Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bagi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri, soalan hendaklah dibaca. Saya mempersilakan Tuan Haji Onn bin Abu Bakar, Yang Berhormat Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua.
1. Tuan Haji Onn bin Abu Bakar [Batu Pahat] minta Perdana Menteri menyatakan tahap kesediaan Kuala Lumpur, yang merupakan pintu masuk utama negara, bagi Kepengerusian ASEAN 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026, memandangkan isu banjir kilat masih belum diselesaikan dan boleh menjejaskan imej serta persiapan negara untuk acara-acara tersebut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang berhormat. Terima kasih Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, menyedari bahawa Kuala Lumpur ini bukan sahaja merupakan pintu masuk utama negara, bahkan selaku ibu negeri dan pusat ekonomi serantau, maka kesiapsiagaan berdepan dengan banjir khususnya banjir kilat memang diberi keutamaan sepanjang masa. Apatah lagi setelah Malaysia mula menyandang kepengerusian ASEAN apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim menerima tanggungjawab itu daripada Laos pada 11 Oktober 2024 di Sidang Kemuncak ASEAN.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memikul tanggungjawab terhadap pengindahan dan kesejahteraan Bandar Raya Kuala Lumpur dalam penganjuran Kepengerusian ASEAN 2025 dan juga Tahun Melawat Malaysia 2026. Tindakan kesiapsiagaan ini perlu kepada tindakan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa
bersepadu yang menjadi tanggungjawab bukan hanya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur selaku pihak PBT, bahkan melibatkan juga agensi-agensi lain, termasuklah METMalaysia, JPS, JKM, agensi penguatkuasaan seperti PDRM, APM dan bomba serta juga SWCorp dan Alam Flora.
Sebagai tindakan jangka pendek, DBKL telah menyelaras tindakan pembersihan sistem saliran seperti longkang dan juga outlet di kawasan terjejas banjir dan ini adalah bagi memastikan kapasiti sistem saliran berada dalam keadaan yang paling optimum.
Selain daripada itu, DBKL juga kini meneruskan kerja-kerja penyelenggaraan sistem saliran seperti kolam takungan banjir terbuka, kolam takungan bawah tanah, penyelenggaraan sungai, parit induk dan longkang di tepi jalan dari semasa ke semasa dan berkala terutamanya apabila ketibaan musim tengkujuh iaitu Monsun Timur Laut. Kerja-kerja ini diselaraskan bersama dengan kerjasama pihak JPS KL.
Dalam usaha jangka sederhana pula menghadapi insiden banjir kilat di Kuala Lumpur, DBKL menyelenggara 15 kolam takungan banjir terbuka dan juga sembilan kolam tertutup bawah tanah. Semua kolam-kolam takungan banjir telah dilakukan pengorekan kelodak atau desiltation mengikut keperluan semasa dan jadual berkala.
Longkang-longkang tepi jalan turut dinaik taraf bukaan sesalurnya bagi mengurangkan implikasi banjir kilat.
Untuk tindakan jangka panjang pula, pada tahun 2022 dan 2023, sebanyak tujuh projek mitigasi banjir telah pun siap, manakala 2024, terdapat 14 projek iaitu dua projek siap, empat lagi dalam pelaksanaan dan lapan di peringkat analisa tender.
Seterusnya bagi tahun 2025 hingga 2027, empat lagi projek sedang dirancang.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat Ahli Dewan, sebenarnya pembangunan Kuala Lumpur telah mengintegrasikan elemen climate changes adaptation dan konsep sponge city. Setiap kelulusan pembangunan adalah terancang dan perlu mematuhi reka bentuk mengikut manual saliran mesra alam (MSMA) edisi kedua serta kawasan hakisan dan kelodak (ESCP) untuk mengawal aliran air semasa kerja tanah bagi memastikan kesan banjir diminimumkan.
Langkah ini termasuklah penerapan reka bentuk bandar sensitif air seperti bioswale, taman hujan dan juga tanah lembap. Semua pemaju kini juga diwajibkan untuk melaksanakan MSMA edisi kedua serta sistem saliran mampan seperti BIOECODS dalam setiap projek pembangunan mereka.
Kita juga boleh belajar dari negara-negara lain seperti China dan Jepun. Di Jepun, sebagai contoh, telah diperkenalkan Kandagawa Storm Water Reservoir di Tokyo. Kaedah intervensi yang kompleks dan berteknologi tinggi ini mampu
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa
menyelesaikan masalah banjir kilat yang sering berlaku di Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, kos yang besar menjadi cabaran kepada kerajaan dalam usaha negara menuju belanjawan surplus. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Batu Pahat, soalan tambahan.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Soalan tambahan, Menteri.
Apakah sebab pasukan keselamatan sampai lewat ke lokasi banjir baru-baru ini?
Dan apakah langkah-langkah yang boleh dilaksanakan supaya tindakan segera boleh diambil bagi mengelakkan kemalangan jiwa yang diakibatkan oleh bencana banjir kilat?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang berhormat Menteri, sila jawab.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang di-Pertua. Yang Berhormat, sebenarnya langkah segera yang dipertimbangkan untuk penambahbaikan oleh DBKL adalah mewajibkan pembinaan OSD serantau berbanding dengan OSD individu yang terhad kapasitinya bagi semua pembangunan baharu selepas ini.
Sekiranya Yang Berhormat Batu Pahat merujuk kepada kejadian banjir pada 15 Oktober baru-baru ini, sebenarnya saya amat bersyukur kerana kejadian baru ini tiada sebarang kemalangan jiwa dan juga mungkin kerosakan yang besar. Namun, saya merakamkan rasa keprihatinan saya terhadap mangsa-mangsa yang terlibat.
Pada hari tersebut, Yang Berhormat, laporan meteorologi menyatakan hujan bermula pada 8.30 pagi dan berhenti sekitar 10.45 pagi. Jadi, sebenarnya dalam tempoh dua jam 15 minit pasukan petugas JPS dan juga DBKL telah pun berada di lapangan dan berusaha untuk melencongkan laluan air dan membantu dalam menyuraikan air.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Jadi, ia kalau Yang Berhormat berkata lewat sampai itu adalah kurang tepatlah ya. Jadi sehubungan dengan itu, emergency response time adalah berdasarkan SOP yang ditetapkan. Saya juga berterima kasih kepada semua anggota yang telah pun bertungkus-lumus dalam memastikan kawalan banjir pada ketika itu iaitu lebih kurang 2 jam keadaan telah pun pulih seperti sedia kala. Jadi, saya sendiri telah pun sebenarnya memanggil Jawatankuasa Bencana Negeri dan mendapatkan taklimat secara terus dan secara langsung daripada semua agensi yang terlibat.
Walau bagaimanapun, situasi yang berlaku pada hari itu tidak dikirakan sebagai bencana lagi. Masih dalam kategori insiden ya. Namun, apa pun yang
Dr. Zaliha binti Mustafa
berlaku adalah sebenarnya saya mohon juga supaya orang awam juga memainkan peranan dalam memberikan maklumat kepada yang agensi-agensi jawatankuasa banjir khususnya.
Sebab kita juga lihat baru-baru ini ada media yang ─ dalam sosial media yang berkenaan anak kecil yang seperti meminta pertolongan. Tetapi hanya diambil gambar ataupun diambil video tetapi tidak dikemukakan perkara itu kepada agensi yang terlibat untuk menyelamat, contohnya. Jadi, saya mohon juga supaya orang ramai memainkan peranan dalam kita memastikan untuk mengurangkan sebarang risiko terhadap banjir yang berlaku di Kuala Lumpur dan di mana-mana juga. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, apakah persediaan negara bagi memastikan negara mempunyai persediaan ke arah ASEAN Smart City kerana kita akan menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun depan. Jadi, sejauh macam manakah Kuala Lumpur akan menjadi tuan rumah bagi memastikan kita mampu untuk menangani perubahan iklim dan membentuk Kuala Lumpur sebagai smart city? Kedua, adakah ─ apakah perkembangan kepada Kuala Lumpur sebagai SDG Centre yang pertama di ASEAN? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Insya-Allah dalam kesediaan kita untuk berhadapan dengan ASEAN ─ Kepengerusian ASEAN ini, memang sebenarnya kita telah pun ada Program Smart City ya, khususnya di Kuala Lumpur.
Kita akan menambah baikkan segala modul yang ada dalam Program Smart City ini untuk memastikan, contohnya perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan, perkara-perkara yang berkaitan dengan kesesakan jalan raya, contohnya ya. Diambil kira dan ditingkatkan dalam kita berhadapan, insya-Allah nanti dengan program-program ataupun mungkin juga perkara-perkara yang terlibat dalam Kepengerusian ASEAN nanti.
Kemudian tentang SDG Centre juga sebenarnya, kita telah berusaha untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai contohnya. Kita sebenarnya telah dalam pelaksanaan, insya-Allah akan repurpose ataupun akan menjadikan salah satu bangunan heritage di Kuala Lumpur iaitu Galeri Kuala Lumpur itu sebagai SDG
Dr. Zaliha binti Mustafa
center. Buat masa sekarang, kita ada satu yang agak dalam skala kecil, yang kita ada di bangunan Perpustakaan Kuala Lumpur. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Majlis ke soalan yang kedua. Saya mempersilakan Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah, Yang Berhormat Indera Mahkota.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengemukakan soalan, izinkan saya untuk mengambil kesempatan ini untuk mengajak Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan mengucapkan setinggi- tinggi tahniah kepada Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, yang kelmarin telah dianugerahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dengan lantikan sebagai Profesor Diraja yang kedua untuk Malaysia.
[Tepuk] Antara sumbangan besar Profesor Diraja Naquib ialah memberi definisi tentang ilmu. Bahawa ilmu ialah ketibaan makna, hasil daripada maklumat yang benar. Itulah latar belakang kepada soalan saya kepada sahabat saya, Yang Berhormat Menteri KPT yang bijaksana.
2. Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah [Indera Mahkota] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan apakah langkah kementerian bagi memastikan insiden seperti larangan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang melarang kakitangannya membuat kenyataan awam, tidak berulang semula.
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Indera Mahkota, mengemukakan soalan yang penting ini untuk dijawab di dalam Dewan yang mulia ini.
Sebelum itu juga, saya mengucapkan terima kasih atas kenyataan Yang Berhormat Indera Mahkota sebentar tadi berkaitan dengan penganugerahan Profesor Diraja Terpuji kepada Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Syed Mohammad Naquib Al-Attas. Seorang pemikir tersohor, bukan hanya di dalam negara kita tetapi juga di seluruh dunia.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya menyedari keresahan di kalangan khalayak dan juga di kalangan akademik, khususnya. Berkaitan dengan kenyataan UKM tentang Pekeliling Pejabat Pendaftar iaitu pemakluman larangan membuat kenyataan yang boleh membawa kemudaratan awam. Ini terkait juga dengan Akta 605 iaitu Akta Badan Berkanun, di mana setiap institusi badan berkanun
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
akan sering kali mengingatkan staf mereka berkaitan dengan yang boleh dan yang tidak boleh mereka lakukan.
Namun, saya juga memahami dalam konteks sebuah institusi pengajian tinggi seperti yang dilontarkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota juga, daripada latar belakang saya yang berada di sana sebelum ini. Yang menjadi persoalannya ialah bagaimana pengurusan universiti mengambil perhatian terhadap setiap arahan ataupun peringatan yang diberikan oleh pihak JPA berkaitan dengannya? Kerana ia terkait dengan badan berkanun yang tersebut.
Lantaran itu, antara langkah yang telah pun saya ambil untuk memastikan supaya sebarang arahan itu tidak hanya ditafsirkan secara sehala. Apatah lagi dalam konteks sebuah institusi pendidikan tinggi universiti, sebagai contoh iaitu setiap arahan itu tidak boleh dianggap hanya semata-mata boleh dilaksanakan di semua peringkat.
Ini telah pun saya buat teguran kepada universiti-universiti kalau sekiranya ada kekeliruan atau kekaburan dalam tafsiran yang dikeluarkan itu, maka hendaklah terlebih dahulu dimaklumkan kepada pihak berkuasa. Termasuk juga di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi untuk kita perjelaskannya dan peringatan itu diambil.
Ini kerana Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya seringkali mengingatkan kepada universiti bahawa universiti itu adalah mewakili sebuah negara iaitu microcosm of the nation. Jadi, ini yang sangat penting untuk diambil perhatian. Lantaran itulah juga selepas perkara ini timbul, saya telah mengadakan mesyuarat di peringkat tertinggi untuk melihat kenapa kekangan seperti ini berlaku dalam konteks dunia akademik kita?
Maka, halangan terbesar ialah kerana kita ada Akta 605. Yang Berhormat Indera Mahkota tentunya faham sebab beliau juga pernah berada di sana. Beberapa cubaan telah pun dibuat. Sehingga kini pun, saya telah pun meminta supaya Akta 605 ini juga dilihat semula bagi memberikan pengecualian dalam konteks universiti awam kerana universiti awam itu dianggap sebagai badan berkanun. Di dalam Akta 605 itu ada 12 institusi yang dikecualikan. Maka, sudah sampai masanya juga kita perlu melihat dalam konteks sebuah universiti.
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Sebagai contoh dalam konteks Perkara 18(1), 18(2) yang menyentuh tentang perkara yang boleh, perkara yang tidak boleh. Makanya, dalam konteks sebuah universiti awam itu, kita perlu melihat dalam konteks universiti itu tidak terlibat dalam keseluruhan pekeliling secara awam atau secara umum yang diberikan kepada
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
semua pihak yang terlibat yang tertakluk di dalam kategori yang disebutkan sebagai badan-badan berkanun.
Dan ini adalah langkah yang kita sedang dilakukan dan langkah ini dianggap antara langkah ke hadapan, “radikal”. Saya sudah mencuba untuk melakukan perkara ini bagi membolehkan dan supaya iklim sebuah universiti itu tidak terkongkong dengan ketakutan untuk menyampaikan pandangan mereka.
Tapi dengan syarat, dalam tradisi keintelektualan, kesarjanaan, seseorang yang bercakap itu tidak akan bercakap secara merapu, dengan izin. Tanpa fakta dengan membuat teori-teori yang bukan-bukan. Tapi inilah yang saya sebutkan tadi kita akan lihat semula ke dalam konteks akta ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Indera Mahkota.
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Terima kasih Yang Berhormat. Saya kira jawapan yang diberikan itu sangat melegakan dan saya fikir itu adalah antara langkah yang progresif menuju reformasi pendidikan yang lebih luas termasuklah soal memastikan universiti itu ada rohnya.
Yang Berhormat menimbulkan perkara yang sanga mustahak bahawa universiti tidak boleh dilihat seperti sebuah jabatan kerajaan yang lain. Ini sangat mustahak. Kerana itu sebagai contoh, apabila kita melihat universiti tak boleh kita menggunakan konsep measurement atau pengukuran tetapi harus menggunakan konsep evaluation atau penilaian.
Kalau tidak, dan ini saya nak bagi kesnya apa yang berlaku di University Harvard. Yang Berhormat, quote buku “Excellence Without A Soul” suatu ketika dahulu yang dikarang oleh Harry R. Lewis. Sebenarnya apa yang berlaku ialah apabila Lawrence Summers bekas profesor di Harvard Business School jadi Menteri di bawah pentadbiran Clinton, kemudian balik ke Harvard menjadi profesor – menjadi Presiden.
Masa itu dia terlupa tentang cara dan gaya dan budaya universiti. Dia terbawa-bawa cara seorang pentadbir. Kerana itu lahirnya buku itu, kritikan kepada Lawrence Summers dan akhirnya beliau meninggalkan universiti kerana dia sedar dia sudah tersilap langkah. Universiti ada kaedahnya, ada budaya pentadbirannya.
Saya harap ini akan dapat Yang Berhormat teruskan usaha yang terpuji kami akan mendukungnya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi.
Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota yang sangat aktif sebenarnya di dalam kokus beliau. Kita sering kali berbincang tentang arah mana yang kita nak bawa pendidikan tinggi kita. Sebab itu dalam konteks hari ini pun kita sedang merangka pelan jangka panjang daripada tahun 2026 hingga 2035 yang akan melibatkan semua, termasuklah antara saranan yang disampaikan tadi dari segi penilaian kepada dunia pendidikan ini.
Saya faham kerana dia tidak boleh terlalu rigid dalam penilaiannya kerana dunia akademik itu agak berbeza penilaian. Sebagai contoh Yang Berhormat, yang terkait dengan perkara kehadiran para pensyarah ke universiti yang sering kali dilontarkan oleh para pensyarah kerana para pensyarah itu tidak boleh dilihat dalam konteks perkhidmatan awam.
Kita faham. Itu bukan konteks perkhidmatan awam. Tetapi untuk memaksa mereka datang clock in pukul 8, balik pukul 5, yang itu bukan dunia akademik sebenarnya kerana dunia akademik itu terbahagi kepada pengajarannya, research- nya, kajiannya dan ia tertakluk kepada dipanggil iklimnya. Ekosistem yang kita guna istilah pada hari ini.
Jadi ini antara perkara yang sedang kita lakukan Yang Berhormat Indera Mahkota, supaya kembalikan semula yang disebutkan tadi roh universiti yang sebenarnya dengan memberikan ruang untuk berbicara, memikir. Dalam masa yang sama, seorang pensyarah juga bertanggungjawab atas disiplin ilmunya. Itu yang kita nak tekankan. Terima kasih Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Saya ucap tahniah kepada Menteri yang telah bersikap terbuka untuk melihat semula dari segi kebebasan intelektual di universiti ini dan menyesuaikan dengan Akta 605.
Cuma soalan saya begini, kita nakkan satu kebebasan, tapi di situ kebebasan ini mungkin diambil oleh pihak yang tak bertanggungjawab ini untuk memanipulasi pula, jadi ia merosakkan keadaan itu.
Jadi soalan saya, apa garis pemisah di antara kebebasan intelektual dengan ruang manipulasi yang mungkin diambil? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Bagi menjawab soalan tambahan dari Pulai sebentar tadi, dengan izin, mengingatkan saya seorang sarjana besar yang Indera Mahkota dan rakan-rakan kita semua tahu iaitu Edward W. Said.
Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Beliau mengingatkan kita dalam dunia akademik ini, benar kita hendakkan kebebasan dalam bukunya, “Representation of the Intellectual”, kalau kita baca itu.
Ya, ia benar. Semua orang boleh berbicara apa saja tetapi ia mesti berdasarkan – jangan terbabas katanya dari tradisi kajiannya, faktanya ya. Kena ada itu. Jadi kita tidak mahu dengar antaranya ada populis intelektual, it is not public intellectual. Ini Indera Mahkota selalu ingatkan public intellectual itu apa.
Tapi dalam masa yang sama, kita juga ada kalangan disebut populis intelektual yang dia nak berbicara oleh sebab dia tengok populis, boleh jadi popular dengan satu-satu tajuk, termasuklah dengan menggunakan teori bahawa Siti Khadijah daripada Kedah, sebagai contoh. Ini menimbulkan kekeliruan dan ini yang disebutkan oleh Profesor Syed Hussein Alatas dipanggil sebagai the intellectual laziness yang terangkum di dalamnya dipanggil sebagai the captive mind, minda tertawan.
Jadi, maka kena tahu itu. Ia menjadi satu orang kata sebagai disiplin diri.
Sebagai seorang intelektual, pensyarah, boleh bercakap apa saja tetapi mesti tertakluk kepada disiplinnya dan ia berasaskan kepada asas-asas yang baik, data- data yang baik kerana seorang intelektual itu ya, jangan sampai akhirnya orang anggap bahawa intelektual itu sama saja yang berada di bawah sana.
Jadi inilah sering kali kita peringatkan. Saya harap penjelasan ini dapat memberikan gambaran secara keseluruhannya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi. Majlis ke soalan ketiga. Dengan ini saya mempersilakan Tuan Ganabatirau a/l Veraman, Klang.
3. Tuan Ganabatirau A/L Veraman [Klang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah perancangan untuk membantu membendung insiden lubang benam (sinkhole) di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi, khususnya di kawasan Klang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Kerja Raya.
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Klang. Jadi Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, insiden lubang benam ataupun sinkhole berisiko berlaku di kawasan yang didasari oleh batu kapur, manakala insiden tanah jerlus boleh berisiko di mana-mana kawasan, yang mana ianya boleh berpunca dari pelbagai faktor sama ada semula jadi atau aktiviti manusia, antropogenik.
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Secara amnya, kaedah geologi di kawasan Klang terdiri daripada formasi gula yang merupakan enapan lautan berusia quaternion terdiri daripada lumpur lautan atau marine clay yang perlu diberi perhatian khusus dalam reka bentuk geoteknik.
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Walau bagaimanapun, risiko kejadian lubang benam ataupun sinkhole tidak timbul di kawasan Klang memandangkan kawasan ini tidak didasari oleh batu kapur.
Oleh itu, potensi kejadian insiden tanah jerlus di kawasan Klang lazimnya adalah disebabkan oleh faktor bukan semula jadi seperti kebocoran paip utiliti, masalah sistem perparitan, kegagalan terhadap struktur tanah, tambakan ataupun embankment yang bersifat setempat (localised) dan sebagainya.
Kementerian Kerja Raya bertanggungjawab terhadap penyenggaraan jalan- jalan persekutuan di seluruh negara, termasuklah di laluan persekutuan FT5 yang terletak di dalam kawasan Parlimen Klang. Bagi mengelakkan kejadian tanah jerlus disebabkan oleh kebocoran paip utiliti, KKR telah mempunyai garis panduan prosedur pemasangan utiliti jalan persekutuan yang mana pemasangan utiliti di dalam rizab jalan persekutuan perlu mematuhi garis panduan dan keperluan teknikal yang telah disyaratkan oleh pihak JKR.
Pemantauan dan penyenggaraan secara berkala juga dibuat oleh syarikat konsesi yang telah dilantik oleh KKR bagi memastikan jalan dalam keadaan baik termasuk sistem perparitan. Standard operating procedure (SOP) adalah termasuk melaporkan kerosakan sistem perparitan seterusnya tindakan pembaikan. Dalam masa yang sama, KKR juga akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat utiliti yang berkaitan bagi memastikan keadaan jalan persekutuan yang disenggarakan oleh JKR selesa dan selamat untuk digunakan oleh pengguna jalan raya.
Jadi bagi projek-projek pembangunan infrastruktur baru, adalah menjadi amalan JKR untuk melaksanakan kerja penyiasatan tapak yang menyeluruh bagi mengenal pasti struktur lapisan dan parameter tanah sebagai input dalam reka bentuk kerja. Jadi, ada kerja-kerja geoteknik dan perparitan bagi mengelakkan kejadian tanah jerlus selepas projek siap. Sekian, Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Klang.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang memberi penerangan begitu baik sekali. Saya lebih berminat apabila mendengar aktiviti manusia itu. Kejadian lubang benam seperti ini sepatutnya boleh dibendung sekiranya ada pemeriksaan dan perancangan lebih awal. Misalnya
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
insiden seperti ini pernah berlaku di Jalan Klang–Banting iaitu jalan persekutuan pada 20 Julai 2020 disebabkan pembinaan LRT yang tidak diselia dan dirancang secara terperinci.
Maka, apakah tindakan yang diambil terhadap pegawai-pegawai atau jurutera penyeliaan daripada agensi-agensi kerajaan dan juga kepada pihak pemaju yang gagal untuk membendung kejadian lubang benam ini melalui pemeriksaan dan perancangan secara awal? Ini sebab memang kita rasa lega sebab tiada kematian.
Namun begitu, ada kerosakan kereta, banyak juga kereta yang pernah benam di situ.
Dalam pada itu juga, ada juga pihak yang menanyakan adakah Kementerian Kerja Raya berniat untuk melakukan kajian geologi di kawasan Lembah Klang untuk menetapkan tahap risiko insiden lubang benam di sini untuk memberi pendedahan lebih awal kepada pihak berkuasa tempatan serta orang awam? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Ya. Tuan Yang di-Pertua, kejadian lubang benam sepatutnya boleh dibendung melalui pemeriksaan dan perancangan lebih awallah.
Jadi untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT) adalah projek di bawah Pelan Pembangunan Rel Bandar (URDP) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), subsidiari Pelan Induk Pengangkutan Awam Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang yang menjangkau 37 kilometer LRT3 menghubungi dari Bandar Utama ke Johan Setia di mana yang berlaku insiden itu.
Jadi, laluan LRT3 di kawasan Klang–Banting ini melibatkan laluan jalan persekutuan di mana JKR sebagai agensi pelaksana untuk kerja penyenggaraan di laluan tersebut. Walau bagaimanapun, penyenggaraan laluan tersebut telah diserahkan kepada pihak LRT3 daripada pihak konsesi JKR bermula dari Jun 2018 merangkumi kerja-kerja pembaikan dan penyenggaraan berkala.
Jadi secara amnya bagi kerja pembinaan LRT3 ini, pihak JKR telah mensyaratkan pihak LRT3 untuk mematuhi Garis Panduan Untuk Memproses Permohonan Pembangunan Tepi Jalan Persekutuan ATJ 3-2011 yang di antara lain melibatkan kerja-kerja tanah dan mensyaratkan agar audit keselamatan jalan dilaksanakan serta laporan eksekutif penyenggaraan rutin jalan perlu diserahkan kepada JKR secara bulanan. Jadi oleh yang demikian, pematuhan kepada syarat- syarat pemajuan yang telah diberikan perlulah dilaksanakan. Jika pihak pemaju gagal, arahan berhenti kerja boleh dikenakan.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Jadi sebagaimana yang telah saya maklumkan dalam jawapan utama tadi, kejadian yang berlaku pada 20 Julai 2020 di projek LRT3 Seksyen GS10 di laluan persekutuan FT05 berdekatan simpang Jalan Johan Setia adalah insiden tanah jerlus dan bukan sinkhole. Saya tegaskan bukan sinkhole kerana kawasan Klang tidak didasari oleh batu kapur, sebaliknya marine clay. Jadi pihak JKR telah mengeluarkan stop work order (SWO) kepada pihak LRT pada 20 Julai 2020 dan mengarahkan pihak LRT3 agar melaksanakan traffic management plan (TMP), penutupan dan pelencongan jalan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya ketika itu. Jadi, pihak LRT3 telah melakukan pembaikan dan jalan telah dibuka sepenuhnya pada 30 Ogos 2020.
Jadi, bagi mengelakkan kejadian berulang Tuan Yang di-Pertua, pihak LRT telah menggantikan penggunaan mesin bore pile kepada mesin reverse circulation drilling (RCD) bagi mengurangkan beban terhadap tanah dan membuat pemantauan rapilah melalui laporan harian tapak.
Jadi, ada sebahagian daripada jawapan itu tadi – Tuan Yang di-Pertua, susulan kejadian lubang benam yang berlaku ataupun dia bukan sinkhole lah saya jelaskan tadi, pihak LRT telah mengemukakan laporan siasatan kejadian dan mendapati kejadian tersebut berlaku disebabkan kegagalan struktur tanah di kawasan berkenaan. Pihak LRT3 telah mencadangkan penambahbaikan kepada kaedah pembinaan semasa dan JKR Selangor telah memantau secara berkala tindakan pihak LRT3. Jadi, tiada siasatan ke atas mana-mana pegawai memandangkan isu kejadian lubang benam adalah disebabkan kegagalan struktur tanah di kawasan kejadian.
Going forward Yang Berhormat, JKR memang akan bersama dengan pihak- pihak yang lain, yang telah dijawab pada MQT 1 tadi yang berkaitan sinkhole di mana-mana sahaja berlaku di negara kita, memang kita akan bersama dengan pihak lain untuk bagaimana kita boleh merangka dan membuat penambahbaikan kepada dasar dan prosedur-prosedur, strategi-strategi untuk kita mengelakkan kejadian ataupun insiden kejadian begini berlaku.
Sekurang-kurangnya kita dapatlah cuba mengelakkan. Mungkin kita tak dapat – kita tak ada kuasa untuk kita kata menjaminkan dia tak berlaku. Itu kuasa besar lagi tapi sekurang-kurangnya, kita dapatlah buat pemantauan, siasatan kepada tapak terlebih dahulu. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Papar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Kapar, sorry.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Kapar. Tak ada M.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
[Ketawa] Okey, saya ada dua soalan tambahan. Pertama, sebab Kapar ini sebelah daripada Klang dan Klang ini adalah ibu kota negeri Selangor dulu, asalnya. First ya. Maknanya ia adalah satu pembangunan yang lama, dah lama dah.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Jadi, saya nak inikan ─ ikutan apa yang disebut oleh Klang itu tadi. Pada 1 September 2024, ada satu kes sinkhole di Sungai Kapar Indah yang seperti ada yang masuk dalam video TikTok oleh Siva Balan. Jadi, saya juga hendak minta perhatian oleh Menteri. Di sinkhole – ini satu sahaja contoh. Mungkin banyak lagi.
Keduanya, kerana kita ini hendak jadi Pengerusi ASEAN, bagi mengelakkan insiden lubang benam sedalam satu meter di laluan masuk Kompleks Bunga Raya Terminal KLIA baru-baru ini daripada berulang. Adakah pihak kerajaan telah meneliti keperluan untuk meningkatkan kekerapan pemantauan teknologi secara berterusan bagi mewujudkan sistem amaran awal yang membolehkan tindakan pencegahan diambil dengan segera.
Misalnya memperuntukkan dana bagi memperluaskan penggunaan teknologi yang canggih seperti Tomografi Rintangan Elektrik (ERT) dan Lampu Pengesan dan Ukur (LiDAR) untuk mengesan potensi lubang benam. Jadi, ini imej negara.
Kompleks Bunga Raya pula itu. Terima kasih, Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Terima kasih Yang Berhormat Kapar.
Terima kasih. Kami ─ KKR sangat menghargailah cadangan dan idea daripada Yang Berhormat Kapar tadi. Itulah arah kita untuk kita menggunakan teknologi termasuk AI dan yang juga disebut oleh Yang Berhormat sebentar tadi.
Jadi, kerana kita hendak menggunakan sepenuhnya manfaat daripada teknologi yang ada terkini. Jadi, untuk insiden yang berlaku di lokaliti-lokaliti yang disebut oleh Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya tak ada maklumat yang terperinci bersama saya sekarang. Saya akan minta pegawai akan sediakan maklumat secara bertulis kepada Yang Berhormat. Boleh Yang Berhormat? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum saya memulakan soalan lisan ini. Saya hendak bagi ruang untuk mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat kepada Peraturan 36 iaitu isi-isi apa Yang Berhormat bercakap di dalam Dewan ini. Garis panduan tersebut 36(1) sehingga 36(12). Manakala itu, gangguan dan pencelahan, saya ingin mengingatkan Yang Berhormat semua atas Peraturan 37(1)(a) dan (b). Ini adalah mustahak bagi menentukan perjalanan Dewan ini berjalan lancar dan kita tidak dilihat sebagai main- main di dalam Dewan ini ya.
Akhir sekali, Peraturan 43. Itu sedia maklum keputusan Pengerusi dalam Dewan ini adalah muktamad. Walau bagaimanapun, jika Ahli-ahli Yang Berhormat tidak berpuas hati, dalam tempoh 48 jam, sediakan usul. Dengan ini, saya mulakan urusan pertanyaan lisan dengan mempersilakan Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu, Yang Berhormat Batu Gajah.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Salam MADANI saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor pertama.
1. Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu [Batu Gajah] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan bilakah skim insurans sosial komprehensif akan dilancarkan bagi melindungi pekerja berpendapatan rendah, memandangkan kos sara hidup meningkat mengurangkan kemampuan mereka mendapatkan insurans kesihatan mencukupi daripada pihak swasta.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, buat masa ini akta-akta yang ditadbir oleh PERKESO adalah merupakan skim insurans sosial komprehensif, terutama bagi golongan pekerja yang berpendapatan rendah.
KESUMA melalui PERKESO sedang meneliti kerangka perlindungan sosial baharu untuk memberi perlindungan keselamatan sosial 24 jam sehari dan menyeluruh di seluruh waktu bekerja kepada seramai 7.6 juta orang pekerja secara khusus dan rakyat Malaysia secara amnya.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Secara prinsipnya, kerangka ini berupaya merapatkan jurang ketidaksamaan, sekali gus memastikan tiada pekerja tercicir daripada mendapat perlindungan pada bila tiba masanya. PERKESO menyediakan Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan yang merupakan suatu bentuk insurans perlindungan sosial kepada orang berinsurans yang layak di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4], Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 [Akta 789] dan Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 [Akta 838].
Faedah-faedah yang disediakan di bawah Skim Bencana Pekerjaan adalah faedah perubatan, faedah hilang upaya sementara, faedah hilang upaya kekal, faedah orang tanggungan, elaun layanan sentiasa, faedah pengurusan mayat dan kemudahan pemulihan jasmani atau vokasional. Di bawah Skim Keilatan, faedah- faedah yang disediakan adalah pencen ilat, bantuan ilat, elaun layanan sentiasa, pencen penakat, kemudahan pemulihan jasmani, vokasional, return to work dengan izin, dialisis, faedah pengurusan mayat dan faedah pendidikan.
Skim ini turut menyediakan faedah perubatan di mana orang berinsurans yang layak boleh mendapatkan perkhidmatan rawatan secara percuma atau pun secara tuntutan bayaran ganti belanja berdasarkan kadar yang diluluskan oleh PERKESO dan tertakluk pada Akta Fi 1951 di mana-mana klinik atau hospital kerajaan atau pun swasta yang berdaftar dengan PERKESO.
Dengan kadar caruman yang rendah, pencarum layak mendapat faedah- faedah perubatan di bawah akta yang secara langsung dapat membantu rakyat khususnya pencarum-pencarum dalam kalangan B40. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Batu Gajah, soalan tambahan.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya terima baik jawapan yang diberikan. Sebagai soalan tambahan, saya juga ingin tahu apakah jenis perlindungan yang bakal dilaksanakan di bawah Skim Bencana yang berlaku di luar waktu kerja? Adakah kerajaan akan menguatkuasakan caruman wajib untuk Skim Pekerjaan Sendiri dan jika ya, bila ia akan dilaksanakan? Jika tidak, kenapa ia tidak akan dilaksanakan?
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah, yang merupakan mantan Menteri KESUMA. Sudah pastilah jiwa beliau
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad
untuk membawa KESUMA ke tahap yang lebih tinggi. Terima kasih Yang Berhormat.
Buat masa ini, PERKESO telah memperluaskan dan dari segi perlindungan keselamatan sosial pekerjaan sendiri kepada 20 sektor.
Skim ini merupakan caruman secara sukarela dan 20 sektor ini kalau saya sebutkan makan masa sedikit, 20. Tetapi salah satunya pengangkutan barangan dan makanan, pertanian, penternakan, perhutanan dan sebanyak 20 yang ada kita letakkan di dalam cadangan kita.
Pihak KESUMA bercadang untuk memastikan perlindungan di luar waktu bekerja Yang Berhormat nyatakan sebentar tadi adalah melibatkan di bawah agensi yang disarankan juga melalui majikan-majikan pekerjaan seperti Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan juga Persatuan-persatuan Majikan Malaysia (MEF).
Perkara ini sebenarnya yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, kita akan melakukan melalui yang dilakukan juga kepada Sabah dan Sarawak yang bermula kita nyatakan pada 24 dan 25 Julai di negeri Sabah dan 29 hingga 30 di Sarawak.
Perbincangan dua hala ini saya juga terlibat. Sebagaimana Yang Berhormat katakan sebentar tadi bahawa perbincangan libat urus. Kita melibatkan sebanyak enam kali untuk memastikan bahawa keselesaan kepada majikan-majikan yang hendak melindung pekerjanya. Dalam masa yang sama, Yang Berhormat Menteri sendiri akan meletakkan perancangan ini kepada dalam Mesyuarat Kabinet, mesyuarat terbesar yang kita lakukan. Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat, saya percaya Yang Berhormat juga sentiasa membantu KESUMA.
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Setiu, silakan.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Okey, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Bagaimanakah skim insurans sosial ini dapat menjamin keberkesanan dan kelestarian dalam jangka panjang? Adakah terdapat kajian khusus yang membuktikan bahawa skim ini mampu bertahan dalam situasi ekonomi yang tidak menentu? Bagaimanakah PERKESO merancang untuk mengintegrasikan skim insurans sosial yang sedia ada seperti KWSP dan SOCSO?
Adakah terdapat pelan ataupun cadangan penyelarasan antara semua agensi keselamatan sosial yang tiada pertindihan atau kekeliruan dalam penyampaian manfaat? Insurans PERKESO ini dah lama diperkenalkan, apakah
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
penambahbaikan perlindungan insurans yang telah pun dilaksanakan oleh PERKESO? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan yang ditujukan itu amat baik sekali kerana memandangkan kita telah banyak melakukan banyak perubahan kebaikan kepada masyarakat. Umpamanya, kita menaikkan kadar khairat kematian ataupun faedah pengurusan jenazah, mayat daripada RM2,000 kepada RM3,000. Di bawah skim ini, termasuklah skim bencana pekerjaan iaitu saya nyatakan tadi seperti jawapan sebentar tadi iaitu pencen keilatan, skim keilatan dan juga bencana domestik.
Keilatan ini maksudnya di bawah Akta 4 yang telah diperluaskan kepada pekerja asing juga. Kepada pekerja asing juga yang kita tambah baikkan dan siling maksimum caruman juga daripada RM5,000 dinaikkan kepada RM6,000. Tetapi walau bagaimanapun, kita tetap maksimum kepada pencen keilatan ini sebanyak RM3,217.50 dan minimumnya adalah RM550. Ini kita telah menambah baik. Kalau dahulu kita tidak sampai ke tahap itu.
Kajian ini kita buat selama lima tahun sekali dan yang terbaru yang kita nyatakan skim yang ditanyakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, yang terakhir kita lakukan adalah pada tahun 2023. Sebenarnya setiap lima tahun kita membuat kajian, begitu juga dengan bantuan yang diberikan. Kalau dahulu pendapatan bulanan pilihan yang diinsuranskan sebanyak RM1,050, kita hanya mencarum sebulan RM13.10.
Sebenarnya Yang Berhormat Yang di-Pertua, banyak saya nak nyatakan dalam ini- soalan yang ditanyakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, banyak. Tetapi kekangan masa, tidak dapat saya nyatakan satu persatu. Tetapi saya ringkaskan, sebenarnya sehinggalah kepada RM3,950, carumannya hanya RM49.40 secara bulanan, setahun RM592.80 sahaja. Tetapi, yang menjadi persoalan yang ditanyakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, apakah kekangan?
Setakat ini, kami sedang membuat kajian, tidak lagi mempunyai — buat masa ini, tidak lagi ada kekangan yang hendak kami lakukan. Mungkin seperti insurans juga, peniaga-peniaga insurans ini kebiasaannya atas caruman insurans itu juga yang dibuat putaran untuk membayar sebarang kemalangan yang berlaku.
Itu kalau insurans, tetapi insurans ini mahal Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Kita semua tahu kalau insurans umpamanya kalau kita masuk RM1 juta insurans
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad
nyawa, tak silap saya dalam RM5,000 sebulan kita kena bayar. Tetapi, ini hanya belasan ringgit sahaja sebulan. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang kedua, saya mempersilakan Dato’ Azman bin Nasrudin, Yang Berhormat Padang Serai.
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang di-Pertua. Saya pohon soalan nombor 2.
2. Dato' Azman bin Nasrudin [Padang Serai] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan adakah kios berbumbung yang berkuasa solar yang disediakan oleh KPKT kepada PBT mengambil kira kesesuaian dan keperluan penjaja dan peniaga. Ramai penjaja dan peniaga akhirnya meninggalkan kios-kios tersebut kerana tidak sesuai.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dato’ Seri Dr. Yang di-Pertua dan sahabat saya Ahli Yang Berhormat yang bertanya.
Untuk makluman, inisiatif MyKiosk oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah bertujuan untuk meningkatkan pertama, taraf hidup sosioekonomi penduduk setempat dengan kemudahan kadar sewaan kios yang rendah. Kedua, meningkatkan pendapatan pihak berkuasa tempatan melalui sewaan kios. Yang ketiganya adalah menyediakan ruang niaga yang seragam, selamat dan selesa kepada peniaga-peniaga.
