Nov122024

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh dan salam sejahtera. Kita mulakan Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri ini dengan saya menjemput Tuan Suhaizan bin Kaiat, Pulai. Silakan.

draft • 10:00 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih, Speaker.

draft • 10:00 AM

1. Tuan Suhaizan bin Kaiat [Pulai] minta Menteri Ekonomi menyatakan mekanisme penggunaan kad pengenalan untuk pengesahan kelayakan penerimaan subsidi RON95 yang terdedah kepada masalah kerosakan cip kad pengenalan, capaian internet perlahan luar bandar, penipuan kelayakan, tambahan kos sistem pengesahan dan melambatkan proses pembelian minyak.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, silakan Menteri.

draft • 10:00 AM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tan Sri Yang di-Pertua Dewan, Ahli-ahli Dewan yang dimuliakan sekalian. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan secara prinsipnya telah bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi RON95, pada pertengahan tahun 2025 seperti yang telah dimaklumkan semasa ucapan Belanjawan 2025, pada 18 Oktober yang lalu.

Pelaksanaan penyasaran ini akan membolehkan 85 peratus rakyat terus menikmati subsidi RON95, supaya harga di pam bagi 85 peratus rakyat tetap sama. Ini bermakna stesen-stesen minyak akan mempunyai harga dua peringkat atau dengan izin two tier pricing, iaitu harga bersubsidi yang kekal pada paras yang ditetapkan oleh kerajaan bagi 85 peratus rakyat dan harga yang diapungkan bagi mereka dari 15 peratus isi rumah tertinggi di negara ini.

Ini akan melengkapkan usaha kerajaan untuk menyasarkan subsidi dari golongan yang tidak layak untuk mendapat subsidi RON95, iaitu orang asing dan golongan 15 peratus berpendapatan tertinggi, kepada golongan yang memerlukan iaitu 85 peratus rakyat yang lain.

Pelaksanaan penyasaran subsidi ini melibatkan dua bahagian utama. Bahagian pertama, iaitu penentuan golongan 85 peratus yang layak berdasarkan kedudukan

draft • 10:00 AM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

sosioekonomi isi rumah, yang akan mengambil kira pendapatan bersih. Pendapatan bersih ialah pendapatan kasar ditolak bayaran wajib seperti cukai, caruman, zakat dan seumpamanya turut akan mengambil kira tanggungan dan juga kos sara hidup berdasarkan lokasi.

Kementerian Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia atau DOSM telah memperkenalkan Perbelanjaan Asas Kehidupan Waja (PAKW) mengikut daerah di seluruh Malaysia sebagai nilai ambang perbelanjaan sesebuah keluarga mengikut jumlah tanggungan untuk menjalani kehidupan waja. Nilai ambang perbelanjaan isi rumah ini mengambil kira perbelanjaan yang lebih besar. Selain daripada kos biasa seperti makanan, perumahan, tenaga dan sebagainya, kos-kos lain untuk sesebuah keluarga menikmati hidup bermaruah dan turut serta di dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan juga diambil kira.

Bahagian kedua, pelaksanaan penyasaran subsidi ini melibatkan pelaksanaan penyasaran subsidi di stesen-stesen minyak. Ini melibatkan pengesahan kelayakan seseorang, mengambil kira kedudukan sosioekonomi isi rumahnya seperti yang saya terangkan tadi, menggunakan seterusnya beberapa kaedah yang sedang dipertimbangkan, contohnya kad pengenalan dan juga e-dompet, dengan izin e-wallet.

Secara umumnya, bahagian pertama iaitu penentuan kelayakan dibangunkan oleh Kementerian Ekonomi dan bahagian kedua iaitu pelaksanaan mekanisme pembelian RON95, menggunakan harga dua peringkat di stesen minyak, akan dibangunkan oleh Kementerian Kewangan.

Pada tempoh ini, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan sedang meneliti dan memperhalusi mekanisme terperinci pelaksanaan subsidi RON95 menggunakan prinsip- prinsip yang dihuraikan tadi. Kriteria dan mekanisme akhir akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri, selaras dengan garis masa pelaksanaan iaitu menjelang pertengahan tahun 2025.

Dalam hubungan ini, kerajaan iaitu Kementerian Ekonomi dan sudah pasti Kementerian Kewangan yang akan menumpukan kepada usaha untuk melaksanakan mekanisme di stesen minyak. Mengambil maklum pelbagai cabaran yang bakal dihadapi seperti mekanisme kad pengenalan untuk mengesahkan kelayakan.

Cabaran-cabaran yang disebut oleh Pulai tadi, seperti isu infrastruktur, capaian internet, sama ada cip kad itu semuanya berjalan dengan baik, itu sedang diambil kira dan diperhalusi dan sedang dalam pembangunan di antara pihak Kementerian Kewangan dengan pemain industri dan mereka yang akan melaksanakan perkara ini dan insya-Allah perkara- perkara ini semuanya akan diambil kira untuk memastikan pelaksanaan penyasaran subsidi ini berjalan dengan baik. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, silakan Pulai.

draft • 10:00 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih jawapan daripada Menteri. Saya ingin sampaikan maklumat berkenaan psikologi semasa membeli minyak itu. Semasa membeli minyak di stesen ini, sebenarnya kebanyakan pembeli ini nak perkhidmatan yang

draft • 10:10 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

segera, cepat. Kalau kita dua minit sahaja kita lewat, kita akan mungkin dimarahi oleh pembeli-pembeli.

Jadi, kekhuatiran saya di sini adalah apabila menggunakan kad pengenalan untuk semakan, kemudian kena buat carian dengan cloud dan sebagainya dalam keadaan stesen minyak di seluruh negara ada 4,000 dilaksanakan secara real-time, tentulah ia akan boleh menyebabkan kelewatan untuk mendapatkan pengesahan itu. Ini adalah masalah yang bakal akan dihadapi.

Saya lebih tertarik dengan satu perkataan, secara dipanggil bayaran secara levi petrol ini. Maksud dia adalah bayaran lebih petrol ini semasa mereka renew road tax mereka, mereka bayar levi itu secara purata, berapa. Jadi, maknanya kalau mungkin tahun depan pada tahun itu subsidinya naik, mungkin levinya akan naik. Bermaksud ini pendekatan sepertimana pendekatan war on sugar, boleh minum tetapi bayar 40 sen. Maknanya boleh gunakan subsidi itu tetapi kena bayar levi petrol untuk memudahkan proses.

Jadi, levi petrol itu saya rasa ia lebih mudah kerana tidak menyebabkan perubahan kepada kaedah itu. Tidak perlu buat carian, tidak perlu menambahkan kos dan sebagainya.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Pulai, soalan dia apa dia Pulai?

draft • 10:10 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Jadi soalan saya, apakah pandangan Menteri untuk perkara ini?

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih atas cadangan yang dibuat oleh Pulai. Dalam kita meneliti cadangan-cadangan terbaik untuk melaksanakan ini, ada beberapa perkara yang kita perlu ambil pertimbangan yang paling penting. Pertama, pertimbangan yang sering diberi perhatian ialah soal kesannya kepada kenaikan harga barang.

Saya dah bentangkan semasa penggulungan tempoh hari minggu lepas bahawa dalam keadaan sekarang ini, yang kita sama-sama sedang menangani kos sara hidup, perkara yang kita perlu elakkan ialah melonjaknya inflasi. Kerana kita telah tengok pelaksanaan GST dan juga pengapungan harga minyak bermula tahun 2015 itu telah menyebabkan antara tahun 2015 hingga 2018 kenaikan harga makanan dan inflasi antara tiga ke tujuh peratus secara berterusan.

Kita juga mewarisi kenaikan inflasi yang mendadak semasa tahun 2021 ke 2022.

Dewan sedia maklum bahawa apabila inflasi itu naik, dia harga barang itu kekal di situ. Satu- satunya cara untuk kita menangani kos sara hidup ini ialah dengan memastikan kenaikan gaji itu lebih cepat daripada kenaikan inflasi.

Semasa kerajaan membincangkan dalam tempoh 20 bulan yang lepas, semua perkara ini telah diperhalusi. Pertama, kaedah memberi bayaran tunai iaitu harga dinaikkan tetapi dipulangkan balik dalam bentuk bantuan bulanan, pertama. Kedua, seperti yang telah diputuskan oleh kerajaan menggunakan kaedah harga dua peringkat yang melibatkan stesen minyak. Ketiga, sama ada boleh digunakan seperti yang disebut oleh Pulai ataupun sebelum ini Ayer Hitam iaitu mengenakan levi mengikut pemilikan kenderaan.

draft • 10:10 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Saya ulas mengenai bayaran tunai. Secara umumnya ahli ekonomi rata-rata mengatakan bahawa mengadakan bayaran tunai itu lebih baik kerana dia tidak melibatkan operasi di stesen minyak. Sebarang operasi di stesen minyak akan menyebabkan masalah operasi seperti yang Pulai sebut iaitu untuk memastikan kelancaran pembelian minyak itu.

Tetapi bila kerajaan melihatkan risiko kenaikan harga barang kerana kita sedia maklum kalau naik sahaja harga minyak itu akan menyebabkan inflasi itu. Walaupun tidak terkesan kepada peniaga tertentu, itu akan jadi alasan. Keutamaan kerajaan ialah mengawal inflasi berbanding dengan kita kaedah-kaedah lain. Itu perkara yang pertama.

Bersabit dengan cadangan Pulai untuk menggunakan levi kepada pemilikan kenderaan. PADU telah pun memadankan pemilikan kenderaan dengan semua pendaftaran kenderaan yang ada di JPJ. Saya boleh memaklumkan kepada Dewan bahawa secara kasarnya sekitar 40 peratus daripada keluarga B60 itu tidak ada pendaftaran pemilikan kenderaan.

Jadi, kita ada masalah kerana walaupun kita kata di peringkat atas bukankah lebih baik kita menggunakan pendaftaran kenderaan untuk mengendalikan penyasaran semula subsidi, hakikatnya bagi keluarga-keluarga terbawah, mereka sebenarnya tidak ada pun pendaftaran kenderaan kerana satu keluarga mungkin dia menggunakan motor atas nama pendaftaran orang lain.

Kita juga telah lalui perkara ini semasa pelaksanaan penyasaran diesel. Contohnya yang mana orang menggunakan nama orang lain untuk menggunakan kenderaan itu. Jadi, data awal ini menunjukkan ada ketidakpadanan yang besar akibat amalan yang berlainan di bawah kerana sama ada orang sambung bayar ataupun ibu bapa dia beli untuk orang lain ataupun guna nama orang lain dan pada peringkat sekitar 40 peratus daripada isi rumah, sasaran kita itu sebenarnya tidak ada dalam sistem JPJ. Kerana mereka menggunakan nama yang lain, maka untuk kita menggunakan kaedah pendaftaran kenderaan itu sebenarnya risiko keciciran adalah lebih besar.

Jadi Tan Sri Yang di-Pertua, saya nak rangkumkan. Memang tidak ada satu kaedah yang sempurna. Mana-mana kaedah akan melibatkan sedikit risiko dari segi masalah operasi, sedikit risiko penipuan, sedikit risiko dari segi kos tetapi yang paling utama kerajaan meletakkan keutamaan mengawal harga barang dan mengekang inflasi itu mengatasi segala- galanya.

Atas pertimbangan itulah walaupun kita sedia maklum bahawa pelaksanaan melalui kaedah harga dua peringkat ini ada risiko pelaksanaan di stesen minyak, ini adalah sesuatu yang boleh diperbaiki dari semasa ke semasa berbanding contohnya kalau ia dilaksanakan dan menyebabkan inflasi naik mendadak untuk membaiki itu dan menurunkan harga barang, sebenarnya lebih susah. Itu akan lebih membebankan rakyat di masa akan datang. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kuala Krai.

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Tempoh hari YB Menteri sebutkan ada kementerian yang akan jaga di depan (front

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

end) dan ada kementerian yang akan jaga di belakang (back end). Itu belum masuk lagi aspek penguatkuasaan di bawah KPDN ataupun kad pengenalan di bawah KDN. Maknanya, kena ada jaga di belakang, di depan, kiri kanan, atas bawah Tan Sri Yang di-Pertua.

Soalan saya ialah adakah perkara ini telah dikaji semasak-masaknya atau adakah terdapat model penyasaran subsidi petrol dari mana-mana negara yang boleh dianggap terbaik? Adakah telah diuji terlebih dahulu sebelum diumumkan? Ini kerana sudah terlalu kerap kerajaan hari ini umumkan dahulu, kaji kemudian. Apatah lagi proses ini melibatkan begitu banyak agensi dan kementerian termasuklah MOF, KPDN dan juga KDN. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri.

draft • 10:10 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Kuala Krai. Pertama, adakah sudah diuji? Sebenarnya projek rintis telah dilaksanakan antara tahun 2022 dan 2023 untuk penggunaan kad pengenalan dan juga e-Dompet bagi stesen- stesen minyak terpilih. Jadi ia telah pun diuji. Dari segi pengesahan kelayakan di peringkat belakang (back end), PADU telah beroperasi dan telah mula digunakan untuk beberapa used cases.

Dari segi sama ada ini telah diselaraskan di peringkat kementerian-kementerian terbabit, sebab itu kita ambil masa 20 bulan. Yang kata umum dahulu tapi tak kaji ini sebenarnya hanyalah pembangkang. Sebab itu kita dah bagi isyarat bahawa penyasaran subsidi ini adalah asas utama di dalam...

draft • 10:10 AM

[Dewan riuh]

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Tengok pembangkang satu — Ini Putrajaya dia tak ada. Dia yang selalu sebut.

Sebenarnya Tan Sri Yang di-Pertua, semasa Kajian Separuh Penggal dibentangkan di Dewan ini dalam bulan September 2023 lagi pun kerajaan telah meletakkan bahawa penyasaran semula subsidi adalah asas utama reformasi dan pembaharuan ekonomi untuk mengukuhkan fiskal kerajaan.

draft • 10:10 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Cuma kita buat secara berfasa bermula dengan diesel kemudian RON, kecualilah Ahli-ahli Parlimen Pembangkang tidak baca pun Kajian Separuh Penggal yang dibentangkan itu. Jadi tak timbul soal perkara ini umum dahulu kemudian baru buat. Tempoh 20 bulan itu telah digunakan bukan sahaja untuk melaksanakan projek rintis, telah dilaksanakan untuk memastikan data itu telah ada walaupun diserang mengenai PADU. Kalau kita tidak ada PADU, maka kita tak tahu perkara-perkara seperti yang disebut oleh Pulai tadi.

Bahawa kalau kita nak buat melalui pendaftaran kenderaan, saya pasti yang ada dalam pembangkang yang pernah jadi kerajaan pun tidak tahu sebenarnya apabila kita padankan pendaftaran kenderaan dengan isi rumah, kita ada risiko keciciran yang begitu besar kerana sekitar 40 peratus daripada isi rumah B60 ini sebenarnya tidak ada pendaftaran kenderaan.

Jadi, saya ingin simpulkan kalau nak jawab seperti yang Kuala Krai sebut tadi, adakah model-model lain di seluruh dunia, negara lain tidak ada sistem subsidi minyak yang begitu meluas seperti Malaysia. Kalau di rantau Asia Tenggara ini, tidak ada lagi negara

draft • 10:20 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

kecuali Brunei lah saya ingat yang memberikan subsidi sebegitu banyak kepada semua orang. Memang hampir semua negara di dunia ini telah pun beralih kepada harga pasaran.

Jadi sebab itu kalau kita nak jadi rujukan, memang kitalah jadi rujukannya macam mana kita nak beralih ini. Ini kerana negara-negara lain memang tidak ada situasi yang ada seperti Malaysia. Hampir semua negara di dunia ini menggunakan kaedah pindahan tunai iaitu mengapungkan harga, kemudian memberi balik sumbangan itu dalam bentuk bantuan tunai bulanan yang telah dipertimbangkan oleh kerajaan dan diputuskan bahawa itu ada risiko besar kepada kenaikan harga barang. Oleh sebab itu, kerajaan memilih cara yang ada sekarang. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Tan Sri Speaker.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih...

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Tan Sri Speaker, 36(12) Tan Sri Speaker. 36(12). Supaya tidak mengelirukan Dewan, saya mohon jawapan bertulis daripada Yang Berhormat Menteri kepada Kuala Krai, stesen mana yang telah melakukan projek rintis menggunakan IC untuk dapatkan minyak petrol. Saya cadangkan kalau boleh termasuk juga di Sabah dan Sarawak Tan Sri Speaker. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Baik, saya jemput Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir, Setiu.

draft • 10:20 AM

2. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir [Setiu] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan:

(i) apakah langkah yang diambil oleh kementerian terhadap impak projek ECRL terhadap biodiversiti di kawasan hutan simpan sehingga menyebabkan berlakunya konflik antara hidupan liar dengan manusia; dan

(ii) langkah bagi membantu penduduk yang terkesan dengan ancaman hidupan liar yang memasuki kampung.

draft • 10:20 AM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Setiu.

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam menerusi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara ataupun PERHILITAN Semenanjung Malaysia sememangnya peka terhadap impak projek East Coast Rail Link (ECRL) kepada khazanah biodiversiti. Jabatan PERHILITAN telah pun bekerjasama dengan penggerak projek iaitu China Communication Construction (ECRL) Sdn Bhd bagi melaksanakan Pelan Pengurusan Hidupan Liar atau apa yang kita biasa panggil sebagai Wildlife Management Plan. Antara langkah-langkah mitigasi yang telah dilaksanakan di sepanjang jajaran ECRL:

(i) penilaian impak alam sekitar, environmental impact assessment

(EIA) dengan izin, sebelum memulakan suatu projek untuk

draft • 10:20 AM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

mengenal pasti kesan kepada biodiversiti, ekosistem termasuklah hidupan liar di kawasan tersebut;

(ii) mewujudkan koridor ekologi bagi membolehkan hidupan liar bergerak dengan selamat dan mengurangkan kesan fragmentasi habitat;

(iii) melaksanakan pemantauan berterusan dan kawalan konflik manusia dan hidupan liar melalui khidmat nasihat dan pemasangan perangkap hidupan liar terhadap spesies yang tertentu;

(iv) menjalankan kajian konflik manusia dan gajah melalui pemasangan satelit kolar pada kumpulan gajah untuk mengetahui pergerakan dan laluan gajah bagi menyediakan koridor hidupan liar yang sesuai;

(v) melaksanakan program kesedaran awam kepada pekerja di tapak binaan ECRL; dan

(vi) menjalankan operasi penguatkuasaan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 secara berkala di sepanjang laluan ECRL.

Bagi membantu penduduk yang terkesan dengan ancaman hidupan liar yang masuk ke kampung, penduduk telah diberikan penerangan supaya mengambil beberapa langkah mitigasi seperti:

(i) memasang pagar yang sesuai di kawasan kebun, kandang ternakan dan kawasan rumah sekiranya perlu;

(ii) memastikan kawasan semak di sekitar kebun, kandang ternakan dan persekitaran kampung dibersihkan secara berkala; dan

(iii) memasang lampu di sekeliling rumah pada waktu malam untuk mengelakkan hidupan liar menghampiri kawasan rumah.

Sebagaimana dasar sedia ada, mangsa yang terlibat di dalam konflik manusia dan hidupan liar, mangsa ataupun waris yang terlibat dalam kes-kes yang melibatkan kecederaan atau kematian, boleh mendapatkan bantuan di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas di bawah kelolaan JKM.

Seterusnya, kerajaan juga pada tahun 2024 telah memperkenalkan Bantuan Kerugian Harta Benda dan Tanaman Akibat Serangan Hidupan Liar secara one-off untuk harta benda yang rosak ataupun kerugian dan musnah kerana serangan hidupan liar. Sehingga 31 Oktober 2024, jumlah keseluruhan pemohon yang telah terima inisiatif ini ialah sebanyak RM608 ribu. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Setiu.

draft • 10:20 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Terima kasih Menteri. Soalan tambahan, adakah kerajaan bercadang untuk menambah baik operasi menangkap hidupan liar ini sepertimana contoh di Daerah Setiu yang kerap terkesan dengan serangan hidupan

draft • 10:20 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

liar ini di mana di Setiu, belum ada Pejabat PERHILITAN Daerah Setiu. Yang ada sekarang ini hanya ada Pejabat PERHILITAN Daerah Besut yang cover dua daerah, Besut dan Setiu dengan kakitangan yang tidak mencukupi, hanya seramai tujuh orang.

Jadi, adakah kerajaan bersedia untuk melakukan penambahbaikan dengan mewujudkan satu Pejabat PERHILITAN ini di Daerah Setiu sebagai suatu daerah yang sering berlaku serangan hidupan liar? Buat masa ini, kakitangan yang ada sebagaimana saya sebut tadi ada hanya tujuh orang, di samping peralatan untuk melakukan operasi seperti perangkap, rifle yang terlalu terhad. Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:20 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih kepada Yang Berhormat Setiu.

Sebagaimana saya maklumkan semalam sewaktu penggulungan belanjawan, kita tahu bahawa soalan pokok ialah soal kemusnahan habitat. Itu ialah masalah utama. Kita mengaku bahawa dalam hal ini, kita memang dengan izin, we are playing catch-up dengan konflik hidupan liar dan biodiversiti.

Jadi atas dasar itu, kita memang dalam proses untuk menambah baik liputan perkhidmatan bagi PERHILITAN di seluruh negara. Kita melihat setiap tahun ketika kita menyusun penyusunan staf, kakitangan dan sumber, tentulah kita melihat kepada tempat- tempat yang mempunyai impak daripada kesan konflik yang tinggi. Jadi kita maklum tentang perkara tersebut sebab kalau kita punya kos OE ya untuk PERHILITAN sama dalam tempoh lima tahun tetapi masalah habitat ini semakin serius, maka sudah tentu kita dapat lihat ada masalah ini akan menjadi berterusan. Jadi, itu antara pendekatan yang kita telah ambil.

Jadi di kawasan yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, kita telah merujuk kepada Pelan Pengurusan Hidupan Liar. Antara perkara yang telah dilakukan ialah pemasangan pagar elektrik di Daerah Setiu iaitu di Kampung Payong dengan melibatkan sepanjang 25 kilometer dan kosnya ialah RM803 ribu dan di Pelong yang melibatkan sepanjang 35 kilometer dengan kos sepanjang RM1.4 juta.

draft • 10:20 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Cuma, kita juga nak ingatkan. Gajah ini antara binatang yang paling bijak. Pasang pagar elektrik tetapi kita nak anggap itu akan selesaikan masalah semata-mata, tidak ya. Kita kena pastikan pagar itu dapat diurus dengan baik, diselia dengan baik dan di peringkat kerajaan, PERHILITAN kita akan mainkan peranan tetapi kita minta juga kerjasama daripada penduduk kampung.

Buat masa ini, Pejabat PERHILITAN Daerah Besut mempunyai perjawatan lapan orang, diketuai seorang Ketua PERHILITAN Daerah dan dibantu oleh tujuh orang pembantu hidupan liar dan dia melaksanakan tindakan bagi konflik hidupan liar di Besut dan juga Setiu.

Kita sememangnya dalam proses permohonan pertambahan kakitangan dan perjawatan di semua daerah di Terengganu, terutamanya di Setiu. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Sungai Siput.

draft • 10:30 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Tan Sri Speaker.

Yang Berhormat Menteri, sejak akhir-akhir ini, isu konflik di antara manusia dengan hidupan

draft • 10:30 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

liar sentiasa menjadi perbualan, khususnya di kalangan masyarakat Orang Asli, di mana NGO masyarakat Orang Asli mendesak kerajaan campur tangan dalam menyelesaikan haiwan yang berkeliaran di kawasan perkampungan mereka yang mengundang kepada kebimbangan mengancam keselamatan nyawa mereka. Difahamkan punca bagi segala isu yang berbangkit ini adalah disebabkan projek-projek yang tidak dikawal di kawasan hutan untuk tujuan pembalakan, perladangan dan perlombongan.

Jadi, saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Apakah langkah-langkah untuk memastikan pengambilan tanah bagi Projek ECRL memenuhi aspek kemampanan ekologi agar kesan kepada ekosistem untuk kehidupan liar dan habitatnya terkawal? Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Menteri.

draft • 10:30 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih kepada Sungai Siput, antara kawasan yang terjejas dengan konflik manusia dan hidupan liar. Tetapi ECRL dia tak lalu Sungai Siputlah buat masa ini. Cuma, daripada jajaran ECRL ini, jajaran dia 665 kilometer dan dia membelah Semenanjung sehingga ke/daripada Gombak sehingga ke Kota Bharu dan ia memang melibatkan beberapa kawasan hutan simpan yang merupakan habitat kepada hidupan liar.

Jadi, sebab itu aspek wildlife management plan, dengan izin, atau pelan pengurusan hidupan liar telah diberi perhatian dan ditetapkan sebagai satu prasyarat utama oleh pihak PERHILITAN dalam kelulusan Laporan EIA. Untuk makluman, PERHILITAN telah pun memeterai perjanjian kerjasama dengan ECRL dalam pelaksanaan mitigasi hidupan liar.

Perjanjian ini sah sehingga 2027 untuk menjamin kemampanan hidupan liar dan habitatnya.

Untuk makluman semua Yang Berhormat–Yang Berhormat, antara tahun 2018 sehingga 2024, ada 80,375 jumlah aduan konflik manusia-hidupan liar ya. 80,375 yang mana ia telah – kalau kita lihat bermula dengan 7,925 pada tahun 2018. Kemudian naik kepada lebih 9,700, 11,800, 12,800, 13,670 dan pada 2024 setakat ini 11,341. Kalau nilai kerugian pula, anggaran yang kita telah terima ialah daripada 2018 sehingga 2024 setakat ini ialah hampir RM62.5 juta.

Kalau bermula 2018 ialah RM3.8 juta, 2024 setakat ini ialah RM7.35 juta. Tahun lepas, dia menjangkau RM11 juta. Jadi, ini kita tahu ialah satu isu yang serius dan kita memerlukan satu pendekatan yang menyeluruh untuk kita memastikan masalah konflik manusia-hidupan liar ini dapat kita tangani, di samping memastikan kekayaan biodiversiti kita dapat kita pelihara sebaik mungkin. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya, saya jemput Puan Rodziah binti Ismail, Ampang.

draft • 10:30 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

draft • 10:30 AM

3. Puan Rodziah binti Ismail [Ampang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan hala tuju dan pelan tindakan buat Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) demi menyelesaikan pelbagai isu mendesak terutama kesedaran dan penerimaan masyarakat, kekurangan sumber seperti kewangan, tenaga kerja dan kelengkapan infrastruktur yang sesuai, pendidikan dan latihan serta sokongan dalam bentuk lain.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 10:30 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Ampang.

Tuan Yang di-Pertua, Program Pemulihan Dalam Komuniti atau nama ringkasnya, Program PDK merupakan satu konsep penjangkauan sosial OKU dan keluarga mereka bersama dengan komuniti.

Ia adalah satu inisiatif pembangunan komuniti yang menyediakan ruang untuk rehabilitasi, penyamaan peluang ataupun equal oppurtunity, dengan izin dan integrasi sosial bagi orang kurang upaya (OKU). Program ini melibatkan pembabitan secara aktif golongan OKU.

[Batuk] Sorry. Ibu bapa atau penjaga atau ahli keluarga kepada OKU serta komuniti setempat untuk membantu agar orang kurang upaya boleh hidup berdikari dan diintegrasikan dalam masyarakat.

Program PDK secara amnya menawarkan program khusus untuk OKU yang boleh meliputi aspek kesihatan, pendidikan, vokasional dan sosial mengikut keperluan dan kesesuaian yang ditentukan oleh pertubuhan PDK itu sendiri. Pertubuhan PDK perlulah pertubuhan sukarelawan kebajikan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Sehingga September 2024, terdapat sebanyak 573 buah PDK di seluruh negara.

KPWKM telah mempergiatkan usaha bagi meningkatkan peluang dan ruang kepada ibu bapa yang mempunyai anak OKU mendaftar kemasukan anak mereka ke Program PDK untuk mendapat pemulihan yang sewajarnya. Antara langkah yang dilakukan adalah menjalankan Program PDK bersama penduduk setempat untuk memberi pendedahan kepada umum mengenai program dan perkhidmatan PDK serta manfaat yang diperoleh oleh pelatihnya.

Bagi terus menyokong pengoperasiannya, kerajaan telah memperuntukkan bantuan kewangan kepada pertubuhan PDK setiap tahun bagi tujuan pentadbiran dan pengoperasian Program PDK. Bantuan-bantuan ini adalah sagu hati penyelia, sagu hati petugas, elaun pelatih dengan kadar baharu yang dinaikkan kepada RM300 sebulan bermula Januari tahun 2024, sewaan premis, bayaran utiliti pusat PDK.

Jadi, sehingga September 2024, kerajaan telah menyalurkan bantuan kewangan tersebut yang berjumlah RM137.4 juta untuk manfaat hampir 20,000 OKU, 573 orang penyelia dan 2,773 orang petugas di kesemua PDK di seluruh negara, termasuk sebuah PDK di kawasan Parlimen Ampang. JKM telah menyediakan akses kepada kursus asas petugas PDK secara percuma dalam membantu pembangunan kapasiti dan kemahiran petugas di PDK.

draft • 10:30 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Bermula 2009 sehingga tahun 2023, seramai 1,808 orang penyelia dan petugas Program PDK telah menjalani kursus ini. Bagi tahun 2024, sebanyak RM482,820 telah dibelanjakan untuk 455 orang petugas PDK mengikuti kursus asas petugas PDK.

KPWKM turut menyebar luas maklumat berhubung PDK kepada syarikat-syarikat korporat dan juga orang ramai untuk membuka ruang kepada mereka untuk menjalinkan kerjasama dan kolaborasi dengan mana-mana pertubuhan PDK. Saya menyeru agar usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan ini akan terus disambut baik oleh semua pihak demi kesejahteraan OKU berdasarkan konsep kebajikan tanggungjawab bersama. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Ampang.

draft • 10:30 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih Menteri. Saya lihat hasrat penubuhan PDK ini kalau dikira ikutkan memanglah baik dan kalau diikutkan, penubuhannya semenjak 1984, maknanya dah 40 tahun ya di dalam komuniti program-program yang ada tetapi untuk makluman Menteri, sebenarnya di Ampang belum ada langsung PDK. Yang ada itu, sebenarnya di bawah Parlimen Gombak iaitu di Dewan Al-Ridhuan, Hulu Langat, Ampang.

draft • 10:30 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Tapi, apa pun soalan saya sebenarnya, kalau dilihat ada tiga model pelaksanaan yang terbaik, kalau diikutkan untuk melaksanakan program PDK ini. Salah satunya saya dapati daripada portal Jabatan OKU, home-based dalam bentuk center-based dan center home-based. Jadi, kita lihat model ini belum cukup ada di seluruh walaupun ada 574.

Soalan pertama saya untuk bertanya kepada Menteri. Apakah ada kemungkinan kita melaksanakan PDK yang berkonsepkan home-based? Kita dapati PDK ini banyak boleh kita laksanakan di dalam komuniti tetapi tidak memerlukan institusi yang memerlukan banyak kewangan. Pertama.

Keduanya tentang saya lihat sepatutnya konsep pelaksanaan PDK ini ia menjadi pusat intervensi, pusat sumber, pusat rujukan OKU juga dan juga tempat kita mendaftarkan kanak-kanak OKU di kawasan. Tetapi, saya lihat ― soalan saya kepada Menteri, apakah pernah 574 ini kita buat audit pemantauan? Kerana, saya dapati kalau konsep itu dilaksanakan, sebenarnya ia menjadi satu front kepada Jabatan Kebajikan Masyarakatlah untuk kita memastikan tiada OKU di kawasan kita yang tertinggal.

Jadi, tambahan soalan tadi, sejauh manakah PDK yang ada ini telah mengikuti syarat-syarat yang ditentukan dan apakah kekangan dan dapatan yang didapati oleh pihak kementerian? Dan apakah usaha yang akan dilaksanakan? Kalau panjang sangat, boleh jawab secara bertulis. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sila Menteri.

draft • 10:40 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat. Memang panjang tetapi apa yang kita boleh jawab di sini, kita akan kongsi bersama ya.

Sepertimana yang difahami, pelaksanaan program oleh PDK adalah mengikut kreativiti PDK masing-masing sama ada home-based ataupun center-based. Jadi, modul PDK yang diadaptasi dalam menjalankan PDK di Malaysia ini, kita ada kombinasi center

draft • 10:40 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

home-based di mana pelatih yang boleh hadir di pusat akan diberi teknik pemulihan sekurang-kurangnya empat hari seminggu atau lapan kali sebulan. Manakala bagi pelatih tidak dapat hadir ke PDK atas kekangan tertentu akan diberi pemulihan di rumah melalui lawatan petugas mengikut jadual yang ditetapkan sekurang-kurangnya sehari seminggu.

Secara umumnya, memang PDK ini adalah merupakan satu institusi secara yang di- initiate, dengan izin, initiated by community kerana hanya komuniti sendiri tahu keperluan kawasan mereka masing-masing.

Mengenai sama ada diaudit atau tidak, saya akan check dulu kerana ia adalah kepunyaan komuniti. Jadi, kalau ia kepunyaan komuniti, mungkin ada juga yang menggunakan syarikat, kita tidak tahu. Sebab, yang kita tahu, kita hanya membantu atau kita memberi elaun kepada penyelia, pengasuh dia dan juga untuk program-programnya.

Selain daripada itu juga, setiap Pejabat Kebajikan Masyarakat akan melakukan pemantauan atau audit sendirilah, audit pematuhan ke PDK di daerah mereka. Minimum dua kali setahun. Itu yang setakat ini yang kita perolehi lah.

Terima kasih, Yang Berhormat.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Tumpat.

draft • 10:40 AM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya ialah, adakah kerajaan bercadang untuk memastikan kesemua penyelia yang berada di PDK mempunyai kelayakan diploma pendidikan khas? Sebagaimana kita lihat di sekolah rendah, untuk pendidikan khas ini, ada guru yang berijazah. Jadi, supaya ada keselarasan di antara mereka, PDK dan juga di sekolah rendah. Adakah kita mempunyai satu syllabus khas bagi pendidikan asas kepada ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak OKU?

Kedua, kemudahan di PDK adalah sangat terhad dan kecacatan yang dialami oleh masyarakat adalah pelbagai. Adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan PDK-PDK khas berdasarkan kepada kluster kecacatan yang dialami oleh peserta-peserta? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 10:40 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Pertama tadi soalan mengenai penyelia, petugas. Mereka adalah pekerja kepada PDK tersebut. Mereka bukan pekerja untuk kerajaan. Maka sebab itu, terpulanglah kepada mereka untuk menentukannya. Cuma, kalau yang sebaiknya ialah mereka yang mempunyai kemahiran yang lebih tinggilah.

Selain daripada itu juga, kita memang ada kursus-kursus untuk mereka. Malah, kita melibatkan ibu bapa juga kerana mereka juga kadang-kadang ada di antaranya ibu bapa itu berada di PDK itu untuk membantu bagaimana anak mereka boleh berkembang dari semasa ke semasa, semasa berada di PDK tersebut.

Mungkin boleh saya kongsikan sedikit dari segi pencapaian PDK. Pertama ialah melanjutkan pelajaran ke PPKI. Kita ada program perkembangan seperti ini. Akses kepada pembangunan kemahiran dan kerjaya supaya mereka dapat, kita nak melatihkan mereka ini

draft • 10:40 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

supaya mereka boleh berdikari pada masa hadapan. Juga, Economic Empowerment Program (EEP) untuk mereka supaya mereka dapat berdikari dari segi ekonomi.

Selain daripada itu juga, kalau Yang Berhormat dengar masa bajet kali ini, ada peruntukan yang baharu untuk autisme. Jadi, ini akan kita bincang bersama bagaimana dari segi pelaksanaannya.

Sebab, saya secara peribadi, saya kalau boleh memang tak mahu PDK ini, budak- budak yang autistik ini dicampur dengan PDK punya budak-budak yang berada di, ataupun peserta-peserta di PDK itu. Jadi, ini sudah kita dapat melihat perkembangannya supaya ada pengasingan itu. Tapi, belum lagi berlaku kerana kita baru mendapat kelulusan bajet.

Diharapkan semuanya bersetujulah dengan bajet kita. Lulus bajet itu, kita dapat melakukan satu lagi perancangan untuk peserta autistik.

Setakat ini, belum ada lagi cadangan mewajibkan kelayakan minimum untuk petugas. Kita tidak mahu mengehadkan penglibatan komuniti. Sebab itu kita complement dengan izin, dengan sediakan latihan kepada pembangunan kompetensi petugas. Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

draft • 10:40 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta Perdana Menteri menyatakan kos pengoperasian Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang bagi lima tahun yang lepas.

Apakah pendapatan dan perbelanjaan dana awam ini dan apakah ia diaudit oleh mana-mana pihak.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih. Tan Sri Yang di-Pertua, Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia, Lembaga Kelayakan merupakan sebuah lembaga yang ditubuh di bawah seksyen 4 Akta Profesion Undang-undang 1976 dan adalah sebuah, dengan izin, creature of statute. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Lembaga Kelayakan bergantung sepenuhnya pada pendapatan daripada kutipan yuran peperiksaan Sijil Amalan Guaman, Certificate in Legal Practice (CLP) pada setiap tahun dan beberapa yuran yang lain.

Kos pengoperasian Lembaga Kelayakan bagi tempoh lima tahun terdahulu adalah sebanyak RM10 juta lebih dengan pecahan mengikut tahun seperti di Lampiran A yang saya akan kemukakan sekejap lagi. Perbelanjaan ini merangkumi kos-kos pembiayaan operasi Lembaga Kelayakan seperti pembayaran gaji, elaun dan caruman pekerja KWSP dan PERKESO, penyewaan pejabat, bil utiliti, fi insurans, takaful perubatan kakitangan, perolehan

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

bekalan dan perkhidmatan penyelenggaraan, aset-aset pejabat, fi guaman dan lain-lain kos yang berkaitan.

Untuk makluman lanjut Ahli Yang Berhormat, dalam tempoh masa yang sama iaitu lima tahun terdahulu, Lembaga Kelayakan telah juga membelanja sebanyak RM4 juta lebih bagi kos peperiksaan CLP dengan pecahan mengikut tahun seperti di Lampiran B yang saya akan kemukakan.

Berkenaan dengan audit, Lembaga Kelayakan pernah melantik firma perakaunan yang bertauliah untuk menjalankan audit bagi penyata kewangan seperti Lim, Ali & Co. dari tahun 1984 hingga tahun 1989 dan Ernst & Young dari tahun 1992 hingga 2006. Selepas itu, 17 tahun tidak ada audit.

Sebagai kerajaan yang sentiasa komited untuk memastikan pelaksanaan tatakelola yang baik dalam pentadbiran awam, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan perbincangan dan sesi libat urus berhubung keperluan akaun Lembaga Kelayakan diaudit setiap tahun bersama semua pihak yang berkepentingan termasuk antara lain, Ketua Audit Negara, Jabatan Peguam Negara, Lembaga Kelayakan dan Majlis Peguam melalui mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) pada 5 November 2024.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Hasil daripada mesyuarat tersebut mesyuarat tersebut, kerajaan sedang dalam masa ini meneliti cadangan pindaan undang-undang kepada Akta 166 supaya Ketua Audit Negara melaksanakan audit setiap tahun terhadap akaun Lembaga Kelayakan dan cadangan pindaan ini akan diangkat kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dalam masa yang terdekat. Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Seputeh.

draft • 10:50 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Saya menyambut baik dengan cadangan pindaan kepada Akta Profesion Undang-undang 1976 untuk Ketua Audit Negara membuat audit tahunan. Ini satu usaha yang baik oleh kerajaan.

Soalan saya ialah apakah garis masa pindaan kepada Akta Profesion Undang-undang 1976 untuk akaun Lembaga Kelayakan diaudit setiap tahun untuk Ketua Audit Negara?

Selain itu, saya hendak tanya, apakah struktur organisasi LPQB? Adakah LPQB mempunyai seorang pegawai kewangan, akauntan dan juruaudit dalaman untuk menyelia kewangan lembaga memandangkan ia sebenarnya berurusan dengan berjuta-juta ringgit daripada kutipan dikutip oleh LPQB ini?

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:50 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Tan Sri, terima kasih atas soalan tambahan. Mengenai perkara yang pertama, audit dibuat oleh Ketua Audit Negara setiap tahun. Mengenai garis masa pindaan kepada Akta Profesion Undang-undang 1976 berhubung audit tahunan terhadap akaun Lembaga Kelayakan, cadangan pindaan akan

draft • 10:50 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

dijangka akan diangkat kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan pada bulan ini. Sekiranya dipersetujui, cadangan pindaan tersebut dijangka dibentangkan di Parlimen pada sesi ini.

Sejak tahun 2020, Lembaga Kelayakan telah mengadakan jawatan setiausaha untuk audit dan sebagainya dalam lembaga itu tetapi jawatan itu adalah kosong sejak tiga tahun ini dan saya difahamkan hari ini Tan Sri Yang di-Pertua bahawa ia belum diisi dan dalam perbincangan dengan Director of Examination, saya telah mengarahkan bahawa ia perlu diisi dan diberi keutamaan dengan seberapa segera yang boleh. Memandangkan ini menjadi satu perkara yang sedang disembang, sedang dicakap di antara orang ramai dan peguam- peguam negara ini di mana satu lembaga yang tidak diaudit untuk 17 tahun ini tidak boleh diterima dan tindakan perlu diambil. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Jerlun.

draft • 10:50 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri soalan saya menyentuh tentang syarat yang ditetapkan oleh LPQB kepada pemohon yang ingin menduduki sijil peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG), ada dua syarat di situ.

Pertama, jika pemohon mendaftar PSAG selepas 5 Jun 2018, pemohon hendaklah lulus sekurang-kurangnya lima kepujian peringkat SPM. Syarat yang kedua, jika pemohon mendaftar PSAG selepas 5 Jun 2018 memohon dengan kelayakan Unified Examination Certificate (UEC), pemohon hendaklah lulus sekurang-kurangnya lima kepujian SPM dan perlu mendapat kelulusan UEC pada tahap Senior Middle Three dalam satu peperiksaan yang sama.

Pada 23 September 2005, pihak LPQB memutuskan untuk tidak lagi mengiktiraf kelulusan UEC sebagai taraf Sijil Pelajaran Malaysia atau STPM. Mulai 1 Januari 2021, LPQB memutuskan untuk kembali mengiktiraf UEC setaraf dengan SPM. Soalan saya, adakah kerajaan berhasrat untuk menyemak kembali perkara ini?

Kedua, kebanyakan pemegang ijazah undang-undang dari luar negara belajar menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dan mereka hanya mempunyai kelulusan bahasa Malaysia di peringkat SPM sahaja. Soalan saya, adakah ada usaha-usaha kerajaan untuk memperkasakan penguasaan bahasa Malaysia ataupun bahasa Melayu lebih tepat lagi, sekiranya mereka beramal sebagai peguam bela atau peguam cara selaras dengan Akta Bahasa 1967? Ini disebabkan ramai peguam bela, peguam cara masih menggunakan bahasa Inggeris semasa perbicaraan, meskipun mahkamah menetapkan hendaklah menggunakan bahasa Melayu. Sekian, Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:50 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, berkenaan dengan UEC, Lembaga Kelayakan mengiktiraf kelayakan UEC sebagai setara dengan kelayakan STPM tetapi Yang Berhormat. Walaupun sedemikian, kita akan mengambil kira pandangan Yang Berhormat dan akan bincang apa perlu lagi dibuat.

Mengenai di mana peguam-peguam yang bertauliah di negara lain yang telah menggunakan bahasa Inggeris dan balik dan adakah mereka fasih, dari pengalaman saya sendiri saya boleh kata, selain daripada jawapan dari lembaga. Nombor satu Yang

draft • 10:50 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Berhormat, kita perlu ada sekurang-kurangnya kredit dalam Bahasa Malaysia SPM sebelum layak untuk menjadi – boleh mengamal sebagai seorang peguam di negara ini, itu nombor satu.

Nombor dua, kita perlu faham Tan Sri, kebanyakan buku lebih kurang 90 lebih peratus buku-buku yang digunakan oleh peguam adalah bahasa Inggeris dan kita perlu juga fasih dalam bahasa Inggeris. Bukan sahaja fasih dalam bahasa Malaysia. Yang ketiga Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat pergi ke mahkamah, Yang Berhormat boleh sendiri nampak bahawa ada peguam-peguam yang bukan kelayakan dari negara ini yang betul-betul fasih dalam bahasa Malaysia dan mereka boleh membuat penghujahan-penghujahan, just easy going. Jadi, tidak menjadi masalah dan jika ada masalah sedemikian sebenarnya pelanggan yang memberi kes-kes tidak akan memberi kes tersebut kerana dalam cross examination Tan Sri Yang di-Pertua, dalam pengalaman saya sendiri, you must be, perlu arif dalam perkara tersebut. Maka betul bahawa kita perlu adakan kelayakan dan sebagainya tetapi itu terpulang kepada Majlis Peguam dan juga kepada lembaga supaya dapat memberi, mendapat tahu dan memberi arahan yang sedemikian tetapi akhirnya kita perlu faham bahawa berdasarkan Akta Bahasa Kebangsaan memang digunakan di mahkamah.

Menggunakan bahasa Inggeris sekiranya ia wajar dalam satu-satu keadaan sahaja tetapi dalam mahkamah, ia diwajibkan menggunakan bahasa Malaysia dan kalau dia tidak fasih, saya kurang pastilah dia boleh menjadi seorang peguam yang boleh pergi ke mahkamah.

Selain dari itu Yang Berhormat, kita juga perlukan peguam-peguam yang fasih dalam beberapa bahasa kerana dalam Arbitration International ini kita perlukan yang setaraf dengan peguam-peguam negara lain yang menggunakan bahasa Inggeris untuk mengadakan perbincangan mengenai perjanjian dan sebagainya. Bukan sahaja di mahkamah tetapi di tempat-tempat lain juga. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas, Mersing.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 2.

draft • 10:50 AM

2. Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [Mersing] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan apakah langkah pencegahan yang diambil ekoran insiden penutupan tiga buah sekolah di Johor selepas terdedah dengan pencemaran bau kimia pada September lalu serta tindakan pemantauan yang dijalankan bagi mengelakkan insiden seumpama ini daripada berulang.

draft • 10:50 AM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih, Yang Berhormat Mersing. Tentang insiden penutupan tiga sekolah di Johor akibat pencemaran bau kimia pada September lalu, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menerusi Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengambil beberapa

draft • 10:50 AM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

langkah. Pertama ialah meningkatkan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawah iaitu yang mengawal pelepasan bahan pencemar daripada aktiviti industri.

Dalam hal ini sebarang pelepasan bahan pencemar udara dan sisa air buangan ataupun effluent yang dilepaskan ke udara atau ke alur air hendaklah dirawat terlebih dahulu dan dipastikan sentiasa mematuhi had-had pelepasan pencemar yang ditetapkan oleh JAS.

draft • 10:50 AM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Kedua, menjalankan pemeriksaan secara berterusan ke atas premis industri.

Notifikasi pemasangan alat kawalan pencemaran dan pelaporan alam sekitar secara atas talian (online environmental reporting) dengan izin. Juga memastikan pelaksanaan pematuhan kendiri (self-regulation) kepada pihak industri untuk menjalankan pemantauan prestasi setiap hari terhadap kelengkapan alat kawalan pencemaran.

Keempat, melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan berkala ke atas pengurusan pencemaran sisa buangan terjadual daripada aktiviti industri yang tertakluk di bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Ini untuk mengesan pergerakan sisa buangan terjadual daripada kilang pengeluar kepada kemudahan pelupusan yang telah pun dilesenkan oleh JAS.

Kelima, meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan khususnya PBT dan PDRM dalam soal penguatkuasaan dan pemantauan persekitaran dan mengenakan tindakan penguatkuasaan ke atas premis pencemar, termasuk arahan pembaikan di lapangan (field citation) dengan izin, penahanan operasi kelengkapan (POK), kompaun, notis arahan pembaikan dan pendakwaan di mahkamah.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Mersing.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Isu pencemaran bau ini bukanlah isu baru di Johor kerana sebelum ini kita pernah berhadapan dengan isu Sungai Kim Kim pada 2019 dan selang lima tahun, kita berhadapan lagi dengan isu pencemaran bau di negeri Johor.

Jadi, soalan tambahan saya, adakah kerajaan telah mengkaji keperluan untuk membangunkan pusat pelupusan sisa kimia bersepadu yang dilengkapi dengan kemudahan rawatan sisa buangan mesra alam di locality terpilih dalam usaha menangani masalah pencemaran sungai dan laut akibat sisa atau bahan buangan industri ini?

Langkah ini bukan sahaja bertujuan untuk mengurus semua sisa buangan kimia terjadual dengan lebih cermat dan teratur tetapi juga dapat mengurangkan kos penghantaran bagi pelupusan sisa yang perlu dihantar ke tempat pelupusan sisa. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri.

draft • 11:00 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman, premis-premis yang kita ada menguruskan sisa berdasarkan lesen pengurusan SW kod yang telah ditetapkan. Setiap premis yang ditetapkan mempunyai teknologi yang telah pun diluluskan oleh JAS sebelum beroperasi.

draft • 11:00 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Selain itu, JAS juga akan memantau dan memeriksa secara berkala ke atas premis bagi memastikan operasinya selamat dan mematuhi standard kualiti alam sekitar. Kita akan mempertimbangkan pusat pelupusan kimia secara bersepadu apabila kita merasakan bahawa wujud peningkatan yang signifikan dalam jumlah sisa kimia yang tidak dapat ditampung oleh premis-premis sedia ada.

Sebab, memang kita mengakui bahawa perkara ini berubah daripada semasa ke semasa keperluannya dan ini hak rakyat untuk mendapat satu persekitaran yang selamat dan bersih untuk kesihatan mereka adalah satu hak yang kita mesti pelihara.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tebrau.

draft • 11:00 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Tan Sri Speaker. Kebetulan Menteri, tiga buah sekolah yang terlibat dalam penutupan ini, ia jatuh di bawah Parlimen Tebrau di Sungai Pandan. Malah saya sendiri pernah lawat sebuah sekolah di Sekolah Kampung Maju Jaya bila insiden ini berlaku dan salah satu aduan yang saya dapati adalah pegawai-pegawai dan juga pihak sekolah ialah laporan daripada pihak JAS itu, ia akan mengambil masa panjang, mungkin sampai beberapa hari. Bila benda ini berlaku, ia akan mengusik operasi untuk mereka tutup sekolah dengan lebih segera demi keselamatan murid- murid dan juga ibu bapa dan juga guru-guru.

Maka soalan pertama saya, adakah kementerian ada apa-apa langkah untuk kita mempercepatkan hasil ataupun keputusan daripada pemantauan JAS bila mereka pergi ambil sampel, itu pertama. Kedua, saya juga nak tanyalah kepada Menteri. Isu-isu pembuangan ini bukanlah kali pertama. Sungai Kim Kim pun pernah kita sebut dan dalam Dewan yang mulia ini juga kita telah meminda undang-undang untuk kita naikkan denda kepada RM10 juta tapi masalahnya benda ini juga akan berulang lagi.

So, apa lagi yang kita boleh buat? What else can we do, Menteri? Dan akhir sekali saya nak tanya, adakah tindakan undang-undang telah diambil terhadap mereka yang terlibat dalam pencemaran kali ini? Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri.

draft • 11:00 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih kepada Yang Berhormat yang bertanya. Saya faham sebab sebagai wakil rakyat kepada kawasan tersebut dan kita sendiri, kita ada keluarga, kita ada kawan-kawan yang terdedah kepada soal pencemaran ini setiap hari dan ia menjadi satu isu yang semakin mendesak. Sebab itu, kalau lihat dalam belanjawan baru-baru ini, antara perkara yang ditekankan ialah soal pemerkasaan Jabatan Alam Sekitar.

Kita merasakan bahawa sudah tiba masanya supaya Jabatan Alam Sekitar ini diperkasakan lagi. Kita sudah pun meminda hukuman sebagaimana disebut. Kita ada hukuman denda maksimum sehingga RM10 juta daripada RM100,000. Ada penjara mandatori sehingga lima tahun dan sebagainya.

Tetapi, kita juga memerlukan Jabatan Alam Sekitar ini mendapat dukungan yang kuat supaya Jabatan Alam Sekitar dapat melaksanakan tanggungjawabnya sebaik mungkin. Jadi, antara perbincangan yang kita telah adakan ialah kalau boleh, sebab sekarang bila denda

draft • 11:00 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

sudah tinggi, tentulah kita hendak memastikan JAS ini ada insentif untuk bertindak sebaik mungkin.

Buat masa ini, sekiranya JAS berjaya kutip, duit itu akan terus pergi ke Kumpulan Wang Disatukan kerajaan. Yang kita hasratkan sebagaimana di beberapa agensi kerajaan, LHDN, di kastam dan sebagainya, ada sebahagiannya dapat dikekalkan di bawah agensi tersebut dan ini dapat digunakan untuk menambah baik lagi jabatan tersebut menjadi satu agensi yang lebih efektif dan perbincangan kita dengan Kementerian Kewangan nampaknya ada keterbukaan di situ dan kita sedang susuli dalam proses pemerkasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling.

Sikit sahaja saya nak tambah. Memang soal contohnya kita kena terus tambah baik lagi perkara-perkara lain. Misalnya juga Peraturan Udara Bersih 2014. Itu telah menetapkan syarat yang lebih ketat daripada segi pencemaran udara tetapi ada beberapa misalnya loji jana kuasa dan sebagainya yang agak besar, yang masih beroperasi. Sebelum ini mereka diberikan pengecualian tetapi kita nak kenakan, kalau terpaksa juga beroperasi, mereka kena bayar sehingga mereka dapat hentikan operasi tersebut pada masa yang munasabah.

Jadi, kita akan terus tambah baik supaya kita dapat melihat satu tindakan yang efektif kepada masalah pencemaran yang telah membelenggu kita selama ini. Kes pertama, kenaikan denda yang baru kepada RM10 juta itu ialah soal pencemaran air yang menjejaskan bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur baru-baru ini. Itu kes pertama yang kita test hukuman tersebut.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya jemput Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu, Batu Gajah.

draft • 11:00 AM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Soalan saya nombor 3.

draft • 11:00 AM

3. Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu [Batu Gajah] minta Perdana Menteri menyatakan statistik pelantikan orang kurang upaya (OKU) dalam perkhidmatan awam mengikut kategori ketidakupayaan bagi 2023 dan 2024 serta perbandingan dengan jumlah permohonan OKU dan langkah menangani ketidakseimbangan tersebut.

draft • 11:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, SPA sentiasa menyarankan kementerian ataupun jabatan mahupun pejabat setiausaha kerajaan negeri yang berada di bawah bidang kuasa supaya meningkatkan peluang OKU mengisi kekosongan jawatan, khususnya skim perkhidmatan yang tidak mensyaratkan ukuran fizikal dan pancaindera bagi mencapai dasar satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada OKU yang selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia ceraian UP1.3.6.

Bagi tahun 2023 Yang Berhormat, SPA telah menerima sebanyak 6,177 permohonan daripada calon OKU berbanding 1.19 juta keseluruhan permohonan iaitu 0.52 peratus.

Seramai 92 orang calon OKU telah dilantik berbanding jumlah keseluruhan pelantikan sebanyak 25,520 orang iaitu 0.36 peratus di mana kategori calon kurang upaya fizikal

draft • 11:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

merupakan pelantikan tertinggi iaitu seramai 74 orang diikuti dengan kurang upaya penglihatan sembilan orang, kurang upaya pendengaran lima orang, kurang upaya pelbagai dua orang, kurang upaya pertuturan satu orang dan kurang upaya mental satu orang.

Manakala bagi tahun 2024 sehingga 30 September, SPA telah menerima sebanyak 4,805 permohonan, berbanding 1.13 juta keseluruhan permohonan. 44 orang OKU telah dilantik berbanding jumlah keseluruhan pelantikan iaitu 0.33 peratus di mana 39 orang daripada kategori kurang upaya fizikal, kurang upaya pendengaran tiga orang, mental satu orang dan kurang upaya penglihatan satu orang.

draft • 11:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Jadi SPA membuat pelantikan berdasarkan merit dan kompetensi seseorang calon.

Syarat pelantikan OKU adalah sama dengan pelantikan calon lain juga iaitu berdasarkan syarat lantikan skim perkhidmatan yang ditetapkan oleh JPA dan keperluan Ketua Perkhidmatan seperti keutamaan bidang pengajian dan juga kelayakan serta lokaliti dan juga jantina.

