Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Bismillah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Kita mulakan waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri dengan saya menjemput Tuan Khoo Poay Tiong, Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terlebih dahulu, saya ingin ucapkan tahniah kepada Tan Sri Speaker kerana telah dipilih sebagai Presiden AIPA yang ke-46 bagi tahun depan- 2025...
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
1. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] minta Perdana Menteri menyatakan, lanjutan daripada pengumuman Belanjawan 2025:
(a) apakah definisi T15 dalam soal subsidi bersasar untuk petroleum RON95; dan
(b) bagaimana pula mekanisme yang akan digunakan berkaitan pelaksanaan cukai dividen dua peratus ke atas pendapatan dividen melebihi RM100,000 bagi pemegang saham individu.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Prinsip penyasaran subsidi itu harus jelas. Penyasaran subsidi terpaksa dikenakan kerana kerajaan menanggung sekitar RM20 bilion setahun. Saya percaya, hal ini boleh dipertahankan sekiranya subsidi atau bantuan itu kepada rakyat. Soalnya sekarang ialah apakah munasabah bagi kerajaan meneruskan subsidi kepada bukan warganegara dan golongan teratas termasuk maha kaya?
Ada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ialah tentang kedudukan T15.
Maknanya, kita lepaskan tanggungjawab ini membayar kepada B40, M40 dan bila dikaji T20, ada rangkaian daripada T20 ini di peringkat bawah itu, mungkin pendapatannya agak sedikit rendah. Maka dia naikkan. Ini bukan perkara baharu sebab dalam penyasaran subsidi diesel, digunakan prinsip yang sama T15.
Apakah kuantumnya? Itu sedang dikaji kerana kita rasa yang ditekankan oleh DOSM sekitar RM13 ribu mungkin terlalu rendah. Maka, ke rencana sekarang yang dibincangkan
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
oleh jabatan-jabatan, Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan berkaitan, KPDN ialah untuk menaikkan sedikit supaya tidak membebankan. Jadi, pendapatan seisi keluarga itu tidak terikat dengan yang ada sekarang.
Bilakah nak dilaksanakan? Kita jawab, di sekitar pertengahan tahun.
Soal penurunan. Ada kaitan dengan penurunan. Harga umpamanya kalau diesel, memang turun hampir 40 sen walaupun tidak dicanangkan. Jadi maknanya janji turun itu, turunlah. Cuma belum lagi RON95, tetapi yang penting di sini diketahui ialah bahawa subsidi tidak membebankan 85 peratus rakyat.
Jadi sepatutnya, kita janganlah jadi jaguh T15, sepertimana disuarakan banyak dah macam-macam- Pembangkang. Kalau dikatakan baik, jangan bebankan di kalangan T15 yang pendapatan itu rendah, saya boleh terima. Sikap ini yang menyebabkan keputusan kita buat daripada T20, jadi T15. Kemudian menangguhkan kerana kita kaji pendapatan seisi rumah. Kalau sekitar RM13 ribu, mungkin tidak termasuk dalam golongan yang agak berpendapatan yang lumayan, tetapi kalau T- 15 percent di atas itu, kalau bila kita pertahankan T15, kita pertahan semua. You orang dapat RM100 ribu sebulan, RM1 juta sebulan, ada.
Jadi mengapa tak ada pendirian untuk menyatakan ya, wajar kita kenakan bayaran semasa ikut pasaran kepada golongan maha kaya dan golongan teratas. Itu pun tak boleh.
Ini yang dibangkitkan. Jadi saya terima kasih kepada Yang Berhormat kerana bagi ruang ini.
Kedua, terkait dengan isu yang di bahagian (b), tentang dividen tadi. Cuma minyak saya nak sebut juga sebab dipermainkan soalnya kerana saya sebut dulu, Singapura Thailand, Indonesia- Indonesia juga pengeluar minyak. Harganya masih RM3.30. Kita pengeluar minyak, RM2.05, tetapi kadang-kadang bila dia ucap, dia lepaskan kenyataan bahawa saya selalu bandingkan dengan Arab Saudi, tetapi itu dipadamkan. Jadi, tidak ada keikhlasan dalam berhujah, tetapi hanya memainkan sandiwara politik. Kerana Saudi sekarang RM2.62.
Semasa kita usulkan penurunan harga minyak, harga di Arab Saudi 50 sen.
Mengapakah tidak dihujahkan hal ini? Kita boleh naik, tapi makna bila kalau kita boleh turunkan harga minyak mendadak, tidak seperti diesel. Diesel turun berperingkat ikut pasaran dunia. Kalau turun mendadak, maknanya projek-projek rakyat itu terpaksa dikurangkan.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Jadi kita ada pilihan di sini. Sebab tu kita akan naikkan ikut harga pasaran kepada warga asing bukan warganegara dan juga T15. Yang kedua, soal yang terkait dengan pemegang saham.
Sekarang ini seratus- saya katakan tidak- pendapatan dividen melebihi RM100,000.
Dua peratus ya. Ini bermakna dalam perkiraan umum, kalau dia ada RM100,000 pendapatan, maknanya saham dia dikira sekitar RM2 juta.
Jadi orang yang ada RM2 juta, bayarlah dua peratus. Itu kalau lebih pada RM100,000 dan dia melibatkan sama ada dia syarikat tersenarai atau tidak. Dengan cara sedemikian, kita ada sistem percukaian yang progresif. Kalau dia ada RM2 juta saham umpamanya dengan dividen RM100,000, bayarlah. Kalau RM100,000 sekitar RM700, RM800 sahaja
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
setahun. Takkan tak boleh bayar. Saham dia RM2 juta. Itu saham sahaja. Mustahil orang itu ada keupayaan hanya beli saham.
Sebab itu dalam pertimbangan kita dalam menetapkan keputusan ini ialah supaya mengenakan sedikit bayaran kepada orang yang ada keupayaan. Ini termasuk soalan Yang Berhormat tadi, termasuk juga syarikat-syarikat ini tidak tersenarai.
Okey, dibangkitkan ini termasuk PMKS, tapi PMKS biasa tidak akan terkena. Hanya bila dia ada pegangan saham yang dianggap sekira lebih kurang RM2 juta pegangan, baharulah mula bayar.
Tuan Yang di-Pertua
Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tan Sri Speaker. Terima kasih atas jawapan daripada Yang Amat Berhormat.
Soalan saya kepada Yang Amat Berhormat ialah berkaitan dengan cukai dividen dua peratus yang saya bangkit tadi. Memandangkan syarikat kita ada dua jenis- satu yang listed company, satu dia private company. Jadi rata-rata kalau kita lihat private company itu kebanyakannya daripada SME.
Bolehkah kerajaan mempertimbangkan buat masa ini dividen yang di-declare di bawah private limited company ini kita jangan kenakan dua peratus cukai tersebut. Sebab kebanyakan SME ini mereka adalah usaha sendiri, mereka dapat untung dan mereka declare sedikit dividen. Jadi saya harap supaya kerajaan boleh pertimbangkan- laksanakan secara fasa.
Kita mulakan dengan listed company yang mereka terima dividen daripada listed company baharulah kenakan dua peratus itu. Saya harap Yang Amat Berhormat dapat pertimbangkan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Kota Melaka. Memang ada rayuan dari PMKS untuk mengecuali kerana mereka atas alasan berbeza dengan syarikat tersenarai.
Mereka kadang-kadang mengambil upah untuk gaji yang relatif kecil dan disimpan untuk melabur dalam syarikat mereka.
Jadi ada hujahnya, sebab itulah kita buat- ambil keputusan, mulanya difikirkan lima peratus diturunkan dua peratus- mengambil kira rayuan yang telah dikemukakan. Kita fikir untuk setahun bagi yang mempunyai milikan saham RM2 juta sekitar RM700, RM800 itu tidaklah membebankan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima Kasih Tan Sri Speaker.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang memberi jawapan sekejap tadi.
Saya meneliti jawapan yang diberikan. Setakat ini, jawapan kepada definisi T15 ini belum diberi jawapan. Saya dan rakan-rakan yang lain juga kita kedengaran pentafsiran secara bersendirian. Menteri Ekonomi cara dia. Dia sebut apa- RM12,000, ada yang sebut RM15,000, ada yang sebut RM20,000. Jadi itu satu perkara.
Perkara yang kedua, berkenaan dengan individu berpendapatan tinggi. Saya bersetuju dengan apa yang disebut oleh Kota Melaka di mana ahli-ahli perniagaan yang
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
berbentuk individu, usaha-usaha individu dia di mana peniaga-peniaga ini sebenarnya mereka terpaksa membayar banyak. Orang datang minta sumbangan, minta itu, minta ini, kita lagi ada dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri dan sebenarnya macam-macam. Jabatan- jabatan kerajaan dengan sekolah, dengan apa. Jadi tanggungjawab kita di peringkat masyarakat ini kita sempurnakan perkara ini.
Jadi kalau ditambah dengan dua peratus cukai dividen ini, saya kira terbeban dan risiko dia kemungkinan pelabur-pelabur dalam negara ini dia akan berpindah ke luar negara dan seumpamanya. Jadi, apakah mekanisme yang boleh dibuat oleh pihak kerajaan untuk menangani perkara seumpama ini?
Yang kedua, berkenaan dengan tata kelola yang sering disebut oleh kerajaan. Soalan saya, apakah jenis mekanisme pelaporan awam dan audit yang akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk memastikan ketelusan dan menghalang ketirisan dalam pengagihan subsidi bersasar RON95 dan pelaksanaan cukai dividen? Sebab waktu yang sama kalau kita kenakan cukai seumpama ini...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, soalan itu dah jelas. Saya rasa tak payah hurai lagi.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
...Kita naikkan harga RON95, kenaikan harga barang automatik akan berlaku serentak. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Silakan Menteri.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih. Saya terima kasih kepada TYP. Cuma runsing saya itulah. Kita ni tak banyak berbicara soal pertahankan kepentingan golongan bawahan. Yang 85 peratus tu bagi kita tak penting. Kita hanya fikir, ini yang nak pertahan ni apa dia? Orang yang punyai milik saham RM2 juta. Itu dalam satu syarikat. Bukan syarikat dia, bukan bangunan dia, bukan keuntungan yang lain daripada milik saham. Tentu semua syarikat, semua individu termasuk kita, ada tanggungjawab masing-masing, tetapi apakah boleh kita putuskan bagi negara secara progresif, menafikan keperluan mengenakan cukai ke atas dividen bagi orang yang milik saham berjuta Ringgit. Ini isu dia.
Jadi saya harap Ahli Yang Berhormat, kalau ada cadangan, bagi cadangan lain, tapi jangan cadangan tak boleh cukai orang kaya. Ini saya rasa satu perkara yang sangat aneh dan bertentangan dengan prinsip yang kita nak tegakkan- pengagihan kekayaan secara adil.
Kemudian dibangkitkan juga tentang kecelaruan tafsiran. Tak benar. Saya dengar ucapan baik Menteri Ekonomi atau Kewangan kita kata DOSM sekarang. Jabatan Statistik menetapkan RM13,000 dan kita fikir agak rendah. Kenapakah kita nak fikir naik 15, ada 20?
Itu sedang dibincangkan. Jadi tidak ada percanggahan sama sekali. Ini kita rujuk ke mesyuarat Jemaah Menteri- mengapa kita tetapkan T15 dan T13 itu akan ditingkatkan jumlah pendapatan.
Keduanya soal tata kelola. Tata kelola dalam hal ini tidak berbangkit kerana isu dia itu sangat telus. Umpamanya 85 peratus rakyat tidak dikenakan- tidak terlibat dalam kenaikan harga RON95. Harga itu dibayar tanpa subsidi, harga pasaran tanpa subsidi bukan kenaikan ialah kepada T15 yang akan diperkira semula dan orang asing.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Jadi sebab itu kadang-kadang dalam pandangan kita, kita harus teliti- jangan hanya melontarkan secara semberono tanpa fakta. Seperti mana saya dengar ucapan Pasir Puteh sebelum ini bahawa Menteri Kewangan tak ikut tata kelola dalam pengagihan kontrak kepada D’Saji dan pada Bukit Gantang. Tak benar sama sekali. Saya yang sain, saya yang tahu. You dengar dari mana? Oh, daripada TikTok.
Ini belajar mana ini? TikTok. Seorang pula WhatsApp. Tak dirujuk fakta, tapi belajar kalau sebut baca Quran, orang tahu surah mana. Baca hadis, rujukan sanad di mana, tapi bila bercakap atas nama Islam rujuk Quran, tapi bila berhentam tidak peduli. Ini yang saya bangkitkan.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Yang Amat Berhormat.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Jadi soal tata kelola, biar saya habis satu ayat.
Soal tata kelola Pasir Putih saya nak beritahu, kita tidak ada tolak ansur. Tata kelola dalam pengagihan ini untuk 85 peratus itu kita tetap pertahankan. Jadi jangan pusing, jangan putar, jangan buat tuduhan melulu di dewan ini.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tan Sri, Tan Sri, Tan Sri Yang di-Pertua, boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan. Kita tak banyak masa. Kota Bharu silakan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Assalamualaikum dan salam sejahtera dan Selamat Hari Deepavali kepada rakan-rakan kita dan rakyat Malaysia. Soalan saya.
2. Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu] minta Perdana Menteri menyatakan, apa langkah penyelesaian kerajaan dalam kemelut Duta Enclave di Mukim Batu susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan pemulangan semula 263.272 ekar
(106.54 hektar) tanah di Jalan Duta, Kuala Lumpur oleh Kerajaan Persekutuan kepada Semantan Estate Sdn. Bhd. yang memberikan implikasi serius kepada negara dalam pelbagai aspek.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sebelum Perdana Menteri menjawab, saya nak ingatkan juga, ini ialah Keputusan-keputusan mahkamah yang mungkin ada Perdana Menteri. Be careful ya. Terima kasih.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih. Menteri tidak ada terlibat dengan percanggahan keputusan mahkamah. YB Kota Bharu bagi tahu dia pernah jadi Menteri Undang-undang dan juga peguam dan kebetulan kes ini pun berbangkit semasa Kota Bharu menjadi Menteri dan dibincangkan pada ketika itu tahun 2021.
Isu ini Tan Sri, berbangkit sejak 1956, pampasan RM1.4 juta dan dia melibatkan tanah Masjid Wilayah Persekutuan, IKIM, Stadium Hoki Tun Razak, Pusat Tenis Nasional Tun Razak, Kompleks Kerajaan Jalan Duta. Sebab itulah kerajaan terus menggunakan jalur
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
undang-undang, merayu terhadap keputusan yang telah diambil oleh yang diputuskan oleh mahkamah.
Dan yang terakhir ialah keputusan Mahkamah Tinggi untuk menguatkuasakan pindah milik kepada SESB syarikat dan kerajaan masih terus merayu. Prinsipnya Tan Sri Yang di- Pertua, ialah bahawa tidak satu inci pun tanah ini sepertimana dia dimaklumi oleh Kota Bharu, yang dibuat untuk swasta. Seperti yang saya umumkan tadi, semuanya untuk milik kepentingan awam, sama ada masjid, IKIM dan juga kompleks kerajaan. Oleh yang demikian, kerajaan memutuskan untuk terus menggunakan atau pun ekzos jalur undang-undang.
Selain daripada itu, kita sedang meneliti langkah untuk meminda undang-undang supaya kita pertahankan hak negara dan hak dan kepentingan awam dan dia tentunya tidak boleh bercanggah Artikel 13 dalam Perlembagaan ya.
Sementara menghormati hak milik perseorangan, kita juga tahu dalam kes ini, 1956 dan terus berterus masa itu diusahakan oleh Arwah Tun Abd Razak yang menetapkan bahawa semua kawasan itu kawasan pembangunan baru termasuk kompleks kerajaan. Dan itu telah dibangunkan sesudah itu, tetapi syarikat tidak berpuas hati, mereka terus merayu dan mahkamah pada peringkat awal tidak mengizinkan, tapi sejak yang saya ingat 2003, 2006, membolehkan mereka meneruskan rayuan. Jadi itu je proses dalam keadaan sekarang.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Terlebih dahulu saya nak beritahu bahawa saya- tidak nak blame kerajaan dan sebagainya terhadap perkara ini. Sekadar nak tahu, apakah tindakan susulan yang sedang diambil. Sebagaimana Yang Amat Berhormat beritahu bahawa konflik atau pertikaian ini telah berlaku 68 tahun yang lalu, satu proses acquisition atau pengambilan balik tanah oleh Pejabat Tanah Kuala Lumpur, Selangor. Masa itu dalam Selangor lagi.
Akibat daripada kesilapan, sedikit kesilapan pegawai dalam proses pengambilan itu, menyebabkan mahkamah pada tahun 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Zura Yahya telah membuat keputusan bahawa, kerajaan telah mengambil tanah ini secara tidak sah- unlawful dan oleh sebab itu menyebabkan kerajaan menduduki tanah itu secara wrongful possession- pemilikan yang salah.
Oleh sebab itu, Hakim telah mengarahkan supaya diadakan satu assessment of damages, penilaian kerugian kepada syarikat ini selama berpuluh-puluh tahun ini. Dan saya nak sebut, Yang Amat Berhormat pun dah sebut tadi semasa beberapa tahun yang lepas, dalam Kerajaan- kebetulan saya Menteri Undang-undang dan juga Menteri yang menjaga tanah pada masa itu, kita telah mendapat mandat daripada Kabinet. Saya rasa bukan satu rahsia untuk saya sebutkan.
Yang Berhormat Bera sebagai Perdana Menteri, juga seorang peguam- beliau tahu perkara ini perlu diselesaikan untuk menyelamatkan aset-aset negara tadi.
Kerajaan pada masa itu telah meluluskan- sebahagian ada di sana sebagai Menteri, RM5 bilion kepada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli pada masa itu untuk berunding menyelesaikan perkara ini. RM5 bilion daripada 1.4 million. 1.4 juta pergi kepada RM5 bilion
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
itu diberikan oleh kerajaan, tetapi proses perundingan itu masih lagi belum berjaya.
Menunjukkan bahawa tuan tanah ini meminta lebih daripada itu. Satu assessment dibuat, satu penilaian dibuat, nilainya lebih kurang 3.1 bilion, tetapi tak diterima oleh syarikat ini. Kita offer RM5 bilion pun tak boleh. Jadi, soalan saya kepada Yang Amat Berhormat, apakah tindakan susulan kerajaan sekarang ini untuk menyelesaikan masalah ini?
Ekoran daripada Yang Amat Berhormat pun sebut keputusan Mahkamah Tinggi 23 Oktober yang baru ini, mengarahkan 200 lebih ekar tanah ini dikembalikan, reacquire dikembalikan kepada SESB, menyebabkan takkanlah kita nak runtuhkan Masjid Wilayah Persekutuan yang siap tahun 2000, sebelum kes ini masuk mahkamah dan di semua peringkat mahkamah, kerajaan kalah. Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan sekarang ini arahan supaya order mandamus- mengembalikan melaksanakan itu. Jadi, itu saya nak tahu. Ya lah, apakah langkah yang terbaiklah. Kita doakan supaya diselesaikan perkara ini dan harap mendapat penjelasan daripada Yang Amat Berhormat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Sila Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih penjelasan. Saya sebenarnya tidak mahu rujuk keputusan Jemaah Menteri semasa Yang Berhormat jadi Menteri kerana saya tidak fikir, jumlah diberikan itu munasabah, agak keterlaluan- terlalu tinggi dan ini akan menjadi satu precedent. Banyak tanah di Kuala Lumpur, Pulau Pinang yang diambil, walaupun teknikal, daripada segi legal. Itu berbeza, tapi diambil, kemudian dipindah jadi komersial as a minggu depannya oleh Exco, apakah keadaan mereka?
Bagi- jadi, kita jangan ada double standard di sini. Dalam hal ini kita bagi satu pampasan yang sangat lumayan. Padahal ratusan ribu ekar tanah-tanah ya kalau macam di Pulau Pinang sekarang, banyak kalangan yang sedang meneliti apa yang kita lakukan kerana banyak tanah sawah dulu diambil harga dua ribu, seringgit seekar. Kemudian- dua minggu kemudian, Exco membuat keputusan tukar ke- industrial to commercial dengan harga yang meningkat dan orang ini, dia tidak ada access. Betul teknikal daripada segi undang-undang itu berbeza, tapi pimpinan negara, Jemaah Menteri harus waras dalam hal ini. Dia mesti konsisten. Jangan fikir satu kes ini terasing daripada kepentingan negara keseluruhannya.
Apa yang kita lakukan dalam rundingan ini, ialah yang munasabah, betul 1.4 juta dan peringkat awal ada yang diambil, tetapi kemudian dirayu pada peringkat awal mahkamah tidak mengizinkan. Hanya setelah 2009, lepas tu 2000 kemudianlah ya, 2009 ya Mahkamah Tinggi baru memutuskan, mengizinkan. Jadi, keputusan mahkamah berubah, tetapi sekarang ini, keputusan mahkamah belum muktamad kerana kita masih merayu soal keputusan mahkamah untuk pindah milik masih di peringkat itu.
Jadi, saya serah kepada peguam di Jabatan Peguam Negara dalam kes rayuan ini.
Adakah langkah rundingan diteruskan, Ketua Setiausaha Perbendaharaan telah mengadakan dua mesyuarat dengan mereka untuk memberikan laluan mungkin tanah yang belum dibangunkan, diserahkan dan dengan syarat kerjasama dengan mana-mana syarikat kerajaan dan keuntungan itu juga akan besar.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Saya sebutkan di Dewan yang mulia ini, kita kena ingat. Keputusan kita mengalah dalam kes ini dengan mudah bermakna membuka ruang hak kepada rakyat, terutamanya kampung-kampung Melayu di bandar dahulu yang diambil, mengapakah tidak kita kaitkan?
Jadi, kalau kita berserah mudah, tetapi pernah diputuskan oleh Jemaah Menteri yang lalu, saya tidak fikir ia akan menyelesaikan masalah. Kita harus tegas prinsipnya, kalau diambil untuk tujuan awam. Sekarang ini, sehingga hari ini satu inci pun tidak diambil, dibangunkan untuk bangunan swasta atau komersial. Semuanya untuk bangunan kerajaan, masjid, IKIM dan kompleks kerajaan, tenis.
Dan oleh itu, saya rasa ruang harus diberikan kepada kerajaan runding, menekankan kepada mereka bahawa ini projek kerajaan sejak 1956 dan kalau perlu, kita lihat seperti mana dilakukan oleh Jabatan Peguam Negara sekarang, meneliti aspek perundangan supaya undang-undang diperketat, kepentingan awam tidak boleh dikorbankan.
Kalau kita compromise hal ini Tuan Yang di-Pertua, maka seluruh tanah milik, terutama Melayu di bandar akan terbongkar semula. Kalau kita sanggup bayar RM50 bilion, RM60 bilion, kita mulalah selesaikan cara yang dicadangkan sebelum ini. Oleh sebab itu, kita bagi pihak Jemaah Menteri, kita tidak setuju dengan langkah itu. Runding dan jelas kepada mereka. Dia akan dapat pampasan jauh lebih tinggi daripada RM1.4 juta, tetapi tidak boleh umpamanya menganggap perkara ini mudah kerana ini bukan sahaja isu technicalities of the law, tetapi soal prinsip pembangunan negara dan kepentingan awam.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Soalan tambahan saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Adakah kerajaan bercadang untuk meminda Akta Pengambilan Tanah 1960 iaitu Akta 486 untuk mengemas kini dan memperbaiki akta tersebut supaya kes seperti Duta Enclave itu tidak berlaku lagi?
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Silakan Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Pasir Gudang. Saya telah jelaskan bahawa dengan perbincangan kita dalam Jemaah Menteri dan kemudian dengan Jabatan Peguam Negara, sementara perbincangan diteruskan supaya ada pampasan yang dikira adil, tentunya tidak RM1.4 juta kerana sudah berdekad-dekad berlalu dan saya hendak jamin supaya pampasan itu dianggap adil, tetapi jangan ambil mudah dan menganggap bahawa kita boleh peroleh keuntungan terlalu besar daripada projek kerajaan untuk rakyat. Ini yang saya rasa saya- prinsip.
Jadi daripada segi undang-undang, rang undang-undang sedang disiapkan, belum dimuktamadkan oleh Jemaah Menteri, masih di peringkat Jabatan Peguam Negara. Saya berpendapat sekiranya wajar, perlu ada pindaan Akta 486 ini untuk memudahkan dan sambil menyelesaikan isu Duta Enclave ini- juga mengisukan masalah-masalah yang berbangkit kemudian. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik Yang Berhormat. Sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan kita mulakan dengan Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik, Balik Pulau.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih Tan Sri Speaker. Sebelum saya tanya soalan, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Deepavali- *Deepavali Nalvazthukal...
[Tepuk]* Soalan saya nombor 1.
1. Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [Balik Pulau] minta Perdana Menteri menyatakan:
(a) apakah rancangan kerajaan yang sedia ada untuk menaik taraf dan menyelenggarakan utiliti bawah tanah di Kuala Lumpur; dan
(b) bagaimana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dapat mengutamakan keselamatan dan kecekapan dalam projek penyelenggaraan bawah tanah
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, DBKL hanyalah terlibat secara tidak langsung dalam mengawal selia kerja-kerja yang melibatkan utiliti bawah tanah, terutamanya daripada aspek pengeluaran permit korekan, pemantauan keselamatan dan juga memastikan kerja-kerja dilakukan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
Tanggungjawab bagi kerja naik taraf dan penyelenggaraan utiliti bawah tanah seperti pembetungan, bekalan air, elektrik dan telekomunikasi di Kuala Lumpur terletak pada syarikat-syarikat yang memiliki aset tersebut.
Buat masa ini, DBKL hanya mengeluarkan permit korekan di bawah undang-undang yang diperuntukkan melalui Akta 133 iaitu Akta Jalan Parit dan Bangunan dan juga Akta 333 iaitu Akta Pengangkutan Jalan yang memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan ataupun PBT untuk mengawal selia kerja-kerja yang melibatkan jalan raya dan utiliti bawah tanah. Walau bagaimanapun, dari semasa ke semasa penambahbaikan akan terus dilaksanakan bagi memperkasakan peranan DBKL dan saya telah mencadangkan juga kepada Datuk Bandar supaya DBKL mencontohi amalan terbaik PBT di negara-negara maju yang memainkan peranan lebih besar dalam utility mapping dan juga pemetaan utiliti bawah tanah.
Sebagai contohnya di negara-negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia- PBT bertanggungjawab dalam pertamanya, koordinasi penyelarasan antara pelbagai syarikat utiliti untuk memastikan kerja-kerja yang melibatkan utiliti bawah tanah ini dilakukan secara tersusun dan tidak mengganggu perkhidmatan atau infrastruktur lain.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa
Keduanya, penyimpanan dan pengurusan peta utiliti bawah tanah iaitu utility mapping, dengan izin, melalui penggunaan konsep digitasi secara data berpusat supaya peta yang diterima secara piece meal sebelum ini dapat digabungkan menjadi satu peta yang lengkap dan peta negeri pastinya akan dapat membantu kerja-kerja penyelenggaraan yang lebih cekap oleh syarikat utiliti atau kontraktor jika berlaku apa-apa kerosakan.
Terakhirnya, pelaksanaan peraturan dan garis panduan keselamatan yang memastikan kerja penyelenggaraan dijalankan juga dengan cekap, selamat dan meminimakan gangguan kepada orang awam.
Jadi, saya juga berpandangan DBKL boleh mempertimbangkan cadangan pembangunan sistem terowong utiliti yang digunakan di Putrajaya iaitu common utility tunnel
(CUT) untuk Kuala Lumpur. Terowong ini menyediakan perlindungan kepada infrastruktur utiliti seperti kabel elektrik, paip air dan telekomunikasi daripada kerosakan semasa pembinaan serta membolehkan akses yang selamat untuk penyelenggaraan.
Sistem ini juga boleh diintegrasikan dengan pusat kawalan bandar menggunakan teknologi telemetri bagi pemantauan keselamatan. Dengan mengguna pakai teknologi ini, DBKL sudah pasti dapat meningkatkan kecekapan dan keselamatan dalam penyelenggaraan utiliti bawah tanah secara terancang dan juga menyeluruh seiring dengan visi yang kita perkenalkan di Wilayah Persekutuan iaitu CHASE City. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Balik Pulau.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih kepada YB Menteri yang menjawab secara komprehensif juga tadi berkenaan dengan utiliti bawah tanah.
Cuma saya hendak menarik perhatian Menteri apabila sebut tentang beberapa teknologi terbaru mengenai pemantauan utility mapping itu, utiliti- saya ingin mengesyorkan supaya DBKL ataupun kementerian melihat negara seperti Korea Selatan yang lebih advance daripada segi teknologi itu. Mereka ada teknologi yang boleh mengunjurkan ataupun predict pergerakan tanah seperti ground movement, seperti sink hole dan land slide. Antara teknologi itulah interferometric synthetic aperture radar (InSAR), GPS monitoring, geo technical senses, machine learning dan AI.
Jadi, adakah di pihak kementerian ataupun DBKL menjelaskan sekiranya ada teknologi-teknologi terkini yang boleh digunakan, termasuk tadi disebut utility mapping dan adakah DBKL yang tadi sebut CUT iaitu common utility trenching tunnel itu akan digunakan di KL? Kalau dibuat di KL, kena pastikan bahawa gangguan kesesakan jalan raya itu mestilah diambil kira sebab DBKL ini kalau setitik hujan pun boleh cause the jem. So, minta Menteri jelaskan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang Berhormat. Jadi, saya yakin semua bentuk teknologi telah Yang Berhormat nyatakan tadi kita bolehlah mungkin menimbangkan penggunaannya kelak, tetapi kita kena juga mendapatkan semua info yang sepatutnya dan mungkin juga kita boleh adakan engagement atau kita boleh juga mungkin boleh membuat
Dr. Zaliha binti Mustafa
lawatan ke negara-negara tersebut untuk kita melihat penggunaan teknologi dalam urusan penyelenggaraan bandar ataupun city.
Tuan Yang di-Pertua, untuk meningkatkan kecekapan pengurusan utiliti di bawah tanah di Kuala Lumpur ini, saya memohon DBKL untuk meneroka penggunaan teknologi terkini seperti ground-penetrating radar (GPR) dan electromagnetic locator (EML). Teknologi ini sebenarnya membolehkan pemetaan infrastruktur bawah tanah iaitu utility mapping dengan kepekaan yang tinggi, sekali gus meminimumkan juga risiko kerosakan semasa kerja-kerja penyelenggaraan.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Seterusnya, saya juga melihat seperti Yang Berhormat nyatakan juga tadi, perancangan pembinaan Common Utility Trench atau CUT Tunnel ini adalah viable di kawasan redevelopment sebenarnya. Seperti contohnya, kita telah kenal pasti 139 kawasan yang telah kita kenal pasti sesuai sebagai kawasan pembangunan semula di sekitar Kuala Lumpur ini sebab Kuala Lumpur sepertimana yang kita tahu adalah bandar yang telah lama, beratus tahun. Jadi, ini agak sukar kalau kawasan-kawasan yang telah sedia ada pembangunan, tetapi mungkin kawasan-kawasan baru atau redevelopment, insya-Allah kita boleh incorporate perkara-perkara tersebut.
Dalam hal ini, DBKL akan memastikan juga penyusunan fasa kerja yang teliti untuk mengelakkan gangguan kepada aliran trafik dan mengurangkan kesesakan jalan raya bagi menjadualkan kerja-kerja penggalian pada waktu yang sesuai untuk penggunaan teknologi moden yang mempercepatkan proses pembinaan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, mengambil kira kajian pemetaan utiliti dan kajian struktur tanah yang sedang dijalankan, adakah pihak kementerian turut mempertimbangkan untuk memperketat tatacara pengendalian SOP terhadap landskap rancangan pembangunan baharu terutama di kawasan hotspot yang berisiko sekitar Lembah Klang?
Bagaimana pula dengan status kelulusan projek pembangunan baharu yang ditangguhkan buat sementara waktu akibat insiden mendapan yang berlaku di Masjid India sebelum ini, dan apakah cadangan pihak kerajaan sama ada jangka pendek ataupun jangka panjang untuk mengatasi masalah banjir kilat di Kuala Lumpur yang akhir-akhir ini kerap berlaku sehingga Dewan pun terpaksa ditangguhkan minggu lepas kerana banjir sama ada kilat ataupun tidak, dari sudut kesannya akan membawa mudarat dan kesan yang besar kepada mangsa? Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat.
Jadi, seperti mana soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kuala Krai tadi, sebenarnya saya juga telah menyebut sebelum ini bahawa selepas daripada insiden di Masjid India itu, kita telah pun membina task force. Satu task force yang dipengerusikan oleh Datuk Bandar sendiri dan task force ini telah juga sebenarnya memanggil semua agensi yang
Dr. Zaliha binti Mustafa
terlibat ya, yang terlibat dengan pembinaan utiliti-utiliti, termasuklah electricity, air, sewage dan juga telekomunikasi.
Insya-Allah, ini dalam kita menantikan laporan penuh daripada setiap agensi itu untuk diberikan dan insya-Allah dalam pembangunan-pembangunan yang baharu seperti saya sebut tadi, kita akan memastikan untuk incorporate semua ini dalam supaya kita dapat membangunkan ataupun lihat pembangunan yang jauh lebih, bukan sahaja seimbang bahkan selamat untuk pengguna ataupun penduduk khususnya di Kuala Lumpur. Begitu juga mungkin kepada mereka-mereka yang berkunjung ke Kuala Lumpur.
Berkenaan dengan banjir kilat Yang Berhormat, sebenarnya juga saya telah menjawab pada minggu lepas tentang banjir kilat dengan begitu panjang sekali. Untuk banjir kilat juga, sebenarnya kita ada juga pelan mitigasi yang agak komprehensif ya dan ini juga sebenarnya, kita secara ringkasnya, kita juga melibatkan tindakan bersepadu dengan semua agensi.
Bukan sahaja tanggungjawab untuk memastikan keadaan ataupun jika berlaku bencana-bencana seperti banjir di Kuala Lumpur itu dilihat oleh DBKL sahaja, tetapi juga termasuk agensi-agensi penyelamat, JKM dan sebagainya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya jemput Tuan Rushdan bin Rusmi, Padang Besar.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Kesopanan dan kesusilaan perkara utama, Pangkat dan kuasa perkara kedua; Balik Pulau tanya soalan pertama, Saya tanya soalan kedua.
2. Tuan Rushdan bin Rusmi [Padang Besar] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan, apakah pendekatan baharu kementerian terhadap kerangka industri hotel bajet termasuk penginapan berkonsepkan Sewaan Jangka Pendek dan agensi pelancongan dalam talian terutama daripada sudut pemantauan- mengambil kira kelompangan undang-undang yang sedia ada.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Menteri.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato Sri Tiong King Sing
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Padang Besar atas soalan berkaitan penginapan berkonsepkan Sewaan Jangka Pendek (STRA) seperti mana yang telah saya memaklumkan dalam Dewan sebelum ini.
Kawal selia premis penginapan pelancongan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri yang diselia oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri masing-masing.
Sehubungan itu, bagi memastikan keseluruhan ekosistem premis penginapan pelancongan diperkukuhkan, maka MOTAC akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri, KPKT dan PBT mengenai pembelian lesen dan kawal selia Penginapan Sewaan Jangka Pendek (STRA) ini.
Daripada segi agensi pelancongan dalam talian ataupun online travel agent (OTA) pula, MOTAC melalui garis panduan permohonan lesen perniagaan dalam talian
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato Sri Tiong King Sing
pelancongan dan perniagaan agensi, pengembaraan GPP TOBTAB telah menggariskan tentang syarat-syarat dan tatacara permohonan lesen TOBTAB di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482]. JPP ini terpakai untuk OTA yang berdaftar dan operate di Malaysia.
Pada masa yang sama, MOTAC sedang mengkaji cara yang terbaik untuk memantau OTA asing. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Padang Besar.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang lengkap. Adakah MOTAC mempunyai perancangan khusus terhadap penyedia perkhidmatan STRA tadi untuk diintegrasikan dengan mempromosikan perkhidmatan ini untuk ASEAN 2025? Juga, saya ingin bertanya tentang konsep kempen untuk konsep Inap Desa yang semakin mendapat sambutan sekarang ini. Terima kasih.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Soalan...
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Sila, Menteri.
Dato Sri Tiong King Sing
Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Memanglah kita akan promosikan apa yang sebenarnya kita boleh...
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
[Bangun]
Dato Sri Tiong King Sing
Itulah saya memohon semua Ahli-ahli Yang Berhormat daripada sebelah sini ke sebelah sana, kita- marilah bersama-sama dalam ASEAN ini, mesyuarat akan datang ataupun Visit Malaysia 2026, kita promote bersama-sama. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Sandakan.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan saya kepada kementerian adalah apakah bantuan dan insentif yang disediakan oleh kementerian kepada penggiat industri perhotelan yang sedang berhadapan dengan peningkatan kos operasi berikutan dengan kenaikan gaji minimum? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Menteri.
Dato Sri Tiong King Sing
Terima kasih Sandakan. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sentiasa membantu pemain-pemain industri pelancongan tempatan termasuk industri perhotelan dan hotel bajet melalui pelbagai bantuan dan insentif kerajaan seperti berikut:
(i) Skim Infrastruktur Bangunan;
(ii) Tabung Khas Pelancongan;
(iii) Pembiayaan Pelancongan PENJANA;
(iv) galakan cukai, serta;
(v) pendaftaran projek pelancongan.
Juga, mengenai itu gaji nilai- kita masih lagi menunggu jawapan daripada perhotelan macam mana kita boleh bekerjasama dan diuruskan. Semalam, saya pun ada berjumpa sama Menteri daripada Sumber Manusia. Kita berbincang, tengok macam mana kita boleh di-settle. Sekian.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Masih boleh benarkan soalan tambahan?
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Dato’ Seri Amiruddin bin Shari, Gombak.
Dato' Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan berikutnya untuk MITI, soalan yang ke-3.
3. Dato' Seri Amirudin bin Shari [Gombak] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan, langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk menjamin kelangsungan syarikat dan industri berkepentingan utama supaya tidak menjadi mangsa perang perdagangan khususnya antara Amerika Syarikat, China dan Rusia.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Yang Berhormat Gombak. Tan Sri Yang di-Pertua, Malaysia sentiasa berpegang pada dasar tidak bersekutu dengan mana-mana negara kuasa ekonomi dalam menangani isu-isu antarabangsa termasuklah perang dagangan yang melibatkan Amerika Syarikat dan Republik Rakyat China serta juga Persekutuan Rusia.
Bagi memastikan negara tidak tersepit dalam kancah peperangan perdagangan di kalangan negara-negara kuasa ekonomi yang maju, kerajaan akan terus berusaha untuk mengukuhkan lagi hubungan diplomatik dan diplomasi perdagangan dengan semua negara.
Misi galakan pelaburan dan perdagangan serta program perniagaan sempena lawatan rasmi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan dipergiatkan lagi tahun-tahun yang akan datang. Bukan sahaja untuk mengeratkan hubungan perdagangan yang sedia dibina dengan negara-negara ekonomi maju, tetapi dalam masa yang sama, untuk meneroka pasaran- pasaran baharu di seluruh pelosok dunia.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Justeru kerajaan akan terus mengukuhkan hubungan kerjasama dagang dengan kita punya rakan dagang sedia ada. Ini seperti negara-negara ASEAN, seperti juga Amerika Syarikat, China, Kesatuan Eropah, Jepun, Korea dan India, di samping mengeratkan juga kerjasama ekonomi dengan rakan-rakan dagang yang bukan tradisional seperti UAE, Arab Saudi, Pakistan dan negara-negara di Asia Tengah seperti Uzbekistan, Kazakhstan dan juga seperti di negara-negara di Amerika Selatan seperti Brazil, Peru dan Mexico.
Kerajaan juga akan memberi perhatian kepada negara-negara pasaran baharu seperti Oman, Kenya, Mesir, Angola, Namibia yang mencatatkan peningkatan eksport yang ketara bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, hasil daripada strategi nak mempelbagaikan eksport kita. Selain misi galakan pelaburan dan perdagangan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah melaksanakan lawatan-lawatan peringkat kepimpinan ke negara-negara yang berpotensi tinggi untuk meningkatkan pelaburan dan perdagangan.
Di samping meningkatkan keharmonian antara pemimpin-pemimpin negara, lawatan peringkat tertinggi juga bertujuan mengukuhkan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan negara-negara yang dilawati. Contohnya, lawatan ke Rusia pada September yang
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
lepas telah membuka satu lembaran baharu antara Malaysia dan Rusia bukan sahaja daripada perspektif diplomatik, tetapi turut membuka ruang untuk meningkatkan lagi hubungan perdagangan antara kedua-dua negara termasuk penyertaan negara dalam BRICS.
Untuk mengurangkan kebergantungan kepada bahan-bahan mentah terutamanya import dari negara-negara yang terlibat dalam perang perdagangan, kerajaan akan terus memberi galakan dan penekanan kepada industri tempatan untuk menggunakan sumber domestik. Sumber bekalan dari Rantau ASEAN akan diberi keutamaan bagi memastikan kestabilan rantaian bekalan.
Kerajaan juga terus berusaha untuk memuktamadkan beberapa Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) baru seperti satu contoh ialah Perjanjian Ekonomi Komprehensif Malaysia-UAE dan juga Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Kanada dan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Korea. Kita juga nak menaik taraf perjanjian sedia ada seperti ASEAN-China dan juga kajian semula perjanjian antara ASEAN-India. Ini perdagangan barangan untuk ASEAN-China dan juga perdagangan barangan ASEAN-India. Ini untuk kita membuka lagi pasaran bagi eksport Malaysia yang lebih stabil dan juga lebih kompetitif.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Gombak.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Terima kasih Menteri atas jawapan yang diberikan sebentar tadi. Soalan saya sebenarnya berunjuran daripada perkembangan terkini khususnya pada Mei 2024 apabila Kerajaan Amerika Syarikat mula mengenakan beberapa tekanan terhadap syarikat-syarikat dan juga melakukan siasatan terhadap Malaysia.
Terhadap empat buah negara yang ada di ASEAN- Cambodia, Thailand, Vietnam dan Malaysia dalam isu less than fair value investigation. Ini sudah pasti akan memberi kesan kepada kita apabila kita tidak mampu untuk mempertahankan syarikat-syarikat kita.
Soalan saya, baru-baru ini Malaysia telah diiktiraf sebagai rakan dalam BRICS ataupun satu koalisi baharu yang diusahakan oleh beberapa buah negara termasuk China dan Rusia. Bagaimana kesan BRICS ataupun penyertaan kita ataupun kerjasama kita sebagai rakan baru BRICS itu akan memberi faedah kepada syarikat-syarikat dan juga perusahaan yang ada di Malaysia terutamanya.
Kedua, apakah langkah-langkah seterusnya untuk memastikan kita tidak terheret dalam kancah peperangan dagang di antara Amerika, Rusia dan juga China kerana ia adalah sebahagian daripada langkah kita untuk elakkan bukan sahaja negara, tetapi syarikat- syarikat yang berdaya saing seperti dalam bidang semikonduktor dan E&E yang sememangnya menjadi asas penting kepada perdagangan yang ada dalam negara kita sama ada daripada segi import dan juga eksport. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Yang Berhormat Gombak. Tan Sri Yang di-Pertua, ada dua soalan tadi, saya jawab soalan yang kedua dulu.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Mengenai soalan kedua, Malaysia sebagai sebuah negara yang terbuka daripada segi perdagangan, sentiasa berpegang pada pendekatan ekonomi yang terbuka dan dasar mesra. Kita nak jadi pragmatik dan menyokong iklim perdagangan serta pelaburan yang kondusif.
Kita nak kekalkan negara Malaysia sebagai dalam radar pelabur dan juga pemain industri antarabangsa. Jadi dalam konteks tersebut Yang Berhormat Gombak tadi, ada mengatakan apa impak yang berlaku pada masa ini terutamanya dalam perang dagang antara Amerika Syarikat, China mahupun Rusia?
Dalam- kita berpendirian jelas tidak akan mengambil kesempatan terhadap konflik perang perdagangan, tetapi terus berusaha untuk memainkan peranan yang lebih penting dalam mengukuhkan rantaian bekalan global terutamanya dalam sektor yang penting yang seperti disebut oleh Yang Berhormat Gombak tadi, sektor semikonduktor dan juga sektor- sektor lain yang strategik. Kita akan terus mengukuhkan hubungan diplomatik dengan perdagangan yang positif dengan semua rakan dagang termasuklah Amerika Syarikat, China dan Rusia dan negara-negara yang bukan tradisionalnya. Secara tradisionalnya adalah rakan dagang kita.
Soalan yang pertama tadi Yang Berhormat Gombak mengenai BRICS dan juga penerimaan kita sebagai baru-baru ini diumumkan sebagai partner country ya, dengan izin.
Jadi kita nak menubuhkan keyakinan anggota-anggota BRICS terhadap kepimpinan negara. Secara kumulatif daripada segi KDNK pada masa ini BRICS ini besar. Jumlah dia pun- KDNK lebih kurang 26 peratus daripada KDK dunia. Ini hampir sama dengan kekuatan ekonomi Negara G7. Ini pada masa inilah, sebelum lagi negara-negara yang baharu telah joint lah, dengan izin.
Jumlah populasi yang besar juga antara kalangan-kalangan negara anggota BRICS.
BRICS yang pertamalah, BRICS- Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan. Lebih kurang RM3.2 bilion. Ini- eh 3.2 bilion rakyat...
[Ketawa] Ini lebih kurang 45 peratus penduduk dunia dan sekarang dah tambah lagi 13 negara yang menjadi rakan ataupun partners termasuklah Malaysia. Negara ASEAN sahaja ada Malaysia, Thailand, Indonesia dan juga Vietnam. Ini akan meningkatkan lagi populasi negara kita.
Jadi pada masa yang sama negara-negara anggota BRICS juga adalah antara pengeluar komoditi utama dunia. Kita ada minyak mentah, gas, arang batu, bijih besi dan sebagainya. Kita mengambil kira juga kekuatan ekonomi China dan juga India. China, Korea dikenali sebagai “world factory” dan India juga dan Brazil, Rusia, Afrika Selatan dan sebagainya. Kita akan menyumbang, kita mengharapkan akan menyumbang juga kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia dan juga peningkatan eksport negara dalam jangka masa panjang. So, terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Kuala Kedah.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Soalan tambahan saya ialah BRICS yang ditubuhkan oleh Brazil, China, India dan Rusia pada 2009 dan kemudiannya disertai oleh Afrika Selatan pada tahun 2010 merupakan
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
sebuah blok negara-negara yang nampaknya seolah-olah bertentangan ataupun bersaing dengan G7 yang diketuai oleh negara-negara Barat yang termasuk juga Jepun.
Blok ini tidak melibatkan perjanjian FTA itu dan sebagainya dan juga tidak seperti CPTPP, Yang Berhormat Menteri ya. Kehadiran negara Rusia dan China dalam BRICS yang kita- semua tahu, maklum bahawa pihak Barat khususnya Amerika Syarikat tidak begitu selesa. Situasi ini mungkin akan memberikan kesan negatif kepada hubungan Malaysia dengan negara-negara berkenaan dan juga terhadap pelaburan FDI khususnya dari negara- negara berkenaan. Kita sedia maklum Malaysia banyak menerima pelaburan yang besar nilainya daripada Amerika Syarikat, Jerman, Austria, Jepun dan lain-lain.
Soalannya ialah, apakah langkah kerajaan bagi mengawal atau mengurus naratif bahawa Malaysia tidak dilihat lebih cenderung kepada sesebuah blok kuasa besar dunia?
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Kubang Pasu.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Kubang Pasu. Mengenai perancangan kita daripada segi naratif di antara Malaysia dan juga negara- negara lain terutamanya baru-baru ini dengan BRICS ya. Kita pada masa yang sama terus mengekalkan hubungan perdagangan terutamanya bersama-sama dengan rakan-rakan negara tradisional kita.
Buat masa yang sama dua bulan lepas kita telah mengumumkan yang kita akan memulakan perbincangan bersama-sama dengan Kesatuan Eropah. Kita memulakan semula discussion lah, dengan izin, mengenai FTA bersama-sama dengan EU yang telah diberhentikan sejak tahun 2012 contohnyalah. Seperti disebut oleh Yang Berhormat tadi banyak pelabur-pelabur juga daripada Eropah yang masuk terutamanya ke negeri Kedahlah.
Keduanya ialah daripada segi bersama-sama dengan Amerika Syarikat juga, dengan negara-negara Barat yang lain ada satu grouping yang dikenali sebagai Indo-Pacific Economic Framework (IPEF). Dia bukan macam FTA, dia macam BRICS juga sedikit, tetapi lebih deeper lah, dengan izin. Pada masa yang sama ada juga perbincangan kita untuk meneruskan hubungan diplomatik dan juga perdagangan dengan negara-negara UAE, negara-negara GCC.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Kita mulakan dengan UAE dan insya-Allah ASEAN dan GCC juga akan memulakan perbincangan. Satu lagi ialah kita akan meneruskan perbincangan kita juga dengan negara- negara di ASEAN juga kerana ASEAN pun sebenarnya daripada segi intra ASEAN trade kurang daripada 25 peratus. Kita perlu meningkatkan dan insya-Allah bila kita mempengerusikan ASEAN pada tahun depan, kita akan meningkatkan lagi perjanjian- perjanjian perdagangan antara negara ASEAN dan juga dengan ASEAN dengan negara China dan India juga. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik seterusnya saya jemput Dr. Radzi bin Jidin, Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 4.
4. Datuk Dr. Radzi bin Jidin [Putrajaya] minta Perdana Menteri menyatakan, status cadangan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di semua pangsapuri kuarters penjawat awam Putrajaya di bawah kendalian BPH serta penyenaraian CCTV sebagai sebahagian daripada aset berdaftar yang perlu diselenggarakan pengurus fasiliti bawah Perbadanan Putrajaya bagi meningkatkan keselamatan penduduk.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat mengambil kira aspek keselamatan penghuni kuarters, cadangan pemasangan CCTV di dalam kawasan kuarters penjawat awam terutamanya jenis pangsapuri sedang dalam pertimbangan oleh Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) Jabatan Perdana Menteri untuk dilaksanakan secara berperingkat.
Inisiatif ini adalah selaras dengan visi CHASE City yang didukung oleh JWP di mana antara paksi tindakan yang digariskan adalah menjadikan Wilayah Persekutuan Putrajaya sebagai sebuah bandar raya pintar. Visi ini sudah mula menampakkan hasil apabila Perbadanan Putrajaya berjaya merangkul penarafan Bandar Pintar Malaysia tahap dua iaitu developing Smart City, dengan izin, bersempena dengan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024.
Berbalik kepada isu CCTV Yang Berhormat, sebagai permulaan kesemua lif kuarters akan dipastikan lengkap dengan CCTV. Memandangkan lif merupakan kawasan paling sensitif kepada vandalisme, jenayah dan juga kecelakaan dalam premis berstrata, dan dalam hal ini BPH akan memberi keutamaan kepada kerja-kerja penggantian set lif baru yang datang bersekali dengan CCTV melalui inisiatif Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi
(STAR). Pemasangan CCTV di bawah projek STAR ini melibatkan sebanyak 102 unit CCTV dalam lif yang melibatkan lima buah lokasi kuarters kerajaan jenis pangsapuri di Putrajaya.
Kalau boleh saya namakan yang pertamanya fasa P181R dan P18R13 di Presint 18.
Kemudian fasa P18R4 dan P18R8 di Presint 18 juga dan fasa 1C di Presint 16, fasa 7 dan fasa 8 di Presint 9 dan zon 6B dan zon 3A di Presint 11.
Dalam masa yang sama PPJ juga sedang memohon peruntukan bagi pemasangan CCTV di laluan keluar dan juga masuk ke jalan utama dari kuarters penjawat awam sama ada jenis pangsapuri ataupun jenis landed property dan akan dilaksanakan sebaik sahaja peruntukan disalurkan. Buat masa ini di seluruh Putrajaya kita ada 531 unit CCTV yang telah dipasang dan diselenggarakan sendiri oleh PPJ.
Persatuan penduduk di kuarters masing-masing juga boleh mengambil inisiatif sendiri untuk pemasangan CCTV melalui FM mereka iaitu facility management dengan kebenaran daripada BPH. Dalam hal ini BPH membenarkan peruntukan penyelenggaraan digunakan untuk kerja selenggara CCTV yang dipasang atas inisiatif sendiri. Walaupun secara relatifnya keadaan kuarters kerajaan di Putrajaya yang diselia oleh BPH agak selamat dan selesa dibandingkan dengan kuarters yang diselenggarakan oleh agensi lain tetapi kerajaan tidak leka dalam menitikberatkan soal keselamatan dan keselesaan penghuninya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa
Jadi saya telah juga mengarahkan PPJ dan meminta pihak BPH untuk memperhalusi dan menyegerakan pemasangan dan penyelenggaraan CCTV di bawah facility management masing-masing.
Fokus perlu diberikan kepada kawasan pangsapuri yang berisiko tinggi serta semua laluan keluar masuk kenderaan dan pejalan kaki. Kita harapkan pemasangan CCTV di kuarters ini nanti beberapa insiden yang membimbangkan yang pernah berlaku di kawasan termasuk kehilangan kenderaan di kawasan letak kereta, cubaan ragut dan isu-isu sosial yang lain seperti sexual harrasment juga yang pernah kita terima aduan, pemberian makanan mungkin kepada kucing liar. Contohnya pun ada juga yang menyebabkan kekotoran di kawasan-kawasan penghuni boleh juga mengganggu ketenteraman komuniti akan juga dapat dikurangkan. Sekian terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik saya jemput Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan tadi.
Pertama sekali berkaitan dengan CCTV yang dipasang oleh persatuan penduduk.
Dalam kebanyakan kes ia tidak diselenggarakan. Sebab itu cadangan kita supaya BPH mengambil satu pendekatan memasang di semua tempat dan dimasukkan sebagai aset BPH dan diselenggarakan secara berterusan. Kalau tidak nanti bila dah rosak dia habis macam itu. Yang Berhormat Menteri pun telah jelaskan tadi antara perkara-perkara keselamatan yang timbul kerana ketiadaan CCTV. Nak guna lif ini yang ada dalam lif itu amat terhad Yang Berhormat Menteri. Jadi saya mohon dilihat segera. Kalau boleh berikan jangka masa pelaksanaannya.
Kedua juga Yang Berhormat berkaitan dengan kuarters. Kita lihat bahawa banyak kuarters kerajaan yang kosong dan terbiar di Putrajaya. Sedangkan yang menunggu untuk masuk kuarters senarainya amat panjang. Adakah ataupun mengapakah kerajaan mengambil tempoh yang terlalu lama untuk membaiki kuarters-kuarters ini dan menyiapkannya supaya dapat diduduki?
Ketiga Tan Sri Yang di-Pertua adalah berkaitan dengan kuarters juga, iaitu tentang penyediaan taska dan tadika di kawasan kuarters. Permintaan dalam kalangan ibu bapa di Putrajaya khususnya yang tinggal di kuarters adalah untuk diadakan taska dan tadika kerajaan di kawasan yang berdekatan. Setakat mana kerajaan mempunyai perancangan untuk menggunakan premis-premis kerajaan sedia ada sama ada di kuarters ataupun di kawasan berhampiran untuk dijadikan taska atau tadika. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Sebelum saya menjawab ini saya ingin mohon dimaklumkan bahawa di dalam Dewan sekarang ini ada 80 orang pelajar dan guru Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud Iskandar 1, Pontian. Selamat datang...
[Tepuk] Baik Yang Berhormat. Berkenaan dengan CCTV yang tidak diselenggarakan oleh BPH ini, saya bersetuju. Sebenarnya kalau kita tengok dalam konsep Smart City ini dia kena
Dr. Zaliha binti Mustafa
disekalikan. Memang saya dapat juga makluman bahawa CCTV di kawasan-kawasan tak kiralah pangsapuri awam kah ataupun kuarters kerajaan dan sebagainya memang belum lengkap lagi.
Saya juga telah berbincang dengan pihak perbadanan supaya semua CCTV yang ada di sekitar Putrajaya khususnya ini kita coordinate kan bersama dengan kita punya command centre di Putrajaya itu sendiri supaya jika ada berlaku perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan contohnya kita dapat uruskan dengan segera dan direct kepada agensi-agensi yang terlibat. Sebab di command centre kami itu kita ada perhubungan yang baik dengan agensi-agensi kerajaan yang lain khususnya yang berkaitan dengan keselamatan seperti PDRM dan juga KKM. Itu insya-Allah dalam masa yang terdekat kita akan cuba panggil semua agensi yang terlibat untuk duduk bersekali.
Kemudian kuarters kerajaan yang terbiar ini memang saya juga dimaklumkan kita sebenarnya telah juga menyelenggarakan kuarters-kuarters ini. Jumlah kuarters yang diselenggarakan ini boleh dikatakan setakat ini untuk tahun ini kuarters-kuarters yang keseluruhannya kita ada 22,007 unit kuarters Putrajaya ini dan yang kosong 1,275 unit. Itu terdiri daripada landed property sebanyak 331 unit dan 944 unit kuarters jenis apartment. Kita memang telah menyelenggarakan sebanyak 1,275 kuarters yang kosong. Insya-Allah dari semasa ke semasa kita akan tambah lagi. Maknanya kalau ada peruntukan yang lebih insya- Allah kita akan tengok lagi kuarters-kuarters yang lain untuk kita selenggarakan secara berterusan.
Kemudian berkenaan dengan taska dan tadika di kuarters ini saya bersetuju Yang Berhormat. Saya rasa ini sudah tiba masanya untuk kita melihat tentang keperluan kepada penduduk setempat. Ini saya yakin kita boleh bekerjasama mungkin dengan KPWKM dan saya rasa kalau kita buat tempat penjagaan seperti taska dan tadika ini di tempat mereka menghuni itu jauh lebih baik daripada sudut maknanya keselamatan anak-anak.
Jadi mungkin kita boleh juga membuka ruang kepada mereka yang mungkin ibu-ibu yang tidak bekerja untuk menjadi sebahagian daripada mereka yang menjaga dan mereka akan rasa lebih selamat sebab yang menjaga itu jiran mereka sendiri. Insya-Allah saya terbuka untuk terus berbincang dengan mungkin YB Nancy sebagai Menteri yang menjaga KPWKM dan kita boleh terbuka untuk insya-Allah dalam masa hadapan memikirkan tentang taska dan tadika di tempat tinggal. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan tambahan Yang Berhormat Menteri.
Ada keluhan yang sering di antara penduduk di Putrajaya tentang isu berhubung lambakan kenderaan yang di parkir sesuka hati menyebabkan kesesakan lalu lintas. Hal ini disebabkan tidak cukup tempat letak kereta di kuarters-kuarters kerajaan. Sehubungan dengan itu apakah inisiatif yang diambil oleh kerajaan untuk menangani masalah ini?
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Ini memang masalah yang berterusan Batu Pahat.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Kita sebenarnya dalam pembinaan apa-apa sahaja pembangunan atau pun residensi, memang kita akan juga meletakkan syarat untuk diberikan parking lot kepada penghuni, tetapi disebabkan oleh harga yang mungkin atau tinggi, jadi kita hanya membenarkan kadangkala satu unit kepada satu tempat parking, tetapi kalau misalnya kawasan-kawasan yang lebih sesuai, kita boleh bagi mungkin sehingga dua, tetapi itu pun bergantung juga.
