Nov042024

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Menteri.

draft • 10:00 AM
USUL MENTERI DI BAWAH P.M. 14(2)
PENERANGAN DARIPADA PERDANA MENTERI

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 14(2), saya mohon mencadangkan supaya Aturan Urusan Mesyuarat diteruskan sekarang dengan Penerangan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) dan selepas itu disambung semula dengan urusan dalam Aturan Mesyuarat pada hari ini.”

draft • 10:03 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong?

draft • 10:03 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi)[Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson]

Saya mohon mencadang.

draft • 10:03 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul disetujukan.

draft • 10:03 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

PENERANGAN DARIPADA PERDANA MENTERI DI BAWAH P.M. 14(1)(i)
ISU PALESTIN DAN KEGANASAN REJIM ISRAEL KE ATAS GAZA, LUBNAN DAN IRAN.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sebelum saya menjemput Perdana Menteri, apa yang akan berlaku, selepas sahaja Perdana Menteri memberikan penerangan, saya akan buka untuk seorang daripada pembangkang untuk respond, kemudian kepada kerajaan juga untuk respond, selepas itu Perdana Menteri akan menggulung dan menjawab apa-apa juga yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Silakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

draft • 10:03 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera Tan Sri Yang di- Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya bangun untuk memberi penerangan terhadap perkembangan terakhir isu Palestin dan keganasan rejim Israel ke atas Gaza, Lubnan dan Iran.

Saya baru menerima jemputan daripada Yang Teramat Mulia Raja Arab Saudi, untuk menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar bersama dengan negara Arab dan Islam pada 11 November, di Riyadh. Maka perlu ada satu kesepakatan sepertimana yang telah dilahirkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dari pelbagai parti, NGO dan masyarakat tentang dukungan Malaysia terhadap perjuangan sah rakyat Palestin.

Pada 18 September 2024, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah meluluskan satu resolusi Tenth Emergency Special Sessions, di mana masyarakat antarabangsa menggesa penamatan pendudukan haram Israel di wilayah Palestin dalam tempoh dua bulan, berlandaskan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa, ICJ dan Majlis Keselamatan PBB, serta menuntut keadilan untuk rakyat Palestin.

Pelaksanaan resolusi ES-10/2024 perlu disegerakan memandangkan situasi UOPT semakin meruncing akibat serangan tanpa henti oleh rejim Zionis Israel.

Menurut laporan baru mengenai situasi di Palestin oleh Pelapor Khas PBB, Francesca Albanese, tindakan kejam Zionis itu adalah tindakan genocide. Isu

draft • 10:05 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

genocide telah disepakati oleh kebanyakan negara sekarang dan ini juga pendirian Malaysia.

Oleh yang demikian kehadiran saya ke Sidang Kemuncak Tergempar ini, adalah membawa mandat Dewan dan rakyat untuk mengambil tindakan bagi menghentikan kekejaman berterusan Israel ke atas rakyat Palestin. Pencerobohan dan kemusnahan pusat-pusat ibadah, serangan terbuka ke atas wilayah-wilayah di Lubnan dan Iran, termasuk pembunuhan kejam ke atas Ismail Haniyeh dan Yahya Sinwar.

Selain itu juga pandangan akan membincangkan permasalahan semasa yang dihadapi oleh Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin di Asia Barat. United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East (UNRWA), berikutan keputusan rejim Israel mengharamkan operasi pertubuhan bantuan kemanusiaan pada 28 Oktober 2024.

Adalah penting bagi Malaysia dan komuniti antarabangsa mengutuk jenayah genocide di Palestin. Memberi tekanan ke atas Israel untuk melaksanakan gencatan senjata dan segera bagi membolehkan bantuan perubatan, makanan dan keperluan kemanusiaan lain. Maka inisiatif yang diambil oleh Arab Saudi bersama dengan negara Arab dan Islam tentu akan memberi tekanan dan kita ─ kehadiran kita akan memberikan gesaan supaya keputusan-keputusan lebih berkesan dan tindakan susulan akan lebih bermakna bagi pembebasan Palestin. Ini termasuklah cadangan menggerakkan Special Comittee Against Apartheid di PBB ke atas Israel.

Malaysia juga akan mengusulkan ke Persidangan Kemuncak Negara Arab dan Islam agar sokongan sepenuhnya diberikan kepada UNRWA dalam melaksanakan mandatnya memberi perkhidmatan-perkhidmatan sosial dan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

Malaysia berhasrat menggunakan sidang kemuncak ini, untuk meraih sokongan negara-negara Arab dan Islam terhadap ikhtiar tersebut, bagi menghalang pelaksanaan keputusan Parlimen Israel, Knesset pada 28 Oktober yang bertujuan melenyapkan UNRWA dan memburukkan situasi kemanusiaan di utara Gaza yang mengalami kebuluran setelah terputus bantuan asas sejak sekian lama.

draft • 10:05 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Salah satu pendekatan yang boleh diambil adalah bagi Sidang Kemuncak Negara-negara Arab dan Islam memberi sokongan kepada usaha mediasi gencatan senjata oleh Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat. Sejak Mei lepas, ketiga-tiga negara ini telah membangunkan satu kerangka perjanjian yang perlu dipersetujui oleh semua pihak.

draft • 10:10 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Kegusaran kita ialah kerana tindakan kejam Israel itu tidak mungkin berlaku tanpa dukungan negara-negara yang membekalkan senjata terus menerus kepada Israel termasuk Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah.

Penyertaan Malaysia sebagai ahli perikatan global juga sebahagian usaha meningkatkan tekanan diplomatik ke atas Israel bagi melaksanakan gencatan senjata kekal di Gaza, menggesa pembebasan tahanan Palestin, berundur daripada wilayah yang dijajah bagi menangani penderitaan rakyat Palestin menerusi penyambungan segera bantuan kemanusiaan. Kita juga akan membincangkan pelan tindakan mengenal pasti langkah-langkah konkrit ke arah mencapai kemerdekaan mutlak Palestin dalam tempoh garis yang munasabah.

Sebagai sebuah negara yang mendukung prinsip keadilan dan perundangan antarabangsa, Malaysia terus komited memperjuangkan hak Palestin sebagai sebuah negara berdaulat dan merdeka dan penyelesaian yang adil dan muktamad.

Ini bermakna menghentikan penjajahan, menghentikan apa yang ingin diungkapkan sebagai dispossession, keganasan, kezaliman dan genosid.

Rentetan perkembangan ini, pada 31 Oktober 2024, Malaysia telah menyertai kumpulan teras (core group) bagi penyediaan satu draf resolusi Perhimpunan Agung PBB untuk memohon pendapat/nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai obligasi Israel dalam membenarkan aktiviti dan kehadiran PBB. Isu ini juga dibawa oleh Menteri Luar dalam sidang tersebut. Draf resolusi ini sedang dalam proses rundingan dan kita juga akan mengkaji, setelah berlakunya perlanggaran undang-undang, hukum dan keputusan PBB supaya Israel dikeluarkan, disingkir sebagai anggota PBB...

[Tepuk] Tan Sri Yang di-Pertua, tidak ada alternatif bagi UNRWA. Dengan izin Yang di-Pertua, 15 ketua agensi PBB dan organisasi kemanusiaan. Ini yang telah bertindak selama 75 tahun. UNRWA merupakan tali hayat utama penyaluran bantuan antarabangsa kepada rakyat Palestin. Peranan penting UNRWA di Palestin disokong penuh oleh Malaysia dan bantuan-bantuan, kerjasama, penyelarasan akan terus ditingkatkan. Sokongan berterusan Malaysia terhadap UNRWA ini agak kritikal.

Dan oleh itu ― kerana kita juga telah mendapat penghargaan daripada Philippe Lazzarini, Pesuruhjaya Agung UNRWA yang dizahirkan kepada Menteri Luar dalam sidang PBB yang lalu dan memohon kerjasama ini dapat ditingkatkan.

Tan Sri Yang di-Pertua, sehingga 1 November 2024, kezaliman ke atas rakyat Gaza telah mengorbankan 43,204 orang rakyat Palestin termasuk 16,000 kanak- kanak. 101,641 orang rakyat Palestin dilaporkan cedera, manakala 11,000 lain

draft • 10:10 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

dilaporkan hilang. Secara purata, 118 rakyat Palestin terkorban dan 277 lagi cedera setiap hari sejak Oktober 2023.

Situasi Gaza, malangnya, terus meruncing. Dan sepertimana saya tegaskan, kerana keganasan itu tanpa henti, with impunity, dengan izin dan dengan dukungan langsung dan tidak langsung dari negara-negara sekutu Israel.

Tan Sri Yang di-Pertua, keterangan terperinci boleh saya edarkan tetapi untuk membolehkan rakyat mengikuti perkembangan, saya telah memilih untuk memberikan penjelasan ringkas dan pendirian Malaysia yang akan kita bentangkan untuk pertimbangan negara-negara Islam dan Arab di Riyadh, insya-Allah, pada 11 hari bulan ini. Terima kasih...

[Tepuk]

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih Perdana Menteri. Saya akan menjemput dua orang pembahas. Seorang daripada pembangkang dan seorang daripada kerajaan dengan memberikan lima minit setiap seorang untuk memberikan pandangan. Untuk itu, saya mulakan dengan Sik. Silakan.

draft • 10:10 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua.

Berdiri bersama saya hari ini untuk memberikan sokongan padu kepada Malaysia bahawa kita mempunyai suara yang tegas dan negara kita yang jauh di sini mempunyai kekuatan apabila kita menyatakan penindasan kepada rakyat Palestin itu, antara puncanya ialah kegagalan dunia untuk menghentikan keganasan Israel walaupun dilihat dalam dunia yang moden ini, negara-negara yang maju itu mempunyai pelbagai kekuatan tetapi mereka sangat naif berkaitan kemanusiaan dan telah membiarkan kemusnahan kepada rakyat di Gaza itu.

Sidang khas yang akan dihadiri oleh Malaysia ini, bagi pihak kami di Perikatan Nasional memohon untuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan pendirian tegas kita bahawa kita sangat konsisten penindasan kepada rakyat Palestin itu perlu dihentikan segera, termasuklah gencatan senjata yang sepenuhnya yang dipohon oleh pihak berkuasa Hamas di Wilayah Gaza itu. Apa yang sedang berlaku di utara, di Jabalia ketika ini, ribuan yang sedang beratur panjang untuk mendapatkan sebuku roti. Mereka akan terbunuh sama ada mereka kebuluran ataupun mereka akan dibom oleh rejim Israel yang ganas itu.

Keputusan Knesset Israel untuk menutup UNRWA itu perlu dikecam habis- habisan oleh Malaysia dan seluruh dunia. Pada hari ini, beberapa pandangan saya

draft • 10:06 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

bahawa kita Malaysia perlu tegas termasuklah bagaimana Malaysia ingin memberi sumbangan yang lebih kukuh daripada segi dana UNRWA itu bagi kita memastikan UNRWA ini dapat diteruskan usaha ataupun bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza itu. Saya mohon untuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan jumlah yang akan diberikan kepada tabung UNRWA ini.

Kedua, saya melihat bahawa kita juga perlu ― disebut tadi konsistensi. Kita menyatakan bahawa kita tidak akan mengiktiraf Israel ini secara langsung ataupun tidak langsung. Apa yang menjadi polemik sekarang ini perlu diperjelaskan oleh pihak kerajaan ketika mana ramai aktivis-aktivis Palestin menyatakan kerajaan perlu menyemak kembali penjualan saham MAHB kepada GIP-BlackRock ini.

Ini telah jelas ya...

[Tepuk] Apabila United Nations Human Rights telah memberi amaran kepada negara-negara ataupun syarikat-syarikat supaya tidak ada hubungan langsung dengan penjualan senjata kepada Israel. Telah diumumkan bahawa GIP telah dipunyai oleh BlackRock dan BlackRock telah pun menguasai saham Lockheed Martin, iaitu antara syarikat pembekal terbesar senjata kepada Israel. Lebih 7.79 pemilikan Lockheed Martin ini. Disebut oleh United Nations Human Rights, dengan izin, “States and companies must end arms transfer to Israel immediately or risk responsibility for human right violation”. Yang disebut oleh UN experts.

draft • 10:06 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Jadi, ini perlu diberi perhatian, MAHB mempunyai risiko untuk didakwa jika diteruskan penjualan saham ini. Mohon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membuat keputusan tegas bahawa kita konsisten, kita tidak mahu ada pihak mengatakan ketika kita sedang memberi susu kepada anak-anak di Gaza, dalam masa yang sama kita memberi pisau atau hulu pisau itu kepada musuh untuk membunuh anak-anak di Palestin itu.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin mohon untuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjelaskan bagaimana operasi OPS Ihsan yang dilancarkan di Dewan kita ini beberapa bulan lalu ataupun lebih setahun yang lalu.

Adakah operasi OPS Ihsan ini akan diteruskan dan bagaimana keadaan di lapangan di sana, ketika mana di sempadan Rafah itu masih lagi ditutup, bantuan masih disekat? Saya yakin kita dapat mengambil semangat sukarelawan seluruh dunia yang cuba masuk ke dalam Gaza, termasuklah laporan terbaru MERCY Indonesia yang telah pun diberi mandat oleh kerajaannya untuk membantu di lapangan, di hospital-hospital yang telah lumpuh di Gaza sana.

draft • 10:20 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tuan Yang di-Pertua, yang terakhirnya, untuk kita lebih konsisten bagi pihak Malaysia, kita tidak lagi boleh mengatakan bahawa cara untuk penyelesaian kepada konflik Israel – Palestin ini dengan two-states solution. Ini sudah tidak relevan pada ketika ini, ketika mana two-states solution ini tidak pun sedikit diendahkan oleh Israel.

[Tepuk] Bahkan, dia dengan terlalu angkuh untuk mewujudkan Israel Raya yang mereka hendak menguasai seluruh sebahagian daripada Asia Barat itu dan kenapa kita masih terngiang-ngiang ataupun kita masih disebut, pipi kita ini ─ maknanya, cuba untuk “hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong”.

draft • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Kita menyebut two-states solution, padahal Israel tidak mengendahkan dan kita menyatakan pembebasan Israel ─ pembebasan Palestin yang mutlak adalah hak rakyat Palestin dan perjuangan kita yang akan diteruskan, yang telah dilaksanakan oleh pejuang-pejuang Hamas, termasuk As-Syahid Ismail Haniyeh, As- Syahid Yahya Sinwar yang mereka telah pun menjadi pejuang sejati kepada rakyat Palestin.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak kami menyokong usaha yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia. Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Sik. Saya jemput Ledang.

draft • 10:20 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

*Bismillahi Rahmanir Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas penerangan Menteri yang telah disampaikan tadi. Saya amat yakin bahawa ini adalah satu stand, pendirian yang sangat baik, yang memberikan gambaran bahawa Malaysia terus komited untuk memperjuangkan nasib rakyat dan bumi Palestin.

Saya faham dan yakin bahawa apa yang telah disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi untuk mendapat mandat daripada Dewan, daripada rakyat dan bawa ke peringkat antarabangsa. Di sinilah tempatnya dan saya amat- amat gembira, bangga bahawa hari ini kita ada di Dewan ini dan Perdana Menteri menyampaikan penerangan dan mendapat sokongan daripada semua Ahli-ahli Dewan.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, banyak telah diperkatakan. Rakan saya daripada Sik tadi pun, saya sokong penuh banyak perkara yang telah disebutkan. Saya rasa penting untuk kita sebenarnya untuk melihat apakah langkah-langkah seterusnya.

Soal kemusnahan, soal pembunuhan, soal genocide, apartheid telah kerap kali

draft • 10:22 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

dibangkitkan dan memang ia menjadi satu perkara yang kita sedih sangat kerana ia berterusan berlaku.

Tidak ada langsung sesuatu perkara yang boleh menyebabkan kita menghentikan pembunuhan, tidak ada satu perkara yang boleh menyebabkan kita boleh memastikan supaya tidak ada kemusnahan dan ia tetap berterusan sehinggalah keputusan yang terakhir ini, apabila Parlimen Israel – mengharamkan sebuah agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sendiri iaitu UNRWA.

Ramai yang telah mengutuk dan mengeji tindakan ini dan menganggapnya ia adalah satu perkara jenayah dahuluan, dangerous precedent, unprecedented tidak pernah orang mengutuk ataupun mengharamkan sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan ini telah dilakukan oleh pihak Israel. Jadi, ini satu flagrant violation of international law, flagrant violation of UN Charter. Jadi, saya setuju sangat-sangat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah sebut tadi bahawa kita sekarang sudah ada satu kekuatan desakan yang kuat untuk menyingkirkan Israel daripada keanggotaan Bangsa-Bangsa Bersatu.

[Tepuk] Saya ingin bangkitkan beberapa perkara untuk penjelasan dan juga untuk mendapatkan langkah seterusnya daripada kerajaan dan daripada pandangan Perdana Menteri iaitu pertamanya ialah berkenaan dengan pembekalan senjata.

Perkara yang kita semua sedar, ia masih berterusan oleh negara-negara bersekutu dengan Israel, membekalkan wang, senjata, dana dan sebagainya. Apakah kaedah kita untuk sanction daripada perkara ini berlaku?

Saya mohon supaya ini dibawa ke peringkat tertinggi di dalam sidang kemuncak, dalam PBB untuk kita pastikan supaya ada sanction daripada penggunaan dana ini untuk membekalkan senjata yang akibatnya adalah pembunuhan lebih ramai.

Kedua ialah saya juga mahu bertanya berkenaan dengan kesepakatan rantau. Kita tahu bahawa gerak kerja langkah yang dilakukan oleh Malaysia sudah pun di peringkat OIC, peringkat PBB, bersama dengan ICJ untuk bawakan isu lagi.

Saya rasa saya bangga berkenaan dengan perkara ini tetapi apakah tindakan ataupun langkah kita untuk mendapatkan kesepakatan rantau ini? ASEAN, Asia Pasifik dan sebagainya?

Sebagai Ahli Parlimen di sini, Ahli Parlimen dalam rantau ini, Asia Tenggara, saya berbangga juga bahawa kita telah pun menubuhkan kokus di peringkat Asia Tenggara, [Tepuk] Ahli-ahli Parlimen. Jadi, apakah tindakan mungkin di pihak kerajaan untuk juga mewujudkan kesepakatan serantau secara khusus berkenaan

draft • 10:22 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

dengan isu Palestin? Seterusnya ialah berkenaan tadi juga yang disebut oleh Yang Berhormat Sik, bantuan kemanusiaan.

Baru-baru ini kita tahu bahawa pihak Singapura juga telah menghantar trench mereka yang terbaharu berkenaan dengan bantuan kemanusiaan ini tetapi kita juga hendak mendengar apakah kita juga berterusan untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan? Walaupun mungkin ada halangan-halangan kerana UNRWA pun telah sekarang ada masalah halangan akibat daripada keputusan Parlimen Israel.

Akan tetapi apakah tindakan kita untuk memastikan supaya bantuan kemanusiaan itu tetap dapat disalurkan kepada mangsa rejim Zionis Israel?

Terakhir, saya faham tadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada menyebutkan berkenaan dengan misi untuk sertai kumpulan teras, draf resolusi PBB, nasihat ICJ, obligasi Israel tentang kehadiran PBB dan juga apakah dalam misi ataupun perbincangan kumpulan tersebut, wujudnya usaha untuk menghantar tentera pengaman PBB supaya perkara ini dapat memberikan satu desakan dan juga ada perlindungan kepada rakyat dan bumi Palestin. Itu sahaja, terima kasih.

*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Tepuk]*

draft • 10:22 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik Yang Berhormat, sekarang saya jemput Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menjawab.

draft • 10:22 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Yang Berhormat Sik dan Yang Berhormat Ledang yang memberikan kerjasama dan penerangan yang akan membantu usaha kerajaan dan pendirian saya di Riyadh nanti, Insya-Allah. Soalnya, setahun berlalu, kenyataan-kenyataan keras telah dilakukan dan setakat Malaysia seperti Tuan Yang di-Pertua tahu, berdepan dengan Presiden Amerika Syarikat atau Perdana Menteri Jepun atau Canselor Jerman dan ini bukan perkara yang mudah kerana kita mengambil kira pertimbangan, kepentingan pelaburan, pekerjaan rakyat tetapi untuk isu kemanusiaan yang menentang kezaliman, penjajahan, kita tetap berdiri teguh berprinsip sehingga juga ada sedikit kerugian. Umpamanya, bila kita putuskan untuk membatalkan semua pendaratan kapal Zim ke Malaysia yang diizinkan sebelumnya.

Akan tetapi saya ingin memberi jaminan bahawa negara sebagai negara bebas dan merdeka, berdaulat dan kita punya prinsip dan pendirian menegakkan keadilan di mana jua.

draft • 10:28 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Hal ini tidak boleh dipertikai. Kita akan terus dengan lebih tegas...

[Tepuk] Soalan ditanya oleh Sik dan Ledang tentang dukungan kepada UNRWA. Dukungan kemanusiaan daripada segi bantuan wang tunai itu lebih RM100 juta telah dimaklumkan sebelum ini atas usaha Menteri Pertahanan, Menteri Luar Negeri. Kita telah bawa pesakit-pesakit parah, anak-anak terutama dari Gaza untuk dirawat di hospital tentera dan ini akan diteruskan.

Khusus untuk UNRWA, setakat ini dana yang telah diperuntukkan dan diserah kepada UNRWA adalah RM25 juta dan kita sedang berbincang bawah Kementerian Luar dan UNRWA untuk melihat keperluan menyegerakan. Di samping itu, pertanyaan tentang bantuan kemanusiaan seterusnya dalam keadaan sekatan- sekatan, kita terpaksa bergantung utamanya dengan Kerajaan Mesir, yang keduanya dengan Qatar dan Emirates (UAE).

Saya akan berunding dengan Presiden Abdel Fattah El-Sisi Mesir pada 10 hari bulan. Pertama, mengucapkan terima kasih kerana Mesir beri laluan khas kepada usaha bantuan kemanusiaan Malaysia ke Rafah, tetapi sekarang dihalang oleh Israel. Maka bantuan badan risikan dan juga Kerajaan Mesir sangat kritikal.

Setakat ini kita tidak hadapi apa-apa masalah dengan Kerajaan Mesir atas kerjasama diberikan oleh Presiden. Namun, hal ini harus dijadikan suatu strategi utama terutamanya negara-negara Arab yang berjiran kerana pendirian mereka itu akan menentukan sama ada bantuan itu lebih berkesan atau tidak.

Saya setuju dengan gesaan kedua-dua Ahli Parlimen bahawa sebenarnya dicadangkan itulah pembebasan mutlak. Tidak ada negara di dunia yang harus mengizinkan penjajahan. Apa yang berlaku di Tebing Barat, Gaza, wilayah Palestin ini adalah penjajahan dan negara Israel itu hanya ditubuhkan pada tahun 1948. Itu pun atas gesaan Kerajaan Inggeris dan sikap concern German dan Eropah kerana apa yang mereka lakukan terhadap orang Yahudi di negara-negara mereka.

Kita- semua maklum, pendirian Malaysia ini terikat dengan secara pragmatik apa yang boleh dilakukan. Kita boleh tuntut apa sahaja tetapi pendirian kita mestilah secara konsensus berunding sekurang-kurangnya negeri-negeri Arab dan negeri Islam dan ruang yang ada dalam PBB sebab itu pendirian kita masih tidak berganjak daripada pembebasan mutlak. Langkah awal yang disebut ialah two-state solution.

Ini tentunya tidak dipersetujui oleh ramai. Saya faham, termasuk pendirian HAMAS pada peringkat awal, tetapi kita juga tahu bahawa Liga Arab telah membuat keputusan bersama Qatar, Mesir dan kemudian Amerika Syarikat dan HAMAS bersetuju sebagai langkah awal tentang pendirian yang sama, tetapi seperti mana

draft • 10:30 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

yang disebut oleh kedua-dua oleh Ahli Yang Berhormat tadi yang menentang keras apa sahaja pengiktirafan - apakah ia two-state, one state, menentang keras kehadiran orang Palestin itu adalah Israel.

Sebab itu kita sebagai satu negara juga bingung, negara-negara bicara soal demokrasi, hak asasi, keadilan, negara-negara yang berjuang, berhempas pulas menentang kezaliman dan penjajahan masih beri ruang kepada penjajah baru, kezaliman baru, aparteid baru dan genocide. Ini bagi saya yang harus disuarakan.

Soal penyelesaian itu tentunya akan dirangka oleh rakyat Palestin sendiri bersama dengan rakan-rakan mereka, negara-negara jiran. Jadi, itu setakat pendirian kita yang munasabah peringkat ini yang kita boleh lakukan.

Ada yang mencadangkan tentang kedudukan kita dalam hal syarikat-syarikat.

Tan Sri Yang di-Pertua, pendirian Malaysia tegas. Tak banyak negara di dunia ini mengambil keputusan seperti Malaysia lakukan. Janganlah menggesa kita buat lebih daripada itu kerana semasa rakan-rakan sebagaimana Yang Berhormat Sik tahu, mereka dalam pemerintahan pun mereka tidak lakukan begitu. Malah mereka mengizinkan ZIM berlabuh.

Kita tidak mengizinkan. Jadi kita ambil langkah lebih daripada itu...

[Tepuk] Cuma sekarang ini ada dibangkitkan soal syarikat-syarikat, puluhan malah ratusan syarikat yang ada kerjasama dagangan dengan Israel, yang berdagang dengan semua negara termasuk Malaysia dan di semua negeri termasuk negeri-negeri yang diperintah oleh Pembangkang...

[Tepuk] Jadi kita kena ambil keputusan yang agak konsisten. Apakah keputusan kita ini melibatkan bantahan terhadap negara kerana penjualan itu dengan izin negara.

Tidak ada penjualan kelengkapan tentera, kelengkapan ketenteraan yang boleh berlaku tanpa izin negara. Baik, ini yang kita buat. Setakat yang kita lakukan, saya harap Yang Berhormat faham.

Saya juga bertanggungjawab untuk menjaga bukan sahaja keamanan tetapi kepentingan rakyat dan negara ini. Jadi janganlah kita – kalau kita cadang, dia bukan satu syarikat. Saya nak sebut di sini kalau nak jadikan ini hujah, kita boleh sediakan ruang di Parlimen. Berapa puluhan syarikat-syarikat yang bertapak di semua negeri di Malaysia ini yang punyai kaitan secara langsung atau tidak langsung termasuk sama ada kelengkapan atau part atau saham, senjata dan syarikat yang ada kepentingan dengan Israel.

Jadi, keputusan itu harus keputusan yang tidak hanya retorik untuk menarik perhatian orang ramai kerana daripada segi ketegasan saya bukan nak – astaghfirullah hal 'azim, bukan nak takabbur. Saya telah mengambil langkah yang

draft • 10:30 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

melampaui kesanggupan banyak negara-negara. Ramai – rakan-rakan dari negara...

[Tepuk] Yang mengingatkan saya tentang risiko ini.

Pagi tadi saya berbincang dengan Menteri Luar tentang kenyataan- kenyataan kita dan bagaimana menangani supaya Malaysia tidak terjejas. Kalau sudah baca buku-buku terakhir tentang peranan beberapa buah negara termasuk Amerika Syarikat. Berapa pemerintahan yang mereka gulingkan kerana pendirian yang tegas, yang mereka anggap bertentangan dengan sikap dan pendirian mereka.

Ini risiko yang saya fikirkan, saya tidak ketepikan, tapi yang saya mohon – dalam hal ini saya terima kasih kepada Yang Berhormat Sik dan Ledang kerana ada kesepakatan. Kita bawa mesej ini dulu dan kita lihat beberapa kekuatan, kita runding dengan tegas. Sebab itu di Mesir, insya-Allah petang ini ke negara China, tentunya saya akan terima kasih kerana kenyataan Presiden Xi Jinping di Sidang BRICS di Kazan itu sangat tegas, sangat tegas negara China.

Saya akan berikan dukungan kita terhadap kenyataan dan gesaan supaya sesuatu yang lain, tambahan dilakukan. Saudara juga tahu tentang kehadiran kita di BRICS kerana sikap Negara-negara Selatan yang telah kuat bersuara sekarang, ia tidak lagi seperti dulu. Jadi strategi kita lebih baik membina kekuatan dalaman dan kekuatan bersama negara-negara sama ada Arab atau Islam atau Global South, Negara-negara Selatan yang punya kekuatan.

Saya rasa itu lebih realistik, melihat kepada permasalahan dunia yang rencam dan rumit yang ada sekarang. Saya faham tekanan yang diberikan dan saya tidak memperkecil kerana mungkin daripada hasrat yang sungguh-sungguh kerana kita rasa resah dan sedih terhadap apa yang berlaku setiap hari. Belum pernah berlaku dalam sejarah moden apa yang dilakukan ke atas seorang - rakyat Palestin.

Maknanya, orang-orang yang biadab dan gila sahaja bagi sayalah, fahaman saya. Jangan sebutlah soal demokrasi, hak asasi, yang mampu melihat dan mengizinkan dan memberi hujah mempertahankan kezaliman ini. Jadi bab ini saya ucap ribuan terima kasih tentang pendirian yang telah diberikan. Saya hanya nak ambil kesempatan yang akhir di sini iaitu tentang kedudukan rakan-rakan kita tentera Malaysia- MALBATT di Lubnan.

draft • 10:30 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Kita melalui Kementerian Pertahanan, Menteri Pertahanan berhubungan dengan petugas di sana hampir harian melihat keberadaan mereka, keselamatan mereka. Tetapi ini kita terikat dengan UNIFIL, pendirian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Setakat ini, Duta Besar masih di Beirut masih memantau keadaan. Ada giliran penukaran pasukan yang ada kepada pasukan baru kerana tamat tempoh dan

draft • 10:40 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

yang akan tiba di sini di sekitar 6 hingga 19 November dan kemudian penggantian kumpulan ke MALBATT yang lain. Malaysia bersama-sama 33 buah negara adalah penyumbang anggota UNIFIL. Yang lain telah buat kenyataan bersama yang diterajui oleh Poland mengecam tindakan serangan Israel.

Tan Sri Yang di-Pertua, negara kuasa besar pun dalam sejarah mutakhir tidak segila dan sekejam dan sezalim Israel seperti yang berlaku sekarang. Jarang dalam sejarah kita lihat umpamanya sanggup mengetepikan semua peraturan dunia, semua hukum dan undang-undang sehingga melibatkan risiko ke atas petugas- petugas PBB di Lubnan. Sebab itu atas inisiatif Poland kita menyokong dan melakukan kenyataan bersama oleh 33 buah negara yang mengutuk serangan itu dan memberi – tetapi sementara itu tetap mempertahankan keperluan mengekalkan UNIFIL untuk keselamatan rantau yang bertelagah selama ini.

Jadi, ini pendirian kita. Tentu ada yang menggesa supaya kita menarik pulang tetapi pendirian kita adalah pendirian bersama dengan pasukan UNIFIL dan kita buat keputusan bersama. Malaysia, Indonesia dan pasukan Malaysia itu disertai oleh Brunei dan ini pendirian bersama yang kita ambil. Sekali lagi saya ucap terima kasih kepada rakan-rakan semua Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk dua jurucakap. Insya- Allah, kita akan lakukan sebaiknya. *Assalamualaikum.

[Tepuk]*

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik Ahli Yang Berhormat, sekian sahaja penerangan daripada Yang Berhormat Perdana Menteri. Silakan.

draft • 10:40 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Kita mulakan dengan Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan dengan saya menjemput Datuk Larry Soon, Julau.

draft • 10:40 AM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor satu.

draft • 10:40 AM

1. Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [Julau] minta Menteri Komunikasi menyatakan di manakah lokasi-lokasi yang perlu ditingkatkan sambungan internet dan bagaimana kementerian akan memperbaiki sambungan tersebut melalui satelit atau menara dengan menggunakan teknologi terkini bagi menangani isu-isu internet yang masih lemah ini

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Tan Sri Speaker, di bawah inisiatif Pelan

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 sehingga 30 September 2024 bagi Sarawak, 524 daripada 902 menara komunikasi baharu telah siap dibina dan beroperasi. 4,376 daripada 4,386 stesen pemancar sedia ada telah pun di naik taraf dan 151,695 daripada 207,135 premis telah tersedia dengan capaian gentian optik.

Kesemua 523 lokasi telah menikmati perkhidmatan Internet menggunakan teknologi satellite, dengan izin broadband, wireless, SSB BWA.

Khusus bagi Parlimen Julau pula, lima menara komunikasi baharu telah siap dibina dan beroperasi. 43 stesen pemancar sedia ada telah di naik taraf dan 952 premis telah tersedia dengan capaian gentian optik dan 46 lokasi telah dapat menikmati perkhidmatan Internet BWA di bawah inisiatif Pelan JENDELA Fasa 1. 43 lokasi juga telah dikenal pasti di bawah inisiatif Pelan JENDELA Fasa 1 dalam kawasan Parlimen Julau. Kesemua inisiatif ini sedang dalam pelaksanaan dan dijangka siap secara berperingkat sehingga penghujung tahun 2025.

Selain daripada inisiatif Pelan JENDELA, Kerajaan Sarawak melalui Sarawak Multimedia Authority (SMA) dan juga Sarawak Digital Economy Corporation Berhad

(SDEC) juga sedang melaksanakan inisiatif pembinaan 600 buah menara baharu SMART 600, dengan izin bagi menambah baik liputan Internet di Sarawak. Sehingga 30 September 2024, sambungan Internet di 19 lokasi telah dipertingkatkan melalui pembinaan menara baharu yang telah siap beroperasi manakala 55 menara dalam peringkat pelaksanaan di bawah inisiatif SMART 600 di kawasan Parlimen Julau.

Oleh sebab Yang Berhormat minta tentanglah lokasi-lokasi yang perlu dipertingkatkan sambungan Internet, jadi saya juga telah sediakan lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti di bawah JENDELA Fasa 1 dan juga SMART. Tetapi senarai ini sangat panjang kerana ada 70 lokasi dalam empat muka surat jadi saya minta keizinan untuk serahkan senarai ini kepada Yang Berhormat selepas sesi soal jawab.

Kerajaan melalui MCMC komited untuk menambah baik perkhidmatan Internet dan juga infrastruktur komunikasi di seluruh negara. Berdasarkan aduan yang diterima daripada orang ramai dan dapatan boleh MCMC mengenai isu liputan yang didapati serta perancangan berterusan, beberapa penambahbaikan akan dilakukan termasuk mengenal pasti lokasi yang bersesuaian untuk dimasukkan dalam JENDELA Fasa 2 pada masa yang akan datang.

MCMC juga sedang meneliti perkembangan teknologi baharu termasuk direct to device dengan izin yang menggunakan teknologi satellite Low Earth Orbit (LEO) bagilah penyediaan perkhidmatan Internet yang boleh memberi manfaat kepada penduduk di luar bandar dan kawasan pedalaman. MCMC juga akan sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan terutamanya Kementerian Utiliti

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

dan Telekomunikasi Sarawak, Jabatan Tanah dan Survei serta SMA dalam pelbagai sesi mesyuarat bengkel juga lawatan tapak sebagai salah satu kaedah fasilitasi untuk menyelesaikan isu dan cabaran di lapangan bagi memastikan keseluruhan perancangan berjalan secara lancar. Sekian jawapan saya. Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Julau.

draft • 10:40 AM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Okey. Terima kasih Tan Sri dan terima kasih Menteri untuk jawapan tadi. Saya amat bersetuju dengan Menteri tadi ada berkata untuk gunakan Low Earth Orbit satellite kerana teknologi ini boleh diguna pakai tanpa tower cell.

Saya nak tanya bilakah kementerian boleh melaksanakan teknologi baru ini kerana saya nampak di Sarawak ataupun di mana-mana negeri yang belum ada full coverage you know, liputan seluruhan di kawasan pedalaman selalu ada banyak cell tower dari MCMC ataupun cell tower dari daripada SME. Kos itu yang begitu tinggi dan adalah satu fixed sunk cost. So, kalau kita boleh transition dengan izin, kepada itu Low Earth Orbit satelite mungkin kita ada satu teknologi yang lebih efektif dan kos yang rendah. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 10:40 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Memang bagaimana kita mengguna pakai teknologi terbaru sepertilah direct to device satellite ini adalah dalam pertimbangan MCMC. Untuk makluman Yang Berhormat, MCMC untuk JENDELA Fasa 2 telah mengenal pasti di seluruh negara 2,700 lokasi yang perlulah tambah baik liputan Internet. Antaranya sekarang kami telah dalam proses untuk mengguna pasti teknologi yang paling sesuai untuk setiap satu lokasi dan supaya bahawa pada semasa kita melancarkan JENDELA Fasa 2 ini, kami bolehlah mengguna pakai teknologi terbaharu. Kita harap bahawa keputusan boleh dibuat pada tahun depan.

Selain daripada itu, kita juga faham MCMC pun sedar bahawa di Sarawak kami juga ada banyak – walaupun menara komunikasi itu telah siap bina, tetapi remain tidak beroperasi ataupun di Sarawak kita panggil ‘naked tower’. Jadi kami juga MCMC telah bagi arahan kepada service provider kalau menara tu sudah siap bina dan serah kepada service provider, dalam tempoh masa enam bulan mereka perlu pastikan bahawa kalau the perfect solution is no available yet seperti fiber, mereka perlulah bagi interim punya solution seperti yang mengguna pakai satellite sebagai satu backhaul supaya kita tak bazirkan.

draft • 10:40 AM

Puan Teo Nie Ching

Infrastruktur sudah ada, dari sekarang MCMC pun telah buat POC dengan mengguna pakai satelit sebagai backhaul dan saya rasa performance dia cukup baik dan kita harap bahawa kami akan lancarkan di tempat-tempat yang lain. terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Kulim-Bandar Baharu.

draft • 10:50 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Ya. Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan saya, ada keengganan terutamanya daripada pihak swasta untuk memberikan tanah untuk mendirikan menara liputan ataupun pencawang di mana kawasan-kawasan tersebut sepatutnya diadakan pencawang ataupun menara untuk mendapatkan liputan.

Jadi, soalan saya, apakah kaedah daripada kementerian untuk mengatasi masalah-masalah sebegini. Sebab, di kawasan saya banyak berlaku di mana pihak swasta enggan memberi kawasan untuk mendirikan menara.

Soalan kedua ialah berapa unit kah Starlink yang telah siap dipasang untuk IPT ataupun sekolah untuk menaiktarafkan liputan. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:50 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Pertama tentang isu tapak. Memang di seluruh Malaysia kami pun menghadapi isu ini dan sebenarnya kami serah kepada kontraktor untuk mengatasi masalah tersebut. Tetapi, memang kita perlu akui bahawa kami pun tak boleh serah kepada kontraktor 100 peratus. Jadi, kita perlukan bantuan daripada kerajaan negeri dan juga daripada PBT dan juga Pejabat Tanah dan Daerah supaya kita boleh atasi isu tersebut.

Kalau tapak yang sesuai adalah tapak yang dimiliki oleh swasta sama ada individu, syarikat dan sebagainya, kontraktor perlu bagi sewaan kepada pemilik tapak tetapi pada kadar yang munasabah. Jadi, kita perlu bantuan daripada kerajaan negeri, jabatan tanah dan daerah dan jugalah wakil rakyat bagi kawasan itu untuk juga sama-sama mencari penyelesaian yang memuaskan, kerana lokasi untuk sesuatu menara itu sangat-sangat penting.

Kalau kita tak mendirikan ataupun membangunkan menara di lokasi yang kita tentukan tersebut, ia punya fungsi untuk bagilah liputan internet yang memuaskan itu akan kena effected (terkesan). Jadi, kami harap bahawa kita boleh dapat sokongan daripada – kerjasama daripada semua pihak untuk sama-sama mengatasi isu seperti ini.

draft • 10:50 AM

Puan Teo Nie Ching

Selain daripada itu, tentang isu berapa banyak unit Starlink telah dipasang di IPT, sebenarnya kebanyakan IPT ini mereka berada di kawasan berpenduduk kawasan bandar ataupun suburban. Jadi, untuk satelit, kami pakai satelit- saya percaya bahawa dia adalah salah satu kaedah, tetapi dia tak semestinya perlu merupakan the only one solution, solusi yang tunggal sahaja.

Jadi, kami akan dibawalah – juga diumumkan oleh PMX bahawa di bawah Belanjawan 2025, MCMC akan bekerjasama denganlah KPT untuk mengenal pasti kaedah yang paling sesuai untuk diguna pakai di sesuatu IPT untuk pastikan keberkesanan kaedah yang diguna pakai. Untuk senarai yang terperinci, saya akan serah kepada Yang Berhormat secara bertulis. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Seterusnya saya jemput Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden, Alor Setar.

draft • 10:50 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Tan Sri di-Pertua.

Kementerian Belia jarang ditanya, Saya hendak tanya soalan kedua. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

2. Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden [Alor Setar] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan inisiatif yang telah diambil oleh kementerian untuk mempromosikan sukan permotoran terutama dalam kalangan anak muda termasuk peruntukan dana untuk pembinaan litar permotoran di lokasi yang dikenal pasti.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Alor Setar.

Untuk menjawab soalan yang telah dikemukakan, untuk pengetahuan, pada tahun 2024, kementerian telah pun memperuntukkan sejumlah RM7.4 juta bagi pembangunan sukan bermotor di negara ini merangkumi perbelanjaan mengurus, dana sukan komuniti, Geran Padanan Sukan dan Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara.

Peruntukan ini adalah untuk kita laksanakan program-program pemerkasaan merangkumi penganjuran pertandingan di peringkat kebangsaan. Contohnya, seperti mini bike dan push bike serta latihan kemahiran asas perlumbaan go kart, rally, drift, cup prix, pocket bike dan motorcross. Selain daripada itu, turut dilaksanakan adalah bengkel pemurnian dan modul disiplin sukan enduro, kursus marshal dan kursus pemanduan selamat.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim

Sebanyak 13 siri kejohanan kebangsaan dan antarabangsa bagi mempromosikan sukan bermotor turut dilaksanakan di Sepang International Circuit iaitu SIC Ohvale Junior 2024, Malaysia Championship Series 2024 dan Malaysia Superbike Championship. Kementerian berhasrat untuk memberi fokus kepada pembangunan kemudahan sukan motorcross di seluruh negara melalui kerjasama dengan kerajaan negeri.

Buat permulaan sebagai contoh, kementerian telah pun memperuntukkan RM400 ribu kepada Majlis Sukan Negeri Perlis untuk menaik taraf litar motorcross di Sungai Batu Pahat Kangar, Perlis. Mana-mana cadangan permohonan pembinaan atau naik taraf infrastruktur atau litar sukan pemotoran ini tertakluk beberapa kriteria yang minimum di bawah pemantauan khusus oleh Persatuan Pemotoran Malaysia

(MAM).

Selain itu, isu tapak juga mesti diselesaikan terlebih dahulu seperti mana yang telah ditetapkan dalam garis panduan bagi cadangan penyediaan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan Tahun 2024 dan garis panduan Penyediaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) 2021/2025.

Syarat tersebut ialah tapak atau tanah perlu didaftarkan atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dengan memperoleh pengesahan pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian bahawa tapak adalah bebas bebanan dan sedia untuk dimasuki serta tiada isu tapak tanah projek seperti setinggan, bantahan penduduk dan lokasi yang tidak sesuai apabila membuat permohonan projek fizikal binaan baharu.

Di samping itu, tapak atau tanah tersebut hendaklah berstatus hak milik kekal dan sebarang permohonan juga perlu mendapat kelulusan daripada Majlis Mesyuarat Negeri sebelum diangkat untuk kelulusan pembinaan. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Alor Setar.

draft • 10:50 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, sukan bermotor ini dah jadi seperti sukan rakyat, dia dah jadi macam bola sepak. Di semua tempat kebanyakannya orang ada sukan permotoran sama ada secara sah ataupun secara tidak sah.

Namun isunya Tan Sri Yang di-Pertua, ada tiga perkara. Yang pertama, cukai peralatan keselamatan menunggang ini tinggi Yang Berhormat. Walaupun kita bagi latihan, cara menunggang dengan betul, dengan selamat, tetapi dia nak beli barang- barang yang safety equipment dengan izin ini harga dia mahal, cukai dia tinggi. Maka pilihan yang ada dia kena beli barang yang murah dan dia low quality dan memberi

draft • 10:50 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

risiko kepada peserta sukan permotoran. Itu satu perkara yang saya rasa kerajaan perlu tengok semula.

Kedua, penganjur-penganjur sukan bermotor ini Yang Berhormat Timbalan Menteri, selain daripada syarikat ataupun pihak yang besar, dia juga dijadikan acara kecil-kecilan di peringkat komuniti. Ada penganjur-penganjur tak patuh penganjuran sukan ini, buat di tempat yang tak selamat, tetapi itulah pilihan yang ada sebab diminati oleh ramai macam bola sepak.

Akhir Tan Sri Yang di-Pertua, mengenai modifikasi enjin daripada badan motosikal ini. Apabila peserta ini dia nak masuk sukan bermotor, dia akan modify motor dia itu. Jadi, ada pengeluar atau pengedar barang-barang ini yang menjual barang itu ataupun yang modifikasi motor itu kepada orang yang bukan ahli sukan permotoran. Ia menyebabkan berlaku lumba haram dan pelbagai kejadian yang kita tidak ingini. Apa tindakan kerajaan untuk mengawal aspek-aspek ini? Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:50 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Terima kasih Yang Berhormat. Yang pertama Yang Berhormat, kita kena bahagikan antara dua. Yang satu kalau kita sebut sebagai sukan haruslah ada penganjuran yang selalunya melibatkan terutama sekali pihak persatuan seperti MAM dan sebagainya untuk memastikan apa-apa penganjuran menepati kriteria dan juga spesifikasi keselamatan yang ditetapkan. Sebab itu sebelum ini banyak berlaku kes-kes di mana bila ada penganjuran sukan bermotor, tak kira sama ada dua roda atau empat roda, kita terima berita-berita yang melibatkan musibah sama ada terhadap peserta mahupun pada penonton.

draft • 10:50 AM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Kebanyakan dalam situasi tersebut, kita dapati bahawa tidak menepati kriteria seperti yang disebutkan oleh Alor Setar tersebut. Ini sebabnya kita menggalakkan supaya mana-mana pihak penganjur yang ingin menganjurkan aktiviti yang melibatkan sukan permotoran haruslah merujuk dahulu kepada setiap agensi yang tersedia termasuk JPJ dan juga Pesuruhjaya Sukan sendiri dengan tujuan untuk mendapatkan kebenaran yang meliputi aspek keselamatan tersebut. Ini harus kita beri perhatian.

draft • 10:50 AM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Soal cukai dan modifikasi itu tentu sekali kita perlu rujuk kepada kementerian, pertama Kementerian Kewangan. Yang kedua adalah Kementerian Pengangkutan.

draft • 10:50 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Namun, untuk isu penganjuran yang tidak patuh pada aspek keselamatan, memang kita beri teguran dan kita juga minta supaya persatuan bermotor, permotoran Malaysia itu sendiri (MMA) boleh selepas ini memastikan bahawa ada reach out, dengan izin dilakukan terhadap lebih banyak pengendali-pengendali acara yang bersifat daerah atau lebih dekat dengan komuniti. Kita terima sebelum ini banyak teguran ataupun banyak aduan di mana sedikit sukar untuk kumpulan- kumpulan ataupun penganjur-penganjur kecil ini menepati aspek keselamatan. Jadi kita perlu lakukan lebih banyak engagement terutama sekali pada persatuan. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tenggara.

draft • 11:00 AM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Timbalan Menteri. Soalan saya adalah apakah wujud dana galakan daripada Kementerian Belia dan Sukan kepada NGO-NGO yang berkaitan dengan sukan permotoran ini untuk menganjurkan acara-acara sukan permotoran?

