkan dengan cepatnya.

Puan Pengerusi, saya juga nak rujuk kepada jawapan yang dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, Jabatan Perdana Menteri berkenaan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang (LPQB) yang tidak membayar cukai. Soalan saya ialah, sejak bilakah LPQB tidak bayar cukai dan apakah penjelasan terperinci yang telah diberikan oleh LPQB mengenai perkara ini? Adakah terdapat pengecualian cukai diberikan oleh LHDN kepada LPQB?

Puan Yang di-Pertua, saya juga terima aduan daripada seorang peguam berkenaan Sijil Amalan Guaman (CLP) oleh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia

(LPQB). Antara aduan yang diutarakan ialah keperluan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia mengenakan kos operasi yang begitu tinggi terhadap pelajar yang mengambil peperiksaan CLP. Saya difahamkan LPQB hanya menguruskan pengambilan peperiksaan CLP.

Pihak LPQB juga tidak perlu menyewa dewan peperiksaan untuk menjalankan peperiksaan tersebut. Oleh itu, atas dasar apakah yuran-yuran yang begitu tinggi dikenakan terhadap pelajar? Sebagai contoh, yuran pendaftaran ialah RM4,000, yuran peperiksaan RM1,800, yuran permohonan adalah RM250. Jadi, pengenaan kos operasi yang begitu tinggi sebenarnya amat membimbangkan pelajar memandangkan pelajar perlu mengambil kursus CLP di institusi seperti BAC dengan anggaran yuran pengajian berjumlah RM18,000 dan akan dikenakan untuk mengikuti kursus tersebut.

Jadi, saya nak tanya apakah ini perlu dan kita juga dengar daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri di mana yang lembaga ini sebenarnya tidak diadakan audit lebih 18 tahun.

Semua ini saya rasa kerajaan haruslah ambil perhatian. Jadi, saya juga nak tanya apakah status terkini proses semakan hukuman mati dan pemenjaraan sepanjang hayat di bawah Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 [Akta 847]?

Jadi, apakah status terkini usaha kerajaan untuk menubuhkan Ombudsman Malaysia dan akan kerajaan mempertimbangkan memberikan kuasa kepada Ombudsman Malaysia untuk menguatkuasakan cadangan-cadangannya dalam kes-kes salah tadbir? Sebenarnya

draft • 11:41 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

telah banyak kali kita dengar pasal Ombudsman. Jadi, kita nak tahu dengan lebih lanjut daripada pihak kerajaan, bilakah ia akan dilaksanakan?

Akhirnya, saya nak tanya Jabatan Wilayah Persekutuan tentang cadangan mengadakan ahli majlis secara lantikan ini yang mana akan melibatkan pindaan kepada Akta Ibu Kota. Bilakah Jabatan Wilayah Persekutuan akan memanggil semua Ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk membincangkan tentang pindaan Akta Ibu Kota ini supaya kita akan lihat wujudnya ahli majlis di Kuala Lumpur? Sekian, terima kasih.

draft • 11:41 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Saya jemput Yang Berhormat Besut.

draft • 11:41 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saya terus kepada P.6 Butiran 09910 – Agensi Pengurusan Bencana Negara

(NADMA). Jadi, peruntukan adalah sebanyak lebih kurang RM35.1 juta pada tahun 2025 berbanding RM28.2 juta pada tahun 2024. Jadi, persoalan saya, apakah pelan sebenarnya, pelan terkini pihak kerajaan dalam- menerusi NADMA ini berhubung syor pembinaan pusat pemindahan kekal (PPK) yang dilengkapi dengan kemudahan asas di seluruh negara? Jadi, untuk kegunaan masa-masa banjir termasuk Kelantan, Terengganu.

Jadi, saya nak beritahu bahawa di kawasan saya, banjir ini setiap tahun, hampir setiap tahun dan banjirnya adalah banjir yang besar. Yang kita ada setakat ini adalah PPS dalam lebih kurang dalam 120 pusat pemindahan sementara tanpa ada kemudahan- kemudahan asas. Jadi, ini akan menyusahkan dan tidak memberi keselesaan kepada mangsa-mangsa banjir tersebut. Sebab yang digunakan hanya kadang-kadang balai raya, sekolah-sekolah, dan mungkin akan mengganggu juga pembelajaran pelajar-pelajar di sekolah tersebut.

Jadi, saya sarankan supaya PPK dibina lebih banyak di kawasan Parlimen Besut ya untuk memberi keselesaan kepada mangsa-mangsa banjir. Seterusnya, saya merujuk kepada B.1 ini, Parlimen Malaysia di bawah Butiran 010200 iaitu mengenai dengan pengurusan Dewan Parlimen. Jadi, peruntukannya diberi adalah lebih kurang RM105 juta ya berbanding RM98 juta pada tahun 2024.

draft • 11:47 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jadi, kita tahu fungsi sebenar Ahli Parlimen adalah untuk memastikan supaya persidangan Parlimen ini berjalan lancar dan juga teratur. Itu sangat penting. Jadi, saya ingin mendapat sedikit penjelasan daripada pihak Menteri berkenaan dengan kuasa Speaker ini.

Sebab saya lihat hal ini- saya rujuk kepada peraturan mesyuarat terutamanya Peraturan Mesyuarat 44(1), (2) dan (3), nak tunjuk besarnya kuasa Speaker ya.

Jadi, saya ingin merujuk juga kepada kes YB Machang tempoh hari, yang digunakan usul daripada Menteri, bukan usul daripada Speaker sendiri ya. Saya tak nak supaya bila berlaku tidak mengikut apa yang diperuntukkan di bawah 44(1), (2) dan (3) tersebut, maka

draft • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

akan jadi kes seperti mana kes yang pernah berlaku di Perak tempoh hari, dibawa ke mahkamah iaitu kes Menteri Besar Perak pada masa itu, Dato' Seri Dr. Zambry Kadir, yang menjadi Speaker pada masa itu adalah Sivakumar, YB Sivakumar. Dewan diadakan di bawah pokok pada masa tu, ramai orang tahu.

Jadi, keputusan telah dibuat oleh Mahkamah Persekutuan mengatakan bahawa tidak sah, makna penggantungan kepada Menteri Besar pada masa itu. Jadi, saya rujuk kepada 44(3), kalau kita lihat (3) ini, 44(3) jelas mengatakan bahawa, “Jika Pengerusi mendapati bahawa kuasa di bawah perenggan (1) dan (2) tidak mencukupi, dia boleh memulakan prosedur untuk menggantung perkhidmatan seseorang ahli dengan menyebut nama ahli tersebut iaitu: “Saya dengan ini menamakan Ahli Yang Berhormat tuan sekian-sekian atau puan.” Jadi seorang Menteri hendaklah selepas itu bangun...

draft • 11:50 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Peraturan mesyuarat, peraturan mesyuarat.

draft • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

...Dan mencadangkan dan seorang Menteri lain...

draft • 11:50 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Peraturan mesyuarat...

draft • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

...Menyokong asal Usul...

draft • 11:50 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

36(3)

draft • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

...Suatu Usul seperti berikut.

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Besut, tunggu sekejap.

draft • 11:50 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Peraturan mesyuarat.

draft • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Peraturan, apakah masalah ini?

draft • 11:50 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

36(3), adalah salah pada peraturan mesyuarat.

draft • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya bercerita pasal peraturan mesyuarat.

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sekejap. Yang Berhormat, tunggu...

draft • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tak ada kena-mengena dengan...

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tunggu dulu, biar, biar.

draft • 11:50 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ini hanya untuk peraturan mesyuarat, tak ada apa- apa.

draft • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya minta supaya Speaker gunakan 37(2), evoke 37(2) terhadap- ini gangguan ini sebenarnya.

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Bagan nak bangkitkan peraturan mesyuarat...

draft • 11:50 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ya, 36(3) adalah salah pada peraturan mesyuarat bila dicuba untuk menimbangkan semula apa-apa perkara tertentu yang telah diputuskan oleh Majlis Mesyuarat dalam penggal Majlis yang ada sekarang kecuali dengan dikeluarkan

draft • 11:50 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

usul bersendiri bagi membatalkan keputusan Majlis Mesyuarat berkenaan dengan perkara itu.

So, sekiranya Yang Berhormat cakap tentang Parlimen tak ada masalah, tapi keputusan telah pun dibuat oleh Speaker. Ini bukanlah forum untuk membahaskan perkara ini. Boleh ada buat usul bersendiri, tak ada masalah. Ini sebagai seorang- sebagai seorang veteran...

draft • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya tidak buat. Okey, saya tidak buat apa-apa pun usul...

draft • 11:50 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ini sebagai seorang veteran. Saya bagi nasihat...

draft • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

...Supaya dibatalkan. Saya tak minta dibatalkan. Kena faham apa yang maksud saya.

draft • 11:50 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Pun tak boleh, tak boleh. Minta Speaker buat keputusan.

draft • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini gangguan. Okey, seterusnya...

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sebenarnya saya tak faham apa yang nak dibangkitkan oleh Yang Berhormat Besut.

draft • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Nah! Saya bangkitkan pengurusan Dewan supaya Dewan berjalan dengan teratur.

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya.

draft • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jadi, bila ada usul daripada Menteri, bermaksudnya, maknanya Speaker tidak menjalankan kuasa yang telah diberikan di bawah 44(3). Itu maksud saya. Ini penting.

Seterusnyalah, saya merujuk kepada...

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak perlu rujuk lagi kerana masa sudah tamat...

draft • 11:50 AM

[Dewan ketawa]

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Eh, baharu satu isu saya bawa, takkan tamat dah?

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya, sudah tamat. Terima kasih Yang Berhormat Besut...

draft • 11:50 AM

[Dewan riuh]

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Betulkah? Eh, ini tak betul ini.

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Besut. Saya jemput Yang Berhormat Bagan.

draft • 11:50 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Yang Berhormat boleh buat dalam forum lain, bukan ini. Ini Peringkat Jawatankuasa.

Saya rujuk kepada B.7 – Jabatan Perkhidmatan Awam, Butiran 010000 – Pengurusan dan juga Butiran 020000 – Pembangunan Sumber Manusia sekali gus.

draft • 11:54 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Puan Pengerusi, saya ingin bertanyakan, berapa ramai orang pelajar Malaysia yang ditaja untuk pengajian di luar negara oleh kerajaan baik JPA, mahupun MARA terus diserap untuk berkhidmat sebagai pegawai kerajaan? Alangkah satu kerugian kepada negara sekiranya graduan yang paling cemerlang daripada universiti terkemuka dunia sama ada Ivy League daripada Amerika Syarikat dan Oxford, Cambridge dilepaskan begitu sahaja sungguhpun ditaja oleh dana awam negara.

Saya merujuk kepada jawapan lisan daripada JPM dalam Parlimen pada 16 Julai tahun ini yang menyatakan sejak 2017, sebanyak RM854 juta telah dibelanjakan oleh JPA untuk menaja 1,640 orang pelajar Malaysia yang terdiri daripada 915 pelajar Melayu, 421 pelajar Cina, 133 pelajar India dan 171 kaum-kaum lain untuk pengajian di luar negara.

Daripada jumlah ini, saya harap boleh berikan sebab mengapa mereka kesemuanya tidak terus berkhidmat sebagai pegawai kerajaan?

Persoalan yang serupa boleh ditanyakan kepada MARA yang telah membelanjakan RM12,035 juta ataupun RM12.04 bilion untuk menaja 89,545 pelajar bumi dalam negara dan 8,075 pelajar bumi ke luar negara sejak 2017. Juga, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan

(GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti PNB, PETRONAS dan Khazanah Nasional telah menaja sebanyak RM2.12 bilion untuk 3,522 orang pelajar dengan pecahan 80 peratus bumi dan 20 peratus bukan bumi. Takkan kita belanjakan wang, orang lain pula untung? Percuma perkhidmatan daripada pelajar cemerlang ini.

Selain daripada penajaan pelajar ke luar negara yang sedia ada, saya ingin mengesyorkan satu dana baharu untuk pelajar cemerlang berdasarkan merit tanpa mengira warna kulit. Ini adalah penting untuk menghindarkan pelajar cemerlang yang layak ke universiti terkemuka di dunia ditawan oleh negara lain dengan tawaran biasiswa.

Sudah ada banyak- kisah-kisah di mana permohonan biasiswa ataupun tempat universiti oleh pelajar cemerlang ditolak oleh negara dan kita terus kehilangan bakat dan perkhidmatan mereka dengan tawaran daripada negara lain. Sebagai negara membangun, kita tidak boleh terus kehilangan sumber insan penting mereka ini selain daripada kira-kira dua juta orang rakyat Malaysia yang kini dilaporkan kerja di luar negara. Amat merugikan negara sekiranya kita eksport pekerja mahir, terlatih dan bernilai tinggi dan ganti mereka dengan mengimport pekerja asing yang tidak mahir dan bernilai rendah.

Akhirnya, saya ingin bertanyakan, adakah JPA dan agensi kerajaan memberikan penajaan biasiswa atau pinjaman kepada warga asing dan berikan bilangan dan juga sebabnya biasiswa diberikan? Saya juga ingin meminta pihak kerajaan menyatakan jumlah anggota-anggota perkhidmatan dan demografinya serta usaha untuk menambahkan bilangan kaum bukan Melayu serta rakyat Sabah dan Sarawak.

Bilangan bukan Melayu yang kian berkurangan harus diatasi serta memperbanyakkan lagi rakyat Sabah dan Sarawak dalam perkhidmatan awam agar tidak perlu untuk menghantar pegawai Semenanjung ke Sabah dan Sarawak. Lebih baik bergantung kepada orang tempatan supaya mereka yang biasa dengan keadaan tempatan,

draft • 11:54 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

selain daripada mengurangkan masalah perpisahan keluarga kepada mereka daripada Semenanjung yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak.

Saya timbul perkara ini Puan Pengerusi, kerana saya terima banyak permintaan daripada pegawai-pegawai kerajaan yang berkhidmat di Sabah, Sarawak yang mahu pulang ke Semenanjung. Juga, ada yang tidak begitu banyak, tetapi ada juga dari Sabah, Sarawak yang hendak pulang ke Sabah, Sarawak. Ini saya rasa menimbulkan banyak masalah keluarga. Kalau boleh, biar mereka di Semenanjung berkhidmat di Semenanjung dan di Sabah, Sarawak kerana saya percaya lebih ramai- secara amnya, lebih menguntungkan kalau pegawai-pegawai yang berkhidmat di Sabah, Sarawak adalah orang asal di sana kerana ini akan merapatkan integrasi nasional. Sekian, terima kasih.

draft • 11:54 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Saya jemput Yang Berhormat Masjid Tanah.

draft • 12:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Puan Speaker.

draft • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pengerusi.

draft • 12:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Saya ingin membahaskan Kepala Bekalan dan Pembangunan B.1 Parlimen Malaysia di bawah Jabatan Perdana Menteri yang menerima sejumlah RM180,084,500 untuk perbelanjaan mengurus pada tahun 2025 di mana Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan dalam ucapan belanjawannya menyatakan bahawa peningkatan daripada jumlah RM166 juta berbanding tahun ini dengan sebahagian peruntukan untuk memperkasakan peranan PAC, Jawatan Pilihan Khas Dewan Negara dan juga Dewan Rakyat sebagai wadah untuk semak dan imbang.

Dalam maksud bekalan yang pertama, peningkatan RM12,284,300 ini adalah membabitkan program Kepengerusian ASEAN 2025 sebanyak RM12 juta yang diberikan secara one-off di bawah Butiran 040000 serta Butiran 020000 butiran khusus untuk bertugas keluar negara sebanyak RM4 juta yang meningkat daripada RM1.5 juta berbanding RM2.5 juta tahun ini.

Jadi, saya nak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, maksudnya apa yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan untuk memperkasakan peranan PAC dan juga JKPK kerana kerajaan hanya memberikan peruntukan tambahan sebanyak RM1.5 juta untuk bertugas keluar negara yang bukan hanya perlu dikongsi dengan PAC, JKPK, kena berkongsi dengan tiga JKPK Dewan Negara dan 10 JKPK Dewan Rakyat serta dengan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Yang di-Pertua Dewan Negara, Timbalan Yang di- Pertua dengan Timbalan Yang di-Pertua juga pun semua kita nak kongsi ini.

draft • 12:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Jadi, dekat mana peruntukan yang katanya nak memperkasakan peranan PAC dan juga JKPK ini? Saya lihat kerajaan tidak serius dalam untuk memperkasakan institusi Parlimen ini.

Saya pujilah Tan Sri Speaker yang terus berusaha melaksanakan pembaharuan Parlimen dengan peruntukan yang terhad, tapi kerajaan tak boleh terus melayan institusi Parlimen ini sebagai sebuah jabatan kerajaan sedangkan ia adalah satu daripada cabang demokrasi berparlimen iaitu cabang perundangan.

Lebih menyedihkan, kerajaan terus mengalihkan tiang gol untuk mengembalikan semula Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA) apabila Yang Berhormat Menteri sendiri menyatakan bahawa PSA akan dibawa ke dalam sesi Parlimen pada tahun depan. Jadi, apa yang dinyatakan oleh Tan Sri Speaker sebelum ini bahawa PSA akan dibawa dalam mesyuarat kali ini adalah tak benar.

Jadi, saya nasihatkan Tan Sri Speaker tak payah lagilah cakap fasal PSA ini kerana ia akan menyebabkan kehilangan kredibiliti sebagai- bukan Puan Speaker, Timbalan Speaker- Pengerusi Speakerlah, apabila cabang eksekutif berlangsung tidak hormat kepada Tan Sri Speaker, apabila memberikan berita yang salah.

Entah-entah sampai PRU-16, PSA akan terus menjadi impian semua di Dewan yang mulia ini. Malah saya tengok, Ahli-ahli Dewan di sebelah sana pun seperti tidak teruja nak berbahas mengenai PSA walaupun ia jelas dinyatakan dalam manifesto PH dan juga manifesto Barisan Nasional.

Lihat sahaja Butiran 010000 Urusan Parlimen apabila 2025 hanya diperuntukkan RM157,382,800 menurun berbanding RM161,060,200 pada tahun ini. Jadi, apalah nasib Parlimen kerana dilayan sebegitu rupa sebagai jabatan kerajaan sahajalah.

Jadi, kami di PAC di mana saya sebagai Pengerusi berhempas pulas menyediakan hampir 100 mesyuarat pada tahun ini dengan 20 laporan dibentangkan pada tahun ini membabitkan lebih kurang saksi di 15 kementerian, jabatan dan juga agensi kerajaan dalam memainkan peranan sebagai semak dan imbang kepada kerajaan, tetapi kerajaan tidak serius dalam memainkan- meningkatkan imej Parlimen dengan peruntukan yang sebenarnya menurun berbanding pada tahun ini selepas ditolak peruntukan one-off Kepengerusian ASEAN 2025.

Seterusnya saya ingin menyentuh di butiran Bekalan 8 Jabatan Peguam Negara di bawah butiran- yang saya nak ucapkan tahniah kepada Peguam Negara yang baharu iaitu Datuk Mohd Dusuki Mokhtar kerana telah pun dilantik menjadi Peguam Negara. Tan Sri Terri, terima kasih di atas segala khidmat jasa dan komitmen beliau sebagai Peguam Negara sebelum ini kerana beliau telah pun menjadi hakim di Mahkamah Persekutuan.

Namun begitu, pelantikan Peguam Negara ini menjadi cakap-cakap di luar sana apabila dia sebelum ini merupakan Ketua Bahagian Rayuan dan Perbicaraan AGC yang terlibat dalam memberikan hujah- 11 hujah untuk melepas dan dibebaskan Yang Berhormat Bagan- Datuk, DNAA.

draft • 12:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Adakah disebabkan oleh budi yang diberikan oleh beliau, beliau dapat- yang ini kata- kata oranglah Yang Berhormat Bachok. Kata-kata orang di luar sana, adakah disebabkan oleh budi dia, dia dapat jadi Peguam Negara.

Malah saya masih ingat lagi, bukan saya masih ingat lagi, Dewan yang mulia ini masih ingat lagi bagaimana Yang Berhormat Pengerang bercakap dalam Perhimpunan Agung UMNO yang menjadi viral yang mana dia mengatakan Perdana Menteri mestilah melantik “orang kita” dan sebagai Peguam Negara. Jadi inilah hasilnya, orang dia...

[Tepuk] Ya, yang digunakan sebagai- kita perlu bersihkan ini supaya tidak ada lagi persepsi yang negatif terhadap cabang perundangan negara kita...

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Ya.

draft • 12:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang ini yang harus kita beri perhatian.

draft • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 12:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Jadi itu Ahli-ahli Yang Berhormat . Masa dah tamat, saya patuh pada masa. Saya minta izin, untuk saya- saya telah diarahkan oleh Yang Berhormat Jerantut untuk memberi laluan dan kerjasama untuk mengumumkan ketibaan 14 orang warga Jerantut, Pahang yang terdiri daripada anak muda serta veteran dan warga emas. Dia minta warga emas itu kuat sikit...

[Tepuk] Ke dalam Dewan Rakyat. Selamat datang ke Dewan yang mulai ini. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah.

draft • 12:00 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih YB.

draft • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Labuan. Labuan.

draft • 12:00 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Speaker, peraturan mesyuarat boleh? Kepada Masjid Tanah, 36(6)- sangkaan jahat, boleh?

draft • 12:00 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

[Bangun]

draft • 12:00 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya, Timbalan Pengerusi, saya menghormati Masjid Tanah, tapi ada, bagi saya pandangan Yang Berhormat Masjid Tanah tadi berkaitan menuduh Yang Berhormat Bagan Datuk adalah satu perkara yang bagi saya adalah sangkaan jahat. Kalau naratifnya kepada pelantikan Peguam Negara, tidak mengaitkan kepada kes-kes yang tertentu, saya fikir ini suatu perkara yang pada hemat saya, saya perlukan petua daripada Yang Berhormat Timbalan Pengerusi.

draft • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya cadangkan supaya Yang Berhormat Paya Besar buat usul.

draft • 12:00 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Kenapa buat Usul?

draft • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Buat Usul dan hantar ke...

draft • 12:00 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Timbalan Pengerusi boleh buat petua.

draft • 12:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat, saya bagi tahu awal dalam saya punya ucapan, cakap-cakap di luar. Yang Berhormat kalau tak percaya Yang Berhormat pergi tengok dan bercakap sendiri dan lihat sendiri. Saya minta, kalau boleh, biar Yang Berhormat Pengerang untuk menjawab itu. Itu lagi mudah.

draft • 12:00 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tak. Saya fikir...

draft • 12:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Dia bukannya saya pun ini- tapi daripada...

draft • 12:00 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya fikir Yang Berhormat Masjid Tanah...

draft • 12:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Ya?

draft • 12:00 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Kita masing-masing ada posisi yang dihormati.

draft • 12:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Ya.

draft • 12:00 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Masjid Tanah sebagai Pengerusi PAC, saya hormat Yang Berhormat.

draft • 12:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Tak apa.

draft • 12:00 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Jadi, perkara-perkara yang saya anggap perkara-perkara yang hearsay ini – adakah Yang Berhormat suka mengambil perkara hearsay untuk bawa dalam Dewan? Saya rasa itu perkara yang tidak boleh saya anggap sebagai satu your wisdom untuk bawa perkara - masuk dalam ini. You sebagai Pengerusi PAC.

Timbalan Speaker, saya minta petua. Saya tak pernah bangun untuk bercakap perkara ini, tapi bagi saya memastikan bahawasanya Yang Berhormat Masjid Tanah ini sebagai Pengerusi PAC, janganlah membawa perkara-perkara hearsay dan sangkaan jahat kepada Yang Berhormat Bagan Datuk dan Yang Berhormat Pengerang.

Sepatutnya, kalau Yang Berhormat betul-betul, gunakan media di luar Yang Berhormat.

draft • 12:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Tak apalah. Minta Yang Berhormat Menteri menjawab. Yang itu lebih...

draft • 12:00 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tak. Saya bukan minta Yang Berhormat, saya minta petua daripada Timbalan Pengerusi.

draft • 12:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Tak apa. Saya bagi tahu dekat Yang Berhormat Puan Speaker.

draft • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Paya Besar...

draft • 12:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Pihak Puan Speaker pun dah cakap tadi. Tak apalah.

draft • 12:00 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tak, tak sekarang saya berurusan dengan Timbalan Speaker.

draft • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya.

draft • 12:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Tak apa. Saya pun bagi tahu saya berurusan dengan Puan Speaker.

draft • 12:00 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya berurusan dengan Timbalan Pengerusi sekarang Yang Berhormat.

draft • 12:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Tak apa.

draft • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang lain, sila...

draft • 12:00 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Biar saya berurusan dengan Timbalan Pengerusi.

draft • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey.

draft • 12:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 12:00 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Paya Besar, cara Yang Berhormat Masjid Tanah ialah secara pertanyaan tadi. Jadi, saya rasa, saya tahu ada Usul...

draft • 12:00 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya begini Timbalan Pengerusi, saya lagi hormat Timbalan Pengerusi. Memandangkan Timbalan Pengerusi mempengerusikan persidangan ini dan saya jarang bangun untuk mengatakan sedemikian.

Saya anggap ini perkara yang serius yang saya perlukan petua.

draft • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya. Saya cadangkan supaya buat usul...

draft • 12:00 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Kalau Timbalan Pengerusi mengatakan buat usul itu perkara-perkara yang sangat teknikal yang saya memerlukan petua daripada Timbalan Pengerusi supaya perkara hearsay, kalau berani sebut di luar, bukan digunakan di Dewan ini sebagai perkara untuk berbahas.

draft • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey. Jadi, saya menasihatkan semua, supaya jangan bawa apa-apa hearsay di luar dan masuk ke dalam Dewan ini dan kalau Yang Berhormat Paya Besar mahu buat Usul boleh hantar Usul ke Pejabat Tan Sri Speaker dan sekali lagi saya nasihatkan semua ya, jangan lagi guna apa-apa surat layanan...

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Puan Speaker. Puan Pengerusi, 36(6).

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Puan Pengerusi, tadi hearsay itu disebut cakap-cakap luar. Mana-mana boleh cakap-cakap luar dibawa masuk ke dalam Dewan.

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Saya sekadar nak minta pandangan daripada Puan Pengerusilah. Saya ingat, Tan Sri Speaker ada sebutkan nasihat yang sama. Kalau tak pasti dalam bentuk pertanyaan, dibolehkan. Jadi saya kira...

draft • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Manakah satu peraturan mesyuarat?

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

36(6). Sama-sama. Saya nak betulkan tadi, maknanya, Tan Sri Speaker pernah sebut, kalau tak pasti, boleh dalam bentuk

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

pertanyaan. Jadi yang tadi, Yang Berhormat Puan Pengerusi sebutkan tadi dalam bentuk pertanyaan itu betullah pandangan Yang Berhormat Puan Pengerusi.

draft • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jadi kita tunggu Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Kalau Yang Berhormat Paya Besar rasa itu adalah sangkaan jahat, boleh buat usul.

draft • 12:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tuan Speaker, saya ambil atas faktor yang sama Timbalan Pengerusi. Saya harap kita- semua Ahli Dewan, Yang Berhormat Bachok pun sahabat baik saya. Kita jangan menggunakan peluang yang ada...

draft • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya.

draft • 12:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Atas kesempatan yang ada untuk bahas. Sepatutnya di Dewan mulia ini kita harus memahami. Kalau kita bercakap dengan - tentang cabang Demokrasi Berparlimen sepatutnya kita kena walk the talk. Terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Labuan.

draft • 12:10 PM

Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Terima kasih Yang Berhormat Puan Pengerusi. Saya ingin turut serta membahaskan Pengurusan Wilayah Persekutuan B.070400 dan P.05000 – Perbadanan Labuan.

YB Puan Pengerusi, dalam pembentangan belanjawan bagi tahun 2025 saya melihat peruntukan yang diberikan kepada Perbadanan Labuan adalah sangat sedikit iaitu bagi tujuan bekalan berjumlah RM43 juta manakala untuk pembangunan peruntukan yang diberikan untuk tahun 2025 hanyalah RM12.2 juta. Pemahaman saya jumlah RM12.2 juta ini adalah baki daripada jumlah keseluruhan RM53 juta bagi projek-projek yang dicadangkan di dalam RMKe-12 sama ada ianya sedang di dalam pelaksanaan atau belum, kepada saya jumlah tersebut sangat sedikit.

Soalan saya Yang Berhormat Tuan Pengerusi, bagaimanakah Perbadanan Labuan yang bertindak sebagai lead agency di Labuan dapat membangunkan Labuan dengan peruntukan yang begitu kecil? Tidak hairanlah saya bila mana menerima kompelin bertubi- tubi daripada penjaja di UTC yang menderita kepanasan akibat penghawa dingin yang rosak sejak tiga minggu yang lalu. Mungkin ianya berpunca daripada peruntukan yang kecil ini menyumbang ke arah kegagalan Perbadanan Labuan untuk menyelenggarakan penghawa dingin di UTC yang mana telah memberi kesan kepada lebih dari 100 penjaja yang mencari sumber kehidupan mereka di pusat UTC tersebut.

Maka dengan ini saya minta penjelasan apakah ada projek-projek infra yang baharu yang akan dilaksanakan di Labuan melalui Perbadanan Labuan di bawah peruntukan tahun 2025 yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini.

draft • 12:11 PM

Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Yang Berhormat Puan Pengerusi saya juga ingin menyentuh tentang PETRONAS yang mana saya baharu menerima maklumat satu projek bertajuk Provisions of Engineering, Procurement, Construction and Commissioning (EPCC) for Methanol Effluent Treatment Allegiance Project PETRONAS Chemicals Methanol Sdn. Bhd. yang dianggarkan bernilai RM350 juta.

Isu yang dibawa kepada saya ialah syarikat yang ditawarkan projek tersebut sedang berunding dengan Methanol untuk membawa masuk pekerja dari luar terutamanya dari Bangladesh dan juga India sedangkan mengikut kontraktor-kontraktor tempatan, pekerja- pekerja tersebut boleh diperoleh daripada pekerja-pekerja tempatan. Kerja-kerja seperti contohnya scaffolding, manpower supply, supply of material dan yang lain-lain semuanya boleh diperoleh daripada local contractor.

Justeru, saya memohon kepada kerajaan supaya menasihatkan PETRONAS untuk tidak membuka pintu kepada pekerja-pekerja Bangladesh dan juga India bagi maksud melaksanakan projek seperti yang saya sebutkan tadi. Ianya akan memberi kesan kepada Labuan yang hanya mempunyai penduduk 100,000 orang.

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya juga ingin memaklumkan di sini bahawa metanol ini raw material dia datang dari negeri Sabah. Jadi peluang-peluang pekerjaan selain daripada warga Labuan, warga dari negeri Sabah juga harus diberikan peluang.

Akhir kata, saya ingin nyatakan sejelas-jelasnya di sini bantahan saya kepada PETRONAS Methanol bahawa saya selaku Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat tidak bersetuju warga Bangladesh, warga India bekerja di Labuan hanya untuk kerja-kerja sepele ataupun kerja-kerja buruh kasar kerana Labuan mempunyai pekerja mahir, separuh mahir untuk diberikan peluang pekerjaan. Sekian, Yang Berhormat Puan Pengerusi.

draft • 12:11 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Labuan. Saya jemput Yang Berhormat Subang.

draft • 12:11 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bahas Bekalan- B.1, bajet Parlimen Malaysia.

Pada awal tahun ini Jawatankuasa saya dan sembilan Jawatankuasa lain diberitahu bahawa peruntukan untuk overseas travel adalah RM200,000 setahun untuk setiap satu Special Select Committee.

Pada bulan Ogos saya menghantar permintaan untuk bajet tersebut untuk melawat Turki dan Azerbaijan selama sembilan hari guna pakai tiket kapal terbang Kelas Ekonomi, tidur Two-Star hotel, naik public transport untuk sembilan Ahli Parlimen dan satu pegawai - 10 orang. Saya diberitahu bahawa Parlimen tidak mempunyai peruntukan itu lagi pada tahun ini.

Tahun lalu 2023 travel budget untuk Committee saya juga sama macam tahun ini - kosong. Amatlah tidak adil bahawa jawatankuasa saya, International Relations and International Trade tidak dapat travel budget langsung tahun ini dan tahun lalu sedangkan

draft • 12:15 PM

Tuan Wong Chen - Subang

APPGM-SDG, kawan kita ada di situ, bukan satu badan standing order pun menerima RM10 juta pada tahun ini.

YB Tambun dalam ucapan Belanjawan kata akan menambah ke RM20 juta tahun hadapan, tetapi APPGM saya iaitu Political Financing tak ada bajet. Setahu saya APPGM yang lain juga tak ada bajet. To quote Hamlet, “Something is rotten in the state of Denmark.” Saya difahami di Malaysia pentadbiran kewangan Parlimen diselia oleh Ketua Pentadbir. Oleh itu saya merujuk kepada Perkara B.1 saya nak tahu secara terperinci di manakah item peruntukan Special Select Committee Parliament? Adakah di bawah Butiran Urusan Parlimen, Program Khusus ataupun one-off? Di United Kingdom bajet Parlimen dirangka oleh Ahli-ahli Parlimen melalui House of Commons Commission Executive Board dan bukannya pentadbir. Lagi pun proses bajet Parlimen UK berasingan daripada proses bajet negara UK. Peruntukan bajet Parlimen is firmly, dengan izin, in the hands of the Parliamentarians. Dengan izin, since we are on the similar topic, saya tertanya where is our promised Parliamentary Services Act? Kalau kerajaan tak nak table PSA tahun ini, okey. Saya faham. Dengan izin, let us at least have a say in our own Select Committee Budget. Tuan Pengerusi, di UK mereka memperuntukkan 0.09 peratus daripada jumlah bajet mereka kepada Parlimen mereka. Jika kita guna peratusan yang sama, 0.09 percent, kita sepatutnya terima RM380 juta, bukan RM180 juta. Mungkin ada yang kata tak bolehlah kita compare dengan UK sebab UK ini orang kaya.

Kita banding dengan negara Indonesia, jiran kita. Jawatankuasa Indonesia namanya Komisi. Dia ada 13 Komisi. Apabila saya melawat DPR Indonesia, saya lihat dengan mata sendiri setiap Komisi Indonesia mempunyai pejabat-pejabat dia. Malah ada Komisi mempunyai bangunan, meeting room. Suara Wakil Rakyat Indonesia - dia Ketua Komisi, dia kawan baik saya beritahu saya, setiap Komisi dapat peruntukan minimum RM10 juta setahun. Ringgit ya, bukan Rupiah. Kira- kira 30 ke-50 orang kakitangan bagi setiap Komisi. Kita macam mana? On paper saya tak boleh cari. Bajet kita mana? On paper, but it is definitely not RM10 million. Saya rasa tak sampai RM300,000 pun setahun.

Pejabat Jawatankuasa tak ada. PAC ada. Sini kita tak ada. YB Shahar, dia tak ada.

YB William tak ada. Sekretariat kita pula bukan 30 orang, 50 orang. Dua orang sahaja. Satu back-up Jawatankuasa.

Oleh itu saya minta kerajaan memberi bajet yang adil kepada kita supaya Committee kita, dengan izin, we need adequate resources to function, so, to better defend the constitution, consider bills, provide policy direction and checks and balances to the Executive.

draft • 12:15 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Apakah bajet yang adil? Bagi saya, peruntukan RM2 juta setahun is adil, ya.

[Tepuk] RM1.5 juta, kita bagi kepada perkhidmatan profesional. Professional researcher. You tak boleh bayar RM2,000 sebulan. Professional researcher RM10,000 a month, ya. Kita perlu sekretariat 20 orang. Balance RM500,000 itu, bagilah kita travel sikit. Bukan travel first class

draft • 12:20 PM

Tuan Wong Chen - Subang

ya, business class. Economy class pun cukup ya. This is not a lavish request, dengan izin ya berbanding dengan kos overseas, travel expenses Menteri-menteri dan juga GLC.

Pada tahun ini, saya dah terima 17 kunjungan daripada...

[Tidak jelas] Saya nak cerita sikit. Dia bawa buku, dia bawa plate, dia bawa gift. Saya bagi dia apa? Dia mari lawat kita tahu!

[Dicelah] Bagi...

[Tidak jelas] pun tak boleh. Saya suruh staf saya pergi turun beli pin Parlimen bagi dia. This is not right. We must have some budget, ya.

Saya cuma minta, bukan nak untuk potong APPGM-SDG. Saya cuma minta kalau you bagi SDG, bagi kita yang sama RM20 juta juga ya. Saya masih ingat...

[Dicelah]

draft • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, masa sudah tamat.

draft • 12:20 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Ya, saya tahu. Saya akan wrap up now. Boleh ya?

Tengku Zafrul, masa YB Bera jadi Perdana Menteri, dia bagi kita RM15 juta untuk committee kita. What is the MADANI Government asking for RM20 million? RM20 million is only 0.0047 of the belanjawan. Oleh itu saya harap, ya akhir kata, luluskanlah RM20 juta yang kita minta ini.

Bukannya lavish request dan lebih penting, bagilah Ahli-ahli Parlimen seperti YB kita, YB Paya Besar, Pengerusi Backbencher, ahli-ahli kanan opposition leaders terlibat dalam proses Belanjawan Parlimen B.1 bagi tahun depan. Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Subang. Saya jemput Yang Berhormat Bagan Serai.

draft • 12:20 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi.

Butiran 50000 – Pembangunan Harta Wakaf. Saya mohon penjelasan pihak kerajaan, mengapakah peruntukan yang diberi bagi tujuan pembangunan harta wakaf bagi tahun 2025 hanya RM450,000 sahaja berbanding tahun 2023 dan 2024 sekitar lebih daripada RM5 juta? Mohon berikan butiran projek di bawah tujuan ini yang dianggarkan bernilai RM25 juta.

Kita dimaklumkan bahawa aset wakaf di Malaysia telah mencecah RM1.3 trilion pada tahun 2023. Menurut data JAWHAR, hanya 13 peratus atau 30,000 hektar tanah wakaf sahaja telah dimajukan terutama untuk institusi dan sekolah agama. Bagi mengusahakan aset wakaf ini, sejauh manakah ia dibiayai oleh instrumen wakaf supaya boleh dikomersialkan secara produktif? Apakah tindakan kerajaan untuk manfaatkan baki 87 peratus tanah wakaf yang tidak diusahakan?

Butiran 09910 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Saya berharap agar semua rakyat berhati-hati kerana episod hujan lebat akan berlaku lebih kerap di beberapa kawasan kedudukan rendah dan berhampiran sungai yang berkemungkinan dilanda banjir kerana negara berada di fasa awal Monsun Timur Laut bermula 5 November dan dijangka berakhir pada Mac 2025.

draft • 12:22 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Bagi NADMA, saya mempunyai beberapa persoalan. Berapakah jumlah peruntukan yang diberikan secara khusus kepada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara sejak tahun 2020 hingga 2025? Adakah Kumpulan Wang Amanah ini diaudit setiap tahun dan apakah mekanisme yang dilakukan oleh NADMA untuk menyelaras pengurusan dan dana bantuan bencana dari pelbagai agensi dan juga NGO di negara ini?

Saya bersetuju pembinaan pusat pemindahan kekal (PPK) bencana dengan kos maksimum RM5 juta bagi menggantikan pusat pemindahan sementara (PPS) yang biasanya diwujudkan di sekolah kerajaan. Saya mohon juga pusat pemindahan kekal untuk ganti pusat pemindahan sementara di Sekolah Changkat Lobak, Sekolah Alor Pongsu dan Sekolah Parit Haji Aman di dalam Parlimen Bagan Serai.

Butiran 71000 – Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan. Berdasarkan statistik terbaru eKasih sehingga 31 Oktober 2024, jumlah miskin tegar di Malaysia ialah 7,308 orang sahaja berbanding 18,012 orang pada September 2024. Penurunan kira-kira 59 peratus dalam tempoh sebulan adalah sangat menakjubkan. Dikatakan data ini dinamik dan berubah hampir setiap bulan. Justeru, bagaimana kerajaan ingin menyalurkan bantuan RM150 kepada golongan miskin dan miskin tegar ini?

Saya minta pihak kerajaan khususnya ICU, JPM untuk menyatakan sejauh manakah Program Didik Kasih membantu anak-anak peserta eKasih selama ini. Berapa peruntukan yang diberikan setiap mahasiswa asnaf? Adakah mereka dikecualikan daripada membayar yuran pengajian selari dengan hasrat pendidikan percuma yang dilaungkan sebelum ini? Jika program ini dijayakan bersama PTPTN, adakah pengagihan dana Didik Kasih ini lebih banyak bersumberkan kepada PTPTN?

Saya juga ingin mohon penjelasan berhubung Skim Insurans Keluarga Malaysia, pelan takaful berkelompok patuh syariah yang diuruskan secara eksklusif oleh Prudential BSN Takaful Berhad secara percuma kepada semua golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar di bawah eKasih. Berapakah jumlah dana yang disalurkan oleh kerajaan setahun untuk menaja sumbangan peserta takaful ini? Berapakah pula sumbangan manfaat yang telah disumbangkan kepada peserta mengikut jenis-jenis perlindungan yang disediakan oleh pihak pengendali takaful?

Tempoh perlindungan bagi takaful ini ialah selama satu tahun sahaja. Disebabkan peserta takaful ini dibuat secara automatik dan data eKasih bersifat dinamik, bagaimana kerajaan dan syarikat pengendali takaful memantau dan menguruskan peserta ini? Mungkin maklumat peserta dan statistik miskin dan miskin tegar berubah setiap tahun.

draft • 12:22 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 12:22 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Akhir sekali ialah – sikit lagi. Butiran 10600 – Projek Kerajaan Elektronik. Negara kita memasuki era Government 1.0 pada tahun 2000, Kerajaan Digital (e-Government) 3.0 pada tahun 2020 dan sekarang kita menuju ke era beyond e-Government iaitu negara digital menjelang tahun 2025.

Saya ingin bertanya beberapa perkara mengenai projek kerajaan elektronik.

Pertama, adakah matlamat konsep pendigitalan, sistem penyampaian kerajaan

draft • 12:22 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

menyebabkan saiz perkhidmatan awam akan dikecilkan menjelang lima tahun akan datang, terutama di peringkat pentadbiran dan sokongan? Jika ya, berapakah anggaran peratusan pengurangan tersebut?

Kedua, sejauh manakah usaha dijalankan oleh kerajaan dalam memastikan tahap literasi digital penjawat awam ditingkatkan? Apakah instrumen yang dibangunkan oleh kerajaan untuk menilai tahap literasi penjawat awam terutama di peringkat umur 40 tahun dan ke atas?

Akhir sekali ialah adakah maklumat rasmi – rahsia rasmi peringkat terhad dan sulit serta rahsia dan rahsia besar dikendalikan oleh hybrid cloud di luar premis (off premise) kerajaan? Sejauh manakah langkah mitigasi risiko diambil jika berkaitan dengan kedaulatan data bagi tujuan penyiasatan oleh agensi penguatkuasaan asing? Terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi.

draft • 12:22 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya jemput Yang Berhormat Batang Lupar.

draft • 12:22 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam Malaysia MADANI. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya mohon untuk menyertai perbahasan Belanjawan 2025 peringkat Jawatankuasa untuk butiran-butiran di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Saya ingin terus kepada subtopik Pengurusan Keselamatan iaitu Butiran 030400 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang diperuntukkan RM208.7 juta serta Butiran 030500 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang diperuntukkan RM33.5 juta dan Butiran 09910 juga di bawah tajuk NADMA berjumlah RM35.1 juta.

draft • 12:29 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Saya melihat bahawa pihak APM dan NADMA memainkan peranan yang amat penting dalam pengurusan bencana terutama dalam tugas-tugas menyelamat dan menyampaikan bantuan kepada mangsa bencana alam. Saya menyambut baik tindakan proaktif APM yang memantau kawasan hotspot bencana banjir dan tanah runtuh seluruh negara termasuk di Sarawak. Pemantauan dan amaran awal amat penting untuk memaklumkan kepada orang awam berkenaan risiko banjir dan tanah runtuh lebih-lebih lagi pada musim Monsun Timur Laut yang kita hadapi sekarang.

Justeru, saya ingin bertanya, adakah terdapat kawasan di Parlimen Batang Lupar yang dikategorikan sebagai hotspot banjir, memandangkan terdapat banyak kawasan penempatan penduduk yang sering dilanda banjir ketika pasang besar? Keadaan ini menjadi lebih buruk ketika musim hujan.

Saya juga ingin tahu, berapakah peruntukan di bawah Belanjawan 2025 yang akan diperuntukkan untuk menambah baik kelengkapan dan peralatan, terutamanya bagi pasukan APM dan NADMA di Sarawak? Saya memohon supaya aset serta kelengkapan dan peralatan untuk anggota APM dan NADMA di kawasan Parlimen Batang Lupar dapat ditambah baik

draft • 12:30 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

bagi membolehkan mereka melakukan kerja-kerja menyelamat dan penyaluran bantuan secara efisien dan pantas. Ini termasuk menyediakan lebih banyak ambulans dan kenderaan pacuan empat roda.

Pada masa sama YB Pengerusi, saya juga menyarankan supaya anggota APM dan NADMA dapat diberi latihan yang intensif agar mereka lebih siap-siaga untuk menghadapi sebarang bencana yang tidak diduga. Lebih-lebih lagi baru-baru ini kita berdepan dengan bencana yang jarang-jarang kita dengar sebelum ini seperti insiden sinkhole, dengan izin dan sebagainya. Maka, anggota APM dan NADMA perlu dilengkapkan dengan latihan yang mencukupi untuk berdepan dengan situasi kecemasan.

Seterusnya YB Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 050100 berkenaan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang telah diperuntukkan RM1.15 bilion khususnya berkenaan guru-guru kelas Al-Quran dan fardu ain. Saya amat menyambut baik rancangan kerajaan untuk menyelaras jumlah jam dan hari bekerja guru-guru KAFA melalui Program Rintis KAFA Perdana seperti yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini. Oleh itu, saya ingin bertanya, adakah Program Rintis KAFA Perdana ini juga akan turut dilaksanakan di Sarawak? Jika ya, bilakah ia akan dimulakan?

Saya juga ingin menyarankan kepada pihak JKM untuk turut melihat kepada cara terbaik untuk terus menambah baik kadar pemberian upah atau elaun kepada guru-guru KAFA demi menjaga kebajikan mereka. Ini kerana kadar upah yang ditetapkan kini iaitu RM1,100 untuk 12 hari bekerja sebulan adalah agak rendah, lebih-lebih dengan keadaan ekonomi dengan peningkatan kos sara hidup pada hari ini. Justeru, saya berharap agar pihak JAKIM dapat terus memelihara kebajikan guru-guru KAFA seluruh Malaysia demi memartabatkan pendidikan Islam di negara ini.

Saya juga ingin menyentuh Butiran 04801 berkenaan Pembinaan Masjid/Surau dan Pembaikan/Naik Taraf yang diperuntukkan RM55 juta. Saya memohon supaya sebahagian daripada peruntukan ini dapat diagihkan untuk menaik taraf surau-surau dan masjid di sekitar kawasan Parlimen Batang Lupar. Semoga dengan adanya peruntukan ini akan dapat membantu meningkatkan keselesaan para jemaah untuk beribadah.

Seterusnya YB Pengerusi, di bawah Butiran 93500 – Projek Khas. Sebanyak RM100 juta diperuntukkan untuk tahun hadapan. Sebelum ini, di bawah Belanjawan 2023 dan 2024, saya melihat tiada peruntukan yang disediakan untuk projek-projek khas. Justeru, saya ingin memohon perincian berkenaan apakah mekanisme permohonan untuk projek khas ini. Saya ingin mencadangkan agar sedikit peruntukan daripada projek khas ini dapat digunakan untuk membina sebuah anjung niaga atau pusat niaga komuniti untuk kegunaan penduduk- penduduk dan juga usahawan-usahawan di sekitar Parlimen Batang Lupar.

Akhir sekali, saya ingin membangkitkan Butiran 00121 – Infrastruktur Luar Bandar yang diperuntukkan RM181.15 juta. Saya ingin memohon sedikit pencerahan mengenai projek-projek yang akan dilaksanakan menggunakan peruntukan di bawah butiran ini memandangkan pihak KKDW juga turut memainkan peranan yang sama. Oleh itu, saya ingin memohon agar sebahagian daripada peruntukan ini dapat digunakan untuk membina dan

draft • 12:30 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

menaik taraf jalan-jalan dan juga membina jambatan di sekitar kawasan Parlimen Batang Lupar yang juga merupakan sebuah kawasan luar bandar dan pesisir pantai.

Akhirnya YB Pengerusi, terima kasih kerana memberikan saya masa yang lebih.

Saya berharap agar persoalan saya dapat dijawab oleh Yang Berhormat Menteri dan saya bersedia menerima jawapan bertulis sekiranya pihak JPM kesuntukan masa semasa penggulungan hari ini. Wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian Tuan Pengerusi, saya mohon menyokong.

draft • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Saya jemput Yang Berhormat Padang Serai.

draft • 12:30 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Puan Pengerusi. Sebelum itu, saya mohon dialu-alukan kehadiran guru-guru dan pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Sains Tapah, Perak. Terima kasih.

[Tepuk] Puan Pengerusi, saya terus merujuk kepada Kepala P.6 Butiran 09100 – Program Pembangunan Semula Kampong Bharu. Sebagai Ketua Portfolio Parlimen, Ahli Parlimen Perikatan Nasional bagi Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan, isu pengambilan tanah di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur, ia adalah isu yang melibatkan hak rakyat dan prinsip keadilan sosial. Hari ini kita berdiri untuk mempertahankan suara rakyat yang terkesan oleh tindakan yang kelihatan tidak berpihak kepada keadilan.

Yang pertama, hak penduduk terhadap tanah Kampung Sungai Baru. Persoalan utama di sini adalah adakah penduduk Kampung Sungai Baru memiliki hak untuk terus menetap di tanah yang mereka huni selama ini? Di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960, hak kependudukan memang boleh dicabar sekiranya kerajaan membuat pengambilalihan atas alasan kepentingan awam.

Namun, dalam kes ini bukti menunjukkan bahawa pihak pemaju diberi ruang dan sokongan oleh pihak kerajaan untuk menggunakan undang-undang bagi keuntungan sendiri.

Penduduk yang menolak tawaran pampasan kerana nilainya jauh lebih rendah telah ditinggalkan tanpa pilihan, terpaksa menerima RM450 setiap kaki persegi sedangkan mereka yang menyetujui pengambilan awal mendapat bayaran antara RM1,500 hingga RM1,800 setiap kaki persegi. Adakah ini bukan kezaliman dan ketidakadilan?

Tuan Pengerusi, jika di pihak kerajaan serius ingin membela rakyat, persoalan hak milik dan pampasan yang adil perlu dilihat semula. Penduduk meminta sekurang-kurangnya 60 peratus daripada kadar pampasan yang diterima oleh mereka telah bersetuju. Satu permintaan yang munasabah dan menunjukkan bahawa mereka bukan menolak pembangunan secara total. Namun, jika kerajaan memilih untuk menggunakan undang- undang tanpa memahami konteks hak rakyat, adakah ini tidak membelakangi tanggungjawab sosial kepada rakyat?

Yang kedua, tindakan undang-undang yang dipersoalkan. Tuan Pengerusi, penduduk Kampung Sungai Baru berulang kali menyatakan bahawa mereka mempersoalkan

draft • 12:35 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

keperluan untuk keluar dalam keadaan segera sedangkan permohonan pembangunan

(development order) atau DO masih belum dipohon. Adakah ini suatu tindakan yang adil?