Jadi, untuk mengatasi keadaan ini Yang Berhormat, sebenarnya ada beberapa sebenarnya projek-projek parking lot ini telah kita selesaikan. Contohnya di Fasa 5 dan 6 Presint 9. Ini dia ada 377 lot parkir kereta, lapan lot parkir kereta orang kurang upaya dan 79 lagi lot parkir motosikal. Tempat letak kenderaan bertingkat juga kita dah dalam pelaksanaan di Fasa 4B Presint 8 dan insya-Allah dijangka siap Yang Berhormat, pada Februari tahun depan, 2025. Ini dia menempatkan 114 lot parkir dan 52 lot parkir motosikal.
Jadi, yang ini saya yakin sebenarnya apa yang kita harus juga lakukan ialah menggalakkanlah penduduk untuk menggunakan public transport. Ini alhamdulillah, sejak akhir-akhir ini di Putrajaya, kita telah juga menerima peningkatan kepada penggunaan public transport. Jadi, saya yakin kita juga dalam usaha untuk menambah public transport di sekitar Putrajaya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya saya jemput Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 5.
5. Dr. Mohammed Taufiq bin Johari [Sungai Petani] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, apa langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian untuk meningkatkan jumlah pekerja sosial yang terlatih dan berkelayakan dalam negara, serta langkah oleh kementerian untuk memperbaiki proses pengambilan dan latihan bagi memastikan sokongan yang mencukupi untuk kanak-kanak dan komuniti yang memerlukan.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
(KPWKM) serta agensinya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah melaksanakan pelbagai inisiatif dalam usaha meningkatkan tahap profesionalisme dan kompetensi dalam bidang kerja sosial secara khususnya terhadap pegawai dan kakitangan di JKM dan pada masa yang sama, kepada masyarakat umum secara amnya.
Antara usaha yang dilaksanakan adalah menjalinkan kerjasama bersama Persatuan Pekerja Sosial Malaysia (MASW) dan ahli akademik untuk menyeragamkan kurikulum di
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
peringkat institusi pengajian awam dan juga swasta dalam bidang kerja sosial bermula pada tahun 2009.
Sehingga Disember 2023, sebanyak lapan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan empat institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) telah menawarkan kursus dalam bidang kerja sosial. Sehingga 28 Februari 2024, jumlah perjawatan tetap kakitangan Skim Perkhidmatan Sosial yang telah diisi di JKM adalah seramai 3,297 iaitu 376 orang daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan 2,921 orang dari Kumpulan Pelaksana. Berdasarkan tinjauan Bahagian Perancangan dan Pembangunan JKM pada tahun 2023, seramai 878 orang iaitu 248 orang daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan 629 orang dari Kumpulan Pelaksana mempunyai kelayakan pendidikan yang diiktiraf sebagai bidang kerja sosial.
Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, JKM telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk menetapkan syarat kelayakan minimum bagi kemasukan kakitangan lantikan baharu di JKM. Berbeza dengan sebelumnya, bermula dari tahun 2017, hanya calon yang mempunyai kelayakan akademik minimum Diploma atau Ijazah dalam bidang yang diiktiraf sebagai bidang kerja sosial akan disenarai pendek bagi mengisi jawatan Gred S29 atau S41 di JKM.
Bagi pegawai lantikan baharu JKM, mereka akan diwajibkan mengikuti Kursus Pengenalan Jabatan selama lima hari dan diikuti dengan on-the-job training, dengan izin, selama lima hari di tempat bertugas masing-masing. Kursus ini diberikan sebagai pendedahan awal pegawai baharu berkaitan perkhidmatan JKM termasuk praktis kerja sosial.
JKM turut mempersiapkan dan melengkapkan pengetahuan kerja sosial pegawai dan kakitangan yang melalui siri-siri latihan kursus dan terancang yang melibatkan kursus asas, kursus pertengahan dan kursus lanjutan.
Untuk ini, JKM antaranya telah menjalinkan kerjasama dengan Institut Sosial Malaysia (ISM) dan Universiti Utara Malaysia dalam melaksanakan kursus Sijil Profesional Asas Kerja Sosial (SPAKS) mulai tahun 2023. Kursus ini adalah penambahbaikan kursus- kursus yang telah diadakan sebelum ini. Tumpuan SPAKS ialah terhadap kakitangan yang berpengalaman dalam kerja sosial dan kerja kebajikan sedia ada di JKM, tetapi tidak mempunyai kelayakan akademik dalam bidang kerja sosial. JKM menyasarkan seramai 540 orang kakitangannya akan menerima manfaat daripada program ini sehingga tahun 2026.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang telah diberikan. Profesion kerja sosial amat-amat penting dan dijangka bahawa RUU Profesion Kerja Sosial akan dibentangkan pada tahun hadapan.
Saya ingin tahu, apakah status terkini persiapan RUU tersebut? Bagaimanakah kerajaan atau kementerian merancang untuk bekerjasama rentas kementerian termasuklah KKM contohnya ya, untuk memenuhi permintaan industri dan keperluan masyarakat untuk mengatasi masalah mental dan trauma? Apakah usaha kerajaan untuk meneliti struktur gaji dan keadaan pekerja sosial yang mana mungkin gaji inilah penyebab kenapa ramai yang
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
tidak tahan lama untuk berada dalam profesion ini? Apakah usaha kerajaan untuk membantu pekerja sosial agar tidak mengalami masalah burnout dalam menghadapi cabaran menguruskan sektor-sektor komuniti tertentu? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tersebut. Statusnya sekarang ini, baharu sahaja beberapa minggu yang lepas, saya bersama dengan kumpulan kami daripada kementerian kami dan juga kita menjemput pakar untuk bersama dengan kami dalam membincangkan mengenai RUU ini.
Pada masa yang sama, kita membincangkan perkara-perkara yang perlu kita pinda di mana kita telah membuat, kita telah mendraf perundangan tersebut, tetapi perlu banyak lagi perkara yang perlu kita lakukan adalah untuk memenuhi keperluan dan juga permintaan mereka yang menjadi orang yang merasakan dirinya seharusnya menjadi orang dalam golongan pekerja sosial ini.
Berkaitan dengan kerjasama dengan pihak kementerian yang lain, memang itu menjadi satu daripada usaha kita. Juga daripada segi gaji itu, diperbincangkan bersama- sama dengan pihak JPA kerana ia melibatkan pekerja kita dan kita juga melihat kepada struktur kita yang sedia ada. Malah, kita juga sudah dalam proses mengambil pekerja, recruit pekerja baharu kerana mereka juga yang ada di kalangan mereka tergolong di dalam JPKK kita, menjaga kanak-kanak kita. Jadi, ini sebab JPKK telah ditubuhkan dan ini akan juga membantu untuk mengadakan, melahirkan pekerja sosial yang lebih profesional.
Itu yang kita harapkan dan ingin saya katakan di sini, sebenarnya pekerja sosial tidak lama lagi ya, mereka menjadi pekerja sosial yang lebih profesional dan kerana ini telah nampak ramai yang memerlukan perkhidmatan mereka. Jadi, terima kasih Yang Berhormat atas soalan tersebut.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Temerloh. Silakan.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey. Terima kasih kepada Tan Sri.
Soalan saya juga berkaitan dengan akta yang disebut oleh Sungai Petani tadi. Akta Profesion Kerja Sosial telah berada di peringkat akhir iaitu sejak Mac 2021. Apakah agaknya cabaran dan kekangan hingga pihak yang dihadapi oleh pihak kementerian untuk menggubal RUU? Itu satu.
Kedua, cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pekerja sosial sangatlah hebat. Apakah persiapan yang dilakukan oleh kementerian untuk menjadikan pekerja-pekerja sosial ini dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya cabaran itu banyak. Saya jawab dulu mengenai cabaran untuk RUU itu kerana seperti yang saya nyatakan, apabila kita nak mendrafkan undang-undang tersebut, apabila diketahui ramai, ramai pula mengatakan dia sepatutnya tergolong dalam golongan tersebut. Maka, kami terpaksa memikir dan juga mengadakan perkara- apa nama, memastikan apa yang mereka kehendaki itu dan sama ada ia sesuai untuk kita letakkan dalam definisi pekerja
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
sosial- tadi bertanya mengenai cabaran, itu memang banyak Yang Berhormat. Kepercayaan kepada individu dan komuniti terhadap keupayaan pekerja sosial kita dalam menguruskan kes merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh pekerja sosial.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Kelemahan dalam kemahiran praktis kerja sosial juga merupakan salah satu cabaran yang mana pekerja sosial lebih tertumpu kepada mangsa ataupun klien dan terikat dengan akta berbanding pengurusan kes tersebut. Jadi, pengetahuan dan kemahiran pengurusan kes yang merangkumi perundangan, kemampuan bekerja dalam satu pasukan dan berkolaborasi dengan pelbagai agensi juga merupakan satu cabaran kepada pekerja sosial dalam menguruskan kes.
Yang Berhormat, saya boleh bagi banyak. Jadi, saya boleh bagi secara bertulis demi menghormati masa. Saya berterima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat atas soalan tersebut.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya jemput Dato’ Ngeh Koo Ham, Beruas.
6. Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas] minta Menteri Luar Negeri menyatakan, jumlah rakyat Malaysia yang telah ditipu untuk ke luar negara dan dipaksa atau melibatkan diri mereka dalam penipuan atas talian dalam lima tahun terkini (2020-2024). Berapa kes di mana mereka atau keluarga mereka telah meminta pihak kerajaan untuk membebaskan mereka.
Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Beruas.
Sebelum saya menjawab soalan daripada Yang Berhormat, Kementerian Luar Negeri ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua yang akan mengambil alih kepengerusian AIPA pada tahun 2025...
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Datuk Mohamad bin Alamin
Insya-Allah, Kementerian Luar Negeri amat menghargai penglibatan aktif delegasi Malaysia termasuk dalam rundingan dokumen akhir dalam Mesyuarat Agung AIPA dan Yang Berhormat, bahawa ini adalah selari dengan saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri sewaktu sesi sua muka antara pimpinan- pimpinan ASEAN dalam Parlimen ASEAN di Vientiane pada bulan yang lepas.
Yang Berhormat Beruas, untuk makluman Dewan yang mulia ini juga setakat 28 Oktober 2024, Kementerian Luar Negeri melalui perwakilan Malaysia di luar negeri dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan telah berjaya menyelamatkan 707 orang warganegara Malaysia yang terlibat dengan sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara dan menghantar mereka pulang ke Malaysia. Manakala, 199 orang lagi sedang dijejaki. Ini menjadikan jumlah warganegara Malaysia yang terlibat seramai 906 orang. Jumlah ini adalah berdasarkan laporan yang diterima daripada waris, ahli keluarga, rakan, Polis dan individu itu sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, fenomena yang dikenali sebagai sindiket penipuan tawaran pekerjaan atau lebih dikenali sebagai, dengan izin, job scam ini telah mendapat perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat di mana kementerian ini juga sering mendapat laporan dari Pejabat
Datuk Mohamad bin Alamin
Khidmat Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan kes ini. Kementerian Luar Negeri akan meneruskan usaha untuk mengesan mereka dan menghulurkan bantuan yang sewajarnya.
Sekiranya laporan telah diterima daripada mana-mana pihak termasuk ahli keluarga atau individu itu sendiri, kementerian ini melalui perwakilan Malaysia di luar negeri akan mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan bantuan untuk mengesan keberadaan mereka, memudah cara untuk melepaskan atau menyelamatkan mereka daripada sindiket penipuan yang seterusnya penghantaran pulang mereka ke Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, pelbagai usaha telah dilakukan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap sindiket penipuan pekerjaan ini termasuk memanfaatkan platform media sosial dan menerusi program-program diplomasi awam di seluruh negara. Baru-baru ini, dengan izin, pocket talk yang bertemakan sindiket penipuan pekerjaan telah diadakan pada 20 Oktober 2024 di Kota Kinabalu, Sabah sempena Program MADANI Rakyat Zon Sabah. Kementerian Luar Negeri akan meneruskan usaha-usaha ini dan turut serta dalam kempen seumpama ini secara aktif kerana program-program ini dilihat sebagai titik sentuhan bersama orang awam.
Saya ingin ambil kesempatan di Dewan yang mulia ini untuk menasihatkan orang ramai dan rakyat kita supaya berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan iklan-iklan tawaran pekerjaan di luar negara yang menjanjikan gaji lumayan dan tidak realistik. Saya juga ingin memperingati orang ramai supaya jangan mengambil risiko demi tawaran gaji yang tinggi untuk pekerjaan yang tidak wujud kerana anda berkemungkinan akan meletakkan diri sendiri dalam keadaan yang amat berbahaya. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, semak tawaran pekerjaan tersebut dengan Kementerian Sumber Manusia dengan perwakilan Malaysia di luar negeri dan pihak berkuasa yang lain. Sekian dan terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Yang Berhormat Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Dalam kes- kes yang saya uruskan, sindiket-sindiket ini merekrut mereka ini melalui wakil-wakil orang Malaysia di Malaysia. Soalan saya ialah berapakah wakil-wakil sindiket-sindiket ini di Malaysia yang telah ditangkap dan didakwa di mahkamah? Terima kasih.
Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman, berdasarkan laporan ataupun maklumat yang kita peroleh daripada pihak PDRM dan melalui satu Jawatankuasa Khas yang telah pun ditubuhkan- Yang Berhormat, kita mempunyai 10 buah agensi dalam Jawatankuasa Khas ini- untuk membincangkan dan mengesyorkan opsyen-opsyen terbaik bagi menyelesaikan isu-isu seumpama ini.
Berkenaan dengan persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi bahawa melalui satu mesyuarat yang telah pun diadakan dan diadakan pembentangan oleh PDRM di Mesyuarat MAPO- apa itu “MAPO” Yang Berhormat? MAPO adalah Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran pada 26 tahun ini.
Dalam pembentangan itu, PDRM telah memberikan maklumat bahawa selain daripada maklumat ataupun data-data yang saya nyatakan tadi bahawa mereka juga menyatakan kira-kira 90 peratus mangsa ini sebenarnya bukan mangsa, Tan Sri., tetapi
Datuk Mohamad bin Alamin
mereka adalah sebahagian daripada operator-operator yang menaja, yang terlibat dengan sindiket ini. Jadi buat setakat ini, seramai lima orang telah pun didakwa di mahkamah di bawah Akta ATIPSOM ini, Akta Pemerdagangan Orang dan Migran.
Jadi, ini adalah salah satu usaha di mana kita akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan juga melalui Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan tadi, 10 buah agensi di dalamnya. Kita akan terus mengadakan perbincangan dan mengambil pendekatan bagaimana untuk kita menangani isu ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Tuan Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Soalan tambahan saya, dalam kita usaha mencegah ataupun membasmi penipuan pekerjaan palsu ini, adakah pihak Kementerian Luar telah mengadakan kerjasama dengan negara-negara lokasi kepada tempat pekerjaan yang ditipu ini termasuklah yang disebut antaranya negara Kemboja, Myanmar dan sebagainya? Adakah pihak kementerian telah pun bersama dengan negara-negara tersebut melalui mungkin juga dalam ASEAN itu sendiri?
Ketika mana kita akan menjadi Pengerusi ASEAN pada 2025, adakah ini juga sebagai agenda utama dalam perbincangan dengan negara-negara yang terdekat ini? Terima kasih.
Datuk Mohamad bin Alamin
Antara tanggungjawab Kementerian Luar Negeri adalah memastikan kebajikan rakyat kita di luar negara itu terus terpelihara. Jadi, mana-mana mangsa yang mungkin ditahan di mana-mana depot tahanan imigresen umpamanya, Kementerian Luar Negeri melalui perwakilan kita yang berada di luar negara akan memberikan khidmat konsulat dan menghulurkan bantuan yang sewajarnya seperti memberikan mereka makanan ataupun ubat-ubatan yang dibenarkan oleh pihak-pihak berkuasa tempatan. Ini adalah berlandaskan Vienna Convention 1963 dan juga berdasarkan Akta Hubungan Konsular (Konvensyen Vienna) 1999.
Ini adalah tanggungjawab kita. Yang berada di luar negara, kita akan teruskan membantu mereka, tetapi persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sik tadi bahawa jalinan kerjasama, ini kita akan teruskan.
Di peringkat ASEAN ini Yang Berhormat, kita telah pun mengadakan beberapa siri perbincangan. Umpamanya, sewaktu Kepengerusian ASEAN Indonesia. Isu ini telah diangkat dan telah pun dibincangkan di Labuan Bajo dan telah pun dikeluarkan satu deklarasi yang disebut sebagai ASEAN Leaders’ Declaration on Combating Trafficking in Persons Caused by The Abuse of Technology.
Di Laos juga sewaktu Kepengerusian Laos, waktu sekarang ini, juga diangkat isu yang sama dan satu deklarasi juga disebut sebagai *Vientiane Declaration on Enhancing Law Enforcement Cooperation Against Online Job Scams.
Insya-Allah*, pada tahun hadapan apabila kita mempengerusikan ASEAN dan melalui tonggak politik dan juga keselamatan, isu ini juga akan diangkat.
Datuk Mohamad bin Alamin
Bahkan kita telah pun mendapat maklumat daripada Kementerian Dalam Negeri bahawa mereka akan mengadakan beberapa siri mesyuarat di peringkat ASEAN. Insya-Allah akan diadakan pada tahun hadapan. Saya percaya isu job scam ini akan dijadikan sebagai salah satu tumpuan untuk kita cari jalan bagaimana untuk kita menyelesaikan job scam di peringkat Rantau ASEAN ini, insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Membaca sepotong doa] Baik. Kita terus kepada soalan tambahan.
Sungai Siput, silakan sambung. Siapa- tidak ada yang mahu?
Seorang Ahli
Nombor 7...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya mempersilakan Tuan Roslan bin Hashim, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik. Terima kasih kepada Tuan Speaker. Soalan Kulim-Bandar Baharu nombor 7.
7. Tuan Roslan bin Hashim [Kulim-Bandar Baharu] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan, bentuk bantuan dan sokongan kementerian kepada golongan usahawan kecil yang berdepan penurunan margin keuntungan yang ketara di sebalik pemulihan ekonomi di mana kajian SEMENTA mendapati hampir dua pertiga PMKS mempunyai jumlah simpanan tunai kurang daripada enam bulan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan, Usahawan dan Koperasi mengambil perhatian atas hasil kajian Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) yang mendapati hampir dua pertiga perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mempunyai jumlah simpanan tunai kurang daripada enam bulan dan membawa kesan kepada penurunan margin keuntungan.
Secara umumnya sektor PMKS telah merekodkan pertumbuhan yang memberangsangkan pada tahun 2023 berdasarkan petunjuk mikro ekonomi utama iaitu Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), eksport, pekerjaan dan produktiviti. PMKS juga telah mencatatkan pertumbuhan sebanyak lima peratus untuk menyumbangkan sebanyak RM613.1 bilion pada 2023 berbanding dengan RM584 bilion pada tahun 2022. Pencapaian ini juga adalah selari dengan hasil tinjauan PMKS 2024 oleh SME Corp. Kalau kita lihat 53 peratus daripada responden memperoleh jualan lebih tinggi pada tahun 2023. Selain itu, sebanyak 74.2 peratus responden menyatakan perniagaan mereka akan bertambah baik pada tahun 2024.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Dalam hal ini, KUSKOP melalui agensi-agensinya sentiasa komited untuk menyediakan bantuan dan sokongan kepada usahawan PMKS melalui pelbagai aspek seperti menyediakan skim pembiayaan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana melalui agensi-agensi di bawah KUSKOP. Contohnya seperti TEKUN Nasional, Amanah Ikhtiar, Bank Rakyat, SME Bank dan juga BERNAS. Sehingga September 2024, KUSKOP melalui agensi-agensinya telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM6.35 bilion kepada seramai 265,097 orang usahawan seluruh negara.
Selain daripada itu, meningkatkan kapasiti dan keupayaan PMKS melalui program pembangunan PMKS secara bersepadu dan bersasar seperti program PPKV, Program Pembangunan Kapasiti Vendor yang melibatkan seramai 30 buah syarikat vendor dengan peruntukan sebanyak RM3.5 juta. Selain daripada itu, juga untuk menggalakkan peningkatan ilmu pengetahuan berkaitan pengurusan perniagaan dan kewangan serta pemasaran produk di bawah INSKEN yang turut memberi latihan contohnya Program Bimbingan Bisnes Bumiputera (IBBC), juga Program Keuntungan Menu (ME) dan Kursus Urus Tunai (KUT) yang melibatkan seramai 8,308 usahawan sehingga 30 September 2024.
KUSKOP juga menggalakkan penglibatan usahawan untuk menjalankan perniagaan dalam program-program anjuran KUSKOP dan agensi seperi Program Jualan MADANI, JMKU dan juga contohnya showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI). Sehingga 30 September 2024 sebanyak 95 program JMKU telah dilaksanakan dengan merekodkan jumlah jualan sebanyak RM8.54 juta. Selain itu, penganjuran showcase SDSI di Sabah, Perak dan Johor telah mencatatkan nilai jualan sebanyak RM1.22 juta. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik. Terima kasih kepada Timbalan Menteri atas jawapan yang diberi. Soalan tambahan dari Kulim-Bandar Baharu.
Belanjawan 2025, kerajaan telah menetapkan gaji minimum RM1,700. Isunya, kesan peningkatan gaji minima turut melibatkan usahawan PMKS. Adakah kementerian mempunyai perancangan lain untuk membantu PMKS untuk terus berdaya saing tanpa membuang pekerja akibat peningkatan kos operasi walaupun kerajaan memberi penangguhan selama enam bulan bagi PMKS yang kurang lima orang pekerja.
Soalan kedua, berapakah jumlah PMKS yang tutup akibat simpanan tunai yang menyusut? Adakah pihak kementerian berusaha untuk menghidupkan PMKS yang terpaksa ditutup untuk kembali berdaya saing? Sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Terima kasih Yang Berhormat. Kalau kita lihat daripada pengumuman kenaikan gaji RM1,700, memang KUSKOP mengambil perhatian terhadap isu tersebut. Bagi PMKS, KUSKOP dan agensi-agensi di bawah KUSKOP, contohnya SME Corp, SME Bank, INSKEN, Bank Rakyat, Amanah Ikhtiar dan juga TEKUN memainkan peranan yang penting. Ada juga program-program keusahawanan yang sedang dijalankan juga tidak melupakan program-program latihan yang sedang dibuat oleh INSKEN.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Antara contoh kalau kita lihat salah satu daripada program yang dijalankan adalah program geran yang diberikan melalui SME Bank, melalui Program Pembangunan Kapasiti Vendor (PPKV). Kalau kita lihat tahun sebelum ini yang diberikan geran adalah sebanyak RM5 juta tetapi bagi tahun ini ada kenaikan kepada RM7 juta. Melalui SME Corp, ada juga Business Accelerator Programme (BAP) yang dijalankan. Ini adalah berbentuk geran juga, RM55 juta yang disediakan, INSKEN juga memberikan bantuan latihan bagaimana mereka menjaga kos mereka daripada segi kewangan, overhead dan selain daripada itu juga, tetapi kita akan melihat juga apa yang perkembangan terbaru selepas wujudnya skim bagi pembayaran RM1,700 gaji minimum itu mengikut Belanjawan 2025. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Sungai Siput.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, dalam memperkasakan agenda pembangunan keusahawanan negara, sudah pasti maklum balas daripada pihak industri dan wakil persatuan perniagaan serta usahawan amat penting bagi pihak kementerian. Dalam perkara ini, apakah tindakan Yang Berhormat telah lakukan bagi pihak KUSKOP dalam memastikan input dan maklum balas tersebut diambil kira dalam perlaksanaan program keusahawanan?
Terima kasih.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Terima kasih Yang Berhormat. KUSKOP sentiasa terbuka dan mengalu-alukan cadangan dan pandangan, input dan juga maklum balas daripada pihak industri, wakil persatuan perniagaan dan juga usahawan. Antara tindakan yang telah diambil setakat hari ini adalah sesi dialog, mesyuarat-mesyuarat, perbincangan di peringkat kementerian dan juga agensi khususnya sesi libat urus Yang Berhormat Menteri KUSKOP, perbincangan khas bersama Malaysian Associated Indian Chambers of Commerce (MAICCI).
Contohnya, semasa pihak penyediaan Belanjawan 2024, KUSKOP telah mengadakan sesi dialog belanjawan bersama semua stakeholders, pihak-pihak industri, wakil persatuan dan usahawan. Hasilnya, beberapa pandangan telah diselaraskan oleh KUSKOP dan diambil kira dalam Belanjawan 2025 yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri contohnya Program Digitalisasi Penjaja, Peniaga Kecil dan Pembiayaan Mikro.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Hasil sesi penerangan dan libat urus bersama PMKS ini juga berkaitan dengan inisiatif e-Invoicing yang kami telah ambil pandangan mereka dan juga adakan pertemuan bersama SME Corp. Malaysia dan juga Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Jadi, memang peserta-peserta yang terlibat adalah daripada seluruh negara, 964 peserta telah dapat manfaat daripada kalangan perbincangan yang telah diadakan semasa sesi perbincangan tersebut. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Berikutnya, kita ke soalan yang kelapan. Saya mempersilakan Tuan Pang Hok Liong, Yang Berhormat Labis.
Tuan Pang Hok Liong - Labis
Terima kasih, Dato’ Timbalan Speaker. Nombor 8 soalan saya.
8. Tuan Pang Hok Liong [Labis] minta Perdana Menteri menyatakan dengan terperinci, jumlah keseluruhan yang dikutip oleh JAKIM untuk pengeluaran Sijil Halal bagi setiap tahun dari tahun 2012 hingga 2023 dan jumlah Sijil Halal yang dikeluarkan untuk tempoh yang sama.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Labis yang amat prihatin berkaitan dengan isu halal ini.
Sebagai makluman Dewan yang mulia ini, industri halal telah dikenal pasti sebagai salah satu industri strategik dan berimpak tinggi dalam RMKe-11 dan RMKe-12 bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara.
Berdasarkan dokumen RMKe-12, pembangunan industri halal akan diperkukuh bagi melahirkan pemain industri halal tempatan yang berdaya saing dalam merebut peluang pasaran halal global yang lebih besar. Kredibiliti Malaysia sebagai peneraju dalam pensijilan halal telah diperakui di peringkat global sehingga membawa peluang perdagangan dan pelaburan serta membuka pintu bagi syarikat-syarikat pengeluar produk Halal Malaysia ke pasaran global.
Bagi menjawab pertanyaan dari Yang Berhormat Labis, jumlah keseluruhan kutipan fi pensijilan halal yang diterima oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan majlis agama Islam negeri (MAIN) ataupun jabatan agama Islam negeri (JAIN) seluruh Malaysia dari tahun 2012 sehingga 2023 adalah sebanyak RM80,032,254.43. Jumlah kutipan ini adalah berdasarkan proses audit kecukupan dan analisis ramuan.
Berdasarkan rekod dalam sistem MYeHALAL, perincian jumlah kutipan fi pensijilan halal adalah:
| Tahun | Jumlah kutipan (RM) |
|---|---|
| 2012 | 3641120 |
| 2013 | 2916468 |
| 2014 | 4202323 |
| 2021 | 10115000 |
| 2022 | 10783600 |
Secara umumnya, jumlah fi pensijilan halal menunjukkan peningkatan pada setiap tahun dan sekali gus menggambarkan kefahaman serta kesedaran mengenai kepentingan pensijilan halal sebagai nilai tambah dalam kalangan usahawan dan pihak industri semakin tinggi. Selain itu, peningkatan ini juga menunjukkan bahawa pensijilan Halal Malaysia dapat diterima dengan baik oleh pihak industri dan pengguna di negara ini.
Manakala jumlah pemegang sijil pengesahan halal Malaysia dari tahun 2012 hingga 2023 adalah sebanyak 85,893 buah syarikat- perinciannya...
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
| Tahun | Bilangan syarikat |
|---|---|
| 2012 | 4000 |
| 2022 | 9655 |
| 2023 | 11161 |
Kerajaan sentiasa komited untuk meningkatkan jumlah permohonan pensijilan Halal Malaysia daripada kalangan pemain industri halal termasuk usahawan industri kecil dan mikro. Dalam hal ini, kerajaan melalui JAKIM, MAIN dan JAIN mengadakan kolaborasi serta kerjasama dengan agensi pembimbing dengan matlamat mempersiapkan industri agar dapat bersedia dan memenuhi segala keperluan bagi permohonan pensijilan halal. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Puncak Borneo. Sebentar, Yang Berhormat Labis.
Tuan Pang Hok Liong - Labis
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapannya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Labis, sebentar.
Tuan Pang Hok Liong - Labis
Tidak dapat dinafikan bahawa sejumlah...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Labis, sebentar. Yang Berhormat Puncak Borneo, silakan.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih, Yang di-Pertua Speaker.
Pagi ini, saya ingin mengalu-alukan kehadiran Yang Mulia Archbishop Dato’ Dr. Simon Poh, Archdiocese of Kuching dan juga warga Pejabat Parlimen P198 Puncak Borneo. Terima kasih, Tuan Speaker...
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya mempersilakan Yang Berhormat Labis untuk soalan tambahan.
Tuan Pang Hok Liong - Labis
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapannya.
Yang Berhormat Tuan Speaker, tidak dinafikan bahawa jumlah yang dikutip oleh JAKIM adalah besar. Jadi, soalan tambahan saya, adakah itu sebabnya di mana pihak kementerian merancang untuk mewajibkan lebih lagi pemilik kedai makan bukan Islam untuk mendapatkan Sijil Halal? Saya juga minta pencerahan Menteri mengenai tuduhan rasuah mendapatkan sijil halal yang semakin berleluasa. Terima kasih, Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Labis.
Berkaitan dengan cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal ini, ia ini telah dibincangkan di peringkat Kabinet dan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 September 2024 telah bersetuju untuk mengekalkan dasar sedia ada iaitu permohonan sijil pengesahan Halal Malaysia yang dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan MAIN adalah
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
bersifat sukarela. Dengan ini, bermaksud terbuka kepada mana-mana industri yang bersedia untuk mematuhi semua keperluan piawaian dan standard pensijilan Halal Malaysia untuk dipersijilkan halal.
Dalam konteks pensijilan halal ini, seperti mana yang saya sebut, Yang Berhormat Labis, kewujudan sijil halal ini memberikan keyakinan kepada pengguna. Jadi, kalau kita tengok daripada statistik yang saya bacakan tadi, ada peningkatan dari sudut syarikat yang memiliki sijil halal ini. So, ada kaitan dari sudut keyakinan pengguna dan keyakinan syarikat untuk memiliki pensijilan Halal Malaysia ini.
Berkaitan dengan dakwaan ataupun tuduhan berlakunya rasuah, setakat ini saya secara peribadi telah mengarahkan kepada pihak Ketua Pengarah JAKIM untuk membuat siasatan dan sebagainya. Setakat ini, belum ada lagi terbukti tentang dakwaan yang mengatakan wujudnya rasuah di kalangan juruaudit ataupun pegawai-pegawai yang melaksanakan pensijilan halal ini. Terima kasih, Yang Berhormat Labis.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat- tekankan, Yang Berhormat.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bagan Serai, sila.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Menteri.
Sebagaimana kita maklum, JAKIM ialah merupakan pihak yang mengeluarkan sijil dan piawaiannya dihormati di peringkat dunia dan juga antarabangsa. Nak dapatnya pun bukanlah perkara yang sukar apabila ia memiliki dan mengikuti SOP yang ditetapkan kerana SOP yang ditetapkan antara 16 hari hingga 30 hari sahaja.
Jadi, persoalan saya ialah dalam tempoh 2012 hingga 2023, berapa banyakkah sijil halal yang dibatalkan? Keduanya ialah, berapa banyak sijil daripada 2012 hingga 2023 yang dimiliki oleh syarikat bumiputera dan syarikat bukan bumiputera yang mendapat penarafan halal tersebut? Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai atas soalan yang dikemukakan.
Berkaitan dengan jumlah sijil halal kalau kita ikut dari sudut peratusan antara yang bumiputera dan bukan bumiputera dan juga yang melibatkan sijil-sijil yang dibatalkan, saya ingat, Yang Berhormat, nanti saya akan kemukakan jawapan itu kemudian nanti. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut ke soalan 9, saya mempersilakan Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau, Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Pergi memancing di sungai Tuaran, Dapat seekor ikan pelian; Marilah semua berkunjung ke Tuaran, Bumi hijau pemandangan menawan. Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 9.
9. Datuk Seri Panglima Madius Tangau [Tuaran] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, apakah langkah-langkah bagi memastikan dasar 30 peratus wanita dalam keahlian Lembaga Pengarah, khususnya dalam syarikat- syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negara ini dilaksanakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sentiasa menyokong sebarang bentuk usaha meningkatkan penglibatan wanita dalam kepimpinan dan pembuat keputusan, termasuk sebagai Ahli Lembaga Pengarah.
Untuk makluman, kerajaan telah menetapkan sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor awam pada tahun 2024.
Tindakan afirmatif ini telah diambil kira dalam pembangunan Rancangan Malaysia Kesembilan iaitu RMKe-9.
Selanjutnya, kerajaan telah mengumumkan perluasan dasar sekurang-kurang 30 peratus wanita pada peringkat pembuat keputusan ini ke sektor swasta pada tahun 2011. Ini mencerminkan komitmen dan pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan kaum wanita serta melaksanakan pelbagai inisiatif untuk merapatkan jurang gender dan memperkasakan penyertaan wanita dalam peringkat pembuat keputusan.
Bagi menyokong dasar ini, terutamanya dalam merealisasikan hasrat untuk mencapai penyertaan 30 peratus wanita sebagai Ahli Lembaga Pengarah, kerajaan semasa pembentangan Belanjawan 2022 telah mengumumkan keperluan agar semua syarikat awam yang tersenarai di Bursa Malaysia untuk mencapai sekurang-kurangnya seorang Ahli Lembaga Pengarah wanita. Penguatkuasaan inisiatif ini dilaksanakan secara berperingkat iaitu fasa pertama melibatkan syarikat besar dengan modal pasaran RM2 bilion dan ke atas, bermula 1 September 2022. Manakala untuk syarikat lain pula, ia bermula pada 1 Jun 2023.
Selain daripada itu, bagi menyokong pelaksanaan inisiatif itu dengan lebih berkesan, Suruhanjaya Sekuriti telah menambahkan baik Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia ataupun, dengan izin, Malaysian Code on Corporate Governance (MCCG) 2021 dengan memasukkan kenyataan galakkan syarikat awam yang tersenarai untuk memastikan ahli Lembaga Pengarah mereka terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 peratus pengarah wanita.
Susulan dari dasar dan inisiatif ini, terdapat peningkatan yang ketara dalam penyertaan wanita sebagai ahli Lembaga Pengarah di 100 buah syarikat teratas yang tersenarai di Bursa Malaysia atau, dengan izin, top 100 PLCs- public listed companies iaitu
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
daripada 25.5 peratus pada tahun 2021 kepada 32.2 peratus pada 10 Oktober 2024. Statistik ini turut merangkumi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan ataupun GLC yang tersenarai.
Sementara itu, bagi syarikat lain pula, peratusan ini turut meningkat daripada 16.9 peratus pada tahun 2021 kepada 25.4 peratus pada tahun 2023. Lonjakan pencapaian ini melangkaui sasaran kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas iaitu 30 peratus wanita sebagai Lembaga Pengarah menjelang tahun 2025. Pencapaian ini turut mendapat pujian di peringkat antarabangsa iaitu semasa saya dan delegasi Malaysia mempertahankan pelaporan negara keenam di bawah Konvensyen tentang Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita- the Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women, ataupun CEDAW pada 22 Mei 2024 di Geneva, Switzerland yang lalu.
Selain itu, inisiatif ini juga berjaya mendapat pengiktirafan melalui anugerah Ministerial Award di 2023 Global Summit of Women di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Saya menyeru agar semua pihak dapat berganding bahu dalam usaha merealisasikan hasrat kerajaan ini. Kami KPWKM komited untuk meneruskan usaha-usaha advokasi dan seruan agar semua pihak terus komited dalam hal ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan, Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih pihak kementerian. Tahniah di atas segala kejayaan dalam hal meningkatkan penyertaan wanita dalam Lembaga Pengarah syarikat-syarikat kerajaan.
Saya ingin bertanya, adakah pihak kementerian mempunyai data yang komprehensif daripada segi penyertaan ini, sama ada di peringkat syarikat yang disenaraikan ataupun syarikat-syarikat biasa? Dan adakah pihak kerajaan bercadang untuk memperluaskan keperluan sekurang-kurangnya satu wanita di Lembaga Pengarah itu daripada syarikat disenaraikan dengan syarikat yang tidak disenaraikan? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, di sebalik pencapaian baik yang saya kongsikan sebentar tadi, tidak dinafikan bahawa peratusan penglibatan wanita dalam politik masih kekal menjadi cabaran. Ini dapat dilihat menerusi perwakilan di Parlimen.
Selain daripada itu, yang disebut oleh Yang Berhormat tadi mengenai meluaskan lagi dari GLC kepada PLC. Itu memang sudah menjadi usaha kita kerana itu juga kita bekerjasama dengan pihak Kementerian Kewangan untuk pastikan selain daripada satu orang sahaja- sekurang-kurangnya satu orang menjadi Ahli Lembaga Pengarah. Selain daripada itu juga, kita mahu melihat lebih ramai lagi pencapaian itu.
Namun, kita telah melihat juga apa yang telah dicapai oleh kerajaan pada masa ini, di mana lebih 30 peratus yang telah memegang jawatan dalam pihak pembuat keputusan- decision making position, dengan izin. Selain daripada itu juga Yang Berhormat, saya nak
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
kongsikan di sini. Pada 8 Mac yang lalu, di mana kita menyambut Hari Wanita di peringkat antarabangsa.
Kita telah memohon inisiatif daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memperuntukkan kepada kami- kementerian, peruntukan untuk kita mengadakan program yang diperkenalkan- program yang dinamakan Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) 2024 yang telah diluluskan dan sekarang ini sudah pun di- program itu meliputi semua, bukan hanya daripada segi ekonomi, bukan sahaja daripada memegang jawatan dalam mana-mana tempat, tetapi juga dalam politik.
Sebab kita nak memperluaskan penglibatan wanita dalam semua aktiviti yang melibatkan wanita di dalam negara ini. Kita perlu mengangkat martabat wanita lebih lagi. Jadi, kita sudah menganjurkan Program PERANTIS. Cuma akan dirasmikan, insya-Allah sebelum penghujung tahun ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sila, Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Dato’ Speaker. Mengenai pengupayaan wanita juga, tahniah kepada pencapaian kementerian. Saya memang setuju, di mana ada studies- banyak studies. Saya quote satu sahaja, demi memendekkan masa ya. Claims about “The Impact of Women on Board Governance, Integrity and Overall Performance”, *study published in Journal of Business Ethics in 2016, found that companies with more gender diverse Boards tend to be better at managing risk.
The authors,* jadi saya nak tanya kepada kementerian. Insya-Allah, Asia Forum of Parliamentarians on Population and Development berhajat akan membuatkan seminar untuk pengupayaan wanita, work-life balance dan sebagainya dan tentang masalah kita dengan population. Jadi, adakah Kementerian Wanita mahu bekerjasama dengan kita- AFPPD ini, saya salah seorang ahli jawatankuasanya, supaya kita mengangkatkan status wanita-wanita di dalam negara kita ini di peringkat bukan sahaja ASEAN, tetapi Asia, di mana 30 buah negara ada berada di dalam AFPPD ini, insya-Allah. Terima kasih Speaker.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Yang Berhormat. Orang kata, tapak tangan ditadahkan, nyiru lagi ditadahkan.*..
[Ketawa]* Tetapi yang pentingnya kita amat berterima kasih, kalau ada saranan itu, insya-Allah kita akan bekerjasama. Jadi, ia tidak mengira dari mana sahaja sebab itu menjadi satu tanggungjawab kita dan juga kita telah menjalankan kerjasama dengan banyak. Ramai pihak juga Yang Berhormat. Kalau AFPPD itu, because ia satu Jawatankuasa dari Parlimen juga. Maka, lagi kita memang amat menggalakkan. Terima kasih.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengundurkan diri, saya ada pesanan sikit, ini pesanan penaja di sini. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menunjukkan solidariti bersama-sama kami di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan memakai pin ribbon merah jambu ini.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
*This is Pink October...
[Tepuk]* Sempena menjayakan bulan kesedaran kanser payudara atau lebih dikenali sebagai Pinktober pronounced as Pinktober sebagai advokasi untuk lebih ramai wanita tampil membuat saringan kanser payudara. Datanglah kepada LPPKN untuk itu dan saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat bahawa pada bulan Oktober setiap tahun juga dijayakan kempen bulan kesedaran Kecelaruan Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif ataupun dengan izin, Attention Deficit Hyperactivity Disorder
(ADHD).
Kesedaran ini penting untuk masyarakat memahami tentang ADHD, simptomnya dan cabaran yang dihadapi oleh individu dengan ADHD serta penjaga atau orang di sekeliling mereka. Cabaran ini sering kali bukan sahaja tidak difahami malah diperkecilkan sebagai tidak munasabah oleh mereka yang tidak memahaminya...
[Ketawa] Mohon maaf...
[Ketawa] Justeru ingin ingatkan diri saya sendiri dan semua pihak agar ambil cakna terhadap ADHD ini. Akhir kata, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua Ahli- ahli Yang Berhormat serta rakyat Malaysia yang meraikan Deepavali Valthukkal kepada anda semua. Sekian. Wabillahitaufik. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat-Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi jawapan lisan. Masa telah tepat 12.01. Masa satu setengah jam itu telah...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Nombor 10 standby sudah. Menteri pun sudah ada sudah, Speaker.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berikut, Setiausaha. Yang Berhormat, ada Usul?
bin Apdal]: Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 8 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin, 4 November 2024.” Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Johor Bahru sokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah bagaimana Menteri telah usulkan dan diumumkan tadi hendaklah disetujui. Usul disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan dipersetujukan]
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Point of order.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Indera Mahkota.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, I’m in bagi pihak 14(1) Usul.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya belum lagi Tan Sri, Aamiin...
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Tuan Yang di-Pertua, *Aamiin ya rabbal alamin...
[Ketawa]* Sebab Tuan Yang di-Pertua baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
14...
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
14(1) ini berkaitan dengan Usul.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Bagi pihak Yang Berhormat Ketua Pembangkang, saya ingin mendapat panduan daripada Tuan Yang di-Pertua kerana ini agak last minute. Beberapa jam yang lalu kita mendengar keputusan daripada pihak negara haram Israel, yang Israel mengharamkan agensi PBB untuk pelarian Palestin UNRWA daripada beroperasi di Wilayah Palestin. Kita tahu sudah genocide berlaku tetapi ini Tuan Yang di-Pertua, dia lebih dahsyat daripada genocide.
Genocide ini paling kurang orang yang sakit, yang merana itu boleh diberi ubat.
UNRWA beroperasi di sana sejak 1949, menyediakan perubatan, kesihatan, kebersihan dan pendidikan dan sekarang diharamkan daripada beroperasi di Israel di semua wilayah yang ditakluki, dijajah oleh negara haram Israel termasuk di Gaza. Usul Ketua Pembangkang dalam perjalanan ke pejabat Tuan Yang di-Pertua. Cuma saya hendak minta petua daripada Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun hanya untuk memaklumkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Sebagaimana yang sedia maklum, apa-apa peraturan berkaitan usul terikat dengan Peraturan 17, 18 dan juga 27(3).
Jadi dengan sedemikian saya percaya Usul Yang Berhormat telah nyatakan itu dalam pertimbangan Tan Sri Speaker dan saya percaya, insya-Allah tidak hari ini, esok akan- tarikh yang akan datang Majlis bersidang akan dimaklumkan. Walaupun sedemikian, saya percaya secara hitam putih akan disampaikan dahulu. Insya-Allah. Baik, terima kasih...
[Tepuk]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2025 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”.
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lapan puluh lapan bilion ringgit (RM88,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2025, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2025, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 16 Tahun 2024, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [28 Oktober 2024]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat-Yang Berhormat, saya menerima senarai sebanyak 26 orang yang akan berbahas.
Senarainya akan saya umumkan seperti berikut iaitu pembuka tirai, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Raub, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Sungai Besar, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Kota Marudu diberi 20 minit, yang lain 13 minitnya sebagai wakil ketua parti.
Yang Berhormat Kota Marudu 20 minit. Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Tanah Merah, Yang Berhormat Lubok Antu, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Mersing, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Mas Gading, Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Tanjong Manis, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Shah Alam dan akhirnya Yang Berhormat Dungun. Untuk makluman Yang Berhormat Tuaran, di nombor 17 diberi 20 minit juga sebagai wakil ketua parti.
Sebelum saya memanggil Yang Berhormat untuk berbahas, ingin saya mengingati perkara ini memandangkan perkara peraturan-peraturan ini kerap sangat dilanggar oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat. Peraturan 35(1), bila Yang Berhormat berucap, halakan ucapan itu kepada Pengerusi dan kerap kali saya lihat berbahas di antara wakil rakyat
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
dengan wakil rakyat. Itu telah melanggar peraturan. Saya berharap perkara ini diambil maklum.
You are, dengan izin, to direct your speeches to the Pengerusi manakala 35(7) Pengerusi boleh mengehadkan ataupun menambahkan masa untuk Yang Berhormat-Yang Berhormat berucap. Berkaitan gangguan, ia terlibat dengan Peraturan 37(1)(a) dan (b). (b) adalah floor jika Yang Berhormat berucap untuk memberi laluan, baru Yang Berhormat boleh bercakap. Kalau melibatkan peraturan, Pengerusi akan membenarkan. Satu perkara lagi yang amat kerap sangat berlaku ialah Peraturan 41(e). Saya tidak menghalang Yang Berhormat untuk bercakap tetapi suara itu please tone down. Respect the person yang tengah berucap di dalam Dewan.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang akhir sekali, sebelum Yang Berhormat Beluran ialah 42, kata putus bila Yang Berhormat bercakap, Pengerusi bercakap, yang lain-lain Yang Berhormat tolong diam. Kalau tidak, kita akan jadi cacamarba sahaja dalam Dewan ini. Silakan, Yang Berhormat Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Speaker, tambahan daripada peraturan-peraturan mesyuarat Yang Berhormat Speaker sebutkan tadi, yang sering juga diganggu menggunakan peraturan-peraturan mesyuarat untuk mengganggu dan itu Speaker ada kuasa di bawah Peraturan 37(2).
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ya, 37(2).
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Ya, penting Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ya, betul.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Saya berucap hari itu, berbahas hari itu diganggu dengan menggunakan peraturan mesyuarat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Betul Yang Berhormat Beluran 37(2) adalah satu aspek sebagai kekangan untuk berhentikan atau control the Dewan. So, apa yang penting ialah kita akuilah dan ikutilah. Hendak politik lebih- lebih itu di luarlah. Baik, berikut saya mempersilakan pembuka tirai, saya mempersilakan Yang Berhormat Batang Sadong, 13 minit.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Berapa minit, Dato’ Speaker?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
13, okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tetapi atas budi bicara yang duduk sinilah, 35(7).
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Dato' Yang di-Pertua, izinkan saya mewakili seluruh warga kawasan Parlimen Batang Sadong untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2025 yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri pada 18 Oktober yang lepas. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
kerana meredakan inflasi pada kadar 1.9 peratus merupakan antara yang terendah berbanding negara-negara jiran seperti Indonesia 2.1 peratus dan Filipina 3.3 peratus.
Saya juga ingin berterima kasih atas peruntukan pembangunan untuk Sarawak berjumlah RM5.9 bilion serta kerjasama Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan Pusat Kanser Sarawak yang dianggarkan RM1 bilion.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Selain itu, empat pakej Sabah-Sarawak Link-Road Fasa 2 bernilai RM7.4 bilion.
Seterusnya beberapa peruntukan lain untuk memacu pembangunan dan pertumbuhan Sarawak yang saya kira agak komprehensif, termasuklah Pusat Permata baharu juga bekalan air bersih dan elektrik di Sabah dan Sarawak dengan peruntukan hampir RM500 juta.
Dato’ Yang di-Pertua, saya terus kepada perbahasan Belanjawan 2025. Saya ingin memberi respons, menambah input dan membahaskan beberapa perkara terkait Belanjawan 2025. Perkara pertama, jurang infrastruktur sekolah uzur. Laporan PISA 2022 menunjukkan bahawa Malaysia mengalami penurunan terbesar dalam skor ujian bagi ketiga-tiga mata pelajaran teras iaitu membaca, Matematik dan Sains.
Sejak 2015, skor PISA Malaysia telah menunjukkan penurunan dengan skor purata dalam ketiga-tiga mata pelajaran jatuh di bawah purata ASEAN’s Six pada tahun 2022. Ini menandakan potensi cabaran masa depan dalam pembangunan modal insan, produktiviti dan pertumbuhan ekonomi. Bukan itu sahaja, terdapat juga perbezaan kadar literasi antara Semenanjung dan Sarawak dengan kadar 92 peratus di bawah purata kebangsaan. Antara faktor yang menyumbang kepada keadaan ini adalah jurang fasiliti bandar dan juga luar bandar.
Oleh sebab itu, saya memohon agar infrastruktur pendidikan awal dan sekolah- sekolah ini diambil perhatian. Dalam Belanjawan 2025, kita sedia maklum bahawa Kementerian Pendidikan telah menerima peruntukan sebanyak RM64.1 bilion yang merupakan peruntukan tertinggi dalam sejarah. Daripada jumlah itu, RM1 bilion diperuntukkan untuk menaik taraf bangunan sekolah daif di seluruh negara, bersamaan dengan kira-kira 1.55 peratus daripada keseluruhan peruntukan kementerian.
Kerajaan juga memperuntukkan RM1 bilion bagi menaik taraf prasarana daif di 543 buah bangunan sekolah, terutamanya di Sabah dan Sarawak. Untuk pengetahuan Dewan, setakat Jun 2024, terdapat 555 buah bangunan sekolah daif di Sarawak. Daripada jumlah itu, 361 berada pada skala 6 dan 194 pula pada skala 7. Menangani masalah bangunan sekolah daif tidak boleh terhad kepada pembaikan kecil sahaja. Jika kita tidak menaik taraf secara holistik, sekolah-sekolah ini akan kembali kepada keadaan daif semula dalam masa yang singkat.
Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan atas usaha membaik pulih tandas di lebih 8,300 buah sekolah melalui peruntukan bajet yang lalu dan peruntukan yang terbaru pada tahun 2025 melibatkan baik pulih kantin dan musolla. Saya ingin mencadangkan agar perhatian khusus juga perlu diberikan kepada keperluan kecil iaitu kemudahan di asrama seperti katil, tilam, almari dan dewan makan.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Ini kerana ramai pelajar luar bandar yang terpaksa tinggal di asrama sering berdepan dengan kemudahan yang sudah rosak ataupun uzur. Tanpa kemudahan yang selesa dan kondusif, dibimbangi tumpuan mereka terhadap pelajaran dan perkembangan peribadi mereka akan terjejas.
Dato’ Yang di-Pertua, perkara kedua ialah mengenai pendidikan awal iaitu taska dan tabika- melentur buluh biarlah dari rebungnya. Bererti, perkembangan intelektual anak-anak di prasekolah adalah amat penting kerana berada dalam fasa yang mudah dididik. Oleh itu, kita perlu mengambil perhatian terhadap kemudahan asas dan fasiliti di tahap prasekolah lagi.
Saya ingin membangkitkan isu beberapa kemudahan taska dan tabika, khasnya di Parlimen Batang Sadong yang memerlukan perhatian segera daripada kementerian yang berkaitan. Tabika di Kampung Perintah Gedong dan Kampung Lubok Punggor di Daerah Gedong berada dalam keadaan yang begitu uzur, yang membahayakan keselamatan kanak- kanak. Manakala taska di Kampung Pelanduk Laut, daerah kecil Sadong Jaya tidak mempunyai bangunan sendiri dan mereka terpaksa menumpang di dewan di kampung.
Selain itu, beberapa taska dan tabika lain juga memerlukan baik pulih terutamanya daripada segi keselamatan seperti pagar rosak, dinding retak, bumbung bocor dan pendawaian elektrik yang sudah lama. Saya mohon kementerian berkaitan untuk memberi perhatian segera, menilai dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Ini penting bagi memastikan kanak-kanak di luar bandar mendapat pendidikan awal yang berkualiti dan keadaan yang kondusif.
Perkara ketiga Dato’ Yang di-Pertua, mengenai kesihatan rakyat iaitu klinik daif dan hospital di Daerah Batang Sadong. Saya ingin memuji usaha kerajaan dalam peningkatan peruntukan kesihatan kedua tertinggi berjumlah RM45.3 bilion. Kita memerlukan program kesihatan awam yang lebih komprehensif, yang memfokuskan kesihatan awam primer termasuk kempen kesedaran mengenai penyakit tidak berjangkit seperti diabetes dan hipertensi.
Dengan memfokuskan kepada pencegahan, kita berharap dapat mengurangkan beban penyakit ini yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat. Program pendidikan kesihatan yang berterusan juga perlu diteruskan di sekolah-sekolah dan komuniti.
Mengenai klinik daif di Batang Sadong, di bawah pendekatan MADANI, kita menyaksikan peningkatan ketara dalam peruntukan untuk menaik taraf klinik-klinik daif di setiap tahun. Kerajaan terus komited menaik taraf klinik-klinik daif di seluruh negara.
Peruntukan ini meningkat dari RM100 juta pada tahun 2023 kepada RM150 juta pada tahun 2024 dan RM300 juta untuk tahun 2025 di bawah inisiatif MADANI.
Saya ingin bertanya, jika kerajaan memperuntukkan dana menaik taraf klinik-klinik di Parlimen Batang Sadong pada tahun 2025 terutamanya Klinik Kesihatan Jemukan dan kuarters untuk Klinik Kesihatan Gedong di Batang Sadong yang begitu daif. Dengan menyediakan kemudahan yang baik seperti kuarters di klinik kesihatan di luar bandar dapat menggalakkan semangat ataupun willingness, dengan izin, kesediaan, kesanggupan ataupun keazaman pegawai perubatan untuk berkhidmat di luar bandar.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Mengenai pembinaan hospital di Daerah Batang Sadong, di Parlimen Batang Sadong. Seterusnya, dalam RMKe-12 telah memperuntukkan pembinaan blok baharu Hospital Simunjan, termasuk kuarters yang usang dan memerlukan penggantian dan kerja awalan telah diluluskan pada tahun 2024 iaitu tahun ini. Saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah status kerja awalan tersebut dan adakah projek ini akan dijalankan pada tahun hadapan?
Yang di-Pertua, perkara keempat mengenai ekonomi dan infrastruktur luar bandar iaitu berkenaan dengan kompleks sukan PKD dan jelapang padi di Sarawak. Saya memuji Yang Berhormat Menteri Kewangan dalam ucapannya menyentuh tentang menunaikan kesepakatan pemimpin terdahulu tentang Perjanjian Malaysia 1963 menjadi asbab Sabah dan Sarawak diberi perhatian khusus, tidak harus dipertikaikan.
Beliau juga menyebut, jurang pembangunan negeri perlu dirapatkan yakni melibatkan kemudahan asas seperti jalan raya, elektrik dan air bersih. Saya mengalu-alukan kenaikan peruntukan Sarawak yang tertinggi bernilai RM5.9 bilion dan juga pemberian khas Sarawak kini dinaikkan sekali ganda lagi kepada RM600 juta.
Dato’ Yang di-Pertua, sebagaimana yang kita tahu, Sarawak tampil menjadi johan dalam SUKMA baru-baru ini. Dalam menyahut seruan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sarawak untuk melahirkan atlet sukan bertaraf dunia, bakat haruslah dicungkil dari seluruh pelosok negeri termasuklah kawasan luar bandar yang mana infra sukannya tidaklah seberapa.
Kerajaan berusaha merapatkan jurang fasiliti awam di Sarawak, termasuklah cadangan pembinaan Kompleks Sukan Batang Sadong yang diluluskan di bawah RMKe-12 dengan peruntukan RM9.5 juta.
Namun, saya dimaklumkan bahawa peruntukan ini telah ditarik balik. Skop projek ini adalah pembinaan fasiliti sukan tertutup yang merangkumi pembangunan gelanggang serba guna untuk bola tampar, bola jaring, sepak takraw, gelanggang futsal, gimnasium dan pusat pentadbiran serta fasiliti dan lain-lain.
Dengan terbinanya fasiliti sukan tertutup ini, ini akan melengkapkan padang bola sepak dan trak balapan yang sedia ada sebagai satu kompleks sukan yang didambakan masyarakat setempat sekian lama.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Saya merayu kepada pihak kementerian untuk menyalurkan kembali dana yang telah pun diperuntukkan bagi projek ini. Ini kerana Kerajaan Sarawak telah meluluskan tapak projek tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya berkenaan dengan Pusat Komuniti Desa (PKD).
Peruntukan sebanyak RM5.57 juta untuk PKD merupakan satu inisiatif penting dalam memastikan pembangunan komuniti luar bandar terus maju. PKD berperanan sebagai pusat aktiviti masyarakat, pemerkasaan digital dan tempat untuk komuniti melibatkan diri dalam pembangunan sosial dan ekonomi.
Di Sarawak, hanya terdapat enam PKD yang dibina berbanding negeri lain seperti Kedah dan Terengganu yang mempunyai jumlah PKD jauh lebih besar. Ini menimbulkan persoalan tentang kesamarataan dalam pengagihan dana dan sejauh mana peruntukan ini
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
dapat memenuhi keperluan sebenar komuniti luar bandar di Sarawak. Memandangkan kekurangan PKD di Sarawak, adakah sebahagian daripada peruntukan tahun hadapan boleh digunakan untuk membina PKD tambahan di kawasan-kawasan penting seperti di Batang Sadong bagi memastikan pembangunan yang lebih inklusif dan menyeluruh?
Seterusnya Dato’ Speaker, mengenai jelapang padi Sarawak. Saya menyambut baik cadangan Menteri Pertanian untuk meneroka Sarawak dan Sabah sebagai jelapang padi negara bagi menampung permintaan beras yang semakin meningkat. Saya pernah menyebut aspirasi Premier Sarawak untuk menjadikan Sarawak sebagai jelapang padi menjelang 2030 dalam bahas belanjawan yang lepas dan Daerah Gedong di Parlimen Batang Sadong adalah salah satu kawasan cadangan jelapang padi tersebut.
Pastinya ini selari dengan hasrat Persekutuan bagi memastikan keterjaminan makanan di Malaysia. Oleh yang demikian, saya minta Menteri menyatakan status terkini keputusan Kerajaan Pusat mengenai cadangan Kerajaan Sarawak untuk mendapatkan dana Kerajaan Pusat bagi menampung kos membangunkan seluas 5,000 hektar sebagai usaha menjadikan Sarawak salah satu jelapang padi di Malaysia.
Seterusnya perkara terakhir, mengenai kesejahteraan wanita tonggak kebajikan negara. Dato' Yang di-Pertua, tanpa penjagaan dan perlindungan terhadap wanita, masa depan masyarakat dan negara akan turut terjejas. Namun, pembunuhan, keganasan terhadap wanita semakin meningkat di Malaysia. Manakala kemajuan dan pembangunan wanita kebanyakan masih tidak melonjak.
Menurut Pertubuhan Pertolongan Wanita, terdapat 17 kes pembunuhan wanita yang dilaporkan dalam akhbar di Malaysia dari Januari hingga Ogos 2024 dengan purata kira-kira dua kes setiap bulan termasuklah pembunuhan tragik Nur Farah Kartini Abdullah yang berasal dari Miri, Sarawak. Selain itu, kes-kes keganasan terhadap wanita yang dilaporkan juga melebihi 6,000 kes setiap tahun sejak tahun 2017 tidak termasuk kes yang tidak dilaporkan.
Tenaga kerja wanita juga rendah, hanya pada kadar 56.3 peratus pada tahun 2023, manakala lelaki dengan kadar 82.9 peratus berbanding negara-negara jiran. Menurut laporan HRM Asia, jurang pendapatan juga tinggi...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Lima minit, dua minit Dato’ Speaker.