Keduanya, adakah ataupun bagaimanakah kaedah untuk memohon bantuan daripada KBS ini berkaitan dengan maintenance gelanggang sukan permotoran yang sedia ada? Contohnya di Bandar Tenggara kawasan saya, ada sukan permotoran motocross tetapi apabila kita nak menganjurkan sukan ini, kita terpaksa keluarkan modal sendiri. Jadi minta penjelasan daripada Menteri. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:00 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Terima kasih. Dalam soal penyelenggaraan, kita bergantung dahulu kepada sama ada litar tersebut dimiliki oleh pihak persendirian, swasta ataupun dimiliki oleh pihak kerajaan sama ada persekutuan ataupun negeri mahupun menerusi majlis pihak berkuasa tempatan. Apa sekali pun, kalau dimiliki dan diurus dan disenggara oleh agensi sama ada Kerajaan Persekutuan ataupun negeri, kita memang boleh buka permohonan seperti biasa mengikut tatacara yang dibenarkan.

Manakala bagi soalan yang pertama tadi berkait dengan penganjuran. Kita tidak ada dana yang khusus. Kita tidak ada satu dana yang kita sebut sebagai dana untuk sukan permotoran. Sebaliknya yang kita ada adalah seperti yang disebut tadi, kita menggunakan beberapa bentuk dana sedia ada.

Antara lainnya adalah Geran Padanan Sukan yang mana kita buka untuk semua pihak sama ada NGO mahupun pihak-pihak syarikat swasta untuk menganjurkan sebarang kejohanan yang bersifat pertandingan. Ini untuk peringkat kebangsaan, negeri ataupun antarabangsa (international). Kedua, adalah Dana

draft • 11:00 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Sukan Komuniti. Ketiga, kita juga buka dana kawasan bagi tujuan untuk penganjuran oleh persatuan-persatuan yang berdaftar di bawah PJS.

Untuk semua ini, bagi tahun lepas sahaja sama ada Geran Padanan Sukan

(GPS), Dana Sukan Komuniti (DSK) dan juga kawasan semua sekali bernilai RM7.4 juta tahun lepas sahaja. Jadi memang ada dana yang agak besar yang kita telah pun peruntukkan untuk kejohanan-kejohanan ini.

Jadi Yang Berhormat, jika ada mana-mana pihak daripada Tenggara ataupun mana-mana pihak yang ingin atau berminat untuk menganjurkan sebarang aktiviti sukan bermotor, boleh terus berhubung dengan pihak Kementerian Belia dan Sukan.

Kita sedia mempertimbangkan dan menyokong seperti mana kita telah pun lakukan sepanjang 2024. Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Datuk Jonathan Yasin, Ranau.

draft • 11:00 AM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Selamat pagi Tan Sri Speaker. Soalan saya di nombor tiga.

draft • 11:00 AM

3. Datuk Jonathan bin Yasin [Ranau] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan projek mendesak untuk menaik taraf jalan Kg Giring Ranau, jalan perumahan Kampung Pinawantai dan selenggara jalan Kg Mengkapoh telah pun dikemukakan kepada kementerian pada 27 Mac 2024 namun sehingga kini pihak kementerian tidak memberi jawapan. Bilakah ianya akan diberi pertimbangan?

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih YB Ranau atas soalan nombor tiga.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat sehingga 3 November 2024, sebanyak RM1.2 juta telah diluluskan oleh KKDW untuk Parlimen Ranau bagi tahun 2024. Projek jalan perhubungan desa yang diluluskan adalah di Kampung Tagudon Lama, Kampung Karanaan dan Kampung Senaja Sinsilog.

Permohonan-permohonan yang telah dikemukakan akan melalui proses semakan dan siasatan mengikut skop garis panduan JPD yang berkuat kuasa.

Permohonan yang dimaksudkan di atas telah disiasat. Untuk makluman Yang Berhormat, kita hanya ada rekod untuk jalan Kampung Giring, Ranau saja yang telah pun disiasat sepenuhnya. Namun, permohonan ini akan dipertimbangkan mengikut keutamaan tertakluk kepada ketersediaan peruntukan projek JPD bagi negeri Sabah.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Ranau.

draft • 11:00 AM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Terima kasih atas jawapan Timbalan Menteri. Tapi kita mahu tanya sebenarnya sebab di Ranau ini, kita dapati bahawa projek-projek yang diluluskan itu hanya kepada orang-orang UMNO. 2022, 2023, 2024 orang yang sama. Jadi kalau daripada pejabat Parlimen, tidak ada diberi pertimbangan. Pegawai saya sendiri datang ke pejabat KPLB, hanya yang ditandatangan oleh Ketua Bahagian UMNO akan diluluskan.

Jadi bagaimana kita harus mentadbir daerah kita jika masih ada pilih kasih, masih ada pilih bulu, masih tengok siapa rakannya dan tidak memberi pertimbangan kepada apa yang diminta oleh wakil rakyat yang diberi sokongan majoriti berpuluh ribu oleh rakyat tetapi tidak diberi perhatian? Itu soalan saya.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Menteri.

draft • 11:00 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang

Terima kasih YB Ranau atas soalan tambahan tadi. Untuk makluman Yang Berhormat dan sidang sekalian, sebenarnya untuk kelulusan sesuatu projek, kita tidak pernah mengambil kira parti politik dan sebagainya. Apa yang kita ambil kira adalah dari sudut permohonan yang dikemukakan kepada kita berdasarkan tarikh, masa yang mana permohonan dikemukakan kepada PKN negeri, kepada pejabat daerah dan juga melalui Yang Berhormat. Maksudnya YB-YB pun ada yang memohon terus kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Setiap permohonan ini sebenarnya untuk makluman, kalau untuk peruntukan tahun depan, kita dah dapat permohonan bermula bulan Oktober tahun ini. Pejabat daerah ataupun PKN negeri, kita telah compile-kan, telah pun selaraskan senarai- senarai yang boleh dipertimbangkan berdasarkan siasatan yang dilaksanakan terhadap cadangan-cadangan berkenaan. Permohonan-permohonan ini akan dipilih, akan diangkat kepada jawatankuasa penilaian projek pemilihan dan penilaian projek di KKDW. Biasanya kita tak pernah jugalah mengambil kira permohonan berdasarkan partilah. Tetapi kita lebih kepada permohonan-permohonan daripada yang telah diselaraskan di peringkat negeri, maksudnya di peringkat PKN negeri dan juga di pejabat daerah. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Pasir Salak.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, Menteri. Dalam Belanjawan 2025, RM1.8 bilion diperuntukkan untuk jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa melibatkan projek membina dan menaik taraf jalan kampung dan desa. Soalan Pasir Salak, apakah strategi kementerian khususnya bagi menyelesaikan masalah kerosakan perhubungan di kampung Orang Asli pedalaman terutamanya di kawasan Parlimen Pasir Salak di Kampung Orang

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Asli Chenderong Kelubi, Kampung Orang Asli Redang Punggor dan Kampung Orang Asli Pengkalan Daun? Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Menteri.

draft • 11:00 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang

Terima kasih YB Pasir Salak. Untuk makluman Yang Berhormat Pasir Salak, memang projek kita menerima peruntukan untuk jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa setiap tahun dan termasuk untuk kawasan Orang Asli. Pelaksanaan projek ini berdasarkan permohonan seperti yang saya maklumkan tadi yang dihantar terus kepada PKN negeri, ke pejabat daerah dan juga ada yang permohonan direct kepada kementerian dan projek ini disiasat, dinilai dan diberi keutamaan untuk pertimbangan. Untuk kawasan Orang Asli pun sama.

Tetapi untuk kawasan yang dimaklumkan oleh YB Pasir Salak tadi, saya tiada rekod di sini. Saya akan periksa, saya akan semak dan insya-Allah, saya akan bagi jawapan bertulis. Sekiranya ada dalam senarai perancangan kita atau pun perlu dimohon untuk kelulusan pada masa-masa akan datang. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Tuan Wan Razali bin Wan Nor, Kuantan.

draft • 11:10 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua.

Pat pat suku lipat, Mohon Menteri jawab soalan nombor empat.

draft • 11:10 AM

4. Tuan Wan Razali bin Wan Nor [Kuantan] minta Menteri Kerja Raya menyatakan rancangan kementerian bagi mengatasi masalah kesesakan trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) dan adakah laluan alternatif akan dibina bagi jaringan menghala ke Pantai Timur dari Kuala Lumpur.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

*Hari siang pergi jemputan, Hari malam menganyam ketupat, Kepada Yang Berhormat Kuantan, Ini jawapan soalan empat...

[Tepuk]* Tan Sri Yang di-Pertua, kerajaan telah meluluskan cadangan pelebaran lorong tambahan Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK) yang akan dilaksanakan oleh pihak AFA Prime Berhad, dahulu dikenali sebagai ANIH dan MTD Berhad, selaku pemegang konsesi Lebuhraya KL-Karak. Cadangan pelebaran Lebuhraya KL-Karak dijangka akan dapat menyediakan lebuh raya yang selesa, cepat, mudah

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

dan cekap bagi menangani isu kesesakan yang berlaku pada musim perayaan, cuti umum dan hujung minggu.

Projek pelebaran Lebuhraya KLK ini akan melibatkan jarak sepanjang 45.3 kilometer dengan kos keseluruhan berjumlah RM2.1 bilion yang dibiayai sepenuhnya oleh syarikat konsesi lebuh raya. Antara skop kerja pelebaran Lebuhraya KLK yang bermula dari Plaza Tol Gombak ke Bentong adalah penambahan satu lorong daripada tiga lorong sehala sedia ada kepada empat lorong sehala bagi seksyen 1 dari Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah dan daripada dua lorong sehala sedia ada kepada tiga lorong sehala bagi seksyen dari Genting Sempah ke Bentong. Skop kerja ini juga akan melibatkan pembinaan sebuah terowong dua lorong yang baharu bersebelahan dengan terowong sedia ada arah timur.

Berdasarkan kajian perunding trafik, level of services (LOS), dengan izin, akan bertambah baik dari LOS E dan F sedia ada pada hujung minggu kepada level of services C, iaitu pada yang lebih baik, selepas siap projek pelebaran Lebuhraya KLK ini kelak.

Ketika ini, pihak syarikat konsesi sedang dalam proses untuk memuktamadkan reka bentuk sebelum memulakan kerja-kerja pembinaan fizikal yang dijangka akan bermula pada Januari 2025. Dua bulan lagi. Kelewatan ini disebabkan oleh pertukaran pemegang saham yang baru sahaja dimuktamadkan.

Berdasarkan perjanjian konsesi, tempoh pembinaan pelebaran Lebuhraya KLK adalah selama empat tahun dan dijangka siap pada tahun 2029.

Kementerian Kerja Raya juga sedang melaksanakan kajian kemungkinan pembinaan jalan dari Simpang Pelangai, Pahang ke Putrajaya. Kajian ini bagi mencari penyelesaian untuk melengkapkan kesalinghubungan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama di samping menentukan laluan alternatif untuk mengurangkan kesesakan pada laluan sedia ada dari Pantai Timur ke Pantai Barat Malaysia. Kajian telah diluluskan dalam rolling plan keempat dan peruntukan sebanyak RM2.5 juta telah diberi. Kajian ini telah mula pada 12 Ogos 2024, dijadual siap pada 12 Ogos 2025.

Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Kuantan.

draft • 11:10 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih di atas jawapan Yang Berhormat Menteri. Merujuk kepada kemungkinan kajian pembinaan jalan raya Putrajaya – Simpang Pelangai tadi, suka saya mencadangkan ianya bukan sekadar laluan alternatif tetapi terus kepada pembinaan lebuh raya. Kedua, sebagai pelan jangka panjang untuk kegunaan warga Pantai Timur.

draft • 11:10 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Salah satu punca kesesakan juga berpunca daripada tiga tol yang ada sekarang iaitu Tol Karak, Tol Bentong dan Tol Gombak. Kerana pengguna terpaksa beratur panjang untuk membuat bayaran.

Jadi, soalan saya, bagi perancangan jangka pendek, adakah kerajaan bercadang untuk mengurangkan tol tersebut daripada tiga kepada satu di mana- mana lokasi yang difikirkan sesuai? Juga, selaras dengan manifesto PRU-15 PH itu sendiri iaitu pengurangan 18 peratus kadar tol PLUS dan juga LPT2. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Lebuhraya KL-Karak ini beroperasi secara sistem tol terbuka ataupun open system, Tan Sri Yang di-Pertua.

Jadi, sebarang penggabungan plaza tol daripada tiga kepada satu, ia menyebabkan implikasi pada perjanjian yang telah ditandatangani.

Walaupun demikian, kita telah menyatakan tadi bahawa kemungkinan kajian akan mewujudkan satu lebuh raya baharu daripada Simpang Pelangai ke Putrajaya.

Walaupun demikian, kajian itu dalam masa setahun melibatkan banyak perkara.

Antara perkara yang dikaji ialah kajian guna tanah sebab melalui hutan simpan kekal.

Kemudian, kajian sosioekonomi, kajian trafik, sistem penilaian saringan impak alam sekitar dan lain-lain.

Kemungkinan, jika telah dipersetujui, akan dibina secara BOT, dengan izin, build, operate, transfer dan bukan daripada dana kerajaan. Dengan lain perkataan, akan ada lagi lebuh raya bertol daripada Simpang Pelangai ke Putrajaya jika kajian itu menetapkan ianya boleh dilaksanakan. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Bentong.

draft • 11:10 AM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya telah mendengar jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi dan saya ada tiga soalan.

Yang pertama, jika pihak konsesi yang mengeluarkan modal sebanyak RM2.1 bilion untuk tambahan lorong KLK ini, adakah tol akan dinaikkan? Itu soalan yang pertama.

Yang kedua, bilakah pembinaan ataupun projek untuk lingkaran tengah utama dari Bentong ke Pelangai akan dibuat?

Yang ketiga, apakah cara lain untuk mengatasi kesesakan dalam jangka masa pendek ini? Kerana kalau dilihat, projek ini mengambil masa empat tahun.

Jadi, apakah peranan ECRL dalam situasi ini? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Empat soalan, Tan Sri. Tak apalah.

Antara yang saya hendak jawab ialah mengenai lebuh raya cadangan Bentong ke Pelangai. Kita telah siap membuat kajian dan kita telah menghantar kepada Kementerian Ekonomi. Jika tidak diluluskan dalam RP5, mungkin akan diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-13, yang bermula penyediaannya pada awal tahun depan, pada suku kedua tahun depan.

Mengenai perkara-perkara yang kita laksanakan untuk jangka pendek, antaranya ialah kita meletakkan kon yang tertentu, persimpangan Mempaga, Central Spine Road ke pusingan-U MRSM Bentong, misalnya. Kemudian, kita letakkan kon di susur naik ke Genting Highlands. Kemudian, ada lane channelization, atau dengan bahasa Melayunya, penjajaran lorong di Plaza Tol Gombak. Kemudian, kita tambah lorong tambahan untuk membayar tol di plaza tol yang berkaitan.

Selain daripada itu, untuk masa depan, 665 kilometer ECRL iaitu kereta api East Coast Rail Link dijangka akan mengurangkan kadar trafik kenderaan di jalan- jalan biasa kurang 30 ke 40 peratus, Tan Sri, kerana rakyat akan menggunakan ECRL yang melalui Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor. Ada 21 stesen daripada Kota Bharu, Chukai, Gombak, Klang. Ini semua usaha kerajaan kita untuk membantu rakyat di kawasan yang berkaitan. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya, saya menjemput Dato’ Shamshulkahar bin Mohd Deli, Jempol.

draft • 11:10 AM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan Jempol nombor 5.

draft • 11:10 AM

5. Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli [Jempol] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan memandangkan negara kekurangan pakar pokok bertauliah (arborist), apakah tindakan kementerian untuk menambah baik pengurusan landskap di setiap kawasan perbandaran bagi mengurangkan kemalangan berkaitan pokok tumbang yang sering berlaku.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

*Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Membaca selawat]* Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan Yang Berhormat Jempol secara bersekali dengan beberapa soalan yang berikut kerana melibatkan isu dan persoalan yang sama. Pertama adalah soalan 15 daripada Yang Berhormat Gopeng bertarikh 4 November; soalan nombor 19 yang juga daripada

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Yang Berhormat Gopeng, 7 November; soalan nombor 41 daripada Yang Berhormat Kuala Pilah pada 7 November; dan soalan nombor 13 daripada Yang Berhormat Tenggara bertarikh 19 November.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 11:10 AM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Tan Sri Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan MADANI kekal komited membangunkan kawasan perbandaran yang mampan dan lestari alam.

draft • 11:10 AM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Landskap Negara (JLN) telah pun menjadikan Dasar Landskap Negara 2.0 sebagai keutamaan bagi memacu pembangunan dan pengurusan landskap yang komprehensif, selamat serta memperkayakan biodiversiti bandar ke arah mencapai Malaysia negara mampan.

Dalam hubungan ini, KPKT melalui JLN dan pihak berkuasa tempatan di seluruh negara telah pun melaksanakan Program Penghijauan Negara dengan menanam pokok-pokok teduhan bagi menyediakan kawasan perbandaran yang berdaya huni, teduh dan menerapkan aspek terapi dan juga indah serta menangani impak daripada perubahan iklim.

Untuk makluman, pada masa ini sebanyak 89 daripada 156 PBT telah pun mempunyai jabatan ataupun unit landskapnya yang sendiri, yang berfungsi untuk menguruskan pembangunan landskap bagi memastikan kerja-kerja pengurusan dan penyelenggaraan pokok dijalankan secara berterusan.

Bagi PBT yang tidak mempunyai jabatan ataupun Unit Landskap masing- masing, fungsi ini telah dilaksanakan oleh Unit Teknikal yang berkaitan di PBT.

Daripada 89 PBT ini, hanya 18 pegawai di 11 PBT yang telah pun ditauliahkan sebagai arborist ataupun pakar pokok dan masih aktif berkhidmat. Dalam usaha ini, untuk memperkasakan aspek pengurusan dan penyelenggaraan pokok-pokok di kawasan perbandaran di negara ini, KPKT amat menggesa agar setiap PBT mempunyai sekurang-kurangnya seorang arborist menjelang 2030.

Berhubung isu pokok tumbang, KPKT memandang serius terhadap perkara ini yang juga telah pun merisikokan keselamatan orang awam. Antara punca insiden ini boleh berlaku adalah disebabkan oleh pokok-pokok yang telah pun tua di kawasan-kawasan perbandaran. Justeru itu, adalah ada beberapa tindakan yang telah pun diambil oleh KPKT:

(i) Program Penilaian dan Rawatan Kawasan Hijau. Ini memfokuskan kepada pokok-pokok ameniti ataupun pokok-

draft • 11:20 AM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

pokok tua yang berisiko dan juga berpenyakit yang mengundang bahaya;

(ii) penyediaan lebih 10 garis panduan dan manual pengurusan pokok sebagai rujukan pihak PBT;

(iii) pemerkasaan kemahiran pegawai-pegawai di kalangan kakitangan PBT yang diberikan platform pembelajaran dan latihan kepada pegawai-pegawai ini melalui latihan-latihan teknikal dan akan terus dilaksanakan di bawah Institut Latihan KPKT (I-KPKT). Peserta-peserta akan diberikan pendedahan berkaitan teori dan sesi hands-on meliputi aspek penanaman dan pengurusan serta penyelenggaraan pokok-pokok ameniti berdasarkan kepada kaedah arboriculture dan horticulture melalui model pendidikan dan juga pengajaran yang sudah pun dirancang di bawah modul master gardener; dan

(iv) kursus pengurusan pokok di mana Jabatan Landskap Negara

(JLN) telah pun menganjurkan kursus-kursus berkaitan pengurusan pokok secara fizikal dan juga di atas talian kepada pegawai-pegawai dan juga pihak di peringkat PBT. Antaranya adalah seminar pengurusan landskap yang dilaksanakan setiap tahun dengan penglibatan khusus daripada semua PBT di Malaysia.

Pada masa yang sama Dato' Tan Sri Yang di-Pertua, sebagai jaminan dan komitmen kementerian, KPKT melalui JLN telah pun bersama-sama dengan pihak PBT melaksanakan, mengambil langkah waspada dalam melenggarakan pokok- pokok di bawah kawasan perbandaran ini dengan memastikan pematuhan kepada Akta Perancangan Bandar dan Desa ataupun Akta 172, khususnya pada seksyen 35A - Perintah Pemeliharaan Pokok dan juga seksyen 35H yang memastikan bahawa mana-mana pokok yang mempunyai lilitan melebihi 0.8 meter tidak boleh ditebang kecuali dalam keadaan tertentu dengan izin pihak PBT seperti mana pokok yang hampir mati ataupun yang telah mati dalam situasi yang boleh mendatangkan bahaya. Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Jempol.

draft • 11:20 AM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan dan penjelasan tadi yang mana khusus tentang – yang saya tanya tentang pakar pokok bertauliah ataupun arborist. Terima kasih atas inisiatif KPKT yang mana dalam usaha untuk menempatkan seorang

draft • 11:20 AM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

arborist di setiap PBT di seluruh negara kita. Jadi, soalan tambahan Jempol, selain menambah baik pengurusan dan penyelenggaraan landskap di setiap kawasan perbandaran, apakah lagi tindakan kementerian untuk memastikan setiap bandar dan pekan di seluruh negara selamat dan berdaya huni? Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Menteri.

draft • 11:20 AM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Kementerian melalui Jabatan Landskap Negara sebenarnya telah pun mengadakan beberapa program pembangunan landskap dan antaranya adalah Program Landskap Perbandaran yang bermula daripada Rancangan Malaysia Ke- 11. Program ini adalah bertujuan untuk mewujudkan dan mengekalkan persekitaran hijau. Pada masa yang sama, mengurangkan kesan pulau haba supaya persekitaran bandar kita lebih kondusif dan sesuai untuk didiami dan menghubungkan nodus- nodus utama, yakni kawasan-kawasan tumpuan dalam perbandaran di dalam sistem jaringan hijau.

Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat 10 projek landskap perbandaran yang telah pun dilaksanakan di seluruh negara, mengambil kos pembangunan daripada RM5 juta sehinggalah ke RM48 juta dan itu pun adalah bergantung kepada keluasan sesuatu taman ataupun kawasan tersebut dan juga kelulusan Kementerian Ekonomi. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, silakan.

draft • 11:20 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Yang di- Pertua, jawapan daripada Menteri tadi memang panjang dan susah saya nak ambil di mana ini dan terima kasih Jabatan Landskap Negara di atas peranan yang dimainkan. Insiden pokok tumbang semakin menjadi-jadi dan ancam keselamatan pengguna jalan raya dan sebagainya. Soalan saya, selain daripada penyediaan kontraktor dan pakar pokok untuk kerja penyelenggaraan pokok, adakah ada kajian penilaian terhadap tatacara penanaman pokok, tatacara serta lokasi yang bersesuaian di PBT-PBT ini? Apakah fokus utama Dasar Landskap Negara 2.0 untuk memampankan pengurusan landskap negara dan mengurangkan kemalangan pokok tumbang di kawasan PBT? Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:20 AM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Tan Sri Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat, saya ingin menjawab tentang fokus utama Dasar Landskap Negara. Kita ada dua fokus utama:

(i) melihat kepada teras dua yang berkaitan dengan pembangunan landskap yang lebih mampan, yang menekankan pembangunan secara menyeluruh dengan memberikan penekanan kepada tiga strategi iaitulah memantapkan dan memperkasakan serta memperluaskan rancangan pengurusan landskap negara serta memperkukuhkan sumber tanah; dan

(ii) teras yang ketiga iaitu berkaitan dengan landskap pemangkin kesejahteraan masyarakat.

Tan Sri Yang di-Pertua, berkaitan dengan apa lagi usaha-usaha yang telah kita lakukan, sebenarnya di peringkat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini melalui JLN khususnya, telah pun menyediakan pelbagai garis panduan dan manual pengurusan landskap dan pokok-pokok teduhan di pinggir jalan kepada pihak berkuasa tempatan. Kalau berdasarkan maklumat yang saya ada ini Tan Sri Yang di-Pertua, ada kurang lebih 15 buku garis panduan dan juga manual yang memberikan panduan-panduan kepada pihak PBT.

Seterusnya, melalui JLN juga bersama-sama dengan pihak PBT, kementerian ini dan juga pihak berkuasa tempatan sentiasa mengambil langkah- langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko pokok tumbang dengan pelaksanaan beberapa perkara:

(i) memastikan PBT dan juga pemilik premis mematuhi Akta Perancangan Bandar dan Desa ataupun Akta 172;

(ii) pemerkasaan kemahiran pegawai-pegawai dan juga yang kita sebut kakitangan PBT yang seperti mana yang saya sebutkan tadi, termasuklah kita memberikan latihan di bawah Institut Latihan KPKT (I-KPKT);

(iii) kita menganjurkan kursus-kursus berkaitan pengurusan pokok sama ada secara fizikal dan juga atas talian; dan

(iv) KPKT juga melalui JLN dan juga pihak PBT sentiasa melakukan program penilaian dan rawatan kawasan hijau.

Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Dato Anyi Ngau, Baram.

draft • 11:20 AM

Dato Anyi Ngau - Baram

Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan saya, soalan nombor enam.

draft • 11:20 AM

6. Dato Anyi Ngau [Baram] minta Menteri Kerja Raya menyatakan laluan serta status dan jadual pelaksanaan Sabah Sarawak Link Road pada masa ini.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tan Sri Speaker. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Baram, Projek Sarawak Sabah Link Road (SSLR) melibatkan dua fasa yang bertujuan membina satu jalan raya yang menghubungkan Sarawak dan Sabah tanpa perlu melalui negara Brunei Darussalam, Tan Sri. Ia melibatkan kawasan Limbang, kawasan rakan saya sebelah ini, Timbalan Menteri Pengangkutan, kawasan Lawas dan juga kawasan Baram.

Projek Sarawak Sabah Link Road (SSLR), Lawas ke persimpangan Long Lopeng atau juga disebut sebagai Projek SSLR Fasa 1 telah mula dilaksanakan pada bulan Ogos 2021.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Jajaran projek bermula di Kampung Gelugus, Lawas sehingga ke persimpangan Long Lopeng dengan anggaran panjang 77 kilometer. Projek kini telah mencapai 40 peratus pelaksanaan di tapak setakat bulan Oktober 2024 dan dijangka siap pada bulan November 2026. Selain itu, Projek Sarawak Sabah Link Road

(SSLR) Fasa 2 yang telah diluluskan pada tahun 2023 yang lalu telah dikeluarkan surat setuju terima (SST) pada bulan Mac 2024.

Projek ini melibatkan empat pakej dan jajaran sepanjang anggaran 322 kilometer. Status terkini bagi projek SSLR Fasa 2 adalah sedang di peringkat pengambilan balik tanah oleh pihak Jabatan Tanah dan Survei (JTS) negeri Sarawak dan pembersihan tapak oleh kontraktor di beberapa kawasan yang telah selesai urusan pengambilan tanah.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] Tempoh pelaksanaan projek SSLR Fasa 2 dijangka selama lima tahun.

Kementerian Kerja Raya amat menghargai sokongan yang diberikan oleh Ahli Yang Berhormat terhadap kesemua- projek-projek Persekutuan yang sedang dan akan dilaksanakan di negeri Sarawak. Diharap dengan pembinaan kedua-dua projek SSLR ini akan menyediakan jaringan jalan raya yang lebih efisien kepada pengguna

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

jalan raya serta merancakkan pembangunan dan ekonomi di kawasan sekitar.

Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Baram.

draft • 11:30 AM

Dato Anyi Ngau - Baram

Terima kasih Speaker dan terima kasih kepada Menteri atas jawapan yang diberikan. Soalan tambahan saya adalah mohon penjelasan keterangan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan road dia atau pun jajaran yang melibatkan kawasan Parlimen Baram dan jarak dia. Saya mohon ini diperjelaskan sebab saya percaya ini adalah satu berita yang baik di kawasan utama sebab ia melibat ketiga-tiga daerah atau pun kawasan Parlimen itu termasuk Lawas, Limbang dan Baram. Saya mohon perincian berkenaan dengan kawasan di kawasan Baram yang terlibat. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Yang di-Pertua, SSLR ini Fasa 1, Lawas ke Long Lopeng 77 kilometer dan 77 kilometer ini menggunakan sepenuhnya dana Kerajaan Persekutuan iaitu Development Expenditure (DE). Jumlahnya RM1 bilion. Siap 40 peratus perkara ini, 60 peratus lagi belum siap.

Fasa kedua, empat pakej, 322 kilometer ini. Nilainya RM7.42 bilion dan Development Expenditure (DE) RM950 juta dan selebihnya itu menggunakan DanaInfra atau pun kerajaan pinjam untuk melaksanakan projek ini. Sebagai mana Yang Berhormat Baram minta secara detail, pakej 1 daripada SSLR 2 ini. Mulu ke Long Seridan, 60 kilometer. Ini kawasan Yang Berhormat.

Kemudian, pakej 2, Long Seridan ke Nanga Medamit, 101 kilometer. Pakej 3, Long Lopeng ke Long Komap, Ba’kelalan 63 kilometer. Pakej 4, Rh Aling ke Long Lopeng, 96 kilometer. Saya tak sampai lagi walaupun isteri saya orang Sarawak tetapi Limbang saya dah sampai lah tetapi empat-empat yang pakej ini saya tak sampai. Mungkin saya kena melawat juga lah. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kota Bharu.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya, Timbalan Menteri KKR atas jawapan ini. Saya juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan yang meneruskan projek Pan Borneo yang sebenarnya diambil perhatian oleh semua kerajaan termasuklah Kerajaan Perikatan Nasional sebelum daripada ini. Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, khusus juga mengenai Pan Borneo kerana kita di sebelah sini sentiasa menerima aduan atau pun kompelin daripada kontraktor yang menjalankan kerja-kerja kontrak di Pan Borneo ini.

Secara khususnya Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta beri perhatian soalan khusus saya. Saya merujuk kepada satu tender yang dikeluarkan yang

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

bertajuk Tender Pra-Kelayakan Terpilih Lebuhraya Pan Borneo, Sabah Fasa 1B, Menaik Taraf Jalan dari Telupid ke Kampung Lumou Baru. Kodnya WP32. Soalan yang saya diminta oleh rakyat untuk bangkitkan ialah apabila tender ini dikeluarkan, lebih daripada 10 orang- 10 syarikat per tender telah masuk tender ini. Apabila tender ditutup, JKR Sabah telah mengadakan laporan penilaian tender sebagai mana Yang Berhormat sebut tadi lah. Yang menjadi isunya ada dua syarikat. Syarikat A...

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya. Syarikat A diklasifikasikan sebagai sebuah syarikat bumiputera dari Sabah telah diperakukan dalam laporan penilaian tender ini sebagai syarikat petender yang mempunyai kerja semasa dengan prestasi yang memuaskan dan disyorkan untuk disetuju terima.

Syarikat B tidak layak dipertimbangkan kerana harga tawarannya melebihi daripada harga main atau pun harga Builders Work Adjusted Mean (BWAM) dengan itu disyorkan tidak diterima oleh jawatankuasa ini. Syarikat ini di classified sebagai bukan bumiputera dari luar Sabah, dari luar Borneo. Apa yang berlaku aduan kepada kami...

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terus kepada soalan.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Telah dimaklumkan bahawa syarikat B yang dikatakan tidak layak itu hendak ditawarkan dengan kerja ini sedangkan syarikat A yang layak, bumiputera dari Sabah tidak diberikan atau pun kemungkinan tidak akan diberikan surat SST. Jadi, saya mohon penjelasan yang jelas daripada Yang Berhormat Menteri, kalau tak boleh segera, selepas daripada ini. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih Kota Bharu. Memang lah ini terkeluar daripada apa yang ditanyakan. Soalan ini tak ada kaitan dengan persoalan ini tetapi maklumat yang ada pada saya ialah mengenai Pan Borneo Sabah yang disebut itu menggunakan pra kelayakan terpilih, ada beberapa proses, beberapa proses. Proses pertama, JKR Sabah. Sama ada akan diterima atau tidak ditentukan oleh JKR pusat, JKR HQ. Kemudian JKR HQ akan menghantar kepada Kementerian Kewangan, Yang Berhormat Kota Bharu. Kementerian Kewangan yang akhirnya membuat segala keputusan.

Semua- projek-projek yang di atas RM100 juta adalah Kementerian Kewangan yang buat keputusan. Seperkara lagi yang saya ingin maklumkan di sini bahawa pakej 1A, pakej 1B sekarang ini yang telah diberikan surat setuju terima itu,

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

majoriti syarikat yang memperoleh adalah dari Sarawak. Jika tidak silap saya, daripada 14, 10 syarikat Sabah, empat syarikat luar Sabah. Kita juga telah menetapkan bukan hanya syarikat Sabah untuk melaksanakan projek di Sabah, oleh kerana kita dalam negara ini tentunya ada daripada Sarawak, ada daripada Semenanjung. Maka, kita beri peluang 10 dari sana, empat daripada Semenanjung.

Mengenai hal-hal itu, boleh ditanyakan pada Kementerian Kewangan yang membuat keputusan. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi, Tumpat.

draft • 11:30 AM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Puan Yang di- Pertua, soalan saya nombor 7.

draft • 11:30 AM

7. Dato' Hajah Mumtaz binti Md Nawi [Tumpat] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan, bila kementerian akan menubuhkan Lembaga Kelapa Negara memandangkan penanaman kelapa telah lama menjadi industri yang berpotensi di Malaysia termasuk salah satunya punca ekonomi rakyat di kepulauan di Tumpat.

draft • 11:30 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih Tumpat. Tuan Yang di-Pertua, Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara Bilangan 2 Tahun 2023 pada 25 Oktober 2023 dan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 November 2023 telah bersetuju secara prinsip dengan cadangan penubuhan Lembaga Perindustrian Nanas, Kelapa dan Durian (LPKNDM). Dalam hal ini, kementerian ini sedang melaksanakan analisis impak peraturan, regulatory impact analysis (RIA) bagi cadangan penubuhan LPNKDM tersebut selaras dengan Pekeliling Am Bilangan 1, Tahun 2021 Dasar Negara Bagi Amalan Baik Peraturan. Hasil kajian dijangka akan dikemukakan kepada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada bulan Mac 2025. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tumpat.

draft • 11:40 AM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih.

Memandangkan meningkatnya permintaan terhadap barang-barangan organik seperti kelapa ini, adakah pihak kerajaan akan memperkenalkan teknologi dan sistem baru bagi membantu khususnya di kawasan kepulauan agar penanaman kelapa ini dapat ditingkatkan untuk menampung keperluan rakyat bagi menjamin usaha keterjaminan makanan nasional?

draft • 11:40 AM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Kedua, apakah kerajaan mempunyai kajian terhadap pemakanan berasaskan kepada santan? Sebagai contohnya kalau di Kelantan kita ada nasi berlauk. Di Tumpat ada Nasi Berlauk Kak Chik itu yang telah pun mengedarkan seluruh Malaysia 100,000 bungkus sehari. Jadi, adakah dengan perkara ini kita boleh mengadakan suatu teknologi bagi memastikan ianya dapat menjadi sumber pendapatan yang lebih menyeluruh kepada rakyat kerana makanan ini murah, sedap dan tahan lama? Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih Tumpat. Memang untuk Tumpat ini kawasan yang terkenal juga dengan pengeluaran kelapa dan tanaman kelapa. Oleh itu segala bentuk usaha baharu sedang diusahakan iaitu empat jenis kelapa hibrid yang baharu dilancarkan pada tahun 2023 mampu mengeluarkan hasil yang tinggi. Sekitar 23,000 hingga 25,000 biji setahun untuk per hektar.

Bagi kelapa jenis Mylag dan Marleca manakala 30,000 hingga 40,000 biji setahun bagi per hektar. Untuk jenis Carena dan Careni, pengeluaran hasil yang tinggi bagi kelapa hibrid mampu meningkatkan pendapatan petani. Jadi, ini harap berhubung dengan pihak MARDI. Banyak benih-benih baru yang diperkenalkan.

Untuk soalan yang kedua iaitu Tumpat terkenal dengan pengeluaran nasi dingin. Saya selalu pergi ke situ. Saya pun jadi tok wakil Kelate ini 10 tahun. Memang dipasarkan dengan segera ke seluruh Malaysia dan mewujudkan pekerjaan yang ramai. Ini perlu disokong terus oleh pihak kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Untuk makanan sekarang ini diperbanyakkan makanan yang dipanggil teknologi retort. Ini sedang diusahakan supaya makanan itu dapat dipasarkan dan bertahan lama. Seperti sekarang ini nasi putih kari ayam boleh dijual dalam paket dan dimakan selamat. Set laksam dengan kuah. Laksam pun ada. Boleh dipasarkan dengan teknologi retort. Soto ayam, satar. Satar ini terkenal di Pasir Putih. Itu juga boleh diretort sekarang ini dan boleh dijual di pasaran dalam negeri dan antarabangsa. Bahkan teh tarik sekarang ini terkenal dengan teknologi retort yang boleh dipasarkan jauh dari tempat yang membuat itu dan ianya bertahan lama.

Banyak lagilah yang kita boleh dapat. Sekarang ini yang pentingnya berhubung dengan Jabatan Pertanian, berhubung dengan MARDI, berhubung dengan jabatan-jabatan yang ada ini supaya dapat kita memperbanyakkan usahawan-usahawan kampung ini untuk dipasarkan di peringkat dalam negeri dan juga di peringkat antarabangsa. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ledang.

draft • 11:40 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, daripada segi kelapa ini kita tahu kita masih

draft • 11:40 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

lagi import dari luar khususnya dari Indonesia. Jadi ada pergantungan kepada bekalan yang diberikan untuk tempatan, untuk negara. Justeru, ia akan memberikan kesan kepada harga. Akibatnya adalah kesukaran kepada penanam dan juga penjual kelapa juga mereka yang terlibat dalam industri penyediaan santan.

Akhirnya, kita bimbang akan naik harga kepada barangan-barangan yang berasaskan kelapa. Jadi, apakah tindakan kerajaan untuk mengawal dan juga untuk memastikan supaya kita ada bekalan kelapa di negara? Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Memang pengeluaran kelapa di Malaysia ini masih di sekitar 70 peratus. Ertinya, kita perlu mengimport lebih kurang 30 peratus. Kebanyakannya sudah tentu dari Indonesia. Kadangkalanya berlaku sekali-sekala lambakan yang menyebabkan harga kelapa tempatan itu menjadi rendah. Sebab itulah kita harap dan kerajaan sedang berusaha supaya ketika berlaku lambakan dan sebagainya berlebihan harga kelapa tempatan menurun, kita harap kelapa itu tidak dijual dalam bentuk biji, dijadikan proses untuk santan dan juga produk daripada kelapa itu dapat diperbanyakkan.

Ini usaha-usaha yang berterusan yang dibuat. Cuma, ianya berlaku tidak selalu. Sekali-sekala akan berlaku. Macam juga cili dan sebagainya. Kadang-kadang bila cili kekurangan dari Vietnam dan dari Thailand masuk dengan begitu banyak berlaku penurunan harga. Bila berlaku penurunan harga, banyak penanam di sini tidak menanamnya. Kemudian berlaku pula kenaikan harga mendadak, semua menanam. Bila semua menanam, keluar hasil yang sama dia berlaku juga penurunan harga. Ini sering berlaku.

Kawalan cuba dibuat tapi kadangkalanya bila berlaku terlalu rendah harga, MARDI atau FAMA hendaklah bertindak dengan membeli harga yang murah itu dengan sekurang-kurangnya mereka dapat modal mereka semula dalam penanaman. Begitu juga dalam hal kelapa ini. Usaha terus dibuat supaya import itu tidak melebihi daripada yang dikehendaki kerana kita perlu hanya 30 peratus. Kalau kita import sampai 50, 60 peratus, dia berlaku lambakan dan berlaku harga kelapa tempatan murah.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj, Segamat.

draft • 11:40 AM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Soalan Segamat nombor 8.

draft • 11:40 AM

8. Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj [Segamat] minta Menteri Kesihatan menyatakan, berapa jumlah kos rawatan yang ditanggung oleh kementerian bagi pesakit yang menerima rawatan untuk penyakit kencing manis atau komplikasi kesihatan yang berpunca daripada kadar gula yang tinggi dalam darah.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Puan Speaker. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Segamat. Soalan yang cukup penting.

Untuk makluman Yang Berhormat, menurut laporan Prevention and Control of Non-Communicable Disease in Malaysia the Case for Investment 2021, jumlah kos penjagaan kesihatan langsung, direct cost oleh kerajaan bagi penyakit metabolik adalah sebanyak RM3.3 bilion iaitu sebanyak 7.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kos penjagaan kesihatan yang berjumlah RM45.3 bilion yang dibelanjakan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 2021.

Berdasarkan laporan yang sama, beban ekonomi terhadap penyakit tidak terhad hanya kepada kos penjagaan kesihatan langsung sahaja, tetapi turut melibatkan kos tidak langsung. Kos tidak langsung bagi penyakit metabolik terutama diabetes adalah sebanyak RM24.3 bilion. Kos tidak langsung ini berpunca daripada kehilangan produktiviti, berikutan ketidakhadiran, absenteeism, kehadiran tidak produktif, presentism atau kematian pramatang.

Isu presentism dan absenteeism sering timbul akibat komplikasi diabetes seperti keletihan, penglihatan kabur dan peningkatan risiko jangkitan. Keadaan ini mengakibatkan penurunan produktiviti kerana pesakit diabetes mungkin mengalami kesukaran untuk memberikan tumpuan atau memenuhi keperluan kerja intensif.

Dalam jangka panjang kekerapan ketidakhadiran dan kecekapan kerja yang rendah membawa kepada kerugian ekonomi yang besar bagi negara.

Diabetes bukan sahaja meningkatkan kos penjagaan kesihatan malah turut mengurangkan daya saing ekonomi terutama apabila tenaga kerja produktif terjejas prestasi mereka. Secara keseluruhan, jumlah beban ekonomi iaitu mengambil kira kos penjagaan kesihatan secara langsung dan kos tidak langsung bagi penyakit metabolik terutama sekali diabetes di Malaysia adalah sebanyak RM27.7 bilion.

Menurut laporan Prevention and Control of Non-Communicable Disease in Malaysia The case for Investment 2021 juga, jumlah keseluruhan beban ekonomi bagi empat penyakit tidak berjangkit, penyakit kardiovaskular, penyakit metabolik terutamanya diabetes, penyakit kanser dan penyakit respiratori kronik adalah sebanyak RM64.2 bilion.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Kos rawatan khusus untuk penyakit diabetes di Malaysia adalah sangat tinggi dan terus meningkat dari tahun ke tahun. Peningkatan ini disebabkan oleh faktor termasuklah jumlah pesakit diabetes yang kian bertambah, keperluan infrastruktur, pemeriksaan makmal, rawatan berterusan seperti ubat-ubatan serta komplikasi jangka panjang yang memerlukan rawatan khusus seperti dialisis untuk kegagalan buah pinggang. Sekian, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Segamat.

draft • 11:50 AM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebelum saya mengajukan soalan tambahan, saya ingin juga mengalu-alukan daripada Persatuan Guru-guru Besar Batu Pahat yang berada di dalam Dewan yang mulia ini...

[Tepuk] Bagi pihak Ahli Parlimen Batu Pahat.

Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, isu berkenaan dengan pengambilan gula dan juga related diseases is actually at the critical level dalam Malaysia. Saya yakin kementerian sedang mengambil segala langkah-langlah untuk membantu.

Dengan kos insulin dan dialisis yang tinggi, apakah langkah yang diambil oleh KKM atau kerajaan untuk memastikan setiap pesakit diabetes terutamanya daripada golongan berpendapatan rendah ataupun dalam golongan miskin yang mempunyai akses kepada rawatan ini tanpa beban kewangan yang besar.

Adakah KKM mempertimbangkan subsidi tambahan bagi kos insulin dan dialisis dalam kes yang akan datang supaya kita boleh memberi akses supaya kesihatan orang-orang yang kurang berpendapatan ini dapat juga dibela. Sekian, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat Segamat. Satu soalan yang cukup-cukup baik. Berdasarkan maklumat ataupun Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2023, seramai 3.5 juta rakyat Malaysia menghidapi diabetes dan prevalence diabetes adalah sebanyak 15.6 peratus. Isu yang dibangkitkan adakah kerajaan akan memberikan tambahan dari sudut subsidi.

Baru-baru ini, KKM ingin mengucapkan banyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah pun menerima cadangan daripada Kementerian Kesihatan terutama sekali Bahagian Perubatan...

draft • 11:50 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

[Bangun]

draft • 11:50 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

...Apabila untuk mengurangkan komplikasi pesakit diabetes termasuk komplikasi kordiovaskular dan juga buah pinggang, kerajaan di dalam Belanjawan 2025 telah pun mengumumkan peruntukkan sebanyak 87.1 peratus untuk membeli SGLT2 yang akan dinikmati oleh 280,230 pesakit diabetes. Ini adalah merupakan ubat inhibitors. Tambahan untuk menambah kesan jangka panjang kepada buah pinggang kerana diabetes ini sentiasa dikaitkan dengan pesakit buah pinggang.

Dengan memperkenalkan SGLT2 ini, ini akan mengurangkan lagi risiko pesakit buah pinggang dan juga jumlah pertambahan adalah sangat-sangat besar.

Ketika ini penggunaan SGLT2 hanya sekitar 3,000 lebih, tetapi dengan memperkenalkan peruntukan sebanyak RM87.1 juta ini, peningkatan adalah kepada 280 ribu.

Begitu juga, kerajaan sedang meningkatkan peruntukan hampir RM50 juta dibelanjakan untuk meningkatkan penggunaan Peritoneal Dialysis (PD). Walaupun kaedah ini agak tidak sama seperti dialisis, tetapi penggunaannya dapat diperluaskan terutama di kawasan-kawasan yang terpencil yang tidak mempunyai pusat-pusat dialisis.

Walaupun demikian, KKM juga menyeru masyarakat agar bersama-sama dalam kempen- War On Sugar untuk diperluaskan. Saya mohon setiap Ahli Parlimen untuk menyokong dan saya mengucapkan terima kasih kepada Puan Speaker dan juga Parlimen kerana telah menyokong Hari Tanpa Gula pada setiap hari Rabu. Ini adalah merupakan satu inisiatif yang sangat-sangat baik bagi kita menurunkan pengambilan gula dan seterusnya prevention is better than cure. Terima kasih Puan Speaker.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Muar.

draft • 11:50 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih. Saya memuji usaha kerajaan yang menjalankan kempen war, against sugar. Muar turut memuji usaha kerajaan yang berani untuk menaikkan cukai eksais gula melalui Belanjawan 2025. Dianggarkan bahawa penjimatan dalam RM400 juta ini akan dikembalikan kepada Kementerian Kesihatan akan sedikit sebanyak meringankan usaha kerajaan untuk menangani masalah diabetes negara, tetapi Muar turut ingin mencadangkan kerana sambil kerajaan menjimatkan RM400 juta ini melalui kenaikan cukai eksais gula, tetapi pada masa yang sama kerajaan terus mensubsidikan pengeluaran gula yang setiap tahun memakan jumlah RM1 bilion.

Anggarannya RM1 bilion melalui syarikat CSR dan juga...

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan.

draft • 11:50 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

...Allah, lagi satu syarikat , dia ada dua pengeluar. Cadangan Muar adalah, jikalau kita serius ingin adakan perang ke atas gula ini, jangan hanya berani untuk menaikkan cukai eksais gula, tetapi kita turut perlu pertimbangkan secara berkala untuk mengurangkan subsidi pengeluaran gula di Malaysia supaya rakyat tidak terus bergantung kepada gula sebagai makanan ruji mereka. Saya harap ini dapat dipertimbangkan. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat Muar.

