Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi. Ahli-ahli Yang Berhormat, memulakan tugas kita pada pagi ini saya mempersilakan Tuan Sabri bin Azit, Jerai.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
1. Tuan Sabri bin Azit [Jerai] minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah yang diambil kerajaan bagi memperkasakan lagi Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di seluruh negara agar sentiasa dinamik seiring dengan peredaran zaman ke arah melahirkan generasi pewaris negara yang memiliki modal insan berkualiti tinggi dan berakhlak mulia.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjawab, silakan Yang Berhormat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Dato' Yang di-Pertua, kerajaan amat serius dalam isu memperkukuhkan pendidikan Islam melalui pemerkasaan pendidikan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) agar ia kekal relevan dengan perkembangan semasa selaras dengan falsafah pengajiannya iaitu untuk membentuk generasi khairul ummah.
Pelbagai usaha dan pendekatan telah giat dijalankan bagi meningkatkan kualiti pendidikan KAFA sama ada melalui aspek tadbir urus dan penyelarasan, program latihan kompetensi perguruan, semakan kurikulum dan kokurikulum secara berkala, penambahbaikan sistem penilaian prestasi murid dan lain-lain.
Berdasarkan kajian yang diterbitkan pada 13 Mei 2024 oleh International Journal of Humanities Technology and Simulation, Universiti Malaysia Pahang yang bertajuk, “Keberkesanan Program Pendidikan KAFA Dalam Pembangunan Adab dan Kerohanian
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Murid”, kajian di Daerah Kuantan telah mendapati bahawa kompetensi guru merupakan elemen utama sebagai penentu keberkesanan Program KAFA ke arah pembangunan adab dan kerohanian murid.
Berdasarkan kajian ini, pelantikan guru KAFA dibuat dalam kalangan mereka yang mempunyai kelulusan pendidikan Islam dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Usaha ini adalah untuk memastikan kompetensi guru KAFA, program latihan perguruan, termasuk melalui sistem Smart Murabbi dilaksanakan. Selain itu juga, nisbah guru kepada murid yang dijajarkan 1:30 bertujuan untuk memastikan elemen keberkesanan dan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP). Setakat tahun 2024, bilangan guru KAFA adalah seramai 35,000 orang.
Cadangan penambahan bilangan 1,500 orang guru KAFA bagi tahun 2025 sebagaimana yang telah diumumkan dalam pembentangan bajet baru-baru ini menunjukkan bahawa kerajaan serius dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan KAFA. Pertambahan tersebut akan dapat menangani isu kekurangan guru, pertambahan murid dan pembukaan kelas murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK).
Program KAFA mengguna pakai kurikulum dan buku teks KAFA, JAKIM dari Tahun 1 hingga Tahun 6 yang menekankan aspek kemahiran amali bagi membimbing murid mengenai Al-Quran dan melaksanakan ibadah khusus selain daripada penguasaan aspek keimanan, kemanusiaan, kemasyarakatan dan kenegaraan. Penggunaan kurikulum KAFA 2.0 telah dilaksanakan pada tahun 2020 untuk kohort pertama kepada murid-murid Tahun 1 dan akan berakhir kepada murid-murid KAFA Tahun 6 pada tahun hadapan.
Manakala format instrumen Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain 2024 telah diperkenalkan pada tahun ini bagi menggantikan format sebelum ini. Ia sejajar dengan pelaksanaan kurikulum KAFA 2.0 yang telah digunakan oleh murid-murid KAFA bagi kohort yang pertama dan diluluskan oleh Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam (MKI) kali ke-60 pada 25 April 2024.
Selain itu, bermula pada tahun 2025, peperiksaan KAFA pra-tahfiz akan dilaksanakan di premis KAFA terpilih dan murid dianugerahkan dengan sijil KAFA pra-tahfiz yang memberi nilai tambah kepada sijil UPPT sedia ada. Kesimpulannya Dato' Yang di-Pertua, JAKIM akan terus mendukung aspirasi Kerajaan MADANI untuk memperkasakan KAFA supaya kekal dinamik dan berdaya saing. Usaha ini adalah selaras dengan matlamat pendidikan Islam untuk melahirkan insan berilmu, berakhlak dan mencapai kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan, Yang Berhormat Jerai.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan semalam saya pun ada bertanya tentang Program KAFA dan Yang Berhormat Menteri ada menyatakan Rintis KAFA. Antara lain ke arah menjaga kebajikan guru KAFA dengan mengkaji kebolehlaksanaan elaun minimum RM1,700.
Soalan tambahan saya pada pagi ini, apakah langkah-langkah memperkasakan lagi guru pada zaman AI ini pada guru KAFA dapat memenuhi keperluan moden, termasuk
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
penyediaan modul pembelajaran digital dan integrasi teknologi dalam pengajaran? Apakah infrastruktur institusi KAFA dapat dimodenkan selaras dengan peruntukan yang ada? Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Ada tiga sistem yang diperkenalkan setakat ini untuk memberi dalam konteks pendidikan moden bagi KAFA. Pertama iaitu yang seperti mana yang saya jelaskan awal tadi iaitu sistem Smart Murabbi, yakni bertujuan untuk memberi latihan kompetensi perguruan.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Ianya boleh diakses sama ada di dalam bandar, di luar bandar mahupun yang berada di kawasan pedalaman. Guru-guru KAFA boleh akses Smart Murabbi ini mengikut kesesuaian masa guru-guru tersebut. Manfaat daripada Smart Murabbi ini adalah ia membolehkan guru untuk meningkatkan kemahiran pengajaran dan juga pemudahcaraan (PdPc).
Kedua ialah platform e-pembelajaran yang ada dalam sistem e-Murabbi itu sendiri.
Dengan adanya platform e-pembelajaran ini, pihak guru KAFA boleh mengakses bahan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. Aplikasi ini memudahkan pembelajaran secara fleksibel dan sudah tentu manfaatnya ia memudahkan kaedah pengajaran dan juga pemudahcaraan guru tadi.
Akhir sekali, Yang Berhormat, iaitu e-Rancangan Pengajaran Harian yang mana e- Rancangan Pengajaran Harian ini, dia menggantikan Rancangan Pengajaran Harian guru yang sebelum ini digunakan dalam bentuk manual. Jadi, dengan adanya e-Rancangan Pengajaran Harian ini, guru-guru boleh menggunakan dan akses, dan ia sudah tentu akan mengurangkan masa guru dan dia dapat menumpukan dalam pengajaran tersebut. E-RPH ini merupakan usaha pendigitalan program KAFA yang secara umumnya akan bertujuan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan memberikan keyakinan kepada guru sepanjang sesi PdPc ini, insya-Allah.
Terima kasih. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Menteri. Saya persilakan Yang Berhormat Tenggara.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Menteri. Adakah bagi pendidikan KAFA ini di kalangan guru kita ini, adakah kaedah ataupun mekanisme bagi menapis di kalangan guru kita ini yang diambil untuk menjadi pendidik bagi KAFA ini supaya mereka tetap dengan Ahli Sunah Waljamaah, Imam Syafie, aliran Maturidiyah dan Asyairah? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Terima kasih Yang Berhormat Tenggara atas soalan tadi dan terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Seperti mana yang saya jelaskan di soalan yang pertama tadi yang Yang Berhormat Jerai kemukakan tadi, sudah tentu dalam konteks memastikan murid-murid yang dibangunkan dalam pendidikan KAFA ini menerima pendidikan agama yang sebenar daripada sudut asasnya, maka sudah tentu tapisan yang awal dibuat, pemilihan kepada guru- guru KAFA ini, sangat penting. Sebab, kalau guru-guru KAFA yang tidak ditapis dilantik dan tidak memahami konteks untuk membina murid-murid dalam pendidikan KAFA ini yang menjurus kepada Ahli Sunah Waljamaah, maka sudah tentu dia akan mencacatkan usaha dan falsafah pendidikan KAFA itu sendiri.
Jadi, berbalik kepada persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tenggara tadi, Dato’ Yang di-Pertua, pihak JAKIM akan menilai dan akan mengadakan satu proses yang agak teliti supaya guru-guru KAFA yang dilantik untuk mengajar dan mendidik itu akan benar-benar memahami dan mengikuti aliran Ahli Sunah Waljamaah. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Majlis...
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, duduk. Saya hanya benarkan dua soalan tambahan. Ini terikat dengan Peraturan 35 ya.
Walaupun saya boleh bagi satu lagi tapi masa dan saya nak memberi ruang kepada ― sebab, ramai Yang Berhormat.
Berikut, Majlis mempersilakan Tuan Hassan bin Abdul Karim, Yang Berhormat Pasir Gudang. Silakan, Yang Berhormat.
2. Tuan Hassan bin Abdul Karim [Pasir Gudang] minta Menteri Komunikasi menyatakan apakah alasan-alasan Kerajaan Persekutuan memberikan lesen kepada syarikat U Mobile Sdn. Bhd. untuk melaksanakan rangkaian kedua 5G memandangkan 48.28 peratus saham ekuiti U Mobile dipegang oleh syarikat asing dari Singapura iaitu Straits Mobile Investment Pte. Ltd.. Tidakkah keputusan kerajaan tersebut bercanggah dengan prinsip asas pengurniaan kontrak.
Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Pasir Gudang.
Sebelum saya mulakan, saya ingin tegur salah guna perkataan dalam soalan.
Pertama, tadi dinyatakan lesen, perkataan ‘lesen’. Kedua adalah ‘kontrak’. Saya nak jelaskan bahawa apa yang telah diumumkan oleh MCMC bukan lesen, bukan memberikan lesen, tetapi penguntukan spektrum. Dan dia bukan kontrak, tidak melibatkan dana awam, tidak melibatkan dana kerajaan bagi rangkaian 5G kedua.
Dato’ Yang di-Pertua, kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah melaksanakan proses terperinci dari aspek teknikal dan komersial untuk memilih pengendali rangkaian mudah alih ataupun mobile network operator (MNO) yang akan melaksanakan rangkaian 5G kedua Malaysia. Pemilihan ini telah dilaksanakan melalui proses beauty contest, atau dalam bahasa mudah, melalui proses tender dan bukannya secara penganugerahan terus (direct award).
Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Pemilihan syarikat pelaksana rangkaian 5G kedua dibuat berdasarkan gabungan beberapa faktor seperti rancangan perniagaan dan teknikal yang telah dikemukakan, rekod kadar aduan dan kepuasan pelanggan serta prestasi syarikat-syarikat ini dalam melaksanakan inisiatif infrastruktur lain. Ini termasuk faktor sumbangan kepada projek penyediaan perkhidmatan sejagat (USP) seperti JENDELA Fasa 1 dan projek penaiktarafan 4G yang selaras dengan komitmen MCMC untuk meningkatkan pengalaman pengguna dan kecemerlangan perkhidmatan.
Bagi pemilihan ini, komitmen-komitmen pengawalseliaan telah ditetapkan untuk memastikan pematuhan kepada standard yang ditetapkan. MCMC akan memantau komitmen ini dengan teliti dan tindakan kawal selia dan penguatkuasaan akan dilaksanakan terhadap sebarang ketidakpatuhan.
Keperluan am pegangan ekuiti asing bagi lesen individu Pemberi Kemudahan Rangkaian (NFP) dan lesen individu Pemberi Perkhidmatan Rangkaian (NSP) adalah maksimum 49 peratus, manakala pegangan Bumiputera adalah sekurang-kurangnya 30 peratus. Keperluan ini diperuntukkan melalui syarat khas lesen bagi sesuatu lesen individu.
Ya, bagi lesen individu. Ketika ini, pegangan ekuiti asing di dalam U Mobile adalah masih di dalam lingkungan pematuhan syarat khas lesen yang dikeluarkan kepada U Mobile. Ini berbeza, Pasir Gudang, lesen NFP dengan lesen yang Pasir Gudang sebutkan tadi.
Penguntukan spektrum bukan lesen yang dimaksudkan ini.
U Mobile juga telah memberi komitmen di dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada 2 November untuk mengurangkan pegangan asing kepada 20 peratus bagi memastikan kawalan yang lebih besar oleh rakyat Malaysia dan mengundang penyertaan daripada pelabur-pelabur tempatan. Oleh yang demikian, keputusan untuk memilih U Mobile sebagai penyedia rangkaian 5G kedua Malaysia adalah tidak bertentangan dengan syarat khas lesen bagi suatu lesen individu.
U Mobile juga komited untuk melaksanakan rangkaian 5G kedua Malaysia dengan bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk syarikat telekomunikasi lain untuk menyediakan perkhidmatan 5G bertaraf dunia kepada pengguna. U Mobile dibenarkan untuk bekerjasama dengan MNO lain bagi memanfaatkan kekuatan masing-masing dalam pelaksanaan rangkaian 5G kedua tertakluk kepada kelulusan MCMC.
Untuk makluman, U Mobile mempunyai rekod prestasi selama lebih 17 tahun dan berada dalam kedudukan yang baik untuk pelaksanaan rangkaian 5G kedua Malaysia dan pernah dinamakan sebagai syarikat perkhidmatan mudah alih Malaysia terbaik oleh Frost and Sullivan sebanyak enam kali.
Dato’ Yang di-Pertua, MCMC sebagai satu badan yang bebas telah membuat penilaian yang sewajarnya melalui proses tender yang telah dilaksanakan. Keputusan ini perlu dihormati oleh semua pihak kerana pelantikan syarikat pelaksana rangkaian 5G kedua ini telah dilaksanakan berdasarkan tatakelola yang baik dan bukannya secara penganugerahan terus (direct award).
Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
MCMC akan terus memantau kemajuan pelaksanaan rangkaian 5G kedua Malaysia oleh U Mobile bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap semua keperluan peraturan seperti yang termaktub dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Pasir Gudang, soalan tambahan.
Tuan Hassan bin Abdul Karim
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang panjang itu. Sebahagian jawapan Yang Berhormat Menteri masih boleh dibahaskan dan sebahagian lagi masih boleh disangkal. Tuan Speaker, soalan tambahan Pasir Gudang ialah adakah pemilihan syarikat U Mobile, sebagai penyedia rangkaian kedua 5G mengambil kira faktor siapa-siapa individu tertentu yang memiliki saham dalam syarikat U Mobile tersebut. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Jadi, berkenaan dengan isu pegangan seperti yang saya sebut dalam jawapan tadi, pihak MCMC secara bebas ya tidak ─ Menteri tidak terlibat, Timbalan Menteri tidak terlibat, dalam sebarang proses penilaian ini. Maka, mereka telah teliti dan memastikan bahawa isu pegangan saham seperti yang saya nyatakan di awal tadi, iaitu tidak lebih daripada 49 peratus pegangan asing itu telah dipenuhi dan pihak U Mobile juga telah memaklumkan bahawa pegangan asing akan dikurangkan kepada 20 peratus. Jadi, dari aspek pegangan, sama ada pegangan asing mahupun tempatan, tidak melanggar isu-isu ataupun tidak melanggar syarat-syarat bagi keputusan yang telah dibuat.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Terima kasih Yang Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Saya suka dengan soalan yang diberikan oleh Pasir Gudang tadi. Saya nak sambung Yang Berhormat Menteri, soalan-soalan ini tidak akan timbul sekiranya kriteria untuk mendapatkan spektrum tersebut didedahkan kepada orang awam daripada awal.
Jadi persoalan saya, kenapa prosesnya, kriterianya tidak didedahkan daripada awal lagi dan sehingga hari ini sebenarnya kita tidak tahu apa kriteria pemilihan. Yang kedua, Yang Berhormat Menteri ada menyebut bahawa U Mobile memberi komitmen untuk divest dia punya share holding structure supaya lebih banyak pegangan tempatan daripada pegangan asing.
Adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa dengan pengumuman yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini, maka nilai pemilikan saham dalam U Mobile meningkat berkali ganda dan akibatnya pemilik-pemilik di Singapura, yang maha kaya di Singapura akan
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
menjadi lebih kaya berbanding dengan syarikat DNB yang sedang ditekan oleh kerajaan sendiri.
[Tepuk] DNB adalah syarikat milik rakyat GLC kerajaan tetapi yang maha kaya di Singapura diperkayakan dengan pengumuman ini, divestment yang akan dibuat oleh U Mobile. Kenapa ini tindakan yang diambil oleh kerajaan dan akhir sekali Yang di-Pertua, saya juga nak menimbulkan persoalan mengenai proses yang dilalui. Kita tahu bahawa DNB ini adalah Digital Nasional Berhad adalah syarikat milik kerajaan, milik rakyat. Tetapi apa yang dilakukan oleh kerajaan selama ini ialah membuka DNB kepada pesaing-pesaingnya.
Hari ini ada wakil dalam, daripada U Mobile duduk dalam Lembaga Pengarah DNB menjadi kalau tak silap saya, saya mohon maaf kalau saya silap tetapi saya minta Yang Berhormat Menteri check dulu, menjadi Pengerusi Lembaga Perolehan ataupun Jawatankuasa Tender dalam DNB. Ini adalah satu cara yang membolehkan U Mobile ada maklumat sensitif mengenai DNB. U Mobile akan keluar daripada DNB dan kemudian bersaing dengan DNB. Kenapa kerajaan ini cuba membunuh syarikat milik rakyat yang mananya DNB GLC kita tapi memperkayakan orang-orang tertentu sahaja melalui proses yang dilakukan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri terikat 24(3)(ii) satu soalan sahaja dalam rangkaian- rangkaian. Kalau Yang Berhormat Menteri memilih untuk menjawab satu sahaja pun boleh, 24(3)(ii).
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Menteri kita baik.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
[Ketawa] Terima kasih Tasek Gelugor sahabat saya, insya-Allah saya akan jawab. Terima kasih sahabat saya Tasek Gelugor.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Berkenaan dengan kriteria pemilihan, saya dah sebut tadi secara umum ya bahawa pihak MCMC akan meneliti dan menilai apa yang disebut sebagai rancangan perniagaan (business plan), rancangan teknikal (technical plans) untuk pelaksanaan rangkaian.
Tambah kepada itu, MCMC juga menilai berdasarkan rekod prestasi syarikat-syarikat MNO sebelum ini untuk melihat dan mengenal pasti sama ada dari segi pelaksanaan projek- projek yang telah diberikan kepada syarikat-syarikat telco itu sama ada siap ataupun tidak dan juga tahap kepuasan di kalangan pengguna, sama ada dari kalangan retail sektor mahupun enterprise.
Ini penting untuk kita, pihak MCMC menilai secara keseluruhan. Jadi dia bukan sekadar apa yang telah dibentangkan, apa yang telah disampaikan tapi juga isu-isu tentang aduan yang telah pihak syarikat-syarikat tersebut terima. Berkenaan dengan DNB, memang pada ketika keputusan kerajaan dari awal dulu, malah dari sebelum ini pun daripada waktu kerajaan di mana Yang Berhormat adalah sebahagian daripadanya, syarat yang telah ditetapkan adalah MNO-MNO perlu memegang saham di dalam DNB. Pegangan saham ini juga akan diterjemah menjadi sejumlah kerusi dalam Lembaga Pengarah. Jadi, dari segi
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
tatakelola, dari segi aspek pegangan saham dan juga corporate governance dengan izin.
Tidak ada kesalahan dari segi itu.
Dan seperti yang telah juga dimaklumkan oleh pihak U Mobile baru-baru ini, pihak U Mobile juga telah berhubung dengan pihak DNB untuk memastikan pertama, dari segi pengguna 5G sedia ada tidak akan mengalami sebarang masalah dari segi penggunaan 5G.
Dan saya percaya sekiranya kedua-dua rangkaian ini mempunyai satu matlamat iaitu membangunkan rangkaian yang mampan (sustainable), yang juga kompetitif, maka akhirnya nikmat akan diperoleh untuk rakyat dan juga dengan pihak enterprise. Jadi, ini yang menjadi fokus bagi pihak kerajaan. Jadi, saya ucapkan terima kasih, nanti mungkin kita boleh pergi minum kopi. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri ni baik hati lah, sebagai special course lah ya.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Speaker, boleh saya buat soalan tambahan?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar. Saya belum habis bercakap lagi. Peraturan Mesyuarat 35 tu ya dan 43 tu. Eh, 42. Dalam soal jawab, peraturan 24 mengendalikan. Walau bagaimanapun, saya beri laluan budi bicara dan Menteri yang akan menjawab tu terpulang pada dia. Ya rangkaian-rangkaian, dua tiga soalan Menteri tak perlu jawab semua, dia boleh jawab satu ja. Kalau dia hendak lah.
Tapi macam pagi ni Yang Berhormat Menteri baik hati, dia jawab semua. Baik, berikutnya saya mempersilakan ke peraturan, ke soalan yang ketiga ya. Maaf ya Yang Berhormat, saya kekurangan masa. Ini berkait dengan 37(2). Baik, berikut saya mempersilakan Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan, Yang Berhormat Merbok.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
3. Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah punca sebenar kejadian seorang remaja maut selepas terkena renjatan elektrik ketika mengecas telefon bimbitnya menggunakan soket di dalam sebuah bas ekspres di Terminal Bas Penang yang berlaku baru-baru ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih, salam sejahtera dan Salam Malaysia MADANI Tuan Yang di-Pertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat. Susulan daripada laporan kemalangan yang menimpa seorang remaja berumur 18 tahun yang maut akibat renjatan elektrik, Kementerian Pengangkutan pada 4 November 2024, Isnin yang lalu telah menubuhkan sebuah pasukan petugas khas untuk meneliti insiden ini. Pasukan petugas khas ini diketuai oleh Kementerian Pengangkutan yang turut dianggotai oleh Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Pengangkutan Awam Darat, Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS), PUSPAKOM dan Standard and Industrial Research Institute of Malaysia
(SIRIM).
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Sebagai langkah awalan dan amalan prosedur biasa, MOT melalui APAD ataupun Agensi Pengangkutan Awam Darat telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pengendali bas ekspres yang terlibat pada 4 November Isnin yang lalu, yang mana syarikat perlu mengemukakan maklum balas kepada APAD dalam tempoh 3 hari bekerja, iaitu selewat-lewatnya pada 6 November.
Surat tunjuk sebab bertujuan untuk mendapatkan maklum balas mengenai kemalangan daripada pihak pengusaha bas. JPJ juga telah menjalankan siasatan dan pemeriksaan ke atas badan bas tersebut, pada 5 November di Butterworth, Pulau Pinang.
Siasatan ini juga disertai Suruhanjaya Tenaga dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Pada 6 November 2024, wakil Suruhanjaya Tenaga, JPJ, MIROS, SIRIM dan APAD juga telah melakukan pemeriksaan awal ke atas syarikat pembuat bas terlibat, ataupun coach builder. Laporan lengkap mengenai punca insiden akan disediakan oleh pasukan petugas khas setelah siasatan menyeluruh siap sepenuhnya.
Saya telah memberikan masa sebanyak 14 hari kepada pasukan petugas khas ini untuk menyediakan laporan tersebut dan punca sebenar insiden itu akan diketahui selepas laporan itu lengkap dan diserahkan kepada Kementerian Pengangkutan dan saya akan mengumumkan secara terperinci hasil laporan tersebut nanti. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat untuk soalan tambahan.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Soalan tambahan saya, apakah langkah segera yang diambil oleh Kementerian Pengangkutan untuk memastikan semua bas ekspres mematuhi piawaian keselamatan elektrik yang terkini, khususnya berkaitan kemudahan pengecasan telefon di mana setiap peralatan elektrik seperti soket pengecas dan pencahayaan perlu mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa dan tempatan seperti IEC 60950 untuk peralatan elektrik.
Apakah kementerian boleh bekerjasama dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) dan mengarahkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk memastikan peralatan yang dipasang dalam pengangkutan awam diuji ketahanan dan keselamatannya sebelum ia diberi kelulusan untuk digunakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih kepada Yang Berhormat Merbok atas soalan tersebut. Memang pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah mengeluarkan satu larangan sementara penggunaan soket elektrik di dalam bas ekspres sehingga siasatan berhubung insiden tersebut selesai dijalankan.
Sekarang ini, semua bas yang ada soket ini dilarang untuk menggunakan soket ini sementara waktu sebab kita nak dapatkan punca sebenar dulu apakah punca insiden ini.
Tetapi sementara waktu itu, memang soket tersebut dilarang digunakan. Sementara itu, memang kita ada mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak Suruhanjaya Tenaga dan
Tuan Loke Siew Fook
memang selepas pasukan petugas khas ini menyediakan laporan, kalau ada apa-apa penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh pihak Kementerian Pengangkutan, kita bersedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Tenaga untuk melihat balik SOP yang perlu kita laksanakan sebelum pendawaian ataupun penggunaan soket-soket ini dibenarkan di dalam bas ekspres. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Menteri. Sebelah kanan ada sesiapa yang tidak mahu menyoal Menteri? Jika tidak, saya akan ini...
Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Tanjong Manis boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Tanjong Manis.
Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Tidak ada orang. Okey, berkenaan dengan keselamatan soket ini. Ini terjadi dalam bas. Bagaimana pula langkah- langkah keselamatan kalau soket ini berada di dalam kapal terbang? Ini lebih berbahaya.
Saya ini balik Sarawak setiap minggu. Jadi, keselamatan soket ini mungkin juga perlu diperiksa oleh Kementerian Pengangkutan. Tolong, sila jawab Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Ya terima kasih. Soket dalam pesawat itu memang ada piawaian dia. Ini memang dikenal pasti ataupun ada piawaian yang perlu dipatuhi oleh syarikat-syarikat pembuat kapal terbang. Ini jangan bimbang. Tak perlu bimbang penggunaan soket tersebut tetapi untuk bas memang sekarang ini dia tidak ada satu piawaian untuk bas- bas. Tetapi untuk kapal terbang dan juga untuk kereta api, bukan sahaja kapal terbang.
Mungkin ramai juga daripada Utara, Ahli-ahli Parlimen daripada Utara juga menggunakan ETS untuk balik ke kawasan masing-masing. ETS pun ada soket.
Jadi, jangan kita ada panik dulu. Jadi kapal terbang, kereta api memang dia ada piawaian dia sendiri. Tetapi untuk bas ini dia coach builder masing-masing dan memang setakat ini dalam piawaian kita, dalam siasatan kita ataupun kita punya pemeriksaan PUSPAKOM dan sebagainya. Soket tidak dimasukkan sebahagian daripada pemeriksaan tersebut.
Jadi kita akan lihat balik SOP tersebut bersama dengan Suruhanjaya Tenaga untuk pastikan supaya untuk penggunaan soket-soket ini dalam bas perlu ada satu piawaian standard. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, sekarang tamatlah soal-soal pertanyaan kepada Menteri pada hari ini.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, Majlis ke pertanyaan-pertanyaan lisan bagi menjawab, pertanyaan-pertanyaan bagi menjawab soalan lisan. Kita mulakan sesi. Saya mempersilakan Puan Young Syefura binti Othman, Yang Berhormat Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Sorok tangan, baling batu, Soalan saya nombor satu.
1. Puan Young Syefura binti Othman [Bentong] minta Menteri Kerja Raya menyatakan sehingga 6 September, sebanyak 18,878 aduan berkenaan jalan telah dilaporkan ke aplikasi MyJalan. Hanya 31.03% aduan jalan di bawah tanggungjawab JKR manakala 68.97% lagi di bawah agensi lain. Bagaimana kementerian berhasrat untuk menyelaraskan status aduan daripada agensi lain di bawah aplikasi MyJalan ini.
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Okey. Tuan Yang di- Pertua, nanti saya jawablah pantun itu. Terima kasih Yang Berhormat yang bertanya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Bentong, aplikasi MyJalan bukan sahaja memudahkan ataupun memudah cara orang awam atau pengguna jalan raya menyalurkan aduan berkenaan jalan raya kepada Kementerian Kerja Raya tetapi pada masa yang sama menjadi one stop centre lah bagi aduan berkenaan jalan raya di Malaysia.
Di samping itu, pengguna jalan raya masih boleh melaporkan aduan terus kepada pemilik seperti pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri. Jadi saya turut menjemput semua Ahli Yang Berhormatlah untuk turut sama memuat turun aplikasi MyJalan dari Google Play, App Store dan App Gallery ya bagi memudahkan aduan berhubung jalan di kawasan Parlimen masing-masing disalurkan dengan baik.
Jadi, bagi penyelarasan status aduan antara agensi, antara tindakan yang telah dan sedang dilaksanakan oleh KKR adalah nombor satu KKR telah melaksanakan permohonan pelaksanaan integrasi antara aplikasi MyJalan dan i-Tegur di bawah Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) ya pada 15 Julai 2024 dan pada 19 Julai 2024. Jadi, satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan antara KKR dan JKT bagi membincangkan keperluan integrasi penyelarasan aduan yang diterima bagi jalan di bawah pihak berkuasa tempatan.
Jadi, KKR dan JKT bersetuju supaya integrasi aduan melalui aplikasi MyJalan dilaksanakan secara terus kepada Sistem Pengurusan Aduan Awam ataupun SISPA. Jadi, JKT atau PBT seperti sedia ada bagi memudahkan pemantauan tindakan terhadap aduan yang diberikan sekali gus pengadu mendapat status tindakan terhadap aduan yang diberikan secara automatik.
Jadi Kementerian Kerja Raya juga telah mengadakan libat urus dengan Biro Pengaduan Awam (BPA) bagi membincangkan berkenaan sistem SISPA dan penambahbaikan berkaitan yang melibatkan inter-agency dan keperluan untuk BPA
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
mengintegrasikan SISPA dengan sistem-sistem lain yang digunakan untuk penyelenggaraan jalan raya.
Jadi Kementerian Kerja Raya yakin BPA telah menerima dan sedang melaksanakan cadangan penambahbaikan ini. Justeru, Kementerian Kerja Raya berpandangan penyelarasan status aduan agensi lain dapat dilaksanakan melalui penggunaan sepenuhnya sistem SISPA oleh PBT ataupun agensi kerajaan negeri menerusi tindakan yang telah dinyatakan.
Seterusnya KKR akan turut membawa isu-isu dan cadangan berkaitan penyelarasan aduan aplikasi MyJalan ke peringkat Mesyuarat Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT) untuk diperbincangkan. Jadi untuk makluman, sehingga 30 September 2024 ini, aplikasi MyJalan Kementerian Kerja Raya telah menerima sebanyak 20,042 aduan kerosakan terdiri daripada pelbagai kategori aduan. Daripada jumlah tersebut, 6,019 atau 30 peratus merupakan aduan di bawah seliaan Kementerian Kerja Raya dan agensi yang melibatkan jalan persekutuan dan jalan negeri.
KKR dan agensi telah menyelesaikan 5,738 bersamaan 95.33 peratus daripada aduan di bawah bidang kuasa yang diterima. Manakala baki sebanyak 281 atau 4.67 peratus masih dalam tindakan.
Jadi MyJalan ini akan diberikan suntikan penambahbaikan dari semasa ke semasa demi kesejahteraan rakyat. Kementerian Kerja Raya juga mengharapkan sokongan dan komitmen penuh dari semua agensi serta pihak berwajib di pelbagai peringkat yang terlibat dengan pengurusan penyelenggaraan fasiliti jalan raya untuk sama-sama kita bertindak untuk menyelesaikan segala aduan dan laporan yang diterima. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Menteri. Yang Berhormat Bentong soalan tambahan.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang diberikan. Saya dimaklumkan, saya mendengar jawapan Yang Berhormat Menteri tadi mengenai pihak kementerian telah menerima lebih 20,000 aduan dalam apps MyJalan tersebut.
Jadi soalan saya ialah berapakah jumlah aduan yang telah diterima di kawasan Bentong dan berapakah jumlah aduan yang telah diselesaikan dan berapa lamakah jangka masa aduan tersebut untuk diselesaikan? Selain itu, di Bentong kita juga kerap menerima aduan berkenaan dengan syarikat utiliti yang melakukan kerja-kerja baik pulih di kawasan jalan raya dan sebagainya.
Akhirnya, apabila kerja-kerja tersebut dibuat, mereka mengambil masa yang begitu lama untuk menurap semula dan membuat tampalan semula kepada permukaan jalan raya tersebut dan tidak mengikut SOP oleh pihak JKR.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Jadi, apakah langkah daripada pihak kementerian untuk memastikan menangani isu ini dapat diselesaikan dengan segera, tangkas dan lebih baik?
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Banyak rantaian soalan ya. Yang pertama, yang maklumat yang sedia ada saya adalah Yang Berhormat, berkenaan dengan kawasan Yang Berhormat Bentong ini, sehingga 30 Oktober 2024 baru-baru ini, Daerah Bentong, Pahang menerima 22 aduan, di mana 11 adalah bagi jalan seliaan Kementerian Kerja Raya yang melibatkan dua aduan berkenaan jalan rosak, tujuh jalan berlubang dan dua berkaitan lampu jalan. Jadi, semua aduan di bawah Kementerian Kerja Raya iaitu 11 aduan berkenaan telah diselesaikan 100 peratus dengan tempoh penyelesaian antara satu hingga 16 hari ya.
Jadi, itu berkenaan dengan Bentong. Yang Berhormat, di mana dalam seliaan Kementerian Kerja Raya, kita telah selesaikan. Yang baki 11 itu kita telah serah kepada mana- mana pihak yang berkenaan iaitu kerajaan negeri dan juga PBT kebanyakannya di Bentong itu. Ia terpulang kepada mereka sepertimana telah saya jelaskan dalam ucapan utama tadi.
Kita memerlu juga buy in ataupun kerjasama daripada mereka ini.
Jadi, dengan kualiti kerja-kerja perbaiki jalan ini, memang yang di bawah seliaan JKR Malaysia ataupun KKR Malaysia, kita dah piawaian. Kita dah memang ada sistem yang kita pantau dengan rapi dengan ada konsesi-konsesi tersebut dan sebagainya. Tapi yang di luar dari seliaan KKR, sekali lagi saya tegaskan di sini adalah terpulang kepada pihak yang lainlah, PBT dan kerajaan negeri. Tapi, saya yakin mereka juga ada piawaian ada standard mereka sendiri untuk menjaga kualiti dan mutu kerja-kerja perbaiki jalan yang berlubang ataupun yang rosak ini Yang Berhormat. Yang lain, kalau saya belum jawab di sini, saya jawab secara bertulislah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik terima kasih Dato’ Yang di- Pertua dan juga terima kasih juga Bentong kerana utarakan isu ini di mana MRT Corp mencatat sebanyak 22,114 kes aduan jalan sehingga 31 Disember 2023. YB Menteri, kalau di negara China ataupun Australia menggunakan dron untuk pemantauan jalan. Di Jepun dan di German menggunakan teknologi Internet of Things dan sensor dipasang pada jalan untuk kesan kerosakan. Adakah Malaysia ke arah ini bagi mempercepatkan tindakan kementerian?
Adakah pengesan berat digunakan di Malaysia secara menyeluruh untuk kesan kenderaan berat yang boleh merosakkan jalan dan mudah untuk kita mengesan? Baik, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Ya. Saya jawab dari belakang dulu. Berkenaan dengan kenderaan berat ini ataupun yang lebih muatan memang adalah satu punca besar kerosakan jalan. Jadi, saya pun terbaca ada kenyataan daripada Menteri Pengangkutan baru-baru ini, mereka juga sekarang dalam buat kerja-kerja untuk menyiasat bagaimana ataupun buat kajian tentang bagaimana nak menangani masalah kenderaan berat yang melebihi muatan itu yang menggunakan jalan dan merosakkan jalan sebab ini memang berlaku ya.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Jadi, dengan bagaimana di negara kita Malaysia ini bersama dengan negara maju, memang itu adalah hala tuju kita. Ada kita menjurus kepada menggunakan teknologi dan Internet of Things dan sebagainya, AI dan sebagainya. Kita di kementerian telah menerima beberapa kunjungan daripada beberapa syarikat yang menawarkan solusi-solusi yang memang sarat dengan kegunaan teknologi dan Internet of Things dan AI.
Jadi baru-baru ini, kelmarin pun ada satu lagi syarikat luar negara yang dah bertapak di negara kita juga menawarkan bagaimana aplikasi ini, MyJalan ini boleh di-enhance-kan ataupun ditambah baikkan kesannya nanti menggunakan sistem mereka yang juga berpaksi kepada teknologi dan Internet of Things dan sebagainya.
Jadi kesemua ini Yang Berhormat, memang kita nak mencapai satu kaedah di mana kita bersama dengan yang diaplikasikan, digunakan di negara maju supaya kita juga boleh memastikan kualiti atau mutu jalan raya kita yang selamat dan selesa digunakan oleh pengguna jalan raya. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Majlis ke soalan yang kedua. Saya mempersilakan Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman, Yang Berhormat Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 2.
2. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan usaha pemulihan tanah terbiar untuk dimanfaatkan komuniti bagi agromakanan dan langkah bagi menambah pendapatan penduduk termasuk melibatkan petani dan pemulihan tanah terbiar di Daerah Sik.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup
Selamat pagi, salam sejahtera. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sik.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui jabatan dan agensi sentiasa berusaha untuk memajukan sektor agromakanan. Ini termasuk kerjasama strategik dengan kerajaan negeri bagi membangunkan tanah terbiar untuk memastikan ia dapat dibangunkan secara optimum.
Projek pembangunan tanah terbiar yang dikendalikan oleh Jabatan Pertanian telah dilaksanakan pada tahun 2007 hingga 2019. Dalam tempoh berkenaan, seluas 111.6 hektar tanah terbiar melibatkan 111 orang pengusaha berjaya dibangunkan di Daerah Sik.
Peruntukan bagi menjayakan program tersebut berjumlah RM1.29 juta melibatkan bantuan dan insentif seperti berikut:
(i) pembangunan infrastruktur kawasan melibatkan kerja-kerja pembersihan;
(ii) penyediaan dan pembinaan jalan ladang;
(iii) penyediaan sistem saliran dan pengairan; dan
(iv) insentif amalan teknologi pertanian.
Antara tanaman yang diusahakan adalah seperti pisang, padi dan juga jagung.
Manakala di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas pula, Jabatan Pertanian telah
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup
menyalurkan peruntukan sebanyak RM1.37 juta bagi pembangunan pertanian di Daerah Sik.
Ini termasuk pembangunan tanah terbiar yang melibatkan projek-projek seperti berikut:
(i) projek pembangunan buah-buahan jangka panjang dan pendek;
(ii) projek pembangunan tanaman sayuran;
(iii) pembangunan industri tanaman kopi;
(iv) pembangunan tanaman makanan ternakan;
(v) program pembangunan pertanian komoditi; dan
(vi) projek peningkatan SSR sayuran terpilih.
Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
[Bangun]
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Saya melihat Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan perlu dengan serius menangani isu tanah terbiar bukan hanya di Daerah Sik, bahkan di seluruh negara. Kita ada rekod lebih 103 ribu hektar tanah yang terbiar milik persendirian termasuklah di Kedah, lebih 46,000. Isu tanah terbiar ini sudah lama berlanjutan dan sedia ada sejarahnya dalam ketika Khulafa Ar-Rasyidin dalam konsep ihya’ al-mawat iaitu memberi tanah yang tidak diusahakan ini bertahun-tahun kepada orang lain yang nak mengusahakan.
Jadi soalan saya ini, di peringkat Daerah Sik, apakah pihak kementerian melihat potensi untuk membangunkan tanah terbiar ini yang di dalam rekod Jabatan Pertanian lebih 140 hektar, untuk ditanam, dibangunkan penanaman padi huma atau padi bukit yang sangat berpotensi? Pada ketika ini ada beberapa pihak termasuk Lembaga Zakat Negeri Kedah yang membantu petani-petani di beberapa buah kampung termasuk Kampung Landai, Kampung Melaka, Kampung Gulau. Dilihat ada petani-petani yang telah menanam padi huma ini, mereka dapat menjual hasil itu sehingga RM25 sekilo. Ini sangat baik untuk penambahan pendapatan mereka.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Jadi, adakah pihak kementerian dapat membantu mereka mengembangkan lagi termasuklah dari segi modal, khidmat nasihat, pemberian input dan sebagainya? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Sik. Bagi negeri Kedah, kita telah mengenal pasti 1,556.75 hektar tanah yang dikategorikan sebagai tanah terbiar. Maka, kementerian kita menyambut baik segala kerjasama di antara kementerian dan juga kerajaan negeri untuk kita sama-sama membangunkan tanah-tanah yang telah dikategorikan sebagai tanah terbiar.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Pada masa yang sama, kementerian juga menyambut baik usaha yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Kedah melalui Lembaga Zakat negeri Kedah dan Jabatan Pertanian negeri Kedah yang akan menjadikan Daerah Sik sebagai hab padi huma dan padi bukit.
Di dalam usaha ini, kementerian melalui agensi di bawahnya sentiasa menyediakan bantuan dari segi modal, teknikal, input dan juga khidmat nasihat yang diperlukan. Antara usaha adalah seperti berikut:
(i) Jabatan Pertanian akan sentiasa memberi khidmat nasihat pengembangan dan juga teknikal serta pembekalan baja dan racun tambahan kepada pengusaha-pengusaha terlibat untuk bersama- sama menceburkan diri dalam aktiviti penanaman dan pengeluaran padi huma di kawasan-kawasan berpotensi di luar jelapang yang terbiar;
(ii) Lembaga Pertubuhan Peladang turut menyediakan pembiayaan secara geran sepadan bagi pembelian jentera kecil dengan had pembiayaan maksimum RM20,000 di mana 30 peratus akan dibiayai oleh pemohon, manakala 70 peratus akan dibiayai oleh kerajaan dengan syarat pemohon mesti berdaftar menjadi Ahli Pertubuhan Peladang di kawasan;
(iii) Melalui Belanjawan 2025 kementerian telah diperuntukkan sejumlah RM300 juta di bawah program mengoptimumkan penggunaan tanah dengan kerjasama kerajaan negeri. Justeru, Kerajaan Negeri Kedah boleh memohon untuk projek-projek tersebut dijadikan sebagai projek keutamaan bagi dilaksanakan pada tahun hadapan. Skop kerja yang boleh dilaksanakan meliputi kursus dan latihan, perolehan peralatan dan input pertanian serta kerja pembangunan tanah; dan
(iv) Sebagai alternatif kepada varieti benih padi tradisional yang sedia ada, pengusaha boleh menggunakan varieti benih padi yang dibangunkan oleh MARDI iaitu varieti pulut hitam 9, MRM 9, MRM 16 atau MRQ 98 di mana varieti benih padi moden ini mempunyai tempoh matang kurang daripada 140 hari dan boleh ditanam sebanyak dua kali setahun.
Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan, Yang Berhormat Tenggara.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sik bertanya tentang penggunaan tanah di Kedah. Tapi saya ni melihat data DOSM bahawa penduduk kita ni dijangka bertambah 36.4 juta pada 2030 dan 40.7 juta menjelang 2040. Jadi
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
kita seharusnya kerajaan mengambil langkah untuk mengoptimumkan tanah-tanah bagi mempertingkatkan keperluan pertanian untuk menampung keperluan rakyat.
Soalan saya, apakah bentuk kerjasama yang dilaksanakan oleh KPKM dan sektor swasta bagi mengoptimumkan penggunaan tanah yang turut merangkumi GLC, GLIC bagi membantu meningkatkan pengeluaran makanan tempatan untuk menyumbang kerajaan pada kestabilan sektor agromakanan negara. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
[Bangun]
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih, Yang Berhormat Tenggara. Kementerian kita sedar keperluan untuk kita bekerjasama bukan sahaja bersama dengan kerajaan negeri yang dikatakan tadi tetapi juga dengan setiap agensi GLC dan GLIC yang terdapat bersama dengan kerajaan untuk kita mengoptimumkan penggunaan tanah-tanah terbiar yang ada di negara kita supaya kita boleh meningkatkan keterjaminan makanan kita. Maka, Kementerian Pertanian dengan kerjasama jabatan dan agensi sentiasa menyokong kerjasama strategik seperti ini untuk meningkatkan kerjasama dan juga penglibatan semua. Antara kerjasama yang dilaksanakan adalah seperti:
(i) Pelaksanaan program SMART Sawah Berskala Besar atau SMART SBB yang melibatkan kerjasama strategik antara kementerian dan 25 buah syarikat peneraju seperti BERNAS, FGV Integrated Farming Holdings Sdn. Bhd., Pertubuhan Peladang Kebangsaan, Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran beras;
(ii) Penglibatan FGV Integrated Farming Holdings Sdn. Bhd. dan Genting Plantations Berhad melalui memorandum persefahaman yang ditandatangani dengan kementerian untuk membangunkan industri jagung bijian dengan matlamat mencapai 30 peratus pengeluaran dalam negara dan mengurangkan kebergantungan jagung import dalam industri makanan ternakan haiwan; dan
(iii) Kerjasama dengan Khazanah Nasional Berhad dalam meningkatkan pengeluaran susu tempatan melalui pelaburan dalam Syarikat Farm Fresh.
Selain daripada itu, kementerian juga sangat terbuka dalam menjalinkan kerjasama dengan pihak daripada RISDA iaitu agensi Yang Berhormat Tenggara sendiri di mana sebelum ini kita telah melaksanakan projek ternakan integrasi lembu pedaging di kawasan RISDA di Manjung, Perak dan kita sangat terbuka untuk meningkatkan lagi program-program yang lain seperti tanaman jangka pendek untuk meningkatkan tanaman jangka pendek untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil RISDA. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Berikut kita – Majlis ke soalan yang ketiga. Mempersilakan Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh, Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih, Tuan Speaker. Soalan saya nombor 3.
3. Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [Bukit Gelugor] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk menambah baik prestasi sukan kebangsaan memandangkan prestasi skuad kebangsaan di dalam sukan Olimpik baru-baru ini. Nyatakan langkah-langkah tersebut secara terperinci.
Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Bukit Gelugor bersekali dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Kuala Pilah, Yang Berhormat Sembrong, Yang Berhormat Jeli dan Yang Berhormat Jelutong kerana perkara yang dibangkitkan adalah menyentuh isu yang sama.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan.
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kementerian Belia dan Sukan ingin merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan yang diberikan kepada atlet Malaysia atas aksi dan semangat juang sepanjang Sukan Olimpik Paris 2024. KBS melalui Majlis Sukan Negara akan mengadakan sesi post-mortem pada 14 November 2024. Sesi ini akan diadakan bersama wakil Majlis Olimpik Malaysia, Persatuan Sukan Kebangsaan, jurulatih pasukan, sekretariat kontinjen, Institut Sukan Negara dan Majlis Sukan Negara. Sesi ini juga akan melibatkan National Sports Science University (NSSU), Kementerian Kewangan
(MoF) dan Kementerian Ekonomi serta wakil universiti tempatan dan persatuan media.
Hasil post-mortem ini akan digunakan untuk merangka strategi bagi Sukan Olimpik Los Angeles 2028. Pencapaian yang ditonjolkan atlet muda memberi harapan untuk mengharungi Olimpik Los Angeles 2028 nanti. Seramai 15 orang atlet telah layak buat kali pertama ke sukan Olimpik.
Atlet negara juga telah berjaya memecahkan tiga rekod kebangsaan iaitu dari sukan berbasikal, trek dan angkat berat. Aniq Kasdan, 21 tahun telah memecahkan rekod kebangsaan dengan ranking keempat daripada 12 atlet; Pearly Tan dan M. Thinaah masing- masing 23 dan 24 tahun – beregu badminton wanita pertama negara layak ke pusingan separuh akhir; Lee Zi Jiaa memenangi pingat gangsa dalam acara perseorangan lelaki.
Berkaitan pertanyaan Yang Berhormat Sembrong mengenai keberkesanan projek Road to Gold (RTG) bertanggungjawab terhadap dua kitaran sukan Olimpik iaitu Paris 2024 dan Los Angeles 2028. Jawatankuasa Road to Gold telah meluluskan inisiatif baharu iaitu program Road to Gold Fast Track untuk Olimpik Los Angeles. Seramai enam orang atlet muda berumur bawah 25 tahun daripada sukan skuasy dan akuatik terjun telah dipilih di bawah program ini.
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Jumlah ini dijangka akan bertambah dengan peningkatan prestasi beberapa atlet muda negara seperti Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, rank 17 sekarang dari sukan berbasikal trek, trio memanah wanita negara rank 17 iaitu Syaqiera Mashayikh, Ariana Nur Dania Mohamad Zairi dan Nurul Azreena Mohd Fazil yang telah menduduki ranking 20 terbaik dunia.
Kejayaan S. Sivasangari menjuarai Kejohanan Skuasy London Klasik 2024 di London memberi gambaran persaingan merebut pingat emas di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 masih terbuka. Selain menumpukan perhatian kepada sukan-sukan yang pernah layak, MSN akan membangunkan sukan baru seperti skate board, climbing dan surfing. Sukan- sukan ini dilihat mampu menjadi penyumbang pingat kepada negara nanti.
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Pada masa yang sama, sukan-sukan yang menawarkan banyak pingat dan kategori berat badan juga akan diberikan perhatian. Kejayaan atlet-atlet negara jiran memenangi pingat dari sukan angkat berat, tinju, Taekwondo dan gimnastik perlu dijadikan inspirasi kejayaan atlet negara. Acara melibatkan atlet wanita juga akan diberi perhatian memandangkan peluang untuk memenangi pingat masih terbuka di persaingan sukan Olimpik.
Program penyediaan atlet ini yang dilaksanakan melalui program Road to Gold mahupun podium perlu terus diberikan sokongan. Pihak kementerian melalui Majlis Sukan Negara membelanjakan lebih kurang RM20.1 juta iaitu RTG dan podium bersekali pada tahun ini bagi tujuan kelayakan dan persiapan atlet ke sukan Olimpik Paris 2024. Untuk Road to Gold sahaja, sebanyak RM13.2 juta telah dibelanjakan untuk tahun ini bagi persiapan ke sukan Olimpik Paris. Akaun Road to Gold sedang di audit dan saya akan laporkan semula ke Dewan Rakyat setelah selesai. Peruntukan ini adalah kecil berbanding peruntukkan yang dikeluarkan oleh negara lain seperti India berjumlah RM235.2 juta dan Great Britain RM153 juta. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Menteri. Berikut, silakan Yang Berhormat soalan tambahan.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dengan jawapan tersebut. Saya ingin menyatakan di sini Yang Berhormat Menteri bahawa prestasi skuad negara dalam Olimpik yang lepas itu dalam pandangan saya tidak memuaskan. Boleh― we could done a lot better. Tetapi, memang kita boleh terima bahawa atlet-atlet kita memang telah pun berusaha sepenuhnya, they are done their best and we appreciate that. Tetapi, memandangkan Yang Berhormat Menteri bahawa Kementerian Belia dan Sukan bukannya― dan Menteri yang berkenaan bukannya berjangka panjang.
Policies come and go, they’re not permanent dengan izin Tuan Speaker.
