Nov052024

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Datuk Dr.

Ahmad Marzuk bin Shaary, Pengkalan Chepa.

draft • 10:00 AM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:00 AM

1. Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary [Pengkalan Chepa] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan apakah langkah drastik kementerian dalam menyelesaikan kelewatan projek tebatan banjir dan kesan langsung daripadanya dalam menghadapi jangkaan banjir besar di seluruh negara, khususnya di Pantai Timur.

draft • 10:00 AM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang di- Pertua.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat 26 projek rancangan tebatan banjir ataupun singkatannya RTB di seluruh Pantai Timur dengan kos berjumlah RM8 bilion. Daripada jumlah tersebut satu telah siap iaitu projek RTB Lembah Bertam, Cameron Highlands, Pahang. Manakala, 10 masih dalam peringkat prapelaksanaan.

Daripada 10 ini, lima sedang ─ sudah pun diiklankan untuk tender, manakala lima lagi masih dalam program proses reka bentuk. Manakala 15 projek dalam peringkat pelaksanaan. Yang dalam peringkat pelaksanaan, satu ikut jadual, ada 14 menghadapi masalah pelaksanaan disebabkan masalah tanah, pengambilan tanah yang agak lewat dan juga masalah pengalihan utiliti.

draft • 10:00 AM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Kita sedang menyelesaikan masalah tanah. Diharapkan masalah tanah dapat diselesaikan segera dan ianya tidak akan melewatkan lagi pelaksanaan. Daripada keseluruhan 15 itu tadi, yang 14 yang lewat jadual, kita dah berikan lanjutan masa disebabkan masalah tanah dan juga masalah pengalihan utiliti. Pengalihan utiliti dengan syarikat utiliti pun sudah kita dapat persetujuan, cuma nanti diharapkan waktu pelaksanaan, kontraktor yang dilantik oleh syarikat utiliti itu akan dapat melaksanakan pengalihan dengan segera supaya tidak akan menjejaskan pelaksanaan projek ini nanti.

Berhubung dengan isu kelewatan projek itu tadi kita ─ seperti yang saya katakan tadi, kita mengikuti apa yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan melalui Pekeliling Perbendaharaan Tatacara Perolehan dan juga Pentadbiran Kontrak. Disebabkan itulah kita bagikan lanjutan mengikut apa yang telah termaktub dalam tatacara yang telah ditetapkan. Dan kita juga akan mengadakan mesyuarat yang lebih kerap dengan pihak kontraktor untuk pastikan pelaksanaan ini dapat disegerakan dan pemantauan secara rapi akan dilaksanakan.

Selain daripada itu, projek RTB sebagai penyelesaian jangka pendek, JPS melaksanakan kerja-kerja kecil di bawah projek pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir. Peruntukan berjumlah RM70 juta telah disalurkan di Kelantan, Terengganu juga Pahang dalam tahun 2022 dan juga tahun 2023.

Sebanyak 1,050 sebut harga dengan skop utama, kerja-kerja pengaluran sungai dan juga kerja-kerja penstabilan dan tebing sungai dan juga menaik taraf saluran serta struktur berkaitan bagi meningkatkan kualiti air sungai. Tahun ini, RM16.83 juta diperuntukkan melaksanakan 391 sebut harga yang dijangkakan siap pada Disember 2024. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pengkalan Chepa.

draft • 10:00 AM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Saya mohon satu jawapan yang lebih terperinci berkaitan dengan kelewatan tadi. Kalau ini Yang Berhormat jawab bertulis pun saya kira okey, iaitu bila kelewatan sesatu projek tebatan banjir ini sudah pasti ada kos baru yang terpaksa ditanggung oleh pihak kerajaan kerana dengan peningkatan harga bahan binaan dan sebagainya.

Soalan saya, selain daripada yang berkaitan dengan kelewatan tadi iaitu apakah persediaan kerajaan dalam mengaplikasikan teknologi AI dalam dan data raya dalam mengatasi masalah banjir ini? Apakah bentuk mitigasi yang lebih jitu dan

draft • 10:00 AM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

mampan daripada kerajaan dalam mengurangkan risiko kesan daripada bencana banjir ini. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Terima kasih Yang Berhormat.

Seperti yang saya katakan tadi, selain daripada projek fizikal melalui rancangan tebatan banjir, kita juga membuat pendekatan daripada sistem iaitu menggunakan teknologi untuk artificial intelligence ataupun teknologi kecerdasan buatan dan juga big data (data raya) memang sudah di ─ terangkum dalam sistem yang dibangunkan oleh JPS iaitu Program Ramalan dan Amaran Banjir, singkatannya PRAB fasa 3 yang kita bangunkan. Ini merangkumi Development of National Flood Forecasting and Warning System dengan izin dan juga Artificial Intelligence Flood Forecasting System. Dengan sistem ini, kita mengharapkan daripada data-data yang dihimpunkan, sama ada daripada telemetri dan juga daripada meteorologi, maka data ini akan diakseskan melalui komputer dan kita akan dapat membuat ramalan awal di mana berlaku banjir, bila berlaku banjir, dan sebagainya. Ini akan dikongsi bersama dengan agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam pengurusan banjir dan juga boleh dikongsikan dengan masyarakat umum.

Begitu juga kita membangunkan pembangunan Integrated Forecast Operation System (IFS) singkatannya. Yang ni juga adalah sistem di mana kita menggunakan IR4.0 dan juga Internet of Things.

draft • 10:00 AM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Ini ialah portal untuk public info banjir. Ini maknanya orang boleh dapat informasi di mana berlaku banjir, kawasan mana diramalkan berlaku banjir, berapa ketinggian air dan sebagainya. Ini boleh dikongsikan dengan orang ramai. Cuma yang ini dibangunkan dan dijangkakan program ini akan — dah dilaksanakan dalam 2024, tetapi siap sepenuhnya dengan sistem yang ada ini, dijangkakan sistem ini akan siap sepenuhnya dalam tahun 2030. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Paya Besar.

draft • 10:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Tuan Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri atas jawapan ada komitmen untuk kita mengelakkan kelewatan.

Cumanya Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri, kelewatan juga berpunca daripada skop, penukaran skop ini. Bagaimana perancangan dibuat oleh kementerian Yang Berhormat, supaya skop atau reka bentuk mitigasi banjir ini dapat kita pastikan kejituan dia? Adakah kerana masalah tersebut disebabkan kos kita kecilkan skop? Kerana apa? Di tempat saya Timbalan Yang di-Pertua...

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

draft • 10:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya cuba ringkaskan ini. Takut Yang Berhormat TPM tak nampak gambaran keseluruhan.

Projek Tebatan Banjir Kuala Kenau, RM120 juta siling, projek di-award RM99 juta.

Cumanya yang akan menjadi masalah nanti Yang Amat Berhormat, adalah apabila projek itu dilaksanakan berdasarkan design and build. Dia tidak termasuk skop kepada Sungai Kuantan. Dia hanya tertumpu kepada Sungai Kenau sahaja. Kalau ini berlaku Yang Amat Berhormat, saya bimbang objektif ini tidak akan tercapai apabila commissioning nanti, ia juga akan melibatkan kelewatan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Mungkin soalan itu agak spesifik. Saya perlukan notis supaya saya dapat perincian projek tersebut dan sebagainya. Tetapi secara umum, sepertimana juga yang ditanyakan oleh Pengkalan Chepa tadi, projek ini kalau berlaku kelewatan, kita kena tengok apa punca kelewatan. Misal kata, kebanyakan punca kelewatan tadi pertamanya ialah disebabkan pengambilan tanah yang mengambil masa untuk diselesaikan oleh pihak kerajaan negeri.

Kedua, pihak utiliti. Sebab kita nak mengalih apa-apa utiliti, kita kena dapat persetujuan daripada pihak syarikat-syarikat utiliti. Ini kena dirunding dan sebagainya. Secara umum kalau itu berlaku, biasanya tidak akan menjejaskan harga. Cuma, kita kena bagikan lanjutan waktu untuk mereka siapkan.

Dalam kontrak dia ada banyak, sama ada secara konvensional ataupun design and build. Kalau design and build, kalau lumpsum kontrak, memang tak ada perubahan harga. Mereka akan terikat dengan harga yang telah dipersetujui waktu SST dikeluarkan. Cuma, kalau berlaku perubahan dari segi skop kerja, kita kena tengok. Kadang-kadang pergi ke tapak membuat projek ini, dia ada perubahan disebabkan perubahan skop. Terpaksa diubah sebab keadaan tapak itu tak sesuai, misal kata. Itu mungkin ada variation dari segi price yang diizinkan di bawah perjanjian. Kalau itu berlaku dan kita — kalau peruntukan tidak cukup, maka kita akan terpaksa memohon peruntukan tambahan daripada Kementerian Ekonomi. Itu mungkin akan menjejaskan dari segi kos kontrak itu sendiri.

Tetapi, biasanya kalau design and build, kalau kontrak itu dah ditawarkan, ada perundingan akan berlaku. Apa yang ditawarkan dan sebagainya, dan penilaian di peringkat teknikal. Kadang-kadang walaupun bajetnya diperuntukkan misal kata tadi RM100 juta, projek di-award pada RM90 juta, mungkin tidak ada perubahan skop

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

tetapi lebih kepada perundingan pada waktu itu sebab design and build dan sebagainya.

Sebab itu kadang-kadang harga lebih murah daripada apa yang di-budget- kan. Itu bergantung dengan bila tender itu masuk, berlaku penilaian dan sebagainya.

Maka, kita menilai pada apa yang waktu tender process itu sendiri. Jadi, itu yang berlaku dalam kita melaksanakan projek. Tetapi apa pun, yang penting ialah pemantauan kepada pelaksanaan projek itu sendiri. Kalau pemantauan yang baik, kontraktor baik, tim projek baik, insya-Allah projek akan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih.

Saya jemput Tuan Khoo Poay Tiong, Kota Melaka.

draft • 10:10 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

2. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah usaha kementerian dalam meningkatkan hasil negara melalui penganjuran lebih banyak konsert serta menjadikan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai fasiliti pelbagai guna bertaraf dunia.

draft • 10:10 AM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Terima kasih.

Kementerian Belia dan Sukan sentiasa memastikan Perbadanan Stadium Malaysia merupakan agensi bertanggungjawab dalam pengurusan venue di Kuala Lumpur Sports City diurus dan diselenggara supaya dapat dimanfaatkan secara optimum.

Bagi tahun ini sahaja,sehingga Oktober, sebanyak RM2.147 juta hasil sewaan venue telah direkodkan melibatkan sebanyak 26 penganjuran acara sukan di KLSC. Manakala bagi tempoh yang sama, sebanyak 54 penganjuran acara bukan sukan telah direkodkan melibatkan kutipan hasil sewaan venue sebanyak RM8.5 juta iaitu empat kali ganda hasil sewaan penganjuran acara sukan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kutipan hasil sewaan venue sehingga Oktober adalah sebanyak RM10.647 juta dan hasil tahun ini merupakan hasil paling tinggi yang pernah direkodkan oleh Kuala Lumpur Sports City.

Suka saya kongsikan kutipan hasil penganjuran acara mengikut lokasi venue.

(i) untuk sukan:

LokasiKapasiti (Orang)Hasil (RM)
Stadium Nasional Bukit Jalil850001.197 juta
Axiata Arena13000875,000Stadium Hoki Nasional15,000 hingga 20,00075,000
draft • 10:10 AM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

(ii) untuk acara bukan sukan:

LokasiHasil (RM)
Stadium Nasional Bukit Jalil1.8 juta
Axiata Arena6.4 juta
Stadium Hoki Nasional210,000

Bermaksud, venue yang paling popular untuk acara bukan sukan adalah Axiata Arena. Tuan Yang di-Pertua, bagi menampung permintaan serta menepati keperluan penganjur konsert, beberapa inisiatif untuk menambah baik perkhidmatan telah pun dilaksanakan. Satunya, mempelbagaikan fungsi penggunaan Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. Sebelum ini, Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil hanya tertumpu bagi pertandingan dan latihan hoki sahaja. Namun, kini merupakan salah satu venue yang boleh dipilih bagi penganjuran konsert. Untuk tahun depan, Stadium Hoki Nasional telah menerima sebanyak 26 tempahan untuk penganjuran konsert. Ini dapat meningkatkan jumlah konsert yang diadakan.

Keduanya, tapak semaian. Perbadanan Stadium sedang menyediakan dua tapak semaian rumput seluas lapan ekar untuk digunakan sebagai rumput gantian yang mampu ditukar. Ia menggunakan konsep lay and play apabila perlu. Contohnya, selepas konsert dan terdapat pula perlawanan bola sepak dalam tempoh terdekat, konsep lay and play ini dapat mengoptimumkan penggunaan Stadium Nasional Bukit Jalil dan pada masa yang sama, memberikan masa untuk padang pulih melalui sistem penggiliran padang.

Ketiganya, kerjasama bersama pihak Suruhanjaya Persaingan Malaysia

(MyCC). Saya telah menjemput MyCC untuk masuk ke Kementerian Belia dan Sukan untuk membantu kita mengenal pasti jika ada kartel. Tidak hanya tertumpu kepada kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan, Perbadanan Stadium juga telah mengambil inisiatif untuk bekerjasama secara rasmi dengan pihak MyCC bagi menggalakkan ketelusan dalam setiap bidang yang selama ini dikuasai oleh elemen kartel. Kerjasama ini mampu mengelakkan pembaziran dan mempunyai lebih banyak hasil agensi yang boleh digunakan untuk menambah baik fasiliti tanpa bergantung kepada peruntukan kerajaan. Itu sahaja.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kota Melaka.

draft • 10:10 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Puan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Menteri atas jawapan. Berdasarkan kepada jawapan, sudah pasti kita lihat pendapatan daripada acara bukan sukan adalah empat kali ganda lebih daripada acara sukan. Jadi, soalan saya ialah kalau kita lihat kebelakangan ini ramai promoter konsert, mereka memilih Malaysia, khasnya di Bukit Jalil sebagai lokasi utama

draft • 10:10 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

mereka untuk menganjurkan konsert muzikal. Contohnya dua minggu yang lepas, Andy Lau dengan Jack Chow, mereka datang ke Malaysia pada hari yang sama.

Jadi, apakah rancangan ataupun langkah-langkah yang akan diambil oleh Perbadanan Stadium Malaysia untuk menampung permintaan yang tinggi supaya pada masa akan datang Malaysia akan menjadi lokasi utama untuk konsert dan juga adakah dia akan diperluaskan kepada negeri-negeri yang lain? Dengan kepakaran yang ada pada Perbadanan Stadium Malaysia, bolehkah dia bekerjasama dengan stadium-stadium di luar daripada Kuala Lumpur ataupun Bukit Jalil, bantu mereka juga? Itu sahaja soalan saya. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Soalannya, kita sudi untuk bekerjasama dengan negeri-negeri, jika mereka mahu mendapatkan kepakaran Perbadanan Stadium tetapi berdasarkan lokasi, memang kita tahu strategiknya adalah Stadium Axiata Arena, kapasiti 13,000 kerana itu tidak bergantung kepada cuaca dan senang untuk mereka buat multiple concert nights, jika mereka mahu. Kalau Stadium Nasional Bukit Jalil, 85,000 agak sukar untuk menampungi, penuhkan stadium tersebut. Soalannya, bagaimana kita nak menampung semua kehendak promoter konsert ini? Saya rasa jawapannya adalah pendigitalan.

Tahun lepas, Perbadanan Stadium telah melaksanakan untuk fasiliti rekreasi, fasiliti sukan telah melaksanakan tempahan dan bayaran secara atas talian (online booking). Pelaksanaan ini bermula pada 15 Jun tahun lepas dan pada masa ini juga, Perbadanan Stadium sedang membangunkan sistem tempahan untuk acara berskala besar di venue utama dan dijangka akan mula dilaksanakan pada tahun 2025, di mana tempahan venue sebelum ini dilaksanakan secara manual dan kurang telus.

Saya telah mengadakan perbincangan dengan concert operator, 16 syarikat dan mereka telah menyatakan bagaimana mereka mahu membawa masuk banyak artis dan Malaysia mempunyai keunikan ini. Walaupun kita tak dapat Taylor Swift, tetapi kerana kepelbagaian masyarakat di sini, kita ada artis dari Hong Kong, China, artis Hindustan, artis Tamil, Indonesia, artis Melayu tempatan, Korea, Japan, Europe, UK, US, pelbagai kerana market nya besar di sini. Oleh sebab itu, melalui engagement dengan concert operator, mereka telah nyatakan mereka mahu book lebih tetapi dah penuh dan mereka tak tahu siapa yang telah book. Jadi, mereka rasa ini kurang telus. Oleh sebab itu, kita akan buat pendigitalan.

Untuk makluman semua, sukacita saya maklumkan tempahan untuk Axiata Arena untuk tahun depan sudah penuh sehingga penghujung tahun. Market itu ada.

draft • 10:20 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Oleh sebab itu kita kena tengok bagaimana kita boleh mewujudkan satu seimbang

(balance) untuk pastikan sukan juga kita bangunkan, konsert juga kita bangunkan kerana mendatangkan hasil kepada negara. Jadi soalannya, pendigitalan. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kangar.

draft • 10:20 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih YB Menteri. Jadi YB Menteri, kalau kita tengok daripada sukan untuk akar umbi, kita nampak penglibatan Menteri agak baik. Cuma untuk Stadium Bukit Jalil, setiap kali kita ada perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, setiap kali juga ada polemik berkaitan dengan kualiti padang diperbahaskan. Sekarang ini sunyilah sebab kita tidak ada perlawanan.

Namun, Stadium Bukit Jalil menjadi rebutan untuk perlawanan bola sepak dan juga konsert antarabangsa. Negara lain...

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan.

draft • 10:20 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Ya, ya. Soalan. Negara lain sudah jauh meninggalkan kita daripada segi kualiti padang. Soalan saya, apakah usaha KBS untuk menjadikan padang Stadium Nasional Bukit Jalil bertaraf dunia padang ya, saya tanya padang – demi maruah, imej Malaysia di mata dunia? Sejauh manakah keberhasilan pelaburan PSM untuk memastikan padang agak baik? Terakhir, adakah KBS bersedia bercadang untuk membina stadium baru khusus untuk bola sepak untuk pasukan Malaysia sahaja? Sebab ini melibatkan maruah Malaysia, termasuk maruah KBS di mata dunia. Terima kasih YB Menteri.

draft • 10:20 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Sebelum saya menjawab soalan YB Kangar, saya nak nyatakan setinggi penghargaan bagi pihak Kementerian Belia dan Sukan kepada Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atas sokongan berterusan dalam menambah baik padang bola sepak khas di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ini kerana apabila kita menyebut pasal penyelenggaraan padang bola sepak, saya rasa kita semua tahu bahawa Johor merupakan the leading state, negeri yang menerajui isu ini dan semasa saya masuk tahun 2022, kita ada isu banjir. Kita telah selesaikan isu banjir di Stadium Nasional Bukit Jalil. Padang tersebut sudah tidak banjir.

Kita telah tukar rumput, kita sedang belajar mengenai Zeon Zoysia. Kontraktor telah pun ditukar untuk penyelenggaraan yang lebih baik sekarang dan saya juga ada berbincang dengan Pemangku Sultan Johor mengenai usaha ke hadapan. Sekarang, kita sedang melihat rumput hibrid dan sediakan dua tapak semaian yang baru seperti yang saya telah jawab untuk pastikan kita mencukupi

draft • 10:20 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

sumber rumput ini jika kita perlu. Akan tetapi apa yang telah kita belajar daripada konsert Coldplay, konsert Ed Sheeran sebelum ini bahawa rumput kita kalau kita nak adakan konsert, kita tak boleh letak struktur atas padang rumput.

Jadi saya telah laksanakan moratorium. Selepas dua episod tersebut, kita laksanakan moratorium. Konsert boleh berjalan tetapi hanya untuk rakyat berdiri ataupun duduk dan tidak melebihi 48 jam dan kita gunakan terraplas turf protection.

Okey, dan sekarang berjalan dengan lancar kerana ada moratorium tersebut. Tetapi bila kita ada artis antarabangsa seperti Coldplay, bila mereka masuk, mereka mempunyai tema konsert sendiri, satu dunia, world tour mereka dan konsep struktur pentas mereka tak boleh diubah. Masa itu kita perlukan lay and play seperti yang saya nyatakan Perbadanan Stadium sedang sediakan.

Untuk negeri-negeri lain, infrastruktur negeri lain sebenarnya Kementerian Belia dan Sukan telah memberikan geran kepada setiap negeri yang mahu menerima matching grant RM500,000 untuk mereka tukar rumput, untuk mereka baiki saliran.

Cuma masalah sekarang, hanya Kelantan telah mulakan kerja selepas mereka terima duit tersebut.

Ada negeri-negeri lain belum lagi melaksanakan kerja dan ada juga telah terima geran tetapi nak gunakan geran itu untuk naik taraf tandas, yang itu tak boleh.

Jadi, bukan kita tak nak tolong. Kita sudah laksanakan konsep bagi geran tetapi ini terpulang kepada kemahuan setiap negeri itu, sama ada mereka mahu majukan negeri mereka dan mereka mahu belanjakan untuk naik taraf fasiliti sukan dan juga konsert.

Konsert ini, kalau kita tak adakan konsert pun sebenarnya rakyat Malaysia akan keluar pergi cari konsert. Saya percaya kalau Kelantan tak buat konsert, rakyat akan pergi Thailand. Kalau negeri lain, mereka akan pergi Singapore. Jadi, kita kena tengok bagaimana kita kumpulkan hasil itu, kita kekalkan hasil itu di Malaysia, okey?

Itu yang penting. Perbadanan Stadium Bukit Jalil telah membuktikan bahawa sebenarnya kita boleh laksanakan kedua-duanya dengan seimbang. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan, Sri Gading.

draft • 10:20 AM

3. Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan [Sri Gading] minta Menteri Kewangan menyatakan setakat mana keberkesanan pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel yang diusahakan melalui MyBUDI dan bagaimana golongan T15 ditentukan khususnya untuk penyasaran subsidi petrol RON95 bermula pertengahan tahun 2025?

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan.

draft • 10:20 AM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading atas soalan tersebut. Puan Yang di-Pertua, pada 10 Jun 2024, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel yang melibatkan kenaikan harga pam diesel di stesen minyak Semenanjung Malaysia pada harga tanpa subsidi iaitu RM3.35 seliter. Tetapi pada masa yang sama, bagi memastikan majoriti rakyat tidak terjejas, diperkenalkan bantuan tunai untuk pemilik kenderaan individu diesel dan petani berskala kecil serta diperkenalkan subsidi khusus untuk sektor logistik.

Subsidi sektor pengangkutan barangan darat melibatkan 23 jenis kenderaan diesel pengangkutan barangan darat di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi

(SKDS 2.0) dengan menggunakan kaedah fleet card. Sektor pengangkutan awam dan lain-lain masih dikekalkan masing-masing pada kadar RM1.88 seliter dan RM1.65 seliter dan pengangkutan barangan darat kekal membeli diesel pada harga subsidi RM2.15 seliter iaitu harga pam sebelum 10 Jun 2024. Bantuan tunai BUDI MADANI sebanyak RM200 sebulan atau RM2,400 setahun disediakan untuk golongan petani, pekebun kecil serta pemilik persendirian kenderaan diesel berdasarkan kelayakan yang ditetapkan.

draft • 10:20 AM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Untuk makluman Yang Berhormat, setakat 31 Oktober 2024, lebih 140,000 penerima BUDI Individu dan 65,000 penerima BUDI Agri-Komoditi telah diluluskan dalam tempoh lima bulan pelaksanaan sejak Jun 2024 dengan jumlah bayaran sebanyak RM160 juta. Perlaksanaan penyasaran subsidi diesel menunjukkan penurunan mendadak dan dari segi penjualan diesel kepada stesen minyak iaitu sekitar 25 peratus atau hampir tujuh juta liter sehari, mencerminkan pengurangan aktiviti penyeludupan. Manakala, jualan diesel secara komersial pula menunjukkan peningkatan hampir 50 peratus atau empat juta liter sehari, menggambarkan setakat mana sektor industri berhenti membeli diesel bersubsidi daripada stesen minyak.

Berdasarkan data awal, penyasaran subsidi diesel setakat ini telah menjana penjimatan sekitar RM600 juta sebulan. Pada masa yang sama, kadar inflasi kekal pada tahap terkawal dan baru-baru ini menunjukkan penurunan dengan kenaikan CPI dua peratus pada Julai 2024, 1.9 peratus Ogos 2024 dan 1.8 peratus September 2024. Sehubungan dengan itu, kerajaan akan melaksanakan penyasaran subsidi RON95 pada pertengahan 2025.

Berhubungan penentuan 15 peratus teratas atau golongan yang tidak layak menerima subsidi petrol RON95, kriteria masih dalam pertimbangan. Penentuan

draft • 10:30 AM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

pendapatan isi rumah yang layak untuk harga RON95 bersubsidi tidak akan ditentukan semata-mata berdasarkan tahap pendapatan isi rumah Survei Pendapatan Isi Rumah (HIS) oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Kerajaan masih meneliti pendekatan yang digunakan bagi menentukan kumpulan T15 bagi penyasaran subsidi RON95 dan tidak akan terikat secara terus dengan definisi HIS. Kerajaan akan meneliti perkara ini sebelum ia nya dimuktamadkan, mengambil kira kriteria tambahan selain daripada pendapatan.

Kerajaan komited untuk terus membela nasib majoriti rakyat, termasuk golongan pertengahan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup. Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sri Gading.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih kepada Menteri Kewangan (II) yang telah memberikan penjelasan yang panjang lebar. Saya rasa nak catat pun tak sempat, dengan angka-angka yang sangat menarik dan saya yakin dan percaya, usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dapat memberikan satu kesan yang baik dari segi penyeludupan dan juga penjimatan.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Soalan saya seterusnya.

Apakah mekanisme kerajaan menangani masalah ketirisan subsidi kepada bukan warganegara dan juga golongan T15? Dalam masa yang sama memastikan harga subsidi dapat dinikmati oleh golongan 85 peratus rakyat yang dikatakan B40.

Bagaimana sedia kita maklum bahawa ramai di kalangan Ahli Parlimen sendiri pun rasa bimbang dengan cadangan yang dibuat ini. Jadi, bagaimanakah pelaksanaan penyasaran subsidi RON95 dapat dilaksanakan seperti juga penyasaran diesel tadi?

Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading atas soalan tersebut. Puan Yang di-Pertua, penyasaran subsidi RON95, selaras dengan elektrik dan diesel akan melibatkan harga berperingkat. Untuk penyasaran subsidi elektrik, pengguna elektrik dengan tahap penggunaan lebih tinggi, dikenakan tarif elektrik yang lebih tinggi. Bagi penyasaran subsidi diesel pula, harga di pam stesen minyak ditetapkan pada harga tanpa subsidi iaitu pada masa ini RM2.95 seliter tetapi kenderaan sektor logistik yang layak menggunakan fleet card dapat terus membeli diesel pada harga subsidi RM2.15 seliter.

Penyasaran subsidi RON95 perlu dilaksanakan disebabkan perbezaan harga yang besar yang menyebabkan ketirisan dalam subsidi petrol dan ia telah digunakan oleh kumpulan yang tidak sepatutnya. Berdasarkan data semasa, dianggarkan penggunaan petrol oleh segmen bukan warganegara, sektor komersial, termasuk

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

aktiviti penyeludupan, mencecah 40 peratus dari jumlah penggunaan.

Memandangkan tahap subsidi RON95 sekitar RM20 bilion setahun, jika ketirisan kepada bukan warganegara, perniagaan yang kaya dapat ditangani, ia bakal menjana penjimatan sehingga RM18 bilion setahun.

Peralihan daripada pemberian subsidi pukal dengan harga runcit bersubsidi kepada semua pengguna tanpa had kepada penyasaran subsidi memerlukan penentuan kaedah bantuan yang bersesuaian diguna pakai. Bagi penyasaran subsidi RON95, kerajaan masih dalam proses memuktamadkan kriteria dan perincian penyasaran subsidi supaya dapat memenuhi keperluan rakyat sama ada yang bermotosikal atau dengan kereta, yang di kawasan bandar dan luar bandar serta yang berniaga skala kecil.

Mekanisme subsidi dijangka melibatkan penetapan harga pam stesen minyak mengikut harga pasaran, sementara rakyat yang layak akan terus membeli RON95 pada harga bersubsidi. Selain kaedah fleet card untuk diesel, kerajaan juga telah melaksanakan projek perintis pembelian RON95 pada harga bersubsidi dengan menggunakan kad pengenalan (MyKad) dan juga e-dompet.

Bagi meredakan kebimbangan rakyat, kerajaan akan pastikan kaedah pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 yang menyeluruh dan berkesan sepertimana tindakan menyeluruh diambil dalam penyasaran subsidi diesel. Ini termasuklah memastikan bahawa kumpulan rakyat yang layak akan mendapat insentif atau bantuan sewajarnya, di samping menggunakan pakai mekanisme yang mudah dan holistik serta penyebaran maklumat ataupun penerangan penyasaran subsidi yang berkesan, selain mengekang daripada berlakunya cubaan pencatutan atau kenaikan harga yang mendadak dalam kalangan pengusaha tidak bertanggungjawab. Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Krai.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri (II). Selepas pembentangan Belanjawan 2025 oleh Yang Amat Berhormat Tambun baru-baru ini, banyak pihak mempersoalkan tentang takrifan kumpulan T15 yang terkesan dengan keputusan Kerajaan PH-BN pada hari ini untuk dikecualikan daripada manfaat subsidi petrol, pendidikan dan juga kesihatan. Ini kerana mengikut DOSM, pendapatan isi rumah RM12,000 adalah kumpulan T15.

Adakah Kementerian Kewangan membuat keputusan yang diumumkan dalam belanjawan tanpa merujuk data daripada kementerian ataupun agensi berkaitan? Adakah pendekatan sebegini dijadikan tatakelola MOF? Adakah MOF

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

beranggapan perkara ini tidak penting bagi memastikan unjuran perbelanjaan dan penjimatan kerajaan yang diumumkan dalam belanjawan adalah munasabah?

Bagaimanakah dengan proses pengintegrasian pangkalan data merentas agensi dan kualiti data yang telus dan keberkesanan sistem PADU yang telah menelan belanja hampir RM85 juta? Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih atas soalan yang diberikan.

Puan Yang di-Pertua, seperti yang saya katakan awal tadi, untuk menentukan tahap untuk T15, kerajaan masih dalam proses untuk menentukan kriteria-kriteria yang akan diadakan. Sudah tentu satu pendekatan yang mengambil kira semua data yang kita ada, termasuklah data yang kita ada dalam PADU, data yang pada DOSM dan juga pandangan-pandangan yang kita terima dari sekarang sampai masa penyasaran subsidi dibuat pertengahan tahun depan.

Untuk itu, saya rasa patutlah kita sentiasa peka dengan apa-apa cadangan, apa-apa pendapat dan apa-apa data baharu yang kita terima. Seperti saya katakan tadi, kita tidak akan hanya bergantung kepada data DOSM dalam HIS tetapi kita akan mengambil pandangan semua menyeluruh untuk menentukan tahap T15 itu.

Untuk seperti yang dimaksudkan dalam Bajet 2025, kita telah berharap yang kita akan dapat menyasarkan semula subsidi RON95 dengan menggunakan mekanisme yang menggunakan MyKad dan juga e-dompet.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Ini akan menyenangkan untuk menentukan mereka yang layak untuk menerima dan kita dapat mencatu daripada mereka yang tak layak untuk mendapat agar penjimatan yang dapat dijanakan dapat digunakan untuk mengukuhkan lagi ekonomi negara dari segi mengurangkan hutang yang baharu yang dijanakan ataupun untuk meningkatkan lagi penggunaan untuk hospital, sekolah dan sebagainya. Itulah matlamat kita.

Untuk 85 peratus rakyat Malaysia, dia tidak akan terkesan kepada kenaikan yang akan datang daripada penetapan semula penyasaran RON95. Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih, Yang Berhormat.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

draft • 10:40 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal, Semporna.

draft • 10:40 AM

1. Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal [Semporna] minta

draft • 10:40 AM

Menteri Pengangkutan menyatakan

(a) adakah kementerian bercadang untuk mengekalkan inisiatif FLYsiswa ini sebagai inisiatif tahunan dan berterusan kementerian berbanding inisiatif yang bersifat one-off ataupun bersifat ‘pengumuman’; dan

(b) usaha dan langkah yang diambil bagi memastikan keselamatan para penumpang sentiasa diutamakan di samping mempertingkatkan kualiti perkhidmatan penerbangan negara.

draft • 10:40 AM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Salam sejahtera Puan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan pada tahun 2023 telah memperkenalkan inisiatif FLYsiswa iaitu bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam, pelajar politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi serta pelajar matrikulasi dan institut pendidikan guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi laluan domestik di antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bantuan subsidi ini dilaksanakan melalui kaedah pembelian credit shell, di mana syarikat penerbangan tempatan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada setiap pelajar yang layak untuk ditebus bagi maksud pembelian tiket penerbangan bagi laluan-laluan domestik di antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Inisiatif ini bertujuan mengurangkan beban kewangan mahasiswa yang ingin pulang ke kampung halaman, terutamanya mereka yang tiada pilihan mode pengangkutan selain penerbangan.

Pelaksanaan inisiatif ini telah diteruskan pada tahun 2024 untuk manfaat 52,030 mahasiswa. Untuk tahun 2025, subsidi tiket penerbangan termasuk inisiatif FLYsiswa, subsidi tiket musim perayaan telah dimasukkan dalam Belanjawan 2025 dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM48 juta Untuk makluman Yang Berhormat, daripada jumlah mahasiswa yang layak mendapat bantuan FLYsiswa pada tahun 2024, sebanyak 42.7 peratus ataupun 22,226 adalah berasal dari Sabah, manakala 36.8 peratus atau 19,171 berasal dari Sarawak. Di kalangan mahasiswa yang berasal dari Sabah, seramai 17,388 sedang

draft • 10:40 AM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

belajar di universiti awam, politeknik dan kolej komuniti, matrikulasi dan institut pendidikan guru di Semenanjung Malaysia, seramai 3,433 di Sarawak dan 1,405 di Labuan. Untuk mahasiswa yang berasal dari Sarawak pula, seramai 16,027 sedang belajar di Semenanjung, 2,716 di Sabah dan 428 di Labuan. Setakat 4 November, sebanyak 35,183 daripada 52,030 mahasiswa yang layak atau 68 peratus telah menebus baucar FLYsiswa.

Dalam hubungan ini, Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 3 September 2024 antara lain telah bersetuju supaya inisiatif FLYsiswa yang diluluskan di bawah inisiatif Belanjawan 2024 dijadikan inisiatif tahunan Kementerian Pengangkutan. Keputusan Jemaah Menteri mencerminkan tekad kerajaan untuk mengukuhkan integrasi wilayah antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak dan Labuan dan memupuk perpaduan kebangsaan selari dengan semangat Persekutuan Malaysia.

Berkenaan keselamatan penumpang penerbangan, kementerian melalui Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia sentiasa memastikan pihak yang terlibat dalam industri penerbangan mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh ICAO bagi memastikan keselamatan para penumpang sentiasa diutamakan. Ia meliputi pelbagai langkah keselamatan berkaitan dengan lapangan terbang, operasi pesawat, penumpang, kargo, bagasi dan kakitangan.

Setiap tahun, CAAM akan menjalankan audit ke atas ibu pejabat pengendali udara bagi memastikan mereka mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan oleh CAAM dan ICAO. Di samping itu, pihak CAAM juga melakukan audit keselamatan secara berkala dan secara rawak untuk menilai dan menambah baik semua aspek keselamatan mengikut peraturan dan direktif yang sedia ada.

Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Semporna.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih Datuk Speaker. Soalan tambahan yang saya ingin tanya kepada Yang Berhormat. Terima kasih banyak atas jaminan bahawa bantuan ini diteruskan dan di samping itu, atas landasan bahawa ia untuk mengikat bonding of a nation rakyat Malaysia daripada Sabah, Sarawak dan juga tanah Semenanjung. Cuma, saya ingatkan kepada Yang Berhormat, nak bond Malaysian from Sabah and Sarawak, fulfil MA63. It is important as well. Bukan hanya dengan kita nak subsidize pengangkutan.

Cuma, saya ingin tanya kepada Yang Berhormat. Saya baru terbang semalam dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. Flight was full. Bolehkah Yang

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Berhormat mengambil langkah untuk mengatasi masalah ― pertama, oleh sebab aircraft yang digunakan 737, agak too congested. Tak cukup. Ada yang tinggal, yang tak sempat. Ini bukan pelajar sahaja. Kalau kita congest aircraft yang very small dengan penumpang yang lebih ramai ― tetapi, mungkin dengan penggunaan Airbus dah MAS turunkan. Dahulu ada 10 penerbangan. Sekarang ini tinggal lima flight daripada Kota Kinabalu ke KL. Limited numbers. But aircraft is still maintained there.

Satu. Itu yang saya nak tanya. Boleh tak menggunakan aircraft...

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan, Yang Berhormat.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Saya tanya, bolehkah menggunakan aircraft yang besar?

Keduanya, boleh tak selain daripada MAS ― contohnya, cost is increasing ― bahawa kita juga gunakan aircraft seperti AirAsia ataupun daripada penerbangan lain untuk pelajar-pelajar khususnya? Kerana, kos ini meningkat. Kita tak mahu ia menjadi bebanan kepada negara kita dengan menampung perbelanjaan yang begitu besar.

draft • 10:40 AM

Tuan Loke Siew Fook

Okey. Pertamanya, untuk makluman Yang Berhormat, sama ada apa jenis aircraft yang dipakai, itu terpulang kepada syarikat penerbangan. Kementerian Pengangkutan tidak ada masalah dengan apa pilihan syarikat penerbangan.

Cuma, kita kena faham, umpamanya untuk Malaysia Airlines, aircraft-aircraft yang besar umpamanya A350, A330 dan sebagainya, kebanyakannya di-utilized untuk penerbangan-penerbangan antarabangsa. Cuma, untuk penerbangan ke Sabah, Sarawak, memang betul sekarang ini ada pengurangan bilangan penerbangan. Tetapi, ini hanya sementara waktu untuk mereka menyelesaikan isu- isu penyelenggaraan. Saya yakin menjelang bulan Disember nanti, penerbangan- penerbangan antara Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak akan dikembalikan seperti sebelum ini untuk menambah kapasiti.

Soal syarikat-syarikat penerbangan khusus untuk pelajar. Dalam inisiatif FLYsiswa ini, kita tidak mengehadkan mana-mana syarikat penerbangan. Dia boleh pilih mana-mana satu syarikat penerbangan dan kita tak boleh kata khusus hanya untuk syarikat AirAsia sahaja. Sebab, AirAsia pun dia terbuka kepada semua dan pelajar-pelajar ini mereka balik bukannya sekali gus. Dia mungkin dalam tarikh-tarikh yang berlainan. Jadi, sukar untuk kita khususkan mana-mana satu pesawat ataupun penerbangan khusus untuk pelajar. Jadi, saya berikan kelonggaran itu kepada para

draft • 10:40 AM

Tuan Loke Siew Fook

pelajar untuk memilih. Credit shell itu boleh mereka pakai bila-bila masa sahaja.

Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Merbok.

draft • 10:40 AM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Mengambil kira insiden teknikal yang dihadapi syarikat penerbangan Malaysia MAS dan Firefly sejak kebelakangan ini, adakah pihak kementerian mempunyai perancangan untuk mengkaji semula peraturan-peraturan berhubung isu keselamatan di lapangan terbang di seluruh negara? Ini mengambil kira khidmat nasihat pakar dalam bidang civil aviation selari dengan piawaian antarabangsa yang ditetapkan di bawah Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Dan sejauh manakah proses pengambilalihan syarikat penerbangan MASWings telah dimuktamadkan setakat ini serta implikasi terhadap subsidi tiket penerbangan, khususnya luar bandar di Sabah dan Sarawak?

Adakah kerajaan juga bercadang untuk menjalankan penyelarasan dari segi dasar harga siling tiket penerbangan yang sedia ada di antara musim perayaan dan di luar musim perayaan mengambil kira penetapan harga siling tiga hari sebelum musim perayaan? Sekian.

draft • 10:40 AM

Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih, Yang Berhormat. Pertama, dari segi piawaian, memang kita mengikut piawaian antarabangsa. Tak ada piawaian kita yang beza dengan piawaian yang ditetapkan oleh ICAO. Sudah tentu pihak berkuasa penerbangan kita, CAAM, sentiasa menilai syarikat-syarikat penerbangan dan juga operator lapangan terbang untuk mematuhi piawaian yang ditetapkan. Kita juga diaudit oleh pihak ICAO iaitu International Civil Aviation Organization. Jadi, apa sahaja yang kita lakukan ini, dia bergantung dan juga tertakluk kepada piawaian yang ditetapkan oleh badan antarabangsa.

draft • 10:40 AM

Tuan Loke Siew Fook

Berkenaan dengan MASWings, ini adalah antara perundingan antara Kerajaan Sarawak dengan pihak MASWings. Saya difahamkan ada beberapa mesyuarat yang akan dimuktamadkan dalam minggu-minggu yang akan datang.

Mereka cuba menyelesaikan sebelum akhir tahun ini. Saya yakin bahawa apabila MASWings diambil alih oleh pihak Kerajaan Sarawak, ia tidak menjejaskan dari segi perkhidmatan luar bandar kerana kita telah ada perjanjian dengan pihak Kerajaan Sarawak, sejurus mereka mengambil alih MASWings, subsidi untuk perkhidmatan luar bandar (rural air service) itu akan diteruskan. Jadi tidak ada masalah kepada perkhidmatan pihak orang ramai di luar bandar. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi, Kuala Kedah.

draft • 10:50 AM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Terima kasih tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor dua.

draft • 10:50 AM

2. Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi [Kuala Kedah] minta Menteri Pendidikan menyatakan kesediaan kementerian untuk menerapkan pelajaran mengenai keselamatan diri dalam sukatan pelajaran Murid Berkeperluan Khas

(MBK) sejajar dengan manifestasi Dasar Orang Kurang Upaya.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Kementerian Pendidikan Malaysia memahami keperluan murid berkeperluan pendidikan khas

(MPBK) dan secara konsisten sentiasa mendukung dasar negara khususnya Dasar Orang Kurang Upaya. KPM turut memberikan penekanan kepada aspek keselamatan diri dan perlindungan sosial di samping pendidikan kesihatan dan advokasi yang merupakan sebahagian daripada strategi di bawah Dasar OKU.

Keselamatan diri murid merupakan aspek penting yang perlu diberikan perhatian khusus terutamanya kepada murid berkeperluan pendidikan khas. Hal ini sejajar dengan Dasar Orang Kurang Upaya yang memberikan fokus terhadap memberikan perlindungan, sokongan dan peluang kepada individu yang mempunyai pelbagai jenis ketidakupayaan.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerapkan aspek keselamatan diri dalam kurikulum MBPK sedia ada dan akan diperkasakan dalam Kurikulum Persekolahan Pendidikan Khas 2027. KPM telah menggariskan perincian aspek keselamatan diri dalam kurikulum pendidikan khas sedia ada. Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas menyediakan pelbagai aktiviti pembelajaran bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran MBPK dalam pengurusan kemahiran harian, khususnya dalam mengurus diri dan menjaga keselamatan diri.