Seperti apa yang saya telah sebutkan, data-data menunjukkan terdapat sangat tinggi peningkatan di kalangan rakyat Malaysia yang menghidapi diabetes. Cadangan yang disampaikan oleh Muar boleh kita bincang kepada pihak Kementerian Ekonomi dan juga Kementerian Kewangan, tetapi di peringkat Kementerian Kesihatan, kita akan menyebarluaskan ‘War on Sugar’ dan juga memerlukan support ataupun sokongan daripada semua- parti-parti di dalam Dewan ini.

Juga, walaupun demikian, sekali lagi saya menekankan agar kempen War on Sugar ini haruslah dapat difahami oleh masyarakat dan juga pemberian subsidi terhadap gula ini kita akan pertimbangkan daripada masa ke semasa.

Pada pandangan saya, tidak baik untuk kita memberikan subsidi yang berlebihan dan juga dalam masa yang sama kita memerlukan kos yang sangat tinggi untuk merawatkan penyakit diabetes. Dengan angka yang sebegini sebanyak 33 bilion ini adalah satu angka yang besar. Kita mampu untuk membeli ambulans, kita mampu membina klinik-klinik kesihatan jenis 2 dan 3 dan juga hospital.

Maka, saya harap agar War on Sugar ini akan dapat disokong dan juga berilah kami idea-idea bagaimana untuk kita mempromosikan kempen War on Sugar ini. Sekian, terima kasih Puan Speaker.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Kesavan a/l Subramanian, Sungai Siput.

draft • 11:50 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai siput

Soalan Sungai Siput nombor 9.

draft • 11:50 AM

9. Tuan Kesavan a/l Subramaniam [Sungai Siput] minta Menteri Ekonomi menyatakan, pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) untuk membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, perniagaan makanan dan operator perkhidmatan. Sehingga kini, berapa inisiatif telah dilaksanakan di bawah setiap kategori dan berikan mengikut pecahan kaum?

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Tuan Yang di-Pertua, terdapat tiga inisiatif rintis yang telah dilaksanakan di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) iaitu Inisiatif Usahawan Tani (IPR) INTAN, Inisiatif Usahawan Makanan (IPR) INSAN dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IPR) IKHSAN.

Selain bertujuan untuk meningkatkan pendapatan golongan sasar, ketiga-tiga inisiatif rintis ini dikenal pasti dapat membantu mengatasi isu utama pada masa ini seperti isu keterjaminan makanan, peluang pekerjaan dan kos sara hidup yang tinggi.

Status pelaksanaan ketiga-tiga inisiatif IPR tersebut adalah seperti berikut.

Pertama, IPR INTAN, sejumlah 1,485 peserta telah diluluskan pelaksanaan program di 16 lokasi berkeluasan 1,306 ekar dengan pencapaian outcome yang memberangsangkan. Sebagai contoh, para peserta yang mengusahakan tanaman cili fertigasi dan terung fertigasi di Ulu Kinta, Perak telah berjaya meraih pendapatan bersih bulanan melebihi RM2,000.

Kedua, IPR INSAN. Sehingga 15 Oktober 2024, seramai 161 peserta telah mendapat manfaat daripada pelaksanaan program dengan purata jualan harian antara RM90 hingga RM400. Bahkan, terdapat peserta yang mengoperasikan mesin layan diri IPR INSAN di UiTM Sri Iskandar, Perak telah berjaya meraih hasil jualan bulanan sehingga RM5,000.

Ketiga, IPR IKHSAN. Sejumlah 890 peserta telah diluluskan pelaksanaan program di seluruh negara. Secara keseluruhannya, 2,536 golongan sasar miskin tegar, miskin dan B40 telah diluluskan bagi menyertai tiga inisiatif di bawah IPR ini.

Daripada jumlah tersebut, 79.2 peratus peserta adalah daripada masyarakat Melayu, 16.2 peratus etnik Sabah dan Sarawak, 2.2 peratus kaum India, satu peratus kaum Cina, satu peratus Masyarakat Orang Asli serta 0.4 peratus masyarakat Siam.

Kerajaan bertekad untuk meningkatkan taraf hidup rakyat tanpa mengira kaum dan latar belakang sosioekonomi. Dalam hubungan ini, Kementerian Ekonomi sedang mengambil langkah sewajarnya untuk meningkatkan penyertaan pelbagai kaum ke dalam program IPR. Sekian, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sungai Siput.

draft • 11:50 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai siput

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Ekonomi atas jawapan.

draft • 11:50 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai siput

Saya ingin kemukakan soalan tambahan berkenaan dengan IPR. Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Ekonomi, apakah perancangan- perancangan pihak kerajaan khususnya Kementerian Ekonomi dalam meluaskan lagi inisiatif-inisiatif IPR? Terima kasih, Puan Speaker.

draft • 12:00 PM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Yang di-Pertua, Yang Berhormat, Kementerian Ekonomi sentiasa berusaha untuk memperluaskan pelaksanaan IPR dan meningkatkan penyertaan golongan sasar miskin tegar, miskin dan B40 di seluruh negara. Bagi mempergiatkan usaha meningkatkan penyertaan program IPR, Kementerian Ekonomi telah melaksanakan beberapa inisiatif termasuk melancarkan portal IPR.

Selain itu, Kementerian Ekonomi juga turut membuka kaunter pendaftaran IPR di ibu pejabat kementerian di Putrajaya. Kementerian Ekonomi juga turut mengambil bahagian dalam Siri Jelajah Madani bagi memudahkan cara urusan pendaftaran pemohon IPR serta memberi penerangan lanjut. Selain itu, Kementerian Ekonomi melalui pegawai lapangan yang dilantik di peringkat negeri dan daerah juga sentiasa mengadakan sesi libat urus bagi menyampaikan maklumat terkini berkenaan pelaksanaan IPR sekali gus membantu menarik lebih ramai penglibatan golongan sasar merentasi lokaliti ke dalam inisiatif ini. Sekian, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sabak Bernam.

draft • 12:00 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Terima kasih, Yang di-Pertua.

Apakah rasional penurunan peruntukan bagi program IPR yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2025? Apakah kesan daripada pengintegrasian sepenuhnya data eKasih dengan sistem PADU untuk mencerminkan situasi sebenar di lapangan?

Bilakah proses ini akan dimuktamadkan dengan telus tanpa berlaku sebarang kejadian keciciran untuk pelaksanaan penyasaran subsidi RON95 dalam menyasarkan taburan yang adil? Pertanyaan seterusnya, adakah bidang penternakan juga termasuk dalam IPR? Sekiranya tiada, mohon dimasukkan.

Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Yang di-Pertua, daripada segi pelaksanaan IPR, kita ingin sebanyak yang boleh untuk mengatasi semua masalah miskin, miskin tegar dan golongan B40. Kami mempunyai banyak daripada segi permohonan, tetapi daripada segi untuk mengemaskan kini, kami terdapat juga beberapa cabaran.

Antaranya adalah mereka yang bertukar fikiran. Mereka tidak berminat bila mereka memahami bahawa pembantuan adalah daripada segi pelaksanaan pekerjaan, bukan daripada segi kewangan. Ada juga daripada segi melaksanakan untuk mempersiapkan daripada segi kerja-kerja usaha seperti mendapatkan tapak bersesuaian daripada segi penempatan vending machine untuk IPR-INSAN dan bagi mendapatkan tanah bersesuaian sekurang-kurangnya 10 ekar bagi pelaksanaan IPR-INTAN, tetapi ada juga terdapat permohonan yang memohon lebih daripada

draft • 12:00 PM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

satu program yang ditawarkan menyebabkan jumlah permohonan menjadi tinggi.

Jadi ini mengambilkan waktu untuk menyesuaikan daripada segi kelayakan mereka dan insya-Allah dengan kerjasama antara Kementerian Ekonomi dengan kerajaan negeri, kita dapat menyelesaikan sebanyak yang boleh. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya, kenapa peruntukan itu diturunkan.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Sabak Bernam...

draft • 12:00 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Ya.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang belum dijawab, boleh minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk jawab secara bertulis.

draft • 12:00 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Ya, mohon jawapan bertulis.

draft • 12:00 PM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Insya-Allah, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib, Maran.

draft • 12:00 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua. Saya juga nak ambil kesempatan Tuan Yang di-Pertua mengucapkan selamat datang kepada Guru-guru Besar di Batu Pahat kerana ada saudara-saudara saya yang belajar di sana. Terima kasih kepada mereka...

[Tepuk] Menghilir Sungai Pahang berakit buluh; Soalan Maran nombor sepuluh.

draft • 12:00 PM

10. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, apakah status siasatan laporan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) terhadap Menteri Sumber Manusia berhubung pembayaran bantuan perayaan bagi pekerja-pekerja bank susulan rundingan bersama pihak Persatuan Bank-bank Perdagangan Tanah Melayu.

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Maran.

Pada 5 Februari 2024, Persatuan Bank-bank Perdagangan Tanah Melayu

(MCBA) telah memfailkan kes pertikaian perusahaan di bawah seksyen 18 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177] terhadap Kesatuan Kebangsaan Pekerja- pekerja Bank (NUBE) berhubung isu bantuan perayaan kepada pekerja-pekerja bank yang diliputi di bawah skop keanggotaan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE).

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia telah mengadakan sebanyak tiga mesyuarat rundingan damai iaitu pada 19 Februari 2024, 21 Mac 2024 dan 27 Mac 2024 untuk membincangkan perkara ini bagi mencari penyelesaian.

Memandangkan tiada penyelesaian dapat dicapai di antara MCBA dengan NUBE, maka kes ini telah dirujuk oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia ke Mahkamah Perusahaan pada 16 April 2024.

Manakala di Mahkamah Perusahaan, sebanyak lima kali sebutan kes telah dijalankan di hadapan Yang Arif Pengerusi dan kedua-dua pihak telah lengkap memfailkan dokumen-dokumen yang diarahkan oleh mahkamah. Perbicaraan bagi kes ini telah ditetapkan pada 2 dan 3 Oktober 2024 dan sambung bicara pada 9 Oktober dan 4 November 2024 iaitu pada hari ini, 4 November. Terima kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Maran.

draft • 12:00 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya daripada Lipis, Timbalan Menteri.

Tahun depan gaji minima bertambah RM1,700. Masalah mungkin akan semakin bertambah. Saya hendak tanya Timbalan Menteri, apakah kerajaan telah mengenal pasti usaha untuk mengatasi masalah penindasan terhadap kesatuan sekerja terutama melibatkan pekerja-pekerja rentan yang rendah ini seperti berlaku kepada pekerja pembersihan dan keselamatan di sekolah dan di hospital yang dikatakan ditekan oleh majikan? Ini kerana majikan juga tertekan kerana mereka dikatakan lambat menerima bayaran atas tanggungjawab yang mereka ambil pekerja-pekerja keselamatan tadi. Terima kasih banyak.

draft • 12:00 PM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Maran.

Pandangan saya, sebenarnya ia telah keluar daripada tajuk soalan asal yang ditanyakan oleh Yang Berhormat, tetapi walau bagaimanapun, soalan Yang Berhormat ini sering ditanya oleh rakan-rakan di luar khususnya beberapa perkara yang berkaitan yang ditanyakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi.

Perkara ini sebenarnya saya sangat faham, tetapi walau bagaimanapun, perbincangan-perbincangan daripada segi gaji minimum dan sebagainya yang masih dalam tindakan-tindakan kami yang sudah pasti akan berlaku dalam Dewan yang mulia ini yang akan datang ini. Terima kasih Yang Berhormat, tetapi persoalannya memang keluar daripada tajuk soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat. Terima kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua.

draft • 12:00 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya bukan tanya gaji minimum, tetapi itu intro saya sahaja.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Maran.

draft • 12:00 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Soalan saya tekanan tadi. Terima kasih, Yang Berhormat.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Puan Yeo Bee Yin, Puchong.

draft • 12:00 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Terima kasih, Puan Speaker. Soalan saya soalan 11.

draft • 12:00 PM

11. Puan Yeo Bee Yin [Puchong] minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) punca empat buah Dewan Bedah di bangunan baharu Pusat Jantung di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang gagal berfungsi; dan

(b) nyatakan status terkini empat buah Dewan Bedah ini.

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Puchong atas soalan ini. Saya akan menjawab dengan mengenal pasti punca Dewan Bedah di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang ini gagal berfungsi dan status terkini keempat-empat Dewan Bedah tersebut.

Projek pembinaan Pusat Jantung di HSIS telah diperakukan siap pada 24 September 2022 dengan tempoh kecacatan DLP selama dua tahun yang berakhir pada 24 September 2024. Jabatan Kerja Raya Malaysia merupakan agensi pelaksana yang bertanggungjawab terhadap pengurusan pembinaan dan kontrak untuk projek ini. Kementerian Kesihatan mengakui bahawa berlakunya masalah gangguan bekalan elektrik pada bulan Julai yang lalu di beberapa buah lokasi termasuk di Dewan Bedah hingga menjejaskan perkhidmatan di empat Dewan Bedah Pusat Jantung HSIS. Jabatan Kerja Raya dan kontraktor projek telah dimaklumkan dan tindakan segera telah dilakukan bagi tujuan mengenal pasti dan menyelesaikan punca masalah.

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Kerosakan ini dilihat berpunca daripada sistem pendawaian, sistem elektrik serta sistem penghawa dingin. Sehubungan itu, kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan segera termasuk menaiktarafkan sistem pendawaian utama, sistem bekalan elektrik sokongan, backup system dan sistem penghawa dingin telah

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

dilakukan. Kerja-kerja ini telah pun selesai sepenuhnya pada 15 Ogos 2024 dan Dewan Bedah yang terlibat kini telah beroperasi sepenuhnya. JKR dan syarikat penyelenggara perkhidmatan sokongan hospital dari semasa ke semasa memantau perkara ini bagi mengelak masalah tersebut daripada berulang. Sekian, terima kasih.

draft • 12:10 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Puan Speaker, soalan tambahan.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih, Yang Berhormat.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 12:10 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai semua giliran Ahli yang membahaskan Belanjawan 2025 peringkat dasar seperti senarai pembahas yang akan diumumkan, dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi hari Selasa, 5 November 2024.”

draft • 12:01 PM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Puan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 12:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

draft • 12:01 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2025 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2025

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lapan puluh lapan bilion ringgit (RM88,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2025, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2025, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 16 Tahun 2024, adalah diuntukkan di bawah Maksud- maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [29 Oktober 2024]

draft • 12:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Senarai pembahas adalah seperti berikut: YB Batu Gajah; YB Alor Setar; YB Tapah; YB Pendang; YB Segamat; YB Bandar Kuching; YB Jeli; YB Julau; YB Kuala Pilah; YB Parit Buntar; YB Keningau;YB Padang Terap; YB Sipitang; YB Kubang Pasu; YB Bukit Bendera; YB Masjid Tanah; YB Miri dan YB Kuala Nerus.

Saya jemput Yang Berhormat Batu Gajah.

draft • 12:01 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya, wakil dari Batu Gajah, untuk turut serta dalam membahaskan Belanjawan 2025. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani.

draft • 12:12 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik belanjawan ini yang disusun dengan penuh berhati-hati bagaikan menarik rambut di dalam tepung agar kebajikan rakyat terpelihara tanpa mengabaikan pembangunan negara. Saya melihat dengan jelas potensi Belanjawan 2025 untuk membawa pulih ekonomi negara ke tahap yang lebih cemerlang berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.

Justeru, sekalung penghargaan dan syabas diucapkan kepada Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet serta seluruh tenaga kerja daripada kalangan penjawat awam yang telah mencurahkan keringat dan idea untuk merangka belanjawan yang begitu komprehensif ini.

Namun, harus kita akui bahawa segala masalah ekonomi tidak mungkin dapat diselesaikan dalam sekelip mata, ibarat menarik kuku dari daging. Dengan kekangan kewangan dan sumber-sumber yang terhad, kerajaan terpaksa menimbang sebaik-baiknya setiap keputusan yang dibuat. Inilah cabaran sebenar ekonomi yang mana permintaan manusia itu tidak berpenghujung, manakala sumber-sumber pula terbatas untuk memenuhinya.

Dalam hal ini, kita boleh mengambil inspirasi daripada pandangan tokoh ekonomi terkenal Adam Smith yang menyatakan bahawa ekonomi ialah kajian tentang bagaimana masyarakat mengurus sumber yang terhad bagi memenuhi keperluan yang tidak terbatas. Prinsip ini mengingatkan kita bahawa peranan utama kerajaan adalah mengatur strategi yang bijaksana dan saksama untuk memanfaatkan setiap sumber dengan sebaik yang mungkin demi kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya.

Belanjawan 2025, pada hemat saya, adalah langkah proaktif ke arah mencapai matlamat tersebut di mana kepentingan rakyat menjadi keutamaan dalam setiap peruntukan yang dirancang. Saya berharap belanjawan ini dapat membawa negara kita menuju kemakmuran yang mampan, ibarat menarik keris keluar dari sarung perlahan-lahan, tetapi pasti menuju sasaran yang ditetapkan.

Tuan Yang di-Pertua, isu pertama yang hendak saya bincangkan adalah mengenai peningkatan gaji minimum. Peningkatan gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 dalam Belanjawan 2025 oleh kerajaan adalah satu langkah bijaksana dan amat tepat pada masanya. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Begitulah kiasan yang sesuai untuk menggambarkan manfaat besar yang bakal diperoleh oleh pekerja yang sekian lama berada dalam kelompok pendapatan rendah. Peningkatan ini bukan sahaja memberi harapan kepada mereka, tetapi turut memperkukuhkan kesejahteraan hidup seluruh rakyat Malaysia.

draft • 12:12 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Dengan kenaikan gaji minimum ini, kita dapat membantu pekerja menampung kos sara hidup yang semakin tinggi. Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah. Sebagai rakyat yang hidup di tanah Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk memastikan keperluan asas rakyat sentiasa terjamin.

Kenaikan gaji minimum ini bukan sahaja membolehkan pekerja memperoleh pendapatan yang lebih bermakna, tetapi juga meningkatkan keupayaan mereka untuk berbelanja ke atas keperluan harian seperti makanan, tempat tinggal dan pendidikan. Ini akan membantu menyumbangkan kepada kualiti hidup yang lebih baik dan memberikan sedikit ruang kepada mereka untuk merancang masa depan keluarga.

Bagai aur dengan tebing, majikan dan pekerja perlu bersatu dan saling menyokong. Apabila pekerja memperoleh gaji yang mencukupi, mereka akan lebih bersemangat dan bermotivasi untuk melaksanakan tugas dengan lebih baik.

Peningkatan produktiviti ini akan memberi manfaat jangka panjang kepada syarikat sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Jika ekonomi domestik berkembang, keseluruhan masyarakat juga dapat merasai limpahan manfaatnya daripada segi peluang pekerjaan yang lebih baik dan ekonomi yang lebih stabil.

Sementara itu, dengan kuasa beli yang meningkat, sektor perniagaan juga akan berkembang. Apabila rakyat ada wang, perniagaan juga dapat berkembang.

Aktiviti ekonomi yang rancak ini mampu memberikan kesan berantai yang positif kepada negara. Perniagaan berkembang, peluang pekerjaan bertambah dan kerajaan turut menerima hasil cukai yang lebih tinggi.

Bunga ditanam mekar bersemi, Harumnya menyentuh hidung dan hati; Kenaikan gaji memberi erti, Meningkat taraf hidup rakyat sejati. Dengan ini, kita berharap kenaikan gaji minimum ini akan menjadi langkah awal ke arah pembinaan negara yang lebih makmur dan harmoni.

Namun begitu, kita perlu memastikan pelan jangka panjang yang lebih progresif agar kenaikan ini bukan sekadar meningkatkan daripada segi angka, tetapi juga menjadi pemangkin untuk merangsang produktiviti dan peningkatan kemahiran dalam kalangan pekerja kita. Di Singapura, sebagai contoh, Progressive Wage Model telah menunjukkan kejayaan luar biasa apabila pendapatan pekerja meningkat sebanyak 45 peratus dalam tempoh enam tahun dengan lonjakan

draft • 12:12 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

produktiviti sebanyak 30 peratus. Oleh itu, saya ingin bertanya, apakah kerangka pelaksanaan yang dirancang untuk memastikan sistem gaji progresif dapat dijalankan dengan lancar dan mencapai sasaran dalam tempoh lima tahun akan datang?

Tuan Yang di-Pertua, dalam dunia yang semakin dikuasai teknologi dan inovasi, sektor kejuruteraan ibarat tulang belakang kepada kemajuan negara. Untuk melangkah ke hadapan dan kekal berdaya saing, kita mesti berani menyemai bakat dan kemahiran kejuruteraan yang diperlukan oleh industri moden.

Berdasarkan data semasa, kita kekurangan tenaga kerja mahir di pelbagai cabang kejuruteraan. Setiap tahun, kita memerlukan 15,000 graduan dalam kejuruteraan perisian, 12,000 dalam kejuruteraan elektrik dan elektronik dan 8,000 dalam kejuruteraan automasi.

draft • 12:12 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Persoalannya, apakah komitmen kerajaan dalam Belanjawan 2025 untuk mencapai atau menangani masalah kekurangan ini? Apakah peruntukan khas seperti RM2.5 bilion akan disalurkan bagi meningkatkan Program Latihan Kemahiran Kejuruteraan dan RM800 juta lagi untuk pemodenan peralatan di institusi latihan bagi memastikan kemudahan yang serba canggih. Pelaburan ini bukan sahaja akan memperkukuhkan daya saing graduan kita, malah memberi mereka kelebihan dalam pasaran kerja yang semakin mencabar.

Selain itu, dalam usaha melahirkan sekurang-kurangnya 50 juta Jurutera dalam tempoh tiga tahun akan datang, bagaimanakah kerajaan merancang untuk memastikan setiap seorang dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan yang relevan? Apakah strategi menyeluruh yang akan diambil untuk memperkukuhkan bidang latihan teknikal serta memperluaskan peluang latihan industri agar graduan kita bukan sahaja siap sedia, tetapi juga unggul di mata dunia?

Inisiatif yang jelas dan peruntukan yang mencukupi adalah ibarat baja yang menyuburkan bakat-bakat muda dalam bidang kejuruteraan ini. Diharapkan Belanjawan 2025 akan membuka jalan yang lebih luas mempersiapkan anak bangsa sebagai nadi pembangunan negara yang berteraskan teknologi dan inovasi.

Tuan Yang di-Pertua, dalam kerangka Belanjawan Madani 2025, kerajaan telah memperuntukkan RM400 juta untuk Kempen Melawat Malaysia 2026 dan RM60 juta bagi Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia. Dalam konteks sektor pelancongan negara, beberapa pertanyaan strategik perlu kita renungkan untuk memastikan peruntukan ini dimanfaatkan dengan berkesan.

draft • 12:20 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Pertama, apakah langkah-langkah inovatif yang dirancang oleh kerajaan untuk memberikan pelancong pengalaman yang unik dan berkualiti berbanding negara jiran seperti Thailand yang dijangkakan menerima 40 juta pelancong pada tahun 2023 dan Singapura yang menyasarkan 14 juta pelancong. Kejayaan mereka terletak kepada kepelbagaian budaya dan infrastruktur yang moden. Apakah strategi Malaysia yang dapat bersaing dengan tawaran mereka?

Kedua, bagaimana kerajaan merancang untuk melibatkan penggiat pelancong dan pakar industri dalam merangka dan melaksanakan strategi ini.

Adakah terdapat mekanisme yang memastikan suara mereka didengar dalam kempen pelancongan ini?

Seterusnya, kita perlu menilai sistem pemantauan yang akan diterapkan untuk menilai keberkesanan setiap ringgit yang dibelanjakan. Apakah langkah- langkah yang telah diambil untuk mengelakkan pembaziran melalui proses birokrasi yang boleh merugikan matlamat yang ditetapkan.

Daripada segi daya saing, bagaimana kita dapat meningkatkan posisi Malaysia dalam industri pelancongan global, terutamanya apabila negara jiran telah mencapai angka kedatangan pelancongan yang tinggi?

Apakah strategi khusus yang akan dilaksanakan untuk menarik lebih banyak pelancong ke Malaysia?

Mengenai anggaran pendapatan negara sebanyak RM100 bilion melalui Tahun Melawat Malaysia 2025, apakah langkah-langkah konkrit yang telah direncanakan untuk memastikan pencapaian sasaran itu?

Akhir sekali, bagaimanakah kerajaan akan meningkatkan pengalaman pelancong dalam aspek hospitaliti dan perkhidmatan dengan menawarkan pengalaman yang memuaskan- Malaysia berpotensi dikenali sebagai destinasi pelancongan yang bukan sahaja menarik, tetapi juga memuaskan bagi pengunjung?

Dengan pertanyaan-pertanyaan ini, saya berharap perbincangan ini dapat menggerakkan kita ke arah pendekatan lebih strategik dan berkesan dalam mencapai matlamat pelancongan Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, dalam menghadapi isu pendidikan pasca pandemik, kita tidak boleh menutup mata terhadap cabaran yang dihadapi oleh pelajar kita, khususnya berkenaan dengan isu keciciran. Pandemik COVID-19 bukan sahaja mengganggu proses pembelajaran, malah meninggalkan impak mendalam terhadap pencapaian pelajar.

Statistik menunjukkan pada tahun 2022, sebanyak 46,000 pelajar gagal dalam peperiksaan SPM, sementara kadar keciciran meningkat sebanyak 15 peratus

draft • 12:20 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

berbanding tahun sebelumnya. Lebih merisaukan, data menunjukkan bahawa 65 peratus daripada pelajar yang tercicir berasal dari kawasan luar bandar dan 75 peratus adalah daripada keluarga B40 yang terkesan oleh pelbagai kekangan sosioekonomi. Realitinya, pelajar-pelajar ini terperangkap dalam kitaran kesusahan yang terus-menerus- mengekang peluang mereka untuk mencapai potensi yang sebenar. Oleh itu, langkah-langkah konkrit dan berfokus perlu diambil untuk membantu anak-anak ini kembali ke landasan pendidikan yang sebenar.

Maka, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah strategi khusus yang akan dilaksanakan untuk mengekang dan mengatasi isu keciciran ini?

Adakah kementerian bercadang untuk menyediakan peruntukan khas dalam Belanjawan 2025 yang bertujuan memperkukuhkan usaha-usaha pemulihan akademik? Sebagai contoh, peruntukan RM500 juta untuk program pemulihan akademik yang komprehensif serta RM300 juta untuk bantuan tuisyen kepada pelajar yang memerlukan, khususnya di luar bandar.

Dengan peruntukan yang tepat, kita bukan sahaja dapat merapatkan jurang pencapaian antara pelajar bandar dan luar bandar, malah berpotensi untuk mencapai sasaran pengurangan keciciran pelajar sebanyak 30 peratus dalam tempoh dua tahun akan datang. Apakah kementerian bersedia untuk meletakkan komitmen terhadap inisiatif seperti ini demi masa depan anak-anak kita?

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh tentang isu kos sara hidup yang kian menghimpit, bak bara dalam sekam, yang membara diam-diam, tetapi cukup untuk menekan hidup rakyat jelata, terutama golongan berpendapatan rendah. Harga barangan keperluan asas melonjak bagai air pasang yang tidak surutnya, menyebabkan ramai yang terasa perit di poket. Persoalannya, apakah ikhtiar kerajaan untuk mengurangkan beban ini? Apakah langkah pro aktif yang telah diambil agar rakyat tidak terpaksa ikat perut atau sekadar hidup cukup-cukup makan...

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 12:20 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Bagi saya landing.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 12:20 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Melalui Belanjawan 2025, rakyat ingin melihat komitmen yang jelas, adakah kerajaan telah memperuntukkan dana yang cukup untuk subsidi barangan keperluan asas dan juga bantuan langsung kepada golongan B40 dan M40 yang kini semakin terhimpit. Sudah tiba masanya kita melalui subsidi bersasar yang lebih terarah dan terkesan. Dengan pengurusan yang berhemah, saya percaya kita

draft • 12:20 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

mampu mengurangkan jurang kesenjangan ini dan memastikan setiap lapisan masyarakat dapat hidup dengan lebih bermaruah.

Saya ada satu lagi isu. Oleh kerana saya tidak mempunyai masa yang cukup, maka saya akan mengakhiri perbahasan saya.

Akhir sekali, dalam menempuh badai ekonomi global yang kian mencabar, kita harus pandai menyelam sambil minum air, mengambil iktibar daripada pengalaman dan amalan terbaik negara jiran. Namun, janganlah pula kita meniru secara bulat-bulat. Langkah-langkah yang diambil mesti disesuaikan dengan acuan kita sendiri agar tidak tersalah langkah di bumi sendiri. Harapan saya, belanjawan ini menjadi tiang seri yang kukuh untuk negara melangkah ke arah kemakmuran dan mampan dan lestari. Dengan lafaz penuh ikhlas, saya menyokong sepenuh hati Belanjawan 2025. Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun...

Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Belanjawan negara dibawa berbalah, Demi kemakmuran, kita bersama. Salam Deepavali kepada seluruh rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Saya jemput Yang Berhormat Alor Setar.

draft • 12:20 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Puan Yang di- Pertua, Kula- Ipoh Barat.

Puan Yang di-Pertua, saya ingin maklumkan kepada Dewan bahawa saya ingin memaklumkan kehadiran The Honorable Mr. M. Appavu, Speaker of the Tamil Nadhu Legislative Assembly, India dalam Dewan ini...

[Tepuk] Sebelum itu, beliau telah berjumpa dengan Tan Sri Speaker dan mengenalkan perkara-perkara yang berkenaan dengan State Assembly dan Parliament matters. Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Puan Yang di-Pertua, saya mengambil masa untuk turut memberikan pandangan dalam perbahasan bajet kali ini dalam menyentuh empat perkara:

(i) pandangan anak muda terhadap politik pada hari ini;

draft • 12:29 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

(ii) pandangan mengenai Bajet 2025 yang telah dibentangkan;

(iii) sedikit isu berkaitan dengan pekerja ekonomi gig; dan

(iv) isu-isu yang berkaitan di Alor Setar.

Saya pergi kepada point yang pertama Puan Yang di-Pertua. Mengenai pandangan belia terhadap politik. Dunia hari ini kita telah pun mengetahui, belia sudah semakin menerima politik, menguasai politik, mengambil tahu politik, tetapi penerimaan belia terhadap politik ini Puan Yang di-Pertua, berbeza-beza.

draft • 12:29 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Ada yang cenderung untuk menjauhkan diri daripada politik kepartian kerana mereka melihat ahli-ahli politik seperti kita semua ini baik di pihak sebelah sana ataupun pihak sebelah sini yang kadangkala mempamerkan sikap dan tingkah laku yang pada pandangan mereka tidak membantu mereka sebagai rakyat dan tidak membina dan membangunkan negara.

Untuk memperjelaskan situasi ini Puan Yang di-Pertua, saya rasa wajar untuk kita ahli-ahli politik di peringkat Dewan Rakyat yang tertinggi, yang mulia ini untuk kita mengambil tahu ataupun mengembalikan semula pemikiran kita terhadap- apakah definisi politik yang sebenar.

Saya merujuk kepada empat orang sarjana yang mendefinisikan politik - Mohd Syakir Mohd Rosdi, Khalid Ali Muhammad Al-Anbariy, Rustam Aji dan juga Dr.

Yusuf Al-Qaradawi. Mereka mendefinisikan politik ini kepada enam perkara yang penting, Puan Yang di-Pertua.

Pertama, politik ini mestilah melakukan sesuatu untuk kebaikan. Apa sahaja yang ahli politik buat untuk kebaikan, itu dianggap politik. Tidak kira sama ada dalam Dewan Rakyat ataupun di luar ataupun di mana-mana sahaja selagi mana dia terlibat di dalam bidang politik. Politik juga berkait dengan cara memimpin, gaya kepimpinan, cara menyusun, mengurus, mentadbir. Politik juga berkait dalam soal memenuhi hak rakyat, tanggungjawab sebagai kerajaan. Politik juga berkait dengan dakwah dan politik juga berkait dengan seluruh, segenap sudut kehidupan manusia termasuklah sembahyang itu sendiri.

Maka, apabila kita dapat memahami politik dalam definisi yang sebenar Puan Yang di-Pertua, kita seharusnya mempamerkan sikap yang matang, politik yang sejahtera dan saya rasa Malaysia negara kita ini kena beralih kepada politik yang baharu. Baharulah kita dapat membangunkan negara dan anak muda akan lebih tertarik kepada politik, mengambil tahu kepimpinan negara dan menyumbang kepada pembangunan, menyelamatkan negara, menjaga bangsa, memelihara

draft • 12:30 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

agama dan semua fungsi yang diperlukan sebagai seseorang ahli politik dalam sesebuah kuasa politik.

Puan Yang di-Pertua, kerajaan juga perlu faham apa fungsi sebagai sebuah kerajaan. Menyusun, mentadbir, melaksanakan dasar, mengagihkan hasil-hasil negara, kekayaan negara secara adil. Adil bukanlah bermaksud semua dapat sama, tetapi diberi kepada yang perlu berdasarkan ukuran kemampuan dia. Apakah fungsi Pembangkang? Sebagai pengimbang, semak dan imbang. Maksudnya yang betul, disokong. Yang tidak betul, dibangkang. Kerajaan dan Pembangkang, kedua-dua belah pihak ini perlu sama-sama membina negara. Kerajaan tidak boleh hanya melihat apa yang Pembangkang buat.

Saya tengok beberapa orang sahabat berbahas sebelum ini, bertanya, “Kenapa pembangkang tak buat itu, kenapa pembangkang tak buat macam ini?” Saya rasa apa yang perlu kerajaan buat ialah melihat diri mereka. Sejauh mana mereka boleh menunaikan amanah yang diberikan oleh rakyat. Pembangkang juga begitu. Tidak boleh hanya membangkang apa sahaja yang dipaparkan oleh kerajaan ataupun daripada pihak yang lain.

Dalam soal kita menyatakan kebenaran, sesiapa sahaja yang menyatakan kebenaran walaupun dia datang daripada pihak lain, mestilah kita sokong.

Umpamanya yang berlaku dalam Dewan pagi tadi dalam isu Palestin. Kita menyokong. Dalam isu perbahasan pindaan Perlembagaan berkaitan warganegara, kita menyokong. Itulah saya kira contoh-contoh yang telah kita pamerkan dan perlu kita terus pamerkan untuk membina kualiti demokrasi dan kualiti politik yang lebih maju dan membawa satu budaya politik baru kepada negara dan ini akan menarik minat anak-anak muda untuk terus terlibat dalam politik secara lebih serius.

Sebab itulah saya dan beberapa Ahli Parlimen Pembangkang yang lain, kami tidak selesa dan tidak bersetuju dengan satu daripada syarat MoU yang dibuat itu supaya Pembangkang ini tidak boleh membangkang kerajaan. Atas prinsip itu saya rasa ianya tidak menepati definisi politik dan definisi demokrasi yang sebenar. Kami tidak takut untuk isytihar harta. Saya pun tidak ada apa yang hendak diisytiharkan.

Jadi itu bukan isu utama. Isu utama ialah dia mesti mengembalikan fungsi sebenar kerajaan dan pembangkang. Membangun, membina negara, semak imbang.

Perkara itu perlu dilihat dalam apa jua keputusan dan tindakan secara bersama.

Maka sebab itu Puan Yang di-Pertua, anak muda hari ini perlukan dan mahukan politik yang lebih segar, yang lebih matang, yang lebih sejahtera. Matang merujuk kepada cara membuat keputusan. Melibatkan beberapa pihak, melibatkan pihak yang pakar, melantik orang-orang yang pakar mengetuai satu-satu syarikat

draft • 12:30 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

GLC, jawatankuasa. Jangan lantik kroni, jangan lantik orang yang ikut dan, lantik kroni yang tidak ada kebolehan, lantik kawan-kawan yang tidak ada kebolehan. Ini akan menyebabkan sesuatu syarikat ataupun GLC itu rosak.

Kita tengok apa yang berlaku dalam NAFAS misalnya. Berlaku kepincangan yang kita - semua tak setuju. Saya yakin pihak kerajaan juga tak bersetuju. Kami di pihak Pembangkang juga tidak bersetuju perkara-perkara ini berlaku.

Sejahtera pula merujuk kepada hasil, kesan sesuatu keputusan itu dibuat.

Memberi kesejahteraan kepada semua pihak. Sama ada di pihak sebelah sana atau pihak sebelah sini ataupun mana-mana pihak tanpa melihat warna bendera politik, bangsa ataupun agama mereka.

Poin yang kedua Puan Yang di-Pertua, ialah pandangan saya tentang bajet.

Seperti yang telah saya sebutkan sebelum ini dan disebutkan oleh rakan-rakan yang lain sebelah sini ataupun sebelah sana, susunan keutamaan perbelanjaan negara ini mesti dirujuk kepada tiga perkara yang penting. Pertama, saya menggunakan negara pertimbangan yang disebutkan dalam Islam, yang disebut sebagai al-daruriyy.

Daruriyy ini maksudnya perkara yang mesti ada, benda asas. Tanpa perkara tersebut, manusia tak boleh hidup. Contohnya benda yang bersifat makanan, tempat tinggal, kesihatan, keselamatan, ilmu.

Perkara yang kedua, setelah dipenuhi al-daruriyy itu tadi barulah dipenuhi perkara yang bersifat hajiyyat ataupun perkara yang boleh melengkapkan hidup manusia. Tak ada boleh hidup tetapi kalau ada, lebih lengkap, lebih sempurna dan yang ketiga, barulah dilihat kepada aspek-aspek aksesori, hiasan ataupun apa yang dipanggil sebagai tahsiniyat, benda yang mempercantik, memperelok.

Selain daripada kerajaan mengemukakan bajet dengan melihat kepada berapa banyak kantung negara yang hendak diisi, kerajaan juga perlu melihat kepada kantung rakyat, poket rakyat, keperluan rakyat yang perlu diisi. Apakah lagi yang masih tak cukup? Kenapakah tidak cukup? Cara melihatnya ialah dengan melihat kepada keutamaan al-daruriyy itu tadi. Makanan, tempat tinggal, keselamatan, kesihatan, keilmuan.

Selain daripada kerajaan mengemukakan pelan, perancangan, rakyat juga mesti dilihat. Maknanya, pendekatan itu berlaku dua-dua hala Tuan Yang di-Pertua.

Top-down dengan izin, dan juga bottom-up approach. Dua pendekatan pembangunan ini mesti dilaksanakan. Barulah sesuatu pelan pembangunan contohnya bajet ini akan bersifat holistik. Maka atas asas itu Puan Yang di-Pertua, saya menegaskan ilmu ini, pendidikan ini dia bukan perniagaan. Kita tidak boleh menjadikan pendidikan ini satu bidang yang boleh mengaut untung.

draft • 12:30 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Ini telah berlaku dalam sektor kesihatan. Orang yang ada duit, dia boleh dapat makanan yang sihat, ubat yang sihat, layanan yang baik, tapi orang yang tidak ada duit, kumpulan-kumpulan yang miskin, orang-orang yang susah, orang kampung, dia terpaksa pergi ke hospital-hospital kerajaan yang tidak ada kemampuan. Doktornya buat sehabis baik, tetapi sebab pesakit terlalu ramai, fasiliti tak cukup. Maka akan wujud kasta. Ini tak boleh. Sepatutnya hal kesihatan rakyat ini, dia mesti dilayan sama. Dia tidak ada yang kaya dilayan baik, yang tidak kaya dilayan tidak baik.

Saya kurang bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk menarik semula subsidi kepada golongan yang disebut kaya ataupun maha kaya. Saya tidak bersetuju istilah “maha kaya” itu, saya sebut golongan kaya. Subsidi pendidikan.

Mereka juga berhak mendapat ilmu dan mendapat suasana pembelajaran yang selesa tanpa melihat siapa ibu bapa, berapa kadar kemampuan kewangan ibu bapa.

Puan Yang di-Pertua, saya ambil contoh kalau orang naik kapal terbang.

Kalau kita bayar lebih, kita boleh dapat Business Class ataupun First Class. Layanan yang berbeza, kerusinya selesa. Economy Class, harganya biasa, layanannya begitu, yang telah kita faham.

Apakah nanti kalau kita tarik semula subsidi pendidikan tinggi daripada golongan yang kaya ini, adakah nanti akan wujud di sekolah, di pusat pengajian, perbezaan kelas yang begitu? Mungkin waris-waris yang membayar mahal akan mempertikai kenapa anak dia begini? Tak selesa. Kenapa orang yang bayar yuran murah pula akan mempertikai. Nanti dalam kalangan pelajar pula akan ada jurang.

“Oh, hang tak apalah, hang anak orang kaya. Aku anak orang miskin. Hang tak apa, bapak hang bayar yuran mahal. Aku tak boleh bayar yuran”. Perkara-perkara ini kita tak mahu lihat berlaku di sekolah-sekolah, di IPT, di pusat pengajian.

Sebab itu saya cadangkan daripada ditarik semua subsidi kepada golongan kaya ini, lebih baik kerajaan menyediakan kemudahan yang lebih kondusif untuk golongan kaya ini menyumbang semula kepada pendidikan negara melalui sistem wakaf pendidikan. Sahabat saya, Jelutong yang baru masuk tak sat ini pun ada sebut tentang wakaf pendidikan Hindu. Saya setuju walaupun saya jarang setuju dengan dia. Jadi, jangan bangun tanya. Maka wakaf pendidikan ini Puan Yang di-Pertua, dia membuka ruang untuk semua orang menyumbang dan bila nak menyumbang, sudah tentulah dia akan memerlukan kepada harta. Kalau orang itu asyik ditarik subsidi, tarik subsidi, lama-lama yang kaya pun jatuh miskin, Puan Yang di-Pertua.

draft • 12:30 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Ini yang saya rasa tidak seimbang. Saya ambil contoh wakaf ladang kelapa di Indonesia. Kerajaan Indonesia buat ladang kelapa. Estet-estet kelapa itu

draft • 12:40 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

diusahakan oleh GLC ataupun ahli-ahli korporat. Sebahagian dari ladang itu diwakafkan kepada mana-mana pusat pengajian untuk membiayai operasi pusat pengajian. Tidak kiralah pusat pengajian itu orang Islam kah, orang Melayu kah, orang Cina kah, orang India kah, digunakan infak itu untuk mereka- semua.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang ketiga, mengenai kebajikan pekerja ekonomi gig. Saya dapat aduan daripada kawan-kawan yang bekerja dalam ekonomi gig ini kadar komisen yang diambil oleh pengendali ekonomi gig ini terlalu tinggi, 20 ke-30 peratus. Dipotong daripada kadar tambang tanpa mengambil kira jalan itu sesak, berlaku sesuatu luar jangka, jalan itu rosak, cuaca hujan, dia tidak ambil kira. Jadi, kalaulah begitu berlakunya, Kuala Lumpur ini misalnya Tuan Yang di-Pertua, jalan selalu jammed. Kos ataupun income dia dapat itu sama, tapi kadang-kadang dia kena belanja lebih sebab jalan jammed. Minyaknya lebih, penyelenggaraan kenderaannya lebih.

Maka, tapi syarikat pengendali ekonomi ini, syarikat gig ekonomi ini dia dapat benda yang sama. Ini saya rasa tidak adil, perlu dilihat semula. Pengendali platform gig ekonomi ini juga kerap mengubah polisi tanpa berbincang dengan pekerja- pekerja yang terlibat. Misalnya, menurunkan harga tambang sebab hendak bersaing dengan syarikat lain menyebabkan kadar keuntungan kepada pekerja gig ekonomi semakin mengecil.

Saya cadangkan supaya kerajaan sediakan platform khas. Kalau sektor pekerjaan lain ada kesatuan pekerja masing-masing, ada union masing-masing, tapi saya rasa di kalangan pekerja gig ekonomi ini belum ada union ataupun kesatuan kerja yang wujud untuk memperjuangkan nasib dan hak-hak mereka terutama dalam hal kebajikan.

Poin akhir Puan Yang di-Pertua adalah berkenaan dengan isu-isu di Alor Setar. Yang pertama, projek rancangan tebatan banjir. Saya rasa semua Malaysia telah pun tahu Alor Setar telah...

[Tidak jelas] ...Banjir. Saya sekali lagi ucap terima kasih kepada kerajaan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri turun ke Alor Setar dan juga ke tempat-tempat lain yang banjir.

Namun isunya Puan Yang di-Pertua, punca banjir ini kerana rancangan tebatan banjir itu yang belum siap dibina. Saya difahamkan baru 59 peratus kadar kesiapan dibina RTB di Sungai Anak Bukit, Sungai Kedah itu Puan Yang di-Pertua.

Sepatutnya siap bulan sembilan yang lepas tapi baru 59 persen itu punca. Lima kali gelombang banjir dalam tempoh tiga minggu- 44 kampung, 2,181 bilangan keluarga, kesian, kena cuci rumah. Pagi cuci rumah, malam air masuk balik. Ini perkara- perkara yang perlu diambil tindakan segera.

draft • 12:40 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Saya rasa mungkin RTB di tempat lain itu boleh diletak dalam senarai yang bawah sikit, diutamakan kawasan yang kerap banjir terutama macam Alor Setar yang telah pun terkena banjir baru-baru ini. Juga, 9,000 hektar kawasan sawah padi terjejas dan tenggelam akibat banjir. Pesawah rugi, padi terjejas. Ini semua menjejaskan keadaan kita.

Yang kedua, isu Alor Setar Puan Yang di-Pertua ialah mengenai jejantas, eskalator, dengan izin, di Kompleks Pekan Rabu. Ini telah pun rosak sejak sekian lama. Saya rujuk kepada pihak PBT, pihak ICU yang berada di Kedah. Mereka mengatakan ini peruntukan dari Kerajaan Persekutuan, tetapi tidak ada peruntukan untuk menyelenggarakan. Jadi, kos selenggara tinggi. Saya mohon kerajaan pertimbangkan sedikit peruntukan tetap untuk penyelenggaraan eskalator kerana ia pemangkin kepada ekonomi peniaga-peniaga di Pekan Rabu.

Yang kedua, akhir, saya pergi dengan pantas Puan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya apa status pelaksanaan projek Jejak Warisan yang telah pun dilaksanakan oleh PLANMalaysia?

Saya ucap terima kasih kerana melibatkan saya juga dalam mesyuarat perbincangan tersebut di Alor Setar. Ini penting untuk memangkinkan, memelihara Bandaraya Alor Setar sebagai Bandaraya Warisan yang tertua di dunia.

Yang akhir sekali Puan Yang di-Pertua mengenai isu perkhidmatan KTM, komuter dan stesen KTM di Alor Setar. Saya rasa semua Ahli Dewan berkongsi pandangan yang sama dengan saya. Gerabak-gerabak kereta api ini penuh. Bila kerajaan umum hendak naikkan ataupun hendak tarik subsidi RON95 dan diesel yang telah pun ditarik, pilihan yang ada pada rakyat ialah public transport.

Maka salah satu yang rakyat pilih ialah perkhidmatan kereta api, tetapi sebab gerabak terlalu penuh, saya cadangkan kerajaan kena tambah gerabak dan buat penambahbaikan. Tempat parking terhad. Di Alor Setar misalnya ada dua tempat parking. Satu sahaja yang buka, satu lagi tutup. Kenapa ditutup?. Kenapa tidak dibuka? Laluan mengambil, menurunkan penumpang tidak selesa, sempit, keselamatan kenderaan di tapak parkir, orang letak, orang parking di situ untuk pergi ke stesen. Kadang-kadang motosikal hilang. Stesen-stesen KTM ini perlu dihubungkan dengan kemudahan pengangkutan-pengangkutan awam yang lain bagi menyempurnakan first mile to last mile yang dicadangkan oleh pihak kerajaan.

Puan Yang di-Pertua, saya tutup ucapan saya ini dengan pantun.