Jadi menyedari Yang di-Pertua, proses pelantikan adalah kunci kepada kejayaan dasar satu peratus OKU dan perkhidmatan awam, SPA juga melaksanakan pelbagai inisiatif dalam usaha meningkatkan pengambilan calon OKU di antaranya integrasi maklumat. Yang ini penting antara calon OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga Sistem Pendaftaran Pekerjaan SPA.

Yang keduanya, dilaksanakan juga pengecualian menduduki Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) sebab kalau berbanding dengan lantikan penjawat lain, mereka perlu melalui proses ini tetapi diberi pengecualian kepada mereka-mereka yang OKU.

Kemudian, kelonggaran syarat dasar “One Step Lower” yang mana calon OKU boleh memohon jawatan di gred yang lebih rendah daripada kelayakan akademik yang mereka miliki.

Manakala untuk menyambut OKU ini pula, yang bertanggungjawab ialah JPA memastikan deskripsi tugas, persekitaran, tempat kerja dan penerimaan Ketua Jabatan adalah mesra dan sesuai OKU. Bagi memastikan perkembangan yang progresif terhadap dasar OKU ini, perkhidmatan awam sendiri- JPA sendiri menjalankan inisiatif yang berkaitan dengan pengambilan dan kebajikan OKU seperti pindaan kepada Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia, Ceraian SR. 5.4.5 yang bermula pada tahun 2022 membolehkan semua penjawat awam termasuk OKU menggunakan sijil sakit hospital atau klinik swasta sehingga 180 hari setahun. Jadi, ini tidak mengehadkan cuti mereka.

Yang keduanya, Kajian Penilaian Dasar dan Impak juga dilaksanakan pada tahun 2023 dan 2024 mengenai keberkesanan Dasar Satu Peratus dalam perkhidmatan awam melihat kepada kepuasan mereka bekerja dan ini akan memberi sebenarnya panduan kepada JPA untuk menambah baik dasar tersebut. Jawatankuasa dan Penambahbaikan Dasar OKU bagi tahun 2024 pada Julai 2024 baru-baru ini dibentuk dan ini untuk memurnikan data OKU serta merangka pekeliling yang lebih berkesan dan juga inklusif dalam memastikan pematuhan terhadap pelaksanaan Dasar OKU di sektor awam.

draft • 11:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Yang terakhir, JPA bersama KESUMA juga telah bekerjasama mengadakan Program Outreach pada Oktober baru-baru ini di IPT seperti UiTM Shah Alam, Politeknik Ibrahim Sultan dan Politeknik Ungku Omar untuk berkongsi maklumat mengenai Dasar Satu Peratus ini. Selain daripada itu, pada bulan November juga baru-baru ini SPA bersama MyfutureJobs PERKESO mengambil peluang juga untuk menganjurkan hari terbuka di Putrajaya untuk menggalakkan penyertaan bagi calon-calon OKU. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Batu Gajah.

draft • 11:10 AM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya- saya tumpukan kepada persepsi rakyat.

Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa persepsi awam, ini adalah penting sebab apa sahaja dasar yang kita buat itu kita perlu mendapat persepsi yang positif- melihat bahawa Dasar Satu Peratus OKU dalam perkhidmatan awam sebagai hanya sekadar retorik, ini adalah persepsi. Bagaimana pelaksanaan SSPA yang berkuat kuasa pada 1 Disember 2024 dapat memperkukuhkan pelaksanaan dasar ini dan memastikan sasaran satu peratus OKU dalam sektor perjawatan awam ini tercapai. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri.

draft • 11:10 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya saya merasakan pelaksanaan kepada dasar ini sebenarnya perlu kepada tekad yang tinggi. Jadi saya tidak menolaklah persepsi yang mengatakan ini sebagai retorik. Kalau saya lihat kepada contohnya laporan media pada sesi yang sebelum ini, ada kita menjawab tentang soalan berkenaan dengan OKU. Ini memang banyak juga laporan media ataupun daripada sosial media dan juga portal media atas talian dan media-media yang biasa ini menyatakan- menggunakan perkataan retorik tersebut.

Walau apa pun, sebenarnya kalau kita lihat apa yang telah dilaksanakan- SPA sebagaimana yang saya sebut tadi, banyak perkara yang telah kita laksanakan, tetapi ada juga satu perkara yang mungkin kita kena tengok ialah tentang pool of talent yang lebih besar supaya kita juga mendapat lebih ramai mereka-mereka yang berminat dalam perkhidmatan.

Kita juga boleh melihat kepada mungkin lantikan peringkat pegawai dalam skim tunjang seperti PTD M41 ataupun dalam gred baharu bawah SSPA N9 ini. Jadi, itu boleh diperluaskan.

Berkenaan dengan pelaksanaan SSPA ini, Yang Berhormat struktur gaji dan elaun yang lebih kompetitif dan juga peluang kenaikan pangkat dan pembangunan kerjaya yang lebih baik dalam skim SSPA ini insya-Allah sudah pastinya saya yakin boleh menarik minat lebih ramai rakan-rakan daripada golongan OKU untuk menyertai perkhidmatan awam.

Malahan, semua kelebihan terhadap urusan pengambilan pegawai OKU di bawah SSM akan terus dikekalkan di bawah SSPA ini.

draft • 11:10 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memperkenalkan satu kita panggil “#satupersensatuharapan” untuk kita menggalakkan lagi penyertaan rakan-rakan OKU dalam perkhidmatan awam. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kulim-Bandar Baharu.

draft • 11:10 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik, terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan tambahan saya, kalau ikut dasar kerajaan iaitu satu peratus pengambilan pekerja-pekerja OKU, sekiranya dasar satu peratus ini tercapai, kalau kita tengok di Jepun, mereka mengambil dasar dua hingga tiga peratus untuk pengambilan pekerja-pekerja OKU.

Adakah sekiranya dasar satu peratus ini tercapai, adakah kerajaan ingin menggubal dasar kepada mungkin naik kepada dua atau tiga peratus? Adakah kerajaan ingin menambah inisiatif kepada swasta contohnya memberi bantuan sebanyak RM1,500 melalui PERKESO untuk memberi selama enam bulan, mungkin untuk menarik lagi galakan kepada swasta- mungkin lebih kepada setahun atau dua tahun untuk menambah lagi minat pihak swasta mengambil pekerja-pekerja OKU?

Juga, kadang-kadang keengganan pihak swasta mengambil pekerja OKU adalah daripada segi stigma yang mana mereka memandang bahawa pekerja OKU ini tidak produktif, perlu pengawasan dan juga latihan tambahan. Jadi, ini meningkatkan kos majikan dan kadang-kadang tempat kerja yang tidak mesra OKU. Jadi, apa tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah ini hingga kita tercapainya Dasar Satu Peratus, mungkin naik hingga dua ke-tiga peratus? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri.

draft • 11:10 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Saya terbuka kepada saranan tersebut, tetapi yang lebih penting, sebab kita tahu sudah berpuluh-puluh tahun sebenarnya Dasar Satu Peratus ini tidak dapat kita penuhi.

Cumanya, saya lihat kemungkinan kita kena tengok balik tentang data-data yang sedia ada daripada semua agensi untuk memastikan - berapakah sebenarnya peratusan yang kita ada dalam perkhidmatan kerajaan tentang mereka-mereka - jumlah mereka yang berada dalam perkhidmatan awam ini.

Jadi, saya yakin apabila- insya-Allah bila kita telah capai satu peratus ini tiada halangan untuk kita meneruskan ataupun meningkatkan sehingga dua atau tiga peratus lagi.

Kemudian, inisiatif daripada swasta ini sebenarnya kita tiada data yang terperinci daripada pihak swasta, berapakah sebenarnya peratusan rakan-rakan OKU dalam perkhidmatan swasta, tetapi yang ini boleh kita laksanakan dengan engagement bersama mereka. Saya yakin itu juga saranan tentang inisiatif ataupun insentif itu boleh sebenarnya difikirkan dan diteliti dengan lebih lanjut jika ini juga akan boleh meningkatkan penyertaan Orang-orang Kurang Upaya dalam perkhidmatan sama ada peringkat awam ataupun swasta.

Saya yakin stigma ini lah menjadi tanggungjawab kepada semua sama ada agensi atau perseorangan, atau perorangan untuk kita sama-sama mengelakkan stigma atau persepsi yang tidak baik dan meningkatkan apa-apa sahaja perkara-perkara yang kita boleh

draft • 11:10 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

perbaiki dalam membantu rakan-rakan OKU itu untuk berkhidmat dalam mana-mana swasta ataupun pihak peringkat awam. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Datuk Muslimin bin Yahaya, Sungai Besar.

draft • 11:20 AM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh,* Tan Sri Yang di-Pertua.

Satu dua tiga lompat; Soalan saya nombor empat.

draft • 11:20 AM

4. Datuk Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan, apakah inisiatif pembaharuan kementerian secara komprehensif khususnya dalam memacu pertumbuhan sektor PMKS yang kini menyumbang kira-kira 39.1% kepada KDNK dengan pertumbuhan sekitar 5% pada 2023 dan nilai ditambah berjumlah RM613.1 bilion.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

Untuk makluman sahabat saya Yang Berhormat daripada Sungai Besar, sektor Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) telah merekodkan pertumbuhan yang memberangsangkan pada tahun 2023 berdasarkan penunjuk mikro ekonomi utama iaitu Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Eksport pekerjaan dan produktiviti PMKS juga telah mencatatkan pertumbuhan sebanyak lima peratus untuk menyumbangkan sebanyak RM613.1 bilion pada tahun 2023 berbanding sebanyak RM584.1 bilion pada tahun 2022.

Selari dengan pencapaian ini, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

(KUSKOP) akan terus memperkukuhkan pelaksanaan di bawah Pelan Strategik Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana 2030 dan Perancangan Strategik Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tahun 2024 melalui inisiatif-inisiatif seperti berikut.

Pertama, menggalakkan penglibatan PMKS dalam aktiviti bernilai dan mempunyai pertumbuhan yang tinggi, High Growth High Value (HGHV), dengan izin, yang mampu memberikan sumbangan yang lebih besar kepada nilai KDNK negara. Ia bagi menyokong pelaksanaan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) bagi meningkatkan daya saing dan penyertaan PMKS dalam rantaian nilai industri pembuatan pertumbuhan tinggi di peringkat domestik dan juga antarabangsa.

Kedua, menyediakan skim pembiayaan kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) melalui agensi-agensi di bawah KUSKOP seperti TEKUN Nasional, Amanah Ikhtiar (AIM), Bank Rakyat, SME Bank dan Pernas. Sehingga Ogos 2024, KUSKOP melalui agensi-agensinya telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM5.757 bilion kepada seramai 261,572 usahawan.

Lagi satu adalah meningkatkan kapasiti dan keupayaan PMKS melalui program- program pembangunan PMKS secara bersepadu dan bersasar seperti Program Pembangunan Kapasiti Vendor yang melibatkan seramai 30 syarikat vendor dengan

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan

peruntukan sebanyak RM3.5 juta. Selain itu, SME Corp Malaysia juga telah melaksanakan Program Business Accelerator (BAP) 3.0 kepada seramai 250 usahawan PMKS melibatkan peruntukan sebanyak RM37.02 juta.

Lagi satu adalah melaksanakan program galakan eksport seperti Program Pengukuhan Eksport PKS, SMEs Go Global di bawah SME Corp dan penyertaan dalam misi perdagangan luar negara melibatkan sebanyak 14 program antarabangsa bagi tempoh Januari hingga September 2024. Antara program-program antarabangsa yang telah dilaksanakan oleh KUSKOP ialah misi pengembangan perniagaan usahawan ke Osaka, Jepun pada 16 hingga 21 September 2024 melibatkan seramai 15 orang usahawan dan merekodkan potensi nilai jualan berjumlah RM34.89 juta.

Juga tidak melupakan memperkenalkan dasar berkaitan francais ke arah mewujudkan ekosistem usahawan francais yang holistik.

Di samping itu, KUSKOP juga melancarkan inisiatif-inisiatif baharu kepada usahawan-usahawan khususnya komuniti India melibatkan inisiatif program PENN- Prosperity Empowerment and A New Normal di bawah Amanah Ikhtiar berjumlah RM50 juta, program pembiayaan Bank Rakyat-Indian Entrepeneur Financing-i (BRIEF-i) berjumlah RM50 juta, program Business Accelerator untuk syarikat bersaiz kecil (I-BAP) berjumlah RM6 juta dan juga program SPUMI Goes Big berjumlah RM30 juta.

Kesemua inisiatif ini melibatkan penambahan dana pembiayaan kepada usahawan yang berjumlah RM136 juta. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sungai Besar.

draft • 11:20 AM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang saya kira agak tuntas.

Jadi, jelas PMKS ini antara penyumbang besar KDNK dan wajar PMKS beralih sebenarnya kepada tahap yang lebih tinggi atau scale up dan perkembangan positif ini dilihat merentas petunjuk mikro ekonomi utama. Tadi disebut PMKS menyumbang, berkembang lima persen, lima peratus. Ini penyumbang tersebut KDNK, tetapi agak malang kerana belanjawan untuk KUSKOP antara yang tersedikit, hatta belanja untuk latihan keusahawanan juga sikit.

Jadi soalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apa inisiatif KUSKOP dengan belanjawan yang sedikit untuk memaksimumkan peranan, hala tuju dan strategi khusus menerusi SME Technologi Transformation Fund bagi melonjak usaha PMKS melaksanakan transformasi teknologi dan penerapan Industry4WRD di sebalik kerancakan teknologi digital?

Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

draft • 11:20 AM

Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan

Terima kasih, Yang Berhormat. Sebenarnya kalau kita lihat, dana dia kita banyak menggunakan dana dalaman daripada dana yang sedia ada iaitu revolving plan. Contoh kalau untuk program digitalization, adaptation, kita ada program-program pembangunan kapasiti di bawah SME Corp iaitu structured programme.

Juga tidak melupakan untuk SME-SME yang akan berkembang untuk akses pasaran

draft • 11:20 AM

Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan

mereka- market access. Kita sedia ada SME Corp, SME Bank, Pernas dan juga bahagian Pernas yang sedia ada di laman untuk franchise businesses, tetapi yang kita kena ambil maklum di sini adalah bahawa dana dalaman yang sedia ada ini, contoh, kalau kita ambil satu contoh dana untuk Program PENN. Itu dana bukan khas disediakan dalam belanjawan, tetapi adalah dana dalaman daripada AIM.

Juga tidak melupakan contoh kalau kita ambil juga program BRIEF-i dari Bank Rakyat. Itu juga merupakan dana dari Bank Rakyat sendiri. Jadi, contoh kalau kita akan memulakan program yang kita sedang dalam perbincangan dan akan teliti sebelum hujung tahun ini, program-program tersebut juga akan menggunakan dana dalaman sahaja dan bukan sahaja daripada dana yang terdapat di dalam dana belanjawan. Terima kasih, Yang Berhormat.

draft • 11:20 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Sungai Siput.

draft • 11:20 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih, Tan Sri Speaker.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah menyenaraikan jumlah program- program dan inisiatif-inisiatif untuk PMKS. Saya juga mengucapkan tahniah bagi pihak KUSKOP atas beberapa tindakan dan langkah yang telah diambil itu membantu usahawan PMKS khususnya tempatan.

Selari dengan ini dalam usaha memperkukuhkan ekosistem keusahawanan negara, adakah terdapat bantuan-bantuan selain pinjaman pembiayaan seperti geran kepada usahawan-usahawan mikro dan B40 terutamanya kepada mereka yang baru ingin memulakan perniagaan? Terima kasih, Tan Sri Speaker.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 11:20 AM

Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan

Terima kasih, Yang Berhormat Sungai Siput.

Memang kalau kita lihat peruntukan dana bagi geran, memang kurang, tetapi kerajaan ingin beralih daripada sistem geran dan menambah lagi pembiayaan, tetapi kita kena mengambil maklum, ada juga geran-geran yang disediakan untuk company-company yang mempunyai track record yang bagus dan juga business yang sedang berjalan.

Contohnya kalau kita ambil, kita ada program Business Accelerator Program (BAP) di bawah SME Corp khas untuk usahawan-usahawan bagi menyediakan geran padanan bagi mereka. Geran padanan ini merupakan satu geran yang membolehkan mereka menjadikan perniagaan mereka daripada satu kedai ke kedai yang kedua. Contohnya untuk membeli peralatan. Satu peralatan diberikan oleh usahawan sendiri, lagi satu diberikan secara percuma oleh SME Corp melalui program I-BAP ini.

Kedua, nasihat kementerian kepada usahawan-usahawan yang ingin mendapatkan satu peluang sebagai satu start-up. Memang kita ada TEKUN. Program TEKUN kita ada sebagai program informal iaitu Program SPOT. Program ini dana dia yang disediakan sebanyak RM5 ribu bagi seorang usahawan. Contohnya dia ingin memulakan perniagaan mereka.

draft • 11:20 AM

Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan

Kedua, kita boleh dapat juga adalah daripada AIM. AIM khas untuk wanita, usahawan wanita. Ada peruntukan yang disediakan bagi mereka sampai RM30 ribu seorang wanita.

Memang tidak perlukan apa-apa dokumen pun. Walaupun ada masalah CCRIS, masalah CTOS, bankruptcy pun mereka layak menerima bantuan tersebut daripada Amanah Ikhtiar Malaysia. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya, saya jemput Tuan Tan Kar Hing, Gopeng.

draft • 11:30 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Tan Sri Speaker, soalan saya nombor lima.

draft • 11:30 AM

5. Tuan Tan Kar Hing [Gopeng] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan, sejauh mana bioteknologi digunakan bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan bagi meningkatkan kandungan nutrisi makanan haiwan yang berasal daripada tumbuhan, contohnya pokok ketum ayam, rumput napier dan lain-lain.

draft • 11:30 AM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Gopeng. Malaysia kaya dengan biodiversiti tumbuhan yang berpotensi untuk diterokai. Keperluan untuk meneroka faedah bagi memanfaatkan biodiversiti negara adalah amat penting dan kritikal. Teknik pengeditan gen, gene editing, dengan izin, teknologi yang sedang berkembang pesat dalam bidang bioteknologi dan kini semakin popular dalam peningkatan - sorry, semakin popular dalam peningkatan kualiti dan kuantiti hasil tanaman.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] Teknik pengeditan gen seperti CRISPR-Cas9 membolehkan penyuntikan tepat dan terarah dalam gen tumbuhan dan ini membuka peluang untuk memanipulasi gen dalam tumbuhan dan meningkatkan kandungan nutrisi dalam tumbuhan seperti ketum ayam, rumput napier dan lain-lain secara lebih efektif. Sebagai contoh, National Institute of Biotechnology Malaysia (NIBM) sedang menjalankan kajian tumbuhan ketum ayam bagi memperoleh data multiomik atau pun kajian genom tumbuhan dan pengeditan gen untuk meningkatkan kandungan nutrisi dalam tumbuhan ketum ayam.

Dalam jangka masa panjang, penggunaan teknologi ini bersama teknik-teknik yang lain boleh membantu dalam meningkatkan kandungan nutrien dalam tanaman untuk dijadikan makanan haiwan. Menjadikan alternatif makanan yang lebih sihat dan berpotensi ke arah mengurangkan masalah sumber makanan haiwan pada masa hadapan.

Agensi Nuklear Malaysia pula sedang giat menjalankan penyelidikan penghasilan variety baharu rumput napier bersama dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Ketika ini, Nuklear Malaysia sedang menjalankan kajian biak baka mutasi untuk rumput napier

draft • 11:30 AM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang

untuk mendapatkan tanaman dengan biomas lebih tinggi dan juga kandungan nutrisi lebih baik. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Gopeng.

draft • 11:30 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Terima kasih kepada Menteri MOSTI atas penjelasan tadi berkenaan dengan perkembangan teknologi bioteknologi dalam kita memastikan usaha penyelidikan dan pembangunan yang mana kita boleh membantu untuk mengatasi masalah- masalah sekuriti makanan dan juga memperbaiki kesihatan manusia. Tadi itu lebih kepada bab ada variety baharu untuk makanan ataupun makanan haiwan, tetapi saya ingin bertanya juga tentang kesihatan manusia.

Apakah- lepas lancarnya Projek MyGenom 10k pada bulan Ogos yang lalu, kerjasama antara MOSTI dan MOH yang telah pun kita sasarkan akan tamat tempoh pada akhir tahun 2025. Perkara ini sebenarnya sangat penting dan sangat baik untuk pembangunan dalam bidang ini dan apakah kementerian merancang data yang kita dapat itu akan terus kita bangunkan dan digunakan dan akan dilanjutkan dalam fasa-fasa yang seterusnya dalam RMKe-13? Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih soalan Gopeng. Projek MyGenom ini adalah satu projek usaha sama MOSTI dengan MOH yang bersama-sama berkongsi kepakaran dan juga usaha. Saya yakin penting untuk kerajaan terus menyokong usaha untuk menjujuk genom manusia iaitu menjujuk genom manusia daripada populasi sihat dari pelbagai etnik.

Untuk mendapat data baseline itu, sekurang-kurangnya untuk mencapai 100,000 orang dan penting juga untuk menyokong usaha membangunkan kapasiti bakat, di mana Malaysia Genome and Vaccine Institute (MGVI) menjadi hab untuk proses penjujukan dan analisis genom bersama-sama dengan agensi-agensi lain seperti IMR dan lain-lain. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jerantut.

draft • 11:30 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebelum ini kita dimaklumkan, sekumpulan penyelidik daripada UPM telah pun menghasilkan makanan haiwan yang berasaskan kepada isirung kelapa sawit ini dinamakan sebagai thohira sinbiotik dan ini merupakan satu inovasi yang selari dengan Dasar Bioteknologi Negara 2.0.

Jadi, soalan saya ialah, bagaimanakah dengan dasar ini kita boleh mengukuhkan fasiliti makmal R&D serta perkongsian kepakaran dan pemindahan teknologi dengan negara- negara jiran? Yang pertama.

Yang kedua, apakah bentuk sokongan dan galakan kepada syarikat modal teroka ataupun visi tempatan dengan GLC untuk melabur dan membantu membiayai syarikat bioteknologi tempatan agar berdaya saing? Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Saya boleh jawab sekali, soalan satu dengan soalan dua. Sebenarnya, untuk makluman Dewan yang mulia ini, MOSTI dalam Dasar Bioteknologi Negara 2.0 menyasarkan kita mewujudkan sekurang- kurangnya tiga buah syarikat bioinovasi yang berstatus unicorn. Maka, MOSTI dengan bantuan Bioeconomy Corporation (BEC) sedang membimbing beberapa buah syarikat yang

draft • 11:30 AM

Tuan Chang Lih Kang

berpotensi tinggi untuk mencapai target tersebut. Di bawah program-program dan inisiatif- inisiatif bioeconomy ini, kita ada BioNexus dan Bio-based Accelerator. Sehingga kini, terdapat 549 buah syarikat yang berstatus BioNexus dan juga Bio-based Accelerator telah meraih pelaburan diluluskan bernilai RM8.2 bilion dan melibatkan pendapatan sebanyak RM21.2 bilion yang menyumbang kepada KDNK negara kita. Bioeconomy melalui Program BBA sedang membimbing dan membangunkan kapasiti syarikat terpilih untuk memenuhi kelayakan menjadi syarikat BioNexus dalam negara.

Berkaitan dengan penerapan- sorry. Bioeconomy juga adakan satu kerjasama inisiatif iaitu BioNexus Partners Laboratories (BNP Labs) di bawah seliaan Bioeconomy, juga akan membantu dalam pembangunan produk, termasuk produk pertanian dan lain-lain. So, kalau ada syarikat yang berminat, bolehlah berhubung terus dengan Bioeconomy Corporation untuk mendapatkan manfaat-manfaat daripada inisiatif-inisiatif bioeconomy ini. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Mordi anak Bimol, Mas Gading.

draft • 11:30 AM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Terima kasih Speaker. Soalan Mas Gading, nombor enam.

draft • 11:30 AM

6. Tuan Mordi anak Bimol [Mas Gading] minta Menteri Luar Negeri menyatakan, pendirian semasa Kerajaan Malaysia berserta bentuk-bentuk bantuan kemanusiaan yang telah dihulurkan dan berapa kos yang telah diperuntukkan tahun 2023-2024 bagi Krisis Kemanusiaan Gaza sejak Perang Hamas-Israel yang bermula 7 Oktober 2023 sehingga kini.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Mas Gading atas pertanyaan yang dikemukakan pada pagi ini. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, Malaysia terus bersuara lantang memperjuangkan pembebasan hak mutlak rakyat Palestin. Malaysia dengan tegas menyatakan pendirian negara di Sesi Ke- 79 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu baru-baru ini, bahawa hak rakyat Palestin ke atas tanah mereka yang dirampas mesti dikembalikan sepenuhnya serta pembentukan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berlandaskan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai Ibu Negaranya. Malaysia juga komited untuk memastikan Palestin diiktiraf sebagai negara anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan itu, Malaysia membuat rayuan untuk pelaksanaan penuh Resolusi ES10/24 bagi menggesa Majlis Keselamatan PBB (UNSC) bertindak tegas bagi menghentikan aktiviti penempatan haram Israel di Wilayah Palestin yang diduduki atau, dengan izin, occupied Palestine territory demi keadilan bagi rakyat Palestin.

Daripada segi bantuan kemanusiaan sejak Oktober 2023 sehingga kini, Malaysia bersama-sama Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah menyalurkan lebih 5,000 tan bantuan ke Gaza melalui Sempadan Rafah yang telah memberi manfaat kepada jutaan rakyat Palestin.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin

Sumbangan dan bantuan dari Malaysia ini disalurkan melalui Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP).

AAKRP telah membelanjakan dana berjumlah hampir RM45 juta kepada beberapa buah agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, NGO tempatan dan agensi- agensi yang lain seperti kalau saya boleh sebutkan dua, tiga contoh yang telah kita salurkan ialah Pertubuhan Antarabangsa Serantau atau, dengan izin, UNRWA, Kedutaan Besar Malaysia di Unit Hal Ehwal Palestin di Aman, Jordan, badan-badan bukan kerajaan tempatan di bawah Ops Ehsan, kemudian badan-badan bukan kerajaan atau Persatuan Bulan Sabit Merah di Jordan, Mesir dan juga di Palestin.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin

Kita juga telah menyalurkan bantuan kepada para pelajar Palestin yang sedang melanjutkan pengajian di Malaysia melalui Kementerian Pengajian Tinggi untuk membiayai kemudahan-kemudahan pembiayaan dan juga elaun sara hidup mereka, di mana elaun ataupun bayaran yuran universiti di institusi pengajian awam, kita bayar sepenuhnya.

Manakala di institusi pengajian swasta, kita telah minta semua mereka ini dapat memberikan diskaun. Alhamdulillah, kebayakan institusi ini telah pun memberi diskaun kepada para pelajar ini.

Puan Yang di-Pertua, situasi kini semakin mencabar setelah pintu Sempadan Rafah ditutup sejak 7 Mei 2024 dan kini satu-satunya laluan bantuan yang masih beroperasi adalah melalui Jambatan Raja Hussein di Jordan. Oleh sebab itu, kita sedang memperkukuhkan kerjasama di antara Malaysia dan juga Kerajaan Jordan ini. Bahkan, kita telah pun mendapat undangan dan kita telah bersetuju untuk turut serta dalam misi bantuan melalui penghantaran air bridge ini dengan kerjasama Kerajaan Jordan. Kita juga telah menyumbangkan USD500,000 setiap satu pada Pusat Kanser Raja Hussein dan juga Pertubuhan Ammar Hashemite, Jordan. Jadi, sebahagian daripada sumbangan-sumbangan telah pun kita serahkan.

Puan Yang di-Pertua, kita juga telah memberikan komitmen penuh untuk turut serta dalam membina semula Palestin ini. Ini adalah penting bagaimana untuk kita melihat sebuah negara yang mesti kita bantu dan mendapat kedaulatan mereka dan dibina semula selepas pasca konflik ini. Insya-Allah, kita akan teruskan memberi sumbangan yang terbaik buat rakyat kita di Palestin. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Mas Gading.

draft • 11:40 AM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Terima kasih, Speaker. Terima kasih Menteri atas jawapan yang diberikan. Untuk soalan tambahan, Mas Gading ingin bertanya, bagaimanakah kerajaan menilai reaksi masyarakat antarabangsa termasuk negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat terhadap pendirian Malaysia yang konsisten mengecam rejim Zionis, tetapi belum ada memberikan komen ataupun kritikan yang mengecam tindakan Hamas yang dulu memulakan serangan pada 7 Oktober 2023? Adakah kerajaan berpendirian mengutuk dan mengecam sebarang tindakan yang mengancam keselamatan awam yang

draft • 11:40 AM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

menyebabkan banyak nyawa terkorban tanpa mengira mana-mana pihak bagi menunjukkan komitmen kerajaan kepada prinsip keamanan sejagat?

Selain itu, dengan pemilihan semula Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat, apakah ada inisiatif diplomatik tambahan yang dirancang ataupun bakal diambil untuk mengurangkan ketegangan dan memastikan keselamatan penduduk awam di Gaza?

Sekian. Soalan tambahan.

draft • 11:40 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih, Yang Berhormat. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semalam telah pun menyampaikan penyataan negara di Sidang Tergempar Negara-negara Arab dan juga Islam di Riyadh. Beliau tegas menyampaikan penyataan negara bahawa kita mengutuk sekeras-kerasnya, pertamanya, tentang kezaliman, kekerasan yang dibuat secara berterusan oleh pihak Israel. Keduanya, beliau juga tegas mengecam dan mengutuk apabila Parlimen Israel mengharamkan UNRWA ini.

Jadi, dengan terlantiknya Presiden US yang baharu ini, Donald Trump, kita tahu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun menyampaikan ucapan tahniah kepada Donald Trump dan meminta beliau bersama-sama supaya memastikan kekejaman, kekerasan Israel itu dihentikan. Ini harapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, harapan negara kita dan telah pun disampaikan oleh Perdana Menteri sendiri ketika menyampaikan ucapan tahniah kepada Donald Trump.

Dalam Sidang Kemuncak yang dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga, kita telah juga menyampaikan beberapa jaminan kita, komitmen kita untuk bersama- sama untuk terus menyalurkan bantuan kepada rakyat Gaza melalui kerjasama yang kita sedang perkukuhkan di antara Malaysia dan juga Kerajaan Jordan, kerana satu-satunya pintu masuk sekarang ada di Jordan. Kalau sebelum ini, ada di Rafah. Saya sempat ke Rafah dengan beberapa orang rakan yang ada dalam Dewan ini, tetapi tempat itu sudah pun diserang dan ditutup. Kita sedang menimbang bentuk bantuan yang ingin kita salurkan melalui misi bersama-sama dengan Kerajaan Jordan, dengan kerjasama tentera udara Britain dalam misi ini. Terima kasih, Yang Berhormat.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pokok Sena.

draft • 11:40 AM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya ialah perkara yang berkait dengan sikap dan pendirian kita apabila keganasan dilakukan oleh Israel, tak kira siapa, orang awam termasuk juga pasukan pengaman. Jadi, sudah tentu kita menzahirkan rasa dukacita yang sangat bila enam orang anggota MALBATT kita juga terlibat tercedera kerana serpihan letupan bom.

Soalan saya. Apakah tindakan kerajaan menerusi Keselamatan PBB bagi memastikan keselamatan semua Anggota Pengaman PBB agar kejadian yang berlaku tak berulang? Adakah pasukan Keselamatan PBB ini boleh sehingga bertindak balas, menyerang balas demi keselamatan diri? Minta pandangan.

draft • 11:40 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih, Yang Berhormat. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Negara-negara Arab di Riyadh baru-baru ini, dari solusi yang telah pun tercapai dalam sidang tergempar itu ialah

draft • 11:40 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel terhadap tentera MALBATT ini. Termasuk tentera MALBATT kita. Dikutuk sekeras-keras dalam, bukan hanya penyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, tapi juga sebagai resolusi dalam sidang tergempar itu.

Kita faham yang kita menghantar tentera ke Lubnan ini berdasarkan persetujuan, juga keputusan daripada PBB, UNSC. Kita tak boleh sewenang-wenangnya menghantar tentera kita. Dan untuk menarik balik juga, kita kena ada persetujuan dan juga arahan daripada pihak PBB juga. Jadi, untuk kita bertindak balas apabila kita diserang itu, itulah self- defense. Itu case-by-case basis, saya fikir itu satu perkara yang logik, tetapi dalam keadaan seumpama ini, kita akan pastikan bahawa misi penghantaran tentera kita berlandaskan dengan lunas-lunas undang-undang antarabangsa dan juga arahan pihak PBB dan juga UNSC sendiri. Terima kasih, Yang Berhormat.

draft • 11:40 AM

7. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir [Setiu] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan, perkembangan terkini berkenaan indikator baharu yang akan ditetapkan oleh kementerian bagi mengukur kos sara rakyat dan mekanisme yang disediakan bagi menangani kos sara hidup rakyat luar bandar khususnya akibat peningkatan kos pengangkutan susulan penyasaran subsidi bersasar.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Setiu atas soalan, tapi sebelum saya menjawab soalan Setiu, saya ingin menyatakan bahawa soalan Setiu ini ada soalan dan ada kenyataan.

Kenyataan Setiu mengatakan kos sara hidup ini meningkat oleh kerana akibat peningkatan kos pengangkutan, susulan penyasaran subsidi bersasar, saya ingin membetulkan sedikit ya, Yang Berhormat Setiu. Kerana apabila kita menyasarkan subsidi diesel ini, kita sudah pun mengambil kira kos pengangkutan di mana kos pengangkutan itu, akibat daripada penyasaran subsidi itu, tidak seharusnya naik kerana kita ada BUDI MADANI.

Kita ada BUDI MADANI Individu, kita ada BUDI MADANI Agri-Komoditi dan kita ada fleet card. Jadi, kos pengangkutan akibat penyasaran subsidi diesel sudah pun di-absorb, dengan izin Puan Yang di-Pertua.

Jadi, tak boleh nak kata kenyataan itu ‘akibat’, ya, tapi saya akan jawab soalan yang pertama berkenaan dengan indikator mengukur kos sara hidup. Berkenaan dengan indikator, satu hala tuju pembangunan indikator- kos sara hidup telah pun dibentangkan kepada mesyuarat NACCOL pada 14 Oktober 2024, di mana diambil kira metodologi indikator kos sara hidup negara-negara lain dan ada beberapa perkara lagi yang dibawa dalam pembentangan tersebut. Di mana, indikator pembangunan kos sara hidup ini mengambil kira bukan setakat pendapatan, tetapi juga corak perbelanjaan, lokasi, geografi, kemudian isi rumah, keperluan-keperluan khusus seperti anak OKU, ibu bapa yang uzur, sakit dan sebagainya. Jadi, itu di dalam indikator-indikator yang diambil kira selain daripada pendapatan.

Jadi, apabila indikator ini dibangunkan, antara hasilnya Yang Berhormat Setiu ialah, untuk kita dapat capai satu perkiraan asas kehidupan wajar yang telah pun dilancarkan oleh

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 2 November, di mana perkiraan asas kehidupan wajar ini tidak lagi menggunakan paras garis kemiskinan, Puan Yang di-Pertua, tetapi ada mengambil kira segala faktor yang lain tadi- pendapatannya, corak perbelanjaannya, kedudukan lokasinya, isi rumahnya, keperluan khususnya. Semua diambil kira sehingga dapat dibangunkan perkiraan Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar itu.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

Jadi, Puan Yang di-Pertua, itu setakat ini. Jadi, pada masa hadapan apa yang kerajaan akan buat ialah untuk padankan pendapatan itu dengan keperluan perbelanjaan kehidupan wajar tadi. Jadi, oleh kerana itu, kerajaan sedang buat segala-galanya untuk meningkatkan pendapatan supaya jurang antara keperluan dengan pendapatan itu tidak besar dan kalau boleh melebihi daripada keperluan asas tadi.

Jadi, inilah di sini, Sistem Saraan Perkhidmatan Awam, Dasar Gaji Progresif, Inisiatif Pendapatan Rakyat, Dasar Gaji Premium, SARA, STR itu dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk memastikan bahawa pendapatan rakyat itu dapat meningkat dan supaya dapat menangani apa orang kata, perkiraan Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar tadi ya. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Setiu.

draft • 11:50 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Terima kasih Timbalan Menteri.

Soalan tambahan. Indicator baharu sewajarnya melihat banyak dimensi terutama dalam hal yang melibatkan kartel dan monopoli. Baru-baru ini Astro Awani melaporkan bahawa kegiatan kartel dan monopoli menjadi antara faktor penentu kepada kos sara hidup dan inflasi.

Golongan ini sering menggunakan alasan seperti penarikan subsidi untuk menaikkan harga yang kemudiannya akan mengganggu bekalan dan rantaian.

Oleh itu, soalan saya, apakah jaminan kerajaan bahawa indicator baharu ini dapat menangani isu kartel dan monopoli? Adakah kerajaan bersedia untuk menambah bantuan atau skim diskaun barang asas untuk rakyat luar bandar dalam memastikan golongan ini diberi peluang untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dasar subsidi ini? Sekian, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

Terima kasih Yang Berhormat Setiu atas soalan tambahan. Yang Berhormat Setiu, saya sudah jawab sebelum ini berkenaan dengan kartel dan monopoli. Soalan dari Arau baru-baru ini, tetapi saya hendak jelaskan bahawa kartel dan monopoli itu lah satu usaha inisiatif kementerian yang berasingan daripada indicator ini ya.

Sebab indicator ini kita bangunkan untuk memperincikan corak perbelanjaan pengguna berdasarkan keperluan, gaya hidup, pilihan setempat serta ciri-ciri demografi yang saya katakan tadi...

draft • 11:50 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

[Bangun]

draft • 11:50 AM

Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

Manakala, membanteras monopoli dan kartel merupakan inisiatif lain daripada pihak kerajaan.

Jadi, sebagaimana yang saya telah jelaskan dalam Dewan yang mulia ini sebelum ini, usaha membanteras kartel dan monopoli itu merupakan satu usaha yang berterusan oleh

draft • 11:50 AM

Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

pihak kementerian dan banyak juga kes-kes yang kita telah banteras. Saya juga mengumumkan sebelum ini bahawa kartel padi dan beras pun kita akan umumkan ya tidak lama lagi. Jadi, itu usaha yang berasingan, tetapi...

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

[Bangun]

draft • 11:50 AM

Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

...Ia memang betul sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memastikan bahawa sepanjang rantaian bekalan itu, harga itu dapat kita kawal supaya harga ataupun kos di akhir itu tidak orang kata effected ataupun terkesan dengan...

draft • 11:50 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

[Bangun]

draft • 11:50 AM

Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

Pakatan kartel di sepanjang rantaian bekalan ataupun kedudukan monopoli yang disalah guna oleh syarikat-syarikat untuk mengawal harga bekalan. Itu sedang kita- juga antara inisiatif yang kita lakukan. Terima kasih Setiu.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Rasah.

draft • 11:50 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Saya dengar jawapan Timbalan Menteri ketika menjawab soalan asal tadi berkenaan dengan indicator baharu Kehidupan Wajar yang diguna pakai oleh kerajaan untuk menilai tahap ataupun keperluan rakyat berbanding dengan garis kemiskinan sebelum ini.

Saya berpeluang untuk mendengar taklimat daripada DOSM. Saya percaya DOSM yang membangunkan perkara ini. Boleh tidak yang garis ataupun Indicator Kehidupan Wajar ini kita bukan setakat kebangsaan, tetapi diluaskan ikut negeri dan daerah sebab keadaan kita kalau di bandar sekian pendapatan mungkin kurang. Katakan RM5,000 di luar bandar mungkin cukup, di bandar mungkin tidak cukup dan sebagainya.

Jadi, boleh tidak diwujudkan keadaan macam ini untuk membolehkan kerajaan memahami keadaan keseluruhan kos sara hidup dan memudahkan penyaluran bantuan kepada semua rakyat. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:50 AM

Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Soalan yang amat menarik. Sebenarnya Yang Berhormat Rasah, ini yang menarik berkenaan dengan indicator ini kerana indicator perkiraan kos kehidupan wajar ini mengambil kira semua ini yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat Rasah kerana- kalau saya, saya menggalakkan Yang Berhormat layari PAKW ini dan kira sendiri beberapa keperluan Asas Kehidupan Wajar untuk kawasan Yang Berhormat.

Kalau keluarga itu ada lima orang, macam mana, ada anak OKU, macam mana, ada- kalau satu kawasan itu pun dia ada, katalah kawasan saya Kuantan, sebelum ini saya duduk rumah saya di situ. Dia ada luar bandar, dia ada dalam bandar. Saya kira kalau untuk saya dan suami saya- kehidupan wajar dia, dia punya kos ialah RM2,549. Dia sebab kita- dia ada dia punya format dia itu, ada template dia. Masukkan semua keperluan...

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

[Bangun]

draft • 11:50 AM

Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

Check lah dengan bagaimana dia punya perkiraan dan dia akan ambil kira semua Yang Berhormat Rasah. Dia ambil kira luar bandar, locality, jumlah anak, jumlah isi rumah, dia ambil kira umur, dia akan ambil kira tanggungan, semua

draft • 11:50 AM

Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

dia akan ambil kira. Kalau kita masuk dekat situ “check template” itu, saya kira dia akan memberi gambaran bagaimana perkiraannya. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Speaker, satu soalan Speaker.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa.

draft • 11:50 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Speaker, saya rasa Menteri duduk di planet Pluto barangkali.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tampin.

draft • 11:50 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Puan Speaker. Ucapkan alhamdulillah kerana diberi peluang kepada kita untuk meneruskan kehidupan. Moga hidup kita hari ini lebih baik daripada semalam. Soalan Tampin nombor lapan.

draft • 11:50 AM

8. Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa [Tampin] minta Perdana Menteri menyatakan, perancangan kerajaan untuk menoktahkan isu pensijilan halal terhadap restoran serta syarikat makanan yang telah menjadi polemik dalam kalangan masyarakat dan dibimbangkan boleh mengganggu-gugat perpaduan antara kaum di dalam negara.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Puan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Tampin atas soalan dan keprihatinan yang diberikan terhadap aspek halal. Izinkan saya untuk memberikan pencerahan sebaiknya.

Sejak 1974, Dasar Pensijilan Halal di Malaysia adalah bersifat sukarela. Pada masa ini kerajaan tidak berhasrat untuk mewajibkan mana-mana industri untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Pensijilan halal akan diteruskan secara sukarela dan terbuka kepada mana-mana industri kerana ia memberi nilai tambah kepada pemegang sijil melalui tahap komitmen yang tinggi untuk sentiasa mematuhi standard dan piawaian pensijilan halal.

Hari ini ungkapan “halal” adalah untuk semua. Di seluruh dunia umum mengetahui kepentingan dan keperluan pensijilan halal yang telah menjadi suatu jenama yang semakin berkembang di peringkat global dan sebagai market tool, dengan izin, kepada sumber ekonomi. Orang Islam dan bukan Islam boleh bersama-sama menikmati produk yang dipersijilkan halal. Ini kerana produk yang dipersijilkan halal bukan sahaja patuh syariah, tetapi bertepatan dengan keperluan manusia untuk mendapatkan produk yang bersih, suci, sihat dan selamat.

Kerajaan melalui JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri telah melaksanakan pelbagai program dan di antaranya program yang signifikan adalah program Halal on Track yang bertujuan bukan sahaja menarik minat pengusaha industri mendapatkan pensijilan halal malah memberi kesedaran, penerangan dan kepentingan pensijilan halal.

Program ini telah dilaksanakan di beberapa buah negeri. Di antaranya, di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Pahang dan akan diteruskan daripada semasa ke semasa ke seluruh Malaysia, insya-Allah.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Kerajaan sentiasa mengambil berat setiap isu yang dibangkitkan oleh rakyat dan menyedari bahawa melalui program pendidikan dan kesedaran, mampu merungkaikan kekeliruan antara kaum dan agama. Sehubungan itu, siri-siri penerangan dan penjelasan serta libat urus yang tepat dan tuntas yang telah dijalankan malahan akan diteruskan agar tiada keraguan timbul di kalangan rakyat.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Kerajaan juga menyediakan pelbagai platform penerangan mengenai pensijilan halal seperti aplikasi digital, media sosial dan media visual. Malahan akan ditambah baik dari masa ke semasa. Dalam usaha untuk menarik lebih ramai pengusaha premis makanan memiliki sijil halal, kerajaan melaksanakan pelbagai kerjasama strategik dengan pihak berkepentingan seperti MARA, TERAJU, Islamic Tourism Centre dan ramai lagi.

JAKIM dan majlis agama Islam negeri serta jabatan agama Islam negeri komited untuk memperkemas polisi dan dasar sedia ada demi menambah baik pengurusan pensijilan halal dan sistem penyampaian perkhidmatan pensijilan halal bagi memastikan sistem pengurusan halal Malaysia terus diyakini dan kekal sebagai rujukan dunia. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tampin.

draft • 12:00 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Menurut data yang dikeluarkan oleh KPDN akhir-akhir ini, sebanyak 140 kes penipuan logo dan pensijilan halal telah disiasat melibatkan nilai rampasan berjumlah lebih RM3.5 juta sejak tahun 2022 hingga 2024.

Umum mengetahui terdapat bermacam-macam alasan yang telah diberikan oleh pemilik ataupun dari perniagaan makanan untuk mendapatkan sijil halal ini. Justeru itu, saya ingin mengetahui, adakah kerajaan berhasrat untuk mewujudkan satu insentif khas terhadap para pengendali makanan dan pemilik restoran bagi menarik minat mereka untuk mendapatkan sijil halal? Adakah kerajaan bercadang untuk membangunkan sebuah aplikasi khas yang menyenaraikan semua produk makanan, minuman serta restoran yang mempunyai sijil halal atau sebaliknya bagi memudahkan urusan orang ramai untuk membuat rujukan? Terima kasih Speaker.

draft • 12:00 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Ada dua komponen dalam soalan ini. Yang pertama adalah insentif khas dan yang kedua, aplikasi digital.

Berhubung dengan insentif khas kepada pengendali makanan dan pemilik restoran, kerajaan melalui agensi-agensi pembimbing usahawan sedang dalam usaha menyediakan pelbagai insentif bagi menarik minat golongan tersebut mendapatkan sijil halal. Antaranya Program Pembangunan Keusahawanan Halal yang dilaksanakan oleh KUSKOP dengan kerjasama agensi pembimbing lain, institusi perbankan dan lain-lain agensi. Di antara objektif program ini ialah membantu dan memudah cara usahawan mendapatkan pensijilan halal melalui bantuan khidmat bimbingan mengenai pensijilan halal yang diberikan oleh Halal Development Officer. Halal Development Officer ini telah dilatih menerusi kursus pensijilan profesional eksekutif halal yang diiktiraf oleh JAKIM.

draft • 12:00 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Selain itu, program ini bertujuan membantu usahawan memenuhi syarat dan keperluan asas pensijilan halal melalui bantuan RM10,000 kepada setiap usahawan dan juga RM30,000 termasuk RM250,000 bagi inovasi dan teknologi. Saya mohon masa sedikit untuk menjawab komponen yang kedua.

Di samping itu, bagi memudahkan urusan orang ramai untuk membuat rujukan dan mendapat maklumat berkaitan produk dan perkhidmatan yang telah dipersijilkan halal, JAKIM telah membangunkan aplikasi SmartHalal dan Verify Halal yang boleh dimuat turun oleh pengguna sistem Android mahupun IOS. Selain itu pengguna juga boleh membuat semakan melalui Portal Halal, www.halal.gov.my. Dengan itu, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Padang Terap.

draft • 12:00 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak sentuh tentang produk-produk halal yang diimport yang mana produk halal yang diimport ini mempunyai pensijilan halal yang berbeza standardnya daripada Malaysia.

Soalan saya setakat hari ini berapakah buah negara yang telah diiktiraf oleh JAKIM untuk produk import daripada luar negara? Bagaimana kerajaan bercadang untuk menangani isu persijilan halal bagi produk import ini bagi menghilangkan keraguan daripada kalangan pengguna? Adakah sistem SmartHalal yang dibangunkan oleh JAKIM itu termasuk juga produk-produk import ini? Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan diberikan berkenaan dengan produk-produk yang import. Untuk makluman kepada semua, bahawa standard halal ini telah pun bermula sejak awal lagi dan kita telah memfokuskan sahaja produk tempatan dan juga produk import.

Merujuk kepada soalan Yang Berhormat, untuk mendapatkan data secara spesifik dan sahih, saya perlu mendapatkannya selepas ini. Kita boleh berikan secara bertulis kerana kita tidak boleh bermain dengan fakta sekiranya tidak pasti. Namun begitu, untuk melihat kepada aspek produk-produk import ini, terdapat pelbagai usaha yang telah dijalankan.

Sebenarnya kita telah pun mengiktiraf beberapa pensijilan halal termasuk juga sijil halal atau pun di luar negara juga telah mengiktiraf pensijilan halal JAKIM ini dan di antara yang menjadi rujukan dunia.

Jadi, secara umumnya Yang Berhormat berkenaan dengan soalan yang diberikan, JAKIM sentiasa akan memberikan fokus berkenaan dengan ini bukan sahaja produk tempatan termasuk juga produk import bagi memastikan bahawa halal yang di Malaysia itu adalah halal yang diyakini dan kita terus kekal sebagai rujukan dunia dari aspek halal. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Fong Kui Lun, Bukit Bintang.

draft • 12:00 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor sembilan.

draft • 12:00 PM

9. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan, sejauh mana usaha menarik pelaburan asing ke Malaysia berjaya dilakukan setakat ini.

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Bukit Bintang. Kerajaan MADANI telah melaksanakan pelbagai usaha proaktif dalam menarik pelaburan asing ke Malaysia. Ini termasuklah inisiatif dan reformasi polisi oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang telah mendatangkan hasil yang memberangsangkan yang mana jumlah pelaburan yang diluluskan bagi sektor perkhidmatan perkilangan dan utama telah meningkat sebanyak 23 peratus pada tahun 2023 dengan nilai yang tertinggi dalam sejarah setakat ini iaitu berjumlah RM329.5 bilion melibatkan sebanyak 5,101 projek.

Daripada jumlah ini, pelaburan asing menyumbang sebanyak RM188.4 bilion ataupun 57.2 peratus. Manakala, baki RM141.1 bilion atau 42.8 peratus disumbangkan oleh pelaburan domestik. Malahan momentum ini telah diteruskan dalam tempoh separuh pertama tahun 2024 dengan sejumlah RM160 bilion pelaburan diluluskan bagi sektor perkhidmatan perkilangan dan utama melibatkan sebanyak 2,948 projek. Prestasi ini adalah 18 peratus lebih tinggi berbanding tempoh yang sama dalam tahun 2023. Daripada jumlah tersebut, pelaburan asing menyumbang sebanyak RM74.6 bilion atau 46.6 peratus, manakala RM85.4 bilion atau 53.4 peratus disumbangkan oleh pelaburan domestik.

Kerajaan sentiasa komited dan proaktif dalam melaksanakan pelbagai strategi untuk terus menarik pelaburan berkualiti ke dalam negara. Usaha memperkukuhkan ekosistem pelaburan dan rantaian bekalan termasuk langkah-langkah memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dilaksana secara berterusan bagi memastikan para pelabur dapat menjalankan perniagaan dalam persekitaran yang kondusif.

Melangkah ke hadapan, kerajaan akan terus melipat gandakan usaha dalam memperkenalkan reformasi polisi bagi meningkatkan lagi keyakinan pelabur serta mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bukit Bintang.

draft • 12:00 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah negara-negara lain yang belum respons untuk melabur dalam negara kita dan apakah sebabnya? Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Tuan Liew Chin Tong

Apakah negara lain yang belum melabur ke dalam negara kita? Pelaburan oleh sesiapa adalah pilihan terpulang kepada mereka tetapi tarikan negara kita dalam konteks baru iaitu konteks rangkaian bekalan baru di mana syarikat-syarikat tidak lagi hanya menumpu melabur ke dalam negara China ini telah memanfaatkan negara kita.

Kita menyaksi banyak pelaburan baru ke dalam negara kita seperti apa yang saya jelaskan tadi. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pendang.

draft • 12:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya ini berkaitan dengan pelaburan yang berkait rapat dengan tenaga kerja yang disediakan dan juga modal insan. Oleh sebab itu, pada..

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terus kepada soalan ya.

draft • 12:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Soalan ya. Itu soalanlah.

[Ketawa]

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan. Masa sudah mahu tamat.

draft • 12:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Bagi tahun 2023 – dia soalan ini bermula dengan naratif dia.

draft • 12:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Bagi tahun 2023 dan tahun 2024, berapakah jumlah pekerjaan yang berjaya dicipta seiring dengan nilai pelaburan yang telah diluluskan bagi kedua-dua tahun tersebut? Dengan jumlah tersebut, berapa peratus kah ia diisi oleh warganegara? Bagaimanakah pecahan pekerjaan tersebut mengikut setiap skilled workers ataupun kemahiran? Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih. Projek yang telah diluluskan biasa mengambil masa setahun sampai 18 bulan untuk dilaksanakan. Selepas dilaksanakan, baru pengambilan pekerja dalam kilang ataupun dalam projek tersebut walaupun tempoh untuk membina kilang juga akan melibatkan pekerja-pekerja juga.

So, saya akan maklumkan Yang Berhormat secara bertulis. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Sabri bin Azit, Jerai.

draft • 12:10 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat pagi. Terima kasih Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 10.

draft • 12:10 PM

10. Tuan Sabri bin Azit [Jerai] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan statistik kes penderaan bayi di taman asuhan di seluruh negara dan apakah langkah pengawalan agar kejadian penderaan tidak berulang.

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Yang di-Pertua. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia yang diberi tanggungjawab untuk menguatkuasakan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 [Akta 308] dan Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506] sentiasa mengambil inisiatif berterusan dalam usaha mengurangkan risiko berlakunya kes melibatkan kecuaian, pengabaian dan penderaan kanak-kanak di taman asuhan kanak- kanak.

Pada 10 April 2023, JKM telah menguatkuasakan Garis Panduan Khas Tindakan Penguatkuasaan Lak (Seal) dan Perintah Penutupan Ke Atas Taman Asuhan Kanak-kanak

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Serta Pusat Jagaan Yang Dalam Siasatan Polis. Garis panduan khas ini adalah untuk memastikan tindakan segera dan tegas terutamanya bagi kes penderaan, pengabaian atau mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak atau penghuni di premis tersebut.

Sehingga September 2024, sebanyak 23 tindakan penguatkuasaan telah diambil di bawah garis panduan ini. Tindakan ini merangkumi 14 tindakan lak ke atas taska tidak berdaftar dan sembilan tindakan perintah penutupan sementara ke atas taska berdaftar.

Daripada jumlah tersebut, tiga adalah berkaitan kes kematian dan 20 kes adalah berkaitan aduan penderaan.

KPWKM dan JKM telah melaksanakan pelbagai inisiatif sebagai usaha untuk mencegah serta mengurangkan risiko daripada berlakunya kejadian yang tidak diingini di taska seperti penderaan, pengabaian atau kecuaian, antaranya termasuklah;

(i) mengeluarkan Garis Panduan Keselamatan Kanak-kanak Di Taman Asuhan Kanak-kanak Berdaftar yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2024;

(ii) mengarahkan pegawai diberi kuasa untuk menjalankan pemeriksaan berkala dan mengejut ke taska bagi memastikan semua standard minimum yang ditetapkan oleh akta dan peraturan dipatuhi;

(iii) melaksanakan program kesedaran dan advokasi masyarakat agar menjadi mata dan telinga JKM untuk melaporkan kejadian-kejadian yang disyaki melanggar akta dan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Sehingga 5 November 2024, sebanyak 327 buah sekolah terpilih di seluruh negara telah terlibat dalam Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak, KASIH Kanak-kanak yang melibatkan 174,079 peserta,

(iv) menyediakan perkhidmatan Talian Kasih 15999 yang membolehkan sebarang aduan penderaan dilaporkan pada bila-bila masa.

Taska yang berdaftar bukan hanya boleh memastikan kualiti dan standard asas perkhidmatan yang disediakan oleh premis dan pengasuh tetapi juga dapat mengurangkan risiko berlakunya kecuaian dan penderaan terhadap kanak-kanak di taska.

Justeru, saya menyeru kerjasama semua pihak termasuklah ibu bapa dan orang awam untuk melaporkan kewujudan taska tidak berdaftar. Keperluan pendaftaran ini adalah demi memastikan taska beroperasi mengikut standard dan amalan terbaik bagi mengurangkan risiko kepada insiden yang tidak diingini serta keselesaan dan keselamatan anak-anak kita. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jerai.

draft • 12:10 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya ialah, apakah langkah kementerian bagi memperkasakan jati diri para pengusaha pusat asuhan kanak-kanak agar semua yang terlibat mempunyai modal insan yang tinggi selain daripada mendapatkan sumber pendapatan?