Saya ingin bertanya, apakah usaha-usaha yang kini diambil untuk menyediakan kontinjen negara untuk Los Angeles 2028? Apakah usaha-usaha diambil untuk memastikan badan-badan yang berkenaan sports council seperti dengan izin National Sports Council and Olympic Council of Malaysia memperkenalkan dasar-dasar yang efektif dan berjangka panjang? Sekiranya kementerian tukar, adakah polisi-polisi dan dasar-dasar akan berterusan
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
ataupun are we going to see changers in policies again which will disrupt the progress of the national contingent, dengan izin. Keduanya― akhirnya, apakah sama ada kementerian akan memperkenalkan dasar-dasar yang efektif bermula dari sekarang? We have to start now untuk Los Angeles 2028. Terima kasih Tuan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Seperti yang telah saya jawab itu sebab Jawatankuasa Road to Gold telah ditubuhkan untuk kita meliputi dan cover dua cycle Olimpik, bermaksud lapan tahun melangkaui term ahli-ahli politik ataupun sepenggal kerajaan. Dalam Jawatankuasa Road to Gold, kita telah masukkan atlet-atlet bertaraf dunia seperti Datuk Nicol Ann David, Datuk Lee Chong Wei, Dato' Mirnawan yang turut serta dalam Jawatankuasa Road to Gold membuat keputusan yang terbaik untuk atlet. Majlis Olimpik Malaysia juga turut duduk dalam jawatankuasa tersebut.
Hasrat saya sekarang adalah untuk lihat bagaimana kita boleh institusi― no, to institutionalize Road to Gold untuk pastikan walaupun saya tinggalkan jawatan ini ataupun Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara bertukar, persiapan atlet untuk ke sukan Olimpik tidak akan terjejas oleh kerana ada gangguan bajet ataupun penukaran kerajaan. Ini kita belajar daripada penggal lepas di mana banyak pertukaran Menteri Belia dan Sukan dan bajet banyak terkesan oleh sebab pertukaran kerajaan.
Oleh sebab itu, persiapan Jawatankuasa Road to Gold untuk Los Angeles 2028 telah bermula sekarang. Kita telah mula belanja untuk hantar Fast Track Athlete Squash 2028.
Semua persiapan sedang dijalankan sekarang untuk pastikan bukan lagi last minute seperti saya baru masuk 2022, kena cepat-cepat tubuhkan Road to Gold pastikan atlet badminton, atlet berbasikal dan Aniq Kasdan pun masuk last minute untuk pastikan mereka mempunyai persiapan yang mencukupi bila mereka ke sana.
Kalau kita tidak ada Jawatankuasa Road to Gold dan tidak ada top up services yang telah kita keluarkan untuk Pearly dan Thinaah, untuk sparring partner, untuk psikologi semua, saya yakin keputusan di Paris mungkin akan menjadi lebih buruk. Tetapi, mereka telah bekerja keras dalam beberapa bulan sebelum Paris ini dan mereka telah melakukan kejutan.
Saya percaya seperti rekod yang mereka telah pecah, pecah rekod kebangsaan dan kali pertama beregu wanita kita ada wakil Pearly dan Thinaah sampai ke separuh akhir. Jadi, ini semua menunjukkan petunjuk yang bagus dan saya berharap kita akan dapat terus mendapat sokongan Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi untuk kita terus membangunkan. Hasrat saya jumlah atlet yang ke Olimpik boleh bertambah, itu hasrat kita.
Okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Menteri, silakan Yang Berhormat Indera Mahkota.
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak sambung sikit sahabat saya Bukit Gelugor tadi. Dia begini, apa Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi itu bagus dan kita sokong, teruskan yang itu. Tetapi, di
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
samping itu juga, mungkin ini waktu yang tepat. Mungkin ini bukan kali pertama, tetapi waktu yang tepat juga untuk melihat the whole trajectory, dengan izin seorang atlet Malaysia itu dari dia kanak-kanak sampai ke Olimpik atau pertandingan yang setara.
Maksud saya melihat dari bermulanya talent identification pada tahap satu. Tahun 1, 2, 3 sekolah kebangsaan sampai ke universiti, sampai dia jadi profesional. Bermakna, kita melihat long-term athlete development. Maknanya lapan tahu itu betul tetapi beyond that supaya kita ada matching antara pool yang besar yakni budaya sukan dan atlet berprestasi tinggi. Saya ada juga satu, dua nama saya boleh cadang kepada Yang Berhormat untuk agaknya boleh dibawa masuk dalam post mortem itu. Terima kasih.
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Boleh, boleh bagi saya nama tersebut. Tetapi seperti yang saya nyatakan kepada Parlimen, Kementerian Belia dan Sukan sahaja tidak mencukupi untuk membangunkan ekosistem ini. Sejujurnya kita perlukan banyak kerjasama daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi kerana bajet mereka lebih besar untuk menyiapkan atlet dan jumlah pelajar di bawah jagaan mereka cukup luas. Jadi, dengan adanya high level committee sekarang yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri bersama Menteri Pendidikan, Menteri KPT dan KBS, kita berharap kita boleh wujudkan ekosistem yang ketat.
Yang keduanya, saya percaya insentif cukai yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan MADANI iaitu pengurangan cukai RM1,000 khas untuk kategori sukan yang membolehkan ibu bapa menghantar anak untuk latihan sukan. Ini bermaksud, pelaburan sekarang untuk sukan bukan sahaja datang daripada Kementerian Kewangan ataupun kerajaan tetapi seluruh sistem pembayar cukai di Malaysia akan mula melabur untuk hantar anak-anak mereka ke latihan sukan. Saya percaya dengan adanya usaha seperti ini, atlet kita akan bertambah.
Yang keduanya, adalah untuk kategori masters Yang Berhormat. Kalau kita lihat peserta Olimpik baru-baru ini yang senior pun boleh pergi dan menang pingat. Ini yang kita hendak untuk pastikan kita tidak tertumpu hanya untuk SUKMA. SUKMA adalah untuk atlet bawah 21 tahun. Tetapi mulai tahun ini, Majlis Sukan Negara akan memulakan kejohanan masters untuk 40 tahun ke atas untuk sukan-sukan popular di Malaysia untuk kita lihat, berikan platform untuk atlet yang berusia untuk bertanding dan mana tahu mungkin dalam Los Angeles 2028 kita boleh menemui seorang juara yang tidak tahu datang dari mana kerana mereka tidak ada dalam SUKMA. Tetapi oleh kerana kita adakan kejohanan masters, mungkin kita boleh dapat seorang juara yang akan mewakili Malaysia ke Long Angeles nanti.
Kita sedang memperluaskan usaha Kementerian Belia dan Sukan untuk mencari atlet yang boleh mewakili Malaysia. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut Majlis ke soalan yang keempat. Mempersilakan Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan, Yang Berhormat Tasek Gelugor.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Soalan saya nombor 4 Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan [Tasek Gelugor] minta Menteri Komunikasi menyatakan hala tuju kementerian dalam aspek kawal selia platform media sosial dan bagaimana kementerian mahu mengimbanginya dengan hak kebebasan bersuara dan kebebasan maklumat.
Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Dato' Yang di-Pertua, keperluan pelesenan ke atas penyedia perkhidmatan pesanan internet dan penyedia perkhidmatan media sosial telah diwartakan pada 1 Ogos 2024 dan akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025.
Penyedia perkhidmatan perlu memohon Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi
(ASP(C)) di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588]. Kerangka pelesenan di bawah Akta 588 ini adalah untuk memastikan penyedia perkhidmatan bertanggungjawab dan memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan ekosistem dalam talian yang lebih selamat kepada pengguna platform mereka. Ini termasuk menangani secara efektif kandungan mudarat dengan memperkukuhkan sistem dan proses mereka dalam mengurangkan jenayah siber seperti penipuan dalam talian, jenayah seksual dan buli siber.
Di bawah Akta 588, terdapat langkah-langkah perlindungan yang kukuh untuk mengimbangi keperluan kawal selia dan perlindungan kepada hak kebebasan bersuara serta kebebasan maklumat. Pelaksanaan kerangka pelesenan di bawah Akta 588 ini adalah bertujuan untuk menangani isu-isu jenayah dalam talian tanpa menyekat inovasi dan pembangunan. Penguatkuasaan kerangka pelesenan ini tidak akan menjejaskan pengguna yang menggunakan perkhidmatan pesanan internet dan media sosial kerana hanya penyedia perkhidmatan sahaja yang diwajibkan untuk mendapatkan lesen yang berkaitan daripada MCMC. Pengguna akan terus dapat menikmati pengalaman digital yang lebih selamat, insya- Allah.
Kebebasan bersuara adalah hak asasi yang diiktiraf yang telah termaktub di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Namun, ia perlu disertai dengan tanggungjawab.
Kebebasan yang tiada sempadan adalah kebebasan yang mengundang malapetaka. Oleh itu, tindakan ini adalah untuk memastikan keseimbangan antara kebebasan bersuara, keselamatan negara dan kesejahteraan hidup rakyat.
Seperti yang dijelaskan di bawah Rang Jaminan MSC Malaysia (MSC Malaysia Bill of Guarantees No.7), kerajaan tidak akan menapis internet. Namun, ini tidak bermakna kandungan yang melanggar undang-undang boleh disebarkan dengan sewenang- wenangnya tanpa mengambil kira peruntukan perundangan. Apa-apa perlakuan yang melanggar undang-undang di ruangan fizikal juga akan menjadi satu kesalahan di dalam persekitaran dalam talian.
MCMC juga telah selesai melaksanakan proses rundingan awam draf Kod Tatalaku
(Amalan Terbaik) untuk penyedia perkhidmatan yang bertujuan untuk mendapatkan input dan
Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
maklum balas daripada penyedia perkhidmatan, orang awam, pemain industri dan pihak berkepentingan yang relevan pada 5 November 2024. MCMC kini dalam proses memuktamadkan draf Kod Tatalaku untuk penerbitan sebelum tarikh kuat kuasa kerangka pelesenan pada 1 Januari 2025. Matlamat Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) akan menggariskan amalan terbaik untuk diterima pakai oleh penyedia perkhidmatan yang dilesenkan di bawah Akta 588. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Tasek Gelugor.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Terima kasih Yang di- Pertua. Hari ini spesial sikit. Jarang-jarang kita boleh berbahas direct dengan Menteri. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, saya menghargai jawapan yang diberikan tadi. Cuma saya agak curious. Sekiranya ada platform yang tidak mendaftar sebelum tarikh yang ditetapkan, adakah kita sebagai rakyat akan tetap boleh mengakses platform-platform yang disediakan oleh mereka?
Seterusnya, saya difahamkan juga Bahagian Hal Ehwal Undang-undang sedang dalam rangka menyediakan Rang Undang-undang Keselamatan Atas Talian. Adakah terdapat apa-apa kerjasama ataupun libat urus untuk memastikan ada keselarasan antara proses pelesenan dan juga undang-undang sedang disediakan oleh BHEUU ini?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri. Sila.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih sahabat saya Tasek Gelugor. Berkenaan soalan pertama, adakah sekiranya sesebuah platform itu tidak mendaftar, adakah pengguna masih boleh mengakses selepas 1 Januari 2025. Pada waktu ini, kita menegaskan bahawa platform-platform yang mempunyai jumlah pengguna lebih dari lapan juta di Malaysia perlu mendaftar. Ada beberapa tindakan yang boleh diambil berdasarkan Akta Komunikasi dan Multimedia terhadap platform-platform tersebut. Pada waktu ini, kerajaan tidak berhasrat untuk mengekang akses kepada platform-platform tersebut. Jadi kita melihat itu adalah the last, last, last resort. Kita tidak mahu ke arah itu dan yang penting kita mahu bukan hanya internet yang lebih laju, internet yang lebih murah tapi paling penting internet yang lebih selamat untuk kanak-kanak dan keluarga.
Berkenaan isu cadangan Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian ataupun Online Safety Act (ONSA) yang sedang dibangunkan oleh pihak BHEUU. Waktu ini memang antara Kementerian Komunikasi, pihak MCMC dan juga BHEUU ada melakukan banyak sesi libat urus untuk memastikan tidak berlaku pertindihan di antara akta tersebut dan juga Akta Komunikasi dan Multimedia. Jadi, kedua-dua ini adalah bersifat complimentary di antara satu dengan yang lain, insya-Allah. Terima kasih.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Dato' Timbalan Speaker. Sini. Kluang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ya Yang Berhormat. Silakan.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih. Soalan tambahan saya atau pandangan juga kepada Kementerian Komunikasi. Memandangkan bukan sahaja kita perlu mengawal selia semua platform ini kerana kita tahu semua platform ini atau sosial media, dia boleh diguna sebagai alat. Dia ada kelebihan, ada kebaikan dan juga ada keburukan. Bergantung bagaimana pengguna itu menggunakan kesemua platform ini.
Jadi sama ada kementerian ada satu perancangan untuk bekerjasama atau sudah ada, sedang dijalankan dengan semua pengusaha platform ini untuk meningkatkan literasi digital, literasi media antara kalangan rakyat Malaysia supaya kesemua pengguna kita menggunakan platform sosial media ini dengan amalan yang baik dan tidak salah guna. Itu sangat penting dan juga menggunakan dapat berbezakan pandangan individu dengan fakta.
Seperti contohnyalah, misalnya hari itu Pendang langsung tak boleh petik sumber yang sahih itu. Itu salah satu contoh. Pengguna sosial media tak dapat sahkan mana sumber yang sahih, mana yang sumber yang langsung tak sah. Jadi ini sebenarnya adalah satu bukti bahawa literasi media ...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, pendekkan soalan.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
...Literasi digital sangat penting. Itu saya minta pandangan Menteri...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
...Sama ada kementerian ada perancangan kerjasama dengan semua platform...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat
Puan Wong Shu Qi - Kluang
...Sosial media untuk meningkatkan literasi media, literasi digital di kalangan rakyat Malaysia. Terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat, Kluang. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Memang soalan yang sangat baik.
Sejujurnya dalam pengalaman saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri, pihak MCMC menyediakan internet menyelesaikan masalah internet sama ada di kawasan bandar ataupun kawasan kampung-kampung.
Saya bagi contoh Dato' Yang di-Pertua, bila kita menyediakan internet menggunakan aplikasi ataupun peranti Starlink di kampung Orang Asli Hulu Kemensah. Pada saat internet itu dibuka, the first aplikasi yang anak-anak Orang Asli ini, kampung ini, dia buka ialah TikTok.
Sewaktu kami menyelesaikan masalah internet di Kampung Mondikot di Sabah. Kami dapati setelah Internet itu disediakan dengan baik antara aplikasi, ada dua website yang paling cukup digemari oleh penduduk setelah mereka mendapat akses Internet yang laju.
Pertama, al-maklumlah rakyat Sabah suka menyanyi, maka pertama adalah website karaoke. Kedua itu tak manis saya sebut dalam Parlimen. Jadi, al-fahamlah ya. Jadi literasi digital adalah satu perkara yang cukup penting. Kita bukan hanya mahu Internet yang lebih
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
laju, Internet yang lebih murah tapi menggunakan internet juga dengan lebih selamat. Jadi, di kalangan platform-platform media sosial, ada yang telah secara proaktif membantu MCMC seperti Shopee, seperti TikTok untuk mengadakan beberapa program untuk meningkatkan kesedaran dan juga pemahaman di kalangan pengguna tentang keselamatan dalam talian..
Tetapi, saya secara sendiri ya, saya sendiri berpandangan bahawa usaha meningkatkan literasi digital ini perlu dipertingkatkan dan diperluas. Termasuk juga mungkin di kalangan kita, Ahli-ahli Parlimen. Sebab kadangkala kita mendapat maklumat yang tidak boleh kita pastikan. Contoh seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Kluang tadi. Kadang- kadang ada di kalangan kita mendapat maklumat melalui WhatsApp. Belum tentu maklumat itu sahih.
Jadi aspek-aspek keselamatan dalam talian ini perlu juga terpakai kepada kita, Ahli- ahli Parlimen. Kita seharusnya menjadi antara contoh terbaik di kalangan rakyat, janganlah kita tak pasti, tak pasti jangan kongsi. Jadi saya mintalah Ahli-ahli Parlimen semua, jadilah contoh yang terbaik. Jangan begitu mudah kita mempercayai maklumat yang kita terima dalam media sosial tanpa mengesahkan, tanpa kita tabayyun dulu sumbernya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat. Majlis ke soalan yang kelima. Saya mempersilakan Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Yang Berhormat Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih Dato’ Dr. Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 5.
5. Dr. Mohammed Taufiq bin Johari [Sungai Petani] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan inisiatif yang sedang diambil oleh kementerian untuk memberikan perlindungan yang sama rata kepada pekerja gig di Malaysia, seperti memastikan pekerja gig mendapat akses kepada faedah penting seperti simpanan persaraan dan insurans kesihatan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Sebelum saya menjawab soalan ini, saya ingin mengalu-alukan kedatangan rombongan daripada Persatuan Warga Emas Cameron Highlands ke Parlimen Malaysia.
[Tepuk] Tahniah Dato’ Dr. Speaker, bawa orang Cameron Highlands.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Lipis. Mula, saya ingat saya yang hendak mengalu. Kita sama-sama orang Pahang ini lah mengalukan.
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Yang Berhormat Dato’ Yang di- Pertua, saya mohon keizinan untuk menjawab secara bersekali soalan daripada Yang Berhormat Dato’ Dr. Muhammed Taufiq bin Johari (Sungai Petani), bertarikh 7 November 2024 dan soalan nombor 44 daripada Yang Berhormat Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman (Muar), bertarikh 10 Disember 2024. Sebagai usaha menangani isu-isu utama yang dihadapi oleh pekerja gig dan memastikan kebajikan mereka terjamin, Kementerian Sumber
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Manusia (KESUMA) telah mengambil beberapa inisiatif bagi membangunkan sektor ekonomi gig yang lebih mampan dan berdaya saing serta memberi sumbangan lebih besar kepada ekonomi negara. Inisiatif-inisiatif ini melibatkan aspek kajian perundangan perlindungan sosial dan pembangunan kerjaya bagi pekerja gig di Malaysia.
Pertama, KESUMA dengan kerjasama perundingan dari Universiti Malaya telah melaksanakan kajian membangunkan kerangka dasar pekerja dan perundangan dalam ekonomi gig di Malaysia. Laporan dan hasil kajian tersebut akan diterbitkan pada Disember tahun 2024.
Kedua, di samping itu, Memorandum Jemaah Menteri (MJM) mengenai cadangan menggubal akta baharu, khusus untuk pekerja gig telah disediakan dan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Julai 2024 dan MJM tersebut telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada tarikh yang sama.
Ketiga, KESUMA dalam proses menyediakan draf undang-undang pekerja gig yang akan dibentangkan untuk bacaan pertama di Dewan pada sidang kali ini. Proses ini melibatkan perbincangan dengan pihak berkepentingan (stakeholders), kajian mendalam mengenai keperluan pekerja gig serta memastikan semua aspek undang-undang dipatuhi.
Dalam tindakan menggubal akta baharu bagi pekerja gig, KESUMA terus melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu orang bekerja sendiri, termasuk pekerja gig dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi, terutama dari segi keselamatan sosial dan latihan pembangunan yang sesuai dengan permintaan pasaran. Antaranya, pertama, melaksanakan Skim Keselamatan Sosial Bekerja Sendiri (SKSBS) di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 [Akta 789] kepada orang bekerja sendiri (OBS).
Kedua, melaksanakan inisiatif di bawah Bajet 2024 iaitu Program SBS Padanan Caruman.
Ketiga, menjalankan kerjasama strategi dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) iaitu;
(i) MOT telah memberi tajaan caruman penuh SKSPS kepada individu yang bekerja sendiri sebagai pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah; serta
(ii) MOT juga telah meminda Akta Pengangkutan 1987 [Akta 333] yang memandatorikan caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.
Keempat, mengadakan sesi libat urus berterusan. Kelima, mempergiatkan hebahan mengenai produk PERKESO di media cetak, massa dan sosial. Serta selain itu, KESUMA menerusi PERKESO melaksanakan Program Panel Kerjaya 2.0, merupakan Program Pembangunan Kerjaya yang dikhususkan daripada pekerja sektor tidak formal, termasuk pekerja dalam sektor p-hailing dan e-hailing. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan Yang Berhormat Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tahniah atas usaha-usaha yang telah disebutkan tadi. Banyak negara lain, seperti contohnya Singapura telah pun memperkasakan undang-undang perlindungan terhadap pekerja gig ini. Kita lihat hari ini banyak anak-anak muda memilih untuk pekerjaan gig ini. Tetapi ini adalah antara pekerjaan yang amat-amat rentan, dengan hazard ataupun dengan bahaya dari luar.
Pertanyaan saya, adakah kerajaan ingin mempertimbangkan pengenalan kategori pekerjaan baharu, khusus untuk pekerja gig dan skim persaraan dan perlindungan insurans yang lebih komprehensif kepada pekerja gig? Apakah perancangan kerajaan untuk mengkaji semula status pekerja gig ini supaya ia setara dan mendapat perlindungan seperti pekerja- pekerja tetap dan bagaimanakah kerajaan ingin menggalakkan syarikat-syarikat ini untuk menyediakan perlindungan dan juga insurans kepada pekerja-pekerja gig pada masa kini?
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, untuk menjawab.
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Sebenarnya, dalam soal yang dipersoalkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani sebentar tadi...
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
[Bangun]
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad
...bahawa kita sebenarnya dalam merangka lagi bentuk, jenis...
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
[Bangun]
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad
...apakah yang akan dimasukkan dalam akta yang akan kita bentangkan tidak berapa lama lagi, yang akan kita bawa dan saya percaya sokongan yang padu daripada Ahli-ahli Yang Berhormat. Sudah pastilah. Tetapi buat masa ini, kalau diambil kira OBS ini, orang bekerja sendiri. Kita ada 20 sektor yang telah termaktub di bawah PERKESO ini sendiri. Ini juga telah mendapat sambutan yang begitu hangat sekali. Di mana, aktif bermaksud telah mendaftar seramai 722 ribu lebih dan yang beroperasi, maksudnya dalam - telah didaftarkan tetapi masih belum berbayar iaitu 1.030 juta yang telah berbayar. Ertinya, mereka juga sudah pasti ingin mendapat sokongan yang sewajarnya. Ini juga semua kita tahu bahawa pelaksanaan Program SBS ini padanan caruman yang merupakan insentif bayaran caruman 90 peratus. Di mana, RM209 dibiayai oleh kerajaan.
Manakala, orang bekerja sendiri hanya perlu membayar 10 peratus iaitu bersamaan RM23.33 daripada kadar caruman yang saya nyatakan sebentar tadi. Maka dalam soal ini, pindaan undang-undang khusus bagi pekerja gig bertujuan untuk menjaga pekerja gig ini, mengawal selia industri.
KESUMA sedang menggubal satu draf undang-undang yang saya nyatakan tadi iaitu empat kunci utama. Iaitu definisi, kadar upah yang setimpal, mekanisme *...
[Tidak jelas] ...* dan perlindungan sosial. Serta, rang undang-undang ini bertujuan untuk sama-sama kita
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad
mendapat win-win situation ataupun over regulate industry yang kita mencari titik persamaan antara satu sama lain serta penghasilan rang undang-undang ini meliputi semua aspek yang kita ingin lindungi. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih. Dalam belanjawan baru-baru ini, majikan diwajibkan untuk mencarum KWSP bagi pekerja-pekerja mereka, khususnya pekerja asing. Ini perkara yang baharu. Persoalan saya, jikalau majikan perlu diwajibkan untuk mencarum bagi pekerja asing mereka, mengapa prinsip yang sama tidak diguna pakai bagi pekerja gig? Kalau kita lihat di Singapura, contohnya. Permulaan adalah 6 percent. 2.5 peratus bagi employee contribution, 3.5 peratus yang perlu dibayar oleh syarikat platform seperti Grab dan yang lain. Kalau kita lakukan perkara ini,- Minta maaf, 30 saat, ini sangat penting. Saya hendak pastikan bahawa zaman di mana setiap kerajaan memberikan RM500 setahun bagi pekerja gig, tamat.
Kalau kita berani lakukan perkara ini, kita boleh pastikan setiap pekerja gig, bila dia bersara, ada sekurang-kurangnya setengah juta dalam akaun persaraan mereka.
Bagaimana? Compounding interest KWSP 5.5 peratus. Kalau pekerja gig, gaji bulanan dalam RM3 ribu. Kita tidak perlu ikut dengan pekerja sepenuh masa, di mana caruman KWSP boleh mencecah 20 peratus ke atas. Take half, 10 peratus sahaja. Yang datang daripada pekerja gig dan juga datang daripada syarikat mereka. With the compounding interest 5.5 peratus, apabila mereka bersara di umur 60 tahun, they will have at least, dengan izin, setengah juta dalam akaun persaraan mereka. Persoalan saya mudah. Mengapa kerajaan berani untuk mewajibkan caruman bagi pekerja warga asing tetapi bukan bagi rakyat negara kita yang bekerja gig pagi dan malam, hujung minggu tetapi hanya berikan bantuan tahunan RM500?
Terima kasih Timbalan Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, untuk menjawab.
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Muar. Sebenarnya sebagaimana yang saya nyatakan tadi, KESUMA dalam proses perundingan dan dalam draf untuk melakukan dasar pekerjaan dan perundangan dasar ekonomi gig yang sebagaimana saya nyata awalan dalam soal pertama tadi. Kita dalam masih proses draf sebenarnya. Dalam proses draf undang- undang pekerja gig.
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Insya-Allah, apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, kita akan diperhalusi dan kita akan bentangkan dalam Parlimen sebelum sidang Parlimen ditamatkan dalam bulan Disember bagi tahun ini. Saya percaya Yang Berhormat akan bersama berbahas perjuangkan untuk kita masukkan KWSP.
KWSP ini sangat penting sebenarnya. Saya sangat-sangat bersetuju kalau apa yang dinyatakan bahawa inilah untuk masa depan mereka dan juga- sebab itu perlindungan
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad
PERKESO ini juga amat penting. Kita hendak mandatorikan sebenarnya perundangan gig ini supaya mereka ini semua boleh mendapat kemudahan dan juga mendapat perlindungan yang sewajarnya, Yang Berhormat Muar. Terima kasih, Yang Berhormat Muar. Pandangan yang sangat baik atas pandangan tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang keenam. Saya mempersilakan Puan Isnaraissah Munirah Majilis, Yang Berhormat Kota Belud.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 6.
6. Puan Isnaraissah Munirah Majilis @ Fakharudy [Kota Belud] minta Menteri Kesihatan menyatakan:
(a) strategi yang dirangka dan jangka masa yang ditetapkan bagi merapatkan jurang nisbah doktor di Sabah yang ketika ini 1:900 berbanding 1:412; dan
(b) apakah sasaran nisbah katil kepada 1,000 penduduk bagi Sabah memandangkan nisbah semasa di Sabah adalah 1.52 dan berada di kedudukan terbawah selepas Wilayah Persekutuan Labuan.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Bagi menjawab soalan pertama. Berdasarkan data terkini keperluan tambahan sumber tenaga manusia dalam sektor kesihatan di negeri Sabah, terdapat peningkatan yang diunjurkan menjelang tahun 2030.
Bagi sektor awam, merujuk kepada jadual projek yang bakal siap di negeri Sabah menjelang tahun 2030, tenaga kerja yang diperlukan akan meningkat daripada 4,516 orang pada tahun 2023 kepada 6,526 orang pada tahun 2030 dengan keperluan tambahan sebanyak 2,010 orang.
Untuk sektor swasta pula, diunjurkan peningkatan daripada 645 orang pada tahun 2023 kepada 810 orang pada tahun 2030 dengan tambahan sebanyak 165 orang Pegawai Perubatan.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Secara keseluruhannya, jumlah tenaga kerja kesihatan yang diperlukan akan meningkat daripada 5,161 orang pada tahun 2023 kepada 7,336 orang pada tahun 2030 dengan jumlah tambahan sebanyak 2,687 orang.
Nisbah Doktor kepada penduduk juga dijangka memperlihatkan peningkatan yang positif daripada satu Doktor bagi setiap 697 penduduk pada tahun 2023 kepada satu Doktor bagi setiap 571 penduduk pada tahun 2030. Ini menunjukkan bahawa penambahan tenaga kerja dalam sektor kesihatan di Sabah adalah penting bagi menampung peningkatan populasi dan memastikan perkhidmatan kesihatan yang lebih mampan.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Bagi strategi dan inisiatif yang telah dijalankan untuk merapatkan jurang nisbah Doktor khususnya di Sabah, adalah melalui:
(i) memberikan keutamaan kepada Pegawai Perubatan anak kelahiran Sabah untuk menabur bakti berkhidmat kepada rakyat Sabah;
(ii) menempatkan lebih ramai Pegawai Perubatan yang telah menamatkan pengajian kepakaran dan Pakar Perubatan Tetap dan kontrak bagi menyokong perkhidmatan perubatan dan kesihatan di Sabah;
(iii) berusaha mengisi jawatan Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan yang masih kosong di facilities kesihatan Sabah;
(iv) mengemukakan permohonan untuk mewujudkan jawatan tambahan Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan kepada agensi pusat khususnya bagi fasiliti baharu dan facilities dinaiktaraf;
(v) melaksanakan pendekatan inovatif iaitu menggabungkan perkhidmatan kepakaran dalam lingkungan facilities tertentu menerusi konsep hospital kluster dan melaksanakan konsep visiting specialist, dengan izin, bagi Pakar Perubatan untuk menyampaikan perkhidmatan kepada penduduk di luar bandar; dan
(vi) meneruskan pelbagai insentif untuk menarik dan mengekalkan petugas kesihatan khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman, antaranya kemudahan bayaran insentif mengikut lokasi dan tahap kesusahan, tambang ziarah wilayah dan bayaran insentif penempatan Pakar Perubatan dan Pakar Pergigian di facilities kesihatan di Sabah.
Berdasarkan unjuran- bagi menjawab soalan kedua mengenai sasaran bed to total population ratio (BPR), nisbah katil bagi setiap 1,000 penduduk Sabah meningkat daripada 1.52 kepada 1.77 dengan sasaran pertambahan sebanyak 1,941 buah katil hospital kerajaan yang bakal siap menjelang 2030.
Untuk mengira unjuran BPR ini, ia turut melibatkan katil-katil kerajaan bukan KKM dan hospital swasta di mana 40 buah katil oleh Kementerian Pertahanan; projek Hospital Universiti Malaysia Sabah di bawah Kementerian Pengajian Tinggi kini sudah dalam pembinaan dan dijangka siap menjelang 2026; dan juga unjuran katil swasta akan meningkat sebanyak lima peratus berdasarkan pola sumbangan pihak swasta di Sabah dalam tempoh lima tahun terkini. Dengan itu, sasaran BPR yang realistik untuk negeri Sabah ketika ini pada berakhirnya RMKe-13 kelak ialah sebanyak 1.77. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Kota Belud.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat, setujukah kalau saya cakap perlunya kita wujudkan satu jawatankuasa khas di mana melibatkan KKM, KPM, KPT dan juga mungkin
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
kedua-dua kerajaan negeri ini supaya kita cari satu formula untuk mempertingkatkan lagi ramai pelajar yang asal dari Sabah dan Sarawak yang mengambil jurusan perubatan?
Soalan saya, mungkin berapa ramai doktor-doktor yang asal dari Sabah di bawah KPM ini yang berkhidmat di Semenanjung?
Kedua, saya ingin tanya, sama ada, adakah kajian yang telah dibuat oleh kementerian mengenai penempatan Doktor baharu ke Sabah dan Sarawak terutamanya mengenai cabaran yang mereka hadapi sehingga mereka tidak kekal lama berkhidmat di sini dan apakah tindakan yang telah dilakukan oleh KKM?
Saya juga ingin sarankan kepada kementerian- sebagai orang yang non-medical lah, kalau boleh, jangan bah kita hanya untuk mengisi kekosongan Doktor di Sabah dan Sarawak, maka kita letakkan yang doktor-doktor yang baharu habis housemanship ini terutamanya di bahagian pedalaman. Hanya kerana kurang doktor dan hanya kerana mereka baharu habis housemanship, terus kita letak mereka di hospital-hospital especially di kawasan pedalaman.
Saya rasa at least bagi juga doktor yang ada three or four years of experience, dengan izin, untuk orang Sabah dan orang Sarawak.
Definitely, saya setuju untuk peningkatan fasiliti hospital dan klinik kesihatan sebab kalau ada peningkatan facilities hospital dan kesihatan, maka lebih banyak pakar dan lebih banyak doktor yang mungkin lebih berpengalaman kita letak di hospital dan klinik. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud membangkitkan satu isu yang sangat-sangat penting bagi Sabah, Sarawak dan juga terutama kawasan di luar bandar-bandar besar di Semenanjung Malaysia.
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
[Bangun]
Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
[Bangun]
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Cabaran besar di Sabah kelak menjelang akhirnya RMKe-13 adalah banyak facilities baharu yang akan dibina dan juga akan siap terutama bermula dengan naik taraf Hospital Tawau yang akan mula beroperasi menjelang 2025.
Seterusnya, untuk makluman rakan-rakan di Borneo terutama di Sabah, hospital seperti Papar, Hospital Beaufort, Hospital Kota Marudu yang kini sedang dalam proses tender dan juga kerja-kerja awalan. Dan proses kerja-kerja awalan juga dilaksanakan seperti di Hospital Duchess of Kent di Sandakan dan juga tambahan blok baharu bagi wanita dan kanak-kanak dan juga ini melibatkan pertambahan katil sehingga 1,900 katil.
Juga, cabaran terbesar yang berlaku di Sabah adalah penempatan dan juga pengisian jawatan-jawatan MO ataupun Pegawai Perubatan ini tidak dapat mencapai jumlah yang maksimum ataupun optimum, mengapakah? Kerana kita masih lagi terbeban dengan facilities kita yang daif.
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah meningkatkan kadar peruntukan daripada RM150 juta ke RM300 juta pada tahun hadapan
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
dan pada tahun ini sahaja, 21 buah klinik desa dan klinik telah pun kita roboh dan kita bina semula dengan peningkatan pertambahan kaki persegi bagi menjalankan proses di klinik- klinik kesihatan.
Apa yang menjadi masalah yang besar penempatan pegawai adalah kuarters dan juga lokasi. Juga, saya ingin mengucapkan, Tan Sri Yang di-Pertua, berbanyak-banyak terima kasih kepada keluarga-keluarga daripada Semenanjung yang sudi berkhidmat di Sabah dan juga di Sarawak dan juga berkorban sehinggakan sanggup pergi ke Long, Nabawan, pergi ke Sipitang semata-mata untuk berkhidmat dan juga menghabiskan masa mereka sebagai Pegawai Perubatan.
Walaupun demikian, Yang Berhormat, terdapat juga Pegawai-pegawai Perubatan kita yang telah ditawarkan daripada kontrak kepada tetap dan ditawarkan penempatan di Sabah menolak tawaran tersebut.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Tidaklah jumlahnya besar, tetapi jumlah tersebut mampu untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik daripada KKM dan juga kita akan mempertimbangkan cadangan daripada Yang Berhormat Kota Belud untuk menempatkan pegawai-pegawai dan juga latihan-latihan yang diberikan oleh KKM ini sebenarnya telah pun membentuk MO yang baik sebenarnya Yang Berhormat Kota Belud. Di mana setelah mereka tamat MO- HO dan pergi ke MO, berkhidmat di Sabah dan apabila mereka berpindah kembali ke Semenanjung kebiasaannya doktor-doktor ini doktor-doktor yang baik.
Kita menghasilkan doktor-doktor yang baik, tetapi dalam masa yang sama kita semakin berdepan dengan kekurangan MO-MO ini. Saya berharap agar doktor-doktor yang ditawarkan daripada kontrak dan tetap dan ditempatkan di Sarawak supaya untuk menjalankan khidmat negara mereka sekurang-kurangnya dua tahun di Sabah dan Sarawak supaya mereka- rakyat-rakyat kami, keluarga-keluarga di Sabah dan juga Sarawak mendapatkan perkhidmatan daripada doktor yang bermaruah. Itu adalah harapan saya sebagai Timbalan Menteri datang daripada Sarawak dan juga Borneo dan juga itu adalah harapan daripada rakan-rakan blok Borneo ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Kuala Nerus.
Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Terima kasih Tan Sri Dato’ Yang di- Pertua. Pada pengamatan sayalah, kekurangan doktor ini dan juga Jururawat bukan sahaja berlaku di Sabah. Malahan di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung pun sama juga.
Walaupun mungkin di Semenanjung lebih baiklah keadaannya berbanding dengan Sarawak.
Sementara itu, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menjawab tentang penolakan daripada pegawai tamat latihan siswazah untuk terima tawaran tetap, tetapi kami masih menerima aduan daripada doktor-doktor yang telah tamat latihan siswazah lambat untuk diserap ke jawatan tetap. Oleh yang demikian, ada yang mengambil keputusan untuk pindah ke sektor swasta ataupun ada yang berhijrah ke luar negara.
Yang keduanya, Program Rakan KKM yang juga menggunakan khidmat petugas kesihatan dan fasiliti yang sedia ada untuk merawat pesakit kelas pertama. Maka soalan
Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
saya, adakah kedua-dua perkara tersebut memberi kesan terhadap nisbah doktor dan katil kepada penduduk-penduduk dan apakah penambahbaikan yang dilakukan untuk menanganinya kerana bila fasiliti yang sama digunakan untuk first class, maka akan melibatkan kekurangan untuk yang biasa. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Sememangnya perkara yang telah disebut oleh Yang Berhormat Kuala Nerus itu berlaku.
Walaupun demikian, pengisian perjawatan Pegawai Perubatan ini tidak dapat dilakukan secara serentak dan menyeluruh. Saya mengambil contoh seperti apa yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada tahun lepas di mana beliau telah memberikan jaminan agar dapat menetapkan hampir 12,000 Pegawai-pegawai Perubatan Kontrak. Proses itu sebenarnya telah pun berjalan dengan lancar, tetapi tidak dapat berlaku serentak.
Kita mulakan pada tahun lepas sebanyak 3,000 dan tahun ini ada 4,000 lebih dan pada tahun 2025 kelak kita akan dapat melengkapkan perjawatan tersebut. Walaupun demikian, kadang-kadang kita dapati terdapat beberapa proses terutama kita menunggu fasiliti-fasiliti yang baharu yang bakal siap sebagai contoh di Hospital Dungun. Kita menunggu bekalan daripada pihak kerajaan ataupun ibu pejabat untuk membekalkan jumlah yang diperlukan dan juga jumlah-jumlah tersebut tidak dapat diberikan secara serentak kerana memerlukan kelulusan daripada JPA.
Kita bukan hanya berdepan dengan masalah MO yang kurang di Sabah dan Sarawak. Kita juga berdepan dengan masalah kekurangan doktor-doktor dan juga kini kita sedang menjalankan kajian yang komprehensif berkenaan tentang maldistribution di mana terdapat fasiliti yang mempunyai lebihan kakitangan. Manakala di kawasan-kawasan di bandar-bandar kecil di Semenanjung Malaysia berdepan dengan masalah kekurangan sehinggakan memberikan bebanan kepada doktor-doktor ataupun MO-MO dan juga petugas- petugas kesihatan kita yang lain.
Berkenaan tentang isu Rakan KKM, kita tidak akan membenarkan dan juga membebankan fasiliti kita untuk mengutamakan kakitangan ataupun spesialis kita melakukan rawatan kepada pesakit-pesakit kelas pertama. There is a procedure, dengan izin, dan juga syarat-syarat yang kita- garis panduan yang kita akan tetapkan dan juga jumlah masa yang boleh kita guna untuk doktor dan juga pakar-pakar kita mengubati pesakit-pesakit yang dikatakan pesakit-pesakit kelas pertama ini.
So, kita akan memperbaiki kaedah dan juga tatacara pengelolaan Rakan KKM kerana ini merupakan salah satu idea dan juga dasar yang ingin kita laksanakan untuk memanfaatkan kerajaan dan juga masyarakat. Itu lah jawapan daripada saya. Sekian terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya saya jemput Komander Nordin bin Ahmad Ismail, Lumut.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Bulan ini bulan tengkujuh; Soalan saya nombor tujuh.
7. Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (Bersara) [Lumut] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan:
(a) pendirian kementerian terhadap pelaksanaan inisiatif sewa-untuk- memiliki- rent-to-own sebagai alternatif kepada pemilikan rumah secara konvensional; dan
(b) adakah terdapat perancangan untuk memperluas skim ini dan bekerjasama dengan institusi kewangan bagi menyediakan terma yang lebih fleksibel.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Allahumma salli’ala Sayyidina Muhammadin wa`ala ali Sayyidina Muhammad. Tan Sri Yang di-Pertua, untuk makluman, Kerajaan MADANI sentiasa fokus dan komited untuk memastikan setiap rakyat mendapat akses kepada perumahan yang berkualiti dan mampu dimiliki sama ada melalui pemilikan ataupun secara sewaan seperti mana yang telah pun diumumkan di dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas.
Bagi memenuhi hasrat ini, kerajaan masih meneruskan program-program perumahan rakyat sewa untuk dibeli rent-to-own ataupun RTO yang telah diperkenalkan bermula pada tahun 2017. PPR rent-to-own merupakan skim pembiayaan mudah khusus bagi membantu pemilikan rumah kepada golongan berpendapatan rendah B40 yang telah pun ditawarkan unit PPR, tetapi gagal mendapatkan pembiayaan daripada mana-mana institusi kewangan. Ia akan menyediakan peluang kepada golongan B40 untuk memiliki rumah dengan cara menyewa dalam tempoh masa tertentu dan kemudiannya boleh memilih untuk membeli rumah tersebut.
Tan Sri Yang di-Pertua, skim RTO PPR telah pun dilaksanakan di 19 PPR di seluruh negara yang melibatkan 7,234 unit rumah bagi PPR di bawah seliaan KPKT yang terdapat di enam buah negeri iaitu Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan juga Negeri Sembilan, Selangor, dan Wilayah Persekutuan.
Sehingga 31 Ogos 2024, sebanyak 5,972 keluarga telah pun ditawarkan unit rumah di bawah skim rent-to-own PPR di bawah seliaan KPKT ini.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua juga, KPKT sedang giat mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuklah pihak Kerajaan Negeri serta sektor Pembangkang dan juga kewangan sebagai salah satu usaha untuk kita menambah baik skim RTO yang sedia ada.
Pada masa yang sama KPKT juga sedang giat meneroka ruang kerja sama dengan institusi-institusi kewangan bagi mencari alternatif dan inisiatif pembiayaan yang bersesuaian termasuklah cadangan perluasan pelaksanaan skim RTO ini bagi memastikan rakyat
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
mendapat akses terhadap perumahan yang berkualiti dan juga mampu dimiliki. Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Lumut.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Terima kasih atas jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk mengalu-alukan kehadiran guru dan pelajar Sekolah Menengah Agama Pahang Muadzam Shah, Rompin...
[Tepuk] Soalan tambahan saya, dalam usaha meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan anak muda, adakah pihak KPKT bercadang untuk menggubal perundangan khusus berkaitan kadar sewa beli ini memandangkan ia melibatkan dua urus niaga berbeza daripada segi konsep dan pelaksanaan iaitu sewaan dan jual beli.
Misalnya dari sudut hak pemilikan sepanjang tempoh sewaan dan syarat supaya hanya pemaju dengan kewangan yang stabil dan track record dengan izin, yang baik ditawarkan untuk melaksanakan skim tersebut. Supaya hak dan kepentingan para penyewa dan pembeli adalah terjamin. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat yang bertanya. Buat masa ini, pelaksanaan skim RTO ini dilaksanakan melibatkan dua perjanjian dengan pihak kerajaan. Pertamanya, perjanjian sewaan di mana penghuni akan memeterai perjanjian sewaan yang akan memperincikan obligasi dan terma yang perlu dipatuhi oleh penghuni selama mana mereka menduduki rumah tersebut.
Keduanya, sekiranya penghuni ingin menyertai skim RTO ini dalam tempoh yang ditetapkan mereka perlu memeterai satu lagi perjanjian iaitu perjanjian jual beli antara penghuni dan kerajaan. Perjanjian ini akan turut memperincikan terma dan juga obligasi dengan pihak-pihak berkaitan...
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Tan Sri Yang di-Pertua, KPT sebenarnya pada masa ini sedang memperhalusi cadangan untuk penambahbaikan ke atas mekanisme terhadap pelaksanaan skim RTO yang sedia ada agar kesemua pihak termasuklah anak muda yang terlibat dalam skim RTO ini terpelihara dan juga dilindungi. Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Berdasarkan statistik Bank Negara Malaysia, kadar pemilikan rumah dalam kalangan belia didapati masih rendah apabila hanya 35 peratus sahaja individu yang berusia 25 hingga 34 tahun yang memiliki rumah. Ini bermakna sebahagian besar golongan belia masih menyewa dan mungkin terpaksa menetap di rumah ibu bapa mereka.
Sehubungan dengan itu, saya ingin mengetahui apakah inisiatif atau langkah proaktif kementerian bagi membantu lebih ramai golongan belia untuk membuat keputusan dan memiliki kediaman mereka sendiri dan yang paling penting, apakah usaha kementerian untuk
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
memastikan segala usaha atau program yang dirancang dapat sampai ke peringkat pengetahuan mereka? Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Ahli Yang Berhormat dan juga Dewan yang mulia bahawa pada 21 Oktober yang lepas, KPKT telah pun melancarkan satu buku panduan Pemilikan Kediaman ataupun Home Ownership book sebagai rujukan kepada rakyat untuk memahami dengan lebih jelas berkenaan proses pemilikan rumah kediaman ini khususnya kepada pembeli-pembeli rumah pertama.
Buku panduan ini juga boleh didapati daripada laman web KPKT Tuan Yang di- Pertua*...
[Menunjukkan sebuah buku]* Sebab dia mempunyai maklumat yang lebih komprehensif termasuklah senarai semak keperluan di peringkat pra pembelian, semasa pembelian dan juga pasca pembelian. Ini saya yakin dan percaya, kementerian yakin dan percaya akan dapat membantu anak-anak muda kita khususnya dan semua pihak dalam proses pembelian rumah supaya tak ada penipuan ataupun tak ada kesilapan.
Seterusnya, sistem data perumahan iaitu TEDUH juga adalah salah satu platform yang telah dibangunkan oleh KPKT yang memuat naik pelbagai maklumat perumahan di bawah agensi kerajaan termasuklah PPR, SPNB, PR1MA dan perumahan penjawat awam di mana di situ di dalam portal TEDUH ini Tan Sri Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, dia dibekalkan maklumat berkaitan satunya nombor lesen pemaju, permit pemajuan, harga jualan rumah, jenis rumah, lokasi, keluasan unit rumah dan status pembinaan.
Supaya pada ketika ingin membeli khususnya rumah pertama, para pembeli ini termasuklah anak muda yang disebutkan tadi dapat panduan yang lebih jelas. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput seterusnya Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching, Beaufort.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Soalan saya nombor lapan.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
8. Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching [Beaufort] minta Menteri Komunikasi menyatakan, melalui penyediaan infrastruktur jalur lebar menggunakan kaedah Point of Presence (PoP) hab gentian optik di Parlimen Beaufort, sejauh manakah ketersediaan jalur lebar ini kepada penduduk setempat melalui 5 PoP yang tersedia dan 30 lagi menjelang tahun 2025.
Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Tan Sri Yang di-Pertua, selain pelaksanaan inisiatif pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), kerajaan turut melaksanakan penyediaan infrastruktur jalur lebar menggunakan kaedah Point of Presence (PoP) hab gentian optik.
Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Inisiatif ini merupakan titik di mana dua atau lebih rangkaian komunikasi atau sebarang peralatan komunikasi berhubung antara satu sama lain. PoP merujuk kepada access point, lokasi, fasiliti, peralatan seperti router, aggregators, modem banks, high-speed, Asynchronous Transfer Mode (ATM) switches, Fiber Distribution Cabinet (FDC) dan lain-lain yang menghubungkan antara rangkaian bagi membolehkan pengguna melayari perkhidmatan internet.
Tiang PoP yang dibina sebagai hab berhampiran dengan kawasan sekolah adalah terdiri daripada cabinet OLT dan splitter yang akan dapat menampung jumlah minima 100 port untuk capaian sehingga dua kilometer dari satu PoP. Dengan pelaksanaan projek ini, ianya dapat merapatkan jurang digital di kawasan luar bandar dengan lebih menyeluruh menggunakan peruntukan yang telah diluluskan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sehingga 31 Oktober 2024, sebanyak 67 PoP telah berjaya disiapkan sepenuhnya bagi fasa satu menjadikan 7,871 premis telah tersedia dengan sambungan gentian optik untuk dilanggan oleh komuniti setempat. Manakala, 636 PoP di negeri Sabah dijadualkan siap sepenuhnya pada tahun 2025.
Bagi Parlimen Beaufort, lima PoP telah selesai dibina sepenuhnya bagi fasa satu menjadikan 579 premis di Parlimen Beaufort telah tersedia dengan sambungan gentian optik untuk dilanggan oleh komuniti setempat. 30 PoP di bawah fasa dua dijadualkan siap sepenuhnya pada akhir tahun ini, insya-Allah. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Beaufort.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang telah diberikan.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya amat menghargai usaha yang ditunjukkan oleh kementerian dalam menyediakan perkhidmatan jalur lebar menggunakan kaedah PoP.
Soalan tambahan saya Dato’, apakah kualiti jaminan pemasangan PoP ini memandangkan apabila saya melawat ke kawasan-kawasan di Parlimen saya, saya dapati line internet dan panggilan telefon tidak dapat digunakan kerana line yang sangat lama iaitu terutama di sepanjang jalan dari jalan bypass Kampung Limbawang sehinggalah ke Pekan Menumbok dan ini belum termasuk lagi kawasan kampung-kampung yang terlibat. Adakah pihak kementerian telah mengenal pasti lokasi-lokasi di Parlimen Beaufort yang mengalami masalah line internet ini untuk diambil perhatian. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik Menteri.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Secara umumnya, yang kita sentuh dalam soalan ni adalah berkaitan dengan internet jalur lebar ataupun fixed line broadband, tapi apa Yang Berhormat sebutkan tadi dalam soalan susulan berkait dengan mobile coverage ya.
Secara umumnya, bagi negeri Sabah berdasarkan maklumat yang ada, apa yang disebut sebagai coverage of populated areas ataupun liputan kawasan berpenduduk mencecah 91.18 peratus. Namun, ia berbeza mengikut syarikat perkhidmatan talian mudah alih ataupun MNO. Saya bagi contoh bagi syarikat Celcom 86.88 peratus, syarikat Digi 86.56
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
peratus, Maxis 77.48 peratus, U Mobile, 77.98 peratus. TM Tech 54.9 peratus dan YTL 60.54 peratus mengikut seluruh negeri.
Ini menunjukkan bahawa apa yang selama ini kita sebut sebagai Coverage of Populated Area (CoPA) bagi Sabah 91.18 peratus tidak seragam bagi semua syarikat MNO.
Arahan saya yang terbaharu kepada pihak MCMC adalah untuk memastikan setelah syarikat- syarikat MNO menandatangani satu perjanjian komersial bagi 4G Multi-Operator Core Network (MOCN) pada bulan Mei yang lalu membolehkan semua syarikat telco meminjam menara di antara satu sama lain melalui perkongsian.