Inisiatif ini adalah selari dengan aspirasi Belanjawan Kerajaan Malaysia MADANI yang memfokuskan kepada penstrukturan semula ekonomi bagi melonjakkan pertumbuhan dan kesejahteraan rakyat. KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan telah pun memperkenalkan program MyKiosk@KPKT pada tahun 2023 dengan peruntukan sebanyak RM50 juta.
Seramai 3,189 peniaga telah pun menerima manfaat daripada program ini pada tahun 2023. Meneruskan usaha murni ini, Kerajaan Malaysia MADANI menyediakan pula peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta di bawah program MyKiosk 2.0 dengan 4,046 unit kios tambahan sedang dalam proses pembinaan untuk menyebarluaskan inisiatif ini ke seluruh pelosok negara.
Menjawab soalan Ahli Yang Berhormat, untuk makluman, KPKT cakna dan prihatin dengan maklum balas pihak PBT dengan peniaga-peniaga sendiri berkaitan keperluan kemudahan kios. Dalam hubungan ini, KPKT melalui JKT telah pun
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
melaksanakan sebanyak empat sesi libat urus bersama PBT sepanjang tahun 2023 dan juga 2024 untuk mendapatkan cadangan dan keperluan kios di PBT.
Susulan daripada itu, pada tahun 2023, kios ketika itu telah dilengkapkan dengan kapasiti tenaga solar sebanyak 300 watt yang sesuai untuk kegunaan peranti peralatan elektrik yang kecil seperti mana pengecaj telefon dan juga kipas mudah alih bagi keselesaan peniaga.
Bagi pelaksanaan MyKiosk 2.0, pada tahun 2024 mengambil kira maklum balas yang telah diberikan oleh pihak PBT dan para peniaga, KPKT telah melakukan penambahbaikan terhadap spesifikasi reka bentuk yang lebih lestari alam serta...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, sebentar. Yang Berhormat Majlis, kita dengar apa Yang Berhormat Tampin dan Timbalan Menteri berbincang. Yang Berhormat Tampin, jika perlu sangat itu, di luarlah ya. Sambung balik Yang Berhormat.
Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Penambahbaikan terhadap spesifikasi reka bentuk yang lebih lestari alam serta menarik dan kemudahan kios yang lebih baik tanpa peningkatan kadar sewa. Ini setiap unit kios akan dilengkapkan dengan tenaga solar berkapasiti 1,000 watt. Selain daripada itu, beberapa penambahbaikan juga telah dibuat.
Pertamanya, penggunaan bahan ataupun material yang lebih tahan lasak.
Kedua, peningkatan sistem electrical seperti mana lampu LED. Ketiga, pembaharuan reka bentuk bumbung yang berkecerunan bagi mengelakkan air yang bertakung dan berlumut. Keempat, peningkatan sistem mekanikal iaitu tingkap hidraulik dan juga roda dan rak mudah laras, fleksibel untuk memudahkan susun atur barang-barang, produk-produk yang diniagakan.
Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, dengan semangat continuous improvement process, penambahbaikan yang berterusan, KPKT menerusi JKT telah pun melakukan naziran MyKiosk@KPKT bagi tahun 2023 dan mendapati terdapat isu-isu sampingan sepertimana pertamanya, kesesuaian lokasi. Keduanya adalah ketersediaan infrastruktur asas yang lengkap seperti mana tapak berturap dan juga platform untuk menempatkan kios. Ini semua menjadi penyebab kepada penjaja- penjaja ataupun peniaga kurang berminat menggunakan kemudahan MyKiosk.
Bagi mengatasi isu ini Tuan Yang di-Pertua, KPKT telah pun mengambil pendekatan bahawa pihak PBT bolehlah memohon peruntukan bagi kerja-kerja penambahbaikan pada masa akan datang tertakluk kepada skop kerja dan juga peruntukan kewangan yang mencukupi. KPKT insya-Allah, akan senantiasa mengambil perhatian terhadap maklum balas sama ada daripada luar ataupun
Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
daripada Dewan ini bagi membolehkan kita melakukan continuous improvement, insya-Allah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Padang Serai.
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan, cukup komprehensif. Jadi soalan tambahan saya, mengambil kira masalah pengisian peniaga oleh PBT di mana sesetengah peniaga berdepan kesukaran untuk berpindah ke lokasi kios, adakah kerajaan telah membangunkan pemetaan data peniaga secara menyeluruh untuk tujuan memantau jumlah pengisian sebenar mengikut kawasan PBT?
Apakah terdapat usaha penyelarasan oleh KPKT dengan pihak PBT termasuk dari segi kos penyelenggaraan dan kapasiti tenaga solar untuk MyKiosk serta perancangan jangka sederhana dan panjang KPKT untuk menjamin kelangsungan memandangkan kios tersebut adalah hak milik PBT. Terima kasih Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri KPKT.
Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, sepertimana yang saya sebut tadi bahawa naziran di peringkat KPKT melalui JKT telah pun dilakukan untuk membuat penambahbaikan. Sepertimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Padang Serai tadi, saya kira itu adalah antara cadangan dan juga akan dipertimbangkan dari semasa ke semasa.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Untuk pelaksanaan dan juga supaya MyKiosk KPKT ini benar-benar dapat memberikan kesejahteraan, meningkatkan sosioekonomi dan kesejahteraan rakyat di bawah. Insya-Allah, saya ambil kira sebagai satu cadangan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya persilakan Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Terima kasih kepada Dato’ Speaker. Apabila kita mendengar jawapan daripada Timbalan Menteri berkaitan dengan kiosk yang telah diberikan. Niat baik daripada KPKT dengan program yang begitu jelas untuk membantu peniaga-peniaga dengan sewa yang rendah daripada RM50 juta jadi RM100 juta. Ini satu perkara baik yang sangat baik yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI pada sekarang ini. Soalan saya, bagaimana
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
inisiatif MyKiosk ini dapat membantu meningkatkan sosioekonomi masyarakat yang terlibat yang dapat manfaat daripada MyKiosk ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu
Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan Malaysia MADANI melalui inisiatif MyKiosk ini sebenarnya berupaya ― pada kita MyKiosk inisiatif ini berupaya menjadi pemangkin kepada perubahan ekonomi setempat serta menyokong pembangunan sosial komuniti. Pada masa yang sama, di sudut ― yang tadi juga ditanyakan oleh Padang Serai, lokasi yang lebih strategik akan ditempatkan kepada MyKiosk KPKT yang akan nantinya meningkatkan ketersediaan dan juga perhatian, sasaran daripada pengunjung-pengunjung.
Sebab itu, ada beberapa lokasi yang dicadangkan oleh KPKT Dato’ Yang di- Pertua termasuklah kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan pelancongan, kawasan taman rekreasi, kawasan pusat komersial dan juga kawasan-kawasan perumahan supaya meningkatkan di sudut pendapatan ini dapat diberikan kepada mereka.
Pada masa yang sama Dato’ Yang di-Pertua, sewaan yang dikenakan kepada MyKiosk ini enam bulan yang pertama adalah secara percuma dan juga MyKiosk ini diberikan dengan segala kemudahan termasuklah bekalan elektrik yang percuma tadi. Keseluruhannya ceria, selamat, bersih dan menarik ini menjadikan MyKiosk ini akan menjadi tumpuan.
Saya nak kongsikan satu success story Dato’ Yang di-Pertua. Di Melaka ada satu peniaga yang dulunya berniaga ayam gunting tempat biasa. Pendapatannya RM8,000 hingga RM10,000 sebulan. Pada ketika ini, melalui penggunaan MyKiosk dia telah pun mendapat pendapatan RM30,000 sebulan. Ini boleh kita perkasakan lagi Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, Majlis bagi soalan ketiga Yang Berhormat Keningau ada urusan yang tidak dapat dielakkan. Jadi saya ke soalan keempat. Saya mempersilakan Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak, Yang Berhormat Kuala Nerus.
[****Soalan No. 3 –** YB. Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan (Keningau) tidak hadir]
Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Pagi-pagi anyam ketupat, Untuk hidangan tengah hari, Soalan saya nombor empat, Menanti jawapan daripada Menteri.
4. Dato' Dr. Haji Alias bin Razak [Kuala Nerus] minta Menteri Kesihatan menyatakan sejauh mana kekurangan mesin Pencitraan Resonans Magnetik (MRI) dan mesin Imbasan Tomografi Berkomputer (CT Scan) di fasiliti kesihatan awam memberi kesan terhadap proses untuk pesakit mendapatkan diagnosis awal kanser pada waktu ini.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin memohon untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan Yang Berhormat Batang Sadong bertarikh 19 November 2024 kerana kedua-dua soalan ini adalah mengenai perkara yang sama dan juga saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Nerus yang sangat-sangat prihatin dengan isu-isu berkaitan tentang kesihatan.
Tuan Yang di-Pertua, sehingga September 2024 semua hospital negeri dan hospital berpakar major telah dilengkapi dengan perkhidmatan CT scan iaitu sebanyak 85 unit dan hospital pakar minor dilengkapi sebanyak 17 unit mesin CT scan. Perkhidmatan MRI pula terdapat di semua hospital negeri dan 24 hospital berpakar major yang menjadi lead hospital kepada hospital pakar minor dan tanpa pakar dalam hospital kluster masing-masing.
Diagnosis awal bagi pesakit kanser sentiasa diutamakan oleh perkhidmatan radiologi klinikal. Antara faktor yang diambil kira bagi mempercepatkan janji temu untuk diagnosis MRI dan CT scan adalah seperti sejarah klinikal pesakit termasuk simptom, tanda-tanda penyakit, keputusan makmal serta hasil perbincangan dengan pakar klinikal yang merawat khususnya pesakit yang disyaki menghidapi kanser.
Bagi pesakit yang telah disahkan kanser melalui ujian biopsi tisu histopathology examination (HPE), tarikh temu janji bagi pemeriksaan CT scan diberikan awal dalam tempoh seminggu dan selewat-lewatnya dua minggu.
Bagi pesakit disyaki kanser pula namun belum disahkan melalui HPE, janji temu diberikan antara dua hingga empat minggu atau lebih awal hasil perbincangan dengan pakar onkologi. Tarikh ini juga selari dengan tempoh waktu yang diperlukan untuk mendapat pengesahan kanser dari biopsi tisu yang juga mengambil masa yang sama. Selain daripada pemeriksaan MRI dan CT scan, keputusan biopsi tisu juga diambil kira dan keputusan ini amat penting untuk memastikan ketetapan diagnosis pesakit dan pemberian rawatan yang tepat.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Bagi mengatasi kekurangan MRI, kami di fasiliti kesihatan awam mengakui bahawa temu janji lama untuk pesakit mendapat diagnosis awal kanser berlaku.
Walau bagaimanapun, KKM mempunyai perancangan jangka panjang untuk mengatasi masalah tempoh menunggu yang lama. Antaranya seperti berikut:
(i) Melaksanakan perolehan perkhidmatan CT scan dan MRI secara sewaan ataupun leasing agar peralatan sentiasa dalam keadaan baik mengikut perkembangan teknologi semasa serta diselenggara secara optimum mengikut standard yang ditetapkan;
(ii) Kementerian Kesihatan juga sedang mengkaji penyampaian perkhidmatan alternatif menerusi kaedah pay per use untuk fasiliti yang bersesuaian. Kaedah ini sedang dikaji dari segi impak dan pulangan pelaburan kepada kerajaan dan keterjaminan keselamatan pesakit.
(iii) Melaksanakan sistem bekerja secara syif bagi pakar perubatan radiologi klinikal di 10 buah hospital yang mempunyai beban kerja yang tinggi dan waktu menunggu yang lama.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Kuala Nerus, soalan tambahan.
Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Terima kasih Timbalan Menteri yang telah memberi jawapan yang begitu meyakinkan kita rakyat Malaysia. Terima kasih.
Tetapi saya ada beberapa perkara yang nak dikemukakan. Semua kita tahu antara sebab kematian tinggi di kalangan penghidap kanser adalah kerana ia dikesan, didiagnosis dan mendapat rawatan di peringkat akhir sama ada stage three ataupun stage empat lah. Jadi persoalan saya, pertama apakah inisiatif kerajaan pada waktu ini untuk menggalakkan rakyat melakukan saringan kesihatan khusus untuk pengesanan awal kanser di fasiliti-fasiliti kesihatan awam secara berkala walaupun tidak mempunyai sebarang simptom?
Kedua, bagi kes-kes kanser yang telah dikesan pada tahap akhir, biasanya memerlukan rawatan yang kompleks dan pelbagai. Dalam kes seumpama ini, apakah kos rawatan yang tinggi juga menjadi punca kepada kegagalan proses rawatan yang akhirnya menyebabkan kematian yang tinggi di kalangan pesakit- pesakit kanser?
Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Sehubungan dengan itu, apakah bentuk sokongan kewangan yang disediakan oleh kerajaan pada waktu ini khususnya kepada pesakit yang bukan kategori penjawat awam? Dan sejauh mana ia membantu pesakit-pesakit kanser ini dalam proses menjalani rawatan lanjut?
Ketiga, sehingga kini sejauh mana kecanggihan teknologi kecerdasan buatan
(AI) diadaptasikan oleh pihak kementerian dalam proses pengesanan awal kanser serta membantu mengurangkan kematian akibat kanser? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Terdapat beberapa soalan-soalan yang telah dibangkitkan.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Berkenaan tentang, saya ingin memaklumkan ketika ini kita mempunyai hampir 120,000 pesakit kanser seluruh negara dan juga kesemua pesakit kanser ini memerlukan rawatan yang komprehensif. Walaupun demikian, tidak semua fasiliti kerajaan kita mempunyai rawatan khusus bagi kanser dan juga saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah pun meluluskan Pusat Kanser Sarawak dengan nilai RM1 bilion.
Bagi membantu golongan-golongan yang tidak mempunyai insurans kesihatan ataupun tidak layak mendapat rawatan yang komprehensif di fasiliti kerajaan ataupun ingin mendapatkan rawatan swasta, buat masa ini kerajaan telah pun menyediakan Skim PeKa B40 di mana skim ini mempromosikan pencegahan dan juga saringan atau pengurusan intervensi penyakit NCD dan juga terdapat saringan yang dilakukan sekiranya pesakit didapati ― mendapat penyakit kanser ini kita membantu bantuan secara one-off.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Juga, kita telah pun menyediakan booth PeKa B40 ProtectHealth dan juga saya pun menjemput dan juga menawarkan kepada Speaker dan juga semua rakan- rakan untuk berhubung dengan ProtectHealth.
Manakala berkenaan tentang soalan-soalan penggunaan AI, ketika ini di bawah NIH dan juga perkembangan perubatan sedang mengkaji cadangan- cadangan dan juga teknologi-teknologi yang berkaitan dengan saringan kanser berasaskan AI. Sememangnya terdapat pelbagai teknologi-teknologi AI yang telah diperkenalkan. Tetapi, kita masih belum lagi mempunyai dasar khusus bagaimana untuk penggunaan dan juga kita sedang mengkaji berkenaan tentang kos efektif
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
penggunaan AI ini. Saya cukup yakin penggunaan AI ini akan membantu pegawai- pegawai perubatan untuk membuat saringan yang lebih pantas.
Selain daripada itu juga, kita mempunyai cadangan-cadangan berkenaan tentang untuk meningkatkan lagi pegawai-pegawai perubatan yang mengkhususkan ke dalam onkologi.
Selain daripada itu juga, kekangan dana adalah merupakan salah satu faktor yang sedang dihadapi. Kita sedang berusaha untuk di bawah Program Rakan KKM yang baru sahaja diperkenalkan oleh Yang Berhormat Menteri dan juga di dalam perkembangan semasa KKM ketika ini, kita sedang menumpukan dua dasar besar yang ingin kita jayakan iaitu health financing.
Bukan hanya sekadar untuk menilai kadar fi tetapi bagaimana KKM akan mengusahakan dana sendiri untuk mendapatkan peruntukan dan juga meningkatkan pendapatan untuk dikembalikan kepada pesakit. Dan yang kedua adalah proses digitalisasi, di mana proses ini saya cukup yakin akan dapat membantu mempercepatkan proses di mana kesemua maklumat-maklumat pesakit akan dapat bersaling hubung di semua pusat-pusat kanser kita.
Saya rasa dengan jawapan-jawapan yang lain, kita akan memberikan jawapan secara bertulis yang lebih spesifik kepada Yang Berhormat Kuala Nerus.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Pilah.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Terima kasih Dato’ Dr.
Timbalan Speaker. Lanjutan daripada soalan Kuala Nerus sebentar tadi, soalan saya berkaitan kos.
Boleh tidak Timbalan Menteri menyatakan kos pembiayaan yang dikenakan untuk ujian MRI dan CT scan ini, jikalau ada maklumat? Dan boleh diberikan jawapan bertulis untuk itu. Adakah kerajaan bercadang untuk mengetepikan sepenuhnya caj pembiayaan ini untuk pesakit-pesakit dari kelompok B40, kurang upaya atau warga emas seperti mana golongan kelompok seperti yang dinyatakan oleh Kuala Nerus sebentar tadi? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat.
Walaupun saya tidak ketika ini mempunyai kos yang spesifik, ingin saya kongsikan kepada semua Ahli Yang Berhormat.
Ketika ini, KKM juga mempunyai program iaitu Hospital Service Outsourcing Programme (HSOP) di mana kita menyumberluarkan ataupun outsourcing, dengan
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
izin, perkhidmatan-perkhidmatan seperti MRI dan juga CT scan bagi khusus untuk kita buat saringan ataupun MRI scan bagi onkologi ini. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM144 juta di dalam belanjawan bagi hospital service outsourcing ini.
Juga, sebanyak 46 hospital di seluruh negara dan 91 hospital panel provider pesakit telah berdaftar dan juga pesakit akan dipilih berdasarkan kriteria HSOP yang telah ditetapkan. Di mana, sekiranya kita tidak mampu dan tempoh masa yang sangat panjang, kita akan outsource perkhidmatan MRI ini ke luar. Juga, setakat ini, kita mempunyai 3,733 pesakit telah mendapatkan perkhidmatan CT scan dan MRI di Hospital Service Outsourcing Programme.
Bagi nilai yang dibelanjakan untuk perkhidmatan ini, kita akan bagi jawapan ini secara bertulis. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Berikut, Majlis ke soalan yang kelima. Saya mempersilakan Tuan William Leong Jee Keen, Yang Berhormat Selayang.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 5.
5. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang] minta Menteri Ekonomi menyatakan perancangan kerajaan bagi memastikan inflasi kekal pada paras yang stabil, terutamanya apabila terdapat risiko kenaikan inflasi selari dengan pengembangan ekonomi dan ketegangan geopolitik yang berterusan dengan mengambil kira pertumbuhan ekonomi yang pesat dicapai oleh Kerajaan MADANI.
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Yang di- Pertua.
Kadar inflasi pada bulan Ogos 2024 terus menyederhana iaitu pada kadar 1.9 peratus dan kekal di bawah dua peratus sejak Julai 2023. Namun, ketegangan geopolitik yang berterusan pada peringkat global serta prospek tahun 2025, pertumbuhan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) yang semakin baik dijangka akan memberi tekanan terhadap kedudukan inflasi negara.
Kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meringankan kos sara hidup rakyat yang terkesan akibat inflasi. Usaha jangka pendek yang telah dikenal pasti merangkumi:
(i) program bantuan tunai kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Sara Hidup (SARA)
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
yang akan diteruskan dengan peruntukan lebih tinggi pada tahun 2025;
(ii) inisiatif Payung Rahmah seperti Jualan Rahmah akan diperhebat dengan menawarkan barangan asas pada harga yang berpatutan; dan
(iii) meningkatkan pendapatan rakyat secara keseluruhan melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam bagi sektor awam serta Dasar Gaji Progresif dan peningkatan kadar gaji minima bagi pekerja sektor swasta.
Bagi memastikan kadar inflasi kekal terkawal terutama bagi makanan, kerajaan terus berusaha mengambil inisiatif dengan meningkatkan bekalan dan jaminan makanan tempatan seperti:
(i) program jalinan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi meningkatkan hasil pengeluaran bawang di Perak, ikan tilapia merah di Pahang dan padi di Negeri Sembilan; dan
(ii) Projek Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun Fasa Pertama di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
(MADA) di Kedah dengan keluasan 11,000 hektar.
Kerajaan juga akan meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bagi memastikan harga yang berpatutan dan mengelakkan aktiviti pencatutan.
Tuan Yang di-Pertua, usaha memastikan kestabilan inflasi sesebuah negara turut memerlukan kerjasama sektor swasta. Justeru, kerajaan telah merangka beberapa inisiatif bagi memperkasa industri tempatan seperti yang berikut:
(i) kerajaan melalui Khazanah Nasional akan menyediakan peruntukan sebanyak RM1 bilion di bawah national fund-of- funds, dengan izin, sebagai dana modal teroka dan ekuiti persendirian bagi membantu syarikat mula niaga berdaya cipta; dan
(ii) sebanyak RM1 bilion lagi turut disediakan di bawah program Syarikat Mid-Tier sebagai pembiayaan dan sokongan bagi meningkatkan daya saing dan memacu pertumbuhan syarikat tempatan dalam sektor bernilai tinggi.
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan ekonomi terbuka, Malaysia mengalu-alukan kerjasama dengan kebanyakan negara dalam berhadapan dengan isu ketegangan geopolitik yang boleh memberi impak pada kadar inflasi. Malaysia
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
akan terus membuat keputusan strategik yang memberi kelebihan kepada kepentingan nasional. Ini membolehkan negara menerima manfaat dari segi pelaburan dan perdagangan antarabangsa. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat. Yang Berhormat Selayang untuk soalan tambahan.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih. Kita mengambil maklum bahawa sebarang bentuk kenaikan harga bahan api selaras dengan usaha kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi berupaya membawa kenaikan harga barang-barang umum.
Bagaimana PADU sebagai sebuah bentuk pangkalan data dapat digunakan sebagai alat menyasarkan subsidi secara lebih berkesan bagi mengelakkan spekulasi atau panik di kalangan rakyat yang kemudiannya akan membawa kepada perbelanjaan tidak terkawal atau keengganan untuk berbelanja di kalangan pengguna? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Terima kasih, Yang di-Pertua.
Sebagaimana Yang Berhormat maklum, kita mempunyai KPDNHEP yang akan memastikan kawalan harga itu sentiasa dipantau.
Dari segi pelaksanaan PADU, insya-Allah dengan memastikan hampir real time, dengan izin, ia akan memandangkan dari segi harga-harga yang berubah dan memastikan bahawa mereka yang memerlukan bantuan spesifik yang terperinci dari segi keperluan itu akan dipastikan dan insya-Allah dimaklumkan daripada kerajaan untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan yang kelima tambahan ini, saya nak menyentuh berkenaan dengan inflasi, yang mana unjuran terkini yang dikeluarkan oleh IMF World Economic Outlook – October 2024, dengan izin, menunjukkan Indeks Harga Pengguna (CPI) Malaysia diunjurkan meningkat kepada 2.8 peratus bagi tahun 2024 dan 2.5 peratus pada tahun 2025.
Bagaimanakah kerajaan melihat pelaksanaan rasionalisasi RON95 yang akan mungkin dilaksanakan mulai pertengahan 2025 ini akan memberi kesan kepada prospek tekanan inflasi? Namun begitu, meskipun kadar inflasi 1.9 peratus,
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
kita merasakan tekanan kos makanan amat membimbangkan rakyat sekalian. Sekali gus, memberi kesan kepada kuasa beli pengguna, terutamanya perbelanjaan makanan dan juga minuman dan juga lain-lain isi rumah.
Menurut Jabatan Perangkaan (DOSM), kebanyakan negeri mencatatkan peningkatan bagi inflasi makanan dan minuman, termasuk di Selangor – 2.8 peratus, Pulau Pinang – 2.7 peratus, Sarawak – 2.0 peratus dan Pahang – 1.9 peratus.
Bagaimanakah kerajaan melalui Kementerian Ekonomi ini untuk menguruskan perkara ini seperti mana fakta-fakta, data-data yang saya sebut yang saya ambil daripada Jabatan Perangkaan (Domestic of Statistic Malaysia) di bawah PMO ini?
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Ekonomi untuk menjawab.
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat.
Secara dasarnya, pendedahan inflasi bukan bermaksud penurunan paras harga tetapi merujuk juga kepada peningkatan harga barangan pada kadar yang lebih perlahan. Inflasi pada kadar terkawal iaitu pada dua peratus hingga 3 peratus amat penting bagi ekonomi sesebuah negara untuk terus berkembang.
Dari segi yang maklumkan, jangan lupa kita memandangkan kepentingan bahawa jikalau ia adalah barangan keperluan asas, insya-Allah kerajaan akan memantau dan memastikan bahawa jikalau ia perlu disubsidi, ia akan disubsidikan.
Insya-Allah daripada segi apa yang kita laksanakan, kita akan sentiasa memastikan bahawa kepentingan rakyat diutamakan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut, Majlis ke soalan yang keenam. Saya mempersilakan Tuan Ts. Zahir bin Hassan, Yang Berhormat Wangsa Maju.
Tuan Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.
Pemandangan indah menjadi tatapan, Menghijau bandar pokok ditanam, Kementerian Kerja Raya pohon jawapan, Soalan Wangsa Maju nombor enam.
6. Tuan Ts. Zahir bin Hassan [Wangsa Maju] minta Menteri Kerja Raya menyatakan:
(a) strategi kementerian untuk meningkatkan keupayaan prestasi industri pembinaan yang berteraskan teknologi terkini dan termaju supaya cepat siap dan berkualiti tinggi; dan
(ii) adakah latihan kad hijau pernah melalui proses semakan semula bagi memastikan modul latihan selari dan relevan dengan perkembangan teknologi moden
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Kerja Raya.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
*Cantik cahaya matahari terbenam, Begitulah murni alam maya, Kepada soalan nombor enam, Dengarkan ini jawapannya.
[Tepuk]* Dato' Yang di-Pertua, bagi meningkatkan produktiviti melalui kaedah pembinaan yang terkini dan termaju, Kementerian Kerja Raya melalui CIDB telah mengenal pasti pembinaan kaedah secara modular dan pra-fabrikasi selain daripada sistem binaan berindustri (IBS). Kaedah pembinaan secara modular telah dilaksanakan di China, Singapura, Amerika, negara-negara Eropah dan negara- negara di Timur Tengah.
Pembinaan secara modular memerlukan reka bentuk yang standard dan berulang sesuai untuk pembinaan bertingkat atau reka bentuk yang sama.
Pembinaan secara modular adalah selari dengan IBS di Malaysia. Seperti semua maklum, agenda IBS bukan perkara baru. IBS telah diwajibkan bagi projek kerajaan bernilai RM10 juta dan ke atas, perlu mendapat skor IBS 70 sejak tahun 2008.
Pada 22, 23, dan 24 Oktober iaitu semalam dan hari ini, CIDB dan KKR mengurus setiakan, dengan izin, International Construction Week (ICW) di MITEC KL. Pelbagai isu teknologi terkini pembinaan dibincang, pameran diadakan dan perasmian oleh Menteri KKR melibatkan 11 buah negara. Mengenai kad hijau pendaftaran, modul Kursus Induksi Keselamatan Untuk Kerja Binaan atau Safety Induction Course for Construction Workers (SICW), dengan izin, mula dibangunkan pada tahun 1999-2000 telah disemak semula.
Kursus ini dilaksanakan selama enam jam, lima modul di kalangan personel binaan terhadap bahaya-bahaya di tempat kerja. Menyampaikan pengetahuan asas berkaitan aspek keselamatan, kesihatan, persepsi keselamatan, tempat kerja, keperluan undang-undang serta peraturan berkaitan keselamatan. Modul ini akan
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
disemak dan modul baru dijangka akan mula digunakan bermula suku pertama tahun 2025.
Dato' Yang di-Pertua, pembinaan secara modular melalui pelaksanaan IBS akan dapat meningkatkan prestasi cepat dan siap dalam sektor pembinaan. Selain pembinaan secara modular, penggunaan Building Information Modeling (BIM) dapat meningkatkan prestasi dan cepat siap bagi sektor pembinaan. BIM merupakan proses penyediaan penggunaan dan perkongsian model 3D menerusi teknologi digital yang mengandungi pelbagai informasi, di mana ianya dapat digunakan oleh semua pihak yang terlibat dalam projek bagi mencapai objektif di sepanjang fasa pelaksanaan sesebuah projek. Seperti dimaklumkan Perdana Menteri melalui Majlis Pembangunan Tindakan Negara, pelaksanaan BIM diwajibkan bagi pelaksanaan projek kerajaan bermula Ogos 2024. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Wangsa Maju, soalan tambahan.
Tuan Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
Terima kasih Timbalan Menteri kerana jawapan yang begitu menarik. Di Malaysia ini jarang sungguh kita dengar projek-projek itu siap lebih awal ataupun pada tarikh yang telah ditetapkan dalam kontrak pembinaan. Malah, yang selalu kita dengar, projek-projek itu lewat siap, sakit ataupun terbengkalai.
Jadi dalam konteks ini, penggunaan teknologi memang dialu-alukan, cuma daripada jawapan tadi yang menarik berkenaan dengan BIM. Saya ingin tahu jugalah, yakni berapa peratus penggunaan BIM ini yang telah digunakan bagi projek- projek kerajaan dan untuk mendapatkan ataupun penggunaan perisian BIM ini juga memerlukan kos.
Jadi, apakah rancangan kerajaan untuk membantu syarikat-syarikat ataupun kontraktor-kontraktor kecil lagi daripada mendapatkan perisian ini dan menggunakannya? Lanjutan daripada situ, bahagian dua soalan saya, adakah kementerian berpendapat gejala rasuah dalam industri pembinaan ini adalah salah satu punca utama yang menyebabkan projek pembinaan itu lewat siap dan bermasalah? Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Dato' Yang di-Pertua, pada soalan yang kedua. 15 Mei 2024 misalnya, ada siasatan SPRM, RM300 juta Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) mengenai loji rawatan air. 13 Ogos 2024, SPRM perlukan kenyataan 50 saksi mengenai rasuah RM1.6 bilion pembinaan dua lebuh raya Lembah Klang. 31 Julai 2024, SPRM menyebut bekas pegawai SPNB antara 3 ditahan kes projek pembinaan, rasuah RM110 juta.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Jadi, kita tidak nafi perkara itu memang berlaku. Walau bagaimanapun, saya ingin menyatakan bahawa antara sebab projek lewat, tidak cukup kakitangan, contohnya. Kekurangan pekerja di tapak, kegagalan mematuhi program kerja, lewat/gagal serah work program recovery plan, kontraktor gagal membayar gaji pekerja, kelewatan pengalihan kelulusan SYABAS/TNB, ensuring rizab tanah misalnya. Itu antara punca-punca kelewatan.
Mengenai Building Information Modeling (BIM), memang kita ada menyediakan kursus-kursus dan kursus itu diberikan subsidi RM2,000 oleh CIDB, agensi di bawah Kementerian Kerja Raya dan setakat ini, kita melatih lebih 6,000 orang untuk mengetahui tentang BIM. Untuk projek-projek kerajaan, 86 peratus kita telah menggunakan BIM untuk projek RM10 juta dan ke atas tetapi saya tidak ada angka untuk yang swasta. Terima kasih Dato’.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Hulu Selangor.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Pemain industri untuk IBS seperti factory terutamanya kilang-kilang ini menggunakan dana yang cukup besar untuk membina ataupun membuat business inilah.
Jadi soalan saya adalah, sejauh manakah perkembangan penggunaan IBS system seperti precast, blockwork system, metal framing dan sebagainya. Saya juga merupakan pemain industri IBS sebelum ini yang mana kita nak tahu sejauh mana kerajaan ataupun kementerian untuk melihat tentang perkara ini khususnya kepada projek-projek kerajaan. Terima kasih.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Mesyuarat] Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih Hulu Selangor. Yang ada di tangan saya ialah jumlah kilang IBS. Di Semenanjung kita ada 101 kilang, di Sabah ada 14 kilang, di Sarawak ada 13 kilang IBS. IBS ini kita tahu bahawa dia merupakan kaedah seperti kaedah modular system dan modular system ini boleh mengurangkan kos dan mempercepatkan proses pembinaan.
Saya ingin berkongsi kepada Ahli Yang Berhormat bagaimana apabila kita menggunakan Modular System IBS ini, IBS itu ada enam tahap IBS. Tahap yang keenam itu modular yang melibatkan struktur, mechanical, electrical, plumbing,
Mesyuarat] Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
semuanya lengkap. Kalau kita lihat menggunakan Modular System IBS ini akan menyebabkan pembinaan satu-satu bangunan itu cepat.
Di tangan saya ada pelaksanaan sistem binaan berindustri (IBS), tebal.
Pekeliling Pemantauan dan Pelaksanaan IBS bagi Projek Swasta dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kebetulan saya bawa tebal-tebal belaka.
[Memegang buku di tangan] Saya tidak boleh nak memberikan keseluruhannya.
Masa pun dah tamat. Terima kasih apa pun Hulu Selangor.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Datuk Seri Dr.
Ronald Kiandee, Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 7.
7. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [Beluran] minta Menteri Pertahanan menyatakan status pasukan MALBATT di Lubnan susulan perang secara terbuka yang sudah tercetus antara Hizbullah dan Israel dengan radius serangan tidak lagi hanya terhad di kawasan Selatan Lubnan tetapi kini menjangkau kepada Beirut.
Adakah kerajaan akan mengkaji semula penglibatan Malaysia dalam misi ini.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.
Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Beluran di atas persoalan yang dikemukakan. Malaysia telah menyertai misi pengaman di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL) bermula pada tahun 2007 melalui satu MoU yang telah dimeterai antara Malaysia, United Nations Department of Peacekeeping Operation (UN DPKO) dan juga UNIFIL.
Penggiliran atau gerak terbaru adalah daripada 14 November 2023 sehingga 14 November 2024 dengan melibatkan seramai 853 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia termasuk seorang pegawai tadbir dan diplomatik, pegawai awam, Kementerian Pertahanan dan juga 29 anggota daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Selain Malaysia, sebanyak 50 negara anggota PBB turut menyertai misi UNIFIL ini dengan jumlah anggota dan pegawai keseluruhan seramai 10,058 orang.
Puan Yang di-Pertua, bagi menjawab pertanyaan daripada Beluran, sebagaimana yang telah dijawab oleh Yang Berhormat Menteri Pertahanan semasa menjawab soalan Yang Berhormat Tanah Merah tempoh hari dalam Waktu Pertanyaan Menteri, status semasa anggota dan pasukan MALBATT 850-11 Malaysia di Lubnan masih dalam keadaan terkawal berdasarkan laporan terkini yang diterima.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Tahap keselamatan semasa pasukan MALBATT 850-11 adalah selamat dan tiada sebarang kemalangan jiwa serta kerosakan aset di kawasan yang dijaga dan dikawal oleh pasukan kita sepanjang tempoh perang antara Hizbullah-Israel. Namun begitu, pasukan UNIFIL berulang kali diserang di bandar Naqoura, Lubnan yang menempatkan ibu pejabatnya serta beberapa lokasi lain di kawasan penugasan pasukan pengaman negara-negara lain.
Sehubungan dengan itu, Malaysia bersama-sama semua negara yang menyumbang kepada pasukan UNIFIL di Lubnan mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel baru-baru ini melalui kenyataan bersama yang diketuai oleh misi PBB Poland. Setakat hari ini, tidak ada negara-negara anggota yang menarik diri dan beredar meninggalkan tanggungjawab UNIFIL di selatan Lubnan.
Kementerian Pertahanan melalui Kementerian Luar akan berhubung dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi mendapatkan perkembangan terkini penugasan Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 di Lubnan dan Kementerian Pertahanan melalui Angkatan Tentera Malaysia akan terus memantau situasi di selatan Lubnan dan akan mengemas kini sebarang perkembangan melibatkan pasukan MALBATT 850-11. Itu sahaja jawapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Tentu sekali tujuan dan matlamat kehadiran kontinjen Malaysia yang berada di Lubnan telah berubah dengan keadaan yang berlaku di Lubnan pada ketika ini. Kontinjen kita boleh terdedah kepada serangan sesat sama ada daripada Israel ataupun pihak Hizbullah itu sendiri.
Dalam keadaan sekarang ini, apakah Yang Berhormat berpuas hati dengan kedudukan aset-aset yang ada, aset-aset ketenteraan yang ada di kontinjen kita pada ketika ini? Adakah kerajaan berhasrat untuk melihat semula while they are still there?
Jenis kenderaan IAG Guardian yang dikategorikan sebagai tidak selamat oleh PBB untuk melihat ditambah baik dengan Infantry Fighting Vehicle (IFV) yang diperlukan oleh kontinjen kita, sama ada sementara menunggu keputusan dasar untuk mengundurkan kontinjen kita di sana, kerajaan bercadang untuk menambah baik dalam keadaan sekarang ini aset-aset ketenteraan yang sedia ada. Terima kasih.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih kepada Yang Berhormat di atas soalan tambahan. Seperti mana yang saya nyatakan tadi bahawa anggota MALBATT kita menyertai misi yang dikelola oleh UNIFIL ini di bawah panji PBB ini. Kita tahu
Tuan Haji Adly bin Zahari
bahawa segala keputusan kita ataupun tanggungjawab kita ataupun aset-aset kita adalah di bawah kerjasama, perbincangan kita dengan pihak UNIFIL.
Saya tak nafikan bahawa keperluan-keperluan untuk kita meningkatkan kebolehupayaan operasi-operasi kita itu sentiasa kita nilai dari semasa ke semasa berdasarkan perbincangan kita dengan pihak UNIFIL dan juga PBB. Sebab itu pandangan-pandangan seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Beluran itu memang dalam tanggungjawab kita juga untuk kita pastikan bahawa anggota kita bukan sahaja dari segi kelengkapan-kelengkapan mereka tetapi dalam masa yang sama kita juga harus melihat faktor-faktor keselamatan.
Sebab itu, bila kita dah bertindak di Lubnan itu, kita bukan sahaja mengambil kira tanggungjawab negara kita, bukan sahaja kita mengambil kira soal kewangan tetapi yang paling penting juga kita mengambil kira bagaimana kita boleh menjamin keselamatan anggota-anggota kita di Lubnan itu sendiri. Itu sahaja jawapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kinabatangan.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Raden - Kinabatangan
Terima kasih Dato’ yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, pasukan MALBATT ini selain daripada tugas hakiki iaitu tugas pengaman, apakah green light dibagi oleh kerajaan kepada pasukan ini sekiranya mereka benar-benar terancam, mereka boleh bertindak untuk pertahankan diri?
Kedua, mereka pergi Yang Berhormat Menteri boleh dikategorikan sebagai one way tickets, no way back. So, apakah kementerian melihat kepentingan kebajikan mereka? Sekiranya mereka gugur, apa yang mereka perolehi? Apabila cedera, putus kaki kah dan sebagainya anggota, apa dilakukan oleh kerajaan?
Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kinabatangan di atas soalan yang dikemukakan yang terkait. Pertama adalah tentang self-defense ini. Saya tak nafikan bahawa memang bila kita bertindak di bawah panji PBB, dikelolakan oleh UNIFIL ini, memang kita mempunyai beberapa arahan dari segi operasi dan dari segi tindakan-tindakan kita.
Sebab itu kalau kita lihat hari itu Yang Berhormat Menteri pun sudah menjelaskan, untuk kita mempertahankan diri kita itu ataupun keselamatan anggota- anggota itu, itu tetap menjadi keutamaan kita. Di samping itu, kita melihat macam tadi disebut tentang kebajikan anggota-anggota kita. Memang kita tak nafikan bahawa bila kita bertindak di bawah panji PBB ini, memang kita tahu bahawa aspek- aspek kebajikan itu tetap menjadi keutamaan.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Seperti mana yang disebut tadi tentang kecederaan ataupun risiko-risiko yang lebih besar itu, semua tanggungjawab ini telah digariskan dalam kita menyediakan perkhidmatan kita sepanjang kita berkhidmat dikelolakan oleh UNIFIL dan juga di Lubnan itu sendiri. Jadi saya tak nafikan walaupun kita tahu bahawa kita bukan sahaja melihat penghargaan kita dari segi kewangan itu tetapi kita ambil kira juga penghargaan kita dari segi pengorbanan-pengorbanan yang telah mereka berikan sepanjang mereka berkhidmat di MALBATT itu.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Perlu saya peringatkan juga ya, anggota ini dalam tempoh setahun, mereka akan ada atur gerak penggiliran ini. So, kalau kita lihat MALBATT yang ke-11 ini, tarikh tempohnya sehingga 14 November ini. Jadi selepas daripada itu bermula 6 November ini kita akan atur gerakkan pasukan yang baharu bagi pasukan atur gerak kita yang ke-12. Itu saja yang saya maklum.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Puan Wong Shu Qi, Kluang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih Puan Timbalan Speaker.
