Nov062024

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuan Cha Kee Chin, Rasah.

draft • 10:00 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan saya soalan pertama.

draft • 10:00 AM

1. Tuan Cha Kee Chin [Rasah] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah bayaran yang telah diterima oleh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang daripada calon- calon yang mengambil peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) bagi tahun 2024. Nyatakan secara terperinci, apakah jenis perbelanjaan dan jumlah yang telah dibelanjakan untuk peperiksaan CLP tahun ini (setakat ini).

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada kawan saya. Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia, Lembaga Kelayakan merupakan sebuah lembaga yang ditubuh di bawah seksyen 4 Akta Profesion Undang-undang 1976 [Akta166] dan adalah sebuah dengan izin, creature of statute.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembiayaan operasi Lembaga Kelayakan bergantung sepenuhnya pada pendapatan daripada kutipan yuran peperiksaan Sijil Amalan Guaman, Certificate and Legal Practice (CLP) pada setiap tahun dan beberapa yuran yang lain. Setakat 30 September 2024, Lembaga Kelayakan telah menerima jumlah bayaran daripada calon-calon peperiksaan CLP utama bagi tahun 2024 sebanyak RM4,264,200 dan pecahan dan perincian jumlah yuran tersebut adalah seperti di Lampiran A iaitu:

(i) Yuran Pemprosesan Permohonan Peperiksaan CLP RM148,000;

(ii) Yuran Pendaftaran dan Yuran Peperiksaan CLP untuk calon baharu RM3,012,000;

(iii) Yuran Peperiksaan Mengulang Satu Subjek RM71,000; dan

(iv) Yuran Peperiksaan Mengulang Semua Subjek RM1,033,200.

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Berjumlah RM4,264,200.

Bagi perbelanjaan oleh Lembaga Kelayakan bagi peperiksaan CLP sejak awal tahun 2024 sehingga 30 September 2024, Lembaga Kelayakan telah membelanja sebanyak RM543,226.95 untuk pelbagai jenis perbelanjaan bagi peperiksaan CLP utama bagi tahun 2024, yang merangkumi perkara-perkara dengan perincian seperti di Lampiran B iaitu kos percetakan buku dan sebagainya yang berjumlah RM543,226.95. Saya akan bagi lampiran tersebut kepada Yang Berhormat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kos perbelanjaan peperiksaan CLP utama bagi tahun 2024 di atas tidak termasuk kos sewaan dan pengurusan dewan peperiksaan yang dianggarkan berjumlah RM51,000 lebih yang belum dibayar. Selain itu, ia juga tidak termasuk kos perbelanjaan peperiksaan CLP tambahan tahun 2024 yang akan diadakan pada 12 November 2024.

Selain kos perbelanjaan peperiksaan CLP utama dan tambahan, Lembaga Kelayakan juga menanggung kos pembiayaan operasi Lembaga Kelayakan seperti pembayaran gaji, elaun dan caruman pekerja KWSP dan PERKESO, sewaan pejabat, bilangan utiliti, kos Majlis Konvokesyen Graduan CLP, fi insurans takaful perubatan pekerja, perolehan perbekalan dan perkhidmatan, aset-aset pejabat, fi perguaman dan selainnya.

Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Rasah.

draft • 10:00 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan saya bandingkan dengan jawapan yang Timbalan Menteri pernah berikan dalam Dewan pada minggu lepas iaitu sepanjang 17 tahun yang lepas, RM55 juta kutipan oleh Qualifying Board.

Tetapi, isu dia sekarang kenapa tak diaudit? Saya antara yang pernah bagi. Saya bekas calon CLP. Jadi, nak kata ada kepentingan itu tak ada kepentingan. Tetapi, saya rasa saya terpanggil untuk utarakan di sini kenapa tak ada audit sepanjang 17 tahun yang dulu dan soalan tambahan saya Dato’ Yang di-Pertua, berkenaan dengan apa yang Yang Berhormat sebutkan tadi dalam jawapan kepada soalan asal, tak sebut belanja ataupun satu item dia untuk cukai kepada LHDN.

Adakah Qualifying Board mendapat pengecualian cukai daripada LHDN? Sebab, saya tengok LHDN ini sekarang ini suka bagi pengecualian cukai. Betul ke? Kalau macam itu pendapatan negara kerajaan akan berkurangan. Macam mana kita nak bantu rakyat? 17 tahun tak diaudit ini.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

draft • 10:00 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ia juga melanggar tatakelola yang mahu diperjuangkan oleh Yang Amat Berhormat PMX kita. Jadi, saya mohon jawapan daripada Timbalan Menteri. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:00 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Ini soalan yang susah nak jawab.

[Ketawa] Yang Berhormat, saya setuju bahawa tidak ada pengauditan untuk 17 tahun. Itu saya telah

draft • 10:00 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

menjawab kepada soalan Yang Berhormat Sungai Siput semasa dalam Kamar Khas minggu dulu. Itu adalah kali pertama kita mengetahui bahawa tidak ada pengauditan. Kita sedang mengambil tindakan susulan supaya pengauditan dibuat dengan seberapa segera yang boleh dan semua stakeholders dapat tahu apakah, berapakah dan adakah pengendalian oleh Board itu adalah merangkumi mengikut undang-undang. Itu soalan yang pertama.

Yang Berhormat, saya setuju bahawa itu adalah yang dikatakan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri, tatakelola ini perlu di-transparent, open dan supaya rakyat tahu yang betul-betul yang dibelanjakan. Mengenai perkara yang kedua iaitu tidak ada ─ adakah cukai yang dikenakan.

draft • 10:00 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Setakat ini, tidak membayar cukai. Ini jawapan, akan mendapatkan sebab-sebab mengapa dari Lembaga Kelayakan. Pada- ini ada jawapan khusus dan saya percaya saya boleh- saya akan mendapat jawapan bertulis dari mereka dan beri kepada Yang Berhormat.

Tetapi mengikut undang-undang, saya rasa- dan saya di fahamkan Lembaga Hasil Dalam Negeri tidak mengenakan cukai kepada Legal Profession Qualifying Board dan saya percaya ini adalah perkara yang diutamakan oleh Yang Berhormat. Saya percaya ada perkara-perkara yang perlu dibuat lebih diskusi dengan pihak-pihak yang berkenaan dan saya akan memberi jawapan kepada Yang Berhormat, khususnya detail-detail specifics. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Besut.

draft • 10:10 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya, pada tahun – tahun inilah, berbanding tahun-tahun lepas. Setakat ini berapa banyak permohonan dibuat untuk ujian ini? Ujian CLP. Dan berapa banyak yang dah lulus, peratusannya? Ya, sebab saya difahamkan kelulusan lulus ujian cukup susah ya dan saya nak tahu lebih kurang, kementerian ataupun Lembaga Peperiksaan ini sama ada, ada perancangan tak untuk menggunakan kos yang dikutip semua tu untuk pengurusan yang lebih baik kepada ujian CLP ini? Itu sahaja soalan saya.

draft • 10:10 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat pun seorang peguam. Kalau seseorang murid atau student itu tidak berkelayakan, tidak berkelayakanlah. Dia tidak pass dalam exam, dia tidak patut diberi – merendahkan markah supaya dia melayak.

draft • 10:10 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Tetapi saya difahamkan bahawa lebih kurang 1,058 orang telah menduduki peperiksaan CLP seperti yang ditanya oleh Yang Berhormat dan lulus adalah 200 orang dan lulus bersyarat adalah 164 orang, gagal adalah 694 orang. Itu khusus kepada soalan Yang Berhormat tanya dan untuk – saya ingat lebih mustahak adalah untuk meningkatkan bayaran untuk operasi. Saya rasa itu ada satu cadangan yang boleh diambil kira tapi saya rasa yang lebih mustahak adalah Yang Berhormat, fee yang dikenakan kepada murid-murid, kepada student-student sekarang adalah tinggi. Saya telah berbincang dengan CLP Director supaya kalau boleh menurunkan

draft • 10:10 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

fee tersebut, supaya student-student yang membayarnya – ramai di antara mereka adalah golongan berpendapatan rendah, diberi keutamaan supaya menolong mereka.

Ini ada bukanlah satu agensi untuk – bukan satu agensi dalam business untuk earn money. It is a social oriented, patut menolong anak murid kita. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Puan Speaker, boleh bagi Sungai Siput peluang untuk kemukakan soalan tambahan?

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Arau.

draft • 10:10 AM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim - Arau

Puan Yang di-Pertua, soalan yang kedua.

draft • 10:10 AM

2. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim [Arau] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan:

(a) komitmen kerajaan dalam memberi tumpuan kepada usaha untuk menangani kebimbangan rakyat dalam soal kos sara hidup yang semakin meningkat; dan

(b) usaha kerajaan dalam menangani masalah kartel, monopoli yang mempengaruhi kenaikan harga barang dan perancangan rentas kementerian dalam menangani kos sara hidup rakyat.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmanir Rahim, terima kasih kepada sahabat saya, Yang Berhormat Arau di atas soalan. Memandangkan soalan Yang Berhormat Arau ini merupakan soalan yang agak berbentuk dasar ya, jadi saya cuba juga jawab dari segi aspek yang sama. Pertama, dari segi definisi kos sara hidup, Yang Berhormat. Kos sara hidup ialah sejumlah kos yang perlu dan ditanggung oleh seseorang individu ataupun sesebuah isi rumah untuk memenuhi keperluan seperti makanan dan minuman, pakaian, perumahan, kesihatan serta keperluan lain untuk kelangsungan kehidupan wajar.

Jadi, DOSM ataupun Jabatan Statistik Malaysia telah pun menggariskan beberapa faktor iaitu 6 faktor yang mempengaruhi kos sara hidup. Yang pertama Puan Yang di-Pertua, harga barangan dan perkhidmatan. Yang kedua, pendapatan ataupun income. Yang ketiga, corak perbelanjaan. Yang keempat, lokasi. Yang kelima, ciri-ciri demografi. Yang keenam, saiz isi rumah.

DOSM juga telah membangunkan satu indikator kos sara hidup untuk membina satu cara mengukur perbelanjaan supaya bolehlah satu-satu keluarga itu mengalami ataupun melalui satu kehidupan yang wajar. Jadi, dari segi harga barang dan perkhidmatan Puan Yang di-Pertua, dia banyak faktor-faktor luaran seperti perubahan iklim contohnya, harga barang import contohnya. Jadi, apa yang kita boleh lakukan sebagai kerajaan ialah untuk perkara yang kedua iaitu pendapatan. Jadi, untuk menambah disposable income ataupun kemampuan berbelanja, kerajaan telah pun memperkenalkan satu, Sistem Saraan

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

Perkhidmatan Awam. Dua, Dasar Gaji Progresif bagi pemberian upah dan gaji yang adil. Tiga, melaksanakan inisiatif pendapatan rakyat. Keempat, semakan Perintah Gaji Minimum dari semasa ke semasa dan kelima, penetapan gaji premium lepasan TVET melalui Dasar TVET Negara.

Di samping itu Puan Yang di-Pertua, kita juga, kerajaan juga telah memperuntukkan RM13 bilion untuk tahun 2025 berbanding RM10 bilion pada tahun 2024 untuk STR dan SARA. Untuk meningkatkan pendapatan, di masa yang sama kita juga mengkaji berkenaan dengan perbelanjaan untuk kehidupan wajar ini. Dan kerana setiap keluarga itu berbeza, ada keluarga ada anak OKU, ada keluarga anak ramai, sekolah rendah, sekolah menengah, ada keluarga dan sebagainya. Jadi, maka ianya berbeza. Jadi, setiap isi rumah itu untuk hidup secara wajar memerlukan keperluan yang berbeza. Ada bahagian yang kedua, Puan Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

draft • 10:10 AM

Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

Kalau boleh izinkan saya. Bahagian yang kedua, berkenaan – Arau punya soalan ni dasar. Jadi, kena jawab. Bahagian yang kedua, Yang Berhormat Arau. Berkenaan dengan kartel dan monopoli. Kartel ini ialah by definisinya, apabila ada beberapa syarikat berpakat, dia berpakat untuk mengawal harga. Contoh, apabila beberapa syarikat mengawal harga makanan haiwan, contohnya. Di sepanjang rantaian bekalan itu kalau berlaku keadaan di mana mereka berpakat, maka harga barang itu akan meningkat, ya. Sebab mereka- Okay, mereka nak bagi makanan at least, harga macam ni. Jadi, semua orang tak boleh nak cari tempat yang lebih murah sebab mereka dah pakat.

Jadi, MyCC telah pun – dalam keadaan ini MyCC bermain peranan untuk membuat siasatan dan mengenakan mengambil tindakan sekiranya didapati berlaku keadaan kartel. Kedua ialah berkenaan dengan monopoli. Monopoli ialah apabila ada satu syarikat menyalahgunakan kuasa dominannya.

Kuasa dominannya untuk meletakkan syarat yang berbeza sehingga dia mendapatkan keuntungan daripada itu. Dalam kes PLKS lah, kalau kita ingat. Pada tahun 2019, ada satu syarikat yang dikenakan hukuman kerana menyalahgunakan kedudukan dominan mereka iaitu monopoli. Jadi di sini, MyCC memainkan peranan dan sepanjang rantaian bekalan itu apabila MyCC dapati ada monopoli dan ada kartel, maka MyCC boleh mengambil tindakan. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Arau.

draft • 10:10 AM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim - Arau

Soalan tambahan. Saya tahu soalan ini agak berat, Yang Berhormat boleh jawab bertulis. World Economic Outlook Bank Dunia menunjukkan Indeks Harga Pengguna (IHP) telah diunjurkan iaitu daripada 2.3- 2.5 pada tahun 2023, sekarang 2.8. Jadi, saya ingin bertanya. Apakah kerajaan bercadang menyemak semula terhadap komponen bakul IHP negara, agar ia kekal relevan dan mencerminkan kos sara hidup sebenar? Jawab bertulis ini Yang Berhormat, sebab kalau Yang Berhormat jawab macam tu je, tak dapat selesai masalah. Kemudian, tentang kartel, monopoli tadi. Yang

draft • 10:10 AM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim - Arau

Berhormat telah beri tafsiran dari segi Dewan Bahasa tentang makna monopoli, tentang makna kartel.

Yang saya nak jawapan ialah Yang Berhormat yang terakhir itu, Yang Berhormat kata kerajaan akan mengambil tindakan. Sejauh mana kerajaan telah ambil tindakan kepada kartel dan juga monopoli ini yang telah mempengaruhi harga makanan sekarang? Yang keduanya ialah...

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

Satu soalan sahaja.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bukan. Satu soalan saja. Dan ― bukan saya tanya ini lagi satu soalan. Dan, Yang Berhormat telah menyebut tadi tentang harga makanan tadi, kerajaan telah selesaikan melalui pelbagai cara. Pendapatan pengguna, gaji minimum tetapi Yang Berhormat tidak masuk di sini pendapatan petani.

Yang Berhormat, di antara orang yang terlibat, terkesan secara langsung ialah petani, nelayan. Mereka ini tidak ada pendapatan tetap, tidak ada gaji minimum. Mereka hanya bergantung pada harga yang akan ditetapkan oleh kerajaan iaitu harga lantai beras. Apakah harga lantai ― maaf, harga lantai padi. Yang sekarang ini RM1,300. Kerajaan sewajarnya naik kepada RM1,500 atau RM1,800.

Jadi, hok yang itu boleh menyelesaikan peringkat bawahan. Yang lain itu sudah ada acara pendapatan mereka untuk menyelesaikan masalah.

draft • 10:20 AM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa pembesar suara]

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jangan kurang ajar ya.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk.

draft • 10:20 AM

Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

Terima kasih, Yang Berhormat Arau. Berkenaan dengan bakul dalam IHP, saya nak maklumkan, Yang Berhormat Arau, sejak Januari 2024, kerajaan sudah pun mengkaji berkenaan dengan bakul dalam IHP ini. Dulu ada 12 kategori, sekarang sudah ada 13 kategori, Yang Berhormat Arau. Nanti saya beri dia punya detail dia dalam jawapan bertulis ya.

draft • 10:20 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Berkenaan dengan harga makanan ya. Seperti saya katakan tadi, sewaktu tahun 2022, harga ayam itu kita tidak boleh kawal. Dia RM9.40 harga siling itu, semua orang tidak boleh jual dan mereka letak pula harga potong tambah RM1. Jadi, jual RM10.40. Itu sebab kartel makanan haiwan, yang sudah pun dibanteras dan dikenakan hukuman di mahkamah melalui apa yang telah dibuat oleh MYCC.

draft • 10:20 AM

Dato Anyi Ngau - Baram

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

Jadi, berkenaan dengan beras dan petani, Yang Berhormat Arau, saya nak maklumkan bahawa MYCC juga sudah pun menyiapkan laporan kajian mereka berkenaan dengan kartel padi dan beras ya. Tetapi, saya tidak boleh dedahkan

draft • 10:20 AM

Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

di sini lagi sehingga laporan rasmi itu didedahkan. Tapi, sudah pun diselesaikan berkenaan dengan kartel padi dan beras. Kemungkinan penyalahgunaan kedudukan dominan mana- mana syarikat yang mengawal berkenaan bekalan benih, import dan sebagainya.

Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tampin.

draft • 10:20 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih, Puan Speaker. Pada Julai lalu, KPDN ada memperkenalkan dua program baharu yang menangani kos sara hidup rakyat iaitu Ihsan Cashback dan i-Mesra yang merupakan inisiatif terbaru sektor swasta di bawah Ihsan Rahmah MADANI.

Justeru itu, saya ingin mengetahui, apakah perancangan kementerian untuk meluaskan lagi rangkaian serta premis perniagaan yang terlibat supaya dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh rakyat bagi mendepani cabaran kenaikan kos sara hidup? Dan apakah status terkini berkenaan inisiatif Menu Rahmah yang semakin dilupakan serta semakin sukar ditemui di premis-premis perniagaan? Terima kasih, Puan Speaker.

draft • 10:20 AM

Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

Terima kasih ya di atas soalan. Berkenaan dengan Ihsan ini, kita bekerjasama dengan orang kata private initiative. Jadi, kita sentiasa buat libat urus untuk memastikan bahawa kita menambah syarikat-syarikat yang bekerjasama dengan kita untuk terlibat dalam Ihsan Rahmah MADANI ini. Sebab ini adalah voluntary. Itu kerja, urusan yang berterusan.

Berkenaan dengan status terkini Menu Rahmah, izinkan saya, Puan Yang di-Pertua, menceritakan sedikit berkenaan dengan Menu Rahmah. Apabila kita memperkenalkan Kad Diskaun Menu Rahmah pada tahun lepas, pada bulan November seingat saya, Kad Diskaun Menu Rahmah ini ialah untuk memberikan diskaun kepada pengusaha-pengusaha Menu Rahmah supaya mereka boleh beli barang-barang keperluan untuk memasak Menu Rahmah itu dengan harga diskaun.

Namun, selepas beberapa bulan, kita dapati ada masalah kerana supermarket- supermarket yang menawarkan khidmat untuk diskaun ini mempunyai sistem yang berbeza dan kad diskaun kita tidak dapat nak apa orang kata, satu kad itu diguna pakai kepada semua supermarket. Sebab dia ada sistem yang berbeza.

Maka, kita sudah pun mengatasi masalah tersebut, Puan Yang di-Pertua, dengan cara menawarkan Kad Diskaun Menu Rahmah ini kepada operator Menu Rahmah untuk mereka membeli di Jualan Rahmah. Sebab, sebelum ini, Jualan Rahmah ini tidak boleh membekalkan kepada peniaga. Tetapi, melalui Kad Diskaun Menu Rahmah ini dan saya harap ini ada Ahli-ahli Yang Berhormat boleh ambil nota, poin ini, mereka nak tawarkan Menu Rahmah itu dengan Kad Diskaun Menu Rahmah ini, mereka boleh pergi ke Jualan Rahmah dan dekat Jualan Rahmah itu akan diberikan kelonggaran kepada pemegang Kad Diskaun Menu Rahmah ini untuk membeli barang-barang keperluan. Kalau dulu ayam dua ekor mungkin lebih kerana dia meniaga. Kalau beras dulu satu paket, dua paket. Sekarang kalau dia meniaga, dia boleh lebih dengan mendapatkan Kad Diskaun Menu Rahmah daripada KPDN.

draft • 10:20 AM

Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Puan Syerleena binti Abdul Rashid, Bukit Bendera.

draft • 10:20 AM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih, Puan Timbalan Speaker.

Pergi ke taman lihatlah bunga, Indah warnanya merah menyala, Ada soalan yang ingin saya tanya, Soalan saya nombor tiga.

draft • 10:20 AM

3. Puan Syerleena binti Abdul Rashid [Bukit Bendera] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan dalam menangani konflik antara manusia dan harimau, apakah yang perlu lakukan apabila berlakunya situasi harimau masuk ke kampung dan kawasan penempatan awam kerana kita perlu melindungi nyawa manusia dan pada masa sama memelihara hidupan liar yang kian pupus itu.

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera.

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia mengambil perhatian yang serius konflik manusia dan hidupan liar termasuk Harimau Malaya.

Apabila berlaku situasi mencemaskan melibatkan hidupan liar termasuk Harimau Malaya masuk ke kawasan kampung dan penempatan awam, antara langkah-langkah yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

(i) mengelakkan sebarang bentuk provokasi atau tindakan seperti cubaan menghalau dan mendekati hidupan liar, membaling objek- objek, menembak atau membunuh;

(ii) mengelakkan situasi panik dan bergerak secara perlahan-lahan untuk menjauhkan diri daripada hidupan liar;

(iii) melindungi diri di dalam rumah atau di mana-mana tempat yang selamat sementara menunggu kehadiran pihak berkuasa; dan

(iv) menghubungi segera pejabat Jabatan PERHILITAN terdekat atau talian hotline Jabatan PERHILITAN 1-800-88-515, selain talian kecemasan umum Polis Diraja Malaysia (PDRM), untuk melaporkan kejadian konflik hidupan liar untuk tindakan selanjutnya.

Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bukit Bendera.

draft • 10:20 AM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih. Jadi, saya ada satu soalan tambahan iaitu sebagai simbol negara, Harimau Malaya ini melambangkan identiti kita. Namun, hakikatnya, harimau kita ini semakin pupus. Jadi, penebangan hutan juga memaksakan haiwan ini keluar dari habitatnya yang semula jadi dan memasuki kampung

draft • 10:20 AM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

dan seterusnya selalu diusir susulan pencerobohan berterusan ke atas kawasan-kawasan mereka.

Jadi, apakah inisiatif berani dan mendesak yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan untuk melindungi dan, yang penting, memelihara harimau kita? Juga, bagaimanakah kita boleh memastikan haiwan ikonik ini terpelihara agar kekal sebagai warisan Malaysia yang kita dapat banggakan hinggalah ke generasi-generasi seterusnya?

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Kementerian telah melaksanakan tindakan-tindakan strategik bagi konservasi Harimau Malaya selama 10 tahun sehingga 2030 menerusi tiga pendekatan yang berikut:

(i) mengukuhkan usaha bagi menghentikan penurunan populasi Harimau Malaya melalui rondaan penguatkuasaan dan pengawalan post on the ground melalui Program Perlindungan Biodiversiti dan Rondaan (BP3) serta pemeliharaan dan pemuliharaan habitat semula jadi Harimau Malaya;

(ii) meningkatkan tadbir urus baik dalam melaksanakan konservasi Harimau Malaya melalui penubuhan Pasukan Petugas Kebangsaan bagi Konservasi Harimau Malaya, National Tiger Conservation Task Force (MyTTF) yang dipengerusikan oleh kepimpinan tertinggi negara, penubuhan Unit Konservasi Harimau Malaya di bawah Jabatan PERHILITAN, penubuhan Biro Jenayah Hidupan Liar di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pengukuhan Makmal Forensik Hidupan Liar Kebangsaan sebagai centre of excellence bagi konservasi ex-situ Harimau Malaya; dan

(iii) memperkasakan insentif bagi memastikan kelangsungan hidup harimau Malaya melalui penyediaan instrumen kewangan inovatif dan skim akreditasi habitat harimau Malaya seperti Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) yang telah berjaya mewartakan seluas 90,000 hektar kawasan perlindungan daratan baharu telah diwartakan di Semenanjung Malaysia.

Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jeli.

draft • 10:30 AM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jawapan Menteri tadi ialah lebih kepada kita nak melindungi binatang liar ataupun Harimau Malaya tadi itu.

Soalan saya ialah lebih kepada kita nak menjaga kepentingan rakyat iaitu mereka yang terkesan daripada serangan spesies harimau liar ini ataupun binatang liar lain yang dilindungi sepenuhnya oleh PERHILITAN.

Soalan saya ialah, apakah kerajaan bercadang ataupun telah membuat satu langkah untuk membayar pampasan ataupun ganti rugi kepada mereka yang terkesan dengan serangan daripada binatang liar ini terutamanya gajah dan juga harimau ini terhadap manusia

draft • 10:30 AM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

dan juga terhadap harta benda? Gajah telah melanyak, merosakkan kebun pisang, merosakkan kebun kelapa sawit, merosakkan kebun getah dan juga harimau ini mengancam nyawa manusia sehinggakan ada yang terkorban. So dalam isu ini, adakah kerajaan berhasrat untuk memberi ataupun membayar ganti rugi yang sepatutnya ke atas kerugian ditanggung oleh penduduk di atas keganasan ataupun ancaman daripada kedua-dua spesies ini? Sekian.

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Kerajaan telah memperkenalkan Inisiatif Bantuan Kerugian Harta Benda dan Tanaman Akibat Serangan Hidupan Liar (BKHT) dengan peruntukan sebanyak RM10 juta bermula pada 29 Mac 2024. BKHT merupakan bantuan berbentuk kewangan yang diberikan secara one-off kepada kumpulan sasar yang mengalami kerosakan dan kemusnahan harta benda dan tanaman akibat serangan hidupan liar tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Sehingga penghujung Oktober 2024, seramai 170 pemohon telah menerima bayaran BKHT dengan bayaran keseluruhan sebanyak RM608,000. Bagi orang awam yang tercedera atau keluarga yang mengalami kehilangan nyawa, mereka akan dibantu di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi meringankan beban mangsa atau keluarga. Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Datuk Idris bin Ahmad, Bagan Serai.

draft • 10:30 AM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.

Siji, loro, telu, papat, Soalan saya nombor empat.

draft • 10:30 AM

4. Datuk Idris bin Ahmad [Bagan Serai] minta Perdana Menteri menyatakan apakah tindakan proaktif pihak kerajaan selain kempen kesedaran umum terhadap premis makanan dan minuman terbuka yang masih belum mendapat sijil halal JAKIM terutamanya melibatkan premis yang sering dikunjungi oleh orang ramai termasuk orang Islam.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat. Sebelum itu saya ingin mengalu- alukan selamat datang, Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum kepada pelajar Tingkatan 6 Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra, Sekolah Menengah Kebangsaan Mushi Sulaiman, Batu Pahat dalam Parlimen Sri Gading.

[Tepuk] Puan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa mengambil langkah proaktif untuk membantu usahawan dalam pelbagai aspek termasuk meningkatkan kesedaran pengusaha-pengusaha mengenai pensijilan halal Malaysia. Dalam hal ini, kerajaan melalui JAKIM dan pihak berkuasa agama negeri sentiasa bertindak aktif menggalakkan pengusaha memohon sijil pengesahan halal Malaysia dan dalam masa yang sama, mengadakan kerjasama dengan agensi-agensi pembimbing seperti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

(KUSKOP), FAMA, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Perusahaan Pekebun Kecil (RISDA), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Majlis Amanah Rakyat dalam usaha memudah cara dan membantu usahawan khususnya usahawan industri kecil dan mikro.

Dalam masa yang sama, JAKIM juga mewujudkan inisiatif bimbingan dan latihan kepada industri melalui rakan strategik, Malaysia International Halal Academy dan penyedia latihan halal. JAKIM dan MAIN dan JAIN turut berusaha memberikan kefahaman mengenai prosedur dan kepentingan pensijilan halal serta mengadakan program bersama pihak persatuan-persatuan industri seperti Federation of Malaysian Manufacturers, The Cosmetic, Toiletry & Fragrance Association of Malaysia, Persatuan Pemilik Hotel Malaysia, Persatuan Hotel Malaysia, Persatuan Pengusaha Francais Malaysia, Persatuan Pemandu Pelancong Malaysia dan lain-lain bagi membantu meningkatkan jumlah permohonan sijil pengesahan halal Malaysia.

Selain itu, mesyuarat Jemaah Menteri dan mesyuarat di antara kementerian telah bersetuju dan menetapkan agar Halal Development Corporation, agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memainkan peranan penting untuk memberi penumpuan terhadap latihan dan bimbingan industri bagi memastikan industri tersedia memohon sijil pengesahan halal Malaysia.

JAKIM juga turut menjalinkan kerjasama strategik dengan beberapa institusi kewangan antaranya melalui inisiatif Solusi Halal Maybank dan Bank Islam bagi membantu usahawan termasuk premis-premis makanan dan minuman, industri kecil dan mikro dari aspek prasarana bagi persediaan untuk mendapatkan pensijilan halal.

Di samping itu, masyarakat pengguna khususnya beragama Islam, kita sarankan agar sentiasa peka dan bijak memilih perkhidmatan dan produk makanan, minuman serta barangan keperluan yang berada di pasaran termasuklah premis makanan yang telah disahkan halal oleh pihak berkuasa JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bagan Serai.

draft • 10:30 AM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Terima kasih Puan Speaker. Berdasarkan jawapan Menteri dalam Dewan yang mulia ini, kutipan fi untuk pensijilan halal meningkat mendadak lebih daripada 100 peratus. Tahun 2012, RM3.6 juta kepada RM10.7 juta dengan peningkatan jumlah pemegang sijil pengesahan halal Malaysia iaitu 4,000 pada tahun 2012 dan 9,655 pada tahun 2022.

Persoalan saya ialah, sejauh manakah kutipan tahunan fi pensijilan halal ini dimanfaatkan kembali untuk membantu peniaga kecil sederhana untuk mendapatkan sijil halal dan apakah pula respons pihak kerajaan terhadap cadangan untuk mewujudkan mekanisme audit bebas yang dapat memantau premis makanan dan minuman secara berkala bagi menilai pematuhan mereka terhadap piawaian halal ini. Terima kasih Puan Speaker.

draft • 10:30 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih Yang Berhormat. Ada dua soalan yang berkait dengan soalan yang pertama. Merujuk kepada berkenaan dengan fi yang telah pun dikutip yang meningkat dari saban tahun. Direkodkan pada tahun 2023, peningkatan yang sangat meyakinkan iaitu sebanyak ‘RM12,153,640’ ...

[Tidak jelas] . Jadi daripada 2012 sehingga 2023, jumlah fi yang telah berjaya dikutip melebihi RM80 juta. Ini menunjukkan satu perkara yang baik. Jadi di antara perkara yang ditekankan, apakah yang kita boleh gunakan daripada fi ini?

Buat pemakluman Dewan yang mulia, kita telah mengadakan banyak program- program untuk memberikan pencerahan dan juga bimbingan. Di antaranya kita adakah program Halal on Track yang kita adakan di beberapa negeri iaitu di Malaysia, di Pahang, di Wilayah Persekutuan dan akan diteruskan di mana kita menyediakan fasiliti dan juga klinik halal yang membimbing industri dan juga premis-premis untuk mendapatkan sijil pengesahan halal dan ada banyak lagi program-program lain yang kita telah jalankan. Di antaranya juga kita adakan kerjasama dengan beberapa institusi termasuk Lembaga Lebuhraya Malaysia untuk membantu mendapatkan sijil halal di R&R.

Untuk menjawab soalan kedua, saya mohon masa sedikit sahaja iaitu berkenaan dengan cadangan audit bebas untuk diadakan secara berkala. Buat masa ini, alhamdulillah kerajaan juga telah dalam belanjawan telah meluluskan 100 juruaudit halal tambahan dan insya-Allah untuk menambah baik sistem MYeHALAL. Saya rasa usaha ini, inisiatif ini akan dapat membantu untuk memperkukuhkan lagi ekosistem halal itu sendiri. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sungai Petani.

draft • 10:40 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Puan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya, bagaimanakah kerajaan ingin memastikan bahawa proses pensijilan halal ini telus dan memastikan supaya tidak ada terjadinya kelewatan sehingga menyebabkan peniaga-peniaga yang memohon ini atau pemilik premis ini sehingga tidak memohon sijil halal kerana proses itu agak panjang dan berapa hari kah proses itu daripada memohon sehingga selesai permohonan itu secara average nya?

Kedua, bagaimanakah kerajaan memastikan atau cara pemantauan oleh pihak kementerian bahawa ada terdapat pensijilan halal yang palsu di premis-premis perniagaan?

Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih kepada Yang Berhormat, ada dua soalan berkenaan dengan tempoh masa. Buat makluman kepada sidang Dewan yang mulia, sebenarnya pihak JAKIM telah berjaya mempercepatkan sijil halal ini daripada beberapa bulan sehingga kepada 30 hari. Ini juga akan diusahakan lagi untuk ditambah baik dari semasa ke semasa.

Sekiranya kita lihat dari segi statistik juga menunjukkan bahawa peningkatan permohonan dan juga peningkatan dari aspek kelulusan yang diberikan termasuk juga memproses perkara tersebut. Seperti yang saya maklumkan sebentar tadi bahawa ada

draft • 10:40 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

beberapa inisiatif yang dijalankan ataupun dilaksanakan. Antaranya adalah penambahan juruaudit halal untuk mempercepatkan lagi.

Selain daripada itu juga kita ada sistem MYeHALAL 2.0 yang kita sedang bangunkan, yang akan dapat mempercepatkan menerusi teknologi. Berkenaan dengan aspek pemantauan, aspek pemantauan ini dijalankan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan. Kalau kita lihat juga daripada statistik dan data yang ada, ini menunjukkan pemantauan itu berlaku secara berterusan dan ini juga dapat memberikan keyakinan kepada pengguna bahawa halal JAKIM itu menerusi satu proses yang menyeluruh daripada awal sehinggalah dari aspek monitoring dan juga kawalan dan pemantauan. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Sim Tze Tzin, Bayan Baru.

draft • 10:40 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, Bayan Baru soalan nombor lima. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

5. Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan sama ada kerajaan akan mengembalikan Domestic Investment Strategic Fund dan High Impact Fund yang membantu syarikat tempatan meningkatkan teknologi dan mencapai tahap antarabangsa. Apakah rasional program ini diberhentikan.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Puan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Bayan Baru. Sebagai maklumat Dana Strategik Pelaburan Tempatan atau Domestic Investment Strategic Fund (DISF) telah diperkenalkan pada tahun 2012 yang mana ianya telah dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Rancangan Malaysia Kesebelas dengan jumlah kos projek masing-masing berjumlah RNM1 bilion. Manakala Dana Berimpak Tinggi atau High Impact Fund pula merupakan sebahagian daripada customize incentive scheme yang diperkenal dan dilaksanakan dalam tempoh RMKe-11 dengan jumlah kos projek sebanyak RM438.6 juta.

Kedua-dua dana ini telah berakhir dengan selesainya RMKe-10 dan RMKe-11 dan sebanyak 526 projek telah berjaya telah berjaya dilaksanakan. Melalui MITI dan MIDA, dua dana baru telah diperkenalkan iaitu Dana Pemacu Pelaburan Domestik atau Domestic Investment Accelerator Fund (DIAF) dan Dana Pemacu Pelaburan Asing atau Foreign Investment Accelerator Fund (FIAF).

Kedua-dua dana ini diperkenalkan di bawah RMKe-12. Pengenalan DIAF dan FIAF ini pada asasnya adalah kesinambungan kepada DISF dan HIF yang mana dana ini adalah selari dengan dasar semasa kerajaan di bawah kerangka Ekonomi MADANI dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.

Sebagai makluman, DIAF antara lain bertujuan membantu syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Syarikat Pertengahan Tempatan (Mid-Tier Companies) dalam mendapatkan pensijilan dan verifikasi dalam mengadaptasi elemen ESG melalui geran padanan dengan nisbah 50:50 ataupun 70:30 bagi perbelanjaan yang layak bergantung kepada penilaian projek dan tertakluk kepada jumlah maksimum 500,000 bagi setiap syarikat.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

DIAF juga ditawarkan dalam skop subsidi kadar faedah atau interest rate subsidy bagi tujuan peminjaman sewa beli atau term loan untuk tempoh 12 bulan ke atas perbelanjaan modal yang layak bagi projek automasi dan digitalisasi.

Manakala FIAF pula telah diperkenalkan dalam usaha menarik pelaburan asing berkualiti tinggi selaras dengan sasaran yang ditetapkan di bawah NIMP 2030. Dana ini juga adalah dalam bentuk geran padanan kepada syarikat yang layak dengan nisbah 50:50 bagi perbelanjaan yang layak.

MITI dan MIDA akan terus mengkaji keberkesanan insentif sedia ada selaras dengan dasar semasa kerajaan dan keperluan pemain industri sekali gus memastikan penawaran insentif dapat meningkatkan daya saing syarikat tempatan. Selain itu, pemberian insentif yang berimpak tinggi ini akan dapat menarik lebih banyak pelaburan asing berkualiti yang akan memberi kesan limpahan positif termasuk meningkatkan aplikasi teknologi dalam kalangan syarikat tempatan, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bayan Baru.

draft • 10:40 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Timbalan Menteri kerana memberi dan juga tahniah kepada kerajaan dan MIDA kerana terus memberi bantuan insentif kepada SME dan juga syarikat tempatan. Walau bagaimanapun saya ingin memberi cadangan kepada kerajaan, kita tahu bahawa syarikat SME atau syarikat tempatan, mereka sebenarnya lebih memerlukan pasaran. Pasaran itu akan memberi pasaran kepada produk mereka, akan mendorong mereka naik taraf, invest dan juga tingkatkan value chain mereka. Jadi baru-baru ini kita nampak bahawa Indonesia...

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan.

draft • 10:40 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

...Indonesia telah mengharamkan iPhone dan juga Google phone kerana iPhone atau Google phone mereka tidak mematuhi 40 percent local content. Ini satu strategi yang saya nampak sangat kreatif dan juga sangat – saya rasa sangat high impact memberi satu message kepada industri atau pelabur-pelabur yang datang ke Indonesia supaya meningkatkan pasaran kepada syarikat tempatan Indonesia dan juga meningkatkan ekonomi tempatan.

Jadi saya hendak tanya bahawa adakah kerajaan mempunyai program-program tertentu untuk memastikan bahawa foreign direct investment yang masuk ke Malaysia itu mereka diperkenalkan local content. Certain percentage local content supaya segala peluang, kerajaan bagi tanah yang murah, kerajaan bagi insentif kepada pelabur asing, kerajaan memberi...

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

draft • 10:40 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

...Pekerja yang agak mahir kepada mereka tetapi dia tidak membantu. Kalau mereka tidak membantu Malaysia maka saya rasa perlu berbuat sesuatu. Mohon penjelasan Menteri.

draft • 10:40 AM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Bayan Baru. Secara amnya semua syarikat yang mendapat insentif daripada MIDA sudah pun ditentukan mesti mengadakan localization programme dan localization programme ini memastikan sebahagian syarikat-syarikat yang

draft • 10:40 AM

Tuan Liew Chin Tong

mendapatkan insentif ini membeli peralatan ataupun membiayai kontraktor-kontraktor tempatan sebagai sebahagian sumbangan mereka kepada ekonomi Malaysia. Tetapi MIDA bersama dengan MITI dan juga MOF sedang mengkaji skim insentif yang sedia ada supaya dia selaras dengan National Investment Aspirations (NIA) dan juga apa yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun semasa Belanjawan 2025 bahawa New Investment Incentive Scheme akan dilancarkan pertengahan tahun depan supaya kita lebih adakan syarat-syarat yang lebih ketat untuk memastikan FDI akan memanfaatkan ekonomi tempatan.

Walaupun saya faham apa yang telah dilakukan di Indonesia, perbezaan di antara Indonesia dengan Malaysia ialah Indonesia ada pasaran domestik yang sangat besar.

Pasaran domestik Indonesia sangat besar kerana Indonesia ada penduduk seramai 260 juta orang tetapi pasaran tempatan Malaysia tidak sebesar Indonesia. Maka, apabila kerajaan mereka bentukan dasar, kita perlu memikir pasaran tempatan dan juga pasaran antarabangsa. Maka apa yang dilakukan oleh Indonesia tidak semestinya boleh dilakukan dengan intensiti yang sama di Malaysia. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Merbok.

draft • 10:50 AM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Bagi mencapai sasaran kedudukan ke-20 teratas bagi ekosistem syarikat pemula global menjelang 2030, apakah perancangan terkini kerajaan terhadap perluasan insentif dana padanan dengan kerjasama GLC dan GLIC sebagai usaha menggalakkan syarikat pemula menceburi bidang pertumbuhan dalam bernilai tinggi (HGHV).

Apakah strategi kerajaan untuk menggalakkan pendanaan modal dan syarikat pemula teknologi serta usaha mengetengahkan lebih banyak syarikat pemula tempatan menceburi bidang HGHV seperti E&E serta teknologi angkasa sekali gus meningkatkan daya saing mereka untuk menembusi pasaran serantau dan antarabangsa.

draft • 10:50 AM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih atas soalan. Perdana Menteri dan juga Kementerian Kewangan telah mengarah GLC dan GLIC untuk mengadakan program GEAR- uP. Program GEAR-uP akan memastikan GLIC dan juga GLC melaburkan sebanyak RM120 bilion dalam ekosistem tempatan dalam tempoh 5 tahun.

Ini adalah usaha Perdana Menteri dan juga MOF untuk memastikan GLIC dana-dana yang dikutip ataupun yang berada dalam GLC dan GLIC dapat disalurkan ke dalam ekosistem terutamanya ekosistem semikonduktor dan E&E dan tidak terhad dalam ekosistem ini sahaja.

Dari segi pemikiran kerajaan terhadap geran, kerajaan lebih berharap untuk ada program semacam what there called subsidi interest, subsidi faedah daripada bagi geran.

Dahulu pemikiran kerajaan terdahulu ialah menumpukan geran tetapi kerajaan sekarang berharap boleh beralih ke sistem di mana kita tidak bagi geran tetapi kita bagi subsidi faedah ataupun dengan cara-cara lain supaya kita memastikan syarikat-syarikat yang mendapat bantuan daripada kerajaan ada skin in the game. Mereka ada juga stick dalam usaha ini.

Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuan Ganabatirau a/l Veraman; Klang.

draft • 10:50 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Timbalan Speaker, mohon izin. Saya ingin minta izin Dewan untuk mengalu-alukan rombongan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Hulu Kelang, Ampang yang diketuai oleh Puan Nazura binti Azli, Penolong Kanan T6. Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 10:50 AM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih Yang di-Pertua. Soalan saya nombor enam.

draft • 10:50 AM

6. Tuan Ganabatirau a/l Veraman [Klang] minta Menteri Luar Negeri menyatakan bagaimana pihak kerajaan akan memastikan organisasi BRICS tidak mempengaruh urusan domestik dan politik negara kita serta memastikan institusi demokratik kita terjaga.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Klang di atas pertanyaan yang dikemukakan pada pagi ini. Puan Yang di- Pertua, BRIK, BRIK diasaskan Brazil, China, India dan Rusia pada tahun 2009 kemudian Afrika Selatan menyertai organisasi tersebut setahun kemudian menjadi markas sekarang jadilah BRICS, BRICS.

Negara anggota BRICS telah meningkatkan kepada sembilan buah negara apabila Emiriyah Arab Bersatu, Ethiopia, Iran dan Mesir bersetuju menganggotai BRICS. Di bawah Kepengerusian Rusia 2024, BRICS memberi keutamaan kepada pengintegrasian empat negara-negara baharu dengan negara-negara asal BRICS. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan hasrat supaya Malaysia menyertai BRICS semasa sesi wawancara dengan media China, Guancha pada 13 Jun tahun ini.

Susulan daripada itu, Malaysia telah dijemput menghadiri sidang kemuncak dengan izin, Head of State and Government Meeting in The BRICS Outreach and BRICS Plus pada 23 hingga 24 Oktober yang baru lalu di Khazan, Rusia. Yang Berhormat Menteri Ekonomi telah mewakili Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi menghadiri sidang kemuncak tersebut.

Terbaharu adalah di mana Malaysia telah diterima sebagai negara rakan atau dengan izin, partner country. BRICS kita melihat ini sebagai satu perkembangan yang positif dan memanfaatkan negara. Salah satu teras BRICS adalah bagi membincangkan kerjasama ekonomi dan reformasi tadbir urus global. BRICS juga turut memperjuangkan agenda dengan izin, global south yang menyumbang ke arah pembangunan global mampan dan peradaban dunia yang lebih adil dan saksama.

BRICS ditubuhkan berdasarkan prinsip muafakat dan memberi penekanan terhadap kedaulatan dan integriti territorial negara-negara anggota sebagai sebuah organisasi yang berlandaskan pembangunan dan kerjasama ekonomi. BRICS mengamalkan dasar tidak mempengaruhi dan mencampuri hal-hal dalaman negara-negara anggota BRICS. Negara-

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin

negara BRICS mengutamakan prinsip saling menghormati kesaksamaan dan keterangkuman dalam proses kerja dan segala keputusan dibuat berdasarkan konsensus.

Puan Yang di-Pertua, kerajaan berpandangan bahawa penyertaan Malaysia dalam BRICS adalah selari dengan usaha memacu ekonomi negara untuk berkembang dengan lebih pesat, stabil dan berdaya tahan. Dalam hal ini, penyertaan Malaysia dalam BRICS diyakini akan memberikan kesan yang positif ke atas kemajuan dan kesejahteraan sosioekonomi rakyat. Ini kerana ia berupaya untuk membuka peluang pasaran baharu untuk perdagangan negara yang seterusnya dapat meningkatkan perdagangan dalam pelaburan langsung atau dengan izin, Foreign Direct Investment dengan negara-negara anggota BRICS.

Sekali gus ianya mampu untuk mengimbangi kebergantungan negara kepada pasaran tradisional sedia ada. Kementerian Luar Negeri akan sentiasa memastikan kepentingan negara terjaga dan terpelihara dalam penyertaan Malaysia dalam semua organisasi antarabangsa termasuk BRICS. Sekian dan terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Klang.

draft • 10:50 AM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, adakah dasar luar negara kita akan berubah apabila kita menyertai BRICS dan sejauh mana ia akan menjamin agar negara-negara lain tidak akan mencampuri urusan negara seperti politik, ekonomi dan kedaulatan negara.

draft • 10:50 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih Yang Berhormat Klang. Pertamanya, kita kena faham bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat. Pastinya ianya bebas untuk memilih apa juga organisasi yang ingin disertainya tetapi ianya adalah berdasarkan pertimbangan yang begitu terperinci yang mampu memberi manfaat kepada negara kita.

Dasar luar negara kita yang bebas, berprinsip dan juga pragmatik di mana kita sentiasa komited dalam usaha mengukuhkan hubungan dan kerjasama dengan negara- negara asing yang mampu untuk memberi manfaat dari segi pembangunan ekonomi, pelaburan dan juga hubungan dua hala kita dengan mana-mana negara sekalipun. Kita juga mendukung di atas keluhuran undang-undang antarabangsa termasuk piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu juga. Dalam hal ini, penyertaan dalam BRICS ini adalah selari dengan pendekatan dasar luar kita iaitu yang mendukung multilateralisme bagi menangani pelbagai cabaran geopolitik dan juga geoekonomi yang semakin hebat pada sekarang ini.

Puan Yang di-Pertua, suka saya menyatakan bahawa keterlibatan kita dalam mana juga organisasi kita akan bergerak secara aktif dan juga memberikan impak yang baik kepada negara kita. Terbukti, apabila kita menjadi anggota di dalam PBB, dalam OIC, dalam Non- Aligned Movement dan sebagainya, itu peranan kita. Apatah lagi kita akan menjadi kepengerusian ASEAN pada tahun hadapan juga tindakan main peranan yang hebat di peringkat antarabangsa.

Pastinya dasar luar negara kita tidak akan berubah bahkan kita akan membuka peluang-peluang baharu apabila kita menyertai BRICS ini. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Padang Serai.

draft • 10:50 AM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Terima kasih Yang di-Pertua Speaker, Menteri. Jadi soalan tambahan saya, sejauh manakah penerimaan Malaysia sebagai negara rakan-rakan kongsi BRICS dapat mencapai keseimbangan antara memupuk hubungan erat dengan negara ekonomi baharu yang pesat membangun dan pada masa yang sama mengimbangi peranan BRICS sebagai pengimbang kepada kepenguasaan global negara AS dan Eropah dan situasi geopolitik semasa termasuk kesan dedolarisasi di sebalik perang perdagangan AS dan juga China.

Bagaimanakah BRICS dapat dimanfaatkan untuk memberi Malaysia lebih autonomi dalam dasar luar untuk membolehkannya mengemudi antara kuasa global dengan lebih berkesan. Sebagai contoh, memastikan akses kepada rangkaian ekonomi BRICS yang membuka kepada pasaran baharu benar-benar memberi manfaat dan limpahan ekonomi negara dan rakyat secara keseluruhannya? Mohon penjelasan.

draft • 10:50 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih Yang Berhormat. Yang terbaru kita telah pun terima sebagai negara rakan, partner country baru-baru ini. Antara manfaat yang kita dapat buat masa ini adalah sebagai partner country, kita akan diundang untuk menghadiri sesi BRICS partnership yang diadakan sempena dengan sidang kemuncak BRICS itulah dan juga mesyuarat di peringkat Menteri-menteri Luar. Bahkan, kita juga akan dilibatkan dalam mesyuarat-mesyuarat yang melibatkan sektor pelaburan, perdagangan dan juga apa-apa sektor yang mungkin berkaitan dengan agenda BRICS itu.

Yang Berhormat, kita tahu bahawa Amerika Syarikat bahkan juga Kesatuan Eropah merupakan rakan dagang kita yang cukup besar di Malaysia ini. Rakan dagang ketiga terbesar Malaysia dengan bilateral trade yang telah mereka dengan kita begitu besar, RM260 bilion dan juga Kesatuan Eropah hampir RM207 bilion. Kita juga akan mengambil langkah- langkah untuk memperkukuhkan kerjasama kita dengan Amerika, dengan Kesatuan Eropah untuk kita menerokai pasaran-pasaran baharu dalam teknologi hijau, dalam tenaga diperbaharui, pendidikan dan sebagainya.

Keanggotaan kita dalam BRICS ini Yang Berhormat, kita akan mengimbangi seperti yang saya katakan tadi, tentang kebergantungan kita dengan dasar pasaran yang sedia ada ini. Kita kena meningkatkan penggunaan Ringgit kita. Apabila kita berurus niaga dengan mana-mana negara anggota, kita akan berniaga menggunakan Ringgit dan juga mata wang negara-negara tersebut. Jadi ini adalah antara perkara yang baik, yang positif yang perlu kita sama-sama perkasakan untuk membuka peluang-peluang baharu dalam bidang perdagangan, pelaburan dan juga melibatkan sosioekonomi kita, insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor, Temerloh.

draft • 11:00 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey. Terima kasih Speaker

draft • 11:00 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

*Hujan setiap hari, nak jadi musim tengkujuh, Harap kepada Menteri, jawab soalan tujuh.

[Tepuk]*

draft • 11:00 AM

7. Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor [Temerloh] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan untuk mengkaji semula dan membatalkan Akta Industri Pelancongan 1992 di bawah Seksyen 6(1)(i)(iii) yang mewajibkan setiap bas persiaran menggunakan khidmat pemandu pelancong kerana membebankan pengguna dan pengusaha bas persiaran domestik yang beroperasi secara kecil-kecilan dan tidak melibatkan pelancong asing.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Puan Yang di-Pertua, dimaklumkan bahawa kerangka Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] dan peraturan-peraturan berkaitan telah mengambil kira ekosistem industri pelancongan tempatan yang merangkumi keperluan syarikat pengendali pelancongan dan agensi pengembaraan, pemandu pelancong, institusi latihan pelancongan, kenderaan pelancongan dan pendaftaran serta pengelasan premis penginapan pelancong.

Pemandu pelancong berlesen merupakan duta kecil barisan hadapan kepada pelancong dan mengenali tempat-tempat menarik di Malaysia. Dalam masa yang sama, pemandu pelancong berlesen di bawah Akta 482 merupakan satu profesion dalam memberi peluang pekerjaan kepada hampir 9,000 pemandu pelancong. Namun begitu, MOTAC telah memberikan kelonggaran kepada pengusaha pelancongan bagi pengecualian pemandu pelancong di dalam bas persiaran bagi beberapa tujuan. Pengusaha pelancongan boleh memohon pengecualian ini berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, MOTAC sememangnya dalam proses menyemak semula Akta Industri Pelancongan (AIP) 1992. Banyak perkara yang kami akan perbaiki seperti memastikan inklusiviti serta kebudayaan sebagai tanda identiti negara.

MOTAC komited untuk membincang dan menerima input daripada pemain industri untuk mencari dengan izin, middle ground jika perlu sebelum memuktamadkan sebarang tindakan.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Temerloh.

draft • 11:00 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey, terima kasih. Soalan saya, apakah insentif yang diberikan kepada golongan pengusaha bas pelancongan domestik sebagai kita sebut pengusaha bas? Kenapa saya sebutkan begitu, kerana apabila diwajibkan ataupun dikehendaki membawa pemandu pelancong, kos akan meningkat dan ia akan dialihkan kepada penyewa bas menyebabkan permintaan untuk rombongan ataupun sewaan bas ini akan berkurang. Jadi, mohon sedikit pencerahan.

draft • 11:00 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh.

Soalan yang diajukan adalah berkenaan dengan insentif. Secara spesifik, kementerian tidak menyediakan sebarang insentif setakat ini. Namun sebegitu, kita ada memberikan beberapa ruang dan juga kelonggaran dari sudut latihan. Kita tahu dari sudut latihan itu akan menyebabkan pemain industri membayar ataupun terpaksa melakukan bayaran untuk

draft • 11:00 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

memberikan latihan kepada pemandu pelancong. Dari sudut itu memang kita ada memberikan sedikit insentif di bawah bahagian DPI, Bahagian Pembangunan Industri. Tapi secara spesifik kepada pemain-pemain industri, memang tidak ada setakat ini. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Semporna.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang dasar yang jelas dan tegas tentang kedatangan pelancong, tidak kira sama ada ia daripada China mahupun dari negara lain. Tentang langkah yang berlaku pada saat ini khususnya di kawasan saya contohnya, ada pelancong yang dari China menjadi peniaga. Mereka ada joint venture, tak tahulah trading license Ali Baba kah ataupun dari segi penggunaan trading license, mereka menggunakan rakyat tempatan untuk menjadi driver mereka. Maknanya mereka mempunyai syarikat, bukan pelancong ya. Mereka mempunyai syarikat menjadi satu resort pun ada ya. Ini kebimbangan saya kerana ini mematikan seperti yang persoalan.

Dato' Speaker kena — lebih 23 peniaga. Ini peniaga rakyat Malaysia, suku kaum Cina datang dari Semporna yang membantah, mempersoalkan supaya saya bangkitkan perkara ini di Parlimen. Jadi, saya minta penjelasan sama ada dasarnya pada saat ini bahawa kerajaan boleh melindungi rakyat Malaysia yang berada menjadi peniaga di dalam sektor pelancongan sama ada pengangkutan, sama ada resort yang ada, sama ada mister driver pun. Saya bimbang keadaan ini. Kita nakkan pelancong datang, tapi the expenses of killing our own business people. Terima kasih banyak.

draft • 11:00 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Yang Berhormat Semporna.

Memang betul apa yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Semporna. Kita menerima banyak laporan berkenaan dengan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Semporna. Itu sebabnya pihak kita di kementerian sedang menyemak semula Akta Industri Pelancongan kerana akta ini diwujudkan pada tahun 1992 dan tak pernah disemak sehingga kini. Itu sebabnya di dalam pembaharuan penyemakan akta ini, banyak perkara-perkara yang melibatkan khususnya apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Semporna akan diambil kira. Itu pertama.

Keduanya juga berkenaan dengan pelbagai operator ataupun pengusaha- pengusaha bukan saja di kawasan yang Yang Berhormat Semporna, ramai, banyak kawasan di negeri Sabah terutamanya yang sebenarnya dibelakangi oleh pihak-pihak tertentu. Ini kita mohon juga supaya pihak PBT mengambil maklum. Sebenarnya kalau ia melibatkan kawasan setempat ataupun sesetengah daerah, PBT boleh memainkan peranan untuk memberikan makluman terus kepada pihak kementerian. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Puan Young Syefura binti Othman, Bentong.

draft • 11:00 AM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

draft • 11:00 AM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Dari Bentong ke Pekan, Soalan saya nombor lapan.

draft • 11:00 AM

8. Puan Young Syefura binti Othman [Bentong] minta Perdana Menteri menyatakan berikutan kes GISBH yang dikaitkan dengan fahaman sesat Al-Arqam yang mengeksploitasi kanak-kanak dan wanita yang didedahkan baru-baru ini, bagaimana kementerian berhasrat untuk memperkukuh SOP pelaporan agar setiap laporan yang diterima akan diambil tindakan dengan segera.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bentong. Sebelum itu, sekali lagi saya ingin mengalu-alukan kehadiran belia-belia daripada Pekan, Pahang ke Dewan Rakyat.

[Tepuk] Ahlan wa sahlan.

Puan Yang di-Pertua, kerajaan menerusi JAKIM sebagai agensi pusat yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal pembangunan dan kemajuan Islam di negara ini sentiasa melaksanakan pendekatan yang strategik dan perlu bagi memastikan fahaman menyimpang atau ajaran salah dapat dibendung secara tuntas. JAKIM juga berperanan dalam merancang dan melaksanakan kajian hukum dalam bidang akidah khususnya kajian- kajian berkaitan ajaran sesat dan ekstremis yang berpaksikan agama.

Dalam hal ini, JAKIM sehingga hari ini secara konsisten melaksanakan kolaborasi strategik bersama agensi-agensi di peringkat Persekutuan dan negeri secara menyeluruh.

Antaranya kerjasama bersama Jabatan dan Majlis Agama Islam negeri-negeri, Jabatan Mufti negeri-negeri, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pendakwaan Syariah, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Dalam Negeri, Majlis Keselamatan Negeri dan lain-lain agensi.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Selain itu, JAKIM juga turut memperkasakan penyelarasan tindakan penguatkuasaan melalui jawatankuasa sedia ada dengan jabatan agama Islam negeri-negeri dan juga agensi berkaitan di peringkat Persekutuan antaranya Jawatankuasa Pemandu Menangani Ajaran Sesat Peringkat Kebangsaan (JAPAS) bagi memastikan tindakan penguatkuasaan dapat diselaraskan dengan setiap negeri dengan lebih mantap.

JAKIM menyedari, terdapat keperluan membuat penambahbaikan dalam gerak kerja bagi menangani isu-isu seumpama kes GISBH dan isu-isu berkaitan ajaran sesat di negara ini. Bagi kes ini, siasatan mendapati terdapat kes berkaitan eksploitasi kanak-kanak dan wanita yang didedahkan baru-baru ini menimbulkan keperluan untuk penambahbaikan segera dalam prosedur operasi standard pelaporan kes umpama ini. Oleh itu, JAKIM telah membangunkan sistem pelaporan berpusat yang membolehkan mana-mana pihak melaporkan kes secara terus kepada pihak berkuasa dengan tindak balas segera. Selain itu, penyelarasan aduan telah dilaksanakan secara strategik antara JAKIM dan jabatan agama Islam negeri-negeri.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Di samping itu, petugas barisan hadapan diberi latihan khas untuk mengenali tanda- tanda eksploitasi, sementara kerjasama sedia ada antara agensi seperti JKM, PDRM dan pihak berkuasa agama negeri dipertingkatkan untuk tindakan yang lebih pantas. Langkah- langkah ini penting bagi memastikan setiap laporan yang diterima mendapat perhatian segera demi melindungi kanak-kanak, wanita dan semua yang sering terdedah kepada pelbagai ancaman dan eksploitasi. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bentong.

draft • 11:10 AM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Terima kasih, Timbalan Menteri di atas jawapan tersebut. Kita sedia maklum pihak JAIS telah menahan beberapa individu GISBH ini berkaitan dengan jenayah syariah membabitkan isu seperti akidah, pungutan khairat tanpa kebenaran, perkahwinan tidak sah taraf serta isu permasalahan nasab anak.

Jadi, soalan saya, bagaimanakah pihak kementerian menyelaraskan tindakan yang akan dikenakan kepada mereka yang terlibat berikutan udang-undang syariah yang berbeza mengikut negeri?

Kedua, berapakah jumlah sebenar rumah amal dan sekolah agama GISB ini di seluruh negara dan berapakah jumlah terkini yang telah diserbu dan telah diambil tindakan?

Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan yang diberikan.

Kerajaan sentiasa berbincang dan mengadakan libat urut dengan ketua pegawai penguat kuasa agama negeri bagi memastikan sesuatu tindakan yang diambil terhadap mereka yang melakukan kesalahan di bawah perundangan syariah adalah selaras dan juga seragam.

Sebagai contoh bagi tindakan penguatkuasaan terhadap GISBH ini, suatu mesyuarat penyelarasan bersama ketua pegawai penguat kuasa agama negeri-negeri telah dilaksanakan, mesyuarat penyelarasan dengan semua negeri di Malaysia. Ini telah memutuskan beberapa keputusan yang boleh saya kongsikan beberapa keputusan yang memutuskan untuk dilaksanakan pelan tindakan dalam kes GISBH ini.

Pertama adalah pada aspek pemulihan akidah, ini diterajui oleh JAKIM. Kemudian dari aspek semakan perkahwinan, diterajui oleh jabatan agama Islam negeri. Manakala untuk membantu golongan yang memerlukan GISBH ini, kita juga, JAWHAR dan juga jabatan- majlis agama Islam negeri melihat daripada aspek zakat. Modul pemulihan juga dibangunkan.

Sehingga kini tujuh modul telah dibangunkan dan pusat pemulihan juga diletakkan.