Maka, kita akan minta supaya semua syarikat MNO yang saya sebutkan tadi melengkapkan capaian kawasan berpenduduk mereka paling hampir dengan angka komposit yang saya sebut pada awal tadi. Jadi insya-Allah, bagi Parlimen Beaufort dan juga bagi setiap Ahli Parlimen, MCMC ada menyediakan dossier secara berkala status masalah internet, jumlah menara JENDELA, jumlah PoP yang akan disiapkan. Saya minta nanti pihak MCMC susuli dengan apa yang telah diminta oleh Yang Berhormat tadi. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Menteri, isu projek ataupun kaedah Point of Presence (PoP) ini sebenarnya sebagaimana makluman Yang Berhormat Menteri telah mendapat teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara 2024 Siri II di mana kalau boleh saya quote balik. Semakan mendapati bahawa hanya dua atau 1.0 peratus sekolah daripada 599 sekolah yang melanggan rangkaian internet daripada projek PoP yang telah siap ini.
Jadi, dalam keadaan saya merujuk kenyataan Yang Berhormat Menteri tahun lepas, pada 2023 bahawa KKD peruntukkan RM3.9 bilion untuk projek PoP fasa dua dalam keadaan projek PoP fasa satu ini pun sekolah-sekolah masih belum lagi memanfaatkan sepenuhnya.
Jadi bagaimanakah projek RM3.9 bilion untuk fasa kedua dapat di utilize dengan sepenuhnya?
Saya juga nak tanya berkenaan dengan kenyataan Yang Berhormat Menteri pada 18 Mei 2024 yang lepas, kerajaan sedia pakej internet kelajuan tinggi untuk langganan sekolah KPM mulai 1 Julai yang lepas. Jadi bagaimanakah perkembangan daripada langganan ataupun projek ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik silakan.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Soalan yang cukup baik dan sejujurnya sewaktu projek PoP ini dirangka dan di rencana, ia adalah sewaktu di bawah kerajaan terdahulu yang diuruskan menteri-menteri terdahulu. Kita dapati setelah teguran Audit pihak kementerian sejak tahun lalu telah meneliti beberapa kelompangan dalam aspek teknikal di mana saya bagi contoh dan inilah masalah bila projek itu kelihatan seperti terburu-buru dilaksanakan.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Projek hanya menyediakan internet sehingga pintu pagar sekolah, tidak masuk ke dalam. Jadi, ini yang berlaku sewaktu perencanaan dalam projek PoP Fasa 1 dan PoP Fasa
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
2 yang telah ditandatangani seminggu sebelum pembubaran Parlimen. Parlimen Ke-14 yang lalu, seminggu sebelum pembubaran Parlimen. Jadi, saya terikat dengan keputusan- keputusan yang telah dibuat. Arahan saya kepada pihak kementerian adalah kita perlu meneliti semula dan tambah baik kepada apa yang telah diusahakan.
Malah, kita dapati ada terdapat beberapa buah syarikat yang telah menerima jumlah yang begitu besar pada waktu itu tidak melaksanakan projek, malah mereka menjual projek tersebut. Seperti di Sabah, itu yang berlaku, tapi, kita sekarang berusaha untuk memperbaiki dan hampir setiap bulan pihak kementerian mengendalikan pertemuan dengan semua- syarikat-syarikat yang telah diamanahkan untuk menyiapkan. Tambahan untuk tahun depan, kita akan meningkatkan daripada segi peruntukan untuk membantu sekolah-sekolah menyiapkan sambungan daripada pintu pagar ke dalam.
Jadi, ini salah satu teguran yang telah diberikan oleh pihak audit, Ketua Audit Negara dan kami telah terima. Dia adalah kelompangan dan juga oversight ataupun perkara yang telah di-overlook, maaf dengan izin, sewaktu rangkaian tersebut telah diputuskan oleh pentadbiran terdahulu. Terima kasih. Soalan-soalan mengenai sekolah, saya akan jawab secara bertulis nanti.
Tuan Yang di-Pertua
Baik Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan bagi hari ini.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Tan Sri Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran Kementerian Belia dan Sukan seperti yang tertera di nombor 14 dalam susunan giliran Yang Berhormat Menteri-menteri menjawab ke atas perbahasan Belanjawan 2025 peringkat dasar yang telah diedarkan, dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi hari Isnin, 11 November 2024.”
Tuan Yang di-Pertua
Ada siapa yang menyokong?
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan
Saya menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bangun]
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Peraturan mesyuarat, Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, peraturan berapa itu?
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Saya bangun di sini atas peraturan 36(12)
Tuan Yang di-Pertua
36 berapa?
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
36(12)
Tuan Yang di-Pertua
12, okey.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
“Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan”, dan 36(6), sangkaan jahat.
Semalam di hadapan Tan Sri Yang di-Pertua, Menteri Ekonomi telah menjawab semasa penggulungan. Saya didakwa memberi fakta yang silap. Hari ini saya minta supaya Tuan Yang di-Pertua buat satu ruling. Kalau seseorang itu mengeluarkan kenyataan fakta yang memesongkan Dewan, saya sebagai anak jantan, saya tak lari. Rujuk saya kepada jawatankuasa...
[Tepuk] . Tapi yang sedihnya, apa yang berlaku...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pendang, dengar itu Pendang...
[Dewan riuh]
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Dengar ya, dengar ya, tetapi yang menyedihkan saya, di hadapan...
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik. Semua diam, semua diam. Saya nak dengar Ayer Hitam.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
... Di hadapan Tan Sri, Menteri Ekonomi kata, saya gunakan data yang tak betul, tak benar. Saya semalam sebelum tidur saya rujuk banyak kali, itu juga. Konotasi ialah saya berbohong, tetapi apabila Menteri menjawab, saya terus buka handphone saya, saya tengok internet. Terus keluar kenyataan ini, angka kos pembangunan PADU RM85 juta sebenarnya adalah jawapan Menteri Ekonomi yang berucap semalam kepada Yang Berhormat Ahli Parlimen Rantau Panjang dan salah satu Ahli Parlimen daripada Bakri juga disebut. Ia- kejap, kejap, biar saya habiskan. Ini soal saya, integriti saya...
[Menunjukkan senaskhah dokumen] Saya terus pergi ke tempat beliau. Saya kata, “Not fair to me. Sebab ini adalah data yang kamu bekalkan kepada Ahli Parlimen dan dipetik oleh seorang insan bernama Wee Ka Siong, Ahli Parlimen.” Tak akan penyataan Penyata Rasmi dalam Dewan ini pun saya silap.
Jadi, saya tanya dia, “Macam mana you boleh bagi jawapan macam itu?” Dia kata, “Pegawai yang lain.” Itu, that is your problem, not my problem. Sebab itu saya minta Tan Sri, saya hari ini bukan berhasrat untuk merujuk beliau kepada Jawatankuasa, tidak. Saya tahu, saya ini orang baik. Saya cuma beritahu, kalaulah saya...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik yang lain. Saya nak dengar. Kalau you all bising, macam mana nak dengar?
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Kejap, kejap.
Tuan Yang di-Pertua
Tolong, tolong, tolong diam. Tolong diam. Yang lain diam.
Okey.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Okey. Selepas jawapan itu diberikan secara bertulis atas soalan lisan pada Rantau Panjang, ia telah dilaporkan The Edge, The Star, Sin Chew, China Press. Satu minit saya dapat semua ini. Saya pun terkilan, Suara Keadilan pun laporkan RM85 juta dengan gambar Menteri...
[Tepuk] Saya amat sedih semalam bila saya dengar saya yang bagi data yang tak betul. Tak akan saya Timbalan Presiden PKR? Ini yang dilaporkan dalam portal sendiri. Jadi, hari ini dengan hasrat membersihkan nama saya, say a minta Speaker nasihatkan pada Menteri- saya bukan nak ungkitkan, cari pasal.
Saya bukan jenis itu, tapi kerana nama saya, kesucian nama seorang yang jahil seperti Wee Ka Siong ini, saya pertahankan sampai ke kiamat. Sebab itu saya minta supaya Menteri kalau beliau masih berpegang kepada RM85 juta sebagai satu angka rasmi, maka kenalah beliau melakukan sesuatu, tarik balik apa yang tuduhan beliau terhadap saya semalam.
Kedua, kalau benarlah pegawai bagi tanpa persetujuan beliau seperti mana dia beritahu saya, dia kena buat penerangan Menteri di sini. Beritahu, “Tan Sri Speaker, jawapan saya kepada siapa-siapa ini sepatutnya diperbetulkan, bukannya RM85 juta.” Pergi balik pun, dosanya tak sepatutnya ditanggung oleh Wee Ka Siong...
[Tepuk] Jadi saya minta dalam kes ini, saya tak kira siapalah, pembangkang kah kerajaan.
Saya tegur kerana saya rasa sudah 20 tahun duduk dalam Dewan ini. Saya nak kemuliaan Dewan ini, jangan nama saya tercalar. Esok saya pencen, cucu cicit saya akan persoalkan saya kerana saya tak membersihkan nama saya.
Saya minta Tan Sri Speaker, tolong sebagai orang yang paling dihormati, beritahu – Menteri ini saya tak boleh buat apa. Saya dah cakap dengan dia, dia pun tak ada tindakan.
Saya cuma minta dia melakukan tindakan sama ada dia buat penerangan di sini atau tarik balik apa yang dia cakap semalam. Itu saja. Dia suruh kita jawab di TikTok. Ya lah, kita terpaksa, apakah nak buat? Jadi saya minta Tan Sri, semalam Tan Sri sebagai saksi kejadian, minta Tan Sri gunakan kebijaksanaan untuk berjumpa dengan beliau supaya perkara dapat diselesaikan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tan Sri Speaker.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
PADU, PADU, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Biar, biar saya buat ruling dulu. Sit down, sit down. Baik, YB ada dua pilihan. Pertama, YB boleh tulis surat kepada saya. Masukkan usul suruh minta Menteri perbetulkan keadaan. Itu the best-lah because ada hitam putih kerana kalau saya advice pun, dia kata, “Tidak ada rekod.” Jadi, lebih baik untuk YB tulis kepada saya dan apakah yang YB perlukan daripada dia, sama ada perbetulkan fakta ataupun minta maaf. Itu saja ya. That is the best thing to do. Baik, ya Beluran?
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat, sering kali pihak kami dilempar dengan 36(12) ini oleh beberapa Ahli Parlimen sana, tetapi jelas sekali dalam isu
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
kekhilafan Menteri terhadap Ayer Hitam, Jelutong dengan Kampar berdiam diri dekat sana Yang Berhormat. Jadi, tidak seharusnya ada double standard terhadap 36(12)...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya ada point of order, Beluran. Point of order.
Tuan Yang di-Pertua
Kejap, kejap. Baik, tidak ada double standard.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Beluran, kalau tak ada point of order, sila duduk.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Kekhilafan di pihak sini dan kekhilafan di pihak sana sepatutnya mereka juga perjuangkan kedua-dua itu. Terima kasih Yang Berhormat
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Beluran, mana peraturan mesyuarat? Tan Sri Speaker, peraturan mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik. Duduk dulu, duduk dulu. Saya tahu Kampar, save your energy. I let you go afterward. Begini, saya dah sebut pada Ayer Hitam tadi. Dia seorang yang amat senior, amat saya hormati. Jadi, saya minta dia tulis kepada saya, state apa yang dia perlu. Adakah minta maaf ataupun minta penjelasan, I mean something that is more concrete. Itu saja. Baik Kampar, apa dia?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya sama, 36(12).
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya dulu.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Semalam semasa Menteri jawab, saya pun ada.
Saya nak minta laluan, tak dapat. Menteri kata pembangkang tak ada solusi, tetapi tiba-tiba Ayer Hitam tiba-tiba dia rasa...
Tuan Yang di-Pertua
Dah saya ingat isu...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
...Dia nak, dia nak- saya tak faham. Dia rasa dia pembangkang. Hari ini...
[Dewan riuh]
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Duduklah Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Belum, belum. Nanti, nanti, nanti.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Ayer Hitam itu padu dah tadi, Ayer Hitam itu.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik. Ayer Hitam...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Dengar, ini isu lain. Saya bukan cakap PADU. Okey, Menteri...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jangan kurang ajar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Menteri kata- Menteri kata inflasi 1.8 peratus.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Ayer Hitam padu, Kampar tak padu.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik, baik.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ini isu lain, ini isu lain.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Tan Sri Speaker, ini peraturan mana yang dipakai oleh Kampar ini? Dia nak cerita apa sebenarnya?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tengok, ini, ini, ini...
Tuan Yang di-Pertua
Kampar. Dah, semua duduk.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tengok, ini kualiti Pembangkang. Saya belum start, saya belum habis. Tengok macam ini Pembangkang. Sikap macam ini...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik. Kampar. Okey, saya buat ruling. Saya buat ruling sekarang.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Belum, belum. Saya belum habis Tuan Speaker.
Sikit, sikit.
Tuan Yang di-Pertua
No, no, no. Saya dah nak...
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Bincang dalam WhatsApp group lah...
[Ketawa]
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Menteri kata inflasi 1.8 peratus, tapi Ayer Hitam masuk kampung, dia petik cakap harga semua tinggi, tetapi dulu masa dia jadi Menteri, inflasi lima peratus dia tak ada apa-apa...
[Dewan riuh]
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Dan okey, satu lagi, satu lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Kampar, Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Satu lagi Tan Sri Speaker, Peraturan Mesyuarat 2(2). “Tuan Yang di-Pertua sebaik-baik difikirkannya munasabah sesudah ia dipilih jadi Tuan Yang di-Pertua maka bolehlah ditetapkan Kerusi bagi tiap-tiap orang Ahli dan boleh diubahnya ketetapan itu dari satu masa ke satu masa sebagaimana yang baik pada timbangannya.” Semalam saya dengar Ayer Hitam cakap...
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Takkan mahu tukar Ayer Hitam?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Nanti, saya tak habis. No, no, no...
Tuan Yang di-Pertua
Hey, hang on, hang on.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ayer Hitam cakap dia pernah duduk sini, pernah duduk sana, sekarang dia duduk tengah-tengah. Apa itu duduk tengah-tengah? Macam Muar kah? Kalau mahu duduk tengah-tengah macam Muar, saya minta Tan Sri Yang di-Pertua pindah Ayer Hitam duduk tepi Muar.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Ayer Hitam mari sini Ayer Hitam. Ayer Hitam mari sini Ayer Hitam, mari sini. Ayer Hitam. Ayer Hitam mari sini. Welcome, welcome.
Tuan Yang di-Pertua
Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Pindah Ayer Hitam duduk tepi Muar! Pindah Ayer Hitam duduk tepi Muar! Apa duduk tengah-tengah? Saya check Ayer Hitam dia backbencher.
Tuan Yang di-Pertua
[Mengetuk tukul]
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Selagi semua tak duduk, saya akan katok sampai besok...
[Ketawa] Duduk semua. Okey. Kampar, isu yang saudara bangkitkan tidak relevan. Cukup...
[Tepuk] Baik, sekarang Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Baik. Yang Berhormat, poin nombor...
Tuan Yang di-Pertua
Lain diam.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Diam. Diam. Jangan kurang ajar...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Arau, Arau, Arau. Cakap “diam” cukup. Tarik balik “kurang ajar.”
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dak...
Tuan Yang di-Pertua
Arau tarik balik. Arau tarik balik. “Diam” cukup. Arau, tarik balik yang “kurang ajar” itu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya tarik, tapi saya nak bagi tahu...
Tuan Yang di-Pertua
Arau, tarik balik yang “kurang ajar.”
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya tarik balik kurang ajar tapi...
Tuan Yang di-Pertua
Cukup. Okey, sambung. Sambung ayat. Cukup.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bukan. Saya nak bagi tahu, Speaker telah mengeluarkan ruling “jangan” boleh. Dia kata, “Jangan kurang ajar, boleh. Kurang ajar tak boleh.” Ini Speaker Yang Berhormat Alice, Lanang bagi fatwa di Dewan. Dia semalam dia kata, “Jangan boleh”. Itu saya nak bagi- tadi saya kata “jangan kurang ajar”, tetapi Yang Berhormat suruh tarik, saya tarik. No problem.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, apa dia, isu apa yang Arau nak bangkitkan?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
18(1) Yang Berhormat, 18(1). Saya memohon kepada Yang Berhormat 18(1) ini, saya lah yang paling banyak hantar. Saya rasa Yang Berhormat boleh menjawab, menolak itu hak Yang Berhormat, tetapi saya minta kalau boleh dipertimbangkan ke Kamar Khas. Yang Berhormat, saya hantar banyak ini kalau tak akan begitu- saya boleh buat salah begitu. Saya ikut semua format. Dewan bagi format pun saya ikut semua, tetapi, ditolak juga. Itu hak Yang Berhormat sebab kalau tolak sebab Yang Berhormat Speaker yang dicadangkan oleh belah sana, tetapi saya minta supaya dipertimbangkan satu.
Jadi, Yang Berhormat sekarang ini orang yang- Yang Berhormat duduk situ, kami yang lain masuk ramai-ramai sebab kami suka Yang Berhormat jadi Pengerusi...
[Ketawa] Kami masuk ini. Semua kita masuk sebab kita mengharap yang terakhir supaya kami jangan tidak diadili.
Kedua Yang Berhormat, saya nak bagi tahu kelmarin jawapan yang terbaik ialah Timbalan Perdana Menteri. Dia bagi peluang. Selepas itu, ada 11 orang tak boleh jawab, dia kata jawab bertulis. Tiba-tiba Menteri Ekonomi tak bagi...
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Cukuplah Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Nak jawab dalam TikTok. Saya minta supaya Menteri bagi chance jawab mulut, tak boleh, yang lain jawab bertulis. Sebab kami hadir nak dengar. Ikut contoh Timbalan Perdana Menteri yang saya rasa dia layak jadi Perdana Menteri lah kalau dia buat macam itu selalu...
[Ketawa] Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, okey. Baik. Arau, Arau. Saya amat tergantung dengan Peraturan Mesyuarat. Sebagai contoh, semalam Arau hantar satu lagi Usul, tetapi Usul itu tak cukup 24 jam, Arau. Bila dia tak cukup 24 jam, saya terpaksa tangguhkan ke hari selanjutnya.
Begitu juga kalau benda itu telah pun dijawab oleh Menteri- Arau memang konsisten.
Benda kita dah bercakap pun, Arau tulis juga kepada saya. Benda yang kita dah discuss dah dan telah pun dijelaskan oleh Menteri- Beluran ada di sini. Beluran pun tahu bahawa apabila benda itu telah pun dibincangkan di dalam Dewan, Arau bawa masuk dalam, saya terpaksa tolak sebab telah pun dibincangkan dan telah diperjelaskan oleh Menteri.
Jadi, tak mungkin saya dapat bawa isu ini supaya bawa perbincangan selanjutnya.
Beluran lebih faham kerana dia- jadi, saya minta kalau sekiranya Arau nak masukkan isu-isu tertentu, tengok isu-isu yang belum kita bincang dan Arau boleh jumpa dengan Beluran minta, isu ini boleh tak saya bawa ke dalam Kamar Khas. Sudah tentu, Beluran sebagai orang yang paling senior dan pernah duduk di sini 10 tahun, dia akan memberikan nasihat yang sewajarnya pada Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tepat. Jawapan Yang Berhormat tepat.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tetapi, saya nak bagi tahu untuk Laut China Selatan, orang yang patut jawab ialah Wisma Putera, tetapi ini Menteri Pertahanan jawab. Jadi, itu sebab saya bawa balik. Dia kata Laut China Selatan tenang, tidak terkawal.
Memang tak terkawal. Kapal selam, kapal China- apa cerita?
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tak apa lah. Mana satu Menteri pun, yang penting jawapannya tepat Yang Berhormat Arau.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, okey, okey.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang dia jawab, yang patut jawab...
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat tenang.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jangan kurang ajar.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, Kinabatangan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang penting Menteri tidak mengelirukan Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ada apa?
Tuan Yang di-Pertua
Arau, Arau, Arau. Okey, tala pada saya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, ya.
Tuan Yang di-Pertua
Halakan pada saya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, yang patut jawab ialah Kementerian Luar.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Baik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tiba-tiba Kementerian Pertahanan jawab, jawapannya salah, tetapi apakan daya itu kerajaan, tetapi sekarang ini...
Tuan Yang di-Pertua
Baik Arau. Arau pernah berada, baik, Arau pernah jadi Menteri Kabinet, Arau pernah jadi MP, Arau pernah menjadi BN BBC, Arau pernah jadi Menteri Besar.
Semua ini peraturan Arau tahu. Jadi, Arau...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tetapi, saya belum jadi- saya belum jadi Perdana Menteri lagi...
[Ketawa] [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Arau lebih faham bahawa hak kerajaan lah untuk menentukan siapa yang akan memberi jawapan. Jadi, untuk itu saya minta Arau, kita akan sambung perbahasan hari ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Jadi, terima kasih. Silakan...
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Speaker, boleh saya sedikit sahaja?
Tuan Yang di-Pertua
Ya, peraturan berapa itu?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bangun]
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya. Ini berhubung dengan – saya minta lah lain kali Kampar, usul-usul begitu tidak perlu dibawa di Dewan lah. Tidak elok kita nampak sebab kita dalam satu kapal. Jadi, jangan bocorkan kapal kita...
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Baik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya menyokong dia. Jangan cari jalan saya isytihar tak sokong, Yang Berhormat. Saya masih menyokong tau.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik, baik, baik.
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] , membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lapan puluh lapan bilion ringgit
(RM88,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2025, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2025, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 16 Tahun 2024, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [6 November 2024]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya menjemput Kementerian Luar Negeri.
Silakan.
Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan bagi pihak Kementerian Luar Negeri kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu berkaitan Kementerian Luar Negeri semasa sesi Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2025, baru-baru ini.
Tuan Yang di-Pertua, seperti mana Dewan yang mulia ini sedia maklum Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 merupakan keutamaan bagi Malaysia dan Kementerian Luar Negeri pada tahun hadapan. Pada 11 Oktober 2024 yang lepas, semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 di Vientiane, Lao PDR, Malaysia telah mengambil alih Kepengerusian ASEAN tahun 2025 secara simbolik daripada Lao PDR. Detik bersejarah tersebut menandakan bermulanya tanggungjawab besar yang akan digalas oleh Malaysia dalam mengemudi ASEAN bagi tempoh setahun yang akan datang.
Bertemakan ‘keterangkuman dan kemampanan’ , Kepengerusian ASEAN Malaysia bermatlamat menggalakkan pembangunan, pertumbuhan dan kemakmuran bagi semua lapisan masyarakat secara mampan demi kesejahteraan rakyat. Dalam konteks ini, Yang Berhormat Kemaman telah menzahirkan harapan agar
Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin
Malaysia memainkan peranan penting dalam memacu ASEAN menjadi sebuah blok yang padu, inovatif dan bersedia menghadapi cabaran global. Selaku Pengerusi ASEAN 2025, pelbagai usaha akan digerakkan melalui ketiga-tiga tonggak komuniti ASEAN dalam mencapai matlamat yang disasarkan.
Dalam hal ini, Kementerian Luar Negeri beriltizam untuk menjadikan ASEAN sebagai platform yang kukuh demi kepentingan strategik dan pembangunan berterusan serta memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan akan membawa manfaat jangka panjang bukan sahaja pada Malaysia, tetapi juga kepada seluruh- negara-negara anggota ASEAN.
Malaysia juga bertekad untuk mengutamakan usaha-usaha melalui dialog dan diplomasi berlandaskan prinsip Kepusatan ASEAN atau dengan izin, ASEAN Centrality ke arah mengekalkan rantau yang aman, stabil, selamat dan makmur.
Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin
Di samping itu, Malaysia akan terus memupuk dan mengukuhkan hubungan ASEAN dengan rakan dialog dan rakan luar seperti yang ditekankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa sidang kemuncak ASEAN baru-baru ini. ASEAN perlu menggalakkan rakan dialog untuk menguruskan perbezaan mereka dengan penuh tanggungjawab serta mengelak ketegangan dari terus meruncing.
Pada masa yang sama, ASEAN perlu menolak sebarang pendekatan negatif dari luar yang boleh memecahbelahkan perpaduan ASEAN. Daripada segi integrasi ekonomi pula, tumpuan akan diberikan kepada usaha untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan intra-ASEAN yang dilihat masih berada di peringkat yang rendah.
Malaysia juga akan terus mengemudi usaha-usaha meneroka dan memperluas kerjasama dan perkongsian ekonomi di luar rantau ASEAN. Ini termasuk mengemas kini Perjanjian Perdagangan Bebas yang sedia ada dengan rakan-rakan dialog bagi mengambil kira teknologi baharu seperti pendigitalan dan kecerdasan buatan. ASEAN juga sedang mengkaji- mengadakan perjanjian perdagangan bebas dengan rakan-rakan luar seperti negara-negara Majlis Kerjasama Teluk atau, dengan izin, Gulf Cooperation Council (GCC).
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Indera Mahkota telah menggesa agar Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 memainkan peranan utama dalam usaha mencapai penyelesaian damai di Myanmar. Seperti mana Dewan yang mulia ini sedia maklum, pendirian Malaysia mengenai isu Myanmar adalah jelas dan konsisten. Malaysia memandang berat konflik berpanjangan di negara tersebut yang masih tidak menunjukkan sebarang kemajuan semenjak rampasan kuasa tentera berlaku pada 1 Februari 2021.
Malaysia akan mengambil pendekatan yang inklusif dan pelbagai serampang atau dengan izin, multi-prompt dan mendekati semua pihak termasuk Junta Myanmar dan negara- negara berpengaruh seperti China dan India dalam perbincangan-perbincangan ke arah mencari jalan penyelesaian yang kekal serta selaras dengan aspirasi rakyat Myanmar sendiri.
Selaku Pengerusi ASEAN pada tahun 2025, Malaysia bertanggungjawab menerajui usaha ASEAN dalam menangani krisis di Myanmar. Usaha ini akan diteruskan berdasarkan
Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin
kemuafakatan lima perkara atau dengan izin, Five-Point Consensus yang telah dipersetujui oleh para pemimpin ASEAN pada April 2021.
Di samping itu, Malaysia kekal komited dan akan terus bekerjasama rapat dengan negara-negara anggota ASEAN lain, rakan-rakan dialog dan luar serta pertubuhan- pertubuhan antarabangsa yang berkenaan.
Sebagai persediaan Malaysia untuk mengambil alih peranan menerusi ASEAN 2025, Malaysia kini berada dalam proses akhir untuk melantik Utusan Khas Pengerusi ASEAN mengenai Myanmar. Utusan Khas ini akan menjalankan usaha libat urus dengan semua pihak berkepentingan di Myanmar bagi membuka laluan ke meja rundingan untuk dialog politik terangkum ke arah mencapai penyelesaian damai dan berkekalan. Selain itu, kerajaan juga sedang giat mengkaji dan merangka pendekatan serta strategi yang bersesuaian dari semasa ke semasa dalam mencari penyelesaian inklusif yang berdaya tahan bagi mengakhiri krisis di Myanmar. Sila Yang Berhormat Indra Mahkota.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Yang Berhormat Indera Mahkota.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Terima kasih Yang Berhormat.
Saya tertarik Yang Berhormat menyebut di hujung tadi itu pendekatan inklusif, pendekatan politik. Ini language yang baharu daripada Pengerusi ASEAN. Sebab, sebelum ini istilah itu jarang atau tidak pernah diguna. Saya ucap tahniah pada Wisma Putra kerana menggunakan bahasa ataupun language pendekatan politik. Sebab memang krisis Myanmar memerlukan pendekatan politik ini. Itu saya ucapkan syabas.
Cuma, ada sedikit caution tentang Five-Point Consensus. Saya fikir kita tidak perlu detail. Yang Berhormat tentu faham bahawa Five-Point Consensus itu sebenarnya sudah tidak berjaya. Itu yang pertama.
Jadi, harus ada naratif yang baharu di mana Junta semakin lemah. People’s revolution semakin menguasai sebahagian besar atau majoriti kawasan di Myanmar. Jadi, bagus nombor satu itu pendekatan politik.
Nombor dua, Five-Point Consensus tidak berjaya.
Ketiga, harus ada naratif yang baharu.
Keempat, naratif yang baharu itu mesti diikuti dengan suatu framework yang ada end game yang jelas yang tidak ada dalam Five-Point Consensus. Five-Point Consensus tidak ada end game yang jelas. Jadi, kena ada end game yang jelas dan framework ini pernah dibincangkan oleh wakil Wisma Putra semasa di bawah PM9, tetapi masa itu kita bukan Pengerusi. So, we do not have that cloud.
Sekarang kita Pengerusi, we have that cloud. So, please saya rasa orang sangat mengharapkan kepimpinan Malaysia dan akhir sekali Tuan Yang di-Pertua ialah kalau bolehlah difikirkan oleh PM supaya krisis Myanmar ini Malaysia jadi champion-nya sementelahan dah jadi Pengerusi melewati zaman menjadi Pengerusi. Yang Berhormat faham apa yang saya maksudkan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan menteri.
Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih pandangan daripada Mantan Menteri Luar Negeri. Kita setuju bahawa pendekatan ini perlu kita pelbagaikan dan bahasa baharu itu kalau pandangan Yang Berhormat begitu, insya-Allah kita akan cuba yang terbaik dan sesuai apa yang saya katakan tadi bahawa kita sedang giat mengkaji ini dan merangka pendekatan serta strategi yang bersesuaian dari semasa ke semasa. Jadi, kita terbuka untuk cari jalan yang terbaik.
Apa yang penting ialah bahawa ASEAN itu kita punya satu philosophy. ASEAN centrality dan apa juga keputusan kita buat secara konsensus di kalangan anggota negara ASEAN. Insya-Allah, kita akan jadi Pengerusi yang terbaik dan mencari jalan bagaimana untuk membantu menyelesaikan isu di Myanmar ini.
Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama Malaysia akan menyelaras usaha melalui mekanisme troika yang terdiri dari Pengerusi ASEAN terdahulu, semasa dan akan datang iaitu Laos, Malaysia dan Filipina dan juga dengan negara-negara anggota ASEAN yang lain.
Selain itu, Malaysia akan turut menyelaras sokongan dan kerjasama negara-negara jiran Myanmar serta masyarakat antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam usaha memastikan pelaksanaan Five Ps yang bermakna dan menyeluruh.
Kita tahu special envoy PBB untuk Myanmar ini adalah Puan Yang Terutama Julie Bishop.
Namun demikian, hakikatnya pilihan dan iltizam untuk mencapai kedamaian di Myanmar terletak di tangan pemegang-pemegang taruh di negara tersebut sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu konflik Israel-Palestin pula saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Larut, Paya Besar, Bachok, Gombak, Hulu Terengganu, Pokok Sena, Tumpat, Padang Besar, Kangar, Ledang, Kuala Krai, Jempol, Kuala Kedah, Kuantan, Ampang, Sik, Parit Buntar, Padang Terap, Marang dan Pasik Salak atas suara-suara lantang menyatakan sokongan terhadap Palestin termasuk cadangan yang telah diutarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.
Tanggal 7 Oktober 2024 yang lalu menandakan genap setahun situasi penuh keganasan dan kekejaman tanpa henti yang menimpa rakyat Palestin. Sehingga 6 November tahun ini, konflik di Gaza telah mengorbankan 43,400 orang rakyat Palestin termasuk 16,500 orang kanak-kanak dan 102,000 orang rakyat Palestin dilaporkan cedera. Rejim Zionis Israel telah membunuh secara purata 118 orang rakyat Palestin setiap hari dan mencederakan 277 lagi kebanyakannya warga emas, wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa.
Seluruh komuniti telah dimusnahkan dan kawasan-kawasan besar di Gaza kini telah tidak boleh didiami lagi. Seramai 2.3 juta orang dilaporkan hilang tempat kediaman. Sebanyak 360,000 bangunan kediaman, 412 sekolah, 521 masjid, tiga gereja dan 492 kemudahan- kemudahan perubatan dilaporkan musnah di Gaza. Justeru, saya memahami sepenuhnya dan berkongsi keprihatinan Ahli-ahli Dewan yang mulia ini terhadap konflik yang telah berlanjutan amat lama dan masih tidak mempunyai kesudahan.
Datuk Mohamad bin Alamin
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang telah berulang kali dilaungkan oleh kepimpinan negara, pendirian Malaysia tentang isu Palestin kekal dan tidak pernah berubah sejak dari dahulu lagi. Sebagai sebuah negara yang konsisten dan antara negara yang sentiasa terkedepan dalam menyuarakan sokongan terhadap Palestin, Malaysia dengan tegas menyeru masyarakat antarabangsa untuk segera bertindak untuk meletakkan noktah kekejaman tanpa batasan penjajahan dan pencabulan hak asasi yang dilakukan oleh Israel.
Usaha-usaha berterusan...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Menteri, Menteri, minta laluan. Hulu Terengganu.
Datuk Mohamad bin Alamin
Ya, sila.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih. Hulu Terengganu pun ada sebut pasal Palestin dan sebagainya Yang di-Pertua. Persoalan Hulu Terengganu ialah jika kerajaan amat prihatin dan cukup sensitif dgn apa yang berlaku di Palestin, kematian kanak- kanak, perempuan dan orang tua, apa pandangan ataupun pendapat Timbalan Menteri berkaitan dengan penjualan BlackRock...
[Dicelah] MAHB kepada BlackRock yang dikatakan BlackRock ini dah terkenal membekal senjata untuk bunuh rakyat Palestin.
Datuk Mohamad bin Alamin
Ada, ada jawapan. Di depan ada jawapan. Nanti saya akan sentuh.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Sebab nampak tidak ada keseimbangan.
Datuk Mohamad bin Alamin
Ya, ya. Tak apa, tak apa, duduk dulu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tangan kanan menyokong, tangan kiri membantu. Terima kasih.
Datuk Mohamad bin Alamin
Sabar, sabar. Ada, ada. Ada nanti.
Tuan Yang di-Pertua
Hulu Terengganu, Menteri kata dia nak jawab. Sit down.
Datuk Mohamad bin Alamin
Usaha-usaha berterusan serta sokongan Malaysia terhadap negara Palestin boleh dilihat dengan jelas di pelbagai peringkat dan platform antarabangsa menerusi kenyataan yang dikeluarkan dalam mesyuarat-mesyuarat dua hala dan pelbagai hala seperti di PBB, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Persatuan Negara- negara Asia Tenggara (ASEAN) dan di mana-mana platform dua hala dan pelbagai hala atau dengan izin, multilateral bagi memperjuangkan isu Palestin.
Semasa perbahasan tempoh hari, Yang Berhormat Bachok telah menyentuh mengenai kerjasama serta peranan Malaysia di platform OIC berkaitan isu Palestin. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Malaysia merupakan ahli dengan izin, OIC Committee of Six on Palestine, di mana anggotanya membincangkan serta membuat keputusan berkaitan isu-isu Palestin untuk diambil tindakan dan perhatian bersama.
Sehubungan dengan itu, dengan mandat Dewan yg telah diberikan semasa sesi penerangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri 4 November yang baru lepas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan membawa gesaan Malaysia ke Sidang Kemuncak Bersama
Datuk Mohamad bin Alamin
Tergempar Negara-negara Arab dan Islam pada 11 November 2024 ini untuk menghentikan kekejaman dan pencerobohan berterusan oleh Israel di wilayah Palestin yang diduduki.
Selain itu, Israel harus menghentikan serangan ke Lubnan dan Iran serta perlu dipertanggungjawabkan ke atas pembunuhan Ismail Haniyeh dan Yahya Sinwar.
Malaysia juga akan menyatakan komitmen dan memberi sokongan mutlak ke atas usaha-usaha merealisasikan sebuah negara Palestin yang berdaulat sepenuhnya berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya. Malaysia sentiasa terus memperjuangkan hak Palestin di pentas global untuk memperoleh keadilan dan mencapai hak penentuan nasib sendiri dan negara yang berdaulat.
Tan Sri Yang di-Pertua, dalam konteks PBB, Malaysia bersama-sama negara-negara sepemikiran, sentiasa menyuarakan pendirian yang kukuh dalam menentang sekeras- kerasnya pencabulan undang-undang antarabangsa dan piagam PBB yang dilakukan secara berterusan oleh rejim Zionis Israel.
Malaysia juga telah menyuarakan secara lantang dan memberikan sokongan utuh dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin di sesi debat umum dan mesyuarat-mesyuarat sampingan semasa perhimpunan agung PBB pada bulan September baru yang lalu di New York, Amerika Syarikat.
Antara lain, Malaysia dan negara-negara sepemikiran dengan jelas mengkritik kegagalan Majlis Keselamatan PBB dalam melaksanakan gencatan senjata dan menghentikan genosid terhadap rakyat Palestin.
Yang Berhormat Jempol telah menyentuh perkara berkaitan kuasa veto di Majlis Keselamatan PBB. Dalam hal ini, Malaysia telah menekankan bahawa reformasi Majlis Keselamatan PBB adalah wajar dan penting supaya kuasa veto tidak digunakan sewenang- wenangnya oleh anggota tetap Majlis Keselamatan PBB bagi melindungi kepentingan sendiri dan sekutu-sekutu mereka. Kuasa veto yang sedia ada mesti adalah menjadi punca kegagalan keselamatan PBB dalam melaksanakan mandatnya dalam memelihara keamanan dan keselamatan sejagat. Tumpat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Okey. Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Kita mendengar penerangan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini bahawa Malaysia bersetuju untuk memastikan bahawa keanggotaan Israel dibuang daripada Bangsa-Bangsa Bersatu.
Setakat ini apakah usaha lain yang telah pun dibuat oleh kerajaan? Adakah kita bersetuju untuk menjadi penaja kepada usul ini di peringkat PBB? Bagaimanakah status beberapa orang rakyat Palestin yang dibawa ke Malaysia baru-baru ini dalam negara kita?
Adakah kita akan mempunyai pelan-pelan lanjut untuk membawa lebih ramai lagi pelarian ke sini untuk membantu mereka dari segi sudut kesihatan dan juga pendidikan? Terima kasih.
Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih Tumpat. Memang ini adalah program kerajaan kita untuk membawa mereka ke sini dengan kerjasama Kementerian Pertahanan Malaysia untuk memberikan rawatan yang diperlukan di hospital tentera kita. Sebahagian daripada sumbangan kita kepada dunia khusus untuk rakyat-rakyat di Gaza kita.
Datuk Mohamad bin Alamin
Mengenai apa yang diutarakan Yang Berhormat tadi bahawa penyata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sewaktu penerangan Menteri pada 4 November yang baru lalu, memang ia sedang dikaji. Bagaimana untuk kita ambil apa tindakan-tindakan yang perlu setelah kegagalan demi kegagalan yang telah dipamerkan oleh pihak Israel tanpa mematuhi sebarang undang-undang antarabangsa, mencabul semua konvensyen PBB dan tidak mematuhi apa juga arahan daripada advisory opinion yang telah dikeluarkan pun oleh ICJ sendiri. Sebahagiannya, cadangan kita ialah untuk mengkaji sehingga untuk menyingkirkan Israel daripada badan dunia ini, insya-Allah. Terima kasih.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Sik sikit?
Datuk Mohamad bin Alamin
Ya.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Terima kasih Timbalan Menteri. Ketika sesi penerangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya juga bangkitkan status ataupun keadaan semasa operasi ataupun Ops Ihsan yang telah pun Yang Berhormat Timbalan Menteri dan saya, kita melawat di Kaherah beberapa bulan yang lalu. Jadi, bagaimana status operasi kita ini, termasuklah sukarelawan-sukarelawan yang mungkin masih berada di Kaherah, di sana? Yang pertama.
Kedua, kita sangat bersetuju untuk Malaysia sedang menyediakan draf bagi menyingkirkan Israel daripada keanggotaan UN. Cuma dari strategi dan juga langkah yang lebih tersusun termasuklah pakatan dan koordinasi kita dengan negara-negara lain supaya kita tidak bersendirian dalam usul yang agak besar ini supaya ia dapat direalisasikan dan akhirnya dapat diputuskan dengan begitu jelas oleh UN sendiri.
Ketiga, juga dari segi ruang, mungkin sukarelawan ataupun pasukan-pasukan perubatan yang mungkin kita dapat hantar sepertimana yang telah dilakukan oleh Kerajaan Indonesia yang menghantar MER-C Indonesia yang bahkan dapat kerjasama daripada Kerajaan Jordan sendiri yang memasuki ke wilayah Gaza itu untuk membantu pasukan- pasukan perubatan di Gaza yang ada sekarang. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh jawab sekali Yang Berhormat? Sikit.
Datuk Mohamad bin Alamin
Ya. Sila Kinabatangan.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat, mungkin kita sedar di mana PBB telah memutuskan berbagai-bagai keputusan untuk meminta Israel supaya mematuhinya. Malangnya Israel dengan sombong, dengan angkuhnya menidakkan keputusan PBB itu. Jadi apakah PBB ini sebagai sebuah badan yang mempunyai keputusan yang mutlak ataupun berdiam diri apabila Israel bermaharajalela?
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih Yang Berhormat Sik dan Yang Berhormat Kinabatangan. Mengenai Ops Ihsan yang telah pun kita lancarkan, kita gunakan selama ini untuk menghantar bantuan-bantuan ke Palestin. Kita masih menggunakan Ops Ihsan.
Bahkan Yang Berhormat, kita sedang di peringkat perbincangan.
Datuk Mohamad bin Alamin
Untuk makluman semua, 17 Oktober yang lepas, Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Luar Negeri dan Ekspatriat Kerajaan Hasyimiyah Jordan, Tuan Yang Terutama Ayman Safadi telah menelefon Yang Berhormat Menteri Luar kita untuk menjemput Kerajaan Malaysia menyertai misi menghantar bantuan kemanusiaan di Gaza melalui misi jambatan udara, air bridge. Sebelum ini ada dinyatakan program tetapi melalui air drop. Kali ini kita buat melalui air bridge. Tapi ini pun akan diperhalusi dan akan dibincangkan tapi ada jemputan daripada Kerajaan Jordan untuk melibatkan sama negara kita dalam proses misi kemanusiaan ini.
Datuk Mohamad bin Alamin
Yang Berhormat, saya setuju bahawa cadangan dan findings yang akan dibuat setelah mana kita mengkaji sedalam-dalamnya, pasti kita tidak akan buat secara bersendirian. Tapi maksud Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu, perlu kita berbincang dengan negara-negara sepemikiran dengan kita, termasuk dengan Palestin sendiri. Apa cara terbaik yang perlu kita letakkan sebagai tindakan yang collective decision daripada semua negara sepemikiran dengan kita yang mencadangkan, akhirnya kita ingin mencadangkan supaya Israel disingkirkan daripada badan dunia ini. Jadi, insya-Allah kita akan sentiasa memperhalusi dan juga mengkaji. Itu maksud Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bangun]
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Tan Sri Speaker.
Datuk Mohamad bin Alamin
Jadi, concern daripada semua, daripada kita, perpaduan di kalangan kita, dukungan kebersamaan kita ini penting dalam isu-isu sejagat, apatah lagi yang melibatkan isu kemanusiaan seperti Gaza ini. Yang Berhormat Kinabatangan membangkitkan ─ memang kita sedar bahawa apa yang perlu kita lakukan ialah reform. We have to propose a total reform terhadap UNSC ini, Majlis Keselamatan PBB yang memang nampak memang gagal. Gagal untuk melaksanakan apa juga decision dan juga keputusan yang dibuat.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Mohamad bin Alamin
Jadi, perlu usaha-usaha sebegini dibuat secara bersama. Semua negara sepemikiran dengan kita kena bersatu untuk mencadangkan a total reform perlu dibuat kepada UNSC ini.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagi saya laluan sikit. Speaker?
Datuk Mohamad bin Alamin
Ya, sila.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Jadi, berhubung dengan isu peringkat antarabangsa. Sekarang kita bercerita tentang kemanusiaan, kesejahteraan. Asas sebagaimana yang kita sedia maklum, kegagalan kita pada hari ini kerana adanya kuasa veto. Pelbagai usaha telah kita buat, seolah-olah apa sahaja usaha yang kita lakukan demi keamanan, kesejahteraan dalam aspek kemanusiaan ini seolah-olah seperti sia-sia kerana adanya veto power ini.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Jadi, itu sebab saya ucapkan syabas dan tahniah atas keberanian pihak negara kita menegur, menyentuh tentang kuasa veto ini. Jadi dalam hal ini, mungkin sekarang ini tidak sesuai lagi. Dalam keadaan dunia pada hari ini, kita menekankan kepada keselamatan kemanusiaan. Berbagai-bagai bantuan kita bagi pada hari ini, seolah-olah sia-sia sahaja kerana akan digunakan oleh kuasa veto. Seperti kita nak menyingkirkan Israel.
Mungkin ada di kalangan negara-negara yang ada kuasa veto itu ia akan gunakan kuasa vetonya. Jadi dalam hal ini, pada pandangan kita di sini, semoga usaha Malaysia buat pertama kalinya menegur kuasa veto hari itu dapat dirundingkan secara menyeluruh, satu nada, satu suara dalam PBB supaya hari ini sudah tidak sesuai lagi, tidak relevan lagi kuasa veto. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sebelum Menteri jawab selanjutnya. Saya nak ingatkan semua Yang Berhormat, waktu untuk kita berbahas telah berlalu. Apa yang Yang Berhormat boleh buat ialah minta penjelasan. Itu pun benda yang telah pun Yang Berhormat berucap.
Tapi tak boleh berucap di sini dan tak boleh bawa benda-benda yang baharu. Sebab itu saya minta Menteri teruskan dan yang lain-lain, kalau ada benda baharu, jangan bawa di sini.
Mungkin di peringkat Jawatankuasa esok ataupun jangan berucap.
Datuk Mohamad bin Alamin
Jawab secara bertulis nanti.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan.
Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Jempol, terima kasih banyak dan dalam konteks Palestin, Malaysia menggesa supaya veto bersyarat dilaksanakan. Malaysia menggesa supaya veto bersyarat dilaksanakan supaya ia tidak boleh digunakan dalam situasi jenayah genosid, jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan dilakukan.
Malaysia akan terus menggesa supaya kuasa veto dihadkan atau dimansuhkan sama sekali bagi mengembalikan keyakinan dan kepercayaan masyarakat antarabangsa terhadap kredibiliti dan peranan Majlis Keselamatan PBB. Terdapat keperluan yang mendesak bagi memastikan peranan Majlis Keselamatan PBB kekal relevan dan responsif terhadap konflik-konflik global semasa.
Tan Sri Yang di-Pertua, baru-baru ini semasa Persidangan Ketua-ketua Negara Kerajaan Komanwel ke-27 (CHOGM) 2024 yang telah berlangsung dari 19 hingga 26 Oktober 2024 di Samoa yang diketuai oleh Yang Berhormat Menteri Luar Negeri Malaysia, merupakan satu-satunya negara – saya ulangi, Malaysia dalam sidang itu merupakan satu-satunya negara OIC dalam Komanwel yang telah membangkitkan dan menekankan isu Palestin.
Malaysia telah menggesa negara-negara anggota Komanwel supaya tidak mengamalkan, dengan izin, double standard terhadap genosid, jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan oleh rejim Zionis Israel. Malaysia menggesa supaya Komanwel menyuarakan pendirian secara lantang dan tegas ke atas genosid, jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan serta pencabulan undang-undang antarabangsa dan piagam PBB secara berterusan oleh rejim Zionis Israel. Malaysia menggesa supaya masyarakat
Datuk Mohamad bin Alamin
antarabangsa mengenakan akauntabiliti ke atas Israel. Yang Berhormat Menteri Luar Negeri turut mendesak agar sebuah negara Komanwel mengiktiraf negara Palestin.
Malaysia juga kekal teguh dengan komitmen yang menyokong agensi bantuan dan kerja untuk pelarian Palestin di Asia Barat atau, dengan izin, The United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East (UNRWA) dalam memainkan peranan penting bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan dan perkhidmatan kritikal kepada rakyat Palestin, tatkala konflik berterusan.
Walau bagaimanapun, seperti Dewan yang mulia ini sedia maklum, Parlimen Israel pada 28 Oktober baru-baru ini telah meluluskan rang undang-undang yang mengharamkan UNRWA daripada beroperasi di Wilayah Pendudukan Palestin. Yang Berhormat Sik juga telah membangkitkan perkara ini semasa perbahasan beliau tempoh hari.
Malaysia telah mengecam sekeras-kerasnya apa yang dikatakan rang undang- undang Parlimen Israel ini. Apa yang dikatakan oleh rang undang-undang ini seolah-olah berniat menghalalkan tindakan rejim Zionis Israel yang sengaja dan jelas melanggar undang- undang antarabangsa untuk menghapuskan UNRWA.
Rentetan perkembangan ini, pada 31 Oktober tahun ini, Malaysia telah menyertai kumpuan teras (core group) bagi menyediakan satu draf resolusi Perhimpunan Agung PBB, memohon pendapat nasihat atau advisory opinion Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi obligasi Israel dalam membenarkan aktiviti dan kehadiran PBB, agensi-agensi di bawah PBB, organisasi-organisasi antarabangsa dan negara-negara ketiga di Wilayah Pendudukan Palestin.
Setelah diluluskan resolusi ini, dijangkakan menjadi landasan perundangan bagi membolehkan agensi PBB seperti UNRWA terus memberikan khidmat asas seperti pendidikan, perawatan kesihatan dan bantuan kemanusiaan. Dalam isu ini, Malaysia akan terus mendesak agar masyarakat antarabangsa mengenakan akauntabiliti ke atas Israel dan menggesa supaya Palestin diiktiraf sebagai sebuah negara yang bebas, merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.
Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Larut, Tumpat, Bachok, Sik, Parit Buntar, dan Padang Terap telah membangkitkan isu mengenai pemerolehan Global Infrastructure Partners (GIP) oleh BlackRock dalam pembelian saham MAHB. Untuk makluman Yang Berhormat, perkara ini telah pun dijelaskan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Dewan yang mulia pada sesi penerangan 4 November yang baru lalu.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan jelas menyatakan bahawa pendirian Malaysia mengenai syarikat Israel adalah yang paling tegas dalam sejarah Kerajaan Malaysia. Lebih tegas berbanding tindakan apa yang diambil oleh banyak negara lain di seluruh dunia. Kita tidak sekali-kali benarkan syarikat Israel untuk bertapak di negara kita.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri turut mengingatkan semua bahawa sebarang polemik berkaitan isu berkenaan yang dikaitkan dengan rejim Israel boleh menjejaskan kepentingan Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang membangun. Saya ingin
Datuk Mohamad bin Alamin
nyatakan di Dewan yang mulia ini bahawa dasar luar Malaysia berkaitan dengan hubungan Israel adalah sentiasa jelas dan tegas. Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel.
Datuk Mohamad bin Alamin
Oleh itu, Malaysia tidak terlibat dalam sebarang hubungan diplomatik dengan institusi secara langsung dengan Israel atau mana-mana negara yang mewakili Israel. Tan Sri Yang di-Pertua...
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sedikit penjelasan.
Datuk Mohamad bin Alamin
Ya. Sila, Larut.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Bila Yang Berhormat Menteri menjelaskan tentang penjualan MAHB pada BlackRock, saya juga bersetuju dengan jawapan Yang Berhormat Menteri mengatakan Yang Amat Berhormat Tambun, Perdana Menteri telah menjelaskan ini sesuatu yang beza ― penjualan kepada BlackRock dengan ketegasan kita kepada Israel.