Tugas pembangkang jadi pengimbang, Jadi kerajaan jangan temberang, Benda yang baik kami julang, Benda yang salah kami tentang.

draft • 12:40 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullah.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Saya jemput Yang Berhormat Tapah.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan - Tapah

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih atas ruang yang diberikan untuk saya turut serta membahaskan Belanjawan 2025. Tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri serta warga Kementerian Kewangan yang terlibat, yang bertungkus-lumus dalam penyediaan dokumen Belanjawan 2025 bertemakan Ekonomi Madani, negara makmur, rakyat sejahtera.

Belanjawan ini membuktikan ketangkasan tadbir urus dan tata kelola Kerajaan Madani kerana mampu memperuntukkan peruntukan keseluruhan belanjawan terbesar dalam sejarah negara iaitu sebanyak RM421 bilion iaitu meningkat 3.3 peratus berbanding dengan RM407.5 bilion yang diperuntukkan pada Belanjawan 2024 yang disemak semula.

Puan Yang di-Pertua, ada satu perkara saya ingin membawa untuk perhatian Ahli-ahli Dewan yang mulia ini. Thirukkural adalah sastera Tamil klasik yang ditulis oleh ahli falsafah yang bernama Thiruvalluvar. Teks Thirukkural bukan sahaja maha karya dan penuh dengan nilai-nilai estetik dan sastera, ia bersifat universal dan menjadi panduan hidup untuk seluruh umat manusia.

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang memetik Thirukkural sewaktu pembentangan Bajet 2025 iaitu...

[Bercakap dalam bahasa Tamil] Bermaksud tanggungjawab pemimpin dan kerajaan untuk membangunkan negara yang bukan sahaja komited mengangkat martabat kehidupan rakyat miskin dan daif bahkan untuk membasmi wabak penyakit dan musuh yang membinasakan.

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Perdana Menteri ini setiap kali ada bajet kita sentiasa dengar Thirukkural. Ini menunjukkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sedar kepentingan Thirukkural bagi masyakat India. Beliau percaya inilah salah satu caranya dia boleh menang menawan hati masyarakat India...

[Bercakap dalam bahasa Tamil] Dalam teks bahasa Tamil adalah sejenis sajak pendek sebanyak 1,330 ayat sajak dua baris...

[Bercakap dalam bahasa Tamil] Bererti 1,330 Thirukkural ini boleh menjadi mendorong pemimpin untuk gaya hidup yang sihat.

draft • 12:45 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan - Tapah

Tuan Yang di-Pertua, tetapi yang menyedihkan adalah satu perkara yang ramai masyakat India tidak berpuas hati. Sebaik sahaja Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selesai menyebut petikan Thirukkural, beberapa Ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini gelak ketawa.

Perkara ini tidak berlaku apabila Yang Amat Berhormat sentuh pasal confusion dan sebagainya, but sebaik sahaja sebut Thirukkural, ada yang ketawa.

Thirukkural tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka. Bukan semua perkara boleh kita bergurau. Jangan mempersendakan Thirukkural. Ini adalah satu perkara kita kena ambil kira. Sepatutnya usaha Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supposed to be for the political dividend untuk kerajaan, tetapi sekeliling yang ada di sana tidak sedar, ini adalah very sensitive untuk masyarakat India. Saya percaya teguran ini orang akan terima secara baik untuk membetulkan.

Seterusnya saya ingin menyentuh berhubung dengan sistem e-Kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti mana kita semua ketahui sistem e-Kasih adalah sistem pangkalan data keluarga miskin-miskin tegar dan miskin. Dengan sistem ini kita dapat mengenal pasti warga miskin tegar dan miskin supaya dapat memberi bantuan dengan lebih cekap dan berkesan. Pada masa yang sama saya faham dengan usaha kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan tegar tanpa mengira kaum. Terima kasih kepada kerajaan.

Dari kawasan Parlimen saya, Tapah, saya dapati begitu ramai warga- ketua isi rumah miskin tegar dan miskin. Begitu ramai sekali keluarga masyarakat Asli, Melayu, Cina dan India yang hidup dalam kemiskinan, tetapi saya amat terkejut dengan data bahawa di Parlimen Tapah hanya terdapat 15 ketua isi rumah miskin tegar. Saya percaya ini adalah data ini tidak tepat sekali, begitu ramai yang miskin tegar tetapi tidak didaftarkan. Saya menjemput Jabatan Perangkaan (DOSM) untuk turun padang bagi membuat kajian dan mengenal pasti keluarga-keluarga miskin tegar dan miskin di Parlimen Tapah. Saya percaya 15 orang itu memang tidak betul.

draft • 12:45 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan - Tapah

Yang seterusnya Tuan Yang di-Pertua, proses pendaftaran individu dalam sistem eKasih hendaklah dipermudahkan khususnya di kawasan pedalaman masyarakat asli, perkampungan tradisi Melayu, kawasan estet dan ladang, Kampung-kampung Baru Cina, kawasan PPR, Program Perumahan Rakyat (PPR) kawasan PPRT - Program Perumahan Rakyat Termiskin.

Selain daripada itu, ramai yang kurang jelas dengan definisi “miskin” dan “miskin tegar.” Masih ramai yang keliru dengan syarat kelayakan bantuan. Apakah pengukuran kemiskinan yang diguna pakai? Apakah mekanisme yang digunakan

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan - Tapah

bagi menentukan kategori miskin tegar? Jabatan Perangkaan (DOSM) hendaklah memainkan peranan efektif dalam mendaftar warga miskin tegar dan miskin dan mengemas kini maklumat dari semasa ke semasa. Usaha membanteras kemiskinan di seluruh negara hendaklah diperhebat tanpa mengira keluarga miskin mahupun miskin tegar.

Jumlah miskin tegar terus meningkat kerana perlu menanggung perbelanjaan harian yang semakin meningkat, golongan ini mesti dibantu. Agensi kerajaan DOSM, Pejabat Daerah dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) mesti memainkan peranan utama dalam semakan pendaftaran sistem eKasih.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya satu lagi perkara yang paling penting saya mencadangkan supaya Jabatan Insolvensi dan Lembaga Hasil Dalam Negeri

(LHDN) membuka kaunter pemudah cara di KLIA dan KLIA2, 24 jam. Kini kita lihat terdapat kes-kes di mana ramai tak sedar tunggakan yang sedia ada. Apabila mereka nak ke luar negara mereka menghadapi masalah, tapi sekatan. Apabila perkara ini berlaku pada waktu kerja mereka dapat menyelesaikan, tetapi kebanyakan mereka menghadapi masalah ini pada waktu malam dan tidak dapat dihubungi pegawai- pegawai dalam masa tertentu. Maka saya cadangkan pihak kerajaan ataupun LHDN mengadakan kaunter di KLIA dan KLIA2, 24 jam ini penting- ramai terkandas.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali berkaitan dengan peruntukan tambahan bagi meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat India di negara ini. Saya memohon kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk meluluskan peruntukan tambahan khas bagi meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat India.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana peruntukan sebanyak RM130 juta tetapi peruntukan kepada masyarakat India hendaklah ditambah.

Saya percaya dengan kita mengumumkan bajet yang terbesar dalam sejarah Malaysia RM400 lebih bilion dan kita lihat daripada segi peruntukan untuk masyarakat India tidak bertambah. Maka walaupun Yang Amat Berhormat telah memberi jaminan bahawa masyarakat India boleh dapat bantuan daripada sektor- sektor lain, tetapi kita percaya dan merayu, memohon untuk memberi pandangan serius untuk menambahkan bajet lebih daripada RM130 juta.

Saya juga dengan rendah diri memohon kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk melancarkan satu lagi perkara yang penting Yang Amat Berhormat Perdana Menteri perlu melancarkan Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia bagi membuktikan komitmen dan kesungguhan kerajaan untuk terus menggunakan taraf hidup kaum India di negara ini.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan - Tapah

Dengan kata-kata ini, sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas segala bantuan kepada warga Malaysia dan secara keseluruhan saya menyambut baik segala usaha dan inisiatif yang diumumkan oleh kerajaan melalui Belanjawan 2025. Saya yakin Belanjawan 2025 ini akan menjadi kerangka hala tuju jangka panjang ekonomi Malaysia bagi menaikkan siling potensi ekonomi negara dan bantu mutu kehidupan rakyat. Sekian, terima kasih.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tapah. Saya jemput Yang Berhormat Pendang.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sempatkah Puan Yang di-Pertua?

draft • 12:54 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sampai pukul 1.

draft • 12:54 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Nanti sambung?

draft • 12:54 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pukul 1 stop.

Sambung pukul 2.30.

draft • 12:54 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey. Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2025.

Pertama sekali, saya nak menyentuh berkenaan SSPA terutama bagi penjawat awam gred rendah. Kita sedia maklum bahawa penjawat awam gred rendah adalah tulang belakang perkhidmatan awam. Jadi mereka bertanggungjawab melaksanakan pelbagai tugas penting untuk sektor kerajaan.

Apabila kita bercakap tentang gaji penjawat awam gred rendah ini kita tidak boleh memandang remeh kepada realiti kehidupan di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur di mana kos hidup terus meningkat. Saya mendesak kerajaan untuk menyemak semula gaji permulaan bagi gred yang rendah ini kerana kita tidak mahu melihat penjawat awam ini terpaksa bergelut untuk menampung keperluan asas. Kita sedia maklum, daripada segi ekonomi apabila gaji naik maka barangan secara automatik akan naik yang kesannya golongan B40 yang akan menerima kesan daripada kenaikan gaji ini.

Keduanya, saya ingin menyentuh beban kerja yang tidak seimbang. Kita sering mendengar rungutan bahawa penjawat awam gred rendah ini terpaksa menanggung lebih banyak tugas selepas penjumudan gred 11 dan 18 ini. Mansuhlah dok jumud-jumud apa susah nak sebut ja. Mansuh gred daripada 11 ke-18 digantikan

draft • 12:54 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

dengan Gred 19. Tak ada lagi dah gred makna tak ada makna mansuhlah itu. Dok jumud-jumud apanya.

Walaupun tujuan penjumudan ini adalah untuk menyelaraskan tanggungjawab dan peluang kenaikan pangkat, kita lihat adakah ini adil? Saya menyeru kerajaan untuk menyemak semula agihan beban kerja yang supaya mereka lebih seimbang, lebih seimbang. Ha, sekarang ini digunakan “ketimbang.” Tak imbang pun sebab dalam peruntukan untuk negeri-negeri tidak adil dan tidak selaras. Di mana kita tengok peruntukan untuk LRT di Pulau Pinang saja RM10.5 bilion. Jadi negeri-negeri lain hanya sikit sahaja jadi tidak berlaku perseimbangan walaupun agihan ekonomi kutipan cukai semua, semua negeri dalam negara ini kena bayar mengikut level yang sama.

Jadi yang ketiganya, saya nak menilai, nak ikut ini satu penilaian prestasi.

Sistem sedia ada masih tidak mencerminkan usaha sebenar penjawat awam. Ramai yang merasakan bahawa penilaian prestasi mereka adalah subjektif menyebabkan ramai yang layak dinaikkan pangkat terpinggir.

Saya mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan sistem penilaian prestasi yang lebih telus dengan indikator prestasi utama yang mungkin lebih jelas.

Ini penting supaya semua penjawat awam terutamanya mereka yang berada di gred rendah dapat dinilai secara adil dan objektif. Kerana ada yang kerja berpuluh-puluh tahun dah walaupun mereka gred rendah mereka ini adalah Kumpulan Sokongan memberi kejayaan kepada pentadbiran dan pengurusan negara.

Keempat, saya ingin menekankan kepentingan latihan dan pembangunan kemahiran. Dalam era digital ini kemahiran teknologi maklumat adalah penting.

Namun penjawat awam gred rendah sering terpinggir daripada program latihan sebegini. Ya, kita tahu dah bila kita mansuhkan gred 11 ke-18 mereka ini akan dinaikkan ke Gred 19 dan syarat untuk kemasukan ke Gred 19 ini perlu juga dinaikkan. Paling kurang dengan taraf pendidikan rakyat Malaysia sekarang lebih daripada 70 peratus ada pendidikan yang agak tinggi kurang-kurangnya SPM. Jadi ini perlu disemak semula.

Saya mencadangkan agar kerajaan memperuntukkan lebih banyak peluang latihan kepada mereka yang gred rendah ini. Ini bukan saja meningkatkan produktiviti mereka tetapi juga membolehkan mereka menyumbang dengan lebih efektif dalam transformasi digital negara.

Seterusnya, saya ingin juga menyentuh berkenaan jangkaan jaringan keselamatan sosial. Penjawat awam gred rendah sering terdedah pada risiko kewangan jika mereka berdepan dengan masalah kesihatan atau kecemasan. Oleh

draft • 12:54 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

itu, saya mendesak kerajaan supaya memperkenalkan skim insurans kesihatan yang lebih komprehensif untuk penjawat-penjawat awam gred rendah. Tadi disebut oleh Alor Setar.

Bila mereka ini pangkat rendah-rendah hospital pun tak berapa layan sebab mereka tak bayar duit. Yang mana hat pangkat besar-besar duit ada, bayar dilayan dengan baik terutamanya hospital-hospital swasta. Jadi, kita berharap kerajaan menyediakan skim insurans yang membolehkan hospital melayan mereka seperti mana golongan yang besar-besar seperti Puan Speaker ini...

draft • 12:54 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tarik balik.

draft • 12:54 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Boleh ya?

draft • 12:54 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak boleh.

draft • 12:54 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tak boleh ya, tak boleh...

[Ketawa] Okey terima kasih. Kerajaan perlu ingat bahawa penjawat awam gred rendah adalah tunjang kepada kelangsungan perkhidmatan awam.

Sementara itu kerajaan juga harus memikirkan tentang bantuan perumahan untuk penjawat awam gred rendah. Dengan kos perumahan yang semakin tinggi terutamanya di bandar-bandar besar ramai yang masih tidak mampu memiliki rumah sendiri. Oleh sebab itu, kerajaan perlu memperkenalkan lebih banyak skim perumahan mampu milik khususnya untuk penjawat awam gred rendah.

Sekarang ini rumah mampu milik harga RM300,000 ke RM500,000 tambah- tambah di bandar Kuala Lumpur not less than RM300,000. Rumah yang ada harga ini macam mana nak mampu milik kalau gaji RM1,500, RM1,700. Nak bayar rumah sebulan RM1,800, RM1,900 kalau pinjam RM300,000. Jadi, yang ini kerajaan perlu pertimbangkan untuk kita memberi keselesaan untuk mereka terus hidup kepada golongan yang bergaji rendah ini.

draft • 12:54 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pendang sambung nanti.

draft • 12:54 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Di sambung masa mana Puan?

draft • 12:54 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

2.30.

draft • 12:54 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

2.30. Terima kasih banyak- banyak kita makan sama-sama Puan.

draft • 12:54 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan sekarang jam telah menunjukkan pukul 1 tengah hari, saya menangguhkan Mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.

draft • 12:54 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

draft • 2:30 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Assalamualaikum dan selamat petang Yang Berhormat-Yang Berhormat. Saya mempersilakan Yang Berhormat Pendang untuk sambung balik perbahasan, enam minit 40 saat. Silakan Yang Berhormat Pendang.

draft • 2:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Saya nak pergi pada tajuk yang kedua saya iaitu saya ingin mengambil peluang untuk membicarakan isu yang amat dekat dengan hati rakyat, khususnya golongan petani yang merupakan tulang belakang kepada keselamatan makanan negara kita terutamanya dalam sektor penanaman padi dan harga beras.

Harga keluaran padi pada hari ini semakin meningkat. Saya merujuk kepada laporan yang menyatakan bahawa petani padi terpaksa berhadapan dengan kos yang melonjak bagi input pertanian seperti baja, racun perosak dan kos mekanisasi.

Apatah lagi sekarang ini, kita sedang menghadapi krisis dalam NAFAS yang membekalkan baja. Jadi, kita harap kerajaan dapat mengatasi dengan secepat mungkin masalah ini.

Saya nak menyentuh juga berkenaan dengan yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ini. Dikatakan beras tempatan tidak naik, saya setuju. Memang beras tempatan tidak naik, masih lagi dengan harga RM26.50. Tetapi masalahnya, tak ada dalam pasaran, tak ada dalam kedai runcit, tak ada dalam kilang-kilang yang mengeluarkan beras tempatan dengan harga RM26.50.

Saya kawasan padi, kawasan sawah padi. Jadi, saya selalu keluar ke pekan untuk mencari beras tempatan, tak ada. Jadi, memang kita akui, memang beras tempatan ini tak naik harga tetapi tak ada. Yang ada harga RM35 ke RM42 yang ada dalam pasaran sekarang ini. Ini menyusahkan B40 ataupun golongan-golongan marhaen ini.

Oleh sebab itu, apa yang lebih merisaukan, kenaikan kos ini tidak diimbangi dengan sebarang peningkatan pendapatan petani. Saya ingin bertanya kepada pihak

draft • 2:33 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

kerajaan, apakah langkah yang konkrit yang telah diambil bagi membantu golongan petani yang terkesan ini?

Seterusnya, kita masih bergantung kepada import beras untuk memenuhi keperluan domestik. Adakah wajar kita terus membiarkan kebergantungan ini tanpa ada tindakan untuk memperkasa petani tempatan? Saya ingin menggesa kerajaan untuk meneliti semula dasar berkaitan pengeluaran beras dalam negara kita agar kita boleh meningkatkan tahap sara hidup dalam sektor ini.

Saya ingin menyentuh tentang peralihan subsidi yang menyeluruh kepada subsidi bersasar yang dikemukakan oleh pihak kerajaan. Perubahan dasar subsidi ini menimbulkan persoalan besar. Subsidi bersasar walaupun niatnya baik, jika tidak dilaksanakan dengan teliti, akan menyebabkan petani kecil yang bergantung kepada bantuan kerajaan terus terpinggir. Saya ingin mencadangkan agar kerajaan memperhalusi mekanisme subsidi ini supaya golongan petani yang benar-benar memerlukan, tetap mendapat sokongan tanpa menjejaskan kualiti hidup mereka.

Di samping itu, masalah pengagihan beras dalam negara juga wajar diberi perhatian. Ketidakseimbangan dalam pengedaran beras yang menyebabkan harga beras melonjak di beberapa buah kawasan. Ini adalah jelas bahawa sistem pengedaran mempunyai kelemahan. Kerajaan perlu memastikan pengurusan stok dan pengedaran beras berjalan dengan lancar tanpa sebarang ketirisan atau kelewatan. Itu sebab beras tempatan tak ada dalam pasaran atau di kedai-kedai runcit. Ini juga satu masalah yang perlu dilihat oleh pihak kementerian.

Dalam pada itu, saya mengalu-alukan usaha kerajaan dalam memperkenalkan inisiatif pemodenan pertanian melalui program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) INTAN yang melibatkan penggunaan teknologi pintar dalam pertanian.

Walau bagaimanapun, saya ingin menegaskan bahawa pemodenan ini harus seiring dengan peningkatan dan kecekapan bagi mengurangkan pengurangan kos, memastikan hasil padi meningkat, harga beras dapat dikawal pada paras yang lebih stabil. Tanpa perancangan atau pemantauan yang baik, usaha ini akan menjadi sia- sia.

Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan lagi satu perkara penting iaitu berkenaan dengan Kementerian Pertahanan (MinDef) dalam usaha memperoleh perolehan aset-aset ketenteraan yang diumumkan baru-baru ini yang bukan sahaja bersifat meragukan tetapi membawa kerugian dalam jangka masa yang panjang Angkatan Tentera Malaysia. Menjadikan situasi bertambah buruk, ATM juga bagaikan terpaksa menggunakan aset-aset yang tidak menepati kehendak ATM

draft • 2:33 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

selaku end user tetapi juga mengakibatkan kos perolehan yang sangat besar bagi jangka masa panjang.

Saya ingin menarik perhatian Ahli Dewan berkenaan perolehan self-propelled howitzer (SPH) dari jenis EVA 155 dari Slovakia untuk kegunaan tentera darat Malaysia. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat semua dan juga Dato’ Yang di- Pertua, kos perolehan yang sangat tinggi ini berjumlah kira-kira RM800 juta secara rundingan terus dibuat tanpa ada sebarang usaha ketimbang baik buruk penggunaan aset ini yang berdasarkan kepada doktrin pertahanan sedia ada yang diguna pakai oleh tentera darat.

Apakah justifikasi atau pertimbangan menyeluruh bahawa aset EVA 155 dari Slovakia ini yang benar-benar dikehendaki oleh pihak end user iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM)? Perkara ini amat membimbangkan pemerhatian keselamatan dan pertahanan negara kita Malaysia. Bukan sahaja aset EVA 155 ini masih dalam bentuk atau fasa prototaip dan tidak digunakan secara meluas oleh banyak negara rakan Malaysia di seluruh dunia. Namun, keupayaan EVA 155 ini sangat meragukan.

Soalan saya, apakah SPH EVA 155 buatan Slovakia ini dapat diangkut oleh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia iaitu jenis Charlie 130 ataupun A400 milik negara? Ya atau tidak, kita tanya pada Menteri supaya menjawab dengan jelas. Saya tahu Menteri akan jawab benda-benda yang lain. Pesawat ini boleh angkut atau muat atau tidak? Jika tidak, kenapa MinDef mempertimbangkan untuk membeli aset ini.

Saya juga memohon penjelasan, kenapakah urusan perolehan aset SPH untuk Tentera Darat ini dilaksanakan secara terus iaitu perolehan melalui tender terbuka? Bukankah cara ini lebih menjimatkan wang awam berbanding menganugerahkan kontrak secara rundingan terus kepada sebuah syarikat yang menjadi orang tengah yang makan atas angin di atas urusan pembelian ini.

Begitu juga dengan perolehan pesawat helikopter jenis UH-60 Black Hawk yang gagal dipenuhi oleh syarikat Aerotree Defence & Services Sdn. Bhd. yang sudah melepasi garis waktu bumbung yang termaktub di dalam kontrak pada 31 Oktober 2024.

draft • 2:33 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Apakah ada kaitan antara kegagalan syarikat Aerotree membekalkan pesawat helikopter jenis Black Hawk secara government operate, company own and maintain (GOCOM) serta pengumuman oleh Panglima Angkatan Tentera bahawa kini bukan sahaja TUDM bakal menyewa helikopter jenis AW149 keluaran syarikat

draft • 2:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Leonardo dari Itali secara GOCOM, malah Tentera Darat juga menggunakan helikopter yang sama melalui sewaan kaedah yang sama?

Ini satu perkara yang pelik sebab helikopter gempur dengan kegunaan awam adalah satu mekanisme atau pun logistik yang berlainan. Dalam hal ini, syarikat yang mendapat kontrak pembelian SPH EVA 155 ini dan pesawat helikopter sewaan GOCOM ini adalah syarikat yang sama.

Oleh itu, saya ingin mendapatkan penjelasan berkenaan kaedah sewaan GOCOM yang dilaksanakan oleh MinDef bagi maksud dan tujuan penggunaan pesawat helikopter kepada ATM yang telah melaksanakan operasi kombatan

(combat) dan juga search and rescue (SAR). Sebagai gambaran yang lebih jelas, kos keseluruhan kaedah sewaan GOCOM bagi 28 buah jenis helikopter AW149 untuk 15 tahun kepada Angkatan Tentera Malaysia sebagaimana yang diumumkan oleh MinDef adalah berjumlah RM16.8 bilion. Tetapi, Poland membeli helikopter jenis...

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 2:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

...AW149 yang sama sebanyak 32 buah syarikat hanyalah bernilai sebanyak RM6.2 bilion. Jelas kaedah sewaan GOCOM ini sangat merugikan negara serta pesawat ini kekal milik syarikat di akhir waktu kontrak tamat.

Okey Dato’ Yang di-Pertua, saya minta sikit sahaja untuk saya gulung kerana ini adalah isu yang sangat penting. Saya membangkitkan kedua-dua isu ini termasuk LCS yang mana menemui kegagalan seperti mana littoral combat ship dan teguran kepada Laporan Ketua Audit Negara serta teguran Jawatankuasa Siasatan Perolehan Tadbir Urus Perolehan dan Kewangan Kerajaan. Teguran tersebut dengan jelas menyatakan bahawa MinDef kerap melakukan kesilapan yang sama iaitu membeli peralatan atau aset yang tidak dikehendaki oleh end user ― Angkatan Tentera Malaysia lah ― mahupun membeli aset yang masih dalam bentuk prototaip.

Saya kira urusan semua perolehan aset ketenteraan yang bernilai ratusan juta ringgit ini perlu dibawa untuk perbincangan dan penjelasan kepada pihak Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC), Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen yang dianggotai oleh Ahli Parlimen dari pihak blok kerajaan dan juga pembangkang.

draft • 2:40 PM

Seorang Ahli

Gulung.

draft • 2:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menggulung. Sapa yang jadi Yang di-Pertua itu tadi? Teringin na? Mai minta dekat Dato’ Yang di-Pertua supaya jadi.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, teruskan.

draft • 2:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey, baik. Sebelum saya akhiri ucapan ini, saya ingin membangkitkan satu isu yang lebih penting iaitu berkenaan dengan pelaburan Khazanah Nasional dan Permodalan Nasional Berhad iaitu FashionValet di mana pelaburan RM40 juta ini mengalami kerugian hampir RM43.9 juta. Satu jumlah yang amat besar dalam konteks dana amanah di mana hanya minta maaf dan letak jawatan, selesai.

Begitu juga dengan kes RM94 juta yang mana didapati di sebuah rumah seorang Menteri pemimpin DAP. Dijumpai RM94 juta. Sampai sekarang kita tak tahu.

Sampai setakat mana siasatan itu dibuat? Audit dalam Kementerian Sumber Manusia dahulu yang mana dijumpai wang RM94 juta.

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker, ini isu peraturan, Timbalan Speaker.

draft • 2:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya tahu dah, memang Jelutong akan bangkit punya.

draft • 2:40 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Peraturan mesyuarat.

draft • 2:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Jadi, ini adalah tatakelola yang perlu diperhalusi oleh kerajaan kerana...

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker.

draft • 2:40 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Peraturan mesyuarat.

draft • 2:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Duduk, duduk.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar.

Yang Berhormat, duduk. Ya.

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker, Peraturan Mesyuarat 36, di mana “Mana-mana Ahli tidak boleh mengeluarkan apa- apa sangkaan jahat ke atas siapa-siapa Ahli lain.” Tadi kita dengar Yang Berhormat Pendang telah mengeluarkan kenyataan bahawa terjumpanya wang RM9.5 juta di rumah ahli DAP.

draft • 2:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tak betul itu. RM94 juta, saya sebut. Saya perbetul balik.

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya, RM94 juta. Jadi, saya nak mohon penjelasan, siapa ahli berkenaan? Kalau betul berani, kalau boleh buktikan, saya minta nyatakan di sini dan mengulangi kenyataan itu di luar Dewan.

Kalau tidak ada, Timbalan Speaker, ini sudah keterlaluan. Kita dengar sebelum ini Pasir Mas...

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, to the point.

draft • 2:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Jadilah.

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya. Saya minta supaya kenyataan itu ditarik balik kerana ia merupakan satu tuduhan yang liar, yang tidak berasas. Tak ada kena mengena dengan perbahasan belanjawan Yang Berhormat Pendang. Kita dengar.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Langsung tak ada kena mengena.

draft • 2:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Itu yang saya cakap...

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jadi, saya mohon supaya satu petua dibuat, Timbalan Speaker dan kenyataan itu ditarik balik.

draft • 2:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Duduklah.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Jelutong, Perkara 36(6) ya. Bagi saya, apa yang saya pertimbangkan ya, saya nak kena dengar penjelasan Yang Berhormat Pendang dululah ya. Sebentar ya. Duduk.

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker, kalau boleh saya tambah. Mengelirukan Dewan juga. 36(12). Terima kasih.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Duduk.

Baik. Yang Berhormat, data-data Yang Berhormat dapat ini daripada mana?

Jelaskan.

draft • 2:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua. Sebab itu, Jelutong ini, dia kena faham. Sebut angka pun tak betul.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, jawab terus.

draft • 2:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Bila sebut pemimpin DAP sahaja, dia terus meletup. Dia ingat DAP ini malaikat kut, suci.

draft • 2:40 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat. Yang Berhormat.

draft • 2:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Cukuplah, Pendang. Pendang, tadi Pendang cakap jumpa...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, don’t get me wake up on the wrong side of the bed. I do not want mess, dengan izin ya. I will stick to 37(2) with strictness. If I got to send you or anybody out, I will do it. Saya nak peraturan dilaksanakan sebaik mungkin. Biar teratur. Saya tak mahu messy dalam Dewan ini semasa saya duduk mempengerusikan.

draft • 2:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua. Saya nak jelaskan...

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya nak dengar penjelasan dulu sebelum saya proceed.

draft • 2:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kenyataan ini telah dibuat oleh Ketua Pengarah SPRM bahawa mereka telah menjumpai RM94 juta di dalam rumah Menteri KSM pada ketika itu. Jadi, saya nak tahulah. Itu saya kata, saya nak tahu, setakat mana siasatan itu? Dah lama, setahun lebih ini dan Menteri pun dah ditukarkan.

draft • 2:40 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Boleh tunjukkan bukti mana laporan tersebut?

draft • 2:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Itu sahaja. Itu saya nak tahu.

Maknanya bukan saya tuduh mana-mana pihak.

draft • 2:40 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Jangan buat tuduhan yang liar.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, jangan interrupt.

draft • 2:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Please. Kalau you nak bangkitkan peraturan, I will allow. Kalau saya biarkan macam ini, ha berterabur. Yang Berhormat, tengok di belakang sana. Adakah ini cara kita nak berbahas di dalam Dewan ini? Selesaikan.

draft • 2:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Inilah maklumat officially. Official announced by the Ketua Pengarah SPRM, Dato’ Yang di-Pertua. RM94 juta dijumpai dalam rumah, cash. Dalam rumah Menteri pada ketika itu. Baru empat bulan baru, kalau tak silap, jadi Menteri. Daripada DAP.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Yang Berhormat.

draft • 2:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Jadi, saya nak tahulah, siasatan ini sampai setakat mana? Ini tatakelola. Dikaitkan dengan tatakelola yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Tambun di hari pembentangan bajet.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, baik Yang Berhormat. Saya jelas apa yang telah didengarkan. Okey, baik. Yang Berhormat Jelutong, saya dengar daripada Yang Berhormat Jelutong atas apa penjelasan yang diberikan.

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker, kita mendengar tadi bab pertama. Saya belum pergi ke bab kedua. Bab pertama, di mana beliau telah membuat tuduhan mengatakan bahawa terjumpanya wang RM94 juta di rumah Menteri. Saya minta beliau namakan Menteri itu. Siapakah Menteri tersebut?

Atau pun Ahli Parlimen kawasan mana? Jangan pakai hentam saja. Nombor satu.

Nombor dua. Kalau betul perkara itu, saya minta kalau dalam pengetahuan Yang Berhormat Pendang, sepatutnya ― Timbalan Speaker juga merupakan seorang pendakwa raya yang hebat dulu. Sepatutnya perkara ini dilaporkan kepada SPRM. Kita lihat ini adalah kali kedua tuduhan liar dibuat dalam Dewan ini, Timbalan Speaker.

Dan kedua, saya minta juga beliau tarik balik kenyataan “DAP bukan malaikat”. Kalau kenyataan ini dikeluarkan, bolehkah saya tanya, PAS ini adakah parti ajaran sesat? Saya tanya soalan...

[Tepuk]

draft • 2:40 PM

Seorang Ahli

Betul, betul.

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kalau kita mengeluarkan kenyataan-kenyataan itu, Timbalan Speaker, saya terima petua. Ia akan menjadi ― everybody make allegations, Timbalan Speaker. So, saya minta Yang Berhormat Pendang supaya ― kita dengar perbahasan beliau. Ada perkara- perkara yang boleh kita terima, kritikan yang boleh kita terima, konstruktif. Tapi, pakai hentam DAP, DAP bukan malaikat, Menteri DAP ditangkap dengan duit di rumah.

Kalau macam itu, saya boleh kata PAS adalah parti ajaran sesat. Sanggupkah beliau terima?

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Okey, baik. Okey, dua-dua belah saya dah dengar. Ia melibatkan lebih daripada satu aspek.

36(6) dan 36(12).

Untuk melancarkan persidangan pada hari ini tanpa gangguan dan sebagainya, saya menjemput dan mempersilakan Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak puas hati atas perkara ini membuat usul untuk membawa Yang Berhormat Pendang ke Jawatankuasa.

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih, Timbalan Speaker. Saya terima petua itu.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

Selesai ya? Fasal, isu banyak yang dibangkitkan ini. Supaya kita jadi fair dengan Yang Berhormat Pendang, dia boleh menjawab hitam putih. *Both side of the story.

Alright*? Jadi, fair. Biar keputusan yang adil dilaksanakan.

Baik. Yang Berhormat Pendang, saya rasa masa pun dah cukup. Silakan duduklah. Masa dah cukup dah.

draft • 2:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Dato' Yang di- Pertua.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya ucap terima kasih dengan bajet yang telah dibentangkan Yang Amat Berhormat Tambun ini dan kita harap ada penambahbaikan lagi. Terima kasih.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

Okey, faham ya? Senang saja. Yang Berhormat Jelutong telah membangkitkan peraturan. Dua peraturan. 36(6) dan 36(12). Isu-isu yang dibangkitkan lebih pada satu, supaya berlaku adil. Apa yang di dalam Dewan telah dijelaskan. Apa yang dalam Dewan telah dipanjangkan. Jadi, keputusan adalah tak sesuai membuat keputusan sekarang juga. It wouldn’t be fair to either side, dengan izin, ya. Baik.

Berikutnya ─ Ingat ya, kalau perlu panjangkan, buat usul dan yang lain itu tolonglah. Saya masa saya bercakap hari itu saya dah jelaskan banyak peraturan itu.

Saya nak Mesyuarat ini dijalankan dengan baik semasa saya mempengerusikan. I don’t tolerate nonsense. Alright.

Baik. Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Segamat. Silakan.

draft • 2:50 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua atas memberi peluang Segamat untuk membahaskan dasar di peringkat dasar bagi Belanjawan 2025. Saya ingin merakamkan penghargaan atas usaha gigih yang ditunjukkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersama Kabinet Madani dalam membentangkan Belanjawan 2025. Saya berharap perbahasan dalam Dewan ini, di peringkat dasar ini, patutnya Menteri dapat menjawab. Kita tidak boleh setiap tahun berbahas perkara yang sama tapi tiada penyelesaian.

So, I hope that Ministers who are related dalam perbahasan ini dapat memberi jawapan yang tepat dan memberi penjelasannya. Sebelum saya menyambung, saya ingin menyebut tentang seorang penyajak yang terkenal,

draft • 2:51 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

penyajak Tamil.

[Berucap dalam bahasa Tamil] Ia bermaksud, every place is my home and everyone is my kid, dalam ucapan saya. Saya hadir di Dewan yang mulia ini bagi menyampaikan suara rakyat Malaysia dalam semua lapisan masyarakat, tanpa mengira latar belakang kaum dan agamanya.

Menurut statistik Jabatan Perangkaan Negara yang dikeluarkan pada bulan September yang lalu, Segamat telah dikategorikan sebagai daerah menua atau ageing society atau ageing populated zone, antara lima daerah yang telah dikategorikan. Ini amat membimbangkan atas beberapa faktor yang saya ingin bangkitkan dalam ─ di peringkat perbahasan ini. Pembangunan infrastruktur luar bandar menjana peningkatan kualiti hidup.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengutarakan keperluan mendesak untuk membangunkan infrastruktur di kawasan luar bandar seperti Segamat.

Pembaharuan infrastruktur amat kritikal bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat kita serta mengurangkan fenomena migrasi penduduk. Kita boleh lihat the migration of the rural areas ini semakin meningkat ke bandar. Ia juga akan meningkatkan populasi ataupun angka miskin bandar yang lebih tinggi. Apakah perancangan kerajaan supaya ─ why we have to let them to migrate to the urban and become a poor dalam bandar ini. Jadi, satu fenomena yang kita harus mengambil langkah-langkah untuk memberhentikan migrasi ini dan kerajaan perlu mencari penyelesaiannya.

Mengikut Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030 (DPLB), pembangunan luar bandar bertujuan untuk memastikan kawasan yang menarik sebagai tempat tinggal, bekerja dan berinovasi. Sekali gus, menggalakkan warga luar bandar agar tidak perlu berhijrah ke bandar untuk mendapat kehidupan yang berkualiti. Statistik terbaharu menunjukkan bahawa 30 peratus rakyat luar bandar masih berdepan dengan kekurangan dan dalam kemudahan asas seperti jalan dan sistem pengangkutan.

Contohnya, saya boleh bagi Segamat ini adalah antara satu tempat di mana apabila kita sebut Segamat, ia termasuk tiga Parlimen dalam Daerah Segamat.

Parlimen Labis, Kijang dan juga Parlimen Segamat itu sendiri. Maka, daerah-daerah ini semakin hari semakin menjadi tiada orang yang duduk. Ini akan memberi kesan impak sosial ekonomi yang sangat besar pada masa akan datang.

Pentingnya jalan berhubung antara negeri dan jalan penghubung yang baik antara Segamat dan negeri jiran juga penting dalam menarik pelaburan luar. Sebagai contoh, peruntukan RM1.63 bilion dalam Belanjawan 2024 untuk menaik taraf jalan kampung dan RM134 juta bagi pemasangan lampu jalan di kawasan luar bandar

draft • 2:51 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

memberi impak positif kepada kesejahteraan rakyat serta menjadikan kawasan ini lebih menarik kepada pelabur.

Dengan jalan raya yang lebih baik, para pelabur berpotensi tinggi akan lebih yakin untuk membuka perniagaan atau kilang di Segamat kerana logistik yang lancar akan memudahkan penghantaran barang dan pergerakan pekerja. Peluang pekerjaan yang diwujudkan daripada pelaburan ini juga akan meningkatkan ekonomi tempatan Segamat dan juga ia menjadi antara salah satu sebab menghalang orang ber-migrate atau migrasi ke bandar-bandar besar.

Connectivity jalan yang baik memudahkan pergerakan rakyat dalam mengakses perkhidmatan yang penting seperti pendidikan dan kesihatan. Ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan penduduk luar bandar, terutamanya bagi mereka yang bergantung kepada jalan utama. Ia untuk mengangkut hasil pertanian dan barang keperluan harian ke bandar terdekat.

Pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar seperti Segamat akan mengurangkan golongan rakyat tempatan yang berhijrah ke bandar, sekali gus menyumbang kepada golongan miskin bandar yang semakin gawat. Bukan sekadar pembinaan jalan raya atau lampu jalan, pembangunan infrastruktur adalah asas untuk mengekalkan komuniti kita. Memperkukuhkan ekonomi tempatan dan memastikan Segamat terus maju sebagai daerah yang produktif dan makmur bagi semua lapisan masyarakat.

Seterusnya, adalah berkenaan dengan pendidikan. Kepentingan pendidikan dan saya telah berbahas dua kali dalam Dewan ini dan telah mengutus beberapa surat kepada kementerian berkenaan dengan satu isu yang sangat mustahak di Parlimen Segamat. Pendidikan adalah hak asasi setiap rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang atau bangsanya. Malang, hak ini kadang-kadang terhalang oleh isu-isu prasarana yang sudah lama tidak ditangani.

Saya ingin menarik perhatian Kementerian Pendidikan kepada keperluan mendesak bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sungai Muar yang terletak dari bandar atau jalan besar tujuh kilometer di dalam, di mana di ladang ini tiada penduduk yang duduk. Hanya pelajar yang pergi setiap pagi untuk belajar. Saya telah menghantar surat dan kerajaan sebelum ini telah mengurniakan sebidang tapak untuk memindah. Maka sehingga kini, tiada apa-apa jalan penyelesaian.

Saya juga pernah membangkitkan, juga memberi cadangan kepada kementerian supaya boleh memberikan peruntukan secara berfasa. Sudah hampir 10 tahun tanah ini telah dikurniakan tapi sekolah ini ada dalam suasana dan situasi yang amat berbahaya kerana dikelilingi dengan hutan. Cuba bayangkan pagi kena

draft • 2:51 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

awal ini dan saya berhujah kerana ini adalah satu-satunya sekolah Tamil yang kluster ─ berprestasi kluster dalam daerah ini. Itu terletak di Parlimen Segamat. Ini saya mengambil dalam aspek keselamatan pelajar dan juga perkhidmatan kualiti yang lebih baik dan lebih cekap kepada pelajar.

Di Parlimen Segamat ada enam buah sekolah Tamil dan kita boleh mencantumkan sekolah-sekolah yang kurang murid dan sekolah yang akan dibina yang baharu ini ataupun ditukar lokasi ini akan memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa tidak ada yang kita tinggalkan di belakang. Itu yang saya nak bawa ke dalam isu pendidikan ini. Dalam belanjawan kali ini, sebanyak RM64 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan. Ini adalah antara peruntukan yang paling besar. Saya yakin itu adalah iltizam dan aspirasi Perdana Menteri kita supaya education is number one, because through education, you can eradicate poverty dalam negara ini.

Saya berharap Menteri mencari penyelesaian kepada Sekolah Ladang Sungai Muar yang terletak di Parlimen Segamat supaya ia akan memberi satu imej baharu dan juga memberi keyakinan kepada pelajar-pelajar untuk mendapat dan memiliki satu suasana yang lebih kondusif dan keperluan membaik pulih trek sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kenangan, Segamat.

Yang di-Pertua Speaker, dalam Daerah Segamat ─ satu Daerah Segamat ini populasinya lebih daripada 100,000 orang. Inilah antara satu-satunya trek sintetik yang ada di dalam Parlimen Segamat. Ia digunakan juga untuk waktu sukan sekolah di peringkat daerah, malah di peringkat negeri. Maka, kerosakan seperti permukaan trek sintetik yang haus, berlubang, tertanggal serta struktur padangnya yang telah rosak menjadi risiko keselamatan kepada pelajar dan pengguna trek tersebut. Saya berharap kementerian juga memberi kepentingan, give a same equal priority as how important is education as well as to the sports academy, as well as a sports infrastructure.

Nombor tiga adalah perumahan rakyat. Keperluan PPR dan rumah mampu milik di Segamat. Saya yakin dan saya yakin Yang di-Pertua pun akan percaya bahawa setiap rakyat Malaysia wajib memiliki rumah. Itu adalah tanggungjawab sebagai kerajaan. Apa gunanya kalau kita ada kerajaan, masih rakyat kita duduk di rumah sewa. Apakah kita membina rumah untuk orang-orang kaya sahaja? Apakah kita membina rumah untuk orang-orang yang middle-class sahaja? Bagaimana pula dengan orang-orang yang biasa, pendapatan RM1,000 atau RM2,000? Adakah mereka tidak layak untuk memiliki rumah? Ini soalan yang sangat besar.

draft • 2:51 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Di dalam Parlimen saya ingin membangkitkan, belanjawan kali ini telah memperuntukkan sebanyak RM5.9 bilion kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Saya ingin juga memohon kepada kementerian supaya untuk mengkaji selidik dan mencari penyelesaian untuk membina rumah mampu milik atau rumah PPR paling kurang di dalam Parlimen Segamat kerana ini akan memberhentikan proses migrasi penduduk-penduduk di luar bandar ini ke bandar dan akan menjadi sumbangan besar kepada miskin bandar seperti yang saya sebut tadi. Tuan Speaker, pemilikan rumah ini adalah ─ it’s our rights for every citizen. Itu yang saya nak tekankan. 60 tahun, masih ada lagi yang duduk di dalam rumah sewa.

draft • 2:51 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Bagaimanakah? Apakah penyelesaian yang kita hendak bagi? Apakah kita boleh kurangkan harga rumah supaya semua orang boleh memiliki? Saya hendak bagi satu contoh. Di Parlimen Segamat, bayangkan ada 10,000 orang. 3,000 orang telah mendaftar. Sudah tentu kerajaan ada data mereka, berapakah gaji mereka, isi pendapatan rumah.

Apakah kerajaan tidak boleh membina rumah mengikut kapasiti ataupun berapakah jumlah gaji yang mereka mendapat? Kita sudah ada angka-angka ini. So, maka we build house according to what the needs of the people. Not you build the house and ask everybody to pay according to what the developer wants. Itu yang saya ingin membangkitkan dalam perbahasan saya.

Keempat adalah isu kesihatan mental dan keselamatan petugas perubatan.

Ini adalah satu isu yang sangat kritikal dalam health. It’s happening in medical fraternity di mana budaya buli ini masih kembali berulang-ulang. Kita mendengar baru-baru ini ada satu kes kematian seorang pegawai perubatan. Sangat mengecewakan dan sangat pilu apabila kita mendengar masih ada dalam isu-isu buli dalam sektor-sektor kesihatan ini. Tekanan mental akibat buli boleh mengurangkan fokus menyebabkan burnout dan bahkan mendorong ramai meninggalkan sektor kesihatan awam. Ini memberi kesan yang sangat tinggi.

Saya berharap, saya menggesa Kementerian Kesihatan untuk mengambil langkah proaktif termasuk memperkenalkan program sokongan psychological undang-undang tanpa toleransi terhadap buli dan budaya kerja yang saling hormat- menghormati. Langkah-langkah ini akan menjaga kesejahteraan petugas kita serta menjamin kualiti penjagaan kesihatan untuk rakyat.

Pada saya, I believe buli adalah jenayah yang kita tidak boleh nafikan. Kalau ada bukti yang kukuh dan dapati membuli rakan sekerja hingga menyebabkan gangguan dalam sistem kesihatan, maka saya cadangkan KKM harus gantung atau

draft • 3:00 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

memecat pihak tertentu dengan kadar segera serta senarai hitamkan kelakuan yang di bawah Kementerian KKM supaya mereka ambil ini sebagai satu pengajaran kerana ia memberi satu the silent bomb that’s happening inside Kementerian Kesihatan yang perlu kita tangani. Saya harap kementerian boleh mengambil langkah-langkah untuk kita menyelesaikan isu buli dalam kalangan medical fraternity Malaysia. Adalah satu perkara menangani masalah kesihatan akibat pengambilan gula.

Kita melihat berdasarkan data terkini, kira-kira 18 peratus rakyat Malaysia dewasa berumur 18 tahun ke atas berisiko menunjukkan simptom awal diabetes atau kencing manis. Ini juga adalah antara isu yang saya yakin sekarang kita telah mengadakan supaya we war on sugar. Supaya kita setiap hari Rabu, kita mengamalkan sistem tidak menggunakan gula. Ini adalah satu perkara yang sangat kita mengalu-alukan daripada kerajaan tetapi isu gula ini harus ditangani. Saya rasa itu sangat penting.

Perkara keenam adalah insurans kesihatan nasional, jaringan keselamatan untuk semua rakyat Malaysia. Dato’ Yang di-Pertua, saya berdiri di Dewan yang mulia ini untuk mengemukakan satu cadangan penting untuk mampu meningkatkan tahap penjagaan kesihatan untuk seluruh rakyat Malaysia iaitu memperkenalkan jaringan insurans kesihatan nasional.

Sistem insurans ini bertujuan untuk menyediakan perlindungan kesihatan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang sosioekonomi agar setiap individu dapat akses kepada rawatan yang berkualiti. Kalau anda ada duit, anda pergi kepada specialists. What about the poor people? Mereka tiada bantuan.

Mereka harus beratur berpanjang di hospital kerajaan. Saya yakin cadangan ini kerajaan perlu mempertimbangkan. Melalui sistem ini, kerajaan boleh memperuntukkan dana khusus untuk menyediakan insurans kesihatan asas kepada semua rakyat Malaysia.