Lawatan SMK Tengku Bendahara ke Parlimen, Ramai pelajar bersemangat tinggi, Ruang Dewan besar jadi tumpuan, Soalan saya nombor lapan menanti.
8. Puan Wong Shu Qi [Kluang] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan usaha-usaha yang dilakukan bagi mengelakkan kebergantungan industri pertanian terhadap warga asing yang boleh mengakibatkan berlaku pelbagai masalah terutama berkaitan sekuriti makanan negara.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup
Selamat pagi. Salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Kluang.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan komited dalam meneroka teknologi terkini pertanian dan reformasi guna tenaga sebagai usaha untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing dalam sektor pertanian.
Antara langkah yang telah diambil dengan kerjasama daripada pelbagai pihak adalah seperti berikut:
(i) penggunaan teknologi moden seperti sistem pertanian pintar, dron dan automasi dalam kerja-kerja ladang bagi meningkatkan kecekapan dan mengurangkan keperluan tenaga kerja fizikal. Ini termasuk penggunaan sensor untuk
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup
memantau pelbagai perimeter tanah, pengairan automatik dan pemantauan hasil pertanian menggunakan data raya. Bagi tahun 2024, sebanyak RM20 juta telah diperuntukkan di bawah Program Mekanisasi dan Automasi Agromakanan bagi meningkatkan penggunaan teknologi mekanisasi dan automasi. Sebagai contoh, Lembaga Pertubuhan Peladang ada menawarkan geran padanan dengan nisbah 70:30 bagi membantu petani memperolehi jentera kecil yang berharga di bawah RM20,000 seperti traktor kecil, jentuai dan juga jentanam;
(ii) adalah usaha untuk membangunkan modal insan mahir di dalam bidang pertanian melalui program TVET, TVET Pertanian. Kursus dan program pendidikan pertanian serta latihan amali ditawarkan di peringkat SKM dan Sijil Institut Pertanian (SIP) yang dilaksanakan di Institut Pertanian Malaysia di Jabatan Pertanian. Program-program ini berupaya untuk melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia serta berpengetahuan dalam teknik pertanian yang moden. Sebanyak 15 Pusat Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan bertauliah telah diwujudkan di seluruh negara dengan menawarkan sejumlah 10 bidang pengkhususan kepada pelajar dan turut menyediakan elaun bulanan, penginapan serta makan minum secara percuma sepanjang kursus; dan
(iii) kementerian juga menyediakan dana geran dan insentif sebagai galakan untuk membantu petani-petani tempatan meningkatkan pengeluaran seperti penyediaan infrastruktur, bantuan berbentuk in kind dan penyediaan geran seperti Dana Pembiayaan Agromakanan, Geran Agro Pemuda dan Geran Pemadanan High Impact Product. Baru-baru ini, bagi menarik minat lebih ramai golongan muda terlibat dalam sektor pertanian, kementerian telah menaikkan had bantuan Geran Agropreneur Pemuda daripada RM20,000 hingga ke RM50,000. Langkah-langkah ini bukan sahaja boleh menggalakkan lebih ramai orang tempatan khususnya orang
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup
muda untuk menceburi bidang pertanian dan membantu mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing tetapi juga memastikan sektor pertanian negara akan terus mampan dan mampu menghadapi cabaran sekuriti makanan pada masa hadapan.
Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kluang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang sangat lengkap. Hanya saya ingin tahu, dengan kesemua perbelanjaan RM20 juta ataupun juga untuk membangunkan modal insan dari segi TVET dan sebagainya, adakah kementerian mempunyai satu mekanisme ataupun kerangka untuk meneliti ataupun review kesemua projek atau geran ini atas keberkesanan pelaksanaan? Kalau tidak, saya risau wang sudah dibelanja tapi akhirnya kita pun tak tahu kadar automasi untuk bidang pertanian adalah berapa peratus. Itulah soalan tambahan saya. Terima kasih.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Kita ada beberapa kaedah untuk mengukur pencapaian kita setakat ini. Kalau saya boleh ambil sebagai satu contoh di dalam bidang TVET Pertanian sebagai contoh. Setakat ini KPKM telah melahirkan seramai 20,601 graduan dalam bidang TVET Pertanian dan pada tahun 2023, 982 graduan telah berjaya menamatkan pengajian dengan kadar kebolehpasaran sebanyak 78.1 peratus yang telah menunjukkan peningkatan sebanyak 5.8 peratus berbanding 72.3 peratus pada tahun sebelumnya.
Satu lagi program yang saya boleh bagi sebagai contoh adalah kementerian ada menjalankan kolaborasi bersama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia
(MDEC) melalui Inisiatif Digital AgTech di mana kita melahirkan pengusaha tani untuk menggunakan digital dalam sektor pertanian.
Daripada ini, kita mendapati bahawa kita dapat bantu meningkatkan produktiviti sebanyak 20 peratus dan meningkatkan juga pendapatan sehingga 20 peratus dan mengurangkan kos operasi sehingga 30 peratus. Jadi ada kaedah- kaedah kita dan sekiranya ada di dalam bidang yang tertentu yang YB ingin mengambil lebih banyak maklumat, boleh tanya nanti dan saya akan bagi secara bertulis. Sekian dan terima kasih.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Timbalan Menteri. Soalan saya ialah berkenaan dengan, tadi kita cakap tentang keperluan tenaga warga asing tapi soalan saya ialah monopoli warga asing terhadap sektor pertanian contohnya dalam projek sayur-sayuran daripada
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Indonesia, Bangladesh, Rohingya yang menyewa lot-lot ataupun tanah-tanah orang tempatan dan mereka menguasai sektor pertanian. Jadi, apakah kerajaan ada cadangan untuk mengkaji akta ataupun undang-undang berkaitan dengan warga asing monopoli sektor-sektor pertanian?
Soalan yang terakhir, apakah tindakan kerajaan untuk menghadapi kemungkinan kenaikan kos ataupun harga sayur-sayuran pada bulan 11, bulan 12 ini yang dijangka naik tiga kali ganda yang merisaukan rakyat? Terima kasih.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Yang Berhormat. Soalan yang baik ya dan agak dia boleh dikira ber-multilayered juga dalam memerlukan untuk jawapannya.
Pertama, kita tidak ada satu punca kuasa untuk melarang majikan-majikan daripada memilih untuk pekerja asing dalam pekerjaan pertanian. Yang penting mereka memenuhi syarat-syarat daripada kerajaan seperti imigresen dan sebagainya. Tetapi yang penting adalah pengusaha-pengusaha itu masih terdiri daripada golongan rakyat kita tetapi mungkin mereka hanya mengupah pekerja- pekerja asing.
Jadi di dalam hal ini, itulah sebab kita menjalankan pelbagai usaha seperti mekanisasi, automasi dan juga meningkatkan kemahiran pekerja kita supaya menggalakkan pengusaha kita lebih untuk menggunakan pekerja-pekerja tempatan berbanding dengan pekerja asing.
Kedua, berkaitan sama harga sayur ini. Sebenarnya harga sayur ini kebergantung kepada keadaan ekonomi iaitu penawaran dan juga permintaan di pasaran. Bagi harga sayur-sayuran tempatan, sebenarnya keadaan dia masih agak stabil kecuali pada musim tengkujuh di mana harga sayur-sayuran import menjadi lebih pilihan untuk mengganti kepada sayur-sayuran tempatan yang tidak dapat ditanam.
Contoh sayuran kubis dan sebagainya yang mungkin kita perlu tanam di tanah yang lebih tinggi tetapi pada masa yang sama, kita sentiasa memastikan pengeluaran sayur-sayuran tempatan mencukupi supaya kita boleh mengurangkan kebergantungan kepada sayuran import. Dan sekiranya ada permintaan daripada rakyat Malaysia untuk lebih kepada sayuran yang import, kita masih lagi ada beberapa program yang lain seperti contoh kita ada caralah. Ada juga cara untuk kita...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan jawapan, Yang Berhormat.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Okey, terima kasih, Yang Berhormat. Kalau begitu saya akan jawab secara bertulis. Terima kasih.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya, terima kasih.
Tuan Lee Chuan How, Ipoh Timor.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Soalan sembilan, Speaker.
9. Tuan Lee Chuan How [Ipoh Timor] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan perancangan untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada belia dalam kemahiran pengurusan sukan atau TVET sukan di institusi-institusi kemahiran belia seliaan KBS.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
Puan Yang di-Pertua, selaras dengan keperluan industri negara terhadap pekerja berkemahiran, di kementerian telah pun kita perluaskan ekosistem TVET kepada industri sektor sukan bagi menyokong penghasilan tenaga kerja belia berkemahiran yang kompetitif. Inisiatif ini akan membuka peluang kepada golong belia untuk mendapatkan latihan kemahiran dalam bidang teknologi sukan bagi menyokong pembangunan sektor industri sukan negara.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, TVET sukan di bawah Kementerian Belia dan Sukan diperkukuhkan dengan pewujudan Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) yang akan menjadi hab atau center of excellence kepada bidang kemahiran dan teknologi sukan bagi memberikan latihan kemahiran TVET sukan di Malaysia. Pada masa sekarang, kursus berkaitan dengan TVET sukan sedia ada yang sedang ditawarkan di IKBS adalah Kursus Terapi Sukan, Kursus Perkhidmatan Kedi Golf dan Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan.
Sehingga kini seramai 413 orang graduan daripada Kursus Terapi Sukan dan 523 orang graduan daripada Kursus Perkhidmatan Kedi Golf telah pun kita lahirkan.
Manakala Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan yang baru dilaksanakan pada tahun 2024 ini dengan kerjasama Majlis Sukan Negara sedang melibatkan 16 orang pelajar.
Penawaran kursus-kursus baru berkaitan dengan TVET sukan di IKSN akan dilaksana menerusi kerjasama strategik bersama dengan industri serta pemegang taruh seperti Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara, Sepang International Circuit dan Kelab Golf Negara Subang yang turut dilibatkan dalam kerjasama ini.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
Bagi pelajar-pelajar semester akhir bagi kursus sepenuh masa, mereka perlu menjalani latihan industri selama tiga bulan yang tujuan untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada pelajar akan situasi sebenar alam pekerjaan.
Manakala latihan industri ini dilaksanakan dengan kerjasama antara ILKBS dan industri mengikut bidang-bidang yang berkenaan. Kadar kebolehpasaran graduan ILKBS bagi Terapi Sukan untuk tiga tahun terkini adalah pada tahun 2021 sebanyak 84.83 peratus, tahun 2022 meningkat sebanyak 96.77 peratus dan tahun 2023 sebanyak 94.62 peratus.
Kementerian turut merancang untuk memperluaskan Kursus Terapi Sukan ini ke semua ILKBS bermula dengan pelaksanaan kursus jangka pendek pada tahun 2025. Manakala kursus-kursus baru yang berkait dengan TVET sukan seperti Kursus Pembinaan dan Penyelenggaraan Fasiliti Sukan, Permotoran Sukan Empat Roda dan Dua Roda, serta Fotografi Sukan akan mula ditawarkan di ILKBS telah mendapat pentauliahan daripada badan-badan pensijilan yang berkaitan. Beberapa sesi libat urus bersama dengan wakil-wakil industri dan pemegang taruh sektor industri sukan akan terus diadakan untuk mendapatkan maklumat dan pandangan yang berkaitan dengan kemahiran TVET sukan ini serta keperluan sumber tenaga mahir dan peluang pekerjaan dalam sektor industri sukan yang berkenaan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ipoh Timur.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Terima kasih, Speaker. Terima kasih atas jawapan yang mantap. Sering kali bila kita bicara tentang TVET, tak kisah dalam bidang sukan atau industri-industri yang lain. Kita sering kali memberi fokus sangat- sangat kepada pembekalan atau penawaran dari sudut kursus-kursus yang ada dan sebagainya tetapi sebenarnya kita perlu lebih menekankan dari segi permintaan atau the demand. Demand ada dua jenis. Satu adalah demand untuk menyertai kursus, satu lagi demand dari segi permintaan pasaran dari segi industri. Adalah sports – penyelenggaraan gelanggang, pembuatan perkakasan, physiotherapist, sport psychologist… [Tidak jelas] Saya nak tanya sama ada pihak kementerian mempunyai rancangan atau yang dah sedia ada satu pangkalan data bersepadu atau satu platform atau wadah di mana ia menyatukan semua institusi yang menawarkan kursus, semua kurus yang ada di dalam lingkungan ekonomi atau industri sukan dan juga syarikat-syarikat yang menawarkan peluang pekerja serta peluang-peluang pekerjaan yang boleh didaftar atau dimohon melalui pangkalan tersebut? Satu yang lebih bersepadu? Minta pandangan dan pendirian kementerian. Terima kasih.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Terima kasih, Yang Berhormat. Yang pertama, kita tahu bahawa pendidikan TVET ini tidak hanya ditawarkan menerusi ILKBS sebaliknya juga meliputi kementerian-kementerian lain termasuk KESUMA, KPT dan KPM.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
[Bangun]
Tuan Adam Adli Abd Halim
Namun, tentu sekali TVT sukan banyak diberikan tumpuan kepada ILKBS menerusi Kementerian Belia dan Sukan. Kita sedang bangunkan tentu sekali pangkalan data yang lengkap terutama sekali dengan pewujudan beberapa kursus baru, tentu sekali kita perlu kaji sama ada kursus-kursus ini relevan dengan permintaan industri mahupun tidak.
Begitu juga kita perlu track dengan izin, jejaki ke mana arah tujuan pelajar- pelajar yang telah pun kita latih menerusi kursus-kursus yang ditawarkan ini sama ada kursus sepenuh masa mahupun separuh masa. Namun bagaimana sekalipun, dari semasa ke semasa, untuk pengetahuan Yang Berhormat, contohnya kita memang sentiasa adakan memorandum of understanding atau pun memorandum persefahaman bersama dengan industri agar kita boleh jamin kebolehpasaran mereka.
Antara contohnya untuk therapist sukan kita ada kerjasama dengan empat syarikat termasuklah Manjakaki Foot Reflexology, Recuperer Sports Rehab, PRO MMR – syarikat bekam. Kemudian untuk kedi golf kita ada dengan AKBG. Kita juga jalinkan kerjasama strategik dengan beberapa industri-industri sejak daripada 2018 lagi. Celebrity Fitness, A Famosa Golf Resort, UniPutra UPM dan paling akhir adalah Recuperer Sports Rehab seperti yang saya nyatakan tadi. Ini semua adalah usaha berterusan dan memang kita bagi fokus supaya setiap latihan yang kita jalankan tersebut, setiap graduan yang kita lahirkan, kita boleh pastikan mereka ini terjamin dari sudut pekerjaan yang mereka terima.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih, Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya nak sambung daripada soalan Yang Berhormat Ipoh Timur, sahabat saya. Selain daripada industri tadi Yang Berhormat sebut, kita cari daripada kalangan industri dan jadi pelajar dalam bidang ini, apakah usaha kementerian untuk melibatkan pihak swasta selain daripada pihak industri termasuk juga pihak institusi pendidikan kerana mereka ni ada kelab-kelab sukan sendiri yang mungkin ada orang berpotensi untuk terlibat dalam bidang kemahiran pengurusan sukan ini? Yang pertama.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Yang keduanya, kita juga ada ramai atlet yang telah bersara, Yang Berhormat dan mereka ni masih muda, masih mampu untuk mengendalikan sukan. Kita pun banyak baca berita tentang atlet yang sudah bersara ni terpaksa hidup dalam keadaan yang tertekan sebab tidak ada sumber pendapatan. Apakah sudi kiranya kementerian untuk mengambil kira atlet yang telah bersara ni untuk mereka juga terlibat dalam bidang pengurusan sukan sebab mereka ada pengalaman? Yang ketiga, soalan mungkin luar skop sikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan. Satu soalan tambahan sahaja.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Adakah pihak kementerian bersedia untuk anjur sukan dalam kalangan Ahli Parlimen contohnya buat permainan kabaddi ke? Saya teringin nak lawan Jelutong tapi dia tak ada pagi ni. Ipoh Timur boleh jadi pengadil. Terima kasih, Speaker.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Terima kasih, Yang Berhormat. Dia tanya tiga soalan, saya dok ingat yang last sekali.
[Ketawa] Yang soalan bagi penglibatan sektor swasta tentu sekali macam saya sebut tadi, selain daripada MoU yang kita tandatangan untuk memastikan ada peluang pekerjaan, kita juga tawarkan sebagai penyelia atau pun pembekal bagi latihan, kita juga ada beberapa kursus yang kita tawarkan pada syarikat-syarikat swasta untuk meningkatkan kemahiran dalam kalangan pekerja itu sendiri. Jadi tidak terhad hanya kepada graduan sepenuh masa tapi juga kita ada kursus-kursus yang berbentuk seperti modular. Jadi ini antara kerjasama supaya kita boleh kembangkan kemahiran dalam kalangan pemain industri sedia ada mahupun juga bagi sektor swasta yang ingin menawarkan kemahiran tambahan buat pekerja mereka. Itu yang pertama.
Yang kedua juga, kita pastikan – bagi soalan kedua tadi, memang kita buka sebenarnya kursus-kursus dan latihan-latihan yang boleh diterjemahkan kepada pengiktirafan berbentuk sijil, diploma dan sebagainya kepada atlet-atlet kita juga. Kita ada pelbagai program sama ada di bawah MACE iaitu Majlis Sukan Negara atau pun di bawah setiap institusi atau pun agensi Kementerian Belia dan Sukan. Institut Sukan Negara juga tawarkan kursus kejurulatihan di bawah ILKBS kita tawarkan kursus latihan pengurusan. Ini semua memang terus menerus, secara internal ditawarkan kepada atlet-atlet yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Untuk soalan terakhir, boleh Yang Berhormat. Nanti kita susunlah, lepas- lepas monsun nanti.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki, Parit Buntar.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. *Bismillahi Rahmani Rahim.
Sudah terang lagi bersuluh, Soalan saya nombor sepuluh.*
10. Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan sebab-sebab beras tempatan masih sukar untuk diperoleh di kedai-kedai runcit mahupun pasar raya dan apakah usaha kementerian bagi mengatasi permasalahan ini.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sentiasa memberi perhatian terhadap isu kekurangan bekalan beras putih tempatan di pasaran yang melanda negara sejak tahun 2023. Dalam hal ini, kementerian berusaha dengan pelbagai pendekatan bagi memastikan keberadaan bekalan beras putih tempatan ada di pasaran mampu untuk memenuhi keperluan pengguna.
Antara pendekatan yang diambil oleh kementerian adalah mengedar beras putih tempatan melalui program jualan dan outlet di bawah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) serta rantaian pasar raya yang terpilih. Bermula dari bulan Jun 2023 sehingga 19 September 2024, sebanyak enam juta kampit beras putih tempatan 10 kilogram telah diedarkan oleh FAMA, LPP dan juga pemborong.
Walau bagaimanapun kementerian tidak menafikan masih terdapat premis- premis runcit seperti kedai runcit dan pasar raya yang tidak memperoleh bekalan beras putih tempatan. Situasi ini perlu diberi perhatian agar rakyat terutamanya di kawasan luar bandar mendapat akses kepada bekalan beras putih tempatan.
Dalam usaha untuk menangani isu keberadaan beras putih tempatan di pasaran, kementerian kini giat melaksanakan rombakan strategi melalui pelaksanaan reformasi industri padi dan beras. Antara langkah yang diambil dalam pelaksanaan reformasi ini adalah seperti berikut:
(i) pemantapan tatakelola melalui pengasingan kuasa melibatkan Bahagian Pembangunan Industri Padi, Kawal Selia Padi Beras dan wakil kerajaan dalam Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS);
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup
(ii) untuk mewujudkan peraturan baru melarang percampuran beras putih tempatan dengan beras putih import;
(iii) untuk menggabungkan penguatkuasaan di bawah kementerian bagi memperkukuh kawal selia sektor agromakanan; dan
(iv) mereformasikan Lembaga Pertubuhan Peladang dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).
Justeru, kementerian berharap segala usaha yang sedang dilaksanakan ini untuk mereformasikan sektor padi dan beras akan mendapat sokongan daripada semua pihak demi kebaikan serta masa depan industri padi dan beras negara.
Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Parit Buntar.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, apa yang berlaku dalam kalangan masyarakat bila mendapati beras tempatan tidak ada di pasar raya ataupun di kedai-kedai runcit. Ada yang mengatakan dakwaan beras yang dihantar, padi yang dihantar ke kilang pengeluar padi pada waktu pagi, petang pesawah itu nak beli padi jadi beras import, tak ada beras tempatan. Mengapa ini berlaku?
Adakah kerajaan memantau kilang-kilang pengeluar padi di seluruh negara bagi mengesan ke mana hilangnya padi-padi tempatan yang hari ini dihantar, petang dah jadi beras import. Kalau ini berlaku, apa tindakan yang kerajaan mesti buat ke atas kilang-kilang padi tersebut? Kalau tak berlaku, ke mana perginya hilang beras- beras tempatan? Terima kasih.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Itulah sebab Ahli Yang Berhormat, kita akan mewujudkan peraturan yang baru. Yang pertama, kita kena siasat dulu. Minta Bahagian Kawal Selia Padi Beras dan sebagainya untuk pergi ke kilang-kilang melawat, adakah betul bahawa tuduhan ada campuran di antara beras putih tempatan dan beras import berlaku. Sekiranya berlaku, kita perlu mewujudkan peraturan yang baru untuk memastikan bahawa beras putih tempatan itu mesti ada bekalan akses untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Batang Lupar.
Batang Lupar.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Speaker, saya hendak kemukakan soalan tambahan yang berkaitan dengan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Jelebu, saya bagi Batang Lupar.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Oh bukan Jelebu eh?
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Terima kasih Puan Speaker. Baru-baru ini Kerajaan Sarawak telah mengumumkan peruntukan RM500 juta untuk pembangunan jelapang padi di negeri Sarawak. Jadi saya ingin tahu apakah pihak Kerajaan Persekutuan dan kementerian respons terhadap permintaan Kerajaan Sarawak iaitu mengharapkan tambahan RM500 juta daripada pihak kementerian demi untuk melihat industri ataupun jelapang padi beras kita ini kekal stabil dan mencukupi untuk kegunaan rakyat Malaysia. Terima kasih Puan Speaker.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Yang Berhormat. Pertamanya, kementerian menyambut baik dan ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sarawak kerana telah mengumumkan pelaburan sebanyak RM500 juta untuk meningkatkan lagi pengeluaran hasil padi dan juga beras di negeri Sarawak.
Isu ini Ahli Yang Berhormat, kita perlu kerjasama daripada kerajaan negeri khususnya dalam menyediakan tanah-tanah supaya Kerajaan Persekutuan boleh bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk meningkatkan lagi hasil pertanian khususnya padi dan beras negara kita. Kita daripada Kerajaan Persekutuan akan sentiasa menyokong dan mencari juga peruntukan dan dana untuk menyuntik, membantu meningkatkan, mengoptimumkan potensi daripada kerajaan negeri untuk menyumbang kepada keterjaminan makanan negara. Sekian dan terima kasih.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Speaker, kerana beras ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan seterusnya...
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
...Isu beras ini Speaker, penting.
Boleh tambah Speaker?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan seterusnya, Datuk Seri Jalaluddin bin Haji Alias, Jelebu untuk soalan seterusnya.
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Soalan tambahan?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan seterusnya. Soalan nombor 11.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Oh saya punya soalan? Okeylah.
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Saya tarik balik untuk tanya soalan tambahan tapi beras putih tempatan ini Speaker penting untuk kita tanya tapi Speaker dah tak bagi...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan 11.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Saya tanyalah soalan 11, Speaker. Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Ketawa]
11. Datuk Seri Jalaluddin bin Alias [Jelebu] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan berapa jumlah terkini pelajar tajaan MARA di dalam dan luar negara dan bagaimanakah pula dengan peratusan kutipan semula bayaran bagi pinjaman MARA.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih YB Jelebu.
Tuan Yang di-Pertua, setakat 23 September 2024, seramai 96,857 orang pelajar sedang menerima kemudahan tajaan pinjaman pelajaran MARA di dalam dan juga di luar negara. Pecahan tajaan pinjaman pelajaran MARA dalam dan luar negara adalah seperti berikut – dalam negara, 90,919 orang pelajar, luar negara, 5,938 orang pelajar.
Berkaitan peratusan kutipan semula bayaran bagi pinjaman pelajaran MARA, kutipan pada tahun 2023 adalah sebanyak 100 peratus berdasarkan sasaran yang telah ditetapkan. Untuk 2023, sasaran kita RM300 juta. Manakala bagi tahun 2024, setakat suku tahun ketiga, peratusan kutipan bagi pinjaman pelajaran telah pun mencapai 70 peratus daripada jumlah sasaran yang ditetapkan sebanyak RM400 juta. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jelebu.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Dato’ Seri Speaker, saya hendak– satu kebergantungan pelajar Bumiputera adalah kepada pinjaman MARA ya. Yang ini kita tidak boleh elak tetapi syarat nak dapatkan pinjaman ini Dato’ Seri Speaker, selain daripada beberapa syarat yang berkaitan dengan kewangan dan sebagainya, ibu bapa kepada peminjam ini harus berada dalam senarai yang bersih, tidak ada dalam senarai hitam MARA. Oleh kerana ada berapa faktor, ibu bapa tak bayar pinjaman dan anak mendapat tempias. Anak tidak dapat pinjaman MARA ini.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Saya hendak tanya dua soalan kerana saya tak akan tanya lagi soalan tambahan selepas ini. Soalan pertama, Dato’ Speaker. Dato’ Speaker senyum saya ucapkan terima kasih.
[Ketawa] Soalan pertama saya Dato’ Speaker, berapa jumlah peminjam MARA yang berada dalam blacklist, dengan izin, senarai hitam yang ada sekarang? Berapa jumlah kita sekarang ini? Apakah langkah kementerian untuk mengurangkan senarai hitam yang ada backlog ataupun yang terbengkalai inilah. Apakah langkah kementerian?
Tambahan satu lagi, last Speaker, ialah apakah langkah-langkah ataupun perancangan MARA untuk memperhalusi dan melonggarkan syarat yang berkaitan ibu bapa yang telah di senarai hitam? Maknanya ibu bapa okeylah, tak apalah.
Biarlah anak buka fail baru sekurang-kurangnya beri peluang untuk dia melanjutkan pelajaran. Menteri boleh jawab? Terima kasih.
Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
Terima kasih Yang Berhormat Jelebu ya. Untuk soalan pertama tadi bilangan jumlah pelajar atau peminjam yang disenaraihitamkan sebanyak 97,866 orang iaitu 49 peratus daripada jumlah keseluruhan 197,348 orang peminjam aktif.
Untuk makluman Yang Berhormat, MARA melaksanakan proses blacklist ini memandangkan orang kata sebagai satu langkah pengukuhan kepada pembayaran- pembayaran pinjaman MARA. Untuk makluman Yang Berhormat, blacklist ini dia ada dikenakan ke atas peminjam-peminjam yang tidak dapat membayar dalam tempoh tiga bulan. Untuk makluman Yang Berhormat juga sebenarnya blacklist ini cuma terangkum dalam pengurusan MARA saja, tidak melibatkan agensi-agensi ataupun ekosistem yang lain. Bagi pinjaman kepada anak-anak ataupun pelajar-pelajar yang ingin memohon bantuan ataupun pinjaman MARA sebenarnya agak mudah walaupun ibu bapa dia dalam senarai blacklist tetapi rundingan boleh dilaksanakan.
MARA mengambil pelbagai kaedah asal bayar saja. Maksudnya jumlah itu boleh dikurangkan, ansuran itu boleh dikurangkan dan untuk memastikan pinjaman pelajar itu diluluskan, loan ataupun pinjaman ibu bapa itu tidak semestinya bayar keseluruhan sebenarnya bayar tunggakan sahaja. Ini satu proses yang mudah dan memudahkan dan apa yang penting proses pembayaran pinjaman-pinjaman yang diberi oleh MARA ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Prosesnya mudah saja Yang Berhormat, rundingan demi rundingan telah dibuat dan sebenarnya sebelum blacklist ini kita banyak sistem yang telah kita wujudkan contohnya kita buat...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat boleh bagi jawapan bertulis.
Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
Okey. Setakat itulah rundingan yang kita boleh buat. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuala Krai.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Jawapan sudah lengkap Menteri.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Yang di-Pertua, soalan saya hanya dua, tidak pergi tiga sebagaimana Jelebu tadi dia kata dua tapi tiga.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Pertama, berapakah jumlah penerima biasiswa daripada MARA yang mana pelajar tidak perlu membayar dan bagaimanakah pemilihan ataupun kriteria yang dibuat untuk penerima biasiswa ini? Kedua ialah apakah terdapat hasrat kerajaan hari ini mahu menjadikan pendidikan percuma seperti mana yang diimpikan oleh semua rakyat?
Terima kasih Yang di-Pertua.
Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
Untuk jawapan soalan yang pertama berapa ramai pelajar yang tidak dikenakan sebarang bayaran. Untuk makluman Yang Berhormat, pinjaman MARA ini kena dibayarkan― maksudnya tidak ada seorang pun pelajar yang lari daripada ataupun dikecualikan dari bayaran. Maksudnya tidak ada konsep biasiswa dalam pinjaman MARA. Cuma dari sudut kadar pembayaran itu, Kadar pembayar itu yang dikurangkan berdasarkan keputusan CGPA yang mereka perolehi. Ada yang bayar cuma 50 percent, 30 percent paling minimum 10 peratus. Yang itu yang― tetapi hundred percent tidak bayar itu memang tidak ada, konsep kita adalah pinjaman.
Yang kedua dari sudut tatacara permohonan. Yang ini berdasarkan kelayakan yang telah ditetapkanlah. Saya akan bagi borang itu kepada Yang Berhormat untuk jawapan yang lebih ringkas. Ketiga, tadi tak ingat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak ada soalan ketiga.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Pendidikan percuma.
Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
Dan setakat ini dalam konsep MARA lah KKW kita belum lagi memikirkan ataupun memberi sistem pendidikan percuma.
Apa yang kita nak fokuskan sekarang adalah kita nak memberi peluang pendidikan kepada semua para pelajar di seluruh Malaysia. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang di-Pertua, minta Petua sikit. Sejak bila, peraturan mana yang mengatakan bahawa soalan tambahan boleh dua atau tiga? Sebab saya ini telah lama dalam Dewan. Saya buka- buka tidak pernah jumpa, dia satu saja.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kenapa Arau?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Arau 18(1). 18(1) dan 18(2)...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Arau saya rasa Arau sudah dapat jawapan daripada...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya bukan. Tapi saya nak bagi tahu Yang Berhormat saya hendak rujuk kepada 36(3). Di sini dia sebut 36(3) adalah keputusan yang telah dibuat tidak boleh dibuat semula. Tetapi yang saya soal 18(1), 18(2) ialah berhubungan jawapan Menteri. Jawapan Menteri dan Speaker telah cadangkan saya tanya soalan lisan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat, soalan lisan di mana yang saya boleh bertanya? Sebab soalan lisan telah ditetapkan nak masuk bawa Beting Patinggi Ali satu pun tidak boleh masuk.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Boleh masuk MQT.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, apa maksud soalan lisan ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Boleh masuk MQT next week.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bukan Yang Berhormat, saya dah buat macam-macam cara saya tidak dapat. Jadi, saya ingin sebab benda ini penting...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Itu keputusan Speaker, kalau tidak berpuas hati buat usul lagi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Menteri telah beri jawapan yang salah. Dunia sedang tanya sekarang, 18(1).
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jangan bazir masa, terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi apa yang harus saya buat Yang Berhormat?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Boleh rujuk kepada surat, buat pertanyaan lisan. Pertanyaan lisan yang boleh dianjurkan ialah MQT next week atau next-next week pun boleh.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey. Jadi Setiausaha Dewan tolong dengar arahan Speaker. Terima kasih ya. Assalamualaikum.
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2025 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”.
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lapan puluh lapan bilion ringgit
(RM88,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2025, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2025, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 16 Tahun 2024, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran- butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [23 Oktober
2024] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Senarai pembahas untuk hari ini YB Bangi, YB Kota Bharu, YB Selayang, YB Putrajaya, YB Bakri, YB Kuala Kangsar, YB Pasir Gudang, YB Jerai, YB Tanjong Piai, YB Padang Rengas, YB Puncak Borneo, YB Tangga Batu, YB Kota Belud, YB Kuala Langat, YB Tenggara, dan YB Sibu.
Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Yang Berhormat Timbalan Speaker, Peraturan Dewan 18(1).
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Yang Berhormat Pekan.
Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, Pejabat Tuan Yang di-Pertua telah menerima satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 daripada YB Pekan pada hari ini pukul 10.45 pagi. Oleh itu, usul tersebut tidak cukup 24 jam hari persidangan untuk diputuskan pada hari ini selaras dengan Peraturan Mesyuarat 18. Ianya masih dalam pertimbangan dan akan diputuskan kelak. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, apakah tajuk 18(1) yang dibawa?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Boleh tanya YB Pekan nanti.
[Ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bangun bagi jawab. Sebab dia tanya benda itu cukup penting.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak perlu tanya di sini Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, saya ingat dia kena bangun bagi tahu tajuk apa. Rakyat Malaysia tanya tajuk apa.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Puan Speaker.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI. Puan Speaker saya ingin memulakan perbahasan saya dengan berkongsikan pengalaman saya.
Baru-baru ini kami di Parlimen Bangi bersama dengan NGO kami telah mengadakan program pemberian cermin mata percuma kepada pelajar dalam Parlimen Bangi. Masa itu Puan Speaker ada seorang pelajar ini umurnya dalam lebih kurang 13 atau 14 tahun. Dan bila saya berikan cermin mata, saya sarungkan cermin mata itu, pakaikan cermin mata itu pada dia, saya nampak mata dia terbuka dan bersinar dan dia tersenyum. Rupanya Puan Speaker, anak ini umur dah 13 atau 14 tahun tak pernah memiliki cermin mata. Bayangkan dah berapa tahun bersekolah, belajar dah berapa tahun tetapi tak pernah miliki cermin mata.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Untuk kita Ahli-ahli Dewan ini dan ramai di luar sana, cermin mata ini something yang kita dengan izin take for granted. Malahan saya tidak pakai cermin mata tapi kalau saya nak beli spec hitam tiap-tiap minggu pun rasanya boleh. Tetapi untuk keluarga yang berhempas pulas mencari rezeki setiap hari Puan Speaker, cermin mata bukanlah priority malahan ianya satu kemewahan. Jadi, peristiwa ini menginsafkan saya Puan Speaker. Ia mengingatkan saya mengapa kita berada di sini, mengapa saya berada di sini bukan untuk pangkat, bukan untuk harta tetapi untuk membawa perubahan positif. Saya masuk politik untuk tolong orang dan, alhamdulillah, Allah SWT telah memberikan saya peluang untuk berbuat demikian dalam ruang yang ada ini.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Puan Speaker, saya hendak mulakan perbahasan saya dengan menyentuh satu perkara iaitu pembangunan insan masyarakat India. Saya sedar akan bantuan- bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan kepada masyarakat India. Ada bantuan secara am kepada semua...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Puan Speaker, kami tak dak peruntukan pun dok buat lama dah itu, yang dicerita oleh Bangi itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Pendang, jangan berdiri tanpa kebenaran.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tak apalah. Boleh beli dengan elaun Ahli Parlimen untuk bagi dekat ini. Banyak itu.
Saya sedar akan bantuan-bantuan yang ditawarkan secara am kepada semua. Ada juga yang secara khusus di bawah MITRA dan TEKUN Nasional.
Program-program ini semua baik dan wajar diteruskan, Puan Speaker, tetapi saya fikir kita perlu ada satu game changer untuk membantu masyarakat India.
Di sini saya ingin mencadangkan supaya diwujudkan satu dana pendidikan masyarakat India untuk memberi bantuan pendidikan kepada mahasiswa India di seluruh negara. Saya tahu di bawah MITRA ada subsidi bantuan pengajian ijazah sarjana muda. Siapa yang layak, saya difahamkan akan diberikan RM2,000. Tetapi, Puan Speaker, kalau kita tengok, RM2,000 ini sebenarnya tak banyak. Kalau kita hendak beli laptop yang baik pun tak cukup.
Jadi, saya ingin cadangkan bahawa di bawah dana yang saya cadangkan ini, mahasiswa India daripada keluarga berpendapatan rendah akan menerima RM20,000 one-off bagi membantu membiayai pendidikan mereka. Saya cadangkan dana permulaan sebanyak RM100 juta diperuntukkan supaya ia boleh dimanfaatkan oleh lebih kurang 5,000 anak Malaysia berbangsa India setiap tahun.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Mengapa saya cadangkan perkara ini adalah kerana ramai yang dapat masuk universiti, dapat masuk institusi pendidikan tinggi, tetapi disebabkan bahawa mereka datang daripada keluarga berpendapatan rendah, maka mereka memerlukan belanja yang tinggi. Ini lebih teruk, Puan Speaker, kalau mereka masuk ke institusi pengajian tinggi swasta yang mana sudah tentu kalau mereka datang daripada keluarga yang kurang berpendapatan, maka ini akan menyebabkan pendapatan itu mereka harus gunakan untuk membayar yuran pendidikan dan sebagainya.
Saya ingin tekankan di sini bahawa cadangan untuk membantu masyarakat India ini tidak bermakna kita abaikan kaum Melayu dan Bumiputera dan juga kaum- kaum lain seperti kaum Iban, Kadazan, Cina dan sebagainya. Cuma, kita harus akui, Puan Speaker, bahawa masyarakat India selalunya terpinggir dan mereka, dengan izin, disproportionately disadvantage dari pelbagai aspek termasuk pendidikan, pekerjaan dan sebagainya.
Seterusnya, Puan Speaker, saya ingin menyentuh tentang game development, dengan izin. Saya pernah nyatakan dalam Dewan ini bahawa saya seorang gamer. Saya main PS5, sebelum itu PS4. Saya ingin melihat dalam negara kita industri pembangunan permainan atau game development. Kita sudah melihat beberapa game yang telah dibangunkan di Malaysia seperti GigaBash, No Straight Roads dan juga banyak lagi. Sekarang ini, satu game lagi yang sedang dibangunkan oleh Todak Studios adalah game Mastra.
Saya difahamkan MDEC juga ada memberi dana kepada beberapa game developer tempatan untuk membangunkan game. Ini perkara yang baik. Namun, jika kita benar-benar mahu melihat game yang bertaraf dunia datang daripada Malaysia, sokongan kerajaan tidak harus terhad kepada memberi dana sahaja.
Kerajaan juga harus memberi sokongan untuk memasarkan game yang telah siap dibina.
Sebab, menyiapkan game bukan, dengan izin, end game-nya. Sebab, lepas kita siapkan, kita kena put to the market, dengan izin, kita kena pasarkan. Di sini kerajaan boleh memainkan peranan untuk menjadikan game yang dibangunkan dalam Malaysia ini sebagai satu, dengan izin, showcase untuk menunjukkan kemampuan pembangun permainan ataupun game developer tempatan.
Satu lagi perkara yang ingin saya cadangkan adalah adakan satu partnership atau perkongsian dengan pusat data. Sekarang ini kita dengar banyak pusat data yang ada dalam Malaysia ini yang telah dibina dan akan dibina. Jadi, apalah salahnya jika ada satu partnership di antara mana-mana data center dengan game developer yang dimudahcara oleh pihak kerajaan supaya mereka boleh mungkin
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
langgan kepada storan data awan ini dalam satu harga yang kurang daripada biasa untuk mereka gunakan dalam membangunkan game mereka.