Tetapi, bukankah sesuatu yang agak musykil? Kita kata kita tegas, tetapi dalam waktu yang sama menyokong syarikat-syarikat yang mengeluarkan senjata untuk membunuh perkara yang kita tegas, kita tidak mahu perkara ini berlaku. Jadi, seolah-olah seperti ada orang kata, kalau kita tahu bahawa orang itu musuh dan kita memberi peluang supaya dia dapat membeli senjata untuk membunuh kita, itu adalah sesuatu yang agak berbeza dengan ketegasan kita.
Mengapa tidak kita buktikan kepada dunia bahawa oleh kerana mereka melakukan sesuatu atau menyokong tentang apa yang dilakukan oleh Israel, kita tarik balik penjualan MAHB kepada BlackRock?...
[Tepuk] Itulah permintaan kita.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih, Yang Berhormat Larut.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Speaker, sehubungan dengan itu.
Boleh?
Datuk Mohamad bin Alamin
Sudah jawab kan tadi?
Tuan Yang di-Pertua
Hulu Terengganu, Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tak, tak. Berkait.
Tuan Yang di-Pertua
Biar dia jawab dahulu. Bagi dia jawab dahulu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tak, benda berkait. Mungkin boleh sekali jawab.
Tuan Yang di-Pertua
Bagi dia jawab dulu. Bagi dia jawab dulu, lepas itu baru tanya.
Datuk Mohamad bin Alamin
Hulu Terengganu tak sentuh isu ini.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Isu yang sama.
Tuan Yang di-Pertua
Selesaikan ini dahulu. Kalau sama, tak payah tanyalah.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tuan Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Bagi dia.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Speaker, saya tanya sebab berkait.
Biar sekali jawab. Tak perlu dua kali jawab.
Tuan Yang di-Pertua
Benda sama ke tidak?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Benda yang sama.
Tuan Yang di-Pertua
Benda yang sama, tak payahlah tanya lagi. Menteri nak jawab.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tak. Maknanya benda yang sama, isu berbeza.
Datuk Mohamad bin Alamin
Okey, Hulu Terengganu. Boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Benda yang sama. Silakan, Menteri.
Datuk Mohamad bin Alamin
Isu yang sama. Terima kasih, Yang Berhormat Larut.
Sebagaimana saya nyatakan tadi, memang ketegasan kita dalam Dewan ini dan pendirian Malaysia harus dipamerkan juga. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memang telah menyatakan berulang kali bahawa itulah ketegasan kita, bahawa kita tidak pernah bersekongkol, tak pernah bersetuju dengan mana-mana syarikat berkaitan dengan Israel ini.
Soal penjualan apa yang dibangkitkan Yang Berhormat Larut itu, itu bukan di bawah bidang kuasa Wisma Putra untuk memberikan sebarang komen. Tetapi, soal dasar luar kita, hubungan kita, kita tidak ada hubungan diplomatik sama sekali dengan mana-mana negara yang berkait dengan Israel ini.
Jadi, Yang Berhormat Larut, saya cakap cukup dengan penjelasan Yang Berhormat Tambun baru-baru ini sudah cukup jelas yang telah mengatakan bahawa...
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua. Saya nak maklumkan kepada Menteri. Saya sedar, saya dah pun beritahu tadi bahawa perbezaan di antara foreign policy kerajaan dengan penjualan MAHB itu. Tapi, ini adalah merupakan aset strategik. Sepatutnya Wisma Putra bukan hanya tegas kepada Israel tetapi juga tegas dalam negeri untuk tidak membenarkan perkara ini berlaku...
[Tepuk] Itu permintaan kita.
Datuk Mohamad bin Alamin
Okey Larut, terima kasih. Memang kita telah memberikan pandangan dan juga nasihat kepada kerajaan kita tentang isu-isu berkaitan dasar luar kita.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Boleh, Speaker?
Datuk Mohamad bin Alamin
Cukup, cukup. Cukup penjelasan kita. Oleh kerana tidak banyak masa.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tak, bukan. Saya nak tambah.
Datuk Mohamad bin Alamin
Tak banyak dah masa. Lapan minit, banyak lagi isu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tambahannya, maknanya seolah-olah madu di tangan kanan, racun di tangan kiri. Setuju tak, Timbalan Menteri? Terima kasih.
Datuk Mohamad bin Alamin
Tak apa. Nanti kita jumpa di luar, kita sembang, YB.
Okey? Terima kasih. Saya banyak isu lagi ini, Tan Sri Yang di-Pertua.
Datuk Mohamad bin Alamin
Ya, ini isu yang diminati oleh Arau ini. Berhubung isu keselamatan maritim yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ledang. Kementerian Luar Negeri bersama-sama kementerian-kementerian serta agensi-agensi kerajaan yang berkenaan bertanggungjawab mengendalikan dan menyelia isu-isu maritim dengan pihak luar. Ini termasuklah mengetuai dan menyusun strategi rundingan persempadanan maritim antara Malaysia dan negara- negara jiran bagi memelihara keutuhan dan kedaulatan kawasan maritim negara.
Pada masa yang sama, Kementerian Luar Negeri juga berperanan dalam menggubal dasar dan merancang strategi nasional sebagai usaha mencari penyelesaian terbaik untuk menangani isu dan cabaran berkaitan isu maritim termasuk melalui platform dua hala, serantau dan pelbagai hala bagi memastikan hak kedaulatan dan kepentingan negara sentiasa terpelihara.
Dalam mencari penyelesaian terbaik untuk menangani isu dan cabaran berkaitan isu maritim, Kementerian Luar Negeri juga akan sentiasa memastikan sebarang bentuk rundingan persempadanan maritim dan kerjasama keselamatan maritim di peringkat dua hala, serantau mahupun antarabangsa tidak akan menjejaskan kedaulatan dan keselamatan negara.
Dasar Malaysia adalah jelas. Kita sentiasa menghormati undang-undang antarabangsa dalam melaksanakan hubungan luar negara.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, penjelasan.
Datuk Mohamad bin Alamin
Sebarang tindakan Malaysia dipastikan sentiasa dibuat dalam ruang lingkup perundangan. Pada masa yang sama, kerajaan akan sentiasa menjaga dan memelihara kedaulatan dan kepentingan negara pada setiap masa. Arau tak sentuh soal Laut China Selatan dalam debat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bukan. Statement yang dibuat itu ialah statement diplomatik yang tidak menyentuh...
Datuk Mohamad bin Alamin
Boleh, Tan Sri?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang tidak turun ke bumi.
Tuan Yang di-Pertua
Menteri nak bagi?
Datuk Mohamad bin Alamin
Arau tak sentuh dalam ucapan dia. Tak ada isu itu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya sebut pasal Beting Patinggi Ali.
Laut China Selatan.
Datuk Mohamad bin Alamin
Ada sebut? Okey, sila. Sila.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, sebut. Itu sebab pegawai Yang Berhormat, kadang-kadang banyak yang saya timbul, dia orang tak tulis. Tetapi, kali ini, saya tidak akan biar. Tak jawab, saya akan cari jalan untuk merujuk mana-mana pihak ke 36(12).
Yang Berhormat, jawapan Yang Berhormat diplomatik. Pasal BlackRock tadi, Yang Berhormat jawab macam berangin-angin, tak tahu. Sebut nak jual ke― nak benar ke tak benar? Yang Berhormat cakap secara diplomatik. Tak bagus.
Kemudian, hok yang ini, Yang Berhormat telah mengatakan perundingan semua dibuat. Ini statement di awang-awangan untuk buat kertas PhD, tapi yang sebenarnya, apa
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
yang berlaku di bawah? Kerajaan telah menggunakan perkataan ‘tuntutan bertindih’. Apa makna tuntutan bertindih, Yang Berhormat? Bertindih. Kawasan yang di sempadan kalau ada dua orang minta, bertindih. Tetapi, China masuk 84 kilometer ke kawasan kita, dia menceroboh. Tapi, tak pernah saya dengar satu pun jawapan daripada kerajaan menyebut menceroboh. Dia sebut ialah bertindih. Itu ialah kesalahan yang cukup besar yang boleh dirujuk di bawah 36(12).
Datuk Mohamad bin Alamin
Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya.
Datuk Mohamad bin Alamin
Yang Berhormat ini selalu menimbulkan isu-isu yang tak berkaitan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bukan. Ini Laut China Selatan, Beting Patinggi Ali.
Datuk Mohamad bin Alamin
Saya nak nyatakan, Arau. Arau cakap saya tadi menjawab di awang-awangan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tak, bukan. Yang Berhormat, ini...
Datuk Mohamad bin Alamin
Kita ikut nasihat daripada Wisma Putra.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya ― saya ― beginilah.
Datuk Mohamad bin Alamin
Sudah. Sudah, Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Speaker, jawapan itu bagus. Bagus.
Sebab apa, jawapan diplomatik.
Datuk Mohamad bin Alamin
Okey, okey. Cukuplah, Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tapi, saya hendak turun ke bumi sikit, bahawa kita sedang diceroboh oleh China. Dan jawapan Timbalan Menteri Pertahanan hari itu, dia kata, “Laut China Selatan tenang, terkawal”. Ini tidak betul. Tidak tenang dan tidak terkawal.
Datuk Mohamad bin Alamin
Sudahlah, Arau.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Baik.
Datuk Mohamad bin Alamin
Baik. Untuk makluman Arau, Wisma Putra sentiasa melaksanakan tanggungjawab kita. Apabila ada berlaku sebarang pencerobohan, apa yang kita buat, Arau? Kita hantar nota bantahan, kita buat apa yang perlu. Jadi, kita tak perlulah cakap apa yang kita buat setiap minit, apa yang kita buat. Kita buat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Arau. Sila duduk.
Datuk Mohamad bin Alamin
We have done everything, Arau. We have done everything.
Tuan Yang di-Pertua
Arau pernah berada dalam Kabinet. Arau lebih tahu. Saya tahu yang Arau tahu. Sila duduk. Saya tahu yang Arau tahu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey. Satu, Yang Berhormat. Saya dengan Speaker ya. Yang Berhormat tahu apa makna nota diplomatik?
Tuan Yang di-Pertua
Arau, Arau pernah dalam Kabinet.
Datuk Mohamad bin Alamin
Sudahlah, Arau.
Tuan Yang di-Pertua
Dia ini Kementerian Luar Negeri. Kan dia lebih diplomatik.
Kalau nak perang, Menteri Pertahananlah. Ini ialah Kementerian Luar Negeri.
Datuk Mohamad bin Alamin
Yang Berhormat Arau.
Tuan Yang di-Pertua
Please. Please, Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Speaker yang dikasihi, saya sikit nak sebut.
Tuan Yang di-Pertua
Tak boleh, Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Nota diplomatik bukan jawapan.
Sebulan sekali pegawai hantar. Dia orang tak jawab pun.
Tuan Yang di-Pertua
Arau, ini ialah jawapan daripada Yang Berhormat Menteri, Arau. Please, please.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, terima kasih. Terima kasih.
Datuk Mohamad bin Alamin
Arau, Wisma Putra, kita mengamalkan dasar diplomatik. Okey? Kita tidak akan...
[Tidak jelas]
Tuan Yang di-Pertua
Menteri, ada Semporna. Nak bagi laluan?
Datuk Mohamad bin Alamin
Okey, sikit. Sikit.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Sikit sahaja.
Sebenarnya saya bangkitkan dalam perbahasan saya tentang keselamatan sebenarnya tetapi mungkin tak dipetik. Cuma, saya kaitkan bersekali dengan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri, iaitu kawasan saya sering kena landa lanun.
Tapi, dalam pada itu, oleh kerana berbangkit tentang perkara ini, South China Sea, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat sama ada dalam perkara ini ― kerana, dia terkandung dalam Perlembagaan Malaysia, Artikel 2(a), (b). See, ada di situ sebutkan. Artikel 2 menyatakan sama ada berhubung kait dengan sempadan, sama ada daripada segi perkara ini haruslah mendapat persetujuan daripada Wilayah Sabah ataupun Sarawak.
Jadi, saya minta penjelasan, sama ada perbincangan khususnya berhubung kait dengan South China Sea ataupun apa juga perjanjian, sama ada ianya dirujuk? Bila dirujuk, bukan hanya Ketua Menteri. Tetapi, kalau kita baca betul Perlembagaan, jelas harus diluluskan di Dewan Undangan Negeri. Maka, saya minta supaya ini juga diambil perhatian oleh Kementerian Luar Negeri. Apa juga rundingan continental shelf yang ada, maritim yang ada, kalau dapatnya berhubung kait dengan ini, harus selaras dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan. Terima kasih banyak.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Sebelum Menteri jawab. Menteri, sekarang sudah pukul 1. Boleh Menteri jawab dalam masa empat minit? Wrap up everything? The rest itu jawab secara bertulis.
Datuk Mohamad bin Alamin
Boleh, boleh.
Tuan Yang di-Pertua
Boleh? Saya bagi empat minit. Silakan.
Datuk Mohamad bin Alamin
Boleh, boleh. Yang lain ini kita akan jawab secara bertulis.
Tuan Yang di-Pertua
Saya bagi empat minit daripada sekarang. Silakan.
Datuk Mohamad bin Alamin
Okey. Singkat untuk Arau. Ada perbezaannya untuk kita bincang soal persempadanan maritim dan juga pencerobohan. Dua isu yang berbeza.
So, jangan confuse-lah. So, Wisma Putra ini menangani isu-isu yang soal persempadanan.
Kalau ada pencerobohan, kita juga akan ― nota bantahan kita buat.
Semporna, apa juga perundingan, kita ada persempadanan darat, kita juga ada isu persempadanan maritim. Ini yang akan dibincangkan, yang akan dimesyuaratkan dan kita ada pihak jawatankuasa kerja, working group kita tentang perkara ini dan dilibatkan sama juga stakeholders kita. Yang terpenting ialah Kerajaan Negeri Sabah termasuk, Kerajaan Negeri Sarawak juga. Bahkan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah juga dilibatkan sama, JUPEM juga terlibat, demikian juga negeri Sarawak, untuk kita memuktamadkan sebarang rundingan mengenai persempadanan maritim juga persempadanan darat kita.
Dan of course, pastinya kita terikat dengan undang-undang antarabangsa, jangan lupa dan juga UNCLOS ini. Semua tahu UNCLOS. Ini cukup penting, menjadi panduan kita dalam memuktamadkan sebarang isu-isu pertindihan mengenai maritim, undang-undang persempadanan maritim kita. Baik.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya teruskan...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sikit sahaja, Yang Berhormat.
Datuk Mohamad bin Alamin
Yang Berhormat Tumpat ada menyentuh...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sikit. Sebab dia sebut UNCLOS.
Datuk Mohamad bin Alamin
Apa lagi, Arau?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sikit sahaja.
Datuk Mohamad bin Alamin
Masa, masa. Sudahlah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya...
Tuan Yang di-Pertua
Menteri bagi tak bagi?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kami sayang sama kamu. Kami sayang sama kamu.
Datuk Mohamad bin Alamin
Sudahlah. Okey, okey. Masa, masa.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey. You sebut UNCLOS. UNCLOS ini United Nations Convention on the Law of the Sea.
Datuk Mohamad bin Alamin
Ya. Sudahlah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya nak bagi tahu, kita sebut UNCLOS, kita seronok, tetapi China tidak iktiraf UNCLOS. Macam mana nak runding kalau dia tak iktiraf?
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Menteri nak bagi lagi ke tidak?
Datuk Mohamad bin Alamin
Dah, dah, dah. Okey, okey.
Tuan Yang di-Pertua
Ha, dia tak bagi lagi. Silakan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Pasal apa saya mesti duduk?
Datuk Mohamad bin Alamin
Dah, dah, dah. Dah cukup, Arau. Cukuplah. Arau, masa tak cukup.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jangan buat macam itu. “Sila duduk”, buat macam itu.
[Sambil membuat gerakan tangan] Macam itu... [Sambil membuat gerakan tangan] Saya tak mahu. Saya tak akan duduk. Patut buat macam itu... [Sambil membuat gerakan tangan]
Tuan Yang di-Pertua
Arau. Arau.
Datuk Mohamad bin Alamin
Dah, dah, Arau.
Tuan Yang di-Pertua
Arau, please.
Datuk Mohamad bin Alamin
China anggota PBB. UNCLOS adalah dokumen PBB.
Kena hormati dokumen PBB, Arau. That’s it. Okey?
Yang Berhormat Tumpat ada menyentuh isu berkaitan penjenamaan...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Final jawapan ini? Final?
Datuk Mohamad bin Alamin
Dah, dah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya akan bawa usul nanti.
Datuk Mohamad bin Alamin
Dahlah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat salah.
Datuk Mohamad bin Alamin
Apa? Apa...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
China tak iktiraf. Dia iktiraf nine-dash line.
Datuk Mohamad bin Alamin
Arau, mereka buat, keluarkan peta baru, kita bantah.
Kita hantar nota bantahan, kita panggil Duta China ke pejabat kita, nyatakan...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bantah sahajalah.
Tuan Yang di-Pertua
Arau.
Datuk Mohamad bin Alamin
Mereka...
[Tidak jelas]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Mereka hantar kapal perang, kita bantah?
Tuan Yang di-Pertua
Arau, Arau.
Datuk Mohamad bin Alamin
Kita bantah. Kita tak duduk diam, Arau.
Tuan Yang di-Pertua
Arau, Arau. Please, Arau. Please.
Datuk Mohamad bin Alamin
Dahlah, dahlah, Arau.
Tuan Yang di-Pertua
Thank you.
Datuk Mohamad bin Alamin
Cadangan Yang Berhormat Tumpat untuk penjenamaan nama laut ini. Saya suka nyatakan bahawa penggunaan nama bagi beberapa segmen laut seperti nama Laut China Selatan, Laut Selat Melaka, Laut Sulu, Laut Sulawesi, Laut Andaman merupakan penggunaan nama yang telah diguna pakai sekian lama. Jadi, Yang Berhormat Tumpat, seperti yang dijelaskan ini, sebarang saranan bagi menamakan semula Laut China Selatan kepada nama lain seperti ‘Laut Asia Tenggara’ ke atau ‘Laut Melayu’ ke, perlu diteliti dan dikaji kerana kita terikat dengan undang-undang antarabangsa tadi yang saya nyatakan.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih, Yang Berhormat.
Datuk Mohamad bin Alamin
Jadi, Tan Sri Speaker, saya ingin ― yang tak sempat, saya akan jawab secara bertulis.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Mohamad bin Alamin
Tapi, yang akhirnya, mengenai travel advisory note ini.
Ini penting untuk negeri Sabah. Jadi, saya perlu cakap.
Seperti Yang Berhormat Paya Besar yang tanya ― tapi tak apalah, Semporna ada di sini dan kawan-kawan juga ada di sini. Ada membangkitkan itu mengenai travel advisory note berkaitan kawasan di Sabah yang dikeluarkan oleh beberapa buah negara asing.
Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, Kerajaan Malaysia sentiasa memantau nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh kerajaan asing yang melibatkan Malaysia. Nasihat perjalanan ini adalah amalan biasa untuk melindungi keselamatan rakyat mereka yang bercadang untuk mengunjungi sesebuah negara.
Walau bagaimanapun, pengemaskinian terhadap nasihat perjalanan oleh negara- negara tersebut dilakukan secara berkala berdasarkan penilaian terhadap situasi semasa dan tahap keselamatan negara berkenaan. Melalui pertemuan-pertemuan dan mesyuarat- mesyuarat yang melibatkan para pegawai dan juga Kementerian Luar Negeri dan perwakilan- perwakilan asing di Malaysia, pelbagai isu hubungan dua hala, serantau dan pelbagai hala serta isu keselamatan dibincangkan termasuk nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh negara asing.
Bagi negara-negara yang masih mengekalkan nasihat perjalanan yang tidak mencerminkan situasi semasa, para pegawai kanan kita akan meminta agar nasihat perjalanan ini dikemas kini atau, lebih baik, dipadamkan terus sama sekali sahaja. Sebagai contoh, semasa dialog strategik ketiga antara Malaysia dengan United Kingdom yang berlangsung pada 26 Jun tahun ini di London, Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala...
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
YB, boleh mencelah?
Datuk Mohamad bin Alamin
...Yang mengetuai delegasi Malaysia telah membangkitkan isu ini.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Sikit soalan.
Datuk Mohamad bin Alamin
Beliau juga turut membincangkan perkara yang sama semasa kunjungan hormat oleh Duta Besar Ireland pada 23 Oktober yang baru lalu di Putrajaya. Selain itu...
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Boleh tanya sikit pasal yang travel advisory note itu tadi?
Tuan Yang di-Pertua
Menteri, Menteri. Saya dah buat keputusan tadi, Menteri kena wrap up. Sebab, Yang Berhormat boleh masuk dalam Jawatankuasa esok. Silakan.
Datuk Mohamad bin Alamin
Boleh ya? Kita ada peringkat Jawatankuasa lagi.
Tuan Yang di-Pertua
You save your question untuk Jawatankuasa esok. Please, please.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Boleh satu lagi?
Datuk Mohamad bin Alamin
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, saya akan jawab secara bertulis. Terima kasih banyak kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Datuk Mohamad bin Alamin
Apa dia?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Arau.
Datuk Mohamad bin Alamin
Dah, dah. Tak fahamlah apa Arau cakap.
Tuan Yang di-Pertua
Saya dah kata dah time. Time.
Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih banyak, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Datuk Mohamad bin Alamin
Saya ucap ribuan terima kasih dan KLN...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya penyokong Sabah dengan Sarawak.
Datuk Mohamad bin Alamin
...Mohon menyokong Bajet ini. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, kita tangguhkan Mesyuarat hingga jam 2.30 petang nanti. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya buka puasa hari ini...
[Tidak jelas]
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.06 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Tuan Yang di-Pertua
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya menjemput Yang Berhormat Menteri dari Kementerian Kerja Raya untuk menjawab, masa 45 minit.
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani kepada semua. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada 42 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Belanjawan 2025 yang menyentuh isu-isu di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya.
Terima kasih atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam membangkit isu dan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat. Saya akan menggunakan kesempatan ini dengan sebaik mungkin bagi memberikan maklum balas ke atas setiap persoalan dan cadangan daripada Ahli Yang Berhormat tersebut. Oleh kerana waktu yang diperuntukkan kepada saya
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
adalah terbatas, saya cuba berlaku adil lah untuk cuba menjawab semua isu yang dibangkit secara terus dan sepadat mungkin.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri, boleh jawab yang sesiapa yang ada dalam Dewan sahaja.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Baik, terima kasih. Sebelum saya meneruskan penggulungan ini ingin saya memaklumkan bahawa di bawah Belanjawan Madani 2025 yang bertemakan, “Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat”. KKR telah diperuntukkan sejumlah RM10.350 bilion bagi tahun 2025. Kenaikan ini adalah kenaikan 9 peratus berbanding RM9.511 bilion diterima pada tahun 2024.
Jadi bagi anggaran belanja mengurus, KKR bakal menerima peruntukan sebanyak RM1.022 bilion untuk tahun 2025 dengan peningkatan 8 peratus berbanding RM949 juta pada tahun 2024 ini. Sebahagian besar daripada peningkatan tersebut adalah untuk menampung pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dan selain emolumen belanja mengurus ini akan dimanfaatkan untuk meningkatkan keupayaan dan kapasiti pegawai dan institusi Kementerian Kerja Raya dalam memastikan prestasi penyampaian perkhidmatan yang pantas, berkualiti dan tuntas.
Bagi anggaran belanja pembangunan pula, KKR disediakan peruntukan sebanyak RM9.327 bilion ya, itu pertambahan 9 peratus daripada RM8.561 bilion yang telah diterima pada tahun 2024. Jadi jumlah peruntukan pembangunan untuk tahun 2025 ini merupakan peruntukan tertinggi yang pernah disediakan kepada Kementerian Kerja Raya.
Walaupun peningkatan dalam peruntukan ini agak signifikan, ia masih belum dapat menampung sepenuhnya keperluan sebenar kos penyelenggaraan jalan-jalan persekutuan di seluruh negara. Namun, pertambahan ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk melaksanakan kerja-kerja selenggara dan baik pulih kepada lebih banyak jalan raya, jambatan dan kawasan cerun yang kritikal dari aspek keselamatannya kepada pengguna dan rakyat.
Sepertimana sedia maklum, Kementerian Kerja Raya dipertanggungjawabkan untuk membina, membaiki, mengganti dan menaik taraf jalan persekutuan dan jambatan di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan. Peruntukan bajet pembangunan juga akan digunakan untuk kajian perlindungan dan pembaikan cerun, membina, menyelenggara dan membaik puluh bangunan Kerajaan Persekutuan, pembinaan persimpangan bertingkat dan jejambat, pengambilan balik tanah untuk projek-projek jalan dan jambatan serta pelaksanaan projek komputer dan ICT dalam usaha meningkatkan keupayaan dan kapasiti kementerian.
Saya ingin menzahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan dan Kementerian Kewangan khasnya atas sokongan yang tinggi kepada aspirasi Program MYJalan dalam Belanjawan 2025. Data aduan jalan raya yang dikumpulkan dan tindakan pantas yang diambil serta analisis yang dibuat telah membantu KKR dan agensi pusat mendapatkan gambaran sebenar keperluan sumber bagi penyelenggaraan jalan raya kita dalam usaha memastikan
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
peruntukan yang disediakan oleh kerajaan digunakan secara optima dan menjana output yang berkualiti untuk kesejahteraan rakyat.
Kementerian Kerja Raya telah mengadakan permukiman hala tuju KKR tahun 2025 pada 1 ke 3 November, minggu lepas, 2024 ini dan saya bersama Yang Berhormat Timbalan Menteri saya serta 45 pegawai tinggi KKR dan agensi telah berbincang, membuat penilaian ke atas pencapaian semasa KKR dan yang paling penting menyusun keutamaan dan gerak kerja sistematik bagi memastikan pelaksanaan program dan aktiviti KKR tahun 2025 dimulakan segera, dipantau rapi dan teratur dari segi tatakelolanya.
KKR akur bahawa keperluan untuk penyelenggaraan jalan sebenarnya yang dianggarkan berjumlah RM5.5 bilion setiap tahun sekiranya diberikan sepenuhnya akan menjejaskan kesinambungan keperluan sektor-sektor lain yang tidak kurang pentingnya kepada rakyat seperti pendidikan, perubatan dan sosioekonomi.
Jadi seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rompin, dimaklumkan bahawa KKR diluluskan sebanyak 53 peratus daripada keperluan sebenar. Jadi KKR akan memastikan peruntukan tersebut digunakan seoptimum mungkin dan sekiranya wujud keperluan yang kritikal Kementerian Kerja Raya akan mengemukakan permohonan tambahan untuk pertimbangan agensi pusat.
Tuan Yang di-Pertua, dengan pencapaian dan kejayaan KKR, KKR juga telah merangka program-program bagi meningkatkan penglibatan dan memperkasakan pemain industri pembinaan supaya mendapat pendedahan terkini serta kemampuan mengadaptasi teknologi yang terkini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya Malaysia akan menganjurkan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2024 pada 11 dan 12 Disember akan datang di Penang International Convention Cultural and Arts Centre, Butterworth, Pulau Pinang bertemakan, “Profesion Teknikal Peneraju Kecemerlangan Teknologi”.
Program tahunan ini menyediakan platform yang berharga kepada para profesional teknikal untuk berkongsi pandangan dan idea bernas serta berinteraksi dengan masyarakat bagi meningkatkan martabat dan taraf profesional teknikal.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Sambutan Hari Profesion Teknikal 2024 juga menjadi wadah untuk menghargai jasa besar para profesional teknikal yang telah menyumbang kepada pembangunan infrastruktur dan pembangunan negara dalam pelbagai bidang teknikal. Jadi usaha-usaha lain Yang di- Pertua, 12th Malaysian Road Conference & Exhibition 2024 dan 5th International Road Federation Global Asia-Pacific Regional Congress yang berlangsung dari 5 hingga 7 November baru-baru ini, bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Acara utama ini telah memasuki edisi yang ke-12 dengan tema “Driving Innovation towards Better Roads” adalah anjuran bersama oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia, Jabatan Kerja Raya Malaysia, Pertubuhan Kejuruteraan Jalan Malaysia, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia dengan kerjasama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan World Road Association serta
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Road Engineering Association of Asia and Australasia, Korean Road Association dan Chartered Institution of Highways and Transportation.
Tema ini dipilih sebagai komitmen terhadap inovasi yang berterusan untuk menambahbaik kualiti keselamatan dan kelestarian jalan raya. Dengan memfokuskan kepada inovasi, persidangan ini berhasrat untuk mengajak peserta persidangan untuk terus menyumbang kepada penambahbaikan berterusan aspek jalan raya.
Ada satu lagi Tuan Yang di-Pertua iaitu International Construction Week (ICW) dan BuildXpo 2024 telah dianjurkan pada 22-24 Oktober 2024 baru-baru ini juga bertempat di MITEC. Ia merupakan program kali ke-24 yang dianjurkan oleh CIDB. Sejak penganjurannya bermula pada tahun 1999 dan manakala BuildXpo merupakan penganjuran kali kedua bermula pada tahun 2023. Penganjuran ICW dan BuildXpo 2024 adalah untuk mengumpulkan pakar-pakar sektor pembinaan dari dalam dan luar negara bagi berkongsi maklumat ilmu pengetahuan dan hasil penyelidikan berkaitan industri pembinaan.
Pada tahun ini dianggarkan sekitar 15,000 orang pengunjung yang menyertai ICW dan BuildXpo dengan bertemakan Envisioning the Future of Construction. Jadi antara program yang terdapat dalam ICW 2024 adalah seperti persidangan, seminar, pameran dan padanan perniagaan.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kerja Raya bersama Lembaga Lebuhraya Malaysia dan syarikat konsesi lebuh raya sentiasa komited untuk menambah baik fasiliti dan perkhidmatan kepada pengguna lebuh raya demi meningkatkan kesejahteraan rakyat selaras dengan Aspirasi Tonggak MADANI. Jadi prihatin terhadap pengguna lebuh raya, terutamanya penunggang motosikal yang merupakan golongan yang paling vulnerable terhadap risiko keselamatan dan keperluan untuk berteduh semasa cuaca buruk.
Kementerian Kerja Raya, LLM dan syarikat konsesi lebuh raya telah melaksanakan inisiatif untuk menambah baik tempat berteduh penunggang motosikal di sepanjang lebuh raya. Bagi tahun 2024, 79 lagi tempat teduhan penunggang motosikal telah berjaya disiapkan dan 100 peratus pada Oktober 2024 iaitu lebih awal daripada yang dijadualkan dan ini menjadikan keseluruhan tempat berteduh penunggang motosikal yang disediakan di sepanjang lebuh raya berjumlah 472 lokasi.
Selain itu, Kementerian Kerja Raya bersama LLM dan syarikat konsesi lebuh raya juga komited untuk melaksanakan penambahbaikan berterusan melibatkan kemudahan dan vacility yang disediakan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan hentian sebelah di sepanjang lebuh raya demi memberikan keselesaan kepada pengguna. Jadi sebagai contohnya kawasan Rehat dan Rawat Seremban arah Selatan di Lebuhraya Utara-Selatan yang berwajah baru telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada September 2024.
Kawasan Rehat dan Rawat Seremban arah selatan Lebuhraya Utara-Selatan tersebut telah dinaiktaraf dengan konsep pembangunan yang moden dengan penggunaan teknologi inovatif dan teknologi hijau yang menawarkan faicility serta kemudahan yang lebih baik kepada pengguna dan lebuh raya ini sentuhan rakyat.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Kementerian Kerja Raya juga menyokong usaha kerajaan untuk menjayakan pelaksanaan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030 jadi menerusi pembangunan poin pengecas kenderaan elektrik di lebuh raya. Pada tahun 2024, tambahan sebanyak 30 point pengecas akan disediakan di 12 lokasi strategik di sepanjang lebuh raya menjadikan keseluruhan point pengecas yang disediakan sepanjang lebuh raya. Sehingga kini sebanyak 90 point pengecas.
Jadi KKR sentiasa bekerjasama dengan pihak industri untuk meningkatkan lagi jumlah poin pengecas kenderaan elektrik di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan hentian sebelah dan lokasi-lokasi strategik di sepanjang lebuh raya bagi memudahkan pengguna untuk mengecas semula kenderaan dan seterusnya menyokong sasaran pencapaian pengurangan penggunaan tenaga serta pelepasan gas rumah kaca (GHG) menjelang tahun 2030.
Sejajar dengan perkembangan teknologi industri lebuh raya dan keperluan untuk mengimbangi keperluan sosial dan alam sekitar. Kementerian Kerja Raya melalui LLM telah menganjurkan Highway Concession Conference (HCC) 2024 pada September 2024 yang bertemakan “Highway Revitalization: Balancing Engineering, Social and Environment Innovatively”. Jadi HCC merangkumi usaha bersepadu untuk mengemudi cabaran dalam kecemerlangan kejuruteraan, teknologi, keterangkuman sosial dan pengawasan alam sekitar.
Program yang menghimpunkan lebih daripada 300 peserta dan 15 pembentang yang terdiri daripada pakar ekonomi, pakar teknologi kejuruteraan dan digital ini menjadi platform yang kuat untuk rangkaian profesional dan pertukaran idea berkaitan adaptasi teknologi digital dalam perkhidmatan serta manfaatkan kemajuan dan teknologi, kecerdasan buatan ataupun artificial intelligence untuk meningkatkan kecekapan pengurusan lebuh raya tol.
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan bidang kuasa KKR, saya ada jelaskan sedikit.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Menteri, Jelebu.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Jelebu?
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Ya, boleh?
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Cepat sikit.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Lebuh raya. Spesifik lebuh raya. Dato’ Sri Speaker ya saya ucap tahniah kepada Menteri KKR kerana mengambil tindakan memberikan perhatian kepada motosikal di sepanjang lebuh raya dengan mengadakan 472 kalau tidak silap saya hentian kepada penunggang motosikal. Soalan saya Dato’ Sri Menteri ialah tentang laluan keluar untuk pengguna motosikal di beberapa tol.
Sebagai contoh Tol Ipoh, Tol Pulau Pinang dan beberapa laluan keluar yang kecil dan tidak selamat digunakan oleh penunggang motosikal besar berkuasa tinggi kerana sekarang ini peminat-peminat big bikers dengan izin sudah bertambah dari semasa ke semasa especially apabila sampai waktu puncak dan hujung minggu. Jadi keperluan untuk melebarkan laluan keluar motosikal ini saya nampak sangat perlu dan apakah tindakan ataupun perancangan kerajaan tentang pembesaran laluan keluar ini. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Raden - Kinabatangan
Ya, Jelebu ini ada pengalaman sebab dia pun penunggang motor besar ini.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Ya betul. Terima kasih Yang Berhormat Jelebu.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya apa yang disyorkan daripada Yang Berhormat Jelebu memang tepatlah dalam perancangan kementerian dan juga LLM sebab Yang Berhormat Jelebu baru-baru ini pun jadi Pengerusi Lembaga Lebuh Raya Malaysia. Jadi usaha-usaha kita ataupun inisiatif untuk kita menyediakan tempat teduh motosikal ini ada juga banyak daripada Yang Berhormat Jelebu semasa beliau bersama dalam LLM. Terima kasih.
Yang dibangkitkan tadi tentang laluan keluar yang tidak selamat Yang Berhormat Jelebu, saya ambil maklum. Jadi kita akan susuli dengan apa sepatutnya kita boleh buat untuk kita menambah baik dalam perkara itu, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Terima kasih Menteri.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Baik, terima kasih. Saya teruskan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, setelah meneliti perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat, saya memahami aspirasi dan harapan yang dizahirkan dalam Dewan yang mulia ini berkaitan pembangunan di kawasan Ahli Yang Berhormat masing-masing.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Oleh itu, izinkan saya untuk memaklumkan semula di sini secara umum bidang kuasa Kementerian Kerja Raya hanya tertakluk kepada jalan persekutuan sahaja. Jadi, sebenarnya kalau diperincikan, ada kurang lebih 11 kategori jalan. Jadi, termasuk jalan-jalan kampung, jalan ladang dan sebagainya. Tapi kita tumpu kepada yang utama, jalan persekutuan, jalan negeri, jalan PBT.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, prosedur bagi permohonan projek membina jalan baharu atau menaik taraf jalan persekutuan sedia ada serta penyelenggaraan jalan adalah melalui kerajaan negeri berdasarkan senarai permohonan negeri yang dikemukakan kepada kementerian ini melalui penyelarasan antara bahagian atau Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Jabatan Kerja Raya.
Senarai cadangan projek ini akan melalui proses tapisan di kementerian KKR, di mana ia akan dinilai dan diteliti berdasarkan kriteria penilaian terutamanya perancangan dalaman kementerian seperti digariskan dalam Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya atau Highway Network Development Plan 2030.
Jadi, bagi cadangan projek yang tiada dalam HNDP, masih boleh dipohon untuk diangkat bagi pertimbangan agensi pusat ya. Agensi pusat tu Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan lah. Sekiranya projek berkenaan menjadi keutamaan kerajaan negeri dan disertakan dengan justifikasi permohonan projek yang kukuh. Jadi sehubungan itu, saya menyerulah semua Ahli-ahli Yang Berhormat supaya membawa cadangan projek yang ingin dimohon kepada pihak kerajaan negeri terlebih dahulu ya, supaya projek berkenaan dapat dipertimbangkan dalam senarai keutamaan negeri dan dikemukakan kepada kementerian ini.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Jadi Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya beralih kepada...
Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Yang Berhormat Menteri, sebelum Yang Berhormat Menteri beralih, saya ada bangkitkan perkara ini dalam perbahasan saya, di mana saya mencadangkan agar bila disebut sahaja jalan, KKR. Tak kisahlah kampung ke, di bawah KKR negeri ke, Sabah Sarawak contohnya. Bila sebut saja jalan, dimasukkan ke dalam KKR. Jadi berbalah banyak Yang Berhormat, berbalah banyak di kawasan kita. Pejabat daerah kata yang ini jalan ini, yang ini kata jalan kampung. Jadi, masalah tak terlerai, tak diselesaikan. Jadi, apakah kerajaan ada membuat kajian, sama ada perkara ini boleh diambil tindakan atau sekarang musim reformasi, transformasi kepada sebut sahaja jalan, KKR. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi
Walau pernah diperbincangkan sepertimana yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat. Akan tetapi Yang Berhormat, kategori-kategori jalan-jalan kita ini adalah legasi yang terlalu lama dan juga dia ada berkaitan dengan tanggungjawab-tanggungjawab kementerian-kementerian atau pun agensi-agensi yang lain.
Mungkin sukar nak disatukan dalam istilah apabila jalan, JKR Malaysia.
Sebab kalau begitu, mungkin dia terlalu membebankan satu kementerian ataupun satu jabatan JKR. Sebab itu secara praktiknya, memudahkan lagi projek-projek ini dilaksanakan. Sebab itu dia perlu di-centralize ataupun dibahagikan kepada agensi-agensi lain sepertimana yang sedia ada.
Misal kata kalaulah projek jalan itu tak berapa besar, tak panjang di kawasan.
Kalaulah perlulah JKR Malaysia, mungkin dia lebih baik kepada pihak berkuasa tempatan yang lebih dekat dengan wakil rakyat, yang lebih dekat dengan akar umbi. Begitu juga pejabat daerah, mungkin membantu Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah melaksanakan projek jalan kampung. Dulu ini bos saya ini, Menteri Luar Bandar dan saya Timbalan Menteri. Kita lancar melaksanakan projek untuk membina jalan-jalan kecil di akar umbi tanpa menggunakan satu saluran, JKR sahaja. Sebab itu dia ada pros and cons kata orang Yang Berhormat ya. Jadi, kita mungkin boleh teruskan dengan kaedah yang sedia ada. Okey.
Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Saya bertanya ini sebab Yang Berhormat, saya mendapat jawapan sehingga 30 September 2024, aplikasi MYJalan dan kementerian Yang Berhormat tahniahlah, telah menyelesaikan sebanyak 95 peratus daripada aduan-aduan tersebut. Tetapi, balance-nya itu agak tidak memuaskan. Maknanya, agensi-agensi lain tidak mengambil tindakan sepertimana yang diambil oleh KKR.
Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi
Terima kasih kerana membangkitkan ini dan memberi saya peluang untuk bersama Yang Berhormat, menerangkan lagi, mencerahkan lagi fasal MYJalan. MYJalan ini kita wujudkan sebagai satu no wrong door policy. Tak ada. Mana aduan yang boleh katakan kalau dihantar ke aplikasi MYJalan ini, kita kata salah. Kita terima semua ya, sebab kita ini collective responsibility Yang Berhormat ya.
Jadi di situ, kita ada sistem. Kita tengok, kita teliti satu demi satu, mana yang jatuh di bawah seliaan KKR, JKR, kita ambil tindakan sepertimana telah saya sebut dalam jawapan
Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi
saya pagi tadi kepada Yang Berhormat Bentong. Jadi, kita dah selesaikan 100 peratus dalam satu ke 16 hari.
Yang itu, yang memang jatuh di seliaan KKR, JKR Malaysia. Yang selain itu, memang betul kata Yang Berhormat. Apabila kita hantar maklumat-maklumat, data-data itu kepada pihak lain, kerajaan negeri, PBT dan sebagainya, ini adalah aduan yang berkaitan dengan kawasan ataupun di jalan di seliaan tuan.
Jadi, itu setakat itu saja kami boleh katakan, boleh buat. Selepas itu, tindakan itu, terpulang kepada mereka. Sebab itu saya dan kami pasukan di kementerian ini selalu nak berurus, berlibat urus dengan pihak yang lain itu, kerajaan negeri PBT supaya mereka dengan kata lain, buy in, bersama dalam program ini.
Jadi sebab itu Yang Berhormat, memang kalau orang tak faham, dia mungkin kata, “Eh, mengapa Alex kata 100 peratus dia boleh buat, tapi masih lagi tak disempurnakan, tak dibaiki”. Memang itu bukan dalam seliaan Kementerian Kerja Raya. Sebab itu Yang Berhormat, memang dah tahu dah. Jadi, bantulah Yang Berhormat. Kita di kawasan ini bagi tahu kepada PBT, bagi tahu kepada kawan-kawan kita di kerajaan negeri supaya bersama dalam kita boleh bergerak dengan segera membuat kerja-kerja membaiki jalan yang rosak yang diadu melalui MYJalan ini.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya beralih. Mungkin ini menarik minat ramai dari Sarawak dan Sabah. Lebuhraya Pan Borneo, dah senyum kawan-kawan. Saya mulakan penggulungan dengan isu melibatkan Lebuhraya Pan Borneo seperti yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Semporna, Ahli Yang Berhormat Tenom dan ramai lagi ya.
Jadi untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dilaksanakan dalam tiga fasa mengikut cadangan jajaran seperti berikut ya.
Fasa 1, Sindumin-Kota Kinabalu dan Kudat-Ranau-Mile 32 Sandakan-Tawau, 706 kilometer sepanjangnya. Fasa 2, Tamparuli-Ranau, 98 kilometer. Fasa 3, Tawau-Kalabakan-Nabawan- Keningau-Kimanis, 432 kilometer. Jadi, kita dalam Fasa 1 sekarang.
Fasa 1, dengan anggaran jarak keseluruhan 706 kilometer dibahagikan kepada 35 pakej kerja di mana 16 pakej kerja di bawah Fasa 1A dan baki 19 pakej kerja di bawah 1B, Fasa 1B. Status kemajuan fizikal semasa bagi Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1A adalah 78 peratus dan dijadualkan dapat disiapkan pada suku pertama tahun 2026. Manakala status kemajuan fizikal semasa bagi Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B adalah 20 — eh, sebanyak 2.4 peratus. Dia baru mula. Baru. Kita baru keluarkan surat setuju terima Tuan Yang di-Pertua…
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin
Yang Berhormat Menteri, boleh...
Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi
…di mana keseluruhan Fasa 1B dijadualkan dapat disiapkan pada tahun 2029 nanti. Sila.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin
Yang Berhormat Menteri, ada beberapa perkara yang ingin saya sentuh berhubung dengan penganugerahan pakej 1B ini, 19 pakej di mana dalam pakej WP32.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin
Jabatan Kerja Raya negeri Sabah menerima 10 company yang untuk prakelayakan dan dua company langsung tidak layak. Satu, bukan bumiputera, satu bumiputera dan Jabatan Teknikal, Jabatan Kerja Raya Sabah mengesyorkan lapan company yang layak kepada Kementerian Kerja Raya Malaysia. Kementerian Kerja Raya Malaysia pula mencadangkan salah satu company yang disyorkan oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah.
Malangnya, syarikat TCS yang tidak layak langsung ini, tidak qualified ini diminta oleh pihak tertentu untuk dikeluarkan SST. Berdasarkan tatakelola Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, ini merupakan satu pelanggaran yang besar dan memalukan Jabatan Penilaian JKR Sabah dipaksa untuk mengeluarkan SST kepada syarikat yang tidak layak, yang telah ditolak. Jadi, apakah Yang Berhormat mengetahui perkara ini sebab surat untuk meminta SST itu dikeluarkan adalah Timbalan Ketua Setiausaha Jabatan Kerja Raya.
Satu lagi pakej, pakej 33 yang dapat syarikat MTD Sendirian Berhad. Tiba-tiba Gammerlite boleh mengumumkan dia mendapat pakej WP33 dan melantik pula Ireka sebagai subkontraktor dia. Bermakna dua sudah subkontraktor. Apakah pihak kementerian mengetahui perkara ini? Sekiranya ya, bermakna pihak kementerian harus membatalkan serta-merta pelantikan MTD ini sebab dia melanggar tatakelola dengan melantik sub dua orang subkontraktor.
Pakej WP32 ini, KKR juga rakyat Sabah mahukan ketulusan. Kita tidak ada lapan kontraktor yang telah di – prakelayakannya telah dipastikan oleh KKR negeri Sabah harus dipertimbangkan dan bukan dibagi kepada TCS yang tidak ada qualify langsung dan dia tolak daripada prakelayakan. Terima kasih.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Baik Tuan Yang di-Pertua, saya menjelaskan ya.
Ia diceritakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan mungkin ada fakta tapi bukan 100 peratusnya betul ya. Sebab itu saya perjelaskan, dari peringkat awal, prakelayakan kepada kesemua syarikat, ditawar kepada semua syarikat yang mengambil bahagian termasuk TCS, WP32 ini dahulu bincang.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat, saya ada fakta dia.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Jadi...
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kalau Yang Berhormat perlu, saya boleh bagi.
[Ketawa]
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
...Duduk dulu. Saya jawablah. Apabila proses menilai di peringkat JKR Sabah ya, di peringkat JKR Sabah dihantar kepada Lembaga Perolehan ya, Lembaga Perolehan di peringkat KKR Malaysia. Dalam jawatankuasa, KSU, KKR, MoF, KP JKR ya, bersama untuk 32 ini diangkat sebagai disyorkan juga oleh KKR dalam laporan perolehan KKR kepada MoF ya, mengikut yang dihantar oleh Sabah. Tau ah?
Tapi bila kita terima maklum balas daripada MoF, itulah yang dikatakan oleh Yang Berhormat betul. TCS yang disyorkan ya, dari peringkat MoF kepada kami, kepada JKR Sabah mungkin tahu juga. Mengapa? Tanya MoF lah.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Haa...
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Duduk, duduk.
[Tidak jelas]
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tak, saya mahu jawapan Yang Berhormat saja sebetulnya,
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Itu saja jawapan saya.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya tidak menyalahkan Yang Berhormat.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Tidak, tidak. Memang tidak menyalahkan.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Bermakna tatakelola ini telah dilanggar oleh MoF. Haaa...
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Ha. Ya lah. Saya pun mungkin...
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
...Dan saya akan tunggu MoF nanti datang, saya akan tanya.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Ha, tanya tapi kita ini collective...
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Betul, betul, betul.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Sekarang masa saya menjawab, saya menjawab ya. Nanti kalau ada peluang Yang Berhormat tanya pihak lain, tanya pihak lain. Saya jelas kepada Yang Berhormat dan Dewan apa yang sepatutnya – yang sebenarnya yang berlaku yang saya tahu di peringkat kami. Apabila, apabila apa...
[Ketawa]
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
[Bangun]
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
...Lembaga Perolehan jadi mengesyorkan kepada MoF yang 32 itu kita ikut, yang disyorkan oleh Sabah ya, kita ikut dalam rekod. Keluar ada berapa kita hantar dalam senarai beberapa pakej itu. Mungkin saya, kalau tidak silap ada tiga ke empat yang berlainan keputusannya daripada senarai yang disyorkan oleh KKR Sabah, KKR Malaysia keputusan oleh MoF, ya.
Okey, jadi nak katakan kami diminta menggugurkan, mungkin kuasa mutlaknya MoF, Yang Berhormat ya. Jadi, cadangan Yang Berhormat minta KKR menggugurkan bukan bidang kuasa sayalah, ya. Jadi...
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Cuma tatakelola itu memang tidak terikutlah.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Tidak apa. Itu, itu hal lainlah. Ini fakta saya bagi kepada Yang Berhormat. I have to work within the framework of my kawasan, kuasa sayalah.
Sila Datuk.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Dato’ Speaker, terima kasih banyak Yang Berhormat. Saya cukup faham keterbatasan Yang Berhormat dalam menyelesaikan masalah ini. Tapi apa yang dibangkitkan oleh Kinabatangan itu sepatutnya sebagai sebuah pemerintah, belajar daripada kesilapan dahulu. Fasal kebimbangan saya akan berlaku ketirisan ya, fasal contohnya saya setuju dengan preque dari awal bila perbahasan timbul.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Saya nak tanya tentang perkara ini. Prosesnya itu masa pertimbangan pre que yang diguna pakai ialah berdasarkan dengan kapital. Jadi masalah dia, kalau dia RM1 bilion, RM2 bilion, akan ada syarikat yang disebutkan yang berdaftar di Bursa Saham Kuala Lumpur, listed company yang datang dari Semenanjung mendapat award. Saya difahamkan ini projek yang agak besar.
Tiga syarikat yang ada dan membimbangkan saya keadaan ini Dato’ Speaker sebenarnya, saya jelaskan supaya mungkin di peringkat kalau tidak keterbatasan di peringkat Kabinet, di peringkat perkara ini kerana kita tidak mahu nanti, besok di Sabah Sarawak pengalaman Yang Berhormat kita dulu pun di situ, konsortium.
Kalau kita tahu bahawa syarikat yang ada di Sabah mungkin capital income dia cuma RM500 juta, RM300 juta. Kenapa tidak buka satu konsortium, bergabung tiga syarikat dari Sabah melaksanakan Projek Pan Borneo yang berapa bilion itu? Daripada kita lantik Bursa Saham Kuala Lumpur dan masalah dia ketirisan. Dia lantik kontraktor, dia bayar tax, dia juga mahu untung. Selepas itu syarikat subkontraktor mahu juga untung.
Ini yang membimbangkan kita sedangkan kewangan negara kita terbatas, sedang keperluan jalan raya ini juga terdesak di peringkat Sabah. Jadi saya berharap Yang Berhormat selaku dipertanggungjawabkan, saya tahu berat. Bukan keputusan cuma mungkin keterlibatan ya, dari segi apa yang dilakukan, satu kerjasama di antara JKR, sama ada kerajaan negeri. Menteri Kerja Raya pun ada di sini di peringkat negeri Sabah. Kenapa tidak boleh diselesaikan masalah ini kerana ini membabitkan kewangan negara kita.