Program ini juga boleh ditampung melalui dana kerajaan serta sumbangan daripada rakyat dalam bentuk bayaran premium yang minimum berdasarkan pendapatan individu atau keluarga ataupun seisi keluarganya. Golongan berpendapatan rendah pula boleh dikecualikan daripada bayaran premium atau dibantu sepenuhnya oleh kerajaan. Menjadikan insurans kesihatan ini benar-benar eksklusif.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, beberapa negara telah melaksanakan sistem insurans kesihatan nasional yang terbukti kesannya. Contoh di Jerman, rakyat diwajibkan menyertai insurans kesihatan sosial yang dibiayai oleh majikan dan

draft • 3:00 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

pekerja. Sistem ini memastikan semua lapisan masyarakat yang juga dimanfaatkan menanggung kos yang membebankan.

Di negara jiran kita Thailand, sistem universal coverage scheme (UCS) berjaya mengurangkan bebanan kos kesihatan bagi rakyat miskin serta memperbaiki akses rawatan. Kejayaan ini menunjukkan bahawa insurans kesihatan nasional boleh mengurangkan jurang kesihatan dan mengelakkan kes-kes di mana rakyat mengabaikan kesihatan mereka dengan kos yang tinggi.

Saya ingin juga mengakhiri ucapan saya. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mengangkat isu-isu yang sangat penting kepada rakyat Segamat khususnya dan semua rakyat Malaysia. Segala yang saya telah bangkitkan adalah suara rakyat Segamat dan juga seluruh rakyat Malaysia mahukan pembangunan yang inklusif dan seimbang.

Belanjawan 2025 ini harus menjadi penyuluh harapan dan menjawab keperluan asas rakyat dan memastikan kesejahteraan rakyat semua. Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen demi kemakmuran dan kesejahteraan setiap rakyat Malaysia.

Dengan ini, saya mengakhiri ucapan saya dengan harapan yang lebih besar dan doa ikhlas bahawa belanjawan kali ini akan manfaatkan warga Malaysia secara keseluruhan. Segamat mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Satu perbahasan yang baik, Yang Berhormat Segamat. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Kuching.

draft • 3:00 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin berterima kasih kerana diberikan peluang untuk menyertai perbahasan Belanjawan 2025 ini. Saya ingin memulakan perbahasan saya dengan menyentuh sesuatu kenyataan yang telah dibuat oleh Ahli Parlimen Besut pada minggu lalu berkenaan pembunuhan seekor anjing bernama Kopi yang dikatakan perlu kerana ia memberikan kesan negatif seperti mengacau dan mengganggu di kawasan sekitar dan ancaman penyakit rabies.

Saya masih ingat pada masa itu beliau menyatakan kenyataan tersebut. Saya telah bangun untuk cuba membetulkan kenyataan tersebut tetapi tiada kesempatan.

Maka, sekarang saya minta izin untuk memberikan fakta kajian yang sedia ada dan juga undang-undang sedia ada untuk isu ini. Percayalah kami di Sarawak sudah

draft • 3:05 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

bertahun-tahun menghadapi wabak rabies. Kami ada sedikit pengalaman dan juga pengetahuan dalam hal ini.

Pertama sekali, apakah undang-undang yang kita sedia ada? Di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015, menyediakan tiga peruntukan utama mengenai kekejaman haiwan. Seksyen 29, seksyen ini melarang kekejaman terhadap haiwan menggariskan tindakan yang dianggap kejam termasuk menyebabkan penderitaan atau kemudaratan yang tidak perlu. Seksyen 30, melarang membunuh haiwan dengan menggunakan cara yang kejam dengan memperincikan bahawa sebarang perbuatan membunuh mestilah berperikemanusiaan. Bukan menembak mati seperti dalam kes ini. Juga, seksyen 31 memperuntukkan denda sebanyak RM100,000 atau dipenjarakan sehingga tiga tahun ataupun kedua-duanya sekali.

Jadi bagi saya, ini adalah tanggungjawab bersama untuk kita merealisasikan peruntukan undang-undang ini. Sebagai seorang penggubal undang-undang, kita haruslah peka dan menawarkan kaedah yang lebih berperikemanusiaan dan lebih penting yang lebih efektif untuk menangani isu ini. Apakah kaedah tersebut?

Pelbagai kajian, pengalaman dari negara lain termasuklah laporan World and Peace Association, laporan kajian Zoonoses and Public Health, saranan WHO, World Organization for Animal Health (WOAH) dan Food Agriculture Organization (FAO).

Kaedah yang paling efektif dan berperikemanusiaan adalah TNVR ataupun dengan izin Trap-Neuter-Vaccinate and Return. Ia membolehkan haiwan menjalankan kehidupan mereka tanpa menyumbang kepada pembiakan yang berlebihan di sesuatu kawasan. TNVR juga menyediakan faedah kesihatan di mana apabila kita mengembirikan haiwan tersebut, ia boleh membawa kepada kesihatan lebih baik, mengurangkan risiko penyakit dan juga kecenderungan tertentu yang berkaitan dengan perayau ataupun pergaduhan antara anjing liar.

Saya berikan beberapa kejayaan TNVR. Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah mengembiri 6,000 lebih anjing liar sejak dilaksanakan dan ia telah mengekang pertambahan anjing liar tersebut. Selangor, kerajaan tempatan telah mengembirikan sekitar 2,000 ekor anjing liar. Kuala Lumpur, 1,500 pada tahun 2022. Malah, satu contoh lain di luar negara di Forest City, California di mana 175 kucing pada awalnya telah – Sorry, jumlah kucing liar di kawasan tersebut telah menurun sebanyak 99.4 peratus apabila mereka melakukan program TNVR.

Jadi, apakah langkah kita selepas kes Kopi ini? Saya menyeru agar badan- badan kerajaan seperti pihak berkuasa majlis haruslah dilatih dengan kaedah TNVR ini. Saya harap kerajaan KPKT juga akan memperuntukkan beberapa dana untuk inisiatif TNVR ini kepada setiap negeri. Majlis tempatan juga haruslah bekerjasama

draft • 3:05 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

dengan NGO untuk menggunakan kepakaran dan juga rangkaian sukarelawan yang mereka ada untuk mempromosikan kaedah yang baik supaya ada amalan dan juga standard antarabangsa untuk menguruskan populasi anjing liar di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik hasrat dan juga arahan Perdana Menteri yang bukan hanya telah mengarahkan Khazanah untuk melakukan audit dalaman bagi menyiasat kerugian pelaburan dalam FashionValet tetapi juga mengarahkan Jabatan Audit Negara untuk melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat berkaitan kerajaan GLC. Ini satu isu yang sangat penting. Bukan sahaja kerana melibatkan kerugian wang rakyat yang banyak tetapi menyentuh tentang perkara yang lebih penting ataupun dengan izin, the elephant in the room iaitu tatakelola dan akauntabiliti dalam pengurusan GLC dan GLIC ini.

draft • 3:05 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Untung rugi memang bukannya parameter tunggal dalam sesebuah pelaburan. Untuk rekod, contohnya syarikat Grab pada mulanya juga ada mengalami kerugian sebelum mereka dapat pelaburan, sebelum listing mereka juga. Tetapi ada value, ada potensi dalam syarikat tersebut. Jadi apa isu yang kita harus lihat dan fokus kepada isu ini ada dua perkara.

Nombor satu, bagaimana FashionValet ini boleh mendapat investment ataupun pelaburan daripada GLC kita, walhal syarikat-syarikat lain contohnya Grab tidak dapat bantuan yang diperlukan. Sekarang Grab, unicorn di Singapore dengan izin, is a miss of opportunity.

Syarikat FashionValet ini mendapat suntikan bukan hanya RM1 juta, RM2 juta tapi lebih RM40 juta. Soalannya bagaimana jumlah ini ditentukan? Apakah proses penentuan kuantum yang diberikan? Alasan yang saya baca untuk pelaburan ini adalah untuk memperkasakan business bumiputera. Ini saya sokong sepenuhnya tapi jumlah dana tersebut jika ia digunakan dengan baik, boleh memperkasakan beratus-ratus business bumiputera dan bukan bumiputera yang lain.

Berapa ramai start up orang muda kena keluar ke negara untuk dapat funding kerana dalam negara mereka bagaikan pengemis. Apakah proses pemilihan supaya semua rakyat Malaysia menikmati suntikan sahaja, bukan orang yang ada kabel atau ada geng-geng elit negara sahaja.

Isu kedua, macam mana GLIC atau GLC ini membuat satu pelaburan rugi berjuta-juta untuk banyak tahun tapi tak ada proses pemantauan, akauntabiliti atau safeguard walaupun dah lama rugi. Kalau saya seorang investor, saya melabur satu jumlah yang besar, takkan saya tidak memantau pelaburan saya dan biar rugi bertahun-tahun begitu sahaja. Jadi, apakah safeguards dengan izin, yang

draft • 3:10 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

sepatutnya ada dalam pelaburan tersebut supaya untung rugi pelaburan dapat dikawal malah kita dapat memantau, memberikan nasihat kepada mereka yang pelaburan itu sudah diberikan. Takkan kita bagi RM40 juta dan biar mereka buat suka hati?

Jadi, seperti saya kata tadi untung rugi itu sebahagian dari pelaburan tetapi ia boleh dikawal. Pembaziran ini dapat dielakkan kerana duit dan pelaburan tersebut sebenarnya yang dibazirkan tersebut boleh digunakan untuk business yang lain. Kita tak nak menghabiskan atau merebut peluang orang lain untuk mendapat suntikan tersebut.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, some heads must roll, perlu ada akauntabiliti dalam hal ini. Sebenarnya saham telah dijual pada 2023, kenapa sampai sekarang kita tak mendengar sebarang tindakan yang diambil? Kalau kita lihat di Singapore, Temasek ada juga kerugian dan disebabkan ada akauntabiliti, ada orang yang terpaksa meletak jawatan.

Tuan Yang di-Pertua, pengumuman kerajaan mengenai program rasionalisasi untuk badan berkanun dan GLC adalah satu perkara yang penting. We have to reform our GLC and GLIC. Isu ini sangat tepat pada masanya. Sebenarnya bukan baru. Sejak RMKe-11, kita dah bincang isu ini. Jadi persoalan yang paling penting sekarang kita tidak mahu hanya satu rancangan ataupun percakapan yang cantik di atas kertas tetapi dihalang atas pelaksanaan yang lemah. Oleh itu, ada beberapa isu yang kita kena tangani dalam reformasi GLC.

Nombor satu, kita haruslah belajar dari pengalaman yang lalu. Mengambil pengajaran daripada latihan rasionalisasi sebelumnya dalam dan di luar negara.

Kedua, kita perlukan pasukan yang cekap dan pelbagai. Kejayaan usaha rasionalisasi bergantung kepada mengumpulkan pasukan yang ada diverse, yang mempunyai kelayakan dan kepakaran yang kukuh dan utuh.

Pendekatan pelbagai disiplin boleh memperkayakan pembuatan keputusan, menggabungkan pelbagai perspektif dan penyelesaian inovatif pada cadangan yang kompleks. Bagi saya agensi seperti TalentCorp memainkan peranan yang penting dalam mengumpulkan pasukan tersebut.

Ketiga, kita harus memanfaatkan analisa data besar. Menggabungkan analisa data besar ke dalam perancangan tenaga kerja adalah penting dalam landskap tersebut. Empat, transformasi yang mampan, kemapanan adalah penting dalam proses transformasi. Kelima, penyelesaian juga harus menyasarkan penjimatan kos operasi yang ketara.

draft • 3:10 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Kita harus menambah baik pengalaman pelanggan mesti menjadi keutamaan. Kita harus menyampaikan perkhidmatan yang lebih pantas, lebih cekap kepada rakyat, pelabur, pengusaha mikro, kecil dan sederhana. Kalau kita dapat lakukan dengan baik, kita dapat meningkatkan sumbangan PKS kepada Keluaran Dalam Negara Kasar daripada 39 peratus hingga 41 peratus seperti yang disasarkan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas.

Kesimpulannya, rasionalisasi badan berkanun dan GLC di Malaysia sebenarnya adalah memberikan peluang berharga untuk kita meningkatkan kecekapan, akauntabiliti dan juga penyampaian perkhidmatan dalam sektor awam.

Jadi saya bercadang dalam isu berkepentingan tinggi ini, sepatutnya ada penglibatan lebih banyak Ahli Parlimen.

Di sini saya berharap semua pelaburan berkepentingan ataupun penyata kewangan di setiap GLC, GLIC dapat dibentangkan di Parlimen, terutamanya di Jawatankuasa Khas Parlimen Kewangan. Jika mungkin kita wujudkan satu Jawatankuasa Khas Parlimen untuk reformasi GLC dan GLIC ini untuk mendapatkan input daripada Ahli Parlimen dwipartisan yang berpengalaman dalam hal ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya akan habiskan dalam isu ini. Persediaan untuk Malaysia menjadi negara menua atau dengan izin super-aged country. Nombor satu, kita ada satu krisis populasi menua. Malaysia diramalkan menjadi negara super-aged dalam masa 30 tahun yang akan datang. Dalam perbahasan sebelum ini, saya telah tekankan tentang kos kesihatan yang tinggi. Pada hari ini saya ingin membawa satu aspek yang lain.

Menjelang 2040, 33 peratus daripada pekerjaan akan berada dalam sektor tidak formal menyebabkan ramai pekerja tanpa jaminan pendapatan di hari tua nanti.

Pada masa kini, 51 peratus pencarum KWSP di bawah umur 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000. Bermakna hanya RM40 sebulan dalam tempoh 20 tahun. Statistik yang membimbangkan ini menunjukkan risiko kemiskinan yang meluas di kalangan pesara jika tiada reformasi digubalkan dan dilakukan.

Kesan sosial dan ekonomi jika tiada tindakan. Jika Malaysia gagal menangani simpanan persaraan yang tidak mencukupi dan kekurangan perlindungan pencen, negara akan menghadapi cabaran sosial dan ekonomi yang ketara. Populasi warga emas yang semakin meningkat tanpa pendapatan yang mencukupi akan membawa kepada peningkatan kadar kemiskinan. Kos penjagaan kesihatan dan ketidaksamaan sosial.

Selain itu, beban penjagaan mungkin akan beralih kepada generasi muda memburukkan lagi tekanan kewangan kepada seisi keluarga. Jadi keperluan sistem

draft • 3:10 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

insurans sosial komprehensif, banyak negara kita telah beralih daripada sistem Kumpulan Wang Simpanan kepada skim pencen yang komprehensif untuk menjamin persaraan yang stabil. Saya rasa Malaysia mesti mempertimbangkan peralihan ini untuk memastikan kestabilan sosial dan ekonomi bagi penduduk yang menua.

Kita kena mewujudkan sistem insurans sosial seperti yang dikatakan oleh Segamat tadi, telah bahas sebelum ini, akan menjamin pendapatan persaraan tapi juga menurunkan kebergantungan kepada sistem sokongan yang tidak formal yang mungkin tidak mampan apabila populasi meningkat.

Oleh itu Yang di-Pertua, saya bercadang agar kita memperluaskan skim PERKESO contohnya SKSSR untuk melindungi pekerja yang penjagaan tanpa gaji.

Kenapa ia penting? Nombor satu, pengiktirafan pekerjaan penjagaan tanpa gaji seperti penjagaan kanak-kanak, warga emas atau ahli keluarga yang kurang upaya sering kali tidak diiktiraf walaupun peranannya yang kritikal dalam menyokong sebuah keluarga dan komuniti.

Kalau kita memperluaskan SKSSR untuk merangkumi pekerjaan ini dan menawarkan perlindungan sosial yang amat diperlukan oleh setiap individu terutamanya kaum wanita, yang menyediakan penjagaan penting tanpa gaji, kita dapat menjaga mereka, memastikan bahawa golongan ini tidak diabaikan, tidak dipinggirkan dan mereka dijaga apabila kaum ini menua.

Kerana tanpa perlindungan sosial mereka terdedah kepada kemiskinan terutamanya seperti saya katakan tadi, pada usia tua. Jika pekerjaan ini kekal tidak dilindungi, beban kewangan kepada keluarga dan masyarakat akan meningkat kerana bergelut untuk menyokong mereka tidak mempunyai simpanan persaraan atau pekerjaan.

draft • 3:10 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Bandar Kuching.

draft • 3:10 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Ya.

draft • 3:10 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Mohon pandangan sikit.

draft • 3:10 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Saya tidak ada masa tapi saya bagi 10 saat.

draft • 3:10 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Timbalan Speaker. Bolehkah? Terima kasih.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Kluang.

draft • 3:10 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Jadi saya tertarik dengan cadangan Bandar Kuching tadi. Saya ingin tambah sikit. Mohon pandangan Bandar Kuching.

Memandangkan SKSSR, skim ini memang popular di luar sana, ramai rakyat yang kerja sendiri memang berminat untuk subscribe untuk jadi pencarum. Ramai yang

draft • 3:10 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

bekerja di Singapura juga mereka juga berminat mencarum dalam skim SKSSR ini kerana apabila mereka ulang-alik antara Singapura dan Johor Bahru, kalau berlaku kemalangan di Singapura tak ada masalah.

draft • 3:10 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Di sana ada insurans untuk cover mereka semua tetapi apabila mereka ulang-alik tiap-tiap hari, berlakulah kemalangan di Johor. Itu berlaku masalah dan langsung tak ada insurans yang cover untuk mereka dan langsung tak ada apa-apa benda selain kalau mereka ada insurans private. Itu yang biasanya jadi masalah, keluarga terus berdepan dengan isu kewangan dan pelbagai isulah. Jadi, mohon pandangan Bandar Kuching, sama ada kita perlu ada satu skim atau memperluaskan Skim SKSSR untuk memberi perlindungan kepada pekerja warga Malaysia yang kerja di Singapura yang ulangi tiap-tiap hari antara dua negara.

draft • 3:20 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Okey, terima kasih. Saya sangat setuju dan saya ingin izinkan untuk masukkan dalam ucapan saya. Saya akan akhiri dengan cadangan terakhir. Memang kita lihat faedah jangka panjang memperluaskan SKSSR ini. Kita memberikan perlindungan sosial kepada pekerja jagaan tanpa gaji. Kita bukan sahaja dapat meningkatkan kesejahteraan golongan terbabit bahkan meningkatkan perpaduan sosial dan produktiviti ekonomi.

Kita memastikan pekerjaan ini dilindungi untuk mengurangkan jurang ketidaksamaan jantina, mengurangkan kebergantungan kepada sokongan kewangan keluarga dan juga menyumbang kepada kestabilan kewangan yang lebih besar dalam jangka masa yang panjang.

Risiko jika tidak bertindak tanpa memperluaskan SKSSR. Kita berisiko mengekalkan ketidakadilan antara jantina dan meninggalkan berjuta-juta pekerja ini tanpa jaringan keselamatan. Oleh itu Yang di-Pertua, saya menyeru agar KESUMA diberikan peranan yang lebih penting untuk menyediakan anjakan demografi ini untuk membangunkan dasar yang menggalakkan simpanan dan keselamatan sosial yang mencukupi untuk penduduk kita yang semakin menua. Ini adalah suatu berdasarkan amalan antarabangsa juga dan kita tidak mahu ketinggalan sebagai negara Malaysia yang tercinta ini.

Jadi, saya ingin mengakhiri perbahasan saya dengan menyokong belanjawan ini dan satu rangkap pantun dengan izin. Nantilah, kedua you punya.

Belanjawan di umum penuh berhikmah, Bantuan diberi segenap lapisan, Harapan rakyat kian cerah, Masa depan gemilang jadi impian. Dengan itu, sekian terima kasih.

[Tepuk]

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Kuching, saya hendak tumpang you punya ucapan. Boleh?

draft • 3:20 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Silakan.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, ValetFashion atau pun FashionValet?

draft • 3:20 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

FashionValet.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Okey.

FashionValet menerima pelaburan dari Khazanah hampir RM40 juta lebih right?

draft • 3:20 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Ya, betul.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Boleh tidak melalui Yang Berhormat, kita tanya Menteri ada tak kelulusan daripada MoF diperolehi oleh GLC atau GLIC ini? Satu. Lepas itu, semasa FashionValet ini ada menjual sahamnya, adakah mendapat clearance daripada pihak yang MoF ataupun Khazanah? Boleh saya tumpang?

draft • 3:20 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Oh. Memang sangat bagus.

Saya izinkan untuk masukkan dalam ucapan saya.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih.

draft • 3:20 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Dengan itu, sekian terima kasih.

[Tepuk]

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Because public money. RM40 juta lebih spent. Minta maaflah, I was an investigator those days.

Benda-benda ini dalam kepala otak saya tak boleh compute-lah okey dari aspek tatakelola. Alright, berikutnya saya mempersila Yang Berhormat Jeli.

draft • 3:20 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas peluang dan masa yang diperuntukkan kepada Jeli untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Belanjawan Madani 2025. Terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun, Menteri Kewangan di atas pembentangan Belanjawan Madani 2025 ini dilihat sarat membantu golongan rakyat terbanyak dan belanjawan ini menggambarkan komitmen kerajaan di dalam memastikan pembangunan yang inklusif dan mampan.

Tiada projek mega diumumkan malah ia lebih menunjukkan kepada keprihatinan terhadap kesejahteraan rakyat terbanyak. Kerajaan Madani berani membuat langkah yang tidak popular dalam tempoh dua tahun pentadbiran ini

draft • 3:23 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

dengan melaksanakan penyasaran subsidi ayam dan diesel, dua produk yang menjadi kegunaan harian rakyat terbanyak. Kini ditambah lagi dengan pengumuman pelaksanaan penyasaran subsidi RON95 pada pertengahan tahun depan.

Ini sudah tentu menggusarkan rakyat marhaen. Pelbagai reaksi awam dan pelbagai teori muncul tentang kaedah pelaksanaan penyasaran subsidi tersebut.

Kerajaan harus mengotakan janji agar 85 peratus rakyat terbanyak tidak terbeban dengan pelaksanaan penyasaran subsidi RON95 ini kerana RON95 adalah kegunaan harian rakyat. Sekiranya mekanisme pelaksanaan tidak efisien, apa salahnya pelaksanaan ini ditangguhkan seketika sehingga satu mekanisme yang benar-benar efisien ditemui agar rakyat tidak begitu terbeban dengan pelaksanaan ini.

Tuan Yang di-Pertua, melihat kepada keprihatinan kerajaan memberi kehidupan yang lebih selesa dan terjamin bagi menangani kos sara hidup yang mengikat kerajaan telah mengumumkan kenaikan gaji minimum kepada RM1,700 ketimbang RM1,500 sebelumnya. Berkuat kuasa 1 Februari 2025 dan penangguhan kuat kuasa kepada majikan yang mempunyai pekerja kurang daripada lima orang bagi tempoh enam bulan berkuat kuasa pada 1 Ogos tahun hadapan adalah satu tindakan yang wajar.

Jika dilihat kepada kenaikan gaji minimum ini menampakkan dampak yang lebih baik kepada pengurangan kadar pengangguran dengan kerajaan boleh mengurangkan jumlah kemasukan pekerja asing dalam pelbagai industri dengan memberi peluang kepada rakyat sendiri. Pelaksanaan gaji minimum tidak menjadi isu kepada syarikat multinasional, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan syarikat-syarikat yang lain yang besar. Tetapi ianya memberi kesan dan memberi cabaran yang getir kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana.

Tuan Yang di-Pertua, antara kesan bagi syarikat pemula mahupun usahawan kecil ialah kenaikan kos operasi yang ianya sudah tentu amat membebankan syarikat kecil yang mendapat margin keuntungan yang rendah. Secara tidak langsung akan menyebabkan harga produk atau perkhidmatan yang disediakan akan pasti meningkat secara mendadak. Ataupun bagi sesetengah PMKS yang tidak mampu bertahan akan mengambil langkah dengan mengurangkan tenaga kerja.

Di dalam situasi yang sebegini, Jeli ingin melontarkan persoalan. Apakah tindakan ataupun bantuan daripada kerajaan terhadap syarikat-syarikat pemula ini untuk mengimbangi kos operasi dan perkhidmatan tanpa mengorbankan pertumbuhan peniagaan mereka dengan mengurangkan tenaga pekerja? Adakah kerajaan bersedia memberi sokongan dalam bentuk subsidi, inisiatif cukai, bantuan

draft • 3:23 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

pembiayaan atau seumpamanya agar syarikat berkenaan dapat bertahan dan terus berkembang dalam persekitaran ekonomi yang serba mencabar ini?

Tuan Yang di-Pertua, Jeli amat berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi peruntukan yang besar kepada Kementerian Kerja Raya ketimbang tahun ini iaitu sebanyak RM10.35 bilion kenaikan sebanyak sembilan peratus. Ini menunjukkan kerajaan punya komitmen yang tinggi untuk meningkatkan kualiti infrastruktur negara. Infrastruktur yang baik dan berkualiti akan membuka peluang ekonomi yang lebih besar terutamanya kepada kontraktor kecil bumiputera.

Jeli ingin menyampaikan hasrat rakyat Kelantan agar projek infrastruktur yang masih belum dilaksanakan atau yang belum siap dapat disiapkan segera.

Sambungan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 yang menghubungkan Pahang, Terengganu ke Kelantan diharap dapat dimulai secara segera pembinaannya agar sehingga kini ianya hanya berakhir di Terengganu sahaja. Ada yang berkat LPT itu Lebuhraya Pantai Timur bukan Lebuhraya Pantai Timur tetapi Lebuhraya Pahang- Terengganu kerana ia tidak pernah sampai pun ke Kelantan. Demikian juga Lebuhraya Central Spine (CSR) yang dinilai agak perlahan pembinaannya di jajaran negeri Kelantan.

Tuan Yang di-Pertua, kita telah merdeka selama 67 tahun namun Kelantan ialah negeri yang belum dihubungkan dengan akses lebuh raya. Jeli juga memohon agar kerajaan dapat memberi pertimbangan serius atau dengan kata lain memberi keutamaan dalam mempertimbangkan lebuh raya yang baru dengan membina lebuh raya empat lorong dari Pasir Puteh ke Jeli yang terus menghubungkan ke Pekan Gerik yang merupakan sebahagian daripada jalan raya Timur-Barat.

Semenjak jajaran Pasir Puteh-Jeli ini siap sekitar tahun 1986, ianya tidak pernah dinaik taraf seperti yang sepatutnya sedangkan inilah laluan yang utama dari Pantai Barat menuju ke Kelantan. Jeli juga ingin menyuarakan agar kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya menaik taraf jalan raya Jeli ke Sungai Sam, di mana laluan ini sentiasa dinaiki air di musim banjir. Ia menyebabkan terputus laluan Jeli dan juga Gua Musang.

Tuan Yang di-Pertua, keterjaminan makanan diberi perhatian serius oleh kerajaan dengan peruntukan lebih daripada RM784 juta untuk projek penanam padi lima musim. Berdasarkan definisi konsep yang diberikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka 2014, keterjaminan makanan ataupun food security terdiri daripada tiga teras konsep yang utama iaitu kebolehdapatan atau ketersediaan makanan, capaian makanan dan penggunaan makanan.

draft • 3:23 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Secara asasnya, food security boleh ditafsirkan sebagai satu situasi apabila setiap individu pada sepanjang masa memiliki akses ekonomi dan fizikal ke atas makanan yang cukup, selamat dan berkhasiat yang memenuhi keperluan dan cita rasa pemakanan untuk hidup yang aktif dan sihat sepanjang masa. Negara kita juga ada Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021/2025 dan Dasar Agromakanan Negara 2021/2030.

Realitinya, sudah setahun negara kita menghadapi masalah kekurangan beras tempatan dalam pasaran terbuka. Yang magisnya, beras tempatan ini sentiasa muncul semasa jualan Agro MADANI dan jualan RAHMAH. Penghasilan beras tempatan yang ketika ini pada kadar 62 hingga 63 peratus harus segera ditingkatkan supaya isu kekurangan beras tempatan di pasaran tempatan tidak terus menjadi modal politik menyerang kerajaan dalam tahun yang mendatang. Kementerian berkaitan diminta menyatakan jangkaan masa bekalan beras tempatan kembali pulih di pasaran terbuka.

Tuan Yang di-Pertua, dengan tekad dan komitmen yang berterusan Yang Amat Berhormat Tambun melalui Kementerian Pendidikan Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM64 bilion diharap terus berusaha untuk membaik pulih dan meningkatkan kualiti sekolah di Malaysia, tidak kira di bandar mahupun di luar bandar. Jeli juga bersetuju dengan penekanan ini, Yang Amat Berhormat Tambun, bahawa pentingnya menyediakan persekitaran yang selamat, terurus dan bermakna untuk anak-anak menimba ilmu.

Di sini Jeli ingin memohon kerajaan melalui KPM menyegerakan permohonan baik pulih penyelenggaraan sekolah di Jeli iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Long.

Bangunan kantin yang kecil dan usang, bilik prasekolah yang hanya menumpang PIBG, keadaan persekitaran yang tidak selamat kerana terlalu dekat dengan sungai.

Benteng sungai yang begitu dekat yang akan menyebabkan runtuh jika berlaku runtuhan.

Maka sebab itu, kita pohon supaya KPM dapat melihat perkara ini supaya dapat dibantu dengan segera dan besarlah harapan bagi Jeli serta guru-guru, anak- anak sekolah untuk belajar di ruang selesa dengan KPM menyegerakan penyelenggaraan dan baik pulih demi keselamatan anak-anak supaya mereka lebih terjamin dan selamat.

Jeli juga ingin mencadangkan kepada KPM, bagi pembinaan satu sekolah baru di Jeli, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Jeli, yang sudah tapaknya sudah tersedia 6.4143 hektar. Dan cadangan ini adalah untuk menampung bagi

draft • 3:30 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

pertambahan permintaan Sekolah Agama Wataniah Machang, Melur, Falahiah Lati, Naim Lil-Banat dan sebagainya yang akan meningkat pada tahun-tahun yang mendatang.

Sehubungan dengan itu Tuan Yang di-Pertua, Jeli ingin membangkitkan setiap kali kita, musim pelajar-pelajar untuk masuk ke pusat pengajian tinggi IPT ataupun IPTA, terpampang di akhbar, di media sosial beberapa pelajar mengatakan tidak dapat melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi atas kerana miskin ataupun tidak mampu untuk menanggung sara hidup semasa berada di universiti.

Ini berlaku di kawasan Jeli, di mana dua orang pelajar Nur Fatihah binti Mohamad yang mendapat tawaran Ijazah Sarjana Muda Geografi di Universiti Malaya, Nik Nur Ain Balkis binti Mohamad Nasiruddin yang mendapat tawaran Ijazah Sarjana Muda Perubatan UKM, keluar dalam sosial media kedua-dua pelajar ini tidak mampu dan menolak tawaran kerana mereka tidak ada kewangan untuk belajar ke universiti.

Tetapi alhamdulillah berkat daripada kita mengatakan crowdfunding, maka keduanya telah berjaya masuk belajar ke universiti berkenaan. Dan Jeli mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan satu tabung khas pendidikan tinggi yang bukan seperti PTPTN, yang bukan merupakan satu bentuk pinjaman pelajar tapi lebih kepada bantuan one-off, kepada pelajar berkenaan dengan satu jumlah ringgit yang membolehkan pelajar mendaftar masuk universiti dan diterima sebagai pelajar, dijamin dengan kemudahan tempat tinggal, mendapat keperluan asas, buku teks, lap-top, tuisyen fees untuk semester pertama.

Bantuan ini, bukan hanya berdasarkan kepada laporan ataupun pendedahan sosial media sahaja, tetapi mesti juga berdasarkan kepada ketulenan laporan daripada sumber-sumber di akar umbi, umpamanya melalui ketua kampung ataupun penghulu ataupun daripada sekolah asal mereka belajar. Ini dapat membantu mereka supaya dapat belajar dengan baik dan meneruskan pelajaran walaupun mereka menghadapi kekangan kewangan.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, sejak kebelakangan ini banyak konflik di antara manusia dan hidupan liar. Di antaranya tragedi hidupan liar dilanggar kenderaan, ceroboh kawasan kampung, musnahkan tanaman dan lebih parah lagi ada penduduk yang maut dalam konflik ini. Baru-baru ini di Jeli, lebih tepatnya Lebuh Raya Timur-Barat, Grik, Jeli telah dikejutkan dengan insiden serangan harimau belang terhadap seorang rakyat tempatan dan seorang lelaki warga Myanmar yang menyebabkan keduanya maut di atas serangan tersebut.

draft • 3:30 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Kosmo pada 21 Oktober 2024, melaporkan “Penduduk Berkurung Takut Harimau di Jeli”. Ribuan penduduk dan peniaga di kampung Lawar, hidup dalam ketakutan meskipun harimau yang membaham dua mangsa sudah masuk perangkap. Tuan Yang di-Pertua, kemunculan haiwan ini pasti berkait rapat dengan ekosistem alam yang tidak stabil apabila banyak pembukaan dan penerokaan hutan berskala besar di sesuatu tempat.

Walaupun Belanjawan 2025 kekal komited dalam melindungi khazanah alam, dengan dana ecological fiscal transfer ditingkatkan pada RM250 juta ketimbang RM200 juta sebelumnya, bagi menyokong usaha ini, namun begitu, penerokaan dan pembukaan penempatan baru seperti ladang, kebun, pembalakan, perlombongan yang masih lagi tidak terkawal pasti akan mengakibatkan kesan buruk seperti banjir, tanah runtuh dan lebih parah haiwan liar akan kehilangan habitat sehingga boleh menyebabkan konflik berlarutan.

Jeli ingin mencadangkan kepada kerajaan melalui Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, menyediakan tanda-tanda amaran ataupun pemasangan lampu di kawasan yang kerap dilalui binatang liar supaya orang awam ataupun pemandu lebih berhati-hati di kawasan berkenaan.

Selain daripada itu, pemantauan yang kerap dan ketat perlu bagi kawasan yang ingin membuka penempatan, pembangunan pembukaan kawasan pertanian, kekerapan laluan keluar masuk hutan, perlu juga pemantauan dan kawalan pihak- pihak berwajib bagi mengelakkan konflik itu berterusan.

Maka dengan itu, Jeli ingin menyatakan bahawasanya belanjawan ini diharap dapat membantu keseluruhan rakyat dan menepati sasaran apa yang kita inginkan bersama agar kita akan dapat hidup dengan *...

[Tidak jelas] ..* ekonomi yang serba mencabar dan *...

[Tidak jelas] ..* Sekian, Jeli memohon menyokong.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Jeli, berikut saya mempersilakan Ketua Parti, Yang Berhormat Julau 20 minit.

draft • 3:30 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shein - Julau

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan atas pembentangan Belanjawan 2025 yang komprehensif berjumlah RM421 bilion. Secara keseluruhan, belanjawan ini telah diterima baik dan merangkumi aspek-aspek reformasi kerajaan berkaitan

draft • 5:37 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shein - Julau

gaji serta subsidi bersasar yang akan meningkatkan taraf pendapatan rakyat Malaysia tambah peruntukan sumber kerajaan dengan lebih berkesan.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan atas kejayaan membawa Malaysia diterima sebagai salah satu daripada 13 buah negara dalam BRICS baru-baru ini. Blok negara-negara ini merangkumi 23 peratus daripada perdagangan global dan sekitar 40 peratus populasi dunia dengan gabungan KDNK sebanyak USD26.6 trilion. Ini juga berlaku pada masa penting di mana Malaysia baru sahaja mengambil alih peranan sebagai Pengerusi ASEAN. Ini akan membolehkan Malaysia menetapkan hala tuju ASEAN dan diharapkan dapat membuka lebih banyak peluang perdagangan sambil menggalakkan keamanan dan kestabilan di rantau ini, khususnya di Laut China Selatan dan Myanmar.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong keputusan kerajaan untuk menaikkan gaji minimum kepada RM1,700 yang akan memberi manfaat bersama kepada golongan berpendapatan rendah, terutamanya ketika kos sara hidup terus meningkat. Saya percaya, ini adalah langkah progresif dalam menangani kemiskinan. Namun, sektor-sektor tertentu terutamanya dalam pembuatan, perladangan dan perkhidmatan terjejas secara negatif.

draft • 5:37 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shein - Julau

Saya berharap kerajaan dapat melancarkan insentif dengan cepat untuk merendahkan kesan atas perniagaan ini terutama kerana banyak syarikat masih berada dalam fasa pemulihan pasca COVID-19. Ini ditambah pula dengan peningkatan kos dari pengangkutan dan input akibat peperangan yang berterusan di Timur Tengah dan Ukraine.

Dato’ Yang di-Pertua, beralih ke sektor pertanian. Minyak sawit kekal sebagai komoditi utama Malaysia, namun kebergantungan yang terlalu tinggi pada satu tanaman sahaja mendedahkan kita kepada risiko perubahan pasaran dan mengabaikan potensi tanaman lain di dalam sektor pertanian.

Sebagai contoh, penanaman padi, hasil padi Malaysia adalah jauh lebih rendah berbanding negara jiran walaupun terdapat sedikit peningkatan. Sebagai contoh, pada tahun 2020, Malaysia, Laos dan Filipina mencatatkan hasil yang hampir sama iaitu 3.06 tan per hektar. Menjelang tahun 2022, hasil padi Malaysia hanya meningkat kepada 3.7 tan per hektar berbanding 4.39 tan per hektar untuk Laos dan 4.11 tan per hektar untuk Filipina. Malah, kita juga jauh ketinggalan jika berbanding dengan Indonesia yang merangkul hasil 40 peratus lebih tinggi dan China yang hasil 90 peratus lebih tinggi daripada Malaysia.

draft • 3:40 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shein - Julau

Hal ini harusnya menjadi perhatian utama bagi Malaysia dan saya percaya bahawa selain memperkenalkan teknologi moden dan varieti padi baru, negara kita perlu mengurangkan kebergantungan kepada pekebun kecil dan memperkenalkan pengeluaran berskala komersial oleh syarikat-syarikat besar seperti yang dilihat dalam industri kelapa sawit dengan syarikat-syarikat seperti Sime Darby, FGV dan KLK sebagai contoh.

Untuk menggalakkan pelaburan, kerajaan perlu memperkenalkan insentif bagi syarikat yang berminat untuk melabur dan bagi memastikan ia berdaya maju kepada mereka, kita perlu menaikkan hasil siling kerajaan bagi padi tempatan. Saya sedar ini adalah langkah yang mungkin tidak berapa popular, tetapi dalam jangka masa yang dekat ia dapat menggalakkan lebih ramai pelabur dan akhirnya mengubah Malaysia daripada negara pengimport bersih kepada pengeksport bersih padi.

Langkah ini boleh menjimatkan kerajaan sebanyak RM2.6 bilion pada tahun 2025. Bagi peruntukan subsidi untuk padi dan juga mengurangkan kebergantungan kepada BERNAS di masa hadapan. Adakah kerajaan bersedia untuk menaikkan harga padi tempatan pada masa terdekat dan apakah kaedah yang sedang diambil untuk menggalakkan lebih ramai pelabur untuk melabur dalam sektor pertanian.

Dato’ Yang di-Pertua, pada suatu ketika lalu, sekitar tahun 60-an dan 70-an Malaysia merupakan pengeluar lada terbesar di dunia. Namun hari ini kita telah jauh ketinggalan di belakang negara Vietnam, Indonesia, India, Brazil dan bahkan China.

Ini juga berpunca daripada kebergantungan yang terlalu tinggi kepada pekebun kecil sedangkan negara lain telah beralih ke arah pertanian komersial.

Di Malaysia pekebun kecil sangat terdedah kepada perubahan harga pasaran. Apabila harga lada jatuh dan kos baja meningkat, ramai meninggalkan tanaman yang telah mereka usahakan selama satu atau dua tahun. Mereka kemudian memilih untuk menanam tanaman lain seperti kelapa sawit yang memerlukan masa bertahunan untuk matang. Apabila harga lada kembali naik, mereka perlu menunggu tiga tahun lagi untuk pokok lada matang dan berbuah sebelum hasilnya boleh dijual. Inilah sebabnya mengapa industri ini sukar berkembang tanpa melibatkan syarikat besar.

Di negara Vietnam mereka menanam lada tanpa mengira harga tinggi atau rendah yang menjadikan mereka mampu mengeksport lapan hingga sembilan kali ganda berbanding dengan Malaysia hari ini. Saya ingin bertanya kepada menteri, adakah terdapat perancangan untuk menarik pelabur bagi melabur dalam penanaman lada berskala besar di Malaysia?

draft • 3:40 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shein - Julau

Adakah kerajaan mencadang untuk menjual Saraspice Sdn Bhd (SSB) anak syarikat MPB? Mengapa kemudahan pemprosesan lada tidak diletak di bawah SSB?

Adakah MPB sudah menubuhkan jabatan penguat kuasanya? Ini adalah kerana semasa saya menjadi Pengerusi MPB, SSB ditubuhkan bagi membolehkan MPB pemilik sayap penguat kuasanya.

Difahamkan juga bahawa SSB akan dijual selepas lima tahun. Kemudahan pemprosesan akan diletakkan di bawah syarikat tersebut. Namun sejak saya meninggalkan MPB, tidak banyak perubahan yang berlaku walaupun MPB telah membelanjakan lebih RM1 juta untuk reka bentuk produk dan promosi. Saya dimaklumkan bahawa SSB tidak meneruskan semua reka bentuk tersebut. Pada pandangan saya, lebih baik jika syarikat ini dijual kepada pihak swasta. The government has no business doing business, dengan izin.

Dato’ Yang di-Pertua, saya telah terlibat dalam beberapa badan berkanun di bawah Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi sejak tahun 2018.

Pernah berkhidmat di Lembaga Lada Malaysia (MPB), Majlis Minyak Sawit Malaysia

(MPOC) dan kini di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB). Saya percaya beberapa pembaharuan dalam kementerian ini adalah tepat pada masanya untuk memperbaiki dan mengembangkan beberapa komoditi yang lebih kecil.

Sebagai contoh, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) telah menghadapi kesukaran bertahun-tahun walaupun mendapat pelaburan yang besar daripada kerajaan. Mungkin langkah terbaik adalah menggabungkan badan berkanun ini dengan MTIB memandangkan kedua-duanya berkaitan dengan industri kayu. Melalui cadangan ini, liputan industri dapat diperluaskan ke seluruh negara dan sumber manusia boleh disusun semula dengan lebih baik untuk memenuhi keperluan industri.

Selain itu, Lembaga Koko Malaysia (LKM) dan Lembaga Lada Malaysia

(MPB) juga wajar dipertimbangkan untuk digabungkan. Kedua-dua komoditi ini telah lama berdepan dengan cabaran penurunan hasil eksport dan sumbangan mereka kepada eksport komoditi Malaysia adalah kecil jika dibandingkan dengan kelapa sawit, getah atau kayu.

Tanaman ini hampir sepenuhnya tertumpu di Malaysia Timur dengan lada di Sarawak dan koko di Sabah. Mungkin dengan penyatuan di bawah satu organisasi, usaha promosi untuk penanaman kedua-dua komoditi di kedua-dua negeri akan lebih dipertingkatkan. Penggabungan program R&D juga akan memperkukuh pembangunan teknologi pengeluaran koko dan lada, sekali gus meningkatkan produktiviti dan kualiti produk.

draft • 3:40 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shein - Julau

Dato’ Yang di-Pertua, Malaysia merupakan pengeksport utama kayu keras tropika dengan produk kita telah dieksport ke 173 buah negara di seluruh dunia. Kini, penggunaan kayu yang semakin meluas sebagai mass timber construction dengan izin di peringkat global khususnya di Eropah, Australia dan juga di negara jiran kita Singapura.

Semasa lawatan saya di Amsterdam baru-baru ini, saya mengunjungi Hotel Jakarta, sebuah hotel enam tingkat yang dibina sepenuhnya daripada kayu. Jika pihak berkuasa pembinaan di sana dapat meluluskan pembangunan sebegini, mengapa pihak Bomba di Malaysia di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak dapat menerimanya.

draft • 3:40 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shein - Julau

Adakah kementerian akan mempertimbangkan dan meminda kedudukan untuk membenarkan pembinaan kayu secara mass timber construction, dengan izin sekiranya ia memenuhi semua langkah keselamatan kebakaran yang diperlukan?

Dato' Yang di-Pertua, beralih kepada isu di kawasan Julau, terdapat keperluan segera untuk menangani bekalan air bersih di beberapa tempat. Meskipun isu ini bukanlah baru, namun kebelakangan ini dengan pertambahan kawasan ladang kelapa sawit, banyak kawasan tadahan air dan sungai telah tercemar oleh bahan kimia yang digunakan dalam ladang-ladang ini. Keadaan ini menyebabkan air menjadi tidak selamat dan bahaya untuk digunakan oleh penduduk serta hidupan liar.

Oleh itu, saya memohon sokongan daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah untuk menyediakan bekalan air bersih di kawasan seperti Jalan Nanga Buku, Jalan Lasi, Jalan Tabai, Jalan Ulu Wak, Jalan Amut Genega dan Jalan Ulu Kota. Di Engkamop Julau, terdapat juga masalah meter air yang dipasang tanpa bekalan air, namun penduduk tetap membayar bil bulanan. Saya menggesa kementerian untuk segera menyiasat dan menyelesaikan isu ini dengan kadar segera.

Seterusnya, isu menangani klinik kesihatan di Julau dan Pakan. Klinik-klinik ini terlalu sesak dengan pesakit dan kekurangan ruang. Klinik yang ada sekarang tidak mampu menampung jumlah penduduk yang semakin meningkat, menyebabkan penduduk terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan asas. Saya menggesa kerajaan supaya menaik taraf klinik-klinik ini atau membina poliklinik yang baharu untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang lebih lengkap dan selesa bagi penduduk luar bandar.

draft • 3:50 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shein - Julau

Selain isu kesihatan, saya juga ingin menekankan kelewatan berterusan dalam beberapa projek sekolah di Julau yang masih belum siap. Sekolah seperti SK Nanga Serau dan SK Nanga Entaih yang diuruskan oleh sebuah syarikat bernama Cottage Holdings Sdn. Bhd. terus mengalami kelewatan yang ketara. Walaupun projek-projek ini kini mencapai tahap siap masing-masing 80.36 peratus dan 70.5 peratus, ia telah ditangguhkan selama lebih dua tahun dan telah dilabel sebagai projek sakit. Menurut penduduk tempatan, hampir tiada pekerja di tapak dan bukannya memberikan gambaran positif.

Kementerian Pendidikan Malaysia sepatutnya mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor dan menamatkan kontrak mereka jika gagal menyiapkan projek dalam tempoh masa yang ditetapkan. Dengan kadar kemajuan sekarang, ia adalah optimistik untuk menjangkakan projek-projek ini akan siap pada awal tahun depan.

Berapa lama lagi kementerian akan mengambil masa untuk memutuskan penamatan kontraktor yang gagal? Kegagalan menyiapkan sekolah-sekolah ini akan menjejaskan kualiti pendidikan anak-anak kita dan jika kita mengambil masa yang lama untuk melantik kontraktor baharu, kos juga akan meningkat. Kerajaan dan rakyat sudah cukup bersabar. Sudah tiba masanya untuk mengambil tindakan yang tegas.

Akhir sekali Dato' Yang di-Pertua, di kawasan Julau memerlukan penambahan pemasangan jalan raya. Jalan utama yang merentasi lebih 100 kilometer di kawasan ini adalah sangat bahaya untuk penduduk tempatan yang terpaksa memandu di jalan yang gelap dan berliku. Saya telah menerima banyak aduan daripada penduduk yang menghadapi risiko kemalangan disebabkan ketiadaan lampu jalan raya.

Saya menyeru kerajaan untuk memasang lampu jalan di sepanjang laluan utama ini terutamanya di T-junction, dengan izin. Langkah ini bukan sahaja akan meningkatkan keselamatan jalan raya tetapi juga memberi keyakinan kepada penduduk tempatan untuk memandu pada waktu malam. Saya pun tahu di dalam kawasan saya selama ini, ada ramai orang belia yang menggunakan motosikal tetapi tak buka lampu bila di atas jalan raya. So, ini adalah satu faktor yang sangat berbahaya untuk orang yang memandu kereta di sana. Bolehkah pihak KPKT dan KKDW memberikan komitmen untuk memperuntukkan pemasangan lampu di jalan raya di Parlimen Julau pada tahun 2025?