Wanita hanya memperoleh RM66.67 bagi setiap RM100 yang diperoleh oleh lelaki mencerminkan jurang gaji yang ketara sebanyak 33 peratus. Saya menghargai peruntukan potongan cukai tambahan sebanyak 50 peratus kepada syarikat yang menggaji wanita yang kembali ke tenaga kerja, namun saya memohon agar kementerian menjelaskan mekanisme pelaksanaan bagaimanakah peruntukan potongan ini dilakukan dan apakah faedah bersama atau pun mutual benefit yang diperoleh oleh wanita bagi mendorong...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
30 saat.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
...Atau menggalakkan mereka untuk kembali bekerja.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Tuan Speaker, akhir kata, besar harapan saya supaya isu-isu yang disebut khasnya untuk kawasan Batang Sadong diberikan pertimbangan oleh kerajaan dan perhatian sewajarnya. Agihan peruntukan perlu sampai terus kepada rakyat untuk dimanfaatkan tidak kira lokasi, warna kulit, jantina dan keturunan. Dengan ini, Batang Sadong mohon untuk menyokong pembentangan Belanjawan 2025. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Bagan Serai.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua. Perbelanjaan yang dikemukakan oleh Tambun yang kita anggap maha dahsyat, maha hebat, maha tinggi, maha banyak, maha segala maha iaitu RM421 bilion berbanding dengan tahun 2024, RM393.8 bilion. Kita bersyukur kepada Allah, dengan angka-angka yang diberikan, KDNK kita meningkat, pengangguran menurun, ringgit pula makin kukuh, Bursa Kuala Lumpur juga makin baik, pelabur luar makin banyak masuk. Cuma persoalannya ialah di bawah sana.
Saya pergi ke pasar Bagan Serai. Saya bertemu dengan peniaga-peniaga di sana, saya bertemu dengan orang yang berniaga daging lembu. Dia memberitahu kepada saya, “YB, lembu hari ini satu ekor empat hari ataupun tujuh hari baru habis. Ayam pula, dulu 100 ekor sehari, sekarang 30 ekor sehari”.
Begitu juga dengan hat yang dok berniaga menggunakan payung. Saya pergi waktu itu lebih kurang pukul 11 pagi. Dia kata, “YB., setakat hari ini tak ada lagi orang datang beli.” Ini realiti yang berlaku di peringkat bawah. Kita syukur dengan KDNK kita, pengangguran kita yang baik, tetapi itu realiti yang berlaku di bawah.
Yang pertamanya ialah berkenaan industri halal. Menyentuh mengenai halal, sewaktu Menteri menggulung perbahasan Usul Kajian Separuh Penggal RMKe-12 tahun lepas, saya dapati jumlah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi semua kategori industri masih rendah iaitu sekitar 8,272 syarikat sahaja.
Lebih menyedihkan lagi tidak sampai 40 peratus, 3,270 pemegang daripada jumlah tersebut adalah syarikat bumiputera. Data ini juga menunjukkan syarikat bumiputera yang terbabit dalam industri eksport halal tidak lebih 10 peratus. Saya berpendapat isu ini perlu diketengahkan dan diambil tindakan yang lebih serius.
Kita perlu melakukan pelbagai inisiatif baru bagi membantu dan menggalakkan syarikat bumiputera untuk mendapatkan sijil halal, seterusnya mampu bersaing di arena antarabangsa. Isu ini tidak boleh diselesaikan secara serpihan, sebaliknya perlu melibatkan usaha sama pelbagai agensi, terutamanya JAKIM, HDC, MARA, SME Bank dan lain-lain lagi.
Lanjutan itu saya juga ingin mendapatkan penjelasan, berapakah jumlah syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana yang telah mengambil manfaat dari Wakaf Halal PKS dan Wakaf Halal PKS OKU? Adakah terdapat kes-kes pembiayaan yang tertunggak atau tidak berbayar hingga menjejaskan dana wakaf tersebut? Jika ada, ia berkemungkinan akan
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
memberi implikasi hukum dan maqasid wakaf itu sendiri. Bagaimanakah pihak JAKIM menangani isu tersebut?
Yang kedua ialah keterjaminan makanan. Saya ingin menyentuh mengenai padi dan beras. Pengeluaran beras menurun sebanyak 4.6 peratus pada tahun 2023 iaitu 1.5 juta tan metrik berbanding 1.57 juta tan metrik pada tahun 2022. Kadar sara diri beras semasa pula ialah 56.2 peratus, menurun ketara berbanding dengan 62.6 peratus pada tahun 2022. Ia jauh untuk mencapai matlamat yang digariskan oleh Yang Berhormat Menteri iaitu 75 peratus pada tahun 2025. Fenomena ini amat berbahaya kerana ia adalah makanan asasi. Memang jenis rakyat Malaysia dia kalau tidak makan nasi- saya tiga hari boleh tahan tak makan nasi, mari hari keempat dah tak tahu color warna traffic light.
Daerah Kerian dianggarkan menyumbang sekitar 50 peratus hingga 60 peratus daripada keseluruhan pengeluaran padi di negeri Perak, daerah yang dikenali sebagai jelapang padi utama di negeri ini.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Sumbangan kepada pengeluaran di peringkat nasional pula ialah lapan peratus hingga 12 peratus. Malangnya, beras tempatan tidak ada di Bagan Serai. Walaupun Kerian pengeluar padi, tetapi tidak ada beras. Kami duduk dalam guni beras tetapi tidak ada beras tempatan. Semua orang di Parlimen Bagan Serai, golongan maha kaya, T15 belaka. Makan beras lima kilo RM25, RM23. Kalau beras tempatan, RM13 sahaja.
Bagi kami Ahli Parlimen yang hendak memberi bantuan terpaksa digandakan daripada RM13 kepada RM23 untuk lima kilo beras. Kalau dulu 100 kampit untuk lima kilo hanya RM1,300. Sekarang sudah meningkat sebanyak RM2,300. Terpaksa menampung lagi RM1,000 lagi. Dahlah kami tidak dapat peruntukan. Habis peruntukan elaun yang ada kepada kami.
Kisah beras tempatan tidak ada di Bagan Serai satu perkara yang pelik. ‘Hairan bin ajaib’ sebab ia menyumbangkan 60 peratus padi di Perak. Ia satu berita. Ini merupakan berita ayam makan musang. Musang makan ayam, itu bukan berita.
Padi ada di Bagan Serai, tetapi beras tempatan tidak ada. Walaupun tahun ini padi agak meningkat kepada tiga hingga empat tan seekar, berbanding tahun sebelumnya hanya satu hingga dua tan sahaja, tetapi beras tempatan tetap tidak ada. Apakah masalahnya?
Beras tempatan tidak ada, tetapi beras import yang ada. Ke manakah pergi beras tempatan?
Kena gempur secara holistik. Untuk penguatkuasaan ini, saya merayu kepada pihak SPRM, KPDNHEP, kastam, Bahagian Kawal Selia Padi dan ‘Bera’ dan juga...
Seorang Ahli
Beras.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Dan Beras. Bukan payah pun! Pergi tunggu di kilang. Pergi tunggu di kilang! Kemudian minta tu hua. Tu hua orang panggil apa? Nota.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Buku tiga lima.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Buku tiga lima. Dak nak tanya, “Yang awak dapat beras padi orang jual ke mana, ke mana meresapnya padi ini tadi? Hilang ke mana padi ini tadi?” Ini persoalan kalau kita boleh track- kalau kita boleh trace melalui bagaimana
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
keadaan orang yang bawa lari duit, orang yang simpan duit, AMLA boleh tahu berkenaan money trade dia, amat mudah untuk kita nak kendalikan penyeludupan beras.
Saya tak nak fikir di Kuala Lumpur. Saya tak nak fikir di Ipoh. Saya nak fikirnya ialah penduduk yang berada di Bagan Serai dan juga di Daerah Kerian kerana kami penyumbang 60 peratus daripada beras di negeri Perak.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Bagan Serai, laluan. Sikit sahaja.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Sikit sahaja.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya tertarik dengan apa yang dibangkitkan oleh Bagan Serai berkenaan beras tempatan.
Saya terbaca satu laporan bahawa pagi hantar beras tempatan, petang keluar beras import, satu.
Kedua, beras tempatan ini ‘pelik bin ajaib’. Muncul ketika jualan MADANI dan juga ketika PRK. Kenapakah ini wujud Yang di-Pertua? Perlu penjelasan. Terima kasih.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Okey, masuk sebahagian daripada ucapan saya dan kalau boleh kita minta PRK setiap hari...
[Ketawa] Baru dapat beras tempatan...
[Tepuk] Seterusnya ialah berkenaan dengan subsidi bersasar. Apa sahaja istilah yang digunakan sama ada rasionalisasi atau penghapusan subsidi, ia merujuk kepada objektif yang sama iaitu mengurangkan beban subsidi yang ditanggung oleh kerajaan yang mencecah RM70 bilion pada tahun 2022 dan RM81 bilion pada tahun 2023. Penghapusan subsidi sedikit demi sedikit, membawa kepada ekonomi liberalisme dan juga new liberalism yang berteraskan pasaran bebas.
Saya mohon agar pihak kerajaan juga membuat suatu pertimbangan yang menyeluruh. Bukan umum dahulu, kemudian kaji kemudian. Dalam bahasa yang lain, cakap dulu, fikir kemudian. Ini menyebabkan huru-hara. Haru-biru. Biru habis masyarakat. Tanya pegawai-pegawai di belakang nu. Pegawai-pegawai di belakang semua cerdik-cerdik belaka, pandai-pandai belaka. Ambil pandangan mereka untuk membuatkan satu perkara yang melibatkan polisi yang ada di negara ini.
Sehingga kini, kerajaan masih tidak mempunyai satu kepastian, siapakah kumpulan T15 tersebut. Pada 20 Oktober lalu, Menteri Ekonomi pun masih belum memberi definisi yang tepat mengenai kumpulan T15. Dikatakan masih dalam kajian.
Dato’ Yang di-Pertua, saya nak memberikan contoh T15 yang dianggap maha kaya.
Kira-kira perbelanjaan isi rumah RM13,500 yang dikatakan T15 ataupun super kaya. Suami isteri, setiap orang berpendapatan RM6,750. Tolak EPF 11 peratus daripada RM13,500, RM1,485. Tolak SOCSO 0.5 peratus, RM67.50. Tolak skim pekerjaan pekerja (EIS) 0.2 peratus, RM27. Tolak PCB, RM580.
Installment rumah apartmen di Bangi, RM1,550. Management fee rumah, RM200.
Internet, RM100. Bil air dan elektrik, RM200. Kereta suami RM1,235. Kereta isteri, MyVi RM780. Kos minyak dan tol suami, RM540. Kos minyak dan tol isteri, RM400. Kos anak isteri, seorang RM1,300. Kos anak besar sedikit, dua orang RM1,200. Saya nak baca, takut masa habis. Baki hanya tinggal tuan-tuan, Tuan Dato’ Speaker hanyalah RM835.50! Ini tak masuk
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
lagi untuk renew roadtax. Tak masuk lagi untuk renew takaful. Tak masuk lagi untuk nak maintenance. Tak masuk lagi untuk kita nak supaya kita nak balik kampung nanti. Inilah isu utama yang berbangkit di sana.
Kesan rasionalisasi diesel pada petani. Siapa kata kenaikan diesel Jun 2024 tidak memberi kesan kepada petani? Saya tunjukkan secara tepat yang saya dapat daripada petani di Bagan Serai. Ini kesan domino dan kesan berangkai yang berlaku. Racun dulu sebelum diesel naik, RM80. Sekarang sudah naik, RM120. Upah baja dulu untuk 20 kilo RM7, sekarang upah baja RM10. Dulu upah meracun RM25 seekar, sekarang sudah naik RM30 seekar.
Upah lori, dulu RM20, RM22 satu tan. Sekarang RM30 satu tan. Tanam benih pula dulu RM1, sekarang sudah naik RM2. Mesin padi pula dulu RM80, sekarang sudah naik RM140 satu tan. Traktor yang dulunya ialah RM230, RM210, naik RM310. Rumusannya, siapa kata ia tidak naik dan tidak kena kepada petani? Semua barang naik! Yang turun hanyalah hujan sahaja.
Dato’ Yang di-Pertua, saya nak bangkit sedikit berkenaan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kerian. Sekolah ini ialah sekolah Tahfiz Model Ulul Albab dengan program hafazan al-Quran yang dimulakan pada tahun 2015. Sekolah ini telah pun didirikan pada 1 April 1999. Ertinya sudah 25 tahun. Dato’ Speaker, kalau tengok gambar yang dihantar kepada saya, amat menyedihkan. Tak layak. Ini bukan sekolah SMKA. Sekolah yang mana pelajarnya bangun pukul 4 pagi, hafal Quran, result-nya cukup baik setiap tahun, namanya ternama tapi kita tengok dewannya amat menyedihkan. Dewan makan, dewan perhimpunan mereka amat menyedihkan, yang tak layak untuk dinamakan sebagai sekolah berasrama penuh.
Seterusnya, yang keduanya berkenaan dengan jalan raya Alor Pongsu hingga ke Changkat Lobak. Jalan itu saya dah pernah bawa di Kamar Khas dahulu. Kita harapkan supaya tindakan-tindakan yang lebih agresif kerana jalan itu sering sangat berlaku kemalangan kerana jalan yang agak sibuk, berpunca daripada Tol Alor Pongsu untuk menuju ke Bagan Serai.
Akhirnya Dato’ Yang di-Pertua, saya nak memperingatkan soal peruntukan kepada MP. Saya tidak kisah kerana saya pernah menjadi MP Bukit Gantang sebelum hat larilah.
Peruntukan dulu, saya menjadi- tak dapat peruntukan. Zaman BN dulu, tak kisah. Pasal itu tak pernah janji, tapi dalam Manifesto Pakatan Harapan untuk PRU Ke-15 dulu, dia ada janji.
Sebab itu yang kami tuntut.
Jadi janganlah duk ungkit zaman BN tak bagi, zaman PN tak bagi. Bukankah ini MADANI? MADANI ini transform. MADANI ini islah. MADANI ini perubahan. MADANI ini ialah MADANI lah. Bukan Badwi. Itu sebab kita kekalkan yang lama, itu bukan MADANI. Itu namanya ialah Badwi. Maka sebab itu kita mengharapkan. Kalaupun tak nak bagi direct kepada kami Dato’ Yang di-Pertua- Dato’ Yang di-Pertua pun pernah tak dapat peruntukan waktu jadi Pembangkang 22 bulan dulu.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Kita faham. Tak nak bagi pada kita tak apa. Letak dekat dengan pejabat daerah, tak apa...
[Tidak jelas] Kut-kut ada tuduhan kata kami diberi kepada cybertrooper, beri duit kepada orang lain. Tak apa, letak kepada- yang penting rakyat dapat. Saya ni tuan-tuan, Dato’ Yang di-Pertua setiap minggu claim akan dibawa oleh pihak pusat khidmat. Semalam, dekat RM2,000 lebih.
Setiap minggu RM2,000, kadang-kadang RM1,000. Habis duit kut jalan itu, tuan- tuan. Habis duit kut jalan, tapi tak apa, tapi yang kita hendaknya supaya bolehlah bagi sikit RM50, RM100, tapi kalau ada banyak kalau RM4 juta yang ada kepada setiap Ahli Parlimen, saya punya dalam kepala otak saya ialah saya nak baiki rumah orang Bagan Serai. Satu tahun, 100 rumah. Satu rumah- RM10,000. Satu tahun, 100 rumah. Lima tahun saya menjadi Ahli Parlimen, 500 rumah yang akan dapat saya perbaiki. Itulah hajat saya, Dato’ Yang di- Pertua.
Saya tengok Dato’ Yang di-Pertua pun sedih tengok fasal Dato’ orang yang pernah mengalami benda begitu. Sebab tulah Nabi SAW dia pernah menjadi yatim, sebab tu dia sayang kat anak yatim. Sebab tu Nabi dia pernah hidup dalam keadaan susah, sebab tu dia merasai orang susah. Dato’ Yang di-Pertua pun saya tahu, 22 bulan pernah mengalami benda begitu. Sebab tu apa yang saya cakap tadi, amat merasai sangat.
Saya tengok daripada segi muka yang ada pada Dato’ Yang di-Pertua, bersimpati apa yang berlaku pada saya. Sekian, terima kasih Dato’ yang bermurah hati. *Wabillahi taufik wal hidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
[Tepuk]*
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya mempersilakan Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih Tuan Speaker kerana beri saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan berkenaan dengan bajet ini. Terdapat beberapa isu yang ingin saya timbulkan untuk tujuan mendapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan dan beberapa isu berkenaan dengan isu-isu undang- undang yang perlu dijelaskan.
Pertamanya Tuan Speaker, kita sedia maklum bahawa baru-baru ini bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak telah pun memberi satu permohonan ataupun memberi satu pengumuman ataupun, dengan izin, tendered a public apology, dengan izin, berkenaan dengan kesnya yang kini sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Now, sepertimana yang Tuan Speaker sedia maklum, kes ini telah pun ditetapkan untuk keputusan, esok di Mahkamah Tinggi bagi keputusan sama ada untuk memanggil untuk pembelaan atau tidak.
Saya difahamkan bahawa kes ini merupakan ataupun pertuduhan-pertuduhan dalam kes ini melibatkan 25 pertuduhan, di mana empat daripadanya adalah berkenaan dengan penyalahgunaan kuasa ataupun, dengan izin, abuse of power dan lagi 21 adalah berkenaan pengubahan wang haram ataupun money laundering, dengan izin. Sekiranya- dan kita-
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
semua sedia maklum bahawa kes ini telah mula dibicarakan dalam lebih kurang tahun 2019 iaitu sudah lima tahun sekarang.
Perkara yang perlu kita tanya di sini, sepertimana yang kita tahu bahawa terdapat 50 saksi yang telah pun bagi keterangan di dalam kes pendakwaan. Ini merupakan- dan ini adalah saksi-saksi tersebut termasuk CEO 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi; Pegawai Khas kepada Dato’ Seri Najib terdahulu iaitu Amhari Efendi Nazaruddin; juga Gabenor Bank Negara sebelum ini, Zeti Akhtar Aziz. Kesemuanya telah pun memberi keterangan dalam kes tersebut.
Isu yang timbul antara lain dalam kes dalam kes tersebut yang perlu diputuskan oleh Mahkamah Tinggi ini ataupun isu-isu- bukan satu sahaja isu, adalah sama ada tertuduh atau pun Dato’ Seri Najib Tun Razak tersebut mempunyai pengetahuan berkenaan dengan wang yang telah pun masuk ke dalam akaunnya dan sebagainya, sama ada wang tersebut merupakan antara lain satu pendermaan daripada keluarga Saudi dan sama ada beliau tahu, sama ada ini adalah wang 1MDB dan sebagainya.
Jadi persoalan yang timbul, Tuan Yang di-Pertua, adalah sama ada public apology tersebut yang baru-baru ini telah pun dibuat beberapa hari yang lalu, adakah ini akan mengganggu proses keputusan ataupun proses mahkamah yang dijadualkan untuk memberi keputusan pada akhir kes pendakwaan esok?
We have to remember, dengan izin, Tuan Speaker, bahawa dalam kes ini sudah lima tahun telah pun berlalu. 50 saksi telah pun memberi keterangan. Keterangan ataupun public apology ini mungkin ataupun terdapat kemungkinan besar akan tertakluk kepada prinsip sub judice iaitu bahawa isu-isu yang perlu dibicarakan ini diputuskan oleh mahkamah.
Kita- semua tahu bahawa isu ataupun prinsip sub judice ini telah pun terpakai di Dewan yang mulia ini, juga beberapa kali sebelum ini. Di mana beberapa isu yang ditimbulkan oleh beberapa Ahli-ahli Dewan Rakyat ini telah pun dilarang ditanya oleh kerana dilarang oleh prinsip sub judice tersebut. Jadi isu yang timbul di sini bukan sahaja isu prinsip sama ada sub judice tersebut telah pun dilanggari. Adakah komen-komen Dato’ Seri Najib Tun Razak itu menterjumlah ataupun terjumlah kepada penghinaan mahkamah ataupun contempt of court, dengan izin?
Saya selaku seorang peguam, Tuan Speaker, mengambil berat tentang perkara ini.
Oleh kerana kita perlu menghormati proses mahkamah yang berlaku untuk kesemua kes, bukan sahaja kes-kes high profile tetapi kes-kes yang lain juga. Jadi, sekiranya seorang itu memberi satu public comment, dengan izin, Tuan Speaker, berkenaan dengan isu-isu yang perlu dibicarakan dan diputuskan oleh mahkamah, bukankan ini merupakan satu contempt of court? Adakah Dato’ Seri Najib Tun Razak itu telah pun melakukan satu perbuatan contempt of court? Ini perlu diperjelaskan. Sekiranya ya, adakah apa-apa tindakan akan diambil terhadap beliau?
Kita- semua tahu, Tuan Speaker merupakan juga ada latar belakang undang-undang sebagai seorang PO dan sebagainya sebelum ini. Tuan Speaker sedia maklum, sedar bahawa sesuatu apology ini, sekiranya kita melihat kepada merit-merit apology tersebut, ianya tidak relevan. Langsungnya tidak relevan kepada isu sabitan.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
To the issue of guilt, dengan izin, Tuan Speaker, ianya merupakan- sekiranya ada apa-apa relevan, ianya mungkinlah, mungkin relevan kepada isu hukuman. Oleh kerana ini sekiranya didapati permohonan maaf ini adalah memang satu permohonan yang genuine, mungkin ianya boleh mempunyai relevan kepada hukuman.
Jadi dalam pandangan saya, Tuan Speaker, tiada apa-apa alasan ataupun sebab untuk permohonan maaf itu diberi pada masa ini memandangkan kes ini telah pun bermula lima tahun yang lalu. Kenapakah permohonan maaf ini tidak diberi sebelum ini, sekiranya memang ianya merupakan satu apology yang genuine, dengan izin, Tuan Speaker.
Ini membawa saya kepada isu yang keduanya iaitu berkenaan dengan pengumuman kerajaan dalam belanjawan tempoh hari lalu bahawa the house arrest bill, dengan izin, Tuan Speaker, sedang digubal pada masa ini ataupun didrafkan pada masa ini dan dijadualkan untuk dikemukakan ke Dewan yang mulia ini dalam masa yang terdekat.
Dalam perkara ini, kita perlu- saya nak tanya, kenapakah pengumuman ini dibuat pada masa ini? Kenapakah sebaik sahaja selepas pengumuman tersebut terdapat permohonan maaf daripada Dato’ Seri Najib Tun Razak tersebut? Adakah ini semuanya merupakan ataupun satu kebetulan ataupun coincidence?
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
We have to- kami tahu bahawa terdapat kebaikan-kebaikan sekiranya undang- undang house arrest ini diperkenalkan. Ianya mampu mengurangkan jumlah-jumlah mereka yang ditahan di penjara dan juga mampu mengurangkan, dengan izin, prison congestion.
Saya difahamkan bahawa terdapat lebih daripada 75,000 prisoners ataupun banduan- banduan di dalam penjara-penjara di negara ini di mana prison capacity-nya adalah lebih kurang 65,000 hingga 68,000 sahaja.
Jadi, sekiranya kita memperkenalkan langkah-langkah seperti house arrest ini, ianya mungkin satu kebaikan untuk mengurangkan prison congestion bagi kesalahan-kesalahan kecil. Saya difahamkan terdapatnya kesalahan-kesalahan dadah di mana terdapat lebih kurang 20,000 banduan yang boleh dibebaskan mengikut house arrest ini.
Ini boleh membawa prison capacity ataupun jumlah banduan itu ke dalam lingkungan prison capacity kami, tetapi saya khuatir, saya bimbang, Tuan Speaker, sama ada house arrest ini ataupun undang-undang house arrest yang dicadangkan ini adalah digubalkan bagi tujuan untuk Dato’ Sri Najib Tun Razak ini. Sekiranya ianya digubal bagi Najib Tun Razak ini, kita perlu faham bahawa kesalahan yang telah pun beliau disabitkan pada masa dulu adalah kesalahan yang amat besar yang telah pun menjejaskan hala tuju negara ini.
Jadi, saya berpendapat, dengan izin Tuan Speaker, bahawa house arrest tersebut tidak boleh terpakai untuk kes-kes seperti yang melibatkan Dato’ Sri Najib Tun Razak tersebut. Saya menyeru agar kerajaan memberi satu jawapan, sama ada ianya akan terpakai bagi tujuan tersebut.
Saya terus nak tanya Tuan Speaker, berkenaan dengan isu Ketua PAS Perak, Razman Zakaria yang baru-baru ini telah pun membuat beberapa kenyataan yang berbaur hasutan- seditious. Di mana, saya difahamkan bahawa penyiasatan telah pun dimulakan
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
terhadap beliau dan saya mengalu-alukan siasatan tersebut. Siasatan tersebut di bawah Akta Hasutan dan juga mungkin akta-akta yang lain.
Saya nak tanya, walaupun beliau telah memberi satu penjelasan iaitu berkenaan dengan niat beliau, beliau telah pun- saya baru baca ini. Beliau kata beliau tiada apa-apa niat, no intention, dengan izin Tuan Speaker, untuk melakukan apa-apa kesalahan. Now, ini merupakan satu isu yang perlu kita tanya.
Di bawah Akta Hasutan, yang perlu kita memberi tumpuan- oleh kerana ini kerajaan telah pun pada masa dulunya telah pun menyatakan bahawa kerajaan akan look into beberapa akta yang perlu di-reform, dengan izin Tuan Speaker. Adakah Akta Hasutan ini akan dipinda untuk memperkenalkan pembelaan niat? Oleh kerana kita semua sedia maklum sekarang, bahawa intention tersebut, dengan izin Tuan Speaker, intention is not relevant when in a crime for sedition seperti yang Tuan Speaker sedia maklum.
Jadi, salah satu daripada reform yang kita nak tahu, adakah Sedition Act itu akan dipinda untuk membenarkan intention tersebut menjadi satu pembelaan? Ini merupakan satu reform yang progresif. Sekiranya ianya dicadangkan, kami nak tahu, bilakah atau timeline pindaan-pindaan tersebut dicadangkan akan berlaku?
Saya nak tanya. Kita ada dengar penjelasan daripada Ketua PAS tersebut di media, tapi kita tak dengar daripada pemimpin-pemimpin PAS yang lain. Apakah pendirian mereka berkenaan dengan kenyataan-kenyataan yang telah pun dibuat oleh pemimpin PAS Perak ini? Bukankah ini satu perkara serius yang boleh ataupun berkebolehan untuk memecahbelahkan rakyat? Ini semuanya perkara serius. Adakah pihak PAS akan membuat satu kenyataan yang...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Yang Berhormat Speaker.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Ataupun pengumuman...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Peraturan Dewan.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
...Untuk...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar.
Peraturan?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey. 36(5). “Seseorang Ahli tidak dibenarkan menyebut nama ahli yang lain.” Tadi Bukit Gelugor menyebut Ketua PAS Perak berkaitan dengan apa yang dikatakan seditious dan sebagainya. Jadi, saya rasa itu bercanggah dengan Peraturan Dewan ini, kerana apa yang dibangkitkan itu sebenarnya ekoran daripada pengibaran bendera negara China, tapi yang mengibarkan bendera negara China itu tak ambil tindakan. Yang mengibarkan bendera Malaysia diambil tindakan. Itu persoalan. Terima kasih Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Biar saya buat petua. Ketua PAS Perak itu bukan Yang Berhormat di sini.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Ya, beliau bukan seorang Ahli Dewan Rakyat, Tuan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar, Yang Berhormat. Biar saya handle.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ketua PAS Perak itu adalah bukan Yang Berhormat di dalam Dewan ini. Jadi, not subjected, dengan izin, pada Peraturan 36(5). Itu keputusan saya. Sila teruskan.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih, Tuan Speaker. Saya just ada beberapa isu. Tidak akan makan masa lama. Berkenaan dengan dua perkara yang lain.
Perkara pertamanya adalah berkenaan dengan penyiasatan terhadap Teoh Beng Hock atau pun kematian Teoh Beng Hock. Ini telah pun berlaku dalam tahun 2009. Tuan Speaker, sekarang sudah lalunya 15 tahun. Kenapakah terdapat kelewatan yang melampau ini? Sehingga keluarga Teoh Beng Hock tersebut dan saya perlu memberi pendedahan bahawa saya merupakan peguam kepada keluarga Teoh Beng Hock.
I have to disclose that, dengan izin Tuan Speaker, which I’m doing now. Bahawa isu Teoh Beng Hock ini terpaksa mereka membawa ke mahkamah untuk mendapat deklarasi dan sebagainya untuk satu keputusan dibuat oleh pihak PDRM dan sebagainya. Kenapakah mereka perlu didesak untuk mengambil tindakan mahkamah? Padahalnya, ini adalah urusan kerajaan untuk memastikan bahawa satu keputusan, whatever the outcome, dibuat dalam kes siasatan Teoh Beng Hock tersebut. Saya menyeru agar kerajaan mengambil tindakan segera untuk memastikan perkara ini diselesaikan dalam masa yang terdekat.
Akhirnya, Tuan Speaker, berkenaan dengan isu separation of the public prosecutor and Attorney General. Saya baru-baru ini mendapat berita, mendengar berita bahawa perkara ini masih dalam peringkat kajian, perlu pergi negara-negara lain dan sebagainya, tetapi saya ingat bahawa dalam tahun lepas, Menteri Undang-undang telah pun memaklumkan bahawa sekiranya tak silap, bahawa terdapat satu timeline dalam masa lebih kurang tiga tahun, di mana undang-undang ini boleh dikemukakan ke Dewan Rakyat.
Saya ingin menyatakan Tuan Speaker, bahawa reformasi ini adalah satu reformasi yang amat penting. The separation of the AG and the Public Prosecutor perlu disegerakan, sekiranya boleh. Saya tidak berpendapat bahawa perlunya mengambil masa yang terlalu lama untuk inisiatif ini. Walaupun saya terima memang inisiatif ini memang satu inisiatif yang besar dan banyak kajian dan sebagainya perlu dilakukan, tetapi I am very certain bahawa kerajaan mampu untuk melaksanakan pindaan ataupun reformasi ini sebelum tempoh Parlimen ini berakhir dalam dua ataupun tiga tahun sebelum pilihan raya umum yang akan datang. Saya berharap ini akan dilakukan dalam masa yang segera.
Akhir kata, Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat Hari Deepavali kepada semua yang meraikannya... [Bercakap dalam bahasa Tamil] Thank you very much. Terima kasih, Tuan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Kuantan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua kerana memberi ruang pada Kuantan dalam perbahasan belanjawan kali ini.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran, dan jangan sesekali kebencian kamu terhadap suatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan” Jadi, Islam sangat menekankan untuk bersifat adil dalam segenap keadaan sama ada kepada diri sendiri, keluarga, jiran tetangga, bahkan makhluk lain, lebih-lebih lagi mereka yang diberikan amanah memimpin masyarakat. Al-Quran memberi peringatan agar berlaku adil kepada rakyat yang dipimpin, memberikan hak kepada yang berhak dan tidak menzalimi golongan yang lemah.
Sumber kekayaan negara perlu diurus dengan penuh tanggungjawab supaya nikmat tersebut dapat diagihkan dengan adil, termasuk peruntukan untuk kesejahteraan rakyat yang diperuntukkan kepada Ahli Parlimen seperti yang diberikan kepada Ahli Parlimen kerajaan ketika ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Kuantan. Saya mengarahkan Yang Berhormat sambung balik pukul 2.30 petang ya.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
[Ketawa] Nanti ada tambahan masa kot.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tepat pukul 1. Kita tangguh Mesyuarat sehingga jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kuantan, boleh sambung perbahasan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sebelum saya meneruskan perbahasan, suka untuk saya memperingatkan kepada seluruh Ahli Dewan agar kita tidak sesekali lupakan saudara kita di Palestin, siri pembunuhan oleh rejim Israel ke atas rakyat Palestin yang telah mengorbankan lebih 40,000 rakyat. Jadi, kita berharap agar Kerajaan Malaysia terus memainkan peranan dengan memberi tekanan kepada rejim Israel dalam apa jual keadaan sekalipun.
Tuan Yang di-Pertua, saya amat bersetuju dengan ucapan Ketua Pembangkang berkenaan rintihan rakyat mengenai kenaikan kos sara hidup. Menurut laporan daripada
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Malaysian Institute of Economic Research, dapatan kajian menunjukkan kira-kira 72 peratus rakyat di negara ini terkesan disebabkan peningkatan kos sara hidup dan majoriti responden mahu agar kerajaan mengawal harga barangan asas yang menjadi keutamaan rakyat untuk kelangsungan hidup.
Namun pada kali ini, keputusan kerajaan untuk menarik subsidi dalam sektor pendidikan, kesihatan dan perancangan penyasaran subsidi petrol berpotensi meningkatkan bebanan kewangan, khususnya golongan pertengahan yang dilihat tersepit dengan keputusan kerajaan ini.
Pada tahun ini, kerajaan telah melaksanakan penyasaran subsidi diesel dan semua rakyat Malaysia telah merasai kesannya. Pada tahun hadapan, kerajaan bercadang melaksanakan penyasaran subsidi petrol pula. Keputusan ini telah menimbulkan keresahan di kalangan rakyat. Saya ingin menggesa pihak kerajaan menangguhkan dan tidak tergesa- gesa dalam melaksanakan penyasaran subsidi petrol ini, sebaliknya memerlukan pertimbangan yang teliti kepada impak sosial ekonomi rakyat.
Saya ingin dapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan, mekanisme penyasaran subsidi petrol secara jelas kerana apabila subsidi ditarik, ia akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan meningkat. Kita diberitahu jika subsidi ini ditarik, kerajaan dapat menjimatkan subsidi sebanyak RM8 bilion. Jadi, saya juga ingin bertanya berkaitan jumlah pelaburan berbilion yang telah diumumkan hasil lawatan PMX dan delegasi apabila keluar negara. Berapakah nilai yang telah diperoleh oleh negara? Ini kerana saya juga terbaca komen rakyat dalam media sosial yang menyatakan bagai nak rak pusing dunia dan umum berbilion-bilion nilai pelaburan. Namun, apabila balik sini, pemotongan hasil bumi negara iaitu subsidi rakyat juga ada formulanya.
Puan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan mendapat peruntukan yang paling tinggi dalam belanjawan kali ini. Saya mengharapkan agar peruntukan sebanyak RM1 bilion bagi menyelenggarakan keadaan bilik darjah yang uzur digunakan secara optimum bagi menggantikan meja, kerusi dan perabot yang rosak serta kemudahan alat bantu mengajar di seluruh negara.
Selain itu, saya amat bersetuju dengan perkara yang dibangkit oleh Hulu Selangor berkenaan kepadatan pelajar dalam kelas dengan bilangan yang sangat ramai sehingga mencecah 35 hingga 40 orang. Menurut Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan UKM- Dr. Anuar Ahmad, bilangan murid yang munasabah dalam sesebuah kelas adalah 25 orang.
Soalan saya, apakah pelan perancangan kementerian dalam mencapai sasaran yang ditetapkan di peringkat global ini bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih efektif.
Saya berikan contoh, di kawasan saya di sebelah DUN Tanjung Lumpur iaitu kawasan sempadan dan sekitar pembangunan ketika ini amat pesat iaitu kawasan- iaitu terdapat hanya dua buah sekolah rendah yang telah mengadakan dua sesi iaitu pagi dan petang kerana jumlah pelajar yang terlalu ramai. Sekolah Kebangsaan Kempadang dan Sekolah Kebangsaan Sungai Soi. Jumlah pelajar melebihi 1,500 orang di sekolah terbabit.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Jadi, adakah kerajaan bercadang untuk membina sekolah tambahan, sekolah rendah di kawasan tersebut seiring dengan peningkatan jumlah penduduk.
Puan Yang di-Pertua, ketika air pasang besar baru-baru ini terdapat ban yang pecah, menyebabkan air sungai melimpah dan menyebabkan banjir seperti yang berlaku di Ijok dan Sekinchan. Saya ingin mendapatkan penjelasan Yang Berhormat Menteri. Akibat daripada pengalaman itu, adakah pihak JPS terus memantau ban di tempat-tempat lain seperti di kawasan saya iaitu di Sungai Isap, Taman Seri Inderapura dan lain-lain tempat dan boleh beri jaminan bahawa ianya kukuh serta selamat? Tinjauan kami juga, masih ada parit yang belum dibersihkan seperti di Kampung Teluk Mahang. Sungai Isap Perdana juga mohon pihak kementerian melihat keperluan menaik taraf longkang di Kampung S.C bersebelah Surau Taman Permata.
Puan Yang di-Pertua, Jabatan Metrologi Malaysia menjangkakan Monsun Timur Laut bermula November ini, keadaan hujan lebat berterusan berpotensi menyebabkan banjir, terutama di kawasan rendah Pantai Timur. Persoalannya, sejauh mana tahap persediaan bagi menghadapi musibah banjir pada musim tengkujuh ini? Saya kurang pasti tahap persiapan yang telah dilakukan di Parlimen saya kerana ketika ini kami masih lagi belum dilibatkan dalam Mesyuarat Pengurusan Bencana Daerah.
Pada tahun 2023, lebih 25,000 aduan kes paip bocor di negeri Pahang. Kuantan merekodkan aduan paling tinggi iaitu 7,036 kes. Saya meneliti ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika membentangkan bajet tidak menyentuh berkenaan projek penukaran paip lama.
Ya, saya maklum pengurusan air adalah tanggungjawab kerajaan negeri.
Persoalannya, adakah kerajaan mempunyai pelan induk bagi menggantikan paip lama?
Perkara ini pastinya akan melibatkan kos yang sangat besar. Oleh itu, komitmen Kerajaan Pusat untuk membantu kerajaan negeri dan operator air amat diperlukan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan bekalan air.
Saya juga ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri KKR berkenaan kesesakan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak yang sering berlaku pada hujung minggu.
Keadaan ini lebih teruk sekiranya berlaku kemalangan. Kadang-kadang jalan jem daripada Tol Bentong sampai ke Tol Gombak. Jadi, bagi penyelesaian masalah tersebut, mohon kerajaan mempertimbangkan lebuh raya baharu bagi laluan alternatif dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur.
Saya juga di kesempatan ini ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Menteri dan pegawai KKR, keadaan jalan gelap di lorong Karak iaitu keluar sahaja daripada Terowong Genting Sempah sehingga ke Bukit Tinggi keadaan jalan dia curam, selekoh dan berbahaya lebih-lebih lagi pada waktu malam dan banyak juga selekoh dari Bentong ke Sungai Dua Karak tiada lampu jalan. Jadi saya amat berharap lokasi tersebut dimasukkan dalam pengumuman peruntukan bagi lampu jalan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Pada Mac 2023, saya telah membawa satu usul dalam Kamar Khas berkenaan permohonan jejantas di Kampung Derhaka, Kuantan. Susulan selepas itu, saya telah
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
mengutus surat kepada JKR daerah, JKR Negeri Pahang dan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri. Yang terkini kami telah menerima surat daripada BPEN Pahang memaklumkan permohonan ini telah dihantar kepada KKR pada Februari 2024 untuk dimasukkan dalam Rolling Plan 5. Saya mohon respons daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan permohonan ini.
Puan Yang di-Pertua, kita mendengar banyak rungutan berkaitan SOP sekatan jalan raya yang menyebabkan kesesakan lalu lintas, daripada tiga lane, bila buat sekatan jalan raya, hanya satu lane sahaja dibuka. Saya berpandangan SOP ini perlu diubah dan ditambah baik. Apa masalahnya semasa sekatan jalan raya, semua laluan dibuka? Adakah ia ada merupakan SOP khas perlu menutup laluan menjadi satu atau kerana bilangan anggota yang bertugas tidak mencukupi? Jadi saya mohon respons daripada Menteri.
Merujuk kepada laporan Harian Metro bertarikh 1 Julai 2024, KDN menyasarkan penyelesaian 17,000 permohonan kewarganegaraan pada tahun ini. Namun, pada 23 Oktober, laporan Harian Metro juga menyiarkan kenyataan KDN keluarkan 17,452 keputusan permohonan kewarganegaraan setakat 1 Oktober 2024. Pertanyaan saya ialah adakah kementerian mempunyai sasaran baharu sehingga hujung tahun ini?
Saya juga ingin mendapatkan maklumat berkaitan kelulusan kewarganegaraan sehingga 1 Oktober tersebut mengikut pecahan bangsa, negeri dan usia secara bertulis.
Kewarganegaraan adalah anugerah tertinggi bagi setiap yang berjaya mendapat kerakyatan.
Kita ingatkan kepada mereka yang mendapat kerakyatan bahawa jangan ada di kalangan mereka terlupa kesetiaan perlulah diberikan sepenuhnya kepada negara ini. Kita tidak mahu selepas mendapat warganegara, ada pula yang berhimpun membawa bendera masing- masing di negara yang kita sayangi ini tanpa mengikut saluran undang-undang negara kita.
Mutakhir ini pelbagai langkah yang dibuat oleh kerajaan dalam membendung ...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
...Kegiatan penyeludupan warga asing...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan Dewan, peraturan.
Peraturan Dewan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
...Pemalsuan Kad Pengenalan. Terkini adalah counter setting.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Jelutong, jangan kacau Jelutong. Duduk sajalah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan Dewan.
Seorang Ahli
Duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Peraturan mana?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
36(6). “Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa lain”. Dalam ucapan yang dibuat oleh Yang Berhormat tadi, beliau mengatakan bahawa selepas mendapat hak sebagai warganegara, kita tidak boleh membawa bendera negara lain. Kita dengar tadi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dalam ucapan itu beliau memberi persepsi seolah-olah Warganegara Malaysia berbangsa Cina mengibarkan bendera China. Itu tidak benar. Daripada laporan yang kita terima, semua bendera-bendera itu dikibarkan oleh rakyat China yang berada di situ semasa majlis tersebut. Ini merupakan satu tindakan yang mengelirukan Dewan dan juga boleh mengapi-apikan sentimen perkauman.
Saya minta juga, ia juga merupakan satu kesalahan di bawah perintah ini, apa-apa kenyataan yang boleh menyebabkan perasaan sakit hati atau bermusuh-musuhan di antara satu kaum dengan kaum yang lain iaitu perintah Peraturan 36(c). Maafkan saya. Ya, Peraturan 36(9)(c). “Perkataan-perkataan yang harus menaikkan perasaan bersakit-sakit hati atau bermusuhan di antara satu kaum dengan kaum dalam Malaysia”. Kenyataan Yang Berhormat tadi tidak bertanggungjawab...
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Habis dah itu. Panjang dah masa itu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
No. Saya minta Kuantan menarik balik kenyataan bahawa Warganegara Malaysia mengibarkan bendera China.
Kerana kenyataan yang dibuat tadi adalah janganlah lupakan selepas menjadi Warganegara Malaysia, jangan kibarkan bendera negara lain.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Saya.
Seorang Ahli
Peringatan saja pun.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Jadi.
Seorang Ahli
Peringatan saja pun. Apa lah.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Terima kasih. Terima kasih. Jadi seeloknya Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
No, saya tidak akan duduk.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Jelutong duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya minta Kuantan tarik balik kenyataan itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Duduklah dulu. Duduk dulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Jelutong, duduk dulu.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Dah cakap, duduk dulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Jelutong duduk dulu.
Tadi Yang Berhormat Jelutong membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(6), itu tak ada kaitanlah tapi yang 36(10)(c), “Perkataan-perkataan yang harus menaikkan perasan bersakit-sakit hati atau bermusuh-musuhan di antara satu kaum dengan satu kaum dalam Malaysia.” Saya minta Yang Berhormat Kuantan untuk...
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Jelas. Saya jelas sedikit. Jadi saya harap Jelutong duduk daripada awal, pasang telinga daripada awal. Apa yang sebut tadi, kita tidak mahu. Ayat dia sila jelas, saya kata, “Kita tidak mahu.”
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Kita tidak mahu ini merujuk kepada kita tidak mahulah. Tak ada menyatakan kepada siapa. Jadi boleh settle, kan?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker, sama juga.
Sama juga. Ia bermaksud bahawa ...
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Boleh.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
... Rakyat Malaysia berbangsa Cina mengibarkan...
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Saya tidak ada sebut.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Bendera China. Itu yang maksudnya.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Saya teruskan.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Jangan jadi batu api lah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Itu ada maksud tersirat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Jangan, jangan jadi batu api.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jangan kurang ajar.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Jangan kurang ajar kamu... [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jangan kurang ajar.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Jangan kurang ajar. Saya tak nak sebut.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tarik balik kenyataan itu.
Seorang Ahli
Duduk Jelutong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Jelutong, sila duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Apa guna perkataan “kurang ajar.” Apa kurang ajar, apa kurang ajar...?
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Saya teruskan, boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kuantan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Saya teruskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Boleh ulang sekali tadi apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kuantan?
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Okey. Saya tulis dan saya sebut, dalam Hansard pun ada. Saya cakap, “Kita tidak mahu.” Ayat di hadapan selepas mendapat- tak kira siapa daripada bangsa apa pun...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya tidak mahu Kuantan kurang ajar.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Saya tak kurang ajar... [Pembesar suara dimatikan]
Seorang Ahli
Jelutong yang kurang ajar.
Seorang Ahli
Jelutong kurang ajar.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk.
Seorang Ahli
Jelutong telah gunakan perkataan yang unparliamentary, Seorang Ahli: Kurang ajar.
Seorang Ahli
Suruh dia tarik balik!
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukuplah.
Seorang Ahli
Suruh dia tarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuantan, sila gulung.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Saya sambung. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Point of order. Point of order.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Point of Order 36(4). Menggunakan perkataan biadab- “kurang ajar”. Engkau ingat, engkau boleh cakap kurang ajar kami. Kami tak boleh cakap kurang ajar dekat kamu? Engkau ingat Parlimen ini apa?... [Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang lain, sila duduk. Sila duduk.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Saya sambung. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker. Kuantan masih lagi belum tarik balik kenyataan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Saya. Seterusnya saya ...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Tidak mahu Warganegara Malaysia mengibarkan bendera China.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Saya menyambut.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Perkataan “kurang ajar” kena tarik balik
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Seterusnya saya menyambut baik. Saya menyambut baik ...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Peningkatan jumlah peruntukan bagi Program SejaTi MADANI. Namun ia perlu disebar luaskan lagi. Saya juga ingin mengucapkan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker telah buat perintah.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
... Merakamkan tahniah kepada komuniti Kampung Semangat, Kuantan yang telah memilih industri pelancongan iaitu menubuhkan semangat eco river tourism.
Pakej ini disediakan ialah menyusuri Sungai Jarau sambil menikmati flora dan fauna termasuk burung, termasuk kelip-kelip pada waktu malam.
Di sini saya ingin mengajak semua Ahli Parlimen dan Ahli Parlimen apabila ke Kuantan, datanglah ke tempat tersebut dan minta Menteri turun ke lokasi melihat sendiri dan
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
mencari jalan agar ia dapat dibantu dan ditambah baik supaya ia terus berkembang maju sebagai salah satu lokasi pelancongan di Kuantan.
Puan Yang di-Pertua, sedikit lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Habis masa sudah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker. Saya minta..
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Saya difahamkan Pelan Induk Saliran Mesra Alam Tanjung Lumpur, Kuantan telah disiapkan pada tahun 2023, namun sehingga kini projek ini belum lagi dimulakan. Saya ingin mendapatkan kepastian, adakah peruntukan projek ini dimasukkan dalam Rolling Plan 5 yang peruntukan pada tahun hadapan.
Akhirnya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Majlis Bandaraya Kuantan atas pencapaian tempat pertama Anugerah Penarafan...
[Tepuk]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
...Bintang PBT..
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
... Bagi kategori Majlis Bandaraya 2024.
Semoga anugerah ini meningkatkan lagi motivasi semua warga kerja Majlis Bandaraya Kuantan. Akhirnya, tidak sempurna ...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
... Bagi orang yang tidak amanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak setia terhadap janjinya. Semoga kita- semua dirahmati. Sekian, terima kasih...
[Tepuk]
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Duduklah Jelutong. Duduk, duduk, duduk.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kuantan.
Saya perlu dengar penjelasan tadi. Kita tidak mahu Warganegara Malaysia.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Apa lagi?
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Nanti, nanti. Saya pusing semula. Demo nok sangat kita kabo sekali lagi. Rasanya dah selesai dah Puan Yang di-Pertua, kan? [Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kalau berani ulangi. Kalau berani ulangi...
[Dewan riuh]
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Saya- ayat dia, “Kita tidak mahu...”
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Tuan Yang di-Pertua, gunakan 44(1).
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Jadi peringatan kepada semua. Tidak kira sesiapa. Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Kalau kita biarkan perangai ini Yang Berhormat...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang berhormat, ada ikut peraturan mesyuarat atau tidak? Yang berhormat berdiri tanpa kebenaran. Duduk dulu. Saya dengar penjelasan dulu. Yang Berhormat Kuantan, apa Yang Berhormat Kuantan baca tadi- tak jumpa lagi nota tersebut?
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Puan Yang di-Pertua, kita sebut dah berkali-kali, macam dia tak dengar, sebenarnya boleh tengok Hansard, kita dah selesai. Ayat di hadapannya, “Kita tidak mahu...” Jadi kita tidak mahu ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tidak mahu apa?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Seorang Ahli
Diamlah.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Saya, nanti sekejap. Mana pergi? Saya pun kena cari macam ni, macam mana?...
[Ketawa] Ini semua melambatkan masa ni Puan Yang di-Pertua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Mahu saya ulang tak? Saya masih ingat lagi, mahu saya ulang tak?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Jelutong, saya tunggu penjelasan...
[Dewan riuh]
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Seorang Ahli
Jelutong, duduklah. Diam.
Seorang Ahli
Asik-asik kacau orang.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Ya, boleh tengok Hansard Puan Yang di- Pertua...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Hulu Selangor dan Yang Berhormat Jelutong, jangan ganggu Dewan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Kita tidak mahu, selepas mendapat warganegara- ha, jadi ada pula yang berhimpun membawa bendera negara masing-masing.
Apakah yang salah di situ? Kita tidak mahu- merujuk kepada kita tidak mahu. Jadi inilah peringatan kepada semua, tidak terkira, tidak tertakluk kepada seseorang sahaja dan Jelutong kena faham sebagai seorang yang bijak dan orang lama...
[Tepuk] Jadi tak ada kena mengena dengan sesiapa, ini adalah peringatan kepada semua. Itu kita kena ingat, bukannya merujuk kepada sapa-sapa.
Jadi apa yang masalahnya Jelutong? Saya sebagai Warganegara Malaysia, saya ingatkan kepada semua! Bukannya kepada sesiapa! Saya anak Malaysia! Jelutong anak Malaysia...
[Pembesar suara dimatikan] Apa yang jadi masalah?
[Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker, secara tersurat dan tersirat Kuantan menyatakan bahawa Warganegara Malaysia berbangsa Cina yang… [Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Kuantan tak sebut mana-mana negara tadi...
[Tepuk] Saya tak mahu bazir masa lagi.
Seorang Ahli
Duduklah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Jelutong, boleh semak balik Hansard dan hantar Usul...
[Dewan riuh]
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Raub.
Seorang Ahli
Duduklah.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Terima kasih Puan Speaker. Terima kasih atas peluang ini. Saya ingin membahaskan beberapa isu penting berkaitan pendidikan, ekonomi, hak asasi, dan kebajikan rakyat dalam Belanjawan 2025.
Isu yang pertama yang saya nak bangkitkan adalah polisi subsidi pendidikan dan juga zero balance.
Berhubung dengan isu menarik subsidi dengan pendidikan IPTA bagi golongan T15.
Walaupun pendapatan golongan ini melebihi RM12,000 sebulan, ia melibatkan pelbagai kategori isi rumah dan tidak semua mampu menanggung yuran pendidikan tinggi. Dasar ini seolah-olah memaksa mereka memilih IPTS atau melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Sedangkan IPTA sepatutnya terbuka kepada semua rakyat, tanpa mengira latar belakang, tambah pula bukan semua warga golongan T15 berkemampuan menanggung yuran pendidikan di IPTS atau di luar negara.
Seterusnya, keluarga pelajar T15 juga membayar cukai tinggi dan semakin tinggi pendapatan semakin tinggi cukai yang dibayar. Adalah tidak adil jika mereka dibebankan dengan kos lebih tinggi di IPTA dan ini mencetuskan persoalan, jika pendidikan tinggi dikenakan yuran, apakah mungkin pendidikan rendah dan menengah turut dikenakan bayaran pada masa hadapan? Ini bertentangan dengan prinsip pendidikan percuma dan berkualiti untuk semua.
Puan Speaker, saya menyambut baik usaha kerajaan dan Dewan yang mulia ini yang meluluskan RUU Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2023, yang menunjukkan keazaman untuk menegakkan autonomi kewangan mahasiswa dan mahasiswi. Dengan kelulusan RUU tersebut, Majlis Perwakilan Pelajar dan badan pelajar dalam universiti dibenarkan untuk membuka akaun bank dan memungut wang atau menerima sumbangan.
Namun begitu, saya difahamkan bahawa policy baharu ini belum lagi dilaksanakan di IPTA
Tuan Chow Yu Hui - Raub
dan para kelab dan juga persatuan-persatuan pelajar masih tidak boleh dibenarkan untuk memegang akaun bank.
Oleh yang demikian saya menyeru pihak Kementerian Pendidikan Tinggi untuk memastikan pihak IPTA dapat memperbaharui sistem kewangan berdasarkan pindaan AUKU yang terbaru supaya membolehkan kelab dan juga persatuan-persatuan dapat menikmati hak autonomi untuk menguruskan kewangan sendiri.
Puan Speaker, selain daripada sistem UPU, para IPTA juga melaksanakan sistem dan direct intake. Direct intake ini membolehkan pelajar memohon secara langsung kepada universiti tertentu, bukan melalui sistem UPU lagi, tetapi yuran pelajar direct intake ini, tidak akan disubsidi oleh kerajaan. Pelajar direct intake membuat bayaran penuh kepada universiti.
Sekarang kebanyakan IPTA di Malaysia membuka saluran direct intake dan menerima pelajar-pelajar lepasan pelbagai sijil termasuk A-Level, Australian Matriculation, International Baccalaureate (IB) dan Gaokao dari China. Namun begitu, saya berharap KPT dapat mengkaji dengan mendalam untuk memberi laluan kepada sijil UEC supaya UEC diambil sebagai salah satu syarat memasuki IPTA di bawah sistem direct intake, bukan UPU.
Saya percaya, pelajar lepasan UEC berhak dan layak dilayan sama taraf dengan sijil negara asing, seperti A-Level, IB, Australian Matriculation dengan syarat tidak menerima subsidi kerajaan untuk masuk ke IPTA.
Sebenarnya UEC telah diiktiraf oleh lebih 200 buah universiti terkenal di luar negara disebabkan oleh kualitinya. Hal ini membuktikan bahawa kualiti pelajar lepasan UEC diperakui di pentas antarabangsa dan beberapa buah kerajaan negeri seperti Pulau Pinang dan juga Sarawak juga telah mengiktiraf UEC, tetapi IPTA belum lagi memberi pengiktirafan bagi sijil UCEC.
Hal ini menyebabkan pelajar lepasan UEC dinafikan peluang untuk meneruskan pelajaran di IPTA. Sebagai implikasinya, sekumpulan orang muda yang berbakat telah memilih untuk meneruskan pelajaran dan seterusnya berkembang di luar negara setiap tahun. Oleh itu, saya menyeru agar pihak kerajaan tidak memberi halangan kepada para IPTA dengan mengiktiraf sijil UEC di bawah sistem direct intake dengan secepat mungkin, agar para pelajar lepasan UEC dapat dikekalkan di tanah air dan menyumbang kepada ekonomi negara Malaysia.
Puan Yang di-Pertua, apabila kami membincangkan isu masuk ke universiti, usahlah kita abaikan dilema pelajar-pelajar lepasan STPM. Data menunjukkan nisbah penerimaan pelajar STPM dan matrikulasi ke kursus panas IPTA sangat tidak seimbang. Berdasarkan data yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan tinggi, secara spesifiknya bagi tahun 2023 dalam Kursus Perubatan IPTA, pelajar lepasan matrikulasi adalah sebanyak 67 percent manakala pelajar lepasan STPM hanya sah 1.6 percent. Yang lebih mengerikan bagi Kursus Pergigian peratusan pelajar lepasan matrikulasi dan STPM adalah 69 percent berbanding dengan 0.6 percent masing-masing.
Trend ini adalah tidak mesra terhadap pelajar-pelajar lepasan STPM, Jurusan Sains STPM tidak popular lagi di kalangan pelajar kerana mereka tidak nampak jalan keluar sekiranya ambil STPM khasnya Jurusan Sains.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Puan speaker, kesusahan pelajar lepasan STPM dan tidak terhenti di sini, pengambilan semua pelajar lepasan pelajar SPM yang mendapat keputusan 10A ke matrikulasi bukanlah satu solusi yang dapat menyelesaikan masalah pokok, ketidakadilan kemasukan universiti. Sebaliknya, ia hanya akan menyebabkan lebih ramai pelajar STPM terpinggir. Pada masa yang sama semakin ramai pelajar matrikulasi yang mendapat keputusan CGPA 4.0 tidak akan diterima ke jurusan dan universiti pilihan mereka.
Untuk menyelesaikan masalah ini pihak kerajaan haruslah jelas mengetahui pelajar- pelajar lepasan matrikulasi mempunyai kelebihan berbanding pelajar-pelajar lepasan STPM di peringkat kemasukan universiti terutamanya daripada segi kurikulum. Hal ini demikian kerana pelajar-pelajar, matrikulasi sentiasa mendapat markah penuh manakala ia adalah lebih susah daripada pelajar-pelajar STPM untuk mendapat markah penuh dalam kokurikulum walaupun mereka sudah cuba yang terbaik.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Oleh itu, pelajar-pelajar STPM selalu ditinggalkan di belakang dalam senarai apabila markah kokurikulum ditimbangkan dalam sistem pengambilan pelajar. Oleh yang demikian, saya menyeru kerajaan untuk mendedahkan secara telus kadar pengiraan markah kokurikulum bagi matrikulasi dan juga STPM.
Jika ketidakadilan dalam aspek ini tidak dapat diselesaikan, saya berpendapat bahawa adalah tidak adil untuk menggunakan markah kokurikulum untuk menentukan sama ada pelajar yang mendapat markah sempurna boleh memasuki jurusan dan universiti pilihan mereka. Cadangan saya, kerajaan harus mempertimbangkan untuk mengecualikan markah kokurikulum dalam piawaian sistem pemarkahan semasa menentukan pelajar yang mana boleh lebih layak masuk ke jurusan tertentu.
Puan speaker, kini buah durian segar boleh dieksport ke negara-negara China dan YB Menteri Pertanian pun menggalakkan golongan pekebun beralih kepada penanaman durian untuk memperoleh keuntungan lebih tinggi. Saya mengalu-alukan dasar-dasar kerajaan yang mesra di industri durian ini.
Walau bagaimanapun, kerajaan mesti tahu bahawa industri durian menghadapi masalah tanah ladang yang tidak mencukupi sambil menggalakkan orang ramai atau anak muda untuk mengusahakan tanaman durian. Haruslah difahami bahawa terdapat sekumpulan pekebun di Raub yang telah menanam durian selama beberapa dekad sedang berhadapan dengan risiko dihalau oleh kerajaan pada bila-bila masa.