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat di atas soalan yang dikemukakan.

draft • 12:10 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

[Bangun]

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Sebenarnya Yang Berhormat, kita di bawah kementerian ini kita telah membuat pelbagai program yang membantu memberikan kesedaran dan pengetahuan bukan hanya kepada masyarakat tetapi juga kepada pusat- pusat yang menawarkan perkhidmatan taska berkenaan. Apa yang kita laksanakan adalah bagi mereka yang tidak mematuhi penguatkuasaan ataupun ada beberapa perkara yang telah dilaksanakan oleh JKM seperti membantu mereka untuk mereka mendapatkan lesen.

Sebab JKM mempunyai pendekatan untuk membantu memberi khidmat nasihat termasuklah mudah cara apabila dia berhadapan dengan kesukaran mendapat kelulusan daripada PBT terutamanya bomba, kesihatan dan PBT.

Untuk maklumat Yang Berhormat juga, One Stop Center ini kita aktifkan di bawah OSC. Setakat ini 3,000 lebihlah taska yang berjaya dibantu juga Yang Berhormat. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini.

Terima kasih Yang Berhormat.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, 18(1).

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Banyak terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Muar dan Yang Berhormat Arau telah menghantar usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 semalam. Usul tersebut telah diterima selepas jam 10 pagi semalam dan tidak cukup 24 jam hari persidangan untuk diputuskan pada hari ini selaras dengan Peraturan Mesyuarat 18. Usul tersebut masih dalam pertimbangan dan akan diputuskan. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya juga hantar surat di bawah 18(4).

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sila tunggu keputusan Tan Sri Speaker.

draft • 12:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

[Bangun]

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tak, 18(4) ini sebab janji nak bagi hari ini iaitu penggunaan perkataan ‘kurang ajar’.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Nanti bila Speaker masuk, boleh tanya Speaker ya. Jangan bazir masa. Sila duduk.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya. Jadi saya tunggu Speaker atau macam mana?

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya, tunggu Speaker.

draft • 12:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih YBTM. Sedikit penjelasan, kalau bukan hari ini esokkah YB?

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Nanti Speaker masuk boleh tanya Speaker ya.

draft • 12:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih.

draft • 12:10 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih. Puan Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran semua kementerian menjawab perbahasan Belanjawan 2025 peringkat dasar dan diputuskan bacaan kali kedua Rang Undang-undang Perbekalan 2025 dan Usul Mengenai Anggaran Pembangunan, selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 13 November 2024.” Terima kasih.

draft • 12:18 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Saya mohon menyokong.

draft • 12:18 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, saya minta usul ini sebut nama kementerian, bukan semua.

draft • 12:18 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 12:18 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Dah, dah menyokong dah Yang Berhormat.

draft • 12:18 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Tidak jelas] senarai.

draft • 12:18 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2025 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2025

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa usul berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] , membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lapan puluh lapan bilion ringgit

(RM88,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2025, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2025, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 16 Tahun 2024, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [11 November 2024]

draft • 12:18 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya minta Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menjawab. Masa 45 minit.

draft • 12:18 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam Malaysia MADANI, salam perpaduan kepada Tuan Yang di- Pertua dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat. Izinkan saya mulakan penggulungan Kementerian KPKT dengan dua rangkap pantun.

draft • 12:19 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

*Aspirasi MADANI pasak rujukan, Menganyam misi menyerlah persona, Belanjawan 2025 menjadi anjakan, Membugar ekonomi, perubahan dijana.

Iktikad MADANI semai di hati, Negara mampan alam dipelihara, Hasrat utama dijunjung KPKT, Ekonomi makmur rakyat sejahtera.* Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, terlebih dahulu di kesempatan ini saya ingin menyampaikan penghargaan kepada Kementerian Kewangan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun, telah memperuntukkan sebanyak RM5.934 bilion kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, di bawah Belanjawan MADANI Ketiga tahun 2025 yang merangkumi RM1.971 bilion perbelanjaan mengurus dan juga RM3.962 bilion perbelanjaan pembangunan. Jumlah ini menyaksikan 5.08 peningkatan melibatkan

draft • 12:20 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

RM287.4 juta tambahan, berbanding dengan peruntukan tahun 2024 sebanyak RM5.647 bilion.

Sukacita dimaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, pada pagi ini sempena Majlis Anugerah Majlis Pembangunan Negara, di mana KPKT telah pun diiktiraf sebagai penerima tiga anugerah utama yang amat bermakna bagi seluruh warga keluarga KPKT iaitu pertama, tempat pertama bagi Anugerah Pengurusan Terbaik Industrial Building System (IBS) untuk peruntukan melebihi RM1 bilion. Kedua, anugerah kedua adalah tempat pertama bagi Anugerah Penilaian Outcome Kementerian Berprestasi Tertinggi dan ketiga, Anugerah Khas Penilaian Outcome Pencapaian Secara Konsisten.

Saya, di sini ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 22 ribu warga keluarga KPKT yang telah pun berjaya mengharumkan nama kementerian, sentiasa membawa agenda dekat di hati rakyat.

Selain daripada itu, saya juga ucap tahniah kepada PR1MA. PR1MA setelah dua tahun menjalani proses transformasi, pada malam semalam, telah berjaya memenangi tiga anugerah di Majlis Penyampaian The Edge Property Excellence Awards. Terbukti, KPKT kini sedang berada di landasan betul, sedang berusaha gigih supaya menjadi pusat kecemerlangan perkhidmatan awam negara. Saya terhutang budi kepada seluruh kakitangan kerajaan yang sentiasa “Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah”, “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Kita MADANI sentiasa dekat di hati.

Tuan Yang di-Pertua, mengambil kira trend peningkatan peruntukan kerajaan yang diperuntukkan ke atas KPKT sejak Belanjawan MADANI Pertama tahun 2023, ia jelas mencerminkan kesungguhan kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam merancakkan lagi prakarsa pembangunan negara sekali gus memaknai terma Belanjawan 2025 iaitu “Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahterakan Rakyat”.

Tiga utama ini bagi tujuan penggulungan hari ini.

Saya akan memfokuskan kepada enam elemen utama berdasarkan kepada isu-isu perbahasan yang dibangkitkan seperti berikut, di mana hari ini saya sediakan teks penggulungan dua jam, cuma masa sangat mencemburui. Tuan Yang di-Pertua hanya bagi 45 minit. Maka, mana-mana soalan yang tidak sempat saya jawab tetapi saya janji jawapan bertulis akan sampai ke atas meja Yang Berhormat dalam minggu ini juga.

Di mana enam fokus utama dalam perbahasan yang dibangkitkan adalah seperti berikut:

(i) kerajaan tempatan;

(ii) perumahan;

(iii) perancangan bandar dan desa;

(iv) kesejahteraan komuniti;

(v) perkhidmatan kebombaan; dan

(vi) pengurusan sisa pepejal.

Di sini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 35 orang Ahli Yang Berhormat yang telah pun membahaskan perkara-perkara berkaitan dengan KPKT berdasarkan kepada

draft • 12:20 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Belanjawan 2025. Di mana Tuan Yang di-Pertua, saya ingin ucap jawab, KPKT komited dengan perencanaan yang telah pun disusun, mencakupi 16 inisiatif utama bagi menyemarakkan lagi agenda pembaharuan dan pemugaran di bawah KPKT melalui Belanjawan 2025.

Perkara-perkara ini termasuklah pertama, melebar luaskan pembangunan Program Residensi Rakyat (PRR) serta Rumah Mesra Rakyat (RMR) melibatkan peruntukan sebanyak RM900 juta.

Kedua, melaksanakan 10 projek baharu pengurusan sisa pepejal termasuk penutupan selamat tapak pelupusan sisa pepejal di Krubong Melaka, Pontian Johor, Tampin Negeri Sembilan bakal akan menjadi Lestari Park melibatkan kos sebanyak RM327.5 juta. Di bawah transformasi pengurusan sisa pepejal, dahulu tapak pelupusan yang berbau busuk kini akan dijalankan transformasi menjadi Lestari Park lengkap dengan kelengkapan untuk keriadahan keluarga.

Ketiga, melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan naik taraf longkang, parit dan sungai di semua PBT di seluruh negara melibatkan peruntukan sebanyak RM200 juta.

Keempat, menyenggara rumah strata kos rendah dan sederhana awam termasuk menggantikan lif-lif yang usang melibatkan peruntukan sebanyak RM185 juta.

Kelima, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI menjadikan Malaysia negara taman yang terindah, tahun depan KPKT akan naik taraf dan membina 100 buah Taman Awam MADANI merangkumi kawasan-kawasan rekreasi serta landskap di bandar dan pekan kecil melibatkan peruntukan sebanyak hampir RM100 juta.

Keenam, menaik taraf kemudahan asas dan sosial kampung baru Cina melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM101.1 juta manakala buat kali pertama dalam sejarah di mana perkampungan India akan diperuntukkan RM10 juta untuk kemudahan asas dipertingkatkan.

Ini ketujuh, memperkasa aktiviti penguatkuasaan bomba dan search and rescue melibatkan anjing K9 dengan peruntukan sebanyak RM67.5 juta serta membaiki kerosakan balai pasukan bomba sukarela seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM3 juta.

Kelapan, membina gerai, membaik pulih prasarana pasar awam serta menaik taraf gerai serta warung kecil di semua PBT termasuk di kawasan Sibu, kawasan Tuan Yang di- Pertua seluruh negara melibatkan peruntukan sebanyak RM54.4 juta.

Kesembilan, menyelenggara Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) melibatkan peruntukan sebanyak RM50 juta.

Kesepuluh, membina, menyelenggara, membaik pulih balai bomba dan penyelamat serta kuarters Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melibatkan peruntukan RM16.27 juta.

Kesebelas, membangunkan bandar pintar (smart city) melibatkan peruntukan sebanyak RM15.1 juta. Ini adalah lonjakan 24 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan belanjawan tahun ini.

draft • 12:20 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Tuan Yang di-Pertua, selain 11 perkara yang telah disebutkan, sebanyak lima inisiatif lagi telah diperakukan oleh kerajaan iaitu berkaitan dengan pertama, jaminan tambahan. Ini berita baik kepada pembeli rumah pertama. Sebanyak RM10 bilion di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) dan Step Up Financing menjadikan keseluruhan jaminan pembiayaan telah pun meningkat kepada RM30 bilion. Sepanjang pelaksanaan SJKP mulai tahun 2008 sehingga 31 Ogos tahun ini, sukacita dimaklumkan, sebanyak 65,818 permohonan pinjaman bernilai RM14.975 bilion telah pun diluluskan.

Kedua, kenaikan had siling bantuan bina rumah baharu dari RM85 ribu kepada RM90 ribu dan baik pulih rumah sebanyak RM20 ribu. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, jumlah peruntukan yang diluluskan bagi tahun 2025 adalah sebanyak RM13.4 juta. Bagi bantuan bina rumah baharu dan juga RM38.29 juta bagi baik pulih rumah. Maka ini akan dapat membawa manfaat keseluruhan kepada 2,059 ketua isi rumah yang bakal mendapat rumah baharu serta rumah yang usang dan daif akan dinaik taraf dan dibaik pulih oleh Kerajaan MADANI yang sentiasa prihatin.

Ketiga, pelepasan cukai sehingga RM7 ribu bayaran faedah pinjaman...

draft • 12:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri, boleh sedikit?

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Paya Besar.

draft • 12:20 PM

Tuan Nga Kor Ming

Boleh, boleh. Sila.

draft • 12:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Tuan Timbalan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya mendengar berkaitan SJKP. Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana telah meningkatkan jumlahnya satu jumlah yang saya rasa cukup baik.

draft • 12:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Cumanya Yang Berhormat, Yang Berhormat sebutkan tadi yang diluluskan.

Berapakah permohonan yang tidak diluluskan? Yang mereka ini memang mahukan rumah kali pertama tetapi mereka juga tak lepas melalui SJKP. Apakah kementerian Yang Berhormat mempunyai jalan keluar terhadap mereka ini kerana memiliki rumah ini adalah satu keperluan, bukan lagi satu kemewahan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:30 PM

Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih kepada Yang Berhormat atas soalan yang baik.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, atas usaha gigih kerajaan sepanjang masa ini, kini kadar pemilikan rumah rakyat Malaysia di mana 76.5 peratus keluarga Malaysia telah memiliki rumah. Maka, banyak lagi kes yang sedang kita usahakan, termasuk pembinaan 500,000 unit lagi rumah mampu milik yang kita yakin akan berjaya dicapai menjelang penghujung tahun depan. Berkaitan dengan soalan berapa yang tidak diluluskan, ini adalah soalan spesifik dan saya akan jawab dalam jawapan yang bertulis tapi yang saya ada, memang 65,000 orang telah pun mendapat manfaat daripada skim SJKP.

Selain daripada itu, inisiatif yang seterusnya adalah selaras dengan ekonomi kitaran.

Pelepasan cukai untuk pembelian...

draft • 12:30 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Tuan Speaker, sekejap ya. Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:30 PM

Tuan Nga Kor Ming

Sila. Jika macam ini, saya tak perlu masuk gear tiga, penggulungan sudah habis.

draft • 12:30 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Ini berkaitan dengan yang Menteri sebut tadi. Peningkatan harga rumah daripada RM80,000 kepada RM90,000 untuk rumah mampu milik. Adakah peningkatan ini diambil kira kenaikan harga barang yang kira-kira 30 peratus dan adakah saiz rumah itu dikekalkan 650 kaki persegi hingga 800 kaki persegi?

Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Tuan Nga Kor Ming

Ahli Yang Berhormat mungkin tadi sudah silap terdengar. Ini adalah skim untuk kita membantu rakyat membaik pulih rumah. Okey, di bawah skim baru sekarang macam ini. Sekiranya orang kampung, rumah dia memang usang, maka dia tak mampu. Kerajaan MADANI akan bantu dia....

draft • 12:30 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Yang saya maksudkan Menteri, rumah bina baru.

draft • 12:30 PM

Tuan Nga Kor Ming

Ini rumah percuma.

draft • 12:30 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Bina baru, bina baru. Yang RM80,000 ke RM90,000, bukan baiki.

draft • 12:30 PM

Tuan Nga Kor Ming

Bina baru? Kita bina baru memang cukup. RM90,000 untuk bina rumah satu tingkat memang mencukupi dan bagi mereka bumbung bocor, kita bantu dia baik pulih RM20,000 satu rumah. Tahun depan, 2,059 keluarga akan dapat manfaat daripada skim baik pulih serta pembaikan rumah.

draft • 12:30 PM

Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Cumanya Menteri,...

draft • 12:30 PM

Tuan Nga Kor Ming

Ini bukan pembinaan rumah baru, rumah sendiri.

draft • 12:30 PM

Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

...bina baru yang saya sebut tadi kos harga pembinaan meningkat.

draft • 12:30 PM

Tuan Nga Kor Ming

Memang mencukupi.

draft • 12:30 PM

Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Yang kedua, dulu di bawah Rumah Mesra Rakyat daripada 1,000 kaki sekarang dah turun kepada 750 kaki.

draft • 12:30 PM

Tuan Nga Kor Ming

Tidak. Rumah Mesra Rakyat jika mengikut rekod kita, memang dulu 660 kaki, kini telah dipertingkatkan 750 kaki.

draft • 12:30 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Yang sebelum ini 1,000 kaki.

draft • 12:30 PM

Tuan Nga Kor Ming

Mungkin Yang Berhormat...

draft • 12:30 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

1,000 kaki. Rumah Mesra Rakyat.

draft • 12:30 PM

Tuan Nga Kor Ming

Tak ada.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kuala Nerus.

draft • 12:30 PM

Tuan Nga Kor Ming

Saya nak terangkan. Sebab itu kita dah berjaya. Tahun lepas kita berjaya membina lebih 5,000 Rumah Mesra Rakyat dan rekod kita pun kini SPD bawah SPNB, saya sukacita mengongsi. Rekod paling singkat kini 29 hari boleh bina satu biji rumah.

draft • 12:30 PM

Tuan Nga Kor Ming

Ini telah pun berjaya dilaksanakan dengan sistem piawaian pembinaan yang baharu di bawah SPNB. Sebab itu jika Yang Berhormat berminat, saya nanti boleh jemput Yang Berhormat turun padang bersama untuk menyaksikan kejayaan Kerajaan MADANI.

draft • 12:30 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Boleh, terima kasih. Sila maklumkan saya.

draft • 12:30 PM

Tuan Nga Kor Ming

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin teruskan di mana selaras dengan ekonomi kitaran, pelepasan cukai untuk pembelian mesin kompos sisa makanan untuk kegunaan isi rumah sehingga tahun taksiran 2027 akan dibenarkan untuk menggalakkan industri berasaskan kompos, sekali gus menyokong usaha pemerkasaan ekonomi kitaran. Yang kelima, peluasan skim ex-gratia bencana kerja untuk memperkasa perlindungan sosial kepada semua penjawat awam, termasuk anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, meneruskan agenda penggulungan kepada persoalan khusus semasa perbahasan kali ini, seramai 15 orang Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu berkaitan dengan kerajaan tempatan. Untuk makluman, kementerian sentiasa memberikan komitmen dalam memperkasa perkhidmatan PBT agar semua PBT dapat mencapai tahap penarafan bintang tertinggi berdasarkan kepada sistem penarafan bintang pihak berkuasa tempatan. Sekali gus memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan mewujudkan budaya kecemerlangan berteraskan kepada prestasi melalui persaingan yang sihat dalam kalangan PBT.

KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan, cekap dan telus dalam menyalurkan khidmat nasihat dan peruntukan kepada PBT seluruh negara melalui pelaksanaan projek- projek yang berskala kecil di bawah PP1 meliputi skop projek infrastruktur, kemudahan awam, sosioekonomi dan keselamatan di kawasan PBT di seluruh negara. Dalam hal ini, ingin saya mengetengahkan beberapa pencapaian KPKT sehingga 1 November 2024. Antaranya termasuklah;

(i) penukaran 14,896 unit lampu LED daripada jenis high pressure sodium vapor berbanding dengan sasaran 10,000 unit. Kita berjaya melepasi sasaran;

(ii) kelulusan 243 unit Gerai MADANI berbanding dengan sasaran 100 unit. Sekali lagi, kita pecah rekod;

(iii) penaiktarafan 112 pasar awam yang uzur berbanding dengan sasaran 100 pasar;

(iv) pelaksanaan 122 projek naik taraf dan baik pulih sistem perparitan longkang perpaipan dengan sasaran 40 projek; dan

(v) pelaksanaan 182 projek penyelenggaraan kolam takungan banjir berbanding dengan sasaran 100 projek.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pegawai-pegawai Jabatan Kerajaan Tempatan. Kelima-lima KPI kita telah berjaya capai, malahan melepasi dua, kadang-kadang lebih satu kali ganda. Selain itu, baru-baru ini iaitu pada 26 Oktober, KPKT melalui JKT

draft • 12:30 PM

Tuan Nga Kor Ming

Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah berjaya menganjurkan Konvensyen PBT Kebangsaan tahun ini yang merupakan konvensyen kali keempat pernah diadakan. Platform tersebut telah mengumpulkan lebih 2,000 peserta daripada 156 PBT seluruh negara dan berjaya menjadi wadah untuk menggalakkan perkongsian ilmu dan amalan terbaik (best practices), dengan izin, berkaitan dengan penyelesaian isu-isu mengukuhkan peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Meneruskan jawapan saya kepada isu perbahasan. Yang Berhormat Kapar telah memohon KPKT menambah peruntukan bagi kerja menaik taraf jalan di luar seliaan PBT di Kapar yang rosak akibat penggunaan lori sampah domestik di jalan tersebut. Untuk makluman, KPKT telah meluluskan peruntukan sebanyak RM800,000 kepada Majlis Bandaraya Diraja Klang bagi tahun 2023 untuk kerja-kerja penurapan semula dan naik taraf jalan, antaranya di Lorong Imam Yusof, Jalan Dato Ahmad Razali, Kampung Perigi Nanas di Pulau Indah dan juga Jalan Goh Hock Huat, jalan kereta api lama. Sekiranya terdapat keperluan tambahan, MBDK boleh mengemukakan permohonan peruntukan bagi menaik taraf jalan-jalan PBT untuk pertimbangan kementerian ini pada tahun depan. Selain itu, semakan sedang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi meneliti punca kerosakan jalan di Kapar untuk tindakan lanjut, terutama jika di luar kawasan seliaan PBT.

Yang Berhormat Bangi memohon agar sebahagian peruntukan di bawah Rancangan Tebatan Banjir Fasa Kedua disalurkan ke Parlimen Bangi untuk pembersihan longkang dan pengorekan sungai. Manakala Yang Berhormat Padang Rengas juga memohon agihan kepada kawasannya yang menjadi hotspots banjir setiap tahun dan Yang Berhormat Simpang Renggam mencadangkan supaya isu permasalahan banjir dan masalah perparitan segera ditambah baik. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, KPKT telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM1.375 juta bagi pelaksanaan empat projek menaik taraf longkang di kawasan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar bagi tahun 2024.

Manakala sebanyak RM900,000 dan RM50,000 telah disalurkan untuk Majlis Daerah Simpang Renggam dan melibatkan tujuh projek secara keseluruhannya. Untuk agihan peruntukan tahun depan, KPKT telah diperuntukkan sebanyak RM200 juta. Oleh itu, 156 PBT boleh mengemukakan permohonan kepada KPKT dengan kadar segera untuk pertimbangan dan penelitian yang sewajarnya. Keutamaan kelulusan akan diberikan kepada kawasan yang telah dikenal pasti sebagai hotspots banjir dan turut mengambil kira skop kerja serta tempoh masa pelaksanaan projek yang sesuai. Bagi kerja-kerja khusus di bawah Rancangan Tebatan Banjir, projek ini diselia oleh Jabatan Pengairan Sungai.

Yang Berhormat Selayang meminta supaya KPKT menjelaskan mengenai agihan peruntukan RM100 juta bagi naik taraf gerai dan prasarana pasar awam bagi memastikan PBT yang kekurangan dana diberikan perhatian. Untuk makluman, KPKT telah diperuntukkan sebanyak RM54.4 juta bagi tujuan naik taraf gerai dan prasarana pasar awam di bawah belanjawan tahun depan.

Agihan peruntukan dilaksanakan berdasarkan kepada permohonan daripada PBT serta wajib menepati kriteria dan skop kerja yang telah digariskan oleh kementerian. Selain

draft • 12:30 PM

Tuan Nga Kor Ming

itu, prestasi PBT dalam melaksanakan projek-projek yang telah diluluskan akan turut diambil kira sebelum mempertimbangkan permohonan baru oleh PBT tersebut.

Secara keseluruhannya, sebanyak RM7.6 juta telah diluluskan kepada Majlis Perbandaran Selayang bagi pelaksanaan 35 projek dalam tahun ini melibatkan skop kemudahan awam, infrastruktur sosioekonomi di keseluruhan kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang. Justeru bagi tahun depan, PBT boleh mengemukakan permohonan berserta skop projek untuk pertimbangan kementerian.

YB. Puncak Borneo memohon pemasangan lampu jalan di jajaran Jalan Mambong Seri Kuching Outer Ring Road yang juga dikenali sebagai Jalan Klinkel, Samarahan dan peruntukan bagi peniaga kecil di kawasan Teng Bukat untuk keselesaan peniaga dan pengunjung.

draft • 12:30 PM

Tuan Nga Kor Ming

Yang Berhormat Julau turut memohon KPKT mempertimbangkan pelaksanaan pemasangan lampu jalan di kawasan Parlimen Julau melalui belanjawan tahun depan memandangkan isu ini telah berkali-kali dibangkitkan.

Maka, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat, KPKT telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM100,000 kepada Majlis Daerah Serian bagi menaik taraf gerai makanan di Teng Bukap pada tahun ini. Bagi Parlimen Julau yang berada di bawah pentadbiran Majlis Daerah Maradong dan Julau, sebanyak RM50,000 juga telah disalurkan pada tahun 2013 kepada PBT tersebut bagi pemasangan lampu LED spotlight di kawasan persimpangan jalan Pekan Pakan dan perkarangan Dewan Masyarakat Pakan.

Bagi kedua-dua isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat, Kementerian KPKT boleh mempertimbangkan cadangan tambahan yang dikemukakan oleh PBT sama ada bagi membantu penjaja hasil hutan dan pertanian atau pemasangan lampu jalan, namun masih tertakluk kepada kriteria dan skop yang telah ditetapkan untuk peruntukan projek-projek kecil BP1 KPKT.

Seterusnya, YB Jempol memohon naik taraf Gerai Simpang Empat di Bandar Seri Jempol yang usang dan telah lama beroperasi sejak tahun 1983. Surat permohonan daripada Majlis Perbandaran Jempol mengenai hal ini telah dikemukakan kepada KPKT pada 20 Januari tahun lepas. Bagi projek menaik taraf gerai Simpang Empat di Bandar Seri Jempol, KPKT telah mengambil langkah proaktif mengangkat permohonan projek daripada Majlis Perbandaran Jempol kepada Kementerian Ekonomi untuk dipertimbangkan dalam rolling plan dan telah diluluskan untuk pelaksanaan pada tahun depan dengan kos keseluruhan RM1 juta.

Yang Berhormat Batang Lupar memohon PBT melaksanakan pembersihan secara berkala bagi mengelakkan banjir kilat di samping mempertimbangkan naik taraf Pasar Awam Pekan Pusa dan gerai-gerai kecil di Lingga, Maludam dan Sebuyau.

Untuk makluman, KPKT melalui PBT komited melaksanakan pengurusan dan pengawalan banjir kilat sepanjang tahun melalui kerja-kerja pembersihan longkang dan parit.

Ini terbukti melalui penyaluran peruntukan sebanyak RM3.39 juta bagi naik taraf sistem

draft • 12:40 PM

Tuan Nga Kor Ming

perparitan di negeri Sarawak pada tahun 2024. Kekerapan pembersihan longkang dan parit yang dilaksanakan oleh kontraktor ditetapkan sebanyak dua kali sebulan di samping pemantauan berterusan oleh PBT di kawasan masing-masing.

Bagi pasar awam di Pekan Pusa dan gerai di kawasan Maludam pula, premis ini adalah di bawah pentadbiran Majlis Daerah Betong. Pada tahun ini, KPKT telah menyalurkan peruntukan RM300,000 kepada Majlis Daerah Betong bagi kerja-kerja menaik taraf Pasar Basah Pusa. Sebanyak RM300,000 juga telah diluluskan untuk naik taraf gerai dan pasar di kawasan Maludam. Bagi projek menaik taraf gerai-gerai kecil di kawasan Lingga dan Sebuyau, PBT berkaitan isu daerah Sri Aman dan Majlis Daerah Simunjan boleh mengemukakan permohonan peruntukan di bawah BP1 untuk pertimbangan KPKT.

Untuk makluman Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Terengganu seterusnya memohon naik taraf Pasar Borong Gong Pauh yang daif selain menambah baik akses tangga eskalator di Pasar Payang.

Dalam hal ini, terbukti di mana KPKT dan Kerajaan MADANI sentiasa prihatin. KPKT telah mengambil langkah proaktif dengan mengangkat permohonan daripada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu bagi projek menaik taraf Pasar Borong Gong Pauh kepada Kementerian Ekonomi. Sukacita, hari ini dimaklumkan projek itu telah diluluskan permohonan di bawah rolling plan kelima dengan kos keseluruhan berjumlah RM15 juta.

Kerja-kerja naik taraf akan mula dilaksanakan pada tahun depan.

Untuk Pasar Payang di Kuala Terengganu pula, pembangunan semula telah dilaksanakan pada tahun 2017 dan telah siap sepenuhnya pada 20 Julai 2023 dan diserahkan oleh saya sendiri kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu melibatkan jumlah kos RM81.2 juta iaitu di Pasar Kedai Payang 2 serta juga pasar sementara.

Yang Berhormat Tanah Merah memohon naik taraf Pasar Besar Tanah Merah yang telah uzur. Untuk makluman, KPKT telah meluluskan peruntukan berjumlah RM800,000 kepada Majlis Daerah Tanah Merah pada tahun ini untuk naik taraf Pasar Besar Tanah Merah meliputi skop kerja roboh, baik pulih struktur pasar serta memasang kelengkapan pasar dan lain-lain.

Terdahulu, KPKT turut telah meluluskan projek kerja-kerja naik taraf Pasar Siti Khadijah dalam tahun ini dengan peruntukan khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan jumlah kos berjumlah RM5.5 juta. Untuk ini, terbukti sekali lagi bahawa Kerajaan MADANI sentiasa mengambil kira kebajikan dan keperluan semua negeri tanpa mengira fahaman politik. Terengganu, Kelantan tiada yang terpinggir, tiada yang tertinggal. Inilah falsafah pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun.

Yang Berhormat Ampang membangkitkan bahawa sudah sampai masa kerajaan memikirkan council homes iaitu rumah untuk disewa di bawah PBT sebagai sewaan kepada masyarakat yang memerlukan terutamanya mereka yang berdepan dengan bencana dan kemalangan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penyediaan rumah transit, rumah rakyat di bawah PBT adalah satu inisiatif oleh kerajaan negeri atau PBT tersebut menggunakan

draft • 12:40 PM

Tuan Nga Kor Ming

peruntukan masing-masing. Selain itu, rumah transit dan rumah rakyat council homes disewakan kepada rakyat yang kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah sebelum berupaya untuk membiayai pembelian kediaman pertama, selain turut diperluaskan sewaannya bagi membantu golongan sasar seperti OKU, ibu tunggal yang mempunyai tanggungan, mangsa banjir atau kebakaran yang kehilangan harta benda akibat bencana alam dan memerlukan tempat tinggal sementara. Tempoh sewaan transit diberikan adalah terhad dengan kadar harga sewaan yang amat murah berbanding dengan harga pasaran.

Yang Berhormat Bandar Kuching memohon KPKT memperuntukkan dana untuk memperkenalkan inisiatif TNVR iaitu trap-neuter-vaccinate-release, mengambil kira amalan terbaik di luar negara tentang haiwan-haiwan asing. Yang Berhormat turut menyarankan kerjasama antara PBT dan NGO bagi mempromosikan amalan dan standard antarabangsa dalam mengurus populasi anjing dan juga kucing liar di kawasan masing-masing. Saya difahamkan pagi ini juga ada pencinta haiwan telah datang untuk menyerahkan memorandum.

Untuk makluman, buat masa ini, KPKT menggunakan kaedah tangkapan, tuntutan dan lebih mengutamakan kaedah adopsi atau serahan kepada NGO untuk menempatkan semula anjing ataupun kucing-kucing yang terbiar. Pelupusan secara, dengan izin, put to sleep hanya dilaksanakan sebagai pilihan terakhir dalam pengurusan haiwan terbiar iaitu― dengar baik-baik― hanya bagi haiwan yang berpenyakit, uzur dan mendatangkan kacau ganggu serta memudaratkan orang awam termasuk penyakit rabies.

Selain itu, kaedah TNVR masih belum diiktiraf sebagai satu mekanisme standard antarabangsa dan memberikan implikasi kewangan serta sumber manusia yang besar kepada setiap PBT sekiranya ia dilaksanakan sepenuhnya.

Bagaimanapun, Garis Panduan Penangkapan dan Pelupusan Anjing Terbiar di Kawasan PBT diguna pakai oleh semua pihak berkuasa negeri dan PBT. Garis panduan ini diperkenalkan pada tahun 2014 dan telah dikemas kini pada tahun 2022 serta diguna pakai bersekali dengan Undang-undang Kecil Pelesenan Anjing untuk penguatkuasaan oleh PBT mengikut kawasan pentadbiran masing-masing. Garis panduan ini telah dirangka secara komprehensif melibatkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, NGO pencinta haiwan dan wakil- wakil PBT selaras dengan peruntukan Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Contoh kaedah pengurusan anjing terbiar lain iaitu trap-neuter-release adalah seperti dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang dengan kerjasama NGO iaitu International Aid for The Protection and Welfare of Animals sejak tahun 2019. Kaedah TNR ini telah merekodkan penangkapan 5,308 ekor anjing oleh PBT yang kemudiannya dilepaskan semula ke tempat awam.

Sehingga kini, isu ini masih menimbulkan kacau ganggu dalam komuniti. We have to take a balance approach to be fair and also balance. Iaitu, seperti kerosakan harta benda, punca kemalangan jalan raya, kotoran najis di jalan raya atau kaki lima serta kes gigitan, kecederaan dan risiko penyebaran penyakit anjing gila (rabies). Sekiranya kaedah TNVR

draft • 12:40 PM

Tuan Nga Kor Ming

diadaptasi, jumlah haiwan terbiar ini tidak akan berkurangan malah terus meningkatkan risiko ketenteraman, keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Saya bagi contoh. Jumlah aduan berkaitan dengan anjing terbiar pada tahun lepas, khusus di negeri Sarawak, adalah sebanyak 2,712 aduan dengan kes 15,831 kes gigitan anjing serta 109 kes rabies.

draft • 12:40 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Yang Berhormat...

draft • 12:40 PM

Tuan Nga Kor Ming

Manakala sehingga Ogos tahun ini, sebanyak 1,027 aduan anjing terbiar telah diterima dan 12,529 kes gigitan anjing dan lima kes rabies. Penurunan statistik ini disebabkan tindakan proaktif oleh PBT dan kerjasama JPV...

draft • 12:40 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Yang Berhormat...

draft • 12:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

[Bangun]

draft • 12:40 PM

Tuan Nga Kor Ming

...Yang menjalankan 2,386 operasi penangkapan serta pelupusan anjing dan kucing yang terbiar sepanjang tahun.

draft • 12:40 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Segamat, Yang Berhormat.

draft • 12:40 PM

Tuan Nga Kor Ming

Okey, selepas Segamat, Kampar. Sekejap ya. Masa amat cemburu.

draft • 12:40 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Okey, baik. Terima kasih, Yang Berhormat. Terima kasih, Puan Speaker. Ini berkenaan dengan apa yang Yang Berhormat Menteri sebut tentang penyerahan memorandum pada pagi ini. Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri, sangat prihatin berkenaan dengan isu berkenaan dengan haiwan liar ini. Pagi ini, saya Segamat bersama Kampar, PJ dan Miri, Tenom dan beberapa lagi Ahli Parlimen menerima memorandum ini.

Soalannya, saya ingin bertanya, kerana di luar sana ada beberapa pendakwaan di mana PBT-PBT ini, walaupun ada beberapa klausa ataupun undang-undang yang sepatutnya dilaksanakan tapi mereka tidak, dan ada beberapa pendakwaan.

draft • 12:40 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Boleh tak Menteri memberi jaminan terhadap isu ini dan apakah akan ada kita revise atau reform undang-undang di bawah PBT ini supaya haiwan-haiwan ini tidak dibunuh secara kejam di bawah Kerajaan MADANI ini. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ya, Menteri, tadi saya bersama Segamat, bersama Bera, Ipoh Barat, PJ dan beberapa lagi Ahli Parlimen, kita telah terima memorandum daripada satu gabungan NGO, seruan segera untuk menghentikan kekejaman terhadap haiwan terbiar dan mereformasi Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Kita semua tahu, Akta Kebajikan Haiwan diluluskan dalam Parlimen tahun 2015.

Pada masa itu, Bera, Menteri berkenaan telah buat seruan. “PBT tidak lagi dibenarkan tembak haiwan.” Tapi sehingga hari ini, masih ada haiwan-haiwan terbiar, anjing-anjing terbiar yang ditembak dan Bera sebagai Ahli Parlimen, pada masa itu dia merupakan Ahli Parlimen Setiu, dia sendiri yang berbahas untuk sokong rang undang-undang ini dan telah diluluskan.

Tapi hari ini, dia duduk sebagai Ahli Parlimen Besut, dia cuba untuk menjustifikasikan bagaimana PBT boleh menembak haiwan.

draft • 12:50 PM

Tuan Nga Kor Ming

Okey, terima kasih. Ini bukan masa untuk bahas.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Jadi, saya nak tanya. Spesifik, ya spesifik. Saya nak tanya, apakah tindakan terhadap pegawai yang telah membunuh anjing yang bernama Kopi itu? Kita mahu siasatan dilakukan dan apakah tindakan yang akan diambil.

draft • 12:50 PM

Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih kepada kedua-dua Ahli Parlimen yang prihatin.

draft • 12:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Menteri, Kota Melaka nak tambah sikit, Menteri tentang anjing liar ini.

draft • 12:50 PM

Tuan Nga Kor Ming

Ya.

draft • 12:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kita perhatikan ada segelintir yang mereka yang tuan punya anjing yang tidak bertanggungjawab. Selepas mereka bela satu, dua tahun, mereka tak mahu mereka buang sahaja di tepi jalan. Saya rasa inilah orang, kumpulan ini yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan masalah anjing terliar di luar sana. Jadi, apakah langkah atau pun strategi yang akan diambil oleh kementerian untuk mendenda mereka yang tidak bertanggungjawab ini? Terima kasih.

draft • 12:50 PM

Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih kepada ketiga-tiga Ahli Parlimen yang prihatin tentang soal kebajikan haiwan. Jawapan saya senang sahaja. Saya, jawapan saya berpautan kepada Rukun Negara iaitu kedaulatan undang-undang. Kita ada Akta Kebajikan Haiwan 2015. Ada garis panduan yang sangat jelas. Maka, semuanya akan ikut kepada akta termasuk garis panduan. Mana-mana PBT yang gagal atau mematuhi tersebut, mereka terpaksalah menghadapi tindakan siasatan atau pun tindakan disiplin akan dibawa, diambil mengikut lunas undang-undang yang sedia ada. Itu, jelas. Saya rasa, tak – Bagi mereka, saya, yang pembela haiwan, kucing ke, anjing ke, yang tidak bertanggungjawab, saya seru supaya jika tak mampu nak bela maka janganlah mengambil lepas tu buang haiwan tersebut.

Sebagai seorang pencinta haiwan, saya pun merasa amat kesal sekali dengan sikap tidak bertanggungjawab sedemikian. Oleh kerana itu, saya mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini, menyeru semua pihak supaya sama-sama untuk pastikan masalah ini tidak berulang lagi dengan sikap yang penuh tawaduk dan juga penuh bertanggungjawab.

Yang Berhormat Padang Terap telah menghargai penarafan lima bintang ke atas Majlis Daerah Padang Terap melalui audit teknikal JKT pada tahun ini. Untuk tahun ini, saya nak tegaskan di mana elemen anti rasuah telah dimasukkan dalam indeks penarafan PBT.

Oleh kerana itu, terdapat 12 buah PBT telah diturunkan penarafan bintang akibat dengan elemen anti rasuah tersebut, sejajar dengan aspirasi Malaysia untuk mengangkat martabat negara sebagai antara 25 negara terbaik dalam Corruption Perceptions Index tersebut menjelang tahun 2030. Tapi juga ada PBT yang telah pun diangkat penarafan selepas kita masukkan elemen anti rasuah tersebut. Maka, dia memang menjadi pengajaran kepada kita semua di mana memerangi rasuah menjadi agenda aspirasi nasional untuk kita semua.

KPKT, di mana akan sentiasa memantau dan memastikan tahun depan mulai 1 Januari 2025, KPKT akan memperkenalkan sistem penarafan baru dalam mempertimbangkan pengagihan peruntukan pembangunan kepada semua PBT iaitu ia akan berdasarkan pencapaian sistem lampu trafik.

draft • 12:50 PM

Tuan Nga Kor Ming

Ini merujuk kepada prestasi pelaksanaan projek yang telah diluluskan oleh KPKT kepada PBT akan menjadi kayu pengukur dalam mengagihkan peruntukan baru dan wajib berasaskan kajian kebolehlaksanaan (feasibility study) serta mematuhi Analisis Kos Faedah (Cost Benefit Analysis) serta juga pulangan pelaburan (return of investment) iaitu dengan kata lain sekiranya PBT dapat lampu merah, peruntukan mereka akan dipotong. Lampu kuning bermaksud peruntukan akan dikaji semula. Lampu hijau bermaksud peruntukan akan ditambah dan dilipatgandakan.

Kesemua ini adalah duit rakyat. Dana rakyat, tidak membenarkan pembaziran, ketirisan mahupun penyelewengan. Oleh kerana itu, KPKT pandang serius. Mana-mana yang baik kita puji. Bak kata pepatah Melayu, “Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.” Yang Berhormat Kuala Kerai telah mencadangkan agar PBT memegang peranan sebagai one stop center bagi menyelaras permohonan lesen kedai makan atau kilang makanan sekali gus mengkoordinasi dengan agensi berkaitan. Dengan untuk pemerolehan sijil halal dapat membangunkan industri halal yang lebih berkesan. Untuk makluman, buat masa ini pensijilan halal di Malaysia dilaksanakan secara sukarela oleh peniaga kerana tiada paksaan sebagaimana telah diputuskan oleh mesyuarat Jemaah Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, perumahan. Sebanyak 12 Ahli Yang Berhormat telah membahaskan berhubung isu perumahan. Sebelum saya menjawab isu perumahan yang dibahaskan, sukacita saya maklumkan bahawa sehingga 30 September tahun ini, sebanyak 443,259 unit rumah mampu milik atau pun 89 peratus telah siap dibina, dalam pembinaan serta sudah dapat kelulusan perancangan di keseluruhan negara sama ada di kawasan bandar atau pun di luar bandar. Ini bermakna sasaran penyediaan 500,000 rumah mampu milik di bawah Rancangan Malaysia kini ada baki 56,741 unit rumah.

KPKT yakin akan mampu menyelesaikan projek ini, RMM ini pada penghujung pelaksanaan RMKe-12. Sekiranya, insya-Allah ia berjaya dilaksanakan sepenuhnya, ini akan menjadi kali pertama sasaran pembangunan rumah mampu milik berjaya dicapai mengikut perancangan Rancangan Malaysia.

Seterusnya, YB Pengkalan Chepa, Batu, mohon kerajaan tegas dalam mengawal harga tanah serta harga bahan binaan bagi menangani isu harga perumahan mampu milik untuk kalangan rakyat B40, M40 terutamanya di bandar-bandar besar.

draft • 12:50 PM

Tuan Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

YB Menteri.

draft • 12:50 PM

Tuan Nga Kor Ming

Memang, harga rumah di pasaran adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti lokasi yang strategik, kos pembinaan, kos infrastruktur, kos tanah, compliant cost serta keuntungan pemaju. Selain turut memberi cabaran...

draft • 12:50 PM

Tuan Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

Wangsa Maju minta laluan.

draft • 12:50 PM

Tuan Nga Kor Ming

...Dalam usaha...

draft • 12:50 PM

Tuan Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

Wangsa Maju minta laluan.

draft • 12:50 PM

Tuan Nga Kor Ming

Sedikit ya. Sila ringkas sikit.

draft • 12:50 PM

Tuan Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Oleh kerana masa pun dah makin kurang, saya ingin memastikan bahawa dalam penggulungan YB Menteri dimasukkan juga tentang isu Dana Jaminan Khas yang pada tahun 2024 diperuntukkan sebanyak sejumlah RM1 bilion bagi projek perumahan yang terbengkalai dan sakit. Dalam masa yang sama juga, dalam laman TEDUH yakni sistem bank data perumahan negara, masih ada 488 projek perumahan yang sakit, 288 yang terbengkalai.

Jadi ini termasuklah projek Residensi Hektar. Jadi, saya ingin mendapat penjelasan daripada YB Menteri adakah Dana Jaminan Khas ini ada terselit di mana-mana dalam bajet bagi tahun 2025? Terima kasih.

draft • 12:50 PM

Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih kepada Yang Berhormat Wangsa Maju yang amat prihatin tentang kebajikan pembeli rumah di Residensi Gombak. Maka, untuk makluman, saya, Dewan yang mulia ini, KPKT telah mengambil tindakan kritikal berkaitan isu projek sakit terutama melalui penubuhan Task Force Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai sejak tertubuhnya Kerajaan MADANI. Dengan memfokuskan kepada keberhasilan task force sejak penubuhan iaitu sehingga 30 September tahun ini sebanyak 823 projek perumahan swasta melibatkan 99,836 unit rumah telah diselesaikan dengan Nilai Pembangunan Kasar, dengan izin, Gross Development Value sebanyak RM84.4 bilion. Ini adalah satu pencapaian yang saya terhutang budi kepada penjawat awam serta Yang Berhormat Timbalan Menteri yang mengetuai task force sedemikian.

Berhubung dengan Dana Jaminan Khas yang ditanya tadi di bawah belanjawan tahun ini, ia khusus untuk memulihkan projek sakit di bawah seliaan kerajaan termasuk Residensi Hektar Gombak iaitu projek di bawah seliaan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Walaupun belanjawan tahun depan tidak memperuntukkan Dana Jaminan Khas lanjutan, KPKT telah mengambil langkah proaktif untuk bincang dengan Kementerian Kewangan agar dapat meneruskan inisiatif ini pada tahun akan datang termasuk perluasan pelaksanaan kepada projek perumahan swasta di Sabah dan juga Sarawak. KPKT akan berusaha sebaik mungkin untuk meminimumkan projek sakit dan terbengkalai melalui inisiatif di bawah KPKT yang diselaraskan melalui task force ini.

draft • 12:50 PM

Tuan Nga Kor Ming

Mengenai status Residensi Hektar yang sepatutnya siap pada 18 Mac tahun lepas, Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk memberi jaminan sebanyak 70 peratus daripada keseluruhan pembiayaan dengan had nilai maksimum RM100 juta. Dana akan disalurkan kepada kontraktor yang telah pun dikenal pasti oleh jawatankuasa task force iaitu Vision Builders Sdn Bhd. tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Secara keseluruhannya, kerja-kerja pemajuan, saya harap jangka siap dalam tempoh 15 bulan hingga 18 bulan sehingga serahan milikan kosong kepada pembeli dapat dibuat. Namun begitu, perkara ini tertakluk kepada suntikan dana yang akan diperolehi oleh pemaju dan kontraktor daripada pihak ketiga selain daripada jaminan kerajaan. Tapi saya yakin, dengan adanya jaminan kerajaan, maka pemaju dan kontraktor akan dapat melakukan langkah-langkah penyelamatan.

draft • 1:00 PM

Tuan Nga Kor Ming

KPKT akan terus meningkatkan pemantauan dan melaksanakan pembekuan Akaun Pemajuan Perumahan (HDA) bagi projek sakit untuk elakkan pengeluaran wang secara tidak bertanggungjawab oleh pemaju. Selain itu, pemaju dan ahli lembaga pengarah yang mempunyai projek dalam kategori sakit akan disenarai hitam dan disekat daripada permohonan permit iklan dan jualan (advertising permit and developer license) yang baharu selagi projek sakit sedia ada belum disiapkan dengan certificate of completion and compliance.

Di samping itu, KPKT juga membuat tapisan awal ketika permohonan AP dikemukakan di mana pemaju yang mempunyai tahap kewangan yang stabil sahaja akan dipertimbangkan untuk kelulusan. Untuk makluman, pada masa ini setiap pemajuan disyarat mempunyai modal terbitan dan modal terkumpul tidak kurang daripada RM250 ribu dan wang pendahuluan yang bersamaan dengan tiga peratus daripada anggaran kos pembinaan selaras dengan seksyen 61, Akta 118. Cakna dengan risiko projek sakit, KPKT juga sedang kaji untuk menetapkan dasar baharu kepada satu nilai yang lebih bersesuaian.

Tuan Yang di-Pertua, memang masa amat cemburu, saya ada banyak lagi isu yang saya ingin kongsikan bersama dalam Dewan yang mulia ini. Izinkan saya dapat injury time sedikit.

Pertama, tentang UIA. Seterusnya tentang perancangan bandar dan desa iaitu dibangkitkan oleh empat orang Ahli Yang Berhormat. Di mana Yang Berhormat Paya Besar mohon agar consent threshold bagi pelaksanaan pembaharuan semula bandar diteliti dan dinaikkan ke tahap 90 peratus berbanding 80 peratus seperti yang telah diuar-uarkan. Selain turut berharap agar isu kesesakan diambil kira serta pemilikan lokasi lebih menyeluruh dan tidak hanya tertumpu di kawasan bandar.

Untuk makluman, KPKT melalui Pelan Malaysia dan juga Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) telah melaksanakan setakat pagi ini sudah buat 61 kali siri libat urus termasuk bersama dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk mengkaji peratusan yang bersesuaian agar pelaksanaan pembaharuan semula bandar mempunyai timbal balik yang positif kepada pihak yang terlibat.

Ketelitian kajian yang dilaksanakan draf RUU Pembaharuan Semula Bandar mencadangkan consent threshold pada tahap 80 peratus bagi bangunan berusia kurang 30 tahun, 75 peratus bagi bangunan melebihi 30 tahun dan 51 peratus bagi bangunan yang tidak selamat dan projek terbengkalai. Dengan mengambil kira pandangan dan pertimbangan responden daripada sesi libat urus yang telah dibuat. Melalui akta ini, hak dan kepentingan kaum bumiputera termasuk anak negeri Sabah dan Sarawak akan kekal terpelihara berdasarkan Artikel 153, Perlembagaan Persekutuan.

Yang Berhormat, memang saya ada lagi banyak isu yang ingin saya kongsi bersama, izinkan saya sedikit untuk – pengurusan sisa pepejal. Untuk makluman, ini tentang NCEC dan juga perancangan komprehensif untuk membina loji Waste-to-Energy (WTE). Dengan teknologi insinerator untuk mengatasi isu kekurangan tapak pelupusan sanitari yang bersesuaian serta menampung penjanaan sisa yang semakin meningkat setiap tahun.

draft • 1:00 PM

Tuan Nga Kor Ming

Untuk makluman, jumlah sisa pepejal yang dijana rakyat Malaysia, kini telah sebanyak 14.2 juta tan pada tahun 2023. Loji WTE adalah selamat dan tidak membahayakan kesihatan rakyat di mana ia dibina mengikut spesifikasi yang amat ketat yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar selaras dengan prinsip zero waste, zero toxic dalam menyokong transformasi ke arah ekonomi kitaran serta berkonsepkan loji dalam taman seperti mana yang dilaksanakan di negara-negara paling maju.

Teknologi WTE juga tidak memerlukan keluasan tanah yang besar, tidak menghasilkan air larut resap licik, berbau busuk dan gas metanol yang memberikan impak negatif kepada masyarakat dan alam sekitar. Selain itu, loji WTE mampu menjana tenaga boleh baharu (renewable energy) untuk dieksport the grid national bagi menggantikan janaan tenaga elektrik daripada bahan api fosil.

Dalam hal ini, setiap 60 tan sisa pepejal yang dirawat menggunakan teknologi WTE mampu menjana 1 mega watt tenaga elektrik yang boleh digunakan oleh 2,000 buah rumah.

Justeru itu, WTE yang tergolong dalam teknologi hijau adalah kaedah yang berkesan untuk kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat di samping memacu ke arah pencapaian sasaran tenaga boleh baharu negara sebanyak 70 peratus menjelang tahun 2050.

Tuan Yang di-Pertua, saya sedar mamang masa amat cemburu. Saya Cuma hendak minta sedikit masa sahaja. Sebagai mantan Tuan Yang di-Pertua dalam Dewan ini, saya bukan hendak bagi tazkirah, tapi saya hendak nasihatkan kepada semua rakan-rakan dalam Dewan ini supaya mengambil iktibar bersama. Dewan yang mulia ini bukan medan untuk menabur fitnah. Sebagai Ketua Whip DAP dalam Parlimen, saya ingin merakamkan perasaan yang amat kesal sekali terhadap sikap Pendang yang berkali-kali bohong menabur fitnah dalam Dewan yang mulia ini sekali gus menjatuhkan imej Dewan Parlimen. Termasuk membuat tuduhan kononnya ada RM94 juta wang tunai dalam rumah bekas menteri DAP. Ini nawaitunya sangat jahat.

draft • 1:00 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

[Bangun]

draft • 1:00 PM

Tuan Nga Kor Ming

Kita semua tahu agam suci Islam melarang dosa fitnah, malahan fitnah itu lebih kejam daripada kesalahan membunuh. Tetapi Pendang boleh fitnah dalam Dewan yang mulia ini, malahan SPRM sudah keluarkan kenyataan di mana itu adalah satu pembohongan. SPRM tidak pernah keluarkan kenyataan sedemikian.

Oleh kerana itu...

draft • 1:00 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat...

draft • 1:00 PM

Tuan Nga Kor Ming

Tak payah, tak payah jawab.

draft • 1:00 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Ini Peraturan Mesyuarat Yang di-Pertua 36(12)...

draft • 1:00 PM

Tuan Nga Kor Ming

Saya Cuma hendak terangkan.

draft • 1:00 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Bagi saya ini satu kenyataan unparliamentarian.

draft • 1:00 PM

Tuan Nga Kor Ming

Whats unparliamentarian?

draft • 1:00 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Sebab ini adalah...

draft • 1:00 PM

Tuan Nga Kor Ming

Yang unparliamentarian adalah pembohongan dan fitnah.

draft • 1:00 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Yang Berhormat telah menuduh seorang lagi Ahli Dewan rakyat sebagai pembohong.

draft • 1:00 PM

Tuan Nga Kor Ming

Yang amat menjijikkan.

draft • 1:00 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Ini satu perkara yang tidak wajar dilakukan.

draft • 1:00 PM

Tuan Nga Kor Ming

Ini saya tegaskan.

draft • 1:00 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Ini bukan adab dalam kita bercakap dalam Dewan rakyat.

draft • 1:00 PM

Tuan Nga Kor Ming

Dewan ini bukan tempat untuk pihak pembangkang...

draft • 1:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tasek Gelugor, where are you when Pendang buat fitnah?

draft • 1:00 PM

Tuan Nga Kor Ming

...untuk terus menabur fitnah.

draft • 1:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Where are you masa Pendang buat fitnah, kenapa tak bangun?

draft • 1:00 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Ini bukan isu fitnah.

draft • 1:00 PM

Tuan Nga Kor Ming

Mereka boleh fitnah...

draft • 1:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Sekarang Menteri bagi jawab, kenapa, kenapa sekarang baru kacau?

draft • 1:00 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Speaker

draft • 1:00 PM

Tuan Nga Kor Ming

Oleh kerana itu amatlah jelas sekali...

draft • 1:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tasek Gelugor, where are you?

draft • 1:00 PM

Tuan Nga Kor Ming

Kita harap bila mereka yang hendak...

draft • 1:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Semasa Pendang buat fitnah, mengapa tak bangun?

draft • 1:00 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Ketua Whip...

draft • 1:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Kenapa benarkan Pendang buat fitnah?

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat sila gulung, yang lain sila duduk, yang lain sila duduk.

draft • 1:00 PM

Tuan Nga Kor Ming

Yang lain sila duduk.

draft • 1:00 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Saya bangkitkan Peraturan Mesyuarat.

draft • 1:00 PM

Tuan Nga Kor Ming

Dua-dua pihak sila duduk. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat, mana satu...

draft • 1:00 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Sorry I should have the floor sikit.

draft • 1:00 PM

Tuan Nga Kor Ming

Mana satu perkataan yang unparliamentary?

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Biar Yang Berhormat Menteri habiskan.

draft • 1:00 PM

Tuan Nga Kor Ming

Fitnah itu adalah unparliamentary. As a former Deputy Speaker...

draft • 1:00 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Peraturan Mesyuarat Yang di-Pertua.

draft • 1:00 PM

Tuan Nga Kor Ming

I’m here to tell you that, this is too much.

draft • 1:00 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Peraturan Mesyuarat Tuan Yang di-Pertua.

draft • 1:00 PM

Tuan Nga Kor Ming

Oleh sebab itu, enough is enough. Kita harap Dewan yang mulia ini tidak jatuh standard kerana...

draft • 1:00 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh biarkan perkara ini berterusan.

draft • 1:00 PM

Tuan Nga Kor Ming

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Itulah sebabnya...

draft • 1:00 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Perkataan, tuduhan seseorang itu menipu dalam Dewan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang bertaraf Menteri.

draft • 1:00 PM

Tuan Nga Kor Ming

...biar kita angkat peribahasa Melayu yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

draft • 1:00 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

...dan ini...

[Kurang jelas] .

draft • 1:00 PM

Tuan Nga Kor Ming

Itu sahaja. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Tasek Gelugor, kalau ada Usul sila hantar.

draft • 1:00 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Ya, saya cadangkan kepada DAP tolonglah bagi award kepada Kampar itu, memang dia try hard untuk menggembirakan parti DAP.

draft • 1:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Cukuplah, cukuplah Tasek Gelugor.

draft • 1:00 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Ini tidak patut dilakukan.

draft • 1:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tasek Gelugor, kalau betul [Pembesar suara dimatikan].