Jangan kita lupa. Jangan kita lupa bahawa antara sebab Jepun meninggalkan cultural footprint, dengan izin, yang meluas di seluruh dunia adalah kerana antaranya disebabkan game-game yang dibangunkan di negara Jepun dan kemudian diimport ke seluruh dunia seperti contohnya game Mario, Street Fighter dan baru-baru ini, Yakuza: Like a Dragon.
Seterusnya, saya ingin menyentuh kepada kecerdasan buatan ataupun AI.
AI ini memang kita tahu banyak manfaat. Kita tidak boleh lari, kita tak boleh asingkan diri daripada AI. Tetapi, pada masa yang sama, kita harus pastikan bahawa penggunaan AI ini diimbangi dengan pertimbangan-pertimbangan lain seperti undang-undang sedia ada, pertimbangan moral dan juga impak terhadap tenaga kerja kita.
Sesiapa pun sekarang ini, Puan Speaker, boleh buat imej dengan adanya AI.
AI boleh jadi penyampai radio, AI boleh jadi penyampai berita. Dan apakah kesan AI ini kepada pereka grafik, kepada penyampai radio, kepada pembaca berita dan mungkin suatu hari nanti kepada peguam macam saya, Puan Speaker? Ini kita harus perhalusi dan kita juga harus buat ini dengan kadar segera sebab AI ini kita tengok perkembangannya begitu cepat, begitu pantas.
Satu lagi perkara, Puan Speaker. Saya berharap pihak kerajaan janganlah terlalu ghairah untuk menggunakan imej yang dijanakan oleh AI ini dalam grafik rasmi. Kerajaan wajar terus memberi peluang kepada artis dan pereka grafik. Masih ada nilai untuk kita angkat sentuhan manusia dalam mereka grafik.
Seterusnya adalah berkenaan dengan pengangkutan awam. Tahun ini, Social Democracy Malaysia ada menerbitkan kertas dasar mengenai pengangkutan awam di Lembah Klang. Dalam kertas tersebut, penggunaan pengangkutan awam di Lembah Klang hanyalah 20 peratus kalau hendak bandingkan dengan kota-kota seperti Singapura, London dan Tokyo yang dalam lingkungan 80 peratus.
Untuk menggalakkan lagi penggunaan pengangkutan awam ini, kerajaan perlu membelanjakan wang untuk menyediakan satu rangkaian pengangkutan awam yang lengkap. Menurut kertas dasar Social Democracy Malaysia itu, kita di Lembah Klang memerlukan lebih kurang 7,000 buah bas untuk melengkapkan rangkaian pengangkutan awam kita.
Saya sambut baik perolehan 250 buah bas elektrik seperti yang telah diumumkan dalam belanjawan. Namun, pada saya, kerajaan melalui Kementerian Kewangan harus komited untuk menambah jumlah bas yang ada dalam Lembah
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Klang. Jika tidak dalam belanjawan ini, kita boleh tengok dalam RMKe-13 nanti, sama ada kita akan ada satu komitmen untuk beli sehingga 7,000 buah bas untuk melengkapkan rangkaian ini.
Selain daripada itu, inisiatif tambang percuma kepada mahasiswa menggunakan aplikasi Bas.my ini sudah tentu satu perkara yang baik dan akan melegakan mereka yang menggunakan. Juga, saya ingin sentuh berkenaan dengan kemudahan van untuk anak-anak daripada stesen train terpilih dengan bayaran hanya 50 sen. Ini juga perkara yang baik. Saya berharap bahawa perkhidmatan ini suatu hari nanti akan dipanjangkan juga ke kawasan Parlimen saya.
Saya melihat bahawa kerajaan kini memang komited untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam melalui pelbagai langkah termasuklah memberi dana kepada PBT untuk menyediakan 36 lokasi laluan pejalan kaki baharu, contohnya. Saya minta, jika boleh, disenaraikan lokasi-lokasi 36 lokasi tersebut.
Saya juga telah menerima makluman bahawa suatu lebuh raya yang dirancangkan dalam kawasan saya iaitu Lebuh Raya Putrajaya-Bangi...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Bangi, Sik sikit.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Pandangan berkaitan pengangkutan awam kita. Dilihat dalam bajet ini, tidak ada penjelasan khususnya dasar pengangkutan awam yang kita perlu lihat juga di luar bandar. Di kawasan luar bandar, maksud saya di daerah Sik, di Baling dan sebagainya. Pengguna-pengguna kita di sana, mereka melihat bahawa dulunya ada pengangkutan Bas MARA yang sekarang ini kekerapannya pun sudah dikurangkan dan ada waktu-waktunya dia tidak dikhidmat oleh service-service kita inilah termasuk bawah MARA itu sendiri dan lain-lain agensilah. Mohon untuk Bangi juga menyentuh berkaitan dengan pengangkutan awam di luar bandar ini. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya, terima kasih Sik. Tolong masukkan dalam ucapan saya juga. Berkenaan dengan ini, saya tadi katakan bahawa kami mendapat makluman bahawa satu lebuh raya yang sepatutnya dibina dalam kawasan saya iaitu Lebuh Raya Putrajaya – Bangi telah ditunda, sementara pihak kerajaan melihat semula Pelan Pengangkutan Awam Lembah Klang yang akan dibentangkan dalam RMKe-13. Jadi, saya berharap juga mungkin pelan pengangkutan awam untuk di luar bandar, di luar Lembah Klang juga dimasukkan sekali.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Seterusnya, saya ingin pergi kepada pendidikan khas. Puan Speaker, bulan lepas saya telah membuat lawatan ke Persatuan Kanak-kanak Istimewa Kajang
(PKIK) yang terletak dalam Bandar Kajang. PKIK ini ada banyak program yang memberi didikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas seperti sokongan kepada pendidikan formal. Saya lihat sendiri, Puan Speaker. Komitmen para pengajar dan sukarelawan PKIK ini yang sudah berbakti untuk masyarakat di Kajang untuk sekian lama. Namun, mereka juga menghadapi pelbagai cabaran sebab mereka ada pusat, Puan Speaker. Tetapi - dan mereka ada kemudahan. Tetapi untuk mengembangkan khidmat mereka, mereka perlu dana yang lebih. Sebab sekarang ini memang ada kekangan.
Kita juga perlu lebih banyak kelas pendidikan khas di sekolah-sekolah, terutama sekali di tempat yang padat dan pesat membangun seperti Parlimen Bangi.
Kita juga perlukan lebih banyak pusat yang dapat memberi sokongan kepada pendidikan khas formal di sekolah seperti PKIK yang saya maklumkan tadi. Dalam Belanjawan 2025 yang telah diucapkan, diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, diumumkan RM10 juta untuk membantu sekolah autistik swasta yang berdaftar.
Saya cadangkan juga peruntukan khas diberikan kepada pusat seperti PKIK di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat supaya mereka dapat memberi sokongan kepada pendidikan formal kita. Anak-anak kita adalah anugerah Allah SWT, Puan Speaker. Anak-anak kita akan mewarisi komuniti kita, negeri kita, negara kita. Maka, kita harus memberi sokongan kepada segala usaha untuk mengembangkan potensi anak-anak kita.
Akhir sekali, berkenaan dengan isu-isu tempatan. Saya ingin sentuh beberapa isu tempatan. Pertama, saya sudah banyak kali cakap perkara ini.
Parlimen Bangi perlu lebih banyak sekolah. Tetapi pada masa yang sama, sekolah- sekolah yang sedia adapun perlu diberi dana tambahan untuk di baik pulih dan juga ditambah baik bagi menampung pertambahan penduduk. Kalau kita tidak boleh bina sekolah baharu Puan Speaker, sekurang-kurangnya kita naik taraf dan sokong sekolah sedia ada.
Kedua, saya berharap pihak Kementerian Kesihatan melihat semula klinik- klinik kesihatan dan klinik desa yang ada dalam Parlimen Bangi kerana banyak di antara klinik-klinik ini yang memerlukan dana tambahan juga untuk menambah baik dan menampung pertambahan penduduk. Sedikit lagi. Satu minit lagi, Puan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya. Ketiga, mengenai mitigasi banjir.
Saya sambut baik pengumuman mengenai Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat, RTB Fasa 2. Terdapat juga beberapa projek tebatan banjir, termasuklah di Bangi lama. Namun, saya berharap bahawa RM150 juta yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk JPS dan PBT yang akan disalurkan untuk pembersihan longkang dan pengorekan sungai juga disalurkan ke kawasan Parlimen saya. Akhir sekali Puan Speaker, saya berbalik kepada anekdot yang saya kongsi tadi tentang anak yang tidak pernah terima cermin mata sebelum ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan.
Masa sudah tamat.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Dalam dunia sempurna, anak itu tidak perlu menunggu Ahli Parlimen untuk bagi dia, pakaikan cermin mata. Tetapi negara ini bukanlah negara Ethiopia dan kita tidak hidup dalam dunia yang sempurna. Sebab itu kita yang dianugerahkan dengan sedikit kuasa dan diamanahkan dengan tanggungjawab ini, kita gunalah ruang dan peluang yang ada untuk buat yang terbaik bagi tanah air yang tercinta ini, Puan Speaker. Sekian, terima kasih. Bangi mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Saya jemput Yang Berhormat Kota Bharu.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Puan Speaker, sebelum kita teruskan. Saya ada Peraturan Mesyuarat 36(4). Adalah menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan, biadab atau membuat penyataan yang seksis dan juga 36(12), mengelirukan Dewan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat sudah hantar usul kan?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya, pada hari..
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat sudah hantar usul. Jadi...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Pada hari Isnin, Hulu Terengganu telah mengeluarkan kenyataan ‘bukan pundek’ di dalam Dewan ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ia telah direkodkan dalam Hansard.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Juga, pada hari yang sama– Ya, ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kampar, saya tahu Yang Berhormat Kampar sudah menghantar usul kepada Speaker.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya. Jadi, saya mahu tahu apa keputusan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Speaker sedang menunggu penjelasan daripada Yang Berhormat Alor Setar dan Hulu Terengganu.
Jadi, tunggu keputusannya.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Okey, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Tepuk]* Dan salam sejahtera, Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua. Sebelum saya memulakan perbahasan saya, mohon saya mengalu- alukan. Bagi pihak Yang Berhormat Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, mengalu- alukan kehadiran guru-guru dan pelajar-pelajar dari Sekolah Kebangsaan Selama, Kedah [Tepuk] seramai 50 orang iaitu daripada Parlimen Kota Bharu. Keduanya agak istimewa sedikit. Saya mohon mengalu-alukan kehadiran rakyat saya daripada pimpinan DUN Kota Lama dalam Parlimen Kota Bharu.
[Tepuk] Khususnya pemimpin wanita. Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya memulakan perbahasan saya pada tengah hari ini dengan mengucapkan terima kasih atas peluang diberikan untuk sama-sama saya membahaskan Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, Jumaat lepas. Bajet ketiga bagi Yang Berhormat Tambun yang bertajuk “Belanjawan 2025, Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Menyejahterakan Rakyat”. Memang begitulah Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Setiap Menteri Kewangan bila bentang bajet dia, dia akan bentang dan dia akan isytiharkan yang terbaik pada masanya kerana belum tentu Menteri Kewangan yang sama akan ada peluang ataupun boleh membentang bajet pada tahun hadapan. Itu lah dia mengisytiharkan.
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, kita melihat bahawa Bajet 2025 ini kelihatannya nampak sebagai satu pencapaian dan kedudukan positif ekonomi yang memberangsangkan kita berdasarkan petunjuk-petunjuk yang banyak telah dihuraikan oleh para pembahas kita sebelum ini. Antaranya, dikatakan pertumbuhan ekonomi suku kedua tahun ini sebanyak 5.9 peratus ketimbang 4.2 pada suku
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
sebelumnya. Kadar pengangguran dikatakan menurun kepada 3.2. Kadar inflasi tahun ini turun kepada 1.9 peratus. Saya sebenarnya tidak berhasrat untuk membahaskan perkara-perkara yang telah dibahaskan, terutamanya oleh rakan- rakan saya Yang Berhormat Larut dan juga Yang Berhormat Pagoh serta yang lain- lainnya sebelum ini.
Saya ingin memetik satu tajuk dalam perbahasan ini iaitu hasrat kerajaan, yang mana saya bersangka baik. Perikatan Nasional bersangka baik, kononnya komitmen kerajaan untuk mengurangkan jumlah hutang baharu sejak tiga tahun kebelakangan ini 2023 - RM93 bilion, 2024 - RM85 bilion. 2025 disasarkan RM80 bilion dan begitulah juga sasaran MOF mengurangkan nisbah hutang KDNK daripada 64 peratus kepada 60 peratus dalam masa lima tahun.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, mengikut rekod sehingga Jun 2024, hutang Kerajaan Persekutuan telah mencecah RM1.22 trilion dan mengikut Laporan Ketua Audit Negara, hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun 2023 adalah RM1.175 trilion. Seperti mana semasa menjadi pembangkang dahulu, dalam isu keberhutangan kerajaan ini, Kerajaan MADANI yang menjadi kerajaan pada hari ini nampaknya masih lagi menyalahkan kerajaan lepas sebagai beban hutang yang kononnya terpaksa diwarisi oleh mereka. Mereka perlu mengambil langkah-langkah yang tidak popular kononnya atau memeritkan bagi mengatasi kesan ini.
Saya percaya bahawa naratif ini tidak wajar. Malah, tidak adil melainkan hutang-hutang kerajaan lepas itu digunakan untuk tujuan-tujuan yang salah, yang tidak perlu ataupun tidak menyumbang kepada negara. Saya ingin memetik satu pandangan Pensyarah Kanan Ekonomi di Fakulti Ekonomi Universiti Malaya, Doktor Goh Lim Tai yang mengatakan pertambahan hutang Malaysia sepanjang beberapa tahun yang lepas adalah kesan langsung daripada wabak COVID-19 serta usaha kerajaan untuk menyokong ekonomi negara melalui intervensi fiskal yang amat diperlukan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Rekod menunjukkan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional telah memperuntukkan sebanyak RM322.5 bilion pada tahun 2020 untuk pakej rangsangan ekonomi seperti mana yang ditekankan oleh Pagoh semalam. RM100 bilion pada tahun 2021 dan RM100 bilion pada tahun 2020 juga.
Semuanya ini didorong oleh keperluan membiayai langkah perlindungan dan pemulihan wabak serta projek infrastruktur kritikal bagi menjamin kestabilan semasa krisis tersebut. Jadi, dalam rangka untuk memelihara keadaan negara pada masa itu, dengan kata lain, kerajaan yang lalu telah berjaya melindungi asas, struktur dan
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
potensi ekonomi negara walaupun berdepan dengan cabaran yang besar COVID- 19.
Kesannya, kerajaan yang ada sekarang ini dapat mewarisi satu pentadbiran yang membolehkan mereka lebih senang memacu pertumbuhan negara tanpa banyak masalah dan halangan. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mempersoalkan beberapa inisiatif yang kononnya diberikan oleh kerajaan dalam Belanjawan 2025 yang dilihatnya agak positif dalam usaha meningkatkan tahap kesejahteraan hidup rakyat secara langsung, membantu menjana perkembangan ekonomi.
Banyak disebutkan, antara contoh RM13 bilion Sumbangan Tunai Rahmah, bonus RM500 kepada penjawat awam, gaji minimum RM1,700, RM870 juta untuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT) melibatkan 860,000 murid. Saya ingin bertanya kepada kerajaan, dalam Manifesto PRU ke-15 tahun 2022 yang lalu, salah satu daripada yang hendak dibuat oleh kerajaan khususnya melalui Kementerian Pendidikan adalah makan sarapan percuma kepada semua pelajar-pelajar. Tetapi ini nampaknya tidak berlaku.
Kita baru dengar baru-baru ini, bapa Presiden Indonesia, Prabowo dan juga Gibran kerajaannya telah mengisytiharkan baharu sahaja angkat sumpah, makanan makan siang gratis, makan tengah hari percuma kepada seluruh pelajar-pelajar di Indonesia. Tetapi, kita di mana kedudukannya? Jadi, inilah kita harap di atas kertas, semua inisiatif ini kita alu-alukan dan kita sambut baik.
Namun, macam biasalah Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dasar-dasar dan juga niat baik yang dirancang dan diumumkan, timbul isu kecekapan pelaksanaan. Penyampaian kepada golongan sasar dan juga ketirisan yang sentiasa menjadi isu yang sangat-sangat kritikal. Ini bagi memastikan langkah ini benar-benar memberi manfaat dan kesan yang diharapkan kita harap kerajaan bukan sekadar melaungkan slogan atau janji-janji semata. Tapi perlu dilaksanakan.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya masuk kepada isu yang lain dalam perbahasan saya. Yang pertamanya, saya ingin menyentuh mengenai satu isu yang berlaku di jabatan kerajaan yang penting yang menjaga pintu masuk kerajaan iaitu Jabatan Imigresen yang mana baru-baru ini SPRM telah menangkap lebih daripada 60 orang yang mana 50 orang daripadanya adalah pegawai pelbagai pangkat di Jabatan Imigresen yang telah melakukan satu tindakan yang dipanggil counter setting ataupun melepaskan pendatang asing masuk melalui laluan-laluan tertentu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Beberapa orang yang telah ditangkap ini dirampas duit daripada mereka beratus-ratus ribu yang hanya diletak di bawah katil. Timbalan Menteri KDN, soalan saya yang pertama, apakah tindakan yang telah diambil ke atas pegawai-pegawai berkenaan? Jika dituduh, dituduh di bawah undang-undang mana? Kedua, berapakah jumlah kemasukan?
Ini soalan yang saya tanya kepada Menteri dulu. Belum dapat jawapan.
Berapakah jumlah kemasukan warga asing secara sah, secara sah ya mulai Januari 2023 sehingga September 2024? Yang penting, berapa orang yang didapati, dikesan overstay, tidak keluar apabila sampai tempoh mereka perlu meninggalkan negara ini? Berapa juta yang ada masih berada dalam negara ini?
Ketiganya, saya ingin bertanya adakah Kementerian Dalam Negeri khususnya bercadang untuk mewujudkan satu skim yang dinamakan pemberi maklumat (informer) di kalangan pegawai-pegawai, di dalam Jabatan Imigresen di kalangan orang awam sebagaimana yang dilaksanakan oleh Kastam di bawah Customs Act, ada protection of informer. Dia menerima maklumat daripada informer dan diberikan sagu hati dan informer ini dilindungi.
Saya harap dalam hal pendatang asing ini juga, kita harap kerajaan memikirkan perkara mengenai informer ini untuk membantu kerajaan. Polis ataupun imigresen tidak berada di kampung. Yang berada di kampung adalah rakyat. Mereka tahu siapa yang menyewa di sebelah rumah mereka. Pendatang asing yang tidak ada pas masuk dan sebagainya, boleh berniaga pula di dalam masyarakat di tempat- tempat tertentu. Hanya rakyat saja yang tahu perlu ada skim informant. Yang kedua, saya ingin menyentuh mengenai isu GISBH yang baru-baru ini telah timbul menjadi isu yang hangat dalam negara kita. Semalam 23 Oktober 2024, [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] 22 individu termasuk CEO GISBH didakwa di mahkamah mengikut seksyen 130V Kanun Keseksaan, dikatakan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, kumpulan GISBH ini.
Soalan yang saya nak tanyakan ialah apakah kesalahan yang dikatakan dilakukan oleh mereka? Tuduhannya, apa kumpulan jenayah terancang ini? Apa jenayah terancang mereka lakukan? Keduanya, sebagaimana —Jelutong tak ada di sini. Semalam dia menyentuh mengenai SOSMA. Dia tidak bersetuju dengan SOSMA. Saya nak tanya pendirian kerajaan sekarang ini. Suatu masa dulu...
Seorang Ahli
Jelutong ada...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Jelutong ada?
Seorang Ahli
Ada, ada.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ada, okey. Saya ucap tahniah, tak setuju dengan SOSMA. Tapi, apa tindakan Jelutong untuk menentang SOSMA yang dianggap undang-undang yang zalim (draconian law). Bagi kami Perikatan Nasional, secara rasional ya, kami menerima SOSMA. Tapi, yang kami tak terima, penyalahgunaan SOSMA termasuklah terhadap GISBH.
[Tepuk] Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sahabat, sahabat saya, saya bersetuju dengan pandangan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya akan menentang sebagai backbenchers. Kalau boleh pada masa sekarang, saya akan menawarkan...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya, tentang, tentang.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menawarkan perkhidmatan saya untuk membela mereka.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Kita harap Jelutong tegah. Hanya Jelutong seorang sahaja yang berani di sini. Tiger Jelutong. Ya, tahniah.
[Tepuk]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kalau diperlukan, saya sedia memberikan perkhidmatan percuma...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Begitu juga akta, Akta Hasutan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Untuk membela mereka.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Begitu juga Akta Hasutan ya apa ini, Jelutong. Dulu dalam manifesto kata draconian law. Tapi, sekarang ini digunakan termasuklah terhadap Pagoh dan juga beberapa orang pemimpin pembangkang. Di peringkat kerajaan, walaupun membuat pelbagai hasutan, tak ada setakat ini dihadapkan ke mahkamah.
Saya juga ingin menyentuh Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, malangnya Menteri, kementerian yang saya nak sentuh ini tak ada di sini. Saya ucap tahniah kepada Papar, seorang wakil Menteri dan juga Lenggong, Timbalan Menteri saja ada.
Oh, ada ini Hang Tuah Jaya ada. Yang lain itu kosong, wahai rakyat Malaysia sekalian. Arau ya.
[Ketawa] Kosong.
Tahniah Papar mewakili semua Kabinet yang ada dan juga Lenggong dan Hang Tuah Jaya. Kenapa berlaku begini Yang Berhormat?
[Ketawa] Wo bu zhi dao, wo bu zhi dao. Jelutong ya. Sila ambil tindakanlah. Apa ini? Frontbenches dan juga
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
backbenchers tak ada orang. Lebih ramai pembangkang lagi. Mahu undi kah?
[Ketawa] Belah bahagian.
[Ketawa] Okey, saya nak menyentuh mengenai, saya nak menyentuh mengenai satu skim pendidikan yang dinamakan Certificate in Legal Practice (CLP) yang mana CLP ini adalah satu pengajian yang dikenakan kepada graduan dari luar negara. Daripada UK, Australia dan sebagainya yang mereka dapat degree undang-undang daripada luar negara. Balik ke Malaysia untuk membolehkan mereka praktis menjadi seorang peguam. Mereka perlu melalui satu kursus yang dinamakan Certificate in Legal Practice (CLP).
Saya nak bertanya kerajaan, CLP ini telah dilancarkan 40 tahun yang lalu iaitu tahun 1984 yang dikendalikan oleh satu Lembaga yang dipanggil Legal Profession Qualifying Board (LPQB). Saya nak tanya apakah kerajaan sekarang ini berpuas hati dengan pengendalian CLP oleh LPQB ini memandangkan yang paling besar yang dihadapi oleh rakyat dan juga pelajar-pelajar ialah kadar kelulusan (passing grade) yang cukup rendah. Sekadar sekitar 10 sehingga 20 peratus sahaja dikatakan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Jadi, apakah tindakan kerajaan terhadap LPQB ini? Adakah berpuas hati?
Kalau tak puas hati, apakah tindakan yang ingin diambil oleh kerajaan terhadap perkara ini?
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, satu lagi isu yang saya nak sebutkan ialah satu perkataan yang baru bagi setengah-setengah pihak, rakyat Malaysia iaitu yang dipanggil addendum. Bukan ‘papadom’ ya Jelutong. Addendum, lebih kurang ya. Addendum ini dari segi legal-nya disebut sebagai dengan izin, “An addition to a completed written document. Most commonly, this is a proposed change or explanation”, dalam apa-apa ini. Dengan kata lain, satu penambahan kepada satu- satu dokumen yang telah complete, yang telah siap sama ada sebagai satu pindaan atau change ataupun explanation, penjelasan.
Di dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 42, satu peruntukan yang bertajuk, Kuasa Pengampunan yang mana dalam fasal 1 Perkara 42 berbunyi, “Yang di-Pertuan Agong berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh mahkamah tentera dan segala kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan Raja atau Tuan Yang di-Pertua Negeri bagi sesuatu negeri berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan juga lega hukum berkenaan dengan kesalahan yang dilakukan di dalam negerinya”.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Kita semua sedia maklum bahawa proses pengampunan bagi mereka yang menjadi banduan ataupun mereka yang menjalani hukuman penjara adalah bukan perkara baru dalam negara kita termasuklah pada tahun 2018, Yang di-Pertuan Agong ke-15 telah memberikan pengampunan kepada seseorang yang sedang menjalani hukuman penjara pada masa itu tetapi beliau dilepaskan sebaik sahaja menerima pengampunan.
Biasanya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dalam Perlembagaan pun ada, Perkara 48, kehilangan kelayakan menjadi Ahli Parlimen. Seseorang banduan ataupun mereka yang menjalani hukuman penjara, apabila mereka keluar daripada penjara sama ada selepas menyelesaikan hukuman yang dikenakan ataupun diampun, Perkara 48 menyatakan bahawa mereka tidak boleh bertanding selama lima tahun di mana-mana kerusi sama ada Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri.
Tetapi, mereka yang— seseorang yang telah dilepaskan, diampun pada tahun 2018, apabila keluar sahaja daripada penjara, telah boleh bertanding dalam pilihan raya kecil pula. Jadi, boleh jadi ada addendum di sini walaupun dia sepatutnya tidak boleh bertanding. Saya merujuk kepada artikel Tun Hamid Mohamad yang mengatakan, “Di dalam Perlembagaan Persekutuan, yang ada peruntukannya adalah dipanggil pengampunan bebas”. Ampun, bebas.
Tetapi, dalam kes yang berlaku dalam tahun 2018 ini, dikatakan ada satu perkara yang disebut pengampunan penuh. Pengampunan penuh tidak ada dalam Perlembagaan, yang ada pengampunan bebas. Bila pengampunan bebas, dia tak boleh bertanding lima tahun. Tetap, boleh jadi kerana ada pengampunan penuh, maka individu berkenaan boleh bertanding serta-merta dengan satu orang Ahli Parlimen letak jawatan dan beliau bertanding, menang, duduk di dalam Dewan ini.
Jadi, boleh jadi pada tahun 2018 pun satu addendum.
Yang saya nak bangkitkan, satu proses pengampunan yang dilakukan baru- baru ini oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 iaitu Yang di-Pertuan Agong yang lalu yang telah mendengar satu rayuan pengampunan oleh seorang tokoh negara yang menjalani hukuman. Beliau telah diberikan pengurangan tempoh penjara dan juga tempoh dendanya telah diberikan sama ada ianya pengampunan ataupun lega hukum. Maknanya, dia dilegakan hukuman, tidak perlu bayar denda dan sebagainya.
Tetapi, dalam kes ini timbul apabila orang nombor dua dalam negara kita telah membuat satu afidavit untuk menyokong permohonan pemimpin tersebut yang kebetulannya daripada parti beliau. Membuat satu afidavit mengatakan bahawa beliau melihat dan ditunjukkan oleh seorang pemimpin parti beliau juga yang
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
kebetulan juga seorang menteri bahawa pada masa proses pengampunan itu, Yang di-Pertuan Agong itu telah memasukkan satu addendum iaitu orang ini atau banduan ini...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan Timbalan Speaker. Peraturan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
...Diberikan tahanan rumah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tahanan dalam rumah.
Jadi, saya ingin mengatakan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker, 36(8)
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Sekejap, sekejap.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
36(8).
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Saya ingin...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
No, peraturan Dewan.
Kota Bharu, point of order. “Seseorang Ahli Dewan apabila membahaskan rang undang-undang..” tidak boleh membangkitkan peruntukan 36(8), “Kelakuan atau sifat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong”.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Saya tak persoalkan Seri Paduka. Saya persoalkan orang lain yang buat afidavit.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
No, no. Kota Bharu tadi merujuk kepada...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
No, no. You are wrong, you are wrong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
No, no. Kota Bharu, saya bantah.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak pernah mempersoalkan Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker, merujuk kepada tindakan Yang di-Pertuan Agong.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Saya mempersoalkan orang yang membuat afidavit, yang ada dalam Dewan ini...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Kota Bharu merujuk kepada perkara yang dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
...Dan juga seorang yang berada dalam Dewan Undangan Negeri, yang membuat dua afidavit...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kota Bharu, you’re a lawyer.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
...Menyatakan bahawa— tak betul.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kota Bharu, you are a lawyer.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
...Yang menyatakan bahawa seorang pemimpin yang ada dalam Dewan ini juga.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kota Bharu...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
...Seorang Menteri...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kota Bharu!
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
...Menunjukkan kepada beliau bahawa satu addendum...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kota Bharu jangan berani mempersoalkan kelakuan Yang di-Pertuan Agong!
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
...Yang menyatakan tahanan dalam rumah perlu diberikan kepada banduan yang meminta pengampunan ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Saya ingin tahu bahawa adakah perkara ini wujud? Tak mungkin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga para Menteri yang ada di dalam Dewan ini tidak mengetahui wujud atau tidak addendum ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Rakyat Malaysia mahu tahu ada atau tidak addendum ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kota Bharu berulang kali merujuk kepada kelakuan Yang di-Pertuan Agong.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang penting lagi ialah saya nak...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tolong tarik balik.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
...Memetik satu petikan di dalam teks ucapan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kota Bharu...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Saya akan landing.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Satu petikan dalam ucapan— sepatutnya ucapan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kota Bharu merujuk kepada kelakuan Yang di-Pertuan Agong.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
...Yang Berhormat Menteri Kewangan. Pada Butiran 255 yang berbunyi...
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Duduklah.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
...“Kerajaan akan menggubal akta baru...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
“...Bagi membolehkan hukuman tahanan di rumah...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kota Bharu, Yang Berhormat seorang peguam.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
“...Sebagai alternatif untuk kesalahan tertentu.”
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jangan merujuk kepada sifat, kelakuan Yang di-Pertuan Agong!
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
“...Pesalah dikehendaki berada di tempat tahanan yang dianggap bersesuaian seperti rumah kediaman...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Nasihatkan Yang Berhormat di sebelah sana.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
“...rumah jagaan atau asrama pekerja sepanjang tempoh penahanan dengan syarat-syarat ditetapkan dan dipantau oleh pegawai penjara”.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jangan berani pertikaikan kelakuan Yang di-Pertuan Agong.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Saya telah dibenarkan oleh Timbalan Speaker yang mempengerusikan...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kota Bharu, saya tidak benarkan untuk menyebut mana-mana kelakuan atau keputusan Agong.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Saya tak sebut. Tetapi, faktanya perlu sebut. Itu berlaku pada masa itu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Itu tarik balik.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Itu sebut fakta yang diberi.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Itu..
[Tidak jelas]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Itu merujuk kepada...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Bukan perbuatan dia.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Itu merujuk kepada kuasa Yang di-Pertuan Agong.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Tidak jelas] Fakta afidavit yang dikeluarkan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Jadi— takkan saya nak sebut siapa?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ini lawyer tak faham ini.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Hei, pengampunan saya nak sebut siapa? Nak sebut Jelutong kah?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Apa tak faham? Kamu yang tak faham!
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Pengampunan nak sebut Jelutong kah?
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya. *You are a lawyer.
[Tidak jelas] school of law.*
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Eh...
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Jelutong, balik belajar lagi Jelutong. Belajar tak habis.
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Boleh report lah. Boleh report, boleh *report. And then...
[Pembesar suara dimatikan]*
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tidak membenarkan Yang Berhormat Kota Bharu untuk sebut keputusan atau kelakuan Agong. Jadi, tak apa. Saya rasa masa pun sudah tamat.
Masa pun sudah tamat. Apa-apa yang disebut tadi pun Menteri akan jawab selepas ini. Jadi, saya tamatkan...
[Dicelah] Ya, sila duduk Yang Berhormat Kota Bharu. Saya jemput Yang Berhormat Selayang.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
[Bangun]
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat, maknanya point of order yang dibangkitkan itu tak berkenaan dan tiada pelanggaran?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Berkenaan.
Berkenaan, Beluran.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya sudah kata saya tidak membenarkan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya. Dia ingat Parlimen ini dia punya seorangkah boleh gaduh-gaduh macam itu?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ada undang- undanglah. Ikut Parlimen. Ikut undang-undang.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya lah, itu ikut undang- undanglah. You are illegal...
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Tuan Yang di-Pertua, saya...
[Ketawa]
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Illegal lah. What you said is illegal.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini bukan benda melawak. Ini Parlimen.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
It’s not according to law.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Jelutong, Jelutong, sekejap, sekejap.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Menjerit-jerit. Bagilah peluang Kota Bharu bercakap.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Saya nak tanya keputusan Speaker untuk tidak membenarkan penggunaan Yang di-Pertuan Agong. Saya bersetuju tetapi saya juga nak tanya, ini satu addendum. Addendum apa ini? Jadi, nak sebut supaya penjelasan semua tahu sehingga Jelutong boleh bangkit. Kalau kita tak sebut ini adalah addendum, Jelutong tak bangkit. Addendum apa? Sebab dia sendiri pun tanya addendum apa.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bukan. Telah disebut.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Sebab itu Kota Bharu bangkitkan ini adalah addendum yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, addendum yang dikatakan dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Itu bukan menuduh Agong. Cuma itu yang dikatakan. Apakah ini salah?
Saya rasa ini adalah untuk memberikan penjelasan kepada semua termasuk Jelutong supaya Jelutong ini boleh bangun. Kalau tidak dia tak bangun.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Larut.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Sebab itu menunjukkan bahawa addendum itu jelas.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tak payah tambah. Kita dah dengar Larut.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Saya ingat...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kita sudah dengar Larut!
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Saya ingat sesuatu yang memberi penjelasan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kita sudah dengar Larut!
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
...Harus diberikan. Terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tak perlu pusing.
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya rasa apa yang nak dibahas oleh Yang Berhormat Kota Bharu telah disebut tadi. Jadi, saya rasa tak perlu kita teruskan lagi. Jadi, saya harap apa-apa yang disebut tadi, kalau nak minta penjelasan, minta Menteri yang jawab nanti. Jadi, saya jemput Yang Berhormat Selayang untuk bahas.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih Yang di-Pertua Speaker memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2025.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bagilah Kota Bharu ucap terima kasih. Kota Bharu nak sokong PMX.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Tetapi memandangkan masa— boleh saya sambung atau bersambung lepas pukul 2.30?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat boleh sambung selepas ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menangguhkan Dewan Mesyuarat sekarang dan akan sambung semula jam 2.30 petang nanti.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Selayang.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih Tuan Speaker kerana memberikan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2025. Perkara pertama ialah pembangunan bersama. Bagi memulakan ucapan saya, saya ingin menekankan kepentingan kita sebagai negara untuk berkembang dan makmur bersama-sama dari segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan tanpa mengira kelas dan darjat.
Menelusuri keadaan masa kini, jurang kekayaan di Malaysia semakin melebar saban tahun sementelah mereka yang tergolong di dalam kelompok top satu peratus dan top 10 peratus kini menguasai sebahagian besar kekayaan Malaysia sediakan. Prinsip neoliberal yang mendukung usaha memisahkan campur tangan kerajaan di dalam industri dan ekonomi sekali gus mempercayai bahawa golongan maha kaya wajar dilindungi dan didukung bagi merealisasikan fungsi mereka
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
sebagai lokomotif bagi ekonomi sesebuah negara telah lama dibuktikan sebagai tidak berkesan.
Sesebuah negara hanya mampu bergerak maju ke hadapan jika kesemua warganya mempunyai aset serta pendapatan yang cukup bagi menjalankan kehidupan yang bermaruah. Selagi mana kemiskinan, ketidakadilan dan jurang ketidaksamaan masih wujud di bumi Malaysia, selagi itu kita semua tidak boleh menerima keadaan tanpa melakukan reformasi untuk membetulkannya.
Mengambil kira keadaan ini, saya ingin memberikan setinggi penghargaan kepada Kerajaan MADANI pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun atas belanjawan yang begitu komprehensif dan saksama, memberi tumpuan dan iltizam penuh bagi membasmikan kemiskinan dari segenap aspek di samping memastikan sebuah ekonomi yang mampan dan bermaruah tersedia kepada warga kebanyakan B40 dan M40. Pada masa yang sama menjemput golongan pendapatan tinggi dan syarikat- syarikat besar untuk berganding bahu bersama kerajaan dalam membangunkan negara ini.
Ini dizahirkan secara jelas melalui pelbagai inisiatif yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun seperti kenaikan nilai bantuan bagi menangani kos sara hidup yang tinggi di samping menyediakan jaringan keselamatan sosial kepada golongan rentan melalui SARA dan STR serta pelbagai program lain.
Bantuan dan geran yang disediakan kepada golong peniaga kecil dan sederhana bagi usaha memperkasakan keadaan ekonomi serta pengenalan cukai yang lebih progresif dan saksama.
Tuan Yang di-Pertua, kayu ukur bagi menguji kemajuan sesebuah negara bukanlah dengan kemampuan sesebuah negara untuk menambah kekayaan kepada mereka yang sudah mempunyai. Akan tetapi dengan kemampuan sesebuah negara untuk menyediakan kekayaan yang cukup kepada mereka yang tidak mempunyai.
Dengan izin, the test of our progress in this country is not whether we add more to the abundance of those who have much but it is whether we provide enough for those who have too little. Justeru di atas dasar ini saya ingin merakamkan penghargaan kepada usaha kerajaan bahawa setiap warganegara ini mempunyai akses yang cukup untuk menikmati sebahagian pengagihan ekonomi yang adil dan equitable.
Akan tetapi saya ingin membangkit beberapa persoalan terutamanya berhubung dengan pelaksanaan inisiatif-inisiatif yang telah diumumkan pada Jumaat yang lalu. Antara perkaranya ialah tentang soalan meritokrasi. Ahli falsafah seperti John Rawls telah berkata dengan izin justice is about fairness dan Michael J. Sandel
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
dalam buku beliau Tyranny of Merit telah menarik perhatian kepada aspek-aspek buruk dan ketidakadilan meritokrasi.
Ada yang berpendapat bahawa kita tidak boleh ada meritokrasi sehingga kita mencapai masyarakat yang ada peluang kesamarataan dengan penuh. Dengan izin, full substantive equality of opportunity. Tetapi kita harus mengambil kira bahawa substantive equality of opportunity bukan sama dengan equality of outcome. Ini adalah sebab memberikan ganjaran kepada yang rajin sama dengan yang malas.
Memberikan ganjaran kepada yang kompeten sama taraf dengan mereka yang tidak kompeten. Dengan izin, *when the undeserving thrive, while the deserving struggle.
This is also an injustice*.
Kita perlu mengambil kira bahawa definisi meritokrasi yang digunakan oleh Michael J. Sandel adalah meritokrasi cara formal equality of opportunity. Bukan substantively equality of opportunity. Tetapi juga ada satu definisi yang telah diberikan oleh...
[Tidak jelas] iaitu meritokrasi adalah apa masyarakat memberi sebagai ganjaran untuk sesuatu aktiviti. Biasanya ialah pencapaian itu adalah yang baik untuk masyarakat. Tetapi kalau masyarakat atau kerajaan memberikan ganjaran kepada mereka that is not deserving, yang malas, tidak kompeten, yang korup. Ini menunjukkan bahawa ini adalah meritokrasi di mana kita telah gagal di dalam nilai kita sebagai satu masyarakat untuk menggelakkan nilai yang buruk. Ini adalah menjadi satu masyarakat yang gagal.
Perkara yang kedua yang saya hendak sentuh ialah tentang pengumuman yang diberikan oleh Perdana Menteri bahawa RM100 juta disediakan untuk meningkat lagi gerai-gerai prasarana awam di semua PBT.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Ini boleh digunakan sebagai satu contoh bahawa pengagihan ini, peruntukan ini diberi dengan sama rata kepada semua PBT, tidak adil. Ini harus diberikan kepada PBT yang tidak cukup dana untuk membina gerai-gerai dan prasarana dan bukan kepada PBT yang sudah cukup kekayaan. So, saya meminta penjelasan bahawa kerajaan memberikan dengan alasan yang lebih terperinci bagaimana peruntukan RM100 juta ini akan diagihkan.