Kenapa penduduk dipaksa berpindah sekarang sedangkan proses pembangunan masih belum bermula? Apakah hak mereka dipandang rendah hanya kerana kepentingan pihak pemaju?

Saya ingat mengingatkan Dewan ini bahawa proses pengambilan tanah perlu mengikuti tatacara yang telus dengan keperluan untuk mendapatkan perintah mahkamah yang sah. Apakah perintah mahkamah telah dikeluarkan untuk mengeluarkan mereka? Saya memohon jawapan daripada pihak kerajaan. Adakah pihak pemaju telah mendapat perintah mahkamah untuk tindakan sedemikian? Jika tiada, perintah mahkamah tindakan memaksa mereka keluar adalah bercanggah dengan hak asasi.

Yang ketiga, persetujuan berlandaskan Akta Strata dan Kanun Tanah Negara 1960.

Di bawah Akta Strata, sebarang pembangunan oleh pemaju yang melibatkan penduduk perlu mendapatkan persetujuan penuh atau sekurang-kurangnya 100 peratus persetujuan penduduk. Adakah ini telah berlaku di Kampung Sungai Baru? Data menunjukkan hanya sekitar 270 orang daripada kalangan penghuni pangsapuri bersetuju manakala 74 lagi menolak. Di kawasan rumah teres, 27 bersetuju manakala 37 menolak dan 32 lagi tidak menerima notis keluar. Ini jelas menunjukkan bahawa persetujuan menyeluruh tidak dicapai.

Saya mencabar pihak kerajaan untuk mengemukakan bukti bahawa mereka telah mendapat persetujuan sepenuhnya. Jika tidak, adakah ini bermakna kerajaan atau pihak pemaju secara langsung telah melanggar undang-undang yang sedia ada? Sekiranya kerajaan yang bertanggungjawab, apakah kita boleh membiarkan undang-undang diketepikan begitu sahaja demi kepentingan tertentu?

Yang keempat, tangan ghaib dalam isu pengambilan tanah. ‘Tuan Yang di-Pertua’, tidak dapat dinafikan bahawa ada tanda-tanda yang mengundang kecurigaan mengenai campur tangan pihak tertentu dalam isu ini. Penduduk menyuarakan kebimbangan bahawa terdapat usaha yang terancang untuk memaksa mereka keluar dari tanah mereka sendiri.

Jika benar wujud pihak yang memanipulasi situasi ini untuk memaksa penduduk meninggalkan tanah mereka demi projek pembangunan maka ini adalah satu pengkhianatan kepada rakyat.

draft • 12:35 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Apakah kita akan membiarkan rakyat kecil ditindas semata-mata untuk memenuhi nafsu projek mega? Apakah kita sudah begitu alpa dengan kepentingan rakyat hingga kita bersedia untuk mempermainkan hak mereka? Saya menyeru pihak kerajaan untuk melakukan siasatan yang menyeluruh untuk mengenal pasti sebarang unsur manipulasi atau campur tangan luar yang tidak sah dalam hal ini.

Kesimpulannya Tuan Pengerusi, isu Kampung Sungai Baru ini perlu diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan. Kita tidak boleh bersembunyi di sebalik Akta Pengambilan Tanah 1960 semata-mata dan membiarkan pihak pemaju bertindak sewenang-wenangnya. Undang- undang perlu digunakan dengan penuh rasa tanggungjawab dan berlandaskan prinsip

draft • 12:40 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

keadilan kepada semua pihak, bukan hanya untuk menguntungkan pihak tertentu. Terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Saya jemput Yang Berhormat Shah Alam.

draft • 12:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Pengerusi. Saya ingin terus pergi ke Butiran B.6, 081300 – Akademi Kehakiman Malaysia dan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia yang diberikan peruntukan sebanyak RM9.71 juta. Jumlahnya kecil tetapi peranannya sangat besar, di mana terdapat dua jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Latihan dan Jawatankuasa Penerbitan untuk memastikan latihan bagi hakim-hakim mahkamah dilaksana dengan lebih terancang mengikut modul-modul yang dikenal pasti dan diluluskan oleh jawatankuasa ini.

Pada tahun lepas, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-undang Islam berkaitan kompetensi Dewan Undangan Negeri. Ianya juga terkait hasil daripada keputusan Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 daripada 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2019 yang terbatal dan tidak sah.

Dengan peruntukan ini, apakah pendekatan yang diambil oleh kerajaan bagi memastikan latihan akademi ini mampu untuk menjadi jambatan kepada jurang antara sistem undang-undang sivil dan syariah di Malaysia? Sekali gus menyelesaikan permasalahan, seterusnya memperkasa kedudukan jenayah syariah Persekutuan dan Kanun Jenayah Syariah Negara. Jadi, saya mohon penjelasan daripada Jabatan Perdana Menteri untuk memberikan perincian dan juga pelaksanaan ke arah memperkasakan ini. Apakah sasaran yang ditetapkan untuk memastikan ianya boleh selari dan dapat diperkasakan?

Yang keduanya, saya ingin menyentuh P.6, 09100 – Program Pembangunan Semula Kampong Bharu. Peruntukan tambahan dari RM500,000 kepada RM6 juta untuk tahun ini.

Saya ingin tahu, apakah yang boleh dilakukan untuk membangunkan Kampong Bharu dengan hanya peruntukan sebanyak RM6 juta? Sedangkan kita tahu Kampong Bharu ini sudah terlalu lama ketinggalan.

Apakah model yang ingin dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan bahawa penduduk Kampong Bharu ini tidak ketinggalan daripada arus pembangunan yang semakin lama semakin besar di sekeliling Kampong Bharu ini? Sebagaimana yang disebutkan oleh Padang Serai tadi, ada isu di Kampong Bharu yang melibatkan penduduk Kampung Sungai Baru. Sebahagian penduduknya yang tidak bersetuju, yang menuntut bayaran pampasan disebabkan oleh pengambilan tanah mereka kerana mereka beranggapan bahawa kawasan itu di luar daripada kawasan MAS iaitu Malay Agriculture Settlement.

Sebab itu mereka menuntut dan sebab itu mereka tidak bersetuju. Tetapi kerajaan telah menggunakan Akta Pengambilan Tanah untuk meneruskan usaha pengambilan itu dan tidak memberikan mereka pampasan sebagaimana mereka yang bersetuju. Mereka tidak

draft • 12:41 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

bersetuju kerana mereka merasakan bahawa pampasan itu sepatutnya lebih. Tetapi wajarkah mereka itu dizalimi hanya kerana mereka tidak bersetuju, maka mereka diberikan pampasan yang lebih rendah daripada mereka yang bersetuju? Mohon penjelasan dan keadilan daripada pihak kerajaan.

Seterusnya, saya ingin menyentuh juga tentang P.6, 00101 – Majlis Keselamatan Negara, berhubung dengan NADMA yakni Pengurusan Bencana Negara. Kawasan Lembah Klang termasuk Shah Alam, sekarang ini saban hari dilanda dengan banjir kilat. Semua kita ini duduk di Lembah Klang sekarang memang terasa. Lambat datang dan sebagainya. Kita cuma lambat sampai ke Dewan Negara tetapi mereka yang dilanda dengan banjir kilat ini, mereka terkesan sama sahaja macam banjir besar.

Kalau rumah tenggelam, perabot rosak, peralatan rosak, semuanya sama. Tetapi mereka tidak mendapat peruntukan bencana sebagaimana mereka yang mendapat peruntukan ketika berlakunya bencana yang besar. Jadi, saya mohon ada juga keadilan bagi masyarakat, khususnya di Lembah Klang yang terkesan juga dengan bencana banjir kilat ini supaya mereka juga mendapat peruntukan sebagaimana bencana-bencana yang lain kerana kerosakan itu sama sahaja. Sekejap pun rosak, lama pun rosak juga. Seterusnya bagi...

draft • 12:41 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 12:41 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Satu sahaja, Puan Pengerusi. Merujuk kepada 04801 – Pembinaan Masjid/Surau dan Pembaikan/Naik Taraf. Saya mohon bagi pihak rakan saya, Pulai bertanyakan peruntukan sebanyak RM2.5 juta untuk Masjid Al- Faizun, Kempas seperti yang dijanjikan oleh Timbalan Perdana Menteri. Mohon penjelasan.

Terima kasih.

draft • 12:41 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya jemput Yang Berhormat Kalabakan dulu. Lepas itu, Yang Berhormat Tumpat.

draft • 12:41 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Okey, terima kasih Datuk Pengerusi di atas peluang yang telah diberikan kepada saya untuk mengambil peluang dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri. Saya akan terus membahaskan Butiran 080800 – Penyenggaraan dan Bil Lampu Jalan FELDA. Saya mohon agar peruntukan bagi penyelenggaraan dan bil lampu jalan FELDA ini dapat segera dilaksanakan setelah Bajet 2025 ini berjaya diluluskan. Hal ini kerana kawasan FELDA Umas yang terletak di Parlimen Kalabakan, kawasan saya masih lagi berhadapan dengan masalah lampu jalan yang telah membelenggu sekian lama.

Hal ini adalah disebabkan jumlah lampu jalan yang ada di kawasan tersebut adalah sangat kurang dan sering kali lampu jalan tersebut tidak berfungsi dan juga rosak. Hal ini menjadikan kawasan perumahan dan jalan di FELDA terdedah kepada risiko keselamatan seperti kemalangan dan jenayah dan hal ini menimbulkan kebimbangan kepada para penduduk FELDA di kawasan tersebut.

draft • 12:46 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Justeru itu, saya memohon agar keutamaan penyelenggaraan diberikan kepada FELDA Umas dan pada masa yang sama saya juga memohon agar pertimbangan dibuat agar bilangan lampu jalan yang bersesuaian dapat dipasang di kawasan FELDA Umas demi kesejahteraan dan keselamatan penduduk setempat.

Selain itu, antara faktor utama mengakibatkan lampu jalan kawasan FELDA Umas gagal berfungsi adalah disebabkan oleh bekalan elektrik yang tidak stabil. Sehubungan dengan itu, saya memohon agar perkara ini juga dapat diselesaikan oleh pihak kerajaan.

Datuk Pengerusi, kedua, Butiran 080900 – Subsidi Diesel FELDA. Di dalam majlis perasmian sambutan Hari Peneroka FELDA 2024 di MAEPS pada 14 Julai 2024 yang lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membuat pengumuman bahawa kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan RM100 juta kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ataupun FELDA bagi menampung kos operasi ladang susulan langkah penyasaran subsidi diesel.

Justeru itu, saya ingin mendapatkan penjelasan. Pertama, bilakah ianya akan disalurkan kepada penerima dan adakah pada tahun ini, sebaik sahaja pengumuman itu dibuat? Kedua, bagaimanakah ianya yang akan disalurkan kepada penerima? Saya juga ingin memohon penjelasan agar tidak timbul kekeliruan, terutamanya kepada para peneroka FELDA. Selain itu, jika dilihat di dalam Bajet 2025, tiada penambahan peruntukan diberikan, sebaliknya jumlah yang diperuntukkan adalah kekal, sama juga seperti tahun lalu, berjumlah RM36 juta.

Oleh itu, timbul persoalan mengapakah penambahan subsidi tidak diberikan untuk tahun hadapan menerusi butiran ini kerana jelas penyasaran semula subsidi diesel memberikan impak yang sangat besar kepada jumlah pendapatan yang diterima oleh para peneroka FELDA disebabkan kos operasi yang semakin meningkat.

Oleh itu, saya mohon penjelasan sama ada ianya akan diteruskan menerusi pengumuman penambahan subsidi pada tahun hadapan atau ianya tidak diteruskan?

draft • 12:46 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Dato’ Pengerusi, ketiga, Butiran 16300 – Projek Sistem Bekalan Air FELDA. Isu bekalan air bersih di FELDA Umas telah menjadi kebimbangan terutama bagi penduduk tempatan. Kekurangan akses kepada air bersih menyebabkan mereka terpaksa bergantung kepada sumber lain yang mungkin tidak selamat untuk kegunaan harian. Masalah ini berlaku disebabkan oleh infrastruktur yang usang dan bekalan air yang terhad mengakibatkan bekalan air ke FELDA Umas sering kali dicatu.

Kesan daripada kekurangan air bersih ini amat besar terhadap kehidupan harian penduduk FELDA Umas. Tanpa bekalan air yang mencukupi, aktiviti harian seperti memasak, membersihkan diri, menjaga kebersihan rumah turut terjejas. Malah, kesihatan penduduk juga terancam kerana penggunaan air yang tercemar boleh membawa kepada pelbagai jenis individu yang mudah terjejas.

Justeru itu, saya memohon agar Projek Sistem Bekalan Air FELDA ini dapat dilaksanakan di FELDA Umas agar akses bekalan air bersih yang terjamin dapat dinikmati oleh para penduduk.

draft • 12:50 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Dato’ Pengerusi, keempat, Butiran 16500 – Program Kelestarian FELDA. Bagi melestarikan kehidupan masyarakat FELDA, saya memohon agar isu perumahan generasi kedua FELDA yang gagal dilaksanakan dapat dijayakan pada tahun hadapan bagi melestarikan kehidupan terutamanya yang melibatkan generasi kedua.

Sekiranya, sebagai contoh, isu tanah faktor utama yang menjadi kekangan, maka saya mencadangkan agar projek perumahan bertingkat seperti rumah PPR dibina bagi membolehkan lebih banyak unit rumah dibina di dalam satu saiz tanah bagi membolehkan kerajaan menyediakan rumah kepada generasi kedua FELDA.

Jadi, Dato’ Pengerusi, mengakhiri ucapan, besarlah harapan agar setiap perkara yang saya utarakan ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak kerajaan. Akhir kata, Kalabakan mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Kalabakan. Saya jemput Yang Berhormat Tumpat.

draft • 12:50 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Saya merujuk kepada 010200 - Parlimen. Saya mengucapkan tahniah kepada pihak Parlimen kerana telah mengadakan banyak pembaharuan termasuklah perkembangan JKPK dan mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan. Walau bagaimanapun, kita telah dapati bahawa aplikasi untuk carian di Parlimen adalah sangat susah untuk difahami oleh pihak luar. Ia tidak layman friendly. Hendak cari perkataan-perkataan yang tertentu, thematic itu tidak dapat dicari dengan mudah. Sedangkan, di Parlimen, kita bincang tentang dasar kerajaan, apa yang disemak, apa yang berubah.

Jadi, saya mencadangkan kepada Parlimen untuk membuat satu aplikasi yang tidak perlu mahal, direct dan simple supaya rakyat boleh mengambil segala manfaat daripada sidang, soalan, Kamar Khas, JKPK dan mesyuarat yang telah pun dilaporkan kepada Parlimen, kerana ini sangat penting dan berkaitan dengan kehidupan rakyat.

Merujuk kepada 040100 - Jabatan Perdana Menteri (JPM). Saya ingin bertanya kepada pihak Parlimen juga dan juga pihak JPM, kenapa soalan saya yang saya tujukan kepada Jabatan Perdana Menteri di bawah BHEUU tiba-tiba ditukar kepada Menteri Pengangkutan, iaitu cadangan soalan berkaitan dengan diat?

Dalam Parlimen kita, kita ada mencadangkan tentang diversion. Kita dihantar ke luar negara untuk belajar tentang diversion ke Australia dan New Zealand dan kita dapati ini sangat bagus untuk membantu masyarakat. Walau bagaimanapun, bukan setakat diversion yang patut kita tengok tetapi sistem perundangan iaitu diat juga perlu dilihat secara lebih terbuka kerana Malaysia menjadi peneraju kepada sistem ekonomi Islam, Malaysia juga menjadi peneraju kepada sistem jenayah Islam.

Di mana, dalam hal ini, kes-kes yang berlaku ― hari ini ada kes kematian di Masjid Tanah yang membabitkan pemandu mabuk yang telah menyebabkan kematian. Di dalam

draft • 12:52 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi

Parlimen saya, Parlimen Tumpat, berlaku kes orang mabuk telah melanggar dua orang anak muda yang kedua-duanya meninggal.

Dalam hal ini, kita perlu bukan hanya kepada tuntutan sivil, tuntutan jenayah, tetapi tuntutan kepada diat kerana ini adalah satu keadilan kepada pihak keluarga kerana siapakah yang akan menanggung kehidupan ahli keluarga yang telah meninggal kerana kematian oleh orang yang sengaja ingin membahayakan orang lain dengan menyebabkan kematian kerana akibat daripada mabuk. Saya ingin tanya, berapakah jumlah kes mabuk yang telah menyebabkan kematian dalam negara? Dan perlu kepada kajian yang dibuat oleh pihak universiti.

Begitu juga dalam kes mediasi, negara kita menuju ke arah mediasi. Berapakah kes mediasi yang telah diselesaikan dan apakah sistem sokongan yang akan diwujudkan di semua negeri bagi menggalakkan mediasi ini kepada peguam dan juga kepada orang ramai?

Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan tentang opsyen daripada professional indemnity insurance kepada self-indemnity insurance fund yang telah pun dikemukakan oleh pihak Bar Council. Apakah halangan sehingga kini tidak boleh memberikan kebenaran kepada pihak Bar Council untuk menjalankan indemnity fund ini secara sendirian?

Di bawah Butiran 030500 – NADMA, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, apakah status Ahli Parlimen dalam kes bencana? Dalam perkara ini, hampir semua PPS berada di sekolah. Bila Ahli Parlimen pembangkang ke sekolah, mereka dikatakan pergi sebagai ahli parti. Jadi, kalau pihak kerajaan, mereka mungkin boleh turun sebagai ahli kehormat sebagai APM. Bagaimana pula dengan Ahli-ahli Parlimen pembangkang? Kerana, kita kena bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana. Kerana PPS ini berada di sekolah. Jadi, kalau tidak ingin benarkan pihak pembangkang ke sana, pindahkan PPS kepada luar kawasan sekolah kerana kita percaya bahawa dalam kes bencana, ia colour blind.

Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan, adakah kerajaan akan mempunyai suatu kajian bagi penempatan penduduk-penduduk di pinggir sungai yang selalu terdedah kepada banjir? Apakah kaedah yang akan diguna pakai supaya mereka ini boleh di-relocate ke kawasan lebih selamat? Sekarang ini hampir semua tempat ― tadi di Shah Alam pun ada banjir, semua tempat ada banjir. Saya ingin bertanya pihak kerajaan di bawah NADMA, apakah jabatan ini mempunyai audit analisa data dan sebab banjir, sejak merdeka? Kita ada eKasih untuk kesan orang miskin. Sepatutnya ada ‘eBencana’ untuk melihat perkara ini supaya kita boleh menambah baik.

Dan adakah kerajaan akan mengangkat sukarelawan banjir mempunyai sijil seperti SKM bertahap dan pusat-pusat penyelidikan dan bantuan banjir secara berpusat di semua Parlimen yang selalu terlibat dengan banjir? Kerana, kita percaya bahawa mereka ini kalau sudah pegawai kerajaan, bila mereka menghadiri program pengurusan banjir, mereka patutnya mendapat SKT yang sesuai kerana ini merupakan CSR yang sangat tinggi nilainya kepada masyarakat.

draft • 12:52 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi

Apakah dari segi unjuran CSR kepada orang-orang yang menyumbangkan kepada PPS? Saya bagi contoh. Tahun 2022, harga beras untuk kita bantu mangsa banjir adalah RM13. Tetapi, tahun 2023 dan sekarang ini 2024, harga beras lima kilogram telah pun mencecah kepada RM21. Jadi, saya fikir perlulah tindakan daripada pihak NADMA untuk menjadikan barang seperti beras ini harga kawalan yang tertentu bagi membantu orang- orang yang menjadi mangsa banjir.

Saya juga ingin merujuk kepada 010000 bagi SPR untuk mengatasi ― kerana, kita ada pelbagai akademi di bawah SPR dan juga akademi dalam negara tentang kelemahan pendidikan politik anak muda. Sekarang ini 18 tahun dah boleh mengundi, tetapi kita lihat hampir semua universiti, kadar turun mengundi sangat rendah. Ini merupakan satu tanggungjawab dan pihak kerajaan perlu menyediakan syllabus bagi advocacy dan literasi politik kepada anak muda. Saya juga ingin tanya tentang status pendanaan pilihan raya.

draft • 12:52 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 12:52 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi

Terakhir, Puan Pengerusi. Berkenaan dengan 040400, perkembangan tentang RUU355 dan juga perkembangan kes Nik Elin, di mana diwujudkan Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Berkaitan Kompetensi DUN. Sekarang sudah lepas setahun. Sepatutnya selesai sebelum bulan Ogos kerana jawatankuasa ini ditubuhkan pada 28 Ogos 2023. Sekarang sudah 2024.

Dan yang terakhir, di manakah kedudukan Institut Latihan Islamiah Malaysia (ILIM)?

Kerana, bila saya lihat buku Bajet, di bawah JAKIM, saya tidak jumpa sudah ILIM. Jadi, mungkin saya tidak jumpa cari. Tetapi, kalau boleh saya hendak tahu, apakah perkembangan?

Kerana, hari ini, kita lihat masjid makin mahal tetapi tentang pengurusan masjid sama ada masjid mukim atau masjid yang bukan mukim, kita dapat tengok tidak ada keseimbangan dan juga peranan, sedangkan harga infrastruktur sangat mahal. Jadi, kita percaya bahawa sekiranya ILIM dapat dinaik taraf kepada universiti, insya-Allah, akan dapat keluar satu Diploma Pengurusan Masjid yang boleh diguna pakai di seluruh negara. Terima kasih.

draft • 12:52 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Tumpat. Saya jemput Yang Berhormat Beaufort.

draft • 12:52 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Puan Pengerusi. Saya ingin menyentuh berkenaan Belanjawan Pembangunan P.6 bagi Butiran 04801, 04802, 93000 dan juga 93500. Butiran 04801 – Pembinaan Masjid/Surau dan Pembaikan/Naik Taraf dengan nilai peruntukan RM55 juta. Saya telah mengenal pasti kawasan di kawasan Parlimen Beaufort beberapa buah surau dan masjid yang perlu penambahbaikan memandangkan masjid dan surau ini telah uzur dan berlaku kerosakan.

Pertama, Masjid Nurul Hidayah, Kampung Nukahan telah dibina pada tahun 1977, bermakna telah berusia 54 tahun, terlalu tua ya keadaan masjid ini dan juga telah usang di

draft • 12:58 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

mana masjid ini dibina daripada kayu ataupun dinding daripada papan. Juga, masjid ini banyak mengalami kerosakan dan juga diserang oleh anai-anai.

Saya memohon agar kementerian dapat memberikan peruntukan untuk membina semula masjid ini memandangkan masjid ini berada di tepi laluan jalan iaitu daripada Beaufort dan Menumbok di mana ianya juga menjadi persinggahan masyarakat untuk melaksanakan ibadah dan penduduk di sekitarnya juga telah pun melebihi 400 orang.

Kedua, begitu juga dengan Surau Kampung Bukit Nuri, Menumbok yang mana surau ini telah mengalami kerosakan yang sangat teruk. Atas dasar itu, saya mencadangkan untuk juga membina baharu surau tersebut.

Ketiga, saya juga mohon mencadangkan agar kementerian dapat mempertimbangkan cadangan pembinaan Masjid Kampung Malikai yang mana jumlah penduduk di kawasan ini ramai dan jarak masjid yang ada terlalu jauh daripada kampung tersebut.

Butiran 04802 – Pembinaan Sekolah Agama dengan nilai peruntukan RM10,975,000.

Tuan Pengerusi, semasa perbahasan saya dalam Belanjawan 2025 peringkat dasar, saya telah mengemukakan permohonan agar Jabatan Perdana Menteri dapat mempertimbangkan permohonan untuk membina sekolah KAFA di Kampung Tanjong Aru, Menumbok dan juga Kampung Berangkok, Kuala Penyu.

Merujuk kepada maklum balas daripada Menteri Agama menyatakan permohonan ini perlu dikemukakan di bawah permohonan ICU, maka saya memohon agar ICU dengan sokongan dari Menteri Jabatan Perdana Menteri (Agama) dapat mengambil maklum dan tindakan terhadap permohonan ini yang nilai pelaksanaan pembinaan sekolah KAFA tidak melebihi daripada RM500,000 untuk satu sekolah KAFA.

Untuk makluman, pelajar sekolah KAFA ini mempunyai jumlah lebih dari 100 orang dan pada masa ini, sekolah KAFA menumpang di balai raya kampung yang tidak dapat menampung jumlah pelajar tersebut. Untuk makluman juga, Dewan yang mulia ini, kedua- kedua sekolah KAFA ini tidak mempunyai bangunan sendiri. Ini menyebabkan agak sukar untuk pengurusan KAFA melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara kondusif. Besarlah harapan saya sekiranya sekolah KAFA ini dapat dibina dalam Belanjawan 2025.

Seterusnya, Butiran 93000 – Projek-projek Kecil dengan jumlah peruntukan RM222 juta. Puan Pengerusi, Beaufort mohon agar kementerian dapat memberikan peruntukan kepada kerja-kerja membina, menyelenggara dan pembersihan parit tanah secara one-off di Parlimen Beaufort, iaitu di Kampung Mempakul, Kampung Kilugus, Kampung Layung, Kampung Gimba dan juga Kampung Mansud.

Permohonan ini merupakan keperluan mendesak penduduk kampung memandangkan sistem parit yang ada adalah tidak teratur sehingga menjadi berlakunya banjir kilat. Maka, saya memohon agar Jabatan Perdana Menteri dapat memberikan peruntukan secara one-off melalui peruntukan di bawah Butiran 93000 – Projek-projek Kecil ini.

draft • 12:58 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Seterusnya, Beaufort memohon agar kerja menaik taraf Dewan Serba Guna Kampung Rancangan Klias dapat diberi perhatian, memandangkan keadaan dewan serba guna ini sudah uzur dan memerlukan penambahbaikan segera memandangkan dewan ini menjadi pusat aktiviti masyarakat dalam melaksanakan apa jua program, termasuk sambutan perayaan dan sebagainya yang boleh menjadi nilai tambah kepada perpaduan masyarakat.

Akhirnya, melalui Butiran 93500 – Projek Khas dengan nilai peruntukan RM100 juta, saya memohon agar Jabatan Perdana Menteri dapat memberikan peruntukan untuk membina dewan serba guna di Kampung Klias Kecil, Beaufort di mana kampung ini tidak mempunyai dewan mahupun balai raya yang boleh dijadikan tempat aktiviti masyarakat.

Besarlah harapan saya agar permohonan Belanjawan 2025 di Jabatan Perdana Menteri ini dapat diberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada Parlimen Beaufort dalam meningkatkan prasarana dan infrastruktur yang mampu memberi keselesaan kepada rakyat di Parlimen Beaufort. Sekian, terima kasih.

draft • 12:58 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 12:58 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.

draft • 12:58 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.04 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sebelum kita meneruskan perbahasan dan juga penelitian tentang Rang Undang-undang Perbekalan 2025.

[Memberi isyarat kepada Bentara Mesyuarat] Belum, nanti kejap. Saya ada beberapa perkara yang saya hendak sebut.

draft • 2:30 PM
UCAPAN TAKZIAH UCAPAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM TUN DAIM BIN ZAINUDDIN

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan perasaan dukacita, saya ingin mengumumkan kepada Ahli Yang Berhormat sekalian bahawa Tun Daim bin Zainuddin, mantan Ahli Parlimen Kuala Muda dan Merbok, yang juga bekas anggota pentadbiran Persekutuan telah kembali ke rahmatullah pada hari ini, Rabu, 13 November 2024. Saya bagi pihak Ahli-ahli Dewan ini dan pihak Parlimen seluruhnya ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Tun Daim bin Zainuddin. Saya mengharapkan seluruh keluarga Allahyarham terus tabah dalam menghadapi situasi ini.

Kita berdoa semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarham serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh serta lagi beriman. Untuk makluman, beliau telah berkhidmat sebagai Senator dari tahun 1980 hingga 1982. Seterusnya, sebagai Ahli Parlimen Kuala Muda dan Merbok sejak tahun 1982 hingga 2003. Kepada yang beragama Islam diminta sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Tun Daim bin Zainuddin. Manakala pada yang bukan beragama Islam, minta bertafakur. Al-Fatihah.

[Ahli-ahli bangun bertafakur]

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Perkara yang kedua yang saya hendak sebut ialah untuk respons kepada surat yang telah ditulis oleh YB Arau kepada saya.

Mohon penjelasan berkenaan penggunaan perkataan “Jangan kurang ajar”. Jadi, setelah meneliti semua perkara-perkara yang telah terjadi di dalam Dewan ini pada hari tersebut dan setelah merujuk kepada Kamus Dewan, keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka 2007, Edisi Empat di muka surat 854, “kurang ajar” bermaksud tidak sopan ataupun buruk ataupun kasar budi pekertinya.

Oleh yang demikian, mulai saat ini dan mulai masa ini dan mulai hari ini, saya tidak membenarkan mana-mana Ahli menggunakan perkataan “kurang ajar” dan saya define perkataan ini sebagai unparliamentary. Jadi, saya berharap Yang Berhormat mengambil perkara ini secara serius dan apa juga yang berlainan daripada itu, saya ingat bukan takrifan saya. Maka “kurang ajar” tidak boleh digunakan dalam Parlimen ini. Baik, seterusnya Majlis dalam Jawatankuasa.

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft • 2:30 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Tan Sri, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi, jelas apa arahan yang diberikan. “Kurang ajar”, cuma persoalannya ialah kalau diletakkan di depan, “jangan, jangan kurang ajar”. Minta petua.

draft • 2:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik, isunya gini. Kalau boleh pilih, pilihlah perkataan lain sebab dia akan menimbulkan masalah sebab saya telah pun katakan bahawa perkataan itu sendiri dianggap seperti yang telah pun disebut ataupun dinyatakan dalam kamus, ianya melambangkan seorang itu buruk budi pekertinya ataupun tidak sopan.

Baik, kita teruskan dengan saya menjemput. Sebelum saya jemput, saya kira ada beberapa nama-nama yang tidak disebut oleh Timbalan Speaker tadi. Jadi, saya akan sebutkan. Selepas sahaja Lubok Antu nanti, yang akan terus berucap ialah Arau, Keningau, Pengkalan Chepa, Klang, Pasir Mas, Tampin, Kuala Krai, Miri, Mersing dan kita berakhir dengan Paya Besar. Baik, untuk itu saya jemput Putrajaya. Ada lima minit, silakan.

draft • 2:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Pertama sekali saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merekodkan rasa dukacita sepertimana Tan Sri Pengerusi sebut tadi di atas pemergian Tun Daim Zainuddin, seorang pejuang yang telah banyak berjasa kepada negara dan saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga Allahyarham dicucuri rahmat-Nya.

Tuan Pengerusi, Butiran 070300 – Perbadanan Putrajaya, Butiran 010300 – Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) dan Butiran 11100 – Pengurusan Kuarters Kerajaan/Rumah Rasmi. Saya ingin menyentuh butiran ini secara bersekali.

Pertama, mengenai keperluan untuk menyediakan kompleks kejiranan dan dewan serba guna di Presint 12, Presint 15, Presint 14 dan Presint 17 di Putrajaya. Adakah terdapat perancangan kerajaan untuk membina kompleks kejiranan dan dewan serba guna di presint- presint tersebut? Sekiranya masih belum ada, saya memohon agar kerajaan dapat menyediakan peruntukan untuk pembinaan segera kompleks kejiranan dan dewan serba guna di kawasan tersebut bagi memudahkan penduduk sekitar melakukan pelbagai aktiviti dan program.

Kedua, saya ingin bertanya, apakah terdapat pemantauan menyeluruh daripada kerajaan berkaitan dengan facilities manager (FM) yang bertugas untuk menjaga kuarters- kuarters kerajaan di Putrajaya? Ini kerana saya banyak menerima aduan, terdapat keadaan di mana respons daripada facilities managers (FM) terhadap aduan penduduk adalah agak lewat. Mohon perkara ini diteliti.

Ketiga, berkaitan dengan kerosakan lif di kuarters-kuarters kerajaan. Perkara ini telah sering kali saya bangkitkan di Dewan ini. Namun begitu, masih terdapat banyak kes penyelenggaraan dan pembaikan lif yang mengambil masa terlalu lama. Ini amat menyukarkan penduduk.

draft • 2:36 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Soalan saya, apakah kerajaan tidak boleh menyediakan satu SOP bagi mempercepatkan proses penyelenggaraan dan pembaikan lif di kuarters-kuarters kerajaan di Putrajaya bagi memastikan ianya dapat dilaksanakan dengan cekap dan cepat.

draft • 2:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Saya juga ingin mencadangkan agar satu inisiatif khusus, dengan peruntukan besar disediakan untuk menukar lif-lif lama yang kerap rosak. Ini kerana berdasarkan tindakan semasa yang diambil oleh kerajaan dan peruntukan yang disediakan, penukaran lif-lif ini akan mengambil masa bertahun-tahun.

Keempat, di bawah butiran yang sama saya melihat, banyak bilik-bilik khas yang ada di kuarters apartmen yang tidak digunakan secara optimum untuk keperluan penduduk. Ada yang digunakan sebagai stor untuk meletakkan barang yang tidak ada kaitan dengan keperluan penduduk. Jadi, saya mohon pihak berkaitan melihat perkara ini dan memastikan bilik-bilik khas di kuarters ini digunakan sebaiknya untuk kepentingan penduduk.

Kelima, saya ingin mengetahui status terkini pembinaan stesen minyak di Presint 5 yang dikatakan asalnya akan memulakan operasi pada suku ke-dua tahun 2024.

Keenam, saya ingin mendapatkan maklumat berkaitan dengan status pembinaan stor di Surau Saidina Umar Al-Khattab Fasa 8R2 Presint 8, Putrajaya setelah lawatan tapak telah diadakan pada 21 Februari 2024.

Ketujuh, di bawah Butiran 070300 - Perbadanan Putrajaya bersama dengan 050200 - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan 04801 - Pembinaan Masjid Surau dan Pembaikan atau Naik Taraf. Saya ingin bertanya tentang status peruntukan kerajaan bagi pembinaan Surau Al-Ittifaqiyyah di Presint 8. Saya mohon sejumlah peruntukan dapat disediakan untuk pembinaan surau ini memandangkan penduduk atau kariah telah menggunakan lot rumah teres untuk bertahun-tahun lamanya sebagai surau sementara.

Seterusnya, saya ingin memohon kerajaan mempertimbangkan pembinaan surau di Presint 12 dan Presint Diplomatik dan status pembinaan Quranic Village di Presint 14.

Kelapan, adalah berkaitan dengan Majlis Perwakilan Penduduk MPP. MPP ditubuhkan pada tahun 2011 dan berperanan sebagai penghubung antara kerajaan dengan komuniti setempat. Saya dimaklumkan sekarang ini, sekiranya komuniti melalui persatuan penduduk atau Persatuan Komuniti Putrajaya ingin mengadakan program dengan menggunakan facility yang ada di bawah PPH atau PPJ, mereka perlu mengemukakan surat sokongan daripada MPP zon. Subzon masing-masing.

Perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini dan apa yang lebih menyedihkan, saya dimaklumkan, kelulusan tidak akan diberikan sekiranya Ahli Parlimen Putrajaya akan turut hadir dalam program tersebut. Jadi, saya ini dipilih secara demokrasi oleh pengundi Putrajaya dan MPP tidak ada hak untuk mengekang keakraban saya dengan komuniti Putrajaya. Jadi, saya mohon Menteri melihat perkara ini dengan lebih serius.

Akhir sekali, berkaitan dengan kebimbangan dalam kalangan penduduk Putrajaya tentang isu haiwan liar seperti anjing, monyet dan babi hutan. Kehadiran haiwan liar ini terutamanya di kawasan kediaman dan di tempat rekreasi boleh mendatangkan risiko kepada keselamatan awam, kesihatan dan kebersihan persekitaran. Memandangkan Putrajaya ini pusat pentadbiran kerajaan, saya mohon satu pendekatan menyeluruh diambil oleh kerajaan bagi mengatasi perkara ini. Sekian Tan Sri Pengerusi, terima kasih.

draft • 2:40 PM

Tuan Pengerusi

Baik, seterusnya saya jemput Sungai Siput.

draft • 2:40 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Tuan Pengerusi, mengizinkan Sungai Siput turut serta berbahas peringkat Jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri.

Tuan Pengerusi, saya merujuk Butiran 00201, RM100 juta bagi Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India. Tuan Pengerusi, saya ingin sedikit imbas kembali sejarah MITRA, di mana dilancarkan pada tahun 2013 dan dinamakan SEDIC (Unit Pembangunan Sosioekonomi Komuniti India). Kemudian pada tahun 2018, dijenamakan semula dengan nama MITRA- Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia.

Sejak ianya dilancarkan, SEDIC ataupun MITRA diperuntukkan RM100 juta setiap tahun hinggalah bajet 2025. Sebelum Kerajaan Perpaduan mengambil alih tampuk pemerintahan negara, dalam MITRA dan SEDIC menghadapi pelbagai masalah dalam menguruskan dana tersebut di mana RM100 juta tidak digunakan sepenuhnya mengikut setiap tahun semasa. Sejak tahun 2023, di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri PMX, di mana Yang Berhormat Timbalan Menteri KUSKOP kini dilantik mempengerusikan Jawatankuasa Khas MITRA dan kini dipangku oleh, dipengerusikan oleh Yang Berhormat Batu.

Saya ingin nak tanya, di bawah pemantauan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, apakah inisiatif-inisiatif baru yang telah dan sedang dilaksanakan bagi memenuhi, mencapai objektif asal meningkatkan sosioekonomi masyarakat India.

Kedua, saya pernah bahas dalam Bajet 2024 tahun lalu iaitu mencadangkan dana MITRA ditingkatkan kepada RM500 juta, khususnya untuk meningkatkan sosioekonomi masyarakat India. Ramai Ahli-ahli Yang Berhormat turut mencadangkan semasa perbahasan bajet mereka pada minggu yang lalu, termasuk Yang Berhormat Batu, Jelutong, Klang, Sungai Buloh, Segamat, Batu Gajah, Ipoh Barat, Bagan, Rasah yang begitu prihatin soal dana MITRA.

Jadi, saya nak tanya kepada Kerajaan, adakah kerajaan akan mempertimbangkan hasrat mahupun harapan masyarakat India untuk meningkatkan dana MITRA bagi tahun 2025.

Tuan Pengerusi, saya juga ingin menarik perhatian Dewan, berkenaan dengan ekuiti masyarakat India. Pemilikan ekuiti masyarakat India sehingga kini cuma 1.15 peratus, berbanding dengan sasaran 3 peratus.

Untuk mencapai sasaran ekuiti 3 peratus, tanggungjawab ini tidak boleh diletakkan di bahu MITRA semata-mata dengan peruntukan dana hanya RM100 juta sahaja. Oleh itu saya mengulangi cadangan sepertimana Ahli-ahli Yang Berhormat lain di Dewan yang mulia ini, untuk meningkatkan dana MITRA untuk mencapai objektif asal untuk meningkatkan sosioekonomi masyarakat India.

Dato’ Pengerusi, yang terakhir saya merujuk kepada Butiran 30000. RM330 juta bagi tabung ekonomi kumpulan usaha niaga TEKUN. Dalam bajet ini, masyarakat India juga turut

draft • 2:43 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

diperuntukkan di bawah TEKUN SPUMI- Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India sebanyak RM30 juta.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri, Menteri Keusahawanan dan Koperasi yang telah mengambil inisiatif tambahan untuk menambahkan dana SPUMI RM30 juta pada tahun lalu dan pada tahun ini. Dan saya harap Kementerian Keusahawanan dan Koperasi terus meningkatkan peruntukan daripada RM30 juta seperti saban tahun kepada RM60 juta dalam Bajet 2025. Sekian, terima kasih Dato’ Pengerusi.

draft • 2:43 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih Sungai Siput. Saya jemput Pokok Sena.

draft • 2:43 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Assalamualaikum dan salam sejahtera Tan Sri Pengerusi. Butiran 040700 - Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia. Saya mengetahui sejauh mana kes-kes pendakwaan melibatkan kesalahan jenayah syariah di Wilayah Persekutuan setakat tahun 2024, khususnya melibatkan kesalahan jenayah yang berkait dengan moral. Saya juga ingin mengetahui fokus penyelidikan terkini yang dijalankan di bawah Jabatan Pendakwaan Syariah ketika ini.

draft • 2:49 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Yang kedua Tan Sri Pengerusi, Butiran 050100 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

(JAKIM). Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Menteri mengenai deretan isu penghinaan terhadap agama Islam oleh sesetengah pihak yang kemudiannya, mereka dengan sekelip mata akan diisytiharkan sebagai OKU dan mempunyai masalah mental. Isu- isu sebegini bukan kali pertama berlaku, malah bukan agama Islam sahaja dihina secara terbuka, bahkan juga Raja-Raja di negeri yang berdaulat turut dihina oleh sesetengah pihak.

Persoalannya, apakah reaksi di peringkat Menteri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal agama walaupun Menteri boleh mengelak dengan jawapan bahawa isu ini di bawah pemantauan dan tindakan pihak berkuasa PDRM dan KDN? Apakah tanggungjawab yang dipikul oleh JAKIM selaku agensi yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga kesucian agama Islam daripada diperlecehkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab? Apakah kita menunggu sehingga reaksi yang semakin meruncing dalam kalangan rakyat, baharu kita akan bertindak?

Perkara ketiga, di bawah butiran yang sama, saya ingin bangkitkan adalah mengenai pemberian geran per kapita berjumlah RM20,000 kepada sekolah-sekolah agama rakyat.

Apakah perkembangan terkini mengenai pemberian geran tersebut ketika ini?

Di samping itu adalah mengenai bantuan geran RM150 juta untuk selenggara dan naik taraf prasarana institusi pendidikan Islam, antaranya pondok, tahfiz dan sekolah agama rakyat. Saya dimaklumkan bahawa penyaluran bantuan ini masih di bawah 50 peratus daripada peruntukan keseluruhan yang dinyatakan dalam belanjawan tahun ini. Jadi, mohon Menteri menjelaskan angka sebenar peruntukan yang telah disalurkan berserta jumlah penerima daripada institusi-institusi yang ada mengikut negeri masing-masing.

draft • 2:50 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Perkara yang keempat, saya juga ingin memohon beberapa perincian butiran baharu pada tahun 2025 yang dinyatakan dalam bekalan yang sama. Pertama, mengenai peruntukan RM100 juta di bawah Butiran 081400 - Penyenggaraan Institusi di bawah JAKIM.

Apakah yang dimaksudkan dalam konteks penyenggaraan ini?

Yang kedua adalah mengenai Butiran 100300 - Percetakan Al-Quran, yang diperuntukkan sebanyak RM10 juta. Mohon perincian lanjut daripada kerajaan.

Yang terakhir Tan Sri Pengerusi, saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan mengenai pelan jangka masa untuk mengangkat taraf Biro Pengaduan Awam (BPA) kepada Ombudsman Malaysia yang lebih menyeluruh bagi memastikan pembanterasan rasuah yang lebih efektif dan realistik khususnya melibatkan sektor awam. Penelitian lanjut dalam Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional 2024-2028 disebutkan bahawa perkara ini kembali diketengahkan dalam strategi empat iaitu bahagian penguatkuasaan yang diletakkan dalam tempoh pelaksanaan sederhana iaitu antara dua, ke-tiga tahun.

Soalan saya, isu pembentukan Ombudsman Malaysia ini telah pun dibincangkan sejak era pra-pandemik lagi. Oleh itu, mengapakah kita perlukan pemanjangan tempoh untuk pelaksanaan pembentukan Ombudsman Malaysia? Apakah kekangan utama yang dihadapi ketika ini ke arah pelaksanaan Ombudsman Malaysia? Apakah pelan jangka masa yang dirancang oleh kerajaan pada masa ini untuk merealisasikan pembentukan Ombudsman tersebut? Sekian Tan Sri Pengerusi, terima kasih.

draft • 2:50 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Saya jemput Betong.

draft • 2:50 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Tan Sri Pengerusi kerana memberi peluang untuk Betong turut berbahas bajet di Peringkat Jawatankuasa.

Saya mulakan dengan P.6 iaitu Jabatan Perdana Menteri. Saya akan menyentuh Butiran P.09910 - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan P.16000 iaitu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan saya bacakan sekali. NADMA mendapat pertambahan peruntukkan yang agak ketara iaitu dari RM28.23 juta kepada RM35.1 juta, manakala JPAM menurun dari RM23.533 juta kepada RM16.238 juta.

Tan Sri Pengerusi, dalam melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin keselamatan nyawa orang atau harta benda penduduk awam, sekiranya berlaku atau akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana, JPAM perlu mempunyai aset dan fasiliti yang cukup serta lengkap dalam keadaan yang baik serta logistik yang relevan dan terkini.

Tan Sri Pengerusi, justeru itu, Betong ingin mohon perhatian daripada kerajaan bagi menambah baik fasiliti bagi tiga buah pejabat JPAM di Parlimen Betong. Yang pertamanya ialah pejabat JPAM di Bandar Betong, yang kedua Sebauh, yang ketiga di Debak. Saya mohon supaya pejabat JPAM dinaiktarafkan. Kalau boleh, diberi nafas baharu supaya JPAM dapat menarik minat dan perhatian generasi muda untuk mereka menjadi sukarelawan JPAM dan membentuk semangat patriotisme di kalangan generasi muda. Antara keperluan yang

draft • 2:54 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

mendesak ialah tempat bagi meletak aset seperti kenderaan, ambulans dan bot penyelamat.

Kedua, ia perlu dinaiktarafkan daripada segi ruang pejabat dan juga peralatan pejabat seperti komputer untuk mereka menjalankan tugasan harian.

Tan Sri Pengerusi, mengenai pengurusan bencana seperti banjir, Betong mohon agar ada SOP yang jelas untuk mengelakkan agensi-agensi yang terlibat seperti kebajikan kesihatan dan juga keselamatan dan lain-lain dapat memberi khidmat yang lancar dan efektif tanpa kerenah birokrasi.

Seterusnya, Betong juga mohon agar bantuan pasca bencana seperti kelulusan untuk membaik pulih infrastruktur yang rosak dan yang tidak selamat dapat disegerakan dan segala keputusan perlu dibuat tanpa kerenah birokrasi juga serta elakkan proses yang rigid dan peraturan yang menyusahkan.

Seterusnya, saya ingin terus kepada B.3 - Jabatan Audit Negara dan Butiran 020000 iaitu Pengauditan. Saya ingin mengetahui, sejauh manakah pelaksanaan budaya akauntabiliti telah dijalankan? Setakat ini, sejauh manakah teguran dan syor-syor audit dalam laporan yang telah dibuat diambil perhatian oleh semua peringkat termasuk pusat tanggungjawab jabatan dan agensi?

Tan Sri Pengerusi, seterusnya saya ke butiran B.6 iaitu Butiran 010200 - Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak. Setelah meneliti anggaran Belanjawan 2025, saya tidak nampak butiran khas untuk penyertaan bumiputera Sarawak.

Justeru, Betong mohon penjelasan untuk perkara berikut. Yang pertamanya iaitu dana untuk program penyukatan tanah adat NCR di Sarawak sebab ia penting bagi memastikan tanah-tanah yang diusahakan oleh pekebun kecil ada dokumen.

Keduanya ialah dana untuk Program Pinjaman Rumah Panjang di Sarawak dan ini- program ini pernah dilaksanakan pada tahun-tahun yang lalu dan Betong mengharapkan agar kerajaan dapat mempertimbangkan dana tersebut untuk masyarakat bumiputera di Sarawak.

Akhir sekali Tan Sri Pengerusi, iaitu mengenai P.7 - Jabatan Perkhidmatan Awam, Butiran P.00500 - Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran JPA. Anggaran untuk tahun 2025 amat besar sebanyak RM1.06 bilion dan jumlah yang amat tinggi ini. Saya mohon perincian juga.

Adakah terdapat program biasiswa khas untuk B40 dari kawasan luar bandar? Apakah usaha dan inisiatif kerajaan untuk memastikan pelajar cemerlang dari luar bandar sama-sama dapat menikmati penajaan daripada JPA?

draft • 2:54 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Saya mohon, kalau ada statistik lima tahun yang lalu tentang penerima pelbagai kategori penajaan, pinjaman ataupun biasiswa ini termasuk tajaan pelajaran di dalaman atau pun di universiti di luar negara. Maka dengan itu Tan Sri Pengerusi, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas peluang ini. Sekian.

draft • 3:00 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Saya jemput Jerlun.

draft • 3:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi.

Saya merujuk B.4 Suruhanjaya Pilihan Raya- kod 010500 - Akademi Pilihan Raya

(APR). Belanjawan 2025 diperuntukkan RM2.34 juta berbanding RM500,000 dalam Belanjawan 2024, kenaikan empat kali ganda atau 400 peratus. Merujuk laman web SPR, APR bertanggungjawab mengadakan kursus, latihan dan program pendidikan pilihan raya kepada mahasiswa dan pelajar sekolah selain berfungsi melaksanakan dasar berkaitan urusan pilihan raya.

Soalan saya, berapakah kos yang diperuntukkan untuk kursus, latihan dan program pendidikan pilihan raya tahun 2025? Kedua, adakah peruntukan yang besar ini melibatkan persempadanan semula kawasan pilihan raya untuk PRU-16 akan datang.

Merujuk B.6 Penyelarasan Pembangunan Nasional 020100 - Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU). Agenda menoktahkan miskin tegar sangat ditekankan oleh Kerajaan MADANI dan telah dinyatakan secara jelas dalam Belanjawan 2023, 2024 dan 2025. Malah Simposium Kebangsaan 2024: Menoktahkan Kemiskinan turut dianjurkan oleh kerajaan bagi menjayakan matlamat tersebut.

Saya merujuk data permohonan baru eKasih bagi daerah Kubang Pasu, Kedah.

Sehingga September 2024, berjumlah 89 yang diluluskan melibatkan 21 mukim. Ini menunjukkan peningkatan jumlah rakyat miskin tegar sehingga ke hari ini. Persoalan saya, apa program untuk meningkatkan sumber pendapatan golongan miskin, miskin tegar yang disediakan oleh agensi kerajaan kepada mereka yang berdaftar dengan eKasih bagi bina baru atau baik pulih rumah golongan miskin atau miskin tegar. Berapakah jumlah yang diperuntukkan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) bagi tahun 2025 untuk negeri Kedah dan pecahannya mengikut daerah-daerah?

B.6 Pengurusan Kehakiman dan Perundangan. Kod 040300 - Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Saya ingin bertanya, apakah status terkini Akademi Kehakiman Syariah Malaysia yang mana peruntukan sebanyak RM20 juta telah diperuntukkan dalam Belanjawan 2024 manakala Belanjawan 2025 pula sebanyak RM9.7 juta. Berapakah peruntukan untuk Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) yang disalurkan untuk kes-kes nafkah di negeri Kedah bagi tahun 2025?

Pada April 2022, Yang Berhormat Bera ketika menjadi Perdana Menteri kesembilan telah meluluskan peruntukan RM5 juta untuk Pusat Bantuan Guaman Syarie (BAGUS) bagi membantu golongan B40 dan M40 yang tidak mampu membayar kos guaman. BAGUS digerakkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).

