Oct232024

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan, Sri Gading.

draft • 10:00 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Sebelum saya buat soalan yang pertama, saya ingin mengucapkan Happy Birthday kepada Tanjong Malim*.

[Tepuk] [Ketawa]* Jadi, soalan pertama. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

1. Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan [Sri Gading] minta Perdana Menteri menyatakan bagaimana prestasi agenda reformasi institusi yang ditekankan oleh YAB Perdana Menteri dalam menerajui Kerajaan Perpaduan dan bilakah lantikan-lantikan pengerusi institusi seperti Suruhanjaya Pilihan Raya akan dibuat melalui lantikan Parlimen.

draft • 10:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Terima kasih Puan Speaker. Saya tak tau la lepas ni Tanjong Malim nak belanja kita makan ke tak, kan?

[Ketawa] Saya mengucap bagi pihak. *Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Madani sentiasa komited terhadap agenda reformasi institusi dalam memastikan hak rakyat Malaysia secara amnya sentiasa terpelihara. Selaras dengan hasrat ini, kerajaan telah berjaya membawa beberapa pindaan terhadap undang-undang sedia ada.

Antaranya seperti pemansuhan hukuman mati mandatori, melalui pindaan kepada perundangan yang sedia ada. Diikuti pula dengan beberapa pindaan kewujudan akta-akta seperti Akta Audit Negara, Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, pindaan kepada Akta Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak, Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak dan Akta Insolvensi. Kerajaan turut merencanakan pelbagai inisiatif reformasi institusi melibatkan penggubalan rang undang-undang atau pindaan kepada beberapa akta dan harapannya pada sesi kali ini dan juga tambahan pada tahun 2025.

Antaranya penggubalan Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian dan pindaan kepada undang-undang sedia ada berkaitan dengan cyberbully. Penggubalan roadmap to MyDIGITAL justice pada tahun 2025, untuk memberikan penekanan kepada

draft • 10:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

pemakaian artificial intelligence bagi sektor perundangan. Pindaan kepada Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, penggubalan kepada Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat, pindaan kepada Akta Pemegang Amanah, Akta Pemegang Amanah Diperbadankan.

Pindaan kepada Akta Profesion Undang-undang, pindaan kepada beberapa undang- undang yang lain. Kalau kita lihat dalam aspek ADR dengan izin alternative dispute resolution bagi pihak kerajaan pada tahun ini telah beberapa pindaan dan kelakuan kepada kewujudan alternative dispute resolution dalam negara kita.

Dan bila kita melihat kepada kajian pengasingan Peguam Negara dan Pendakwa Raya masih dalam proses dan insya-Allah pada tahun depan, harapannya emperical research yang dilaksanakan, satu laporan interim boleh dimasukkan bagi status tentang peranan Peguam Negara dan pemisahan Peguam Negara dan juga Pendakwa Raya dan juga pada tahun depan dilihat kepada Rang Undang-undang Perkhidmatan Bantuan Guaman yang baharu.

Ini menunjukkan bahawa agenda reformasi ini sentiasa dilaksanakan dan diteruskan dan kalau kita lihat, saya ucap terima kasih pada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ya, berkenaan dengan pembentangan Belanjawan 2025, di mana telah diperuntukkan RM29 juta kepada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, berbanding dengan peruntukan RM194 juta pada tahun lepas. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Madani sentiasa menyokong dan akan meneruskan pelaksanaan kepada reformasi yang diberikan komitmen. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sri Gading.

draft • 10:00 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih kepada Menteri yang telah memberikan jawapan yang sangat baik. Beberapa pindaan yang telah dibuat. Sebagai contohnya yang telah disebut, begitu juga dengan akta-akta baru yang cuba digubal daripada tahun 2025.

Persoalan daripada Sri Gading, bagaimana reformasi dapat memperkukuhkan pemahaman dan kesedaran awam mengenai peranan institusi seperti SPR dan SPRM.

Apakah program pendidikan yang boleh dilaksanakan untuk mencapai matlamat ini?

Bagaimana masyarakat dapat dilibatkan dalam proses reformasi? Apakah saluran yang ada bagi rakyat untuk menyuarakan pendapat dan kebimbangan? Bagaimana kerajaan merancang untuk memperluaskan dua reformasi institusi ke sektor kehakiman dan penguatkuasaan undang-undang bagi memastikan kebebasan institusi-institusi berkenaan?