Jadi, berkenaan dengan soalan yang kedua iaitu berkenaan dengan jumlah rumah amal dan jumlah tempat-tempat yang sementara itu disediakan, saya mohon untuk dapatkan memberikan jawapan bertulis kerana fakta itu perlu tepat dan memerlukan satu semakan fakta yang lebih tepat dan sahih. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kubang Kerian.

draft • 11:10 AM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Terima kasih. Saya ada satu soalan tambahan yang saya lihat – kita tahu bahawa GISB ni peringkat awal dia dituduh kerana meneruskan amalan Aurad Muhammadiyah. Okey, itu tuduhan besar dia. Tapi sehingga setakat ini, dia tidak didakwa di bawah kesalahan tersebut. Yang jelas saya tengok

draft • 11:10 AM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

dalam senarai tuduhan, sampai ada yang dikata dituduh kerana terlibat dalam kumpulan jenayah terancang dan sebagai-sebagainya. Tapi tuduhan kesalahan asal tu tidak adapun dibuat sehingga setakat ini. Jadi, saya ingin dapat penjelasan kenapa tuduhan itu tidak diteruskan sedangkan itu kesalahan utama dia?

Kedua, sebagai sebuah syarikat, GISB dituduh konon tak bayar income tax dan sebagainya. Hingga setakat ini, tidak ada satu pun tuduhan di bawah Akta Syarikat. Saya ingin bertanya, hampir 600 orang anak-anak ini yang ditahan, sampai bila mereka hendak ditahan dan mereka dipisahkan daripada ibu bapa? Sebab ada kes anak-anak yang setahun setengah pun turut ditahan dan dia terpaksa menggunakan peguam, keluar duit untuk dapat kembali anak dia. Jadi, saya dapat penjelasan. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih kepada Yang Berhormat di atas soalan yang diberikan. Ada beberapa komponen soalan tersebut. Sebagai maklum balas atau pun respons kepada komponen yang pertama iaitu tuduhan terhadap- daripada aspek akidah.

Sebenarnya kalau kita lihat, sebelum untuk meneruskan apa-apa pendakwaan dari segi aspek akidah itu perlunya ada ketetapan hukum.

Jadi saya kongsikan di sini, bahawa beberapa negeri sehingga Oktober telah membuat ketetapan hukum. Negeri Perlis, Pahang, Selangor termasuk juga Muzakarah MKI juga telah bersidang dan telah menetapkan beberapa ketetapan hukum dan ketetapan hukum ini yang akan menjadi rujukan di antaranya untuk melakukan pendakwaan.

Selain daripada itu, untuk memastikan sebelum pendakwaan dibuat itu, bukti-bukti itu perlu dipastikan kesahihan dan juga kekuatan dari segi aspek bukti itu sendiri. Jadi, dari aspek ini, kita serahkan kepada pihak berkuasa terutamanya daripada pendakwa syarie untuk meneliti perkara ini dengan lebih baik.

Soalan yang kedua, saya mohon masa sedikit, iaitu berkenaan dengan Akta Syarikat.

Ini, kita serahkan kepada pihak berkuasa. Ia bukan di bawah pihak berkuasa agama, tetapi ia di bawah pihak berkuasa yang lain. Sampai bila mereka ditahan? Ini sebenarnya kalau kita lihat kepada data dan juga pelaporan-pelaporan yang telah dijalankan, sebenarnya semua pihak yang bersama-sama berkolaborasi ini bukanlah satu pihak sahaja. Ia merangkumi MKN, PDRM, JAKIM dan ramai lagi pihak-pihak. Sesungguhnya, agensi-agensi ini mempunyai SOP dan juga mengikut lunas-lunas undang yang ada. Semua perkara tidak boleh dilakukan secara semberono. Maka, dengan itu kita memberikan satu kepercayaan dan keyakinan bahawa agensi ini memainkan peranan sebaiknya selaras untuk melindungi kebajikan semua mereka yang terlibat. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Soalan tambahan. Point of order.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan nombor sembilan.

Yang Berhormat Parit tidak ada dalam Dewan, jadi saya jemput soalan nombor 10, Datuk Wira Mas Ermieyati binti Hj. Samsudin, Masjid Tanah.

draft • 11:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, point of order.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Point of order selepas sesi ini.

draft • 11:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bukan soalan ini. Point of order kepada Menteri.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Selepas sesi ini, point of order.

draft • 11:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tapi in jawapan Menteri tadi melanggar 36(12)...

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jadi, boleh buat usul.

draft • 11:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...iaitu bahawa dia menyebut...

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, kalau langgar peraturan 36(12) sila hantar usul. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, dia melanggar 36(12) sebab ajaran sesat ni kepada manusia. Tapi barang-barang...

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya sudah kata...

draft • 11:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Pun dia cakap ajaran sesat. Itu maksud saya.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

...Boleh hantar usul.

Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya – Yang Berhormat, ini 36(12).

Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk.

draft • 11:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tunggu lagi sekali.

draft • 11:10 AM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Hj. Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

Pergi ke gym berpeluh-peluh, Soalan saya nombor sepuluh.

draft • 11:10 AM

10. Datuk Wira Mas Ermieyati binti Hj. Samsudin [Masjid Tanah] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan perincian terhadap persediaan terkini termasuklah promosi pihak kementerian dan agensi terbabit terhadap Tahun Melawat Malaysia 2026.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Puan Yang di-Pertua, dua-dua yang bertanyakan soalan ini pandai berpantun.

Saya pantun tak pandai, sajak pandai tapi panjang, jadi saya tak mahu bersajak.

Konsep kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) adalah berfokuskan kepada Malaysia sebagai destinasi lestari dan kaya budaya. Sasaran ketibaan pelancong asing untuk VM2026 adalah seramai 35.6 juta orang dengan jumlah pendapatan pelancongan sebanyak RM147 bilion. Manakala sasaran pelawat domestik pula adalah seramai 260.2 juta orang dengan perbelanjaan sebanyak RM110 bilion. Antara strategi-strategi utama yang telah dirangka oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya adalah seperti berikut.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Pertama, mempromosikan Malaysia melalui strategi 3P iaitu publisiti, promosi dan pemasaran. Melalui strategi ini, penglibatan media seperti media digital, media sosial dan media cetak adalah amat penting bagi membantu untuk menggerakkan kempen ini. Melalui strategi 3P ini juga, kementerian ini juga akan bekerjasama dengan semua kementerian khususnya dengan Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital, kerajaan-kerajaan negeri, agensi-agensi, jabatan-jabatan kerajaan termasuk IPTA dan IPTS.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Kedua, selain itu, kempen VM 2026 akan ditonjolkan sebagai satu misi nasional yang melibatkan pelbagai kementerian, agensi, jabatan, badan-badan bukan kerajaan

(NGO), pihak swasta dan penggiat-penggiat industri melalui kerjasama strategik. Seterusnya juga, dari sudut penganjuran acara-acara pelancongan dan kebudayaan pula. Usaha untuk menjadikan sektor pelancongan dan kebudayaan yang inklusif akan dilakukan melalui promosi dan pemasaran pakej-pakej pelancongan berteraskan special interest dan niche. Strategi berikutnya pula adalah berkaitan pemerkasaan produk dan kualiti perkhidmatan yang mana sebagai tuan rumah bagi Kempen VM 2026, barisan hadapan atau frontliners perlu bersedia menerima kehadiran para pelancong dan memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan mesra.

Akhir sekali, selain itu, kementerian akan memanfaatkan platform Kepengerusian ASEAN pada tahun 2025 untuk mempromosikan Kempen Melawat Malaysia 2026. Malaysia selaku tuan rumah ASEAN Tourism Forum (ATF) akan menggunakan peluang keemasan ini untuk mempromosikan Malaysia dalam kalangan negara-negara anggota bagi menarik lebih ramai pelancong dari wilayah ASEAN pada tahun 2026. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masjid Tanah.

draft • 11:20 AM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingatkan Yang Berhormat Menteri menjawab sebab saya difahamkan Yang Berhormat Menteri akan menggulung. Rupanya sahabat saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Okey, soalan saya sebab hari ini kita lihat Tourism Malaysia umpama menjadi event management, yang mana bukan lagi sebahagian daripada agensi pemasaran. Dia buat event, dia panggil ejen untuk ambil booth, lepas itu, dia buat tak tahu dan langsung tidak ada menghubungkan ejen ini dengan market place. Sejak akhir ini juga kita tengok ramai ejen yang cenderung untuk mempromosikan, dengan izin Puan Speaker, out bound tourism dan bukan lagi in bound tourism.

Jadi, apakah– soalan saya. Apakah ini akan menjejaskan promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 dan apakah langkah Pejabat Tourism Malaysia, terutama pejabat di luar negara untuk membantu ejen pelancongan Malaysia mempromosikan Malaysia di pasaran- pasaran tertentu? Sebab saya tertarik dengan strategi utama 3P tadi. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Saya cukup teruja dengan kerisauan yang dilontarkan oleh Masjid Tanah.

Keprihatinan terhadap TM itu masih ada nampaknya, cuma kita perlu lihat dalam keadaan

draft • 11:20 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

semasa. Tidak benar TM hanya berfungsi sebagai event management dan saya setuju, banyak agensi ataupun industry players yang ada di negara kita ini mempromosikan dari sudut out bound. Itu sebabnya baru-baru ini kita ada menjemput Yang Berhormat Masjid Tanah juga untuk hadir ke Karnival Cuti-Cuti Malaysia.

Buat pertama kalinya Karnival Cuti-Cuti Malaysia ini kita lakukan untuk mempromosikan cuti-cuti di negara kita dengan menyediakan beberapa pakej yang cukup istimewa, dengan harga berpatutan, dengan berkonsepkan merakyatkan pelancongan. Itu sebabnya fokus utama Tourism Malaysia bukan sahaja untuk melihat satu kerjasama strategik dengan pelbagai pihak, mahupun daripada pihak kerajaan ataupun pihak swasta.

Tetapi juga fokus utama Tourism Malaysia untuk memastikan banyak– ramai pelancong dari luar sana melawat Malaysia. Itu sebabnya kita menggunakan kaedah 3P. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sungai Siput.

draft • 11:20 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Puan Speaker memberikan laluan kepada Sungai Siput. Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelancongan, sektor pelancongan di Sungai Siput juga mempunyai potensi yang besar untuk berkembang.

Tempat-tempat menarik seperti Pos Kuala Mu dengan keindahan alam semula jadi yang mempesona serta budaya Orang Asli yang unik. Pos Kuala Mu berpotensi menjadi daya tarikan utama di kawasan Sungai Siput ini.

Persoalan saya, apakah perancangan penambahbaikan menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa memilih Sungai Siput sebagai di antara destinasi utama? Bolehkah saya merayu permohonan peruntukan di bawah Kementerian Pelancongan untuk menaik taraf infrastruktur pelancongan Sungai Siput dan saya menjemput Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri kunjung ke Sungai Siput untuk menikmati alam ciptaan Tuhan. Terima kasih Puan Speaker.

draft • 11:20 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Kita sedia maklum dengan perkara-perkara yang telah dibangkit oleh Yang Berhormat Sungai Siput. Bukan sahaja di kawasan Parlimen Sungai Siput mempunyai daya tarikan yang tersendiri, tempat saya pun banyak daya tarikannya. Insya-Allah saya akan melawat Parlimen Sungai Siput dan melalui lawatan itu, kita boleh lakukan beberapa perkara yang cukup luar biasa. Itu sahaja yang saya mampu sampaikan. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Riduan bin Rubin, Tenom.

draft • 11:20 AM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Sesi Parlimen di bulan sebelas, Soalan saya, soalan sebelas.

draft • 11:20 AM

11. Tuan Riduan bin Rubin [Tenom] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan rangka strategik kementerian untuk menarik pelabur ke Sabah dalam sektor industri pembuatan berteknologi tinggi bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negeri Sabah dalam usaha untuk memperkukuh pembangunan dan ekonomi.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Puan di-Pertua, terima kasih Tenom. Kerajaan telah melancarkan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030) yang menyediakan hala tuju strategik memacu Malaysia sebagai peneraju global dan pembangunan perindustrian. Dalam melaksanakan NIMP, kerjasama erat dan hubungan yang proaktif di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan adalah sangat kritikal bagi memastikan pembangunan sektor perindustrian dapat dilaksanakan secara seimbang di semua negeri, termasuk di Sabah.

Di bawah misi empat NIMP 2030, menyelaraskan pelan pembangunan perindustrian antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, kerajaan akan memanfaatkan kekuatan dan keupayaan tempatan di Sabah untuk menarik pelabur dalam sektor industri pembuatan berteknologi tinggi yang berfokuskan kepada aktiviti pembuatan hiliran (down streaming).

Dalam hal ini, beberapa aktiviti industri hiliran yang berpotensi telah dikenal pasti, khususnya di kawasan Palm Oil Industrial Cluster (POIC) Lahad Datu seperti berikut:

(i) sektor hiliran kelapa sawit biomas dan petrokimia - POIC Lahad Datu mempunyai potensi untuk menjadi hab industri hiliran bagi pengeluaran produk berasaskan kelapa sawit seperti oleochemicals, ultraceuticals, plastik, biofuel, cosmetics. Selain itu, pengeluaran produk berasaskan biomas dan juga pulp dan fiber juga berpotensi;

(ii) aktiviti berkaitan pelabuhan dan logistik - POIC Lahad Datu berpotensi menjadi hab logistik dan transshipment berasaskan kemudahan-kemudahan yang disediakan seperti kemudahan zon perdagangan bebas (bonded warehouse), tempat penyimpanan sejuk beku, pemprosesan makanan dan penyimpanan minyak dan gas, kemudahan bulking serta supply base; dan

(iii) industri halal - POIC Lahad Datu juga telah diiktiraf sebagai taman perindustrian pertama berstatus HALMAS di Sabah dan sedia untuk menerima industri yang berasaskan halal seperti makanan, farmasi dan kosmetik.

NIMP 2030 juga memberi penekanan terhadap aspek pembangunan kemahiran dan penciptaan peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan dengan sasaran untuk mencapai 3.3 juta orang pekerja dalam sektor pembuatan, di mana tiga juta orang adalah untuk pekerjaan yang berkemahiran tinggi dan separa kemahiran. Kerajaan Persekutuan sentiasa

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan tiada negeri ketinggalan dalam pembangunan ekonomi, khususnya sektor perindustrian. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tenom.

draft • 11:20 AM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri - Iskandar Puteri di atas jawapan yang diberikan terperinci dan komprehensif. Penawaran pekerjaan kepada graduan TVET banyak bergantung kepada kemajuan serta pertumbuhan syarikat dan usahawan berteknologi tinggi. Soalan tambahan saya, apakah perancangan kementerian untuk mengukuhkan ekosistem inovasi dan teknologi di Sabah, terutamanya melalui penciptaan kawasan zon teknologi atau inkubator perniagaan bagi memupuk lebih banyak syarikat dan usahawan berteknologi tinggi untuk berkembang pesat agar ruang penawaran pekerjaan kepada graduan TVET di Sabah dapat diperkasakan? Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Tenom. Puan Yang di-Pertua, buat setakat ini Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Sabah, termasuk membantu pembangunan bakat dalam bidang solar bagi menyokong industri solar di Sabah seperti syarikat SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd.

draft • 11:20 AM

Tuan Liew Chin Tong

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu telah membantu mengadakan temu duga bagi memadankan tenaga kerja mahir untuk menawarkan peluang pekerjaan di sektor perindustrian yang berkaitan. ILP Kota Kinabalu juga telah dipilih sebagai pusat pembangunan bakat dalam teknologi solar, manakala ILP Sandakan pula menumpu pada penyediaan bakat untuk industri kenderaan EV dan hidrogen.

Bagi negeri Sabah, saya rasa yang penting ialah kita mesti ada pelaburan dalam R&D dan juga industri yang lebih berkualiti. Saya harap usaha Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri boleh membangunkan industri yang memberi pekerjaan dengan nilai dan juga dengan content teknologi yang lebih tinggi. Terima kasih.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila soalan kedua. Ada? Soalan tambahan tak ada? Baik.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Tan Sri Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran Kementerian Perladangan dan Komoditi seperti yang tertera di Nombor 7 dalam susunan giliran Yang Berhormat Menteri- menteri menjawab ke atas perbahasan Belanjawan 2025 peringkat dasar yang telah diedarkan, dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi, hari Khamis, 7 November 2024.”

draft • 11:31 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Ada yang menyokong?

draft • 11:31 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Saya mohon menyokong.

draft • 11:31 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 11:31 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Ahli Yang Berhormat, untuk makluman, Klinik Parlimen Malaysia telah melaksanakan pemeriksaan kesihatan wajib kepada semua Ahli Parlimen pada tahun 2023. Melalui dapatan pemeriksaan kesihatan ini, beberapa isu telah dikenal pasti. Sebagai contoh, masalah darah tinggi, paras gula yang tinggi dalam darah dan bacaan kolesterol yang amat tinggi yang boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit tidak berjangkit. Baik.

Susulan dari itu, Klinik Parlimen Malaysia di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia akan melaksanakan Program Kesejahteraan Kesihatan bersama Ahli Parlimen untuk mempromosikan Agenda Nasional Malaysia Sihat termasuk perkhidmatan bergerak Wellness on Wheel dan inisiatif War on Sugar serta 1,000 days of life.

Selaras dengan inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia tentang War on Sugar, saya juga telah mengumumkan hari Rabu sebagai hari tanpa gula...

[Tepuk] ... dalam sidang Parlimen pada 14 Oktober 2024. Sebagai tambahan kepada aktiviti pembudayaan hidup sihat, semua Ahli Yang Berhormat digalakkan untuk mengamalkan senaman ringan atau ice break sewaktu persidangan Parlimen bermula hari ini. Kita ada gym dan juga kita ada macam-macam di belakang itu. Silalah melawat gym anda sekalian.

Sehubungan itu, saya menjemput Ahli Yang Berhormat ke majlis perasmian program pada hari ini jam 1.00 petang di perkarangan kafeteria di Blok Utama. Untuk makluman, program ini berlangsung hingga 14 November 2024. Ahli Yang Berhormat boleh

draft • 11:31 AM

Tuan Yang di-Pertua

memperluaskan inisiatif perkhidmatan Wellness on Wheel (WoW), War on Sugar dan 1,000 days of life di kawasan Parlimen masing-masing.

Sebagai tanda sokongan dan komitmen Ahli Yang Berhormat, collar pin dan risalah Agenda Nasional Malaysia Sihat telah diedarkan atas meja Ahli Yang Berhormat. Jadi, sila pakailah untuk hari ini.

draft • 11:31 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tan Sri Speaker.

draft • 11:31 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya.

draft • 11:31 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kota Melaka sedikit. Pertama sekali, tahniah kepada Tan Sri Speaker atas inisiatif tentang kesedaran kesihatan. Sesuatu inisiatif yang harus kita puji. Terima kasih, Tan Sri.

Akan tetapi, saya ada sedikit tambahan. Kalau boleh kita nak minta supaya kita kurangkan gula itu, kita juga patut minta supaya Ahli Parlimen jangan hisap rokok dalam Bangunan Parlimen. Sebab, Tan Sri Speaker begitu baik hati sudah sediakan tiga tempat untuk mereka yang boleh merokok di luar sana, tetapi masih lagi ada Ahli Parlimen yang hisap rokok dalam Bangunan Parlimen termasuk di Bilik BBC.

Pengerusi BBC saya, Tan Sri Speaker, dia mengadu kepada saya. Bila dia balik ke rumah, dia tak boleh pergi pegang baby dia yang baru umur beberapa bulan sebab seluruh badan dia bau rokok. Jadi, saya rasa ini sesuatu yang saya mintalah supaya Tan Sri Speaker dapat ambil perhatian dan juga ambil tindakan. Barangkali kita perlu berikan pendidikan kepada mereka yang hisap rokok supaya juga jaga perasaan mereka yang lain yang tidak hisap rokok. Terima kasih, Tan Sri Speaker.

draft • 11:31 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya juga difahamkan oleh Menteri Kesihatan, mereka telah pun menempatkan pegawai-pegawai yang ditugaskan untuk memerhatikan mereka yang merokok, selain dari tempat-tempat yang telah pun kita benarkan, untuk dikompaun.

Jadi, kalau Ahli Yang Berhormat dapat kompaun, jangan jumpa saya ya. Kalau jumpa saya, saya suruh double-kan pembayaran tersebut.

Jadi, saya setuju, harus kita ambil serius tentang isu ini, isu kesihatan. Jangan merokok seperti tempat-tempat yang tidak dibenarkan kerana kawasan kita, the whole complex ini aircond. Jadi, it is not fair untuk mereka yang tidak merokok. Itu yang pertama.

Yang kedua, kita juga boleh mengurangkan gula ataupun ikut amalan sayalah, berpuasa hari-hari semasa bersidang supaya kita lebih bersabar. Lebih bersabar.

Sebelum itu. Ada dua. Okey, saya bagi Ketereh dulu.

draft • 11:31 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:31 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, silakan.

draft • 11:31 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Itu berkaitan dengan rokok. Itu saya memang sokong apa yang dinyatakan oleh Tan Sri Speaker untuk menghalang atau kalau boleh mengharamkan mereka daripada rokok.

Tapi, tentu― itu saya sokong, tapi saya agak bimbang sikit atau saya nak tarik perhatian tentang kompaun yang dicadangkan dikenakan ke atas Ahli Parlimen dan ruang

draft • 11:31 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Parlimen. Sekiranya ini berlaku, perlu rujuk kepada jawatankuasa Select Committee Dewan.

Inilah prosedur yang selalu diamalkan.

Kerana, seperti yang Tan Sri Speaker tahu, sebagai Ahli Parlimen, kita ada kekebalan di sini, dalam itu Dewan, di mana kalau ada pihak penguat kuasa termasuk polis dan sebagainya nak masuk ke Dewan untuk menjalankan tugas, kena minta izin daripada Tan Sri Speaker. Dan sekiranya ada satu keputusan untuk membenarkan pegawai kesihatan― saya bukan salahkan mereka, Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:31 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

draft • 11:31 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya hanya cakap tentang proses dan prosedur sahaja. Sekiranya ini dilaksanakan, kena rujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Dewan (House Committee). So, saya harap perkara ini boleh ditimbang oleh Tan Sri Speaker.

draft • 11:31 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Saya rasa satu...

draft • 11:31 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Supaya kita mengikut lunas-lunas yang ditetapkan...

draft • 11:31 AM

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan.

draft • 11:31 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

...Tanpa menjejaskan kekebalan Ahli Parlimen dalam ruang Parlimen, Bangunan Parlimen. Sekian, terima kasih.

draft • 11:31 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya setuju. Saya akan minta bincang dengan Kementerian Kesihatan supaya kita ikutkan peraturan supaya clearance daripada jawatankuasa ini akan kita dapat sebelum kita laksanakan tugas tersebut.

Sebelum itu. Ketereh.

draft • 11:31 AM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana bagi peluang sayalah untuk komen sikit pasal program hari ini. Saya rasa ini program yang amat baik terutama kepada generasi-generasi yang agak tua macam sayalah dan ke atas.

draft • 11:31 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang kurang mudalah.

draft • 11:40 AM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Yang kurang muda. Jadi, saya rasa program yang baik dan saya tengok Klinik Parlimen ini terbaik. Saya compare dengan ATM punya klinik lebih kurang sama. Jadi, saya rasa apa yang dibuat oleh Datuk Dr. Muru itu sebagai Ketua Klinik Parlimen itu amat baik. Saya banyak kali pergi ke klinik itu. Orang tua, biasalah.

Kita terpaksa tengok apa lagi. Jadi, saya nak ucapkan terima kasih dan saya sokong program yang dibuat ini. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Ketereh.

draft • 11:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Jelutong.

draft • 11:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker. Tan Sri Speaker, sebelum saya—saya bangun ini atas isu peraturan tapi memandangkan ada Yang Berhormat-Yang Berhormat telah mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Speaker, saya juga ingin turut serta mewakili semua Ahli-ahli Parlimen untuk merakamkan ucapan setinggi- tinggi terima kasih kepada Tan Sri Speaker yang saya percaya pertama kalinya dalam sejarah

draft • 11:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

menunjukkan keprihatinan Tan Sri Speaker ke atas kesihatan semua Ahli-ahli Parlimen.

Bukan saja semasa persidangan ini berlangsung tetapi juga untuk satu tahun.

Pada masa yang sama, saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Datuk Dr. Muru dan kakitangan beliau di klinik kerana bila saja kita melangkah masuk ke klinik beliau, beliau tidak jemu memberikan perhatian untuk memeriksa, memberi pemeriksaan kepada kita dan memberi ubat-ubat sekiranya kita tidak sihat. So, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tan Sri Speaker dan juga kepada Datuk Muru dan kakitangan Kementerian Kesihatan yang berkhidmat di Klinik Parlimen sentiasa, sepenuh masa.

Tan Sri Speaker, saya bangun kerana saya merujuk kepada Peraturan 36(6) yang melarang seseorang Ahli mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa Ahli lain dan juga Peraturan 36(12) di mana mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifat sebagai menghina Majlis. Kelmarin saya telah memajukan satu usul ke pejabat Tan Sri Speaker untuk merujukkan Ahli Parlimen Pendang ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana ucapan yang telah dibuat oleh beliau pada 4 November iaitu pada hari Isnin, dua hari yang lalu di mana dalam perbahasan beliau, Ahli Parlimen Pendang telah mengeluarkan kenyataan yang bersifat tuduhan liar terhadap parti DAP, Ahli Parlimen DAP dan kononnya seorang bekas Menteri Sumber Manusia dengan dakwaan bahawa terdapat RM94 juta dirampas oleh SPRM.

Ketika itu saya telah bangun dan saya telah bantah dan Timbalan Speaker yang mempengerusikan Mesyuarat meminta saya untuk memasukkan satu usul. Saya telah akur kepada arahan dan petua yang dibuat oleh beliau. Tetapi pada masa yang sama, saya telah membawa perkara ini—saya telah bangun pada hari ini untuk membawa perkara ini kepada perhatian Tan Sri Speaker. Perkara ini perlu dilihat semula kerana pihak SPRM telah pun mengeluarkan satu kenyataan dengan serta-merta pada petang 4 hari bulan, menafikan tuduhan liar yang dibuat oleh Yang Berhormat Pendang.

Jadi, saya merasakan bahawa walaupun kita membuat satu usul untuk merujuk beliau kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, tidak ada perkara-perkara yang boleh diperjelaskan oleh beliau dalam pembelaan kerana keterlanjuran beliau di mana beliau melanggar peraturan-peraturan Dewan adalah begitu jelas. Di mana kenyataan yang dibuat oleh beliau itu telah disangkal dan dinafikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Pengarah SPRM mengatakan bahawa SPRM tidak pernah merampas wang itu ataupun membuat apa-apa kenyataan akhbar.

Jadi, soalan saya adalah dari mana sumber itu diambil oleh Yang Berhormat Pendang? Kalau kita membenarkan Ahli-ahli Parlimen datang ke Dewan, menggunakan kekebalan dalam Dewan untuk membuat ucapan yang bersifat tuduhan liar terhadap Ahli-ahli Parlimen yang lain, di manakah noktahnya? So, saya minta perkara ini adalah serius. Jadi, saya dengan penuh takzim, dengan penuh hormat, memohon Tan Sri Speaker melihat semula, kalau boleh membuat ruling atas perkara ini dengan serta-merta dan mengambil

draft • 11:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

keputusan, kalau boleh Tan Sri Speaker. Terima kasih Tan Sri Speaker di atas peluang yang diberikan kepada saya.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Jelutong. Saya ikuti perdebatan yang apa berlaku perbahasan di kamar saya. Jadi, saya ada dua opsyen. Opsyen pertama ialah saya proseskan usul yang dikemukakan oleh Jelutong dan akan panjanglah cerita dia hinggalah membawa kepada ketetapan jawatankuasa. Opsyen yang kedua yang saya ada ialah kita selesaikan di sini secara baik supaya—kalau sekiranya Pendang merasakan selain daripada bukti-bukti yang dia ada, kalau sekiranya dia terlanjur, dia minta maaf. Tetapi oleh kerana Pendang tidak ada tapi Ketua Whip ada, Whip ada.

Saya melihat Hansard balik dan pada 4 November, 4 November yang lalu, saya merasakan bahawa memang Pendang terkhilaf apabila menyebut sebanyak tiga kali bahawa—saya baca, *“Begitu juga dengan kes RM94 juta yang mana didapati di sebuah rumah seorang Menteri pemimpin DAP. Dijumpai RM94 juta. Sampai sekarang kita tidak tahu.

Sampai setakat mana siasatan itu dibuat? Audit dalam Kementerian Sumber Manusia dahulu yang mana dijumpai wang RM94 juta”.* Itu statement pertama.

Statement kedua pada muka surat 72 dalam ucapan yang sama, beliau juga menyebut, *“Kenyataan ini telah dibuat oleh Ketua Pengarah SPRM bahawa mereka telah menjumpai RM94 juta di dalam rumah Menteri KSM pada ketika itu. Jadi, saya nak tahulah.

Itu saya kata, saya nak tahu, setakat mana siasatan itu? Dah lama, setahun lebih ini dan Menteri pun dah ditukarkan”.

Statement* yang ketiga dalam ucapan yang sama, “Inilah maklumat officially. Official announcement by Ketua Pengarah SPRM, Dato’ Yang di-Pertua. RM94 juta dijumpai dalam rumah, cash. Dalam rumah Menteri pada waktu itu. Baru empat bulan baru, kalau tak silap, jadi Menteri DAP”. Jadi, saya juga telah menerima salinan daripada SPRM bahawa, “SPRM, Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ingin menjelaskan dan menegaskan bahawa Ketua Pesuruhjaya tidak pernah membuat sebarang kenyataan yang mendakwa RM94 juta telah ditemui di kediaman bekas Menteri seperti yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Pendang di Parlimen hari ini”. Baik, saya nak—saya tidak tahu sama ada Pendang ada bukti-bukti yang lain selain daripada apa yang telah pun saya nyatakan seperti yang termaktub dalam surat yang ditulis oleh SPRM kepada saya. Jadi, oleh kerana Pendang tidak ada di sini, saya mohon kalau boleh Ketua Whip maklumkan kepada Pendang, dia ada dua opsyen. Opsyen pertama, dia masuk jelaskan kalau dia ada bukti, kalau dia ada bukti jelaskan bahawa ini bukti menunjukkan bahawa SPRM juga salah dan siasatan telah dibuat. Jadi, kita boleh proceed.

draft • 11:40 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau tidak, dia minta maaf sajalah. Cukup, saya ingat itu terbaik. Terpulanglah pada dia. Jadi, cuma saya minta Ketua Whip maklumkan kepada beliau.

Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tan Sri Speaker, atas peraturan sama ....

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Nanti kejap, nanti kejap. Saya selesaikan ini dulu.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua. Saya sendiri pun setujulah kalau kita cadangkan satu penyelesaian.

Kalau dalam mahkamah ini Jelutong ini pendakwa rayalah. Saya peguam bela dan Yang Berhormat sebagai hakim.

Jadi, saya rasa—ya lah, kedua-dua kami orang undang-undang. Kita boleh tetapkan satu tarikh, satu tarikh. Case management or whatever-lah untuk saya rundingkan kes Pendang ini sebab saya pun kena dapatkan arahan, instruction daripada dia macam mana.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dia client awak.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Jadi, saya minta ditetapkan satu tarikh, Jelutong, ya. We fix a date and then kita settle-kan di sini. Saya nak selesaikan cara yang terbaik dalam perkara ini.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Ketua Whip.

draft • 11:40 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tan Sri Speaker atas peraturan sama ...

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sebelum itu—kejap, kejap. Sebelum itu ada satu lagi yang saya juga nak ingatkan kepada Ketua Whip. Nasihatkan juga Pendang. Saya telah menulis surat kepada beliau pada 22 Julai memohon untuk—dia buat kenyataan yang mengatakan apabila Timbalan Speaker mengarahkan dia keluar satu hari itu.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dia keluar buat statement. Apa yang dia keluarkan? Dia kata, “Dalam Parlimen sekarang sedang dikuasai oleh Tan Sri Speaker melakukan kezaliman, bermula dengan Pendang kemudian pada Machang dan seterusnya akan terus kezaliman itu kalau tidak dihalang daripada sekarang tiga hari aku kena.” Jadi, isu-isu macam ini saya dah minta penjelasan. Saya kata “Tak elok.” Yang preside bukan saya. Yang preside ialah Timbalan. Bila Timbalan yang kenakan tindakan ke atas dia, dia harus terimalah. Itu ialah keputusan yang dibuat, tapi untuk keluar dan mengatakan saya zalim, saya yang mengusai. Jadi saya tulis surat dekat dia, you can’t do that. Kita kawan, tetapi bila I am here, saya ada responsibility...

draft • 11:50 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

[Bangun]

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tapi you pula kenen saya, orang Kedah kata “kenen” lah. You mesti bezakan kawan dan juga sebagai Ahli Parlimen dan Speaker. Jadi please, kalau boleh remind dia, kita buat case management elok-elok. Baik, silakan.

draft • 11:50 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tan Sri Speaker.

draft • 11:50 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker.

draft • 11:50 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Atas peraturan yang sama 36(12)...

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Standing order berapa itu?

draft • 11:50 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

36(12).

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 11:50 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Mengelirukan Dewan. Semalam Ahli Parlimen Jelutong dan juga Kota Melaka telah menyuruh Pendang untuk tarik balik. Dia telah dibagi

draft • 11:50 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

peluang untuk tarik balik, tapi dia duduk diam sahaja. Jadi, chance memang sudah dibagi, tapi selepas SPRM memberi kenyataan, dia tahu dia sudah terkhilaf sudah buat satu kenyataan yang salah...

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Kita...

draft • 11:50 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Nanti-nanti. Bagi saya habis dulu.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Eh...

draft • 11:50 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tapi dia enggan untuk tarik balik dan ini bukan kali pertama. Minggu lepas Pasir Puteh telah membuat satu kenyataan bahawa Ahli Parlimen Bukit Gantang dapat kontrak dan ia telah dinafikan oleh Perdana Menteri. Kalau kita lepaskan mereka begitu sahaja. Lain kali, Ahli Parlimen Pembangkang akan juga buat kenyataan- kenyataan yang sebegitu...

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kampar. Baik.

draft • 11:50 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Itu tidak adil untuk DAP dan juga tidak adil untuk Batu Gajah kerana sampai hari ini tak ada satu keputusan dan justice denied – justice delayed is justice denied. Jadi saya minta Tuan Speaker untuk buat satu keadilan untuk pihak kami.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 11:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tan Sri Speaker.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kampar, Kampar duduk.

draft • 11:50 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Pendang mesti digantung sebab ini satu kesalahan yang amat berat...

draft • 11:50 AM

Seorang Ahli

Sudahlah tu.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kampar, Kampar, Kampar duduk.

draft • 11:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tan Sri Speaker.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kampar mesti ingat, kepada mereka yang bersemangat, saya faham, untuk mempertahankan standing order kita. Dalam Dewan ini insan yang paling berkuasa ialah saya. Okey? Insan yang paling berkuasa dan saya juga akan berpandukan pada dua buku ini. Di kanan saya ialah Perlembagaan, di kiri ialah Peraturan Mesyuarat...

[Menunjukkan dua buah buku yang dimaksudkan] Saya akan gunakan kedudukan saya sebaik mungkin. Cuma yang saya minta supaya tidak semua perkara itu mesti saya ikut dalam buku ini. Kadang-kadang saya gunakan budi bicara sebab itu kadang-kadang ada di antara Ahli Yang Berhormat yang terlepas, terlajak, terlebih.

Saya kata slow down because yang pertama sekali kita ada kamera, yang kamera ini, 18 ini akan pancarkan apa juga tindakan Yang Berhormat di luar. Orang di Zimbabwe pun dapat, orang di Uganda pun dapat tahu.

Yang kedua, kita ada tetamu-tetamu daripada budak sekolah hinggalah belia-belia yang ada sekarang ini. Jadi, saya selalu sebut bahawa kita mestilah menjadi pemimpin yang baik.

Jadi untuk itu kadang-kadang saya akan gunakan kedudukan saya untuk menasihati Yang Berhormat-Yang Berhormat supaya just follow the decorum dan juga undang-undang yang telah kita setujui sama. Buku ini kita yang buat. Jadi ikut peraturan. Namun pun begitu,

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

kalau Yang Berhormat tak boleh ikut, jadi saya terpaksa ikut undang-undanglah. Jadi sebab itu saya ingat- please be careful. If you are not very sure of the fact, betul kita tak- saya faham Yang Berhormat juga kadang-kadang nak main politik, tapi susun ayat itu supaya ia nya jangan perangkap Yang Berhormat.

Yang Berhormat mungkin nak tanya sesuatu contoh, “Bolehkah saya mengetahui lebih lanjut tentang isu ini satu, dua, tiga...?” You ask the question first then you buat statement, apa yang buat statement rather than you terus tuduh dan itu akan menjadi tuduhan. So please understand. Main dengan supaya tidak terperangkap dengan isu-isu yang - baik. Okey, sila Kota Melaka.

draft • 11:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tan Sri Speaker. Terima kasih Tan Sri Speaker. Kami menghormati Tan Sri Speaker sebagai insan yang paling berkuasa dalam Dewan ini. Saya selaku Timbalan Whip Parti DAP di dalam Dewan ini, saya nak rakamkan kritikan sekeras-kerasnya terhadap Pendang. Bagi kami, kita DAP, kita perlu pertahankan maruah parti DAP kita. Kita tidak boleh membenarkan siapa-siapa membuat tuduhan, fitnah, pembohongan dengan hasrat nak memusnahkan imej parti DAP. Jadi saya rasalah, saya mintalah, saya minta supaya Tan Sri Speaker boleh mengenakan hukuman yang sekeras- kerasnya terhadap Pendang...

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya...

draft • 11:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ini bukan kali pertama Pendang buat sedemikian dan ini bukan kali pertama Wakil Rakyat Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional membuat sedemikian. Sebelum itu, Kepala Batas menuduh kononnya ada hubungan kait antara Bagan dengan Chin Peng. Satu tuduhan yang fitnah. Hari ini ulang sekali lagi Pendang mengeluarkan statement yang langsung tidak pernah dikeluarkan oleh SPRM...

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 11:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Jadi saya rasa...

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 11:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kita perlu rujuk beliau kepada Jawatankuasa Pilihan Khas- pilihan, apa nama? Hak dan Kebebasan.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya...

draft • 11:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Supaya dia dikenakan hukuman yang sekeras-kerasnya supaya memberi teladan kepada Ahli Parlimen yang lain. Jangan sebarang ucap dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih Sri Speaker.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik Kota Melaka. Saya nak tamatkan perbahasan berkenaan ini sebab kita dah buat keputusan...

[Tepuk] Bahawa Ketua Whip, PN dan Jelutong akan duduk bersama saya dan kita find the best solution, okey. Apa juga keputusan itu kita akan maklumkan ke Dewan kemudian. Silakan Setiausaha...

[Tepuk] Baik, terima kasih.

draft • 11:50 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2025 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2025

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lapan puluh lapan bilion ringgit

(RM88,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2025, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2025, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 16 Tahun 2024, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [5 November 2024]

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya minta maaf. Sebentar ya, SU? Baik.

Yang Berhormat, pada hari ini bermulanya giliran bagi Yang Berhormat Menteri menjawab perbahasan Belanjawan 2025 Peringkat Dasar selama empat hari iaitu sehingga Selasa, 12 November 2024. Sehingga Selasa, 12 November 2024. Saya ingin mengingatkan semua Ahli Yang Berhormat agar tidak membangkitkan isu-isu baharu semasa Yang Berhormat Menteri menjawab.

Ini bagi memberi peluang kepada Yang Berhormat Menteri menjawab isu-isu yang telah dibangkitkan semasa perbahasan sejak tiga minggu yang lalu. Yang Berhormat Menteri bolehlah menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat-yang berhormat yang sedang berada dalam Dewan ini. Manakala isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat yang tiada dalam Dewan, semasa Yang Berhormat menjawab akan diberi jawapan secara bertulis.

Kepada Menteri, saya ingatkan mesti memberi komitmen untuk memberi jawapan bertulis kepada isu-isu yang dibangkitkan maka ia nya perlu diberi dalam tempoh lima hari kepada Ahli Yang Berhormat yang bertanya. Baik, di samping itu saya akan juga selepas ini menjemput, susunan Menteri-menteri yang akan menjawab ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) 30 minit. Diikuti oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) 30 minit, kemudian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ipoh Barat mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) 30 minit dan

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Sungai Buloh bagi menjawab isu- isu yang telah pun dibangkitkan, hal-hal yang berkaitan dengan MITRA.

Baik. Untuk itu saya jemput Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi). Silakan.

draft • 11:50 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tan Sri Yang di-Pertua, bagi pihak Jabatan Perdana Menteri, saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan pada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan ke atas Belanjawan 2025 peringkat dasar iaitu Yang Berhormat Kota Melaka, Sri Aman, Tumpat, Kapar, Tawau, Ledang, Jerlun, Jelutong, Kuala Krai, Kota Bharu, Pasir Gudang, Sibu, Kalabakan, Kuala Langat, Rasah, Pasir Puteh, Bentong, Batang Lupar, Temerloh, Tenom, Bagan Serai, Bukit Gelugor, Kota Merudu, Lubok Antu, Lumut, Setiu, Tanjung Manis, Shah Alam, Dungun, Mersing, Puncak Borneo, Tanjong Piai, Kudat, Tapah, Pendang, Bandar Kuching, Keningau, Kubang Pasu, Masjid Tanah, Kuala Krau, Pasir Salak dan Ranau.

Sebagai Menteri yang bertanggungjawab, pertama untuk menggulung dari Jabatan Perdana Menteri, saya mohon untuk menjawab hujah-hujah di bawah tanggungjawab saya, menyentuh hal ehwal perundangan yang melibatkan agensi seperti Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Jabatan Insolvensi dan Jabatan Bantuan Guaman.

draft • 11:59 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Saya juga akan menjawab bagi pihak jabatan-jabatan dan agensi berikut iaitu Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Parlimen dan juga Jabatan Audit Negara.

Seperti yang disebut oleh Tan Sri Yang di-Pertua, saya akan menjawab secara lisan beberapa isu dan seterusnya saya akan memberi jawapan secara bertulis jika tidak sempat dan seperti arahan Tan Sri Yang di-Pertua, yang mana tidak hadir pada hari ini dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya tidak akan menjawab dan akan menjawab secara bertulis dalam masa lima hari yang diarahkan oleh Tan Sri Yang di-Pertua.

Pelbagai isu telah dibangkitkan dalam perbahasan...

draft • 12:00 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Sekejap sahaja Tuan Yang di-Pertua. Sekadar penjelasan. Perkhidmatan awam- boleh saya tahu tidak Menteri mana sebenar tengok giliran.

draft • 12:00 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Perkhidmatan Awam, JPA.

draft • 12:00 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

JPA bawah Menteri mana akan menjawab?

draft • 12:00 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Saya...

draft • 12:00 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Tidak apa. Saya cuma...

draft • 12:00 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Tetapi kalau apa pun, mungkin kita boleh bagi jawapan bertulis. That’s the best, dengan izin.

draft • 12:00 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Alright, alright. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Terima kasih. Pelbagai isu telah dibangkitkan dalam perbahasan oleh Ahli-ahli yang antara lain mengenai undang-undang dan akta-akta yang lapuk serta reformasi perundangan, isu-isu berkaitan dengan rasuah, penggubalan Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen, progress kajian pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya, ikhtiar kerajaan dalam perundangan melibatkan kanak-kanak, usaha advokasi melalui Undi 18, status pembinaan Kompleks Mahkamah, isu persempadanan semula, denda mengenai rayuan pengampunan, pemilihan Malaysia sebagai Secretariat Asia Forum of Parliamentarians on Population and Development, perkhidmatan kaunter Jabatan Insolvensi di Terminal KLIA dan KLIA2, isu pelantikan Suruhanjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dan isu kematian Teoh Beng Hock dan pemandu OKU serta isu berkaitan kekejaman Israel.

Tan Sri Yang di-Pertua, izinkan saya mula penggulungan saya dengan menjelaskan usaha kerajaan dalam memperkasa reformasi undang-undang di Malaysia selaras dengan pertambahan peruntukan kepada BHEUU, JPM kepada perkara berkaitan dengan undang- undang dan akta-akta lapuk di Malaysia sebagai respons kepada soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kota Bharu dengan Yang Berhormat Jerlun.

Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, Kerajaan MADANI sentiasa agresif terhadap pembaharuan undang-undang selaku salah satu tonggak reformasi institusi dalam memastikan hak rakyat Malaysia secara amnya sentiasa terpelihara.

Sebelum itu, suka saya untuk memaklumkan bahawa baru-baru ini saya telah mengadakan perjumpaan dengan Ghada Fathi Waly, Ketua Pengarah Eksekutif Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Vienna (UNOV) dan Pejabat Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu Mengenai Dadah Dan Jenayah (UNODC) bersama-sama dengan Tuan Yang Terutama Duta Besar Malaysia ke Republik Austria.

Dalam perjumpaan ini, UNODC telah berkongsi mengenai cadangan Konvensyen Jenayah Siber Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang pertama yang sedang dipertimbangkan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Konvensyen baharu ini bertujuan untuk menangani isu kritikal termasuk penderaan seksual terhadap kanak-kanak dalam talian, Bahan Penderaan Seksual Kanak-kanak (CSAM) dan penyebaran imej intim tanpa persetujuan.

Konvensyen ini dilihat sebagai satu langkah sangat penting dalam pencegahan dalam penyiasatan jenayah siber serta dalam pendakwaan penjenayahan siber. Dalam hal ini, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang telah menubuhkan Jawatankuasa Kerja Undang- undang bersama UNODC bagi memperkukuhkan lagi sistem keadilan jenayah negara yang menyentuh isu jenayah siber dengan melihat kaedah moden.

draft • 12:00 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Satu Jawatankuasa Khas antara kementerian dan agensi di bawah penyeliaan BHEUU akan turut dibentuk antara lain untuk menyokong pembaharuan berterusan dalam perlindungan kanak-kanak, keadilan jenayah dan jenayah berkaitan dengan siber termasuk melalui penggunaan kecergasan buatan- AI.

Dalam usaha ini merealisasikan cadangan ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan penubuhan Pasukan Reformasi Perundangan dalam ucapan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober di Dewan yang mulia ini sebagai satu komitmen berterusan kerajaan untuk memperkasa pembaharuan undang-undang dan akta-akta lapuk di Malaysia. Sebelum ini telah saya maklumkan di dalam Dewan ini pada 23 Oktober.

Kerajaan telah berjaya membawa beberapa pindaan terhadap undang-undang sedia ada antaranya pemansuhan hukuman mati mandatori melalui pindaan kepada perundangan sedia ada diikuti dengan beberapa pindaan seperti Akta Audit Negara, pindaan kepada Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, pindaan kepada Akta Kesalahan-kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak dan pindaan kepada Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak dan pindaan kepada Akta Insolvensi.

Selain itu, kerajaan turut merencanakan pelbagai inisiatif reformasi institusi melibatkan penggubalan rang undang-undang atau pindaan kepada akta sedia ada pada tahun 2024 dan akan diteruskan pada tahun 2025. Penggubalan Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian dan pindaan kepada perundangan sedia ada berkaitan dengan buli termasuk siber buli, insya-Allah pada sesi kali ini.

Penggubalan Roadmap to Digital Justice pada tahun 2025 akan memberi penekanan kepada pemakaian Artificial Intelligence bagi sektor perundangan dan pindaan kepada Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. Penggubalan Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat (Pindaan) Akta Pemegang Amanah, insya-Allah sesi ini, pindaan Akta Pemegang Amanah insya-Allah sesi ini. Pindaan Akta Profesion Undang-undang 1976, insya-Allah pada sesi ini.

Usaha mempromosikan mekanisme alternative dispute resolution dan ratifikasi dengan izin, Singapore Convention on Mediation, kajian pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya daripada penggubalan undang-undang perkhidmatan bantuan guaman yang baharu. Ini akan dikaji dan diharap diselesaikan pada tahun 2025.

Bagi menjawab persoalan mengenai rang undang-undang lapuk di Malaysia, terdapat beberapa perkara yang perlu diperhalusi terutamanya lambakan undang-undang lapuk sedia ada yang memerlukan kajian penyelidikan bagi menentukan sama ada undang- undang tersebut masih terpakai dan perlu disemak di bawah Akta Penyemakan Undang- undang 1968 [Akta 1] tidak lagi terpakai dan undang-undang tersebut akan disyorkan untuk dimansuhkan atau penentuan undang-undang tersebut di bawah Undang-undang Negeri atau Undang-undang Persekutuan, jurisdictional issue, dengan izin.

Berdasarkan hasil Kumpulan Semak Status Undang-undang Pra 1969, terdapat sejumlah 3,404 Undang-undang Pra 1969. Daripada jumlah tersebut, didapati sebanyak 3,203 Undang-undang Pra 1969 tidak memerlukan tindakan lanjut kerana 1,717 undang-

draft • 12:00 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

undang telah dimansuhkan atau telah disemak di bawah Akta 1. 1,486 undang-undang dalam kategori hack is effect, dengan izin, spencer's to operate, expired, undang-undang pindaan, undang-undang pemansuhan bidang kuasa negeri atau Singapura dan sejumlah 164 Undang-undang Pra 1969 yang memerlukan tindakan seperti berikut.

Sejumlah 84 Undang-undang Pra 1969 disenaraikan untuk disemak di bawah Akta 1 atau dikekalkan bagi maksud pemberitahuan seksyen 11, Akta 1 dan 80 Undang-undang Pra 1969 yang disenaraikan bagi tindakan kajian lanjut Jabatan Peguam Negara dan semua ini di bawah The Law Reform Division, dengan izin, Jabatan Peguam Negara.

Justeru itu, undang-undang dan akta-akta lapuk akan dimansuhkan atau digantikan dengan yang baharu tertakluk kepada keputusan dasar kementerian, jabatan, agensi yang bertanggungjawab.

Saya sekarang pergi kepada bab isu yang dibawa oleh Yang Berhormat Kudat, Kapar, Jelutong, Kuala Krai, Kuala Langat, Pasir Puteh, Temerloh, Bandar Kuching, Bagan Serai, Lumut, Dungun, Pendang dan Pasir Salak...

draft • 12:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Menteri...

draft • 12:00 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Tan Sri Yang di-Pertua...

draft • 12:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Boleh minta sedikit penjelasan? Tentang reformasi institution ini, ingin tahu daripada Menteri. Bilakah Akta Kebebasan Maklumat akan dibentangkan di Parlimen? Adakah pada Penggal ini ataupun Penggal Pertama tahun hadapan? Itu soalan yang pertama.

Kedua, adakah kerajaan ada rancangan untuk meminda Akta Kesalahan Keselamatan iaitu SOSMA. Di mana, rata-rata tengah bincang tentang SOSMA ini. Adakah kerajaan ada hasrat? Dua perkara yang ada dalam SOSMA. Pertama ialah ditahan 28 hari tanpa sebarang perbicaraan ataupun dibawa ke mahkamah. Kedua ialah mereka tidak boleh dijamin. Adakah dua ini akan dikaji semula? Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat Tuan Speaker.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri, bagi.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya juga ingin bertanya. Tadi Yang Berhormat menyentuh mengenai akta-akta lapuk yang cuba dilupuskan oleh pihak kementerian. Saya hendak bertanya mengenai akta baharu. Bagaimana juga Kota Melaka tadi.

Pada hari pertama perbahasan Parlimen iaitu pada 21 Oktober sebelum Yang Berhormat Larut membuat perbahasannya, saya telah membangkitkan kepada Speaker pada masa itu Timbalan Speaker. Satu perenggan yang terdapat dalam teks ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa membentangkan bajet iaitu perenggan 255 pada muka surat 119 dalam Hansard.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya merujuk kepada Hansard sekarang ini, yang mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Kewangan, saya tidak pasti secara sengaja ataupun tidak sengaja telah tidak membacakan satu para yang berbunyi, “Kerajaan akan menggubal akta baharu

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

*bagi membolehkan hukuman tahanan di rumah sebagai alternatif untuk kesalahan tertentu.

Pesalah dikehendaki berada di tempat tahanan yang dianggap bersesuaian seperti rumah kediaman, rumah jagaan atau asrama pekerja sepanjang tempoh penahanan dengan syarat- syarat yang ditetapkan dan dipantau oleh Pegawai Penjara”.* Saya telah bertanya dalam perbahasan saya dalam Dewan ini, apakah justifikasi ataupun content, bentuk akta yang hendak dibuat ini dan apa relevansinya?

Yang kedua, sehubungan dengan itu saya juga bertanya isu yang sekarang ini berlegar di dalam masyarakat, isu addendum. Isu yang melibatkan tidak lain bekas Presiden Yang Berhormat Menteri, berkaitan dengan satu afidavit yang dibuat di mahkamah oleh tidak lain Presiden Yang Berhormat Menteri sekarang ini, yang mengatakan semasa proses pengampunan dibuat terhadap bekas Perdana Menteri iaitu kita- semua tahu bekas- Pekan, dikatakan ada satu addendum dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong. Jelutong jangan sebut- jangan marah saya sebut Yang di-Pertuan Agong- Berdasarkan Perlembagaan Perkara 42 ya, hanya Agong sahaja boleh bagi pengampunan. Saya terpaksa sebut.

Dikatakan ada addendum yang mengatakan bahawa pengampunan itu melibatkan satu tahanan alternatif iaitu tahanan di dalam rumah. Sekarang ini isu ini saya nak bertanya kepada Menteri, inilah masanya, adakah addendum ini wujud sebagaimana yang disebut dalam afidavit Yang Berhormat Bagan Datuk dan juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang yang dimasukkan dalam mahkamah?

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Cuma saya nak qualify-kan, adakah ini isu baharu? Ini telah boleh dibincangkan?

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tak, tak. Saya telah sebut dalam ini.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya rasa inilah masanya Yang Berhormat Menteri menjelaskan apa ini. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, silakan.

draft • 12:10 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Melaka dengan Yang Berhormat Kota Bharu. Dua-dua dari kota...

[Ketawa] Tapi bukan Yang Berhormat Kota Tinggi. Saya nak jawab ya. Saya ucap terima kasih pada soalan.

Kepada Yang Berhormat Kota Melaka, saya nak jawab dalam bab rasuah. Harapan daripada Kerajaan MADANI, insya-Allah pada tahun 2025, Freedom of Information Act itu dapat dibawa kepada Parlimen, tetapi yang sangat-sangat penting ialah semasa Commissioner kepada SPRM bersama saya dalam mesyuarat International Anti-Corruption Academy Assembly of Parties di Vienna baru-baru ini, beliau dalam ucapan telah menyebut tentang isu berkenaan dengan komitmen kerajaan iaitu National Anti-Corruption Strategy 2024 (NACS). Pengenalan pindaan kepada beberapa akta iaitu Akta Kebebasan Maklumat, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat dan Akta Pemegang Amanah dan Akta Pemegang Amanah juga.

draft • 12:10 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Bagi saya ini satu pendekatan yang sangat-sangat relevan kerana ia menunjukkan komitmen suara seiring daripada pihak eksekutif melalui front bench dan juga agensi-agensi yang bertanggungjawab dalam perkara-perkara ini. Jadi, komitmen itu memang ada. Saya pun memang berharap insya-Allah, untuk memberikan pencapaian kepada apa yang disebut sebagai komitmen peringkat National Anti-Corruption Strategy 2024-2025. Kita perlu mempunyai beberapa akta ini dipinda bersama supaya memberikan keyakinan kepada mereka yang mahu memberikan laporan dan seterusnya.

Yang Berhormat Kota Bharu, saya pun ucap terima kasihlah soalan daripada Yang Berhormat. Pertama sekali berkenaan dengan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga berkenaan dengan SOSMA yang ditanyakan oleh Yang Berhormat. Saya minta maaf Tan Sri Yang di-Pertua dan juga kepada Yang Berhormat sebab kedua-duanya boleh dijawab hanya oleh Menteri Dalam Negeri. Saya tidak bertanggungjawab kepada isu tentang pindaan kepada Akta Penjara kah atau pun wujudnya akta baharu untuk tahanan di rumah. Berkenaan dengan SOSMA juga saya tidak bertanggungjawab. Saya rasa dan saya percaya pada esok harilah Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri akan menjawab. Saya harap Yang Berhormat boleh tanya dia soalan yang sama.

Keduanya...

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat, sekejap.

Sekejap Yang Berhormat. Yang Berhormat tadi sebut Yang Berhormat adalah Menteri yang akan bertanggungjawab kepada Attorney General’s Chambers (AGC). Attorney General, Peguam Negara adalah salah seorang ahli dalam Lembaga Pengampunan. Takkanlah Yang Berhormat tak dapatkan maklumat daripada AG mengenai isu addendum tadi?...

[Tepuk]

draft • 12:10 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Saya agak keliru ya Yang Berhormat. Yang Berhormat dahulu pun Menteri Undang-undang. Adakah Yang Berhormat mengatakan bahawa Peguam Negara lapor kepada Yang Berhormat? Is that what you making assumption?

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya, kita boleh mendapatkan maklumat daripada Peguam Negara.

draft • 12:10 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Tak, tak. Saya minta maaf ya Yang Berhormat.

Dalam Kerajaan MADANI, saya Menteri yang bertanggungjawab undang-undang, saya tidak terlibat dalam pelantikan Peguam Negara, saya tidak melibat diri melihat fail dalam Peguam Negara dan saya juga tidak terlibat dalam Lembaga Pengampunan.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat, itu...

draft • 12:10 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Sebab Menteri bertanggungjawab, sekretariat kepada kes Yang di-Pertuan Agong adalah Menteri Wilayah. Yang Berhormat sebagai mantan Menteri Undang-undang dalam kerajaan sudah tentu Yang Berhormat lebih berakal daripada saya.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat. Yang Berhormat tidak perlu berhelahlah.

draft • 12:10 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Tidak.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Kita Attorney General dan juga CJ...

draft • 12:10 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Apa helah dia? Helah dia Yang Berhormat.

Sebab...

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Adalah di bawah Menteri Undang-undang.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 12:10 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

So maknanya dengan izin, Yang Berhormat mengaku, you admitting you did give direction to the Attorney General when you are the Minister, betul tak?

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Direction, get instruction.

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kota Bharu buat tuduhan Speaker.

draft • 12:10 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Tetapi, Kerajaan MADANI tidak. Minta maaf Yang Berhormat. Kerajaan MADANI...

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey.

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Mana boleh buat tuduhan.

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Eh, macai duduklah. Macai.

Macai duduk macai.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Siapa lagi kalau tidak Menteri Undang-undang...

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Siapa macai?

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Awaklah macai- anak buah.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

...Bertanggungjawab kepada AGC dan judiciary.

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey.

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker, saya minta Besut...

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Kalau tak boleh jawab, jawablah tak boleh jawab. Senang sahaja.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik, baik, baik.

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker, saya minta Besut tolong tarik balik kenyataan “macai.”

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik. Besut kata apa tadi?

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Macai.

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya kata Macai. Dahulu dia pernah kata macai dekat kita orang.

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Bila? Tidak pernah.

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Pernah! Dia kata anak buah makna dia. Jadi, saya gunakan “macai”- anak buah.

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya minta Besut tarik balik.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Macai itu apa dia?

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Awak itu...

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Macai itu apa?

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya tak tahu apa macai apa.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kenapa guna?

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi...

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kalau tak tahu kenapa guna?

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Besut. Besut.

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya gunakan perkataan “macai”, maksudnya “pengikut”.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Besut ungkapkan perkataan yang Besut tak tahu apa makna dia?

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

No, pengikut.

draft • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ha, apa punya standard Hakim.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jelutong, Jelutong, let me finish. Besut, saya ulang soalan...

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dengar dahulu. Maksudnya pada saya...

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Besut, Besut. When I’m talking to you, you listen to me!

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

When I am talking to you- you listen to me!

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey, saya dengar okey.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Do you understand what is the meaning of “macai”?

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya faham.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Apa dia macai itu?

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Pengikut.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Hah?

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Pengikut.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pengikut?

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Itu yang you faham?

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya, saya faham, tetapi masalahnya...

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bukan, tetapi...

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Pernah diucapkan oleh macai.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

I am asking you one simple question. I need one simple answer. Do you understand what is it all about- macai...?

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya faham, tetapi....

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Macai.

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

...Pernah dikatakan oleh Jelutong mengatakan “macai”...

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Besut, jawab Besut, faham tak anda- macai itu apa?

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Macai- pengikut.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Cukup. Pengikut sahaja. Duduk. Duduk. Tak payah jawab.

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tetapi, apa yang dia sebut macam mana?

[Menunjuk kepada YB Jelutong]

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Besut duduk! Duduk! Saya dah faham dah. Duduk!

draft • 12:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

“Anak buah” dia cakap...

[Menunjuk kepada YB Jelutong]

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Besut, duduk! Menteri teruskan.

draft • 12:10 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, saya minta laluan sikit daripada Menteri.

Dalam perbahasan saya menyentuh tentang isu undang-undang lapuk juga dan saya menyentuh tentang Akta Kontrak 1950 yang dicadangkan untuk dikaji semula. Soalan saya, adakah kerajaan juga bercadang untuk menggantikan Akta Hasutan 1948 dengan suatu akta yang dicadangkan oleh kerajaan dahulu? Saya merujuk kenyataan akhbar yang dibuat oleh kerajaan terdahulu pada 12 September 2014 iaitu mencadangkan untuk memperkenalkan Akta Keharmonian Nasional. Jadi, saya pohon pandangan daripada Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri. Menteri ada 11 minit lagi.

draft • 12:10 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Ha itulah. Tak apalah. Saya pun boleh bagi jawapan secara bertulis. Terima kasih kepada Yang Berhormat.

Sebenarnya berkenaan dengan Akta Kontrak, kita dalam reformasi institusi di segi undang-undang memang kita akan membuat kajian dan kita memang mengakui bahawa Akta Kontrak kita ini agak begitu lama pada tahun 1950.

Berkenaan mana soalan kedua Yang Berhormat tentang undang-undang yang disebut tadi, bagi pihak kerajaan, kami masih perlu membuatkan beberapa segmen pada kajian demi kajian, tetapi memang bagi pihak kementerian- malah agensi BHEUU, bila peruntukan belanjawan yang diberi pada tahun 2025 ini, dalam reformasi ini, bagi saya adalah satu perkembangan yang agak terbaik sebab memberikan peluang lebih kepada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang.