Pada Jun 2022, PGSM telah menerima RM2 juta dan bakinya RM1.5 juta akan dibayar pada tahun 2023 dan RM1.5 juta lagi pada tahun 2024. Saya ingin bertanya, apakah status terkini BAGUS? Bilakah kerajaan akan membayar balik baki RM3 juta untuk BAGUS kerana PGSM telah pun memulakan kes yang diwakili sedang kan tiada bayaran diterima oleh PGSM melalui BAGUS?

draft • 3:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Kod 040700 - Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia (JPSM). Saya ingin bertanya, berapakah jumlah kes jenayah syariah yang didaftarkan bagi tahun 2024 dan kes yang berjaya diselesaikan bagi tahun 2024? Berapakah denda yang berjaya dikumpulkan daripada kes-kes jenayah syariah bagi tahun 2024?

Merujuk B.6 Kemajuan Islam kod 050100 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

(JPSM)– (JAKIM), maaf. Pada 4 November 2024, sebuah video yang tular di media sosial memaparkan perlakuan pelancong China yang kurang sopan ketika melakukan lawatan di Masjid Putra, Putrajaya. Pelancong China tersebut dilihat telah membaling jubah ke arah Pengawal Keselamatan Masjid Putra dan beberapa kon telah dilanggar atau disepak.

Saya ingin bertanya, apakah perkembangan terkini kes tersebut dan nyatakan bentuk tindakan yang telah diambil oleh JAKIM terhadap pelancong China tersebut? Berapakah peruntukan yang diterima untuk menerima pelancong-pelancong luar yang melawat Masjid Negara dan Masjid Putra, Putrajaya untuk tahun 2025? Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 3:00 PM

Tuan Pengerusi

Waalaikumussalam. Baik, saya jemput Kepong.

draft • 3:00 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Terima kasih, Tan Sri Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya. Pertama sekali ingin saya menyatakan keyakinan saya terhadap Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah kerajaan yang berani, berazam dan tekad untuk membawa perubahan serta yang paling penting sebuah kerajaan yang mengutamakan reformasi.

Kini, menjelang 24 bulan kerajaan ini mentadbir di bawah bumbung reformasi, saya mohon agar Kerajaan MADANI menyenaraikan lima reformasi utama yang bakal dilaksanakan demi kebaikan negara. Selain daripada itu, saya juga memohon agar Kerajaan MADANI menetapkan garis masa bagi setiap reformasi yang dijalankan.

Tan Sri Pengerusi, saya rujuk kepada Butiran 081100. Saya mohon mencadangkan satu reformasi utama yang sangat penting dan kritikal untuk penduduk di Ibu Kota Malaysia iaitu pelantikan Ahli Majlis di Kuala Lumpur. Semua negeri di Malaysia dari yang terkecil hingga yang terbesar telah melaksanakan sistem pelantikan Ahli Majlis kecuali Kuala Lumpur.

Sesungguhnya saya berpendapat bahawa tiada alasan lagi untuk Kuala Lumpur tidak melaksanakan sistem ini. Hal ini menimbulkan persoalan, jika negeri-negeri lain boleh melaksanakannya, mengapa tidak Kuala Lumpur?

Seterusnya saya merujuk kepada Butiran 060000. Tan Sri Pengerusi, saya hendak sentuh isu kerugian kerajaan dalam pelaburan bernilai RM43.9 juta di FashionValet Sdn. Bhd.

Sudah dua minggu SPRM menyiasat pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzarudin Shah Anuar.

Soalan saya Tan Sri Pengerusi, mengapakah tiada Pegawai Khazanah dan PNB dipanggil disiasat oleh SPRM? FashionValet mengalami kerugian lima tahun berturut-turut sebanyak berpuluh-puluh juta ringgit sebelum pelaburan Khazanah dan PNB dibuat. Adalah

draft • 3:06 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

terang lagi bersuluh pelaburan itu tidak masuk akal, Tan Sri Pengerusi. Budak sekolah juga akan menasihati kerajaan untuk tidak melabur dalam FashionValet.

Baru-baru ini, Tan Sri Pengerusi, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata beliau mahu pemberi rasuah ditangkap terlebih dahulu. Sama juga pelaburan Khazanah dan PNB dalam FashionValet mungkin ada unsur rasuah dan kickbacks. Jika benar pemberi rasuah tidak lain tidak bukan adalah Khazanah dan PNB.

Oleh itu, saya mahu Pegawai-pegawai Khazanah dan PNB yang mencadangkan, menyokong serta meluluskan pelaburan dalam FashionValet juga disiasat oleh SPRM. Bank akaun mereka harus dibekukan dan pergerakan mereka disekat ke luar negara termasuk Vivy Yusof dan suaminya sementara siasatan dijalankan.

Akhirnya, semoga Kerajaan MADANI akan terus maju dan membawa perubahan positif bagi seluruh rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih.

draft • 3:06 PM

Tuan Pengerusi

Baik, saya jemput Permatang Pauh.

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Pengerusi, saya ingin menyentuh butiran yang pertama sekali 050000 - Kemajuan Islam berkaitan dengan isu guru takmir. Kerja guru takmir ini bukan setakat terbatas di masjid, tetapi peranan mereka sebenarnya lebih luas untuk membimbing umat.

Mereka bukan setakat mengajar, tetapi mereka juga memainkan peranan untuk pembinaan masyarakat, tetapi sekarang kalau kita tengok, kerajaan menetapkan seorang guru takmir ini terhad kepada sembilan kelas sahaja dengan elaun RM100 bagi satu kelas.

Ini bermakna elaun untuk sebulan guru-guru takmir ini RM900 sahaja sedangkan sebelum mereka datang mengajar di satu-satu tempat, mereka perlu menelaah kadang- kadang keluar sejam awal buat persiapan dan sebagainya. Ada sebahagian guru-guru takmir kita ini menjadikan guru takmir ini sebagai kerja sepenuh masa.

Jadi kita tahu keadaan mereka yang perlu dibantu apatah lagi ilmu dan ibrah yakni pengalaman mereka juga perlu kita hargai. Dengan jasa dan khidmat yang besar yang mereka taburkan pada negara, saya mencadangkan agar kerajaan menaikkan elaun guru takmir daripada RM100 untuk satu kelas kepada RM150 satu kelas dan menambah kuota kelas pengajian daripada sembilan kelas kepada sepuluh kelas.

draft • 3:10 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu sedikit, boleh Permatang Pauh?

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Masa...

draft • 3:10 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Sedikit sahaja. Saya hendak sebut isu dicadangkan supaya kenaikan elaun imam. Sekarang ini RM850, dicadangkan naik.

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Okey, boleh dimasukkan sekali, insya-Allah. Baik, paling tidak asas kepada cadangan ini paling

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

tidak seorang guru takmir ini boleh memperoleh RM1,500 sebulan. Saya mewakili guru-guru takmir memohon agar kerajaan mempertimbangkan cadangan ini.

Yang kedua, masih lagi butiran yang sama berkaitan dengan JAWHAR, khususnya isu zakat. PMX selalu menguar-uarkan berkaitan dengan untuk menoktahkan kemiskinan.

Antara instrumen yang boleh memanfaatkan adalah pusat-pusat zakat yang ada di negeri- negeri seluruh Malaysialah. Kutipan zakat setiap tahun kita tengok berkembang, tetapi yang kita hendak bincang sedikit adalah berkaitan dengan isu dana tawaqquf ataupun boleh kita sebut sebagai lebihan zakat yang tidak dapat dibelanjakan dan dimasukkan ke dalam satu tabung yang khas.

Kalau kita tengok dari sudut kutipan tidak ada masalah, saya memuji program- program yang dilaksanakan oleh pusat-pusat zakat di seluruh negara. Saya juga dahulu merupakan eksekutif di zakat Pulau Pinang. Jadi kita tengok dari sudut kutipan itu tidak ada masalah. Tetapi dari sudut pengagihannya kalau kita tengok masih lagi tidak banyak penambahbaikan yang dilaksanakan. Jadi saya ingin bertanya di sini apa peranan JAWHAR khususnya sebagai pemudahcaralah pada Pusat Zakat Negeri agar dana-dana tawaqquf ini dilaksanakan ataupun dimanfaatkan dan tidak digunakan untuk program yang kurang penting.

Saya ingin bertanya juga kepada pihak JAWHAR, adakah JAWHAR ada menyediakan garis panduan kepada negeri-negeri untuk mengkaji serta menetapkan had kifayah yang baharu selaras dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi pada ketika ini. Saya yakin kalaulah dana tawaqquf ini dibelanjakan dengan baik khususnya untuk asnaf, fakir miskin termasuk juga yang dicadangkan oleh Bagan Serai sebentar tadi untuk diberikan kepada anak-anak yang hendak menyambung pelajaran universiti sebagai yuran pelajaran mereka, supaya pengajian mereka dapat diberikan secara percuma.

Secara tidak langsungnya perkara ini akan dapat meminimumkan jumlah fakir miskin dan dapat menyumbang kepada hasrat kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan. Mohon pandangan Yang Berhormat Menteri.

Yang terakhir, Butiran P.6 09100 - Program Pembangunan Semula Kampong Bharu.

Saya ingin menyentuh sedikit berkaitan isu ini kerana dia viral dalam medsos yang mana kalau kita tengok isu Kampung Sungai Baru ini khususnya adalah berkaitan dengan status tanahnya yang terletak dalam penempatan pertanian Melayu ataupun kita sebut MAS.

Soalan yang saya hendak bangkitkan di sini adalah berkaitan dengan atas akta manakah pengambilan tanah Kampong Bharu ini dilakukan? Adakah pihak kerajaan sedar bahawa status Kampung Sungai Baru ini adalah statusnya MAS ini iaitu Malay Agricultural Settlement, dengan izin. Bagaimanakah syarikat pemaju yang dimiliki oleh pemegang saham bukan Melayu memaksa penduduk menjual tanah mereka yang berstatus MAS ini?

Bagaimana status pengambilalihan sekarang ini yang sebenarnya dilihat melanggar undang-undang sedangkan kalau kita tengok satu daripada syarat tanah tersebut, ia tidak boleh dijual dan disewakan kepada mana-mana penduduk bukan berbangsa Melayu?

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Bagaimana pula dengan pampasan yang diberikan oleh pihak pemaju kepada penduduk, sedangkan JUPEM sendiri telah mengesahkan dan menunjukkan bahawa segala pampasan yang diberikan semata-mata untuk mengambil alih tanah ini terbatal.

Saya ingin bertanya berkaitan dengan penyelesaian yang sepatutnya diambil oleh kerajaan agar rakyat Kampung Sungai Baru terbela dan yang paling penting hak mereka dapat dikembalikan. Mohon respons Menteri atas semua persoalan penting ini, kalau tidak dapat secara lisan pun boleh dapat secara bertulis. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Baik saya jemput Tenggara.

draft • 3:10 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Tuan Speaker, saya ingin mencelah sedikit. Saya ingin mengalu-alukan kedatangan rombongan pelajar Universiti Malaya...

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Saya sudah sebut, tolong beri kepada teman anda yang akan berucap. Silakan Tenggara. Saya ulang sekali lagi, saya tidak benar sama sekali mana-mana Ahli Parlimen untuk bangun dan terus mengumumkan kehadiran tetamu-tetamu ya. Silakan.

draft • 3:10 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya mengalu-alukan kedatangan rombongan pelajar Universiti Malaya yang terdiri daripada UMANY dan Persatuan Cina Universiti Malaya. Selamat datang ke Dewan Rakyat. Terima kasih...

[Tepuk]

draft • 3:15 PM

Tuan Pengerusi

Sila Tenggara.

draft • 3:15 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Terima kasih sekali lagi Tan Sri. Saya mengucapkan terima kasih kerana beri ruang kepada Tenggara untuk sama-sama bahas dalam ruang Jawatankuasa Bajet 2025 ini Jabatan Perdana Menteri. Pertamanya adalah berkaitan dengan Butiran 080900 - Subsidi Diesel FELDA.

Saya mengungkapkan di Dewan ini juga berkaitan dengan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa ada tambahan RM100 juta untuk subsidi diesel, tetapi bila kita meneliti Butiran 080900 ini, saya dapati hanya berjumlah RM36,000,000. Jadi persoalan Tenggara adalah adakah ia akan diteruskan? Sekiranya tidak diteruskan saya bimbang ia akan mengganggu proses pengurusan berkaitan dengan pengeluaran hasil daripada kalangan warga FELDA.

Keduanya adalah berkaitan dengan Butiran 16500 - Program Kelestarian FELDA.

Daripada RM1.24 bilion kepada RM1.9 bilion dia menurun sedikit. Jadi persoalan daripada Tenggara, apakah pencapaian sebenarnya yang telah dicapai melalui Program Kelestarian FELDA yang telah dilaksanakan sepanjang 2024 dan apakah sebenarnya perancangan yang teliti untuk dilaksanakan pada tahun 2025?

Adakah pihak Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan hal ehwal FELDA ini ada melakukan kajian terhadap tahap kepuasan peneroka FELDA, warga FELDA sama ada generasi yang pertama ataupun generasi baharu berkaitan dengan pelaksanaan- pelaksanaan ini. Saya ambil contoh, Tenggara ambil contohnya adalah berkaitan dengan

draft • 3:15 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Projek Model Baharu Agrobank yang melibatkan nilai RM19.9 juta. Semua sekali 69 projek berkaitan dengan tiga jenis perkara yang hendak diusahakan pertanian iaitu nanas MD2, tanaman halia dan fertigasi.

Saya pun merupakan anak peneroka FELDA Penggeli Timur di Johor, saya pun masih belum nampak lagi dia punya hasil-hasil yang boleh kita banggakan dan daripada 317 tanah rancangan FELDA berapa banyak kah rancangan FELDA yang telah terlibat dengan tanaman MD2, halia dan juga fertigasi?

Saya kira pelaksanaan ini supaya tidak mengulang sejarah-sejarah hitam yang pernah dilaksanakan oleh FELDA sebelum ini. Contohnya termasuklah dengan Skim Insentif Usahawan FELDA dan juga gedung makanan negara supaya konsep bimbing selia berterusan itu mestilah diperkenalkan dan diutamakan dalam pelaksanaan ini supaya perkara yang hendak dicapai melalui program contohnya macam Projek Model Baharu Agrobank ini boleh benar-benar memberi manfaat kepada warga FELDA. Ia juga perlulah melibatkan bimbing selia ini pihak institusi contohnya IPTA, IPTS dan juga Kementerian Keterjaminan Makanan supaya boleh membimbing benar-benar projek ini supaya lebih berjaya.

Saya difahamkan juga dalam butiran ini ada Projek Komersial Rintis bernilai RM50 juta diberikan RM10 juta, RM10 juta kepada FELDA Bukit Rokan, FELDA Pasak, FELDA Ayer Hitam, FELDA Sahabat, FELDA Perasu. Saya harap supaya ia juga sebagaimana mana saya sebut tadi tidak mengulang kegagalan-kegagalan yang pernah dilaksanakan oleh FELDA sebelum ini.

Seterusnya adalah berkaitan dengan Butiran 04801 berkaitan dengan Pembinaan Masjid/Surau dan Pembaikan/Naik Taraf daripada RM53 juta kepada RM55 juta. Tenggara mengucapkan banyak terima kasihlah tetapi dalam ruangan ini juga Tan Sri Pengerusi saya mengambil kesempatan bahawa di Tenggara ini ada banyaklah keperluan masjid dan surau ini, tetapi masjid terakhir yang dibina di Tenggara ini adalah pada tahun 1995 iaitu Masjid Bandar Tenggara.

Jadi ada satu keperluan masjid di Kampung Batu 4 yang mana penduduk sendiri telah pun mengumpul dananya sebanyak RM2,377,627.68, tetapi masih belum mampu lagi untuk membina. Tanahnya pun sudah ada - Lot 36753, lima ekar lebih.

draft • 3:15 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Jadi saya berharap selepas dikumpulkan duit daripada 11 Mei 2016 ini, Masjid An- Nur Batu 4 ini bolehlah dibina dengan bantuan dana daripada Butiran 04801 ini yang saya kira sesuai kerana di Batu 4 ini menampung kariah daripada kampung-kampung berkaitan termasuk Desa Makmur, Kg. Sungai Pelepah, Batu 4, Sepak Hulu, Sepak Hilir, Taman Kota dan juga Desa Sejahtera.

Akhirnya daripada Tenggara adalah berkaitan dengan pembangunan industri halal di bawah Butiran 06100 daripada RM4.7 juta kepada RM5 juta. Peruntukan ini meningkat dan sebelum ini pun di peringkat Dasar, Tenggara menyebut tentang HDC yang perlu di perkasa.

Jadi, sementelah ada peruntukan yang meningkat ini daripada RM4.7 juta kepada RM5 juta, Tenggara rasa dan ada kewajaran supaya peruntukan ini digunakan untuk

draft • 3:20 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

memperkasa HDC di bawah Jabatan Perdana Menteri kerana asalnya pun di Jabatan Perdana Menteri, di EPU kemudian dibawa ke JAKIM- sedikit Tan Sri Pengerusi.

Kemudian baru-baru ini dicadangkan untuk di MATRADE kan. Jadi saya kira sebenarnya kalau di MATRADE kan lebih baiklah dan lebih nampak fokus negara kita untuk menerajui industri halal negara ini supaya HDC diletakkan kembali di bawah Jabatan Perdana Menteri. Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

draft • 3:20 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Terima kasih. Saya jemput Parit.

draft • 3:20 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Assalamualaikum dan selamat petang. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi takziah- takziah diucapkan kepada Tan Sri Ahli Parlimen Marang atas pemergian ibu mertua beliau. Juga takziah diucapkan kepada keluarga Almarhum Tun Daim Zainuddin, seorang negarawan dan seorang pejuang negara.

Merujuk kepada Butiran 050000 – Kemajuan Islam. Saya ingin membangkitkan masalah pembinaan Masjid Titi Gantung di kawasan Parlimen saya Parlimen Parit yang tergendala ketika ini dan perlu ditangani segera. Dengan peningkatan kos dan masalah pembatalan kontraktor, jalan penyelesaian perlu diusahakan agar pembinaan masjid ini dapat diselesaikan, sesuai dengan jangka waktu yang telah ditetapkan.

Untuk makluman, pihak Ahli Jawatankuasa Masjid telah pun mengusahakan sebagaimana diminta iaitu kutipan derma sebanyak 10 peratus daripada kos yang sepatutnya ditanggung. Namun, peruntukan daripada pihak kerajaan masih lagi belum diberikan kepada masjid ini iaitu Masjid Ghufraniah. Saya berharap agar Kerajaan Persekutuan dapat membantu mempercepatkan proses agar pembinaan masjid ini dapat disiapkan pada tahun 2026 sebagaimana yang diharapkan oleh komuniti setempat.

Merujuk kepada Butiran 010600 – Akademi Kenegaraan Malaysia. Pertama, bagaimanakah Akademi Kenegaraan memastikan program yang ditawarkan selaras dengan keperluan semasa dan perubahan sosiopolitik negara?

Soalan saya yang kedua, sejauh mana modul yang diajar mampu merangkumi kepelbagaian perspektif politik, sosial dan ekonomi yang ada di Malaysia?

Ketiga, apakah langkah yang diambil oleh Akademi untuk memastikan kurikulum dan metodologi pengajaran adalah terkini dan berinovasi?

Soalan saya yang keempat, bagaimana Akademi mengukur keberkesanan program latihan dan impaknya terhadap pemahaman serta komitmen peserta terhadap isu-isu kenegaraan?

Merujuk kepada Butiran 030500 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Soalan saya, apakah langkah-langkah NADMA untuk memperbaiki sistem komunikasi antara agensi supaya dapat mengelakkan kekeliruan dan kelewatan semasa krisis?

draft • 3:21 PM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Kedua, soalan saya, sejauh mana NADMA memanfaatkan teknologi terkini seperti data satelit, kecerdasan buatan (AI) atau dron dalam pengurusan bencana?

Soalan saya yang ketiga, apakah strategi NADMA dalam memperbaiki proses pemberian bantuan selepas bencana kepada mangsa yang sering kali mengalami kelewatan?

Soalan saya yang keempat, bagaimanakah NADMA mengukur keberkesanan tindakan pasca bencana untuk memulihkan kawasan dan masyarakat yang terjejas?

Merujuk kepada Butiran 050100 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Soalan saya, bagaimanakah JAKIM memastikan keberkesanan kursus dan latihan untuk pegawai agama agar mereka lebih responsif terhadap cabaran masyarakat moden?

Soalan saya yang kedua, bagaimanakah JAKIM mengatasi masalah jurang maklumat dalam kalangan masyarakat Islam di kawasan pedalaman terutamanya berkenaan isu-isu keagamaan?

Ketiga, sejauh mana JAKIM bekerjasama dengan badan-badan antarabangsa dalam menangani isu-isu global yang berkaitan dengan agama Islam seperti Islamofobia, kemiskinan yang melanda negara Muslim?

Soalan saya yang keempat, adakah usaha JAKIM dalam mempromosikan konsep maqasid syariah yang menekankan keadilan, kesejahteraan dan keamanan dalam masyarakat?

Soalan saya yang kelima untuk JAKIM, apakah langkah-langkah proaktif yang diambil oleh JAKIM dalam menggalakkan kesedaran dan pemahaman masyarakat Malaysia mengenai konflik yang berlaku di Palestin?

Merujuk kepada Butiran 060100 berkaitan dengan Biro Pengaduan Awam (BPA).

Sejak tahun lepas lagi, saya dimaklumkan bahawa Biro Pengaduan Awam (BPA) akan diserapkan sepenuhnya kepada Ombudsman Malaysia apabila ia ditubuhkan kelak. Namun, tiada khabar berita selepas itu. Soalan saya, apakah status penubuhan pada waktu ini?

Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

draft • 3:21 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Seterusnya saya jemput Bayan Baru.

draft • 3:21 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Bayan Baru ingin membangkitkan beberapa isu.

Nombor satu adalah Kepala B.8, Butiran 01000 iaitu pengurusan di bawah Pejabat Peguam Negara. Saya ingin menarik perhatian Tan Sri dan juga Dewan yang mulia ini pada satu kenyataan media oleh Menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri bahawa dengan izin, “French Supreme Court delivers landmark victory for Malaysia in Sulu case”.

Pada 6 November 2024, dengan izin, “The French Supreme Court for civil and criminal matters, the Court of Cassation fully dismissed the challenge filed by the purported heirs of long-defunct Sultanate of Sulu against the decision of Paris Court of Appeal. The decision means that the Partial Award which was the initial basis for the sham Final Award

draft • 3:26 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

that ordered Malaysia to pay USD15 billion or equivalent to RM65 billion, is not recognised under the French law. Following this decision, the Paris Court of Appeal will now proceed in due course to annul the purported Final Award rendered by Dr. Stampa on 28 February 2022 and bring an end to the Sulu case”. Ini adalah kes yang sangat signifikan, tetapi kurang diiktiraf dalam Dewan yang mulia ini. Maka, saya ingin bangkitkan di sini kerana saya ingin memberi pengiktirafan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri terutamanya Yang Berhormat Pengerang dan juga semua pegawai dalam AGC, Wisma Putra, semua lawyer yang membantu Malaysia memenangkan kes ini. Bagi satu tepukan kepada mereka...

[Tepuk] Sebab ini membantu Malaysia menjimatkan RM65 bilion. Kalau kita tengok dalam bajet kita, kita hanya mempunyai bajet RM300 bilion, RM400 bilion sahaja satu tahun, tetapi kalau kita nak bayar RM65 bilion kerana satu kes yang begitu besar ini dan mengancam kedaulatan Malaysia, maka negara kita akan membayar hutang begitu lama. Jadi, kita harus mengiktiraf di sini.

Kedua, saya ingin membangkitkan isu Kepala B.1- Merakyatkan Parlimen. Butiran 010000 – Urusan Parlimen. Tan Sri Pengerusi, kita selalu pergi ke luar negara dan kita lawat Parlimen mereka. Tan Sri juga pernah pergi bersama dengan Bayan Baru di Japan dan mereka menerima satu juta pelawat ke Parlimen mereka dengan begitu teratur, dengan experience yang bagus. Saya nampak bahawa di Parlimen kita, kita pun menerima ramai juga pelawat daripada universiti dan kita harus galakkan supaya lebih ramai melawat ke Parlimen.

Cuma ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki, contohnya di belakang ini. Dia punya sound system tak bagus. Mereka tak boleh dengar apa yang kita bahas walaupun berkobar-kobar di sini, mereka tidak dengar. Jadi, isunya adalah bagaimana kita improve the experience untuk - dan saya harap bahawa kita boleh tingkatkan lagi peruntukan yang diberikan oleh kerajaan boleh dipertingkatkan lagi.

draft • 3:26 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Saya minta Tan Sri memberi arahan kepada Pentadbir supaya dia ikuti sendiri experience itu. Supaya dia tahu apa yang perlu dilakukan untuk meningkatkan experience ini.

Saya juga ingin membangkitkan isu tentang bajet untuk PAC dan JKPK. Peruntukan yang diberikan oleh Parlimen harus diuruskan oleh - contohnya JKPK dan PAC sendiri.

Kerana contohnya di PAC, saya Ahli PAC. Kita perlu melawat kes-kes yang berlaku di Sabah, Sarawak, di mana-mana tempat di seluruh Malaysia, tetapi selalunya perlu mendapat keputusan Tan Sri dan selepas itu Pentadbir dan sebagainya.

Akhirnya, kita kelam-kabut kerana dateline sudah sampai dan kita tidak tahu hendak - boleh pergi ke tidak dan flight ticket sudah naik tinggi. Jadi, kalau boleh bagi kebebasan dan kepercayaan kepada Ahli Parlimen supaya kita boleh urus dengan baik segala kewangan, bajet untuk kepada - supaya memartabatkan JKPK dan PAC.

draft • 3:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Akhir sekali, Tan Sri Pengerusi, saya ingin membaca satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Donald Trump- president-elect, Presiden ke-47. Beliau melantik Elon Musk kepada satu jawatan dipanggil, dengan izin, Department of Government Efficiency.

Saya ingin menarik Kepala B.1, maaf ya, B.6 Jabatan Perdana Menteri, Pengurusan 010000. Saya ingin menarik Tan Sri bahawa Amerika Syarikat mereka tahu bahawa government is too big dan mereka perlu ada government yang efficient. Jadi, mereka melantik Elon Musk dan juga untuk- saya quote ya, “Dismantle government bureaucracy, slash excess regulations, cut wasteful expenditures and restructure Federal Agencies”. Tan Sri, dalam Malaysia ini, kita banyak jabatan. Terlalu banyak. Kerajaan sangat- sangat besar dan bertindih. Contohnya, kita ada training. Berpuluh-puluh agensi buat training.

Kita buat geran. Berpuluh-puluh agensi bagi geran. TVET - enam kementerian, tujuh kementerian dan pelbagai jabatan dan agensi buat TVET. Begitu besar sekali. Pembaziran yang begitu banyak. Jadi, harus ada efficiency.

Donald Trump, hal ini telah melantik Elon Musk. Elon Musk ini kehebatannya apa?

Dia buat Tesla. Kalah Ford, kalah General Motors - kalah. Dia buat spacecraft. Dia tak...

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, dah boleh.

draft • 3:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Saya akan gulung.

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Masa ya.

draft • 3:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

NASA pun kalah. Dia buat Starlink. Itu Rusia pun takut. Jadi, kita perlukan satu penyatuan untuk what we call government efficiency supaya kita cut semua wasteful funding dan harus ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Itu sahaja daripada saya. Terima kasih Tan Sri.

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik, sama. Saya jemput Kangar.

draft • 3:30 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat petang. Terima kasih Tan Sri Pengerusi, Ahli-ahli Yang Berhormat.

Pertama sekali, selamat datang daripada pelajar-pelajar dari UKM, Kolej Tun Hussein Onn...

[Tepuk] Jadi, peruntukan untuk JPM untuk tahun 2025 adalah sebanyak RM11 bilion. Jadi, untuk Perbelanjaan Pembangunan bajet adalah rendah berbanding pada tahun 2021, 2022, 2023 dan 2024.

Saya pergi kepada Butiran 09910 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Jadi, peruntukan adalah sebanyak RM35 juta. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri, Ketua Pengarah NADMA dan keseluruhan jentera yang terlibat yang banyak membantu dalam krisis banjir di Perlis, Kedah dan lain-lain negeri baru- baru ini.

Jadi, fenomena cuaca yang berubah-ubah dan aktiviti pembangunan yang banyak dan kadang-kadang tidak terancang menyebabkan banjir berlaku terlalu kerap dan ini menyukarkan penduduk untuk berpindah. Jadi, saya ingin mohon penjelasan Menteri

draft • 3:33 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

NADMA. Apakah kriteria bencana? Kadang-kadang kita nampak kawasan yang berlaku banjir ataupun ribut, kita nampak ia adalah satu bencana kerana ia mengganggu aktiviti ekonomi penduduk. Namun, apakah bencana yang sebenarnya mengikut NADMA?

Soalan kedua. Berapakah jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan untuk mangsa- mangsa banjir di kawasan Parlimen Kangar pada tahun 2024? Maksudnya yang lepas lah.

Tan Sri Pengerusi, Butiran 38000 – Projek Perumahan Awam Malaysia. Peruntukan adalah sebanyak RM466 juta. Adakan peruntukan ini meliputi perumahan awam di negeri Perlis. Ini memandangkan rakyat amat terkesan dengan ketiadaan rumah kediaman terutamanya golongan muda berikutan kurangnya kawalan kenaikan harga rumah kediaman.

Begitu juga dengan Butiran 93600 – Projek Mesra Rakyat. Untuk tahun 2024, Kangar ingin mendapat maklumat daripada Menteri. Berapakah bilangan rumah yang telah dibina dan akan dibina di Perlis khususnya di kawasan Parlimen Kangar?

Tan Sri Pengerusi, butiran seterusnya. Butiran 00101 – Majlis Keselamatan Negara.

Peruntukan adalah sebanyak RM417 juta. Jadi, memandangkan Perlis, Kedah, Kelantan berada di kawasan sempadan dengan Thailand, maka isu keselamatan amatlah penting.

Negara boleh dibolosi oleh kuasa asing ataupun anasir-anasir asing ke negeri ataupun ke negara kita Malaysia. Jadi, soalan dia. Setakat manakah peruntukan yang digunakan untuk keselamatan di kawasan sempadan terutamanya di kawasan perairan Kuala Perlis dan di sekitar Wang Kelian?

Soalan terakhir. Adakah terdapat usaha-usaha pihak asing untuk menggugat kedaulatan negara di sempadan-sempadan tadi. Jadi, terima kasih Tan Sri Pengerusi.

draft • 3:33 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih Kangar. Saya jemput Lubok Antu.

draft • 3:33 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Terima kasih Tan Sri Pengerusi kerana memberi peluang pada Lubok Antu untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2025 Peringkat Jawatankuasa untuk butiran-butiran di bawah kepada B dan P.6 Jabatan Perdana Menteri.

Pertamanya saya ingin menyentuh Butiran 010200 – Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak dan Pejabat Persekutuan. Serta Butiran 020100 – Unit Penyelarasan Pelaksanaan.

Saya ingin memohon sedikit pencerahan daripada pihak JPM berkenaan Program Khas Bumiputera Sarawak. Saya ingin bertanya sama ada program ini akan diteruskan untuk tahun 2025 serta berapakah peruntukan yang akan dikhususkan untuk program ini di bawah Belanjawan 2025?

Menurut jawapan lisan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 19 Mac 2024, antara inisiatif di bawah PKB Sarawak ialah Program Pengukuran Tanah- Native Customary Rights (NCR), Pengukuhan Institusi Perundangan Adat, Pembangunan Infrastruktur Asas Luar Bandar, Pembangunan Ekonomi dan Pembangunan Modal Insan.

draft • 3:37 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Saya difahamkan bahawa dari tahun 2010 hingga 2023, sejumlah RM390 juta telah dibelanjakan untuk pelaksanaan Program Khas Bumiputera Sarawak. Di mana, sebanyak RM34.6 juta diperuntukkan untuk tahun ini.

Di bawah butiran sama, saya juga ingin menyentuh mengenai pengukuran dan pemetaan tanah adat di Sarawak. Menurut jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 8 November 2023, sebanyak RM19 juta diperuntukkan untuk pengukuran dan pemetaan NCR pada tahun 2024. Oleh yang demikian, saya ingin memohon perincian mengenai berapakah banyak yang akan diperuntukkan untuk pemetaan dan pengukuran NCR bagi tahun 2025?

Difahamkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM28.1 juta dari tahun 2016 hingga 2023 untuk membangun tanah NCR dengan aktiviti pertanian seperti tanaman sawit, getah, durian, pisang, nanas dan kopi.

draft • 3:37 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Saya juga ingin menyarankan peruntukan ini dapat terus ditambah dari tahun ke tahun agar lebih banyak tanah-tanah NCR dapat dibangunkan untuk meningkatkan sosioekonomi penduduk bumiputera Sarawak yang ramai menetap di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Seterusnya Tan Sri Pengerusi, saya ingin menyentuh mengenai Butiran 030400 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Tan Sri Pengerusi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia memainkan peranan yang penting sebagai agensi penyelamat dan sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat daerah dan negeri.

Dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak APM di atas segala bantuan dan pertolongan yang diberikan kepada penduduk di Parlimen Lubok Antu yang ditimpa pelbagai musibah bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh. Tahun ini saja misalnya, Parlimen Lubok Antu telah beberapa kali dilanda banjir dan tanah runtuh. Oleh itu Tan Sri Pengerusi, saya terdapat keperluan mendesak untuk menambah jumlah anggota APM yang ditugaskan di Lubok Antu. Ini kerana semasa musim banjir yang lepas, pihak APM Lubok Antu terpaksa meminta bantuan anggota APM dari Betong dan Sri Aman kerana masalah kekurangan anggota.

Selain itu juga, saya ingin menyarankan supaya aset APM di kawasan Lubok Antu juga dapat ditambah, memandangkan kini di APM Lubok Antu hanya mempunyai aset penyelamat yang terdiri daripada sebuah pacuan empat-roda yang usang dan sebuah bot penyelamat yang kerap dibaiki. Dengan aset yang sedia ada, usaha menyelamat agak sukar dilakukan jika musibah banjir berlaku di dua tempat yang berbeza.

Selain itu, ia juga membolehkan APM Lubok Antu menyampaikan perkhidmatan yang lebih baik kepada penduduk, terutama penduduk rumah panjang di kawasan pedalaman dan hulu sungai. Hal ini kerana keadaan muka bumi di Parlimen Lubok Antu yang bergunung- ganang, selain terdapat beberapa buah rumah panjang yang hanya boleh diakses melalui jalan balak atau sungai. Maka, apabila berlaku bencana seperti banjir dan tanah runtuh

draft • 3:40 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

misalnya, amat sukar untuk menyelamat dan memindahkan penduduk serta menyalurkan bantuan ke kawasan tersebut.

Terakhir Tan Sri Pengerusi, berbahas mengenai bencana. Saya juga ingin menyentuh sedikit mengenai Butiran 09910 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Saya ingin bertanya berkenaan Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara. Berapa jumlah peruntukan yang telah diagihkan untuk membantu mangsa bencana di Sarawak daripada tabung tersebut? Adakah peruntukan di bawah tabung ini boleh dimohon untuk membantu menampung kerja-kerja melibatkan kos yang tinggi seperti pembaikan rumah panjang serta pembinaan jalan-jalan balak, tanah runtuh dan banjir seperti yang berlaku di kawasan Parlimen. Mungkin perlu ada kerjasama di antara NADMA dan pihak JKR dalam perkara ini.

Akhir kata Tan Sri Pengerusi, saya berharap agar setiap butiran yang saya bangkitkan kali ini mendapat perhatian dan maklum balas daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Sekian, saya mohon menyokong...

[Tepuk]

draft • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Saya jemput Arau.

draft • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Rakyat Malaysia, orang muda. Tan Sri, saya juga menyambung kawan-kawan tadi ingin mengucap takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin. Insya-Allah, selepas ini kita akan pergi solat jenazah di Masjid Wilayah.

Tan Sri, yang pertama B.1000. Orang puji ramai orang. Saya nak puji Tan Sri. Alang- alang kita bincang kemudianlah, yang Tan Sri tolak 18(1) itu kita bincang kemudian.

Terlampau banyak penolakan, terimalah satu untuk di Kamar Khas.

Nak puji sebab Tan Srilah orang yang hebat untuk tahun inilah. Kalau diambil senarai orang yang terhebat tahun ini, Tan Sri lah sebab telah buat solar di Parlimen, yang mana pejabat saya duduk menghadap solar tiap-tiap hari. Tiap-tiap kali saya tengok solar, teringat Tan Sri...

[Ketawa] Jadi, memuji-muji. Tan Sri Johari yang telah - saya ada dalam Jawatankuasa itu. Dia bagi tahu bahawa kita akan mengadakan solar dan ini ia telah menjadi kenyataan. Cuma nak tanya sikit, berapa kos Tan Sri ya, bagaimana dibiayai, tapi lain-lain semua terbaik dan simpanlah rekod ini kalau Tan Sri tak jadi Speaker lagi, di 10 tahun lagi kah. Jadi, Tan Sri teringat solar yang telah dibuat untuk kemajuan rakyat Malaysia.

Okey, yang keduanya Tan Sri, saya nak tanya ini APM ya- 030400, dia tulis APM - Angkatan Pertahan Awam, tapi dia bubuh P.1600. Dia tulis JPAM, JPAM - apa beza APM dengan JPAM? Atau apakah ini kesalahan? Adakah Menteri, Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri yang dulunya Menteri, sekarang jadi Timbalan. Adakah tak tengok ini? Apa beza APM dengan JPAM, ya?

draft • 3:43 PM

Seorang Ahli

[Mencelah]

draft • 3:43 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi yang akan jawab tapi makna kata, jangan jawab berlebih-lebihanlah. Jawab sorry-lah. Kata minta maaf, akan di ‘APM’ kan.

draft • 3:43 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sebab dia jadi APM. Kita telah tukar dan tak perlu kita kata ini untuk jabatan. Saya rasa di bawah APM itu tidak ada jabatan lagi. Dialah Angkatan Pertahan Awam. Cuma satu yang kerajaan salah. Nak jadi angkatan, dia kena 10,000 orang staf. Ini baru 2,000 orang lebih.

Kita nama angkatan- angkatan apa? Tak cukup untuk nama angkatan ya.

Jadi, Timbalan Menteri yang pernah jadi hebat dulu supaya ubah, pastikan ada 10,000 orang, tapi kalau kami memerintah, kami akan memastikan 10,000 orang akan diambil ya. Jadi, itu yang pertama.

Kemudian yang keduanya, B.030100 – Majlis Keselamatan Negara (MKN). Ini nak tanya Menteri. Ini bukan ujian akal ya. Kerana baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri telah melancarkan Arahan NADMA No.1, Oktober yang lepas, tapi sebelum ini, kita duduk di bawah arahan MKN 20. Jadi, apakah beza MKN 20 dan juga Arahan 1 NADMA? Dulu MKN tadbirkan bencana. Sekarang ini telah masuk bawah NADMA. Jadi, apa fungsi MKN dan kenapa arahan MKN 20 itu tidak- ditiadakan, diganti dengan Arahan NADMA No. 1. Hat ini memang Menteri agak sukar nak jawab. Minta tolong, pegawai tolong bagi jawapan ya. Okey.

Kedua terakhir, yang ini penting ya sebab ini telah dipercakapkan. Tan Sri Yang di- Pertua, Allah berfirman dalam Al-Quran...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Saya sampai setakat itu ya. Kami ini menolong anak yatim dengan orang miskin, tanggungjawab insan.

Tak boleh kita menafikan hak untuk seseorang membantu anak yatim dan orang miskin. Kami Wakil Rakyat. Kami mesti menolong orang miskin dan juga anak yatim, Tan Sri...

[Tepuk] Orang miskin, tapi inilah yang telah dibuatkan. Allah benci kepada orang yang menghalang usaha untuk tolong orang miskin, bagi makan orang miskin dan juga menolong anak yatim.

Menteri Agama nasihat kepada kerajaan bahawa menghalang untuk kami tolong anak yatim dan orang miskin itu tak boleh. Allah benci di akhirat nanti. Sekarang ini duit peruntukan kami...

[Ketawa] Ahli Parlimen sana dapat RM10 juta, tiga tahun berturut-turut RM10 juta lebih. Bayangkan kami 1 sen tak dapat. Anak yatim dengan orang miskin, saya bantu dengan duit poket. Tanya ini, cuba tengok. Pergi tengok akaun saya sekarang, tinggi RM1,000. Itu pun nak tampung makan kawan-kawan, RM1,000 itu nak tunggu 20 hari bulan dapat gaji. Kami terpaksa dalam keadaan yang teruk kerana tidak ada peruntukan. Tolong kami.

Kalau tak mahu bagi banyak pun tak apa, Yang Berhormat. Bagi untuk kami melepaskan untuk tolong anak yatim dan orang miskin. Menghalang Yang Berhormat, walaupun you all duduk di sana seronok, tapi hukumnya berdosa. Berdosa besar ya. Jadi, minta tolong selesaikan, noktahkan perkara ini supaya peruntukan ini, peruntukan untuk menolong orang miskin dan anak yatim ini dibagi. Kalau tak bagi banyak pun, tak apalah, bagi sikit akhir tahun ini, baju sekolah Yang Berhormat, untuk orang miskin ya.

Jadi, akhir sekali, saya tak mahu Speaker yang baik dengan saya hari ini dan telah dapat pujian- marah dekat saya ya.

Yang Berhormat, pelaksanaan Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI), very good. Walaupun kami tak dapat maklumat sepenuhnya sebab sudah pastilah diberi peluang yang lebih kepada Ahli-ahli Parlimen kerajaan, dah dapat duit RM38 juta tahun

draft • 3:43 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

ini. Dapat lagi SejaTi MADANI, bagus. Alhamdulillah. Asalkan ia mesti mencapai matlamat.

Jadi, saya nak tanya kepada kerajaan. Berapakah geran yang telah disalurkan dan bilangan permohonan mengikut negeri setakat ini serta keberhasilannya untuk meningkatkan sosioekonomi komuniti setempat berdasarkan lima sektor tumpuan yang telah ditetapkan?

Nombor dua, adakah terdapat siasatan terhadap dakwaan bahawa ada orang yang mengenakan cas sebagai ejen untuk penyediaan kertas kerja bagi permohonan SejaTi MADANI- ada ataupun tidak? Ini bukan tuduhan. Saya dengar cerita, ada. Jadi, tolong siasat ya. Bukan di Perlis, mungkin di negeri-negeri pasir raja ulam raja ya.

draft • 3:43 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, saya minta disiasat benda ini. Jadi, Tan Sri Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih. Benda yang besar di hadapan mata tolonglah wahai Perdana Menteri, yang sekarang ini sekarang bertolak daripada lima pergi ke - daripada dua negara ke lima, saya bawa mesej saya kata berilah perhatian untuk kami tolong orang anak yatim dan juga orang miskin. Dia jawab, terima kasih sebab dia jawab semoga perjalanannya yang selamat, semoga dia telefon ICU supaya release duit kepada kami. Semoga rakyat Malaysia hidup aman dan damai...

[Tepuk] Terima kasih Tan Sri. Assalamualaikum.

draft • 3:50 PM

Tuan Pengerusi

Wassalamu'alaikum. Baik, seterusnya saya jemput Sri Gading.

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

Sri Gading membahaskan Peringkat Jawatankuasa ini di bawah Kementerian Jabatan Perdana Menteri 081400 B.6 - Penyenggaraan Institusi di bawah JAKIM. Butiran 081400 ini melibatkan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk projek khusus bagi penyenggaraan institusi di bawah JAKIM. Ini adalah perkara baharu yang dimasukkan dalam Belanjawan 2025. Oleh itu, Sri Gading mohon pihak kerajaan menyatakan butiran secara lanjut perancangan yang akan dilaksanakan melibatkan peruntukan RM100 juta untuk JAKIM.

Sememangnya pemerkasaan institusi JAKIM perlu. Namun begitu, dengan kritikan yang dihadapi oleh JAKIM baru-baru ini berkait dengan isu GISB dan sebagainya, apakah perancangan kerajaan dalam memberikan suntikan baharu kepada institusi JAKIM ini untuk lebih cemerlang pada masa akan datang? Adakah peruntukan ini melibatkan pemerkasaan dari sudut modal insan ataupun daripada penyelenggaraan infra?

Adakah peruntukan ini juga merangkumi usaha untuk memperkukuhkan peranan JAKIM dalam pengurusan pensijilan halal selaras dengan keperluan semasa dalam industri makanan dan minuman. Bagaimanakah JAKIM merancang untuk mempertingkatkan penguatkuasaan dan pemantauan pensijilan halal di seluruh negara demi memastikan kualiti dan keyakinan pengguna sentiasa terpelihara.

Selain itu, apakah dana ini turut merangkumi penambahbaikan komunikasi JAKIM yang lebih berkesan kepada orang awam berkenaan peranan dan tanggungjawabnya.

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Adakah sebarang peruntukkan yang disediakan untuk meningkatkan keterbukaan maklumat melalui media atau teknologi digital bagi mendekatkan jurang JAKIM dan masyarakat.

Tan Sri Pengerusi, seterusnya 50000 - Pembangunan Harta Wakaf P.6. Peruntukan untuk pembangunan harta wakaf telah dikurangkan secara ketara dari RM5,701,060 kepada hanya RM400,000. Pengurangan ini adalah hampir 93 peratus daripada jumlah asal. Melihat kepada laporan Menteri Agama, kutipan wakaf tunai menunjukkan peningkatan. Saban tahun seperti pada tahun 2020, kutipan adalah sebanyak RM67.19 juta meningkat kepada RM106 juta pada tahun 2022. Peningkatan sepatutnya perlu terus selari dengan peruntukan yang akan diberikan kepada pembangunan harta wakaf. Malah prospek harta wakaf ini juga adalah besar. Ini akan memberi kesan projek-projek pembangunan besar yang melibatkan pembinaan harta wakaf seperti masjid, sekolah wakaf ataupun pusat komuniti- mungkin akan tertangguh.

Jadi Sri Gading ingin bertanya, apakah yang menjadikan faktor utama pengurangan ini? Adakah ini disebabkan oleh perubahan keutamaan kerajaan ataupun kesukaran dalam membangunkan aset wakaf yang sedia ada. Dengan pengurangan ini, bagaimanakah dengan projek-projek wakaf? Adakah ini akan menunda atau membatalkan sebarang projek pembangunan harta wakaf yang sedang dirancang.

Tan Sri Pengerusi, seterusnya 06100 - Pembangunan Industri Halal P.6. Adanya peningkatan peruntukan dari RM4,714,200 kepada RM5 juta. Namun jumlah ini adalah tidak signifikan dengan perkembangan pesat industri halal. Industri halal di peringkat global dianjurkan berkembang pesat termasuk dalam sektor makanan, kosmetik, perbankan dan pelancongan jika kerajaan benar-benar serius untuk menerajui industri ini dan menjadikan Malaysia sebagai pusat halal global. Peningkatan peruntukan yang lebih ketara sangat diperlukan. R&D bagi sektor industri halal ini memerlukan pelaburan besar dan ia penting untuk memastikan Malaysia kekal kompetitif dalam industri halal terutama dalam bidang seperti makanan halal berasaskan tumbuhan, kosmetik halal dan produk lain-lain.

Sebagai negara yang diiktiraf sebagai pusat halal, Malaysia mempunyai kelebihan untuk menembusi pasaran antarabangsa. Namun untuk memaksimumkan peluang ini, sokongan kerajaan sangat diperlukan termasuk peruntukan tambahan bagi inisiatif promosi- promosi dan juga pemasaran antarabangsa. Dengan perkembangan pesat dalam teknologi makanan produk halal, penekanan kepada R&D adalah perlu ditekankan kerana ia akan membolehkan Malaysia menghasilkan produk halal berkualiti tinggi yang diiktiraf antarabangsa.

Bagaimanapun, kos yang tinggi jadi persoalan di sini. Bagaimanakah kerajaan akan membantu sektor PKS untuk memanfaatkan R&D dalam industri halal? Adakah terdapat pelan tindakan yang jelas untuk meningkatkan inovasi halal yang mampu bersaing di peringkat global. Selain itu, proses mendapatkan sijil halal perlu dipermudahkan dan dijadikan lebih mampu milik terutama untuk peniaga kecil dan mikro yang mungkin tidak mempunyai sumber kewangan yang besar.

draft • 3:50 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Masa.

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Okey. Sekian terima kasih Pengerusi.

draft • 3:50 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Pengkalan Chepa.

draft • 3:50 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Terima kasih kepada Tan Sri Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian sama dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri. Saya mulakan dengan Butiran 050000 dan Butiran 060000, saya akan sebut secara bersekali.

Pertamanya berkaitan dengan Lembaga Tabung Haji. Isu berkaitan dengan sukuk UJSB yang dikeluarkan ketika era pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan 1.0 dahulu.

Apakah benar terdapat ura-ura bahawa sukuk ini akan di-restructuring semula di susun semula kerana apa yang penting ia berkaitan dengan langsung dengan aset-aset yang dipindahkan daripada Tabung Haji kepada UJSB.

Bagaimana dengan pengumuman Perdana Menteri satu ketika dahulu iaitu pada 29 September 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa kerajaan akan memulakan perbincangan untuk menyerahkan semula aset-aset Lembaga Tabung Haji yang sebelum ini dipindahkan kepada Syarikat Tujuan Khas (SPV) milik Kementerian Kewangan pada tahun 2018. Perdana Menteri dah umum pada September 2023 dah melebihi setahun.

Jadi, soalan saya apakah perkembangan pembinaan aset-aset ini? Kalau kita melihat kepada prestasi semasa, catatan laporan kedudukan kewangan UJSB pada tahun 2023, telah mencatatkan kerugian yang nyata dan bagaimana UJSB untuk membayar sukuk-sukuk ini dan apa kesannya kepada aset-aset Tabung Haji yang sekarang ini menjadi milik UJSB.

Jadi dua, tiga soalan saya minta pengesahan dan juga minta jawapan daripada Yang Berhormat Menteri.

Kemudian, yang kedua, terdapat juga ura-ura untuk menaikkan nilai ambang threshold simpanan minimum pendeposit Tabung Haji untuk Pendaftaran Haji daripada RM1,300 kepada RM15,000. Jadi, soalan saya, apakah ini satu perkara yang benar? Adakah kenaikan yang drastik ini tujuannya adalah untuk memastikan kebaikan kepada jemaah haji ataupun ada maksud-maksud lain dan tujuan-tujuan lain, niat lain di sebalik perkara ini.

draft • 3:57 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Sudah pasti kalau ianya adalah perkara yang benar, ini sangat membebankan kepada jemaah haji yang kita tahu kalau jemaah haji di kampung-kampung nak pergi Mekah, dia ada RM1,300, dia dah layak untuk mendapat surat tawaran dan bila nak pergi haji ini biasalah menjadi adab dan budaya semua orang pakat bagi sumbangan dan akhirnya cukup untuk dia membayar kepada Tabung Haji nilai yang ditetapkan mengikut kategori. Jadi itu soalan yang saya kemukakan.

Kemudian, yang ketiga isu berkaitan dengan kenaikan elaun ahli Lembaga Tabung Haji. YB Menteri Agama dikatakan telah pun meluluskan kenaikan elaun ini. Jadi soalan saya, apakah kenaikan elaun ini satu tindakan yang baik kepada pendeposit dalam keadaan

draft • 4:00 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

peningkatan kos untuk mengerjakan haji ini sangat mendadak dan kenaikan elaun ahli-ahli lembaga ini, apa sebenarnya kewajarannya dalam situasi yang ada pada hari ini?