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey, yang lain sila duduk. Sesiapa ada Usul, sila hantar ke pejabat Tan Sri Speaker. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menangguhkan Mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.

draft • 1:00 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.09 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan

draft • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang Yang Berhormat-Yang Berhormat. Kita terus dengan penjelasan dan jawapan Menteri-menteri.

draft • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berikutnya saya mempersilakan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

draft • 2:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Sebelum itu Tan Sri Yang di-Pertua, saya ada Peraturan Mesyuarat 36(12), “Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan Ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu.” Timbalan Yang di-Pertua, semalam semasa penggulungan Menteri Pendidikan, Ayer Hitam telah cuba untuk meminta laluan. Selepas itu dia telah membuat satu kenyataan yang menghina Dewan. Dia letak di Facebook, “Sejak bilakah isu SJKC tidak boleh dibahas dalam Parlimen dan tidak boleh didedahkan data atau menerangkan dasar hanya mengambil masa satu hingga dua minit sahaja? Adakah itu sukar?” Timbalan Yang di-Pertua, menurut seksyen 3 Akta Majlis Parlimen 1952, “Maka hendaklah ada kebebasan bercakap dan berbahas atau prosiding dalam Majlis dan kebebasan bercakap dan berbahas atau prosiding itu tidak boleh dicabar atau dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah atau tribunal di luar Majlis.” Bermakna tidak ada apa-apa isu yang tidak boleh dibawa dalam Majlis kecuali isu itu dilarang oleh Speaker. Saya duduk di sini, saya tidak pernah dengar mana-mana Speaker cuba untuk melarang isu SJKC dibahaskan dalam Parlimen. Menteri Pendidikan juga pernah bagi jawapan bertulis dua kali, kali ini. Satu bagi Tebrau, satu bagi untuk Ipoh Timur.

Jadi, saya rasa Ayer Hitam sebagai satu Ahli Dewan dia tidak boleh buat satu tanggapan yang salah kerana orang di luar dia akan ingat Dewan ini kita tidak boleh bahas tentang isu SJKC. Ini amat salah. Jadi, saya harap Speaker boleh buat satu petua, jangan bagi Ayer Hitam cuba untuk membuat persepsi...

draft • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat...

draft • 2:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

...Yang salah atas Parlimen.

draft • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

...Direct to the point. Sudah? Baik. Yang Berhormat telah membangkitkan Peraturan 36(12). Dengan ini saya membuat petua memandangkan perkara ini sudah lepas, usulkan.

Baik. Kita balik kepada urusan Majlis. Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 2:30 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. *Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.

Dato’ Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua, syukur alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran kita rafakkan ke hadrat Allah SWT atas izin dan kurnia-Nya, RUU Perbekalan bagi tahun 2025 telah dibentangkan dan dibahaskan oleh Dewan yang mulia ini bermula dengan pembentangan pada 18 Oktober 2024 dan sesi perbahasan telah pun berlangsung selama lapan hari.

draft • 2:35 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Secara keseluruhannya, seramai 38 orang Ahli Yang Berhormat telah bangun dan membahaskan isu-isu yang terkait dengan KPDN pada RUU Perbekalan kali ini dan perkara yang disentuh bersifat pelbagai sama ada isu spesifik. Begitu juga isu yang disentuh bersifat umum selain terdapat juga perkara yang bidang kuasa sebenarnya terletak di bawah kementerian yang lain.

Apa pun Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya amat menghargai dan berterima kasih atas segala pertanyaan, syor, cadangan, kekhuatiran mahupun kritikan yang saya yakin menggambarkan keprihatinan semua yang terlibat untuk memastikan kita dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebaik mungkin demi kepentingan rakyat dan tanah air.

Sebelum memberikan jawapan secara langsung, mohon izin untuk saya merumuskan sedikit berkenaan Belanjawan 2025 ini yang terkait secara langsung menyentuh kefungsian KPDN. Secara keseluruhan KPDN telah menerima peruntukan sebanyak RM2 bilion dengan peningkatan sebanyak 10.61 peratus berbanding tahun 2024. Antara penambahan signifikan melibatkan komponen seperti berikut:

(i) peruntukan pelaksanaan program Payung RAHMAH MADANI berjumlah RM300 juta untuk tahun 2025 berbanding RM200 juta sebelum ini; dan

(ii) program pengedaran barang perlu pula ditingkatkan peruntukan RM25 juta iaitu daripada RM225 juta kepada RM250 juta.

Daripada aspek penguatkuasaan pula, KPDN dan Jabatan Kastam diperuntukkan sejumlah RM60 juta untuk membanteras isu ketirisan subsidi kepenggunaan termasuk menumpaskan sindiket penyeludupan dan penyelewengan barang kawalan dan barang kawalan bersubsidi. Begitu juga Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) diberikan suntikan RM27 juta untuk memecahkan tembok penguasaan kartel.

Setelah saya meneliti keseluruhan isi sesi perbahasan, mohon izin untuk saya menjawab berdasarkan kepada pecahan tiga kluster utama kefungsian KPDN iaitu kefungsian perdagangan dalam negeri. Kedua, kefungsian kepenggunaan dan penguatkuasaan dan yang ketiga, kos sara hidup.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, KPDN merupakan kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk menggubal dasar, strategi dan program untuk menyokong usaha memacu pembangunan perdagangan dalam negeri yang mampan, sihat dan progresif.

Peranan utama meliputi sektor perdagangan pengedaran.

Antara bidang tugas kementerian termasuklah membangunkan peluang perniagaan dan kedudukan sosioekonomi rakyat melalui profil pemborongan dan peruncitan, jualan langsung dan sektor hiliran petroleum. Terdapat tiga isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Gantang, Ayer Hitam dan juga Hulu Terengganu berkenaan dengan kluster yang pertama ini.

Saya amat menghargai keprihatinan Yang Berhormat Bukit Gantang yang menyebut tentang kepentingan membanteras pakatan kartel khususnya yang melibatkan bahan

draft • 2:35 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

makanan seperti yang disentuh berkaitan dengan ayam. Sebenarnya undang-undang pemantauan dan penguatkuasaan berhubung aktiviti antipersaingan ini amat penting untuk mewujudkan ekosistem persaingan yang sihat dalam ekonomi negara untuk memastikan pertumbuhan ekonomi dan juga mewujudkan pasaran yang adil dan sihat. Sekali gus melindungi kepentingan pengguna.

draft • 2:35 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Sebagaimana dimaklumi, KPDN melalui MyCC telah mengenakan penalti kewangan sebanyak RM415.5 juta terhadap lima pengeluar makanan ayam kerana terlibat dalam aktiviti kartel penetapan kuantum kenaikan harga makanan ayam. Bagi memastikan tindakan penguatkuasaan ke atas sebarang aktiviti kartel dilaksanakan secara lebih berkesan, MyCC diberi mandat untuk memulakan siasatan ke atas sesuatu syarikat seperti termaktub di bawah Akta Persaingan 2010 meliputi empat kaedah berikut:

(i) ex-officio atau atas inisiatif MyCC sendiri;

(ii) aduan yang diterima oleh MyCC; dan

(iii) arahan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Menteri ataupun melalui rejim kelonggaran iaitu penerimaan maklumat daripada yang terlibat dalam aktiviti anti persaingan.

Ini selaras dengan peruntukan undang-undang 14(1), seksyen 15, 14(2) dalam akta tersebut. Atas arahan Majlis Tindakan Ekonomi Negara, MyCC juga sedang menjalankan kajian approve permit (AP) dan import permit (IP) dalam pengimportan barang makanan iaitu bawang, daging dan kelapa. Pada masa ini, MyCC sedang giat menjalankan sesi libat urus bersama agensi kerajaan dan pemain industri yang berkaitan.

Dapatan kajian ini dijangka dibentangkan kepada MKN sebelum akhir tahun ini.

Menyedari kompleksiti kes-kes yang disiasat saban hari, MyCC sedang giat memperkasa perundangan persaingan melalui pindaan Akta Persaingan 2010 dan juga Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 bagi memperkukuhkan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan serta memperkenalkan rejim kawalan penggabungan bagi memastikan MyCC dapat membanteras pembentukan kartel atau mengawal selia pembentukan monopoli dalam pasaran yang merujuk kepada penyalahgunaan kuasa dominan monopoli.

Insya-Allah pindaan kepada akta ini disasarkan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Dewan yang akan datang sebaik mendapat kelulusan Jemaah Menteri.

Alhamdulillah, komitmen kita dalam membasmi aktiviti kartel yang bertentangan dengan undang-undang anti persaingan ini akan dapat dilaksanakan dengan lebih agresif dengan suntikan peruntukan RM20 juta dalam Belanjawan 2025.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, berhubung kenaikan duit eksais gula dan pemberian insentif gula yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ayer Hitam. Yang Berhormat Ayer Hitam tidak ada di dalam Dewan yang mulia ini. Saya akan jawab kemudian secara bertulis kepada beliau. Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pulai, Larut, Hulu Terengganu, Jempol dan Tumpat membangkitkan perkara yang terkait dengan pelaksanaan subsidi diesel.

Sebahagian isu yang dibangkitkan melibatkan bidang kuasa Kementerian Kewangan.

draft • 2:40 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Punca kuasa KPDN berhubung perkara ini melibatkan penurunan kuasa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di bawah seksyen 6(3), Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Peraturan 3A(2) Peraturan Kemajuan Petroleum 1974 yang memberikan tanggungjawab kepada KPDN untuk mengawal selia aktiviti pemasaran dan pengedaran bahan-bahan petroleum atau bahan keluaran petroleum.

Ini melibatkan empat jenis kebenaran PDA yang dikeluarkan mengikut PDA1, PDA2, PDA3 dan juga PDA4. Berhubung penyasaran subsidi diesel di Semenanjung Malaysia bersandarkan kepada punca kuasa perundangan yang saya sebutkan tadi. Tanggungjawab KPDN adalah untuk mengawal selia pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 bagi menggantikan pemberian diesel secara pukal di stesen minyak. Ini bermaksud, subsidi masih diteruskan dan disalurkan secara bersasar kepada sektor-sektor tertentu selain subsidi bantuan tunai kepada pengguna individu yang berkelayakan.

Seperti mana yang dimaklumkan sebelum ini, mekanisme pemberian diesel bersubsidi di bawah SKDS adalah melalui saluran fleet card. Di mana syarikat yang layak boleh membuat pembelian diesel bersubsidi menggunakan fleet card untuk menikmati diesel bersubsidi pada harga RM1.88 per liter ataupun RM2.15 per liter. Sehingga kini, terdapat 33 jenis kenderaan layak menerima diesel bersubsidi di bawah Program Penyasaran Semula Subsidi Diesel (SKDS) ini. Setakat 10 November 2024, jumlah syarikat yang berdaftar di bawah sistem MySubsidi Diesel adalah sebanyak 107,976 dengan jumlah keseluruhan kenderaan sebanyak 295,261. Yang Berhormat Padang Serai dan Hulu Terengganu telah membangkitkan berkenaan beban pengusaha stesen minyak yang meningkat disebabkan penggunaan fleet card selaras dengan penyasaran subsidi diesel yang telah dilaksanakan.

Dalam hal ini, KPDN sememangnya sedia maklum dan telah mengangkat syor semakan semula margin pengusaha yang dikemukakan oleh pihak-pihak yang berkenaan kepada Kementerian Kewangan pada 25 September 2024 yang lalu dalam memastikan kelestarian industri penghiliran stesen minyak. Yang Berhormat Jempol juga mencadangkan agar pengangkutan bas dan lain-lain kenderaan yang menggunakan diesel di IPT swasta disenaraikan sebagai kenderaan yang layak menerima subsidi di bawah Program SKDS.

Berhubung cadangan Yang Berhormat Jempol tersebut, saya ingin maklumkan bahawa KPDN mengambil maklum berkenaan perkara ini dan telah mengangkat perkara tersebut dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel pada 2 Oktober 2024 dan syor berkenaan sekarang ini berada dalam pertimbangan Kementerian Kewangan.

Untuk makluman, Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel yang dipengerusikan oleh KPDN dan dianggotai oleh MOF, Kementerian Pengangkutan, Jabatan Pengangkutan Jalan, APAD, telah bersetuju bahawa sebarang isu berbangkit, termasuklah rayuan supaya dimasukkan dalam SKDS ini boleh dikemukakan melalui dua kaedah.

Pertama, perlulah melalui kementerian-kementerian bertanggungjawab masing- masing sama ada melalui jawatankuasa yang dipengerusikan oleh KPDN mahupun boleh diangkat terus kepada Kementerian Kewangan.

draft • 2:40 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tumpat membangkitkan tentang aspek konsistensi dalam penyasaran subsidi diesel. Mengapa tidak dilaksanakan di Sabah, Sarawak dan apakah keputusan ini disandarkan kepada faktor tempoh pilihan raya?

Saya fikir, saya telah maklumkan sebelum ini bahawa keputusan yang dibuat bukan lah kerana pertimbangan pilihan raya dan jauh sekali bersifat double standard mahupun diskriminasi. Kita faham bahawa penyasaran subsidi diesel ini merupakan satu reform besar yang perlu dilakukan. Maka, kita perlu meminimumkan implikasi dengan melaksanakan secara berperingkat.

Atas dasar itu lah kerajaan telah memutuskan untuk memulakan penyasaran subsidi diesel di Semenanjung Malaysia terlebih dahulu dan antara faktor utamanya, pertama adalah kerana jurang perbezaan harga barangan di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang sekian lama sememangnya amat besar.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, tiga minggu yang lepas saya telah membentangkan satu Nota Jemaah Menteri berhubung pemantauan jurang harga barang di antara Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan untuk tempoh Julai hingga September 2024.

Perbezaan di antara Sabah, Sarawak, Labuan dengan Semenanjung Malaysia sebanyak 480 item barangan telah dipantau dan didapati 65 hingga 68 peratus jenis barangan dijual lebih mahal berbanding Semenanjung Malaysia. Jadi, kita khuatir sekiranya terdapat implikasi, maka akan menambah jurang yang sememangnya lebar dan amat tinggi sebelum ini.

Kedua, adalah kerana kadar penggunaan kenderaan dengan bahan api diesel yang tinggi di Sabah dan Sarawak adalah disebabkan faktor keperluan dan bukannya kehendak disebabkan faktor geografi dan keadaan infrastruktur jalan raya.

Ketiga, faktor ketersediaan data profiling dan mekanisme bersesuaian untuk penyaluran subsidi seperti bantuan tunai. Perkara yang penting Dato’ Yang di-Pertua, saya fikir perlu kita perbetulkan naratif bahawa subsidi diesel yang disebut telah dihapus dan dimansuhkan di Semenanjung ini kerana hakikatnya subsidi masih disalurkan secara bersasar melalui kaedah SKDS, mahupun bantuan tunai individu, begitu juga melalui agrikomoditi bantuan tunai.

draft • 2:40 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya, izinkan saya memberikan penjelasan dan menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan sepanjang perbahasan berkaitan kefungsian KPDN yang tertumpu kepada kluster kedua iaitu kepenggunaan dan penguatkuasaan.

Sepanjang perbahasan yang telah berlangsung, terdapat 10 Ahli Yang Berhormat menyentuh perkara berkaitan kluster ini, iaitu Yang Berhormat Puchong, Hulu Selangor, Puncak Borneo, Padang Rengas, Pagoh, Rasah, Mersing, Lumut, Kuala Pilah, Kepala Batas dan juga Pokok Sena.

Yang Berhormat Puchong bertanyakan tentang status kajian lemon law. Sejajar dengan fokus KPDN bagi tahun 2024 untuk meningkatkan pendayaupayaan dan advokasi kepenggunaan, KPDN menjalankan kajian kewujudan perundangan berkaitan lemon law bermula Jun hingga November 2024 dan, insya-Allah, dalam masa terdekat, kita akan

draft • 2:50 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

membuat keputusan dasar di peringkat kementerian sama ada kita menambah baik kerangka perundangan sedia ada ataupun wujudnya keperluan untuk menggubal satu akta yang baharu. Sebaik keputusan di peringkat dasar di kementerian dilaksanakan, kita akan angkat untuk pertimbangan Jemaah Menteri.

Walaupun kajian itu sedang berlangsung, hakikatnya di peringkat KPDN, kita telah mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan dua strategi interim iaitu, pertama, menubuhkan Pasukan Rundingan Khas Berkaitan Aduan Kenderaan Bermotor di KPDN sebagai pemudah cara. Melalui pasukan ini, kita menjadi komponen yang akan menemukan di antara pembeli dan juga pengeluar dan juga pengedar untuk mereka menyelesaikan sebarang isu-isu yang berbangkit pada kadar segera.

Untuk makluman, bermula 1 Jun 2024 sehingga 30 September 2024, sebanyak 16 aduan telah diterima dan disiasat oleh pasukan ini.

Kaedah kedua adalah pengukuhan proses Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia

(TTPM) melalui kerjasama strategik dengan Bank Negara Malaysia. Antara isunya, kita maklum, adalah disebabkan oleh definisi dalam Akta Sewa Beli 1967, siapakah pemilik kepada kenderaan tersebut. Melalui akta tersebut, pemilikan adalah kepada bank dan bukannya kepada pembeli tersebut dalam tempoh pinjaman belum habis dibayar. Atas sebab itu, TTPM selama ini berhadapan dengan kesukaran untuk membuat keputusan disebabkan faktor pemilikan tersebut dan para pengguna pula sukar untuk mendapat consent letter dari bank.

Alhamdulillah, melalui kerjasama strategik kita, pada 2 September 2024 yang lepas, BNM telah mengarahkan institusi perbankan untuk melaksanakan beberapa inisiatif sebelum 3 Disember 2024. Antaranya adalah untuk mewujudkan SOP untuk memproses permohonan surat persetujuan daripada pengguna dan consent letter ini boleh diguna pakai dalam proses dan pertimbangan TTPM. Ini juga kita minta, dan BNM telah bersetuju, supaya diwujudkan satu unit khas di semua bank untuk mempermudah para pembeli kenderaan yang berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan consent letter mereka untuk tujuan kes yang dibawa kepada perhatian TTPM.

Dua strategi intervensi ini adalah untuk memastikan pengguna mempunyai akses kepada medium penyelesaian yang adil dan berkesan sementara menunggu kita memperkukuhkan kerangka perundangan yang ada berkaitan dengan aspek lemon law ini.

Untuk makluman, sejak Januari hingga 31 Oktober 2024, KPDN telah menerima sebanyak 151 jumlah pemfailan tuntutan tebus rugi bagi kenderaan baharu di TTPM, manakala 238 pemfailan bagi tuntutan kenderaan terpakai.

Sehingga September 2024, kajian mengenai pelaksanaan lemon law ini telah melalui pelbagai series of engagement dan, sebagaimana yang saya sebutkan tadi, insya-Allah, kita akan mendapat laporan penuh pada bulan ini dan kita akan membuat pertimbangan cadangan dasar di peringkat KPDN.

Dato’ Yang di-Pertua, selanjutnya KPDN juga memberikan perhatian serius terhadap kebimbangan pelbagai pihak tentang kenaikan harga barang dan lebih-lebih lagi dengan

draft • 2:50 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

tanggapan bahawa ia berlaku berikutan kenaikan gaji minimum serta pelarasan gaji penjawat awam di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kepala Batas, Pagoh, Lumut, Kuala Pilah dan juga Pokok Sena.

Sungguhpun kita memahami bahawa pergerakan harga barang adalah bergantung kepada faktor, dengan izin, demand and supply termasuk kesan pengaruh besar iklim serta ekosistem pasaran global, namun pada masa yang sama, kita perlu memantau untuk mengekang tindakan pihak tertentu yang menaikkan harga sesuka hati atau secara tidak berwajaran.

Sehubungan itu, sekiranya berlaku elemen pencatutan terhadap harga barang dan perkhidmatan dengan mengguna pakai alasan seperti penyasaran subsidi dan kenaikan gaji, maka KPDN akan membuat siasatan awal dan mengambil tindakan susulan berpandukan kepada Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Peraturan-peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Yang Tidak Munasabah) 2018.

Kita akan mengumumkan strategi dan mekanisme pelaksanaan pemantauan dan penguatkuasaan terkini yang dikhususkan untuk isu kenaikan gaji minimum dan pelarasan gaji penjawat awam sebaik dimuktamadkan dalam sedikit masa lagi berpandukan kepada model Ops Kesan sebelum ini yang dilaksanakan untuk memantau pelaksanaan kenaikan SST dan penyasaran subsidi diesel.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, mengambil kira pelaksanaan beberapa keputusan penting kerajaan seperti penyasaran subsidi diesel, maka KPDN pada tahun 2024 memberikan tumpuan kepada penguatkuasaan yang, antara lainnya, meliputi tindakan membanteras ketirisan dan penyelewengan barang kawalan bersubsidi. Punca kuasa perundangan utama bagi KPDN dalam aspek penguatkuasaan bagi menangani isu penyelewengan barangan bersubsidi adalah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan perundangan subsidiarinya serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Ini dilaksanakan melalui Ops Tiris 3.0 yang bermula 1 Januari 2024 hingga 31 Oktober 2024. Sebanyak 36,380 pemeriksaan telah dilakukan di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 2,388 kes telah dihasilkan dengan nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM84.61 juta. Selain itu, sebanyak 577 orang individu telah ditangkap sepanjang tempoh pelaksanaan Ops Tiris 3.0 ini melibatkan warga tempatan, warga asing dan pemastautin tetap.

Sebagai makluman, pemerkasaan penguatkuasaan ini melibatkan penambahbaikan dan perluasan seperti berikut.

Perluasan skop penguatkuasaan kepada barang-barang kawalan selain diesel.

Pengukuhan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan di sempadan negara.

Penempatan berkala Pegawai Penguatkuasa KPDN di lapan buah lokasi pintu masuk sempadan negara di Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan. Ini, sebahagian daripada masyarakat kita tidak memahami bahawa daripada segi punca kuasa, pegawai KPDN tidak

draft • 2:50 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

berada di pintu-pintu sempadan ya. Ia adalah punca kuasa yang diletakkan kepada agensi- agensi yang lain.

Namun, kita mengambil pendekatan untuk melaksanakan penempatan pegawai- pegawai KPDN secara pentadbiran di pintu-pintu sempadan di kawasan-kawasan hotspot untuk kita melihat pelaksanaan dan mencadangkan apakah bentuk yang boleh kita laksanakan untuk menambah baik selaras dengan penubuhan satu agensi baharu. Dengan adanya penempatan secara ad hoc ini, kita berharap kita mendapat melihat operasi yang berlaku dan dapat mengemukakan cadangan bagaimana agensi-agensi yang berpusat di kawasan-kawasan sempadan ini boleh membantu KPDN melalui serahan kes bagi pelaksanaan apa juga kesalahan yang terkait dengan akta-akta di bawah KPDN.

draft • 2:50 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Gerak kerja penguatkuasaan dilaksanakan melalui Apps Ops Tiris yang telah bermula pada bulan Mac 2023. Berdasarkan statistik daripada Januari hingga 19 Oktober 2024, KPDN telah melakukan 30,634 pemeriksaan dan menghasilkan sebanyak 1,561 kes melibatkan penyelewengan diesel. Statistik keseluruhan meliputi serahan kes melibatkan agensi penguatkuasaan lain dan merekodkan rampasan diesel subsidi sebanyak 13.8 juta liter yang dianggarkan bernilai RM31 juta. Selain itu setakat Januari hingga Oktober 2024, KPDN telah membuka enam Kertas Siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2021.

KPDN juga memperkasa kerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain mengambil kira bidang kuasa perundangan berkaitan antaranya PDRM, JKDM, APMM, JPJ dan agensi- agensi yang lain untuk kita membantu memastikan kita dapat menggerakkan operasi ini secara bersepadu.

Dan menyentuh tentang kawalan sempadan tadi yang telah saya sebutkan punca kuasa agensi-agensi yang berada di pintu sempadan, KPDN tidak mempunyai pegawai tetap di kawasan tersebut.

Selain itu, KPDN juga melaksanakan pembatalan dan pergantungan lesen barang kawalan berjadual melibatkan penjualan diesel pada peringkat pengilang pemborong dan peruncit . Dan untuk itu juga kita melaksanakan pengurusan risiko antaranya larangan dan kawalan penjualan petrol RON95 dan diesel kepada kenderaan asing di stesen minyak bermula 17 Jun 2022, mengenakan had jualan diesel bagi kenderaan berpendaftaran Malaysia dan adalah tidak melebihi 250 liter sehari dengan syarat diisi terus ke dalam tangki asal kenderaan, mengawal selia operasi stesen-stesen minyak di negeri-negeri sempadan dengan pelaksanaan buku log dan peti lawatan yang telah dilaksanakan sejak tahun 2021.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, kita amat menghargai pengiktirafan yang diberikan oleh Yang Berhormat Rasah terhadap komitmen jentera penguatkuasaan kita. Pada masa yang sama kita juga mengalu-alukan suara sebagaimana yang dibangkitkan oleh Hulu Selangor, Mersing, Lumut dan Kuala Pilah yang membangkitkan tentang keperluan pemerkasaan penguatkuasaan.

draft • 3:00 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Atas sebab itu, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, bermula tahun ini juga, kita telah melaksanakan satu pendekatan, bukan hanya melibatkan penguatkuasaan- memperkasakan ketangkasan penguatkuasaan di peringkat KPDN, menggerakkan kerjasama strategik dengan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain, kita juga telah menggagas satu bentuk pendekatan yang melibatkan partisipasi awam yang kita namakan Gerakan KITA Gempur iaitu gerakan membanteras manipulasi ketirisan yang telah pun disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 19 Oktober 2024 semasa Program MADANI Rakyat Sayangi Sabah, KPDN baru-baru ini.

Matlamatnya untuk mengangkat kepentingan peranan semua pihak di setiap lapisan masyarakat untuk melaporkan ketirisan penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan serta barang kawalan bersubsidi serta menyalurkan aduan berkaitan manipulasi penipuan dan kartel dalam aktiviti perniagaan. Gerakan ini juga adalah sejajar apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Puncak Borneo yang mengharapkan supaya semua pihak berganding bahu sama-sama berusaha untuk menangani isu ketirisan dan juga penyelewengan yang jugak akan memberi kesan kepada kos sara hidup rakyat.

Pendekatan Kita Gempur ini Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, adalah citra KPDN dalam gerak kerja kementerian yang bersandarkan kepada 4 pemegang taruh ataupun 4 komponen: Pertama “K” – Kerajaan; “I” – Industri; “T” – Tatakelola yang diperkukuhkan; dan juga akhirnya partisipasi awam iaitu “A”.

Kita Gempur akan menjadi teras, agenda ketangkasan penguatkuasaan yang bersandarkan kepada pendekatan whole of nation approach yang memerlukan penglibatan semua pihak dan kita harap bahawa gerakan ini juga akan dapat sokongan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat.

Baru-baru ini di Tawau pada 28 Oktober 2024, melalui Gerakan Kita Gempur kita telah meminta semua pemegang lesen CSA di kawasan Daerah Tawau itu untuk menandatangani satu Aku Janji penglibatan mereka dalam Kita Gempur memastikan kita juga mendapat sokongan dan penglibatan langsung daripada pihak-pihak yang berurusan dengan KPDN termasuklah pihak-pihak pemegang lesen CSA ini yang terlibat dalam pengedaran dan penjualan barang-barang kawalan dan barang-barang kawalan bersubsidi.

Alhamdulillah, daripada segi peruntukan kita melihat Kementerian Kewangan telah menyalurkan peruntukkan bersekali dengan JKDM sebanyak RM60 juta untuk kita membanteras ketirisan subsidi dan menumpaskan sindiket penyeludupan dan penyelewengan.

Untuk maklumat Dewan yang mulia ini Dato’ yang di-Pertua, dalam tempoh, saya tengah, kita tengah bersidang ini satu kes besar penguat kuasa saya dapat tangani di kawasan Selangor yang melibatkan penyelewengan kepada minyak masak paket bersubsidi yang disasarkan untuk diselewengkan untuk penjualan bagi bio-diesel dan insya-Allah kita akan membuat pengumuman satu rampasan yang besar terlibat dengan ketirisan minyak masak paket.

draft • 3:00 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Gudang yang dan Besut telah membangkitkan pelaksanaan Program Jualan Rahmah MADANI (PGRM). Ini termasuklah cadangan pemerluasan kaedah dan kekerapan dan keberkesanan pelaksanaan PGRM termasuklah kategori penerima manfaat.

PGRM juga merupakan salah satu intervensi sebagaimana kita maklum, kita menawarkan penjualan barangan pada kadar diskaun 10 hingga 30 peratus lebih rendah boleh diperoleh kepada golongan sasar khususnya golongan yang berpendapatan rendah.

Untuk makluman, daripada segi pelaksanaan pada 31 Oktober 2024 darilah 1 Januari, sebanyak 9,548 PGRM telah berjaya dilaksanakan pada tahun ini di seluruh negara, merangkumi keseluruhan 222 Kawasan Parlimen dengan sasaran KPS sekurang-kurangnya dua-kali sebulan di setiap kawasan Parlimen bagi tahun ini telah dianggarkan memanfaatkan pengunjung seramai 8.1 juta.

Alhamdulillah dengan penambahan peruntukan pada tahun 2025, kita sedang dalam, kerangka akhir untuk menambah baik pelaksanaan. Kalau sekarang ini pelaksanaannya bermodel dalam premis, luar premis dan PGRM secara bergerak yang kita sasarkan dua kali sebulan bagi setiap Parlimen dan atas mandat dan arahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tahun hadapan dipastikan untuk dipanjangkan ke seluruh kawasan DUN, penganjuran peringkat DUN kita sasarkan dua kali sebulan sekurang-kurangnya bagi setiap DUN dan sebagai tambahan kita juga mengenal pasti kawasan-kawasan di kawasan DUN tersebut yang mempunyai golongan sasar seperti kawasan-kawasan PPR, kawasan pedalaman yang kos logistik telah menyebabkan harga barang meningkat, maka penganjuran pun juga boleh dilaksanakan tanpa terikat kepada sasaran dua jumlah kekerapan bagi setiap bulan tersebut.

Ahli-ahli Yang Berhormat boleh menyemak laman sesawang KPDN untuk meneliti kawasan-kawasan penganjuran, kita akan memaparkan jadual penganjuran PGRM ini in- advance untuk membolehkan rakyat mendapat access dan maklumat di manakah kawasan- kawasan lokasi-lokasi yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka berkaitan dengan penganjuran PGRM ini.

Kita mengalu-alukan sebarang pandangan daripada yang berhormat bagaimana kita dapat meningkatkan lagi keberkesanan PGRM. Antara yang kita pertimbangkan pada tahun hadapan juga adalah untuk melaksanakan PGRM@pasar. Kalau sebelum ini PGRM dilaksanakan di luar tidak melibatkan barang-barang dalam pasar sendiri, jadi kita secara berkala akan bergerak memilih pasar-pasar tertentu di mana semua pengusaha dalam pasar yang berkenaan akan dilibatkan apabila dilangsungkan PGRM di pasar tersebut berdasarkan tarikh-tarikh yang telah ditetapkan.

draft • 3:00 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Kita juga mempertimbangkan untuk melaksanakan PGRM di kampus meliputi barang-barang yang bersesuaian dengan keperluan golongan sasar anak-anak kita yang berasal daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang berada di kampus dan perkara ini sedang kita murnikan untuk kita laksanakan bermula tahun hadapan.

draft • 3:10 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Timbalan Yang di-Pertua, kita sedar ada pihak-pihak yang membangkitkan kesan pelaksanaan PGRM kepada para peniaga sedia ada, yang mereka rasakan- mereka mendakwa terkesan. Atas sebab itu, penganjuran PGRM sebelum ini kita mengutamakan dan membawa retailers sedia ada untuk sama-sama terlibat dalam PGRM dan kita mendengar terkini ada kedai-kedai runcit di kawasan-kawasan tertentu yang mengatakan mereka pula terkesan dan insya-Allah kita juga akan melibatkan kedai-kedai runcit di kawasan-kawasan tertentu untuk melaksanakan PGRM dalam premis.

Jadi matlamat kita serampang dua mata. Memberikan akses barangan yang murah, barang diskaun kepada para pengguna rakyat kita, pada masa yang sama kita juga memastikan kesan itu dapat ditangani terhadap para peniaga kita sama ada peruncit ataupun peruncit sama ada pasar-pasar raya, hypermarket, mini market mahupun kedai-kedai runcit yang berada di kampung-kampung. Jadi itulah antara penambahbaikan yang akan kita laksanakan berkaitan dengan program Jualan Rahmah MADANI.

Dato’ Yang di-Pertua, komponen yang- kluster yang ketiga adalah menyentuh mengenai isu kos sara hidup yang cukup penting dan banyak Ahli-ahli Yang Berhormat membangkitkan perkara ini dan saya melihat ini...

draft • 3:10 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat, sebelum berpindah topik.

Berkaitan dengan program kementerian, kalau boleh saya dapatkan sedikit update terkini berkaitan dengan Menu Rahmah, bagaimanakah jumlah restoran ataupun mereka yang terlibat dalam menyediakan Menu Rahmah ini, meningkat kah, berkurang kah? Kalau boleh share sedikit statistik sama ada secara lisan ataupun bertulis. Terima kasih.

draft • 3:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Menteri, boleh sedikit? Boleh jawab sekali. Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri sebut tadi program kementerian Jualan Rahmah supaya Jualan Rahmah itu tidak memberi kesan kepada peniaga-peniaga kecil, tetapi adakah di bawah kementerian Yang Berhormat juga melihat apabila francais-francais ini membuka kedai-kedai yang mempunyai pilihan yang lebih banyak daripada kedai-kedai runcit.

Contohnya di kawasan saya, apabila satu francais masuk sahaja di kawasan taman perumahan tersebut, kedai-kedai yang puluhan tahun sedia ada itu juga terkesan kerana Jualan Rahmah itu hanya dua hari atau tiga hari, tetapi kedai yang francais ini juga perlu kita ambil kira kerana ia memberi kesan kepada peniaga-peniaga kecil yang sudah bertapak lama.

Apabila francais masuk menawarkan yang lebih kompetitif daripada segi harga dan juga banyak pilihan, ia memberi kesan kepada peniaga-peniaga kecil. Ini juga berlaku di kawasan saya. Apakah pandangan Yang Berhormat?

draft • 3:10 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya dan Paya Besar. Pertama, berkaitan dengan Menu Rahmah. Kita akui bahawa kita tahu asas kepada Menu Rahmah ini adalah tanpa melibatkan sebarang subsidi daripada kerajaan, tanpa melibatkan peruntukan kerajaan. Ia merupakan inisiatif daripada pihak swasta, daripada peniaga sendiri.

draft • 3:10 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Kita sedia maklum bahawa ada peniaga-peniaga yang menyebut bahawa mereka sudah tidak boleh menawarkan Menu Rahmah disebabkan faktor-faktor antaranya kos. Kita komited untuk memastikan Menu Rahmah ini terus ditawarkan secara bersasar. Atas sebab itu, kita sedang rundingkan tanpa melibatkan bantuan secara langsung dalam konteks subsidi secara langsung kepada peniaga tersebut.

Namun kita pertimbangkan untuk memberi ruang kepada peniaga, penjual-penjual Menu Rahmah di kawasan-kawasan bersasar ini untuk diberikan akses dapat membeli barang pada kadar yang lebih banyak dalam program-program PGRM, tetapi ia melalui beberapa kriteria. Contohnya consistency peniaga ini menawarkan Menu Rahmah.

Jadi kita berbalik kepada asas sebenarnya bahawa Menu Rahmah ini sebenarnya satu program tanpa peruntukan daripada kerajaan namun sekarang ini kita membuat profiling di mana kawasan-kawasan bukan lagi secara merata yang perlu untuk kita bantu, berbincang dengan peniaga supaya boleh menawarkan Menu Rahmah sebagai alternatif yang lebih murah. Jadi kita aware. Saya tidak ada data terkini. Saya akan serah kepada Yang Berhormat Putrajaya.

Berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh Paya Besar. Sebenarnya Yang Berhormat Paya Besar, tanggungjawab kita di KPDN antaranya adalah untuk mewujudkan perdagangan dalam negeri yang sihat, progresif dan kita komited dengan tanggungjawab kita memastikan bahawa ruang dibuka seluas-luasnya kepada mana-mana pihak untuk bersaing, untuk menawarkan harga masing-masing.

Namun, kita faham apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Paya Besar. Walaupun ia tidak terkait dengan PGRM, kita akan melihat perkara ini dan pada masa yang sama mungkin melihat bersama-sama dengan KUSKOP kerana perniagaan francais kini, kawal selianya adalah di bawah KUSKOP.

Namun kita prihatin dengan apa yang disebut oleh Paya Besar kesan terhadap kedai- kedai runcit di kampung-kampung atau kawasan sekitar yang berhadapan dengan persaingan dan pastinya persaingan melibatkan harga yang mungkin jauh lebih murah ditawarkan oleh kedai-kedai francais ini.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua...

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Menteri, Menu Rahmah Menteri.

Dengan penuh hormat dan dengan penuh respect kepada usaha Menu Rahmah ini. Kami di pihak pembangkang sejak awal lagi melihat bahawa apabila Menu Rahmah diperkenalkan dengan hasrat untuk diperluaskan ke seluruh negara, sebenarnya ia agak kurang praktikal dengan harga kos barang semakin meningkat, dengan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh peniaga.

Dengan jawapan daripada Menteri sebentar tadi seolah-olah memperlihatkan bahawa kerajaan sendiri mengakui bahawa program Menu Rahmah itu tidak lagi praktikal untuk diperluaskan ke seluruh negara sehingga terpaksa membuat profiling peniaga-peniaga yang layak dan juga kawasan-kawasan tertentu. Dengan sendirinya diakui bahawa konsep

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Menu Rahmah ke seluruh negara sudah tidak lagi terpakai pada hari ini. Terima kasih. Apa pandangan?

draft • 3:10 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Kalau kita ingat, saya teringat ucapan Yang Berhormat Mantan Menteri menyebut konsep Menu Rahmah ini diasaskan, kita harapkan supaya para peniaga kita mempunyai nilai bahawa rezeki yang ada itu dikongsi, dibalikkan untuk membantu golongan yang memerlukan.

Jadi, kita melihat cabaran untuk melaksanakan Menu Rahmah ini, ia bersandarkan kepada elemen kesukarelawanan atau kesukarelaan para peniaga kita. Namun, apa pun asasnya, kita perlu untuk mengusahakan supaya ditawarkan Menu Rahmah di tempat-tempat tertentu. Contohnya, di kawasan-kawasan yang mempunyai pekerja-pekerja kilang dan sebagainya di kawasan-kawasan perumahan kos rendah dan sebagainya, pekerja-pekerja yang daripada golongan sama ada golongan B40 ataupun M40 ini.

Jadi kita komited supaya program Menu Rahmah ini dapat diteruskan di kawasan- kawasan tersebut. Jadi, kita mengharapkan dengan pendekatan yang kita laksanakan melalui PGRM ini, kita melibatkan peniaga Menu Rahmah tertentu maka program Menu Rahmah ini walaupun mungkin tidak diperluaskan serata, seluruh negara, tetapi masih wujud sebagai alternatif kepada golongan-golongan yang memerlukan Yang Berhormat.

Dato’ Yang di-Pertua, berkaitan dengan kos sara hidup ini, saya suka untuk menyentuh sedikit tentang berkaitan dengan untuk kita memahami dan saya yakin Ahli-ahli Yang Berhormat juga faham bahawa isu kos sara hidup ini bukanlah isu yang unik bagi negara kita dan ia merupakan cabaran global. Sebagaimana yang pernah saya sebut saban tahun laporan Global Risks Report 2024, yang terkini juga oleh World Economic Forum (WEF) masih meletak cost of living issues itu sebagai salah satu daripada apa yang disebut sebagai severe risk. Begitu juga kalau kita lihat kajian WEF, Future Focus 2025: Pathways for Progress juga menggariskan kepentingan negara-negara di dunia mempunyai naratif ekonomi yang tepat khususnya dalam public spending yang menjurus kepada usaha untuk mempertingkatkan kesejahteraan rakyat dan inilah juga menjadi ikhtiar Belanjawan 2025.

draft • 3:10 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Dato' Timbalan Yang di-Pertua, isu ini dibangkitkan secara spesifik dan secara umum oleh ramai Ahli Dewan iaitu Yang Berhormat Larut, Hulu Selangor, Rantau Panjang, Pagoh, Sri Gading, Kepala Batas, Padang Rengas, Muar, Jerai, Sabak Bernam, Kuantan, Kuala Kedah, Setiu, Bagan Serai dan yang lain-lain dan ramai juga di kalangan Yang Berhormat yang menyebut tentang kajian UNICEF ranjau sepanjang jalan. Saya fikir kajian yang favourite kepada Larut dan juga Hulu Terengganu tetapi dua-dua sahabat kita tidak berada di Dewan dan bagi...

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya ada sedikit sebelum pergi tajuk lain itu. Saya nak beri, nak mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan Menu Rahmah tadi. Boleh tak, sebab kita dapat kita pun pergi jumpa

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

dengan kedai-kedai yang dipilih untuk menyediakan Menu Rahmah ini dan mereka kadang- kadang merungut.

Mereka tanggung kos yang agak tinggi dengan kenaikan harga barangan di pasaran, termasuk raw material yang tinggi sekarang ini, kerajaan bagi inject subsidi kepada mereka untuk meringankan. Kalau nak teruskan juga Menu Rahmah di seluruh negara ini kedai-kedai yang dipilih ini, itu sahaja, boleh tak penjelasan?

draft • 3:20 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat Pendang.

Sebagaimana yang saya sebut tadi untuk meneruskan dan menggalakkan para peniaga yang konsisten menawarkan Menu Rahmah ini, dua pendekatan kita. Pertama yang telah pun dilancar sebelum ini Kad Diskaun Menu Rahmah tetapi Kad Diskaun Menu Rahmah ini ditawarkan oleh swasta, oleh pasar-pasar raya untuk para peniaga Menu Rahmah boleh membeli barang-barang tertentu di pasar raya pada kadar diskaun.

Pada masa yang sama, sekarang kita mempertimbangkan juga untuk kawasan- kawasan tertentu yang sedia ada ditawarkan Menu Rahmah ini supaya ia berterusan. Kita juga mempertimbangkan sekarang bagaimana kita memberi ruang akses kepada peniaga- peniaga Menu Rahmah ini melalui program PJRM. Bermaksud mereka boleh memberi kuantiti barangan yang lebih dalam program PJRM untuk membolehkan mereka dapat menawarkan Menu Rahmah di kawasan-kawasan secara bersasar.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya sambung tadi berkaitan dengan kos sara hidup berkaitan dengan ranjau sepanjang jalan kajian UNICEF tersebut yang memang banyak isu yang dibangkitkan dalam kajian tersebut tetapi saya suka akhirnya merujuk kepada rumusan kajian tersebut. Kalau kita lihat dalam kajian itu, rumusannya apa dia aspirasi responden- responden yang terlibat dalam kajian tersebut.

Aspirasi mereka ada tiga yang paling utama. Pertama adalah supaya kerajaan dapat menaikkan gaji dan upah. Yang kedua, bantuan tunai dipertingkatkan dan yang ketiga harga barang dapat dikawal dengan sebaiknya oleh kerajaan. Alhamdulillah saya fikir kita bergerak pada landasan yang tepat sebagaimana aspirasi tersebut. Kalau saya bagi contoh, walaupun ada pihak yang lebih melihat kepada kesannya dari segi gaji dan upah, kerajaan mulakan. Di bawah bidang kuasa kerajaan, kita naikkan gaji penjawat awam, sektor awam.

Begitu juga dengan penetapan gaji minima. Jadi, ini juga pendekatan supaya kita dapat melihat bagaimana kita dapat menaikkan gaji, upah iaitu pendapatan rakyat. Selain daripada gaji, upah, kerajaan juga mengambil pelbagai inisiatif contohnya melalui pendekatan SejaTi MADANI, melalui IPR untuk memberikan self-empowerment kepada rakyat kita untuk menjana pendapatan sendiri melalui aktiviti keusahawanan dan juga perniagaan.

Bantuan tunai dipertingkatkan. Kita lihat bagaimana STR dan SARA juga dipertingkatkan.

draft • 3:20 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Menteri, sedikit.

Mendengar ulasan Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan kos tadi. Apakah Yang Berhormat Menteri tidak merasakan apabila gaji naik satu, cukai dikembangkan, banyak cukai-cukai baharu diperkenalkan dan juga apa nama ini diesel naik dan tahun depan petrol

draft • 3:20 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

akan naik. Apakah kombinasi ini Yang Berhormat Menteri tidak melihat akan membawa kesan yang besar kepada kenaikan kos sara hidup? Terima kasih.

draft • 3:20 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Saya sebutkan tadi, ini bukanlah benda yang perkara yang baru sebab kita telah berhadapan dengan penyasaran subsidi diesel begitu juga cukai SST. Kita tidak nafikan, we are not in denial, memang ada pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga dan alhamdulillah dari segi subsidi diesel, peningkatan secara tidak berwajaran tersebut dapat kita kekang dengan tindakan kita melalui Ops Kesan yang kita laksanakan.

Dari segi walaupun pada peringkat ini saya fikir masih bersifat presumptive tetapi kita perlu memikirkan tentang kesannya. Itu sebabnya dari segi RON 95, penyasaran yang disasarkan pada tahun hadapan bukanlah bulan Januari, kita duduk bekerjasama dengan Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan untuk melihat apakah bentuk. Pengumuman dasarnya telah pun dilaksana tetapi bagaimana mekanisme dapat kita buat walaupun mungkin ada kenaikan dari segi kos tetapi kita boleh memastikan ia dilaksanakan secara bersasar.

Contohnya, komitmen kita sekurang-kurangnya dari segi RON 95 ini kita ingin memastikan 85 golongan...

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, gulung.

draft • 3:20 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

...85 peratus tersebut kekal mendapat subsidi tersebut. Yang penting sekarang kita melihat kepada golongan dalam T15 tersebut, bagaimana golongan-golongan yang masih kita lihat terkesan boleh diberikan bantuan. Jadi Yang Berhormat Putrajaya, kita mengambil maklum...

draft • 3:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Dato’ Timbalan Yang di- Pertua, boleh sedikit, sedikit sahaja sebelum Yang Berhormat Menteri gulung. Sedikit boleh?

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri sebut tadi berkaitan penyasaran subsidi petrol dan Yang Berhormat Menteri ada menunjukkan ada komitmen sedikit untuk bagi melihat untuk T15 ini, terutamanya lower bracket.

Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat Menteri mempunyai pandangan supaya T15 ini kita tak float to maximum sepertimana kita float subsidi diesel. Sebab apa, sebab satu kenaikan USD petrol, kita mendapat keuntungan RM300 juta, Yang Berhormat Menteri.

Katakan kita sekarang berada pada kadar USD80 per barrel, tetapi sekarang ini bukanlah USD80, ia bawah USD73 tetapi sekiranya melepasi threshold. Katakanlah melepasi threshold USD90 per barrel, adakah kerajaan akan menimbangkan supaya pulangkan sedikit keuntungan yang dapat hasil kenaikan petrol USD per barrel ini kepada T15, terutamanya di lower bracket supaya jangan kita float tinggi.

Subsidi diesel saya setuju nak float to maximum atau float to sky, I’m okay on that kerana ia tak ramai yang terkesan tetapi T15 ini juga pengguna yang perlu kita beri tumpuan

draft • 3:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

supaya kita ada threshold, Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, supaya ada bukan maksimum lah, kita mesti ada siling itu, threshold. Terima kasih Dato’ Sri.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Selepas ini tidak ada soalan ya.

draft • 3:20 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar.

Sebagaimana yang saya maklumkan tadi, memetik kata-kata Yang Berhormat tentang the lower bracket of T15. Memang kerajaan melihat perkara ini secara teliti across ministry untuk melihat bagaimana kita dapat memastikan golongan the lower bracket itu dapat kita bantu dan tidak terkesan dengan agenda yang bakal kita laksanakan.

Antaranya kalau boleh saya sebut dalam belanjawan pada kali ini juga, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, satu butiran peruntukan walaupun tidak diletakkan di KPDN diletakkan di Kementerian Kewangan sebanyak RM700 juta diperuntukkan untuk inisiatif- inisiatif yang terkait dalam usaha untuk kementerian kita menangani isu kos sara hidup. Jadi, kita melihat secara keseluruhan, saya mengalu-alukan keprihatinan Yang Berhormat Paya Besar tentang perkara ini.

Kita juga stakeholders selaku KPDN walaupun penyasaran subsidi RON 95 ini dilaksanakan oleh kementerian lain tetapi sebagai kementerian yang bertanggungjawab terhadap kos sara hidup dan menjadi urus setia kepada NACCOL, kita akan bekerjasama dan mengalu-alukan pandangan, termasuklah syor yang dikemukakan oleh Yang Berhormat tadi supaya kita memastikan agenda itu dapat dilaksanakan dan pada masa yang sama, golongan yang sewajarnya diberikan bantuan itu dapat pembelaan yang sewajarnya.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, akhir sekali selaku urus setia dengan NACCOL, saya ingin memaklumkan bahawa dari segi pendekatan, kalau sebelum ini banyak gerakan kita melalui NACCOL ini melihat kepada aspek harga. Harga barang, supply and demand dan bagaimana kita dapat kawal harga tersebut. Namun melalui pendekatan yang kita laksanakan di bawah NACCOL kini yang melibatkan strategi serampang dua mata, bukan hanya melihat kepada harga tersebut tetapi pada masa yang sama melihat kepada aspek bagaimana kita dapat menjana pendapatan rakyat dan meningkatkan disposal income rakyat.

draft • 3:20 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Atas sebab itu, di bawah NACCOL, salah satu selain daripada dilaksanakan merentasi kementerian pelbagai kluster, salah satu kluster yang telah diwujudkan di bawah NACCOL kini adalah kluster pendapatan yang melihat kepada aspek penjanaan pendapatan.

Jadi, akhir sekali Datuk Timbalan Yang di-Pertua, saya fikir marilah kita, saya mengalu-alukan pandangan semua pihak untuk kita menggerakkan usaha untuk menangani isu kos sara hidup ini sebagaimana kalau kita melihat kepada falsafah Kerangka Ekonomi MADANI itu sendiri.

Bukan hanya kerajaan ingin menganjakkan ekonomi negara yang disebut sebagai siling ekonomi negara tetapi pada masa yang sama, bagaimana kita dapat menganjakkan, meningkatkan ekonomi rakyat iaitu merujuk kepada lantai ekonomi tersebut.

draft • 3:30 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Jadi insya-Allah, dengan kerjasama semua pihak, kita dapat bersama-sama menggerakkan usaha ini. Ada lagi soalan-soalan tertentu yang belum dapat saya jawab secara spesifik, tidak sempat dan kita akan susul dengan jawapan secara bertulis. Dengan itu, terima kasih Datuk Timbalan Yang di-Pertua.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Berikut saya mempersilakan Menteri Kementerian Digital untuk menjawab.

draft • 3:30 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih juga saya ucapkan kepada 18 Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian di dalam sesi perbahasan Belanjawan 2025 peringkat dasar yang telah pun menyentuh isu-isu berkaitan Kementerian Digital iaitu Yang Berhormat daripada Larut, Gombak, Indera Mahkota, Tebrau, Bangi, Besut, Sri Gading, Ipoh Timor, Kalabakan, Kuala Terengganu, Batu Pahat, Miri, Shah Alam. Minta maaf. Miri, Sri Aman, Simpang Renggam, Kubang Pasu, Kluang dan Subang.

Tuan Yang di-Pertua, saya telah pun mendengar dan kementerian saya telah pun meneliti setiap isu, pandangan dan juga cadangan yang telah pun dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan saya akan menjawab berdasarkan kepada lima tajuk utama yang kita dapat lihat melalui perbahasan yang kita dengar iaitu:

(i) aspek pelaburan digital;

(ii) aspek tanggungjawab dan etika terhadap kecerdasan buatan (AI);

(iii) aspek pembangunan pusat data;

(iv) aspek penipuan dalam talian ataupun sering kali kita sebut sebagai scammer; dan

(v) aspek way digital forward digitalisasi negara.

Tuan Yang di-Pertua, semenjak Kementerian Digital ditubuhkan lebih kurang setahun yang lalu iaitu 12 Disember 2023, Kementerian Digital telah pun diberikan tanggungjawab menerajui usaha transformasi digital negara dan tujuannya adalah untuk memastikan pelaksanaan pendigitalan negara lebih berfokus, lebih holistik dan lebih berkesan.

Inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan sepanjang tahun ini adalah selaras dengan tiga tonggak yang utama pendigitalan negara iaitu merangkumi ekonomi digital, kerajaan digital dan juga masyarakat digital. Tuan Yang di-Pertua, dalam memastikan kejayaan ke atas pendigitalan ketiga-tiga tonggak tersebut, kementerian telah menetapkan bahawa pelaksanaan Program dan Inisiatif Pendigitalan Negara hendaklah mengutamakan pengukuhan infrastruktur digital, ketahanan siber dan juga pembangunan bakat digital.

Daripada segi ekonomi digital Tuan Yang di-Pertua, antara inisiatif utama yang berimpak tinggi ialah berkaitan pelaburan langsung asing (FDI) selain pelaburan langsung domestik (DDI) yang melibatkan syarikat-syarikat multinasional dan juga syarikat-syarikat teknologi serta perkhidmatan digital antarabangsa.

draft • 3:31 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Tuan Yang di-Pertua, sukacita saya laporkan bahawa sehingga kini sebanyak RM141.72 bilion pelaburan digital telah diluluskan. Selain itu, di antara program-program seperti Program GAIN (Gateway, Amplify, Invest & Nurture) iaitu program pemerkasaan pertumbuhan syarikat teknologi tinggi tempatan dengan pendapatan eksport bernilai RM1.13 bilion. Program dan inisiatif berimpak tinggi yang menjadi tumpuan dalam pendigitalan kerajaan merangkumi transformasi penyampaian perkhidmatan awam.

Antaranya melalui program-program MADANI Net iaitu inisiatif penyediaan Gov*Net kepada agensi kerajaan bagi membolehkan capaian kepada aplikasi digital kerajaan, khususnya di kawasan pedalaman dipertingkatkan, seterusnya dapat merapatkan lagi jurang digital di antara bandar dan luar bandar.

Senarai penuh program dan inisiatif berimpak tinggi yang dilaksanakan oleh kementerian sepanjang tahun 2024 akan dikongsikan kepada rakyat secara terperinci melalui Kad Pelaporan Kementerian Digital yang akan diluncurkan di dalam masa yang terdekat, Tuan Yang di-Pertua.

Dalam usaha kerajaan mentransformasikan digitalisasi negara dan meningkatkan daya saing ekonomi di peringkat global, kerajaan telah merangka dasar seperti Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia dan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara yang bertujuan untuk memanfaatkan teknologi digital bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan sekali gus memperbaiki taraf hidup rakyat.

Matlamat utama Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia adalah untuk meningkatkan sumbangan ekonomi digital kepada KDNK sehingga ke 25.5 peratus menjelang tahun ataupun akhir tahun depan, 2025. Meningkatkan penggunaan teknologi digital dalam kalangan PMKS dan meningkatkan kemahiran digital tenaga kerja.

Untuk makluman Yang Berhormat, KDNK setakat tahun 2023 adalah 23.5 peratus.

Sehubungan dengan itu, Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara telah pun ditubuhkan bagi memantau pelaksanaan Rangka Tindakan Ekonomi Digital dan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara ini.

Buat masa ini, negara berada di Fasa 2 iaitu fasa yang berlangsung di antara tahun 2023 sehingga tahun 2025. Di mana negara menfokuskan kepada usaha untuk memacu transformasi dan juga inklusiviti digital dengan menitikberatkan inklusiviti dalam kalangan rakyat dan semua peringkat perniagaan. Fasa seterusnya, 2026 sehingga 2030 adalah untuk meletakkan Malaysia sebagai negara pengeluar pasaran serantau bagi produk digital dan penyedia penyelesaian digital.

Jadi, ada dua peringkat, Dato' Yang di-Pertua. Kita lihat bagaimana kita boleh memastikan semua mengambil bahagian dalam dunia digital yang baru ini dan kemudian kita juga hendak pastikan bahawa Malaysia menjadi satu negara yang dikenali sebagai luar pasaran serantau bagi produk-produk digital dan juga penyedia penyelesaian digital.