Bagaimana kerajaan merancang untuk memastikan rakyat faham?

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan Yang Berhormat.

draft • 10:00 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Dia sekali baca.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Satu soalan tambahan sahaja.

draft • 10:00 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Ya. Ini tambahanlah ini. Dan menyokong reformasi yang serius sedang dijalankan, terutamanya dalam mengukuhkan kepercayaan terhadap demokrasi dan kedaulatan undang-undang, terima kasih.

draft • 10:00 AM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat. Puan Speaker, Yang Berhormat macam 4 dalam 1 la. Mungkin ─ saya tak tau la orang bermadu selalu tak tahulah 2, 3 ke 4. Kebiasaannya 4 sekali dalam 1. Kalau soalan daripada depan tu saya fahamlah tapi tak pe sebenarnya Puan Yang di-Pertua, antara peranan yang dimainkan oleh Bahagian Undang-undang ialah kita melihat kepada aspek undang-undang. Dan sudah tentu peranan yang dimainkan oleh sebagai contoh NGO and CSO, selalunya libat urus ni fokus group dan sebagainya dilakukan sebelum dasar ditentukan oleh pihak kerajaan melalui mesyuarat Kabinet.

Selepas itu akan dibawakan dengan semua Ahli-ahli Parlimen dalam sesi libat urus sebelum undang-undang itu dibawa, dipinda dan dibahaskan dan diluluskan dalam sidang Parlimen oleh Dewan Rakyat dan juga Dewan Negara.

Tapi untuk menjawab soalan, empat soalan dalam satu oleh Yang Berhormat, saya ingin menyatakan antara peranan yang paling penting dalam reformasi tentang penggubalan undang-undang pada hari ini ialah Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri sebagai wakil rakyat, sebab Ahli-ahli Yang Berhormat yang memang mengetahui proses undang-undang, pindaan, berbahas, sentiasa akan peka kepada perubahan yang dilakukan. Yang menyebabkan bila bercakap dengan masyarakat, kita iaitu pengundi kita, Ahli-ahli Yang Berhormat adalah selalunya first to respond, dengan izin.

draft • 10:00 AM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Keduanya, saya hendak bagi analogies sebagai kes GISB yang diterangkan oleh tiga Menteri dalam Penerangan Menteri. Kita dapat mengkaji bahawa bila bercakap tentang kanak-kanak, sebagai contoh, kanak-kanak ini bukan hanya satu kementerian yang bertanggungjawab. Semua agensi tanggungjawab. Tetapi, hendak memberitahu pada rakyat di bawah, sama ada mereka yang menjadikan taska ke, sekolah ke, akademik ke, segala apa-apa bila menyentuh kanak-kanak, kepekaan mesti ada dalam hak isu undang-undang.

Itu sebabnya kalau Ahli-ahli Yang Berhormat tahu bahawa di bawah Akta Jenayah Seksual Kanak-kanak, seksyen 19 mengatakan bahawa kesalahan kalau tiadanya laporan, dengan izin, iaitu under reporting. Tak repot pun satu jenayah. Inilah peranan yang dapat dimainkan.

Jadi, reformasi institusi tidak hanya berlaku kepada pindaan undang-undang yang ada tetapi kepada pelaksanaan supaya undang-undang tersebut menjadi lebih efektif. Itu sebabnya, bagi saya, dalam perkara ini, kita mesti tahu bahawa undang-undang itu bukanlah penyelesaian kepada semua masalah, tetapi undang-undang yang ada dalam negara kita, institusi yang ada mesti berubah mengikut peredaran zaman.

Contohnya yang saya sebut, yang mana Yang Amat Berhormat dalam belanjawan pun sebut, tentang AI, artificial intelligence ini. Semua orang tahu bila bercakap tentang SPRM, sebagai contoh, hari ini dengan adanya artificial intelligence, secara tidak langsung,

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

suka tidak suka, rasuah itu dapat dikurangkan. Sebab, sistem itu lebih sistem computerized. Tidak adanya masalahnya individu di belakang tadbir yang membuat keputusan yang mempunyai kebolehan untuk dibuka, untuk dirasuah.