Pelbagai aktiviti intervensi yang memperkasakan potensi keupayaan dan keyakinan diri disepadukan dalam aktiviti pembelajaran dalam mata pelajaran yang disediakan dalam kurikulum sekolah rendah dan sekolah menengah pendidikan khas. Contohnya mata pelajaran seperti Pengurusan Kehidupan, Kemahiran Asas Individu Ketidakupayaan Penglihatan, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, menyediakan aktiviti pembelajaran bagi membantu meningkatkan kefahaman dan

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

kemahiran MBPK untuk menjaga kepentingan keselamatan diri dalam kehidupan harian.

Kemahiran orientasi dan mobiliti dalam mata pelajaran Kemahiran Asas Individu Ketidakupayaan Penglihatan juga membantu MBPK kurang upaya penglihatan dengan strategi dan teknik untuk bergerak dengan selamat dalam pelbagai persekitaran. Mata pelajaran Pengurusan Kehidupan menyediakan aktiviti pembelajaran agar MBPK berkeupayaan mengurus diri, menjaga keselamatan dan mengawal diri dalam pelbagai situasi, sama ada di rumah ataupun di tempat awam.

Aktiviti sokongan contohnya daripada pelaksanaan modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya yang disepadukan dalam aktiviti pembelajaran khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu juga telah disesuaikan untuk kegunaan MBPK.

Gabungan aktiviti pembelajaran dan aktiviti sokongan intervensi dalam pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu dapat meningkatkan keupayaan MBPK dalam aspek menjaga emosi, tingkah laku dan juga keselamatan diri dalam kehidupan harian.

KPM juga menggalakkan pihak sekolah melaksanakan pelbagai program bersama komuniti bagi mempertingkatkan pengetahuan tentang aspek keselamatan di kalangan MBPK. Kami percaya bahawa inisiatif ini akan dipertingkatkan dan diperkukuhkan dalam pembangunan kurikulum baharu iaitu Kurikulum Persekolahan 2027. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Kedah.

draft • 10:50 AM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Timbalan Menteri yang telah memberikan jawapan yang panjang lebar. Sebelum saya nyatakan soalan tambahan, saya mewakili Yang Berhormat Sri Gading ingin mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar Tingkatan 6 SMK Tunku Putra dan SMK Munshi Sulaiman. Selamat datang.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ialah adakah kementerian ada menyediakan modul latihan atau kursus bagi guru-guru atau bakal guru terlatih berkenaan kesediaan PdP keselamatan diri pelajar OKU mengikut jenis OKU?

Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Kuala Kedah. Sememangnya latihan atau latihan berpanjangan profesionalisme guru ini adalah dilaksanakan secara berterusan dan seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kuala Kedah, setiap guru bagi pendidikan khas ini adalah dilatih untuk memastikan bahawa mereka adalah layak dan juga mempunyai kebolehan untuk

draft • 10:50 AM

Tuan Wong Kah Woh

mengendalikan murid-murid berkeperluan pendidikan khas dalam pelbagai kategori iaitu enam-enam kategori. Kesemuanya akan diberikan perhatian yang sewajarnya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kuala Kedah juga, pihak KPM turut juga telah membuat pembaharuan dalam usaha untuk memperkasakan kurikulum bagi anak-anak kita di pendidikan khas. Dalam merangka Kurikulum Persekolahan 2027 dalam mata pelajaran Pengurusan Kehidupan, sekarang dalam mata pelajaran Pengurusan Kehidupan, ia dilaksanakan untuk semua kategori across the board dengan izin. Bagi tujuan Kurikulum Persekolahan 2027, pihak KPM telah memberikan fokus untuk sediakan kurikulum ini yang berasingan untuk setiap kategori ketidakupayaan. Usaha-usaha ini sedang dilaksanakan oleh KPM. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tampin.

draft • 10:50 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Yang di-Pertua.

Seperti murid di aliran perdana, murid berkeperluan pendidikan khas juga perlu dipersiapkan supaya golongan berkenaan dapat bersedia sedia untuk menempuh alam pekerjaan. Justeru itu, saya ingin mengetahui sejauh manakah keberkesanan silibus mata pelajaran murid berkeperluan pendidikan khas pada masa ini supaya untuk mencapai hasrat tersebut?

Kedua, saya juga ingin mengetahui apakah usaha yang dimainkan oleh kementerian untuk menarik lebih banyak syarikat swasta agar tampil bekerjasama dengan kerajaan bagi membantu dari sudut penyediaan fasiliti pembelajaran terbaik buat murid berkeperluan pendidikan khas khususnya di luar bandar? Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Yang Berhormat Tampin atas soalan tambahan yang telah pun diajukan berkenaan dengan murid berkeperluan pendidikan khas. Seperti yang saya nyatakan tadi berkenaan dengan Kurikulum Persekolahan yang kita adakan pada masa kini untuk mata pelajaran-mata pelajaran yang kita susun dalam Kurikulum Persekolahan bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan juga sekolah menengah, bagi mata pelajaran yang kita angkat dari pendidikan arus perdana kita telah disesuaikan untuk anak-anak kita di dalam kelas Pendidikan Khas. Kita percaya bahawa dengan susunan dan juga penyesuaian yang sedia ada ini, kita mampu untuk memberikan pendidikan yang sewajarnya kepada MBPK.

Berkenaan dengan penyesuaian MBPK apabila pergi ke arena kerja pula, sememangnya pihak KPM selain menyediakan sekolah pendidikan khas, kita ada Program Pendidikan Khas Integrasi yang mana kita adakan di sekolah dan juga kita

draft • 10:50 AM

Tuan Wong Kah Woh

ada program yang mana murid berpendidikan khas ini ditempatkan di kelas arus perdana. Dengan latihan yang kita bagi dan pengajaran yang kita bagi kepada anak- anak kita di kelas pendidikan khas, maka kami percaya bahawa apabila mereka keluar untuk bekerja pula, mereka mempunyai satu kebolehan dan keupayaan untuk menceburi diri dalam bidang pekerjaan.

KPM juga sentiasa mengadakan perbincangan diskusi dan juga kolaborasi dengan pihak swasta dan juga pihak industri untuk memastikan kurikulum yang kita ada sama ada di peringkat pendidikan arus perdana ataupun di peringkat pendidikan khas ini adalah selari dan juga selaras dengan keperluan pada industri pada suatu hari nanti. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuan Tan Hong Pin, Bakri.

draft • 10:50 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Bila haus, gali telaga, Soalan saya, soalan tiga.

draft • 10:50 AM

2. Tuan Tan Hong Pin [Bakri] minta Menteri Kewangan menyatakan sasaran kerajaan dalam menarik lebih banyak family offices/firma pengurusan individu kaya untuk beroperasi di Malaysia, berapa bilangan dan nilai pelaburan yang dijangka dalam tempoh lima tahun, dari mana pasaran utamanya serta apakah insentif yang akan disediakan untuk meningkatkan daya saing negara.

draft • 11:00 AM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat Bakri atas soalan tadi. Puan Yang di-Pertua, sasaran utama kerajaan menarik Pejabat Keluarga untuk beroperasi di Malaysia adalah seperti berikut. Satu, disasarkan keluarga daripada dalam negara, serantau dan juga rantau luar seperti Timur Tengah. Jangkaan julat aset di bawah pengurusan (AUM) untuk lima tahun pertama dianggarkan bernilai antara RM500 juta sehingga RM1.2 bilion diikuti dengan julat pelaburan tempatan sekurang-kurangnya antara RM40 juta hingga RM110 juta yang disalurkan ke dalam sektor yang mempunyai pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi.

Kedua, pejabat keluarga juga merupakan pemangkin pembangunan modal insan serta penggandaan ekonomi. Melalui syarat substantif tempatan seperti gaji minimum sebanyak RM10,000, pejabat fizikal, perbelanjaan tempatan sekurang- kurangnya RM500,000 dan pelaburan tempatan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada aset di bawah pengurusan. Pejabat keluarga merancakkan peluang

draft • 11:00 AM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

ekonomi baru untuk sektor perkhidmatan profesional tempatan sekali gus merangsangkan penggandaan ekonomi.

Situasi ini menggalakkan aliran global di mana sektor pertumbuhan pejabat keluarga dianggarkan akan meningkat sebanyak 75 peratus menjelang 2030.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) juga menganggarkan julat penggandaan ekonomi sekurang-kurangnya tiga kali ganda dan lima kali ganda daripada jumlah pelaburan tempatan dan perbelanjaan tempatan dalam lima tahun pertama. Sebagai syarat kelayakan kepada insentif yang diberikan kepada pejabat keluarga, mereka perlu memenuhi syarat pelaburan tempatan setiap tahun dan perbelanjaan tempatan sepertimana yang telah ditetapkan. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bakri.

draft • 11:00 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Puan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tersebut. Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, saya lihat pejabat keluarga ini dia membawa satu dana yang begitu besar, yang boleh menjadi satu capital terutamanya bagi saya satu pilihan atau alternatif, instrument pembiayaan bagi terutamanya IKS-IKS yang mungkin gagal ataupun belum layak untuk mendapat pembiayaan daripada sistem perbankan tempatan.

Jadi bagaimanakah kerajaan memastikan bahawa kemasukan ataupun penubuhan pejabat-pejabat keluarga ini memberikan manfaat kepada industri tempatan terutamanya IKS? Adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan satu jabatan atau unit ataupun satu pusat sehenti untuk membantu ataupun mengaitkan pejabat-pejabat ataupun kapital-kapital, modal-modal besar ini dengan IKS ataupun industri-industri tempatan berpotensi tinggi yang memerlukan modal ini. Jadi, saya mohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Puan Yang di-Pertua, Skim Pejabat Keluarga Tunggal (SFO Scheme) yang bermula di Forest City Special Financial Zone ini meletakkan syarat pelaburan tempatan yang sekurang-kurangnya 10 peratus daripada aset di bawah pengurusan. Tambahan pula pelaburan ke dalam PKS yang telah dikenal pasti sebagai salah satu pelaburan yang digalakkan di bawah SFO Scheme untuk memangkinkan aliran modal alternatif kepada PKS. Pelaburan kepada PKS adalah melalui instrument seperti berikut:

(i) pelaburan secara langsung ke dalam syarikat-syarikat PKS;

(ii) pelaburan melalui platform equity crowdfunding dan peer-to- peer financing yang membolehkan PKS untuk mengumpul dana bagi operasi mereka; dan

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

(iii) pelaburan melalui dana modal teroka (venture capital funds) yang menyuntik modal ke dalam syarikat-syarikat IKS, PKS, berserta panduan dan bimbingan dalam merangka strategi perniagaan yang lebih efektif.

Kerajaan akan memanfaatkan inisiatif-inisiatif sedia ada dalam melaraskan informasi berkenaan peluang pendanaan alternatif terutama dalam pasaran modal di mana pejabat keluarga bakal menjadi salah satu penyumbang modal kepada PKS.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Temerloh.

draft • 11:00 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Terima kasih. Temerloh ingin mengetahui adakah kerajaan menjalankan kajian risiko daripada penawaran perkhidmatan family officer di Malaysia kerana kalau kita lihat akan berlaku risiko pembiayaan keganasan ataupun penggubalan wang haram sebab kita tahu akan sebab struktur perniagaan kurang telus dan sukar dikesan. Begitu juga akan berlaku ketidaksamaan ekonomi, tertumpu kepada sektor tertentu.

Sudah tentu projek-projek mega akan diutamakan dan yang ketiga, tekanan infrastruktur kewangan di mana kita mendapat maklumat daripada laporan Metro dan juga DagangNews bahawa insentif yang diberikan oleh negara kita, sifar hingga lima peratus sahaja cukai yang dikenakan. Jadi, ia sangat bertentangan dengan belanjawan negara kita yang kita hendak letakkan subsidi dihapuskan tetapi di sini kita lihat...

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan.

draft • 11:00 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

...Dikecualikan cukai kepada golongan maha kaya, sifar cukai. Kemudian begitu juga kadar cukai korporat konsesi sifar hingga lima peratus sahaja. Jadi saya mahu komen daripada Menteri.

Sila.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh atas soalan tersebut. Puan Yang di-Pertua, kalau kita melihat daripada segi SFO Scheme ini, skim ini adalah skim yang baru yang kita perkenalkan untuk negara. Ia berteraskan untuk meningkatkan aktiviti-aktiviti di dalam negara dan juga menggandakan ekonomi yang ada di dalam negara. Kita berharap dengan ada skim ini akan menarik pelabur dari luar negara ke dalam negara, ia akan merancakkan lagi ekonomi kerana sebahagian daripada dana yang dibawa masuk akan digunakan di dalam negara.

Kedua, ia juga menjana pekerjaan yang bermakna untuk rakyat kerana ia memerlukan mereka yang dalam skim ini untuk berada di dalam negara, akan juga

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

akan penggandaan daripada ekonomi dalam negara. Saya ambil maklum ada mungkin kerisauan untuk macam mana kita akan oversight skim ini. Skim ini masih di dalam pemantauan Security Commission (SC) dan juga Bank Negara terutama dalam segi AMLA, di mana perpindahan modal akan dijaga dalam peraturan- peraturan yang sedia ada. Kita percaya dalam apa yang diadakan oleh SC dan Bank Negara, mereka akan memantau agar tidak ada isu-isu berkaitan AMLA dan keganasan itu berlaku. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuan Kamal bin Ashaari, Kuala Krau.

draft • 11:00 AM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Assalamualaikum, soalan saya nombor 4.

draft • 11:00 AM

4. Tuan Kamal bin Ashaari [Kuala Krau] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan rancangan kerajaan terhadap perubahan struktur permintaan sarung tangan nitril global untuk Malaysia mengambil kira kenaikan tarif sarung tangan perubatan dari China oleh Amerika Syarikat dengan tarif sebanyak 50% pada 2025 dan 100% pada 2026 untuk sarung tangan perubatan getah dari China.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2023 industri getah telah menyumbang sejumlah RM27.8 bilion. Ini tidak termasuk produk kayu getah kepada pendapatan eksport negara. Daripada jumlah tersebut, eksport sarung tangan getah adalah sebanyak 42.6 peratus atau RM11.8 bilion. Dari jumlah RM11.8 bilion ini eksport sarung tangan pada tahun 2023, 35 peratus adalah dieksport ke Amerika Syarikat.

Sumbangan eksport sarung tangan getah tahun 2024 dijangka mencapai RM13.7 bilion meningkat 16 peratus ketimbang tahun 2023. Amerika Syarikat merupakan destinasi utama eksport sarung tangan getah Malaysia. Kementerian memandang positif akan kenaikan tarif sarung tangan perubatan daripada China oleh Amerika Syarikat. Kenaikan tarif ini akan menyebabkan harga sarung tangan dari China meningkat di pasaran Amerika Syarikat dan pada masa yang sama menjadikan sarung tangan dari Malaysia lebih berdaya saing.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin

Kerajaan melihat ini sebagai peluang bagi industri sarung tangan getah negara untuk meningkatkan kembali atau dengan izin, recapture share market, syer pasaran di Amerika Syarikat. Pada masa ini, syer pasaran sarung tangan getah Malaysia di Amerika Syarikat adalah sebanyak 44 peratus berbanding purata 55 peratus pada tahun 2020 sehingga 2023.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin

Kerajaan melalui Malaysian Rubber Council (MRC) akan menggiatkan lagi usaha untuk mempromosikan sarung tangan getah menerusi penyertaan di pameran perdagangan utama di Amerika Syarikat seperti Florida International Medical Expo

(FIME) dan International Restaurant & Foodservice Show di New York. Kerajaan juga akan mengambil peluang ini untuk mempromosikan sarung tangan yang berasaskan getah asli. Selain itu, pihak MRC juga menyediakan geran di bawah dana automasi dan teknologi hijau bagi menyokong modenisasi pengeluaran sarung tangan getah oleh pemain industri.

Isu perdagangan yang disebabkan oleh persaingan geopolitik dunia adalah faktor di luar kawalan dan sukar untuk dijangka pada masa depan. Oleh yang demikian, kerajaan akan terus menumpukan usaha untuk meluaskan peluang eksport ke pasaran yang baharu seperti di Amerika Selatan, Timur Tengah dan Afrika. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Krau.

draft • 11:10 AM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih Menteri. Cuma sebagai tambahan untuk penghasilan sarung tangan yang berkualiti, kita memerlukan kepada getah lateks, ‘lactable’ latex yang kebanyakannya kita ‘export’ daripada luar, sorry yang kita import daripada luar. So, macam mana kerajaan hendak menangani masalah ini? Apakah ada kajian ataupun R&D yang bersungguh bagi melahirkan sarung tangan bio hijau? Minta komen Menteri sikit.

draft • 11:10 AM

Datuk Chan Foong Hin

Untuk menjawab soalan Yang Berhormat, yang untuk Bajet 2025 yang telah dibentangkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang baru-baru ini telah mengatakan RM20 juta akan diperuntukkan untuk usaha clustering untuk pengusaha-pengusaha atau penanam-penanam kecil getah asli ini supaya menjadi satu skala ekonomi yang lebih munasabah dan seterusnya meningkatkan hasil getah asli di Malaysia kita ini.

Untuk isu R&D, penyelidikan dan pembangunan. Itu merupakan salah satu aspek yang akan dipertanggungjawabkan oleh Lembaga Getah Malaysia. Sejak dulu-dulu lagi, kita sudah membangunkan teknologi-teknologi yang berbagai untuk mempelbagaikan produk hiliran untuk getah asli ini. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Rasah.

draft • 11:10 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tadi. Saya meneliti jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri ketika menjawab soalan asal tadi yang menunjukkan bahawa Amerika Syarikat ini tetap merupakan market yang paling besar. Hubungan

draft • 11:10 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

antara Amerika Syarikat dengan China itu sebenarnya memberikan kelebihan kepada kita.

Cuma kebimbangan saya macam ini. Saya mengiktiraf semua inisiatif yang diambil oleh kerajaan. Cuma di Amerika dan negara barat, dia banyak gunakan isu alam sekitar. Getah asli ini ialah dia mungkin gunakan isu yang sebagaimana pernah terjadi kepada sawit kita.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan.

draft • 11:10 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Jadi, apakah cara ataupun inisiatif pendekatan kerajaan untuk menangani sekiranya ada propaganda daripada pihak Barat? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Datuk Chan Foong Hin

Untuk makluman Yang Berhormat Rasah, soalan pokok ini adalah berasaskan untuk sarung tangan neutral. Cuma untuk menjawab soalan Rasah ini, kita harus menggalakkan lebih penghasilan sarung tangan yang berasaskan getah asli.

Pihak kementerian dengan kerjasama pemain industri sarung tangan getah sedang membangunkan Malaysian make glove initiative yang mengutamakan getah asli mampan. Untuk pensijilan getah asli mampan ini, kita juga ada satu pensijilan dinamakan sebagai Getah Asli Mampan Malaysia atau Malaysian Sustainable Natural Rubber (MSNR).

Ini akan menjadikan getah dan juga produk-produk getah negara kita ini lebih berdaya saing. Ini akan menjadikan permintaan sarung tangan Malaysia yang diperbuat daripada bahan yang boleh diperbaharui iaitu getah asli. Ini juga akan meningkat sejajar dengan sentimen pasaran global yang mementingkan ciri-ciri hijau dan kemapanan dalam penghasilan produk. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab, Tanjong Manis.

draft • 11:10 AM

5. Tuan Haji Yusuf bin Abd. Wahab [Tanjong Manis] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan apakah perancangan kementerian untuk menangani masalah ombak laut yang telah menyebabkan hakisan pantai yang serius dan merosakkan ban pertanian tepi pantai di sepanjang garisan pantai negeri Sarawak. Apakah langkah jangka panjang yang telah dirancang oleh kementerian.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat. Bagi menguruskan cabaran hakisan pantai, biasanya kita ada dua kaedah iaitu pertama secara struktur, manakala yang kedua adalah bukan struktur.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Jadi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang melaksanakan Projek Mengatasi Banjir Pantai Negeri Sarawak di bawah Rancangan Malaysia Kedua belas dengan kos keseluruhan berjumlah RM316 juta. Pelaksanaan projek ini akan melibatkan 17 lokasi di enam bahagian iaitu Kuching, Betong, Mukah, Miri, Limbang dan Samarahan melibatkan skop utama seperti membina struktur perlindungan banjir pantai dan kawalan hakisan serta kerja-kerja yang berkaitan.

Dengan terlaksananya projek ini, sepanjang 32.9 kilometer pantai akan dapat dilindungi daripada kejadian banjir pantai yang seterusnya akan mengurangkan kerosakan harta benda ataupun melibatkan nyawa. Projek ini yang sedang dalam proses perolehan akan dilaksanakan secara reka dan bina dan kontrak kerja dijangka akan bermula pada Oktober 2025 dengan jangkaan tempoh pelaksanaan projek selama lima tahun.

Jadi untuk kaedah kedua pula, kementerian turut mengambil langkah pendekatan bukan struktur iaitu melalui pelaksanaan dua Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu ataupun Integrated Shoreline Management Plan (ISMP) di negeri Sarawak. Pelan pertama adalah ISMP Kuching-Betong melibatkan pesisiran pantai di Bahagian Kuching, Samarahan dan Betong yang telah pun siap pada tahun 2020.

Manakala pelan kedua pula adalah ISMP Sarikei-Limbang yang telah disiapkan pada tahun ini. Pelan kedua ini melibatkan pesisiran pantai di Bahagian Sarikei dan Limbang termasuk Pulau Bruit. Sekian, terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tanjong Manis.

draft • 11:10 AM

Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang lengkap yang diberikan tadi. Timbalan Menteri, JPS Malaysia bahagian kejuruteraan pantai mempunyai kepakaran yang cukup untuk menyelesaikan masalah hakisan pantai dengan membina breakwater kah, revetment ataupun groin dengan izin untuk melindungi garis pantai seluruh negara.

Jika dibuat sekarang lebih murah dibandingkan jika dibuat di masa-masa hadapan disebabkan kos bahan binaan yang semakin meningkat. Soalan tambahan saya, spesifik kepada Tanjong Manis. Di Kampung Belawai di Parlimen Tanjong Manis ada satu tanjung yang dinamakan Tanjung Manat. Tanjung ini perlu dipertahankan untuk melindungi hakisan di Pantai Belawai ataupun pantai Hawai Belawai kita panggil dan juga rumah-rumah orang kampung juga di Kampung Belawai.

Jadi soalan saya, bolehkah kementerian melalui JPS membuat satu kajian analisis untuk memastikan bahawa hakisan di kampung ataupun Pantai Belawai

draft • 11:10 AM

Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

tersebut tidak terus menjadi dan perlu dibuat satu breakwater ataupun pulau buatan ataupun offshore island untuk melindung Pantai Belawai. Terima kasih, Menteri.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Apabila kita melihat isu hakisan, secara kaedahnya memang kita akan bahagikan ada tiga kategorilah hakisan pantai ini. Pertama, kategori pertama yang kritikal ini hakisan itu berlaku lebih empat meter dalam tempoh setahun. Kategori kedua yang sederhana ini antara satu hingga empat meter setahun. Manakala kategori yang paling kurang kritikal adalah satu meter dalam tempoh setahun.

Cuma apa Yang Berhormat sebutkan tadi sememangnya kajian dan analisa untuk di kawasan berkenaan, sebelum ini kita telah pun laksanakan kajian pelan pengurusan pantai. Cuma tempat yang spesifik itu nanti saya boleh kongsikan dapatan hasil kajian kepada Yang Berhormat. Cuma untuk yang disebut tadi hanya selepas kita meneliti jenis hakisan, betapa kritikalnya dan sebagainya. Reka bentuk Yang Berhormat sebutkan tadi, kita hanya boleh reka secara terperinci selepas semua kajian itu telah terlaksana.

Jadi yang diambil contoh tadi, maksudnya untuk membina pemecah ombak ataupun breakwater ataupun struktur yang lain seperti lapis lindung batu, revetment sea wall dan ban pantai ia perlu mengambil pertimbangan kajian terlebih dahululah.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Tapi akhir sekali untuk Yang Berhormat juga, saya rasa kita perlu semak juga sekiranya ada perancangan di peringkat Kerajaan Negeri Sarawak untuk melihat kawasan tersebut kerana kita tidak mahu dilihat ataupun sekiranya dah ada perancangan awal ataupun perancangan lain, kita perlu juga teliti secara bersama.

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Rompin.

draft • 11:20 AM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Mengambil kira masalah hakisan pantai yang makin membimbangkan di mana kerajaan diunjur berbelanja sebanyak RM1 trilion menjelang tahun 2050.

Soalan saya, adakah kerajaan memikirkan untuk mengadaptasikan teknologi terkini yang banyak diguna pakai di negara-negara maju selain benteng penahan ombak, benteng pemecahan ombak? Adakah kerajaan bercadang untuk menggunakan tanaman vegetasi pantai iaitu penanaman pokok dan rumput laut dengan menggunakan tumbuhan tempatan untuk memperkuatkan tanah di kawasan pesisir, di mana akar tumbuhan membantu menstabilkan tanah dan mengurangkan hakisan?

Yang kedua, adakah kerajaan bercadang menggunakan sistem pemantauan iaitu sensor dan teknologi pengawasan di mana memanfaatkan sensor untuk

draft • 11:20 AM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

memantau perubahan dalam paras air, keadaan ombak dan keadaan tanah? Data ini membantu dalam merancang tindakan pencegahan yang lebih efektif. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Terima kasih Puan Speaker. Untuk di pihak kita, sememangnya kita sentiasa terbuka untuk melihat perkembangan teknologi yang terkini. Tapi pada masa yang sama untuk situasi negara, kita kena terima hakikat bahawa sempadan negara ini dikelilingilah sebahagian besarnya dengan pesisiran pantai.

Kalau berdasarkan kajian laporan berkenaan dengan hakisan pantai tahun 2015, itu kali terakhir yang kita buat secara keseluruhan untuk negara. Kawasan yang sebenarnya kita teliti itu sepanjang 8,840 kilometer. Itu kawasan pantai yang kita perlu perhalusi yang mana untuk kes-kes yang disebutkan Yang Berhormat tadi, hakisan pantai juga kelazimannya pemahaman kita berlaku disebabkan keadaan semula jadi ombak ataupun bencana dan sebagainya ataupun mungkin kejadian hakisan itu disebabkan pembinaan struktur yang lain dan sebagainyalah.

Jadi sebab itu di peringkat kita, ISMP itu sebagai satu rujukan yang paling utama sementara dari segi pendekatan secara semula jadi dan sebagainya, itu sudah pasti ada kelebihan kerana mengambil kira pendekatan yang lebih mesra alam. Sudah pasti perkara ini akan diteliti oleh pihak JPS dan kita akan terus adaptasi teknologi yang terkini. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuan Chong Zhemin, Kampar.

draft • 11:20 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 6.

draft • 11:20 AM

6. Tuan Chong Zhemin [Kampar] minta Menteri Pengangkutan menyatakan adakah kerajaan masih berhasrat untuk meneruskan usaha untuk mencari pesawat MH370.

draft • 11:20 AM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Tuan Yang di-Pertua, saya mewakili Yang Berhormat Setiawangsa untuk mengalu-alukan kehadiran pelajar- pelajar dari SMK Puteri Titiwangsa dan SMK Setiawangsa.

[Tepuk] Selamat datang ke Parlimen Malaysia.

Untuk makluman Yang Berhormat, saya mohon izin Puan Yang di-Pertua untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Kampar bersekali dengan pertanyaan Yang Berhormat Merbok bertarikh 11 November 2024 kerana pertanyaan adalah mengenai isu yang sama.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan.

draft • 11:20 AM

Tuan Loke Siew Fook

Untuk makluman Yang Berhormat, aspirasi kerajaan untuk mencari bangkai pesawat MH370 tidak akan diabaikan. Sekiranya terdapat maklumat atau pun petunjuk baru yang sahih dan kukuh ataupun credible evidence diperolehi, maka operasi pencarian selanjutnya akan dipertimbangkan oleh kerajaan.

Ini merupakan pendirian konsisten oleh Kerajaan Malaysia.

Dalam hubungan ini, Kementerian Pengangkutan sedang merundingi tawaran daripada syarikat Ocean Infinity dari United Kingdom yang telah dikemukakan kepada pihak Kementerian Pengangkutan pada bulan Jun yang lalu untuk meneruskan operasi pencarian dasar laut bagi mengesan bangkai pesawat MH370 di satu lokasi baru yang dianggarkan seluas 15,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi berdasarkan prinsip no find, no fee. Mengikut prinsip no find, no fee, Kerajaan Malaysia tidak perlu mengeluarkan sebarang bayaran kepada syarikat ini sekiranya tiada sebarang bangkai pesawat yang ditemui.

Lokasi kawasan pencarian baru yang dicadangkan oleh syarikat Ocean Infinity adalah berasaskan kepada maklumat serta analisis data terkini yang telah dibuat oleh pakar-pakar dan penyelidik yang dirujuk oleh syarikat tersebut.

Cadangan operasi pencarian oleh Ocean Infinity ialah cadangan yang kukuh ataupun credible dan boleh dipertimbangkan oleh kerajaan selaku negara pendaftaran pesawat MH370. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kampar.

draft • 11:20 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih jawapan daripada Menteri.

Saya merakamkan penghargaan kepada kerajaan kerana tidak putus asa dalam misi pencarian MH370. Tempoh satu dekad telah berlalu dan kita tidak boleh putus asa.

Saya yakin Malaysia dan dunia, kita tidak sanggup untuk melihat MH370 ditinggalkan begitu sahaja tanpa apa-apa jawapan.

Jadi soalan tambahan saya Yang Berhormat Menteri, pada Januari 2018, kerajaan pada masa itu telah mengumumkan satu perjanjian dengan syarikat swasta Ocean Infinity bahawa USD70 juta akan diberi kepada syarikat Ocean Infinity jika mereka berjaya untuk mencari bangkai pesawat MH370. Jadi pada hari ini, 2024, adakah ganjaran kepada Ocean Infinity ini masih kekal? Apakah penghalang kepada usaha pencarian baru kepada MH370 untuk dimulakan secepat mungkin?

draft • 11:20 AM

Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih Yang Berhormat. Yang pertamanya, rundingan dan juga perjanjian dengan pihak Ocean Infinity masih dibincangkan dan belum lagi dimuktamadkan. Namun begitu, saya boleh memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa kos yang diminta oleh pihak syarikat Ocean Infinity

draft • 11:20 AM

Tuan Loke Siew Fook

adalah sama dengan kos yang mereka minta 10 tahun yang lalu ataupun tahun 2018.

Maaf saya, 10 tahun lepas, 2018 kos yang sama iaitu USD70 juta ketika itu telah ada perjanjian dengan kerajaan, tetapi mereka tidak dapat menemui bangkai pesawat.

Oleh sebab itu, tidak ada apa-apa bayaran yang telah pun dibayar kepada syarikat. Perjanjian ataupun kos yang sama diminta dalam draf perjanjian sama yang sedang dirundingkan antara kerajaan dengan pihak syarikat Ocean Infinity.

Sekiranya dimuktamadkan dan perlu mendapat kelulusan daripada Jemaah Menteri, maka saya akan memberikan pengumuman secara terbuka. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Setiu.

draft • 11:20 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Okey, terima kasih Yang di- Pertua. Mengambil iktibar daripada tragedi MH370, apakah strategi menyeluruh kerajaan bagi meningkatkan prestasi penerbangan awam negara, terutamanya membabitkan aspek keselamatan penerbangan awam? Apakah status terkini proses perbicaraan tuntutan pampasan oleh ahli keluarga mangsa di mahkamah China antara ahli keluarga mangsa dengan Malaysia Airlines, Boeing dan syarikat lain yang terlibat? Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Loke Siew Fook

Yang Berhormat, yang pertamanya selepas insiden kejadian MH370 10 tahun yang lalu, memang di pihak antarabangsa terutamanya di pihak ICAO telah ada banyak penambahbaikan dari segi aspek-aspek keselamatan penerbangan awam yang diwajibkan untuk syarikat-syarikat penerbangan di seluruh dunia. Sudah tentu Malaysia juga mengambil langkah yang sama untuk meningkatkan tahap keselamatan dan juga features-features yang lebih efisien dan baik untuk meningkatkan tahap keselamatan penerbangan.

Dari segi status pendakwaan di China, itu saya tidak pasti apa status dekat sana. Tetapi untuk negara kita, apa sahaja pampasan yang perlu dibayar kepada pihak NOK, memang telah pun diselesaikan sebelum ini. Namun begitu, ada sebilangan kecil keluarga-keluarga NOK ataupun next of kins, mereka tidak sanggup menerima bayaran pampasan tersebut. Jadi, date line untuk mereka telah pun berlalu.

Tetapi Kementerian Pengangkutan mengambil satu sikap bahawa sekiranya mereka masih berharap atau mereka sanggup untuk menerima bayaran tersebut, kita terbuka untuk berbincang dan menjadi pengantara antara pihak syarikat penerbangan dengan pihak NOK. Tetapi setakat ini, memang ada sebilangan kecil yang tak sanggup atas beberapa sebab peribadi mereka, mereka merasakan bahawa mungkin mereka masih ada harapan untuk menerima kepulangan ahli

draft • 11:20 AM

Tuan Loke Siew Fook

keluarga mereka. Itu ada beberapa sebab peribadi mengapa mereka tidak menerima bayaran tersebut. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuan Hassan bin Saad, Baling.

draft • 11:20 AM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 7.

draft • 11:20 AM

7. Tuan Hassan bin Saad [Baling] minta Menteri Pendidikan menyatakan usaha kementerian dalam menangani masalah ketagihan vape dan rokok yang pastinya memberi kesan negatif kepada kesihatan pelajar-pelajar.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Puan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Baling.

Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memandang serius isu vape dan rokok dalam kalangan murid sekolah yang memberikan kepada kesihatan murid.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah mengeluarkan beberapa garis panduan bagi menangani isu merokok dalam kalangan murid serta pewartaan sekolah sebagai kawasan larangan merokok. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4 Tahun 1997, melarang murid menghisap rokok. Manakala Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5 Tahun 1997, mewartakan sekolah sebagai kawasan larangan merokok.

Selain itu, KPM mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 6 Tahun 2000, mengenai masalah keselamatan dadah dan gengster dengan tindakan termasuk penubuhan peti aduan dan juga pengukuhan Jawatankuasa Disiplin Sekolah dan juga asrama. Murid yang melakukan salah laku seperti merokok atau menghisap vape akan direkodkan dalam Sistem Sahsiah Diri Murid atau SSDM untuk tindakan intervensi oleh guru bimbangan dan kaunseling.

KPM juga telah mengeluarkan Surat Siaran Bilangan 17 Tahun 2015 yang melarang penggunaan rokok elektronik atau vape di sekolah. Dengan tatacara hukuman yang jelas, KPM sentiasa mengikatkan Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk mematuhi pekeliling dan surat siaran yang dikeluarkan dari masa ke semasa.

Selanjutnya, inisiatif KPM melalui pendidikan pencegahan dadah yang dilaksanakan dalam kurikulum, ko-kurikulum dan program pembangunan sahsiah murid turut memberikan pendedahan, pengetahuan serta kesedaran bahayanya rokok dan vape terhadap kesihatan murid.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Untuk makluman Yang Berhormat Baling, KPM terus komited dengan melaksanakan program dan aktiviti pendidikan pencegahan seperti Program Skim Lencana Antidadah, Program Lima Minit Antirokok dan Vape. KPM terus melaksanakan Program Hidup Sihat, Cegah Rokok dan Vape bagi mengekang trend murid yang menjadi tabiat menghisap rokok dan vape sebagai satu kebiasaan.

Tujuan aktiviti ini adalah untuk menerapkan nilai kesedaran murid akan bahaya rokok dan vape serta membentuk jati diri yang unggul. KPM mengadakan kerjasama yang erat dengan pihak Polis Diraja Malaysia melalui pegawai perhubungan sekolah. Setiap sekolah mempunyai seorang pegawai perhubungan sekolah yang sentiasa bersedia bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menangani isu vape dan rokok dan juga isu-isu yang lain.

Pelaksanaan Program Remaja Unggul Aspirasi Negara yang berfokus kepada bahaya rokok dan vape juga telah dilaksanakan di seluruh negara dengan kerjasama rakan strategik iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Agensi Antidadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia dan Persatuan Membasmi Dadah Malaysia.

KPM dan KKM turut mengadakan latihan khusus pengukuhan intervensi berhenti rokok dan vape dalam kalangan murid kepada guru bimbangan dan kaunseling serta guru PPDA. Latihan ini termasuk topik peruntukan undang-undang terhadap rokok, mengenal pasti tabiat merokok dan ketagihan, bahaya rokok elektronik dan vape dan juga modul kaedah berhenti merokok. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Baling, soalan tambahan.

draft • 11:30 AM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Terima kasih Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Menteri yang menjawab soalan dengan begitu baik. Cuma saya nak tanya tentang bagaimana perkembangan Program Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok ataupun KOTAK setakat ini? Kedua, saya nak mencadangkan supaya perkataan ‘dilarang’ itu digantikan dengan ‘diharamkan’. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar Yang Berhormat Menteri...

draft • 11:30 AM

Tuan Wong Kah Woh

Maaf Dato’ Yang di-Pertua, bahagian kedua soalan dilarang itu diganti dengan?

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, itu yang saya nak bangkitkan. Yang Berhormat, dalam Dewan Peraturan 24(1), jelas – eh, 24(2), Yang Berhormat bila soalan tambahan itu hanya boleh bertanya berkaitan soalan yang utama dan tiada kaitan lain dan tidak boleh terdiri daripada beberapa pertanyaan atau gabungan beberapa pertanyaan.

Sila baca Peraturan 24(2), faham ya. Yang Berhormat Menteri, boleh jawab satu sahaja.

draft • 11:30 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih soalan tambahan dari Yang Berhormat Baling. Berkenaan dengan program-program yang sedang dilaksanakan untuk program mencegah anak-anak kita ataupun murid sekolah daripada terbabit dalam isu rokok dan vape.

draft • 11:30 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

draft • 11:30 AM

Tuan Wong Kah Woh

Seperti yang saya telah pun jelaskan tadi berkenaan dengan beberapa program dan juga penerapan nilai-nilai yang tertentu dalam kurikulum. Pada masa yang sama juga, pihak KPM dan bersama-sama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia ada melaksanakan Program IMFree. Yang dinamakan IMFree, yang mana ia merupakan sebahagian daripada usaha daripada KKM untuk menetapkan modul supaya boleh digunakan oleh KPM dalam memupuk sikap dan juga pembudayaan yang baik antara anak-anak kita. Fokus Program IMFree ini adalah fokus kepada sekolah rendah dan juga ia menjadi sebahagian daripada pengajaran bagi guru.

Pada masa yang sama, pihak KPM juga melalui pelantar DELIMa iaitu pelantar online kita, pelantar pembelajaran kita untuk memuat naikkan program- program dalam modul IMFree oleh KKM ini yang termasuk Tak Nak Merokok, Katakan Tidak Terhadap Asap Rokok, Bahayanya Rokok, Kesan-kesan Merokok dan sebagainya. Kesemua ini adalah tertera dalam – adalah termaktub, adalah simpan dan juga boleh dilayari melalui pelantar DELIMa. Program-program yang lain turut seperti yang saya jelaskan tadi sedang dan giat dilaksanakan oleh KPM.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Betong soalan tambahan.

draft • 11:30 AM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri telah menyatakan memang banyak peraturan dan panduan-panduan khas telah diberikan kepada pihak sekolah.

Soalan saya, sejauh manakah sekolah-sekolah ini menguatkuasakan segala peraturan-peraturan dan panduan-panduan khas ini mengenai gejala vape dan rokok di kalangan pelajar bagi mengekang penularan trend vape dan merokok ini?

draft • 11:30 AM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Sekiranya ada, adakah kementerian mempunyai data-data berapa banyakkah pelajar-pelajar yang telah terlibat dalam gejala ini di Malaysia? Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih, Yang Berhormat Betong. Berkenaan dengan garis panduan dan Surat Pekeliling Ikhtisas yang telah pun saya sebutkan tadi, setiap satu garis panduan dan SPI itu menjadi panduan dan menjadi satu dokumen yang wajib dipatuhi oleh pihak sekolah dan juga wajib dikuatkuasakan oleh pihak sekolah, PPD dan juga JPN. So, dengan izin, it is beyond doubt, kesemua ini perlulah dikuatkuasakan oleh pihak sekolah dan kesemua ini berjalan dengan lancar.

Berkenaan dengan isu ataupun statistik berkenaan dengan murid yang terlibat dalam salah laku rokok, saya ada statistik di sini. Tahun 2023, peratusan murid yang terlibat dalam gejala rokok adalah 0.07 peratus daripada 5.06 juta murid ataupun bersamaan dengan 3,540. Peratusan murid yang terlibat dalam salah laku vape, 0.26 peratus, bersamaan dengan 13,427 orang. Itu tahun 2023. 2024, setakat bulan September. Daripada jumlah 5.1 juta murid, 0.05 peratus terlibat dalam rokok atau bersamaan dengan 2,365 orang. 0.24 peratus terlibat dalam salah laku vape atau bersamaan dengan 12,252 orang.

Pihak KPM ingin menegaskan bahawa penguatkuasaan garis panduan dan juga Surat Pekeliling Ikhtisas adalah wajib dan sememangnya sepanjang masa dikuatkuasakan. Pada masa yang sama juga, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia juga memohon kerjasama dan juga panduan daripada ibu bapa dan juga masyarakat berkenaan dengan kesedaran supaya tidak terlibat dalam salah laku rokok ataupun vape di kalangan murid dan juga pelajar. Juga kepada peruncit- peruncit bahawa untuk mematuhi segala peraturan yang sedia ada, undang-undang yang sedia ada untuk tidak menjual vape atau rokok kepada mereka di bawah umur.

Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Timbalan Speaker, boleh saya tambah lagi satu soalan.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Minta maaf.

draft • 11:40 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Berkaitan dengan vape ini sebab I rasa ini satu soalan yang penting. Di tangan saya ini adalah vape Timbalan Speaker.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat...

draft • 11:40 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tapi dia macam alat permainan.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Kota Melaka minta kebenaran ya, jangan terus.

draft • 11:40 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya, ya saya nak minta kebenaran daripada Timbalan Speaker...

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik Kota Melaka.

draft • 11:40 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Untuk tambah satu soalan tambahan.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik sebentar. Yang Berhormat Kota Melaka saya tidak benarkan, duduk ya. Kalau ikut Peraturan 24 memang boleh tiga soalan tambahan tapi untuk memberi ruang kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat lain itu saya pendekkan hanya dua. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya, terima kasih Timbalan Speaker.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Tuan Lim Guan Eng, Yang Berhormat Bagan.

draft • 11:40 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor lapan.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri Kewangan.

draft • 11:40 AM

8. Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta Menteri Kewangan menyatakan prestasi tahun ini nilai mata wang Ringgit berbanding dengan Dollar US dan mata wang asing negara lain. Apakah nilai yang berpatutan selaras dengan kenaikan pelaburan asing, pertumbuhan GDP yang menggalakkan dan kadar inflasi yang terkawal.

draft • 11:40 AM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat Bagan atas soalan tersebut. Dato’ Yang di-Pertua, nilai Ringgit masih kukuh walaupun terdapat pelbagai perkembangan dan penyesuaian pasaran baru-baru ini. Setakat 4 November 2024 Ringgit telah mengukuh sebanyak 5.03 peratus berbanding Dolar Amerika. Dalam masa yang sama, Ringgit juga telah mengukuh berbanding mata wang negara serantau sebanyak 13.3 peratus berbanding Yen, 12.2 peratus berbanding Won, 7.5 peratus berbanding Rupiah dan 3.7 peratus berbanding Baht.