Kalau Yang Berhormat ingat ya, dahulu hanya Bahagian Hal Ehwal Undang-undang yang mana banyak Menteri Undang-undang dia jaga Bahagian Hal Undang-undang di bawah JPM. Hari ini ditambah dengan reformasi institusi.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan meletakkan bajet tertentu untuk bahagian reformasi institusi. Jadi, ini memberikan satu kebolehan dan komitmen daripada pihak Bahagian Undang-undang Reformasi Institusi untuk melihat kepada semua undang-undang ini, tetapi sebenarnya, jalan ataupun perkembangan bagi semua

draft • 12:10 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

undang-undang baharu yang kita nak buat sama ada dia undang-undang lapuk kah, undang- undang baharu itu perlu banyak perkembangan di segi segmen libat urus.

Bukan sahaja NGO dan CSO yang mana Tan Sri Speaker sendiri telah menegur Setiausaha, KSU-KSU di kementerian supaya bluebill itu dimasukkan ke Parlimen dua minggu sebelum- 14 hari, supaya Select Committee dan Ahli-ahli Parlimen dapat memberikan pandangan mereka.

draft • 12:10 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Kita tak nak lagi bawa undang-undang, hanya bila hendak dibahaskan baharu dibawa dalam sehari ke dua hari sebelum. Sebab kita nak kan supaya Select Committee yang mewakili kawasan mereka, mewakili parti mereka, mewakili rakyat mereka mempunyai pandangan tentang undang-undang yang nak dibawa oleh mana-mana kementerian.

Bagi pihak jabatan bahagian hal undang-undang dan reformasi institusi, sering kali kita akan bincang. Jadi bila Yang Berhormat tanya - okey Akta Hasutan. Akta Hasutan tanggungjawabnya Kementerian Dalam Negeri, tapi kalau dia panggil di Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, sudah tentu dalam sesi libat urus akan dipanggil dan kita akan memberi pandangan. Itu sebabnya isu sekarang bila bercakap tentang SOSMA kah ataupun Akta Hasutan, isunya adakah kerajaan bersedia, saya masih tidak boleh memberi jawapan sebab perlunya pelbagai libat urus, tetapi harapan saya kalau ada perubahan pun- saya baharu beritahu Tan Sri Speaker semalam, saya kata, kita mungkin kena kaji balik hari-hari kita sebab sesi ini kita ada empat hari rang undang-undang dengan enam hari rang undang- undang lepas habis Belanjawan, jadi 10 hari.

Saya dimaklumkan banyak rang undang-undang dibawa oleh kementerian- kementerian, jadi kita kekurangan masa. Itu sebab kita kena kaji semula supaya banyak hari boleh kita letak dalam sidang Parlimen supaya rang undang-undang dapat kita percepatkan proses untuk perbahasan dan kelulusan bagi pihak Dewan Rakyat dan juga Dewan Negara.

Dengan izin Tan Sri Yang di-Pertua, saya hendak sebut tentang SPRM ini. Di mana menjadi sebahagian daripada IACA - kita menerima bahawa - yang saya sebut dalam kewujudan National Anti-Corruption Strategy 2024-2028. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah melihat kepada kelulusan isu polisi platform peringkat tertinggi dalam negara, dalam usaha perubahan polisi menangani isu rasuah nasional iaitu Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN). Ini menunjukkan satu komitmen yang begitu tinggi.

Saya hendak sebut pada Akta SPRM contohnya seksyen 17A, liabiliti korporat yang telah dikuatkuasakan pada 1 Jun 2024. Kalau kita tengok pindaan kepada seksyen 17A.

Seksyen 17A menyatakan bahawa ia adalah satu kesalahan rasuah juga oleh organisasi komersial. Selalunya bila kita bercakap tentang anti rasuah ataupun rasuah, banyak orang menganggap agensi kerajaan, pegawai kerajaan dan orang-orang politik, tetapi hari ini dalam wujudnya seksyen 17A dalam Akta SPRM, liabiliti korporat iaitu, dengan izin, corporate liability tidak boleh mereka menganggap bahawa syarikat sendirian berhad ataupun syarikat berhad boleh lari daripada tanggungjawab.

draft • 12:20 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Kalau mereka mengendalikan perniagaan dengan niat untuk beri rasuah- sebab kita mesti menerima bila bercakap tentang aktiviti perniagaan, ia juga perlu dijalankan dengan integriti tanpa rasuah. Tidak boleh kita mempromosikan amalan tadbir urus yang baik, kalau dalam organisasi yang kerajaan ya kena tadbir urus baik, yang bukan kerajaan boleh ditadbir urus sesuka hati.

Itu sebabnya bagi pihak kerajaan yang mana pada sesi lepas, kita telah membuat pindaan kepada Akta Audit 1957 [Akta 62]. Akta Audit ini dengan adanya audit di atas meja ini, kita mewujudkan dasar follow the public money. Itu untuk apa yang disebut sebagai duit yang diletak oleh duit rakyat di mana Audit Negara boleh masuk, tetapi dalam Akta SPRM, kalau dibaca sekali dengan Akta Audit ini, saya percaya bahawa mana-mana syarikat swasta yang terlibat dalam apa-apa aktiviti, sebab kita tahu Tan Sri Speaker bila bercakap tentang rasuah, dia selalu dua pihak, offeror and acceptance, giver and receiver.

Jadi kadang-kadang bila pegawai kerajaan kah, orang politik kah dituduh, siapakah di belakang yang memberikan rasuah? Sudah tentu syarikat sebagai contoh. Itu sebabnya seksyen 17 ini dilihat kepada satu pindaan yang dipakai dalam 17A ini, Akta SPRM ini akan dipakai oleh pihak SPRM untuk melihat tentang isu integriti korporat, corporate integrity akan menjadi pada hala tuju bila bercakap tentang dasar menentang rasuah dalam negara kita.

Jadi dengan izin, saya ingin masuk kepada bab yang saya dengan Tan Sri Speaker memang selalu bercakap iaitu Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen. Jadi Tan Sri Speaker, kepada Yang Berhormat Kota Melaka, Jerlun, Masjid Tanah, Kubang Pasu, Shah Alam dan juga Bukit Gelugor, cadangan penggubalan Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen merupakan antara agenda reformasi institusi yang direncanakan oleh Kerajaan MADANI dalam usaha untuk memartabatkan Parlimen kita melalui doktrin pengasingan kuasa antara badan perundangan dengan badan eksekutif.

Melalui cadangan ini, perkhidmatan Parlimen baharu ini akan mempunyai kuasa autonomi untuk menentukan dasar dan tadbir urus Parlimen Malaysia termasuk perkara- perkara yang melibatkan pengurusan sumber manusia, pentadbiran dan kewangan serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Bagi penggubalan Akta Perkhidmatan Parlimen ini, beberapa sesi libat urus telah berjalan. Kita lihat pada tahun 2023 dan 2024 ini, yang mana Dato' Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Setiausaha Dewan Negara, Setiausaha Dewan Rakyat, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kewangan, Jabatan Peguam Negara, Badan Bukan Kerajaan, pertubuhan masyarakat, Badan Peguam Malaysia dan juga Bahagian Hal Ehwal Undang-undang memang sentiasa berkomited.

Hanya tinggal yang mana Tan Sri pun tahu dan mungkin Ahli-ahli Parlimen pun dimaklumkan ialah berkenaan dengan cadangan penetapan dasar iaitu melihat kepada aspek yang tertinggal, tertunggak itu ialah Pegawai-pegawai Parlimen. Ini sahaja yang tertinggal dan tertunggak. Saya dimaklumkan Insya-Allah satu mesyuarat akan diadakan, Insya-Allah

draft • 12:20 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

pada tahun ini oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membincangkan isu perjawatan serta sumber manusia perkhidmatan Parlimen.

Apabila mesyuarat ini dapat dikemas kini, diselesaikan dan mendapat keputusan saya berharap Insya-Allah dalam masa terdekat pada tahun 2025 lah boleh menjadi satu kenyataan supaya Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen dan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) ini dapat dibentangkan kepada Jemaah Menteri daripada segi dasar supaya Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen, pindaan ke atas Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) pula ini dapat dilihat menjadi satu realiti.

Betul yang kata Tan Sri Speaker dan juga kepada ketua-ketua, pengerusi-pengerusi select committee. Belanjawan pada tahun 2025 ini Yang Amat Berhormat telah membuatkan penambahan daripada segi belanjawan Parlimen terutama pada Select Committee. Bagi saya itu satu tanda yang baik, Tan Sri Yang di-Pertua kerana Select Committee diduduki oleh kedua-dua pihak- Pembangkang dan juga Kerajaan. Saya percaya setiap jawatankuasa- Select Committee ini perlu dilengkapi dengan peranan untuk menjadi overside body- memantau. Saya yakin bahawa Tan Sri Yang di-Pertua sangat menggalakkan tanggungjawab. Seperti saya, bila bercakap tentang - saya ada dua minit tinggal, Tan Sri Yang di-Pertua. Saya hendak lompat kepada AG-PP ini ya.

Saya hendak beritahu di sini, setakat ini daripada mula sesi kita Tan Sri Yang di- Pertua, saya telah menjawab soalan pada AG-PP daripada mula sesi Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat, Kamar Khas, Dewan Negara Mesyuarat Kedua, ini pula Mesyuarat Ketiga ini.

Jumlahnya- jumlah soalan Kamar Khas, dua soalan dah dijawab. Jumlah soalan lisan Dewan Rakyat, Dewan Negara 14 soalan. Jumlah soalan bukan lisan Dewan Rakyat, Dewan Negara, dua soalan - 18 soalan.

Maknanya, setakat sini- bagi pihak kerajaan komitmennya memang ada, tetapi saya sudah bercakap banyak kali bahawa ia perlukan masa kerana kita pecah kepada tiga fasa.

Kalau Yang Berhormat semua baca kepada Hansard, tertulis fasa-fasa tersebut. Saya hanya tinggal satu minit lebih. Saya sebut tentang fasa pertama petugas khas comparative dengan semua Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia dan saya tengok kepada keterangan dan evidence-based research beberapa buah negara, tinggal satu negara sahaja.

Fasa kedua ialah petugas khas teknikal secara komprehensif mengenai implikasi perundangan, perjawatan dan kewangan. Laporan interim ini dalam satu tahun mengenai kajian empirical comprehensive.

Fasa ketiga ini yang sangat-sangat penting Tan Sri iaitu sesi libat urus bersama dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak serta pihak pemegang taruh yang lain termasuk PDRM, SPRM, Jabatan Kastam, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Majlis Peguam, Sabah Law Society, Advocates Association of Sarawak, juga para-para akademik dan pakar rujuk.

Kerana Tan Sri Yang di-Pertua, dalam kesimpulannya ialah bukan hanya pemisahan itu melalui Perlembagaan, tetapi kesan kepada pemisahan tersebut. Bagi saya, yang sangat penting ialah fasa ketiga iaitu kuasa yang perlu kita bincang dan libat urus dengan Sabah dan

draft • 12:20 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Sarawak. Kalau mereka melihat kepada kuasa pendakwaan yang diberi kepada Peguam Negara Malaysia itu diberi kepada Peguam Negara Sabah dan Sarawak, saya rasa hari ini kita tahu Sabah dan Sarawak mempunyai Peguam Negara mereka sendiri, tetapi tidak terlibat kepada kuasa pendakwaan. Saya rasa Tan Sri Yang di-Pertua, disebabkan saya hanya ada tinggal 29 minit..

draft • 12:20 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Menteri, Menteri mohon sedikit.

Temerloh minta supaya jawapan untuk Temerloh dalam bertulis tentang SPRM. Okey, terima kasih.

draft • 12:20 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Insya-Allah Tan Sri Speaker, semua jawapan akan saya beri jawapan bertulis dan akhir sekali, saya ucap terima kasih pada Kota Bharu sebab bagi saya ‘surat cinta’. Dia tukar- Besut ganti pada Pendang dalam Jawatankuasa Pemisahan AGPP, tapi saya berharap Besut akan ambil semua nota dari Pendang and then, bincang dan semua yang Pendang faham dan Pendang nak tafsir, boleh beritahu pada Besut supaya fasa pertama ini dapat kita selesai bersama, Insya-Allah.

Terima kasih Kota Tinggi dan selamat datang kepada AGPP punya empirical study kepada Yang Berhormat Besut. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Komitmen saya, semua jawapan yang tak dapat dijawab, akan dijawab secara bertulis.

draft • 12:30 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Datuk Speaker, Jempol ada sikitlah berkaitan dengan ini. Amat mustahak ini.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Insya-Allah dia akan jawab secara bertulis. Akan menjawab secara bertulis, insya-Allah.

draft • 12:30 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Berkaitan ini, boleh tak Tan Sri? Sebab saya hendak sentuh sikit sahaja, sebab benda ini cukup menjadi isu utamalah iaitu...

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Benda baharu kah benda yang telah pun dibincangkan dahulu?

draft • 12:30 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Benda baharu.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Benda baharu tak boleh Yang Berhormat. Tak boleh. Yang YB.

bahas dahulu, boleh dijawab oleh Menteri.

draft • 12:30 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Saya bahas, saya bahas hari itu. Saya bahas, saya bahas.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Hari ini, baharu nak bahas, sekarang?

draft • 12:30 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Tak, dah bahas hari itu, hari Isnin.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Oh, dah bahas dah?

draft • 12:30 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Itu saya nak...

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Saya bagi dua, seminit. Apa dia?

draft • 12:30 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Boleh, boleh. Terima kasih Tan Sri. Iaitu berkaitan- saya sentuh hari itu tentang Akta Tanah (Kawasan Penempatan

draft • 12:30 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Berkelompok) 1960, Akta GSA yang hari ini timbul isu pewarisan di kalangan tanah rancangan FELDA. Dia jadi polemik utama sekarang ini. Jadi, saya dimaklumkan libat urus telah dibuat oleh agensi berkaitan dan ini saya mohon sebab akta ini perlu dipinda segera supaya tidak menjadi polemik dan isu utama di tanah rancangan FELDA. Saya minta Yang Berhormat Menteri memberi pertimbangan supaya pindaan ini dibuat dengan kadar segera. Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Baik, Menteri angguk kepala tadi. Dia kata, okey.

draft • 12:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Tan Sri Speaker.

draft • 12:30 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Saya akan maklum kepada pihak FELDA lah kalau you nak jawapan bertulis ya. Terima kasih Tan Sri.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Menteri.

draft • 12:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Tan Sri Speaker. Boleh izinkan Ledang? Nak umumkan kehadiran dalam Dewan.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ha, okey.

draft • 12:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Iaitu kehadiran guru pengiring dan pelajar-pelajar SMK Tun Mamat, Tangkak, Parlimen Ledang ke Dewan Rakyat pada hari ini.

Di belakang saya...

[Tepuk]

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 12:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), 30 minit dari sekarang.

draft • 12:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tan Sri, Tan Sri, sebelum Menteri jawab.

Tan Sri, sedikit penjelasan daripada Tan Sri Speaker. Tadi Menteri ada sebut kita sepatutnya perlu lebih banyak hari untuk kita bersidang dalam Dewan. Jadi, apakah pandangan Tan Sri Speaker terhadap cadangan daripada Menteri?

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, saya sedang bincang dengan Ketua Majlis. Insya-Allah jawapannya ada selepas-selepas ini.

draft • 12:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Okey, terima kasih.

draft • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Ya, silakan Menteri.

draft • 12:30 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Pertamanya, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu di bawah hal ehwal agama sepanjang tempoh perbahasan Belanjawan 2025 yang bertemakan “Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat.” Untuk makluman Dewan yang mulia ini, bagi belanjawan tahun 2025, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah diperuntukkan sekitar RM2 bilion yang

draft • 12:33 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

merangkumi tiga ikhtiar utama iaitu: Ikhtiar 29- Daya Cipta Kewangan Islam; Ikhtiar 30- Pembangunan Industri Halal; dan Ikhtiar 54- Syiar Islam.

Seramai 14 Ahli Yang Berhormat telah membahaskan pelbagai isu yang berkaitan dengan hal ehwal agama, termasuk Tumpat, Jelebu, Jerlun, Kuala Krai, Jerai, Kuala Kangsar, Temerloh, Kalabakan, Beaufort, Bagai Serai, Ampang, Alor Setar, Langkawi dan Kuala Krau.

Tan Sri Yang di-Pertua, bagi menggulung perbahasan belanjawan kali ini, izinkan saya menjawab isu-isu berkaitan hal ehwal agama yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat secara rangkuman mengikut kluster dan kategori seperti berikut:

(i) pengurusan dan pembangunan halal;

(ii) kesejahteraan modal insan;

(iii) kemuliaan dan pemerkasaan undang-undang syariah;

(iv) pengurusan haji; dan yang akhir sekali

(v) kehormatan institusi Islam.

Saya mulakan Tan Sri Yang di-Pertua, pembangunan dan pengurusan halal. Yang Berhormat Kuala Krai telah membangkitkan isu proses, kos sijil serta tindakan kerajaan dalam meningkatkan kefahaman masyarakat bagi mengelakkan stigma negatif, terutama masyarakat bukan Islam.

Tan Sri Yang di-Pertua, sebagai pihak berkuasa berwibawa pensijilan Halal Malaysia, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui JAKIM dan MAIN serta JAIN sentiasa komited untuk memastikan kualiti pensijilan halal yang dikeluarkan terus terjamin dan boleh diyakini. Sebagai badan pensijilan yang mendapat akreditasi ISO/IEC17065 dari Jabatan Standard Malaysia ataupun JSM, JAKIM diaudit secara tahunan oleh JSM bagi memastikan pengurusan pensijilan halal sentiasa mematuhi standard yang ditetapkan, termasuklah daripada aspek integriti dan kesaksamaan.

Walaupun tempoh pemprosesan pengeluaran sijil halal dikurangkan, prosedur dan piawaian yang ditetapkan masih perlu dipatuhi. Bagi meningkatkan kecekapan dan mengurangkan tempoh pensijilan halal, JAKIM dan MAIN serta JAIN juga berusaha menambah baik daripada semasa ke semasa elemen yang mempunyai kaitan dengan tempoh pensijilan halal, merangkumi sumber manusia, sistem logistik dan sebagainya. Ini kerana pensijilan halal bukanlah bergantung sepenuhnya kepada proses semakan dokumen dan pengauditan semata-mata, bahkan turut melibatkan elemen-elemen tersebut.

Kerajaan sentiasa mengambil langkah proaktif untuk menggalakkan permohonan sijil pengesahan Halal Malaysia dan meningkatkan kesedaran pihak industri mengenai pensijilan Halal Malaysia. Kerajaan Pusat dan pihak berkuasa agama negeri sentiasa bekerjasama dengan agensi pembimbing berkaitan pembangunan industri seperti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Lembaga Perusahaan Pekebun Kecil

(RISDA), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Institusi Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) SME Corp dan rakan strategik seperti Maybank, Bank Islam untuk membantu industri-industri ke arah pensijilan Halal Malaysia.

draft • 12:33 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Kerjasama yang dilaksanakan ini merupakan inisiatif bersepadu bagi memastikan setiap agensi dan kementerian terlibat menggerakkan peranan dan tanggungjawab serta fungsi masing-masing untuk memperkasa pensijilan Halal Malaysia. Bimbingan dan fasilitasi melalui program-program yang dianjurkan turut membantu memberi kefahaman mengenai isu-isu yang sering dibangkitkan, termasuklah kesukaran mendapatkan pensijilan halal.

Inisiatif seumpama ini juga membolehkan usahawan mendapatkan maklumat yang tepat dan menyeluruh mengenai keperluan dan syarat pensijilan Halal Malaysia.

Sebagai contoh, JAKIM juga turut bekerjasama dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk menggalakkan dan mempertingkatkan jumlah usahawan halal di kawasan rawat dan rehat (R&R). Kerjasama ini merupakan inisiatif strategik yang digerakkan untuk membantu syarikat konsesi di bawah LLM serta menggalakkan usahawan tersebut memohon Sijil Halal Malaysia. Pelbagai sesi bimbingan dan klinik halal telah dianjurkan hasil kerjasama tersebut untuk memastikan pihak industri yang menjalankan perniagaan di kawasan R&R memahami proses permohonan SPHM sebagai salah satu persiapan dan persediaan untuk memohon sijil.

draft • 12:33 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Saya juga ingin kepastian, tapi sebelum itu, saya ucap terima kasih atas penjelasan yang diberikan, khususnya kolaborasi dengan pihak lebuh raya dan sebagainya, tetapi saya inginkan kepastian ialah, adakah juga terdapat kolaborasi dengan pihak MAHB untuk food court ataupun medan selera di lapangan-lapangan terbang di seluruh negara dan juga di pasar raya besar, mall besar macam Pavilion, macam banyak lagilah mall yang ada di Malaysia ini yang kebanyakannya tidak mempunyai Sijil Halal.

Jadi, ini juga perlu diambil perhatian kerana melibatkan pengunjung luar, pelancong asing yang datang ke Malaysia yang bila dia tengok kedai-kedai di Malaysia ini, dia kira sudah halal walaupun tidak ada Sijil Halal dan dikuasai oleh bukan Islam. Terima kasih.

draft • 12:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 12:40 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Saya boleh sahkan, memang kita pihak JAKIM memang ada kolaborasi dengan mall yang besar. Contohnya, baru-baru ini, kita ada buat kolaborasi dengan AEON Mall. Jadi, kolaborasi tersebut sangat penting dan kita akan terus mengadakan kolaborasi dengan pihak- pihak yang lain untuk memastikan lebih ramai syarikat-syarikat dan usahawan-usahawan untuk mendapatkan sijil halal. Terima kasih Yang Berhormat.

Oleh itu, sebagai pihak berkuasa berwibawa yang dilantik bagi menguruskan aktiviti pensijilan halal, JAKIM perlu sentiasa memastikan elemen kesaksamaan ataupun dengan izin, impartiality dilaksanakan. Ia merupakan salah satu prinsip bagi sebuah badan pensijilan yang diiktiraf di bawah Standard ISO/IEC 17065.

draft • 12:40 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Yang Berhormat Kuala Kangsar pula ingin tahu beberapa perkara seperti kos perkhidmatan consultancy yang membebankan serta halangan-halangan yang melambatkan proses kelulusan sijil halal kepada peniaga.

JAKIM telah mengeluarkan Pekeliling Pensijilan Halal Malaysia Bilangan 1 Tahun 2014 mengenai keputusan JAKIM, JAIN dan MAIN yang berkaitan dengan permohonan pensijilan Halal Malaysia hendaklah diurus secara terus oleh pemohon tanpa melalui pihak ketiga. Keputusan yang dipersetujui bersama JAKIM dan JAIN melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Pensijilan Halal Bilangan 2/2014 ini bertujuan untuk memastikan pemohon memahami segala syarat keperluan, peraturan dan prosedur pensijilan halal sebelum membuat permohonan dan seterusnya lebih bertanggungjawab terhadap pematuhan sistem kawalan halal dalam syarikat.

Walau bagaimanapun, melalui pekeliling tersebut juga, JAKIM dan MAIN tidak menghalang pihak syarikat untuk melantik pihak-pihak tertentu bagi membantu dan membimbing industri dalam membangunkan sistem pengurusan halal dalaman syarikat ke arah mematuhi segala keperluan pensijilan halal.

Dalam urusan pelantikan konsultan oleh pihak syarikat, ia adalah berdasarkan pemilihan dan persetujuan pihak syarikat sendiri tanpa apa-apa campur tangan atau keterlibatan di pihak JAKIM ataupun MAIN. Pelantikan tersebut adalah di bawah tanggungjawab syarikat dan ianya tidak akan mempengaruhi keputusan permohonan pensijilan yang dikeluarkan oleh JAKIM atau MAIN mahupun JAIN.

Permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) kini adalah mudah dan boleh dilakukan secara atas talian. Segala syarat dan keperluan permohonan sijil dinyatakan secara jelas dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 dan Sistem Pengurusan Halal Malaysia 2020. Kedua-dua dokumen ini berfungsi sebagai panduan dan rujukan utama dalam pengurusan pensijilan Halal Malaysia sekali gus boleh dijadikan rujukan oleh pihak industri untuk memohon sijil. Permohonan yang lengkap dan memenuhi segala keperluan serta syarat yang ditetapkan akan diberikan sijil pengesahan halal setelah proses yang sepatutnya selesai dijalankan.

Pihak JAKIM dan MAIN sentiasa menyediakan ruang dan platform kepada pihak industri untuk mendapatkan maklumat serta panduan bagi memohon SPHM. Melalui program bimbingan dan fasilitasi klinik halal yang dianjurkan secara berkala, ia menjadi platform yang boleh dimanfaatkan oleh pihak industri untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pensijilan Halal Malaysia. Program Halal on Track yang dianjurkan oleh JAKIM dengan kerjasama MAIN ataupun JAIN pada 19 Oktober 2024 yang lalu di Kuantan, Pahang merupakan ilham daripada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Program ini merupakan salah satu inisiatif yang digerakkan sebagai platform membantu industri ke arah pensijilan Halal Malaysia.

draft • 12:40 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat Menteri, sikit. Berkaitan dengan sijil halal ini, ada beberapa restoran tertentu yang meletakkan label ‘pork free’ dan dia kadangkala boleh mengelirukan orang Islam. Bila ‘pork free’ itu,

draft • 12:40 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

macam seolah-olah halal tetapi mereka tidak ada sijil halal secara betul daripada JAKIM. Jadi, apa tindakan di peringkat JAKIM untuk memastikan bahawa umat Islam tidak terkeliru?

Walaupun ‘pork free’ tetapi masih boleh dipertikaikan status halal dia.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 12:40 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa atas soalan tadi.

JAKIM akan meneruskan segala usaha dan inisiatif untuk memberikan pencerahan dan penjelasan kepada masyarakat Islam. Sesi pencerahan yang dijalankan oleh pihak JAKIM ini melalui Bahagian Halal JAKIM ini diteruskan sama ada di media-media massa untuk memaklumkan kepada masyarakat Islam untuk lebih berhati-hati dalam memilih restoran ataupun tempat untuk mereka pergi cari makanan dan sebagainya.

draft • 12:40 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Tuan Speaker, Menteri, Ampang.

Ampang.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Ampang.

draft • 12:40 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih, Tuan Speaker. Saya juga tertarik atau ingin menyambung sedikit. Berkaitan halal ini, sebenarnya ada sudut pandang pengguna yang perlu kita pastikan juga supaya kita amat boleh menggunakan ataupun mengguna pakai perkara-perkara yang berkaitan dengan halal terutamanya F&B.

Jadi, saya ada cadangkan ataupun saya ada bangkitkan dalam perbahasan yang lepas bahawa kaedah yang mungkin ― kalau sebelum sampai halal itu ataupun pensijilan halal, selain daripada istilah-istilah ‘no pork’ dan sebagainya itu, ada satu usaha yang telah pun dibuat oleh HDC, MIMOS Berhad dan Webhaus Technologies Sdn. Bhd. untuk mengenal pasti bahawa ingredient makanan yang ada untuk kita consume itu, ataupun kita guna ataupun kita ambil itu, telah pun bebas daripada perkara-perkara yang tidak diterima dalam Islam ataupun tidak halal.

Jadi, apakah kerajaan mengambil maklum dan akan melaksanakan supaya sebelum mendapat pensijilan halal itu, kita juga ada satu pensijilan yang sebenarnya telah pun mengiktiraf bahawa kandungan makanan kita itu telah pun bebas daripada halal? Walaupun kita tahu bahawa halal itu ada spesifikasi lain yang perlu dipenuhi sebelum sijil halal itu dapat.

Terima kasih.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 12:40 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Ampang. Saya akan mengarahkan pihak JAKIM untuk mempertimbangkan cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Ampang sebentar tadi.

Selain daripada itu, Tan Sri Yang di-Pertua, berbalik kepada persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa tadi. Saya ingin menganjurkan kepada masyarakat Islam khususnya, sekiranya ada sebarang penyalahgunaan sijil halal ini, untuk mereka membuat aduan sama ada kepada JAKIM ataupun kepada Kementerian Pengguna.

draft • 12:40 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Speaker, Kuala Krau.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Kuala Krau.

draft • 12:40 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih, Menteri. Sikit sahaja. Saya hendak tanya, adakah tidak ataupun lawatan berkala terutamanya kepada kedai-kedai yang dipunyai oleh bukan Islam tetapi dia juga buka satu premis di tempat-tempat yang mengguna pakai pekerja Islam? Sedangkan, ketika membeli bahan mentah keseluruhan itu, disekalikan dalam pembelian. Ada tidak pemantauan? Terima kasih.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 12:40 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Krau. Daripada sudut pemantauan itu, memang JAKIM dengan kerjasama Kementerian Pengguna sentiasa mengadakan kerjasama untuk membuat pemantauan tersebut. Itu yang dilakukan oleh pihak JAKIM. Terima kasih, Yang Berhormat.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya sambung.

draft • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 12:40 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Pada masa ini, JAKIM juga telah mengiktiraf 38 penyelia latihan halal (PLH) di bawah Majlis Profesional Halal dan 39 rakan strategik Malaysia International Halal Academy (MIHA) sebagai pemudahcara bagi memastikan lebih ramai peniaga untuk mendapatkan sijil halal.

draft • 12:40 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Peranan utama PLH adalah menyediakan program latihan halal termasuklah apa- apa kursus berkaitan institusi halal selaras dengan ketetapan keperluan pelantikan eksekutif halal yang memiliki sijil eksekutif halal bagi kategori industri besar dan sederhana. Ini bertujuan mengukuhkan tahap profesionalisme eksekutif halal yang berkhidmat dengan industri pemegang SPHM manakala berfungsi untuk menjalankan program pembangunan kapasiti halal kepada industri dalam dan juga luar negara.

Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ampang pula mencadangkan supaya ada satu badan atau jabatan khas pensijilan kualiti bagi proses pengeluaran sijil halal oleh SIRIM, bertujuan untuk memastikan proses pengeluaran sijil halal mematuhi piawaian yang bersesuaian agar agenda pensijilan halal dapat berjalan dengan lancar dan proses pengeluaran sijil halal yang lebih adil.

Dalam konteks ini Yang Berhormat Ampang, kerajaan sentiasa berusaha bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan pensijilan halal dilaksanakan secara teratur, efisien dan berintegriti. Sejajar dengan itu, semakan dan penambahbaikan terhadap prosedur, peraturan undang-undang, sistem dan aplikasi yang berkaitan pensijilan halal sentiasa dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi mencapai matlamat tersebut.

Sebagai pihak berkuasa berwibawa pensijilan halal, JAKIM bertanggungjawab untuk memastikan setiap pengesahan halal yang dilakukan adalah mematuhi piawaian yang ditetapkan terutamanya dalam aspek syariah, berintegriti dan boleh diyakini. Selain mendapat keyakinan yang tinggi dalam kalangan pengguna, kredibiliti pensijilan halal Malaysia juga telah diiktiraf sehingga ke persada dunia melalui akreditasi standard antarabangsa di bawah

draft • 12:50 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

ISO/IEC 17065:2012 yang diperolehi JAKIM pada 10 Oktober 2020, daripada Jabatan Standard Malaysia (JSM).

Sistem akreditasi JSM ini adalah mengikut standard antarabangsa ISO/IEC 17011 bagi memastikan perkhidmatan akreditasi yang diberikan adalah berkecuali, tidak bersifat diskriminasi dan berwibawa. ISO atau IEC 17065 merupakan penanda aras antarabangsa terhadap keupayaan sesebuah badan pensijilan menjalankan fungsi-fungsinya secara sistematik, telus dan berkesan.

Pengiktirafan ini sekali gus telah meletakkan JAKIM sebagai badan pensijilan halal yang mematuhi sepenuhnya keperluan standard dan perundangan yang ditetapkan oleh International Organization for Standardization (ISO). JAKIM turut mendapatkan khidmat latihan dan konsultasi daripada pihak SIRIM mengenai sistem kualiti ISO/IEC 17065:2012 dari aspek keperluan, struktur, proses pengurusan, teknikal dan sebagainya di peringkat awal pembangunannya bagi menghasilkan dokumen kualiti dan prosedur yang diperlukan.

Selain itu, pada 20 April 2022, Pusat Analisis Halal Malaysia, JAKIM telah berjaya memperoleh akreditasi MS/ISO/IEC 17025:2017 yang telah memberi pengiktirafan kepada makmal analisis JAKIM untuk mengendalikan ujian pensampelan dengan cekap dan diyakini.

JAKIM akan terus komited dalam mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan bagi memenuhi keperluan akreditasi sebagai badan pensijilan di bawah standard berkenaan melalui pemantauan secara berkala daripada JSM setiap tahun. Berdasarkan kredibiliti pensijilan halal Malaysia...

draft • 12:50 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Tuan Yang di-Pertua, saya minta ada tajuk-tajuk lain yang lebih penting lagi insya-Allah. Mungkin hat guru KAFA mungkin boleh respons yang itu.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jerai nak apa ni?

draft • 12:50 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Saya ingat mungkin boleh Menteri tukar tajuk.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Eh, ikut suka dialah. Dia sedang menjawab.

[Ketawa] Satgi, dia sambung. Silakan. Tak boleh macam itu. Silakan Menteri.

draft • 12:50 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Tapi yang tak sempat nanti saya akan bagi...

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, ya yang lain jawab secara bertulis. Silakan.

draft • 12:50 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Kerajaan berpandangan bahawa cadangan supaya ada satu badan atau jabatan khas pensijilan kualiti bagi proses pengeluaran sijil halal oleh SIRIM perlu diteliti secara menyeluruh dari pelbagai aspek. Saya pergi kepada kluster yang kedua Tan Sri Yang di-Pertua, iaitu berkaitan dengan kesejahteraan modal insan.

Yang Berhormat Jerai ingin tahu, apakah usaha kerajaan dalam menyediakan modul latihan dan kaedah pengajaran yang berkesan kepada guru-guru KAFA termasuk penggunaan teknologi dalam pembelajaran. Yang Berhormat juga menggesa kerajaan agar mempertimbangkan pemberian jawatan tetap dan berpencen kepada guru KAFA.

[Tepuk] Tan Sri Yang di-Pertua, setiap tahun JAKIM dan pihak berkuasa agama negeri menyediakan latihan kompetensi dan keguruan kepada guru-guru KAFA seluruh Malaysia

draft • 12:50 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

mengikut keperluan semasa selari dengan arus kemodenan teknologi masa kini dalam sistem pendidikan kita bagi memastikan sesi PdP berjalan dengan lebih menarik dan menyeronokkan. JAKIM juga turut menyediakan latihan menggunakan sistem Smart Murabbi yang boleh diakses setiap masa kepada guru KAFA seluruh Malaysia.

Kerajaan melalui JAKIM sentiasa berusaha memelihara dan meningkatkan 35,000 guru KAFA yang merupakan jentera utama pemerkasaan pembelajaran pendidikan Islam di negara ini. Dalam hubungan ini, JAKIM telah selesai melaksanakan sesi libat urus bersama agensi pelaksana KAFA negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai tahun 2022 hingga 2024. 13 buah negeri telah bersetuju supaya jam dan hari bekerja guru KAFA diselaraskan dan ditingkatkan demi mewujudkan perjawatan guru KAFA. Manakala hanya 47 peratus ketersediaan premis yang bersesuaian ke arah lima hari persekolahan KAFA.

Selaras dengan keprihatinan masyarakat terhadap guru KAFA dan seiring dengan usaha mempertimbangkan pemberian jawatan tetap dan berpencen kepada guru KAFA, maka perlaksanaan rintis KAFA perdana akan dilaksanakan bagi membolehkan jam dan hari bekerja guru ditingkatkan. Justeru, perbincangan selanjutnya akan diadakan bersama Kementerian Kewangan Malaysia bagi permohonan rayuan bayaran elaun kepada guru KAFA rintis, tertakluk kepada keadaan semasa kewangan negara dan kelulusan pihak yang berkaitan.

Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Beaufort memohon...

draft • 12:50 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Terima kasih Menteri, terima kasih Tan Sri Tuan Speaker.

Cuma rungutan di peringkat lapangan guru KAFA dan penyelia KAFA itu sendiri dengan peningkatan gaji RM1,700, adakah ke arah rintis yang cuba disebutkan tadi ini meningkat hingga ke RM1,500? Sekian.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 12:50 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Yang Berhormat, yang itu kita akan – perbincangan akan diadakan di antara pihak JAKIM dengan pihak MOF.

Yang Berhormat Beaufort memohon agar kerajaan membina sekolah KAFA baru di kawasan Beaufort untuk kegunaan pelajar telah mencecah 100 orang memandangkan bangunan sedia ada berada dalam keadaan usang. Kerajaan MADANI melalui Kementerian Kewangan, kepada JAKIM telah menyediakan satu peruntukan khas bantuan selenggara dan naik taraf Institusi Pendidikan Islam (IPI). Bantuan ini telah bermula sejak 2019 lagi. Bagi tahun 2024, Kerajaan MADANI telah memperuntukkan sebanyak RM150 juta bagi tujuan ini.

Melalui garis panduan peruntukan khas ini, kategori IPI yang layak memohon bantuan ini adalah institusi pondok swasta, institusi tahfiz swasta, sekolah agama rakyat, sekolah agama swasta, sekolah agama negeri, sekolah menengah agama negeri dan kelas Al-Quran dan fardu ain (KAFA) di premis bukan kerajaan. Manakala skop peruntukan bagi bantuan peruntukan khas ini pula meliputi keselamatan, selenggara dan naik taraf infrastruktur, pencegahan kebakaran, pendawaian elektrik, selenggara dan naik taraf bangunan dan sistem perpaipan.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, jam telah menunjukkan pukul 1, yang patut kita berehat. Menteri ada berapa minit lagi nak habiskan?

draft • 12:50 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Dalam saya habiskan sedikit...

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri, dalam tiga minit boleh?

draft • 12:50 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Ya, boleh. Terima kasih.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, terima kasih. Silakan, tiga minit lagi.

draft • 12:50 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Yang selebih Tan Sri, saya akan bagi jawapan bertulis.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, silakan.

draft • 12:50 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Berkenaan cadangan Yang Berhormat Beaufort untuk membina bangunan baru premis KAFA tersebut, ianya tidak termasuk dalam skop yang telah ditetapkan seperti yang dinyatakan dalam garis panduan syarat sepertimana yang telah saya jelaskan sebentar tadi. Namun, bagi sebarang cadangan pembinaan bangunan baharu untuk menggantikan bangunan sedia ada yang telah usang, pihak sekolah KAFA disarankan untuk memajukan permohonan peruntukan kepada pihak ICU.

Manakala bagi pihak – bagi premis KAFA yang menggunakan bangunan sekolah bantuan kerajaan, permohonan pembinaan bangunan baru boleh dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan agensi-agensi lain yang berkaitan. Insya-Allah saya akan mengarahkan pihak JAKIM untuk memberi kerjasama dan membantu merealisasikan hasrat Yang Berhormat Beaufort.

Yang Berhormat Kalabakan pula memohon agar kerajaan memantau dan mengawal selia aktiviti di madrasah serta pusat tahfiz secara berpusat melalui kerjasama dengan kerajaan negeri. Kerajaan memberi penekanan serius terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh madrasah serta pusat tahfiz. Semua madrasah dan pusat tahfiz diwajibkan mendaftar dengan pihak berkuasa agama negeri sepertimana yang diperuntukkan di dalam Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam di negeri-negeri.

Hal ini adalah bertujuan supaya penubuhan madrasah atau pusat tahfiz adalah menepati piawaian serta tidak menjalankan aktiviti-aktiviti yang menyeleweng ataupun melanggar undang-undang yang sedang berkuat kuasa. Walau bagaimanapun, bagi madrasah ataupun pusat tahfiz yang terlibat dengan salah laku jenayah seperti penderaan dan liwat, kes tersebut akan diserahkan kepada pihak yang berkuasa iaitu PDRM berdasarkan undang-undang atau peraturan yang berkaitan bagi menjalankan siasatan.

JAKIM dan pihak pihak berkuasa agama negeri sentiasa memberi kerjasama penuh kepada PDRM menerusi libat urus untuk memastikan tindakan yang tepat dapat diambil terhadap kes-kes ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya rasa itu jawapan lisan yang saya berikan dan insya- Allah saya berjanji untuk menyerahkan jawapan lisan kepada baki soalan yang dikemukakan.

Terima kasih.

draft • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat sekalian, Mesyuarat ditangguhkan hingga jam 2.30 petang nanti. Sekian.

draft • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.03 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng****) mempengerusikan**

draft • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Ipoh Barat untuk mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) untuk jawab.

draft • 2:30 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Hairan Yang di-Pertua dari pagi sampai sekarang menjaga Dewan tak rehat, rehat.

draft • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada rehat.

draft • 2:32 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

*Thank you.

[Ketawa] Burung nuri burung dara, Terbang ke sisi taman kayangan, Cubalah dengar wahai saudara, Inilah jawapan yang diberikan.

[Tepuk]*

draft • 2:32 PM

Seorang Ahli

Hebat.

draft • 2:32 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terlebih dahulu untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, saya akan menggulung bagi pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri

(Wilayah Persekutuan) pada hari ini. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 25 Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan Belanjawan 2025 di peringkat dasar dan berbahas mengenai perkara-perkara di bawah tanggungjawab portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

Dalam penggulungan pada hari ini, saya memohon untuk menjawab kepada berbagai isu yang telah dibangkitkan di bawah tanggungjawab:

(i) Jabatan Wilayah Persekutuan;

(ii) Jabatan Perkhidmatan Awam;

(iii) Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan;

(iv) Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) JPM; dan

(v) Majlis Keselamatan Negara.

Dengan izin, Yang Berhormat Tanjong Piai dan Jelutong meminta penjelasan mengenai KL Strike Force. Jelutong ada tak Yang Berhormat?

draft • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada.

draft • 2:32 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Oh, ada.

draft • 2:32 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sentiasa ada.

draft • 2:32 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Sentiasa ada. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penubuhan KL Strike Force adalah di bawah tindakan Jabatan Wilayah Persekutuan. Tindakan terhadap warga asing tanpa dokumen perjalanan yang sah

(undocumented migrants) adalah di bawah tugas dan tanggungjawab agensi-agensi seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

DBKL hanya mengambil tindakan menyita peralatan barang-barang perniagaan yang tidak ada kebenaran atau dilesenkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur. Membuat penutupan premis sekiranya premis perniagaan dikendalikan sepenuhnya oleh warga asing dan mengeluarkan notis kesalahan terhadap majikan yang didapati mengajikan warga asing tanpa permit kerja yang sah.

Berdasarkan statistik tindakan sejak KL Strike Force ditubuhkan iaitu dari Jun hingga Oktober 2024, DBKL telah melaksanakan sebanyak 256 kes sitaan terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur menerusi tindakan khas pasar awam dan sebanyak 32 notis kesalahan telah dikeluarkan kepada pemilik tempatan di atas kesalahan mengambil pekerja warga asing tanpa permit kerja yang sah.

DBKL melalui Jabatan Penguatkuasaan telah menetapkan KPI dengan memprogramkan operasi bersepadu Ops Tebah ke atas premis perniagaan warga asing bersama-sama agensi kerajaan yang lain seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta jabatan-jabatan dalaman DBKL. Ops Tebah ini juga merupakan salah satu inisiatif smart partnership di antara Jabatan Penguatkuasaan serta agensi-agensi kerajaan yang menjalankan tugasan penguatkuasaan dan pembanteras aktiviti haram di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bagi statistik tindakan operasi bersepadu bermula Januari 2024 sehingga kini, sebanyak empat siri Ops Tebah dilaksanakan. Menerusi operasi tersebut sebanyak 11 premis perniagaan telah dipantau dan daripada jumlah tersebut, sebanyak empat buah premis telah diambil tindakan turut serta-merta di bawah seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan ekoran dikendalikan sepenuhnya oleh warga asing.

Manakala menerusi tindakan khas premis warga asing yang telah dilaksanakan secara berkala, sebanyak sembilan siri tindakan khas telah dilaksanakan dengan sebanyak 64 premis perniagaan telah dipantau. Daripada jumlah tersebut sebanyak 15 buah premis telah ditutup serta-merta, 53 notis kesalahan telah dikeluarkan, 25 tindakan sitaan telah dilaksanakan dan 25 kertas siasatan telah dibuka.

Selain itu, bagi tindakan khas penjaja warga asing, sebanyak 27 siri tindakan khas telah dilaksanakan sehingga kini yang mana melebihi KPI tahunan yang telah ditetapkan iaitu hanya 12 siri setahun. Menerusi tindakan khas ini sebanyak 80 kes sitaan telah dilaksanakan ke atas penjaja warga asing dan sebanyak lapan premis yang dikendalikan oleh warga asing telah ditutup.

draft • 2:32 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Untuk makluman lanjut Ahli Yang Berhormat, peruntukan bagi KL Strike Force pula adalah mengguna pakai peruntukan sedia ada agensi masing-masing.

draft • 2:32 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat.

draft • 2:32 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Ada soalan?

draft • 2:32 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ada soalan. Di atas penjelasan yang agak komprehensif mengenai langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan kita melalui jabatan-jabatan untuk menangani masalah adanya warganegara asing di negara kita.

Saya berterima kasih di atas langkah-langkah yang diambil, ia akan menjaminkan, memastikan bahawa warganegara kita diberi peluang untuk berniaga dan sebagainya. Tetapi apakah penjelasan, bagaimanakah kita ingin menangkis persepsi di luar sana bahawa kerajaan tidak melakukan perkara-perkara yang sepenuhnya. Tindakan-tindakan yang lebih agresif, lebih giat lagi kerana kita lihat seperti di pasar borong di Selayang dan juga di Pulau Pinang di beberapa tempat, terlalu banyak warganegara asing yang ada terutamanya pada hari Ahad.

draft • 2:32 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Di mana mereka berkeliaran seperti the Little Dhaka dan sebagainya. Ada persepsi.

So, saya nak tanya kepada kerajaan, apakah komitmen daripada kerajaan untuk memastikan bahawa kita dari semasa ke semasa menangani masalah ini? Walaupun saya lihat kesungguhan kerajaan daripada penjelasan yang telah diberikan, langkah-langkah yang lebih agresif perlu dilaksanakan untuk kita memastikan bahawa kita mengurangkan persepsi yang negatif terhadap kerajaan mengenai masalah ini. Terima kasih, Timbalan Menteri.

draft • 2:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat.

draft • 2:40 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Timbalan Menteri, saya nak betulkan fakta sedikit.

draft • 2:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Betulkan fakta saya kah, fakta Jelutong?

draft • 2:40 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Jelutong kata pasar borong banyak warga asing. Sekarang dah tak ada. Kita dah betulkan di Wilayah Persekutuan.

draft • 2:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Oh, tak pe.

draft • 2:40 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Tarik balik ya, Jelutong.

[Ketawa]

draft • 2:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih Yang Berhormat Batu, terima kasih untuk menjawab bagi pihak saya.

[Ketawa]

draft • 2:40 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Timbalan Menteri, pasar borong di kawasan saya, Batu. Sebab itu.

draft • 2:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Oh, saya minta maaf tak tanya, I didn’t get lift to refer the matter to you. Yang Berhormat Jelutong, perkara yang dibangkit ini bukan satu yang aneh. Ini sebenarnya berlaku di seluruh negara, bukan sahaja di Kuala Lumpur. Itu sebab itu kerajaan telah menubuhkan macam strike force ini untuk mengambil tindakan tegas seberapa yang boleh supaya menghapuskan perniagaan-perniagaan yang dibuat oleh orang- orang asing. Orang asing ini, mereka datang untuk bekerja di sini, bukan untuk berniaga.

draft • 2:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Kerajaan MADANI ada komitmen 100 peratus untuk menghapuskan perkara ini dan tindakan selanjutnya diambil. Itu jawapan saya.

Yang Berhormat, Yang Berhormat Indera Mahkota mencadangkan proses yang melahirkan pakar bidang khusus (SME). Jawapannya, kerajaan telah memperkenalkan laluan kerjaya pakar bidang khusus pada tahun 2016 bagi melahirkan lebih ramai pakar bidang subject matter expert (SME). Kerajaan sentiasa mengambil berat berhubung kompetensi, kemahiran dan kepakaran dalam urusan penempatan dan laluan kerjaya penjawat awam bagi memastikan semua urusan menyampaikan perkhidmatan agensi kerajaan dapat terus dilaksanakan dengan cekap, sempurna dan telus.

Selaras dengan penambahbaikan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang lebih holistik dan inklusif, dasar laluan kerjaya SME sedia ada sedang dikemas kini dan ditambah baik agar ianya menjadi lebih telus dan sistematik. Dan dalam masa yang sama mengambil kira bidang-bidang tujuan baru keutamaan negara seperti kecerdasan buatan, transformasi digital, keselamatan siber, peralihan tenaga, teknologi makanan, pengurusan bencana dan persempadanan negara. Itu jawapan. Terima kasih.

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri, sebentar, Indera Mahkota, sebentar. Cuma nak perbetulkan perkara. Saya dimaklumkan oleh Yang Berhormat Batu tadi bahawa masalah warganegara asing di dalam pasar borong tidak ada, tapi di luar pasar borong masih ada. Betul ya? Saya lihat beliau mengangguk kepala. Jadi, cuma, saya tanya bagaimanakah, kenapa ada perbezaan di dalam pasar borong kita dapat atasi tak ada warganegara asing, di luar pula ada sekarang?

draft • 2:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat, nombor satu ni, Yang Berhormat Batu *mislead the house.

[Ketawa]* Dia kata tidak ada, sekarang dia kata dia ada.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Boleh bagi jawapan bertulis.

[Ketawa]

draft • 2:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat, itu tak kisah. Di luar ke dalam, komitmen ada, tindakan akan diambil.

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Ipoh Barat.

Terima kasih Timbalan Menteri.

draft • 2:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih.

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih, Yang Berhormat. Saya pun nak pantunlah. Ni Jelutong kena dengar pantun saya.

*Ipoh Barat di negeri Perak, Indera Mahkota di negeri Pahang, Di Dewan ini segak dan kacak, Umpama Jelutong dan juga Pendang.

[Ketawa] [Tepuk]*

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Itu saya nak minta Indera Mahkota tarik baliklah. Mana boleh samakan saya dengan Pendang.

[Ketawa] Dia standard kurang sikit. Saya standard ada naik sikit. Jangan samakan saya dengan Pendang lah. It is insulting me.

draft • 2:40 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Hai, pagi tadi, kan kata nak buat case management. Steady-lah *brother.

[Ketawa]* Okey, saya menyokong penuh Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dan mengalu-alukan, saya kira ada dua cadangan.

Mungkin ini belum dilaksana tapi ada dua cadangan mustahak tentang laluan pakar bidang khusus (SME) ini. Satu ialah kenaikan pangkat tanpa perlu berpindah ke jabatan lain. Dan yang kedua ialah kenaikan pangkat tanpa menunggu kekosongan jawatan.

Tuan Yang di-Pertua, saya fikir ini dua langkah yang sangat mustahak. Barulah kita dapat meraikan mereka yang kita anggap pakar. Pada waktu yang sama, Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau boleh dirujuk cadangan saya selain daripada dua itu tapi ini mungkin boleh dibawa kepada JPA yakni supaya kita identify dan kita pupuk bakal-bakal SME itu daripada awal. Daripada dia masuk Gred 41. Masa itu mungkin tak boleh kenal lagi tapi bila dia sampai middle management level mungkin Gred 44, 48, masa tu jangan kita tukar dia ke merata tempat tapi biar dia berada dalam sesuatu kluster supaya bila dia sampai JUSA B, JUSA A dia dah memang seorang SME. Terima kasih.

draft • 2:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Jawapan ringkas. Adalah sebenarnya menambahbaikkan SME, dia ada tumpuan kepada tujuh bidang tajaan negara di mana menerusi SSPA, pegawai SME berpeluang diberi kenaikan pangkat secara khas untuk menyandang iaitu tanpa menunggu kekosongan jawatan atau berpindah ke agensi lain. Promotion without waiting for vacancy sehingga ke peringkat JUSA C. Terima kasih.

Yang Berhormat Seputeh ada? Tak ada ya. Ada, ada. Very striking, surely can see her. Yang Berhormat Kepong dan Seputeh membangkitkan mengenai keperluan Dewan Rakyat, Dewan Bandaraya dalam isu check and balance and good governance. Ini jawapan.

Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 (Akta 190) yang berkuat kuasa sejak 1 April 1961 telah memperuntukkan mengenai penubuhan satu badan yang dinamakan Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur bagi menasihat to advice kepada Datuk Bandar berkaitan dengan pentadbiran bandar raya sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong atau mengenai perkara-perkara yang diarahkan oleh Menteri.

Keahlian Lembaga Penasihat ini pula adalah seperti mana diperuntukkan di bawah seksyen 7 (Akta 190) dan berdasarkan Peraturan-peraturan Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur 1989. Oleh yang demikian, pada masa ini tiada peruntukan undang-undang bagi pelantikan Ahli Majlis di bawah Akta 190 memandangkan pelantikan Ahli Majlis adalah diperuntukkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan hanya terpakai di pihak berkuasa tempatan.

Selain dengan Bandaraya Kuala Lumpur, mengikut seksyen 8 (Akta 171) hal ehwal tiap-tiap kawasan PBT hendaklah ditadbirkan oleh satu PBT yang ditubuhkan oleh dan mengikut Akta 171 dengan syarat bahawa jika pemakaian Akta 171 bagi Wilayah Persekutuan, terdapat apa-apa percanggahan antara Akta 171 dengan Akta 190 atau peraturan-peraturan yang dibuat bawahnya, maka Akta 190 itu hendaklah dipakai.

draft • 2:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Walau bagaimanapun, tiada Ahli Majlis yang dilantik untuk berkhidmat dalam DBKL selain daripada Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur yang berfungsi untuk, to advice Datuk Bandar tetapi selaras dengan prinsip semak dan imbang serta tatakelola yang baik, DBKL telah mewujudkan Majlis Mesyuarat Konsultasi Datuk Bandar Kuala Lumpur bersama Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi tujuan membincangkan dan menyambung idea berkenaan dasar, polisi dan isu perancangan dan pembangunan Bandaraya Kuala Lumpur.

draft • 2:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Seputeh.

draft • 2:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Sekejap saya habis dulu. Mengenal pasti penyelesaian inklusif kepada isu-isu yang melibatkan kepentingan dan kebajikan warga kota serta sebagai medium penyaluran maklumat secara dua hala mengenai isu-isu terkini pengurusan Bandar Raya Kuala Lumpur. Ya.

draft • 2:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya faham yang ucapan daripada Yang Berhormat. Di tangan saya ini adalah Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.

[Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Sekarang ialah kita dalam Kerajaan MADANI dan tujuan kita ada kerajaan ini adalah untuk membawa reformasi dan pembaharuan.

Sudah lama yang akta ini, saya rasa kita perlu pinda untuk masukkan, untuk masukkan yang Ahli Majlis lantikan. Sekurang-kurangnya lantikan, kita tidak kata mahu pilihan raya kerajaan tempatan. Ini kerana apa yang berlaku sekarang ialah macam di kawasan saya, tiba-tiba saya tengok satu bangunan yang tinggi didirikan dan semua penduduk marahkan saya. Tiba-tiba kita lihat yang kolam takungan banjir sudah ada dua kolam takungan banjir dan persekitarannya telah pun diluluskan bangunan yang tinggi. Plot ratio 10 di Taman Desa.

Jadi, semua ini berlaku kerana tidak ada semak dan imbang di dalam DBKL.

Sekarang ialah apa yang pihak DBKL ataupun pihak kerajaan termasuk Jabatan Wilayah Persekutuan ataupun yang Jabatan Perdana Menteri, mereka rasa sesuai, mereka buat sahaja. Tetapi ini tidak akan berlaku di banyak PBT di Selangor ataupun di seluruh negara kerana mereka ada Majlis yang duduk dalam jawatankuasa-jawatankuasa dan mereka boleh mempengaruhi, membincang dan mengkaji kesemua cadangan daripada pihak kerajaan.

Itu sebabnya saya berharap Yang Berhormat boleh bawa ini ke pihak kerajaan. Saya untuk membantu mempercepatkan pindaan terhadap Akta Ibu Kota Persekutuan ini, saya sudah ada pindaan. Pindaan ini saya akan bentang kepada Yang Berhormat untuk dikaji di dalam Jabatan Peguam Negara dan juga Jabatan Wilayah Persekutuan dan DBKL supaya kita akan lihat di Kuala Lumpur ini kita ada Ahli Majlis kerana seluruh negara di semua PBT ada Ahli Majlis kecuali ibu kota kita, Kuala Lumpur.

draft • 2:50 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat, Kota Bharu.

draft • 2:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Ya.

draft • 2:50 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya. Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya merujuk kepada apa yang dibangkitkan oleh Seputeh, tadi Menteri pun dah sebut. Dewan Bandaraya di-govern oleh Akta Ibu Kota, sedangkan PBT lain di bawah Akta Kerajaan Tempatan [171], dia berbeza. Di bawah Akta Ibu Kota, lembaga penasihat termasuklah juga Datuk Bandar dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Apabila dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Perlembagaan jelas the Agong acts on the advice of the Cabinet ataupun Perdana Menteri.

Jadi, adakah Seputeh ─ bermakna sistem di mana Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong ini tidak efektif sekarang ini? Sedangkan di peringkat PBT-PBT, saya rasa itulah kadang-kadang itu lebih kurang efektif. Mereka yang dilantik menjadi Ahli Majlis ini di kalangan pimpinan parti-parti politik dan sebagainya, pembangkang tak ada langsung. Tetapi ibu kota dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, di kalangan profesional untuk duduk sebagai board of advisor to the city hall. Itu apa yang saya nampak.

draft • 2:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Saya mahu tolong Yang Berhormat.

Nampaknya dia tak tahu lembaga penasihat, advisory. Advise sahaja. Sekarang kita kata Ahli Majlis untuk turun padang untuk menangani isu banjirlah, samalah dan juga pokok cabang ditumbanglah, semua ini. Ini adalah semua kerja Ahli Majlis dan mereka boleh duduk, boleh dalam jawatankuasa-jawatankuasa.

Yang Berhormat, di Kelantan saya rasa ada Ahli Majlis pun. Ada. Bukankah ini lebih berkesan untuk membantu PBT untuk...

draft • 2:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Puan Speaker, boleh saya jawab?

draft • 2:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Mentadbir sesebuah bandar?

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat...

draft • 2:50 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Lembaga penasihat boleh turun ke bawah juga, bukan dia duduk dalam mesyuarat sahaja.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Kota Bharu...

draft • 2:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Mungkin nasihat itu di peringkat profesional.

draft • 2:50 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Boleh bandingkan Dewan Bandaraya dengan PBT...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, Yang Berhormat, sila duduk. Biar Timbalan Menteri jawab.

[Ketawa]

draft • 2:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasihlah bagi sedikit ruang kepada saya untuk menjawab.

[Ketawa] Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, ada dua hal di sini, ada dua akta yang berlainan. Cadangan Yang Berhormat Seputeh ada kena-mengena dengan mengubahsuaikan dan meningkatkan penglibatan sistem ini. Ini bukan bermakna tidak

draft • 2:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

menghormati Yang di-Pertuan Agong dan sebagainya. Itu pandangan beliau. Seperti yang kita faham, akta yang beliau, Yang Berhormat memberitahu kita ini, saya rasa adalah satu di antara perlu ditingkatkan. Apa yang dikatakan dalam bahasa Inggeris sekarang, no taxation without the representation. Itu satu di antara — itu khusus.

Yang Berhormat Kota Bharu mungkin tak berapa faham mengenai hal ini. Kita dalam Pakatan Harapan dan dari mula sebelum bila parti Yang Berhormat menjadi rakan yang sama, tapi mimpi yang lain pada bila Pakatan Rakyat ya dalam Buku Jingga dan sebagainya, ada mengatakan bahawa...

[Tidak jelas] and all that will take place. Ini adalah satu di antara yang boleh difikir, boleh dibincang. Tidak ada satu keputusan muktamad. Saya bersependapat dengan Seputeh dan saya mencadangkan...

draft • 2:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih.

draft • 2:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Saya mencadangkan — sekejap, sekejap ya. Saya mencadangkan, saya akan bagi tahu perkara ini kepada Yang Berhormat Menteri, mengadakan satu perjumpaan di antara Datuk Bandar atau stakeholders dan Ahli Parlimen- Ahli Parlimen Kuala Lumpur supaya mereka dapat memberitahu masalah yang dihadapi.

Yang Berhormat, kita semua tahu, dalam kawasan kita sendiri walaupun kita Ahli Parlimen, the majority of the complaint is what? Bukan constitutional issue, bukan isu-isu negara yang mustahak untuk mereka. Hanya perkara-perkara Majlis tempatan tidak memotong rumput, longkang dan isu dia. Jadi, ini yang menjadi masalah banyak kepada kita semua. These are the real issues on the ground. Maka, cadangan yang dibuat oleh Seputeh ini akan diambil kira. Saya sendiri akan memberitahu kepada Yang Berhormat Menteri, mengadakan mesyuarat seberapa yang segera. Yang Berhormat Kota Bharu pun kalau ingin, boleh menjadi — datang ke mesyuarat tersebut.

draft • 2:50 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat, saya mahu tanya, Menteri Wilayah Persekutuan pergi mana? Tak ada, ini Menteri lain jawab.

draft • 2:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat, banyak kali dulu Yang Berhormat Menteri pun tidak ada semasa perkara-perkara yang kita bangkit. You don’t score cheap points like this.

[Tepuk] Kita, kita, kita Yang Berhormat, ini jawapan saya. Kita semua arif dalam perkara ini.

You know how it works! The mechanics, you have been this side, you have been that side.

Satu hari you may not be any side. So, this lots of… [Ketawa] We don’t know esok hari. So, these are things kita perlu ingatlah Yang Berhormat. Cadangan yang baik, saya akan membawa isu itu kepada pihak berkenaan...

draft • 2:50 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri.

draft • 2:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Mengadakan perjumpaan dengan seberapa yang segera. Terima kasih.

draft • 2:50 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Yang Berhormat Menteri, Segamat ini.