Pelaksanaan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia telah memberi impak yang cukup signifikan terhadap perkembangan ekonomi digital di Malaysia. Rangka Tindakan

draft • 3:31 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Ekonomi Digital Malaysia menyasarkan sebanyak RM130 bilion pelaburan diluluskan untuk tahun 2025, tahun depan.

Berdasarkan laporan dari Digital Investment Office (DIO) semasa Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara, sasaran tersebut telah melepasi di mana sebanyak RM185.3 bilion pelaburan digital yang telah diluluskan dan dilaporkan kepada Jawatankuasa Nasional melalui pelaburan.

Jadi, walaupun kita menyasarkan sebanyak RM130 bilion, kita lihat bahawa ianya telah pun melepasi sasaran tersebut, Tuan Yang di-Pertua. Melalui pelaburan-pelaburan yang saya sebut ini, dijangka ianya akan mewujudkan sebanyak 64,479 peluang pekerjaan baharu di masa yang akan datang.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, memang fokus kita adalah untuk melihat bagaimana kita boleh menarik pelaburan, menarik lebih perhatian kepada Malaysia sebagai satu hab digital tapi pada masa yang sama, kita tidak lepas pandang bahawa perlunya untuk kita juga memberikan fokus supaya peluang pekerjaan baru akan wujud di Malaysia buat tujuan mendukung ekosistem yang baru ini.

Berkaitan isu-isu yang berbangkit Tuan Yang di-Pertua, pelaburan digital. Menjawab isu pelaburan digital yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Larut tetapi beliau tidak ada dalam Dewan. Untuk makluman, dari Januari sehingga Oktober 2024, sebanyak RM141.72 bilion pelaburan digital telah diluluskan, manakala 41,078 peluang pekerjaan telah diwujudkan dalam sektor ekonomi digital.

Selain daripada itu, pelbagai inisiatif dilaksanakan untuk menarik lebih banyak pelaburan dalam ekonomi digital, termasuk melalui kerjasama dengan syarikat tempatan dan antarabangsa yang seterusnya meningkatkan keyakinan pelabur terhadap pasaran Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia juga telah menyasarkan sebanyak 5,000 syarikat pemula yang aktif dan sehingga bulan September 2024, sebanyak 3,923 syarikat pemula yang aktif telah direkodkan, di mana peneraju bagi inisiatif ini adalah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

draft • 3:31 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Ia merangkumi sektor teknologi, sektor Fintech dan sektor ekonomi pintar. Inisiatif seperti Malaysia Tech Entrepreneur Programme dan pembiayaan melalui dana pembangunan startup membantu menyokong ekosistem ini untuk berkembang seterusnya.

Kementerian Digital turut terlibat dalam Startup Single Window Platform Tuan Yang di-Pertua di bawah inisiatif MYStartup.

Melalui platform ini pelbagai program dilaksanakan, termasuk pemberian geran teknologi seperti Malaysia Digital Catalyst Grant (MDCG) dan Malaysia Digital X-Port Grant

(MDXG). Ianya untuk menyediakan sokongan pembiayaan kepada syarikat teknologi Malaysia dan startup.

Sokongan ini Tuan Yang di-Pertua, bertujuan untuk membantu mereka mengembangkan produk-produk digital ke pasaran domestik dan juga ke pasaran antarabangsa. Selain daripada itu, kementerian turut menyokong syarikat startup dalam

draft • 3:40 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

meng-access model melalui Investor Matching Programme yang melibatkan lebih daripada 80 modal teroka global dan juga serantau.

Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, melalui Founders Centre of Excellence (FOX) dan Program Gateway, Amplify, Invest & Nurture sepertimana yang saya sebutkan tadi Program GAIN, kementerian terus memperkasakan syarikat teknologi tempatan dan startup.

Sokongan yang diberikan merangkumi akses pasaran, bimbingan dan infrastruktur untuk menjadikan syarikat-syarikat teknologi bertaraf global.

Kemudian Tuan Yang di-Pertua, saya beralih ke aspek tanggungjawab dan etika terhadap kecergasan buatan (artificial intelligence). Tuan Yang di-Pertua, isu tanggungjawab dan etika terhadap penggunaan artificial intelligence (AI) telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Bangi dan Yang Berhormat Besut.

Bagi menjawab mengenai perkara ini, dalam usaha kerajaan meningkatkan pengetahuan rakyat Malaysia terhadap teknologi AI, kerajaan telah menyediakan satu platform iaitu platform AI untuk rakyat yang membolehkan rakyat memahami dan mempelajari asas teknologi AI dengan cara yang mudah dan mesra pengguna.

Jadi, ada beberapa cara yang kita boleh membawa maklumat ini kepada rakyat, ada modul-modul yang lebih mendalam tetapi kita telah pun Tuan Yang di-Pertua mengeluarkan platform tersebut AI untuk rakyat yang memudahcarakan proses kita memahami. Apa sebenarnya AI ini dan bagaimana ianya boleh mengubah cara kita hidup dan cara kita bekerja.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga telah mengambil beberapa inisiatif baru untuk memastikan rakyat Malaysia bersedia dengan perubahan digitalisasi yang cepat. Antaranya dengan membangunkan Portal Rakyat Digital yang merupakan program pembelajaran kendiri dalam talian yang direka untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang teknologi digital. Program ini menyasarkan pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelajar, ibu bapa, profesional dan juga warga emas.

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Menteri, dalam tajuk AI boleh saya tanya sedikit?

draft • 3:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Sila, sila.

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Menteri. Adakah apabila menyebut tentang AI, adakah kita tidak pergi ke arah memperkenalkan akta-akta dan undang-undang tertentu. Sebagaimana kalau kita sebut di Kesatuan Eropah mereka memperkenalkan Artificial Intelligence Act di America Blueprint for an AI Bill of Rights dan juga di negara-negara yang lain.

Kerana penggunaan ini, kita melihat AI semakin terancam dan baru sahaja disebarkan satu klip video kononnya daripada Astro Awani sebenarnya tidak tetapi dipalsukan dengan menggunakan AI menawarkan dalam bentuk pelaburan scammer kepada pengguna. Apa pandangan Menteri?

draft • 3:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Yang Berhormat daripada Pasir Mas.

Memang kita sedang melihat daripada aspek itu. AI ini adalah satu perkara yang luas. Ianya

draft • 3:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo

merangkumi banyak sektor dan sektor-sektor itu ada cabaran-cabaran mereka masing- masing. Di dalam sektor-sektor tertentu kita melihat ianya merangkumi perkara-perkara yang cukup memudaratkan sekiranya disalahgunakan. Saya beri contoh, aspek kalau kita hendak buat produk nuklear.

Kalau kita hendak gunakan AI, ada sesetengah pandangan supaya kita pastikan bahawa wujudnya undang-undang untuk memastikan bahawa ianya tidak disalahgunakan dan sebagainya. Produk yang akan kita cipta itu, produk yang selari dengan keperluan undang-undang dan sebagainya. Tetapi on the other hand kita juga ada aspek-aspek atau sektor-sektor di mana penggunaan AI itu tidak menyentuh kepada perkara-perkara yang memudaratkan yang tidak memerlukan undang-undang secara spesifik.

Jadi, sekarang kita mengkaji dalam sektor-sektor tertentu dan di manakah perlunya untuk kita mewujudkan undang-undang supaya kita boleh pastikan bahawa walaupun kita hendak pastikan ini wasi, memang berterusan kita dapat pastikan ianya selamat dan sektor- sektor di mana kita boleh hanya merujuk kepada apa yang disebutkan sebagai piawaian, tidak perlu untuk undang-undang dan sebagainya.

Jadi untuk tujuan ini, kita akan melancarkan apa yang disebut sebagai National AI Office ataupun Pejabat Kebangsaan Kecerdasan Buatan dan ianya akan dilancarkan dalam bulan depan 12 Disember. Tujuan kita melaksanakan ataupun melancarkan pejabat itu adalah untuk membuat kajian berkaitan dengan apakah sebenarnya struktur perundangan yang kita perlukan di Malaysia untuk kita menangani masalah yang kita dapat lihat dengan teknologi AI sekarang dan teknologi-teknologi baru yang akan datang.

Jadi saya setuju, apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi adalah satu aspek yang cukup penting. Kita kena lihat, kita semua hendak gunakan teknologi kerana ianya dapat membantu kita. Tetapi pada masa yang sama, kita kena pastikan bahawa risiko yang kita lihat wujud dengan teknologi itu dapat kita kawal, walaupun ianya scam ataupun risiko-risiko lain.

Dalam masa yang sama, kita juga tidak mahu keadaan di mana terlalu ketat peraturan yang kita wujudkan itu sehingga inovasi itu memang tidak dapat membangun. Jadi kalau kita lihat kepada contoh yang telah pun dirujuk oleh Yang Berhormat tadi Pasir Mas apa yang disebut sebagai EU AI Act.

Di situ ianya berlandaskan peraturan ataupun undang-undang, so its regulation by way of legislation. Tetapi kita juga ada modul-modul lain di mana mereka lihat kepada piawaian yang mencukupi untuk tujuan memastikan bahawa produk-produk yang dikeluarkan dengan AI itu adalah produk yang terkawal.

Di UK for example, kita dapat lihat ISO mewujudkan piawaian-piawaian tertentu yang perlu diikut dalam aspek-aspek tertentu. So jadi saya setuju dengan Yang Berhormat kita melihat dengan serius perkara ini. Kita dalam proses tiga bulan yang lalu kita mula dengan proses untuk kita mewujudkan struktur untuk National AI Office itu dan saya harap sekiranya semua berjalan dengan lancar, bulan depan kita dapat lihat AI Office Malaysia. Dan kita

draft • 3:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo

dalam proses sekarang juga bergerak ke negara-negara serantau dan juga negara global untuk melihat kalau kita boleh mewujudkan kerjasama.

Kerana AI ini adalah satu perkara yang melibatkan kita semua secara global. Saya rasa kepakaran yang kita lihat dalam negara lain kita tidak perlu untuk kita disebut dengan izin to reinvent the wheel. Kita boleh menggunakan pengalaman daripada negara-negara lain supaya kita boleh lebih cepat mencapai matlamat kita untuk memastikan bahawa kita boleh mewujudkan ekosistem di mana kita dapat membangunkan teknologi dan teknologi itu dapat digunakan untuk kebaikan negara kita. Tetapi dalam masa yang sama, kita mewujudkan satu suasana di mana penggunaan teknologi ini adalah selamat untuk seluruh negara dan rakyat kita.

draft • 3:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Mencelah. Boleh sedikit?

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Saya setuju dan ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana mewujudkan AI Office dan pada pandangan saya Yang Berhormat Menteri, cabaran kepada AI bukan sahaja faktor demografi sama ada mereka berada di bandar atau berada di luar bandar.

Tetapi faktor struktur bukan sahaja struktur perundangan tetapi struktur populasi di Malaysia, people characteristic dengan izin, sebab apa? Sebab tahun 2020 dibandingkan dengan 2022, peningkatan jumlah mereka yang saya sebutkan sebagai technological alliance nations pengasingan teknologi ini.

Mereka yang berumur 65 tahun ke atas bagaimana AI for rakyat ini akan dapat mitigate this issue. Kalau mereka berada di luar bandar, kita pasang telco tower, kita letakkan connectivity itu akan memastikan tidak ada kesenjangan berlaku. Tetapi dari segi struktur populasi ini, apabila golongan yang 65 tahun ke atas ini semakin hari semakin meningkat.

Saya bagi fakta tadi, peningkatan lebih kurang satu ke dua peratus daripada tahun 2020 ke 2022. Jadi kelompok dan syndrome technological alliance ini pengasingan teknologi ini menyebabkan ia juga akan membantut AI for Rakyat ini. Bagaimana Yang Berhormat melihat perkara ini kerana kalau kita hendak buat dari segi struktur perundangan mengambil masa. Tetapi bagaimana kita hendak address kepada golongan-golongan yang 65 tahun ke atas ini kerana ia juga akan memberi kesan kepada ekonomi. Consumer juga datang daripada mereka, itu yang pertama.

Keduanya Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, populasi kita Yang Berhormat Menteri sikit, hanya 34 juta. Tetapi kalau kita hanya mengharapkan a consumer kepada industri digital kita ini kepada tempatan domestik, saya ingat ia tidak akan mencukupi.

Bagaimana Yang Berhormat melihat kementerian Yang Berhormat boleh membantu supaya pemain-pemain industri digital kita ini mampu berada di pasaran-pasaran dunia dengan talent yang kita ada dan sudah pasti ia akan memberi kesan yang amat positif sekiranya kita boleh expend our horizon dalam peringkat global. Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua.

draft • 3:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan dan pandangan yang cukup tepat pada tempatnya. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan kedua sebelum saya beralih kepada soal alienation yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi.

Yang Berhormat, saya setuju bahawa kita kena bagi fokus kepada bagaimana kita boleh mewujudkan lebih syarikat tempatan yang dapat berdaya saing dengan syarikat- syarikat global yang besar khususnya di pasaran global. Di situ Tuan Yang di-Pertua, adalah penting untuk kita sentiasa melihat kepada perubahan teknologi di peringkat global. Apakah teknologi baru, emerging technologies yang sekarang wujud? Apakah kita lihat Malaysia sebagai satu negara yang boleh juga menceburi di dalam teknologi-teknologi tersebut dalam dua atau tiga tahun yang akan datang?

Jadi kita tidak boleh tunggu sehingga teknologi itu sampai di hadapan kita baru kita ambil tindakan. Ada keperluan, Tuan Yang di-Pertua, untuk kita cari satu cara bagaimana kita boleh membawa syarikat-syarikat kita ke pasaran global atau pun juga dalam masa yang sama membawa syarikat-syarikat global ini ke Malaysia supaya kita dapat melihat apa yang saya sebut sebagai the sharing of talent di dalam perkara-perkara tertentu.

Tuan Yang di-Pertua, saya bagi satu contoh. Baru-baru ini saya ke Barcelona, minggu lalu. Saya ke situ untuk satu acara global yang dikenali sebagai Smart City Expo World Congress. Tujuan saya ke situ, Tuan Yang di-Pertua, adalah untuk melihat apakah teknologi- teknologi baru yang dibawa oleh syarikat-syarikat berkaitan dengan smart cities. Apabila saya di situ, saya lihat ada 1,400 apa yang disebut sebagai exhibition halls, exhibition booth di mana mereka menunjukkan apakah sebenarnya teknologi baru yang akan mengembangkan konsep smart city bergerak ke depan.

Jadi tujuan kita ke situ, Tuan Yang di-Pertua, adalah bukan hanya setakat nak melihat tapi kita ke situ kerana kita nak menggunakan Malaysia sebagai platform. Kita akan membawa ke Malaysia tahun depan expo itu. Expo berperingkat dan bertaraf antarabangsa, di mana kita akan mengadakan expo itu di Malaysia dan itu adalah kali pertama expo peringkat global itu akan diadakan di rantau ini.

Apa maksud itu? Maksud itu, tahun depan kita akan lihat 1,400 atau pun mungkin lebih kerana ada satu tahun lagi dan mungkin ada teknologi baru. Kita akan lihat mereka datang ke Malaysia menggunakan Kuala Lumpur sebagai base untuk mengadakan acara ini.

Ini akan menarik banyak perhatian dan minat bukan sahaja di dalam kalangan syarikat-syarikat tempatan tapi syarikat-syarikat serantau yang membolehkan kita membina apa yang saya sebut sebagai satu titik permulaan di mana kita boleh menonjolkan syarikat- syarikat Malaysia sebagai syarikat-syarikat yang berkeupayaan di peringkat serantau dan juga peringkat global.

Ini satu saja yang saya sebut tadi, Paya Besar. Saya memang ada bergerak ke negara-negara lain dan kita memang – bukan senang kerana kita pergi ke situ kita kena lihat

draft • 3:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo

apa teknologi itu. Adakah ianya relevan kepada Malaysia? Bagaimana ianya dapat membantu?

Kemudian apabila kita di situ, kita juga membawa syarikat-syarikat daripada Malaysia ke situ, Tuan Yang di-Pertua, so that we can connect them. So, these trips are very intense, dia ni impactful dan saya rasa hasil daripada kunjungan-kunjungan ini memang menunjukkan kepada saya hasil yang cukup baik. So, we will carry on.

Kita berharap Malaysia dapat dilihat sebagai negara di mana kita ada banyak acara- acara sedemikian yang akan menarik perhatian global. Syarikat-syarikat yang melihat kepada rantau ini. Bagaimana mereka nak datang ke rantau ini? Kita lihat sekarang, kita juga ada polisi-polisi yang khusus seperti di Johor.

Kita melihat sebagai – kepada special economic zone di mana kita sekarang harap bahawa kita boleh membangunkan Johor sebagai hab berkaitan dengan teknologi data dan sebagainya. So, itu adalah aspek-aspek yang kita laksanakan. So, we are proactive untuk memastikan bahawa kita dapat membawa syarikat-syarikat tempatan kita ke pentas antarabangsa.

Keduanya, berkaitan dengan jurang digital. Yang Berhormat, saya ucapkan terima kasih kerana itu adalah satu perkara yang saya rasa harus adanya pencerahan. Yang Berhormat, dalam tahun 2018, masa itu saya jadi Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Masa itu kita lihat kepada perkembangan teknologi 5G dan sebagainya. Jadi kita dapat lihat impact connectivity terhadap kehidupan setiap rakyat.

Masa itu kerajaan memberikan tumpuan bagaimana kita dapat pastikan bahawa setiap rakyat Malaysia mempunyai akses kepada connectivity ini kerana kita tahu kalau kita dapat – mungkin kita tidak dapat bawa segala maklumat kepada seseorang itu tetapi kalau kita memberi akses kepada connectivity, *we empower our citizen.

So*, jadi itu aspek yang kita bagi penekanan. Jadi, kita mulakan masa itu apa yang disebut sebagai satu plan negara untuk memastikan bahawa no one is left out. Everyone is connected. NFCP, RM21.6 bilion diluluskan oleh Dewan ini dan kemudiannya ianya diubah kepada JENDELA. Sekarang kita lihat. Kenapa kita buat sedemikian, Tuan Yang di-Pertua?

Kita buat sedemikian kerana kita khuatir bahawa kita akan menggerakkan satu keadaan di mana kita dapat segulungan daripada rakyat, they are connected dan segulungan daripada rakyat they are not connected. So, kita nak elakkan keadaan di mana ada ketidakseimbangan di situ. Baik.

Sekarang kita ke 2024. Sekarang kita lihat teknologi baru seperti AI dan Gen AI dan bergerak ke depan I’m sure different type of technology will develop. Yang kita khuatir sekarang adalah satu keadaan di mana kita ada satu lapisan masyarakat yang menggunakan teknologi AI dan satu yang tidak. Ini akan mewujudkan sekali lagi, jurang tapi yang ini berbeza.

Kita tidak mahu satu keadaan di mana kita ada selapisan masyarakat yang memang mereka ini dapat bersaing dengan hebat dengan syarikat-syarikat dunia kerana mereka ini menggunakan dan mengadaptasi teknologi. Tapi dalam masa sama, di peringkat tempatan

draft • 3:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo

kita juga ada satu kumpulan masyarakat yang mengatakan tak apa mereka menggunakan kaedah-kaedah terdahulu.

Ini akan menjadikan kita satu negara, di mana ada ketidakseimbangan yang memang kepada saya menjadi satu perkara yang cukup serius yang perlu kita perhatikan sekarang.

Jadi, persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat cukup baik tapi bukan sekadar kita lihat kepada golongan berumur 65 ke atas. Kita ada ramai yang tahu berkenaan dengan teknologi tapi memang tak menggunakan teknologi tersebut. Saya yakin kalau saya sebut di sini berkaitan dengan ChatGPT semua tahu. Kalau saya tanya sudah gunakan aplikasi itu, mungkin setengah sudah. Kalau saya tanya sudah gunakan aplikasi itu untuk memperkasakan perniagaan kita, mungkin kurang.

Jadi kita kena lihat bagaimana kita boleh sekarang menunjukkan kepada setiap rakyat Malaysia kuasa teknologi itu? Bagaimana ia boleh dapat membantu kita supaya kita dapat elak ketirisan daripada masa dulu dan sebagainya? Gunakan peruntukan itu untuk kebaikan rakyat yang lain. Jadi itu yang menjadi tumpuan kita. How do we ensure that there is no – apa ni disebut sebagai alienation yang diperkaitkan oleh Yang Berhormat tadi.

Kementerian saya sekarang fokus kepada National AI Office. Satu daripada perkara yang kita akan lihat adalah bagaimana kita boleh pastikan that there is adoption. Maksudnya rakyat mengguna pakai. Sepertimana saya sebut, Tuan Yang di-Pertua, dalam ucapan awal tadi, kita fokus kepada tiga area.

Kita kementerian baru Yang Berhormat, so kita kena wujudkan structure, kita kena lihat hala tuju dan sebagainya yang bersesuaian dengan keperluan hari ini dan lebih penting bersesuaian dengan keperluan lima tahun yang akan datang. Jadi kita bekerjasama dengan agensi-agensi MDEC, Pengerusi MDEC juga ada sini, sahabat saya daripada Ledang, ya, bukan senang. Tapi yang kita memberi fokus itu tiga perkara.

Satu, kita nak wujudkan infrastruktur kerana kita lihat pelbagai jenis teknologi dalam dunia ini. ChatGPT, AI dan sebagainya tapi kalau tidak ada infrastructure kita tak boleh gunakan. Jadi, we have to make sure kita ada infra. Jadi, kita lihat kepada bagaimana kita boleh pastikan bahawa connectivity itu ada atau struktur yang perlu untuk mendukung teknologi itu wujud di Malaysia supaya rakyat kita dapat menggunakan teknologi itu.

Kemudian kita kena pastikan bahawa kita minta rakyat untuk datang ke depan, gunakan platform dan infrastruktur itu, kita kena memberikan keyakinan kepada mereka bahawa infra yang kita wujudkan itu adalah selamat.

Jadi, berbalik kepada soalan daripada Pasir Mas tadi berkaitan dengan scam dan sebagainya. Kita minta gunakan platform ini. Platform ini akan memperkasakan perniagaan kamu. Dia kata, “Okey. We want to use it but is it safe?” Kita ada tugas sebagai kerajaan untuk memastikan bahawa ianya selamat.

Jadi dalam keadaan itu kita telah pun bentangkan Akta Keselamatan Siber bulan Mac, kita telah pun buat pindaan kepada Akta Perlindungan Data Peribadi dalam sesi yang lalu dan dalam sesi ini, Tuan Yang di-Pertua, saya harap dalam dua minggu yang akan datang

draft • 3:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo

kita dapat membentangkan Akta Perkongsian Data yang juga melihat kepada aspek-aspek keselamatan.

draft • 3:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Tapi Yang Berhormat, kalau kita ada infra yang cukup baik bertaraf dunia, yang cukup selamat, tapi tidak ada sesiapa yang tahu menggunakan dia, ianya tidak akan membantu kita juga. Jadi, ini membawa kepada aspek yang ketiga.

Aspek ketiganya adalah bagaimana kita ini boleh develop talent, bakat untuk memastikan bahawa rakyat kita boleh menggunakan infra yang kita adakan itu dan juga sekuriti itu untuk memastikan bahawa kita dapat bersama-sama melihat nilai daripada teknologi yang akan datang. So, NAIO ataupun Pejabat Kecerdasan Buatan negara akan merujuk kepada faktor bagaimana kita boleh identify setiap sektor yang memerlukan dan bagaimana kita boleh memastikan bahawa kita lihat khusus kepada sektor-sektor tersebut supaya mereka dapat menggunakan data teknologi yang sedia ada. Yang Berhormat, ini lebih luas perbincangan dia. Tapi itu adalah satu perkara yang kita akan bangkitkan kemudian.

Tapi untuk saya memberi jaminan semua kepada Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini, memang kita lihat kepada bagaimana tidak ada sesiapa yang akan tertinggal dalam aspek ada akses kepada teknologi yang selamat supaya kita semua dapat bergerak ke depan dengan teknologi atau teknologi baharu yang saya sebut tadi. Saya harap itu dapat jawab soalan Yang Berhormat.

draft • 4:00 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Yang Berhormat, sedikit Menteri.

draft • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Pasir Mas, ya sila.

draft • 4:00 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Berkenaan dengan soal mengambil manfaat daripada digital. Itulah saya kalau boleh jika Menteri dapat jelaskan secara ringkas apa perancangan kerajaan untuk hendak menambahkan bakat digital ini kerana kita melihat pelan ini seolah-olah masih belum dapat didedahkan kepada rakyat keseluruhannya sedangkan kerajaan ada agensi seperti Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan juga kita ada program Malaysia Digital Economy Blueprint

(MyDIGITAL). Jadi, apa sebenarnya perancangan kerajaan secara ringkasnya untuk memperbanyakkan bakat digital ini supaya dapat kita ambil manfaat?

Tahniah Menteri, saya harap dapat kekal walaupun apa jua pemilihan yang berlaku dalam parti, terima kasih.

draft • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo

[Ketawa]

draft • 4:00 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Boleh tambah sikit?

draft • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Ya. Sila, sila Sri Gading.

draft • 4:00 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Okey. Terima kasih Tan Sri Speaker. Kalau kita lihat bahawa rakyat yang kata Menteri tadi bahawa jangan bimbang dari segi keselamatan maklumat dan sebagainya. Tetapi apa yang kita dapat maklumat daripada kebanyakan orang ramai menyatakan bahawa – contohnya bila hendak dibuatkan PADU, mereka takut kerana masalah pelbagailah yang dikatakan bimbang.

draft • 4:00 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Sedangkan kalau kita lihat Shopee ini, mereka berbelanja melalui Shopee dan sebagainya, mereka tak takut terutama. Keduanya, kadang-kadang kita kata rakyat tak dapat, tak biasa hendak menggunakan. Apakah langkah kerajaan yang boleh buat supaya pendedahan-pendedahan tentang AI ataupun maklumat yang berkaitan dengan internet ini supaya rakyat keseluruhan di dalam negara kita ini boleh akses dan mudah untuk dia belajar?

Terima kasih.

draft • 4:00 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Speaker, terima kasih Menteri. Saya juga mohon mungkin boleh Yang Berhormat Menteri jelaskan sambung dari apa yang disebut oleh Pasir Mas tadi berkenaan dengan bakat digital dan sekali gus juga tentang isu jurang ataupun kesenjangan di antara penerima gunaan AI ataupun lain-lain digital dengan bandar dan luar bandar.

Dalam aspek ini, kita sedar bahawa sebenarnya antara perkara penting dalam bab segi bakat ini adalah ianya perlu bermula dari awal. Adakah Yang Berhormat setuju bahawa apa yang telah dilakukan oleh agensi-agensi terutamanya MDEC sudah pun ada hubungan kerjasama di antara kementerian dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, Menteri Pendidikan pun ada sini?

Adanya bakat-bakat digital ini lahir daripada program-program yang dilaksanakan oleh agensi ini seperti MyDigitalMaker seperti juga hubungan kerjasama di antara MDEC dengan Kementerian Pendidikan Tinggi yang juga ada mewujudkan bakat-bakat baharu yang dapat dihasilkan daripada apa yang dilakukan di antara kerjasama agensi dan juga dengan kementerian. Terima kasih.

draft • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat untuk soalan-soalan tersebut. Untuk saya menjawab soalan daripada Pasir Mas dan juga Ledang, saya akan huraikan dalam ucapan saya sebentar nanti, saya akan huraikan secara terperinci semua program yang kita adakan.

Untuk – kalau boleh saya jawab soalan Sri Gading dahulu. Sri Gading, kita – bila kita lihat kepada dunia digital baharu, kita bergerak ke depan dengan harapan bahawa kita boleh membawa keyakinan terhadap seluruh rakyat untuk menggunakan platform-platform yang wujud kerana kita berpendapat dan percaya bahawa kaedah itu akan memberikan banyak manfaat kepada mereka. Mereka kalau buat perniagaan, kalau memasarkan produk di sekitar tempat tinggal mereka, pasaran ada, tapi pasaran itu tak luas.

Kalau gunakan platform, pasaran itu memang pasaran cukup luas dan kalau gunakan platform tersebut kita juga ada platform-platform pembayaran digital dan sebagainya. Ia memudah carakan proses untuk transaksi itu dijalankan. Kemudian kalau kita memberi fokus kepada logistik, ia bermaksud bahawa selepas kita memasarkan produk kita, kita membuat proses pembayaran menggunakan platform pembayaran digital. Kemudian kita juga boleh ataupun membolehkan produk yang kita beli itu dihantar terus kepada kita kerana ada sistem logistik yang mendukung ekosistem tersebut.

Jadi, ianya satu ekosistem yang kita membina. Jadi, soal yang berbangkit adalah berkaitan dengan keselamatan. Keselamatan ini dapat kita pecahkan kepada dua bahagian.

draft • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Pertama kita lihat kepada keselamatan dari sudut, keselamatan siber. Keselamatan siber bermaksud bahawa kita hendak memastikan bahawa setiap syarikat khususnya kalau kita lihat kepada syarikat-syarikat besar yang melibatkan diri dalam perniagaan yang kita perlukan setiap hari, TNB for example, telekomunikasi. Ini adalah critical network infrastructure, National Critical Information Infrastructure (NCII). Kita kena pastikan bahawa ia selamat kerana kita tahu kalau ada serangan yang berlaku dan sistem-sistem tersebut tergendala, walaupun untuk dua, tiga hari, kalau tidak ada elektrik, kalau tidak ada connectivity dan sebagainya. Ia akan membawa kesan yang cukup memudaratkan kepada bukan sahaja syarikat-syarikat perniagaan tetapi seluruh masyarakat negara.

Jadi, di situ kita lihat bagaimana kita boleh wujudkan kerangka yang memerlukan syarikat-syarikat ini untuk memastikan bahawa sistem yang mereka ada dalam syarikat- syarikat mereka itu adalah seiras dengan keperluan standard-standard antarabangsa. Itu sebab kita adakan Cyber Security Act dalam bulan Mac. Jadi, kita yakin bahawa syarikat- syarikat yang memberikan perkhidmatan yang cukup penting ini ada ikut piawaian yang kita tetapkan sebagai kerajaan dan kita dapat dan kita harap ia cukup selamat.

So, sehingga sekarang kita dalam proses mengeluarkan peraturan-peraturan dan sebagainya dan proses itu bergerak lancar dan saya harap mungkin dalam enam bulan yang akan datang, we will be able to pull out regulations across the board. Itu satu.

Kedua juga berkenaan dengan keselamatan siber. Bila kita minta orang untuk gunakan platform tersebut, mereka akan kongsi data mereka. Data itu akan dikemukakan kepada platform-platform tersebut. Mereka hendak tahu, data itu selamat kerana kalau data itu dikeluarkan dan secara – kalau berlaku ketirisan maka ianya data yang akan diperolehi oleh orang-orang yang akan salah gunakan data itu.

Jadi, Pasir Gudang kerap kali membangkitkan aspek bagaimana ada ketirisan, macam mana data itu dapat sampai ke tangan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, kemudian berlakulah scam. So kita kena lihat kepada perlindungan data peribadi. Kita telah pun mengukuhkan, memperketatkan lagi undang-undang tersebut dalam bulan yang lalu.

Kita sekarang juga melihat bagaimana kita boleh memberikan sokongan dan minta supaya setiap syarikat melihat kepada keperluan untuk data officer untuk memberikan mereka penerangan bagaimana mereka boleh mewujudkan sistem yang selamat secara siber, boleh mereka menggunakan data dan sebagainya, pastikan bahawa data itu digunakan untuk tujuan yang tertentu, tidak disalah gunakan dan tidak ada ketirisan yang akan berlaku.

So, that is one. Tetapi itu berbalik kepada soal keselamatan siber tapi aspek yang lebih besar yang kita kena lihat adalah apa yang kita sebut sekarang sebagai trust. Kerana kita perlu wujudkan satu suasana yang dapat menarik minat orang ramai supaya mereka menggunakan platform- platform yang kita ada.

Saya bagi contoh, dulu kalau kita lihat kepada satu botol, kita lihat botol minuman, minuman seperti minuman sirap for example. Kita ada label di situ, label di situ sebut ia sirap.

draft • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Kita lihat dalam botol itu kita lihat ada liquid yang colour-nya merah. Kita percayalah. Kita percaya. Tapi tahu atau tidak itu sirap atau bukan sirap. Jenis sirap yang betul tak, bukan sirap yang betul. Kita percaya kepada label tersebut dan kita bergerak di atas kepercayaan itu.

draft • 4:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Soal sekarang, kalau – Kita kena pastikan bahawa label itu memang betul. Itu satu perkara yang kita kena lihat. So bagaimana, how do you trust a system? So kita kena pastikan bahawa bila kita mula menggunakan LLM dan sebagainya. Esok kita akan ada apa ini, apa yang disebut sebagai dizzle agents. Kalau kita nak kerja, kita masuk ke kementerian, kita tanya soalan, dia bagi jawapan. Dia akan hantar kepada kita dokumen dan sebagainya.

Bagaimana kita tahu dokumen itu adalah autentik? Ianya berdasarkan kepada maklumat yang betul, sahih yang telah disahkan oleh agensi atau kementerian tersebut.

Ini aspek yang kita kena — lapisan dia memang banyak. Tapi kita kena bermula kerana kita tahu, kalau kita tidak dalam keadaan untuk pastikan setiap langkah ataupun setiap lapisan itu, kita dapat mengesahkan bahawa ia autentik, maka akan wujudnya satu keadaan di mana rakyat tidak akan meyakini sistem tersebut. So, ini disebut sebagai zero trust ya. Kita have to make sure that every single layer is something. So, ia lebih luas. Ia akan mengambil masa. Ini sebab kita mewujudkan National AI Office. Ia satu office yang akan — saya lihatlah akan mempunyai tanggungjawab yang cukup besar. Jadi, bergerak ke depan.

Saya harap bahawa kita semua faham bahawa aspek-aspek ini memerlukan masa.

Kita perlu membawa seluruh rakyat bersama dengan kita dan disebut tadi, PADU. Itu satu contoh di mana banyak persoalan dibangkit dan sebagainya. Jadi, proses kita nak meyakinkan ini sangat penting ya. Kita tidak boleh menggunakan pendekatan di mana kita roll out, kemudian kita terus memaksa semua untuk menggunakan.

Ini tidak, saya rasa satu kaedah yang betul. Yang betul, kita kena membawa bersama semua rakyat, kita explain apa sebenarnya kita nak buat. Dengar kepada feedback yang kita dapat dan tengok bagaimana kita dapat memperkukuhkan, memperbaiki. Ini adalah satu perjalanan bersama. Kita kena dikatakan, whole of nation approach untuk kita menjayakan dia. Saya harap itu lebih kurang jawapan yang saya berikan.

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan untuk datang ke soalan tadi. Sebelum itu, kalau saya boleh teruskan ucapan saya, saya akan datang ke tempat berkaitan dengan bakat nanti.

Tuan Yang di-Pertua, aspek ketiga yang dibangkitkan adalah aspek berkaitan dengan pembangunan pusat data.

Isu pembangunan pusat data dan usaha kerajaan meningkatkan potensi limpahan ekonomi menerusi pembangunan pusat data telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tebrau, Bangi, Batu Pahat, Simpang Renggam, Subang dan juga Kluang. Sehingga Oktober tahun ini Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 10 pusat data telah beroperasi dan tujuh lagi dalam proses pembangunan di negeri Johor.

draft • 4:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Kerajaan Johor kini sedang meneliti 36 permohonan bagi pembangunan infrastruktur pusat data di negeri tersebut. Kerajaan sentiasa mengimbangi keperluan pembangunan pusat data dengan potensi kawasan untuk pertumbuhan ekonomi yang lebih luas.

Perancangan kawasan khusus untuk pusat data seperti Zon Ekonomi Khas Johor- Singapura (JS-SEZ) bertujuan Tuan Yang di-Pertua, untuk memaksimumkan limpahan ekonomi dengan menarik pelaburan teknologi tinggi yang mampu menjana pekerjaan pendapatan tinggi untuk rakyat Malaysia. Sepertimana saya sebut tadi Tuan Yang di-Pertua, fokus diberikan, kita nak pastikan bahawa kita bawa pelaburan ini dan masa sama, pelaburan ini membekalkan peluang pekerjaan...

draft • 4:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Yang Berhormat Menteri.

draft • 4:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo

...untuk rakyat tempatan kita dan saya telah pun memberi satu contoh tersebut. Kita telah pun maklum, umumkan lebih kurang 5,000 pekerjaan, sehingga sekarang lebih daripada 3,900 pekerjaan tersebut telah pun diwujudkan.

Dasar kerajaan juga memberi penekanan kepada latihan dan pembangunan kemahiran bagi memastikan warga tempatan dapat memanfaatkan peluang pekerjaan dalam sektor teknologi ini. Pelaburan dalam pusat data Tuan Yang di-Pertua, merupakan pelaburan berimpak tinggi yang dapat memacu pertumbuhan ekonomi dalam pelbagai bidang. Ia tidak hanya terhad kepada peluang pekerjaan separuh mahir atau buruh, tetapi juga melibatkan fasa pembangunan infrastruktur yang memerlukan tenaga kerja mahir dalam bidang pembinaan telekomunikasi, kabel dasar laut dan tenaga elektrik.

Setelah pusat data beroperasi Tuan Yang di-Pertua, tenaga mahir diperlukan untuk pengendalian, penyelenggaraan, pengurusan data, pentadbiran rangkaian, keselamatan siber dan penyelesaian inovatif. So, dengan adanya pusat-pusat data ini memang banyak lagi peluang pekerjaan lain akan diwujudkan sepertimana saya sebut tadi Tuan Yang di- Pertua.

Pusat data berfungsi sebagai nadi untuk perkhidmatan pengkomputeran awam dan teknologi baru muncul seperti AI, data raya (big data), rantaian blok (blockchain) dan juga Internet of Things (IoT). Kebanyakan industri di Malaysia kini telah mula menggunakan perkhidmatan tersebut, sekali gus menggalakkan pertumbuhan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada syarikat di Malaysia seperti pembekal perkhidmatan digital dan software access service.

Limpahan ekonomi ini Tuan Yang di-Pertua, juga akan memberi manfaat kepada firma-firma seni bina, perunding pengurusan, kontraktor elektronik, penyedia-penyedia heating ventilation and air conditioning, pakar rangkaian dan keterhubungan, syarikat keselamatan dan perkhidmatan pengurusan kemudahan.

Selain itu, syarikat tempatan berpeluang memperoleh kontrak dan perkongsian dengan pusat data dan penyedia perkhidmatan pengkomputeran awam serta dapat meningkatkan hasil dan pertumbuhan positif di dalam ekonomi negara. Jadi, di situ kita dapat lihat selain daripada mewujudkan peluang pekerjaan, selain mewujudkan jenis pekerjaan yang baharu dan peluang pekerjaan untuk sektor-sektor itu, kita juga melihat bagaimana di

draft • 4:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo

dalam kita memeterai perjanjian dengan syarikat-syarikat data ini, terdapat apa yang disebut sebagai transfer of talent ataupun partnerships dengan syarikat-syarikat tempatan di dalam aspek ini Tuan Yang di-Pertua.

Kementerian juga menyambut baik akan cadangan Yang Berhormat Bangi untuk kerajaan menjalin kerjasama antara pusat data dan pembangun kandungan digital permainan, khususnya game developer. Kementerian Digital menyedari keperluan untuk menyokong industri kreatif digital agar lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, tadi ada Yang Berhormat yang hendak tanya soalan.

draft • 4:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Saya, saya, saya. Ada sini.

draft • 4:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Saya minta maaf. Sila, sila.

draft • 4:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Maaf Menteri.

draft • 4:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Sila Tebrau.

draft • 4:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Saya cukup tertariklah dengan apa yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri tentang limpahan ekonomi terhadap pusat data.

Seperti sedia maklum, pusat data ini banyak di Selangor dan khususnya di Johor. Tapi apa yang saya nampak ini, pusat data ini, kita tidak boleh dia dijadikan sebagai satu gudang digital saja. We are not a dumping ground hanya untuk digital.

Maka, sebenarnya macam mana kita nak pastikan limpahan itu betul-betul ada dan bukannya hanya kepada segelintir saja. Bagaimana kita nak pastikan content ataupun macam mana pusat data ini boleh mungkin tak dia tubuhkan akademikah ataupun animation studio kah? Macam mana dia boleh lebarkan data center ini dan bukan hanya sebagai satu gudang saja?

Masalahnya Menteri, saya kena jujur ini ya, saya kasi contoh. Sebab data sendiri dia guna banyak air dan tenaga. Bila tenaga ini disalurkan kepada data center, apa yang berlaku di Pasir Gudang, di kawasan Tanjung Langsat, banyak kilang sekarang yang tak boleh bermula operasi. Kilang ini boleh bakar, boleh mewujudkan pekerjaan 500,000 dalam manufacturing plan dia. Tapi sebab data-data center ini, kita terpaksa kita bagi mereka dulu.

Itu satu.

Dua, penggunaan air. Potable water, air terawat. Kita guna air terawat untuk data center. Apa akan jadi satu hari kalau tiba-tiba Johor tak ada air, rakyat marah tapi data sana dapat air? Macam mana kita nak jawab pada rakyat? Saya nampak data center ini kena ada satu guideline yang lebih clear. Contohnya, kenapa mereka tak boleh guna air terawat daripada kilang mereka sendiri ?Tak payah guna potable water. Benda-benda ini saya harap Kementerian Digital boleh selaraskan dengan MITI untuk pastikan satu, penggunaan sumber kita dengan terbaik. Kedua, limpahan ekonomi itu kena ada.

Ketiga, saya nak tambah. Lokasi mereka. Semua data center ini dia terletak di lokasi yang sangat prime. Kalau bukan sekarang pun, dah lima, 10 tahun kemudian dia akan jadi tempat yang sangat prime land, dia suburban. Bila masa itu kita nak buat rezoning area, dia akan di tengah-tengah. Adakah itu akan juga affect out town planning juga pada masa yang akan datang? Terima kasih Menteri.

draft • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sebelum itu Menteri, agak-agak berapa minit Menteri perlukan sebelum closing?

draft • 4:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Kalau nak habiskan, banyak lagi Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

So, how much minute?

draft • 4:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo

At least another half an hour to 45 minutes.

[Ketawa] Tadi saya penjelasan yang banyak...

draft • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Beginilah Menteri.

draft • 4:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Saya boleh bagi...

draft • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri jawab yang penting-penting. Yang lain-lain itu, jawab secara bertulis. Can I give you five minutes?

draft • 4:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Aduh, okey.

draft • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Lima minit ya.

draft • 4:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Ini teknologi punya masalah ini. Lima minit, boleh.

draft • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Lima minit ya.

draft • 4:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Baik, baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, sahabat saya daripada Tebrau membangkitkan satu perkara yang saya rasa harus kita memberi tumpuan. Bila kita memujuk syarikat-syarikat besar, gergasi daripada global untuk datang ke Malaysia khususnya untuk mewujudkan pusat data, memang kita perlu melihat kepada bagaimana pelaburan itu dapat memanfaatkan ekonomi tempatan kita.

draft • 4:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Itu basic. Bila kita mulakan perbincangan, itu aspek yang kita beri penekanan. Kita tahu perlunya pusat data itu. Kita tahu betapa pentingnya kita ada pusat-pusat data untuk kita memastikan bahawa kita boleh wujudkan ekosistem yang boleh menyediakan negara kita untuk teknologi-teknologi akan datang. So, that’s something that we need to look at as well. Jadi, pendekatan yang diambil oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang saya cukup setuju itu, it’s very actively pursuing bagaimana kita boleh pastikan bahawa bila ada pelaburan tersebut itu, kita dapat melihat kesan kepada ekonomi tempatan kita. Peluang- peluang pekerjaan, satu. Saya setuju. Kita pastikan bahawa kita mewujudkan keadaan- keadaan di kawasan perkilangan tersebut yang mewujudkan pekerjaan. Saya telah huraikan tadi dalam ucapan saya, the actual type of jobs that we are look at. Nombor dua, kita juga kena lihat kalau boleh dan apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi berkaitan dengan — Kalau saya bagi contoh ya. Kita ada animation hub atau deference hub that we see even in Johor Bahru sekarang. Ada ramai daripada pelabur- pelabur ini yang apabila melihat Malaysia sebagai satu lokasi pelaburan, mereka bincang dengan kita bagaimana mereka boleh juga membawa pelaburan-pelaburan lain, pelaburan- pelaburan yang memerlukan pusat data, yang pelaburan itu juga akan mewujudkan peluang pekerjaan di dalam bidang-bidang tertentu tersebut. So, ini adalah perbincangan yang sering kali kita adakan ya.

draft • 4:20 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Betul, Menteri. Sebab sekarang kita hanya nampak dia letak pusat data sahaja. Kalau awak boleh gunakan itu as place dan kembangkan itu dengan industri lain, saya rasa itu boleh kita buat.

draft • 4:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Betul, betul. Tetapi kerap kali mereka bukan adakan perniagaan lain itu di sekitar syarikat itulah atau kilang itu, mereka adakan di tempat-tempat lain. Tetapi titiknya, the important line is that kita memang adakan perbincangan- perbincangan tersebut. Ini memang dilaksanakan oleh MITI khususnya MIDA dan kita memastikan bahawa tidak ada peluang untuk apa yang disebut sebagai ekonomi tempatan kita tertinggal apabila kita membuat keputusan-keputusan tersebut untuk menarik pelaburan yang besar ini ke Malaysia.

Kemudian, aspek yang dibangkitkan berkaitan dengan air dan tenaga. Saya setuju itu satu perkara yang kita lihat. Ada polisi yang telah pun kita wujudkan untuk memastikan bahawa kita ada keperluan tenaga yang mencukupi. Walaupun kita ada pelaburan-pelaburan tersebut, kita juga telah pun melihat kepada bekalan air, memastikan bahawa kita ada bekalan yang mencukupi walaupun kita ada pelaburan-pelaburan tersebut.

Jadi, oleh itu tidak perlu untuk kita bimbang akan wujudnya satu kekurangan sepertimana yang disebutkan. Tetapi dalam masa yang saya, kita kena pastikan planning kita untuk ke masa depan. Bagaimana kalau ada lebih pelaburan sebegini rupa, bagaimana kita boleh menyediakan negara kita untuk memastikan bahawa tidak akan berlaku kekurangan tenaga dan air oleh sebab ada pelaburan-pelaburan seperti ini.

Aspek terakhir yang ditanya tadi Yang Berhormat, ada berkaitan dengan lokasi tempat-tempat pusat data ini. Ini adalah di dalam bidang kuasa negeri. So, sepertimana Yang Berhormat tahu, di Johor and Johor State Government very aggressively pursuing policies for this. Very good. Saya telah pun bincang dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor.

Baru dua minggu lalu saya ke situ untuk satu pelancaran. Saya lihat memang Yang Amat Berhormat memang prihatin and right on track, bagaimana mereka boleh pastikan bahawa planning itu ada untuk memastikan bahawa dalam masa yang akan datang itu kita dapat melihat bahawa tidak ada masalah dengan kita ini mendirikan pusat-pusat data sepertimana disebut.

So, memang Yang Berhormat, saya menerima cadangan Yang Berhormat. Saya juga akan bawa ke depan dan kita lihat bagaimana kita boleh bekerjasama untuk memastikan bahawa pelaburan-pelaburan itu mencapai kebaikan untuk rakyat. Dalam masa yang sama, kita juga lihat negara kita mengembang dari sudut pelaburan yang kita perlukan.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bergerak ke depan atau ada apa-apa soalan lagi sebelum saya...

draft • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya cadangkan Yang Berhormat tulis kepada mereka, memberi jawapan-jawapan yang bertulis kerana kita ada dua kementerian lagi.

draft • 4:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Baik. Tuan Yang di-Pertua, saya lihat...

draft • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tiga sebenarnya.

draft • 4:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya hanya berakhir dengan satu aspek yang dibangkitkan oleh Pasir Gudang dan juga Yang Berhormat daripada Ledang tadi?

draft • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 4:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Very quickly. Tuan Yang di-Pertua, persoalan yang dibangkitkan tadi adalah berkenaan dengan apakah sebenarnya program-program yang wujud untuk memastikan bahawa perkembangan teknologi tidak memberikan kesan jurang yang lebih besar di antara rakyat bandar dan luar bandar dan program-program yang telah pun kita sediakan dan laksanakan untuk tujuan tersebut.

Daripada aspek pendidikan dan latihan, kerajaan telah pun melaksanakan beberapa inisiatif. Tetapi sebelum saya mulakan yang itu, saya hendak bagi tahu juga Dewan ini bahawa banyak perbincangan diadakan di antara kementerian saya dan juga Kementerian Pendidikan. Bagaimana kita dapat pastikan bahawa kita ada pendidikan yang mencukupi untuk memastikan bahawa rakyat negara ini bersedia untuk teknologi-teknologi baharu ini.

Inisiatif-inisiatif yang telah pun membantu di dalam perkara ini, saya sebut. Pertama, Inisiatif MyDigitalMaker. Ini saya pasti Ledang memang dia tahu. Dia Pengerusi MDEC.

Program ini bertujuan Yang Berhormat Pasir Mas, untuk memupuk minat serta inovasi dalam teknologi digital dalam kalangan pelajar sekolah bagi melahirkan generasi dari pengguna teknologi kepada pengeluar teknologi. So, ia satu proses. Kita mula dari sekolah dan ia berterusan sehingga mereka boleh menjadi pengguna teknologi dan kemudiannya juga pengeluar teknologi.

Sejak dilancarkan pada bulan Ogos 2016 sehingga September tahun ini Tuan Yang di-Pertua, seramai 2.6 juta orang murid di Malaysia telah mengambil bahagian dalam aktiviti- aktiviti pembuatan digital termasuklah perakaunan, robotik-robotik, pembangunan aplikasi, analisis data, pengoperasian dron dan banyak lagi.

Keduanya Tuan Yang di-Pertua, kita ada Premier Digital Tech Institutions ataupun kita secara ringkas sebut sebagai PDTI di peringkat pengajian tinggi. Tuan Yang di-Pertua, kementerian telah melaksanakan program Premier Digital Tech Institutions yang bertujuan untuk mengiktiraf dan menaik taraf IPT ya, institusi pengajian tinggi yang cemerlang dalam pelaksanaan dan penggunaan teknologi digital serta melahirkan graduan berkualiti tinggi bertepatan dengan kehendak industri khususnya dalam bidang sains komputer.

Sejak tahun 2017 sehingga bulan September tahun ini Tuan Yang di-Pertua, sebanyak tujuh IPTA, 10 IPTS dan tujuh politeknik telah dianugerahkan status Institusi Premier Teknologi Digital. Lebih 60,000 orang graduan telah dilahirkan daripada fakulti-fakulti di institusi yang diiktiraf sebagai PDTI melibatkan sebanyak 42 fakulti dan jabatan terpilih.

Ketiganya Tuan Yang di-Pertua, kita ada MD Workforce movement. Sehingga bulan Ogos 2024 tahun ini, seramai 52,907 individu telah mendapat manfaat daripada inisiatif- inisiatif yang telah dijalankan di bawah MD Workforce movement meliputi keselamatan siber, data analisis, pengkomputeran awam dan kecerdasan buatan yang mana sebahagian besar

draft • 4:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo

daripada mereka disasarkan untuk memenuhi keperluan industri pusat data dan teknologi yang lain.

Daripada aspek peluang perniagaan dan keusahawanan digital Tuan Yang di-Pertua, inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kementerian, saya berikan secara ringkas. First, we have melalui MDEC, program eUsahawan. Melalui program eUsahawan, rakyat luar bandar Tuan Yang di-Pertua, boleh menjalankan perniagaan kecil melalui platform e-dagang seperti Shopee, Lazada dan Facebook Marketplace.

Mereka boleh memasarkan produk tempatan seperti hasil pertanian atau juga kraf tangan ke pasaran yang lebih luas termasuk ke bandar-bandar besar dan juga luar negara.

Sejak tahun 2015 sehingga bulan September 2024 Tuan Yang di-Pertua, lebih 590,000 usahawan telah dilatih dengan impak jualan terkumpul yang direkodkan sebanyak RM1.28 bilion.

Kemudian, kita ada kempen Jelajah Saya Digital (JSD) yang diperkenalkan sejak tahun 2021 untuk mendedahkan rakyat kepada pelbagai inisiatif ekonomi digital. Kempen ini diadakan di 82 lokasi seluruh dunia. Selalunya diterajui oleh Pengerusi MDEC dan telah memberi manfaat kepada seramai 51,786 individu dalam mendalami ilmu asas literasi digital dan seterusnya akan disalurkan untuk mengikuti program-program pelanjutan pendigitalan mengikut kemahiran dan minat mereka.

Tuan Yang di-Pertua, MDEC menyasarkan seramai 40,000 peserta akan terlibat secara fizikal dan empat juta orang akan terlibat secara dalam talian dalam kesinambungan siri Jelajah Saya Digital pada tahun ini dengan kerjasama agensi seperti SKMM, MYNIC, MIMOS Berhad serta pemain industri dalam ekosistem digital negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya ada banyak lagi, tetapi saya akan beri jawapan secara bertulis. Saya ingin mengucapkan dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada setiap Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian di dalam perbahasan ini dan juga memberi cadangan kepada kementerian bagaimana kita boleh memperbaiki pendekatan kita bergerak ke depan.

draft • 4:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya akan berikan jawapan bertulis kepada mereka yang saya tidak sempat jawab dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih Menteri Digital. Seterusnya, saya menjemput Menteri Kesihatan. Silakan. 45 minit.

draft • 4:30 PM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera semuanya. Salam Malaysia MADANI.

Pertama-tamanya Tan Sri Yang di-Pertua, saya rakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada 56 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam

draft • 4:30 PM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan tahun 2025 dan telah pun membangkitkan antara lainnya 92 isu yang terkait dengan Kementerian Kesihatan bermula dengan Bagan, Bandar Kuching, Bangi dan berakhir dengan Tebrau, Temerloh dan Wangsa Maju. Terima kasih sekali lagi semuanya.

Tan Sri Yang di-Pertua, saban hari muncul pelbagai keluhan orang ramai sama ada di media sosial ataupun di lapangan berkenaan isu-isu terkait KKM. Tan Sri Yang di-Pertua, keluhan mereka itu ada benarnya. Oleh itu, KKM amat berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana menyediakan peruntukan yang kedua terbesar berbanding kementerian lain dalam Belanjawan 2025 ini Tan Sri Yang di-Pertua, sejumlah RM45.27 bilion ataupun bersamaan dengan peningkatan 9.83 peratus. Terima kasih Menteri Kewangan, terima kasih sahabat saya Menteri Kewangan (II), KSP dan semua team MOF, Tan Sri.

Ini menunjukkan komitmen besar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan dalam menerajui Kerajaan MADANI ini dan saya boleh menyebutkan sedikit perinciannya. Peningkatan belanjawan, peruntukan mengurus sahaja 9.6 peratus peningkatan bersamaan dengan RM30.38 bilion dan peruntukan pembangunan sebanyak RM670 juta ataupun RM0.67 billion, dengan izin, 11 peratus ya dan peningkatan keseluruhan sebanyak RM4.05 bilion Tan Sri Yang di-Pertua.

Belanjawan kali ini akan secara tuntas ia mendepani cabaran-cabaran semasa sekali gus ia mempersiapkan seluruh angkatan KKM untuk melalui sebuah transformasi dan mempertingkatkan transformasi demi menyampaikan perkhidmatan yang lebih baik dan menyeluruh kepada rakyat Malaysia.

Pada kesempatan ini saya akan terangkan bagaimana peruntukan yang disediakan akan meningkatkan lagi natijah kesihatan dengan antara lainnya mengekang penularan penyakit tidak berjangkit atau hari ini disebut sebagai pandemic chronic diseases atau NCDs

(non-communicable diseases) dengan izin, Tan Sri.

Keduanya, membina modal pembiayaan kesihatan yang lebih mapan untuk mengekalkan perkhidmatan yang inklusif dan juga universal, dengan izin UH untuk mencapai UHC (universal health coverage) itu. Among terbesar itu.

Ketiga, melahirkan lebih ramai lagi pakar perubatan.

Keempat, membaik pulih, menaik taraf dan membina baru fasiliti-fasiliti kesihatan untuk menyampaikan perkhidmatan lebih dekat kepada rakyat, closer to home, dengan izin.

Kelima, mengembangkan inisiatif pendigitalan dan dalam membuat demikian, insya- Allah tidak mengabaikan malah meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan petugas kesihatan seluruhnya.