Dari segi perkembangan global, perubahan jangkaan kadar dasar monetary yang lebih rendah di ekonomi utama global khususnya di Amerika Syarikat telah menyumbang kepada pengukuhan Ringgit. Faktor global seperti pergolakan geopolitik Timur Tengah dan pilihan raya di Amerika Syarikat turut menyumbang

draft • 11:40 AM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

kepada turun naik pasaran kewangan global termasuk Ringgit dan mata wang negara yang pesat membangun.

Selain perkembangan luaran, ekonomi Malaysia juga sedang berkembang dengan baik. Setakat suku ketiga 2024, ekonomi Malaysia berkembang secara purata sebanyak 5.1 peratus. Ini termasuk anggaran awalan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi suku ketiga sebanyak 5.3 peratus.

Seterusnya, ekonomi negara dijangka mencatat perkembangan antara 4.8 peratus hingga 5.3 peratus untuk keseluruhan 2024. Inflasi masih rendah dan terkawal pada 1.8 peratus bulan September 2024. Jumlah FDI yang telah diluluskan separuh tahun pertama ini adalah sebanyak RM160 bilion berbanding RM136 bilion pada tahun 2023 dalam tempoh yang sama.

Prospek positif ekonomi Malaysia ini termasuk komitmen kuat kerajaan dalam melaksanakan dasar-dasar di bawah kerangka Ekonomi MADANI akan memberi sokongan yang berterusan kepada ringgit. Matlamat kerajaan adalah untuk memastikan bahawa Ringgit didagangkan dengan keadaan teratur. Oleh yang demikian, Bank Negara Malaysia sentiasa mengambil langkah dalam pasaran pertukaran asing FX intervention untuk membendung pergerakan mata wang yang dianggap berlebihan. Sekian, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Bagan soalan tambahan.

draft • 11:40 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih. Soalan tambahan Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin meminta Yang Berhormat Menteri Kewangan II untuk menyatakan setiap langkah kawalan pertukaran wang asing yang dilaksanakan oleh Bank Negara untuk melindungi nilai mata wang Ringgit sebelum ini iaitu juga termasuk kepada syarikat-syarikat pengeksport dan itu Multinational Corporation

(MNC). Dan adakah ia akan dibatalkan atau dilonggarkan berikutan pengukuhan nilai mata wang Ringgit serta juga ramalan nilai mata wang Ringgit serta impak kepada ekonomi Malaysia sekiranya Donald Trump yang cenderung kepada dasar protectionist memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat pada hari esok.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat Bagan atas soalan tersebut. Dato’ Yang di-Pertua, kerajaan dan BNM telah mengambil tindakan terselaras untuk menggalakkan pendapatan pelaburan asing dibawa balik dan ditukar kepada ringgit oleh GLC dan GLIC dan syarikat korporat secara konsisten.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Ini membawa hasil yang positif dan membantu mewujudkan aliran dua hala dalam pasaran pertukaran asing domestik negara, seterusnya membantu menyokong Ringgit dan mengukuhkan keyakinan sektor perniagaan. Tindakan terselaras ini akan diteruskan dan ia boleh menyumbang kepada pengukuhan sentimen dan nilai Ringgit. Ditekankan juga bahawa langkah koordinasi ini melibatkan hanya pendapatan daripada pelaburan asing oleh syarikat GLC dan GLIC dan tidak melibatkan sebarang penjualan pegangan aset dan pelaburan mereka di luar negeri.

Jumlah purata hasil harian pertukaran asing telah meningkat daripada USD15 bilion kepada USD17.3 bilion pada 4 November 2024. BNM juga telah melancarkan program rintis yang dikenali sebagai program Pelaburan Pemastautin Berkelayakan (Qualified Resident Investor) pada April 2024 yang menyasarkan syarikat-syarikat pemastautin besar yang mempunyai pelaburan langsung luar negeri (Direct Investment Abroad) jika mereka mempunyai lebihan mata wang asing, mereka boleh membawa balik lebihan ini di bawah program ini dan kelulusan secara prinsip untuk melabur di pasaran asing akan diberi.

Program rintis ini bertujuan untuk memastikan aliran dana bersifat dua hala dalam pasaran pertukaran asing. Sehingga kini program tersebut telah menyatatkan hasil memberangsangkan dengan aliran masuk tambahan lebih USD1 bilion direkodkan memasuki pasaran pertukaran asing domestik. Selain itu, Bank Negara akan terus meneruskan sesi libat urus bersama syarikat korporat, para pengeksport untuk menggalakkan pertukaran pendapatan pelaburan asing dengan lebih konsisten. Setakat ini pihak BNM telah mengadakan sesi libat urus bersama lebih 200 pihak korporat dan pengeksport.

Saya rasa keputusan pilihan raya di Amerika Syarikat kita tunggu sampai habis keputusan dia dululah kan. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sila.

draft • 11:40 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Boleh?

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Pendang, sebelah kiri.

draft • 11:40 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Saya nak membangkitkan berkenaan dengan BRICS yang ada kaitan dengan soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Bagan tadi.

Ketika sidang kemuncak BRICS ke-14 pada tahun 2022, Presiden Rusia iaitu Vladimir Putin telah mengumumkan bahawa pakatan BRICS yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan serta beberapa negara lain bersetuju

draft • 11:40 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

untuk mengeluarkan mata wang rizab global baru dan bersedia untuk bekerjasama secara terbuka dengan semua rakan negara-negara lain sebagai satu usaha untuk mengurangkan kebergantungan kepada mata wang Dolar Amerika.

Justeru itu, ini soalan ya. Dengan perkembangan semasa di mana Malaysia telah diterima sebagai rakan negara di dalam BRICS, sejauh manakah Malaysia bersedia menjadikan mata wang BRICS sebagai perbandingan dan sandaran dengan nilai mata wang ringgit dan bagaimanakah ia dijangka bakal memberi kesan terhadap hubungan dagang antara Malaysia dan Amerika Syarikat? Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri ada pilihan, dua soalan di situ dengan izin you can answer one saja. If you want to answer both terpulanglah.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, saya cuba jawab dua-dua. Yang pertama terima kasih Yang Berhormat Pendang atas soalan tersebut.

Kita mula dengan kemasukan Malaysia dalam BRICS. Ya sebagai rakan BRICS saya rasa yang penting kita kena ingat yang Malaysia ini adalah satu negara perdagangan dan kita berdagang dengan semua. Dengan ada penglibatan Malaysia dalam rakan BRICS ini akan meluaskan peluang untuk Malaysia terus berdagang di luar negara.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Kita terus juga dengan usaha kita untuk melebarkan perdagangan dengan OECD, dengan EU, dengan perbincangan FTA yang diadakan. Jadi, secara dasarnya Malaysia terus dengan usaha untuk melebarkan lagi tempat kita berdagang. Ya, kita tidak memilih pihak.

Kedua, usaha untuk kita memperluaskan penggunaan mata wang, ya. Dalam usaha meluaskan mata wang, kita terus dengan usaha ini. Dan kalau saya quote nombor-nombor yang kita ada sekarang; antara Malaysia dan China kita telah nampak peningkatan ketara dengan menggunakan Renminbi dengan Ringgit. Pada tahun 2012, kita hanya berdagang sebanyak 2.8 peratus. Pada tahun 2023, penukaran dengan menggunakan mata wang tempatan telah meningkat kepada 24.4 peratus. Sama juga dengan Thailand, yang meningkat daripada 11.2 peratus pada 2016 kepada 18.6 peratus – 2023.

Ini akan terus berusaha dalam pengerusian ASEAN yang kita buat di mana Malaysia akan terus menerajui untuk meluaskan penggunaan mata wang-mata wang tempatan serantau dengan negara-negara ASEAN. Jadi, jawapan saya tadi ada dua

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

tadi. Satu, BRICS kita berniaga dengan semua orang. Bukan sahaja dengan satu pihak. Keduanya, kita akan meluaskan lagi penggunaan mata wang tempatan.

Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, terima kasih. Berikutnya Majlis ke soalan yang kesembilan. Saya mempersilakan Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau, Yang Berhormat Tuaran.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Tuan Yang di-Pertua, soalan Tuaran soalan nombor sembilan.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Dalam Negeri untuk menjawab.

draft • 11:50 AM

9. Datuk Seri Panglima Madius Tangau [Tuaran] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah langkah-langkah khusus yang telah diambil untuk memastikan tiada lagi Travel Advisory Note ke atas Pantai Timur Sabah, dan berapa perbelanjaan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) sejak mula penubuhan sehingga sekarang.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua. Kementerian Dalam Negeri selaku kementerian yang bertanggungjawab dalam soal keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam dalam negara ini, kita sentiasa main peranan penting dalam aspek menyokong pembangunan negara. Maka dalam hal ini, menjawab soalan Yang Berhormat, termasuklah kita menjamin keselamatan di ‘Zon Selamat Sabah Timur’ (ESSZONE) khasnya. Oleh itu, ESSCOM sentiasa komited dan bersedia untuk mempertahankan kedaulatan dan menjamin keselamatan dan memelihara ketenteraman awam pada tahap yang optimum di kawasan ESSZONE.

Secara dasarnya, situasi keselamatan di kawasan Timur Sabah adalah selamat dan terkawal. Dalam pada itu, Kementerian Dalam Negeri telah mengenal pasti sebanyak 14 buah negara yang masih lagi menurunkan nasihat perjalanan ataupun travel advice yang melarang warganegara mereka untuk datang ke Pantai Timur Sabah. Sehubungan dengan itu, antara pendekatan yang diambil oleh kerajaan bagi memastikan nasihat perjalanan ke Pantai Timur Sabah adalah selamat adalah seperti berikut:

Pertama, kita menjenamakan semula terma ‘Perintah Berkurung’ di kawasan Perairan Daerah di kawasan perairan daerah di ESSZONE kepada ‘Perintah Kawalan Pergerakan’ (PKP) ESSZONE Sabah bermula dari 18 Oktober 2024.

Kerajaan juga telah mengecilkan kawasan pelaksanaan PKP ESSZONE kepada enam buah daerah sahaja dengan mengeluarkan daerah Tawau memandangkan

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

jaminan keselamatan di kawasan sempadan daerah tersebut semakin mengukuh.

Kita juga menambah baik dan menilai semula daerah pelaksanaan PKP ESSZONE secara berkala juga akan kita laksanakan bagi memantapkan lagi PKP ESSZONE sebagai mekanisme kawalan keselamatan.

Selain daripada itu, kita melaksanakan program libat urus dan tinjauan keselamatan secara berkelompok atau berkala dengan pihak perwakilan asing

(kedutaan) dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke tempat perairan di kawasan Pantai Timur Sabah khususnya di Semporna oleh kementerian. Kita laksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan. Justeru itu, melalui program ini, gambaran yang tepat berkenaan keadaan keselamatan serta mekanisme kawalan dilaksanakan oleh petugas keselamatan dengan penempatan petugas keselamatan di kawasan-kawasan dan juga pos-pos keselamatan untuk mengubah persepsi kawasan berkenaan pada masyarakat luar terutama kepada negara-negara berkenaan.

Selain daripada itu Yang Berhormat, kita jenamakan semula logo ESSZONE serta peta ESSZONE melalui penukaran warna maroon iaitu merah kepada biru cerah, putih yang kuat kuasa pada 23 September 2024. Ini inisiatif sebagai usaha ESSCOM untuk meyakinkan masyarakat dan pelabur tentang tahap keselamatan di kawasan berkenaan. Justeru, perubahan ini kita harap dapat meningkatkan imej dan menarik pelabur juga pelancong asing ke kawasan-kawasan berkenaan.

Bagi menjawab perkara kedua Yang Berhormat, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM268 juta kepada ESSCOM pada tahun 2023 hingga 2024 di bawah peruntukan mengurus bagi membiayai kos pentadbiran dan pengurusan agensi tersebut. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM243 juta telah dibelanja sehingga bulan September 2024. Manakala di bawah peruntukan pembangunan, sebanyak RM523 juta telah diperuntukkan kepada ESSCOM sejak dari tahun 2013 sehingga kini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM409 juta, iaitu prestasi perbelanjaan sehingga bulan September 2024. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang komprehensif tadi. Soalan tambahan. Adakah Kementerian Dalam Negeri sedar bahawa jika sekiranya kerajaan melalui Kementerian Kewangan tidak meluluskan permohonan Kerajaan Sabah mendapatkan subsidi elektrik tambahan dalam bentuk fuel subsidy selewat-lewatnya dalam bulan Disember 2024, Sabah berkemungkinan

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

kehilangan sumber tenaga dan mengakibatkan kegelapan? Kalau sedar, adakah keadaan seperti ini yang gelap ini menjadi satu ancaman keselamatan di Sabah terutama sekali di kawasan ESSCOM dan apakah pihak KDN akan membantu Kerajaan Sabah bercerita meminta Kementerian Kewangan supaya peruntukan ini – fuel subsidy ini dapat diberikan dengan segera? Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Menteri Kewangan II depan saya ni ha.

[Ketawa] Bagi menjawab soalan Yang Berhormat, keutamaan ESSCOM adalah untuk mengekang gelombang kedua. Pencerobohan anasir asing dan penyeludupan militan serta membantu pasukan keselamatan dan jabatan serta agensi penguat kuasa serta pihak berkuasa tempatan bagi menangani segala elemen jenayah rentas sempadan dan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) serta penguatkuasaan undang-undang terhadap kesalahan-kesalahan lain secara bersepadu dan tersusun di kawasan berkenaan.

Oleh yang demikian, langkah-langkah strategi ESSCOM juga – kita koordinasi dan perkasa operasi-operasi dengan pelbagai pihak – PDRM, dengan Angkatan Tentera Malaysia, dengan APMM melalui pelbagai operasi; Operasi Sanggah dan sebagainya.

Yang Berhormat, berhubung dengan kesan gangguan bekalan elektrik terhadap keselamatan di kawasan Pantai Timur Sabah, kerajaan melalui ESSCOM sentiasa komited dan kita bersiap sedia dalam apa jua keadaan bagi memastikan keselamatan sempadan dan ketenteraman awam kekal selamat dan terkawal. Dalam pada itu, pengoperasian ESSCOM dan pasukan keselamatan tidak akan terjejas kerana perolehan bekalan api – petrol dan juga diesel, kita buat secara pukal untuk operasi bagi memastikan keselamatan dan kita bersiap sedia dalam aspek ini.

Selain daripada itu, Yang Berhormat, pendekatan pencegahan juga telah diambil oleh ESSCOM berasaskan kepada tiga respons berlapis Operasi Sanggah yang merangkumi aspek pengumpulan maklumat perisikan, pertahanan, pengawalan serta penguatkuasaan undang-undang serta— ini kita laksanakan bersama dengan PDRM, ATM dan APMM. Di samping itu, dalam aspek ini juga, tindakan pencegahan juga dilaksanakan oleh ESSCOM bagi membantu Sabah Electricity Sdn. Bhd. melalui tindakan penguatkuasaan pemotongan sambungan haram elektrik di kawasan koloni setinggan melalui operasi bersepadu ESSCOM dan pelaksanaan tindakan pencegahan ini bagi kita pastikan kelancaran bekalan elektrik dan mengelakkan ketirisan sumber yang merugikan kerajaan.

Seterusnya, ESSCOM kita ada perancangan masa hadapan untuk meningkatkan operasi dan juga rondaan di kawasan-kawasan keselamatan

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

menerusi teknologi tinggi iaitu UAV dan juga dron di kawasan laut terbuka dan lokasi- lokasi spesifik dan strategik bagi tujuan pemantauan dan juga pengesanan yang berkesan di ESSZONE bagi meminimumkan kebergantungan kita kepada aset-aset yang menggunakan bekalan bahan api. Maknanya kita bersedia dalam semua keadaan. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Jerlun.

draft • 12:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya kemukakan soalan tambahan, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kedah yang buat pertama kali menganjurkan Pertandingan Kampung Sejahtera peringkat negeri Kedah dan MKK dalam Parlimen Jerlun. MKK Kubang Matang Kenanga telah terpilih menjuarai di peringkat negeri.

[Tepuk] Tahniah dan hari ini ada pemarkahan di peringkat negeri.

Soalan tambahan saya. Walaupun soalan ini menyentuh tentang ESSCOM di perairan Sabah, isu persempadanan yang melibatkan keselamatan ini juga berlaku di negeri-negeri di utara Semenanjung yang bersempadanan dengan Thailand, Johor dengan Singapura, Sarawak dengan Indonesia. Isu yang menjadi cabaran kepada pasukan keselamatan ialah wujudnya lorong-lorong kecil yang dibina sendiri ataupun lebih tepat lagi iaitu lorong-lorong tikus. Soalan saya, apakah strategi khusus kerajaan dalam menjejaki serta membendung kewujudan lorong-lorong tikus yang menjadi cabaran kepada pasukan keselamatan di ESSCOM Sabah dan juga di perairan Semenanjung?

Kedua, adakah kerajaan juga bercadang untuk meningkatkan penggunaan aset keselamatan berteknologi tinggi seperti syor penggunaan pesawat tanpa pemandu (UAV) bagi memastikan kelancaran operasi kawasan ESSCOM dan yang lain-lain, sekali gus meningkatkan keupayaan kawalan pasukan keselamatan di sempadan perairan Malaysia dengan Filipina serta Indonesia? Sekian Tuan Yang di- Pertua.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Tuan Yang di-Pertua, soalan keluar sikit daripada tajuk asal. Namun, saya nak sebut bahawa kita sentiasa meningkatkan keupayaan kita. Malah, kita telah menubuhkan agensi baharu MCBA untuk kawalan sempadan. Cuma saya nak sentuh soal teknologi tadi. Saya nak maklumkan bahawa kerajaan, KDN khususnya, memang kita sentiasa menitikberatkan penggunaan teknologi sejajar dengan perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI). Kemudahan aplikasi telefon pintar bagi

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

meningkatkan keberkesanan pengawalan keselamatan di lokasi-lokasi strategik.

Saya nak fokus kepada Sabah sebab ini soalan asalnya.

Kalau di kawasan ESSCOM itu, kita antara penggunaan teknologi dalam menjamin keselamatan para pelancong di kawasan Pantai Timur Sabah ialah sistem aplikasi telefon pintar - Friend of Sabah yang kita bangunkan melalui kerjasama ESSCOM dengan kerajaan negeri di bawah seliaan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta Alam Sekitar Sabah. Tujuan kita bangunkan aplikasi ini untuk menjamin keselamatan dan mengukuhkan keyakinan pengunjung ke kawasan- kawasan berkenaan. Maknanya, dari segi kawalan keselamatan, kita tak ada kompromi. Di Sabah, kita sentiasa membuat perubahan-perubahan. Sesuai dengan perubahan dan perkembangan terkini. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

Untuk soalan lisan, ini adalah soalan yang terakhir. Saya mempersilakan jawapan lisan, ini adalah untuk soalan yang terakhir bagi sesi pada pagi ini. Saya mempersilakan Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli, Yang Berhormat Dungun.

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Terima kasih Yang di- Pertua. Soalan nombor 10.

draft • 12:00 PM

10. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan perancangan mentransformasikan sektor agrikomoditi daripada sektor buruh menjadi sektor berkemahiran tinggi dan berasaskan teknologi baharu untuk menarik penyertaan belia tempatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh asing.

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin

Tuan Yang di-Pertua, pihak kementerian sentiasa prihatin dan berusaha untuk melatih dan menggaji pekerja tempatan, khususnya kumpulan belia sebagai langkah untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Sektor perladangan merupakan sektor yang sering dikaitkan dengan sektor 3D iaitu kotor (dirty), bahaya

(dangerous) dan sukar (difficult). KPK telah merangka beberapa inisiatif bagi mentransformasikan sektor agrikomoditi daripada pekerjaan yang berasaskan buruh kepada pekerjaan yang berasaskan teknologi. Antaranya pertama, menggalakkan penggunaan jentera mekanisasi dan automasi. Kerajaan sentiasa menggalakkan penggiat industri untuk mengadaptasi penggunaan jentera berteraskan internet pelbagai benda, internet of things (IoT), peralatan mekanisasi dan automasi di sektor perladangan sawit.

Contohnya, kerja-kerja menyembur racun dan membaja tanaman menggunakan dron, jentera autonomous guided vehicle (AGV), penggunaan mesin

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin

cantas sawit dan lain-lain lagi. Mekanisasi bukan sahaja mempercepat proses kerja dan meningkatkan produktiviti tetapi juga membantu mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja manual dan buruh asing. Selain daripada itu, kerajaan turut memberikan insentif pengecualian cukai melalui elaun modal dipercepat, accelerated capital allowance (ACA) seperti yang telah diumumkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa ucapan pembentangan Bajet 2025 pada 18 Oktober baru- baru ini. Insentif ini membolehkan pemain industri di sektor komoditi menerima manfaat insentif cukai ACA atas pelaburan aset tetap serta penambahbaikan yang telah mereka laksanakan seperti Teknologi Perladangan Pintar (Smart Plantation Technology), automasi dan mekanisasi serta IoT.

Kedua, memperkukuhkan pembangunan modal insan melalui :

(i) penyediaan latihan kemahiran. KPK melalui Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) turut menawarkan berbagai kemahiran yang antaranya Kursus Operasi Mekanisasi Ladang di PLASMA Keratong, Pahang, Sijil Teknologi Getah Akademi Hevea Malaysia di Sungai Buloh, Selangor dan Sijil Operasi Pembuatan Perabot di WISDEC Banting, Selangor. Latihan kemahiran ini dapat meningkatkan skill set dan kompetensi pekerja yang berkemahiran tinggi; dan

(ii) penawaran latihan kemahiran yang berstruktur. Modul latihan kemahiran ini adalah berasaskan TVET dan memenuhi Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) tahap dua dan tiga serta turut mendapat akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Majoriti graduan yang mengikuti bidang ini telah ditawarkan pekerjaan. Inisiatif yang dilaksanakan ini dapat menawarkan laluan kerjaya yang lebih baik kepada golongan muda yang menyertai TVET di sektor agrikomoditi.

Untuk makluman Yang di-Pertua dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat, sewaktu lawatan saya bulan Mei yang lalu ke Ladang Mostyn di Kunak, Sabah, pihak SD Guthrie telah menyasarkan 100 peratus tenaga kerja tempatan menjelang tahun 2027 selain menuai. Melalui kolaborasi latihan bersama IMPAC, sasaran pihak SD Guthrie untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing akan dapat direalisasikan. Ada sikit lagi. Laluan kerjaya yang menarik dengan upah gaji yang setimpal. Peralatan automasi, mekanisasi dan IoT telah mengubah cara

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin

pengoperasian untuk penuaian sawit ke arah yang lebih moden dan berteknologi.

Inisiatif ini secara tak langsung menarik minat golongan muda tempatan bekerja dalam sektor perladangan dan dapat meningkatkan status sosial mereka. IMPAC juga telah menjalankan kerjasama dengan pihak SD Guthrie yang telah melatih belia tempatan untuk menjadi machine specialist dan memperoleh gaji yang memadai iaitu melebihi RM3,000 sebulan.

Keempat, suasana kerja yang kondusif dan selamat seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA). Sekian, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat ‘Jerlun’. Soalan tambahan.

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Terima kasih atas jawapan yang telah diberikan. Apakah matriks atau kayu ukur yang akan digunakan untuk menilai tahap kejayaan transformasi sektor ini daripada sektor buruh kasar menjadi industri berteknologi tinggi? Terutamanya dari aspek peningkatan produktiviti, penyertaan belia ke dalam sektor dan pendapatan peladang tempatan.

Di samping itu, apakah kerjasama yang akan terus dilakukan antara agensi kerajaan, institusi pendidikan dan pemain-pemain sektor swasta dalam memacu transformasi ini? Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, untuk menjawab.

draft • 12:00 PM

Datuk Chan Foong Hin

Ya. Okey. Untuk soalan kayu ukur ini adalah menggunakan pekerjaan gaji yang lebih tinggi untuk golongan belia untuk memasuki dalam sektor perladangan. Seperti contoh, Program Jaminan Kerjaya Harvesting Specialist yang dibangunkan bersama dengan IMPAC dengan Sarawak Plantation Berhad. Ini merupakan satu latihan kemahiran fully mechanized dan high end di dalam spektrum latihan kemahiran sektor perladangan sawit kerana para peserta akan dilatih mengendalikan mesin penuaian pam evo yang diinovasikan oleh SPB.

Mesin tersebut dilengkapi dengan robotic arm yang mampu melakukan kerja-kerja pemangkasan pelepah, penuaian dan pengumpulan buah tandan segar secara kawalan jauh.

draft • 12:00 PM

Datuk Chan Foong Hin

Inisiatif bersama antara IMPAC dan SPB ini bakal membuka satu dimensi baharu dalam bidang latihan kemahiran serta kerjaya sektor perladangan khususnya di segmen upstream bila mana buat julung kali, belia tempatan lepasan diploma bakal dilatih sebagai pakar penuaian (harvesting specialist).

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Rasah.

draft • 12:10 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri ketika menjawab soalan asal. Nampak sangat inisiatif yang cukup menyeluruh daripada kerajaan.

Saya hendak tanya. Dengan adanya penyertaan golongan belia tempatan dalam sektor perladangan, dengan adanya teknologi dan sebagainya, boleh tak satu hari ataupun kita unjurkan 10 tahun dari sekarang, kita menoktahkan keterlibatan ataupun kebergantungan kepada buruh asing? Minta jawapan. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, jawapan.

draft • 12:10 PM

Datuk Chan Foong Hin

Untuk menjawab soalan daripada Rasah ini, sebenarnya seperti tadi yang saya nyatakan, pihak syarikat SD Guthrie telah menyasarkan 100 peratus tenaga kerja tempatan menjelang tahun 2027 selain penuai. So, maksud dia, selain daripada harvester, kesemuanya akan mengubah ke pekerja tempatan.

Isu untuk 100 peratus di mana sampai menuai ini kita pun harus mengupah pekerja tempatan, kita harus masuk ke teknologi yang lebih tinggi seperti, yang saya katakan tadi, seperti Sarawak Plantation Berhad ini ada menginovasikan Palm Evo yang akan mengubah pekerja tempatan dengan kelulusan diploma sebagai harvesting specialist. Itulah cara yang kita akan lakukan. Sekian.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan.

Terima kasih, Yang Berhormat.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 12:10 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Dato’ Yang di- Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai semua giliran ahli yang membahaskan Belanjawan 2025 peringkat dasar seperti senarai pembahas yang akan diumumkan, dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi hari Rabu, 6 November 2024.”

draft • 12:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ada Menteri menyokong?

draft • 12:02 PM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Saya sokong.

draft • 12:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebagaimana masalah yang telah diusulkan perlu diputuskan.

draft • 12:02 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2025 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2025

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”.

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lapan

draft • 12:02 PM

puluh lapan bilion ringgit (RM88,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2025, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2025, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 16 Tahun 2024, adalah diuntukkan di bawah Maksud- maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [4 November 2024]

draft • 12:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, Yang Berhormat, saya akan baca senarai. Terdapat 16 Yang Berhormat akan berbahas atas Dasar. Tirai akan dimulakan dengan Yang Berhormat Stampin, kemudiannya Yang Berhormat Marang, Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Cheras, Yang Berhormat Saratok, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Pasir Salak dan, yang terakhir, Yang Berhormat Ranau.

draft • 12:02 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker.

draft • 12:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ya, Yang Berhormat Jelutong.

draft • 12:02 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Isu peraturan Dewan, Timbalan Speaker.

draft • 12:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Peraturan berapa?

draft • 12:02 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Selamat pagi, Timbalan Speaker. Peraturan 36(6), “Seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa ahli lain”, dan 36(12), “Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan Ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu.” Timbalan Speaker yang saya hormati, kelmarin ketika Timbalan Speaker mempengerusikan Mesyuarat, saya hadir dan Dewan yang mulia ini telah mendengar perbahasan Yang Berhormat Pendang ketika membahaskan belanjawan yang telah dibentangkan.

Dalam perbahasan Yang Berhormat Pendang, beliau telah mengeluarkan kenyataan bahawa menuntut siasatan ke atas satu kes melibatkan kononnya wang RM94 juta yang dijumpai dalam rumah seorang Menteri Sumber Manusia dan beliau

draft • 12:02 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

telah mengulangi kenyataan itu dengan mengatakan bahawa Menteri Sumber Manusia itu adalah Ahli Parlimen DAP.

Saya ketika itu telah bangun dan membangkitkan Peraturan Mesyuarat dan menerima petua daripada Timbalan Speaker bahawa Timbalan Speaker menasihatkan saya untuk memasukkan satu usul. Selepas itu, saya telah mengadakan satu sidang akhbar di luar menuntut supaya Yang Berhormat Pendang mengemukakan bukti, menyatakan di luar Dewan, siapakah Menteri Sumber Manusia yang berkenaan, Ahli Parlimen DAP yang berkenaan.

Dan secara kebetulan selepas saya selesai sidang akhbar itu, saya telah dihubungi oleh Pengerusi Kebangsaan Parti DAP yang secara kebetulan merupakan Ahli Parlimen Bagan yang memaklumkan kepada saya bahawa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan media, di mana dalam kenyataan media tersebut, saya ingin membaca dengan ringkas, “Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menafikan dakwaan penemuan RM94 juta dari kediaman bekas menteri.” Saya bangun pada hari ini kerana saya merasakan bahawa perkara ini adalah satu keterlaluan dan perkara yang merupakan satu pertuduhan liar. Saya menuntut agar Yang Berhormat Pendang supaya menarik balik dan meminta maaf kerana kenyataan itu, saya tahu, telah secara tersurat dan tersirat dihalakan kepada Yang Berhormat Batu Gajah.

Saya mohon, dengan rendah diri, Timbalan Speaker membuat petua atas perkara ini. Terima kasih, Timbalan Speaker.

draft • 12:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Jelutong, dalam isu ini, sebagaimana telah saya keluarkan petua semalam, saya telah mencadangkan perkara ini dirujuk untuk tindakan di bawah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Makna, kalau dari segi legality, tidak semestinya kita ikut apa yang berlaku di mahkamah di luar, kerana Parlimen ada peraturannya sendiri. Saya telah membuat keputusan.

Jadi, apa yang saya lihat di sini, bagi tidak menjadi prejudis, pada dasarnya kalau dilihat secara konvensyen bila melibatkan Peraturan 12(3), di Parlimen mana- mana sekalipun― saya banyak baca New Zealand punya dan di Westminster― walaupun saya ada kuasa sebagaimana Speaker ada, tetapi bila melibatkan peraturan penggantungan, sebagaimana saya telah putuskan dalam petua saya awal, adalah lebih sesuai Speaker sendiri memutuskan, kerana ia berat.

Sebagaimana yang telah berlaku pada Yang Berhormat Machang, suspended for six months.

draft • 12:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

So, it is a serious matter. Pada pandangan saya, is a serious matter kerana apa yang kita ucapkan dalam Dewan ini adalah live dan masyarakat di luar mendengar. Kita ada etiket dan kita ada keintegritian sebagai Ahli Parlimen. Bila kita menuduh, kita bercakap di dalam Dewan ini, memang kita, we are protected dalam Perkara 63 atau 62 Perlembagaan, but that doesn’t mean kita kebal. Kita masih subjected pada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Bagi saya, saya still stand kepada keputusan saya sebagaimana saya telah nyatakan. Saya serahkan kuasa untuk memutus ini kepada Speaker Dewan kerana melibatkan hukuman yang berat. Cara konvensyennya, I don’t have that much power, secara konvensyenlah. Even though I have that authority to do it, but saya serahkan kepada pihak Speaker memutuskan.

draft • 12:02 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih, Timbalan Speaker.

draft • 12:02 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat...

draft • 12:02 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker, saya menerima petua tersebut. Cuma, saya hendak tanya, Yang Berhormat Pendang hadir di Dewan dan kenyataan telah dibuat, saya terima arahan ataupun petua Timbalan Speaker, tetapi apakah kita begitu kebal sehingga boleh mengeluarkan kenyataan dan apabila terbukti bahawa kenyataan itu tidak benar, bukankah kita mempunyai penghormatan untuk bangun meminta maaf dan menarik diri? Menarik balik kenyataan yang telah dibuat. Ataupun, adakah beliau hanya ingin just duduk diam begitu sahaja menggunakan kekebalan Dewan ini?

draft • 12:02 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya hendak tanya Yang Berhormat Pendang dan Timbalan Speaker. Saya juga terkilan kerana kita lihat terdapat kecenderungan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat di sebelah sana membuat kenyataan-kenyataan semberono. [Dewan riuh] Timbalan Speaker...

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bangun]

draft • 12:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang Berhormat di sebelah sana. Mana ada Yang Berhormat di sebelah sana termasuk saya.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini adalah satu 36(6).

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 12:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini pun masalah juga ini.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini 36(6).

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Arau duduk. Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Arau duduk. Saya akan beri ruang untuk bercakap. Habiskan apa yang Yang Berhormat Jelutong hendak bercakap.

draft • 12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Speaker, sekurang-kurangnya Yang Berhormat Pendang sebagai Ahli Parlimen yang dihormatilah. Sepatutnya bangun memandangkan kenyataan beliau dibuktikan tidak benar oleh SPRM. Meminta maaf kepada Dewan yang mulia ini kerana menghina Dewan dan meminta maaf kepada Yang Berhormat Batu Gajah dan menarik balik kenyataan. Bukan duduk di situ senyum sahaja begitu.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sudah Yang Berhormat? Sudah?

draft • 12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Timbalan Speaker.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

Peraturan saya benarkan. Jika peraturan, saya benarkan bercakap. Silakan Yang Berhormat Arau.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

36(6).

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Maaf, 36(4). Jelutong telah mengeluarkan satu...

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

36?

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

36(4). Dia telah mengeluarkan perkataan yang dahsyat, menjijikkan, menjemukan dan meluat. Rakyat Malaysia kepada satu orang Ahli Parlimen yang mengeluarkan perkataan ‘kurang ajar’ kepada Kuantan pada hari Selasa yang lepas. Tetapi saya tidak mahu komen sebab saya hendak bagi peluang Deepavali.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, get to the point. Jangan...

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Get to the point dia tidak menarik balik. Saya suruh pegawai check hari Isnin kelmarin sama ada dalam Hansard ditarik balik ataupun tidak. Perkataan itu tidak ditarik balik. Jadi, ini bermakna Parlimen boleh menggunakan perkataan ‘kurang ajar’.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, inilah. Kami bercakap ini, kami cakap elok-elok. Dia orang suka ganggu. Penggangguan yang besar yang selalu dibuat di Parlimen adalah puak-puak sana.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Jadi, that’s the point lah.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ketergangguan.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Itu yang Yang Berhormat hendak sampaikan.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, saya minta saya bagi dia tempoh 24 jam untuk tarik balik. Kalau tidak, saya akan rujuk beliau kepada 36(12).

Sebab apa? Perkataan tersebut tidak boleh digunakan semberono kepada Ahli-ahli Parlimen.

draft • 12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bangun]

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kita Ahli-ahli Yang Berhormat.

Dia tidak tahulah. Tetapi kami Ahli-ahli Yang Berhormat, kami tidak pernah ganggu pembangkang.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, kalau dia tidak mahu tarik balik, saya akan menggunakan satu perkataan untuk mereka iaitu “Biadab”.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sampai apa yang hendak disampaikan Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau, perkara tersebut telah berlaku beberapa hari yang lepas. Baik, saya cadangkan Yang Berhormat Arau usulkan. Baik.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya minta maaf Yang Berhormat ya. Minta maaf sedikit ya. Bila saya bawa benda ini pada hari Selasa, waktu petang, masa itu Timbalan Speaker yang lain. Dia kata tengok Hansard. Jadi, saya tengoklah Hansard hari Isnin. Dia tidak tarik balik. Dia ada di sini sekarang.

Saya rasa elok dia bangun meminta maaf kepada semua Ahli Parlimen dan juga rakyat Malaysia kerana keterlanjurannya.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, Yang Berhormat.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

24 jam bagi tempoh ya. Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya dapat apa yang Yang Berhormat hendakkan.

draft • 12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker.

draft • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Timbalan Speaker.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Bagi saya – Yang Berhormat Jelutong dan yang lain duduk ya. Seorang-seorang ya. Yang Berhormat Arau, saya telah arahkan, telah putuskan usulkan jika tidak berpuas hati tentang perkara berkenaan ya. Peraturan 17, 18 ada itu dan 27(3). Baik. Yang Berhormat Besut tadi ada hendak bercakap peraturan? Peraturan ya. Kalau bukan peraturan, jangan.

draft • 12:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya, Peraturan 36(6) juga dan 44(2). Bila ditimbulkan oleh seseorang Ahli, apa yang perlu dibuat meletakkan kuasa kepada Speaker untuk menentukan apa hukumannya kalau dia menghina Majlis dan sebagainya. Bukan dengan cara yang Jelutong buat. Minta dia tarik balik.

Yang mengarahkan adalah Speaker. Jadi, dia ini pandai-pandai minta orang lain, Ahli untuk menarik balik. Kalau dia tidak puas hati dengan arahan Speaker, dia buat usul.

Itu sahaja.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, terima kasih.

draft • 12:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jangan-jangan dia hendak ganti Speaker tidak?

[Ketawa]

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

Terima kasih Yang Berhormat Besut.

draft • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Timbalan Speaker, Peraturan 36(12).

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Okey, baik.

36(12) apa dia Kota Melaka?

draft • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Berkaitan dengan kenyataan mengelirukan Dewan, sambungan daripada apa yang disebut oleh Jelutong. Kita menghormati keputusan yang dibuat oleh Timbalan Speaker di mana merujuk kepada Speaker untuk membuat keputusan. Akan tetapi memandangkan Pendang, dia reka sesuatu yang tidak pernah wujud. Itu satu perkara yang...

draft • 12:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Dia mimpi. Pendang mimpi.

draft • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Itu sesuatu yang..

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat duduk. Yang Berhormat.

draft • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Itu sesuatu yang amat mengelirukan Dewan, sesuatu perbuatan yang amat telah menunjukkan satu contoh yang tidak baik kepada rakyat Malaysia. Jadi, selain daripada kita merujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, saya hendak cadang kepada Parlimen supaya masa akan datang jangan lagi bawa ataupun calonkan Pendang untuk mengikut rombongan ke luar negara bersama dengan Speaker ataupun Menteri-menteri yang lain.

draft • 12:20 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat. Yang Berhormat.

draft • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Sebab imejnya, perbuatannya telah merosakkan...

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...Imej Ahli Parlimen di mana merekakan sesuatu yang tidak pernah wujud. SPRM sudah keluarkan kenyataan.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Kota Melaka pun tidak boleh jadi calonlah.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Kota Melaka, duduk.

draft • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

SPRM semalam sudah keluarkan kenyataan apa yang disebutkan oleh Pendang itu adalah tidak benar sama sekali.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Kota Melaka, duduk. Baik, last Yang Berhormat Jelutong. Selepas ini saya tidak mahu ada gangguan.

draft • 12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker, terima kasih. Saya cuma ingin kembali kepada Peraturan 36(4) yang dirujuk oleh Yang Berhormat Arau tadi. Beliau tidak dengar. Saya cakap ‘jangan kurang ajar’. Ada perbezaannya. Kita guna istilah Alor Setar. Kita guna istilah Alor Setar. Bukan ‘mamak pasembur’. Jadi saya kata, ‘jangan kurang ajar’.

So, Timbalan Speaker, saya akan menunggu. Kalau ada usul, saya akan menjawab. Satu. Nombor dua, saya masih lagi berpendirian bahawa kalau berani buat, berani tanggung. Kalau Pendang anak jantan, saya cabar dia bangun dan minta maaf sekarang. Atau ulangi kenyataan itu di luar Dewan.

draft • 12:20 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kalau berani..

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, cukup. Cukup.

draft • 12:20 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Decorum, decorum, decorum. Ya, kita sudah dengar. Saya sudah dengar kedua-dua pihak dan saya telah membuat ruling.

Walaupun saya ada kuasa untuk memutuskan tetapi secara konvensyennya saya serahkan Peraturan 36(12) kepada Speaker untuk putuskan ya. Itu sahaja. Kita balik kepada urusan Mesyuarat. Baik.

draft • 12:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Timbalan Speaker, saya ada usul. Saya baru terima dua surat. Satu daripada..

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat. Usul...

draft • 12:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ya, saya baru terima surat.

draft • 12:20 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Usul apa?

draft • 12:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Usul 36(4).

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang lain Yang Berhormat, tolong diam. Yang Berhormat, Yang Berhormat.

draft • 12:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Peraturan 36(4) dan juga Peraturan 36(12).

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat yang lain tolong diam ya.

draft • 12:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

36(4) adalah menjadi kesalahan bagi..

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, saya tidak habis bercakap dengan kamu. Ya, Yang Berhormat. Nanti, saya selesaikan. Okey, Yang Berhormat lain diam. Tolong. Okey, Yang Berhormat Kampar. Apa dia? Peraturan mana?

draft • 12:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

36(4) adalah menjadi kesalahan bagi Ahli- ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan, biadab ataupun membuat kenyataan yang seksis. 36(12) mengelirukan Dewan. Pada tarikh 23 Oktober, saya telah mengemukakan satu usul terhadap Hulu Terengganu dan juga Alor Setar kerana menggunakan perkataan yang lucah.

Hulu Terengganu menggunakan perkataan “Bukan pundek” dalam Dewan ini dan juga Alor Setar menggunakan perkataan “Bukan mamak pasembur” dalam Dewan. Hari ini saya telah menerima salinan bahawa mereka kedua-dua dibagi sampai tarikh 29 Oktober untuk memberi jawapan terhadap usul yang saya kemukakan ini.

draft • 12:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Jadi, saya hendak dapat petua daripada Dewan. Adakah mereka akan diambil tindakan dan adakah perkataan “Pundek” boleh digunakan dalam Dewan?

Mana boleh kita pakai perkataan ‘bukan’ selepas itu kita cakap apa-apa kita suka dalam Dewan.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat,

draft • 12:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya harap Hulu Terengganu dan Alor Setar tarik balik sebab ini tidak boleh diterima.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Kampar, saya...

draft • 12:20 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat yang lain tolong diam ya.

Saya telah mendapat nota menyatakan Usul Peraturan Mesyuarat Kampar berkaitan di bawah Peraturan 36 seperti mana yang disebut oleh YB Kampar terhadap Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Hulu Terengganu dan Yang Berhormat Kuantan masih lagi dalam pertimbangan Tan Sri Speaker ya. Yang Berhormat Kampar, dengan izin, it is still in the consideration.

draft • 12:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Timbalan Speaker, boleh bagi penjelasan? Hulu Terengganu. Boleh?