Dato’ Speaker, saya bimbang pasal end of the day, who is going to monitor projek yang dilaksanakan oleh Bursa Saham, listed company yang ada. Tetapi selepas itu subkontraktor. Dah ada dahulu subkontraktor senarai-senarai yang dulu keupayaan mereka.
Contohnya di kawasan saya di Tawau. They have done a very good job and this company is notable, very good tapi bid tidak masuk dalam senarai apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan. Fasal proses yang ada, preque ada syarikat yang nak masuk tender, they have selected di peringkat negeri Sabah, dia pilihlah 10 syarikat.
Mereka pilih, bukan ada open tender, bukan ada lepas itu senarai itu disusun atur dengan baik. Jadi saya berharap diperbetulkan keadaan ini sebelum ianya akan satu kelewatan, kelambatan. Keduanya ketirisan Yang Berhormat. Terima kasih banyak.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Yang Berhormat, semuanya sudah dibincang di peringkat awal, ya. Mestilah kita sudah banyak libat urus antara pihak kerajaan negeri, JKR negeri, JKR Malaysia, KKR Malaysia, MoF. Mungkin Kementerian Ekonomi juga untuk bagaimana memikirkan apa kaedah yang terbaik.
Memang ada Yang Amat Berhormat ini dia champion open tender. Sebenarnya minta open tender tapi ada juga pandangan berkata kalau terlalu open tender, mungkin ada mereka nanti tidak ada peluang, ha tidak ada peluang. Sabah tidak ada peluang, yang belum lagi cukup matang sebagai kontraktor mungkin tak ada peluang. Tapi kalau diberi ruang untuk dibuat selective tender ataupun tender, dia tidak ada selective tender, akhirnya jadi preque, prakelayakan dulu ya. Itu jadinya.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Jadi, ini pun dibuat di peringkat Sabah, pastu pre-Q ─ kita pantau juga di KKR.
Selepas itu, memang tender dibuat. Itu saya tak nak mengulanglah yang telah saya sebutkan tadi proses dia. Sampai ke kita, kita dah ― Lembaga Perolehan di KKR telah saya ceritakan tadi, kita hantar ke MoF, jadi keputusan dari MoF Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Semporna ya.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh sikit lagi Yang Berhormat, sikit sahaja.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Sikit sahaja?
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Habis masa.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Apakah Yang Berhormat tidak melihat bahawa perkara ini ada kejanggalan dan mungkin pihak JKR boleh kali tidak perlulah buat pre-Q sebab yang disyorkan pun yang tidak di-qualify pun dibagi, bagus kasi directly nego. Ya lah, bagi sama TCS direct nego. Ya lah, kalau ini kroni kita tidak payah lagi ada pre-Q. Pre-Q pun tidak laku juga.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Tetapi pre-Q mungkin bukan 100 peratus mutlak apa yang pre-Q itu. Sebab isu kewangan, sebab itu keputusan dia mutlak di peringkat MoF.
Mungkin dari pre-Q dari segi...
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tidak, maksud saya...
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Tunggu dulu...
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
...Yb mencadangkan ke Kewangan tidak perlulah ada tata kelola itu, direct nego sajalah.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Itu pandangan Yang Berhormat lah. Saya cerita apa yang sebenarnya ya. Kalau hendak cerita macam suka-suka sebut begitu, bolehlah.
Sepanjang ― sampai petang pun boleh kita bincanglah. Tetapi, sebenarnya saya cerita yang sebenarnya ya. Itu yang telah diterima pakai, sistem itu terima pakai, jadi pra kelayakan dibuat. Jadi, keputusan adalah...
Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Yang Berhormat Menteri.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Okey.
Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Saya hendak maklum bahawa saya dapat WhatsApp. “Kenapa dok berebut projek dalam Parlimen”. Saya pun hendak minta komen Yang Berhormat. “Kenapa hendak berebut projek dalam Parlimen.”
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Tidak apa Yang Berhormat. Sebenarnya mereka ini, mereka ini minta penjelasan, itu hak merekalah. Jadi, adalah tanggungjawab saya untuk saya menjelaskan, saya tidak ambil ini sebagai berebut projek...
[Ketawa]
Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Terima kasih, sekurang- kurangnya public dengar.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Baik, baik biar bagi...
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kalau semua WhatsApp kita baca di Parlimen, beratlah YB...
[Ketawa]
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Ya, ya. Tidak apa. Boleh Yang Berhormat saya teruskan. Tetapi Yang Berhormat, ini isu banyak lagi ini. MTD tadi. Kalau saya hendak ambil mungkin 10 minit lagi, tetapi sebenarnya MTD ini juga diputuskan ikut apa yang telah saya katakan tadi, keputusan mutlak dan dia, apakan dayalah kalau dia ada peluang untuk sub- con total kepada orang yang menawarkan lebih murah itu, kita semak mungkin itu tidak ada halangan dia boleh buat begitu.
Jadi, kalaulah MTD ini bukannya yang terendah, mungkin ada isu lah kita boleh bertanya. Tetapi MTD ini dalam pakej itu adalah yang menawarkan terendah harganya. Jadi, MoF tidak salah bagi dia memilih yang boleh menjimatkan kewangan kerajaan.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tidak. Yang Berhormat satu ― persoalannya, dua, tiga pakej ini syarikat itu lebih kurang begitu [Tidak jelas] juga, tidak ditimbang, padahal nombor satu. Tetapi yang ini dibagi keistimewaan, yang tiga pakej lain syarikat nombor satu terendah...
[Tidak jelas] dia tidak boleh ditimbang, tidak ditimbang langsung sebab tatakelola. Yang ini pula terus bagi, ini masalah ada conflict di situ.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Saya ambil maklumlah, saya tidak ada penjelasan itu. Sebab saya sudah terang dengan terbaik dari pihak sayalah. Itu berkenaan dengan kontraktor dan isu-isu yang dibangkit oleh Yang Berhormat Semporna dan juga Kinabatangan. Kita faham sebab, mereka ini pemimpin daripada Sabah, dia hendak yang terbaik untuk Sabah.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
[Bangun]
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Jadi, Yang Berhormat sebagai rakan sama dalam tanggungjawab ini, saya pun akan cuba dengan terbaiklah membantu kita di Sabah ini.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Saya ingat kalau boleh Dato' Speaker sebenarnya saya ― saya harap pelajaran daripada perkara seperti apa yang disuarakan ini dapat diperbetulkan. Bukan persoalan seperti dibangkitkan hendak rebut kontraktor. Kita tidak ada kontrak, cuma kita hendakkan jalan raya yang baik, satu.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
[Bangun]
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Kita tidak mahu ketirisan kewangan, keduanya. Kita hendak lahirkan usahawan-usahawan daripada sayap sama, nilai sama untuk mampu membina jalan raya seperti apa yang berlaku di Sarawak.
Terima kasih banyak.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Yang Berhormat.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Terima kasih Yang Berhormat, saya ambil maklumlah itu nasihat daripada Yang Berhormat.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Yang Berhormat Menteri, Tenom sini. Tadi, Yang Berhormat Menteri memaklumkan kepada Dewan bahawa pelaksanaan Pan Borneo Fasa 1B dijangka siap pada tahun 2029. Jadi, saya ingin bertanya mengenai...
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] 2026, 1B 2029.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
1B 2029, ya. Jadi, saya ingin bertanya mengenai bilakah pelaksanaan bagi fasa 3 bagi [Tidak jelas] yang merangkumi Keningau, Tenom, Pensiangan? Terima kasih.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Pensiangan itu bukan dalam 1B, bukan dalam Fasa 1A.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Maksud saya dia dalam fasa 3.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Dia fasa ketiga.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Fasa 3.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Kalau fasa ketiga Yang Berhormat...
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Jangkaan pelaksanaannya.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Belum dengar khabar sangat lagi ni. Sebab 1A ini pun kita belum selesaikan, 1B kita baru mula, fasa kedua lagi belum ditentukan apa-apa.
Sebab disebut ada lah, kita tahu jajaran dia berapa, panjang dia sebagainya dan mungkin anggaran. Fasa 3 ini lagi jauh ini. Saya tidak hendak menjawab, saya pun tidak hendak buat apa-apa komitmen apa-apa, tetapi memang dalam perancangan. Sebab itu saya sebut dalam ucapan saya tadi.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Okey, terima kasih.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Ya. Kita haraplah, kalau hendak dipercepatkan di peringkat kerajaan negeri, bekerjasama dan bersama berurus dengan lebih baik kepada ― bersama Kementerian Ekonomi. Bila diputuskan, ini boleh disegerakan, itu dalam pelaksanaannya nanti barulah KKR terlibat. Okey Yang Berhormat? Baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Satu minit tinggal sahaja.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Satu minit sahaja.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak teruskanlah tetapi sudah banyak bincang tentang Sabah ini tadi. Sama ada saya hendak teruskan. Saya ingat bolehlah saya ― sudah banyaklah Pan Borneo Sabah ini. Saya hendak jimatkan masa supaya adil pada pihak lain nanti.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, ini beralih kepada Sarawak. Sarawak-Sabah Link Road
(SSLR) dia dua fasa juga. Sebab ini dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Lawas yang mengutarakan tentang projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya amat menghargai sokongan yang diberikan oleh Ahli Yang Berhormat dan rakyat Sabah yang sentiasa menyokong kesemua projek Persekutuan yang sedang dan akan dilaksanakan di negeri Sarawak ini.
Jadi, merujuk kepada hasrat Yang Berhormat supaya projek SSLR atau SSLR II ini fasa kedua disegerakan pelaksanaan, sukacita dimaklumkan bahawa projek SSLR ini yang melibatkan kedua fasa ini, yang fasa kedua ini baru dimulakan dengan surat setuju terima telah dikeluarkan kepada kontraktor dan yang SSLR Fasa 1 iaitu persimpangan dari SSLR
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
tadi ke persimpangan Long Lopeng atau disebut sebagai SSLR Fasa 1 telah mula dilaksanakan sejak bulan Ogos tahun 2021 dulu.
Dari jajaran projek bermula di Kampung Gelugus, Lawas sehingga Persimpangan Long Lopeng dengan anggaran panjang 77 kilometer dan projek ini kini telah mencapai 40 peratus pelaksanaan di tapak setakat bulan Oktober 2024 dan dijangka siap pada bulan November 2026.
Selain itu, projek Sarawak-Sabah Link Road Fasa 2 pula telah diluluskan dalam tahun 2023 yang lalu dan seperti mana yang telah saya sebutkan tadi SST telah dikeluarkan pada bulan Mac 2024. Projek ini melibatkan empat pakej dan tiga sub pakej dengan jajaran sebanyak anggaran 332 kilometer. Status kini, bagi projek ini adalah sedang di peringkat pengambilan balik tanah oleh pihak Jabatan Tanah dan Survey Negeri Sarawak dan pembersihan tapak oleh kontraktor di beberapa kawasan yang telah diselesaikan urusan pengambilan tanah. Jadi, tempoh pelaksanaan projek SSLR II ini, fasa kedua dijangka lima tahun dari sekarang Yang Berhormat Lawas.
Tuan Yang di-Pertua, ini kita beralih kepada Lebuhraya West Coast Expressway
(WCE)...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri, saya bagi masa tambahan lima minit untuk jawab seberapa banyak. Lima minit sahaja.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Sudah habis masa?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya. Sudah habis masa.
Saya bagi lima minit untuk gulung.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Lima minit ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya, lima minit sahaja.
Terima kasih.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Lima minit ini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, kasihan dengan mereka. Ini memang sangat telitilah jawapan-jawapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak apa, boleh bagi jawapan bertulis kalau kasihan.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Memang saya akan bagi sebagai jawapan bertulis. Tapi saya nak tunjuk kepada Ahli-ahli Yang Berhormatlah, pegawai kita memang buat jawapan dengan terbaik. Jadi, oleh sebab masa terlalu singkat dan terhad, jadi biarlah saya akur kepada arahan Tuan Yang di-Pertua. Boleh? Atau pun saya boleh bagi. Okeylah, saya ikut Tuan Yang di-Pertua lah. Siapa nak? Dari Semenanjung belum ada siapa yang bertanya. Ada? Seorang tadi dah. Okeylah, tak apa. Okey.
Tuan Yang di-Pertua, mengakhiri penggulungan saya, belanjawan kali ini terus menjadi tunjang aspirasi dan harapan Kerajaan MADANI ke arah memperkasakan kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Jadi, justeru itu, saya ingin mengajak kita semualah mengubah persepsi dan tanggapan biasa kita bahawa skop tugas dan fungsi
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
kerajaan kerja raya, Kementerian Kerja Raya hanya menjurus ke arah aspek keselamatan dan keselesaan penggunaan jalan raya semata.
Walaupun secara dasar itulah asasnya, namun moving forward, kita mara ke depan, menjadi harapan saya supaya peranan KKR ini tidak seharus terhenti di sekadar itu sahaja malahan harus terus dipergiatkan dan perkukuhkan supaya menjadi antara organisasi yang terbaik, menjadi jentera penggerak agenda Kerajaan MADANI melalui peningkatan daya upaya modal insan yang pakar dan serta berkemahiran pembangunan teknologi dan infrastruktur yang maju, canggih dan berdaya saing. Jadi yang – serta mutu dan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan setaraf dengan standard dan piawaian di peringkat antarabangsa.
Jadi, sebab itu saya ceritakan di peringkat awal tadi banyak program-program yang melibatkan penyertaan antarabangsa. Sebab kita ini, Malaysia ini dilihat sebagai satu negara, di mana potensinya sangat tinggi dan kita tidak mahu ketinggalan dalam segi erti kata kemampuan kita, kapasiti kita, kalau kita kekurangan kemahiran, kekurangan mengadaptasikan teknologi dan sebagainya.
Sebab itu, mungkin kepada orang biasa, kita orang biasa ini, kita terlepas pandang sebab itu perkara di atas sana. Tapi tanpa itu, mungkin cara kita bekerja, tata kelola kita dan kualiti outcome kerja kita tak jadi terbaik kalau kita tidak bersama dengan negara-negara maju dan global.
Sebab itu, saya tekankan juga dan dalam bajet ini kami telah mohon diberikan peruntukan supaya engineer-engineer kita dan di CIDB dan LLM juga, mereka ini dapat belajar dari negara lain yang melaksanakan, menyempurnakan infrastruktur asas kepada negara kita. Jadi, building industry kita juga dihormati dan kepercayaan negara lain memain peranan as a stakeholders and industry players. Dia rasa di negara kita ini adalah suasana yang terbaik dan environment building industry yang terbaik sebab kita akur kepada kelestarian dan sebagainya. Jadi...
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Yang Berhormat.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Okey, Yang Berhormat. Perubahan yang baik bermula dari sini dengan sokongan dan kelulusan Ahli Yang Berhormat semua. Kelemahan, kekurangan dan kegagalan akan sentiasa diberikan perhatian, diperbaiki dan diatasi. Saya akan terus...
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Minta laluan, minta laluan.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Tunggu dulu. Meraikan segala bentuk idea dan pandangan supaya kita bersama-sama dalam menyumbang terus ke arah masa depan industri pembinaan yang lebih progresif dan dinamik di masa akan datang. Boleh, Yang Berhormat?
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Boleh, ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Minta penjelasan atau apa?
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kalau nak minta penjelasan, tak perlu kerana tak cukup masa.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Okey, Yang Berhormat saya nak minta sikit sebab Semenanjung tak disentuh langsung. Saya minta sikit penjelasan. Saya minta Yang Berhormat memberi sikit penjelasan tentang lebuh raya bertol R6 iaitu daripada Sungai Petani - Kulim-Bandar Baharu, 102 kilometer.
Ikut jawapan lisan daripada Yang Berhormat tempoh hari iaitu lebuh raya ini adalah menggunakan PFI, menunjukkan bahawa hingga sekarang tak ada satu kontraktor yang sanggup membuat tentang lebuh raya ini. Adakah pihak kerajaan bercadang untuk mengambil alih supaya lebuh raya ini dipercepatkan dan memberi kesan kepada laluan jajaran yang dicadangkan? Terima kasih.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Ini pun sedang diperbincangkan semula dan diperhalusi bagaimana kita, sama ada membuka semula RFI atau request for proposal dan sebagainya sebab yang kita buat pertama tu tidak berjaya ya. Jadi, ini dalam perbincangan, dalam usaha kita. Tengok bagaimana ini boleh diselesaikan, ya. Sekian, terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kerja Raya. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri dari Kementerian Dalam Negeri untuk menjawab. Masa 45 minit sahaja.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Membaca sepotong doa] Allah Taala berfirman dalam Al-Quran Karim [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Dan jika sekiranya penduduk sesebuah negeri itu beriman dan bertakwa kepada Aku...” kata Allah, “Nescaya akan Aku limpahkan keberkatan dari pintu langit dan bumi”.
Tuan Yang di-Pertua, saya bangun pertamanya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang tampil mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat dasar melibatkan Kementerian Dalam Negeri. Kementerian Dalam Negeri memikul tugas hakiki iaitu menjaga keamanan dan ketenteraman awam. Di bawahnya terdapat sejumlah agensi dan dalam menjalankan peranan inilah Ahli-ahli Parlimen menyentuh tentang tanggungjawab agensi-agensi di bawah KDN yang memerlukan saya untuk tampil memberi penjelasan dan juga penggulungan.
Strategi penggulungan saya ialah kecuali perkara yang dibangkitkan yang membabitkan pembangunan dan infrastruktur, yang bertanyakan tentang balai polis yang uzur, kuarters yang uzur di kawasan masing-masing, bilakah IPD baru nak dibuat di kawasan Ahli Yang Berhormat. Yang itu saya mohon izin untuk memberikan jawapan secara bertulis sebelum sidang kita tamat.
Manakala, saya akan cuba menjawab mengikut topik perkara yang menyentuh tentang keselamatan dan ketenteraman awam, kewarganegaraan, keimigresenan dan juga
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
perkara-perkara yang menyentuh tentang hal yang terbaru yang berlaku yang membabitkan bidang tugas KDN.
Pertama, saya ucap terima kasih rakan-rakan saya Jelutong, Bukit Gelugor, Indera Mahkota, Kepong yang membangkitkan tentang RUU Akta Tahanan Rumah. Pertama, KDN telah pun mendapat persetujuan di peringkat Jemaah Menteri secara dasarnya untuk KDN meminda atau mengadakan satu undang-undang baru iaitu Akta Tahanan Rumah.
Jadi, dari segi dasar, kita dah dapat kelulusan Jemaah Menteri. Seterusnya, KDN akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara untuk membangunkan matriks ataupun kerangka apakah maksud Akta Tahanan Rumah ini. Di sana nanti, KDN akan mengadakan libat urus dengan Parliamentary Select Committee yang berkaitan. Hak Asasi, Keselamatan dan mana-mana Parliamentary Select Committee yang dianggotai rakan-rakan Ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang berminat untuk terlibat. Itu yang pertama.
Kedua, KDN akan melakukan sesi libat urus dengan semua stakeholders yang berkepentingan. Baik, apa latar belakangnya? Dato’ Yang di-Pertua, latar belakangnya ialah penjara kita ini sedang mengalami kesesakan. Setakat semalam, 6 November, terdapat seramai 87,229 prospek di dalam semua penjara. Baik. Daripada 87,229 ini, ada dua kategori.
Pertama, yang tinggal di dalam tembok penjara, berada dalam penjara. Kedua, yang Jabatan Penjara tempatkan dalam komuniti iaitu pemulihan dalam komuniti. Baik. Pemulihan dalam komuniti bermaksud secara fizikalnya prospek ini tidak berada di dalam penjara.
Mereka berada di luar. Bolehkah dari segi undang-undang kita melaksanakan ini?
Jawapannya boleh.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Di bawah Akta Penjara, seksyen 43, 46, 47 ini membenarkan suatu peraturan dibuat.
Kita dah ada peraturan, Peraturan Penjara 2000. Jadi, kita keluarkan mereka ini melalui sistem parol, kita keluarkan mereka melalui perintah kehadiran wajib, kita keluarkan mereka melalui pelepasan banduan secara berlesen. Dengan mengeluarkan mereka daripada tembok penjara setelah mereka melalui tapisan Jabatan Penjara yang melayakkan mereka untuk kita keluarkan mengikut sistem yang saya sebut tadi. Maka pertama, mereka juga akan terlibat dengan majikan yang menyediakan peluang pekerjaan pada mereka. Mereka akan berada di luar, mereka cepat menyesuaikan diri.
Baik, bagi setiap 800 orang yang berada di luar melalui Perintah Kehadiran Wajib- sistem parol, pembebasan banduan secara berlesen, bila tamat tempoh menjalani hukuman penjara, bagi setiap 800 yang bebas, yang mengulangi kesalahan dan masuk balik ke dalam penjara cuma satu. Ini kita panggil kadar recidivism. Apakah kesimpulannya? Kesimpulannya, ialah ini adalah success story. Kerana itu kita bercadang bahawa punca kesesakan yang ikut disumbangkan oleh pertama, mereka yang berada dalam penjara yang belum disabit, mereka ini namanya tahanan reman. Apabila mereka dibawa ke mahkamah untuk dituduh, pending trial date, mahkamah akan kata mereka hendaklah di tahan reman.
Baik, hari ini terdapat seramai 28,000 orang yang berstatus reman dalam penjara.
Baik, penjara kita muatannya 74,000 saja. Kalau dah 28,000 adalah yang reman, maka inilah
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
sasaran kami. Kalau Akta Tahanan Rumah ini boleh dibuat, hasrat kami, ini tertakluk nanti kita bincang, Ahli Yang Berhormat bagi pandangan, rang undang-undang itu akan dibentangkan. Hasrat kami ialah memberi kuasa kepada mahkamah untuk menimbang, kemudian memerintahkan bahawa yang ditahan reman ini hendaklah ditahan reman di rumah dan dipakaikan device sehingga tarikh perbicaraannya. Jadi, kelebihan yang segera apa dia?
Penjara kita akan menjadi lebih kondusif kerana tidak terlalu padat.
Baik, kerana itu ikhtiar di peringkat Kementerian Dalam Negeri sekarang adalah kita sebut tahanan rumah ini kita kata tak layak diberikan kepada pesalah ataupun prospek ini yang bagi kes seperti ini. Yang pertama, apa-apa jenayah yang memperuntukkan hukuman mati dan hukuman seumur hidup, yang ini tak layaklah, ini kes jenayah berat.
Kedua, kesalahan di bawah Bab 6 - Kanun Keseksaan, Bab 6A - Kanun Keseksaan, Bab 6B - Kanun Keseksaan. Ini sebab keselamatan negara dan sebagainya.
Kemudian kesalahan di bawah Bab 3A - Anti Pemerdagangan Orang (ATIPSOM), ini serius. Manusia ini ada maruahnya, ada harga diri, tapi diperdagangkan. Jadi, kalau mereka yang terlibat yang ini, mereka tak layak.
Kemudian kesalahan serius yang membawa hukuman pemenjaraan 10 tahun ke atas. Kesalahan di bawah seksyen 39B - Akta Dadah Berbahaya, kesalahan keganasan rumah tangga dan kesalahan yang melibatkan kanak-kanak dan kesalahan yang mempunyai hukuman sebatan mandatori, ini tak layak. Yang kita sasarkan adalah tahanan reman dan mereka bukan dituduh di bawah jenis-jenis kesalahan yang saya sebutkan tadi.
Kerana itu kita berpendapat bahawa hasrat untuk mengadakan rang undang-undang ini adalah, mahkamah mempunyai budi bicara untuk membenarkan mereka ini menjalani perintah tahanan di rumah sekiranya ianya berkaitan dengan nantinya keadaan kesihatan mereka yang boleh menyumbang kepada meredakan kesesakan. Baik...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat, boleh minta pencelahan? Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Saya mendengar dengan teliti penerangan Yang Berhormat Menteri mengenai cadangan RUU Tahanan Rumah ini. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Saya rasa Yang Berhormat Menteri familiar dengan perkara ini.
Di bawah Akta Penjara 1995 [Akta 537] ada satu peruntukan- provision yang bertajuk ‘Kuasa Mengisytiharkan Penjara’. Saya mohon izin untuk baca, “Menteri boleh melalui pemberitahuan dalam Warta mengisytiharkan mana-mana rumah, bangunan, kepungan atau tempat atau mana-mana bahagiannya sebagai suatu penjara bagi maksud akta ini, bagi pemenjaraan atau penahanan orang dalam jagaan sah dan boleh dengan cara yang sama mengisytiharkan bahawa mana-mana penjara sedemikian hendaklah terhenti.” Itu mungkin tak relevan.
Isunya bagi saya, soal pemenjaraan ataupun hukuman tahanan di rumah ini mungkin perkara baharu dilaksanakan, tapi saya rasa daripada segi undang-undang, sudah lama.
Sekurang-kurangnya tahun 1995.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Jadi, apa pandangan Yang Berhormat daripada segi cadangan kerajaan nak wujud satu akta baharu, tahanan dalam rumah dengan peruntukan yang sedia ada dalam seksyen 3, Akta Penjara ini? Terima kasih.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Dengan izin Yang Berhormat Menteri, soalan yang berkaitan.
Berkenaan dengan peruntukan yang telah pun dibangkitkan oleh Kota Baharu, seksyen 3 – Prisons Act. Sekiranya Akta Tahanan Rumah ini digubal dan dilaksanakan dalam masa yang terdekat, adakah peruntukan tersebut akan dipinda ataupun dimansuhkan?
Oleh kerana saya dengar tadi oleh Yang Berhormat Menteri bahawa budi bicara ataupun cadangan pada masa sekarang adalah budi bicara akan diberi kepada mahkamah.
Sekiranya itu adalah pendirian kerajaan, maksudnya Menteri sepatutnya tidak ada budi bicara yang sama.
Jadi secara logik, seksyen 3 tersebut juga perlu dimansuhkan. Jadi, adakah itu diteliti dan dicadangkan sekarang? Terima kasih.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, yang bangkit soalan ini para peguam handal. Saya mengaji Sains Pertanian saja, berdepan dengan Parlimen ini kita kena tunjuk gagah sikit ya.
Isu dia, Kota Bharu dan Bukit Gelugor ialah bila kita nak tempatkan tahanan rumah, dia melibatkan pemakaian device, okey. Dalam tafsiran undang-undang ia dipanggil ‘alat belenggu’. Tafsiran Jabatan Peguam Negara, ‘alat belenggu’ bermaksud gari, tapi KDN ada syor supaya takrif ‘alat belenggu’ itu tak semestinya gari, boleh juga device. Jadi, kerana itu cadangan Jabatan Peguam Negara adalah daripada menggubal atau meminda akta sedia ada, lebih baik diadakan rang undang-undang yang baharu.
Baik, bila kita adakan akta yang baharu ini Bukit Gelugor, sudah tentu kita kena harmonikan dengan peruntukan dalam akta sedia ada, itu sudah tentu. Saya ingat Bukit Gelugor tentu selesa dengan cadangan kami untuk memberi kuasa kepada mahkamah membuat keputusan.
Bukit Gelugor banyak berbeza dengan saya kalau soal Menteri yang buat keputusan.
Sebab itu dalam seksyen 43 - Akta Penjara, 46 dan 47 iaitu pembebasan berlesen, parol, perintah kehadiran wajib, itu kuasa Menteri mengikut Akta Penjara, di mana boleh mengarahkan Ketua Pengarah Penjara untuk membuat peraturan di situ.
Jadi, Kota Bharu betul dari sudut mengangkat seksyen yang menjelaskan dengan betul bahawa kuasa Menteri untuk mengisytiharkan. Jadi, mengisytiharkan satu premis sebagai penjara satu bab, tapi menempatkan orang yang ditahan itu dengan pemakaian ini, itu tidak berbetulan dengan maksud kerana pemakaian ini adalah pemakaian dianggap sebagai tak termasuk dalam takrif ‘alat belenggu’. Jadi, kami kena adakan rang undang- undang yang baharu, itu mengikut nasihat Jabatan Peguam Negara.
Baik, amalan ini Dato’ Yang di-Pertua, memang banyak dilaksanakan oleh negara- negara maju hari ini. Kerana itu tanpa rang undang-undang ini, buat masa sekarang tak ada.
Berdasar pada akta dan peraturan semasa, hanya banduan sabitan yang layak menjalani
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
program pemulihan dalam komuniti tadi. Kalau dia orang tua- vulnerable groups, wanita atau kanak-kanak yang 18 tahun ke bawah, yang ini kita tempatkan melalui pemulihan dalam komuniti. Jadi, kalau kita boleh buat satu lagi iaitu tahanan rumah, sudah tentu kesan segera ialah dia akan mengurangkan kadar kesesakan yang kemudian dia menimbulkan masalah yang tidak kondusif selama mereka tinggal di dalam penjara.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Dengan izin Yang Berhormat, boleh saya sedikit?
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Ya.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih berkenaan dengan penjelasan tersebut. Saya faham akan isu prison congestion ini. In fact, pada masa saya menjadi Timbalan Menteri tahun lepas, mengikut ingatan saya, jumlah prison overcrowding ada lebih kurang 72,000, 74,000. Sekarang mengikut statistik Yang Berhormat Menteri tadi, mengatakan sekarang lebih kurang 87,000 lebih. So, bilangan- jumlah itu sudah naik, tetapi kita perlu juga menikmati, we have to know bahawa ada kes-kes ataupun offences, kesalahan-kesalahan yang tertentu yang tidak patut diberi house arrest ini.
Memang saya faham kes-kes seperti reman, kes-kes dadah yang kecil dan sebagainya, mungkin itu sepatutnya kita beri house detention oleh kerana ini boleh mengurangkan prison congestion.
Jadi, tadi pihak Menteri telah pun memberi beberapa contoh di mana prison arrest, house arrest ini tidak akan dibenarkan- Bab 6A, 6 dan sebagainya. Juga, untuk kesalahan yang memperuntukkan penjara 10 tahun dan ke atas.
Adakah penjara 10 tahun dan ke atas itu mengikut kesalahan ataupun mengikut hukuman yang diberi oleh mahkamah? Itu penting. Oleh kerana sekiranya seseorang itu dituduh di bawah sesuatu seksyen, hukumannya prescribed dalam seksyen tersebut. Jadi, adakah kita mengikut the prescribed sentence ataupun sentence yang telah pun dijatuhkan oleh mahkamah?
Jadi, kita hendak tahu- contohnya, dalam kes Najib Tun Razak. Dalam kes tersebut, beliau telah pun disabitkan dan diberi hukuman yang tertentu. Jadi, adakah house arrest ini akan diguna pakai ataupun boleh dipakai oleh seseorang seperti itu? Terima kasih.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat, saya teruskan.
Soalan yang hampir sama.
Kalau Yang Berhormat Menteri mengatakan rasional ataupun justifikasi hendak wujudkan Akta Tahanan Rumah ini adalah kerana penjara kita overcrowded ataupun kerana hendak ada peruntukan untuk pemakaian device?
Saya rasa itu bukanlah alasan yang besar untuk wujudkan satu undang-undang.
Sebab, kalau Yang Berhormat masih ingat, masa Yang Berhormat jadi- masa COVID dulu, beberapa akta telah dipinda untuk memasukkan pemakaian device itu dalam akta sedia ada.
Contohnya, Akta 342, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit. Mereka yang
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
dikenakan tindakan kerana tidak pakai face mask dan sebagainya, dicadangkan untuk memakai device. Itu benda yang kecil sahaja.
Peruntukan seksyen 3 ini sudah jelas. Saya rasa intention of legislation, niat pembuat undang-undang pada masa ini juga telah mengambil kira berlaku satu masa akan berlakunya overcrowded di dalam penjara. Jadi, takkanlah kerana alasan-alasan begitu sahaja menyebabkan perlu satu akta khusus untuk tahanan rumah?
Saya pun ingin bertanya sebagaimana Bukit Gelugor. Adakah isu ini dibuat disebabkan oleh, dibangkitkan di dalam masyarakat, isu addendum yang dikatakan semasa proses pengampunan yang didengar permohonan oleh bekas Perdana Menteri, Najib Razak pada 2 Februari 2024?
Ini saya hendak memperbetulkan fakta. Semalam saya bersama Menteri Undang- undang. Saya ragu beliau tak nak jawab soalan saya dan dia kata, “Perkara ini, Menteri KDN kena jawab.” Isu addendum ini. Sedangkan, dia beritahu dalam Dewan ini semalam, dia kata, “Siapa ya urus setia?” Macam dia tidak tahu urus setia. Di tangan saya ini...
[Menunjukkan dokumen berkaitan] Dengan jelas kenyataan media- Bahagian Undang- undang, Jabatan Perdana Menteri sebagai urus setia pada Lembaga Pengampunan. Dia tidak tahu dia itu lah Urus Setia Lembaga Pengampunan...
[Tepuk] Jadi, semalam saya tidak ada ini. Saya balik, saya bawakan pada hari ini. Tak apalah benda itu.
Jadi, dalam hal ini, saya hendak dapat penjelasan teruslah kerana ini ada kaitan.
Benarkah Yang Berhormat, wujudnya apa yang dipanggil addendum? Satu perintah tambahan di dalam perintah berkaitan dengan keputusan Lembaga Pengampunan terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak yang mana Lembaga Pengampunan ini telah memberikan pembebasan awal kepada beliau dan juga pengurangan denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta sahaja dan dikatakan ada addendum. Saya telah dibekalkan oleh...
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Saya ingat isu addendum, saya respons terus supaya tidak prolong. Nanti makan masa terlalu panjang.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ada, ada itu?
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Isunya isu addendum sahaja. Saya jelaskan. Baik ya.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Okey.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih, Kota Bharu. Kota Bharu sudah ambil tujuh minit masa saya. Kota Bharu sahaja. Saya ada 45 minit. Okey ya.
Bukit Gelugor dan Kota Bharu, saya hendak sebut begini ya. Saya jelaskan tadi, hasrat KDN untuk mewujudkan akta ini adalah untuk address isu tahanan reman. Kalau sabitan, tidak kenalah, tidak termasuk dalam kita punya ini. Melainkan nanti bila kita bentang nanti, Ahli Yang Berhormat merasakan bahawa yang sabitan pun mesti dipertimbangkan juga, and then, kita buat keputusan masa itu.
Buat masa sekarang, niat kami adalah untuk kategori yang mahkamah perintahkan tahanan reman sementara menunggu tarikh perbicaraan. Jadi, termasuklah kalau dia dituduh
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
reman di bawah perkara yang 10 tahun tadi itu- kerana 10 tahun, dia tidak layak, tak perlu dipertimbanglah. Itu menunjukkan tahap seriusnya kesalahan dia itu.
Kota Bharu, cerita tentang addendum. Itu adalah perkara yang berkait dengan keputusan Pardons Board. Pardons Board, dalam Perlembagaan, sepenuhnya kuasa Yang di-Pertuan Agong.
Administratif, of course-lah, dia adalah Sekretariat dan sebagainya.
Kota Bharu juga mengikuti keputusan mahkamah. Ketika peguam yang berkenaan bawa dan mahkamah kemudian menganggap bahawa addendum ini adalah suatu hearsay.
Itu sudah jelas. Keputusan mahkamah. Jadi, kalau sudah itu, itu sudah jelaslah. Kita tidak patut timbul lagilah. KDN pun, lagi jauh. Kita tidak menganggotai Pardons Board. Tidak ada.
Tidak ada langsung. Jadi, wujud atau tidak, mahkamah kata ketika perkara itu diangkat oleh Peguam yang berkenaan. Mahkamah kata cerita ini dapat daripada si polan, si polan dengar daripada si polan, si polan dapat daripada si polan. Itu maknanya hearsay. Jadi, selesai di situlah. Saya tidak mahu ulas lebih daripada itu. Baik ya.
Saya hendak teruskan kepada perkara kedua, Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Sedikit sahaja.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Bagi saya habis sebab saya ada 23 minit.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Half minute.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Saya tidak mahu prolong lebih.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Setengah minit sahaja.
Setengah minit.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Saya sudah jelaskan begitu, Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Setengah minit sahaja.
Setengah minit.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Keputusan mahkamah yang telah pun dibuat.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Itu satu. Saya hendak tanya begini, Yang Berhormat. Be fair to me also. Sebagai kerajaan, apabila wujudnya isu addendum ini, boleh kerajaan jelaskan ada ataupun tidak ada addendum itu? Bukan masalah hearsay tidak hearsay. Perdana Menteri atau Menteri boleh menghadap Yang di-Pertuan Agong yang dulu, tanya Yang di-Pertuan Agong, “Ada kah tidak addendum itu?”...
[Tepuk]
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Okey, duduk. Bagi saya jawab pula. Itu pandangan Yang Berhormat. Pandangan kita, kalau ada dispute, pertikaian antara kerajaan dengan rakyat, antara si polan dengan si polan, institusi mana yang membuat keputusan?
Institusi mahkamahlah buat keputusan. Kalau mahkamah kata itu hearsay – Yang Berhormat faham apa maksud hearsay?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Hearsay affidavit.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Jadi, ini anggap selesailah. Pandangan Yang Berhormat adalah kerajaan kena tanya.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Afidavit itu hearsay. Bukan isunya.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Itu pandangan Yang Berhormat.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Afidavit itu hearsay. Isunya bukan hearsay.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Pandangan Yang Berhormat, kerajaan kena tanya, “Hei, Pardon Board, ada tidak?” Itu pandangan Yang Berhormat. Oleh kerana ada dispute, pertikaian, leave it to court to decide. If there is something related to the law, let the court develop the law, dengan izin. Gagah saya hafal skrip itu hendak berhujah hari ini.
Bercakap orang putih juga.
Baik. Itu cerita itu. Saya move kepada tajuk yang kedua.
Ahli Yang Berhormat juga bertanya tentang 1.2 juta pelancong China yang masuk, tidak keluar. Okey, sejumlah pelancong China masuk, kemudian overstay dan segala macam. Hari ini saya hendak jelaskan. Dari manakah datang 1.2 juta ini?
Ketika Larut menjadi Menteri Dalam Negeri, dia menjawab satu soalan daripada Tasek Gelugor pada waktu itu. Dia sebut- soalan itu menyebut tentang 1.2 juta. Maka, masuk Hansard-lah. Itulah bermulanya. Itu legasi- lama.
Kemudian, Larut pada satu kenyataan media menyebut – 26 Ogos 2022. “Jumlah itu tidak betul.” Larut. Bukan saya. Ketua Pembangkang kata 1.2 juta itu tidak betul. Ini dia...
[Menunjukkan dokumen berkaitan]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Mencelah]
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Tanya Ketua Pembangkanglah, Arau.
Jangan tanya saya...
[Dicelah] Nanti sat. Tak apa, tak apa. Duduk, duduk. Duduk sat.
Saya kata, 22 Ogos 2022, Kementerian Dalam Negeri, ini dia. “Jumlah itu tidak betul”, kata Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin.” Bukan dia sahaja.
Sebelum itu pun bangkit dan Pagoh pun buat kenyataan yang sama. Duduk situ dulu...
[Merujuk pada Blok Menteri]
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Kemudian, ada penjelasan daripada Ketua Pengarah Imigresen pada waktu itu.
Jumlahnya dia kata cuma lapan ribu. Dia ada sebut lah di sini. Baik, baik. Baik, hari ini saya hendak jelaskan. Kita ini bila pelancong masuk, dia masuk dengan pas khas- Pas Lawatan Sosial. Okey, dia juga masuk dengan segala macam pas-pas lainlah ya. Itu jelas, tetapi saya hendak jelaskan. Kota Bharu banyak tanya berkenaan dengan berapa yang masuk dan tidak keluar. Saya hendak jelaskan.
Ketibaan daripada 1 Januari 2018 hingga 30 November, pelancong dari Republik Rakyat China 8,491,653. Baik, pelepasan keluar, 8,012,294. Apakah perbezaannya?
479,359, mari kita zoom in angka ini. Di kalangan 479,359, ada pemegang pas jangka panjang yang aktif. Dia masuk pegang pas jangka panjang. Dia tidak keluar lah. Jumlahnya 129,005 orang. Baik, dia juga berada di Depot Tahanan Imigresen. Yang kita sudah tangkap, dia ada kesalahan Akta Imigresen, Akta Pasport- sejumlah itu. Yang kita usir 5,359 kerana
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
kesalahan di bawah akta tertentu. Telah dikeluarkan pas khas. Pas khas maksudnya dia masuk 30 hari, visa free. Dia tidak keluar hari 31, tetapi dia sudah dapat permohonan pas khas.
Mengikut undang-undang yang ada sekarang, seorang yang masuk ini dia masih boleh memohon pas khas. Ini peraturan yang sama. Pagoh pun kekal yang sama, Larut kekal sama, sekarang pun saya kekal yang sama. Dia boleh mohon pas khas 30 hari, 30 hari, 30 hari. Maksimum 90 hari. Jumlah 141,783. Jadi, Pas Lawatan Sosial yang belum keluar 84,817 daripada sejumlah 8,491,653. 84 ribu ini masih ada.
Baik, kita hendak sebut. Kita ada Malaysian Digital Arrival Card di mana mereka isi maklumat. Ini membolehkan pasukan penguat kuasa kita masuk dan cari mereka, okey.
Kemudian, senarai nama ini kita serah kepada kedutaan negara berkenaan. Bila saya melawat negara China, saya sampaikan masalah ini. Menteri sejawatan saya bagi tahu rakyat dia kalau keluar sekalipun, langgar undang-undang negara yang dia pergi, masih boleh dikenakan tindakan. Tindakan kita satu iaitu senarai hitam. Boleh, okey.
Jadi, kita hentikanlah 1.2 juta ini kerana Ketua Pembangkang pun kata tidak betul.
Tidak payahlah hendak heret keluar. Jadi, yang dahsyatnya apa? 1.2 juta tidak keluar, KDN luluskan warganegara secara borong. Itu fitnah yang sangat dahsyat. Sangat dahsyat. Lebih baik hentikanlah...
[Tepuk] Baik, saya kongsi. Berapa ramai warganegara China yang kita bagi warganegara?
Zaman Pagoh, zaman Larut, zaman saya dan zaman Sembrong sebelum itu. Saya tengok rekod semua sekali termasuk zaman Bagan Datuk. Bagan Datuk Menteri Dalam Negeri, Sembrong Menteri Dalam Negeri, Pagoh, Larut dan saya hari ini. Jumlah warganegara China yang kita bagi warganegara mengikut Peruntukan 15(1) Perlembagaan Persekutuan, 103 orang, 103, bukan 1.2 juta, 103...
[Tepuk] Ya.
Kedua, yang kita bagi warganegara China, kita bagi Warganegara Malaysia di bawah kategori 19(1), 19(1) maknanya suami warga asing kahwin dengan wanita orang tempatan.
15(1) maknanya isteri warga asing kahwin dengan suami warga tempatan, 19(1) ini warga China yang kita dapat bagi warganegara, 100 orang. Itulah jumlah dia sejak 2013. Ini hiruk- pikuk dekat luar ini bagi warganegara secara borong. Main sentimen.
Sebab itu, bila laporan dibuat mainkan sentimen itu, kita tahu. Saya ada sejumlah rekod laporan polis pemimpin mana yang mainkan isu ini di luar, dalam masjid, dalam surau.
Sebab itu polis buka siasatan di bawah 3R. Tanpa tanggungjawab main sentimen sebab ini China. Dia main ke situ. Sekarang biar data berbicara. Saya sebut dengan terang.
Pertama, 1.2 juta, Pagoh sendiri sebut. Larut juga sebut. Itu tidak betul kerana yang masuk di sini, dia masuk dengan pelbagai jenis pas. Pas ikhtisas, pas pelajar, pas jangka panjang, segala macam pas yang dibenarkan mengikut Akta Imigresen. Akta yang sama yang saya kuatkuasakan hari ini ketika saya memegang Menteri Dalam Negeri.
Baik, itu cerita 1.2 juta dan warganegara China. Semporna hendak bangun kah?
Tidak payah bangunlah Semporna. Bangun? Okey, sila.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebut tentang pelancong China ini, saya pun bangkit dalam perbahasan saya. Bila menyebut bukan fasal jumlah, tetapi daripada segi kedudukan mereka. Fasal saya dapati di kawasan saya contohnya di Semporna mereka terbabit. Walaupun diiktiraf sebagai pelancong, tetapi menjadi peniaga ya.
Saya sudah minta kerjasama daripada bukan hanya Pegawai Daerah, malahan juga daripada Bahagian Imigresen untuk mengambil tindakan yang tegas supaya jangan hanya ia menjejaskan peniaga-peniaga yang ada ini. Ini berulang kali saya bangkitkan di Parlimen.
Cuma, mungkin Yang Berhormat, fasal bukan jumlah, tetapi kelakuan, tindakan supaya perkara ini dapat kita atasi. Kita tidak mahu nanti suara di Parlimen dengar, tetapi they are still around there. Terima kasih banyak.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih Semporna. Saya cuma boleh mengesahkan hal yang Semporna bangkit. Sememangnya dalam pemerhatian, dalam radar kita yang tentunya ia bukan hanya di bawah agensi kawal selia KDN semata-mata.
Yang Berhormat pun tahu ada fungsi di peringkat kerajaan negeri, local government dan sebagainya. Jadi, ini harus merupakan ikhtiar menyeluruh daripada kita.
Baik, Dato’ Yang di-Pertua, saya ada 13 minit lagi. Saya hendak beralih kepada soalan Ahli Yang Berhormat, bangkit soal...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Apakah KDN melaksanakan aplikasi soal artificial intelligence daripada segi kawalan sempadan negara?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Sekejap, Arau. Saya hendak sentuh fasal Perlis ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini fasal...
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Fasal Perlis, artificial intelligence, soal meningkatkan kawalan keselamatan sempadan. Sekarang Kementerian Dalam Negeri sedang melakukan proof of concept untuk kawasan 40 kilometer sempadan Perlis- Padang Besar sana yang melibatkan aplikasi artificial intelligence. Kemudian, kami akan teruskan pula kepada POC penggunaan dron, bilik kawalan, kemudian siber optik. Ini lah alternatif pilihan kepada pendekatan pemasangan pagar ataupun tembok.
Baharu ini rakan saya Timbalan Menteri Besar Kelantan ada membuat usul supaya dibangunkan pagar sejauh hampir 100 kilometer. Pagar tentunya memakan kos yang tinggi.
Kami memilih untuk melihat kepada inovasi teknologi semasa. Kita mungkin perlukan sejumlah dron yang beroperasi, sejumlah pemasangan CCTV dan bilik kawalan untuk mengawasi sepanjang sempadan negara kita. Memang ada.
Sejak saya duduk di kementerian ini, antara perkara awal yang saya buat adalah saya wujudkan satu Unit Data Sains. Saya kumpulkan data saintis di bawah bumbung KDN.
Jadi, kebanyakan dasar yang kita buat adalah data-driven policy. Misalnya, kita hendak
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
redakan kesesakan Tambak Johor, Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Abu Bakar. Kita menganalisis data seharian, 400 ribu orang yang melintasi Sempadan Malaysia-Singapura.
Jadi, kita analisis melalui Unit Data Sains. Pengguna yang paling ramai adalah yang naik bas. Diikuti dengan yang menaiki motosikal. Jadi, melalui syor inilah kemudian kami katakan kami sedang melaksanakan proof of concept melintasi sempadan tidak lagi stamp passport, tetapi memadai dengan membuat face recognition dan QR code. Ini, sepanjang proof of concept, memendekkan tempoh menunggu daripada 1 jam 30 minit kepada 25 minit sahaja pada masa puncak.
Begitu juga kami sedang mengkaji Akta 7. Bukit Gelugor, Akta 7. Akta 7 adalah tentang rekod jenayah dan orang tidak diingini. Jumlahnya 1 juta lebih. Kadang-kadang bila ada nama dalam ini, Dato’ Yang di-Pertua, dia hendak dapat kerja pun tidak boleh. Hendak minta lesen perniagaan pun tidak boleh. Sedangkan nama dia 10, 15 tahun, 20 tahun dalam itu.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat] Saya didatangi oleh satu keluarga dari Tanah Merah, bagi tahu kata anak dia baharu dapat kerja kilang papan. Kerja ‘somel’, orang Kelantan panggil “somel.” Kilang papan sahaja, tetapi bila tauke kilang papan itu rujuk dengan Polis, Polis kata anak dia termasuk rekod ini.
Jadi, apakah peluang anak dia? Jadi, kami berhasrat untuk melaksanakan, menjernihkan data ini kepada yang layak. Ini juga setelah kami analisis hampir 1 juta lebih mereka yang ada dalam data ini.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Itu sebagai contoh. Kami juga dalam penggunaan data ini melihat juga bahawa proses untuk melakukan aplikasi AI kepada banyak- keputusan-keputusan dasar di bawah Kementerian Dalam Negeri sedang kami lakukan. Baik.
Dato' Yang di-Pertua, 10 minit yang terakhir ini, saya juga memilih untuk menjawab ataupun memberi reaksi kepada rakan saya dari Arau. Arau cerita pasal pengurusan warga asing. Kemudian, Kuala Terengganu sebut pasal IC palsu dan sebagainya.
Daripada hal IC palsu ini Dato' Yang di-Pertua, kita ada 190 kes yang kita kesan yang kemudian kita dakwa di mahkamah yang kalau sabit kesalahan tentulah dikenakan penjara dan juga hukuman denda. Kita memandang serius memiliki dokumen palsu ini adalah satu kesalahan yang berat iaitu membawa kepada kemudaratan bila dia menguruskan dalam hal- hal yang selebihnya yang memerlukan kepada dokumen pengenalan diri yang lebih legitimate. Baik.
Saya juga Dato' Yang di-Pertua, memilih untuk memberi reaksi kepada rakan-rakan saya dari Jelebu, Jelutong, Kota Bharu, Selayang, Kalabakan. Ini tentang GISB yang Polis gunakan SOSMA.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Baik, SOSMA ini kita kenakan ke atas beberapa pimpinan Global Ikhwan berdasarkan kepada siasatan di bawah seksyen 130B Kanun Keseksaan iaitu organized crime dalam bahasa kita ‘jenayah terancang.’ Dia ada elemen dia:
(i) pelakunya lebih daripada dua orang;
(ii) dia membabitkan satu objektif- di sini eksploitasi kanak-kanak; dan
(iii) ada elemen keuntungan daripada segi material.
Jadi, pada pertimbangan Polis, siasatan ini mengikut jalur seksyen 130B Kanun Keseksaan membolehkan kegiatan ini ditakrifkan sebagai kumpulan jenayah terancang.
Maka itu kita invoke dan 22 orang yang kita kenakan tuduhan.
Baik. Itu sedang, sudah pun berlaku sampai di peringkat mahkamah. Jadi, basis kepada penggunaan ini – saya menjawab Kalabakan, Selayang, Kota Bharu, Jelutong dan Jelebu kerana dalam siasatan Polis menemui bahawa semua kriteria yang melayakkan Polis untuk kategorikan ini sebagai kumpulan jenayah terancang dipenuhi. Maka kita invoke seksyen yang berkenaan.