Saya telah membangkitkan isu ini berkali-kali di dalam Dewan, namun tiada jawapan yang munasabah yang diterima dan sehingga kini, tiada apa-apa perubahan langsung. Saya berharap kerajaan akan mempertimbangkan cadangan-cadangan

draft • 3:50 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shein - Julau

yang telah saya kemukakan agar belanjawan ini dapat memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia sama ada di kawasan bandar mahupun di luar bandar. Saya, Dato' Yang di-Pertua, menyokong belanjawan negara 2025. Sekian, terima kasih.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Julau. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Pilah.

draft • 3:50 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Terima kasih, Timbalan Dato’ Dr.

Speaker di atas ruang diberikan untuk Kuala Pilah bagi membahaskan Belanjawan 2025 ini. Kuala Pilah ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun serta seluruh warga Kementerian Kewangan yang terlibat dalam penyediaan Belanjawan 2025 yang memperuntukkan peruntukan keseluruhan belanjawan terbesar dalam sejarah negara iaitu sebanyak RM421 bilion.

Dengan peruntukan yang amat besar ini, Kuala Pilah berpandangan belanjawan ini mestilah berpaksikan rakyat, dikembalikan kepada rakyat dan ia dirasai oleh rakyat. Belanjawan ini haruslah dipantulkan melalui pelaksanaan dan inisiatif yang berkesan dan berimpak oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, bagi memastikan segala usaha baik ini tidak dipudarkan oleh kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang tinggi.

Timbalan Dato’ Dr. Yang di-Pertua, Kuala Pilah menyambut baik tindakan kerajaan menaikkan gaji penjawat awam melalui pelarasan gaji baharu yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 1.6 juta penjawat awam di Malaysia. Pelarasan gaji baharu ini sudah lama dinanti-nantikan memandangkan kali terakhir kerajaan menyemak paras gaji penjawat awam adalah pada 11 tahun yang lalu. Pelarasan gaji baharu ini dalam pada masa yang sama akan turut menaikkan paras gaji minimum penjawat awam kepada RM2,115 sebulan.

Kuala Pilah juga menyokong usaha baik kerajaan untuk turut menaikkan kadar gaji minimum swasta daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025. Ini membuktikan komitmen kerajaan untuk memastikan pendapatan boleh guna penjawat awam dan pekerja swasta di Malaysia ditingkatkan selaras dengan peningkatan kos sara hidup.

Namun begitu, kita tidak mahu peningkatan kadar upah ini menjadi punca kepada inflasi dan kenaikan harga barang pada tahun hadapan. Peniaga dan

draft • 3:56 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

majikan telah mula menyuarakan keluhan dan menyatakan pendirian mereka untuk menaikkan harga barang jualan dan caj perkhidmatan kerana sudah tidak mampu menanggung kenaikan kos, lebih-lebih lagi apabila kadar gaji minimum ini dinaikkan.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan perbandingan tahun ke tahun bagi Indeks Harga Pengguna. Pada September 2024 telah meningkat kepada 133.2 mata berbanding 130.8 dalam tempoh yang sama tahun lepas dengan kumpulan makanan dan minuman menyumbang 29.8 peratus daripada keseluruhan wajaran IHP, meningkat 1.6 peratus pada September 2024. Ini jelas menunjukkan dakwaan dan kerisauan mengenai kenaikan kos harga barang, terutamanya bagi makanan dan minuman adalah berasas dan benar-benar berlaku.

Kerajaan perlu mewujudkan keseimbangan agar inisiatif untuk meningkatkan kadar upah ini tidak dibayangi oleh kenaikan harga barang. Sekiranya ini berlaku, maka ia menunjukkan ketidakberkesanan belanjawan ini. Oleh itu, usaha menaikkan kadar upah ini perlu disokong dengan dasar dan tindakan kawalan harga yang jelas supaya peniaga tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barang dan caj perkhidmatan secara tidak wajar dengan memindahkan kenaikan kos yang mereka hadapi untuk ditanggung oleh rakyat. Apa yang penting bukanlah berapa jumlah duit yang ada dalam poket rakyat tetapi berapa besar nilai duit itu.

Tuan Timbalan Dr. Yang di-Pertua, menerusi ucapan Yang Amat Berhormat Tambun tempoh hari, kerajaan akan melaksanakan penarikan subsidi bagi kelompok maha kaya T15.

draft • 3:56 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Ini bermakna kelompok yang terdiri daripada 15 peratus rakyat yang berada dalam kedudukan sosioekonomi yang teratas ini perlu membayar petrol pada harga pasaran serta akan dikenakan yuran lebih tinggi di universiti, sekolah asrama penuh dan sekolah sains bermula tahun 2025.

Melabelkan sesetengah kelompok ini sebagai maha kaya harus disertai dan disokong oleh hujah dan pembuktian yang kukuh. Malah, pengelasan kelompok B40, M40, T20 mahupun T15 sepatutnya tidak hanya bergantung kepada taburan pendapatan isi rumah tetapi juga haruslah dibuat dengan mengambil kira pelbagai faktor lain yang mempengaruhi termasuklah saiz isi rumah, lokasi, tanggungan, keperluan asas dan sebagainya. Kerajaan juga wajar melaksanakan pemeriksaan silang atau, dengan izin, cross refer dengan agensi berkaitan seperti LHDN, KWSP dan sebagainya bagi memastikan ketepatan data dan maklumat yang diperolehi.

Kuala Pilah juga menyeru kerajaan untuk mengiktiraf sumbangan golongan T20 terhadap pembangunan dan pemesatan ekonomi negara. Mereka ini adalah

draft • 4:00 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

pembayar cukai dan orang Islam, zakat terbesar. Kutipan cukai individu di LHDN bagi tahun 2022 menunjukkan golongan T20 menyumbang nilai terbesar dengan RM33.68 bilion atau 85 peratus.

Bagi tahun 2023, LHDN telah mengutip sebanyak RM183.3 bilion iaitu melepasi sasaran kutipan yang ditetapkan sekali gus menjadi rekod terbaharu dan tertinggi. Kuala Pilah mohon Kementerian Kewangan untuk kongsikan, daripada keseluruhan kutipan ini, berapakah nilai sumbangan cukai dari golongan T20?

Kerajaan perlu ingat bahawa rakyat T20 juga adalah warganegara yang mempunyai hak-hak dalam kitaran ekonomi yang tidak menentu. Mereka adalah pembayar cukai yang sewajarnya menerima balasan setimpal sama seperti kumpulan B40 dan M40. Golongan ini juga mempunyai perbelanjaan mereka yang tersendiri. Perbidalan Melayu mengatakan, “besar periuk, besarlah keraknya” amat relevan dalam situasi ini.

Yang di-Pertua, penarikan subsidi, pengenaan cukai-cukai tambahan serta tekanan-tekanan dibuat terhadap golongan ini dikhuatiri akan menjadi punca golongan ini menjauhi kerajaan dan dalam pada masa yang sama, melemahkan motivasi rakyat untuk berusaha memajukan diri dan ekonomi mereka memandangkan mereka akan kehilangan lebih banyak manfaat daripada kerajaan sebagai T15 berbanding mereka masih berada dalam kelompok M40.

Tuan Yang di-Pertua, Bandar Diraja Seri Menanti yang terletak dalam kawasan Parlimen Kuala Pilah merupakan sebuah bandar ataupun kawasan yang amat berpotensi untuk menjadi sebuah destinasi pelancongan di Malaysia. Bandar diraja ini mempunyai pelbagai tarikan yang melambangkan adat perpatih dan budaya masyarakat Minangkabau. Tarikan utama di bandar diraja ini adalah Istana Seri Menanti yang diperbuat daripada kayu berlian tanpa menggunakan sebatang paku dan masih tersergam indah meskipun sudah berusia 122 tahun.

Namun begitu, ketiadaan perancangan pembangunan yang jelas sebelum ini menyebabkan Bandar Diraja Seri Menanti ini terlihat agak sedikit terkebelakang jika dibandingkan dengan bandar-bandar diraja yang lain, sekali gus menyukarkan usaha untuk menjadikan bandar diraja ini sebagai sebuah destinasi tarikan pelancong.

Pelan pembangunan Bandar Diraja Seri Menanti ini perlu diberikan pemugaran melalui sebuah pelan perancangan pembangunan dan landskap yang holistik agar usaha untuk menjelmakan Seri Menanti sebagai sebuah bandar diraja dapat direalisasikan.

Kuala Pilah merasakan terdapat keperluan untuk memindahkan sekolah dan klinik kesihatan di sini ke lokasi baharu yang lebih sesuai dan strategik bagi

draft • 4:00 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

menjadikan bandar diraja ini lebih mesra rakyat dan sesuai untuk dikunjungi oleh pelancong.

Oleh itu, pembangunan semula Bandar Diraja Seri Menanti yang seluas 539.50 hektar ini sudah pasti memerlukan peruntukan yang besar dan semestinya tidak akan menjadi kenyataan tanpa bantuan daripada Kerajaan Persekutuan. Pelan pembangunan ini tidak dapat lari daripada keperluan penglibatan Kerajaan Persekutuan dan agensi yang berkaitan seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, Kuala Pilah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan khususnya KPKT kerana telah banyak membantu pembinaan dan pembangunan kemudahan awam di Kuala Pilah. Dalam pembentangan belanjawan yang lalu, Yang Amat Berhormat Tambun telah turut mengumumkan bahawa kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta bagi membaik pulih gerai dan prasarana pasar awam di kawasan PBT di seluruh negara.

Oleh itu, sekali lagi, besar harapan Kuala Pilah agar KPKT dapat meluluskan peruntukan bagi pembinaan baharu Pasar Besar Kuala Pilah yang sudah terlampau lama dan usang. Bangunan lama ini kerap rosak dan menyebabkan ia terpaksa diperbaiki dan diselenggara dengan kerap sehingga memakan kos yang amat tinggi.

Difahamkan peruntukan bagi pembinaan ini merupakan peruntukan dari Kementerian Ekonomi. Oleh yang demikian, Kuala Pilah memohon dan berharap agar Kementerian Ekonomi memberikan keutamaan bagi meluluskan permohonan bagi pembinaan pasar besar baharu ini yang telah lama tertangguh.

Tuan Yang di-Pertua, Program Pembangunan Bakat Muda MARA, dengan izin, MARA Young Talent Program ataupun YTP adalah sebuah inisiatif kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan MARA untuk membantu pelajar cemerlang SPM menyambung pengajian di peringkat persijilan sehingga ke peringkat ijazah pertama di institusi pendidikan tinggi terpilih, sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Untuk pengetahuan, baru-baru ini, seorang pelajar cemerlang di Parlimen Kuala Pilah telah menerima manfaat daripada inisiatif ini. Pelajar cemerlang ini merupakan seorang budak kampung yang tinggal bersama datuknya, namun tidak bercadang melanjutkan pelajaran ke peringkat matrikulasi kerana adanya kekangan kewangan.

Kuala Pilah ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri KKDW dan juga Pengerusi MARA kerana telah memberikan tajaan serta bimbingan

draft • 4:00 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

kepada pelajar ini melalui program YTP ini bagi memastikan nasib dan masa depan anak ini terbela.

Kuala Pilah mencadangkan agar MARA dapat menambah lagi peruntukan bagi program-program sebegini yang boleh membantu lebih ramai anak cemerlang yang dihimpit kemiskinan untuk mendapat peluang bagi meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Timbalan Yang di-Pertua, Belanjawan 2025 turut memperuntukkan dana sebanyak RM1.092 bilion untuk pelaksanaan 70 projek bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat. Oleh itu, Kuala Pilah mohon perhatian kerajaan terutamanya KPKT untuk melaksanakan pembinaan semula Balai Bomba Kuala Pilah yang sudah terlalu lama dan usang serta lokasi sedia ada sudah tidak lagi strategik.

Untuk pengetahuan Tuan, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah telah berusia lebih 50 tahun. Maka, pembinaan balai yang baharu ini di lokasi yang baharu boleh disifatkan sebagai keperluan yang mendesak bagi memastikan keselesaan dan keselamatan anggota yang bertugas di balai tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, pembangunan infrastruktur dan fasiliti awam semakin pesat di Parlimen Kuala Pilah. Di Juasseh, dalam kawasan Parlimen Kuala Pilah dalam DUN Juasseh, terdapat pembangunan projek perumahan bersepadu di tanah seluas 200 hektar yang dibangunkan oleh beberapa pemaju yang akan dilengkapi dengan masjid, hospital swasta, pusat komersial, kelab rekreasi dan taman perumahan.

Oleh itu, Kuala Pilah merasakan terdapat keperluan yang mendesak untuk dibina sebuah balai polis di Juasseh bagi meningkatkan keselamatan kawasan ini di samping memudahkan urusan penduduk sekiranya berlaku sebarang ancaman terhadap keselamatan mereka. Setakat ini, penduduk di sini perlu merujuk kepada Balai Polis Batu Kikir yang terletak lebih kurang enam kilometer daripada kawasan perumahan ini.

Malah, balai polis ini sebenarnya berada di bawah Parlimen Jempol dan bukannya dalam Parlimen Kuala Pilah. Kuala Pilah juga difahamkan bahawa bagi tanah bagi pembinaan balai polis ini telah pun tersedia dan Kuala Pilah berharap agar Kementerian Dalam Negeri dapat melihat isu ini dengan lebih memberikan keutamaan.

Tuan Yang di-Pertua, usaha menaik taraf jalan sedia ada atau membina jalan baharu mampu menampung unjuran pertambahan trafik di samping meningkatkan kesalinghubungan yang akan menyokong pembangunan ekonomi kawasan setempat dan negara amnya.

draft • 4:00 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Kementerian Kerja Raya kini sedang melaksanakan projek Lingkaran Tengah

(LTU) bagi membina jalan baharu dan menaik taraf jalan sedia ada kepada empat lorong dua hala sepanjang hampir 299.4 kilometer dari Kuala Krai, Kelantan ke persimpangan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), Bentong, Pahang.

Kuala Pilah merasakan alangkah cantiknya jika projek ini dapat diteruskan dari Bentong, Pahang melalui jalan-jalan ke Jempol, Kuala Pilah hingga ke Seremban. Kuala Pilah yakin sekiranya jalan ini dibina, ia akan menyelesaikan isu kesesakan trafik yang tidak berkesudahan di Kuala Pilah yang telah berlaku sejak 20 tahun yang lalu.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua, pada akhirnya, Kuala Pilah di sini ingin merujuk kepada peruntukan yang besar, lebih daripada RM63 bilion, yang diperolehi oleh Kementerian Pendidikan. Kuala Pilah telah membawa isu ini dalam perbahasan pada tahun lepas di dalam Dewan yang mulia ini dan isu ataupun perkara ini telah dibawa juga dalam sidang Kamar Khas iaitu pembinaan baharu sekolah jenis kebangsaan Tamil di Kuala Pilah. Ia suatu perkara atau satu isu yang telah begitu lama tertangguh.

Saya, Kuala Pilah berharap dengan adanya peruntukan yang begitu besar ini, Kementerian Pendidikan dapat melihat perkara ini dengan lebih dekat dan sudah tentulah kalau ia dapat dibina, ia sudah tentu dapat memberikan manfaat kepada pelajar-pelajar India di dalam Parlimen Kuala Pilah.

draft • 4:00 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya, Kuala Pilah ingin menyatakan sokongan kepada belanjawan yang telah dicadangkan oleh Tambun tempoh hari. Dan akhirnya, secara keseluruhannya Kuala Pilah menyambut baik segala usaha dan inisiatif yang diumumkan oleh kerajaan melalui Belanjawan 2025 ini dan Kuala Pilah ingin menutup perbahasan ini dengan memetik Ayat 7, surah Ibrahim... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Ayat ini mengarahkan dan meminta kita bersyukur dengan segala rahmat dan nikmat yang Allah Taala bagi kepada kita melalui belanjawan ini dan insya-Allah jikalau kita bersyukur, Allah Taala akan menambah rahmat dan nikmat ke atas kami, ke atas kita semua rakyat Malaysia yang bertuah ini. Kuala Pilah dengan itu mohon menyokong. Wabillahitaufik wa hidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Wa’alaikumussalam. Saya jemput Parit Buntar.

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Bismillahi Rahmani Rahim.

Tan Sri Yang di-Pertua, firman Allah SWT dalam al-Quran, ayat dua hingga tiga, surah Talaq yang berbunyi...

[Membaca sepotong ayat al-Quran] Maksudnya, “Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar daripada segala perkara yang menyusahkannya serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” Dalam ayat yang lain daripada surah al-A’raf, ayat 96, Allah juga berfirman...

[Membaca sepotong ayat al-Quran] Maksudnya, “Dan Tuhan berfirman, sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka pintu pengurniaan yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi, tapi mereka mendustakan Rasul Kami, lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.” Ayat al-Quran yang saya baca tadi sewajarnya menjadi garis panduan kepada kerajaan dalam menentukan polisi dan hala tuju negara sesuai dengan Islam sebagai Agama Persekutuan, termasuklah berkaitan dengan ekonomi negara. Ini kerana Islam adalah penyelamat dan penyelesai kepada apa sahaja kemelut dan permasalahan negara.

Kalimah “takwa” sering diperingatkan di mimbar-mimbar masjid pada hari Jumaat. Namun, kefahaman dan implikasi terhadap konsep takwa tidak dikaitkan dengan urusan pentadbiran sesebuah negara. Gara-gara itulah negara tidak bebas daripada amalan riba yang dibenci oleh Allah SWT, tidak bebas daripada amalan rasuah, salah guna kuasa untuk mengumpul kekayaan bagi kepentingan sendiri dan sebagainya.

Para ulama seperti Imam Nawawi, Ibnu Kathir dan yang lain-lain menjelaskan bahawa takwa itu adalah mentaati semua perintah Allah SWT dan menjauhi larangannya. Dalam erti kata yang lain, menjaga diri daripada kemurkaan dan azab Allah SWT.

Dalam ayat ke-96 surah al-A’raf, Allah menyebut kalimah “berkat.” Menurut para ulama, berkat itu ada dua jenis iaitu hakiki dan maknawi. Berkat yang hakiki ialah seperti hujan yang membawa kesuburan bumi, maka teraturlah tumbuhan dan keluarlah segala hasil bumi atau terbukalah segala manusia menggali harta dan kekayaan yang terpendam dalam perut bumi itu seumpama besi, emas, perak,

draft • 4:11 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

logam, minyak, gas dan sebagainya atau mengatur perkebunan yang luas, menyuburkan ekonomi pertanian, seumpama padi, kelapa sawit, getah dan lain-lain lagi.

Manakala, berkat yang maknawi pula ialah timbulnya fikiran-fikiran yang baharu dan petunjuk daripada Allah, baik berupa wahyu yang dibawakan oleh Rasul atau ilham yang ditumpahkan Allah kepada orang-orang yang berjuang dengan ikhlas.

Justeru, keberkatan dalam kehidupan adalah penting kepada orang-orang yang benar-benar beriman kerana beriman dan bertakwa dalam konteks yang sebenarnya akan mendatangkan keberkatan dalam kehidupan. Parit Buntar bimbang negara dan rakyat tidak ada keberkatan dalam kehidupan akibat negara masih lagi bergelumang dengan amalan kemungkaran, pendapatan negara masih lagi bergantung daripada sumber yang haram dan subahat. Aktiviti kemaksiatan berleluasa tanpa ada sekatan melalui proses undang-undang dan sebagainya.

Justeru, siapa yang bertakwa kepada Allah SWT dan mengikuti segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya, maka akan diberikan kepadanya jalan keluar yakni daripada perkara yang haram ke perkara yang halal, daripada kesempitan kepada keluasan, daripada neraka kepada syurga, memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka. Diberi kecukupan, dipermudahkan segala urusan, dijauhi daripada segala perkara subahat dan kesusahan ketika mati.

Tan Sri Yang di-Pertua, namun ukuran dan nilai takwa kepada orang yang bergelar pemimpin ialah keadilannya. Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Ma’idah ayat yang kelapan...

[Membaca sepotong ayat al-Quran] Maksudnya, “Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penegak kebenaran kerana Allah dan saksi-saksi yang bertindak dengan adil. Janganlah kebencian mu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlakulah adil kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Bertakwalah kepada Allah terhadap apa yang kamu kerjakan.” Salah satu antara keadilan adalah memberi peruntukan yang sama rata kepada semua Ahli Parlimen Pembangkang sebagaimana semua Ahli Parlimen Kerajaan tanpa syarat yang menyusahkan.

Tan Sri Yang di-Pertua, Parit Buntar melihat bahawa Bajet 2025 yang dibentangkan masih tidak mampu menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh rakyat akan janji-janji manis sama ada yang terkandung dalam Manifesto PH yang bertajuk “Kita Boleh: Tawaran Manifesto PRU Ke-15” atau melalui ucapan- ucapan ketika kempen atau di luar kempen yang kononnya mahu memberikan pendidikan percuma, menghapus tol, menurunkan harga minyak, memansuhkan

draft • 4:11 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

hutang PTPTN dan sebagainya. Antara kandungan buku Manifesto PRU Ke-15 PH, pertama ialah peruntukan kawasan sama rata. HARAPAN bakal menyediakan dana pembangunan kawasan pilihan raya sama rata kepada semua Wakil Rakyat di Parlimen tanpa mengira parti kerana mereka mewakili kepentingan rakyat di kawasan itu. Peruntukan dana juga perlu disalurkan melalui Parlimen dan bukannya Pejabat Perdana Menteri.

Kedua, bebanan hutang PTPTN. Pengampunan hutang PTPTN bersasar untuk mengatasi masalah pinjaman pendidikan. Tidak munasabah dalam kalangan siswa, termasuk keberhutangan PTPTN pula, program pemansuhan hutang bersasar khas kepada golongan miskin dan isi rumah B40 akan diperkenalkan.

Jadual pembayaran semula PTPTN pun akan dilaksanakan berdasarkan gaji bagi graduan baharu bermula RM4,000 dengan peratusan meningkat mengikut gaji.

Ketiga, biasiswa B40. Dalam masa yang sama, lebih banyak biasiswa akan diperkenalkan, mencakupi golongan B40 untuk mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman PTPTN. Persoalannya, sejauh mana kerajaan bersungguh- sungguh merangka mekanisme ke arah pengampunan hutang PTPTN bersasar tersebut?

Tambun sering menyebut “maha kaya”. Siapa golongan “maha kaya”? Ramai Ahli Parlimen berbahas menyebutkan perkara ini. Mengapa begitu sinis dan bencinya dengan si “maha kaya”? Kalau rakyat sama ada penjawat awam, ada pendapatan bulanan mencecah belasan ribu ke atas, itu kerana pencapaian mereka dalam perkhidmatan awam. Naik pangkat, naik gred dan naik gaji, manakala rakyat biasa yang bukan penjawat awam, mereka boleh jadi terlibat dalam perniagaan, penternakan, pertanian dan sebagainya. Mereka ini berinisiatif, berdaya saing, bersungguh dan tekun sehingga memperoleh pendapatan mencecah belasan ribu.

Saya percaya mereka adalah pembayar cukai yang konsisten.

Yang Islam sudah tentu tunaikan zakat dan bersedekah kepada asnaf yang berhak. Jadi, tidak salah mereka menjadi kaya raya. Sepatutnya kerajaan kejar dan cari si maha kaya yang dapat projek kerajaan, culas untuk bayar cukai, tidak juga bayar zakat, tidak bersedekah, bahkan mengambil peluang untuk jadi kaya melalui projek-projek sebelum ini.

Parit Buntar ingin bangkitkan isu Guru KAFA. Guru KAFA bukan penjawat awam, jawatan mereka kontrak. Elaun yang diberi antara RM1,000 ke RM1,500.

Tidak ada kenaikan elaun yang tetap, tidak ada kenaikan pangkat, tidak ada pencen, tidak ada gratuiti setelah tamat perkhidmatan, tidak ada kemudahan-kemudahan lain seperti kos rawatan, caj ubat dan sebagainya. Tidak ada skim pembiayaan

draft • 4:11 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

pembelian kenderaan dan perumahan. Guru KAFA berkhidmat secara istiqamah dari mula dilantik sehingga tamat perkhidmatan. Elaun yang diterima sekali pun puluhan tahun mengajar, difahamkan tidak sampai pun RM2,000. Guru-guru KAFA ini ada kelayakan akademik, paling kurang SPM dan empat Sanawi. Mereka juga ada STAM, ada STPM, Diploma, bahkan ada Degree. Sudah sampai masanya guru-guru KAFA ini dilantik sebagai penjawat awam sebagaimana guru-guru di Kementerian Pendidikan. Elaun atau gaji dibayar mengikut kelayakan akademik yang ada pada mereka. Mereka ada keluarga, mereka ada anak-anak. Mereka juga ingin memiliki kereta dan rumah kediaman...

draft • 4:11 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Parit Buntar.

draft • 4:11 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

...Namun, dengan slip elaun mereka, sukar untuk buat pinjaman dengan bank bagi membiayai pembeliannya.

draft • 4:11 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Nak mencelah sikit, Parit Buntar.

Boleh tanya soalan?

draft • 4:11 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bangi, Bangi nak tanya.

draft • 4:11 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya setuju dengan apa yang YB Parit Buntar maklumkan tentang Guru KAFA. Saya cuma nak tahu, tentang Guru PASTI macam mana pula YB Parit Buntar?

draft • 4:11 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Saya tak akan jawab. Kerajaan mengumumkan sumbangan khas. Guru PASTI itu swasta, PAS punya. Ini kerajaan punya, di bawah pentadbiran JAKIM.

draft • 4:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...Samalah.

draft • 4:11 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Kerajaan ada bajet, mana sama! Eh Jelutong, apa yang dia reti? Mana sama PASTI dengan Guru KAFA. Guru KAFA milik kerajaan, PASTI milik PAS.

draft • 4:11 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tapi mereka manusia juga, mereka patut dapat benda yang sama.

draft • 4:11 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Betul, mereka manusia...

draft • 4:11 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tak kah...?

draft • 4:11 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Jangan ganggu saya.

draft • 4:11 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ataupun kalau swasta lain- bukan manusia? Guru PASTI bukan manusia kah...?

draft • 4:11 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Kerajaan mengumumkan sumbangan khas RM500 kepada Guru KAFA, guru takmir, imam, bilal dan lain-lain RM500 setahun.

draft • 4:11 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Berbaloikah dengan sumbangan sebanyak itu? Sepatutnya dinaikkan kadar elaun mengikut tahun bagi menghargai sumbangan mereka dalam pendidikan dan agama. Berkaitan dengan lepasan, saya juga ingin bertanya berkaitan dengan lepasan beberapa Institut Pengajian Islam dan Dakwah di bawah JAKIM seperti IKMa Sabah, IKMa Sarawak. Saya ingin tahu ke mana hala tuju pelajar-pelajar lepasan Institut Pengajian Islam dan Dakwah? Mereka ini sebahagian pelajar mungkin mualaf.

Adakah kerajaan memberi peluang pekerjaan untuk mereka berkhidmat dalam bidang dakwah di pedalaman Sabah dan Sarawak? Ini kerana ramai para mualaf di Sabah dan Sarawak kalau tidak dibimbing sepenuh masa, akidah mereka akan tergelincir, amalan cara hidup Islam tidak dihayati. Saya dapat tahu surau bahkan masjid ada didirikan di perkampungan mereka, tetapi disebabkan tidak ada petugas dakwah sepenuh masa menjadi pemimpin fardu ain menyebabkan amalan cara hidup Islam tidak dihayati.

Justeru, JAKIM perlu mewujudkan pegawai dakwah sepenuh masa yang boleh tinggal di kawasan pedalaman bagi tujuan dakwah dan membimbing amalan fardu ain kepada saudara-saudara baru. Ia ada pada da’i, tetapi masih tidak cukup untuk mengimbangi keperluan dakwah di pedalaman.

Isu yang lain saya ingin bangkitkan berkaitan dengan beras tempatan. Baru- baru ini saya bertanya Menteri Pertanian berkaitan dengan beras tempatan yang hilang dari kilang. Isu beras tempatan sudah hampir dua tahun tiada di pasaran terbuka sama ada pasar raya besar atau kedai runcit di kampung-kampung. Menteri jawab baharu nak wujudkan peraturan baharu. Baharu nak siasat. Baharu nak minta Bahagian Kawal Selia Padi Beras memantau ke kilang-kilang untuk melawat setelah isu ini dua tahun berlarutan.

Maknanya selama dua tahun kerajaan tidak buat kerja untuk mengatasi masalah beras tempatan yang hilang dari kilang-kilang. Isu ini sudah sering dibangkitkan di Parlimen. Bila ditanya, baharu sekarang kerajaan nak wujudkan peraturan baharu. Itu- bila ditanya. Kalau tak tanya, langsung tiada tindakan yang dibuat oleh kerajaan. Ternyata kerajaan gagal menangani isu ini dengan baik...

[Tepuk]

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Yang kedua, isu tanah jerlus dan tanah yang direhatkan semusim atau dua musim. Ini jawapan Menteri dalam sidang penggal yang lepas. Menteri jawab petani yang rugi akibat tanah jerlus akan dapat bantuan bencana, tetapi apabila para petani memohon bantuan, mereka diberitahu tanah jerlus bukan bencana dan mereka tidak layak mendapat bantuan. Justeru, supaya petani yang rugi akibat tanah jerlus disenaraikan untuk layak menerima bantuan.

Menteri juga ada menyarankan berkaitan dengan tanah jerlus dengan saranan tanah tersebut perlu direhatkan semusim atau dua musim bagi membolehkan tanah-tanah tersebut diselenggarakan, dibaik pulih. Persoalannya, apakah tindakan pihak kerajaan dalam isu ini? Para pesawah tidak ada masalah untuk merehatkan tanah semusim atau dua musim dengan syarat kerajaan kena bagi pampasan kepada pesawah yang tidak menanam padi dengan kadar pampasan yang munasabah.

Akhir sekali, Kementerian Pendidikan diberi peruntukan yang begitu besar bagi tujuan pembangunan pendidikan termasuk infrastrukturnya. Namun, Parit Buntar dan rakyat Parit Buntar tertanya-tanya apa jadi dengan pembinaan sekolah baharu, 36 bilik darjah dan lain-lain kemudahan di SMK Pelangi Perdana? Inilah projek tahun 2017 dalam RMK-11 dengan kos RM50 juta lebih. Dulu tergendala kerana PKP. Setelah berakhir PKP, projek tersebut dijadualkan semula dan dijangka siap 15 Jun 2024, tetapi sehingga sekarang tidak nampak pun projek itu berjalan secara progresif.

Ikut laporan, penentuan tapak direport selesai, pengambilan tanah juga selesai, project risk juga selesai dan reka bentuk juga selesai, tapi mengapa sehingga sekarang dari sejak tahun 2018 pencapaian fizikal cuma 26 peratus.

Kemajuan kewangan pula 24 peratus, seolah-olah tidak ada pencapaian langsung dalam respons pada persidangan lepas, Yang Berhormat Menteri yang Parlimennya bersempadan dengan Parit Buntar katanya hendak pantau dan pastikan projek tersebut akan berjalan mengikut jadual. Sejauh mana pemantauan yang dibuat?

Apakah permasalahan yang sebenar? Kalau berpunca tata kelola yang tidak betul, sila ambil tindakan. Kalau berpunca daripada kontraktor, juga sila ambil tindakan.

Terminate kontraktor ini dan lantik kontraktor yang baharu.

Parit Buntar juga sering dilanda banjir dan juga ribut, tetapi tidaklah separah banjir di tempat-tempat yang lain sehingga berpindah ke pusat perpindahan banjir.

Banjir di Parit Buntar adalah banjir kilat bila berlaku hujan lebat yang berterusan.

Sangat kerap berlaku. Baru-baru ini berlaku banjir yang melibatkan beberapa kawasan perumahan di bandar Parit Buntar dan juga rumah kedai. Justeru itu,

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

apakah tindakan kerajaan terhadap PBT dalam mengurus penyelenggaraan parit dan longkang yang sumbat terhadap bentuk bumi, tanah dan longkang atau parit yang tidak terurus, ini menjadi penyebab utama berlaku banjir kilat. Rumah-rumah kedai, beberapa buah bank juga dilanda banjir kilat sehingga menyusahkan rakyat.

Akhir sekali, Tan Sri Yang di-Pertua, sehingga sekarang lesen sampan masih lagi dibekukan. Ramai anak muda ingin menangkap ikan tanpa gangguan kerana ketiadaan lesen sedangkan mereka adalah anak-anak muda yang bergantung pendapatan hasil dari tangkapan laut. Sebahagiannya adalah anak-anak nelayan yang bapa mereka sudah berumur. Tidak mampu turun ke laut, tetapi lesen orang lain tidak boleh digunakan oleh orang lain walaupun anak sendiri. Atas keperluan ini, mohon lesen menangkap ikan yang dibekukan ditarik balik supaya anak-anak muda mempunyai lesen yang sah menangkap ikan di lautan.

Akhir sekali, saya juga ingin ambil kesempatan menyokong apa sahaja usul- usul dari mana-mana pihak termasuk kerajaan dalam memperjuangkan nasib umat Islam di Palestin, di Gaza yang dizalimi oleh Zionis Israel laknatullah. Mereka sudah lama menderita akibat pembantaian yang tidak bertamadun oleh rejim Israel laknatullah. Kerajaan wajib bertegas dalam membela nasib umat Islam termasuk tidak lagi berurusan dengan BlackRock yang jelas membekalkan senjata pada Israel untuk membunuh umat Islam Palestin...

[Tepuk] Terima kasih. Mohon menyokong.

draft • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Keningau.

draft • 4:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker yang saya hormati. Ada isu peraturan. Saya bangun kerana tunggu Tan Sri Speaker untuk mempengerusikan mesyuarat dan saya lihat Ahli Parlimen Pasir Puteh pun ada di sini. Pada..

draft • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan mesyuarat berapa tu?

draft • 4:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan 36(12).

Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis.

Kedua, kenyataan-kenyataan di mana seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa Ahli-ahli lain.

Pada 28 Oktober minggu lalu, ketika Yang Berhormat Pasir Puteh membahaskan belanjawan, beliau telah membuat beberapa pertuduhan terhadap Yang Berhormat Bukit Gantang, nombor satu. Berkenaan dengan isu kontrak Syarikat Komatra Sajian Sdn Bhd, nombor satu. Kenyataan itu juga dihalakan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan yang paling mengguris hati saya, kenyataan itu juga dihalakan kepada Tan Sri Speaker. Sebab itu saya bangun.

draft • 4:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Walaupun kenyataan dan tuduhan-tuduhan yang tak berasas itu telah disangkal sepenuhnya oleh penjelasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, sehingga hari ini walaupun telah disangkal dan diperjelaskan, sebagai seorang Ahli Parlimen Yang Berhormat, saya menyangkakan Yang Berhormat Pasir Puteh akan bangun sekurang-kurangnya meminta maaf kepada Ahli Parlimen Bukit Gantang dan juga kepada Tan Sri Speaker. Kerana dalam perbahasan beliau, beliau merujuk kepada message WhatsApp bukan sahaja membuat tuduhan terhadap Ahli Parlimen Bukit Gantang, tetapi juga kepada Tan Sri Speaker sendiri...

draft • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 4:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Walaupun Tan Sri Speaker berbesar hati tidak mahu menuntut beliau meminta maaf. Kalau kita membenarkan seperti tadi juga Ahli Parlimen Pendang membuat tuduhan yang liar mengatakan bahawa adanya wang RM9.4 juta ditemui dalam rumah sebuah Menteri Sumber Manusia, tetapi beliau tidak berani menyatakan siapa. Adakah kita hendak membenarkan Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional terutamanya daripada PAS menggunakan kekebalan Dewan datang membuat tuduhan-tuduhan liar, tetapi bila dicabar, langsung lari- bertempiaran lari, sembunyi dan tak ada kehormatan sebagai Ahli Parlimen- meminta maaf?

Jadi, saya menuntut Tan Sri Speaker, to make a long story short, beliau bangun, kalau betul-betul Yang Berhormat meminta maaf kepada Tan Sri Speaker dan Yang Berhormat Bukit Gantang. If you’re a gentleman, Pasir Puteh, bangun.

draft • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik. Bukit Merah- Jelutong, sorry. Jelutong quotekan kes itu berlaku 28 hari bulan. Hari ini 4 hari bulan. Jadi, saya tidak boleh membenarkan apa-apa yang berlaku, dah beberapa hari yang lalu untuk dibincangkan hari ini. Namun pun begitu, Jelutong masih lagi mempunyai hak iaitu dengan mengemukakan satu Usul kepada saya, menulis kepada saya untuk merujuk Pasir Puteh, kalau sekiranya ada kes kita akan buat siasatan ya, sebab tidak fair. It’s not fair because kejadian itu telah berlaku beberapa hari dan sekarang baru dibangkitkan.

Jadi, saya hendak menjelaskan peraturan mesyuarat, kalau ada apa-apa yang dirasakan oleh Yang Berhormat tidak betul atau ada berlaku pelanggaran, bangun waktu itu. Kerana kalau selepas kejadian, maka tidak ada peraturan yang mengatakan boleh kita ulang dan kalau ini dia tidak selesai.

draft • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sebab itu cadangan saya, Yang Berhormat tulis kepada saya, saya akan lihat balik Hansard dan lepas itu kita akan start dari situ, okey? Terima kasih Jelutong.

draft • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya jemput...

draft • 4:30 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Tan Sri Speaker sekejap.

draft • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tak, tak, tak. Saya tak mahu panjang dah. Saya minta kalau Jelutong rasakan nak tulis, tulis. Lepas itu saya akan buat...

draft • 4:30 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Sebab dia tuduh saya sebut kepada Tan Sri Speaker.

draft • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tak, tak. Apa yang akan berlaku...

draft • 4:30 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Saya pun tak tahu apa benda.

draft • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey Pasir Puteh. Jelutong akan tulis kepada saya, saya akan minta penjelasan daripada Yang Berhormat setelah saya melihat semua Hansard dan sebagainya. Kalau tidak tak habis ceritanya sebab saya pun tak tahu apa cerita. Jadi, kita akan tengok Hansard, tapi YB kena tulis pada saya.

Okey baik, sekarang jemput Keningau. Keningau ketua parti, Keningau mempunyai 20 minit.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Okey, terima kasih.

draft • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Keistimewaan yang diberikan kepada ketua parti, silakan Keningau.

draft • 4:30 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Terima kasih Tan Sri Speaker kerana memberikan saya peluang membahas Belanjawan 2025.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan atas pembentangan Belanjawan 2025 yang terbesar iaitu RM421 bilion atau RM27.2 bilion lebih tinggi berbanding dengan Belanjawan 2024.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kerana bajet pembangunan Sabah dan Sarawak naik RM100 juta. Namun, jika dilihat secara keseluruhan ia hanyalah 7.8 peratus dan jika dirangkumi dengan Sarawak hanyalah 14 peratus berbanding dengan Malaya yang mendapat 8.6 peratus. Begitulah trend dari dulu sehinggalah sekarang dan gitulah juga sikap dan mentaliti Kuala Lumpur terhadap Sabah dan Sarawak di dalam Malaysia iaitu Malaya centric.

draft • 4:31 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Melihat Sabah dan Sarawak sebagai satu daripada 13, melihat bumi Sabah dan Sarawak sebagai bumi yang perlu dikuasai dan dieksploitasikan, tiada yang berubah. Yang berubah hanyalah retorik dan slogan. Bolehkah pemimpin-pemimpin yang ada sekarang berubah pandangan dan asas-asas layanan terhadap Sabah dan Sarawak mengikut prinsip keadilan dan semangat perkongsian ataupun rakan kongsi?

Saya amat bersetuju dengan ucapan Ahli Yang Berhormat Puncak Borneo mengenai Malaysia. Malaysia ini untuk siapa? Slogan kata “Bersekutu Bertambah Mutu”, tetapi semuanya Malaya sapu. Hasil Sabah disapu, minyak Sabah dan Sarawak disapu. Duta-duta, jawatan duta-duta begitu juga disapu dan Kerusi-kerusi Parlimen pun tidak lama lagi akan disapu. Di Sabah bukan saja semua di sapu, apa yang Sabah berhak pun dinafikan seperti subsidi elektrik tambahan untuk Sabah sebanyak RM866 juta untuk 2024 ditolak oleh kerajaan di atas kekangan kewangan kerajaan.

Kenapa bila untuk Sabah ada kekangan tetapi untuk orang asing diutamakan.

Adakah orang asing lebih penting daripada rakyat Malaysia walaupun di Sabah?

Kenapa semua Malaya mesti sapu, kenapakah Sabah dan Sarawak mesti rugi?

Adakah Sabah Sarawak masih lagi bumi jajahan? Tidak faham kah Kuala Lumpur yang Sabah Sarawak mempunyai perasaan dan maruah. Bila Sabah-Sarawak menuntut hak mereka, tolonglah memahami perasaan kami, jangan pula datang Sabah dan marah-marah kepada pemimpin kami hanya kerana bersuara menuntut hak kami. Jangan anggap kami masih lagi seperti dahulu dan lapuk.

Selagi Sarawak dan Sabah dilayan seperti ini, Sabah dan Sarawak akan bangkit dan bersuara untuk menuntut. Apakah guna menubuhkan Malaysia yang ada Perjanjian Malaysia tetapi tidak dihormati dan dilaksanakan? Kenapakah mesti tunggu 60 tahun baru pura-pura melaksanakannya? Apa guna Perlembagaan kalau kita tidak hormat akan Perlembagaan dan melaksanakannya? Izinkan saya menyampaikan pantun.

*Apa guna buat janji; Kalau janji tidak ditepati.

Kerajaan sudah bertukar ganti, Semua cakap begini-begini; Yang jadi sama saja begitu-begitu, iri...

[Tidak jelas]* Tan Sri Speaker, hak 40 peratus hasil Sabah perlu dimuktamadkan. Kenapa mesti tunggu lama untuk melaksanakannya sedangkan Perdana Menteri telah memberi jaminan untuk melaksanakan hak-hak Sabah dalam Perlembagaan dan Perjanjian Malaysia. Adakah kerana kedudukan kewangan federal tidak

draft • 4:31 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

mengizinkan? Alasan ini tidak boleh lagi kita terima kerana 40 peratus itu bukan duit dari Federal, bukan duit dari negeri-negeri yang lain, tetapi duit Sabah. Sabah dah bagi 60 peratus itu kewajipan kami, 40 peratus ini janganlah kamu sapu juga.

Tolong kembalikan, bukan hanya bagi interim payment sebagai gula-gula untuk mengaburi mata pemimpin kami. Kalau betul susah untuk menyelesaikan perkara ini saya mencadangkan agar peruntukan RM6.7 bilion peruntukan pembangunan ini dibayar terus kepada Kerajaan Negeri sebagai sebahagian pembayaran 40 peratus setiap tahun sehingga di review kemudian. Ini saya percaya tidak akan mengganggu kedudukan kewangan Federal kerana ini sudah masuk di dalam Bajet 2025.

Tan Sri Speaker, penubuhan Malaysia sebenarnya adalah keputusan di antara British dan Malaya. Sabah dan Sarawak bersetuju secara prinsip dengan syarat bahawa hak-hak dan kepentingan-kepentingan mereka ini dilindungi mengikut Perenggan 6 dan 7 dalam Laporan IGC. Satu daripada perlindungan ini adalah agihan Kerusi Parlimen yang memberi veto power kepada Sabah, Sarawak dan Singapura ketika itu. Di mana Kerusi Parlimen Malaya mesti kurang daripada dua pertiga atau 66 peratus. Sebab itu, Kerusi Sabah dan Sarawak, Singapore berjumlah 35 peratus.

Bila Singapura keluar, Kerusi Singapura sepatutnya diagihkan di antara Sabah dan Sarawak untuk mengekalkan nisbah 65:35, tetapi kini nisbah ini sudah berubah sehinggalah 75 Kerusi Parlimen berada di Malaya dan hanya 25 peratus di Sabah dan Sarawak dan ini telah menjejaskan perlindungan Perlembagaan dan hak Sabah dan Sarawak di dalam Malaysia. Bukan itu saja, bila mana parti-parti Malaya masuk bertanding di Sabah dan Sarawak perlindungan ini lebih lagi terjejas kerana bila mana mereka memenangi Kerusi, akan bertambahlah jumlah Kerusi di Malaya dan mengurangkan kedudukan Kerusi di Sabah dan Sarawak di Malaysia.

Oleh sebab itu, Sabah dan Sarawak menuntut 35 peratus Kerusi Parlimen dikembalikan dan parti-parti daripada Semenanjung tidak digalakkan bertanding di Sabah dan Sarawak disebabkan apa yang saya katakan tadi, untuk mengembalikan kedudukan nisbah Kerusi Parlimen di Malaysia.

draft • 4:31 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Tan Sri Speaker, walau apa pun saya katakan, kami di Sabah dan Sarawak masih menaruh harapan yang besar kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Kerajaan Madani agar mendengar keluhan kami dan membuat perubahan.

Inilah masa dan peluang, Kerajaan Perpaduan Madani menunjukkan dan

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

membuktikan bahawa kerajaan ini berbeza dengan kerajaan-kerajaan yang lalu.

Kerajaan ini lebih adil dan lebih progresif.

Lihatlah Sabah atau Sarawak sebagai rakan kongsi. Satu daripada tiga, biarlah Sabah, biarlah Malaysia ini berfungsi sebagai konfederasi seperti mana konsep asal Malaysia. Itu bukan Sabah dan Sarawak masih mundur dan mempunyai banyak potensi ekonomi yang perlu dibangunkan dan memerlukan perhatian dan sokongan daripada kerajaan pusat untuk kebaikan Malaysia.

Sabah dan Sarawak mempunyai kawasan yang luas untuk dibangunkan dan memerlukan lebih perhatian dan juga lebih peruntukan untuk membangunkan kawasan-kawasan yang luas ini. Janganlah semua malah yang mahu, atau menafikan apa yang Sabah dan Sarawak berhak. Sebagai contoh, dapat diatur pembayaran RM866 juta subsidi elektrik pada Sabah kerana yang akan menjadi mangsa adalah rakyat dan pengguna, bukan SESB. Walau macam mana pun Tan Sri Speaker, tahniah kepada Kerajaan Madani dan Yang Amat Berhormat yang sudah memulakan langkah-langkah positif terhadap pelaksanaan hak-hak Sabah dan Sarawak dalam perlembagaan dan MA63, tapi jangan tunggu 60 tahun lagi. Sabah sudah kehilangan sabar.

Tan Sri Yang di-Pertua, ada lagi beberapa isu-isu dalam Belanjawan 2025 yang perlu perhatian dan tindakan. Sebagai contoh tiket dan penerbangan. Baru- baru ini penerbangan Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan ulang-alik telah dikurangkan secara mengejut. Ini telah mengakibatkan harga tiket melambung tinggi sehinggalah melebihi RM1,000 satu hala yang biasanya hanya RM300 walaupun Pakatan Rakyat telah berjanji harga tiket akan menjadi hanya RM199.

Perkara ini juga telah ditimbulkan dan dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ahli dari Sri Aman dan ahli dari Kinabatangan. Perkara ini telah mengurangkan jumlah pelancong ke Sabah dan menjejaskan ekonomi setempat. Diharap kerajaan dan Menteri yang berkenaan akan mengambil tindakan untuk menangani isu pengurangan penerbangan ini dan harga tiket yang melambung tinggi.