Pada hari bulan 7 September lalu, lebih 1,000 pekebun durian telah berhimpun di Raub untuk menganjurkan perhimpunan pekebun. Mereka menyeru kerajaan untuk menangani isu tanah yang mereka hadapi dan janganlah membiarkan kerja keras kumpulan pekebun yang mengharumkan nama Musang King ini dikorbankan. Walaupun segala isu berkenaan dengan tanah adalah bidang kuasa kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan harus membantu pekebun berunding dengan kerajaan negeri untuk memelihara lebih 5,000 ekar dusun durian yang tidak diberi pajakan sehingga hari kini.
Puan Speaker, sebagai Ahli Parlimen kawasan Raub, saya ingin sekali lagi membangkitkan isu gangguan bekalan air yang telah lama menghantui penduduk Raub.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Sejak tahun 2018, Kerajaan Pakatan Harapan telah pun memperuntukkan RM18 juta untuk projek naik taraf tiga stesen rawatan air iaitu Loji Semantan, Bilut dan juga Sungai Klau.
Bagaimanapun, pelan tangki pemendapan stesen rawatan air Sungai Bilut pada asalnya dijangka siap pada Jun 2023, namunnya telah beberapa kali ditangguhkan oleh pihak kontraktor dan masih belum disiapkan sehingga kini. Masalah ini telah menjejaskan lebih daripada 8,000 rumah tangga.
Sebagai Ahli Parlimen Raub, saya menyeru supaya pihak kerajaan memandang serius kepada isu ini sekiranya pressed tank tidak dapat dibina, gangguan air akan berlaku sekurang-kurangnya 100 kali setiap tahun. Hal ini telah menjejaskan reputasi Kerajaan MADANI. Kami perlu ambil tindakan terhadap kontraktor yang selalu tangguh kerja. Saya harap kerajaan boleh menyelesaikan masalah air yang dihadapi oleh semua rakyat di kawasan Raub.
Akhir sekali, saya ingin membangkitkan isu pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 yang akan disalurkan sebanyak RM50 juta pada Belanjawan 2025. Sejak PLKN mula dilaksanakan dahulu, kita telah menyaksikan pelbagai isu yang timbul, baik daripada aspek pelaksanaan, keberkesanan mahupun kos yang terlibat. Saya berdiri hari ini dengan pendirian yang jelas iaitu saya membantah cadangan untuk melaksanakan semula PLKN atas beberapa sebab.
Pertama, soal kos dan juga keutamaan belanjawan negara. PLKN memerlukan peruntukan yang sangat besar. Dalam keadaan ekonomi sekarang, negara kita masih berhadapan dengan masalah kewangan. Kita masih berada dalam proses pemulihan pasca pandemik dengan kos sara hidup yang tinggi dan rakyat berdepan tekanan inflasi. Tidakkah dana yang diperuntukkan untuk PLKN lebih baik dialihkan kepada sektor-sektor kritikal seperti pendidikan, kesihatan dan pemerkasaan ekonomi rakyat? Adakah program ini satu keperluan mendesak pada masa ini?
Kedua, PLKN pernah dihentikan pada tahun 2018. Kita mesti kaji mengapa kerajaan ambil keputusan masa itu untuk hentikan PLKN. Sejak PLKN dilaksanakan sejak tahun 2024 sampai tahun 2018, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM8.4 bilion, tetapi keberkesanan program masih dipersoalkan. Sejak awal PLKN diperkenalkan untuk membina semangat patriotisme, disiplin dan perpaduan dalam kalangan belia, namun ada apa kajian yang mendalam dan benar-benar menunjukkan keberkesanan PLKN dan juga pencapaian matlamat asalnya?
Saya tahu walaupun ada beberapa kajian yang dilakukan, tetapi adakah belanja besar yang dikeluarkan untuk program ini sepadan dengan impak positif yang dicapai? Ini menimbulkan kebimbangan sama ada PLKN benar-benar memberikan nilai tambah kepada belia atau sekadar menjadi program rutin tanpa perubahan yang signifikan.
Ketiga, walaupun sasaran utama PLKN 3.0 adalah pelajar yang baru menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun tidak mengecualikan pelajar universiti atau bakal graduan universiti. Berdasarkan jawapan daripada Kementerian Pertahanan, golongan muda berusia 16 hingga 35 tahun berpotensi untuk diserapkan ke dalam program ini. Apa yang ingin saya nyatakan ialah golongan belia di bawah umur 35 tahun ini kebanyakannya masih
Tuan Chow Yu Hui - Raub
berada dalam fasa pengajian. Malah, ada yang sudah menamatkan pengajian di universiti dan pekerja di alam pekerjaan. Bahkan, ada yang sudah berkeluarga.
Jika sebahagian daripada golongan ini menyertai PLKN walaupun hanya untuk tempoh dua bulan, ia mungkin memberi kesan besar kepada kehidupan mereka. Ketiadaan pendapatan selama dua bulan bermakna tiada gaji untuk tempoh tersebut, sedangkan ramai antara mereka perlu menanggung kos kehidupan seperti bayaran pinjaman rumah, kereta dan juga perbelanjaan untuk anak-anak.
Bagi sesetengah pelajar universiti pula, mereka mungkin memilih untuk bekerja sambilan pada cuti semesta untuk menampung kos pengajian. Jika masa mereka dihabiskan untuk menyertai PLKN, bagaimanakah mereka akan menampung perbelanjaan hidup dan yuran pengajian?
Justeru, saya di sini harap kerajaan membuat pertimbangan yang lebih menyeluruh.
Adakah ia benar-benar perlu untuk kita membebankan masyarakat dengan kos yang besar semata-mata untuk memulihkan program yang pernah nampak gagal dan dihentikan?
Adakah hanya melalui PLKN kita dapat membentuk semangat patriotik dalam kalangan belia? Tidakkah kami mempunyai kaedah lain yang lebih baik dan menjimatkan untuk memupuk nilai patriotisme dalam kalangan belia? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Raub. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Besar.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh*, salam sejahtera, selamat petang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terlebih dahulu Sungai Besar ingin merakamkan rasa simpati dan mohon dipermudahkan segala urusan kepada semua mangsa banjir seluruh negara yang mengalami kerosakan harta benda, terbinasa tanaman dan ternakan serta gangguan emosi dan mental.
Juga mohon diberi kekuatan kepada kebanyakan pesawah di seluruh negara terutamanya di kawasan saya, Sungai Besar yang menerima musibah tanaman padi ditenggelami air, ada yang rosak dan ada yang binasa. Moga Allah akan menggantikan dengan rezeki yang lebih baik lagi pada masa hadapan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas kesempatan untuk Sungai Besar mengambil bahagian dalam bahas dasar Belanjawan 2025. Saya kira Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi inilah belanjawan yang terbesar yang pernah dibentangkan bernilai RM421 bilion meningkat RM27.2 bilion ketimbang tahun 2024.
Besar belanjawan kali ini Tuan Yang di-Pertua, lebih besar belanja ketimbang pendapatan. Belanja sangat besar, tetapi hasil kesengsaraan rakyat, pelbagai cukai naik, SST naik, harga elektrik naik, harga air naik, beras naik, harga barang semua naik, diesel pun naik walaupun dahulu kita pernah dengar, “Hari ini kita menang, esok minyak turun.” Tunggulah pertengahan tahun depan, petrol pun akan naik. Ibu segala kenaikan adalah bahan api dan elektrik. Hutang pun naik Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Waktu Ringgit menjunam teruk dalam tempoh 26 tahun pada 20 Februari 2024, harga barang semua melambung naik. Rintihan rakyat semacam angin lalu sahaja. Apabila Ringgit mula mengukuh Oktober tahun ini, harga barang tetap sama. Apakah usaha kerajaan untuk mengatasi masalah ini?
Nampaknya ekonomi Kerajaan MADANI masih tidak mampu mengatasi kehebatan perkembangan ekonomi waktu Kerajaan PN yang berkembang 8.7 peratus tahun 2022, tertinggi dalam tempoh 22 tahun. Hari ini ekonomi hanya berkembang sekitar empat hingga enam peratus sahaja. Malah, dalam kedudukan daya saing dunia pun turun tujuh anak tangga. Sekarang nombor 34 berbanding Thailand dan Indonesia.
Tuan Yang di-Pertua, jarang berlaku dan mungkin tidak pernah berlau pasaran saham menjadi sendu selepas pembentangan bajet kali ini. Ini tandanya apa? Tuan Yang di- Pertua, secara peribadi saya gembira dengan pengumuman kadar gaji maksimum- gaji minimum meningkat ke RM1,700 yang bakal dilaksanakan pada Februari 2025. Walaupun pengumuman kenaikan ini agak menyeronokkan, kerajaan kena melihat kesan kepada PMKS, pemilik usahawan mikro, kecilan, sederhana seramai 1,101,725 usahawan mungkin akan terjejas kesan kepada kenaikan kadar upah.
Daripada lebih sejuta usahawan mikro, kecil dan sederhana Tuan Yang di-Pertua, 955,200 adalah usahawan formal yang taklah memiliki perniagaan yang untungnya besar.
Dengan kenaikan harga yang melambung naik, pastinya kenaikan gaji minimum ini akan menjejaskan keupayaan mereka untuk melaksanakan gaji dan upah ini.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Apakah kesannya nanti? Harga produk akan semakin naik, persaingan semakin mencabar, tekanan semakin hebat. Ini tidak termasuk lebih sejuta usahawan informal, makcik-makcik kiah yang jual pisang goreng tepi jalan contohnya. Bagaimana mereka nak mengatur dan mengurus tunai mereka antara kenaikan gaji dan meraih keuntungan?
Saya nak tanya KUSKOP, kementerian menjaga usahawan PMKS dan informal ini, adakah bersetuju dengan dasar baharu ini? Adakah dibuat kajian kesan dan natijah jika dasar gaji minimum ini dilaksanakan melibatkan usahawan-usahawan di bawah KUSKOP ini?
Adakah ada perancangan untuk membantu usahawan ini? Dengan peruntukan yang kecil untuk usahawan iaitu lebih kurang RM800 juta, bagaimana KUSKOP melalui agensinya nak membantu usahawan yang saya kira semakin tertekan? Banyak natijahnya. Pemberhentian pekerjaan dan akhirnya menyebabkan peningkatan pengangguran. Kuasa beli semakin kurang kerana harga semakin mahal dan sebagainya.
Persoalan terakhir, sekali lagi, adakah KUSKOP bersetuju dengan dasar gaji minimum ini? Ini kerana lebih dua juta usahawan formal dan informal termasuk penjaja kecil akan terbabit dalam menggaji pekerja.
Tuan Yang di-Pertua, gerakan koperasi sudah berusia 100 tahun. Tahun lepas- saya ucap tahniah di sini atas sejarah penubuhan secara rasmi Universiti Keusahawanan Koperasi di bawah IKMa dan telah beroperasi sepenuhnya. Ini sejarah hebat koperasi di Malaysia sesuai dengan usianya 100 tahun.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Sebagai aset kebanggaan negara, saya nak tanya, adakah kerajaan menyediakan dana atau bajet atau peruntukan tambahan untuk IKMa mengurus pentadbiran universiti tersebut sebagai sokongan memantapkan pendidikan koperasi yang nantinya boleh menjaga kepentingan lebih tujuh juta ahli ataupun pemegang saham? Dan adakah pentadbiran pengurusan dan operasi universiti ini masih bergantung kepada dana Kumpulan Wang Pendidikan Koperasi yang ditadbir oleh SKM?
Tuan Yang di-Pertua, ada kira-kira 15,809 koperasi seluruh negara dan keanggotaannya lebih 7.31 juta orang. Saya kira untuk memantapkan perjalanan operasi koperasi ini, bentuk bantuan tidak boleh terharap di SKM sahaja. Bank berasaskan koperasi, contohnya Bank Rakyat, Co-opbank juga boleh membantu koperasi-koperasi kecil untuk pinjaman mudah.
Pertanyaan saya. Adakah koperasi ini ada sedikit istimewa dari segi permohonan pembiayaan dari bank koperasi atau syaratnya sama juga dengan pinjaman daripada bank- bank komersial yang lain? Apakah fungsi duit Kumpulan Wang Rizab Statutori, siapa yang urus? Bolehkah wang ini digunakan untuk pinjaman mudah kepada koperasi yang mencarum dalam kumpulan wang tersebut? Ini persoalan-persoalan yang mesti dijawab oleh pihak kementerian supaya koperasi bermotivasi untuk memajukan lagi gerakan koperasi mereka.
Tuan Yang di-Pertua, saya nak menyentuh sedikit tentang pendidikan yang mendapat agihan peruntukan paling besar. Amalan biasa, demi kemenjadian manusia, lebih RM64 bilion peruntukan. Nak menghasilkan manusia yang kuat jasmani, emosi, rohani dan intelektual, pembimbing iaitu guru mestilah kuat emosinya, tetapi mutakhir ini, kecenderungan guru bersara awal sangat-sangat membimbangkan.
Adakah sebab beban tugaskah, atau disebabkan perubahan dasar pendidikan yang melemaskan, kah? Atau, kalau ikut makluman, setiap tahun lebih 10 ribu permohonan bersara awal telah dibuat. Ini mungkin belum lagi dasar-dasar lain yang, umpamanya dasar digital, yang nampaknya tidak berapa serius dilaksanakan. Mungkin itu punca kepada permohonan-permohonan cikgu-cikgu bersara awal. Masih agak ketinggalan daripada segi pengurusan ilmu dan latihan yang secukupnya kepada guru-guru.
Ini belum lagi kisah guru duka lara yang masih tidak dapat dipenuhi permintaan mereka, Tuan Yang di-Pertua. Masih PJJ. Inilah gangguan emosi dan mental yang terpaksa dihadapi. Baru-baru ini, kisah Cikgu Din. Soalan saya kepada KPM, berapa ramaikah lagi guru duka lara yang masih tidak dapat dipenuhi perpindahan mereka? Berapa tahun lagi isu ini boleh diselesaikan?
Ini tidak termasuk pula kekurangan guru. Pada bahas yang lepas, saya dah bangkitkan masalah kekurangan guru ini. Benarkah sekarang ini 16,000 perjawatan guru tidak diisi? Kenapakah tidak diambil segera guru-guru baharu lepasan UPSI dan lain-lain IPTA? Kita sorot sejarah ketegasan Putrajaya membuat keputusan mengambil lebih 18,000 guru pelbagai jurusan sama ada ijazah pendidikan ataupun tidak. Dan kami mohon keseriusan KPM mengambil ataupun mengatasi masalah ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya datang dari kawasan sawah bendang. Bergelumang dengan selut dan lumpur itu biasa. Teruja dengan pembentangan Yang Amat Berhormat
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Menteri Kewangan yang mana akan memulakan usaha rintis penanaman padi daripada empat musim ke-lima musim dalam tempoh dua tahun. Usaha yang sangat baik, Tuan Yang di-Pertua.
Persoalan saya, infra dan pengairan sudah dinaiktarafkan kah? Varieti padi sah kita sudah diuji tempoh matangnya kah? Baik pulih tanah sudah dilaksanakan kah belum?
Sehingga kini, kita masih agak jauh ketinggalan daripada segi infra dan tempoh matang padi daripada negara jiran kita. Contohnya, Vietnam, tempoh matangnya antara 80 hingga 85 hari. Indonesia dan Thailand, 75 hingga 80 hari dan sudah menanam tiga musim setahun, tapi negara kita, sehingga kini antara tempohnya 110 hari hingga 120 hari.
Sepatunya sudah ada ujian untuk memperkenalkan tempoh matang padi negara kita antara 80 hari.
Jika 80 hari, Tuan Yang di-Pertua, petani akan untung sedikit. Untung daripada segi penyediaan baja dan racun, untung daripada segi upah dan penjagaan. Pesawah kita belum lagi memperoleh pendapatan yang memberangsangkan. Lima, enam musim ini, saya kira pendapatan mereka akan berkurangan dan sangat terasa.
Tetapi, yang paling pelik, yang paling membimbangkan, menimbulkan kemarahan para pesawah terutamanya di kawasan saya Sekinchan dan Sungai Leman, adalah projek baja rintis kementerian dengan melantik syarikat untuk memberi perkhidmatan membaja lot- lot sawah individu- 1,900 lot ditenderkan kepada satu syarikat untuk membaja sawah-sawah petani. Ini sangat luar tabii dan sangat luar biasa, Tuan Yang di-Pertua. Tidak pernah berlaku dalam sejarah turun-temurun pesawah membaja diserahkan kepada satu syarikat.
Saya nak tanya kementerian, berapa jumlah Ringgit tender diberikan kepada syarikat untuk mengendalikan pembajaan kepada 1,900 lot di kawasan Sekinchan dan Sungai Leman?
Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan menyebut juga Sekinchan mampu memperoleh 12 tan. Ya, benar. Sebelum projek rintis ini pun, pesawah kawasan ini sudah biasa dapat 12 tan. Sepuluh tan itu biasa, tetapi musim ini, dengan projek baja rintis yang banyak rungutan daripada pesawah atas kelewatan perkhidmatan pembajaan, kalau hasil mereka turun, Tuan Yang di-Pertua, kami mahu kementerian bertanggungjawab dan membayar pampasan kalau hasil mereka turun pada kali ini.
Tuan Yang di-Pertua, projek rintis ini, kalau ikut maklumat, akan diperluaskan ke blok lain. Ini kerana dalam ucapan belanjawan, kerajaan akan memulakan projek rintis dan pada waktu MAHA 2024, Yang Amat Berhormat PM dah berkata kerajaan bakal laksana projek rintis raksasa padi bernilai RM5 bilion. Kalau projek rintis ini dibuat, berapa banyakkah lagi kerajaan hendak belanjakan kepada satu perkhidmatan yang pesawah dah buat turun- temurun dulu? Berapa banyakkah syarikat nak dilantik?
Akhirnya, yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana. Harga padi tak naik juga. Input pertanian semakin bertambah. Membajak, upah naik. Kenderaan, diesel naik.
Kos angkut benih, angkut baja, angkut padi naik kerana diesel naik. Kos mesin padi naik. Kos tanam calit naik. Kos dron naik. Semua pesawah kena tanggung. Hasilnya belum tentu. Yang paling malang, Tuan Yang di-Pertua, kalau ada orang tanya, “Ini apa?” “Ini padi...” “Padi jadi
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
apa?” “Padi jadi beras...” “Berasnya mana?” “Berasnya kena import...” Inilah perkara yang sedang kita lalui sekarang.
Ini ada lagi satu janji kepada petani. Pada 27 Mei 2024, ini musim satu, ada pengumuman daripada kementerian yang kadar insentif pembajakan dan insentif penuaian diperkenalkan iaitu pertambahan sebanyak RM50 dan RM60. Kalau ini sudah dijanjikan, pertanyaan saya, pertanyaan pesawah, kalau sudah diumum, laksanakanlah. Ini dah musim yang kedua.
Ada sedikit masa lagi. Mohon, Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan Sungai Besar, jajaran penyambungan WCE, jajaran jalan persekutuan FR5 dari Sekinchan ke Sungai Besar dan Sabak Bernam.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Saya nak bertanya kepada JKR, adakah sudah diserah? Kalau sudah diserah, kita rasa sangat dukacita kerana jalan yang berharga beratus juta itu banyak masalahnya, tidak rata, banyak tampalan, takungan air waktu hujan, banyak kemalangan, penutup manhole terbuka dan banyak berlaku kerosakan, tidak termasuk sistem perparitan yang sangat daif.
Satu lagi, saya nak memanjangkan hasrat ke sekian kalinya hasrat penduduk Binjai Jaya, Tanjung Medan, Rancangan Tanah Belia 1, Rancangan Tanah Belia 2, kawasan Sungai Panjang, Sungai Besar berkaitan naik taraf Sekolah Komprehensif K9 Binjai Jaya dinaikkan taraf ke Sekolah Komprehensif K11 di SK Binjai Jaya, di sekolah yang sama.
Ini saya rasa kali ketiga Tuan Yang di-Pertua, saya membawa dan saya yakin suara dari Sungai Panjang akan didengari oleh KPM dan satu lagi berkaitan dengan kawasan jajaran pantai Sekinchan ke Sungai Besar yang berisiko dengan hakisan pantai dan rebakan benteng. Dah berlaku banyak kali dan dah banyak peruntukan kecil-kecilan dan kita mahu supaya ada satu perancangan jangka panjang yang dibuat oleh JPS berkaitan dengan tebatan banjir di kawasan Sungai Besar.
Akhir sekali, saya nak menyokong setinggi penghargaan dan tahniah kepada usaha All-Party Parliamentary Group (APPGM) yang menyokong melaksanakan beberapa program merentasi kawasan Parlimen dan merentasi parti politik dengan melaksanakan program berdasarkan kajian keperluan Parlimen tersebut, membuat libat urus yang sistematik dan mesra dan saya kira perlu pihak kerajaan menambah dana dan peruntukan kepada pasukan rentas parti tersebut supaya lebih banyak lagi program dapat dilaksanakan.
Tahniah kepada pasukan rentas parti dan akhirnya, saya nak mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua- rakan-rakan kaum India di negara ini. Deepavali Nal Valthukkal. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar. Saya jemput Yang Berhormat Libaran.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua atas kesempatan yang
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 ini.
Belanjawan 2025 dikenal sebagai Belanjawan MADANI Ketiga dengan memberi tiga tumpuan iaitu “Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan dan Mensejahtera Rakyat.” Anggaran Belanjawan 2025 mencatat sejarah sebagai yang terbesar pernah diumumkan dengan jumlah keseluruhan mencecah RM421 bilion. Daripada jumlah ini, RM335 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus, manakala RM86.22 bilion disalurkan kepada perbelanjaan pembangunan dan ditambah simpanan luar jangka RM2 bilion.
Puan Yang di-Pertua, asas penubuhan Malaysia pada tahun 1963 adalah bagi menjamin keselamatan rakyat, kestabilan politik, sosial dan pemangkin ekonomi. Bagi tujuan pembentukan Malaysia juga telah dipersetujui bahawa Sabah dan Sarawak diberikan taraf yang sama seperti Tanah Melayu dalam pembentukan Malaysia iaitu equal partner berdasarkan Perkara 1, klausa (2) Perlembagaan Malaysia tahun 1963. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan kerana telah berjaya menyelesaikan tujuh tuntutan dalam Perjanjian Malaysia 1963.
Antara yang telah berjaya diselesaikan adalah menjadikan JKR Sabah dan Sarawak sebagai jabatan teknikal, menyerahkan kuasa kawal selia bekalan gas, pindaan Akta LHDN dalam melantik wakil kerajaan dari Sabah dan Sarawak sebagai anggota tetap LHDN. Di bawah platform rundingan Perjanjian Malaysia 1963 masih terdapat beberapa perkara yang perlu dirunding untuk dimuktamadkan dalam memenuhi Perjanjian Malaysia 1963.
Maka, perkara ini ingin saya cadangkan untuk dibincangkan dan dimuktamadkan dengan segera adalah isu berkaitan pengambilan 40 peratus hasil yang telah dikutip oleh Kerajaan Pusat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. Pengambilan hasil 40 peratus tersebut juga adalah merangkumi dengan tuntutan bayaran tunggakan, bayaran semasa dan bayaran akan datang.
Saya berharap agar kerajaan melalui platform yang sedia ada dapat mengimbangkan cadangan untuk melantik pentafsir bebas bagi mengenal pasti jumlah tepat dalam pengiraan tuntutan 40 peratus tersebut. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI kerana melalui Belanjawan 2025 ini telah memperuntukkan sebanyak RM6.7 bilion untuk pembangunan negeri Sabah dan pemberian khas sebanyak RM600 juta. Saya yakin melalui pemberian khas pada Sabah, jurang pembangunan antara negeri dapat dikurangkan, khususnya dalam menyediakan infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan elektrik, air bersih yang dilihat masih jauh ketinggalan.
Mengenai pemberian khas RM600 juta tersebut, saya juga ingin bertanya kepada Kementerian Kewangan. Peruntukan tersebut digunakan untuk apa dan adakah ianya diberikan secara berperingkat ataupun one-off? Seterusnya Puan Yang di-Pertua, walaupun peruntukan yang diberikan pada Sabah meningkat secara konsisten saban tahun, persoalan besar timbul mengenai sejauh mana peruntukan dikawal selia secara efektif oleh Kerajaan Negeri Sabah sekarang.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Bagi tahun 2023 contohnya, peruntukan yang telah disediakan oleh kerajaan bagi negeri Sabah adalah sebanyak RM6.5 bilion. Namun begitu, hanya RM4.9 bilion yang telah dibelanjakan. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kementerian yang berkaitan.
Adakah berlaku kelewatan di peringkat Kerajaan Pusat ataupun ianya disebabkan kegagalan Kerajaan Negeri Sabah sekarang untuk menyelia, mentadbir serta menguruskan peruntukan yang telah disediakan dengan baik?
Saya bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat Kota Belud agar segala peruntukan yang telah disediakan tetapi tidak dapat digunakan oleh Kerajaan Negeri Sabah disalurkan pada Tabung Amanah Sabah. Namun begitu, cadangan tersebut perlulah diperhalusi dalam memastikan peruntukan tersebut tidak disalahgunakan dan juga memastikan segala tatakelola kewangan dipatuhi.
Saya faham mengenai proses penyenaraian program keutamaan negeri bagi penyediaan bajet belanjawan tahunan. Sekiranya sebuah program telah diberikan peruntukan berdasarkan senarai keutamaan negeri, adalah ianya bermaksud bahawa senarai yang telah dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Sabah sekarang, khususnya yang masih belum sedia dilaksanakan tetapi diangkat juga untuk diluluskan dan dilaksanakan.
Adakah ianya menunjukkan bahawa kegagalan Kerajaan Negeri Sabah sekarang untuk mengkaji dan menilai kebolehlaksanaan sesebuah program tersebut ataupun ianya berlaku di peringkat Kerajaan Pusat? Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak, tetapi saya cukup yakin dengan pegawai-pegawai kementerian di peringkat Kerajaan Pusat yang telah bertungkus-lumus berusaha memberikan kerjasama yang baik dalam memastikan peruntukan tersebut dapat dibelanjakan sepenuhnya.
Selain daripada itu, apakah langkah yang telah diambil untuk memastikan setiap Ringgit yang diperuntukkan benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan, terutamanya di kawasan luar bandar. Tidak ada gunanya jika kerajaan meluluskan peruntukan yang besar tetapi kegagalan dalam pelaksanaan di peringkat kerajaan negeri menyebabkan rakyat negeri Sabah terus ketinggalan.
Seterusnya, permohonan hospital, Puan Yang di-Pertua. Terdahulu saya telah pun membangkitkan akan keperluan untuk pembinaan pusat kesihatan baru di Daerah Sandakan.
Pusat Kesihatan Rancangan Sungai Manila ini telah pun dipohon, telah dimasukkan dalam RMKe-9 sehingga RMKe-12 masih menampung penduduk di kawasan setempat, mencecah 30,000 orang, tetapi sehingga hari ini ianya masih belum dibina walaupun sudah berulang kali permohonan dibuat.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Daerah Sandakan ini terdapat hanya sebuah hospital iaitu Duchess of Kent. Hospital ini tidak mampu untuk menampung keperluan kesihatan penduduk Daerah Sandakan, khasnya Parlimen Libaran, menunggu tempoh yang lama untuk menerima rawatan.
Saya berharap agar kerajaan melalui Kementerian Kesihatan mengambil serius cadangan pembinaan pusat kesihatan ini memandangkan terdapat keperluan yang mendesak bagi mewujudkan hospital baru dalam menampung keperluan kesihatan di Daerah Sandakan, khususnya penduduk di Libaran.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Puan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian kerajaan terutamanya Kementerian Pengangkutan berkenaan dengan penerbangan antarabangsa ke Sabah.
Berdasarkan anggaran daripada media perdana, seramai 1.4 juta pelancong daripada China telah melancong ke Malaysia setakat Julai 2024. Daripada jumlah tersebut, dianggarkan sebanyak 270,000 pelancong China telah melancong ke negeri Sabah.
Saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Pengangkutan agar negeri Sabah dijadikan sebagai hab pelancongan China ke Malaysia. Saya berpandangan begini kerana tiket penerbangan contohnya daripada Guangzhou, Taipei, Hong Kong, Macau ke Sabah adalah jauh lebih murah berbanding ke Kuala Lumpur. Masa penerbangan yang diperlukan juga adalah lebih singkat.
Bagi merealisasikan cadangan ini, saya berpandangan adalah wajar sekiranya Kementerian Pengangkutan dapat menambah route penerbangan ke Sabah kepada syarikat penerbangan terutamanya daripada syarikat penerbangan Asia Timur. Saya juga ingin mencadangkan agar pihak kementerian boleh mengkaji dengan cadangan menjadikan Sabah sebagai hab transit bagi pelancong-pelancong daripada China selaras dengan persetujuan antarabangsa Freedoms of the Air yang digariskan oleh International Civil Aviation Organization. Dalam usaha untuk menggalakkan lagi penerbangan antarabangsa ke Sabah, ingin dicadangkan juga diwujudkan lagi facility maintenance, repair dan operation (MRO) bagi pesawat-pesawat daripada China, Indonesia, Filipina, termasuk juga Australia.
Jika Sabah dijadikan sebagai hab penerbangan Asia Timur, selanjutnya ia akan merancakkan ekonomi negeri dan mewujudkan peluang pekerjaan yang baru kepada rakyat setempat. Secara tidak langsung usaha kerajaan untuk mengurangkan kadar pengangguran serta usaha Kerajaan MADANI untuk menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah dapat dicapai.
Dalam kita menggalakkan industri penerbangan ke Sabah, saya ingin memohon agar kerajaan menyediakan peruntukan tambahan bagi menaik taraf Lapangan Terbang Kota Kinabalu, Lapangan Terbang Sandakan, Lapangan Terbang Tawau agar lebih banyak pesawat besar dapat mendarat dan memberikan keselesaan bagi pelancong.
Saya berpandangan bahawa cadangan-cadangan tersebut akan memberikan impak yang lebih besar kepada ekonomi negeri Sabah dan negara dalam jangka masa yang panjang dan dijangka berkekalan.
Puan Yang di-Pertua, seterusnya penggabungan antara HDC dengan MATRADE.
Melalui Belanjawan 2025 yang telah dibentang tempoh hari, kerajaan bercadang untuk menggabungkan dua buah agensi di bawah seliaan MITI iaitu Halal Development Corporation dan juga MATRADE. HDC berfungsi sebagai sebuah agensi yang membangun dan mempromosi produk halal. Produk halal ini bukan sahaja daripada segi makanan, tetapi daripada perkhidmatan perbankan, kosmetik, farmaseutikal, kesihatan dan keseluruhan ekosistem halal.
Berdasarkan laporan yang telah dibuat oleh sebuah advisory company dari Singapura, industri halal Malaysia telah menyumbang sebanyak 7.8 percent kepada GDP
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
negara pada tahun 2018 dengan nilai sebanyak USD28 bilion. Ia dijangka meningkat pada tahun 2023 dan akan menyumbang kepada 11 percent GDP negara bersamaan dengan nilai sebanyak USD58.5 bilion. Tambahan pula, dianggarkan nilai eksport produk halal negara adalah sebanyak USD8 bilion dan dijangka akan mencecah kepada USD113.2 bilion menjelang tahun 2030.
Atas usaha yang dilaksanakan oleh HDC dan berdasarkan gelombang Islamic Economy Index, Malaysia berada di tangga teratas dunia bagi pembangunan halal hab.
Selain daripada itu, sebagai konsortium kepada Pelan Industri Halal 2030 yang melibatkan 30 organisasi, beberapa inisiatif yang sedang dilaksanakan oleh HDC seperti pelaksanaan National Halal Digital Platform tergendala jika penggabungan tersebut dilaksanakan.
Saya berpandangan adalah wajar HDC dan segala usaha dalam membangun dan mengetengahkan Malaysia dalam industri halal dikekalkan struktur seperti sedia ada dan tidak digabungkan. Ini adalah untuk memastikan bahawa Malaysia mempunyai sebuah agensi yang disegani serta mampu untuk menerajui ekonomi halal dunia.
Merujuk juga kepada laporan daripada media, kementerian telah pun memulakan langkah-langkah awal bagi menggabungkan HDC dan MATRADE. Saya ingin mengetahui, adakah MITI telah melaksanakan proses penggabungan tersebut sedangkan ia baru sahaja dibentang di Parlimen dan masih dibahaskan.
Puan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Isu pendidikan awal kanak-kanak. Saya ingin menarik perhatian Dewan mengenai kebimbangan ibu bapa terhadap isu kenaikan yuran tadika, taska dijangka meningkat antara 20 hingga 25 percent tahun depan. Kenaikan ini yang didorong oleh pengumuman kenaikan gaji minimum kepada RM1,700 mulai Februari depan dan dijangka akan memberikan kesan langsung kepada ibu bapa khususnya mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah.
Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan memperkenalkan geran khas untuk inisiatif kewangan bagi pengusaha tadika dan taska swasta yang berdaftar. Perkara ini penting bagi membantu mereka menampung kenaikan kos tanpa beban ibu bapa dengan menaikkan yuran yang mendadak.
Kedua, kerajaan boleh menyediakan subsidi atau baucar khusus untuk ibu bapa yang menghantar anak mereka ke taska dan taska berdaftar. Kerajaan juga dicadangkan untuk memperluas penawaran prasekolah kerajaan serta taman bimbingan kanak-kanak KEMAS di seluruh negara bagi memastikan keluarga berpendapatan rendah masih memiliki alternatif pendidikan awal yang berkualiti dengan kos yang lebih rendah.
Justeru itu, saya ingin mengetahui, bagaimanakah kerajaan akan memastikan bahawa kenaikan yuran tadika dan taska ini dikawal agar tidak membebankan ibu bapa serta adakah terdapat mekanisme pemantauan harga yuran bagi menggalakkan kenaikan yang berlebihan.
Puan Yang di-Pertua, saya berharap segala perkara yang telah dibangkitkan oleh saya dalam ucapan sebentar tadi akan mendapat perhatian serta tindakan yang sewajarnya.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Cadangan-cadangan yang telah diketengahkan tadi adalah antara usaha yang saya sebagai Ahli Parlimen dalam memastikan negara khususnya negeri Sabah dan kawasan Libaran dapat dibangunkan dan memastikan nasib mereka terjamin.
Terbang serindit di atas para, Hinggap di dahan sarang tempua; Belanjawan 2025 rakyat sejahtera, Membela nasib rakyat semua. Sekian. Saya menyokong Rang Undang-undang Perbekalan 2025. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Libaran. Saya jemput Yang Berhormat Tanjong Karang.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana telah memberi ruang untuk Tanjong Karang turut sama membahaskan Belanjawan 2025.
Pertamanya, Tanjong Karang ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Perpaduan yang telah berjaya mengekalkan kestabilan politik negara demi memastikan kelangsungan dasar-dasar kerangka Ekonomi MADANI bagi melonjakkan kemakmuran negara.
Tuan Yang di-Pertua, “Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan dan Mensejahterakan Rakyat” adalah tema Belanjawan 2025. Di dalam keterangkuman tema ini, tiada sebarang perancangan pembangunan projek-projek mega dan fokus hanya tertumpu untuk pembangunan rakyat Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, tidak dapat kita nafikan angka RM423 bilion adalah merupakan belanjawan yang terbesar dalam sejarah Malaysia. Ia menuntut perhatian khusus dan kebertanggungjawaban penuh terhadap bagaimana sumber-sumber ini akan dibelanjakan dan dimanfaatkan demi kesejahteraan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, hutang negara kini sudah meningkat kepada angka RM1.17 trilion. Angka ini sangat-sangat besar. Ia memerlukan tata kelola fiskal dan pengurusan hutang yang bertanggungjawab agar tidak terus membebani negara dan generasi akan datang. Kejayaan pelaksanaan subsidi bersasar diesel melalui kekangan ketirisan dan penjimatan sebenarnya telah membuka ruang keanjalan fiskal. Ini pastinya akan dikukuhkan lagi dengan penerusan inisiatif rasionalisasi subsidi petrol RON95 yang pasti mampu mengecilkan lagi defisit negara dan ini semestinya diperkukuhkan lagi dengan pelaksanaan penuh e-invois nanti.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua, keyakinan dan keberanian Yang Amat Berhormat Tambun untuk melaksanakan penyasaran subsidi diesel supaya betul-betul manfaatkan golongan yang memerlukan sahaja tetapi tidak kepada golongan maha kaya dan orang-orang asing
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
telah membuka ruang dan kemampuan untuk meningkatkan Belanjawan 2025 hampir kesemua kementerian. Syabas, Yang Amat Berhormat Tambun.
Antaranya demi kesejahteraan rakyat, Yang Amat Berhormat Tambun telah menambah peruntukan KKM kepada RM45.3 bilion bagi meningkatkan penjagaan kesihatan primer serta mengalihkan fokus sistem kesihatan daripada sick care kepada wellness. Kemudian penekanan kepada budaya hidup sihat di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat termasuk inisiatif menambah cukai minuman bergula serta langkah-langkah proaktif untuk meningkatkan kemampuan pembiayaan sistem kesihatan awam juga amat dialu-alukan.
Tuan Yang di-Pertua, peruntukan Kementerian Pertahanan juga mengalami RM1.4 bilion atau tujuh peratus kenaikan daripada Belanjawan 2024 dan menjadikan jumlah keseluruhan kepada RM21.2 bilion iaitu kira-kira lima peratus daripada jumlah keseluruhan Belanjawan 2025. Ini meletakkan peruntukan Kementerian Pertahanan di tempat ketiga di belakang Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan.
Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks geopolitik global yang semakin meruncing, dengan izin, the way war is conducted today, Malaysia tidak boleh memandang ringan terhadap keperluan segera memperkukuhkan pertahanan udara negara. Peperangan yang sedang berlaku di Rusia dan Ukraine, ketegangan di Laut China Selatan serta konflik yang berterusan di Timur Tengah yang semakin melebar terutamanya di antara Israel dan Palestin adalah bukti jelas bahawa keselamatan negara boleh terancam pada bila-bila masa sahaja.
Jadi pertimbangan soalan-soalan berikut adalah penting. Pertamanya, adakah keupayaan pertahanan udara kita setanding dengan perkembangan teknologi moden?
Kedua, adakah kita berupaya untuk menangkis serangan peluru berpandu atau jet- jet pejuang musuh?
Ketiga, adakah kita mempunyai kapasiti untuk mempertahankan seluruh ruang udara kita?
Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh leka dan selesa dengan keadaan semasa.
Reformasi besar-besaran terhadap sistem pertahanan negara mesti dilakukan dengan segera. Kertas Putih Pertahanan perlu diperkukuhkan dengan pendekatan strategik yang lebih tuntas khususnya dalam memperkasakan pertahanan udara Malaysia. Tindakan yang perlu kita lakukan adalah:
(i) memperkasakan keupayaan satelit bagi mengawal selia ruang udara negara;
(ii) memperkenalkan sistem perlindungan udara, mungkin kalau tidak keterlaluan kalau saya katakan seperti Iron Dome di Israel;
(iii) menambah bilangan dan keupayaan pesawat tempur atau jet-jet pejuang negara; dan
(iv) memperlengkapkan sistem anti peluru berpandu untuk menangkis sebarang serangan yang mungkin berlaku.
Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama kita mesti menghapuskan budaya ‘sakau’ dalam perolehan aset-aset pertahanan negara. Amalan skandal perolehan seperti projek LSC mesti dihentikan dengan segera. Kita memerlukan pendekatan zero tolerance
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
terhadap mereka yang cuba mengambil kesempatan atas keselamatan negara. Ini bukan soal keuntungan peribadi tetapi soal keselamatan dan kedaulatan negara.
Tuan Yang di-Pertua, melalui tweet Februari 2024, Menteri Pertahanan Singapura, Mr. Ng Eng Hen, dengan izin, “I have reversed my assessment for today’s generation in Singapore and elsewhere. The risk of regional and even global conflict in the next decade has become non-zero. I do not make this assessment lightly”. Tuan Yang di-Pertua, Singapura walaupun hanya sebuah negara kecil telah memperuntukkan belanjawan terbesar untuk pertahanan negaranya mengatasi bajet Ministry of Education and Ministry of Health malah Singapura satu-satunya negara di Asia yang memiliki lapan buah jet fighter tercanggih F-35A yang mencecah hampir USD200 juta sebuah.
Jika Singapura cukup bersedia dan terkehadapan dalam pertahanan udara maka Malaysia juga mesti bertindak segera untuk memastikan kita tidak ketinggalan dalam aspek ketenteraan ini terutamanya teknologi canggih dan pertahanan udara.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan Tanjong Karang bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan. Berapakah fighter jets yang kita ada yang masih aktif dan apakah kewajarannya untuk kita membeli 35 buah F/A-18 C/D Hornet jet terpakai daripada Kuwait?
Akan mampukah 18 buah FA-50M light combat aircraft yang dibeli dari Korea menyaingi F- 35A?
Akhir kata Tuan Yang di-Pertua, memperkukuhkan pertahanan negara bukanlah satu pilihan tetapi ia satu keperluan yang sangat-sangat mendesak. Ingat pesan orang tua-tua dahulu, “Sediakan payung sebelum hujan, ingat sementara sebelum kena, jimat sementara sebelum habis, jangan sudah terantuk baru tengadah.” Pokok duku di hujung jalan, Patah ditimpa si dahan sena; Sesal dahulu memang pendapatan, Sesal kemudian haram tak guna. Kalau dulu tahun 2020, 2021 dan 2022 kita telah berperang dengan wabak pandemik COVID-19, musuh yang tidak kelihatan. Negara telah menelan belanja lebih RM400 bilion hanya dalam tempoh tiga tahun. Bayangkan kalau berlaku peperangan seumpama di Ukraine dan Palestin, jadi kita mesti memperuntukkan satu bajet terbesar negara sekurang-kurangnya dari lima peratus ditingkatkan kepada 10 atau 15 peratus KDNK demi memperkasakan sistem pertahanan negara ini.
Kalau negara Israel boleh bertindak sesuka hati dan sangat digeruni walaupun hanya sebagai sebuah negara kecil sahaja dan dunia di bawah Pertubuhan PBB seolah-olah tidak mampu berbuat apa-apa. Kalau kita di Asia ada juga negara kecil, tetapi mempunyai keupayaan yang begitu besar. Jadi kita mesti bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Malaysia mesti bertindak dari sekarang untuk memastikan keamanan, kesejahteraan dan kedaulatan negara sentiasa terjamin.
Tuan Yang di-Pertua, perkara terakhir Tanjong Karang mohon pertimbangan untuk Rancangan Tebatan Banjir Sungai Tengi, Tanjong Karang yang bernilai RM51 juta sebagai projek baharu Rancangan Malaysia Kedua Belas dalam Rolling Plan 4 tahun 2024 dapat
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
dipertimbangkan segera untuk sebagai projek prioriti dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Ini kerana kedudukan Tanjong Karang terhimpit di antara jelapang padi dan Laut Selat Melaka yang dihubungi dari Ban Canal oleh Sungai Tengi ke laut.
Jadi kawasan muka buminya agak rendah secara semula jadi. Maka bila air pasang akan banjir. Bila hujan juga akan banjir, bila hujan masa air pasang banjir bertambah teruk, malah apabila hujan lebat di Hulu Selangor tidak ada setitis pun hujan di Tanjong Karang tetapi anehnya Tanjong Karang turut mengalami banjir.
Perkara kedua, Tanjong Karang memohon cadangan membina exit kedua WCE ke Hospital Tanjong Karang yang sekarang ini sedang dirujuk kepada Kementerian Ekonomi agar dapat diluluskan dengan kadar segera atas keperluan coverage perubatan yang mendesak di sepanjang laluan WCE, yang terdekat adalah Hospital Tanjong Karang.
Dengan penuh keinsafan dan rasa kebertanggungjawaban, Tanjong Karang berharap hala tuju dan peruntukan untuk pertahanan negara akan dikaji semula serta ditingkatkan demi keselamatan dan kedaulatan Malaysia tercinta. Semoga Belanjawan 2025 ini akan mampu mengangkat kemakmuran negara, membela rakyat, menambah hasil-hasil negara dan mampu mengekang defisit negara serta meningkatkan ekonomi menjadi bertambah mampan dan lestari.
Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan Hari Deepavali kepada kaum India khususnya yang berada di Tanjong Karang. Iniya Deepavali Nal Valthukkal. Tuan Yang di- Pertua, Tanjong Karang mohon menyokong Belanjawan 2025. Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Tanjong Karang. Saya jemput Yang Berhormat Kota Marudu.
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*, salam Malaysia MADANI.
Puan Yang di-Pertua, pertamanya saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana telah memberikan peluang saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Belanjawan 2025 peringkat dasar yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.
Puan Yang di-Pertua, pertamanya saya mengucapkan terima kasih juga dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Tambun, selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kerana telah membentangkan satu belanjawan yang akan memacu pertumbuhan ekonomi negara serta meningkatkan kesejahteraan rakyat. Secara langsung menitikberatkan kebajikan rakyat jelata yang memang terhimpit dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi golongan miskin dan juga miskin tegar telah mencapai RM4,600 dan ini merupakan bantuan kerajaan yang paling tinggi dalam sejarah kita. Ini amat penting kepada rakyat sebab bantuan seperti inilah yang mereka telah impikan untuk meringankan beban kewangan rakyat.
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
Terima kasih juga pertama kalinya kawasan Magandai telah disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam belanjawan yang telah dimasukkan dalam senarai peruntukan RM250 juta untuk menerima program insentif pengurangan kos sara hidup. Apa yang saya harapkan, niat baik Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini akan sampai kepada kumpulan sasar agar manfaat dapat dirasakan oleh rakyat bukan hanya didengar melalui belanjawan yang dibentangkan. Pihak kementerian serta jabatan yang dipertanggungjawabkan perlu memastikan segala perancangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dilaksanakan menepati tujuan asal.
Puan Yang di-Pertua, selaku wakil dari Sabah, kami berterima kasih kerana Yang Amat Berhormat Tambun telah memberikan RM6.7 bilion untuk pembangunan negeri Sabah pada tahun depan. Selain daripada itu, ditambah pula dengan pemberian khas sebanyak RM600 juta sekali ganda dari tahun yang lepas. Perkara ini tidak pernah berlaku dalam kerajaan-kerajaan yang lepas. Dalam masa yang sama, tidak bererti perjuangan MA63 itu berhenti. Kota Marudu berpendapat semangat tuntutan 40 peratus itu perlu diteruskan.
Tuntutan ini merupakan hak mutlak negeri Sabah yang termaktub dalam Perlembagaan kita dan dengan keikhlasan yang ditunjukkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menyelesaikan tuntutan Sabah ini, Kota Marudu amat yakin yang perkara ini dapat diselesaikan semasa pemerintahan Kerajaan MADANI yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Tambun. Perkara ini amat penting bagi merancakkan pembangunan di Sabah dan mengurangkan jurang pembangunan yang begitu besar.
Puan Yang di-Pertua, dalam usaha kerajaan untuk memartabatkan institusi pertanian negara, salah satu usaha ke arah memastikan keterjaminan makanan rakyat, sudah tentu segala perancangan perlulah diteruskan, dilaksanakan dengan lebih mantap melalui belanjawan yang telah dibentangkan. Apa yang membimbangkan kita, bolehkah kerajaan melalui Kementerian Pertanian melaksanakan segala perancangan melalui belanjawan yang dibentangkan ini?
Sebagai makluman Dewan yang mulia ini, Kota Marudu sahaja mempunyai kawasan sawah padi seluas 3,358 hektar dan laporan dari Jabatan Pertanian Kota Marudu, menyatakan bahawa musim pertama 2024 ini, hanya seluas 984.89 hektar yang bertanam iaitu 27.6 peratus daripada jumlah yang ada. Manakala kawasan yang terbiar, tanah yang terbiar adalah lebih kurang 2,600 hektar iaitu 73 peratus daripada jumlah kawasan serupa di Kota Marudu.
Antara sebab kenapa tadi yang terbiar ini begitu besar? Satu adalah kerana kekurangan sistem pengairan yang baik. Keduanya, ketiadaan jalan untuk kawasan tersebut.
Yang ketiganya, kekurangan petani yang ingin menceburkan diri dalam tanaman ini. Kerajaan perlulah fikirkan insentif yang lebih baik untuk menggalakkan lebih ramai pengusaha tanaman padi untuk berkecimpung dalam bidang ini untuk memastikan agar kawasan-kawasan tersebut dapat diusahakan dan baik untuk menjamin keterjaminan negara kita.
Puan Yang di-Pertua, Kota Marudu meminta dan merayu kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan supaya konsisten serta melipat gandakan usaha untuk menyediakan infrastruktur serta kemudahan asas yang perlu bagi memastikan kawasan
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
sawah padi yang sesuai dapat diusahakan secara optimum. Bukan hanya bila negara berdepan krisis bekalan makanan, barulah kita mula merancang bagaimana untuk meningkatkan penghasilan bekalan makanan sendiri.
Ini amat penting supaya jangan ada lagi krisis bekalan makanan yang akhirnya akan menyukarkan kehidupan rakyat kita. Kita mesti bersedia mengurangkan kebergantungan kepada bekalan daripada negara luar. Kementerian mesti serius supaya bukan sahaja kita menghasilkan bekalan makanan sendiri, kalau boleh menjadi sebuah negara pengeksport untuk meningkatkan ekonomi rakyat dan juga negara kita.
Puan Yang di-Pertua, saya juga sedar akan betapa pentingnya pendidikan kepada rakyat kita untuk menjamin masa depan negara yang lebih baik. Ini diakui dalam belanjawan kita. Perbelanjaan terbesar antara semua kementerian adalah Kementerian Pendidikan, lebih kurang RM64.2 bilion.
Kota Marudu amat mengharapkan cadangan pembinaan SMK Marak-Parak yang telah diluluskan dan diumumkan oleh kerajaan yang lepas perlu diteruskan kerana kawasan ini agak jauh daripada sekolah menengah yang ada. Ini akan menyebabkan ramai pelajar yang tercicir kerana majoriti ibu bapa di kawasan ini terdiri daripada golongan miskin dan juga miskin tegar yang tidak berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke sekolah yang agak jauh dari kediaman mereka.
Masalah kadar sekolah daif juga perlu diberikan perhatian. Ada bangunan yang telah diserahkan oleh JKR sudah tidak selamat untuk digunakan, tetapi masih digunakan oleh pelajar kita kerana ketiadaan bangunan yang baharu. Bukan sahaja bangunan, pendawaian elektrik juga yang agak lama, sudah puluhan tahun tidak mempunyai penyelenggaraan yang berkala. Ini tidak selamat kerana litar pintas boleh berlaku yang akan mengakibatkan kebakaran kepada bangunan sekolah kita. Perkara ini menjejaskan keberkesanan suasana pelajaran yang kondusif.
Hari Sabtu yang lepas saya telah melawat sebuah sekolah di kawasan saya di SK Sebayan di Daerah Kudat, tetapi di bawah Parlimen Kota Marudu. Bangunan sekolahnya pun memang disahkan tidak selamat oleh JKR. Rumah guru pula tidak boleh digunakan kerana terlalu uzur. Bilik darjah terlalu kecil kerana hanya diubahsuai dan memang tidak sesuai.
Kalaupun pelajar 15 orang, dia tidak boleh muat dalam bilik darjah yang disediakan oleh sekolah.
Guru-gurunya meminta saya agar memberikan sokongan dan menyatakan keadaan sekolah mereka dalam Dewan yang mulia ini supaya sekolah ini diberikan perhatian untuk mendapatkan bangunan kelas yang baharu, yang selamat untuk murid-murid mereka. Saya sendiri telah berjanji untuk membina laluan berbumbung dari asrama hingga ke sekolah tersebut.
Berikut adalah antara sekolah yang perlu saya sebut untuk perlukan penggantian bangunan kelas yang baharu iaitu SK Lotong, SK Narinang, SK Tuguson, SK Matunggong, Terongkongan, Pinawantai, Panudahan, Indarason Laut, Tinangol dan SK Pata di kawasan Matunggong. Manakala di kawasan Kota Marudu, SK Tagibang, SK Tandek, Sampir, Tigaman, SK Temuno, Taritipan dan juga SK Koromoko dan banyak lagi yang saya tidak dapat
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
sebut di sini yang perlu mendapat perhatian yang segera daripada pihak Kementerian Pendidikan.
Puan Yang di-Pertua, saya merayu dalam Dewan yang mulia ini agar bangunan sekolah yang tidak selamat ini, keadaan rumah guru usang dan tidak boleh diguna perlulah diambil tindakan yang segera. Saya yakin dengan kesungguhan Yang Amat Berhormat Tambun selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang sebelum ini telah menyelesaikan masalah tandas sekolah-sekolah di seluruh negara kita, masalah berkaitan keselamatan bangunan sekolah juga dapat diatasi secara berperingkat. Saya mengharapkan perbelanjaan pembangunan untuk pendidikan sebanyak RM6.3 bilion dapat mempertimbangkan untuk keperluan pendidikan Daerah Kota Marudu.
Puan Yang di-Pertua, Kota Marudu membangkitkan soal aspek kesihatan yang amat berkait rapat dengan kehidupan rakyat kita. Masyarakat luar bandar terutamanya yang tidak berkemampuan perlulah dipermudahkan dan diberikan akses kesihatan bagi membina masyarakat yang sihat dan produktif. Sebelum ini saya telah memohon kepada Dewan yang mulia ini untuk diwujudkan klinik kesihatan di kawasan Magandai, tetapi saya dimaklumkan bahawa ianya tidak dapat dipertimbangkan oleh Kementerian Kesihatan dan masih meneruskan khidmat doktor udara yang ada, tetapi harus diingat, saya ingin mengatakan dalam Dewan yang mulia ini bahawa walaupun ada lawatan doktor udara, ia tidak memenuhi keperluan kesihatan rakyat di kawasan ini.
Khidmat doktor udara ini terhad kepada masa-masa tertentu sahaja. Ianya tidak dapat beroperasi ketika musim tengkujuh, malah sukar sekiranya ada kes kecemasan pada ketika itu. Tidak juga semua kampung di sekitar kawasan ini yang dapat dikunjungi oleh khidmat doktor udara.
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
Bagi tujuan kewujudan klinik kesihatan atau klinik desa ini terdapat sembilan buah kampung yang terlibat serta sebuah sekolah rendah iaitu SK Magandai. Sudah tiba masanya pihak Kementerian Kesihatan perlu mengambil langkah yang positif agar harapan rakyat untuk mewujudkan klinik kesihatan ataupun klinik desa dapat direalisasikan.
Saya tahu- saya juga ingin membangkitkan pembinaan bangunan baharu bagi Hospital Daerah Kota Marudu. Saya telah diberikan jawapan pihak Kementerian Kesihatan bahawa akan ada pembinaan bangunan yang baru bagi menampung keperluan yang amat- amat mendesak di Hospital Daerah Kota Marudu. Saya ingin bertanya kepada Dewan yang mulia dan pihak kementerian, bilakah pembinaan bangunan ini dapat dimulakan?
Saya mengharapkan peruntukan Kementerian Kesihatan yang merupakan kedua tertinggi antara kementerian-kementerian dapat mempertimbangkan untuk pembinaan bangunan baharu Hospital Kota Marudu serta cadangan pembinaan klinik desa untuk kawasan Magandai dalam belanjawan yang telah dibentangkan untuk tahun depan.
Puan Yang di-Pertua, bagi tujuan mewujudkan jaringan jalan raya yang baik, saya telah mengharapkan Kota Marudu tidak ketinggalan untuk mendapatkan peruntukan yang baru dalam peruntukan RM7.5 bilion bagi pembangunan di bawah Kementerian Desa dan Wilayah. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini di Dewan yang mulia ini, kalaulah dari dulu,
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
setiap tahun kita boleh luluskan peruntukan satu atau dua batang jalan, sudah semestinya masalah jalan sudah lama diselesaikan.
Apa pun, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada KKDW dan juga Yang Amat Berhormat Tambun kerana telah memberikan kelulusan peruntukan bagi Jalan Terintidon sebanyak RM169 juta dan juga Jalan Sebayang sebanyak RM343 juta dalam Parlimen Kota Marudu dalam Belanjawan Tahun 2024 yang lepas.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Untuk Belanjawan 2025 ini, melalui peruntukan yang begitu besar, saya memohon agar beberapa batang jalan lagi dapat diberikan perhatian seperti Jalan Gobang Timbangan, Jalan Rampai Bonsiku, Narandang Penempatan Garau, Jalan Panikuan Boduk di kawasan Matunggong dan juga untuk kawasan Kota Marudu, Jalan Kerangawan, Jalan Kuroboko, Jalan Sorinsim, Bambangan, Jalan Bombong, Jalan Lingkabungan dan juga Tagibang Garung dapat diberikan perhatian untuk dinaik taraf. Dengan menyediakan jaringan jalan raya yang baik, bererti Kerajaan MADANI ke arah menaik taraf kehidupan ekonomi rakyat kita.
Secara tidak langsung, mereka boleh memperkembangkan aktiviti pertanian yang merupakan sumber utama bagi rakyat kita.
Saya juga mohon jasa baik KKDW atau pun JKR agar jalan daripada Sonsogon Suyad ke Mini Sulang, Magandai Sonsogon Paliu dan Sonsogon Mogis dapat dinaik taraf dari jalan kayu balak ke jalan gravel bagi mengakhiri kesengsaraan rakyat di kawasan ini. Jalan ini tidak termasuk dalam projek naik taraf Jalan Tandek-Samparita, Sonsogon Magandai yang sedang dalam proses pelaksanaan.
Tan Sri Yang di-Pertua, bagi mengatasi masalah banjir yang berlaku saban tahun, saya telah memohon pihak NADMA agar mempertimbangkan untuk pembinaan Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) di kawasan Kota Marudu. Saya telah mendapat balasan bahawa ada dibina tapi di kawasan Pitas. Pitas dengan Kota Marudu adalah kawasan yang berbeza dan kawasan Kota Marudu juga seperti berpesta setiap tahun.
Kita juga mengalami masalah banjir untuk setiap tahun sebab itu amat perlu bagi kita untuk ada satu pemindahan yang tetap, yang kekal dan menyediakan prasarana bagi mangsa-mangsa banjir. Kadang-kadang kita menggunakan sekolah untuk pusat pemindahan dan ini boleh mengganggu pembelajaran di sekolah. Juga kadang-kadang untuk mengelakkan juga kerosakan barangan sekolah.
Saya juga telah berhubung dengan pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
(APM) Cawangan Kota Marudu bagi tujuan memperkasakan operasi semasa bencana dan juga kecemasan. APM Kota Marudu amat memerlukan aset-aset untuk operasi mereka seperti kenderaan pacuan empat-roda, lori, bot, genset serta mesin pengepam air yang sering digunakan dalam operasi-operasi yang dilaksanakan. Saya berharap melalui keperluan yang mendesak ini dapat direalisasikan dalam peruntukan belanjawan tahun depan yang begitu besar.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang pembangunan dan juga kesejahteraan bandar. Sebagai makluman Dewan yang mulia ini, tamu atau pasar minggu di
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
Pekan Kota Marudu mempunyai sambutan yang agak tinggi daripada peniaga-peniaga atau pun penjaja-penjaja yang majoriti mereka ini dari kawasan luar bandar. Peniaga-peniaga ini sentiasa berdepan dengan terik matahari dan juga hujan ketika tengkujuh.
Memang tidak selesa dan kadang mereka tidak boleh berniaga bila cuaca tidak mengizinkan. Saya mencadangkan kepada Dewan yang mulia ini dan juga pada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan agar dapat menyediakan peruntukan untuk pembinaan tamu pusat berbumbung yang selesa serta langsung dapat memberikan impak ekonomi kepada rakyat di kawasan Kota Marudu.