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

Boleh. Peraturan berapa Yang Berhormat?

draft • 12:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Sehubungan dengan apa yang Kampar tadi sebut tadi itu. Sebut “pundek, pundek” itu. Dia pun tak faham pundek apa.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, saya rasa pundek dah banyak dah sebut dalam itu. Cukup, duduk.

[Ketawa]

draft • 12:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

So, tak perlu penjelasan. Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Duduk Yang Berhormat. Kita teruskan.

Saya invoke Peraturan 37(2). Okey Yang Berhormat yang lain, duduk ya. Kita mulakan dengan urusan mesyuarat. Saya mempersilakan Yang Berhormat Stampin, 13 minit untuk berucap berkaitan dasar perbahasan perbelanjaan.

draft • 12:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas dalam Bajet 2025. Saya akan menimbulkan beberapa isu untuk pertimbangan kerajaan.

Isu pertamanya adalah berkenaan peruntukan pembangunan. Dalam Bajet 2025, peruntukan pembangunan yang diperuntukkan kepada Sarawak ialah RM5.9 bilion iaitu 6.8 peratus sahaja daripada jumlah RM86 bilion peruntukan pembangunan. Dato’ Yang di-Pertua, saiz tanah Sarawak adalah 124,450 kilometer persegi iaitu lebih kurang 36 peratus daripada jumlah keseluruhan tanah Malaysia.

Dengan keluasan tanah yang begitu besar, pastinya Sarawak memerlukan lebih banyak dana pembangunan untuk mengejar tahap pembangunan antara Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Kalau mengikut jumlah penduduk pun, Sarawak mempunyai 2.9 juta penduduk pada tahun 2022 iaitu lebih kurang sembilan peratus daripada jumlah keseluruhan 32 juta penduduk di negara kita. Jadi dari segi keadilan untuk Sarawak, peratusan peruntukan pembangunan paling minimum untuk Sarawak sepatutnya ialah sembilan peratus daripada jumlah peruntukan pembangunan iaitu RM7.74 bilion untuk tahun depan dan bukannya RM5.9 bilion.

Oleh itu, saya menggesa kerajaan untuk membuat anggaran mengikut perkadaran itu dalam bajet pembangunan dalam tahun depan.

Isu kedua yang saya ingin sebut adalah mulai 1 Januari 2025, penggunaan e-Invoice akan dilaksanakan untuk perniagaan dengan perolehan tahunan atau ambang pendapatan antara RM25 juta hingga RM100 juta. Mulai 1 Julai 2025, e- Invoice akan dilaksanakan untuk semua perniagaan yang mempunyai perolehan tahunan antara RM150,000 hingga RM25 juta. Threshold RM150,000 ini untuk perniagaan untuk mematuhi dasar e-Invoice adalah terlalu rendah. Peniaga-peniaga kecil yang kekurangan infrastruktur IT dan sumber yang terhad akan menghadapi kesukaran. Mana-mana peniaga dan juga penjaja yang mempunyai purata hasil kasar RM420 sehari akan melebihi threshold itu dan perlu menanggung kos tambahan untuk memasang infrastruktur IT bagi mematuhi dasar e-Invoice ini.

Kebanyakan penjaja tidak mempunyai sebarang peralatan IT untuk invois. Dengan pelaksanaan dasar ini, ramai daripada mereka akan terpaksa menanggung perbelanjaan tambahan untuk mendapatkan peralatan dan perisian yang diperlukan.

Oleh itu, permintaan daripada orang ramai terutamanya penjaja dan peniaga kecil supaya threshold ini dinaikkan kepada RM500,000.

Isu ketiga, saya menyokong...

draft • 12:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Stampin, saya hendak masuk sikit boleh? Pasal e-Invoice. Di bawah sana Stampin, selain daripada infrastruktur, yang banyak diceritakan di bawah sana adalah berkaitan dengan penerangan. Kita terima banyak aduan daripada peniaga-peniaga kecil dan sederhana khususnya di bawah sana bahawa tidak ada satu program penjelasan oleh kerajaan kepada peniaga- peniaga berkaitan dengan invois. Kalau adapun, banyak yang kena bayar. Yang ini yang ramai kompelin, ada yang nak kena bayar RM500, ada yang nak kena bayar RM600. Jadi, kita mohon pada kerajaan banyakkan lagi majlis atau program penjelasan kepada peniaga-peniaga kecil di bawah sana. Terima kasih Stampin.

draft • 12:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Terima kasih. Boleh masukkan apa yang disebutkan dan dicadangkan kepada perbahasan saya.

Isu ketiga, saya menyokong kenaikan gaji minimum kepada RM1,700 yang akan dilaksanakan mulai 1 Februari 2025 untuk semua majikan kecuali yang mempunyai pekerja kurang daripada lima orang yang perlu mematuhi kadar gaji minimum ini bermula daripada 1 Ogos 2025. Walaupun terdapat segelintir pihak yang bersuara menentang dasar ini, tetapi statistik DOSM menunjukkan dengan jelasnya bahawa pekerja kami adalah underpaid atau pembayaran gaji tidak setimpal dengan hasil usaha yang diberikan.

KDNK nominal Malaysia bagi tahun 2023 berjumlah RM1.8 trilion. KDNK pendekatan pendapatan iaitu GDP income approach mempunyai dua komponen utama iaitu pampasan pekerja (compensation of employees ) iaitu jumlah gaji semua pekerja di negara ini dan gross operating surplus iaitu keuntungan semua majikan atas barangan dan perkhidmatan yang mereka hasilkan selepas mereka membayar pekerja mereka. Dalam laporan yang dikeluarkan oleh DOSM bagi tahun 2023, compensation of employees kami hanya merupakan sumbangan 33 peratus daripada KDNK negara, manakala gross operating surplus menyumbang 65 peratus daripada KDNK negara.

Pada tahun 2023, jumlah penduduk negara kita lebih kurang 34 juta di mana 70 peratus iaitu 23.8 juta orang adalah dalam tenaga buruh yang menyumbang kepada KDNK kita sama ada sebagai pekerja atau sebagai majikan. Daripada 23.8 juta tenaga buruh ini, 16 juta iaitu dua pertiga or 67 peratus adalah pekerja.

Selebihnya, satu pertiga daripada itu adalah majikan. Namun, dua pertiga pekerja itu hanya mempunyai 33 peratus syer dalam KDNK kita, manakala satu pertiganya majikan itu mempunyai 65 peratus syer dalam KDNK kita. Dalam kebanyakan negara maju, syer pampasan pekerja dalam KDNK mereka adalah melebihi 50 peratus.

draft • 12:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Angka perangkaan ini dalam layman’s terms bermakna pekerja negara kita mendapat gaji yang terlalu rendah. Adalah mustahil untuk bergantung kepada kuasa pasaran untuk membetulkan ketidaksembangan ini kerana ada perbezaannya bargaining power di antara majikan dan pekerja. Oleh itu, adalah lebih baik dan wajar untuk kerajaan mengambil langkah untuk meningkatkan kadar gaji minimum supaya pekerja mendapat bahagian yang lebih adil daripada pai ekonomi negara kita.

Isu keempat, ramai yang terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri bahawa majikan mesti mencarum kepada KWSP untuk pekerja asing. KWSP adalah untuk tujuan tabung persaraan seseorang. Pekerja asing ini tidak akan bersara di Malaysia dan dengan ini, menggagalkan tujuan KWSP untuk pekerja asing ini. Lagi, ini akan bermakna tambahan 12 peratus atau 13 peratus kos kepada majikan.

Anggaran Malaysia Employers Federation adalah ia akan merupakan kos tambahan lebih kurang RM8 bilion setahun untuk majikan di negara kita.

Oleh itu, adalah permintaan daripada pihak majikan supaya kerajaan membatalkan dasar tersebut. Saya juga berkongsi pandangan mereka bahawa kerajaan harus menjaga rakyat dan sektor perniagaan kita sendiri daripada memberi keistimewaan tambahan kepada pekerja asing. Oleh yang demikian, saya menggesa kerajaan untuk membatalkan dasar mengenai bayaran KWSP kepada majikan untuk pekerja asing.

draft • 12:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Isu kelima, walaupun saya mengakui bahawa mungkin terdapat keperluan bagi kerajaan untuk memperkenalkan subsidi petrol RON95 bersasar. Saya rasa kerajaan harus melaksanakan dasar subsidi bersasar tersebut dengan berhati-hati.

Sebagai Ahli Parlimen Sarawak, saya merayu bahawa jikalau kerajaan meneruskan dasar subsidi bersasar untuk RON95 ini, Sarawak dikecualikan daripada dasar ini seperti dasar subsidi bersasar ke atas diesel.

Sarawak merupakan negeri pengeluar minyak utama. Minyak dari Sarawak membantu menjana pendapatan yang besar untuk Kerajaan Persekutuan. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ia juga membantu menjana pendapatan yang besar kepada kerajaan negeri melalui roti dan cukai jualan. Namun, rakyat Sarawak tidak dapat menikmati manfaat daripada sumber asli ini dan negeri yang datang dari negeri sendiri. Harga yang lebih rendah untuk RON95 adalah wajar untuk rakyat Sarawak di Sarawak. Oleh itu adalah rayuan saya bahawa sekurang-kurangnya rakyat Sarawak harus menikmati harga RON95 yang lebih rendah di Sarawak.

Isu keenam iaitu berkenaan dengan satu tender untuk kontrak perkhidmatan sokongan klinik di Sarawak. Kontrak tersebut merangkumi facility engineering

draft • 12:40 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

maintenance service, biomedical engineering maintenance service dan cleansing services untuk 25 poliklinik di seluruh Sarawak untuk masa 40 bulan bermula 1 Januari 2025. Saya didapati ada unsur hanky-panky dalam proses tender untuk kontrak tersebut. Walaupun syarikat yang terpilih dalam dokumen tendernya menawarkan harga RM62 juta dan tetapi pengiraan semula oleh jawatankuasa tender itu mendapati bahawa mengikut harga perincian yang disebutkannya, harga sebenar dalam tender yang dibentang oleh syarikat itu adalah lebih daripada RM100 juta iaitu 67 peratus lebih harga tawaran syarikat tersebut.

Pada masa ini Surat Setuju Terima iaitu SST belum dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dan syarikat lain yang ada juga ambil bahagian dalam tender tersebut telah kemukakan surat bantahan. Oleh itu, saya seru kepada kerajaan untuk semak semula tender itu supaya kita tidak terpedaya dan wang rakyat tidak dibazirkan. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Stampin. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Marang sebagai Ketua Parti, 20 minit.

[Tepuk]

draft • 12:40 PM

Tan Sri Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya mulakan ucapan perbahasan berkenaan dasar sahaja. Dengan firman Allah Wa Ta’ala, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] , “Sesungguhnya Allah memerintah kamu, supaya kamu menyerahkan segala amanah tanggungjawab pada orang yang ahli yang layak menerima dan menunaikannya dan apabila kamu melaksanakan hukum memerintah, mentadbir, membuat keputusan terhadap semua manusia hendaklah berlaku adil”. Menunjukkan bahawa menunaikan amanah tanggungjawab ahli yang merupakan konsep yang penting dalam melaksanakan bajet. Peruntukan yang besar-besar walaupun berganda-ganda jumlahnya, tidak memberi apa-apa erti sekiranya tidak menunaikan tanggungjawab dengan betul dan tidak adil dengan cara yang menyeluruh akan jadi laksana mencurah garam dalam lautan yang luas. Ada yang dimaksudkan ialah merangkumi segala aspek. Bukan sahaja aspek kehakiman mahkamah, aspek ekonomi termasuklah aspek peribadi.

Islam meletakan adil terhadap diri sendiri, sanggup menghukum diri dengan keluarga sendiri, menentukan pertolongan dengan betul kepada siapa sahaja

draft • 12:44 PM

Tan Sri Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

termasuk terhadap musuh bukan sahaja terhadap kawan dan sahabat. Inilah adil mutlak yang ada dalam Islam berpandukan firman Allah Wa Ta’ala [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Wahai orang-orang yang beriman, tiadalah kamu orang yang berani menegakkan adil untuk semua di hadapan Allah”, termasuk adil terhadap diri kamu sendiri, kedua ibu bapa kamu, kaum keluarga sekalipun dia kaya atau dia miskin, Allah lebih utama dipatuhi dan ditaati. Jangan kamu ikut hawa nafsu kamu untuk melakukan adil, melakukan bias, melakukan tindakan yang tak betul, Allah tahu apa yang kamu buat.

Firman Allah Wa Ta’ala [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Jangan dengan sebab kamu bermusuh dengan satu puak, seseorang lalu kamu tak berlaku adil”. Berlaku adilah itu lebih hampir pada takwa. Adil terhadap diri, Islam mentakrifkan adil diri ini dia tidak melakukan dosa besar, tidak fasik, tidak bohong, tidak menipu, tidak mungkir janji. Orang yang menipu, yang bohong, yang mungkir janji, tak betul dalam tindakannya sama ada dia pemimpin, dia sakti, dia hakim, dia siapa sahaja.

Peribadinya mestilah konsisten menegakkan yang adil terhadap siapa sahaja.

Kita sedang menyaksikan krisis ini dalam dunia pada hari ini. Manusia hilang kemanusiaannya, lebih kepada kebinatangan. Apa yang berlaku di Gaza, di Palestin, tidak menghormati undang-undang antarabangsa, mahkamah antarabangsa, PBB, Pertubuhan Hak Asasi Manusia. Pembunuhan terhadap orang tua, terhadap kanak- kanak, terhadap orang sakit, kuburan pun dia serang, rumah ibadat, gereja, masjid, sekolah dimusnahkan oleh negara yang dianggap paling demokrasi.

draft • 12:44 PM

Tan Sri Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Dibantu oleh kuasa besar Amerika, Eropah dan sekutunya yang dianggap paling demokrasi yang memperjuangkan hak-hak asasi manusia, menguasai Tabung Kewangan Antarabangsa, Bank Dunia dan pertubuhan antarabangsa menyebabkan banyak negara-negara yang menjadi makmum termasuk negara kita tak berani nak bertindak dengan keras secara bersekutu dan bersama dengan banyak negara- negara yang melahirkan tidak puas hati apa yang berlaku.

Negara Amerika Latin mengambil tindakan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel, membatalkan normalisasi dengan Israel. Afrika Selatan bawa pergi ke Mahkamah Antarabangsa. Sepatutnya negara Islam lah. Malaysia lah di antaranya yang berani. Ini tidak berani. Kita membuat kenyataan yang berdegar- degar menyokong rakyat Palestin, dalam masa yang sama mengikut polisi yang dibawa oleh negara besar yang membantu Israel dengan senjata yang berpura-pura dengan perdamaian, membawa pendekatan two-state solution.

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Penyelesaian dua negara yang ditolak oleh Israel, ditolak oleh Zionis, memaksa orang lain menerima pendekatan ini, maka korban terus berlaku. Hari ini kita perlu membuat muhasabah terhadap sikap kita. Kita kembali kepada pelaksanaan bajet yang konsisten dengan cara yang betul.

draft • 12:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Marang, minta laluan. Berkaitan dengan Israel.

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Ya.

draft • 12:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih Marang, Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan apa yang diperkatakan oleh Marang iaitu Israel, kita menentang habis-habisan. Bukan sahaja Israel tetapi bersetuju tak Marang bahawa dalam keadaan menentang tersebut, kita menjual saham BlackRock kepada pembekal senjata utama kepada Israel? Adakah itu satu tindakan yang munafik dilakukan oleh kita? Terima kasih Yang di-Pertua.

[Tepuk]

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Ya. Saya bersetuju. Masukkan ucapan Hulu Terengganu dalam ucapan saya.

[Tepuk] Allah Taala mengarahkan Nabi kita Muhammad SAW dalam mengagihkan bajet. Firman Allah Taala.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] , “Apa-apa yang Allah kurniakan pada Rasulnya, hasil diambil daripada penduduk negeri maka bagi Allah, bagi Rasul, bagi keluarganya, anak-anak yatim, orang miskin dan orang musafir yang putus perbelanjaan dan bekalan supaya harta tidak berpusing di kalangan orang-orang yang kaya sahaja”.

Allah memperuntukkan 20 peratus kepada Nabi Muhammad SAW. Ada peruntukan untuk Nabi bagi diri dia, bagi keluarga dia dan Nabi tak guna 20 peratus ini untuk diri dia. Dia gunakan untuk membantu orang lain yang tak ada dalam peruntukan yang lain. Orang kawasan pedalaman memerlukan bantuan, termasuklah orang musafir yang putus belanja dalam perjalanan, diberi. Ini tindakan Rasulullah walaupun ada orang kita nak tunjuk lebih daripada Rasulullah, tanpa terima gaji dan sebagainya. Itu cerita lainlah.

[Tepuk] Tetapi, Nabi ada peruntukan untuk dia. Untuk keluarga dan anak-anak dia ada. Namun, tak dikebas, tak melampau. Kadang-kadang tak cukup kerana lebih banyak peruntukan diberi kepada orang lain. Apa yang menarik ialah Islam laksanakan konsep negara MADANI Hidayah, bukan negara MADANI Jibayah.

Istilahnya, negara MADANI Hidayah negara MADANI yang bertamadun berdasarkan petunjuk Allah. Yang Jibayah ialah bergantung pada cukai. Islam tidak menambahkan peruntukan dengan mengenakan banyak cukai, menambahkan cukai, ada cukai, bukan tak ada. Tetapi, memusing harta yang ada, hasil yang ada

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

itu, menambahkan hasil negara tanpa memanfaatkan lepasan satu cukai kepada rakyat.

Sebagai satu contoh, apabila Islam dalam hubungan antarabangsa menggalakkan pelaburan asing negara luar yang bukan Islam yang tidak ekstrem termasuk dengan orang bukan Islam yang tidak ekstrem, yang negaranya tak ada hubungan diplomatik dengan Islam, berperang dengan Islam tetapi ada individu, syarikat-syarikat dia yang tak ekstrem, dibenarkan melabur dalam negeri Islam.

Kerana wujudnya keamanan dalam negeri Islam, mereka datang. Tak ada rasuah dalam negeri Islam, mereka datang, mereka datang.

Apabila mereka datang melabur menyebabkan hasil negara bertambah, cukai bertambah, dalam masa yang sama kemudahan-kemudahan untuk menggalakkan hasil dan perkembangan tamadun iaitu sebagai satu contoh Islam membenarkan duit zakat untuk membina hotel.

Disebut dalam bahasa lama dengan musafir khanah, disebut dalam Quran.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Rumah yang bukan rumah kamu, kamu boleh masuk ke dalamnya”, dalam Surah An-Nur.

Diambil duit zakat, dia buat hotel percuma. Ada yang hotel kena bayar tapi makanannya percuma. Daripada duit zakat. Menyebabkan orang datang berkunjung ke rumah-rumah wakaf ini. Apabila ada rumah wakaf menyebabkan ada jualan, ada perniagaan. Apabila perniagaan, ada pertandingan, ada ternakan, ada macam- macam. Menambahkan hasil zakat, menambahkan hasil cukai. Orang bukan Islam dikenakan cukai kharaj, jizyah. Kharaj ialah cukai tanah. Jizyah ialah cukai keselamatan. Kita beri kepada mereka, usaha itu ke import dan eksport.

Orang Islam zakat perniagaan, pertanian dan sebagainya. Hasil bertambah dengan ada musafir khanah. Tak perlu menambah cukai kepada rakyat. Ini diajar oleh Islam. Ini selepas cukai, cukai. Selepas cukai, cukai. Naik lagi, naik lagi. Itu cara yang tak betul, cara yang diajar oleh negara kapitalis termasuk macam negara dunia yang dianggap maju dan kekayaannya berpusing di kalangan orang yang tertentu sahaja.

Satu lagi untuk menjamin keadilan itu berlaku. Mestilah ada kebebasan untuk memberi nasihat kepada kerajaan. Ini kita ada 3R pula. 3R ini tak boleh nak sentuh.

Pemimpin tak boleh sentuh, kalau salah agama tak boleh sentuh. Banyaklah tak boleh sentuh. Sedangkan Allah SWT sebut dalam Quran. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Hendaklah berpesan-pesan dengan yang benar dan berpesan dengan sabar”. Nabi kata...

[Berucap dalam bahasa Arab] “Agama itu nasihat”. Sabar dan nasihat untuk siapa? Nasihat untuk Allah, untuk Rasul, untuk kitabnya, untuk Raja-

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

raja dan pemimpin-pemimpin. Nasihat untuk semua orang, dibenarkan nasihat. Ini diajar orang Islam supaya kita kena sedar bahawa kerajaan manusia ini bukan kerajaan yang maha berkuasa, maha suci. Tidak. Manusia ada kelemahan- kelemahan.

Yang boleh membetulkan kerajaan ialah nasihat-nasihat itu. Apabila kita bawa 3R ini akan jadi tertutup. Kerajaan boleh buat apa sahaja, kelemahan- kelemahan dia tak boleh ditegur dan sebagainya. Kalau tegur, macam-macamlah, kena halau Dewan kang. Kena halau Dewan pun ada. Tak boleh masuk Dewan. Ada tindakan-tindakan. Polis datang siasat. Saya dekat berpuluh kali polis datang siasat.

Tetapi, bila polis datang siasat, saya jawablah “Saya akan jawab di mahkamah”.

Senang sahaja polis tulis. “Jawab mahkamah, jawab mahkamah, jawab mahkamah”.

Sekejap, lima minit dah selesai.

[Ketawa] [Tepuk] Selesai. Itulah. Saya tunggulah bila mahkamah nak bicara. Itu sahaja. Yang penting ini ialah kita jangan tutup pintu nasihat ini. Nasihat ini sangat penting. Tiap- tiap orang ketua negara Islam. Abu Bakar al-Siddiq Radiallahuanhu dalam ucapan dasar mula-mula dilantik jadi ketua negara. “Kalau saya betul, tolong saya. Kalau saya salah, tegur saya. Taat saya kalau saya betul. Kalau saya salah, jangan taat saya”.

Sayidina Umar mengatakan, “Kalau saya betul, tolong saya. Kalau saya salah, tegur saya”*.

[Tepuk]* Lalu, seorang yang hadir mengatakan, “Wahai Amirul Mukminin, kalau silap saya akan tegur dengan keras, dengan keras.” “Walaupun keras, pun tak apa. Keras pun tak apa. Tegurlah saya, saya akan terima nasihat”.

Pernah dalam peristiwa Sayidina Umar menyampaikan ucapan sebagai ketua negara. Sampai ucapan, lepas dia berucap, perempuan tegur dia. Seorang wanita biasa tegur dia. “Wahai Amirul Mukminin, ucapannya salah. Tak betul”.

Dia, setelah dia turun daripada mimbar, dia naik semula. Lalu, dia mengatakan bahawa.

[Berucap dalam bahasa Arab] “Perempuan itu betul, Umar salah”. Dia tarik balik kesilapan dia yang berkait dengan hak wanita. Sampai begitu sekali.

draft • 12:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Marang.

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Ini cara terbuka yang diajar oleh Islam.

draft • 12:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Marang, sekali lagi.

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Ya, sila.

draft • 12:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ya. Minit-minit terakhir ini.

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Ya.

draft • 12:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Marang ada terangkan tadi bahawa sebuah kerajaan mestilah berlaku adil dan bila adil tidak menipu dan tidak kecek dan lebong. Soalan saya Yang di-Pertua, pada 14 hari bulan, saya melihat satu podcast daripada SETPOL PMX Kanan, Setiausaha Politik Kanan yang mengatakan bahawa ketika malam bilang undi tersebut jangan marah ataupun jangan bantah bilangan undi tersebut kerana dikatakan bahawa dah ada pakatan antara PMX dan Presiden UMNO untuk menubuh kerajaan. Bermakna bahawa pakatan tersebut dah bermula pada malam bilang undi untuk nak menipu rakyat. Apa pandangan Marang?

Apakah boleh dinamakan kerajaan inilah kerajaan ketimbang – kencing, tipu, sembang? Terima kasih.

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Ketimbang? Oh.

Itu satu perkataan baru itu. Saya tak pernah dengar. Itu balik – insya-Allah, saya akan balik buka kamus. Tanya apa makna dia.

draft • 12:50 PM

Seorang Ahli

Ketimbang.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Ketimbang itu apa makna dia? Makna sembang kah, makna kelentong kah, makna apa wallahualam. Tak tahu. Kalau kita start buka pintu dengan kelentong, sampai akhir jadi kelentong lah.

[Tepuk] Walau apa pun jadi, tanggungjawab kita ialah memberi nasihat, membetulkan dengan tegas, dengan berani, dengan tak berganjak. Insya-Allah kita akan tunai tanggungjawab ini kerana kita diamanahkan oleh rakyat untuk menjadi Ahli-ahli Parlimen yang menegur dan mengkritik, menyokong apa yang betul, menentang apa yang salah.

[Tepuk] Memberi pandangan-pandangan yang baik dan Nabi mengajar kita.

[Membaca sepotong hadis] “Jihad yang paling afdal ialah berani bercakap benar di hadapan pemerintah yang salah”.

[Tepuk] Ini Nabi ajar kepada kita. Islam menggalakkan pendamaian bukan huru-hara.

Apa lagi sesama kita dalam satu tanah air. Oleh sebab itu, kita menentang puak- puak ekstrem, membawa perkataan yang ekstrem, yang melampau dalam tanah air sendiri. Ini satu pendekatan yang salah. Kita harap tidak berlaku di Malaysia ini kerana pendekatan ekstrem ini akan mengundang campur tangan asing ke dalam diri kita yang boleh mengundang perang proxy. Perang proxy, perang menjadi wakil orang.

Sekarang ini masalah ekonomi, bila kita bergaduh sesama sendiri, dia datang. Negara ini jual senjata, negara ini jual senjata, kita guna duit kita bayar ke

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

dia, guna duit ini bayar ke dia. Duit kita habis, nyawa kita korban. Kita yang habis, dia yang dapat duit, ini. Macam orang Melayu kata, “Lesung dengan alu berlaga, yang kenyangnya ayam”. Tak ada apa-apa faedah.

Alhamdulillah, negara kita tak berlaku lagi macam itu. Walaupun kita berdebat dalam Parlimen, berkelahi dalam Parlimen. Tajam! Tetapi, tak sampai lah – Ada Parlimen negeri lain dah bertumbuk. Parlimen negeri lain, lepas bertumbuk, keluar berperang. Guna senjata. Tempat kita tak ada. Dengan sebab itulah, PAS menarik diri daripada reformasi.

Apabila kerajaan, apabila puak-puak sana lah buat reformasi dulu, kita turun sama mula-mula itu kerana orang tepuk belakang. Bagi semangat. Apabila turun berarak, bergaduh dengan polis. Polis pun anak-beranak kita juga, puak kita juga.

Bergaduh! Tak ada fasal-fasal bergaduh. Rupanya kita yang banyak masuk lokap.

Hok yang kuat-kuat itu, semangat itu, duduk belakang.

[Tepuk]

draft • 12:50 PM

Seorang Ahli

Lari.

draft • 12:50 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Lari. Sedar-sedar jadi Perdana Menteri.

[Ketawa] [Tepuk] Sudah, cukuplah. Sekian, terima kasih.

*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Tepuk]*

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Marang. Masa sekarang pukul 1.04 minit. Dengan itu, Mesyuarat ditangguh sehingga jam 2.30 petang.

draft • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.04 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Baik kita sambung perbahasan, saya menjemput Port Dickson.

Silakan.

draft • 2:30 PM

Dato’ Seri Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Okey, terima kasih.

draft • 2:32 PM

Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul

Masih lagi 13 minit, Port Dickson.

draft • 2:32 PM

Dato’ Seri Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillahirrabbila’lamin.

draft • 2:32 PM

Dato’ Seri Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Ahli-ahli Yang Berhormat, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam Malaysia MADANI. Jiwa Merdeka. Terlebih dahulu, Port Dickson ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan di atas kesungguhan membentangkan Belanjawan 2025, pada 18 Oktober 2024 yang lalu, dengan tema “Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat” yang mencerminkan usaha kerajaan MADANI untuk memacu pertumbuhan ekonomi yang inklusif.

Memastikan kemajuan yang mampan dan membina masa depan yang lebih sejahtera untuk rakyat Malaysia dengan 3 tumpuan utama iaitu:

(i) memperkukuhkan kedudukan fiskal dan penyampaian perkhidmatan awam;

(ii) menggalakkan daya saing dan pelaburan berkualiti; dan

(iii) meningkatkan taraf hidup rakyat dan perlindungan sosial.

Tan Sri Yang di-Pertua, Belanjawan 2025 yang bernilai RM421 bilion adalah satu jumlah belanjawan negara yang tertinggi setakat ini bagi tujuan menyokong pertumbuhan ekonomi negara. Pertumbuhan ekonomi dan dasar kebijakan fiskal adalah asas kepada pembangunan mampan, seterusnya akan memastikan keperluan generasi kini dan masa depan dipenuhi. Pertumbuhan ekonomi kepada peningkatan hasil negara, melalui produktiviti pelaburan dan infrastruktur dan pembangunan sektor berpotensi yang memberikan kesan kepada periuk nasi rakyat dan perkhidmatan kerajaan.

Dasar kebijakan fiskal pula melibatkan pengurusan pendapatan dan perbelanjaan kerajaan yang berkhidmat termasuklah perancangan cukai yang adil, subsidi bersasar dan pengurusan hutang yang bertanggungjawab.

Tan Sri Yang di-Pertua, pelaburan dalam sumber manusia seperti pendidikan, latihan, kemahiran dan kesihatan adalah penting bagi memastikan tenaga kerja mahir dapat dihasilkan secara konsisten yang akan menjadi aset utama bagi pertumbuhan ekonomi mampan bagi mencapai unjuran pertumbuhan ekonomi, KDNK antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus pada tahun 2025. Kerjasama antara kerajaan pemegang taruh dan pemain industri adalah penting. Ini meliputi usaha menggalakkan pelaburan, memajukan inovasi, meningkatkan daya keusahawanan dan menyediakan persekitaran perniagaan kondusif.

Sebelum pergi lebih jauh lagi, Port Dickson ingin mengucapkan tahniah kepada semua agensi pemungut hasil negara yang bersungguh-sungguh bagi meningkatkan hasil kutipan mereka. Kutipan hasil yang bersungguh-sungguh dan berani telah membawa negara lebih cemerlang pada Belanjawan 2025 ini. Dengan

draft • 2:32 PM

Dato’ Seri Aminuddin bin Harun - Port Dickson

keyakinan ini, Port Dickson yakin unjuran kutipan hasil boleh dicapai malah mungkin akan lebih baik. Justeru, Port Dickson mengharapkan agar reformasi belanjawan kali ini akan memperkukuhkan ekonomi negara dan memastikan pertumbuhannya berterusan.

Tan Sri Yang di-Pertua, dalam Belanjawan MADANI 2025, kerajaan telah mencadangkan cukai jualan dan cukai perkhidmatan, SST akan dilaksanakan secara lebih progresif yang bertujuan memperkukuhkan hasil negara tanpa membebankan rakyat berpendapatan rendah. Di mana cukai jualan tidak akan dikenakan ke atas barang makanan asas seperti barangan premium seperti barangan makanan asas, seperti yang dikenakan adalah barang premium yang diimport, serta skop cukai perkhidmatan akan diperluas meliputi perkhidmatan komersial antaranya peniagaan seperti perkhidmatan kewangan berasaskan fi.

Port Dickson ingin memajukan beberapa persoalan bagi tujuan pencerahan terkait isu cukai jualan dan perkhidmatan. Adakah perluasan cukai perkhidmatan akan memberikan kesan kepada kelangsungan perusahaan kecil dan sederhana, yang mungkin bergantung kepada perkhidmatan yang akan dikenakan cukai tambahan ini.

Sejak ...

[Tidak jelas] .. kedua sejauh manakah sesi libat urus dan persiapan industri dilaksanakan untuk memastikan pelaksanaan progresif SST ini tidak menunggu aliran peniagaan ataupun menyebabkan ketidakstabilan harga di pasaran. Dan yang ketiga, bagaimana hasil daripada SST yang ditambah baik akan diagihkan semula terutamanya kepada PKS tempatan bagi menggalakkan kelangsungan kecemerlangan PKS tempatan.

Kerajaan juga merancang memperkenalkan cukai dividen sebanyak dua peratus ke atas dividen yang melebihi RM100,000 atau pegangan saham yang bernilai RM2 juta bagi individu atau syarikat dengan pengecualian untuk dividen dari dana kerajaan seperti KWSP dan amanah saham bumiputera. Saya berharap pendekatan ini akan meningkatkan keadilan dalam struktur cukai negara dengan melibatkan individu berpendapatan tinggi, namun, ada beberapa persoalan yang ingin saya kemukakan. Apakah status cukai dividen ini terhadap individu yang beragama Islam kerana mereka juga membayar zakat sebanyak 2.5 peratus?

Adakah pelepasan cukai dividen terhadap individu tersebut memandangkan telah membayar zakat?

Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya Port Dickson ingin fokus kepada iltizam ketiga Belanjawan MADANI 2025 iaitu mensejahtera rakyat ke tahap bahagia. Dalam perbahasan hari ini, sebagai reaksi kepada usaha pelaksanaan cukai dan

draft • 2:32 PM

Dato’ Seri Aminuddin bin Harun - Port Dickson

penyasaran subsidi kepada rakyat oleh kerajaan MADANI, pelaksanaan cukai kepada golongan maha kaya, bukan satu retorik bagi kerajaan MADANI. Sejak 2023, usaha yang sangat proaktif telah dilaksanakan bagi memastikan segala hasil negara dapat dikumpul dengan adil dan dikembalikan semula kepada rakyat terbanyak dalam pelbagai bentuk seperti pendidikan, kesihatan, kebajikan dan pembangunan.

Begitu juga dengan usaha mensasarkan pemberian subsidi kepada rakyat yang sering disalahertikan oleh rakan-rakan pembangkang. Pemberian subsidi disasarkan kepada 85 peratus rakyat Malaysia bukan diberikan kepada warga asing ataupun kumpulan terkaya di Malaysia.

Saya mulakan dengan perihal sektor pendidikan di negara kita, bangunan sekolah yang selesa dan peralatan pembelajaran yang serba lengkap, akses kepada teknologi digital serta kemudahan asas seperti perpustakaan dan makmal sains adalah keperluan asas yang mesti diberi perhatian oleh kerajaan MADANI.

Infrastruktur yang lengkap dan terkini bukan sahaja meningkatkan kualiti pembelajaran tetapi juga menjadikan taraf pendidikan lebih menarik dan berinteraktif kepada anak-anak kita. Ini bagi memastikan kehadiran anak-anak ke sekolah dapat ditingkatkan sekurang-kurangnya 95 peratus.

draft • 2:32 PM

Dato’ Seri Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Bukan itu sahaja, hala tuju pendidikan negara juga perlu seiring dengan keperluan semasa. Adaptasi teknologi digital dalam semua tahap pendidikan sudah menjadi perkara teras yang akan memberi kesan kepada tahap pencapaian pelajar- pelajar di negara kita. Dalam konteks Negeri Sembilan, kami ingin menekankan keperluan mendesak untuk menambah baik infrastruktur di sekolah-sekolah bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif.

Port Dickson amat berterima kasih kepada Menteri Kewangan yang memberi tumpuan kepada kantin dan musolla sekolah dalam Belanjawan 2025. Telah tiba masanya, fasiliti kantin dan musolla yang uzur juga perlu dinaik taraf untuk menyediakan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat bagi warga sekolah.

Namun begitu, keadaan bumbung yang uzur serta sistem perpaipan yang sering mengalami kerosakan dan memerlukan pembaikan secara menyeluruh. Fasiliti bilik guru yang juga perlu dipertingkatkan bagi menjamin kesejahteraan dan keselesaan para guru dalam melaksanakan tugas mereka dengan lebih efektif.

Selain itu, penyelenggaraan berkala amat penting untuk sistem pendawaian elektrik, sistem pencegahan kebakaran, sistem pendingin hawa bagi memastikan keselesaan dan keselamatan semua warga sekolah. Tambahan pula terdapat keperluan untuk membina dewan terbuka berbumbung bagi aktiviti murid yang akan

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Aminuddin bin Harun - Port Dickson

membolehkan mereka berinteraktif dan selesa walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.

Tidak ketinggalan padang-padang sekolah perlu diselenggara secara berkala bagi memastikan murid-murid dapat menjalankan aktiviti sukan dan kokurikulum dengan selamat dan berkesan. Oleh itu, penyediaan kemudahan dan penyelenggaraan yang baik di semua aspek ini amatlah penting bagi keselesaan, keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga sekolah.

Selain daripada itu, saya melihat ada keperluan yang mendesak iaitu pembinaan sekolah baru di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Sebagai contoh, di kawasan Sendayan, Nilai di Negeri Sembilan. Secara umumnya kepadatan bilangan penduduk dalam kawasan Nilai dan Sendayan telah memberikan implikasi terhadap kadar enrolmen murid yang tinggi bagi kedua-dua kawasan terbabit.

Keadaan ini berlaku di beberapa sekolah sedia ada seperti SK Sendayan, SK Gadong Jaya dan di dalam kawasan Sendayan. Manakala SK Nilai Impian, SK Desa Jasmin, SK Taman Semarak, SMK Nilai Impian, SMK Taman Semarak dan SMK Dato Mohd Said dalam kawasan Nilai. Sekolah-sekolah tersebut mengalami pertambahan bilangan murid yang terlalu tinggi dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Justeru itu satu cadangan bagi pembinaan sekolah rendah dan menengah dalam kawasan Sendayan dan Nilai harus diberikan keutamaan.

Cadangan telah dimajukan sebanyak empat buah sekolah rendah dan tiga buah sekolah menengah yang perlu dibina adalah seperti berikut:

(i) SK Nada Bidara Gadong Jaya;

(ii) kompleks sekolah Iringan Bayu di Sendayan;

(iii) kompleks sekolah Desa Casuarina di Nilai; dan

(iv) kompleks sekolah Bandar Tasik Senangin di Lenggeng.

Oleh yang demikian, saya memohon pertimbangan yang sewajarnya dan saksama daripada pihak kementerian untuk melihat keperluan yang mendesak ini.

Saya amat yakin ia ialah usaha yang harus dilihat dan kita berharap ia dapat dipertimbangkan dengan segera.

Tan Sri Yang di-Pertua, bagi sektor kesihatan pula RM45.3 bilion disediakan kepada Kementerian Kesihatan bagi tahun 2025, sekali gus jumlah kedua tertinggi yang diperuntukkan oleh Kerajaan MADANI dalam belanjawan kita. Kemudahan kesihatan yang mencukupi termasuk hospital, klinik, pusat kesihatan adalah penting bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik dan berkualiti. Dengan

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Aminuddin bin Harun - Port Dickson

adanya kemudahan ini, negara dapat bertindak balas dengan cepat terhadap sebarang krisis kesihatan seperti wabak ataupun pandemik.

Dalam konteks di Negeri Sembilan, kekurangan doktor pakar jantung dan pakar urologi perlu diberi perhatian serius. Perkhidmatan pakar jantung di Negeri Sembilan berpusat di Hospital Tuanku Ja'afar sejak April 2023, perkhidmatan hanyalah melalui sesi klinik oleh doktor pakar kardiologi daripada Hospital Serdang dengan kekerapan dua kali sebulan. Jadi kita berharap dapat dipertimbangkan.

Kebanyakan pesakit akan dapat dirawat oleh doktor pakar dan akan diberi temu janji untuk melakukan prosedur angiogram di Hospital Serdang. Ia dua kali dalam sebulan.

Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah memberikan kebenaran kepada Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban dan Hospital Rembau untuk penyumberluaran, outsoursing, perkhidmatan CT cardiac di hospital Mawar Medical Centre pada tahun ini. Perkhidmatan neurologi di Negeri Sembilan juga diberikan kepada Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban bermula Julai 2019 oleh pakar daripada Hospital Serdang.

Skop perkhidmatan yang diberikan adalah sesi pakar dan perkhidmatan pembedahan dengan kekerapan sekali sebulan bagi tempoh perkhidmatan, di setiap perkhidmatan.

Saya difahamkan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam perancangan untuk menyediakan perkhidmatan kepakaran urologi di setiap negeri. Oleh yang demikian, saya mohon agar pihak Kementerian Kesihatan dapat mempertimbangkan kewajaran menambah doktor pakar jantung dan neurologi sepenuhnya di hospital di Negeri Sembilan.

Dato’ Yang di-Pertua, Port Dickson juga ingin memaklumkan bahawa Hospital Tuanku Ja'afar,Seremban sedang menjalani kerja naik taraf sistem bekalan gas perubatan, sistem pendingin hawa berpusat, sistem pencegahan kebakaran serta sistem pendawaian elektrik dan telah menyebabkan pengurangan bilangan katil sebanyak 188 buah kerana pematuhan kepada peraturan yang ditetapkan oleh pihak bomba. Projek ini akan selesai pada tahun 2026. Ini berbeza jika berlaku kerja naik taraf. Selalunya katil akan bertambah, tetapi ia berbeza di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban.

Pendekatan yang sedang diambil bagi mengatasi impak pengurangan katil di atas, antaranya ialah dengan menghantar pesakit yang bersesuaian di Hospital Tuanku Ja'afar ke Hospital Rembau, Hospital Tampin dan Hospital Jelebu yang agak jauh. Sehubungan itu, Port Dickson amat berharap agak pihak kementerian dapat memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada permohonan untuk pembinaan

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Aminuddin bin Harun - Port Dickson

hospital kedua di Daerah Seremban bagi menampung keperluan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat. Perkara ini harus diberi perhatian keutamaan kerana populasi rakyat di Seremban telah mencecah lebih 800,000 lebih orang.

Kita semua maklum bahawa kemudahan infrastruktur kesihatan merupakan juzuk penting dari jaringan perlindungan sosial yang melindungi semua lapisan masyarakat termasuk golongan rentan seperti warga emas, orang kurang upaya dan golongan berpendapatan rendah. Dengan taburan kepelbagaian golongan yang berada di Daerah Seremban ini adalah salah satu keperluan yang mendesak di dalam sektor kesihatan.

Kementerian juga dapat melihat pembinaan tangki air yang mampu memberikan bekalan dua hari minima di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban ini juga adalah merupakan satu perkara yang amat mendesak pada ketika ini dan saya berharap ia juga dapat dipertimbangkan segera.

Sebelum saya menggulung perbahasan ini, sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kewangan yang mengumumkan beberapa projek peruntukan khusus untuk Negeri Sembilan iaitu projek naik taraf Jalan Bahau-Keratong di Daerah Jempol. Projek naik taraf Loji Rawatan Kumbahan Serantau Kuala Sawah, Rantau. Projek residensi rakyat dan rumah mesra rakyat termasuk dua projek PRR baru di Port Dickson, prasekolah baru di SK Felda Palong 1 Jempol. Kelima, projek pembinaan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia di Bandar Enstek, Seremban.