Rakyat tidak mahu melihat ahli-ahli lembaga ini dinaikkan elaun yang sangat besar yang pada ketika ini sudah pun besar tapi apa yang rakyat mahu lihat bagaimana agihan keuntungan Tabung Haji pada akhir tahun ataupun awal tahun setiap bermula tahun baru akan meningkat, bukan peningkatan elaun ahli-ahli lembaga itu.

Kemudian yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya nak sebutkan tentang penjualan ladang-ladang milik Tabung Haji Plantations. Sewaktu kami meninggalkan kerajaan dulu, kami buat keputusan untuk restructuring semula dan rehab semula ladang-ladang yang bermasalah ini, ketimbang kita menjual ladang-ladang ini dengan alasan untuk memulihkan cashflow kepada Tabung Haji Plantations. Jadi, apa status dia sekarang? Apakah perancangan yang ura-ura dikatakan bahawa ladang-ladang milik Tabung Haji khususnya yang berada di Borneo itu akan dijual?

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Jadi kalau tanya kepada saya dan juga mungkin Ahli-ahli Parlimen yang ada di sebelah sana, daripada UMNO khususnya Paya Besar ada di sini, kita tak akan bersetuju kerana dalam suasana sekarang, dengan akan siapnya Pan Borneo fasa akhir ini dan juga ibu negara kepada Indonesia itu berpindah ke Kalimantan, sudah pasti valuation kepada tanah-tanah milik Tabung Haji ini akan meningkat.

Sementelah lagi kalau kita lihat pada hari ini, nilai kepada CPO yang menjadi perkara paling penting kepada keuntungan Tabung Haji Plantations ini, daripada 2020 sehingga 2025 sangat meningkat sampai 100 peratus. Jadi pakcik, makcik di kampung yang buat kerja ladang sawit ini pun dapat mengecapi nilai yang baik dalam peningkatan harga CPO.

Kalaulah dikatakan alasan...

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 4:00 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

...Hutang yang membengkak, ini saya nak landing. Alasan dikatakan hutang yang membengkak di kalangan pengurusan Tabung Haji Plantations, maka jalan yang terbaik ialah restructuring semula debt, hutang itu kerana kebanyakan hutang-hutang Tabung Haji Plantations ini adalah datang daripada parent company iaitu Tabung Haji itu sendiri. Jadi, ayah dengan anak takkan nak berkira sangat. Kalau ayah dengan anak berkira, itu bukan bapalah, itu nak nama apalah tak tahulah. Jadi, itu saja saya nak sebutkan dan minta respons daripada Menteri.

Saya nak mencadangkan kepada Menteri Agama, Timbalan Menteri Agama, tolong skip-lah yang berkaitan dengan tahfiz, KAFA, itu dah banyak kali diulang jawab di sini. Kalau berkaitan dengan Tabung Haji ini diletak belakang-belakang akhirnya tak jawab. Jawab bertulis, sedangkan ini perkara penting, adalah entiti yang besar bagi umat Islam. Terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Saya jemput Yang Berhormat Klang.

draft • 4:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, setinggi-tinggi penghargaan dan sokongan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita serta semua Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan ini yang telah memainkan peranan yang instrumental dalam proses penjadualan bajet negara kita setakat ini. Setelah menerima sokongan, kritikan atau penambahbaikan daripada pelbagai pihak, Belanjawan 2025 bagi negara kita telah maju dan mencapai perbahasan peringkat Jawatankuasa di Dewan yang mulia ini.

Maka, izinkan saya meluahkan beberapa input. Pertamanya, saya ingin memesan kepada Jabatan Perdana Menteri sendiri beberapa pandangan saya yang perlu diambil kira.

Tuan Pengerusi, saya ingin nak menyatakan Bekalan 1, Bekalan 2 dan Bekalan 3 dan juga merujuk kepada Bekalan 6 dan juga Pembangunan 6, yang mana Bekalan 1, semuanya Butiran 010000.

Tuan Yang di-Pertua, pihak JPM harus memberi perhatian terhadap isu pengagihan dana bagi tiap-tiap kerusi Parlimen yang tidak adil atau seimbang. Misalnya, terdapat beberapa kerusi Parlimen yang hanya mempunyai 30 ribu pengundi dan ada juga kerusi Parlimen yang lima kali atau 10 kali lebih besar. Tetapi di Klang sahaja, angka rasmi untuk jumlah pengundi yang berdaftar pada tahun 2022 telah mencecah sebanyak 215 ribu.

Masjid dan surau saja lebih kurang 400, tokong Cina lebih kurang 1,000, kuil pula 200. Bandar raya Klang juga merangkumi sebanyak 175 buah sekolah. Ada 400 lebih persatuan penduduk. Senang kata, Klang ada sebagai satu kerusi Parlimen mempunyai demografi penduduk yang jauh lebih padat dan majmuk, berbanding dengan majoriti kerusi Parlimen yang lain.

Tetapi jumlah peruntukan yang diterima oleh pejabat saya adalah sama dengan kerusi-kerusi lain. Ada Ahli Parlimen yang mempunyai 60 hingga 80 ribu pengundi yang mengadu bahawa peruntukan tidak mencukupi. Bayangkan 30 ribu dapat RM2.1 juta. Pada masa yang sama, 250 ribu orang pun dapat RM2.1 juta.

Mustahil untuk sebagai seorang Ahli Parlimen untuk membuat pengagihan dana yang adil dalam situasi sebegini. Adakah ini adil untuk pengundi di Klang? Saya terpaksa menolak permintaan dana daripada majoriti rumah-rumah ibadat, sekolah-sekolah atau orang ramai yang datang ke pejabat saya kerana pengagihan dana yang langsung tidak adil.

Disebabkan bilangan pengundi yang sangat tinggi dan keluasan yang besar, pejabat saya di Klang dibanjiri oleh orang ramai atas pelbagai urusan. Maka, kenaikan peruntukan yang saya pohon ini juga akan membantu untuk menguruskan pejabat dengan lebih efisien dari segi kemudahan dan kakitangan.

draft • 4:04 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Saya berpendapat bahawa ramai Ahli Dewan yang mulia ini juga bersetuju dengan pendirian saya. Persoalannya, adakah Jabatan Perdana Menteri akan mengkaji kemungkinan untuk membina sesuatu sistem pengagihan dana yang lebih adil yang mengikuti bilangan pengundi berdaftar? Adakah sudah tiba masanya untuk negara kita merangka akta pengagihan peruntukan yang baru untuk isu ini tidak menunggul pada masa depan.

Selain itu, saya juga mengingatkan kepada Jabatan Perdana Menteri berkenaan usaha-usaha sepatutnya diambil untuk memperkasakan peranan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam segala inisiatif Kerajaan Persekutuan. Selaras dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Subang tadi, Akta Perkhidmatan Parlimen sepatutnya diperkasakan secepat mungkin untuk meningkatkan peranan Ahli-ahli Parlimen dalam segala inisiatif.

Pada tahun-tahun yang lepas, kebiasaannya segala inisiatif Kerajaan Persekutuan di tiap-tiap kawasan Parlimen dilaksanakan tanpa melibatkan Ahli Parlimen di kawasan tersebut. Maka, saya pohon perkara ini dapat dipertimbangkan oleh semua pihak agar peranan Ahli Parlimen itu sendiri akan diberi lebih banyak lagi dalam masa-masa akan datang.

Akhirnya adalah berkaitan tentang Bekalan 8, adalah berkaitan dengan wang Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang. Jawapan yang telah diberi di Parlimen bahawa terdapat wang Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang yang telah dilabur dalam simpanan tetap (fixed deposit). Tidak ada peruntukan Akta Profesion Undang-undang 1976 yang telah membenarkan wang LPQB tersebut dilabur begitu.

Tuan Yang di-Pertua, perlu difahamkan sekiranya tiada akta yang membenarkan, apakah punca kuasa bagi pelaburan ini? Jika tiada punca kuasa dalam undang-undang, bukankah ini merupakan salah satu urus wang awam dalam simpanan Lembaga Kelayakan itu tidak mengikut peraturan? Dalam keadaan sedemikian, sila nyatakan siapa yang telah meluluskan pelaburan tersebut dan adakah mereka akan dipertanggungjawabkan? Itu sahaja daripada saya, harap pertanyaan saya diambil maklum dan dijawab. Sekian, terima kasih.

draft • 4:04 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Klang. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas.

draft • 4:04 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Pengerusi. Saya ingin memulakan perbahasan saya dengan menyentuh petunjuk prestasi utama daripada Maksud Bekalan 1 – Parlimen Malaysia. Parlimen meletakkan keutamaan pada pengurusan Dewan yang berkesan, terutama melibatkan pemakluman notis mesyuarat dan penerbitan Aturan Urusan Mesyuarat harian dalam tempoh yang ditetapkan.

draft • 4:09 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Namun sedikit teguran Puan Pengerusi dalam beberapa mesyuarat dalam penggal kali ini, kita lihat Aturan Mesyuarat terutamanya berkenaan perbahasan rang undang-undang

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

dikeluarkan agak lewat. Ini menjejaskan persiapan ahli-ahli termasuk pegawai mereka untuk memahami subjek perbahasan yang lebih mendalam. Saya mencadangkan agar ruang lebih panjang diberikan supaya kualiti bahasa lebih baik pada masa yang akan datang.

Cuma secara overall atau secara keseluruhannya, saya rasa tahniah kepada pihak Parlimen sendiri, pentadbiran kerana sudah banyak reformasi yang dilaksanakan. Cuma sedikit yang tidak enak bila kafe kita sendiri ditutup oleh Jabatan Kesihatan. Hari ini update Kementerian Kesihatan kerana ada alasan-alasan tertentu. Dua minggu pula tutup Puan Pengerusi. Jadi, terpaksalah kita mencari makanan di luar.

Yang pentingnya ialah kalau kita, Parlimen sendiri di tempat yang menggubal undang-undang sendiri tidak boleh patuh kepada peraturan kesihatan, ini satu keaibanlah kepada kita.

Berkenaan dengan pengagihan dana ataupun peruntukan yang disebut oleh Klang tadi, Akta Perkhidmatan Parlimen, saya mendengar keluhan daripada Klang tadi, hampir menangis air mata saya, sampai bercucuran air mata saya.

[Tepuk] Terharu dan sedih kerana Klang mengatakan bahawa peruntukan untuk rakyatnya tidak cukup untuk diagihkan kepada pengundinya.

Saya rasa agak tersentuh hati dan saya bersimpati dengan nasib yang telah dialami oleh Ahli-ahli Parlimen di pihak kerajaan. Kami tak apa, tak ada peruntukan. Tak apa rakyat kami tidak makan beras, makan pasir barangkali.

Butiran 16500 – Program Kelestarian FELDA. Apakah status terkini kewangan FELDA? Apakah status terkini usahawan FELDA untuk menyahsenarai FGV Holding Berhad daripada Bursa Malaysia? Jabatan Audit Negara, saya merujuk Butiran 020000 – Pengauditan daripada maksud Bekalan 3 Jabatan Audit Negara. Kita difahamkan pada tahun depan, Jabatan Audit Negara telah diberikan mandat untuk menjalankan pengauditan terhadap hampir RM2,000 syarikat dan entiti yang menerima peruntukan dan jaminan kerajaan. Jumlah ini meningkat sekali ganda daripada jumlah RM925 pada tahun 2022.

Namun jika diamati peruntukan diberikan, tiada peningkatan ketara selari dengan peningkatan tugas kepada mereka. Hanya meningkat pada kadar yang biasa seperti tahun- tahun sebelum ini. Saya yakin rakyat tidak mahu kerajaan heboh ingin memastikan tatakelola syarikat yang lebih telus tetapi kualiti pengauditan dikorbankan. Sekiranya perlu pertambahan bajet dan kakitangan, berikan yang sewajarnya.

Puan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh berkenaan Kepengerusian ASEAN 2025, yang mana kerajaan telah memperuntukkan secara keseluruhan RM926 juta kepada kementerian tertentu. Ini melibatkan agensi terkait Jabatan Perdana Menteri khususnya melibatkan JPM sendiri RM85 juta, Jabatan Perkhidmatan Awam RM800,000, SPRM RM1 juta dan Parlimen, RM12 juta.

Oleh itu, saya menuntut penerangan lanjut bagaimana peruntukan ini akan dibelanja dan adakah kita mengharapkan, kita mendoakan supaya Kepengerusian ASEAN untuk tahun 2025 ini berjaya dilaksanakan dengan baik oleh negara kita nanti.

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Puan Pengerusi, saya ingin menyentuh berkenaan dengan Jabatan Peguam Negara yang berperanan untuk berikan perkhidmatan perundangan yang adil dan pendakwaan yang bebas. Jika diteliti petunjuk prestasi utama, Jabatan Peguam Negara meletakkan sasaran tertentu. Antara lainnya peratusan kes jenayah, kes sivil dan kes rayuan yang berjaya diselesaikan.

Justeru walaupun demikian, saya ingin menyentuh berkenaan lantikan Peguam Negara yang baru. Kita ucapkan tahniah tetapi dalam masa yang sama, saya nak ingatkan kepada pihak kerajaan bagaimana manifesto yang telah pun diumumkan sebelum daripada ini iaitu untuk memisahkan di antara bidang kuasa Peguam Negara dengan pendakwa raya.

Ini merupakan manifesto yang telah pun termaktub di dalam Manifesto Kita Boleh yang telah dicanangkan sebelum daripada ini.

Belum lagi kita bincang tentang SPRM iaitu pencalonan bagi lantikan pendakwa raya, jawatan-jawatan utama Suruhanjaya SPRM, Suruhanjaya Pilihan Raya, Ketua Polis Negara perlu disemak oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang terdiri daripada ahli pelbagai parti. Ke mana perginya manifesto ini? Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan, akhirnya kerajaan menyedari, Pakatan Harapan menyedari bahawa dulu tahun 2018 dicanang.

Peguam Negara akan dilantik dari kalangan Ahli Parlimen yang berkelayakan dan beliau akan menjadi seorang Menteri yang boleh meneruskan peranan sebagai penasihat undang-undang bagi kerajaan. Ini tahun 2018. Baru ini tahun 2022, ia tidak dicanangkan lagi cuma dibawa pula manifesto yang baharu iaitu dipisahkan di antara Peguam Negara dengan pendakwa raya dan kita tidak melihat apakah kerajaan hendak bertindak atau tidak untuk melaksanakan hasrat ini?

Sampai ke hari ini, kita tidak melihat milestone-nya atau pun hala tujunya. Kalau nak buat, katakan nak buat. Kalau tak nak buat, katakan tak nak buat. Saya merujuk balik Puan Pengerusi pada aktiviti enam.

draft • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Saya nak landing iaitu Program Impak Pengurusan Kehakiman dan Perundangan. Dalam fungsi Lembaga Penasihat, kita terang-terang di sini bahawa Lembaga Penasihat ini terletak di bawah bidang kuasa JPM iaitu sebahagian daripada Menteri yang ada di JPM. Dalam kes ini, saya ingin ulangi pertanyaan yang disebut, yang dibangkitkan oleh Kota Bharu sebelum daripada ini.

Berkenaan dengan titah adendum yang melibatkan bekas Perdana Menteri sampai ke hari ini untuk menjawab satu persoalan. Ada atau tidak ada? Tidak dijawab sampai ke hari ini. Ia cukup mudah. Kalau ada, katakan ada. Kalau tak ada, katakan tak ada. Ini saya mewakili kawan-kawan saya di dalam kerajaan, di dalam Barisan Nasional yang sudah tentu juga nak bangkitkan persoalan yang sama iaitu titah adendum ini satu perkara yang penting.

Itu titah daripada Yang di-Pertuan Agong.

Kalau kita boleh bentuk kerajaan, kita katakan kepada rakyat, pembentukan kerajaan ini kerana titah Yang di-Pertuan Agong, kenapa titah adendum ini atas nama titah Yang di-

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Pertuan Agong tidak dilaksanakan? Jadi, soalan saya adakah ada atau tidak ada? Terima kasih, Puan Pengerusi.

draft • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya jemput Yang Berhormat Tampin.

draft • 4:10 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Puan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Perbekalan. Butiran 16300 – Projek Sistem Bekalan Air FELDA. Terima kasih saya ucapkan kepada kerajaan yang telah memperuntukkan sejumlah RM57 juta pada tahun depan untuk membela nasib peneroka berhubung masalah bekalan air bersih.

Kebanyakan paip air di kawasan tanah rancangan FELDA masa ini merupakan paip asal dan telah berusia lebih 30 tahun lamanya serta sering mengalami masalah kebocoran atau pecah di Tampin. Misalnya iaitu di tanah rancangan FELDA Jelai 2, FELDA Bukit Rokan Utara, FELDA Sungai Kelamah.

Keadaan paip-paip air di sana begitu kritikal dan masalah bekalan air bersih sering terjadi sejak sekian lama. Sehubungan itu, saya ingin mengetahui di manakah tanah rancangan yang akan diberikan keutamaan oleh kerajaan pada tahun hadapan? Saya mencadangkan supaya FELDA bekerjasama dengan PETRA untuk mencari solusi terbaik bagi menyelesaikan masalah paip-paip lama di kawasan tanah rancangan secara holistik.

Pada kesempatan ini, saya mohon supaya kerajaan mendahulukan kebajikan para peneroka di Tampin berhubung masalah bekalan air bersih.

draft • 4:16 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Tampin, sedikit Tampin. Tampin, sedikit Tampin. Sedikit sahaja.

draft • 4:16 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Copet, copet, copet.

draft • 4:16 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Okey, berkaitan dengan isu FELDA ini, saya kira agaknya lah kalau FELDA ini dapat bukan di bawah Jabatan Perdana Menteri tetapi mungkin dipindahkan ke Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Mungkin isu-isu seperti ini mudah untuk dikendalikan sebab agensi di bawah KKDW ini banyak dalaman, jadi boleh memudahkan untuk urusan macam ini. Setuju atau tidak Tampin?

draft • 4:16 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Saya setuju sangat. Ada dalam perbahasan saya. Sabar.

draft • 4:16 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Hulu Selangor setuju.

draft • 4:16 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Butiran 16500 – Program Kelestarian FELDA. Saya dapati terdapat pengurangan peruntukan pada tahun depan yang berjumlah RM50 juta berbanding tahun 2024. Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kerajaan, apakah rasional pemotongan peruntukan tersebut dibuat sedangkan masih banyak lagi perkara dan masalah melibatkan peneroka yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan seperti isu longkang dan saliran.

draft • 4:16 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Di Tampin misalnya iaitu di kawasan FELDA Pasir Besar dan FELDA Jelai 4, ketidakcukupan sistem saliran perparitan dan longkang telah mengakibatkan peneroka di sana sentiasa terdedah dengan kejadian banjir. Baru malam tadi banjir, Puan Pengerusi. Jika berlakunya hujan lebat, penempatan peneroka di tanah rancangan tersebut mesti dinaiki air yang melibatkan puluhan buah rumah dan keadaan ini telah berlarutan sejak sekian lama iaitu sekitar lima tahun dulu.

Sistem perparitan yang tidak lagi kondusif dan keadaan longkang-longkang yang sudah tidak lagi relevan perlu diberikan perhatian dan penekanan oleh kerajaan. Butiran 16000 – Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Bagi tahun depan, peruntukan JPAM juga turut berlaku pengurangan kepada RM16 juta sahaja berbanding RM24 juta pada tahun 2024. Pengurangan sebanyak RM8 juta merupakan jumlah yang besar dan perlu dikaji semula oleh kerajaan kerana masih banyak lagi perkara yang perlu dilakukan untuk memperkasakan agensi berkenaan.

Mengambil contoh keadaan JPAM di Tampin. Dua tahun sudah berlalu sejak Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Tampin ditempatkan secara sementara di bandar Gemas.

Namun, sehingga hari ini PDPA Tampin masih belum mempunyai bangunan sendiri atau mempunyai tanah berhampiran pekan Tampin untuk dibangunkan pejabatnya. Justeru itu, saya ingin mendapatkan kepastian daripada kerajaan mengenai status terkini PDPA Tampin serta perancangan kerajaan berhubung perkara tersebut.

Selain itu, saya ingin mengetahui berapakah bilangan anggota lantikan secara tetap yang bakal dilantik dan boleh ditempatkan di PDPA Tampin pada tahun depan bagi memperkukuhkan lagi kesiapsiagaan JPAM di Tampin. Apakah jentera atau kenderaan yang akan dibekalkan kepada PDPA Tampin pada tahun depan bagi memperkemaskan lagi sebarang misi menyelamat ,sekiranya berlaku kecemasan dan keadaan di luar jangka?

Tampin adalah kawasan yang berisiko banjir, Puan Pengerusi. Butiran 04801 – Pembinaan Masjid/Surau dan Pembaikan/Naik Taraf. Syukur alhamdulillah dan terima kasih saya ucapkan kepada kerajaan kerana telah meningkatkan peruntukan tersebut sebanyak RM2 juta pada tahun depan. Peningkatan peruntukan ini jelas membuktikan bahawa syiar Islam akan terus ditegakkan oleh kerajaan pada hari ini.

draft • 4:16 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Saya amat menghargai keputusan kerajaan yang telah meluluskan peruntukan Masjid Jamek Tunku Besar Tampin sebelum ini.

[Dicelah] Sabar. Berdasarkan peruntukan berjumlah RM55 juta tersebut, maka besarlah harapan saya untuk melihat supaya sebuah masjid baru dapat didirikan di pekan Gemas untuk keselesaan masyarakat setempat beribadah.

Tuan Pengerusi, sekian sahaja daripada saya setakat ini. Semoga segala persoalan dan pandangan yang dibangkitkan sebentar tadi, terutamanya berkaitan FELDA dapat diberikan penjelasan kerana isu-isu FELDA juga sama pentingnya dengan isu-isu yang lain.

Puan Pengerusi, semasa penggulungan peringkat dasar, saya berasa amat dukacita kerana isu-isu FELDA langsung tidak disentuh dan tidak dijawab oleh JPM. Sedangkan

draft • 4:20 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

banyak perkara dan isu yang terkait dengan FELDA telah dibawa oleh saya dan beberapa Ahli Parlimen dari sebelah blok kerajaan mahupun blok pembangkang.

Bukan hanya perbahasan hari ini, sebelum ini pun langsung tak menjawab fasal FELDA ini. Sebab itulah saya menggesa Tenggara ya, saya menggesa supaya FELDA ini ditempatkan di bawah kementerian khusus seperti KKW supaya ada seorang Menteri ataupun Timbalan Menteri yang boleh dipertanggungjawabkan. Setuju tak setuju?

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Setuju sangat-sangat.

draft • 4:20 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Alhamdulillah. Bukan berteka-teki seperti yang sedang berlaku hari ini. Sekian, terima kasih Puan Pengerusi. Saya mohon menyokong.

draft • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Pengerusi kerana memberi kesempatan kepada Kuala Krai untuk turut sama dalam perbahasan peringkat jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri. Saya merujuk kepada Butiran B.09910 - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Persoalan saya, apakah pelan terkini kerajaan menerusi NADMA berhubung syor pembinaan lapan pusat pemindahan kekal (PPK) yang dilengkapi dengan kemudahan asas di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir, termasuk di Kelantan khususnya di Kuala Krai lah.

Selepas banjir 2014 yang melanda Kelantan khususnya melanda Kuala Krai, terdapat sekurang-kurangnya lima perumahan banjir yang disebut sebagai rumah kekal baharu (RKB) di Kuala Krai yang dibina oleh kerajaan di atas tanah milik pelbagai agensi Kerajaan Pusat untuk menempatkan mereka yang rumah rosak sepenuhnya akibat banjir tersebut.

Saya ingin tahu dua perkara. Pertama ialah apakah penyelesaian kepada status rumah-rumah tersebut kerana kini sudah hampir 10 tahun. Mereka menghuninya tanpa sebarang status yang jelas sama ada akan diberi hak pemilikan ataupun sebaliknya. Jangan biarkan tergantung seperti sekarang ini.

Kedua ialah terdapat rumah-rumah tersebut kosong kerana ada peserta yang terlibat telah meninggal dunia ataupun meninggalkan rumah tersebut dan jika dibiarkan, lama- kelamaan akan rosak. Jadi saya mencadangkan kepada pihak NADMA, boleh menubuhkan jawatankuasa khas melibatkan Pejabat Tanah ataupun Pejabat Daerah Kuala Krai dan wakil rakyat yang terlibat di kawasan itu supaya dapat mewujudkan mekanisme terbaik, termasuk menyelesaikan isu pemilikan dan mengisi rumah-rumah kosong peserta dari kalangan asnaf yang tidak memiliki rumah.

Yang Berhormat Pengerusi, yang kedua ialah B.6 Butiran 040300 – Jabatan Kehakiman Syariah (JKSM). Usaha kerajaan sebelum ini untuk meneruskan komitmen pindaan RUU 355. Sejauh manakah komitmen kerajaan ke arah pemerkasaan institusi syariah di sebalik kes terdahulu, Iki Putra dan juga kes domino keputusan Mahkamah

draft • 4:21 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Persekutuan dalam kes Nik Elin yang bukan sahaja memberi kesan terhadap Enakmen Undang-undang Jenayah Syariah tetapi juga kedudukan Islam di Malaysia.

Ini mengambil kira implikasi kes-kes sedemikian yang berpotensi membuka litigasi floodgate kepada pihak tertentu untuk mencabar Perlembagaan dalam konteks jenayah syariah di Malaysia. Apakah terdapat juga usaha proaktif yang diambil bagi meningkatkan kesedaran masyarakat umum menerusi dialog dan sesi libat urus tentang pindaan RUU 355 supaya persepsi negatif atau tindakan segelintir pihak yang cuba menimbulkan keraguan tentang keperluan usaha ini dapat ditangkis sama sekali. Sekali gus memberi kefahaman yang tepat terhadap perundangan mengenai jenayah syariah, sebagaimana dilakukan oleh kerajaan di Kelantan secara konsisten setiap tahun.

Yang Berhormat Pengerusi, Butiran 050000 – Kemajuan Islam. Apakah pihak kerajaan mempunyai garis panduan ataupun polisi yang jelas berkaitan etika pakaian patuh syariah untuk ahli sukan beragama Islam, khususnya yang mewakili negara dalam acara sukan di peringkat antarabangsa ataupun peringkat tempatan dan antarabangsa. Saya cadangkan supaya pihak JAKIM dapat mewujudkan dasar ataupun garis panduan yang jelas dalam isu ini.

Dalam isu yang sama dalam butiran yang sama Pengerusi, saya ingin menanyakan berkaitan dengan kursus haji di Kuala Krai. Saya difahamkan bermula tahun ini kursus haji sudah tidak diadakan dan tempat paling dekat adalah di jajahan ataupun di Parlimen Machang. Soalan saya ialah kenapa kah perkara ini berlaku dan saya memohon dan merayu agar pihak Tabung Haji dapat meneruskan kursus haji di Kuala Krai dalam masa terdekat, walaupun mungkin jawapannya daripada Menteri nanti kerana jumlah peserta tidak ramai.

Saya bangkitkan isu ini kerana jarak yang jauh. Kuala Krai kawasan yang besar untuk pergi ke Machang dan akan menyusahkan kepada bakal haji di Kuala Krai. Ini adalah amat memerlukan perhatian yang sewajarnya kerana Pejabat Tabung Haji pun telah ditutup dan tahun ini kursus haji pun telah dipindah.

Pengerusi Butiran P.6, 00201 – Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India. Isu ini mungkin jarang disebut oleh rakan-rakan daripada Ahli Parlimen Melayu tetapi saya nak sebut di sini sebagai membela nasib masyarakat India. Apakah hala tuju dan pelan khusus kerajaan terhadap pembangunan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia

(MITRA) yang dikembalikan semula ke JPM daripada Kementerian Perpaduan sejak April yang lalu.

Bagaimanakah peruntukan ini akan disalurkan mengikut negeri dan adakah kerajaan telah meneliti dan menambah baik kaedah operasi pengagihan dana MITRA bagi memastikan keberkesanan program ini ke arah memperkasa komuniti kaum India dalam pelbagai aspek sosioekonomi. Masyarakat India yang paling ramai di Kelantan ialah di Kuala Krai.

Isu program MITRA di Kelantan menjadi perhatian kerana jumlah peruntukan yang disalurkan dikatakan tidak mencukupi dan manfaatnya kurang dirasai oleh masyarakat India di negeri itu. Pengagihan peruntukan yang tidak sekata. Adakah peruntukan besar MITRA

draft • 4:21 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

lebih banyak diberikan kepada negeri-negeri lain menyebabkan Kelantan menerima bahagian yang lebih kecil.

Saya ingin kepastian, berapakah jumlah masyarakat India di Kelantan yang telah menerima manfaat daripada MITRA. Bantuan apakah yang telah disalurkan dan apakah agensi yang menjadi urus setianya. Ketika era pemerintahan Perikatan Nasional, program bantuan melalui MITRA termasuk pengagihan bakul makanan lebih berkesan dan meluas di Kelantan.

Saya ingin mencadangkan agar pihak MITRA boleh bekerjasama dengan Ahli Parlimen setempat — Kalau Kuala Krai, saya lah Yang Berhormat atau NGO setempat bagi memastikan bantuan dan program di bawah MITRA sampai ke sasaran dan dirasai oleh masyarakat India di Kelantan, khususnya di Kuala Krai.

Terakhir Pengerusi ialah APM iaitu Butiran B.6 030400. Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri I iaitu Yang Amat Berhormat Bagan Datuk mengumumkan bahawa Skuad Sabil diiktiraf sebagai ahli pertahanan awam akan turut menerima elaun. Saya ingin bertanyakan bagaimanakah bentuk elaun yang akan diterima?

Apakah skop kerja Skuad Sabil ini dan daripada butiran manakah perbelanjaan yang akan digunakan serta berapakah perbelanjaan diperuntukkan untuk elaun Skuad Sabil tersebut. Jika Skuad Sabil boleh diiktiraf oleh kerajaan sebagai ahli pertahanan awam, kenapakah tidak boleh diiktiraf sama sekali Jabatan Amal yang banyak berkhidmat membantu orang awam termasuk waktu bencana tanpa sebarang elaun, turun secara sukarela dan lebih berpengalaman daripada Skuad Sabil. Terima kasih Pengerusi.

draft • 4:21 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Saya jemput Yang Berhormat Miri.

draft • 4:21 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya merujuk kepada maksud Bekalan 8 Jabatan Peguam Negara secara spesifik Butiran 010100 – Pejabat Peguam Negara. Di bawah butiran ini, peruntukan yang diterima oleh Pejabat Peguam Negara telah dikurangkan sebanyak RM700,000. Saya memohon perincian daripada pihak kementerian kerana dengan ini. Saya juga ingin menarik perhatian terhadap isu kekurangan sumber tenaga di Jabatan Bantuan Guaman Miri.

Jabatan ini menghadapi cabaran besar telah menyediakan khidmat bantuan guaman kepada masyarakat di kawasan utara Sarawak yang merangkumi kawasan yang begitu luas sekali, dari Lawas sehingga ke Bintulu. Dalam kawasan yang begitu luas ini cuma mempunyai satu pejabat yang mempunyai satu atau dua orang pegawai undang-undang sahaja.

Keadaan ini sudah tentu tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan di kawasan yang luas ini.

Salah satu cabaran dalam isu kemasukan kanak-kanak yang mempunyai masalah dokumen kewarganegaraan ke sekolah kerajaan adalah ketiadaan dokumen penjagaan.

Antara dokumen penjagaan yang secara praktikalnya boleh didapati adalah perintah

draft • 4:28 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

penjagaan mahkamah di bawah Ordinan Penjagaan Kanak-kanak Sarawak. Namun ramai ibu bapa kepada kanak-kanak yang mengalami masalah dokumen kewarganegaraan ini tidak mampu untuk membiayai khidmat guaman untuk mendapatkan perintah ini di mahkamah.

Oleh itu dengan adanya penambahan pegawai undang-undang di Jabatan Bantuan Guaman Miri, kita dapat menggalakkan lebih banyak ibu bapa yang kurang berkemampuan untuk datang ke Jabatan Bantuan Guaman supaya dapat melengkapkan dokumen yang diperlukan bagi memasuki kanak-kanak yang mempunyai masalah dokumentasi warganegara ke sekolah kerajaan.

draft • 4:28 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Ini merupakan cara yang praktikal bagi memastikan kanak-kanak ini mendapatkan pendidikan yang sewajarnya di sekolah kerajaan. Puan Pengerusi, saya juga ingin merujuk kepada butiran yang sama dan mengemukakan dua soalan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi).

Yang pertamanya, Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang (LPQB) tidak mempunyai wakil dari Sabah dan Sarawak. Bilakah kerajaan bercadang untuk meminda Akta Profesion Undang-undang 1976 untuk mengadakan wakil peguam dari Sabah dan Sarawak sebagai ahli LPQB?

Nombor dua, LPQB dipengerusikan oleh Peguam Negara dengan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan sebagai Setiausaha LPQB. Pengarah Peperiksaan LPQB pula adalah seorang pegawai tertinggi Jabatan Peguam Negara. LPQB adalah berkait dengan profesion undang-undang dan seharusnya dianggotai oleh pengamal undang-undang.

Apakah justifikasi bagi penglibatan kesemua pegawai-pegawai kerajaan di dalam LPQB?

Adakah LPQB akan dirombak?

Seterusnya saya merujuk kepada Butiran 020000 – Perundangan. Baru-baru ini kita menyaksikan satu kes yang mendapat perhatian di mana melibatkan lapan video yang kononnya menunjukkan perbincangan tentang rasuah antara seorang ahli perniagaan dan wakil rakyat.

Pemberi maklumat ingin mendapatkan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 sebelum meneruskan lebih lanjut. Perbincangan hangat telah berlaku tentang akta ini, terutamanya bagi peruntukan di mana jika seseorang pemberi maklumat didapati telah mengambil bahagian dalam sesuatu kelakuan tidak wajar yang dilaporkan olehnya, maka perlindungan yang diberikan kepadanya di bawah akta ini hendaklah ditarik balik oleh agensi penguatkuasaan.

Memang dikhuatiri bahawa peruntukan ini mungkin tidak menggalakkan seseorang pemberi maklumat untuk tampil dan memberi maklumat mengenai kelakuan tidak wajar. Apa pendirian kerajaan terhadap perkara ini dan sama ada kerajaan akan meminda Akta 771 ini bagi meluaskan perlindungan kepada pemberi maklumat supaya dapat mendorong pemberian maklumat dan seterusnya membantu dalam penguatkuasaan undang-undang?

Saya juga ingin bertanya tentang status penggubalan Akta Kebebasan Maklumat yang bertujuan untuk meningkatkan pendedahan maklumat demi kepentingan awam dengan

draft • 4:30 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

memberi peluang kepada individu mengakses maklumat di kementerian, jabatan dan agensi kerajaan. Akta ini memang penting untuk memupuk ketelusan dan akauntabiliti awam.

Bolehkah pihak Menteri menyatakan status dalam pengenalan akta ini? Status libat urus dengan pihak berkepentingan dan bagaimana kerajaan akan memastikan akta ini akan efektif di semua agensi? Saya juga ingin tambah lagi satu soalan untuk tanya status tentang penggubalan rang undang-undang berkenaan dengan ombudsman. Sekian, terima kasih.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Miri. Saya jemput Yang Berhormat Mersing.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk Butiran B.6 Butiran 030500 dan P.6 Butiran 09910 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Saya menyambut baik ucapan Yang Amat Berhormat Tambun dalam pembentangan Bajet 2025 tempoh hari yang memaklumkan NADMA diberikan peruntukan hampir RM600 juta sebagai persiapan musibah banjir dan bencana. Peruntukan yang diberikan dapat memastikan NADMA dilengkapi dengan sumber yang mencukupi supaya pengurusan risiko banjir dan persiapan menghadapi bencana dapat diatasi secara efektif.

Selain itu, dimaklumkan juga pertambahan peruntukan pembangunan sebanyak RM35.1 juta pada 2025 berbanding RM28.2 juta pada 2024. Saya ingin menzahirkan keprihatinan yang mendalam terhadap keberkesanan dan kesiapsiagaan NADMA dalam mengurus bencana yang semakin meningkat di negara kita khususnya banjir, tanah runtuh dan kebakaran hutan akibat perubahan cuaca global yang semakin ekstrem.

Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh beberapa perkara berkaitan NADMA.

Pertama, sistem amaran awal bencana yang kurang efektif. Kita harus menilai kembali keberkesanan sistem amaran awal bencana yang sepatutnya menjadi teras penting dalam pengurusan bencana.

Mengikut laporan, terdapat kelemahan dalam pemasangan dan penyelenggaraan peralatan amaran awal di kawasan berisiko tinggi menyebabkan penduduk di kawasan ini sering tidak bersedia apabila berlaku bencana. Saya menyeru agar pihak kementerian menambah peruntukan bagi penyelenggaraan dan pengembangan sistem amaran awal khususnya di kawasan luar bandar yang terdedah kepada risiko tinggi banjir dan tanah runtuh.

Kedua, pengurusan bantuan bencana yang kurang cekap. Isu pengurusan bantuan kewangan pasca bencana perlu diberi perhatian. Dalam keadaan getir, mangsa bencana tidak seharusnya berhadapan dengan kelewatan dalam penerimaan bantuan disebabkan masalah logistik atau ketidaktentuan data penerima.

Oleh itu, saya mencadangkan NADMA membaiki sistem dokumentasi dan kawalan dalaman supaya bantuan dapat diagihkan dengan adil dan pantas. Proses ini boleh

draft • 4:33 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

dipercepatkan lagi dengan menggunakan teknologi terkini atas talian dalam pengurusan data dan komunikasi dengan mangsa bencana.

Saya juga ingin mendapatkan penjelasan, sama ada bantuan pembelian keperluan asas RM2,500 dan bantuan baik pulih kecil rumah sehingga RM5,000 masih lagi diberikan pada tahun hadapan? Adakah terdapat penambahan dana bagi bantuan ini dan bantuan- bantuan lain seperti Bantuan Ihsan dan Bantuan Wang Ihsan Kematian? Saya ingin mencadangkan agar Bantuan Wang Ihsan dapat dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,500 kepada semua ketua isi rumah yang terlibat.

Ketiga, keperluan latihan untuk pasukan kesiapsiagaan. Tuan Pengerusi, kita juga tidak boleh memandang remeh tentang persediaan mental dan fizikal pasukan NADMA dan semua agensi yang bekerjasama dalam pengurusan bencana. Kesiapsiagaan dalam keadaan krisis hanya dapat dicapai jika anggota yang terlibat diberikan latihan yang mencukupi. Saya ingin mencadangkan agar peruntukan yang lebih besar diberikan untuk program latihan berskala dan intensif bagi memastikan setiap ahli pasukan memahami peranan mereka dengan jelas dalam situasi kecemasan.

Justeru, saya ingin mendapat perincian mengenai skim perkhidmatan khusus yang diwujudkan serta pengiktirafan SMART NADMA sebagai pasukan khas urban search and rescue bagi penyelarasan pemberian elaun dan kemudahan yang diterima oleh anggota SMART NADMA bagi menjaga kebajikan pasukan mencari dan menyelamat khas ini.

Adakah kerajaan mempunyai rancangan atau sudah mempunyai ketetapan mengekalkan pasukan SMART untuk terus berkhidmat dengan NADMA? Kerana setakat ini saya difahamkan 141 anggota SMART berkhidmat secara pinjaman selama lima tahun daripada tiga agensi utama iaitu ATM, PDRM dan bomba. Apakah mekanisme yang akan digunakan bagi mengekalkan anggota SMART NADMA supaya mereka tidak perlu kembali ke unit asal mereka?

Saya juga ingin bertanyakan program latihan berkala yang diberikan kepada sukarelawan yang terlibat dalam pengurusan mangsa bencana seperti Johor Southern Volunteers dan sukarelawan JKM. Adakah kementerian bercadang memasukkan juga insentif seperti elaun bertugas kepada kumpulan sukarelawan ini?

Keempat, perancangan bajet mitigasi risiko yang bersasar. Saya ingin menegaskan kepentingan perancangan kewangan yang teliti dalam projek mitigasi risiko bencana.

Walaupun kita menyambut baik penambahan peruntukan kepada NADMA dalam Bajet 2025, kita perlu memastikan dana ini disalurkan secara strategik untuk projek-projek mitigasi bencana.

Kerajaan telah menyediakan peruntukan besar untuk projek-projek tebatan banjir yang diutamakan di seluruh negara. Untuk tahun 2024, sebanyak RM11.8 bilion diperuntukkan untuk 33 projek tebatan banjir berimpak tinggi. Projek ini termasuk pembinaan kolam takungan dan sistem saliran baharu di kawasan berisiko tinggi banjir yang akan membantu mengurangkan banjir kilat dan menampung limpahan air hujan.

draft • 4:33 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Justeru, saya ingin bertanyakan status terkini projek-projek tebatan banjir dan projek- projek baharu bagi tahun 2025. Saya juga ingin bertanyakan cadangan-cadangan projek serupa di Parlimen Mersing khasnya melibatkan Sungai Mersing, Sungai Tenglu Besar dan Sungai Endau.

Kelima, pengurusan pusat pemindahan mangsa banjir. Apakah pelan terkini kerajaan menerusi NADMA berhubung syor pindaan pembinaan lapan Pusat Pemindahan Kekal (PPK) yang dilengkapi dengan kemudahan asas di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor?

Adakah kerajaan bercadang untuk membina PPK ini di Daerah Mersing? Saya ingin mencadangkan kerajaan menambah kemudahan asas di Dewan Kampung Ayer Tawar, Endau dan Dewan Utama Politeknik Mersing supaya boleh dinaiktaraf menjadi pusat pemindahan kekal. Sekian, terima kasih.

draft • 4:33 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Mersing. Saya jemput Yang Berhormat Paya Besar.

draft • 4:33 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera. Terima kasih Puan Pengerusi. Saya ingin merujuk Butiran B.1, 010000 – Urusan Parlimen dan 020000 berkaitan Program Khusus.

Puan Pengerusi, saya ingin menyokong pandangan Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Bayan Baru dan saya juga nak sokong Yang Berhormat Masjid Tanah tapi yang berkaitan perkara Peguam Negara, saya tak bersetujulah dengan Masjid Tanah.

draft • 4:39 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Cumanya berkaitan perkara yang dibangkitkan adalah untuk kita memastikan urusan Parlimen ini berada di tahap standard sepertimana yang telah diletakkan dan digariskan objektif sebagai second track diplomacy. Kerana apa? Parlimen berjanji untuk kita lakukan satu reform memperkasakan cabang demokrasi dan kita telah tubuhkan 10 JKPK. 10 JKPK telah mempunyai komitmen yang cukup tinggi, Puan Pengerusi.

Mereka dan saya sendiri telah menguruskan 180 kali mesyuarat dan 20 penyata telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini. Jadi, kalau kita mengambil kira perkara ini Puan Pengerusi dan bagaimana kekangan yang dihadapi dengan peruntukan yang amat kecil diberikan kepada JKPK, adalah suatu perkara yang saya minta sangat Jabatan Perdana Menteri harus menilai kembali supaya peningkatan jumlah peruntukan mesti diberikan sebaik mungkin.

Kerana apa? Ini kerana di hujungnya adalah check and balance. Di hujungnya adalah efisien, objektif, trust and quality terhadap penyata yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat.

180 kali mesyuarat Puan Pengerusi, bukan satu tempoh yang pendek dan begitu komitmen yang tinggi dicurahkan kepada JKPK.

draft • 4:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tetapi, kita memerlukan peningkatan dari segi kemudahan. Kita tidak minta bulan dan bintang, Puan Pengerusi. Kita hanya minta keadilan supaya ia selaras dengan objektif yang digariskan oleh Parlimen Malaysia, untuk memperkasakan second track diplomacy. Kita ada kekangan bermesyuarat, Puan Pengerusi. Kita ada kekangan dari segi staf pentadbiran. Kita perlukan kumpulan penyelidik yang mempunyai kemampuan yang dapat membantu Ahli-ahli Parlimen. Ini jawatankuasa bukan hanya dianggotai oleh Ahli-ahli Parlimen kerajaan. Ini dianggotai juga oleh mereka yang berada di barisan pembangkang. Ini jawatankuasa bipartisan untuk negara.

Tetapi apabila peruntukan itu hanya diberikan RM2 juta kepada 10 JKPK, saya rasa ialah satu tindakan yang amat perlu pertimbangan semula oleh pihak Jabatan Perdana Menteri.

[Tepuk] Ia isu yang besar, Puan Pengerusi. Kalaupun kita sanggup menggunakan kelas ekonomi, kita sanggup berada di hotel yang cukup-cukup untuk keselesaan sementara, sekadar untuk mendapatkan international exposure. Kita bercakap pasal negara kita. Faktor ekonomi negara kita berasaskan kepada faktor luaran. Apa salahnya kita peruntukkan RM2 juta kepada setiap JKPK supaya mereka dapat mentadbir dengan baik dan efisien? Manfaatnya juga nanti dapat kepada rakyat Malaysia, hasil pemantauan, penelitian, dasar-dasar yang dibuat oleh negara-negara maju di-adopt ke dalam negara kita.

Akhirnya, kita memerlukan satu kaedah yang cukup-cukup baik. Saya harap sangat Puan Pengerusi, supaya jawapan daripada wakil Jabatan Perdana Menteri nanti memberikan sinar di hujung terowong [Tepuk] kerana kami memerlukan sesuatu untuk bertindak. Bukan kami minta semata-mata untuk melihat negara orang. Kerana apa? Jauh perjalanan, luas pandangan dan luas pengalaman untuk kita curahkan supaya kita ada kualiti, Puan Pengerusi.

Kita nak ada standard Ahli-ahli Parlimen. Kita curahkan berjam-jam menghadiri mesyuarat. Kita bertemu dengan mereka yang mempunyai exposure yang melebihi daripada Ahli Parlimen. Saya bimbang Puan Pengerusi, kalau perkara ini kita tidak tangani, niat kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun mungkin akan tercalar kerana Parlimen reform tidak ditunjukkan dalam pengagihan keadilan peruntukan kepada JKPK.

Saya kira Puan Pengerusi, dalam perancangan Rancangan Malaysia Ketiga Belas nanti, pemerkasaan infrastruktur kepada JKPK yang disebutkan oleh Yang Berhormat Subang nanti mesti di-address-kan sebaik mungkin. Hari ini Puan Pengerusi, nak bermesyuarat, kami terpaksa berebut-rebut.

Saya terpaksa berebut dengan JKPK Kesihatan, terpaksa berebut dengan JKPK Hubungan Antarabangsa dan ini semua memberi kekangan. Bukan untuk menidakkan kemampuan pihak pentadbiran tetapi saya minta supaya Rancangan Malaysia Ketiga Belas nanti, mesti ada satu perancangan yang cukup-cukup jelas.

Saya minta sikit Puan Pengerusi sebab sebagai penutup kepada penggulungan di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk saya sentuh berkaitan FELDA. Kerana ia amat signifikan kepada saya, Puan Pengerusi kerana saya anak FELDA. FELDA ini ada 317

draft • 4:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

rancangan di 11 buah negeri. Ada 54 Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat ini terlibat dengan FELDA, melibatkan 112,635 orang peneroka.

Persoalannya, dua. Di mana kementerian yang menaungi FELDA? Saya minta kerajaan menimbangkan supaya memindahkan FELDA ini duduk di bawah KKDW kerana Yang Amat Berhormat Tambun telah memberi mandat kepada Yang Amat Berhormat Bagan Datuk untuk memimpin FELDA. Saya fikir, atas pengalaman yang luas Yang Amat Berhormat Bagan Datuk, ia dapat mengemudi FELDA ini.

Kedua Puan Pengerusi, saya minta sangat kepada pengusaha FELDA yang baru, dengan kepimpinan pengurus besar yang baru dan Pengerusi FELDA yang baru supaya menimbangkan formula yang terbaik. Jangan potong hutang peneroka FELDA mengikut formula yang baharu. Ikut formula lama. Kerana apa? Ini kerana di bawah peruntukan yang sedia ada, saya bimbang apabila harga naik, mereka potong banyak kepada peneroka.

Saya minta supaya ia kekal kepada formula lama supaya kita nak memastikan kelestarian FELDA ini berada di tempat yang mungkin 70 tahun Puan Pengerusi, FELDA dah berbakti kepada negara kita. Negara kita terkenal dengan komoditi kelapa sawit kerana FELDA dan FELDA lah satu-satunya di dunia ini. Terima kasih, Puan Pengerusi.

draft • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Sekarang, saya jemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) untuk menjawab. Masa 20 minit.

draft • 4:40 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Terlebih dahulu, saya mewakili Jabatan Perdana Menteri ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada 35 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri iaitu YB Seputeh, YB Besut, YB Bagan, YB Masjid Tanah, YB Labuan, YB Kalabakan, YB Subang, YB Bagan Serai, YB Batang Lupar, YB Padang Serai, YB Shah Alam, YB Tumpat, YB Beaufort, YB Putrajaya, YB Sungai Siput, YB Pokok Sena, YB Betong, YB Jerlun, YB Kepong, YB Permatang Pauh, YB Tenggara, YB Parit, YB Bayan Baru, YB Kangar, YB Lubok Antu, YB Arau, YB Keningau, YB Pengkalan Chepa, YB Klang, YB Pasir Mas, YB Tampin, YB Kuala Krai, YB Miri, YB Mersing dan yang terakhir, YB Paya Besar.

draft • 4:47 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri, YB Keningau tidak mengambil bahagian tetapi YB Sri Gading.

draft • 4:47 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Baik. YB Sri Gading. Minta maaf. Disebabkan soalan Menteri JPM, mana yang akan menjawab isu agensi apa sering berbangkit setiap kali giliran JPM menggulung, maka saya ingin menjelaskan YB Pengerusi, bahawa saya dipertanggungkan ke atas beberapa perkara.

Pertama, Maksud Bekalan B.5 – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Kedua, B.6 dan P.6 – Jabatan Perdana Menteri tetapi terhad hanya kepada Program 1, 2, 3 dan 7 sahaja. B.7

draft • 4:47 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

dan P.7 – Jabatan Perkhidmatan Awam dan B.40 – Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.

Walau bagaimanapun, izinkan saya mulakan dengan butiran di bawah kategori Pengurusan Wilayah Persekutuan terlebih dahulu.

Yang Berhormat Pengerusi, YB Seputeh dan YB Kepong telah membangkitkan isu berkaitan Butiran 070200 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berkenaan Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 iaitu Akta 190. Pada masa ini, JWP tidak memberi keutamaan dan cadangan untuk meminda Akta 190. Akta ini memperuntukkan penubuhan Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menasihati Datuk Bandar Kuala Lumpur mengenai pentadbiran bandar raya sepertimana yang diarahkan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Menteri.

Berhubung isu keperluan memanggil semua ahli Wilayah Persekutuan berbincang pula, DBKL telah menubuhkan Majlis Mesyuarat Konsultasi Datuk Bandar Kuala Lumpur bersama Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan sebagai platform untuk membincangkan dasar, polisi dan juga isu pembangunan Kuala Lumpur serta menyalurkan maklumat dua hala mengenai isu-isu terkini untuk kepentingan warga kota. Perkara yang dibangkitkan oleh YB Seputeh mungkin boleh dibincangkan dalam platform ini ataupun Majlis Menteri Wilayah yang telah diaktifkan semula.