Begitu juga perparitan kawasan Pekan Kota Marudu yang sering banjir walaupun hujan sekejap akan menenggelamkan tempat peniaga-peniaga dan mewujudkan suasana yang amat kotor. Masalah ini sudah agak lama berlarutan. Majlis Daerah Kota Marudu sudah tidak mampu untuk menyelesaikan masalah ini. Bagi tujuan tersebut, saya memohon kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bantu Majlis Daerah Kota Marudu untuk memberikan peruntukan penyelenggaraan semula sistem perparitan yang amat kritikal ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, selaku wakil rakyat dari Sabah, saya juga ingin membangkitkan keperluan untuk menambah Kerusi Parlimen di Sabah dan juga Sarawak.
Adalah keperluan yang amat mendesak bukan semata-mata untuk ingin memenuhi keperluan 35 peratus yang memang terkandung dalam Perlembagaan, tetapi apa yang penting adalah keseimbangan pembangunan berdasarkan kepada jumlah Kerusi Parlimen.
Sebagai contoh, keluasan Kota Marudu ialah 1,917 kilometer persegi yang hanya mempunyai seorang Ahli Parlimen dan tiga ADUN berbanding dengan kawasan Perlis, keluasannya 821 kilometer persegi mempunyai tiga Ahli Parlimen dan 15 ADUN. Sudah semestinya peruntukan Parlimen dan ADUN agak jauh berbeza.
Perlu difikirkan bahawa penambahan kerusi Parlimen ini sesuatu yang positif dan mengurangkan jurang pembangunan yang amat ketara, dalam masa yang sama dapat memperkukuhkan kedudukan Kerajaan Persekutuan dengan sokongan yang padu daripada Ahli-ahli Parlimen Sabah dan Sarawak. Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon di Dewan yang mulia ini, demi keseimbangan juga kesejahteraan rakyat Sabah dan Sarawak, perkara ini dapat dipertimbangkan, diperhalusi dan dilaksanakan di bawah kepimpinan Kerajaan MADANI, Yang Amat Berhormat Tambun.
Tan Sri Yang di-Pertua, menyentuh mengenai industri pelancongan di Malaysia yang mana Malaysia akan menganjurkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 2026. Sabah keseluruhannya merupakan negeri kedua yang menerima ketibaan pelancong terbanyak, teramai di Malaysia. Saya ingin menarik perhatian Kementerian Pelancongan untuk melihat, mempromosi dan membangunkan destinasi tarikan pelancong di luar bandar.
Mungkin masih tidak ramai mengetahui bahawa Kota Marudu juga sebahagian dari kawasan Kinabalu Unesco Global Geopark yang di mana kami kaya dengan tarikan pantai yang indah, sungai, hutan dan juga gunung-ganang, paya bakau dan juga hidupan liar serta kepelbagaian budaya yang tetap terpelihara.
Namun begitu, infrastruktur pelancongan di Kota Marudu khususnya kemudahan asas seperti jalan-jalan raya, bekalan air, kemudahan awam sangat-sangat perlu diberikan
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
perhatian. Bantuan pembangunan ini harus tidak terhad kepada fasiliti pelancongan milik kerajaan atau pun agensi sahaja, kementerian juga harus melihat keperluan PKS dalam ekopelancongan, persatuan homestay serta persatuan pelancongan dan koperasi pelancongan.
Tan Sri Yang di-Pertua, tadi kami ada menghadiri satu taklimat Kementerian Pendidikan dan dinyatakan oleh KSU bahawa kalau boleh kita menyuarakan, wakil rakyat menyuarakan bahawa pelajar-pelajar Tingkatan 6 ini yang lebih kurang 200,000 lebih seluruh negara perlu juga diberikan perhatian oleh kerajaan untuk diberikan insentif. Saya amat bersetuju sebab pelajar Tingkatan 6 ini juga sudah mempunyai sumbangan untuk membentuk kepada kepimpinan negara kita.
Mereka juga merupakan pemilih dalam pilihan raya. Jadi, sudah semestinya kita Ahli- ahli Parlimen menyokong penuh agar dalam bajet belanjawan kita yang begitu besar, pelajar Tingkatan 6 ini juga dapat diberikan insentif yang sama selain daripada pelajar universiti dan juga pelajar-pelajar sekolah rendah.
Tan Sri Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya ingin menekankan bahawa kita perlu memastikan semua peruntukan yang dilaksanakan dengan penuh integriti dan ketelusan. Oleh itu, saya menyeru kepada pihak kerajaan, pihak berkuasa agar memantau penggunaan bajet ini dengan teliti. Ini penting bagi mengelakkan sebarang penyelewengan dan memastikan dana yang disalurkan ini benar-benar memberikan manfaat kepada rakyat kita.
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
Akhir kata, saya ingin menyeru kepada semua pihak untuk bersatu dalam usaha memajukan negara kita. Dengan kerjasama dan komitmen yang kuat, saya yakin Bajet 2025 ini akan memberikan impak yang positif untuk Kota Marudu, untuk negeri Sabah dan Sarawak, untuk Malaysia secara keseluruhannya.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga sebelum mengakhiri ucapan, mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua- rakan-rakan kita. Mudah-mudahan ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan di antara kita terutamanya Ahli Parlimen dan juga rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
Tan Sri Yang di-Pertua, Kota Marudu mohon menyokong. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Sebelum saya memanggil Yang Berhormat seterusnya, saya ada ingin memaklumkan sikit iaitu pada 17 Julai 2024 dan 14 Oktober 2024 saya telah memaklumkan kepada semua Ahli Yang Berhormat berkenaan kewajipan pelaksanaan pemeriksaan kesihatan. Setakat ini masih terdapat Ahli Parlimen di Dewan Rakyat ini yang masih belum menjalani pemeriksaan kesihatan. Tarikh akhir untuk hantar laporan kesihatan masing-masing adalah pada 11 November 2024 iaitu hanya tinggal 12 hari lagi.
Oleh itu, saya menyeru semua Ahli Yang Berhormat yang belum menjalani pemeriksaan kesihatan untuk melaksanakannya dengan kadar segera. Yang Berhormat boleh menghubungi Pegawai Perubatan Parlimen Malaysia berkenaan maklumat terperinci mengenai pemeriksaan kesihatan ini. Sekiranya Ahli Yang Berhormat tidak melaksanakan
Tuan Yang di-Pertua
pemeriksaan kesihatan ini, nama Ahli Yang Berhormat tersebut akan saya naik muatkan ke Portal Parlimen Malaysia. Jadi selesaikanlah masalah itu ya.
Baik seterusnya Tanah Merah bertukar masa dengan Parit ya. Saya jemput Tanah Merah. Silakan 13 minit.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua
Waalaikumsalam.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Terlebih dahulu ucapkan terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk melibatkan diri dalam sesi Bajet 2025 dan terima kasih kepada sahabat saya Parit yang telah beri laluan saya berbahas terlebih dahulu.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai kenyataan Yang Berhormat Kota Tinggi yang juga merangkap Menteri Pertahanan pada 24 Oktober, Khamis lalu yang telah memberikan bayangan bahawa besar kemungkinan Kementerian Pertahanan
(MINDEF) akan membatalkan kontrak perolehan helikopter jenis UH-60 Black Hawk bernilai RM187 juta yang sebelum ini telah dianugerahkan secara terus kepada Syarikat Aerotree Sdn. Bhd. untuk melaksanakan sewaan berdasarkan konsep government operate, government own dan maintain (GOCOM).
Dalam pertanyaan sesi soalan-soalan lisan saya sebelum ini, saya ada bertanyakan mengenai justifikasi akan rasional keputusan MINDEF untuk menganugerahkan kontrak penting kepada Syarikat Aerotree Sdn. Bhd. untuk sewaan helikopter UH-60 Black Hawk bagi tujuan kegunaan kepada Tentera Darat Malaysia serta juga soalan berkaitan keupayaan combatant pesawat helikopter jenis AW139 yang juga dilaksana secara GOCOM bagi kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkaitan kontrak sewaan empat buah helikopter dari Syarikat Leonardo melalui kontrak yang dimeterai antara MINDEF dengan sebuah syarikat lain iaitu Weststar Aviation Services.
Tan Sri Yang di-Pertua, semua keputusan untuk menyewa helikopter, sama ada jenis Black Hawk ataupun AW139 adalah rentetan daripada keputusan kerajaan untuk menutup lompong, gap filler keperluan pengangkutan udara medium lift serta plus kerajaan melucut tauliah penggunaan pesawat helikopter jenis Sikorsky S-61A-4 Nuri yang sebelum ini telah digunakan dengan sangat jayanya oleh dua cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia iaitu Tentera Darat dan juga TUDM, khususnya bagi tujuan menyokong operasi ketenteraan di hutan belantara atau keperluan sokongan operasi menangani bahan bencana banjir sejak zaman darurat lagi.
Berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri yang pernah menjawat selaku Timbalan Menteri Pertahanan, saya yakin dan percaya keputusan pemilihan pesawat helikopter jenis UH-60 Black Hawk merupakan satu keputusan yang tepat. Mengambil kira keperluan sebenar Tentera Darat yang amat memerlukan keupayaan jenis combatant dan juga search and rescue (SAR).
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Walau bagaimanapun keputusan pemilihan pesawat helikopter jenis AW139 pula hanyalah bersifat sementara dan melalui jawapan bertulis yang diterima oleh saya bertarikh 27 Jun 2024 yang lalu, Yang Berhormat MENHAN ada menyatakan bahawa pesawat helikopter jenis AW139 ini tidak berupaya melaksanakan kerja-kerja bersifat underslung sebagai mana keupayaan pesawat Nuri.
Justeru, pesawat AW139 yang disewakan oleh TUDM hanya melaksanakan kerja- kerja utiliti saja dan tidak menyokong operasi combatant sebagai mana pesawat usang Nuri yang telah digunakan oleh TM sejak tahun 60-an lagi.
Saya ingin bertanya sekali lagilah di Dewan yang mulia ini kepada MINDEF, apakah rasional kerajaan tiba-tiba menganugerahkan kontrak sewaan secara terus kepada syarikat Aerotree Sdn. Bhd. yang tidak ada track record dalam perusahaan perolehan aset udara di bawah Kementerian Pertahanan sebelum ini.
Kenapakah urusan perolehan aset yang sangat penting ini tidak dibuat secara tender terbuka antarabangsa sebagaimana pelaksanaan urusan perolehan tender bagi pembelian pesawat Fighter Lead-In Trainer atau Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) atau Medium Altitude, Long Endurance Unmanned Aircraft System (MALE UAS) yang berjaya dimeterai pada tahun 2019, di mana MINDEF berjaya memilih keupayaan aset yang benar-benar dikehendaki dan diperlukan oleh pihak end user iaitu pesawat FA-50 dari Korea Selatan dan juga dron Anka dari Turki.
Apakah kementerian pertahanan telah melaksanakan proses due diligence dengan melihat keupayaan Syarikat Aerotree Sdn. Bhd. sebelum mereka dianugerahkan kontrak penting perolehan pesawat UH-60 Black Hawk secara sewaan GOCOM. Atau siapakah sebenarnya yang membuat keputusan penting ini sama ada Kementerian Pertahanan atau apakah arahan untuk menganugerahkan kontrak GOCOM kepada Syarikat Aerotree Sdn.
Bhd. ini datang dari Kementerian Kewangan di Putrajaya.
Tan Sri Yang di-Pertua, kenapa saya bangkitkan soalan-soalan ini adalah kerana berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, urusan perolehan aset strategik dan penting seperti ini usaha mendapatkan pesawat Black Hawk ini kelihatan janggal dan pelik. Kenapa saya katakan sedemikian kerana saya faham, proses perolehan aset ketenteraan buatan syarikat ataupun pengeluar dari negara Amerika Syarikat adalah hal pesawat UH-60 Black Hawk keluaran syarikat Sikorsky perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada Directorate of Defense Trade Controls (DDTC) dan juga Dewan Senate Amerika Syarikat sebelum proses pembelian atau perolehan ini boleh dilaksanakan.
Proses ini hanya boleh dilaksanakan oleh pihak MINDEF sendiri melalui perbincangan dan proses pelaksanaan dengan Office of Defense Cooperation (ODC) di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur. Apakah MINDEF yang sepatutnya tahu proses ini perlu dilaksanakan terlebih dahulu tidak menasihatkan Menteri Kewangan bahawa tindakan untuk menganugerahkan kontrak sewaan secara terus kepada Syarikat Aerotree Sdn. Bhd. adalah silap dari awal.
Adakah ini juga bermakna kontrak sewaan berjumlah RM187 juta kepada Syarikat Aerotree Sdn. Bhd. bermaksud MINDEF perlu bekerja untuk syarikat ini bagi melengkapkan
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
proses yang saya nyatakan tersebut. Saya dimaklumkan bahawa penganugerahan kontrak GOCOM untuk mendapatkan helikopter Black Hawk ini dibuat secara private fund initiative
(PFI) apakah ini juga benar?
Jika ya, bolehkah saya bertanya berapakah jumlah pay up capital Syarikat Aerotree Sdn. Bhd. ini sehingga mereka diberi kontrak penting berkenaan. Apakah proses-proses due diligence ini dibuat oleh MINDEF terlebih dahulu? Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga pelik kenapakah kontrak perolehan helikopter Black Hawk ini tidak dilaksanakan secara G-to-G yang boleh dilaksanakan secara foreign military sales atau excess defense articles (EDA) antara MINDEF dan juga Kerajaan Amerika tanpa memerlukan penyertaan pihak ketiga.
Saya yakin pegawai Bahagian Perolehan di MINDEF boleh melaksanakan urusan perolehan pesawat Black Hawk ini tanpa perlu melantik syarikat ketiga Aerotree Sdn. Bhd.
yang tiada keupayaan dalam hal ehwal industry aviation melainkan menjadi ejen ketiga penerima bayaran sahaja.
Saya juga yakin Dewan Senate Amerika Syarikat tidak akan bersetuju terhadap pelaksanaan model perniagaan seumpama mengambil kira semua urusan perolehan aset bersifat persenjataan dari syarikat Amerika Syarikat perlu bersifat telus dengan jumlah kontrak dilaporkan secara terbuka di Dewan Senate Amerika Syarikat.
Justeru, tindakan untuk menganugerahkan kontrak sewaan secara GOCOM kepada syarikat Aerotree ini sangat meragukan sejak awal lagi.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Saya ingin juga membawa semua Ahli-ahli Dewan yang mulia ini kepada proses perolehan yang dilaksanakan oleh MINDEF sewaktu dalam usaha memperoleh pesawat FLIT/LCA yang dilaksanakan secara tender antarabangsa. Proses ini berjaya mendapatkan pesawat atau keupayaan yang benar-benar diperlukan oleh perkhidmatan TUDM dengan proses perolehan dibuat secara telus dan terbuka.
Rata-rata pandangan yang saya peroleh anggota TUDM sangat berpuas hati dengan jenis pesawat Ka-50 dari Korea Selatan yang berjaya dipilih ketika itu tanpa campur tangan dari pihak lain di Kementerian Kewangan serta aset berkenaan memenuhi konsep tunnel vision TUDM yang sebelum ini telah lama menggunakan pesawat jenis FA-18 Hornet jenis D yang boleh berkongsi alat-alat ganti tertentu dengan pesawat Ka-50 buatan Korea Selatan berkenaan.
Selain itu, ground crew technical serta keperluan sokongan fasiliti hanger juga tidak perlu dibangunkan dari sifar. Ini memberikan ruang perolehan secara lancar dalam kesinambungan penggunaan aset udara oleh TUDM selain daripada menjimatkan perbelanjaan wang awam untuk mengoperasi pesawat berkenaan bagi jangka masa panjang.
Soalan saya kepada MINDEF, kenapa bagi keperluan mendesak untuk mendapatkan pesawat helikopter jenis UH-60 atau Black Hawk ini tidak dibuat secara tender antarabangsa, sebagaimana perolehan pesawat Ka-50 yang lepas.
Saya percaya sekiranya kaedah proses perolehan atau tender antarabangsa dibuat Tentera Darat dan TUDM akan berjaya mendapatkan helikopter Black Hawk ini tanpa alasan- alasan pelik sebagaimana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Timbalan MENHAN dalam
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
jawapan lisan saya sebelum ini pada 16 Julai 2024 di Dewan yang mulia ini di mana YB Alor Gajah merupakan Timbalan MENHAN ada menyebut situasi perang di Ukraine adalah punca kenapa proses perolehan pesawat helikopter Black Hawk dari syarikat Aerotree ini tergendala.
Jawapan ini bukan sahaja pelik, malah seakan bersifat satu bahan jenaka mengambil kira perolehan pesawat dari jenis variasi yang sama S-70i Black Hawk dari Kerajaan Filipina yang jauh lebih banyak iaitu berjumlah 32 buah tidak menemui sebarang masalah dan berjalan lancar.
Tan Sri Yang di-Pertua, kegagalan MINDEF mendapatkan pesawat helikopter UH-60 Black Hawk ini bukan sahaja merugikan pihak Tentera Darat yang amat memerlukan keupayaan pesawat jenis ini malah membuka peluang kepada pelobi-pelobi lain yang mahu MINDEF mendapatkan helikopter sedia ada dari syarikat mereka untuk diberikan secara sewaan GOCOM kepada kerajaan walaupun tawaran keupayaan helikopter berkenaan tidak menepati kumpulan sebenar end user serta tidak bersifat battle-proven seperti Black Hawk.
Justeru itu, saya sangat berharap kegagalan Syarikat Aerotree Sdn. Bhd ini tidak boleh dipandang ringan dan mereka harus didenda oleh MINDEF berdasarkan kepada terma kontrak yang telah dimeterai sebelum ini sebagai balasan ganti rugi masa dan ruang setiap siaga ATM untuk melaksanakan tugas menjaga dan melindungi kedaulatan negara.
Apakah ada terma dan syarat seperti itu dalam konteks yang dianugerahkan kepada syarikat Aerotree sekiranya mereka gagal melaksanakan tanggungjawab mereka atau adakah kontrak yang dimeterai sebelum ini hanya bersifat berat sebelah tanpa menyebut atau menggariskan sebarang klausa kepentingan kerajaan atau tindakan yang boleh MINDEF kenakan kepada syarikat sekiranya mereka gagal melaksanakan peranan dan tanggungjawab mereka?
Pada minggu yang lalu, dunia dikejutkan tindakan biadab dan tidak bertanggungjawab daripada tentera Israel yang secara sengaja menyerang pos-pos tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Selatan Lubnan dengan sejumlah pekerja UNIFIL dan juga tentera pengaman dari Sri Lanka dan Indonesia telah mengalami kecederaan akibat serangan sengaja yang dibuat oleh tentera rejim Zionis.
Saya juga mengambil maklum perkembangan mutakhir keadaan keselamatan pasukan MALBAT UNIFIL 850-11 di mana pada Mac 2024 yang lalu, kenderaan 4x4 Fitted for Radio (FFR) jenis Cendana Auto milik kontinjen MALBATT UNIFIL telah diserang oleh orang awam di Bandar Tyre, Lubnan serta berjaya dirosakkan dan dipancitkan. Situasi ini ternyata menjelaskan keadaan ancaman sebenar yang sedang dihadapi oleh anggota MALBATT kita di Lubnan.
Saya juga khuatir dengan keadaan aset infantry fighting vehicles (IFV) lain yang digunakan oleh MALBAT UNIFIL terutama daripada jenis APC Radpanzer Condor yang sudah terlalu usang dan tidak lagi relevan untuk digunakan dalam misi pengaman di luar negara. Soalan saya kepada Kementerian Pertahanan, bilakah keupayaan IFV daripada jenis APC Radpanzer Condor yang masih digunakan di Lubnan ini akan dapat digantikan sepenuhnya mengambil kira ancaman baharu?
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Periuk api buatan manusia ataupun improvised explosive devices dan juga serangan generasi baharu mungkin dilancarkan ke atas konvoi pasukan pengaman di Lubnan. Tan Sri, boleh tak minta tambah sikit masa sebab ini keselamatan negara ya.
Tuan Yang di-Pertua
Satu minit sahaja.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Okey, terima kasih, terima kasih. Saya akan potonglah. Saya- Tan Seri Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanyalah kepada MINDEF lah. Saya ingin bertanya, mengambil kira pengalaman MINDEF memperoleh aset kenderaan 4x4 IAG Guardian yang dibuat secara tergesa-gesa pada 2018 yang ternyata tidak memenuhi spesifikasi dan piawaian yang ditetapkan oleh PBB.
Apakah jaminan kepada MINDEF bahawa kontrak sewaan helikopter jenis AW149 dari syarikat pengeluar Leonardo secara GOCOM sebagaimana yang telah diumumkan untuk dianugerahkan kepada syarikat Global Komited Sdn Bhd ia akan membekalkan pesawat helikopter yang benar-benar mempunyai spesifikasi tempur sebagaimana yang diperlukan oleh pihak ATM.
Helikopter untuk kegunaan ATM bukanlah sama dengan tujuan atau kegunaan orang awam. Malahnya ia sangat berbeza dengan kegunaan agensi penguat kuasa seperti pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mahupun Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
Ianya perlu bersifat multirole antara boleh diterbangkan dalam pelbagai keadaan cuaca termasuk operasi penerbangan pada waktu malam serta boleh beroperasi dalam situasi ancaman tembakan daripada musuh kerana itulah spesifikasinya keperluan penggunaan pesawat helikopter untuk ATM adalah bersifat- adalah spesifikasi tempur dan bukan awam. Ianya hendaklah bersifat purposely built for combat bukan helikopter awam yang disesuaikan untuk combat atau search and rescue. Ia adalah dua perkara yang berbeza.
Saya tidak ada masalah kerajaan untuk award perolehan kepada Global Komited memandangkan Global Komited syarikat yang kukuh kewangannya dan owner-nya usahawan bumiputera yang berjaya dan membanggakan kita- semua. Cuma pastikan ATM dibekalkan dengan aset-aset yang mengikut spec dan kehendak user. Di MINDEF, perolehan mestilah user driven, bukan contractor driven. Ini penting memastikan anggota tentera kita mendapat aset yang berkualiti dan sesuai dengan kehendak keadaan mereka.
Yang akhir sekali ialah saya hendak sentuh fasal kawasan saya Tan Sri...
Tuan Yang di-Pertua
Ui lama, panjangnya Yang Berhormat.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Ini kalau Tan Sri bagi lima minit, ini last.
Tuan Yang di-Pertua
Satu minit pun dah lepas dah ini.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Okey, 30 saat.
Tuan Yang di-Pertua
30 saat.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Okey. Saya mohon Tan Sri, MRSM Tanah Merah yang sepatutnya dibina pada RMKe-9 yang sepatutnya telah siap dibina, tetapi ditangguh-tangguh, mohon ia dapat dibina dengan segera. Saya mohon mini stadium ataupun kompleks sukan dapat dibina di Parlimen Tanah Merah khususnya di kawasan Gual Ipoh.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Masa Khairy Jamaluddin jadi Menteri Belia dan Sukan dah berjanji dah isytihar depan ramai, saya mohon ia dikotakan. Saya juga mohon akhir sekali dinaiktarafkan Pasar Besar Tanah Merah yang sangat uzur dan perlu diperbetulkan dan akhir sekali ini, mesin CT scan yang ada di Hospital Tanah Merah ini sudah uzur dan outdated, mohon ia di-upgrade-kan.
Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sama-sama. Saya jemput Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Yang di- Pertua kerana memberi ruang kepada saya pada hari ini untuk berdiri di sini untuk membahaskan Belanjawan 2025.
Belanjawan ini bukan sahaja membuktikan keprihatinan kerajaan, tetapi juga melambangkan kebijaksanaan Perdana Menteri kita Yang Amat Berhormat Tambun dalam membawa negara kita ke arah kemajuan dan kesejahteraan.
Tan Seri Yang di-Pertua, saya ingin memulakan dengan menyentuh angka-angka penting Belanjawan 2025 yang dibentangkan ini melibatkan peruntukan terbesar dalam sejarah iaitu RM421 bilion, meningkat sebanyak RM27.72 bilion berbanding Belanjawan 2024. Ini jelas menunjukkan kesungguhan Yang Amat Berhormat Tambun untuk memastikan pembangunan negara berlaku secara menyeluruh dan mampan.
Pertama sekali saya ingin memuji langkah kerajaan yang menaikkan gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan berkuat kuasa 1 Februari 2025. Ini adalah suatu langkah signifikan dalam membantu rakyat Malaysia dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup. Berbanding dengan tahun sebelumnya, gaji minimum pada tahun 2021 adalah RM1,200 yang kemudian dinaikkan kepada RM1,500 pada 2022.
Langkah ini jelas memperlihatkan kerajaan tidak pernah lepas pandang dalam memastikan pekerja di Malaysia terus mendapat manfaat. Lebih dari itu, Penjawat Awam juga mendapat perhatian istimewa apabila gaji minimum mereka dinaikkan kepada RM2,115 pada tahun 2025. Satu langkah yang sangat dialu-alukan dalam memastikan sektor awam terus menjadi tulang belakang pentadbiran negara yang cekap.
Selanjutnya Tan Seri yang di-Pertua, Belanjawan 2025 ini benar-benar menumpukan kepada usaha mengurangkan jurang sosioekonomi.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang telah memperuntukkan RM250 juta bagi golongan miskin tegar adalah bukti komitmen kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.
Begitu juga Sumbangan Tunai Rahmah yang ditingkatkan kepada RM13 bilion telah membantu golongan B40 serta M40 dalam mengharungi cabaran ekonomi. Pendekatan yang dilaksanakan oleh Yang Amat Berhormat Tambun ini tidak hanya memberikan bantuan jangka pendek, tapi juga membantu golongan yang berpendapatan rendah membina kehidupan
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
yang lebih baik dan mampan. Ini membuktikan keprihatinan kerajaan dalam menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi secara berkesan.
Usaha penyasaran subsidi serta memperkenalkan cukai dividen pada kadar dua peratus atas dividen yang melebihi RM100,000 setahun adalah usaha murni agar individu yang memiliki saham dapat bersama-sama memberi sumbangan untuk perkongsian yang lebih meluas. Diharap usaha ini dapat keyakinan dari semua pihak demi mencapai kesejahteraan di kalangan masyarakat di Malaysia.
Sabah dan Sarawak juga tidak dilupakan. Kerajaan telah memperuntukkan jumlah yang besar bagi pembangunan infrastruktur di kedua-dua negeri ini. Projek Pan Borneo yang melibatkan kos RM25.1 bilion dan Sarawak-Sabah Link Road dengan peruntukan RM7.4 bilion adalah antara projek besar yang dijangka merapatkan jurang pembangunan antara Semenanjung dan Borneo. Penambahan pemberian khas sebanyak RM600 juta untuk Sabah dan Sarawak juga merupakan satu langkah yang sangat dialu-alukan. Dua kali ganda lebih besar daripada tahun sebelumnya.
Dalam Belanjawan 2025 juga, kerajaan turut menekankan kerjasama antara sektor awam dan swasta dengan peruntukan sebanyak RM9 bilion. Kerjasama ini bertujuan mempercepatkan pembangunan infrastruktur seperti lebuh raya dan projek teknologi tinggi.
Inisiatif seperti ini bukan sahaja dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan malah membantu sektor swasta untuk melabur di dalam negara.
Tan Sri Yang di-Pertua, sektor perniagaan kecil dan sederhana (PMKS) terus mendapat sokongan yang kukuh. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM470 juta mengenai institusi kewangan seperti SME Bank, Bank Simpanan Nasional dan MARA untuk PMKS yang dimiliki oleh wanita serta golongan belia. Selain itu, RM1.3 bilion diperuntukkan untuk memperkasakan kontraktor bumiputera G1 hingga G4. Dengan adanya inisiatif seperti ini, saya percaya bahawa sektor PMKS akan terus berkembang pesat dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Menyentuh tentang industri pengurusan aset dan khidmat nasihat pelaburan, Batu Pahat ingin membawa satu senario dalam industri tersebut. Pada tahun 2015, Kementerian Kewangan melalui Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mengumumkan liberalisasi pertama industri pengurusan dana yang membenarkan penubuhan pengurusan dana butik dengan struktur yang lebih mesra pelabur. Sebanyak 12 lesen dana butik diluluskan. Dua darinya adalah milik penuh bumiputera. Bulan ini dibenarkan menyasarkan bilangan pelanggan sebanyak 50 dan jumlah maksimum aset yang boleh diurus adalah sebanyak 750 juta setiap satu.
Kekangan kumpulan ini adalah ia sukar untuk mendapat pelanggan kerana ia tidak disokong oleh bank-bank. Antaranya, ketiadaan rekod prestasi jangka panjang dan sesi dana yang dikumpulkan adalah sangat kecil. Ada kemungkinan pengurusan lesen butik ini boleh menjual lesennya kerana berdepan dengan kesukaran untuk mendapat pelanggan dan tidak mampu untuk menguruskan kos pengurusan. Oleh itu, apakah strategi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk menentukan pengurus dana butik dapat berkembang dan mampu bersaing dengan sihat dalam industri pengurusan pelaburan tempatan?
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Tan Sri Yang di-Pertua, mengenai sejarah negara, budaya dan sosiologi dalam negara ini adalah agenda yang sangat penting kerana ia memelihara keselamatan, kedaulatan negara dan perpaduan negara pada masa akan datang. Maklumat ini, tugas ini telah digalas oleh beberapa agensi seperti antaranya Arkib Negara Malaysia Negeri Johor selama puluhan tahun yang lalu. Namun demikian, agensi ini tidak mempunyai prasarana yang cukup dan bersesuaian dengan peranan yang semakin meningkat pada hari ini.
Oleh itu, Batu Pahat mencadangkan atau menanya, adakah pihak kerajaan akan membina prasarana yang lengkap untuk Arkib Negara Malaysia Negeri Johor bagi memastikan rekod penting kerajaan yang berkaitan isu kehormatan perpaduan negara juga kedaulatan negara lebih terjamin dan diselenggarakan dengan baik pada masa akan datang?
Maka, dengan itu, dengan adanya pembinaan bangunan Arkib Negara Malaysia Negeri Johor, Batu Pahat percaya ia akan menjadi serampang dua mata menyelesaikan isu keselamatan negeri Johor dan kepentingan Malaysia itu sendiri.
Tan Sri Yang di-Pertua, berdasarkan laporan media terkini, penyeludupan diesel bersubsidi di Malaysia, terutama di kawasan sempadan di Bukit Kayu Hitam menyebabkan kerugian dianggarkan sebanyak RM1.2 juta setiap hari. Aktiviti ini melibatkan kenderaan- kenderaan asing yang diubahsuai dengan tangki tambahan untuk mengangkut diesel ke negara jiran. Pada 2022, Malaysia dilaporkan mengalami kerugian besar dalam subsidi diesel dengan jumlah sekitar RM10 bilion setahun diserahkan oleh penyeludupan ini. Oleh itu, Batu Pahat mohon pencerahan bagaimana pihak kementerian dapat menilai keberkesanan sistem penyelarasan subsidi yang telah digunakan sekarang.
Tan Sri Yang di-Pertua, kerajaan telah berjaya menarik pelaburan besar daripada syarikat-syarikat luar untuk membuka data center atau pusat data di negara ini. Ia dilihat oleh pihak luar sebagai satu kejayaan yang besar Kerajaan Malaysia kerana pusat data ini adalah- kelebihannya adalah daya saing pada masa kini dan akan datang.
Baru-baru ini, Amazon dan Google ada menyatakan bahawa mereka mahu pusat data mereka di negara-negara lain juga. Sebelum ini ditampung oleh sumber tenaga nuklear modular untuk memastikan kestabilan dan kecekapan bekalan. Tidak mustahil nanti pusat- pusat data di Malaysia juga mahukan sumber tenaga sama iaitu tenaga nuklear modular.
Sumber tenaga nuklear modular juga dilihat sebagai satu sumber yang cekap, bersih berbanding sumber tenaga lain serta lebih jimat daripada jangka masa sederhana dan panjang. Ini mungkin boleh membantu kerajaan mencapai sasaran sifar karbon menjelang 2050 dan dapat menggantikan sumber tenaga daripada arang batu menjelang 2040.
Untuk rekod Tan Sri Yang di-Pertua, International Energy Agency (IEA) menyatakan pusat data semasa melepaskan satu persen gas rumah kaca dengan penggunaan elektrik mencapai 240 hingga 340 TeraWatt jam pada tahun 2022 berdasarkan sumber tenaga tidak bersih semasa. Jumlah ini setara dengan jumlah keseluruhan penjanaan elektrik di Australia dan lima hingga enam kali ganda penjanaan elektrik di Singapura.
Persoalan saya, adakah kerajaan akan mempertimbangkan modular nuklear sebagai sumber tenaga campuran di negara kita? Jika ya, mohon kerajaan jelaskan apakah sasaran
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
penggunaan daripada segi peratus dan apakah langkah-langkah yang akan diambil terutama dari segi dasar, peraturan dan penggemblengan tenaga pakar?
Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memahamkan orang ramai tentang kepentingan keselamatan dan kecekapan kos penggunaan tenaga ini? Jika tidak, apakah alternatif lain? Apakah ia mampu membantu kerajaan mencapai dasar sifar karbon dan tidak lagi bergantung pada arang batu di samping memastikan kecekapan, kelestarian dan keselamatannya?
Tan Sri Yang di-Pertua, terdapat peruntukan RM21.2 bilion untuk Kementerian Pertahanan di bawah Belanjawan 2025 kali ini dan Batu Pahat beranggapan ia tidak mencukupi untuk memperkasakan pertahanan negara dan mengatasi ancaman serantau.
Melihat bagaimana kapal perang KD Pendekar telah tenggelam baru-baru ini di persisiran pantai Johor, di mana kapal yang telah berusia 45 tahun, masih berkhidmat, akhirnya tenggelam. Hari ini media telah melaporkan dan mengesahkan antara punca kapal KD Pendekar tenggelam adalah kerana dia sudah usang.
Di Dewan yang mulia ini baru-baru ini, Menteri Pertahanan ada menyatakan lebih 171 aset ATM waktu ini telah berusia lebih 30 tahun. Oleh itu, Batu Pahat mohon penjelasan, adakah polisi Kementerian Pertahanan membeli aset ATM yang sudah berusia atau terpakai sepertimana rancangan pemberian pusat tempur terpakai FA10 dari Kerajaan Kuwait? Jadi, Batu Pahat bimbang akan keputusan perolehan aset ATM yang berusia atau terpakai bakal merugikan negara dan keselamatan negara masa depan.
Tan Sri Yang di-Pertua, sebagai Ahli Parlimen yang mewakili rakyat, saya yakin bahawa Belanjawan 2025 adalah satu pelan tindakan yang menyeluruh, mampan dan progresif. Kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Tambun yang mengetuai Kerajaan Perpaduan dalam merangka belanjawan ini harus dipuji kerana ia bukan saja melibatkan perbelanjaan yang besar tapi juga diiringi dengan perancangan yang teliti dan strategik.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Izinkan saya menutup ucapan saya dengan pantun.
*Kuda padi dipacu deras, Sekelip mata tinggal bayang; Daripada bayi sampai warga emas, Belanjawan menyapa penuh sayang.
Pahlawan Melayu gagah berani, Pantang berundur tekad membara; Belanjawan memacu Ekonomi MADANI, Negara makmur rakyat sejahtera.* Batu Pahat mohon menyokong dan selamat menyambut Hari Deepavali. Terima kasih...
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih, Batu Pahat. Sekarang saya jemput Parit.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Parit untuk berbahas pada petang ini.
Secara keseluruhannya, belanjawan ini mengandungi banyak inisiatif yang positif.
Namun, saya ingin mengemukakan beberapa kritikan membina serta persoalan yang perlu diberikan perhatian oleh pihak kerajaan.
Sebelum itu, saya ingin memetik ibrah atau pengajaran daripada Al-Quran. Firman Allah SWT...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Dan orang-orang yang apabila membelanjakan harta, mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak pula kikir, yakni kedekut, dan adalah perbelanjaan itu di tengah-tengah antara yang demikian.” Surah Al-Furqan, ayat 67.
Ayat ini merujuk kepada golongan hamba Allah yang mulia, ibadurrahman yang memiliki sifat keseimbangan dalam perbelanjaan. Allah SWT memuji mereka yang apabila membelanjakan harta tidak berlebihan, al-israf, dengan izin, dan tidak pula kedekut tetapi berada di jalan pertengahan. Para mufasir seperti Ibnu Kathir menjelaskan bahawa ayat ini mengajarkan prinsip pengurusan kewangan yang adil dan bijaksana. Pembaziran dikritik keras kerana ia menandakan kegagalan menguruskan nikmat Allah, manakala kedekut pula menunjukkan kezaliman terhadap diri sendiri dan orang lain yang memerlukan.
Ayat ini sangat relevan dalam konteks pengurusan kewangan negara. Ayat ini mengingatkan kita untuk menguruskan perbelanjaan negara dengan seimbang dan tidak terlalu boros dalam projek yang tidak memberikan manfaat nyata dan pada masa yang sama, tidak terlalu berjimat sehingga mengabaikan keperluan rakyat. Pembaziran atau ketidakadilan dalam perbelanjaan awam akan membawa kepada ketidakstabilan sosial.
Manakala pengurusan yang bijak akan memastikan keadilan dan kesejahteraan untuk semua.
Selain itu, kita boleh mengamati pesanan dalam ayat suci yang lain berkenaan konsep amanah termasuk dalam pengurusan kewangan negara. Firman Allah Ta’ala...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya, “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya, yakni yang berhak menerimanya, dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, Allah menyuruh kamu berhukum dengan hukum yang seadil-adilnya.” Surah An-Nisa’, ayat 58.
Malahan dalam hadis Nabi SAW, hadis diriwayatkan oleh Ibnu Ammar r.a., Rasulullah SAW bersabda...
[Membaca sepotong Hadis] Maksudnya, “Ketahuilah bahawa setiap daripada kamu adalah penjaga dan kamu akan ditanya tentang orang jagaanmu. Seorang pemimpin bagi manusia adalah penjaga bagi rakyatnya dan dia akan ditanya mengenai rakyatnya.” Saya juga berdiri di sini untuk kali yang ketiga berturut-turut membidas sikap keengganan Kerajaan Persekutuan dalam memberikan peruntukan yang seadilnya kepada Ahli-ahli Parlimen daripada pihak oposisi. Kita sedia maklum bahawa peruntukan ini bukan sahaja penting untuk memastikan pembangunan kawasan dapat dilaksanakan dengan
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
sempurna tetapi juga untuk memastikan kesejahteraan rakyat tanpa mengira kawasan atau parti mana yang diwakili.
Malangnya, kita dapat lihat bahawa Ahli-ahli Parlimen, khususnya Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional sering kali dianaktirikan seolah-olah suara dan hak rakyat yang mereka wakili tidak penting lagi. Ini jelas merupakan satu ketidakadilan yang tidak boleh dibiarkan berterusan. Peruntukan kerajaan sepatutnya diagihkan dengan adil mengikut keperluan rakyat, bukan mengikut warna politik.
Saya persembahkan pantun sebagai renungan untuk kita- semua pada petang ini.
*Terbang rendah burung gembala, Hinggap sebentar di pokok sena; Jangan sampai maruah tercela, Jika hak rakyat diserah entah ke mana.
Bunga cempaka di tepi pekan, Harum baunya menjadi idaman; Peruntukan adil harus diutamakan, Bukan kerana parti berlainan.* Rakyat di Parit dan seluruh Malaysia berhak mendapatkan yang terbaik daripada Wakil Rakyat yang mereka pilih. Oleh itu, saya menyeru Kerajaan Persekutuan untuk menilai semula keputusan dan menunjukkan keikhlasan dalam menegakkan prinsip demokrasi yang adil dan saksama.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin menyebut tentang permasalahan di Parit.
Pertama, berkaitan dengan masalah pengeluaran jagung di Alor Sampan, Titi Gantung.
Syabas saya ucapkan kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada petang ini. Satu-satunya Menteri yang ada pada petang ini mendengar. Alhamdulillah, saya syukur kerana Menteri ada.
Masalah pengeluaran jagung di Alor Sampan, Titi Gantung. Terdapat 200 hektar tanah di Alor Sampan yang berpotensi untuk pertanian jagung. Namun, hanya 80 hektar sahaja dapat dimanfaatkan kerana masalah banjir- 120 hektar, berlakunya banjir yang bermusim. Jadi, menyebabkan 120 hektar tidak dapat digunakan. Masalah ini mengakibatkan pengeluaran jagung tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan domestik.
Saya menggesa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk memberi perhatian serius terhadap pembangunan infrastruktur pengairan di kawasan ini agar lebih banyak tanah dapat dimanfaatkan untuk pertanian.
Kedua, berkaitan dengan zon jelapang padi di Perak Tengah. Dalam bajet yang lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa kawasan ini telah digazet sebagai jelapang padi iaitu Bota Kiri. Namun, sehingga kini, masih belum ada tanda-tanda pelaksanaan berlaku.
Ketiga, berkaitan dengan penggunaan semula kilang pemprosesan benih padi yang terdapat di Kompleks Pertanian Titi Gantung yang berkeluasan 200 hektar. Terdapat sebuah pusat pemprosesan benih padi yang tidak digunakan sekarang ini seperti terbiar, tidak dimanfaatkan dengan baik. Saya ingin menggesa KPKM memastikan kilang memproses
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
benih ini dapat beroperasi. Ia juga dapat mengatasi masalah kekurangan benih padi, selain memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Keempat, Tan Sri, berkaitan dengan pembinaan jalan alternatif dari Seri Iskandar ke FELCRA Nasaruddin. Pada ketika ini, anak-anak kita yang bersekolah di sekitar kawasan Seri Iskandar menghadapi masalah ke sekolah masing-masing kerana jalan yang digunakan oleh mereka sekarang terlalu sesak dan memerlukan alternatif segera. Saya mencadangkan agar pembinaan jalan alternatif atau pelebaran laluan utama ke FELCRA Nasaruddin dipertimbangkan oleh Kementerian Kerja Raya untuk memberi kemudahan yang lebih baik kepada ibu bapa dan pelajar di kawasan tersebut.
Kelima, berkaitan dengan pembangunan fasiliti rekreasi di Gelong Pepuyu. Dengan peningkatan populasi penduduk di Gelong Pepuyu disebabkan kewujudan banyaknya kawasan perumahan, wujud satu keperluan mendesak untuk fasiliti rekreasi bagi kegunaan komuniti di sini.
Keenam, berkaitan dengan pembinaan Masjid Titi Gantung. Saya ingin membangkitkan masalah pembinaan Masjid Titi Gantung yang tergendala ketika ini dan perlu ditangani segera. Timbalan Menteri ketika itu telah menjawab di dalam Kamar Khas ketika saya membentangkan perkara ini bahawa 60 peratus, mengikut amalan kebiasaan, 60 peratus daripada bajet yang diperuntukkan untuk bina masjid ini ditanggung oleh pihak kerajaan, 30 oleh kerajaan negeri dan 10 peratus oleh pihak masjid.
Untuk makluman Perdana Menteri dan juga Menteri berkenaan, bahawa pihak masjid telah pun dapat mengumpulkan lebih daripada 10 peratus sebagaimana diminta. Justeru, saya minta tolong kepada Perdana Menteri, kepada Menteri berkenaan untuk pastikan Masjid Titi Gantung ini dapat direalisasikan kerana masjid lama telah dirobohkan dan para jemaah sekarang ini menunaikan masjid di surau-surau yang berhampiran.
Ketujuh, Tan Sri Yang di-Pertua, masalah liputan internet di kawasan Parlimen saya di Parlimen Parit. Saya ingin membangkitkan mengenai masalah lemahnya dan kurangnya liputan internet sejak sekian lama di kampung-kampung di Parlimen Parit yang diwakili oleh saya seperti di Kampung Chopin Kanan, Kampung Sadang, Kampung Belanja Kiri, Kampung Kota Pagar, Kampung Kepala Pulau, Kampung Senin, Kampung Selebuh, Kampung Bukit Chupak, Kampung Merua, Kampung Padang Changkat, Lambor Kanan, Lambor Kiri. Pada era digital ini, akses kepada internet bukan lagi satu keperluan tetapi ia satu hak asasi yang perlu dijamin untuk semua.
Tan Sri Yang di-Pertua, oleh itu, saya menyeru Kementerian Komunikasi melalui program JENDELA untuk mengambil tindakan segera dan drastik bagi meningkatkan infrastruktur internet di kampung-kampung ini demi memastikan masyarakat tidak tertinggal dalam arus kemajuan yang pesat ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, berkaitan dengan reformasi subsidi. Isu reformasi subsidi sememangnya menjadi topik perdebatan yang hangat terutama apabila kerajaan cuba memperkenalkan sistem yang lebih fokus kepada golongan berpendapatan rendah.
Walaupun prinsip asasnya tepat iaitu menyalurkan bantuan kepada mereka yang benar-
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
benar memerlukan dan mengurangkan pemberian subsidi kepada golongan kaya serta warga asing, pelaksanaannya perlu diteliti dengan lebih mendalam.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Ketepatan penyasaran subsidi adalah sangat penting kerana kegagalan dalam aspek ini boleh menyebabkan golongan benar-benar memerlukan terpinggir, manakala golongan yang mampu mungkin terus menikmati manfaat yang tidak sepatutnya. Berkaitan dengan penstrukturan subsidi RON95 yang dijangka menjimatkan RM8 bilion setahun merupakan langkah besar dalam reformasi subsidi dengan matlamat untuk menyalurkan manfaat kepada golongan yang lebih memerlukan dan mengurangkan pembaziran.
Walaupun objektifnya jelas, ia juga membawa kepada persoalan yang kritikal.
Bagaimanakah kerajaan dapat memastikan mekanisme penyasaran ini tidak dapat mengakibatkan beban golongan berpendapatan sederhana yang mungkin berada antara kategori yang layak dan tidak layak? Bagaimanakah ketidakpuasan hati rakyat boleh diatasi dengan langkah yang bersesuaian? Semua ini perlu difikirkan supaya tidak ada golongan, khususnya berpendapatan sederhana yang terhimpit di antara penerima subsidi dan mereka yang dikelaskan sebagai golongan yang kaya.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang peruntukan yang adil, yang patut diberikan kepada negeri-negeri. Sabah dan Sarawak diberikan masing-masing RM6.7 bilion dan RM5.9 bilion untuk meningkatkan infrastruktur dan merapatkan jurang pembangunan adalah langkah yang barangkali wajar, memandangkan kedua-dua negeri ini lama ketinggalan daripada segi pembangunan ekonomi dan sosial.
Namun, kalau kita lihat Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis juga agak ketinggalan dan memerlukan perhatian daripada Kerajaan Pusat dan yang lebih menghairankan saya ialah apabila saya melihat peruntukan yang diberikan pada Pulau Pinang. Projek LRT sahaja mencecah RM10 bilion.
Begitu juga naik taraf airport RM1.5 bilion. Walaupun kalau kita tengok bajet kali ini tidak ada projek mega yang diumumkan tapi saya perhatikan adanya peruntukan mega diberikan pada Pulau Pinang. Jadi, keseimbangan harus diberikan perhatian di antara negeri- negeri di dalam negara kita ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, berkaitan dengan insiden yang tular baru-baru ini. Keamanan dan keharmonian adalah perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat. Saya selaku Ahli Parlimen di Dewan ini mengecam sekeras-kerasnya insiden sekumpulan individu dilihat mengibarkan bendera negara China di kawasan berhampiran Dataran Menara Chondong, Teluk Intan pada waktu malam sambil bersorak pada minggu lepas.
Ini adalah tindakan yang berbentuk provokasi, yang boleh mencetuskan rasa tidak selesa masyarakat. Saya mendapat maklumat bahawa telah berlaku perarakan berunsurkan keagamaan membabitkan kereta berhias yang berlangsung pada jam lapan hingga 11.30 malam dan disertai 400 penonton.
Namun, pihak Polis Diraja Malaysia telah mengesahkan bahawa perarakan yang membawa bendera negara asing itu diadakan tanpa permit. Bahkan, mengikut Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 [Akta 193], seksyen 3, memperuntukkan bahawa
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
tiada seorang pun boleh mempamerkan mana-mana lambang kebangsaan, termasuk bendera negara asing di tempat awam atau sekolah.
Oleh itu, saya menggesa PDRM melaksanakan siasatan yang telus dan memastikan individu atau organisasi yang terlibat dengan insiden ini dikenakan hukuman yang setimpal.
Sebagai penutup Tan Sri di-Pertua, saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan mesti berlaku adil dan saksama dalam mengagihkan peruntukan kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti atau negeri. Setiap kawasan mempunyai hak yang sama untuk menikmati hasil pembangunan negara dan rakyat di setiap penjuru Malaysia berhak untuk merasakan manfaatnya.
Kita tidak boleh terus membiarkan ketidakadilan dalam pengagihan sumber ini berlarutan kerana ia hanya akan memperluaskan jurang pembangunan di antara negeri dan merugikan rakyat. Saya tutup ucapan saya dengan serangkap pantun.
Hujan lebat di Kampung Selbuh, Subur tanaman makin berseri; Agihkan peruntukan jangan ditangguh, Rakyat menilai setiap yang diberi. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Sekarang saya jemput Lubok Antu.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Salam sejahtera, salam segulai sejalai, salam Malaysia MADANI. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberikan Lubok Antu ruang untuk turut serta dalam perbahasan peringkat Dasar ke atas Belanjawan 2025. Pembentangan Belanjawan 2025 kali ini yang melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM421 bilion adalah amat signifikan.
Ini kerana Belanjawan 2025 merupakan belanjawan yang ketiga Kerajaan MADANI serta belanjawan yang terakhir sebelum Rancangan Malaysia Kedua Belas melabuhkan tirainya. Sama ada kita berjaya mencapai sasaran yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas dengan cemerlang atau sebaliknya, ia terpulang kepada rakyat untuk menilai.
Saya percaya, ia bukan sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi untuk Kerajaan MADANI yang baru sahaja menerajui pentadbiran negara selama dua tahun. Kalau nak dijadikan analogi, ia seolah-olah seperti seorang pelajar baru pindah yang cuba menyiapkan assignment kumpulannya yang perlu dihantar pagi esok, pada saat akhir.
Tidak mustahil, pada masa sama sangat mencabar. Apatah lagi dengan keadaan peruntukan pembangunan sebanyak RM86 bilion di bawah Belanjawan 2025 yang sedikit rendah ketimbang RM90 bilion yang diperuntukkan di bawah Perbelanjaan 2024. Justeru, perlu ada tadbir urus yang cekap dan terurus bagi memastikan setiap sen dana yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2025 ini dapat dimanfaatkan dan digunakan sebaik mungkin. Ini adalah amanah rakyat kepada kita sebagai wakil rakyat.
Tan Sri Yang di-Pertua, di kesempatan ini juga saya ingin menyampaikan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun atas komitmen dan
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
usaha konsisten beliau selaku Perdana Menteri untuk mengurangkan jurang pembangunan dan mengembalikan hak Sarawak dan Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963.
Izinkan saya memetik sebahagian daripada ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa membentangkan Belanjawan 2025 tempoh hari, “Kerajaan MADANI menunaikan kesepakatan pemimpin terdahulu terkait Perjanjian Malaysia 1963. Maka tidak harus dipertikaikan sebab Sabah Sarawak harus diberi perhatian khusus.” Kesungguhan Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk merapatkan jurang pembangunan di Sarawak dan Sabah terbukti dengan pemberian peruntukan pembangunan sebanyak RM5.9 bilion pada Sarawak dan RM6.7 bilion pada Sabah untuk tahun 2025.
Pada masa yang sama, Sarawak dan Sabah akan menerima peningkatan pemberian khas interim di bawah Perkara 112C dan 112D, Perlembagaan Persekutuan sebanyak RM600 juta tahun hadapan iaitu meningkatkan sekali ganda ketimbang RM300 juta tahun ini.
Semoga agihan peruntukan ini dapat diterjemahkan kepada lebih banyak projek pembangunan infrastruktur asas dan prasarana penting yang amat diperlukan di kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak dan Sabah.
Ini termasuk untuk memperhebatkan usaha ke arah pembinaan jalan-jalan, membina lebih banyak menara telekomunikasi, sekolah-sekolah dan klinik-klinik, meningkatkan akses kepada bekalan elektrik dan air bersih di kawasan luar bandar dan pedalaman, termasuk di Parlimen Lubok Antu.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya akan berbahas secara lebih terperinci berkenaan projek- projek pembangunan di kawasan saya semasa peringkat Jawatankuasa kelak. Di peringkat Dasar ini, saya ingin memfokuskan hujahan saya kepada hak Sarawak dan Sabah di bawah Perjanjian 1963 sepertimana yang telah dibangkitkan oleh rakan-rakan Ahli Parlimen dari Sarawak dan juga Sabah.
Saya teringat kata keramat Mendiang Tun Jugai yang merupakan seorang pemimpin Sarawak yang menandatangani Perjanjian Malaysia 1963, sekali gus memainkan peranan penting dalam pembentukan Malaysia, dengan izin...
[Bercakap dalam bahasa Iban] Ertinya, “Jangan Malaysia ibarat tebu, manis dipangkal, tawar di hujungnya.” Saya ingin menyatakan rasa kecewa dan terkilan apabila ada pihak yang dengan sengaja membakulsampahkan perjuangan kami sebagai pemimpin dari Sarawak dan Sabah untuk menuntut 1/3 Kerusi Parlimen sebagai jaminan dalam memelihara hak dan keistimewaan Wilayah Borneo di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Ada suara yang mendakwa perjuangan ini sia-sia kerana ia konon tidak termaktub di dalam Perjanjian Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan sedangkan kerusi Parlimen yang sebelumnya milik Singapura sepatutnya diagihkan pada Sarawak dan Sabah selepas keluarnya Singapura daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1965.
Saya ingin menegaskan bahawa pemimpin Sarawak terdahulu menandatangani Perjanjian Malaysia 1963 dengan pemahaman bahawa semua pihak adalah equal partners yang memainkan prinsip check and balance, mencerminkan spirit of the formation of this country seperti mana yang dinyatakan oleh YB Beluran. Kami berpendapat bahawa tuntutan
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
untuk mendapat 1/3 Kerusi Parlimen adalah adil demi memastikan keseimbangan kuasa dan keadilan bagi Wilayah Borneo.
Tan Sri Yang di-Pertua, tuntutan ini bukan sekadar tentang jumlah Kerusi, tetapi juga simbol kesaksamaan dan pengiktirafan terhadap hak Sarawak dan Sabah. Keutamaan kami adalah memastikan suara rakyat di kedua-dua wilayah ini dihormati dalam semua dasar dan keputusan negara.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Kalau dilihat dalam dokumen Inter-Governmental Committee (IGC) Report sewaktu pembentukan Malaysia, jelas dinyatakan di bawah Chapter 1 berkenaan asas penubuhan ICG, dengan izin, “The two government decided to establish an Inter-Governmental Committee, on which the British Malayan, North Borneo, Sarawak Borneo would be represented. Its task was to force out the future constitutional arrangement including safeguard for the special interests of North Borneo and Sarawak to cover matters such as religion, freedom, education, representation in the Federal Parliament.” Jelas terdapat penekanan kepada aspek safeguarding hak istimewa dalam soal representasi dalam Parlimen untuk Sabah dan Sarawak.
Seterusnya juga kita lihat dokumen Malaysia Act di bawah tajuk Safeguard for Constitutional Position of Borneo State di bawah seksyen 66 menyebut, “No amendment to the Constitution which affects its operation as regard the quota of member of the House of Representatives allocated to Borneo State shall be treated for the purpose of clause (1) as equating and assimilating the position of the State to the position of the States of Malaya”.
Ianya kemudiannya terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 161E di mana terjemahan bahasa Melayunya adalah, “Tiada pindaan kepada Perlembagaan ini yang menyentuh perjalanan kuat kuasanya berkenaan dengan kuota Ahli Dewan Rakyat yang diuntukkan bagi negeri Sabah atau Sarawak boleh dikira bagi maksud fasal 1 sebagai menyamakan atau mengasimilasikan kedudukan negeri itu dengan kedudukan negeri-negeri Tanah Melayu. ” Dalam bahasa mudahnya Tan Sri Yang di-Pertua, dalam soal komposisi keahlian Dewan Rakyat, kuota untuk Wilayah Sarawak dan Sabah tidak harus disamakan dengan kuota negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. Kerana apa? Kerana Sarawak dan Sabah adalah wilayah yang sama tarafnya dengan Semenanjung Malaysia. Maka kita berbalik kepada semangat equal partnership yang menjadi asas atau spirit pembentukan Malaysia.
Ini bermakna adalah menjadi hak Wilayah Sarawak dan Sabah untuk diwakili sebanyak satu pertiga Kerusi di Dewan Rakyat sebagai rakan sekutu dan demi menjaga the balance of power dengan izin, dalam urusan yang melibatkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan. There should be no question on this, dengan izin Tan Sri Yang di-Pertua.
Oleh itu, senada dengan rakan-rakan saya dari Sarawak dan Sabah, saya juga ingin menggesa supaya hak Sarawak dan Sabah ke atas satu pertiga kerusi di Dewan Rakyat dapat dikembalikan selaras dengan semangat perjanjian asal, Perjanjian Malaysia 1963.
Semoga ianya dapat dilaksanakan dalam proses Kajian Persempadanan Semula Bahagian- bahagian Pilihan Raya yang akan datang.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Tan Sri Yang di-Pertua, masih berkisarkan mengenai hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia, saya ingin menyentuh sedikit mengenai hujah yang pernah saya utarakan dalam perbahasan Belanjawan 2024 tahun lalu iaitu berkenaan kuasa hak Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak dalam pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.
Ini kerana buat masa ini, di bawah Perlembagaan Persekutuan, kuasa melantik Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi dan Sarawak tidak terletak di bawah TYT Sabah dan Sarawak seperti yang dicadangkan pada asalnya di bawah ICG report sebaliknya ia adalah di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.
Saya difahamkan bahawa pada bulan Mac tahun ini sudah ada perbincangan berkenaan perkara ini di peringkat Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 dan Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA 1963. Maka saya ingin bertanya mengenai apakah perkembangan terkini berkenaan dengan perkara ini dan adakah kerajaan bersedia untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan kuasa melantik pesuruhjaya kehakiman ini dapat dikembalikan pada Sabah dan Sarawak.
Seterusnya Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin beralih kepada topik pendidikan.
Dalam Belanjawan 2025 kali ini, Kementerian Pendidikan sekali lagi menjadi kementerian yang menerima jumlah peruntukan tertinggi. Sebanyak RM57.8 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus, sementara baki RM6.3 bilion lagi adalah untuk perbelanjaan pembangunan. Dengan kesempatan ini juga, saya berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas peruntukan sebanyak RM1 bilion untuk menaik taraf prasarana daif di 543 buah sekolah di Sarawak dan Sabah.
Saya menghargai dan menyokong kesungguhan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan dengan usaha menaik taraf prasarana sekolah daif seperti yang dinyatakan dengan tegasnya dalam ucapan belanjawan beliau di perenggan 194. Saya quote, “Keutamaan saya kekal memastikan ruang pembelajaran yang selesa, selamat dan bermakna untuk anak-anak menimba ilmu.” Saya sendiri telah turun padang ke sekolah-sekolah di kawasan Ulu Skrang dan Ulu Lemanak di bawah Parlimen Lubok Antu untuk meninjau keadaan bilik darjah dan asrama murid yang serba daif di sekolah-sekolah yang terletak di jauh kawasan hulu sungai. Betapa sedihnya melihat anak-anak seawal tujuh tahun hingga 12 tahun terpaksa tinggal jauh daripada keluarga mereka menjalani kehidupan sebagai pelajar di dalam bangunan yang daif, di mana keadaan kelas dan dinding asrama yang reput, atap yang bocor, suasana yang tidak selamat. Keadaan ini mengancam kesihatan fizikal mereka dan memberi kesan negatif kepada mental dan emosi mereka.