Ini berkenaan dengan satu perkara di Kuala Lumpurlah. Saya rasa perkara ini saya mungkin — Menteri Wilayah tiada, bagi Menteri mohon juga menjawabkan. Isu untuk usaha untuk

draft • 2:50 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

menempatkan Kuil Sri Madurai Veeran yang di Kuala Lumpur. Saya rasa isu ini semua dikenali, dibawa, ditukar ke sebuah tapak yang baharu. Memohon Menteri kalau ada jawapan, apakah garis masa bagi usaha ini untuk selesaikan dan dilaksanakan dalam masa terdekat?

Terima kasih.

draft • 2:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih Yang Berhormat. Saya sedang menunggu satu jawapan dari pegawai. Tetapi sebelum itu dengan izin, saya akan menjawab satu soalan yang, satu perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Klang dan Yang Berhormat Segamat iaitu memohon data maklumat mengenai jumlah masyarakat India yang telah keluar daripada garis kemiskinan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sistem eKasih merupakan pangkalan data kemiskinan nasional yang bertujuan untuk mendaftarkan isi rumah miskin di Malaysia berdasarkan pendapatan garis kemiskinan semasa yang disediakan oleh Kementerian Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia melalui Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah 2022.

draft • 2:50 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Mengikut data dalam sistem ini, pecahan jumlah miskin dan miskin tegar di Malaysia setakat 31 Oktober adalah seperti berikut. Untuk orang Melayu, miskin tegar adalah sebanyak 4,523 orang, miskin 237,170. Untuk masyarakat Cina, 485 yang miskin tegar dan miskin adalah 12,990. Untuk masyarakat India, miskin tegar adalah 717...

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat Menteri.

Pecahan mengikut negeri ada tak?

draft • 3:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Pecahan negeri ya?

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jawapan bertulis boleh?

draft • 3:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Ini hanya untuk Wilayah tapi untuk Yang Berhormat...

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Cakap tadi seluruh Malaysia.

[Ketawa] Itu saya tanya. Kalau seluruh Malaysia, pecahan mengikut negeri ada kah tidak?

[Ketawa]

draft • 3:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Tidak ada. Tidak ada.

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Itu untuk Malaysia kah, wilayah jak?

draft • 3:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Tapi Yang Berhormat, saya sebenarnya mereka hanya memberi jawapan kepada Wilayah Persekutuan. Saya telah memohon dan telah mendapat untuk Sabah dan Sarawak pun ada juga. Tapi exact specific saya tak berapa pastilah. Saya jawab.

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Sebab di Sabah ini berbeza sudah.

draft • 3:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

[Bangun]

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kerajaan negeri sudah noktahkan itu kemiskinan, tiada miskin sudah.

draft • 3:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Kita semua kaya.

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Itu saya mahu tau.

draft • 3:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat, untuk masyarakat India, miskin tegar 717, kategori miskin 22,943. Bumi Sabah dan Sarawak, miskin tegar 1,480, kategori miskin 106,993.

draft • 3:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Yang Berhormat Menteri.

draft • 3:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Biar, biar habis. Biar saya habis.

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini bercanggah dengan kenyataan kerajaan negeri sebab di Sabah sudah tiada miskin tegar, sudah dinoktahkan.

draft • 3:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih, terima kasih. Orang Asli, miskin tegar empat orang, miskin, 363. Kita perlu fikir Yang Berhormat, kita ada lagi satu jabatan DOSM yang membuat perangkaan juga. Ini meliputi lebih – kalau dia lebihkan pendapatan atau sistem hidup dan sebagainya, angka itu sedikit beza.

draft • 3:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Menteri, Menteri.

draft • 3:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Ya?

draft • 3:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Sebab saya takut sudah tak ada masa, sebab ini soalan utama saya. So, kita faham ada miskin tegar tadi. So, apakah unjuran yang digunakan? Berapakah jumlah dikatakan sebagai miskin tegar?

draft • 3:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat, terima kasih. Untuk miskin tegar, amount-nya adalah RM1,198.

draft • 3:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Hanya RM1,100?

draft • 3:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Ya.

draft • 3:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Menteri, kita kena faham. Kita punya gaji minimum pun RM1,700. Kalau begitu, kalau kita nak letakkan RM1,100 sebagai miskin tegar, kalau satu rumah itu dua, tiga orang kerja, kita tak nampak pun. Ia tidak apa-apa pun membawa makna. Ini bukan India atau Cina atau Melayu. Kita patut ada satu unjuran yang teras. Kita nampak miskin tegar ini sebab kita dari awal lagi, kerajaan ini telah membawa satu keadaan yang mana menyatakan kita akan noktahkan kemiskinan. Tapi kalau nampak yang Menteri jawab tadi, kita masih lagi – Wilayah pun ada 700 lebih dia kata. Melayu 4,000, Cina lagi ribu juga ada. Kalau ini perkara, satu-satu setiap negeri masih lagi ada.

draft • 3:00 PM

Seorang Ahli

Betul.

draft • 3:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

So, apakah unjuran daripada itu? Apakah dasar-dasar akan dibuat nanti? Itu yang saya tanya tu. Terima kasih Datuk Seri.

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya ingat Menteri lebih baik bincang dengan Menteri Ekonomi. Kita mahu tahu. Menteri ini smart. Garis panduan untuk menghad itu kemiskinan dalam Malaysia ini. Sungai Buloh pun faham juga mungkin.

[Ketawa]

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sila gulung.

draft • 3:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Ya. Saya dah jawab kepada perkara yang dibangkitkan oleh YB Klang. Sebenarnya lebih teruk dari itu. Itu RM1,198 termasuk kepada, kalau dia adalah kuotanya empat orang dalam rumah yang di – kalau dia berpendapatan RM322 ke atas, setiap satu di antara empat orang itu, dia lagi tidak ada dalam miskin tegar, sekejap. Saya telah mengunjurkan perkara itu kepada pegawai yang katakan ini adalah unrealistic.

[Tepuk] Di kawasan saya pun, I don’t think we can accept-lah.

draft • 3:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih Menteri faham rintihan rakyat-rakyat. Terima kasih.

draft • 3:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

No, no. Sama, sama. Kita semua Ahli Parlimen dalam keadaan yang sama. Kalau ini nombor satu, ia perlu satu holistic approach.

Kita perlu faham bahawa ini adalah satu yang unrealistic. Seperti yang dikatakan oleh YB Kinabatangan, Kementerian Ekonomi pun terlibat. Saya berpendapat ini lebih kepada Kementerian Ekonomi untuk mengambil tahu perkara ini.

Akhir sekali Yang Berhormat, untuk jawab Yang Berhormat Klang. Untuk makluman lanjut Ahli Yang Berhormat, menurut data dalam sistem yang sama, statistik jumlah dari masyarakat India yang telah terkeluar dari garis kemiskinan setakat 31 Oktober 2024, adalah sebanyak 43,634 orang. Ini jawapan.

draft • 3:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Ini bermakna ini...

draft • 3:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Saya ada lagi statistik-statistik, saya boleh memberi kepada Yang Berhormat. Ya?

draft • 3:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Ini daripada Jabatan Perangkaan? Dia dah siasat, dia pergi setiap rumah itu?

draft • 3:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

No, no. Ini, ini dari Jabatan ICU.

draft • 3:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

ICU?

draft • 3:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Ya, ICU.

draft • 3:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Itu sebab kalau apabila kenyataan- kenyataan begini dibuat...

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Klang, masa sudah tamat. Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah habis?

draft • 3:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Belum, belum, belum, belum.

draft • 3:00 PM

Seorang Ahli

Belum.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk.

draft • 3:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Minta sedikit masa saja sebab ...

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Klang.

draft • 3:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

...kenyataan tersebut tanpa apa-apa bukti yang nyata. Ia memberi satu kenyataan yang palsu belaka. So, jangan mengelirukan. Sebab saya percaya kenyataan begini 44,000, bagaimana, apakah dasar yang telah digunakan?

Apakah cara garis ukur yang telah digunakan untuk keluarkan mereka? Ini tak dinyatakan.

So, saya percaya. Saya dengan due respect, saya punya senior pula. So, Menteri, saya sangat hormat sebab memang perjuangan anda begitu lama. So, saya rasa perkara ini

draft • 3:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

patut ada satu kayu ukur yang jelas supaya Dewan yang mulia ini tidak keliru dengan kenyataan tersebut. 44,000 itu berjumlah besar, daripada satu kaum saja, belum tengok kaum-kaum lain. So, maka begitu saya nak dasar ini patut beritahu saya, jawapan secara bertulis pun memadai, ya. Terima kasih.

draft • 3:00 PM

Seorang Ahli

Saya sokong.

draft • 3:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Mak bapa ini hang pa?

[Ketawa] Yang Berhormat, sedikit.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 3:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Ya, saya kena jawab kepada Yang Berhormat Klang, saya nak habiskan itu.

Yang Berhormat Klang, saya difahamkanlah bahawa walaupun ini kategori miskin tegar dan miskin, dia ini bukan statik, is not permanent. Dia ada kalau pendapatan dia sudah lebih, dia akan keluar dari miskin tegar ke miskin atau keluar dari sana pun. They are from hardcore poor to poor. It is nothing statistic because the income of this group may fluctuate, itu sebabnya. Selain dari itu, we will arrange a meeting Yang Berhormat, boleh berjumpa dengan pegawai tersebut dan menjawab perkara.

Akhir sekali mengenai kuil Sri Madurai Veeran. Perkara ini berada di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Saya akan memohon agar kementerian itu menjawab perkara yang dibangkitkan. Terima kasih.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menjawab isu-isu berkaitan MITRA.

draft • 3:00 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Salam sejahtera. Salam Malaysia MADANI. Puan Yang di-Pertua, saya akan menjawab bagi pihak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi kaitan isu-isu MITRA.

Pertama sekali, saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan perkara-perkara berkaitan pembangunan masyarakat India di Malaysia atau lebih spesifik kepada isu-isu di bawah tanggungjawab Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) yang melibatkan Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Bangi dan juga Yang Berhormat Tapah.

Puan Yang di-Pertua, sepertimana yang sedia maklum. MITRA yang diterajui oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) merupakan sebuah unit khas, bertanggungjawab dalam menangani isu pembangunan sosioekonomi masyarakat India. Sehubung itu, MITRA sentiasa di bawah perhatian dan pemantauan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, yang sememangnya sangat cakna dan prihatin terhadap kebajikan dan pembangunan masyarakat India di negara ini. Oleh itu, kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana

draft • 3:08 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Menteri tidak pernah meminggirkan kaum India, malah pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi memperkasakan komuniti India di negara ini.

Menerusi MITRA, antara inisiatif yang dilaksanakan adalah merangkumi program pendidikan, termasuk latihan kemahiran dan bantuan kewangan bagi menampung yuran pengajian di institut pengajian tinggi kepada keluarga B40 serta program-program pembangunan usahawan dan kerjaya masyarakat India.

draft • 3:08 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Selain itu, terdapat juga program pembangunan sosial dan kebajikan serta kerohanian dan kesejahteraan masyarakat India yang meliputi aspek kebudayaan, bahasa, kerohanian, kesukanan dan terutamanya kepada kelompok B40 masyarakat India. Ini adalah bukti komitmen kerajaan pada hari ini yang sememangnya bersungguh-sungguh dalam memastikan masyarakat India di negara ini terus dibela dan diberikan peluang untuk maju seiring dengan kemajuan negara. Puan Yang di-Pertua...

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh tanya sedikit, Yang Berhormat?

draft • 3:10 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Boleh.

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Speaker, MITRA ini sebuah agensi yang diangkat oleh kerajaan untuk menjaga society masyarakat India. Jadi, saya ingin bertanya buat Menteri. Adakah juga MITRA ini melihat ataupun terlepas pandang pada masyarakat India di Sabah, khususnya di Kinabatangan sebab di sana pun ada masyarakat India yang dijaga oleh saya. Terima kasih.

draft • 3:10 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Saya jawab terus Puan Speaker, pada sahabat saya dari Kinabatangan. Sebenarnya, kita pernah tahun lepas berbincang berkaitan hal ini bersama Yang Berhormat Batu Sapi. Saya ingat pandangan akan diberikan oleh Pengerusi Jabatan Pasukan Petugas Khas (JPPK) MITRA iaitu Yang Berhormat Batu yang juga hadir hari ini. Memang India di Sabah tidak akan dipinggirkan, Yang Berhormat.

Kepada Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Batu dan juga Yang Berhormat Jelutong telah mencadangkan supaya peruntukan kepada MITRA ditambahkan kepada RM300 juta daripada RM100 juta. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, di dalam Belanjawan 2025, peruntukan kepada masyarakat India adalah sebanyak RM130 juta yang merangkumi peruntukan kepada MITRA sebanyak RM100 juta dan juga RM30 juta di bawah Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI), di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Walau bagaimanapun, kerajaan melalui kementerian-kementerian lain turut menyediakan pelbagai bantuan kepada masyarakat India. Contohnya, inisiatif-inisiatif di bawah KUSKOP yang melibatkan Program Prosperity Empowerment and New Normal Indian Women (PENN), dengan izin. Pembiayaan sebanyak RM50 juta disediakan di bawah agensi KUSKOP iaitu Amanah Ikhtiar Malaysia. Program Pembiayaan Bank Rakyat - Indian Entrepreneur Financing-i (BRIEF-i) juga berjumlah RM50 juta telah disediakan. Program Business Accelerator untuk syarikat milikan India bersaiz kecil iaitu i-BAP berjumlah RM6

draft • 3:10 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

juta. Ini adalah geran padanan. Juga, baru ini yang telah diwujudkan Program SPUMI Goes Big iaitu berjumlah RM30 juta.

Kesemua inisiatif ini melibatkan dana tambahan dan pembiayaan kepada usahawan India yang berjumlah lebih daripada RM136 juta. Ini tidak termasuk koperasi-koperasi India yang telah mendapat bantuan secara one-off berdasarkan geran untuk mulakan aktiviti- aktiviti koperasi.

draft • 3:10 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Menteri, Menteri. Terima kasih Timbalan Menteri, menjawab bagi pihak PM. Memang kita nampak inisiatif-inisiatif daripada kementerian lain. Saya mengalu-alukan. Tetapi di sini, apa yang kita cuba membawa adalah MITRA telah diwujudkan sembilan tahun dahulu ya, dengan hanya dengan jumlah RM100 juta. Ia tidak pernah ubah.

Apa yang kita nampak, kalau setiap program lain yang diwujudkan seperti khasnya kepada bumiputera ataupun program yang lain kita nampak. Setiap tahun ada peningkatan.

Kenapakah tiada peningkatan di MITRA itu sendiri? Walaupun ada bantuan yang dinyatakan, itu sebab saya belum tahu lagi perkara itu. Tetapi yang MITRA itu kenapa tidak ditingkatkan.

Bagaimanakah pula MITRA ini boleh diperkasakan tanpa tingkatkan bantuan? Terima kasih.

draft • 3:10 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Saya memang menyambut baik apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat dari Klang. Memang peningkatan itu adalah satu yang sedang diteliti dan mungkin di masa yang akan datang kita akan menambah peruntukan tersebut. Tetapi untuk makluman Yang Berhormat juga, antara penerima-penerima daripada program-program yang lain yang Yang Berhormat tidak tahu berkaitan dengan TEKUN.

Setakat ini, TEKUN walaupun dana yang diperuntukkan hanya RM30 juta sebelum ini, sekarang kita sudah mencecah lebih daripada RM42 juta dengan 1,760 penerima usahawan India yang baharu. Program PENN pula khas untuk wanita India, kami telah mengeluarkan setakat hari ini RM22.7 juta dan seramai 2,644 wanita India termanfaatkan daripadanya. Juga, kalau kita lihat daripada Program BRIEF-i. RM50 juta yang disediakan, hampir RM40 juta sudah habis diguna pakai.

Seramai 384 usahawan bersaiz skala besar telah menerima bantuan ini dan juga sederhana. Daripada i-BAP, permohonan i-BAP untuk geran padanan telah dibuka hanya tiga minggu lalu dan telah mendapat sambutan yang baik. Di mana, geran sudah tutup sebab kita telah melepasi jumlah yang disediakan sebanyak RM6 juta itu.

Untuk sambung Puan Yang di-Pertua, para usahawan dari masyarakat India adalah digalakkan untuk merebut semua peluang ini untuk menaikkan dan meningkatkan taraf ekonomi keluarga mereka dan masyarakat India di negara ini yang seterusnya akan membantu menjana dan merancakkan lagi ekonomi negara kerana keusahawanan adalah tulang belakang kepada ekonomi negara.

Mengenai cadangan tambahan dana MITRA seperti yang saya maklumkan tadi, kerajaan akan meneliti cadangan tambahan peruntukan tersebut. Juga, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai

draft • 3:10 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Siput kerana telah membangkit dan juga menarik perhatian kepada mesej-mesej penting iaitu daripada Kerajaan MADANI yang telah kita bahaskan semalam.

draft • 3:10 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

[Bangun]

draft • 3:10 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Saya bagi laluan kepada Sungai Siput. Boleh bagi info sedikit kepada kita.

draft • 3:10 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertama, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang mewakili JPM, yang telah menjawab sewaktu sesi Kamar Khas berkenaan dengan salah satu isu MITRA yang saya bawa. Di mana kelewatan pembayaran yuran subsidi kepada pelajar-pelajar.

Sepertimana yang Yang Berhormat janjikan dalam sesi jawapan iaitu menyelesaikan dalam masa seminggu dan saya telah dimaklumkan oleh seluruh pengerusi-pengerusi tadika, di mana mereka telah terima bayaran itu. Jadi, saya mengucapkan terima kasih bagi pihak pengerusi tadika-tadika seluruh Malaysia.

Soalan saya Yang Berhormat. Apakah pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri terhadap pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, mempertikaikan dan memperlekehkan usaha-usaha PMX? Kononnya, masyarakat India dipinggirkan apabila pembentangan bajet. Itu saya tidak setuju. Sebab itulah dalam perbahasan saya, saya senaraikan. Cuma, saya tidak dapat penuhkan kerana kekangan masa. Apakah pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Timbalan Menteri, masa sudah tamat. Sila gulung.

draft • 3:10 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

[Ketawa] Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Sungai Siput.

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh jawab sekali, Menteri? Last. Apakah pelan jangka panjang MITRA untuk memastikan bahawa masyarakat India di seluruh negara ini terbela untung nasib mereka? Sebab kita juga tidak mahu melihat kaum-kaum yang lain ini seolah-olah tidak terbela masa depan mereka. Jadi, apa pelan jangka panjang, Yang Berhormat?

draft • 3:10 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Okey, saya jawab sekali, Puan Yang di-Pertua.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan dan gulung ya.

draft • 3:10 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Bagi sahabat saya dari Sungai Siput, memang kita ada banyak inisiatif yang sebelum ini tidak dibuat pengumuman. Salah satu contoh saya bagi, sebab saya diminta kali kedua untuk ringkaskan jawapan saya. Satunya adalah program di bawah KPKT. Sebelum ini kita diumumkan bagi perkampungan Cina. Tetapi untuk perkampungan India, juga ada di bawah seliaan Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan. Jumlah peruntukannya adalah sebanyak RM10 juta disediakan tetapi tidak diumumkan. Banyak lagi kalau kita lihat untuk contoh sekolah-sekolah. Bantuan dia diberikan secara sepenuhnya kepada semua tetapi tidak dibagi secara pecahan.

draft • 3:10 PM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Jadi, kalau kita nak bandingkan seperti program-program di bawah KUSKOP yang saya telah mengumumkan tadi, itu tidak termasuk di dalam bajet tetapi program-program tersebut telah direka untuk dikhaskan kepada komuniti India.

Program jangka masa panjang. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Kinabatangan, program masa panjang, kita ada yang telah kami selesaikan buat masa ini. Memang sebelum ini untuk pelajar-pelajar IPTA, sebanyak RM2,000 telah diberikan kepada 10,000 pelajar setakat hari ini. Juga, untuk program dialisis, program kindergarten untuk bantu kanak-kanak yang akan masuk ke sekolah kebangsaan, program STEM.

draft • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Menteri. Timbalan Menteri. Cuma satu minit sahaja saya pohon daripada Timbalan Speaker. Saya cuma ingin merakamkan bahawa di samping perkara-perkara yang telah dihuraikan yang begitu komprehensif, Yang Amat Berhormat juga telah mengadakan perjumpaan dari masa ke semasa bersama dengan Ahli-ahli Parlimen India untuk beliau mengetahui tentang keperluan-keperluan asas, keperluan ekonomi dan sebagainya.

Jadi, saya cuma ingin menyatakan bahawa saya sokong kenyataan Yang Berhormat Sungai Siput tadi. Bahawa semua desas desus ini di luar atau momokan yang dibuat terhadap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kononnya beliau meminggirkan orang India ini adalah sesuatu yang tidak benar. Kerana dari masa ke semasa saya ingin nyatakan di Dewan yang mulia ini. Sila direkodkan. Bahawa keperluan-keperluan kaum India, masyarakat India di luar sana dimaklumkan. Ataupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memohon berjumpa dengan Ahli-ahli Parlimen India baru-baru ini diadakan, di mana kita memaklumkan dan beberapa pengumuman dibuat dari masa ke semasa.

Jadi, saya mohon menyokong dan menyatakan ucapan terima kasih di atas segala inisiatif yang diambil. Terima kasih.

draft • 3:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Timbalan Menteri.

draft • 3:20 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya tak boleh nak confirm kenyataan Jelutong itu sebab...

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat...

draft • 3:20 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Langkawi, MITRA tak sampai.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 3:20 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

MITRA tak sampai Langkawi, Yang Berhormat Menteri.

draft • 3:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Timbalan Menteri. Sedikit saja. Tentang MITRA ini, kenapa diminta untuk peruntukan yang lebih adalah sebab dengan dana yang lebih, kita boleh bantu lebih ramai orang.

Saya bagi contoh. Kalau macam bawah MITRA, saya difahamkan ada bagi bantuan lap-top kepada pelajar India. Tetapi, saya difahamkan mungkin saya silap, tapi tahun lepas

draft • 3:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

yang diberikan adalah lap-top yang refurbished. Kalau kita ada peruntukan yang lebih, kita boleh bagi lap-top yang benar-benar baik, yang baharu, yang up-to-date dengan spec. Itu sebenarnya kenapa permohonan untuk tingkatkan dana MITRA itu dibuat.

Pada masa yang sama, saya juga fikir kita kena tengok bagaimana pelajar-pelajar, mahasiswa India yang mungkin tak dapat masuk kepada universiti awam, masuk universiti swasta, mereka terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih untuk bayar yuran dan sebagainya. Kadang-kadang PTPTN pun tidak cukup.

Jadi, sebab itu dalam perbahasan saya, saya pun cadangkan supaya kita adakan satu dana pendidikan untuk mahasiswa India, spesifik, supaya mereka boleh sekurang- kurangnya dapat bantuan dari segi dana untuk membiayai pendidikan mereka.

Terima kasih, YB Timbalan Menteri.

draft • 3:20 PM

Dato’ Ramanan Ramakrishnan

Saya faham Puan Speaker, saya akan ringkaskan jawapan saya. Tengah landing ini.

Satu yang penting saya ingin menegaskan di sini. Saya terima baik apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jelutong. Mesyuarat sering kala antara Ahli-ahli Parlimen India, ADUN-ADUN India, Senator India berlaku dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Baru beberapa minggu lalu ada dijalankan dan juga kerap lagi akan berlaku.

Untuk menjawab kepada Yang Berhormat Bangi, memang jawapan tersebut saya ada di sini, tetapi masa singkat, saya akan jawab secara bertulis. Tapi, satu saya nak jelaskan adalah program, contohnya, yang berkaitan dengan dana lap-top. Memang itu yang kita katakan tadi. Dana itu daripada RM100 juta untuk dinaikkan dan sedang di dalam pertimbangan. Kerana lap-top-lap-top yang kita bagi itu, kita kena bagi kepada 524 sekolah.

Jadi, 524 sekolah kalau kita bagi semua lap-top baharu, RM100 juta itu akan habis, dan kita tidak boleh lihat kepada pesakit-pesakit dialisis, pelajar-pelajar mahasiswa yang dapat bantuan RM2,000 untuk perbelanjaan semester mereka sebanyak 10,000 orang.

Akhir sekali, Puan Yang di-Pertua. Sebagai penutup, saya ingin tegaskan di sini bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri cukup komited untuk memastikan nasib dan kebajikan masyarakat India terjamin. Beliau juga mengadakan perjumpaan-perjumpaan tertutup dengan ahli-ahli Kabinet, juga Ahli-ahli Parlimen dan ADUN berbangsa India serta pertemuan dengan MITRA baru-baru ini.

Beliau telah memberikan jaminan sebagai seorang Perdana Menteri untuk semua kaum, beliau akan memastikan nasib dan masa depan komuniti India akan sentiasa dijaga dan diberikan perhatian bagi memastikan komuniti India juga akan menikmati semua kebaikan yang ada dan juga pembangunan yang ada di negara serta menaikkan taraf sosioekonomi masyarakat India yang juga akan terus ditingkatkan selaras dengan visi Malaysia MADANI. Sekian, terima kasih.

draft • 3:20 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Adalah tidak adil...

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 3:20 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Adalah tidak adil, Timbalan Speaker...

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sekarang saya jemput Yang Amat Berhormat....

draft • 3:20 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

...Sekiranya...

draft • 3:20 PM

Dato’ Ramanan Ramakrishnan

Saya jawab secara bertulis sebab Kuala Krau...

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

...Menteri dari Kemajuan Desa dan Wilayah untuk menjawab. Terima kasih.

draft • 3:20 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

...Sekiranya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berjumpa wakil India sahaja. Kita pun ada orang India dalam kawasan kita juga, Yang Berhormat.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Langkawi, sila duduk.

draft • 3:20 PM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam perpaduan, salam Malaysia MADANI, Yang di-Pertua dan rakan-rakan Ahli-ahli Dewan Rakyat yang mulia ini.

Sebelum saya meneruskan ucapan penggulungan ini, saya ingin mengalu-alukan rombongan Pemuda dan Puteri Bagan Datuk yang ada di Dewan ini...

[Tepuk] Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah memperuntukkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM11.96 bilion bagi tahun hadapan yang meliputi RM4.47 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM7.49 bilion peruntukan pembangunan. Terdapat peningkatan sebanyak RM410 juta atau 3.51 peratus berbanding dengan tahun yang lalu.

Selain daripada itu, saya juga dipertanggungjawabkan untuk memantau agensi- agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri seperti FELDA, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Majlis Latihan Teknikal dan Vokasional (MTVET).

Saya ingin mengucapkan penghargaan kepada 41 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan mengajukan pertanyaan. Perkara-perkara yang telah saya sebutkan tadi diliputi oleh 41 Ahli-ahli Parlimen. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan izin Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Tenggara, Hulu Terengganu, Tebrau, Kudat, Jelebu, Lawas, Kuala Krai, Jerantut, Puncak Borneo, Kota Belud, Kalabakan, Bukit Gantang, Baram, Bentong, Beaufort, Temerloh, Tenom, Batang Sadong, Kota Marudu, Lumut, Sik, Gerik, Wangsa Maju, Pokok Sena, Ipoh Timor, Tasek Gelugor, Padang Rengas, Jempol, Gopeng, Kuala Kedah, Setiu, Segamat, Julau, Kuala Pilah, Padang Terap, Sipitang, Tampin, Saratok, Baling, Kuala Krau dan Sungai Siput.

draft • 3:26 PM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang di-Pertua, terdapat 19 kategori isu utama yang akan rasa rangkumkan supaya masa yang diberikan kepada saya mencukupi untuk saya menjawab semua pertanyaan dan juga lontaran pandangan. Saya mulakan dengan pandangan daripada Ipoh Timor yang bertanya...

draft • 3:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ipoh Timor tiada dalam Dewan. Tiada dalam Dewan.

draft • 3:26 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tak ada dalam? Tak ada dalam, saya skip ya.

draft • 3:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya. Terima kasih.

draft • 3:26 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya terus masuk ke Tenggara. Tenggara bertanya...

draft • 3:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tenggara pun tak ada dalam Dewan...

[Ketawa]

draft • 3:26 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Selamat masa saya. Gopeng?

draft • 3:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Gopeng ada. Ya, ada.

draft • 3:26 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Untuk Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak ada dalam Dewan, saya akan...

draft • 3:26 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Sungai Siput pun ada.

draft • 3:26 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

...Berikan jawapan bertulis. Sungai Siput belum sampai masa dia.

Yang Berhormat Gopeng bertanya, adakah kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyelarasan dengan semua penyedia latihan TVET di seluruh negara agar kualiti latihan dan pendidikan TVET terjamin serta menepati kehendak dan keperluan pihak industri.

Saya ingin memaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa pemantauan kualiti program TVET diperkukuhkan melalui keharmonian pelbagai sistem jaminan kualiti kepada sistem jaminan kualiti tunggal dan dokumen Code of Practice for TVET Program Accreditation, dengan izin, yang telah diwujudkan sebagai garis panduan dalam pengoperasian sistem jaminan kualiti tunggal.

draft • 3:26 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya juga ingin memaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sewaktu membentangkan belanjawan telah menyebutkan bahawa perbelanjaan TVET telah dinaikkan daripada RM6.8 bilion kepada RM7.5 bilion. Ini merupakan kenaikan sebanyak RM700 juta yang meliputi 12 kementerian dan 1,345 institusi TVET di seluruh negara.

Maka dengan peruntukan itu, apa yang telah kami rancangkan melalui Dasar TVET Negara 2030 yang telah dilancarkan pada tahun ini di mana kita telah menentukan bahawa kaedah lama untuk setiap permohonan memohon terus kepada institusi TVET ini telah kita rombak dengan mewujudkan Unit Pusat TVET, di mana terdapat lebih daripada 5,000 kursus yang kita tawarkan dan akreditasi diberikan oleh dengan izin, single accreditation agency. Di

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

mana kita dapati pada tahun ini sahaja yang sedang belajar di institusi TVET di seluruh negara adalah seramai 408,000 orang, meningkat 100 peratus daripada tahun sebelumnya.

Maka dalam keadaan yang beginilah standard dan kurikulum, program TVET telah dipertingkatkan dan tumpuan daripada sistem TVET konvensional kepada high TVET, termasuklah kursus EV, IoT, AI, solar dan pelbagai kursus yang sesuai dengan permintaan sektor pekerjaan terutamanya apabila foreign direct investment (FDI) dengan izin, yang mencurah-curah masuk ke negara kita.

Ini bagi mengelakkan supaya tidak berlaku mismatch antara keperluan oleh industri dan juga tawaran kursus-kursus yang disediakan oleh semua institusi TVET, termasuk institusi TVET yang dilaksanakan oleh kementerian-kementerian dan juga kerajaan-kerajaan negeri juga pihak swasta. Jadi, kita rangkumkan semua supaya terdapat keberkesanan kepada perbelanjaan yang dikeluarkan oleh kerajaan dan juga dukungan oleh pihak industri dan juga pihak swasta.

Isu yang kedua adalah mengenai pembiayaan pendidikan MARA.

draft • 3:30 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat, saya ada juga bercakap sikit tentang TVET. Saya nak dapatkan confirmation Yang Amat Berhormat sebut tadi itu yang unit itu macam — adakah dia sama macam, lebih kurang macam UPU di KPT? Maknanya nak masuk ke semua IPTA itu dia melalui satu tempat permohonan. Itu saya nak minta confirmation.

Kedua, saya ada mencadangkan juga, kalau setengah-setengah pusat itu digabungkan sebabnya ada satu, dua agensi, yang di bawahnya ada jumlah institusi TVET itu kecil sangat. Jadi, kalau kita nak jaga kualiti, career path dengan izin, para pengajar itu kalau tak betul caranya itu mungkin dia demotivated, dengan izin. Tapi mungkin kalau ada penyelarasan, jadi tak adalah timbul yang kecil-kecil itu terasa dia terpinggir. Terima kasih.

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Pernah sekali bahawa UP TVET ini menyamai apa yang telah dilakukan oleh UPU supaya terdapat penyelarasan semua ya.

Usaha untuk menggabungkan institusi TVET juga sedang dijalankan supaya tidak berlaku pertindihan di kalangan institusi TVET.

Yang di-Pertua, saya ingin pergi ke soal pembiayaan pendidikan MARA. Saya ingin merujuk kepada soalan yang dikemukakan oleh Jelebu di mana Jelebu mencadangkan satu liaison officer MARA diwujudkan bagi memantau dan berhubung terus dengan semua Ahli Parlimen di kawasan Parlimen masing-masing supaya bantuan pembiayaan pendidikan dapat dilaksanakan dengan lebih pantas.

Buat masa ini, terdapat 14 pejabat MARA negeri dan 121 pejabat MARA daerah.

Setakat ini walaupun cadangan itu sangat baik oleh Jelebu atas minat beliau kepada MARA, mungkin satu hari nanti beliau akan menjadi Pengerusi MARA. Satu hari nanti. Tetapi yang pentingnya ialah 121 pegawai-pegawai MARA daerah telah diarahkan untuk mempunyai hubungan rasmi dengan semua Ahli-ahli Parlimen.

Kerap kali sesebuah daerah mempunyai dua atau tiga Ahli-ahli Parlimen. Jadi, mustahil untuk kita melantik 191 Ahli-ahli Parlimen di Semenanjung dan Sabah dan

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

selebihnya di Sarawak kerana terdapat 222 Ahli-ahli Parlimen. Jadi, buat masa ini kita manfaatkan kepada 121 pegawai-pegawai MARA di peringkat daerah itu.

Puncak Borneo bertanya dan memohon perincian data dalam kawasan Parlimen Puncak Borneo tentang berapakah jumlah tajaan anak-anak bumiputera bukan Islam yang mendapat tajaan MARA? Suka saya menyebutkan bahawa jumlah anak-anak bumiputera bukan Islam yang mendapat pinjaman tajaan MARA sejak 2014 hingga 2024 adalah seramai 2,763 orang. Daripada jumlah itu, 70 peratus pelajar bumiputera bukan Islam merupakan pelajar dari Sabah dan Sarawak.

Perkara yang ketiga yang ingin saya sentuh ialah mengenai perusahaan industri halal MARA. Yang Berhormat Beaufort bertanya dan mencadangkan supaya perusahaan industri halal mini diwujudkan di Daerah Beaufort bagi kegunaan usahawan dalam industri makanan dan minuman di kawasan berkenaan.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, MARA telah menyediakan sebanyak 7,289 ruang niaga dengan kapasiti pengisian yang sedia ada sebanyak 91 peratus. Di Sabah umpamanya, MARA telah menyediakan 315 ruang niaga dengan kapasiti pengisian sebanyak 97 peratus. Ini termasuklah di Daerah Beaufort sendiri di mana MARA telah menyediakan 27 ruang niaga dengan kapasitinya 100 peratus.

Buat masa ini, MARA memfokuskan kepada pembangunan program Transformasi Perusahaan Industri Halal yang melibatkan kerja-kerja menaik taraf fasiliti dan juga kemudahan di MARA Halal Industrial Park mengikut spesifikasi bagi pensijilan halal di GMP dan juga di HACPP seperti MHI Park di Tambun, di Pengkalan Chepa, Kelantan; di Demak Laut, Kuching; di Kuala Perlis; di KIMAR, Wilayah Persekutuan dan juga Inkubator Teknologi Makanan MARA (INTEM) di Wilayah Persekutuan. Setakat ini sebanyak 153 ruang niaga yang terlibat dalam program ini telah memberi manfaat kepada 117 orang usahawan.

Perkara lain yang ingin saya sebutkan ialah mengenai Kolej Profesional MARA, di mana Yang Berhormat Beaufort juga bertanya apakah status Kolej Profesional MARA di Beaufort? Saya ingin menyebut di Dewan yang mulia ini bahawa pihak penjual tanah untuk tapak kolej berkenaan telah selesai melaksanakan proses pengukuran dan pecah sempadan lot tapak Kolej Profesional MARA di Beaufort itu. Hak milik individu juga telah dikeluarkan pada 19 September tahun ini. Mengikut status terkini pihak penjual dalam proses mendaftarkan pindah milik tapak berkenaan kepada MARA dan proses pembinaan dapat dimulakan, insya-Allah setelah semua urusan pindah milik diselesaikan.

Selanjutnya adalah mengenai Maktab Rendah Sains MARA. Yang Berhormat Jerantut, Lawas, Lumut dan Sik bertanya mengenai perkara ini. Sehingga kini terdapat 57 MRSM beroperasi di seluruh negara dengan kapasiti keseluruhan pelajar berjumlah 44,870 orang. Terdapat enam buah MRSM di negeri Pahang iaitu di Kuantan, Muadzam Shah, Bentong, Kuala Lipis, Pekan, Bera yang mempunyai kapasiti pelajar seramai 4,660 orang.

Terdapat empat buah MRSM di Sarawak seperti di Kuching, Betong, Mukah serta di Bintulu dan terdapat seramai 2,700 pelajar dan masih terdapat ruang untuk pengisian pelajar di kedua-dua negeri tersebut.

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terdapat sembilan MRSM di negeri Perak, Taiping, Gerik, Lenggong, Pasir Salak, Trolak, Pengkalan Hulu, Parit, Kuala Kangsar, Bagan Datuk, dengan kapasiti keseluruhan pelajar adalah seramai 7,490 orang dan kos pembinaan untuk MRSM Sik ditanya oleh ahli Yang Berhormat, berdasarkan maklumat daripada Makmal Pengurusan Nilai adalah sebanyak RM99.47 juta. Namun terdapat peningkatan kos yang ketara, tambahan sebanyak RM21.56 juta dan ini insya-Allah kit a akan masukkan dan sehubungan dengan itu, pembinaan MRSM Sik buat masa ini kita akan bawa pelaksanaannya pada RMKe-13, insya-Allah.

Terdapat enam MRSM, di negeri Kedah, ya di Kulim, Langkawi, Pendang, Kubang Pasu, Merbok dan Baling. Dengan jumlah kapasiti pelajar seramai 4,980 orang dan kita juga menumpukan kepada beberapa MRSM yang baru. Saya tahu bahawa terdapat beberapa permintaan daripada ahli-ahli yang lain dan kita akan masukkan insya-Allah RMKe-13 dan kita akan melakukan penelitian terhadap permintaan-permintaan begitu. Mana-mana negeri terlalu banyak MRSM insya-Allah kita akan lakukan pemindahan ke negeri-negeri yang agak kurang MRSM.

KKDW juga memberi tumpuan kepada penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan fasiliti di Institut Pendidikan MARA (IPMa) di seluruh negara. MRSM juga tidak terkecuali dan bagi bangunan-bangunan MRSM yang telah berusia melebihi 15 tahun kita akan mencari jalan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kemudahan pembelajaran dan kita mahu supaya soal pembelajaran ini kondusif untuk anak-anak kita yang belajar di MRSM yang berkenaan.

Saya ingin pergi ke soal RISDA, yang terkait dalam soal pekebun-pekebun kecil di mana Yang Berhormat Tenggara, beliau sendiri adalah Pengerusi FELDA, sepatutnya beliau tanya pada diri beliau sendiri. Beliau bertanya kenapa tidak diperkenalkan klon RRIM-600 dan RISDA dicadangkan melaksanakan sendiri tentang kajian baka getah. Sebenarnya soalan ini sepatutnya dijawab oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi ya tetapi saya berasakan bahawa benih RRIM-600 ini, perbincangan telah diadakan dengan Lembaga Getah Malaysia dan insya-Allah perundingan-perundingan akan dijalankan dan saya akan beritahu juga kepada Pengerusi RISDA yang berkenaan secara lisan.

Yang Berhormat Padang Terap mencadangkan supaya ditingkatkan bantuan musim tengkujuh atau BMT daripada RM800 kepada RM1,000. Sebenarnya BMT adalah inisiatif yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu pekebun kecil yang terjejas pendapatan saban tahun akibat fenomena musim tengkujuh. Kita ketahui bahawa BMT ini bermula pada tahun 2018, dengan bantuan sejumlah RM600 ketika itu untuk setiap pekebun kecil dan kadar ini berkekalan hingga tahun 2022 tetapi telah ditambah RM800 dan permintaan untuk RM1,000 ini saya fikir kita akan mencari justifikasi untuk membantu, dengan jumlah yang lebih tinggi itu.

Padang Terap juga minta supaya satu kajian penetapan gaji minimum pada pekerja sektor getah. Saya ingin sebutkan pekebun-pekebun getah tidak ada gaji minimum, itu

draft • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

pendapatan yang diperolehi oleh mereka dan kita tidak berhasrat untuk meletakkan gaji minimum kepada mereka.

Mengenai Tabika dan Taska KEMAS Yang Berhormat Kota Belud, memohon supaya pembaikan Tabika dan Taska KEMAS di Kota Belud dan juga di kawasan-kawasan persekitarannya. Saya ingin menyebutkan bahawa, pihak KEMAS telah memperuntukkan jumlah yang munasabah untuk kenaikan taraf dan membaiki tabika-tabika berkenaan dan insya-Allah untuk Kota Belud, saya akan memberikan detail kepada beliau secara bertulis.

Begitu juga tentang beberapa cadangan yang lain oleh Kota Belud dan ahli-ahli parlimen yang lain dan insya-Allah – kerana 10,883 Tabika KEMAS di seluruh negara, jadi kita akan lakukan pembaikan dan juga kenaikan taraf secara berperingkat, insya-Allah.

Selanjutnya, saya ingin menyentuh...

draft • 3:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Pagoh, Bagan Datuk...

draft • 3:40 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

draft • 3:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tak sebab...

[Ketawa]

draft • 3:40 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Ini BBC kena tukar ni.

draft • 3:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tuan Yang di-Pertua, sebab saya tengok Yang Berhormat Pagoh bersembang dengan Yang Berhormat Larut. Jadi saya nak mengingatkan mereka sebab kita sedang dalam persidangan.

draft • 3:40 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Bagan Datuk, perkara yang penting adalah apabila Yang Amat Berhormat Bagan Datuk sebutkan tadi berkaitan tabika di bawah Yang Amat Berhormat, di bawah KEMAS. Kita betul, kita ada banyak pendidikan awal kanak-kanak tetapi adakah kapasitinya mencukupi, bukan sekadar untuk kita menaik taraf atau kita membaiki tetapi apakah elok sekiranya kementerian Yang Amat Berhormat perluas dan perbesarkan kerana apabila reformasi dibuat di bawah KEMAS, dengan KEMAS huffaz nya, ia menarik ramai tetapi kapasitinya tidak cukup terutamanya kawasan saya di kawasan Paya Besar.

Apakah pandangan Yang Amat Berhormat supaya kita tambah baik, perluaskan kapasiti. Kalau dua kelas tambah satu kelas daripada kita buat ditapak yang baru tetapi kalau kita boleh tambah kelas tersebut, saya fikir ia satu pandangan yang baik. Terima kasih Yang Amat Berhormat Bagan Datuk.

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang Amat Berhormat, saya pun fasal KEMAS ini boleh tambah sikit?

draft • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Nanti saya akan bagi peluang tapi saya minta Paya Besar jangan ganggulah apabila Presiden dan Timbalan Presiden sedang bersembang walaupun di dalam Dewan yang mulia ini.

[Ketawa] Tentu ada perkara-perkara yang penting. Untuk soalan itu...

draft • 3:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Speaker, ini sangkaan jahat ni.

[Ketawa] Kita nak bincang apa yang kita nak tanya dengan Bagan Datuk

draft • 3:40 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

sebab adakan panjang lagi, lepas ini kita kata yang itu boleh tak kita tanya? Itu yang sebenarnya, sebab itu jangan sangkaan jahat. Saya tahu yang berdua tu Paya Besar dan Kinabatangan, mereka

draft • 3:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

dua tadi “Kacau, kacau dua-dua tu.” Saya dengar, jadi tak apalah, kita gembira di sini sebab semua sahabat tapi jangan ada sangkaan jahat, sudahlah. Terima kasih.

draft • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Mohon Tuan Yang di-Pertua maafkan mereka [Ketawa] dan cepat-cepatlah patah balik.

[Ketawa] Untuk soalan itu, insya-Allah ya kerana jumlahnya terlalu besar ya di seluruh negara. Kita akan tambahkan ya mengikut keperluan dan kita tahu bahawa Tabika KEMAS ini kita telah ubah modulnya kepada Tabika Pra Tahfiz, di mana di akhir tahun 2026 insya-Allah seramai 600,000 pelajar-pelajar tadika ini kita akan latih mereka untuk menghafal ayat-ayat di juzuk ketiga puluh dan juga ayat-ayat yang penting dalam Al-Quran. Insya-Allah kita lakukan pendidikan celik al-Quran ini daripada peringkat awal kerana mereka di peringkat awal ini sangat berkesan. Hasil kajian yang dibuat bahawa lebih daripada 57 peratus di kalangan mereka telah menghafal ayat-ayat itu dalam tempoh satu tahun dan insya-Allah program ini kita akan teruskan.

Untuk Pusat Komuniti Desa Yang Berhormat Batang Sadong telah memohon penambahan Pusat Komuniti Desa ini dan insya-Allah kita akan lakukan yang terbaik. Saya juga hari Sabtu dan Ahad yang lalu berada di Sarawak dan kita telah mengambil kira tentang perkara ini di mana Pusat Komuniti Desa ini kita tidak ada statik ke center tetapi kita gunakan PDK mobile. Ertinya yang bergerak.

draft • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Jadi, lebih banyak lagi stakeholders yang akan merasa perkhidmatan yang akan diberikan olek PKD ini. Selanjutnya, saya ingin berpindah kepada migrasi luar bandar ke bandar di kalangan orang-orang kampung. YB Segamat bertanya, apakah perancangan kerajaan bagi memberhentikan migrasi ini dan apakah langkah penyelesaiannya? Dan saya ingin menyebutkan bahawa melalui Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) 2030 dan Pelan Strategik KKDW 2021 telah menjajarkan fokus strategi berkaitan dalam memastikan masyarakat luar bandar mempunyai akses kepada infrastruktur asas dan kemudahan sosial yang setanding dengan kawasan bandar. Dan bagi golongan belia, usaha pengukuhan dan pemantapan pelaksanaan program-program pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional atau TVET juga telah dibawa ke kawasan-kawasan luar bandar itu.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat, boleh mintak sikit? Terima kasih Yang Amat Berhormat. Ini soal migrasi masyarakat luar bandar ke bandar ini. Mungkin Yang Amat Berhormat boleh berbincang dengan kementerian yang lain untuk membuat Blue Ocean Strategy, di mana mungkin di luar bandar ini perlu diberi peluang pekerjaan dan juga mungkin peluang-peluang perniagaan sama ada SME kah dan sebagainya. Kalau tidak, migrasi ini tidak akan dapat dibendung dan ini berlaku. Contohnya, daripada Sabah. Lebih kurang 350,000 belia-belia Sabah berada di Lembah Klang ini, di Johor dan Pulau Pinang sebab memburu pekerjaan. Jadi, ini bagaimana mekanisme yang akan direncanakan oleh kerajaan untuk membendung migrasi ini berlaku?

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terima kasih Yang Berhormat. Mekanisme yang pertama bagi mitigate, untuk melakukan pembendungan penghijrahan ini yang pertama,

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

untuk Sabah khususnya, tukar kerajaan. Yang keduanya, beberapa program KKDW dengan kerjasama beberapa kementerian yang lain soal yang penting ialah soal...

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Yang Amat Berhormat, Yang Amat Berhormat. Boleh saya tanya? Saya- ini kena serius sedikit Yang Amat Berhormat.

Kinabatangan tanya soal yang saya ingat memang relevan. Kita tidak mahu terlampau banyak sangat migration di kawasan-kawasan luar bandar ke bandar-bandar yang besar ini.

Kalau dari strategi kerajaan untuk transfer industri-industri yang terlampau pesat, contohnya di Selangor ini kita pindahkan ke Kinabatangan, sebagai contoh. Saya ingat memang itu adalah sesuatu strategi yang baik. Tak payahlah tukar kerajaan. Ini...

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jangan memerli Yang Berhormat.

[Ketawa]

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tak payah tukar kerajaan. Saya rasa kerajaan Yang Amat Berhormat itu sudah baik. Kita tidak kacau pun, cuma yang kita nak, perancangan yang dibangkitkan oleh Kinabatangan itu adalah sesuatu pandangan yang baik.

Kami menyokong supaya ianya dibuat di seluruh negara. Itu adalah perkara yang lebih baik.

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, saya nak jawab macam itulah tadi sebenarnya.

[Ketawa] Ada dalam jawapan saya ini umpamanya, vokasional salah satu kaedahnya, supaya pekerjaan itu diwujudkan dan kita mempunyai satu program dipanggil Tekno Usahawan Tempatan. Ertinya, kita wujudkan kursus yang begitu supaya mereka dapat buat, melakukan usaha untuk perekonomian mereka di tempat itu, di samping pembiayaan yang dilakukan supaya mereka dapat hidup. Di samping itu, kita mempunyai Program Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung atau PROSPEK. Ini satu lagi untuk menambahkan pendapatan. Di samping itu juga, kita membangunkan ekonomi luar bandar melalui pelaksanaan program-program yang lain seperti Program Pendigitalan Usahawan di bawah Program Desamall dan kita telah memulakan perkara ini.

Begitu juga pelaksanaan program-program kementerian untuk membawa investors, pelabur-pelabur untuk pergi ke bukan sahaja Kinabatangan. Saya tidak akan lupakan Larut sebagai kawasan yang juga penting. Semoga Yang Berhormat terus kekal di sana tapi BN akan tetap lawan di sana. Dan mengikut survey migrasi tahun 2022, DOSM umpamanya telah memperlihatkan bahawa trend aliran migrasi dalam negeri melibatkan luar bandar ke bandar semakin berkurangan, Yang Berhormat ya. Berkurangan sebanyak 3.2 peratus pada tahun 2020 kepada hanya 2.4 peratus pada tahun 2022. Dalam tempoh dua tahun itu.

Selanjutnya, saya ingin menyentuh mengenai kesejahteraan masyarakat Orang Asli di mana...

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, Yang Berhormat, minta penjelasan sedikit ya. Saya mempunyai pandangan yang berbeza. Saya menggalakkan supaya migrasi berlaku daripada luar bandar ke bandar. Kalau tidak, bandar akan tinggal kepada orang asing. Yang Berhormat, kalau mereka kata luar bandar kita nak buat satu industri untuk orang luar bandar, dia tidak ada alternatif. Itu saja tetapi kalau dia mari ke bandar, dia banyak alternatif. Kalau gagal sini, dia pergi sana. Dia jadi banyak pilihan.

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tetapi kalau kita masuk ke luar bandar, hanya satu saja. Jadi, apakah cadangan Yang Berhormat untuk membolehkan kalau betul-betul kita nak develop luar bandar itu, dia tidak boleh hanya ada satu, dua, kita kata beri peluang pekerjaan. Dia orang tidak ada pilihan sebab sekarang ini, bandar sekarang ini sekarang dikuasai oleh orang asing. Dan kalau sekiranya kita tidak benarkan migrasi daripada luar bandar ke bandar, bererti orang asing akan menguasai bandar dan ini merupakan satu kerugian yang besar kepada negara.

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Sebenarnya adakah Arau tidak bersetuju dengan Larut yang mempunyai pendapat yang berbeza? Tetapi...

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, Arau dengan Larut ini setuju tetapi kalau nak buat dekat Larut, tidak boleh buat satu kilang, tidak boleh.

Sekurang-kurang 10 kilang, then baru ada pilihan. Dia di bandar akan terus, bukan hanya buat satu kilang, tidak. Kita kena bandar kan luar bandar. Itu saya setuju tetapi kalau setakat kita pergi satu kilang untuk pergi tempat Bung buat kilang sardin sebagai contohnya, jadi dia tidak boleh, tidak ada pilihan. Bandar ini, MADANI ini, MADANI itu bandar. Kena bandar itu diperkukuhkan dengan kehadiran lebih ramai warga tempatan. Terima kasih.

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, saya tak bersetuju dengan Arau ini.

[Ketawa] Saya lebih bersetuju dengan Yang Amat Berhormat Bagan Datuk lagi pasal isu ini beza, Yang Amat Berhormat. Apa salah kalau kita- contoh, saya nak bagi contoh. Germany satu ketika dulu, itu yang mereka lakukan. Sesuatu bandar yang- pekan- pekan kecil walaupun jauh tapi diletakkan industri-industri yang tertentu sehinggakan kampung itu seluruh orang bekerja dengan industri itu. Dan ianya menjadi sesuatu yang dipertanggungjawabkan untuk semua masyarakat di situ untuk membangunkan produk itu.

Sebab itu Yang Amat Berhormat punya idea nak bawa ke Larut, ke Bagan Datuk, tidak payah Araulah.

[Ketawa] Itu adalah idea yang baik dan saya rasa bila kita lakukan ini, insya-Allah sebab peluang-peluang yang ada ini, ya lah bukan saya nak katakan orang kita orang Melayu, kebanyakannya daripada kaum-kaum ini, mereka lebih suka berdekatan dengan tempat mereka dilahirkan. Jadi, kalau ini boleh kita lakukan dengan fokus TVET yang tadi pun Yang Amat Berhormat dah maklumkan, saya ingat industri itu boleh kita bawa ke kampung dan kita berikan fokus bersama dengan TVET tadi. Ini adalah satu cadangan yang baik dan insya-Allah saya akan berikan sokongan. Terima kasih.

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat...

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Arau, Arau, Arau boleh berbincang dengan Larut nanti.

[Ketawa]

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bukan, saya nak beritahu ini. Tuan Speaker, ini kena bagi peluang kepada saya sebab ini soal masa depan negara, Yang Berhormat. Bandar satu, Kuala Lumpur tapi luar bandar ada 1,000 kampung. Mampukah kita pergi kepada 1,000 kampung? Kata kita pilih pilihan-pilihan kampung, tak apalah macam Arau, Larut termasuk? Saya tidak pasti. Okey tapi kalau kita ingat, kalau di Perlis pekannya Kangar tapi kampungnya ada 148. Apakah kita nak pergi bangun- bolehkah kita bangunkan 148? Sukar. Jadi, pilihan kampung saya setuju tapi bukan semua kampung dan saya lebih

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

mirip bahawa bandar ini mesti ada satu pengimbangan orang yang bekerja di bandar. Kalau tidak, orang datang ke Malaysia, “Ini Malaysia ke bandar apa?” Sebab, penuh dengan orang asing.

Jadi, Yang Berhormat Larut akan bersetuju dengan saya...

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Boleh bincang nanti.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini masa depan negara ya. Terima kasih.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, itulah sebab. DNA mereka sama...

[Ketawa] Jadi, untuk makluman Dewan yang mulia ini, terdapat 15,557 kampung di seluruh negara. Jadi, kita kompromilah kombinasi supaya di kampung kita majukan, yang hijrah, kita lakukan supaya mereka melakukan sosial mobiliti secara menegak, vertical social mobility, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Arau sendiri bersama keluarganya yang berhijrah ke Kuala Lumpur dan menjadi wakil rakyat Arau seterusnya.

draft • 4:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Amat Berhormat Bagan Datuk, boleh sikit lagi? Sikit sahaja. Saya nak minta pandangan Yang Amat Berhormat.

Apabila Yang Amat Berhormat kata nak membangunkan kawasan luar bandar, saya setuju kerana ini, betul, perlu ada sosial mobiliti. Tetapi, kita ada peluang besar ini, Yang Berhormat. ECRL. Kita dah terlepas KTMB untuk bangunkan kawasan-kawasan stesen sepanjang jajaran KTMB satu ketika dahulu. Apakah pandangan Yang Berhormat, kerajaan pimpinan di bawah kementerian Yang Berhormat supaya melihat ECRL?

Kerana, saya lihat stesen-stesen ECRL ini di kawasan-kawasan penempatan luar bandar dan sudah pasti kita boleh jadikan stesen-stesen ECRL ini sebagai catalyst untuk pembangunan industri supaya kita dapat mewujudkan satu business model yang baik untuk generasi yang mendatang. Terima kasih, Yang Amat Berhormat.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Itu pandangan yang lebih baik daripada Arau dan Larut kerana ECRL, secara tepatnya, melalui kawasan-kawasan yang dihajati untuk dimajukan terutamanya stesen-stesen yang telah dikenal pasti. Benar bahawa ECRL ini menjadi pemangkin kepada, dengan izin Yang di-Pertua, new development area or region dan inilah rancangan jangka panjang sebenarnya sedang dilakukan.

Oleh sebab itu, kolej MARA, GIATMARA, IKM dan pelbagai lagi pusat latihan seperti ILP turut ditempatkan atau dibina di kawasan-kawasan berkenaan supaya kawasan itu maju dan tidak berlaku migrasi yang terlalu banyak, walaupun kita nampak ada penurunan. Dan apa yang telah diharapkan oleh Larut tadi adalah sangat tepat dan saya fikir mesti ada perimbangan di antara kawasan luar bandar dan juga di kawasan pinggir bandar dalam perkara ini.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Saya ingin nak beralih ke soal kesejahteraan masyarakat Orang Asli di mana kita tahu Semporna juga pernah menjaga kementerian ini dahulu.

Tebrau bertanya mengenai isu projek bekalan air di Kampung Orang Asli Pasir Salam, Tebrau. Saya ingin menyebutkan bahawa, secara spesifik, di Perkampungan Orang Asli Pasir Salam ini adalah kawasan rizab pantai dan air yang diperoleh daripada tube well tidak cukup baik untuk diminum kerana persekitarannya itu adalah kawasan sawit. Kita sedang melakukan beberapa tindakan untuk mencari jalan supaya Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Johor memberikan bekalan air bersih. Setakat ini, kita menggunakan tangki-tangki air daripada Syarikat Air Johor (SAJ) untuk dibekalkan di kampung Orang Asli berkenaan dan kami terpaksa membelanjakan tahun lalu sahaja dengan tahun ini, sebanyak RM150,000 untuk pembekalan di kawasan Orang Asli.

draft • 4:00 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

[Bangun]

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Kebetulan Yang di-Pertua juga adalah penasihat kepada Jawatankuasa Pembangunan Orang Asli di seluruh negara dan saya ucapkan tahniah kepada itu.

draft • 4:00 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Yang Berhormat Bagan Datuk. Tebrau.

Tebrau di belakang. Terima kasih, Yang Berhormat Bagan Datuk.

Ya, memang sebenarnya kawasan itu memang tidak sesuai untuk tube well sebab salination juga satu isu dan juga kawasan sawit. Tapi, apa yang memang dinanti-nantikan atau dipohon oleh Orang Asli di Kampung Pasir Salam sebenarnya adalah akses paip air.

Akses paip air yang boleh terus ke kampung dan juga ke rumah mereka di mana sekarang ada hampir 40 keluarga di sana. Dan daripada tinjauan saya, yang paling dekat itu di Eco Green Valley. Kalau tidak silap, mungkin dalam lingkungan tak sampai 10 kilometer daripada― eh, tak sampai 10 pun. Mungkin lima sahaja. Di sana, ada paip akses yang boleh terus ke rumah mereka.

Kalau itu boleh dibuat, maka saya selaku wakil rakyat Tebrau amat berterima kasihlah kepada Yang Berhormat. Kalau sementara tidak boleh buat dulu, mungkin boleh kita tambahkan bekalan air yang masuk ke kampung itu, Yang Berhormat, sebab sekarang mungkin mereka rasa kekerapan itu tidak cukup. Sekian, terima kasih.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang di-Pertua, insya-Allah, cadangan ini akan kita pertimbangkan. Tetapi, JAKOA Johor mencadangkan agar mereka diberikan kawasan yang baharu kerana itu adalah kawasan rizab pantai. Jadi, hak milik pun tidak kekal untuk mereka. Jadi, untuk jangka panjang, saya akan berunding dengan Yang di-Pertua lah di mana kawasan dan kaedah yang terbaiklah untuk...

draft • 4:00 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Okey. Bila runding, sila jemput saya juga ya, Dato’...

[Ketawa]

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Itu hampir pastilah. Insya-Allah.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Mengenai kesejahteraan masyarakat Orang Asli juga, Yang Berhormat Bentong dan Temerloh memohon disegerakan pewartaan tanah masyarakat Orang Asli. Saya ingin menyebutkan bahawa Yang di-Pertua sebagai Penasihat Pembangunan Orang Asli telah memulakan beberapa usaha untuk pengukuran kerja-kerja tanah. Setakat ini, kita telah membelanjakan RM18 juta bagi kerja-kerja pengukuran berkenaan di mana pada tahun 2022, 14,271 ekar telah diukur, manakala pada tahun lalu seluas 5,936 ekar juga telah diukur dan pada tahun ini, seluas 5,806 hektar telah diukur. Saya harapkan daripada keseluruhan 853 kampung Orang Asli di seluruh negara, di mana sejumlah 295 kampung Orang Asli dengan keluasan tanah lebih kurang 40,414 hektar telah diwartakan di bawah Akta Orang Asli 1954 [Akta 134] mengikut Kanun Tanah Negara 1965 dan perundangan-perundangan terdahulu yang berkaitan.

Manakala pewartaan tanah-tanah bagi kegunaan Orang Asli yang terletak di bawah bidang kuasa pihak kerajaan negeri, selaras dengan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, juga kita akan santuni. Setakat ini, sejumlah 272 permohonan pewartaan kampung Orang Asli dengan anggaran keluasan 80,000 hektar telah dikemukakan kepada pihak berkuasa negeri dan permohonan tersebut juga masih dalam pertimbangan pihak berkuasa negeri dan saya sendiri turun ke beberapa negeri untuk berunding dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri yang berkenaan, begitu juga untuk Sabah dan Sarawak.

draft • 4:00 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey, Yang Berhormat Menteri.

Temerloh. Temerloh sini. Okey, terima kasih terhadap pewartaan yang dilaksanakan. Moga sampai jualah kepada kampung Orang Asli di Temerloh.

Saya juga menyuarakan tentang kemudahan terutamanya di Kampung Sungai Leleh.

Mereka ini lebih daripada 30 tahun dan setiap kali hujan, air akan masuk ke dalam rumah.

Longkang tak ada, jalan pun dah daif. Mereka mengharapkan supaya rumah juga ditambah kerana dalam sebuah rumah, mereka hidup dua dan tiga keluarga.