Perkara yang lain ialah tentang pertumbuhan ekonomi. Tuan Yan di-Pertua, usaha dalam membasmi kemiskinan, tidak sepatutnya hanya terhad kepada pemberian bantuan dan subsidi serta usaha membina jaringan keselamatan sosial sahaja. Economic growth is not only important but necessary for poverty eradication.
Suatu usaha bagi memacu ekonomi negara amat diperlukan bagi meningkatkan
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
kemakmuran, sekali gus membolehkan setiap warga menikmati pengagihan adil dan equitable.
Saya mengucapkan tahniah kepada usaha-usaha seperti pengenalan pelbagai inisiatif-inisiatif yang berperangsangan seperti pelan induk perindustrian baru, pelan hala tuju peralihan tenaga, perkenalan Akta Kewangan dan Tanggungjawab Fiskal dan iltizam-iltizam yang telah dilaksanakan, ditunjukkan berkesan apabila ekonomi negara dijangka berkembang dengan pesat antara 4.5 peratus KDNK 2024 dijangka akan lebih kukuh dan meningkat di antara 4.8 peratus dan 5.3 peratus. Fiskal defisit berkurangan sehingga 4.7 peratus, kadar pengangguran menurun kepada 3.2 peratus, ringgit kian mengkukuh.
Akan tetapi perlu ditekankan di sini bahawa usaha murni kerajaan dalam memastikan bahawa mereka yang benar-benar dan memerlukan sahaja dapat menikmati bantuan yang disediakan. Jadi, perlu disertakan sekali dengan pelaksanaan dan sistem perkenalan kumpulan sasaran yang kemas dan teratur.
Subsidi memainkan peranan yang sangat penting dalam menyediakan jaringan keselamatan sosial kepada kumpulan-kumpulan rentan, menghapuskan subsidi secara drastik dapat menimbulkan risiko tidak diingini kepada golongan rentan, terutamanya kepada mereka yang tidak mempunyai akses kepada media, serta kenderaan, justeru merumitkan proses mereka untuk mengemukakan permohonan.
Saya mengambil kesempatan ini untuk meminta kerajaan untuk menyediakan pelbagai saluran rayuan bagi membolehkan mereka yang terlepas atau ditolak daripada penyesaran semula subsidi ini mempunyai akses yang cukup bagi melindungi golongan rentan.
Saya juga meminta kerajaan untuk memberikan tumpuan kepada keadaan Sekolah Bandar Tasik Puteri yang mempunyai lebih daripada 2,500 pelajar, 46 bilik yang menggunakan kabin yang lama dan uzur. Dan saya meminta sekolah dibina di Bandar Tasik Puteri antara 44 yang telah disenaraikan di dalam belanjawan ini.
Lagi satu perkara ialah tentang ekonomi kitaran. Saya mengambil baik inisiatif-inisiatif yang diambil oleh kerajaan dalam usaha mengajak Malaysia ke arah negara rendah karbon di samping memfasilitasi peralihan ekonomi kitaran yang sudah tentu dibimbing Dasar Perubahan Iklim Negara 2.0 yang telah diluncurkan pada tahun yang lepas. Ekonomi kitaran sebagai sebuah strategi bagi mencapai neutrality carbon amat menitikberatkan konsep 9R.
Dan mengikuti hierarki di bawah ekonomi kitaran, proses insinerator atau pembuangan ini terletak di peringkat ke bawah setelah kesemua proses 9R telah
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
dijalankan. Dan ianya hanya patut dilaksanakan bagi langkah terakhir ialah pelupusan sisa pepejal.
Dengan ini saya bertanya satu, apakah langkah-langkah dan strategi kerajaan bagi mempercepatkan peralihan ekonomi linear kepada ekonomi kitaran.
Khususnya berkaitan pengurusan sisa pepejal sejajar dengan hasrat dan sasaran kerajaan untuk mencapai pelepasan gas rumah hijau sifar bersih menjelang 2050 dan mengurangkan intensiti pelepasan gas GHG merentasi ekonomi sebanyak 45 peratus berdasarkan KDNK pada 2030.
Apakah pendirian kerajaan terhadap penggunaan insinerator bagi pengurusan sisa pepejal terutamanya melalui Majlis Ekonomi Kitaran yang telah ditubuhkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Apakah langkah dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memastikan pembinaan insinerator sama ada daripada peringkat Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri tidak mengganggu menggugat hasrat dan iltizam kerajaan dalam usaha mencapai GHG sifar bersih menjelang 2050.
Dan akhirnya saya juga meminta kerajaan mengkaji semula kegunaan SOSMA kepada GISBH kerana sampai hari ini kita tidak dapat apa maklumat yang boleh menjadikan satu justifikasi untuk menggunakan SOSMA yang dikatakan ada melakukan jenayah terancam, mengambil kira pendekatan bahawa kita di sini telah pernah menolakkan sunset clause tentang SOSMA dan kita perlu tidak keluar daripada pendekatan itu. Inilah ucapan saya, saya menyokong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang berhormat Selayang. Saya jemput Yang berhormat Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di- Pertua, saya ingin mengalu-alukan kehadiran rombongan guru-guru dan pelajar dari SKKPS Tebang Daro dari Parlimen Igan. Selamat datang kepada guru-guru dan murid-murid sekalian.
Tuan Yang di-Pertua, secara umumnya belanjawan adalah perancangan kewangan kerajaan yang dibentang untuk menjelaskan kepada rakyat, antara lain anggaran pendapatan dan perbelanjaan untuk sesuatu tahun serta defisit atau lebihan fiskal untuk tahun tersebut. Tentunya anggaran tersebut dibuat berdasarkan kiraan, berpandukan langkah-langkah belanjawan yang telah ditetapkan. Ini
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
termasuklah langkah cukai dan langkah berkaitan dengan perbelanjaan, khususnya subsidi.
Saya sentuh langkah cukai terlebih dahulu. Salah satu langkah cukai iaitu peningkatan dan perluasan skop SST dalam Belanjawan 2024 dibentangkan tahun lepas. Ya, itu langkah cukai contohnya. Di dalam Belanjawan 2024 tahun lalu, kerajaan menyatakan bahawa kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar cukai perkhidmatan kepada lapan peratus ketimbang enam peratus sekarang. Namun, agar tidak membebankan rakyat, peningkatan ini tidak termasuk perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi.
Kerajaan juga akan meluaskan skop perkhidmatan bercukai meliputi perkhidmatan logistik, pembrokeran, penaja jaminan dan kelab karaoke. Di situ kita lihat adalah sedikit gambaran yang diberikan oleh kerajaan tentang peratusan kenaikan SST dan perluasan skopnya. Berdasarkan langkah cukai tersebut, kerajaan akan anggarkan berapakah hasil tambahan kutipan cukai. Namun begitu, kerajaan tidak masukkan jumlah hasil daripada langkah cukai tersebut di dalam penyata jumlah hasil selepas langkah Belanjawan 2024.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Hanya selepas kami, hanya selepas ditanya dan ditekan oleh kami di pihak pembangkang, barulah dimaklumkan bahawa terdapat ralat atau kesilapan di dalam penyata tersebut. Ralatnya bukan kecil, lebih RM4 bilion.
Sekarang kita lihat pula Belanjawan 2025. Dinyatakan dalam ucapan belanjawan bahawa cukai jualan tidak akan dikenakan ke atas barangan makanan asas yang digunakan oleh rakyat. Cukai jualan akan dikenakan ke atas barangan bukan keperluan asas seperti barang premium yang diimport, seperti ikan salmon dan avokado. Kenyataan ini adalah terlalu umum dan mengelirukan.
Pertama sekali, bukankah sememangnya ketika ini cukai jualan tidak dikenakan ke atas barangan makanan asas. Kalau kerajaan hendak membantu rakyat, betul-betul hendak membantu rakyat, sepatutnya kerajaan umumkan perluasan skop barang keperluan asas yang tidak akan dikenakan cukai jualan.
Sekadar kata cukai jualan tidak akan dikenakan pada barangan keperluan asas, itu yang berlaku pada hari ini. Barang keperluan asas mana yang dimaksudkan?
Mengapa tidak diperluaskan? Jadi, sebab itu saya kata amat mengelirukan, tidak jelas dan amat-amat kabur.
Kedua, bukankah sememangnya cukai jualan telah dikenakan ke atas barangan keperluan bukan asas. Jadi, apakah ini bermakna kerajaan akan perluaskan skop barangan keperluan bukan asas yang akan dikenakan cukai jualan?
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Jika ini berlaku, saya khuatir banyak barangan utama yang digunakan oleh rakyat akan ditakrifkan sebagai barangan bukan keperluan asas dan dikenakan cukai jualan. Selain itu, kalau tahun lepas pada muka surat terakhir, ini tahun lepas, buku belanjawan tahun lepas pada muka surat terakhir buku belanjawan ini ada satu penyata iaitu penyata jumlah hasil selepas langkah Belanjawan 2024.
Saya dapat buku belanjawan tahun 2025 perkara pertama saya tengok, saya tengok muka surat belakang. Hendak tengok apakah penyata hasil tentang Belanjawan 2025. Tidak ada dalam hard copy buku Belanjawan 2025. Selepas semak dalam versi atas talian, barulah nampak ada penyata tersebut. Jadi, apakah ini bermakna kerajaan menunggu sehingga saat-saat akhir belanjawan hendak dibentangkan, kerajaan masih ragu-ragu dan tidak pasti apa yang hendak dilaksanakan? Jadi, tak nak menjadi ralat macam tahun lepas, keluarkan dalam buku cetak, letakkan dalam electronic copy buku tersebut.
Jika kita lihat dalam penyata tersebut, langkah memperluaskan skop cukai jualan tempatan akan membawa hasil sebanyak RM924 juta kepada kerajaan.
Perluasan skop cukai jualan import pula akan memberikan hasil sebanyak RM1.298 bilion ringgit. Nombor ini boleh keluar, kerajaan boleh buat anggaran nombor ini sekiranya kerajaan tahu apakah perluasan skop yang hendak dilaksanakan. Kalau tidak, macam mana kerajaan boleh dapat nombor ini? Jadi, kenapa tak dijelaskan perluasan skop yang hendak dilaksanakan?
Saya tahu mustahil hendak disebut satu persatu dalam ucapan belanjawan, terlalu panjang. Kenapa tidak dibentangkan kepada kami untuk dibahaskan, apa sebenarnya barang mana yang hendak dikenakan cukai? Jadi, saya mohon kerajaan perjelaskan kepada rakyat supaya dalam konteks ini kita dapat tahu, Ahli- ahli Parlimen dapat tahu, rakyat dapat bahaskan apa sebenarnya yang hendak dikenakan cukai apabila perluasan skop dibuat.
Tuan Yang di-Pertua, kita tidak tahu dalam rakyat ― kita tidak mahu dalam rakyat menghadapi situasi yang sukar, tekanan kos sara hidup, kerajaan memperluaskan pelbagai skop barangan. Jadi, saya memohon kepada kerajaan umumkan cakap kerana apa? Sudah ada kiraan. Kalau tidak, tidak dapat angka RM900 juta angka RM1.2 bilion. Daripada mana angka ini? Kenapa takut hendak sebut kepada kita? Apa yang hendak disorokkan? Jadi, dalam konteks ini saya lihat belanjawan kali ini berkaitan dengan hasil amat-amat tidak telus.
Seterusnya saya ingin menyentuh pula konteks kedua iaitu berkaitan dengan salah satu langkah perbelanjaan kerajaan iaitu berkaitan subsidi dan bantuan kepada rakyat. Sebelum saya menyentuh tentang subsidi dan bantuan kepada
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
rakyat yang disebut dalam ucapan belanjawan tempoh hari, saya ingin membawa seluruh rakyat Malaysia menyelusuri kenyataan-kenyataan dasar Kerajaan PH BN berkaitan subsidi dan bantuan rakyat supaya kita semua dapat menginsafi betapa bercelarunya dasar-dasar kerajaan ini.
Pada 19 Mei 2023, Menteri Ekonomi menyatakan bahawa sistem PADU akan menggantikan klasifikasi pendapatan lama seperti kategori B40, M40 dan T20 dengan menggunakan pendekatan pendapatan bersih sebagai indikator yang lebih tepat untuk mengenal pasti penerima bantuan. Sebulan kemudian pada 14 Jun 2023, Menteri Ekonomi membuat kenyataan bahawa klasifikasi B40, M40 dan T20 ini akan dihapuskan mulai tahun 2024. Selepas PADU dilancarkan pada 2 Januari 2024, rakyat tentunya tidak lupa hiruk-pikuk gendang supaya mereka mendaftar dalam PADU.
Kami telah persoalkan banyak perkara berkaitan dengan PADU di sini. Ramai yang persoalkan banyak perkara tentang PADU ini. Mengapa terlalu banyak maklumat yang perlu diambil oleh rakyat? Mengapa sistem tersebut tidak mengisi maklumat secara automatik daripada data-data kerajaan. Kita tanya dan saya pun tanya macam mana hendak semak data-data berkaitan dengan hutang? Siapa hendak sahkan data-data ini? Menteri Ekonomi jawab, “Oh itu adalah satu survey sahaja”.
Jadi saudara-saudari, seterusnya apabila kerajaan melaksanakan penghapusan subsidi diesel di Semenanjung pada 10 Jun 2024, rakyat yang layak diminta mengisi permohonan Budi MADANI pula. Ketika itu rakyat sudah mula tertanya-tanya. Dulu suruh isi PADU, sudah hapus subsidi diesel hendak kena isi Budi MADANI. Jadi, apa semua ini?
Dalam pembentangan bajet pada 18 Oktober yang lalu, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan menyentuh satu terma baru iaitu golongan T15.
Dinyatakan bahawa golongan T15 ini tidak akan menerima subsidi petrol dan juga subsidi bagi pendidikan di sekolah berasrama penuh. Namun sepertimana kawan- kawan lain sebut, tidak ada penjelasan lanjut tentang apakah yang disebut atau dimaksudkan dengan T15 ini?
Maka kawan-kawan Ahli Parlimen, rakyat di luar sana melihat T15 ini dalam konteks pendapatan isi rumah yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan.
Menteri Ekonomi pada 20 Oktober 2024 menyatakan bahawa beliau tidak fikir bahawa kerajaan akan menggunakan pendapatan isi rumah seperti sekarang. Tidak fikir, I don’t think.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Saudara-saudari, memerintah negara menjadi kerajaan mana boleh main rasa-rasa? Mana boleh main tidak fikir? Mana boleh main kita rasa, kita akan, kita fikir, kita lihat. Perkara ini telah diumumkan pada rakyat. Sebab itu banyak perkara kita sebut ini bahawa prosesnya terlalu bercelaru kemudian datang waktu soalan kepada Perdana Menteri berkaitan dengan miskin tegar. Kalau kita ingat berkaitan dengan miskin tegar pada 22 Oktober.
Ketika menjawab soalan itu, Perdana Menteri menyebut bahawa kerajaan telah merubah pendekatan menentukan kategori miskin tegar dengan merujuk kepada pendapatan isi rumah per kapita iaitu jumlah pendapatan isi rumah dibahagikan dengan bilangan isi rumah. Ini dah lain pula. Pendapatan per kapita berdasarkan pendapatan isi rumah bahagi dengan jumlah isi rumah.
Saya bawa rakyat melalui penceritaan tersebut untuk kita semua lihat betapa bercelarunya pembuatan dasar kerajaan. Saya sudah sentuh perkara ini banyak kali.
Banyak kali saya sentuh perkara ini bahawa kerajaan tidak boleh suka-suka umumkan sesuatu tanpa ada kerangka dasar yang jelas. Bincang dahulu elok-elok.
Duduk dulu bincang elok-elok, pastikan semua konsep, semua elemen, semua konteks diambil kira sebelum umumkan. Jadi, kalau kita lihat keadaan sebegini berterusan sebegini bila kita pembangkang menyentuh perkara ini dikatakan kita mempolitikkan perkara ini. Apabila rakyat menyentuh perkara ini dikatakan ini tidak betul. Jadi, apa yang betulnya? Tunjukkan kepada kami apa yang betulnya. Jadi, kelemahan utama kerajaan pada hari ini adalah kerana mereka masih berfikir sebagai pembangkang, bukan sebagai kerajaan.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Bila berfikir sebagai pembangkang seperti zaman mereka dahulu, macam- macam janji boleh dibuat, macam-macam perkara janji nak buat, akhirnya tak buat.
Jadi, perangai itu terbawa-bawa dalam pelaksanaan dasar kerajaan. Jadi, ini perkara yang berbahaya kepada rakyat.
Sebab itu saya mohon kepada kerajaan, hentikanlah kecelaruan dasar ini.
Saya tidak faham, apa syok sangat duk umum benda yang tak menentu ini? Ini bukan sahaja flip flop, ini pusingan roundabout dah. Pusing, pusing, pusing, benda yang sama tanpa satu penjelasan yang jelas.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh berkaitan dengan data-data ekonomi. Di dalam belanjawan, kita selalu dengar banyak data ekonomi dikemukakan. Data KDNK, data pengangguran, data inflasi. Data-data ini dikira berdasarkan piawaian antarabangsa. Ada cara, kaedah dan kiraannya. Data-data ini digunakan sebagai rujukan dalam konteks kerajaan membuat keputusan. Data-data
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
ini bukannya suatu data mutlak yang boleh dikatakan boleh digunakan dalam membuat polisi terus berdasarkan data tersebut.
Apa yang ada dalam data ini, apa yang dipersembahkan oleh data-data ini tentunya berbeza dengan apa yang berlaku di bawah. Saya ambil contoh berkaitan dengan data pengangguran. Dalam ucapan bajet, disebut bahawa pengangguran setakat Ogos 2024 menurun pada 3.2 peratus.
Kadar ini terendah sejak Januari tahun 2020. Kalau kita lihat data ini, 3.2 peratus kadar pengangguran, maknanya apa? Umumnya dalam 100 orang, sekeliling kita ada 100 orang, kita jumpa tiga orang yang tak bekerja, yang menganggur, yang lain semua bekerja. Adakah ini realiti di bawah sana? Cuba turun ke bawah, sembang dengan 100 orang, berapa orang yang tak bekerja?
Kerana apa kita tidak boleh mengambil data ini secara face value? Kerana kalau kita lihat technical aspect data ini, seseorang itu ditakrifkan bekerja apabila dia melaksanakan sesuatu pekerjaan, dia mendapat upah selama sejam seminggu dalam minggu survey dibuat. Kalau dia buat survey minggu ini, pergi jumpa Pengkalan Chepa, “Pengkalan Chepa kerja?”, Pengkalan Chepa kata, “Minggu ini adalah orang minta hantar anak ke sekolah, dia bagi upah RM50.” Itu dikirakan bekerja. Bekerja. Sejam ― kalau sejam bekerja.
Maka, data ini perlu diteliti dengan baik supaya kita tahu apakah sebenarnya pengangguran di bawah sana. Sebab itu saya ingin bertanya beberapa soalan.
Soalan pertama, berapa ramaikah graduan siswazah yang menganggur ketika ini mengikut tahap pendidikan mereka iaitu ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan PhD? Adakah data ini data survey atau data sebenar pengangguran siswazah?
Berapa ramaikah pekerja dalam sektor ekonomi gig di Malaysia? Berapa ramaikah graduan pendidikan yang belum mendapat pekerjaan sebagai guru di Malaysia? Berapa banyak kekosongan jawatan guru di sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh Malaysia dan apakah usaha drastik kerajaan untuk menangani pengangguran dalam kalangan anak muda?
Tuan Yang di-Pertua, saya tadi nak kena...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
...Sambut murid-murid ini. Bagi saya masa sedikit tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Lima minit sikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Sedikit, Tuan Speaker. Saya ingin menyentuh ― tadi saya ambil masa sedikit mengalu-alukan mereka. Bagi saya sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Itu pun tidak lima minit.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Akhir sekali, saya ingin menyentuh berkaitan dengan penjualan saham MAHB 30 peratus kepada syarikat asing. Kami di sebelah pembangkang dah usaha sehabis-habisnya cuba jelaskan kepada kerajaan, cuba jelaskan kepada rakyat bahawa kerajaan tidak perlu menjual satu blok besar saham 30 peratus MAHB kepada syarikat asing. Kita boleh terus menjaga MAHB ini oleh kemampuan daripada syarikat-syarikat dalam negara kita.
Atas dasar kewangan, tidak ada sebab nak jual MAHB. Atas dasar ekonomi, tidak ada sebab nak jual MAHB. Atas dasar strategik, tidak ada sebab nak jual MAHB. Atas dasar moral, tidak ada sebab nak jual MAHB...
[Tepuk] Dalam konteks ini juga, saya ingin melihat...
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Putrajaya. Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Saya ingin menyatakan kepada semua pihak yang terlibat di luar sana bahawa ingatlah, ini aset strategik negara.
Dalam buku belanjawan ini, sepanjang RMKe-12, hampir RM1 bilion dibelanjakan untuk tujuan upgrade airport-airport di seluruh negara.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Putrajaya. Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Airport ini dibina dengan duit rakyat.
Airport ini dibina bertahun-tahun lamanya. Jadi, sebab itu ini merupakan satu aset penting negara.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Belanjawan PN ada tak?
Belanjawan PN. Belanjawan PN, tolong kemukakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang kedua, kita lihat bahawa kenyataan daripada ― sedikit lagi. Kita lihat bahawa kenyataan daripada... [Tidak jelas] Yang menyatakan bahawa...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Standing Order 36(12). Standing Order 36(12). Speaker, Standing Order 36(12). Standing Order 36(12), tidak boleh mengeluarkan kenyataan mengelirukan Dewan.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Apa benda mengelirukan Dewan?
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
36(12), Speaker. Speaker, boleh?
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Apa yang mengelirukan Dewan?
Sebut kepada saya apa yang mengelirukan Dewan, saya jelaskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Tadi Yang Berhormat Putrajaya menyebutkan, “Jual MAHB”. Adakah MAHB dijual?
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Okey.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Sat, sat, sat. Saya belum habis.
Perintah tetap. Dikatakan MAHB dijual seolah-olah MAHB telah diberi atau dijual, telah diambil oleh syarikat atau kuasa luar yang disebutkan. Itu mengelirukan Dewan.
Sekarang yang memegang majoriti syer 70 peratus itu siapa? Orang luar? Syarikat luar?
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Okey.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Adakah dia Malaysia atas dia? Kalau jawapannya 70 peratus masih bawah kepunyaan...
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Hei, sudah tanya itu duduklah.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Eh, apa? This is standing order, Pengkalan Chepa.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ipoh Timor sudah tanya itu. Putrajaya jawab.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Kalau hari itu tidak ada dalam Dewan, itulah sebabkan kita kena ― tetapi tidak apa. Kita sekarang tengah sembang berkenaan dengan Standing Order 36(12).
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ipoh Timor yang mengelirukan Dewan. Ipoh Timor yang mengelirukan Dewan. Hari itu dia kata...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
70 peratus empunya siapa? Adakah Malaysia atau tidak? Adakah dia Khazanah atau tidak? Itu senang. Jawab ya atau tidak. Kalau tidak, tarik balik.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Duduklah!
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Saya jelaskan, saya jelaskan. Duduk.
Tan Sri Speaker, ini penting.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang lain, sila duduk.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Apa, Pengkalan Chepa?...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang lain, sila duduk. Putrajaya buat penjelasan.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Saya jelaskan di sini. Tidak ada gunanya saya nak kelirukan Dewan. Tidak ada asasnya saya duduk sini nak kelirukan Dewan. 30 peratus, saya sebut, 30 peratus blok saham besar. 30 peratus.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
[Bangun]
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Duduk, duduk, duduk.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Jadi, Yang Berhormat sebut tadi...
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Duduk dulu.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Yang Berhormat sebut tadi, “Menjual MAHB”.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tunggulah penjelasan!
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Jadi, itu mengelirukan Dewan. Speaker, sila buat petua.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Saya nak jelaskan, Speaker. Ini penting. Ini mengelirukan Dewan ini.
Seorang Ahli
Ya, tipu.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ipoh Timor yang mengelirukan Dewan.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Siapa yang mengelirukan Dewan?
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Putrajaya sebut, “Jual MAHB”, “Jual MAHB”. Empat kali.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Ya, betul.
[Dewan riuh]
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Okey, okey. Ini katakanlah...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Hei, janganlah macam itu. Kita...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Satu persatu boleh kah?
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Di sini saya jelaskan, Puan Yang di- Pertua. Mudah saja. Mana tadi? Kampar ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ipoh Timor.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Ipoh Timor. Ipoh Timor ada 100 biji guli. 30 dijual kepada orang lain. Bukan dijual? Jual, kan? 30 peratus jual, kan?
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Itu jual 30 peratus saham.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Juallah!
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Bukan jual MAHB.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Juallah.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Jual 30 peratus saham MAHB yang masih dipunyai oleh Malaysia.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Tuan Speaker, izinkan saya jelaskan betul-betul. Ini perkara penting. Tidak ada makna saya keliru Dewan ini.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Memang sangat penting. Jadi, jangan kelirukan Dewan. Kalau sebut 30 peratus saham MAHB, okey. Boleh tarik balik, boleh sebut kembali, tidak ada masalah. Tapi, tidak boleh kelirukan Dewan dengan kata jual MAHB. Senang. Tarik balik, sebut kembali. Saya tidak ada masalah. Saya tidak ada masalah. Tarik balik, sebut kembali is fine. Tapi jangan...
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Tan Sri...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukup. Saya sudah tahu apa yang diminta oleh Ipoh Timor.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Puan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Putrajaya, apa yang disebut oleh Ipoh Timor ialah jangan sebut jualkan MAHB.
Saham.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Saya tak kata jual. Saya sebut tadi jual satu...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Tengok baliklah. Aduh. Come on.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ipoh Timor, jual saham.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okey. Yang Berhormat...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Jangan kacaulah, Ipoh Timor.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang lain boleh duduk. Kalau tak nak duduk, keluar!
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Tak, kenapa Ipoh Timor takut sangat nak mempertahankan aset negara? Kenapa takut sangat?
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Saya takut...
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat...
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Tuan Yang di-Pertua, ini floor saya.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Let’s bring it. Let’s bring it outside.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Okey. Tuan Yang di-Pertua, masa saya. Jadi, saya sebut di sini, sebagai seorang Ahli Parlimen yang bertanggungjawab kepada generasi yang akan datang. Airport ini kita belanja berpuluh-puluh tahun, berbilion-bilion ringgit. Kita jual. Kita jual...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Speaker, mohon Speaker buat petua tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Kita jual, Tuan Speaker...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya sudah buat petua...
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
...bahawa Yang Berhormat Putrajaya boleh memperbetulkan ayat.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Saya nak betulkan lah ini. Saya nak betulkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya. Secara ringkas, terus.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Okey, saya nak betulkan lah ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jangan bazir masa lagi.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Betul. Saya nak betulkan. Saya kata tadi kenapa kita perlu jual 30 peratus blok saham ini? Okey, saya cakap elok-elok.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Okey, terima kasih Putrajaya. Terima kasih.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang kedua, yang kedua. Apa jaminan kita bahawa pada masa akan datang tidak lebih banyak yang akan dijual?
Apa jaminan kita? Apa jaminan kita? Kita tidak tahu siapa yang akan duduk di sini.
Kita tak tahu...
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Saya jamin, saya jamin.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Yang Berhormat, kita bahas ini.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Saya jamin.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Tuan Yang di-Pertua, tolong. Saya nak jelaskan. Saya minta...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Yang Berhormat...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya minta semua Ahli Yang Berhormat sila duduk. Masa pun tamat.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
[Bercakap tanpa pembesar suara] Saya tak habiskan pun lagi tapi saya akur.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah habis. You tak habis, itu masalah you.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okey. Saya rasa kita sudah bazir banyak masa di sini.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
[Bercakap tanpa pembesar suara] Sikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat, Yang Berhormat Putrajaya. Saya sekarang jemput Yang Berhormat Bakri untuk berbahas.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Speaker, Speaker. Saya minta sikit.
Saya nak cabar Ipoh Timur berdebat dengan saya tentang MAHB di luar. [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau nak cabar, mencabar, sila keluar Dewan. Jangan cabar dalam Dewan. Yang Berhormat Bakri, silakan.
[Dewan riuh]
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker.
Biar dia orang tenang dulu, timer jangan start dulu. Dia orang belum tenang. Biar dia orang tenang dahulu.
[Ketawa] Dah tenang? Dah? Boleh saya mula sekarang? Yang Berhormat Putrajaya, boleh saya mula sekarang? Dah tenang ya? Dah tenang ya?
Terima kasih Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua.
Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI saya ucapkan kepada semua.
Syabas dan tahniah ingin saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Tambun kerana dalam keadaan yang serba kekurangan telah berjaya menggubal satu belanjawan yang komprehensif dengan mengawal defisit pada kadar 3.8 peratus daripada KDNK dan merancang untuk menurunkan hutang daripada RM100 bilion pada tahun 2022 kepada jangkaan RM80 bilion pada tahun hadapan. Pencapaian ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk menstabilkan kedudukan kewangan negara.
Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, perkara ini bukanlah satu perkara yang mudah kerana Kerajaan MADANI yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Tambun ini berhadapan dengan cabaran pengurusan hutang yang tinggi yang diwarisi daripada pentadbiran terdahulu. Pada tahun 2024, kadar hutang negara mencapai 64.8 peratus daripada KDNK. Hampir menghampiri siling 65 peratus yang ditetapkan.
Ini bermakna, dengan hutang yang hampir mencapai siling tersebut, kerajaan perlu melaksanakan pengurusan fiskal yang lebih bijak dan berhemah untuk mengelakkan risiko kewangan pada masa hadapan. Usaha ini termasuklah penurunan defisit daripada 5.5 peratus pada tahun 2022 kepada 4.3 pada 2024 dan seterusnya, sasaran 3.8 peratus pada tahun hadapan.
Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, selalunya kaum Tionghoa mengatakan konsep [Bercakap dalam bahasa Mandarin] atau terjemahannya, “menambah pendapatan dan mengurangkan perbelanjaan” menjadi sangat penting dalam konteks ini. Tambahan pendapatan boleh dicapai bukan hanya melalui pengenalan cukai baru ataupun cadangan untuk mengembalikan cukai GST seperti yang diharapkan oleh pihak-pihak tertentu ataupun memperluaskan asas percukaian dengan melibatkan sektor yang sebelum ini kurang dikenakan cukai.
Namun, lebih penting lagi adalah meningkatkan pendapatan rakyat dan kuasa beli rakyat. Apabila rakyat mempunyai lebih banyak pendapatan boleh guna, ini akan meningkatkan permintaan dalam pasaran domestik, mendorong pertumbuhan ekonomi secara menyeluruh. Dengan peningkatan ini, rakyat dapat membelanjakan dengan lebih banyak, seterusnya merancakkan aktiviti ekonomi dan
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
secara tidak langsung meningkatkan hasil cukai kepada kerajaan melalui peningkatan aktiviti perniagaan. Malaysia juga mencatatkan sebanyak RM160 bilion dalam pelaburan yang diluluskan pada separuh tahun yang pertama tahun 2024 berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lepas iaitu RM135.6 bilion. Ini satu berita yang baik.
Maka, kerajaan diminta supaya sentiasa memastikan bahawa suasana pelaburan yang lebih mesra dan kondusif bagi pelabur, bukan sahaja pelabur asing tetapi penting juga untuk pelabur tempatan. Sebagai contoh, dalam Laporan Ease of Doing Business 2024, Malaysia jatuh dua tempat ke kedudukan 14 daripada 190 negara. Ini menunjukkan persaingan yang begitu sengit dalam menarik pelaburan.
Sering kali pelabur asing diberikan lebih banyak insentif seperti pengecualian cukai untuk satu tempoh yang panjang, khidmat nasihat daripada agensi-agensi sepusat seperti MIDA dan sebagainya, sedangkan pelabur-pelabur tempatan, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (IKS) masih berhadapan dengan pelbagai kos pematuhan undang-undang yang tinggi. Di mana kos-kos ini kadangkala menyumbang sehingga 30 peratus daripada perbelanjaan tahunan sesetengah IKS.
Dasar yang memudahkan perniagaan, mengurangkan birokrasi, proses permohonan kelulusan yang mudah dan cepat serta memastikan sokongan yang sewajarnya kepada pelabur tempatan adalah penting untuk memperkukuhkan ekonomi. Dengan mencipta ekosistem pelaburan yang lebih seimbang dan supportive, kerajaan berpeluang untuk memacu pertumbuhan ekonomi domestik dan menarik lebih ramai pelabur untuk melabur dalam negara kita. Ini bukan sahaja dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan tetapi juga dapat membantu kerajaan dalam menangani isu hutang dan menjana hasil yang diperlukan untuk pembangunan negara.
Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, semalam. Eh, bukan semalam. Ini teks semalam. Dua hari yang lepas, saya bersama dengan Yang Berhormat Raub telah berjumpa dengan sekumpulan mahasiswa daripada Universiti Malaya. Antaranya mereka telah menunjukkan concern ataupun tuntutan mereka yang berkaitan dengan belanjawan ini dan juga masalah yang dihadapi oleh mereka di kampus.
Maka, saya harap perkara ini dibawa untuk perhatian Dewan yang mulia ini.
Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Tambun telah mengumumkan berkenaan dengan pengurangan subsidi pendidikan secara berperingkat bagi kumpulan T15. Perkara ini telah mencetuskan kekeliruan dan kebimbangan di kalangan masyarakat.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Isu ini menyentuh secara langsung hak pendidikan sebagai hak asasi yang sepatutnya menjadi keutamaan bagi setiap kerajaan dalam memastikan akses pendidikan adalah saksama untuk semua lapisan masyarakat. Pengurangan subsidi pendidikan kepada kumpulan T15 mungkin bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan dan mengalirkan sumber kepada golongan yang lebih memerlukan.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Menurut laporan ekonomi, perbelanjaan kerajaan bagi pendidikan tinggi pada tahun 2023 melebihi RM13 bilion di mana sebahagian besar diperuntukkan untuk subsidi pendidikan dan biasiswa pada pelajar-pelajar di institut pengajian tinggi awam (IPTA). Namun, dasar ini memerlukan penjelasan lanjut dan pencerahan butiran yang lebih terperinci.
Antara perkara yang menimbulkan kekeliruan adalah definisi kumpulan T15 yang mana telah banyak disebut oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain iaitu mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia, T15 adalah mereka yang menerima gaji sebanyak RM12,000 ke atas sebulan. Jadi berdasarkan statistik ini sebenarnya ramai di antara mereka mempunyai tanggungan keluarga yang banyak termasuklah anak-anak yang masih bersekolah dan di sekolah ataupun di institusi pengajian tinggi. Dalam keadaan ini, mereka masih berdepan dengan cabaran kos hidup yang tinggi terutama di kawasan bandar utama seperti Kuala Lumpur.
Yuran pengajian tanpa subsidi bagi program-program tertentu di universiti boleh mencecah RM20,000 hingga RM60,000 setahun bergantung kepada bidang pengajian. Sebagai perbandingan, purata yuran pengajian di IPTA dengan subsidi penuh adalah antara RM1,000 hingga RM4,000 setahun. Perbezaan ini menunjukkan bahawa sekiranya subsidi dikurangkan, kumpulan T15 yang memiliki tanggungan yang ramai akan menghadapi beban kewangan tambahan yang sangat- sangat ketara yang mungkin menghalang akses pendidikan tinggi oleh anak-anak mereka.
Terdapat keperluan untuk memastikan bahawa pengurangan subsidi ini tidak membebankan sama ada secara langsung atau tidak langsung golongan yang berpendapatan tinggi atau sederhana yang mungkin termasuk dalam kumpulan ini tetapi masih berdepan dengan cabaran kos pendidikan yang meningkat. Statistik menunjukkan bahawa kira-kira 30 peratus daripada T15 sebenarnya terdiri daripada golongan berpendapatan sederhana dengan komitmen kewangan yang tinggi seperti pembayaran rumah, pinjaman kereta dan juga kos kehidupan harian yang tinggi terutamanya di kawasan bandar.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Saya berharap kerajaan perlu melibatkan masyarakat dalam perbincangan awam dan sesi dialog bagi memastikan bahawa semua pihak memahami implikasi dasar ini termasuk manfaat dan risiko yang mungkin timbul. Dengan cara ini masyarakat boleh memberi maklum balas yang konstruktif untuk memperbaiki cadangan pelaksanaan dasar ini. Langkah ini boleh mengelakkan salah faham dan memastikan bahawa dasar yang diperkenalkan ini benar-benar mencapai matlamatnya.
Secara prinsipnya saya menggesa supaya kerajaan mempertimbang semula cadangan pengurangan subsidi ini kerana pendidikan adalah pelaburan jangka panjang yang penting untuk pembangunan negara dan kerajaan bertanggungjawab memastikan akses kepada pendidikan yang berkualiti adalah secara adil dan tidak menghalang mana-mana pihak. Hak pendidikan sebagai hak asasi perlu terus dipertahankan. Sebarang perubahan dasar perlulah mengambil kira kesannya terhadap semua lapisan masyarakat supaya tidak berlaku ketidakadilan kepada mana-mana golongan, terutamanya golongan yang berada dalam zon peralihan antara kelompok pendapatan tinggi dan sederhana.
Puan Yang di-Pertua, kemasukan melalui saluran terbuka ataupun dengan izin, direct intake merupakan alternatif kepada pelajar-pelajar yang tidak berjaya mendapat tempat di IPTA melalui saluran perdana iaitu melalui sistem UPU. Pada masa dahulu seperti zaman saya, pelajar yang gagal dalam permohonan mereka melalui UPU menghadapi situasi di mana peluang untuk masuk ke universiti awam telah tutup sepenuhnya dan pilihan yang tinggal hanyalah IPTS yang biasanya mengenakan yuran yang sangat tinggi kadangkala berkali-kali ganda ataupun berpuluh-puluh kali ganda lebih tinggi berbanding dengan yuran pengajian di IPTA.
Pengambilan melalui sistem terbuka telah membuka satu peluang yang baru bagi pelajar-pelajar yang tidak berjaya ini dan membolehkan mereka tetap berpeluang menuntut ilmu di universiti awam termasuk universiti penyelidikan yang selama ini menjadi impian ramai pelajar. Walau bagaimanapun, yuran pengajian untuk saluran terbuka ini dia dikenakan mengikut kadar pasaran. Lebih kurang sama seperti yuran di IPTS.
Ini bermakna yuran pengajian tersebut jauh lebih tinggi berbanding dengan yuran yang dikenakan kepada pelajar-pelajar yang diterima masuk melalui saluran perdana. Perbezaan ini telah mewujudkan situasi di mana pelajar yang menuntut dalam bilik kuliah yang sama membayar yuran yang berbeza telah mewujudkan satu keadaan di mana ada dua darjat dalam kalangan mahasiswa. Walau bagaimanapun, keadaan ini telah menimbulkan rasa tidak selesa bagi sesetengah pihak.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Pengambilan melalui saluran terbuka tetap merupakan salah satu alternatif bagi pelajar yang ingin merealisasikan impian mereka untuk menuntut ilmu di universiti awam terutamanya bagi mereka yang tidak berjaya dalam saluran perdana.
Peluang ini telah memberikan pilihan untuk melanjutkan pengajian tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada IPTS yang mungkin tidak dapat ditanggung oleh sebahagian besar keluarga-keluarga ini.