Dengan suasana pembelajaran yang tidak kondusif, mereka terhalang daripada mendapat pendidikan dalam persekitaran yang selesa dan selamat yang seharusnya menjadi hak setiap kanak-kanak di negara ini. Oleh yang demikian, saya ingin mendapat perincian berkenaan berapakah keseluruhan peruntukan RM1 bilion tersebut yang akan diagihkan untuk menaik taraf sekolah-sekolah daif di Sarawak khususnya di Lubok Antu. Tan Sri Yang di-Pertua, sepertimana yang dibangkitkan oleh rakan saya, YB Igan tempoh hari, saya juga
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
terpanggil untuk membangkitkan berkenaan isu pengambilan guru khas untuk mengatasi masalah kekurangan guru di Sarawak.
Dalam perbahasan Titah Diraja awal tahun ini, saya pernah membangkitkan soal kekurangan guru di Sarawak khususnya untuk mengajar subjek Bahasa Iban. Justeru, apabila tularnya pengumuman mengenai pengambilan guru khas bagi mengatasi masalah kekurangan guru di Sarawak pada bulan Julai yang lalu, saya amat mengalu-alukan usaha ini kerana ramai anak-anak Sarawak di luar sana berminat untuk berkhidmat sebagai guru di negeri mereka sendiri, tetapi malangnya usaha murni ini hanyalah indah khabar daripada rupa.
Saya menerima banyak aduan berkaitan pengambilan guru khas ini di mana ada berlaku situasi, ada calon dari luar Sarawak yang dipanggil untuk temu duga sedangkan kekosongan tersebut sepatutnya khusus untuk calon dari Sarawak.
Apa yang lebih mengejutkan lagi Tan Sri Yang di-Pertua, tular mesej WhatsApp mengenai seorang calon yang dipanggil untuk menghadiri temu duga untuk mengisi kekosongan Guru Bahasa Iban sedangkan beliau adalah calon berbangsa Melayu, berkelulusan architecture, berasal daripada Semenanjung Malaysia serta langsung tidak fasih berbahasa Iban.
Ini bukan bermakna kami di Sarawak mengamalkan sikap kenegerian Tan Sri Yang di-Pertua, adalah tidak sama sekali. Apa yang berlaku adalah SPP sendiri telah berjanji kekosongan 1,733 guru di Sarawak ini akan diisi oleh calon dari Sarawak, tetapi lain pula jadinya.
Bagi saya, insiden seperti ini amat mengecewakan kerana saya yakin banyak calon di luar sana khususnya anak-anak Sarawak yang berkelayakan dan diberi peluang menghadiri temu duga tersebut. Keadaan ini jelas menunjukkan ada banyak kelemahan yang perlu diperbaiki khususnya pihak KPM dan SPP.
Justeru, saya berharap agar penyelesaian segera dapat diambil dalam perkara ini di antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sarawak, termasuklah dengan memberi keutamaan kepada calon-calon berkelayakan dari Sarawak yang lama memohon jawatan Guru.
Sebagai penutup Tan Sri Yang di-Pertua, tidak lama lagi tahun 2024 bakal melabuhkan tirainya. Begitu juga dengan Rancangan Malaysia Kedua Belas yang akan tamat tempoh tahun hadapan, tetapi saya percaya perjalanan kita masih panjang. Sudah tiba masanya untuk Kerajaan MADANI yang mentadbir pada hari ini untuk mengambil pendekatan yang lebih serius bagi memastikan agenda pembangunan negara dapat dicapai.
Seperti kata-kata Sir Winston Churchill dengan izin, “Now this is not the end. It is not even the beginning of the end but it is perhaps the end of the beginning.” Buat rakan-rakan yang meraikan sambutan Deepavali minggu ini, saya ucapkan Iniya Deepavali Nal Valthukkal.
Selamat Hari Deepavali. Sekian, Lubok Antu mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Lubok Antu. Sekarang saya jemput Kuala Kedah.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk turut sama membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan tahun 2025.
Bajet negara bagi tahun 2025 adalah yang terbesar dalam sejarah Malaysia iaitu RM423 bilion berbanding tahun sebelumnya, RM383.4 bilion. Negara kita terus direkodkan dengan peningkatan bebanan hutang sebanyak RM1.173 trilion pada tahun 2023 meningkat sebanyak RM92.918 bilion atau 8.6 peratus berbanding tahun 2022 yang berjumlah RM1.080 trilion.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Ingat antara belum kena, hemat antara belum habis. Saya lihat perkara ini jika tidak diurus dengan baik maka generasi hadapan akan merana. Dengan jumlah keberhutangan negara yang kian meningkat, Kuala Kedah ingin mendapatkan penjelasan daripada kementerian, apakah mekanisme tuntas pihak kementerian untuk menurunkan kadar pinjaman hutang secara konsisten dan berjadual? Apakah dasar atau rangka strategik kerajaan yang dijadikan platform terpenting untuk mengurangkan kadar keberhutangan negara? Bagaimanakah cara pihak kerajaan mempertahankan kedudukan kadar fiskal negara dalam suasana geopolitik dunia yang tidak menentu pada hari ini?
Tan Sri Yang di-Pertua, walaupun belanjawan ini adalah tertinggi dalam sejarah, namun saya bimbang ia hanya “indah khabar dari rupa”. Selepas satu masalah, datang satu masalah lain pula. Sebelum ini dengan peningkatan kos sara hidup akibat percukaian dan kenaikan harga diesel. Datang pula masalah baru, harga petrol pula hendak dinaikkan.
Kita akan menunggu apa penjelasan daripada pihak kementerian berkenaan T15.
Golongan T15 walaupun gaji mereka besar, kena ukur juga dari sudut bilangan isi rumah.
Dengan kenaikan kos sara hidup, ada yang nak kena bayar yuran taska, ada yang nak kena bayar yuran universiti anak. Itu belum dikira cukai yang dikenakan ke atas mereka. T15 pun boleh jadi B40 kalau tekanan begini diberikan.
Tan Sri Yang di-Pertua, kenaikan gaji minimum RM1,700. Mahupun peningkatan bajet, Skim Tunai Rahmah (STR) dari RM2.9 bilion berbanding RM2.4 bilion sebelumnya tidak berbekas sekiranya kos sara hidup juga turut melambung. Kuala Kedah berpandangan pemberian inisiatif ini hanya menyelesaikan masalah jangka pendek sahaja untuk membantu rakyat berhadapan dengan bebanan kos sara hidup.
Namun inisiatif dan program baru yang mampan perlu diperkenalkan dan diperkasakan supaya mereka mampu menjana pendapatan yang lebih kukuh, menjadikan mereka mampu lebih berdikari. Gunalah segala formula-formula yang ada.
Dalam hal ini, saya ingin bertanya, apakah pihak kementerian ada merangka perancangan yang komprehensif untuk memastikan peningkatan pendapatan isi rumah bagi kategori miskin bandar dan luar bandar? Apakah indikator yang dijadikan asas penentuan tahap kemiskinan yang ditanggung? Berapakah jumlah sebenar mereka yang terperangkap
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
dalam golongan ini? Apakah jalan keluar yang telah dan sedang diusahakan bagi menoktahkan miskin bandar dan luar bandar?
Tan Sri Yang di-Pertua, kata pepatah Melayu, “Tatkala rebung tak dipatah, jadi aur apa gunanya?” Yang bermaksud mendidik anak sebaiknya dari kecil agar kelak dewasa tidak menyusahkan. Pepatah lain berbunyi, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya.”, bermaksud mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi. Kedua-dua pepatah ini merujuk kepada kepentingan pendidikan di usia kanak-kanak yang terkait secara langsung dengan ekosistem pendidikan negara.
Bajet 2025 telah memperuntukkan peruntukan tertinggi berbanding sektor lain berjumlah RM64.1 bilion berbanding RM58.7 bilion tahun sebelumnya. Meskipun bajet ini terfokus kepada pembangunan fizikal, prasarana dan infrastruktur pendidikan, saya berpandangan isi kandungan pengajian pendidikan iaitu silibus kurikulum dan kegiatan kokurikulum tetap menjadi keutamaan yang terpenting. Di sinilah titik tolak kemenjadian murid itu berlaku.
Tan Sri Yang di-Pertua, maklumat tentang kegagalan murid-murid Tahun 1 menguasai 3M. Seramai 122,062 orang amat memeranjatkan dan menggusarkan. Apakah angka ini menunjukkan kegagalan sistem pendidikan di sekolah atau ketidakcapaian piawai yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan? Dalam hal ini, saya ingin mendapatkan pencerahan tentang apakah bentuk langkah-langkah intervensi yang dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah ini secara tuntas?
Sejauh manakah keberhasilan intervensi berkenaan berjaya memulihkan penguasaan 3M dalam kalangan murid yang bermula pada Julai lalu? Apakah pihak kementerian berusaha mengadakan libat urus bersama PIBG bagi mengetahui dengan lebih mendalam tentang punca-punca masalah ini berlaku dan komitmen para ibu bapa dalam hal ini?
Selain itu, saya meyakini bahawa pihak kementerian benar-benar memahami tentang kepentingan penguasaan ilmu pedagogi dan kaedah-kaedah penyediaan bahan-bahan P&P yang berkesan dalam kalangan guru. Dalam konteks ini, apakah mata pelajaran yang diajar menepati nisbah guru yang ditentukan mengikut kepakaran subjek baik di peringkat sekolah rendah dan menengah?
Nyatakan skim latihan keguruan yang ditawarkan di dalam negara dan berapakah bilangan terkini Guru Pelatih mengikut kepakaran? Apakah jumlah kekosongan jawatan guru terlatih telah pun dipenuhi? Jika tidak, berapakah lagi yang perlu diisi dengan mengikut kesesuaian bidang-bidang yang telah ditetapkan termasuklah bidang guru pakar STEM dan TVET yang sering diperkatakan?
Tan Sri Yang di-Pertua, selain bidang pendidikan, Bajet 2025 juga memperuntukkan sebanyak RM550 juta untuk mempergiatkan promosi sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Peruntukan yang diletakkan di bawah urusan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) ini meningkat berbanding RM350 juta pada tahun sebelumnya.
Seperti yang diketahui bahawa produk-produk pelancongan sama ada berbentuk pelancongan marin, alam flora atau selainnya. Ini berada di negeri-negeri. Sebagai contoh,
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Kedah memiliki beberapa buah pulau cantik yang telah disenaraikan sebagai pulau taman laut seperti Pulau Paya, Pulau Kaca, Pulau Lembu dan Pulau Segantang yang terpelihara ekosistemnya.
Begitu juga beberapa batang sungai tempatan termasuklah Sungai Anak Bukit yang berada di dalam Parlimen Kuala Kedah kini menjadi tumpuan peminat pemancing ikan toman dan udang galah. Soalan saya, sejauh manakah usaha-usaha dilaksanakan antara pihak MOTAC dan negeri untuk mengangkat produk pelancongan baru dalam negara khasnya di negeri Kedah dan negeri-negeri lain?
Apakah jenis bidang kesenian yang menjadi fokus untuk dijadikan daya tarikan pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2026? Apakah penggiat seni ataupun pengusaha pusat pelancongan akan berpeluang mendapat limpahan daripada peruntukan besar ini? Tahun Melawat Malaysia 2026 sudah tidak lama. Apakah persediaan kita?
Tan Sri Yang di-Pertua, industri perikanan amat rapat dengan Kuala Kedah. Industri perikanan merupakan salah satu pendapatan utama masyarakat pesisir pantai laut negara.
Dalam Bajet 2025, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2.78 bilion khusus untuk subsidi, bantuan dan insentif bagi menyokong golongan pesawah dan nelayan berbanding RM2.6 bilion tahun lalu. Jelas ia di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Dalam hal perikanan terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh nelayan terutamanya di Kuala Kedah. Antaranya pertama, penurunan hasil tangkapan. Yang kedua, persaingan dengan nelayan komersial dan yang ketiga adalah kenaikan kos operasi. Kos bahan api, peralatan menangkap ikan dan penyelenggaraan bot nelayan semakin meningkat.
Walaupun kerajaan menyediakan subsidi bahan api dan bantuan elaun sara hidup, ia tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan kos operasi nelayan. Ini adalah antara masalah yang dihadapi oleh nelayan.
Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian, apakah langkah- langkah yang diambil bagi meningkatkan pendapatan isi rumah nelayan berdasarkan pelaksanaan program-program terkandung dalam Bajet 2024 yang lalu? Apakah usaha kerajaan untuk meningkatkan jumlah kuantiti tangkapan di wilayah pesisir dan laut dalam, dalam negara?
Selain itu, apakah kementerian bercadang untuk membuka semula pendaftaran lesen vessel dan tambahan pemegang kad nelayan memandangkan ramai yang saya temui rata-ratanya di kalangan anak-anak muda berumur antara 20-an dan 30-an atau dalam kategori B40 bertanyakan tentang lesen nelayan. Bahkan mereka sanggup tidak mendapat subsidi diesel, tetapi cukup sekadar memperoleh lesen turun laut untuk mencari nafkah.
Bilakah pembekuan lesen ini akan berakhir?
Tan Sri Yang di-Pertua, saya seperti Ahli-ahli Dewan yang lain, Kuala Kedah menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA). Mengenai komitmen kerajaan dalam pembinaan 12 Projek RTB melibatkan peruntukan sejumlah RM3 bilion bagi menangani cuaca ekstrem dan banjir seluruh negara. Saya membangkitkan hal RTB ini kerana di dalam Parlimen Kuala Kedah
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
juga terdapat projek RTB yang sedang dan dalam fasa pembinaan iaitu RTB Sungai Kedah, Sungai Anak Bukit.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Mengikut Yang Berhormat Menteri, merangkap pengerusi bersama pembangunan negeri dalam lawatannya di Kedah pada Januari lalu menyatakan bahawa jangkaan siap RTB berkenaan adalah pada bulan September 2024. Namun, ia tidak siap seperti yang dijangkakan meski pun tempoh proses lanjutan tempoh (EOT) diusahakan.
Soalan saya, bilakah projek ini dijangka siap sepenuhnya memandang pada ketika lawatan berkenaan berlangsung, kadar capaian siap menjangkau 78.13 peratus seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian bertarikh 15 Januari 2024? Kedua, apakah kekangan yang melambatkan proses pembinaan RTB tersebut sehingga membuatkan rakyat tertanya-tanya dan apakah tindakan drastik bagi pihak kementerian untuk menyudahkan binaan RTB berkenaan?
Tan Sri Yang di-Pertua, terkait dengan Sungai Kedah, Anak Bukit. Pada 16 September yang lalu, taburan hujan di negeri utara telah meningkat menyebabkan fenomena banjir tidak dapat dielakkan. Tambahan pula musibah ini kebetulan bertembung dengan fenomena air pasang besar dan memberi implikasi proses surut air terganggu.
Dalam tempoh berkenaan sehingga 17 Oktober yang lalu, penduduk di lokaliti sekitar Sungai Anak Bukit berhadapan tiga gelombang banjir yang melibatkan pesawah-pesawah seperti di Kampung Alor Madi, Alor Ganu, Alor Gonchar, Kampung Chegar dan beberapa buah kampung lain yang terkesan dengan musibah ini.
Dalam hal ini, rakyat di sana ingin mendapatkan penjelasan mengenai bantuan seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan bajet tempoh hari. Bagaimanakah kaedah agihan dan apakah mekanisme pemberian itu dilaksanakan?
Tan Sri Yang di-Pertua, sebagai penutup, saya mewakili seluruh rakyat Parlimen Kuala Kedah mengecam sekeras-kerasnya kekejaman rejim Zionis Israel yang telah melakukan pembunuhan beramai-ramai di bumi Palestin. Sehingga ke hari ini, jumlah yang syahid di bumi Gaza telah mencecah 43,020 orang dan kebanyakan mangsa terdiri daripada kaum wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa.
Kini rejim ganas Israel memulakan percikan api penjajahannya ke selatan Lubnan dan cuba menyalakan api persengketaan dengan negara Iran. Dalam konflik ini, Kuala Kedah berpendirian menggesa supaya pihak kerajaan tegas mengekalkan menyatakan sokongan padu kepada pembebasan rakyat dan bumi Palestin serta menghantar isyarat jelas kepada Amerika Syarikat yang menyokong dasar pelindungan Israel tentang kebiadaban mereka.
Di samping itu, saya amat mengharapkan supaya pihak Wisma Putra menyediakan SOP khusus bagi warganegara Malaysia yang berada dan negara bergolak agar segala kemungkinan berlaku dapat segera ditangani dengan teratur dan tersusun demi keselamatan mereka. Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Ke Kuala Kedah perahu dilayar, Angin bertiup menderu di pantai; Belanjawan ini kelihatan pudar, Risau nasib rakyat terabai. Sekian, ucapan perbahasan Kuala Kedah. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana membenarkan saya peluang untuk membahas Belanjawan 2025.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya menyokong Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri yang begitu komprehensif, menjaga kebajikan rakyat, membuat pembaharuan dan penambahbaikan pentadbiran kerajaan dan juga projek-projek yang dirancang untuk dilaksanakan demi kebaikan rakyat. Walau bagaimana pun, saya ada sedikit teguran dan juga cadangan untuk dipertimbangkan oleh pihak kerajaan.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya berharap dan mengesyorkan kepada kerajaan supaya membaiki sikap dan pandangannya terhadap orang yang kaya dan cara kerajaan menolong mereka yang memerlukan pertolongan.
Pertama, pandangan dan sikap sinis terhadap kumpulan orang kaya T15 yang digelar oleh Perdana Menteri sebagai kumpulan maha kaya yang tidak harus menikmati subsidi dan perkhidmatan kerajaan yang bersubsidi hendaklah diubah.
Ramai kumpulan T15 ini merasa terkilan dan terguris hati kerana pencapaian dan sumbangan mereka kepada kerajaan dan negara kita tidak dihargai. Kerajaan hendaklah menghargai setiap rakyat Malaysia terutamanya golongan T15 ini kerana tanpa kumpulan ini, kerajaan tidak akan mampu membiayai pelbagai pemberian kebajikan seperti Sumbangan Tunai Rahmah, SARA dan pertolongan kebajikan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan kerajaan juga mungkin tidak mampu membayar gaji penjawat-penjawat awam ini.
Ini adalah kerana mereka yang berpendapatan tertinggi satu peratus rakyat Malaysia T1, menyumbang 20 peratus daripada cukai kerajaan dan mereka yang berpendapatan teratas 15 peratus, rakyat Malaysia T15 menyumbang 80 peratus daripada cukai kerajaan.
Kumpulan T15 ini juga menjadi penjana ekonomi negara dan menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Kita mesti belajar daripada sejarah negara-negara komunis seperti negara China dan Vietnam.
Pada permulaan parti-parti komunis mentadbir negara-negara ini, mereka pandang serong dan sinis terhadap usahawan, peniaga dan mereka yang kaya. Perniagaan mereka ditutup, tanah dan harta dirampas supaya diagihkan kepada yang miskin supaya semua menjadi sama rata. Dengan izin, private enterprises and private production of food was not allowed totally. Akhirnya semua rakyatnya sama rata, tetapi sama rata miskin. Tanpa ada kumpulan yang menjana kekayaan, apakah yang hendak diagihkan? Negara China dan negara Vietnam telah mempelajari pelajaran mereka. Janganlah kita pula yang mengulangi kesilapan mereka.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Kedua, kerajaan terlalu menekankan pemberian kebajikan kepada rakyat, tetapi terabai menekan tentang perlunya rakyat kita untuk selalu cuba berusaha sendiri atau berdikari. Kerajaan mesti menekankan kepada rakyat bahawa kita mesti rajin bekerja dan berikhtiar menuju kejayaan dengan menambah kebolehan dan kekayaan.
Dengan izin pepatah bahasa Inggeris, *“Give a man a fish, and you feed him for a day.
Teach a man to fish and you feed him for a lifetime.”* Adalah penting kerajaan memupuk satu sikap dan nilai yang betul kepada rakyat, barulah kita boleh maju dan berjaya. Dengan ini, saya ingin kongsikan nilai-nilai yang saya pelajari daripada nenek dan ibu bapa saya. Bagi saya, sungguh pun mereka penoreh getah, ibu bapa saya penoreh getah, bagi saya sikap dan nilai-nilai berikut adalah nilai dan sikap yang betul.
Pertama, dengan izin dalam bahasa Mandarin, [Berucap dalam bahasa Mandarin] yang bermaksud, “Wang haram, wang yang tidak patut dan tidak adil, kita tak nak. Itulah nilai yang mesti kita ada.” Bukan sahaja ‘é’ ini, bukan sahaja ‘pu é’ ini bukan sahaja wang haram, tetapi juga yang tidak patut dan tidak adil. Jika nilai ini diamalkan, negara kita tidak akan ada rasuah, kecurian dana awam dan perhubungan sesama manusia akan lebih adil dan saksama.
Kedua, apabila miskin, kita hidup dalam kemampuan kita. Dalam pepatah Melayu, “ukur baju di badan sendiri.” Kita tidak perlu malu kalau kita miskin, tapi kita banyak cara untuk kita berjimat. Daripada pengalaman saya, ibu bapa saya mereka masak di rumah, tidak makan di luar. Beli beg tepung untuk buat- yang dulu dibuat daripada kapas untuk baju tidur dan pakaian ke ladang. Beli kuih bulan pada hari perayaan. Petang itu harganya setengah harga. Begitulah kalau nak beli durian, belilah pada masa petang secara berlonggok yang murah dan juga lain-lain cara untuk memastikan sungguh pun kita miskin, tetapi kita tidak rasa miskin dan mencukup- tak cukup untuk keluarga.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Bagi saya, saya keluarga 10 orang, nenek, ibu-bapa dan tujuh adik-beradik kita tak rasa miskin.
Ketiga, sungguhpun kita miskin, kita mesti bercita-cita untuk menambah kebolehan dan berusaha menjadi kaya. Menjadi kaya itu sesuatu yang baik dan bukan dipandang sinis atau dihina. Harap kerajaan anggap untuk kaya ini satu kebaikan, bukan satu keburukan.
Keempat, melainkan kita uzur, tidak berdaya atau dalam keadaan yang tertekan seperti seorang ibu tunggal yang mempunyai ramai anak, mengemis atau menerima bantuan kebajikan adalah sesuatu yang memalukan. Ini setiap rakyat Malaysia mesti ada sikap ini.
Kelima, apabila hendak memohon untuk bantuan daripada mana-mana pihak termasuk bantuan kerajaan, adakah permohonan kita akan menidakkan orang lain yang dalam keadaan lebih teruk daripada kita untuk menerima bantuan tersebut?
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Saya masih ingat semasa kakak saya nak ke universiti, bapa hendak mohon RM600 pinjaman dari Manjung Kutien Association, emak saya atau ibu saya memberhentikan beliau daripada memohon kerana dikatakan ada lain yang lebih susah daripada kami. Kerana kita sekurang-kurangnya ada ladang di mana torehan getah itu 100 peratus kita terima.
Ada mereka yang lebih miskin dan toreh untuk tauke lain, mereka hanya dapat 30 persen. Inilah mesti sikap rakyat semasa kita memohon untuk bantuan. Kerana saya takut sikap entitlement ini akan berlaku di Malaysia, di mana rakyat menganggap pemberian itu sepatutnya diberikan oleh mereka. Padahal kita tahu pemberian ini adalah satu pertolongan kepada mereka yang perlu.
Akhir sekali, apabila sudah berada atau sudah kaya, kita kerja untuk tolong atau berkati orang yang lain. Ini ajaran ibu kepada saya selepas anak-anaknya sudah membesar dan bekerja dan mendapat pendapatan yang tinggi, kami minta beliau berhenti menoreh getah, beliau berkata asal saya masih mampu bekerja, saya haruslah produktif dan semua yang diuntungkan itu diberikan kepada yang miskin.
Akhir sekali Puan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada projek-projek yang diumumkan untuk dilaksanakan di negeri Perak. Empat projek besar iaitu:
(i) Taman Perindustrian Hijau Bersatu Kerian (KIGIP);
(ii) Projek Penyaluran Air Mentah Sungai Perak untuk bekalan air di kawasan Utara Perak dan Pulau Pinang;
(iii) Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim; dan
(iv) Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC).
Saya memohon kepada kerajaan untuk memberitahu sejauh manakah pelaksanaan projek-projek ini? Berkenaan dengan projek kedua di atas iaitu Projek Penyaluran Air Mentah Sungai Perak untuk bekalan air di kawasan Utara Perak dan Pulau Pinang, saya ingin tahu sama ada kerajaan pernah mempertimbangkan untuk cadangan ini iaitu memandangkan di Utara Perak sentiasa berlaku banjir pada penghujung tahun, adakah kerajaan mempertimbangkan untuk membuat satu empangan atau cara lain untuk menyimpan air itu untuk kegunaan Utara Perak dan Pulau Pinang? Adakah ini lebih menjimatkan daripada membina paip air daripada Sungai Perak ke Utara Perak dan Pulau Pinang?
Memandangkan kerajaan sudah mengumumkan bersedia untuk membelanjakan RM4 bilion untuk projek ini, adakah membuat satu empangan ini lebih baik dan juga boleh menyelesaikan masalah banjir di Utara Perak? Saya berharap semua projek-projek ini bukan sekadar pengumuman sahaja tetapi ia dapat dilaksanakan dengan sempurna dan berjaya untuk memastikan ekonomi ia akan menolong menjana ekonomi negeri Perak dan membawa kesejahteraan dan keselesaan kepada rakyat negeri Perak. Itulah saja yang ingin saya nyatakan dan harap mendapat jawapan. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Saya jemput Yang Berhormat Mersing.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 pada hari ini.
Terdapat aspek-aspek positif dalam Bajet 2025 yang telah dibentangkan dan wajar dipuji. Antaranya, usaha kerajaan dalam memperkukuh kerangka ekonomi hijau dan mempromosikan tenaga lestari yang menunjukkan komitmen ke arah kelestarian alam sekitar.
Selain itu, langkah-langkah seperti meningkatkan peruntukan untuk pendidikan serta kesihatan juga menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam membaiki kualiti hidup rakyat.
Tumpuan kepada pemodenan sektor pertanian dan industri juga merupakan langkah yang tepat untuk memacu pertumbuhan sektor-sektor ini sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan daya saing negara di peringkat global.
Namun begitu, walaupun Bajet 2025 dihias dengan janji-janji manis untuk membangunkan ekonomi dan kesihatan rakyat, hakikatnya bajet ini masih gagal menangani isu-isu fundamental seperti beban hutang negara yang semakin meningkat, ketidakseimbangan dalam peruntukan kepada sektor-sektor penting serta kegagalan memberikan penyelesaian yang mampan untuk kos sara hidup yang terus membebankan rakyat.
Kita tidak boleh menutup mata terhadap ketidakseimbangan dalam pelaksanaan dasar-dasar yang sepatutnya memberi tumpuan kepada peningkatan daya saing negara, pembasmian kemiskinan dan pemerkasaan ekonomi rakyat terbanyak, terutamanya golongan B40 yang masih terpinggir.
Tuan Yang di-Pertua, tumpuan saya adalah ke arah melihat bagaimana tindakan kerajaan memutuskan dasar untuk menyasarkan subsidi kepada golongan yang layak.
Sedangkan untuk melaksanakan pelarasan subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025 menimbulkan kebimbangan serius terhadap impak yang akan dirasai oleh golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Langkah ini, walaupun bertujuan mengurangkan beban fiskal negara dan menggalakkan penggunaan tenaga bersih, mungkin memberi kesan negatif terhadap kos sara hidup rakyat, terutama dalam suasana ekonomi yang masih tidak menentu pasca pandemik. Golongan B40 dan M40 yang bergantung kepada subsidi ini untuk keperluan harian mereka akan terjejas, meningkatkan beban kewangan mereka terutamanya dengan kenaikan harga barang akibat peningkatan kos logistik.
Masalah berlakunya ketirisan dalam penyasaran subsidi diesel umpamanya masih berlaku dan perkara ini memaparkan kaedah penguatkuasaan yang masih terdapat kelompongan yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh kerajaan. Meskipun dengan adanya bantuan sosial seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang ditingkatkan dari RM10 bilion kepada RM13 bilion dengan anggaran penerima sebanyak sembilan juta orang.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Namun, sejauh mana peningkatan sumbangan ini mampu menangani kegusaran 85 peratus rakyat Malaysia yang dijamin tidak akan mengalami kesan rasionalisasi subsidi ini masih belum terjawab. Saya menggesa kerajaan menangguhkan rancangan untuk melaksanakan penyasaran subsidi RON95 rakyat khususnya mereka yang menerima gaji minimum RM1,700 tahun hadapan dan penjawat awam yang baru menerima penyelarasan gaji harus diberi peluang merasai kesan positif pendapatan yang lebih stabil.
Dua kelompok terbesar ini perlu diberikan perhatian dan keadilan sebelum subsidi petrol dikaji semula. Pengalaman rakyat yang sudah terkesan dengan pemansuhan subsidi diesel walaupun inisiatif BUDI MADANI diperkenalkan menunjukkan banyak kekangan yang dihadapi dalam mendapatkan bantuan tersebut.
Kerajaan perlu menangguhkan penyasaran subsidi ini bagi menyiapkan infrastruktur dan sistem pengagihan subsidi bersasar supaya tiada rakyat yang layak terlepas daripada menerima manfaat tersebut. Selain itu, pemantauan dan penguatkuasaan di stesen minyak dan sempadan negara perlu ditingkatkan agar tiada salah guna subsidi oleh golongan yang tidak layak.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan isu Ikhtiar 21
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura yang berpotensi besar merangsang ekonomi Johor dan memperkukuh hubungan rentas sempadan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan isu Ikhtiar 21
Namun, beberapa isu kritikal memerlukan perhatian serius demi memastikan kejayaannya. Pertama, perancangan infrastruktur dan logistik. Walaupun zon ini dijangka meningkatkan aliran perdagangan, kita belum melihat perancangan jelas tentang pelaburan dalam jaringan jalan raya, pelabuhan dan landasan kereta api yang diperlukan.
Tanpa pelaburan yang mencukupi, usaha ini boleh terjejas dan tidak mencapai matlamatnya. Isu kesesakan yang kerap masih dilaporkan berlaku di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar.
Justeru, saya mencadangkan agar pelan induk logistik diwujudkan untuk memudahkan aliran perdagangan dan mengurangkan kos pengangkutan. Kerajaan perlu mengintegrasikan Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura yang dijadualkan mula beroperasi menjelang akhir 2026 dengan Sistem Transit Aliran Ringan
(LRT) atau projek Sistem Aliran Transit Automasi (ART) Johor sendiri dan projek Keretapi Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) yang dicadangkan untuk dihidupkan semula.
Kedua, peluang pekerjaan untuk anak tempatan. Zon ini menjanjikan banyak peluang pekerjaan, namun tiada jaminan jelas bahawa rakyat Johor akan diberi keutamaan.
Saya khuatir jika kebergantungan kepada tenaga kerja asing tidak dikurangkan, anak tempatan akan terus terpinggir. Kerajaan perlu segera melaksanakan program latihan kemahiran untuk memastikan rakyat tempatan bersedia mengisi jawatan-jawatan tersebut.
Ketiga, kerjasama inovasi dan teknologi dengan Singapura dan diharapkan akan memacu ekonomi teknologi tinggi di Johor. Namun, adakah kerajaan telah menyediakan ekosistem yang mencukupi untuk menyokong inovasi ini. Kita tidak mahu hanya bergantung kepada pelabur luar tanpa memperkasakan kemampuan teknologi tempatan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan isu Ikhtiar 21
Keempat, dari sudut daya saing. Kerajaan perlu memperkenalkan dasar mesra pelabur seperti inisiatif cukai dan pengurangan kos operasi. Tetapi, perlu berhati-hati agar tidak memberikan kelebihan keterlaluan kepada pelabur asing sehingga merugikan rakyat tempatan.
Akhir sekali, ekonomi hijau dan kelestarian dalam Zon Ekonomi Khas Johor Bahru, Johor-Singapura perlu diberi perhatian. Pengintegrasian agenda hijau masih belum jelas dalam pelan pembangunan. Tanpa komitmen kepada teknologi mesra alam dan tenaga hijau, kita mungkin ketinggalan dalam usaha menjadikan Johor sebagai destinasi pelaburan yang menarik pada era peralihan tenaga global.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya membawa perhatian Dewan yang mulia ini pada Daerah Mersing sebuah kawasan yang kaya dengan potensi ekonomi yang besar. Selain sektor pelancongan, Mersing juga mempunyai sumber ekonomi utama seperti perikanan, pertanian dan perladangan yang menyumbang kepada kesejahteraan ekonomi tempatan.
Oleh itu, saya ingin mencadangkan beberapa perkara bagi memastikan pembangunan lestari dan mampan dalam sektor pelancongan serta sektor-sektor ekonomi lain di Parlimen Mersing.
Pertama, pembangunan infrastruktur-infrastruktur pelancongan dan komuniti nelayan yang mampan. Mersing terkenal dengan keindahan pantai serta pulau-pulau yang menjadi tumpuan pelancong. Namun, kita tidak boleh menafikan bahawa sektor perikanan juga merupakan nadi ekonomi penting bagi penduduk di sini. Saya menyeru kerajaan untuk memastikan peruntukkan yang mencukupi dalam bajet ini bagi meningkatkan infrastruktur di Jeti Mersing yang akan memanfaatkan kedua-kedua sektor pelancongan dan perikanan.
Justeru, saya ingin bertanyakan cadangan pembinaan benteng pemecah ombak di Kuala Sungai Mersing dan cadangan perluasan had pelabuhan Mersing. Selain itu, kerajaan juga perlu memberikan perhatian kepada peningkatan kemudahan dan peralatan untuk nelayan tempatan termasuk subsidi diesel, bantuan teknikal serta program latihan bagi meningkatkan produktiviti dan pendapatan mereka. Ini penting bagi memastikan sektor perikanan di Mersing dapat terus berkembang secara mampan tanpa menjejaskan sumber laut yang kita bergantung kepadanya.
Bagi membentuk komuniti nelayan yang mampan juga, saya ingin memohon pihak kerajaan membuat pengecualian peralatan tambahan dalam perkara 8.5 bagi kelulusan permit membawa penumpang rekreasi. Ini adalah kerana peralatan-peralatan ini terlalu mahal untuk disediakan oleh nelayan tradisi ini. Seterusnya, saya memohon supaya tempoh lesen Pukat Tunda Musim Tengkujuh (PTMT) dikekalkan tempohnya sehingga 31 Mac setiap tahun. Sebagai makluman, hanya terdapat 20 buah sahaja bot yang masih memiliki PTMT di Daerah Mersing. Penetapan tempoh ini penting agar nelayan dapat menjalankan aktiviti pukat tunda bagi menambah pendapatan keluarga.
Akhir sekali, saya memohon agar lesen vessel rekreasi, lesen JMS Jabatan Laut dapat disemak semula. Kelulusan lesen vessel nelayan baharu Zon A, B dan C Jabatan Perikanan Malaysia telah pun dibekukan bagi menjaga sumber perikanan negara. Sekiranya pihak Jabatan Laut masih berterusan mengeluar dan meluluskan lesen-lesen baharu JMS,
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan isu Ikhtiar 21
objektif Jabatan Perikanan Malaysia tidak akan berjaya kerana akan berlaku pertindihan kawasan-kawasan nelayan pantai lesen sampan bagi mencari tangkapan harian mereka.
Kedua, perkembangan sektor pertanian dan perladangan di Mersing. Selain perikanan, Mersing juga terkenal dengan sektor pertanian dan perladangan termasuk tanaman kelapa sawit, buah-buahan dan sawah padi. Saya menyambut baik usaha kerajaan untuk memperuntukkan dana khas dalam Bajet 2025 bagi memperluas penggunaan teknologi moden dalam pertanian dan perladangan.
Teknologi seperti pertanian pintar smart farming dan penggunaan dron dalam pemantauan ladang boleh meningkatkan hasil tanaman dengan lebih efisien dan mengurangkan kos operasi. Di samping itu, sokongan pada para petani dan peladang dalam bentuk insentif dan bantuan kewangan bagi penambahbaikan infrastruktur pertanian seperti sistem pengairan moden untuk sawah padi dan kemudahan penyimpanan hasil tanaman adalah amat diperlukan bagi menjamin pertumbuhan ekonomi yang berterusan dalam sektor ini.
Justeru, saya ingin bertanyakan status terkini permohonan untuk memasukkan kawasan sawah padi di Kampung Semaloi dan Kampung Air Papan ke dalam kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA Rompin) serta status terkini cadangan pembentukan IADA Wilayah Selatan.
Ketiga, promosi Mersing sebagai hab ekopelancongan dan pusat pertanian mampan.
Mersing berpotensi untuk menjadi sebuah hab ekopelancongan yang bukan sahaja menarik pelancong dari dalam negara tetapi juga dari luar negara. Saya menyambut baik persiapan rapi yang akan dilakukan menjelang tahun Melawat Malaysia 2026 yang selaras dengan Tahun Melawat Johor 2026.
Hampir RM550 juta disediakan bagi mempergiat promosi dan aktiviti pelancongan.
Sejumlah RM110 juta disediakan bagi melengkapkan kawasan pelancongan, menjalin kerjasama ekopelancongan dan menyokong pencalonan UNESCO termasuk menambah baik kemudahan di Taman Negara Endau Rompin di Mersing.
Justeru, saya ingin bertanyakan projek-projek dan program-program promosi yang sudah dirancang di Parlimen Mersing sebagai destinasi ekopelancongan yang menonjolkan kekayaan alam semula jadi seperti Taman Laut Sultan Iskandar, pulau-pulau dan pantai- pantai yang indah serta pelbagai produk pertanian tempatan yang berkualiti tinggi.
Promosi ini boleh diperkukuhkan melalui kerjasama dengan agensi pelancongan dan program-program pertanian mampan yang memberi manfaat terus kepada penduduk tempatan. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk bertanyakan status terkini pewartaan Mersing sebagai salah satu tapak geopark dan seterusnya menjadikan Mersing Geopark sebagai geopark pertama di negeri Johor.
Keempat, penglibatan komuniti tempatan dalam ekonomi pelancongan.
Pembangunan pelancongan yang lestari tidak hanya berkisar pada alam sekitar tetapi juga memastikan komuniti tempatan turut mendapat manfaat ekonomi. Saya memohon agar peruntukan dalam Bajet 2025 untuk program latihan kemahiran dan keusahawanan empower
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan isu Ikhtiar 21
ECER bagi komuniti tempatan di Mersing ditambah dan diteruskan supaya mereka dapat terlibat secara langsung dalam industri pelancongan dan sektor ekonomi lain di Mersing.
Program seperti latihan untuk menjadi pemandu pelancong, usahawan kraf tangan serta pembangunan homestay boleh dipertimbang akan membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan penduduk tempatan. Ini selaras dengan semangat membasmi kemiskinan tegar dan meningkatkan kualiti hidup rakyat yang digariskan dalam Bajet 2025 ini. Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana memperuntukkan sejumlah RM20 juta untuk menyokong All-Party Parliamentary Group Malaysia-Sustainable Development Goals (APPGM-SDG) yang merentasi kawasan Parlimen dan parti politik.
Sememangnya peruntukan APPGM-SDG ini dapat sedikit sebanyak membantu kami Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional yang masih belum menerima peruntukan. Sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa Asian Forum of Parliamentarians on Population and Development (AFPPD) Malaysia, kami memohon sokongan dan bantuan daripada pihak kerajaan dan rakan-rakan Ahli Parlimen untuk memastikan Malaysia berjaya dipilih sebagai Ketua Sekretariat AFPPD dan ibu pejabat AFPPD dipindahkan ke Kuala Lumpur pada tahun hadapan.
Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada sahabat-sahabat Ahli Parlimen dan warga Mersing kita yang menyambutnya. Sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Mersing. Saya jemput Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
*Ekonomi MADANI kita sabar menanti, Negara makmur kita rasa bersyukur; Rakyat sejahtera realiti atau fantasi, Air dan elektrik sengsara rakyat dan pelabur.
Hujan emas di negeri sendiri, Hujan batu di negeri orang; Banyak hasil negeri sendiri, Semua hilang disapu orang.
Kisah ini bukan di negeri orang, Ini cerita bumi di bawah bayu; Minyak dan gas bukan alang-alang, Hakikatnya termiskin 40 peratus masih kena tipu.* Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi peluang pada Tuaran untuk turut membahaskan Bajet 2025 di Peringkat Dasar. Tuaran menyokong pelbagai usaha kerajaan menangani keberhutangan negara yang sudah mencecah RM1.2 trilion sekali gus memastikan sasaran defisit itu akhirnya dapat diturunkan dari 64 peratus ke-60 peratus daripada KDNK.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Daripada RM421 bilion Bajet 2025 ini, sebanyak RM54 bilion dibelanjakan hanya untuk membayar hutang negara. Tentunya keberhutangan seperti ini tidak baik untuk negara.
Oleh itu, syor Ketua Audit Negara supaya sumber hasil yang baru hendaklah dicari. Untuk itu kerajaan mesti bertindak dengan pantas. Cadangan pelbagai pihak agar GST dilaksanakan semula perlu dipertimbangkan dengan penuh kebijaksanaan.
Terima kasih juga atas cadangan membina sebuah sekolah pendidikan khas Autism di Tuaran. Demikian juga dengan cadangan pembinaan sebuah sekolah vokasional dan sebuah sekolah seni di kawasan Parlimen Tuaran seperti yang diumumkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan dalam jawapan kepada pertanyaan Tuaran di Kamar Khas, Khamis lepas.
Dalam konteks ini Tuaran juga minta supaya agar komitmen kerajaan membina SMK Nabalu dan SMK Layar-layar juga di kawasan Parlimen Tuaran dapat disegerakan. Terima kasih juga atas tindakan pantas menangani masalah kerosakan bangunan sekolah SMK Tamparuli akibat angin kencang baru-baru ini dan seterusnya menangani masalah kelas pelajar yang telah diisytiharkan oleh JKR sebagai tidak selamat.
Terima kasih juga atas peruntukan pembangunan sebanyak RM6.7 bilion pada Sabah dalam Bajet 2025 ini. Cumanya harus diingat bahawa pengawal kewangan ke atas peruntukan tersebut adalah terdiri daripada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Persekutuan masing-masing dan bukannya Kerajaan Sabah.
Kalau peruntukan itu gagal dilaksanakan tepat pada masanya, yang bertanggungjawab adalah KSU dan bukannya Kerajaan Sabah. Sebab peruntukan itu adalah peruntukan pembangunan Persekutuan dilaksanakan di Wilayah Sabah atas...
[Tidak jelas] Bahawa semua itu adalah tanggungjawab persekutuan sepertimana dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Puan Yang di-Pertua, rakan-rakan Ahli Parlimen dari Sabah sering mencadangkan supaya wang yang gagal dilaksanakan oleh kementerian, agensi dan Jabatan Persekutuan yang diumumkan dalam bajet tahunan pada tahun semasa elok dimasukkan dalam tabung amanah atau diserahkan saja pada Kerajaan Sabah, tetapi ini tidak mungkin berlaku sebab duit itu tetap Persekutuan dan tanggungjawab Persekutuan. Secara prinsipnya kalau gagal yang gagal adalah Kerajaan Persekutuan bukan Kerajaan Sabah.
Tuaran ingin bertanya pada Kerajaan Persekutuan dalam Bajet 2022, dalam Bajet 2023 dan dalam Bajet 2024 berapa peratuskah daripada peruntukan tersebut yang gagal dilaksanakan dan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mengelakkan kegagalan tersebut di masa akan datang? Penambahan pemberian khas daripada RM300 juta kepada RM600 juta di bawah Perkara 112C dan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan dialu- alukan dan Tuaran ucap terima kasih.
Namun, tuntutan rakyat Sabah agar pemberian khas Perkara 112C dan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan tersebut dapat dilaksanakan seperti yang diharap-harapkan iaitu dua perlima ataupun 40 peratus daripada jumlah pungutan hasil persekutuan pada Sabah hendaklah diberikan pada Sabah. Tuaran perlu ulangi kenyataan bahawa seksyen 2(1)
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Bahagian IV Jadual Kesepuluh, serta seksyen (1)(a) Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan itu merupakan hak Perlembagaan Sabah.
Hak ini tidak perlu dikelirukan dengan interpretation yang lain sebab sumber perundangan ini adalah para syarat pemimpin-pemimpin Sabah ketika bersetuju membentuk negara baru bernama Malaysia 1963. Ilham pada syarat tersebut diambil daripada sistem perkongsian hasil di antara negeri dan persekutuan di Australia yang diguna pakai sehingga pada hari ini. Oleh sebab itu, pemberian khas RM600 juta dalam Bajet 2025 ini hanyalah pemberian interim hanya sementara.
Mekanisme penentuan 40 peratus sepertimana yang telah dicadangkan oleh Kerajaan Sabah kepada Persekutuan perlu diteliti dan dipertimbangkan dengan penuh semangat keadilan, keikhlasan tata kelola dan semangat membina Malaysia yang bersatu padu, makmur dan matang dalam perpaduan.
Sabah tidak mahu sekali-kali rasa tertipu dalam pembentukan Malaysia. Dalam mempertimbangkan pelaksanaan hak Sabah ini, Tuaran juga mengusulkan agar Perkara 97(1) Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk membolehkan Kerajaan Sabah memungut 40 peratus hasil tersebut secara langsung daripada sumber hasil.
Puan Yang di-Pertua, hakikatnya adalah hak 40 peratus Sabah tersebut telah dinafikan oleh Kerajaan Persekutuan selama lebih hampir 45 tahun. Akibat kegagalan mengkaji semula pelaksanaan hak tersebut pada tahun 1974 dan masa sudah tiba hak ini ditunaikan sekalipun secara berperingkat-peringkat.
Majlis Perunding Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Tambun perlu meletakkan jangka masa bilakah keputusan muktamad dapat diputuskan dan dilaksanakan. Tuaran difahamkan bahawa keputusan muktamad dalam hal ini akan diputuskan bersama di antara Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Premier Sarawak dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia.
Sebenarnya selama 38 tahun iaitu dari 1974 hingga 2012, Kerajaan Persekutuan berselindung di bawah The Emergency (Public Order and Crime Prevention) Ordinance 1969.
Satu undang-undang yang cukup zalim dan menggerunkan, sekali gus menyebabkan rakyat takut membincangkan hal seperti hak 40 peratus Sabah. Seterusnya menafikan hak 40 peratus Sabah. Sabah diberikan hanya RM26 juta setahun bermula 1970 hingga 2019, sungguh tidak adil.
Pemansuhan undang-undang zalim tersebut pada 2012 akhirnya memberi ruang kepada rakyat membincangkan hal sebegitu dengan bebas. Semasa Kerajaan Barisan Nasional tuntutan demi tuntutan terhadap harta tersebut oleh pelbagai kumpulan NGO akhirnya asakan tersebut menghasilkan penubuhan Majlis Perunding Perjanjian Malaysia 1963 pada 2017 yang dipengerusikan bersama oleh Yang Berhormat Datuk Anifah Aman dan Yang Berhormat Datuk Nasir Syukri dan saya selaku anggota Jemaah Menteri Persekutuan yang berasal daripada Sabah pada ketika itu, maka Tuaran juga dilantik sebagai anggota Majlis tersebut. Inilah penglibatan pertama saya dalam memperjuangkan pelaksanaan MA63.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Puan Yang di-Pertua, Majlis Perunding MA63 ini diteruskan dalam Kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr. Mahathir pada tahun 2018. Pada kali ini Majlis tersebut dipengerusikan sendiri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sekali lagi saya selaku Timbalan Ketua Menteri Sabah dilantik menganggotai Majlis Perunding MA63, sekali gus berpeluang meneruskan perjuangan MA63 melalui Majlis tersebut.
Kini di bawah Kerajaan Perpaduan ataupun Kerajaan MADANI, Majlis perunding tersebut diteruskan dan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Cumanya pada kali ini ada Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri II iaitu Yang Amat Berhormat Petrajaya.
Pakatan Harapan Sabah diwakili oleh Presiden UPKO yang juga anggota Jemaah Menteri Persekutuan Yang Berhormat Penampang selaku backbencher ataupun kerajaan pada ketika ini peranan saya adalah menyuarakan hati nurani rakyat Sabah dalam tuntutan hak 40 peratus tersebut.
Puan Yang di-Pertua, saya sebut semua ini agar suara-suara yang mempersoalkan apakah saya yang buat selaku Ahli Parlimen dan anggota pentadbiran selama ini untuk memperjuangkan MA63 ini.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Hakikatnya, perjuangan saya konsisten walaupun dalam kedudukan yang berbeza.
Pernah di sebelah pembangkang mahupun dalam kerajaan sepanjang perkhidmatan saya sebagai Ahli Parlimen lima penggal. Isu mengenai pelaksanaan MA63 memang popular terutama sebelum pilihan raya umum. Sebab itu kepimpinan kerajaan sekarang perlu diperingatkan bahawa parti-parti yang bergabung atas nama Kerajaan Perpaduan dan kini menjadi Kerajaan MADANI masing-masing pernah berjanji dalam manifesto pilihan raya untuk menunaikan hak Sabah ini sepertimana yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963.
Kita tidak setakat mengatakan bahawa kita ini generasi pelaksana, kita seharusnya laksanakan. Janji mesti dikotakan. Puan Yang di-Pertua. Tuaran juga ingin bersama-sama dengan rakan Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak agar hak Sabah dan Sarawak mendapat satu pertiga daripada jumlah kerusi Parlimen di Dewan yang mulia ini sepertimana yang termaktub dalam MA63 itu ditunaikan dengan pantas.
Puan Yang di-Pertua, dua masalah utama menghantui rakyat Sabah sekarang iaitu masalah bekalan air dan masalah bekalan elektrik. Kedua-dua masalah ini boleh mencemar daya saing Sabah, menarik pelaburan domestik dan FDI. Apa tidaknya, non-revenue water
(NRW) mencecah 60 peratus dan reserve margin bekalan air adalah di bawah paras zero iaitu negatif. Catuan bekalan air adalah sebahagian daripada hidup rakyat Sabah. Apabila minta Persekutuan bantu, bantuan diberi dalam bentuk pinjaman dan untuk mengatur pinjaman pun memerlukan masa bertahun untuk menyiapkan perjanjian pinjaman.
Hal air adalah hal negeri manakala elektrik pula hal Persekutuan. Cumanya, hal elektrik ini telah diturunkan pada Sabah bermula Mac 2024. Bekalan elektrik walaupun terletak di Federal list tetapi Sabah telah dibebankan berbelanja membangunkan infra elektrik ini selama 21 tahun iaitu dari 1963 hingga 1984. Selepas itu, selama 40 tahun Kerajaan
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Persekutuan mengurus tadbir bekalan elektrik di Sabah tetapi belum pun selesai membina infra dengan sepenuhnya, agensinya Lembaga Elektrik Sabah (LES) diswastakan pada tahun 1998.
Apa pun yang telah terjadi, mulai tahun ini 2024 Kerajaan Sabah terpaksa memikul balik tanggungjawab tersebut. Tahniah pada Sarawak kerana walaupun tidak pernah menyerahkan hal bekalan elektrik kepada Persekutuan tetapi mereka mampu mengurus tadbir bekalan elektrik dengan cemerlang.
Puan Yang di-Pertua, Bajet 2025 ini tidak menyebut tentang komitmen Kerajaan Persekutuan dalam pelaksanaan Pelan Tujuh Tahun Transformasi Sabah Electricity 2030.
Dalam pelan tersebut, Kerajaan Persekutuan komited meneruskan pemberian sokongan subsidi tarif ataupun tariff support subsidy pada Sabah Electricity Sdn Bhd ataupun sekarang kita panggil dia Sabah Electricity iaitu satu-satunya syarikat pembekal elektrik di Sabah.
Rakyat Sabah sangat risau Puan Yang di-Pertua kerana dalam Bajet 2025 ini kerajaan tidak membuat apa-apa komitmen dalam pemberian subsidi tersebut.
Pemberian bantuan sokongan tarif ini sangat kritikal kerana jumlah kos penjanaan Sabah Electricity adalah 43 sen seunit elektrik, tetapi tarif yang telah diluluskan oleh kerajaan sejak tahun 2014 hanyalah 34 sen seunit. Sabah Electricity menanggung kerugian 10 sen seunit elektrik dan selama ini kerugian tersebut dibayar oleh Kerajaan Persekutuan. Dengan cara ini, Sabah Electricity masih boleh beroperasi. Tanpa subsidi tersebut, Sabah Electricity ini sudah lama bankrap.
Baru-baru ini Puan Yang di-Pertua, saya selaku Pengerusi Sabah Electricity menerima surat daripada Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECOS) memaklumkan bahawa:
(i) peruntukan subsidi elektrik Sabah tahun 2024 disalurkan sebagaimana yang telah diluluskan dalam Belanjawan 2024; dan
(ii) keperluan subsidi elektrik Sabah tahun 2024 berjumlah RM866 juta tidak dapat dipertimbangkan buat masa ini.
Surat itu menambah bahawa keputusan itu dibuat kerana Kerajaan Persekutuan sedang mengalami kekangan daripada segi fiskal dan kewangan untuk menyediakan peruntukan tambahan untuk keperluan subsidi elektrik.
Puan Yang di-Pertua, bekalan elektrik ini bukan sahaja energy security ataupun keselamatan tenaga tetapi adalah juga national security ataupun keselamatan negara.
Bayangkan apakah yang akan terjadi dalam pasukan keselamatan, sistem perubatan dan kesihatan, operasi lapangan terbang, operasi bekalan air, operasi sistem telekomunikasi, operasi seluruh sistem pengangkutan dan operasi seluruh sistem penyampaian kerajaan tanpa bekalan elektrik?
Kalaupun Kerajaan Persekutuan sedang mengalami kekangan fiskal dan kewangan, apakah bekalan elektrik bukan satu keutamaan? Apakah komitmen lain seperti bantuan kepada negara asing itu lebih penting daripada bekalan elektrik berbanding negara kita sendiri? Bukankah masalah Sabah itu juga adalah masalah nasional negara kita?
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Oleh itu, Tuaran meminta, merayu supaya Kerajaan Persekutuan pertimbangkan semula keputusan drastik tersebut. Tolonglah, yang kita minta cuma RM500 juta sahaja.
Kalau tidak dapat beri yang RM866 itu, berilah yang RM500 juta itu...
[Tepuk] Kalau betul-betul tidak ada duit sudah, kita boleh sambung, masih boleh beroperasi dengan RM250 juta. Tolonglah. Harus diingat bahawa tarif elektrik adalah keputusan kerajaan dan bukannya keputusan syarikat utiliti seperti Sabah Electricity. Selain daripada hal tarif, Sabah Electricity juga mengalami cabaran gangguan bekalan elektrik yang masih kerap, sebahagian besar dari daerah di seluruh Sabah.
Contoh di Metropolitan Kota Kinabalu, saya ini masih lagi di atas 200 minit. Manakala, di Ranau masih lagi di atas 500 minit. Di kawasan saya di Tuaran pun masih hampir 200 minit. Keadaan ini berlaku kerana infra sistem pengagihan seperti PMU, BPU dan pencawang elektrik sangat diperlukan.
Selain itu, kabel pengagihan perlu dinaik taraf daripada old aluminum cable atau OAC kepada old bundle cable ataupun OBC dan pembinaan grid Southern Link supaya grid kita lebih stabil. Tambahan pula, Sabah Electricity kehilangan RM200 juta setiap tahun kerana kecurian elektrik. Sebanyak RM60 juta pula dicuri oleh penduduk setinggan.
Puan Yang di-Pertua, secara rasmi terdapat 280 koloni setinggan di Sabah dengan 33,566 buah rumah serta 130,397 penghuni di mana penduduknya rata-rata orang asing. Ada pemegang dokumen IMM13, kad banci, Kad Burung-Burung, stateless. Malah, ada yang tanpa dokumen mahupun pendatang asing tanpa izin dan ada pemilik kad pengenalan Projek IC.
Berhampiran kawasan saya di Tuaran, satu penempatan bernama Kampung Berunun, terdapat beribu penduduk di sana dan Sabah Electricity kehilangan hasil sebanyak RM2 juta setiap tahun akibat dicuri. Mahu potong bekalan, payah sebab ada perkampungan atau perumahan tempatan yang terkesan di sekitar penempatan tersebut. Sabah Electricity mahu masuk untuk memotong bekalan elektrik on-site, kawasan itu pula kawasan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Oleh itu, perlu minta lagi kebenaran daripada MKN.
Selaku Pengerusi Sabah Electricity, baru-baru ini saya sendiri buat laporan polis di IPD Lahad Datu. Minta polis siasat aktiviti mencuri elektrik di Kampung Puyut, Lahad Datu.
Tuaran minta Menteri KDN menyatakan apakah hasil siasatan Polis berasaskan laporan yang saya sendiri buat mahupun laporan-laporan polis yang kakitangan Sabah Electricity buat tentang kecurian bekalan elektrik sama ada di Tawau kah, di Sandakan kah atau mana-mana di Sabah.
Puan Yang di-Pertua, dalam Bajet 2025 ini, pekerja asing wajib mencarum kepada EPF.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Tuaran ingin bertanya, bagaimanakah pula dengan orang asing yang memegang dokumen IMM13, kad banci dan kad burung-burung? Dan bagaimana pula dengan mereka yang stateless? RCI mengenai kebanjiran orang asing di Sabah sudah sekian lama siap dan laporan telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini. Namun...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Menggulung sudah, Puan.
Namun, semua rekomendasi penyelesaiannya gagal dilaksanakan. Sebab itu Sabah berterusan berhadapan dengan pertumbuhan penduduk yang sangat luar biasa iaitu pada kadar lebih 500 peratus. Sekarang, Sabah pula nanti akan terbeban dengan peningkatan penduduk stateless iaitu hasil perkahwinan di antara pemegang dokumen IMM13 dan orang- orang tempatan dan sesama mereka.
Sabah sudah cukup-cukup terbeban dengan kebanjiran pendatang asing tanpa izin.
RCI pun sudah lama dibentangkan di Dewan yang mulia ini. Oleh itu, Tuaran meminta Kerajaan MADANI ini untuk selesaikan masalah ini dengan tuntas.
Sekian, Puan. Tuaran mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Tuaran. Saya jemput Yang Berhormat Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mewakili seluruh warga Parlimen Maran ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang di-Pertua di atas izin yang diberikan kepada saya untuk turut serta membahaskan cadangan Bajet 2025 di peringkat dasar yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun, Perdana Menteri pada 18 Oktober 2024 yang lalu bertemakan Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mulakan perbahasan saya dengan peringatan daripada Allah SWT kepada orang yang beriman dalam Surah Al-Ma'idah, ayat 8 yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran. Dan jangan kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil kepada siapa jua kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” Dato’ Yang di-Pertua, belanjawan ini bukan sekadar angka dan peruntukan yang dibentangkan tetapi juga merupakan satu amanah yang besar untuk memastikan janji yang diberikan oleh kerajaan ditepati serta diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan impaknya kepada rakyat. Mekanisme pelaksanaan Belanjawan 2025 amatlah kritikal bagi memastikan ekonomi negara terus kukuh dan kemakmuran yang dikongsi bersama.
Sepertimana yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Tambun pada 18 Oktober, Bajet 2025 melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM423 bilion dengan pecahan RM335 bilion peruntukan pengurusan dan RM88 bilion peruntukan pembangunan. Yang Berhormat Tambun tidak harus berasa terlalu bangga dengan peningkatan peruntukan ini kerana setiap tahun, di mana-mana Perdana Menteri, bajet sentiasa meningkat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Akan tetapi, apa yang penting ialah apakah peruntukan-peruntukan disediakan benar-benar dapat memberi faedah dan meringankan beban hidup yang dialami oleh masyarakat dan rakyat. Apakah peruntukan projek di dalam Bajet 2025 ini juga mampu memberi faedah langsung dan tidak langsung kepada rakyat. Atau, apakah peruntukan projek yang disediakan hanya sekadar gula-gula sementara untuk rakyat bagi memastikan rakyat menyokong kerajaan yang ada buat seketika tetapi mereka merana sepanjang tahun.