Untuk membantu menyelesaikan masalah ini, saya mencadangkan agar kerajaan menstruktur semula Civil Aviation Authority dan memberi peranan kepada Kerajaan Sabah dan Sarawak dalam Civil Aviation Authority. Dalam penstrukturan semula ini, saya cadangkan agar mengadakan tiga shop regional authority iaitu di Semenanjung, di Sabah dan Sarawak. Saya difahamkan ini juga merupakan keadaan dengan General Civil Aviation Authority di United Arab Emirate dengan subregional authority untuk Dubai, Abu Dhabi dan Sharjah.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Tan Sri Yang di-Pertua, untuk meningkatkan ekonomi negara, saya mencadangkan kerajaan mempertimbangkan pembangunan sektor-sektor ekonomi yang boleh mendatangkan hasil kepada negara. Sebagai contoh, baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melancarkan inisiatif ekonomi - inisiatif Kerajaan Sabah memperkenalkan ekonomi biru, blue economy. Saya mencadangkan agar kerajaan meneliti inisiatif ekonomi biru ini dan membantu kerajaan menjayakan inisiatif tersebut sambil mencungkil hasil-hasil baharu.

Tan Sri Yang di-Pertua, untuk membantu meningkatkan ekonomi dan hasil negara, kerajaan harus mempertingkatkan peranan dan ekonomi Sabah. Antaranya saya cadangkan yang pertama: sektor minyak dan gas untuk Sabah, bukan hanya di bawah PETRONAS.

Yang kedua, membantu inisiatif ekonomi biru yang dilancarkan oleh Kerajaan Sabah.

Yang ketiga, membenarkan Kerajaan Sabah meneruskan dengan usaha green economy seperti carbon capture, utilization and storage dan perdagangan carbon trading. Keempat, menjadikan Sabah sebagai hub tourist shopping heaven bersama taman-taman tema pelancongan ataupun tourism theme parks dengan kasino sampingan yang menarik pelancongan sekeluarga dari seluruh dunia.

Yang kelima, membina laluan kereta api baharu ke Pelabuhan Sepanggar daripada pendalaman Keningau dan laluan baharu dari Sabah ke Brunei dengan perancangan melebarkannya ke Kalimantan kemudian hari.

Tan Sri Speaker, saya juga ingin bertanya tentang beberapa projek sakit di kawasan saya. Satu daripadanya adalah Hospital Tambunan yang di mana kontraktornya telah bertukar ganti, tetapi hasilnya sama juga. Sampai sekarang orang sakit bertambah sakit kerana hospital sakit.

Saya juga minta perhatian daripada kerajaan untuk mengkaji semula pelaksanaan minimum wage kepada semua swasta termasuk juga pembayaran EPF kerana saya percaya ini akan menjejaskan small-medium industry. Kalau ini diteruskan sahaja, kemungkinan besar ramai yang akan tutup kedai.

Tan Sri Yang di-Pertua, sebagai mengakhiri ucapan saya, saya yakin cadangan-cadangan tambahan tersebut boleh membantu kerajaan untuk menjana lebih banyak lagi hasil negara. Maka dengan itu, Keningau mohon menyokong.

draft • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih, Keningau. Sekarang saya jemput Padang Terap.

draft • 4:40 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Tan Sri Yang di-Pertua, Peraturan Dewan 36(6). Sekejap tadi Jelutong mengatakan saya ada buat kenyataan tentang Yang di-Pertua Dewan.

Jadi, saya minta Jelutong ulang balik apa benda yang saya sebut sebab saya pun tidak pernah ingat dan tak pernah saya menyerang ataupun sangka jahat kepada Tan Sri Yang di-Pertua Dewan.

Yang kedua, saya nak sebut secara jujur kepada Jelutong, kes yang saya sebut ini, kalau nak dipanjangkan dalam Parlimen ini, saya sangat menunggu- nunggu. Sekian, terima kasih.

draft • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya ingat kita dah pun selesai tadi. Maksudnya kalau sekiranya Jelutong merasakan ada sesuatu yang tak kena dan terdapat sangkaan jahat yang dibangkitkan oleh Pasir Putih, Jelutong tulis surat kepada saya.

Tulis Usul, saya akan periksa dulu. Sekarang saya tak tahu apa yang berlaku...

draft • 4:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Baik, Tan Sri Speaker.

draft • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

...sebab itu kita akan tengok, saya akan check balik dengan Hansard apa yang sebenarnya berlaku. Okey. Baik, terima kasih.

draft • 4:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih, Tan Sri Speaker.

draft • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Padang Terap.

draft • 4:40 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya mulakan ucapan saya dengan memetik firman Allah SWT...

[Membaca sepotong ayat al-Quran]

draft • 4:49 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

“Wahai orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam agama Islam dengan mematuhi segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang dan nyata.” Surah Al-Baqarah, ayat 208.

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan Belanjawan 2025 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, mewakili suara seluruh penduduk Padang Terap, saya menzahirkan solidariti kepada perjuangan Hamas dan rakyat Palestin yang istiqamah bertahan sehingga akhir hayat sejak Israel melancarkan serangan

draft • 4:50 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

ketenteraan yang menyaksikan lebih 43,000 rakyat Palestin telah terbunuh dan syahid dan 16,000 daripada mereka adalah kanak-kanak.

Kita sangat sedih dengan berita yang terbaharu iaitu lebih 100,000 rakyat Palestin yang terperangkap di kem utara Gaza iaitu di Kem Jabalia. Sudah hampir sebulan mereka bertahan tanpa sebarang makanan, minuman, bekalan elektrik, ubat-ubatan dan tempat perlindungan sehingga kain kafan pun tidak ada, hanya selimut lusuh dapat membalut jenazah mereka yang syahid. Marilah kita sebagai rakyat Malaysia menyatakan sokongan dan menghulurkan bantuan apa sahaja yang kita mampu untuk kita salurkan kepada penduduk Palestin.

Saya ingin mengambil contoh, Kerajaan Kelantan yang telah melancarkan inisiatif projek Emas untuk Palestin bagi membantu rakyat Palestin. Golongan wanita Kelantan yang terkenal memiliki koleksi emas yang banyak telah mendermakan barangan kemas mereka seperti cincin, loket, gelang, rantai emas. Semasa pelancaran Program Emas Untuk Palestin ini telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM238 ribu dalam bentuk emas. Ini suatu usaha yang sangat menarik yang patut kita contohi.

Saya juga ingin mengulangi gesaan seperti rakan-rakan Ahli Parlimen yang lain agar Malaysia mengkaji dan membatalkan penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada GIP kerana syarikat tersebut ada kaitan dengan Israel. GIP telah pun muktamad dimiliki 100 peratus oleh BlackRock sebuah syarikat pemodal Amerika Syarikat yang secara nyata terlibat secara langsung dalam genosid jenayah perang terhadap warga Palestin.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya konsisten tentang isu berkaitan komoditi getah di Dewan Rakyat ini. Daripada isu harga lantai getah, nasib pekebun kecil, para penoreh, insentif IPG, pengeluaran getah negara, cukai eksais getah, perancangan membina Kedah Rubber City di Padang Terap dan pelbagai isu berkaitan komoditi getah telah diutarakan di Dewan Rakyat yang mulia ini dan saya tidak akan jemu untuk memperjuangkannya.

Untuk memperkasakan industri getah tempatan, tumpuan kepada peningkatan pengeluaran getah asli tempatan perlu menjadi keutamaan kerajaan.

Kita mesti menjadi negara pengeluar getah asli dunia, bukan menjadi negara pengimport seperti sekarang yang mana kita terpaksa mengimport lebih satu juta tan metrik bernilai RM7 bilion getah dari luar negara untuk kegunaan tempatan.

Dalam usaha menuju ke arah negara sebagai pengeluar getah asli dunia, saya menyambut langkah baik kerajaan untuk mewujudkan program kolaborasi

draft • 4:50 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

strategik untuk mengusahakan lebih 420,000 hektar kebun getah yang matang terbiar dan tidak ditoreh ekoran masalah sumber tenaga kerja.

Isu kekurangan penoreh getah dan kebergantungan kepada penoreh warga asing perlu diselesaikan segera. Daripada 1.1 juta hektar keluasan penanaman getah di Malaysia, 93 peratus terdiri daripada pekebun kecil dan hanya tujuh peratus dari estet atau ladang. Ini bermakna, rakyat kita masih memberikan sokongan kuat dalam usaha pengeluaran getah asli tempatan.

Saya kira inilah masa dan ketikanya kita menarik lebih ramai rakyat tempatan terutama daripada kalangan belia untuk mengusahakan kebun getah dan menoreh getah dalam keadaan harga getah yang tinggi iaitu lebih RM4 sekilogram.

Selain pelbagai inisiatif kerajaan melalui RISDA untuk tanaman getah telah dianjurkan dan diberikan, saya mencadangkan pihak kerajaan untuk mengkaji langkah untuk penetapan pendapatan tetap atau gaji minimum bagi sektor komoditi getah melalui program konsolidasi getah yang melibatkan syarikat milikan RISDA ataupun syarikat luar. Ini bakal menarik lebih ramai belia ke dalam sektor ini kerana mereka lebih rasa terjamin dengan pendapat yang tetap berbanding stigma selama ini pendapatan menoreh bergantung kepada harga getah semasa.

Selain itu, saya ingin mencadangkan supaya kadar RM800 bantuan musim tengkujuh dinaikkan kepada RM1,000 ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu dan kos sara hidup yang tinggi ketika ini. Apatah lagi penoreh dan pekebun kecil juga berhadapan dengan kesan berantai akibat penyasaran subsidi RON95 yang bakal diumumkan kerajaan nanti.

Selain itu, untuk meningkatkan pengeluaran getah asli tempatan, apakah teknologi yang terkini yang telah diadaptasi oleh kerajaan untuk torehan musim tengkujuh atau semasa hujan berbanding cadangan sedia ada seperti teknik torehan lewat, torehan ganti atau alat pelindung hujan dan sebagainya.

Saya menyambut baik usaha kerajaan dalam mempertingkatkan penghasilan getah lateks yang lebih berkualiti dan lumayan harganya melalui geran padanan RISDA yang diperuntukkan RM60 juta dalam Belanjawan 2025 melalui Program Galakan Pengeluaran Lateks Pekebun Kecil RISDA.

Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, selain pelbagai inisiatif diberikan kepada pekebun yang mengusahakan lateks melalui insentif pengeluaran lateks ILP.

Adakah tawaran insentif ini juga dibuka kepada pihak luar yang berminat untuk mengusahakan kebun getah menghasilkan getak lateks ini melalui langkah konsolidasi dan kolaborasi. Adakah pihak kerajaan telah menemui teknologi

draft • 4:50 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

terbaharu bagi mengekalkan susu getah lateks bagi memudahkan pekebun kecil mengusahakannya.

Saya juga mengulangi gesaan saya supaya pihak kerajaan memberikan penumpuan besar kepada projek Kedah Rubber City di Padang Terap bagi melonjakkan industri getah negara. Kedah Rubber City di Padang Terap berpotensi untuk memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pengeluar produk getah global dan menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negeri Kedah.

Pihak kerajaan negeri bersama NCIA, MIDA dan Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri (BPEN) amat komited dalam merangka strategi untuk menarik masuk pelaburan ke Kedah Rubber City. Hasil daripada hubungan jaringan pelaburan yang dijalankan bersama, beberapa pelabur baharu telah menyatakan minat untuk melabur di Kedah Rubber City. Kini terdapat enam pelabur baharu dengan jumlah pelaburan sebanyak RM3 bilion sedang dirunding untuk melabur di KRC.

Empat kluster tambahan telah dicadangkan dan diluluskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemandu NCIA pada tahun lepas iaitu kluster melibatkan produk berasaskan polimer, industri hijau atau green technology, tenaga boleh diperbaharui dan mesin jentera yang akan menambah minat para pelabur.

Perkembangan semasa projek Kedah Rubber City, kita melihat infra asas yang menjadi keperluan para pelabur di situ seperti bekalan elektrik, gas dan air hampir selesai. Cuma kini pihak pelabur mengehendaki jalan masuk utama ke tapak projek ini mesti di naik taraf dan dilebarkan untuk laluan industri dan kegunaan logistik mereka seperti gesaan saya tentang permohonan kerajaan negeri melalui JKR Kedah kepada Kementerian Kerja Raya Malaysia dalam Rolling Plan Kelima RMKe-12 iaitu cadangan Menaik Taraf Jalan Persekutuan FT175 dari Jambatan Sungai Durian Pokok Sena ke Kota Putra Durian Burung Padang Terap sepanjang 35 kilometer.

Kalau ikut jawapan daripada kementerian yang lalu, permohonan negeri kepada Kementerian Kerja Raya untuk jalan persekutuan FT175 telah ditolak pada Rolling Plan Keempat dan kita harap Rolling Plan Kelima ini permohonan ini akan diangkat semula.

Tuan Yang di-Pertua, untuk membela para pengundi PRU15 yang lalu terutamanya golongan muda, saya ingin mengulangi manifesto Pakatan Harapan PRU15 yang berbunyi; “Pengampunan hutang bersasar PTPTN untuk mengatasi masalah pinjaman pendidikan tidak munasabah dalam kalangan siswa termasuk keberhutangan PTPTN pula, program pemansuhan bersasar khas kepada golongan

draft • 4:50 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

miskin dan isi rumah B40 akan diperkenalkan. Jadual pembayaran semula PTPTN pula akan dilaksanakan berasaskan gaji bagi graduan baharu bermula RM4,000 dengan peratusan mengikut gaji.” Soalan saya, setelah hampir dua tahun memerintah, bilakah akan diperkenalkan janji manifesto PH iaitu program pemansuhan bersasar PTPTN khas kepada golongan miskin dan isu rumah B40. Kalaulah alasan kerajaan hari ini adalah Kerajaan Perpaduan gabungan bersama PH dan BN yang tidak ada persetujuan manifesto bersama tentang pemansuhan bersasar hutang PTPTN ini, adakah ini alasan yang anak muda Malaysia boleh terima. Bukanlah kerajaan hari ini didominasi oleh PH?

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang pelaksanaan projek pembinaan baharu masjid Daerah Padang Terap iaitu Masjid Muadzam Shah Kuala Nerang yang sudah tergendala sekian lama.

draft • 4:50 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Rakyat Padang Terap ternanti-nanti bilakah akan siap masjid ini.

Menyedihkan apabila Pengerusi Masjid ini juga tidak sempat melihat masjid yang baharu apabila beliau telah kembali ke rahmatullah pada bulan Ogos yang lalu.

Begitu juga Siak Masjid ini yang dikenali penduduk tempatan sebagai Pak Man yang sudah menjadikan masjid ini sebagai rumah utamanya. Masjid Kuala Nerang ini yang terkenal dengan kebersihan adalah hasil khidmat arwah Pak Man yang dilihat sentiasa menaiki basikal ke sana ke sini. Namun, arwah Pak Man juga tidak sempat untuk melihat terbinanya masjid baharu Kuala Nerang ini kerana telah meninggal dunia pada bulan sembilan yang lalu.

Pembinaan semula Masjid Muadzam Shah, Kuala Nerang ini sudah tergendala selama tiga tahun. Adakah ia nya berpunca daripada kekurangan peruntukan ekoran kenaikan kos binaan semasa yang tidak sanggup ditanggung kerugian oleh pihak kontraktor?

Tarikh milik tapak pertama telah dikeluarkan kepada kontraktor pada 14 Oktober 2021. Di katakan pihak kontraktor ketika itu tidak dapat meneruskan projek ini kerana nilai kos projek melebihi bajet yang diperuntukkan oleh ICU. Maka, tarikh Notis Penamatan telah dikeluarkan pada 21 Mac 2023. Namun telah di tender semula pada 21 November 2023. Namun isu yang sama dikatakan berlaku sehinggalah tender kali ketiga dibuka dan yang terbaharu pada 29 Ogos 2024 dengan sedikit penambahan bajet daripada ICU.

draft • 5:00 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Sekarang ini, anak kariah masjid ini terpaksa bersolat fardu dan solat Jumaat di Surau Taman Akasia yang kecil dan sempit dan ada yang terpaksa ke lokasi masjid yang lebih jauh kerana surau ini tidak dapat menampung kapasiti jemaah yang ramai.

Oleh itu, saya berharap pihak kerajaan mempunyai kaedah yang utuh untuk memastikan tender yang terakhir ini dikeluarkan oleh JKR berjaya dilaksanakan dan dapat diteruskan pembinaan masjid baharu, Masjid Muadzam Shah, Kuala Nerang.

Kami rakyat Padang Terap tidak sanggup lagi mendengar tender seterusnya dibuka atas isu yang sama seterusnya menyaksikan projek pembinaan masjid ini tergendala sekian lama.

Terakhir ialah isu berkenaan sumber air pada musim kemarau yang dihadapi oleh para pesawah padi di Padang Terap yang berada di luar kawasan jelapang dan tidak berada di bawah pengairan skim MADA. Saya mengambil contoh kawasan pertanian di Mukim Pedu Daerah Padang Terap iaitu Kampung Banggol Pong, Kampung Pinang, Kampung Tong Pelu dengan keluasan penanaman padi seluas 464.4 hektar melibatkan 272 orang pesawah dengan jumlah penghasilan atau pengeluaran padi di kawasan tersebut adalah seberat 1,623 metrik tan pada musim yang lepas.

Sumber air bagi kawasan di kawasan ini bergantung kepada air hujan dan air Bukit Charok Nangka dan Bukit Gelugor. Sehubungan itu, saya memohon pihak kerajaan supaya mengadakan inisiatif skim pengairan baharu ke sawah kawasan tersebut bagi memastikan penghasilan padi pada musim kemarau tidak terbantut ekoran isu bekalan air. Ini baharu contoh daripada tiga buah kampung. Banyak lagi kampung-kampung di Padang Terap yang mengusahakan tanaman padi menghadapi isu yang sama. Sepatutnya sudah lama isu ini diberikan perhatian oleh pihak kerajaan.

Terakhir Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Majlis Daerah Padang Terap yang telah merangkul Anugerah Penarafan Lima Bintang bagi Penarafan Bintang Audit Program Audit Teknikal Jabatan Kerajaan Tempatan 2024 oleh KPKT...

[Tepuk] Tahniah juga diucapkan kepada RISDA Padang Terap yang telah mendapat Naib Johan KIK Penambahbaikan di dalam Majlis Kualiti dan Inovasi RISDA tahun ini.

Dalam konteks usahawan tempatan dari Padang Terap, saya merakamkan tahniah kepada Encik Saiful Zaharin Zakariya dan Puan Fadhilah Azmi yang merupakan rakyat Padang Terap yang telah mengasaskan platform aplikasi jualan dalam talian atau e-dagang yang dikenali sebagai eDesa.

draft • 5:00 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Akhir sekali, saya mengharapkan melalui Belanjawan 2025 ini, pihak Kerajaan Persekutuan dapat membantu merealisasikan Padang Terap sebagai bandar raya getah dan ekopelancongan seperti mana yang termaktub di dalam dokumen Rancangan Tempatan Daerah Padang Terap 2035. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput YB Sipitang.

draft • 5:00 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani.

Pertamanya, marilah kita panjatkan setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnianya dapat kita terus bersidang buat ke sekian kalinya di Dewan yang mulia ini dan mendengar pembentangan Belanjawan 2025 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan pada 18 Oktober yang lepas.

Sipitang ingin menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang sebesar-besarnya kepada Yang Amat Berhormat Tambun atas pembentangan belanjawan tempoh hari. Mengutamakan kepentingan negara dan rakyat, suatu belanjawan yang saya kira inklusif dan pragmatik sifatnya dengan mengambil kira dinamika ekonomi Malaysia dalam menyongsong beraneka cabaran di pentas dunia dalam era globalisasi ini.

Dengan tema, “Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat”, kita melihat belanjawan ini sebagai yang terbaik sepanjang enam dekad yang lalu. Bukan sahaja terbesar daripada segi jumlahnya, tetapi lebih fokus dengan capaian menyeluruh daripada segi keterangkuman ke arah meringankan kos sara hidup dan memperkukuh kesejahteraan rakyat.

Tan Sri Yang di-Pertua, Sipitang mengambil peluang ini untuk memahatkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun atas penambahan peruntukan pembangunan untuk negeri kami kepada RM6.7 bilion tahun hadapan.

Kami amat menghargai kerana Kerajaan Pusat begitu menjiwai denyut nadi rakyat di negeri kami, berusaha memenuhi hak-hak Sabah sebagai mana termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang disepakati bersama dahulu. Sudah tentu peruntukan yang disediakan ini membolehkan Sabah meneruskan projek pembangunan pada tahun terakhir pelaksanaan perancangan Malaysia kedua belas pada tahun hadapan.

draft • 5:04 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Melihat kedudukan geografi dan topografi negeri kami yang bergunung dan berbukit, lembah sungai di sana sini dan susur kampung yang bersimpang siur, peruntukan itu memangnya belum mencukupi jika dihitung secara mikro. Namun, memadai jiwa untuk mengimbangi jurang dan ketidakseimbangan yang berlaku sejak sekian tahun. Belanjawan 2025 itu sesungguhnya bukti kesungguhan pimpinan di Putrajaya untuk terus berusaha merapatkan jurang pembangunan antara wilayah melalui penyediaan kemudahan asas seperti jalan raya, air dan bekalan elektrik.

Mewakili suara rakyat dari akar umbi, saya juga mengalu-alukan dan menyambut baik keputusan Kerajaan Persekutuan menaikkan bayaran khas interim Sabah daripada RM300 juta kepada RM600 juta tahun depan yang turut dimasukkan dalam belanjawan tahun hadapan.

Tambun, Sipitang jauh lokasi, Satu di Perak, satu di Sabah; Kami ucapkan berbanyak-banyak terima kasih, Kerana peruntukan banyak ditambah. Tan Sri Yang di-Pertua, kawasan Parlimen Sipitang yang saya wakili ini mempunyai keunikan tersendiri kerana berada di lokasi paling strategik. Ada kampung bersebelahan Kalimantan, ada kampung berdekatan Brunei, ada kampung berjiran Sarawak. Laut kami pula bertebing hingga ke pantai Pulau Labuan.

Untuk itu saya ingin menarik Dewan yang mulia ini dan mengangkat beberapa perkara kritikal untuk diberi perhatian oleh kerajaan khususnya kementerian yang berkaitan. Pertama, projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid di Stesen Kampung Long Pasia dan Kampung Meligan yang terbengkalai sekian lama. Untuk makluman, Stesen Meligan melibatkan Kampung Meligan, Kampung Ulu Bole, Kampung Mangayam, Kampung Rundulang dan Kampung Iburu.

Manakala Stesen Long Pasia pula untuk memenuhi keperluan Kampung Long Pasia dan Kampung Long Mio.

Sehingga kini status pelaksanaan projek cuma antara 60 hingga 70 peratus siap, sedangkan ia nya sudah lama dimulakan oleh kontraktor utama NM 13 Sdn.

Bhd. yang beralamat di Shah Alam, Selangor. Mohon perhatian kementerian yang berkaitan untuk melihat apakah punca dan masalah sehingga menyebabkan projek ini masih tidak siap-siap sampai ke hari ini.

Kedua, projek Loji Rawatan Air (LRA) Kampung Usuk, Sungai Lakutan dan Kampung Popular, Sipitang. Projek ini adalah di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Jabatan Air Negeri Sabah. Mengikut perancangan, projek

draft • 5:04 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

ini memberi manfaat kepada 27 buah kampung di Sipitang, membabitkan sebanyak 942 buah rumah keseluruhannya.

Pada 10 Januari tahun 2024 yang lepas, pihak KKDW dan JANS telah meninjau dan meneliti kawasan projek LRA tersebut. Namun persoalannya sehingga kini, belum ada khabar berita mengenainya lagi. Justeru, diharapkan agar pihak kementerian dapat memberikan jawapan dan kepastian mengenai status projek ini.

draft • 5:04 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Ketiga, jeti bot penambang Sipitang Menumbok di mana jeti bot penambang di Kampung Tanjong Pagar perlu dinaik taraf terutama daripada aspek keselamatan iaitu sistem pemeriksaan imigresen dan pembinaan jeti yang lebih besar dan sistematik. Ini penting diberi keutamaan segera kerana jeti berkenaan dikatakan menjadi kawasan laluan aktiviti penyeludupan dan kemasukan warga asing ataupun PTI.

Keempat, saya juga membawa berkenaan dengan perkembangan projek naik taraf jalan raya Kampung Mendulong ke Kampung Meligan yang mana perkara ini sudah beberapa kali saya bangkitkan dalam perbahasan dalam Dewan yang mulia ini. Untuk makluman Tan Sri Yang di-Pertua, projek ini masih belum dilaksanakan dan tiada perkembangan daripada pihak kontraktor mahupun kementerian terlibat.

Justeru, kita mohon mendapatkan jawapan daripada kementerian berkaitan. Projek naik taraf jalan ini perlu disegerakan pelaksanaannya dan kita juga mencadangkan supaya laluan ini tidak dibenarkan dijadikan laluan oleh lori-lori bermuatan besar bagi mengelak kerosakan jalan.

Tan Sri Yang di-Pertua, Sipitang juga ingin bertanya kepada kementerian berkaitan tentang perkembangan mutakhir projek menaik taraf jalan Kampung Bankelalak ke Kampung Mentulud sepanjang 2.9 kilometer yang telah diluluskan oleh Kementerian Ekonomi di bawah Belanjawan 2024 dengan kos sebanyak RM23.5 juta. Bilakah ia dimulakan? Untuk makluman Dato’ Yang di-Pertua, jalan ini telah lama ditunggu oleh penduduk Kampung Bankalalak dan juga Kampung Mentulud dan kawasan persekitaran kerana ini adalah merupakan jalan utama yang digunakan oleh penduduk di kawasan berkenaan. Saya juga mengharapkan agar projek ini dapat disegerakan dan dilaksanakan untuk kepentingan rakyat di kawasan berkenaan.

Seterusnya, saya juga ingin membawa berkenaan dengan berek ataupun Kuarters Polis IPD Sipitang dan Balai Polis Sindumin. Kemudahan berek ini perlu diberikan perhatian segera oleh Kementerian Dalam Negeri kerana keadaannya sudah terlalu uzur dan banyak kerosakan di sana sini. Mengikut laporan awal yang

draft • 5:10 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

saya terima, terdapat kira-kira 20 berek yang perlu diganti atau dibaik pulih. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kedua-dua IPD Sipitang dan Balai Polis Sindumin menggalas tanggungjawab amat penting berikutan kedudukannya betul-betul di barisan hadapan sempadan negara kita. Justeru, kemudahan berek kediaman untuk pegawai dan anggota polis bertugas hendaklah dipastikan dalam keadaan selesa supaya setiap pegawai dan anggota dapat menjalankan tugas mereka siang dan malam dengan penuh semangat yang tinggi.

Dato’ Yang di-Pertua, berbekalkan inti pati semangat Belanjawan 2025 ini, saya yakin lagi optimis bahawa negara kita mampu meluncur laju berpaksi perancangan strategik dan memperkukuh pertumbuhan berdaya saing ekonomi.

Dengan mengimbangi perbelanjaan dan pendapatan, memanfaatkan segala sumber alam dan komoditi yang berlimpah, Malaysia mampu muncul menjadi ekonomi baharu dunia di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Tambun. Yang penting, semua lapisan rakyat harus bersatu dan saling membahu bagi membangun negara tercinta ini di bawah payung Kerajaan Malaysia MADANI. Sekian, Sipitang menyokong. Terima kasih.

draft • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Sipitang. Saya jemput Kubang Pasu.

draft • 5:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Saya hendak ucap tahniah kepada Tan Sri Yang di-Pertua kerana dilantik sebagai Pengerusi AIPA. Tahniah...

[Tepuk] Tan Sri Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi- tinggi tahniah dan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan yang telah membentangkan Bajet 2025 pada 18 Oktober yang lalu. Secara keseluruhan, semua kementerian memperoleh peruntukan yang lebih tinggi berbanding tahun 2023 kecuali Kementerian Ekonomi di mana peruntukannya hanya kurang sedikit sahaja. Parlimen Malaysia memperoleh peruntukan meningkat RM12.3 juta berbanding 2023. Dengan peruntukan yang meningkat ini, kita berharap Ahli-ahli Parlimen agar Jawatankuasa Pilihan Khas akan dapat diperkasakan lagi.

Kementerian Pendidikan memperoleh peruntukan tertinggi RM 64.1 bilion dengan peningkatan 9.3 peratus berbanding dengan 2023. Ia diikuti dengan Kementerian Kesihatan dengan peruntukan sebanyak RM45.27 bilion dengan

draft • 5:13 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

peningkatan 9.8 peratus berbanding 2023 bagi Bajet 2025 ini. Nampaknya Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan amat pemurah sekali.

Keseluruhan anggaran mengurus meningkat RM31.7 bilion atau pun 10.4 peratus. Manakala, anggaran perbelanjaan pembangunan menurun RM4 bilion berbanding dengan 2023. Perbelanjaan pembangunan sebenar bagi tahun 2023 ialah RM96.9 bilion. Selalunya dan malah sebaik-baiknya perbelanjaan pembangunan harus meningkat kerana ia merupakan pelaburan untuk masa depan negara yang menjadi penggerak kepada memperkukuhkan ekonomi bagi tahun 2025 dan seterusnya. Berhubung dengan perkara ini, saya ingin meminta Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan untuk memberikan pencerahan. Dengan kenaikan ketara Bajet 2025, Kubang Pasu berharap agar wang rakyat diuruskan dengan berhemah dan tanpa ketirisan supaya rakyat mendapat nikmat daripada bajet ini dan Malaysia akan terus bertambah maju dan makmur.

Tan Sri Yang di-Pertua, berhubung dengan anggaran perbelanjaan pembangunan sejumlah RM86 bilion, saya ingin mengemukakan soalan-soalan berikut. Pertamanya, mengapakan jumlah ini kurang daripada 2024? Mungkin juga kerana tiada bayaran hutang 1MDB. Ini perlukan pencerahan. Dari manakah pinjaman dan berapakah jumlah dari dalam negara dan dari luar negara? Kita semua sedia maklum bahawa setiap tahun bajet pembangunan datangnya daripada pinjaman kerajaan. Berapakah jumlah bon seperti Malaysian Government Investment Issue umpamanya? Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB), long term Islamic bond dan Malaysian Government Securities (MGS), conventional bond seperti KWSP dan sebagainya.

Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin beralih kepada MITI.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri khususnya mengenai National Semiconductor Strategy (NSS). Pada bulan Mei yang lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sewaktu melancarkan NSS di Persidangan SEMICON Southeast Asia 2024 telah mengumumkan Malaysia akan melaksanakan pelan tiga fasa disokong oleh RM25 bilion peruntukkan untuk insentif-insentif yang disasarkan bagi memperkukuhkan kedudukan negara sebagai hab global untuk pembuatan, RND dan reka bentuk cip. Setelah meneliti anggaran Belanjawan MITI 2025, didapati tiada langsung peruntukkan untuk agenda ini. Dengan pengumuman yang begitu bersemangat dan meyakinkan sepatutnya ia disusuli dengan peruntukan. Cadangan Kubang Pasu ialah sekurang-kurangnya RM5 bilion sebagai permulaan atau paling kurang pun RM1 bilion sebagai seed money.

draft • 5:13 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Antara sasaran NSS ialah pertamanya menarik pelaburan sekurang-kurang RM500 bilion bagi fasa pertama. Kedua, membangunkan 10 syarikat semikonduktor milik Malaysia, melatih dan mewujudkan 60,000 orang jurutera warga Malaysia dalam tempoh lima hingga 10 tahun. Kubang Pasu sangat kecewa kerana kerajaan tidak menunjukkan kesungguhan seperti negara-negara lain. Kita umum tetapi diterjemahkan oleh tindakan yang sebaik-baiknya iaitu komitmen kewangan.

Sebenarnya, sebelum Malaysia mengumumkan RM25 bilion untuk NSS, Korea Selatan telah pun mengumumkan sejumlah RM89.5 bilion bagi memperkasakan sektor semikonduktor mereka. Begitu juga dengan negara China yang akan membelanjakan RM209 bilion untuk bersaing dengan Amerika Syarikat sebagai peneraju utama semikonduktor dunia. Untuk makluman semua, pasaran global semikonduktor dianggarkan mencecah 1 trilion US Dolar ataupun RM4.4 trilion menjelang tahun 2030.

Tan Sri Yang di-Pertua, salah satu input utama dalam menjayakan pelbagai sektor industri pembuatan dan penghasilan Malaysia ialah talent ataupun bakat.

Lebih penting lagi bila negara sedang melangkah ke hadapan dan membangun dan memajukan teknologi canggih seperti semikonduktor, EV, tenaga boleh diperbaharui seperti solar, data center dan sebagainya. Seperti mana yang saya disebut tadi, industri semikonduktor sahaja memerlukan 60,000 orang jurutera dalam pelbagai disiplin kejuruteraan. Jika dicampurkan dengan industri lain, kita mungkin memerlukan lebih daripada 100,000 orang jurutera dalam tempoh lima tahun yang akan datang. Sesungguhnya peningkatan permintaan jurutera adalah disebabkan oleh pertumbuhan permintaan cip untuk generatif AI, pengeluaran Chat GPT pada November 2022.

draft • 5:13 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Generative AI mampu menambahkan USD44 trilion kepada ekonomi global.

Untuk meningkatkan kemampuan AI, lebih ramai jurutera mahir diperlukan bagi membangunkan hardware yang berkuasa tinggi. Amerika Syarikat sahaja memerlukan 400,000 Jurutera mahir.

Tan Sri Yang di-Pertua, pada tahun 2021 IPT Malaysia mengeluarkan 286,299 graduan. Daripada jumlah itu hanya 23,352 orang sahaja graduan dalam E&E dan daripada jumlah itu pula hanya 14,669 orang adalah kelulusan diploma dalam TVET, baki 8,683 yang memiliki ijazah E&E.

Jika diambil perangkaan 2010-2021, universiti-universiti di Malaysia secara puratanya hanya mengeluarkan jurutera E&E 5,827 orang setahun, ia bermakna bahawa jurutera E&E yang akan dikeluarkan dalam enam tahun yang akan datang

draft • 5:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

iaitu pada 2030 ialah 34,962 orang. Jauh lebih rendah daripada keperluan NSS 60,000 orang.

Kita perlukan tenaga mahir teknikal dalam tiga peringkat. Peringkat bawah majoriti tenaga mahir yang sijil, peringkat pertengahan yang ada diploma dan peringkat atas, ijazah dalam bidang kejuruteraan dan sains asas seperti fizik, kimia dan sebagainya. Dalam ucapan perbahasan saya hari ini, saya akan menyentuh tentang keperluan industri di peringkat atas iaitu graduan ijazah kejuruteraan pelbagai disiplin yang berkaitan dan ijazah yang berkaitan dengan pendigitalan.

Berhubung dengan talent. Untuk keperluan industri teknologi tinggi ini, saya hendak memberi penekanan kepada STEM, bukan stamp post office, tetapi Science, Technology, Engineering dan Mathematics. Bidang ini amat-amat penting jika Malaysia berharap untuk menjadi negara maju yang berasaskan kepada bidang industri yang bertulang belakangkan teknologi canggih, cutting edge technology bukan setakat menjadi pengguna teknologi tetapi lebih hebat lagi menjadi pencipta teknologi seperti Jerman, Jepun, Amerika Syarikat, Taiwan, Korea Selatan dan lain- lain negara maju. Pakej STEM yang dipilih oleh pelajar berkait rapat dengan talent.

Menurut Kementerian Pendidikan, pakej STEM terbahagi kepada tiga. Pakej A, pilih semua Sains Tulen termasuk Matematik Tambahan. Pakej B, dua subjek Sains Tulen dan Matematik Tambahan. Pakej A dan B inilah yang membolehkan pelajar-pelajar kita mengambil Ijazah Kejuruteraan supaya mereka dapat memenuhi ataupun dapat bekerja di syarikat-syarikat semikonduktor. Pakej C, ini saya rasa inilah pakej yang tidak boleh masuk universiti untuk membuat Ijazah Kejuruteraan.

Jadi dua sahaja yang patut kita beri fokus iaitu A dan B.

Pencapaian STEM bagi Malaysia. Berdasarkan kepada Kementerian Pendidikan, enrolmen STEM adalah seperti berikut. Tahun 2020, 47 peratus. Ini termasuk STEM C yang tak boleh buat Ijazah Kejuruteraan. 2021, 41 peratus sama juga. 2022, 41 peratus dan seterusnya 2023, 45.7 peratus. Ambil 2020 sebagai contoh yang mengambil Sains Tulen- Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan hanya 20 peratus sahaja yang ambil pakej A dan bukan sains, 26.7 peratus.

Berdasarkan kepada statistik enrolmen, 20.5 peratus sahaja murid yang mengambil Sains Tulen. KPM tidak memaklumkan daripada jumlah 74,882 orang, berapa peratus yang lulus cemerlang bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan dalam pelbagai disiplin yang amat kritikal untuk negara. sebenarnya prestasi ini jauh tersasar daripada Dasar 60:40, Sains : Sastera menjelang tahun 2025.

draft • 5:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Bagi memenuhi keperluan industri khususnya semikonduktor, kurikulum ataupun silibus dalam pengajian kejuruteraan yang berkaitan di IPT harus dirombak supaya sesuai untuk keperluan semasa industri. Perlu wujud engagement yang berterusan dan kolaborasi rapat antara IPT dan industri bagi menjayakan agenda besar ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, pada bulan September sehingga Oktober yang lalu, kawasan Parlimen Kubang Pasu telah mengalami kejadian banjir yang teruk sekali melibatkan 22 kawasan. 1,876 mangsa banjir dan pembukaan PPS, pusat pemindahan sementara. Tahun ini, kawasan yang terlibat mengharungi tiga gelombang. 15 sampai 17 September gelombang pertama. 24 September gelombang yang kedua. 28 September hingga 1 Oktober gelombang yang ketiga.

Kejadian banjir memberikan banyak kesukaran mengakibatkan tanam- tanaman rosak. Pelbagai jenis barangan rosak seperti peti ais dan sebagainya.

Penduduk yang tinggal dalam kawasan yang mudah ditimpa banjir akan berasa bimbang dan sentiasa dalam ketakutan bila tiba musim hujan, Ogos sehingga Oktober.

Sehubungan itu saya ingin memohon jasa baik Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) agar dapat mempertimbangkan dan meluluskan cadangan rancangan tebatan banjir Sungai Temin/Bata dalam kadar segera. RTB Sungai Temin/Bata ini sebenarnya ada termasuk di bawah kajian RTB Sungai Kedah/Sungai Anak Bukit yang sebenarnya adalah merupakan salah satu komponen utama bagi melengkapkan penyelesaian masalah banjir di Lembangan Sungai Kedah. Saya dan penduduk-penduduk kawasan Kubang Pasu amat berharap agar kerajaan dapat memasukkan projek yang crucial ini dalam RMK yang ke-13 yang akan datang.

Antara objektif projek ini ialah mengurangkan risiko banjir yang berlaku setiap tahun di Bandar Changlun-Napoh, Bandar Bukit Kayu Hitam dan kawasan hotspot banjir yang terletak berhampiran jajaran Sungai Temin/Bata.

Meningkatkan kualiti keselesaan hidup dan keselamatan penduduk di samping meningkatkan tahap sosioekonomi penduduk setempat. Mengurangkan kekerapan banjir yang berlaku tiga kali setahun lebih 20 tahun yang lalu. Lebih-lebih lagi kawasan ini adalah laluan utama perdagangan antarabangsa bernilai RM40 bilion satu tahun. Bukit Kayu Hitam juga mempunyai dua kawasan perindustrian yang besar iaitu Northen Gateway milik MOF Incorporated seluas 4,395 ekar dan Kedah Science and Technology Park milik PKNK seluas 2,000 ekar. Kedua-duanya adalah

draft • 5:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

sebahagian daripada Special Border Economic Zone (SBEZ) yang sedang rancak membangun.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada ucapan Belanjawan 2025 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 18 Oktober yang lalu, muka surat 30, perenggan 65. Ia mengenai lebuh raya bertingkat Juru-Sungai Dua Pulau Pinang. Saya bukan hendak mempersoalkan kewajaran pembinaan lebuh raya ini, tapi sekadar untuk mengingatkan kembali cadangan beberapa tahun lalu. Kalau tak silap saya, 2016-2017 iaitu untuk membina lebuh raya bertol Changkat Jering-Sungai Petani bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dari Perak ke Pulau Pinang dan ke negeri Kedah.

Sebelum projek lebuh raya bertingkat ini dilaksanakan, Kubang Pasu mencadangkan supaya Lebuhraya Changkat Jering ke Sungai Petani dilihat kembali daripada segi keberkesanannya bagi mengurangkan kesesakan trafik dari Perak ke Pulau Pinang dan ke Kedah. Di samping itu, jajaran Lebuhraya Changkat Jering- Sungai Petani juga mampu membangun ekonomi kawasan sekitar yang dilaluinya.

Tan Sri Yang di-Pertua, sekianlah sahaja ucapan perbahasan 2025 saya.

Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Kubang Pasu. Brake secara mengejut na. Terkejut kita. Baik saya jemput Bukit Bendera.

draft • 5:20 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Assalamualaikum dan salam mutiara. Hari ini, kita berada di ambang era baharu yang penuh harapan untuk Malaysia. Dengan penuh rasa bersyukur dan optimisme yang tinggi, Bukit Bendera menyambut baik Belanjawan 2025. Sebuah perancangan yang berpandangan jauh untuk masa depan tanah air kita. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun atas pembentangan belanjawan yang berpaksikan kebajikan rakyat Malaysia. Belanjawan ini adalah komitmen untuk meningkatkan taraf hidup dengan menangani cabaran-cabaran ekonomi.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin membincangkan tentang cadangan menaikkan gaji minimum kepada RM1,700 yang saya lihat sebagai satu inisiatif serampang dua mata. Langkah ini berpotensi untuk meningkatkan taraf hidup pekerja kita sambil memberi juga impak positif kepada ekonomi dan juga masyarakat secara keseluruhan.

draft • 5:29 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] Pertama sekali, saya berpendapat bahawa pelaksanaan gaji minimum ini bakal membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk warga tempatan, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing. Jadi kenapa saya cakap begitu? Kini majikan hanya perlu membayar gaji minimum RM1,700 dan juga 13 peratus caruman KWSP untuk pekerja tempatan berbanding dengan kos yang lebih tinggi untuk membayar gaji pekerja asing yang merangkumi gaji pokok, caruman KWSP, levi pekerja, penginapan dan juga kos pengangkutan.

Jadi daripada segi impak sosial, langkah mengambil pekerja tempatan dapat juga mengurangkan isu penempatan pekerja asing, sekali gus menangani masalah sosial yang sering kali menjadi keluhan warga tempatan. Ini juga menurunkan kadar pengangguran dan pada masa yang sama, membuka juga peluang pekerjaan bergaji tinggi terutamanya untuk penduduk luar bandar dan juga membantu untuk mengurangkan jurang pendapatan antara bandar dan juga luar bandar. Jadi, bukankah ini juga merupakan salah satu langkah untuk menoktahkan kemiskinan dan pada masa yang sama, untuk membasmi fenomena miskin bandar?

Satu kebimbangan yang sering dibangkitkan mengenai gaji minimum adalah kesannya ke atas kos pengeluaran dan seterusnya harga barangan. Namun begitu, alasan ini perlu disokong dengan tanggungjawab dan juga data yang tepat. Jadi persoalan saya, sebagai contoh, kalaulah kadar minimum diturunkan kepada RM1,200 sekalipun, apakah jaminan pemain industri di luar sana bahawa harga produk akan turut turun? Jadi, kita perlu melihat perkara ini secara holistik. Kenaikan gaji minimum adalah pelaporan dalam modal insan dan juga masa depan tanah air kita. Ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pekerja, tetapi juga kepada majikan melalui peningkatan produktiviti dan juga motivasi pekerja.

Seterusnya, saya juga ingin membangkitkan isu mengenai penjagaan kanak- kanak di tanah air kita. Seperti mana yang kita ketahui, sektor penjagaan kanak- kanak adalah lebih daripada sekadar perkhidmatan. Ia adalah satu komitmen yang telus kepada pihak keluarga dan yang paling penting, masa depan anak-anak kita.

Penyediaan penjagaan berkualiti penting untuk membesarkan anak-anak dalam persekitaran selamat yang penuh kasih-sayang dan juga pada masa yang sama, merangsang minda mereka. Jadi pelaburan dalam perkhidmatan penjagaan kanak-

draft • 5:30 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

kanak terbaik bukan sahaja menyokong ibu bapa, tetapi juga dapat membentuk generasi pemimpin masa depan yang yakin.

Walau bagaimanapun, terdapat juga dalam kalangan kita yang telah membangkitkan kebimbangan bahawa dengan gaji minimum baharu yang ditetapkan, ia akan juga memberi kesan negatif kepada pengusaha kecil, sederhana khususnya kepada taska dan juga tadika. Ini ditambah pula dengan laporan baru- baru ini yang menjangkakan kenaikan yuran tadika dan taska antara 20 hingga 25 peratus tahun hadapan. Perkembangan ini membawa kebimbangan kepada ibu bapa di seluruh negara. Saya bagi contoh, bayaran untuk menghantar anak-anak ke taska ada yang mencecah ke RM650 sebulan. Jadi bagi sesetengah keluarga, cuba bayangkan sekiranya ada peningkatan, bukankah ini pasti memberi beban tambahan kepada mereka?

Sehubungan itu, soalan saya kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Soalan pertama, adakah kerajaan bercadang untuk menyemak semula prosedur operasi standard Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membantu pengusaha taska dan tadika kecil untuk memberi ruang untuk menambah pengambilan pelajar?

Kedua, adakah kerajaan akan menyediakan kupon ataupun bantuan tunai bulanan seperti mana bantuan persekolahan kepada ibu bapa bagi mengurangkan beban ibu bapa di bandar terutamanya?

Jadi saya rasa bahawa salah satu langkah yang pasti dapat membantu ibu bapa, pertimbangkanlah dengan serius untuk menambahkan lebih banyak taska mampu milik kerajaan ataupun agensi seperti KEMAS, Tabika Perpaduan dan sebagainya. Ekosistem sudah wujud.

Jadi tiba masanya untuk kerajaan melalui kementerian untuk menambahbaikkan lagi sistem yang sedia ada untuk manfaat keluarga Malaysia.

Tanpa tindakan proaktif, peningkatan yuran juga berpotensi untuk mendorong ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke taska yang tidak berdaftar ataupun yang tidak mematuhi peraturan yang ketat. Ini meningkatkan risiko penderaan serta kecuaian terhadap kanak-kanak.

Puan Timbalan Speaker, saya juga ingin menarik perhatian Dewan kepada kebajikan guru dan juga pelajar IPG di Malaysia. Guru adalah nadi masyarakat.

Mereka berdedikasi untuk membentuk pemikiran generasi muda dan juga memberi inspirasi kepada masa depan. Bagi saya, isu pendidikan dan juga kebajikan guru, dengan izin, will always have a soft port in my heart. Arwah bapa saya bekas cikgu.

Ibu saya pun cikgu, bekas cikgu. Jadi, saya faham profesion ini memerlukan

draft • 5:30 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

komitmen yang tinggi untuk memupuk potensi pelajar. Memberi pengetahuan dan juga menilai yang bukan sahaja mendidik, tetapi juga memberi impak kepada pertumbuhan peribadi dan sosial.

Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia memainkan peranan yang penting dalam melahirkan pendidik-pendidik yang berkualiti. Namun, pelajar IPG juga menghadapi beban pengajian yang berat dengan kewajipan mengambil jurusan major, minor, subjek elektif. Masing-masing memerlukan tiga hingga empat tugasan. Kos untuk keperluan kokurikulum seperti pakaian badan beruniform yang kadang-kadang mencecah melebihi RM100 juga menambah beban kewangan kepada mereka.