Saya juga ingin memberikan pandangan kepada rakan saya dari Tuaran. Tuaran ini bangkitkan soal kecurian bekalan elektrik Sabah. Tuaran dia jadi Chairman kepada syarikat ini dan saya tahu syarikat ini rugi beratus juta kerana kecurian tenaga elektrik. Dia syarikat dia- Sabah Electricity Board ini, dia beli elektrik daripada Independent Power Producer.
Kemudian dia beli 49, dia jual dengan harga 34 sen. Kemudian orang curi. Setinggan curi dan segala macam- curi. Dia rugi hampir RM200 juta. Dia tanya soalan ini dari sudut keselamatan.
Okey, sebenarnya saya dah bagi tahu dia masa tadi makan tengah hari dengan dia.
Dia kata kena jawab baharu masuk Hansard, baharu rakyat dia tahu kata dia dah bangkit perkara ini. Saya bagi tahu bahawa Tawau- Report Nombor 2780, 2024 bertarikh 23 Februari 2024. Laporan Polis telah dibuat oleh Pengurus Sabah Electricity bersama dengan Ahli Parlimen Tuaran, Tuaranlah. Dia sendiri buat Police Report. Jadi keputusan repot nya- saya juga mengesahkan Lahad Datu repot bertarikh 3 September 2024, laporan telah dibuat oleh Ahli Parlimen Tuaran. Baik.
PDRM Kontinjen Sabah telah melancarkan Ops Lusuh Khas pada 12 hingga 25 Ogos melibatkan kes kecurian kabel seluruh Sabah. Operasi yang dijalankan meliputi pemeriksaan premis 226, tangkapan 39 orang. Pemantauan terhadap kes kecurian ini akan terus dijalankan berterusan.
Selain daripada pihak PDRM, pihak SESB melalui Enakmen Bekalan Elektrik 2024 yang telah diluluskan oleh Badan Perundangan Negeri Sabah, 3 Januari juga mempunyai kuasa sendiri untuk menguatkuasakan menyiasat, mendakwa sebarang kesalahan berkenaan pembekalan elektrik Sabah. Sila, Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih Yang Berhormat yang telah respons terhadap perkara yang sangat penting ini. Kita kehilangan RM60 juta daripada dicuri dulu dari setinggan. Setinggan ini bukan alang-alang. Dia 250 keseluruhannya di negeri Sabah. Rata-rata mereka ini sebahagian besarnya adalah daripada pendatang asing sebenarnya.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Jadi sebab itu, pihak Kementerian Dalam Negeri juga harus melihat latar belakang penduduk setinggan ini dan yang satu masalah Sabah yang begitu besar ya. Di kawasan saya di Tuaran sebagai contoh Kampung Raganan. Kami SESB memang semua tidak boleh sebab kita kena perlu kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara untuk masuk. Sampai begitu sekali sebab itu saya bangkitkan di Dewan yang mulia ini kerana perkara ini perkara yang besar. Bukan sahaja hal bekalan air, bekalan elektrik, bekalan air. Banyak masalah Yang Berhormat.
Jadi sebab itu, saya sendiri telah membuat laporan polis. Dalam satu kampung iaitu Kampung Puyut di Lahad Datu. Saya buat ini bagaimana pihak keselamatan, pihak-pihak Polis sebagai contoh menangani perkara yang hari-hari dia nampak - dia curi. Dia memang dia pancing dan dia memang membahayakan. Pihak Polis, bila saya membuat Laporan Polis, dia cakap, “Sejak bilakah ini berlaku Yang Berhormat?”.
Saya cakap saya orang kuat Lahad Datu. Tuan orang Lahad Datu. Hari-hari boleh nampak. Kenapakah tanya saya? Tanyalah sendiri. Polis yang nampak hari-hari, tapi kenapa tindakan tidak ambil? Itu yang sebab saya tanya ini Yang Berhormat, bila ketika kita kerugian, lepas itu baru-baru ini kita dapat surat pula daripada Kementerian Kewangan mengatakan subsidi, dia tak boleh bagi. Dia tidak mahu tunaikan sebab masalah kewangan sekarang.
Jadi sudahlah dicuri, lepas itu subsidi tidak dibagi. Itu saya mengatakan bulan Januari ini kemungkinan Sabah dalam keadaan kegelapan. Saya memohon Yang Berhormat bagi tahu sikit Kementerian Kewangan tolonglah, bayarlah kami. Bagilah subsidi yang kita perlu itu supaya kita tidak gelap, keselamatan terjamin.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih Tuaran. Pada akhir sesi dasar ini, Kementerian Kewangan akan gulung. Saya percaya mereka akan bagi reaksi.
Benda ini kes sudah jatuh ditimpa tanggalah ini. Elektrik dia dicuri, okey. Harga dia jual lebih rendah daripada dia beli dari IPP kerana subsidi kerajaan 10 sen per unit. Subsidi itu pun belum dibayar lagi. Jadi dua kalilah ditimpa. Baik. Saya, yang itu dalam territory Kementerian Kewangan, tapi saya sebut tadi terhadap laporan Yang Berhormat dan juga CEO laporkan.
Dua kes itu dibuka dan memang dalam siasatan kita.
Dato' Yang di-Pertua, saya nak alih pada Kuantan. Kuantan ada? Kuantan tak ada.
Saya nak alih pada Tawau. Tawau bangkitkan soal, kenapa Sijil Nikah diperlukan semasa Pendaftaran Warganegara? Dia walhal Perkara 15(2) dalam Perlembagaan tak sebut keperluan sijil.
Dato' Yang di-Pertua, Perlembagaan tentang warganegara ini satu panduannya Perlembagaan. Kemudian, kita ada sejumlah Akta Induk. Kemudian kita ada lagi kita panggil sebagai kaedah, peraturan- banyak. Kalaupun tak masuk di bawah 15(2) Perlembagaan Persekutuan tentang keperluan Sijil Nikah, tetapi di ada di sana bahawa syarat ini perlu dipenuhi. Itu di bawah akta dan juga peraturan-peraturan yang lain. Ini adalah sistem yang telah kita guna pakai. Jadi apakah ia satu keperluan? Ya. Ia satu rukun ya. Dia tak boleh kita compromise yang sudah saya jelaskan sebelum daripada ini. Baik.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Dua minit terakhir, saya nak singgung Sibu, Jempol, Marang dan Maran. Sibu, Jempol, Marang dan Maran. Ini soal 3R. Apakah tindakan diambil oleh kementerian bagi menangani isu 3R yang bersifat provokasi boleh mengundang ketegangan kaum- supaya kerajaan... Baik.
Tadi saya sebut, di tangan saya ada sejumlah...
[Menunjukkan dokumen berkaitan] Semua kes siasatan di bawah 3R Dato' Yang di-Pertua. Jumlahnya adalah 182. Sejak Bukit Aman buat Jawatankuasa Khas ini bulan Mac 2023 sampai sekarang, kita ada 182 Kertas Siasatan. Kita dah selesai 138. Kita masih siasat 44.
Sebahagian besar Dato' Yang di-Pertua, adalah berkaitan dengan penghinaan terhadap Raja, terhadap agama dan ada kaum. Terhadap Raja dan sebagai yang kita tuduh misalnya yang kita tuduh pun ada, ya. Dia punya tentang institusi Raja ini kah. Misalnya, institusi Raja, Agong, Sultan, Raja baca ya, “Jangan jadi anti hadis macam hadis Nabi tak pernah baca langsung.” Itu penghinaan yang sangat jelik.
Kemudian dia maki hamun pun banyaklah. Dia punya ini. Jadi, ada yang berakhir dengan pertuduhan. Dia ada juga, dia semua kaum ini. Ada Melayu, ada Cina, ada India.
Habis semua dia heret semua sekali kes ini.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Jadi dalam keadaan yang begini, kesannya ya, dia ada juga yang disebut amanat kepada pejuang Islam, *“Jika memfitnah itu boleh menumbangkan musuh, maka fitnahlah.
Jika memutuskan silaturahim boleh menumbangkan musuh Islam, putuskanlah. Jika membunuh itu boleh menumbangkan musuh Islam, maka bunuhlah.”* Yang ini Polis kena siasatlah kes macam ini. Ini semakin menjadi-jadi, semakin melampau. Okey, jadi bila keadaan yang macam ini berlaku, pihak Polis membuka siasatan. Jadi...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Speaker.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
...Di bawah seksyen 233...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Ya. Sila.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ini lain daripada apa yang Menteri bincang tadi. Hulu Terengganu ada bangkitkan Speaker, berkaitan dengan senapang RELA.
Adakah kerajaan bercadang untuk bagi balik senapang RELA kepada RELA...
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Kerana musuh tanaman di kampung- kampung terlalu banyak dan kerjasama dengan pihak berkuasa setakat ini tidak berkesan.
Jadi, kesian kepada petani-petani kita di kampung-kampung.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Minta izin...
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Yang Berhormat Hulu Terengganu, RELA sekarang ini dia mengikut Akta RELA 2012. Sebelum Akta RELA 2012, dia ada Ordinan RELA ini. Masa ordinan dulu, RELA, anggota dia boleh pegang senapang dan boleh
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
memburu yang disebut tadilah, musuh tanaman semua. Bila Akta RELA diluluskan di Parlimen 2012, mulai 2013, RELA tak boleh lagi menggunakan dia punya kemudahan itu untuk bunuh itu. Itu kena lapor Jabatan PERHILITANlah.
Jadi, kalau Yang Berhormat tanya, apa itu, kita terikat dengan Akta RELA 2012 sekarang ini yang tak membenarkan. RELA itu buatnya kerja sokongan yang lain, tapi tidak untuk memburu musuh tanaman. Musang, monyet, tupai, tak. Itu tak termasuk dalam bidang tugas RELA.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey. Terima kasih jawapan. Apakah kerajaan tidak bercadang untuk meminda? Kerana di sana di kampung hari ini Tuan Yang di- Pertua, memang petani-petani sudah give up nak bertanam. Dengan babinya, dengan keranya dan sebagainya. Dulu masa ada senapang RELA, benda ini dapat diselesaikan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih. Yang Berhormat, sifat satu undang-undang ini dinamik, bukan statik. Makna kalau ada keperluan mendesak betul-betul, di KDN, kita sebagai agensi ataupun kementerian kawal selia yang menjaga RELA, kita terbukalah kalau ada keperluan itu. Okey ya? Saya terangkan sesuai soalan Yang Berhormat.
Saya sebut, sebelum 2012 Akta RELA, yes, ordinan lama. Yang baharu, dia mengasingkan, tidak lagi mencakupi tugas itu. Jadi...
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Yang Berhormat...
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Menteri, boleh saya just tanya berkenaan dengan apa yang dibangkitkan sebelum Hulu Terengganu tadi?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bangun]
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Berkenaan dengan undang-undang yang disiasat di bawah 3R ini. Now, saya percayai bahawa ada beberapa kes yang disiasat juga di bawah Akta Hasutan ataupun Sedition Act. Adakah kerajaan berniat ataupun mempunyai apa-apa hasrat untuk menggubal undang-undang baharu untuk menangani masalah 3R ini dengan memansuhkan Akta Hasutan memandangkan Akta Hasutan itu memang mempunyai kelemahan-kelemahan?
Satu daripada kelemahannya adalah bahawa niat ataupun intention itu bukannya merupakan satu pembelaan. Jadi memandangkan keadaan tersebut, masalah-masalah tersebut, adakah kerajaan berniat sekurang-kurangnya kalau tidak memansuhkan Akta Hasutan, sekurang-kurangnya untuk menambah baik ataupun reform undang-undang tersebut seperti memperkenalkan pembelaan sebagai satu - sorry, niat ataupun intention sebagai satu pembelaan? Terima kasih Dato’ Speaker.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, saya dah timbulkan, tapi saya ingat Yang Berhormat boleh jawab bertulis tentang Laporan Audit 2018. Laporan Audit 2018, dia ada dua versi. Versi satu itu kalau saya- tak silap ya, saya minta maaf sebab tak sempat tengok tadi. Versi satu ialah menyebut bahawa ada kelemahan agensi pengurusan warga orang asing dia sebut. Apakah kerajaan telah selesai? Nombor dua, ini
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Audit sebut, bukan kita. Terdapat lebih daripada 1,000 orang warga yang masuk tak keluar.
Audit kompelin, bukan kita kompelin.
Yang kedua Yang Berhormat, ucapan Yang Berhormat ini kira okeylah. Yang Berhormat pun bagi- bersama dengan kita, tapi ada beberapa perkataan Yang Berhormat sebut itu seolah-olahnya menghentam kami. Yang Berhormat tak sebut nama. Kalau sebut nama Ahli Parlimen yang timbulkan benda itu- kalau tidak orang nampak seolah-olahnya macam kita ini anti-China. Tidak. Kami bukan anti, kami sayang. Macam semua pihak, tetapi kami anti kepada orang yang menyalahgunakan apa yang - sekarang saya nak tanya*...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]*
Beberapa Ahli
Mike. Mike.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ada beberapa laluan Speaker, di KLIA yang SPRM telah ambil tindakan. Jadi kita nak tanya, berapa orang yang telah terlibat masuk melalui laluan percuma tadi? Kita nak tegur tentang kelemahan itu. Jangan bagi nampak seolah-olah macam kita anti apa itu, negara mana ataupun tidak. Tidak. Ini kita bagi layanan yang sama. Cuma, kami ini lebih sikit sebab kami lebih patriotik daripada orang-orang lain.
Kalau orang kibar bendera China, kami marahlah, tapi kalau bila kibar bendera Malaysia, kita pula ambil tindakan. Jadi orang kata, ini Polis macam mana? Yang kibar bendera asing, diam.
Yang kibar bendera Malaysia, kena ambil tindakan, tapi semua jawab bertulis Yang Berhormat, tak payah jawab hari ini. Boleh- saya cuma boleh baca dan saya akan bawa bawah 18(1), Usul. Terima kasih
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih Arau. Saya nak ulas satu sajalah ya.
Yang kibar bendera China itu pun kita siasat. Yang kedua itu bukan siasat kibar bendera, dia buat perhimpunan. Di bawah Akta Perhimpunan Aman ini, dia pun ada tertib dia juga. Tanggungjawab penganjur, tanggungjawab peserta dan tanggungjawab polis. Jadi, siasatan itu tang itu. Dia bukan siasat fasal kibar bendera. Yang bendera China dikibar itu memang siasatan dibuat. Memang ada peruntukan tertentu dalam Kanun Keseksaan yang tak membolehkan perbuatan itu dan siasatan berjalan. Itu tak ada isu. Baik ya.
Soal berapa ramai....
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Baik. Boleh tak Yang Berhormat masuk dalam sosial media - kalau nak jawab, jawab serta-merta. Ini kelemahan pihak kerajaan sekarang ini, bila orang kata, dia tak jawab. Jawab benda itu, sebenarnya semua kena ambil tindakan. Jadi kalau kita tak jawab, jadi orang dok hentam kitalah.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kami pula mempertahankan kerajaan.
Bukan kerajaan mempertahankan kerajaan. Jadi...
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih. Jadi saya lantik Arau pula.
Saya lantik Arau jadi jurucakap saya untuk jawablah itu. Baik.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Dato’, penamatnya begitu Dato’, 3R ini Dato’, kalau kita- semua ambil tanggungjawab, insya-Allah kita boleh apa nama- redakan suhu dia. Saya tekad dah dari rumah lagi tadi, dok nak baca satu kisah. Dia cerita kita begini ya.
Dalam misi dakwah Nabi ini, ia adalah misi cinta dan kasih sayang. Bukan dakwah yang mengancam dan menakutkan. Dikisahkan melalui riwayat Abu Huraiah RA, bahawa pada satu ketika ada dua orang sahabat datang kepada Nabi SAW. Mereka mengadu kepada Nabi, perihal kaum Musyrikin yang mengganggu kaum Muslimin. Dua orang sahabat tersebut minta agar Nabi berdoa kepada Allah SWT agar Musyrikin tersebut ditimpakan azab oleh Allah SWT. Namun Nabi jawab, *“Sesungguhnya aku diutuskan bukan untuk melaknat, tapi aku diutus untuk memberi rahmat, rahmah dan kasih sayang”...
[Tepuk] Dok tang* itu. Arau setuju dengan saya na? Ya, jelas.
Sebab itu kita ini kadang-kadang dalam bab-bab ini, tak usah dok Qunut Nazilah sama kitalah. Hat itu, itu rasa keterlaluan sangat. Kita beza cuma daripada segi politik. Ali beza politik dengan Muawiyah. Ali tak kafirkan Mu’awiyah, Mu’awiyah tak kafirkan Ali. Ali tak Qunut Nazilah Mu’awiyah, Mu’awiyah pun tak Qunut Nazilah Ali. Beza politik...
[Tepuk] Kita ini sampai boleh bagi justifikasi dengan Qunut Nazilah, minta binasakan, timpa azab. Saya baca hadis tadi, hadis sahih. Jadi, biarlah ada penghayatan, peringatan buat kita dan buat semua. Dok tang itu dulu. Satu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bangun]
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Yang kedua, saya pun nak sentuh yang- saya dengar ucapan Marang baru-baru ini. Dia kata dulu, dia ikut reformasi, tapi bila reformasi ini masuk bertempur dengan - polis-polis pun saudara kita, maka dia pun backoff. Kemudian dalam reformasi ini juga ramai kena tangkap, yang masuk lokap kita. Setahu saya dalam sejarah...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
PAS. PAS.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara. Tak pernah. Jadi, ada - berapa minit masuk, berapa hari masuk penjara?
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Masuk lokap.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Masuk lokap.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Ya.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Masuk lokaplah.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Yang Marang sebut lokap.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Masuk lokap biasalah. Ini baris kami ini masuk lokap...
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Yang lain berlari.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Masa seksyen 27, tak ada masalahlah.
Bachok masuk lokap tak lagi?
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Saya dekat belakang masa itu, tapi...
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Ada. Yang dulu masa dalam PAS...
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
...Kena sembur.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Yang kerap masuk lokap, Kota Raja sebenarnya. Kita fahamlah yang itu.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Itu abang kami dulu.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Sikit sangat saja. Jadi, jangan jadi alasan itu kerana bertempur dengan polis, maka kita backoff. Dalam sejarah PAS, polis pun mati kena bunuh. Ada. Jadi, tak akanlah backoff kerana bertempur polis dalam demonstrasi, maka backoff. Itu alasan yang lemah.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
[Bangun]
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Sebab dalam sejarah perjuangan PAS 1951 hingga sekarang, saya boleh sebut secara fakta, ada momen di mana- bukan gas, polis pun mati. Jadi, tak usahlah kita prolong tajuk-tajuk itu. Tak usah mengubah sejarah. Mari kita mula chapter baharu.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
YB Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Tentang 3R ini...
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
YB Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
...Cerita dia adalah kita nak sederhanakan...
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
YB Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
...Reclaim politik supaya Malaysia boleh bergerak ke depan dengan lebih gagah lagi...
[Membaca sepotong ayat al-Quran]
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Yang Marang sebutkan bukan tentang bertempur dengan Polis, tetapi...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Setuju, setuju.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
...Apabila campur tangan asing dalam gerakan reformasi. Itu faktanya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, masa dah habis. Yang Berhormat, masa.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kasih sayang ialah bagi peruntukan dekat kami. Cakap mulut saja kata sayang, peruntukan tak bagi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Runding, runding, runding.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini kebencian namanya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Masa dah cukup.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih orang muda rakyat Malaysia...
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat- terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang kita ke kementerian yang berikutnya. Saya mempersilakan Menteri...
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, Jeli mohon izin untuk mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar dan guru-guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas, Jeli, Kelantan...
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, kita teruskan dengan Aturan Urusan Mesyuarat. Berikutnya, saya mempersilakan Menteri Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri untuk berucap.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2025 tempoh hari dan membangkitkan isu serta perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri. Setinggi penghargaan atas segala pandangan, syor mahupun cadangan yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan berlangsung.
Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Paya Besar dan Yang Berhormat Rasah telah menyentuh tentang Kepengerusian ASEAN 2025 dan mengemukakan soalan tentang impak ekonomi serta unjuran pelaburan asing yang akan diperolehi bagi tahun hadapan sempena Kepengerusian ASEAN 2025 ini.
Seperti Yang Berhormat sedia maklum, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyambut Kepengerusian ASEAN untuk tahun 2025 semasa sidang kemuncak ASEAN Ke- 44 dan Ke-45 yang telah diadakan di Vientiane, Laos (PDR) pada 9 sehingga 11 Oktober 2024 yang lalu.
Ini merupakan Kepengerusian ASEAN kali kelima bagi Malaysia semenjak penubuhan ASEAN pada tahun 1967. Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia melalui MITI akan menggalas tanggungjawab untuk mengukuhkan agenda integrasi ekonomi ASEAN yang dimatlamatkan di bawah komuniti ekonomi ASEAN. Sebagai persediaan untuk kepengerusian tersebut, MITI bekerjasama rapat melalui whole of government approach dengan Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi memastikan kepengerusian tonggak ekonomi akan dilaksanakan dengan jayanya bersama tonggak-tonggak ASEAN yang lain.
Selaras dengan visi dan objektif MITI dalam memastikan kedudukan pelaburan, perdagangan dan industri Malaysia senantiasa bernilai tinggi, peluang Kepengerusian ASEAN akan dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Sehubung itu, MITI akan memastikan hubungan dalaman perdagangan dan pelaburan di antara anggota ASEAN, Intra-ASEAN dan hubungan luaran bersama rakan strategik yang utama dan baharu akan dipertingkatkan dan
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong
diperluaskan bagi merealisasikan matlamat pasaran ASEAN bagi barangan perkhidmatan dan pelaburan serta dalam mengukuhkan kapasiti ASEAN dalam rantaian bekalan global.
MITI juga akan memastikan isu-isu yang berpotensi tinggi dan berkepentingan termasuk isu penyelidikan dan hab industri halal diberikan perhatian sewajarnya di peringkat ASEAN. Pelbagai impak yang bakal diperoleh sempena Kepengerusian ASEAN 2025 ini.
Antaranya adalah seperti berikut.
Pertama, peningkatan pelaburan asing. Sebagai pengerusi kepada ASEAN, Malaysia berpeluang merangka pelan dan strategi bersama-sama anggota ASEAN yang lain. Ini bagi memastikan iklim perdagangan dan pelaburan rantau ini sentiasa kondusif dalam menarik lebih banyak pelabur global dan serantau khususnya dalam sektor strategik seperti pembuatan, perkhidmatan dan sektor digital dan hijau.
Kedua, peningkatan peluang perdagangan. Malaysia akan memperkenalkan inisiatif- inisiatif yang akan menggalakkan perdagangan Intra-ASEAN. Ini memberi peluang pada Malaysia untuk menempatkan diri sebagai pusat bagi rantaian bekalan ASEAN dan mendapat faedah daripada kerjasama ekonomi serantau yang dipertingkatkan.
Ketiga, pertumbuhan sektor pelancongan. Sebagai pengerusi, Malaysia akan menjadi hos kepada banyak Mesyuarat ASEAN yang melibatkan kehadiran delegasi dari seluruh negara anggota ASEAN serta rakan dialog. Ini sudah tentu akan merangsang pertubuhan sektor pelancongan di mana akan ada kenaikan permintaan ke atas tempat penginapan, makanan serta kraf tangan tempatan terutamanya kepada bandar-bandar yang menjadi lokasi bagi penganjuran mesyuarat-mesyuarat tersebut.
Keempat, memperkukuh penyertaan perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS).
Platform Kepengerusian ASEAN Malaysia boleh mempromosi produk-produk PMKS tempatan kepada ekonomi di rantau ASEAN. Ini secara tidak langsung akan memberikan akses kepada pasaran baharu yang lebih luas kepada mereka.
Kelima, pembangunan dan penambahbaikan infrastruktur. Ini akan membawa kepada pelaburan dalam infrastruktur di mana penambahbaikan ke atas fasiliti seperti lapangan terbang, pusat konvensyen, kemudahan pengangkutan dan telekomunikasi bagi memenuhi keperluan mesyuarat-mesyuarat berprofil tinggi. Penambahbaikan infrastruktur ini akan memberi manfaat kepada ekonomi walaupun selepas tempoh kepengerusian berakhir.
Menyentuh persoalan Yang Berhormat berkenaan unjuran kemasukan pelaburan asing pada tahun 2025, MITI ingin memaklumkan bahawa bagi tahun 2023, prestasi pelaburan yang diluluskan bagi sektor perkhidmatan, perkilangan dan utama mencatatkan nilai yang tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak RM329.5 bilion ataupun peningkatan 23 peratus berbanding tahun 2022.
Daripada jumlah ini, pelaburan asing menyumbang sebanyak RM188.4 bilion ataupun 57.2 peratus, manakala baki RM141.1 bilion ataupun 42.8 peratus disumbangkan oleh pelaburan domestik. Momentum ini diteruskan dalam tempoh separuh pertama tahun 2024 yang mana sejumlah RM160 bilion pelaburan telah diluluskan bagi sektor perkhidmatan,
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong
perkilangan dan utama dan prestasi ini adalah 18 peratus lebih tinggi berbanding tahun yang- atau tempoh yang sama dalam tahun 2023.
Daripada jumlah tersebut, pelaburan asing menyumbang sebanyak RM74.6 bilion ataupun 46.6 peratus, manakala RM85.4 bilion ataupun 53.4 peratus disumbangkan oleh pelaburan domestik.
Justeru itu, kerajaan amat optimistik bahawa prestasi cemerlang dan momentum ini akan dapat diteruskan untuk tahun 2025 terutamanya bersempena dengan Kepengerusian ASEAN. MITI menerusi MIDA akan memanfaatkan sepenuhnya Kepengerusian ASEAN tahun 2025 dengan terus mempromosikan kekuatan ekosistem pelaburan Malaysia.
Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Larut dan Yang Berhormat Bakri telah...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Menteri, boleh sikit?
Tuan Liew Chin Tong
Ya. Silakan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua. Saya meneliti penerangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkaitan FDI dan DDI. Ada dua persoalan di sini, Dato' Yang di-Pertua. Pertamanya berkaitan FDI.
Nampaknya FDI mendominasi daripada angka DDI. Cuma, adakah nilai value kepada rakyat Malaysia itu yang kita nak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Adakah FDI yang melabur di Malaysia ini, duitnya semua kekal di Malaysia ataupun hanya angka yang cantik, tetapi semua perbekalan barang-barang tersebut dibuat daripada negara sumber?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Kerana saya bimbang kita umumkan begitu tinggi jumlah FDI yang masuk ke dalam negara dan diluluskan, tetapi prestasi Ringgit kita masih bergantung kepada jumlah permintaan daripada DIA- Direct Investment Abroad di mana kita mengarahkan supaya keuntungan yang berada di luar negara itu ditukar dalam Ringgit. Itu yang pertama.
Keduanya, berkaitan terkait yang DIA tadi. Saya nak tanya, apakah strategi kementerian? Sebab kita lihat bila melibatkan DIA kebanyakannya kita serahkan kepada GLC, tetapi kita ada our Malaysian MNC yang mampu untuk mencari ruang dan peluang di luar negara dan bagaimana kolaborasi yang dibuat oleh Malaysia? Saya ambil contoh, saya tidak hendak sebut negara tersebut. Apabila negara tersebut ada syarikat mereka dapat projek di luar negara, bank negara tersebut memberi financing facility. Kerana apa? Kerana ia expand the horizon of investment for that particular country, dengan izin.
Jadi, saya fikir Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita seharusnya memberi sokongan bukan sahaja kepada GLC kita untuk invest direct invest abroad, tetapi kita harus juga melihat syarikat-syarikat kita ini untuk dapatkan financing. Kerana apa Datuk Timbalan Yang di-Pertua, industri sebagai contohnya tugboat yang melibatkan international port. Kita tidak dapat bantuan dari bank tempatan. Mereka terpaksa pergi ke bank di luar- jiran tetangga untuk dapatkan financing. Ini sebenarnya mengecewakan kita. Adakah risk analysis yang dibuat oleh bank di tempat kita ini tidak se-standard yang berada di luar negara? Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Pertama, faktanya pada separuh tahun-tahun ini, jumlah pelaburan asing sebenarnya adalah 46.6 peratus dan pelaburan domestik adalah 53.4 peratus. Bermakna bahawa untuk separuh tahun ini sebenarnya pelaburan domestik melebihi pelaburan asing daripada segi approval, kalau kata dibenarkan- projek-projek yang dibenarkan oleh MIDA. So, ini lah saya rasa fakta untuk separuh tahun pertama ini. Memang daripada segi Ringgit ada dua bab, ada yang portfolio investment. Portfolio investment itu kita tidak boleh ada apa kerana ini adalah bergantung pada pasaran dan juga bergantung pada portfolio investor. Apakah peranan kita?
Peranan kita ialah untuk memastikan ada lebih banyak direct investment, pelaburan asing yang terus masuk ke negara untuk mewujudkan perkhidmatan atau mewujudkan kilang-kilang. So, ini adalah apa yang kita boleh kawal dan saya setuju dengan Paya Besar bahawa negara kita memerlukan dasar localization. Dasar yang lebih ketat supaya memastikan kita maksimumkan nilai yang dibawa oleh pelabur asing seperti kalau equipment, kalau peralatan boleh dilokalisasikan maka dia akan tambah- manfaatkan ekonomi kita.
Daripada segi financing untuk syarikat-syarikat Malaysia di luar negeri, kita ada EXIM Bank, tetapi capitalisation EXIM Bank kurang. Sebagai dasar kerajaan, kerajaan akan membaiki keadaan ini untuk menambah baik DFI, what you call the Development Financial Institutions. Saya harap dalam konteks ini, EXIM bank boleh ditambah baik dan juga boleh mencapai apa yang disarankan oleh Yang Berhormat Paya Besar.
Untuk jawab Yang Berhormat Larut dan Yang Berhormat Bakri, mereka telah membangkitkan hala tuju strategi MITI dalam aspek meningkatkan pelaburan negara. Untuk makluman Yang Berhormat, dasar kerajaan yang pro perniagaan, kestabilan politik negara kita, infrastruktur yang lengkap, ekosistem pelaburan yang efisien dan berdaya saing tinggi serta persekitaran perniagaan yang kondusif di dalam negara adalah antara faktor utama yang mempengaruhi keputusan para pelabur untuk terus melabur di negara kita.
MITI melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sentiasa proaktif dalam melaksanakan pelbagai inisiatif penambahbaikan berkaitan pelaburan, perdagangan dan pembangunan industri. Bagi mewujudkan persekitaran pelaburan yang kompetitif, beberapa inisiatif telah dilaksanakan oleh kerajaan seperti berikut.
Pertama, Strategi Pelaburan Hijau- Green Investment Strategy, dengan objektif untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelaburan hijau dengan memfokuskan kepada tujuh teras utama rendah karbon di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara iaitu National Energy Transition Roadmap (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
Kedua, dalam proses memuktamadkan kerangka inisiatif pelaburan baharu yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang menumpukan aktiviti bernilai tinggi berbanding insentif sedia ada yang berasaskan produk tertentu seperti yang diumumkan semasa bajet Belanjawan 2025.
Ketiga, dalam proses memuktamadkan pindaan ke atas Akta Penyelarasan Perindustrian ataupun Industrial Co-ordination Act 1975, manakala kajian semula ke atas
Tuan Liew Chin Tong
Akta Penggalakan Pelaburan dan Promotion of Investment Act (PIA) 1986 sedang dilaksanakan sebagai usaha bersama antara kementerian ini dengan Kementerian Kewangan. Ini bertujuan untuk menyemak dan memastikan akta tersebut adalah selaras dengan polisi dan dasar semasa dan juga kehendak semasa. Paling penting, inisiatif ini bertujuan untuk memastikan akta-akta tersebut kekal relevan selaras dengan perkembangan terkini di persada antarabangsa.
Keempat, mewujudkan Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia ataupun Invest Malaysia Facilitation Centre di Ibu Pejabat MIDA bagi memperkukuhkan lagi ekosistem dan khidmat fasilitasi pelaburan di dalam negara yang bertujuan untuk mempercepatkan pelbagai proses kelulusan dengan penempatan secara fizikal wakil daripada pelbagai kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan di bawah satu bumbung. Inisiatif ini bukan sahaja dapat mengurangkan kerenah birokrasi malahan dapat memudah cara perniagaan termasuk menerusi khidmat rundingan serta nasihat kepada para pelabur.
Kelima, mengambil pendekatan strategi tumpuan industri dan mengenal pasti peluang pelaburan selaras dengan perkembangan pesat teknologi dan transformasi digital global semasa. Sehubungan ini, MITI dan MIDA menyasarkan sektor-sektor pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi seperti semikonduktor, bahan kimia khusus- special chemical, aeroangkasa, farmaseutikal, peranti perubatan, bahan termaju, kenderaan elektrik, tenaga boleh baharu, penangkapan, penyimpanan dan penggunaan karbon CCUS serta ekonomi digital.
MITI juga sentiasa mencari pendekatan dalam mengurangkan kerenah birokrasi serta mempermudah proses kelulusan permohonan. Antara ialah seperti berikut. Pertama, memperkemaskan landskap agensi penggalakan pelaburan- Investment Promotion Agency negara menerusi Pelan Rasionalisasi IPA yang mana MIDA telah diberi mandat sebagai agensi promosi pelaburan utama negara dan disokong oleh IPA di peringkat wilayah iaitu seperti IRDA ataupun ECER yang bertanggungjawab terhadap perkhidmatan pasca pelaburan sekali gus mengurangkan kekeliruan di kalangan para pelabur.
Kedua, MITI melalui agensinya Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) turut komited untuk melaksanakan pembaharuan kawal selia dengan fokus mengenai kerenah birokrasi menerusi cadangan penambahbaikan ke atas peraturan perniagaan sedia ada dan mengurangkan beban kawal selia yang tidak wajar bertujuan untuk memudah cara pelabur- pelabur dan pemain industri.
Tuan Liew Chin Tong
Sebagai makluman, di bawah Belanjawan 2025, sejumlah RM25 juta disediakan kepada Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, antaranya untuk bekerjasama dengan MPC bagi memperluas ikhtiar reformasi kerenah birokrasi di semua agensi kerajaan. Ini termasuk mengkaji peraturan yang boleh memendekkan proses kelulusan untuk kemudahan rakyat, peniaga dan pelabur.
Tuan Liew Chin Tong
Ketiga, menggunakan platform digital yang dikenali sebagai system on track untuk memantau kemajuan projek yang diluluskan termasuk menyediakan kemudahan pelaksanaan projek syarikat.
Kerajaan juga telah menyediakan beberapa inisiatif dan insentif bagi menggalakkan pelaburan. Antara termasuk galakan pelaburan semula Dana Pemacu Pelaburan Domestik, ESG Grant, Geran Automasi Pintar (SAG) MADANI dan Dana Pelaburan Bersama Strategik.
Sehubung itu, bagi mewujudkan ekosistem yang kondusif bagi pembangunan industri, beberapa dasar dan pelan tindakan untuk pembangunan industri juga telah dibangunkan oleh MITI sepanjang tahun 2023 dan 2024.
Pertama, Pelan Induk Perindustrian Baharu yang ramai sudah memahami.
Kedua, National Industry Environmental, Social, and Governance Framework (i-ESG Framework) dengan fokus kepada industri pengilangan termasuk pengusaha PMKS beralih untuk mematuhi aspek ESG.
Ketiga, Strategi Semikonduktor Nasional yang menyasarkan untuk meningkatkan nilai tambah industri semikonduktor tempatan kepada aktiviti yang bernilai lebih tinggi.
Keempat, Circular Economy Policy Framework yang merumuskan semula model industri berasaskan bahan api fosil dan memangkinkan amalan pertumbuhan hijau merentasi rangkaian nilai pembuatan.
Kerajaan juga telah menyediakan Dana Pembangunan Industri NIMP dan pengenalan cukai karbon pada tahun 2026 bagi mendorong industri besi dan keluli untuk beralih kepada pengeluaran rendah karbon selaras dengan Green Investment Strategy. MITI dan MIDA akan terus proaktif dalam memperkenalkan reformasi polisi bagi meningkatkan lagi keyakinan pelabur serta mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelabur pilihan.
Dato’ Yang di-Pertua...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Dato’ Yang di-Pertua, boleh sikit?
Tuan Liew Chin Tong
Ya, silakan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya meneliti beberapa penerangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Kita banyak polisi yang ada. NIMP, NETR dan kemudiannya ada dasar-dasar reformasi yang dibuat untuk menarik lebih ramai pelaburan.
Cumanya saya nak minta pandangan Yang Berhormat. Adakah kementerian Yang Berhormat bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk membuat education diplomacy kepada pelajar-pelajar antarabangsa yang membuat post-graduate ini? Kerana apa? Kerana mereka dihantar belajar di negara kita, sudah pasti mereka ini akan menjawat jawatan-jawatan tertinggi. Bukan sahaja kita nak meyakinkan pelabur-pelabur luar negara, tetapi juga, kita perlu meyakinkan penjawat-penjawat awam di luar negara yang belajar di Malaysia ini yang akhirnya mereka akan membawa cerita-cerita baik pasal Malaysia ini.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Kalau kita boleh lakukan education diplomacy ini Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya yakin kita akan lebih expand the horizon dan kita dapat cerita yang baik. Sebab apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, pelbagai dasar yang dibuat di bawah kerajaan ini baik, tapi hanya sekadar diketahui oleh sesetengah pihak, bukan sahaja Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, no how or no who, dengan izin, kita juga kena ada satu lagi elemen iaitu people know. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Paya Besar. Saya setuju dengan Paya Besar, minta masuk dalam Hansard sebagai sebuah sebahagian ucapan saya.
Sebenarnya ada beberapa kepala negara di Afrika daripada kalangan graduan UIA, juga ada yang pimpinan dari negara lain di Afrika dan juga di Asia Tenggara di mana mereka belajar di Kuala Lumpur dan belajar di institusi-institusi awam ataupun swasta di Malaysia.
So, cadangan Paya Besar memang baik dan boleh diuruskan bersama oleh MITI dan KPT dan juga boleh diuruskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kewangan.
Kerajaan juga telah menyediakan- sorry. Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Bagan dan Yang Berhormat Kluang ada membangkitkan cadangan penetapan 50 peratus pembelian barangan tempatan kepada pelaburan asing bagi projek kerajaan sebagai satu langkah strategik melindungi dan menggalakkan ekonomi industri kecil dan sederhana
(IKS) dan memberikan contoh negara Indonesia yang mewajibkan pelabur asing membeli 70 peratus barangan tempatan oleh pelabur asing dan pemegang asing untuk tender projek kerajaan ataupun swasta.
Pasaran domestik Malaysia adalah berbeza dengan negara seperti Indonesia yang mempunyai saiz pasaran domestik yang jauh lebih luas berbanding Malaysia. Dengan ini, Malaysia perlu mengambil pendekatan yang sedikit berbeza dengan menggalakkan kerjasama antara pelabur tempatan dan pelabur asing.
Di peringkat Kerajaan Pusat di bawah Pekeliling Perbendaharaan (PK 1.4), penggunaan barang atau bahan dan perkhidmatan tempatan merupakan satu dasar yang diguna pakai oleh kerajaan dengan tujuan menggalakkan pertumbuhan industri tempatan melalui penggunaan bahan atau barangan tempatan dan penggunaan perkhidmatan syarikat tempatan. Dengan ini, semua perolehan kerajaan termasuk bekalan, perkhidmatan, perunding dan kerja hendaklah mematuhi dasar barangan tempatan.
MITI melalui MIDA terus proaktif dalam usaha menggalakkan syarikat-syarikat asing untuk mendapatkan penyumberan atau sourcing, penyumberan bahan mentah, mesin kelengkapan daripada pasaran domestik melalui inisiatif berikut.
Pertama, menetapkan syarat-syarat tertentu bagi memastikan limpahan ekonomi daripada projek-projek pelaburan asing berpotensi tinggi kepada industri dan rakyat tempatan termasuklah syarat untuk bekerjasama dengan syarikat perkhidmatan vendor tempatan, menjalankan program pembangunan vendor tempatan, menjalankan program latihan industri dan menjalin kerjasama bersama universiti atau institusi penyelidikan tempatan.
Kedua, membangunkan ekosistem rantaian bekalan tempatan atau supply chain dengan menganjurkan seminar rantaian bekalan, supply chain seminars. Bertujuan untuk
Tuan Liew Chin Tong
mengukuhkan ekosistem rantaian bekalan di antara syarikat tempatan dan syarikat multinasional serta syarikat besar domestik. Selain itu, ia juga dapat memberi faedah kepada syarikat tempatan untuk mendapat peluang perniagaan dan pembekalan yang berterusan daripada projek pelaburan syarikat multinasional dan syarikat besar domestik.
Ketiga, membangunkan i-Services Portal sebagai platform untuk menghubungkan penyedia perkhidmatan tempatan kepada para pelabur termasuk pelabur asing. Platform ini akan membuka peluang kerjasama kepada penyedia perkhidmatan tempatan apabila mereka mendaftar syarikat mereka ke dalam portal ini.
Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Padang Besar, Yang Berhormat Pekan telah membangkitkan isu berkaitan industri halal negara. Untuk makluman Yang Berhormat, industri halal adalah luas dan usaha-usaha sedang dilaksanakan untuk mempertingkatkan penerokaan sektor-sektor lain iaitu kimia, farmaseutikal, kosmetik, produk dan derivative kelapa sawit.
Walau bagaimanapun, industri makanan dan minuman masih lagi menjadi industri utama yang mendapat Sijil Halal. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk meningkatkan keupayaan industri halal negara untuk lebih kompetitif dengan meningkatkan lagi jumlah syarikat untuk mendapatkan Sijil Halal bagi membolehkan pasaran barangan halal negara meningkat.
Dato’ Yang di-Pertua, bagi menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Padang Besar berkenaan potensi negeri Perlis dalam pembangunan industri hab halal antarabangsa. Pemain industri serta komuniti di kawasan tersebut perlu diberikan kesedaran tentang kepentingan produk yang memiliki persijilan halal serta peningkatan penghasilan untuk memenuhi permintaan sama ada tempatan atau antarabangsa. Pemain industri perlu digalakkan untuk memohon pensijilan halal bagi setiap keluaran produk bagi tujuan tersebut.
Tuan Liew Chin Tong
Di Perlis juga terdapat taman industri halal di bawah kelolaan MARA yang menyediakan infrastruktur seperti incubation facilities bagi pemain industri yang baharu menceburi dalam industri pengeluaran produk. Terdapat program yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan seperti SME Mentoring Programme bagi tujuan meningkatkan pengetahuan serta peluang memperluas potensi produk keluaran pemain industri. Kerjasama antara negara dapat diperkukuhkan lagi dengan adanya kumpulan kerja Indonesia-Malaysia- Thailand Growth Triangle (IMT-GT), di mana halal merupakan salah satu daripada agenda dalam Implementation Blueprint Vision IMT-GT 2036. Dalam fasa semasa, sasaran kumpulan kerja halal ialah peningkatan perdagangan dan pelaburan bagi produk dan perkhidmatan halal. Antara penekanan adalah melahirkan lebih ramai pengusaha serta bakat atau profesional bagi memenuhi permintaan peningkatan industri berkaitan halal sama ada pengeluaran atau perkhidmatan.
Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menjelaskan persoalan berkenaan isu penggabungan agensi Halal Development Cooperation (HDC) dan MATRADE seperti yang
Tuan Liew Chin Tong
telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Tanjung Piai, Yang Berhormat Tenggara dan Yang Berhormat Libaran.
MITI mengambil maklum akan hujah dan pandangan yang dikemukakan berkenaan berhubung penggabungan kedua-dua agensi ini. Kajian awal Pelan Induk Industri Halal 2030 yang dijalankan menunjukkan bahawa anggaran nilai pasaran halal global ialah sebanyak RM5 trilion. Walau bagaimanapun, keupayaan Malaysia untuk menguasai pasaran halal masih terbatas kerana pengeluaran Sijil Halal oleh JAKIM di Malaysia masih rendah. Jumlah eksport bagi produk halal negara setakat Januari hingga September 2024 adalah sebanyak RM45.04 bilion berbanding tempoh yang sama 2023 sebanyak RM39.36 bilion.
Oleh yang demikian, dalam usaha untuk menggandakan nilai eksport produk halal dan juga membantu negara untuk mencari pasaran sasaran, penggabungan HDC dengan MATRADE ini adalah salah keputusan yang wajar. Ini kerana MATRADE mempunyai rangkaian pasaran sedia ada yang boleh dipelopori oleh pemain industri halal negara. MITI berpandangan inisiatif penggabungan ini akan meningkatkan sinergi kerjasama HDC dengan MATRADE dan mengoptimumkan sumber-sumber sedia ada, terutama dalam mempromosikan industri halal supaya lebih aktif dan lebih berdaya saing.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Puncak Borneo nak minta sedikit penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Semasa perbahasan, saya ada menyebut dan bertanya di mana savings yang akan dibuat apabila HDC ini bergabung dengan MATRADE? Sebab bagi pandangan saya, kedua- dua agensi ini mempunyai fungsi dan peranan yang berbeza.
Jadi, adakah pihak kementerian telah menyenaraikan apa benefits kita gabung dan apakah savings? Sebab dalam butiran saya melihat perbelanjaan itu masih sama. Jadi, saya nak penjelasan daripada pihak kementerian sebab saya ingin tahu dan kita boleh uar-uarkan kepada penduduk di luar sana kerana mereka juga ingin tahu, apa yang sebenarnya yang boleh kita save dan what is the benefit that we get, dengan izin, bila kita gabung HDC dengan MATRADE ini? Terima kasih.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Yang Berhormat, saya akan jawab secara bertulis dan juga Yang Berhormat boleh bawa semasa peringkat Jawatankuasa dan saya akan sediakan jawapan, terima kasih.
Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Melaka pula telah mengutarakan cadangan agar MIDA memasukkan negeri Melaka sebagai sebahagian daripada Iskandar Malaysia serta mewujudkan hab industri teknologi hijau bagi meningkatkan lagi keupayaan industri di Melaka.
Untuk makluman Yang Berhormat, Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) Bilangan 7 Tahun 2024 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 16 Oktober 2024 secara dasarnya telah bersetuju dengan cadangan inisiatif pembangunan kluster industri di Wilayah Tengah. Kita belum ada Wilayah Tengah dan
Tuan Liew Chin Tong
cadangan ini ialah untuk membangunkan Kluster Industri Wilayah Tengah merangkumi Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.
Inisiatif strategik ini bertujuan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab pelaburan, terutamanya di Wilayah Tengah dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan, terutamanya dalam sektor E&E, aeroangkasa, farmaseutikal dan teknologi makanan tanpa perlu mewujudkan pihak berkuasa koridor baharu ataupun menambah bebanan kewangan baharu ke atas Kerajaan Persekutuan.
Inisiatif ini dilihat mampu menjimatkan kos pentadbiran, peruntukan fiskal dan dapat memanfaatkan insentif sedia ada. Pembangunan Kluster Industri Wilayah Tengah ini akan menggalakkan integrasi rantaian bekalan melangkaui sempadan serantau dan global menerusi pelbagai pertumbuhan industri. Usaha ini secara tidak langsung akan dapat membantu pembangunan ekosistem melalui pendekatan promosi pelaburan yang bersasar, termasuk mewujudkan hab industri teknologi hijau yang akan memanfaatkan kekuatan sedia ada negeri-negeri Wilayah Tengah yang terlibat.
Kerjasama rapat dan penyelarasan di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan- kerajaan negeri yang terlibat dalam pendekatan kluster industri ini diharap akan dapat menarik pelaburan tambahan, mencipta peluang pekerjaan baharu dan meningkatkan ekonomi setempat serta menggalakkan pertumbuhan saksama dan inklusif.
Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kubang Pasu- wah, hari ini tak ada? Yang Berhormat Kubang Pasu pula membangkitkan isu tentang peruntukan berkaitan Strategi Semikonduktor Nasional di bawah Belanjawan 2025.
Salah satu sasaran di bawah Strategi Semikonduktor Nasional (SSN) adalah menyediakan sokongan fiskal berjumlah RM25 bilion. Sokongan fiskal bukan semata- matanya dalam bentuk perbelanjaan kewangan oleh kerajaan, tetapi juga termasuk dalam bentuk pengurangan cukai dan juga pelbagai cara yang lain. Perincian mengenai sasaran sokongan fiskal yang diperlukan boleh dirujuk di dalam dokumen SSN.
Semasa pembentangan Belanjawan 2025, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah membuat beberapa pengumuman bagi membantu menyokong ekosistem industri semikonduktor, antaranya ialah:
(i) pengenalan kerangka insentif baharu yang memberi tumpuan kepada aktiviti bernilai tinggi. Seperti contoh, bagi meningkatkan tahap kerencaman sektor E&E, galakan cukai bagi meningkatkan eksport diperluas kepada aktiviti reka bentuk litar bersepadu atau IC design;
(ii) menyediakan dana padanan pelaburan lebih RM100 juta melalui platform pendanaan awam ekuiti untuk membantu pengembangan pembekal tempatan, termasuk dalam sektor E&E; dan
(iii) memperkenalkan dana pelaburan strategik bernilai RM1 bilion bagi meningkatkan kapasiti bakat tempatan dan menggalakkan aktiviti bernilai tinggi dilaksanakan di dalam negara, juga memperkemaskan
Tuan Liew Chin Tong
insentif sedia ada dan mewujudkan insentif bukan cukai baharu serta mengkaji kebolehlaksanaan kredit cukai pelaburan strategik.
Kerajaan juga memberi kuasa kepada MIDA untuk meluluskan pas pengajian melibatkan graduan bukan warganegara lepasan universiti tempatan bagi memenuhi keperluan modal insan dalam sektor-sektor penting di bawah NIMP seperi E&E.
Kerajaan juga menyediakan RM200 juta meliputi Dana Pelaburan Bersama Strategik
(CoSIF) dan Dana Pembangunan Industri NIMP (NIDF) bagi menyokong pertumbuhan PKS dan syarikat pertengahan (mid-tier) serta menggalakkan pendayaciptaan.
Kerajaan juga melalui GLIC, melalui Program Ikhtiar GEAR-Up akan meningkatkan pelaburan langsung dalam negara berjumlah RM120 bilion bagi tempoh lima tahun, di mana RM25 bilion dilaburkan pada tahun hadapan, termasuk Khazanah menyediakan RM1 bilion bagi menerajui pelaburan yang menyokong industri semikonduktor tempatan.
Tuan Liew Chin Tong
National Fund-of-Funds akan ditubuhkan di bawah Khazanah dengan dana RM1 bilion. National Fund-of-Funds bertujuan menyokong pengurus dana modal teroka melabur dalam syarikat mula niaga- startup di mana RM300 juta akan disediakan pada tahun 2025.
Dana perintis dan sasaran dana RM1 bilion disediakan oleh KWAP untuk menyokong aktiviti syarikat mula niaga- startup. Pada tahun 2025, dicadangkan RM200 juta disediakan.
Selepas itu, kerajaan juga, bagi membina keupayaan PMKS untuk menembusi pasaran eksport, Khazanah akan melancarkan Program Syarikat Mid-Tier dengan dana RM1 bilion. Peruntukan sebanyak RM200 juta di bawah program Khazanah Youth untuk membangunkan 11,000 bakat tempatan kepada sektor utama seperti semikonduktor.