Bagaimanapun, saya ingin mengingatkan Dewan yang mulia ini bahawa pelajar-pelajar yang mendaftar masuk ke IPTA melalui saluran terbuka ini bukanlah semuanya datang daripada keluarga yang berada. Sebaliknya, ramai di kalangan mereka terpaksa mengambil langkah ini kerana hasrat mereka yang begitu kuat untuk menuntut ilmu di universiti awam yang selama ini dipercayai mengenakan yuran pengajian yang lebih rendah berbanding dengan institut swasta.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Maka dasar Zero Balance yang dilaksanakan oleh sesetengah universiti awam seperti Universiti Malaya secara langsung telah menambahkan beban kewangan ke atas keluarga-keluarga yang terbabit. Dasar ini memerlukan pelajar untuk menyelesaikan sepenuhnya yuran pengajian sebelum dapat meneruskan pengajian mereka yang telah menjadi satu cabaran besar kepada pelajar, terutamanya mereka yang daripada latar belakang keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Akibatnya keluarga terpaksa mencari sumber kewangan tambahan ataupun mengambil pinjaman demi memastikan anak-anak mereka untuk meneruskan pengajian. Walaupun saluran terbuka menyediakan peluang untuk memasuki universiti awam, beban kewangan disertai oleh dasar Zero Balance ini berisiko menghalang akses sebenar kepada pendidikan tinggi, terutamanya bagi golongan yang kurang berkemampuan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Ada sedikit lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Ya, ya. Ini adalah satu isu yang penting. Saya harap pihak Kementerian Pendidikan Tinggi campur tangan dalam isu ini dan memastikan satu dasar yang lebih fleksibel dilaksanakan supaya akses kepada pendidikan tinggi yang berkualiti tidak hanya dinikmati oleh segelintir sahaja tetapi dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Juga, saya berasa bimbang adakah pengambilan pelajaran melalui saluran perdana akan dikurangkan supaya mereka yang tidak berjaya terpaksa memohon untuk diambil masuk ke universiti melalui saluran terbuka dan membayar yuran yang penuh sebagai satu pendekatan untuk menambahkan hasil pihak IPTA. Jadi, sejauh manakah kerajaan memastikan bahawa IPTA-IPTA tidak terlalu komersial dan berorientasikan keuntungan.
Yang Berhormat Puan Speaker, sebagai penutup saya ingin menekankan bahawa meskipun ramai yang menyifatkan belanjawan kali ini sebagai satu belanjawan yang tidak memuaskan mana-mana pihak, kita tidak menafikan bahawa ia menggambarkan usaha dan komitmen kerajaan dalam memulihkan ekonomi terutamanya dalam usaha untuk menambah pendapatan boleh guna di antara golongan B40.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Setiap keputusan dan langkah yang diambil dalam belanjawan ini adalah penting untuk memastikan negara kita terus melangkah ke hadapan dengan lebih stabil dan seimbang.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Kuala Kangsar.
Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh dan salam Malaysia MADANI.
Saya mengalu-alukan kehadiran pelajar dan guru Tingkatan 6, Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin, Perlis.
[Tepuk] Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua kerana memberikan saya kesempatan untuk turut sama berbahas dalam peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2025 ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas pembentangan Belanjawan 2025 yang saya kira cukup realistik dalam merangkul keperluan segenap meskipun berdepan situasi ekonomi global yang mencabar dengan tema, “Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahterakan Rakyat”.
Saya menyambut baik pembangunan Projek Lebuhraya West Ipoh Span Expressway (WISE) menerusi pendekatan kerjasama awam PPP di bawah Ikhtiar
Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar
Ketujuh. Projek ini menghubungkan jajaran sepanjang 65 kilometer dari jajaran sebelum Gua Tempurung di Gopeng sehingga Manong, Kuala Kangsar. WISE ini akan menjadi game changer dalam menangani kesesakan di kawasan Terowong Menora di Lebuhraya Utara-Selatan.
Laluan yang sering dilaporkan merekodkan banyak kemalangan maut selain kepadatan trafik pada waktu-waktu tertentu. Namun persoalan yang saya ingin bangkitkan ialah bilakah anggaran kerja-kerja pembinaan WISE ini akan dimulakan dan apakah tempoh masa yang ditetapkan bagi pembinaan serta jangkaan WISE highway ini dapat disiapkan sepenuhnya?
Perkara seterusnya, saya juga berbesar hati dengan insentif kerajaan dalam memperhebatkan lagi Program SejaTi MADANI dengan merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti bagi meningkatkan pendapatan peringkat terbawah.
Setakat Mei 2024, Perak mencatatkan sebagai negeri tertinggi dengan 276 komuniti menyertai SejaTi MADANI ini dan ini membuktikan keberkesanan program tersebut sebagai pengisian kepada kerangka ekonomi MADANI dalam menjana kesejahteraan rakyat terutama bagi aspek peningkatan, pembangunan, sosioekonomi masyarakat dan menangani isu miskin tegar.
Justeru, melihat kepada keberkesanan serta kadar keberjayaan projek perintis sedia ada, apakah bentuk penambahbaikan yang dicadang dalam pelaksanaan Program SejaTi MADANI ini? Apakah juga bantuan susulan yang digerakkan kerajaan bagi membantu mengkomersialkan produk yang dihasilkan oleh komuniti melalui program berkenaan ke peringkat seterusnya?
Saya ingin juga mencadangkan agar kerajaan memberi keutamaan kepada projek komuniti yang dihasilkan melalui Program SejaTi MADANI untuk diketengahkan sebagai cenderamata rasmi sempena Persidangan ASEAN Malaysia 2025 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Ini secara langsung sebagai serampang dua mata dan membantu komuniti tempatan di samping menggalakkan penyertaan lebih banyak komuniti dalam program berkenaan.
Buah nangka buah durian, Masak ranum sedap dimakan, Produk kampung luas di pasaran, Dapat publisiti pelosok ASEAN. Seterusnya, saya ingin menyentuh berkenaan projek bawang Perak SADC.
Kita meraikan kejayaan negara pada awal tahun ini apabila projek perintis tanaman bawang seluas satu hektar di Perak berjaya memberikan hasil pengeluaran 2.3 tan tuaian pertama dengan menggunakan varieti bawang merah BAW-1 melibatkan kawasan fasa 1 seluas 0.6 hektar. Pastinya ini merupakan satu rahmat kepada bumi
Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar
Perak dan saya ingin mendapatkan penjelasan sejauh manakah projek bawang ini bakal memanfaat petani-petani lain di Perak?
Apakah senarai kawasan atau daerah di Perak yang telah disasarkan kementerian sebagai lanjutan dari projek bawang ini? Bagaimanakah pula program pembangunan industri bawang yang disediakan peruntukan sebanyak RM6 juta mampu menarik lebih ramai golongan muda untuk menyertai bidang pertanian negara?
Seterusnya adalah berkaitan industri halal yang di bawah Ikhtiar 30 iaitu pembangunan industri halal langkah kerajaan mengurangkan tempoh pemprosesan pengeluaran sijil halal antara 15 hingga 23 hari berbanding 30 hari pada masa ini melalui sistem MYeHALAL adalah wajar dipuji.
Baru-baru ini tercetus kembali polemik dalam kalangan rakyat mengenai kerumitan isu mendapatkan sijil halal yang mana ramai berpendapat kos sijil halal yang bernilai RM100 tidak menjadi masalah. Sebaliknya kos untuk menyesuaikan perniagaan untuk menemui tuntutan halal termasuk ubah suai premis dan tambah baik proses-proses berkaitan serta kos untuk mendapatkan perkhidmatan perunding halal merupakan penyumbang kepada masalah mengapa ramai peniaga memilih untuk tidak mendapatkan sijil halal. Ini sedia maklum kos konsultan itu ada kosnya tersendiri dan perkhidmatan perunding ini tidak wajib.
Namun apakah batu penghalang yang merencatkan ramai peniaga untuk mendapatkan sijil halal ini? Apakah frasa sijil halal ini mudah untuk diperolehi adalah jauh tersasar dari realiti yang sebenarnya? Pertambahan 100 orang juruaudit halal JAKIM sangat disambut baik dalam usaha kerajaan untuk mempercepatkan urusan pengeluaran sijil halal.
Namun begitu saya pohon pandangan pihak kementerian berhubung isu halal ini. Adakah kerajaan bersedia untuk mempertimbangkan sebarang pemudah cara bagi memastikan lebih ramai peniaga di luar sana untuk mendapatkan sijil halal di samping tidak mengabaikan standard halal yang kita sememangnya menjadi panduan di seluruh dunia?
Seterusnya berkenaan dengan Sumbangan Tunai Rahmah. Saya amat menyambut baik usaha kerajaan untuk menambah baik kos sara hidup rakyat di mana 4.1 juta penerima STR kategori isi rumah akan menerima sara sebanyak RM100 sebulan. Terdapat lebih daripada 23,000 penerima STR di Kuala Kangsar yang akan mendapat manfaat.
Bagi memastikan peruntukan yang disediakan disalurkan kepada mereka yang benar-benar layak, adakah kriteria yang digunakan untuk memproses
Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar
permohonan dikekalkan dan sejauh manakah kriteria ini mampu memastikan STR diberikan kepada penerima yang benar-benar layak dan tidak tersasar. Kelulusan perlu dibuat dengan lebih tulus dan berintegriti. Saya juga mencadangkan agar senarai penerima STR ini juga diperhalusi semula memandangkan ada penerima yang bukan terdiri daripada golongan sasar.
Seterusnya saya ingin membawa beberapa isu daripada kawasan Parlimen saya. Yang pertamanya berkenaan dengan Klinik Kesihatan Manong. Klinik Kesihatan Manong ini telah beberapa kali ditambah baik sebelum ini menerusi penyambungan bangunan dan pelebaran bilik-bilik di klinik tersebut. Namun begitu kesan dari penambahbaikan ini telah menyebabkan susu atur klinik berkenaan menjadi tidak teratur dan memberi kesan terhadap struktur binaan.
Bilik-bilik di dalam klinik tersebut pula hanya bersaiz kecil dan kapasiti cuma mampu memuatkan dua orang pegawai sahaja. Ini menyebabkan ketidakselesaan kepada pesakit yang datang menerima rawatan di klinik tersebut. Begitu juga dengan bilik mengambil darah yang terletak di belakang klinik. Sangat sempit dan menyukarkan pesakit khususnya warga emas untuk menerima rawatan di situ.
Bahagian kecemasan pula hanya mampu menyediakan satu unit katil sahaja bagi tujuan rawatan kecemasan, manakala unit farmasi terpaksa berkongsi ruang bagi menunggu pesakit luar. Malah unit farmasi juga langsung tiada stor khusus seperti yang diperlukan mereka. Keadaan menjadi sesak terutamanya ketika waktu puncak atau hari-hari tertentu dengan limpahan jumlah pesakit di ruang menunggu pesakit sehinggalah khemah terpaksa disediakan di bahagian luar.
Justeru, sejauh manakah kementerian ada membuat pemantauan terhadap kondisi Klinik Kesihatan Manong ini dan saya juga memohon pertimbangan pihak kementerian bagi mendapatkan sebuah bangunan baru untuk Klinik Kesihatan Manong. Ini terutama untuk pesakit ibu dan anak supaya kumpulan ini dapat menerima rawatan di bangunan berasingan sebagai pesakit luar.
Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar
Di samping itu, saya turut ingin memohon disediakan kemudahan bagi tujuan X-ray di klinik berkenaan yang sangat diperlukan oleh pegawai perubatan kesihatan di situ dan juga kemudahan tandas baharu di mana tandas sedia ada berada dalam keadaan uzur serta memerlukan penambahbaikan segera.
Seterusnya, berkenaan dengan cadangan Kompleks Pendidikan Kuala Kangsar. Saya ingin membawa perhatian Dewan yang mulia ini kepada cadangan Kompleks Pendidikan Kuala Kangsar dengan pembinaan dua buah sekolah iaitu
Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar
SMKA Kuala Kangsar dan SK Chandan Putri serta sebuah pejabat baharu PPD Kuala Kangsar dengan kos dianggarkan bernilai RM105 juta.
Untuk makluman, projek ini telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan sebelum ini sekitar tahun 2016 dengan YB Menteri Pendidikan pada ketika itu memaklumkan pembinaannya akan dilaksanakan menerusi RMKe-11. Tapak bagi pembinaan kompleks ini juga telah selesai dibuat pengambilan semula tanah dan sedang dan dalam peringkat beri milik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.
PPD Kuala Kangsar sangat mengharap dan memerlukan kompleks ini untuk di lulus kembali memandangkan Daerah Kuala Kangsar pada masa ini mempunyai sebanyak 23 sekolah menengah, 89 buah sekolah rendah, yang terletak di dalam tiga buah Parlimen iaitu Parlimen Kuala Kangsar, Padang Rengas dan Sungai Siput.
Sebagaimana yang kita ketahui, daerah ini belum lagi mempunyai SMKA milik kerajaan sepenuhnya. Ibu bapa di sini yang menginginkan anak-anak mereka menuntut di aliran agama tiada pilihan melainkan menghantar anak-anak belajar sekolah di sekolah agama bukan milik kerajaan.
Kelas-kelas aliran agama di sekolah menengah sedia adapun tidak mencukupi bagi menampung keperluan permintaan semakin meningkat tahun demi tahun. Manakala bagi Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar yang kini ditumpangkan di atas Lot 1539 kepunyaan SK Sultan Idris II, Kuala Kangsar, Perak, struktur bangunannya tidak lagi relevan untuk beroperasi sebagai pejabat yang mentadbir untuk sebuah daerah besar menguruskan semua organisasi pendidikan di bawah seliaan iaitu sebanyak 112 buah termasuk prasekolah, sekolah rendah, menengah, tanah milik KPM dan aset KPM.
Kerja-kerja penyelenggaraan, pembinaan kecil dan menaik taraf kerosakan untuk bangunan tersebut pula memerlukan kos peruntukan kewangan yang tinggi, lebih wajar untuk pihak PPD Kuala Kangsar menerima bangunan baharu yang lebih baik. Justeru, memandangkan proses perolehan tanah dan premis-premis KPM ini telah berjaya, saya ingin mendapatkan penjelasan dari kementerian.
Apakah status terkini cadangan pembinaan kompleks ini? Sejauh manakah pertimbangan kementerian bagi meluluskannya memandangkan Kementerian Pendidikan merupakan kementerian yang menerima peruntukan tertinggi bagi belanjawan ini.
Saya mengambil baik dan Kuala Kangsar menyokong penuh Belanjawan MADANI bagi tahun ini. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya mahu bagi serangkap dua pantun.
Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar
*PMX segak bila berjalan, Tampak bergaya, hebat dan tampan, Belanjawan MADANI terbukti mampan, Harapan kami lebih sikitlah peruntukan.
[Tepuk] YB Kuala Kangsar tetap bersemangat, Biar keringat titis ke bumi, Demi rakyat, saya berkhidmat, Belanjawan MADANI perkasa ekonomi.* Sekian, wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kangsar. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin memulakan perbahasan saya menyentuh isu kawasan Parlimen Pasir Gudang. Sekarang di Pasir Gudang masalah yang mendesak ialah kesesakan jalan raya, kesesakan lebuh raya. Ada dua lebuh raya di kawasan itu, semuanya sesak. Ini bukannya keburukan. Ini adalah hasil daripada kesan pembangunan. Rakyat ada banyak kereta dan Pasir Gudang ini hab industri. Di Pasir Gudang ini Puan Yang di-Pertua, ada dua pelabuhan. Ini jadi, sebab itulah sesaknya kesan pembangunan. Kejayaan sebenarnya.
Jadi saya mengharap Kementerian Pengangkutan ambil maklum perkara ini.
Saya ada satu cadangan untuk menyelesaikan masalah ini iaitu di Pasir Gudang sekarang memang ada landasan kereta api daripada Pelabuhan Pasir Gudang, Pelabuhan Johor ke Pelabuhan Tanjung Pelepas tetapi fungsinya untuk kereta api kargo, bawa kargo. Jadi saya berharap sebagai penyelesaian iaitu dinaiktarafkan landasan kereta api ini supaya membolehkan penumpang – bina stesen-stesen untuk penumpang naik dan turun sepanjang daripada Pelabuhan Johor sampailah ke Kempas, Johor Bahru. Ini cadangan ini.
Untuk makluman, bahawa mantan Datuk Bandar Pasir Gudang iaitu Dato' Haji Asman Shah bin Abd. Rahman telah mengesyorkan, mencadangkan supaya landasan kereta api itu dimanfaatkan untuk rakyat Pasir Gudang sebagai public transport. Itu isu yang pertama, Puan Yang di-Pertua.
Isu yang kedua juga untuk perhatian Menteri Pengangkutan. Sekarang ini sedang berlangsung iaitu bidaan nombor pendaftaran kereta kenderaan Siri MADANI dari nombor satu sampai nombor 9999 dibuka pada 19 Oktober yang lalu, dilancarkan dengan kehadiran Perdana Menteri sendiri. Tutup semalam 23 dan
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
keputusan hari ini. Saya baca portal sebanyak 2.6 juta telah dikutip oleh Kementerian Pengangkutan. Isunya dari segi itu baguslah. Isunya begini iaitu hak cipta terpelihara iaitu intellectual property.
Saya mendapat aduan daripada penduduk, salah seorangnya penduduk Pasir Gudang yang mengatakan hak cipta pendaftaran kenderaan MADANI ini dari nombor satu sampai MADANI 9999 telah didaftarkan di bawah seksyen 26B Akta Hak Cipta 1987. Didaftarkan pada 26 Februari 2023. Adakah Kementerian Pengangkutan tak sedar perkara ini iaitu hak cipta ini telah dipatenkan. Mereka yang terlibat ini telah ada sijil daripada jabatan kerajaan yang berkenaan.
Jadi, di situ saya nak maklum. Saya tidak membuat apa sebarang sangkaan buruk kah apa. Saya minta Menteri siasat perkara ini. Kalau tersilap, tidak menghormati paten hak cipta intellectual property ini, ini serius. Sebab kita sebuah negara yang ada hukum ya. Jadi kalau tersilap, minta maaf. Buatlah bayar pampasan kah, ex gratia, apa yang patutlah. Saya nak jelaskan, saya disclose, Puan Yang di- Pertua. Saya isytiharkan saya tidak ada apa-apa kepentingan dalam soal ini. Hanya menyuarakan aduan rakyat daripada Pasir Gudang. Terima kasih.
Ketiga, Tuan Yang di-Pertua. Belanjawan MADANI ini yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ini bagus. Semua jabatan dibagi peruntukan yang cukup malah ada yang ditambah. Misalnya, perbelanjaan mengurus Bahagian Hal Ehwal Undang-undang disediakan RM190 juta.
Perbelanjaan mengurus Jabatan Peguam Negara sebanyak RM267 juta lebih.
Jadi, apa tujuan yang kerajaan buat itu yang kita akan luluskan supaya Jabatan Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Kementerian Dalam Negeri, mahkamah melaksanakan keadilan untuk rakyat. Jadi dalam semangat kita membahaskan perkara dasar pada hari ini, saya nak membawa pada isu seorang rakyat kita pemandu Grab driver, pemandu yang pekak OKU telah diserang oleh seorang pegawai polis iaitu bodyguard yang escort, very important person (VIP).
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Saya tak nak sebut lebih daripada itu, di Kuala Lumpur. Dah berbulan, Puan Yang di-Pertua. Yang menyerang ni, sampai sekarang tidak dibawa ke mahkamah.
Jadi saya sebagai Ahli Parlimen dan sebagai seorang Peguam, ini satu pelanggaran prinsip keadilan. Driver itu rakyat kita, Ong Ing Keong. Kalau kita di Parlimen ini yang angkat sumpah di depan itu dulu untuk memelihara Perlembagaan, menjamin keadilan untuk semua rakyat.
Rakyat OKU pekak kita tidak dapat bela- saya minta Menteri yang jaga undang-undang seorang Lawyer, Timbalan Menteri yang jaga undang-undang
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
seorang Lawyer, jawab di Parlimen ini bila Peguam Negara, Pendakwa Raya nak bawa kes ini ke mahkamah...
[Tepuk] Kita tidak akan benarkan perkara ini berlaku begitu sahaja.
Puan Yang di-Pertua, saya slow sikit, tadi marah sekejap...
[Ketawa] Ini isu Palestin. Saya dah bawa masalah Pasir Gudang, masalah OKU, masalah plat MADANI. Minta izin kita pergi bantu rakyat Palestin...
[Tepuk] Jadi kita bincang hal dasar, kalau bolehlah, kalau tak boleh, apa nak buat. Kerajaan seharusnya mengambil beberapa langkah. Kenakan ‘cukai dosa’, apa dipanggil sin tax terhadap syarikat-syarikat yang kita lihat menyokong Israel. Kita nak tutup syarikat itu tak bolehlah, tapi sekurang-kurangnya kenakan cukai dosa, apa dipanggil sin tax ini pada syarikat ini. Kita tidak ada ballistic missile, tak boleh, tapi sekurang-kurang isyarat kita tunjukkan itu.
Yang kedua, ini Puan Yang di-Pertua, saya nak bangkit ini mungkin kerajaan pun tak senang dengan cadangan saya ini. Saya setuju dengan Putrajaya tadi iaitu soal saham ni. MAHB ni Khazanah yang handle, Perdana Menteri Pengerusi Khazanah. Syarikat Malaysia Airport Holdings Berhad ini untung. Jadi tak perlulah kalau boleh tak perlulah kita, saham dia tu 30 persen tu kita jual pada GIP...
[Tepuk] Saya tambah lagi GIP ni sekarang dikontrol oleh BlackRock, Batu Hitam- BlackRock ini.
Jadi, rakyat Palestin disembelih, rakyat Lebanon disembelih, rakyat di Tebing Barat disembelih. Jadi saya mintalah pada Pengerusi Khazanah kebetulan Menteri Kewangan dan Perdana Menteri. Kalau nak marah saya marahlah, tapi saya mohon kalau bolehkan ya, makna kaji balik, biarkanlah MAHB dia teruskan mengurus lapangan terbang-lapangan terbang di negeri kita.
Dan yang seterusnya, balik ke negeri kita Puan Yang di-Pertua, iaitu saya ucap syabaslah kepada Perdana Menteri, Menteri Kewangan dia ada sebut saya ada terbaca untuk tahun depan ini tidak ada projek mega. Baguslah tu, tapi takkanlah sampai bila-bila tak ada projek mega.
Umpamanya ada cadangan kereta api HSR, kereta api laju, High Speed Railway (HSR) Singapore-Kuala Lumpur ni mungkin dibuat public-private partnership kah apa, saya tak berapa faham itu, kalaulah berlaku. Kalau melibatkanlah kerajaan, duit awam- kalau tidak sekarang, akan-akan datang, saya mencadangkan supaya difikirkan projek-projek mega ini, berbilion-bilion Ringgit ini kalau boleh dibentangkan, oversight ya di Parlimen ini.
Kita ada Public Account Committee- Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, bagus kerja mereka. Tiap-tiap hari mesyuarat apa, tapi mereka meneliti benda yang
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
dah rosak, dah rugi. Bagaimana kalau kita buat, dua-dua kita buat iaitu sebelum kerosakan berlaku, makna PAC tu bukanlah campur busy body sangat, tapi hal-hal itu dipantau dari awal supaya kerosakan tidak berlaku. Ini kalau projek kecil-kecil tak payahlah. Ini projek yang besar-besar macam HSR misalnya, ya begitu.
Dalam nada yang sama, saya minta kerajaan, Menteri Kewangan mengkaji semula fungsi dan terma rujukan Khazanah Nasional seharusnya dikaji semula.
Saya berpendapat Khazanah Nasional tidak seharusnya menjadi portfolio manager, tetapi sepatutnya Khazanah Nasional melabur dalam industri strategik seperti air, pertahanan dan keterjaminan makanan.
Puan Yang di-Pertua, ada dua minit lebih itu, saya nak sebut di sini. Dalam tinjauan ekonomi dan juga ucapan Perdana Menteri dalam pembentangan menunjukkan jurang kaya miskin yang semakin meluas di negara kita. Dalam Belanjawan itu disebut 85 peratus rakyat berpendapatan rendah akan menerima subsidi- 15 peratus, T15 tak dapat subsidi, dianggap golongan berpendapatan tinggi.
Saya bersangka baik sebenarnya mungkin kita boleh perhalusi ya.
Menteri Kewangan lihat, kalau T01 yang atas sekali tu, T02- tertinggi 03. Ha, itu super-super kaya. Saya tak nak sebut maha kaya. Kita ni makhluk, bukan tak boleh sebut “maha kaya” kan ya, tapi super kayalah yang T1,T2. Kalau turun ke bawah- T14, T15 dia tak kayalah.
Suami dia RM6,000 gaji, isterinya RM5,000, anak yang bujang belum kahwin RM4,000 campur-campur lebih dah RM15,000, dah jadi T15. Dia dinafikan. Saya setuju dengan YB Muar. Dia dinafikan subsidi RON95, dinafikan kemudahan hospital kerajaan, anak dia yang sekolah kat Malay College dulu misalnya pun dinafikan. Eh, ramai di sini pemimpin-pemimpin, Menteri ramai daripada Malay College. Ada juga dulu anak Ahli Parlimen, anak Setiausaha Parlimen pun dapat subsidi itu. Jadi, kena cermat sikit. Jadi yang T1, T2, T3 tu super kaya, super rich, ultra rich. Ini billionaire. Jadi saya minta Timbalan, Menteri Kewangan yang pertama mungkin sibuk, yang kedua saya minta beritahu di mahkamah, berapa ramai bilionair-bilionair, harta berbilion dalam Malaysia, siapakah mereka?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Kemudian sektor mana mereka berkuasa? Berapa peratus mereka menguasai ekonomi Malaysia ini?
Adakah mereka bayar cukai? Berapa ramaikah pekerja telah dijana daripada kekayaan mereka? Jadi saya minta bentangkan di Parlimen, tapi tolonglah selamatkan, jangan golongan “T" yang paras 15 itu, jangan dianiaya.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) mempengerusikan Mesyuarat] Kepada Puan Speaker, akhir sekali, ayat yang terakhir. Saya menyokong penyelarasan diesel oleh kerajaan. Saya sokong. Berlakulah Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap, saya berkempen di sana. Saya mempertahankan kerajaan. Kalah parti kerajaan, parti saya kalah.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Jadi, saya sayangkan parti PMX ini. Kalau boleh menang dalam pilihan raya akan datang, tetapi kalau laksanakan RON95, saya bimbang mungkin kita sepenggal sahaja. Jadi, sebenarnya Puan Speaker, orang kaya-kaya ini, dia tidak pakai RON95.
RON97 pun dia tidak pakai. Dia pakai kereta elektrik. Yang kita aniaya golongan ini apa pasal. Demikianlah Puan Speaker. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Sila, Yang Berhormat Jerai.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas ruangan yang diberikan untuk saya menyampaikan ucapan perbahasan Belanjawan 2025 pada Peringkat Dasar pada hari ini. Saya secara peribadi sangat menyokong ucapan Putrajaya tadi dan Pasir Gudang. Tahniah atas menjaga aset negara. Mungkin bagi saya, untuk memberi sedikit pencerahan. Saya beri peluang kepada YB Putrajaya untuk mencelah.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Terima kasih, Jerai. Jerai tahu saya tidak dapat habis tadi. Terima kasih. Saya ambil ruang ini Yang Berhormat Jerai, untuk menjelaskan mesej sebenar yang hendak dijelaskan tadi. Apa yang saya hendak sebutkan tadi bahawa kita kena ingat penjualan MAHB, put a side politics.
Penjualan MAHB 30 peratus pada syarikat asing tidak ada keperluan langsung.
Buatlah analisa macam mana pun tidak ada keperluan langsung. Itu aset strategik negara. Kita yang laburkan bertahun-tahun lamanya, berpuluh-puluh lapangan terbang. Kenapa kita hendak jualkan aset strategik ini. Kita perlu ingat bahawa lokasi Malaysia ini adalah amat strategik dalam peta dunia.
Kita tahu bahawa dalam bulan April, keluar berita. Saya baca. Tiada halangan MMC jual saham MMC Port kata Antony Loke. Itu satu lapangan terbang. Baru bercerita lapangan terbang. Ini cerita tentang pelabuhan. Bercerita tentang
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
pelabuhan. Betul, kita kata 30 peratus, betul kita kata 49 peratus, tetapi apakah halangan kalau berlaku pada masa yang akan datang aset-aset ini bukan lagi menjadi milik kita. Apa yang akan berlaku pada anak, cucu kita. Kami di sebelah pembangkang telah bercakap banya kali. Machang digantung kerana bercakap tentang MAHB, tetapi sebelah sana senyap. Saya menyeru pada semua sebelah sana. Lihatlah. Ketepikan politik, lihat dari sudut aset negara dan apa yang paling penting rakyat Malaysia. Kami di sini telah berusaha...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Kita sudah bahas sepanjang mungkin, tetapi...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Speaker.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
...Untuk rakyat Malaysia, sama- samalah bersuara. Bersuaralah semua. Kita tolak penjualan MAHB. Terima kasih, Jerai.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Speaker, Machang digantung sebab dibawa surat layang.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Okey.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Perbetulkan. Itu tidak betul. Machang digantung selepas kita buat usul beliau membawa surat layang.
Tolong perbetulkan kenyataan itu.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Jelutong, sekejap.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Okey.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sekejap, Yang Berhormat.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Saya akan teruskan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sekejap. Yang Berhormat Jelutong, kalau Yang Berhormat Jelutong bangun atas peraturan berapa?
Sekarang Yang Berhormat bangun tanpa ada peraturan, saya tidak boleh buat keputusan. Okey, sila Yang Berhormat.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya ingin mengucapkan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Speaker, saya bawa- bangun atas peraturan Dewan.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Jerai, saya hendak minta sedikit pencelahan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
36(12).
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Puncak Borneo. Bagi ruang dahulu.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sekejap. Sekejap, Yang Berhormat.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Kawan saya juga itu.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Okey, terima kasih Yang Berhormat Jerai. Tadi...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sekejap, sekejap Yang Berhormat Puncak Borneo. Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker, tadi Timbalan Speaker memang betul apabila merujuk kepada peraturan mesyuarat di mana ia memerlukan saya untuk membangkitkan peraturan mesyuarat ketika saya membuat bantahan. Merujuk kepada perbahasan Yang Berhormat Putrajaya tadi, beliau mengeluarkan...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Peraturan mesyuarat berapa Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
36(12), mengelirukan Dewan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
36?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya, 36(12).
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya, mengelirukan Dewan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Apakah yang mengelirukan Dewan?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kenyataan Yang Berhormat Putrajaya mengatakan Machang digantung. Memang digantung, tetapi beliau digantung kerana beliau telah membawa sepucuk surat layang. Kita telah membuatkan usul dan perkara ini telah dibahaskan dan Dewan telah membuat keputusan. So, kalaupun Putrajaya mengeluarkan kenyataan bahawa Machang digantung, digantung kerana beliau menggunakan surat layang yang tidak ada asasnya, yang tidak tahu siapakah orang yang menulisnya dan sebab itu digantung.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Okey, okey Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sebab itu saya minta perkara itu diperbetulkan. Bukan gantung macam itu sahaja.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Saya ingat...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Persepsi yang diberikan seolah-olah kita menyalah gunakan kuasa.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Saya ingat Tuan Yang di-Pertua boleh...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat, sudah. Saya harap Yang Berhormat Putrajaya dapat perbetulkan. Kerana apa? Kerana kita pun tahu bukanlah berkaitan seperti mana Yang Berhormat sebut. Dia ada asas dia. Saya ingat perkara ini kita jangan panjangkan.
Teruskan Yang Berhormat. Yang Berhormat tinggal 10 minit. Saya tidak hendak sambung ini. Ramai lagi Yang Berhormat yang menunggu.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Ya, okey.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Puncak Borneo minta celahan tadi Yang Berhormat Jerai. Belum habis lagi.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Minta maaf. Ada 10 minit sahaja.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Sedikit sahaja. Saya hendak bagi penting. Ini penting untuk menyokong Putrajaya. Penting. Sekejap. Terima kasih Yang Berhormat Jerai.
Saya amat bersetujulah bahawa kita tidak harus mempolitikkan penjualan saham Malaysia Airport ini kepada orang luar sebab airport dan juga pelabuhan merupakan jambatan kita untuk berhubung dengan negara lain dan dia merupakan salah satu daripada aset dan senjata kita. Pernah berlaku di negara Belgium, Pelabuhan Antwerp dijualkan pada Singapura dan pada suatu ketika Singapura monopoli segala apa di dalam pelabuhan itu...
[Tepuk] Kita harus belajar daripada sejarah. Apa yang baik, kita sokong. Apa yang kurang baik, kita bagi teguran membina. Jadi, saya berharap...
[Tepuk] Agar kita tidak mempolitikkan perkara ini kerana kita harus berkhidmat untuk negara, untuk rakyat kita...
[Tepuk] Kita bersumpah di dalam Dewan ini untuk menegakkan kebenaran dan keutuhan negara kita...
[Tepuk] Jadi, saya apa yang betul, saya sokong. Apa yang baik untuk negara, saya sokong. Terima kasih.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Terima kasih Puncak Borneo. Sepenggal dengan saya, penggal lepas dan saya rasa susah hati kalau saya tidak beri dekat dia.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin merakamkan setinggi tahniah kepada kerajaan atas inisiatif penambahan kuota guru KAFA sebanyak 1,500 orang selaras dengan tuntutan pendidikan fardu ain untuk anak-anak. Tambahan pula, sumbangan khas RM500 juta diberikan sebagai tanda penghargaan yang sangat bermakna.
Namun, seperti yang saya kemukakan dalam penggal yang lalu, terdapat keperluan mendesak untuk mencari solusi tuntas berkenaan dengan penarafan guru KAFA. Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Ampun Tuanku. Juga telah bertitah bahawa Guru KAFA perlu dilatih dengan modul latihan terkini dan metodologi pengajaran yang berkesan termasuk penggunaan teknologi dalam proses pengajaran untuk memastikan keberkesanan pengajian KAFA dalam kemenjadian murid.
Soalan saya, apakah usaha kerajaan untuk memastikan Titah Pemangku Sultan Perlis dapat dipenuhi dengan menyediakan modul latihan dan kaedah pengajaran yang berkesan kepada Guru-guru ini?
Di samping itu, dengan peningkatan kos sara hidup yang semakin membebankan, elaun yang ada kini jelas tidak mencukupi. Sudah tiba masanya Guru KAFA diberikan skim gaji yang setaraf dengan perjawatan tetap dan pencen...
[Tepuk] Seperti yang dinikmati oleh Guru-guru di Kementerian Pendidikan dengan pelbagai kelebihan. Cadangan ini sejajar dengan pengumuman peningkatan kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan yang berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025, nanti. Mungkin ada yang akan menyentuh isu tentang nilai kerja yang tidak sepadan.
Namun pada peringkat awal, pertimbangan untuk memberikan perjawatan tetap dengan peningkatan waktu pengajaran serta penyediaan alat pengajaran yang mencukupi adalah wajar. Nilai elaun yang rendah akan merencatkan semangat mengajar Guru kerana mereka terpaksa mengimbangi komitmen kerja lain di luar.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi yang perlu saya bahaskan di sini mengenai tulisan jawi. Tulisan jawi merupakan simbol dan warisan kebudayaan bangsa Melayu yang telah dipraktikkan sejak awal kurun ke-13 Masihi di Tanah Melayu. Kewujudan dan penemuan Batu Bersurat serta manuskrip-manuskrip Melayu purba membuktikan sejarahnya yang kaya. Oleh itu, adalah wajar diberikan sedikit belanjawan untuk pendidikan jawi.
Saya selalu membangkitkan dalam ucapan yang lalu tentang kepentingan tulisan jawi untuk direformasi dalam kalangan murid di sekolah menengah harian.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Saya difahamkan satu modul akan diguna pakai pada tahun 2027 bagi mengisi kekosongan akibat slot markah Jawi dibuang dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dalam SPM. Sejauh mana pihak kementerian mempunyai komitmen dan beriltizam penuh bagi melihat anak-anak pelajar yang keluar atau berhenti di menengah atas mampu menguasai tulisan jawi, tulisan khazanah bangsa yang cukup berharga?
Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka sekarang telah mengeluarkan ratusan Munsyi Dewan (Jawi) untuk mengembang dan menyebarluaskan tulisan Jawi.
Apakah peranan mereka hanya bertumpu di sekolah-sekolah rendah atau berlegar- legar khusus dalam kalangan murid KAFA semata-mata? Tidakkah kementerian mempunyai hala tuju yang jelas bahawa tulisan Jawi harus dipersadakan dengan lebih luas daripada itu?
Saya cukup berbangga apabila melihat, dalam media sosial, seorang guru bukan Melayu mengajar tulisan Jawi di Sabah. Saya cukup menghargainya dan mengambil kesempatan dalam Dewan ini mengucapkan syabas dan tahniah.
Semoga Cikgu Lorenica Frenila yang mengajar di sebuah sekolah dalam Parlimen Beluran terus maju jaya dalam menyebarkan tulisan Jawi di sana dan memberi contoh terbaik buat guru-guru yang mengajar tulisan Jawi.
Selain itu, KPM, pasca Belanjawan 2024, telah mengeluarkan satu garis panduan untuk Program DLP, Tuan Yang di-Pertua, iaitu dwibahasa, yang mewajibkan mana-mana sekolah yang ingin melaksanakan DLP agar menyediakan sekurang-kurangnya satu kelas untuk mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu. Inilah penting untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Malangnya, terdapat beberapa buah sekolah menengah di sebuah negeri dilaporkan menolak arahan baharu ini atas alasan ia akan mengakibatkan kekeliruan dan menjejaskan psikologi murid. Saya berpandangan bahawa stigma ketakutan terhadap bahasa Melayu perlu dihapuskan terutama di sekolah jenis kebangsaan.
Penggunaan bahasa tidak akan menghilangkan jati diri dan nilai etnik, apatah lagi menjejaskan psikologi murid.
Oleh itu, saya bersetuju dengan pendirian Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) untuk mengekalkan garis panduan tersebut dan menyatakan bahawa tiada sekolah yang akan terkecuali. KPM tidak seharusnya terpengaruh oleh mana-mana sekolah atau persatuan yang beranggapan KPM berada di bawah telunjuk mereka.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Tuan Yang di-Pertua, untuk akhirnya, saya ingin mengutarakan keluh kesah pak tani dengan kesan kenaikan harga barang yang turut dirasai oleh para petani.
Untuk makluman Ahli Dewan, berikut kos untuk satu relung yang perlu ditangani oleh petani. Harga benih yang sah, dulu RM38 hingga RM40, sekarang di kampit benih tertera RM58, dan ada penjual yang menjual RM60. Kenaikan ini begitu mendadak. Upah membajak untuk serelung- RM120. Serelung perlu dibajak tiga kali. Bermakna, kos membajak RM360. Apabila tiba musim menuai atau, lebih popular di Kedah, ambil padi atau musim mengerat, kos mesin menuai atau mesin padi serelung, sebelum kenaikan RM120, dan kini melonjak RM140. Kos pengangkutan dari sawah ke kilang untuk dijual, dulu RM25 satu tan, sekarang turut melonjak ke RM40 satu tan.
Setelah dicampurkan keseluruhan kos mencecah RM1,000 sehingga RM1,200 termasuk upah untuk serelung.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya, BERNAS menetapkan harga belian padi RM1,400 setan sudah berlaku dua atau tiga musim. Pihak pengilang swasta menaikkan harga belian padi sehingga RM1,800 setan. Saya cukup setuju, ia menguntungkan para petani, malah petani bagaikan mendapat durian runtuh dengan harga yang sebegitu.
Namun, panas yang dijangka hingga ke petang, hujan pula di tengah hari.
Tidak lama selepas itu, musim mengerat pun belum berakhir, harga yang ditawarkan RM1,800 tiba-tiba turun sama seperti belian BERNAS RM1,400. Keadaan ini mengecewakan petani yang belum mengambil padi.
Persoalan saya ini pernah saya tujukan kepada Datuk Badrul Hisham bin Mohd., Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan baru-baru ini di Parlimen. Beliau dengan tegas mengatakan harga di bawah kawalan kementerian. Saya ingin merujuk kenyataan ini agar belian padi tidak dimanipulasi bagi keuntungan sepihak. Beliau juga menyatakan, jika dinaikkan RM1,800, pengguna akhir akan terkesan dengan kenaikan barangan lain.
Oleh hal yang demikian, petani telah memberi pulangan RM90 bilion hasil kepada kerajaan di seluruh negara. Adakah reformasi besar-besaran, antaranya memberi pendapatan kepada petani, patut difikirkan?