Manakala bagi isu ketiadaan Ahli Majlis pula, saya tidak mengatakan bahawa perkara ini tidak penting ya. Namun, pelaksanaan kepada pindaan ini memerlukan libat urus yang komprehensif dengan semua pemegang taruh dan akan mengambil masa yang agak panjang.

draft • 4:47 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Sehubungan dengan itu, untuk langkah jangka pendek ini fungsi Majlis Perwakilan Penduduk akan diperkasakan dan ditambah baik sebagai medium semak dan imbang kepada bandar raya Kuala Lumpur.

Yang Berhormat Labuan pula telah membangkitkan Butiran 070400 – Perbadanan Labuan. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, MOF atau Kementerian Kewangan telah meluluskan geran belanja mengurus berjumlah RM43 juta manakala bagi menampung geran belanja pembangunan berjumlah RM12.2 juta.

Walau bagaimanapun, secara dasarnya Perbadanan Labuan membelanjakan sejumlah RM87.4 juta untuk menampung kos keseluruhan perbelanjaan. Oleh yang demikian, PL atau Perbadanan Labuan akan menggunakan sumber dalaman berjumlah RM44.4 juta.

Berkenaan penjaja UTC, terdapat kerosakan pada penghawa dingin sepusat iaitu central aircond di UTC bermula pada 4 November tahun 2025. Pihak Jabatan Pembangunan PL telah mengambil tindakan melalui kontraktor penyelenggaraan yang dilantik untuk melaksanakan pemeriksaan dan kerja baik pulih penghawa dingin tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat komponen yang memerlukan pihak kontraktor untuk mendapatkan alat ganti daripada luar Labuan yang dijangka mengambil sedikit masa untuk diperolehi. Isu ini akan diselesaikan setelah alat ganti tersebut diperolehi.

draft • 4:50 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Seterusnya YB Permatang Pauh, YB Shah Alam, YB Padang Serai telah membangkitkan Butiran 070600 – Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, peruntukan pembangunan di Kampong Bharu diperuntukkan RM6 juta itu, yang disebut itu adalah peruntukan projek sambungan bagi tahun 2025 untuk projek membina dataran, kemudahan tempat letak kereta dan kemudahan lain di rizab padang Kampung Pindah, Kampong Bharu.

Projek ini dijangka siap pada Disember 2025 dan peruntukan ini khusus untuk fasa pembinaan tersebut, bukan untuk keseluruhan pembangunan Kampong Bharu. Usaha jangka panjang untuk pembangunan penuh Kampong Bharu sedang dilaksanakan di bawah Pelan Induk Pembangunan Kampong Bharu 2040 atau PIPKB 2040 yang menyasarkan pembangunan secara berfasa sehingga tahun 2040.

Berkenaan dengan model pembangunan Kampong Bharu, Perbadanan Kampong Bharu mengguna pakai mekanisme pembaharuan semula bandar ataupun urban renewal dengan izin bagi memastikan pembangunan Kampong Bharu bergerak seiring dengan pembangunan bandar lain.

Pelan Induk Pembangunan Kampong Bharu 2040 memberi penekanan terhadap pemeliharaan warisan budaya, kepentingan pemilikan tanah orang Melayu dan penglibatan pihak kerajaan, swasta serta pemilik tanah dalam proses pembangunan. Pendekatan ini dilaksanakan secara berperingkat dan dinamik sesuai dengan keperluan masyarakat setempat dan kesinambungan perancangan jangka panjang.

Mengenai isu pampasan pula yang tidak seimbang, saya jelaskan bahawa pampasan untuk pemilik yang bersetuju dengan usaha sama pembangunan adalah lebih tinggi kerana nilai tersebut didasarkan kepada nilai masa depan yakni future value hartanah di Kampung Sungai Baru.

Sebaliknya pampasan untuk pemilik yang menolak pengambilan tanah ditentukan berdasarkan nilai pasaran semasa mengikut peruntukan Akta Pengambilan Tanah 1960 dan penilaian daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH). Ini dilakukan bagi memastikan nilai pampasan mencerminkan nilai hartanah semasa dan mengikut undang- undang sedia ada.

Seterusnya menyentuh hak pemilik tanah dan proses pengosongan, pemilik yang terlibat dalam usaha sama dengan pemaju akan menerima rumah ganti yang akan dibina di Kampung Sungai Baru. Bagi pemilik yang tanahnya diambil, mereka perlu membeli hartanah jika ingin kembali menetap di kawasan tersebut.

Pihak pemaju telah memulakan prosiding undang-undang untuk mendapatkan perintah milikan kosong bagi unit-unit yang masih dihuni. Sehingga kini, 22 unit masih diduduki daripada 328 unit keseluruhannya. Setelah pampasan dibayar dan notis dikeluarkan, pemilik tidak lagi mempunyai hak ke atas hartanah tersebut dan penamatan skim strata bagi blok-blok flat juga telah diperolehi melalui perintah mahkamah.

Terakhir, mengenai status Kampung Sungai Baru dan kawasan Malay Agricultural Settlement atau MAS, saya ingin menerangkan bahawa Kampung Sungai Baru tidak

draft • 4:50 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

termasuk dalam kawasan MAS yang merupakan kawasan yang dikhaskan khusus untuk orang Melayu di bawah Akta Penempatan Pertanian Melayu. Oleh kerana, tidak berada dalam kawasan MAS, maka Kampung Sungai Baru tidak tertakluk kepada peraturan khas MAS yang melindungi hak pemilikan tanah orang Melayu.

Status ini memberikan kebebasan tertentu dalam perancangan pembangunan.

Namun pihak kerajaan komited untuk memastikan proses pembangunan dan pengambilan tanah tetap mempertimbangkan kepentingan penduduk serta nilai kebudayaan setempat.

YB Putrajaya menyentuh Butiran B.6 070300 – Perbadanan Putrajaya. Untuk makluman Yang Berhormat terkait isu keperluan kemudahan komuniti dan ibadah, permohonan untuk membina kompleks dan dewan serba guna di Presint 12 dan 14 serta 15 telah dibuat oleh Rolling Plan Kelima (RP5) di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas tahun 2025 tetapi tidak diluluskan oleh Kementerian Ekonomi. Permohonan ini akan diajukan semula dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas iaitu untuk tahun 2026 hingga tahun 2030.

Sementara itu, komuniti di Putrajaya boleh menggunakan kemudahan yang tersedia di kompleks kejiranan presint berdekatan.

Untuk isu penyelenggaraan lif di kuarters kerajaan, Perbadanan Putrajaya mempunyai SOP khusus untuk menangani kerosakan lif yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu kerosakan kecil, sederhana dan penggantian. Bagi lif yang memerlukan penggantian, PPJ telah menggantikan 130 daripada 347 unit lif yang ada dengan penyelesaian dijangka insya-Allah pada Jun 2025. Fasa seterusnya akan dipohon dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas untuk baki lif yang perlu diganti.

Pemantauan ke atas facility management (FM) juga turut dijalankan melalui beberapa kaedah termasuk mesyuarat bulanan bersama semua penyelia FM, pemantauan, penyelesaian aduan melalui sistem FOAMMS dan pengenaan denda kepada FM yang lambat bertindak. Langkah ini bertujuan memastikan kecekapan dalam menangani isu penyelenggaraan.

Bagi status pembinaan stesen minyak di Presint 5 pula, pembinaan stesen minyak di Presint 5 sedang dalam pelaksanaan dan dijangka siap pada suku ketiga tahun 2025. Ini akan memenuhi keperluan penduduk tempatan untuk kemudahan bahan api.

Yang Berhormat juga membangkitkan status pembinaan Quran Village di Presint 14.

Untuk makluman Yang Berhormat, pembinaan Quran Village Fasa 1 di Presint 14 sedang dijalankan dan dijangka siap pada suku pertama 2027. Projek ini bertujuan untuk menyediakan pusat pembelajaran Al-Quran dan aktiviti agama bagi komuniti Putrajaya.

Bagi isu hidupan liar pula di Putrajaya. Untuk menangani masalah ini, Perbadanan Putrajaya telah melantik kontraktor panel bagi menangkap hidupan liar tersebut. Selain daripada itu, PPJ sedang membangunkan Pusat Haiwan Kacau Ganggu di Presint 20 yang dijangka siap pada Disember 2026 untuk menguruskan isu hidupan liar secara lebih berkesan.

Yang Berhormat ada juga menyatakan bahawa kami menghalang aktiviti komuniti adalah kurang tepat dan itu adalah satu tuduhan liar bagi saya. PPJ tidak pernah menghalang

draft • 4:50 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

aktiviti yang dilaksanakan oleh komuniti tetapi mewajibkan permohonan sokongan bagi menyelaras program secara lebih teratur dan komprehensif untuk kemudahan semua pihak.

Yang Berhormat Pengerusi, beberapa Ahli Yang Berhormat antaranya YB Tumpat, YB Shah Alam, YB Batang Lupar, YB Besut, YB Bagan Serai dan Mersing telah membangkitkan isu berkaitan dengan Butiran 030500 – Agensi Pengurusan Bencana Negara seperti berikut.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat – maaf berkenaan dengan pembinaan pusat pemindahan kekal bencana (PPKB) yang lengkap dengan kemudahan asas untuk kegunaan semasa banjir dan perkara kedua yang disentuh ialah peruntukan Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara atau (KWABBN).

Jadi untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KWABBN ini merupakan peruntukan di bawah maksud B.12 yang selepas ini sepatutnya dibahaskan ketika sesi Kementerian Kewangan. Jadi, saya akan menyentuh isu berkenaan PPKB sahaja iaitu pembinaan pusat pemindahan kekal bencana.

Terkait dengan ini, kerajaan telah mengenal pasti sembilan lokasi rintis pusat pemindahan kekal bencana di negeri-negeri yang terjejas termasuklah Kelantan, Terengganu dan Sarawak dilengkapi dengan kemudahan asas untuk keselesaan mangsa dan juga petugas.

Bagi penetapan lokasi perintis telah dikenal pasti juga contohnya Sekolah Kebangsaan SK Banggol Peradong di Terengganu dan SK Gual Tinggi di Kelantan yang telah ditetapkan sebagai PPKB perintis berdasarkan zon risiko tinggi banjir. Seterusnya penaiktarafan PPS di mana NADMA juga turut menaik taraf pusat pemindahan sementara

(PPS) sedia ada dengan kemudahan PPKB bagi memastikan kesiapsiagaan untuk kegunaan segera dalam bencana.

Menyentuh tentang Jabatan Perkhidmatan Awam Yang Berhormat Pengerusi yang YB Bagan menyentuh Butiran B.7, 00500 – Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran JPA mengenai graduan yang ditaja oleh JPA dan MARA tetapi tidak diserap sebagai pegawai kerajaan yang dikatakan merugikan negara.

draft • 4:50 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mulai tahun 2016, JPA telah melaksanakan perubahan besar penajaan dengan memperkenalkan model pinjaman boleh ubah (PBU) berasaskan merit tempat berkhidmat. Melalui model ini, pelajar tajaan yang berminat untuk berkhidmat dalam sektor awam perlu memohon dan melalui proses saringan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan jika berjaya, pinjaman mereka akan ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sebagai galakan untuk menyumbang kepada pembangunan negara.

Pada masa ini, penajaan JPA diberikan berdasarkan merit melalui Program Penajaan Nasional (PPN) dan Program Lepasan SPM (LSPM) dan hanya warganegara Malaysia Yang Berhormat, yang layak menerima penajaan ini. Dasar ini selaras dengan matlamat kerajaan untuk memastikan pelaburan dana awam dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat

draft • 5:00 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Malaysia dan menyumbang kepada kepentingan negara. Saya menyentuh pula Yang Berhormat Pengerusi berkenaan dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU). Untuk makluman Yang Berhormat Betong yang menyentuh Butiran 020100...

draft • 5:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Tuan Pengerusi.

draft • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya.

draft • 5:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Boleh tanya?

draft • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya.

draft • 5:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih. Saya hanya nak tanya, daripada biasiswa yang diberikan kepada pelajar-pelajar cemerlang tersebut, apabila mereka habiskan pengajian mereka dan pulang ke negara kerana mereka adalah pelajar biasiswa. Mereka perlu berkhidmat kepada kerajaan.

Berapa daripada jumlah ini, 8,000 ini, berapa yang diserap menjadi pegawai kerajaan? Kerana yang kita perhatikan ialah ramai dilepaskan. Itu yang saya sebut merugikan negara, bukan macam negara lain. Kesemuanya diserap masuk menjadi pegawai kerajaan.

So, kalau mereka daripada Oxford dan juga Cambridge, daripada Ivy League, menjadi pegawai kerajaan, saya rasa ini akan menguntungkan negara.

draft • 5:00 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Yang Berhormat, saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat bahawa adalah lebih baik kalau mereka itu diserap terus ke dalam perkhidmatan kerajaan tetapi saya buat masa ini tidak mempunyai number daripada 8,000 orang itu. Insya- Allah saya akan jawab apabila saya dapat jumlah tersebut. Kalau tidak, saya akan jawab secara bertulis, Yang Berhormat.

draft • 5:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Yang Berhormat, bolehkah itu biasiswa, satu biasiswa baharu selain daripada apa yang telah diberikan. Satu yang baharu supaya kita berikan biasiswa berdasarkan merit kerana kita baca banyak kisah-kisah, di mana ada pelajar cemerlang daripada latar belakang berlainan, mereka tidak dapat biasiswa tetapi mereka pula mendapat tawaran daripada negara lain. Ini juga sesuatu yang merugikan negara. Kita buat satu biasiswa baharu berdasarkan merit. Kalau keputusan mereka cemerlang, mereka boleh diserap masuk kepada Ivy League dan Oxford, Cambridge, harus diberikan biasiswa tanpa kira warna kulit. Terima kasih.

draft • 5:00 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang Berhormat. Saya juga mohon untuk meneliti perkara tersebut. Sefaham sayalah, memang selama ini biasiswa itu biasanya diberikan kepada pelajar mengikut merit tetapi jika sebaliknya, saya akan meneliti kemudian, Yang Berhormat.

draft • 5:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Demografik itu perkhidmatan awam.

draft • 5:00 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Baik.

draft • 5:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ya.

draft • 5:00 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih. Saya teruskan, Pengerusi. Untuk makluman Yang Berhormat Bentong, menyentuh Butiran 020100 – Unit Penyelarasan Pelaksanaan

(ICU). Kerajaan telah pun menyediakan peruntukan sebanyak RM24.46 juta untuk pelaksanaan program khas bumiputera Sarawak pada tahun 2025 bagi memastikan

draft • 5:00 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

pembangunan di negeri Sarawak dapat terus ditambah baik dan jurang pembangunan di antara bandar dan luar bandar juga dapat dikecilkan.

Kerajaan memberi perhatian khusus kepada bumiputera Sarawak dengan menyediakan peruntukan yang sewajarnya bagi kerja-kerja mengukur tanah NCR di Sarawak dan peruntukan ini disediakan melalui Program Pengukuran Tanah Hak Adat di bawah Butiran 71000. Program Khas Bumiputera Sarawak, kluster native customary baharu. Bagi tahun 2025, sebanyak RM15 juta pula diperuntukkan kepada Kerajaan Negeri Sarawak untuk pelaksanaan kerja-kerja pengukuran tanah NCR.

Baik, saya ingin menyentuh juga sebelum saya mengakhiri penggulungan ini. Di antaranya ialah berkenaan dengan isu yang dibawa oleh Paya Besar juga tadi. Menyentuh mengenai B.6, 16500 – Program Kelestarian FELDA dan 080900 – Subsidi Diesel FELDA.

Terkait dengan kelestarian FELDA dan juga projek-projek FELDA, yang ini telah dibawa oleh YB Kalabakan, YB Batang Lupar, YB Tenggara, YB Pasir Mas, YB Tampin dan juga YB Paya Besar.

Jadi, saya hanya menyentuh mungkin beberapa perkara dan tidak kesemuanya dan saya mohon kalau ada yang saya tidak jawab, kita akan bagi jawapan bertulis jugalah. Jadi berkenaan dengan 080900 – Subsidi Diesel FELDA. Pembayaran subsidi diesel kepada peneroka, yang ini kita akan teruskan bergantung kepada keputusan semasa kerajaan dalam butiran Kementerian Kewangan (MOF).

Bagi Butiran 16500 - Program Kelestarian FELDA, Pengerusi. Program Pembangunan Peneroka (PPP), yang ini diperkenalkan bagi meningkatkan pembangunan sosioekonomi peneroka FELDA melalui pelaksanaan aktiviti pertanian yang diusahakan di sekitar kawasan kediaman atau penggunaan tanah kosong di FELDA. Tujuannya adalah bagi mengurangkan kebergantungan kepada hasil komoditi kelapa sawit atau getah.

Pada Julai 2019, kerajaan umumkan peruntukan sebanyak RM1 bilion kepada FELDA bagi melaksanakan Projek PPP dan dari jumlah tersebut, sehingga kini FELDA hanya menerima sebanyak RM253 juta sahaja. Dengan jumlah peruntukan tersebut FELDA telah melaksanakan pelbagai Projek PPP antaranya tanaman cili fertigasi, melon dan nenas MD2, ternakan ayam pedaging, kambing, lembu pedaging, ikan tilapia serta udang kertas dan perusahaan sarang burung walet.

Jadi, sehingga kini bagi projek aktif yang diusahakan secara individu ia telah melibatkan seramai 6,668 peserta, manakala bagi projek yang diusahakan secara koperasi sebanyak 127 projek yang melibatkan seramai 45 ribu peserta. Jadi, walaupun saya kira ada yang masih berpandangan agar FELDA ini dibawa ke perhatian KKDW, saya kira bukan di forum inilah untuk saya jawab, yang itu mungkin kita kena bincang secara khusus mungkin dengan Perdana Menteri kelak.

Jadi Yang Berhormat, untuk penutup, kesimpulannya perubahan peruntukan yang saya sebutkan tadi ini semua mencerminkan pengagihan keutamaan kerajaan dengan DBKL menerima peningkatan kecil untuk menyokong projek berimpak tinggi di Kuala Lumpur serta

draft • 5:00 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

pemulihan sungai dan pembangunan rumah komuniti. Pada masa yang sama, Jabatan Perdana Menteri menunjukkan pendekatan berhati-hati terhadap pembiayaan projek...

draft • 5:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Menteri, sedikit boleh?

draft • 5:00 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Ya. Sudah masa, sedikit.

draft • 5:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Seminit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Puan Pengerusi. Saya cuma hendak sentuh perkara yang saya bangkitkan tadi yang kedua iaitu pemotongan hutang FELDA. Boleh tidak Yang Berhormat Menteri bagi komitmen untuk dibincangkan di peringkat Kabinet supaya pemotongan hutang peneroka itu jangan mengikut jumlah kenaikan harga. Kita letak satu- naik kah, turun kah, kita bagi satu harga yang memudahkan mereka.

Oleh kerana apa, kerana mereka beritahu mereka dapat tujuh tan, lapan tan, harga baik tetapi FELDA didakwa memotong terlampau tinggi mengikut formula yang sekarang dan ia menekan, kerana apa? Mereka hendak rasa juga Yang Berhormat Menteri, apabila harga naik disebabkan Kerajaan MADANI, pengurusan yang baik. Akhirnya, harga naik tetapi manfaat itu tidak dapat kepada peneroka. Kalau boleh dibincangkan dan dibawa. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 5:00 PM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Yang Berhormat Paya Besar, insya-Allah saya akan bawa usul tersebut ke pengetahuan Kabinet dan Menteri-menteri yang berkenaan. Saya sambung Pengerusi. Daripada masa yang sama, Jabatan Perdana Menteri menunjukkan pendekatan berhati-hati terhadap pembiayaan projek dan memberi fokus kepada inisiatif yang sedang berjalan. Ia berbanding dengan pelancaran projek-projek baharu yang mahal.

Langkah ini juga menggambarkan usaha kerajaan untuk mengurus kewangan awam secara lebih cekap dengan mengambil kira cabaran ekonomi semasa. Jadi, sekali lagi saya sebut. Sekiranya ada masih jawapan-jawapan yang saya tidak dapat memenuhi pada petang ini, saya mohon untuk mengemukakan secara yang bertulis. Jadi Yang Berhormat Pengerusi, saya sudahi ucapan saya dengan serangkap pantun pendek.

“Belanjawan di bahas dengan berhemah, Menteri menggulung dengan amanah, Semoga rakyat mendapat faedah, Malaysia maju bertambah megah”. Sekian, terima kasih.

draft • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) untuk menjawab. Masa, 20 minit.

draft • 5:10 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pengerusi.

draft • 5:10 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Saya pun ada pantun yang pendek.

draft • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pengerusi ya, bukan Yang di- Pertua.

draft • 5:10 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

*[Berpantun] Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua, Salam sembah pembuka kata, Saya ingin mula berbicara...

[Tepuk]* Puan Yang di-Pertua, saya harap dengan pantun ini, tidak ada soalan-soalan dibangkitkan...

[Dicelah] Puan Pengerusi, terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 17 Ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan Belanjawan 2025 di peringkat Jawatankuasa dan menyentuh mengenai butiran-butiran berikut. B.1 – Parlimen Malaysia, B.3 – Jabatan Audit Negara, B.4 – Suruhanjaya Pilihan Raya, B.6 dan P.6 – Jabatan Perdana Menteri, B.8 – Jabatan Peguam Negara dan B.9 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang melibatkan agensi-agensi seperti Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Jabatan Insolvensi Malaysia dan Jabatan Bantuan Guaman.

Selain itu, saya juga akan menjawab bagi pihak jabatan-jabatan dan agensi-agensi berikut: iaitu Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Parlimen dan Jabatan Audit Negara.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, saya akan berusaha sedaya upaya untuk menjawab kesemua perkara yang telah dibangkitkan secara lisan. Namun, andai masa tidak mengizinkan, saya memohon untuk memberikan jawapan secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai perkara-perkara yang tidak dapat dijawab oleh saya secara lisan.

Yang Berhormat Seputeh, Pokok Sena dan Yang Berhormat Parit membangkitkan perkara-perkara yang berkaitan dengan ombudsman. Untuk makluman Yang Berhormat, Mesyuarat Jawatankuasa Reformasi Institusi Bilangan 1 Tahun 2024 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah memutuskan supaya sesi libat urus holistik perlu diadakan terlebih dahulu bagi menentukan cadangan penubuhan mekanisme ombudsman Malaysia.

Susulan daripada keputusan tersebut, satu kertas Jemaah Menteri telah disediakan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri, dan pada 12 Jun 2024, Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju supaya sesi libat urus holistik dilaksanakan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri dengan bekerjasama dengan Biro Pengaduan Awam dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan dalam tempoh tiga bulan bagi menentukan mekanisme penubuhan dan pelaksanaan ombudsman Malaysia.

Pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan. Selain itu, sesi libat urus holistik juga merangkumi perbincangan kumpulan

draft • 5:10 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

berfokus (focus group discussion) dengan agensi-agensi kerajaan negeri di mana setakat ini, dua zon telah selesai menjalani sesi tersebut iaitu zon utara melibatkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dan zon Sabah. Selanjutnya, sesi libat urus holistik ini akan diteruskan di peringkat zon Sarawak, timur, selatan dan tengah sebelum dimuktamadkan di peringkat agensi pusat menjelang suku pertama 2025.

Yang Berhormat Miri telah membangkitkan mengenai Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblowers Protection Act). Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, menurut seksyen 6 Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, seseorang boleh membuat pendedahan kelakuan tidak wajar kepada mana-mana agensi penguatkuasaan berdasarkan kepercayaannya yang munasabah bahawa mana-mana orang telah melibatkan diri atau bersedia untuk melibatkan diri dalam kelakuan tidak wajar. “Kelakuan tidak wajar” di bawah Akta 711 ditakrif sebagai apa-apa kelakuan yang jika terbukti, menjadi satu kesalahan tatatertib atau kesalahan jenayah. Namun demikian, di bawah seksyen 11 Akta 711, agensi penguatkuasaan hendaklah membatalkan perlindungan pemberi maklumat yang diberikan di bawah seksyen 7 jika ia berpendapat, berdasarkan dalam penyiasatannya atau dalam perjalanan penyiasatannya, bahawa, antara lain, pemberi maklumat itu sendiri telah menyertai kelakuan tidak wajar yang didedahkan itu.

Untuk makluman lanjut Ahli Yang Berhormat, seksyen 11 Akta 711 adalah antara beberapa seksyen di bawah Akta 711 sememangnya berada dalam penelitian Bahagian Hal Ehwal Undang-undang untuk ditambah baik bagi menggalakkan lebih ramai pemberi maklumat untuk tampil ke hadapan dalam memberi maklumat mengenai sebarang kelakuan tidak wajar. Itu jawapan.

Seputeh lagi. Seputeh ada ke? Ada ya?

draft • 5:10 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Tuan Pengerusi.

draft • 5:10 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Ya.

draft • 5:10 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Pada awal tahun ini, Timbalan Menteri telah mengatakan bahawa pindaan terhadap akta ini dijangka akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun ini. Bolehkah Timbalan Menteri untuk memberi kemas kini terkini tentang status penelitian dan pindaan terhadap akta ini?

draft • 5:10 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih. Yang Berhormat, seperti yang saya kata, kerajaan telah memberi tiga bulan. Satu, di antaranya, baru-baru ini, komiti itu telah pergi ke Canberra dan Sydney dan sendiri telah meneliti macam mana ombudsman mereka berfungsi. Saya hairanlah bahawa kita tidak ada akta tersebut sekian lama. I’m totally surprised myself. Saya berpendapat dan kerajaan ada komitmen bahawa ia akan disegerakan, dibuat dengan seberapa cepat yang boleh. Sebenarnya, hasratnya adalah dibawa rang undang- undang ini pada sesi ini. Tetapi, libat urus itu tidak cukup masa. Maka, kemungkinan besar ia akan dibawa ke Parlimen sekurang-kurangnya tahun hadapan di bulan Februari atau Mac.

draft • 5:10 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat Seputeh. Ini mengenai isu Mahkamah Tinggi. Yang Berhormat peguam? Oh, okey, okey. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara umumnya, Pekeliling Ketua Pendaftar Bilangan 1 Tahun 2022 berhubung dengan alasan penghakiman menetapkan bahawa alasan penghakiman hendaklah disediakan dalam tempoh lapan minggu dari tarikh notis rayuan difailkan. Bagi alasan penghakiman yang tidak dapat disiapkan dalam tempoh masa tersebut, sebab kelewatan hendaklah dimaklumkan kepada Hakim Besar Malaya atau Hakim Besar Sabah dan Sarawak mengikut bidang kuasa masing- masing.

Berhubung dengan pertanyaan berkaitan kes pendakwa raya lawan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, kerajaan ingin menarik perhatian Perkara 127 Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan sekatan mengenai perbincangan seperti ini di dalam Parlimen tentang kelakuan hakim yang mana kelakuan seseorang Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau mahkamah tinggi tidak boleh dibincangkan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen kecuali atas satu usul khusus yang notis mengenainya telah diberikan oleh YB tidak kurang daripada satu perempat daripada jumlah bilangan Ahli Majlis Parlimen itu dan tidaklah boleh dibincangkan di dalam Dewan Undangan mana-mana negeri.

Walaupun sedemikian, berdasarkan perenggan 7(7) Kod Etika Hakim 2009, seorang hakim hendaklah berusaha dengan tekun dan cekap untuk mendengar dan menyiapkan semua kes-kes dalam mahkamah dan hendaklah dengan segera menulis penghakimannya.

draft • 5:10 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Perenggan 12 pula menyatakan, apa-apa aduan terhadap seorang Hakim yang dikatakan telah melakukan pelanggaran mana-mana peruntukan kod ini hendaklah dibuat secara bertulis kepada Ketua Hakim Negara. Selain itu, pihak-pihak kepada kes tersebut juga boleh membuat permohonan kepada pihak mahkamah yang berkaitan untuk semakan status penyediaan alasan penghakiman, memandangkan kes ini telah diputuskan pada 19 November 2023, lebih dari satu tahun Yang Berhormat. Notis Rayuan telah difailkan pada tarikh yang sama. Ini jawapan dia.

draft • 5:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Jadi maksudnya, kami sebagai Wakil Rakyat- saya faham kita tidak boleh bincang kes mahkamah di Dewan yang mulia ini, tetapi memandangkan Yang Berhormat Muar adalah salah seorang rakan kita di dalam Dewan Rakyat, dia sendiri tidak boleh bangkitkan isu-isu seperti- kerana dia adalah terlibat dalam kes dan juga hukuman itu. Jadi kami yang lain, macam mana kita boleh tolong dia rayu kepada Ketua Hakim Negara kah atau apa, atau hendak buat Usul?

draft • 5:20 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Saya sebenarnya sependapat dengan Yang Berhormat. Saya pun pengamal undang-undang. Apabila kita lambat memfailkan perbahasan atau submission, kita kena- ‘cukup-cukup’ di mahkamah. Jadi Hakim pun perlu faham, tetapi ada mengikut peruntukan Undang-undang Persekutuan, dia ada kaveat di mana perkara itu tidak boleh dibincangkan.

Walaupun sedemikian, seperti saya kata, etika Hakim membuat sedikit ruang kepada Yang Berhormat boleh menulis dan merujuk kepada Ketua Hakim Negara untuk menanya,

draft • 5:20 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

kenapa lambat dan seperti saya sependapat juga, this could be the tip of the iceberg. Ini bukan satu kes sahaja dan saya rasa ada ramai Hakim-hakim lain ada keadaan yang sama.

Kita tidak mahu, we don’t want to slur that kind of thing, but saya rasa itu adalah yang patut.

Nombor satu, boleh tulis surat kepada Ketua Hakim Negara.

Nombor dua, saya harap Ketua Hakim Negara boleh mengambil tindakan dan membalas surat Yang Berhormat dan ketiga, seperti saya kata, satu Usul boleh dibuat di Dewan ini. Usul itu adalah ¼ dari semua Ahli Parlimen, boleh membawa perkara itu dan membincangkan perkara itu di Dewan yang mulia ini. Jadi ini terpulang kepada Yang Berhormatlah. Kalau Yang Berhormat ingin, please do it. Lagi Seputeh pula. Tidak habis-habis...

draft • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah mahu habis.

draft • 5:20 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

...Lembaga Kelayakan Profesion Undang- undang, Yang Berhormat?

draft • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah mahu habis. Cepat jawab.

draft • 5:20 PM

Beberapa Ahli

[Mencelah]

draft • 5:20 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Lembaga Kelayakan Profesion Undang- undang. Lembaga Kelayakan merupakan satu badan yang ditubuhkan di bawah Akta Profesion Undang-undang 1976 dan merupakan, dengan izin, a creature of statute. Lembaga Kelayakan menjalankan fungsi tertentu sebagaimana yang diberikan di bawah Akta Profesion Undang-undang 1976. Lembaga Kelayakan bukannya satu badan yang menjana keuntungan. Ia merupakan non-profit making body.

Pada masa ini Lembaga Kelayakan tidak membayar cukai ke Lembaga Hasil Dalam Negeri dan berkenaan dengan sejak bila Lembaga Kelayakan tidak membayar cukai? Pihak Lembaga Kelayakan sedang menyemak perkara ini kerana ini melibatkan rekod-rekod yang lama.

Berkenaan dengan pengecualian cukai, Lembaga Kelayakan pernah diberikan pengecualian sehingga tahun taksiran 1988. Walau bagaimanapun, kedudukan selepas itu sedang disemak oleh Lembaga Kelayakan kerana ia melibatkan rekod-rekod lama, maka satu jawapan mengenai perkara itu saya tidak boleh beri pada masa sekarang.

Bagi kedua-dua perkara ini, pihak Lembaga Kelayakan perlu berurusan dengan pihak Kementerian Kewangan (MOF) dan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi memastikan kedudukan berkenaan dengan pembayaran dan pengecualian cukai ini adalah teratur.

draft • 5:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Yang Berhormat, saya terima aduan daripada young lawyers, kenapa bila mereka hendak menyertai peperiksaan CLP, kenapakah yuran pendaftaran RM4,000, selepas itu yuran peperiksaan RM1,800? Jadi adakah ini perlu?

Kenapakah hendak- mengehendaki mereka membayar yuran yang begitu tinggi? Kita lihat LPQB juga tidak mematuhi undang-undang, tidak payah cukai, akaunnya tidak diaudit. Jadi bukankah kerajaan harus mengambil tindakan terhadap badan seperti LPQB ini?

draft • 5:20 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat, sebenarnya saya pun dapat banyak aduan, sama juga keadaan, tetapi kita perlu fokus bahawa nombor satu, yuran yang tertinggi ini patut dihalusi. There must be a reexamination supaya mungkin yuran itu patut diturunkan. Seperti yang saya kata sebelum ini, this is not a profit-making body, maka ia patut berusaha untuk semua rakyat. Seperti yang saya kata sebelum ini juga, ramai di antara pelajar yang menduduki peperiksaan adalah dari B40 dan sebagainya.

Saya harap board tersebut mengambil...

[Tidak jelas] Mengenai perkara ini dan kita dapat tahu sekarang bahawa ada lebih kurang 50 juta lebih surplus. Maka tidak masuk argument bahawa kenaikan ini. Kenaikan ini dibuat kalau tidak silap saya pada tahun 2010, walaupun ada asas-asas yang dikatakan, tetapi saya rasa perlu disemak balik supaya satu keputusan untuk mengurangkan fi tersebut.

Yang Berhormat, mengenai perkara yang dibangkitkan. Yang Berhormat sebenarnya ini telah berbahas, saya hendak jawab. Sebelum itu tanya soalan yang sama. Saya pun sudah jawab. Ada di sini. Saya pula jawab semua...

draft • 5:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ini isu penting.

draft • 5:20 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

No, no sama, sama. Sudah jawab...

[Ketawa] Perkara yang sama.

Ini mengenai Parlimen. Puan Pengerusi, cadangan Rang undang-undang Perkhidmatan Parlimen merupakan antara agenda reformasi institusi yang direncanakan oleh Kerajaan MADANI dalam usaha untuk memartabatkan Parlimen melalui doktrin pengasingan kuasa antara Badan Perundangan dengan Badan Eksekutif.

Melalui cadangan ini, perkhidmatan Parlimen baharu ini akan mempunyai kuasa autonomi untuk menentukan dasar dan tadbir urus Parlimen Malaysia termasuk perkara- perkara yang melibatkan pengurusan sumber manusia, pentadbiran dan kewangan serta perkara-perkara yang berbangkit.

Bagi penggubalan Akta Perkhidmatan Parlimen, Parliamentary Services Act, beberapa sesi libat urus, mesyuarat dan kajian tinjauan telah diadakan pada tahun 2023 dan 2024 bersama Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Setiausaha Dewan Negara, Setiausaha Dewan Rakyat, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kewangan, Jabatan Peguam Awam, Badan Bukan Kerajaan, Pertubuhan Masyarakat Madani, Badan Peguam serta Bahagian Hal Ehwal Undang-undang bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan penetapan dasar serta pengwujudan Akta Perkhidmatan Parlimen.

Berikutan dengan usaha-usaha yang telah diambil, Memorandum Jemaah Menteri berhubung cadangan penetapan bagi dasar, bagi penggubalan Undang-undang Perkhidmatan Parlimen telah pun dibentangkan pada Jemaah Menteri pada 20 Jun 2024.

Seterusnya satu mesyuarat akan diadakan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membincangkan isu ini, isu perjawatan serta sumber manusia perkhidmatan Parlimen. Rang undang-undang Perkhidmatan Parlimen dan Rang undang-

draft • 5:20 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

undang Perlembagaan (Pindaan) akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat.

draft • 5:20 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat Subang, ada? Parlimen Malaysia telah mengemukakan permohonan peruntukan Belanjawan 2025 yang berjumlah lebih dari RM211 juta. Walau bagaimanapun, pihak Kementerian Kewangan telah menetapkan ceiling indicative untuk B.1 - Parlimen bagi tahun 2025 sebanyak ‘RM172,707,700’, manakala peruntukan tahun 2025 yang diluluskan adalah berjumlah RM180 juta lebih iaitu kenaikan sebanyak 7.32 peratus berbanding peruntukan tahun 2024 yang berjumlah lebih RM167 juta.

Bagi tahun 2025, cadangan agihan peruntukan untuk JKPK Dewan Rakyat berjumlah ‘RM2,150,000’. Cadangan agihan peruntukan tersebut tidak termasuk peruntukan untuk pembayaran elaun mesyuarat, sara hidup dan perjalanan JKPK Dewan Rakyat yang telah diambil kira dalam aktiviti Dasar Sedia Ada bagi peruntukan Perbelanjaan Mengurus tahun 2025 Parlimen Malaysia.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Jawatankuasa] Butiran peruntukan program dalam negara JKPK terletak di bawah B.1, Butiran 010100 - Pentadbiran Am. Manakala peruntukan program rasmi ke luar negara, peruntukan bawah Program Khusus, Bertugas ke Luar Negara - 020100.

Perbelanjaan bagi pelaksanaan program rasmi dalam dan luar negara JKPK Dewan Rakyat sehingga 31 Oktober 2024 adalah sebanyak RM689,483.41 tidak termasuk pembayaran Elaun Perjalanan dan sara hidup serta Elaun Mesyuarat kepada Ahli-ahli JKPK.

Bagi memperkasa peranan PAC, Parlimen akan sentiasa berusaha merancang dan mengawal perbelanjaan mengikut keutamaan untuk mengoptimumkan perbelanjaan peruntukan yang diluluskan kepada Parlimen. Itu jawapan.

draft • 5:30 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih Menteri. Ya lah, soalan saya memang senang. Kita nak tahu - jadi jumlah besar ni RM680,000 setiap JKPK- is that the answer? Sebab kita hairan, kita di Committee ini, dua orang saja staf. Travel budget, saya tak dapat.

Ada yang dapat, ada yang - banyak tak dapat. Kita boleh tanya semua. Bagi saya, senang kalau kita uruskan dengan bajet yang baik, yang clear, 10 Committee ini dapat berapa?

Sebab kita perlukan sistem Committee yang lebih baik daripada sekarang. We need a lot of workers. We need a lot of secretariate, researchers. Jadi permintaan kita, RM2 juta untuk setiap satu Committee bukannya perkara yang susahlah bagi saya, sebab dulu Tengku Zafrul dah bagi, RM1.5 juta. Ini Kerajaan MADANI.

Dulu Tengku Zafrul tak da pun reformasi punya program. Jadi bagi saya, tambahan RM500,000 lagi untuk setiap Committee itu satu perkara yang munasabah diminta...

[Tepuk] Jadi saya minta kalau boleh itu, tolong consider. Nanti kita hantar Paya Besar again, bincang lagi...

draft • 5:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tambah sikit Yang Berhormat.

draft • 5:30 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat, saya sebenarnya sependapat dengan Subang, tapi itu tertakluk kepada Kementerian Kewangan.

Yang Berhormat, coincidently Yang Berhormat Menteri Kewangan II ada di sini.

Mungkin, saya percaya beliau telah dengar dan saya percaya by nodding to the head, bermakna dia bersetuju...

[Ketawa] Mungkin Yang Berhormat dapat memberi - will announce the good news selepas ini. Ini peruntukan kewangan di tangan beliau dan kalau tidak, kita jangan lepaskan dia balik...

draft • 5:30 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Menteri, Menteri memang sokonglah reformasi, kita tahu.

draft • 5:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Boleh Dato’ Speaker, sikit?

draft • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Last, selepas ini gulung Yang Berhormat Menteri. After this is last session.

draft • 5:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya, Dato’ Speaker- Dato’ Pengerusi, saya bersetuju pandangan Yang Berhormat Subang. Saya minta sangat Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya perkara ini diambil penetapan secara serius.

Kerana apa? Kerana JKPK bukan hanya sekadar JKPK untuk kita menunjukkan ada Parliament reform. Kita nak memastikan penyata yang dihasilkan itu nanti adalah satu penyata yang berkualiti, diyakini supaya masa yang kami peruntukkan setakat hari ini sejak Mac 2023, kesepuluh JKPK dah bermesyuarat 180 kali mesyuarat Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya kira komitmen yang telah ditunjukkan ini, bukan kita minta lebih daripada apa yang termampu. Kita hanya minta supaya bagi same treatment. Kalau kita boleh bagi peruntukan kepada SDG RM20 juta dan seharusnya memberikan jumlah yang sama kepada JKPK.

Saya faham penghuraian daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi jelas. Ada peruntukan di bawah ini, ada peruntukan ini. Okey, kita setuju perkara itu, tetapi yang penting sekali adalah bagaimana Yang Berhormat Timbalan Menteri nak menjamin kualiti penyata yang dibentangkan di Dewan ini mempunyai kualiti yang memenuhi garis yang telah ditetapkan oleh Parlimen Malaysia.

Second, memperkasakan secretariate reformasi dan berupaya menjadi check and balances dalam Parliament reform. Terima kasih Dato’ Pengerusi.

draft • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, jawab dan gulung.

draft • 5:30 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Ya, Dato’ Pengerusi. Selain daripada saya bersependapat dengan Yang Berhormat, kita sebenarnya sebagai Ahli Parlimenlah, kita menghujah kepada semua rakyat di negara, tetapi untuk Select Committee kita sendiri, macam tidak dimartabatkan. Saya rasa ada kekurangan.

Mungkin Yang Berhormat Menteri Kewangan boleh mengambil kira perkara-perkara yang dibangkit dan beliau boleh mula dengan memberi jawapan perkara-perkara yang

draft • 5:30 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

dibangkitkanlah. Kerana this is a finance matter di tangan mereka. Pandangan, kita boleh membuat perbincangan, tetapi akhir kata adalah dengan pihak- dengan Menteri Kewangan.

Seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Subang sebelum ini dalam perbahasan saya dengar, bahawa parlimen-parlimen di luar negara, actually the Third World and Forth World Parliament, many countries in the world, give more benefits to Ahli Parlimen than compared to others. Why we are not doing, I’m not too sure. Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh memberi jawapan sepenuhnya.

Akhir sekali Yang Berhormat, ini mengenai Parlimen juga. Untuk makluman Yang Berhormat Besut, because it applies to everybody, saya nak baca. Peraturan Mesyuarat 44(8) memberi kuasa kepada Majlis Mesyuarat untuk mengambil tindakan terhadap Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu, saya baca, “Tiada apa-apa dalam peraturan ini yang boleh dianggap sebagai menyebabkan Majlis Mesyuarat tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana orang termasuk seorang yang bukan Ahli menurut apa-apa ketetapan Majlis Mesyuarat.” Itu yang mustahak Yang Berhormat. Ini sahaja.

Saya ada banyak lagi. I’ve 50 pages to reply. Jawapan bertulis akan dibuat dengan seberapa segera yang boleh. Kalau Yang Berhormat-Yang Berhormat yang tidak mendapat jawapan, boleh menghubungi saya dan saya akan pastikan ia diberi dengan seberapa segera yang boleh. Terima kasih kepada semua.

draft • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Berikutnya, dipersilakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang- undang dan Reformasi Institusi). Maaf. Menteri Agama, Hal Ehwal Agama.

draft • 5:30 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

[Ketawa] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang.

Terima kasih kepada Dato’ Pengerusi.

Saya mulakan penggulungan ini dengan firman Allah SWT di dalam Surah Hud, ayat 88...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Mafhumnya, “Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upaya ku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepada- Nyalah aku kembali.” Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu di bawah hal ehwal agama sepanjang tempoh perbahasan belanjawan Peringkat Jawatankuasa pada kali ini.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, seramai 14 Ahli Yang Berhormat telah membahaskan pelbagai isu yang berkaitan dengan hal ehwal agama. Izinkan saya menjawab semua isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat berdasarkan Peraturan Mesyuarat 66(1).

draft • 5:38 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan sebentar tadi adalah seperti berikut. Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Beauford, Yang Berhormat Putrajaya, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Kuala Krai.

Semuanya sudah disebut.

Soalan daripada Yang Berhormat Batang Lupar berkenaan dengan Projek Rintis KAFA Perdana. JAKIM sedang membuat kajian ke arah pelaksanaan program Rintis KAFA Perdana yang melibatkan penyelarasan dan perubahan jam bekerja Guru KAFA dari tiga hari seminggu kepada lima hari seminggu dan daripada tiga jam sehari kepada sembilan jam sehari.

JAKIM telah selesai melaksanakan sesi libat urus bersama-sama negeri-negeri dan agensi-agensi yang berkepentingan di peringkat Persekutuan dan negeri. Walau bagaimanapun, program Rintis KAFA Perdana ini akan dilaksanakan setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan Malaysia.

Pelaksanaan rintis program KAFA Perdana pada masa ini dicadangkan akan dibuat secara berfasa dan berperingkat di premis Sekolah Agama Rakyat terlebih dahulu selama setahun dan diikuti dengan negeri-negeri lain bergantung kepada kelulusan pihak yang berkaitan. Selain itu, selaras dengan kenaikan kadar gaji minimum berkuat kuasa pada tahun 2025, JAKIM juga dalam usaha mencadangkan supaya bayaran elaun rintis Guru KAFA sedia ada dibayar pada kadar yang bersesuaian tertakluk kepada keadaan semasa kewangan negara.

Soalan kedua berkaitan dengan elaun guru KAFA yang dianggap rendah. Pada tahun 2023, elaun mengajar Guru KAFA telah dinaikkan sebanyak 10 peratus daripada RM1,000 kepada RM1,100 pada tahun sebelumnya. Kadar kenaikan 10 peratus adalah melibatkan pertambahan jumlah perbelanjaan besar iaitu RM48,174,000 yang meliputi bayaran elaun mengajar, KWSP dan PERKESO bagi seorang guru KAFA menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan berjumlah sebanyak RM529,767,000, yang pertama.

Soalan oleh Yang Berhormat Shah Alam dan juga Yang Berhormat Kuala Krai soalannya hampir sama berkenaan dengan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia dan juga pendekatan untuk mengurangkan jurang antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hasrat pewujudan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia (AKSM) ini telah dimulakan semenjak dua dekad yang lalu ketika Mesyuarat Ketua-ketua Hakim Syarie Kali Ke-19 pada tahun 2001 lagi. Kemudiannya hasrat tersebut telah diluluskan menerusi MKI dan Majlis Raja-Raja yang bersidang pada tahun 2009. AKSM berhasrat untuk memperkasakan perundangan dan kehakiman syariah secara keseluruhannya. Dengan peruntukan yang diberikan Akademi Kehakiman dapat memperkasa institusi kehakiman syariah secara umum melalui beberapa inisiatif utama.

draft • 5:40 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Pertama, dana ini digunakan untuk memperluas program latihan yang menekankan peningkatan kompetensi Pegawai Perundangan dan Kehakiman Syariah secara menyeluruh.

Latihan yang diberikan bertujuan untuk memperkukuhkan pemahaman undang-undang serta kemahiran praktikal Pegawai Kehakiman Syariah.

Peruntukan ini juga membolehkan pengenalan modul khas yang relevan dengan isu- isu kontemporari serta menekankan aspek integriti dan profesionalisme dalam perkhidmatan kehakiman syariah. Selain itu, peruntukan ini boleh digunakan untuk menjalinkan kerjasama dengan pakar dalam bidang kehakiman dan perundangan termasuk kerjasama antarabangsa yang membawa perspektif dan amalan terbaik dari negara lain.

Secara keseluruhannya, peruntukan yang mencukupi dapat memastikan Akademi Kehakiman Syariah ini meningkatkan kompetensi Pegawai Mahkamah Syariah, mengurangkan jurang kepakaran di antara Mahkamah Syariah dan sivil dan juga boleh mempertingkatkan jaringan latihan kerjasama dan seterusnya dapat mewujudkan ruang perbincangan mencari penyelesaian.

Manakala status pelaksanaan Akademi Kehakiman Syariah di bawah inisiatif bajet.

Peruntukan di bawah inisiatif bajet 2024 bagi AKSM telah dilaksanakan melalui dua pendekatan. Pendekatan pertama melalui pelaksanaan program-program pembangunan kompetensi dan latihan-latihan kehakiman secara lebih terancang. Bagi tahun 2024, sejumlah RM3.55 juta telah diperuntukkan di bawah inisiatif bajet tersebut.

Pendekatan kedua melalui pewujudan AKSM secara interim menerusi sewaan ruang latihan di Putrajaya dengan peruntukan Belanja Mengurus sekitar RM3.7 juta pada tahun 2025 yang merangkumi kos sewaan dan pengoperasian.

Soalan seterusnya, berkenaan dengan- Yang Berhormat Bagan Serai dan Yang Berhormat Sri Gading. Memohon penjelasan pihak kerajaan mengapakah peruntukan yang diberi bagi tujuan pembangunan harta wakaf bagi tahun 2025 hanya RM450 sahaja dan berkaitan dengan wakaf.

Bagi butiran berkenaan, pembangunan harta wakaf, kerajaan telah memperuntukkan RM25 juta bagi pembangunan fasa dua Hotel Wakaf Taiping. Peruntukan pada tahun 2023 dan 2024 menjangkau RM11.4 juta bagi bayaran kemajuan projek pembangunan fasa kedua Hotel Wakaf Taiping. Manakala, peruntukan yang sebenarnya adalah RM400 ribu dalam Bajet 2025 adalah bayaran akhir bagi projek tersebut yang dijadualkan siap sepenuhnya.

Alhamdulillah saya telah melawat dan hotelnya sangat cantik di Taiping dan boleh semua datang untuk menginap di Hotel Wakaf di Taiping.

Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan statistik tahun 2023 di JAWHAR, jumlah sebenar tanah-tanah wakaf- ha, ini kita ingin betulkan fakta serba sedikit. Jumlah sebenar tanah-tanah wakaf yang telah dimanfaatkan di seluruh negara dianggarkan berjumlah 18,578 hektar iaitu 88 peratus digunakan, dimanfaatkan. Manakala, hanya 2,415 hektar, 12 peratus sahaja yang belum lagi dimanfaatkan. Ini adalah data terkini yang dikeluarkan oleh JAWHAR.

draft • 5:40 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Kerajaan Persekutuan bersama Majlis-majlis Agama Islam Negeri dan syarikat berkaitan kerajaan serta pihak swasta secara berterusan akan mengambil pelbagai inisiatif bagi memajukan tanah-tanah wakaf ini. Dalam pada itu, kerajaan sedang memuktamadkan draf Pelan Induk Wakaf Nasional 2025-2030 yang menjadi dokumen rujukan berkaitan wakaf menerusi penglibatan semua pihak. Pelaksanaan pelan induk wakaf ini akan menjadi pemacu pembangunan wakaf termasuk memperkenalkan instrumen kewangan baharu bagi membiayai projek-projek wakaf.

Selain kutipan wakaf tunai, kerajaan juga meneroka pendanaan menerusi pasaran modal menggunakan instrumen seperti Waqf Exchange-Traded Fund (ETF) yang sedang dipelopori oleh Yayasan Wakaf Malaysia bersama Eq8 Capital Sdn Bhd.

Yang Berhormat Permatang Pauh. Soalan berkenaan dengan zakat dan juga JAWHAR. Tuan Yang di-Pertua, di bawah Butiran 1, Senarai II, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, perkara-perkara berkaitan hal ehwal agama Islam termasuklah zakat sama ada kutipan mahupun agihan adalah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan dikendalikan sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Negeri dan agensi mengurus zakat.

Sementara Kerajaan Persekutuan menerusi JAWHAR berperanan selaku hanyalah penyelaras dan pemudah cara bagi perkara-perkara berkaitan hal ehwal zakat di peringkat Persekutuan.

Bagi– berkenaan dengan garis panduan untuk kaji had kifayah yang baharu, adakah sudah ada garis panduan? JAWHAR sentiasa menambah baik manual pengurusan dan garis panduan dalam pelbagai aspek pengurusan zakat bersama MAIS dan agensi zakat.