Cadangan-cadangan di dalam Belanjawan 2025 menunjukkan bahawa kerajaan komited untuk menggembleng sumber bagi membangunkan industri semikonduktor negara ke tahap yang lebih tinggi.
Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tebrau dan Yang Berhormat Simpang Renggam telah membangkitkan isu berkenaan pusat data dan potensinya dalam memberi limpahan ekonomi dan mencipta lebih banyak pekerjaan untuk warganegara.
Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan mengambil maklum kebimbangan Ahli- ahli Yang Berhormat mengenai pembangunan pesat pusat data di Johor. Seperti yang ditegaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan Belanjawan 2025 baru-baru ini, dan saya petik ucapan Perdana Menteri, “Pelaburan pusat data tidak sepatutnya menjadi rebutan sekiranya ia tidak memberi nilai tambah kepada rakyat daripada segi peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dan perkongsian kepakaran.” Ini lah saranan Perdana Menteri.
Kerajaan tidak mahu sekadar mewujudkan pusat data sahaja. Pemantauan rapi sedang dilaksanakan untuk memastikan pembangunan pusat data di Johor, yang kini menjadi terbesar di Malaysia dan kesembilan di Asia Pasifik, memberi manfaat maksimum kepada rakyat.
Tuan Liew Chin Tong
Bagi menangani kebimbangan Yang Berhormat Tebrau mengenai penggunaan tenaga dan air yang ketara oleh pusat data, kerajaan telah membangunkan dan memuktamadkan garis panduan pembangunan mampan bagi pusat data. Garis panduan ini merangkumi metrik power usage effectiveness (PUE), water usage effectiveness (WUE) dan juga carbon usage effectiveness bagi mengukur kecekapan penggunaan tenaga, air dan carbon emission.
Selain itu, bagi memastikan pembangunan pusat data yang mampan secara menyeluruh, garis panduan ini turut menetapkan metrik carbon usage effectiveness untuk mengukur pelepasan karbon oleh pusat data. Pematuhan garis panduan ini akan menjadi antara syarat bagi operator pusat data untuk mempertimbangkan insentif pelaburan di bawah Digital Ecosystem Acceleration Scheme.
Kerajaan amat menggalakkan penggunaan sumber tenaga boleh baharu, peralatan cekap tenaga dan air untuk memastikan semua pusat data di Malaysia beroperasi dengan efisien dan mampan di samping memastikan keterjaminan bekalan elektrik dan air negara, khususnya di Johor, dikawal serta digunakan secara efektif dan efisien.
Untuk makluman Yang Berhormat, pusat data merangkumi aktiviti pusat data, pengkomputeran awan dan penghosan data yang merupakan industri berteknologi tinggi.
Secara keseluruhan, sebanyak 12 projek pusat data dengan jumlah pelaburan RM90.2 bilion telah diluluskan oleh MIDA sepanjang tempoh 2021 sehingga 30 Jun 2024.
Pelaburan pusat data ini di antara lain mewujudkan limpahan ekonomi melalui permintaan tinggi terhadap peranti pelayan, sistem penyejukan dan komponen berkaitan.
Juga, peluang untuk pembekal-pembekal tempatan dalam rantaian bekalan dan syarikat asing yang melabur dalam pembuatan komponen termaju termasuk peranti pelayan- Nvidia dengan unit pemprosesan grafik (GPU) untuk AI.
Pembangunan pusat data di Johor juga menyokong perkembangan syarikat pemula tempatan dalam bidang digital dan peningkatan rangkaian internet berkelajuan tinggi dan pembangunan ekosistem digital yang lebih kukuh.
Kerjasama erat antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Johor akan terus diperkukuh untuk memastikan pembangunan infrastruktur digital yang mampan, pengagihan sumber yang seimbang dan pemantauan berterusan impak ekonomi dan alam sekitar.
Kesimpulannya, kerajaan komited untuk memastikan pembangunan pusat data di Johor bukan sahaja memperkukuh kedudukan negeri sebagai hab teknologi digital, tetapi turut memupuk ekonomi berasaskan pengetahuan dan memberi manfaat langsung kepada rakyat.
Dato’ Yang di-Pertua, akhir kata, sokongan dan pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat akan senantiasa kami alu-alukan dalam usaha menggembleng tenaga dan idea-idea bernas di samping iltizam mengukuhkan ekonomi negara agar ia bertambah cerdas, mampan dan makmur demi mencapai hasrat Malaysia Madani. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri Kementerian Pertahanan.
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Assalamualaikum dan salam Malaysia Madani.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada 16 Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan membahaskan isu-isu berkaitan Kementerian Pertahanan pada kali ini. Secara khususnya, terima kasih saya kepada Yang Berhormat Pasir Salak yang menghujahkan keperluan untuk diberi peruntukan yang besar kepada sektor pertahanan negara. Sememangnya peruntukan pertahanan adalah kritikal dalam memastikan keupayaan kita meningkatkan kesiagaan Angkatan Tentera Malaysia.
Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Gerik, Yang Berhormat Lumut dan Yang Berhormat Arau telah membangkitkan mengenai, antara lain, situasi di Laut China Selatan, tahap kesiagaan pasukan ATM dalam berhadapan dengan cabaran tersebut serta perancangan untuk memperkukuhkan keselamatan di Pantai Timur Sabah terutamanya keselamatan maritim dan udara.
Saya ingin terlebih dahulu menjelaskan tentang apakah seberanya doktrin pertahanan negara kita dan bagaimana doktrin ini mempengaruhi dan memandu cara kita bertindak.
Selain Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 dan Kertas Putih Pertahanan 2019 yang menjadi rujukan dasar kita, Strategi Ketenteraan Negara 2.0 merupakan dokumen yang menggariskan strategi dan komitmen Angkatan Tentera Malaysia. Secara asasnya, tiga strategi digunakan Angkatan Tentera Malaysia dalam menghadapi sebarang ancaman yang menggugat kedaulatan negara. Strategi pertama adalah selari dengan dasar luar kita iaitu mengutamakan diplomasi sebagai elemen pertahanan paling utama.
Saya ingin membuat penegasan. Cabaran di Laut China Selatan merupakan satu situasi tuntutan bertindih dan bukannya satu serangan secara langsung. Bersandarkan kepada doktrin-doktrin pertahanan yang mengutamakan diplomasi, maka pemantapan hubungan luar dan pengukuhan diplomasi pertahanan merupakan salah satu strategi penting memastikan kedaulatan negara dan kestabilan serantau.
Ada tiga pendekatan diplomasi yang kita lakukan dalam isu tuntutan bertindih ini.
Pertama, memanfaatkan hubungan baik Malaysia dan China. Berbanding dengan sesetengah negara yang tidak mempunyai hubungan baik dengan China, Malaysia memilih untuk mengekalkan hubungan dua hala yang baik dengan China.
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Kita percaya hubungan yang baik ini akan lebih membuka ruang dan membantu usaha kita untuk menegakkan hak dan kedaulatan Malaysia di perairan Laut Cina Selatan. Ia
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
membolehkan negara kita sering berbincang dan memastikan tidak berlaku ketegangan antara kedua-dua negara.
Kedua, memanfaatkan kedudukan dan penglibatan kita dalam ASEAN, sama ada di peringkat ketua-ketua kerajaan atau Menteri-menteri Pertahanan. Malaysia memanfaatkan ruang libat urus secara konstruktif dengan rakan sejawat melalui platform kerjasama pertahanan dua hala dan pelbagai hala seperti dengan izin ASEAN Defence Ministers Meeting (ADMM) dan ADMM-Plus dalam mengendalikan isu-isu keselamatan, termasuklah isu keselamatan perairan. Hubungan pertahanan bersama negara-negara jiran juga terus diperkukuhkan bagi mencapai persefahaman serta melaksanakan operasi secara bersama.
Pendirian Malaysia berhubung isu Laut Cina Selatan adalah jelas dan konsisten.
Semua pertikaian dan penyelesaian isu-isu berhubung Laut Cina Selatan hendaklah bersandarkan undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Undang-undang Laut PBB 1982 atau UNCLOS. Antara usaha serantau untuk mengelakkan ketegangan di Laut Cina Selatan, negara-negara ASEAN dan China telah memeterai Declaration on the Conduct of Parties in the South China Sea pada 4 November 2002.
Selaras dengan persefahaman di bawah deklarasi itu, negara-negara ASEAN telah mengambil pendekatan self-restraint dan memastikan tindakan-tindakan yang diambil dan aktiviti yang dijalankan di Laut Cina Selatan tidak meningkatkan ketegangan di lapangan.
Buat masa ini, negara-negara ASEAN dan China sedang merundingkan Code of Conduct in the South China Sea yang merupakan satu kod tatacara bagi mengelakkan konflik dan ketegangan di Laut Cina Selatan. Sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan, Malaysia komited untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan Laut Cina Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai.
Ketiga, sekalipun kita memanfaatkan secara strategik hubungan baik Malaysia dan China dan menggunakan platform ASEAN, Malaysia turut membuat bantahan diplomatik atau protes secara konsisten. Bagi memastikan hak dan tuntutan kita dihormati apabila berlakunya kehadiran pihak luar di perairan dan sempadan negara, Angkatan Tentera Malaysia akan mengemukakan cadangan notis bantahan melalui Kementerian Luar Negeri. Cadangan notis bantahan diplomatik ini dikemukakan secara konsisten kepada Wisma Putra bagi menegaskan hak serta kedaulatan negara di kawasan Laut China Selatan.
Dato' Yang di-Pertua, strategi kedua, melaksanakan pelbagai operasi dan kawalan secara bersepadu sepanjang masa. Saya mesti tegaskan dalam Dewan yang mulia ini iaitu Selat Melaka dan Laut China Selatan merupakan laluan perairan terbuka. Di bawah undang- undang antarabangsa kita mempunyai kewajipan untuk membenarkan dan memberi laluan kepada kapal-kapal dan pihak luar sesuai dan mengikut hak mereka di bawah undang- undang antarabangsa. Perkara ini mesti kita fahami dan terima. Ia tidak seharusnya dipertikaikan dan menjadi asas perbahasan hanya kerana terdapat kapal-kapal luar melalui perairan kita.
Namun, bagi mempertahankan kedaulatan negara khususnya di Laut China Selatan dan perairan Wilayah Sabah, kita melakukan penguatkuasaan sempadan maritim melalui
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
beberapa jenis operasi di pelbagai peringkat. Misalnya operasi teras, operasi bilateral, operasi multilateral dan operasi bersepadu melibatkan aset-aset TLDM dan TUDM dan memandangkan pertahanan kita bersifat complementary atau saling melengkapi antara satu sama lain, pihak TLDM turut bekerjasama dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dalam mengadakan rondaan dan pengawasan. Ini adalah bagi memperagakan kehadiran dengan izin, show of presence di Laut China Selatan dan memastikan kesedaran domain maritim atau maritime domain awareness sentiasa berada pada tahap tertinggi serta kedaulatan Zon Maritim Malaysia sentiasa terpelihara.
Selain melakukan operasi ini, kita turut menempatkan radar-radar coastal surveillance system dengan keupayaan memantau sejauh 20 batu nautika di lokasi strategik untuk memantau dan mengesan unsur-unsur yang mencurigakan. Segala operasi dan surveillance yang dilakukan memastikan keadaan di perairan dan sempadan maritim Malaysia berada dalam keadaan terkawal dan kedaulatan negara dapat dipertahankan.
Dato' Yang di-Pertua, strategi ketiga kita adalah meningkatkan keupayaan penambahan, serta pemodenan aset ATM berasaskan bentuk dan jenis ancaman yang dihadapi. Kementerian Pertahanan kini dalam proses membuat perolehan aset-aset penting seperti yang disenaraikan dalam Kertas Putih Pertahanan bagi melengkapkan keupayaan ATM dalam mengesan, mencegah dan menafikan sebarang ancaman luar di kawasan teras lanjutan dan hadapan. Ini termasuklah perolehan dua unit Maritime Patrol Aircraft untuk kegunaan TUDM dan pesawat ini dijangka diterima pada tahun 2026.
Perolehan tiga unit Medium-Altitude Long-Endurance Unmanned Aerial System untuk kegunaan TUDM, pesawat dan kelengkapan sistem ini dijangka diterima pada tahun 2025. Perolehan 18 buah Fighter Lead In Trainer-Light Combat Aircraft untuk kegunaan TUDM. Pesawat dijangka diterima pada akhir tahun 2026. Perolehan tiga buah kapal Littoral Mission Ship Batch 2 secara kerajaan kepada kerajaan dengan Kerajaan Republik Turkiye.
Proses pembinaan telah dimulakan dan aset-aset ini dijangka diterima pada tahun 2027.
Selain itu, TLDM telah menerima 10 buah bot Fast Interceptor Craft dan baki sembilan buah FIC lagi dijangka akan diterima pada tahun 2025. Penempatan bot-bot pemintas laju di Timur Sabah dinilai mampu mengukuhkan keselamatan sempadan sejajar dengan ancaman bukan tradisional dan jenayah rentas sempadan yang tertumpu di kawasan tersebut.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Menteri.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Pada masa yang sama, seperti yang kita sedia maklum, pihak TLDM juga akan menerima littoral combat ship (LCS) pertama pada penghujung tahun 2026.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Menteri, sebelum masuk LCS itu, saya baca 5 November, dua hari yang lepas lah ya, daripada Defense News ini, “French, UK naval chiefs urge dramatic changes in warship design” dan dalam tulisan ini dia kata, maybe dia setiap tahun kena diubahsuai. “We have to build adaptable by design”. Dia kata, “You must build the
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
ship to be adaptable during 40 years”. Dia kata agak tricky kerana nak bersaing dengan orang lain ini, dia kena kreatif dan inovatif dan futuristik. Adakah kita kerajaan bersedia ke arah itu?
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih Yang Berhormat. Dalam soal perolehan kapal, memang teknologi pertahanan dalam membangunkan dan membuat kapal itu sentiasa berubah tetapi apa pun yang kita nak perolehi ataupun penambahbaikan yang kita buat, ia mesti berasaskan kepada keperluan kita dan juga berasaskan kepada strategi pertahanan kita.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Seperti yang telah saya nyatakan tadi, kita punya domain pertahanan, kita punya pendekatan pertahanan kita, kita lebih kepada untuk mempertahankan negara bukan untuk membuat ancaman dan menyerang negara lain. Kedua, kita juga perlu sedar iaitu semua pandangan begitu tentunya mereka sebagai negara pengeluar, sebahagian besarnya adalah untuk mereka memastikan mereka dapat memasarkan produk mereka.
Dan yang ketiga, dalam kita membuat perolehan terutamanya untuk kapal perang, ada 13 komponen-komponen besar dalam membina sesebuah kapal daripada segi badan, daripada segi design, daripada segi kelengkapan, weapon system, electrical system. Jadi tiap-tiap komponen itu, dia melalui pelbagai kemajuan. Jadi, kalaupun mungkin ada sesuatu yang telah jauh terkehadapan, kita mungkin hanya boleh merujuk dan mengubah yang itu.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Menteri.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Tapi apa pun, oleh sebab proses kita untuk lakukan perolehan itu tidak dibuat secara sekali gus, jadi apa-apa yang kita akan lakukan dan pertimbangkan, ianya sudah pastilah akan ambil kira perkara-perkara dan kemajuan serta teknologi yang terkini pada ketika itu.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Menteri, saya nak tanya sedikit sebab kita ini besar sikitlah daripada Singapura. Jadi saya nak tahu kalau doktrin kita ialah defensif, maknanya kita hanya nak mempertahankan diri. Singapura sekarang ini bagaimana? Adakah mereka juga defensif sebab mereka lebih kecil daripada kita dan lebih muda daripada kitalah. So, bagaimana agaknya Singapura berbanding dengan kita?
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih Yang Berhormat. Kita tahu mengenai mereka tetapi dalam hal-hal pertahanan, kita tak nyatakan apa yang kita tahu. Itu biarlah menjadi satu kelebihan kepada kerajaan dan angkatan tentera. Perkara-perkara seperti itu, kita tidak berkongsi supaya kita dapat mengawal keadaan, supaya kita tidak lahirkan keadaan kebimbangan, supaya kita tidak timbulkan ketegangan dan renggang hubungan antara negara.
Jadi, walau apa pun kita sentiasa memerhatikan semua negara, terutamanya yang berdekatan dan menjadi jiran kepada kita. Itu jaminan saya kepada Yang Berhormat. Jadi tak boleh nak cerita tapi kita tahu apa yang semua negara yang ada dan memang itu kerja pertahanan bagi memastikan pertahanan negara berada pada tahap maksimum. Terima kasih Yang Berhormat.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
[Bangun]
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Saya tadi bercakap mengenai soal LCS dan seperti yang telah saya katakan...
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Tanjong Karang mencelah sikit.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tanjong Karang ingin bertanya berkenaan dengan perolehan atau pembelian 39 buah F/A-18C/D yang terpakai daripada Kuwait. Adakah itu masih dalam proses atau diteruskan? Terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Beberapa Ahli
Mic, mic.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Mic, pasang mic. Tak dengar.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Saya akan jawab itu. Memang ada dalam saya punya jadual untuk jawab mengenai Kuwait. Jadi, soal LCS berdasarkan segala pembinaan markas, perolehan-perolehan sedia ada dan akan datang serta pelan pemodenan aset ini, insya-Allah ia akan membantu TUDM dan TLDM memantau dengan lebih awal pergerakan aset-aset asing yang cuba menceroboh kawasan udara dan perairan negara seterusnya memberikan masa yang mencukupi untuk bertindak balas.
Dato' Yang di-Pertua, saya akui dan tidak menafikan bahawa soal Laut China Selatan ini banyak dibangkitkan...
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Dan sememangnya menjadi cabaran kepada Malaysia dan perlu dipandang serius.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang Berhormat. Sorry, saya minta maaf, sebelum pergi ke topik lain. Tadi Yang Berhormat menyenaraikan aset-aset yang sedang diperolehi oleh pihak kerajaan. Jadi soalan saya, adakah terdapat mana-mana aset yang sedang dalam proses untuk perolehan tetapi melalui proses leasing rather than pembelian. Dan sejauh mana benarnya cakap-cakap dalam pasaran di sana mengenai tindakan kerajaan untuk membeli beberapa unit helikopter secara leasing. Adakah itu di bawah kementerian Yang Berhormat ataupun di bawah NADMA?
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih Yang Berhormat. Itu memang ada dalam topik hal-hal perolehan, selepas ini saya jawab. Kuwait, F/A-18 Kuwait dan juga soal leasing helicopter. Saya masih lagi di topik Laut China Selatan sebab saya tengok perkara ini dibangkitkan secara konsisten. Saya telah terangkan daripada segi doktrin pertahanan negara tetapi saya ingin nyatakan bahawa dalam konteks pengawasan sempadan dan pengurusan ketegangan serta tuntutan bertindih di Laut China Selatan, seperti yang telah saya katakan, ini soal tuntutan bertindih bukan soal negara kita diserang.
Jadi dalam hal ini, dalam saya menyatakan bahawa kita akan sentiasa memastikan wujud show of present secara konsisten, kita peringkat Kementerian Pertahanan dan ATM memberi jaminan akan memastikan kedaulatan negara kita terjaga dan kita tidak akan sama sekali berkompromi dengan anasir luar yang mencabar kedaulatan negara.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Dalam hal ini, adalah sangat penting untuk semua pihak, kerajaan kah pembangkang bersama-sama menunjukkan sokongan dan kepercayaan kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia dan agensi penguat kuasa yang lain. Kita mesti menunjukkan sokongan, kepercayaan dan keyakinan kepada ATM dan semua anggota kita yang memberikan khidmat terbaik dalam perkara ini.
Adalah tidak membantu jika Dewan yang mulia ini terus menerus digunakan sepanjang masa sebagai medan untuk meragui, mempertikai, menakut-nakutkan atau mempolitikkan keadaan di Laut China Selatan atau terus menerus menuntut pendedahan tentang keupayaan ATM memelihara kedaulatan negara. Perkara tersebut bukan sahaja tidak membantu menambah baik keadaan, malah mendedahkan pihak ATM kepada pelbagai spekulasi dan prejudis yang tidak sepatutnya.
Adakah kita mengharapkan yang kerajaan melepaskan pendekatan diplomasi dan mengambil tindakan agresif yang melulu khususnya dalam berhadapan dengan kuasa besar seperti China? Diplomasi is not dead, diplomasi masih lagi kuat. Diplomasi masih lagi relevan.
Biar pun negara-negara jiran lain mempunyai pendekatan dan jalan mereka yang tersendiri, saya percaya peperangan atau pertempuran bukan pilihan terbaik yang kita mahukan.
Malaysia tidak boleh bertindak secara emosi. Kita perlu sentiasa strategik, realistik, cermat, teliti dan tidak sesekali membiarkan kedaulatan negara tergugat.
Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Gerik, Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Tanah Merah, Yang Berhormat Batu Pahat, Ledang dan juga Pendang telah menyentuh mengenai pelbagai isu perolehan pertahanan merangkumi status perolehan pelbagai aset serta dasar berkenaan perolehan aset terpakai.
Pertama sekali saya ingin jelaskan, segala dasar termasuklah pertimbangan perolehan yang dibuat dan dirancang oleh Kementerian Pertahanan adalah berpandukan keperluan ATM ataupun bersifat user driven. Perolehan serta pemodenan aset ATM adalah berpandukan kepada polisi induk iaitu Kertas Putih Pertahanan, strategi ketenteraan negara dan Pelan Pembangunan 4 Dimensi ATM.
Semua ini disusun dan dirancang agar selari serta sejajar menuju transformasi angkatan masa hadapan yang mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaulat, selamat dan makmur. Paling penting, perolehan-perolehan yang dibuat oleh MINDEF dan ATM adalah turut berpandukan kepada keperluan semasa dan ancaman yang dihadapi oleh kita.
Kedua, segala dasar pertahanan, ketetapan dan pertimbangan termasuklah yang berkaitan perolehan yang diputuskan sebelum ini akan diteruskan oleh kerajaan sedia ada.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Saya ingin tegaskan bahawa hanya kerana kerajaan sudah bertukar, ini tidak sama sekali bermakna apa-apa dasar pertahanan, ketetapan dan keputusan yang dibuat sebelum ini akan turut ditukar dan dirombak khususnya dalam konteks perolehan pertahanan. Ia akan dikekalkan memandangkan perkara tersebut bersifat kepentingan nasional dan tidak wajar dipolitikkan sama sekali.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Ketiga, sudah pastilah kesemua perolehan yang dilakukan adalah mematuhi prosedur dan proses yang ditetapkan. Proses-proses ini bukan sahaja dipantau oleh Kementerian Pertahanan, tetapi juga Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan pihak-pihak yang berkepentingan seperti ATM sendiri selaku end user. Kebanyakan perolehan yang dibuat adalah secara tender terbuka dengan memastikan wujudnya due diligence exercise yang sepatutnya.
Maka, bagi menjawab persoalan Yang Berhormat Tanah Merah tentang perolehan sewaan helikopter bagi kegunaan pasukan udara Tentera Darat dan penganugerahan kontrak sewaan helikopter Black Hawk kepada syarikat Aerotree Defence and Services Sdn. Bhd., saya ingin kongsikan bahawa proses perolehan ini sebenarnya telah bermula pada tahun 2022.
Ia diiklankan pada 15 Julai 2022 hingga 11 Ogos 2022 dan dibentangkan dalam Lembaga Perolehan pada Oktober 2022. Pada masa itu, Yang Berhormat Tanah Merah sendiri merupakan Timbalan Menteri Pertahanan. Jadi, soalan itu boleh dijawab oleh Yang Berhormat sendiri kerana pada ketika itu Yang Berhormat adalah Timbalan Menteri Pertahanan.
Yang Berhormat Pendang pula telah menyentuh mengenai perolehan helikopter melalui kaedah Government Operate, Company Own and Maintain. Ini tadi yang disoalkan oleh Yang Berhormat. Sebagai makluman Yang Berhormat, perolehan secara pajakan aset ini merupakan kali pertama umpamanya dibuat dan dilaksanakan oleh Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri.
Perolehan ini melibatkan kontrak bernilai RM16.546 bilion untuk tempoh sewaan selama 18 tahun. Ia melibatkan 28 unit helikopter dan akan memberi manfaat bukan sahaja kepada ATM, tetapi juga agensi-agensi keselamatan negara yang lain. Pecahan pengguna adalah seperti berikut, dua untuk TLDM, 12 untuk TUDM, tujuh untuk Polis Diraja Malaysia, empat untuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, dua untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan satu untuk kegunaan Jabatan Perdana Menteri. Tujuan utama adalah untuk memenuhi keperluan agensi pengguna menjalankan operasi udara harian dan misi-misi tertentu selain daripada peperangan.
Kerajaan berpandangan bahawa kos tersebut adalah wajar kerana ia merangkumi pembekalan helikopter, perlindungan insurans, perkhidmatan maintenance, repair dan overhaul termasuk dengan alat-alat gantian dan simpanan, kursus dan latihan serta penyelenggaraan luar pangkalan. Melalui kaedah ini, isu utama yang akan diatasi adalah masalah ketersediaan dan kesiagaan pesawat-pesawat helikopter sedia ada. Melalui kontrak pajakan ini, pihak syarikat perlu memastikan tahap ketersediaan dan kesiapsiagaan helikopter yang dibekalkan adalah pada tahap minimum 85 peratus dan agensi-agensi mendapat jaminan jam penerbangan mengikut keperluan masing-masing.
Apabila ia melalui konsep pajakan ini, maka ia bermakna pihak end user seperti ATM dan perkhidmatan di dalamnya tak perlu untuk memberi kontrak MRO ataupun membeli spare
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
part dan sebagainya. Semua dikendalikan oleh syarikat yang melakukan pajakan ini. Pajakan ini adalah pajakan to own. Maknanya selepas 15 tahun, kerajaan diberi pilihan untuk membeli kesemua 28 unit aset tersebut pada harga nominal RM1 sahaja yang mana selepas 15 tahun, penggunaan setiap aset tersebut dianggarkan bernilai antara RM30 juta hingga RM50 juta seunit. Tetapi, kerajaan ditawarkan hanya membeli RM1 walaupun satu unit itu antara RM30 juta hingga RM50 juta.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang Berhormat, sedikit.
Adakah pihak kerajaan dibolehkan mendedahkan kos sebenar per month pajakan tersebut dan kos keseluruhan yang akan ditanggung oleh kerajaan sepanjang tempoh pajakan?
Adakah boleh didedahkan di dalam Dewan?
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Semua rundingan itu dibuat oleh UKAS, sama ada ia boleh didedah, kita mungkin sama ada bangkitkan masa jawatankuasa ataupun kita beri jawapan secara bertulis.
Puan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tanjong Karang dan juga Batu Pahat membangkitkan soal perolehan pesawat F/A-18, legasi Hornet milik Kuwait Air Force (KAF).
Secara asasnya, perolehan ini adalah bagi tujuan gap filler. Ini adalah bersandarkan kepada perkara-perkara berikut.
Pertama, memenuhi keperluan TUDM khususnya dalam meningkatkan kesiagaan aset, malah pengoperasian pesawat Hornet Kuwait ini adalah 90 peratus menyamai pengoperasian pesawat Hornet TUDM. Ini bermakna anggota TUDM boleh mengoperasikan pesawat Hornet KAF tanpa latihan tambahan dengan tahap konfigurasi yang minimum.
Kedua, pendekatan gap filler ini menyebabkan kita tidak perlu menunggu masa yang lama berbanding dengan perolehan aset baharu memandangkan pihak TUDM pada masa yang sama sedang melupuskan pesawat-pesawat sedia ada yang telah mencapai keusangan dan tidak ekonomik dioperasikan lagi seperti pesawat MiG dan F-5E dan juga pesawat Hawk menjelang tahun 2027.
Kalau kita membuat tempahan membeli dan membuat perolehan baharu, ia mungkin ambil masa sehingga 10 tahun untuk kita dapat first delivery. Jadi atas sebab itulah sebagai gap filler, oleh kerana kita perlu kapal terbang untuk memenuhi keperluan kita dan kita telah membuat pelbagai perbandingan termasuklah kos efektifnya kerana pakej yang ditawarkan bersekali dengan simpanan alat ganti yang semua itu adalah bersesuaian dengan kegunaan aset semasa TUDM, maka tim teknikal TUDM telah mengesahkan bahawa pengoperasian pesawat ini boleh dijadikan sebagai pesawat untuk gap filler bagi keperluan kita.
Kita harus faham bahawa soal ini telah timbul daripada tahun 2018 apabila kita dapati bahawa MiG dan F-5E hendak diberhentikan. Tetapi kerajaan bersilih ganti, tidak membuat keputusan untuk beli kapal terbang baharu. Kalau 2018 dahulu buat keputusan beli kapal terbang baharu, dah ditentukan spesifikasi, mungkin membuat keputusan perolehan pada 2018, mungkin 2028 kita sudah mendapat kapal terbang jet fighter yang baharu. Tetapi tahun kerajaan bertukar, setiap kerajaan meneruskan keputusan yang telah diputuskan 2017 untuk
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
berunding dengan Kuwait, maka hari ini kita teruskan itu dengan ia boleh menjadi gap filler bagi keperluan tentera udara kita.
Saya ingin nyatakan bahawa pembelian aset terpakai dari negara lain merupakan satu amalan yang biasa dalam sektor pertahanan. Ia bukanlah sesuatu yang janggal atau memudaratkan. Indonesia pernah membeli pesawat-pesawat pejuang terpakai Mirage yang sebelumnya digunakan oleh Qatar. Thailand juga pernah memperolehi kenderaan tempur milik Amerika Syarikat dan begitu juga negara Croatia, memperolehi pesawat pejuang jenis Rafale terpakai daripada Perancis.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Secara umumnya, pesawat Hornet Kuwait ini berada dalam keadaan yang sangat baik dengan tahap 90 peratus kebolehkhidmatan serviceable pada setiap masa dan tim teknikal TUDM mendapati jumlah jam penerbangan pesawat Hornet KAF adalah jauh lebih rendah berbanding pesawat Hornet TUDM. Tim-tim teknikal TUDM turut mendapati KAF mempunyai simpanan sehingga 10,000 alat ganti pesawat Hornet dan mengesahkan, KAF sendiri mengesahkan mempunyai hampir kesemua alat ganti kritikal yang diperlukan oleh TUDM.
Berdasarkan bilangan alat ganti itu, maka pengoperasian pesawat Hornet KAF kalau kita berjaya memperolehinya, maka akan dapat kita gunakan pesawat ini sehingga tahun 2035. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, melalui perancangan TUDM dalam dokumen Pelan Pembangunan Keupayaan 2055, iaitu Capability Development Plan bagi kita memperolehi pesawat Multi-Role Combat Aircraft. Menjelang 2040, kita akan berhentikan Sukhoi, kita juga kalau dapat F18 Hornet Craft ini, akan memberhentikan kerana mula tahun 2030, kita akan merancang untuk memperoleh jet-jet pejuang yang baharu. Jadi kalau 2030 kita buat keputusan, 2040 kita akan dapat jet baharu kerana pada ketika itu, Sukhoi memang akan ditamatkan. Pada ketika itu Hornet daripada KAF itu juga akan ditamatkan dan di situlah kita akan melaksanakan Pelan Pembangunan Keupayaan 2055 bagi TUDM untuk memperoleh pesawat Multi-Role Combat Aircraft. Atas sebab itulah kita panggil perolehan F18 Hornet Craft ini sebagai hanya satu gap filler. Jadi saya harap kita faham mengenai soal ini.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Menteri, saya – tadi Menteri sebut, kalau kita hendak tempah dia mengambil masa yang lama, kan? Sepuluh tahun dan sebagainya dan tempah dari luar negara, expertise dari luar negara, kan? Saya tertarik dengan apa yang di-share- kan di sini saya kata Berita Harian. Berita Harian ini 13 Ogos 2024. Dia kata, “Dua syarikat tempatan siapkan kapal peronda tentera laut Nigeria dalam masa 24 bulan.” dan dia kata, “99 peratus adalah pekerja tempatan, expertise tempatan.” Saya hendak lihatlah orang Malaysia sendiri ada, dah ada dah kan. Sudah terbukti, sudah hantar dah pun. Apa komen Menteri?
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih Yang Berhormat. Memang kita ada kepakaran dan memang bot-bot tentera ini dia ada pelbagai jenis daripada aircraft carrier, cruiser, free gate, fast attack craft sebagainya yang dibuat syarikat tempatan yang
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
membuat untuk Nigeria itu dia bersamaan dengan fast interset craft yang memang dibuat oleh dalam negara kita yang dibeli oleh TLDM.
Kita ada tempah 18 yang dibuat FIC. Atas sebab itulah, dan begitu juga LCS walaupun design daripada Perancis, tetapi LCS dibuat di Malaysia. Begitu juga apabila kita buat dan tempat tiga literal mission ship daripada Turkiye, kita sepatutnya dalam perancangan kita mempunyai 18. Mungkin 15 itu kita akan buat di Malaysia.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terkilatnya dia 24 bulan siap. LCS lama tak siap- siap.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Tapi di bawah kerajaan ini, insya-Allah kali ini kita akan betul-betul siapkan dan kita akan pastikan negara ini selamat.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Yang Berhormat Menteri, saya tambah sedikit. F/A-18, Tanjong Karang Yang Berhormat.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Okey, okey.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
F/A-18 diguna oleh Kuwait semasa peperangan Gulf tahun 992 dan Boeing juga telah stop production. Kapal terbang F/A-18 ini agak ageing dan saya difahamkan juga untuk kelulusan daripada Kuwait, mereka perlu meminta kelulusan daripada Senate Congress. So, adakah keadaan ini telah selesai?
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
F-18 itu pengeluarannya dalam awal 1990-an sebab kita pun – Malaysia pun, kita ada F-18. Seperti saya kata tadi, walaupun menjelang 2027, spare part-nya sudah tiada, tetapi dalam stok Kuwait Air Force (KAF) ada 10,000 spare part yang boleh mendukung dan yang boleh memenuhi segala keperluan kita.
Jadi, atas sebab itulah seperti yang telah saya katakan tadi, kita telah buat semua penilaian dari segi operasinya, dari segi training-nya, dari segi persamaannya, interoperability-nya maka kita dapati bahawa kapal terbang ini sangat sesuai. Tidak ada isu dari segi spare part dan ia bersamaan dengan jangka masa untuk kita dapat kapal terbang- kapal terbang yang baharu.
Kalau kita ambil yang baharu sekarang, kalau kita tempah katalah tetapi kita tidak tahu bila boleh deliver, kita mungkin 2050 kita terpaksa lagi pakai kapal terbang itu. Sebab satu-satu kapal terbang jangka hayatnya mungkin 30 tahun, 40 tahun. Satu lagi yang telah saya katakan tadi yang merupakan faktor-faktor yang penting, jangka penerbangan kapal terbang itu sangat-sangat rendah. Daripada kapal terbang F-18 kita sendiri, dia punya flying hours itu very low. Bila saya pergi ke Kuwait, daripada 38 kapal terbang yang dia ada, hanya yang digunakan adalah enam. Lain semua diletakkan dalam hangar. So, itu sebenarnya keadaan kapal terbang-kapal terbang tersebut. Memang benar dalam soal-soal untuk perolehan mengenai aset-aset seperti jet-jet pejuang ini, memang kita perlu mendapatkan persetujuan daripada negara-negara pembuat.
Dalam soal F-18 ini, memang kita perlu untuk mendapatkan persetujuan daripada Kerajaan Amerika dan kita bernasib baik kerana kita mempunyai hubungan yang baik juga dengan Amerika. Kita akan gunakan hubungan baik ini untuk kita mendapat kelulusan
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
daripada pihak Kerajaan Amerika. Sama-samalah kita doakan kerana ini bukan soal kerajaan atau pembangkang. Ini untuk pertahanan dan juga kedaulatan negara kita. Jadi itu yang hendak saya sampaikan.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
YB Menteri, Lumut. YB Menteri, terima kasih. Daripada perbahasan 2024 – Bajet 2024 ada daripada permintaan daripada TLDM Pelan Transformasi 15-to-5, ada perancangan untuk membeli Multi-Role Support Ship (MRSS). So, keperluan itu amat mendesak kerana kelas kapal logistik yang ada sedia ada sekarang telah berumur 40 tahun.
Dua buah kapal Multi-Role Support Ship. Bukan Multi-Role sebenarnya. Itu Multi- Purpose Command Support Ship. So kita tak nak – mengikut pada usia pun dah 40 tahun.
Kapal itu besar, memang dalam Tentera Laut pun ada membuat program untuk ‘direhal’ balik kapal Multi-Role, sebenarnya saya rasa tidak boleh buat dan kita tak nak ada insiden macam KD Pendekar. Dan, juga Multi-Role Support Ship ini dia punya fungsi dan kita ada Markas Angkatan Bersama. So, mohon pihak kementerian mencari solusilah untuk mendapatkan peruntukan khas. Memang saya rasa tiada yang terdesak untuk menjalankan tugas-tugas operasi, latihan operasi dengan Markas Angkatan Bersama. Terima kasih.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Yang Berhormat Menteri, boleh saya mencelah? Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih kerana memberi penerangan yang begitu jelas berkenaan dengan pembelian apa semua tadi. Saya percaya panglima- panglima yang ada di MINDEF itu, dia faham dan dia yang advise Yang Berhormat Menteri termasuklah Panglima Angkatan Tentera, Panglima Tentera Laut, Panglima Tentera Udara dan juga Tentera Darat. Jadi no question. Bagi saya itulah yang terbaik.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Cuma sekarang ini ada 78,000 lebih ini duduk tunggu. Sudah dekat dengan dua minit lagi dah. Daripada 40 minit tadi tidak sebut pun lagi...
[Ketawa] Pasal penyelarasan pencen itu macam mana? Okey, okey.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Saya jawab mengenai MRSS. MRSS betul apa Yang Berhormat Lumut cakap. Tapi jangan bahas semasa Kementerian Pertahanan sebab duitnya datang Kementerian Kewangan. Jadi saya minta masa Kementerian Kewangan beritahu untuk pertahanan negara, negara ini perlu MRSS dan minta Kementerian Kewangan luluskan untuk MRSS. Jadi terima kasih banyak kalau boleh lakukan itu.
Puan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Ketereh, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Lumut telah membangkitkan beberapa isu mengenai kebajikan warga veteran. Berkenaan dengan isu pelarasan pencen veteran yang bersara sebelum tahun 2013, saya ingin mengambil peluang di sini untuk menyatakan sekalipun kes masih belum diputuskan oleh Mahkamah Rayuan susulan pelaksanaan Skim Saraan Perkhidmatan Awam yang diumumkan oleh kerajaan kepada penjawat awam yang sedang berkhidmat, termasuk perkhidmatan ATM, penyelarasan pencen kepada semua pesara termasuk veteran ATM juga akan dilaksanakan.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Ini bermakna, bagi veteran yang bersara sebelum Januari 2013, pelarasan pencen fasa pertama akan dilaksanakan pada Disember 2024 berdasarkan gaji akhir yang bersamaan pada tahun 2012. Setelah gaji SSPA 2024 diperolehi, pelarasan pencen akan dilaksanakan mengikut formula pencen yang terdapat dalam peraturan-peraturan Angkatan Tentera Tetap 1982.
Pelarasan kedua sebanyak tujuh peratus, yang pertama tadi lapan peratus akan dibuat dan dilaksanakan pada awal tahun 2026. Jadi, secara ringkasnya di bawah pelarasan ini, veteran yang berpencen sebelum Januari 2013 akan turut menerima kenaikan sebanyak lapan peratus dan tujuh peratus menjadikan jumlah pelarasan pencen mereka adalah sebanyak 15 peratus. Puas hati Yang Berhormat?
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Okey terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Cuma saya takut tadi, takut 2012 itu tidak buat lagi, yang ini buat. Jadi, gaji dia, pencen dia terlampau kecil. Kalau sudah naik macam itu, okeylah insya-Allah.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Tangga Batu juga ingin merakamkan terima kasih kerana kami berdua, bertiga ini berjuang daripada penggal pertama kami masuk Parlimen lah. Terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menterilah, Kerajaan MADANI. Kerajaan MADANI sahaja selesaikan hal ini.
[Tepuk] Puan Yang di-Pertua, just untuk beberapa minit saja lagi. Ini isu terakhir iaitu PLKN.
Ini adalah merujuk kepada perbahasan Yang Berhormat Raub yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara dengan pandangan bahawa pelaksanaan program ini tidak sesuai pada masa ini dengan keupayaan kewangan kerajaan dan kerajaan dikatakan perlu untuk memfokuskan kepada perkara-perkara lain yang lebih penting.
Walaupun ada pandangan sedemikian, saya ingin maklumkan bahawa kerajaan telah putuskan untuk melaksanakan semula PLKN. Keputusan kerajaan ini bersandarkan kepada pertama, kajian-kajian yang terperinci dan mendalam yang telah dibuat melalui kajian-kajian akademik, kajian yang dibuat oleh Kementerian Pertahanan sendiri.
Kedua, kementerian berpendapat bahawa usaha memupuk patriotisme dan nilai jati diri yang baik dalam diri anak muda bukanlah perkara yang bersifat sampingan, sisipan ataupun secondary kepada negara. Bukan sahaja ia sesuatu yang tidak boleh dikompromi atau ditangguh-tangguh dengan pelbagai alasan, malah dalam keadaan dan situasi yang mencabar seperti sekaranglah perkara ini semakin diperlukan.
Jadi atas sebab itu, PLKN akan kita teruskan dan kita akan mulakan latihan percubaan pada 12 Januari hingga 8 Mac tahun depan ini selama 45 hari bertempat di Rejimen 515, Askar Wataniah Kuala Lumpur, melibatkan seramai 200 orang pelatih lelaki. Ini adalah latihan percubaan. Puan Yang di-Pertua, saya ingin ...
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Menteri, menteri, boleh sentuh PLKN?
Terima kasih. Saya mohon maaf sebab saya tidak sentuh dalam perbahasan saya tetapi
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
perkara ini telah dibangkitkan semasa dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan berkenaan dengan PLKN.
So, izinkan saya cuma untuk memastikan supaya ada penerusan pemantauan dibuat. Itu antara perkara yang kita telah bangkitkan dalam jawatankuasa tersebut apabila kita diberi taklimat, kita setuju ke arah untuk melaksanakan PLKN ini. Cuma, kita juga sebut kegusaran-kegusaran berkenaan dengan apa yang berlaku sebelum ini.
Jadi, eloklah kalau sekiranya boleh untuk pihak kementerian ada engagement dengan pihak jawatankuasa pilihan khas terutamanya dan turut melibatkan kami sedikit sebanyak supaya kita juga dapat promosi dan faham bagaimanakah pelaksanaan PLKN ini dilakukan dengan cara terbaik yang boleh. Terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih Yang Berhormat Ledang.
Saya terima dengan baik dan kita akan cuba lakukan yang terbaik sebagaimana pandangan yang diberikan oleh Yang Berhormat lebih-lebih lagi dalam soal untuk bekerjasama dengan Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai keselamatan dan sebagainya.
Puan Yang di-Pertua, saya sekali lagi ucapkan terima kasih pada semua Ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh isu-isu di bawah bidang tanggungjawab Kementerian Pertahanan dan insya-Allah apa-apa perkara yang lain yang mungkin tidak sempat dijawab, Yang Berhormat yang menyoal pun mungkin tidak ada, mungkin boleh bangkitkan masa peringkat Jawatankuasa. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pertahanan. Saya jemput Yang Berhormat Menteri Komunikasi untuk menjawab. Masa 45 minit.
Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya ingin ambil kesempatan untuk ucap terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian memberikan pandangan yang menyentuh bidang tugas Kementerian Komunikasi sepanjang sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2025, Peringkat Dasar.
Seramai 10 orang Ahli Yang Berhormat telah bangkitkan isu-isu di bawah tanggungjawab Kementerian Komunikasi seperti berikut:
(i) industri kreatif;
(ii) penyalahgunaan media sosial ataupun aplikasi online;
(iii) kebebasan bersuara atau media;
(iv) penstrukturan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia atau MCMC; dan
(v) perkhidmatan telekomunikasi.
Puan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih atas keprihatinan dan sokongan Yang Berhormat Balik Pulau. Saya tahu walaupun beliau tidak ada tetapi saya akan jawab
Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
kerana ini satu perkara yang saya rasa penting. Beliau menyokong usaha melaksanakan Program Belia Kreatif MADANI.
Ini adalah program bawah inisiatif, antara inisiatif terkini Kementerian Komunikasi melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia ataupun FINAS untuk menggalak program pembangunan modal insan khusus untuk golongan belia dalam industri kreatif.
Program Belia Kreatif Madani bertujuan untuk:
(i) mewujudkan komuniti belia yang kreatif serta mempunyai daya saing mencebur diri dalam bidang kandungan kreatif khususnya perfileman;
(ii) meningkatkan penerbitan kandungan tempatan yang berkualiti dan berfokuskan belia;
(iii) memberi tumpuan khusus kepada pembangunan jati diri belia berlandaskan tunjang Malaysia MADANI;
(iv) memberi pendedahan tentang aspek penerbitan kandungan yang berhemah;
(v) mewujudkan peluang penjanaan pendapatan kepada golongan belia melalui kemahiran kreatif serta penggunaan media sosial; dan
(vi) mewujudkan komuniti belia yang berfikiran kreatif serta kritis dan meminati kandungan kreatif tempatan khususnya filem.
Antara skop program yang dicadangkan melalui Belia Kreatif Madani adalah:-
(i) program Pembangunan Modal Insan dijangkakan 6,000 tenaga belia mahir akan dapat manfaat daripada 120 program yang dianjurkan;
(ii) pembangunan nilai apresiasi filem di kalangan belia yang dapat melahirkan 1,800 belia berpengetahuan dalam bidang industri kreatif dan mempunyai jati diri dan semangat mencintai filem tempatan;
(iii) pembangunan komuniti filem ataupun kelab filem yang berfungsi sebagai wadah masyarakat setempat khususnya golongan belia untuk berkumpul, bersosial, berwacana berkaitan filem; dan
Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
(iv) siri liga universiti ataupun pertandingan filem pendek antara komuniti belia di universiti atau kolej pengajian awam dan swasta.
Seterusnya, prestasi kemajuan projek penerimaan dana akan dipantau dan dinilai oleh jawatankuasa pemantauan. Ahli Panel bagi setiap jawatankuasa terdiri daripada penggiat industri, ahli akademik dan wakil kerajaan atau agensi. Setiap permohonan termasuk segala permohonan akan diberikan pertimbangan sewajarnya.
Yang Berhormat Sabak Bernam? Tak ada. Tapi beliau ada menyentuh isu perbezaan kadar duti yang dikenakan ke atas penganjur konsert tempatan dan luar negara. Saya jawab.
Berdasarkan Lampiran 31, Langkah Cukai melalui Belanjawan 2024, kerajaan telah
Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
mencadangkan pengurangan kadar duti hiburan kepada jenis hiburan terpilih yang diadakan di Wilayah Persekutuan.
Antaranya, acara sukan dan pertandingan, tayangan filem di pawagam serta persembahan pentas. Pelaksanaan pengurangan duti hiburan daripada 25 peratus kepada kosong peratus bagi persembahan pentas oleh artis tempatan. Manakala, persembahan pentas oleh artis antarabangsa dikurangkan kadar hiburan daripada 25 peratus kepada 10 peratus yang telah dicadangkan.
Bagi merancakkan aktiviti dan meningkatkan peluang kepada penggiat seni untuk membangunkan industri kreatif melalui penganjuran konsert. Pelaksanaan ini adalah tertakluk kepada subseksyen 12(1)(b) Akta Duti Hiburan 1953, Menteri Kewangan boleh mengecualikan duti hiburan ke atas apa-apa acara hiburan yang diadakan di Wilayah Persekutuan.
Manakala, di bawah subseksyen 12(2), pihak berkuasa negeri boleh mengecualikan duti hiburan bagi apa-apa acara hiburan yang diadakan di negeri masing-masing.
Penguatkuasaan kadar duti hiburan di Wilayah Persekutuan adalah bagi permohonan yang diterima oleh Kementerian Kewangan bagi tempoh 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2028.
Untuk makluman, Yang Berhormat Sabak Bernam juga menggesa supaya tapisan ke atas lirik lagu diperketat. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kod kandungan yang diselia oleh Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) merupakan antara rujukan dalam memastikan kandungan yang dihasilkan dan disiar di Malaysia adalah selaras dengan nilai-nilai moral, etika dan budaya tempatan.
Ia turut meliputi lirik lagu sebagai kandungan yang tertakluk kepada garis panduan yang ditetapkan di dalam kod kandungan. Kod kandungan membantu memastikan kandungan yang dihasilkan adalah berkualiti dan tidak bercanggah dengan isu moral, 3R serta budaya di negara ini melalui beberapa pendekatan di bawah kerangka kawal selia kendiri ataupun dengan izin, self-regulation framework. CMCF memantau dan menguatkuasakan pematuhan terhadap kod kandungan melalui biro aduan yang diberi kuasa untuk mempertimbang dan menangani aduan yang berkaitan dengan kandungan sebagaimana yang diperuntukkan dalam kod kandungan.
Lagu-lagu yang dimainkan di stesen radio iaitu pemegang lesen Content Application Services License (CASPI) adalah terikat di bawah kod kandungan ini. Walau bagaimanapun, lagu-lagu yang dimainkan di platform digital seperti Spotify, JOOX dan lain-lain platform tidak tertakluk kepada kod kandungan kerana mereka bukan pemegang lesen CASPI.
Kuasa biro aduan dan CMCF juga adalah terhad kepada pemegang lesen CASPI memandangkan kod kandungan ini merupakan sebuah kod sukarela industri dan pematuhan adalah secara sukarela bagi entiti yang bukan pemegang lesen. Walaupun begitu, sekiranya pihak industri bukan pemegang lesen ingin membuat aduan atau mendapatkan nasihat daripada CMCF mereka perlu bersetuju secara bertulis untuk mematuhi kod kandungan bagi isu yang dibangkitkan.
Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Selain itu, Kementerian Komunikasi melalui RTM telah menjadikan garis panduan Dasar Wajib Siar Lagu-lagu Baru Tempatan sebagai rujukan dalam melaksanakan tapisan dan penilaian yang ketat sebelum sesebuah lagu itu diluluskan untuk disiar di semua platform penyiaran RTM. Senarai lagu baru tempatan akan dipanjangkan kepada stesen radio dan televisyen untuk disiarkan melalui Unit Rakam Khanah RTM setelah lagu tersebut dinilai dan diluluskan oleh panel penilai.
Beberapa syarat ketat telah ditetapkan kepada semua pengkarya antaranya ialah, lirik lagu tersebut tidak menggunakan lirik bahasa rojak iaitu campuran pelbagai bahasa sehingga merosakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan walaupun ia menggunakan alasan kreativiti dan ingin menarik perhatian khalayak pendengar dan penonton. Sesebuah lagu juga tidak boleh mempunyai lirik yang berunsur lucah, keganasan yang dibimbangi akan memberi pengaruh negatif terutama kepada golongan muda.