Bagi memperkasa perkhidmatan kesihatan awam melalui perkongsian pintar berdasarkan pendekatan seluruh kerajaan atau dengan izin, whole of government, saya dengan penuh sukacita ingin menekankan bahawa kerajaan dengan kerjasama syarikat pelaburan berkaitan kerajaan GLIC, dengan izin, government-linked investment company akan memperkenalkan inisiatif Rakan KKM ataupun Rakan KKM partnership dengan modal

draft • 4:30 PM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

pemula setaraf sebanyak RM25 juta Tan Sri. Rakan KKM akan menyediakan pilihan perkhidmatan berbayar dengan kadar yang munasabah bermula dengan lima hospital KKM terpilih seperti Hospital Cyberjaya.

Antara lain, tujuan ini adalah untuk menarik pelaburan ke dalam MOH khasnya daripada istilahnya tadi yang saya gunakan GLIC. Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan mengekalkan dengan revenue yang kita akan generate. Kita akan mampu mengekalkan petugas pakar, petugas-petugas KKM antara lainnya pakar-pakar dan juga termasuk semua, termasuklah jururawat-jururawat yang hari ini ramai juga yang meninggalkan kita across the causeway Tan Sri.

Akhir sekali adalah untuk benar-benar dapat meningkatkan sama ada kepada kumpulan B40 dengan kita mengembangkan lagi dengan dana yang kita generate itu untuk B40 ataupun fasiliti-fasiliti asas ataupun fasiliti-fasiliti MOH dan dengan juga meningkatkan apa yang diistilahkan hari ini dengan premium ataupun premium economy facility untuk M40 dan seterusnya.

Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya saya akan menjawab soalan-soalan Ahli-ahli Yang Berhormat yang dibangkitkan...

draft • 4:30 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Boleh minta penjelasan?

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya, sila. Bandar Kuching sahabat saya.

Ya.

draft • 4:30 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Terima kasih Menteri Kesihatan dan tahniah kepada peruntukan kedua besar kepada Kementerian Kesihatan. Memang amat diperlukan dalam reformasi dan sistem kesihatan kita.

Saya hendak tanya sedikit tentang Rakan KKM ini. Memang saya rasa ini satu pendekatan yang sangat baik. Saya memang menyokong sebab pendekatan public private partnership untuk mengukuhkan sistem kesihatan kita. Tetapi, saya cuma hendak tanya secara terperinci, apakah mekanisme implementasi KKM ini?

Adakah ia berbeza dengan FPP yang sedia ada di beberapa hospital seluruh negara?

Apakah perbezaan? Bagaimana kita dapat mengendalikan contohnya kelemahan dalam FPP sistem di mana contohnya salah guna kuasa, salah guna masa oleh doktor-doktor pakar untuk merawat FPP dan tidak merawat rakyat biasa? Jadi, apakah perbezaan? Jika ada perbincangan ataupun satu arrangement dengan GLIC tersebut, memang saya menyokong.

Tetapi adakah ada satu perjanjian yang telah ditandatangani tentang GLIC? Apakah expectation between two parties? Ini kerana kita juga secara...

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

...Philosophically tidak boleh menggunakan resources of government untuk menjana pendapatan..

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih YB Bandar Kuching. Saya sangat memahami. Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Saya ingin bertanya Menteri Kesihatan.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih sahabat saya Bandar Kuching yang sangat peka dengan hal ini.

Pertamanya, istilah public private itu sudah silap. Saya sebutkan ia adalah GLIC – government-linked investment company. Maka, dengan kata lain ia bukan PPP sebenarnya.

Ia adalah apa yang diistilahkan dengan kerjasama MOH dengan sebuah government-linked investment company. Ia bukan private lalu penswastaan. Sama sekali salah ataupun tersasar kalau amatannya begitu ya.

Kedua, Tan Sri, kalau hendak jawab soalan ini sahaja Tan Sri, saya akan memakan masa dua tiga minit juga tapi saya sangat berminat untuk jawab. Cumanya saya khuatir kepada masa ya. Apa pun saya telah menulis dalam mutakhir ini, dalam majalah The Edge, “Raising the Ceiling and Raising the Floor”, dalam hal yang saya telah huraikan. Itu adalah untuk maybe upper and middle society.

Tetapi, apa pun saya mudahkan begini. Ia bukannya private wing ataupun full paying patient yang dilaksanakan oleh sama ada MOH mahupun MOHE, Bandar Kuching ya. Ia adalah a partnership daripada – ia adalah partnership dalam tiga ataupun empat komponen itu. Pertama adalah MOH itu sendiri. Maksud MOH ini dia adalah pakar-pakarnya. This is why it is very specialist driven and HCW driven, staff driven. Itu satu.

Keduanya adalah MOH itu sendiri sebagai sebuah kementerian. Ketiga adalah satu investor yang namanya adalah syarikat-syarikat terkait kerajaan yang dikatakan kelak syarikat-syarikat pelaburan. Apa yang kita – ringkasnya adalah untuk – berbeza dengan private wing yang menggunakan dana dari consolidated fund, wang yang diberikan daripada cukai. Ini adalah satu keyakinan pelabur yang jujurnya kami telah pun mendapat keyakinan daripada KWSP ataupun EPF yang akan memberikan – yang akan membuat pelaburan ini.

Justeru, kerana keyakinan mereka bahawa kita mampu untuk melaksanakan dengan kerjasama our specialist, our team, our healthcare team untuk dengan tidak menggunakan wang yang diberikan oleh kerajaan iaitu wang taxpayers’ money. Ia adalah untuk membangunkan satu fasiliti yang dianggap sebagai premium ekonomi, khasnya untuk golongan-golongan yang mampu membayar dan sekali gus kita akan mendapatkan revenue yang mana dengan fasiliti yang dikendalikan oleh pakar-pakar kita yang mungkin juga mereka akan ke mana-mana fasiliti swasta kalau tidak ada kita punya fasiliti-fasiliti Rakan KKM ini.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Mereka juga akan bekerja di swasta, that is permitted. Tetapi mereka bersedia dan kita telah membuat semakan bahawa pakar-pakar kami dalam satu kajian 95 percent bersedia untuk bekerja dalam Rakan KKM. Dengan kata lain mereka tidak mengambil waktu yang lebih kerana mereka ada memang ada peruntukan untuk mereka bekerja di swasta.

Maka mereka memilih untuk bekerja dengan KKM. Itu pentingnya ya.

Ketiganya adalah apa pun revenue yang kita generate itu akan kita antara lain dapat mengekalkan pakar-pakar kita kerana kita boleh membayar dengan lebih. So, we retain our specialist dan juga kita boleh membuat pelaburan cross-subsidized our facilities di hospital MOH.

draft • 4:40 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

[Bangun]

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Pastinya kita akan dapat insya-Allah, kita sangat penting dalam hal ini, the governance and the practice itu yang paling mustahak supaya kita tidak mengulangi kesilapan-kesilapan dan kekurangan-kekurangan yang kita saksikan dalam amalan private wing dengan izin, minta maaf saya terpaksa menyebutkan ini kerana ini adalah antara perkara yang mendorong kita untuk mewujudkan Rakan KKM yang berbeza daripada private wing, full-paying patient (FPP).

draft • 4:40 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Dengan izin.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Saya takut untuk...

draft • 4:40 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Satu poin sahaja.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Sila-sila.

draft • 4:40 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Satu poin sahaja, memang saya menyokong inisiatif ini dan memang satu game changer kalau dilaksanakan dengan baik.

Cuma, kebimbangan. Saya setuju ini bukan private tetapi kebimbangannya contohnya GLIC ini juga perlu menjawab kepada their board of members, kena menjawab kepada investors and basically their fund managers. So, ada kebimbangan ini jika tidak dilaksanakan atau diimplementasikan dengan baik, there may be some element of privatization. Saya menyokong tapi kita kena kendalikan kebimbangan ini.

Jadi, the other option is – I understand how other prices determined di Rakan KKM ini, adakah kita kena membina ekosistem contohnya more transparent pricing of medicine, more transparent pricing of treatment yang akan ada kesan kepada private sector juga.

Adakah ini ekosistem yang akan diperkukuhkan sebelum implementasi Rakan KKM ini?

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya, saya ingat perkara itu memang kita telah menjawab end-to-end. Saya mungkin ini bukan pentasnya untuk saya melanjutkan bicara dan perbahasan ini. Semua ini telah kita jawab. Elemen privatization itu pun tidak timbul Bandar Kuching. Jadi kita telah sebenarnya mendapat satu dari sudut mechanics dan mekanisme untuk melaksanakan ini perjumpaan bilateral antara KKM dan juga MK (II) dan MOF kita telah laksanakan dan kita sudah pun membincangkan perkara ini dengan sangat detail. Dan dari sudut pricing dan semuanya itu kita pun ― peluang kita untuk benar-benar memajukan satu yang diistilahkan sebagai value-based healthcare system. Susah untuk private facility Tan Sri untuk kita memaksa mereka ataupun notch them dengan izin untuk mengasak mereka untuk mengamalkan ini. Tapi dengan kita melaksanakan...

draft • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sedar-sedar melihat masa itu. Saya ingat Menteri boleh move. Dah hampir 15 minit dah.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya, saya ingat saya nak pergi― maaf 15 minit. Bandar Kuching kita boleh bersembang di luar lagi ya. Baik, terima kasih. Ini rakan- rakan ramai yang tunggu ini. Rakan-rakan ramai yang tunggu. Jadi saya teruskan, ada yang menyebutnya begini dan saya akan menjawab. Pertamanya ialah dari segi pencegahan penyakit tidak berjangkit NCD dulu, kita jawab dulu Tan Sri.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya, KKM mengucapkan terima kasih kepada ― atas saranan YB Wangsa Maju agar kerajaan menambah dana bagi menjalankan aktiviti-aktiviti pencegahan terutama pencegahan penyakit-penyakit tidak berjangkit ini.

Untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat YB Wangsa Maju khasnya, KKM sedang melaksanakan transformasi sistem kesihatan dengan memberikan penekanan kepada perkhidmatan preventif dan promotif di semua peringkat terutama dari sudut ― semua peringkat melibatkan apa yang diistilahkan hari ini sebagai model healthcare sebenarnya daripada hanya merupakan reactive, curative, hospital-based care. Kita menekankan aspek preventif, aspek promotif, aspek prediktif, aspek menekankan well-being, wellness. Itu yang paling mustahak. Kalau tidak we’ll always be in crisis dengan izin.

Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan memperuntukkan tambahan dana RM74 juta bagi tahun 2024 ke 2026 untuk melaksanakan inisiatif perangi gula (war on sugar) yang telah pun diluncurkan oleh Tan Sri Speaker sendiri baru-baru ini dan masih lagi dalam program ini hingga 14 hari bulan menggunakan whole-of-nation ataupun whole-of-society approach. Kita akan hanya dapat melaksanakan semua ini andainya kita mengambil dan menggembleng seluruh tenaga dalam pendekatan whole-of-society dengan izin, Pelan Strategi Mengurang Gula di Kalangan Rakyat Malaysia 2024 dan 2030.

Bagi menjawab YB Tebrau, Kluang, Betong, Kuala Langat dan juga Segamat tentang hal ini, sukacita saya sebutkan bahawa kadar duti eksais bagi minuman bergula dengan izin sugar sweetened beverages (SSB) cukainya SSB tax akan dilaksanakan secara dua fasa.

Fasa tahun ini 2025 dan 2026 sebanyak 40 sen seliter. Hasil daripada cukai ini akan juga dapat kita ― so, maksudnya hari ini 50 cent per liter 50 sen naik ke 90 sen per liter.

Ia untuk antara lainnya mengukuhkan rawatan kencing manis ataupun diabetes mellitus Type 2 dengan izin menggunakan ubat SGLT2 inhibitors di hospital dan di klinik-klinik KKM seluruhnya kerana ubat-ubat ini ataupun SGLT2 ini punya kelebihan antara lain dapat mengurangkan serangan jantung, mengurangkan berat badan dan mengurangkan apa yang dikatakan sebagai kegagalan buah pinggang atau end-stage renal failure dengan izin.

Bagi menggalakkan pihak vendor penjual air memperkenalkan lebih banyak minuman kurang manis dalam pasaran seperti dibangkitkan YB Tebrau dan Kluang. KKM sedang memperkasakan dan memperluaskan lagi program logo Pilihan Lebih Sihat ataupun The Healthier Choice Logo ataupun dengan izin HCL. Program HCL ini The Healthier Choice Logo yang lebih sihat antara lainnya kerana dikurangkan gula dan direformulasi produk- produk minuman ini dan makanan ini. Antara lainnya untuk bertujuan membantu pengguna membuat pilihan yang lebih sihat dengan memilih produk-produk yang ada logo HCL yakni membantu consumer, pengguna.

Kedua, menjadikannya satu dorongan kepada pihak industri untuk memformulasikan iaitu reformulate produk-produk mereka untuk mendapatkan logo HCL ini. Seterusnya, sehingga Oktober 2024 kita tengok bagaimana respons industri kepada war on sugar kita ini dan juga HCL ataupun Healthier Choice Logo itu, industri telah membuat reformulasi sebanyak 791 produk telah berjaya mendapat pengiktirafan HCL di mana 565 daripadanya

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

produk minuman dan 118 adalah produk kumpulan susu dan produk tenusu ataupun dairy product dengan izin.

Seterusnya, 108 adalah produk bijirin ataupun cereal, legume (kacang) dan bijian, sos produk ikan dan juga produk yang disebutkan sebagai ready to serve atau sajian atau makan siap saji ataupun dipanggil dengan juga istilah convenience meals dengan izin Tan Sri Yang di-Pertua.

Sebagai kesinambungan, KKM sedang memperluaskan program HCL ini kepada menu hidangan makanan dan minuman yang disediakan di premis makanan iaitu The Healthier Dining Programme My Choice (Pilihan Saya). Program ini antara lain bertujuan membantu. Terima kasih, takkan gelas sahaja...

[Ketawa] Tak apa, terima kasih.

draft • 4:40 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Yang Berhormat Menteri, Segamat.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Memang kering sikit kerongkong ini.

Kalau ada yang buat pintasan dulu bagus juga celahan. Terima kasih.

draft • 4:40 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Sikit sahaja. Terima kasih, atas jawapan daripada Segamat berkenaan dengan cukai SSB ini. Setakat ini restoran malah kedai kek, aiskrim dan roti dan sebagai ini tidak dikenakan cukai saya rasa. Dan apakah langkah- langkah yang akan diambil oleh kementerian untuk perluaskan sektor-sektor lain khususnya bagaimana KKM akan mengawal penjual-penjual di pasar malam ini sebenarnya? Kita boleh lihat pelbagai promosi, video-video berkenaan dengan penggunaan gula ini dan sebagainya.

Terima kasih.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih sahabat saya Segamat atas syor-syor yang baik ini, memang kita juga dalam pertimbangan kami. Kami akan pastinya mahu melaksanakannya dan juga memperluaskan pelaksanaan bukan sahaja kepada sweetened yang tadi yang diistilahkan sebagai SSB atau sugar sweetened beverages itu sahaja dan akan kita perluaskannya dengan kategori lain juga. Terima kasih Segamat, mahu sahaja meletakkan celahan dalam penggulungan saya tadi.

draft • 4:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Menteri, sikit boleh ke?

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Sila Pulai. Pulai, sahabat saya. Sila.

draft • 4:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Dalam kita nak memberikan satu kefahaman tentang kepentingan kesihatan ini, pertamanya makanan-makanan yang sihat ini. Dia lebih mudah kita mendidik di peringkat sekolah ini. Jadi, setakat mana sekarang ini KKM berkolaborasi dengan Kementerian Pendidikan untuk memasukkan nilai-nilai pembelajaran makanan yang sihat ini di peringkat sekolah? Satu. Yang keduanya, makanan-makanan yang sihat ini biasanya mahal sebenarnya. So, biasanya kalau rakyat biasa, tidak mampu untuk membeli makanan yang segar, sebagai contohnya. Jadi, bagaimana kita boleh memberikan tawaran makanan-makanan sihat yang lebih murah?

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih sahabat saya, YB Pulai.

Mungkin kita akan dengar penghuraian dan pengulasan yang akan dibuat oleh KPM. Di mana perkara-perkara ataupun kecelikan ataupun yang diistilahkan hari ini sebagai istilahnya celik,

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

literasi kesihatan. Halnya tentang makanan ini juga adalah bukan segalanya KKM, juga diambil, diangkat oleh Kementerian Pendidikan dan saya yakin perkara ini akan disinggung oleh Menterinya ketika membuat penggulungan nanti.

Saya rasa perkara ini bukan hanya khusus kepada KKM. Walaupun kita bekerjasama dengan KPM dalam hal seperti rancangan makanan tambahan (RMT) dan semuanya.

Healthy diet di sekolah-sekolah itu, saya yakin perkara itu akan dapat dihuraikan dengan lebih baik kerana ia terkait dengan KPM sebagai the dominan. But, we work together sebagai satu pendekatan whole of government juga. Terima kasih, YB Pulai.

Berhubung soalan YB Kluang sama ada KKM merancang untuk mengawal selia penjualan teh boba dan air berwarna di pasar malam. Pada masa ini, KKM sedang membangunkan satu sistem pelabelan penggredan dipanggil penggredan ataupun bagi nutrigrade ataupun bahasanya ialah dengan istilah nutrigrade berdasarkan kandungan jumlah gula dalam minuman.

Kita dalam pertimbangan, dalam perancangan untuk di samping satu lagi approach, satu lagi polisi, satu lagi inisiatif kami adalah untuk meletakkan pengkelasan kepada nutrigrade yang akan memberikan setiap satu produk itu dia ada gred A, B, C dan D. Ini juga akan kita huraikan pada waktu yang sewajarnya untuk kita buat pelancaran atas inisiatif nutrigrade dalam memberikan literasi ataupun kecelikan kepada rakyat. Kita tidak mahu memberikan maksud ataupun pandangan bahawa hanya yang mahal itu yang baik.

Sebenarnya, kalau kita tahu akan nutrisi dan juga dari sudut kalori, dari sudut mikronutrien dan sebagainya, dari sudut nutrisi ataupun the nutritional benefits makanan, dengan izin, mungkin kita silap tanggap yang mahal itu yang baik. Itu satu stigma, satu mitos yang kita kena juga banteras. Insya-Allah. Baik. Saya sebutkan tadi, sistem nutrigrade ini, sistem ini terpakai bagi produk minuman yang sedia diminum, ready to drink, dengan izin dan juga minuman yang disediakan di tempat penjualan, freshly prepared, dengan izin. Gula berlebihan adalah bahaya. Itu asasnya.

Justeru, YB Kuala Langat sedia maklum KKM juga menggunakan pendekatan mendidik dan advokasi seperti yang disebutkan. Iaitu memberi pendidikan kepada para pengusaha dan juga penyedia minuman manis, termasuk di kafe Parlimen ini melalui tag line, “Gula, satu sudu teh dah cukup. Kurang lebih baik, tiada terbaik”. Silakan sahabat saya, Kuala Langat.

draft • 4:50 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya kira, saya sangat setuju dengan pendidikan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi dan juga sistem penggredan. Saya ingat ini lebih efektif ataupun lebih berkesan terhadap kesihatan masyarakat ataupun rakyat Malaysia yang kita nak jangka yang kita nak jaga.

Sebab saya melihat kalau kita hanya meletakkan mungkin sebagai satu kawalan, kita meletakan duty excise, tahun ini sahaja meningkat daripada 50 sen kepada 90 sen. Akan datang kita akan naikkan, tahun hadapan akan kita naikkan lagi 40 sen. Apa sasaran kita sebenarnya? Saya ingat itu bukan satu approach yang sangat baik. Sebab itu saya katakan

draft • 4:50 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

dalam perbahasan saya, bukan soal no sugar. Minta maaf Timbalan Speaker. Sebab saya sentuh no sugar day.

Tapi adalah bagaimana pendidikan ini sampai kepada rakyat, terutama generasi kita yang baru, bagaimana kita mengawal kandungan gula yang diperlukan oleh badan kita untuk menjaga kesihatan kita. Terima kasih.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih sahabat saya, Kuala Langat. Beliau sangat peka dengan perkara ini. Mentelah beliau juga adalah pengamal perubatan dulunya, tak tahu masih lagi. Sekarang jadi full politician. Kuala Langat, saya tahu ini adalah sangat dekat di hati Kuala Langat dan ramai kawan-kawan yang lain. Cumanya, saya ingin tekankan bahawa kita akan terus-terusan mengambil pendekatan multiprong, hal cukai, pencukaian itu satu.

Tetapi yang lebih mustahak sepertimana yang ramai juga yang menekankan adalah persoalan literasi, persoalan kecelikan, persoalan memahami kalori. Kadang kali kita nak badan kurus, langsing dan sebagainya. Tetapi kalori yang kita ambil itu sangat berlawanan dengan niat murni kita. So, kita nak ke utara, orang nampak kita berjalan ke selatan.

draft • 4:50 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

[Bangun]

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Jadi, ini tidak akan capai tujuannya. So, itu adalah satu perkara yang sangat penting. Di kesempatan ini saya juga mengucapkan terima kasih kepada- saya sudah sebutkan lebih awal tadi tentang Tan Sri melancarkan Hari Tanpa Gula setiap...

draft • 4:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

[Bangun]

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

...dan Hari Tanpa Gula ini Tan Sri dan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, pengumuman Hari Tanpa Gula setiap hari Rabu di Parlimen akan kita laksanakan. Pelancaran program ini telah pun kita laksanakan 6 November lalu dan ini juga sekali gus menunjukkan buat - saya kiralah, buat julung kali satu praktis best.

Parlimen best practice, di mana kita legislative body Tan Sri, bersama dengan front bench executive, menjalankan satu usaha, satu inisiatif politik ataupun kesihatan dengan pendekatan whole of government dan ini branches of government, legislative dan juga eksekutif bersekali untuk menjayakan Agenda Nasional Malaysia Sihat. Tan Sri Yang di- Pertua...

draft • 4:50 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Menteri...

draft • 4:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Yang Berhormat Menteri, sedikit.

draft • 4:50 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Menteri, Kluang.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Saya punya waktu tinggal 17 minit lagi berbaki.

draft • 4:50 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Sikit sahaja.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Boleh ke Tan Sri?

draft • 4:50 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Sikit sahaja.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Okey. Make sure kita...

draft • 4:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Sikit Yang Berhormat Menteri.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Sungai Petani.

draft • 4:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Saya bersetuju berkenaan langkah-langkah kementerian untuk membuat nutrigrade dan sebagainya. Tapi kalau kita lihat sekarang ini banyak influencer-influencer yang cuba mempengaruhi masyarakat kita dengan memperkenalkan resipi-resipi baru yang sebenarnya resipi ini sangat-sangat tidak sihat, mencampurkan pelbagai bahan yang sangat manis yang sebenarnya.

Apakah pandangan kementerian dan langkah kementerian? Kementerian nak buat suatu yang baik tapi dalam masa yang sama, orang yang mempengaruhi masyarakat ini sendiri sebenarnya cuba membawa masyarakat ke arah yang tidak baik. Ini satu paradoks atau satu benda yang tak bagus.

draft • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh, kalau jawab sekali yang Kluang, kemudian Menteri boleh...

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya?

draft • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

...move on. Please, Kluang.

draft • 4:50 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih Tan Sri Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri. Saya ingin memuji inisiatif Kementerian Kesihatan kerana melancarkan kempen war on sugar ini. Untuk makluman Menteri, saya baru-baru ini melawat tiga keluarga di kawasan saya. Antaranya dua – bukan, kesemuanya ada isu diabetes dan dua keluarga sudah ada, sudah mempunyai ahli keluarga yang potong kaki. Kedua-dua kaki dipotong. Ini adalah satu isu yang sangat-sangat serius dan kesemua ini majoritinya keluarga B40.

Jadi, saya rasa bahawa kita perlu ada satu approach, inisiatif yang serius untuk membantu keluarga B40 untuk mengatasi. Kerana bagi mereka persepsi itu adalah makanan sihat ya, mahal. Apabila mereka pergi pasar malam, mereka biasanya akan beli minuman yang memang berwarna-warni. Minuman potong kaki itu yang memang tarik khasnya perhatian kanak-kanak.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Betul.

draft • 4:50 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Bagaimana kita mengatasi masalah itu? Satu lagi iaitu cadangan saya semasa saya bahas, boleh tak KKM mempromosikan inisiatif yang dijalankan dalam KKM iaitu setiap hidangan makanan setiap kali ada jamuan ke, menu itu ada senaraikan kalori...

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya.

draft • 4:50 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

...per serving.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik.

draft • 4:50 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Boleh tak kita...

draft • 5:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Jadikan polisi...

draft • 5:00 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

...Promosikan setiap kementerian, kerajaan kita.

Terima kasih.

draft • 5:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik. Terima kasih sahabat saya daripada Kluang dan juga Sungai Petani sebentar tadi ya. Cadangan-cadangan dan celahan yang sangat baik, Tan Sri. Saya tanpa mengulas panjang kot, saya mahukan hal-hal yang baik itu sebahagian daripada penggulungan sayalah ya.

Ini adalah sangat mustahak. Semua kita Ahli-ahli Parlimen, kita turun padang, kita buat ziarah-ziarah medic mungkin, kita tahu berapa ramai ya. Satu dalam tiga, tak perlu saya ingatkan, diabetes ― maaf. Satu dalam enam diabetes, satu dalam tiga tinggi tekanan darah

(hypertensive) dan satu dalam tiga juga adalah tinggi kolesterol, satu dalam dua berat badan yang berlebihan dan obese.

Kesemua ini menjadikan faktor-faktor kematian pramatang yang paling tinggi adalah serangan jantung, kedua adalah apa yang dikatakan sebagai the CVA ataupun serangan ahmar, cardiovascular accident dan sebagainya.

Kesemua ini sangat penting untuk saya tekankan. I cannot overemphasis this, dengan izin. Saya tidak dapat menekankan lebih daripada ini untuk setiap seorang Ahli Parlimen bertanggungjawab juga kepada rakyat kita di kawasan kita mengambil program- program yang saya telah bentangkan, telah kita pamer dan peragakan supaya wellness on wheel, wellness hub, war on sugar ini menjadi tanggungjawab setiap Ahli Yang Berhormat untuk menurunkannya dan menjadikan ia satu budaya hidup sihat dalam kawasan setiap Parlimen Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri.

Terima kasih. Walaupun Sungai Petani menyebutkan itu, saya tahu di sinilah the free enterprise of ideas ataupun the contestation itu menjadikan kita lebih tercabar untuk memberikan kecelikan dalam hal kesihatan dan pemakanan. Ya, satu perkara contohnya, memang MOH, KKM memang letak calory tagging. Itu memang amalan kami sejak daripada 2018. Penggal pertama saya, pun sudah kita laksanakan.

Dan kita mahukan sepertimana kita menganjurkan X-Break untuk regangan ataupun movement selepas kita dua, tiga jam bermesyuarat, kita pun juga ― itu adalah satu yang penting dalam menangani pandemik chronic diseases ini. Jadi, kalau boleh kita nak influencer itu kalau dapat Sungai Petani menangani mereka, itu lebih baik dan jadikan mereka sebahagian daripada usaha kita. Terima kasih.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya menambah sikit. Ini sudah saya nak kena beralih sikit topik ini sebab masa sudah tinggal 12 minit lagi.

Ya, saya juga mahu merakamkan betapa mustahaknya untuk kerjasama ini dibuat di peringkat negeri-negeri dan kita juga memerhatikan contohnya di Selangor. Selangor membelanjakan lebih RM3 juta untuk program Anak Selangor Anak Sihat (ASAS) dan ini akan juga dapat memberikan impak yang lebih bukan saja di peringkat Persekutuan tetapi juga di peringkat negeri-negeri yang juga saya mahukan kalau boleh negeri to come on board with us, dengan izin, bersama kita menjayakan the war on sugar dan menangani pandemik chronic diseases ataupun NCD ini.

draft • 5:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Di samping itu, saya juga mahu menyebutkan tentang Program Pemulihan Kanak- kanak Kekurangan Zat Makanan yang diperuntukkan RM26 juta, yang mana ia adalah untuk menangani apa yang disebutkan juga sebagai...

draft • 5:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Menteri. Satu, Menteri.

draft • 5:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya. Ini adalah untuk program yang disebutkan sebagai the one thousand...

draft • 5:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Menteri, satu. Sikit, Menteri.

draft • 5:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Sila.

draft • 5:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Kalau KKM boleh mengenakan, kerajaan boleh mengenakan 40 sen bagi minuman air satu liter, makna kita tak bagi rakyat ini makan makanan yang tak sihat. Tapi, bagaimana pula rakyat nak makan makanan sihat? Apa inisiatif yang kita bagi? Kena seimbang itu, Menteri. Supaya, maknanya, yang salah kita halang tapi yang baik ini kita kena bagi insentif dia untuk dia dapat lebih dan...

draft • 5:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya.

draft • 5:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

...Menggalakkan dia untuk makan makanan sihat.

draft • 5:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik. Saya yakin perkara ini juga akan mengambil pendekatan whole of government. KPDN pengguna, juga MOE, MOF juga turut kena turut samalah KKM. Ada hal-halnya yang mana kita terbatas dalam penentuan harga dan sebagainya. KKM ini is on healthcare and managing sick care juga. Yang lain itu, kita serah kepada kementerian yang lain, Pulai ya. Kita tak boleh bolot semualah. Kita kongsi- kongsilah pahala ini.

Baik. Seterusnya, dalam hal pemberian apa yang dikatakan sebagai memberi pendekatan, YB Pulai menyebutkan tentang ― ini kita ada laksanakan tempoh 1,000 hari pertama itu pun satu yang baik. Kita juga diberikan peruntukan untuk hal ini. Dan menyediakan bantuan makanan tambahan dalam bentuknya pemberian susu tepung. Ini sekali gus soalan YB Pulai atau celahan YB Pulai tadi pun.

Pemberian susu tepung penuh krim kepada ibu hamil daripada kumpulan miskin tegar dan miskin itu pun kita ambil perhatian. Dalam hal ini, bantuan yang dikatakan sebagai STPK ini, susu tepung penuh krim ini, dengan amaun kurang lebih 1.5 hingga dua kilogram sebulan diberikan bermula ketika ibu hamil yang di kumpulan yang disasarkan itu, insya-Allah. Baik. Tan Sri Yang di-Pertua, saya terus kepada fi perubatan. Tan Sri Yang di-Pertua, saya punya hanya sembilan minit lagi. Fi perubatan, Tan Sri Yang di-Pertua, aktiviti-aktiviti pencegahan yang saya sebutkan tadi amat penting memandangkan kos untuk mengubat semakin ― the treatment cost semakin meningkat.

Menurut laporan, dengan izin, Prevention and Control of Non-communicable Diseases in Malaysia: The Case for Investment 2021, satu dapatan tinjauan, jumlah kos penjagaan kesihatan langsung, direct cost dalam menangani penyakit-penyakit kronik yang saya sebutkan tadi, the non-communicable diseases, oleh kerajaan bagi penyakit metabolik adalah kurang lebih penyakit metabolik ini adalah yang terkait dengan diabetes, hypertension dan sebagainya tadi itu adalah sebanyak RM3.3 bilion.

draft • 5:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Nah! Peruntukan yang disediakan adalah terhad. Oleh itu, bagi memastikan peruntukan yang disediakan memberikan nilai yang terbaik, impak yang terbaik kepada rakyat, kita mahukan juga konsep apa yang dikatakan sebagai value-based healthcare. KKM sedang meneliti penyasaran subsidi kesihatan awam.

Jadi, di sini ya, kalau boleh saya sebutkan sedikit, kos NCD sangat tinggi sebenarnya.

Itu tidak termasuk indirect cost yang juga akhirnya terkait dengan persoalan produktiviti warga kerja, the workforce dengan izin, negara ini. Kalau kita tidak tangani dengan baik, mungkin saya terpaksa ― masa sudah pun cukup menekan ini.

Bagi menjawab persoalan YB Kuala Langat, sekali lagi, mengenai bilangan pesakit dalam kategori T15 yang mendapat rawatan di hospital KKM dan jangkaan pendapatan dengan pelaksanaan kadar caj. Kesemua ini, Yang Berhormat Kuala Langat, adalah dalam perhitungan kami dan kami juga sangat sedar bahawa kita perlu tahu bahawa dalam konteksnya, perkhidmatan yang kita berikan dalam fasiliti-fasiliti awam MOH itu, kesemuanya itu adalah di-subsidized. Kalau kita ambillah, contohnya, pembedahan caesarean, pembedahan melahirkan anak secara caesarean. Kita tahu bahawa first class itu RM1,200, second class RM400 dan third class, RM100. Contoh yang dimaksudkan oleh Kuala Langat yang saya boleh bayangkan, apakah kalau dikenal pasti kumpulan T15 itu, apakah mereka tidak boleh diberikan bayaran RM1,200 itu ketika mereka mengambil penempatan dalam kelas pertama sebab mereka tergolong dalam golongan T15. Ini yang menjadi perbahasan sejak kita bermula di sini dalam pelbagai dimensi.

Namun, KKM bersedia untuk melakukan satu kajian yang lebih teliti. Jumlah T15 yang datang untuk mendapatkan rawatan di MOH, di fasiliti-fasiliti MOH itu, kita boleh kenal pasti. It is not so difficult. Kita ada setiap pengarah hospital. Dan kita maksudkan ini adalah hospital-hospital tertiary, state hospital dan juga hospital-hospital yang dianggap sebagai referral center-lah, IKN, IPR dan juga IJN.

draft • 5:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Menteri, Puncak Borneo.

draft • 5:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya.

draft • 5:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Puncak Borneo nak minta.

draft • 5:00 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Puncak Borneo. Sila sahabat saya Puncak Borneo.

draft • 5:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Semasa perbahasan, saya ada mengutarakan mengenai masalah yang dihadapi oleh doktor-doktor yang dihantar ke Sabah dan Sarawak mengenai masalah kuarters dan juga mengenai status-status klinik-klinik dan juga cadangan pemindahan Rajah Charles Brooke Memorial Hospital.

draft • 5:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Saya juga ada bertanya mengenai strategi kerajaan untuk menyediakan doktor- doktor pakar dan sebagainya untuk pusat kanser di Sarawak yang dicadangkan. So, kalau YB Menteri tidak boleh jawab secara lisan, secara bertulis pun saya amat hargai.

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih sahabat saya Puncak Borneo, pastinya...

draft • 5:10 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Tambah sedikit isu yang sama.

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya.

draft • 5:10 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Sebab dalam SSPA yang baharu ini, saya mendapat khabar kononnya Elaun Wilayah yang biasa di dapat oleh Doktor yang pergi ke Sabah dan Sarawak, mereka akan dapat about RM1,000 lah, tetapi sekarang dengan sistem yang baharu, mereka cuma dapat RM360. Saya cuma nak sahkan- adakah ini benar dan jika benar, bagi saya ini bukan satu insentif yang baik untuk mereka pergi ke Sabah dan Sarawak?

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ia juga, saya akan jawab soalan itu ya.

Baik, Bandar Kuching, terima kasih sekali lagi.

Di manakah saya tadi? Ya, tentang T15 ya. Jadi, insya-Allah kita akan lakukan dalam semangat yang disebutkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga selaku Menteri Kewangan dan juga MK II ada di sini.

Penyasaran subsidi itu mampu kita lakukan ya. Kita perlu ada satu algorithm-nya, satu sifirnya ya, di mana kita akan dapat menentukan ya, apakah sebenar-benarnya sebab RM1,200 for first class itu saya katakan is only about 10 percent. The actual price maybe RM12,000. The actual price kepada second class itu adalah RM4,000 dan the price RM4,000 dan price- kelas ketiga itu adalah sebenarnya RM1,000.

Jadi, kalau contohnya T15 pergi kepada third class, itu kan tak munasabah, tetapi theoretically daripada segi teorinya ya, secara cross the board kalau T15 mendapat- datang untuk PETRONAS atau pun mendapat rawatan di hospital-hospital awam, maka kita perlu ada satu polisi dan inisiatif yang akan dapat benar-benar menjadikan penyasaran subsidi itu sangat bermakna kerana ia adalah satu yang akan dapat juga menjana pendapatan dan juga daripada segi revenue untuk kerajaan dengan tidak ya- dengan sikapnya, pada akhirnya, pada tujuannya adalah untuk diberikan satu treatment yang equitable, dengan izin ya. Jadi, adil ya dan saksama daripada segi status pendapatan dan juga disposable income atau pun apa juga matriks yang kita gunakan.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya beralih kepada Skim Perubatan Nasional ini. Tidak banyak yang nak saya sebutkan. Kawalan harga caj, saya mungkin boleh menulis pada Bandar Kuching. I think I can write that to you ya, dengan izin. Secara jawapan bertulis.

Kawalan harga caj hospital swasta, Tan Sri. Mungkin ada nak- ramai yang nak tahu. Bagi menjawab soalan YB Bayan Baru dan juga Betong mengenai mekanisme kawalan harga perubatan di hospital swasta pada masa ini ya.

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Jadi, KKM hanya mengawal fi profesional ya. Kita kena tahu ini, yang dikawal selia melalui Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] ya dalam jadual, 13 schedule atau pun jadual ketiga belas ya. Ini sangat jelas ya bahawa kawalan atau pun dalam Perintah Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta

(Pindaan) 2013 yang berkuat kuasa sejak tahun 2006. Maksudnya, kawalan terhadap charges atau pun penggunaan harga di hospital-hospital swasta itu tidak- kerajaan tidak punya kawalan yang besar kecuali profesional fi itu sahaja yang ditentukan oleh satu- oleh Akta 586 dalam jadual ketiga belas itu ya.

Adapun dari sudut yang lain, the consultation fees itu ditentukan. Ada julatnya, tetapi yang lain itu tidak. Sebab itu kita memerhatikan di Malaysia ini, medical inflation punya- kadar inflasi di negara kita. Medical inflasi adalah juga tinggi. Justeru, kerana kawalan harga itu adalah agak laissez-faire sifatnya itu. Non-intervention ya. Tidak ada campur tangan kerajaan langsung, ya memang direct intervention maksud saya tadi itu.

Jadi, di situlah ya tergantung kepada healthcare, private operators ya. Sebab itu saya tekankan, sebab itu saya anjurkan value-based. Jangan charge kepada- not pay for service atau pun pay untuk prosedur, tetapi lebih baik adalah untuk kita amalkan value-based nya.

Dengan kata lain, dia adalah pay for health outcome. Jadi, di sini satu perbincangan yang agak mendalam. Saya tahu kita kena deep dive into this. Kita tahu kita ada cara dan kaedahnya ya, sama ada melalui sistem Casemix dan juga DRG ya. Diagnosis Related Grouping dan hari ini orang berganjak kepada CRG atau pun Clinical Related Grouping ya.

Negara-negara barat juga menggunakan ini, tetapi saya memandang kepada mustahaknya private operators, private ya. Saya dapati sejurus saya mengangkat isu value- based healthcare delivery ini, Tan Sri. Saya nampak sama ada...

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Sri Gading.

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

APHM, sama ada IHH, The Association of Private Health of Facilities Malaysia sangat menyokong saya dan saya mengharapkan ia akan dapat juga ya memberikan ke arah kita mengamalkan value-based dan bukan pay for service.

draft • 5:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

[Bangun]

draft • 5:10 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

[Bangun]

draft • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri, masa dah tamat. Cuma Menteri perlukan berapa masa lagi untuk menjawab soalan-soalan yang penting tanpa diganggu dengan banyaknya oleh YB-YB lain?

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik.

draft • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

You must land. How much time you need?

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

I need this, kalau dengan izin, sifat gracious, rahmah karimnya di atas Tan Sri Speaker, at least 10 or 5?

draft • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Saya bagi 8 minit boleh?

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Boleh 8 minit okey.

draft • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Minta...

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ada dua orang Tan Sri berdiri. Tiga.

draft • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Kalau boleh short and sharp lah ya.

draft • 5:10 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Very, very short.

draft • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Because kita ada dua kementerian yang penting lagi. Silakan.

Sri Gading. Lapan minit dari sekarang.

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Okey, pertama sekali apa pandangan Menteri apabila pada hari ini ramai daripada kalangan orang yang dipanggil bukan B40, tetapi M40 atau pun T20 itu sendiri lebih berminat untuk mendapatkan perkhidmatan di hospital kerajaan kerana pertama, kepakarannya ramai.

Kedua, sambutan atau pun memang perkhidmatannya itu baik. Jadi, itu tahu. Bukan kerana mereka tak ada wang nak pergi ke swasta, tetapi kerana perkhidmatan yang baik dan layanan yang baik daripada perkhidmatan pakar-pakar yang ada di kementerian. Terima kasih.

draft • 5:10 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Saya tambah sedikit sahaja.

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Sri Gading, di atas satu pengiktirafan...

draft • 5:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Yang Berhormat

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

...Kepada kami, MOH.

draft • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri, kalau boleh sekalikan.

draft • 5:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Sekalikan terus.

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Sila, terus. Saya nak...

draft • 5:10 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Sekalikan.

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya, sila.

draft • 5:10 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Saya nak tanya tentang harga ubat.

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Harga ubat? Okey, sila Bandar Kuching.

draft • 5:10 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Kita tahu memang kos ubat sekarang meningkat. Saya cuma nak penjelasan adakah untuk IJN terutamanya, adakah ada satu request untuk menukar semua ubat inovator kepada generik untuk hospital-hospital dan terutamanya kepada IJN? Adakah ada arahan tersebut dan gerakan tersebut untuk menjimatkan kos perubatan tersebut? Terima kasih.

draft • 5:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Yang Berhormat Menteri, dalam perbahasan saya, saya ada menyentuh bahawasanya Akta Perubatan telah pun dua-dua Dewan yang mulia dalam Parlimen ini telah kita luluskan. Sama ada telah gazet atau belum, saya belum pasti lagi, tetapi yang penting dan induk, saya nak menanya apakah keadaan atau status terkini dengan pendaftaran doktor-doktor yang bakal menjadi pakar itu, setakat mana proses untuk memasukkan mereka, menggazetkan mereka dalam NSR? Jadi atau tak jadi sebab kerana kita- berkenaan dengan apa yang saya sentuh juga, berkenaan Cardiothoracic Services Center di Ipoh, HRPB. Itulah antara...

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya.

draft • 5:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Benda yang menyangkutkan keadaan.

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih.

draft • 5:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Jadi minta...

draft • 5:10 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Tuan Pengerusi.

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timor.

draft • 5:10 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Tan Sri, satu Tan Sri, satu?

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Tan Sri, boleh Tan Sri?

draft • 5:10 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Satu sahaja. Boleh kan?

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Sila.

draft • 5:10 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Saya- terima kasih Tan Sri.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya bangkitkan tentang isu kesihatan mental. Saya rasa isu itu penting kerana dalam keadaan sekarang ini, banyak keratan-keratan akhbar...

[Menunjukkan dokumen berkaitan] Dan berita-berita termasuk kenyataan daripada Menteri sendiri menyatakan tentang masalah ini dan saya rasa perlu dijawab untuk rakyat dengar jawapannya. Terima kasih.

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih ya. Terima kasih sahabat saya Jerantut dan juga yang lain. Pertamanya Ipoh Timor, kalau boleh saya ringkas jawab.

Kita di peringkat-peringkat akhir sudah ini ya, you know that, Ipoh Timor tahu bahawa akta perlu bersekali dengan sebab ada regulasi atau perintah dan order-nya.

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Jadi kesemua itu sedang ditelitikan oleh bahagian yang bertanggungjawab dan juga Penasihat Undang-undang (PUU) dan juga Bahagian Perkembangan Perubatan dan yang lain dan mereka sedang berusaha keras untuk pastikan kalau boleh kita akan dapat juga menyaksikan ia pada tahun ini kerana kita nak seperti mana yang Ipoh Timor mahukan. That was the reason our cardiothoracics, pakar-pakar yang telah balik dari training itu dapat kita masukkan, eligible sebagai- untuk layak akhirnya dimasukkan dalam pendaftaran NSR dan paling tidaknya first quarter insya-Allah, saya tak mahulah ganjak tiang golnya lagi, saya nak ia dapat dilaksanakan at least the latest the first quarter Mac tahun 2025. Itu satu penjelasan.

Keduanya Bandar Kuching, IJN harga ubat. Ya. Sebenarnya memang kita punya polisi untuk membuat dalam rawatan untuk mendahulukan- it’s a generic first policy sebenarnya. Bukan sahaja di KKM dan juga hal ini saya rasa sangat tenang, sangat selesa mendengar satu penjelasan daripada pengurusan IJN, SU IJN sendiri yang menyatakan bahawa mereka juga akan mengambil pendekatan menggunakan generik yang mana ia nya adalah satu yang punya that is- kita tahu bahawa generik ini dari sudut efikasi dan safety- nya, kerana ia melalui ujian-ujian seumpama bioequivalence dan sebagainya, ia tidak seharusnya disangsikan dan hari ini seluruh dunia menggunakan generik. Bukan sahaja negara kita, di US, di Europe, Australia, everywhere. Jadi itu tidak jadi pertikaian. Saya mengharapkan kerana ia akan membuatkan saving yang besar. Bandar Kuching pun tahu.

Ketiganya bermula tadi. Sri Gading menyebutkan tentang M40, T20 yang juga- ramai juga yang datang. Ia bukan sahaja begitu Sri Gading ya. Kalaupun mereka pergi ke fasiliti-

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

fasiliti swasta, tapi pada akhirnya, pada hujungnya, ketika very complex cases, dia akan kembali merujuk kepada pakar-pakar kami di MOH. Dengan kata lainnya, memang kita pun, itu yang kita mahu pastikan supaya- di sini juga terkait hal financing supaya rakyat M40 dan T20, bahkan seluruh rakyat ini perlu juga tahu bahawa- saya sebutkan tentang rakan MOH tadi kerana rakan MOH juga mengisyaratkan bahawa kita juga mahukan yang M40 dan T20 ini jangan mengambil tempat B40.

Contoh yang mudah. Kalau 1,000 orang pergi ke fasiliti kita di MOH, di hospital kita, tetapi penampilan rakan MOH, 30 peratus will be going to this sama ada rakan KKM, rakan- rakan MOH ini ataupun di fasiliti swasta, maka ia meninggalkan satu space yang besar at least 70 percent. Maaf 30 peratus itu akan dapat diisi oleh B40 yang lain, tetapi kalau semuanya beratur ke fasiliti-fasiliti kita, jadi itu yang menjadikan kita congested, overworked dan overburdened. Ada yang juga hal-hal tertentu dan kes-kes tertentu, insiden-insiden tertentu, burnout. Jadi semua ini sedang kita perhatikan dan kita mahukan rationalization of pakar- pakar. Saya menyebutkan juga pakar-pakar ini yang saya sebagai Menteri Kesihatan yang melihat kepada seluruhnya custodian, kita mahu juga MOH dan juga MOHE juga diperdamaikan dan dirasionalisasikan penggunaan pakar-pakar itu.

Jadi jawapan ringkasnya, kita tidak mahulah kalau semua membuat beeline ataupun beratur ke fasiliti-fasiliti walaupun itu satu pengiktirafan kepada kami, tetapi dengan itu juga membebankan kami Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 5:20 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Tan Sri.

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Jadi saya mohon jutaan maaf kerana tidak dapat melangsungkan...

draft • 5:20 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Tan Sri.

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Saya tahu kes ini. Insya-Allah saya akan berikan jawapan bertulis kepada Yang Berhormat Maran kerana saya tahu...

draft • 5:20 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Uniform, uniform.

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya, betul juga orang yang pertama Bagan yang berucap. Tan Sri Yang di-Pertua, inilah nampaknya sekadar yang dapat saya huraikan.

Saya punya jawapan-jawapan yang bakal saya hantar secara bertulis ya dan kalau diberikan masa lagi, memang saya nak jawab. Tapi inilah dia hakikatnya Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 5:20 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Jawab Jerantut dulu itu.

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih.

draft • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik terima kasih Menteri Kesihatan. Seperti yang beliau telah janjikan, mereka-mereka yang tidak mendengar jawapan akan diberikan jawapan bertulis dalam masa lima hari. Saya jemput Menteri Sumber Manusia. 45 minit. Silakan.

draft • 5:20 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua, rakan-rakan ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini.

Cuba menyenduk baki di hujung, Periuk hitam penuh jelaga; Ayam berinduk sirih berjunjung, Tiap pekerja harus dijaga. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ahli Tambun dan juga merangkap Menteri Kewangan kerana telah membentangkan satu Belanjawan 2025 pada 18 Oktober yang lalu. Tahniah juga kepada beliau. Jika kita telusuri belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, jumlah RM1.82 bilion telah diperuntukkan buat Kementerian Sumber Manusia ataupun KESUMA. Peruntukan 2025 ini keseluruhannya adalah bertambah sebanyak hampir 25 peratus berbanding dengan tahun 2024.

Peningkatan peruntukan ini jelas adalah cerminan iltizam kerajaan dalam kerangka Ekonomi MADANI yakni menaikkan lantai buat rakyat. Saya mengiktiraf perjuangan KESUMA untuk mengangkat martabat lebih kurang 17 juta orang pekerja di Malaysia sebagai salah satu tunjang utama bagi meninggikan karamah insaniah ataupun kemuliaan manusia.

Memuliakan pekerja bermakna kita memuliakan kemanusiaan. Sesungguhnya ‘Pekerja Kesuma Bangsa’.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua rakan-rakan seperjuangan saya di KESUMA khususnya para penjawat awam yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai aspirasi tersebut yakni mengangkat martabat 17 juta orang pekerja di Malaysia.

Saya ingin merakamkan penghargaan saya buat 35 orang ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pelbagai pandangan, saranan malah kritikan untuk saya yang cukup membina khususnya berkaitan dengan bidang tugasan KESUMA.

Tan Sri Yang di-Pertua, bagi menjawab antara soalan utama yang ditanya sudah tentu tentang isu atau isu kenaikan gaji minimum dari RM1,500 kepada RM1,700 khususnya berkaitan dengan empat perkara besar iaitu satu sesi libat urus dan kajian semula perlaksanaan gaji minimum. Keduanya kesan perlaksanaan gaji minimum ke atas pasaran kerja dan kepada pihak industri khususnya majikan perusahaan mikro, kecil, sederhana

(PMKS), kekhuatiran akan meningkatkan. Contohnya kadar pengangguran akan meningkat.

Ketiga tentang pertanyaan sama ada ada subsidi ataupun bantuan untuk mengurangkan beban kepada majikan ekoran daripada kenaikan kadar gaji minimum dan keempat tentang tindakan kepada majikan yang tidak mematuhi perintah gaji minimum. Ahli- ahli yang bertanya kalau saya nak senaraikan dia panjang sangat tapi saya just bagi secara am.

Saudara, saudari, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, antara pengumuman mustahak dalam Belanjawan 2025 sudah tentu ialah tentang kenaikan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuat kuasa secara amnya pada 1

draft • 5:25 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Februari 2025. Tan Sri Yang di-Pertua. Angka ini bukan dipetik dari geluk jampi Pak Belalang, ada prosesnya, ada prosedurnya, ada undang-undangnya. Akta Majlis Perundingan Gaji Negara ataupun Akta 732 telah pun menetapkan bahawa kadar gaji minimum perlu dikaji dan ditetapkan sekali dalam tempoh dua tahun.

Justeru, langkah pertama ialah kajian semula Perintah Gaji Minimum (PGM) yang bermula pada bulan Oktober 2022 sehingga November 2023. Kajian ini melibatkan sejumlah 3,849 orang responden yang terdiri daripada 1,911 majikan dan 1,930 orang pekerja.

draft • 5:25 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Kajian dilaksanakan bagi mengumpul serta menganalisis data maklumat; menjalankan penyelidikan tentang gaji serta petunjuk sosioekonomi; mendapatkan maklum balas terhadap impak, kesan, cabaran pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2022 yang lalu.

Hasil soal selidik ini dianalisis dan dijadikan input sebagai Kajian Semula Perintah Gaji Minimum. Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara juga telah melaksanakan 26 sesi libat urus di seluruh negara yang melibatkan 1,109 penyertaan daripada persatuan majikan, wakil industri- ini bermakna majikan yang bersaiz besar, sederhana, kecil dan mikro, kesatuan sekerja dan wakil pekerja.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] Selamat datang kepada YB Timbalan Speaker kita.

Di samping itu, pandangan juga diperoleh daripada agensi Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri serta pakar gaji termasuk pakar-pakar antarabangsa seperti pakar gaji serantau ataupun regional wage specialist, dengan izin, dari International Labour Organization (ILO). Sebanyak 61 pandangan dan cadangan daripada 36 memorandum telah diterima daripada wakil majikan dan pekerja yang tidak berpeluang untuk terlibat dalam sesi libat urus tadi.

Cadangan dalam bentuk memorandum dan survey pandangan awam berkenaan Dasar Pelaksanaan Gaji Minimum disalurkan melalui laman sesawang KESUMA. Di hujung segala semua proses ini, selepas kajian akademik, selepas sesi libat urus, selepas maklum balas daripada pelbagai pihak, di hujung segala proses ini, kadar RM1,700 sebulan merupakan syor yang dicapai secara sebulat suara melalui Mesyuarat Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) yang dianggotai oleh wakil kerajaan, wakil majikan serta wakil pekerja.

Tuan Yang di-Pertua dan juga rakan-rakan Yang Berhormat, kadar gaji minimum RM1,700 ini dilaksanakan secara seragam di seluruh wilayah, di semua wilayah merentas semua sektor. Ada yang mencadangkan agar dibezakan daripada segi kawasan dan sektor.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, saranan daripada International Labour Organization (ILO) tidak menggalakkan sistem dan struktur gaji minimum yang kompleks kerana ia memberi cabaran kepada penyampaian maklumat dan komunikasi serta boleh

draft • 5:30 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

menimbulkan kekeliruan dan konflik. ILO mencadangkan supaya negara ahli melaksanakan sistem gaji minimum yang ringkas dan mudah.

Berkaitan cadangan agar penetapan gaji minimum berdasarkan sektor, ini memerlukan kajian yang lebih mendalam tentang contohnya, dynamical economics, the dynamics of the economy, kos operasi, kapasiti majikan dalam setiap sektor. Selain itu, dia harus mempertimbangkan kemampuan sesuatu sektor itu untuk menampung gaji minimum tanpa kesan yang radikal terhadap pasaran kerja dan juga inflasi. Kadar gaji minimum yang berbeza di setiap sektor akan menjadikan pelaksanaan dan penguatkuasaan menjadi lebih rumit dan sukar. Ini merupakan satu cadangan yang agak kompleks dan memerlukan pertimbangan mendalam terhadap keadaan ekonomi, tahap produktiviti dan dinamika secara keseluruhan pasaran buruh.

Berkaitan cadangan pelaksanaan gaji minimum secara berjadual, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara, saya telah sebut tadi telah menetapkan gaji minimum perlu dikaji dan ditetapkan sekali dalam tempoh dua tahun. Justeru, semua pihak termasuk pihak industri sebenarnya sudah pun membuat persediaan lebih awal. Ini harus diingat bahawa perbincangan tentang gaji minimum ini telah bermula sejak 2022 lagi. Proses yang agak lama melibatkan pelbagai pihak dan akhirnya, dipersetujui dalam Majlis Perundingan Gaji Negara yang juga melibatkan wakil majikan, wakil pekerja dan sebagainya.

Gaji minimum adalah usaha untuk menaikkan lantai gaji paling rendah di kalangan pekerja supaya pekerja yang menerima kadar upah peringkat terendah mampu bernafas. Ini adalah untuk pekerja yang mempunyai kelayakan akademik yang rendah serta tidak berkemahiran ataupun mempunyai kemahiran rendah. Justeru, saya nak tegaskan bahawa gaji minimum tidak harus dianggap gaji permulaan untuk siswazah dan pekerja berkemahiran. Harus kita insafi bahawa hubungan pekerja-majikan adalah saling bergantung.

Benar, tanpa keusahawanan majikan, maka tiadalah pekerjaan untuk pekerja. Namun, kita harus ingat bahawa tanpa pekerja, masakan majikan dapat menikmati, mengecap nikmat keuntungan...

[Tepuk] Kerajaan faham kekhuatiran majikan terhadap kesan gaji minimum khususnya ke atas PMKS. Justeru, bagi mengurangkan beban terhadap majikan, kerajaan telah menangguhkan kuat kuasa terhadap majikan yang mempunyai kurang daripada lima orang pekerja untuk tempoh lebih kurang sembilan bulan iaitu sehingga 1 Ogos 2025 nanti.