Berhubung penyediaan garis panduan penentuan had kifayah, JAWHAR telah menerbitkan Manual Pengurusan Agihan Zakat sejak tahun 2007 lagi yang telah memberikan panduan khusus mengenai Haddul Kifayah di bab tiga penerbitan berkenaan. Ia adalah dokumen rujukan yang terbuka yang boleh dimuat turun oleh sesiapa sahaja.

Seterusnya soalan daripada Yang Berhormat Jerlun berkenan dengan berapakah penyaluran dana bahagian sumbangan keluarga yang disalurkan di negeri Kedah? Ini hanya negeri Kedah sahaja, jadi kita akan kongsikan negeri Kedah.

Kerajaan melalui JKSM sejak tahun 2022 sehingga 2024, Bahagian Sokongan Keluarga telah menyalurkan dana sebanyak RM8,000 bagi pendahuluan dan bantuan dana nafkah dan sejak penubuhan BSK, sebanyak RM85,429 telah disalurkan bagi tujuan pendahuluan dana dan RM31,420 untuk bantuan nafkah dan jumlah dana yang berbaki lagi adalah sebanyak RM196,516.

draft • 5:40 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Manakala soalan yang kedua oleh Jerlun juga. Berapakah jumlah kes jenayah yang didaftarkan dan diselesaikan? Ini kes jenayah ya dan berserta jumlah kutipan denda pada tahun 2024. Dikongsi setakat ini, daftar sebanyak RM1,108. Selesai, RM565 dan hasil denda yang berjaya diperoleh sebanyak RM612,210.

draft • 5:50 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Seterusnya, soalan daripada Yang Berhormat Tumpat dan juga Kuala Krai berkenaan dengan Akta Mahkamah Syariah Bidang Kuasa Jenayah 1965. Untuk makluman Dewan yang mulia, bagi memastikan kajian yang komprehensif dibuat, sesi libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan telah dan akan dibuat bagi mendapatkan pandangan. Pengerusi MKI, Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak juga pada 30 Julai 2024 telah bertitah supaya JAKIM memberikan taklimat mengenai cadangan pindaan kepada akta ini dalam mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri-negeri bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan Majlis Agama Islam Negeri-negeri terlebih dahulu.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jawatankuasa Khas mengkaji isu berkaitan dengan kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk menggubal undang-undang Islam juga turut meneliti cadangan pindaan kepada akta ini. Laporan hasil kajian, ini kita katakan laporan hasil kajian akan diambil kira dalam menggubal pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah Bidang Kuasa Jenayah 1965. Cadangan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah ini akan dibentangkan terlebih dahulu dalam MKI dan Majlis Raja-Raja untuk diperkenankan sebelum dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, insya-Allah.

Seterusnya berkenaan dengan- ini mungkin kita jawab seterusnya ada banyak dari Pokok Sena. Dari Pokok Sena ya. Berapa jumlah pendakwaan kesalahan jenayah syariah di Wilayah Persekutuan khususnya melibatkan kesalahan jenayah syariah perbuatan tidak bermoral. Jadi kita lihat kesalahan jenayah tidak bermoral merangkumi perbuatan sumbang muhrim, pelacuran, muncikari, persetubuhan luar nikah, perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah, liwat, musahaqah, khalwat, orang lelaki berlagak seperti perempuan, perbuatan tidak sopan di tempat awam.

Jadi, saya kongsi data yang terkini setakat 2024 sehingga 30 September hanya satu kesalahan sahaja yang dilibatkan iaitu kesalahan khalwat sebanyak 19 kes berbanding pada tahun 2023 30 kes, 2022 120 kes. Bermakna kesalahan-kesalahan ini semakin menunjukkan semakin berkurangan.

Bagi penyelidikan yang terkini bagi tahun 2024, terdapat beberapa penyelidikan dan kajian yang sedang dilakukan iaitu penggubalan Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan dan Akta Keterangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Kedua, penggubalan Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan keseluruhan. Kajian berkaitan isu-isu berkaitan kesalahan matrimoni dan juga kajian berkaitan sulh jenayah, kajian perbicaraan tanpa kehadiran tertuduh dan kajian berkaitan pendakwaan merentas sempadan.

Dato' Pengerusi, saya teruskan ataupun boleh dengan jawapan bertulis?

draft • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat perlu berapa minit?

draft • 5:50 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Ya?

draft • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat perlu berapa minit?

draft • 5:50 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Masih banyak lagi. Ada, ada.

draft • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ya, kalau sedemikian Yang Berhormat Menteri bagi jawapan bertulis.

draft • 5:50 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih semua. Terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengajukan soalan. Kita akan hantar jawapan bertulis sebaiknya.

Moga-moga jawapan tadi dapat memberikan pencerahan ya kepada semua. Terima kasih.

draft • 5:50 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat Pengerusi. Saya nak kepastian, ramai Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkan isu NADMA, tetapi tak tahu siapa yang menjawabnya. Jadi masih tertunggu-tunggu dengan jawapan berkaitan NADMA. Terima kasih Dato'.

draft • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik Yang Berhormat. Saya rasa NADMA ini bawah Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri, portfolio siapa itu?

NADMA. NADMA.

draft • 5:50 PM

Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Bawah Timbalan Perdana Menteri.

draft • 5:50 PM

Seorang Ahli

Ya.

draft • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Timbalan Perdana Menteri.

draft • 5:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Satu. Bagan Datuk.

draft • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Belum sampai lagi. JPM.

draft • 5:50 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat Pengerusi, di bawah JPM. Kita telah bahaskan.

draft • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ke mana..?

draft • 5:50 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Bawah butiran yang sedang dibahaskan sekarang.

draft • 5:50 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Dia di bawah YB Kula Dato' Speaker.

draft • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Saya, Yang Berhormat.

draft • 5:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Betul, betul.

draft • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya telah dapat ...

draft • 5:50 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Dia di bawah Yang Berhormat YB Kula, Dato' Speaker.

draft • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Oh.

draft • 5:50 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Undang-undang.

draft • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya telah mendapat pemakluman soalan itu ada, tapi masa- kekangan. Jadi akan bertulis. Baik.

Baik, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

(Hal Ehwal Agama). Berikutnya, saya mempersilakan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menjawab.

draft • 5:50 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Terima kasih Dato' Pengerusi. Terdapat dua Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan soalan berkaitan dengan isu MITRA. Satu adalah Yang Berhormat Sungai Siput dan kedua adalah Yang Berhormat Kuala Krai yang kedua-dua ada di dalam Dewan.

Soalan nombor satu adalah berkaitan dengan inisiatif-inisiatif yang sedang dilaksanakan bagi meningkatkan sosioekonomi masyarakat India dan juga hala tuju. Saya akan jawab secara sekali Dato' Pengerusi, kedua-dua soalan yang berbangkit daripada Yang Berhormat Sungai Siput dan juga Yang Berhormat Kuala Krai.

Kalau kita lihat dari tahun 2023 punya inisiatif, lebih daripada 216 program telah dilaksanakan di bawah MITRA, diperuntukkan RM100 juta. Antaranya adalah program dialisis, program IPTA IPTS, program tadika, program inisiatif di mana ada inisiatif khas untuk melatih pengendali dron, EV technician, aircraft technician dan pelbagai lagi, tetapi untuk menumpukan fokus lebih pada tahun 2024, sehingga kini MITRA telah meluluskan sebanyak 14 inisiatif bernilai RM99.985 juta. Inisiatif-inisiatif ini merangkumi aspek ekonomi, kerjaya, pendidikan, kebajikan dan sosial.

Antara inisiatif yang telah dan sedang dalam pelaksanaan adalah seperti program Malaysian Indians Skills Initiative (MISI) yang bernilai RM10 juta, Program Subsidi Pendidikan Awal Tadika Swasta bernilai RM9.38 juta, Program Bantuan Awal Kemasukan IPTA MITRA bernilai RM25 juta dan Program Bantuan Subsidi Dialisis MITRA RM7.9 juta.

MITRA telah menjadi tonggak utama dalam usaha kerajaan untuk memperkasakan masyarakat India dengan fokus utama kepada pendidikan peluang ekonomi kebajikan sosial dan juga kesihatan. Juga untuk meningkatkan akses kepada Latihan Teknikal dan Vokasional

(TVET), kursus-kursus yang dapat memberi peluang pekerjaan yang lebih luas kepada masyarakat India juga sedang dikendalikan dan disediakan.

MITRA akan juga memfokuskan kepada program-program pembangunan usahawan serta sokongan dalam meningkatkan penglibatan masyarakat India dalam sektor perniagaan dan perdagangan. Di samping itu, sokongan kepada ekonomi GIG dalam kalangan belia India juga akan diberikan penekanan.

Peningkatan kualiti hidup masyarakat India juga perlu ditangani melalui pengukuhan sistem kebajikan sosial. MITRA akan memainkan peranan utama dalam merangka program dapat menurunkan kadar kemiskinan dalam kalangan komuniti India.

Soalan kedua Dato' Pengerusi adalah daripada Yang Berhormat Sungai Siput berkaitan dengan pertimbangan untuk meningkatkan dana MITRA kepada RM15 juta bagi tahun 2025 bagi peningkatan pemilikan ekuiti dalam kalangan masyarakat India.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam belanjawan, peruntukan kepada masyarakat India merangkumi banyak peruntukan. Antaranya MITRA sebanyak RM100 juta dan juga RM30 juta di bawah SPUMI bagi pembangunan usahawan masyarakat India, tetapi kerajaan melalui kementerian-kementerian lain turut telah memainkan peranan dengan memberikan pelbagai bantuan kepada masyarakat India.

draft • 5:55 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Contohnya seperti inisiatif-inisiatif di bawah KUSKOP, Program Prosperity Empowerment and A New Normal (PENN) RM50 juta disediakan di bawah Amanah Ikhtiar, Program Pembiayaan Bank Rakyat Indian Entrepreneur Financing-i (BRIEF-i) berjumlah RM50 juta, Program Business Accelerator untuk syarikat milikan India bersaiz kecil (I-BAP) berjumlah RM6 juta, program SPUMI Goes Big RM30 juta. Kesemua inisiatif melibatkan penambahan dana biayaan yang telah mencecah RM136 juta, Dato' Pengerusi.

draft • 5:55 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Para usahawan masyarakat India digalakkan untuk merebut peluang-peluang ini untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga mereka dan masyarakat India di negara ini, tetapi saya ambil cadangan daripada Yang Berhormat. Saya menyambut baik peningkatan dana MITRA. Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, ia adalah dalam penelitian dan sedang dipertimbangkan, Yang Berhormat.

Untuk soalan berkaitan dengan TEKUN dan Skim Pembiayaan SPUMI, saya akan jawab masa penggulungan di bawah KUSKOP, Yang Berhormat.

Untuk soalan yang dibangkitkan berkaitan masyarakat India apa yang telah diperuntukkan yang dia dapat daripada Yang Berhormat dari Kuala Krai, actually ada pembetulan sedikit, Yang Berhormat. Kuala Krai merupakan tempat kedua terbesar di Kelantan di mana penduduk dia India ramai. Nombor satu adalah Kota Bharu, 1,390 orang.

Tempat Yang Berhormat, 848- masyarakat India.

Setakat ini, ada dua program yang dijalankan bagi tahun sebelum 2024 iaitu program vending machine bernilai RM184 ribu dan juga untuk pengajaran servis aircond, RM106 ribu, tetapi kita kena tentukan satu Yang Berhormat, bahawa program-program ini tidak mengikut negeri. Jadi, kalau kita buka portal laman MITRA, dia akan ada program-program yang sedia ada. Jadi kalau boleh minta juga bantuan daripada Yang Berhormat untuk memastikan program-program tersebut dipromosikan di kawasan Yang Berhormat.

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

[Bangun]

draft • 6:00 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Juga untuk dilihat IPTA dengan IPTS ada pemohon juga dari Kuala Krai dan seluruh dari Kelantan. Program tadika pun- salah satu sekolah Tamil, satu-satunya di negeri Kelantan adalah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Pasir Gajah di Parlimen Yang Berhormat juga kita telah beri bantuan komputer riba dan juga kita telah beri bantuan untuk tadika bagi mereka.

Juga untuk mengambil satu pandangan yang lebih baik, saya ingat program-program yang sebelum ini pun sudah dipaparkan di dalam laman web MITRA untuk pengetahuan Yang Berhormat. Jadi, kalau untuk yang akan datang punya program pun, buat masa ini, program- program tersebut telah pun dipamerkan dan boleh dipohon daripada mana-mana masyarakat India di negara kita.

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Boleh saya tanya sedikit?

draft • 6:00 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Okey, boleh.

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Pengerusi.

Tadi Yang Berhormat sebut berkaitan dengan bantuan mesin vending tadi. Adakah Yang

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Berhormat sedar bahawasanya mesin ini tidak dapat dimanfaatkan sebaiknya? Itu perlu Yang Berhormat teliti balik kerana saya difahamkan, ada mesin yang diterima ini tidak dapat diletakkan di tempat-tempat yang strategik. Contohnya nak letak di hospital, tidak dapat kebenaran. Nak letak di sekolah, perlu kepada kebenaran daripada pihak PIBG. Mungkin Yang Berhormat boleh bincang dengan Yang Berhormat sebelah itu. Bincang dengan dia macam mana nak letak. Jadi, ini antara isulah.

Saya bangkitkan ini kerana biasanya kita dengar isu MITRA ini hanya dalam perbahasan di Parlimen dan tidak ada rahsia oleh masyarakat India di Kelantan. Tadi Yang Berhormat pun sebut supaya kita Ahli-ahli Parlimen ini menyokong. Memang kita menyokong, tetapi kita tidak tahu dan tidak digunakan khidmat kita untuk menyampaikan program- program seumpama ini.

Ketiga ialah berkaitan dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) tadi. Itulah satu-satunya sekolah di Kelantan, SJKT dan muridnya tak ramai. 30 lebih sahaja. Saya pernah masuk dahulu semasa berada dalam kerajaan, dibenarkan masuk oleh KPM, tetapi sekarang ini tak boleh masuk dan saya bagi bantuan dan juga perlu kepada perhatian daripada pihak MITRA kerana ini satu-satunya sekolah.

Saya pernah cadangkan supaya ada inisiatif daripada pihak kementerian ataupun mana-mana pihak yang berkaitan dengan masyarakat India ini supaya sekolah ini dapat dipenuhkan dengan murid. Ada bangunan empat tingkat, Yang Berhormat, tetapi muridnya 30 lebih dan guru ada lebih kurang enam orang sahaja. Jadi kalaulah Yang Berhormat boleh bantu kerana pihak PIBG terpaksa ambil pelajar daripada rata-rata dengan sewa kenderaan sendiri, van sendiri, sewa sendiri dan kalau boleh bantu PIBG untuk –

draft • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Kuala Krai...

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Ya. Untuk membantu SJKT ini supaya dapat digunakan, dimanfaatkan sebaiknya.

draft • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Jangan tersasar keluar daripada Peraturan 66.

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ya, Peraturan 66 itu jelas.

Kalau nak buka cerita baharu, tak habis nanti.

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Okey. Terima kasih, terima kasih. Itu sahaja Yang Berhormat.

draft • 6:00 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Saya jawab Yang Berhormat berkaitan dengan vending machine, tetapi bagi yang sekolah, saya akan bagi jawapan bertulis sebab tadi tidak dibangkitkan, tetapi bagi program vending machine, program ini dibuka dan mereka telah diberikan latihan.

Program vending machine ini khususnya untuk mereka mengendalikan business vending machine tersebut, tetapi sekiranya nak dimasukkan pada mana-mana bangunan

draft • 6:00 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

ataupun di mana-mana kawasan, contohnya kalau dimasukkan di dalam SJKT ataupun sekolah-sekolah, perlulah mendapat kebenaran pengguna dan juga penjaga premis masing- masing, tetapi saya ambil baik cadangan Yang Berhormat dan kita akan lepas ini meneliti bagaimana kita boleh membantu mereka untuk juga tempat yang disediakan untuk mereka berniaga sekali. Terima kasih.

draft • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ingin saya ingatkan Peraturan 66. Benda-benda baharu itu tidak perlu dikeluarkan ya.

Baik, masalahnya sekarang bahawa wang sejumlah RM7,006,874,800 untuk Kepala B.1 sehingga B.9 dan B.40 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2025 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.1 sehingga B.9 dan B.40 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Berikutan ini, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.6 dan P.7 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2025 diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.6 dan P.7 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

draft • 6:00 PM
Kepala B.10, B.11 dan B.12 [Jadual] – Kepala P.10 dan P.70 [Anggaran Pembangunan 2025] –

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Seterusnya, Kepala Bekalan B.10, B.11 dan B.12 dan Kepala Pembangunan P.10 dan P.70 di bawah Kementerian Kewangan terbuka untuk dibahaskan.

Yang Berhormat-Yang Berhormat, terdapat 19 orang Yang Berhormat yang akan berbahas. Senarainya adalah seperti berikut. Pembuka tirai Yang Berhormat Bagan, diikuti Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Miri, Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Pekan, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Putrajaya, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Bakri dan yang terakhir, Yang Berhormat Paya Besar.

Dengan ini, saya mempersilakan Yang Berhormat Bagan untuk berbahas.

draft • 6:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang yang diberikan.

draft • 6:09 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya rujuk kepada Maksud Bekalan 010000 – Pengurusan. Juga Butiran 020000 – Strategi Fiskal khususnya Butiran 020100 – Fiskal dan Ekonomi, Butiran 020200 – Cukai dan 020300 – Belanjawan Negara.

Tuan Pengerusi, saya ingin mengesyorkan agar had pendapatan isi rumah T15 ditetapkan dalam lingkungan pendapatan kasar sebanyak RM20 ribu sebulan ataupun pendapatan hasil bersih RM15 ribu sebulan untuk menikmati subsidi bersasar RON95. Saya memang bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk menggunakan pendapatan bersih, tetapi demi rujukan mudah difahami, saya hendak gunakan pendapatan kasar untuk tekankan mengapa lingkungan pendapatan kasar kurang daripada RM20 ribu sebulan kurang memuaskan.

draft • 6:09 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Pendapatan kasar RM20,000 sebulan bukanlah terlalu besar. Tolong bayangkan mahasiswa yang baharu berkhidmat dengan kerajaan dalam Gred 9 akan mendapat minimum RM2,250 dan maksimum RM11,110 sebulan dalam Skim Saraan Baharu. Sekiranya suami isteri adalah dalam Gred 9, maka mereka bersama akan memperoleh pendapatan kasar RM22,220 sebulan iaitu lebih daripada RM20,000 sebulan. Oleh itu, harap kita tetapkan dalam lingkungan pendapatan kasar RM20,000 sebulan.

Saya juga ingin mengulangi permintaan agar Kementerian Kewangan mendedahkan jumlah kuantum setiap tambahan cukai yang dicadangkan kali ini. Contohnya, berapakah jumlah yang boleh diperoleh daripada pengenalan cukai pendapatan dividen sebanyak dua peratus untuk pendapatan dividen yang melebihi RM100,000 untuk individu?

Saya merayu agar cukai dua peratus ini harus dikenakan ke atas pendapatan dividen individu daripada syarikat Bursa Malaysia sahaja dan bukanlah untuk semua syarikat di Malaysia termasuk yang tidak disenaraikan dalam Bursa Malaysia. Kalau untuk semua, saya rasa impaknya agak besar khususnya syarikat-syarikat persendirian. Saya meminta bahawa dua peratus pendapatan dividen cukai ini tidak dikenakan ke atas syarikat-syarikat persendirian.

Pada masa yang sama, saya juga ingin meminta bahawa yuran pendidikan yang sekarang boleh menerima manfaat potongan cukai sebanyak RM7,000 juga dilanjutkan kepada ibu bapa yang membayar yuran tuisyen untuk anak-anak mereka. Jangan hanya untuk pendidikan tinggi sahaja. Juga harus merangkumi tuisyen untuk anak-anak mereka.

Sekarang seperti yang dimaklumkan oleh semua, ramai ibu bapa yang membayar yuran tuisyen untuk membantu anak-anak mereka dalam sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Ini saya harap harus memanfaatkan mereka supaya yuran tuisyen sebanyak RM7,000 setahun boleh dinikmati oleh mereka.

E-Invoicing. Saya telah menerima banyak aduan daripada peniaga-peniaga kecil bahawa mereka kena patuhi e-Invoicing sekiranya hasil perniagaan setahun melebihi RM150,000 ataupun pendapatan kasar RM12,500 sebulan. Kebanyakan perniagaan akan menerima hasil melebihi RM12,500 sebulan yang mewajibkan hampir semua perniagaan untuk mematuhi keperluan e-Invoicing. Peniaga-peniaga kecil bimbang tentang tambahan

draft • 6:10 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

kos kerana mereka perlu membelanjakan wang untuk menggaji pekerja tambahan dan sebagainya untuk mematuhi syarat-syarat e-Invoicing ini.

Oleh itu, saya meminta agar jumlah julat atau nilai ambang, threshold hasil perniagaan ini boleh dinaikkan daripada RM150,000 kepada RM500,000 setahun sama seperti keperluan SST supaya kita membantu peniaga-peniaga kecil dan mereka tidak harus dibebankan dengan kos-kos tambahan.

Tuan Pengerusi, saya di sini juga ingin meminta tentang KWSP harap bahawa pekerja asing sumbangan tidak dikenakan ke atas majikan. Kalau dikenakan harus di zero- rated ataupun nominal dan hanya untuk pekerja-pekerja asing yang baharu sahaja. Tentu ada pandangan yang menyatakan sekiranya kita tidak kenakan sumbangan KWSP, maka ia boleh melanggar peraturan-peraturan International Labour Organisation, tetapi mengapa Singapura boleh dibenarkan untuk memasukkan keperluan CPF? Ia sama dengan KWSP di sini untuk pekerja-pekerja asing di Singapura. Sekarang yang kerja di Singapura tidak perlu bayar sumbangan CPF. Kalau Singapura boleh buat, saya rasa tidak ada masalah untuk Malaysia kerana tidak melanggar peraturan-peraturan ILO.

Oleh itu untuk mengurangkan kos kepada majikan, gaji minimum pun sudah naik.

Tambah lagi dengan sumbangan KWSP, ini amat membebankan mereka. Saya harap kalau perlu sumbangan hanya daripada pekerja tidak ada masalah. Pekerja asing tidak ada masalah. Janganlah kepada majikan. Kalau perlu untuk majikan, hanya untuk pekerja baharu dan hanya secara nominal. Kalau yang paling baik ialah zero-rated.

Akhirnya, tentang mengurangkan cukai untuk IKS. Saya sekali lagi pohon kalau bukan belanjawan kali ini, sekurang-kurangnya untuk tahun depan, Belanjawan 2026 iaitu membolehkan IKS menikmati penjimatan percukaian sekurang-kurangnya RM10,000 untuk setahun dengan menaikkan nilai ambang percukaian supaya daripada kadar untuk keuntungan RM150,000 yang pertama dikenakan 15 peratus cukai. Sekarang harus ditambah kepada RM300,000. Kadar 17 peratus untuk keuntungan seterusnya haruslah dinaikkan sebanyak RM300,000 iaitu kepada RM700,000. Ini saya rasa akan membolehkan IKS dapat menjimatkan percukaian sebanyak RM10,000 untuk satu tahun. Sekian, terima kasih.

draft • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Bachok.

draft • 6:10 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberikan laluan pada Bachok.

Terus kepada Butiran 020100 – Fiskal dan Ekonomi. Mohon maklum balas Yang Berhormat Menteri terhadap tuntutan permintaan Kemaman dan Bachok dalam perbahasan Peringkat Dasar tempoh hari iaitu tuntutan kami di Terengganu dan Kelantan berkenaan dengan wang royalti petroleum, bayaran tunai petroleum yang dipulangkan atau dibayar terus kepada akaun negeri. Seperti mana yang diamalkan sejak sekian lama, bukannya diserahkan

draft • 6:16 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

oleh PETRONAS kepada MOF dan MOF baharulah serahkan kepada negeri. Ketelusan bayaran tunai ini amat penting kerana Bachok khuatir kalau MOF terlebih bayar, kami terambil hak negeri lain, tetapi kalau MOF terkurang bayar kepada kami, bimbang negeri lain terambil hak yang milik kami.

Seterusnya Tuan Pengerusi, masih butiran yang sama 020100 – Fiskal dan Ekonomi.

Juga mohon maklum balas terhadap syor Kemaman dan Bachok sebelum ini berkenaan amalan federalisme fiskal yang adil dan seimbang. Apakah langkah yang diambil untuk menambah baik fungsi dan perjalanan majlis kewangan negara supaya ia menjadi forum dan ruang untuk negeri-negeri terus berkembang maju secara saksama? Di samping cadangan untuk diwujudkan satu mekanisme seumpama independent grant council, dengan izin, supaya pemberian geran kepada negeri-negeri ini diberikan secara bebas, lebih berobjektif dan tidak dipengaruhi oleh sentimen politik kepartian yang akhirnya rakyatlah yang akan menjadi mangsanya.

Tuan Pengerusi, saya beralih kepada Butiran 020500 – Subsidi dan Bayaran Tunai RM34 bilion. Bachok mohon maklum balas MOF berhubung kenyataan Menteri Ekonomi tempoh hari yang turut disokong oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan bahawa projek rintis telah pun dilaksanakan antara tahun 2022 dan 2023 melibatkan penggunaan kad pengenalan dan juga e-Dompet di stesen minyak terpilih. Mohon Yang Berhormat Menteri menyatakan jumlahnya sahaja. Kami hanya mahu tahu jumlahnya sahaja. Jumlah stesen yang terlibat mengikut negeri termasuk kalau boleh di Sabah dan Sarawak dan juga jumlah pemegang kad pengenalan yang terlibat mengikut kategori T15 dan juga yang bukan T15.

Terakhir Tuan Pengerusi, Butiran 010100 – Pengurusan Am, emolumen. Sekadar mohon pengesahanlah daripada Yang Berhormat Menteri bahawa Yang Amat Berhormat Tambun, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan- saya kira Yang Berhormat Menteri pun boleh jangka soalan ini, tidak mengambil sebarang gaji dan elaun di bawah peruntukan emolumen MOF.

Selain itu, saya mengulangilah syor bahawa sudah tiba masanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak lagi memegang portfolio Menteri Kewangan supaya urusan kewangan dan perbendaharaan negara dikendalikan oleh seorang teknokrat yang profesional secara sepenuh masa, tegas dan penuh integriti.

draft • 6:16 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Jadi Tuan Pengerusi, memang saya sengaja ringkas untuk petang ini. Di kesempatan ini, izinkan Bachok untuk turut merakamkan ucapan takziah di Dewan yang mulia ini atas pemergian Allahyarham Tuan Daim Zainuddin, Mantan Menteri Kewangan Malaysia.

Pastinya jasa bakti beliau amatlah besar terhadap pembangunan negara dan juga anak bangsa. Semoga semuanya dikira sebagai amal soleh di sisi Allah Subhanallah Wa Ta'ala.

Terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Saya mempersilakan berikutnya, Yang Berhormat Ayer Hitam

draft • 6:20 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Terima kasih Dato’ Pengerusi.

Pertama, saya ingin terus ke Butiran 10000 – Emolumen, 020000 - Strategi Fiskal dan 020200 – Cukai, di bawah Anggaran Perbelanjaan Mengurus Perbendaharaan B.10. Belanjawan 2024 terdahulu memperlihatkan kenaikan kadar SST dari enam peratus kepada lapan peratus dan perluasan skop SST, termasuk sektor logistik bermula Mac 2024. Ini menjana hasil tambahan RM3.45 bilion untuk tempoh 10 bulan atau RM4.14 bilion bagi tempoh 12 bulan. Manakala Belanjawan 2025 kali ini pula, penggunaan ayat perluasan yang dipanggil penambahbaikan di mana skop- perluasan skop SST bermula Mei 2025 dan dikatakan akan menjana RM5 bilion untuk lapan bulan.

Bermaksud, kalau satu tahun ialah RM7.5 bilion, kalaunya dilanjutkan pada tahun 2026 untuk tempoh 12 bulan. Ini menunjukkan kadar kenaikan 81.2 peratus daripada segi keluasan skop berbanding dengan Belanjawan 2024. Jadi, apakah yang ditambah baik?

Semasa Menteri menggulung semalam, saya mendengar bahawa skop cukai perkhidmatan akan diperluaskan meliputi perkhidmatan komersial dan perniagaan iaitu B2B. Yang pada masa ini tak dikenakan. Kemudian, kata MK II, perluasan SST juga lebih progresif kerana dia akan mengambil kira kemampuan ekonomi rakyat.

Saya faham apa yang Yang Berhormat maksudkan, tetapi secara logiknya Yang Berhormat Menteri, bila hasil cukai SST bertambah daripada segi skop 81.2 percent, kalau banding dengan RM3.45 bilion untuk 10 bulan dan RM5 bilion untuk lapan bulan dan kalau ditarik untuk tempoh 12 perbandingannya adalah 81.2 peratus. Maka, saya berharap Menteri Kewangan dapat senaraikan apa skop itu yang dikatakan perlu dikenakan cukai atau penambahbaikan. Kerana saya takut nanti rakyat seperti tahun ini juga apabila kita mula dengan 1 Mac, kelam kabut. Barang naik dengan harga yang agak tinggi.

Jadi, kita kena mengekang perkara ini, maka saya minta supaya perkara ini dapat diumumkan kepada masyarakat umum. Perluasan skop SST juga ke atas B2B pada waktu ini tak dikenakan cukai. Risiko besar untuk lagi untuk menaikkan harga barang itu adalah kekhuatiran saya.

Jadi, saya nak bertanyalah kerana di bawah GST, perniagaan B2B ini dia walaupun dikenakan cukai, tetapi dia boleh di-refund ataupun mereka boleh tuntut balik, tetapi untuk SST, dia tidak boleh tuntut balik. Akhirnya, yang menanggung kenaikan ini adalah pengguna.

Kemudian saya terus kepada satu lagi perkara. Saya minta supaya perluasan skop itu dimaklumkan apa yang dimaksudkan dengan ‘bukan keperluan asas’. Perluasan dia macam mana? Tahun ini kita masuk logistik. Tahun depan macam mana? Inilah menjadi kekhuatiran sekiranya tidak didedahkan. Last minute baharu kita nak umumkan. Saya takut masyarakat kita akan jadi kelam kabut.

Kedua, isu kedua ialah cukai GST perniagaan yang faham kalau kita tengok balik sistem pencukaian GST. Perniagaan yang mendapat pendapatan minimum RM500 ribu akan diwajibkan mendaftar secara sah, tetapi di bawah SST ini, e-invoicing pula dilaksanakan sepenuhnya pada pertengahan tahun 2025. Soalan saya atau rayuan saya, boleh tak MoF

draft • 6:20 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

mempertimbangkan pengecualian pematuhan e-invoicing bagi pendapatan perniagaan di bawah RM500 ribu. Kerana ini adalah satu desakan, rayuan daripada orang bawah. Kalau dulu zaman GST boleh, kenapakah tidak boleh untuk e-invoicing ini? Saya ingat Yang Berhormat Bagan tadi pun sebut, betul. Ini antara rungutan di bawah supaya kita lihat daripada segi kos dah naik, gaji minimum naik, kemudian KWSP kena carum 13 peratus. Ini akan menjadi satu perkara yang agak berat.

Seperkara lagi saya nak bertanya. Mengikut pengiraan APM, kerajaan mengutip cukai diesel dan juga RON97 mulai 10 Jun 2024 seperti yang diumumkan oleh Yang Berhormat. Kalau kita ikut formula itu, kerajaan sepatutnya kalau harga hari ini ialah RM2.71, tetapi harga runcit ialah RM2.95. Saya nak bertanya pendirian kerajaan. Kalau dulu kita kata, “you okey, tak subsidi”, tapi dalam kes ini, ada lebihan, surplus. Adakah ia dianggap sebagai pendapatan ataupun satu jenis cukai ataupun bagaimana ia digunakan? Setakat ini sejak 10 Jun, berapa yang telah dikutip melalui penjualan RON97 dan juga daripada diesel?

Saya rasa ini satu perkara pokok yang perlu pendirian daripada kerajaan. Saya juga mengesyorkan, saya konsisten dalam soal ini fasal KWSP. Saya juga salah seorang mangsa.

CPF saya dibatalkan di Singapura. Saya bekerja di NTU sebelum ini. Tahun ini dia terus tutup akaun saya. Sebab Singapore tidak mahu lagi- selagi kamu bukan warga negara, bukan PR, tak payah mencarum. Dia tak melanggar peraturan antarabangsa.

Singapura dah mula dengan tahun 90-an. Kenapakah tidak di Malaysia? Kita perlu ikut jejak ini. Kekhuatiran saya bila kita wajibkan warga asing untuk mencarum, apakah yang berlaku? Selepas ini, kita tak boleh jaga ahli KWSP warga negara Malaysia. Dulu kita kata plus, kita bagi kelebihan kepada rakyat Malaysia ahli KSWP. Bila masuk- 3 juta masuk, dia juga pencarum. Bagaimanakah kita nak memberi advantage? Itu yang berlaku di Singapura.

Dividen dia kalau tinggi, dia mahu jaga rakyat dia. Sebab itu kami- semua dihalau. Ditutup akaun. Jadi, saya minta perkara ini dapat diteliti oleh kerajaan kerana ini juga membebankan kita- semua. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.

draft • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Temerloh.

draft • 6:20 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi.

Pertama, keberkesanan dan ketelusan perbelanjaan kerajaan. Temerloh ingin menekankan kepentingan ketelusan dalam perbelanjaan kerajaan. Langkah-langkah pemantauan yang lebih ketat perlu diambil bagi mengelakkan pembaziran dan memastikan setiap sen dibelanjakan dengan bijak.

B.10 030300 - Pelaburan Strategik, hampir RM8 juta. Temerloh ingin mengetahui apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Kewangan untuk menarik pelaburan langsung asing dalam sektor-sektor strategik seperti teknologi dan inovasi?

draft • 6:27 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Bagaimanakah Kementerian Kewangan memastikan bahawa pelaburan strategik yang dilakukan oleh kerajaan memberikan peluang yang berdaya saing dan mampan dalam jangka masa panjang? Apakah inisiatif kerajaan dalam memastikan bahawa pelaburan strategik tidak hanya memberi manfaat ekonomi, tetapi juga meningkatkan kesejahteraan sosial rakyat Malaysia? Adakah terdapat sebarang perubahan dalam dasar pelaburan kerajaan yang akan memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi hijau atau pelaburan dalam teknologi mesra alam? Bagaimanakah Kementerian Kewangan mengukur impak pelaburan strategik terhadap pertumbuhan ekonomi negara dan penciptaan peluang pekerjaan?

Apakah pendekatan yang diambil untuk memastikan pelaburan strategik yang diterima memberi manfaat kepada ekonomi tempatan tanpa bergantung kepada pelaburan luar negara yang berisiko tinggi? Adakah Kementerian Kewangan mempunyai pelan jangka panjang untuk melibatkan sektor swasta dalam pelaburan infrastruktur kritikal?

Bagaimanakah pelaburan ini akan diselaraskan dengan keperluan pembangunan negara?

Kedua, sebab itulah Temerloh menyarankan agar kementerian memperkenalkan laporan tahunan yang terperinci mengenai keberkesanan setiap program yang dibiayai melalui belanjawan. Ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada rakyat tentang bagaimana dana awam digunakan. Kedua, mengurangkan kebergantungan terhadap hutang.

draft • 6:27 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Selain itu, Temerloh ingin membangkitkan keperluan untuk mengurangkan kebergantungan negara terhadap hutang. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan kebergantungan kepada hutang negara? Kita sedia maklum bahawa hutang kerajaan semakin meningkat dan, jika tidak dikawal, ia boleh memberi kesan negatif jangka panjang terhadap ekonomi negara.

Temerloh mencadangkan agar kementerian lebih giat mempromosikan program pemulihan ekonomi berasaskan pendapatan dalaman seperti mengukuhkan hasil daripada sektor pertanian, pelancongan dan pembuatan.

B.10 Butiran 020000 – Strategi Fiskal, RM1,300 juta lebih. Temerloh ingin pencerahan, bagaimanakah strategi subsidi bersasar dapat membantu menstabilkan kewangan negara dan mengurangkan beban fiskal? Apakah impak reformasi fiskal ke atas pertumbuhan ekonomi dan daya saing Malaysia di peringkat serantau?

Yang ketiga, inisiatif untuk meningkatkan pendapatan negara. B.10 Butiran 020200 – Cukai berjumlah lebih RM31 juta. Temerloh ingin penjelasan, bagaimanakah keberkesanan dasar percukaian yang saksama dalam merangsang pertumbuhan ekonomi yang mampan?

Apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh kerajaan untuk memastikan dasar ini benar- benar memberi impak positif kepada rakyat? Apakah langkah-langkah khusus yang boleh diambil oleh kerajaan untuk memastikan dasar percukaian ini mampu merangsang ekonomi secara mampan? Contohnya, melalui insentif untuk sektor kritikal atau subsidi kepada golongan berpendapatan rendah.

draft • 6:30 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Mengapa negara bercadang memberikan cukai sifar terhadap keuntungan pelaburan beberapa tahun dalam ‘family officer’ sedangkan tindakan ini bertentangan dengan polisi cukai dalam perbelanjaan dalam Belanjawan 2025 yang kononnya menghapuskan subsidi kepada golongan maha kaya?

P.10 Butiran 09000 – Pelbagai Suntikan Modal sebanyak RM7 bilion lebih bertujuan untuk mengukuhkan beberapa institusi kewangan utama negara serta menyokong pertumbuhan ekonomi. Ke manakah suntikan modal ini diperuntukkan dan berapakah pulangan yang akan diperoleh? Mohon senaraikan komponen yang terlibat.

P.10 Butiran 09200 – Projek Berimpak Tinggi dan Kesejahteraan Rakyat menelan belanja RM100 juta. Temerloh ingin penjelasan tentang projek ini. Apakah objektif utama projek ini? Bagaimanakah ia menyumbang kepada matlamat keseluruhan belanjawan?

Bagaimanakah projek ini akan memberi impak kepada ekonomi negara dan masyarakat?

Apakah hasil utama yang disasarkan? Apakah justifikasi bagi kos RM100 juta untuk projek ini? Bagaimanakah anggaran perbelanjaan yang dirancang? Bagaimana projek ini dapat memanfaatkan sektor tertentu seperti sektor awam, sektor swasta dan ekonomi tempatan?

Apakah kesan langsung dan jangka panjang projek ini terhadap pengurangan kadar pengangguran atau penciptaan peluang pekerjaan? Apakah kriteria atau penanda aras yang akan digunakan untuk menilai kejayaan projek ini?

B.11 Butiran 021400 – Pemberian Kemudahan Projek Khas. Temerloh ingin mengetahui, apakah tujuan utama pemberian kemudahan projek melibatkan peruntukan lebih RM6 bilion? Sektor manakah yang akan menerima manfaat terbesar daripada pemberian kemudahan ini? Apakah kriteria yang digunakan untuk memilih projek khas yang layak menerima dana? Bagaimanakah projek khas ini dapat memberi kesan positif kepada ekonomi negara dalam jangka masa panjang?

Akhirnya, sebagai penutup, Temerloh berharap Kementerian Kewangan akan terus memainkan peranan proaktif dalam mengurus kewangan negara secara berhemah dan memastikan setiap peruntukan yang diluluskan memberikan impak yang terbaik kepada rakyat.

Temerloh ingin bertanya, ke mana peruntukan kewangan RM3 hingga RM4 juta setiap Ahli Parlimen Perikatan Nasional...

draft • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 6:30 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

...Selama lebih dua tahun yang tidak diberi oleh Kerajaan MADANI kepada Ahli Parlimen Perikatan Nasional? Sekian, terima kasih.

draft • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Temerloh. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Miri.

draft • 6:30 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Maksud Bekalan 11 – Perkhidmatan Am Perbendaharaan, Butiran 020500 – Subsidi dan Bantuan Tunai, dan Butiran 020600 – Inisiatif Kos Sara Hidup.

Kita- semua sedia maklum bahawa sistem kesihatan di sektor awam telah terbeban dan sesak. Cabaran ini turut dinyatakan dalam satu Kertas Putih yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia tahun lepas.

Bagi menampung keperluan terhadap perkhidmatan kesihatan, sistem kesihatan swasta telah wujud di negara kita. Sesungguhnya, sistem kesihatan swasta memainkan dua peranan yang sangat penting. Selain memberi rawatan dan menjaga kesihatan rakyat kita, ia juga menyumbang kepada pengurangan kesesakan dan bilangan pesakit di sistem kesihatan di sektor awam.

Namun, kos rawatan yang tinggi di sistem kesihatan awam telah menghalang kebanyakan rakyat di negara kita secara umumnya untuk mendapat perkhidmatan di sistem kesihatan swasta. Bagi menjadikannya lebih mampu dimiliki, maka sistem perubatan insurans yang dikendalikan oleh syarikat perubatan insurans swasta telah diperkenalkan.

Di bawah skim sistem perubatan insurans ini, para pengguna perkhidmatan insurans hanya perlu membayar satu premium secara bulanan pada kadar tertentu untuk menikmati perlindungan tersebut di mana boleh mendapat perkhidmatan di sistem kesihatan swasta tanpa bayaran ataupun bayaran minimum.

Walau bagaimanapun, kini wujudlah cabaran baharu yang kita sedang hadapi dan sememangnya saya telah menerima banyak aduan daripada rakyat berkenaan premium perubatan insurans swasta yang telah melonjak tinggi. Tiga kes yang saya terima sebagai contoh.

Kes pertama, seorang pengadu pada usia 57 tahun telah mengalami kenaikan premium insurans dari RM2,300 tahun lepas kepada RM3,400 tahun ini. Kes kedua, pengguna berusia 61 tahun dengan mengalami kenaikan premium insurans dari RM225 sebulan kepada RM1,020 sebulan, lima kali- ganda. Kes ketiga, usia 65 tahun, kenaikan dari RM3,300 setahun kepada hampir RM12,000 setahun.

Saya faham, daripada segi komersial, kenaikan premium syarikat insurans ini adalah perlu untuk menampung kenaikan kos perubatan di sistem kesihatan swasta dan apabila juga tuntutan daripada pengguna perkhidmatan insurans semakin meningkat. Namun, amatlah sedih apabila bagi pengguna-pengguna yang saya katakan tadi, mereka telah membeli perlindungan insurans ini selama sepanjang hayat, tetapi pada saat yang mereka paling memerlukannya pada usia lanjut terpaksa melepaskannya kerana tidak mampu untuk memiliki lagi.

Apabila kadar premium insurans perubatan ini telah naik kepada satu tahap yang tidak mampu dimiliki lagi, seharusnya kerajaan perlu melaksanakan dasar intervensi dan campur tangan. Sekiranya perubatan insurans ini tidak lagi mampu milik bagi kebanyakan rakyat khususnya golongan M40 dan hanya T20 yang mampu untuk akses kepada perubatan

draft • 6:34 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

swasta ini, ia akan membawa ancaman kepada sistem kesihatan di negara kita...

[Tepuk] Di mana, golongan M40 yang selama ini menggunakan perkhidmatan perubatan di hospital dan klinik swasta terpaksa beralih kepada hospital dan klinik awam sepenuhnya...

[Tepuk] Dan ini akan menyebabkan bilangan pesakit dan kesesakan lagi di hospital kerajaan.

Oleh itu, saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Kewangan supaya boleh wujudkan sistem perubatan insurans awam yang bukan bermotifkan keuntungan atau mewujudkan kerjasama dengan syarikat insurans swasta untuk menawarkan perlindungan insurans yang paling affordable, dengan izin, seperti i-Lindung di bawah KWSP yang sedang diperkatakan sekarang, cuma perlu diperkasakan lagi.

draft • 6:34 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Akhir sekali, memberikan subsidi kepada premium perlindungan insurans ini supaya ia dapat menjadikan lebih banyak affordable. Sememangnya banyak negara sedang mempraktikkan di mana kerajaan akan memberi subsidi supaya lebih banyak rakyat mereka mampu untuk memiliki perlindungan insurans perubatan. Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

draft • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Miri. Saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Terengganu.

draft • 6:40 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Pengerusi, saya terus kepada perkara pertama Butiran 020100 – Fiskal dan Ekonomi. Kita sedia maklum Belanjawan 2025 adalah tertinggi yang pernah diumumkan iaitu RM421 bilion, merangkumi sekitar 20.1 peratus daripada KDNK dengan RM335 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus manakala RM86 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Daripada jumlah ini, hampir 80 peratus adalah operations expenditure jika dibandingkan perbelanjaan mengurus (OE) dengan jumlah hasil kerajaan RM339.7 bilion, hampir mencecah 98.6 peratus. Soalan saya, sejauh manakah dasar dan strategi yang dilaksanakan dan dirancang kerajaan berupaya meningkatkan hasil negara di dalam keadaan ekonomi yang kelihatannya tidak menentu sekarang? Serta apakah perancangan jangka pendek dan sederhana untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi?

Perbelanjaan aset untuk fiskal dan ekonomi juga diperuntukkan sebanyak RM703,000 berbanding kosong sebelum ini dalam butiran ini. Justeru itu, sebelum ini tak ada.

Ada RM703,000 ini. Kalau boleh saya mana tahu apa dia RM703,000 ini? Seterusnya, Butiran 020300 – Belanjawan Negara. Jika dilihat pada fungsinya adalah untuk memastikan pengagihan dan penggunaan sumber kewangan kerajaan dilaksanakan secara cekap dan berkesan dan juga menguruskan pemberian kepada negeri-negeri selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, keputusan Jemaah Menteri dan Majlis Kewangan Negara.

Peruntukan yang adil dan saksama adalah penting untuk mengurangkan ketidakseimbangan fiskal antara negeri-negeri. Kerajaan Persekutuan hendaklah

draft • 6:40 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

menyalurkan peruntukan secara adil untuk memastikan negeri-negeri yang kurang berkemampuan menerima peruntukan yang mencukupi daripada Persekutuan tanpa mengira perbezaan parti politik. Persoalannya, adakah usaha kerajaan untuk mengurangkan ketidakseimbangan fiskal dan bagaimana Kerajaan Persekutuan memastikan elemen ketelusan untuk setiap pembahagian dana yang adil antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri?

Pada masa yang sama, Majlis Kewangan Negara perlu melaksanakan fungsinya dengan penuh adil untuk pembahagian peruntukan kewangan kepada negeri-negeri.

Seterusnya, saya ke Butiran 050200 – Pengurusan Wang Tak Dituntut. Apakah justifikasi kenaikan 57 kali ganda perbelanjaan aset kepada RM2.5 juta untuk tahun 2025 berbanding hanya RM44,000 untuk tahun 2024?

Merujuk kepada jawapan Timbalan Menteri pada Mac yang lalu, setakat 29 Februari 2024, baki wang tak dituntut adalah sebanyak RM11.64 bilion yang sedang diuruskan oleh Jabatan Akauntan Negara. Soalan saya, berapakah jumlah terkini wang tidak dituntut ini setakat Oktober 2024?

Jika dilihat jumlah angka tidak banyak berubah berbanding tahun yang lalu, dengan segala inisiatif yang telah diambil. Justeru itu, apakah langkah lain yang paling berkesan, yang kerajaan boleh laksanakan bagi mempertingkatkan kesedaran sekali gus menggalakkan tuntutan terhadap wang tak dituntut ini selain daripada penggunaan sistem eGUMIS yang ada sekarang?

Seterusnya, sejauh manakah pindaan Akta Wang Tak Dituntut (Pindaan) 2024 dapat membantu meningkatkan kecekapan dan memperkukuhkan tadbir urus wang tak dituntut?

Selain itu, saya ingin menyentuh tentang Butiran P.10, 09200 – Projek Berimpak Tinggi dan Kesejahteraan Rakyat. Sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi tahun 2025.

Saya mohon agar Menteri memperincikan jenis projek yang dikategorikan sebagai berimpak tinggi ini dan bagaimana projek-projek ini memberi manfaat kepada kumpulan rentan dan meningkatkan peluang ekonomi mereka. Seterusnya apakah mekanisme pemantauan yang akan digunakan untuk memastikan peruntukan ini tidak dibazirkan malah digunakan secara berkesan? Sekian, terima kasih Dato’ Pengerusi.

draft • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Berikut, silakan Yang Berhormat Tuaran.

draft • 6:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada Tuaran untuk turut berbahas peringkat Jawatankuasa Bajet 2025. Saya mulakan bagi maksud Bekalan 11 – Perbendaharaan, Butiran 020500 – Subsidi dan Bantuan Tunai. Tuan Pengerusi, saya ingin mengucapkan tahniah pada kerajaan di atas kerajaan mengurangkan subsidi iaitu ke dalam bajet ini telah hanya pada RM34 bilion. Satu penurunan yang begitu drastik iaitu untuk tahun ini 2024, subsidi adalah pada kadar RM81 bilion dan pada tahun sebelumnya 2023, RM64 bilion ya.

draft • 6:45 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Pada tahun ini hanya tinggal 10 peratus daripada keseluruhan bajet. Jadi, tahniah dan kejayaan ini telah dibuat kerana pelaksanaan subsidi bersasar, khususnya subsidi diesel. Bagi rakan-rakan daripada Sabah, kita mengucapkan terima kasih kerana subsidi untuk diesel ini masih lagi dilaksanakan di Sabah. Cumanya barangkali dalam hal ini, penguatkuasaan perlu diperketatkan lagi supaya tidak ada ketirisan dalam pelaksanaan subsidi diesel di Sabah.

Dalam hal ini Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya pada pihak kementerian, daripada RM34 bilion ini, apakah sektor-sektor yang telah diberikan untuk ke subsidi ini? Apakah pecahannya? Sama ada daripada sektor tenaga, daripada sektor pendidikan, sektor pertanian dan sebagainya. Saya ingin tahu, Tuaran ingin tahu apakah dia punya pecahan?

Dalam hal tenaga Tuan Pengerusi, bagi kita di Sabah khususnya daripada SESB.

Kita masih mengucapkan terima kasih kerana Kerajaan Persekutuan walaupun hal bekalan elektrik ini sudah pun diperturunkan kuasa Persekutuan kepada Sabah tetapi komitmen Persekutuan masih lagi berkuat kuasa di Sabah. Dalam hal ini, pelaksanaan transformasi SESB tujuh tahun itu perlu diperkemaskan khususnya dari segi penyelarasan, pastikan agar sasaran kita setibanya tahun 2030, SESB tidak lagi bergantung kepada sesiapa.

Dalam hal ini saya nampak banyak yang perlu dipertingkatkan penyelarasan khususnya dari segi regulator nya, Suruhanjaya Tenaga Sabah, peranannya, Kerajaan Sabah dan sebagainya. Bagaimana dapat diselaraskan dengan Kementerian Perolehan Tenaga dan Transformasi Air di peringkat Persekutuan dan juga Kementerian Kewangan?

Dalam hal ini dan sepertimana yang telah dinyatakan baru-baru ini, di mana Sabah pada hujung tahun ini, kita memerlukan suntikan subsidi recovery daripada Kerajaan Persekutuan lebih kurang RM280 juta yang perlu diterima hujung tahun ini.