Begitu juga Kampung Mengkuang dan juga Kampung Sungai Leleh. Jadi, saya mengharapkan perhatian kemudahan air, kemudahan elektrik, jalan, longkang untuk kemudahan. Sebab, saya melihat berlaku pertambahan dalam bajet untuk JAKOA. Terima kasih, Menteri.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Benar, JAKOA telah diberikan peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta. Tambahan daripada yang ada dan ini termasuk, insya- Allah, di Temerloh. Saya harap Yang Berhormat bersama-sama dengan saya apabila saya turun ke kampung Orang Asli berkenaan bersama-sama dengan Ketua Pengarah ya.

draft • 4:00 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey, terima kasih.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Kita akan santuni dengan baik.

Saya ingin berpindah kepada soal pengurusan bencana, NADMA. Walaupun bukan di bawah...

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, sikit, Yang Berhormat. Sikit sahaja. Fasal, saya sebut, tapi saya ingat Yang Berhormat tak masuk jawapan itu.

Yang pertama sekali, saya gembira. Hari ini yang paling gembira dalam dunia bila Larut dengan Bagan Datuk bersama-sama dan sedang diperhatikan oleh Petrajaya. Dengan itu, MoU pasal peruntukan dapat diselesaikan elok-elok ya...

draft • 4:00 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jangan nampak berbaik tapi kami tak dapat apa. Jadi saya minta Larut dengan Bagan Datuk bercakap disaksikan oleh Petrajaya, kita selesai elok-elok seperti Speaker selesaikan masalah Jelutong dan juga Pendang tadi. Cara elok-elok, adik-beradik ya.

Ok, soalan saya Yang Berhormat, Yang Berhormat masa pilihan raya yang lepas, Yang Berhormat melawat di banyak pos-pos Orang Asli di Gua Musang. Salah satu pada pos itu saya lupa nama ‘Gip’ atau ‘Tohoi’, Yang Berhormat janji nak buat jalan tar. Jadi dah masuk dalam ucapan saya. Bilakah janji-janji nak ditunaikan untuk pembinaan jalan kepada kampung-kampung Orang Asli? Ada empat kampung, terima kasih.

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya tidak berkesempatan untuk berjumpa Yang Berhormat di Kampung Tohoi, PDM Tohoi itu. Saya tahu Yang Berhormat cukup bekerja keras hingga sanggup tidur di stor baja… [Ketawa] kerana tidak dapat tempat di rumah Orang Asli. Tetapi alhamdulillah semangat Yang Berhormat cukup baik dengan memberikan cabutan bertuah dengan kalung emas dan sebagainya. Malangnya PDM itu kalah.

[Ketawa]

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Untuk rekod ya, saya tidak pernah bagi cabutan bertuah. Yang beri cabutan bertuah ialah BN. BN bagi, terima kasih. Rekodlah ya.

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya akan lakukan siasatan.

[Ketawa] Mengenai bencana, saya ingin maklumkan secara seriusnya bahawa musim Timur Laut telah sampai dan dijangkakan luruhan hujan akan lebih banyak pada musim Timur Laut sekarang di mana tiga negeri akan terjejas iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang dan sebahagian daripada Johor. Untuk Sarawak juga di sebelah Pantai Barat Laut juga akan terjejas, begitu juga Semporna tidak akan tertinggal daripada kawasan musim Timur Laut itu.

Tetapi akan berlaku pada bulan Mac. Jadi walaupun NADMA bukan di bawah KKDW tetapi saya diberikan tanggungjawab untuk menjaga ini. Arau satu ketika ini telah sangat proaktif menjaga NADMA ini. Rekod ini belum pernah dikalahkan oleh orang lain.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

[Bangun]

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Semporna.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih Dato’ di-Pertua.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri menyebut banyak kali Semporna. Saya terbangkit tentang persoalan apa yang disebutkan berhadapan dengan masalah yang environmental changes yang mungkin dari luar jangkaan. Saya melihat dari dahulu, Kementerian Luar Bandar mahupun ICU tidak punya peruntukan yang begitu besar ataupun membolehkan supaya mengatasi masalah umat di peringkat luar bandar khususnya apatah lagi masyarakat yang berhadapan dengan gejala seperti ribut dan taufan, rumah mereka roboh, jambatan patah dan berbagai-bagai ada runtuh jalan raya.

Adakah Yang Berhormat akan membuat satu pendekatan yang baru membolehkan kemungkinan dalam lingkungan beberapa bilion duit? Environmental changes akan berubah.

Ini bukan sekali, maka terdesak kita. Kejadian contohnya di kawasan saya, kejadian contohnya di kawasan Tawau, di kawasan Sepanggar walaupun bukan kawasan saya, kena membeli bukan hanya zink, bukan hanya papan untuk buat jambatan. Kita tidak punya peruntukan yang terbatas untuk membolehkan supaya rakyat yang ada ini boleh diatasi masalah mereka.

Adakah Yang Berhormat melihat bahawa peruntukan yang sedia ada sama ada ICU, saya pun sudah hantar surat banyak ICU malahan kepada Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri dari Sarawak, Petra pun saya pun kadang-kadang hantar surat bukan kawasan saya, tetapi umat yang memohon pertolongan untuk membolehkan supaya berhadapan dengan gejala taufan ribut ini supaya dapat ia pergi dengan secepat yang mungkin. Terima kasih banyak.

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terima kasih Tuan di-Pertua. Memang tidak besar berbanding dengan kementerian-kementerian yang lain tetapi tahun ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menambah peruntukan untuk membaiki rumah dan juga mengubah suai rumah yang terjejas. Tambahan sebanyak kira-kira RM57 juta. Jadi Yang Berhormat boleh kemukakan kepada saya untuk saya bantu. Saya tahu Yang Berhormat sangat memerlukan. Insya-Allah pilihan raya negeri pun sudah dekat, eloklah kita lakukan sekarang. Jangan tunggu lama-lama.

Apa yang dicadangkan oleh Hulu Terengganu adalah supaya pusat pemindahan sementara banjir diperbanyakkan. Apa yang kami lakukan ialah terdapat kawasan-kawasan sembilan lokasi yang telah kita kenal pasti untuk membina pusat pemindahan kekal. Apa yang kami lakukan di pusat pemindahan kekal itu kebanyakannya di sekolah-sekolah.

Sekolah menggunakan kelas-kelas ataupun dewan mereka. Apa yang kami lakukan sekarang ini, NADMA lakukan ialah membina pusat perpindahan kekal di tempat itu dengan diperbanyakkan lagi bilik air, tandas dan kemudahan-kemudahan untuk tempat memasak sebagaimana yang dilakukan ketika zaman Arau menjadi Menteri yang menjaga NADMA.

Arau Menteri bencana ketika itu.

[Ketawa] Dan secara seriusnya, pusat-pusat pemindahan kekal ini kita telah mulakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, pihak berkuasa negeri dan juga pihak Jawatankuasa Bencana Daerah. Saya juga ingin memaklumkan bahawa sebanyak RM600 juta telah

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

diperuntukkan sekarang ini kepada NADMA dan peruntukan itu boleh ditambah jika keperluannya itu mendesak. Ini terkait dengan apa yang ditanya oleh Yang Berhormat Wangsa Maju yang menggesa kerajaan memberi peruntukan yang lebih bagi menghadapi bencana negara ini.

Saya juga ingin menyebutkan bahawa Rancangan Tebatan Banjir juga dimasukkan di dalam program untuk menangani permasalahan banjir dan ini di bawah Petra, di bawah Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri dan perkara ini telah mula dijalankan selain daripada soal-soal yang saya sebutkan tadi.

Di samping itu kita juga memobilisasikan NGO untuk bergerak umpamanya Persatuan Pacuan Empat Roda, Persatuan Radio Amatur, sukarelawan untuk memberikan bekalan makanan dan saya ingin memaklumkan kepada Ahli-ahli Dewan yang mulia ini bahawa Angkatan Pertahanan Awam yang juga dicetuskan ideanya oleh Arau telah kita mobilisasikan dan kita telah ramaikan jumlah anggota di kalangan mereka. Begitu juga untuk sukarelawan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dahulu mereka tidak ada elaun, tetapi saya telah mencadangkan kepada Kabinet agar mereka diberikan elaun yang sama dengan elaun mengikut jam sebagaimana yang diperolehi oleh RELA dan juga oleh Wataniah dan lain-lain badan uniform yang lain. Tujuannya adalah untuk menggalakkan mereka supaya komited terus untuk membantu ketika bencana negara berlaku.

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, pertama kena isytiharlah rakyat Malaysia kena tahu bahawa Yang Amat Berhormat adalah Pengerusi Bencana masa itu. Saya Menteri yang menjaganya, Timbalan Pengerusi. Jadi nama NADMA pun sebenarnya dicetuskan oleh Yang Amat Berhormat. Saya tulis nama NDMA, dia bubuh tambah ‘A’ depan. Jadi NADMA. Walau bagaimanapun, itu zaman tengah baik-baik. Tetapi sekarang boleh baik balik kot, wallahua’lam.

[Ketawa] Yang Berhormat, saya nak bertanya satu soalan. Semua ini Ahli Parlimen nak tahu, pasal dahulu Yang Amat Berhormat juga telah bagi semua Ahli Parlimen pangkat kolonel untuk sama-sama menjaga bencana. Apakah mereka yang dah dapat itu boleh pakai balik atau Yang Berhormat nak perkenalkan yang baru supaya semua Ahli Parlimen terlibat secara langsung untuk menjaga bencana dan akhir sekali apakah mereka ini akan mendapat peruntukan?

[Ketawa] Sebab apa? Bila Yang Berhormat bagi bantuan makanan kan, dia tidak bagi melalui Ahli Parlimen, dia bagi melalui wallahua’lam. Terima kasih.

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Cadangan yang pertama itu insya-Allah itu kita boleh pertimbangkan. Cadangan yang kedua apabila Yang Amat Berhormat TPM sebelah saya ini menjawab soalan, beliau boleh menjawab bagi pihak kerajaan.

draft • 4:10 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Sedikit sahaja Yang Amat Berhormat. Bila berlaku banjir, saya puji memang semua pihak bekerja dengan keras dan begitu baik sekali. Cuma ada masanya, maklumlah orang pindah tengah malam hujan dan sebagainya, faktor pertama yang timbul ialah anak-anak dan bukan anak-anak sahaja, mak- mak, ayah-ayah pun dia lapar Dato’ Seri. Masa itu makanan belum disediakan. Jadi di situlah

draft • 4:10 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

ada satu gap itu, beberapa jam yang awal terutama saya kata tadi kalau dipindah tengah malam.

draft • 4:10 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Jadi JKM memang menyediakan makanan dan dia ada sistem dia itu tetapi dia ada gap yang sedikit itu kalau boleh hendak melihat bagaimana sebab JKM cara dia memberi itu saya tak nak detail tetapi dia ada cara dia dan dia ada kekangan yang beberapa jam itu dia mungkin tak terkejar. Jadi kalau boleh yang beberapa jam yang awal itu kalau boleh bagi sedikit kelonggaran kepada JKM untuk dia boleh lebih kreatif menggunakan peruntukan yang ada pada mereka. Terima kasih.

draft • 4:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Itu satu cadangan yang baik. Apa yang kita lakukan dengan kerjasama MET kita mempunyai early warning system. Ertinya tiga hari sebelum berlaku luruan hujan yang luar biasa ataupun berlakunya pasang besar, kita telah memberikan kemudahan untuk mereka berpindah dan ketika itu JKM telah menggunakan satu sistem yang baru di mana ketika perpindahan itu.

Dahulu Yang Berhormat mungkin tahu bahawa di Temerloh selalu banjir jadi yang diberikan selalunya mi segera untuk tiga hari, memang tak lalu dah makan. Sekarang ini kami telah ubah, ini idea daripada Arau dahulu. Kita bagi makanan biasalah, ruji biasa dan stok itu memang kita sediakan. Apabila perpindahan itu berlaku dan kita mobilisasikan dengan segera JKM tentang itu. Tuan Yang di-Pertua, ada...

draft • 4:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Amat Berhormat sedikit, sedikit sahaja. Yang Amat Berhormat, saya faham bila banjir ialah keadaan yang kurang terkawal dan kita pasti semua di pusat PPS sedang bekerja keras untuk memastikan kelancaran di PPS. Cumanya saya nak minta pandangan kepada Yang Amat Berhormat, setakat hari inilah yang berlaku di kawasan Paya Besar, kawasan Paya Besar ini paya dan memang banjir acara tahunan.

Di PPS ini apabila mereka bergerak waktu malam seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Indera Mahkota, mereka sampai di PPS rupanya penuh PPS tersebut. Pergi PPS lain pun penuh. Bolehkah Yang Amat Berhormat yang banyak idea, mewujudkan pelbagai dasar ini, supaya kita buat real time, simple applications yang boleh update kedudukan PPS tersebut. Katakan mereka boleh akses kepada apps tersebut, mereka boleh lihat oh, rupanya di PPS dewan ini sudah penuh, di mana ada kekosongan?

Kenapa Yang Amat Berhormat, tinggal di PPS akan merujuk kepada bantuan diberi oleh kerajaan nanti. Mereka yang tak tinggal di PPS selalunya akan tidak dapat bantuan.

Jadi kalau boleh kita gunakan teknologi yang ada ini Yang Amat Berhormat, saya fikir ia tak memerlukan kos yang tinggi dan kita ada universiti yang mampu untuk bekerjasama dengan kementerian Yang Amat Berhormat. Terima kasih, Yang Amat Berhormat.

draft • 4:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Dato' Yang di-Pertua, dengan izin, this is very brilliant idea daripada Paya Besar.

[Tepuk] Memang ada syarikat atau organisasi yang menawarkan aplikasi sistem itu dan insya-Allah kita akan gunakannya. Dato' Yang di-Pertua, terdapat...

draft • 4:20 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Dato' Yang di-Pertua...

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat?

draft • 4:20 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Baram.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Baram...

draft • 4:20 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Terima kasih, Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri...

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar, sebentar. Sebentar saya belum habis cakap. Biar saya bercakap dahulu ya. Yang Berhormat Baram adalah orang yang terakhir yang boleh bertanya, selepas ini saya serahkan kepada Yang Amat Berhormat Bagan Datuk untuk menggulung. Silakan.

draft • 4:20 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Terima kasih, Yang di-Pertua. Saya meneliti jawapan daripada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan saya merasakan bahawa di kawasan Baram ini kita tak ada tempat untuk perpindahan. Jadi mangsa-mangsa kebakaran sering kali ataupun setiap kali diam di rumah panjang sahaja walaupun di bawah rumah panjang memang sudah banjir semua.

Jadi saya hendak bertanya dengan pandangan daripada Yang Amat Berhormat sama ada mereka yang tak dapat dipindahkan oleh kerana tidak ada pusat pemindahan ini, adakah mereka ini layak untuk dibantu sebab kalau kita dipindahkan tempat pusat pemindahan saya dengar dahulu bahawa mereka memang ada dibayar bantuan-bantuan tertentu. Jadi tempat luar bandar di mana tidak ada pusat pemindahan diwujudkan. Adakah mereka ini layak untuk dibantu? Terima kasih.

draft • 4:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terima kasih, Yang di-Pertua. Saya sendiri pergi ke Baram, Yang Berhormat tahu banyak kali saya pergi ke Baram bukan sahaja di rumah-rumah panjang tetapi kawasan persekitarannya. Untuk PPS memang ada masalah di situ tetapi NADMA, saya sebutkan tadi ada peruntukan dan saya akan serahkan peruntukan itu kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang menjaga juga hal ehwal Sabah dan Sarawak untuk mengendalikan masalah di Baram itu.

[Tepuk]

draft • 4:20 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Terima kasih.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Amat Berhormat Bagan Datuk untuk menggulung.

draft • 4:20 PM

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya mengucapkan terima kasih. Saya janji tadi ada 19 isu-isu utama, saya hanya telah menjawab 11 sahaja. Terdapat 8 lagi isu utama yang tidak sempat untuk saya jawab. Saya berjanji jawapan ini semua ada dengan saya, saya akan beri jawapan bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh perkara-perkara yang berkenaan. Terima kasih. *Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Tepuk]*

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumsalam. Terima kasih, Yang Amat Berhormat Bagan Datuk. Berikut saya

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

mempersilakan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air untuk menjawab, 45 minit.

draft • 4:20 PM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu- isu di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan Jabatan Perdana Menteri di sepanjang tempoh perbahasan Belanjawan MADANI 2025 yang bertemakan, “Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat” dalam sesi sidang Parlimen Dewan Rakyat pada kali ini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi Belanjawan 2025 PETRA akan menerima peruntukan berjumlah RM4.95 bilion yang terdiri daripada RM362.37 juta untuk belanja mengurus dan RM4.59 bilion untuk belanja pembangunan. Bagi belanja pembangunan di bawah Rolling Plan Kelima, Rancangan Malaysia Kedua Belas, PETRA telah diluluskan sebanyak 484 projek. Daripada jumlah tersebut sebanyak 35 projek baharu manakala projek sambungan sebanyak 449 projek. Secara umumnya jumlah peruntukan tersebut adalah lebih tinggi daripada jumlah peruntukan yang diluluskan untuk tahun 2024.

Saya amat sedar akan kepentingan Kementerian PETRA kerana melibatkan keperluan asas rakyat iaitu bekalan air dan tenaga elektrik. Di samping itu, kehadiran Monsun Timur Laut juga yang baru bermula sehingga bulan Mac 2025 nanti meningkatkan lagi fokus kepada kementerian ini dengan program-program ramalan dan tebatan banjir. Kepentingan kementerian ini dapat dilihat dengan bilangan pembahas dan isu yang dibangkitkan semasa sesi perbahasan Belanjawan 2025 iaitu seramai 50 Ahli Yang Berhormat telah membahaskan lebih kurang 82 isu berkaitan dengan PETRA dan Jabatan Perdana Menteri di bawah portfolio

draft • 4:26 PM

saya selaku Timbalan Perdana Menteri melibatkan isu utama di bawah

(i) bekalan elektrik dan peralihan tenaga;

(ii) banjir dan saliran;

(iii) bekalan air dan pembetungan;

(iv) hal ehwal Sabah dan Sarawak;

(v) Permodalan Nasional Berhad;

(vi) Pelaburan Hartanah Berhad; dan

(vii) Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU).

Dato' Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab dan memberikan pandangan terhadap isu-isu yang dibangkitkan pada sesi perbahasan kali ini berdasarkan kepada isu-isu utama tersebut bermula dengan isu pertama iaitu isu sektor bekalan elektrik dan peralihan tenaga.

Bagi perkara dan isu berkaitan sektor elektrik sebanyak enam Ahli Yang Berhormat yang

draft • 4:26 PM

saya selaku Timbalan Perdana Menteri melibatkan isu utama di bawah

telah membangkitkan iaitu Yang Berhormat Tawau, Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Padang Besar. Telah membangkitkan berkenaan dasar dan pelaksanaan industri pembekalan elektrik serta langkah peralihan tenaga yang telah dilakukan merangkumi isu- isu berikut:

(i) usaha peralihan tenaga dan inisiatif baharu dalam sektor bekalan elektrik;

(ii) perancangan pembekalan elektrik masa depan negara; dan

(iii) perancangan pembekalan elektrik berdaya harap dan naik taraf jana kuasa elektrik negeri Sabah.

Mengenai isu berkaitan usaha peralihan tenaga dan sektor bekalan elektrik, kerajaan telah dalam merangka Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga atau National Energy Transition Roadmap (NETR), telah mengambil kira potensi besar bagi penggunaan tenaga boleh baharu

(TBB) terutamanya daripada sumber solar memandangkan kedudukan negara yang berdekatan dengan garisan khatulistiwa.

draft • 4:26 PM

saya selaku Timbalan Perdana Menteri melibatkan isu utama di bawah

Sehubungan itu, pelbagai program dan inisiatif dikhususkan untuk memanfaatkan penjanaan bekalan elektrik daripada sumber solar telah diperkenalkan. Di mana penyertaannya terbuka dan boleh disertai oleh kerajaan negeri dan juga rakyat yang berminat sama ada secara langsung atau melalui usaha sama. Antara program yang dimaksudkan adalah Program Net Energy Metering (NEM) yang membolehkan pemasangan sistem solar untuk kegunaan sendiri dilakukan di bumbung bangunan bagi mengurangkan bil elektrik.

Program Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS) yang membolehkan pembangunan loji jana kuasa solar untuk pembekalan elektrik hijau kepada pengguna yang berminat dan Program Solar Berskala Besar (LSS) yang melibatkan pembangunan loji jana kuasa solar berskala utiliti untuk pembekalan elektrik hijau.

Daripada kesemua Program TBB, tersebut Program CRESS merupakan pembaharuan yang diperkenalkan PETRA bagi membolehkan akses grid terbuka kepada penjana dan pengguna tenaga elektrik hijau. Untuk Program CRESS, kerajaan telah memperkenalkan caj akses sistem, dengan izin, system access charge (SAC) yang berbeza bagi penjanaan tenaga yang firm dan non-firm, dengan izin. Bagi menggalakkan penggunaan sistem penstoran tenaga serta penjanaan TBB daripada sumber selain solar. Kadar SAC yang dikenakan adalah RM0.25 sen kilowatt jam bagi penjanaan output yang berbentuk firm dan RM0.45 sen kilowatt jam bagi penjanaan output berbentuk non-firm. Dalam hubungan ini, pihak syarikat boleh memohon dan mendapatkan insentif-insentif yang disediakan kerajaan dan menggalakkan pembangunan teknologi hijau, termasuk penstoran tenaga melalui Skim GITA bagi menyokong pelaksanaan Projek TBB, termasuk Program CRESS.

Pelaksanaan mekanisme TPA secara akses grid terbuka melalui Program CRESS ini akan dipantau dari semasa ke semasa bagi memastikan keberkesanannya. Oleh itu, PETRA dan Suruhanjaya Tenaga akan membuat penambahbaikan secara berterusan, termasuk

draft • 4:30 PM

saya selaku Timbalan Perdana Menteri melibatkan isu utama di bawah

cadangan pembukaan untuk tujuan penjualan, pengeksportan TBB. Keutamaan akan diberikan di dalam memenuhi keperluan permintaan bekalan elektrik, termasuk permintaan elektrik hijau di dalam negara dan sekiranya negara mempunyai lebihan bekalan elektrik hijau, ianya akan dieksport. Dalam menyokong usaha peralihan tenaga, kerajaan melalui Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri (MITI) serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRESS) dan kementerian saya sendiri (PETRA) telah menyediakan perancangan dan pembangunan pelan penggunaan stesen pengecasan kenderaan elektrik ataupun electric vehicle (EV) dan program penggalakan penggunaan EV yang komprehensif bagi menyokong aspirasi murni ini. Sehingga kini, jumlah stesen pengecasan EV di seluruh negara adalah sebanyak 3,171 buah. Pihak kementerian komited dalam menyokong agenda dan inisiatif semasa kerajaan untuk merancakkan penggunaan kenderaan elektrik di Malaysia.

Oleh itu, pengukuhan grid kebangsaan bagi menyokong bekalan elektrik, termasuk electric vehicle charging station telah pun diambil kira dalam perbelanjaan modal atau capex TNB menerusi mekanisme incentive based regulation (IBR), dengan izin. Ini bermakna rangkaian grid pembekalan elektrik negara akan dibangunkan dan ditambah baik secara berterusan supaya mampu menampung peningkatan permintaan bekalan, termasuk sistem pengecas EV.

Selain itu, selaras dengan fungsi kementerian, PETRA melalui ST bertanggungjawab untuk mengawal selia aspek keselamatan pemasangan dan peralatan pengecas EV. Langkah ini penting bagi memastikan supaya keselamatan awam adalah sentiasa terjamin. Kerajaan akur bahawa usaha untuk mencapai aspirasi peralihan tenaga bagi sektor bekalan elektrik, terutamanya untuk meningkatkan campuran kapasiti TBB kepada 70 peratus menjelang tahun 2050 memerlukan gandingan usaha daripada pelbagai pihak. Sehubungan itu, PETRA menghargai pandangan dan cadangan penambahbaikan berkenaan pelaksanaan program- program pembekalan elektrik hijau seperti Program NEM, CRESS, ENEGEM dan juga LSS yang diutarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

PETRA akan meneliti setiap cadangan tersebut dan pelaksananya adalah tertakluk kepada kesesuaian, keupayaan teknikal dan juga implikasi kos kepada sistem. Berhubung kait dengan pembekalan elektrik yang berdaya harap, lestari dan mampu bayar akan sentiasa menjadi fokus utama PETRA dalam menerajui usaha peralihan tenaga. Oleh itu, selain pelaksanaan program-program pembekalan elektrik hijau sedia ada, kerajaan turut melakukan perancangan foresight, dengan izin, bagi sektor pembekalan elektrik untuk menerokai sumber-sumber pembekalan elektrik yang dapat memenuhi hasrat keperluan tenaga Malaysia.

Sehubungan itu, bagi merealisasikan aspirasi negara untuk mencapai karbon sifar bersih seawal-awalnya pada tahun 2050, kerajaan telah komited untuk tidak lagi membina loji jana kuasa baru arang batu dan berusaha untuk mengurangkan jejak karbon sistem pembekalan elektrik negara. Bagi menjayakan agenda peralihan tenaga negara, kerajaan terbuka untuk meneroka penggunaan pelbagai jenis teknologi bersih bagi menghasilkan

draft • 4:30 PM

saya selaku Timbalan Perdana Menteri melibatkan isu utama di bawah

tenaga elektrik, termasuk penggunaan teknologi nuklear. Teknologi nuklear dilihat berupaya untuk memainkan peranan sebagai beban asas (based load), dengan izin, di sebabkan kadar ketersediaannya adalah amat tinggi iaitu melebihi 85 peratus dan ia dapat mengurangkan kebergantungan pada bahan api gas serta menggantikan kapasiti arang batu.

Dalam hubungan ini, PETRA melalui MyPower sedang melaksanakan kajian pra kebolehlaksanaan tenaga nuklear yang dijangka siap pada akhir Disember 2024. Kajian dilaksanakan ini turut meneliti perkembangan teknologi small modular reactors (SMRs), dengan izin, yang sedang giat dibangunkan oleh negara-negara maju untuk digunakan dalam negara sekiranya kerajaan membuat keputusan untuk menggunakan tenaga nuklear sebagai sumber penjanaan elektrik pada masa hadapan. Kajian oleh MyPower juga turut menyentuh aspek perundangan dan kawal selia, di mana kajian ini akan melihat keperluan untuk meminda Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 [Akta 304] atau menggubal akta baharu yang lebih komprehensif dengan mengambil kira peruntukan kesemua instrumen perundangan antarabangsa yang perlu disertai dan dikuat kuasa oleh Malaysia mengikut amalan tata kelola nuklear antarabangsa.

Sekiranya kerajaan memutuskan untuk menggunakan tenaga nuklear bagi penjanaan elektrik, kerajaan akan melaksanakan pelan pembangunan sumber manusia yang komprehensif. Bagi memastikan terdapatnya tenaga kerja yang mencukupi, berkemahiran tinggi dan kompeten dalam sektor nuklear. Selain itu, kerajaan akan mengambil langkah yang bersepadu dan terancang dalam memberi kefahaman terhadap masyarakat berkenaan penggunaan tenaga nuklear dan pengurusan sisa yang terhasil daripadanya. Selain meneroka potensi penjanaan elektrik berasaskan sumber tenaga bersih, kerajaan juga turut berhasrat untuk mengukuhkan lagi kerjasama serantau dalam bidang tenaga, terutamanya dalam kalangan negara-negara ASEAN. Ini selari dengan visi Malaysia selaku Pengerusi ASEAN pada tahun 2025. Isu seterusnya ialah eksport tenaga. Dalam masa yang sama...

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Dato’ Yang di- Pertua, kalau boleh.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Ya.

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Semporna.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih penjelasan dari segi source, bekalan untuk kita mendapat tenaga daripada nuklear dan berbagai green technology yang ada. Cuma saya melihat itu satu langkah way forward. Yang Amat Berhormat, saya ingin bertanya. Masalah di Sabah ini cukup berat, saya ingat ini merupakan di antara tempat yang berhadapan dengan gejala itu. Saya sebenarnya bangkit dalam luar bandar juga. Ketidakseimbangan kemudahan asas bukan hanya airnya, bekalan elektrik. Dua hari yang lalu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) padam.

Begitu juga sekolah-sekolah, tidak punya bekalan. Kita bekalkan laptop pun tak ada guna dia, pasal kemudahan elektrik tidak ada. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, apakah sebenarnya langkah yang drastik untuk membolehkan kerana ini ketidakupayaan masyarakat kita, khususnya di luar bandar, IPP kita punya 31, we are independent, IPP di Sabah.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Di antara IPP, ada lima IPP. Contohnya, Ranhill, Serudung, Kimanis Power, berbagai ini, always failure maintenance dan kita belanja TNB SESB hampir RM994 juta setahun. Dan baru-baru ini Pengerusi SESB, saya ingat pada Yang Berhormat Tuaran pun berhadapan dengan berbagai masalah.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Saya yakin― apakah langkah-langkah supaya pergantungan kepada IPP yang ada di Sabah ini supaya kita atasi masalah ini? Belanja sehingga RM1 bilion untuk menampung mereka. Mereka juga mempunyai masalah. Yang nak repair, Dato’ Yang di-Pertua, tunggu kerajaan nak bantu mereka nak repair dia punya IPP. And they are independent in term of supplying it. Dan saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat, apakah langkah-langkah yang secepatnya mungkin untuk membolehkan supaya bukan hanya menerusi solar― kerana, kita tahu solar itu kalau setengah tempat ada sunshine, kita boleh guna, kita boleh store atau pun menggunakan bateri pelbagai. Tapi, saya melihat bahawa perkara ini agak terdesak untuk kita suarakan bagaimana mengatasi masalah ini. Terima kasih banyak.

draft • 4:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Sedikit sahaja. Soalan sama berkenaan teknologi nuklear. Muar menyokong usaha kerajaan untuk memasukkan teknologi nuklear sebagai salah satu sumber teknologi boleh baharu. Pada tahun lepas, Muar ada mencadangkan perkara ini, tetapi pada masa tersebut, kerajaan tidak memasukkan apa-apa pelan berkenaan teknologi nuklear ke dalam NETR, roadmap kerajaan.

Persoalan saya, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, apabila Kerajaan MADANI telah pun mengeluarkan roadmap melalui NETR, roadmap yang sangat baik dan kemas, tetapi tidak ada langsung komponen teknologi nuklear, adakah Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri akan pinda atau tambah baik roadmap NETR dengan memasukkan teknologi nuklear to be part of the energy mix? Terima kasih.

draft • 4:40 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Saya nak tambah sedikit.

Kubang Kerian sikit. Mungkin boleh jawab sekali.

Kalau kita lihat dari segi perancangan pihak kerajaan untuk mengurangkan penggunaan arang batu pada tahun 2030 sebanyak 40 peratus, apa dibangkitkan terutama oleh Semporna tadi, saya rasa apakah pihak kerajaan berhasrat untuk menyemak kembali?

Sebab, saya bimbang pengurangan itu akan terus menjejaskan kita punya pengguna khususnya dia kawasan-kawasan yang sedia terjejas khususnya di Sabah dan Sarawak.

Terima kasih.

draft • 4:40 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Terima kasih kepada tiga Ahli Yang Berhormat. Untuk Ahli Yang Berhormat daripada Semporna, sebenarnya ada jawapan nanti berhubung kait dengan isu di Sabah yang sudah pun dibangkitkan, tapi boleh tak saya jawab nanti sekali dengan apa yang dah dicadangkan?

Yang Berhormat Muar, berhubung kait NETR, memang tidak dinyatakan dengan jelas berhubung kait dengan nuklear. Tapi, apa yang kita dah putuskan dalam Kabinet secara prinsipal ialah untuk membuat kajian kebolehlaksanaan. Sebab, kajian awal ini perlu

draft • 4:40 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

dilaksanakan dulu. Sebab itu MyPower sudah pun diamanahkan dan kajian ini akan selesai bulan Disember dan akan dibentang balik kepada Kabinet. Daripada situ, kita akan putus.

Dan bila ada keputusan, kalau kita mengambil keputusan tersebut, barulah kita akan mengemas kini NETR, iaitu satu dokumen yang hidup yang boleh dikemas kini bila-bila masa sahaja.

Berhubung kait dengan Yang Berhormat Kubang Kerian, dasar kita sekarang ialah tidak ada loji baharu yang menggunakan arang batu. Yang sedia ada akan masih boleh diteruskan. Di Semenanjung, tempoh hayat yang terakhir untuk loji arang batu ialah 2045.

Jadi, apa yang kita lakukan sekarang ini ialah mana-mana arang batu yang ada, mungkin kita buat secara co-firing. Co-firing maksudnya ialah dicampurkan dengan bahan- bahan lain supaya pelepasan karbon itu dapat dikurangkan, sama ada dari segi teknologi atau pun bahan-bahan tambahan. Misal kata, biomass. Sebahagiannya menggunakan coal, sebahagian biomass. Sebab, biomass dikira yang mesra alam sekitar dan sebagainya. Ini kaedah-kaedah yang kita lakukan sementara kita menunggu ada base load yang baharu untuk kita janakan kuasa sama ada melalui gas dan yang selainnya. Itu yang kita buatkan pada masa ini.

Dalam konteks eksport tenaga, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Malaysia juga telah mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan kapasiti eksport antara Malaysia dengan Singapura pada masa hadapan. Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan SP PowerAssets Singapura telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pada 25 Ogos 2023 semasa Mesyuarat Menteri-menteri Tenaga ASEAN ke-41 (AMEM) di Bali, Indonesia untuk mengkaji kebolehlaksanaan talian sambung tara kedua antara Malaysia dan Singapura. TNB dan SPPA telah menubuhkan jawatankuasa kerja bersama atau pun joint working committee, dengan izin, dan pada masa kini sedang dalam proses mendapatkan kelulusan untuk melantik perunding bagi menjalankan power system study dan desktop technical survey untuk laluan kabel dasar laut di Selat Tebrau.

Ini merupakan salah satu usaha di bawah inisiatif ASEAN Power Grid (APG), dengan izin, yang merupakan usaha untuk menghubungkan negara-negara ASEAN dalam perdagangan tenaga serantau bertujuan untuk meningkatkan keselamatan dan jaminan pembekalan tenaga elektrik. Malaysia memainkan peranan aktif dalam inisiatif ini kerana Malaysia yakin inisiatif APG ini akan dapat meningkatkan kerjasama serantau dan lonjakan Malaysia sebagai hab perdagangan tenaga di ASEAN.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat― ini berhubung kait dengan Sabah― penyerahan kuasa kawal selia perbekalan elektrik negeri Sabah kepada Kerajaan Negeri Sabah fasa pertama telah dimuktamadkan dan berkuat kuasa pada 3 Januari 2024.

Manakala bagi penyerahan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), ia akan dilaksanakan melalui fasa kedua yang dijangka akan selesai pada tahun 2030.

Justeru itu, perkara berkaitan pembekalan elektrik di negeri Sabah boleh dibangkitkan di dalam Dewan Undangan Negeri supaya dapat diselesaikan dengan segera dan memberi manfaat kepada rakyat di Sabah. Selain itu, Yang Berhormat juga boleh merujuk

draft • 4:40 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

perkara ini kepada Energy Commission of Sabah (ECoS) selaku badan kawal selia pembekalan elektrik di Sabah.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan komited dan menyokong agenda pembangunan penjanaan elektrik di negeri Sabah agar rakyat Sabah dapat manfaatnya serta sistem pembekalan elektrik menjadi lebih stabil dan terjamin.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

[Bangun]

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

[Bangun]

draft • 4:40 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Dalam hal ini, Kerajaan Persekutuan tetap komited meneruskan bantuan teknikal kepada Kerajaan Negeri Sabah melalui projek bagi menyelesaikan masalah kekurangan penjanaan elektrik di Sabah seperti meneruskan 61 projek sedia ada melalui Pasukan Projek Khas Bekalan Elektrik yang telah disenaraikan dalam Enakmen Bekalan Elektrik Sabah 2024 sehingga siap, walaupun kuasa kawal selia telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri Sabah pada 3 Januari 2024.

Berdasarkan maklumat dikemukakan oleh pihak ECoS, beberapa projek penjanaan yang besar sedang dirancang. Antaranya ialah pembelian tenaga elektrik dari Sarawak pada tahun 2025, pembangunan loji jana kuasa baharu berkapasiti 100 megawatt pada tahun 2026 dan 2027 serta pembangunan ladang solar berskala besar berkapasiti 100 megawatt pada tahun 2026. Selain itu, Kerajaan Negeri Sabah juga akan mengemas kini perancangan ini melalui Pelan Pembangunan Penjanaan Elektrik Sabah dalam Mesyuarat Majlis Tenaga Sabah yang diadakan dua kali setahun.

Dengan pendekatan strategik oleh Kerajaan Negeri Sabah melalui ECoS dan SESB bagi meningkatkan kapasiti penjanaan dan mengurangkan permintaan tenaga semasa waktu puncak, Kerajaan Persekutuan percaya bahawa masalah penjanaan bekalan elektrik di Sabah dapat dikurangkan.

Begitu juga sekarang ini Sabah sedang juga menumpukan kepada the blue economy iaitu tenaga daripada hasilan kuasa-kuasa laut dan sebagainya. Saya kira ini akan menjadi tumpuan di mana Kerajaan Persekutuan akan juga membantu. Dah dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Sabah bagaimana kita dapat membantu dan sebagainya.

Yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuaran berhubung kait dengan permintaan, yang itu nanti kita kena bincangkan dengan Kementerian Kewangan sebab ianya memerlukan input daripada Kementerian Kewangan. Kami di peringkat kementerian, kami lebih kepada, pertama, membantu dari segi teknikal dan projek yang sedia ada berjalan. Itu akan menjadi tumpuan di peringkat PETRA.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Boleh tanya sikit fasal itu?

draft • 4:40 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Bagi Semporna dulu, kemudian Tuaran.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Okey.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Saya mendengar. Alhamdulillah.

Cuma, kalau tidak lupa saya, masa YB Puchong menjadi Menteri Tenaga dan ‘Energi’, kita bincang secara detail peralihan. Cuma, saya nyatakan bahawa Sabah is ready

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

to take SESB unless and until debts yang ada― sama ada hutang atau pun debts yang diperolehi daripada TNB dan juga hutang daripada kerajaan yang sekarang ini saya ingat dalam jumlah RM800 juta. Itu kerajaan. Yang TNB, saya ingat dah write off-lah. Cuma, saya cadangkan waktu itu supaya sehingga subsidi yang ada sampai kepada RM200 juta, then the state government can take over. Saya ingat sekarang ini hutang SESB kepada Kerajaan Persekutuan, waktu itu diurus oleh TNB. Yang berhutang dan mengurusnya TNB. Why cannot write off in terms of that, shouldered by only― not only by SESB. Kerana, kita akan serahkan kepada kerajaan negeri satu badan yang berhutang. Tanggungan cukup banyak. Bukan hanya non-performing loan.

IPP saya sebutkan tadi, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Belanja untuk bayar IPP, RM900 juta setiap tahun. Ini akan menjadi bebanan. Saya cadangkan kalau dapat, hutang kerajaan SESB kepada Kerajaan Pusat dilihat secara total kerana ini pengurusannya dahulu lebih daripada 15 tahun diurus oleh TNB. Satu perkara yang harus dilakukan sebaik mungkin.

Yang tadi itu, saya ingat kalau dapat ya walaupun saya akan bangkitkan di Dewan Undangan Negeri tentang perkara ini. Kalau tidak, kita akan berhadapan. Saya yakin Pengerusi Yang Berhormat Tuaran, dalam keadaan ini pun kewangan amat terbatas, SESB, untuk menampung kerajaan ini. Bagaimanakah untuk mengatasi masalah ini antara pihak Kerajaan Pusat dan juga pihak Kerajaan Negeri membabitkan SESB sebelum diserahkan sebulatnya kepada Kerajaan Negeri Sabah? Terima kasih banyak.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih juga atas penjelasan bahawa tanggungjawab Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dalam hal bekalan elektrik di Sabah hanya bentuk teknikal dan tidak ada lagi daripada segi kewangan. Yang Berhormat, pihak Sabah Electricity telah mengambil keputusan agar KSU daripada kementerian Yang Berhormat, kita letakkan di Lembaga Pengarah SESB untuk memastikan agar perhubungan itu dan penjelasan itu dapat dibuat sebaik-baik mungkin ya.

Walau bagaimanapun Yang Berhormat, apabila Sabah Electricity menghadapi, bekalan elektrik di Sabah menghadapi cabaran seperti yang ada sekarang. Hal kita kekurangan dana. Aliran tunai menjadi masalah.

Apakah pihak Yang Berhormat tidak bertanggungjawab untuk memberitahu pihak Kementerian Kewangan? Sebab dalam keadaan itu, kalau kita tidak ada aliran tunai sudah menjadi masalah. Kita menghadapi cabaran yang sangat besar Yang Berhormat. Kadang- kadang kita pun bermasalah menghantar surat permohonan Kerajaan Sabah itu kepada Yang Berhormat punya kementerian ataupun Kementerian Kewangan. Jadi ini perlu diperjelaskan dan tanggungjawab dalam memastikan agar kestabilan grid itu dapat dipastikan, satu.

Kedua, masih ada kecelaruan dengan penguasaan soal jurisdiction, Suruhanjaya Tenaga Malaysia dengan Suruhanjaya Tenaga Sabah. Labuan itu di bawah ST. Sabah di bawah ECoS dan sedangkan pembekal elektriknya masih lagi di Sabah Electricity, satu ya.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Kenapakah ini tidak dapat diselaraskan ya? Labuan serahkan pada Sabah dan sebagainya.

Sebab banyak kecelaruan daripada segi penyelarasan. Apakah masalah daripada segi menyatukan Sabah dengan Labuan itu sebab sumber tenaganya semuanya dari Sabah?

Terima kasih.

draft • 4:50 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Terima kasih Yang Berhormat. Saya selaku Menteri dan juga menjaga hal ehwal Sabah dan Sarawak sudah pasti akan melihat segala rintihan dari Sabah dan Sarawak. Saya sudah menerima sebenarnya surat daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri berhubung kait dengan permohonan daripada SESB untuk sokongan kewangan. Yang itu sudah pasti saya akan berbincang dengan Kementerian Kewangan. Cuma bidang kuasanya yang saya katakan tadilah Kementerian Kewangan.

Sebab apa-apa berhubung kait dengan kewangan adalah di bawah Kementerian Kewangan.

Sokongan daripada peringkat kementerian, kami tak ada masalah, tapi sebagaimana dibangkitkan oleh Yang Berhormat Semporna tadi, SESB kena melihat keseluruhan proses.

Maknanya the business plan dan sebagainya. Disebabkan dalam penjanaan kuasa, kita melihat satu, penjanaan kuasa. Kedua, the transmission line. Ketiga ialah the distribution part.

Kalau ini tidak dihubung kait dengan dan di-strategise-kan dengan sempurna, maka akan timbul challenges.

Pertama sekali, kuasa. Penjanaan memerlukan bayaran dan bayaran kalau tidak dibayar, sudah pasti akan menjejaskan penghasilan tenaga itu sendiri. Pada masa yang sama, kita kena pastikan orang yang membeli kena membayar. Kalau enforcement tidak dibuat, maka akan timbullah daripada segi cashflow kepada SESB. Itu kena diselesaikan oleh SESB dan juga peringkat negeri.

Melihat bagaimana penyelesaian, tapi daripada segi bantuan yang keseluruhannya, apa saja kekurangan dan sebagainya kita sudah pasti akan membawa ke peringkat Kementerian Kewangan untuk kita memperincikan dan sebagainya, tapi itulah secara jangka panjang saya kira, itu perlu dilihat secara terperinci oleh pengurusan SESB itu sendiri untuk melihat business model bagaimana masa depan dan sudah pasti berada dalam fasa kedua, perundingan untuk penyerahan SESB itu kepada Kerajaan Sabah akan berlaku. Ini akan mengambil masa berapa lama lagi dan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Semporna tadi, untuk melihat segala hutang dapat diselesaikan sama ada boleh write off and so on.

Yang itu kita akan pertimbangkan untuk dibawa kepada Kementerian Kewangan sebagai salah satu perundingan dan perbincangan untuk kita muktamadkan. Terima kasih.

Masih ada Yang Berhormat Tuaran?

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Boleh, boleh saya celah sikit Yang Berhormat.

draft • 4:50 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Ya.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Yang Berhormat.

We take note of the comment dan pandangan dan nasihat dan sebagainya, tetapi sebagai sebuah badan korporat, SESB banyak perkara yang beyond SESB, keputusan-keputusan.

Hal-hal tarif, hal-hal penjana kuasa. Daripada segi gas sebagai contoh. Kita tidak diberi

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

keutamaan. Keutamaan diberi kepada pelabur dan sebagainya. Jadi dia beyond of control.

Makna dia yang penting sekali dasar. Sebab itu apabila saya nyatakan peranan Yang Berhormat punya kementerian, daripada segi dasar. Bolehkah Yang Berhormat memberi nasihat- pihak Kerajaan Negeri sebagai contoh. Daripada segi dasar. Sebab gas. Gas tidak diberi terus kepada SESB untuk menjana elektrik. Dia diberi direct kepada pelabur. Bila diberi pada pelabur, kita boleh buat apa? Sebesar 400 lebih megawatt Yang Berhormat. Sebagai contoh begitulah.

Kemudian daripada segi yang tidak dapat dipungut itu. Sebenarnya kita punya sistem losses tinggi, 17 peratus. Tujuh peratus adalah non-technical losses. Kecurian dan kecurian ini sebahagian besar daripada 60 juta dari setinggan. Ini juga beyond SESB ya. Beyond SESB. Setinggan, 250 setinggan di Sabah yang mencuri elektrik. Apakah kita boleh buat?

Apa yang kita telah buat, kita berjumpa dengan pihak polis setinggi di Bukit Aman.

Bagaimanakah pihak keselamatan boleh membantu kita sebagai contoh? It’s beyond us.

Jadi kecurian elektrik lebih RM200 juta setahun Yang Berhormat. Kita mahu pungut balik, bagaimanakah mahu pungut balik daripada pencuri ini? Kita masuk semua kawasan setinggan. Semua pun sudah pancing-pancing. Kita, saya sendiri sebagai pengerusi. Saya buat Laporan Polis. Apakah tindakan pihak Polis sehingga pada hari ini? Jadi itu yang beyond us dan kita perlu bekerjasama keseluruhan dan kementerian Yang Berhormat juga perlu juga memberitahu pihak keselamatan barangkali. Bagaimanakah menangani hal-hal seperti ini?

Terima kasih.

draft • 4:50 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Terima kasih Yang Berhormat. Saya ambil maklum apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Mungkin untuk itu nanti, kita boleh adakan mesyuarat khusus di Sabah sebab banyak lagi yang perlu saya selesaikan untuk perbahasan kali ini. Tapi untuk SESB, saya boleh mengadakan sesi khusus untuk di Sabah nanti yang melibatkan Kerajaan Negeri dan juga semua pihak yang berkepentingan.

Dato' Yang di-Pertua, sekarang saya beralih kepada isu banjir dan saliran. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, seramai 38 Ahli Yang Berhormat telah membahaskan isu banjir dan saliran melibatkan Rancangan Tebatan Banjir (RTB). Permasalahan saliran dan juga struktur sungai dan pengawalan hakisan pantai.

Disebabkan kekangan masa, kementerian tidak dapat menjawab semua soalan ini secara spesifik sebab banyaknya berhubung kait dengan projek dan apa-apa saja berhubung kait dengan projek itu nanti, saya akan bagi jawapan bertulis kepada setiap Ahli Yang Berhormat membangkitkan isu-isu khusus sama ada di kawasan ataupun projek-projek yang terlibat. Apa yang saya nak bincangkan hari ini ialah hanya sebagai umum iaitu bagaimana strategi utama untuk meningkatkan sistem saliran dan infrastruktur bagi mengurangkan risiko banjir.

Kementerian PETRA melalui Jabatan Pengairan dan Saliran menggunakan pendekatan secara struktur dan bukan struktur di seluruh negara. Pendekatan secara struktur iaitu jangka panjang sebagai penyelesaian jangka panjang, kementerian melaksanakan projek menaik taraf infrastruktur dan saliran bandar, Rancangan Tebatan Banjir, pengurusan

draft • 4:50 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

sungai, saliran mesra alam, struktur kolam takungan banjir, pengawalan hakisan pantai dan pemuliharaan muara-muara sungai.

Selain itu, kementerian juga melaksanakan program memperbaiki, mengindahkan, membersihkan dan merawat air sungai dan infrastruktur. Pendekatan secara struktur jangka panjang ini turut meliputi 43 projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi (TBBT) di seluruh negara dengan jumlah kos RM10.45 bilion. Daripada jumlah tersebut, 31 projek telah mula dilaksanakan. Manakala 12 projek lagi akan ditenderkan seawal suku pertama tahun 2025.

draft • 4:50 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Dengan penyiapan pelaksanaan projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi, ini akan melindungi 6.7 juta penduduk dan keluasan 643,000 hektar. Mengambil kira impak perubahan iklim yang melanda ketika ini, kementerian akan membuat penambahbaikan reka bentuk struktur banjir dengan penetapan tahap perlindungan sehingga 200 Average Recurrence Interval, dengan izin, ARI...

draft • 5:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Minta laluan boleh tak Yang Amat Berhormat?

draft • 5:00 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Boleh saya selesaikan semua isu ini.

draft • 5:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Sikit sahaja.

draft • 5:00 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

[Bangun]

draft • 5:00 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Nanti boleh...

draft • 5:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Dato’ nak teruskan atau hendak bagi saya peluang sikit?

draft • 5:00 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Saya selesaikan dulu.

draft • 5:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Okey.

draft • 5:00 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Nanti boleh saya bukakan.

Untuk rancangan tebatan banjir, kementerian mengambil maklum perbahasan dan soalan Ahli Yang Berhormat berkaitan status pelaksanaan projek rancangan tebatan banjir iaitu seramai 20 Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu RTB iaitu Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Kudat, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Tawau, Yang Berhormat Tasek Gelugor, Yang Berhormat Jerlun. Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Kuala Terengganu. Yang Berhormat Sungai Besar, Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Baling dan Yang Berhormat Pasir Salak.

Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sentiasa melaksanakan program tebatan banjir bermula dari pra pelaksanaan, pelaksanaan dan juga pasca pelaksanaan. Program tebatan banjir diuruskan dengan kerja-kerja penilaian dan semakan pencapaian keberkesanan projek. Jadi, seperti mana saya katakan tadi yang detil projeknya saya akan serahkan secara bertulis.

draft • 5:00 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Untuk pendekatan secara struktur iaitu jangka pendek, kementerian mengambil maklum dengan perbahasan dan soalan Yang Berhormat berkaitan permasalahan saliran dan struktur sungai yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Bangi, Yang Berhormat Padang Rengas.

Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Temerloh dan Yang Berhormat Simpang Renggam.

Kementerian sedang melaksanakan kerja-kerja kecil di bawah projek pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir di seluruh negara. Peruntukan berjumlah RM556 juta di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas telah diperuntukkan untuk melaksanakan kerja melibatkan skop seperti kerja-kerja penggaluran sungai, kerja-kerja penstabilan tebing sungai dan menaik taraf saluran serta struktur berkaitan bagi meningkatkan kualiti air sungai.

Selain itu, kementerian juga melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan, pengoperasian dan kecemasan luar jangka, bertujuan memelihara struktur-struktur yang rosak akibat banjir di seluruh negara dengan jumlah kos RM540 juta di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas. Skop utama projek ini termasuk kerja-kerja pemulihan saliran parit, jalan, jambatan, struktur kawalan, pembetungan dan juga persisiran pantai yang terhakis.

Pendekatan secara bukan struktur, kementerian membangunkan kajian pelan induk dan peta hazard banjir untuk membantu merangka dasar dan strategi pelaksanaan pembangunan bagi menangani impak banjir secara lebih efektif. Sehingga 2024, sebanyak 50 bilangan pelan induk tebatan banjir telah siap dan enam pelan pula sedang dibangunkan.

Manakala tiga lagi dirancang untuk mula dibangunkan seawal Disember 2024.

Bilangan pelan induk ini akan terus meningkat berdasarkan tempoh sah sesebuah pelan induk. Perubahan guna tanah, demografi, perubahan cuaca, kekerapan dan intensiti hujan terkini direkodkan. Selain itu, kementerian melalui JPS juga membangunkan Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam atau singkatannya PISMA. Pelan ini mengenal pasti isu-isu dan kelemahan pada sistem saliran sedia ada termasuklah hal berkaitan permasalahan kualiti air dan cadangan penyelesaian bagi menaik taraf sistem sungai dan saliran dalaman sedia ada.

PISMA adalah dokumen panduan dan rujukan bagi merancang pembangunan sehingga Rancangan Malaysia Kedua Belas, 34 kajian PISMA telah siap dibangunkan di seluruh negara. Manakala, lima kajian di peringkat pelaksanaan dan 10 di peringkat perancangan. Sebagai langkah untuk memastikan kelestarian sungai sebagai sumber air, kementerian turut melaksanakan kajian Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu atau juga dikenali sebagai Integrated River Basin Management dengan singkatan IRBM, dengan izin.

IRBM mekanisme terbaik mengurus sesebuah lembangan sungai kerana ia melibatkan semua pihak berkepentingan dalam mengawal kualiti dan memelihara kualiti sumber air. JPS merancang untuk melaksanakan 45 kajian IRBM di seluruh negara.

Sehingga tahun 2024, 23 kajian berjaya disiapkan. Manakala baki kajian dan pelaksanaan dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2028.

draft • 5:00 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Bagi menjawab status pelaksanaan projek pengawalan hakisan pantai yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kudat, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Sungai Besar, Yang Berhormat Setiu dan Yang Berhormat Tanjong Manis. Kementerian melalui JPS sedang melaksanakan projek pengawalan hakisan pantai di sepanjang garis pantai negara. JPS melaksanakan projek berdasarkan syor kajian Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu ataupun ISMP dan Kajian Hakisan Pantai Negara 2015- National Coastal Erosion Study 2015, projek tahun 2025 Rancangan Malaysia Kedua Belas.

Jadi, sebelum saya beralih boleh, silakan kalau ada.

draft • 5:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih banyak Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri PETRA, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Saya hendak bercakap sikit mengenai masalah banjir di Kubang Pasu seperti yang saya sebut dalam ucapan. Sebenarnya JPS Kedah dan JPS Kubang Pasu sudah pun bawa untuk pertimbangan RMKe-12, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Dia, tebatan banjir ini amat crucial bagi Kubang Pasu. Bukan hanya penduduk bila banjir datang memberi banyak kesukaran, tetapi dia melibatkan kesan kepada ekonomi negeri dan juga negara.

Negeri di situ di Bukit Kayu Hitam kita ada dua kawasan industri yang besar, satunya MOF Incorporated kita panggil Delapan, 4,395 ekar yang dibangunkan oleh MOF Incorporated, itu pun buat industri, buat data center dan sebagainya. Yang satu lagi Kedah Science and Technology Park dalam 2,000 ekar, dia membangunkan ekonomi negeri dan juga memberi kesan positif kepada negara. So, kalau tak buat ini dia akan memberi kesan kawasan-kawasan itu.

Seterusnya, laluan dari Bukit Kayu Hitam ke Selatan. Selalu dia banjir, kalau dia banjir teruk, dia memberi kesan. Dia punya value perdagangan yang lalu lintas kawasan itu adalah RM40 bilion Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. So, kesan dia amat luas sekalilah. Dia pelbagai dan saya berharaplah. Ini JPS sudah buat permohonan, saya yang menyokong. Saya berharap dan berharap Timbalan Perdana Menteri dapat memberikan pertimbangan yang sebaiknya dan sewajarnya. Terima kasih banyak.

draft • 5:00 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Sikit.

draft • 5:00 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Kalau dia berhubung kait dengan projek, saya katakan tadi kalau berhubung kait dengan projek ataupun isu setempat...

draft • 5:00 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Tak.

draft • 5:00 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

...Banjir dan sebagainya, saya akan bagi jawapan bertulis, kalau dah dibahaskan.

draft • 5:00 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Bukan, bukan, bukan. Dia fasal mitigasi banjir ini di Bandar Sultan Sulaiman yang merupakan satu kawasan yang tebus guna paya bakau dan dekat Pelabuhan Klang, dibina bandar ini oleh PKNS pada 1970-an.

draft • 5:00 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Minggu lepas saya turun bersama JPS, dia kata ada enam kolam tadahan banjir, hanya satu telah diserah kepada JPS, lima lagi belum diserah, dibina 1970, yang ini 2024 Yang Amat Berhormat. Jadi, siapakah hendak jaga lima kolam tadahan ini? Tempat ini tadi tebus guna tanah paya bakau. Jadi, saya mengharapkanlah dan minta Yang Berhormat dan PKNS yang bina, bagaimana JPS boleh ambil alih untuk selenggarakan? Terima kasih.

draft • 5:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Saya punya. Yang Berhormat...

draft • 5:00 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Ini juga projek agak khususlah. Saya kira kalau projek khusus-khusus ini, saya akan bagi jawapan secara bertulis. Kalau ada yang belum, boleh kemukakan kepada saya ataupun boleh bangkitkan di Peringkat Jawatankuasa nanti sebab untuk saya ini Peringkat Dasar Yang di-Pertua. Jadi, biarlah saya menjawab untuk Peringkat Dasar dulu.

draft • 5:00 PM

Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

[Bangun]

draft • 5:00 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Sebab masih banyak yang perlu saya jawab kalau tidak, tidak adil berlaku pada mereka yang telah berbahas dan sebagainya.

draft • 5:00 PM

Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Saya hendak tanya satu sahaja.

draft • 5:00 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Saya minta maaf, kalau dapat saya lepaskan ini dahulu, bawa ke Peringkat Jawatankuasa kalau ada berhubung kait dengan projek. Biar saya selesaikan untuk mereka yang telah berbahas Yang Berhormat.

draft • 5:00 PM

Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Saya tidak projek ini.

Cuma saya tengok dalam perbahasan saya, saya bangkitkan isu keperluan dengan dana yang besar. Sebagai contoh Belanda terpaksa buat pinjaman daripada beberapa buah negara Eropah. Saya fikir kalau bajet tahunan atau bajet ikut RMK, kita tidak akan selesai isu banjir negara kita.

draft • 5:00 PM

Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Dia perlukan satu dana yang besar one-off sebagaimana yang pernah kita luluskan sebanyak RM15 bilion satu masa dahulu. Saya minta respons kepada pandangan tersebut.

Mungkin ini penyelesaian total kepada masalah banjir negara. Terima kasih.

draft • 5:10 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Terima kasih.

draft • 5:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ini- Dato’ Pengerusi, sedikit sahaja. Kalau tidak dapat, bertulis pun boleh.

Saya menegur JPS tidak memainkan peranannya untuk menghalang kawasan kolam takungan banjir digunakan untuk buat rumah. Ini yang menyebabkan banjir kilat yang banyak berlaku di Kuala Lumpur sehingga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga tidak dapat masuk Dewan hari itu kerana Jalan Parlimen pun banjir.

draft • 5:10 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Terima kasih. Saya tahu isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seputeh. Malahan kita akan berbincang. Sudah pun berbincang berhubung kait dengan perkara tersebut.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, untuk yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian berhubung kait dengan model pelaksanaan kewangan, kaedah pelaksanaan

draft • 5:10 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

dan sebagainya, sebahagiannya telah diputuskan oleh Kabinet daripada segi dasar iaitu kerjasama awam dan swasta. Mungkin salah satu cara ialah kita bawakan melalui kaedah ini sebab sebahagiannya mungkin tidak dapat dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

Dengan kekangan yang ada pada masa ini, the new privatization- bukan privatization, kerjasama antara awam dan swasta ini mungkin salah satu pendekatan kita. Ini juga yang sedang kita lihat di samping peruntukan sedia ada kerajaan, bagaimana juga kita kembangkan untuk melibatkan pihak swasta dalam perkara ini.

Waktu saya sudah habis Dato’ Yang di-Pertua. Cuma, saya minta- sebab ada perkara yang agak penting terutamanya berhubung kait Sabah Sarawak yang perlu saya selesaikan.

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

draft • 5:10 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Dan untuk...

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Amat Berhormat Petrajaya, sila habiskan yang bahagian Sabah Sarawak itu, gulung dan yang lain itu boleh jawapan bertulis.

draft • 5:10 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Jawapan bertulis. Baik, terima kasih. Ini termasuk jugalah untuk non-revenue water, paip dan sebagainya untuk menggantikan. Jadi, kaedahnya ialah kerjasama awam dan swasta.

Jadi, untuk hal ehwal Sabah dan Sarawak, ada 12 Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Beluran, Yang Berhormat Sri Aman, Kota Belud, Sibu, Batang Lupar, Kota Marudu, Lubok Antu, Tuaran, Tanjong Manis, Keningau, Ranau dan juga Yang Berhormat Saratok.

Tuan Yang di-Pertua, tuntutan berkaitan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 merupakan antara agenda yang diberikan penekanan utama Kerajaan MADANI di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk diselesaikan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan juga kerangka undang-undang yang sedia ada. Pada tahun 2023, Kerajaan MADANI telah menambah baik platform perundingan mengenai MA63 dengan menubuhkan Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan jawatankuasa teknikal di bawah MTPMA63 yang dipengerusikan oleh saya sendiri.

Terdapat 29 tuntutan yang dibincangkan di bawah MTPMA63. Sehingga kini, status kemajuan bagi 29 tuntutan tersebut adalah seperti berikut. Ada 11 tuntutan selesai sepenuhnya. Di bawah Kerajaan MADANI, ada tujuh tuntutan yang selesai dan empat diselesaikan oleh kerajaan yang terdahulu. Dua tuntutan selesai sebahagian ataupun interim, tiga tuntutan telah mempunyai keputusan dasar, lapan tuntutan dalam perbincangan, manakala lima tuntutan masih belum dapat diputuskan dan hal ini perlu dirujukkan untuk perbincangan peringkat tertinggi antara Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri.