Saya mengalu-alukan kenaikan subsidi sebanyak RM500 per tan. Namun, tidak begitu banyak membantu petani disebabkan pemutuan harga dan serangan penyakit yang menyebabkan petani, seperti rutin biasanya, terpaksa buat kerja luar bagi menampung sesuap nasi keluarganya. Apakah usaha pihak kementerian bagi menarik anak muda untuk menguruskan sawah padi yang lebih efisien? Kerana
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
mereka lebih suka bekerja di luar daripada bidang petani. Sekian, Tuan Yang di- Pertua, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Sila, Yang Berhormat Tanjong Piai.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Terima kasih Dato’ yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut berbahas dalam peringkat dasar RUU Perbekalan 2025.
Dato’ Yang di-Pertua, menerusi pembentangan Belanjawan 2023 pada Oktober 2022, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada ketika itu telah mengumumkan penaik taraf Hospital Pontian yang telah berusia satu abad dengan kos RM150 juta bagi pembinaan tambahan dua- blok empat tingkat yang memberikan tambahan 150 katil.
Pengumuman susulan juga telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor ketika pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 peringkat negeri Johor yang dilancarkan di Dataran Majlis Perbandaran Pontian, di mana kos awalan sebanyak RM500,000 untuk reka bentuk dan sebagainya yang telah dibelanjakan.
Namun begitu, sudah dua tahun berlalu, masih belum kelihatan sebarang kerja-kerja fizikal di tapak dan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penduduk tempatan mengenai projek tersebut sehingga ada pihak yang mendakwa projek tersebut dibatalkan kerana tidak termasuk di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, Sebelas dan Kedua Belas.
Pertanyaan saya ialah, apakah status terbaharu menaiktarafkan hospital berkenaan? Apakah kelewatan pembinaannya disebabkan tiada permohonan daripada pentadbiran daerah? Saya menyeru kepada pihak kementerian untuk menyegerakan projek tersebut yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat Pontian yang mendambakan akses kesihatan yang terbaik seperti dalam daerah lain.
Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh berkenaan pengurusan jabatan atau agensi kerajaan yang secara asasnya mengikut persempadanan daerah dan diikuti dengan persempadanan politik bagi tujuan pengurusan yang efektif. Dalam kes yang membabitkan Kampung Ulu Pulai yang terletak dalam daerah Pontian, sebelum PRU ke-15, kampung ini diletakkan di bawah Parlimen Gelang Patah sebelum persempadanan semula kawasan pilihan raya yang telah memasukkan kampung ini ke Parlimen Tanjong Piai. Apa yang merumitkan
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
situasi sekarang ialah, biarpun kampung ini diletakkan di bawah Parlimen Tanjong Piai, namun segala urusan pentadbiran jabatan dan agensi terletak di bawah daerah Johor Baharu yang akhirnya menimbulkan pelbagai masalah berkaitan pengurusan daerah.
Sebagai contoh, apabila sebarang isu dibawa ke dalam mesyuarat tindakan daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah, tiada maklum balas segera atau spontan boleh diberikan oleh para pegawai jabatan atau agensi yang hadir atas alasan ia di luar kawasan pentadbiran mereka. Situasi ini ternyata menyukarkan semua pihak sehingga menyebabkan sesuatu masalah atau isu mengambil masa yang agak lama dan panjang untuk diselesaikan kerana diselia tadbir oleh jabatan atau agensi yang berada di daerah lain, sedangkan dalam kes ini, ia adalah Daerah Johor Bahru.
Justeru, saya memohon agar dilakukan pembetulan atau penyusunan semula terhadap pengurusan jabatan atau agensi kerajaan dengan mengikut persempadanan daerah yang sepatutnya.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Dalam kes ini, sepatutnya semua masalah atau isu berbangkit di kawasan Kampung Ulu Pulai hendaklah dipertanggungjawabkan di atas jabatan atau agensi yang berada di Daerah Pontian dan bukan diurus oleh mereka yang berada di Daerah Johor Bahru. Saya mohon Yang Berhormat Menteri berkaitan untuk melihat serta menghalusi kes ini demi kebaikan semua pihak.
Dato’ Yang di-Pertua, selain daripada itu, saya juga ingin sentuh sedikit sebanyak dengan lambakan warga asing di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur.
Sekali lagi, saya tetap ingin membangkitkan perihal berkaitan isu ini kerana peniaga ataupun warga asing di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur bagi mendapatkan jawapan susulan yang boleh menyelesaikan masalah dari Yang Berhormat Menteri.
Saya akui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mempunyai bidang kuasa yang terhad dalam perkara dan untuk mengambil tindakan terhadap warga asing ini memerlukan peruntukan undang-undang di bawah bidang kuasa Jabatan Imigresen Malaysia dan juga Majlis Keselamatan Negara.
Saya telah membangkit isu ini di Kamar Khas pada 15 Julai 2024, sidang Dewan yang lepas. Yang Berhormat Menteri telah memaklumkan bahawa KL Strike Force telah merangkumi pelbagai agensi, termasuklah JIM dan MKN telah ditubuhkan bagi menangani isu-isu yang melibatkan keselamatan, melibatkan isu lambakan peniaga jalanan, penjaja, peniaga kecil, pengemis dan lain-lain dan apa- apa isu semasa yang mengancam keselamatan dan ketenteraman awam di Wilayah
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Persekutuan, terutamanya yang disebabkan oleh warga asing. Saya telah dimaklumkan bahawa operasi dan sitaan telah dijalankan oleh pihak penguat kuasa, tetapi situasi yang sama berlaku iaitu peniaga warga asing masih kembali berniaga di situ pada keesokan hari.
Justeru itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kementerian. Sejak KL Strike Force ini ditubuhkan, berapakah jumlah populasi atau tangkapan warga asing ini telah dilakukan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur? Sehingga berapa lama lagikah kita akan dapat menyaksikan perubahan yang lebih baik dengan pengurangan warga asing yang berniaga di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur?
Warga asing memang tidak dibenarkan untuk berniaga. Isu lambakan peniaga warga asing ini bukan mudah untuk diselesaikan. Maka, dengan penubuhan KL Strike Force ini, apakah bidang kuasa yang diletakkan kepadanya dan apakah bentuk penambahbaikan yang dicadangkan oleh kementerian menerusi Belanjawan 2025 bagi memperkasakannya sebagai satu unit yang ditakuti di Wilayah Persekutuan?
Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya untuk membahaskan isu penggabungan MATRADE dan Halal Development Corporation (HDC). HDC telah memainkan peranan penting dalam membangunkan ekosistem halal Malaysia. Kejayaan HDC telah mengharumkan nama negara Malaysia. Penggabungan yang dicadangkan dengan MATRADE hanya akan memburukkan situasi ini. Sebagai sebuah organisasi penting dan menerajui industri halal global, HDC seharusnya diberikan kestabilan dalam pentadbiran dan perlu diperkukuhkan kedudukannya dan diperkasakan dengan di pertimbangkan untuk dijadikan sebagai sebuah agensi yang berdaya saing dan diletakkan di bawah JPM.
Sijil halal oleh JAKIM tidak lagi terhad kepada pengguna Muslim sahaja. Ia telah menjadi tanda kualiti yang dikenali di peringkat antarabangsa. Pengeluar dari seluruh dunia berusaha mendapatkan Sijil Halal Malaysia kerana kredibiliti yang ia bawa. Kekerapan perubahan pentadbiran HDC boleh menjejaskan kepercayaan yang diletakkan oleh pihak industri, terutamanya syarikat-syarikat multinasional terhadap kestabilan dan kebolehpercayaan Malaysia dalam urusan pensijilan halal.
Walaupun terdapat logik dalam cadangan untuk menggabungkan HDC dengan MATRADE bagi mengelakkan pertindihan tugas, gabungan ini sebenarnya boleh membawa kepada peningkatan birokrasi dalam sijil- pensijilan halal. Sebagai contoh, HDC kini sedang melangkah ke hadapan dalam pembangunan peranti perubatan halal dan memperkukuh sektor farmaseutikal halal di peringkat global.
Penggabungan ini berisiko memperlambat inovasi ini dengan menambah prosedur yang tidak perlu, menjadikan Malaysia kurang cekap dalam
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
mengadaptasikan keperluan industri. Jadi, jika HDC digabungkan dengan MATRADE, peranan strategi HDC dalam mengkoordinasi pelbagai aspek ekosistem halal daripada pembangunan industri hingga diplomasi halal boleh tergugat. Untuk Malaysia kekal sebagai peneraju dalam industri halal global, ia memerlukan entiti khusus yang boleh bertindak pantas dan inovatif tanpa perlu menunggu proses birokrasi yang panjang. Penggabungan boleh mengakibatkan kehilangan momentum dalam sektor-sektor baharu yang sedang berkembang pesat seperti peranti perubatan halal.
Berdasarkan input dari syarikat-syarikat multinasional yang beroperasi di Malaysia, mereka melihat nilai dalam keberadaan HDC sebagai satu entiti yang berdedikasi dalam sektor halal. Menggabungkannya dengan MATRADE boleh dilihat sebagai langkah ke belakang dan usaha Malaysia memperkukuhkan imej sebagai pemimpin dalam ekonomi halal.
Oleh itu saya mencadangkan agar HDC diletakkan secara langsung di bawah JPM bagi memperkemaskan peranan HDC bahagian halal atau JAKIM, sesuai dengan semangat peranan yang telah digariskan oleh MKI supaya dapat terus fokus kepada pemerkasaan ekosistem para eksport halal serta memastikan pelaksanaan Pelan Induk Industri Halal 2030 tidak terjejas. Saya, ataupun semoga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dapat mempertimbangkan cadangan ini dalam konteks ekonomi dan kecekapan demi masa depan industri halal Malaysia yang lebih dinamik dan kompetitif.
Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh sikit berkaitan dengan kemiskinan bandar. Saya ingin menarik perhatian kepada satu isu yang semakin mendesak iaitu kemiskinan bandar seperti yang dilaporkan dalam Laporan Keadaan Isi Rumah 2024. Isi Rumah dan Pandemik 2019-2022 terbitan Institut Penyelidikan Khazanah. Laporan ini menunjukkan bahawa kemiskinan mutlak telah meningkat kepada 4.5 peratus menjelang 2022 berbanding 3.8 peratus pada 2019. Peningkatan ini bukti nyata bahawa kehidupan di bandar, khususnya untuk golongan berpendapatan rendah menjadi semakin mencabar dan tidak seperti yang digambarkan selama ini.
Kuala Lumpur mencatatkan peningkatan isi rumah miskin tertinggi dengan 6,774 isi rumah berada dalam kategori miskin. Diikuti oleh Kuala Muda, Kedah - 5,229 dan Kota Kinabalu, Sabah - 5,117. Status ini mencerminkan realiti pahit bahawa kos sara hidup di bandar lebih tinggi dan membebankan, khususnya bagi kumpulan B40 yang berpendapatan rendah. Walaupun purata kos sara hidup bulanan bagi keluarga empat orang dianggarkan RM9,000 ramai yang masih tidak
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
mampu memenuhi keperluan asas mereka dengan gaji bulanan yang kurang daripada RM4,000. Apatah lagi ada di kalangan mereka yang menerima gaji di bawah kadar gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan pada RM1,500 sebulan.
Saya menyambut baik langkah kerajaan dalam penambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk membantu golongan ini. Namun, langkah-langkah ini hanyalah menyelesaikan jangka masa pendek. Persoalan yang lebih penting ialah, apakah pendekatan strategik dan holistik yang dapat dilaksanakan untuk menyelesaikan isu kemiskinan bandar ini secara menyeluruh?
Golongan miskin bandar tidak hanya diukur dari hanya segi pendapatan, tetapi juga daripada segi akses kepada peluang ekonomi yang lebih luas. Mereka sering kali tersepit dengan beban kos perbelanjaan yang semakin tinggi. Di mana hampir setiap keperluan hidup memerlukan wang, daripada perumahan, pengangkutan hingga keperluan asas seperti makanan. Tidak seperti di luar bandar, mereka masih mampu atau masih mempunyai ruang untuk menanam makanan sendiri atau mengurangkan kos perbelanjaan melalui kaedah alternatif.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Kehidupan mereka juga dibatasi oleh faktor-faktor seperti perumahan yang kecil dan sesak. Yang memburukkan lagi kualiti hidup sebagai contoh, ibu bapa miskin bandar terpaksa menanggung pengangkutan untuk menghantar anak ke sekolah kerana jarak yang jauh menambahkan lagi tekanan ekonomi kepada keluarga mereka.
Kita tidak boleh hanya bergantung pada inisiatif kerajaan sahaja. Syarikat mega juga mempunyai peranan yang besar dalam menyumbang kepada penyelesaian masalah ini. Mereka boleh memperkenalkan program-program tanggungjawab sosial koperasi SR yang lebih efektif dalam menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik, meningkatkan kemahiran tenaga kerja serta membangunkan infrastruktur yang mampu menurunkan kos hidup di bandar.
Melalui ekonomi MADANI, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif seperti Program Pembasmian Kemiskinan Tegar yang diterajui Kementerian Ekonomi dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU). Jabatan Perdana Menteri salah satu pendekatan utama untuk diketengahkan ialah pengumpulan data yang bersasar melalui Sistem Pangkalan Data Utama (PADU). Namun, sejauh manakah sistem ini telah dioptimumkan?
Saya pernah mencadangkan di Dewan yang mulia ini pada sesi Perbahasan Belanjawan yang lepas supaya kerajaan menyediakan satu platform untuk golongan muda yang baru memulakan kerjaya di bandar untuk mendaftar dan menerima
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
bantuan asas. Dalam tempoh 12 bulan pertama, bantuan ini tidak seharusnya terhad kepada STR sahaja, tetapi harus merangkumi pelbagai aspek kesejahteraan hidup di bandar.
Jadi, masa dah sampai, itu saja. Sekian, terima kasih. Saya menyokong RUU Perbekalan 2025. Sekian, terima kasih.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Piai. Seterusnya, Yang Berhormat Padang Rengas.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua dia atas peluang yang diberikan kepada Padang Rengas untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat dasar Belanjawan 2025 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan pada 18 Oktober lalu.
Salah satu perkara utama yang menjadi tarikan dan bualan terkini adalah berkenaan kenaikan had gaji minimum. Kenaikan had gaji minimum bukan sahaja menjadi harapan rakyat, tetapi juga suatu keperluan untuk memastikan mereka dapat hidup dengan lebih baik dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat. Tidak dinafikan, saya menyokong atas usaha ini dan ini semestinya bagi memastikan rakyat dapat menampung kos sara hidup yang agak membebankan pada masa kini.
Dengan gaji yang mencukupi, tidak disangkal lagi rakyat akan dapat hidup dengan lebih selesa dan berperanan aktif dalam memulihkan ekonomi negara.
Menurut kajian, dengan peningkatan inflasi dan harga barangan, gaji minimum semasa sudah tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan asas rakyat. Hal ini juga akan memberi kesan positif kepada ekonomi negara di mana peningkatan pendapatan akan meningkatkan kuasa beli dan merangsang permintaan dalam pasaran.
Namun, jangan dipandang perkara ini hanya sebelah mata- ‘membagi sama adil, memotong sama panjang.’ Kita juga perlu mempertimbangkan kesan kepada majikan terutamanya dalam sektor Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang pastinya akan terkesan. Kenaikan dari RM1,500 ke RM1,700 mempamerkan kenaikan kos berjumlah hampir RM250 sebenarnya untuk setiap pekerja setelah ditambah dengan caruman KWSP, SOCSO, HRP dan HRDF. Ini amat menekan pihak majikan dan mungkin mengakibatkan pengurangan yakni pemberhentian
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
pekerja untuk kurangkan kos operasi. Akhirnya, menyebabkan peningkatan kadar pengangguran.
Oleh yang demikian, adalah penting untuk kita mencari jalan penyelesaian yang seimbang. Pada pandangan saya, penyelesaian yang boleh diambil kira adalah termasuk pemberian insentif kepada majikan yang mematuhi kadar gaji minimum ini atau bantuan berupa geran kepada majikan terutamanya PMKS. Selain itu, Program Subsidi Upah juga boleh dijadikan suatu inisiatif seperti mana yang dilaksanakan ketika zaman pemerintahan Perikatan Nasional dahulu.
Bagi pengusaha-pengusaha stesen minyak pula, saya cadangkan kenaikan komisen bagi menampung peningkatan kos operasi seperti mana yang dimohon oleh Petrol Dealers Association of Malaysia (PDAM) yakni penstrukturan semula komisen minyak seperti yang dibangkitkan oleh Pulai semalam. Ini adalah bagi memberi ruang kepada majikan untuk menyelesaikan diri dengan perubahan kadar gaji minimum ini.
Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya berkenaan kos sara hidup yang tinggi telah menjadi isu yang membebankan rakyat terutamanya selepas pandemik COVID-19 yang lalu. Kos sara hidup telah meningkat dengan mendadak berdasarkan peratusan yang diumumkan baru-baru ini. Kadar inflasi dikatakan menurun, tetapi rakyat di bawah sana masih menanggung beban kos sara hidup yang tinggi. Ditambah lagi, baharu ini turut disebutkan bahawa subsidi telur juga akan ditarik.
Penyasaran subsidi minyak, peningkatan kadar gaji dan cukai serta takrif utiliti adalah antara faktor utama kenaikan harga barang. Impak daripada bebanan kos sara hidup ini sangat jelas. Golongan berpendapatan rendah dan sederhana terpaksa berhemat dan membuat pilihan sukar dalam perbelanjaan harian mereka.
Perlu mengikat perut, membawa bekal ke tempat kerja, kadangkala menjamah makanan hanya sekali sehari.
Ogos lalu, terdapat laporan di Utusan Malaysia, dua beranak ditemukan mati manakala seorang lagi tidak bermaya dipercayai kelaparan selepas beberapa hari tidak kelihatan keluar dari rumah mereka di Taman Indah, Sungai Abong, Johor. Ini jelas menunjukkan peningkatan jumlah golongan yang hidup dalam kemiskinan dan ini memberi kesan negatif kepada kualiti hidup serta kesihatan mental mereka.
Jika kita boleh kaitkan dengan situasi kenaikan gaji dari RM1,500 ke RM1,700, dengan penambahan RM200 pada gaji minimum sepertinya tiada perubahan pada kuasa membeli para pengguna sekiranya kerajaan menyasarkan untuk menarik lebih banyak subsidi pada masa yang akan datang. Kita mahu kenaikan gaji minimum ini memberi kesan positif kepada ekonomi negara dan rakyat.
Biar rakyat merasa adanya duit tambahan.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Untuk menangani kos sara hidup ini, saya mencadangkan ditunda terlebih dahulu penarikan subsidi yang dirancang malah meningkatkan lagi subsidi bagi barangan keperluan asas dan utiliti, bukan menarik semula subsidi yang telah diberikan. Keduanya adalah dengan mengawal harga barangan asas. Di sini, kita dapat lihat di dalam Belanjawan 2025 di mana terdapat pengapungan harga ayam tanpa peningkatan harga yang ketara.
Pada sudut pandangan yang berbeza, harga ayam boleh naik secara mendadak atas permintaan dan penawaran. Tanpa kawalan yang ketat, pasti ada pihak yang cuba memanipulasikan perkara ini dengan meningkatkan harga secara tidak wajar rentetan permintaan yang tinggi. Pengeluaran tempatan, sejumlah RM300 juta diperuntukkan untuk keterjaminan makanan adalah satu usaha yang amat baik. Ini adalah bagi mendorong pengeluaran tempatan untuk mengurang kebergantungan kepada import yang sering kali membawa kepada harga yang lebih tinggi.
Soalan saya, bagaimana keberkesanan projek bawang SADC di Perak dapat dinilai dalam jangka masa panjang. Secara keseluruhan, walaupun pengapungan harga bertujuan untuk mengawal bekalan, implikasi jangka panjang mungkin mencetuskan masalah yang lebih besar dalam ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya saya amat tertarik untuk membahas berkenaan penyasaran subsidi yang bakal diperluaskan kepada minyak petrol RON95. Ini bakal menjejaskan pelbagai aspek dalam sudut ekonomi negara terutamanya kepada pengusaha stesen minyak yang sudah melalui pelbagai cabaran termasuk kesan pelaksanaan SKDS 2.0 pada pertengahan tahun 2024 yang lalu.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Dari sudut pengusaha stesen minyak beberapa elemen yang penting perlu dihuraikan. Pertama masalah aliran tunai dan pertambahan modal sekiranya kaedah harga dua peringkat, two-tier pricing dilaksanakan. Ini bermakna para pengusaha harus membeli minyak RON95 pada harga penuh tanpa subsidi.
Walau bagaimanapun, sekitar lapan puluh lima peratus pengguna selain T15 bakal menikmati harga jualan bersubsidi yang jauh lebih murah yang bakal menyebabkan kutipan jualan di stesen tidak mampu menampung harga minyak yang dibeli pada harga penuh. Pengusaha terpaksa menanggung perbezaan tersebut sehingga satu hingga dua hari berikutnya untuk dibayar kembali. Ini akan mengakibatkan masalah aliran tunai dan melibatkan pertambahan modal yang besar bergantung kepada jualan di setiap stesen.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Kedua akan berlaku peningkatan kos tambahan melalui kaedah harga dua peringkat ini juga para pengusaha bakal dibebankan dengan kos perkhidmatan oleh syarikat minyak untuk menguruskan pembayaran balik subsidi. Selain itu kos penyejatan juga akan meningkat selari dengan pembelian minyak RON95 pada harga yang lebih mahal. Kos-kos tersebut bakal menghakis pendapatan pengusaha yang bergantung harap kepada margin pengusaha dalam struktur APM yang belum disemak semula sejak Januari 2019.
Rentetan maklumat di atas saya amat bersetuju dengan saranan pengusaha- pengusaha stesen minyak untuk memberikan subsidi secara terus kepada penerima seperti yang telah dipraktikkan dalam program BUDI MADANI kepada pemilik kenderaan diesel individu yang berkelayakan. Ini akan menjimatkan kos-kos perkhidmatan, kos pembelian alatan, kos pembangunan perisian dan masa yang diambil untuk setiap transaksi jika semua 4,500 buah stesen minyak di seluruh negara.
Selain itu perlu diadakan perbincangan antara pihak pengusaha stesen minyak (PDAM) dengan Kementerian Ekonomi. Merujuk kepada artikel di media sosial, PDAM mendakwa kementerian Ekonomi belum pernah mengadakan pertemuan dengan pengusaha stesen minyak untuk membincangkan pelaksanaan penyasaran subsidi RON95. Sebagai antara pemegang taruh utama, saya merasakan pertemuan dengan PDAM patut disegerakan bagi memastikan kepentingan pelbagai pihak diambil kira sebelum kata putus dibuat.
Dato’ Yang di-Pertua, isu keempat yang ingin saya ketengahkan adalah isu berkaitan maritim dan pengangkutan laut. Industri perkapalan negara menjadi mod pengangkutan utama bagi 85 hingga 90 peratus penghantaran barangan serta kargo negara. Kapal-kapal offshore support vessel, dengan izin, memainkan peranan yang kritikal di dalam industri minyak dan gas negara.
Belanjawan 2025 tidak menampakkan suatu inisiatif yang spesifik untuk industri perkapalan serta maritim kecuali bagi aset kapal APMM. Memang ada dana yang mungkin terpaksa dikongsi bersama industri-industri lain. Contohnya bagi Bank Pembangunan, tetapi disebabkan ketidakfahaman pihak tertentu tentang industri perkapalan antarabangsa termasuk industri logistik marin bagi minyak dan gas, maka besar kemungkinan dana ini tidak akan sampai kepada pemegang taruh yang benar-benar memerlukannya.
Di samping itu dana latihan untuk pembangunan modal insan bagi industri maritim yang merupakan pensijilan profesional antarabangsa juga tidak kelihatan dalam Belanjawan kali ini kalau dibandingkan dengan belanjawan yang lepas.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Latihan upskilling atau naik taraf para profesional maritim ini amat perlu bagi mengurangkan bilangan pelaut asing yang terpaksa dibawa masuk bagi mengoperasi kapal-kapal dagang negara. Ini juga mungkin akan memberi kesan kepada kedaulatan negara terutamanya bagi kapal-kapal negara yang beroperasi di kawasan laut bertindih seperti di Laut China Selatan. Harap dana Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi latihan TVET akan dapat memperincikan jumlah yang dikenal pasti dengan jelas bagi menaiktarafkan para profesional maritim ini.
Rentetan hal berkenaan diharap Menteri berkaitan dapat menjelaskan dengan telus mengapa dana RM10 juta yang telah disediakan di dalam Belanjawan 2024 yang lepas tidak dapat diakses oleh para profesional maritim tempatan yang benar-benar memerlukannya. Dato’ Yang di-Pertua, sebelum saya terlupa di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah memberikan peruntukan untuk kerja membaik pulih infrastruktur bumbung dan pendawaian bagi bangunan utama Klinik Kesihatan Sauk yang sedia ada. Alhamdulillah kerja-kerja membaik pulih ini telah siap sepenuhnya.
Namun demikian pihak klinik masih menghadapi kekangan menampung kapasiti pengunjung yang ramai disebabkan oleh blok bangunan yang kecil dan terhad. Klinik Sauk merupakan satu-satunya klinik kesihatan yang beroperasi di DUN Chenderoh. Ia yang merupakan lokasi tumpuan. Buat masa sekarang pihak klinik terpaksa menggunakan dua buah kabin kontena yang disumbangkan oleh YB ADUN Chenderoh sekarang bagi mengurangkan masalah kesesakan ini. Mohon jasa baik pihak Kementerian Kesihatan mengambil tindakan dan memperuntukkan dana bagi pembinaan blok bangunan dan kuarters tambahan yang baharu memandangkan klinik kesihatan ini mempunyai tambahan- mempunyai kawasan tanah kosong yang luas untuk menampung pembinaan bangunan baharu.
Dato’ Yang di-Pertua, isu seterusnya yang ingin saya bangkitkan ialah isu banjir di kawasan Padang Rengas. Pada tahun ini sahaja sudah empat kali berlaku banjir kilat yang telah melanda kawasan hotspot yang sama pada setiap kali hujan lebat turun tanpa henti. Dalam jangka masa dua hingga tiga jam sahaja, kejadian banjir ini telah menyebabkan lebih dua- tiga ratus buah rumah terkesan meliputi kawasan DUN Lubok Merbau di sekitar Sungai Kangsar dan Sungai Papan manakala di sekitar Sungai Chempias dan Sungai Temur di dalam DUN Chenderoh.
Penyelenggaraan yakni membersihkan, mendalam dan melebarkan sungai-sungai ini serta parit dan longkang di kawasan sekitarnya mestilah dilakukan bagi mengelak
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
kejadian banjir kilat ini berlaku lagi. Saya amat berharap perkara ini mendapat perhatian yang serius pihak kementerian yang bertanggungjawab.
Peruntukan jumlah lebih RM150 juta disediakan untuk kerja-kerja pembersihan longkang dan parit. Persoalan saya, bagaimanakah peruntukan berkenaan akan diagihkan mengikut keperluan kawasan? Apakah jaminan peruntukan ini akan sampai ke setiap kawasan? Saya benar berharap agar peruntukan ini dapat diagihkan ke kawasan yang berkeperluan tinggi khususnya di kawasan Padang Rengas kerana bencana ini berulang kali berlaku setiap tahun.
Saya juga mohon ditambah sistem penggera amaran banjir di kawasan Parlimen Padang Rengas kerana acap kali banjir kilat ini berlaku pada waktu malam yang mana penduduk sedang nyenyak tidur dan tak sempat untuk selamatkan barangan berharga serta dokumen penting. Bantuan khas juga perlu dipertimbangkan untuk mangsa-mangsa banjir yang mana mereka mengalami kerugian tinggi akibat musnahnya barangan elektrik, peralatan serta kerosakan rumah setiap kali berlakunya banjir.
Dato’ Yang di-Pertua, saya minta masa sikit.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Dah lebih dah ini.
Seminit boleh?
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Satu sahaja.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Okey. Teruskan.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Dato’ Yang di-Pertua, setelah menerusi belanjawan yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Jumaat lalu, salah satu peruntukan yang saya kira tidak di-highlight adalah berkenaan peruntukan penyelenggaraan fasiliti Keretapi Tanah Melayu. Salah satunya termasuk menaik taraf kemudahan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) di stesen-stesen KTM.
Seperti yang kita sedia maklum KTM adalah salah satu pengangkutan awam utama di Malaysia. Namun kekurangan kemudahan untuk OKU menimbulkan kebimbangan mengenai akses...
[Tidak jelas] ....lintas dan keadilan dalam perkhidmatan awam. Isu ini telah saya bangkitkan tahun lalu susulan aduan daripada penduduk setempat. Saya telah mendapat maklum daripada pihak Kementerian Pengangkutan bahawa akan dilakukan pada Disember 2023, tetapi sehingga kini masih tiada sebarang tindakan.
Kemudahan lif yang tidak disediakan di bangunan Stesen KTM Padang Rengas bukan hanya memberi kesan kepada OKU yang berkerusi roda, malah turut
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
menjadi beban buat ibu bapa yang menggendong anak, ibu mengandung serta warga emas.
Ingin saya bangkitkan juga baru-baru ini terdapat aduan rakyat berkenaan hujan yang dijangka berlanjutan sehingga Februari 2025. Mohon diadakan juga kemudahan bumbung di tapak parkir motosikal untuk kemudahan dan keselesaan bersama.
Dato Yang di-Pertua, sebagai kesimpulan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup dan keperluan untuk kenaikan gaji minimum kita memerlukan komitmen dan tindakan segera daripada kerajaan.
Belanjawan 2025 harus mencerminkan keperluan rakyat dan memastikan kesejahteraan mereka diutamakan. Kita tidak boleh membiarkan rakyat terus menderita akibat kos sara hidup yang tinggi dan kemudahan yang diberikan hendaklah adil di mana meletakkan sesuatu pada tempatnya. Dengan usaha bersama, saya percaya kita dapat membina masa depan yang lebih baik dan lebih sejahtera untuk semua. Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Seterusnya Yang Berhormat Puncak Borneo, 15 minit.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Selamat petang dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan MADANI dan Yang Amat Berhormat Tambun atas pembentangan Belanjawan 2025 baru-baru ini.
Saya puji dan hormat hasrat dan cita-cita Yang Amat Berhormat Tambun serta Kerajaan MADANI untuk berusaha untuk mengelak pembaziran dan ketirisan dengan gigih. Lantas, tidak membiarkan rakyat menderita akibat daripada kekurangan serta kekangan yang ada. Saya puji segala pencapaian positif yang telah dicapai. Malah, saya melihat belanjawan kali ini akan memberi penekanan terhadap dua pemulihan ekonomi, menguasai aspek inovasi dan memastikan pengagihan kekayaan yang lebih adil dan saksama.
Angka pengangguran setakat Ogos 2024 menurun kepada 3.2 peratus.
Kadar ini terendah sejak Januari 2022. Saya bangga dengan pencapaian ini. Namun, saya suka ingatkan bahawa angka-angka ini belum lagi diterjemahkan di peringkat akar umbi. Baru-baru ini, jawatan 2,000 pengambilan khas guru di Sarawak, 15,000 permohonan dibuat. Ini baharu satu daripada sektor, belum kira sektor lain lagi. Ini
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
bermakna masih ramai lagi yang menganggur dan tiada pekerjaan. Natijahnya, rakyat masih dibelenggu dengan kos sara hidup yang terlampau tinggi. Maka dengan itu, saya menyeru kepada semua lapisan masyarakat supaya kita harus berganding bahu untuk terus bekerja dan terus berusaha gigih untuk menterjemahkan pencapaian ini kepada kemakmuran negara kita.
Yang di-Pertua, Speaker, saya sokong langkah-langkah tegas dan berperingkat yang telah diambil oleh kerajaan bagi mengurangkan kadar defisit secara konsisten iaitu daripada 5.5 peratus pada tahun 2022 kepada lima peratus tahun 2023 dan seterusnya anggaran 4.3 peratus 2024, unjuran 3.8 peratus pada 2025. Langkah tegas ini amat dibanggakan. Namun, saya sangkal kenyataan mengatakan maha kaya harus terus kaya dan yang miskin terus miskin. Apakah salahnya rakyat Malaysia kaya kalau mereka kaya atas usaha gigih dan cara yang halal? Apakah salahnya mereka ini? Mereka ditekan.
Pada saya dan semua masyarakat, kita tahu bahawa poverty is a choice, not a destiny, dengan izin. Saya setuju kalau yang maha kaya ini menjadi kaya kerana mendapat hasil haram dan rasuah, patut mereka ini dihukum, tetapi kalau mereka kaya kerana kegigihan, usaha dan- usaha mereka, kerajaan patut facilitate mereka supaya mereka dapat menjana banyak lagi pendapatan kepada negara.
Di Malaysia, kumpulan yang membayar cukai paling banyak adalah golongan yang berpendapatan tinggi di mana golongan korporat juga. Menurut laporan Malaysia Distribution of Tax Paid by Individual 2022, T15 sahaja membayar 80 peratus cukai, T10 membayar 70 peratus cukai dan T5 membayar 50 peratus cukai dan T1 membayar 20 peratus cukai.
Yang di-Pertua, negara kita harus mengambil iktibar daripada sejarah Negara China di mana suatu ketika dahulu Kerajaan China mengadakan gerakan revolusi menyasarkan golongan kaya atau elit dengan tujuan untuk mengagih semula kekayaan dan mengurangkan kuasa golongan tersebut di mana langkah-langkah seperti Land Reform Movement 1947-1952, the Great Leap Forward 1958-1962, the Cultural Revolution 1966-1976 dan Reform Era and Wealth Gap Concern post-1978, dengan izin, telah menyebabkan banyak golongan kaya dan tuan tanah kehilangan harta benda, kekayaan dan status sosial mereka hilang.
Akhirnya, polisi ini menyebabkan gangguan ekonomi yang meluas dan kebuluran yang dahsyat. Harta persendirian dirampas dan aset peribadi dimusnahkan dan diambil oleh kerajaan dan juga cukai juga tinggi pada ketika itu di negara China. Akhirnya, masyarakat negara China hilang motivasi untuk berusaha dan membangunkan negara kerana mereka pada ketika itu berpandangan tiada
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
guna mereka berusaha. Walaupun mereka menjadi kaya, mereka akan terus diseksa oleh kerajaan.
Dalam perkara ini, kita harus berhati-hati. Baru-baru ini, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ramai jutawan China telah memilih untuk berpindah ke luar negara. Menurut Global Wealth Migration 2024, dianggarkan sekitar 25,000 jutawan dari China telah berpindah ke negara luar dalam tempoh dua tahun. Pada tahun 2024 sahaja, kira-kira 15,200 jutawan dijangka akan keluar daripada negara China dan itulah yang kita takutkan. Jadi, saya berharap kita harus berhati-hati dengan dasar kerajaan kita supaya tidak menekan, tidak mencekik golongan kaya yang menjana pendapatan dan membuka ruang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan supaya kita tidak mengucar-ngacirkan suasana ekonomi dan kemakmuran negara kita.
Yang di-Pertua, Speaker, negara ini dilahirkan atas kesefahaman dan kemurnian hati kepimpinan Wilayah Sarawak dan Sabah dan Singapura ketika itu.
Asas pertubuhan kita adalah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Namun, perjanjian ini telah dirobek, dinodai dan dimungkiri oleh pemimpin Malaya sebelum ini. Sudah sampai masanya MA63 ini ditunaikan dan jangan ada pihak yang terus lantang untuk menidakkan hak Sabah dan Sarawak. Asas penubuhan Malaysia ini adalah “Bersekutu Bertambah Mutu”, bukannya bersekutu dan semua kamu sapu...
[Tepuk] Kerusi Parlimen kamu sapu, jawatan KSU kamu sapu, jawatan tinggi perkhidmatan kamu sapu, jawatan tinggi GLC, GLIC kamu sapu, peruntukan tajaan Program Pendidikan MARA kamu sapu, jawatan guru khas Sarawak pun kamu nak turut sapu juga. Semua benda kamu nak sapu. Di mana kesaksamaan, keadilan dan prinsip equal rights yang kita sama-sama persetujui semasa pembentukan Malaysia?
Saya ingin tegaskan Akta Malaysia 1963- The Malaysia Act 1963 merupakan Akta Parlimen di United Kingdom. Ini bukan agreement yang main-main. Ia diluluskan pada 31 Julai 1963 dan berkuat kuasa pada 16 September 1963. Ini merupakan peruntukan bagi Persekutuan Borneo Utara, Sarawak dan Singapura dan negeri-negeri sedia ada dalam Persekutuan Tanah Melayu untuk bergabung untuk menubuhkan Persekutuan Malaysia ini. Jadi, saya minta jangan ada mana-mana profesor daripada Malaya yang buta sejarah, yang cuba merobek dan menidakkan hak kami dari Wilayah Sabah dan Sarawak.
Pemimpin Malaya sebelum ini terbukti tidak jujur, tidak menghormati perjanjian MA63. Poin 14 MA63, sektor kesihatan dan pendidikan harus dikembalikan pada Sarawak. Poin 15, perlindungan Perlembagaan ataupun constitutional safeguard tiada pindaan atau penarikbalikan mana-mana perlindungan
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
khas yang diberi pada Sarawak tanpa persetujuan Kerajaan Sarawak. Itu pun, that’s also Malaya leaders before this, bulldoze it in Parliament to deny the rights of Sarawak and Sabahan, dengan izin.
Sebab itu, hak kerusi 35 peratus kerusi Dewan Rakyat harus ditunaikan oleh Kerajaan MADANI ini supaya menjadi semak dan imbang, lantas melindungi Perlembagaan daripada diubah untuk terus merobek hak Sarawak dan Sabah.
Dalam poin 16, perwakilan di Parlimen ini harus mengambil kira bukan sahaja populasi Sarawak, tetapi juga saiz dan potensinya dalam apa jua keadaan, tidak boleh kurang dari Sabah dan Singapura ketika itu. Oleh itu, inilah asas persefahaman 35 peratus kerusi Dewan Rakyat adalah milik Sabah dan Sarawak setelah ketiadaan Singapura.
Malah, dewasa ini lebih dahsyat. Pemberian khas hasil bersih di bawah Artikel 112C, 112D bagi Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan Persekutuan pun tidak ditunaikan sepenuhnya.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Namun dalam perbelanjaan ini, saya berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun dan Kerajaan MADANI kerana telah memberi RM600 juta masing-masing kepada Sabah dan Sarawak. Namun begitu ingin saya tegaskan hakikatnya sampai hari ini Sabah belum menerima pemberian khas hasil bersih sebanyak 40 peratus yang dikutip daripada Sabah. Kalau perkara dalam Perlembagaan pun tidak dihormati, tak payah kita sembang kencang nak hormat Rukun Negara.
Dalam Rukun Negara kita berikrar secara jelas untuk memartabatkan Keluhuran Perlembagaan. Kalau perkara dalam Perlembagaan ini juga pemimpin Malaya sebelum ini abaikan, maka mereka tidak layak untuk berbicara mengenai integriti, berbicara mengenai tadbir urus dan tatakelola yang baik dan berbicara tentang keadilan. Jangan main-main dengan Sarawak dan Sabah. Kita akan bangkit kalau perkara ini tidak ditunaikan.
Oleh dengan itu, kesilapan dan keterlanjuran pemimpin lalu tidak harus dipertahankan dan diulangi oleh Kerajaan MADANI ini. Saya percaya Kerajaan MADANI mempunyai empati, mempunyai simpati dan hormati hak Sabah dan Sarawak. Saya percaya Kerajaan MADANI ini berhemah, berintegriti dan hormat hak orang lain. Saya percaya kepimpinan kerajaan pimpinan MADANI yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Tambun berbeza dengan kepimpinan Malaya sebelum ini.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Maka dengan itu saya merayu supaya hasrat MA63 ini dilaksanakan sepenuhnya demi kemajuan Sarawak dan Sabah. Kalau Sarawak dan Sabah maju Malaysia semestinya maju dan akan membantu negeri-negeri yang lain.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga menerima baik peruntukan Jalinan JENDELA yang berjumlah RM830 juta. Saya berharap agar banyak lagi menara-menara dibina di Parlimen Puncak Borneo dan acap kali juga menara-menara yang siap dan berfungsi dan dicerobohi dan berlaku kecurian perkakasan. Ini juga antara penyebab mutu perkhidmatan amat teruk di Parlimen saya.