Kalau tidak, kita, bekalan elektrik, gangguan yang drastik akan berlaku di Sabah dan pada awal tahun hadapan lebih kurang RM280 juta juga perlu dibuat supaya aliran tunai SESB tidak berada pada negatif. Dalam hal ini, saya berharap perbincangan pelbagai pihak termasuk Kerajaan Sabah dengan Kerajaan Persekutuan dapat ditunaikan supaya kita dapat pastikan kestabilan grid dapat pertahankan.

Seterusnya, saya beralih ke Butiran 010200 dan juga Butiran 010300, Butiran 010400 iaitu Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri yang sama ada mencapai mutu minimum atau pun yang masih sub standard atau pun jalan sehala di pulau destinasi pelancongan. Dalam butiran ini, sebanyak RM6 bilion peruntukan diberikan.

draft • 6:45 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Tuaran ingin tahu, apakah ini peruntukan yang diberikan kepada kerajaan negeri khususnya yang disalurkan melalui PBT untuk menaik taraf jalan-jalan ataupun untuk menyelenggara jalan-jalan di peringkat PBT?

Tuan Pengerusi, untuk makluman kalau di Sabah, inilah masalah yang paling besar di mana jalan-jalan rakyat banyak yang tidak terselenggara dan diselenggara oleh Kementerian Kewangan daripada Sabah disalurkan di sana. Banyak rakyat — kita menerima

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

banyak aduan dan saya ingin tahu daripada RM6 bilion ini, sebenarnya berapakah daripada Sabah yang diperuntukkan?

Yang terakhir, saya ingin beralih kepada Butiran 020300 – Belanjawan Negara iaitu saya merujuk kepada bajet pembangunan untuk Sabah yang telah diperuntukkan dalam bajet ini iaitu RM6.7 bilion. Saya telah berbahas tentang perkara ini dalam peringkat dasar dan barangkali masa yang telah diberikan pada kementerian untuk menggulung tempoh hari tidak disentuh, dapat menjawab.

Beberapa pertanyaan yang kita telah tanya pada peringkat dasar iaitu pertamanya, apakah prestasi pelaksanaan semua bajet pembangunan diberikan kepada Sabah untuk tahun 2022, tahun 2023 dan juga tahun ini 2024? Berapa peratuskah yang gagal dilaksanakan dan berapa yang dapat dilaksanakan?

Sebab apabila disebut setiap kali macam RM6.7 bilion besar, tetapi berapakah nanti yang dapat dilaksanakan? Apabila dia dapat dilaksanakan pada tahun hadapan nanti, sering kali tidak disebut sama ada itu peruntukan pembangunan untuk sambungan dan sebagainya, tidak dinyatakan. Jadi nampak besar, tetapi sebenarnya yang ini adalah untuk sambungan dan pelaksanaannya begitu rendah.

Rakan-rakan juga di Dewan yang mulia ini khususnya daripada Sabah, sering mengatakan juga yang kalau ada tidak dapat dilaksanakan, masukkan dalam Tabung Amanah dan sebagainya. Tetapi, kita mengatakan bahawa memang ini adalah duit Persekutuan dan tetap berada daripada duit Persekutuan sebab ini bukan diberi kepada negeri. Persoalannya ialah bagaimanakah — apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan supaya prestasi pelaksanaan dia dapat meningkat dan tidak seperti yang sekarang ini yang gagal dilaksanakan? Jadi, itu sahaja Tuan Pengerusi. Saya mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 6:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Selanjutnya dipersilakan Yang Berhormat Dungun.

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya nak mulakan dengan salam daripada Rasulullah SAW.

[Berucap dalam bahasa Arab] “Kamu dibantu dan ditolong oleh orang-orang lemah dari kalangan kamu”. Butiran 020600 – Inisiatif Kos Sara Hidup. Kita menyelami masalah rakyat bawahan dan perkara fokus utama bila bincang tentang inisiatif kos sara hidup ini walaupun banyak, tapi saya harap tumpukan fokus kepada harga beras, sebelum seperti harga sekarang bagi lima kilogram dan 10 kilogram. Dulunya kalau dalam tangan rakyat ada RM20, beras tempatan lima kilo pada masa itu adalah paling murah RM12.50, paling mahal RM14.

Beras 10 kilo paling mahal RM26. Maknanya kalau rakyat ada duit di tangan RM20, dengan beras mahal RM14 pun masih ada baki RM6 yang boleh mereka gunakan untuk

draft • 6:52 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

membeli bahan mentah untuk dijadikan lauk-pauk untuk makan bersama dengan nasi. Tetapi hari ini dengan RM20, belum tentu mencukupi.

Oleh itu, saya harap dalam inisiatif kos sara hidup ini, fokus utama diberikan kepada masalah beras rakyat, benar-benar diberikan perhatian. Yang kedua ialah melibatkan ayam kerana anak-anak kita hari ini, remaja kita membesar dengan sumber protein daripada ayam.

Dua perkara ini mesti menjadi fokus dalam inisiatif kos sara hidup di bawah Butiran 020600.

Yang kedua, Butiran 020300 – Belanjawan Negara. Salah satu daripada fungsi belanjawan negara ini ialah mengurus pemberian kepada kerajaan negeri atau tempatan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, keputusan Jemaah Menteri dan Majlis Kewangan Negara. Kita rujuk kepada fungsi itu, maka didapati ada lima geran umum iaitu:

(i) geran mengikut bilangan penduduk (capitation grant) dengan izin;

(ii) Kumpulan Wang Rizab Negeri;

(iii) geran pembangunan;

(iv) geran dana luar jangka; dan

(v) geran lanjutan untuk kesukaran aliran tunai.

Saya ingin untuk mencadangkan agar kerajaan melakukan reformasi federalisme fiskal iaitu dengan yang pertamanya, memastikan geran-geran ini diberikan dengan lebih telus dan saksama kepada semua negeri. Yang kedua, mereformasi institusi Majlis Kewangan Negara dengan mengurangkan elemen pemusatan kuasa yang terlalu besar di pihak Persekutuan.

Yang ketiga, geran mengikut bilangan penduduk atau capitation grant yang sebenarnya juga memerlukan semakan semula memandangkan kali terakhir ia dipinda adalah pada tahun 2006, 18 tahun dahulu dan semestinya nilainya kini tidak lagi sepadan dengan peningkatan cukai dan inflasi. Saya yakin saranan semakan semula geran ini membolehkan manfaatnya akan dinikmati oleh semua negeri yang membentuk Persekutuan ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 6:52 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Rasah.

draft • 6:52 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Dato’ Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa, Kementerian Kewangan. Perkara pertama yang saya nak sebutkan adalah di bawah Butiran 060300 – Fi Agensi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Saya nampak RM2 bilion diperuntukkan sepertimana tahun sebelumnya, belanjawan sebelumnya. Saya nak tanya, ini adalah pemberian. Saya percaya berkaitan dengan urusan ataupun perbelanjaan dalaman LHDN sebagaimana yang diperlukan.

Jadi, ada tak? Saya nampak setiap tahun RM2 bilion sahaja. Maknanya, kekuatan organisasi dalam LHDN itu kekal sama dan tak ada pertambahan. Sebab kita dalam kerangka untuk mendapatkan lebih hasil. Apabila kita kata lebih hasil untuk negara, LHDN antara

draft • 6:58 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

agensi utama yang akan memainkan peranan. Jadi, saya nak tanya penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri nanti.

Berkenaan dengan satu program di bawah LHDN iaitu Program Khas Pengakuan Sukarela 2.0 yang diumumkan ketika Belanjawan 2023 yang berakhir pada 31 Mei tahun ini, jumlah kutipan daripada program ini berapa? Ada tak kerajaan ada cadangan untuk meneruskan program yang sama, program 3.0? Sebab saya masih percaya program sebegini boleh membantu kerajaan dalam meningkatkan hasil.

Butiran kedua, 020500 – Subsidi dan Bantuan Tunai. Saya nampak belanjawan yang lepas RM35.8 bilion, kali ini RM34 bilion. Ada pengurangan sedikit. Sudah semestinya ia berkaitan dengan subsidi penyasaran, subsidi untuk RON95 dan diesel walaupun STR itu meningkat.

draft • 6:58 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Jadi, boleh tak Yang Berhormat MK (II) nanti apabila menggulung nanti, memberikan pecahan bagaimanakah RM34 bilion ini akan dibahagikan ikut sektor masing-masing. Cuma, saya berharap, saya nak tegaskan, saya pernah sebut ketika di peringkat dasar, subsidi untuk mahasiswa yang belajar di IPTA tidak wajar dikurangkan, tak kira pendapatan keluarga. Itu pendapatan keluarga, ibu bapa mereka. Yang belajar itu, mahasiswa. Mahasiswa ini, kita biar adil. Kita tak mahu ada apa kata orang, ada masalah mental ataupun dari psikologi kenapa dia bayar lebih dan sebagainya. So, mohon pertimbangan dari kerajaan.

Butiran seterusnya, 020600 – Inisiatif Kos Sara Hidup. Saya nampak, tahun sebelum ini tak ada kali ini, RM700 juta. Dia jauh lebih banyak. Kalau kita bandingkan peruntukan RM300 juta untuk Inisiatif Payung Rahmah di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, itu sudah biasa, sudah berjalan dua tahun.

Jadi, bagaimana dengan RM700 juta ini? Kenapa dia tidak diletakkan? Sebab, inisiatif kos sara hidup, kenapa tidak diletakkan di bawah KPDN tetapi direct di bawah MOF dan apakah bidang ataupun sektor yang terlibat? Makanan ataupun macam mana mekanisme dia untuk urusan supaya subsidi ini sampai kepada golongan sasar dia.

Seterusnya, di bawah 040500 – Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam

(LPPSA). Saya nampak memang setiap tahun, sebanyak RM1.5 bilion diperuntukkan untuk membolehkan kakitangan awam memohon pinjaman di bawah LPPSA. Satu, harga rumah naik dan memang kerajaan berharap rakyat Malaysia boleh memiliki rumah, termasuk kakitangan awam.

Jadi dengan setiap tahun, peruntukan yang sama, apakah ia boleh membantu?

Apakah tiada keperluan untuk kita tingkatkan sedikit supaya membolehkan lebih ramai kakitangan awam boleh meminjam sebab, harga rumah lebih, pinjaman kena tambah. Jadi, saya nak tanya penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri ketika menggulung nanti.

Perkara terakhir yang saya nak sebutkan, di bawah butiran untuk KWSP. Selepas pengumuman bahawa pekerja asing dikenakan caruman, banyak suara yang berbeza daripada lapangan, daripada majikan dan sebagainya. Saya mohon cadangkan di sini bahawa pekerja asing mencarum itu, okey. Dia carum okey, dia masuk duit dia daripada

draft • 7:00 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

bahagian gaji dia dalam KWSP, saya rasa bagus untuk kita supaya KWSP dapat caruman yang lebih untuk membuat pelaburan dan sebagainya.

Tapi, kalau boleh, saya nak cadangkan supaya caruman daripada majikan iaitu syarikat tempatan ini supaya disifarkan, supaya tidak mendatangkan beban kepada majikan.

Tak kira, daripada majikan, daripada SME dan sebagainya sebab saya rasa, ini sangat mustahak. Kita kena jaga rakyat Malaysia.

Jadi, saya mohon pertimbangan daripada kerajaan sebab hari itu, Yang Berhormat MK (II) ada sebut bahawa belum ada yang confirm, akan dalam study, saya mohon pertimbangan ini. Sekian, terima kasih, Dato’ Pengerusi.

draft • 7:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Pasir Mas.

draft • 7:00 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Dato’ Pengerusi.

Assalamualaikum warahmatullah. Saya merujuk maksud Bekalan 10, Perbendaharaan Butiran 020200 – Cukai. Jika kita meneliti anggaran hasil Kerajaan Persekutuan, cukai tidak langsung seperti duti eksport dan duti import menunjukkan trend penurunan mahsul sejak tahun 2022 dan 2023. Begitu juga, cukai pelancongan diunjurkan menurun kepada RM120 juta tahun 2025 ketimbang RM186 juta pada tahun 2023.

Bagaimana kerajaan mahu memastikan mahsul daripada duti eksport, import dan cukai pelancongan ini dapat ditingkatkan? Saya tiada purbasangka terhadap kesungguhan kerajaan untuk melaksanakan tiwikrama yang baik. Cuma, soalan saya, adakah kadar fiskal yang akan diperkenalkan oleh kepimpinan baharu Amerika Syarikat seperti peningkatan tarif terhadap barangan asing yang akan berikan kesan kepada landskap perdagangan Malaysia?

Saya mengambil semangat menggunakan bahasa-bahasa baharu yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri. Kalau bukan kita, siapa lagi nak sambut, kan?

Berkenaan Strategi Pelaburan – Butiran 030000. Pertama sekali, tatakelola syarikat pelaburan kerajaan. Kita telah dikejutkan dengan tindakan tanpa taakul pengurusan salah satu syarikat pelaburan yang memberikan bonus tiga bulan gaji kepada CEO mereka, ketika syarikat tersebut tidak mencapai KPI yang telah ditetapkan. Di mana barisan, peranan barisan Kabinet Menteri ketika syarikat boleh meluluskan tiga bulan bonus gaji ini? Saya membutuhkan penjelasan pengerusi.

Kalau di sektor swasta, pengurusan syarikat hanya mencapai 40 peratus KPI boleh dipotong gaji atau dipecat terus. Inilah tekanan yang kita telah setuju bersama. Janganlah tatakelola songsang ini menjadi kebinekaan yang dibiasakan.

Kedua, berkait wang persaraan rakyat. Awal tahun ini, KWSP telah mengeluarkan satu statistik berkenaan majoriti rakyat Malaysia yang tidak mempunyai wang persaraan mencukupi. Untuk golongan B40 seumpamanya, sejumlah RM800,000 setelah mengambil faktor inflasi diperlukan menjelang umur persaraan. Tetapi, hanya 33 peratus pencarum

draft • 7:03 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

KWSP mempunyai simpanan asas sebanyak RM240,000. Kerajaan perlu mencari jalan, bagaimana untuk menangani isu ini.

Dalam bab ekonomi gelap, Butiran 060300 – Fi Agensi Lembaga Hasil Dalam Negeri

(LHDN) dan 020500 – Kastam Diraja Malaysia. Pada Ogos lalu, LHDN telah mula melaksanakan penggunaan e-Invois secara berperingkat iaitu transaksi digital antara penjual dan pembeli. Setakat ini, bagaimana pemerhatian LHDN terhadap impak sistem baharu ini untuk mengekang ekonomi gelap? Mungkin, pihak kementerian boleh bentangkan garis masa bila ekonomi gelap ini dapat dihapuskan.

Dalam bab nilai mata Ringgit, saya ingin menyentuh sikit topik kegemaran Yang Berhormat Menteri Kewangan berkenaan nilai mata wang Ringgit. Berkali-kali kerajaan mendabik dada kata berjaya meningkatkan nilai mata Ringgit. Hakikatnya, turun naik mata wang Ringgit ini, perkara biasa. Dari November 2022 hingga Januari 2023, nilai Ringgit menaik. Kemudian, dari Februari 2023 hingga April 2024, menurun, ketika nilai yang sama- sama ketika mula-mula PH dan BN menjadi kerajaan.

Ketika Perdana Menteri mengangkat sumpah pada 24 November 2022, Ringgit pada masa itu RM4.47, USD1 manakala hari ini, RM4.44 hari ini, 13 November, ketimbang RM4.12 pada 27 September. Jadi, maknanya tidak jauh beza. Ketika angkat sumpah, RM4.47, hari ini, RM4.44.

Jadi, saya tidak nampak kenapa kerajaan boleh mendabik dada bahawa telah berjaya menaikkan, mengukuhkan nilai Ringgit. Apa base yang kita ambil? Akuilah bahawa faktor turun naik Ringgit ini sebenarnya tidaklah berkait-rapat sangat dengan usaha-usaha dan so-called ataupun dengan izin, kepandaian kerajaan. Ia banyak dipengaruhi oleh faktor- faktor luar.

Menteri Kewangan mungkin tidak orangnya yang mempolitikkan isu ini tetapi kalau kita lihat di luar sana, ramai yang menyebut bahawa kononnya kerana kepandaian dan kebijaksanaan kerajaan berjaya menaikkan nilai mata wang Ringgit. Saya mengulangi balik apa yang saya fahami bahawa siapa jua menjadi kerajaan, nilai mata wang Ringgit ini tidak boleh kita kawal 100 peratus.

Hari ini, kerana kenaikan nilai mata wang Ringgit menjadikan kita terpaksa bersaing dalam pasaran eksport global dan mengurangkan minat pelabur asing, itu satu faktor walaupun ada di sana, perkara-perkara positif. Begitu juga, kejatuhan nilai mata wang Ringgit.

Meningkatkan perdagangan domestik dan menggalakkan perdagangan eksport. Jadi, di sana sudah tentu pelbagai isu dalam bab isu Ringgit ini, saya yakin bahawa ia tidak perlu untuk dipolitikkan.

Penyasaran subsidi dan T15. Yang Berhormat Menteri Kewangan, saya mahu mengambil sedikit penjelasan daripada Menteri Kewangan kerana semalam, kita mendengar bagaimana Menteri Ekonomi kata bahawa projek rintis di stesen-stesen minyak telah pun dilaksanakan dengan menggunakan kad pengenalan.

Tetapi, penggulungan daripada Menteri Kewangan (II) pada sebelah petang, menyatakan bahawa ia masih belum – projek rintis ini masih belum lagi dilaksanakan kecuali

draft • 7:03 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

di kedai-kedai ataupun di item-item lain di stesen minyak. Saya rasa, itu sedikit keliru dan saya minta Menteri Kewangan dapat memberikan penjelasan balik.

Kalau adalah projek rintis dilaksanakan di stesen-stesen minyak, stesen minyak mana yang terlibat, sebab sefaham saya bahawa bantuan SARA ini, setakat ini tidak melibatkan kedai-kedai yang berada di dalam premis-premis stesen minyak. Ia perlu untuk dibuat perbandingan kerana sudah tentu, kenyataan di antara satu Menteri dengan satu Menteri tidak boleh berbeza apatah lagi, perbezaannya cuma pagi dan petang. Takkanlah tidak ada group WhatsApp kot. Jadi, saya rasa itulah yang dapat saya perkatakan dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa ini. Terima kasih, Dato’ Pengerusi.

draft • 7:03 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Mas. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Pekan.

draft • 7:03 PM

Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Pengerusi. Anggaran perbelanjaan mengurus, B.10, B.11 dan B.12 ialah sebanyak RM56.2 bilion. Manakala, perbelanjaan pembangunan sebanyak RM7.6 bilion.

draft • 7:09 PM

Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Inti pati perbahasan ini meliputi butiran seperti di bawah berkaitan wang tidak dituntut menerusi Butiran 050000 iaitu Perkhidmatan Perakaunan yang menerima peruntukan berjumlah RM280.4 juta. Di dalam carta perbelanjaan, ianya berada di bawah aktiviti 050200 - Pengurusan Wang Tak Dituntut dengan jumlah peruntukan sebanyak RM14.5 juta.

Sehingga Disember 2023, jumlah wang tak dituntut dan diurus oleh Jabatan Akauntan Negara telah mencecah sebanyak RM11.7 bilion. Kira-kira RM10 bilion daripada wang tak dituntut telah dimasukkan ke dalam simpanan tetap yang menyumbangkan dividen bernilai RM250 juta setiap tahun selama 10 tahun. Ia disalurkan ke dalam Wang Yang Disatukan bagi kegunaan pembangunan dan bantuan rakyat.

Jumlah wang tak dituntut di dalam Kumpulan Wang Disatukan iaitu Akaun Hasil Disatukan sebanyak lebih kurang RM3 bilion, Akaun Amanah Disatukan RM7 bilion dan pusingan pembayaran sebanyak RM1 bilion.

Dewan Rakyat pada Mac 2024 telah meluluskan Rang Undang-undang Wang Tak Dituntut (Pindaan) 2024 yang memindahkan wang tak dituntut ke Akaun Hasil Disatukan selepas tempoh 10 tahun daripada tarikh ia dikreditkan ke dalam Akaun Amanah Disatukan.

Pindaan bertujuan mengurangkan tempoh wang tak dituntut daripada 15 tahun kepada 10 tahun yang menyaksikan kira-kira RM1.98 bilion wang akan dimasukkan kepada Akaun Hasil.

Kebanyakan bank meletakkan had masa tertentu sebelum sesebuah akaun dinyahaktifkan.

Hakikatnya, ramai yang lupa mereka mempunyai akaun bank tersebut disebabkan penggunaan yang singkat. Ada juga yang berpindah tempat tinggal menyebabkan urusan surat-menyurat oleh bank tidak diterima oleh pihak akaun tersebut. Malah ada yang sedang

draft • 7:10 PM

Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

meninggal dunia dan tiada waris yang menguruskan penutupan akaun ini. Ini seterusnya menyebabkan baki dalam akaun tersebut menjadi wang tak dituntut apabila akaun tersebut tidak lagi aktif.

Kesedaran rakyat mengenai wang yang tak dituntut khususnya masyarakat luar bandar perlu dipertingkatkan sebagai salah satu usaha mengurangkan pertambahan jumlah wang tak dituntut. Secara jelasnya, masih ramai yang tidak mengetahui mengenai wang yang tak dituntut dan proses yang tepat bagi menyemak dan menuntutnya.

Oleh itu, persoalan yang ingin diajukan adalah adakah Jabatan Akauntan Negara Malaysia setiap negeri ada melaksanakan program taklimat kesedaran mengenai Akta Wang Tak Dituntut 1965? Sejauh manakah sambutan dan keberkesanan program ini dalam mengesan pemilik yang mempunyai wang tak dituntut.

Keduanya, pada tahap manakah pelaksanaan kaedah pewartaan secara elektronik dalam mengenal pasti pemilik wang tak dituntut dan dinyatakan jumlah penjimatan yang dinikmati menerusi kaedah ini. Apakah inisiatif kerajaan dalam memudahkan tuntutan wang tak dituntut oleh syarikat yang tidak lagi aktif beroperasi dan tiada rekod pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia? Adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk melakukan pengesanan pemilik atau waris menggunakan data terkini di Jabatan Pendaftaran Negara supaya wang tersebut dapat dikreditkan terus secara automatik ke dalam akaun mereka.

Kerajaan perlu mengawal selia wang tak dituntut dengan lebih baik serta lebih agresif dalam memperkenalkan solusi yang lebih berkesan dalam memastikan pengurusan wang dan harta yang sepatutnya dipulangkan kepada pemilik yang asal dan berhak. Sekian, terima kasih.

draft • 7:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pekan. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Rantau Panjang.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft • 7:10 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Pengerusi. Menyentuh Butiran 020300 berkaitan dengan Belanjawan Negara. Saya mewakili Ahli Jawatankuasa APPGM-SDG mengucapkan terima kasih di atas peruntukan sebanyak RM12 juta kepada APPGM dan diharapkan peruntukan ini dapat ditambah lagi untuk kita dapat manfaatkan program-program di bawah APPGM ini ke seluruh 222 kawasan Parlimen.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengharapkan supaya kajian semula juga dibuat terhadap geran tahunan mengikut kepala kepada negeri-negeri dipertimbangkan semula mengikut suasana semasa. Kita juga mendesak supaya penyelesaian segera terhadap isu penyelesaian isu tuntutan royalti untuk Kelantan dan Terengganu.

draft • 7:14 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Saya ingin penjelasan, adakah kerajaan bercadang untuk menilai semula perundangan sedia ada seperti Akta Laut Wilayah 2012 dan Akta Pembangunan Petroleum 1974 untuk memastikan ia selaras dengan keperluan semasa dan memberi keadilan terutama kepada negeri-negeri yang terlibat.

Tuan Pengerusi, saya ingin juga menyentuh berkaitan dengan Butiran 990300 iaitu berkaitan dengan pengambilan litar F1 sebanyak RM46 juta oleh MAHB. Ini merupakan dana rakyat yang mana peruntukan ini melibatkan kos RM46 juta, di mana pengambilalihan litar F1 ini oleh MAHB sebenarnya litar ini bukan menjadi teras kepada pengurusan MAHB.

Saya ingin tahu, apakah rasional litar ini telah diambil alih dengan kos dana rakyat yang begitu banyak? Apakah impak ekonomi dan keuntungan yang telah dicapai setakat ini?

Adakah kajian terperinci dibuat untuk memastikan wang rakyat, dana rakyat ini tidak dibazirkan? Pemberian pengambilan RM46 juta setahun ini satu kos yang sangat tinggi.

Saya ingin juga menyentuh 022400 iaitu berkaitan dengan peruntukan sebanyak RM90 juta untuk funding gap kepada FELCRA Berhad. Peruntukan RM90 juta untuk funding gap untuk FELCRA Berhad ini apakah tujuannya? Apakah sebabnya kelemahan pengurusan kewangan FELCRA sehingga perlu dibantu sebanyak RM90 juta menggunakan dana awam?

Ini kos yang besar.

Apakah pemantauan dibuat? Apakah audit telah dibuat terhadap masalah kepada FELCRA ini menyebabkan dia perlu dibantu? Apakah punca sebenarnya sehingga berlakunya masalah dalam pengurusan kewangan FELCRA sehingga memerlukan kebergantungan kepada kerajaan? Jadi, saya ingin penjelasan daripada pihak kerajaan.

Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh 020500 iaitu peruntukan bagi Kastam Diraja Malaysia. Ia melibatkan perbelanjaan RM1.2 bilion yang mana dalam usaha untuk mengukuhkan percukaian negara. Sejauh manakah langkah transformasi kerajaan terhadap Jabatan Kastam Diraja Malaysia dengan memberi kuasa autonomi kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam urusan pentadbiran seperti kutipan hasil?

Adakah skop perluasan kuasa ini turut mencakupi fungsi Jabatan Diraja Kastam Malaysia ini dalam aspek tindakan penguat kuasa ke arah memerangi aktiviti penyeludupan barang-barang haram di Malaysia? Apakah tindakan yang diambil bagi memastikan ketelusan dan integriti pegawai kastam agar insiden seperti penahan pegawai kastam terbabit dalam kes kontena terbang di Pelabuhan Klang dalam Ops Transit tidak berulang. Saya mengharapkan supaya penelitian dibuat untuk memastikan kes-kes seumpama ini tidak berulang.

Saya ingin juga menyentuh Butiran 020300 iaitu berkaitan peruntukan bagi cukai.

Saya ingin tahu, apakah usaha kerajaan untuk memastikan supaya perwujudan cukai-cukai baru ini tidak terus membebankan kos hidup rakyat. Bayangkan kalau kita di Parlimen ini saya mendapat rungutan ramai di kalangan kakitangan kos makanan di kantin pun mahal.

Makanan di kantin Parlimen pun mahal. Bayangkan bagi kakitangan sokongan yang sudah tentulah membebankan terutama kepada yang menjadi pelanggan-pelanggan. Jadi kalau

draft • 7:14 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

makanan di kantin Parlimen pun kita dah terasa kosnya, semakin tinggi, semakin mahal berbanding dengan sebelum ini, apa lagilah barang kawalan di luar sana.

draft • 7:14 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Jadi saya ingin tahu, sejauh mana kerajaan memastikan segala peluasan cukai, segala dasar fiskal yang dibuat ini tidak terus membebankan kos hidup rakyat yang sudah cukup terbeban dengan dasar madani yang sedia ada ini. Terima kasih.

draft • 7:20 PM

Tuan Pengerusi

Baik, saya jemput Bayan Baru.

draft • 7:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya ingin masuk kepada Butiran 030200 – Pengurusan Strategik Badan Kerajaan Berkanun. Tan Sri, hari ini President-elect Donald Trump, dia melantik Elon Musk untuk satu agensi dipanggil Department of Government Efficiency. Tujuannya adalah dengan izin, “to dismantle government bureaucracy, slash excess regulations, cut wasteful expenditures and restructure federal agencies” dan “to drive out the massive waste and fraud which exists throughout US annual USD6.5 trillion government spending” dan “a smaller government with more efficiency and less bureaucracy”. Ini tujuannya. Ini Donald Trump tetapi saya amat terima kasih juga. Saya amat bangga kerana PMX lagi awal daripada Donald Trump telah mengumumkan Sekretariat Kajian Rasionalisasi Badan Berkanun Persekutuan bagi menangani isu pertindihan dan penjimatan dana negara. Ini bermaksud bahawa PMX kita jauh lebih berwawasan dan juga berpandangan jauh untuk mengurangkan expenditure kerajaan.

Saya ingin menarik perhatian kepada Tan Sri Pengerusi dan juga Menteri Kewangan, kita harus, saya rasa sekretariat ini harus buat lebih lagi. Sekarang diumumkan bahawa MAVCOM dan CAAM dicantum. MIDA, InvestKL dicantum. MATRADE dan HDC dicantum.

Ada lagi banyak. Contohnya, kita ada banyak GLC atau badan berkanun yang berfungsi sama. SPNB, UDA, PR1MA, sama masuk ke dalam pasaran hartanah. Harus dicantum kerana fungsinya lebih kurang sama.

Jadi, saya harap kerana saya nampak bahawa daripada pengalaman saya sebagai Ahli PAC, kita nampak bahawa kerajaan MoF especially, dia macam ada masalah sahaja, MOF akan ambil alih, bail out. Contohnya kes FELCRA, contohnya isu Boustead Naval Shipyard yang sekarang dipanggil Ocean Sunshine Sendirian Berhad. Semuanya failed, MOF ambil alih. Jadi, kerajaan menjadi lagi besar, lagi besar, terpaksa pinjam duit untuk menyelesaikan hutang yang disebabkan oleh GLC, GLIC dan juga badan berkanun.

Jadi saya harap penjelasan juga daripada Kementerian Kewangan tentang Butiran 021500 – Pembiayaan Funding Gap KTMB. Apa itu?

Juga Butiran 022400 – Pembiayaan Funding Gap FELCRA. Apa tujuan tersebut?

Adakah ini disebabkan oleh pembaziran dan juga isu-isu yang berkait dengan kegagalan agensi tersebut?

draft • 7:21 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Saya juga menyahut isu yang dibangkitkan oleh Bagan dan juga Ayer Hitam. Jarang mereka bersama ya, nada tapi mereka senada tentang isu cukai di Butiran 020200, e-Invois dan juga caruman KWSP di mana saya mulakan dengan e-Invois ini. E-Invois ini saya nampak bahawa threshold RM150,000 itu terlalu rendah. Orang-orang Bayan Baru, penjaja- penjaja kecil tepi-tepi jalan, mereka punya threshold lap value satu tahun sudah mencecah RM150,000.

Saya nak cadangkan supaya kita janganlah susahkan penjaja-penjaja kecil SME yang susah-susah tepi jalan itu. Bagilah, janganlah e-Invois itu dikenakan kepada mereka.

Naikkan kepada RM500,000 yang betul-betul ada business yang proper. Janganlah susahkan rakyat sebab ada kos untuk e-Invois. Dia akan naikkan harga makanan di tepi-tepi jalan. Jadi, Menteri tolong tengok isu ini.

Saya juga ingin tentang caruman KWSP. Tan Sri Speaker, saya pernah kerja di US.

Dia ada satu skim macam KWSP iaitu 401(k), 401(k). 401(k) ini, pekerja carum tetapi matching grant daripada majikan, not obligation, no obligation. Maksudnya, kalau majikan rasa dia nak carum bersama, boleh. Ini adalah satu insentif untuk pekerja bekerja dengan mereka kalau dia ada matching grant tetapi tidak ada kewajipan untuk majikan carum.

Jadi, kenapa Malaysia ini terikut-ikut dengan international law yang majikan pun kena carum? Bagilah – kalau pekerja asing carum, bagi carum. Tak apa. Tapi jangan susahkan majikan kita yang sekarang sudah terbeban dengan pelbagai kenaikan kos of doing business. Akhir sekali Tan Sri, saya menyahut isu Miri. Sekarang kita punya insurance premium naik mendadak. Tadi Miri telah bangkitkan bahawa insurans naik. Ada yang sampai 200 peratus, sampai 500 peratus. Saya bukan begitu banyak. Saya punya insurans naik 40 peratus. Itu pun saya sudah terkejut, 40 peratus saja. Yang Miri bangkitkan kes itu lebih daripada 100 peratus.

Bank Negara harus pergi siasat kenapa kenaikan mendadak premium insurans. Ini adalah sesuatu yang tidak masuk akal. You know you naik five percent, I think tolerable tetapi 40 percent, 100 percent. Apa jenis ini? Regulator kena masuk tengok betul-betul apa berlaku dan kalau ada isu ini, siasat dan hukum insurans yang tidak bertanggungjawab.

Tapi saya tahu Tan Sri, bukan hanya insurans juga tetapi hospital swasta. Saya nampak ada Menteri Kesihatan di sini. Hospital swasta ini dia caj ini, dia telah berleluasa, berleluasa ya. Macam-macam caj yang tidak masuk akal, apabila kita sakit kita masuk hospital. Tak ada pilihan. You kena ambil saja semua dia caj sebab you have no choice Tan Sri. Jadi, kita ini dimangsakan dan dinaikkan insurans dan akhirnya, rakyat akan susah.

Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 7:21 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Saya jemput Arau.

draft • 7:21 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tan Sri Yang di-Pertua yang dikasihi, sekali lagi sebab saya ini kawan baik Allahyarham Tun Daim. Semoga Allah cucuri rahmat.

Tadi jumpa Menteri Komunikasi, ramai kawan yang hadir. Demikianlah apabila mati anak

draft • 7:27 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Adam, semua dia tinggal kecuali sedekah jariah, ilmu yang diamalkan, anak yang soleh. Yang lain semua tinggal, isteri, anak dan lain-lain ya.

Tan Sri, cuma nak baca sedikit ayat Quran.

[Membaca sepotong ayat al-Quran] “Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama?” [Membaca sepotong ayat al- Quran] “Orang itu ialah menindas serta berlaku zalim kepada anak-anak yatim”. [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin”. Itu saja. Tafsiran masing-masing buat. Cuma nak baca ayat, itu yang pertama.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang dikasihi sekalian, rakyat Malaysia, orang muda, UMDAP, UMPAS, UMPN, rakyat Malaysia okey. Okey, yang pertama sekali saya nak cakap satu tajuk hari ini. Menteri yang dikasihi ya, saya tak ganggu. Saya ─ Menteri. Tambah, Menteri orang hebat dan teramat teringin untuk menyelesaikan masalah sekiranya berlaku masalah. Kami akan support. Kami ini orang yang tidak zalim kepada orang ya. Kami akan terus memberi sokongan.

Cuma Yang Berhormat, pada 27 September, tajuknya ialah Butiran 020800 – Perbelanjaan Pertukaran Wang/Penyelarasan Pelaburan, RM30 juta. Yang Berhormat, pada 27 September, duit kita telah naik kepada RM4.12 tapi sehari sebelum itu, dia naik RM4.10.

Naik dan masa itulah PMX – saya pun seronok sebab PM kata sudah berapa puluh tahun, inilah baru kali naik dengan begitu tinggi. Alhamdulillah kata bagus.

Selepas itu Menteri sendiri sebut, ada temuduga dengan Menteri, interview dengan Menteri dengan izin. Menteri kata ha kenaikan wang ini ialah kita tentu ada asas ekonomi yang kukuh. Yang Berhormat, apa jadi Yang Berhormat? Dalam masa tiga minggu, 28 Oktober, duit telah jatuh kepada RM4.36 daripada RM4.12. Bayangkan siapa yang jadi money changer, 20 sen lebih. Itu bukan benda yang kecil ya.

draft • 7:27 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kemudian 13 November RM4.45. 13 November hari inilah, RM4.45, Yang Berhormat.

Kelmarin saya bercakap, semua orang senyum dekat saya. Kelmarin RM4.44, hari ini RM4.45 dan saya beritahu walaupun saya telah ditegur oleh sahabat saya, hari ini dah naik RM4.45.

Ini ialah research yang dibuat oleh sebuah bank.

Saya tak nak sebut sebab bank ini terlibat dengan kami secara langsung dari segi sukan, CEO itu menyebut kepada saya. Dia kata ia akan jatuh sampai RM4.50 dia kata selepas itu habis dia akan steady baliklah. Makna kata daripada RM4.10 dia turun sampai RM4.50. Kalau orang berniaga tahu bahawa 40 sen itu satu benda yang cukup besar.

draft • 7:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Arau nak tanya sedikit, research report itu public kah dia bisik beritahu you sahaja? Itu research report itu public tidak? Kalau public kenapa tidak boleh sebut, beritahulah nama research bank. Beritahu sahaja, saya hendak dengar.

draft • 7:30 PM

Tuan Pengerusi

Kampar, Kampar kena minta kelulusan saya.

draft • 7:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, bagus.

draft • 7:30 PM

Tuan Pengerusi

Silakan, Arau. Jangan respons, teruskan.

draft • 7:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Tan Sri, tanpa bank pun nampaknya yang saya sebut dah menjadi kenyataan. 27 September, RM4.12. Hari 28 September RM4.36, kelmarin RM4.44. Saya bercakap di Parlimen ini depan Menteri yang handsome ini. Hari ini RM4.45 Menteri dan esok selepas RM4.50 mungkin kita berdoa dia henti, sebab kalau ekonomi teruk bukan sahaja esok rakyat teruk, kami pun teruk. Rakyat Malaysia teruk tambah kami yang tidak dapat peruntukan, Tan Sri.

[Ketawa] Saya masuk dalam Dewan tadi semua dok tunjuk muka monyok dekat saya. Tidak bolehkah berunding dengan apa itu dengan pihak kerajaan. Saya tengah dok berunding ini.

PMX berada di luar negara pun dia mesej dekat saya dia berada di mana. Ha, sampai begitu.

Makna kata ada tanda-tanda yang bagus, ada hijau bukan hijau PAS, ada sinar di hujung jalan.

Jadi kita minta Yang Berhormat supaya kerajaan perhati balik. Yang Berhormat sebut tentang dividen semalam, EPF. Saya tanya kepada Yang Berhormat, apakah dividen yang disebutkan ini Yang Berhormat jual syarikat kita ataupun memang dividen? Takkan dividen baru sebut kelmarin, Yang Berhormat. Saya tahu ada beberapa cerita yang dikeluarkan kita menjual harta kita di luar negara. Apakah benar? Kalau benar Yang Berhormat, saya paling sedih sekali. Kenapa mesti jual dalam keadaan yang kita masih boleh bertahan.

Yang Berhormat, ini tengok ini Berita Harian ini, Yang Berhormat, ini Berita Harian.

[Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Ringgit terendah dalam tempoh tiga bulan berbanding Dolar Amerika. Ini dalam tempoh tiga bulan paling rendah, Kampar paling rendah dalam tiga bulan. Jadi, ini menunjukkan bahawa kita ada masalah. Yang Berhormat kata duit naik kerana ekonomi kukuh. Bagaimana pula kalau duit jatuh sekarang?

Saya bukan hendak menegur Yang Berhormat untuk memperlekehkan Yang Berhormat, tidak. Cuma hendak tunjukkan bahawa kesan ekonomi cukup mendalam kepada import dan eksport kalau duit itu naik dan turun.

Jadi setakat itu Tan Sri, saya hendak beritahu satu tajuk sahaja hari ini. Cuba kita melihat perkara ini hendaklah kita beri perhatian bersama kepada rakyat Malaysia. Lagi sekali saya hendak sebut di antara orang yang telah memberi sumbangan yang besar kepada negara adalah Allahyarham Tun Daim Zainuddin, dua kali menjadi Menteri Kewangan.

[Tepuk] Saya terlibat secara langsung sebagai Pengerusi Backbencher dahulu bersama dengan PMX juga terlibat tetapi yang paling penting ialah masa krisis kewangan antarabangsa. Ini antara orang yang muncul menyelamatkan negara daripada pinjam IMF tetapi kita bertahan dengan apa yang ada sekarang. Jadi, kehebatan kita yang lepas itu hebatlah tetapi saya daripada kehebatan itu, saya masuk PAS lagi hebat.

[Tepuk] Terima kasih Tan Sri. Assalamualaikum.

draft • 7:30 PM

Tuan Pengerusi

Waalaikumussalam. Baik, saya jemput Kampar.

draft • 7:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi kerana membenarkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan Kementerian Kewangan ini.

Pertama sekali saya rujuk kepada Butiran 020200 – Cukai. Apa yang Menteri Ekonomi cakap kelmarin hari, pihak pembangkang langsung tidak ada apa-apa solusi tentang kewangan ataupun bajet negara dan kita dengar ada pihak pembangkang yang kuat membantah. Apa mereka bantah? Cukai naik, bantah. Subsidi turun, bantah. Kalau kita tarik balik subsidi, bantah. Selepas itu hendak kompelin hutang negara naik. Jadi, inilah modus operandi pembangkang.

Apabila kita tanya mereka apakah bajet alternatif, tidak ada, tidak ada. Kubang Kerian kata sebab mereka bukan dalam kerajaan. Tidak ada data tetapi dia lupa dahulu PAS semasa dalam pembangkang bersama dengan PKR, DAP, Pakatan Rakyat kita pernah buat bajet alternatif. Kita belum lagi kerajaan pada masa itu. Bagaimana kita buat...

draft • 7:34 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Pengerusi, butiran mana ini?

draft • 7:34 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Bagaimana kita buat bajet alternatif? Kita tidak payah masuk dalam kerajaan. Kita hanya perlukan bajet tahun lepas dan kita buat unjuran tahun ini berapa hendak buat? Berapa tidak hendak buat? Berapa cukai kita naik? Berapa cukai kita hendak turun? Berapa subsidi kita kena tarik balik? Mengapa pembangkang tidak berani untuk buat bajet alternatif? Kerana pembohongan mereka akan terbongkar.

Saya bagi contoh, apabila kerajaan tarik balik subsidi. Tarik balik subsidi untuk..

draft • 7:34 PM

Tuan Pengerusi

Ulang balik pecahan kepala berapa? Pecahan?

draft • 7:34 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

020200 – Cukai. Tentang subsidi petrol untuk T15.

Pembangkang kuat bantah tetapi saya hendak beritahu pembangkang. Setiap RM1 yang anda bantah, kita kutip dari T15 itu, besar kemungkinan RM1 cukai itu kita kutip daripada B40 ataupun M40. Jadi, apakah solusi anda? Tidak ada tetapi masih mahu pertahankan T15.

Jadi saya hendak beritahu, jika kita hendak kukuhkan kewangan negara kerajaan mesti kenakan cukai. Kalau kita hendak turunkan impak bagi rakyat paling minima kita tarik balik subsidi.

draft • 7:34 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Pengerusi ada Peraturan Dewan, 36(12). Yang Berhormat Kampar sebut pembangkang membantah isu T15. Tidak ada mana-mana ucapan Ahli Parlimen pembangkang yang membantah, Yang Berhormat.

Kita tanya sahaja, tanya takrifan dan kerajaan dia putar-putar. Sekali kata ada, sekali kata tidak ada itu sahaja. Jadi, minta Yang Berhormat perbetulkan.

draft • 7:34 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya duduk sini, saya dengar ucapan banyak yang bantah.

draft • 7:34 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Jangan mengelirukan Dewan, Yang Berhormat. Jangan mengelirukan, Dewan.

draft • 7:34 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya duduk baik-baik di sini. Sekarang cakap tidak bantah. Jadi, sokong kah tidak sokong? Kalau sokong nanti esok, esok...

draft • 7:34 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Jangan cuba mengelirukan Dewan.

draft • 7:34 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

...esok saya akan periksa.

draft • 7:34 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Jangan cuba mengelirukan Dewan.

draft • 7:34 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Sokong, tidak sokong? Kalau sokong...

draft • 7:34 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Jangan mengelirukan Dewan.

draft • 7:34 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Senang sahaja, sokongkah tidak sokong?

draft • 7:34 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Tidak ada siapa yang bantah di sini.

draft • 7:34 PM

Tuan Pengerusi

Okey.

draft • 7:34 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Kalau hendak pusing U-turn, cakap sokong.

draft • 7:34 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Tidak ada siapa yang bantah, kamu yang pusing.

draft • 7:34 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Jadi, sokong tidak?

draft • 7:34 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Kamu yang pusing.

Kampar ini banyak pusing.

draft • 7:34 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Sekarang saya suruh jawab.

draft • 7:34 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Ikut peraturan.

draft • 7:34 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Soalan senang adakah pembangkang sokong untuk tarik balik subsidi bagi T1?.

draft • 7:34 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Peraturan Dewan ini.

draft • 7:34 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ya atau tidak? Jawab!

draft • 7:34 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

T15 bukan kami bantah tetapi hendak tahu definisi itu. Hendak tahu takrifan.

draft • 7:34 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ya, saya faham. Sokong kah, tidak sokong?

Sokong kah tidak sokong? Tengok tadi pusing-pusing, selepas bantah sekarang cakap...

draft • 7:34 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Banyak pusing-pusing ini.

draft • 7:34 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Cukup, cukup, cukup.

draft • 7:34 PM

Tuan Pengerusi

[Mengetuk tukul] Baik.

draft • 7:34 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Okey, saya hendak teruskan saya tidak cukup masa.

draft • 7:34 PM

Tuan Pengerusi

Kampar, move tajuk lain.

draft • 7:34 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Okey, kita jumpa dengar pembangkang yang buat menangis teresak-esak.

draft • 7:34 PM

Tuan Pengerusi

Kampar, Kampar, Kampar, listen to me. Listen to me. Tanyakan soalan anda kepada Menteri.

draft • 7:34 PM

[Dewan riuh]

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Okey, okey, okey boleh.

draft • 7:34 PM

Tuan Pengerusi

Apa yang anda tidak faham, apa yang perlukan penjelasan bukan tala kepada pembangkang sahaja. Tanya.

draft • 7:34 PM

[Dewan riuh]

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ya, saya menerima.

draft • 7:34 PM

Tuan Pengerusi

Tanya kepada Menteri.

draft • 7:34 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Okey-okey. Menteri, Menteri Kewangan. Saya menerima baik cadangan daripada Bagan dan juga Ayer Hitam untuk menaikkan threshold e-Invoice daripada RM150 ribu sehingga RM500 ribu tetapi saya hendak ingatkan juga. Jika kita naikkan threshold ini kita juga perlu ada Anti-Tax Avoidance Rules kerana akan ada peniaga-peniaga yang cuba untuk pecahkan perniagaan mereka kalau satu perniagaan RM2 juta mereka pecahkan empat perniagaan, RM500 ribu kepada empat perniagaan. Mereka akan cuba untuk lari daripada cukai e-Invois ini.

Jangan harap – perlu ada Anti-Tax Avoidance Rules sepertimana yang dahulu kita ada dalam GST. Saya juga ingin tahu, apakah data jika jumlah peniaga dan kita set threshold itu RM150 ribu, berapakah peratus perniagaan yang akan terkesan? Saya jangka melebihi 90 peratus tetapi tiada data saya mohon Menteri Kewangan bagi data itu dan jika kita tingkatkan threshold kita pada RM500 ribu, berapakah pecahan peratus yang akan dikenakan?

Akhir sekali tadi Arau sebut tentang Ringgit. Okey saya pun hendak sebut sedikit tentang Ringgit. Ringgit ini kita tidak boleh lihat tiga bulan ini sahaja. Kita kena lihat paling kurang 12 bulan sejak mula akhir tahun ini, Januari RM4.72 masa itu pembangkang kuat bantah cakap tidak hendak politik. Pada masa itu politik yang mempolitikkan nilai wang itu, pembangkang. Pasir Mas, dia yang sama dia pakai data Google yang salah, dia cakap Ringgit sudah sampai RM4.98 sudah mahu sampai nilai Rahmah.

Bank Negara Malaysia keluarkan kenyataan tidak pernah sampai RM4.98. Jadi sampai hari ini paling tinggi RM4.12 pada September 1, Ringgit sudah naik 12 peratus, betul.

Kedua-dua bulan ini Ringgit jatuh sedikit kerana di Amerika Syarikat, Donald Trump dipilih sebagai Presiden dan kita tahu dia akan kukuhkan nilai wang US Dolar. Jadi kita kena lihat pada masa jangka panjang.

Sini by The Edge, BMI, BMI [Sambil menunjukkan sehelai kertas] ini research bank yang ada nama bukan research bank yang tidak ada nama macam Arau bangkit. BMI raises US Dollar to Ringgit Malaysia forecast to RM4.00 this year tetapi saya jangka mungkin tidak akan berlaku kerana Donald Trump baru dipilih menjadi Presiden dan RM3.55 in 2025.

draft • 7:34 PM

Tuan Pengerusi

Okey.

draft • 7:34 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

...on narrowing year differences resilience growth.

Jadi saya harap pembangkang boleh baca baik-baik laporan ini tahun depan semua research bank, saya cakap. Semua research bank jangka nilai Ringgit akan naik. Terima kasih, Arau.

draft • 7:34 PM

Tuan Pengerusi

Okey. Okey, terima kasih Kampar.

draft • 7:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Kami kena perbetulkan rekod. Kami tidak menentang bajet, kami tegur satu-satu dan kami

draft • 7:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

tanya tapi dia cakap macam itu sahaja. Duit ini jatuh sebelum Donald Trump menjadi Presiden tahu? Nak habaq bagitau pakcik. Jadi, dia kata Donald Trump jadi Presiden, duit pun jatuh.

Tidak, sebelum dia jadi Presiden, duit dah jatuh. Terima kasih.

draft • 7:40 PM

Tuan Pengerusi

Okey. Sekarang saya jemput Putrajaya.

draft • 7:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bersimpati dengan Kampar kerana tidak menggunakan ruang yang ada ini untuk bertanya soalan-soalan yang spesifik kepada Kementerian Kewangan. Jadi, saya nak bagi contoh kepada Kampar, caranya. Tuan Pengerusi, pertama, Butiran 030100 – Syarikat Pelaburan Kerajaan.

Saya mohon kerajaan menyenaraikan semua pelaburan yang telah dilupuskan oleh Khazanah Nasional Berhad, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Amanah Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) sepanjang tahun 2023 dan 2024 serta jumlah keuntungan atau kerugian di atas pelupusan tersebut.

Selain itu, minta Menteri jelaskan apakah kesan kewangan kepada KWAP akibat skandal yang melibatkan SRC International Sdn. Bhd?

Kedua, Butiran 060300 – Fi Agensi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Berdasarkan ucapan Belanjawan 2025, e-Invois akan dilaksanakan sepenuhnya bermula 1 Julai 2025. Saya ingin bertanya, berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh LDHN untuk membina sistem e-Invois kerajaan? Berapakah peruntukan yang telah dan akan dibelanjakan untuk tujuan memberi penerangan kepada PMKS tentang e-Invois? Berapa banyak kah sesi penerangan berkaitan e-invois telah dilaksanakan untuk PMKS di seluruh negara? Mengapa terdapat banyak rungutan daripada pengusaha PMKS tentang ketiadaan sesi penerangan berkaitan dengan e-invois oleh kerajaan? Mereka merungut bahawa hampir kesemua program penerangan berkaitan dibuat oleh pihak swasta serta NGO dan dikenakan bayaran penyertaan sehingga RM500 ke RM600 seorang. Adalah membebankan untuk pengusaha-pengusaha PMKS ini membayar yuran tersebut.

Tuan Pengerusi, ketiga. Butiran 070100 – Pelarasan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). Mohon Menteri perincikan bagaimana peruntukan RM78 juta ini akan digunakan. Selain itu, minta dijelaskan berapakah peruntukan tambahan yang perlu disediakan oleh kerajaan untuk tujuan pelaksanaan SSPA bagi tahun 2025 dan 2026?

Keempat, Butiran 09200 – Projek Berimpak Tinggi dan Kesejahteraan Rakyat.