Maknanya di antara Perdana Menteri, Premier Sarawak dan juga Ketua Menteri Sabah.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, tuntutan mengenai pemberian khas bagi negeri Sabah dan Sarawak di bawah Perkara 112D, tuntutan-tuntutan berhubung dengan sempadan laut dan bayaran royalti minyak, tuntutan mengenai duti setem serta tuntutan satu

draft • 5:10 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

pertiga kerusi Parlimen mewakili negeri Sabah dan Sarawak juga telah dibincangkan dan Mesyuarat MTPMA63 Bilangan 1 Tahun 2024, pada 12 September 2024 yang lalu.

Mesyuarat tersebut antara lain telah setuju dan memutuskan beberapa perkara seperti berikut. Pertamanya, kadar pemberian khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan sebanyak RM600 juta diberikan kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak mulai tahun 2025. Maknanya peningkatan daripada RM300 juta kepada RM600 juta setiap Kerajaan Negeri.

Kedua, supaya tuntutan melibatkan mineral, minyak dan medan minyak Akta Laut Wilayah 2012 [Akta 750] hak negeri ke atas pelantar benua dan royalti minyak dan pembayaran tunai petroleum dibincangkan oleh kepimpinan peringkat tertinggi Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah dan juga Kerajaan Negeri Sarawak. Jadi, itu dibawa ke level itu sebab tidak dapat diputuskan di peringkat teknikal.

Ketiga, supaya Jabatan Peguam Negara mengadakan perbincangan bersama Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah dan Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak bagi meneliti semula tuntutan berhubung pertambahan Ahli Dewan Rakyat bagi negeri Sabah dan Sarawak daripada segi sudut perundangan.

Keempat, supaya tuntutan mengenai duti setem dibincangkan dan forum yang berasingan memandangkan ia melibatkan tafsiran undang-undang dan memerlukan penelitian semula oleh pihak-pihak yang berkenaan. Jadi, Kerajaan MADANI akan terus komited dan memastikan perkara yang termaktub dalam MA63 diselesaikan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan serta kerangka perundangan sedia ada...

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

[Bangun]

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

[Bangun]

draft • 5:10 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri selaku Sekretariat dan Jawatankuasa Teknikal akan terus memantau kemajuan perbincangan mengenai tuntutan-tuntutan ini bagi memastikan penyelesaian bersama antara kementerian, agensi berkaitan serta Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dapat dicapai...

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Boleh bertanya?

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Dato’ Speaker, kalau boleh. Saya sebenarnya bangkit Yang Amat Berhormat tentang Perjanjian 63, tetapi tadi tidak disebut Semporna itu. Saya ingat rakan saya dari Beluran pun bangkitkan perkara yang sama iaitu 40 peratus- 40 percent itu terkandung. Pemberian Khas Yang Amat Berhormat itu lain. Dalam Perlembagaan Persekutuan yang ada, Artikel 10 cukup jelas menyatakan bahawa 40 peratus cuma Sabah sahaja. Sarawak tidak ada.

draft • 5:10 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Cuma Yang Berhormat, 40 peratus saya tidak dapat jawab sebab sub judice. Ada court case sedang berjalan. Jadi, saya tidak akan dapat memutuskan berhubung kait dengan perkara tersebut.

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Ya.

draft • 5:10 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Sebab ia masih ada dalam prosiding di peringkat mahkamah.

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Okey.

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Yang Berhormat, okey. Dalam 40 peratus itu, saya difahamkan. Apakah sebenarnya pendirian Majlis Perunding MA63 dalam perkara itu? Adakah setakat menyatakan bahawa perkara ini sedang dibicarakan di mahkamah. Selepas itu, kita tidak boleh bercakap. Ataupun, apakah sebenarnya Majlis Perunding MA63 itu ada perbincangan khusus untuk perkara itu supaya akhirnya perkara ini diputuskan oleh majlis itu dan bukannya semata-mata menunggu keputusan dari mahkamah?

draft • 5:10 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Di peringkat mesyuarat, apa yang kita katakan ia perlu dirundingkan di peringkat tertinggi melibatkan- sebab tafsiran perundangan di antara Sabah dan Persekutuan berbeza. Jadi, sebab itu ia- sebab memandangkan masih di peringkat mahkamah juga sedang melihat pada kes tersebut. Maka, sebab itu di sudut perundangan kita tidak boleh dibincangkan. Manakala, daripada segi pentadbiran antara dua kepimpinan, masih juga melihat tetapi tertakluk kepada akhirnya keputusan mahkamah.

Jadi, bagi menjawab soalan YB Jelebu berkaitan Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR). Jelebu ada? Nanti saya beri jawapan secara bertulis.

Untuk Masjid Tanah, melibatkan kerugian hampir RM40 juta dan pelaburan oleh Khazanah Nasional dan Permodalan Nasional Berhad dalam FashionValet. Jadi, saya tidak akan menjawab sebab perkara ini masih dalam siasatan SPRM. Mereka sudah pun memulakan siasatan. Jadi, saya tidak dapat hendak menjawab secara terperinci apa sahaja sebab ia merupakan kes yang sedang dalam siasatan.

Berhubung kait dengan emolumen dan juga- untuk makluman, PHB telah mencatatkan peningkatan daripada segi keuntungan kasar dan juga keuntungan operasi bagi tahun kewangan 2023 masing-masing sebanyak RM220.8 juta. Ini untuk 2022 iaitu RM213.7 juta dan RM317 juta. Kalau digabungkanlah menjadi keseluruhan disokong prestasi kewangan yang baik. Sebab itu, kita melihat PHB telah melaksanakan inisiatif transformasi syarikat menjadi asas pada pertumbuhan jangka panjang dan kelestarian perniagaan. Sebab itu, imbuhan itu dibayar bukannya disebabkan bonus dan sebagainya, tetapi disebabkan pencapaian apa yang mereka sudah laksanakan. Itu sebagai imbuhan.

draft • 5:10 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Adakah- dengan izin Yang Amat Berhormat Menteri, saya nak tanya, adakah dengan adanya pertumbuhan ataupun perkembangan yang baik daripada segi pertumbuhan yang sebagaimana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, tidak selari dengan KPI yang ditunjukkan, hanya 42 peratus?

Adakah itu melayakkan untuk mereka membuat keputusan untuk mengadakan percutian mewah kepada seluruh- membolehkan untuk pihak pengurusan, membolehkan untuk membuat keputusan untuk melancong walaupun ia telah pun dibatalkan dan supaya ia

draft • 5:20 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

tidak menjadi ikutan oleh syarikat-syarikat kerajaan yang lain kerana ini adalah sangat satu amalan yang saya rasa tidak sihat. Jadi, saya nak tanya pandangan daripada Dato’ Sri.

draft • 5:20 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Untuk- sebagaimana Yang Berhormat katakan tadi, untuk lawatan ke luar negara memang dah tak ada. Mereka tak pergi sebenarnya. Tiada retreat ke luar negara sekalipun. Apa yang dibayar hanyalah imbuhan kepada pencapaian program yang mereka laksanakan, hasil daripada keuntungan tersebut, tapi dasar baharu sekarang ini, sepertimana diputuskan oleh Kabinet, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melihat bahawa bukan saja di peringkat biasanya, Kabinet hanya melihat di peringkat kementerian, di peringkat jabatan dan agensi.

Sekarang ini semua GLC, GLIC pun akan dilihat dan kena kemukakan untuk masa depan dan sebagainya termasuklah sama ada bonus, imbuhan, lawatan ke luar negara dan sebagainya kena melalui proses tersebut. Sebab itulah auditor sekarang ini dibenarkan untuk masuk ke GLC dan GLIC sekali pun.

draft • 5:20 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Sebab yang apa mereka membatalkan pun kerana dah terbongkar di sosial media. Sebab itu mereka terpaksa batalkan. Kalau tidak, ia pasti dia akan bawa dengan 200 orang kakitangan sebagaimana yang telah pun ditimbulkan oleh pihak media. Ada lagi yang saya bangkitkan, mungkin Yang Berhormat belum jawab. Berkenaan RM50,000 yang disumbangkan oleh CEO berkenaan yang merupakan alumni kepada sekolah terbabit.

draft • 5:20 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Untuk makan malam persatuan alumni, sebenarnya yang diadakan pada 17 Februari, RM50,000 itu bukan untuk orang kata sponsor saja, tapi ia merupakan program untuk mereka memasarkan unit amanah saham- unit Amanah Hartanah Bumiputera. Untuk program malam itu saja, mereka dah dapat 500,000 unit yang dibeli oleh alumni untuk unit-unit amanah harta tersebut. Jadi, itu yang sebenarnya.

Program itu sebenarnya lebih kepada program untuk memasarkan unit Amanah Hartanah Bumiputera.

draft • 5:20 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri, boleh saya sedikit berkaitan dengan pelaburan Khazanah dan PNB tadi, FashionValet. Saya tahu dalam siasatan. Cuma, fakta yang saya mohon- secara bertulis pun tak apa. Di luar sana kita cuba dapatkan.

Pertama sekali, sepanjang tempoh pelaburan Khazanah, dari hari pertama Khazanah dan PNB melabur ini, berapa banyak dividen yang telah dibayar kepada pemegang saham, yang pertama. Kedua, soalan saya adalah adakah terdapat wakil daripada Khazanah dan PNB dalam syarikat tersebut di sepanjang tempoh pelaburan mereka? Terima kasih.

draft • 5:20 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Baik, saya akan beri jawapan secara bertulis sebab yang ini perkara baharu yang dibangkitkan. Jadi, untuk yang terakhir ialah berhubung kait dengan peruntukan kepada ahli-ahli di sebelah sana. Jawapan saya ialah saya dah ditolak. Bila dah ditolak, yang hanya memberi jawapan ataupun respons ialah Yang Berhormat Muar. Jadi, Yang Berhormat Muar telah menulis surat kepada saya, menghantar e-mel dan saya sedang meneliti segala cadangan balas oleh Yang Berhormat Muar. Ini akan

draft • 5:20 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

dibincangkan di bawah whip-whip kerajaan dan insya-Allah, saya akan memanggil Yang Berhormat Muar nanti untuk respons balik kepada apa yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Muar.

Manakala, kalau ada di kalangan individu Ahli Parlimen yang nak berbincang dengan saya di sebelah sana, saya terbuka, tapi secara kelompok, saya dikatakan sudah pun menolak daripada keputusan pihak parti itu sendiri. Jadi, saya tak dapat buat apa-apalah sebab tugas saya ialah untuk berunding. Kalau tak nak berunding, saya tak dapat buat apa- apa. Jadi, saya akan hanya berunding kepada mereka yang nak berunding. Terima kasih.

draft • 5:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih YB.

draft • 5:20 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Dato' Yang di-Pertua, terima kasih atas tambahan masa dan saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Berhormat yang telah mengemukakan pandangan. Ada yang dapat saya jawab, yang belum terjawab saya akan memberi secara bertulis termasuk cadangan-cadangan yang baru yang dikemukakan.

Saya menerima baik segala teguran dan pandangan. Terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Petrajaya, Menteri. Berikutnya, saya mempersilakan kementerian Yang Berhormat Menteri Kementerian Pengangkutan untuk menjawab.

draft • 5:20 PM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Dato' Yang di-Pertua, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan 36 orang Ahli Yang Berhormat terhadap Kementerian Pengangkutan yang membahaskan dan menyentuh perkara-perkara di bawah bidang kuasa MOT.

Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin menyentuh berkenaan dengan isu perkhidmatan penerbangan. Izinkan saya mulakan ucapan pada hari ini dengan menjawab isu-isu yang sering dibangkitkan pada sidang kali ini berhubung isu-isu perkhidmatan penerbangan dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan termasuk isu kelewatan dan pembatalan penerbangan, harga tiket dan isu-isu teknikal.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mengikut rekod, buat masa ini syarikat- syarikat penerbangan negara telah menyediakan perkhidmatan penerbangan domestik bagi laluan ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak 1.42 juta tempat duduk bagi bulan Oktober 2024. Malaysia Airlines Berhad telah mengurangkan sebanyak 95,906 tempat duduk bermula Ogos sehingga Disember 2024. Walau bagaimanapun, syarikat-syarikat penerbangan seperti AirAsia, AirAsiaX dan Batik Air telah menambah kapasiti sebanyak 139,578 tempat duduk bagi menampung kekurangan tersebut.

Berdasarkan data Januari hingga Ogos 2024, sejumlah 24 peratus ataupun 61,014 daripada 258,116 penerbangan yang dioperasikan oleh syarikat-syarikat penerbangan Malaysia telah ditangguhkan- 55,024 daripada jumlah 61,014 penerbangan tersebut telah ditangguhkan kurang daripada dua jam dari waktu pelepasan yang dijadualkan dan baki

draft • 5:25 PM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

selebihnya 5,990 penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam. Manakala, sebanyak 20 peratus ataupun 90,696 penerbangan daripada 444,234 jumlah penerbangan berjadual dibatalkan pada tahun 2023 dan sebanyak 18 peratus ataupun 57,276 penerbangan daripada 315,388 jumlah penerbangan berjadual dibatalkan pada tahun 2024 setakat bulan Ogos.

Ini menjadikan bilangan penerbangan yang beroperasi pada 2023 adalah berjumlah 353,838 penerbangan dan bilangan penerbangan yang beroperasi pada tahun 2024 setakat bulan Ogos adalah 258,112 penerbangan. Antara punca kelewatan penerbangan adalah disebabkan oleh operasi syarikat penerbangan seperti penggiliran pesawat dan anak kapal serta keadaan luar biasa dan isu teknikal. Manakala, punca pembatalan penerbangan adalah disebabkan komersial seperti muatan rendah, masalah operasi syarikat penerbangan seperti kekurangan anak kapal, ketibaan lewat pesawat, putaran pesawat, keadaan luar biasa seperti cuaca, kawalan oleh trafik udara dan masalah teknikal seperti aircraft on ground. Bagi menangani isu kelewatan dan pembatalan ini, Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia, pada bulan April yang lalu telah menetapkan sasaran 85 peratus on time performance dan 80 peratus penerbangan yang mematuhi jadual bagi semua syarikat penerbangan Malaysia yang beroperasi dari semua lapangan terbang di Malaysia. Hasil pemantauan prestasi syarikat penerbangan itu akan diterbitkan di laman web MAVCOM. Sekiranya syarikat penerbangan gagal mencapai sasaran, ia boleh memberikan kesan kepada permohonan syarikat penerbangan untuk memperbaharui ataupun menambah hab trafik udara daripada pihak MAVCOM.

Selain itu, MAVCOM juga merancang untuk memperkenalkan mekanisme insentif dan penalti untuk syarikat penerbangan berdasarkan sasaran OTP dan pembatalan yang telah ditetapkan. Seterusnya, MAVCOM juga telah mengingatkan syarikat penerbangan untuk mematuhi keperluan penundaan gangguan penerbangan. Syarikat penerbangan dihendaki mengerahkan pasukan pengendalian kelewatan penerbangan mengeluarkan kenyataan media dalam masa 24 jam untuk gangguan penerbangan utama- major dan menyediakan laporan terperinci kepada pihak MAVCOM.

draft • 5:25 PM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Berhubung kos tiket penerbangan, harga tambang penerbangan ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran. Secara amnya, harga tiket meningkat pada musim cuti dan perayaan disebabkan permintaan yang tinggi untuk tempoh perjalanan yang sama. Untuk tempoh puncak ini, permintaan adalah melebihi kapasiti yang boleh disediakan oleh syarikat- syarikat penerbangan. Oleh yang demikian, bagi menangani masalah harga tiket penerbangan yang tinggi semasa musim puncak, MOT telah mengadakan perbincangan dengan MAVCOM dan syarikat-syarikat penerbangan domestik bagi memastikan harga tiket penerbangan yang ditawarkan adalah komparatif. Daripada perbincangan tersebut, syarikat- syarikat penerbangan telah bersetuju untuk menambah kapasiti penerbangan dari semasa ke semasa bergantung kepada permintaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan pada tahun 2023 telah memperkenalkan inisiatif FLYsiswa iaitu bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk

draft • 5:30 PM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

pelajar universiti awam, pelajar politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi serta pelajar matrikulasi dan IPG di bawah Kementerian Pendidikan bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan bagi mengurangkan beban kewangan mahasiswa yang ingin pulang ke kampung halaman.

Pelaksanaan inisiatif ini akan diteruskan pada tahun 2024 untuk manfaat hampir 60,000 mahasiswa terutamanya di Sabah dan Sarawak.

draft • 5:30 PM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Dato’ Speaker.

draft • 5:30 PM

Tuan Loke Siew Fook

Inisiatif. Sekejap. Inisiatif ini dilaksanakan melalui kaedah pembelian credential di mana syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada setiap pelajar yang layak untuk ditebus bagi maksud pembelian tiket penerbangan bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan.

Seterusnya, Jemaah Menteri pada 13 Disember 2023 telah bersetuju dengan cadangan MOT untuk melaksanakan harga maksimum sebanyak RM599 bagi tiket penerbangan sehala ekonomi dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan. Tempoh pelaksanaan inisiatif ini adalah tiga hari perjalanan sebelum tarikh sambutan perayaan utama seperti Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri, Pesta Keamatan, Hari Gawai dan Hari Krismas untuk tahun ini. Inisiatif ini akan diteruskan untuk tahun yang akan datang.

Melalui inisiatif ini harga maksimum tiket penerbangan klasik ekonomi sehala ditetapkan pada harga RM599 tidak termasuk cukai dan fi. Bagi tiket penerbangan kelas ekonomi yang melebihi daripada harga itu, kerajaan akan membayar perbezaan harga antara harga asal tiket penerbangan dan harga maksimum tersebut.

Manakala tiket penerbangan yang berharga kurang daripada RM599, bagi laluan- laluan berkenaan akan dijual pada harga asal yang telah ditetapkan oleh syarikat penerbangan. Ini tidak melibatkan sebarang subsidi, bantuan tiket penerbangan daripada kerajaan. Dalam hubungan ini, kerajaan selanjutnya telah bersetuju untuk supaya FLYsiswa seperti inisiatif bantuan subsidi perbelanjaan tiket penerbangan ke Sabah, Sarawak dan Labuan sempena musim perayaan yang diluluskan di bawah inisiatif Belanjawan 2024 dijadikan inisiatif tahunan MOT.

Untuk tujuan ini, sukacita diumumkan bahawa kedua-dua inisiatif ini telah mendapat peruntukan sebanyak RM48 juta daripada Kementerian Kewangan. Sila.

draft • 5:30 PM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih Yang Berhormat Menteri menjelaskan sedikit sebanyak tentang sistem pengangkutan dan khususnya penerbangan. Saya telah suarakan dan saya bangkitkan beberapa persoalan.

Pertama mengenai dengan jadual flight yang ada. Dalam perbahasan waktu itu, saya nyatakan daripada 10 flight, turun kepada lima flight. Daripada jumlah- saya difahamkan, tak tahu betul ke tidak, 60 lebih engineer yang ada di bawah MAS telah pun beralih ke airline- airline negara jiran dan tempat lain.

Di samping itu juga, itu yang persoalan saya daripada segi bukan hanya jumlah flight ini ditambah, tapi saya nampak belum lagi bertambah. Keduanya, daripada segi jaminan untuk memastikan supaya aircraft yang digunakan keadaan cuaca yang semakin berubah, is

draft • 5:30 PM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

it safe for us to fly? The other one is engineer, bagaimana masalah ini dapat ditangani supaya kita dapat kekalkan mereka berkhidmat dalam perkhidmatan?

Yang satu lagi yang saya telah bangkitkan penerbangan flight MASwings dari Kota Kinabalu ke Sandakan, dari Sandakan ke Lahad Datu, dari Lahad Datu ke Tawau. Bayangkan dia punya stopover sampai empat kali, mengambil masa. Adakah pihak kementerian menasihatkan supaya mengambil langkah membolehkan supaya dipendekkan waktu? To many stopover, dengan izin. Terima kasih banyak.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 5:30 PM

Mesyuarat] Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih. Puan Yang di-Pertua, saya akan jelaskan dalam jawapan-jawapan yang memang telah pun akan saya jawab berkenaan dengan beberapa soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Semporna.

Berdasarkan makluman MAB, operasi syarikat penerbangan tersebut dah terjejas sejak kebelakangan ini adalah disebabkan oleh isu teknikal dan isu kekurangan bilangan pesawat untuk beroperasi. Faktor penyumbang kepada berlakunya masalah ini seperti yang telah banyak kali saya nyatakan, kekangan rangkaian bekalan komponen mekanikal, pesawat yang berusia, faktor luaran merupakan sebahagian daripada normalisasi berterusan operasi penerbangan di peringkat global pasca pandemik.

Kekurangan bahan mentah juga didapati mengehadkan pengeluaran alat ganti yang memberikan kesan kepada turnaround time kepada pembekal enjin bagi semua pesawat.

Perkara-perkara yang dinyatakan menyumbang kepada bilangan ketersediaan pesawat untuk beroperasi ditambah pula dengan kelewatan penerimaan pesawat baharu pada tahun ini menyebabkan bilangan pesawat yang sedia ada beroperasi adalah kurang daripada perancangan asal.

Namun begitu, saya ingin nyatakan bahawa memang jumlah penerbangan yang dikurangkan itu melibatkan Malaysia Airlines terutamanya untuk laluan ke Sabah dan Sarawak sampai ke bulan Disember, tetapi untuk seperti yang saya nyatakan tadi, syarikat- syarikat penerbangan lain AirAsia, Batik Air dan sebagainya tetap menambah penerbangan ke Sabah dan Sarawak. Jadi daripada segi kapasitinya masih ada walaupun pihak Malaysia Airlines mengurangkannya.

Bagi memperkukuhkan aspek-aspek penyelenggaraan, MAB telah melaksanakan beberapa langkah komprehensif seperti berikut; membatalkan beberapa rangkaian penerbangan dalam dan luar negara secara sementara. Langkah pembatalan rangkaian ini perlu lagi memastikan ketahanan jangka panjang pesawat dan keteguhan operasinya.

Melalui pembatalan rangkaian penerbangan secara sementara ini akan membolehkan penyelenggaraan yang lebih proaktif dilakukan terhadap pesawat untuk mengurangkan risiko kerosakan pesawat dan memberikan pengalaman penerbangan yang terbaik kepada

draft • 5:30 PM

Mesyuarat] Tuan Loke Siew Fook

pelanggan. Keputusan ini adalah memastikan standard keselamatan MAB bukan hanya dikekalkan tapi diperkukuhkan.

MAB juga telah menjalankan siasatan menyeluruh terhadap isu teknikal semasa dengan mengenal pasti dan membetulkan punca serta menambah baik protokol dan prosedur penyelenggaraan bagi memastikan piawaian keselamatan yang ditetapkan dapat dicapai.

Memastikan supaya langkah penyelesaian masalah ataupun troubleshooting yang diperlukan untuk mengasingkan kerosakan dilaksanakan menggunakan manual penyelenggaraan pesawat terkini yang telah diluluskan.

Dalam hal ini, MAB juga telah menggunakan teknologi moden dalam penyelenggaraan pencegahan dan ramalan untuk menjangkakan dan menangani isu sebelum ianya menjadi kritikal. MAB juga sedang bekerjasama rapat dengan pengeluar pesawat dan enjin serta rangkaian pembekal yang berkaitan untuk menangani isu rantaian bekalan dan teknikal. Di samping itu, MAB juga memberikan tumpuan kepada peningkatan latihan dan pengambilan pekerja bagi menangani isu peningkatan permintaan dan kompleksiti pesawat moden. Secara korektifnya, langkah-langkah ini dilakukan bertujuan untuk memulihkan keyakinan penumpang dan memastikan penerbangan yang selamat yang boleh dipercayai oleh semua penumpang.

Jadi, saya nak memberikan jaminan dan kepastian kepada Yang Berhormat Semporna jangan bimbang. Keselamatan penerbangan sudah tentulah menjadi prioriti kepada semua pihak terutamanya syarikat penerbangan, Kementerian Pengangkutan dan semua pihak yang telah terbabit. Jadi, tidak- sudah tentu kita tidak mengkompromikan isu keselamatan penerbangan.

Saya tahu bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat, khususnya Yang Berhormat Semporna selalu mengambil penerbangan untuk balik kawasan dan itulah mod yang- satu-satunya mod pengangkutan yang diperlukan. Sudah tentunya kita mahu semua penumpang sampai ke destinasi mereka dengan selamat. Justeru itu, semua langkah-langkah yang telah diambil dan akan diambil akan sentiasa dipantau oleh pihak Kementerian Pengangkutan dan juga Pihak Berkuasa Penerbangan Malaysia.

Untuk maklumat Yang Berhormat juga, berdasarkan audit terkini CAAM kepada syarikat MAB tempoh pembaharuan Sijil Perakuan Pengendali Udara (AOC) telah dikurangkan daripada tiga tahun kepada satu tahun bermula 1 September tahun ini kepada- sehingga 31 Ogos tahun depan. Oleh yang demikian, syarikat penerbangan perlu melalui proses pengauditan sebelum AOC diperbaharui. Tempoh AOC yang lebih pendek akan mewajibkan audit yang lebih kerap. Hal ini bagi memastikan MAB mengambil tindakan- tindakan penambahbaikan sewajarnya seperti mana pelan mitigasi yang telah dikemukakan oleh CAAM.

CAAM akan meneruskan pemantauan dan menjalankan pengauditan keselamatan terhadap semua pesawat yang dimiliki oleh syarikat-syarikat penerbangan yang beroperasi dalam negara dalam memastikan aspek keselamatan dan perihal selamat dipatuhi

draft • 5:30 PM

Mesyuarat] Tuan Loke Siew Fook

sewajarnya. Kementerian seperti yang saya katakan, tidak akan berkompromi dalam perkara melibatkan keselamatan penumpang berkenaan.

Berkenaan dengan isu subsidi Perkhidmatan Udara Luar Bandar yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Semporna. Perkhidmatan RAS merupakan perkhidmatan udara yang tidak ekonomik yang disediakan oleh kerajaan di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Justeru itu, subsidi tahunan RM209 juta diberikan untuk tujuan ini. Dalam konteks yang sama, pengambilalihan perkhidmatan RAS oleh Kerajaan Negeri Sarawak tidak akan menjejaskan Perkhidmatan Udara Luar Bandar di kesemua laluan sedia ada RAS di Sabah dan Sarawak sebagaimana yang telah di termaktub dalam perjanjian PSO untuk RAS tersebut.

draft • 5:30 PM

Mesyuarat] Tuan Loke Siew Fook

Walaupun selepas Kerajaan Negeri Sarawak mengambil alih operasi penerbangan MASwings kelak, kerajaan melalui MOT akan meneruskan pemberian subsidi Kerajaan Persekutuan kepada syarikat yang diambil alih oleh Kerajaan Negeri iaitu MASwings bagi membolehkan perkhidmatan RAS terus dinikmati oleh penduduk di pedalaman Sabah dan Sarawak. Komitmen ini dizahirkan melalui Belanjawan 2025 di bawah Ikhtiar 46:

Pengangkutan Awam di mana perkhidmatan udara luar bandar Sabah dan Sarawak diteruskan dengan peruntukan lebih RM200 juta.

Saya faham apa yang dinyatakan tadi berkenaan dengan beberapa stop dari Kota Kinabalu sampai ke Lahad Datu dan sebagainya. Ini kerana MASwings ini dia beroperasi secara loop service, dia bukan point to point. Dia loop service, dia berhenti-henti untuk memastikan ada ketersambungan.

Namun begitu, saya mengambil perhatian apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Semporna untuk kita melihat kembali cara operasi RAS itu dan memang ada perjanjian baharu yang bakal ditandatangani selepas ini. Sudah tentu apabila ada pengambilalihan oleh pihak Kerajaan Sarawak nanti, penerbangan-penerbangan ini ataupun laluan-laluan ini boleh dikaji semula supaya memastikan keberkesanan perkhidmatan ini kepada penumpang-penumpang dan juga penduduk di Sabah dan Sarawak.

Seterusnya Puan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Paya Besar telah mencadangkan supaya landasan lapangan terbang utama negara dipanjangkan bagi perkhidmatan kargo udara menggunakan kapal terbang bersaiz besar bagi menyokong aktiviti eksport produk semikonduktor.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semua lapangan terbang antarabangsa di bawah kelolaan Malaysia Airports Holdings Berhad iaitu KLIA, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu memiliki landasan yang panjangnya di antara 3,354 meter sehingga 4,100 meter. Kesemua lapangan terbang ini mampu mengendalikan operasi pesawat jenis wide-body seperti Airbus A380, 747 dan Boeing 777 yang digunakan oleh syarikat-syarikat perkhidmatan kargo untuk menjalankan operasi kargo.

draft • 5:40 PM

Mesyuarat] Tuan Loke Siew Fook

Jadi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Paya Besar, saya ucapkan terima kasih atas cadangan ini. Namun begitu, kekangan kita untuk operasi kargo udara yang lebih besar bukannya daripada segi landasan. Landasan tak ada masalah, memang panjang, landasan kita cukup. Cuma, kemudahan kargo, kemudahan terminal kargo itu perlu diperbesarkan. Itu memang mempunyai permintaan yang cukup tinggi bukan sahaja di KLIA, tetapi di Pulau Pinang sama, di Kota Kinabalu sama, di Kuching sama. Memang perkhidmatan kargo itu semakin meningkat dan kita sedang melihat bagaimana untuk memastikan kemudahan operasi kargo udara ini dapat dipertingkatkan supaya dapat memacu pertumbuhan ekonomi terutamanya yang melibatkan logistik udara ini.

Seterusnya Puan Yang di-Pertua, berkenaan dengan cadangan projek Kulim International Airport (KXP) bagi menyokong perkhidmatan logistik udara di utara Semenanjung Malaysia.

Untuk makluman Yang Berhormat Jerlun, Kepala Batas, Padang Serai dan Sik, Kementerian Pengangkutan melalui Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia telah menerima permohonan rasmi daripada Kerajaan Negeri melalui anak syarikatnya melalui surat bertarikh 21 Ogos 2024 untuk menubuhkan aerodrom bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP).

Buat masa ini, pihak CAAM dan MAVCOM sedang membuat penilaian teknikal dan kewangan ke atas permohonan tersebut. Setelah menerima pelaporan penilaian daripada kedua-dua agensi tersebut, pihak kementerian akan mempertimbangkan keputusan berhubung dengan permohonan ini.

Jadi, untuk menjawab persoalan yang sering dibangkitkan berkenaan dengan KXP, baharu bulan Ogos yang lalu, pihak Kerajaan Negeri Kedah finally secara rasminya telah memohon untuk penubuhan aerodrom kepada pihak Kementerian Pengangkutan. Sekarang ini kita sedang melihat permohonan tersebut dan saya difahamkan pada awalnya ada beberapa permohonan ataupun dokumen yang tidak mencukupi yang dipohon oleh pihak CAAM.

Bulan September yang lalu telah menerima dokumen-dokumen yang diperlukan.

Sekarang ini pihak CAAM sedang melihat kepada isu-isu teknikal berkenaan dengan permohonan itu dan juga oleh pihak MAVCOM dan seterusnya akan diangkat untuk pertimbangan oleh pihak kementerian.

Jadi, kita akan menilainya secara objektif dan sekiranya semua isu-isu teknikal dan economical dipatuhi maka kita akan mempertimbangkan dengan sewajarnya. Jadi, saya harap penjelasan ini dapat mengurangkan polemik berkenaan dengan ini. Tidak ada niat oleh pihak kerajaan untuk menghalang penubuhan mana-mana lapangan terbang ataupun aerodrom sekiranya ada pelaburan daripada pihak swasta dan kita akan memproses setiap permohonan itu dengan objektifnya.

Seterusnya, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Libaran, aturan hak trafik di antara Malaysia dengan China adalah diperuntukkan di bawah Memorandum of Understanding

(MoU) on Air Services Between The Government of Malaysia and The Government of

draft • 5:40 PM

Mesyuarat] Tuan Loke Siew Fook

People’s Republic of China yang telah ditandatangani pada 18 Oktober 2006. MoU ini membenarkan mana-mana syarikat penerbangan Malaysia atau China untuk menyediakan perkhidmatan penerbangan hak trafik ketiga dan keempat tanpa had kekerapan, kapasiti dan jenis pesawat bagi mana-mana laluan di antara China dan Malaysia.

Sehubungan itu, MOT sentiasa membuka dan menggalakkan mana-mana syarikat penerbangan negara atau China untuk menyediakan perkhidmatan penerbangan antarabangsa secara terus dari China untuk ke mana-mana destinasi di Malaysia termasuk di Sabah.

Walau bagaimanapun, keputusan untuk menyediakan perkhidmatan penerbangan bagi laluan tersebut adalah keputusan komersial yang dibuat oleh syarikat penerbangan berasaskan kepada daya maju komersial, commercial viability tersebut.

Bagi maksud menggalakkan penerbangan antarabangsa ke Sabah, Malaysia Airports Holdings Berhad melalui program Airline X-celebration antara lain menawarkan insentif kepada mana-mana syarikat penerbangan yang menyediakan perkhidmatan antarabangsa ke lapangan-lapangan terbang yang dikendalikan oleh MAHB termasuk Lapangan Terbang Labuan. Insentif ini diberikan dalam bentuk rebat, pendaratan, sewaan pejabat di lapangan terbang dan sokongan pemasaran.

Jadi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Libaran dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, memang tak ada had daripada segi penerbangan trafik di antara Malaysia dan China. Sekarang ini memang banyak juga syarikat-syarikat penerbangan China yang terbang ke Malaysia bukan sahaja di KLIA, tetapi juga banyak lapangan terbang termasuklah di Sabah.

Seterusnya Puan Yang di-Pertua, berhubung dengan status naik taraf lapangan terbang di Sabah. Untuk makluman Yang Berhormat Libaran, Tawau dan Sandakan, kapasiti reka bentuk Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sedia ada mampu menampung sehingga sembilan juta penumpang setahun. Pada tahun 2019, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu telah mencatatkan sebanyak 9.4 juta penumpang iaitu melebihi kapasiti sedia ada sebanyak empat peratus. Manakala, pada tahun 2023, jumlah penumpang yang dicatatkan adalah sebanyak 7.04 juta orang.

Dalam hubungan ini, MOT sedang mempertimbangkan cadangan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu daripada sembilan juta penumpang setahun kepada 12 juta penumpang setahun. Projek ini bakal dibiayai oleh pihak MAHB melalui model pemulihan pelaburan ataupun investment recovery model dengan anggaran kos sebanyak RM442.3 juta.

Projek ini antara lain akan melibatkan pembesaran terminal utama, penambahan kawasan apron pesawat dengan tambahan tujuh parkir pesawat, penambahbaikan infrastruktur awam dan fasiliti seperti jalan, tangki air dan loji rawatan kumbahan, penggunaan teknologi hijau seperti panel solar dan kawasan tadahan air hujan serta adaptasi teknologi dan automasi melalui Airport 4.0.

draft • 5:40 PM

Mesyuarat] Tuan Loke Siew Fook

Untuk KKIA, ini memang akan dibawa ke Kabinet untuk pertimbangan dalam minggu ini juga. Saya berharap apabila Kabinet memberikan kelulusan nanti, saya akan membuat pengumuman secara rasmi berkenaan dengan projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ini.

Selanjutnya, untuk projek menaik taraf Lapangan Terbang Tawau telah diluluskan oleh Kementerian Ekonomi di bawah projek Rolling Plan 4 Rancangan Malaysia Kedua Belas dengan kos berjumlah RM130.5 juta. Projek ini antara lain akan melibatkan pembesaran terminal lapangan terbang yang melibatkan pertambahan kapasiti pengendalian penumpang dari 1.5 juta penumpang setahun kepada 2.5 juta penumpang setahun.

Projek ini akan dilaksanakan oleh pihak MOT melalui kaedah reka dan bina dengan lantikan perunding kejuruteraan projek. MOT sedang dalam proses melaksanakan pelantikan kontraktor utama untuk melaksanakan kerja-kerja fizikal di tapak bina dijangka akan bermula pada suku pertama tahun depan yang mengambil masa 36 bulan untuk disiapkan, okey.

Berhubung dengan kesesakan di Lapangan Terbang Tawau, MOT melalui MAHB sentiasa mengadakan mesyuarat koordinasi dan penyelarasan secara berkala bagi mengatasi masalah kesesakan dan keselamatan dengan pelbagai kementerian, agensi dan jabatan yang menyediakan perkhidmatan di Lapangan Terbang Tawau.

Bagi mengatasi kesesakan di Lapangan Terbang Tawau dalam jangka masa pendek, beberapa pelan mitigasi telah dilaksanakan pada bulan September yang lalu. Meminda jadual penerbangan bagi mengurangkan kesesakan di terminal khususnya pada waktu puncak.

Meletakkan beberapa kanopi mudah alih bagi memberikan keselesaan kepada para penumpang yang beratur dan berada di kawasan self-check-in kiosks. Menambah queue ropes di ruang dan kawasan penumpang beratur ketika proses daftar masuk, menambah bilangan kakitangan MAHB untuk membantu kakitangan syarikat penerbangan ketika waktu puncak. Menambah tiga buah mesin self-check in kiosks AirAsia dan menambah dua buah kaunter Imigresen bagi pelepasan antarabangsa menjadikan keseluruhan enam buah kaunter. Selanjutnya, MAHB turut menambah empat kaunter ketibaan antarabangsa menjadikan keseluruhannya 12 buah kaunter.

Saya tahu Yang Berhormat Semporna, Tawau ini dekat dengan Semporna dan Yang Berhormat Semporna balik ke kawasan pun melalui lapangan terbang ini.

draft • 5:40 PM

Mesyuarat] Tuan Loke Siew Fook

Saya baru melawat lapangan terbang itu beberapa minggu yang lalu. Keadaannya saya tahu memang sesak dan memang tidak selesa. Saya telah mengarahkan MAHB segera menyediakan beberapa pelan mitigasi sederhana, jangka masa pendek. Antaranya ialah pasang air cooler di kawasan-kawasan terminal itu supaya memberikan keselesaan yang lebih baik kepada penumpang. Ada lagi?

draft • 5:50 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih Yang Berhormat. Saya sebenarnya bangkit dan terima kasih oleh kerana ada penambahbaikan.

Saya difahamkan bahawa peruntukan telah pun disediakan untuk membesarkan dan tambah baik Lapangan Terbang Tawau. Cuma saya – persoalan yang saya bangkitkan; pertama, dari

draft • 5:50 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

segi bridge, ya. Oleh kerana dia dua sahaja bridge yang ada, ya dan saya harap ditambah untuk membolehkan supaya aircraft yang mendarat ya, dapat menggunakan bridge itu.

Keduanya, dari segi parking bay-nya, tempat letak aircraft. Yang sekarang ini kita berhadapan dengan masalah di mana kalau ada penerbangan dari segi AirAsia dan penerbangan private jet yang datang daripada China, direct flight. Parking bay pun tak cukup, because it is too small of an area. Walhal, dulu landasan dia ─ saya ingat saya masa Ling Liong Sik lagi Menteri Pengangkutan, saya minta supaya runway diluas, dipanjangkan. Runway ini memang panjang. Cuma masalah dia the bridge dengan dia punya parking bay. Saya harap ini akan mendapat perhatian daripada Yang Berhormat Menteri.

draft • 5:50 PM

Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih Yang Berhormat Semporna. Memang itu sedang kita lihat bagaimana mengatasi isu itu. Seperti yang saya katakan, kita telah meminta MAHB supaya mengatur balik jadual-jadual ketibaan supaya jangan beberapa pesawat tiba pada waktu yang sama. Sebab yang menjadi masalah ialah pada waktu puncak apabila ada tiga empat pesawat tiba pada waktu yang sama. Sudah tentu bay tak cukup, aerobridge tak cukup, imigresen pun tak cukup.

Jadi, kita nak dia jarakkan ketibaan itu supaya jadual yang lebih baik dapat diaturkan supaya tidak berlaku kesesakan yang terlalu besar. Memang dalam projek pembesaran nanti, kita akan lihat untuk membesarkan apron, kawasan apron dan juga kawasan parkir dan juga saya rasa pertambahan aerobridge juga akan diletakkan di Lapangan Terbang Tawau itu.

Seterusnya Puan Yang di-Pertua...

draft • 5:50 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Yang Berhormat Seremban. Boleh minta laluan sikit? Belakang.

draft • 5:50 PM

Tuan Loke Siew Fook

Ya, ya.

draft • 5:50 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Okey. Saya pun adalah antara pengguna Airport Tawau, kerap jugalah. Setiap seminggu mesti menggunakan airport itu. Saya tengok masalah yang perlu diberi perhatian adalah – setuju juga daripada Semporna tadi berkenaan aerobridge itu kerana saya tengok yang bagi pengguna OKU ini. Kalau dia berlepas, okey, kerana dia akan melalui aerobridge. Tapi bagi kapal-kapal yang datang yang terutamanya daripada KL berhenti, dia orang tidak akan menggunakan aerobridge. Jadi, terpaksa guna tangga.

Jadi, bagi mereka yang menggunakan kerusi roda, yang tidak mampu berjalan, saya tengok di situ ada masalah. So, mungkin kementerian boleh melihatlah dan memberikan sedikit pembaikan kerana kalau sudah berlaku berulang kali, dia membahayakan terutamanya mereka yang tidak mampu berjalan dan terpaksa menggunakan bantuan kerusi roda. Okey, terima kasih.

draft • 5:50 PM

Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih Yang Berhormat. Perkara itu akan saya sampaikan kepada pihak lapangan terbang supaya melihat untuk bagaimana menambah baik kemudahan untuk OKU. Seterusnya, saya nak beralih kepada sektor darat.

draft • 5:50 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Menteri. Sebelum beralih ke sektor darat...

draft • 5:50 PM

Tuan Loke Siew Fook

Ya.

draft • 5:50 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

...Kalau boleh, saya mendapat sedikit penjelasan berkaitan dengan MAHB. Saya bangkitkan panjang lebar tentang MAHB dalam ucapan saya dan saya juga telah menghantar satu maklum balas kepada MAVCOM.

MAVCOM minta maklum balas daripada public dan saya hantar lapan muka surat maklum balas kepada MAVCOM bila melihat hujah-hujah yang diberikan oleh MAVCOM yang terlalu lemah.

Jadi, soalan saya apakah status penjualan MAHB ini? 30 peratus MAHB ini pada syarikat asing, sama ada ianya telah diluluskan oleh MAVCOM. Kedua, saya teringat apabila bercakap tentang penjualan MAHB ini, saya teringat ucapan belanjawan oleh mantan Menteri Kewangan yang juga mantan Setiausaha Agung DAP, Yang Berhormat Bagan ya, ketika membentangkan Belanjawan 2019 pada 2 November 2018.

Dalam perenggan 40 dan 41 ucapan tersebut, beliau menyentuh tentang cadangan untuk mewujudkan Amanah Pelaburan Hartanah bagi lapangan terbang atau REIT dan seterusnya menjual 30 peratus ekuiti REIT tersebut. Walaupun kemudian Yang Berhormat Bagan tidak menjadi Menteri Kewangan, perkara tersebut tidak diteruskan. Kali ini apabila DAP berada sekali lagi dalam kerajaan, perkara ini diteruskan. Jadi, adakah ini satu kebetulan? Terima kasih.

draft • 5:50 PM

Tuan Loke Siew Fook

Pertamanya Yang Berhormat, jangan terlalu banyak konspirasi. Isu berkenaan dengan penstrukturan semula MAHB ini bukan di bawah Kementerian Pengangkutan. Itu di bawah Khazanah, okey. Dia di bawah Kementerian Kewangan dan sebagainya dan Kementerian Kewangan dan juga di bawah Khazanah. Ekuiti MAHB itu bukan di bawah Kementerian Pengangkutan. Jadi, tidak ada apa-apa kebetulan antara apa yang...

draft • 5:50 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Saya sentuh tentang MAVCOM tadi Yang Berhormat sebab MAVCOM minta...

draft • 5:50 PM

Tuan Loke Siew Fook

Ya. MAVCOM, ya saya jawab. MAVCOM boleh rujuk...

draft • 5:50 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

...minta public. Jadi, dia minta pandangan public. Saya bagi pandangan lapan muka surat nak counter balik apa penjelasan MAVCOM.

draft • 5:50 PM

Tuan Loke Siew Fook

Ya lah.

draft • 5:50 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Jadi, kalau kita lihat penjelasan yang diberikan oleh MAVCOM, tujuan penjualan itu terlalu lemah. Itu yang saya maksudkan.

draft • 5:50 PM

Tuan Loke Siew Fook

Dia soal tujuan nak bagaimana nak struktur ekuiti itu.

Pertamanya, itu ialah di bawah pihak Khazanah. Dia tak ada kena-mengena dengan MAVCOM. MAVCOM hanya melihat dari segi satu elemen sahaja. Sama ada apa yang akan distrukturkan itu dia ada mencabuli ataupun tidak menggalakkan persaingan ataupun anti- competition. Jadi, MAVCOM melihat kepada segmen itu sahaja. Sebab mandat yang

draft • 5:50 PM

Tuan Loke Siew Fook

diberikan kepada MAVCOM ialah untuk melihat sama ada sesuatu penggabungan ataupun ekuiti baharu dan struktur syarikat tersebut menjadikannya sebagai anti-competition.

Jadi, jawapannya MAVCOM kata tidak ada anti-competition. Dan, dia ─ mereka telah pun memberikan maklum balas itu melalui laman sesawang MAVCOM yang boleh Yang Berhormat rujuk. Pada ketika ini, masih boleh memberikan maklum balas. Keputusan telah dibuat oleh MAVCOM dan telah dipaparkan dalam laman sesawang MAVCOM yang orang ramai boleh merujuk kepada keputusan tersebut.

draft • 5:50 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat, tak betul kata kalau kata dalam MAVCOM punya dokumen itu anti-competition sahaja. Saya baca ya. Dalam dokumen MAVCOM ini, hujah pertama adalah berkaitan dengan keperluan suntikan modal penyelenggaraan yang tertangguh. Yang ini saya katakan sebelum ini. Banyak kali saya berhujah. Kalau nak cakap tentang suntikan modal, kita banyak dana-dana dalam negara yang boleh digunakan untuk suntikan modal.

Sebab itu saya kata hujahan yang diletakkan oleh MAVCOM, kalau baca satu persatu, I spent masa baca satu persatu untuk menjelaskan. Jadi, sebab itu saya tak faham mengapa kerajaan beria-ia sangat, termasuklah dalam konteks ini, MAVCOM di bawah Yang Berhormat Menteri, beria-ia sangat nak jual MAHB ini sedangkan kita boleh uruskan MAHB ini dengan lebih baik dalam kapasiti yang ada dengan kita. Terima kasih.

draft • 5:50 PM

Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih. Saya rasa ya lah, Yang Berhormat akan ada hujahnya sendiri. Kita ada hujah kita. Seperti yang kita katakan, ini bukan soal penjualan MAHB. MAHB kekal di bawah pegangan kerajaan. 70 peratus akan dikuasai oleh kerajaan melalui Khazanah dan EPF. Cuma ekuiti asing itu memang sekarang pun ada ekuiti asing.

Bukan sekarang tidak ada ekuiti asing, Yang Berhormat.

draft • 5:50 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat, betul. Tapi...

draft • 5:50 PM

Tuan Loke Siew Fook

Yang Berhormat, MAHB sekarang listed company.

draft • 5:50 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Ekuiti asing sekarang dipegang oleh lebih daripada 200 orang.

draft • 5:50 PM

Tuan Loke Siew Fook

Ya.

draft • 5:50 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Lebih daripada 200 orang.

draft • 5:50 PM

Tuan Loke Siew Fook

Tak apalah. Itu...

draft • 5:50 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat tak – perlu jelaskan bahawa sekarang ini ekuiti asing dipegang oleh satu syarikat. Dulu beratus-ratus orang pemegang saham. Berbeza. Jadi, jangan kelirukan, Yang Berhormat. Terima kasih.

draft • 5:50 PM

Tuan Loke Siew Fook

Yang Berhormat, ekuiti asing itu pun dipegang oleh juga institutional fund management. Juga ada beberapa institusi. Tapi cuma seperti yang saya katakan, itu adalah yang pertamanya, kalau nak berhujah, boleh berhujah dengan pihak Kementerian Kewangan nanti. Ada di bawah Khazanah. Untuk Kementerian Pengangkutan, kita hanya regulator. Soal bagaimana nak memastikan ekuiti itu sama ada distruktur semula, itu bukan di bawah Kementerian Pengangkutan. I have no say in terms of dia punya ekuiti distribution dan

draft • 5:50 PM

Tuan Loke Siew Fook

sebagainya. Jadi, itu seperti yang saya katakan, itu di bawah pemilik MAHB iaitu pihak Khazanah yang telah pun membuat keputusan itu secara komersial, sama ada itu positif ataupun negatifnya, itu boleh masing-masing ada pandangan.

Tetapi kerajaan telah membuat keputusan dan saya difahamkan PAC nak lihat deal tersebut. Tak ada masalah. Masjid Tanah boleh memanggil Mesyuarat PAC untuk lihat apa yang ditentukan ataupun dimuktamadkan. Tak ada menjadi masalah bagi kita untuk PAC melihat perkara ini.

Seperti yang saya katakan, MAVCOM dia ada mandat dia dari segi melihat sama ada sesuatu deal tersebut mengikut peraturan yang telah ditetapkan, undang-undang yang ditetapkan dan pihak MAVCOM setelah mereka telah buat deliberation, yang saya tidak terlibat langsung. Walaupun MAVCOM itu terletak di bawah Kementerian Pengangkutan tetapi Yang Berhormat kena faham.

MAVCOM ini adalah satu badan berkanun. Dia ada Board dia. Saya tidak mencampuri urusan dalam MAVCOM pun. Mesyuarat pun itu dihadiri, dipengerusikan oleh pengerusinya dan juga ahli-ahli Suruhanjaya MAVCOM, yang mereka membuat keputusannya dengan bebas, dengan objektif dan setelah melihat semua fakta-fakta, mereka telah meluluskan permohonan daripada pihak MAHB. Okey.

draft • 5:50 PM

Tuan Loke Siew Fook

Seterusnya Yang Berhormat, saya nak teruskan kepada isu sektor darat. Perkara- perkara yang dibangkitkan di bawah pengangkutan rel bermula dengan projek ECRL.

Yang Berhormat Paya Besar telah mencadangkan supaya kerajaan memberikan fokus kepada limpahan ekonomi daripada stesen-stesen ECRL yang telah ditentukan. Untuk makluman Yang Berhormat, MOT melalui Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. dan pihak kontraktor utama, China Communications Construction Company dengan kerjasama Malaysian Investment Development Authority (MIDA) sedang giat mempromosikan peluang pelaburan yang dijangka mampu memberikan hasil pulangan yang tinggi setelah ECRL siap dan beroperasi.

Projek ECRL juga memberikan fokus kepada kemudahan logistik bagi kawasan- kawasan industri utama seperti Gebeng di Daerah Kuantan yang berdekatan Stesen ECRL Kuantan Port City, Kawasan Perindustrian Teluk Kalong dan Kawasan Perindustrian Kerteh di Daerah Kemaman yang berhampiran dengan Stesen Chukai dan Stesen Kemasik.

Dengan kemudahan logistik yang telah disediakan oleh projek ECRL, ia dijangka dapat menarik lebih ramai pelabur bernilai tinggi. Sebagai contoh, pemeteraian memorandum persefahaman di antara MRL dengan Perodua dan MRL dengan Kuantan Port pada 10 Jun 2024 mengenai perkhidmatan kargo daripada Serendah ke Kuantan Port yang akan mengangkut kenderaan Perodua ke negeri-negeri di Pantai Timur.

Kerjasama ini turut menjadikan kawasan sekitar Stesen ECRL Paya Besar, Kuantan sebagai hab pengeluaran bagi alat ganti Perodua, manakala Pelabuhan Kuantan dapat dimanfaatkan untuk menerima input pembuatan dari Jepun, Taiwan dan Korea sebelum dihantar ke bandar Serendah melalui perkhidmatan kargo ECRL.

draft • 6:00 PM

Tuan Loke Siew Fook

Berhubung dengan tanah tidak ekonomik bagi tanah-tanah yang terlibat dengan projek ECRL sepertimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Maran, pihak MRL adalah tertakluk kepada Akta Pengambilan Tanah. Bagi tanah-tanah yang terlibat dengan projek ECRL, proses awalan bagi pengambilan tanah adalah mengenal pasti lot-lot tanah yang terlibat dengan projek ECRL. Seterusnya, lot tanah yang telah dikenal pasti akan melalui proses pewartaan melalui seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah oleh pihak berkuasa negeri.

Lanjutan daripada proses pewartaan ini, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta akan membuat proses penilaian serta menyediakan keputusan laporan bagi penilaian tersebut. Pemilik tanah juga boleh melantik penilai sendiri bagi menilai harta masing-masing.

Kos penilaian tersebut akan dibayar dan ditanggung sepenuhnya oleh pihak MRL.

Seterusnya, proses perbicaraan akan dijalankan oleh pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian untuk menentukan nilai pampasan tanah yang terlibat. Semasa proses perbicaraan, pihak JKPTG bersama-sama dengan pihak MRL akan mengenal pasti mana- mana baki tanah yang tidak ekonomik kesan daripada pengambilan tanah oleh projek ECRL.

Sekiranya baki tanah tersebut kurang daripada 0.25 hektar daripada pewartaan seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960, tanah tersebut akan diambil secara keseluruhan.

Pembayaran pampasan yang dinamakan injurious affection and severance juga akan diberikan kepada pemilik tanah bagi tanah-tanah yang tidak lagi memberikan nilai keuntungan akibat pemisahan tanah ataupun keadaan saiz dan bentuk tanah yang tinggal selepas pengambilalihan berlaku.

Pada masa ini, tiada perancangan untuk membangunkan tanah-tanah yang tidak ekonomik kerana keluasan adalah kurang daripada 0.25 hektar dan telah diwartakan sebagai rizab kereta api. Pihak Malaysia Rail Link sentiasa komited bagi meminimumkan impak terhadap tanah-tanah yang terlibat dengan proses pengambilan tanah bagi projek ECRL.

Seterusnya, berkaitan dengan pampasan kepada penduduk yang terkesan dengan projek ECRL sepertimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Setiu. Kaedah pembinaan ECRL telah mengambil kira maklum balas dan ulasan teknikal berkaitan struktur saliran dan jambatan yang terdapat dalam jajaran ECRL daripada agensi terlibat seperti Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (KETARA), JPS, Laut dan juga Jabatan Alam Sekitar serta agensi yang berkaitan. Ia telah memenuhi keperluan kajian impak alam sekitar, pelan pengurusan alam sekitar dan pelan kawalan hakisan dan kelodak.

Sepertimana pembangunan lain, sistem perparitan terdiri daripada sistem perparitan sementara dan sistem perparitan kekal. Reka bentuk sistem perparitan sementara ECRL berdasarkan spesifikasi EMP dan ESCP yang ditetapkan dan dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar.

Seterusnya, saya juga nak menjawab Yang Berhormat Pasir Gudang berkenaan dengan cadangan perkhidmatan kereta api penumpang dari Pelabuhan Pasir Gudang ke Pelabuhan Tanjung Pelepas. Kerajaan mengambil maklum tentang cadangan Yang Berhormat Pasir Gudang untuk menaik taraf jajaran kereta api dari Pelabuhan Pasir Gudang ke Pelabuhan Tanjung Pelepas tersebut. Dalam hal ini, kerajaan bersedia untuk meneliti

draft • 6:00 PM

Tuan Loke Siew Fook

keperluan dan kebolehlaksanaan jajaran tersebut kerana ia perlu mengambil kira peruntukan kewangan, impak alam sekitar, sosioekonomi dan lain-lain.

MOT juga telah menjalankan kajian cadangan pengangkutan awam di Wilayah Iskandar Malaysia, di mana salah satu syor kajian adalah untuk menaik taraf laluan Pasir Gudang-Tanjung Pelepas kepada landasan berkembar elektrik bagi menyokong perkhidmatan komuter pada masa akan datang.

Jadi, untuk makluman Yang Berhormat Pasir Gudang dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat di kawasan Johor Selatan, memang antara projek yang kita ingin laksanakan ialah berkenaan dengan landasan berkembar dari Pasir Gudang ke Tanjung Pelepas ini. Memang sesuatu yang baik. Saya yakin ia boleh memberikan kemudahan yang lebih besar kepada penduduk-penduduk di kawasan tersebut.

Saya rasa yang lain-lain itu berkenaan dengan ― sebab ia banyak isu spesifik, saya akan bagikan secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tangga Batu minta laluan sedikit.

draft • 6:00 PM

Tuan Loke Siew Fook

Ya.

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Saya sentuh sedikit sahaja dalam ucapan saya iaitu masalah nelayan di Tangga Batu di Melaka Selatan. Sebab mereka nelayan pinggir pantai, mereka menangkap ikan sekitar tiga batu nautika. Tetapi, disebabkan oleh Pelabuhan Tanjung Bruas ini, kapal-kapal yang berlabuh, ia ada berlaku konflik hinggakan menjejaskan pendapatan nelayan.

Tahun lepas saya dah bangkitkan tapi tidak dijawab. Minta Menteri Pengangkutan beri sikit perhatian kepada masalah ini. Terima kasih.

draft • 6:00 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Yang Berhormat...

draft • 6:00 PM

Tuan Loke Siew Fook

Apa permintaan secara spesifik oleh Yang Berhormat Tangga Batu?

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Ia pernah dibuat aduan kepada Exco Pertanian iaitu Dr. Akmal. Dia pernah turun dan berjumpa dengan Jabatan Laut, tetapi sehingga hari ini, saya lihat tidak ada satu penyelesaian kerana yang terjejas teruknya adalah nelayan. Jadi, bagaimana Kementerian Pengangkutan boleh berbicara dengan Kementerian Pertanian supaya isu ini diselesaikan? Sebab, ia menjejaskan pendapatan nelayan sebenarnya. Terima kasih.

draft • 6:00 PM

Tuan Loke Siew Fook

Pelabuhan Tanjung Bruas itu sudah ada dekat sana, bukannya baru. Ia pelabuhan sedia ada. Jadi, saya tak pasti apa yang boleh dimainkan peranan oleh pihak Kementerian Pengangkutan.

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Ya, sebab Menteri orang yang mempunyai autoriti. Saya tidak mempunyai autoriti.

draft • 6:00 PM

Tuan Loke Siew Fook

Saya tahu tapi saya nak tahu apa...

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Jadi, saya nak minta kalau boleh, bagaimana Menteri berunding dengan Menteri Pertanian, selesaikan masalah. Sebab, yang terjejas adalah nelayan. Kalau kita lihat rekod daripada 2018 dulu, tangkapan ikan 600,000

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

kilo, sekarang tinggal 200,000 kilo sahaja. Jadi, bagi saya, isu rakyat juga perlu diberikan perhatian. Terima kasih.

draft • 6:00 PM

Tuan Loke Siew Fook

Saya akan tanya dan bincang dengan pihak kementerian untuk...

draft • 6:00 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Yang Berhormat Menteri, tentang pengangkutan...

draft • 6:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Yang Berhormat tentang...

draft • 6:00 PM

Tuan Loke Siew Fook

Sekejap. Bentong.

draft • 6:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Lepas ini saya ya. KTM.

draft • 6:00 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Okey, daripada Bentong. Mengenai isu kerap berlakunya kemalangan di highway Karak, KL-Bentong, KL-Karak melibatkan kenderaan besar seperti lori-lori dan treler dan sebagainya. Jadi, apakah peranan daripada pihak Kementerian Pengangkutan yang boleh dilakukan untuk memastikan pemandu- pemandu lori dan syarikat-syarikat ini dapat seperti mengurangkan berlakunya kekerapan kemalangan yang sehingga melibatkan kehilangan nyawa dan sebagainya?

draft • 6:00 PM

Tuan Loke Siew Fook

Saya jawab dulu. Untuk Yang Berhormat Bentong, memang kita tahu di Lebuhraya Karak itu memang berlaku banyak kemalangan dan memang untuk kenderaan perdagangan berat, operasi bersepadu telah dilaksanakan secara panjang dan memang kita akan sentiasa membuat pemantauan dan juga operasi penguatkuasaan untuk mengurangkan kemalangan.

Memang salah satu isu yang sentiasa berlaku ialah overloading, lori muatan logistik yang berlebihan dan ini akan sentiasa dipantau oleh pihak kementerian. Kita juga bersama- sama dengan pihak KKR sedang dalam proses akhir untuk membangunkan sistem high- speed weigh-in-motion iaitu memastikan penguatkuasaan yang lebih bersepadu dan lebih moden dan pastikan di lokasi-lokasi yang sering menjadi titik hitam, kita akan pastikan high- speed weigh-in-motion ini dapat dilaksanakan.

Selepas ECRL siap nanti, sudah tentu kita akan merangka dasar yang lebih mengurangkan kebergantungan kepada lori-lori, kenderaan berat, sebab kita akan menggalakkan penggunaan rel untuk mengangkut kargo-kargo khususnya daripada Lembah Klang kepada Pantai Timur. Ini dapat mengurangkan penggunaan trak di atas jalan raya.

Silakan, Alor Setar.

draft • 6:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya ada tanya soalan spesifik tentang Alor Setar tapi itu Yang Berhormat boleh jawab bertulis.

draft • 6:00 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

[Bangun]

draft • 6:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Saya minta penjelasan Yang Berhormat tentang stesen-stesen kereta api KTM ini, kerana ia dah jadi pilihan yang saya rasa tinggi di kalangan masyarakat, di kalangan rakyat. Apa perancangan

draft • 6:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

kementerian supaya stesen-stesen kereta api ini dapat menjadi penghubung dengan pengangkutan awam yang lain? Saya rasa di Kuala Lumpur, mungkin isu itu tak berlaku, tetapi di luar bandar, di Alor Setar, isu itu sangat mendesak.

draft • 6:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Kedua, terminal-terminal bangunan KTM itu sudah saya rasa terlalu uzur. Ada yang perlu naik taraf. Sebab permintaannya tinggi. Mungkin apa dasar kerajaan yang terbaru tentang isu ini? Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 6:10 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Menteri, bersangkutan, sama, tentang Kuala Krau punya stesen, dah dua kali ditangguhkan. Minta penjelasanlah.

draft • 6:10 PM

Tuan Loke Siew Fook

Secara umumnya, stesen-stesen KTM ini akan kita naik taraf melalui RAC yang memang telah pun diberikan perhatian. Pertamanya lif, eskalator. Kalau mana yang stesen yang ada lif, yang perlukan lif atau pun ada perlukan eskalator, yang tidak berfungsi, kita akan tambah baik dan juga pastikan ada penyelenggaraan yang baik. Saya tahu banyak stesen-stesen ini kadangkala dia punya lif tak berjalan, eskalator tak berjalan, ini sentiasa kita pantau dan memastikan KTM mengambil tindakan penyelenggaraan yang lebih baik.