Penangguhan ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada majikan, syarikat-syarikat kecil untuk menyelaraskan pengurusan syarikat khususnya daripada segi kewangan untuk melaksanakan kadar baharu.

Keduanya, walaupun saya...

draft • 5:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Menteri.

draft • 5:30 PM

Tuan Sim Chee Keong

Nanti saya bagi. Saya tentu akan bagi Pendang. Sudah tentu sebab ini mantan Menteri...

draft • 5:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya...

draft • 5:30 PM

Tuan Sim Chee Keong

Saya habiskan bab ini dahulu. Saya akan bagi.

draft • 5:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey.

draft • 5:30 PM

Tuan Sim Chee Keong

Keduanya, walaupun saya menghargai ramai yang memberi perhatian kepada kenaikan kadar gaji minimum dan dasar mengangkat pekerja dalam Belanjawan 2025, kita tidak harus lupa, ada juga pengumuman buat PMKS dalam Belanjawan 2025. Contoh, saya tak akan komen panjang sebab ini mungkin melibatkan kementerian lain. Contoh saya nak bagi, RM40 bilion diperuntukkan untuk PMKS dalam bentuk geran, pinjaman, jaminan dan sebagainya. Selain itu, GLIC juga diberi mandat untuk melabur RM10 bilion dalam pasaran domestik. Sudah tentu yang akan mendapat faedah daripada semua pelaburan dan suntikan dana kerajaan ini antaranya merupakan PMKS.

Silakan Pendang.

draft • 5:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Memang saya ada bangkitkan berkenaan dengan penjawat awam gaji rendah ini yang mana saya nak dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan persediaan ataupun kajian yang telah dibuat. Adakah kerajaan sudah ada SOP untuk mereka, untuk yang bergaji rendah ini yang daripada 11 ke-18 telah dijumudkan dan mereka ini akan dinaikkan pangkat kepada 19. Jadi oleh sebab itu, kita tengok kajian yang dibuat daripada segi aspek kebajikan dan juga aspek latihan dan juga peluang kenaikan pangkat pada mereka-mereka ini, sudah adakah satu standard operating procedure untuk kita nak membela mereka?

Ini kerana mereka sebelum ini dah bekerja dengan penjawat awam sebagai penjawat awam lebih kurang lima, 10 tahun. Ada yang 15 tahun, 20 tahun, masih dalam gred yang lama dan bila dinaikkan gaji, mereka dah gaji mereka tinggi daripada Gred 19, mereka stagnant. Gaji mereka starting daripada gaji mereka masa gred sebelum Gred 19, tetapi saya rasa, kita nak kena cadang jugalah bila mereka pergi ke Gred 19, mereka mesti ada satu dipanggil satu level. Maknanya, satu increment mereka bermula dengan Gred 19 ini. Jadi, saya dapat penjelasan daripada Menteri. Terima kasih.

draft • 5:30 PM

Tuan Sim Chee Keong

Saya rasa Pendang ini dia ingin menguji saya sebab dia tahu, dia mantan Timbalan Menteri KESUMA. Dia tahu bahawa sektor perkhidmatan awam bukan di bawah bidang kuasa KESUMA. Jadi, tak apa. Saya ambil apa yang telah dinyatakan dan direkodkan. Mungkin dijawab oleh JPA dan sebagainya.

Ketiganya, saya sambung. Apa yang saya katakan tentang gaji minimum. Ketiganya, apabila kaum pekerja ada lebih banyak duit dalam poket dengan kenaikan gaji, maka akan lebih banyak duit dalam pasaran. Ini pasti akan merangsang lagi ekonomi negara.

Saya buat perkiraan mudah. It is a simple calculation dengan izinnya, 4.37 juta pekerja di Malaysia yang pada masa kini bergaji di bawah RM1,700. Jika kita anggap gaji mereka kini adalah gaji minimum RM1,500. Maka, pada tahun hadapan golongan ini bakal mendapat tambahan lebih kurang RM200 dan secara keseluruhannya, akan ada tambahan gaji dalam kalangan ini sebanyak lebih kurang RM10 bilion dalam setahun itu. Tambah pula dengan peningkatan RM10 bilion untuk kenaikan gaji sektor awam. Maka pada tahun 2025,

draft • 5:30 PM

Tuan Sim Chee Keong

akan ada lebih kurang RM20 bilion wang tambahan dalam bentuk kenaikan gaji pekerja yang berpotensi menjadi suntikan dana ke pasaran tempatan.

Kerajaan sedar bahawa mekanisme gaji minimum bukan ubat mujarab untuk menyelesaikan segala semua masalah gaji dan upah di negara kita. Berbagai-bagai inisiatif lain untuk menambah baik keadaan upah dan gaji pekerja turut dilaksanakan. Contohnya, kerajaan melalui KESUMA akan menerbitkan buat kali pertamanya satu panduan gaji mengikut kemahiran pekerjaan berdasarkan senarai MASCO. Contoh saya nak beri, Juruteknik Industri dan Pengeluaran. Ini adalah panduan yang telah ditetapkan ya, garis panduan. Gaji permulaan yang disarankan ialah RM2,290.

draft • 5:30 PM

Tuan Sim Chee Keong

Jurutera Awam, gaji permulaan RM3,115. Jurutera Mekanikal - RM3,380. Profesional dalam bidang pentadbiran - RM3,245. Profesional Pereka Kandungan Kreatif- Content Creator, gaji permulaan yang dicadangkan dalam panduan gaji ialah RM2,985. Ini diharapkan boleh menjadi satu panduan ataupun guide, dengan izin, kepada pasaran, pekerja, pihak majikan dalam perundingan gaji mereka.

Mulai 15 September tahun ini juga, KESUMA memperkasakan gerakan kesatuan sekerja melalui penguatkuasaan pindaan undang-undang agar pekerja yakin bahawa gerakan kesatuan sekerja membolehkan pekerja mempunyai kuasa rundingan yang lebih besar bagi memeterai perjanjian kolektif ataupun collective agreement, dengan izin, untuk mendapatkan pampasan yang lebih baik dalam pekerjaan mereka.

KESUMA, akhir sekali, juga merancakkan sektor latihan kemahiran, membolehkan pekerja menyertai kursus reskilling, upskilling, cross skilling bagi memenuhi keperluan sektor pekerjaan berkemahiran tinggi, sekali gus menambah baik keadaan gaji mereka. Sebagai pelengkap kepada semua prakarsa ataupun inisiatif usaha ini, kerajaan juga akan memperuntukkan RM200 juta bagi melaksanakan Dasar Gaji Progresif pada tahun 2025.

Ada yang tanya tentang subsidi upah. Sebenarnya, Dasar Gaji Progresif ini boleh dikatakan sebagai satu bentuk subsidi, walaupun saya lebih gemar ataupun saya rasa lebih sesuai untuk mengatakan ini sebagai satu insentif, untuk membantu majikan menyediakan gaji yang lebih baik kepada pekerja mereka. Dalam kata lain, kerajaan membayar syarikat agar syarikat boleh bayar gaji yang lebih tinggi kepada pekerja.

“Syarikat mana yang layak?” Ada yang tanya. Syarat utama bagi syarikat yang layak menyertai Dasar Gaji Progresif ini adalah syarikat kategori PMKS, bukan syarikat berkaitan kerajaan mahupun syarikat-syarikat multinasional yang besar. Jumlah pekerja yang menyertai Dasar Gaji Progresif pula ditetapkan berdasarkan saiz pertubuhan mengikut sektor, mengambil kira peruntukan yang ditetapkan. Contohnya, sektor pembuatan, maksimum 200 pekerja. Selain sektor pembuatan, mungkin maksimumnya 100 pekerja.

Pertanyaan tentang bila laporan analisa projek rintis Dasar Gaji Progresif- pilot project report akan disiapkan. Ia dijangka akan disiapkan pada hujung tahun ini.

Adakah kadar pengangguran akan meningkat berikutan pelaksanaan gaji minimum yang baharu? Dalam karya mereka, Myth and Measurement: The New Economics of the

draft • 5:40 PM

Tuan Sim Chee Keong

Minimum Wage, ahli ekonomi dan pemenang Hadiah Nobel, David Card serta rakan penyelidiknya, Alan Krueger, menunjukkan bahawa peningkatan gaji minimum yang sederhana tidak membawa implikasi pengurangan guna tenaga, sebaliknya mungkin berpotensi memberikan kesan positif kepada ekonomi. Kita bukan hanya tengok daripada segi akademik.

Secara empirikalnya, kita lihat kepada data-data sejarah, the historical data.

Sekiranya kita lihat secara retrospektif, data berkaitan pengangguran berikutan pelaksanaan lima kali perintah gaji minimum sebelum ini menyokong pandangan tersebut di Malaysia, yang mana setiap kali gaji minimum baharu dilaksanakan, tidak terdapat peningkatan ketara dari segi pemberhentian pekerja mahupun kadar pengangguran negara mahupun kadar inflasi.

Tuan Yang di-Pertua, ada yang menyatakan kebimbangan kenaikan kos, contohnya perkhidmatan penjagaan kanak-kanak. Kerajaan faham pentingnya taska buat anak-anak pekerja. Maka, bagi pekerja yang berpendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah, ada subsidi yuran pengasuhan sebanyak RM180 diberikan bagi menghantar anak ke taska komuniti.

Selain itu, pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,000 diberikan atas bayaran yuran taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan tadika yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Kerajaan juga telah memperuntukkan RM38 juta untuk membina 16 taska dan tabika KEMAS baharu. Malah, untuk intervensi awal kanak- kanak autisme, RM125.4 juta diperuntukkan untuk membina 11 Pusat Permata Kurnia yang baharu.

Pihak taska sebenarnya mempunyai pilihan bagi melaksanakan gaji minimum berdasarkan kadar gaji minimum harian ataupun jam seperti yang ditetapkan oleh Perintah Gaji Minimum (PGM) 2024. Ini adalah kerana pematuhan PGM 2024 tidak semestinya berdasarkan pembayaran gaji minimum bulanan, tetapi juga boleh berdasarkan gaji minimum harian dan jam. Namun, saya ingin tegaskan, perkara ini adalah tertakluk kepada persetujuan kedua-dua pihak bagi memastikan hak pekerja terjamin tanpa menjejaskan kelangsungan operasi taska.

draft • 5:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat Menteri.

draft • 5:40 PM

Tuan Sim Chee Keong

Silakan.

draft • 5:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya rasa subsidi yang kerajaan berikan kepada keluarga khususnya keluarga muda untuk akses taska adalah perkara yang perlu kita hormati dan raikan.

Cuma, pengecualian cukai yang berjumlah RM2,000 itu, pada masa ini memang jelas tidak mencukupi. Kalau sebuah keluarga itu ada dua anak- anak yang ke taska, secara puratanya menghantar satu orang anak, kosnya RM500 sebulan. Kalau setahun, RM12,000 kalau termasuk dua- anak-anak ini. Ini tidak masuk lagi kos pembayaran pendaftaran awal.

Persoalan saya. Bukankah lebih baik kerajaan mempertimbangkan pengecualian ataupun pelepasan cukai ini turut diberikan kepada keluarga muda yang menggaji pengasuh ataupun penjaga rumah yang akan dipertanggungjawabkan untuk menjaga anak-anak di

draft • 5:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

rumah? Kerana kalau keluarga itu ada empat anak, nak hantar sekali ke taska, kos dia sangat tinggi, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

draft • 5:40 PM

Tuan Sim Chee Keong

Ini kalau tahun lepas tanya saya tentang pelepasan cukai, saya boleh jawab, tapi tahun ini, saya serahkan kepada kawan saya, tapi untuk makluman Yang Berhormat dari Muar, pekerja domestik di rumah adalah dikecualikan daripada kadar gaji minimum tersebut. So, mungkin itu juga sedikit sebanyak membantu daripada segi ekonomi penjagaan ataupun care economy. Yang Berhormat dari Sri Gading, Pekan, Tebrau, Ipoh Timor telah menekankan beberapa isu berkaitan modal insan. Dua tajuk besar iaitu potensi serta cabaran sektor TVET dan juga soalan-soalan khusus untuk Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran

(PTPK).

Tuan Yang di-Pertua, KESUMA bakal membangunkan satu portal - MyMAHIR yang antara lainnya mengandungi laporan impak kesan AI, digitalisasi dan ekonomi hijau ke atas pasaran kerja Malaysia. Ini lah kali pertama laporan seumpama ini disempurnakan. Secara ringkasnya, laporan ini akan memberikan data tentang trend ekonomi Abad Ke-21, khususnya kemahiran dan pekerjaan di Malaysia yang akan terkesan dengan trend-trend tadi dalam tempoh tiga hingga lima tahun yang akan datang. Ini bukan sahaja akan memberikan panduan kepada pembuat dasar, malah membantu para majikan, pelabur, pekerja, waima mereka yang masih belajar di bangku sekolah untuk membuat persiapan terhadap trend pasaran pekerjaan yang akan datang.

KESUMA akan merancakkan lagi sektor latihan kemahiran. Itu yang saya katakan tadi. Program-program yang sedia ada akan diteruskan. Contohnya, Perbadanan Sumber Manusia Berhad (PSMB), Program Latihan MADANI (PLM) yang merangkumi inisiatif-inisiatif, dengan izin, Senior Back in Action (SEBA), Second Chances and Opportunities for People to Excel (SCOPE), persons with disabilities development, MSME development and B40 development. Keduanya, program Daya Kerjaya 2.0 oleh PERKESO yang merupakan program membabitkan penempatan pekerjaan bagi kumpulan sasaran dalam kalangan golongan rentan ataupun mudah terjejas seperti bekas banduan, OKU, pesara, warga emas untuk mendapatkan pekerjaan dengan gaji dengan nilai yang lebih tinggi, ada insentif khas dan sebagainya.

TalentCorp memperkenalkan Program ILHAM KESUMA. ILHAM maksudnya Insentif Latihan Amali, di mana majikan akan diberi pelbagai insentif. Contoh, potongan cukai berganda, geran padanan dan juga kebenaran penggunaan levi PSMB untuk menggalakkan pengambilan pelatih amali ataupun interns secara berbayar dan berstruktur. Program latihan amali berstruktur selama tiga bulan ini merupakan latihan on the job, dengan izin, yang mampu meningkatkan kemahiran para siswazah. Data menunjukkan bahawa hampir 40 peratus daripada intern akan mendapat tempat kerja ataupun mendapat kerja di syarikat yang sama di mana mereka melakukan internship mereka. Selepas dilancarkan pada Mac tahun ini, hampir 20,000 pelatih amali ataupun interns telah mendapat penempatan internship

draft • 5:40 PM

Tuan Sim Chee Keong

berstruktur dan berbayar tahun ini. Dalam Belanjawan 2025, kerajaan akan memperuntukkan tambahan RM10 juta untuk program ini.

draft • 5:40 PM

Tuan Sim Chee Keong

Tentang usaha meningkatkan tarikan terhadap sektor TVET. Sukacita ingin saya maklumkan bahawa faktanya adalah kadar kebolehpasaran lepasan Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) adalah tinggi dan terdapat jaminan pekerjaan. The numbers don’t lie, Tuan Yang di-Pertua dengan izin. Contohnya, pada tahun 2024 kadar kebolehpasaran, susah nak sebut, employability. Kadar kebolehpasaran graduan ILJTM adalah 94.4 peratus, meningkat berbanding dengan 2023, 92.2 peratus.

Malah, di kalangan 33 buah ILJTM di seluruh Malaysia di bawah pengurusan KESUMA, tiga daripada ILJTM itu mempunyai kadar kebolehpasaran 100 peratus, yakni ILP Pasir Gudang, ILP Bukit Katil dan ILP Kota Kinabalu. Syabas kepada pengurusan ILP-ILP ini.

Kita sedar bahawa jurusan TVET masih tidak dilihat di negara ini oleh masyarakat kita sebagai pilihan yang menarik.

KESUMA sebagai salah sebuah kementerian yang terlibat dengan pendidikan TVET telah mengambil pelbagai inisiatif khususnya melalui Majlis TVET negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sendiri. Antaranya, pada tahun ini kita telah membangun dan melancarkan sistem Unit Pengambilan TVET ataupun UPTVET sebagai saluran utama pengambilan kursus-kursus TVET seluruh Malaysia.

Kalau dulu, nak masuk jurusan akademik di IPTA, seorang pelajar lepasan sekolah boleh pohon melalui saluran sehenti, one-stop channel UPU, Unit Pengambilan Universiti tapi kalau dia nak belajar di institusi TVET awam, dia kena pergi cari satu persatu. Kini, dengan portal sehenti UPTVET, mana-mana individu yang ingin mendaftar untuk kursus TVET boleh membuat carian, mohon pada bila-bila masa dan di mana-mana saja.

KESUMA yakin, Malaysia mampu membangunkan sektor latihan kemahiran yang bertaraf dunia kerana kita berpunya ekosistem industri yang sudah bertapak lebih separuh abad di negara ini. Namun, strateginya kena ubah. Bak kata orang Penang, jangan pi mai, pi mai tang tu. JTM, Jabatan Tenaga Manusia contohnya menyasarkan ...

draft • 5:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Menteri, fasal TVET ini saya sangat dekat. Saya nak minta tanya sedikit penjelasan.

draft • 5:50 PM

Tuan Sim Chee Keong

Okey, silakan.

draft • 5:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. TVET ini sekarang sudah jadi penting dalam negara kita sekarang ini dan banyak sektor yang menggunakan sistem pendidikan TVET. Di Malaysia ini, apa yang saya difahamkan, untuk kita nak belajar sampai peringkat Degree, Master atau pun PhD dalam bidang TVET kita kena pergi ke luar negara.

Jadi, adakah perancangan daripada pihak kementerian dan juga kerajaan untuk menubuhkan kursus universiti TVET sahaja kerana ke depan ini, masa depan akan datang kita tengok permintaan untuk TVET dalam semua sektor akan meningkat. Jadi, saya minta

draft • 5:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

penjelasan daripada menteri, adakah perancangan kita untuk nak menubuhkan khusus universiti TVET? Sekian, terima kasih.

draft • 5:50 PM

Tuan Sim Chee Keong

Terima kasih. Sebenarnya jurusan TVET kalau ingin sambung, sebab pada takat ini mereka boleh mengambil Sijil Kemahiran Malaysia dari Tahap 1 hingga Tahap 5. Tahap 5 ialah diploma lanjutan ataupun selari dengan diploma lanjutan di peringkat akademik. Kalau dia nak lebih tinggi, dia kena pergi ke universiti. Untuk masa ini kita ada MTUN, universiti-universiti teknikal di mana mereka boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah malah ke peringkat PhD.

Tapi untuk makluman Dewan yang mulia ini, khususnya Yang Berhormat saudara dari Pendang, KESUMA sedang mengkaji pindaan untuk Akta Pembangunan Kemahiran.

Mungkin kita laksanakan tahun depan dengan sokongan dari Pendang dan rakan-rakan semua untuk melihat bagaimana kita boleh meningkatkan lagi tahap Sijil Kemahiran Malaysia. Tadi saya kata, mengikut undang-undang hanya sampai Tahap 5 iaitu SKM, Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 5 Diploma Lanjutan.

Kita nak meneroka possibility, kemungkinan untuk meningkatkan, menawarkan Sijil Tahap 6, 7 dan 8 yang selari dengan sijil-sijil ijazah, sarjana, sarjana muda, sarjana dan juga kedoktoran di peringkat, di jurusan akademik. Kita akan- kita tengah membuat kajian untuk melakukan perubahan-perubahan ini.

Jabatan Tenaga Manusia (JTM) telah menyasarkan 600 kerjasama bersama rakan strategik khususnya gergasi industri ataupun, dengan izin, industry giants mengguna pakai strategi rebrand and revamp, dengan izin. Penjenamaan semula dan rombakan semula kursus-kursus yang ditawarkan agar:

(i) kita boleh mempertingkatkan penyertaan industri dalam mengolah sukatan mata pelajaran kursus;

(ii) memberikan nilai tambah jenama syarikat multinasional industry giants ini kepada pensijilan yang ditawarkan kepada para pelajar; dan

(iii) menjamin kebolehpasaran yang lebih tinggi dengan peluang pekerjaan yang bernilai tinggi.

Projek rintis untuk strategi rebrand dan revamp ini adalah di ADTEC, Melaka di mana dengan kerjasama dengan PROTON, kini ADTEC Melaka dijenamakan semula sebagai PROTON Institute of Advance Automotive Tech (ADTEC). Nama canggih sedikit. Kalau pelajar kita keluar dari sana, dia kata saya study di PROTON Institute of Advance Automotive Tech. Dia pinjam jenama “PROTON” ini.

PROTON Institute ini akan menawarkan kursus Diploma Eksekutif dalam teknologi automatif dengan lapan pengkhususan. Contoh, reka bentuk- design; pembuatan- manufacturing; penjualan dan pemasaran- sales and marketing; kereta pintar- smart car; sukan bermotor- motor sport; dan pengambilan kohort pertama PROTON Institute akan bermula Januari 2025.

draft • 5:50 PM

Tuan Sim Chee Keong

Selain itu, syarikat PROTON juga telah menyatakan komitmen atau hasrat untuk menghantar lebih kurang 2,500 pekerja sedia ada syarikat tersebut yang kini hanya mempunyai kelayakan SPM supaya mereka boleh upgrade, naik taraf dari SPM ke SKM 3 ataupun Diploma Kemahiran. Langkah upskilling ini mampu untuk meningkatkan gaji pekerja- pekerja tersebut sehingga lebih 20 peratus. Belanjawan 2025 telah mengetengahkan model strategi rebrand and revamp ini untuk diperluaskan kepada institut latihan kemahiran awam yang lain melalui Program Anak Angkat ILKA, Institut Latihan Kemahiran Awam dengan peruntukan RM50 juta.

Ketika lawatan saya bersama dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke negara China baru-baru ini, saya juga telah berbincang dengan sebuah syarikat teknologi tinggi di China untuk melaksanakan strategi rebrand and revamp di ILJTM di bawah KESUMA. Secara amnya, JTM sedang dalam perbincangan dengan syarikat multinasional dari China, Amerika Syarikat, Eropah dan lain-lain lagi untuk melaksanakan strategi rebrand and revamp ini demi memberikan nilai tambah kepada para pelajar jurusan TVET di Malaysia.

KESUMA melalui jabatan dan agensi juga akan menambah baik platform e-learning, pembelajaran dalam talian yang fleksibel, program latihan yang disesuaikan ataupun customize training, dengan izin, dengan tumpuan kepada kemahiran yang diperlukan dalam sektor-sektor economic strategic negara seperti semikonduktor, teknologi komputer seperti AI, aeroangkasa, agroteknologi, telekomunikasi dan sebagainya.

Berkaitan saranan agar terma pembiayaan PTPK ataupun Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran dijadikan lebih anjal ataupun fleksibel. KESUMA melalui PTPK telah menyediakan modal pinjaman dan pembiayaan latihan kemahiran secara pakej dengan Program Pensijilan Kompetensi ataupun kelayakan ikhtisas, professional qualification sebagai nilai tambah kepada program Sijil Kemahiran Malaysia melalui pelaksanaan pensijilan kemahiran Malaysia, melalui kaedah pengiktirafan pencapaian terdahulu dan sebagainya.

PTPK menawarkan insentif dan kemudahan pembiayaan kepada pelatih mengikut program kemahiran seperti berikut:

(i) produk pembiayaan pinjaman latihan kemahiran Islamik yang menggunakan konsep al-Qard tanpa ujrah. Ini bermakna pelatih hanya akan membayar balik pokok pinjaman sahaja selepas tamat latihan;

(ii) pembiayaan latihan kemahiran secara berpakej dengan program bukan Sijil Kemahiran Malaysia;

(iii) pemberian Pinjaman Latihan Kemahiran yang meliputi yuran latihan bayaran premium insurans, Elaun Sara Hidup, Kemudahan Pinjaman Komputer dan Kemudahan Pinjaman Pengangkutan;

(iv) pemberian Elaun Komputer Riba berjumlah RM2,500 kepada pelatih yang mengikut program SKM di sektor ICT, pelatih yang

draft • 5:50 PM

Tuan Sim Chee Keong

mengikut program SKM di peringkat Diploma Kemahiran Malaysia dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia; dan

(v) pemberian Elaun Pengangkutan sebanyak RM500 untuk pelatih di Semenanjung Malaysia dan RM1,000 kepada pelatih di Sabah dan Sarawak.

draft • 5:50 PM

Tuan Sim Chee Keong

Mulai tahun 2020 juga, pengecualian syarat kepada pendapatan kasar keluarga telah diberikan untuk permohonan pembiayaan latihan kemahiran. Pengecualian ini bagi memastikan tiada lepasan sekolah yang tercicir peluang melanjutkan pelajaran dan meringankan beban ibu bapa untuk menanggung kos pembelajaran anak-anak apabila mendapat pembiayaan penuh. KESUMA sedang mengkaji pindaan Akta Tabung Pembangunan Kemahiran untuk membolehkan pembiayaan kursus latihan kemahiran yang lebih fleksibel, lebih meluas dan lebih memenuhi keperluan latihan kemahiran masa kini.

Untuk soalan tentang dana Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dalam Belanjawan 2025 yang memerlukan perincian, PTPK akan menerima peruntukan tertinggi dalam tempoh dalam sejarah pada tahun depan iaitu sebanyak RM500 juta yang bakal memberi manfaat lebih kurang 20,000 pelatih. Fokus pembiayaan 2025 akan menjurus kepada program berkemahiran terutamanya dalam sektor dan industri dengan pertumbuhan dan nilai tinggi, high-growth and high-value sektor, bidang keutamaan dalam pelan induk perindustrian baharu (NIMP) seperti MRO, EV, Aeroangkasa, AI, maritim dan sebagainya.

Bagi isu berkaitan dana RM10 juta yang telah diluluskan dalam Belanjawan 2024 yang tidak dapat diakses oleh para profesional maritim, seperti yang dinyatakan tadi PTPK menyediakan kemudahan pinjaman untuk program tertakluk kepada Akta Pembangunan Kemahiran dan juga Akta Tabung Pembangunan Kemahiran. Pembiayaan program latihan bukan Sijil Kemahiran Malaysia boleh melaksanakan, tetapi syaratnya melalui proses pemetaan sukatan mata pelajaran program dengan NOSS ataupun Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan dan harus diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran terdahulu. Ini termasuk program-program di bawah bidang maritim.

KESUMA melalui JPK dan PTPK telah bekerjasama rapat dengan pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) melalui Iktisas Kelautan Malaysia (IKMAL) khususnya untuk memudah cara urusan pemetaan silibus sukatan mata pelajaran dan pendaftaran penyedia latihan bidang maritim dengan menjadikan IKMAL sebagai pusat penilaian amali yang dijangka akan selesai hujung tahun ini.

KESUMA memberi jaminan kepada para profesional maritim mereka akan mendapatkan akses tersebut pada awal tahun hadapan iaitu tahun 2025. Berdasarkan rekod sehingga 30 September 2024 PTPK telah meluluskan kapasiti latihan bagi industri maritim sebanyak RM9.2 juta untuk melatih seramai 325 orang pelatih. Pada tahun 2025, PTPK terus komited untuk membiayai program kemahiran di dalam bidang maritim menggunakan peruntukan yang diluluskan dalam Belanjawan 2025.

draft • 6:00 PM

Tuan Sim Chee Keong

Untuk soalan seterusnya daripada Yang Berhormat Larut, Bachok, Pangkalan Chepa, Putrajaya tentang isu pengangguran dan juga guna tenaga tidak penuh khususnya berkaitan kemahiran. Bagi untuk statistik jumlah pengangguran di kalangan siswazah mengikut tahap pendidikan dan jumlah pengangguran di kalangan belia, berdasarkan Laporan Survei Tenaga Buruh oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bilangan siswazah menganggur pada tahun 2022 yang direkodkan adalah seramai 187,800 orang dengan pecahan 103,200 orang di peringkat ijazah dan 84,600 orang di peringkat diploma.

Manakala dalam kalangan belia berumur 15 hingga 24 tahun pula, bilangan penganggur pada tahun 2023 merekodkan penurunan iaitu seramai 297,000 orang dengan kadar pengangguran 11 peratus berbanding tahun sebelumnya 301:2000 orang dengan kadar pengangguran 12 peratus pada 2022. Kadar pengangguran belia tinggi merupakan trend di kebanyakan negara memandangkan kumpulan ini baharu menamatkan pengajian dan sukar mendapat pekerjaan akibat isu-isu seperti pengalaman dan sebagainya. Secara keseluruhannya kadar pengangguran nasional pada tahun 2023 menurun kepada 3.4 peratus berbanding 3.9 peratus pada tahun 2022.

Guna tenaga tidak penuh berkaitan dengan kemahiran iaitu merangkumi mereka yang berpendidikan tertiari, tetapi bekerja dalam bidang-bidang separuh mahir ataupun rendah adalah lebih kurang 37 peratus pada suku tahun kedua tahun ini berbanding 37.4 peratus pada suku tahun kedua tahun lalu. Bagi menangani isu ini, KESUMA mempergiatkan usaha untuk memperkasakan tenaga kerja kita agar mampu menggalas pekerjaan berkemahiran tinggi dan bergaji tinggi dan saya sudah sebut banyak contoh di atas tadi.

Dalam Belanjawan 2025 contohnya, untuk mengatasi masalah yang saya gelar sebagai chicken and egg. Fresh grad tidak dapat kerja sebab alasannya tidak ada pengalaman, tetapi kalau dia tidak dapat kerja maka dia tidak ada pengalaman. So, untuk mengatasi isu ini dalam Belanjawan 2025, kerajaan melalui KESUMA akan membenarkan majikan menggunakan levi PSMB mereka untuk membiayai elaun sehingga RM1,000 sebulan bagi siswazah khususnya mereka yang baharu tamat pengajian.

Ini akan memberikan insentif kepada majikan untuk memberikan peluang pekerjaan kepada fresh grad. kita tadi. Namun isu pengangguran dan guna tenaga tidak penuh ini memerlukan pendekatan keseluruhan kerajaan dan keseluruhan masyarakat- whole-of- government approach and whole-of-society approach, bukan setakat KESUMA. Justeru, Perdana Menteri kita telah melancarkan Kerangka Ekonomi MADANI untuk tadi saya sebut menaikkan lantai, ada juga menaikkan siling.

Pendekatan menaikkan siling antaranya ialah untuk meningkatkan nilai ekonomi negara kita. Hakikatnya ekonomi negara harus mampu untuk menjana pekerjaan bergaji tinggi. Kerajaan bukan sahaja giat menarik pelaburan high-growth, high-value malah rancak membantu syarikat-syarikat Malaysia khususnya PMKS menaiki rantaian nilai, dengan izin, go up to value chain meningkatkan keberhasilan ataupun produktiviti berdaya saing bukan sahaja dalam negara malah di peringkat antarabangsa.

Yang Berhormat Bagan membangkitkan tentang kes kartel..

draft • 6:00 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat, sedikit berkaitan dengan tenaga kerja tadi. Disebut tadi hampir 200,000 pengangguran dalam kalangan siswazah dan kita tahu itu data pengangguran belum termasuk guna tenaga tidak penuh kerana kalau ikut ILO kerja sejam seminggu dah kira bekerja, dengan bergaji sejam seminggu dah kira bekerja.

Jadi, bagaimanakah Yang Berhormat lihat di bawah sana, adakah number yang sebenarnya pengangguran dalam kalangan pengangguran di kalangan siswazah ini jauh lebih besar kerana definisi- pertama sekali definisi yang digunakan? Ya, kita tahu itu definisi antarabangsa, tetapi hakikat di bawah sana pengangguran siswazah ini kalau kita tengok daripada segi number tentunya kita dapat lihat bahawa jumlah pengangguran yang mungkin lebih besar, itu satu.

Yang kedua, bagaimanakah trend dalam konteks kehilangan pekerjaan? Jadi, kalau boleh Yang Berhormat sama ada hendak jawab sekarang ataupun jawab secara bertulis berkaitan dengan trend kehilangan pekerjaan selepas kita lihat beberapa buah syarikat besar ditutup dan sebagainya dan banyak perniagaan ditutup. Jadi, apakah trend semasa berkaitan dengan mereka yang telah bekerja atau sedang bekerja sebelum ini yang telah kehilangan pekerjaan? Terima kasih, Yang Berhormat.

draft • 6:00 PM

Tuan Sim Chee Keong

Terima kasih, Yang Berhormat Putrajaya. Ada beberapa soalan. Saya hendak sebut tadi. Tadi saya bagi angka itu tahun 2022 lah, satu. Bukan nak menyerang, tetapi mengingatkan bahawa tahun 2022 itu di bawah kerajaan Putrajaya, satu.

Keduanya, saya juga telah berikan kadar guna tenaga tidak penuh khususnya yang berkaitan dengan kemahiran.

Dia ada dua jenis satu berkaitan dengan waktu pekerjaan dan satu lagi yang saya ambil spesifik berkaitan kemahiran sebab yang ditanya dalam Dewan ini ialah apabila mereka yang mempunyai kelayakan akademi lebih tinggi, tetapi bekerja dalam pekerjaan yang memerlukan kelayakan lebih rendah dan saya sebut tadi. Memang kadar guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran adalah sebanyak 37 peratus. Ia agak tinggi, tetapi ia sudah merupakan satu improvement atau peningkatan berbanding dengan tahun lepas, tetapi keduanya, yang disebut tadi tentang pemberhentian kerja.

Ingin saya ingatkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa kita sekarang berada dalam keadaan di mana kadar pengangguran adalah rendah, tadi saya sebut. Maknanya kalau memberikan perhatian kepada ucapan saya, kadar pengangguran kita pada tahun 2023, 3.4 peratus berbanding dengan tahun 2022, 3.9 peratus. Ya, mungkin ada pemberhentian, tetapi pasaran kerja pada masa kini mampu untuk menyerap kembali pekerja-pekerja yang hilang kerja ini dengan kadar yang agak cepat.

Saya hendak sambung tentang isu yang agak penting yang dibangkitkan oleh saudara Ahli Yang Berhormat dari Bagan tentang kartel pemalsuan ataupun kartel tuntutan palsu PERKESO. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, perkara ini dia bukan dibongkar daripada aduan ataupun laporan pihak luar.

draft • 6:00 PM

Tuan Sim Chee Keong

Saya ingin mengiktiraf usaha dan sumbangan jasa, khususnya Ketua Eksekutif Kumpulan PERKESO, Dato’ Sri Dr. Azman yang telah melihat ataupun telah menghidu, kalau orang kata bahasa biasa itu ‘menghidu'. Ada kelompangan, ada jurang dalam angka-angka laporan yang telah dikemukakan kepada beliau pada bulan Mei yang lalu. Justeru, selepas itu PERKESO telah melakukan siasatan dalaman, audit dalaman dan akhirnya telah bekerjasama membuat laporan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kedua-dua badan tersebut telah melaksanakan Ops Tunjang sehingga 18 Oktober 2024.

SPRM menerusi Ops Tunjang telah berjaya menahan 37 individu melibatkan 19 pemohon, sembilan ejen, tiga runner serta enam Doktor Perubatan yang dipercayai terlibat dalam sindiket tuntutan palsu kepada PERKESO.

Buat masa ini, siasatan lanjut berhubung kes tuntutan palsu masih lagi diteruskan oleh SPRM. Komitmen KESUMA dan PERKESO ialah kita akan memastikan, kita dah tumpaskan salah satu bahagian dalam kartel tuntutan palsu ini. Komitmen kita ialah untuk memastikan tidak akan berlaku unsur-unsur khianat seperti ini. Di peringkat dalaman, PERKESO terus memperbaiki proses sedia ada. Memperkukuh mekanisme semak imbang dengan mewujudkan Jawatankuasa Penilaian Keputusan Jemaah Doktor yang turut dianggotai oleh para Doktor agar setiap kata putus daripada hasil penaksiran adalah bebas daripada sebarang unsur manipulasi serta penipuan.

Pada masa yang sama, PERKESO dalam perancangan untuk menerapkan elemen automation, contohnya mengguna pakai sistem kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan keberkesanan sistem penaksiran keilatan serta faedah hilang upaya, selaras dengan perkembangan teknologi dan juga untuk mengelakkan kelompangan-kelompangan dan juga kesilapan dan kekhilafan yang disebabkan oleh kecuaian manusia dan sebagainya.

draft • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 6:10 PM

Tuan Sim Chee Keong

Boleh I gulung?

draft • 6:10 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Boleh minta jalan sekejap?

draft • 6:10 PM

Tuan Sim Chee Keong

Silakan.

draft • 6:10 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Okey, terima kasih. Terima kasih atas penjelasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri. Saya nak tanya tentang sumbangan EPF kepada pekerja asing. Boleh kah KESUMA mengesyorkan bahawa pekerja-pekerja asing, caruman EPF ini majikan tidak perlu untuk pekerja lama. Kalau untuk pekerja baharu, bolehkah zero rated? Kalau bolehlah. Kalau tidak boleh, mungkin hanya secara nominal sahaja kerana ini satu isu yang amat besar kepada banyak majikan dan akan menanggung beban yang lebih besar daripada kenaikan minimum RM200 sebulan ke atas pekerja-pekerja asing. Sekian, terima kasih.

draft • 6:10 PM

Tuan Sim Chee Keong

Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Saya jawab sikit, kemudian saya akan gulung. Sebenarnya, saya menerima baik cadangan daripada Ahli Yang Berhormat Bagan. Yang sebenarnya, KESUMA telah pun mengetengahkan syor KESUMA kepada Kementerian Kewangan yang merupakan kementerian yang bertanggungjawab ke

draft • 6:10 PM

Tuan Sim Chee Keong

atas KWSP ataupun EPF dan saya yakin keputusan yang akan dilaksanakan itu akan rasional dan mempertimbangkan segala semua kesan dan impak kepada semua pihak, khususnya majikan tempatan di Malaysia ini.

Tuan Yang di-Pertua...

draft • 6:10 PM

Seorang Ahli

[Mencelah]

draft • 6:10 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Mic.

draft • 6:10 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

MOF bukan bawah KESUMA? Oh, nanti saya akan tanya MOF lah. Terima kasih. Terima kasih Menteri.

draft • 6:10 PM

Tuan Sim Chee Keong

Saudara Bagan, dia macam Pendang, dia nak menguji saya sebab beliau bekas Menteri MOF. Jadi, KWSP memang di bawah jagaan MOF. Dia uji, semua banyak uji saya...

draft • 6:10 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ini kerana syor KESUMA. Terima kasih.

draft • 6:10 PM

Tuan Sim Chee Keong

Terima kasih dan kita telah memberikan syor. Saya yakin kerajaan akan membuat keputusan yang rasional dalam isu ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu berkaitan KESUMA dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Belanjawan 2025 peringkat dasar.

Kita menghargai setiap cadangan, teguran yang dikemukakan dan kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Bagi soalan-soalan yang tidak sempat dijawab, kementerian akan mengemukakan secara bertulis. Kita ada 30 kementerian, semua kementerian ada tanggungjawab menjaga rakyat, tetapi KESUMA merupakan antara kementerian utama yang memikul amanah dan tanggungjawab menjaga kebajikan 17 juta warga pekerja di Malaysia. Habis kapak, berganti beliung.

Saya mengulangi tekad KESUMA untuk menggembleng segenap tenaga menjaga kebajikan, meningkatkan kemahiran dan seterusnya menaikkan keberhasilan pekerja di Malaysia. Kesemua yang kita lakukan ini dengan satu tujuan murni. Kita mahu pekerja kita melangkah ke tempat kerja setiap hari dengan penuh terhormat, mendapat rezeki yang berkat dan pulang kepada keluarga dengan selamat di penghujung setiap hari kerja. Ini tekad KESUMA. Membujur lalu, melintang patah. Kami akan kekal teguh bersama pekerja.

Jika khuatir melanggar pantang, Maka harus diberi pesan; Maruah dijulang, hak ditantang, Mulia pekerja, mulia insan. Sekian, terima kasih.

draft • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Kewangan (II) untuk menjawab. Masa 60 minit.

draft • 6:10 PM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Puan Yang di-Pertua, Belanjawan MADANI Ketiga tahun 2025 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 18 Oktober lalu dirangka dengan tumpuan untuk “Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan dan Menyejahterakan Rakyat” iaitu selari dengan Kerangka Ekonomi MADANI.

Belanjawan ini adalah untuk meneruskan agenda pembaharuan kerajaan ke arah memacu pembangunan negara, mengukuhkan kedudukan fiskal dan menambah baik kualiti hidup rakyat secara terangkum dan mampan.

Pembaharuan yang diusahakan telah mula merekodkan prestasi ekonomi pada tahun 2024 yang mengatasi jangkaan sama ada daripada segi pertumbuhan, pelaburan dan nilai Ringgit. Pencapaian ini tentu menggambarkan keyakinan kepada pelabur serta kejayaan awal kepada langkah pembaharuan Ekonomi MADANI serta dasar-dasar yang diluncurkan oleh kerajaan. Saya zahirkan ucapan penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang berbahas peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2025. Seramai 89 Ahli Yang Berhormat menyentuh pelbagai perkara melibatkan Kementerian Kewangan.

Saya hargai pandangan semua dan izinkan saya menjelaskan perkara dibangkitkan sepanjang perbahasan lapan hari yang lalu. Kira-kira enam orang Ahli Yang Berhormat menyentuh soal ekonomi fiskal dan hutang negara. Antaranya termasuk Yang Berhormat Larut, Kuala Kedah, Ayer Hitam, Gerik, Dungun dan Kubang Pasu. Yang Berhormat Larut membangkitkan soal peningkatan hutang negara hampir RM200 bilion dalam tempoh dua tahun. Seperti mana yang dijelaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan Belanjawan 2025, Kerajaan MADANI mewarisi beban hutang yang tinggi.

Setakat tahun lalu, paras hutang mencecah RM1.2 trilion atau lebih 64 peratus KDNK.

Semua sedia maklum, selagi mana kerajaan mengamalkan perbelanjaan defisit, selagi itulah hutang akan terus meningkat. Memandangkan Malaysia mengalami situasi defisit sejak 1998 sehingga kini, maka kerajaan telah meminjam setiap tahun bagi membiayai defisit fiskal untuk menampung perbelanjaan pembangunan negara.

Kita tidak pernah meminjam untuk menampung perbelanjaan operasi semasa, sebaliknya kita meminjam bagi membiayai pembangunan masa depan negara dan hasil yang kita raih mencukupi untuk menampung perbelanjaan operasi. Peningkatan paras hutang yang mendadak bermula pada tahun 2020 apabila kerajaan telah membuat pinjaman tambahan bagi pembiayaan pakej rangsangan dan pelan pemulihan ekonomi untuk melindungi rakyat dan perniagaan yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Kesannya, hutang Kerajaan Persekutuan meningkat daripada RM793 bilion atau 52.4 peratus KDNK pada tahun 2019 kepada RM1,079.6 bilion atau 60.2 peratus KDNK pada akhir 2022 iaitu pertambahan RM286.6 bilion.

draft • 6:16 PM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Maka, sebab itulah sejak Kerajaan MADANI mentadbir negara, komitmen utama kita adalah untuk mengurangkan kadar defisit secara berperingkat dan konsisten, iaitu dari 5.5 peratus pada tahun 2022 kepada 5.0 peratus pada tahun 2023, seterusnya anggaran 4.3 peratus pada tahun ini dan unjuran 3.8 peratus pada tahun 2025.

Selaras dengan pengurangan defisit, hutang baharu oleh kerajaan berkurangan daripada hampir RM100 bilion pada tahun 2022 kepada RM92.6 bilion pada tahun 2023, seterusnya kepada sekitar RM85 bilion tahun 2024 dan disasarkan RM80 bilion pada tahun 2025.

Trend penurunan ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk memastikan nisbah hutang KDNK akan dikurangkan supaya tidak melebihi 60 peratus dan defisit fiskal pada kadar tiga peratus dapat dicapai dalam tempoh jangka masa sederhana seperti yang ditetapkan dalam Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023.

Dalam Belanjawan 2025, salah satu strategi kerajaan adalah untuk mengurangkan peruntukan perbelanjaan pembangunan kepada RM86 bilion selaras dengan pengurangan defisit fiskal, tetapi dilaksanakan juga projek secara usaha sama awam-swasta (PFI) bernilai RM9 bilion dan juga komitmen pelaburan langsung domestik syarikat GLIC sebanyak RM25 bilion untuk 2025 supaya dapat merancakkan pertumbuhan. Ini bermakna keseluruhan dana yang digunakan sebanyak RM120 bilion untuk 2025...

draft • 6:20 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Menteri, sedikit fasal PFI tadi.

draft • 6:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Silakan.

draft • 6:20 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Pertama sekali, adakah PFI ini akan dimasukkan sebagai contingent liability ataupun sebagai liabiliti kerajaan kemudian dalam akaun kerajaan?

Yang kedua juga berkaitan dengan hutang ini adalah setakat mana skandal 1MDB telah memberi kesan kepada tanggungan hutang kerajaan untuk beberapa tahun yang lepas?

Terima kasih.

draft • 6:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih, Yang Berhormat Putrajaya. Untuk PFI yang kita ada sekarang yang sebanyak RM9 bilion, contingent liability yang akan ada itu sebanyak yang mungkin kita dapatkan melalui model di mana PFI itu dibayar daripada pulangan yang dapat dalam itu. Selagi kontrak itu berjalan, ada contingent liability akan masuk dalam akaunnya, tapi untuk GLIC punya RM25 bilion, tidak termasuk dalam contingent liability kerajaan...

draft • 6:20 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

GLIC RM25 bilion itu sepenuhnya tidak ada sebarang tanggungan kerajaan?

draft • 6:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Ya.

draft • 6:20 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Walaupun syarikat itu syarikat milik kerajaan?

draft • 6:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Betul.

draft • 6:20 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Maknanya, anything happens to them, tidak ada kaitan dengan kerajaan? Just hendak pastikan.

draft • 6:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Ya.

draft • 6:20 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Terima kasih.

draft • 6:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Boleh saya teruskan?

draft • 6:20 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

1MDB.

draft • 6:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

1MDB.1MDB, seperti apa yang kita telah terangkan dalam Dewan yang mulia ini, kita telah membayar balik hutang-hutang 1MDB tinggal untuk pembayaran dalam tahun 2039 sebanyak RM5 bilion. Kalau kita kira untuk pembayaran interest yang akan dikira sampai tahun itu, kita akan terpaksa menanggung lagi RM4 bilion. So, tinggal lagi RM9 bilion. Yang balance-nya, kita telah dapat membayar terutamanya dalam tahun 2022 yang kita telah bayar amaun yang besar. Terima kasih.

draft • 6:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Menteri.

draft • 6:20 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Berkaitan. Kalau boleh, memperincikan sedikit prinsipal dan interest yang dibayar akibat daripada skandal 1MDB, in total. Jadi, kita tahu kesannya kepada hutang negara dalam tempoh yang ada ini. Terima kasih.

draft • 6:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Agar saya memberi nombor yang tepat, biarkanlah saya bagi dengan cara bertulis. So, dia tak ada apa-apa kekeliruan yang ada dalam itu. Terima kasih. Kalau boleh saya hendak teruskan.

draft • 6:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya hendak soalkan sikit tentang apa yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri. Tahniahlah kerana jumlah hutang memang kita lihat berkurangan iaitu daripada RM90 bilion, turun RM85 dan turun, insya-Allah, kepada RM80 bilion. Tahniah, tapi kalau kita tengok pula tanggungan dan liabilitinya, naik.

Daripada RM280, naik kepada RM300, RM318. Tahun ini sahaja sudah RM320. Bagaimana kalau kita hendak buat perbandingan supaya bila kita cakap daripada segi defisit itu, kita juga lihat dan bandingkan liabiliti. Jangan setakat sebelah sahaja. Kita tak mahu nanti liabilitinya melambung tinggi. Macam mana caranya untuk kerajaan memastikan perkara itu juga akan diambil kira?

draft • 6:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih, Yang Berhormat Larut. Seperti saya katakan tadi, usaha untuk kerajaan, yang pertamanya, ialah mengurangkan defisit fiskal yang ada. Ini kerana selagi defisit fiskal itu besar, ia akan menambah liabiliti kerajaan.

Tanggungjawab kita di bawah FRA, kita hendak unjurkan yang kita turunkan bawah tiga peratus. Yang itulah prioriti untuk kerajaan buat masa sekarang. Contingent liability akan diuruskan selari dengan itu, tetapi kita mula dengan defisit fiskal ya.

Kalau saya boleh teruskan...

draft • 6:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Sekejap, sikit. 1MDB ini. Fasal 1MDB, saya minta sebab...

draft • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pendang ada soal?

draft • 6:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Boleh saya selesaikan dulu?

draft • 6:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya ada soalan. Saya hendak minta penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri sebab...

draft • 6:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Pendang, Pendang.

draft • 6:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

1MBD ini satu cerita yang agak panjang.

draft • 6:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Pendang, Pendang. Sekejap, Pendang. Saya bagi satu soalan. Nanti kalau boleh, saya jawab, tapi saya hendak ingatkan, saya ada 60 minit. Saya hendak cover banyak isu yang saya hendak cover. Terima kasih.

draft • 6:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ya, ya, saya faham. Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang budiman. Terima kasih Puan Yang di-Pertua yang saya...

draft • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

draft • 6:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey, saya terus pergi...

[Ketawa] Okey, baik. Saya teringat kes 1MDB ini sangat panjang. Soalan saya terus kepada masa ketika 1MDB ini mula dibicarakan, dia terdapat aset-aset dan property 1MDB. Saya masih ingat lagi, Pontian pernah menyebut pada ketika itu, hampir RM33 bilion, RM32 bilion aset property yang diambil daripada 1MDB ini yang mana ia boleh menjadi untuk membayar balik liabiliti yang ditanggung oleh 1MDB. Kerajaan tak perlu bawa keluar apa-apa. Saya masih ingat lagi Pontian sebut masa itu. Kes 1MDB ini yang mana property dan aset 1MDB yang diambil alih, di-liquidated menjadi harta kerajaan ini lebih daripada RM32 bilion. Jadi, maknanya, kerajaan tidak tanggung apa-apa sebab kerajaan perlu membayar liabiliti 1MDB ini dengan liquidated all the property and assets, dengan izin, daripada 1MDB yang telah ada buat masa itu.

Sekian, terima kasih. Minta penjelasan.

draft • 6:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih, Pendang, tapi sebenarnya masa kita ada perbahasan fasal isu ini, Pendang tak naikkan isu ini. Kalau boleh, saya teruskanlah perbahasan saya dengan jawapan saya. Terima kasih.

Seterusnya, Yang Berhormat Kuala Kedah yang bertanyakan cara kerajaan mempertahankan kedudukan fiskal negara dalam suasana geopolitik dunia yang tidak menentu pada hari ini.

Sebagai sebuah negara yang ekonomi terbuka, Malaysia tetap terdedah kepada ketidaktentuan persekitaran luaran termasuk konflik geopolitik, gangguan rantaian bekalan dan ketidakstabilan harga minyak mentah yang memberi kesan kepada kedudukan fiskal kerajaan. Maka, pembaharuan struktur fiskal yang proaktif adalah penting bagi meningkatkan keupayaan supaya mengurangkan risiko ketidaktentuan.

FRA 2023 ialah penanda aras kita dalam menambahbaikkan disiplin fiskal, tadbir urus dan ketelusan pengurusan kewangan awam. Belanjawan 2025 terus merangka pembaharuan fiskal yang dapat memperkukuhkan kedudukan fiskal negara. Beberapa langkah meningkatkan hasil akan dilaksanakan melalui perluasan asas cukai dan peningkatan kecekapan perbelanjaan kerajaan menerusi inisiatif penyasaran subsidi.

draft • 6:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Kerajaan juga akan mengoptimumkan fungsi jabatan dan agensi kerajaan, antaranya melalui rasionalisasi badan berkanun dalam menangani pertindihan fungsi dan memastikan

draft • 6:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

perbelanjaan yang lebih berhemah. Dalam jangkaan sederhana, kerajaan meneruskan inisiatif pembaharuan fiskal termasuk merangka Strategi Hasil Jangka Sederhana (MTRS).

Dasar-dasar strategi turut diperkenalkan bagi meningkatkan daya tahan fiskal negara selain menambah baik tata kelola institusi seperti Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta 2030

(PIKAS 2030), pindaan Akta Audit 1957, cadangan penggubalan Akta Perolehan Kerajaan dan transformasi Syarikat Pelaburan Berkait Kerajaan (GLIC) di bawah inisiatif GEAR-uP.

Pada setiap masa, kerajaan akan terus memantau persekitaran global dan melaksanakan langkah intervensi fiskal dalam menangani impak terhadap kedudukan ekonomi dan fiskal negara sekiranya diperlukan.

Yang Berhormat Ayer Hitam, Dungun dan Gerik menyatakan- menanyakan sumber kewangan kerajaan dalam membiayai anggaran perbelanjaan 2025 yang terbesar dalam sejarah negara. Pengurusan kewangan dan ekonomi secara bertanggungjawab oleh kerajaan mendorong keyakinan pelabur dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi bagi sembilan bulan pertama 2024 yang melebihi lima peratus dengan mengambil kira anggaran awal pertumbuhan suku ketiga 2024 pada 5.3 peratus.

Pertumbuhan ekonomi yang lebih baik akan secara langsung menyumbang kepada peningkatan hasil negara. Oleh itu, kerajaan akan terus mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan dengan mengutamakan pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi dengan limpahan ekonomi supaya menyumbang kepada pertumbuhan.

Dalam masa yang sama, pembiayaan perbelanjaan kerajaan memerlukan asas hasil percukaian yang mencukupi. Cukai yang dipungut adalah antara yang terendah di rantau iaitu 12.6 peratus kepada KDNK pada tahun 2023, lebih rendah daripada negara jiran seperti Singapura 12.7 peratus; Filipina 14.1 peratus; dan Thailand 16.1 peratus. Dengan itu, kerajaan menyasarkan hasil meningkat 5.5 peratus kepada RM339.7 bilion disokong oleh penambahbaikan cukai SST dan pengenalan cukai dividen sebagai langkah untuk meluaskan asas cukai di samping mengurangkan ketirisan kutipan cukai sedia ada melalui pengenalan e-invois serta langkah penguatkuasaan.

Puan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Larut dan Bachok ada membangkitkan soal pengukuhan nilai Ringgit yang turut didorong oleh sumbangan GLIC dan GLC.

draft • 6:30 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

[Bangun]

draft • 6:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Sebelum tukar topik boleh tak? Sebelum tukar topik on cukai. Boleh ya? Nak masuk topik lain.

draft • 6:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Sila.

draft • 6:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Okey. Berkaitan dengan cukai ini saya baca dengan teliti ucapan Belanjawan 2025, ada dua perenggan ucapan Belanjawan 2025 yang menyentuh tentang cukai. Cukai jualan tidak akan dikenakan ke atas barangan makanan asas. Ini saya tanya Yang Berhormat Menteri dalam perbahasan saya.

draft • 6:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Pertama disebut cukai jualan tidak dikenakan ke atas barangan makanan asas.

Setahu saya, pada waktu ini memang barangan makanan asas memang tidak dikenakan cukai jualan. Nothing new. Yang kedua, cukai jualan akan dikenakan ke atas barangan bukan keperluan asas, diberi contoh salmon dan avokado.

Jadi dalam konteks ini, kita tidak mahu yang dikatakan bukan barangan asas ini diperluaskan kepada barang-barang yang memang rakyat banyak guna. Jadi kalau kerajaan nak bantu rakyat sepatutnya cukai jualan ini tidak dikenakan ke atas lebih banyak barang- barang yang kita lihat mungkin digunakan sebagai barang keperluan asas...

[Tepuk] Itu yang pertama. Yang kedua, cukai perkhidmatan akan diperluas meliputi skop- meliputi perkhidmatan komersial. Tak disebut panjang, very short.

Dua perenggan ini memberi kesan cukai sebanyak hampir RM5 bilion. Jadi mengapa kerajaan tidak telus nak jelaskan apa sebenarnya yang hendak dikenakan? RM5 bilion ini bukan sedikit. Jadi, dengan dua perenggan ini, cakap secara umum, hasil pada kerajaan RM5 bilion. Saya nak bandingkan pada tahun lepas...

draft • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jangan bahas, ya.

draft • 6:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Pada tahun lepas kerajaan sebut dalam belanjawan, kerajaan bercadang menaikkan cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang dan juga mengembangkan, meluaskan skop cukai perkhidmatan termasuklah kepada logistik dan hasil pada waktu itu RM3.45 bilion, tetapi kesan pelaksanaan langkah cukai pada tahun 2024 ini kepada ekonomi secara keseluruhannya khususnya kepada kenaikan kos harga barang adalah amat tinggi terutamanya bila dikenakan pada sektor logistik.