Mengikut Anggaran Perbelanjaan 2023, RM500 juta diperuntukkan di bawah butiran ini dan bagi tahun 2024, RM100 juta diperuntukkan. Begitu juga bagi tahun 2025. Dalam perbahasan tahun lalu, saya pernah bertanya mengapa perbelanjaan sebenar adalah kosong?

Menteri menyatakan bahawa maklumat projek tersebut tidak dinyatakan dalam buku belanjawan. Oleh itu, kali ini saya mohon agar Menteri memberikan jawapan bertulis dengan memperincikan semua projek yang telah dilaksanakan bagi tahun 2023, 2024 serta yang akan dilaksanakan pada tahun 2025 dengan memperincikan perbelanjaan bagi setiap projek.

draft • 7:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Apakah kriteria untuk sesuatu projek itu boleh dikategorikan di bawah butiran ini?

Apakah Ahli-ahli Parlimen boleh memohon sekiranya ada projek berimpak tinggi yang hendak dilaksanakan di kawasan mereka? Sebagai contoh, boleh kah saya memohon peruntukan di bawah butiran ini untuk projek rintis pembekalan susu percuma kepada kanak-kanak prasekolah di Putrajaya sebagai langkah berimpak tinggi bagi mengurangkan masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak? Ini mengambil kira Putrajaya pernah disenaraikan sebagai kawasan yang mempunyai kadar bantut dalam kalangan kanak-kanak yang tertinggi.

Kelima, Butiran 990100 – Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) - Bayaran MARCS, berjumlah RM60 juta dan Butiran 990300 – Malaysia Airports Holdings Berhad

(MAHB) - Pengambilalihan Litar F1, berjumlah RM46 juta. Mohon Menteri berikan penjelasan untuk kedua-dua butiran ini.

Selain itu, saya mohon Menteri memperincikan berapa bilion Ringgit peruntukan kerajaan yang telah disalurkan kepada MAHB sejak MAHB ditubuhkan pada tahun 1992?

Peruntukan setiap tahun sepanjang tempoh 1992 sehingga ke hari ini. Mengambil peruntukan yang saya jangka berjumlah berbilion-bilion di sepanjang tempoh tersebut yang telah disalurkan kepada MAHB sejak penubuhannya sebagai syarikat pemegang aset strategik negara.

Mengapakah kerajaan begitu beria-ia hendak menjual satu blok besar 30 peratus saham MAHB kepada syarikat asing? Ingat, sebelum ini syarikat asing memegang 26.96 peratus saham dalam MAHB dan ianya melibatkan 923 pemegang saham asing. Kali ini, kita bagi satu blok 30 peratus pada satu syarikat konsortium asing.

Yang keenam Tan Sri Pengerusi, berkaitan dengan Emolumen Kakitangan Kontrak.

Saya ingin menyentuh tentang MySTEP yang dilantik secara kontrak. Antara ketetapan bagi lantikan ini, pegawai tidak layak dibayar tuntutan kerja lebih masa dan tuntutan perjalanan.

Saya difahamkan ada beberapa kementerian dan agensi mendapat kelulusan khas pengecualian daripada Kementerian Kewangan bagi membolehkan tuntutan dibuat.

Dalam hal ini, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan meneliti semula ketetapan sedia ada dan membenarkan pegawai MySTEP dibayar tuntutan perjalanan dan elaun kerja lebih masa sebagaimana penjawat awam yang lain. Walaupun MySTEP bukanlah penjawat awam, namun tenaga dan komitmen mereka patut dihargai sewajarnya oleh kerajaan.

Ketujuh, merujuk kepada Butiran 020500 – Subsidi dan Bantuan Tunai. Mohon kerajaan perincikan kategori subsidi dan bantuan serta jumlah penerima dan peruntukan bagi setiap kategori untuk tahun 2023 dan 2024 serta anggaran perbelanjaan bagi setiap kategori untuk tahun 2025.

Mengambil kira ucapan Belanjawan 2023 yang menyatakan bahawa kerajaan akan menanggung subsidi petrol berjumlah RM12 bilion untuk keperluan 85 peratus rakyat dan kerajaan akan menjimatkan RM8 bilion dengan tidak memberikan subsidi kepada warga asing dan kumpulan T15. Ini bermakna dalam membuat anggaran perbelanjaan dan juga penjimatan, sebenarnya kerajaan mengetahui berapakah jumlah rakyat yang tidak layak menerima subsidi.

draft • 7:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Jadi, saya bertanya. Saya dah tanya soalan ini kepada Yang Berhormat Menteri semalam, mungkin tak sempat jawab. Jadi, hari ini saya mohon Menteri jelaskan berapakah jumlah rakyat yang termasuk dalam golongan yang tidak akan menerima subsidi ini berdasarkan anggaran yang dibuat oleh Kementerian Kewangan? Jadi Kampar, saya nak bagi contoh. Itulah contoh perdebatan atau perbahasan di peringkat Jawatankuasa. Terima kasih.

draft • 7:40 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih.

draft • 7:40 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Putrajaya boleh buka kelas itu.

Buka kelas belajar.

draft • 7:40 PM

Tuan Pengerusi

Baik, sekarang saya jemput Kota Belud.

draft • 7:40 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Bismilllahi Rahmani Rahim. Tan Sri Pengerusi, T.12, 010600 – Pemberian Khas Tahunan Sabah. Pada tahun ini, sebanyak RM300 juta dan pada tahun hadapan, RM600 juta. Saya tidak mahu ulas dengan lebih lanjut kerana saya tahu pada akhirnya, jawapan yang diberikan oleh YB.

Menteri adalah seperti biasa, subjudis. Cuma saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kementerian di muka surat 51, perkataan di bawah sekali disebut Perkara 109 dan Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan dan ini bukan pertama kali. Anggaran perbelanjaan sebelum ini pun disebut dan diletakkan di bawah muka surat.

Soalan saya, dengan tertulisnya Perkara 112C tersebut, adakah kerajaan mengakui bahawa formula 40 peratus masih terpakai dan pembayaran RM600 juta pada tahun hadapan adalah berdasarkan formula tersebut? Saya ingin tahu itu. Seterusnya B.10, 020300 – Belanjawan Negara.

Pertama, berapakah jumlah peruntukan yang masih belum disalurkan kepada kementerian-kementerian bagi tahun ini, khususnya Kementerian Pendidikan? Saya difahamkan ada peruntukan yang sepatutnya disalurkan pada tahun ini masih lagi belum diterima oleh KPM dan saya mahu tahu mengapa?

Kedua, saya ingin tahu apakah kriteria utama yang diberikan pada tahun hadapan untuk kerajaan belanjakan? Di sini, saya juga ingin ambil kesempatan untuk memberikan sokongan penuh kepada Yang Berhormat Subang yang telah berbahas pagi tadi mengenai peruntukan kepada Parlimen. Di samping saya berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan peruntukan kepada APPGM-SDG, saya sebagai Pengerusi. Saya berpandangan peruntukan yang bermaruah dan secukupnya perlu diberikan kepada Parlimen, khususnya bagi memperkasakan institusi Parlimen kita melalui Jawatankuasa Pilihan Khas.

Justeru, saya menggesa kerajaan, khususnya Kementerian Kewangan, pertimbangkan secara serius perkara ini.

draft • 7:48 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Butiran – 09000 Pelbagai Suntikan Modal. Saya ingin tanya berkenaan dengan terbitan bon ataupun sukuk di bawah DanaInfra Nasional Berhad khususnya bagi membiayai Projek Lebuh Raya Pan Borneo pakej Sabah. Berapakah jumlah yang telah diterbitkan dan bagaimanakah penyalurannya dibuat?

Tan Sri Pengerusi, berkenaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo ini, saya dan Parti Warisan konsisten tidak akan sesekali berkompromi dengan pelaksanaan yang tidak berintegriti dan bermasalah. Kami sokong penuh usaha Kerajaan MADANI untuk mengutamakan tatakelola dalam semua urusan pentadbiran kerajaan.

Sebelum ini, kita didedahkan oleh Yang Berhormat Menteri Kerja Raya mengenai punca pelaksanaan Pan Borneo Sabah lambat antaranya kerana berlaku perebutan dalam kalangan kontraktor untuk mendapatkan tender. Baru-baru ini, kita didedahkan di dalam Dewan ini oleh Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Kota Bharu bahawa ada berlaku perlanggaran tatakelola di Kementerian Kewangan dalam proses penawaran kerja bagi Pakej 32 Fasa 1B Pan Borneo Sabah. Ini satu dakwaan yang sangat serius dan saya gesa agar Kementerian Kewangan memberikan jawapan pada hari ini.

Saya juga ingin tahu Pakej Kerja 9 yang melibatkan laluan dari Serusop ke Pituru yang saya suarakan sebelum ini. Adakah Kementerian Kerja Raya telah menghantar senarai syarikat ke MOF untuk diperakukan? Dan adakah salah satu syarikat ini terpilih atau syarikat yang lain dari saranan JKR dipilih? Saya mohon jawapan.

B.11 Butiran 020500 – Subsidi dan Bantuan Tunai. RM34 bilion diperuntukkan pada tahun hadapan berbanding RM35.8 bilion diperuntukkan pada tahun ini. Pertama, saya mohon diperincikan pecahan perbelanjaan ini.

Berkenaan dengan subsidi ini, saya ingin menyentuh mengenai peruntukan subsidi elektrik Sabah. Pertama, saya ingin tahu, berapakah jumlah subsidi tahunan yang diperuntukkan kepada Sabah dua tahun sebelum dan selepas keputusan penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik Sabah dibuat? Juga, saya ingin tahu, bagi tempoh yang sama, berapakah subsidi elektrik tambahan yang disalurkan setiap tahun?

Kedua, mengenai status terkini keperluan subsidi elektrik tambahan Sabah pada tahun 2024 berjumlah RM866 juta, adakah ianya telah diluluskan? Saya difahamkan kerajaan negeri juga telah menghantar permohonan rasmi kepada Kementerian Kewangan.

Tan Sri Pengerusi, itu sahaja. Sekian, terima kasih.

draft • 7:50 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Sekarang saya jemput Bakri.

draft • 7:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Ruginya kalau pembahas yang terakhir ini. Kadang berulang apa yang telah disebut. Tetapi, Yang Berhormat Tan Sri, izinkan saya mengulangi, jika ada poin-poin yang telah dibahaskan, sebab saya berharap dapat memberikan mungkin untuk satu isu yang sama, pandangan yang berbeza.

draft • 7:52 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, walaupun indikator-indikator ataupun statistik data daripada pihak kerajaan menunjukkan bahawa ekonomi negara tengah pulih ataupun mengalami satu pertumbuhan, bagaimanapun saya hendak ingatkan kerajaan bahawa bukannya semua sektor mengalami atau menikmati pertumbuhan tersebut.

Maka, seperti yang saya sebut dalam perbahasan peringkat dasar tempoh hari, bahawa bajet kali ini, walaupun kita faham hakikat bahawa kita perlu tambah pendapatan tetapi seboleh-bolehnya kita jangan menambah beban rakyat. Contohnya, kita tidak sepatutnya menambah...

draft • 7:52 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat kena rujuk butiran ya, sebab masih bukan...

draft • 7:52 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Ya, ya. Saya ingin merujuk kepada Butiran 030100 – Syarikat Pelaburan Kerajaan.

draft • 7:52 PM

Tuan Pengerusi

Ya.

draft • 7:52 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Contohnya di mana apabila kerajaan mengumumkan bahawa majikan perlu mencarum caruman KWSP untuk pekerja asing, ramai di kalangan rakyat berasa keliru. Mengapakah perlu kita mencarum KWSP untuk pekerja asing?

Memandangkan KWSP ini adalah kumpulan simpanan wang untuk pekerja tempatan supaya mereka bersedia apabila hidup persaraan mereka. Maka, apakah rasionalnya kerajaan mewajibkan bahawa majikan mencarum untuk pekerja asing? Setakat ini, tiada jawapan daripada pihak kerajaan.

Maka, saya memohon ― Menteri ada― memberikan satu penjelasan dalam Dewan yang mulia ini sebab saya lihat setakat ini, dijangkakan di Malaysia, kita ada 2.5 juta pekerja asing. Mungkin lebih banyak. Saya ambil yang lebih rendah. Saya ambil gaji minima. Gaji minimum sebanyak RM1,700 pada tahun hadapan. 13 peratus caruman daripada majikan, bermaksud setiap bulan RM221 dan setahun RM2,652. Setahun.

Maka, didarab dengan 2.5 juta pekerja asing ini, dia adalah bermaksud pasaran domestik hilang RM6.63 bilion. Hanya disebabkan majikan terpaksa mencarum untuk pekerja-pekerja asing. Dan kita lihat, seseorang pekerja itu bekerja di sini lima tahun. Lima tahun itu, kita akan hilang RM33 bilion. Kita perlu ingat, duit ini akan dituntut oleh pekerja- pekerja asing ini untuk satu tempoh yang cukup lama selepas mereka bersara.

Jadi, adakah perlu kita mewajibkan majikan untuk mencarum, terutamanya bagi caruman bahagian majikan untuk pekerja-pekerja asing? Ia akan membawa satu impak yang begitu besar kepada ekonomi negara, terutamanya dalam jangka panjang.

Maka, saya setuju dengan cadangan beberapa orang Ahli Yang Berhormat sebelum ini bahawa seboleh-bolehnya caruman untuk bahagian majikan ini, kita kosongkan, sifarkan.

Kalau tidak dapat disifarkan, seberapa minimum yang boleh. Supaya kita mengurangkan impak pewajipan ini terhadap industri-industri terutamanya sederhana dan kecil.

Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, satu lagi isu, iaitu Butiran 060300 – Fi Agensi Lembaga Hasil Dalam Negeri. Kerajaan telah mewajibkan peniaga-peniaga untuk melaksanakan dasar e-Invois. Untuk tahun hadapan, siapa-siapa atau mana-mana

draft • 7:52 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

perniagaan yang revenue tahunan lebih daripada RM150,000 perlu melaksanakan ataupun mengeluarkan e-Invois.

Apakah RM150,000 ini RM12,500 sebulan? Bagi satu perniagaan, ini adalah satu perniagaan ataupun keuntungan yang tidak ― ia bukan perniagaan. Pendapatan ya.

Revenue yang tidak besar. Kalau sekiranya kita nak membebankan peniaga-peniaga kecil kerana mereka perlu mengambil seorang akauntan ataupun kerani perakaunan untuk melaksanakan amalan ini, saya rasa ini adalah satu bebanan yang akan merencatkan ekonomi setempat.

Maka, saya harap kerajaan mempertimbangkan apakah bantuan yang boleh kita berikan kepada peniaga-peniaga kecil. Ini untuk mereka yang perlu mengeluarkan e-invois.

Tapi, kita jangan lupa ada satu golongan yang tercicir yang mana perniagaan mereka kurang daripada RM150,000 setahun, mungkin mereka mahu mengeluarkan e-invois tetapi mereka tak ada modal, tak ada kemahiran. Bagaimana kerajaan boleh membantu golongan ini?

Saya bagi contoh. Seorang penjaja datang memberitahu saya, dia kata tahun hadapan dia menghadapi masalah. Sebab, sebelum ini, beliau membekalkan nasi bungkusan kepada satu syarikat, satu kilang dan setiap bulan ia memberikan satu hasil kepada dia beberapa ribu. Dia kata, tahun hadapan mungkin kilang tersebut akan berhenti perniagaan tempahan tersebut kerana dia tidak mengeluarkan e-Invois kepada kilang tersebut.

draft • 7:52 PM

Tuan Pengerusi

Okey, Bakri. Masa ya.

draft • 7:52 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Maka, saya nak tanya, adakah LHDN, terutamanya, bersedia untuk memberikan latihan, bantuan ataupun menyediakan satu kaunter khas untuk membantu golongan yang tercicir ini?

Saya cadangkan, kalau boleh, kita melatih sekiranya ada NGO-NGO seperti persatuan penjaja untuk menyediakan perkhidmatan ini untuk ahli-ahli mereka, ataupun dewan perniagaan, ataupun Pusat Khidmat Ahli-ahli Parlimen, atau Pusat Khidmat ADUN untuk membantu golongan micro business ini supaya mereka juga boleh mengeluarkan e- Invois dan mengurangkan bebanan perniagaan mereka.

Sekian, terima kasih.

draft • 7:52 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Terima kasih dan terakhir saya jemput Paya Besar.

draft • 8:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Bismillahi Rahmani Rahim.

Terima kasih, Tan Sri Pengerusi. Tan Sri, izinkan saya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Yang Berhormat Sri Aman. Hari ini hari lahir beliau.

[Tepuk]

draft • 8:00 PM

Tuan Pengerusi

Happy birthday!

draft • 8:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Beliau merupakan Bendahari BBC. Jadi, sesuai saya ambil kesempatan di bawah Kementerian Kewangan ini untuk mengucapkan kepada Bendahari BBC.

[Ketawa] Happy birthday, Dato’ Sri Sri Aman.

Bodek sikit.

draft • 8:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tan Sri Pengerusi, saya nak menyentuh lima perkara atas masa yang ada ini, 030000 – Strategi Pelaburan, 020000 – Strategi Fiskal, 990000 – Komitmen Kewangan. B.10 040100 – Perolehan Kerajaan dan yang akhirnya 020300 – Belanjawan Negara, Tan Sri.

Saya dapat meneliti beberapa Ahli Yang Berhormat membangkitkan issues berkaitan strategi pelaburan. Tersinggung kepada GLC, GLIC dan badan berkanun. Saya minta sangat atas kebijaksanaan Yang Berhormat Menteri Kewangan I dan II supaya kita boleh mewujudkan search committee untuk kita mencari CEO top notch. Sekiranya ada, bagaimana peranan untuk memastikan GLC dan GLIC ini berada pada mandate yang sebenar.

Saya juga ingin mencadangkan, Tan Sri dan memberi pandangan supaya penjawat awam yang menjadi wakil dalam Ahli Lembaga Pengarah yang sepatutnya menjalankan tanggungjawab sebagai fiduciary duty mereka juga perlu mengambil tanggungjawab dan kita ambilkan ia sebagai satu pemberat dalam penentuan prestasi tahunan penjawat awam tersebut kerana jatuh bangunnya syarikat itu bergantung juga kepada polisi penerangan kepada Ahli Lembaga Pengarah. Do’s and don’ts dalam perkara-perkara yang melibatkan GLC, GLIC dan badan berkanun. Mereka perlu tegas dalam menentukan nasihat kepada ahli lembaga pengarah.

Tan Sri Pengerusi, yang keduanya berkaitan strategi fiskal. Ini amat penting kerana kita tahu kita ada Medium-Term Revenue Strategy (MTRS). Saya nak tanya, bagaimana proses yang diambil oleh Kementerian Kewangan bagi menentukan sebarang langkah cukai yang ingin dilakukan? Saya dengar banyak Ahli Yang Berhormat yang mengatakan e- invoicing, cukai dua peratus dan kalau di Dewan yang mulia ini dapat diberi pencerahan apakah proses yang ditentukan untuk mengambil langkah cukai supaya jangan nanti kita dah announced langkah cukai akhirnya kita terpaksa mengurangkan target yang telah ditentukan oleh pihak kementerian dan akhirnya dia akan memberi kesan kepada proses perbelanjaan negara yang hujungnya nanti akan berlaku penjimatan yang tak sepatutnya berlaku.

Saya juga nak melihat daripada strategi fiskal ini, bagaimana kita boleh menggunakan peningkatan tarif untuk kita protect our local product, our local manufacturing dengan izin, Tan Sri. Kerana apa? Kerana hari ini banyak produk-produk dari luar negara masuk ke negara kita, kita menggunakan eksais duti import dalam keadaan yang agak-agak bagi saya tidak berbanding dengan international, yang negara lain mengenakan tarif yang tinggi kepada ASEAN product masuk ke negara mereka tetapi kita mengambil remeh. Ini memberikan playing field yang tak sama. Mereka membuat production dengan volume yang tinggi kerana mereka ada pasaran luas di dunia tetapi our local manufacturing mempunyai volume dan demand yang kecil. Itu sebabnya kos yang kita tawarkan lebih meningkat tinggi berbanding barang yang diimport dan ini mesti diimbangi oleh tarif yang sedia ada.

Tan Sri Pengerusi, saya harap sangat supaya kerajaan hari ini mengambil kira komitmen kewangan di bawah perkara 990000. Saya nak tanya kepada Kementerian Kewangan. Funding gap KTMB ni. Setiap tahun RM300 juta, satu jumlah yang besar.

Kenapalah our forefather dahulu tidak melihat masa hadapan? Itu sebabnya saya harap sangat ERCL punya funding model ini jangan ikut seperti mana KTMB. Spillover effect –

draft • 8:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

banyak kali dah saya bagi tahu, Tan Sri, supaya kita gunakan jajaran ERCL ini untuk kita meningkatkan ekonomi domestik, ekonomi tempatan yang akhirnya akan compensate kepada spillover kepada cukai yang akan mengimbangi funding model yang ada.

KTMB RM300 juta setiap tahun Tan Sri, cukup besar Tan Sri. Nanti yang kelima saya akan beritahu, kalaulah RM300 juta ni diberikan kepada Parlimen Tan Sri, saya ingat Tan Sri pun happy, saya pun happy sebagai Pengerusi JKPK.

[Tepuk] Tan Sri Pengerusi, saya nak sentuh berkaitan juga perolehan kerajaan. Saya minta Yang Berhormat Menteri bagi penerangan sikit berkaitan pembiayaan funding gap KTMB ni.

Saya nak tahu, sampai bila kita nak tanggung RM300 juta ni? Adakah setiap tahun sampailah – sampai ke hujunglah.

Tan Sri Pengerusi, saya nak sentuh yang keempat ni Tan Sri, adalah perolehan kerajaan. Saya harap sangat Tan Sri Pengerusi, kita kena beri penekanan yang amat-amat tinggi dan jelas berkaitan perolehan kerajaan. Belilah barangan buatan Malaysia, Tan Sri. FDI peningkatan 16.7 peratus. Bermakna satu jumlah yang banyak, pelaburan datang daripada negara-negara luar melabur dalam negara kita. Ini satu reflection yang bagus, Tan Sri. Cuma, penekanan saya adakah mereka menggunakan barang buatan Malaysia dalam mereka melabur di Malaysia, guna barang Malaysia supaya duit kita tak keluar, Tan Sri. Ini kita nak bawa mereka ke dalam negara kita tetapi outflow money itu cukup tinggi dan ini juga akan memberi kesan kepada prestasi ringgit.

Akhirnya Tan Sri, saya juga nak tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Saya dah berbahas panjang lebar dengan beberapa kawan-kawan berkaitan JKPK ni. JKPK is a hot issue Tan Sri kerana kita nak buat Parliament reform. Yang Berhormat Menteri Kewangan I pun faham tentang bagaimana hasrat beliau untuk memastikan Parlimen ini ada reform. Saya tahu libat urus dibuat dengan pihak Parlimen, ada. Saya juga dalam prosiding JKPK yang terakhir semasa MOF datang bentangkan apakah gambaran Belanjawan 2025 di JKPK Kewangan dan Ekonomi, saya juga bercakap perkara yang sama. Dua kali 10, RM20 juta sahaja, Yang Berhormat Menteri Kewangan.

[Tepuk] Berbanding dengan RM300 juta yang saya sebutkan funding gap KTMB.

Tan Sri Pengerusi, kalaulah ini dapat dipertimbangkan, Yang Berhormat Menteri Kewangan, saya kira ia akan memberi kesan yang cukup jelas dan saya nak juga tahu – tanya, libat urus dibuat dengan kementerian, bagaimana perimbangan? Semalam Yang Berhormat Menteri jawab soalan saya. Saya bukan nak mencucuk semalam, Yang Berhormat Menteri Kewangan tapi niat saya adalah saya harap kita melihat kepada *value for money.

Inflation*, okey, normal di bawah dua peratus tetapi inflasi dari segi barang makanan itu tingkat. Walaupun hari ini kafe kita ditutup 14 hari tapi inflasi makanan masih berada di tahap yang tinggi. Saya harap sangat, Tan Sri Pengerusi, perkara-perkara perimbangan ini mesti dilihat secara menyeluruh dan Menteri mesti memberi penjelasan bagaimana penentuan dibuat terhadap dasar dan agihan peruntukan.

Sekali lagi saya merayu kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan bagi pihak rakan-rakan, 10 jawatankuasa ini, janganlah ketidakadilan itu berlaku kepada JKPK kerana

draft • 8:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

bagi kami yang penting adalah peruntukan yang bersesuaian [Tepuk] dan ini perkara yang kita boleh jamin kualiti penyata dan apatah lagi penyata tersebut akan dibincangkan dalam sidang ini. Sudah pasti kualiti yang diharapkan oleh Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi itu dapat kita realisasikan di Dewan yang mulia ini. Terima kasih, Tan Sri Pengerusi.

[Tepuk]

draft • 8:00 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Paya Besar ialah pembahas terakhir. Sekarang saya akan jemput Menteri. Saya akan berikan Menteri 30 minit. Sebelumnya Menteri, saya nak...

draft • 8:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Point of order.

draft • 8:00 PM

Tuan Pengerusi

Ya.

draft • 8:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Dalam Peraturan Mesyuarat 81(1)

draft • 8:00 PM

Tuan Pengerusi

81?

draft • 8:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

(1) ialah tentang Jawatankuasa Pilihan untuk Dewan.

Ini adalah berkaitan dengan saman yang telah dikeluarkan ke atas kantin Parlimen di mana kantin Parlimen diarah tutup untuk satu tempoh 14 hari. Tan Sri Pengerusi, saya rasa ini suatu perkara yang kita rasa tidak sepatutnya berlaku kerana kalau kantin Parlimen boleh dianggap tidak bersih, macam mana pula dengan makanan di seluruh negara? Kerana ia memberikan satu tanda simbolik yang amat negatif. So, di sini kita hendak dapat petua dan juga panduan daripada Tan Sri Pengerusi, macam mana kita harus menangani masalah ini? Kerana kalau tidak, ini akan mencemarkan imej Parlimen. Kalau Parlimen – kantin Parlimen pun tak bersih, macam mana yang lain-lain dalam negara kita boleh bersih? Saya harap Petua dan panduan daripada Tan Sri Speaker. Terima kasih.

draft • 8:00 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Selepas persidangan ini, saya akan panggil semua pihak yang terlibat berjumpa saya dan saya nak tahu apa sebenarnya yang terjadi. Insya-Allah, pagi esok saya akan maklumkan apakah hasil siasatan saya malam ini. Baik, terima kasih Yang Berhormat.

Menteri, saya hendak ingatkan, Menteri ada 30 minit. Tetapi di waktu ini, Menteri punya kuasa penuh untuk membenarkan celahan atau tidak. Orang lain, Ahli Yang Berhormat, kalau Menteri tak beri laluan, maksudnya tidak ada laluan sebab saya sendiri tak boleh intervention. Silakan Menteri, 30 minit.

draft • 8:10 PM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tan Sri Yang di-Pertua, Tan Sri Pengerusi, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada 19 Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan untuk Rang Undang-undang Perbekalan 2025.

Sebelum saya memberi penjelasan dan menjawab beberapa perkara yang dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan, ingin saya maklumkan bahawa Belanjawan 2025 telah dirangka mengambil kira keperluan semua kementerian untuk melaksanakan program, projek dan inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan — yang akan dilaksanakan bagi tahun

draft • 8:10 PM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

  1. Oleh yang demikian, urusan pengagihan sumber perlu dibuat dengan teliti berdasarkan keutamaan keperluan perbelanjaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peruntukan keseluruhan mengurus dan pembangunan bagi semua kementerian meningkat pada tahun 2025 berbanding 2024. Bagi membolehkan ruang peruntukan yang lebih diagihkan kepada kementerian, peruntukan keseluruhan mengurus dan pembangunan bagi Kementerian Kewangan yang melibatkan Vot Bekalan B.10, B.11, B.12 dan Vot Pembangunan P.10 dikurangkan sebanyak RM2.67 bilion iaitu daripada RM66.57 bilion pada tahun 2024 kepada RM63.9 bilion pada tahun 2025.

Sesungguhnya, begitulah bagi Vot Bekalan B.11 - Perkhidmatan Am Perbendaharaan, terdapat sedikit peningkatan dicatatkan antara berikutan pengumuman kerajaan dalam ucapan Belanjawan 2025 yang meningkatkan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah daripada RM10 bilion kepada RM13 bilion pada tahun 2025.

Saya merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bagan atas cadangan untuk menambahbaikkan langkah Belanjawan 2025. Berhubung penetapan had pendapatan isi rumah T15, seperti mana yang dijelaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kriteria dan kaedah penentuan T15 belum dimuktamadkan dan tidak terhad semata-semata berdasarkan tahap pendapatan. Kerajaan komited membela nasib majoriti rakyat termasuk golongan pertengahan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Merujuk kepada cukai dividen, prinsipnya adalah supaya mereka yang berkemampuan dan menjana pendapatan turut menyumbang kepada hasil cukai. Dengan itu, adalah wajar mereka yang mempunyai pelaburan saham tersenarai dan juga tidak tersenarai diliputi cukai dividen.

draft • 8:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Menteri.

draft • 8:10 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Usahawan yang memiliki syarikat — biar saya habis dulu. Usahawan yang memiliki syarikat sendirian berhad yang hanya menerima dividen tidak mengambil gaji hanya tertakluk kepada cukai syarikat 24 peratus, sementara individu yang menerima gaji bakal membayar cukai pada kadar sehingga 30 peratus. Kadar cukai individu untuk pendapatan penggajian dikenakan melebihi kadar 24 peratus bagi pendapatan RM100,000 ke atas. Dengan itu, kadar cukai dividen dua peratus merupakan kadar minimum berbanding enam peratus berdasarkan perbezaan cukai syarikat dan kadar cukai individu sehingga 30 peratus.

draft • 8:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Menteri, boleh tanya?

draft • 8:10 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Sikit sahaja, saya ada 30 minit sahaja.

draft • 8:10 PM

Tuan Pengerusi

Menteri tidak bagi, sila duduk. Sila Menteri.

draft • 8:10 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Yang Berhormat Bachok membangkitkan tentang pemberian Wang Ihsan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kelantan dan Terengganu.

Seperti mana yang sering ditegaskan, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan Wang Ihsan kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Negeri Terengganu bagi tujuan pelaksanaan projek dan program manfaatkan rakyat negeri Kelantan dan Terengganu. Di samping itu, Kerajaan Persekutuan juga menyalurkan peruntukan melalui agensi-agensi Persekutuan

draft • 8:10 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

antaranya seperti Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Kerja Raya dalam melaksanakan projek membasmikan kemiskinan dan infrastruktur bagi manfaatkan penduduk Kelantan dan Terengganu.

Pada tahun hadapan, Kerajaan Persekutuan turut memberi keutamaan dengan memberi peruntukan pembiayaan untuk projek pembangunan kepada negeri Kelantan dan Terengganu yang disalurkan melalui kementerian-kementerian Persekutuan. Antaranya, merangkumi pelaksanaan projek Lebuhraya Central Spine Road dan membina loji rawatan air di Kelantan, membina hospital di Terengganu, jalan penghubung serta menaikkan taraf sekolah di luar bandar.

Kerajaan Persekutuan terbuka dan bersedia mempertimbangkan cadangan daripada Kerajaan Negeri Terengganu dan Kelantan yang boleh dipersetujui melibatkan program serta projek yang boleh dibiayai oleh pemberian Wang Ihsan untuk memanfaatkan langsung rakyat negeri Terengganu dan Kelantan terutamanya dalam usaha mengurangkan kemiskinan dan menambah baik infrastruktur asas.

draft • 8:10 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Menteri, sikit.

draft • 8:10 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Yang...

draft • 8:10 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Menteri sikit, sikit sahaja.

draft • 8:10 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Biar saya habis.

draft • 8:10 PM

Tuan Pengerusi

Menteri tak bagi, sila duduk.

draft • 8:10 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Tajuk royalti tadi.

draft • 8:10 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Biar saya habis dulu.

draft • 8:10 PM

Tuan Pengerusi

Menteri tak bagi, sila duduk.

draft • 8:10 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Biar saya habis dulu. Terima kasih ya. Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Kuala Terengganu dan Yang Berhormat Rantau Panjang turut menyentuh langkah menambah baik Majlis Kewangan Negara. Belanjawan 2025 sebenarnya mencerminkan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk mengeratkan kerjasama dengan negeri-negeri.

Antaranya, pertama, untuk Belanjawan 2025, kementerian Ekonomi telah mengambil kira keutamaan semua kerajaan negeri dalam menentukan projek pembangunan baharu serta — seperti projek bekalan air di Kelantan. Kedua, kerajaan telah menggandakan peruntukan projek keterjaminan makanan dengan kerajaan negeri dengan RM300 juta berbanding RM150 juta tahun lepas. Ketiga, kerajaan telah tingkatkan peruntukan ecological fiscal transfer kepada RM250 juta daripada RM200 juta untuk menyokong usaha kerajaan negeri memelihara hutan dan hidupan liar. Keempat, Kementerian Kewangan komited untuk mengkaji semula dan menambah baik pemberian negeri secara berkala dan berhasrat bentangkan ke Majlis Kewangan Negara tahun 2025 cadangan untuk kaji semula geran per kapita untuk kerajaan negeri.

Terima kasih juga atas keprihatinan Yang Berhormat Ayer Hitam berhubung senarai pelarasan SST. Kerajaan komited melaksanakan peluasan SST secara progresif supaya tidak menjejaskan majoriti rakyat. Walaupun isu ini bukan di bawah butiran yang dibahaskan

draft • 8:10 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

sekarang, kerajaan komited libat urus menyeluruh dan akan dilaksanakan sebelum senarai barangan dan perkhidmatan dimuktamadkan.

Yang Berhormat Ayer Hitam juga telah membangkitkan tentang penetapan harga produk petroleum. Seperti yang dijelaskan, penetapan harga runcit diesel secara mingguan dilaksanakan melalui kaedah apungan terkawal (managed float) berdasarkan pengiraan dengan menggunakan formula automatic pricing mechanism dan juga bagi menyokong kestabilan harga. Selaras dengan pergerakan APM dan harga pasaran semasa, harga runcit diesel telah pun dikurangkan 40 sen daripada RM3.35 seliter kepada harga sekarang iaitu RM2.95 seliter.

draft • 8:10 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Merujuk kepada Yang Berhormat Temerloh yang membangkitkan Butiran 09000 – Pelbagai Suntikan Modal berjumlah RM7.063 bilion. Ini merupakan peruntukan bagi membiayai komitmen kewangan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

Sebahagian besar merupakan tanggungan komitmen kewangan adalah bagi tujuan bayaran prinsipal dan kupon hutang syarikat yang membiayai projek-projek infrastruktur dan pembangunan negara.

Antaranya DanaInfra dengan bayaran prinsipal RM3.4 bilion untuk membiayai projek Light Rail Transit, Mass Rapid Transit dan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak. Prasarana untuk pembayaran prinsipal RM2.3 bilion untuk sukuk yang membiayai projek LRT3 dan capex.

Jambatan Kedua Sdn Bhd prinsipal mencecah RM1 bilion yang membiayai projek Jambatan Kedua Pulau Pinang dan Ocean Sunshine yang telah mengambil alih projek menyiapkan lima Littoral Combat Ship yang kini mengikut jadual dengan mencapai 70 peratus kemajuan.

Kerajaan dan rakyat akan mendapat manfaat daripada jaringan infrastruktur pengetahuan awal yang lebih komprehensif meliputi pengangkutan rel, bas dan jalan raya.

Di samping itu, pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang juga memberi kemudahan dan pilihan kepada rakyat yang sekali gus dapat meningkatkan aktiviti ekonomi negeri.

Yang Berhormat Miri, menyentuh soal mySalam. Seperti sedia maklum, mySalam merupakan sebuah skim perlindungan kesihatan percuma yang telah dilancarkan oleh kerajaan sejak tahun 2019. Tempoh pelaksanaan mySalam adalah lima tahun bermula daripada tahun 2019 hingga tahun 2023 dan penerima yang layak terdiri daripada individu B40 dan pasangan yang juga penerima bantuan tunai kerajaan yang kini dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah, dengan had umur kelayakan maksimum bagi penerima mySalam adalah 65 tahun.

Di samping itu, program insurans sosial iaitu Skim Perlindungan Tenang telah diumumkan dalam Belanjawan 2025 bagi memanfaatkan sehingga dua juta penerima STR.

Bagi tujuan ini, RM60 juta disediakan untuk pembiayaan sebahagian daripada kos pembeli produk perlindungan tenang yang menawarkan perlindungan akibat kematian, kemalangan diri dan risiko am seperti kebakaran dan banjir.

Merujuk kepada Yang Berhormat Kuala Terengganu dan juga Yang Berhormat Temerloh berhubungan projek berimpak tinggi. Untuk makluman, projek berimpak tinggi dan

draft • 8:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

kesejahteraan rakyat merangkumi projek dan program yang diumumkan sebagai inisiatif Belanjawan 2025.

[Meneguk air] Antaranya program pembangunan usahawan Bumiputera di bawah PUNB, MARA dan SME Corp.

Kedua, membangunkan dan menaikkan taraf kemudahan fasiliti IPTA yang lebih mesra OKU dan kerja-kerja pembersihan dan penaikan taraf longkang dan parit dalam usaha mengurangkan masalah banjir di beberapa kawasan hotspot di bawah PBT. Keseluruhan peruntukan RM100 juta di bawah perbelanjaan pembangunan ini menumpukan kepada pembangunan kapasiti usahawan mikro dan memperbaikkan infrastruktur asas yang akan memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Yang Berhormat Kuala Terengganu dan Yang Berhormat Pekan menyentuh Wang Tak Dituntut. Peningkatan OS30000 adalah bagi tujuan perolehan bas bergerak Wang Tak Dituntut. Dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM1.6 juta. Ini adalah bagi menyediakan kemudahan kaunter, bagi memudahkan rakyat untuk membuat semakan dan tuntutan Wang Tak Dituntut di semua negeri di seluruh Malaysia.

Sehingga 31 Oktober 2024, jumlah keseluruhan Wang Tak Dituntut yang diserah oleh syarikat dan firma adalah berjumlah RM17 bilion. Manakala jumlah bayaran balik Wang Tak Dituntut kepada empunyanya yang berhak adalah RM4.2 bilion menjadikan baki Wang Tak Dituntut sehingga 31 Oktober 2024 adalah berjumlah RM12.8 bilion.

Jabatan Akauntan Negara telah melaksanakan reruai di seluruh negara bermula tahun 2022 bagi meningkatkan kesedaran dan menggalakkan orang awam membuat tuntutan. Bilangan reruai yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

(i) tahun 2022, 32 reruai dengan jumlah RM24,119 pengunjung;

(ii) tahun 2023, 75 reruai dengan jumlah RM30,198 pengunjung; dan

(iii) tahun 2024, 77 reruai dengan jumlah RM37,583 pengunjung.

Jumlah reruai bagi tahun 2022 hingga 2024 Oktober tahun ini ialah 184. Kita akan terus membuat reruai ini agar kesedaran yang akan terus meningkat. Taklimat juga disediakan, diadakan kepada syarikat dan firma, badan berkanun, PBT dan lain-lain agensi bagi memberi kesedaran berkenaan WTD. Sepanjang tahun 2024, Jabatan Akauntan Negara telah mengadakan lebih pada 108 taklimat.

Yang Berhormat Pekan mengutarakan cadangan supaya kerajaan mempunyai perancangan untuk melakukan pengesanan pemilik atau waris menggunakan data terkini JPN supaya wang tersebut dapat dikreditkan terus secara automatik ke dalam akaun mereka.

Saya mengambil maklum cadangan ini dan kami akan menelitinya.

Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Rasah dan Yang Berhormat Kota Belud telah bertanya tentang perincian Butiran 020500 – Subsidi dan Bantuan Tunai. Sejumlah RM34 bilion diperuntukkan bagi tahun 2025 untuk menampung terutamanya subsidi produk petrol sebanyak RM23 bilion dan Sumbangan Tunai Rahmah sebanyak RM10 bilion. RM3 bilion lagi ada dalam butiran lain. Walaupun peruntukan asal tahun 2024 hanya RM35.8 bilion tetapi disebabkan pergerakan harga petroleum dan pelaksanaan penyasaran subsidi yang bermula hanya pada Jun 2024, perbelanjaan sebenar butiran subsidi dan bantuan tunai akan

draft • 8:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

mencecah RM46 bilion. Dengan itu, peruntukan tahun 2025 sebanyak RM34 bilion merupakan pengurangan RM12 bilion terutamanya merujuk pada penjimatan penyasaran subsidi diesel dan petrol.

Selaras dengan- ditanya juga pasal Sabah Energy. Selaras dengan persetujuan pemindahan kuasa kawal selia bekalan elektrik kepada negeri Sabah pada 3 Januari 2024, Kerajaan Persekutuan antara lain komited menyediakan subsidi elektrik sebanyak RM3.54 bilion selama tujuh tahun sehingga tahun 2030, pasca penyerahan kuasa kawal selia.

Sehingga September 2024, Kerajaan Persekutuan telah selesai menyalurkan RM449.9 juta subsidi electricity berdasarkan tuntutan yang telah disemak dan disahkan oleh ECoS kepada Sabah Electricity. Baki peruntukan sekitar RM57.6 juta akan di salur sebaik tuntutan dikemukakan dan dijangka baki ini akan disalur sepenuhnya sebelum akhir tahun ini.

draft • 8:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Bagi tahun 2025, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM700 juta subsidi elektrik meningkat RM193 juta daripada peruntukan tahun 2024. Kerajaan Persekutuan ambil maklum kedudukan kewangan meruncing yang sedang dihadapi oleh Sabah Electricity.

Kementerian Kewangan bersama PETRA ketika ini sedang meneliti dan mempertimbangkan permohonan bayaran ICPT Jun ke Disember 2023 bagi Sabah Electricity berjumlah RM162 juta. Dalam pada masa yang sama, Kementerian Kewangan turut sedang menimbang untuk memberi moratorium bayaran balik pinjaman Sabah Electricity kepada Kerajaan Persekutuan yang dianggarkan sekitar RM65 juta. Oleh itu, pandangan yang mengatakan Kerajaan Persekutuan telah menarik balik penyaluran peruntukan subsidi kepada Sabah adalah tidak benar.

Berhubungan peruntukan di bawah Butiran B.11 021800 – Pembayaran Penyelenggaraan Cerun Jalan Raya Negeri adalah disalurkan oleh MOF kepada Kementerian Kerja Raya bagi pembiayaan kerja-kerja penyelenggaraan cerun jalan yang telah dikenal pasti di negeri bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya. Selain daripada peruntukan ini, Kerajaan Persekutuan turut menyediakan pemberian penyelenggaraan jalan negeri yang disalurkan terus kepada semua negeri bagi tujuan membantu penyelenggaraan jalan di negeri masing-masing sebagaimana yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Peruntukan penyelenggaraan jalan negeri yang tidak dapat dibelanjakan dalam tahun semasa boleh dibawa ke tahun berikutnya. Namun, hanya boleh dibelanjakan mengikut perancangan tahunan penyelenggaraan jalan negeri dan keutamaan oleh Kerajaan Negeri seperti mana ditetapkan dalam Surat Ikatan Amanah dan garis panduan yang ditetapkan.

Yang Berhormat Rasah merujuk kepada butiran berkenaan kos sara hidup. Yang Berhormat Rasah membangkitkan mengenai peruntukan RM700 juta untuk Program Kos Sara Hidup. Peruntukan ini merupakan sebahagian daripada peruntukan keseluruhan RM1 bilion di bawah Program Payung RAHMAH. Baki RM300 juta adalah untuk Inisiatif Jualan

draft • 8:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

RAHMAH di bawah KPDN yang turut ditingkatkan sekali ganda ketimbang tahun 2024 yang disediakan hanya RM150 juta.

Oleh demikian, sebarang program oleh pelbagai kementerian dan agensi bagi mendukung usaha mengurangkan kos sara hidup rakyat akan dibantu melalui peruntukan RM700 juta ini sebagai tambahan kepada peruntukan sedia ada yang terdapat di kementerian masing-masing. Ini bagi mewujudkan whole of government approach dalam usaha bersama kementerian dan agensi untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat yang terkesan.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan juga akan menambah baik liputan program ini melalui Jualan Agro dan turut disokong oleh Program Koperasi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Merujuk kepada Yang Berhormat Pasir Mas berhubungan kekeliruan berhubungan penggunaan kad pengenalan. Ingin saya jelaskan bahawa terdapat dua perkara yang berasingan. Satunya, Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan program di mana golongan miskin di Semenanjung Malaysia dikreditkan sebanyak RM100 sebulan yang dibelanjakan di lebih 600 kedai runcit dan pasar raya. Program ini dilaksanakan melibatkan 400,000 penerima dan menunjukkan keberkesanan dan kelicinan penggunaan kad pengenalan untuk urusan pembelian harian.

Keduanya, Kementerian Kewangan juga melaksanakan Projek Perintis pada tahun 2022 menggunakan kad pengenalan dan e-dompet di beberapa stesen minyak di sekitar Putrajaya dan Klang. Projek Perintis ini melibatkan konsep harga berperingkat di mana pengguna yang layak dapat membeli petrol pada harga yang lebih rendah daripada harga pam. Projek Perintis ini telah mengesahkan kebolehlaksanaan teknologi untuk penyasaran subsidi minyak. Kerajaan sekarang dalam proses menambah baik kaedah penyasaran subsidi ekoran daripada hasil projek rintis tersebut.

Yang Berhormat Rantau Panjang dan Yang Berhormat Putrajaya menyentuh mengenai Litar Antarabangsa Sepang. MHB telah membina Litar Antarabangsa Sepang, Litar F1 dan dioperasi oleh Sepang International Circuit Sdn. Bhd. sebagai salah satu cabang perniagaannya untuk mengembang aktiviti permotoran dan mempromosi Malaysia sebagai destinasi permotoran antarabangsa meliputi penganjuran F1 dan MotoGP. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan aktiviti rantaian perniagaan berkaitan permotoran dan industri pelancongan tempatan.

Berikutan penstrukturan semula MHB pada tahun 2008, kerajaan telah bersetuju untuk mengambil alih perniagaan bukan teras termasuk Litar F1 tersebut supaya MHB boleh menumpukan kepada peranan sebagai operator dan pengurus lapangan terbang. Selaras dengan keputusan ini, kerajaan bersetuju mengambil alih Litar F1 dengan bayaran dibuat secara ansuran selama lapan tahun mulai 2023 hingga 2030 dengan bayaran tahunan sebanyak RM46 juta.

Merujuk kepada Yang Berhormat Arau dan Kapar mengenai Butiran 020800 – Perbelanjaan Pertukaran Wang. Ini disediakan RM30 juta pada tahun 2025 mengambil kira trend turun naik mata wang asing atas transaksi perbelanjaan di luar negara. Transaksi

draft • 8:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

perbelanjaan luar negara adalah perbelanjaan Pejabat Perwakilan di luar negara. Ini adalah kerana kita terdedah kepada kadar pertukaran mata wang pada setiap masa berdasarkan tarikh transaksi.

Yang Berhormat Bayan Baru menyentuh soal funding gap KTM. Pengangkutan rail kekal sebagai mod pengangkutan yang penting untuk rakyat. Sehubungan itu, kerajaan secara berterusan menyediakan pembiayaan untuk menambah baik dan menyelenggarakan rangkaian aset kereta api melalui peruntukan RM2.81 bilion pada tahun 2025. Beberapa contoh projek termasuklah landasan berkembar Gemas–JB, RTS Link ke Singapura dan LRT Penang.

Kerajaan menggalakkan penggunaan kereta api melalui pelbagai mekanisme yang akan memastikan tambang rendah dan berpatutan pada rakyat. Disebabkan itu juga, kerajaan juga menyediakan pembiayaan kepada KTMB bagi memastikan KTMB dapat membiayai seperti penyelenggaraan dan operasi kereta api untuk terus menjamin tahap keselesaan perkhidmatan pada rakyat.

Yang Berhormat Putrajaya menyentuh tentang soal SRC. Kerajaan telah melunaskan sepenuhnya bayaran hutang SRC kepada KWAP pada Mac 2022. Tiada kerugian yang ditanggung oleh KWAP kerana dilangsaikan secara penuh.

draft • 8:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Cuma, duit itu duit kerajaan ya? Kerajaan bagi balik kepada KWAP Yang Berhormat ya? Terima kasih.

draft • 8:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Yang ditanya tadi impak kepada KWAP. So, tidak apa impak kepada KWAP ya.

Yang Berhormat Bakri, Bayan Baru, Pasir Mas dan Putrajaya ada mengutarakan soalan berkenaan Butiran 060300 – Fi LHDN dan pelaksanaan e-Invois dan impak pelaksanaannya. Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, fasa pertama pelaksanaan e-Invois bermula pada 1 Ogos 2024 yang melibatkan syarikat dengan perolehan jualan tahunan melebihi RM100 juta.

Fasa kedua akan bermula 1 Januari 2025 melibatkan syarikat dengan perolehan tahunan sebanyak RM25 juta sehingga RM100 juta. Manakala pelaksanaan e-Invois secara menyeluruh akan bermula 1 Julai 2025 yang melibatkan semua perniagaan termasuk PMKS.

draft • 8:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Kerajaan sedar akan cabaran yang dihadapi oleh PMKS dalam mengadaptasi e- Invois terutama dari aspek penerapan teknologi dan jurang kesediaan pengetahuan berkenaan e-Invois. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah buat keputusan di mana peniaga kecil yang mempunyai jualan tahunan di bawah RM150,000 diberi pengecualian dari pengeluaran e-Invois buat masa ini yang mana ia melibatkan lebih 700,000 peniaga kecil.

Dari segi infrastruktur, LHDN telah menyediakan Portal MyInvois yang boleh diakses dan digunakan secara percuma bagi membantu penghantaran e-Invois kepada LHDN. Bagi tambahan, aplikasi MyInvois telah dibangunkan dan disediakan kepada pembayar cukai. Kini, pembayar cukai boleh melaksanakan e-Invois menerusi aplikasi MyInvois di telefon pintar

draft • 8:40 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

masing-masing bila-bila masa dan di mana-mana jua. Penggunaan Portal MyInvois dan aplikasi MyInvois tidak melibatkan sebarang kos tambahan kepada PMKS.

Kerajaan akan terus komited untuk membantu semua syarikat termasuk PMKS sepanjang tempoh peralihan dalam melaksanakan e-Invois sepenuhnya. Sesi libat urus, aktiviti pendidikan dan hand-holding programme akan terus dipergiatkan di seluruh negara bagi menjelaskan proses dan mekanisme pelaksanaan e-Invois di samping memberi bimbingan berhubung penggunaan Portal MyInvois.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa banyak isu yang saya telah terangkan. Mungkin ada beberapa yang saya tidak, saya akan menjawab melalui secara bertulis. Sekali lagi saya rakamkan ucapan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat...

draft • 8:40 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Tan Sri. Tan Sri Pengerusi.

draft • 8:40 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

...Yang mengambil bahagian dalam perbahasan Jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan.

draft • 8:40 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Tan Sri Pengerusi. Tan Sri Pengerusi.

draft • 8:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tan Sri Pengerusi.

draft • 8:40 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Menteri telah pun duduk. Untuk itu Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM56,281,932,100 untuk Kepala B.10, B.11 dan B.12 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2025 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.10, B.11 dan B.12 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 8:40 PM

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.10 dan P.70 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2025 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.10 dan P.70 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 8:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi hari Khamis, 14 November 2024. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat malam.

draft • 8:40 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.44 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026