Dari segi pengintegrasian, memang saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat.

Tetapi kita juga memerlukan kerjasama daripada pihak kerajaan negeri dan PBT. Sebab kalau di perkarangan stesen KTM itu bawah Kementerian Pengangkutan tetapi di luar, dia bukan di bawah Kementerian Pengangkutan. Umpamanya kalau kita nak menghubungkan antara stesen KTM dengan perhentian bas, walkway tersebut, itu di bawah PBT. Jadi, PBT perlulah mengambil satu sikap yang lebih proaktif dan boleh juga berhubung dengan pihak KPKT untuk melihat bagaimana kita menaik taraf.

Memang di Lembah Klang sekarang ini, kita sedang cuba menaik taraf pengintegrasian antara stesen-stesen pengangkutan awam ini. Saya setuju bahawa bukan sahaja di Lembah Klang perlu, memang di seluruh negara terutamanya di bandar-bandar lain seperti di Alor Setar dan sebagainya, memerlukan integrasi pengangkutan awam yang lebih efisien.

draft • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri, masa sudah tamat.

draft • 6:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Yang Berhormat Menteri, minta laluan sikit.

draft • 6:10 PM

Tuan Loke Siew Fook

Sudah habis masa dah.

draft • 6:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Menteri, nak tumpang sikit tentang KTM, sikit.

draft • 6:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Seminit boleh kut.

draft • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri, masa sudah tamat.

draft • 6:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ini penting, sikit Menteri. Saya dapat...

draft • 6:10 PM

Tuan Loke Siew Fook

Dah, dah. Saya rasa adil kepada dua-dua. Boleh tulis nota kepada saya. Saya lihat mana-mana...

draft • 6:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tak apa. Saya jumpa di luar, jumpa di luar.

draft • 6:10 PM

Tuan Loke Siew Fook

Ya, boleh jumpa dekat luar. Saya ucapkan terima kasih kepada semua.

draft • 6:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Lupa pasal KTM kah, ETS.

draft • 6:10 PM

Tuan Loke Siew Fook

Saya akur kepada perintah Yang Berhormat Puan Yang di- Pertua. Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang membahaskan Kementerian Pengangkutan. Saya berharap mana-mana yang saya tak sempat menjawab kerana banyak isu-isu spesifik, saya akan susuli dengan jawapan bertulis. Terima kasih.

draft • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Yang Berhormat Menteri boleh jawab yang berada di dalam Dewan sahaja. Yang tiada dalam Dewan, semua boleh bagi jawapan bertulis.

draft • 6:10 PM

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato Sri Tiong King Sing

Terima kasih, pasal...

draft • 6:12 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Saya bagi pihak.

draft • 6:12 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Tuan Yang di-Pertua, pasal saya punya jawapan...

draft • 6:12 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Bagi pihak boleh?

draft • 6:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak boleh.

draft • 6:12 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Boleh.

draft • 6:12 PM

Dato Sri Tiong King Sing

...saya tulis sekali gus. Okey. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan menyentuh perkara- perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) semasa sesi perbahasan Rang Undang-undang Bekalan 2025 peringkat dasar di Dewan Rakyat ini dari 21 Oktober hingga 5 November 2024 yang lalu.

Pada hari ini, saya akan menjawab secara bersekali bagi pertanyaan yang menyentuh isu MOTAC oleh 19 Ahli Yang Berhormat dari Hulu Terengganu, Semporna, Padang Besar, Kangar, Tawau, Kuala Krai, Balik Pulau, Tenggara, Temerloh, Tenom, Bentong, Kuantan, Kota Marudu, Kuala Kedah, Mersing, Lumut, Batu Gajah, Keningau, Sandakan.

Tuan Yang di-Pertua, industri pelancongan merupakan antara penyumbang utama dalam menjana ekonomi negara serta aktiviti perniagaan domestik. Industri ini juga merupakan low-hanging fruits dengan izin, yang boleh dimanfaatkan oleh semua pihak di mana ia bukan sahaja sekadar menarik pelancong ke sesuatu destinasi malah menyumbang kepada kemajuan ekonomi sesuatu kawasan termasuk kawasan limpahan yang positif kepada keseluruhan rantaian bekalan supply chain dengan izin, pelancongan.

draft • 6:12 PM

Dato Sri Tiong King Sing

MOTAC telah diperuntukkan sejumlah RM400 juta di bawah inisiatif Belanjawan 2025 sebagai persediaan ke arah penganjuran kempen Visit Malaysia 2026 yang terdiri daripada program promosi, pemasaran dan pengiklanan serta penganjuran acara-acara signature.

MOTAC juga diperuntukkan sejumlah RM130 juta berbentuk geran sokongan untuk merancakkan penganjuran acara pelancongan seni dan budaya serta kemudahsampaian

(connectivity) melalui Geran Sokongan Sektor Pelancongan (GSSP), Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK), Geran Sepadan Penerbangan Antarabangsa dan Charter

(GSPC) dan geran padanan, Geran Galakan Melancong Malaysia (GAMELAN).

Dalam melaksanakan kempen Visit Malaysia 2026, MOTAC telah mengadakan beberapa sesi libat urus bersama kerajaan negeri dan penggiat industri bagi memastikan segala strategi yang dirancang dan dilaksanakan dapat mencapai objektifnya. MOTAC terus menubuhkan sembilan jawatankuasa kerja yang melibatkan pelbagai kementerian dan jawatan dan penggiat industri bagi memperkukuhkan kerjasama strategik mengambil kira enam kluster iaitu pengangkutan darat, pengangkutan udara, persatuan pelancongan, pelancongan minat khas, penginapan dan kebudayaan.

draft • 6:12 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

draft • 6:12 PM

Dato Sri Tiong King Sing

MOTAC dalam melaksanakan...

draft • 6:12 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Masjid Tanah.

draft • 6:12 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Masjid Tanah kalau ada soalan, tolong nanti kita berbincang luar. Saya jawab bertulis.

draft • 6:12 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Bukan, yang ini berkaitan dengan ini.

draft • 6:12 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Ya, ya. Pasal...

draft • 6:12 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Saya nak tahu daripada RM130 juta itu, boleh tak dipecahkan sebab tadi GSSP, GSSK, GSPC dan juga GAMELAN, boleh beritahu tak? Yang ini penting.

draft • 6:12 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Tak apa. Nanti saya jawab bertulis esok pagi.

draft • 6:12 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Tak payah. Ini benda basic saja Yang Berhormat. Boleh tak beritahu peruntukan RM130 juta?

draft • 6:12 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Kita sudah bahas. Masjid Tanah...

draft • 6:12 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Saya nak tahu...

draft • 6:12 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Yang Berhormat Masjid Tanah, kita tak ada bahas.

draft • 6:12 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Saya tahu Yang Berhormat Menteri, jawab sahajalah.

draft • 6:12 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Saya jawab, saya jawablah bertulis. Saya bagilah bertulis. Nothing to hide. Okey, saya jawab bertulis.

draft • 6:12 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Boleh bertulis. Yang itu pun nak marah. Relakslah.

draft • 6:12 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Bukan marah. You yang sengaja saja. Kalau you dah perbahasan, saya dah jawab. Itu baru marah.

draft • 6:12 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Saya jaga portfolio pelancongan Yang Berhormat.

draft • 6:12 PM

Dato Sri Tiong King Sing

You punya nama pun tidak ada. You punya nama pun tiada.

draft • 6:12 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Dia tak perlu nak bahas. Tapi saya nak tahu sahaja.

draft • 6:12 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Tadi Speaker sudah..

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 6:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey, okey, okey. Sila duduk Yang Berhormat Masjid Tanah.

draft • 6:12 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila teruskan Yang Berhormat Menteri.

draft • 6:12 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Dalam melaksanakan kempen Visit Malaysia 2026, MOTAC telah mengadakan beberapa sesi libat urus bersama kerajaan negeri dan penggiat industri bagi memastikan segala strategi yang dirancang dan dilaksanakan dapat mencapai objektifnya. MOTAC turut menubuhkan – Oh, ini sudah double sudah. Ini dah kacau. Tak apalah.

draft • 6:12 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Baru kacau sikit pun dah macam ini.

draft • 6:12 PM

Dato Sri Tiong King Sing

MOTAC...

draft • 6:12 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Apa lah.

draft • 6:12 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Nak gaduh?

draft • 6:12 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Boleh.

draft • 6:12 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Kalau mahu gaduh, luar sanalah nanti.

[Ketawa] Enam kluster iaitu pengangkutan darat, pengangkutan udara, persatuan pelancongan, pelancongan minat khas, penginapan dan kebudayaan. MOTAC turut melaksanakan inisiatif Malaysia Tourism Quality Assurance yang mengiktiraf produk pelancongan berkualiti untuk meningkatkan keyakinan dan pengalaman pelancong.

Selain itu, MOTAC juga menawarkan kursus mesra Malaysia bagi melantik tenaga kerja sektor pelancongan khususnya barisan hadapan agar mereka mempunyai kemahiran hospitaliti yang tinggi dan bersikap mesra pelancong. MOTAC ini menyusun semula, merancang menggunakan peruntukan yang diluluskan untuk melaksanakan program- program promosi pelancongan dan kebudayaan bagi kempen Visit Malaysia 2026. Program ini terus memasukkan cadangan daripada kerajaan negeri yang dikumpul semasa Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan (JKPPK) pada 5 September 2024.

draft • 6:12 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri.

draft • 6:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Yang di-Pertua, untuk kadar kebudayaan – Sekejap ya.

Kalau tidak nanti lagi limpas. Untuk kekal berdaya saing dalam industri pelancongan... [Tidak jelas] MOTAC melalui Tourism Malaysia telah merangka dan melaksanakan pelbagai usaha

draft • 6:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

inovatif yang menggabungkan budaya warisan dan alam semula jadi dengan teknologi moden serta pemasaran yang efisien antaranya iaitu pelancongan berasaskan teknologi pintar, program pengalaman budaya dan komuniti tempatan, peningkatan rangkaian pengangkutan dan accessibility. Promosi bertumpu kepada segmen premium dan unik.

Menaik taraf infrastruktur dan kemudahan pelancongan dan peningkatan kemahiran sumber manusia serta pelancongan.

draft • 6:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tekun dengar penjelasan tentang langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mempromosikan pelancongan ke negara kita. Baru tadi saya dengar tentang langkah- langkah yang diambil daripada kerajaan negeri, maklumat untuk mempromosikan negeri- negeri juga kepada pelancong-pelancong.

Saya datang daripada Pulau Pinang. Saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Menteri dan kementerian kerana hasil usaha yang dibuat oleh Menteri dan kementerian, kita dapat melihat berlipat kali ganda limpahan pelancong yang masuk ke Pulau Pinang. Cuma saya nak tanya baru-baru ini berlakunya momokan yang dibuat oleh pihak- pihak yang tidak bertanggungjawab yang membuat tanggapan negatif terhadap negara kita.

Seperti pengibaran bendera China di Guan Gong. Sambutan Guan Gong di Teluk Intan. Ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang mempolemikkan perkara ini.

Walaupun ia menjadi kebiasaan untuk pelancong-pelancong dari negara lain untuk datang ke negara kita untuk mengibarkan bendera. Seperti kita lakukan di negara lain. Kalau saya merupakan seorang Malaysia, saya pergi ke China dan saya mengibarkan Bendera Malaysia memang tidak salah.

Kita lihat juga pada tahun 2010 di Kota Bharu berlaku satu pameran Cheng Ho di Kelantan. Ketika itu juga saya ada gambar yang menunjukkan bendera China dipamerkan dengan begitu besar sekali di Kelantan, Kota Bharu. Ketika itu ia tidak menjadi isu. Tidak menjadi polemik. Parti PAS yang memerintah di sana. So, saya ingin tanya, apakah kesan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mempolemikkan kibaran bendera China ini di negara kita? Bolehkah ia menyebabkan ketakutan kepada pelancong daripada China yang menyumbang begitu besar kepada ekonomi kita untuk datang ke Malaysia. Terima kasih Menteri.

draft • 6:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Memang saya setuju. Saya pun sudah banyak kali beritahu dalam Dewan yang mulia ini. Saya beritahu kalau boleh kita jangan semua isu-isu mempolitikkan. Kalau kita hujah-hujah sebegitu, memang akan terjejas pelancong-pelancong. Bukan sahaja daripada negara China, daripada lain-lain negara. Dia orang takut. Kita terlampau banyak bergantung atas perkauman, agama.

Inilah isu.

Saya selalu beritahu marilah bersama-sama bekerjasama, kita tolak ansur dan kita baru mencapai keharmonian di negara kita. Saya setuju pada...

[Tidak jelas] Tapi saya tidak mahu ulas panjang fasal ini kes saya difahamkan di dalam siasatan polis. Saya biarkan polis ambil itu tindakan.

draft • 6:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Tuan Yang di-Pertua, peruntukan bagi kempen Melawat Malaysia 2026 turut merangkumi...

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri, Semporna bangun.

draft • 6:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Sekejap ya. Boleh tak Semporna nanti sampai you punya saya jawab. Merangkumi sejumlah RM150 juta bagi memperkasakan program kebudayaan dan kesenian sebagai tarikan utama pelancong. Dengan sokongan dana ini, MOTAC akan bekerjasama dengan peruntukan bukan kerajaan (NGO) dengan izin, sektor swasta, persatuan kebudayaan dan penggiat seni melalui insentif dan geran bagi merancakkan lagi pelaksanaan program seni budaya dan warisan.

MOTAC melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Jabatan Warisan Negara (JWN) akan terus mempromosi seni budaya warisan tempatan seperti seni silat, Mak Yong, Mek Mulung dan pelbagai kesenian tradisional dalam menyambut ASEAN 2025 dan kempen Visit Malaysia 2026. Sepertimana yang selalu saya nyata, kerajaan negeri adalah dimohon untuk bekerja rapat dengan MOTAC melalui JKKN dalam melaksanakan program-program seumpamanya dalam usaha meningkatkan permintaan ke atas produk kraf tempatan, pihak kementerian merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas saranan beliau dalam Belanjawan 2025 serta memberi arahan menjadikan produk kraf seperti batik Malaysia sebagai cenderamata rasmi dalam acara kerajaan dan delegasi luar negara.

draft • 6:20 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Menteri.

draft • 6:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Ini pasti dapat membantu melonjakkan pendapatan pengusaha kraf. Tuan Yang di-Pertua, untuk memperkukuhkan...

draft • 6:20 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Menteri, Masjid Tanah. Saya lembut hati tadi bila Yang Berhormat Menteri sebut tolak ansur awal tadi. Saya nak tanya dengan baik. Boleh tak – Kalau nak bagi secara bertulis pun boleh.

Boleh tak berikan terperinci bagaimanakah pengusaha-pengusaha kraf tangan ini mendapat manfaat hasil daripada inisiatif yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memberikan cenderamata untuk di luar dan berapakah pengusaha kraf tangan yang mendapat manfaat daripada itu?

Keduanya saya ingin menyampaikan hasrat daripada pemain-pemain seni budaya di seluruh negara yang mereka menyatakan bahawa Yang Berhormat Menteri kurang hadir di program-program kebudayaan dan juga seni sebagai sokongan. Bila Yang Berhormat Menteri datang mesti lagi mereka akan mempersembahkan dengan baik dan juga mereka lagi bersemangat. Jadi saya menyampaikan hasrat daripada mereka yang di bawah ini untuk supaya Yang Berhormat Menteri lebih banyak hadir program-program ini. Itu sahaja. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 6:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Inilah Yang Berhormat adalah betul sikit. Terima kasih. Kita akan jawab soalan apabila sampai. Kita

draft • 6:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

sudah sampai. Saya akan jawab kepada in detail kepada – dan juga bukan program-program saya tak mahu pergi. Kalau dapat pergi saya memang seronok mahu pergi tapi banyak kerja mahu buat dulu ataupun mahu usaha kita fasal – Tunggu dulu...

draft • 6:20 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Menteri, dia nak Yang Berhormat Menteri pergi. Dia tak nak Timbalan Menteri. Dia nak Yang Berhormat Menteri. Mereka suka Yang Berhormat Menteri.

draft • 6:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Timbalan Menteri. Saya punya Timbalan Menteri...

draft • 6:20 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Timbalan Menteri dia tak suka sangat.

[Ketawa]

draft • 6:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Bukan, Timbalan Menteri. Saya punya Timbalan Menteri pun handsome juga.

draft • 6:20 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Ya.

[Ketawa] Itu masalahnya. Yang Berhormat Menteri lagi handsome.

draft • 6:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Dia mesti mahu bantu sama saya. Fasal kita ada banyak kerja mahu buat. Kita ada ASEAN punya program tahun depan. Kita ada Visit Malaysia 2026*.

So,* harap lah bagi peluang sikit saya punya Timbalan. Dia lagi muda. Kasi dia peluang sikit.

Okey Tuan Yang di-Pertua, untuk memperkukuh sektor pelancongan mesra Muslim di Perlis MOTAC melalui ITC telah mengadakan latihan Muslim-Friendly Tourist Guide di Kangar bagi meningkatkan pengetahuan pemandu pelancong tempatan mengenai pasaran Muslim global. ITC juga memberikan pengiktirafan Muslim-Friendly Tourism and Hospitality Assurance and Recognition (MFAR) kepada Hotel Seri Malaysia Kangar.

MOTAC bersedia bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Perlis serta menerima cadangan berkaitan produk dan destinasi pelancongan mesra Muslim untuk memperkukuh pelancongan rentas sempadan khususnya bagi menarik komuniti Muslim daripada Thailand ke Malaysia.

draft • 6:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Di samping itu, MOTAC juga akan bekerjasama dengan pihak Selatan Thailand melalui pasukan petugas kerjasama pelancongan Malaysia sama Thailand untuk membangunkan pakej pelancongan mesra Muslim yang menarik dan mesra dompet bagi mencapai win-win situation, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, isu pembukaan perniagaan oleh warga China di Semporna adalah berkaitan dengan isu salah guna visa. Isu ini telah disampaikan sendiri daripada Yang Berhormat Semporna kepada saya beberapa kali dan MOTAC telah memaklumkan perkara ini kepada Pejabat Imigresen Daerah Semporna untuk tindakan segera. MOTAC terus menggesa tindakan tegas perlu diambil dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Keselamatan Pelancongan Daerah Semporna.

Dalam hal ini, MOTAC merancang untuk menubuhkan task force, dengan izin yang akan dipengerusikan oleh saya sendiri bersama pihak berkuasa tempatan, Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Laut Malaysia dan agensi-agensi yang berkaitan ― agensi-agensi daripada Kerajaan Sabah yang berkaitan bagi menangani isu perniagaan

draft • 6:30 PM

Dato Sri Tiong King Sing

dan pengangkutan termasuklah agensi pelancongan oleh warga asing serta sewaan lesen perniagaan oleh warga tempatan kepada warga asing.

MOTAC menyedari terdapat kekurangan operasi penguatkuasaan akibat kekurangan perjawatan dan sedang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menambah perjawatan serta memisahkan fungsi perlesenan dan penguatkuasaan di peringkat ibu pejabat dan negeri. Sebagai langkah sementara, kementerian akan cadang pegawai semua dilantik di bawah kontrak bagi urusan penguatkuasaan. Usaha ini diharapkan dapat meningkatkan penguatkuasaan dan melindungi kepentingan perniagaan tempatan.

draft • 6:30 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah memberi penjelasan dan juga mengambil tindakan terhadap perkara ini. Saya melihat bukan hanya tindakan daripada mungkin kementerian dan juga di peringkat negeri, pejabat daerah, malahan saya pun dah beri arahan dengan pegawai daerah tapi malangnya agak lembap sedikit tindakan yang dilakukan dan saya juga telah berhubung dengan Pengarah Imigresen.

Cuma mungkin selain daripada usaha ini, bolehkah Yang Berhormat juga mengambil tindakan ataupun berhubung dengan where the source is, Kedutaan China contohnya kerana saya pun dah hantar surat kepada Yang Berhormat. Ada di antara mereka menjadi master diver, ada mereka menjadi operator restoran, ada mereka menjadi pemilik bas yang ada.

Apa yang membimbangkan saya ialah kehilangan perniagaan rakyat Malaysia.

Mereka juga bukan hanya orang Melayu, orang Cina pun ada di situ menjadi peniaga. Jadi, saya berharap mungkin dari source Kedutaan China dan bukan kita tidak mahu pelancong datang, win-win. Mungkin kalau ada peniaga dari China yang ingin bekerjasama dengan peniaga dari Semporna contohnya, kita boleh galakkan mereka. It is a win kind of investment tapi kita tidak mahu mereka matikan peniaga yang ada di Semporna, satu.

Kedua, saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat tentang oleh kerana kita merupakan di antara lokasi di mana pelancong yang ramai datang. Tetapi masalahnya dari segi kemudahan asas dan saya berharap hasil daripada sektor pelancongan kepada negara kita cukup besar.

Saya berharap supaya kawasan-kawasan seumpama ini yang amat memerlukan prasarana dapat diberi perhatian oleh kementerian untuk dibantu. Kalaupun tidak, mungkin Menteri Ekonomi ataupun Menteri Kewangan boleh bagi pandangan tentang bagaimana memberi perhatian untuk menyuburkan sektor pelancongan dengan kemudahan asas yang jauh lebih baik. Terima kasih banyak.

draft • 6:30 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Terima kasih Yang Berhormat Semporna. Memang saya setuju apa Yang Berhormat Semporna bagi tahu. Memang Semporna banyak isu, banyak masalah. Selalu saya ada berhubung bersama duta dari negeri China, bersama-sama berbincang. Dia pun setuju kita bekerjasama. So mengenai isu ini, kita akan berbincang panjang lebar sama Jabatan Perkhidmatan Awam. Esok saya ada mesyuarat kepada ketua pengarah. Tengok macam mana kita boleh tubuhkan satu pejabat di Semporna to oversee this problem and kita ambil tindakan yang mana sesuai.

draft • 6:30 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Juga mengenai isu kemudahan ini, saya punya Menteri daripada Kementerian Ekonomi ada sini, saya akan berbincang panjang lebar sama dia lagi. Memanglah kita bajet ini tahun ada banyak kekurangan. Kita akan duduk berbincang lagi sekali.

Tuan Yang di-Pertua, MOTAC mengambil maklum semua cadangan yang diusulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat untuk memajukan lokasi pelancongan termasuklah infrastruktur di kawasan Parlimen mereka dengan syarat cadangan tersebut diselaraskan terlebih dahulu dengan kerajaan negeri melalui Exco Pelancongan negeri. MOTAC bersedia mempertimbangkan atas permohonan baru yang selaras dengan dasar dan polisi kerajaan serta mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan negeri untuk memperkukuh industri pelancongan, kebudayaan dan warisan.

Tourism Malaysia pula komited mempromosikan pelancongan negara dengan pelbagai inisiatif termasuklah kerjasama dengan agensi swasta dan platform media sosial seperti TikTok, Weibo, Xiaohongshu (Little Red Book), dengan izin, YouTube dan lain-lain.

Kolaborasi juga dengan influencer terkenal serta promosi secara konvensional di pasaran- pasaran tertentu seperti di Arab ataupun Bahrain, Oman dan India bagi menarik pelancong berkualiti ke Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, MOTAC melalui Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia terus menyediakan latihan bagi membangunkan kemahiran seni kraf, membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan komuniti tempatan sebagai usahawan kraf.

MOTAC juga menawarkan pelbagai kursus kerjaya pemandu pelancong seperti Kursus Asas Pemandu Pelancong Bandar, kursus Regional Specific Tourist Guide Sabah/Sarawak dan Kursus Hos Komuniti Setempat. Sehingga September 2024, sebanyak 9,657 pemandu pelancong telah dilatih dan dilesenkan oleh MOTAC.

Tuan Yang di-Pertua, isu mengenai kesesakan lapangan terbang dan cadangan menaik taraf fasiliti dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Tawau.

draft • 6:30 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Yang Berhormat Menteri.

draft • 6:30 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan. Namun begitu, MOTAC bersedia untuk membantu MoT dalam mengurangkan cuba daya upaya kesesakan di Lapangan Terbang Tawau.

draft • 6:30 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Menteri.

draft • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Temerloh.

draft • 6:30 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Daripada Temerloh minta satu laluan. Kita ada membangkitkan isu yang berkait dengan penggiat seni silat Temerloh. Ada kan? Okey, kita memohon perhatian dan juga mengambil supaya Menteri memberikan kita kata tumpuan untuk penggiat seni silat kerana kita tahu bahawa ia juga akan meningkatkan sektor pelancongan. Kita minta gelanggang seni silat tradisional, satu.

Kedua, Temerloh ini dia terkenal dengan sungai yang panjang, Sungai Pahang. Di sana juga ada aktiviti pemuda, orang-orang muda, dia naik bot laju. Mereka ini selalu buat sukan tahunan bot laju. Tetapi mereka buat persendirian, tidak ada support. Jadi, saya mengharapkan daripada Menteri Pelancongan khususnya mengambil ruang dan peluang ini

draft • 6:30 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

untuk meningkatkan lagi sektor pelancongan di Temerloh dan dia dapat meningkatkan peluang pekerjaan juga dapat meningkatkan pendapatan penduduk tempatan. Terima kasih.

draft • 6:30 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Tadi isu ini tak silap saya sudah jawab. Kemungkinan tidak in detail, dengan izin. Nanti, kita boleh bagi jawapan bertulis. Juga, kata produk-produk yang di sungai itu, kalau boleh kita berbincang bersama kerajaan negeri terutama sekali kita Exco Pelancongan bolehlah bekerjasama ataupun dapat kelulusan daripada kerajaan negeri. Then, kita turut bersama-sama mempromosikan ataupun macam mana cara yang terbaik. So, saya minta Yang Berhormat Temerloh bantu.

draft • 6:40 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Menteri, saya nak puji, nak ucap terima kasih Yang Berhormat Menteri datang ke Melaka baru-baru ini untuk menyambut tetamu daripada Singapura. Ada airline turun di Lapangan Terbang Melaka.

Cuma, saya melihat ada satu program bersama dengan MOTAC, bersama dengan kerajaan negeri yang mana Karnival Udara Malaysia. Saya difahamkan rata-rata pengunjung merasakan kecewa apabila mereka hadir ke Karnival Udara di Melaka tersebut, dia kata, “Baik– ini bukan karnival udara. Ini karnival darat...” sebab tak ada pun yang terbang dekat udara.

Sebab katanya kerajaan negeri nak fly-kan satu kapal terbang ataupun helikopter itu menelan belanja lebih RM100,000. Jadi, saya mintalah Yang Berhormat Menteri, bagi lebih duit sikit dekat Melaka supaya selepas ini, karnival udara tak jadi karnival darat. Boleh Yang Berhormat Menteri?

draft • 6:40 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Nanti kita berbincang bersama Kerajaan Negeri Melaka.

draft • 6:40 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Cantik Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

draft • 6:40 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

draft • 6:40 PM

Dato Sri Tiong King Sing

So, Puan Yang di-Pertua, bagi perkara berkaitan pengecualian...

[Dicelah]

draft • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri, Langkawi bangun.

draft • 6:40 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Okey. Bagi siap. Pengecualian pemandu pelancong, MOTAC telah memberikan kelonggaran kepada pengusaha pelancongan bagi pengecualian pemandu pelancong di atas bas persiaran bagi tujuan tertentu. Misalnya, point-to-point transfer yang tidak melibatkan tempat melancong seperti menghantar peserta persidangan, crew transfer atau menghantar pelancong ke jeti untuk ke pulau peranginan. Permohonan pengecualian ini boleh dibuat secara dalam talian melalui Sistem TOURLIST.

draft • 6:40 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Selain itu, MOTAC juga dalam memperbincangkan dengan MOT untuk mengambil balik semula pelesenan dan penguat kuasa bas persiaran kepada Kementerian MOTAC bagi tujuan mempermudahkan lagi perniagaan atau ease of doing business, dengan izin.

draft • 6:40 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya juga bersama dengan Melaka nak mengucapkan terima kasih kerana Allah Taala telah meluluskan doa kami agar Yang Berhormat Menteri ke Langkawi dan Yang Berhormat tiga hari berada di Langkawi. Saya mohon maaf kerana saya tak tahu langsung kata Yang Berhormat nak pergi pada tarikh tersebut kerana banyak kali ditunda.

Bagi pihak rakyat Langkawi, saya mengucapkan terima kasih dan saya ingin juga bertanya kepada Yang Berhormat Menteri dalam Dewan ini. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri setelah berkunjung selama tiga hari di Langkawi mulai daripada facilities di airport hingga ke jeti-jeti yang saya dimaklumkan oleh rakan-rakan bahawa Yang Berhormat Menteri telah pun juga berdialog dengan tourism players di sana? Terima kasih, Yang di-Pertua.

draft • 6:40 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Saya ucap terima kasihlah. Saya minta maaf. Kita tidak – saya punya orang tidak sampaikan saya melawat di Langkawi tetapi kita punya Exco Pelancongan di Kedah, dia tahu saya melawat.

Dia memang ada sana, tiga hari bersama-sama saya, berturut-turut kita berdialog sama industri-industri berkenaan ini semua.

Tadi Yang Berhormat, apa you soalkan, isu mengenai lihat ini berdialog semua, memang ada banyak lagi peluang kita dinaik taraf perkhidmatan terutama sekali. Mengenai jeti sama airport itu semua, saya akan berbincang bersama kementerian-kementerian berkenaan, terutama sekali Kementerian Pengangkutan. Tengok macam mana ataupun nelayan, kementerian nelayan, kita tengok macam mana boleh usahakan perkara itu pasal ini wharf-wharf ini semua bukan di bawah bidang MOTAC ini. Okey?

So Tuan Yang di-Pertua, insentif pelepasan khas cukai pendapatan individu bagi perbelanjaan pelancongan domestik adalah berada di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan (MoF). MOTAC telah mengadakan perbincangan serta mengemukakan secara rasmi cadangan untuk pengenalan semula insentif kepada MoF terutamanya bersempena Kempen Visit Malaysia 2026 bagi menggalakkan pelancongan domestik seterusnya menjana kesan berganda ekonomi yang positif. Cadangan ini masih lagi dalam pertimbangan MoF.

MOTAC – Tuan Yang di-Pertua, MOTAC mengambil maklum berkenaan travel advisory, dengan izin, yang dikeluarkan oleh negara-negara tertentu seperti Perancis yang telah menjejaskan pembinaan terhadap pakej pelancongan ke Malaysia. Dalam hal ini, saya telah mengadakan perbincangan dengan Duta Besar Perancis di Malaysia pada 18 Oktober 2024 bagi menjelaskan situasi terkini di Sabah, terutama sekali di Semporna supaya Kerajaan Perancis dapat dipertimbangkan dan pertolongan membatalkan travel advisory tersebut.

draft • 6:40 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Maka, suatu lawatan kerja ke Sabah bagi Duta Besar Perancis akan diadakan untuk beliau melihat sendiri akan situasi keselamatan di negeri tersebut. Tetapi, kita masih lagi tunggu jawapan daripada duta besar daripada Perancis.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum mengakhiri ucapan, saya...

draft • 6:40 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Menteri, last sekali. Selepas ini, saya tak bangun dah. Last, saya janji saya tak bangun dah.

Yang ini soalan. Bagi peluang. Saya nak bertanya. Saya ucap terima kasihlah di atas pemakluman dan juga jawapan Yang Berhormat Menteri terhadap semua yang telah pun dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen.

Cuma, boleh tak Yang Berhormat Menteri kongsikan kepada Dewan yang mulia ini, apakah hasil daripada lawatan Yang Berhormat Menteri ke luar negara dan ada di antaranya negara-negara yang saya lihat bukan dalam target market kita punya Malaysia? Antaranya, Jogja, Japan – yang ini hasil lawatan ya sebab saya tengok Yang Berhormat. Saya follow Yang Berhormat Menteri dekat Facebook Yang Berhormat Menteri. Sebab itu, saya tahu Yang Berhormat pergi Jogja. Dahlah tak bawa saya. Ke UK, pergi Japan, pergi Laos PDR, Uzbekistan, Kyrgyzstan Republik – apa nama ini?

[Dicelah] Kyrgyz Republic. Bukan Kyrgyzstan. Saya pun tak tahu. Bukan go ahead, go a stand Yang Berhormat. Ada daripada China pun Yang Berhormat Menteri pergi.

Cuma, saya nak tahu. Apakah hasil daripada lawatan tersebut? Apakah– maksudnya, dari segi nilai kepada negara? Satu. Yang keduanya, boleh tak jelaskan kepada kita, Yang Berhormat Menteri pergi ke China, saya difahamkan tiga kali. Jumlah, kalau kita tengok pelancong daripada China yang datang ke Malaysia dalam tempoh lapan bulan tahun ini, jumlahnya 2.2 juta. Amat sedikit kalau nak dibandingkan sebelum COVID.

Jadi, saya nak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah dengan pemberian visa free ini kepada negara China ini sebenarnya membantu ataupun sebenarnya tak adapun memberi kesan? Boleh jawab Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.

draft • 6:40 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Mengenai you nak detail apa saya melawat pergi ataupun buat promosi di luar negara, saya tiada masalah. Kita boleh bagi tetapi saya tiada maklumat dalam tangan sekarang. Nanti saya suruh saya punya pegawai. Kita akan keluar...

draft • 6:40 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Pegawai boleh bagi kut, yang belakang itu. Belakang itu semua saya kenal.

draft • 6:40 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Mana ada bawa.

draft • 6:40 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Boleh...

draft • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Masjid Tanah. Yang Berhormat Masjid Tanah...

draft • 6:40 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat, ada lapan minit lagi, Yang Berhormat. Pegawai dekat belakang itu semua dari...[Pembesar suara dimatikan]

draft • 6:40 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Eh, kita sekarang ini...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Tan Sri Speaker sudah kata, ingin mengingatkan semua Ahli Yang Berhormat agar tidak membangkitkan isu-isu baru.

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul.

draft • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jadi, kalau ini isu baru, biarlah Yang Berhormat Menteri menjawab secara bertulis.

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul. Setuju.

draft • 6:40 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Yang Berhormat Masjid Tanah, kamu pun mantan Timbalan Menteri. Kamu faham. Saya masih ingat lagi saya duduk sebelah, kamu di sini. Kita pun ada tanya. Nanti kita akan jawab bertulis. Kita pun setuju. Sama-samalah. Sudah-sudah.

draft • 6:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Tetapi, kalau saya jadi Yang Berhormat, saya jawab.

draft • 6:50 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Kita pun tak mahu gaduh. Okey.

draft • 6:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Saya jawab sebab semua pegawai semua ada dekat belakang sana. Saya boleh bagi semua.

draft • 6:50 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Pegawai tidak bawa kita punya, minta punya maklumat atau data yang baru. Kita bagi tak apa. You cakap, kacau tang, tang itu semua saya ikut Perdana Menteri punya rombongan. Pergi kita melawat. Jangan salah maklumat.

draft • 6:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Nanti bawa Masjid Tanah.

draft • 6:50 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya mewakili MOTAC memang berucap terima kasih kepada dan sokongan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam membantu MOTAC dan juga dalam sektor memajukan industri pelancongan dan kebudayaan di negara. Walau bagaimanapun, peruntukan memang RM1.418 bilion dilihat banyak. Namun, di bawah cuma sikit peruntukan untuk kita promosikan Visit Malaysia. Kalau kita compare di negara jiran ini di Thailand, Indonesia dia orang USD1 juta.

Walau bagaimanapun, saya akan berbincang juga, kita kementerian, itu Menteri Ekonomi juga berbincang kemudahan daripada negeri-negeri sudah usaha ataupun bertanya sama saya, berapa peruntukan kasi sama negeri-negeri untuk meningkat atau menaik taraf kemudahan-kemudahan. Nanti ini kemudian kita berbincang. Tetapi, apa peruntukan yang ada kita teruskan dahulu dan juga kita ada termasuklah promosi itu semua. Tadi...

draft • 6:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri.

draft • 6:50 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Akhir sekali...

draft • 6:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri. Satu. Ada lima minit, saya tanya. Terima kasih Menteri di atas jawapan. Saya tekun dengar daripada sebuah negeri

draft • 6:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

yang selalu bergantung pada ekonomi daripada pelancongan. Saya akan terus, kita akan terus menyokong Kementerian Pengangkutan di mana hebat yang diberikan...

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pengangkutan?

draft • 6:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sorry. Kementerian Pelancongan.

draft • 6:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Pelanconganlah.

Pelancongan.

draft • 6:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kementerian Pelancongan.

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Pelancongan lah.

draft • 6:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih saya ucapkan.

Kementerian Pengangkutan pun kita sokong. Kementerian Pelancongan pun kita sokong.

Cuma, kali ini saya lihat bahawa Yang Berhormat Masjid Tanah yang kongkalikung. Tak ikut, tak bangkitkan apa-apa isu...

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Duduklah.

draft • 6:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Mengganggu sahaja.

draft • 6:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Eh, sama. Yang Berhormat Jelutong pun tak ada eh dalam senarai tak disebut. Sama. Apalah Yang Berhormat Jelutong.

draft • 6:50 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.

draft • 6:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Jelutong pun kongkalikung.

draft • 6:50 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Yang Berhormat Jelutong saya ucap terima kasih.

Memanglah kita sebagai Kementerian Pelancongan mestilah bekerjasama Kementerian Pengangkutan. Kalau tidak, macam saya sekarang banyak flight-flight ataupun route baru mesti mahu dapat Kementerian Pengangkutan sokongan dan bagi kelulusan.

Juga tadi, Yang Berhormat Masjid Tanah ada cerita bagi itu visa free ada bantu.

Memang ada bantu juga. Kita promotion ─ walaupun visa free, kalau kita tidak jalankan promotion dia, negara-negara mana-mana dia orang pun tak faham lagi. Inilah semua mahu selaras bekerjasama termasuklah tadi saya sini saya mahu beritahu.

Saya mahu ucap terima kasih merakamkan penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pandangan, saranan dan cadangan dalam memajukan sektor pelancongan seni dan budaya negara. Kami MOTAC akan terus komited untuk membantu industri pelancongan negara termasuk dalam usaha melipat gandakan berkesediaan ke arah kempen Melawat Malaysia 2026.

Saya turut menyeru agar Ahli-ahli Yang Berhormat terutama sekali Yang Berhormat Masjid Tanah dapat bersama-sama MOTAC mempromosikan Malaysia khususnya kawasan Parlimen Masjid Tanah dan lain-lain YB di kawasan masing-masing dalam menarik lebih ramai pelancong dan seterusnya menegakkan ekonomi negara.

[Tepuk]

draft • 6:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Hidup Yang Berhormat Menteri.

draft • 6:50 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Barulah kita boleh maju.

draft • 6:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Hidup MOTAC!

draft • 6:50 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Kalau saya hidup, you nak pergi situ pun tak guna. Kalau you hidup saya tak hidup pun tak ada guna.

[Ketawa]

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Ekonomi untuk menjawab.

draft • 6:50 PM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera Puan Yang di-Pertua, Ahli Dewan yang dihormati sekalian.

Terima kasih kepada 83 orang Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan perkara- perkara di bawah bidang kuasa Kementerian Ekonomi. Perbahasan 83 Ahli Dewan itu menyentuh pelbagai perkara yang boleh dirangkumkan di bawah topik-topik besar seperti berikut.

Pertama mengenai pertumbuhan ekonomi negara dan perancangan ekonomi jangka panjang. Kedua, soal kos sara hidup, soal harga, soal inflasi dan juga penyasaran subsidi dan mekanismenya. Ketiga, agihan peruntukan pembangunan. Keempat, inisiatif-inisiatif baharu bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Sebelum itu, saya ingin menjawab dua soalan khusus berkaitan peruntukan yang dibawa oleh Tanjong Karang. Tanjong Karang ada? Juga Kuala Pilah. Kuala Pilah ada? Dua- dua tak ada. Jadi, bolehlah disampaikan berita baik ini kalau Tanjong Karang dan Kuala Pilah ada mendengar.

Untuk Kuala Pilah, saya ingin memaklumkan bahawa Kementerian Ekonomi telah meluluskan permohonan KPKT untuk pembinaan pasar baru Kuala Pilah. Malah, dalam Belanjawan 2025 sejumlah yang besar diperuntukkan kepada KPKT untuk membina pasar- pasar baru di seluruh negara dan ini akan diteruskan dalam tahun-tahun yang akan datang.

Saya juga ingin menyampaikan berita baik kepada penduduk Tanjong Karang umumnya berkenaan dengan pertanyaan Tanjong Karang mengenai jalan susur keluar Lebuh raya Pantai Barat (WCE). Kementerian Ekonomi juga telah bersetuju untuk meluluskan jajaran untuk memudahkan akses orang ramai ke Hospital Tanjong Karang. Maka, satu susur keluar yang baharu sebelum tol supaya orang ramai boleh keluar pergi hospital tanpa membayar tol akan dibina di Tanjong Karang sebagai jalan susur keluar WCE.

Puan Yang di-Pertua, saya berterima kasih kepada Ahli-ahli Dewan yang peka dengan pelbagai cabaran ekonomi negara. Paya Besar dan Tenggara membangkitkan mengenai perancangan jangka panjang ekonomi negara sehingga 2050. Manakala, Larut, Bagan, Miri contohnya ada menyentuh mengenai enjin pertumbuhan baru dan penambahbaikan struktur ekonomi negara.

Prestasi ekonomi tahun ini menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan iaitu pada kadar 5.1 peratus bagi separuh pertama. Pertumbuhan KDNK dianggarkan

draft • 6:54 PM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

berkembang sebanyak 4.8 peratus hingga 5.3 peratus untuk tahun ini melebihi sasaran awal antara empat hingga lima peratus. Anggaran ini turut mengambil kira prestasi semasa ekonomi dan perdagangan dunia serta jangkaan peningkatan permintaan dalam negeri dan keadaan pasaran buruh yang kekal baik bagi tempoh separuh kedua tahun 2024.

Berhubung dengan soal perancangan dan visi jangka panjang yang ditimbulkan oleh anggota-anggota Dewan. Kerajaan mengambil pendekatan yang pragmatik dalam membangunkan perancangan ekonomi. Sementara kita faham bahawa negara memerlukan visi ekonomi yang berjangka panjang, kita juta mengambil kira beberapa perkara dan keperluan mendesak untuk membetulkan struktur ekonomi negara sekiranya visi jangka panjang itu hendak direalisasikan. Ini mengelakkan kesilapan-kesilapan dahulu yang pernah berlaku. Yang mana pelbagai wawasan ekonomi jangka panjang dibentangkan kepada rakyat tetapi kelemahan-kelemahan struktur yang memerlukan reformasi yang berani itu tidak diambil kira dan tidak dilaksanakan.

Akhirnya, wawasan demi wawasan itu hanya menjadi rujukan di dalam perbahasan di dalam Dewan ini. Tetapi, saban tahun dalam keadaan persaingan serantau dan global yang semakin sengit, akhirnya aspirasi ekonomi kita tidak kesampaian. Kita ada macam-macam perancangan dan wawasan. Tetapi, yang membezakan sama ada wawasan atau perancangan itu boleh berlaku ialah sebenarnya beberapa perkara yang perlu dibuat secara mendesak.

Sebab itu, rancangan-rancangan ekonomi yang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI setakat ini merangkumi keperluan jangka masa terdekat, perancangan sederhana dan juga perancangan masa panjang yang disesuaikan mengikut perancangan ekonomi makro dan juga struktural.

draft • 6:54 PM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Keutamaan kerajaan tertumpu kepada tiga perkara asas yang kita telah bentangkan sebelum ini sejak awal. Pertama untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara melalui peningkatan hasil dan penyasaran semula subsidi dan juga rasionalisasi perbelanjaan untuk mewujudkan perbelanjaan awam yang bertanggungjawab. Kedua, mengenal pasti sumber pertumbuhan baharu dan ketiga melaksanakan reformasi struktur ekonomi ke arah rantaian nilai yang lebih tinggi.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Kerangka Ekonomi MADANI contohnya, meletakkan wawasan ekonomi dalam masa sederhana iaitu 10 tahun. Ini membolehkan pemantauan dan penyelarasan yang lebih cepat supaya sebarang kelemahan dapat diatasi segera. Kalau dia terlalu panjang maka kita tunggu sampai ke sudah 20 tahun. Lepas lima tahun kita rasa ini tak berlaku kita anjak lagi dan kita anjak lagi. Sebab itu keputusannya awal-awal ialah Kerangka Ekonomi MADANI itu mengambil jangka masa sederhana.

draft • 7:00 PM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Kemudian kita juga ada kerangka-kerangka ekonomi bersifat sektoral yang berperanan memperkuatkan asas ekonomi kita untuk memenuhi kehendak kedua dan kehendak ketiga tadi iaitu untuk mencari sumber pertumbuhan baharu dan menambah baik struktur ekonomi ke arah penciptaan nilai yang lebih tinggi.

Contohnya, Pelan Hala Tuju Peralihan Negara (NETR) bersifat serampang dua- mata. Selain daripada membina industri baharu berasaskan peralihan tenaga yang bernilai tinggi, ia juga memastikan kemapanan dan keterjaminan tenaga untuk pertumbuhan negara sehingga tahun 2050 untuk mengelakkan kita bergantung kepada import tenaga di masa akan datang.

Begitu juga dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) iaitu untuk memastikan selain daripada ada sektor baharu yang bernilai tinggi yang berkembang ia juga untuk memastikan ekonomi kita beralih ke rantaian penciptaan nilai yang lebih tinggi iaitu daripada memasang semikonduktor kepada mereka bentuk semikonduktor.

Tan Sri Yang di-Pertua, tetapi aspirasi ekonomi yang digariskan dalam rancangan- rancangan ekonomi ini tidak akan berjaya dan wawasan akan tinggal wawasan seperti sebelumnya jika beberapa reformasi mendesak tidak dilaksanakan. Reformasi-reformasi ini adalah prasyarat kepada kerangka ekonomi masa depan tak kiralah untuk tahun 2030, 2040, 2050 kecuali kita membaiki soal struktur ini maka perancangan masa depan itu besar kemungkinannya tidak akan dapat berjaya.

Ini termasuklah membaiki kedudukan fiskal negara melalui pengurusan kewangan awam yang bertanggungjawab dan penyasaran semula sumber negara kepada sektor dan kumpulan yang memerlukan. Sebab itu kita perlu lalui penyesuaian ini kerana jika hutang negara terus bertambah. Perbelanjaan defisit terus membengkak saban tahun, keseluruhan perancangan ekonomi jangka sederhana dan panjang akan gagal tidak kiralah apa wawasan yang diutarakan pada hari ini.

Begitu juga dengan reformasi pasaran buruh untuk menyelesaikan masalah ketidakpadanan peluang pekerjaan dengan kelayakan dan kebergantungan kepada pekerja asing, supaya tenaga kerja kita bekerja dalam sektor bernilai tinggi dan dibayar gaji yang selari dengan kelayakan dan kemahiran mereka.

Sebahagian besar kritikan-kritikan kepada kerajaan mutakhir ini sebenarnya adalah mengenai beberapa keputusan besar yang perlu dibuat untuk memperkukuhkan asas ekonomi negara supaya wawasan ekonomi jangka sederhana dan panjang yang digagaskan itu dapat direalisasikan. Ini termasuklah soal penyasaran semula subsidi tenaga daripada elektrik, diesel dan sekarang ini RON95, soal kenaikan gaji minimum, kenaikan gaji kakitangan awam, pelaksanaan gaji progresif untuk pekerja swasta dan usaha kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing secara berkala terutamanya contohnya melalui pelaksanaan sistem levi pelbagai peringkat (MTLM) yang dijangka akan dilaksanakan tahun depan.

Saya yakin kerajaan telah mengenal pasti dan menyusun strategi dan program ekonomi yang baik untuk memenuhi tuntutan tiga penstrukturan ekonomi tadi bagi jangka

draft • 7:00 PM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

masa pendek dan sederhana. Selaras dengan itu, ini membolehkan Kementerian Ekonomi menumpukan pula kepada wawasan ekonomi dan kesejahteraan rakyat bagi jangka masa panjang yang kini akan dibentangkan di dalam RMKe-13.

Penyediaan RMKe-13 rancak digerakkan sekarang dan dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada suku ketiga tahun 2025. RMKe-13 dijangka dan dirangka dengan lebih holistik, strategik dan inklusif bukan sahaja untuk sasaran tempoh lima tahun akan datang, tetapi membentangkan visi ekonomi dan kesejahteraan rakyat sehingga ke tahun 2040.

Oleh kerana perancangan ekonomi yang mendesak untuk jangka masa pendek dan sederhana telah pun dilaksanakan setakat ini, maka RMKe13 akan memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang lebih meluas untuk menyokong aspirasi ekonomi negara seperti pendidikan dan penataan ekosistem bakat dalam negara. Seperti khidmat sosial iaitu kemapanan sektor kesihatan dan perlindungan sosial dan juga untuk menangani cabaran- cabaran baru melalui agenda negara menua yang akan dibentangkan insya-Allah tahun depan sebagai Kertas Putih permulaannya.

Tan Sri Yang di-Pertua, ada masa 33 minit saya tahu semua orang tunggu untuk tanya tentang T15, tapi sebelum itu saya ingin menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Pagoh dan Labuan terlebih dahulu mengenai gaji progresif. Pagoh bertanya, Pagoh tak ada, tetapi Pagoh ada bertanya sama ada gaji progresif diteruskan.

Jika Pagoh mengikuti ucapan Tambun atau membaca teks ucapan, Pagoh sepatutnya perasan bahawa Yang Amat Berhormat Tambun telah pun mengumumkan bahawa gaji progresif akan dilaksanakan secara penuh bermula tahun 2025 dengan peruntukan RM200 juta bagi 2025 yang akan memanfaatkan sekitar 50,000 orang pekerja swasta yang layak.

Kerajaan memberi tumpuan untuk menaikkan gaji pekerja sektor formal melalui tiga kaedah. Kenaikan gaji kakitangan awam telah berlaku, kenaikan gaji minimum telah berlaku dan gaji progresif akan dilaksanakan secara penuh bermula tahun 2025. Kita sedia maklum bahawa kenaikan gaji minimum semata-mata tidak menjamin kenaikan gaji pekerja swasta terutamanya yang separa kemahiran ataupun yang berkemahiran tinggi. Itu kesan yang kita tengok sekarang yang mana gaji permulaan graduan adalah rendah.

Malah saya pun telah membentangkan satu Kertas Putih mengenai gaji progresif tahun lepas untuk menunjukkan bahawa kenaikan gaji minimum sebenarnya telah mewujudkan satu fenomena baharu iaitu, dengan izin Tan Sri Yang di-Pertua, yang dipanggil wage compression ataupun himpitan gaji- yang mana gaji permulaan ataupun kenaikan gaji kepada mereka yang separa kemahiran ataupun berkemahiran tinggi yang rata-ratanya rakyat Malaysia berbanding dengan gaji minimum yang banyaknya pekerja asing. Oleh kerana adanya gaji minimum itu telah meningkatkan wage compression yang menyebabkan kenaikan gaji pekerja kita dan juga gaji graduan sebenarnya lebih perlahan walaupun gaji minimum telah dinaikkan.

Projek rintis telah dilaksanakan secara sama oleh Kementerian Ekonomi dan KESUMA bermula Jun 2024 hingga Disember 2024. Itu tempoh masanya untuk kita

draft • 7:00 PM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

mendapatkan pengesahan awal kesan pelaksanaan gaji progresif kepada 1,000 syarikat swasta yang disasarkan. Kalau kita ingat semasa dibentangkan seperti biasa ada banyak pandangan sama ada ini akan berkesan, sama ada ia akan diterima oleh majikan, adakah majikan akan menyambutnya dan sebagainya. Sebab itu kita buat projek rintis terlebih dahulu.

Pengesahan awal ini diperlukan untuk menilai keberkesanan pendekatan gaji progresif dan penerimaan majikan kepada skim ini agar kerajaan dapat membuat keputusan yang lebih baik untuk melaksanakannya secara menyeluruh...

draft • 7:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Bangun]

draft • 7:00 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Sekejap lagi Pendang, saya bagi sedikit. Suka saya melaporkan kepada Dewan hasil daripada projek rintis itu. Kesan Skim Gaji Progresif kepada pekerja-pekerja dari syarikat yang turut serta adalah seperti berikut. Bagi gaji permulaan, pekerja mengalami kenaikan gaji RM250 seorang sebulan iaitu median gaji baharu di bawah Skim Gaji Progresif sebanyak RM2,200 berbanding dengan median gaji asal sebelum gaji progresif sebanyak RM1,950. Bagi pekerja yang berpengalaman, yang ini yang sudah kerja tiga tahun, lima tahun dan sebagainya, yang diukur berdasarkan kenaikan gaji tahunan.

Peningkatan gaji di bawah Skim Gaji Progresif adalah sebanyak RM200 sebulan iaitu median gaji progresif RM2,400 berbanding dengan median gaji sebelum Skim Gaji Progresif sebanyak RM2,200 sebulan. Ya, Pendang.

draft • 7:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Saya tertarik tentang gaji minimum dan juga gaji progresif tadi. Alhamdulillah kita ucap terima kasihlah kepada kerajaan kerana telah membuat satu kajian tentang kenaikan gaji. Setiap dua tahun sekali akan berlaku kenaikan gaji melalui MPJM. Saya cuma hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan- apabila kenaikan gaji, dia akan ada networking ataupun rangkaian kepada kenaikan harga barang dalam pasaran.

Jadi, apakah persediaan kerajaan untuk hendak menyelaraskan perkara ini supaya dapat menyekat dengan gaji- lebihan gaji yang tinggi dan rakyat dapat harga barang yang tidak terlalu meningkat kerana kenaikan gaji ini? Dia akan proses rangkaian ataupun dia panggil economy circulation ini, cycle economy ini akan berangkai sampai kepada consumer yang akan membayar semua daripada kenaikan ini. Terima kasih.

draft • 7:10 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Pendang. Soal kenaikan gaji ini berkait dengan dua lagi parameter ekonomi yang kita perlu kawal dan imbangkan. Satu sudah tentu soal inflasi, betul, tetapi pada masa yang sama ia juga soal pertumbuhan ekonomi.

Tambahnya, ekonomi kita sudah menjadi ekonomi yang berasaskan perkhidmatan. Maka, perbelanjaan dalam negara itu adalah penyumbang terbesar kepada pertumbuhan ekonomi negara. Jadi, sebab itu kita kena imbangkan.

draft • 7:10 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Kalau kita hendak kata tidak boleh naik gaji sebab takut nanti inflasi naik, tetapi kalau tidak naik gaji, rakyat pun tertekan dan pertumbuhan ekonomi negara pun juga akan terkesan juga. Jadi, sebab itu saya ingat kalau satu perkara yang cukup diberi penekanan oleh pentadbiran sekarang yang saya akan terangkan selepas ini mengenai keputusan RON 95 ialah dengan kita betul-betul memantau dan melihat aliran kenaikan harga barang. Jadi setakat ini- sebab itu perlu ada projek rintis dan sebagainya. Setakat ini, inflasi yang ada sekarang ini adalah pada keadaan yang paling rendah.

Jadi, sudah tentu sebab kalau orang tanya, kenapa tidak dinaikkan terus daripada RM1,700 kepada RM2,000? Contohnya. Itu adalah antara imbangan-imbangan yang perlu kita buat untuk memastikan kita dapat capai ketiga-tiga perkara ini. Gaji naik, inflasi dapat dikawal pada paras dua peratus yang ada sekarang dan pada masa yang sama, itu juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang sudah tentu akan membantu rakyat lain keseluruhannya.

draft • 7:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

[Bangun]

draft • 7:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

[Bangun]

draft • 7:10 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Ayer Hitam dengan Muar, bagi saya masuk dulu soal subsidi dan sebagainya. Saya ingat sebab masa hanya 25 minit.

draft • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sebelum itu Menteri, saya minta YB-YB yang tidak bertanya dan tidak berhujah atau berbahas, tidak boleh mengemukakan perkara-perkara baharu sebab ini adalah respons Menteri kepada perkara-perkara yang telah pun dibahaskan. Sila Menteri.

draft • 7:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Tan Sri Yang di-Pertua, saya memang menyentuh tentang apa yang telah dihuraikan gaji minimum.

draft • 7:10 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Tadi, sila Menteri kah, sila Ayer Hitam?

draft • 7:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Oh, sorry.

draft • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bagi Menteri jawab dahulu.

draft • 7:10 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Sebab kita ada 25 minit lagi. Baik. Saya telah sebut tadi Skim Gaji Progresif ini akan dilaksanakan secara meluas bermula 2025 ini dan kumpulan sasaran seterusnya ialah 50,000 orang pekerja swasta yang menjadi batch seterusnya dan setiap tahun kita berharap dengan kedudukan kewangan yang lebih baik, lebih ramai pekerja swasta yang akan mendapat manfaat ini. Baik.

Seterusnya Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin beralih kepada soal inflasi dan juga penyasaran subsidi. Saya menghargai keprihatinan semua pihak bersabit dengan soal kos sara hidup, kenaikan harga dan inflasi yang sekarang ini sebahagian besar daripada perkara yang ditimbulkan daripada 83 Ahli Dewan itu adalah bersabit perkara-perkara ini. Kalau terlajak sedikit pun Tan Sri Yang di-Pertua, saya minta lebih sedikit nanti ya.

Kerajaan mengambil masa hampir dua tahun untuk membuat keputusan mengenai penyasaran semula subsidi RON95 ini.

Jadi, kalau Muar kata, fikir- umum dulu, fikir kemudian, tidak betul. Sebenarnya, kita mengambil masa selama itu untuk membincangkan berkali-kali. Kita sudah bentangkan di sini pun berkali-kali daripada segi konsepnya, keperluannya, kita juga telah bincang di semua

draft • 7:10 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

peringkat kerajaan di majlis-majlis antara Kabinet dan juga beberapa kali di Jemaah Menteri sendiri. Perbincangan yang panjang itu mengambil kira keutamaan kerajaan seperti yang disebut oleh Pendang iaitu apa sahaja perkara yang diambil keputusannya oleh kerajaan, mestilah melindungi seberapa banyak rakyat dari terkesan daripada sebarang kenaikan kos, baik secara langsung atau tidak langsung.

Pandangan mengenai penyasaran subsidi ini banyak. Pandangan mengenai kedudukan fiskal negara yang perlu diperkukuh pun sedia diketahui semua orang, termasuk Ahli-ahli Dewan. Setakat ini, saya tengok tidak ada mana-mana Ahli Dewan yang mempersoalkan beberapa perkara pokok mengenai kedudukan fiskal negara.

Pertama, bahawa kita perlu mengurangkan defisit, come what may. Kedua, kita perlu mengurangkan hutang kita, come what may. Dan ketiga, kita perlu menguatkan kedudukan fiskal kita kerana semua yang dirancang, semua yang hendak dibuat ini, baik permintaan oleh semua Wakil Rakyat atau Menteri, dia tidak dapat dilaksanakan kalau ketiga-ketiga perkara pokok ini tidak dapat dibuat. Tidak ada sebarang perbezaan pendapat saya ingat Tan Sri Yang di-Pertua, mengenai perkara itu.

Cuma saya hendak sentuh sedikit sahaja. Daripada pemerhatian saya sebaik di dalam Dewan ataupun di luar Dewan, yang jarang kita dengar dalam hiruk pikuk mengenai keperluan fiskal negara dan kebimbangan mengenai penyasaran semula subsidi ini, yang saya sangat jarang dengar ialah kalau yang sekarang ini dilaksanakan oleh kerajaan tidak dipersetujui untuk memperkukuhkan kedudukan fiskal negara.

Saya masih menunggu sebenarnya, Apakah penyelesaian alternatif daripada pembangkang? Apakah sebenarnya Pembangkang cadangkan kepada kerajaan suruh buat ini? Kerana kita sedia maklum, dua-dua faham, hutang kena turun, defisit kena potong, kedudukan kewangan kena kukuh, tetapi setakat ini, sementara saya mengalu-alukan semua komen mengenai- macam mana apa yang dibuat oleh kerajaan ini berisiko, membawa beban kepada rakyat, tetapi apa sebenarnya yang dicadangkan ataupun alternatif lain oleh pihak pembangkang?

Setakat ini, yang saya nampak jawapan yang sering diberikan ialah peningkatan mendadak defisit dan hutang dalam tahun 2020, 2021 dan 2022 yang kami warisi sekarang ini adalah disebabkan oleh COVID-19. Saya terima, boleh, tetapi kalau sekiranya Perikatan Nasional mengambil alih kerajaan satu hari nanti, saya pun hendak dengar daripada Putrajaya, contohnya- apakah langkah-langkah khusus yang akan diambil oleh Perikatan Nasional untuk mengukuhkan kedudukan fiskal, sementara kita mengimbangi perkara yang disebut oleh Pendang tadi iaitu kita perlu terus membendung inflasi supaya rakyat tidak terbeban. Ini sebenarnya cabaran kepada sesiapa sahaja sama ada Pembangkang ataupun yang jadi Kerajaan.

Berkenaan inflasi Tan Sri Yang di-Pertua, hakikatnya sesiapapun yang jadi kerajaan, kita akan menggunakan data yang sama iaitu daripada DOSM. Sebab itu pada pandangan saya, sementara kita boleh berbeza pendapat mengenai bagaimana sesuatu perkara itu dilaksanakan pendekatannya, saya minta Ahli Dewan satu perkara sahaja.

draft • 7:10 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Janganlah sehingga kita menidakkan data rasmi inflasi seolah-olah data itu tidak melambangkan keadaan sebenar rakyat kerana bila saya tengok perbahasan-perbahasan, banyaknya yang menimbulkan menjurus ke arah itu.