Jadi, saya nak mengapa kerajaan tidak begitu telus untuk menjelaskan kepada rakyat apa yang nak dikenakan? Disebut bahawa akan diadakan sesi libat urus. Mengapakah tidak adakan sesi libat urus dahulu sebelum melaksanakan langkah cukai? Kerana apa, kalau kerajaan tak tahu jumlah ini, kiraannya, macam mana boleh dapat sampai RM5 bilion?

Maknanya kerajaan dah tahu dah bagaimana kiraannya. Bagaimana anggaran dibuat, tetapi tidak menjelaskannya kepada rakyat dan industri apakah yang hendak dilaksanakan. Jadi saya mohon penjelasan lanjut berkaitan dengan hal ini. Terima kasih.

draft • 6:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih, Yang Berhormat Putrajaya.

Sebenarnya dalam penggulungan saya, saya ada seksyen lain untuk SST. Biarlah saya sampai sana dan saya jelaskan masa tu. Kalau saya terlupa, tolong ingatkan balik nanti, ya.

Biarkan saya teruskan dulu, ya...

[Dicelah] Nanti the train of thought dia berubah sikit. Bagi chance sikit. Saya orang baharu kat sini kan?...

[Ketawa]

draft • 6:30 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Yang Berhormat Menteri, boleh? Sebab Gerik ada sebut fasal pengurangan fiskal Yang Berhormat Menteri jawab tu. Jadi, Gerik nak tanya, sekarang ni kalau kita tengok daripada jawapan Menteri tadi menunjukkan bahawa pengurangan belanjawan pembangunan, satu kaedah, penstrukturan semula subsidi dan kemudian adalah penstrukturan semula cukai. Ini adalah tiga kaedah cara nak mengurangkan

draft • 6:30 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

defisit negaralah daripada jawapan Yang Berhormat Menteri tadi. Cuma Gerik nak tahu macam mana- ketiga-tiga perkara ini akan bagi kesan langsung kepada rakyat dari sudut mungkin harga barang, pendapatan dan sebagainya.

Macam mana kerajaan nak imbangi dengan pendapatan rakyat yang semakin berkurang dan sebagainya ni, dengan peluang-peluang pekerjaan baharu dan sebagainya sedangkan kerajaan punya bajet pembangunan pun dipotong pada Bajet MADANI 2025 ni?

draft • 6:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih, Yang Berhormat Gerik. Saya cuba dengan menjelaskan seperti apa yang saya dah katakan tadi, kan. Yang pertama, walaupun bajet untuk pembangunan masih pada tahap RM86 bilion, kita juga menggunakan pendekatan PFI dan dengan GLIC. Jadi kalau kita campur kesemuanya ia akan menjadi RM120 bilion. Jadi, memang ada penjanaan pembangunan, development expenditure dalam negara yang makin rancak lagi pada- kalau dikira berbanding dengan dulu lagi. Jadi, saya rasa isu itu tidak ada untuk dibahaskanlah kerana memang dah naikkan.

Kalau saya boleh teruskan, Puan Yang di-Pertua?

draft • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan.

draft • 6:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Yang Berhormat Larut dan Bachok ada membangkitkan soal pengukuhan nilai Ringgit yang turut didorong oleh sumbangan GLIC dan GLC yang membawa balik pelaburan luar negara. Pergerakan ringgit baru-baru ini didorong oleh perkembangan luaran. Gerakan itu mencerminkan keyakinan pelabur yang lebih kukuh terhadap ekonomi domestik serta daya tahan ekonomi negara seterusnya membolehkan Malaysia menghadapi ketidaktentuan ekonomi global yang lebih baik.

Tindakan bersepadu oleh kerajaan termasuk Bank Negara untuk menggalakkan pendapatan pelaburan asing dibawa balik dan ditukar kepada ringgit oleh GLIC dan GLC dan korporat secara konsisten telah memberikan hasil yang memberangsangkan. Langkah itu membantu mewujudkan aliran dua hala dalam pasaran pertukaran asing domestik negara yang membantu menyokong ringgit dan mengukuhkan keyakinan sektor perniagaan.

Tindakan bersepadu ini akan terus dilakukan dan ia boleh menyumbang kepada pengukuhan sentimen dan nilai Ringgit.

Ingin saya tekankan bahawa langkah koordinasi ini hanya melibatkan pendapatan daripada pelaburan asing oleh syarikat GLC, GLIC serta tidak melibatkan sebarang penjualan pegangan aset dan pelaburan mereka di luar negara. Dengan demikian, syarikat GLC, GLIC masih dapat mengekalkan strategi pelaburan mereka.

draft • 6:30 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Sepertimana yang diumumkan semalam, KWSP terus mencatatkan peningkatan jumlah pendapatan pelaburan bagi tempoh sembilan bulan terakhir 2024 iaitu meningkat 20 peratus kepada RM57.57 bilion daripada RM47.86 bilion bagi tempoh sama 2023. Kadar pertukaran mata wang Ringgit kepada Dolar Amerika mengukuh lebih kuat berbanding sembilan negara serantau yang lain iaitu kepada kedudukan pertama semenjak langkah koordinasi dilakukan pada 26 Februari 2024. Setakat 11 November 2024, Ringgit telah mengukuh sebanyak 4.2 peratus berbanding Dolar Amerika. Dalam masa sama Ringgit juga

draft • 6:40 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

telah mengukuh dengan mata wang negara serantau sebanyak 13.5 peratus berbanding Yen, 12.9 peratus berbanding Won, 6.1 peratus berbanding Rupiah dan 4.9 peratus berbanding Baht.

Jumlah Purata Hasil Harian Pertukaran Asing dengan izin, Average Daily FX Turnover telah meningkat daripada USD15 bilion antara 29 Disember 2023 hingga 26 Februari 2024 kepada USD18.2 bilion antara 26 Februari 2024 sehingga 11 November 2024.

Selain perkembangan luaran, prospek ekonomi Malaysia, komitmen kerajaan dalam melaksanakan pembaharuan structure untuk mengukuhkan asas ekonomi negara di samping inisiatif untuk menggalakkan aliran wang telah memberi sokongan yang berterusan kepada kedudukan nilai ringgit. Selanjutnya Yang Berhormat Subang pula telah menyebut...

draft • 6:40 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Yang Berhormat Menteri, Bachok. Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, penjelasan yang amat baik tentang kedudukan Ringgit. Saya semak website Bank Negara, rizab antarabangsa Bank Negara pada Oktober tahun ini USD117.6 bilion, lebih rendah ketimbang rizab September USD119.6 bilion. Jadi Larut dan Bachok ingin tahu berapa nilainya, berapa jumlahnya?

Walaupun kuantumnya tidak disebutkan tetapi pastinya amat significant dan mungkin tindakan terselaras ini boleh menjejaskan prospek dividen kepada rakyat pada masa akan datang. Dan adakah kemungkinan possibility paper loss kepada pegangan dan tukaran forex GLC ini?

Kalau boleh Puan Speaker, saya lihat Menteri Kewangan II kita ini sangat performlah.

Seorang technocrat yang profesional. Saya cadang bolehlah naikkan pangkat beliau jadi full Menteri Kewangan yang penuh kerana Yang Amat Berhormat Tambun, kita fahamlah dia sangat sibuk. Jadi Yang Berhormat Senator kita boleh jadi Menteri Kewangan yang penuh dan sangat sesuai untuk diasingkan jawatan Menteri Kewangan daripada jawatan Perdana Menteri. Terima kasih Puan Speaker.

[Tepuk]

draft • 6:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat sedikit. Sambung ini.

draft • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Arau tak bangkit.

draft • 6:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya bangkit. Fasal exchange rate.

Kadar pertukaran cukai Yang Berhormat. Maaf, kadar pertukaran, kadar pertukaran. Yang Berhormat, saya masih ingat masa duit kita naik RM4.10, selepas itu besok turun kepada RM4.12, Yang Berhormat telah mengeluarkan kenyataan malah Perdana Menteri keluarkan kenyataan beberapa puluh tahun, ini kali pertama naik begitu tinggi.

Selepas itu Yang Berhormat keluarkan kenyataan, saya tengok dalam TikTok saya, Yang Berhormat kata ini ialah ekonomi kita kukuh. Tetapi sekarang ini saya hendak tanya kenapa duit kita tiga hari selepas itu, seminggu lepas itu turun kepada RM4.32. Saya tidak check hari ini, tetapi tiga hari yang lepas, saya tengok sampai RM4.40, jatuh. Jadi saya hendak tanya, ini bahasa layman. Rakyat Malaysia hendak tengok, orang muda hendak tengok, Lanang tidak mahu tengok, tidak apa, it’s ok. Tetapi hendak tengok kenapa duit kita jatuh daripada RM4.10 sekarang jatuh hampir RM4.40. Saya tidak tahu, hari ini saya telefon money changer tidak dapat.

[Ketawa]

draft • 6:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tetapi saya rasa duit ini telah jatuh dan kalau ikut daripada research bank, duit ini mungkin jatuh sampai RM4.50. Saya hendak tanya apakah kejatuhan ini ekonomi kita kukuh, ataupun ekonomi kita makin kukuh? Rakyat hendak tahu. Ekonomi kukuh kenapa duit jatuh?

Sekarang jatuh Yang Berhormat.

draft • 6:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Arau, Arau, mana research bank yang quote?

draft • 6:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Shut up!

draft • 6:40 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih ya.

draft • 6:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Peraturan Mesyuarat, Peraturan Mesyuarat 36(12).

draft • 6:40 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Menteri jawab, Menteri.

draft • 6:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Mengelirukan Dewan. Tadi Arau sebut...

draft • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, biarlah Yang Berhormat Menteri yang jawab.

draft • 6:40 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Menteri sangat profesional, sila.

draft • 6:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Peraturan, Peraturan Dewan. Tadi Arau kata research bank kata Ringgit jatuh. Saya hendak tanya, research bank mana? Sebab semua research bank kata tahun depan Ringgit akan naik, paling kurang naik, kurang daripada RM4 dan paling tinggi research yang dibuat...

draft • 6:40 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, jangan bazir masa Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Kalau rasa ada usul, sila hantar usul ya. Saya minta Yang Berhormat Menteri untuk teruskan jawapan.

draft • 6:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Arau bagitahulah apa research bank yang cakap Ringgit jatuh? Cakap, mana?

draft • 6:40 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Kampar tanya kat TikToklah Kampar. Kampar ini Menteri ke ini? Bagi Menteri jawablah.

draft • 6:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Hari itu RM4.10, sekarang RM4....

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Kampar, kalau mahu gaduh, keluar dari Dewan dahulu ya.

[Ketawa] [Tepuk]

draft • 6:40 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih, terima kasih. Mungkin saya boleh jawab ya. Terima kasih kerana Yang Berhormat Bachok tanya pasal rizab Bank Negara kan.

Sebenarnya rizab Bank Negara kalau kita tengok bermula bulan Februari dia pada tahap 12, 13, USD113 bilion. Kini sudah sampai USD117.6 bilion. See, ini nampak macam dia mengukuh sikit kerana masa Ringgit telah mengukuh, Bank Negara telah mengambil peluang untuk meningkatkan lagi reserve yang ada. Dengan itu, kita ada pada tahap simpanan yang cukup untuk menyokong import dalam negara lebih pada 4.8 kali. Ini lebih kepada saranan daripada World Bank dengan IMF semua. Saya rasa itu tidak ada isu yang besar untuk Bank

draft • 6:40 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Negara. Untuk lain, saya rasa itu spekulasi buat untuk adakah GLIC I think akan rugi, paper loss ke tak. So saya tak jawab yang itu ya, terima kasih.

draft • 6:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Menteri, apakah kita bergantung kepada dividen luar negara yang dibawa masuk untuk mengukuhkan kestabilan wang negara ataupun kalau dividen hanya very slim. Tetapi kita liquidate all the property and asset kita yang ada di luar negara dan kita bawa balik duit ke sini. Ini saya hendak dapat penjelasan daripada sebab kestabilan kewangan kita ini sangat fragile, very fragile now. So, ok sebab itu saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan.

draft • 6:40 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Ok, terima kasih Pendang. Tetapi seperti yang saya katakan tadi kan, kita tidak payah pergi jauh. Kita tengoklah result yang dikeluarkan oleh KWSP semalam. Dia telah naik 20 peratus dengan pegangan...

[Tepuk] dengan mengekalkan dia punya asset allocation yang dia ada. So saya percaya mereka yang dalam KWSP itu tahu apa dia hendak buat dan dalam Bank Negara pun dia tahu macam mana hendak mengalihkan dengan cara yang baik. Terima kasih.

draft • 6:40 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya kira benda itu berkenaan dengan, memang saya baca juga report EPF declare profit yang tinggi setakat September. Jadi yang kita bangkitkan, yang Larut bangkitkan ialah possibility pada tahun-tahun yang mendatang ini. Jadi saya harap waktu itu masih lagi Menteri Kewangan, insya-Allah.

draft • 6:40 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih.

[Ketawa] Izinkan saya teruskan ya, ada 27 minit sahaja tinggal. Ada banyak soalan yang ditanyakan. Selanjutnya Yang Berhormat Subang telah pula menyebutkan sekiranya Ringgit mengukuh sepuluh peratus, sepatutnya kita akan berlaku penurunan tujuh peratus kos makanan dalam tempoh enam bulan iaitu suku tahun pertama 2025 nanti.

Pertama yang memang ada kebenaran bahawa pengukuhan nilai ringgit berpotensi untuk memperlahankan kadar kenaikan harga barang import. Namun begitu, kesan ini berbeza mengikut jenis barangan import. Setakat ini inflasi kekal sederhana dengan purata inflasi keseluruhan dan teras sebanyak 1.8 peratus sejak awal tahun ini sampai sekarang.

Inflasi dijangka berada dalam lingkungan 1.5 peratus kepada 2.5 peratus pada tahun ini.

Pada tahun 2025, inflasi dijangka kekal sederhana juga antara dua peratus hingga 3.5 peratus berikutan kos global yang semakin reda dan ketiadaan tekanan permintaan dalam negara yang lebih.

draft • 6:40 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Risiko kenaikan inflasi bergantung kepada tahap kesan limpahan langkah-langkah dasar dalam negara serta harga komoditi global dan perkembangan pasaran kewangan.

Kerajaan akan terus memantaunya.

draft • 6:50 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Menteri.

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Saya ingin berubah.

draft • 6:50 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Subang.

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Ya? Subang.

draft • 6:50 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih Menteri. Jawapan okey. Tapi dalam ucapan saya, isu dia isu makanan. Inflasi makanan. Inflasi sepenuhnya 1.8, saya terimalah.

Inflasi makanan berapa?

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Seperti saya katakan tadikan. Kalau kita tengok dari inflasi makanan, ia bergantung kepada barang-barangan import, ya. Kalau komponen import kepada barangan makanan, hanya dalam lebih kurang 18 ke 28 peratus ya.

Bergantung pada tahun. Terima kasih.

Saya nak berganjak kepada isu penyasaran subsidi RON95 yang dibangkitkan oleh 23 Ahli Yang Berhormat.

draft • 6:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Saya minta laluan Yang Berhormat Menteri. Boleh sikit? Sekejap saja. Sebab saya ingat nak lajak dah. Masa pun makin nak habis. Dalam perbahasan saya, saya ada juga buat pertanyaan berhubung dengan peruntukan pembangunan menurun begitu banyak berbanding dengan tahun yang lalu. Adakah salah satu sebab makna tahun depan tak ada bayaran 1MDB, mungkin. Sebab pembangunan ini amat penting untuk masa depan. This is investment for country. Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh memberi penjelasan.

Keduanya ialah berhubung dengan perkara yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. RM25 bilion untuk an access National Semiconductor Strategy yang tidak langsung dimasukkan dalam peruntukan Bajet 2025. Sedangkan ini sudah diumumkan dan banyak perkara yang perlu dilaksanakan untuk menjayakan an access dalam lima, 10 tahun yang akan datang. Boleh bagi sedikit penjelasan tak?

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu.

Seperti saya jelaskan tadi, walaupun development expenditure RM86 bilion sama dengan apa yang kita ada pada tahun ini ya tapi apa yang berbeza ialah pendekatan kerajaan ialah juga dengan menggunakan PFI dan menggalakkan GLC juga melabur lebih di dalam negara.

Jadi kalau kita masuk itu semua, dia jadi RM120 bilion. Jadi saya tak rasa dia berkurangan.

Pasal itulah saya kata dalam kiraan-kiraan kita nampak pembangunan development expenditure dalam negara meningkat. Terima kasih.

draft • 6:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Ini soalan yang senang. RM86 bilion, RM88 bilion pembangunan ini, dari mana? Kita selalunya pembangunan ini, saya ambil dari pinjaman. Dari mana duit ini akan datang suku bon dan sebagainya. Boleh diberikan perincian tak?

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Seperti saya katakan awal-awal lagi masa saya buka penggulungan tadi kan. Untuk development expenditure, RM86 bilion selalunya kita ambil pada pinjaman yang kita keluar pada terbitan suku MGS semualah. Kita tak meminjam untuk operating expenditure untuk kerajaan. Terima kasih.

draft • 6:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Menteri, sikit Menteri. Sikit saja.

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Boleh saya teruskan tak?

draft • 6:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sikit saja. Sikit saja.

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Sila YB.

draft • 6:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Dato' Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kementerian Kewangan ialah kementerian terakhir menggulung dalam sesi perbahasan ini. Saya duduk sini banyak lama juga mendengar perbahasan atau penggulungan daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat Menteri yang lain. Cuma saya nak minta pandangan dan pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri.

Kita faham tadi, inflasi makanan ini disebabkan import dan ada perkara-perkara yang boleh kita tanam dalam negara kita tetapi bagaimana Kementerian Kewangan membuat keputusan untuk pengagihan peruntukan yang kita ada ini supaya kementerian-kementerian yang memerlukan sangat duit untuk kita reduce dari segi kebergantungan kita kepada import makanan daripada luar ini dapat kita selesaikan. Contohnya infrastruktur pengairan.

Saya lihat banyak kementerian juga memerlukan peruntukan tetapi keputusan Kementerian Kewangan ini, bagaimana perimbangan dibuat? Supaya perimbangan itu dapatlah kita selesaikan. Kita betul tak boleh menghabiskan semua isu masalah makanan import ini. Tapi kalau kita boleh reduce-kan dengan peruntukan-peruntukan yang ada. Itu satu contoh. Keputusan untuk mengelakkan bencana alam, flood mitigation.

Bagaimana keputusan daripada perimbangan Kementerian Kewangan dalam menentukan peruntukan untuk diberi ke kementerian-kementerian. Kita tidaklah mahu Yang Berhormat akhirnya, semua ditalakan kepada MOF disebabkan MOF tak bagi peruntukan atas segala masalah yang ada. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih YB.

[Ketawa] Tak apalah, saya tak cucuk yang dulu YB Timbalan Menteri Kewangankan ya. Tapi kita tengok macam inilahkan.

Keterjaminan makanan adalah satu benda yang penting untuk negara dan kita kena ambil usaha whole of government approach dalam ini.

Dalam perbincangan di antara Kementerian Kewangan dengan kementerian- kementerian yang lain, kita telah mengagihkan mengikut kepentingan yang akan menolong usaha ini dan kita juga menggalakkan juga GLC-GLC juga masuk untuk meningkatkan lagi usaha dalam inilah. Bila kita sampai bab jawatankuasa, boleh ada pertanyaan lebih di mana kita telah meningkatkan expenditure untuk sekuriti untuk air. Macam dekat MADA dekat Kedah di mana ia kami juga menolong meningkatkan lagi keterjaminan beras di dalam negara ini. Terima kasih.

Kalau boleh, saya tinggal 20 minit. Saya ada banyak lagi isu. Kalau boleh, janganlah tanya banyak-banyak sangat sampai tak habis isu yang originally ditanyakan tadi. Yang penting, saya rasa ada banyak soalan yang saya terima pasal RON95 ya. Sepertimana yang telah pun diceritakan dalam Dewan yang mulia ini dan ditanya oleh 23 Ahli Yang Berhormat, memang kerajaan akan terpaksa menyasarkan semula RON95 di pertengahan tahun depan.

Tapi pendekatan yang diambil oleh kerajaan ialah untuk tidak membebankan rakyat kerana kita menengok untuk mereka yang 85 peratus ke bawah, kita tidak akan berubahkan harga. Pasal itu kita pakai two tier pricing. Mereka yang ada kemampuan akan membayar

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

tapi apa yang kita nak ialah mengurangkan ketirisan yang ada di mana subsidi yang kita berikan telah pergi kepada orang asing dan juga diambil untuk penggunaan perniagaan dan juga diambil untuk smuggling yang ada.

Jadi kalau kita boleh mengurangkan itu, penjimatan yang kita ada akan digunakan untuk membangunkan negara. Pendekatan inilah yang selama kita buat dengan diesel dan dengan cara-cara yang kita buat, kita dapat mengurangkan juga tekanan kepada inflasi. Kita akan menggunakan cara-cara sama untuk RON95. Dengan cara macam itu, kita dapat mengimbangkan penjimatan dengan juga mengurangkan beban yang akan ada untuk rakyat.

draft • 6:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Yang Berhormat. Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Menteri jawab kata kita nak menggunakan kaedah two tier pricing. Apakah maksudnya di petrol station ini ada dua price yang akan ditunjukkan atau bagaimana maksud two tier pricing Yang Berhormat jawab tadi?

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat Larut. Seperti yang diterangkan sebelum ini dalam Dewan ini, kita akan menggunakan pendekatan dan menggunakan IC dan e-dompet di mana mereka yang layak akan terus mendapat, membeli minyak pada harga yang sedia ada. Mereka yang tak layak akan membayar harga yang lebih tinggi pada apa yang ada sekarang ya di mana kita dapat mengurangkan ketirisan yang ada berlaku. Macam itulah two tier pricing. Penggunaan teknologi akan menolong kita untuk mendapat dua harga yang ada. Terima kasih.

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

YB Menteri, sikit.

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Sila.

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Berkaitan dengan isu RON95 tadi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kewangan II. Dalam jawapan penjelasan YB Menteri Ekonomi padi tadi, beliau menyatakan kerajaan telah melaksanakan rintis selama 20 bulan sebelum RON95 ini laksanakan penyasaran subsidi nanti. Ada dua persoalan saya di sini.

Pertama ialah bolehkah YB Menteri ulas lebih lanjut ketersediaan di pihak MOF.

Apakah sudah dikaji semasak-masaknya atau adakah telah diuji keberkesanannya melalui projek rintis sama ada di Semenanjung ataupun di Sabah dan Sarawak?

Kedua ialah di stesen petrol manakah telah dilaksanakan projek rintis tersebut?

Siapakah peserta terlibat dan IC siapakah yang digunakan? Berapakah jumlah peserta terlibat? Bagaimanakah dikatakan berlaku imbasan IC ataupun scan sedangkan IC, setahu saya hanya boleh dibaca melalui card reader. Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 6:50 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Maaf, Kuala Krai ya. Kadang-kadang hari ini saya nyanyuk sedikit. Tadi panggil orang lain Paya Lebar bukan Paya Besar.

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Jangan begitu, Menteri. Jangan nyanyuk.

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Jadi...

draft • 7:00 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Menteri, steady Menteri.

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Insya-Allah, boleh. Kalau kita tengok yang inikan, yang penting ialah kita hendak satu infrastruktur yang boleh digunakan dengan baik dalam sistem ini. Kita telah menggunakan projek rintis di mana kita laksanakan untuk menggunakan dalam bantuan sosial yang kita bagi. Untuk mereka yang mendapat bantuan SARA yang ada, lebih 400,000 orang yang mendapat SARA menggunakan IC, dia boleh membeli barangan di kedai runcit yang berdekatan dengan mereka. Jadi 400,000 orang sudah pernah pakai IC juga dan kita tahu sistem itu berjalan.

Buat masa sekarang, pendekatan Kementerian Kewangan dengan Kementerian Ekonomi adalah bekerjasama dengan syarikat-syarikat minyak dengan sistem provider untuk memastikan yang bila kita roll out ke seluruh negara, ia akan berjalan dengan lancar. Pasal itulah kita tidak buat sekarang ya. Kita buat tahun depan. Di pertengahan tahun depan.

draft • 7:00 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Boleh Menteri?

draft • 7:00 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Sedikit, Yang Berhormat Menteri. Saya dapat penjelasan. Tadi Kuala Krai tanya tadi sama ada perkara ini telah dirintiskan di stesen minyak tetapi Menteri jawab tadi dirintiskan di kedai-kedai untuk penerima bantuan tadi. Jadi, saya hendak penjelasan betul-betul. Telah dirintis di stesen minyak ataupun belum. Terima kasih.

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Dalam ini yang pentingnya kita baru cuba dengan apa yang kita sudah ada dalam sistem ada. Apa yang saya boleh pastikan, untuk sistem SARA, kita sudah buat dan kita sudah pakai IC ya. Saya tahu soalannya pasal stesen minyak.

Tetapi yang pentingnya ialah apa yang kita hendak buat sekarang, yang kita hendak memastikan bila kita migrate yang ini ke dalam sistem minyak ia jalan dengan lancar. Pasal itu, buat masa sekarang kita akan berbincang dengan semua pengusaha minyak untuk meng- agree proses yang kita akan pakai.

draft • 7:00 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Menteri, pendek.

draft • 7:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Timbalan Menteri.

draft • 7:00 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

[Bangun]

draft • 7:00 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Masih belum dirintis di stesen minyak ya Menteri? Pendek sahaja. Telah dirintis di stesen minyak ataupun belum. That’s it.

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Kita test pada benda lain dekat stesen minyak ya.

draft • 7:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Timbalan Menteri, Pulai Timbalan Menteri.

Timbalan Menteri, Pulai.

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Sorry.

draft • 7:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey, saya hendak gambarkan sedikit transaksi di stesen minyak ini. Dia bukan macam dekat pasar raya. Kalau pasar raya, dia penuh tekun untuk membuat bayaran. Tetapi di stesen minyak ini, mereka kebanyakan yang berada di stesen minyak ini, mereka akan membeli dengan dalam keadaan rushing kerana mereka hendak pergi bekerja, hendak hantar anak dan sebagainya. So, mereka tidak boleh tunggu lama di kaunter di stesen minyak.

draft • 7:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Jadi, saya sebut pagi tadi. Kalau 2 minit sahaja, kerajaan sudah kena maki dengan rakyat ini kalau lambat. Di sana, ada 4,000 stesen seluruh negara ya. Kita perlu akses untuk pengesahan ini dalam tempoh yang singkat secara real time pada masa yang singkat. Saya kira ia akan cukup membebankan. Itu tidak termasuk dari segi cip yang rosak ya, penipuan dan sebagainya. Dan saya rasa tidak praktikal menggunakan IC untuk membuat carian ataupun membuat pembelian minyak di stesen minyak.

[Tepuk]

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Pulai kerana memberi pandangan untuk ini ya. Segala cadangan dan pandangan yang diterima, kita akan ambil untuk diperhalusi lagi ya yang itu yang penting. Pasal itu, kita kata kita tidak buat esok. Kita buat pertengahan tahun hadapan. Yang penting macam kita buat dieselkan, kita ambil masa sedikit untuk perfect the system load sebelum kita *roll out.

So* bagi peluang untuk kerajaan buat kerana ini adalah satu usaha yang penting untuk kita dapat menyasarkan subsidi agar kita dapat penjimatan dan penjimatan kita dapat untuk daripada mereka yang kita rasalah kan yang sepatutnya tidak dapatlah. Kalau hendak menolong orang yang di luar negara itu, tidak payahlah kan. Terima kasih.

draft • 7:00 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Muar.

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Saya cuma hendak tanya sedikit. Ini pasal pam minyak tadi.

draft • 7:00 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Hendak tanya soalan.

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Apa yang kita faham ini kita akan check IC dia. Kebarangkalian untuk orang kaya pam minyak sendiri, tidak. Melalui driver. Ada kemungkinan dia akan panggil orang lain, B40 pam minyak. Apakah ini penyasaran yang betul? Saya rasa ini kekhuatiran. Akhirnya kerajaan yang akan menanggung kerugian. Tidak ada ‘Tan Sri’, ‘Datuk’ pergi pam minyak sendiri. Jarang. Kalau adapun, orang bawah dia. Ini saya memang bimbang bagi pihak kerajaan. Jadi, saya minta supaya perkara ini dirintis dengan betul-betul. Saya tidak yakin...

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya pam sendiri*.

[Ketawa]*

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Akan pergi buat pam minyak sendiri.

Itu tidak mungkin. Terima kasih.

[Ketawa]

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Okey, terima kasih Ayer Hitam. Saya tahu isu ini...

draft • 7:00 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Kinabatangan belum Tan Sri lagi.

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Tetapi kita faham. Kita dalam proses untuk perhalusi. Biar proses itu habis dahulu sebelum kita lontarkan komen-komen yang berlebih.

Apa komen yang kita terima, kita akan melihat. Apa cadangan yang diberi, kita akan juga melihat. Itu adalah benda yang penting kita buat. Terima kasih.

draft • 7:00 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat Menteri, Muar.

draft • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat.

draft • 7:00 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat Menteri, satu.

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Boleh saya berganjak kepada isu SST tidak?

Saya sudah janji Putrajaya saya hendak jawab SST.

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Selepas SST, Pan Borneo, Menteri. Saya mahu cakap.

draft • 7:00 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Sedikit sahaja. Satu sahaja.

Kerajaan telah umumkan bahawa pemotongan subsidi bukan setakat dibuat bagi RON95 tetapi juga bagi sektor pendidikan dan kesihatan bagi golongan maha kaya. Melalui pembentangan belanjawan, jelas RM8 bilion akan dijimatkan melalui pemotongan subsidi RON95. Tetapi pemotongan subsidi bagi pendidikan dan juga kesihatan yang disasarkan pada golongan maha kaya ini, jumlah penjimatan itu tidak dikongsikan atau diperincikan.

Persoalan saya, berapa yang kerajaan anggarkan penjimatan melalui pemotongan subsidi kesihatan dan pendidikan bagi golongan maha kaya?

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih YB Muar untuk soalan itu. Bila kerajaan table bajet untuk tahun inikan, kita buat secara dasar. Secara dasarnya dan daripada nombor yang kita nampak, memang kalau ada penjimatan yang kita boleh dapat kerana dirasakan mereka yang ada kemampuan boleh menolong sedikit. Itulah satu usaha yang baik yang kita mahu berganjak kepada. Penjimatan yang kita hendak dapat itu belum diperhalusi secara menyeluruh lagi. Jadi, dia masih diusahakan oleh kementerian-kementerian berkaitan.

Terima kasih. Boleh saya teruskan dengan SST?

draft • 7:00 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Menteri, sebelum tukar topik. Sedikit sahaja. Okey, pertama sekali...

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Nanti saya tidak dapat sempat jawab nanti.

draft • 7:00 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Mura sebut tadi.

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Putrajaya, sebentar.

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Biar saya jawab SST.

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, di bawah Peraturan 37 ada hak menolak. Kalau hendak benarkan, benarkan.

draft • 7:00 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Menteri, minta penjelasan sedikit sahaja.

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Boleh saya bagi habis SST dahulu tidak? Saya sudah janji tadi.

draft • 7:00 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Sebelum Menteri masuk SST, saya hendak minta sedikit. Okey, yang Muar sebut tadi berkaitan dengan penjimatan RM8 bilion.

Kemudian, dalam ucapan belanjawan para 54, kerajaan kata kerajaan akan terus menanggung subsidi berjumlah RM12 bilion untuk 85 peratus rakyat. So, jimat tanggung subsidi 85 peratus rakyat, RM12 bilion. Penjimatan daripada 15 peratus adalah RM8 bilion.

Ini anggaran. Maknanya, kita dekat luar sana duk bincang apa T15 ini. Hendak kerat 15 peratus setakat mana.

draft • 7:00 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tetapi kalau tengok ucapan belanjawan, kerajaan sudah ada anggaran sebenarnya.

Jadi, soalan saya sebenarnya berdasarkan kiraan MOF, anggaran ini berapa juta rakyat Malaysia yang akan terkesan tidak mendapat subsidi petrol? Itu sahaja. Terima kasih.

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya.

draft • 7:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dato’ Yang di-Pertua. Peraturan.

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Boleh tidak.

draft • 7:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dato’ Yang di-Pertua, Peraturan Dewan 67. Saya apa ini – bila kita bincang berkenaan dengan jumlah belanja ini, saya minta kementerian ini ditambah lagi setengah jam kerana penting. Kementerian ini diagihkan kepada semua kementerian yang lain. Ini ialah kementerian induk. Jadi, saya minta supaya kita semua hendak dengar.

Maknanya apa yang dicakapkan oleh Menteri Kewangan ini adalah fakta yang benar.

Tidak ada – sebab dia pun bukan orang politik sangat. Macam kementerian lain jawab semua banyak kadang-kadang tidak boleh jawab, dia jawab politik. Macam tadi kata Pendang tidak sebut tadi. Itu politiklah itu. Tetapi pandailah.

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang betulnya boleh tetapi Yang Berhormat banyak cakap.

draft • 7:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Jadi, oleh sebab itu, dalam peraturan ini saya minta kalau tidak bolehlah hendak jawab apa semua, kita hendak mendengar ini benda penting. Jadi, kita tangguhkan dahululah bajet ini.

draft • 7:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Pendang, mana Perkara 67 boleh tambah masa.

Baca peraturan. Mana 67. Baca.

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 7:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kampar ini sakitlah. Dia bukan Speaker.

Biarlah Speaker tanya saya.

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, yang menentu boleh, tidak boleh yang duduk sini. Okey, baik. Yang Berhormat Menteri, enforce kan 37(1) itu. Terpulang. Kalau Yang Berhormat hendak teruskan, saya akan halang.

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Okey, saya hendak bagi habis penggulungan saya untuk hari ini ya.

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang lain jangan ganggu. Teruskan.

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Kalau boleh saya sudah cakap tadi. Saya sudah janji, saya akan cover isu-isu SST juga ya. Seperti yang sedia maklum, beberapa Ahli Yang Berhormat antaranya Putrajaya, Permatang Pauh dan Port Dickson telah menyentuh penambahbaikan cukai jualan dan perkhidmatan SST.

Sebagai elemen penting dalam pembaharuan fiskal, kerajaan akan melaksanakan semakan semula kadar cukai jualan dan perluasan skop perkhidmatan seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2025.

draft • 7:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Penambahbaikan SST ini akan dilaksanakan secara progresif dan tidak membebankan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah. Cukai jualan tidak akan dikenakan ke atas barangan keperluan asas yang digunakan oleh rakyat. Cukai jualan akan dikenakan ke atas barangan bukan keperluan asas seperti barangan premium import. Skop cukai jualan perkhidmatan pula akan diperluaskan bagi meliputi perbekalan perkhidmatan komersial antara perniagaan atau dengan izin, business to business (B2B) yang pada masa ini tidak dikenakan cukai. Sebagai contoh, cukai perkhidmatan akan dikenakan ke atas perkhidmatan kewangan berasaskan fi yang diberikan kepada institusi kewangan seperti bank pelaburan, kepada perniagaan, bukan kepada individu.

Peluasan SST adalah lebih progresif kerana struktur dan kaedah peluasan SST mengambil kira kemampuan ekonomi rakyat serta kesan terhadap golongan berpendapatan rendah. Peluasan SST memberi fokus kepada kenaikan cukai ke atas barang dan perkhidmatan tertentu supaya makanan dan perkhidmatan asas tidak tertakluk kepada SST.

Oleh itu, ia tidak memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah yang bergantung kepada barangan dan perkhidmatan asas. Penambahbaikan SST akan berkuat kuasa mulai 1 Mei 2025 dengan anggaran menjana hasil sebanyak RM51.7 bilion berbanding unjuran kutipan SST semasa sebanyak RM46.7 bilion pada tahun 2025. Dengan jangkaan tambahan RM5 bilion tersebut, tambahan ini memadai untuk menampung keperluan kerajaan sekarang dalam masa yang sama tidak membebankan rakyat berpendapatan rendah.

Tambahan hasil ini juga akan dimanfaatkan untuk menambah peruntukan kebajikan untuk rakyat susah. Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah ditingkatkan daripada RM10 bilion tahun ini kepada RM13 bilion tahun depan. Peruntukan bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat ditingkatkan daripada RM2.9 bilion berbanding RM2.4 bilion. Ini yang telah – antara usaha-usaha untuk meringankan beban juga yang kita dapat daripada usaha yang ada. Ini tidak termasuk juga kadar bantuan warga emas yang dinaikkan daripada RM500 sebulan kepada RM600 sebulan.

Saya rasa dengan usaha-usaha ini, kerajaan telah dapat mengimbangkan peluasan cukai dan juga menekankan di mana kita mengagihkan balik proses untuk rakyat dalam proses ini.

draft • 7:10 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Menteri, boleh sedikit? SST tadi. Terima kasih kerana bagi gambaran sedikit. Tetapi daripada penjelasan Yang Berhormat Menteri tadi, saya tengok lebih kurang sama dengan apa yang disebut dalam teks ucapan belanjawan, tidak ada penjelasan lanjut. Persoalan yang saya kemukakan ini kerana di luar sana khususnya industri tertanya-tanya setakat mana kerajaan akan terus mengambil pendekatan mengembangkan skop SST ini? Sebab itu saya tanya tadi. Bila kata cukai jualan tidak dikenakan atas makanan asas, bukankah sekarang memang tidak dikenakan? Adakah kerajaan akan kembangkan?

Yang kedua, cukai jualan dikenakan ke atas barangan bukan keperluan asas. Bagi contoh dua sahaja. Saya tahu mungkin banyak lagi tetapi perlu diberi gambaran di luar sana

draft • 7:10 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

kerana industri tertanya-tanya. Yang ketiga juga, saya ingin melihat berkaitan dengan cukai perkhidmatan yang komersial tadi. Itu satu contoh sama macam dalam ucapan belanjawan.

Jadi, saya rasa amat penting untuk kerajaan jelaskan kerana apa yang berlaku sewaktu pembentangan Belanjawan 2024, bercerita pasal logistik. Kami bangun, banyak berbahas. Kerajaan kata tidak akan ada kesan pada harga dan sebagainya. Pada hari ini juga kita kata, kita dengar tadi Menteri kata tidak akan membebankan rakyat. Tetapi hakikatnya bila diesel naik, bila SST dinaikkan tahun ini termasuk logistik, tekanan kepada kos hidup rakyat makin naik. Jadi, untuk kata tidak ada kesan itu saya rasa kurang selamat.

[Tepuk] Apa yang penting engagement ini perlu dijelaskan pada rakyat. Jadi, rakyat tahu apa to expect daripada SST ini kerana hasil langkah cukai diesel tahun ini adalah RM5 bilion berbanding dengan langkah cukai tahun lepas, RM3.45 bilion untuk SST sahaja. Terima kasih.

draft • 7:10 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih YB Putrajaya. Seperti yang kita terangkan dalam bajet juga hari itu kan, kita akan terus mengadakan libat urus dengan semua stakeholder. Proses itu masih berjalan. Bila sudah ada clarity daripada apa yang kita buat, kita akan terangkan dengan lebih lanjut lagi. Kalau saya hendak ceritakan sampai hujung, libat urus tidak habis lagi, tidak profesional jugalah buat masa sekarang. Terima kasih.

Mungkin saya fokus kepada beberapa isu yang penting juga saya cover yang tidak dapat mungkin sepenuhnya isu-isu lain. Yang tidak saya dapat cover, saya akan bagi dalam jawapan bertulis. Tetapi satu janji yang saya telah buat kepada Speaker juga hari itu ialah saya akan cover juga isu FashionValet kerana ia telah ditanya di luar sesi hari ini. Jadi, untuk FashionValet seramai dua orang Ahli Yang Berhormat iaitu Bandar Kuching dan Masjid Tanah telah membangkitkan isu FashionValet berkenaan kebolehan syarikat ini mendapat pelaburan daripada GLC dan proses pemilihan yang terlibat.

Sebenarnya ekonomi digital telah lama menjadi teras penting untuk perubahan Malaysia sejak zaman Koridor Raya Multimedia dengan subsektor e-Dagang, dompet digital, platform dan banyak lagi. Sejajar dengan keutamaan kerajaan dalam sektor teknologi, Khazanah telah melabur dalam FashionValet yang pada masa itu merupakan platform e- Dagang fesyen yang berpotensi. Kedua-dua syarikat iaitu Khazanah dan PNB faham bahawa sifat pelaburan bermula seperti itu mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding pelaburan biasa tetapi ia selaras dengan mandate mereka untuk menyokong pelaburan strategik.

Walau bagaimanapun, kerajaan teliti dalam penggunaan dana awam dan akan terus memberi perhatian ketat serta memperkukuhkan tata kelola dan kawal tadbir urus.

Memandangkan SPRM masih menyiasat kes ini dan audit dalaman Khazanah masih berjalan, Khazanah perlu diberi ruang untuk proses siasatan diselesaikan. Segala dapatan yang dimuktamadkan nanti akan digunakan untuk menambah baik tatakelola Khazanah.

Adalah penting juga kita melihat aspek pulangan pelaburan ini dengan perspektif yang lebih menyeluruh. Khazanah ada membuat pelaburan-pelaburan lain termasuk pelaburan peringkat awal yang telah memberi pulangan yang positif.

draft • 7:10 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Salah satu ialah pelaburan Khazanah dalam perniagaan tenusu tempatan, Farm Fresh Berhad yang merupakan sebahagian daripada pelaburan modal teroka (VC) dalam sektor pertanian. Dalam pelaburan Farm Fresh, Khazanah memperoleh pulangan lebih 13 kali ganda iaitu melebihi RM800 juta. Adalah penting agar Khazanah terus menyokong ekosistem pelaburan tempatan dan pelaburan modal teroka sejajar dengan Ekonomi MADANI punya framework.

Jadi, seperti saya katakan tadi Yang di-Pertua, beberapa soalan yang mungkin saya tidak dapat cover hari ini...

draft • 7:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri, sedikit.

draft • 7:10 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Saya akan beri jawapan bertulis.

draft • 7:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Mohon sedikit penjelasan, boleh?

draft • 7:10 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Sila.

draft • 7:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Juga berkaitan dengan Khazanah Nasional. Saya yakin belanjawan kita meletakkan...

draft • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar, sebentar Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri, saya tambah 15 minit. 10 minit untuk menjawab, lima minit gulung. Stop.

draft • 7:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Terima kasih Tuan Speaker.

draft • 7:10 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat.

draft • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan.

draft • 7:10 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya?

draft • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Sik.

draft • 7:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ya, sedikit. Saya hendak bangkitkan soal prioriti kepada belanjawan kita ini, ke mana hendak diagihkan. Itu keutamaan saya yakin kerajaan meletakkan pengagihan itu.

draft • 7:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

[Bangun]

draft • 7:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Khazanah diberi peruntukan RM600 juta untuk baik pulih bangunan warisan Sultan Abdul Samad dan Carcosa Seri Negara. RM600 juta untuk tahun depan. Jadi, apa sebenar justifikasi peruntukan yang besar ini ketika mana di Dewan ini disebut peruntukan untuk baik pulih infra di Kuala Lumpur untuk menangani banjir juga sangat diperlukan. JPS hanya peroleh RM150 juta untuk hendak selesaikan masalah perparitan kita.

Jadi, kita risau jika isu FashionValet ini berulang kembali ketika mana Khazanah diberi peruntukan yang terlalu besar kepada projek baik pulih bangunan warisan ini walaupun ada kepentingan untuk pelancongan dan sebagainya. Terima kasih.

draft • 7:10 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat.

draft • 7:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Pasir Mas.

draft • 7:10 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Masjid Tanah.

draft • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Floor Menteri.

draft • 7:10 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, Menteri.

draft • 7:10 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Boleh? Untuk makluman. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak maklumkan selaku Pengerusi PAC, kita pun akan memanggil kes FashionValet ini dengan memanggil Khazanah dan juga PNB bermula pada awal Disember. Cuma soalan saya untuk makluman ramai, saya hendak Yang Berhormat Menteri menjawab ada ataupun tidak wakil Khazanah dan juga PNB dalam board FashionValet? Terima kasih.

draft • 7:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, saya tunggu sampai Maghrib nak tanya soalan ini. Yang Berhormat tidak jawab pun tidak apa, jawab pun tidak apa. Jadi, supaya― mungkin saya tidak berapa pandailah kalau banding dengan kawan- kawan saya iaitu yang disebut T15 untuk selamatkan lapan bilion sebab di bawah sana orang panggil bajet ini ialah bajet anti maha kaya, anti orang kaya.

Okey, mari balik tajuk ini, Yang Berhormat kata kita akan selamatkan lapan bilion.

Maknanya kita dah tahu bahawa pendapatan lebih kurang katakan RM15,000 ke atas itu tidak guna kad pengenalan boleh pergi terus, yang bawah RM15,000 ke bawah kena pakai kad pengenalan. Apakah saya benar? Kalau tidak benar you sebut tidak, kalau benar sebut ya.

Itu cukup, tidak payah cakap panjang. Pendapatan RM15,000 ke atas kita kata sebagai penanda aras maha kaya. Terima kasih.

draft • 7:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Okey, saya jawab tiga soalan itu. Lepas itu saya ikut apa yang Yang di-Pertua suruh untuk menggulung.

draft • 7:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Tambah lagi satu, soalan saya sangat penting Yang Berhormat Menteri. Tadi saya tanya kepada rakan Yang Berhormat Menteri saya rasa Yang Berhormat Menteri pun tahu soalan berkenaan pelepasan cukai bagi keluarga yang menghantar anak-anaknya ke taska yang makin lama makin tinggi. Persoalan saya adakah kerajaan boleh mempertimbangkan pelepasan cukai ini turut diberikan kepada keluarga yang menggajikan pengasuh ataupun pembantu rumah untuk menjaga anak-anak mereka dan mendidik mereka? Terima kasih.

draft • 7:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih. Saya pulang balik kepada isu-isu yang dibangkitkan tadi. Untuk soalan yang ditanya tadi pasal Bangunan Sultan Abdul Samad, ini ada dalam perancangan Khazanah Nasional Berhad kerana ini adalah satu bangunan yang penting untuk kita sentiasa menjaga heritage yang ada dalam negara. Tetapi, yang pentingnya ia juga adalah landmark yang akan menarik daya tarikan pelancong bila datang ke sini. Dalam usaha Khazanah untuk memperbaiki bukan sahaja Bangunan Sultan Abdul Samad, Carcosa Seri Negara tapi district culture yang ada akan menjana juga ekonomi yang ada di dalam itu. Ini akan menolong position Malaysia dan juga negara di masa depan.

Kedua, ditanya juga wakil dalam FashionValet. Khazanah ada wakil kerana pegangannya adalah melebihi satu tahap yang dibenarkan, ada wakil dalam Lembaga Fashion Valet. PNB tak ada wakil.

draft • 7:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Ketiga, Arau bertanya basis itu kan. Mungkin saya hendak terangkan satu perkara yang pentinglah kan. Yang penting kita ingat ialah kalau kita sasarkan untuk subsidi inikan, kita bukan sahaja kata kita dapat daripada golongan T15. Kita tengok di mana kita ada ketirisan yang ada di mana subsidi itu juga pergi kepada mereka yang warga asing dan juga digunakan oleh peniagaan dan juga yang kita faham ada banyak juga yang menyeludup ke luar negara. Seperti juga kita nampak dalam diesel. Bukan kita tengok kepada golongan T15 kah apa kan sahaja.

Jadi, kalau tengok dari dasarnya kita tidak akan, tidak ada tax kepada T15. Kita kata kalau harga barang itu X, dia bayarlah setakat mana yang setakat itu. Jadi, bukan lebih kepada itu, ia tidak ada pulangan lebih kepada apa yang the elite ini bayar apa yang sepatutnya dibayarkan. Tapi, usaha kita ialah dari semua kita akan dapat mengurangkan dan mendapat penjimatan yang kita akan gunakan balik untuk negara.

Akhir sekali, YB Muar telah bertanya sekali lagi tentang pendekatan yang kita ambil dari segi macam mana kita menolong hendak mereka yang ada anak-anak sekolah dengan ini semua kan. Dalam bajet yang kita ada dalam 2025 ini, ada beberapa usaha yang kita telah buat. Pada masa sekarang, kita telah memberi pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 ke atas bayaran yuran taska yang berdaftar dengan JKM atau tadika yang berdaftar dengan KPM untuk membantu ibu bapa yang mendapat perkhidmatan penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak. Kerajaan akan terus mengkaji cadangan seperti yang diberikan untuk melihat boleh tidak kita tambah baik. Tetapi buat masa sekarang ia masih kena tengok lagi dalam kemampuan.

draft • 7:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat.

draft • 7:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Kalau kita tengok bajet kita ada tahun ini juga kita ada banyak penambahbaikan yang kita telah buat. Bukan sahaja untuk anak-anak. Kita juga cover untuk ibu bapa di mana anak-anak dapat menolong penjagaan ibu bapa. Kita juga memberi untuk anak-anak autistik di mana kita membina 11 pusat PERMATA baharu untuk autisme dan memberi juga pelepasan cukai untuk mereka yang terpaksa membelanja lebih untuk anak-anak mereka yang ada autisme. Jadi, prioriti kita bagi untuk mereka yang itu juga.

Seperti mana kerajaan terpaksa balance, dalam tahun ini balance kita macam itulah.

Kita ada kemampuan yang kita boleh buat. Tetapi, bila ada lebih kemampuan, lebih banyak penyesaran yang kita dapat saving, lebih banyak hasil yang kita dapat, kita akan tengok di masa depan untuk macam mana nak menambah baikkan. Terima kasih.

draft • 7:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat, mungkin soalan akhir saya.

draft • 7:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Boleh saya― ya.

draft • 7:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Mungkin satu soalan yang saya terpaksa tanya kerana isu yang saya hendak bangkitkan di tanya kepada kementerian lain.

Kementerian lain itu sebut tanya MoF. Saya mengemukakan satu soalan tambahan dan Yang Berhormat Kinabatangan membangkitkan semasa Menteri KKR menggulung iaitu kita nak

draft • 7:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

tahu kaedah pemberian tender kepada syarikat-syarikat yang memasuki tender untuk projek Pan Borneo iaitu khususnya untuk Kod WP32.

Satu syarikat disyorkan oleh lembaga ataupun Jawatankuasa Penilaian Tender supaya diberikan kerana mempunyai rekod yang baik. Satu syarikat itu tidak disyorkan untuk diberikan kerana gagal dalam pra syarat yang dikenakan. Tetapi, kita telah dimaklumkan bahawa apabila KKR angkat kepada MoF, MoF mengarahkan JKR Sabah berikan kepada syarikat yang tidak disyorkan malahan tidak diluluskan oleh penilaian tender itu. Saya hendak minta penjelasan Yang Berhormat bagi pihak MoF. Terima kasih.

draft • 7:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Okey, terima kasih kerana soalan yang diberikan.

Mungkin saya tidak ada data and detail tender yang tersebutlah.

draft • 7:20 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat saya tambah sikit ya.

draft • 7:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Sekejap, Bung ya. Biar saya jawab dulu ya.

draft • 7:20 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat tidak ada details. Jadi saya bagi *detail.

[Ketawa]*

draft • 7:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Tidak apa. Kalau YB bagi saya detail pun saya kena semak dulu. Jadi bila saya dapat saya boleh bagi jawapan yang lebih baik dan lagi tepat.

draft • 7:20 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Seperti Yang Berhormat maklum ia punya detail― boleh saya sikit sahaja. Boleh Yang Berhormat.

Ia WP32, TCS ini kontraktor yang tidak ada nilai tetapi― dan JKR Sabah mengemukakan lapan syarikat kepada KKR Malaysia. KKR Malaysia mengambil satu syarikat dikemukakan kepada MoF. MoF bagi kepada TCS yang syarikat tidak pernah dinilai.

Jadi mana tatakelolanya? Kita bicara soal tatakelola. Ia terkeluar daripada ...[Tidak jelas]...harga 17.6 peratus. Ini bermakna apabila ia dibagi dia pasti tidak akan dapat menyelesaikan kerja-kerja itu dan menyebabkan kerja-kerja Pan Borneo ini tergendala. Saya minta Kementerian Kewangan benar-benar telus dalam tata kelola ini. Pilihlah di antara lapan syarikat itu yang qualified, yang telah dinilai, yang disyorkan oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia. Jangan bagi kepada syarikat yang tidak layak langsung. Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 7:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat,..

draft • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Okey, Yang Berhormat Menteri, lima minit last ini saya minta gulung. Yang Berhormat boleh menjawab secara bertulis dan Yang Berhormat-yang Berhormat saya memperkuatkan, enforce 37(2), tidak ada gangguan. Teruskan.

draft • 7:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih banyak-banyak kerana soalan itu.

Seperti saya katakan tadi tata kelola yang kita buat― MOF telah mengikut apa yang diperuntukkan untuk MOF. Kita akan melihat kerana saya tidak ada isu dengan detail. Saya lebih cenderung untuk melihatnya dengan detail lagi sebelum saya bagi. Saya tidak hendak bagi information yang salah kepada Dewan ini. Terima kasih.

draft • 7:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Mungkin beberapa perkara yang penting untuk ini yang saya juga nak menekankan isu-isu yang penting yang saya nak cover sebelum saya habis lima minit saya. Antara yang ditanya juga adalah pemberian khas kepada Sabah, Sarawak.

draft • 7:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Dato’ Yang di-Pertua, seramai 11 orang yang telah bertanya pemberian khas ini. Jadi, saya bagi sikit klarifikasilah, ya, pemberian khas. Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian MA63, komited untuk merunding kadar pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak selaras dengan Perkara 112D, Perlembagaan Persekutuan. Pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak telah dibuat dengan mengambil kira kos perkhidmatan negeri dan kemampuan kewangan semasa Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Sabah telah mencapai persetujuan pemberian khas sebagai penyelesaian secara interim. Pada tahun 2023, Kerajaan Persekutuan telah menaikkan kadar kepada RM300 juta berbanding RM16 juta kepada Sarawak dan RM300 juta juga kepada Sabah daripada RM125.6 juta untuk Sabah sebelumnya. Mulai tahun 2025, kerajaan bersetuju menaikkan kadar pemberian khas Sarawak dan Sabah sekali ganda kepada RM600 juta.

Pada masa sama, terdapat juga kes semakan kehakiman di mahkamah yang sedang berjalan mengenai tuntutan yang sama iaitu kes Sabah Law Society Vs Government of Federation of Malaysia. Oleh itu, beberapa pertanyaan Yang Berhormat adalah tidak wajar dibincangkan lagi buat masa ini di dalam Dewan kerana tidak menepati Peraturan Mesyuarat 23(1)(g), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat memandangkan ia merupakan satu pertanyaan yang melencong perkara yang sedang dibicarakan oleh mahkamah. Lightly to prejudice a case under trial dan juga merupakan satu perkara yang masih dalam pertimbangan mahkamah subjudice.

Jadi, dari segi apa yang kita telah terima, untuk kementerian, bajet yang kita telah ketarakan telah dapat memberi lonjakan yang penting untuk negara. Fokus ekonomi, kerangka ekonomi MADANI terus diberi perhatian di mana kita nak menaikkan siling, menaikkan lantai. Usaha-usaha dalam bajet telah banyak memberi penerangan di mana kita dah nampak usaha-usaha kita telah berjaya. Dari segi membawa investment yang banyak ke dalam negara, dari segi mengurangkan defisit negara, dari segi mengekalkan inflasi dalam negara dalam kadar yang sederhana.

Jadi, yang pentingnya kita terus dalam landasan yang tepat ini untuk terus memajukan Malaysia di masa depan. Terdapat pelbagai juga cadangan Yang Berhormat yang menyokong agenda pembaharuan kerajaan dan akan diberi pertimbangan sewajarnya dalam tempoh terdekat terutamanya dalam mengukuhkan pelaksanaan dasar kerajaan. Saya yakin, kita semua mahu yang terbaik buat negara dan atas kesedaran inilah, kita cuba mengatasi segala permasalahan ekonomi dan rakyat dengan sebaiknya melalui Belanjawan MADANI 2025.

Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Tepuk] .

draft • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kewangan. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]

draft • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah bahawa Usul di atas nama Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.

draft • 7:30 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

*[Diputuskan, Bahawa Usul yang berikut ini dirujukkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis:

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] , membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lapan puluh lapan bilion ringgit (RM88,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2025, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2025, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 16 Tahun 2025, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah- jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.”*

draft • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguh sehingga jam 10.00 pagi hari Rabu, 13 November 2024.

draft • 7:30 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.35 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026