Sebagai tambahan, saya ingin memaklumkan bahawa projek Lebuh Raya WCE Jajaran Banting-Gelang Patah yang melalui sepanjang Pantai Port Dickson akan memberi kesan ekonomi dan juga kejayaan pembangunan kepada rakyat Negeri Sembilan dan juga kejayaan pelancongan negara kerana secara tidak langsung ianya memanjangkan kawasan pantai peranginan kita. Ia harus disegerakan. Di samping itu ia juga harus dipastikan disambung dengan KLIA untuk kejayaan yang berganda.

Hakikatnya, kita semua maklum bahawa kejayaan belanjawan negara bergantung kepada penyelarasan, matlamat jangka pendek dan jangka panjang.

Pengurusan kewangan yang bijak dan respons terhadap dinamika ekonomi dan sosial semasa. Tidak boleh dinafikan juga akan kestabilan politik negara hari ini menjadi salah satu faktor utama yang akan mendorong negara ini terus melaksanakan segala hasrat dalam Belanjawan 2025.

Semoga reformasi yang dilakukan dalam belanjawan kali ini memberikan impak yang terbaik dalam menjadikan ekonomi negara terus berkembang dan

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Aminuddin bin Harun - Port Dickson

mengukuh, seterusnya meletakkan Malaysia setanding negara-negara yang hebat di rantau Asia. Tan Sri Yang di-Pertua, dengan ini Port Dickson mohon menyokong.

Terima kasih.

draft • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Port Dickson. Saya menjemput Langkawi.

draft • 2:40 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, kerana sekali lagi memberi laluan untuk berbahas dalam Belanjawan 2025 ini.

draft • 2:49 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Saya mengucapkan syabas, tahniah kepada Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Yang Amat Berhormat Tambun kerana belanjawan lebih RM400 bilion ini adalah peruntukan yang terbesar dalam sejarah negara. Sebelum saya menyentuh berhubung dengan belanjawan ini Tan Sri, izinkan saya untuk mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Bintulu yang sekarang ini berada di Langkawi selepas beberapa kali beliau menangguhkan dan alhamdulillah beliau telah tiga hari berada di Langkawi dan hari ini hari terakhir.

Dan bagi pihak rakyat Langkawi, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pelancongan dan kita amat berharap pastinya beliau akan melihat apakah kecederaan-kecederaan yang selalu menjadi rungutan orang ramai dan juga rungutan para pelancong.

Cumanya terkilan sedikit tapi ini juga saya secara general memohon supaya kalau Menteri-menteri atau Timbalan Menteri yang melawat kawasan-kawasan, pohonlah apa salahnya maklumkanlah kepada kami sama supaya kami juga turut serta bersama rakyat untuk sekurang-kurangnya menyambut Menteri-menteri ini.

Kadang-kadang sampai muka kita pun tak nampak. Rakyat kompelin, “Mana wakil rakyat kami? Tak ada?”.

Menteri Kewangan baru-baru ini pergi Pulau Tuba, tak ada maklum langsung.

Orang kampung kata, “Tak ada ini, Yang Berhormat kita hilang”. Bila sebut Yang Berhormat kita hilang, kita yang sebenarnya dok ada tapi kerana tak tahu, tidak ada information langsung. Kalau ini strategi politik, saya rasa politik yang dayuslah. Nak takut apa kalau kami berada di sebelah?

draft • 2:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

[Bangun]

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Seputeh memang suka kacau saya.

draft • 2:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Langkawi, saya di sebelah. Boleh bagi pencelahan? Sikit, sikit.

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Bagi apa?

draft • 2:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Saya nak tanya, tanya. Boleh ya?

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Tan Sri, saya reserve di belakang sekali boleh Tan Sri?

draft • 2:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Sekaranglah. Sikit.

draft • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dia tak...

draft • 2:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Tan Sri.

draft • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 2:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Saya memang suka pergi ke Langkawi, that’s number one. Number two, saya ada terima sedikit kompelin daripada pelancong yang suka pergi ke Langkawi. Mereka kata daripada segi hotel, bayaran kepada hotel nampaknya finya lebih tinggi kalau berbanding dengan Hatyai, berbanding dengan Phuket dan lain-lain. Jadi, itu yang menyebabkan bila pelancong ada pilihan, mereka pergi ke negara Thai dan tidak pergi ke Langkawi.

Cadangan saya atau persoalan saya kepada Langkawi ialah bolehkah Langkawi juga menasihati yang kesemua pengusaha hotel itu jangan suka naikkan fi mereka supaya boleh setanding ataupun kompetitif bersaing dengan tempat pelancongan di negara Thailand.

draft • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Langkawi.

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih Seputeh, terima kasih Tan Sri. Terima kasih Seputeh kerana membangkitkan soal ini.

Ramai yang berkata bahawa Langkawi ini mahal. Makan mahal, nak tidur sepertimana Yang Berhormat Seputeh kata pun mahal. Yalah standard Seputeh dia pergi duduk Four Season, RM3,000 semalam. Cuba duduk Adya, Chenang apa dia panggil saya pun lupa dah hotel tu.

Bukan Pantai Chenang. Nama hotel itu di Chenang. Duduk hotel macam itu, RM200 ke RM300 macam di KL juga. Di KL, kalau pergi duduk dekat St. Regis yang Arab dok pergi duduk itu, memanglah mahal dan saya rasa comparing dengan izin, dengan Phuket atau Bali, of course Bali lebih tinggi.

Akan tetapi di Langkawi ini, saya tak merasa bahawa ianya tinggi kecuali of course-lah five to six star memanglah tapi kalau duduk di Ramada, duduk di Continental, Park Royal pun salah satu yang tinggi di Langkawi itu. Jadi, comparing

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

orang kata harga ini agak sukarlah. Kalau kita pergi di Hatyai contohnya, murahlah.

Grand Hatyai, RM80 kot kalau tak salah. Orang buat apa dalam bilik sebelah pun dengar. Pakai cardboard. Jadi, tolonglah kalau kita nak compare. We should be promoting Langkawi instead of condemning Langkawi, dengan izin.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya kata tadi kalau boleh maklumlah apa salahnya kepada kami. Kalau saya, tak tahulah, kalau tak mahu bagi tahu langsunglah kepada MP-MP di sebelah sini ini, kita terima dengan hati yang terbuka tapi saya rasa berdosa jugalah. Perdana Menteri selaku orang Islam, kalau tak memberi kebenaran ini. Bukan kita nak buat apa pun, kita nak participate dalam lawatan Menteri.

Terima kasih kepada Menteri Hannah Yeoh, Menteri Sukan pergi ke Langkawi. Ya, saya hantar bouquet coklat kepada dia, besar di airport. Sekurang- kurangnya kami mengucapkan terima kasih. Itu yang kita hendak, supaya ada persahabatan. Dekat sini kita bergaduh, bergaduhlah. Kalau dengan Seputeh, saya bergaduh selalu tapi kalau dia mai di Langkawi, saya akan bawa dia.

draft • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bagi coklat, coklat.

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Saya bawa dia.

Lebih-lebih lagi kita tahu dia tak kahwin lagi.

draft • 2:50 PM

[Dewan riuh]

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Tan Sri Yang di-Pertua, yang kedua saya nak sentuh sikit soal GISB walaupun dah senyap Global Ikhwan dan saya masuk juga dalam muzium.

draft • 2:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Peraturan Mesyuarat 36(4). Peraturan mesyuarat. Adalah menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan, biadab atau membuat penyataan seksis. 36(5), seseorang Ahli tidak dibenarkan menyebut nama ahli yang lain. Tadi, Langkawi rujuk kepada Seputeh belum kahwin. Apa ada hal belum kahwin dengan perbahasan ini?

draft • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Apa itu?

draft • 2:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tak ada. Mengapa nak bangkitkan isu ini?

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Cukup, cukup.

draft • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kampar.

draft • 2:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya belum habis, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Cukup, cukup.

draft • 2:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tadi Langkawi sebut nama Hannah Yeoh, tak dibenarkan.

draft • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kampar, Kampar.

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Dengar, dengar saya nak cakap.

draft • 2:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tak dibenarkan. Tak, tak dibenarkan. Mana boleh sebut nama ahli orang lain.

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Dengar, dengar saya nak cakap ini.

draft • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kampar. Kampar.

draft • 2:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya habis dulu, saya habis dulu. Saya serahkan kepada Speaker.

draft • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik. Saya buat keputusan.

draft • 2:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Dua peraturan, dua peraturan.

draft • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya buat keputusan. Kampar duduk, Kampar duduk. Ya, saya tidak jangka yang Langkawi berniat buruk cuma hanyalah menyatakan statement. Teruskan Langkawi. Cukup, teruskan.

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Tan Sri, apa pun, I’m very gentleman. I’m so sorry Seputeh.

[Tepuk]

draft • 2:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih Langkawi, terima kasih.

draft • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, teruskan. Sila.

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Tan Sri Yang di- Pertua. Kacaulah. Tang mana tadi? Saya masuk dalam banyak search untuk mencari muzium agama sesat, tak ada. Yang dia keluar, Muzium Dracula di Romania. Muzium Dracula juga di England. Whitby kalau tak salah saya dan berlaku baru-baru ini, maka kita tidak ada rujukan. Kita tidak ada satu rujukan langsung untuk mencari agama- agama yang sesat ini, padahal agama-agama lain juga ada yang sesat. Contohnya yang berlaku di Jepun, Aum Shinrikyo yang dibawa oleh Shoko Asahara dan juga Order of Solar Temple dan Order of Peoples Temple. Yang ini yang berlaku di Amerika Syarikat.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya nak mencadangkan di Langkawi itu ada hotel yang dipunyai oleh GISB. Saya nak mencadangkan kalau tak ada tempat-tempat lain yang nak buat muzium agama sesat ini, saya rasa saya cadangkan kepada Menteri Agama supaya melihat kepada hotel itu. Ambil hotel itu, convert jadikan muzium agama-agama sesat di dunia supaya ia menjadi rujukan kepada orang-orang luar dan juga lebih-lebih lagi anak-anak kita.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga nak mengucapkan terima kasih kepada Menteri Sukan yang telah pun membuat keputusan Le Tour de Langkawi baru-baru ini diadakan di Langkawi. Terima kasih banyak. Lebih 1,000 participants yang mengambil bahagian cumanya saya nak minta, kalau dapatlah supaya Langkawi ini

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

menjadi last destination, berakhir di Langkawi. Sebab apa? Pada kali ini bermula di Langkawi.

draft • 2:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Langkawi.

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Bila bermula di Langkawi...

draft • 3:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Langkawi.

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

...sehari sebelum pertandingan mereka masuk ke Langkawi...

draft • 3:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Langkawi.

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

...dan kemudian mereka akan keluar. Bila mereka keluar daripada Langkawi the next day, maknanya mereka tak duduk langsung di Langkawi.

draft • 3:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Langkawi, saya nak tanya.

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Sebab itu — Jelutong tunggu sat Jelutong. Sebab itu kalau boleh kita minta kali ini the last Le Tour de Langkawi berakhir di Bintulu. Di Batu Pahat terus the next day mereka pergi ke Bintulu dan saya rasa kosnya pun agak tinggi. Kemungkinan double daripada kos yang dibuat Le Tour de Langkawi sebelum ini.

Jadi saya minta supaya berakhir di Langkawi semoga dengan harapan mereka-mereka yang mengambil bahagian ini dapat tinggal berehat dua tiga hari di Langkawi dan selepas itu mereka pulang ke destinasi masing-masing. Saya mohon kalau boleh Kementerian Belia dan Sukan supaya membuat keputusan bagi membantu tourism industry di Langkawi. Tan Sri di-Pertua...

draft • 3:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Boleh, boleh, boleh tanya Langkawi? Cuma nak minta penjelasan. Langkawi rujuk kepada agama sesat di Jepun tadi kan. Di Jepun tadi. Istilahnya agama sesat atau ajaran sesat? Agama sesat atau ajaran sesat? Cuma nak minta penjelasan sahaja. Saya terdengar tadi.

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Saya pun tak reti nak argue-lah dengan Jelutong ini. Perbezaan di antara ajaran dengan agama. Kalau tidak ada ajaran tidak ada agama. Mungkin Jelutong kot. Saya tak tahulah tapi ini Jelutong kata saya 36(6) pula. Saya tidak tahu sebenarnya nak menjawab.

draft • 3:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tak.

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Mungkin Jelutong sebagai seorang peguam boleh cerita selepas inilah, selepas saya berucap ni lah.

draft • 3:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya tanya kepada Yang Berhormat Langkawi yang merujuk kepada satu agama sesat di Jepun. Agama atau ajaran sesat? Ada perbezaannya. Ajaran sesat...

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Saya rasa ajaran sesat.

draft • 3:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ha, tolong perbetulkan.

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Dan...

draft • 3:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tak ada agama yang sesat. Ajaran mungkin sesat. Jangan gunakan istilah agama sesat. Itu adalah...

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Kalau Menteri Agama ada saya dah recommend untuk duduk dalam Jawatankuasa Fatwa.

draft • 3:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Itu adalah. Tak, saya tidak katakan – saya tidak membuat sebarang tuduhan. Bukan macam Yang Berhormat daripada Pendang. Saya nak minta penjelasan. Kalau kita menuduh agama sesat, mungkin istilahnya tidak begitu betul.

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Yang sesat.

draft • 3:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ajaran sesat mungkin ada.

draft • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey Langkawi. Teruskan.

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Okey Jelutong, puas hati? Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga meminta tadi agar Menteri-menteri yang datang ke Langkawi ini memahami juga sejarah Langkawi. Saya bersembang dengan salah seorang pelancong, dia kata, “Much my goodness me. Langkawi banyak sekali tempat yang perlu dilawati, yang mempunyai sejarah masing-masing.” Dia komen dekat saya, dia kata Menteri-menteri di Malaysia ini – ini the local tourist. Menteri-menteri di Malaysia ini dia kata banyak baca WhatApps dengan Facebook saja, depa tak baca buku macam Menteri-menteri dulu, dia kata kat saya.

Tan Sri Shafie, Tan Sri Sanusi Junid, buku bersepah-sepah. Dalam Dewan ini pun dok baca. Dia kata banyak Menteri sekarang baca WhatApps saja dengan Facebook.

Dia orang agaknya dok nampak ini kita dok bersidang ini.

Jadi, kalaulah sejarah tempat-tempat yang orang kata menjadi tumpuan pelancong ini tidak dikaji dengan betul, tidak dibaca sejarahnya, maka agak susah jugalah kita mempromosikan dan kita tentu sekali akan minta supaya kita pergi di tempat kita. Contoh, Yang Berhormat Tan Sri – anaknya daripada Sungai Petani.

Kalau dia menjadi Menteri Pelancongan, ke Sungai Petanilah. Tapi Alhamdulillah

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Sungai Petani juga ada candi di situ yang menjadi tarikan pelancongan, boleh dipromosikan.

Tan Sri yang di-Pertua, lebih RM400 bilion yang telah diperuntukkan bagi perbelanjaan pada kali ini. Saya nak menyentuh sedikit berhubung dengan Kementerian Kerja Raya. Menerusi anggaran perbelanjaan kerajaan tahun 2025, sebanyak RM9.3 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Kerja Raya. Syabas saya ucapkan kepada Kerajaan MADANI yang berjaya menambah peruntukan ini ketimbang tahun-tahun sebelumnya. Dengan jumlah yang tinggi ini, tiada sebab untuk pengurusan jalan raya dan bangunan kerajaan berada di tahap yang kurang memuaskan.

Saya memetik ucapan Tambun yang menyentuh mengenai jalan raya. Yang Berhormat Tambun dok kata, kerajaan bersetuju memperuntukkan RM1.3 bilion untuk memperkasakan kontraktor G1, G4 dengan izin, khususnya bumiputera. Ini memberi peluang kepada kontraktor melaksanakan projek-projek kecil dan sederhana seperti pembinaan jalan raya serta pembaikan dan penyelenggaraan prasarana awam.

Ramai rakyat dok kritik, Tan Sri. Mereka kata sistem yang ada dalam KKR sekarang sistem faraid. Bagi kepada kontraktor besar, sub kepada kontraktor yang kecil, yang kecil lagi sub lagi, sub lagi dan sub lagi dan akhirnya keuntungan itu akan hilang begitu sahaja, projek jadi terbengkalai, jalan tak ikut spec, bangunan tidak ikut spec, curi simen sana, curi besi sini dan akhirnya kualiti bangunan dan jalan raya kita ini di tahap yang tidak memuaskan.

draft • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey Langkawi, masa Langkawi. Last.

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Tan Sri, minta sikit Tan Sri. Kacau tadi.

draft • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Minta tolong, tolong landing. Injury time landing.

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Injury time. Okey.

Berhubung dengan ini juga saya mencadangkan agar KKR mewujudkan satu vocational school. Train-kan anak-anak muda kita untuk tumpu kepada jalan supaya sekiranya jalan berlubang – yang saya dapat laporan di sini, kompelin mengikut MyJalan sahaja dok ada 14,023 – itu yang dalam bidang kuasa luar KKR. Dalam KKR dok ada 20,000 kompelin berhubung dengan jalan berlubang yang kecil-kecil ini, Tan Sri.

Tan Sri, saya juga nak bercakap, nak kata bahawa bila Menteri sebut di luar KKR, maka kalau boleh kita reformasikanlah penjagaan jalan seluruh Malaysia ini – jalan JKR, JKR negeri, JKR Sarawak, JKR Sabah. Kemudian ada yang private road,

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

jalan kampung, jalan desa, jalan yang di-take care oleh negeri-negeri. Maka, apa salahnya kalau serah semua kepada JKR supaya disatukan menjadikan satu reformasi supaya agar perkara ini tidak akan berulang.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya tengok dalam perbelanjaan ini Tan Sri Yang di- Pertua, saya pun terkejut Tan Sri Yang di-Pertua. Saya tengok peruntukan Kepengerusiaan ASEAN. Saya pun terima kasih, ucapkan tahniah kepada Kerajaan Malaysia kerana kita menjadi tuan rumah dan bila saya tengok peruntukan yang diberikan. I’m sure this is a one-off Tan Sri, dengan izin.

Ketua Pentadbir Parlimen dapat RM12 juta, Jabatan Perdana Menteri RM8 juta, Jabatan Perkhidmatan Awam RM800,000, SPRM RM12 juta, Perbendaharaan RM16 juta, Kementerian Perpaduan Negara RM1.4 juta, Kementerian Ekonomi RM8 juta. Saya nak baca hat banyak ini. RM172 juta Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri – saya faham yang ini. Kemudian ada lagilah. Saya kira semua yang dapat kecuali Abang Mat Sabu saja tidak dapat. Kementerian dok ada 25 kementerian yang dapat. Akhir sekali dua kementerian, Kementerian Pendidikan RM1.5 juta, Kementerian Pendidikan Tinggi RM5 juta.

Jadi saya nak tanyalah Menteri. Berapa banyak kita akan belanja untuk ASEAN dan apakah tempat-tempat mesyuarat ini akan ada di Kuala Lumpur sahaja ataupun dipecah ke tempat-tempat lain juga? Kerana RM375 juta ini banyak Tan Sri, banyak. Saya tak tahulah sama ada menjadi negara hos ini dapat perbelanjaan juga.

Saya tidak faham Tan Sri. Mungkin Tan Sri Pagoh dia pernah menjadi Perdana Menteri dan jadi Menteri lama. Dia tahu berapa banyak perbelanjaan ini. Tapi saya yakinlah, kalau RM375 juta ini masya-Allah banyak Tan Sri. Banyak itu kalau bawa setengah dekat Langkawi pun, banyak yang kita boleh buat di Langkawi.

draft • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Tan Sri di-Pertua, terima kasih Tan Sri bagi masa sikit lagi dekat saya.

draft • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dah habis dah tu.

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Saya pernah menulis kepada Ketua Polis Negara untuk meminta satu dron untuk PDRM Langkawi sebab tiap-tiap kali semasa saya menjadi wakil rakyat itu sudah tiga kali anak-anak mati lemas di laut. Dan nak mencarinya itu Tan Sri, kadang-kadang Maghrib masuk Maghrib tak jumpa. The next day baru jumpa.

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Jadi, ada juga kadang-kadang kita menyewa drone private untuk mencari.

Apa salahnya diberikan satu drone kepada PDRM Langkawi yang bertaraf tinggilah

draft • 3:10 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

supaya mereka dapat menggunakan drone ini sharing with other agency untuk mencari ataupun membantu mereka dalam membantu mencari mayat-mayat yang berlaku kemalangan ini. Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh sedikit.

Akhir, Tan Sri.

draft • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Masa dah... Langkawi, dah bagi injury time dah tadi ini.

draft • 3:10 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih Tan Sri. Terima kasih banyak, saya respect fasal orang Kedah jadi Speaker, jadi saya respect. Saya marah betul dekat Jelutong kacau saya, dengan Seputeh kacau saya, masa saya habis.

draft • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa] Okey.

draft • 3:10 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Saya tak maafkan mereka.

draft • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tak kacau, Langkawi.

draft • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Baik, terima kasih. Saya jemput YB Tampin.

draft • 3:10 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Terima kasih Tan Sri Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk membahaskan Belanjawan MADANI Ketiga yang bertemakan, “Membugar ekonomi, menjana perubahan, mensejahtera rakyat*”, bagi tahun 2025.

Syabas diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan pasukan Kementerian Kewangan serta pihak-pihak yang telah terlibat dalam merangka sebuah dokumen yang penting bagi rakyat dan negara. Seperti belanjawan-belanjawan yang pernah dibentangkan sebelum ini oleh mana-mana kerajaan sekalipun, belanjawan kali ini juga tidak terlepas daripada mendapat kritikan dan cadangan membina supaya dapat dibuat penambahbaikan.

Tan Sri Speaker, meskipun Belanjawan MADANI telah masuk siri ketiga dan peruntukan keseluruhan FELDA akan ditingkatkan hampir RM6 juta pada tahun 2025, saya masih tidak nampak sebarang usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk memperkukuh dan memulihkan kembali FELDA. Perancangan dan hala tuju kerajaan mengenai masa depan FELDA terus menjadi tanda tanya sejak agensi tersebut diletakkan di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri.

FELDA perlu diletakkan di bawah kementerian supaya urusan pentadbiran dan kawal selia yang lebih berkesan. Saya mencadangkan supaya FELDA diletakkan

draft • 3:11 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

sepenuhnya di bawah seliaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang diteraju oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri agar dapat bergerak seiring bersama agensi RISDA dan FELCRA. Penyeragaman tiga agensi utama yang menjadi tunjang ekonomi masyarakat luar bandar perlu dilakukan supaya gerak kerja untuk memperkukuhkan sektor sawit dan getah dapat berjalan dengan lebih berkesan kerana adanya pemusatan dari segi pentadbiran.

Tan Sri Speaker, sebelum ini berbagai jenis bantuan tersedia oleh semua peneroka FELDA. Kini keadaan tersebut langsung berubah, hanya sebilangan kecil sahaja yang layak untuk memanfaatkan setengah bantuan dan terdapat juga bantuan yang terpaksa dimansuhkan. Tiada lagi bantuan pinjaman perumahan.

Tiada lagi bantuan keusahawanan (SIUF) dan lain-lain.

Keadaan kewangan FELDA sememangnya memerlukan lonjakan baru supaya dapat dipulihkan sepenuhnya bagi menjamin kestabilan yang berpanjangan.

Tanah seluas 350,733 hektar yang dipajakkan kepada FGV mesti diambil alih semula kerana pulangan ke FELDA iaitu RM248 juta dan 15 peratus hasil daripada keuntungan tanah yang dipajak sudah tidak lagi berbaloi. FGV ini tiada roh perjuangan asal FELDA. FGV ini memerlukan sentuhan FELDA. Sebelum peneroka terus menjadi mangsa keadaan, kerajaan hendaklah mencari jalan dan memastikan jawatan-jawatan penting di FGV mesti datangnya dari FELDA itu sendiri.

Tan Sri Speaker, tanpa disedari tujuh tahun telah berlalu mengenai hasrat kerajaan untuk membenarkan peneroka FELDA membina lebih daripada satu unit rumah dalam satu lot tanah. Peneroka pada hari ini dibiarkan dengan seribu persoalan kerana masih belum ada sebarang petunjuk ataupun makluman daripada kerajaan mengenai pindaan Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1960.

Saya cukup memahami bahawa banyak prosedur yang perlu dipatuhi terlebih dahulu sebelum pindaan tersebut dimuktamadkan. Namun, tempoh tujuh tahun itu sudah cukup lama dan sememangnya tidak boleh diterima jika penghujungnya perkara tersebut gagal untuk direalisasikan. Saya menggesa supaya pindaan ini dapat dipercepatkan atau selewat-lewatnya dilakukan sebelum berakhirnya Penggal Parlimen Kelima Belas.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Jelebu dan agensi-agensi berkaitan, baru-baru ini selesaikan isu PBGF di FELDA Bukit Jalor dan FELDA Bukit Rokan Utara. Insya-Allah awal tahun rumah ini mula diduduki.

Terima kasih Jelebu.

Tan Sri Speaker, walaupun peruntukan agensi perladangan dan komoditi ditingkatkan kepada RM2.6 bilion pada tahun depan, hakikatnya peruntukan RISDA

draft • 3:11 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

telah dikurangkan sebanyak RM350 juta. Pengurangan peruntukan dengan jumlah yang besar ini tidak seharusnya berlaku kerana RISDA mempunyai komitmen yang cukup tinggi terhadap masyarakat pekebun kecil di luar bandar.

Saya ingin mendapatkan penjelasan berhubung perkara ini kerana pengurangan peruntukan tersebut dikhuatiri bakal menjejaskan segala usaha dan perancangan RISDA pada tahun depan untuk terus mendampingi para pekebun kecil. Perlu difahami di sini bahawa anak-anak syarikat milikan RISDA ataupun Kumpulan RISDA Holdings bukan meniaga dan mengejar keuntungan semata-mata tetapi lebih kepada membantu pekebun kecil dan keseluruhannya.

Tan Sri Speaker, mengenai penggantungan Perlembagaan NAFAS secara serta-merta bermula Jumaat lalu, perlu diharmonikan segera. Keputusan menggantung Perlembagaan NAFAS bagi saya adalah tidak wajar. Soal sama ada keputusan penggantungan pengurus besar yang dibuat oleh jemaah pengarah sebelum ini sah atau tidak, saya tidak mahu ulas tetapi saya dimaklumkan bahawa wakil pendaftar pertubuhan juga ada bersama semasa keputusan penggantungan itu dibuat.

Jika tiada insiden luar biasa, mana mungkin AGP yang dipilih dari negeri, dari kawasan dan dari unit membuat keputusan sedemikian. Kebimbangan utama saya dalam hal ini adalah mengenai kepercayaan ahli peladang terhadap kerajaan dan masa depan LPP itu sendiri. Sekiranya mereka bertindak mengeluarkan saham, maka gelaplah masa depan LPP. Selaku ahli unit di LPP Tampin, saya menggesa supaya siasatan segera dilakukan dan individu yang bersalah hendaklah diambil tindakan. Hal ini termasuklah isu kartel baja di LPP yang sudah berleluasa sekian lama.

Tan Sri Speaker, saya difahamkan pendaftaran Inisiatif BUDI Agri-Komoditi masih rendah dalam kalangan pekebun kecil iaitu hanya sekitar 17 peratus atau 36,000 sahaja yang sudah membuat permohonan. Manakala baki seramai 178,540 orang ataupun 83 peratus lagi masih belum mengemukakan sebarang permohonan.

Saya mencadangkan agar kerajaan dapat merencana alternatif lain supaya semua pekebun kecil dapat didaftarkan secara automatik tanpa melalui proses permohonan berdasarkan data-data kerajaan sedia ada. Janganlah setiap kali inisiatif baharu diwujudkan akibat perubahan dasar, rakyat pula yang terpaksa dibebankan dengan segala macam permohonan baru.

Tan Sri Speaker, merujuk Perkara 83(2), pengambilan tanah bagi maksud Persekutuan ada menyebut bahawa Persekutuan telah pun membayar kepada negeri itu satu premium yang sama banyak dengan nilai pasaran bagi pembelian itu.

draft • 3:11 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Sekali lagi saya ingin mendapatkan penjelasan berkenaan pengambilan tanah di Kem Syed Sirajudin, Gemas yang melibatkan kos berjumlah RM1.2 bilion kepada Kerajaan Negeri Sembilan.

Saya pernah membawa perkara ini semasa membahaskan Belanjawan 2024 yang lalu, namun jawapan yang diberikan pada ketika itu sangat pendek dan mudah iaitu kerajaan sedang berbincang dengan Kerajaan Negeri Sembilan. Kini setahun sudah berlalu. Saya fikir tidak lojik kalau statusnya masih di peringkat perbincangan.

Perkara ini perlu dijelaskan dan pembayaran hendaklah disegerakan supaya dapat dimanfaatkan untuk tujuan pembangunan rakyat di Negeri Sembilan.

Tan Sri Speaker, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 655 kilometer dijangka siap...

draft • 3:11 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tan Sri Speaker, Tampin.

draft • 3:11 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Silakan, silakan Jelebu.

draft • 3:11 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Boleh bagi saya sedikit masa, Tan Sri?

draft • 3:11 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Jelebu.

draft • 3:11 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tan Sri Speaker, saya hendak merujuk kepada ucapan Tampin berkaitan dengan premium, Tan Sri Speaker.

Tentunya apabila Kerajaan Persekutuan menggunakan tanah di peringkat negeri, harus melalui proses seperti biasa, yakni penilaian tanah, pembayaran premium sama ada melalui penilaian JPPH ataupun apa pun perkara medium yang diguna pakai. Masalahnya Tan Sri Speaker seperti yang Tampin sebut Kem Sirajudin, Gemas mempunyai tunggakan premium hampir RM1.2 bilion dan perkara ini sudah berlarutan, Tan Sri Speaker.

Masalahnya ialah pendapatan negeri, revenue negeri bergantung juga kepada premium tanah yang diguna pakai ataupun yang diberi hak milik, termasuk kepada Kerajaan Persekutuan. Saya khuatir, saya hendak minta pandangan Tampin sama ada setuju atau tidak, kalau ini tidak dilaksanakan atau tidak disegerakan, maka ia akan jadi precedent case, Tan Sri Speaker. Minta maaf, dengan izin.

Akan jadi precedent case kepada kementerian-kementerian yang lain kerana dalam search ataupun dalam penelitian saya, ia juga berlaku di beberapa daerah di Negeri Sembilan, termasuk di bawah Kementerian Kerja Raya, termasuk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, yang mana sehingga ini juga tidak melunaskan bayaran premium dan ini mendapatkan masalah kepada kewangan negeri.

Apa pandangan Tampin? Terima kasih.

draft • 3:11 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Saya amat bersetuju dengan pandangan Jelebu ya. Sudah semestinyalah, kan? Walaupun kadang-kadang negeri-negeri beria-ia untuk menuntut royalti dan sebagainya, sebenarnya Negeri Sembilan sebenarnya dah lama tunggu dah, cuma kita tak bising saja.

Tan Sri Speaker, Projek Laluan Rel Pantai Timur tadi hanya mengambil masa selama empat jam perjalanan dari Gombak ke Kota Bharu. Namun, keadaannya cukup berbeza jika menaiki kereta api daripada Stesen KTM Gemas yang memakan masa hampir 11 jam untuk sampai ke Kelantan. ECRL ini bakal menjadi pilihan ramai kerana dapat menjimatkan tempoh perjalanan.

Saya ingin mengetahui, apakah perancangan kerajaan terhadap stesen- stesen KTM di jajaran Pantai Timur, khususnya di Stesen KTM Gemas? Kerana perkara ini bakal menjejaskan ekonomi di kawasan setempat. Saya juga ingin mencadangkan supaya kawasan Gemas dijadikan sebagai hab logistik baharu yang menghubungkan selatan dan Pantai Timur bagi melindungi ekosistem dan industri perkhidmatan KTM itu sendiri.

Tan Sri Speaker, berdasarkan rekod 2022, kadar kemiskinan bumiputera pada tahap 7.9 peratus, diikuti kaum India 5.4 peratus dan Cina 1.9 peratus.

Pengangguran dalam kalangan bumiputera juga adalah yang paling tinggi. Manakala sasaran pemilikan ekuiti korporat 30 peratus bumiputera masih tidak tercapai dengan kadar 18.4 peratus pada tahun 2020 berbanding bukan bumiputera. Meskipun pedih dan pahit untuk ditelan, itulah realiti sebenar keadaan bumiputera pada masa ini walaupun hak dan keistimewaan bumiputera telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 153.

Saya mencadangkan supaya satu jawatankuasa khas diwujudkan dengan segera bagi memantau perjalanan agenda pemerkasaan ekonomi bumiputera agar dapat berlangsung dengan baik dan tidak berlaku kecurangan.

Tan Sri Speaker, perkara yang membimbangkan saya mengenai gaji minimum baharu adalah kemampuan syarikat-syarikat kecil di sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Saya ingin mencadangkan supaya pengecualian khas diberikan kepada syarikat-syarikat yang mencatatkan keuntungan cukup-cukup makan bagi mengelakkan insiden pemberhentian pekerja yang akhirnya bakal meningkatkan kadar pengangguran negara.

Selain itu, saya juga ingin mencadangkan supaya mekanisme Perintah Gaji Minimum ini menggunakan konsep yang sama seperti kaedah kerajaan memberikan bantuan kepada rakyat iaitu dengan merujuk kepada pendapatan boleh guna

draft • 3:20 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

sesebuah syarikat. Kerajaan juga mungkin boleh mempertimbangkan untuk menetapkan nilai ambang keuntungan tahunan syarikat yang perlu mematuhi kadar baharu gaji minimum.

Tan Sri Speaker, sebab masa tak mengizinkan, saya ringkaskan. Tan Sri Speaker, pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat Sri Gading selaku Pengerusi Pakatan Harapan dan Amanah negeri Johor, Yang Berhormat Ledang selaku Pengerusi PKR Johor, YB Kulai selaku Pengerusi DAP Johor dan sahabat baik saya YB Kluang atas kerjasama yang diberikan untuk membantu Barisan Nasional mencatatkan kemenangan manis di DUN Mahkota.

Sejarah tersebut merupakan satu pengiktirafan daripada rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan dan membuktikan bahawa parti-parti yang ada dalam kerajaan hari ini boleh bekerjasama dengan baik di luar sana.

Walau bagaimanapun, perkara tersebut masih sukar untuk diterjemahkan dalam Dewan ini kerana masih ada sebilangan kecil yang masih terbawa-bawa dengan sejarah lampau. Oleh itu, saya terpanggil untuk memberi respons terhadap beberapa perkara yang dibangkitkan oleh rakan di sebelah blok kerajaan.

Pertama, mengenai kenyataan bahawa Menteri-menteri UMNO kurang membantu dalam pentadbiran kerajaan. Kenyataan itu dibuat oleh Yang Berhormat Bagan tempoh hari jelas tersasar, umpama “jauh panggang dari api”. Semasa pembangkang sekalipun, Yang Amat Berhormat Bagan Datuk menjawab panggilan Yang Berhormat Bagan walaupun jam menunjukkan pukul 3.38 pagi. Harap, selepas ini, Yang Berhormat Bagan tidak menangis lagi untuk meminta bantuan.

Alhamdulillah, apa yang rakyat lihat hari ini, Menteri-menteri daripada UMNO telah memainkan peranan penting dan menunjukkan prestasi yang sangat baik untuk membantu kerajaan pada hari ini. Saya tak nak bandingkan dengan Menteri daripada parti lain tetapi sendiri mahu ingatlah.

Keduanya, soal permohonan maaf secara terbuka yang dibuat oleh ‘Bosku’.

Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang menerima baik permohonan maaf tersebut. Perkara tersebut tidak perlu dijadikan isu kerana ia tidak mempengaruhi mahkamah kerana mahkamah bertindak dengan perkara yang dihadap kepadanya. Maaf bermaafan itu adalah budaya dan cara orang Melayu, cara orang Islam. Diterima atau tidak, terpulang. Tetapi, itu adalah perbuatan yang mulia.

Kamu sendiri juga, apabila hendak mendapatkan kuasa, terpaksa berkejar ke Sarawak untuk permohonan maaf.

Ketiga, soal teks ucapan belanjawan berkaitan tahanan di rumah yang cuba dikaitkan dengan ‘Bosku’. Sangkaan jahat tersebut langsung tidak boleh diterima

draft • 3:20 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

kerana tidak masuk akal. Soal sama ada ‘Bosku’ mendapat perintah tahanan di rumah ataupun tidak, itu pertimbangkan kemudian. Beliau tetap perlu menjalani proses permohonan sama seperti orang lain. Kalau permohonannya diberikan kebenaran, dapatlah. Kalau ditolak, tidaklah. Tiada jaminan. Meskipun terlalu besar kebencian kepada ‘Bosku’, janganlah memperlakukan beliau seperti tidak pernah berjasa kepada rakyat dan negara ini.

Yang Amat Berhormat PMX, TPM1, TPM2 serta kepimpinan tertinggi yang lain berusaha agar Kerajaan Perpaduan hari ini terus mendapat mandat dan keyakinan daripada rakyat untuk menghadapi apa jua rintangan. Janganlah kerana ego kamu akan menggagalkan usaha kerajaan hari ini sepertimana kamu gagal semasa 22 bulan dahulu.

Tan Sri Speaker, saya berharap segala persoalan dan cadangan yang telah dilontarkan sebentar tadi mendapat perhatian kerajaan untuk tindakan selanjutnya.

Akhir kata, sebelum saya mengundurkan diri, izinkan saya sudahi dengan memetik pesanan Allahyarham Usman Awang.

“Marahnya dengan diam, Merendah bukan menyembah, Meninggi bukan melonjak, Watak Melayu menolak permusuhan, Setia dan sabar tiada sempadan, Tapi jika marah tak nampak telinga, Musuh dicari ke lubang cacing, Tak dapat tanduk telinga dijinjing, Maruah dan agama dihina jangan, Hebat amuknya tak kenal lawan”.

Sekian, Tan Sri Speaker. Saya mohon menyokong...

[Tepuk]

draft • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih. Saya jemput Simpang Renggam.

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hari ini saya berdiri di Dewan yang mulia ini bukan sekadar untuk membicarakan angka dan peruntukan tetapi untuk membangkitkan satu, boleh dianggap misi masa depan. Masa depan di mana kelestarian tidak lagi menjadi pilihan sampingan tetapi teras dalam setiap keputusan.

Tan Sri Yang di-Pertua, seperti yang diutarakan oleh penulis buku The New Nature of Business, André Hoffmann dan Peter Vanham mengatakan bahawa “Industrial capitalism has undeniably lifted millions out of poverty, but it’s increasing clear that its current approach is failing both nature and society”, dengan izin. Dalam

draft • 3:27 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

bukunya, Hoffmann menegaskan bahawa impak sosial dan impak terhadap alam sekitar perlu diintegrasikan dalam laporan kewangan perniagaan.

Begitu juga dengan Belanjawan 2025 yang wajar dibincangkan melalui lensa belanjawan hijau. Pendekatan ini menilai setiap perbelanjaan dari sudut impak terhadap alam sekitar dan memastikan dana disalurkan ke arah projek dan polisi yang menyokong kelestarian.

Di peringkat antarabangsa, pendekatan belanjawan hijau akan memartabatkan Malaysia sebagai negara yang bertanggungjawab dalam menangani perubahan iklim. Malah, ia akan memperkukuhkan komitmen kita terhadap perjanjian global yang menjadikan Malaysia lebih menarik bagi pelabur yang mementingkan prinsip ESG.

Ya, pelbagai inisiatif dalam belanjawan ini yang merupakan penambahbaikan, terutama komitmen kerajaan dalam memperkukuhkan ekonomi hijau dan mempromosikan tenaga lestari. Walaupun begitu, Tan Sri Yang di-Pertua, kerajaan nampaknya telah berusaha dengan baik untuk memberi keutamaan kepada kelestarian dalam beberapa aspek utama. Terdapat juga bidang yang memerlukan penambahbaikan. Good but there is still a lot of room for improvement, dengan izin Tan Sri.

Izinkan saya untuk berkongsi beberapa penambahbaikan yang diperlukan demi memastikan masa depan yang mampan dan kukuh. Pertama, isu yang hangat dibincangkan sepanjang dua minggu perbahasan belanjawan ini iaitu musibah banjir.

draft • 3:27 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Pada Oktober yang lalu, Tan Sri Yang di-Pertua, rakyat Simpang Renggam sekali lagi dilanda banjir akibat taburan hujan yang melebihi tiga kali ganda paras biasa. Ditambah pula dengan perparitan yang tidak diselenggarakan dengan baik.

Inilah realiti yang rakyat hadapi dan sebagai wakil rakyat, saya menyambut baik peruntukan Belanjawan 2025 untuk tebatan banjir. Saya menyeru agar penyaluran segera dana RM50 juta bagi kerja-kerja pembersihan dan naik taraf longkang dan parit serta tambahan RM150 juta kepada PBT dan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk pembersihan sungai ini dimulakan segera.

Saya juga ingin bertanya dengan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran, bagaimana dengan peruntukan RM150 juta kepada PBT dan juga RM50 juta untuk kerja-kerja pembersihan dan naik taraf longkang dan parit ini, bagaimanakah peruntukan berkenaan ini akan diagihkan mengikut keperluan kawasan atau pun apakah syarat-syaratnya? Kerana lama dah perkara ni dibangkitkan, tetapi belum ada jalan penyelesaiannya, Yang Berhormat Tan Sri Speaker.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Tan Sri Yang di-Pertua, yang lebih penting lagi adalah sama ada penyelesaian masalah banjir ini hanya terletak kepada pembinaan infrastruktur konkrit dan kejuruteraan sahaja. Satu penyelidikan dari Universiti Massachusetts Amherst membuktikan bahawa 89 peratus daripada kajian global menunjukkan penyelesaian berasaskan alam sekitar atau nature-based solution lebih efektif dalam menangani risiko bencana berbanding pendekatan kejuruteraan. Malah nature- based solution juga lebih cost-effective daripada segi sudut ekonomi.

Jadi dalam Belanjawan 2025, mengapakah kita tidak melabur lebih dalam penyelesaian yang berasaskan alam? Bukankah alam kita ini arkitek yang terbaik?

Menawarkan penyelesaian paling efisien untuk cabaran kompleks yang kita hadapi.

Misalnya menambah kapasiti takungan air dan mewartakan rizab sungai serta kawasan tanah lembap- wet lands sebagai zon mitigasi banjir. Semua ini adalah pendekatan yang lebih lestari dan berkesan.

Mengapa kita tidak meningkatkan peruntukan dalam Belanjawan 2025 untuk penyelesaian infrastruktur hijau atau green infrastructure ini? Penyelesaian ini merangkumi zon penampan, bumbung hijau, turapan berliang, kawasan paya dan hutan bakau. Tahukah kita bahawa hutan paya bakau Malaysia menyediakan pelbagai perkhidmatan ekosistem yang mempunyai nilai sehingga RM30,000 bagi satu hektar menjadikannya antara yang paling berharga di dunia?

Seterusnya bagaimana kita dapat memperluaskan integrasi elemen climate change adaptation dan konsep sponge city di Kuala Lumpur ini supaya juga dapat dilaksanakan di kawasan-kawasan bandar dan separa bandar di negeri-negeri lain yang juga terdedah kepada risiko banjir?

draft • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Simpang Renggam, boleh sikit?