Data inflasi setiap bulan ini memberi dua gambaran penting ya. Pertama, ia memberi trend peningkatan harga keseluruhan, kerana angka inflasi adalah angka komposit yang menggabungkan kenaikan harga mengikut kategori seperti makanan mentah, makanan siap dibeli, makanan di restoran, elektrik (api), pengangkutan dan sebagainya. Data dua peratus, 1.9 peratus itu adalah data komposit yang telah pun dikira mengikut wajaran. Ini adalah standard antarabangsa, bukan hanya digunakan di Malaysia.

Kedua, data inflasi menunjukkan berapa tinggi kenaikan itu berlaku kerana jika kita amati laporan inflasi setiap bulan, ada saling kait antara angka inflasi keseluruhan dengan kenaikan mengikut kategori tertentu.

Jadi, saya hendak bagi contoh dan ini penting untuk rakyat di luar didengar. Bagi bulan September 2024, kadar inflasi adalah 1.8 peratus dan kadar kenaikan harga makanan dan minuman- kerana yang ini yang selalu dilontarkan. Angka inflasi itu banyak itu, dua peratus, tetapi kita di bawah ini terbeban dengan harga makanan dan minuman yang tinggi.

Jadi, saya tengok satu persatu ya. Kalau untuk September 2024, kadar inflasi keseluruhan 1.8 peratus ya. Kadar kenaikan harga makanan dan minuman- dan ini wajaran paling besar, 29.8 peratus ya. Kadarnya hanyalah 1.6 peratus. Lebih rendah daripada kadar inflasi sebenarnya.

Kenaikan harga makanan dan minuman pada 1.6 peratus bagi September 2024 ini boleh diberikan perspektif berbanding rekod-rekod kenaikan harga makanan dan minuman sejak 2011...

draft • 7:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

[Bangun]

draft • 7:20 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Saya semak tiap-tiap bulan kenaikan harga barang dan minuman yang menjadi komponen inflasi itu sejak tahun 2011 mengikut data DOSM.

Saya habiskan yang ini, kemudian Ayer Hitam, kemudian Muar ya.

Di antara tahun 2011 hingga 2018, Tan Sri Yang di-Pertua, kadar kenaikan harga makanan dan minuman adalah dalam lingkungan dua peratus hingga 5.7 peratus. Hanya beberapa bulan sahaja dalam tahun 2011 ke tahun 2018 itu yang kadar kenaikan harga makanan itu dalam lingkungan dua kepada tiga peratus. Majoritinya adalah tiga hingga lima peratus, iaitu lebih dua kali ganda daripada kenaikan yang kita ada sekarang ini, September 2024 ini ya.

Kemudian, selepas Mei 2018, kerajaan bertukar. Inflasi makanan dan minuman adalah paling rendah pada Julai 2018. Daripada 2011 hingga ke-2024, inflasi makanan dan minuman paling rendah adalah dalam bulan Julai 2018 iaitu 0.7 peratus, kemudian dia kekal rendah hingga ke Mei 2019, tapi dia dah mula naik kepada 1.2 peratus iaitu kesan daripada penghapusan GST pada ketika itu.

draft • 7:20 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Selepas itu, kenaikan harga makanan dan minuman naik semula. Daripada Jun 2019 itu, dia mula naik dan melebihi dua peratus pada ketika itu dan hanya turun sekejap semasa COVID kerana permintaan kurang. Itu pun semasa COVID, kenaikan harga makanan dan minuman ini tak banyak beza daripada yang ada sekarang iaitu 1.3 peratus hingga 1.9 peratus, julat dia. Jadi, dalam keadaan ekonomi merudum masa itu, tak ada permintaan berbanding dengan keadaan sekarang, kadar inflasi kenaikan harga barang makanan dan minuman boleh dibandingkan dengan zaman COVID yang ada sekarang ini.

Bermula Oktober 2021, kenaikan harga barang makanan dan minuman mula naik mendadak. Daripada 1.9 peratus dalam Oktober 2021 kepada 7.2 peratus dalam bulan Ogos 2022. Kenaikan harga makanan dan minuman hanya mula turun secara signifikan mulai Mac 2023. Mac 2023, 6.9 peratus kepada 4.1 peratus bagi Ogos 2023, kemudian dua peratus bagi Januari 2024 dan sekarang ini kekal 1.6 peratus bagi September 2024.

Maknanya, jika kita teliti semua data ini daripada 2011 ke-2024, sebenarnya prestasi mengawal inflasi terutamanya kenaikan harga barang makanan dan minuman adalah terbaik sejak Kerajaan MADANI mengambil alih...

[Tepuk] Dari tahun 2011, hanya ada satu tempoh masa sahaja iaitu Julai 2018 hingga Mei 2019, akibat penghapusan GST, yang mana kenaikan harga makanan dan minuman adalah lebih rendah daripada apa yang ada sekarang.

Saya huraikan semua ini supaya jangan mudah menuduh kerajaan memutar belit angka ekonomi. Semua ini ada di segala laporan. Sedangkan, jika dalam perbahasan, saya tengok dalam perbahasan, ada yang dengan sewenang-wenangnya mengatakan harga barang makanan naik sampai 30 peratus, sampai 20 peratus. Sedangkan, data rasmi yang dikumpul itu, keadaannya sangat berbeza. Dan DOSM inilah yang turut akan membekalkan data rasmi sekiranya pembangkang akan menjadi kerajaan, ataupun semasa pembangkang jadi kerajaan dahulu, data yang sama itu jugalah yang digunakan.

Ayer Hitam, kemudian Muar.

draft • 7:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Ayer Hitam.

draft • 7:20 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang menjawab dengan panjang lebar. Saya teliti semua hujah tersebut.

Yang Berhormat sebut tentang data DOSM. Saya tidak mempertikaikan, tetapi selaku Wakil Rakyat, saya melihat realiti...

[Tepuk] Baik. Too good to be true, dengan izin. Apabila kita sebut 1.9, you bagi tahu orang kampung dekat luar, roti John naik atau tidak? Martabak naik atau tidak?...

[Tepuk] Terpaksa saya dengan rendah diri kena mengaku memang dah naik. Tak apalah, kita boleh teruskan 1.9 percent, beritahu rakyat macam itu. Sama ada terima atau tidak, tak apa. Hakikatnya, saya nak minta penjelasan Yang Berhormat.

Tadi, Yang Berhormat, saya tidak kata kerajaan tidak perlu buat rasionalisasi subsidi.

Saya sokong. Saya faham kekangan yang ada. Kedua, saya cuma nak bertanya, dalam keadaan ini, apakah cara terbaik untuk kita menyasarkan semula subsidi? Itu yang saya bangkitkan.

draft • 7:20 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Yang Berhormat kata kita tidak ada solution. Saya rasa saya yang- ini menyinggung perasaan saya. Sebab, setiap kali saya cakap, saya datang dengan formula. Contoh ya, kalau kita kata T15 tadi. T15, saya kata terlalu rendah RM13,295. Itu pendapatan isi rumah.

Kemudian, selepas PM umum, Menteri kata pakai disposable income. Kemudian, semalam, Menteri cakap belum ada kata putus. Jadi, saya sebagai Wakil Rakyat datang mesyuarat, saya pun kata, “Eh, macam mana semua jawab dengan rakyat?”. Jadi, saya minta, apakah kepastian kita? Sama ada kita betul-betul gunakan apa yang PM kata dan umum,“Tidak lagi pada T15 mengikut DOSM”? Contoh. Ataupun, apakah yang Menteri cakap itu?

Dan bila Yang Berhormat gunakan data tadi, inflasi, agak bahaya. Tepuk dada, tanya selera, berapa harga nasi lemak tahun lalu dengan tahun ini? Apa sebab dia? Sebab, logistic cost enam peratus tahun lalu. Itu yang menyebabkan tambah lagi. Walaupun F&B tak naik sampai lapan peratus, tetap enam peratus, tetapi kenaikan telah berlalu kerana SST yang digunakan, yang kita dah tak dapat kesan itu.

Saya minta supaya Yang Berhormat- saya bukan gaduh dengan Yang Berhormat.

Saya cuma kata, ada caranya. Contoh, saya kata kalau petrol, saya setuju, tapi kenapa tidak gunakan cara levi kenderaan, nilai kenderaan? Kalau dia Tan Sri pakai kereta mewah macam- ada-lah Menteri pakai kereta besar. Tak apa, dia sanggup bayar setengah juta, kenakan levi RM2,006. Dia bayar, kita terima terus dan itu digunakan, dimanfaatkan untuk orang miskin.

Dan cara kita membuat penyasaran juga membantu rakyat, tetapi kita terlalu banyak variables. Pemboleh ubah terlalu banyak dan bila dah terlalu banyak, bila nak buat implementasi, sangat susah di bawah.

Itulah pandangan saya selaku orang yang pernah duduk sana... [Merujuk kepada Blok Menteri] Pernah duduk sana...

[Merujuk kepada Blok Pembangkang] Saya duduk sini, tengah-tengah. Saya cuma kata, practical solution for the people. Itu sahaja sebagai jurucakap rakyat. Terima kasih, Yang Berhormat...

[Tepuk]

draft • 7:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Muar.

draft • 7:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih.

draft • 7:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Muar, saya minta, minta penjelasan. Tidak ada hujahan. Minta penjelasan.

draft • 7:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Baik, tidak ada masalah. Dua perkara Yang Berhormat Menteri.

Pertama sekali saya rasa kita perlu berpijak di bumi yang nyata walaupun dikongsikan data dalam Dewan ini bahawa kadar inflasi masih terkawal. Harga barang rendah. Jelas di luar sangat berbeza, tapi saya nak penjelasan.

Adakah ia kerana cara kita mengira harga barang khususnya food and beverages seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi, Malaysia bukan negara yang ada kawalan kepada harga yang paling banyak. Tidak kira daripada beras, gula dan barang-barang lain, tetapi realitinya rakyat tidak dapat akses barang-barang sebegini kerana

draft • 7:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

beras yang harganya terkawal bila kita pergi ke pasaran sudah habis. Gula yang harganya terkawal, bila kita pergi ke pasar sudah habis. Minyak masak pergi ke pasar harga terkawal sudah habis.

Adakah ia kerana I’m trying my best to be as kind as possible, mungkin kalau ikut kadar inflasi negara ia nampak terkawal, tetapi ia terkawal kerana harga barang di Malaysia sepatutnya terkawal, tetapi realitinya rakyat tidak dapat akses barang-barang tersebut.

Dan yang kedua, penjelasan saja kalau tidak sempat boleh secara bertulis sebab tadi saya rasa Yang Berhormat Menteri telah jawab isu T15, tetapi saya bangkitkan dua kerisauan.

Bukan dari sudut dasar atau prinsip, saya setuju, tapi pelaksanaan iaitu hujah berkenaan moral hazard juga bagaimana kalau kita kira isi rumah, suami dan isteri, kerisauan saya bagaimana wanita itu khususnya isteri boleh digalakkan untuk berhenti bekerja supaya mereka tidak melangkaui nilai ambang RM12,000 ataupun 13,000 tersebut. Saya harap perkara ini boleh dijawab. Terima kasih.

draft • 7:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 7:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Boleh tambah sedikit tentang...

draft • 7:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Nanti, bagi dua dulu. Selepas itu....

draft • 7:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Saya, saya...

draft • 7:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kampar masuk selepas itu, selepas itu. Bagi Menteri jawab dulu.

draft • 7:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Mungkin yang saya jawab ini nanti akan juga menjawab Kampar. Kalau tidak, bagi saya jawab sedikit dan kemudian peluang pada Kampar.

Tan Sri Yang di-Pertua ada. Kalau dia boleh lebihkan masa, dia boleh lebihkan masa.

Kalau Kementerian Komoditi tidak marahlah, tak datang kah?...

[Ketawa] Ambil masa dia.

Baik, kepada soalan dari Ayer Hitam tadi, nanti saya akan terangkan kaedah T15 dan pelaksanaannya. Itu juga soalan kedua dari Muar yang saya ingat bila saya terangkan itu dia akan memberi kepastian dan yang lebih jelas.

Cuma kepada soalan Muar sama ada inflasi ini tidak menggambarkan kerana barang tidak ada dan sebagainya. Kaedah menentukan inflasi ini ialah harga itu dicerap tiap-tiap dua minggu dan harga ini diambil daripada senarai yang cukup panjang dan dikemas kini setiap dua minggu. Jadi harga yang nampak di dalam inflasi itu memang itulah harga di bawah.

Kalau nak persoalkan ialah persoalkan wajaran barang-barang yang ada dalam itu.

Contohnya makanan dan minuman 29.8 peratus. Kemudian kategori seterusnya yang besar sedikit ialah kategori tenaga, pengangkutan dan sebagainya, tapi harga itu adalah harga yang telah pun diambil daripada seluruh negara diproses melalui kaedah statistik.

Saya boleh bagi pandangan saya yang sebelum ini telah dimainkan sebagai bahan TikTok oleh Pembangkang. Semasa saya mula-mula ambil alih tugas ini, saya tengok dalam wajaran itu, yang paling tinggi dan menyebabkan kenaikan inflasi pada ketika itu enam, lima peratus ialah kerana yang paling tinggi naik tiap-tiap bulan ini ialah harga makanan dari restoran dan kedai. Yang lain semua turun. Contohnya harga barang makanan restoran dan kedai pada awal 2023, peningkatan inflasi kenaikannya tiap-tiap bulan itu tujuh peratus

draft • 7:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

berbanding dengan harga barang mentah sebenarnya hanya empat peratus. Jadi sebab itu saya pernah kata, mekanisme pasaran yang mana orang rasa ini tidak padan dengan nilai dia. Ini sama yang seperti Ayer Hitam kata roti John naik harga berpanjanganlah.

Sebenarnya harga itu daripada wajaran kepada inflasi kita paling besar dipengaruhi oleh harga barang makanan yang siap dibeli dari restoran dan kedai. Berita baiknya ialah, berita baiknya baguslah juga dalam setahun yang lepas ini harga barang makanan di restoran dan di kedai naik begitu kerana sekarang sudah turun.

Jadi, kalau untuk dapat harga kenaikan barang makanan dan minuman 1.6 peratus tadi kerana harga barang makanan dan minuman ini dia tergolong daripada tiga kategori.

Satu harga barang mentah, satu ialah harga barang makanan siap dibeli, satu lagi harga restoran dan hotel. Untuk dia turun ke-1.6 peratus yang kita ada sekarang, maksudnya kenaikan harga barang makanan siap yang diambil daripada restoran dan kedai ini sebenarnya sudah mereda.

Kalau Ayer Hitam kata 1.6 peratus kenaikan harga barang makanan dan minuman ini tidak menggambarkan realiti, maknanya Ayer Hitam semasa zaman 2011 sampai 2018, semasa kenaikan harga barang makanan dan minuman itu lima peratus sebulan, maksudnya masa itu lagilah tak menggambarkan realiti yang ada. Masa itu harga lagi tinggi daripada yang ada sekarang.

Masalahnya begini, sebab itu kita kata semua ini perlu diimbangkan juga dengan gaji.

Apabila kadar kenaikan harga makanan dan minuman ini tinggi daripada 2011, 2018, kemudian naik mencanak semasa 2022, itu terus meningkatkan harga makanan itu semakin tinggi dan semakin tinggi. Walaupun sekarang ini dia dah kekal stabil, sebab itu kita kena tekankan naik gaji secepat mungkin. Selagi gaji itu tidak mengatasi kenaikan terkumpul yang telah berlaku daripada 2011 itu, selagi itulah rakyat akan rasa sebenarnya harga barang ini mahal walaupun kenaikannya sekarang jauh lebih perlahan daripada tempoh sejak 2011 yang lalu.

Baik, Tan Sri Yang di-Pertua saya nak jawab dan rangkum soal T15 dan penyasaran subsidi. Seterusnya menjawab juga Ayer Hitam dan juga Muar. Saya sentuh tadi mengenai inflasi dalam menerangkan mengenai penyasaran semula subsidi RON95 kerana pertimbangan paling utama kerajaan ialah melindungi rakyat daripada kenaikan harga barang. Itu mengatasi semua pertimbangan lain. Kerajaan perlu membuat pilihan yang sukar.

Di satu sudut, kita tahu bahawa amalan ekonomi negara perlu beralih daripada subsidi pukal yang mengakibatkan ketirisan dan penyelewengan kepada subsidi bersasar yang mana subsidi hanya pergi kepada mereka yang layak menerima sahaja. Itu tidak ada bangkangan daripada siapa-siapa.

Perbincangan yang panjang ini baik di dalam Jemaah Menteri, di peringkat kerajaan dan di dalam Dewan ini dan di luar ialah mengenai pendekatan dan mekanisme pelaksanaan.

Kerajaan ada dua pilihan besarlah. Ada dua pilihan utama sama ada pilihan pertama menaikkan harga ke arah harga pasaran dan kemudian daripada penjimatan subsidi tadi disasarkan semula penjimatan subsidi itu kepada penerima yang layak melalui pindahan

draft • 7:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

tunai bulanan ataupun kaedah, dengan izin, cash transfer ataupun pilihan kedua iaitu mengekalkan harga RON95 kepada mereka yang layak dan hanya mereka yang tidak layak sahaja membayar harga pasaran. Itu pilihan kedua.

Kedua-dua pilihan ini ada kekuatan dan kelemahannya. Bagi pilihan pertama, kekuatannya ialah ia lebih mudah dilaksanakan tanpa melibatkan stesen minyak. Jadi, daripada segi ini kalau kita lihat cash transfer tiap-tiap bulan dapat, itu lebih mudah dilaksanakan, tetapi ada risiko iaitu ia boleh mempengaruhi kenaikan inflasi kerana peniaga boleh gunakan alasan harga RON95 naik, maka dia nak naikkan harga. Jadi ini pertimbangan yang dibincangkan 20 bulan dalam kerajaan. Yang mana satu lebih baik.

Bagi pilihan kedua, kekuatannya ialah risiko inflasi adalah rendah kerana 85 peratus sasaran kita ialah orang tetap bayar macam biasa. Dia tidak akan ada kenaikan harga minyak maka tidak boleh dijadikan alasan oleh peniaga untuk menaikkan harga barang, tetapi masalahnya ialah ia lebih sukar dilaksanakan kerana melibatkan stesen minyak dan banyak, dengan izin, interface.

Akhirnya, kerajaan memutuskan bahawa pertimbangan inflasi itu untuk memastikan harga barang tidak naik itu mengatasi pertimbangan pelaksanaan. Secara tidak langsung menjawab soalan yang ditanya oleh Ayer Hitam.

draft • 7:30 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Keputusan yang kerajaan buat ialah sebenarnya keutamaan kita ialah mengekalkan inflasi pada kadar yang rendah ini sementara kita nak naikkan gaji. Jadi oleh sebab itu, kaedah pelaksanaannya ialah melalui harga dua peringat ataupun, dengan izi,n two-tiered pricing. Iaitu harga subsidi kekal kepada penerima yang layak dan hanya mereka yang tidak layak akan membayar harga penuh. Ini memerlukan operasi di stesen minyak pada dua peringkat pula. Satu peringkat, dengan izin, back end iaitu pangkalan data yang mengesahkan kelayakan seseorang bila dia beli. Satu lagi peringkat, dengan izin, front end iaitu operasi membeli minyak pada harga subsidi.

Penyelarasan kini sedang berlaku di antara Kementerian Ekonomi yang pada dasarnya bertanggungjawab kepada hal ehwal kelayakan ataupun back end dan juga Kementerian Kewangan yang secara dasarnya bertanggungjawab kepada pelaksanaan operasi ataupun front end yang melibatkan stesen minyak. Sistem pengesahan dan sebagainya. Umumnya ini bermakna seseorang pembeli akan mengimbas kad pengenalan di stesen minyak, identitinya itu kemudian akan disemak dengan pangkalan data di cloud untuk mengesahkan kelayakan dan jika dia layak harga yang dibayar adalah harga bersubsidi. Dia tak payah bayar harga pasaran.

Orang- selepas saya ingat beberapa bulan dilaksanakan memang masing-masing kita tahu besar kemungkinan semua yang ada dalam Dewan ini tak payah nak scan dah, memang tak layak. Memang kena bayar harga pasaran. Orang bila dia dah biasa scan dua tiga kali dia tahu dia layak. Maka setiap kali dia nak beli itu dia memang kena scan untuk mendapatkan harga subsidi.

draft • 7:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Ini seterusnya membawa kepada persoalan yang paling hangat iaitu kriteria kelayakan. Siapakah yang layak ini? Bagaimanakah golongan yang disebut T15 ini akan ditentukan? Saya nak perbetulkan sedikit, kalau semak ucapan Yang Amat Berhormat Tambun. Yang Amat Berhormat Tambun tidak pernah sebut pun T15 ini adalah merujuk kepada pendapatan kasar isi rumah seperti yang diterbitkan oleh DOSM, tak pernah sebut.

Dia hanya sebut golongan T15.

T15, T20, T40, ini hanyalah garis statistik yang menentukan sesiapa di dalam itu sebelum dikerat jadi T15, T30, itu sudah tentu berdasarkan kriteria yang akan ditetapkan.

Selama lebih 20 bulan memang kerajaan telah memberi bayangan bahawa kita akan beralih daripada kaedah pendapatan kasar isi rumah ini kepada kaedah yang lebih adil, yang mengambil kira beban tanggungan, saiz isi rumah, lokasi dan sebagainya.

Sebab itu, Kementerian Ekonomi telah membentangkan sejak tahun lalu cadangan bahawa penilaian kelayakan sesuatu isi rumah beralih daripada kaedah pendapatan isi rumah kasar kepada pendapatan boleh belanja bersih isi rumah ataupun Net Disposable Income, dengan izin, Tan Sri Yang di-Pertua. Untuk mengambil kira perbezaan kos sara hidup mengikut lokasi, saiz keluarga dan sebagainya.

Saya ambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Dewan kerana dalam semua ucapan itu saya nampak semuanya cenderung kepada kaedah pendapatan boleh belanja bersih kerana ini juga yang perlu diputuskan di peringkat kerajaan nanti. Tidak ada saya tengok Ahli Dewan yang berbahas, ada lebih kurang 76 orang yang menyentuh isu ini, yang menyokong pengelasan mengikut pendapatan kasar isi rumah seperti yang ada sebelum ini.

Masalahnya, secara perinciannya kalau kita menentukan 85 peratus golongan yang layak ini mengikut kedudukan sosioekonomi berdasarkan lokasi, berdasarkan jumlah isi rumah anak berapa, berdasarkan pendapatan dan tanggungan-tanggungan yang lain sepatutnya kita tahulah. Kita tidak akan ada satu garis nasional kerana kalau ada satu garis nasional kalau kita letak katakanlah RM12,000. RM12,000 di Kuala Lumpur maknanya daripada segi perbelanjaan dan kuasa ekonominya berlainan dari contohnya RM12,000 di Gua Musang. Maka setiap kawasan itu akan ada garis dan kriteria yang berbeza-beza, yang itulah yang masuk kepada PADU dan juga konsep perbelanjaan asas kehidupan wajar yang kita telah terangkan sebelum ini. Tan Sri saya minta dua tiga minit lagi.

draft • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya bagi tiga minit.

draft • 7:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Tiga minit.

draft • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Lepas itu landing ya.

draft • 7:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Okey.

draft • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

draft • 7:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Sebab itu pada masa ini PADU dibangunkan sebagai repository utama profil individu dan isi rumah yang turut mengandungi maklumat demografi, sosioekonomi dan pendapatan kasar. Pada masa ini hasil daripada pengintegrasian data

draft • 7:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

PADU mengandungi profil demografi dan sosioekonomi terpilih bagi individu dan isi rumah warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia yang meliputi 30.1 juta orang- individu.

Menerusi analisis PADU kerajaan telah memperkenalkan satu pendekatan baharu iaitu Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) dan pendapatan boleh guna bersih bagi isi rumah dan individu. Kalau pergi ke DOSM atau semak media sosial sekarang, yang tengah viral sekarang ini ialah setiap orang- sedang semak pendapatan asas kehidupan wajar masing-masing. Itu lah satu ukuran untuk satu- keluarga di tempat tertentu. Saya tak boleh benarkan sebab saya nak habiskan...

draft • 7:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

[Bangun]

draft • 7:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Sikit saja.

draft • 7:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Kecuali Tan Sri bagi lima minit lagilah.

draft • 7:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Pasal T15. Terpulang pada Menteri.

draft • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya ingat itulah, saya dah bagi...

draft • 7:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Saya akan jawab T15 selepas ini. Jadi, saya juga ingin memperbetulkan sedikit dakwaan bahawa pembangunan PADU melibatkan perbelanjaan sebanyak RM85 juta. Ayer Hitam selalu sebut ini dalam TikTok dia dan sebagainya. Dakwaan ini tidak benar. Setakat September 2024, kos pembangunan dan pelaksanaan PADU adalah RM31 juta dengan pecahan berikut.

Pembelian perkakasan ICT seperti server, firewall, network security hardware RM890,000. Perisian ICT seperti API yang memang kena bayar contohnya untuk melakukan e-KYC dan juga kepada semua platform databased inscriptions sebanyak RM4.6 juta. Cloud computing dan pengujian sistem, yang ini kena bayar kepada cloud computing, tak ada kena mengena dengan siapa-siapa. Ambillah dengan siapa pun kena bayar, yang ini RM6.4 juta dan yang mahal itu ialah operasi pendaftaran pengguna kerana kita terpaksa menggaji MySTEP yang perlu digerakkan ke seluruh negara untuk menjaga kaunter pendaftaran dan masuk kampung, kalau tidak Ahli Dewan juga bising kenapa orang tak mendaftar. Yang itu yang mahal iaitu RM19.3 juta.

Semuanya dibangunkan sendiri oleh kakitangan awam yang bersengkang mata dan kalau ia dilaksanakan mengikut kaedah lama yang melantik orang luar jumlahnya melepasi ratusan juta. Jadi sebab itu saya mohon supaya kita ambil perhatian untuk melaksanakan penyasaran subsidi ini kita perlukan PADU dan PADU kosnya itu adalah kos yang perlu dibayar dan dibayar kepada kakitangan kerajaan melalui MySTEP pun. Selain daripada kos- kos cloud computing dan sebagainya, baik.

Walau apa pun kritikan terhadap PADU, saya tak boleh bagi sebab masa dah nak habis dah...

draft • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya pun...

draft • 7:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

T15.

draft • 7:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Wujudnya PADU. Boleh hantar dekat TikTok Putrajaya, saya jawab dekat TikTok kemudian ya.

draft • 7:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Okey, terima kasih.

draft • 7:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Wujudnya PADU membolehkan kerajaan...

draft • 7:40 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Hebat Menteri.

draft • 7:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

...Beralih daripada pendekatan pendapatan kasar kepada pendapatan boleh belanja bersih seperti yang banyak disuarakan sekarang.

Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) merujuk kepada jumlah perbelanjaan bulanan yang diperlukan oleh sesuatu isi rumah dan individu untuk mencapai kehidupan wajar yang memenuhi keperluan, kehendak dan kemampuan untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan.

Ini memang telah mengambil kira contohnya entertainment, contohnya belanja yang lain, bukan mengikut garis kemiskinan. Nilai PAKW ditentukan oleh dua faktor utama iaitu lokasi dan ciri demografi seperti umur, jantina dan saiz isi rumah.

Oleh itu, nilai PAKW bagi setiap isi rumah adalah berbeza-beza, bergantung kepada ciri-ciri demografi dan juga lokasi tempat kediaman.

draft • 7:40 PM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Untuk mereka yang hendak ambil tahu lagi, boleh semak di app yang telah dilancarkan oleh DOSM dan boleh tahu PAKW di kawasan masing-masing. Oleh itu, pengelasan mereka yang layak atau tidak layak untuk menerima subsidi RON95 adalah berdasarkan kepada pendapatan boleh belanja bersih dan hasrat kerajaan adalah sehingga 85 peratus dari isi rumah mengikut kaedah ini akan menerima subsidi kerana ia adalah lebih adil dan saksama. Cuma, pada peringkat sekarang, ia perlu diperhalusi kriterianya kerana hendak dilaksanakan dan perkara ini sedang diperhalusi oleh Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan dan keputusan akhir itu akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dan kemudian akan diumumkan kepada rakyat.

Baik. Tan Sri Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih kepada semua dan juga masa tambahan yang diberikan. Saya ingin tegaskan bahawa saya mengalu-alukan kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang bersetuju bahawa negara tidak lagi boleh melengahkan beberapa reformasi untuk memperbetulkan ekonomi kita. Soal-soal yang disebut tadi ialah soal yang akan terus perlu diselesaikan oleh sesiapa pun yang berada di dalam kerajaan dan saya pasti kesemua agenda besar ini akan berdepan dengan pelbagai cabaran.

Oleh itu, saya menghargai pelbagai pandangan dan kritikan dan saya berdoa supaya hasilnya itu, walaupun tidak nampak sekarang, tapi ia akan memastikan ekonomi dan negara kita lebih kukuh dan mampan di masa-masa akan datang.

Dan kalau rezekinya Muar menjadi Perdana Menteri satu hari nanti, maka Muar tidak perlulah pening kepala dan berdepan dengan segala masalah ini kerana ia telah pun dibuat sekarang. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 7:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Menteri. Sekarang saya jemput Menteri Perladangan dan Komoditi. Masa 45 minit, silakan.

draft • 7:50 PM

Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beberapa Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi iaitu Kudat, Seputeh, Betong, Tangga Batu, Tenggara, Beaufort, Julau, Padang Terap yang telah mengutarakan cadangan dan pandangan terhadap perkara-perkara yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Perladangan dan Komoditi semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 peringkat dasar di Dewan yang mulia ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya akan mengambil sedikit masa untuk memberi penjelasan dan saya harap saya boleh habis sebelum setengah jam. Saya ingin menjawab pertanyaan YB Kudat. Walaupun dia tidak ada, tetapi saya kena jawab ni kerana- ada, ada Kudat?

draft • 7:52 PM

Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat

Ada, ada.

draft • 7:52 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Okey. Saya mengambil maklum tentang persoalan yang dibangkitkan oleh YB Kudat mengenai isu penindasan pekebun-pekebun kecil apabila dia menjual buah tandan kelapa sawit. Isu ini berbangkit kerana banyak daripada kita punya pekebun-pekebun kecil ini, dia banyak tidak faham apabila dia menjual buah-buah dia ini kepada orang tengah atau dia panggil “Dealer Fruits.” Dia ada license yang kita keluarkan.

Ada lebih kurang dalam 3,500 dealer kelapa sawit. Bila dia pergi, selalunya kita menggalakkan pekebun-pekebun kecil ini merujuk kepada aplikasi Lembaga Minyak Sawit

(MPOB) iaitu InfoSAWIT sebagai panduan untuk mendapatkan maklumat mengenai harga semasa BTS.

Kita juga menggalakkan ataupun menyeru kepada pekebun-pekebun kecil, kalau dia merasakan bahawa mana-mana dealer yang tidak mengikut harga yang - guidance harga yang begitu jauh daripada apa yang dikeluarkan oleh MPOB, dia boleh buat laporan dan kita akan buat penyiasatan dan kita akan tarik lesen dealer ini. Itu kita punya- saya punya saranan di peringkat Yang Berhormat kalau ada berdepan dengan keadaan ini, maklum kepada kita.

Daripada segi harga kelapa sawit, kerajaan tidak boleh kontrol harga kelapa sawit.

Sebab harga kelapa sawit ini dia bergantung pada permintaan dan penawaran. Komoditi, bukan sahaja kita malah semua komoditi dalam dunia ini memang tidak boleh kita kontrol, tetapi oleh kerana ada juga faktor-faktor yang boleh menyebabkan harga turun naik, contoh secara umumnya harga - faktor-faktor yang mempengaruhi CPO ini seperti kalau kita ada krisis geopolitik.

Jadi, banyak kita punya kelapa sawit kadang-kadang tak boleh eksport kerana ada certain sekatan ataupun kapal- logistik tidak cukup dan tidak ada kapal tidak berani hendak pergi ke sesuatu kawasan itu, maka dia akan bagi tekanan kepada harga kelapa sawit.

Apabila banyak supply, tetapi tidak ada- barang tidak boleh hantar, maka dia akan beri tekanan kepada supply.

draft • 7:52 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Yang kedua, kemungkinan besar juga kita kena tengok harga perbandingan dengan edible oil yang lain. Contoh, soya bean oil, red seed oil, sunflower. Ini alternatif kepada kita punya kelapa sawit dan banyak lagi isu-isu yang menyebabkan cuaca, iklim dan juga akan menyebabkan harga turun naik.

Yang kedua ialah Yang Berhormat Kudat dan juga Beaufort memohon supaya peruntukan menaik taraf jalan-jalan ladang.

Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, kementerian prihatin terhadap keluhan pekebun kecil yang berhadapan dengan kesukaran mengeluarkan hasil tanaman berpunca daripada keadaan infrastruktur yang tidak berapa elok seperti jalan-jalan ladang yang tidak diselenggarakan atau dinaiktarafkan. Jadi, kementerian ini dia agak berbeza dengan apa yang kita tengok jalan yang dibina oleh Kementerian Kerja Raya. Itu agak beza. Yang ini adalah lebih kepada jalan kampung untuk mengeluarkan buah hasil.

Jadi, kita tiap-tiap tahun dapatlah dalam RM20 juta untuk membantu pekebun- pekebun kecil ini membetulkan jalan dia. Jadi, daripada RM20 juta itu, peruntukan untuk Semenanjung RM8 juta, Sabah RM6 juta dan Sarawak RM6 juta. Kita dapat tambahan peruntukan ini pada tahun 2024 sebanyak RM5 juta kerana kita minta kerana banyak sangat permohonan maka kerajaan bagi tambahan RM5 juta, tetapi untuk Bajet 2025 cuma ada RM19 juta, tapi YB boleh hantar dan kalau RM19 juta ini habis, mungkin kita akan cuba minta kepada Kementerian Ekonomi atau MoF untuk tambah untuk memperbaiki jalan-jalan ladang ini.

Isu yang ketiga ialah penutupan pejabat MPOC di Brussels, Belgium yang dibangkitkan oleh YB Seputeh. Seperti mana Yang Berhormat tahu bahawa di Eropah ini jumlah negara dalam kesatuan di Eropah ini ada lebih kurang dalam 47, tetapi yang masuk dalam European Union ini lebih kurang dalam 27 negara. Yang kita berdepan di Belgium ini ialah lebih kepada isu apabila Kesatuan Eropah ini untuk memperkenalkan satu garis panduan yang dipanggil European Union Deforestation Regulation (EUDR). Jadi kalau kita tidak comply dengan EUDR ini, maka dia akan menjejaskan kita punya peluang untuk mengeksport lebih kurang dalam 3.3 juta metrik tan dalam negara Kesatuan Eropah ini.

Sebab itu sama ada kita suka atau tidak kita terpaksa comply dengan EUDR ini. Now, bila kita tengok pejabat kita di Brussels, dia sebenarnya ada dua orang sahaja. Satu manager, satu lagi kakitangan biasa. Kita decide hendak tutup ini kerana daripada interaksi yang kita buat dengan EUDR ini.

draft • 7:52 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Mengenai isu EUDR ini dia lebih kepada senior personel yang perlu engage. Jadi, banyak kali bila saya berjumpa dengan Menteri-menteri di kesatuan Eropah ini, dia lebih hendak berinteraksi dengan kita, dia hendak tahu daripada segi kesediaan Malaysia untuk comply EUDR.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]

draft • 8:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Jadi, ini kalau kita hantar junior-junior officer ini, dia memang tak ada role dekat situ.

Dia hendak- sebab itu saya kadang-kadang walaupun saya tidak ada masa hendak pergi, tetapi kita selalu ada online meeting dengan Kesatuan Eropah ini dan juga di samping itu, kita juga ada jawatankuasa bersama dengan Indonesia untuk kita berbincang untuk bagaimana kita hendak negotiate fasal EUDR ini.

Setakat hari ini, dengan kita save duit hampir lebih RM1.5 juta untuk manage office di Brazil. Apakah yang kita buat? Kita guna kita punya Wisma Putra sebagai base, tetapi kalau ada important meeting, kita hantar senior people, macam KSU kita hantar dan kita hantar pegawai-pegawai yang senior yang boleh melakukan perbincangan yang lebih efektif dibandingkan dengan junior officer yang ada di situ. Sebab ini lebih kepada polisi, tetapi kalau kita tengok di India, di China, dia lebih kepada operasi R&D. Itu agak berbeza pasal EUDR ini lebih kepada guideline, dia hendak kita comply. Apa yang perlu kita tekankan di Belgium ini, kita mesti cari rakan-rakan yang boleh jadi lobbyist. Kita hendak lobi daripada segi menerima pakai certification Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) ini. Kalau dia dapat pakai kita punya MSPO, maka dia boleh hantar dia punya auditor kah, dia punya mana-mana pegawai untuk check kita punya sistem.

Dia lebih datang kepada kita instead of kita hendak base di Brazil. Once kita past through this, then saya merasakan bahawa agak lebih mudah kita eksport kepada European country ini jika dibanding dengan competitor kita yang lain.

EUDR ini seperti mana kita- semua tahu, bahawa dia menekankan empat prinsip:

(i) dia tidak benarkan deforestation;

(ii) dia hendak ada traceability;

(iii) dia hendak kalau mana-mana tanaman kelapa sawit di tanah-tanah ini dia mesti ada legitimate title; dan

(iv) of course dia hendak stressed bahawa, dia tekankan bahawa pekerja-pekerja ladang kita terutamanya kalau kita pakai pekerja asing, mesti mengikut international level organization punya principle...

draft • 8:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Pada pandangan saya, saya faham RM1.5 juta kena digunakan untuk maintain satu pejabat MPOB dekat Brazil, tetapi kita juga harus lihat apakah peranan mereka. Kerana kalau kita jual 3.3 metrik tan minyak sawit ke Kesatuan Eropah, jadi memang kita perlu orang yang beri servis kepada pembeli.

Dulu bila saya pergi ke Eropah, selalunya saya juga dengar yang pegawai yang kita letak sana adalah seorang PhD. seorang researcher. Jadi, dia juga memainkan peranan selalu bagi hadir ke seminar, conference, mempertahankan kebaikan minyak sawit kita dan juga segala polisi-polisi kita di seminar dan conferences. Ada seorang lagi selalu dia beri servis membantu pembeli minyak sawit kita.

draft • 8:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Yang Berhormat Menteri, saya juga pernah pergi ke China, Shanghai yang MPOB, pejabat itu. Saya sangat kagum dan juga untuk lihat yang pegawai yang kita hantar itu dia sebenarnya begitu sibuk. Dia sibuk dan juga tim-nya, mereka buat banyak research untuk syarikat makanan dan macam mana mereka menggalakkan? Mereka gunakan minyak sawit merah dan juga mereka cuba dapatkan sokongan daripada syarikat-syarikat ini supaya mereka beli minyak sawit merah dari Malaysia sahaja dan bukan dari negara jiran.

So, saya rasa, bila saya pergi sana, saya rasa mereka memang ada peranan dia.

Kalau kita letak researcher di sana, kalau kita letak orang yang betul dapat macam mana cater to the needs of the business people, saya rasa ada peranan kerana satu Eropah ini begitu besar dan memang ada orang yang hendak beli minyak sawit. Kalau kita tak ada orang beri servis kepada mereka untuk beri penerangan.

Jadi, yang sebenarnya, yang saya rasa ini adalah satu kekuranganlah and RM1.5 million only, not much. Kita perlu, memang perlu mereka yang bekerja on the ground, yang bagi feedback kepada kementerian.

Sekarang saya rasa kementerian hanya bergantung kepada kita punya konsultan yang mana kita bayar berjuta-juta Ringgit- Orang Putih yang kata- yang dikatakan mereka main peranan untuk bagi menjadi lobbyist kepada European Parliamentarian, tetapi ini lah peranan lobbyist, tapi kita perlulah ada Malaysian, pegawai dari MPOB atau pun MPOC yang memainkan peranan yang berlainan. Ini kerana memang Kesatuan Eropah ini satu tempat yang sangat besar yang perlu kita engaged dengan pembeli itu supaya kita dapat jual lebih kepada pembeli perniagaan kita- perniagaan di Kesatuan Eropah.

draft • 8:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih Yang Berhormat. Kesatuan Eropah ini is very established market. Jadi, banyak kita punya syarikat-syarikat besar yang memang currently, memang complied with EUDR. A big-big companies, they have all their people liaising with specific customers. So, saya tak nak buat benda-benda yang redundant, tetapi tak ada efektif, tetapi dalam keadaan hari ini, dia lebih hendak menekankan bahawa bagaimana sebuah negara macam Malaysia ini merupakan pengeluar kedua terbesar kelapa sawit.

Kita bukan handle soal integriti of selling, tetapi kita hendak pastikan polisi dan dasar yang dibincangkan di EUDR ini mendapat perhatian di peringkat tertinggi negara. Lalu, oleh sebab itu dia banyak, a lot of traveling needs to be done especially the key people, MPOC, we want the CEO to travel, we want to make sure the kementerian punya KSU to travel because that show the commitment that kita mesti di-recognise sebagai country- negara yang bersungguh-sungguh untuk buat EUDR dan tidak hanya untuk hendak menjual kelapa sawit.

Sebab Eropah ini kalau hendak masuk, is not ordinary company boleh masuk. There must be company that we have existing- dia mesti ada that kind of skill untuk comply a lot of requirements. Today most of them, bila hendak supply kepada European, dia kena pergi RSPO. So, but over a longer term, kita hendak pastikan semua kita punya player dalam industri sawit kita ini termasuk 4.2 juta hektar yang dikendalikan oleh private sector dan 1.5 juta yang dikendalikan oleh small holders- mesti dapat menjual hasil itu di EU.

draft • 8:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

So, jadi oleh kerana kita hendak menunjukkan kesungguhan kita, maka dia selalunya, dia faham, dia berinteraksi dan saya juga selalu berinteraksi dengan Ambassador of EU di sini dan sentiasa berinteraksi dan dia juga susunkan meeting-meeting dengan pihak EU untuk pastikan bahawa kita komited on compliance EUDR.

Saya ambil maklum daripada segi produk-produk yang dibuat di China. China is a bit difference; India is a bit difference. Because China, India ini dia lebih kepada application. Jadi, application ini is quite easy. You even hantar junior officer kah, atau mid-manager kah, pengurusan pertengahan, dia masih boleh okey. Pasal you are dealing with mereka yang membeli kelapa sawit kita and then very establish. Macam India 3.2 million, China 3.1 million, European is 3.3. European dia lebih kepada not so much of- dia hendak pakai kelapa sawit itu for food. Dia lebih kepada dia hendak tengok, banyak application lain yang dia hendak kita comply the four requirement itu.

Once four requirement is complied, I think the rest, because that is a soft oil market di European, but kita punya palm oil ini dia bukan soft oil. Jadi kalau untuk consumption, dia lebih kepada China, India, African, Middle East. Then, we will try to also penetrate Eastern Euro. That also another market that we need to explore.

draft • 8:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Saya ambil maklum kepada pandangan Yang Berhormat.

Seterusnya, penangguhan pelaksanaan EUDR. YB Bentong minta macam mana kita boleh minta tangguh. Sebenarnya kita dah tak boleh minta tangguh sebab European Commission melalui kenyataan media baru-baru ini pada 2 Oktober 2024 telah mengusulkan cadangan penangguhan tempoh pelaksanaan EUDR ini ke tarikh baharu iaitu 30 Disember 2025 untuk syarikat-syarikat yang besar, large scale companies, tetapi untuk smallholders, mereka bagi sampai 30 Jun 2026.

So, dalam proses ini, kita sekarang tengah menunggu European Parliament EU untuk buat keputusan dan dijangkakan pada 13 atau 14 November sama ada boleh tak dia buat extend. Kalau dia tak boleh extend, that means we have to continue using our EUDR punya requirement ini dan kemungkinan akan menjejaskan sebahagian daripada smallholders’ yang tak boleh comply. Yang itu kita nak kena manage, tapi walau bagaimanapun, saya tidak berapa khuatir kerana India dan China ini adalah merupakan pembeli terbesar kepada kita dan syarikat-syarikat yang besar-besar yang establish ini boleh comply with EUDR punya requirement ini immediate sebab at this moment almost 84 percent syarikat-syarikat besar ini dah comply dengan EUDR punya standard ini.

Seterusnya, saya nak juga menyentuh soal isu penanaman sawit di tanah adat oleh YB Betong. Ya, memang betul isu ini ada masalah sikit sebab kebanyakan daripada kelapa sawit yang ditanam di tanah NCR selalunya dia tak ada title. Jadi, walaupun tanah itu penanaman kelapa sawit itu telah dibuat, tapi some of them tak ada title. Jadi bila tak ada title, jadi bila kita nak sahkan dia sebagai MSPO compliance, jadi tak boleh.

Jadi saya dah berbincang dengan Ambassador EU, dia cakap as long as you can talk to the state government, pokok-pokok ini dah ditanam sebelum 2020, kalau dia boleh

draft • 8:10 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

keluarkan satu surat mengatakan- this area adalah kawasan yang dikategorikan sebagai NCR, I think that good enough for us to make sure that dia punya produk ini boleh pergi ke kilang-kilang yang telah kita certified MSPO. So that is the issue, but most of the time bila kita nak minta surat-surat itu dan need a lot of process- we need to go through with the State Government together with penduduk-penduduk yang duduk dalam tanah NCR tersebut.

Saya juga ingin menyentuh soalan yang dibangkitkan oleh YB Tangga Batu mengatakan bahawa kita punya production kelapa sawit kita ini telah menurun. Sebenarnya Yang Berhormat saya sangat bersetuju kerana kalau kita tengok pada tahun 2023 kita punya pengeluaran 18.6 juta metrik tan. Pada tahun 2024 ini kita jangkakan dia akan meningkat kepada 19 juta metrik tan, tapi lazimnya isu menyebabkan penurunan production kita ini, dia ada banyak sebab.

Pertama, pokok-pokok kelapa sawit ini khususnya kepada pekebun-pekebun kecil dia dah melebihi 25 tahun. Kemudian tak buat tanam semula. Malah kalau kita tengok statistik yang saya ada, organized semua holders, dia punya replanting rate 0.9 percent. Kalau independent smallholders 0.2 percent, tapi kalau tengok large estate approximately about 3.2 percent. Lebih kurang 3.2 peratus. Ini adalah merupakan faktor utama.

Kemudian, kita juga kadang-kadang bila kita berdepan dengan keadaan tak cukup pekerja untuk meraih buah, itu juga akan menyebabkan buah tak dapat the harvest. Contoh waktu kita COVID-19 dulu, we lost about 20 to 30 billion worth of fruits that tak ada orang nak harvest. Banyak lagi isu-isu daripada segi kita kemungkinan besar pekebun kecil kita punya yield on average factor about 10. So, saya kira, saya buat kira calculation, kalau 1.5 juta hektar ini, kalau kita dapat meningkatkan dia punya hasil daripada less than 10 metric ton to katakan 15 ataupun 18, dia boleh menambahkan hampir dua juta metrik tan CPO. So, ini yang kita nak tekankan supaya macam mana kita boleh bawa pekebun-pekebun kecil ini...

draft • 8:10 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Yang Berhormat Menteri, boleh sikit?

draft • 8:10 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Okey.

draft • 8:10 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Baik. Saya sangat setuju pada apa yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri tapi cuma ada satu sektor lagi yang saya rasa kerajaan perlu lihat. Saya tidak bimbang tentang big company KLK, IOI dan sebagainya.

Kita juga tahu bahawa 1.5 juta itu adalah daripada pekebun kecil dan saya rasa kalau 100 juta setahun itu tidak cukup untuk buat replant, tapi kita juga harus melihat kepada syarikat- syarikat dipanggil medium scale company yang saya lihat bila saya tengok data-data mereka, mereka ini persentasi pokok tua mereka sangat tinggi hingga yield mereka pun dah macam lebih kurang sama saja dengan pekebun kecil.

Jadi saya rasa ini faktor yang menyebabkan kita punya yield- kita menurun. Kalau kita lihat sebenarnya yield- itu naik, tapi bagi saya naik itu sebab kita just recover daripada COVID-19 lah manuring dah boleh buat dengan baik, pekerja ada lah, tapi rasa saya kalau untuk long term juga, kita perlu bagi perhatian kepada small scale company-lah. Terima kasih.

draft • 8:10 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Komoditi ini merupakan salah satu komoditi yang sangat penting kepada negara kerana dia mempunyai nilai eksport melebihi RM100 bilion. Sudah tentu apa-apa saja bantuan yang kita boleh beri, kita akan cuba beri, tapi macam biasalah, saya kalau minta banyak, tapi dapat sikit. Kita buat dulu apa yang ada lah ya.

Seterusnya, YB Bagan dan YB Tangga Batu juga ini pasal windfall tax. Kita minta sebenarnya besar, tapi lulus sikit. Jadi untuk pengetahuan Yang Berhormat, kalau windfall tax itu punya ambang naik 150, practically every ton RM22.50. Dapat saving-lah. Dulu kita cuba minta RM500. Kalau RM500 save-lah RM75 per metric ton, Tapi tak dapat, ambil lah dulu, kan...

[Ketawa]

draft • 8:10 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Yang Berhormat Menteri, saya tambah sikit, boleh?

draft • 8:10 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Boleh, boleh.

draft • 8:10 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Jadi sebab dalam kita punya soal sesi jawab yang lepas, kita dibicarakan soal bagaimana windfall tax ini kalau boleh kita memanfaatkan untuk buat replant. Sebab sekarang ini sekarang ini dimasukkan dalam kepada MOF dan dia digunakan untuk subsidi minyak masakkan. Saya rasa bila industri ini ada masalah, kenapa tidak- sebab itu bagi saya perbahasan saya ini bukan saya tujukan kepada sektor komoditi tapi dia lebih kepada MOF. Sebab saya faham komoditi minta, tapi tak dapat.

Jadi saya rasa dengan perbahasan kita ini, saya rasa very constructive supaya MOF kena dengar kerana kita tahu bahawa sawit ini is one of our engine kepada kita punya ekonomi kan. Tahun 1998 pun bila recession, sawit yang selamatkan. Begitu juga zaman COVID-19 dan sebagainya. Jadi rasa saya, saya push ini sebenarnya lebih pada MOF untuk dengarlah dan saya faham permasalahan yang dihadapi oleh Kementerian Perladangan.

Terima kasih.

draft • 8:10 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih Yang Berhormat, masukkan cadangan Yang Berhormat itu kepada jawapan saya...

[Ketawa] [Tepuk] Okey.

So, seterusnya Tangga Batu. Saya pun juga bersetuju Tangga Batu punya cadangan bahawa kita nak kena ada satu akta mengawal baja. Sebab banyak daripada kita punya smallholders ini, dia baja pun satu juga banyak berlaku penipuan. Jadi tak ada penguatkuasaan. Jadi dia akan juga menjejaskan hasil kita punya kelapa sawit kerana you nak define the level of nitrogen, phosphorus and potassium ini, dia mesti ada kawalan.

Kalau orang tak kawal, dia claim, tapi dia orang beli baja guna pakai, tapi content itu berbeza. Macam beras kita ada kawalan. Beras hancur five percent atau 10 persen. Yang ini tak ada. Yang ini saya rasa saya punya pandangan saya akan bawa perkara ini untuk saya bincang dengan Kementerian Pertanian. Pasal Kementerian Pertanian pun perlu ada satu akta yang sama KPK dan KPDNK.

draft • 8:10 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Kemudian, KPDNK ini ada jumlah pengurusan yang besar, jadi, mungkin ketiga-tiga kementerian ini boleh fikir macam mana hendak mengawal satu Akta Baja ini supaya baja yang dijual mengikut spec sama dengan apa yang mereka claim dalam dia punya content.

Seterusnya, sistem kebolehjejakan dalam industri sawit oleh YB Tenggara. Saya bersetuju bahawa ini adalah merupakan juga salah satu daripada kriteria yang EUDR pohon.

Daripada empat, one of them is traceability.

Jadi, untuk buat traceability ini, MPOB telah membangunkan satu sistem pemantauan dan pengesanan iaitu Sawit Intelligent Management System (SIMS) untuk memudahkan pengurusan transaksi data di sepanjang rantaian bekalan minyak sawit. Sistem ini bertujuan untuk memudahkan pemegang lesen mengetahui kawal selia MPOB dan membolehkan pengurusan maklumat yang komprehensif untuk membolehkan pemantauan dan pengesanan sepanjang rantaian bekalan sawit.

Di samping itu, Majlis Persijilan Minyak Sawit (MSPO) juga telah membangunkan platform digital yang dikenali sebagai MSPO Trace untuk memantau aktiviti persijilan MSPO untuk semua- pemain-pemain industri ini.

Seterusnya, program Transformasi Perusahaan Industri Getah (TARGET). Yang Berhormat Tangga Batu, saya bersetuju bahawa TARGET ini sangat penting. Jadi, Yang Berhormat tanya apa status TARGET ini. Setakat hari ini, kita ada dua kilang yang dah buat, satu di Bukit Ibam Pahang, satu, di Sungai Sari Kedah dan dia memproses satu hari lima tan untuk instead of pekebun-pekebun kecil itu menjual dia punya cup plum atau sekerap, sekarang dia boleh buat crepe melalui kilang ini. Jadi, ini di manage oleh LGM dan kita akan tengok, hopefully that would give a little bit better margin. Margin yang bagus kepada pekebun-pekebun kecil.

Seterusnya, keberkesanan penggunaan teknologi gas stimulan, Yang Berhormat Tangga Batu juga. Sebenarnya teknologi ini bukan teknologi baharu, teknologi dah lama ya.

Jadi, ada teknologi ini dibawa ke LGM dan kemudian MOF meluluskan peruntukan RM10 juta, tetapi di peringkat LGM, mereka masih tak berapa yakin.

Kalau buat satu, dua ini dia nampaklah 30 persen peningkatan susu getah, tapi sekarang ini sebab duit dah ada RM10 juta, maka dia buat pilot test large scale pakai tiga ladang. Satu, di Felda Chuping 1, Felda Chuping 2 dan Felda Timur Kedah. Jadi, ketiga-tiga ini lebih kurang dalam 2,000 hektar. Mereka akan melihat bagaimana gas stimulan ini dapat menghasilkan susu getah tambahan 30 peratus secara konsisten dalam pemantauan mereka dan bila kita nampak benda itu berkesan, nanti kita akan habiskan duitlah yang RM10 juta.

draft • 8:20 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Sedikit. Dia pakai normal tapping atau dia pakai puncture tapping untuk bila guna...

draft • 8:20 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

I think dia pakai puncture tapping.

draft • 8:20 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Puncture tapping. Okey, terima kasih.

draft • 8:20 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Okey. Kerjasama dengan Lembaga Industri Getah. Yang Berhormat juga tanya fasal kerjasama dengan Lembaga Industri Getah Sabah dengan LGM. Sebenarnya Lembaga Industri Getah Sabah ini dia memang mengawal apa sahaja aktiviti tanaman getah di Sabah adalah under LIGS. Cuma, dia tidak dapat cukup getah untuk proses. I think, remember dia ada tiga kilang.

Jadi, LGM telah berhubung dengan Tabung Haji Plantation Berhad untuk bagaimana membantu mereka untuk mendapatkan pekerja sebab their problem Tabung Haji ini tidak ada pekerja untuk buat toreh. Jadi, saya sudah cadangkan dengan LGM, why not LGM coordinate, panggil pengurusan tiga kilang itu kemudian, berjumpa dengan Tabung Haji dan minta setup satu company dan minta foreign workers dan kemudian trained foreign workers itu untuk tap.

Sebab kalau kita tunggu local untuk dapat buat tap ini, mungkin tak kesampaian ini, susah hendak dapat. So, jadi saya ingat sayang fasal kita sudah ada ekosistem kat Sabah dan getah pun ada dan kalau kita dapat pekerja dan kita boleh tap. Itu saya dah suruh LGM uruskan.

Kemudian, kajian menggunakan klon getah RRIM 600. Now, mengikut feedback yang kita dapat, klon getah RRIM 600 ini sebenarnya sesuai di Thailand sebab kategori tanah dia dipanggil kategori kelas 1, kelas 2, tetapi untuk kita punya kawasan di Malaysia ini, dia lebih sesuai kepada RRIM 928 dengan 2001 kerana kelas tanah kita itu 3, 4 punya kelas. Di Thailand dia kelas 1, kelas 2 klon itu sesuai, tapi di sini, dia kurang, tetapi walau bagaimanapun, susulan pertanyaan daripada beberapa pihak, LGM sedang mengkaji semula keberkesanan dan potensi ekonomi klon RRIM 600 ini sebagai salah satu klon pilihan dengan syarat ia memenuhi kriteria teknikal terkini. Dia nak tengoklah bagaimana dia punya resistance terhadap tanah itu. Nanti kalau apa-apa hal, saya akan maklumkan...

draft • 8:20 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Boleh saya just share...

draft • 8:20 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Boleh.

draft • 8:20 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

...Sikit Yang Berhormat Menteri?

Baik, dia RRIM 600 ini, RRIM itu pun dah bawa nama Malaysialah Rubber Research Institute of Malaysia dan dia sebenarnya memang klon lamalah, tetapi saya rasa dia antara klon yang stable tau. Kalau banding dengan kita punya latex timber clone 2000 series, 3000 series bila kena angin sahaja, dia patah dan sebagainya. Saya rasa kita kena tengok baliklah. Walaupun kita panggil dia klon lama, tetapi kita rasa kalau otai-otai ini biasanya memang dia very suitable dan resistance kepada penyakit dan sebagainyalah. Terima kasih.

draft • 8:20 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih Yang Berhormat, saya ambil maklum. Nanti saya bincang dengan LGMlah. Okey, saya nanti sesekali kita pergi Thailandlah nak bawa Yang Berhormat pergi tengok ya.

Jadi, akhir sekali saya juga ingin menjawab Yang Berhormat Padang Terap, Program Inisiatif Konsolidasi Pekebun Kecil.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, memang kita sedang berusaha dan berbincang dengan banyak agensi-agensi seperti RISDA, FELDA, FELCRA dan juga pekebun-pekebun

draft • 8:20 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

kecil Malaysia, persatuan-persatuan pekebun kecil sebab kita merasakan untuk melihat getah ini, kita dah tak boleh lagi buat tanah yang kecil, dia kena besar. Jadi, bila dia besar, maka kita boleh run, kita boleh mengendalikan ladang-ladang ini dengan lebih efektif.

Sebab kalau kita tengok dulu-dulu kita pengeluar getah nombor satu dunia, tapi hari ini kita mengimport hampir 1.1 juta setahun dan nilainya lebih kurang RM6 bilion. Sedangkan kita ada ladang getah 1.1 juta hektar, 420 ribu hektar tidak bertoreh. Duit keluar beli getah dari Thailand, Vietnam, Ivory Coast, kita bawa masuk RM6 bilion. Sebenarnya RM6 bilion ini patutnya bagi kepada pekebun kecil, tapi oleh sebab pekebun kecil ini ramai yang dah tua- tua, dah tak larat nak pergi toreh, lepas itu saiz tanah pun kecil. Jadi, susah.

The ideal- yang paling baik ialah kalau kita hendak ada 4.5 hectare, 4.5 hektar satu penoreh. Jadi, dia boleh rotate, jadi dia dapat effect itu. Jadi apa yang kita tengah plan sekarang ini, nak bincang, LGM hendak bincang dengan RISDA supaya RISDA ini menjadi agensi penggerak kepada consolidation ini ialah mewujudkan satu management company kemudian, jumpa kepada semua pekebun kecil yang dah tak mahu buat ini.

Jadi, kita ambil tanah-tanah mereka ini dengan cara lease kah kemudian, kita cari pekerja toreh dan kemudian kita share profit dengan dia. Di samping pekerja ini, kita bayar gaji tetap. Kerja lima jam, satu hari pagilah waktu pagi, lima jam dah boleh bayar katakan minimum sehari RM1,700 plus incentive RM300- RM2,000.

draft • 8:20 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Bayar dia tiap-tiap bulan. Sebulan kita bayar tetap, regardless harga getah naik atau turun. Makna, getah tu sentiasa kita keluarkan. Begitu juga yang berlaku dalam industri kita hari ini. Getah-getah ini, tak kira berapa harga, naik ke turun, player industry, downstream, mainstream, dia tetap beli. Walaupun harga naik atau turun, dia tetap beli fasal kalau tidak, kilang dia kena tutup.

Maka, kalau itu dah ada kita punya strong downstream, maka cubaan untuk mewujudkan satu sistem consolidation ya, untuk pekebun-pekebun kecil yang tidak mengusahakan ladang ini dapat kita tadbir melalui LGM dengan RISDA dan LGM akan bagi support kepada RISDA untuk mengendalikan sistem berskala besar ini. Dan, kita over the period of time, kita boleh menurunkan import RM6 bilion ini mungkin kita boleh reduce tinggal RM2 bilion atau RM2.5 bilion. Kita boleh dapat save RM3 bilion. Jadi, itu sahaja, Tan Sri.

Saya ingin mengucapkan sekali lagi terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah berdebat dan juga membahaskan isu kementerian ini.

Justeru itu, sebagai sebuah kementerian yang bertanggungjawab terhadap sektor agri-komoditi negara, kementerian berazam untuk memastikan kemapanan jangka panjang menerusi pelaksanaan reformasi dasar kelangsungan sektor agri-komoditi serta mengangkat darjat ekonomi rakyat, terutamanya pekebun kecil yang merupakan nadi penghasilan produk komoditi negara agar sumber kekayaan negara dapat diimbangi secara saksama. Terima kasih.

draft • 8:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri. Ada masa? Satu minit, satu minit sahaja. Jelutong masih ada lagi, Menteri.

draft • 8:30 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Boleh, boleh, boleh.

draft • 8:30 PM

Seorang Ahli

...Gaji halal.

draft • 8:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Berdehem] Jadi, saya- gaji halal hari ini ya.

Saya cuma nak ucapkan bagi pihak Backbenchers yang masih mendengar dengan tekun, inisiatif yang diambil oleh Menteri adalah sesuatu yang perlu dipuji...

[Tepuk] Dan kita berharap kita akan terus menyokong kementerian dan juga segala inisiatif yang diambil oleh Menteri dan kerajaan. Terima kasih Menteri...

[Tepuk]

draft • 8:30 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Wah! Jelutong kalau belum dinner, after this I bawa *dinner...

[Ketawa]* Terima kasih. Thank you. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis 7 November 2024.

draft • 8:30 PM

[Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 8.32 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026