Bukit Bendera ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan kerana menaikkan elaun pelajar IPG dari RM430 sebulan ke RM530 sebulan, tetapi jumlah ini masih lagi tidak mencukupi untuk menampung kos hidup yang tinggi terutamanya untuk makanan dan juga minuman. Jadi, pelajar tidak dibenarkan bekerja sambilan kerana perlu fokus sepenuhnya kepada pengajian dan mereka juga tak layak memohon biasiswa ataupun pinjaman PTPTN. Jadi, menyebabkan mereka hanya bergantung kepada elaun yang terhad.

Isu kos hidup yang semakin meningkat sering kali menjadi fokus perbahasan kita di Dewan yang mulia ini. Bagi pelajar-pelajar IPG ini, mereka juga menghadapi cabaran yang sama terutamanya mereka yang mengaji ataupun menjalani tugas di kawasan-kawasan bandar. Jadi istilah miskin bandar adalah satu fenomena, satu perkara yang kita tidak boleh pandang ringan.

Oleh itu, KPM juga perlu mempertimbangkan langkah-langkah proaktif seperti penambahbaikan bantuan pengangkutan dan juga sokongan kewangan lain untuk meringankan beban pelajar. Yang pentingnya, untuk memastikan mereka dapat fokus kepada pengajian tanpa masalah kewangan. Kekurangan sokongan kewangan dibimbangkan dapat juga memberi ataupun menyebabkan tekanan yang cukup signifikan bagi pelajar-pelajar IPG dan ia dapat mempengaruhi juga prestasi akademik. Yang penting, kesejahteraan mereka serta memberi kesan yang negatif terhadap kualiti bakal-bakal pendidik yang dihasilkan oleh institut tersebut.

Jadi di sini saya ingin bertanya, adakah langkah yang akan diambil untuk mengurangkan beban akademik pelajar IPG yang diwajibkan mengambil subjek utama, sampingan dan seterusnya masing-masing dengan tugasan?

Soalan kedua, adakah rancangan untuk meningkatkan elaun IPG, pelajar- pelajar IPG atau memberi sokongan kewangan tambahan yang lain memandangkan

draft • 5:30 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

kadang-kadang elaun sebanyak RM530 ini tidak mencukupi untuk menampung kos hidup yang tinggi dan juga perbelanjaan seperti uniform dan aktiviti kokurikulum?

Soalan seterusnya, memandangkan pelajar IPG tidak layak untuk mendapat biasiswa ataupun PTPTN dan tidak dibenarkan bekerja sambilan, apakah program bantuan kewangan atau sokongan lain yang boleh disediakan untuk meringankan beban mereka?

draft • 5:30 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Puan Sri Speaker, dengan langkah menutup tirai perbahasan Belanjawan 2025 ini, saya ingin mengajak semua pihak untuk bersama-sama memastikan tanah air yang kita cinta ini terus diperkasakan dengan tadbir urus yang baik dan juga pengurusan fiskal yang berhemah.

Belanjawan ini lebih daripada sekadar angka di atas kertas. Ia adalah janji kita kepada rakyat untuk terus membina tanah air yang lebih makmur dan lebih inklusif. Dengan meneruskan belanjawan yang seimbang, kita dapat memastikan bahawa setiap ringgit, setiap sen dibelanjakan dengan bijak, memupuk kestabilan ekonomi dan juga mencipta peluang sewajar untuk setiap lapisan masyarakat Malaysia.

Jadi, Bukit Bendera akan menutup perbahasan dan izinkan saya untuk membaca serangkap pantun.

Pohon rendang tempat berlindung, Rakyat sejahtera harapan dijunjung, Suara kami tegas tekad bergemulung, Dengan ini Bukit Bendera menyokong. Sekian, terima kasih.

draft • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya jemput Yang Berhormat Masjid Tanah.

draft • 5:40 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih buat Yang Berhormat Puan Speaker yang memberikan peluang kepada Masjid Tanah untuk sama-sama berbahas pada petang ini.

Pada dua minggu lepas, Yang Amat Berhormat Tambun telah pun membentangkan Belanjawan 2025. Selama tiga jam beliau berdiri, pelbagai kejayaan yang Kerajaan MADANI kongsikan. Biasalah, jika ekonomi lazimnya bercakap tentang soal pertumbuhan, inflasi dan kadar pengangguran yang dijadikan

draft • 5:41 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

sebagai ukuran. Seperti contoh, Malaysia kononnya menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang baik dan inflasi rendah serta kadar pengangguran yang terkawal.

Tetapi, ‘hairan bin ajaib’ dengan apa yang dibentangkan, sepatutnya apabila kita mendengar ini, kita akan rasa seronok, akan rasa gembira dan juga akan rasa positif, tetapi malang sekali, ramai rakyat di Malaysia ini tidak dapat merasai limpahan kejayaan tersebut. Mereka tidak berasa, Tuan Yang di-Pertua. Kenapa berlaku keadaan begitu?

Belanjawan 2025 ini sangat penting. Rakyat ingin tahu, apakah manfaat yang akan diterima oleh rakyat secara langsung dalam kehidupan mereka. Konon inflasi yang dilaporkan rendah, tetapi ianya tidak seiring dengan harga barang yang semakin mahal, sampaikan ada rakyat yang merasakan bahawa kerajaan ini terlalu banyak yang nak dibuat tetapi rakyat tak merasainya. Tidak tahu di manakah silapnya. Adakah silap implementasi ataupun dari segi komunikasi?

Seeloknya, saya pohon Yang Berhormat Menteri, Timbalan Menteri ataupun semua yang terlibat eloklah pergi ke bawah, turun ke bawah dengar sendiri denyut nadi rakyat dan bukannya hanya membuat Jualan MADANI, Jualan Murah MADANI yang mana jual ayam seekor RM10 tetapi ayamnya kecil macam burung puyuh, Yang Berhormat Puan Speaker. Belum lagi kita cakap tentang soal beras yang hilang, yang tidak dijumpai, hanya jumpa sewaktu pilihan raya kecil, tetapi waktu time biasa memang tidak dapat dikesan di mana agaknya beras hilang.

Jadi, sebab itulah, saya juga ingin menyentuh tentang pengelasan B40, M40 dan juga T15. Kerajaan perlu berhati-hati dalam mengkategorikan siapa yang tergolong dalam T15 ini. Ini bukan soal mempertahankan golongan maha kaya.

Yang sebenarnya, kita hendak pertahankan golongan yang disangka maha kaya walhal sebenarnya mereka bukanlah maha kaya.

Seperti contoh. Ada suami isteri bekerja guru, gaji RM6,500 dan mereka tergolong dalam T15. Mereka duduk di Kuala Lumpur ataupun Putrajaya. Maka mereka dianggap sebagai maha kaya. Tetapi, sekiranya mereka mendapat gaji yang sedemikian, RM6,500 suami dan isteri, suami RM6,500, isteri pun RM6,500, mereka duduk contohnya di Gerik ataupun di Masjid Tanah, mereka boleh disifatkan sebagai golongan maha kaya.

Bagaimana kerajaan boleh memastikan keadilan dalam menentukan pemberian subsidi berdasarkan disposable income, dengan izin? Seorang yang bergaji RM10,000 mungkin akan membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk membayar hutang-hutang rumah ataupun harta mereka yang lain sehingga baki disposable income mereka hanya tinggal RM2,000 untuk dibelanjakan.

draft • 5:41 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Manakala seorang lagi yang bergaji sama RM10,000 tetapi mengamalkan penjimatan dan meyimpan wang tersebut untuk simpanan hari tua dan mungkin mempunyai disposable income yang lebih banyak, adakah ini bermakna dia tidak layak untuk mendapat subsidi manakala yang tadi akan mendapat subsidi? Ini akan menyebabkan ketidakadilan kepada golongan sebegini kerana mereka menjalani kehidupan yang berjimat cermat dan menyimpan untuk simpanan hari tua mereka.

Begitu juga dengan subsidi pendidikan. Saya tidak bersetuju sekiranya diwujudkan perbezaan untuk mengasingkan pelajar daripada golongan miskin dan juga daripada golongan kaya. Ini amat tidak membantu perkembangan anak-anak kita yang sepatutnya dibenarkan mereka untuk bergaul dengan sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan juga taraf hidup anak-anak kita.

Biarlah anak-anak kita mendapat pengalaman melalui persahabatan tanpa mengira latar belakang masing-masing kerana ia amat penting demi masa hadapan dan demi pembangunan karakter mereka yang mana dapat membantu mereka menyesuaikan diri terutama sekali apabila mereka berhadapan di alam pekerjaan dan juga kehidupan dewasa kelak.

Puan Yang di-Pertua, hak untuk mendapatkan kesihatan juga adalah hak setiap rakyat dan sememangnya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakannya. Jika Yang Amat Berhormat Tambun bimbang sangat golongan maha kaya akan mendapat subsidi kesihatan awam, percayalah golongan maha kaya ini tidak pergi pun dekat hospital awam untuk beratur berjam-jam, tunggu berjam-jam hanya untuk mendapatkan ubat demam, ubat batuk dan sebagainya.

Pasti mereka akan memilih hospital swasta...

[Tepuk] Walau bagaimanapun, kita bimbang sekiranya kerajaan mahu mengehadkan subsidi kesihatan kepada golongan tertentu kelak ada yang tercicir kerana disangka maha kaya walaupun sebenarnya bukan, khususnya untuk kepada golongan M40.

Golongan M40 ini sering disalah anggap sebagai maha kaya. Mereka juga pembayar cukai. Namun, sering kali tercicir daripada menerima bantuan ataupun keistimewaan daripada pihak kerajaan.

Yang Amat Berhormat Tambun, saya ingatkan supaya jangan tersalah sasar konon hendak tembak T15, tetapi M40 pula yang terkena peluru sesat MADANI.

Tambahan pula, ada setengah kepakaran yang tidak ada di hospital swasta tetapi cuma ada akses di hospital kerajaan sahaja. Oleh yang demikian, adalah lebih baik sekiranya akses kesihatan ini tidak dihadkan kepada golongan tertentu tetapi ditambah baik untuk semua rakyat Malaysia.

draft • 5:41 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Bagi penyasaran subsidi petrol, saya menegaskan agar satu kajian terperinci dibuat mengenai mekanisme yang terbaik untuk mengelakkan ketirisan.

Menggunakan kad pengenalan bagi mengisi minyak dikhuathiri akan disalah guna oleh ramai pihak dan menyusahkan pengguna. Kad pengenalan pula boleh digunakan oleh sesiapa sahaja dan proses pengesahan identiti di stesen pam petrol boleh menjadikan perkara yang amat remeh dan melecehkan.

Oleh yang demikian, saya mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan subsidi melalui tunai ke akaun bank mereka yang layak dengan syarat amaun tunai tersebut boleh ditingkatkan sekiranya harga minyak dunia melambung tinggi ataupun naik secara mendadak. Ini penting bagi mengelakkan shock inflation ataupun inflasi yang naik secara tiba-tiba.

Tuan Yang di-Pertua, berikan saya ruang untuk menyentuh tentang soal SSPA yang mana ia akan mula dinikmati oleh semua penjawat awam Disember ini.

Ketika ini, lebih 1.4 juta kakitangan awam berjawatan tetap sedang menandatangani opsyen untuk beralih daripada sistem saraan SSM kepada SSPA. Namun, ia untuk penjawat awam berjawatan tetap.

Bagaimana pula dengan penjawat awam yang berjawatan kontrak, ataupun lebih tepat lagi, contract of service yang sumbangan mereka sama sahaja seperti pegawai penjawat awam berjawatan tetap? Saya difahamkan tiada satu penerangan pun dibuat oleh JPA kepada penjawat awam kontrak. Benar atau tidak? Ini adalah satu yang tidak adil kepada mereka sedangkan tiada perbezaan dari segi tugas dan juga tanggungjawab yang mereka lakukan dengan penjawat awam tetap.

Dalam isu yang sama, saya juga ingin bertanya kepada kerajaan, apakah dasar penyerapan penjawat awam kontrak kepada tetap masih sama, iaitu mereka perlu berkhidmat lebih 15 tahun? Pandangan saya, dasar ini perlu diubah kerana seperti yang saya katakan tadi, penjawat awam kontrak melaksanakan tugas dan tanggungjawab sama seperti penjawat awam tetap.

Jadi, saya cadangkan tempoh ini dikurangkan daripada 15 tahun pergi ke tujuh tahun sahaja. Mereka ini mempunyai kemahiran yang cukup, kompeten, memahami semua dasar dan pekeliling kerajaan dan yang paling penting, tidak perlu lagi hendak kita latih mereka untuk mereka melaksanakan pekerjaan mereka.

Untuk itu, saya mohon Menteri menjelaskan, berapa ramai kakitangan awam berjawatan contract of service diserap kepada jawatan penjawat awam tetap?

Adakah masalah untuk mereka diserapkan sebagai penjawat awam tetap, selain daripada dasar yang mewajibkan mereka untuk berkhidmat selama 15 tahun? Bagi penjawatan kontrak yang perlu ikut syarat SSPA, SPM perlu wajib kredit Bahasa

draft • 5:41 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Melayu. Jika tidak, apalah nasib pada mereka yang berjawatan kontrak yang tidak dapat ikut kelayakan SSPA tersebut?

draft • 5:41 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Adakah mereka diberhentikan jika kontrak mereka tamat? Siapa mereka ini?

Ikutkan kepada pemandu-pemandu, yang mereka berada di dalam gred-gred rendah yang sebelum ini menggunakan hanya kelayakan (PMR) Penilaian Menengah Rendah tetapi bila skim SSPA dinaikkan kepada SPM, jadi kesannya kepada kakitangan awam kontrak yang tidak memenuhi kriteria SSPA, khusus jawatan yang jumud.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga ingin menyentuh institusi Parlimen, sebuah institusi yang kita panggil di Dewan yang mulia ini. Akta Perkhidmatan Parlimen ringkasnya PSA, apakah perkembangannya? Dua tiga bulan lepas saya dengar Tan Sri Yang di-Pertua mengeluarkan kenyataan di media masa bahawa RUU PSA akan dibawa dalam Mesyuarat Ketiga iaitu Mesyuarat kali ini.

Kasihan saya pada Tan Sri Yang di-Pertua jika kerajaan terus mengelak untuk membentangkan RUU ini. Apa sebenarnya masalah ini untuk dibentangkan?

Saya difahamkan Kabinet telah bersetuju dengan MGM yang disediakan oleh pihak BHEUU, malah perkara ini pun telah pun dilakukan oleh mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri BHEUU, Tan Sri Dr. Wan Junaidi yang kini Yang di-Pertua Sarawak sebagai Menteri JPM. Saya sebagai Timbalan Menteri pada ketika itu dan saya difahamkan kakitangan Parlimen tiada masalah untuk menerima PSA ini dengan syarat mereka mendapat manfaat yang sama atau lebih baik daripada apa yang mereka perolehi pada ketika ini.

Saya ingin ingatkan kerajaan bahawa Parlimen bukan hanya mempunyai kira-kira 400 kakitangan sahaja yang harus juga dicampur dengan 222 Ahli Dewan Rakyat dan 88 Ahli Dewan Negara. Ahli Dewan Rakyat sahaja menghabiskan masa lebih 100 hari di Parlimen, bukan hanya hadir sewaktu sidang di Parlimen tetapi menghadiri Mesyuarat PAC dan juga JKPK.

Dan seterusnya, saya ingin menyentuh tentang soalan PAC. Yang Amat Berhormat Tambun dalam ucapannya juga menyebut PAC mengumumkan peruntukan RM180 juta berbanding 2024 yang berjumlah RM168. Tetapi saya ada sedikit sangsi yang mana jumlah yang tersebut yang saya akan bahaskan dalam jawatankuasa kelak.

Cuma saya ingin perjelaskan sebagai Pengerusi PAC, kami memerlukan sumber khusus untuk mereka ini melaksanakan lawatan kerja ke luar negara untuk menambah ilmu. Kalau saya tidak pergi, tidak apa Yang di-Pertua tetapi biarlah

draft • 5:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

jawatankuasa saya pergi untuk mereka menimba ilmu dan sebagainya. Sudah 10 tahun sejak daripada 2014, PAC tidak keluar negara dan saya hanya mendengar JKPK lain sahaja yang berpeluang ke luar negara.

Seterusnya, saya ingin menyentuh tentang tatakelola, good governance Tuan Yang di-Pertua. FashionValet. Di kala usahawan-usahawan Malaysia sedang bergelut untuk meneruskan perniagaan masing-masing, dalam kepayahan mereka nak mendapatkan bantuan, sokongan dan dokongan daripada pihak kerajaan, tiba- tiba negara digemparkan dengan isu 43.9 juta Khazanah dan juga PNB iaitu melalui FashionValet.

Menjadi gurauan di sosial media, musim ini musim minta maaf. Dengan pasangan suami isteri minta maaf yang mana atas kerugian. Cukupkah dengan minta maaf? Cukupkah dengan menyatakan, “Oh, kami kecewa, kami kesal dengan diri sendiri, kami kecewa dengan penyudahannya begini”. Cukupkah dengan apa yang mereka lakukan kepada kerugian kepada Khazanah dan juga PNB?

Sebagai ikon fesyen, mereka telah mengecewakan ramai pengikut mereka.

Dengan kehidupan gaya hidup mewah mereka ditonjolkan dalam social media, handbag satu bilik tetapi saya tengok sekarang sudah tidak ada dah. Dah padam dah posting itu Yang Berhormat Speaker dan saya dengar jawapan Yang Berhormat Menteri ketika menjawab soalan daripada Yang Berhormat Puchong, adakah patut Yang Berhormat Menteri menjawab kerugian RM40 juta itu amatlah sedikit, amatlah kecil berbanding dengan keuntungan yang dibuat oleh Khazanah dan PNB.

Tidak sepatutnya jawapan diberikan oleh Yang Berhormat Menteri, kerana apa? Dengan RM40 juta kerugian itu boleh membantu puluhan ribu anak muda di luar sana dengan mengusahakan pelbagai perniagaan yang mana mereka sukar untuk mendapatkan perniagaan dan tidak wajar seorang Menteri menjawab seumpama begitu. Sebab itulah saya ingin dapatkan persoalan berkaitan dengan...

draft • 5:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Minta laluan.

draft • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pendang.

draft • 5:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Saya tiada masa.

draft • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tiada masa.

draft • 5:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Duduk Pendang. Saya tidak ada masa.

[Ketawa] Apakah valuation yang digunakan oleh Khazanah, PNB semasa melabur dalam FashionValet itu? Apakah justifikasi mengapa memilih FashionValet dan bukannya Grab pada ketika itu?

draft • 5:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Dan yang kedua, apakah sebahagian dana yang diterima ini digunakan untuk bayar gaji pengasas FashionValet iaitu Duck dan Lilit dan berapakah gaji pengurusan tertinggi dan Ahli Lembaga Pengarah FashionValet, Duck dan Lilit? Dan ketiga, apakah peranan wakil Khazanah ataupun PNB dalam Board FashionValet dan mengapakah mereka tidak memainkan peranan untuk menjaga pelaburan yang dibuat?

Lagi, masih lagi tentang tatakelola. Izinkan saya menyentuh tentang Pelaburan Hartanah Berhad yang perlu perhatian segera oleh pihak kerajaan.

Terdapat beberapa penjelasan yang saya inginkan. Pertamanya, berkenaan dengan pemberian special payment kepada CEO PHB bernilai RM210,000, walaupun KPI hanya mencapai 42 peratus. Apakah justifikasinya?

Yang kedua, berkenaan dengan tajaan ke Bali 200 orang kakitangan. Bagus, nak menghargai kakitangan kita, bagus. Ini patut diikuti oleh ramai majikan tetapi dalam keadaan ekonomi syarikat yang mencabar, mereka boleh mengadakan percutian mewah untuk semua tapi dah dibatalkan apabila mereka ─ cerita itu meletus di dalam social media.

Dan berkenaan dengan isu penajaan majlis makan malam alumni sekolah yang mana CEO adalah alumni kepada sekolah yang terbabit dan menaja RM50,000. Ada kepentingan di situ. Jadi, saya harap ia dapat dijawab. Dan saya rasa itu sahaja. Yang paling penting, sebagaimana Yang Berhormat, sebelum saya bercakap tentang tatakelola yang baik, good governance dan juga kita nak tengok duit rakyat ini haruslah dibelanjakan dengan baik dan bukannya semberono saja, yang harus dipikul oleh semua yang diberikan amanah dan tanggungjawab. Sekian, wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullah. Sekian, daripada Masjid Tanah.

draft • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Saya jemput Yang Berhormat Miri.

draft • 5:50 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Belanjawan 2025 telah mencerminkan komitmen kerajaan kita terhadap tanggungjawab fiskal, transformasi ekonomi dan pertumbuhan yang mampan.

Belanjawan ini bukan sekadar satu perancangan kewangan tetapi jelas menunjukkan satu pelan tindakan untuk masa depan, di mana Malaysia akan keluar daripada perangkap pendapatan sederhana, dengan izin, middle-income trap dan menjadi negara maju berpendapatan tinggi.

draft • 5:56 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Pada tahun 2023, kerajaan telah memperkenalkan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal untuk menangani cabaran defisit negara. Akta ini meletakkan sasaran jelas untuk mengurangkan defisit negara kepada 3 peratus dalam beberapa tahun akan datang.

Belanjawan 2025 dengan matlamat mengurangkan defisit kepada 3.8 peratus daripada KDNK menunjukkan bahawa Kerajaan MADANI bukan sahaja komited terhadap disiplin fiskal tetapi juga mempunyai keupayaan untuk melaksanakannya.

Disiplin dan kekuatan institusi ini dapat mengukuhkan keyakinan agensi penarafan antarabangsa serta memberi isyarat kepada pelabur asing bahawa Malaysia serius dan mampu untuk membina ekonomi yang stabil dan berdaya tahan.

Puan Yang di-Pertua, sesungguhnya ekonomi yang stabil dengan pengurusan fiskal yang baik akan membuka pintu kepada pelaburan langsung asing

(FDI). Pencapaian kita dalam menarik FDI dalam dua tahun terakhir membuktikan kekuatan dasar kita. Lonjakan FDI ini mencerminkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia sebagai ekonomi yang stabil dan berdaya saing.

Dalam Belanjawan 2025, selain mengukuhkan keyakinan pelabur, kerajaan telah meningkatkan usahanya untuk mewujudkan persekitaran ekonomi yang dinamik. Satu inisiatif penting dalam hal ini ialah kerangka insentif pelaburan baharu yang bukan sahaja bertujuan menarik modal tetapi juga menyasarkan aktiviti ekonomi bernilai tinggi yang memberi kesan limpahan ekonomi positif kepada seluruh negara.

Saya memohon kerajaan untuk memberi lebih banyak penjelasan tentang kerangka insentif pelaburan baharu ini. Kami yakin, semua usaha kerajaan ini pasti akan membawa pertumbuhan ekonomi yang pesat dalam beberapa tahun akan datang.

Puan Yang di-Pertua, salah satu cabaran utama bagi negara kita selama beberapa dekad ini ialah perangkap pendapatan sederhana. Ketika ekonomi kita berkembang, kos hidup juga semakin meningkat, malah ada kalanya melepasi kenaikan pendapatan bagi sesetengah rakyat. Keadaan ini agak membebankan rakyat kita dan berisiko menjejaskan kestabilan kedudukan kewangan generasi akan datang.

Syabas, tahniah kepada kerajaan atas komitmen untuk melaksanakan reformasi struktur ekonomi kita dengan penuh kesungguhan untuk keluar dari perangkap pendapatan sederhana dan mewujudkan masa depan yang mampan untuk Malaysia. Saya memohon Kementerian Ekonomi untuk menyatakan dengan

draft • 5:56 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

lebih terperinci pelan tindakan kerajaan dan jangka masa yang diperlukan untuk kita keluar daripada middle-income trap, dengan izin.

Ekonomi negara kita perlu beralih daripada berasaskan tenaga buruh kepada berasaskan teknologi pengetahuan dan digitalisasi. Ini adalah penting untuk kita mencapai ekonomi yang mempunyai pertumbuhan tinggi, produktiviti tinggi dan menghasilkan hasil nilai tinggi. Hanya dengan menyesuaikan ekonomi kita kepada trend global semasa dengan memanfaatkan automasi digitalisasi dan ekonomi berasaskan pengetahuan, kita dapat keluar daripada perangkap pendapatan sederhana.

draft • 5:56 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Peralihan ini perlu untuk meningkatkan produktiviti, mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi dan menyediakan taraf hidup yang lebih baik untuk rakyat kita.

Kita sedang mengurangkan kebergantungan kepada kaedah berintensif buruh dan tenaga kerja berupah rendah serta memposisikan negara kita menuju ke arah di mana pekerjaan berasaskan teknologi terkini, mempunyai produktiviti tinggi dan berpendapatan tinggi akan menjadi suatu kebiasaan.

Namun transformasi ini tidak akan berlaku tanpa cabaran. Peralihan daripada kaedah ekonomi sedia ada yang sudah berdekad lamanya tidak akan menjadi selesa atau mudah. Banyak sektor terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memerlukan sokongan dan bantuan untuk melalui proses peralihan ini seperti mengadaptasi teknologi baharu, memodenkan proses dan membangunkan tenaga kerja yang celik digital.

Soalan saya adalah sama ada kerajaan sedia untuk menyokong PKS melalui inisiatif khusus seperti menyediakan geran untuk penerapan teknologi, menawarkan insentif cukai untuk transformasi digital dan membiayai program peningkatan kemahiran.

Sokongan sebegini adalah penting untuk memastikan bahawa PKS kita tidak ketinggalan tetapi sebaliknya mampu berkembang dalam ekonomi baharu ini.

Sesungguhnya kejayaan dalam keluar daripada perangkap pendapatan sederhana dan mencapai status pendapatan tinggi ini akan membawa manfaat besar kepada rakyat dan negara kita. Sebagai negara berpendapatan tinggi, rakyat Malaysia akan menikmati kualiti hidup yang lebih baik.

Pada peringkat nasional, melangkah ke ekonomi berpendapatan tinggi termasuk peningkatan daya saing di peringkat global, FDI yang lebih kukuh dan ekonomi yang berdaya tahan. Inilah masa depan yang kita bina untuk anak-anak dan

draft • 6:00 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

cucu-cucu kita. Masa depan di mana mereka dapat menikmati hasil kerja keras dan pengorbanan kita pada hari ini.

Puan Yang di-Pertua, dalam usaha untuk kita mencapai pembangunan ekonomi, kerajaan juga harus memastikan hasil pertumbuhan ekonomi dapat dikecapi oleh seluruh rakyat di negara ini. Untuk mencapai kemajuan yang sebenar, pertumbuhan ekonomi mesti bersifat inklusif, mengurangkan jurang pendapatan dan memperkasakan rakyat. Dalam usaha kita untuk menjadi negara maju, kita mesti utamakan mobiliti sosial dan melahirkan kelas pertengahan yang kukuh. Ini adalah asas kepada kewujudan keadilan sosial dan kestabilan negara.

Kita boleh lihat contoh di negara seperti Korea Selatan yang berjaya mengubah struktur ekonominya dan membangunkan kelas pertengahan yang besar.

Ini dapat dilakukan dengan memastikan adanya akses yang adil kepada aspek yang penting dalam kehidupan seperti pendidikan berkualiti, penjagaan kesihatan dan perumahan mampu milik. Pengalaman Korea Selatan menunjukkan bahawa modul pertumbuhan inklusif di mana rakyat dari semua lapisan masyarakat mempunyai akses yang sama kepada peluang akan mencipta masyarakat yang maju dan berdaya tahan.

Dalam konteks negara kita, kita amat menghargai usaha kerajaan dalam terus menyokong kumpulan B40. Program bantuan sosial telah menjadi penting dalam menyediakan sokongan asas kepada mereka. Namun kita juga harus sedar dan menangani satu cabaran yang lebih mendalam iaitu perangkap kemiskinan.

Bagi seseorang individu dalam kumpulan B40 sesungguhnya wujud sesetengah cabaran untuk mereka beralih ke kategori M40 atau pada pendapatan sederhana.

Apabila pendapatan mereka mula meningkat, banyak bentuk sokongan yang mungkin akan dikurangkan atau dihapuskan. Secara tidak langsung menjadi penghalang bagi wujudnya mobiliti sosial.

Untuk memastikan keadilan sosial dan membasmi kemiskinan dengan lebih berkesan, kita perlu memperkenalkan dasar dan sokongan yang dapat menggalakkan mobiliti sosial ke peringkat lebih tinggi. Kita perlukan lebih banyak dasar untuk menyokong golongan M40 yang menjadi tulang belakang ekonomi kita.

Terutamanya dalam peluang pekerjaan, pendidikan, kesihatan dan perumahan.

M40 adalah komponen penting dalam ekonomi kita, mewakili sebahagian besar tenaga kerja kita dan menyumbang secara signifikan kepada ekonomi domestik. Namun kita sedia maklum bahawa banyak isi rumah M40 juga menghadapi tekanan kewangan dibebani oleh kos hidup yang meningkat dalam kehidupan.

Dengan mengurangkan beban mereka ini, kita dapat meningkatkan kualiti hidup

draft • 6:00 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

mereka dan memperkasakan mereka untuk menjadi peserta yang lebih aktif dalam ekonomi kita.

Puan Yang di-Pertua, dalam setiap ekonomi maju kita dapat lihat bilangan penduduk yang berada di bahagian bawah tangga pendapatan akan semakin berkurangan dan wujudnya kelas pertengahan yang lebih kukuh. Diharapkan pada suatu masa nanti, majoriti kumpulan B40 kita akan keluar daripada kategori pendapatan rendah sehingga ditukar menjadi kepada B10. Pada masa yang sama, kelas pendapatan pertengahan terus diperluaskan sehinggalah menjadilah M70.

Inilah struktur ekonomi yang memacu kemakmuran jangka panjang dan mencapai keadilan sosial.

Puan Yang di-Pertua, untuk membentuk struktur ini, kita perlukan dasar- dasar khusus yang bertujuan meningkatkan mobiliti sosial dan mengurangkan jurang pendapatan. Kita mesti memastikan bahawa rakyat kita dalam kumpulan B40 mempunyai peluang untuk meningkatkan pendapatan mereka, sementara warga M40 disokong dalam usaha mereka mencari taraf hidup yang lebih baik. Dengan kelas pertengahan yang luas, Malaysia akan menikmati pertumbuhan yang mampan, kestabilan ekonomi yang kukuh dan kualiti hidup yang lebih baik untuk semua rakyatnya.

Akhir sekali, syabas tahniah kepada kerajaan kerana telah membentangkan Belanjawan 2025 yang bukan sahaja memenuhi keperluan ekonomi semasa tetapi juga membuka jalan menuju Malaysia yang mampan dan makmur. Belanjawan ini meletakkan langkah yang jelas untuk negara kita keluar daripada perangkap pendapatan sederhana dan dengan yakin melangkah ke arah pendapatan negara berpendapatan tinggi.

Saya yakin bahawa dengan komitmen yang teguh dan pilihan dasar yang baik, Malaysia boleh berkembang menjadi sebuah negara yang dikenali dengan pertumbuhan ekonomi yang kukuh, keadilan sosial dan kemakmuran yang mampan untuk semua rakyatnya. Sekian, terima kasih. Miri menyokong.

draft • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Miri. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Nerus.

draft • 6:00 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi di atas kesempatan ini yang dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat atas keizinan untuk saya mengambil bahagian dalam

draft • 6:07 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

usul perbahasan Belanjawan 2025 yang bertemakan Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera.

Kita mengharapkan hasrat itu benar-benar mencapai matlamat untuk menyejahtera rakyat keseluruhannya tanpa mengira negeri yang diperintah oleh pembangkang ataupun oleh pihak Kerajaan Pusat. Pertamanya saya suka menyentuh tentang di dalam ucapan Yang Amat Berhormat Tambun tentang kesihatan berkualiti.

Timbalan Yang di-Pertua, tunjang utama bagi mewujudkan kesihatan yang berkualiti terletak kepada kemudahan dan fasiliti yang cukup dan seiring dengan adaptasi teknologi semasa, lebih-lebih lagi dengan perubahan iklim yang menjadi ancaman besar kepada manusia. Ia berupaya mendorong kepada bencana alam yang pelbagai.

Antaranya banjir besar, banjir di luar musim, kemarau berpanjangan, tanah runtuh yang boleh menjejaskan jaringan pengangkutan, tsunami dan berbagai lagi.

Situasi ini pastinya mendatangkan kebimbangan besar kepada rakyat lebih-lebih lagi bagi kelompok yang menghuni kawasan-kawasan yang hampir kepada risiko yang saya sebutkan tadi.

Ingin saya tekankan di sini isu-isu berkenaan alam ini adalah di luar kudrat manusia untuk menghalangnya. Jadi tidak perlulah kita mendabik dada hanya kita mampu menyelesaikannya. Perubahan iklim yang menyebabkan peralihan angin monsun berlaku pada waktu di luar kebiasaan, menatijahkan sesetengah kawasan mengalami taburan hujan di luar jangkaan. Oleh itu, saya berharap peruntukan RM1.35 bilion yang diberikan kepada Kementerian Kesihatan untuk meningkatkan prasaran hospital di seluruh negara tidak dipolitikkan dengan hanya menyalurkan kepada hospital-hospital di negeri-negeri yang sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan sahaja.

Untuk makluman Timbalan Yang di-Pertua Dewan, pada waktu ini sebagai persediaan bagi menangani kejadian bencana, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu telah mengenal pasti keperluan untuk memastikan fasiliti Wad Bencana, Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD) boleh beroperasi pada tahap yang optimum.

draft • 6:07 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Namun yang menyedihkan, wad tersebut yang bertempat di Aras 3, bangunan ETD tidak dilengkapi dengan lif. Ini menyukarkan petugas kesihatan untuk membawa pesakit ke wad sekiranya berlaku apa-apa kemalangan yang melibatkan bencana. Saya kira prasarana penting dan utama seumpama ini perlu dimasukkan segera ke dalam peruntukan RM1.35 bilion yang diperuntukkan dalam Belanjawan

draft • 6:10 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

2025 barulah boleh dikatakan matlamat Madani untuk meningkatkan kualiti kesihatan seperti yang diuar-uarkan itu boleh tercapai.

Timbalan Yang di-Pertua, berkaitan dengan perubahan iklim juga, saya ingin bertanya mengenai status Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Buaya Kuala Nerus yang sepatutnya bersambung dengan RTB Sungai Tepoh dan Banggol Air Lilih. RTB Sungai Tepoh dan Banggol Air Lilih telah pun diluluskan dalam Belanjawan 2025 tetapi jika tidak disambung dengan RTB Sungai Buaya, isu banjir termenung setiap kali hujan lebat tidak akan selesai menghantui penduduk-penduduk di kawasan sekitar Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus. Oleh itu, saya mohon penjelasan berhubung RTB Sungai Buaya ini daripada pihak kerajaan.

Saya juga ingin menyentuh tentang perumahan mampu milik. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, bajet RM900 juta untuk 48 Program Residensi Rakyat (PRR) yang dahulunya PPR dan 14 projek Rumah Mesra Rakyat termasuk dua projek PRR baharu untuk rakyat yang dinyatakan dalam ucapan Yang Amat Berhormat Tambun, Port Dickson dan Penang. Dengan peruntukan ini, sudah tentu insya-Allah dapat melebarkan senyuman untuk 17,500 bakal penghuni baharu yang akan mendapat manfaat daripada projek ini. Namun saya tertanya-tanya juga, adakah peruntukan maksimum RM90,000 seunit cukup untuk membina sebuah rumah pada waktu ini?

Dengan segala kos bahan binaan, kos upah dan sebagainya yang mencanak naik. Adakah RM90,000 itu boleh diharap untuk menyediakan sebuah kediaman yang berkualiti dan selamat untuk rakyat? Apakah mekanisme pemantauan yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan jaminan kualiti rumah kediaman yang akan dibina tidak merisikokan keselamatan penghuni kelak tapi pada masa yang sama, ia tidaklah menganiayai pemaju yang terpaksa menanggung segala beban kenaikan kos pada waktu ini.

Timbalan Yang di-Pertua, bercakap soal rumah mampu milik ini juga, saya teringat sewaktu saya memegang amanah sebagai Exco Perumahan Kerajaan Negeri Terengganu pada penggal yang lalu. Kerajaan negeri memperkenalkan skim i-RAHMAN yang mana kos yang ditanggung oleh pemohon hanya berjumlah RM55,000 sahaja. Yang selebihnya ditanggung melalui subsidi oleh kerajaan negeri manakala bayaran balik bulanan hanya RM285 sebulan selama 15 tahun pinjaman tanpa faedah dengan keluasan rumah 850 kaki persegi. Harga sebuah rumah lebih murah kalau dibandingkan daripada harga sebuah kereta Myvi.

draft • 6:10 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Apa yang cuba saya sampaikan di sini adalah betapa Kerajaan Negeri Terengganu begitu serius menjaga soal kebajikan rakyat namun Terengganu dituduh tidak pandai urus negeri. Adakah kerana kita memberi bantuan kepada rakyat?

Menghabiskan duit sebahagian besar untuk peruntukan memberi kemudahan kepada rakyat melalui kaedah yang kita nyatakan itu, tidak pandai mengurus sendiri?

Namun kini, pelbagai program kebajikan rakyat seumpama ini terpaksa ditangguhkan. Ia disebabkan oleh kekangan serta bebanan kewangan ditanggung negeri ekoran pengkhianatan prinsip feudalisme yang dilakukan oleh Kerajaan MADANI pada waktu ini iaitu menafikan royalti untuk Kerajaan Negeri Terengganu.

[Tepuk] Ini seolah-olah menganiayai, menghukum seluruh rakyat negeri Terengganu yang masih ramai lagi tidak ada rumah kediaman sebagaimana ramai yang disebut oleh Dewan ini. Sepatutnya setiap keluarga ada sebuah rumah tapi kalau peruntukan ini disekat, bagaimana kita nak melaksanakan hasrat?

Adakah rakyat Terengganu bukan rakyat Malaysia? Apakah rakyat Terengganu bukan di bawah tanggungjawab Yang Amat Berhormat Tambun? Ini perlu diperjelaskan kepada kita. Jadi inilah suatu penganiayaan politik yang sangat bertentangan dengan prinsip-prinsip demokrasi dan kebebasan yang termaktub dalam Perlembagaan negara.

Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin sentuh sedikit tentang istilah yang digunakan perkataan “T15” dan “maha kaya”. Saya kira tidak perlulah Kerajaan MADANI menggunakan istilah maha kaya untuk merujuk kepada golongan T15 di negara ini sedangkan dalam konteks Kerajaan MADANI mengkriteriakan pendapatan isi rumah RM10,000 pun sudah termasuk kategori maha kaya.

Manalah kayanya Timbalan Yang di-Pertua, kalau segala jenis cukai mereka kena bayar. Segala jenis bantuan disekat. Subsidi ditarik, diperah kiri dan kanan, atas dan bawah. Apalah sangat nilai RM10,000 itu? Oleh itu pada saya, Belanjawan 2025 ini belanjawan separuh masak. Perdana Menteri mengumumkan itu dan ini, tiba-tiba Menteri Ekonomi kata kita perlu perhalusi semula pengelasan T15.

Itu pun akibat daripada susulan riuh rendah rakyat di bawah. Masing-masing menepuk dahi bila mana mendapati pendapatan isi rumah mereka rupanya mereka termasuk dalam golongan maha kaya, walhal urusan komitmen hutang bulanan dan segala-galanya mereka masih menggagau-gagau mencarinya untuk setiap hujung bulan.

Oleh itu saya harap Perdana Menteri yang juga mengumumkan berserta dengan jangkaan pendapatan kononnya bila subsidi RON95, subsidi pendidikan,

draft • 6:10 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

subsidi kesihatan disasarkan dan ditarik, akan menjimatkan berbilion-bilion ringgit.

Memang kerajaan jimat tetapi yang menanggungnya rakyat yang terbanyak.

Sejauh manakah unjuran ini tidak lari dari angka sebenar bila mana pengelasan T15 pun belum dimuktamadkan lagi. Bagaimana nak buat unjuran kalau nilai T15 pun kita belum tahu lagi? Timbalan Yang di-Pertua, saya tidak menyangkal bahawa setengah-setengah cukai akan diperkenalkan umpamanya cukai keuntungan dividen dua peratus. Cukai ke atas keuntungan dividen sebanyak dua peratus adalah dikira wajar kerana untuk layak membayar cukai ini, sekurang- kurangnya pegangan saham yang perlu ada lebih kurang RM2 juta bagi setiap individu. Maka golongan ini saya kira sesuailah untuk digolongkan sebagai golongan maha kaya yang disebutkan oleh Kerajaan MADANI.

Akan tetapi bagi rakyat marhaen yang semat-mata mengharapkan makan gaji bulanan, tolonglah naikkan kadar lantai pendapatan isi rumah bagi T15 ini.

Biarlah kadar maha kaya itu berpijak di bumi yang nyata. Kos barangan hari ini meningkat, subsidi petrol ditarik, subsidi pendidikan dan kesihatan hendak disasarkan. Apakah mereka golongan T15 ini hanya menjadi rakyat Malaysia bila mana dikejar oleh LHDN untuk bayar cukai tetapi bila masa nak dapatkan insentif kerajaan, automatik mereka tidak layak dan setaraf dengan warga asing. Saya kira sangatlah tidak wajar. Berlaku adillah. Mesti kena pada tempatnya.

Golongan B40, kita santuni selayaknya dengan pelbagai sokongan untuk mereka keluar daripada kepompong kemiskinan bukan disogokkan segala macam bantuan hingga mereka menjadi kekal bermalas-malasan.

Namun, golongan pertengahan dan T15 ini kita harus hargai mereka selayaknya kerana merekalah yang banyak membayar cukai untuk Kerajaan Persekutuan. Kalau tak dapat bagi semua pun, janganlah kita tarik semua hak yang layak dinikmati oleh mereka sebagai warganegara di bumi Malaysia yang bertuah ini.

Timbalan Yang di-Pertua, bagi saya sedikit masa lagi sebab orang lain tak ada dah lepas ini, saya seorang sahaja.

[Ketawa]

draft • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung ya.

draft • 6:10 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Dana ecological fiscal transfers

(EFT). Timbalan Yang di-Pertua, dana EFT ditingkatkan kepada RM250 juta pada tahun 2025 berbanding RM200 juta pada tahun ini.

draft • 6:10 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Ini suatu yang sangat baik kerana menzahirkan keprihatinan Kerajaan Madani terhadap usaha menjaga kelestarian alam sekitar. Sebelum ini saya telah meminta perincian data berkenaan pengagihan dana EFT ini mengikut negeri.

draft • 6:20 PM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Namun, Yang Berhormat Menteri tidak menjawab pertanyaan saya dengan terperinci. Saya mohon sekali lagi perincian daripada Yang Berhormat Menteri pengagihan dana EFT 2023 dan 2024 mengikut negeri.

Saya mendapat makluman, bagi tahun 2023, negeri Terengganu hanya memperoleh sekitar RM13.94 juta EFT sahaja daripada RM119 juta yang diperuntukkan iaitu kira-kira sembilan peratus daripada keseluruhan yang diperuntukkan. Untuk makluman Timbalan Yang di-Pertua, kawasan berhutan di Terengganu meliputi lebih 50 peratus daripada keluasan negeri.

Saya kira kerajaan negeri layak mendapat lebih tinggi daripada sepatutnya untuk tahun 2024 dan juga tahun 2025 kerana seperti apa yang kita maklumkan, dana EFT ini fungsinya untuk pengurusan kelestarian hutan yang sangat penting untuk manfaat rakyat keseluruhannya. Timbalan Yang di-Pertua...

draft • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 6:20 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Dalam Belanjawan 2025 juga, Perdana Menteri mengumumkan bahawa pemberian EFT akan diketatkan lagi dengan syarat kriteria pengagihan ditetapkan semula iaitu 50 peratus peruntukan tertakluk kepada prestasi perbelanjaan kerajaan negeri. Tahun ini, 30 peratus. Tahun depan, 50 peratus.

Mohon pencerahan Yang Berhormat Menteri kerana berkait soal dana pengurusan hutan ini, ia sepatutnya berdasarkan keperluan semasa untuk pengurusan kelestarian hutan di setiap negeri. Penetapan syarat baru ini saya kira bakal mewujudkan ruang-ruang diskriminasi yang sangat tidak adil untuk sesetengah negeri khususnya negeri-negeri miskin yang terpaksa mengekalkan hutan dan tanah pertanian untuk manfaat rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Sekali lagi saya mohon pencerahan dan pertimbangan kerajaan berkaitan pengagihan dana EFT ini.

Terakhirnya Timbalan Yang di-Pertua, berkaitan dengan royalti petroleum.

Tidak lengkap rasanya perbahasan saya pada hari ini jika tidak sentuh berkaitan dengan royalti petroleum negeri Terengganu. Tunggakan atau royalti masih berbaki sebanyak RM367.15 juta yang belum dilunaskan oleh Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri daripada yang diluluskan oleh Kerajaan MADANI sebanyak RM792.32 juta.

Seperti yang semua kita sedia maklum, peruntukan royalti Terengganu ini memang digunakan untuk peruntukan pembangunan negeri dan juga untuk kebajikan rakyat Terengganu secara keseluruhannya tanpa kita mengira fahaman politik. Namun, disebabkan penyaluran hasil royalti ini disulitkan, pelbagai program yang di rencana terganggu dan terencat perjalanannya.

draft • 6:20 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Pembinaan kluster perumahan rakyat, bantuan kepada peniaga-peniaga kecil dan sederhana, bantuan sukan, bantuan belia, bantuan bengkel kemahiran dan bantuan kesihatan kepada pesakit kronik, bantuan orang kurang upaya (OKU) serta insentif menggalakkan pendidikan juga terbantut. Ia akhirnya menyebabkan Kerajaan Negeri Terengganu menghadapi kesukaran dalam melaksanakan tanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat.

Oleh itu, dalam soal royalti petroleum ini, saya dan juga rakan-rakan daripada Terengganu yang lain telah berbahas dari pelbagai sudut sebelum ini. Akan tetapi, sehingga kini Kerajaan MADANI masih berkeras dengan pendirian yang sama.

Royalti terus disekat. Peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang juga langsung tidak ada! Apakah sebenarnya justifikasi tindakan Kerajaan MADANI ini? Sekatan- sekatan seumpama ini sebenarnya untuk menekan dan menzalimi rakyat semata- mata.

draft • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 6:20 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Apakah Kerajaan MADANI juga lupa..

draft • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 6:20 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Politik bukanlah suatu bentuk penguasaan mutlak melainkan hanya ujian yang bakal menentukan nasib seseorang di akhirat kelak. Lupakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan ayat yang beliau bacakan dalam pembentangan Belanjawan 2025 yang lalu? Saya tolong peringatkan.

Firman Allah dalam Surah Al-Balad, Ayat 12-17 yang bermaksud, “Dan apakah engkau mengetahui apakah amal-amal tinggi darjatnya di sisi Tuhan? Di antara amal-amal itu bagi orang-orang yang mampu ialah memerdekakan hamba abdi atau memberi makan pada hari kelaparan kepada anak-anak yatim dari kaum kerabat atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah, yang fakir. Kemudian orang yang beriman dan saling berpesan dengan kesabaran juga berpesan dengan kasih sayang”.

Saya ulang kembali.

draft • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat. Masa sudah tamat.

draft • 6:20 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Ungkapan Yang Amat Berhormat Tambun, “Tanggungjawab pemimpin dan penjawat awam adalah untuk berkhidmat...” [Pembesar suara dimatikan]

draft • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat. Sudah lebih tiga minit. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 5 November 2024.

draft • 6:20 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.25 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026