Saya mohon mencadang supaya menara-menara ini dipasang dengan pagar elektrik demi untuk membasmi kecurian ataupun carilah cara yang lain untuk membasmi perkara ini daripada berlaku supaya rakyat tidak menderita. Saya juga amat berterima kasih kerana peruntukan pendidikan yang begitu besar. Saya berharap agar tandas-tandas sekolah di SMK Tun Razak, SMK Tarat SMK Siburan, SMK Penawan, SMK Paku, SMK Lake dan SMK Penrissen No.1 supaya tandas- tandas mereka ditambah ataupun dibina baru ataupun di baik pulih. Kadang-kadang kesian, murid ramai terpaksa menunggu giliran mereka untuk membuang air kecil dan air besar.
Saya juga ingin melihat sekolah daif di Parlimen Puncak Borneo diperbaiki dengan segera dan saya juga memohon SMK Puncak Borneo yang telah diluluskan dilaksanakan pembinaan dengan segera. Saya juga memohon supaya SMK Serumbu dan juga SK Puruh Karu diluluskan demi untuk membantu rakyat di Puncak Borneo untuk mendapat akses pendidikan.
Saya juga merayu kepada kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Desa dan Wilayah. Saya amat kecewa apabila mendengar khabar bahawa pelajar Bumiputera bukan Islam tidak diberi keutamaan dalam program penajaan pendidikan MARA. Ramai dari pelajar-pelajar yang mendapat itu pelajar yang beragama Islam.
Saya tidak mahu mempolitikkan perkara ini tetapi ini natijahnya, ini perkara yang berlaku. Ini yang saya terima daripada kawasan.
Maka dengan itu saya ingin perincian data itu dikongsikan dalam Parlimen yang mulia ini supaya kita tahu berapa anak-anak Bumiputera bukan Islam yang ditaja oleh MARA supaya mereka boleh mendapat pendidikan yang tinggi dan mendapat akses yang baik. Saya juga menggesa Kerajaan MADANI ini supaya berlaku adil kepada pelajar-pelajar bangsa lain. Kalau kita sama-sama boleh berjihad menerima potongan subsidi, kalau kita boleh berjihad untuk membayar cukai, kenapa kita tidak boleh berjihad untuk orang Cina, orang India untuk anak-anak
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
mereka mendapat pendidikan yang saksama bagi kita. Ini untuk kebaikan negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga amat sedih kerana peruntukan untuk bantuan baja padi bukit Sarawak tidak diperuntukkan. Di Sarawak kita mempunyai lebih daripada 23,000 hektar kawasan penanaman padi bukit dengan lebih daripada 48,000 peserta. Malah kawasan Sabah melebihi 15,000 hektar yang diusahakan oleh lebih 18,000 peserta. Malangnya tidak ada bantuan langsung untuk baja padi bukit.
Kenapa bantuan penoreh getah ada bantuan nelayan ada tapi tiada bantuan untuk petani di Sarawak? Lebih parah tahun ini peruntukan pembangunan industri padi untuk Sarawak hanya berjumlah RM1.5 juta sahaja. Ini amat menyedihkan.
Saya juga ingin menyatakan bahawa di kawasan Parlimen Puncak Borneo saya juga memohon supaya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memperuntukkan projek-projek kecil bagi pihak berkuasa tempatan untuk memasang lampu di jajaran Jalan Mambong-Sarig-Kuching Outer Ring Road ataupun dikenali juga sebagai Jalan Clinker Samarahan. Saya juga memohon supaya kawasan Teng Bukap disediakan dengan pusat penjaja hasil hutan dan pertanian supaya ia lebih selesa kepada peniaga dan juga pengunjung.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat...
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Saya juga ingin kongsikan...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Satu lagi Yang di-Pertua, saya nak habis dan landing. Saya juga ingin memberitahu supaya Kementerian Kesihatan melihat kepada kebajikan-kebajikan doktor yang datang ke Sarawak, yang bertugas daripada Semenanjung ke Sabah dan Sarawak. Bayangkan doktor yang belajar- belajar tinggi bertahun-tahun ini bila bertugas duduk di kuarters, kuarters macam reban ayam. Kasihan mereka ini, sebab itulah mereka ini amat terdesak amat stres apabila bekerja.
Sudahlah lambakan tugas di hospital banyak, keadaan duduk tidak selesa.
Jadi Kementerian Kesihatan patut membantu mereka dan perbanyakan juga doktor- doktor pakar dan juga doktor-doktor di kawasan pedalaman supaya rakyat mendapat akses perubatan yang selesa.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Akhir sekali...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
...Saya juga memohon supaya- minta maaf. Saya juga mencadangkan bahagian Kuching dan Bintulu atau
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
mana-mana bahagian di Sarawak yang strategik diangkat sebagai kawasan perniagaan bebas cukai serta zon ekonomi khas sepenuhnya seperti juga taraf yang diberi kepada Forest City untuk merancakkan ekonomi Sarawak. Saya juga menyeru dan merayu supaya kerajaan menyokong pembidaan Asian Forum Or Parliamentarians on Population and Development untuk menjadikan Malaysia sebagai Sekretariat AFPPD.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Okey Yang Berhormat.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Dengan ini saya mengharapkan segala permohonan rayuan dan teguran membina saya kepada kerajaan didengari demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. Salam hormat dan Tuhan berkati, Puncak Borneo mohon menyokong.
[Tepuk]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih yang berhormat Puncak Borneo. Yang Berhormat Tangga Batu.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya Tangga Batu ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun kerana telah membentangkan Belanjawan Negara pada 2025.
Tuan Yang di-Pertua empat sektor utama yang menjana kepada pertumbuhan ekonomi negara adalah industri kelapa sawit, pembuatan, perkhidmatan dan oil dan gas. Industri sawit negara kekal sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara termasuk bagi tahun 2024, di mana ianya telah menyumbang kepada nilai eksport negara melebihi RM100 bilion.
Ia juga merupakan penyumbang utama dan tertinggi iaitu sebanyak RM36 bilion atau 3.7 peratus dari jumlah KDNK sektor agrikomoditi negara. Tidak dapat dipungkiri bahawa sawit juga telah berjaya menaikkan taraf sosioekonomi serta mengurangkan jurang kemiskinan terutama masyarakat di luar bandar, memberi manfaat kepada hampir 600 ribu orang pekebun kecil dan hampir setengah juta peluang pekerjaan.
Permintaan minyak sawit global akan meningkat seiring dengan peningkatan populasi dunia. Mengambil kira sumber yang terhad Malaysia sebagai negara pengeluar kedua terbesar di dunia mestilah mengambil peluang ini dengan meningkatkan produktiviti dan pengeluaran. Isu keterjaminan makanan yang dihadapi oleh dunia pula mendesak negara-negara seperti Malaysia untuk
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
meningkatkan produktiviti bagi penghasilan agrikomoditi bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkatkan.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Kendatipun pun begitu, Kementerian Perladangan dan Komoditi merupakan kementerian yang menerima peruntukan kedua tercorot iaitu sekitar RM750 juta ketimbang kementerian lain yang mencapai berbilion-bilion ringgit. Sepatutnya industri ini diberi peruntukan yang lebih agar dapat memacu meningkatkan produktiviti dan hasil serta memperkasakan penyelidikan dan pembangunan sesuai dengan peranannya sebagai tulang punggung dalam sektor agrikomoditi.
Tuan Yang di-Pertua, hari ini industri ini menghadapi berbagai-bagai kekangan dan hambatan. Antaranya jumlah keluasan tanaman yang berkurang disebabkan penukaran status tanah kepada pembangunan. Keluasan yang terhad sekitar 5.67 hektar sahaja. Jumlah pengeluaran tandan buah segar per hektar yang rendah jauh di bawah potensi sebenar apa lagi dengan penggunaan benih dan progeni baru yang dihasilkan melalui program penyelidikan ataupun pelan breeding dengan izin sepatutnya harus mencapai purata pengeluaran melebihi 20 tan sehektar.
Walaupun unjuran tahun 2024 adalah sebanyak 19.05 tan sehektar, tetapi pada pengamatan saya kemungkinan besar ia akan dicapai hanya sekitar 17 tan sahaja. Jumlah pokok tua yang tinggi di mana rendah penghasilannya sekiranya tidak dilakukan penanaman semula menjelang tahun 2027, jumlah ini akan meningkat kepada 1/3 daripada jumlah keluasan tanaman sawit negara. Industri ini memerlukan kadar penanaman semula sekitar empat hingga lima peratus setahun tetapi apa yang berlaku hanyalah 1.7 peratus setahun. Jika ini tidak dibenahi secepatnya, jumlah pokok tua yang tidak produktif akan meningkat dengan drastik dan menjejaskan hasil negara.
Tuan Yang di-Pertua, industri sawit merupakan satu-satunya industri yang dibebani dengan pelbagai cukai. Antaranya cukai eksport tiga hingga lapan peratus dan bermula pada 1 November pula akan dinaikkan kepada 10 peratus bila harga minyak sawit Malaysia melebihi RM4,050. Cukai jualan di Sabah dan Sarawak lima hingga tujuh peratus, windfall levy tiga peratus pada ambang RM3,150 di Semenanjung dan pada RM3,650 bagi Sabah dan Sarawak terhadap tandan buah segar, kemudian MPOB (Ses) berjumlah RM16 setan.
Tangga Batu sangat menyokong hasrat kerajaan untuk meningkatkan pendapatan rakyat melalui kenaikan gaji minimum kepada RM1,700. Namun dengan bebanan cukai yang meningkat, ditambah pula kenaikan upah minimum, semakan
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
semula levi pekerja asing, kewajipan EPF kepada pekerja asing akan meningkatkan kos pengeluaran dan risiko hilangnya daya saing terutamanya kepada Indonesia.
Justeru itu, dibimbangi industri akan gagal melaksanakan program penanaman semula dengan kadar melebihi empat peratus setahun kerana hari ini cost-to- maturity hampir lebih kepada RM25,000 sehektar.
Oleh itu, Tangga Batu mencadangkan supaya kerajaan memberikan RA atau reinvestment allowance kepada program penanaman semula kelapa sawit di mana cost-to-maturity hari ini seperti yang disebut adalah sekitar RM25,000 sehektar.
Kerajaan perlu mengkaji semula cukai keuntungan luar biasa atau windfall levy iaitu sama ada mengembalikan kepada kadar yang lama 1.5 peratus yang pernah dibuat sebelum ini atau nilai ambangnya dinaikkan kepada RM3,500 di Semenanjung dan RM4,000 bagi Sabah dan Sarawak. Peruntukan RM100 juta setahun apakah benar- benar cukup bagi memastikan penanaman semula dilakukan di kalangan pekebun kecil kerana jumlah keluasan pekebun kecil juga sekitar 1.5 juta hektar?
Dari tahun 2019 hingga 2022, kerajaan telah berjaya mengutip sebanyak RM6.2 bilion di mana RM5.8 bilion yakni cukai windfall levy telah digunakan bagi menampung subsidi minyak masak. Jadi, rakyat Malaysia harus berterima kasih kepada industri sawit kerana telah menyumbang subsidi minyak masak berjumlah RM5.8 bilion dan selebihnya digunakan untuk tujuan lain. Apakah tidak boleh di saat industri ini menghadapi masalah hasil rendah akibat pokok tua, kutipan levi ini digunakan kembali membantu industri mempercepatkan proses peremajaan pokok sawit agar negara dapat meningkatkan hasil?
Tuan Yang di-Pertua, hasil yang tinggi akan mengurangkan kos pengeluaran dan menambahkan hasil negara. Kita juga mendengar keluhan pekebun kecil sawit di bawah. Antara isu yang dibangkitkan oleh pekebun-pekebun kecil dalam Seminar Kebangsaan Pekebun Kecil yang diadakan di Melaka baru-baru ini adalah soal penipuan timbangan oleh pemborong buah sawit, isu serangan ulat bungkus dan kualiti baja yang menjejaskan hasil.
60 hingga 70 peratus dari keseluruhan kos operasi sawit adalah dari pembajaan. Baja yang baik dan spec yang betul akan meningkatkan hasil sawit dan hasil pertanian lainnya. Hampir 90 peratus keperluan baja negara datangnya dari sektor komoditi sawit, getah, koko, lada, tembakau dan kenaf. Kajian MPOB dari tahun 2018 hingga 2022 mendapati bahawa 75.93 peratus dari 103 sampel baja dari pekebun kecil tidak menepati spesifikasi nutrien yang ditetapkan. Kualiti baja yang rendah bukan sahaja menyebabkan hasil yang rendah bahkan boleh merosakkan
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
tanah, merubah PH tanah, merosakkan struktur tanah yang nantinya berdampak kepada penurunan hasil serta kerugian besar dalam jangka masa panjang.
Hal ini berlaku disebabkan tiada rang undang-undang dan agensi kerajaan yang mengawal selia dan penguat kuasa undang-undang yang menyeluruh dalam industri baja menyebabkan berlakunya lambakan baja palsu, mudah didapati di pasaran dan spec yang rendah. Tidak cukup dengan memberi kesedaran kepada pekebun kecil, kerajaan perlu campur tangan melalui undang-undang dan penguatkuasaan. Keperluan kepada rang undang-undang Akta Baja sangat diperlukan masa ini. Penubuhan Akta Baja di Malaysia adalah penting untuk mengawal selia industri baja, melindungi petani dan pekebun kecil.
Antara keperluan utama akta ini adalah untuk memastikan hanya baja berkualiti tinggi di pasaran dengan piawaian yang jelas bagi produk yang dijual. Akta Baja penting untuk mengawal pengeluaran, pengimportan dan pengedaran baja.
Ketika ini hanya baja organik tertakluk di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 manakala baja kimia tertakluk kepada Akta Kastam 1967. Sekiranya kementerian yang berkaitan ingin butiran dan maklumat lanjut, boleh berbincang dengan Tangga Batu demi mendapatkan input untuk kebaikan rakyat dan negara.
Tuan Yang di-Pertua, harga getah asli telah meningkat sebanyak 25.9 peratus bermula dari awal tahun 2004 disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ketidaktentuan cuaca di kawasan pengeluar utama seperti Thailand dan juga Vietnam yang menjejaskan rantaian pembekalan dan permintaan global yang meningkat. Industri getah menyumbang sebanyak RM1.7 bilion pada tahun 2022.
Ianya telah menurun ketimbang RM2.33 bilion yang dicatat pada tahun 2021. Nilai eksport getah menurun sebanyak 25.9 peratus iaitu dari RM27 bilion kepada tahun 2022 kepada hanya RM20.1 bilion pada tahun 2023.
Di dalam bajet tahunan 2024, Kementerian Perladangan dan Komoditi ada disertakan jadual unjuran hasil getah sekitar 1,440 kilogram sehektar. Tetapi untuk tahun 2025 tidak dimunculkan dalam jadual pengurusan efektif komoditi. Berapakah sasaran― Tangga Batu ingin tahu, berapakah sasaran hasil getah kilogram per hektar yang akan dicapai dalam tahun 2024 dan berapa unjuran untuk tahun 2025?
Bagaimanapun, dengan program Transformasi Perusahaan Industri Getah
(TARGET) yang merupakan salah satu teras dalam Dasar Agrikomoditi Negara yang menyasarkan hasil getah pada 2025 mencapai 1,820 kilo setan. Sejauh manakah program ini telah dijalankan?
Tangga Batu ingin tahu juga sejauh manakah keberkesanan peruntukan RM10 juta terhadap penggunaan teknologi baharu gas stimulant terhadap
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
meningkatkan hasil getah tiga kali ganda dan memanjangkan jangka hayat ekonomi pokok getah kepada 25 tahun seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun dalam pembentangan belanjawan pada tahun 2024 yang lalu.
Tangga Batu dimaklumkan bahawa Tabung Haji Plantation adalah single company terbesar yang memiliki ladang getah seluas 14,000 hektar di daerah Beluran Sabah yang ditanam dengan clone latex timber clone. Ladang seluas ini tidak boleh dibuat apa-apa lagi bagi menghasilkan sama ada lateks ataupun cuplamp seperti berada di jalan buntu disebabkan ketiadaan tenaga penoreh dan tiadanya kilang pemprosesan lateks gred. Projek ini dibangunkan di bawah projek hutan ladang ataupun forest plantation.
Tangga Batu mencadangkan agar MTIB, LGM dapat bekerjasama dengan Lembaga Getah Sabah untuk mengambil kesempatan mencipta peluang bagi meningkatkan hasil pengeluaran getah yang kalau dibuat dengan betul boleh mendatangkan sebanyak 19,000 tan setahun.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Tangga Batu― Baik, saya terus sahaja kepada isu tenteralah. Negara juga perlu melihat sumber baru. Tuan Yang di-Pertua, pengorbanan dan pelbagai risiko yang diharungi oleh veteran tentera Malaysia sangat mencabar dan tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Nyawa dan darah mereka sebagai taruhan sepanjang jangka waktu berkhidmat sekurang-kurangnya 21 tahun. Merekalah yang sentiasa di barisan hadapan, melalui pahit getir mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara kita Malaysia tercinta khususnya mengawal sempadan wilayah perairan negara yang kaya dengan hasil bumi dari ditakluki oleh tentera negara jiran. Keselamatan, keamanan, kestabilan negara Malaysia yang tercinta kini dinikmati oleh 34 juta rakyat Malaysia. Mereka seramai lebih kurang 78,548 orang yang telah dinafikan hak mereka sejak Akta Penyelarasan Pencen 2013 dikuatkuasakan.
Atas sebab yang tidak diketahui, hak pelarasan pencen veteran tentera Malaysia yang bersara sebelum 1 Januari 2013 telah dinafikan walaupun Akta Angkatan Tentera 1972 seksyen 187 dan Peraturan-peraturan Angkatan Tetap
(Pencen, Ganjaran dan Faedah) 1982 telah diwartakan melalui warta kerajaan pada 29 April 1982. Ketika bersara, 50 peratus daripada wang ganjaran mereka telah diserah kepada Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) sebagai pelaburan untuk membayar pencen. Oleh itu, Tangga Batu menyokong penuh usaha Ketereh menggesa kerajaan agar menyelesaikan isu penyelarasan pencen bagi veteran angkatan tentera yang telah pencen sebelum 1 Januari 2013.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Tuan Yang di-Pertua, umum mengetahui bahawa industri automatif di Malaysia kini sedang mengalami perubahan dinamik. Perkembangan dalam dunia teknologi digital menjadi pemangkin kepada pecutan di dalam evolusi bidang automotif. Namun di dalam kita meraikan perkembangan ini, harus juga kita berhati- hati dan beringat. Kesan daripada lambakan kenderaan dari China khususnya akan menyebabkan pengurangan permintaan di dalam domestic market. Chain reaction ini juga bakal dirasai oleh vendor-vendor tempatan yang menjadi pembekal kepada syarikat automotif tempatan yang sudah lama bertapak di Malaysia.
Tidak dinafikan vendor-vendor tempatan ini juga turut menyumbang kepada kelahiran golongan-golongan profesional di dalam bidang automotif kerana vendor- vendor ini juga turut mengeksport alat ganti kereta ke negara-negara luar seperti Brazil, Vietnam, India dan banyak lagi. Tidak cukup dengan tekanan kemasukan jenama-jenama dari China dan kenaikan tarif elektrik sebelum ini, kini dengan peningkatan kadar minimum gaji di Malaysia, ia turut memberikan kesan yang negatif kepada syarikat tempatan.
Sebagai tindak balas, sesetengah vendor tempatan mungkin akan mengurangkan tenaga kerja atau outsource dari sumber-sumber luar negara yang mana akan meningkatkan kos import risiko kehilangan pekerjaan serta meningkatkan kebergantungan negara pada negara asing. Manakala syarikat- syarikat kecil pula berpotensi untuk gulung tikar kerana tidak lagi mampu untuk menyerap kos-kos yang semakin meningkat yang akhirnya turut membawa kepada importing raw parts dengan izin, oleh syarikat pemasangan.
Tuan Yang di-Pertua, hari ini dunia mula berbicara soal Environmental, Social And Governance (ESG) dan juga Sustainable Development Goals (SDG) serta keterjaminan makanan. Data di Melaka menunjukkan jumlah pendaratan hasil laut di Melaka khususnya di wilayah Melaka selatan telah merosot dengan begitu ketara.
Tahun 2018, jumlah pendaratan hasil laut adalah sekitar 669,000 kilogram tetapi telah merosot, telah merudum kepada 227,000 kilogram pada tahun 2023 iaitu menyusut sebanyak 300 peratus.
Isu nelayan di Melaka selatan yang berjumlah 487 orang merupakan isu yang kritikal terutama yang berada di Pantai Kundur, Pantai Rombang, Balik Bukit, Kampung Hailam, Lereh dan Klebang. Mereka ini adalah nelayan pesisir pantai yang menjalankan aktiviti menangkap ikan sekitar satu hingga lima batu nautika.
Pendapatan mereka terjejas teruk akibat dari penambakan pantai yang merosakkan ekosistem dan tempat pembiakan ikan dan konflik antara nelayan dengan Pelabuhan Tanjung Bruas dan kapal-kapal yang berlabuh. Isu ini sudah berkali-kali saya angkat
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
di Parlimen tetapi sampai hari ini tidak ada satu solusi tuntas buat nelayan yang terjejas teruk pendapatan mereka dan kita minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan dan juga Menteri Pengangkutan dapat melihat isu ini dengan lebih teliti.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Ya, sikit lagi. Nak landing dah. Perancangan kerajaan Melaka untuk memperluaskan penambakan di bawah Projek Melaka Waterfront Economic Zone akan meruncingkan lagi masalah komuniti nelayan yang sudah terjejas teruk daripada segi pendapatan. Apakah kerajaan boleh mempertimbangkan cadangan agar memberikan lesen sport fishing kepada nelayan yang terjejas atau agro-tourism bot penambang untuk aktiviti laut di kawasan- kawasan taman laut? Memberikan projek pembenihan anak ikan atau memberikan bantuan bot yang lebih besar dan lesen agar mereka boleh menangkap ikan di kawasan yang lebih jauh.
Di samping nelayan yang berdaftar, kerajaan juga perlu melihat nasib-nasib yang menimpa kepada pelanggai-pelanggai geragau yang hasil tangkapan merudum dengan dahsyat. Mereka tidak berdaftar sebagai nelayan tetapi hidup dengan laut dan sehingga hari ini mereka tidak menerima apa-apa imbuhan, santunan atau kompensasi kerana mereka tidak terdaftar sebagai nelayan. Yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, kerajaan harus melihat untuk memberikan peruntukan secara adil kepada semua Ahli Parlimen. Kita tidak boleh menghukum rakyat yang memberikan undi kepada calon dari mana-mana parti politik dengan menidakkan hak mereka sebagai rakyat dalam sebuah negara demokrasi untuk mendapatkan perkhidmatan dan bantuan dari seorang wakil rakyat. Perlu diingat, mereka juga termasuk dalam rantaian penyumbang kepada pendapatan negara melalui cukai-cukai yang dikenakan sama ada secara individu, perkhidmatan mahupun syarikat di mana mereka bekerja.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Okey, Yang Berhormat.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Mudah-mudahan apa yang saya sampaikan ini akan menjadi suatu yang diambil iktibar oleh kerajaan hari ini.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Sila, Yang Berhormat Kota Belud.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Bismilllahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan perbahasan saya hari ini dengan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun kerana telah meluluskan peruntukan kepada kami di APPGM-SDG sebanyak RM20 juta dan tambahan RM10 juta lagi untuk Program Kebun Komuniti bagi tahun hadapan.
Sebagai pengerusi, saya bangga dengan pencapaian sekretariat dan kepercayaan ini mencerminkan keyakinan kerajaan akan usaha dan gerak kerja rentas parti dan kaedah bottom-up approach oleh APPGM-SDG khususnya dalam mengangkat taraf sosioekonomi komuniti. Saya dedikasikan penghargaan kepada seluruh Jawatankuasa Sekretariat APPGM-SDG yang telah bertungkus-lumus bekerja memastikan semua urusan berjalan dengan baik. Terima kasih sekali lagi Yang Amat Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, sebuah belanjawan yang baik harus mencerminkan nilai-nilai dan keutamaan negara serta rakyatnya. Belanjawan yang berdasarkan sasaran dan agihan yang adil lagi bermaruah kepada wilayah yang kurang membangun. Paling penting, belanjawan yang berkualiti. Melihat kepada anggaran perbelanjaan persekutuan yang dibentangkan, terdapat kerangka keberhasilan kementerian yang meletakkan sasaran dan pencapaian sebenar prestasi outcome kementerian. Kalau lihat, hampir semuanya purata mencapai sasaran 80 peratus, 90 peratus malah ada yang 100 peratus. Persoalannya, benar kah hasil pencapaian ini?
Siapa yang tetapkan dan siapa pula yang menilai?
Saya cadangkan kerajaan lihat semula kerana inilah permulaan kepada penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. Kita ingin lihat kerajaan reform, jentera kerajaan reform. Ianya perlu bermula dari sini barulah kita ada kualiti.
Tuan Yang di-Pertua, meneliti perbelanjaan sebenar kepada Sabah pada tahun 2023 yang mana sebanyak RM6.5 bilion diperuntukkan. Perbelanjaan sebenar hanyalah berjumlah RM4.9 bilion, RM1.6 bilion tidak digunakan. Soalan saya, ke mana pergi baki yang tidak dibelanjakan? Projek mana yang tidak dapat dimulakan?
Saya rujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan Sabah beberapa hari lalu bahawa cadangan peruntukan pembangunan yang tidak sempat digunakan pada tahun semasa di Sabah disalurkan ke Special Trust Fund tidak diluluskan oleh MOF. Alasan diberikan oleh MOF adalah kerana kaedah ini akan melanggar peraturan kewangan semasa dan memerlukan pindaan kepada Akta Persekutuan dan Arahan Perbendaharaan.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua, sebab itu dari awal lagi sebelum kerajaan negeri hari ini cadang, saya sudah cadangkan Tabung Amanah Sabah ini. Bukan itu sahaja, saya cadangkan juga perlunya penambahbaikan dan transformasi segera di peringkat pelaksana, di peringkat persekutuan dan negeri dan ianya perlu bergerak bersekali. Saya gesa MOF pertimbangkan semula cadangan yang dibuat ini kerana kalau tidak mahu terima cadangan ini, jangan umum berapa jumlah yang diperuntukkan kepada Sabah setiap tahun kerana hakikatnya tiada digunakan semua pun bah. Tuan Yang di-Pertua, adalah tidak adil untuk saya sebut bahawa Kerajaan MADANI hari ini tidak berusaha untuk melaksanakan apa yang dijanjikan di bawah Perjanjian Malaysia 1963. Ada yang telah dibuat dan ada lagi yang masih tertangguh.
Apa yang telah dilaksanakan saya sebagai Ahli Parlimen Kota Belud, anak Sabah...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat, Yang Berhormat Kota Belud. Sekejap.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
...ingin mengucapkan terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat, Ahli-ahli Dewan, di bawah Peraturan 12(3) memandangkan kita sudah pukul 5.30 petang, di bawah 12(3) Peraturan Mesyuarat saya hanya boleh memanjangkan tidak lebih daripada 15 minit. Jadi Yang Berhormat gunakanlah masa 11 minit ini sebab sudah lebih 5.30 petang atau Yang Berhormat hendak sambung minggu depan.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Saya cuba habiskan hari ini juga.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Habiskan dalam yang ditetapkan ya.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Cuba habiskan?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Dalam masa yang telah ditetapkan.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Ini?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ya. Boleh?
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Saya habiskan, saya habiskan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Yang Berhormat.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Namun beberapa perkara pokok mengenai tuntutan hak kami masih belum dilaksanakan dan saya akan tetap menuntut;
(i) tuntutan 40 peratus di bawah Perkara 112(C);
(ii) mengembalikan satu pertiga kerusi Parlimen kepada Sabah dan Sarawak. Ini saya akan suarakan lebih lanjut dalam Kamar Khas;
(iii) royalti minyak dan bayaran tunai petroleum;
(iv) mineral minyak dan medan minyak;
(v) Akta Laut Wilayah, Akta 750; dan
(vi) Hak negeri ke atas pelantar benua.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun saya Ahli Parlimen Kerajaan tetapi yang ini saya mahu cakap terus terang. Saya kecil hati dan kecewa apabila Kerajaan Persekutuan bertindak untuk cuba menghalang semakan kehakiman 40 peratus hasil Sabah oleh Sabah Law Society. Di bawah Kerajaan MADANI, sepatutnya ini tidak berlaku kerana kita memperjuangkan transparency dan accountability.
Kalau kita tidak boleh bertolak ansur dengan unsur rasuah dan salah guna kuasa yang telah berpuluh tahun berlaku, selepas itu kita boleh panggil pula mereka yang terlibat, kemudian kita siasat dan dakwa. Mengapa dalam kes 40 peratus Sabah ini kita tidak boleh biarkan sahaja mahkamah dibicarakan? Saya mahu cakap di sini dan saya mahu tegaskan di sini saya, 100 peratus menyokong usaha Sabah Law Society untuk menuntut keadilan bagi orang Sabah pertaining on the lost years. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan menerima peruntukan yang terbesar dan kenaikan tertinggi berbanding kementerian lain daripada RM58.7 bilion kepada RM64.1 bilion terbesar dalam sejarah. Pertama mengenai prestasi outcome kementerian di bawah butiran sekolah daif. Pencapaian 2023 adalah 104 peratus, saya mahu letak siapa yang letakkan sasaran? Bagaimana dinilai dan siapa yang menilai? Berapa peratus pencapaian dalam outcome ini bagi tahun 2019, 2020, 2021 dan 2022?
Kedua, mengenai sasaran sifar sekolah daif di Sabah menjelang 2029 oleh Jabatan Pendidikan Sabah dengan sembilan fokus strategik yang digariskan. Soalan saya, berapakah sekolah yang berada pada skala empat dan lima di seluruh Sabah setakat ini dan berapa pula peruntukan penyelenggaraan tahunan bagi sekolah- sekolah yang saya sebut tadi?
Ketiga, adalah mengenai peperiksaan UPSR dan PT3. Saya sampaikan suara rakyat di Kota Belud yang rata-rata mahukan peperiksaan ini dikembalikan.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Guru-guru pun sudah berkali-kali meluahkan berkenaan beban tugas mereka yang saya lihat sudah lari dari tugas hakiki iaitu mendidik. Lebih banyak masa mengisi laporan daripada mengajar murid-murid.
Tuan Yang di-Pertua, Sabah sebenarnya sangat berpotensi besar dalam sukan negara walaupun dihimpit dengan kekurangan fasiliti sukan yang kurang baik.
Kita dapat lihat berapa ramai juara yang kita lahirkan. Kita lihat kepada keputusan MSSM yang baru berlangsung di Perak. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada adik Chester Leona Juliet dari SK Bangkah Baru, Kota Belud yang telah memenangi pingat emas lontar peluru perempuan bawah 12 tahun.
Kita juga dapat menyaksikan rekod kebangsaan baharu untuk acara 4x100 meter lelaki bawah 12 tahun. Begitu juga acara 4x100 meter perempuan 12 tahun.
Maaf, saya tidak dapat sebut nama anda satu persatu tetapi tahniah kepada semua atlet Sabah tidak kira apa juga pingat yang anda menangi. Itu dalam acara track and field dan saya harap juga Kerajaan Persekutuan memandang serius kepada fasiliti sukan-sukan Sabah terutamanya sukan air.
Tuan Yang di-Pertua, merujuk ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan tempoh hari pada – para 27. Apakah nasib jalan-jalan yang saya sebutkan di bawah? Jalan Gaur Pinolobo-Mangkulat; Jalan Podos Gansurai-Tinata; Jalan Dumpiring Kebidahan-Tangkulung yang mana terdapat SK Loso Podik di sana; Jalan Kampung Rampaian Ulu, Jalan Timbang Menggaris ke Toboron especially di Bukit Jabatan Haiwan menghala ke Institut Pertanian. Ada banyak lagi jalan-jalan yang saya akan butirkan dalam bahas peringkat Jawatankuasa.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun Kota Belud hanyalah sebuah pekan kecil tetapi aliran trafik jalan raya sangat mencabar. Ada dua jalan yang memerlukan jalan alternatif khusus untuk melancarkan perjalanan. Pertama, jalan menuju ke Hospital Daerah Kota Belud, SMK Arshad, SRK St. Edmund, SRK Pekan kemudian terus tembus ke Jalan Mandap. Jalan ini sangat perlu selain daripada kesesakan sewaktu mengambil anak-anak dari sekolah kerana melibatkan tiga buah sekolah. Jalan tersebut sangat kecil dan tidak layak untuk dilalui oleh sebuah ambulans menuju ke hospital.
Sekiranya jalan baharu ini dibina, ambulans Hospital Kota Belud juga boleh terus melalui jalan baharu untuk membawa pesakit dengan lebih cepat ke Kota Kinabalu tanpa perlu lagi pusing di pekan Kota Belud. Kedua, jalan alternatif keluar dari Pasar Raya Golden Dragon, pekan Kota Belud. Kawasan ini memang jammed lah sehinggakan ada masanya orang tidak mahu ke kawasan ini disebabkan aliran trafik yang teruk. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pejabat daerah
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
dan juga JKR Kota Belud kerana menerima permintaan saya untuk dua jalan ini dan saya pohon agar kerajaan negeri meletakkan jalan-jalan ini sebagai keutamaan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan yang datang ke kampung saya untuk merasmikan klinik desa saya baru-baru ini. Klinik ini bagi menggantikan klinik desa saya yang sangat lama dan sudah tidak kondusif. Berkenaan dengan soal kesihatan, saya sebenarnya sudah lama bercakap berkenaan perlunya pembinaan sebuah hospital baharu daerah Kota Belud.
Kalau kementerian lihat kepada Jabatan Pesakit Luar HKB, saya sebagai wakil rakyat mahukan perubahan. Terlampau lama menunggu, kebanyakan yang datang dari pagi sampai petang bah especially kalau bukan sekadar appointment biasa yang perlu menjalani rawatan ataupun pemeriksaan tertentu. Ambil darah kah, sampel air kencing kah, x-ray ataupun rawatan-rawatan yang spesifik. Jadi untuk mengurangkan beban JPL iaitu Jabatan Pesakit Luar HKB, saya mohon agar sebuah klinik kesihatan baharu dibina fokus untuk penduduk sekitar pekan Kota Belud.
Cuma masalah di sekitar pekan Kota Belud ini adalah masalah tanah. Tidak ada tanah yang sesuai yang kosong untuk tujuan tersebut. Kalau saya ada dua pilihan sahaja. Sama ada dibina di pekan ataupun di dalam kawasan hospital itu sendiri bukan di kampung ah. Saya rasa tidak salah untuk dibina di dalam kawasan hospital kerana banyak juga daerah lain di mana klinik kesihatan dibina dalam kawasan hospital. After all hendak juga orang peduli itu, yang dia orang tahu kan ambil ubat, jumpa doktor dan baik.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara yang sangat diperlukan ialah tembok pemecah ombak. Perkara ini juga saya utarakan berkali-kali dalam Dewan yang mulia ini. Tembok pemecah ombak sangat diperlukan di Pulau Mantanani dan Kampung Pantai Emas. Pulau Mantanani ini sangat terkesan dengan perubahan iklim yang telah pun mengubah struktur pantai. Rumah-rumah dahulu yang berada jauh dari pantai kini sudah berada di atas air.
Untuk meminta mereka berpindah di kawasan tengah, akan mengambil begitu banyak kos. Bukan sahaja kos untuk berpindah dan membuat rumah baharu tetapi juga berpindah ke kawasan tanah yang bukan milik mereka. Kebanyakan mereka yang terlibat adalah golongan B40. Saya jemput JPS untuk turun dan melihat sendiri keadaan ini.
Perkara yang agak kritikal juga di Kota Belud selain daripada yang lain saya sebutkan tadi adalah tadika-tadika KEMAS di Kota Belud iaitu KEMAS Kesapang, KEMAS Pantai Emas, KEMAS Merbau, KEMAS Lidut dan juga KEMAS Rangalau.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua, saya rujuk jawapan lisan Parlimen Yang Berhormat Semporna berkenaan status pembinaan Politeknik Kota Belud pada 15 Julai 2024. Saya minta maaf tetapi saya tidak dapat terima jawapan yang diberikan.
Walaupun bukan saya yang memulakan rancangan ini tetapi saya mahu tengok inisiatif ini dibangunkan. Inilah peluang kami untuk masuk IPT di tempat sendiri bah. Kurang belanja tambang, jimat dan sebagainya di samping dapat kita menampung pelajar di sebelah utara Sabah. Sudah pecah tanah tahun 2017, tahun 2023 diumumkan untuk diteruskan tetapi masih lagi jawapan yang diberikan kajian kesesuaian lokasi tapaklah, soil investigation lah, feasibility study lah, berapa banyak sudah Menteri dan Timbalan Menteri KPT ini. Berapa kali sudah mahu buat lawatan?
Saya pun sudah buat lawatan. Cuma cuba dulu kamu terus terang bah. Kamu terus terang kalau kamu tidak boleh bina politeknik itu di kawasan beritahu, kasi tahu. Jadi orang pun tidak tertunggu-tunggu.
Tuan Yang di-Pertua, saya sangat berharap agar Kerajaan Persekutuan mengambil cadangan saya sekali lagi berkenaan cadangan pembinaan lampu jalan di sepanjang Bukit Kelawat.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Ini kali ketiga yang saya pohon. Saya sudah panjangkan cadangan ini kepada Yang Berhormat Menteri Kerja Raya dan saya sudah juga panjangkan surat dan bercakap sendiri dengan Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah. Saya harap cadangan ini akan dimasukkan di dalam peruntukan yang telah diumumkan. Tolong anggap ini adalah sebagai keperluan yang sangat segera.
Kota Belud juga selayaknya mendapat pejabat daerah yang baru. Saya tahu ini di bawah bidang kuasa kerajaan negeri tetapi saya tidak ada ruang untuk menyampaikan hasrat saya. Saya juga harap pencarian lokasi untuk pembinaan pejabat daerah baru ini tidak akan menangguhkan cadangan saya dan kalau ditanya lokasi yang paling sesuai adalah di lokasi pejabat sekarang. Ada satu pejabat lama yang sudah tidak digunakan lagi. Kalau dapat dibina untuk pejabat UTC Kota Belud lagi bagus ya. Kompleks itu nanti boleh menempatkan agensi-agensi kerajaan lain juga.
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup, kalau ada orang cakap berhentilah cakap isu kenegerian dan berhentilah jadi kampungan. Satulah, saya ndak malu dan saya tidak akan berhenti.
[Tepuk] Sebab saya sendiri, saya orang kampung bah dan saya tinggal di kampung. Sebagaimana yang saya bangga jadi orang Malaysia, Sabah lah tanah tumpah darah saya dan Kota Belud lah kampung saya.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Dear Sabahan, kita tahu bah maju, mundur Sabah itu terletak di bahu kita.
Orang Sabah, orang Sabah sendiri, bukan orang lain. Bila kita satu hati, tiada yang dapat menghalang kita untuk mengangkat martabat Sabah itu pada kedudukan yang sepatutnya. Sikit masa lagi kita akan ada pilihan sama ada maju dengan laju atau kekal di tempat yang sama. Tuntutan untuk kita mengambil keputusan yang wajar ada di hadapan kita. Dari kita sahaja lagi ini. Mari! Sekian, terima kasih.
[Tepuk]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Kota Belud. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menangguhkan Dewan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua Dewan Rakyat atas jemputan kepada saya untuk mempengerusikan sementara Majlis Mesyuarat.
[Tepuk] Suatu pendedahan, pembelajaran dan pengalaman yang baik dan menarik.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker.
Saya ada satu soalan. Bolehkah Jelutong memohon Timbalan Speaker terus mempengerusikan Mesyuarat Dewan Rakyat?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan hari ini ditangguhkan sehingga 10.00 pagi, hari Isnin, 28 Oktober 2024.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.43 petang]