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Sila, Yang Berhormat.

draft • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tan Sri Speaker.

draft • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya nak bertanya kepada Yang Berhormat Simpang Renggam, di antara dua pendekatan kejuruteraan dan pendekatan alam, kenapa pada pandangan Yang Berhormat Simpang Renggam, kenapakah kita banyak pergi kepada pendekatan kejuruteraan untuk membuat mitigasi banjir daripada pendekatan alam sekitar? Adakah kita punya pendedahan terhadap penyelesaian alam sekitar itu berkurangan daripada segi

draft • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

knowledge-nya atau pun kita kekurangan syarikat yang memahami kaedah mitigasi berasaskan alam sekitar ini? Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Kalau kita tengok daripada segi secara umumnya, negara Malaysia adalah negara perindustrian. Kemungkinan ada kebimbangan di pihak kerajaan untuk mengambil pendekatan kejuruteraan sebagai langkah bagi memenuhi ESG ini dan tidak melalui pendekatan alam dan semula jadi untuk kekal sebagai negara industri, tetapi saya percaya, kalau ianya dirancang dengan lebih berkesan, tidak ada sebab kita harus bimbang tidak berjaya daripada segi menarik pelaburan dari segi sektor-sektor manufacturing, sektor elektronik dan sebagainya sedangkan kita mempunyai kawasan hutan yang luas.

Jadi saya berpendapat Yang Berhormat Paya Besar, kita tidak perlu bimbang kalau sekali pun kita menggunakan kaedah alam semula jadi sebagai pendekatan untuk menangani perubahan iklim ini, ianya tidak menjejaskan negara kita sebagai negara industri atau nak menarik pelabur-pelabur dalam segi perindustrian.

Yang Berhormat Tan Sri Speaker, ada pepatah Minang... [Berucap dalam bahasa Minang] Sudah tiba masanya kita menggunakan potensi alam yang tidak terbatas untuk mengubah landskap kawasan kita menjadi ekosistem yang lestari dan sejahtera. Rakyat tidak boleh lagi menunggu dan terus menanggung derita setiap kali hujan lebat melanda.

Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Tan Sri Yang di-Pertua, saya kira penambahbaikan yang kedua pula ialah tentang potensi ekonomi hijau untuk pusat data. Perihal pembangunan pusat data di Johor ini, kini mencapai tahap yang luar biasa menjadikan Johor bukan sahaja sebagai pusat- sebagai pasaran pusat data terbesar di Malaysia, tetapi juga kesembilan terbesar di seluruh Asia Pasifik. Dalam masa dua tahun, Johor berjaya menarik pelaburan lebih daripada 50 buah pusat data. Pelaburan sebanyak RM51.1 bilion pada tahun 2022 dan tahun ini dijangka sebanyak RM17 bilion lagi akan dilaburkan untuk pembangunan pusat data.

Namun seperti yang diingatkan oleh Perdana Menteri dalam Ucapan Belanjawan 2025, pelaburan ini tidak seharusnya menjadi rebutan sekiranya ianya tidak memberi nilai tambah kepada rakyat. Natijahnya, kita perlu memanfaatkan sepenuhnya limpahan ekonomi daripada pelaburan pusat data. Kita perlu mengutamakan penciptaan peluang pekerjaan dan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dan pemerkasaan perkongsian teknologi dan kepakaran.

Anjakan paradigma adalah penting di sini dengan kerjasama erat Kerajaan

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor untuk membina ekosistem digital yang lebih kukuh.

Fokus terhadap FDI yang melengkapkan pusat data...

draft • 3:30 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Simpang Renggam.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

..Contohnya fasiliti penyelidikan kecerdasan buatan- AI dan pembelajaran mesin, firma keselamatan siber serta perkhidmatan kewangan digital dan FINTEC termasuk pembiayaan hijau. Kesemua ekosistem pelengkap ini akan merangsang pelbagai peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

draft • 3:30 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Ya mohon izin Simpang Renggam, saya nak tambah sikit kerana sebut negeri Johor, ya. Dan ya, memang betul banyak data center sekarang ditubuhkan, dibangunkan di utara zon- special economic zones

(SEZ).

Jadi, Simpang Renggam juga dapat manfaat walaupun kawasan saya belum terima manfaat yang besar lagi, tapi sebenarnya pada pandangan saya, bukan sahaja data center, tetapi kita kena fikir bagaimana kita boleh menggalakkan kesemua pelabur asing ini gunakan produk tempatan?

Itu, pada pandangan Simpang Renggam, perlukah kita, Kerajaan Pusat tetapkan satu percentage local content? Supaya kesemua data center ni datang ke Malaysia untuk melabur dan mereka mesti diwajibkan untuk guna sebahagian mungkin 20 peratus, 30 peratus local content yang mereka memperoleh dari kilang- kilang atau pembuatan tempatan supaya mereka bukan import kesemua benda dari negara asal dan akhirnya akan dapat memanfaatkan sektor-sektor tempatan.

Apakah pandangan Simpang Renggam?

draft • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya setuju dengan pandangan Ahli Parlimen Kluang bahawa kita tidak kurang kepakaran yang ada, syarikat-syarikat tempatan yang boleh menyokong pembangunan pusat data ini.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Jadi, amat bertepatan saranan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kluang supaya kerajaan memperkukuhkan lagi dasar untuk menggalakkan penglibatan syarikat- syarikat tempatan dalam setiap pembangunan pusat data ini.

draft • 3:40 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Yang Berhormat Simpang Renggam...

draft • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tebrau, hendak tanya sahaja.

draft • 3:40 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Sikit sahaja.

draft • 3:40 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Sikit sahaja, dah nak habis.

draft • 3:40 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Sikit sahaja.

draft • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sikit sahaja jangan panjang.

draft • 3:40 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Sikit sahaja Tan Sri. Saya rasa hari ini Yang Berhormat Simpang Renggam telah touch satu topik yang sangat hangat fasal data di Johor dan saya juga amat mengikuti isu-isu pusat data ini, tetapi sebagai seorang pejuang tenaga hijau- green warrior macam yang selalu dibangkitkan oleh Simpang Renggam ini, saya hendak dapat pandangan dari Simpang Renggam, data center ini ya, walaupun dia ada masuk, dia ada membantu ekonomi Johor, tetapi setuju dengan dia tau tidak Yang Berhormat Simpang Renggam bahawa data center ia membawa isu-isu lain seperti isu tenaga dan juga isu air.

Di mana dikatakan satu data center sahaja dia bakar- tenaga yang dia guna bakar untuk power 11,000 rumah, itu satu isu tentang tenaga elektrik. Isu air, di mana hari ini Johor memang menghadapi isu kekurangan air. Di Johor Selatan margin pun hampir zero sudah, negatif dan sekarang saya tak tahu sama ada Simpang Renggam tahu atau tidak data center semua guna potable water. Maknanya air yang digunakan part air yang boleh diminum. Bukankah itu satu kebaziran?

Daripada segi alam sekitar dan juga demi lestari air kita, adakah Simpang Renggam rasa kerajaan perlu membuat satu guideline yang lebih baik untuk memastikan sumber-sumber asas ini, tenaga dan air ini kita jaga dengan lebih baik.

Terima kasih Simpang Renggam.

draft • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Simpang Renggam dan kalau boleh...

draft • 3:40 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Tan Sri, ya, saya akan akhirkan ucapan saya ini.

Menyentuh tentang perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tebrau tadi, daripada segi sumber air, saya percaya kerajaan negeri pun mengambil maklum tentang jumlah air yang begitu banyak yang diperlukan oleh pusat data. Malah pusat data tersebut tidak memerlukan air terawat untuk sistem – cooling system pusat data.

Jadi, kerajaan negeri sedang- saya dimaklumkan, kerajaan negeri sedang mengenal pasti kaedah-kaedah untuk mendapatkan sumber air bagi tujuan industri. Sebagai contoh, recycling, sebagai contoh pengambilan air langsung dari sungai-sungai yang ada di Johor. Ada beberapa data center atau pusat data yang telah mengambil langkah berkenaan.

Menyentuh soal bekalan tenaga yang juga banyak digunakan, inisiatif untuk membangunkan tenaga boleh baharu juga adalah satu pendekatan yang sedang

draft • 3:40 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

diteliti oleh pihak kerajaan negeri. Saya difahamkan bahawa ada satu kawasan 10,000 ekar di Pengerang untuk dibangunkan sebagai solar farm. Ada juga inisiatif yang sedang dipertimbangkan oleh kerajaan negeri untuk mengadakan Southern Johor Green Corridor bagi menggalakkan lebih banyak pelaburan daripada segi tenaga boleh baharu untuk sektor atau penggunaan pusat data.

Tan Sri Yang di-Pertua, izinkan saya menghabiskan perbahasan saya dengan seperti mana Langkawi menyebut tentang soal Kepengerusian ASEAN, sikit sahaja Tan Sri. Kita sedia maklum bahawa pelbagai inisiatif bagi memperkukuhkan kerjasama ekonomi serantau. Umpamanya, penganjuran sidang kemuncak ASEAN- GCC + China. Buat julung kalinya serta penganjuran lebih 270 mesyuarat dan aktiviti yang melibatkan semua negeri seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2025.

Namun, salah satu mesyuaratnya Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua hadir di Laos lah. Namun, selain daripada strategi menyokong penggiat kraf tangan yang diketengahkan oleh Perdana Menteri, Malaysia perlu memacu agenda ekonomi hijau di rantau ini. Kita harus mengambil peluang ini bukan sahaja untuk memperkukuhkan kerjasama serantau, tetapi juga untuk memimpin ASEAN ke arah pembangunan yang lebih lestari. Contohnya, kita martabatkan ASEAN Catalytic Green Finance Facility.

Pada tahun 2023, sebanyak 50 peratus daripada USD1.9 bilion yang dijanjikan oleh rakan kongsi ACGF telah diperuntukkan kepada projek-projek dan bantuan teknikal yang merangkumi pelbagai sektor daripada kecekapan tenaga dan peralihan tenaga kepada pengangkutan lestari serta projek kesihatan lautan.

Saya percaya dalam pelaburan yang besar kita boleh melonjakkan projek tenaga boleh diperbaharui seperti solar dan angin yang tidak hanya mengurangkan jejak karbon, tetapi juga memberi manfaat jangka panjang kepada ekonomi serantau.

Kedua Yang Berhormat Tan Sri, kita perlu memanfaatkan EU-ASEAN Dialogue on Green Technology and Innovation Mapping. Inisiatif yang menggalakkan pemindahan teknologi kerjasama penyelidikan. Baru-baru ini Yang Berhormat Tan Sri, ada seorang penyelidik daripada Yong Peng yang mendapat anugerah daripada MIT Stanford yang buat julung kalinya telah mendapati bahawa ada kaedah untuk di kompos plastik yang mengambil masa mungkin 100 tahun, tetapi melalui kajian beliau yang boleh dikomposkan dalam masa setahun. Ini adalah satu kedapatan yang saya percaya menunjukkan adanya bakat dan kebolehan daripada rakyat Malaysia.

Selain daripada EU-ASEAN Dialogue on Green Technology and Innovation Mapping Tan Sri, yang ketiga ialah Smart Green ASEAN Cities. Ini semua kalau boleh

draft • 3:40 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

bila kita jadi Pengerusi ASEAN esok, ini adalah antara beberapa perkara yang boleh kita perjuangkan termasuklah ASEAN Ministerial Meeting on Environment, ASEAN Senior Officials on Environment serta tujuh kumpulan kerja juga perlu ditingkatkan untuk memacu ASEAN sebagai pemimpin kelestarian di persada dunia.

Konklusinya, Malaysia harus menggunakan peluang Kepengerusian ASEAN 2025 untuk membina masa depan hijau yang lebih mampan bagi seluruh dunia, seluruh rantau. Sudah tiba masanya kita berani melangkah ke hadapan, melabur dalam masa depan yang mampan dan memastikan Rantau ASEAN menjadi teladan dalam menangani cabaran perubahan iklim.

Kita harus bertekad untuk merealisasikan visi pelan tindakan Komuniti Sosiobudaya ASEAN 2025. Bayangkan sebuah rantau di mana kualiti hidup rakyat terus meningkat. Melalui inisiatif kerjasama yang benar-benar berpusatkan rakyat, mesra alam dan berlandaskan prinsip pembangunan lestari. Inilah masa kita untuk menggerakkan perubahan yang akan memberi impak besar bukan hanya kepada generasi kini, tetapi juga kepada generasi yang akan datang. Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua. Sekian, saya mohon mencadang.

draft • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Simpang Renggam. Insya-Allah di peringkat AIPA yang saya jadi pengerusinya, isu renewal energy ini akan menjadi agenda besar, *insya-Allah...

[Tepuk]* Baik, seterusnya saya jemput Jasin.

draft • 3:40 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih atas keizinan untuk saya turut sama membahaskan Belanjawan 2025.

Dalam Ucapan Belanjawan yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, ungkapan “maha kaya” telah diulangi oleh beliau sehingga lapan kali.

Adalah jelas penggunaan konsep tersebut tidak diambil daripada kefahaman Islam kerana yang maha kaya dalam ajaran Islam hanya Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Hanya Allah sahajalah sebagai pencipta alam ini yang boleh digunakan ungkapan sebagai maha kaya. Ia tidak berhak dinisbahkan selain Allah. Firman Allah SWT dalam surah Fatir ayat 15...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka wahai manusia kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah dalam segala perkara. Sedang Allah Dialah sahaja yang Maha kaya lagi Maha terpuji.”

draft • 3:48 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Menurut tafsir Ibnu Kathir bahawa hanya Allah SWT sahajalah yang bersendiri dalam kekayaan tanpa sebarang sekutu. Dialah yang terpuji pada setiap perbuatannya, perkataannya, ketetapannya dan hukumnya... [Bercakap dalam bahasa Arab] Melahirkan rakyat dan masyarakat yang membesar dan mengagungkan Allah SWT, Tuhan sekalian alam hendaklah menjadi matlamat induk kepada segala program dan agenda kerajaan dalam sebuah negara. Apatah lagi Malaysia yang salah satu Rukun Negara nya adalah kepercayaan kepada Tuhan dan agama rasmi persekutuannya adalah Islam.

Dalam akidah Islam harta adalah milik Allah SWT... [Bercakap dalam bahasa Arab] Kerana Allah SWT yang menciptanya dan mengurniakannya kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Hanya Allah SWT saja yang maha kaya. Kekayaan manusia hanyalah pinjaman. Oleh kerana itu, pengurusan harta sama ada harta peribadi atau negara mestilah diuruskan sesuai aturan dan syariat yang diturunkan Allah SWT sahaja. Saya berharap ungkapan maha kaya yang ditujukan kepada golongan tertentu dalam sebuah masyarakat berasaskan tradisi Barat tidak lagi digunakan selepas ini.

Tuan Yang di-Pertua, konsep keadilan sosial mula diperkenalkan di Eropah pada abad ke-20 oleh ahli-ahli falsafah politik Barat. Ia adalah rentetan dari perkembangan sejarah Barat selepas dari era reformasi dalam menyediakan asas- asas sekular bagi keadilan sosial dan politik. Ia adalah harakah atau gerakan yang menolak agama sebagai panduan bermasyarakat dan bernegara. Ia menggantikan ajaran agama dengan teori-teori dan ideologi-ideologi sosial, ekonomi dan politik.

Wahyu digantikan dengan rationaliti dan bimbingan para Nabi digantikan dengan pemikiran ahli falsafah.

Panduan ideologi akhirnya terbukti telah gagal untuk menyelesaikan krisis politik, ekonomi dan sosial seperti yang diakui oleh Alexis Carrel, penyandang Hadiah Nobel dalam perubatan. Roger Garaudy, ahli falsafah Perancis yang pernah berfahaman komunis dan banyak lagi tokoh-tokoh Barat lainnya.

Pada hari ini bertolak daripada kekecewaan terhadap ideologi secara khusus, Barat bertindak untuk mengambil panduan dengan merentas ideologi yang dinamakan sebagai pascamodenisme. Dunia Barat dan kemanusiaan bersama- samanya berada dalam tragedi berpusing-pusing tidak menemui jalan keluar sebenar dalam mencari penyelesaian yang diperlukan. Tidak ada penyelesaian kepada krisis-krisis dunia melainkan dengan Islam.

draft • 3:50 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Allah SWT telah berfirman dalam Al-Quran Surah Taha, ayat 124... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjuk-Ku maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.” Tuan Yang di-Pertua, pengurusan ekonomi yang tidak mewujudkan kekayaan seimbang antara kaum dalam negara ini adalah bentuk pengurusan yang terputus dari realiti sejarah negara. Sedangkan sejarah adalah penting sebagai elemen yang memandu kepada keputusan yang tepat. Tidak mengambil pelajaran daripada sejarah lazimnya akan membawa malapetaka. Merapatkan jurang ekonomi antara kaum minoriti yang kaya dengan kaum majoriti yang miskin dalam sebuah negara adalah cabaran, dengan izin, as whole as the healed kepada setiap pemimpin. Islam tidak bertolak ansur sama sekali terhadap pengurusan ekonomi yang sengaja membina jurang dan kasta antara golongan miskin dan kaya.

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Hasyr, ayat 7... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Apa yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir. Ketetapan yang demikian supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya daripada kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah serta laksanakan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya kepada orang-orang yang melanggar perintah-Nya”. Malaysia semenjak kemerdekaannya sentiasa bergelut dengan ketidakseimbangan ekonomi ini yang berpunca dari dasar pilih kasih dan penindasan British terhadap bangsa Melayu dan peribumi negara ini. Ia telah menjadi punca kepada melebarnya jurang kemiskinan yang berpanjangan antara kaum di Malaysia.

Kerajaan Malaysia tidak boleh lari daripada menyelesaikan masalah yang rumit ini.

Ia akan terus wujud sehinggalah ia diatasi sepenuhnya. Mengabaikannya tidak akan menyelesaikan masalah, bahkan ia akan menjadi bom jangka yang akan menghilangkan keamanan dan kestabilan negara ini untuk jangka masa yang panjang. Sejarah Peristiwa 13 Mei 1969 sepatutnya menjadi pelajaran kepada pemimpin dan rakyat seluruhnya.

Dasar Ekonomi Baru oleh Tun Abdul Razak yang dilancarkan pada 20 Disember 1974 untuk menangani masalah mendasar negara ini dalam tempoh 20 tahun, adakah sudah berjaya? Kadar kemiskinan yang sangat besar di kalangan

draft • 3:50 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

orang-orang Melayu, 64.8 peratus berbanding orang-orang Cina 26.0 peratus dan orang-orang India 39.2 peratus.

Ketika DEB dilancarkan adakah telah berubah dan menjadi seimbang dengan kaum-kaum yang lain pada hari ini atau adakah sebaliknya? Yang jelas berdasarkan statistik peratus kemiskinan terkini, DEB masih jauh daripada mencapai tujuan ia dilancarkan. Langkah affirmative action, dengan izin, dan privatization yang dipelopori oleh Tun Mahathir Mohamad selama 20 tahun juga tidak berjaya sepenuhnya. Beliau telah memulakannya dengan cemerlang melalui pendekatan ekonomi yang berjaya. Sekali pun ia telah berjaya membawa anjakan besar dalam ekonomi orang-orang Melayu, namun ia gagal di pertengahan jalan apabila kekayaan yang dicapai oleh negara masih dilihat gagal diagihkan dengan betul dan adil kepada seluruh rakyat yang layak tanpa mengira bangsa, agama dan aliran politik.

Penyakit ekonomi dan moral yang diperingatkan oleh Allah SWT di dalam Surah Al-Hasyr telah berlaku dan menghalang kejayaan yang telah mula dicapai kronisme, nepotisme, dan rasuah gagal dibendung. Akhirnya seperti pepatah Melayu, harapkan pegar, pegar makan padi.

Walau bagaimanapun, pendekatan-pendekatan ekonomi yang telah beliau rumuskan dalam usaha membina kekuatan ekonomi secara sihat dan untuk memulihkan kedudukan bumiputera adalah suatu pengetahuan bernilai besar berbanding retorik-retorik yang kita dengar sepanjang dua tahun ini. Adakah kerajaan madani masih berminat terhadap usaha-usaha yang dilakukan sebelum ini bagi memulihkan dan mengukuhkan ekonomi bumiputera? Apakah langkah-langkah berkesan yang telah diambil oleh kerajaan untuk menghapuskan jurang kemiskinan antara kaum? Yang nyata pendekatan-pendekatan ekonomi oleh kerajaan sedang dan akan memberikan isyarat yang salah.

Penarikan subsidi diesel, rancangan subsidi petrol bersasar, penarikan subsidi golongan kaya, kenaikan gaji minimum, pertambahan cukai yang membebankan rakyat, perluasan cukai SST dan tindakan-tindakan lainnya telah dan akan melahirkan kesan berantai yang menaikkan kos kehidupan, meningkatkan harga barangan keperluan serta mendedahkan mereka kepada pengangguran. Yang paling merasai tekanan dari dasar dan polisi ekonomi yang salah ini adalah golongan B40 yang kebanyakan mereka itu adalah dari kalangan bumiputera dan orang-orang Melayu.

Saya melihat di sebalik slogan keadilan sosial kerajaan madani seolah- olahnya dasar dan polisi ekonomi tidak seimbang penjajah seperti sedang

draft • 3:50 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

dihidupkan kembali. Akibatnya, kaum yang kaya akan menjadi mega kaya dan kaum Melayu yang miskin pada masa akan datang tidak mustahil akan menjadi kasta rendah dalam negara mereka sendiri. Pada ketika itu ada kemungkinan hantu jembalang 13 Mei yang telah lama dipasungkan akan hidup mengganas kembali.

Semoga dijauhkan oleh Allah SWT perkara tersebut.

draft • 3:50 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Namun, yang lebih dibimbangi dalam jangka masa yang panjang adalah hilangnya kekuatan orang Melayu dari segala sudut, mental, fizikal, pendidikan, ekonomi dan politik. Keadaan kemiskinan dan ketidakmampuan untuk membeli makanan-makanan berzat dan berkualiti sudah tentulah akan mendedahkan mereka kepada kekurangan gizi yang diperlukan. Generasi Melayu yang hebat dan kuat tidak akan dapat dilahirkan dalam keadaan itu.

Dalam keadaan hidup yang serba lemah, mereka akan kehilangan daya untuk mempertahankan negara dan mempertahankan struktur politik Malaysia sebagai satu-satunya sistem demokrasi yang berbeza daripada demokrasi liberal yang diamalkan di dunia pada hari ini. Demokrasi Barat yang menjadikan Wakil-wakil Rakyatnya seakan-akan sebagai Tuhan yang berkuasa mutlak sehingga boleh menolak dan meminggirkan prinsip agama dan moral lalu boleh meluluskan apa sahaja termasuk bantuan untuk melakukan genosid di Palestin.

Di Malaysia, demokrasi songsang dan ekstrem seperti itu tidak dibenarkan.

Sebaliknya, Malaysia mengamalkan demokrasi beradab. Perlembagaannya memberikan kuasa dalam aspek pentadbiran agama dan menjaga kesucian ajaran agama kepada Institusi Raja-Raja Melayu, kuasa yang tidak boleh dicabar oleh sesiapa pun. Dengan kuasa yang diberikan itu, Islam di Malaysia akan kekal menjadi pedoman kepada rakyat dan berpeluang untuk diperluaskan pelaksanaannya dari semasa ke semasa. Institusi Raja-Raja Melayu itu dengan izin, ‘It is indeed the last and the only remaining version of the caliphate in its democratic limited and modern form’.

Bumiputera adalah kaum majoriti dalam negara ini. Menurut komposisi etnik semasa, kaum bumiputera adalah 62.5 peratus, Cina adalah 22.9 peratus dan India 6.8 peratus. Pertahanan sebuah negara sangat bergantung kepada kekuatan kaum majoritinya. Kelemahan orang Melayu akan pasti menjejaskan kemampuan mereka untuk mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu sebagaimana yang telah berlaku di Indonesia pada zaman Komunis merajalela. Ia seterusnya akan meletakkan kedudukan Islam di negara ini dalam keadaan terancam.

draft • 4:00 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Saya melihat sistem ekonomi yang tidak melindungi keadilan sosioekonomi bagi bangsa Melayu dan kaum bumiputera serta kaum-kaum lainnya adalah seolah- olah sebagai pintu belakang, back door bagi menghapuskan secara halus institusi beraja dalam negara ini. Sebarang usaha sama ada secara pintu depan atau pintu belakang untuk menghakiskan kuasa Raja-Raja Melayu dalam apa bentuk pun.

Justeru, menjadikan negara ini sebagai negara demokrasi liberal yang mempertuhankan manusia wajiblah digagalkan oleh rakyat dan ditentang tanpa sebarang tolak ansur.

Tuan Yang di-Pertua, mohon sedikit masa lagi.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Teruskan.

draft • 4:00 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Terima kasih.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya akan bagi lagi ingatan.

draft • 4:00 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Kegagalan demi kegagalan oleh pendekatan ideologi Barat dan oleh pendekatan kerajaan-kerajaan terdahulu sebenarnya tidak dapat dielakkan walau sebijak mana dan sehebat mana sekalipun pendekatan yang diambil lantaran ia tidak terbit daripada dorongan hati nurani manusia. Islam membawa pendekatan yang mengakar serta menyeluruh dalam menangani ketidakadilan sosial.

Sayid Qutb Rahimahullah, seorang pemikir Islam terkenal dalam bukunya bertajuk Al Adala Al-Ijtima’iyya fi al-Islam menegaskan tiga perkara sebagai prinsip asas Islam di dalam menangani ketidakadilan sosial, dengan izin:

(i) kebebasan mutlak hati nurani, absolute freedom of conscience;

(ii) kesamarataan manusia secara menyeluruh, the complete equality of man;

(iii) solidariti sosial yang kukuh, the permanent mutual responsibility of the society. Beliau berkata sebagai contohnya. Selamanya tidak akan tercapai keadilan sosial dengan sepenuhnya...

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung dalam 1 minit.

draft • 4:00 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Dan selamanya tidak akan ada jaminan pelaksanaannya dan penerusan pelaksanaannya selama mana ia tidak bersandar kepada perasaan hati nurani bahawa seseorang itu berhak mendapatkan keadilan

draft • 4:00 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

sosial tersebut dan berkeperluan. Keperluan masyarakat kepadanya dan dengan akidah keyakinan bahawa keadilan sosial itu membawa manusia kepada mentaati Allah dan membawanya kepada realiti kemanusiaan yang lebih mulia.

Keadilan sosial itu juga tidak akan tercapai selama mana ia tidak bersandar kepada kewujudan material yang mempersiapkan seseorang itu untuk boleh bertahan melaksanakan tuntutan keadilan sosial tersebut dan menanggung bebanan-bebanannya...

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Lagi 30 saat.

draft • 4:00 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

...Serta mempertahankan pelaksanaannya.

Selama-lamanya seseorang itu tidak akan mendapat keadilan sosial dengan jalan perundangan sahaja selagi mana ia tidak dipandang berhak lebih dahulu daripada sudut perasaan dan dengan kemampuan praktikal bagi berterusannya perasaan tersebut. Selama-lamanya masyarakat tidak akan memelihara perundangan. Jika ada sekalipun, melainkan di sana ada suatu akidah yang mendukungnya...

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Sila gulung.

draft • 4:00 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Dari dalam diri manusia dan kewujudan praktikal yang mendukungnya dari luar. Inilah yang diperhatikan oleh Islam di dalam setiap galakannya dan perundangan-perundangannya. Tuan Yang di-Pertua, sekian terima kasih.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Jasin*...

[Tepuk]* Berikut, memandangkan Yang Berhormat Cheras ada urusan kesihatan. Maka, saya mempersilakan Yang Berhormat Saratok.

draft • 4:00 PM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan terima kasih saya ucapkan kerana memberi peluang pada Saratok untuk membahaskan Perbelanjaan Persekutuan 2025 di Dewan yang mulia ini.

Pertama, penyasaran subsidi RON95. Tuan Yang di-Pertua, inti pati yang dinyatakan oleh Tambun ialah warga asing dan 15 peratus teratas pengguna maha kaya menikmati 40 peratus subsidi petrol RON95 bernilai RM8 bilion dan kerajaan akan terus menanggung subsidi yang dianggarkan berjumlah RM12 bilion untuk keperluan, 8.5 peratus rakyat dan harga yang rendah menyebabkan kerajaan menanggung jumlah subsidi RON95 tahun 2023 mencecah RM20 bilion.

draft • 4:05 PM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

Tuan Yang di-Pertua, Tambun menyebut penjimatan RM8 bilion apabila warga asing dan T15 pengguna maha kaya ini dikecualikan daripada subsidi pada tahun hadapan. Walaupun langkah ini berniat baik, namun saya berpandangan ada beberapa perkara yang perlu diperhalusi terlebih dahulu sebelum penyasaran subsidi RON95 ini dilaksanakan.

Persoalannya, saya ingin bertanya dan mendapat penjelasan daripada kerajaan tentang beberapa persoalan iaitu pertama, bagaimana penjimatan RM8 bilion ini boleh dicapai kesahihan angka RM8 bilion ataupun 40 peratus yang kononnya jumlah subsidi yang dinikmati oleh golongan maha kaya dan warga asing ini. Adakah itu betul? Tidakkah anggaran RM8 bilion ini terlampau tinggi. Walaupun penjimatan ini agak signifikan jika kita merujuk kepada anggaran, kita perlu melihat lebih terperinci bagaimana angka kononnya RM8 bilion ini akan dapat diperoleh.

Saya ingin bertanya, apakah mekanisme dalam mengenal pasti golongan maha kaya T15 ini secara spesifik? Di stesen minyak, kebanyakan orang yang membeli RON95 ini adalah pengguna kereta biasa. Golongan maha kaya lebih cenderung menggunakan RON97. Mana mungkin golongan maha kaya menggunakan kenderaan mewah seperti Mercedes, Lexus dan sebagainya menggunakan RON95.

Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, adakah penjimatan ini benar-benar akan berlaku dan memberi manfaat pada rakyat yang memerlukan atau hanya angka yang cantik untuk dipamerkan memomokkan kononnya golongan maha kaya. Daripada aspek pelaksanaan penyasaran subsidi ini, mungkin menghadapi cabaran daripada segi penguatkuasaannya.

Bagaimana kerajaan merancang untuk mengesan dan memantau pengguna maha kaya ini. Tanpa sistem pelaksanaan dan penguasaan yang berkesan, terdapat kemungkinan bahawa subsidi akan terus disalahgunakan. Ini juga mungkin membawa kepada masalah penyeludupan dalaman. Apabila harga minyak bagi kumpulan tertentu dikawal, golongan yang tidak layak mungkin cuba mendapatkan subsidi melalui kaedah yang tidak sah termasuk penipuan dan manipulasi sistem.

Selain itu, pasaran gelap mungkin muncul untuk mengeksploitasikan perbezaan harga tersebut. Oleh itu, penguasaan yang ketat diperlukan untuk mencegah penyalahgunaan dan mengekalkan keadilan dalam pengagihan subsidi menjurus kepada pembaziran sumber dan menjejaskan keberkesanan dasar ini.

Bercakap berkenaan dengan pengesanan siapa yang sepatutnya dalam golongan maha kaya ataupun T10, ramai yang berpendapat bahawa tidak semua dalam kategori T15 ini adalah kaya atau berkemampuan tinggi. Ada di antara mereka

draft • 4:05 PM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

masih mempunyai komitmen kewangan yang besar walaupun pendapatan rumah mereka melebihi RM13,000 sebulan.

Saya memberi contoh di kawasan luar bandar Sarawak, di mana pekebun kecil kelapa sawit sekarang ini mengusahakan tanaman sawit seluas 20 ekar mampu mendapat pendapatan RM13 ribu sebulan yang menerima bayaran menerusi akaun peribadi.

draft • 4:05 PM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

Adakah kerajaan menerusi rekod pendapatan sebulan ini akan mengkategorikan pekebun kecil tersebut sebagai golongan maha kaya T15? Adakah pekebun kecil ini juga akan dihapuskan bantuan perubatan dan pendidikan?

Kedua, cadangan pengecualian Sabah Sarawak daripada program penyasaran subsidi RON95. Saya berdiri di sini untuk membawa suara rakyat Sabah dan Sarawak yang berada jauh namun dekat di hati. Saya ingin menyeru agar kerajaan mempertimbangkan untuk mengecualikan Sabah Sarawak daripada program penyasaran subsidi RON95 seperti mana pengecualian daripada program penyasaran subsidi diesel pada tahun lepas. Sabah Sarawak merupakan negeri pengeluar petroleum. Oleh itu, semua rakyatnya patut menerima subsidi RON95.

Saya percaya sekiranya kerajaan dapat mengecualikan rasionalisasi diesel bagi Sabah Sarawak, tidak mungkin kerajaan tidak dapat meneruskan pengecualian yang sama terhadap RON95 dan saya pasti Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak akan bersetuju dengan cadangan saya ini.

Tuan Yang di-Pertua, semua sedia maklum tentang keadaan geografi dan demografi kami di Sabah Sarawak. Banyak kawasan yang jauh di pedalaman dan hanya boleh diakses melalui jalan sungai, jalan yang tidak berturap ataupun perjalanan berjam-jam di mana penempatan yang amat berselerak. Ini akan menaikkan kos mobiliti ditambah lagi penaikan kos bahan api, ia akan menambahkan kos sara hidup.

Ketiga, Perjanjian Malaysia 1963. Isu MA63 bukanlah perkara baharu.

Namun, ia adalah asas kepada penyatuan Malaysia yang kukuh dan berdaulat.

Dalam perjanjian tersebut, Sabah dan Sarawak dijanjikan hak-hak tertentu. Seperti yang kita- semua sedia maklum, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pernah menyebut untuk menyelesaikan isu berkaitan MA63 dalam tempoh setahun dan media juga pernah memetik kenyataan Timbalan Menteri II pada 8 Disember 2022 di mana beliau dipetik berkata, “Saya diarahkan oleh Perdana Menteri untuk menyelesaikan segala tuntutan dalam MA63 dalam tempoh sebulan.”

draft • 4:10 PM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

Janji ini telah memberikan harapan yang tinggi kepada rakyat di Sabah, Sarawak. Mereka menunggu dengan penuh harapan bahawa isu-isu yang membelenggu mereka selama puluhan tahun akan berakhir menemui jalan penyelesaian yang adil. Namun, kini setelah hampir dua tahun, kita masih menyaksikan isu-isu utama dalam MA63 belum dapat diselesaikan. Saya mohon kerajaan untuk mengotakan janji tersebut dengan memastikan rundingan-rundingan berkaitan MA63 disegerakan, ditamatkan dengan penyelesaian yang tuntas.

Antara isu-isu penting yang belum ditamatkan penyelesaian termasuklah isu pengagihan gas di antara PETRONAS dan PETROS yang merupakan syarikat milik Kerajaan Sarawak, hak autonomi pentadbiran dan kewangan serta peruntukan pembangunan yang sewajarnya. Begitu juga dengan isu pemberian khas hasil bersih 40 peratus di bawah Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan pada Sabah.

Mineral, minyak dan benda minyak, Akta Laut Wilayah 2012, hak Sabah Sarawak ke atas pelantar benua serta pertambahan perjawatan perkhidmatan awam Sabah, Sarawak di bawah Perkara 112 Perlembagaan Persekutuan.

Pertambahan bilangan Ahli Dewan Rakyat dari Sabah, Sarawak di dalam Dewan Rakyat dan cadangan pindaan 95B Perlembagaan Persekutuan mengenai ubah suaian bagi negeri Sabah dan Sarawak mengenai pembahagian kuasa perundangan. Rakyat Sarawak berhak menikmati hasil yang lebih adil daripada kekayaan sumber mereka. Mereka juga berhak kepada autonomi dalam mengurus hal ehwal negeri masing-masing sesuai dengan perjanjian yang termaktub dalam MA63.

Saya ingin menegaskan keadilan untuk Sabah Sarawak bukan sahaja soal undang-undang atau perjanjian, tetapi ia adalah soal moral dan tanggungjawab bagi sebuah negara Persekutuan.

Keempat, peruntukan untuk sekolah-sekolah daif di negeri Sarawak. Melalui pembentangan Belanjawan 2025 oleh Menteri Kewangan, Kementerian Pendidikan telah menerima agihan sebanyak RM64.1 bilion. Antara yang menarik perhatian saya adalah RM2 bilion disediakan untuk projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah di seluruh negara. Daripada RM2 bilion tersebut, RM1 bilion untuk menaik taraf prasarana daif di 543 buah sekolah terutamanya di Sabah Sarawak dan 44 buah sekolah baharu akan dibina pada tahun hadapan.

Jumlah tersebut adalah untuk seluruh negara dan bukan untuk Sabah Sarawak sahaja. Dengan itu, saya ingin meminta kerajaan memberikan perincian secara spesifik berapakah yang akan diperuntukkan untuk Sabah Sarawak? Jumlah tersebut tidak akan mencukupi untuk Sabah Sarawak dan juga untuk seluruh negara.

draft • 4:10 PM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

Saya risau dalam konteks Sabah Sarawak ini akan mendatangkan lagi banyak masalah, makin banyak projek sakit yang akan melibatkan sekolah-sekolah akan timbul.

Dalam masa yang sama juga saya ingin meminta Menteri Pendidikan untuk memberikan perincian peruntukan yang akan disalurkan di Saratok terutamanya peruntukan untuk menaik taraf prasarana sekolah daif memandangkan di Saratok terdapat banyak sekolah daif yang memerlukan penyelenggaraan dan naik taraf dengan segera.

Tuan Yang di-Pertua, masih di bawah Kementerian Pendidikan. Saya ingin bertanya mengenai status pembinaan sekolah SK Abang Leman di Kabong. Projek tersebut mengalami banyak kelewatan dan mengikut perancangannya dijangka siap pada Mei 2024. Kalau tak silap saya, projek ini sepatutnya sudah siap pada Mei- eh, November 2023, tetapi sehingga kini November 2024 projek tersebut belum siap lagi.

Pada masa sekarang, tak ada apa-apa kerja fizikal yang berjalan. Jadi, bilakah ia akan siap?

Oleh itu, saya mahu bertanya apakah tindakan daripada pihak Kementerian Pendidikan untuk memantau dan sekali gus mengaktifkan projek ini dengan seberapa segera supaya tidak dilabelkan sebagai projek sakit.

Balai Bomba Kabong. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil perhatian KPKT akan kejadian di Kabong pada 16 Oktober 2024 di mana sebuah kedai runcit yang bersambung dengan sebuah rumah hilir kampung hampir musnah dijilat api.

Syukur tiada kemalangan kerana api mampu dikawal daripada merebak. Bayangkan malapetaka yang akan berlaku sekiranya api tersebut gagal dikawal. Dalam kejadian ini, saya memuji tindakan pantas daripada Pasukan Bomba Sukarela Kabong yang bertindak serta-merta dengan pantas membantu mengawal dan seterusnya memadamkan kebakaran tersebut.

Untuk makluman Menteri, Pasukan Bomba Sukarela Kabong telah ditubuhkan pada tahun 2020 hasil daripada kerjasama di antara penduduk setempat bersama dengan Balai Bomba dan Penyelamat Saratok dan juga pusat khidmat.

Sebagai langkah awal, pada masa itu saya peruntukan RM40,000 untuk membeli peralatan kebombaan selain daripada dana daripada pihak SDG, tetapi, sudah pasti peralatan tersebut tidak mencukupi dan tidak dapat menampung keperluan sekiranya kejadian kebakarannya lebih besar.

Oleh itu, saya memohon perhatian Menteri untuk menyegerakan pembinaan balai bomba di Kabong dan menurut jawapan Menteri KPKT pada saya bertarikh 19 Mac 2024, KPKT mengesahkan tapak Balai Bomba dan Penyelamat Kabong telah

draft • 4:10 PM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

dikenal pasti dan terletak di sebahagian tapak tanah yang strategik dengan keluasan 10 ekar. Ini membuktikan ada yang keperluan mendesak untuk membina balai bomba di kawasan Kabong tersebut.

Projek Jalan Kupang Bajau. Tuan Yang di-Pertua, projek ini merupakan sinaran bagi penduduk kawasan Kampung Kupang dan sekiranya projek tersebut tidak dibina, dia tidak akan membawa manfaat kepada penduduk setempat, pekebun kecil yang berdekatan dan akan memberi impak yang besar kepada penduduk di kawasan sekitarnya. Projek ini dijadualkan pada Oktober 2022 melibatkan pembinaan jalan berturap 16.9 kilometer bagi menggantikan jalan berbatu sedia ada dengan kos keseluruhannya pada awalnya RM90 juta masih belum dilaksanakan.

Dulu saya menyatakan kebimbangan mengenai isu kelewatan ini kerana kos- kos pembinaannya akan makin lewat makin bertambah. Jadi, mengapakah terjadi kelewatan dalam projek yang satu-satunya menjadi harapan penduduk Kupang dan kawasan sekitarnya? Warga Kupang menunggu jawapan daripada Menteri.

Dengan ini, saya ingin mengakhiri ucapan saya. Sekian, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Saratok. Dipersilakan Yang Berhormat Subang.

draft • 4:10 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih Tuan Speaker. Dengan peruntukan RM421 bilion, ini adalah belanjawan paling besar sekali. Ini belanjawan defisit dengan anggaran defisit yang lebih kecil pada kadar 3.8 peratus. Satu sasaran yang bertanggungjawab ya. Saiz belanjawan ini masuk akal kerana ekonomi negara dijangkakan berkembang pada kadar 4.8 peratus hingga ke-5.3 peratus untuk tahun ini dengan pendapatan kerajaan dijangkakan meningkat selari dengan pertumbuhan KDNK untuk tahun depan juga.

draft • 4:19 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Yang penting sekali, terdapat economic data dan asas untuk menyokong jangkaan tersebut. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menggesa kawan- kawan saya daripada Pembangkang untuk bekerja keras tahun depan dan menyediakan belanjawan alternatif seperti yang pernah dilakukan oleh Pakatan Harapan dan juga Pakatan Rakyat. Bukanlah satu Parliamentary practice yang baik sekiranya kita hanya membahaskan belanjawan dengan sekadar mengkritik tanpa memberi satu model alternatif. Ramai dalam Dewan ini merupakan bekas Menteri dan juga Timbalan Menteri. Expectations of rakyat memang very high.

draft • 4:20 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Tuan Speaker, dengan izin, politicians not be a zero-sum game. Apalagi dalam isu ekonomi dan bajet kerana inilah platform paling neutral untuk menolong rakyat yang susah. Tuan Speaker, sektor teknologi melihat perkembangan yang sangat baik tahun ini. Pada saya, terdapat satu perasaan optimistik yang datang daripada kemasukan pelaburan berbilion-bilion dari syarikat asing yang terlibat dengan data centers dan juga semiconductors. Saya sendiri telah melakukan kunjungan ke syarikat-syarikat ini dan kemasukan pelaburan berbilion ini telah membantu menaikkan nilai wang Ringgit pada kadar yang cukup luar biasa.