Yang Berhormat Ledang ada menyentuh mengenai peranan syarikat telekomunikasi dalam membanteras penipuan dan ancaman jenayah siber. MCMC komited untuk bersama- sama membanteras isu penipuan dalam talian bersama-sama pihak berkuasa yang lain bagi membanteras jenayah penipuan dalam talian. Kegiatan penipuan secara dalam atau luar talian adalah di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Bank Negara Malaysia atau agensi-agensi berkenaan tertakluk kepada bentuk penipuan yang dijalankan.
Penglibatan MCMC meliputi aspek bantuan teknikal berhubung siasatan, pembekalan maklumat, analisa forensik digital serta pelaksanaan tindakan sekatan berdasarkan permohonan daripada pihak berkuasa untuk menangani kes-kes penipuan dalam talian. Penipuan dalam talian masih berleluasa walaupun pelbagai usaha pencegahan telah dilaksana atas beberapa faktor utama.
Scammer sentiasa mengembangkan modus operandi mereka menggunakan teknologi termaju seperti kecerdasan buatan atau AI dan automasi untuk menjadikan penipuan lebih canggih dan sukar dikesan. Mereka mahir memanipulasi psikologi manusia termasuk emosi seperti tamak, takut dan desakan masa sambil menggunakan teknik kejuruteraan sosial (social engineering) yang semakin halus. Aktiviti penipuan pula dilaksana menggunakan identiti yang dicuri dan persona palsu yang terperinci supaya kelihatan sah menyebabkan kesukaran di pihak berkuasa menjejaki pelaku.
Cabaran dalam membanteras penipuan termasuk isu bidang kuasa memandangkan kebanyakan penipuan adalah bersifat rentas sempadan. Kesukaran platform media sosial memantau jumlah kandungan yang besar, tahap literasi digital yang berbeza di kalangan rakyat dan evolusi pantas taktik penipuan berbanding masa tindak balas pihak berkuasa.
Kerjasama antarabangsa yang berterusan serta peningkatan usaha pendidikan dan kesedaran awam adalah penting dalam menangani isu ini. Pelbagai inisiatif kesedaran dan tadbir urus telah diperkukuh di peringkat kerajaan.
Antara inisiatif terkini yang dilaksanakan adalah dengan menguatkuasakan arahan larangan terhadap kandungan terlarang di dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) bermula 1
Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
September 2024. Kandungan terlarang tersebut meliputi kandungan pautan dengan izin, hyperlink, permohonan maklumat peribadi dan nombor telefon untuk dihubungi dengan izin, call back number.
Penguatkuasaan arahan larangan ini bertujuan untuk melindungi pengguna seterusnya membendung jenayah penipuan di mana perkhidmatan SMS boleh dieksploitasi oleh penjenayah dengan menyamar sebagai pelbagai pihak termasuk entiti awam dan swasta untuk memperdaya orang ramai.
Bagi tempoh 2022 sehingga 15 Oktober 2024, syarikat telekomunikasi telah mengambil tindakan-tindakan seperti berikut:
(i) menyekat lebih 1.4 bilion panggilan yang meragukan;
(ii) menyekat lebih 1.2 SMS yang tidak diminta (unsolicited SMS);
(iii) menamatkan perkhidmatan bagi 118,184 talian termasuk talian mudah alih dan tetap yang menghantar SMS meragukan; dan
(iv) sekatan akses kepada 8,080 laman sesawang palsu ataupun laman phishing.
Berdasarkan pemantauan proaktif serta aduan yang diterima oleh MCMC daripada agensi penguatkuasaan dan orang awam berhubung isu penipuan dalam talian, sebanyak 53,407 kandungan di platform media sosial telah diturunkan oleh penyedia perkhidmatan dan sebanyak lima laman sesawang scam telah disekat dari tahun 2022 sehingga 15 Oktober 2024.
Yang Berhormat Kubang Kerian, ada? Tak ada. Tapi beliau membangkitkan isu pemantauan ajaran sesat melalui platform media sosial. Untuk makluman Dewan, Kementerian Komunikasi dan MCMC telah menjalinkan kerjasama strategik, antaranya dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri dan juga PDRM yang mempunyai bidang kuasa berkaitan bagi membanteras isu ajaran sesat daripada terus berleluasa di media elektronik.
MCMC tegas melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap kandungan yang dikenal pasti telah melanggar peruntukan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain bagi membuat, mewujudkan, meminta-minta dan memulakan penghantaran kandungan yang lucah, sumbang, palsu, mengancam dan jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiaya, mengugut atau mengganggu orang lain.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri. Terima kasih Menteri.
Saya bangun Timbalan Speaker, untuk juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan kepada kementerian yang telah menunjukkan keprihatinan ke atas satu insiden yang menjadi tular baru-baru ini iaitu mendiang Esha yang membunuh diri akibat menjadi mangsa buli melalui TikTok dan saya telah melihat kesungguhan Menteri untuk melawat keluarga dan juga memberi bantuan kepada mereka dari semasa ke semasa.
Cumanya, saya ingin meminta kepada Yang Berhormat Menteri untuk memberi perhatian
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
kepada apa yang berlaku kepada Esha ini adalah sesuatu yang begitu menyayat hati dan amat sedih.
Saya percaya Yang Berhormat Menteri berkongsi simpati dengan saya. Saya lihat bukan sekali saya lihat Menteri telah pergi ke sana lebih kurang dua, tiga kali dan juga telah memberi bantuan kewangan kepada keluarga untuk membantu mereka mengebumikan dan melaksanakan upacara-upacara pengebumian kepada mendiang Esha.
Cumanya, saya ingin memohon Yang Berhormat Menteri untuk memberi – saya percaya, saya difahamkan tindakan-tindakan sedang diambil oleh kementerian dan PDRM untuk menggubal undang-undang baru untuk menangani perkara ini. Maklumlah, kita ahli politik biasalah menjadi momokan melalui TikTok dan sebagainya, kita terima kritikan.
Tapi kita lihat baru-baru ini terdapat kecenderungan oleh pihak-pihak tertentu untuk menggunakan aplikasi TikTok ini untuk mem-viral-kan benda-benda yang tidak begitu betul dan kritikan yang dikeluarkan kadangkala juga mereka menggunakan perkataan-perkataan lucah dan tidak boleh diterima.
So, saya mohonlah, saya cuma ingin merakamkan ucapan terima kasih dan memohon supaya kementerian terus mara menggubal undang-undang baru untuk menangani perkara ini. Terima kasih Menteri.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Yang Berhormat. Saya terima baik apa yang telah disebutkan tadi. Sejujurnya, kita bukan hanya melihat kepada kes mendiang Esha tapi ramai yang menjadi mangsa buli. Laporan pihak MCMC memaklumkan bahawa setiap hari lebih kurang 10 laporan diterima berkait buli siber. Jadi, masalah buli siber ini sekiranya kita tidak tangani sekarang, maka dia akan melarat.
Oleh sebab itu, inilah antara sebab kenapa pihak kerajaan, khusus Bahagian Hal Ehwal Undang-undang sedang meneliti beberapa pindaan yang perlu bagi memastikan pihak PDRM faham takrif apa yang dimaksudkan dengan buli. Jadi untuk hal ini, kita serah kepada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang untuk cadangkan nanti. Tapi memang jelas, satu aspek adalah legislatif. Kedua adalah literasi digital juga. Sering kali orang membuli kerana mereka merasakan komen yang mereka letak itu tidak boleh dikenal pasti, tidak boleh, dengan izin, cannot be tracked. Tapi ini tak betul. Memang MCMC, malah platform-platform media sosial juga boleh mengenal pasti siapa yang memasukkan komen-komen yang jelik, komen-komen yang lucah, komen-komen yang membuli. Dan realitinya, bila kita berhubung dengan platform-platform, mereka menyatakan bahawa memang dalam garis panduan atau pun standard community bagi platform tersebut tidak dibenarkan tapi inilah yang kita lihat perlu ada kesungguhan di pihak platform-platform media sosial untuk menangani secara lebih menyeluruh.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri, sikit lagi Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri telah menyentuh perkara yang disentuh oleh Yang Berhormat Ledang. Ketika sidang yang lalu, saya telah juga berkongsi satu aplikasi TikTok yang menggunakan wajah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan suaranya telah ditiru, di mana rakyat secara umumnya dipelawa untuk membuat pelaburan. Satu jenis scam. Jadi,
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
saya juga minta kementerian untuk memberi perhatian kepada perkara ini dan kalau boleh, mengambil tindakan untuk menyekat perkara-perkara itu daripada menular dan berleluasa.
Terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Saya tahu dan saya tahu kenapa Seputeh berdiri sebab beliau hantar saya mesej yang sama. Dia pun...
[Ketawa]
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Betul.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
...jadi mangsa, orang telah mengguna wajah beliau yang sangat famous untuk scam orang lain. Ya, Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ya, betul. Yang Berhormat Menteri.
Sebenarnya ini bukan kali pertama saya dibuli. Saya sebenarnya dulu pernah complained dekat Facebook. Dia ada butang kan? Tapi macam tak berkesan. Ia masih bertular dengan secara besar-besaran.
Hanya bila saya mendampingi minta bantuan daripada Timbalan Menteri Komunikasi dan juga Yang Berhormat Menteri, baru penularan itu akan henti. Jadi, saya hanya nak panjangkan, mungkin Yang Berhormat Menteri boleh bantu- mungkin dalam masa akan datang, lebih kes tipu macam ini dengan guna orang yang bernamalah.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Ya, dia inilah antara sebab kenapa kita ingin melesenkan platform-platform media sosial supaya sekiranya pengguna biasa yang seperti Yang Berhormat Seputeh sebutkan tadi tak ada pangkat, dia orang biasa. Kalau dia membuat aduan, platform-platform ini wajib mengambil tindakan. Isunya pada waktu ini, sering kali mereka tidak mengambil tindakan atau pun mereka memberi pelbagai alasan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
[Bangun]
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
[Bangun]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
YB Menteri, sikit Yang Berhormat.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Sila.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terima kasih. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Ini ada kaitan dengan isu kebebasan bersuara. Cuma saya minta pandangan Yang Berhormat. Kadang-kadang rakyat di bawah, masyarakat menyuarakan benda-benda yang kadang-kadang dari pandangan mereka baik untuk kerajaan.
Walaupun terpaksa menegur kerajaan, menegur Menteri dan sebagainya tetapi kadang-kadang cepat dinafikan. Kata bila- Kita tengok dalam TV hari ini, ada je isu. Walaupun isu tu benar tetapi ada lepas tu keluar, “Ini semua fitnah.” Benda-benda inilah kadang-kadang Yang Berhormat Menteri, menyebabkan rakyat tidak puas hati.
Mereka kecewa dengan apa pandangan yang mereka beri yang sepatutnya boleh memberikan faedah kepada kerajaan, kepada negara. Tapi kerana mungkin kepentingan tertentu, kepentingan politik dan sebagainya, kita nafikan hak pandangan mereka. Saya ingat saya minta pandangan Yang Berhormat.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Yang Berhormat Maran.
Saya setuju, cuma ada beza antara kritikan yang kita anggap boleh diterima dengan bahan-
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
bahan yang fitnah. Sebagai contoh, saya mendengar Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri tadi memaklumkan bagaimana fitnah tentang kononnya 1.2 juta warganegara China sekarang ini berlegar-legar dalam negara kita dan seolah-olah beliaulah yang telah membuka seluas-luasnya ruang untuk menerima begitu ramai warganegara China sebagai rakyat Malaysia.
Benda itu juga tular. Benda itu juga yang dihasilkan content-content, kandungan- kandungan seperti ini dan disebar luas. Dan kadangkala yang menyebar luasnya ada orang awam, ada orang politik, ada aktivis macam-macam. Jadi, jangan kita berselindung di sebalik hak kebebasan bersuara tapi yang kita lontarkan itu adalah fitnah belaka.
Jadi, saya ambil pendirian dan kerajaan mengambil pendirian bahawa rakyat mempunyai hak untuk bersuara tapi bahan-bahan, kandungan-kandungan yang telah jelas ditentukan sebagai tidak berasas, ini boleh diambil tindakan. Jadi, ini yang kita maksudkan.
Sejujurnya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri terbuka untuk diberi teguran, kritikan, selagi mana ia berasas dan berpandukan kepada fakta. Jadi, itu tidak menjadi masalah. Insya-Allah.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri. Bangi. YB Menteri, tadi berkenaan dengan isu social media, media sosial. Sebab ada beberapa insiden yang mana telah dibuat aduan atau pun complaint kepada pihak pemilik platform tersebut. Saya bagi contoh, kes Abang Bas tu dan juga kemudian kes- ada satu kes yang mana dikatakan ada penjualan bayi dalam TikTok. Laporan telah dibuat kepada TikTok tetapi video tersebut, content tersebut masih ada dalam talian.
Jadi, saya faham bahawa langkah untuk melesenkan media sosial ini adalah untuk memastikan bahawa platform media sosial ini ada mempunyai satu robust mechanism, dengan izin, untuk moderate content-content ini. Tapi saya nak tahu, bagaimana sebenarnya kerajaan akan menguatkuasakan perkara ini?
Sebab saya tengok bahawa kita tak nak terlalu banyak kawalan ke atas media sosial tersebut melalui kerajaan, oleh kerajaan tetapi pada masa yang sama, kita nak bahawa platform media sosial itu ada kawalan mereka sendiri (self regulation) supaya perkara- perkara seperti ini dapat dibendung. So, we do not have to, dengan izin, rely on the law. Kita boleh bergantung pada mekanisme moderasi yang ada dalam platform tersebut. Terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Yang Berhormat Bangi.
Bukit Bendera, ada?
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jadi isu sekarang ini, cyber bullying dan fitnah semakin berleluasa di laman-laman social media dan sebagainya.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Jadi, saya tertarik. Ada dua perkara yang saya hendak bangkitkan. Nombor satu, saya difahamkan baru-baru ini Australia, dengan izin, to ban children under 16 from social
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
media sebagai satu langkah untuk moderate content supaya anak-anak muda kita ini tidak terpengaruh dengan apa-apalah fitnah, miscommunication dan sebagainya.
Mungkin sebagai satu langkah cadangan, mungkin pihak kementerian boleh pertimbangkan iaitu salah satu langkah untuk membasmilah, to prevent, dengan izin, akaun- akaun palsu ini, mungkin boleh mewajibkan sesiapa yang hendak mendaftar untuk social media dan sebagainya, apa-apa platform pun macam TikTok, Facebook dan sebagainya, mereka diwajibkan untuk memberi nama yang penuh, nama yang betul dan juga IC dan contact. Terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih, Bukit Bendera. Saya pandang serius apa yang disebut oleh Bangi tadi dan juga Bukit Bendera.
Memang pada waktu ini, kita pihak kerajaan dan juga MCMC tidak boleh mengarah platform-platform untuk menurunkan mana-mana satu kandungan. Acap kali saya sebut dalam Dewan yang mulia ini bahawa tindakan menurunkan itu diambil oleh platform-platform sendiri setelah menerima aduan daripada MCMC yang dipanjangkan kepada mereka dan mereka membuat pengesahan bahawa kandungan itu melanggar standard komuniti ataupun garis panduan mereka.
Bermaksud, memang tak boleh dinafikan ada sejumlah kandungan yang mungkin melanggar undang-undang dalam negara kita tetapi platform-platform tidak mengambil tindakan atas pelbagai sebab. Sering kali platform-platform merasakan mereka tidak perlu menjawab. Mereka tidak rasa tanggungjawab untuk waima kepada Parlimen sendiri kerana merasakan mereka adalah supranasional, lebih daripada mana-mana negara, dan sering kali inilah cabaran yang kita hadapi.
Tetapi, kerajaan tidak berhasrat untuk, pertama, menutup mana-mana platform media sosial. Itu, dengan izin, send a wrong message. That is not our intend. Kita hendak rakyat memanfaatkan dan memang jelas platform-platform ini banyak dimanfaatkan untuk kebaikan dan pembangunan. Ramai yang menyaksikan peningkatan dalam ekonomi dan mutu hidup mereka, boleh mendapatkan pendidikan yang lebih baik sekiranya digunakan dengan baik.
Masalah kita hari ini ialah realitinya jenayah telah berhijrah ke media sosial dan kegagalan platform-platform media sosial yang mempunyai lapan juta pengguna atau lebih di Malaysia untuk bertegas terhadap penjenayah-penjenayah ini. Inilah yang kita paling risau.
Baru-baru ini, saya bagi contoh ada beberapa pengguna dalam platform X memaklumkan bahawa dalam laman Facebook terdapat group-group pedophile dengan nama-nama yang sangat jelik. Kanak-kanak perempuan berpakaian baju kurung dan dalam kumpulan-kumpulan ini, Yang Berhormat Puan Timbalan Speaker, ada di kalangan kumpulan- kumpulan ini, dalam Facebook, ada yang beratus orang, ada yang berpuluh ribu orang.
Jadi, bila saya panggil META untuk bertemu dengan saya, mereka bagi macam- macam alasan. Mereka tak nak dilesenkan ataupun mereka ingin ditangguhkan ataupun macam-macam alasanlah. Tetapi, bila, dengan izin, when we confront them with this reality,
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
bila kita tunjukkan inilah yang sedang berlaku, mereka bak kata orang, kalau ketuk sekali, barulah dia bergerak. That should not be the way.
Jadi, kita ingin lihat bukan ke arah moderation, dengan izin, tetapi curation.
Bermaksud, kita berharap sekiranya kerajaan telah menetapkan content seperti ini tidak wajar rakyat Malaysia saksikan, ataupun guna, ataupun boleh terlibat dalam platform tersebut, platform itulah yang mengambil tindakan yang lebih proaktif untuk menyelesaikan.
Berkenaan dengan isu ― memang lain negara, lain caranya. Kalau Bukit Bendera bangkitkan tentang Australia, mereka ingin meluluskan satu undang-undang menghalang kanak-kanak 16 tahun ke bawah dari menggunakan media sosial. Sebenarnya hari ini, platform-platform media sosial memang menetapkan had umur sekurang-kurangnya 13 tahun. WhatsApp, 16 tahun. Adakah Ahli-ahli Yang Berhormat tahu kanak-kanak bawah 16 tahun tak dibenarkan menggunakan WhatsApp? They are not allowed to use WhatsApp mengikut garis panduan WhatsApp sendiri. Tetapi, apakah yang dilakukan oleh WhatsApp, sebagai contoh, untuk mengekang, menghalang, mengesahkan bahawa pengguna itu adalah benar-benar lebih daripada usia 16 tahun?
Apa yang berlaku, saya baru-baru ini, Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, mendapat satu aduan. Seorang kanak-kanak telah tak dapat dikenal pasti siapa sebenarnya kanak-kanak itu, telah berhubung dengan gurunya meminta gambar yang bukan-bukan.
Kanak-kanak ini bawah umur 16 tahun, dijangka mungkin sekitar 10, 11 tahun. Ini yang sedang berlaku dan kita tak pasti sejauh mana kerana, salah satu daripada perkara yang unik tentang WhatsApp ialah ia bersifat, dengan izin, end-to-end encrypted.
Hanya bila satu pihak mengadu, barulah kita boleh lihat apa yang sedang berlaku sekiranya mereka membawa peranti mereka untuk disiasat. Tetapi, bila kita maklumkan kepada pihak META yang mengawal selia WhatsApp, mereka tidak mengambil tindakan yang terlalu proaktif.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Terima kasih, Yang Berhormat. Saya rasa penjelasan Yang Berhormat adalah satu penjelasan yang amat baik dan saya ucapkan terima kasih atas penjelasan itu.
Cuma, yang kita kena ambil maklum ialah di luar sana, kita bukan bercakap mengenai perlu kawal selia atau tidak perlu kawal selia. Saya rasa tidak ada sesiapa menafikan bahawa kawal selia itu diperlukan. We need to regulate, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. We need to regulate the industry, definitely dan itu disokong. Cuma, kebimbangannya ialah, siapa yang menjalankan proses kawal selia?
Kita kena terima hakikat bahawa sedikit sebanyak kita semua dalam Dewan ini memainkan peranan yang menyebabkan rakyat di luar sana mempersoalkan kredibiliti orang- orang politik terutama dalam nak regulate, dalam mengawal selia apa yang dikatakan oleh rakyat, mengawal selia kebebasan bersuara. So, we all share the responsibility that created the distrust towards the government’s institution. Jadi, dalam konteks itu, mungkin lebih baik sekiranya dipertimbangkan kawal selia itu dijalankan secara bebas oleh industri. Sepertimana Yang Berhormat sendiri
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
mempertimbangkan untuk membawa cadangan Majlis Media Malaysia, mungkin sampai masa dipertimbangkan secara serius Majlis Media Sosial Malaysia supaya industri sendiri boleh regulate, self-regulation dan itu akan meningkatkan kadar kepercayaan rakyat kepada proses tersebut. Terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih, Yang Berhormat Tasek Gelugor. Dengan izin, I am of two minds on this issues atas alasan apa yang pernah berlaku dalam ― kita ambil dalam isu perang genosid di Gaza, sebagai contoh. Keputusan di pihak META ialah sebarang maklumat atau pun kandungan berkaitan dengan Palestin itu boleh disekat, sebarang kandungan mengenai Hamas itu boleh disekat. Sekiranya kita serah bulat- bulat kepada syarikat-syarikat media sosial, then it will be a land as you please, as they please. Jadi, ini sedikit merisaukan.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Just sedikit sahaja. Saya tidak bercakap mengenai biarkan syarikat itu regulate dirinya sendiri. Saya bercakap mengenai penubuhan satu pasukan atau satu entiti yang menggabungkan beberapa syarikat supaya ada industri yang regulate the industry. Sama macam Majlis Media Malaysia lah konsepnya. Jadi, bukan setiap syarikat secara individu. Tetapi, itu mungkin perbincangan lanjut yang saya hendak suarakan sekarang untuk dipertimbangkan.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Boleh. Kita boleh bincang dengan...
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Saya tahu Yang Berhormat banyak lagi itu. Masa nak habis dah.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Baik, saya teruskan. Tasek Gelugor, ini the question that you raise, dengan izin.
Puan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tasek Gelugor menyentuh mengenai inisiatif kerajaan meningkatkan kebebasan bersuara dan kebebasan media. Kerajaan sentiasa menyokong prinsip kebebasan media dan menjamin hak kebebasan bersuara rakyat menurut fasal (1)(a) Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan. Usaha menjamin kebebasan media di negara ini adalah komitmen kerajaan bagi memastikan proses semak imbang adalah lancar dan berkesan.
Walau bagaimanapun, kebebasan bersuara bukan bersifat mutlak. Ia perlu dilaksanakan dengan bertanggungjawab dan beretika, mengambil kira pelbagai budaya dan agama yang mencorakkan masyarakat Malaysia.
Keterbukaan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim memimpin Kerajaan Perpaduan dan memberi lampu hijau kepada Ahli-ahli Parlimen, ahli-ahli politik, malah juga mahasiswa universiti mengkritik kerajaan dilihat menyuburkan lagi konsep kebebasan bersuara. Namun, kritikan yang diberi harus bersifat membina disertakan dengan data dan fakta bagi memenuhi semangat mencari serta menegakkan kebenaran dan tidak bersifat menghina, menghasut, provokasi, mencemar nama baik, mencerca agama dan kepercayaan serta menyebarkan fitnah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih, Menteri. Saya setuju sangat dengan pandangan Menteri. Sebabnya, kita lihat bahawa aplikasi TikTok ini Menteri, saya bagi satu contoh. Contoh yang masih saya ingat lagi, Ahli Parlimen itu pun ada dalam Dewan ini, jadi saya gunakan kesimpulan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya lihat ucapan Yang Berhormat Alor Setar semasa Muktamar PAS. “Saya bukan bekas banduan”. Macam-macamlah dia buat tohmahan terhadap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan TikTok itu di-viral-kan. TikTok ucapan Yang Berhormat Alor Setar itu di- viral-kan. Dengan memakai tengkolok. Macam-macamlah tuduhan yang dibuat.
Tuduhan yang menjijikkan tapi bila beliau hadir di Dewan yang mulia ini, saya lihat lemah-lembut beliau memujuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Malahan beliau berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah melawat Alor Setar ketika banjir dengan teruk dan menghulurkan bantuan ketika itu.
Jadi ini merupakan satu kesimpulan di mana kita perlu menyekat penggunaan aplikasi TikTok di mana ia boleh digunakan untuk tujuan menghentam pemimpin-pemimpin kita.
Seorang Ahli
Takut kah?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Menteri.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Pandangan. Terima kasih Jelutong.
Sebenarnya, sejujurnya pandangan Tambun dalam hal ini ialah kalau hujah politik, jawab dengan hujah politiklah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya, betul.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Ya. Jadi kalau Alor Setar menghasilkan content seperti itu, saya harap Jelutong sambut content tersebut, buat stitch...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kita akan sambut bila-bila.
Jelutong tunggu saja.
[Ketawa] Dapat, saya balunlah. Macam hari ini, nak Timbalan Menteri...
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
[Ketawa] Baik, baik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri, saya minta maaf.
Saya terkilan...
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Dahlah itu, Menteri nak jawab ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri nak jawab, tunggulah.
Ini bukan...
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Duduklah, sembang saja itu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
No, no, no. Ini bukan sembang.
Menteri, saya minta peluang.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Sembang, kacau selalu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bukan, bukan. Tunggu! Kalau berani buat tuduhan, berani hadapi. Saya sebagai Ahli Parlimen backbencher betul-betul
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
terkilan bila saya lihat ucapan Yang Berhormat Alor Setar, ho! Membara-bara. “Saya bukan bekas banduan. Saya bukan itu. Saya bukan ini”.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menghentam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
[Ketawa]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tapi bila jumpa di Dewan ini, ho! Bukan main sopan-santun. Inilah perangai-perangai yang kita perlu halang.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Melalui aplikasi TikTok.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Baik, baik. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ini ialah tindakan hipokrit.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
...Ada 10 minit lagi.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Saya ambil maklum.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kalau berani patut bangun di sini.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Tak, tak. Jelutong, tang mana salahnya Jelutong?
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Tuan Yang di- Pertua. Peraturan Mesyuarat 36(12).
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Orang, Menteri bercakap elok-elok, dia pergi kacau. Jadi saya terpaksa pertahan dengan Peraturan Mesyuarat, Tuan Yang di-Pertua, 36(12) mengelirukan Dewan. Mana ada saya menyebabkan apa yang disebut oleh Jelutong itu tadi? Yang menimbulkan huru-hara apa semua itu, tidak.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Alor Setar, kalau ada apa-apa yang mengelirukan Dewan, sila hantar usul dan kita minta penjelasan daripada Yang Berhormat Jelutong selepas ini.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Tak. Jelutong boleh bercakap. Pasal apa saya tak boleh pertahan diri saya? Dia tuduh saya macam-macam tadi. Tak betul macam itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya tak tengok TikTok Yang Berhormat. Jadi saya tak tahu apa.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Ya. Jadi dia pun tak patut bawa benda ini di dalam Dewan. Jawab di luar lah. Kalau anak jantan, jawab dekat luar lah. Dalam TikTok jawab.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Hei, kita jawab di sini.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Dia, pasal dia, TikTok dia tak ada orang tengok.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kita anak jantan. Kita jawab di sini.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Itu dia bengang itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jangan buat tuduhan begitu dan lari.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Mana ada...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukuplah Yang Berhormat-Yang Berhormat. Biarlah Yang Berhormat Menteri untuk jawab.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Baik, terima kasih. Dah hujung hari ya.
Jadi saya ambil maklum ya. Memang kita semua di kalangan kita, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya pohon sama ada dalam Dewan ataupun luar Dewan, kita sentiasa menjadi contoh kepada rakyat.
Beberapa Ahli
Betul, betul.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Ya. Jadi dalam tegur-menegur dalam hujah ya. Saling berhujah ya. Saya harap kita sentiasa memikirkan tentang kemaslahatan masyarakat. Itu yang pertama.
Kedua, kita menjadi contoh. Jadi, buruk contoh maka buruklah apa yang dilihat oleh rakyat. Itulah yang rakyat akan contoh. Jadi saya harap semua mengambil iktibar dan kita sama-sama berusaha untuk menjadi lebih baik, insya-Allah.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Hidup Menteri.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Jadi, saya akan teruskan sedikit lagi.
Mengenai tadi, mengenai salah satu perkara yang sedang diusahakan ialah menggubal satu Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian. Ini Yang Berhormat Menteri yang menjaga
(Undang-undang dan Reformasi Institusi) akan bentang dalam masa terdekat.
Itu bukan untuk – sekali lagi, bukan untuk menyekat kebebasan bersuara tapi dia adalah langkah untuk mengekang aktiviti jenayah di media sosial. Dia seiring dengan Akta Komunikasi dan Multimedia tapi lebih fokus kepada aspek keselamatan dalam talian terutama untuk kanak-kanak dan keluarga. Ini akan menjadi fokus.
Kerajaan tidak boleh membiarkan penjenayah mengambil kesempatan merosakkan negara, terus melakukan aktiviti jenayah di platform media sosial secara berleluasa tanpa halangan. Masyarakat Malaysia perlu membudayakan kebebasan bersuara yang sihat dan penuh hikmah bagi menjaga kemaslahatan setiap individu dan masyarakat demi menjamin keharmonian negara.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Tasek Gelugor. Mengapa tiada peruntukan khusus bagi Majlis Media Malaysia? Saya ingin maklumkan bahawa Kementerian Komunikasi akan memperincikan anggaran peruntukan bagi penubuhan Majlis Media Malaysia melalui satu memorandum Jemaah Menteri dalam masa terdekat.
Dana permulaan ini akan diguna pakai untuk pengoperasian awal Majlis Media Malaysia sebelum ia boleh beroperasi dengan dana sendiri. Bagi tujuan ini, Jawatankuasa Protem telah menyediakan pelan kewangan jangka masa panjang dengan menyasarkan sumber kewangan dari sumber-sumber yang lain. Indera Mahkota tak ada...
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Menteri, sikit saja.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Ya.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Saya ucap terima kasih atas jawapan yang diberikan tadi. Sebahagian daripada proses untuk kita memastikan kebebasan media terutamanya dalam konteks kebebasan bersuara ialah memastikan kebajikan para wartawan juga dijaga.
Saya nak ambil peluang mengucap tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana berkali-kali memberikan komen mengenai kebajikan wartawan-wartawan yang ditamatkan kerja mereka. Rakan-rakan dalam industri media memaklumkan hampir 200 orang setakat ini telah kehilangan pekerjaan dan ada syarikat-syarikat Malaysiakini, FMT, The Scoop dan sebagainya yang buat VSS secara yang baik.
Kalau tak silap saya, ada satu lagi company China Press kah apa tadi, juga – Sorry, kalau saya silap, saya minta maaf tapi ada satu lagi juga mengumumkan lebih banyak pemberhentian kerja tapi dibuat secara bertanggungjawab.
Persoalannya ialah kebajikan mereka yang bekerja dalam syarikat The Vibes dan juga Malaysian Insight (TMI), ini yang dilaporkan termasuklah Menteri pun ada komen mengenai hal ini. Ada yang KWSP tidak dibayar. SOCSO tidak dibayar. Gaji tertunggak. Jadi orang lain kalau sekiranya melakukan perkara ini, pemilik-pemilik perniagaan lain. Pemiliknya itu dah kena tahanan sekatan daripada perjalanan dan macam-macam tindakan lain tapi pemilik dua-dua syarikat ini nampak gayanya masih bebas ke sana-sini sehingga timbul tuduhan mungkin disebabkan rakan-rakan politik yang membolehkan beliau terselamat.
Jadi, kenapa ada perbezaan antara nasib orang lain yang buat syarikat, yang tidak membayar the compulsory contribution dengan pemilik media ini, terutamanya di dua syarikat tadi.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Tasek Gelugor. Memang dalam tiga, empat tahun kebelakangan ini trend yang saya dimaklumkan oleh rakan-rakan dalam media, cukup membimbangkan secara umum. Ia melibatkan kesan daripada kehadiran syarikat-syarikat media sosial dengan platform-platform yang berjaya mengumpulkan apa yang disebut sebagai Advertising Expenditure (ADEX).
Saya difahamkan setahun sebelum ini, ADEX, jumlah wang yang dibelanjakan untuk iklan mencecah RM4.5 bilion untuk sama ada televisyen ataupun akhbar ataupun radio.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Malangnya dengan keberadaan platform-platform media sosial, banyak daripada dana yang di peruntuk bagi tujuan pengiklanan oleh syarikat-syarikat swasta telah pergi kepada platform-platform media sosial ini dan dikira kemungkinan jumlahnya telah merudum dari 4.5 bilion setahun, sekarang cuma mencecah 2 bilion. Bermaksud memang bagi semua rakan- rakan dalam bidang media sama ada penyiaran ataupun akhbar dan sebagainya. Semua terkesan. Ini adalah trend secara keseluruhan.
Kita tidak berhasrat untuk mengambil tindakan seperti Australia ataupun Kanada di mana berlaku pertembungan yang keras dan tajam antara kerajaan dan syarikat-syarikat media sosial yang memaksa mereka untuk membayar bagi tujuan pengiklanan media.
Ada beberapa syarikat seperti Google yang telah mengambil langkah kanan menghubungi pihak kerajaan, menghubungi syarikat-syarikat media, mengusahakan latihan untuk membolehkan perubahan digital ataupun digital transformation bagi syarikat-syarikat media tersebut tapi kita lihat banyak lagi yang mungkin perlu dibantu untuk memastikan para wartawan mempunyai masa depan yang lebih cerah.
Realitinya untuk memastikan kebebasan bersuara dan kebebasan media kalau ungkapan dalam bahasa Inggerisnya, we want freedom of the press but the press is not free or you can't watch it for free-lah maksudnya, kita kena contribute sikitlah ya dengan izin.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Jadi, di sini saya dalam Dewan yang mulia ini memberi teguran keras kepada semua pemilik syarikat, tidak ada konsep mencari perlindungan. Malah dia bukan sekadar beberapa syarikat yang dimaksudkan. Ada beberapa yang lain juga. Syarikat yang membuat penyiaran, yang berhutang berpuluh ribu, beratus ribu, berjuta pun ada. Jadi dia bukan sekadar...
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Menteri, Puncak Borneo minta pencelahan.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Ya, sila.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Saya takut sebab masa itu sudah hendak habis. Jadi semasa perbahasan, saya ada menyebut mengenai status menara-menara di Parlimen Puncak Borneo. Banyak juga menara yang telah siap dan beroperasi.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Ada. Selepas ini.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Sering kali okey, saya tunggu jawapan. Nanti kalau ada, saya perlu celahan sedikitlah.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Baik, baik. Boleh. Tetapi saya ambil maklum dan insya-Allah Tasek Gelugor, benda ini dalam saya punya high priority list. Insya- Allah. Sempena Deepavali baru-baru ini, saya juga ada meminta pihak BERNAMA melalui Program Tabung Kasih@HAWANA untuk menyantuni beberapa penganut agama Hindu dari kalangan wartawan-wartawan yang terkesan. Jadi, insya-Allah kita akan terus berusaha untuk menjamin kebajikan bagi para wartawan.
Puncak Borneo dalam perbahasan bangkitkan isu pencerobohan menara telekomunikasi dan vandalisme. Kerajaan melalui MCMC memandang serius isu tersebut.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
MCMC dan pihak pemberi perkhidmatan sentiasa bekerjasama dengan penduduk setempat untuk melaporkan sebarang kegiatan yang mencurigakan di lokasi menara telekomunikasi atau kawasan hot spot bagi mengurangkan risiko kecurian dan vandalisme di tapak menara di samping meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu ini.
Pemberi perkhidmatan juga telah menjalankan usaha-usaha memperkasa ataupun hardening tapak-tapak menara telekomunikasi yang berisiko dengan pemasangan kelengkapan anti kecurian dan vandalisme seperti pemasangan sesalur ataupun trunking besi untuk mengelakkan kabel tembaga daripada dipotong dan dicuri. Selain itu, pemasangan pagar dan kunci keselamatan tambahan di ruangan kabinet yang menempatkan peralatan elektronik dan bateri juga turut dilaksanakan bagi melindungi aset tersebut dari dirosakkan atau dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Bagi kawasan berisiko tinggi pula, pemasangan peralatan kamera litar tutup CCTV dan kamera sistem penggera turut dilaksanakan bagi membantu mengurangkan risiko kes kecurian kabel menara dan vandalisme. Penggunaan kabel gentian optik juga berupaya memberikan bandwidth yang lebih tinggi dan tidak mempunyai nilai penjualan semula seperti kabel tembaga.
Di samping itu, peralatan di tapak menara komunikasi juga dilengkapi dengan peranti pengesan ataupun sensor yang akan menghantar isyarat kepada pihak pemberi perkhidmatan sekiranya berlaku pencerobohan atau kerosakan kepada sistem pemancar di tapak menara komunikasi.
Untuk makluman, sejak tahun 2023 hingga suku kedua 2024, pemberi perkhidmatan telah melaporkan sebanyak 1,223 kes kecurian dan vandalisme di negeri Sarawak termasuk isu pencerobohan di tapak menara komunikasi yang mana 27 daripada jumlah tersebut dilaporkan berlaku di Puncak Borneo.
Beberapa siri libat urus dengan pihak PDRM juga telah dilaksanakan oleh MCMC dan pemain industri yang melibatkan pelaksanaan sejumlah empat operasi bersepadu yang dinamakan Ops Lusuh di sekitar Daerah Kuching dan Sibu iaitu aktiviti pemeriksaan ke atas premis perniagaan atau pengumpulan barang lusuh yang menjadi potensi tempat pelupusan aset telekomunikasi seperti kabel tembaga, bateri dan peralatan elektronik.
MCMC dan PDRM juga sedang merancang untuk melaksanakan aktiviti Ops Lusuh ini di daerah-daerah lain termasuk di Parlimen Puncak Borneo dalam masa yang akan datang. Orang awam digesa segera melaporkan kepada pihak polis sekiranya terdapat sebarang aktiviti yang mencurigakan atau mempunyai sebarang maklumat mengenai penjualan barang-barang lusuh seperti kabel tembaga, bateri dan peralatan elektronik.
Tindakan pencegahan dan kerjasama yang diberikan membantu MCMC untuk memastikan perkhidmatan komunikasi tidak terjejas di kawasan berkenaan. Ada?
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Okey. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mendengar tadi dengan banyak cadangan-cadangan untuk menjaga menara- menara ini. Saya rasa saranan itu amat baik. Tetapi saya berharap agar semua rancangan itu dapat diterjemahkan menjadi realiti supaya perkara ini tidak berlaku. Sebab, di Parlimen
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Puncak Borneo seperti yang saya dengar tadi ada 27 menara yang dicerobohi dan dirosakkan, di-vandalize.
Jadi, ini amat membimbangkan. Sebab, rakyat akan menyalahkan wakil rakyat tidak buat kerja dan sebagainya tetapi kita di sini, kita memang bertungkus-lumus. Menteri pun bertungkus-lumus untuk selesaikan masalah ini. Jadi, saya harap ia tidak berlaku lagi.
Jadi, selain daripada itu, saya juga ingin ada menyatakan bahawa status menara- menara yang masih naked tower ini masih sampai sekarang tidak selesai-selesai. Saya pernah bangkitkan berkali-kali. Mungkin YB Menteri pun sudah jemu hendak jumpa saya.
Dahulu berjanji untuk bulan Jun cuba hendak selesaikan.
Saya faham kekangan yang ada. Tetapi kalau boleh bagi kita maklumat yang jelas supaya kita boleh kongsikan dengan rakyat kita sebab kadang-kadang apa yang saya dapat daripada kementerian, saya akan kongsi dengan kawasan. Kalau benda itu tidak berlaku, nanti dia kata YB kita bohong.
Jadi, itu yang menyebabkan kita ini kadang-kadang kita pun rasa malu hendak update rakyat kita di luar. Jadi, saya berharaplah minta tolong daripada YB Menteri yang saya tahu bekerja keras. Banyak benda yang bagus telah dilaksanakan. Saya jenis orang yang apa yang bagus, saya akan sokong. Jadi, apa yang bagus, saya akan puji.
Tetapi saya minta tolonglah untuk Parlimen Puncak Borneo ini, saya minta selesaikan masalah itu supaya rakyat kita sejahtera. Sebab kalau rakyat kita sejahtera, kita pun mendapat sokongan untuk Kerajaan Perpaduan Madani ini. Jadi, saya minta tolonglah YB Menteri. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri, masa sudah tamat.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Baik*.
[Ketawa]* Untuk menggulung, saya ambil maklum. Saya akan cadangkan kepada pihak MCMC di masa depan sekiranya ada menara yang perlu dinaikkan dan masih disebut tadi naked tower ya. Ada menara tidak ada kuali. Mungkin kita letakkan nama-nama syarikat yang telah diamanahkan untuk menyiapkan projek tersebut. Mungkin kita letak nama dan nombor telefon CEO syarikat tersebut supaya jangan ganggu Ahli Parlimen.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Saya setuju. Sangat setuju. Sila segerakan laksana perkara ini.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
[Ketawa] Ya. Dia banyak daripada perkara ini adalah dalam kita bagi banyak peluang kepada syarikat-syarikat telco dan memang inilah antara sebab kenapa kita mendapati perlu ada satu anjakan dalam pemikiran terutama di kalangan syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi.
Jadi, insya-Allah saya akan pertimbangkan dan saya akan minta MCMC untuk tulis kepada Yang Berhormat dan kita bagikan menara ini, syarikatnya ini, inilah CEOnya. Yang Berhormat boleh call sendiri minta mereka untuk percepatkan. Insya-Allah.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Ada beberapa Ahli Yang Berhormat yang telah saya tidak sempat sentuh. Nanti insya- Allah Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Parit dan insya-Allah saya akan jawab secara bertulis. Sekian, terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Komunikasi. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan.
Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Puan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada 12 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan, pandangan serta cadangan kepada Kementerian Belia dan Sukan semasa sesi perbahasan Belanjawan 2025 iaitu Yang Berhormat Sri Gading, Tasek Gelugor, Kota Belud, Kuala Langat, Jempol, Tenom, Kalabakan, Beaufort, Tanah Merah, Dungun, Batang Sadong dan Langkawi.
Secara keseluruhannya, sebanyak 14 perkara telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu satu perkara berkaitan belia, dua perkara berkaitan sukan dan 11 perkara berkaitan kemudahan dan fasiliti sukan.
Kepada isu belia, Tasek Gelugor. Untuk makluman YB Tasek Gelugor, pada tahun 2024, sebanyak 32 program peringkat negeri Pulau Pinang telah dilaksanakan melibatkan peruntukan sebanyak RM761,785.50 dengan penyertaan para belia seramai 108,727 orang.
Pada masa yang sama, sebanyak 15 program telah dilaksanakan di Daerah Seberang Perai Utara yang juga di bawah Parlimen Tasek Gelugor melibatkan peruntukan sebanyak RM71,165 dengan penyertaan belia seramai 1,678 orang.
Untuk tahun ini, eh untuk tahun depan. Maaf. Kementerian akan merangka lebih banyak lagi program yang inklusif dan bukannya bersifat eksklusif berasaskan 10 gaya hidup Rakan Muda iaitu Rakan Aktif, Rakan Bumi, Rakan Demokrasi, Rakan Digital, Rakan Ekspresi, Rakan Litar, Rakan Muzik, Rakan Mahir, Rakan Niaga dan Rakan Prihatin.
Kementerian juga akan melaksanakan program yang berbentuk pertandingan bagi memberikan lebih banyak platform dan peluang penyertaan kepada belia-belia di daerah, negeri dan terutamanya di peringkat kebangsaan.
Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Untuk makluman Yang Berhormat, saya ada senarai terperinci di kawasan Yang Berhormat dan saya akan berikan sesalinan kepada Yang Berhormat.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Menteri.
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Silakan.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Untuk membolehkan jadi betul-betul inklusif, bila buat program itu bagi tahulah pejabat Parlimen sekali.
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kita tidak ada halangan untuk Ahli-ahli Yang Berhormat hubungi Jabatan Belia dan Sukan Negeri masing-masing kerana setiap minggu, program banyak berjalan. Jadi, kalau mereka hendak keluarkan surat, agak sukar. Jadi, saya
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
minta kalau Yang Berhormat semua boleh ikuti ruang media sosial JBSN dan lihat apa-apa program yang mereka ada kerana ini adalah program pengisian masa lapang. Jadi, berbeza dengan program kementerian lain di mana ada acara. Yang ini berterusan sepanjang tahun.
Terima kasih.
Isu sukan. YB Dungun ada tak? Tidak ada ya. Saya berikan secara bertulis nanti.
Langkawi? Langkawi, saya ada menonton TikTok YB Langkawi. Ada maklumkan bahawa YB bagi saya coklat. Terima kasih. Terima kasih YB Langkawi atas pandangan dan cadangan untuk menjadikan...
[Dewan riuh]
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Kami tak ada kah? Langkawi, kami tak ada? Boleh bagi juga semua.
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Usahakan Yang Berhormat Langkawi. Terima kasih Yang Berhormat Langkawi atas pandangan dan cadangan untuk menjadikan Pulau Langkawi sebagai stage terakhir bagi perlumbaan Le Tour de Langkawi pada tahun hadapan.
Kementerian mengambil maklum dan akan melihat kesesuaian bagi penganjuran LTDL pada tahun hadapan. Kementerian amat mengalu-alukan kerjasama bersama kerajaan negeri untuk LTDL akan datang.
Ini adalah bagi memastikan pembangunan sukan berbasikal dapat diberi tumpuan dan pada masa yang sama, dapat mempromosikan industri pelancongan di negeri-negeri yang terlibat. “Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan” bagi sebarang sumbangan dalam bentuk peruntukan kewangan, kemudahan atau lain-lain perkhidmatan daripada pihak kerajaan negeri. Masalah kita adalah bajet yang terhad. Kita cuba pergi ke seluruh Malaysia, tetapi agak mencabar untuk bajet Kementerian Belia dan Sukan. Kita juga akan melaksanakan kajian impak keberkesanan program tersebut dalam membawa hasil pelancongan kepada Malaysia. Okey, Yang Berhormat Langkawi?
Isu kemudahan fasiliti. Beberapa Ahli Yang Berhormat telah bangkitkan isu ini. Bagi fasiliti sukan, kementerian pernah menerima permohonan daripada Yang Berhormat Kota Belud, manakala kementerian tidak pernah menerima sebarang permohonan rasmi daripada YB Tasek Gelugor, YB Sri Gading, YB Dungun dan YB Tanah Merah berhubung fasiliti sukan yang disebutkan.
Sehubungan itu, sukacita saya sarankan kepada Yang Berhormat semua untuk kemukakan permohonan secara rasmi kepada kementerian. Pertimbangan akan diberikan terhadap permohonan yang menepati syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Ekonomi iaitu memastikan tapak tanah tersebut perlu didaftarkan atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan atau pewartaan rizab persekutuan dan rizab negeri bagi maksud persekutuan diselesaikan terlebih dahulu.
Selain itu, sebarang pembinaan fasiliti sukan baru perlu mendapat pengesahan serta kelulusan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sebelum permohonan dikemukakan kepada KBS. Walau bagaimanapun, KBS sedang menaik taraf membina fasiliti sukan berhampiran dengan kawasan Yang Berhormat seperti Kepala Batas Youth Centre di Pulau Pinang, Stadium Majlis Daerah Putatan di Sabah.
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Manakala, Kompleks Sukan Tenom dan Kompleks Sukan Libaran di Sabah juga sedang dinaik taraf. Manakala di Terengganu, Velodrom Dungun telah siap pada tahun 2022 dan kompleks sukan air di Terengganu dijangka siap pada Disember tahun ini. Pembinaan fasiliti bagi penganjuran SUKMA Kelantan pada tahun 2028 juga sedang dilaksanakan oleh KBS.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
[Bangun]
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat semua, sebenarnya untuk permohonan fasiliti sukan ini, kita terima banyak permohonan daripada ADUN, daripada Ahli Parlimen, daripada kerajaan negeri dan priority itu semua bercanggah. Semua hendak membina di kawasan masing-masing. Oleh sebab itu, KBS dengan peruntukan yang terhad mengambil langkah bahawa kita akan gunakan peruntukan kita untuk baiki fasiliti KBS dulu, okey.
Kalau kita hendak bina, kita kena bina atas tanah persekutuan untuk pastikan tidak ada isu. Sebelum ini ada yang dibina di atas tanah persendirian, kemudian selepas itu bila diserahkan, access blocked kepada publik. Isu penyelenggaraan pun satu masalah. Ada Ahli Parlimen yang minta untuk bina fasiliti A. Kemudian, yang menyelenggaranya adalah PBT atau pun kerajaan negeri dan mereka kata saya tidak hendak selenggara fasiliti ini. Itu sebab susah untuk kita terima permohonan berdasarkan perbahasan dalam Dewan ini dan kita telah wujudkan SOP. Saya minta semua hantar secara rasmi dan kita akan jawab.
Untuk YB Tenom...
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Ya.
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Saya ada isu spesifik yang YB Tenom bangkitkan, akhir sekali.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Okey, terima kasih.
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Okey ya? Untuk YB Batang Sadong — tidak ada.
Saya bagi secara bertulis. YB Kuala Langat ada? Kuala Langat. Okey, berhubung permohonan daripada YB Kuala Langat, YB Kalabakan, YB Jempol dan YB Beaufort untuk menaik taraf fasiliti sukan di kawasan masing-masing, suka saya nyatakan di sini bahawa pada masa ini seperti yang saya nyatakan, keutamaan adalah kementerian menaik taraf fasiliti di bawah seliaan KBS.
Adalah didapati bahawa Stadium Jugra, Kompleks Sukan Tawau, Kompleks Sukan Batu Kikir dan Kompleks Sukan Beaufort yang telah dibangkitkan merupakan fasiliti di bawah pengurusan kerajaan negeri ataupun majlis daerah. Oleh kerana itu, KBS tiada perancangan untuk menaik taraf Stadium Jugra, Kompleks Sukan Tawau, Kompleks Sukan Batu Kikir dan Kompleks Sukan Beaufort.
Untuk makluman YB Kalabakan, projek menaik taraf kolam renang Tawau telah siap dibina pada tahun Disember 2021 di kawasan Parlimen Yang Berhormat. Manakala untuk makluman Yang Berhormat Jempol, KBS sedang menaik taraf Kompleks Rakan Muda Jempol yang telah diluluskan oleh Kementerian Ekonomi pada tahun 2024 dengan anggaran
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
kos sebanyak RM6 juta dan dijangka siap pada penghujung tahun 2026. Pada masa ini, projek dalam peringkat pengesahan skop kerja dan dijangka tender pada tahun hadapan.
Akhir sekali untuk Yang Berhormat Tenom. Menyentuh perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tenom mengenai Kompleks Sukan Tenom yang masih belum dapat digunakan, sukacita dimaklumkan bahawa projek ini telah siap pembinaan pada 22 Jun tahun ini.
Pada masa ini, pihak perunding sedang dalam proses mendapatkan kelulusan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) daripada pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Tenom, Sabah sebelum kompleks ini dapat dibuka dan selamat digunakan oleh orang ramai.
Proses CCC ini mengambil masa tiga hingga enam bulan dari tarikh siap projek iaitu Jun ya dan KBS menjangkakan urusan CCC ini selesai pada hujung Disember tahun ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Isnin, 11 November 2024.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.57 petang]