Dato’ Yang di-Pertua, saya juga agak kecewa atas istilah-istilah kasar yang dibentangkan, digunakan oleh YB Perdana Menteri seperti ‘sakau’, ‘maha kaya’ dan sebagainya. Saya ingin tahu apakah maksud- siapakah yang tergolong daripada mereka yang maha kaya ini? Apakah mereka ini tidak berjasa kepada negara? Apakah mereka ini tidak berkorban untuk negara? Sedangkan, kekayaan yang mereka peroleh juga disumbangkan melalui bayaran cukai dan sebagainya.
Saya nak tahu, siapakah golongan maha kaya ini yang dikatakan daripada T15 itu?
Berapa ramai pula daripada kalangan pemimpin Malaysia kerajaan termasuk dalam golongan ini? Berapa ramai pula daripada kalangan Melayu, Cina, India, orang asal, bumiputera Sabah dan Sarawak dalam golongan ini? Apakah kita menafikan peranan yang telah mereka lakukan?
Dato’ Yang di-Pertua, mengenai kenaikan gaji minimum, saya memberi sokongan kepada kerajaan. Walau bagaimanapun, kita harus mengkaji dengan mendalam supaya kesan daripada kenaikan gaji ini bukan sahaja memberikan kesan kepada kehidupan rakyat keseluruhannya tetapi kepada ekonomi negara.
Saya juga hendak menyentuh tentang Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang telah mendapat peruntukan tambahan yang juga besar. Saya ingin mencadangkan agar KPKT menjadi sebuah kementerian yang menyelaraskan semua maklumat tentang pemilikan rumah rakyat di negara ini. Sekarang ini terdapat berbagai-bagai agensi yang menyediakan program perumahan penduduk, antaranya KPKT, kerajaan negeri, swasta, agensi pembangunan wilayah setempat, FELDA, RISDA, JAKOA dan lain-lain lagi.
Untuk menangani isu pemilikan rumah di Malaysia dengan lebih berkesan, ada beberapa cadangan penambahbaikan yang diusulkan, iaitu yang pertama, pembangunan rumah mengikut lokasi dan sasaran pendapatan, peningkatan skim sewa beli, kriteria skim jaminan kredit, perumahan diperketat, insentif lebih tinggi untuk pembeli rumah pertama dan lain-lain lagi.
Dato’ Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan merupakan kementerian kedua mendapat peruntukan tertinggi. Dalam konteks ini, saya ingin memuntahkan kekecewaan saya atas sikap kerajaan hari ini yang mengulangi sifat khianat kepada rakyat di kawasan saya. Dalam masa yang sama, kerajaan ini tidak menghormati dan menjaga usaha dan jasa baik mantan Perdana Menteri Ketujuh, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib yang telah meluluskan pembinaan Hospital Maran dalam Rancangan Malaysia Kesebelas.
Bila kerajaan 22 bulan ambil alih di bawah Menteri yang sama, hari ini pembinaan hospital, masa yang asalnya bernilai RM150 juta, dihilangkan. Semasa pemerintahan Yang Berhormat Pagoh selaku Perdana Menteri Kelapan dan juga Yang Berhormat Bera selaku
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Perdana Menteri kesembilan, hospital ini telah dilahirkan semula. Semasa Yang Berhormat Pagoh menjadi Perdana Menteri, sejumlah RM200 juta telah diperuntukkan.
Semasa Perdana Menteri ke-9 Yang Berhormat daripada Bera, peruntukan bagi Hospital Maran ini telah pun dinaikkan RM350 juta, tetapi inilah yang saya katakan tadi, kerajaan telah berlaku khianat kepada rakyat di kawasan Maran. Apabila Yang Amat Berhormat Tambun menjadi Perdana Menteri sekarang, cadangan pembinaan Hospital Maran ini dihilangkan sekali lagi.
Yang Amat Berhormat Tambun dan Yang Berhormat Menteri Kesihatan, jangan terus menjadi pengkhianat dan zalim kepada lebih 150,000 penduduk di kawasan Maran kerana sifat jahat dan khianat yang ada dalam hati mereka ini akan dibalas oleh Allah SWT.
Dato’ Yang di-Pertua, saya akan tetap mempertahankan jasa dan hasrat murni untuk rakyat Maran ini yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat dahulu, Dato’ Sri Najib, Perdana Menteri ketujuh. Cuba lepaskan Dato’ Sri Najib sekarang. Saya percaya beliau akan terus membela rakyat yang teraniaya ini. Beliau dipenjarakan kerana kebaikan budinya, tetapi sesetengah daripada pemimpin hari ini telah mengkhianati beliau dengan memaksa Dato’ Sri Najib meletakkan jawatan apabila Barisan Nasional kalah dalam Pilihan Raya Keempat Belas.
Sebahagian daripada pemimpin hari ini termasuk- Jelutong dah tak ada? Setiap kali masuk dalam Parlimen, bercakap saja mendesak supaya Dato’ Sri Najib dipenjarakan. Hari ini, Dato’ Sri Najib dengan rendah diri berada di penjara kerana kebaikan yang beliau lakukan kepada rakyat, khususnya di kawasan Maran dalam pembinaan Hospital Maran khususnya.
Dato’ Yang di-Pertua, saya minta kerajaan hari ini jangan cuba mengkhianati rakyat di kawasan saya Maran. Nanti mereka akan bayar balik pengkhianatan ini dengan sesuatu yang boleh menggugat kedudukan kerajaan hari ini. Paling malang, projek ditangguhkan kerana pindah tapak yang baru.
Dato’ Yang di-Pertua, sebenarnya tapak yang baru yang dicadangkan hari ini, saya terlibat semasa saya menjadi penolong pegawai daerah dulu. Di mana, enam tapak projek telah pun dilihat dan tapak yang baru ini di antara salah satu tapak yang telah pun ditolak oleh jawatankuasa, tetapi malangnya, hari ini saya difahamkan dikembalikan semula ke site lama.
Apakah begitu bodoh kerajaan ini? Apakah kita tidak ada perancangan bagi kita membela masa depan rakyat di kawasan ini?
Mereka sakit, mereka sengsara. Saya kadang-kadang saya pukul 4 pagi saya pergi melihat mereka yang ditimpa kemalangan, buat post-mortem di Hospital Jengka dan juga Temerloh, dan Maran masih tidak ada lagi. Bukan setakat itu. Bukan sahaja mengkhianati rakyat di kawasan saya tetapi kita sebenarnya tidak berterima kasih kepada jasa yang telah dimainkan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Najib dahulu sebagai Perdana Menteri ketujuh.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya akan terus membela beliau. Saya akan terus mempertahankan Dato’ Seri Najib sebagai orang yang banyak berjasa kepada Maran dan kepada negara. Jangan kita hanya pandai bermain politik, tapi tidak boleh membela masa depan rakyat di seluruh negara kita
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
ini. Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin merujuk beberapa perkara yang lain iaitu tentang pelaksanaan ECRL, kereta api laju di negara kita. Saya ucapkan syabas dan tahniah dan terima kasih kepada kerajaan kerana pelaksanaan ECRL ataupun kereta api laju ini di negara kita ini merupakan satu rahmat yang saya kira boleh diberikan kepada rakyat negara kita.
Namun begitu, rakyat telah berkorban. Banyak tanah-tanah mereka telah pun diambil alih ataupun acquisition telah pun dibuat dan pampasan telah dibayar. Saya hanya minta pada kerajaan supaya melihat balik kerana ada sebahagian daripada tanah-tanah yang telah diambil ini sebahagiannya sahaja tetapi sebahagian lain tidak dapat dimanfaatkan secara produktif.
Saya berharap pada pihak kerajaan yang terlibat, bukan sahaja Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, kalau boleh lihat semula, buat analisa semula berapa luas kah tanah-tanah rakyat yang terlibat dengan ECRL ini tidak produktif lagi dan boleh dibangunkan semula dengan apa juga projek ataupun program-program yang boleh menambahkan pendapatan mereka.
Jadi Dato’ Yang di-Pertua, satu lagi perkara yang hendak saya sebut dalam perbahasan bajet ini. Walaupun saya tidak khusus pada peruntukan-peruntukan tertentu dalam bajet ini. Saya nak melihat kepada negara kita Malaysia. Negara kita sebuah negara yang aman, makmur dan terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan. Terdapat beberapa isu yang boleh menggugat perpaduan negara ini, antaranya ialah isu agama. Dato’ Yang di- Pertua, kita banyak berdepan- dihadapkan dengan berbagai-bagai isu yang berkaitan dengan agama ini.
Saya mohon benar sebagai rakyat Malaysia, sebagai orang Islam, agama Islam adalah agama Persekutuan di negara ini dan agama-agama lain bebas diamalkan di negara kita. Sebab itulah keindahan berbagai-bagai-bagai agama ini. Walaupun saya sebagai orang Islam tetapi keindahan negara kita sebagai negara yang mempunyai berbagai-bagai-bagai kaum sepatut kita hargai, kita indahkan dengan perpaduan yang cukup memberikan gambaran indah kepada negara lain, terutama negara luar, tetapi kadang-kadang ada mereka yang tidak sedar, tidak bertanggungjawab, umpamanya Yang di-Pertua.
Walaupun Yang di-Pertua bukan orang Islam dan Timbalan Menteri bukan orang Islam. Saya orang Islam tapi please, tolonglah hormati agama kita. Kalau boleh, tidak ada kaitan, kita jangan sentuh. Kalau ada yang berkaitan dengan saya untuk saya bincangkan bersama guru-guru saya ataupun ustaz dan juga ulama-ulama saya, orang lain jangan campur. Kerana ini boleh menimbulkan ketegangan di kalangan kaum.
Saya dalam ingatan saya, walaupun saya dah lima penggal dalam Parlimen ini, saya tidak menyentuh hal agama lain. Walaupun kadang-kadang ada tempat-tempat yang kita tidak berpuas hati tapi itu hak mereka dan begitu juga dengan kita. Tapi ada yang berani menyentuh tentang agama kita. Sebab itu saya mohon, Yang Berhormat. Kerajaan kena berlaku adil, jangan tidak adil apabila berlakunya benda-benda yang sensitif dilakukan oleh Parti Kerajaan, tidak ada tindakan diambil. Hanya minta maaf, selesai. Ini tidak harus dibenarkan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Apabila berlaku dilakukan oleh pembangkang dan sebagainya, maka tindakan terus, polis datang terus mengambil buat siasatan. Saya nak ingatkan pada kerajaan, berhati-hati dalam keadaan ini. Jangan sampai kita bangga dengan negara kita sebuah negara yang pelbagai kaum, pelbagai budaya, pelbagai tradisi yang cukup indah kalau kita raikan. Bukan sahaja daripada segi kemasyarakatan, tetapi daripada segi pelancongan dan sebagainya.
Sebab itulah saya minta kerajaan tangani isu ini.
Saya minta kerajaan kepimpinan atasan, Perdana Menteri umpamanya. Kalau ada satu orang daripada pemimpin politik kita yang menyentuh agama, sebut je, tolong jangan sentuh tentang agama. Cukup, tak payah panjang-panjang supaya mereka sedar bahawa isu ini cukup negatif kalau kita mainkan, yang boleh menimbulkan bukan saja perpecahan kaum, tetapi pergaduhan dan tidak hairan kalau berlaku peperangan dan sebagainya. Nauzubillah.
Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon berikanlah perhatian kepada perkara-perkara yang telah disebutkan oleh ramai daripada kita ini. Daripada Ketua Pembangkang, daripada rakan-rakan saya daripada Pembangkang dan juga kawan-kawan yang lain. Yang saya kira kalau benda itu perkara baik, kita selesaikan. Sebab itu saya tidak pernah menolak bajet yang dibentangkan oleh kerajaan kerana yang baik, kita sokong. Yang tidak baik, kita berikan pandangan dan ambilah pandangan-pandangan daripada kami- semua itu sebagai satu pengajaran, walaupun pahit, tapi menjadi ubat kerajaan dan negara kita. Dato’ Yang di- Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
...Akhirnya, saya mengucapkan sekali lagi terima kasih banyak kepada rakan-rakan saya di sebelah sini dan juga rakan-rakan sebelah sana yang membahaskan. Ini adalah penting untuk kita- semua. Amannya negara kita, bukan sahaja saya belah sini aman tetapi tuan-tuan di sebelah Yang Berhormat sana juga aman dan rakyat-rakyat kita mengharapkan kita- semua untuk membela mereka.
Dengan itu Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong tempat-tempat ataupun bajet-bajet yang baik tetapi akan memberikan pandangan seperti rakan yang lain di tempat- tempat yang harus kita berikan pandangan dan pembinaan. Terima kasih banyak.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Maran. Saya jemput Yang Berhormat Mas Gading.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Salam sejahtera. Salam perpaduan. Salam Malaysia MADANI. Terima kasih Puan Speaker atas peluang untuk turut serta membahaskan Belanjawan 2025 yang juga merupakan belanjawan ketiga daripada Kerajaan MADANI yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan kita pada 18 Oktober yang lalu.
Puan Speaker, belanjawan ini mencerminkan usaha kerajaan perpaduan untuk memacu ekonomi MADANI dengan penstrukturan yang bertujuan meningkatkan taraf hidup rakyat dan seterusnya menjamin keselesaan rakyat.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Langkah konsolidasi fiskal yang berterusan telah mengurangkan defisit fiskal dari lima peratus pada 2023 kepada 4.3 peratus pada 2024 dan dengan sasaran 3.8 peratus pada 2025. Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 menunjukkan komitmen kerajaan ke arah kestabilan ekonomi yang mampan. Jadi, syabas diucapkan kepada semua yang berada di Dewan yang mulia ini kerana telah menyokong RUU tersebut.
Namun begitu, kesan ekonomi global masih terasa dan rakyat terus dibebani kos sara hidup yang tinggi. Sebab itulah setiap tahun menjelang pembentangan belanjawan, rakyat Malaysia di luar sana dengan penuh harapan menanti-nanti apakah ada imbuhan atau bantuan yang dikhabarkan kepada mereka. Supaya ringanlah sedikit beban mereka.
Oleh itu Puan Speaker, saya ingin mengemukakan beberapa cadangan yang bertonggak kan tujuh perkara utama, keluh pintar mereka yang saya simpulkan, saya leraikan semula di Dewan yang mulai ini sebagai langkah solusi bagi mendepani cabaran untuk mencapai Malaysia MADANI. Puan Speaker, perkara pertama adalah tentang kebajikan masyarakat kita.
Bantuan tunai seperti STR dan SARA, semua maklum bahawa tujuannya adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan memang itulah harapan mereka agar kerajaan dapat mengambil langkah untuk meringankan beban mereka, tetapi langkah itu sekadar meringankan beban, bukan menyelesaikan masalah. Malah, ada juga yang salah guna. Tidak digunakan untuk tujuan yang sepatutnya. Kaedah penyaluran bantuan ataupun sumbangan seperti ini perlu ditambah baik supaya semakin dekat dan tidak tersasar daripada tujuannya. Dengan kadar bantuan yang sama, mungkin boleh kita puratakan setiap bulan.
Bukan secara tahunan.
Kita elakkan bermusim, tak nak jadi macam durian runtuh. Sama jugalah konsepnya bila tiba musim durian, kita makan sampai sepuas-puasnya sebab sekejap saja ada. Kalau dibuat macam Musang King, berbuah tak kira masa, rasa puas tak makan buah itu pun macam sudah tiada, tapi bila kita puratakan agihan ini secara bulanan, bukan maksudnya kita nak minta rakyat kita berbaris setiap bulan juga, sampai nak kemas kini maklumat setiap bulan, tapi kita buat dengan cara yang lebih teratur. Kita perlu merangka sebuah kaedah penyelesaian langkah panjang. Salah satu inisiatif kerajaan yang wajar dipuji. Ada beberapa program sebenarnya. Konsep dan pendekatan yang agak serupa, cuma sasarannya adalah berbeza. Kita ada skim i-Saraan, i-Sayang, i-Suri, PekaB40.
Program ini diperkenalkan untuk kumpulan yang berbeza keperluan bagi menjamin kesejahteraan mereka yang betul-betul memerlukan. Ibu-ibu yang siang malam bekerja di rumah, anak-anak kita yang sampai masa nanti nak perlukan wang untuk sambung belajar, mereka yang bersara, warga-warga emas, saudara-saudara kita yang kurang upaya dan untuk mereka yang sakit tiba-tiba tak dapat bekerja tapi masih perlu duit untuk belanja. Inisiatif sebeginilah yang kelihatan lebih ikhlas, lebih tepat sasarannya.
Maka, sungguh layak dan sepantasnya kaedah penyelesaian seperti inilah yang perlu kita teruskan. Kita perlu perluaskan kerana kita dididik, kita diajar dan didedahkan, malah kerajaan turut memberikan sumbangan berbentuk dana bagi memulakan caruman tersebut dan berbentuk insentif bagi yang ada usaha untuk membuat caruman tambahan.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Semua ini adalah sebagai tanda galakan dalam memberikan pendedahan tentang pentingnya kita merancang perbelanjaan dan juga simpanan demi masa depan kita. i-Saraan juga perlu dipergiatkan dan fokus perlu diberikan kepada kemudahan, latihan dan insentif yang meningkatkan pendapatan rakyat.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Program Sejati MADANI, saya sokong. Sejumlah RM1 bilion diperuntukkan untuk projek ekonomi komuniti seperti pertanian dan perikanan. RM50,000 hingga RM100,000 bagi kegiatan ekonomi melalui Jawatankuasa Masyarakat, sebab- syabas saya ucapkan.
Puan Speaker, di sini saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita kerana telah memanjangkan peruntukan bagi membantu rumah amal ibadat Islam di seluruh negara melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), tetapi hari ini, saya kena berani untuk minta tambah lagi kerana peruntukan ini betul-betul membantu keperluan masyarakat yang bukan Islam yang majoritinya di luar bandar di Sabah dan Sarawak.
Bukan seolah-olah yang- bukan sekolah sahaja yang daif, rumah ibadat kami juga daif. Untuk Mas Gading, setiap tahun memperuntukkan 35 peratus untuk tujuan pendidikan dan 30 peratus lagi untuk tujuan keagamaan. Pendidikan dan keagamaan adalah dua perkara yang atau- dua perkara atau dua medium yang saya percaya penting untuk diberi perhatian kerana di situlah masyarakat berkumpul belajar menjadi orang yang lebih baik, tapi itulah.
Keadaan bangunannya yang tidak cukup baik, tapi saya percaya kita ada barisan Menteri-menteri yang baik. Harap pertimbangkan perkara ini baik-baik. Sebab di luar di bandar ini, rumah ibadat tidak kiralah Islam ataupun bukan Islam semuanya serba daif.
Kebanyakannya daif. Jadi kerajaan negeri melalui UNIFOR pun ada bantu. Saya pun ada cuba membantu, tetapi peruntukan khas tidak cukup sebab terlalu banyak permohonan. Jadi, mohon Perdana Menteri kita yang ada baik pada hari ini boleh tambahkan lagi peruntukan kawasan nanti. Itulah sebabnya pihak kami supaya- itulah sebabnya pihak kami sudah panjangkan permohonan tersebut kepada pihak KPKT dengan penuh harapan, tetapi akhirnya tidak dapat juga.
Jadi, permohonan ditolak, tak cukup syarat untuk diluluskan kerana tidak ada geran tanah. Jadi, kepada YB Menteri KPKT, kami faham apa yang berlaku. Cuma kami mohon untuk diberikan pilihan atau syarat lain bagi memenuhi syarat yang susah bagi kami di Sarawak untuk penuhi. Saya cadangkan agar pihak KPKT boleh mempertimbangkan untuk guna pakai syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak UNIFOR.
Puan Speaker, masalah tanah NCR yang belum ada geran tanah ini adalah punca kepada- punca yang menyebabkan masyarakat luar bandar di Sarawak ini seolah-olah ditindas, ya. Banyak peluang mereka disekat. Bantuan ataupun pinjaman untuk memajukan tanah juga mereka tidak layak. Belanjawan 2025 kali ini juga merupakan- ada menyebut tentang rancangan kerajaan untuk menyediakan lebih banyak lagi rumah mampu milik di kawasan bandar dan luar bandar. Program Rumah Mesra Rakyat merupakan suatu program yang sangat ditunggu-tunggu, tetapi sama juga seperti kebanyakan bantuan ataupun program yang sering kali dicanangkan oleh kerajaan. Syarat utamanya ialah tapak tanah
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
untuk tujuan permohonan tersebut hendaklah mempunyai status geran tanah yang sah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Tanah dan Ukur Sarawak.
Puan Speaker, isu tanah NCR di Sarawak seolah-olah tiada penghujungnya. Di bawah RMKe-12, sejumlah RM100 juta telah diluluskan untuk penyukatan tanah. Namun, hanya RM37.6 juta disalurkan kepada Kerajaan Sarawak dari 2021 hingga 2023 dan tidak termasuk tambahan RM10 juta yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Mengapakah kurang daripada 40 peratus yang disalurkan? Adakah ini punca utama lambatnya progress penyukatan tanah tersebut? Mungkin ada lagi jumlah yang lain yang pernah disalurkan yang saya terlepas maklumat tersebut.
Oleh itu, saya mohon agar pihak kerajaan melalui kementerian yang bertanggungjawab dapat melaporkan berapakah jumlah keseluruhan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan yang pernah disalurkan kepada Kerajaan Negeri Sarawak bagi tujuan sukat tanah NCR ini.
Puan Speaker, perkara kedua saya ingin menyentuh hal ekonomi. Penglibatan rakyat lebih penting dalam usaha meningkatkan keterjaminan makanan negara. Dalam sesi taklimat untuk oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan baru-baru ini, kita diberitahu 80 peratus petani kita adalah pesawah separuh masa. Bagaimanakah kerajaan akan menarik minat lebih ramai untuk menjadi petani sepenuh masa di bawah Belanjawan 2025 ini? Apa yang lebih penting adalah apakah usaha kerajaan untuk menarik minat belia kita untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian di bawah Belanjawan 2025?
Menurut Belanjawan 2025, KPKM telah diperuntukkan RM300 juta. Oleh itu, saya ingin mendapatkan penjelasan, apakah bentuk jalinan kerjasama yang akan diambil Kerajaan Negeri Sarawak dan apakah kementerian akan menyuntik insentif kepada petani-petani yang mengusahakan pertanian mereka di atas tanah NCR di Sarawak? Berapakah pula peruntukan bagi usaha untuk baik pulih tanah atau merawat tanah-tanah yang telah rosak akibat pembalakan dan pertanian di Sarawak?
Puan Speaker, perkara ketiga ingin saya bangkitkan tentang isu peruntukan pembangunan Sabah dan Sarawak yang masing-masing menerima RM6.7 bilion dan RM5.9 bilion atau keseluruhannya RM12.6 bilion daripada RM86 bilion bajet pembangunan.
Meskipun ada antara kita dalam Dewan yang mulia ini menganggap jumlah ini besar berbanding negeri-negeri di semenanjung. Ramai pula rakyat di luar sana merasakan Sabah dan Sarawak masih menerima peruntukan yang kecil. Sesetengah pihak mencadangkan agar peruntukan dinaikkan kepada RM30.1 bilion atau 35 peratus daripada jumlah perbelanjaan pembangunan.
Sesuai dengan aspirasi penduduk Pribumi Sarawak dan Sabah ingin melihat pembangunan setara dengan semenanjung sebagaimana yang disarankan dalam Laporan Commission of Enquiry North Borneo and Sarawak 1962 Inter Governmental Committee 1962 dan Perjanjian Malaysia 1963.
Jurang pembangunan ketara antara Wilayah Borneo dan Semenanjung Malaysia membawa kepada rasa cemburu dan iri hati penduduk Sabah dan Sarawak. Saya mencadangkan agar kerajaan menerbitkan pecahan peruntukan pembangunan mengikut
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
setiap negeri dalam Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan agar rakyat dapat menilai sama ada peruntukan ini adil, berpatutan dan seimbang mengikut KDNK, jumlah penduduk dan keluasan geografi di setiap negeri.
Puan Speaker, kerajaan telah memperuntukkan RM2.8 bilion untuk penyelenggaraan Jalan Persekutuan. Saya ingin mendapatkan penjelasan tentang jumlah peruntukan yang akan disalurkan khusus untuk Sarawak. Di kawasan Parlimen Mas Gading, terdapat banyak jalan lama di sepanjang Jalan Pan Borneo yang terbiar tanpa penyelenggaraan, tetapi masih digunakan oleh penduduk. Adakah kementerian akan memastikan penyelenggaraan termasuk lampu jalan di jalan ini? Selain itu, Jalan Genai yang diluluskan sejak sekian lama masih dalam perkembangan. Saya juga ingin menekankan pentingnya kerjasama erat dengan kerajaan negeri dan agensi tempatan untuk memastikan kelancaran Projek Persekutuan.
Seterusnya Puan Speaker, para keempat adalah tentang yuran pendidikan, bantuan kewangan dan biasiswa. Subsidi yuran pendidikan sekolah di sekolah berasrama penuh dan institusi pengajian tinggi awam untuk golongan B40 dan sebahagian besar M40 sudah tentu meringankan beban kewangan mereka, tetapi kita perlu kritikal terhadap impaknya kepada golongan T15 yang turut menyumbang besar terhadap pendapatan negara. Mas Gading mencadangkan agar pertimbangan subsidi kepada golongan ini dengan menilai situasi kewangan sebenar setiap isi rumah dengan manfaatkan Pangkalan Data PADU serta perangkaan DOSM dan LDHN yang diharapkan dapat memberikan keadilan sosial dalam sektor pendidikan di mana merit pencapaian diraikan selari dengan membantu golongan yang memerlukan.
Program-program perumpamaan pemberian bantuan kewangan dan biasiswa wajar diteruskan. Namun, penekanan perlu diberikan bagi memastikan inclusivity seluruh kaum di Malaysia dengan memperkenalkan kuota yang selari dengan jurang penduduk tanpa memperlihatkan ketidakseimbangan. Peluang sambung belajar membuka peluang kepada pelajar untuk mengingatkan- meningkatkan kelayakan dan peluang pekerjaan. IPTS pula ditubuhkan untuk menyokong pendidikan negara dengan menawarkan alternatif kepada pelajar yang tidak mendapat peluang di IPTA. Namun sebilangan pelajar terutama daripada B40 terjerat dengan pinjaman tinggi daripada PTPTN dan juga along.
Ada IPTS meskipun berdaftar dengan Agensi Kelayakan Malaysia menawarkan kursus diploma kepada pelajar yang sebenarnya layak Sijil Kemahiran Malaysia atau pra diploma sahaja menyebabkan ramai gagal dan terpaksa menanggung hutang tanpa sijil.
Sudahlah gagal, sijil pun tidak dapat, hutang pun kena bayar. Mahu tolong orang atau nak tipu orang? Saya mencadangkan agar sekolah memberi maklumat kepada lepasan SPM yang tidak mempunyai kredit tentang alternatif sambung belajar yang lain seperti Tingkatan 6, politeknik, kolej komuniti, GIATMARA, TVET, MARA dan institusi latihan kemahiran sebelum memilih IPTS sebagai pilihan terakhir.
Seterusnya, RM1 bilion bagi menaik taraf prasarana daif di 543 buah sekolah sememangnya dihargai. Namun, hanya memberi purata sekitar RM1.8 juta bagi setiap sekolah yang tidak memadai untuk menyelesaikan masalah serius seperti bangunan uzur,
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
kekurangan bekalan air bersih dan akses elektrik yang terhad di kawasan pedalaman.
Daripada jumlah ini, berapakah sekolah-sekolah di kawasan Parlimen Mas Gading yang akan terlibat dan Sarawak secara amnya?
Selain itu, tanpa sistem pemantauan yang telus dana ini berisiko terbuang pada projek yang tidak berkualiti atau pembaziran sumber. Saya mencadangkan agar kerajaan mewujudkan mekanisme pemantauan yang ketat dengan melibatkan Ahli Parlimen dan juga pihak PIBG sekolah. Ini akan memastikan dana digunakan secara berkesan untuk membaik pulih dan prasarana asas akan menjamin persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif bagi pelajar di Sabah dan Sarawak.
Puan Speaker, seterusnya bagi perkara yang kelima saya mengalu-alukan usaha kerajaan dalam memperuntukkan RM1 bilion untuk membina Pusat Kanser Sarawak di Kota Samarahan serta menambah klinik bergerak di pedalaman. Ini langkah penting. Namun, kawasan Mas Gading masih berdepan dengan masalah akses kepada rawatan kesihatan yang mencukupi. Pembinaan Hospital Lundu, Klinik Kesihatan Singai serta Klinik Kesihatan Biawak merupakan- yang telah diluluskan perlu disegerakan.
Begitu juga dengan projek menaik taraf Hospital Bauk yang sebelum ini dicadangkan untuk dinaiktarafkan kepada hospital enam tingkat. Namun, belum lagi direalisasikan.
Kekurangan tenaga kerja perubatan di hospital luar bandar juga menjadi- menjejaskan kualiti perkhidmatan.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Walaupun peruntukan untuk penambah baik...
[Tidak jelas] ...Kerja adalah positif, tanpa pengagihan sumber yang adil warga luar bandar akan terus ketinggalan. Saya menggesa agar Kementerian Kesihatan mempercepatkan pelaksanaan projek yang memerlukan perhatian khusus ini serta menyediakan mekanisme pemantauan projek yang telus dan persoalannya adakah projek-projek ini termasuk dalam Bajet 2025? Sejauh manakah komitmen kerajaan untuk memastikan ia berjalan lancar?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Dengan ini saya, Mas Gading mohon menyokong. Baik, terima kasih...
[Tepuk]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, Selamat Deepavali.
Saya membawa Peraturan Mesyuarat 36(4), Yang Berhormat. Tadi satu perkataan yang melanggar 36(4) telah dikeluarkan oleh Jelutong dan saya tengok Yang Berhormat Speaker tidak meminta Jelutong menarik balik perkataan tersebut yang telah ditujukan pada Kuantan.
Jadi saya minta- Selamat Hari Deepavali, bukan ada niat untuk apa-apa, cuma hendak memperbetulkan rekod supaya saya boleh bawa pula hari Isnin bahawa 36(4) tersebut tidak ditarik balik iaitu perkataan yang telah dikatakan pada Kuantan dan Yang Berhormat menjadi Pengerusi pada masa tersebut. Adakah perkataan itu dibenarkan- digunakan di Parlimen, Yang Berhormat?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya akan semak balik Hansard lepas itu kita buat keputusan pada hari Isnin. Saya jemput Yang Berhormat Lumut.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi saya peluang untuk membahaskan Belanjawan 2025. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membahaskan beberapa isu penting yang perlu diberi perhatian dalam Belanjawan 2025.
Pertama, saya ingin menyentuh mengenai hal veteran ATM. Saya mengambil kesempatan di sini bagi pihak veteran ATM mengucap setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah menaikkan bayaran Pencen Hilangupaya sebanyak 150 peratus, Elaun Layanan Sentiasa daripada RM440 kepada RM1,500 sebulan.
Selain itu, terima kasih juga pada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana menaikkan Bantuan Sara Hidup kepada veteran tak berpencen berumur 60 tahun ke atas dari RM300 kepada RM500 sebulan.
Setiap perbahasan isu-isu mengenai kebajikan veteran sentiasa menjadi wajib diangkat oleh Yang Berhormat Ketereh dan rakan-rakan YB yang prihatin dengan veteran di Dewan yang mulia ini. Saya juga sebagai seorang veteran ingin bertanyakan mengenai isu pelarasan pencen veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 yang masih belum mendapat perhatian oleh kerajaan. Adakah kerajaan tidak prihatin dengan rayuan veteran- veteran yang terlibat di mana mereka adalah pejuang-pejuang semasa zaman darurat bertempur dengan komunis?
Asalnya yang menuntut tidak ramai pun, hanya 78,540 orang sahaja dan bilangan mereka telah berkurangan sebab ada yang telah meninggal dunia. Saya merayu kepada kerajaan agar menarik semula rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi yang memihak kepada veteran ATM dalam kes tuntutan pelarasan pencen mereka dan seterusnya meluluskan permohonan pelarasan pencen veteran ATM bersara sebelum 2013 sebagai satu pengiktirafan perjuangan mereka semasa mereka berkhidmat.
Perkara seterusnya yang saya ingin sentuh ialah Bantuan Sara Hidup RM300 yang akan dinaikkan kepada RM500 sebulan kepada veteran tidak berpencen yang berumur 60 tahun ke atas bermula 1 Januari 2025. Ramai rakan-rakan veteran berpencen bertanya kenapa Bantuan Sara Hidup ini tidak dipanjangkan kepada mereka? Hakikat sebenarnya veteran berpencen yang berumur 60 tahun ke atas juga amat susah di mana ada di antara mereka mempunyai tanggungan ramai yang masih bersekolah dan ada yang belajar di pusat pengajian tinggi kerana pencen mereka amat rendah, di bawah paras kemiskinan.
Cadangan saya adalah agar Bantuan Sara Hidup ini juga dipanjangkan kepada veteran berpencen yang berumur 60 tahun ke atas dan syarat kelayakan bukan lagi mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan RM1,198 dan mengesyorkan ia perlu disemak semula untuk dinaikkan berpandukan kos sara hidup semasa ataupun lagi elok ia terus dibatalkan.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Seterusnya, saya ingin menyentuh mengenai isu pencerobohan kapal maritim China.
Kita sedia maklum mengenai insiden pencerobohan kapal frigate Tentera Laut China dan Pasukan Pengawal Pantai- China Coast Guard di Zon Maritim Malaysia di Beting Patinggi Ali. Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertahanan di Dewan Rakyat pada Isnin yang lepas telah menjawab soalan YB Jelebu mengenai status keselamatan perairan Malaysia susulan pencerobohan kapal tentera China dan Pengawal Pantai China di Zon Eksklusif Ekonomi di Wilayah Maritim Sarawak, di mana YB Timbalan Menteri telah menyatakan bahawa Kementerian Pertahanan memberi jaminan bahawa situasi di Laut China Selatan kini adalah selamat dan terkawal serta kekal bebas terbuka kepada komuniti maritim.
Pada pandangan saya, kenyataan ini secara tidak langsung telah merendahkan darjah ancaman keselamatan Zon Maritim Malaysia terutamanya di kawasan Luconia Shoals atau Beting Patinggi Ali. Kita perlu sedar bahawa fungsi utama kapal Pasukan Pengawal Pantai milik China ini adalah untuk menguatkuasakan undang-undang maritim negara mereka sebagai salah satu justifikasi bahawa inklusivitas negara berkenaan, terpakai dan dilaksanakan dalam Zon Maritim Malaysia.
Tindakan kehadiran kapal mereka adalah salah sama sekali dan mencabar integriti serta hak kedaulatan Malaysia, juga merupakan satu kesalahan yang cukup besar di bawah Undang-undang Laut Antarabangsa serta United Nations Convention on the Law of The Sea
(UNCLOS) 1992, dengan izin. Kerajaan bukan sahaja perlu membuat bantahan diplomatik malah kerajaan perlu lebih peka dan serius dengan keperluan peningkatan dan kesiapsiagaan aset ketenteraan untuk melindungi perairan negara yang kritikal.
Daripada insiden pencerobohan kapal maritim China di perairan Malaysia ada disyorkan peruntukan yang lebih tinggi untuk memperkukuhkan aset pertahanan walaupun dalam Belanjawan 2025, Kementerian Pertahanan menerima peruntukan RM21.2 bilion bertambah RM1.4 bilion. Kementerian Pertahanan perlu melihat semula kerana ini masih tidak mencukupi bagi meningkatkan infrastruktur aset-aset penting seperti kapal ronda, helikopter, radar dan peralatan-peralatan perisikan yang lebih canggih termasuk selenggaraan aset-aset yang telah berusia. Saya menyarankan peningkatan lebih besar dalam bajet pertahanan demi menjaga kedaulatan negara yang lebih mencabar.
Isu yang seterusnya yang saya ingin sentuh adalah mengenai projek kapal littoral combat ship (LCS). Kita sedia maklum mengenai permasalahan isu projek LCS ini. Isu utamanya adalah ketirisan kewangan di mana merujuk kepada Laporan Jawatankuasa Kira- kira Wang Negara (PAC) tahun 2022 yang dipengerusikan oleh YB Taiping pada ketika itu.
PAC telah mengesyorkan agar SPRM mengambil tindakan segera ke atas segala penemuan dalam laporan PAC.
Laporan Jawatankuasa Khas Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan dan Laporan Forensik malah pendakwaan juga harus disegerakan. Persoalannya apakah status siasatan SPRM dan bila pendakwaan akan dilaksanakan? Saya perlukan jawapan yang tuntas dari Yang Berhormat Menteri.
Isu seterusnya adalah mengenai penarikan subsidi petrol RON95. Jika subsidi petrol RON95 ditarik balik pada tahun depan saya pasti kesan berantainya akan dirasai oleh rakyat.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Walaupun kerajaan memberi jaminan bahawa hanya golongan T15 yang akan membayar lebih, tetapi siapakah golongan T15 ini? Dalam keadaan rakyat sedang menanggung beban kos sara hidup yang tinggi dan harga barang melambung, kerajaan tarik subsidi dan naikkan cukai.
Kesan langsung daripada tindakan ini ialah harga barang akan menjadi lebih mahal dan beban yang ditanggung oleh rakyat semakin berat. Dengan kadar inflasi dijangka meningkat 2 peratus hingga 3.5 peratus pada tahun hadapan, kerajaan perlu menimbang semula dasar rasionalisasi subsidi.
Keputusan kerajaan untuk menaikkan gaji minimum baharu iaitu pada RM1,700 juga mempunyai kesan kepada rakyat. Tindakan penguatkuasaan mengenai Akta Kawalan Harga Barang dan Antipencatutan 2011 mesti di perkasa supaya sebarang kenaikan yang tidak wajar dikenakan tindakan tegas. Penguatkuasaan perlu lebih berkesan dan meluas. Di samping itu, kerajaan mestilah hati-hati dalam melaksanakan apa-apa dasar yang boleh menyebabkan kesan berantai ke atas kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Selain itu, kerajaan mestilah melihat secara terperinci masalah yang dihadapi oleh syarikat-syarikat kecil yang tidak mampu menampung kenaikan kos operasi syarikat akibat kenaikan kos upah.
Seterusnya adalah saya ingin mengangkat mengenai isu-isu tempatan di kawasan Parlimen Lumut.
Untuk makluman, di kawasan saya Parlimen Lumut tiada sekolah berasrama penuh.
Saya agak kecewa kerana dalam Belanjawan 2025 tidak ada peruntukan untuk pembinaan sekolah berasrama penuh di mana saya telah memohon pada perbahasan Belanjawan 2024 yang lepas.
Oleh itu saya ingin memohon sekali lagi kepada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah agar diperuntukkan pembinaan sekolah berasrama penuh. Dengan adanya sekolah berasrama penuh ini akan merancakkan sektor pelancongan dan menaikkan ekonomi serta pendapatan peniaga tempatan.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Saya harap ia akan direalisasikan dengan adanya dua orang Menteri penuh dari Perak iaitu Yang Berhormat Senator Menteri Pendidikan Tinggi dan Yang Amat Berhormat Bagan Datuk.
Seterusnya mengenai sektor pelancongan di Parlimen Lumut. Di Parlimen Lumut, sektor pelancongan memainkan peranan penting dalam memacu ekonomi tempatan. Dengan destinasi utama seperti Pulau Pangkor, Teluk Batik dan Teluk Senangin menarik ramai pelancong setiap tahun. Pelancongan di kawasan ini menyumbang kepada peningkatan pendapatan pengusaha tempatan serta mencipta peluang pekerjaan terutama dalam industri perkhidmatan seperti penginapan, restoran dan aktiviti rekreasi. Ini adalah sebagai persediaan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Cadangan Lumut, pertama adalah peningkatan infrastruktur pelancongan. Kerajaan perlu memberi peruntukan tambahan untuk meningkatkan kemudahan pelancongan di Pulau Pangkor, Teluk Batik dan Teluk Senangin. Ini termasuk penjagaan pantai, pembinaan kemudahan awam seperti tandas yang bersih, tempat letak kereta yang mencukupi serta
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
peningkatan keselamatan di kawasan pelancongan bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pelancong.
Cadangan kedua adalah promosi pelancongan iaitu dengan kerjasama agensi pelancongan. Saya mencadangkan kerjasama yang lebih kukuh antara agensi pelancongan kerajaan dan swasta untuk mempromosi destinasi utama seperti Pulau Pangkor sebagai destinasi bebas cukai dan tempat menarik di dalam negara. Penganjuran acara pelancongan bertaraf antarabangsa serta kempen promosi digital perlu diperhebat termasuk di pasaran luar negara bagi menarik lebih ramai pelancong.
Akhir sekali, harapan Lumut agar Belanjawan 2025 dapat membawa perubahan yang diharapkan dan tidak hanya sekadar janji manis. Sekian, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Saya jemput Yang Berhormat Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh,* salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih kepada Yang Berhormat Puan Timbalan Yang di-Pertua atas peluang dan ruang yang diberikan pada Ampang.
Pertamanya sebagai mukadimah, Ampang ingin merakamkan dan nak mengajak kita semualah merakamkan kutukan sekeras-kerasnya serta mengingatkan kita kezaliman kepada lebih 43,000 orang yang terkorban dan lebih 100,000 orang yang tercedera sejak meletusnya episod kezaliman melampau 7 Oktober 2023 perang genocide atau pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin oleh rejim Zionis terhadap orang awam rata-rata terutama anak-anak kecil, wanita, orang tua yang menjadi mangsa...
[Tepuk] Ampang akan terus mengulangi dan mengingatkan bahawa perampasan tanah secara haram dan penjajahan serta penghapusan manusia secara terancang dan pelbagai bentuk kezaliman, keganasan lain oleh rejim Zionis ini sememangnya melanggar semua undang-undang antarabangsa, hak asasi manusia sejagat dan nilai kemanusiaan bukanlah baharu, malah sebenarnya tidak berkesudahan sejak 1948. Ia perlu dihentikan segera.
Seterusnya, izinkan Ampang mengucapkan atau mengalungkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas buat Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim ataupun Yang Amat Berhormat Pandan- Pandan pula, Tambun yang kejayaan bukan sahaja menerajui Kerajaan Perpaduan dengan cemerlang selama dua tahun...
[Ketawa] Maaf, salah. Dua tahun, malah membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan tahunan dengan penuh semangat. Jangan salah faham sebab sebelah Pandan dengan Ampang itu sebelah. Okey.
Berbekalkan peruntukan sebanyak RM421 bilion, sekali lagi tertinggi dalam sejarah Malaysia ketimbang RM407.5 bilion bagi tahun 2024, jelas Dasar Fiskal Negara kekal dalam mod mengembang atau expansionary mode demi kemakmuran negara dan kemaslahatan rakyat. Namun pada yang sama, belanjawan rakyat ini berhemah dan terkawal kerana meneruskan agenda mengurangkan defisit fiskal dan hutang negara sama ada legasi
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
ataupun baru secara beransur, namun terbukti ia berjaya. Syabas kepada Yang Amat Berhormat Tambun.
Jadi untuk itu, Ampang ingin mengatakan di sini memandangkan masa yang terbatas, Ampang ingin menyinggung tiga perkara besar. Pertama tentang isu perumahan.
Secara peribadi, Ampang begitu teruja dengan variasi insentif dan inisiatif oleh Kerajaan MADANI demi memastikan ketersediaan perumahan mampu milik untuk rakyat terbanyak yang ada di kota ataupun desa. Termasuk saya dapati ada 14 inisiatif ataupun skim yang telah pun dibacakan dalam teks ucapan Yang Amat Berhormat Tambun.
Oleh itu saya ingin menegaskan di sini, walaupun kita mempunyai satu komitmen atau tekad untuk memastikan kediaman untuk rakyat amat dialu-alukan, tetapi saya ingin melihat kalau boleh kita menginjak sedikit ataupun berganjak sedikit tentang kediaman ini tidak semestinya dimiliki, tetapi ia perlu juga memberikan kediaman yang perlu diberikan sewaan ataupun tempat yang lebih baik untuk rakyat.
Dengan itu, saya ataupun Ampang merasakan satu faktor utama kenapa sesetengah dalam masyarakat yang rata-ratanya dalam golongan B40 atau M40 rendah atau anak muda baru bekerja lebih cenderung menyewa, disebabkan paras pendapatan mereka tidak memungkinkan akses kepada pinjaman ataupun pembiayaan perumahan. Jadi, saya rasa yang lebih kita perlu tangani adalah memberi penekanan tentang satu lagi aspek penting dalam memastikan akses rakyat kepada perumahan iaitu rumah mampu sewa demi keterjaminan, kestabilan dan kelestarian tempat tinggal.
Oleh itu bagi mereka yang merantau, saya lihat perkara ini amat penting. Kadang- kadang ada juga yang memilih untuk menyewa buat sementara waktu sehingga dana secukupnya dikumpulkan ataupun sama ada untuk membeli rumah atau membina rumah forever home, dengan izin, di kampung halaman atau sebagai deposit pendahuluan yang agak besar bagi memiliki rumah idaman yang agak mahal di mana mereka tinggal lebih-lebih lagi di Lembah Klang dan sebagainya.
Jadi, Ampang percaya sudah tiba masanya dasar dan undang-undang perumahan yang mesra penyewa digubal dan dibahaskan demi membela nasib dan melindungi hak-hak golongan penyewa supaya tidak berat sebelah, yang hanya memihak kepada pihak pemilik di samping memastikan akses kepada rumah mampu sewa merangkumi antara lain, kita mahu lihat antara lain enam perkara yang ingin dicadangkan oleh Ampang iaitu takrifan baru bagi rumah mampu sewa.
Yang keduanya, kawalan kadar sewa yang adil dan saksama.
Yang ketiganya, perlindungan daripada pengusiran tidak adil dan tidak sah.
Yang keempatnya, insentif buat pemilik dan penyewa demi menjamin akses kepada rumah mampu sewa yakni rumah yang selamat, selesa dan pada kadar yang berpatutan.
Begitu juga mungkin sudah sampai masanya kerajaan memikirkan council homes, dengan izin, iaitu rumah untuk disewa di bawah pihak berkuasa tempatan kerana bukan sahaja memungkinkan mereka menyediakan, tetapi mungkin bantuan-bantuan kepada PBT untuk memiliki rumah council homes ini untuk diberikan sebagai sewaan kepada masyarakat
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
yang memerlukan terutama mereka yang berdepan dengan bencana dan masalah-masalah kemalangan yang tidak dijangka.
Yang kelimanya- yang keenamnya, saya merasakan bahawa banyak rumah sekitar yang kadang-kadang milikan kerajaan ataupun milikan komersial yang saya lihat hala tuju seperti baru-baru ini seperti mana di Tokyo, rumah-rumah komersial- maaf, bukan rumah- rumah, unit-unit komersial telah pun digunakan untuk diubahsuai untuk dijadikan rumah- rumah sewa kepada rakyat.
Yang terakhir, saya rasa satu perkara yang perlu ditegaskan dalam perumahan ini iaitu mereplikasikan konsep centralize labor quarters atau CLQ yang kalau dulunya kita bincang CLQ ini hanya untuk warganegara asing yang bekerja di Malaysia, tapi sampai masanya juga kerajaan mungkin boleh memikirkan alternatif sewaan jangka panjang sebuah kompleks tempat tinggal berpusat yang selamat, sejahtera, sentosa pada kadar amat berpatutan di kawasan bandar khusus buat warga Malaysia yang bekerja berpendapatan rendah yang akhirnya berperanan bukan sahaja meringankan beban kos sara hidup golongan pekerja, malah mengurangkan tekanan permintaan perumahan mampu milik atau sewa terhadap kawasan bandar.
Itu beberapa perkara yang saya ingin singgung di bawah perumahan dan juga rumah sewa, tetapi ada perkara yang penting iaitu tidak terlepas di bawah perumahan iaitu pengurusan rumah strata yang sedia ada. Yang Berhormat Timbalan Speaker, kita dapati ataupun Ampang dapati ada beberapa aduan yang saya peroleh tentang pengurusan harta, property managers yang kita lihat pembekuan lesen pengurus harta yang telah dibekukan sejak 2018 sehingga hari ini. Ia mendatangkan beberapa permasalahan baru kepada pengurusan bangunan strata ini. Adalah tidak munasabah bahawa pihak Lembaga Penilai Pentaksir dan Pengurus Harta ataupun LPPH di bawah MOF membekukan lesen pengurusan harta ataupun property manager sejak 2018.
Untuk itu, saya dapati sebenarnya lesen yang dikeluarkan oleh LPPH adalah hampir 2,000 lesen sebelum 2018 dan aktif hanya 20 peratus iaitu berjumlah hanya 400 syarikat sahaja.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Jadi dengan adanya perkara ini, pembangunan strata scheme telah meningkat sebenarnya daripada 2018 hingga kini, kita lihat dalam enam tahun ini telah bertambah boleh dikatakan hampir 30,000 unit di seluruh Malaysia. Walau bagaimanapun, peningkatan strata scheme sebanyak 15 unit ini tetapi lesen property managers ini dari LPPEH adalah dibekukan. Jadi untuk itu, ia mendatangkan masalah contohnya telah dimonopolikan oleh pihak syarikat tertentu dan meningkatkan kos perbelanjaan property manager kerana tanpa saingan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Oleh itu, saya ingin mencadangkan supaya pihak kerajaan membuka sekurang- kurangnya 10,000 pekerjaan iaitu menambah 10,000 lesen seperti lesen kontraktor CIDB dengan syarat-syarat khusus kepada pemegang ijazah ataupun mengehadkan limit kontrak.
Saya yakin dengan membukanya lesen kepada semua pemegang ijazah seperti mana yang dianjurkan dulu pada sebelum tahun 2018 di mana pemegang ijazah dan pengalaman adalah dibenarkan memohon lesen PM. Oleh itu, saya mohon sangat kesemua kementerian yang bersangkutan terutamanya Menteri KPKT menurunkan juga bon supaya Akta Pengurusan Strata 2013 iaitu daripada 50,000 kepada 10,000 untuk kita memperbanyakkan lagi property manager.
Seterusnya saya ingin menyinggung tentang perkara berkaitan dengan care economy, dengan izin, ataupun istilah yang digunakan adalah ekonomi penjagaan. Selaku Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat, Ampang ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun atas usaha rintis mengarusperdanakan agenda ekonomi penjagaan.
Dengan menyebut terma ekonomi penjagaan dalam ucapan belanjawan tahunan buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, jelas bahawa Kerajaan MADANI bukan sahaja mempelopori malah serius mentransformasikan industri ini menjadi salah satu pemangkin pertumbuhan ekonomi negara.
Saya lihat banyak insentif yang telah dilakukan tetapi perkara ini sebenarnya mendorong IKHTIAR 49, 50 dan 51 itu yang bakal boleh manfaatnya kepada mereka ataupun keluarga yang mempunyai anak kanak-kanak, warga emas atau OKU yang sememangnya antara segmen utama dalam industri ekonomi penjagaan. Malah saya lihat nanti pencapaian ini akan memungkinkan membantu pencapaian 60 peratus sasaran RMKe-12 bagi, dengan izin, women Labour Force Participation Rate (LFPR) kepada tenaga kerja wanita ketimbang 56 peratus pada 2022 dan juga ketimbang 83 peratus LFPR kepada pihak lelaki.
Jadi untuk itu, saya harap ekonomi penjagaan ini dijangka mampu menjadi salah satu solusi bagi isu unpaid care and domestic work (UCDW) yang tugasan penjagaan dalam rumah tangga tidak berbayar yang menjadi sebab utama 3.2 juta rakyat Malaysia yang mana 98 peratus merupakan wanita terpaksa mengurangkan bilangan jam bekerja bergaji malah terus keluar daripada tenaga kerja.
Jadi untuk itu saya ingin mencadangkan, Ampang berpandangan bahawa status negara yang maju tidak sahaja perlu diukur dengan KDNK, tetapi kita merasakan bahawa lebih penting diseimbangkan dengan progress dan kemajuan dalam usaha memenuhi keperluan sosial.
Untuk itu, cadangan pertama demi memartabatkan lagi care economy ini ataupun sumbangan ekonomi penjagaan ini, suka Ampang berkongsi beberapa syor untuk dipertimbangkan.
Pertama, menyegerakan perbahasan dan kelulusan bagi Rang Undang-undang Profesion Pekerja Sosial memandangkan banyak negara jiran di dalam ASEAN seperti Filipina, Singapura, Thailand dan Indonesia sudah mempunyai undang-undang sebegini
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
untuk mengatasi kekurangan akut pekerja sosial di Malaysia dengan nisbah satu kepada 8,576 sedangkan standard dunia, satu kepada 40. Jadi, kita jauh ke belakang.
Keduanya, melaksanakan kajian dan bancian menyeluruh untuk memastikan struktur dinamisme penawaran, permintaan pekerja ekonomi penjagaan yang mana mereka amat memerlukan seperti di sekolah dan sebagainya.
Ketiga, merekayasa dan membangunkan program latihan holistik dan berstruktur.
Dari sini juga saya dapati menjadikan pekerja ekonomi penjagaan satu kerjaya baru dan dihormati dan dihargai oleh orang yang kompeten dan terlatih. Saya rasa dengan membuat atau melaksanakan rang undang-undang pekerja sosial ini akan menambah lagi potensi untuk mengembangkan ekonomi penjagaan ini.
Seterusnya sedikit sahaja, minta tambahan satu minit. Iaitu saya ingin menyinggung tentang agenda dan isu halal yang mana saya lihat apa yang telah dimaklumkan oleh pihak Yang Amat Berhormat Tambun, penggabungan antara HDC dan juga MATRADE ini saya rasa satu pendekatan yang strategik dan meningkatkan keberkesanan. Walau bagaimanapun, saya ingin mengatakan di sini, dalam sektor halal ini mempunyai tiga perkara penting.
Pertama tentang pensijilan, kedua tentang penguatkuasaan dan yang ketiganya jaminan kepada pengguna. Oleh itu saya ingin menyatakan di sini, kalau boleh dipertimbangkan dalam berkait tentang isu pensijilan, saya mengharapkan ada satu badan sertifikasi- pensijilan khusus seperti mana SIRIM untuk sertifikasi standard boleh difikirkan untuk pelaksanaan supaya ketiga-tiga ini adanya pengasingan kuasa- separation of powers itu supaya agenda untuk mempercepatkan agenda halal di Malaysia ini ataupun agenda mempelopori program halal ini dapat dilaksanakan dengan baik.
Malah mungkin SIRIM boleh membuka satu jabatan khas iaitu jabatan halal yang mana boleh untuk memberikan mereka membuka satu ruang untuk kompetensi untuk sertifikasi yang ada, tetapi dengan tidak mengambil apa yang ada di bawah JAKIM iaitu di bahagian penguatkuasaan, kita serahkan kepada JAKIM untuk melaksanakan penguatkuasaan. Namun dalam konteks pengguna, satu sudut pandang yang perlu kita lihat kerana keraguan terhadap pengguna kadang-kadang melibatkan sijil halal dan sebagainya, kadang menantikan sama ada tempat- tempat ini berlakunya ataupun dapat menerima pensijilan dan sebagainya.
Saya mencadangkan supaya kita melihat sebagai contoh mewajibkan kekuasaan bukan sahaja kepada pensijilan, tetapi memberi satu ruang jalan tengah dalam usaha untuk menambah baik proses pra kelulusan malah pasca kelulusan pensijilan. Maka Ampang ingin mencadangkan agar sistem i-Mesra yang direkayasa dan dibangunkan secara kerjasama oleh HDC, MIMOS Berhad dan Webhaus Technologies Sdn. Bhd. setelah mendapat sokongan oleh Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia dipertimbangkan.
Jadi itu sahaja Dato’ Timbalan Speaker, insya-Allah saya akan menyinggung perkara- perkara berkaitan dengan sekolah, klinik dan juga berkaitan dengan kawasan saya di dalam jawatankuasa. Oleh itu, saya mengakhiri perbahasan ini. Sekali lagi, Ampang rakamkan ucapan terima kasih. Tidak lupa juga ucapan keraian kepada rakan-rakan kita penganut
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Hindu, Jains, Sikh dan segelintir Buddha dengan ucapan iniya Deepavali nal valthukkal. Dengan ini, Ampang menyokong penuh ucapan Belanjawan 2025. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua kerana memberi ruang pada Setiu untuk turut sama membahaskan Belanjawan 2025 kali ini. Dato' Yang di-Pertua, zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz mengajar kita banyak perkara dalam menguruskan negara terutama dalam aspek ekonomi.
Ia bermula daripada polisi yang adil dan saksama untuk semua rakyat. Rasuah dibasmi dengan serius. Cukai-cukai yang menzalimi rakyat dihapuskan bahkan unsur-unsur monopoli dalam perniagaan dilenyapkan sama sekali sehingga akhirnya tidak ada seorang pun rakyat pada zaman pemerintahan beliau, pemerintahan baginda, layak untuk menerima zakat.
Yahya bin Said salah seorang gabenor yang berkhidmat semasa era baginda berkata, “Aku dihantar oleh Umar bin Abdul Aziz untuk mengutip cukai di Afrika. Selepas aku mengumpulnya, aku merancang untuk mengagihkan kepada golongan fakir miskin, tetapi aku tidak menjumpai seorang pun.” Ini kerana pada era Khalifah Umar, baginda telah menjadikan semua orang kaya.
Keamanan dan kemakmuran yang dirasai pada zaman Khalifah Umar adalah disebabkan sifat qanaah yang dimiliki oleh rakyat dan pemimpinnya. Sifat qanaah yang telah ditanam oleh Khalifah Umar ke dalam diri rakyatnya. Selain sifat qanaah, beliau turut melakukan pengislahan sehingga rakyatnya berusaha mendekatkan diri kepada Allah SWT berbanding hal keduniaan. Rakyatnya memiliki kecenderungan seperti Khalifah Umar bin Abdul Aziz seperti mana Ibnu Khaldun sering mengungkapkan dalam pepatah Arab yang berbunyi, [Membaca sebuah pepatah Arab] Rakyat akan mengikut gaya hidup pemimpin mereka.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Ini termasuk kecenderungan dalam menunaikan ibadah seperti solat, puasa, membaca al-Quran dan ibadah lain membuatkan rakyatnya berlumba-lumba untuk melakukan hal yang sama. Sikap rakyat yang berubah daripada mencintai hal berbentuk keduniaan kepada kecintaan kepada ibadah juga adalah perkara asas yang menjadi penyumbang kepada kejayaan Khalifah Umar Ibn Abdul Aziz mengurus kemiskinan pada zaman baginda.
Dato’ Yang di-Pertua, apa yang berlaku kepada kerajaan pada hari ini adalah sebaliknya. Rakyat miskin terus menjadi miskin, manakala rakyat yang sederhana dan kaya dimiskinkan. Rakyat dibebani dengan pelbagai cukai. Bahkan subsidi untuk meringankan beban rakyat telah dihapuskan satu demi satu.
Rakyat terus menerus tertekan dengan pelbagai polisi yang sedia ada. Belum lagi selesai dengan kos kenaikan barangan akibat penyesaran subsidi diesel, rakyat pula bakal
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
berdepan dengan penarikan subsidi petrol RON95. Penarikan subsidi RON95 bukan isu remeh walaupun kerajaan memberitahu bahawa ia hanya melibatkan 15 peratus rakyat sahaja iaitu golongan yang digelar ‘maha kaya’ ataupun T15, namun dominant effect daripada pengumuman tersebut amat membebankan rakyat di semua peringkat. Ditambah pula pengelasan yang ada pada hari ini adalah masih kabur.