Namun begitu, saya ingin menasihatkan Kerajaan MADANI saya untuk turun padang dan nilai sendiri sama ada technology boom ini benar-benar membawa peningkatan ekonomi secara keseluruhan untuk rakyat biasa, khasnya golongan pekerja yang lain, bukan dalam sektor teknologi. Saya telah memerhatikan peningkatan pada keseluruhannya aktiviti di pusat membeli belah di Subang.

Basically, dengan izin, basically consumer consumption is up. Namun, masih terdapat perasaan kurang yakin dalam kalangan masyarakat dunia pada masa ini.

Sebagai contoh, walaupun data ekonomi yang kukuh di Amerika menjelang Trump versus Harris, kebanyakan rakyat Amerika sebenarnya merasakan mereka lebih miskin.

Oleh itu, pandangan saya kepada Kamala Harris- apparently she’s half Samoan, half Malaysian, okay...

[Ketawa] Harris perlukan segala tuah minggu ini untuk menang. Kita di Malaysia juga tidak berkecuali dengan perasaan global pessimism ini. Mungkin ini berpunca daripada perang-perang yang sedang berlaku di Gaza, Ukraine, Myanmar dan Sudan.

Mungkin juga ia adalah kerisauan terhadap perubahan iklim dengan cuaca yang buruk sekali. Penurunan perdagangan global pada kala Barat dan China terus bergaduh tentang tarif dan mata wang juga menjadi punca perasaan pessimism ini.

Saya perhatikan ramai rakyat Malaysia, termasuk saya sendiri masih tidak gembira dengan harga barang di kedai makan.

Setiap kali saya berjumpa dengan penduduk di kawasan Subang, saya memberitahu mereka bahawa dengan Ringgit yang kukuh berpunca daripada technology boom ini, harga dan kos makanan sepatutnya turun. Mengikut Laporan Food Security, Malaysia mengimport kira-kira 70 peratus makanan kita. Maka, Ringgit yang kukuh sepatutnya melihat penurunan harga dan kos makanan. Secara teori, sekiranya Ringgit perform 10 peratus lebih baik, kita sepatutnya melihat penurunan tujuh peratus kos makanan. Ramalan saya ialah ini akan mengambil lebih kurang enam bulan daripada masa nilai mata wang kita mendadak.

draft • 4:20 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Jadi maknanya, pada suku pertama 2025 we should see food prices drop.

Saya nak kata pada awal Oktober, Ringgit kukuh pada RM4.12 berbanding 1USD.

Kemudian, sesuatu aneh yang berlaku. Di pusat beli-belah, barisan yang panjang sekali di money changers. Ramai orang menjual Ringgit dan membeli Dolar pula.

Sekarang kita kembali kepada RM4.36 berbanding 1USD. Momentum Ringgit terhenti dan Ringgit jatuh kembali. Adakah ini kena mengena dengan belanjawan?

Ataupun rakyat yang opportunist dan kurang yakin dengan ekonomi kita? Saya menyeru kerajaan untuk meneliti hal ini. Kenapakah rakyat Malaysia hilang confidence pada masa pelabur asing melabur berbilion-bilion Ringgit?

Kenapa ramai rakyat mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan forex yang kecil sahaja dengan menjual Ringgit kita. Di manakah semangat patriotisme ekonomi negara, tapi saya juga akui Ahli-ahli Parlimen kita ini semua ini, kita memang bersalah kerana kita gagal untuk menanam dan menyemai keyakinan dalam kalangan rakyat Malaysia. Mungkin kepercayaan rakyat lebih terjamin sekiranya kita sebagai Ahli Dewan Rakyat boleh ketepikan perbezaan kita dan bekerjasama melakukan perubahan reformasi yang lebih signifikan dan lebih spesifik, dengan izin, anti-corruption and better governance reforms.

Saya memang puji usaha kerajaan yang terus tegas melawan rasuah. Pada bulan Mac tahun ini, kerajaan telah membawa ke mahkamah beberapa pegawai terlibat dalam skandal RM2 bilion penyeludupan dan rasuah di Jabatan Kastam.

Minggu lepas sahaja, MACC memulakan siasatan terhadap kes melibatkan RM1.8 bilion subsidi baja. Kebanyakan daripada kita yang di dalam Dewan ini dah tahu lama tentang semua problem ini. Namun, tiada apa-apa dilakukan pada ketika itu. Di bawah Kerajaan MADANI, kita akhirnya nampak rasuah dilawan secara serius.

Namun, ini hanyalah kes-kes piece meal basis.

Walaupun saya gembira melihat tindakan diambil, tetapi realitinya masalah rasuah di negara kita ini adalah systemic dan masalah systemic tidak mungkin boleh diatasi dengan pendekatan piece meal. Apa yang kita perlu lakukan ialah satu systemic reset untuk melawan rasuah.

Pada bulan Mac tahun ini, kerajaan saya telah memaklumkan pada Parlimen bahawa ada format baharu untuk deklarasi aset yang dikatakan jauh lebih baik berbanding tahun 2018. Saya beritahu Dewan- sila beritahu Dewan, apakah butirannya dan sudah kah ia diimplementasikan? Ini adalah reformist systemic yang kita perlukan dan saya menanti-nantikan implementasinya dan dengan izin, asset declaration has to be publicly declared dan diaudit oleh Ketua Audit Negara.

draft • 4:20 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Tambahan lagi, kerajaan harus segera meluluskan undang-undang Unexplained Wealth Order. Jika kita telah melakukan reformasi ini 20-30 tahun dulu pada masa Pasir Gudang masih muda lagi. Kalau kita dah lakukan ini 20-30 tahun lalu, hari ini kita tak perlu siasat bekas-bekas ahli politik yang sangat tua dan maha kaya. Mungkin ada yang bertanya, “Eh, apa ini YB Subang ini cakap, apakah kaitannya dengan belanjawan?” Pada Mei tahun ini, MACC sendiri telah mengumumkan bahawa Malaysia telah rugi RM277 bilion akibat rasuah dalam tempoh lima tahun antara 2018 ke-2023. Ini bersamaan dengan tahap korupsi RM55.4 bilion setahun.

Dalam konteks belanjawan, sekiranya kita dapat menjimatkan RM55.4 setahun daripada rasuah, perbelanjaan pembangunan RM86 bilion untuk tahun 2025- cuma perlu bon kerajaan RM30.6 bilion sahaja. Dengan bon RM30.6 bilion, kita akan menjangkakan defisit hanya sebanyak 1.3 percent- 1.35 peratus. Saya juga akan memberi jamin kepada semua kalau kita lakukan ini, semua agensi penarafan dunia, termasuk Moody’s, Standard and Poor’s serta semua- bank-bank global, HSBC kah, siapa, Citibank kah, tak apa lah, akan mempromosikan Malaysia secara positif kepada dunia perniagaan as a fiscally responsible country.

Oleh demikian, memerangi rasuah secara systemic bukan sahaja kita boleh save kita punya bajet, tapi akan meningkatkan sovereign rating negara kita dan menjimatkan lebih kurang RM8 bilion sehingga ke RM10 bilion setahun faedah bayar hutang negara. Jika usaha ini diteruskan, YB Tambun selaku Menteri Kewangan akan berada di landasan tepat tahun hadapan untuk Belanjawan 2026...

draft • 4:20 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Yang Berhormat, boleh saya celah, sedikit sahaja?

draft • 4:20 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Boleh.

draft • 4:20 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Tuan Yang di- Pertua, saya dengar ucapan Yang Berhormat Subang dan saya rasa ini satu ucapan yang amat baik. Saya kecewa sebab depan kita ini tak ada seorang pun daripada pihak kerajaan yang Menteri-menteri, Timbalan Menteri yang ada, tapi... [Dewan riuh]

draft • 4:20 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Okey. Okey.

draft • 4:20 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

...Saya cadangkan Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat setuju bahawa kita sama-sama mahukan reformasi yang lebih pantas, lebih tepat dan lebih besar dilakukan dan sekarang agak perlahan kita nampak pergerakannya.

draft • 4:20 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih. Saya memang setuju. Saya pun nak mempercepatkan isu dia, tapi kita- tak apa lah. Kita dengar nanti balasan balik daripada kerajaan, okey.

Bagi saya, landasan isu tentang landasan untuk tahun depan, kalau kita buat reformasi anti-corruption, kita boleh- YB Tambun boleh mengulangi kejayaan beliau pada tahun 1957, mencatatkan surplus belanjawan ketika itu. Pada pandangan saya, inilah yang patut menjadi keutamaan Kerajaan MADANI memerangi rasuah secara sistematik.

draft • 4:20 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Malah, memerangi rasuah adalah jauh lebih penting daripada perkara subsidi RON95 dan pengenalan cukai dividen dua peratus. Tak apa, saya akan – izinkan saya kongsikan pandangan ringkas saya tentang kedua-dua isu pertama ini.

Pertama tentang RON95. Kita- semua di Dewan ini, semua ini T15 lah, sebab lebih kurang, ada yang naik, ada yang turun - RM20,000 sebulan kita bawa home, bawa balik. Keluarga saya ada dua kereta. Kita belanja RM500 sebulan untuk RON95. Apabila subsidi RON95 ditarik balik untuk T15, kos petrol saya akan naik ke RM1,000 sebulan. Adakah RM500 tambahan ini akan membebankan saya daripada golongan T15? Kalau keluarga saya mendapat pendapatan isi rumah RM50,000 sebulan, peningkatan RM500 ini cuma one percent. Maknanya, tidak membebankan sangat, tetapi kalau keluarga itu bottom of the T15, pendapatan RM13,000 sebulan, peningkatan RM500 adalah signifikan kerana ia merupakan peningkatan 3.8 percent.

Kita perlu faham bahawa keluarga yang tinggal di Klang Valley dengan pendapatan RM13,000 sebulan bukan hidup mewah. Sebenarnya RM13,000 sebulan di Klang Valley adalah kelas pertengahan, middle class, dengan izin. These are my peoples in Subang. Kebanyakan keluarga di Subang mempunyai pinjaman rumah, pinjaman dua kereta. Kelas tuisyen, muzik untuk anak-anak, Subang juga bukanlah murah.

Jadi, apa yang saya hendak cadangkan pada kerajaan saya ialah untuk menggunakan behavioral anecdotes dan juga big data untuk merangka dasar yang lebih adil kepada semua.

Kerajaan MADANI telah mewarisi perkara subsidi petrol dan saya memuji pendirian kita untuk lebih bertanggungjawab dalam isu fiskal ini. Namun, dalam pelaksanaan dasar ini...

draft • 4:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Boleh sikit?

draft • 4:30 PM

Tuan Wong Chen - Subang

...Hati-hatilah ya, sebab kita perlu bersikap adil.

Itu yang rakyat Subang minta saya untuk ucap pada hari ini. Silakan.

draft • 4:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Subang. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Subang, Tuan Yang di-Pertua.

Apabila kerajaan hendak menyasarkan subsidi kepada T15, adakah harga tersebut kita float sehingga maksimum? Ataupun- sebab, kita ada experience, Yang Berhormat Subang. Apabila harga per barrel meningkat melebihi USD100 per barrel, ini sudah akan memberi kesan kepada T15 lower bracket. Adakah kerajaan perlu juga meletakkan harga siling sekiranya harga melepasi USD100 per barrel, kita juga bagi subsidi?

Sebab apa, Yang Berhormat Subang, kenaikan USD1 per barrel, kerajaan akan mengambil hasil keuntungan RM300 juta. Jadi, harga naik melebihi USD80 per barrel, kerajaan mendapat juga hasil dan sepatutnya hasil tersebut dipulangkan kepada T15. Dalam erti kata, melepasi ambang threshold tersebut. Apakah pandangan Yang Berhormat?

draft • 4:30 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih Paya Besar.

Bagi saya, pertama, kita kena study behavioral, the pattern of the family dulu.

Seperti yang saya katakan, kalau kita – isi pendapatan itu besar, kita boleh tampung RM500 ini. So, go through behavioral signs, tengok the nuance dulu.

Second thing ialah- memang Paya Besar betullah. Kalau kita hendak increase pun, jangan increase semua. Jangan float habis. Maybe kita float 50 peratus. Kita kena tengok ya, tapi memang bila harga mendadak ke USD100, kerajaan akan untung besar ini. Then, you can reverse back a bit. Jadi, bagi saya, a flexible system berdasarkan sistem behavioral economics dan juga big data, itu penting. Terima kasih.

Okey, bagi cukai dividen dua peratus ini. Sebab ini big issue ya. Bagi saya- I will short cut-lah. Saya ada dua tiga pages untuk cakap ini, tapi I can simplify. Dua percent dividen. Di negara Jepun dan juga United Kingdom, dia ada dividend tax ini pada tahap 20 peratus dan 24 peratus. Kita start dengan dua peratus. Nampaknya baik, tapi input-input yang saya dapat daripada syarikat financial services di Kuala Lumpur, dia tanya, “Kenapa.., why are you doing this?” Jadi, soalan saya pada kerajaan ialah kalau dua peratus, how much can we collect? Boleh dapat RM100 jutakah? Ker RM1 bilion, ker RM5 bilion? Itu penting.

Kedua, apakah kos untuk dapat duit ini? Untuk kutip dividen ini.

Ketiga, adakah ini akan menghalau syarikat-syarikat financial services di Kuala Lumpur untuk pindah ke Hong Kong dan pindah ke Singapore? Sebab, di sana tidak ada cukai dividen.

draft • 4:30 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Apa yang saya risau ialah bila kita introduce dua peratus- di Jepun, dia introduce 20 peratus ya- itu untuk tax equality. Social justice untuk orang miskin. Tax orang kaya, bagi orang miskin. Itu 20 peratus.

Kita introduce dua peratus, how much can we collect? Apa yang saya takut, kita introduce, collect sikit, tapi suruh syarikat-syarikat besar financial services pindah ke Singapore...

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 4:30 PM

Tuan Wong Chen - Subang

...Pindah ke Hong Kong.

Jadi, saya harap, kesimpulan ya. Terima kasih, Dato’ Speaker. Saya menyokong dasar-dasar utama Bajet 2025, tetapi kita kena lebih berusaha, lebih gigih dalam memerangi rasuah secara sistemik. Kedua, dalam isu RON95 dan cukai dividen dua peratus ini, saya menyokong matlamat mulia cukai progresif yang adil, tetapi saya juga memerlukan perincian dan penjelasan yang lebih baik daripada kerajaan.

Sekian sahaja daripada Subang. Subang menyokong Belanjawan 2025.

Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Subang. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Baling.

draft • 4:30 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama berbahas dalam belanjawan negara 2025.

Saya mulakan dengan membaca Firman Allah SWT... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Yang bermaksud, “sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya yang berhak menerimanya. Dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, Allah Taala menyuruh kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan suruhan-Nya itu memberi pengajaran yang sebaik-baik kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat” Tuan Yang di-Pertua, seperti yang kita sedia maklum, belanjawan kali ini merupakan belanjawan yang tertinggi sepanjang belanjawan yang dibentangkan sebelum ini. Namun, apa yang penting ialah rakyat dapat merasai nikmat daripada

draft • 4:36 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

belanjawan ini. Rakyat mahu supaya kehidupan mereka lebih selesa dan lega dan terjamin dalam kehidupan harian mereka di samping menyara keluarga mereka.

Kos sara hidup yang tinggi berbanding dengan pendapatan yang rendah adalah suatu kehidupan yang sangat perit. Waktu ini, mereka sedang bertarung dengan kenaikan harga barang terutama makanan harian, makanan asasi seperti beras, ikan, sayuran dan lain-lain lagi. Apakah ertinya belanjawan yang besar sekiranya hidup tidak menentu? Rakyat tidak mengharapkan sesuatu yang mewah, sekadar untuk memenuhi keperluan mereka sahaja.

Turunlah melihat keadaan rakyat di bawah seperti mana yang dilakukan oleh Sayidina Umar RA yang turun pada setiap malam kepada setiap rumah untuk memastikan rakyatnya mendapat keperluan dan makanan dan sebagainya. Kita bukan hendak suruh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri-menteri turun untuk pergi setiap rumah, tetapi ambillah tahu tentang keadaan kehidupan mereka yang sangat menyedihkan. Turunlah ke bawah menyelami kehidupan mereka pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini, kawasan saya Baling dilanda dua musibah. Pertama sekali ialah ribut yang melibatkan lebih daripada 250 buah rumah.

Dan yang kedua ialah banjir yang melibatkan lebih daripada 500 buah rumah.

draft • 4:36 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Saya ingin menyentuh berkaitan dengan nasib rakyat Baling. Setiap kali saya berdiri di Dewan ini, isu banjir di Baling sentiasa menjadi keutamaan.

Memandangkan sehingga hari ini masih tiada tindakan responsif daripada pihak kerajaan untuk membantu rakyat yang saban kali terkesan setiap kali banjir melanda.

Pihak kerajaan dilihat berdiam diri dalam isu ini dengan masing-masing melemparkan kesalahan dan bermain politik. Sedangkan rakyat di Baling sedang menderita. Rakyat Baling adalah rakyat Malaysia yang sepatutnya dilindungi oleh kerajaan, namun ketidakperhatian yang ditunjukkan terhadap penderitaan ini amat mengecewakan.

Seperti mana yang saya sebut, lebih daripada 500 buah rumah terkesan akibat banjir yang melanda sebanyak lima kali atau disebut lima gelombang dalam tempoh yang terdekat. Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di kawasan ini amat perlahan seolah-olah dibiarkan begitu sahaja tanpa hala tuju yang jelas.

Jadi persoalan saya kepada pihak kerajaan, apakah langkah yang akan diambil untuk mempercepatkan projek RTB ini? Adakah belanjawan kali ini akan memberi peruntukan lebih besar untuk memastikan rakyat di Baling tidak lagi hidup

draft • 4:40 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

dalam ketakutan setiap kali hujan lebat turun. Rakyat mengharapkan prihatin serta tindakan segera daripada kerajaan bukan janji yang tidak tertunai.

Saya bagi contoh tebing sungai di sebuah taman yang namanya Taman Mesra di Kupang dan juga di Iboi hanya menanti untuk jatuh. Sudah beberapa kali kita membuat laporan dan sehingga kini tidak ada tindakan. Oleh itu, saya menyeru pihak kerajaan supaya menyegerakan sebelum terjadinya kehilangan nyawa.

Yang kedua, isu yang ingin saya angkat ialah Bantuan Bencana Alam yang diurus oleh Jabatan Perdana Menteri dan Agensi Pengurusan Bencana Negara

(NADMA). Kita baru sahaja menyaksikan insiden ribut Baling yang menjejaskan lebih daripada 250 buah rumah menyebabkan kerosakan teruk termasuk bumbung yang diterbangkan oleh angin yang kencang. Sehingga kini banyak lagi rumah yang belum diberi bantuan. Orang-orang yang berada ataupun orang kaya, mereka boleh memperbaiki rumah mereka sendiri, tetapi bagaimana dengan golongan miskin yang rumah mereka hari ini masih lagi tidak dibaiki.

Kebanyakan yang terkesan merupakan golongan yang berpendapatan rendah yang tidak mempunyai simpanan untuk baiki rumah. Dalam situasi ini, proses bantuan seharusnya berlaku dengan cepat dan cekap tanpa terlalu banyak birokrasi yang hanya menambahkan bebanan kepada mangsa. Namun kita masih mendengar rungutan daripada rakyat bahawa proses bantuan daripada NADMA ataupun JPM masih melibatkan prosedur yang merumitkan termasuk keperluan untuk melalui pelbagai tapisan dokumentasi sebelum bantuan diluluskan. Ini menyebabkan kelewatan yang tidak wajar bagi mangsa yang memerlukan bantuan segera untuk menampung kehidupan harian mereka.

Proses seperti ini walaupun bertujuan memastikan ketelusan perlu lebih efisien dan berperikemanusiaan lebih-lebih lagi dalam keadaan bencana. Sebagai cadangan, saya menggesa kerajaan agar memperkenalkan mekanisme bantuan yang lebih mudah termasuk penggunaan sistem pendaftaran bencana automatik di mana mangsa yang telah dikenal pasti melalui pemantauan awal tidak perlu melalui banyak proses tapisan yang dilalui. Ini akan membolehkan bantuan yang diperuntukkan sampai dengan pantas tanpa melalui jalan berliku-liku.

Selain itu, saya ingin menyeru agar NADMA dan JPM meningkatkan kerjasama dengan kerajaan negeri dan NGO tempatan yang lebih dekat dengan komuniti terjejas dan memahami keperluan mereka. Melalui penglibatan lebih menyeluruh antara Kerajaan Pusat, negeri dan NGO, proses pengagihan bantuan dapat dipercepatkan kerana pihak tempatan mampu memberi maklumat segera, tepat tentang jumlah mangsa yang terlibat. Di samping itu, saya mencadangkan agar

draft • 4:40 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

kerajaan memperuntukkan lebih banyak dana kecemasan di peringkat daerah yang dapat diakses dengan segera terutama dalam situasi kritikal seperti ini supaya bantuan tidak perlu tertangguh dan menunggu kelulusan yang begitu lama.

Pengurusan bantuan bencana yang cekap bukan sahaja dapat mengurangkan penderitaan mangsa tetapi juga dapat memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan. Saya percaya bahawa Belanjawan 2025 harus memperuntukkan dana yang mencukupi kepada NADMA serta memperkemaskan sistem pengagihan bantuan agar dapat memenuhi keperluan rakyat dengan lebih tepat dan berkesan.

Sesungguhnya rakyat menantikan tindakan yang ikhlas dan tangkas daripada kerajaan dan adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai wakil rakyat untuk memastikan bantuan bencana bukan sekadar janji, tetapi satu komitmen yang nyata.

Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 2025 ini perlu lebih daripada sekadar angka dan janji. Ia mesti disusuli tindakan nyata yang benar mendahului rakyat. Daripada isu kos sara hidup yang semakin menghimpit kepada kekurangan akses perkhidmatan kesihatan dan pendidikan berkualiti. Rakyat menunggu belanjawan yang berfungsi untuk mereka bukan sekadar untuk statistik. Kami di pihak Pembangkang ingin menekankan pentingnya pelaksanaan yang cekap dan tepat ini terutama dalam aspek bantuan kepada golongan berpendapatan rendah dan mereka yang benar-benar memerlukan sokongan segera tanpa banyak halangan.

Selain itu ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam setiap perbelanjaan kerajaan adalah kunci untuk memastikan kepada rakyat untuk mendapat manfaatnya. Rakyat tidak lagi mahu melihat ketirisan pembaziran atau projek yang tidak mendatangkan hasil. Kami berharap kerajaan akan mendengar pandangan kami sebagai wakil rakyat yang berkhidmat untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

Semoga Belanjawan 2025 ini dilaksanakan dengan amanah dan komitmen yang tinggi demi masa hadapan Malaysia yang lebih baik, adil dan untuk semua.

Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada Pegawai Daerah Baling dan timnya. PDRM, Bomba, APM, RELA, JKM dan agensi lain terutama kepada Jabatan Amal Malaysia dan NGO-NGO yang lain.

Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan supaya elaun yang diberikan kepada APM dan RELA yang sekarang ini hanya satu jam RM8 dinaikkan kepada satu jam RM15. Mereka bekerja begitu bersungguh dan tidak mengira waktu dan masa demi menyelamatkan mangsa-mangsa yang terlibat dalam banjir, ribut dan sebagainya. Mudah-mudahan apa yang disebut ini akan dapat

draft • 4:40 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

ditunaikan oleh pihak kerajaan. Kami menyokong belanjawan yang baik. Yang baik kita sokong, yang kurang baik kita tegur dan kita cadang. Sekian, terima kasih.

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Baling. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Sandakan.

draft • 4:40 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Terima kasih Dato’ di-Pertua atas kesempatan untuk saya membahaskan Belanjawan 2025 ini yang di mana Kerajaan Perpaduan memberi fokus kepada memacu pertumbuhan ekonomi negara dan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih berkualiti untuk rakyat Malaysia.

draft • 4:49 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Jadi saya ingin bermula dengan mengalu-alukan peruntukan pembangunan yang terbesar bernilai RM6.7 bilion yang diumumkan untuk Sabah dalam Belanjawan 2025. Namun, saya berasa sangat bimbang terhadap kadar penggunaan peruntukan tahunan yang masih rendah bagi negeri Sabah. Saya ingin mendapatkan data daripada Kementerian Kewangan, berapa peratus penggunaan peruntukan pembangunan di Sabah pada Belanjawan 2022, 2023 dan 2024? Berapa jumlah peruntukan yang telah dikembalikan kepada Kerajaan Persekutuan?

Jadi jika sebahagian besar peruntukan ini tidak digunakan adalah tidak rasional untuk memperuntukkan jumlah yang besar pada Sabah. Jadi saya percaya desentralisasi mungkin adalah langkah yang terbaik untuk mengatasi isu ini dengan memindahkan kuasa ke negeri kita dapat mengurangkan birokrasi, memperkukuhkan hubungan Persekutuan dan negeri serta memastikan dana kerajaan dimanfaatkan secara optimum untuk rakyat Sabah melalui pelaksanaan projek dan program pembangunan yang lebih cekap.

Jadi seterusnya saya ingin masuk kepada keperluan mendalamkan laluan laut di Pelabuhan Sandakan untuk memperkuatkan aktiviti maritim di Selat Makassar.

Jadi Dato' Yang di-Pertua aktiviti maritim negara kita tertumpu di Selat Melaka yang menjadi laluan perkapalan tersibuk di dunia dengan pelabuhan utama seperti Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) yang memainkan peranan penting dalam hab pemindahan kontena antarabangsa.

Di rantau ini Selat Makassar turut menjadi laluan perkapalan utama terutamanya dengan pemindahan Ibu negara Indonesia ke Kalimantan Timur. Jadi oleh itu Pelabuhan Sandakan mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai pusat

draft • 4:50 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

pemindahan perkapalan utama di Selat Makassar yang akan memberi Malaysia kelebihan awal dalam mengoptimumkan laluan dan aktiviti perniagaan maritim di sini.

Jadi bagi mencapai hasrat ini, Pelabuhan Sandakan perlu didalamkan kerana laluannya yang cetek yang dikenali sebagai Berhala Channel, dengan izin yang menghalang kapal besar daripada singgah. Jika laluan ini didalamkan ia akan meningkatkan daya saing pelabuhan dan juga menjadikannya salah satu hab persinggahan-persinggahan untuk Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur, Brunei, Indonesia, Malaysia dan Philippines iaitu dipanggil BIMP-EAGA.

Jadi selain daripada itu Dato' Yang di-Pertua, Lapangan Terbang Sandakan yang merupakan salah satu aset strategik turut memerlukan sedikit penambahbaikan. Terminal lapangan terbang ini mengalami masalah kebocoran bumbung dan siling, kekurangan kaunter imigresen dan juga masalah kawasan tuntutan bagasi di mana conveyor belt adalah sangat terlalu pendek sekali. Jadi saya berharap Kementerian Pengangkutan dapat bekerjasama dengan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dengan izin, untuk melakukan penambahbaikan segera bagi Sandakan untuk membuat persediaan untuk mengalu-alukan lebih banyak penerbangan baru ke Sandakan dan terutamanya sekali penerbangan antarabangsa ke Sandakan.

Jadi Sabah juga memerlukan peningkatan pengangkutan awam khususnya untuk mereka yang bergantung kepadanya untuk ke tempat kerja atau ke sekolah.

Jadi saya menggesa Kementerian Pengangkutan mengkaji semula Skim Dana Bantuan Sementara Bas Berhenti-henti (ISBSF) yang telah diperkenalkan lebih daripada 10 tahun lalu agar bantuan kewangan ini diberikan secara adil dan telus kepada pengusaha bas di Sabah untuk memanfaatkan lebih ramai pengguna pengangkutan awam.

Seterusnya, saya ingin masuk kepada ketersambungan laluan udara bagi menyokong industri pelancongan di Sandakan. Jadi Dato' Yang di-Pertua, Sandakan dikenali sebagai destinasi pelancongan hidupan liar Borneo. Namun untuk memperkasakan lagi Sandakan sebagai tarikan pelancongan peningkatan ketersambungan penerbangan sangat diperlukan meskipun landasan Lapangan Terbang Sandakan telah dipanjangkan pada 2022, penerbangan langsung dari Sandakan ke bandar utama seperti Singapura, Pulau Pinang dan Hong Kong masih terhad.

Jadi situasi ini menjejaskan potensi Sandakan sebagai destinasi pelancongan kerana kekurangan penerbangan langsung untuk ke Sandakan dan ini juga dengan secara langsung menaikkan kos perjalanan yang lebih tinggi. Bukan

draft • 4:50 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

sahaja untuk rakyat Sandakan, tetapi untuk murid-murid yang di sekitar Sandakan yang menggunakan Lapangan Terbang Sandakan seperti dari daerah Kinabatangan dan juga Beluran.

Jadi ada pandangan bahawa penerbangan langsung bergantung kepada permintaan pasaran. Namun jika penerbangan langsung diwujudkan ke Singapura, satu minggu tiga kali ia akan berpotensi menyumbang lebih daripada RM10 juta setahun kepada ekonomi tempatan melalui perbelanjaan pelancongan. Jadi oleh itu, kerajaan wajar mempertimbangkan insentif bagi menarik syarikat penerbangan untuk menyediakan penerbangan langsung.

Selain daripada itu, walaupun Sabah telah merekodkan kadar jenayah yang paling rendah di Malaysia, nasihat perjalanan travel advisory, dengan izin, bagi Pantai Timur Sabah oleh beberapa buah negara asing masih tinggi. Jadi saya menggesa kepada Kementerian Pelancongan bekerjasama dengan Kementerian Luar Negeri untuk berbincang dengan kedutaan-kedutaan asing bagi menurunkan tahap amaran nasihat perjalanan mereka iaitu the travel advisory itu diturunkan.

Seterusnya, saya ingin masuk kepada naik taraf Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Jadi pada tahun 2022 Kementerian Kesihatan mengumumkan bahawa Hospital Duchess of Kent di Sandakan akan dinaiktarafkan menjadi hospital major pakar yang bertaraf negeri dengan perkhidmatan pakar yang ditambah daripada 18 kepada 49. Jadi saya ingin mengetahui perkembangan yang terkini mengenai naik taraf tersebut.

Selain daripada itu, saya juga ingin membawa perhatian kepada Dato' Yang di-Pertua, mengenai keperluan naik taraf bagi blok lama Hospital Blok Perubatan dan Blok Materniti yang sedia ada di mana bangunan blok lama perubatan HDOK dibina pada tahun 1952 dan bangunan Blok Materniti untuk Hospital Sandakan dibina pada 1980-an. Jadi ada gesaan untuk menaik taraf kedua-dua blok ini dengan segera.

Seterusnya saya ingin masuk kepada Kementerian Kerja Raya mengenai kajian semula jaringan jalan persekutuan di Sandakan yang sudah lama dan usang.

Dato' Yang di-Pertua, selama beberapa dekad ini hanya terdapat satu jalan Lebuhraya Persekutuan iaitu Lebuhraya 22 yang menghubungkan Sandakan dengan daerah-daerah lain di Sabah. Jalan utama ini bermula dari pusat bandar Sandakan hingga ke Batu 32 dan ia bukannya sebahagian dari Lebuhraya Pan Borneo.

Namun dengan penambahan populasi dan juga bilangan kenderaan yang meningkat pesat selama beberapa dekad di Sandakan sudah tiba masanya kementerian untuk melakukan kajian menyeluruh terhadap kapasiti dan juga reka

draft • 4:50 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

bentuk jalan sedia ada. Ini adalah sangat penting untuk mengurangkan kesesakan jalan raya semakin kritikal terutamanya di kawasan Batu 3, Batu 4, Batu 6 serta bulatan kedua di kedua-dua bulatan di Batu 7 yang dinamakan Bulatan Helang dan Bulatan Buaya di Sandakan.

Jadi di samping ini, kami menghargai juga usaha kerajaan untuk menyiapkan Lebuhraya Pan Borneo. Kita tidak seharusnya mengabaikan peningkatan rangkaian jalan persekutuan yang bukan di dalam pakej Pan Borneo yang sudah lama tidak dinaik taraf. Ketidakselarasan ini akan menyebabkan tekanan kepada ribuan pengguna jalan raya di Sandakan setiap hari.

Seterusnya, saya ingin menuju kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air mengenai bekalan elektrik di Sabah. Dato' Yang di-Pertua, saya adalah sangat- adalah sangat terkejut bagi saya untuk mendengar daripada Yang Berhormat Tuaran yang merupakan Pengerusi Sabah Electricity bahawa Sabah berisiko menghadapi gangguan bekalan elektrik yang besar pada Januari tahun depan iaitu tahun 2025. Jika dana yang tidak mencukupi daripada Persekutuan untuk memberi subsidi kepada penjanaan kuasa di Sabah.

Jadi saya ingin bertanya kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, apakah langkah intervention segera yang akan dijalankan oleh kementerian untuk mengelakkan gangguan bekalan elektrik yang akan berlaku secara besar-besaran pada tahun depan? Sejak sekian lama sejak 1963 nampaknya Sabah adalah salah satu wilayah di Malaysia yang masih menghadapi masalah bekalan kuasa elektrik. Ini bukan sahaja memalukan, tetapi ia juga salah satu sebab utama menahan kemajuan negeri Sabah kerana pelaburan berpotensi dan pemain industri yang lain teragak-agak untuk melabur di Sandakan akibat gangguan kuasa elektrik yang kerap.

draft • 4:50 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Jadi tanpa pelaburan yang mencukupi dalam kilang dan perbarisan pengeluaran, kami tidak akan dapat mencipta lebih banyak peluang pekerjaan yang mencukupi ataupun pekerjaan yang berkualiti bagi rakyat Sandakan dan rakyat Sabah. Lebih ramai rakyat Sabah perlu ke Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor atau Singapura atau keluar negara untuk mencari pekerjaan. Ini lah mesej daripada belia- belia saya di mana mereka perlu ke bandar yang lebih besar untuk mencari pekerjaan.

Jadi apabila tiba musim perayaan, lebih ramai akan mengadu mengenai kos tiket penerbangan dan pengangkutan yang tinggi untuk pulang ke kampung, is vicious circle, dengan izin Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 5:00 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Selain daripada itu, hanya satu masalah bekalan kuasa membawa kepada pelbagai masalah lain sebagai kesan sampingan. Oleh itu, Kerajaan Persekutuan mesti melakukan apa yang diperlukan untuk meningkatkan kapasiti penjanaan kuasa dan supaya kebolehagihan elektrik di Sabah setanding dengan semua negeri lain dalam negara Malaysia.

Jadi, tiada cara yang lain untuk mengatasinya dengan menyelesaikan masalah ini. Kita hanya dapat bergantung kepada peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah yang telah lama dihadapi oleh rakyat Sabah. Ini akan dapat membagi manfaat secara langsung kepada rakyat Sandakan atau Sabah dengan jangka masa yang panjang. Jadi Tuan Yang di-Pertua, oleh dengan itu saya ingin mengakhiri perbahasan saya pada hari ini, saya mohon menyokong belanjawan yang telah dicadangkan.

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Krau.

draft • 5:00 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan ucapan saya dengan firman Allahuta’ala...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Al-Imran:19. Antara maksudnya, “Sesungguhnya agama yang benar dan diredai di sisi Allah ialah Islam dan orang- orang Yahudi dan Nasara yang diberikan kitab itu tidak berselisih mengenai agama Islam dan enggan menerimanya melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya. Perselisihan itu pula semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan ingatlah sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera akan hitungannya.” Perlembagaan Persekutuan, Perkara 3(1) meletakkan Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Peruntukan ini telah lama termaktub dalam Perlembagaan. Namun, adalah lebih baik peruntukan ini ditafsirkan dan diberi kefahaman kepada masyarakat.

Apakah yang dimaksudkan “Islam sebagai agama Persekutuan.” Adakah ia hanya sekadar amalan spiritual, amalan khususiah ataupun ia adalah sebagai agama kepada negara ini yang menjadi perkara utama dalam setiap tindak tanduk

draft • 5:02 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

yang dilakukan oleh pemerintah, termasuklah dalam menggubal apa-apa juga perkara kerana sesungguhnya Islam adalah addin yang termaktub dalam firman Allahuta’ala...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Iaitu memberikan bahawa sembahyang kita, ibadat kita dan segala perkara yang bersangkutan dengan kehidupan dan kematian adalah kerana Allah SWT. Memberikan makna bahawa itulah ruang lingkup Islam mengikut apa yang sepatutnya.

Justeru itu, bagi memastikan pelaksanaan Islam berjalan dengan baik, seluruh institusi yang berkait rapat dengan Islam perlulah diperkukuhkan. Saya lebih menurun pada ke bawah iaitu peranan para imam di kampung-kampung yang walaupun dilihat sebagai remeh, tetapi imam di kampung merupakan orang terpenting dalam menggabungkan dan menyatukan masyarakat serta menyelesaikan masalah yang berlaku dalam kelompok kampung masing-masing yang sehingga kadang-kadang mereka tidak sempat berada di rumah kerana bersama dengan masyarakat menyelesaikan masalah yang berlaku.

Bukankah elok kiranya elaun yang diberikan kepada imam ini dinaikkan setaraf dengan kewajipan dan peranan yang mereka lakukan di kampung-kampung kerana tanpa kampung, tidak ada bandar. Tanpa bandar, tidak ada negeri. Tanpa negeri, tidak akan ada negara.

Tuan Yang di-Pertua, Allah SWT telah menganugerahkan setiap daripada manusia dan makhluk dengan rezeki yang telah ditentukan termasuklah rezeki dalam sesebuah negara. Namun kenapa berlakunya perkara-perkara masyarakat yang seolah-olah tidak dapat merasai rezeki yang dilimpahkan oleh Allah dan dijanjikan Allah kepada mereka. Sudah pasti ia bukan masalah rezeki yang diberikan, tetapi ia bergantung kepada pengurusan bagi mengagihkan kurniaan daripada Allah SWT.

Justeru saya memperingatkan semua daripada kita untuk melihat bahawa setiap manusia itu ada hak termasuklah harta yang ada pada kita, ada hak orang miskin dan hak orang lain yang mesti kita sampaikan kepada mereka. Begitulah dengan rakyat di semua lapisan masyarakat. Mereka ada hak yang perlu dan wajib diberikan. Penafian hak inilah yang akan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT.

Tuan Yang di-Pertua, Allah SWT berfirman dalam Al-Quran... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Kalaulah satu kampung itu beriman dan bertakwa kepada Allah, nescaya kami akan bukakan bagi mereka pintu keberkatan.” Allah menyebut kalimah “barakah”, menunjukkan bahawa keberkatan itu adalah segala-galanya.

Kadangkala ada orang yang pendapatannya sedikit, tetapi kerana keberkatan, dia mampu menguruskan keluarga dengan baik. Namun di sana ada mereka yang

draft • 5:02 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

diberikan oleh Allah, kemewahan yang melimpah ruah, namun mereka tetap juga merasakan tidak cukup sehingga sanggup mengambil rasuah dan sebagainya.

Inilah yang ditekan dalam ekonomi Islam iaitulah keberkatan. Namun, keberkatan itu lahir daripada keikhlasan dan melakukan perintah Allah berdasarkan dengan keadilan yang semua orang tahu iaitulah keadilan meletakkan sesuatu pada tempatnya dan bukan bermaksud sama rata.

Sebab itu dalam Islam, Islam tidak memusuhi sesiapa. Islam tidak memusuhi orang kaya dan Islam tidak meminggirkan orang miskin, tetapi orang kaya dan orang miskin ini diberikan kelebihan apabila dia menolong orang. Allah memuji orang kaya yang bersedekah, tetapi Allah Taala lebih memuji orang susah yang bersedekah.

Konsep ini memberikan kepada kita bahawa setiap orang perlu merasakan tanggungjawab di atas apa yang Allah kurniakan kepada mereka dalam segala segi.

Justeru itu Tuan Yang di-Pertua, dalam ekonomi Islam, semua orang maklum dan disebut oleh Marang dalam ucapan pada tengah hari tadi, terdapatnya elemen zakat wakaf.

Justeru itu, saya mencadangkan walaupun zakat ini di bawah kerajaan negeri, namun di peringkat pusat ada satu jawatankuasa ataupun jabatan yang dikenal sebagai Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji atau dikenali sebagai JAWHAR yang saya kira mesti berperanan untuk melihat kembali pelaksanaan zakat dan wakaf yang berjalan di negeri-negeri ini supaya ia akan benar-benar dapat menyelesaikan masalah mereka yang terlibat bukan sahaja menolong, tetapi dapat menyelesaikan masalah yang berlaku dalam masyarakat.

Seumpamanya terdapat dana tawaquf yang berlaku kepada zakat misalannya. Perlu dilihat kembali supaya zakat ini dan dana tawaquf ini benar-benar dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah-masalah semasa.

draft • 5:02 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuah negara dan sebagai seorang ayah, antara kewajipannya ialah memastikan anak dia tidak kelaparan. Begitulah sebuah negara. Ibnu Khaldun dalam mukadimahnya meletakkan bahawa mana-mana kerajaan yang kuat, yang baik, apabila dia mampu menjana makanan yang cukup kepada rakyat.

Justeru saya ingin bertanya, ke manakah hala tuju kepada Dasar Agromakanan Negara (DAN 2.0) 2021-2030 yang telah dibangunkan dan ditubuhkan untuk membangunkan sektor agromakanan yang mampan, berdaya tahan dan berteknologi tinggi. Kerana sesungguhnya hari ini, disebut oleh saudara saya

draft • 5:10 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

daripada Baling, rakyat bukan nak apa, rakyat nak apa yang nak masuk dalam perut dia mudah untuk didapati. Tak perlu dia merempat, tak perlu dia menagih.

Dengan menurunkan harga-harga makanan utama bukan hanya dijual seminggu sekali, sebulan sekali, tetapi setiap hari- rakyat berkemampuan untuk mendapat makanan asas dengan harga yang mereka mampu. Itu adalah seribu rahmat bagi orang susah. Sebab itulah Allah SWT meletakkan tanggungjawab ini sebagai penting. Sebagai seorang ayah, sekiranya dia tidak dapat menyediakan makanan yang terbaik untuk anak-anak dia, dia akan merasa bersalah. Perasaan inilah perlu ada dalam setiap daripada kita yang dipanggil sebagai pemimpin.

Menyentuh tentang KDN, peruntukan yang besar diperuntukkan.

Kementerian Dalam Negeri- saya mengharapkan dan mencadangkan pertama sekali supaya KDN membuat satu dasar yang lebih jelas ketika membuat pendakwaan, penangkapan kepada mereka yang disyaki tertuduh, jangan sampai mengaibkan mereka di khalayak ramai sebelum mereka dibuktikan bersalah kerana sesungguhnya manusia ada maruah. Mereka ada anak, isteri yang perlu dijaga air muka mereka sedangkan mereka belum diputuskan bersalah, tetapi diheret ke hulu, ke hilir bergari. Sedangkan akhirnya bila mereka tidak didapati bersalah, imej buruk itu tetap terpalit kepada diri dan keluarga mereka.

Begitu juga saya ingin mencadangkan kepada pihak yang berkenaan tentang masalah rasuah dan sebagainya disebut. Terutamanya tentang mereka yang bertanggungjawab memberikan Kad Pengenalan palsu kepada orang yang tidak sepatutnya. Kita dah dengar tangkapan demi tangkapan yang dilakukan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab, tetapi bagaimanakah hukuman yang hendak diletakkan kepada mereka. Sebab itu saya merasakan apakah perlu mereka yang bertanggungjawab menjual maruah negara ini ditarik kerakyatan mereka. Kerana apa? Kerana inilah maruah kita. Kalau IC kita boleh dijual, diseludup, dibuat dengan cara yang tidak sah, di mana maruah dan kedaulatan undang-undang yang kita dukung dalam Rukun Negara yang kita cintai...

[Tepuk] Terakhir dalam perkara tempatan. Pertama sekali saya ingin bertanya tentang status terkini Stesen Keretapi Kuala Krau yang sebelum ini dijawab oleh Menteri pada suku yang keempat 2023, kemudian diulang pula pada suku ketiga 2024. Di manakah kedudukannya?

Kemudian saya ingin menyentuh untuk sekian kalinya tentang jambatan di Kampung Seboi yang minggu lepas saya balik, dia telah mula besar lubangnya yang saya bimbang akan membahayakan masyarakat yang melaluinya kerana beradanya kita dalam musim tengkujuh yang kemungkinan akan melebarkan lagi lubang itu.

draft • 5:10 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Yang terakhir tentang isu FELDA, bersangkutan Skim Tanah Rancangan Generasi Kedua (STR). Kami sebagai anak peneroka generasi kedua, mengalu- alukan apa juga program yang terbaik untuk masyarakat FELDA termasuklah STR.

Cuma harapan saya dalam pelaksanaan STR ini, yang pertama berlaku adillah tanpa mengira fahaman politik dalam pengagihan STR ini.

Kedua, saya mengingatkan supaya ianya tidak dijadikan alat-alat politik untuk sekadar meraih undi, tetapi tidak berlaku sungguh-sungguh. Saya tidak bersangka jahat tetapi lihatlah kegagalan perumahan generasi kedua yang bukan hanya gagal, tetapi hari ini kebanyakannya tidak menepati sasaran yang dikehendaki melalui Skim Tanah Rancangan Generasi Kedua.

Terakhir Yang di-Pertua, saya mengajak kepada semua kita. Orang boleh bercakap, keluar daripada mulut. Nak boleh bercakap, datang daripada otak, tetapi tak ramai yang bercakap dengan hati. Sebab itu pepatah-pepatah perkataan banyak “berhati-hati”, “sakit hati”, “makan hati”. Betapa pentingnya hati dalam kita nak menilai dan buat kebaikan.

Yang Berhormat sekalian, saya hendak mengajak tuan-tuan, kalau kita boleh bercakap tentang anjing yang ditembak di satu kawasan, tetapi bagaimana perasaan kita apabila kematian Allahyarham Adib sampai sekarang tidak diselesaikan.

Mendiang Teoh Beng Hock, dah berapa lama? Kita masih menunggu apa keputusan siasatan. Begitu juga kematian di penjara. Bayangkan kita ayah mereka, adik-beradik mereka.

Ini yang saya kata bila kita letak hati sebagai timbang tara...

[Merasa hiba] Insya-Allah Allah akan berkati perjuangan kita. Terima kasih. *Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

[Tepuk] .*

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Sungai Siput.

draft • 5:10 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mulakan dengan sebuah pantun.

Indah Kuala Mu alam terpelihara, Singgahan pelancong desa dan kota; Salam Malaysia MADANI menyulam mesra, Belanjawan 2025 Sungai Siput turut serta.

draft • 5:16 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia atas pembentangan Belanjawan 2025 yang jelas menunjukkan komitmen Kerajaan MADANI untuk terus memelihara kesejahteraan rakyat secara holistik tanpa mengabaikan prinsip-prinsip tata kelola yang baik iaitu good governance, dengan izin Datuk Speaker.

Dato' Yang di-Pertua, saya menghayati dan menghadap semasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membentangkan Bajet 2025 pada tanggal 18 Oktober yang lalu. Saya lihat ada keberanian, ada kepintaran dan kebijaksanaan, ada belas kasihan dan ada kecergasan dalam pembentangan beliau sebagai Menteri Kewangan. Maka Dato' Yang di-Pertua, empat sifat yang telah ditunjukkan oleh Yang Amat Berhormat. Keberanian, kepintaran dan kebijaksanaan, belas kasihan dan kecergasan. Amatlah sesuai kalau saya petik ayat ‘Thirukkural’ yang diasaskan oleh Thiruvalluvar ayat ke-382 daripada 1,330 dengan izin Dato' Yang di-Pertua.

[Berucap dalam bahasa Tamil] yang membawa maksud di mana Thiruvalluvar dalam Thirukkural 2,500 tahun yang lalu telah menyebut, memimpin negara, pemimpin itu mesti ada sifat semula jadi keberanian- anjaamai, belas kasihan- eekai, kemudian kepintaran atau wisdom - arivu dan kecergasan- ookam yang disebut empat sifat dalam ayat Thirukkural 382.

draft • 5:16 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Dato’ Yang di-Pertua, dalam pembentangan bajet ini Yang Amat Berhormat telah menyentuh secara keseluruhan kepada semua rakyat Malaysia, semua rakyat Malaysia di mana beliau telah menekankan empat sifat itu keberaniannya di mana beliau telah melakukan keberaniannya dalam memperkenalkan dasar penyasaran subsidi, di mana pemimpin-pemimpin sebelum ini, Perdana Menteri sebelum ini mengakui penyasaran subsidi itu penting, tetapi tidak mampu melaksanakan kerana risiko politiknya, tetapi PMX yang berani mengambil risiko politik dan memperkenalkan penyasaran subsidi bersasar.

Kelantangan bersuara di seantero pentas dunia menunjukkan sifat seorang pemimpin seperti mana yang telah diterterakan oleh Thiruvalluvar dalam buku Thirukkural iaitu keberanian.

Kemudian sifat kedua: belas kasihan. Dalam Bajet 2025 beliau telah menyentuh akar umbi, rakyat di akar umbi di mana kos sara hidup yang meningkat maka beliau telah meningkatkan Sumbangan Tunai Rahmah dan sara hidup daripada RM3,600 kepada RM4,700 bagi tahun 2025. Ini menunjukkan belas kasihan Perdana Menteri dengan isu-isu yang dihadapi oleh rakyat di bawah

draft • 5:20 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

khususnya rakyat B40 menangani kos sara hidup. Ini sifat kedua, belas kasihan Perdana Menteri dalam Bajet 2025.

Kemudian kita lihat di mana kepintaran dan kebijaksanaan sifat ketiga itu- beliau begitu adil, begitu bijaksana dalam pembentangan bajet di mana memastikan seluruh rakyat tidak ketinggalan dalam pembangunan dan dalam pengagihan bajet itu menerusi kementerian-kementerian pendidikan, kesihatan dan seterusnya.

Dato’ Yang di-Pertua, kemudian sifat keempat, kecergasan beliau. Pada usia 77 tahun membentuk Kerajaan Perpaduan yang menggabungkan pelbagai parti, pelbagai wadah, pelbagai ideologi, tetapi mengemudi bahtera negara selama dua tahun ini dan meletakkan hala tuju Malaysia di landasan yang betul di mana seluruh seantero dunia pemimpin dunia memuji kesungguhan, memuji keikhlasan Perdana Menteri dalam melawan rasuah dalam negara. Memastikan tata kelola kerajaan sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Inilah menunjukkan kecergasan pemimpin ini. Pada hari ini, waktu ini beliau berada di negara China tanpa sedikit pun rasa letih, tapi beliau demi negara, demi rakyat negara ini beliau seantero dunia- siang dan malam, dalam dan luar negeri bekerja keras kerana adanya kecergasan.

Itulah empat sifat Dato’ Yang di-Pertua yang amat sesuai yang ada pada PMX pada hari ini.

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin membawa perhatian Dewan di mana masyarakat Indian di negara ini selepas pembentangan Bajet 2025 ada suara-suara di sini dan sana seolah-olah memberi gambaran bahawa PMX ini langsung tidak membuat apa-apa untuk masyarakat India. Akhbar membuat liputan kononnya tiada apa pun...

[Bercakap dalam bahasa Tamil] Kosong...

[Bercakap dalam bahasa Tamil] Inilah yang dipropagandakan dalam media sosial, dalam WhatsApp, tetapi Dato’ Yang di-Pertua, saya menafikan dengan bukti dengan senarai yang saya nak sebut kepada Dewan yang mulia ini. Mereka hanya fokus RM100 juta kepada MITRA, RM30 juta untuk TEKUN itu sajalah yang ada dalam bajet untuk masyarakat India.

Itu tidak betul Dato’ Yang di-Pertua, tidak betul.

Kalau kita lihat kepada senarai penerima Sumbangan Tunai Rahmah daripada 10 juta rakyat Malaysia, 700,000 penerima adalah dari kalangan masyarakat India. Kalau kita kali dengan RM3,600, ia boleh mencecah hampir RM2 bilion. RM2 bilion ini tidak disebut oleh puak-puak yang sentiasa menyerang PMX.

Hanya cakap RM100 juta. Ini STR adalah melalui bajet Belanjawan 2024 yang diterima oleh masyarakat India seramai 700,000 orang.

Bukan itu sahaja Dato’ Sri Yang di-Pertua, selain daripada itu, selain daripada RM100 juta dan RM30 juta TEKUN, RM25 juta telah diberikan kepada AIMST

draft • 5:20 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

University tahun 2023, 2024 itu tidak disebut ini semua tidak diperincikan dalam bajet. Kemudian RM2 juta untuk Tafe College, RM5 juta untuk pembangunan pendidikan dan kesusasteraan Tamil; 2023 - RM1 juta untuk persidangan antara bangsa-bangsa Tamil; RM2 juta bagi bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa Tamil menerusi KPM; RM2 juta untuk penyelidikan dan penterjemahan bahasa Tamil di bawah Jabatan Pengajian India Universiti Malaya; melalui TEKUN, SPUMI- RM30 juta ditambah lagi RM30 juta; ‘BGOSH’ RM50 juta; PENN RM30 juta. Ini semua tidak di bicara. Mereka hanya fokus RM100 juta MITRA itu sahaja. Kemudian tak ada apa pun. Itu tidak betul.

Saya menafikan bajet ini adalah perbelanjaan dan pendapatan negara menerusi Kementerian Pendidikan, menerusi Kementerian Kewangan, menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat. Semua masyarakat menerima termasuk masyarakat India. Maka ini juga haruslah diutarakan. Janganlah berfikiran jahil, janganlah berfikiran cetek menafikan fakta dan menguar-uarkan kononnya Dato Seri Perdana Menteri Malaysia mengabaikan masyarakat India, itu tidak betul Dato’ Yang di- Pertua.

Baru-baru ini, perkampungan masyarakat India- Perdana Menteri pertama yang telah mengiktiraf perkampungan masyarakat India dan telah memperuntukkan RM10 juta di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Janganlah dibandingkan dengan Perdana Menteri yang ada sekarang, yang terdahulu. Kalau nak bandingkan apple dengan apple, itu baru adil.

Jadi ada pemimpin dalam Dewan ini di pentas luar menafikan apa yang Perdana Menteri buat. Mereka sindir di pentas-pentas berjumpa di depan cium tangan, ini tidak betul.

Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya untuk meneruskan ucapan saya...

[Ketawa] Memimpin adalah menderita bukan mengumpul harta. Perkara ini telah ditangani dan ditunjukkan oleh PMX sendiri, contoh yang terbaik kepimpinan melalui teladan. Perdana Menteri Malaysia yang pertama yang tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri. Ini bukan pendekatan populis, tetapi beliau menterjemahkan dalam pelaksanaan kata-kata. Inilah Perdana Menteri Malaysia yang kita ada, yang perlu kita pertahankan.

Dato’ Yang di-Pertua, dalam inti pati bajet, musibah dan bencana. Belanjawan kali ini menekankan aspek mitigasi dalam mendepani musibah dan bencana alam sememangnya amat bermakna bagi kawasan-kawasan yang sering kali menerima tempias bencana termasuklah di Sungai Siput yang kerap berdepan dengan risiko

draft • 5:20 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

banjir yang memberi kesan besar kepada kehidupan harian rakyat dan pembangunan ekonomi setempat.

Baru-baru ini hampir sebulan yang lalu Dato’ Yang di-Pertua, Sungai Siput- Kampung Lasah, Kampung Lintang, Kampung Orang Asli Kampung Jong, Kampung Orang Asli Kampung Chenein di Sungai Siput telah diuji dengan gelombang kedua banjir yang telah memberikan kesan langsung kepada seramai 1,300 penduduk.

Kehilangan harta benda, kesukaran akses jalan dan ancaman terhadap keselamatan menjadi cabaran yang dihadapi oleh komuniti setempat. Dengan adanya peruntukan mitigasi yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2025 ini, saya amat berharap agar usaha-usaha untuk memperkukuhkan infrastruktur seperti menaik taraf perparitan, pembinaan tebatan banjir dan penyelidikan- penyediaan pusat pemindahan yang lebih berfungsi dapat dipercepatkan terutamanya di kawasan Sungai Siput.

draft • 5:20 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Dato’ Yang di-Pertua, ekonomi. Sektor ekonomi negara terus digasak saban tahun dengan cabaran-cabaran yang semakin kompleks. Cabaran seperti pertumbuhan ekonomi global yang tidak menentu, inflasi yang meningkat, perubahan iklim serta ketidaktentuan geopolitik telah memberikan tekanan kepada ekonomi domestik kita.

Sungguh pun begitu, Kerajaan MADANI dengan hasil penggemblengan tenaga usaha bersama dari semua pihak telah berjaya meletakkan KNDK 2024 di landasan pertumbuhan yang lebih kukuh berbanding dengan unjuran asal.

Tambahan pula defisit fiskal negara turut berjaya diturunkan. Satu pencapaian penting dalam mengurangkan beban hutang negara. Namun, usaha membugar ekonomi negara tidak akan terus bernoktah, sebaliknya Kerajaan MADANI akan terus komited dalam memastikan ekonomi negara terus berkembang dan berdaya saing pada tahun 2025 dan seterusnya.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] Dato’ Yang di-Pertua, saya merayu kepada Kementerian Ekonomi, di mana jawapan daripada Timbalan Menteri Ekonomi semalam difahamkan penglibatan usahawan India adalah cuma 2.2 peratus dalam Program IPR. Saya merayu mencari jalan untuk meningkatkan.

Seterusnya, Puan Yang di-Pertua...

draft • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung...

[Ketawa]

draft • 5:30 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Puan Yang di-Pertua, seterusnya isu pendidikan. Sektor pendidikan menerima peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2025. Ini memperlihatkan peri pentingnya pendidikan dalam usaha kerajaan dalam mengangkat darjat rakyat sehingga mereka sendiri mampu menciptakan masa depan yang lebih baik. Kerajaan sedar bahawa pendidikan adalah alat utama dalam memecahkan rantaian kemiskinan dan membuka peluang bagi generasi akan datang. Pelaburan dalam pendidikan bukan sahaja memberi pengetahuan tetapi juga membentuk kemahiran dan sikap yang diperlukan dalam dunia yang semakin kompetitif.

Dengan peningkatan peruntukan ini, kita dapat melaksanakan inisiatif pendidikan yang ke arah kepada kemahiran teknikal dan vokasional (TVET) untuk memperkasakan sektor perladangan di Sungai Siput. Sektor perladangan miliki potensi besar untuk menyumbang kepada kesejahteraan rakyat dan ekonomi global di Sungai Siput.

Saya ingin mengusulkan pengenalan kursus TVET dalam inisiatif perladangan moden yang merangkumi teknik-teknik terkini. Ini akan membekalkan belia dengan kemahiran yang relevan dan meningkatkan pengeluaran perladangan secara efisien.

draft • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, masa sudah tamat.

draft • 5:30 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Penutup. Penutup.

Penutup, Puan Yang di-Pertua. Sebagai penutup, saya menyeru semua pihak termasuk kerajaan, masyarakat dan sektor swasta untuk bekerjasama dan merealisasikan impian ini demi masa depan Malaysia yang lebih baik untuk kepentingan rakyat. Marilah kita berganding bahu untuk memastikan setiap individu di negara ini tanpa mengira latar belakang dapat menikmati kehidupan yang berkualiti dan sejahtera. Saya membuka bicara dengan pantun, jadi ditutup juga dengan serangkap pantun.

Belanjawan 2025 memacu negara, Memberi makna kepada semua; Sungai Siput turut bersama, Kesejahteraan rakyat fokus utama. Terima kasih Puan Speaker...

[Tepuk]

draft • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pasir Salak.

draft • 5:30 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh*, salam sejahtera dan salam kemanusiaan.

Pertama sekali Pasir Salak ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Speaker kerana memberi peluang pada Pasir Salak melibatkan diri dalam perbahasan Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri pada 18 Oktober yang lalu.

Pasir Salak juga ingin mengajak kita- semua untuk merenung sejenak firman Allah SWT dalam Al-Quran yang mengingatkan kita tentang martabat dan kemuliaan manusia. Firman Allah dalam surah Al-Isra, surah yang 17, ayat yang ke-70...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Bermaksud, “Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai- bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.” Ayat ini jelas menyatakan bahawa setiap manusia tanpa mengira bangsa, agama atau latar belakang, dimuliakan oleh Allah dan diberikan hak untuk hidup dalam keadaan sejahtera dan bermaruah. Hak ini adalah sesuatu yang harus dipertahankan dan dihormati oleh semua, terutamanya dalam perbincangan mengenai isu kemanusiaan sejagat. Maka, dengan penuh rasa syukur, Pasir Salak ingin mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan kepada Pasir Salak untuk membahaskan isu-isu yang amat penting bagi kemanusiaan dan keadilan dalam perbahasan ini.

Perkara pertama yang ingin Pasir Salak tekankan ialah penderitaan rakyat Palestin. Rakyat Palestin telah sekian lama menderita akibat penjajahan kejam yang berlarutan serta pencabulan hak asasi manusia yang melanggar prinsip-prinsip yang termaktub dalam piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kita sering berbicara tentang hak asasi manusia dan keadilan di peringkat global. Namun, hak rakyat Palestin terus dinafikan.

Apakah kita masih buta terhadap penderitaan mereka? Artikel 1(2) Piagam PBB memberikan penetapan berkaitan peranan PBB dalam menentukan hak penentuan nasib sendiri. Namun, hak ini telah lama dirampas daripada rakyat

draft • 5:34 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Palestin dan Israel secara terang-terangan melanggar banyak Piagam PBB seperti Artikel 2(4), 24, Artikel 25, Artikel 55(c), Artikel 73 dan banyak lagi pelanggaran yang telah dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa.

Penjajahan ini bukan sekadar satu tindakan ketenteraan, tetapi melibatkan penafian hak-hak asasi manusia yang paling asas. Hak untuk hidup, hak untuk mendapatkan pendidikan dan hak untuk memiliki tanah serta rumah mereka sendiri.

Setakat ini, lebih 43,000 rakyat Palestin dibunuh dan terbunuh dan lebih 2 juta penduduknya kehilangan tempat tinggal dan perkara ini telah mencetuskan konflik yang lebih luas dan lebih berdarah. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita semua sebagai komuniti antarabangsa yang menjunjung prinsip-prinsip kemanusiaan dan keadilan untuk terus memperjuangkan hak rakyat Palestin. Kita tidak boleh berdiam diri lagi.

Sudah tiba masanya untuk Malaysia dan khususnya PBB dan masyarakat dunia secara keseluruhannya untuk bertindak tegas dan menghukum Israel atas semua jenayah yang telah mereka lakukan. Dunia terus bersatu dan menentang penjajahan dan kezaliman yang dilakukan oleh Israel dan menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang telah lama ditindas. Pasir Salak dengan ini mengutuk sekeras- kerasnya pembunuhan rakyat Palestin yang dilakukan oleh rejim Israel.

Puan Yang di-Pertua, tuan-tuan dan puan-puan Ahli Yang Berhormat sidang Parlimen yang dihormati sekalian. Pasir Salak ingin beralih kepada belanjawan untuk Kementerian Pertahanan. Kerajaan perlu mengeluarkan peruntukan yang lebih besar kepada Kementerian Pertahanan sebagai salah satu usaha memodenkan sistem pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) setanding dengan kekuatan ketenteraan serantau dan menyekat pencerobohan anasir asing, terutamanya di Laut China Selatan dan perairan Sabah dan Sarawak. Kerajaan wajar meneruskan pembelian kapal multipurpose mission ship (MPMS) dan dua kapal new generation patrol craft (NGPC) yang sudah diluluskan dalam belanjawan sebelum ini.

Sebagai perbandingan, negara Singapura membelanjakan 3 peratus daripada KDNK negara. Manakala Malaysia hanya membelanjakan 1.5 peratus daripada KDNK untuk perbelanjaan pertahanan. Namun, Malaysia perlu memodenkan pertahanan negara, terutamanya dalam keadaan bersiap siaga mengawal sempadan laut Malaysia dari diceroboh oleh negara China.

draft • 5:34 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Puan Yang di-Pertua, seterusnya berkaitan dengan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi

draft • 5:40 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

menangani isu rasuah. Sebanyak RM360 juta diperuntukkan kepada SPRM berbanding dengan RM338 juta pada tahun sebelumnya.

Pasir Salak sangat bersetuju usaha kerajaan memerangi rasuah kerana rasuah boleh menghancurkan negara. Banyak negara telah tergadai dengan elemen rasuah dan salah guna kuasa seperti Sri Lanka dan Bangladesh. Cuma, dalam menangani rasuah ini, Pasir Salak berharap tiada selection persecution, dengan izin, dan kerajaan mengambil tindakan tanpa mengira bulu. Ini kerana... [Membaca sepotong hadis] “Pemberi dan penerima rasuah adalah tempatnya di neraka.” Kerajaan dan masyarakat harus berganding bahu membanterasnya hingga ke akar umbi.

Puan Yang di-Pertua, Pasir Salak beralih kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Pada bulan Jun yang lalu, Pasir Salak telah meninjau dan menyantuni penduduk dan petani di Kampung Sungai Kerang, Kampung Sungai Jejawi dan Kampung Sungai Timah di dalam Parlimen Pasir Salak di Kedai Encik Ceceh. Penduduknya rata-rata pesawah dan petani di sekeliling rumah. Mereka sangat mahir dengan penggunaan tanah sawah dengan menggunakan kudrat empat kerat. Sedekad masa berlalu, sekarang ini sudah berubah menggunakan mesin selaras dengan peredaran masa.

Justeru, dapatlah Pasir Salak berbicara dengan mereka dalam suasana kampung yang aman dan damai dan berbincang tentang kenaikan harga minyak diesel. Rata-rata petani mengeluh dengan kenaikan harga diesel yang mengakibatkan seluruh rantaian untuk menjadikan lima ekar bendang dan sawah kepada padi yang menjadi sumber rezeki dan keperluan hidup mereka.

Menurut Encik Nanang, sekarang ini hampir keseluruhan petani di kawasan mereka dihimpit dengan kesusahan akibat daripada kenaikan diesel mengakibatkan kenaikan upah mesin, kenaikan upah lori mengangkut padi, kenaikan upah meroto padi dan juga kenaikan harga racun, kenaikan harga baja, kenaikan harga benih padi dan kenaikan upah menggunakan dron.

Begitu juga dengan rungutan Shohalim pada Pasir Salak tentang musuh tanaman padi seperti tikus, ulat batang, bena perang dan keladi agas. Beliau berharap pihak kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dapat mengambil perhatian untuk meringankan beban petani di kawasan mereka terutamanya memberikan subsidi yang munasabah.

Puan Yang di-Pertua, pada minggu lepas juga, Pasir Salak juga meninjau keadaan pasca banjir yang berlaku di Kampung Permatang Pelanduk dan Kampung Pengkalan Daun di Mukim Labu Kubong dalam Parlimen Pasir Salak. Menurut Encik

draft • 5:40 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Mohd. Ridzuan bin Syamsuri, banjir yang melanda baru-baru ini telah mengakibatkan benteng penebat banjir yang sedang ditambah baik oleh pihak JPS Daerah Hilir Perak telah runtuh dan mengakibatkan air Sungai Perak masuk ke kampung mengakibatkan banjir berlaku dan 30 buah rumah terlibat.

Begitu juga dengan Awang Korea pula menerangkan pada Pasir Salak ada peruntukan kecemasan dikeluarkan kepada kawasan yang terjejas iaitu sebanyak RM29,000 untuk membaiki jalan kebun yang menghalangi banjir hampir runtuh, tetapi tidak mencukupi. Penduduk kampung telah membuat kutipan tambahan untuk membeli tanah, membeli pasir dan guni bagi membuat benteng menghalangi banjir supaya tidak lebih teruk. Kalau tidak, sawah padi yang telah ditanam akan terjejas.

Dan lebih teruk lagi, kalau benteng ini tidak diselesaikan dan runtuh, kemungkinan besar seluruh Mukim Labu Kubong akan banjir dan mengakibatkan kemusnahan yang lebih teruk lagi. Pasir salak mengucapkan ribuan terima kasih atas usaha dan kerjasama dan bantuan sukarelawan Kampung Parit 5 dan Kampung Permatang Pelanduk.

Begitu juga dengan Encik Zakaria bin Sa’adin dari Kampung Pengkalan Daun. Banjir menenggelamkan rumahnya setinggi lima kaki sehingga mengakibatkan kemusnahan semua ternakan ikan puyu dan harta bendanya. Pasir Salak berharap satu peruntukan yang khas dan secukupnya untuk menambah baik sistem tebatan banjir yang diluluskan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bagi menangani masalah banjir di kedua-dua kampung ini dan di sepanjang tebing Sungai Kinta dari Kampung Pengkalan Daun hingga ke Kampung Permatang Pelanduk.

Akhir sekali, Pasir Salak sangat berharap agar pihak kerajaan sentiasa mengambil berat tentang masalah rakyat dengan memberikan peruntukan yang secukupnya dan seadil-adilnya termasuk peruntukan kepada semua Ahli Parlimen, tidak kira sama ada di pihak kerajaan atau di pihak Pembangkang. Sekian, terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

draft • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Salak. Saya jemput Yang Berhormat Ranau.

draft • 5:40 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Terima kasih kepada Puan Speaker.

Sebagai pembahas terakhir, terima kasih kerana telah diberi peluang untuk membahaskan RUU Perbekalan 2025.

draft • 5:46 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Saya telah meneliti bajet yang ada, cadangan itu. Apa yang dapat saya katakan ialah tambahan sikit untuk Sabah dan Sarawak itu, kami berterima kasih.

Namun, ingin saya nyatakan sekali lagi di Parlimen yang kita hormati semua bahawa bajet ini sekali lagi mengecewakan saya khususnya dan ramai rakyat Sabah.

Kenapa saya katakan demikian ialah setelah 61 tahun Sabah dan Sarawak di dalam negara ini, kita tidak melihat keikhlasan yang tulus sepenuh hati daripada pemimpin daripada Malaya dan juga Kerajaan Persekutuan bagaimana untuk menunaikan segala janji yang telah ditabur pada tahun 63. Kenapa saya katakan demikian ialah kalau kita lihat daripada rentetan sejarah, pada tahun 63, perjanjian dimasuki. Pelanggaran yang berlaku, kita lihat tahun 64, 65, 66, 67 tentang 40 percent itu yang sepatutnya dibayar pada Sabah daripada hasil Sabah, memang tidak ada dibayar. Itu pelanggaran pertama setelah tahun 63.

Setelah itu apa yang berlaku pada tahun 65, ketika Singapura keluar dari Malaysia? Kita melihat, saya sendiri melihat bahawa itu merupakan pelanggaran yang seterusnya berlaku. Pertama, kerana Kerajaan Persekutuan atau Malaya pada masa itu tidak berunding dengan Sabah dan Sarawak untuk memberi keizinan bagi Singapura keluar, tetapi persetujuan itu atau penyingkiran Singapura dari Malaysia ini dibuat sendirian oleh pihak Malaya. Ertinya, rakyat Sabah dan Sarawak telah dikhianati, pemimpin Sabah dan Sarawak telah dikhianati.

Dan bukan setakat itu, tetapi apa yang berlaku, Kerusi-kerusi Parlimen untuk Singapura pula disapu habis oleh Kerajaan Persekutuan di dalam Malaya. Apa yang penting yang harus saya tahu ialah ini merupakan pengkhianatan pada Sabah dan Sarawak. Bila Kerusi itu telah diambil, maka jaminan di bawah IGC report itu di mana dikatakan bahawa Sabah dan Sarawak harus dijamin mempunyai satu pertiga Kerusi Parlimen supaya hak-hak yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara yang menyentuh Sabah dan Sarawak tidak boleh diubah, tidak boleh dilanggar tanpa persetujuan daripada Kerajaan Sabah dan Sarawak dan para MP Sabah dan Sarawak supaya Malaysia ini tetap kekal kukuh, tetapi apa yang berlaku bila Kerusi Singapura itu diambil, hak Sabah, hak Sarawak telah dicabuli dari tahun 65 sehinggalah ke tahun ini.

Saya ada dalam mesyuarat lebih kurang dua tahun yang lalu membincangkan semula untuk mengembalikan Kerusi ini pada Sabah dan Sarawak. Saya ingin melihat bahawa Kerajaan MADANI yang ada pada masa sekarang akan menunaikan apa yang telah begitu lama termaktub untuk menjaga kepentingan Sabah dan Sarawak itu tetap dipelihara untuk memastikan negara ini berada di landasan yang benar.

draft • 5:46 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Jangan langgar janji. Tunaikanlah janji itu. Jika ini prinsip daripada Kerajaan MADANI, maka saya sangat menghormati keputusan daripada Kerajaan MADANI yang akan mengotakan janji itu.

Seterusnya, saya ingin mengatakan tentang pelantar benua. Pelantar benua yang kita tahu dari tahun 1954 telah pun ada North Borneo (Alteration of Boundaries) Order in Council dan lautan Sabah ini dari daratan sehingga 200 batu nautika sebelum pembentukan negara ini Malaysia dibuat, tetapi setelah Sabah, Sarawak menyertai di dalam negara ini, kita dapati bahawa kuasa Sabah dan Sarawak ini telah beberapa kali cuba diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan.

Dahulunya pada tahun 1976, kita dapati bahawa mereka mahu luluskan, mereka darurat. Setelah itu beberapa cara dibuat untuk masuk supaya dapat menguasai Pelantar Benua Sabah dan Sarawak. Akta Darurat itu sudah dimansuhkan, tetapi apa yang kita lihat, pada tahun 2012 kembali Akta Wilayah Laut mahu menguasai Pelantar Benua ini. Kerana Pelantar Benua ini telah dihadkan kepada tiga batu nautika sama ada di bawah Akta Darurat yang lalu dan akta-akta lain seterusnya di bawah itu dan di bawah Akta Wilayah Laut.

Saya ingin menegaskan bahawa jangan campuri hal- soal ini yang mana di bawah Sabah dan Sarawak dan juga di negeri-negeri yang lain. Kalau sekiranya mereka mempunyai peraturan undang-undang yang seperti itu. Sebab apa saya katakan, tidak mungkin bapa leluhur kami akan bersetuju dengan Pembentukan Malaysia sebab dinyatakan dengan jelas di dalam IGC Report, tanah ini di bawah kuasa kerajaan negeri. Sebab itu jangan ubah apa yang telah dipersetujui ketika kami membentuk negara ini. Jangan kami dipaksa tentang soal ini.

Seterusnya tentang Pemberian Khas daripada kerajaan di bawah Perkara 11C dan juga 112D. Kita nampak bahawa pemberian khas itu suka hatilah berapa mahu bagi, tapi yang ini saya katakan pada tahun 1974 juga telah dilanggar.

Sepatutnya ada review dibuat. Panggil pemimpin Sabah untuk berbincang. Nyatakan apa yang dapat dipersetujui, angka yang dapat dipersetujui. Apa yang saya tahu daripada dahulu, tidak ada perbincangan pada tahun 1974 dan selepas itu suka hati, suka badan berapa diberi pada Sabah.

Pada tahun 2018, saya berada di dalam Dewan ini. Saya juga terkejut ketika Menteri Kewangan pada masa itu bagi tahu RM50 juta pada Sabah. Saya katakan daripada mana formula yang diberi? Kerajaan pada masa itu YB Lim Guan Eng, ramai yang terkejut bagaimana formula dibuat untuk memberikan RM50 juta itu.

Sehinggalah pada Kerajaan MADANI, terima kasih kerana telah memberikan dana

draft • 5:50 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

RM500 juta untuk tahun depan bagi negeri Sabah, tetapi formulanya bagaimana?

Sebab kalau saya kira, dikira dari tahun 1963, 1964 sampai sekarang ini tidak ditunaikan, jumlahnya begitu besar yang perlu dibayar kepada negeri Sabah, tetapi tidak ditunaikan. Pemberian Khas itu lain, 40 persen itu lain. Ini yang kita mahu tahu bilakah mahu tunai janji itu, bila?

Saya berdiri di sini, saya lihat sendiri, saya tidak pernah menjangkakan saya sebagai Ahli Parlimen. Saya berjuang untuk rakyat kami, masuk kampung, keluar kampung kerana melihat orang-orang kami yang susah dan miskin, daif dan miskin.

Itu sebab semangat itu begitu kuat untuk mengubah nasib. Kerana apa- Sabah begitu kaya dengan minyak, tapi hidupnya dalam keadaan yang merempat. Kenapakah Daerah Ranau juga sendiri sehingga pada masa sekarang masih dikategorikan sebagai miskin tegar? Adakah itu satu jenama yang baik yang saya perlu banggakan untuk dibawa ke mana-mana? Tidak.

Saya bersuara di sini, walaupun siapa Perdana Menteri, saya katakan bukan kerana saya benci mana-mana Perdana Menteri, tidak. Saya mahu berkata daripada suara hati sebenar supaya apa yang saya sampaikan, saya tidak akan menyesal bila saya balik ke tempat saya lain kali. Kalau saat ini juga Kerajaan Persekutuan tunaikan apa segala janji itu, saya boleh janji hari ini juga saya boleh resign. Tidak payah ambil pencen Parlimen. Saya boleh bekerja sendiri untuk hidup...

draft • 5:50 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Steady Datuk...

[Tepuk]

draft • 5:50 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Tapi sebab itu saya mahu nyatakan sekali lagi supaya ini ada dalam Hansard dan sebagai bukti bahawa bukan semua pemimpin Sabah seperti yang lalu takut seperti ‘kerbau dicucuk hidung’, takut ditekan. Jadi sebab itu saya harap pada kerajaan yang baik yang akan memimpin negara kita.

Seterusnya tentang – saya tidak pernah mendengar daripada pemimpin Sabah sebelum ini, setelah laporan tragedi 6 Jun 1976 berlaku di mana kapal Nomad telah membuat nahas Ketua Menteri Sabah pada masa itu Allahyarham Tun Fuad Stephens. Kedua, Datuk Salleh Sulong, Datuk Peter Mojuntin, Datuk Chong Thien Vun, Darius Binion dan juga Datuk Wahid Peter Andau, Pengarah EPU Sabah Dr.

Syed Hussein Wafa, Ishak Atan, Koperal Said Mohammad, Kapten Gandhi Nathan dan juga Johari Stephens.

Saya telah meneliti laporan siasatan yang telah dirahsiakan selama 47 tahun.

Persoalan pertama yang dalam benak hati dan fikiran saya adalah kenapa harus disembunyikan laporan siasatan itu sekiranya memang benar. Memang telus, memang tepat. Itu yang berlaku. Kenapakah harus disembunyikan? Berjaya baru

draft • 5:50 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

menang rundingan di Labuan tentang hasil minyak itu kita tidak tahu apa, disetujui atau tidak, tetapi kita tahu semasa zaman USNO, Tun Mustapha tidak setuju. Lima peratus tidak setuju. Dia minta 30 peratus. Tun Stephens apa yang berlaku di Labuan, kita tidak tahu, tetapi hasil siasatan itu, saya telah melihatnya, saya dapati bahawa beberapa perkara yang saya rasa tidak berpuas hati.

Pertama, Kerajaan Malaysia tidak sepatutnya menubuhkan jawatankuasa tersebut. Jawatankuasa itu patut bebas daripada Kerajaan Malaysia yang menentukan siapa yang membentuk jawatankuasa. Sebab Kerajaan Malaysia mempunyai kepentingan yang tersendiri. Semua kawasan kapal terbang, penerbangan atas kawasan lapangan terbang dikuasai oleh Kerajaan Persekutuan.

Bukan di bawah kerajaan negeri. Kerajaan negeri hanya menyewa Nomad, kapal Nomad itu. Bila laporan itu saya tengok, okeylah. Saya cuba buka fikiran bagi peluang. Kerajaan Malaysia sudah bentuk. Sepatutnya yang sesuai adalah mereka yang tidak berkenaan dengan Kerajaan Malaysia, yang tidak berkenaan dengan Kerajaan Negeri kerana mereka ada lah berkepentingan, tetapi saya dapati beberapa perkara yang mana yang saya lihat dalam laporan itu ada kecacatannya.

Dikatakan dalam laporan tersebut, tidak ada letupan, tidak ada kebakaran, tapi dalam laporan tersebut tidak dikatakan siapa saksi melihat tiada letupan, yang tidak ada kebakaran. Tidak dinyatakan dalam laporan itu. Hanya simple word. Tidak ada letupan dan tidak ada kebakaran, tapi tidak ada nama disebut. Bagaimana kita boleh bersandarkan satu laporan daripada hanya satu perkataan begini tanpa mempunyai orang yang saksi, orang yang melihat.

Kata banyak pengamal undang-undang sini daripada DAP, daripada PKR sebagainya, kita mahu laporan yang tepat. Ada saksi yang melihat kejadian itu. Kita tidak mahu mendengar hanya sebagai hearsay. Mereka penyiasat datang sana- oh, oh, oh, oh! Dengar daripada pihak yang ketiga bukan mereka daripada sumber sebenar. Laporan ini pun boleh ditolak atas dasar itu. Apa yang mereka kemukakan adalah hearsay evidence daripada pihak ketiga, bukan orang yang berada di tempat itu.

Lepas itu kita melihat, apa lagi, penyiasat juga tidak menyiasat. Daripada masa Nomad- kapal Nomad itu landing, dengan izin, di Labuan sehingga ia terbang semula ke Kota Kinabalu. Tidak dilihat siapa yang masuk-keluar ke dalam kapal itu.

Tidak ada laporan macam seperti sembunyikan. Saya tidak tahu, tetapi kalau ada orang yang mahu, berniat mensabotaj kapal itu, dia boleh masuk dan dia kemudiannya boleh keluar.

draft • 5:50 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Dia boleh bawa barang masuk dalam. Kita tahu ada kelebihan-kelebihan, kecanggihan, macam-macam sekarang. Tidak semestinya bom itu boleh meletup begitu besar. Bermacam-macam jenis bom ada, tetapi tidak ada laporan dia- lengkap. Siapa membawanya atau tidak membawanya, itu pun tidak ada. Jadi, bagaimanakah saya boleh mengharapkan laporan ini?

Seterusnya, yang kita lihat...

draft • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 6:00 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Ya, ini penting. Bagi saya banyak masa, saya terakhir, saya ingat YB-YB mahu dengar ini.

draft • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung. Sila gulung.

draft • 6:00 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Jangan kasi pendek. Ini penting. Orang rakyat Sabah mahu dengar.

draft • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya, sila gulung.

draft • 6:00 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

47 tahun rahsia ini tidak dibuka.

Selepas itu, pihak jawatankuasa juga menyebut tentang konon mereka punya andaian berat bagasi menyebabkan letupan itu, kapal itu jatuh, tetapi kalau pandangan saya secara orang kampung, kalaulah berat bagasi itu menyebabkan kapal itu jatuh, di lautan di Labuan pun sudah jatuh kapal itu kalau betul-betul berat.

Tak payah tunggu sampai Sembulan baru jatuh itu kapal.

Seterusnya, kapal Nomad biasanya kalau terjadi kegagalan enjin, dia akan mendarat, masih juga terbang mendarat sehingga mendarat pelan-pelan turun. Dia tidak akan menjunam atau nose diving, tetapi yang berlaku untuk kapal Nomad itu tiba-tiba tum, jatuh. Di luar daripada cara biasa kapal itu sepatutnya jatuh. Sebab itu, bagi pandangan saya kejadian ini bukanlah satu nahas yang biasa-biasa, tetapi luar biasa.

Jadi, sebab itu ingin saya sentuh sikit, satu kali rangkum semuanya bahawa apa yang ingin saya katakan kali ini...

draft • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat. Sila gulung.

draft • 6:00 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Ya lah, bagi sikit masa. Satu, dua minit boleh juga.

draft • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

Sudah banyak masa diberi.

draft • 6:00 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Ya. Sabar, sekejap, sikit lagi. Satu, saya katakan tadi tidak ada ketelusan tentang laporan dalam kapal Nomad.

Kedua, ingin saya katakan bahawa peruntukan pembangunan untuk Sabah Sarawak ditingkatkan dan juga penurunan kuasa untuk meluluskan projek bernilai RM50 juta itu patut ditambah. Lalu, Sabah Sarawak sama dengan Malaya, kuasa melulus itu tetap sama jumlahnya. Janganlah kasi kecil-kecil Sabah dan Sarawak.

Kita adalah partner, kita adalah rakan kongsi. Jadi, dengan kata-kata demikian, saya berharap bahawa Kerajaan MADANI akan lebih bertimbang rasa pada Sabah dan Sarawak. Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

draft • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Ranau.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin membuat keputusan semalam mengenai isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Arau pada minggu lalu. Walau bagaimanapun, saya tidak dapat membuat keputusan kerana saya mendapati Yang Berhormat Arau tidak berada di dalam Dewan semasa saya mempengerusikan Majlis. Pada ketika itu, Yang Berhormat Arau tidak berada di dalam Dewan dan ini adalah keputusan yang diambil oleh saya.

Saya mendapati kenyataan “kurang ajar” oleh Yang Berhormat Jelutong kepada Yang Berhormat Kuantan semasa perbahasan pada hari Selasa, 29 Oktober 2024 adalah bersifat menegah dan melarang Yang Berhormat Kuantan daripada bersifat kurang ajar dan Yang Berhormat Jelutong bukan menuduh Yang Berhormat Kuantan telah bersikap kurang ajar.

Oleh itu Yang Berhormat, saya mendapati Yang Berhormat Jelutong tidak melanggar Peraturan Mesyuarat 36(4)...

[Tepuk] tetapi saya ingin mengingatkan semua Ahli-ahli Yang Berhormat supaya jangan menggunakan bahasa kurang sopan atau yang menyakiti hati Ahli-ahli yang lain. Jika Yang Berhormat Arau tidak puas hati, Yang Berhormat boleh hantar Usul supaya Yang Berhormat Tan Sri Speaker boleh buat keputusan lagi.

draft • 6:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Timbalan Speaker...

[Tepuk]

draft • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk makluman, seramai 156 orang Ahli Dewan Rakyat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2025 di peringkat Dasar. Mulai esok hingga 12 November 2024, Yang Berhormat Menteri-menteri akan menjawab ke atas perbahasan Belanjawan 2025 di peringkat Dasar.

draft • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 6 November 2024.

draft • 6:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Timbalan Speaker.

draft • 6:00 PM

[Dewan riuh]

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.04 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026