Saya yakin bahawa semua ini akan menambah beban rakyat terutama miskin bandar yang terdiri daripada golongan bekerja yang terpaksa menanggung pelbagai komitmen tambahan seperti kos jagaan anak yang bakal meningkat, kos minyak dan tol untuk perjalanan harian turut meningkat di samping sewa rumah dan belanja makan asas yang lebih tinggi akibat penyesaran subsidi ini. Sungguh sedih sekali apabila penjimatan yang dilaungkan hasil penarikan pelbagai subsidi seperti pelarasan takrif elektrik sebanyak RM4.5 bilion, subsidi ayam RM1.2 bilion dan diesel sebanyak RM4 bilion. Namun rakyat susah masih lagi terbeban dan tidak merasai nikmat dan manfaat daripada penjimatan tersebut.
Terbukti langkah kerajaan sebelum ini gagal menyenangkan rakyat sama sekali.
Bagaimana kerajaan ingin membuktikan bahawa penjimatan hasil penyesaran subsidi RON95 dapat memanfaatkan rakyat jika penjimatan sebelum ini pun tidak berjaya mengurangkan beban rakyat miskin terutamanya. Kerajaan jangan marah lah kalau ada sahabat saya yang mengata bahawa “kencing, tipu dan sembang”, singkatan daripada ‘ketimbang’ yang dijanjikan minyak turun bila PH memerintah, tetapi yang berlaku sebaliknya dengan pelbagai alasan dangkal yang diberikan.
Dato’ Yang di-Pertua, dalam keadaan rakyat yang semakin terhimpit di mana logiknya kenyataan Tambun pada tahun lalu bahawa miskin tegar telah dibasmi sepenuhnya di beberapa buah negeri termasuk Selangor dan hanya tinggal 18,000 miskin tegar sahaja.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini dalam sesi pertanyaan lisan, hanya tujuh peratus sahaja miskin tegar yang telah diselamatkan. Persoalannya sejauh manakah jaminan kerajaan dengan semua dasar dan polisi yang membebankan rakyat pada hari ini dapat menyelamatkan golongan miskin tegar seperti mana yang telah dilakukan pada zaman Sayidina Umar Ibn Abdul Aziz?
Dato’ Yang di-Pertua, isu royalti dan pengagihan peruntukan kepada Ahli Parlimen sering kali dibahaskan di Parlimen. Namun, sehingga ke hari ini kerajaan masih lagi berdolak- dalik dan tidak mengendahkan segala tuntutan tersebut. Persoalannya, mengapa peruntukan tersebut tidak disalurkan secara direct kepada Ahli Parlimen Pembangkang dan hanya diberikan melalui projek-projek. Sesetengahnya disalurkan secara terus kepada rakyat sedangkan Ahli Parlimen kerajaan tidak dilakukan sedemikian rupa? Kenapa perlunya perjanjian MOU sedangkan ianya sudah menjadi manifesto PRU 15 bagi PH bahawa semua rakyat akan diberikan peruntukan kawasan yang sama rata tanpa mengira parti.
Begitu juga dengan royalti, sehingga kini Kerajaan Negeri Terengganu hanya menerima RM425.1 juta daripada kelulusan RM792.3 juta dengan baki RM367.15 juta belum dibayar lagi dengan anggaran jumlah hasil royalti petroleum bagi tahun 2024 ialah RM1.52 bilion. Mengapa kerajaan tidak menyalurkan direct ataupun tidak menyalurkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri sedangkan negeri lain yang turut menerima royalti disalurkan direct
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
kepada kerajaan negeri tanpa menggunakan pemberian projek sebagai alasan bahawa wang tersebut telah pun disalurkan.
Dato’ Yang di-Pertua, isu kenaikan gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 mendapat pelbagai reaksi sama ada positif mahupun negatif dari pelbagai pihak. Impaknya yang sangat signifikan kepada rakyat dari pelbagai sektor terutamanya PMKS termasuk sektor makanan seperti kedai makan yang diunjurkan akan banyak ditutup kerana kesan daripada purchasing power yang semakin menurun akibat kos yang meningkat. Rakyat terpaksa berjimat. Operation time dikurangkan sekali gus turut memberi kesan kepada e- hailing disebabkan purchasing power yang merosot.
Akhirnya pengangguran meningkat dan rakyat terhimpit dengan kos sara hidup yang meningkat. Oleh itu, saya rasa telah tiba masanya kerajaan mengambil langkah yang sama dengan pemerintahan PN yang menghidupkan semula kembali program subsidi upah.
Program tersebut terbukti berjaya menyelamatkan hampir 2.7 juta peluang pekerjaan.
Insentif-insentif seperti ini amatlah diperlukan terutamanya PMKS.
Langkah ini juga turut dilakukan oleh negara-negara lain yang menaikkan kadar minimum gaji berserta insentif-insentif kepada syarikat-syarikat kecil terutama seperti yang dilakukan di Turki dan negara-negara lain. Saya kira inilah masanya kerajaan mengetepikan ego dan sombong dengan mengambil segala langkah yang baik yang dibuat oleh kerajaan dulu untuk kepentingan rakyat.
Dato’ Yang di-Pertua, isu pembangunan infrastruktur yang tidak seimbang antara negeri Pantai Timur dan Barat juga sering kali diperkatakan. Kemajuan terkini pembinaan LPT3 dilihat amat tidak efisien kerana walaupun kerja awalan LPT3 telah siap sepenuhnya pada Disember 2021 dan sudah hampir tiga tahun berlalu. Status terkini LPT3 masih tidak mempunyai apa-apa kemajuan terkini. Kerajaan masih membisu dan tidak mengambil perhatian serius akan pembinaan LPT3.
Untuk makluman Dato’ Yang di-Pertua, Daerah Setiu adalah daerah yang paling terkesan disebabkan ketiadaan LPT3 ini. Kesesakan setiap kali musim perayaan melibatkan laluan utama dan laluan alternatif yakni laluan pantai.
Dato’ Yang di-Pertua, walaupun kerajaan hari ini tidak mempunyai apa-apa projek mega, namun saya berharap agar projek ECRL bagi menjamin pembangunan infrastruktur rakyat Pantai Timur khususnya berjalan lancar. Pembinaan projek ECRL kadang-kadang memberi kesan kepada penduduk terutama kepada perumahan yang terletak berhampiran tapak pembinaan, namun tidak terlibat dengan pembinaan landasan ECRL. Ada terdapat di kalangan mereka yang mengadu rumah mereka telah rosak dan merekah hasil pembinaan ECRL ini.
Begitu juga dengan sistem perparitan yang tidak sempurna yang menyebabkan paip tersumbat ketika hujan lebat atau banjir yang boleh menenggelamkan kebun-kebun dan tanaman-tanaman penduduk. Oleh itu, saya mencadangkan agar pampasan diberikan kepada rumah kediaman yang rosak untuk dibina baru serta membayar pampasan kepada tanah agar penduduk dapat berpindah ke kawasan yang lebih selamat. Ini berlaku di Kampung Tok Dor, Kampung Oh, Kampung Bintang dan kampung sekitar di dalam DUN Jabi.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Dato’ Yang di-Pertua, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas pembinaan pusat rehabilitasi di Kampung Rhu Tapai, Merang, Setiu yang telah disempurnakan majlis pecah tanah oleh Menteri pada minggu lepas. Pembinaan projek ini insya-Allah akan dapat memberi impak ekonomi yang besar kepada penduduk sekitar. Pagi tadi juga telah diadakan majlis penyerahan projek menaik taraf Jalan Tuju dan membina jambatan Sri Bayas oleh JKR setelah sekian lama saya bangkitkan di Parlimen dan beberapa cabaran yang dihadapi akibat kenaikan kos harga asal.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Insya-Allah, projek ini akan menyelesaikan isu yang sekian lama menghantui penduduk Kampung Seri Bayas ketika musim tengkujuh. Walau bagaimanapun, ianya tidak dapat menyelesaikan sepenuhnya isu permasalahan yang dihadapi oleh penduduk kampung setiap kali musim banjir jika sekira naik aras Jalan Ulu Seladang ke Bandar Permaisuri tidak dibina dengan segera. Saya dimaklumkan pembinaan projek naik aras jalan ini tertangguh disebabkan oleh berlaku peningkatan kos daripada RM6.6 juta yang telah diluluskan kepada RM30.4 juta. Saya mengharapkan agar kenaikan kos ini atau notice of change dengan izin Dato' Yang di-Pertua, sebanyak RM24 juta dapat diluluskan segera.
Dato' Yang di-Pertua, kawasan Setiu merupakan antara kawasan yang sering ditimpa banjir besar. Terdapat tiga pusat penempatan sementara iaitu PBS Kampung Apal, Kampung Langkap dan PBS Kampung Tasik Permaisuri yang perlu dibina baharu disebabkan oleh bangunan tersebut sudah terlalu uzur dan tidak mampu menampung jumlah mangsa yang semakin ramai. Isu yang sering menghantui penduduk kawasan saya adalah isu hakisan pantai. Walaupun kerajaan telah meluluskan kos pembinaan breakwater di Kampung Kala Maras Batu Rakit dengan kos RM84 juta.
Namun, peruntukan segera diperlukan kerana pembinaan 16 breakwater sebelum ini tidak meliputi kawasan hakisan yang baharu yang telah merebak melebihi kawasan pembinaan breakwater tadi. Saya amat kesal sekali apabila sebelum ini peruntukan diberikan selepas hakisan berlaku sedangkan peruntukan tersebut mesti disalurkan segera sebelum hakisan berlaku sebagai persediaan kerana isu hakisan pantai boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Keadaan ini boleh membahayakan penduduk setempat. Oleh itu, peruntukan tambahan dengan kadar segera amat diperlukan sebagai persediaan untuk menghadapi musim tengkujuh. Hakisan pantai juga melanda Pantai Bari Kecil dan sering kali saya timbulkan dalam sesi perbahasan sidang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Hakisan yang berlaku telah menghampiri kawasan perkuburan. Oleh itu, saya benar-benar berharap agar cadangan pembinaan benteng pemecah ombak yang telah dicadangkan dapat disegerakan pembinaannya.
Dato' Yang di-Pertua, sering kali musim banjir Bandar Permaisuri antara...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
30 saat.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
...Tempat yang terkesan teruk akibat banjir sedangkan kawasan tersebut melibatkan banyak pejabat agensi kerajaan, premis perniagaan dan lain-lain lagi. Masalah ini dapat diselesaikan jika Rancangan Tebatan Banjir Sungai Setiu Fasa 1 yang kosnya dianggarkan RM200 juta dapat dibina.
Untuk akhirnya, saya ingin mengetahui status terkini kelulusan bagi pembinaan Balai Polis Arulit, Klinik Kesihatan Jabi, Pejabat Kesihatan Daerah Setiu, Mahkamah Majistret Setiu yang baharu serta menaik taraf Pondok Polis Jabi dan Merang kepada balai polis yang sering kali saya utarakan sebelum ini. Saya juga mengharapkan agar kerajaan dapat... [Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Setiu, duduk. Yang Berhormat Setiu, duduk. Saya dah bagi lebih dua, dekat tiga minit dah.
Duduk Yang Berhormat. Saya menjemput, mempersilakan YB Tanjong Manis.
Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.
Ucapan terima kasih saya dahulukan kepada Dato' Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang kepada saya berdiri di sini untuk membahaskan anggaran Belanjawan 2025 pada hari ini. Seterusnya, sekalung tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan kerana telah berjaya membentangkan Belanjawan MADANI Ketiga 2025 pada tanggal 18 Oktober yang lepas.
Anggaran Belanjawan 2025 yang dibentangkan adalah yang tertinggi pernah diumumkan iaitu RM421 bilion meliputi RM335 bilion Belanja Mengurus dan RM86 bilion Belanja Pembangunan tidak termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka. Seusai dengan tema Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera, saya percaya inti pati belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah sejajar dengan visi dan misi tema tersebut terutama dalam aspek menjamin keselesaan rakyat melalui pendidikan dan kesihatan.
Dato' Yang di-Pertua, saya berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana usaha berterusan beliau yang ingin memajukan wilayah Sarawak dan Sabah.
Membangun seiring dengan negeri-negeri lain di Semenanjung di mana peruntukan pembangunan di kedua-dua wilayah tersebut telah ditambah dari tahun-tahun sebelumnya.
Untuk Sarawak dalam Belanjawan pada kali ini, peruntukan pembangunan sejumlah RM5 bilion adalah antara yang tertinggi di antara negeri-negeri dan jumlah ini bertambah sebanyak RM0.1 bilion dari Belanjawan tahun 2024. Saya bukan bermaksud tidak bersyukur atas jumlah yang telah diperuntukkan, namun fakta tetap fakta. Jumlah peruntukan pembangunan ini masih lagi sangat rendah untuk membangun sebuah wilayah seluas dan semundur Sarawak.
Seperti yang kita sedia maklum, Sarawak masih lagi tercicir daripada segi pembangunan infrastruktur yang asas. Justeru, peruntukan yang lebih besar harus diberikan
Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
pada Sarawak agar Sarawak dapat maju setanding dengan negeri-negeri lain di Semenanjung. Bak kata pepatah, biarlah berdiri sama tinggi, biarlah duduk sama rendah.
Justeru, peruntukan pembangunan yang diberikan untuk Sarawak perlu dikaji semula kerana peruntukan yang diberikan perlu mengambil kira beberapa aspek seperti keluasan sesebuah negeri, jumlah yang disumbangkan oleh negeri ke dalam dana Persekutuan dan juga tahap kemajuan negeri tersebut. Dengan mengambil kira kesemua aspek ini, baharulah agihan peruntukan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih adil dan saksama. Saya berharap Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan akan mengambil maklum mengenai perkara-perkara ini dalam merangka belanjawan untuk tahun-tahun yang akan datang.
Dato' Yang di-Pertua, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana menaikkan kadar pemberian khas untuk Sarawak sekali ganda kepada RM600 juta untuk tahun 2025. Pemberian khas ini adalah seperti yang terkandung dalam Perkara 112 di Perlembagaan Persekutuan dan termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963. Ini adalah satu jumlah yang agak ketara berbanding jumlah yang pernah diberikan sebelum ini. Namun saya ingin bertanya, apakah formula yang telah dipakai dalam menentukan jumlah pemberian khas ini dan adakah jumlah ini akan dikaji setiap lima tahun seperti yang termaktub di dalam Perjanjian MA63?
Dato' Yang di-Pertua, sebagaimana rakan seperjuangan GPS yang lain dari Sarawak dan juga rakan-rakan Ahli Parlimen dari Sabah, saya juga turut membangkitkan isu tuntutan 35 peratus Kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak. Saya menyokong penuh gesaan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak baru-baru ini supaya Kerajaan Persekutuan mengembalikan kuota satu per tiga daripada keseluruhan bilangan Kerusi Parlimen pada Sabah dan Sarawak. Ini adalah untuk mengelak Parlimen meminda Perlembagaan Malaysia yang akan menjejaskan kepentingan Sarawak dan juga Sabah.
Ketika pembentukan Malaysia pada tahun 1963, gabungan Kerusi daripada Singapura, Sarawak dan Sabah adalah melebihi satu per tiga. Namun, apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada tahun 1965, Kerusi Parlimennya diambil oleh Semenanjung tanpa diagihkan pada Sarawak dan Sabah. Kepentingan serta hak Sarawak tidak akan terjamin sekiranya Kerusi kami di Parlimen adalah kurang daripada satu per tiga.
Dato' Yang di-Pertua, Suruhanjaya Cobbold yang ditubuhkan pada tahun 1962 bagi menentukan sama ada rakyat Sarawak dan Sabah menyokong cadangan pembentukan Malaysia ketika itu dan dalam laporan Suruhanjaya Cobbold antara perkataan yang disebut adalah safeguard, dengan izin, yang bermaksud melindungi semua budaya, agama dan bahasa. Justeru, mengembalikan jumlah 35 peratus Kerusi Parlimen untuk kedua-dua wilayah tersebut adalah sejajar dalam menghormati sejarah Perlembagaan dan perjanjian yang telah dimeterai oleh pemimpin-pemimpin yang terdahulu.
Oleh yang demikian, saya sebagai Wakil Rakyat dari Sarawak dan saya percaya Wakil-wakil Rakyat dari Sabah juga menuntut supaya kerajaan segera meminda akta SPR di Dewan yang mulia ini supaya dikembalikan 35 peratus Kerusi Parlimen pada Sarawak dan Sabah. Saya percaya dan penuh yakin atas semangat MADANI dalam Kerajaan Perpaduan
Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
ini pindaan akta SPR tersebut akan berjaya mendapat sokongan majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat.
Dato' Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin membangkitkan beberapa isu kawasan.
Kawasan pantai dan tepi laut adalah tidak asing lagi sebagai tempat masyarakat nelayan dan petani mendirikan penempatan dan tempat mereka mencari rezeki untuk menyara keluarga dan menambah pendapatan isi rumah. Di kawasan inilah juga para nelayan dan petani akan mengusahakan sawah tanaman padi atau kebun tanaman mereka apabila tibanya musim tengkujuh yang melanda pantai Sarawak selama hampir empat bulan dari bulan November hingga Mac setiap tahun dan keadaan ini menyukarkan mereka mencari rezeki di laut.
Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Namun, kuasa ombak laut yang mengganas terus-menerus menghentam garis pantai dengan pukulan ombak yang semakin besar dan semakin tinggi setiap tahun. Ini disebabkan oleh kenaikan paras air laut dan perubahan cuaca yang tidak menentu yang dikaitkan dengan masalah pemanasan global. Kesan akibat daripada pukulan ombak yang berterusan ini telah menyebabkan sepanjang garis pantai Sarawak kini semakin terancam kepada hakisan yang serius.
Fenomena ini juga terjadi di kawasan Parlimen Tanjong Manis. Sepanjang garisan pantai dari Tanjung Sirik hingga ke Muara Selalang dalam kawasan Parlimen saya mengalami hakisan pantai yang telah terjadi sejak sekian lama. Ban-ban pertanian yang terletak di kawasan pantai sudah hancur dan musnah. Sawah padi dan kebun tanaman orang kampung sudah rosak dan tercemar serta tidak dapat ditanam dengan apa-apa jenis tanaman pun disebabkan ianya telah dimasuki oleh air masin dan tanahnya sudah tidak sesuai lagi untuk bertanam. Keluasan tanah yang terjejas bukannya dalam puluhan ekar lagi tetapi ratusan ekar tanah sawah dan kebun yang sudah rosak. Ini sangat-sangat merugikan penduduk kampung yang hidup mereka bukannya orang senang, tetapi penduduk yang rata-ratanya daripada golongan B40.
Bukan hanya kehilangan sawah dan kebun, di beberapa buah kampung di utara Pulau Bruit dan di kampung halaman saya sendiri berpuluh-puluh rumah dan harta benda lain sudah musnah ditelan laut disebabkan oleh hakisan pantai yang berterusan ini. Kawasan tepi pantai seperti di Belawai, Rajang, Selalang di Parlimen Tanjong Manis juga kaya dengan tumbuhan bakau yang subur dan berpotensi sebagai kawasan yang boleh memerangkap atau menyimpan karbon dioksida atau, dengan izin, carbon capture and storage. Kawasan ini boleh menyumbang kepada peranan negara dalam menangani dan mengurangkan masalah pemanasan global.
Justeru, adalah menjadi sangat penting untuk pihak kerajaan mengambil langkah segera melindungi kawasan-kawasan pantai yang kaya dengan bakau di Sarawak termasuk di kawasan Parlimen Tanjong Manis. Tidak dinafikan bahawa sebelum ini berbagai-bagai- bagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini dengan membina struktur mengawal hakisan pantai seperti di Sembako dan di Paloh, Kedang.
Namun, hampir kesemuanya gagal dan musnah kerana pukulan ombak yang kuat.
Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Saya membawa suara rakyat kawasan memohon supaya Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) untuk mencari penyelesaian yang lebih kekal dan mampan untuk menyelesaikan masalah ini. Saya percaya kementerian mempunyai kepakaran yang tinggi dalam mengenai menangani masalah hakisan pantai dan mencari penyelesaian yang kekal untuk melindungi garis pantai Sarawak dan Tanjong Manis yang semakin berkurang dan mengecil ini. Dato’ Yang di-Pertua, Mari kita menanam padi, Padi ditanam di dalam ladang; Kepada tanah kita berbudi, Hasilnya tidak pernah berkurang. Masalahnya di sini Dato’ Yang di-Pertua, bagaimana rakyat di Kawasan Parlimen saya hendak menanam padi kalau ban-ban pertanian yang sudah rosak, mendap, settlement ataupun settle dan menjadi lebih rendah daripada paras air. Bukan itu sahaja, pintu air atau tidal gate yang rosak dan tidak berfungsi menyebabkan air masin pun masuk ke dalam kawasan sawah dan kebun yang merosak semua tanaman orang kampung. Sia-sia lah sahaja usaha orang kampung yang bertanam berbulan-bulan lamanya. Apabila kena air pasang besar dengan sekali bah sahaja habis semua tanaman mereka rosak dan tidak dapat mengeluarkan hasil. Padahal, mereka sangat-sangat bergantung kepada hasil tanaman ini sebagai punca pendapatan untuk menyara keluarga dan meneruskan kehidupan.
Kehidupan mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Langkah- langkah untuk membaiki ban pertanian yang rosak dan mendap serta membaiki struktur pintu air dan saliran pengairan di kawasan sawah padi perlu dijalankan segera dan tidak harus dibiarkan terabai begitu lama.
Saya berharap golongan petani dan nelayan di kawasan Parlimen saya akan mendapat manfaat daripada peruntukan yang telah dimaklumkan oleh kementerian Yang Amat Berhormat Tambun berkenaan dengan ikhtiar 27 keterjaminan makanan dan rangka 147 kesejahteraan pesawah dan nelayan di mana sejumlah RM2.7 bilion subsidi bantuan dan insentif untuk pesawah dan nelayan akan diberikan.
Dato’ Yang di-Pertua, dalam kesibukan kita dengan tanggungjawab masing-masing, di akhir harinya nanti apabila kita balik ke rumah bersama keluarga, hidangan makanan yang berasas- kita menikmati hidangan makanan yang berasaskan nasi. Saya pun makan nasi, Dato’ Yang di-Pertua pun makan nasi, kita- semua di sini memakan nasi, Menteri pun makan nasi, PMX pun makan nasi. Natijahnya, walaupun kami di Parlimen Tanjong Manis tidak mempunyai sumber bumi yang boleh menambah pendapatan negara, namun kami juga ingin turut menyumbang jasa kepada negara dengan menanam sebanyak padi yang mungkin supaya semua rakyat Malaysia dapat makan nasi setiap hari.
Justeru, saya memohon kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan supaya mencari peruntukan dalam belanjawan kali ini untuk membaiki segera ban-ban pertanian dan pintu air di Parlimen Tanjong Manis supaya kami dapat menanam padi secara besar-besaran untuk makanan rakyat Malaysia serta mengurangkan import beras negara.
Tuan Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Dato’ Yang di-Pertua, masa berbahas tidak mengizinkan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan, dia ada di sini. Bilakah pengoperasian Klinik Semut akan dimulakan kerana sudah lama siap namun belum juga mula beroperasi? Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana hadir dalam Dewan pada kali ini.
Juga, saya mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pendidikan. Dia pun ada dalam Dewan ini. Saya ada soalan juga untuk Menteri Pendidikan. Saya berterima kasih, sebelum itu terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan kerana sudi turun padang melawat kawasan Parlimen saya pada 6 September yang lalu. Selanjutnya, saya ingin bertanya, apakah status pembinaan bangunan baru SK Orang Kaya Muda Pakeri di kampung asal saya di Paloh? Apakah status pembangunan SK Seding dan juga apakah status pembangunan SK Penibong? Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana berada di Dewan ini dan mendengar soalan saya.
Jadi, sebelum saya mengakhiri perbahasan saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat menyambut hari Deepavali kepada semua penganut yang beragama Hindu. Sekian perbahasan dari Parlimen Tanjong Manis. Saya mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis. Saya mempersilakan Yang Berhormat Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Tuan Yang di- Pertua kerana bersama untuk saya membahaskan Belanjawan 2025 pada petang ini.
Pertama, saya ingin menyinggung berkaitan hutang negara yang nampaknya semakin meningkat. Belanjawan 2025 nampak tidak menangani secara tuntas masalah peningkatan hutang negara. Menurut data yang tersedia, hutang negara kita mencecah RM1.22 trilion setakat April 2024 berbanding RM1.17 trilion setakat akhir tahun 2023.
Kedudukan liabiliti Persekutuan pada akhir tahun 2023 menunjukkan peningkatan dengan nisbah liabiliti Persekutuan kepada KDNK pada kadar 81.8 peratus berbanding 78 peratus pada tahun 2022.
Walaupun terdapat pelan untuk mengurangkan defisit fiskal, belanjawan ini tidak memberikan penyelesaian konkrit untuk menstabilkan hutang dan mengurangkan liabiliti luar jangka kerajaan. Tambahan pula, kelemahan dalam pengurusan hutang luar negara terus menimbulkan kebimbangan. Tindakan kerajaan meneruskan projek-projek mega yang melibatkan kos besar tanpa memastikan pulangan yang sewajarnya hanya menambah beban hutang. Seharusnya perancangan lebih jelas dan berdisiplin...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Sik, minta penjelasan sikit untuk berkaitan hutang.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
...Diperlukan untuk mengawal perbelanjaan. Namun, Belanjawan 2025 tidak kurang menekankan aspek ini.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Sik, minta penjelasan. Saya rasa Sik tak boleh tengok hutang secara aggregate. Kalau nak tengok hutang, kita kena tengok hutang kepada nisbah KDNK...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, duduk. Floor ini floor- ya, sila duduk.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Speaker saya nak guna Peraturan Mesyuarat 36(12), “Mana-mana Ahli yang mengeluarkan perkataan mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan Ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu”. Tadi Sik telah mengatakan kerajaan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
...Tidak menangani hutang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, saya menggunakan prerogatif 37(2), duduk. Duduk Yang Berhormat. Teruskan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Kampar tak payah ganggulah ya.
Seorang Ahli
Duduklah. Nak habis masa dah pun.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Kita tidak ada masa.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ini laporan dalam Ketua Audit Negara, disebut jelas dan laporan-laporan lain.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Baik, saya teruskan, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Kedua, saya timbulkan masalah kemiskinan yang belum selesai. Walaupun Belanjawan 2025 memperuntukkan dana bagi program bantuan rakyat, namun masalah kemiskinan tetap menjadi isu utama. Menurut data yang telah dikeluarkan oleh UNICEF dari 14 Oktober 2023 hingga 16 November 2023, kemiskinan kekal tinggi pada 41 peratus pada Oktober 2023. Walaupun mencatat penurunan berbanding awal 2021, namun ia menunjukkan masih ramai rakyat yang hidup di bawah garis kemiskinan. Lebih daripada 600,000 isi rumah terus bergelut dengan masalah pendapatan yang tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.
Salah satu kelemahan belanjawan ini ialah kurangnya program pembasmian kemiskinan yang bersifat jangka panjang. Sebagai contoh, program bantuan tunai seperti Bantuan Rahmah walaupun bermanfaat dalam jangka pendek, namun ia tidak mencukupi untuk membantu golongan miskin keluar daripada kitaran kemiskinan secara mampan. Perlu ada lebih banyak inisiatif untuk meningkatkan peluang pekerjaan yang berkualiti, pendidikan dan pembangunan keusahawanan terutamanya bagi golongan B40.
Yang ketiga, Tuan Yang di-Pertua, saya bangkitkan isu bencana alam dan pengurusan banjir. Setiap tahun, Malaysia berdepan dengan masalah banjir yang semakin buruk akibat perubahan iklim. Namun, Belanjawan 2025 memperuntukkan hanya RM600 juta kepada NADMA bagi tujuan pengurusan bencana alam, yang mana ia dianggap tidak mencukupi untuk menangani segala kerosakan akibat banjir dan bencana alam lain seperti tanah runtuh.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Bencana banjir yang berlaku di utara negara kita di Kedah, di Perlis termasuk di daerah saya di Sik, dalam tempoh dua bulan ini, sudah lima kali banjir kilat yang berlaku termasuk di daerah-daerah yang lain. Kita Malaysia pada 2023 mengalami kerugian sekitar RM755 juta dan ia memberi kesan buruk kepada lebih 300,000 rakyat di seluruh negara.
Belanjawan 2025 juga tidak memberikan perincian yang mencukupi mengenai pelan mitigasi jangka panjang bagi menangani bencana alam. Banyak projek tebatan banjir dan pembangunan infrastruktur yang telah diumumkan sebelum ini masih tertangguh dan tiada perancangan konkrit yang dipaparkan untuk mempercepatkan projek-projek ini.
Keempat, berkaitan keterjaminan makanan. Isu keterjaminan makanan khususnya krisis bekalan beras yang melanda negara tidak dapat kita atasi lagi dengan hanya beberapa langkah bersifat jangka pendek. Krisis yang tercetus pada tahun 2023 berlanjutan hingga pada tahun ini apabila harga beras meningkat mendadak hingga lebih 30 peratus menyebabkan rakyat terpaksa membayar hutang lebih tinggi untuk bahan makanan asas ini.
Walaupun kerajaan mengumumkan langkah untuk menambah stok simpanan beras dan menyalurkan subsidi kepada petani, usaha ini dilihat kurang menyeluruh dan tidak cukup untuk menstabilkan keadaan dan bekalan makanan pada jangka masa yang panjang.
Seterusnya, saya juga ingin menyentuh berkaitan dengan kurangnya tumpuan kepada pelaburan dalam sektor inovasi dan teknologi. Meskipun terdapat peningkatan dalam peruntukan untuk pelan digitalisasi, Belanjawan 2025 tidak memperlihatkan usaha yang mencukupi untuk mendorong inovasi dalam sektor teknologi dan ekonomi digital. Dalam ekonomi global yang semakin bergantung kepada teknologi, Malaysia perlu mempercepatkan peralihan ke arah industri teknologi tinggi, tetapi belanjawan ini tidak menekankan aspek ini dengan jelas.
Sebagai contoh, peruntukan untuk penyelidikan dan pembangunan R&D dalam sektor teknologi seperti kecerdasan buatan, automasi dan teknologi hijau masih berada pada tahap yang rendah. Ini bermakna Malaysia akan terus ketinggalan di belakang negara-negara serantau seperti Singapura dan Korea Selatan yang telah melabur secara agresif dalam sektor teknologi masa depan.
Tuan Yang di-Pertua, saya terus beralih kepada isu berkaitan dengan negeri Kedah.
Kedah telah berjaya menarik pelaburan besar sejak beberapa tahun kebelakangan ini termasuk RM68.3 bilion pada tahun 2021, RM13.1 bilion pada 2022 dan RM28.7 bilion pada 2023.
Namun, ketiadaan pelabuhan dan lapangan terbang kargo menyebabkan hasil produk yang dihasilkan di Kedah dikira sebagai KDNK negeri lain yang memiliki infrastruktur ini. Akibatnya, Kedah kehilangan pengiktirafan ekonomi dan peruntukan cukai yang sepatutnya walaupun produktivitinya tinggi. Ini menunjukkan ketidakadilan dalam pengagihan KDNK negara yang lebih menguntungkan negeri-negeri yang sudah maju dengan kemudahan logistik yang lengkap.
Sehubungan dengan itu, Kerajaan Persekutuan perlu mengutamakan pembangunan pelabuhan dan lapangan terbang kargo di Kedah untuk mengatasi ketidakseimbangan ini agar ekonomi negeri dapat berkembang secara mampan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Alternatifnya, perlu diwujudkan mekanisme pembahagian hasil cukai yang adil berasaskan lokasi pengeluaran produk bagi mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada negeri-negeri pengeluar seperti Kedah. Langkah ini bukan sahaja akan memberi manfaat kepada ekonomi Kedah dan kesejahteraan rakyatnya tetapi juga mengimbangkan pembangunan antara negeri-negeri dalam Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, saya turut mengambil kesempatan untuk menggesa agar Kerajaan Pusat segera meluluskan status pertukaran daripada pengambilan tanah kepada urusan jual beli bagi Projek Kedah Aerotropolis (KXP) yang sangat penting untuk merealisasikan potensi besar projek ini dalam bidang aeronautik negara. Contoh terbaik yang boleh dijadikan inspirasi adalah bagaimana seorang usahawan besar Tan Sri Syed Azman, seorang anak jati Kedah, yang telah berjaya mengangkat nama Malaysia di persada antarabangsa melalui kepakaran dalam industri helikopter dan pengurusan aeronautik sebagai Pengarah Urusan Weststar Group.
Projek KXP bukan sahaja berpotensi melahirkan lebih ramai pakar dalam industri penerbangan negara tetapi juga menjadi platform bagi pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi dan berteknologi tinggi.
Selain itu, saya juga berharap agar permohonan pampasan RM200 juta setahun untuk menampung kehilangan pendapatan akibat pengekalan tanah sawah dan pembangunan kampung tersusun di negeri Kedah dimasukkan dalam belanjawan pada masa depan. Kedah terpaksa melepaskan peluang pembangunan bernilai RM200 juta dalam cukai tanah demi menjamin keselamatan makanan negara meskipun permintaan untuk pembangunan perumahan, industri dan komersial terus meningkat. Kerajaan Persekutuan sepatutnya mempertimbangkan pampasan ini sebagai penghargaan atas pengorbanan Kedah dalam mengekalkan tanah pertanian, tanah sawah yang telah membekalkan lebih 43 peratus keperluan beras negara.
Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, saya membangkitkan isu Palestin dan isu yang besar melibatkan ekonomi kita, termasuklah yang banyak dikritik dalam perbahasan belanjawan kita ialah penglibatan syarikat pelaburan global BlackRock dalam konflik Israel- Palestin. Sebelum ini, terdapat laporan bahawa Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menjual saham kepada BlackRock, sebuah syarikat yang didakwa terlibat dalam pelaburan yang menyokong Israel. Isu ini menimbulkan kontroversi kerana ia melibatkan konflik moral dan politik di kalangan rakyat Malaysia yang majoritinya menolak penjajahan Israel ke atas Palestin.
Dalam Belanjawan 2025, tiada penjelasan diberikan mengenai langkah kerajaan untuk mengkaji semula keputusan tersebut atau memastikan bahawa pelaburan kerajaan tidak terlibat dengan syarikat yang menyokong penindasan terhadap rakyat Palestin.
Kegagalan untuk menguruskan isu ini dengan jelas menimbulkan kekecewaan di kalangan rakyat terutamanya mereka dan seluruh kita yang bersama dalam perjuangan rakyat Palestin.
Dalam perbahasan yang lepas, saya membangkitkan penyataan bahawa MAHB akan terdedah dan terpalit dengan pelanggaran hak asasi manusia khusus kepada rakyat Palestin yang sedang dizalimi oleh rejim Israel adalah sangat berasas.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Hujah saya berdasarkan laporan yang dibangkitkan oleh pakar United Nations seperti yang dinyatakan dalam laman web United Nations Human Rights Office of The High Commissioner (OHCHR) dengan menyeru agar setiap negara dan syarikat mesti menghentikan penghantaran senjata ke Israel serta-merta atau mereka akan menghadapi risiko tanggungjawab bagi pelanggaran hak asasi manusia. Dalam laporan OHCHR ini juga telah menyatakan dengan jelas syarikat-syarikat yang telah membekalkan senjata pada Israel termasuk syarikat Lockheed Martin Corporation yang mempunyai hubungan langsung dengan BlackRock yang juga syarikat yang menguasai GIP yang telah kita jualkan saham kepada syarikat ini.
Tuan Yang di-Pertua, ketika berbahas di sini, Parlimen di Israel pada kelmarin telah meluluskan usul untuk menutup ataupun untuk menghentikan operasi UNRWA ataupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin. UNRWA ini adalah talian hayat kepada rakyat di Gaza.
Saya mencadangkan untuk kita di Parlimen Malaysia ini juga membuat usul khas bahawa kita akan memastikan bahawa UNRWA ini yang diselia oleh United Nations akan terus berfungsi sebagai satu badan antarabangsa yang sah di dalam Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu untuk terus mereka bekerja membantu dan memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza yang sedang kebuluran yang mereka setiap hari sama ada mati kerana tidak ada makanan ataupun dibom oleh rejim Israel.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir, saya membangkitkan berkaitan Projek MRSM di Daerah Sik yang saya beberapa kali menyebut dalam Dewan ini. Projek yang telah diluluskan dalam RMKe-11 tahun 2019 yang lalu, yang telah diluluskan dengan jumlah lebih RM100 juta. Sehingga ke hari ini, projek ini tidak ada nampak bayang lagi untuk mula dilaksanakan.
Walaupun peruntukan ini disebut telah pun diluluskan dan dikatakan dalam pengurusan nilai makmal Kementerian KKW ini- Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah ini. Namun, pada ketika ini, projek ini masih ditunggu oleh seluruh warga Daerah Sik untuk merealisasikan bahawa di daerah ini juga ada MRSM untuk anak-anak di daerah ini menyambung pelajaran mereka dan mereka juga...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
...Ada hak untuk mendapat kemakmuran atau pun pendidikan yang setara di tempat-tempat lain. Tuan Yang di-Pertua, sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Sik. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan peluang kepada Shah Alam untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2025. Terlebih dahulu, Shah Alam ingin merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan atas pembentangan Belanjawan 2025 yang bertemakan, “Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat.” Shah Alam berasa begitu berbesar hati dan berbangga dan rasa suka cita kerana Yang Berhormat Menteri Pendidikan ada bersama ketika ini...
[Tepuk] Shah Alam berpandangan, bajet ini merupakan belanjawan yang responsible dan juga responsive, yang bertanggungjawab mengurus kewangan negara, berterusan mengurangkan defisit fiskal dan berusaha gigih memulihkan ekonomi negara. Yang konsisten melakukan reformasi tata kelola di pelbagai lapisan pentadbiran kerajaan dan juga agensi. Yang peka menyelami keperluan rakyat dan bersegera meningkatkan keupayaan berbelanja melalui pelbagai inisiatif kebajikan rakyat yang memerlukan.
Dalam Belanjawan 2025 ini, Kementerian Pendidikan Malaysia terus menerima peruntukan yang tertinggi. Malah pada tahun 2025, sebanyak RM64.1 bilion iaitu kenaikan RM5.4 bilion diberikan kepada KPM dan merupakan yang tertinggi dalam sejarah. Selain perbelanjaan mengurus, sejumlah besar peruntukan adalah untuk menaik taraf dan penyelenggaraan sekolah di seluruh negara. Sementara itu, Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT) juga menerima RM18.1 bilion iaitu kenaikan berjumlah RM1.8 bilion pada tahun 2025 dengan bertujuan untuk memperkasa dan menambah baik kemudahan prasarana institusi pendidikan tinggi. Jika dicampurkan kedua-duanya, KPM dan KPT.
Sejumlah 19.4 peratus, yakni hampir 20 peratus, bermaksud satu per lima daripada belanjawan negara diperuntukkan untuk sektor pendidikan. Membuktikan komitmen kerajaan memastikan ketersediaan modal insan untuk membangunkan negara. Bermakna, satu beban yang cukup besar Yang Berhormat Menteri, yang perlu digalas untuk memastikan negara kita maju ke hadapan dengan melangkah berani.
Kendati pun begitu, merujuk kepada laporan dari Bank Dunia pada April 2024, taraf pencapaian murid-murid masih lagi belum memuaskan, terutamanya dalam bidang STEM.
Hanya 58 peratus pelajar menguasai kemahiran membaca menjelang akhir Tahun 5. Laporan berkenaan juga menyatakan bahawa pelajar, guru-guru dibebankan dengan banyak masa di luar kelas. Terkait hal-hal lain berbanding dengan urusan pengajaran dan pembelajaran
(PdP). Keluhan daripada ibu bapa dan juga masyarakat luar sering kita dengar.
Saya juga turut tersentuh apabila mereka sering menyebutkan tentang kedudukan sistem penilaian dan peperiksaan kita. Ramai yang berpandangan atau pun meminta supaya UPSR perlu dikembalikan. Betul, kita ada Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA), tetapi ia lebih menumpukan kepada penguasaan subjek kurikulum dan kokurikulum.
Ibu bapa tak faham. Dia nak tahu berapa gred anak dia- 75 peratus kah, 80 peratus kah, dapat ‘A’ kah, dapat ‘B’ kah, dia tak ada. Itu tidak tangible. Sebab itu dia tak boleh nak nilai. Itu satu hal. Pelajar-pelajar yang bijak, yang mungkin nak pergi ke sekolah berasrama penuh, mungkin mereka ini memang belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan itu, tetapi pelajar-pelajar yang tidak ada keinginan itu.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Bila tidak ada peperiksaan, dia tidak ada rasa drive untuk belajar. Tidak ada motivasi.
Tidak ada kayu pengukur bagi mereka sebagai mana yang pernah kita lalui sebelum ini.
Namun kita faham, Dasar Pendidikan tidak boleh sesuka hatinya di ubah setiap dua atau tiga tahun.
Kalau Dasar Penilaian Berdasarkan Sekolah (PBS) dan Penilaian Bilik Darjah (PBD) sedia ada ini diteruskan, apakah perancangan kementerian untuk memulihkan kepercayaan ibu bapa terhadap sistem pendidikan negara yang seolah-olahnya sedikit tercalar? Dan bagaimanakah kementerian bercadang untuk menambah baik dasar sedia ada bagi membantu mengurangkan beban guru terhadap aktiviti sokongan agar mengembalikan tumpuan mereka kepada tugas hakiki PdP di dalam kelas?
Selain itu, Shah Alam juga ingin menghargai usaha kerajaan yang memberikan fokus untuk penyasaran semula subsidi pendidikan kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Menurut ucapan Belanjawan 2025 tempoh hari, hampir 30 peratus subsidi pendidikan iaitu di sekolah berasrama penuh dinikmati oleh keluarga yang berpendapatan tinggi. Bagaimanakah hal ini boleh berlaku?
Hal yang sama turut berlaku dalam kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam.
Sebelum tadi ke sekolah berasrama penuh tapi dia juga berlaku di institusi pendidikan tinggi.
Kalau ini berlaku, maka ia merupakan satu diskriminasi yang terlindung dalam sistem pendidikan kita. Persoalannya, apakah kaedah dan mekanisme yang akan diguna pakai oleh kerajaan untuk memastikan anak-anak kita daripada golongan yang tidak berkemampuan, tidak terpinggir kerana subsidi yang diberi kepada golongan yang kurang layak atau pun kurang berhak untuk menerimanya?
Saya tinggalkan dulu sekejap pendidikan, tetapi Menteri jangan lari. Nanti kita akan jumpa peringkat Jawatankuasa...
[Ketawa]
Seorang Ahli
...Tak lari.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Baru-baru ini negara telah dikejutkan dengan insiden perbalahan terkait kepatuhan terhadap Sijil Halal. Ia tidak sewajarnya menjadi polemik jika semua pihak mengambil sikap positif seperti mana yang disebut oleh Stephen Covey dalam, “The 7 Habits of Highly Effective People”. Habit yang kelima- seek first to understand, then be understood. Fahamilah terlebih dahulu, barulah anda akan difahami.
Sikap mendengar pandangan dan perasaan orang lain, melihat sesuatu perkara menurut sisi pandang mereka, mendengar dahulu sebelum melatah, kemudian berilah buah fikiran dengan penuh keyakinan, bukan dengan sentimen dan juga perasaan.
Justeru itu, Shah Alam memuji tindakan kerajaan mempercepat urusan pengurusan Sijil Halal ini. Ini yang lebih penting. Kecekapan pengurusan dengan menambah sebanyak 100 orang juruaudit bagi Halal JAKIM.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Sistem MyeHALAL juga ditambah dengan memusatkan 20 buah agensi kerajaan dan 100 badan pensijilan halal luar negara di bawah satu platform dalam belanjawan kali ini.
Memang kita tahu industri halal ini sedang berkembang dengan pesat menjangkau sehingga USD2.8 trilion menjelang tahun 2025. Ia juga bakal menyumbang sehingga 8.1 peratus
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
menjelang 2025 menerusi pelan induk industri halal 2023 jika kita uruskan dengan betul. 8.1 peratus daripada KDNK daripada industri halal merupakan satu jumlah yang besar dan potensi itu sebenarnya lebih luas lagi kalau semua boleh memahami. Tak perlu kita nak memaksakan kepada orang, mereka sendiri akan datang sekiranya mereka dapat menghayati kebersihan, kesucian dan juga permintaan yang ada dalam dunia orang-orang Islam ini.
Dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan global serta peluang yang wajar diterokai ialah pendidikan halal management. Kita telah diiktiraf sebagai pemimpin dalam industri halal, kini tiba masanya kita memperkukuhkan peranan tersebut dengan menawarkan program halal management kepada pelajar antarabangsa. Kursus ini bukan sahaja akan menarik pelajar dari negara-negara Islam tetapi juga mereka yang berminat dengan industri halal yang berkembang pesat di negara-negara bukan Islam. Oleh sebab itu, Shah Alam menyarankan agar pendidikan halal management dijadikan sebagai tarikan pendidikan utama di Malaysia seiring dengan agenda pemerkasaan industri halal yang kita sama-sama pelopori.
Dato’ Yang di-Pertua, Shah Alam menyokong penuh usaha kerajaan dalam meningkatkan paras gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700. Peningkatan ini perlu dalam mengangkat nilai dan taraf hidup pekerja selari dengan kenaikan kos sara hidup golongan berpendapatan rendah yang menerima gaji di paras minimum. Dalam pada itu, ramai melahirkan kebimbangan kenaikan gaji minimum ini akan menyebabkan kenaikan kos operasi, akhirnya menyebabkan kenaikan kos barangan dan juga kos perkhidmatan.
Namun, Shah Alam melihat langkah terbaik kenaikan gaji ini perlu diiringi dengan peningkatan produktiviti dan kecekapan. Maka, kos pengeluaran tambahan dapat diserap tanpa perlu meningkatkan harga barangan ataupun harga sesebuah perkhidmatan. Ia boleh dicapai melalui penguasaan dalam teknologi terkini, automasi, latihan reskilling dan upskilling serta penyusunan semula proses kerja yang lebih cekap.
Persoalannya, apakah usaha kerajaan memastikan pelaksanaan gaji minima ini tidak memberi impak mendadak kepada industri PMKS? Apakah inisiatif kerajaan dalam memastikan tahap produktiviti negara ditingkatkan sesuai dengan dasar gaji minima ini?
Dato’ Yang di-Pertua, mewakili anak-anak muda. Rasa macam muda. Muda kah?...
[Dewan riuh]
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Shah Alam mengalu-alukan inisiatif kerajaan memperkenalkan Step Up Financing berjumlah RM5 bilion untuk membantu anak-anak muda memiliki rumah pertama. Sebelum ini, kerajaan telah pun memperluaskan akses pembiayaan perumahan, Skim Jaminan Kredit Perumahan. Sehingga kini, RM12.8 bilion dalam bentuk jaminan kerajaan telah diluluskan kepada lebih 53,000 orang pembeli rumah pertama. Satu insentif yang memberi nafas kepada golongan berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman sendiri.
Namun, sebagai langkah jangka panjang yang lebih berdaya tahan, harga hartanah hendaklah distabilkan. Kenaikan harga angkara spekulator mesti dihentikan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Ya, hampir menggulung. Sebagai langkah pencegahan dan kawalan, cukai kekosongan ataupun vacancy tax boleh diperkenalkan.
Cukai ini bertujuan mengurangkan kadar rumah kosong dalam pasaran, mengenakan levi kepada pemilik yang membiarkan rumah mereka kosong tanpa penghuni untuk tempoh yang berpanjangan. Dalam penambahan unit yang tersedia, harga rumah akan lebih terkawal, membantu mengurangkan kesan kenaikan harga dan memudahkan anak-anak muda mendapatkan kediaman mereka sendiri. Persoalannya, bersediakah kerajaan mengambil contoh Kanada, Australia, Perancis dan Ireland yang telah pun memperkenalkan cukai kekosongan ataupun vacancy tax ini?
Akhirnya, sebagai penggulungan. Belanjawan 2025 menyebut ikhtiar memperkasa institusi Parlimen dan reformasi perundangan sebagai sebahagian daripada agenda perubahan. Agenda ini pasti akan lebih bermakna jika kerajaan dapat memperjelas dan menyegerakan beberapa reformasi terkait Akta Perkhidmatan Parlimen, Akta Pemisahan Kuasa AG dan juga PP, Akta Pendanaan Politik, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat. Shah Alam ingin bertanya apakah perkembangan penyediaan RUU melibatkan akta-akta tersebut kerana sebahagiannya sebelum ini disebut sebagai the low-hanging fruits?
Namun, sehingga kini bunga pun belum kelihatan menguntum... [Bercakap dalam bahasa Tamil] Semangat Deepavali Dato’ Pengerusi.
Akhirnya, Shah Alam ingin memetik akan kata-kata tokoh pengurusan terkenal, Peter Drucker yang pernah berkata, “The best way to predict the future is to create it.” Dengan iltizam Kerajaan MADANI, kita melihat...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
30 saat.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
...Belanjawan 2025 sebagai peluang untuk membentuk masa depan Malaysia yang lebih bertanggungjawab. Kepada rakan-rakan kaum India...
[Bercakap dalam bahasa Tamil] Shah Alam mohon menyokong...
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Ingin saya mengingatkan Dewan, kita dalam injury time. Bawah Peraturan 12(3), saya hanya layak memanjangkan 15 minit.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Dengan sedemikian, pembahas yang terakhir tolong tepat. 15 minit saya akan tutup. Silakan Yang Berhormat Dungun.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua atas keizinan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2025. Timbalan Yang di-Pertua, kerajaan perlu mengenal pasti punca pendapatan baru bagi mengelakkan tambahan hutang. Walaupun tambahan hutang tahunan berkurangan, hutang keseluruhan tetap meningkat menghampiri siling berhutang berkanun 65 peratus KDNK.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Jangkaan kepada kutipan hasil yang akan diperoleh berasaskan kepada peruntukan jangkaan RM421 bilion yang merangkumi sekitar 20.1 peratus dari KDNK. RM335 bilion Belanja Mengurus dan RM86 bilion Belanja Pembangunan. Jangkaan hasil RM339.7 bilion, dengan jangkaan itu masih ada lebihan, tetapi belanja pembangunan RM81.3 bilion.
Bermakna, belanjawan defisit. Yang ini adalah penting untuk kita melihat kepada hasil yang akan diperoleh oleh Kerajaan Persekutuan daripada Belanjawan 2025 hanyalah berasaskan kepada kutipan hasil cukai langsung atau cukai tidak langsung dan lain-lain yang menambah kepada Akaun Hasil Disatukan.
Kita juga kena melihat kepada kepentingan cukai baru yang perlu untuk menampung- pada ketika belanjawan yang dibentangkan itu adalah belanjawan defisit.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Saya mencadangkan supaya dilihat kepentingan kepada cukai atas harta, dengan izin wealth tax yang boleh dibuat kajian dari beberapa buah negara seperti Sepanyol, Norway dan Switzerland. Di mana cukai dikenakan ke atas harta bersih individu setelah ditolak hutang. Di Switzerland sebagai contoh, di antara harta yang layak dikenakan cukai ialah daripada akaun bank yang diletakkan pada nilai ambang tertentu, bon dan saham, jet peribadi dan bot-bot mewah, hartanah, selain kediaman sendiri, lukisan, barang kemas dan juga art collection. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kita perlu untuk juga melihat bagaimana sumbangan daripada senarai orang-orang terkaya di Malaysia. Saban tahun, kita dihidangkan senarai 10 orang terkaya di Malaysia. Maka, apakah sumbangan dalam pemilikan harta mereka terhadap kepentingan negara dalam suasana yang ada hari ini dengan belanjawan defisit yang menyebabkan tambahan hutang negara?
Maka perlu untuk kita juga melihat kepada cadangan-cadangan supaya kerajaan dapat menyasarkan pengurangan hutang Kerajaan Persekutuan, jika boleh sebanyak RM500 bilion daripada RM1.3 trilion kepada RM800 bilion dalam tempoh lima tahun cukai harta dikenakan. Sekiranya ini dapat dicapai, kos khidmat hutang sebanyak RM54.7 bilion dalam Belanjawan 2025 dapat dikurangkan kepada RM34 bilion bersamaan 10 peratus belanja mengurus. Ini akan membolehkan lebih banyak dana disalurkan kepada lain-lain program.
Seterusnya Timbalan Yang di-Pertua, kita juga melihat kepada kepentingan yang telah disebutkan dalam belanjawan iaitu peruntukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) ditingkatkan kepada RM360 juta ketimbang RM338 juta. Bukan soal amaun yang besar yang diberikan, tetapi mesti juga dilihat kepada sistem pencegahan rasuah itu sendiri.
Kalau kita mempunyai dua peraturan yang berbeza maka tiada erti peruntukan yang diberikan walaupun besar kepada SPRM.
Orang biasa atau pembangkang cepat dan segera diambil tindakan bila ada laporan tapi orang atasan, orang kayangan lambat dan kadang-kadang dilepaskan. Ini menyebabkan kita lihat ada dua peraturan atau set undang-undang yang dikenakan terhadap rakyat negara ini. Dengan sebab itu, saya ingin untuk menyebut walaupun pekerjaan orang biasa bawahan kotor bajunya tetapi bersih pendapatannya, berbanding orang atas, bersih bajunya, tapi kotor
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
pendapatannya seperti rasuah dan pecah amanah, tetapi bila sampai kepada tindakan, yang atas kadang-kadang terlepas dan bebas, yang bawah dikenakan tindakan. Sebab itu, saya pohon yang penting daripada peruntukan SPRM ini ialah untuk benar-benar menjalankan tanggungjawab terhadap apa yang perlu diambil tindakan.
Seterusnya Timbalan Yang di-Pertua, apabila kita bincang kenaikan gaji minimum, kita tidak boleh lari daripada membahaskan kemungkinan-kemungkinan yang mungkin boleh berlaku hasil daripada kenaikan gaji kerana apabila kita melihat huruf sebagai contoh yang diletakkan pada plat kereta ataupun pada plat motosikal. Huruf ‘W’ dilihat oleh orang yang melihatnya dari bawah sebagai huruf ‘W’, tetapi bagi yang melihat dari atas ia hanyalah huruf ‘M’.
Oleh itu, mesti dilihat kepada mungkin akan berlaku kesan-kesan kepada kenaikan gaji minimum. Mungkin berlaku kenaikan harga kepada pengguna. Mungkin berlaku pengusaha jika memilih untuk menanggung kos, itu akan ada kesan kepada kenaikan harga yang mungkin akan dibebankan kepada pengguna.
Jika pengusaha memilih untuk mengecilkan operasi, kosnya maka ketika itu mungkin akan mengekalkan kualiti yang ada pada pekerja dan mungkin akan menghilangkan kuantiti maka menyebabkan berlaku kehilangan pekerjaan. Mungkin juga pengusaha menghadapi masalah dan ketika itu pengusaha pun mungkin akan terpaksa menutup perniagaan. Sebab itu mestilah diberikan satu perhatian khusus apabila kita bincang tentang perkara yang melibatkan kepentingan yang dibuat satu-satu dasar dan polisi baru.
Seterusnya Timbalan Yang di-Pertua, daripada maksud menyokong pembangunan sukan bola sepak negara, sukan teras negara. RM15 juta disediakan kepada pasukan Harimau Malaya, pasukan bawah 18 dan bawah 13 dengan kerjasama FAM bagi mendapatkan jurulatih terbaik, mengikuti sesi latihan terbaik serta diberi ganjaran yang setimpal kepada pemain. Soalnya, di manakah kedudukan pasukan Harimau Malaya hari ini?
Di bawah ranking FIFA. Setakat 24 Oktober 2024, ranking pasukan Harimau Malaya di peringkat FIFA ialah 133.
Saya ingin untuk kita mendapat supaya meletakkan asas penting bagaimana negara yang dulunya setara dengan kita dalam tahun 80-an, 70-an. Jepun dan Korea Selatan, namun kini selepas kedua-dua negara terbabit sudah beberapa kali membuat kemunculan dalam Piala Dunia, di manakah pula kedudukan bola sepak kita? Adakah melalui inisiatif khusus peruntukan belanjawan ini dapat mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak kita dan sukan-sukan teras lain yang digemari rakyat.
Saya pohon supaya pihak kerajaan memberikan satu perkara yang menjadi asas penting untuk juga melihat melalui Kementerian Belia dan Sukan, sukan-sukan yang telah menonjolkan nama negara di peringkat antarabangsa dan dunia seperti hoki diberikan perhatian kerana sukan hoki ini telah mencapai tahap dunia, itu mesti diberi perhatian. Saya pohon juga supaya pembangunan sukan bola sepak ini diberikan perhatian untuk menjuruskan di mana hingga akhirnya satu masa, Malaysia akan berada pada taraf yang sama seperti Jepun dan Korea Selatan kerana rakyat kita, peminat-peminat bola sepak negara kita apabila mereka bangun di tengah malam walaupun dalam perlawanan yang
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
melibatkan pada pagi hari, tengah malam, mereka menyokong negara lain yang bukan negara mereka. Saya harap, sekurang-kurangnya kita mampu untuk menonjolkan negara kita mencapai peringkat seperti Jepun dan Korea Selatan.
Hasil daripada itu, saya ingin untuk bandingkan apa yang ada dengan pembangunan sukan di peringkat daerah Dungun iaitu Dungun telah melahirkan ramai pemain bola sepak bertaraf nasional seperti Safawi Rasid, Allahyarham Ariffin Osman yang pernah menjadi pemain kebangsaan.
Kemudian di peringkat lumba basikal, Dato' Azizulhasni Awang dan Nazmizan Muhammad yang menjadi Raja Pecut Asia Tenggara 100 meter dan 200 meter pada tahun 2003, tetapi apabila melihat kepada kepentingan pembangunan khusus Dungun melibatkan kepentingan badminton- hanya satu gelanggang badminton. Saya pohon KBS untuk melihat kepada kepentingan pembangunan sukan secara khusus di Dungun kerana melahirkan tokoh-tokoh sukan yang hebat.
Kedua ialah bagaimana kedudukan pemain bola jaring terpaksa menggunakan Arena Square, Dungun sebagai makeshift court, dengan izin. Kemudian, pemain bola sepak yang dilahirkan itu terpaksa menggunakan padang milik Pejabat Daerah Dungun kerana tiada padang lain yang disediakan dan diselenggarakan oleh pihak KBS sendiri. Oleh itu, saya mohon supaya pihak kerajaan melalui KBS berbincang bersama...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
...Dengan- nak tutup, nak gulung. Berbincang bersama dengan Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk kepentingan pembangunan sukan di seluruh daerah dan khususnya di daerah Dungun. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, pada kebiasaannya sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada setiap Selasa akan dijawab oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, sepanjang bulan November ini saya dimaklumkan bahawa bagi sesi Pertanyaan Perdana Menteri ini akan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri-Menteri memandangkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan terlibat dengan lawatan ke luar negara sepanjang tempoh tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat, seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum perayaan Deepavali akan disambut pada hari Khamis, 31 Oktober 2024 ini, sehubungan itu Dewan Rakyat tidak akan bersidang pada esok dan lusa. Saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali pada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, warga Parlimen Malaysia dan semua pihak yang menyambut.
Pelita bersinar halaman berseri, Indah ceria harmoni sentiasa; Ayuh semua bergembira riang di hati, Jiwa muhibah tersemat di dada.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
*Iniya Deepavali Nal Valthukkal...
[Tepuk]* Dengan sedemikian, saya menangguhkan sesi Mesyuarat ini sehingga hari Isnin, 4 November 2024, pukul 10 pagi.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.22 malam]