Itu sebabnya teknologi ini ialah satu cara ke hadapan supaya reformasi institusi dengan undang-undang yang baharu dengan sistem teknologi yang ada akan dapat membuat perubahan supaya negara kita ini boleh melihat kekurangan kepada keputusan budi bicara yang menggalakkan rasuah yang boleh dibuat. Itu sebab, bagi saya, bukan hanya undang-undang tetapi peranan semua pihak.

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Besut.

draft • 10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey, terima kasih. Menteri ya.

Saya ingin merujuk kepada beberapa perkara kontroversi yang boleh menjejaskan prestasi agenda ini, agenda reformasi.

Kalau kita lihat, ada itu hari kontroversi berkenaan dengan penganugerahan DRT di Selangor dengan rundingan terus, tidak melalui proses yang biasa. Dan juga pelantikan anak sendiri dalam sebagai Penasihat Ekonomi dan Kewangan. Dan pengumuman peruntukan pilihan raya terutama di masa ─ di KKB tempoh hari. Peruntukan lebih RM5.1 juta...

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Besut, terus kepada soalan.

draft • 10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

...Daripada Menteri KPKT.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terus kepada soalan.

draft • 10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Itu saya nak tahu. Pelanggaran dulu.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terus kepada soalan.

draft • 10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jadi, soalan saya, bagaimana sebenarnya kerajaan melihat isu ini yang merupakan satu kontroversi?

Satu lagi berkenaan dengan empirical study yang saya difahamkan akan mengambil masa lebih kurang dua tahun. Tetapi, pada masa yang sama, boleh tak pihak kerajaan meminda peruntukan 145(3) Perlembagaan? Sebab, selagi tak pinda, kuasa besar kepada AG. Banyaklah perkara-perkara yang apa ini, kes yang dah dipanggil bela diri pun, dah panggil saksi 90 orang masih boleh dilepaskan dengan mudah, kerana kuasa begitu besar.

Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat pun dulu bekas hakim. Yang Berhormat pun mempunyai banyak pengalaman.

Apa yang berlaku bila kita lihat pada isu pemisahan antara AG dengan PP? Dulu itu, kita tahu bahawa masalahnya dulu ialah Menteri Undang-undang adalah juga Peguam Negara. Itu sebabnya Peguam Negara yang menjadi Ketua Pendakwa Raya itu ialah diberi kuasa kepada Peguam Cara Negara iaitu Solicitor General. Hari ini, Kerajaan Madani komited untuk melihat possibility, dengan izin, sama ada boleh tak dipisahkan atau tidak.

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Saya tahu bahawa kita boleh datang Parlimen dan buat semua pindaan. Tetapi, kita juga mesti mengambil kira bahawa perjalanan ini perlu mempunyai proses yang lebih dianggap sebagai proses yang lebih teratur.

Contohnya. Pertama, kerajaan memberikan komitmen dari segi masa. Saya sendiri sudah jawab jawapan bertulis, jawapan lisan, kita akan membuat kajian empirikal dan kita telah pun buat kajian empirikal. Dan kita bergerak sekali dengan jawatankuasa Parlimen iaitu Select Committee yang dipimpin oleh Yang Berhormat Selayang. Adanya wakil daripada pihak pembangkang dan juga daripada pihak kerajaan. Kerana kita panggil mereka bersama supaya mereka dapat mendengar, melihat dan bertanya soalan kepada negara-negara yang mewujudkan pemisahan.

Bila kita pergi ke Kanada dan kita pergi kepada Australia, mereka pun memberikan alasan yang sama bahawa perubahan mereka melalui satu masa. Dia bukan secara mendadak, hanya kerana dituntut. Memang pindaan kita boleh buat. Tetapi, bagi pihak Kerajaan Madani hari ini, kita adalah kerajaan yang bertanggungjawab. Kita tidak boleh membuat hanya kerana itu dituntut sebagai satu populariti keputusan. Satu.

Keduanya, Puan Speaker, saya ingin sebut bahawa bila kita bercakap tentang empirical studies, kita bercakap tentang evidence-based research. Bila kita bercakap tentang beberapa perbincangan, kita membawa focus group di mana semua pakar-pakar universiti tempatan dan antarabangsa terlibat dalam peringkat setiap negara-negara yang kita lawati dan kita membuat kajian. Maknanya, komitmen itu ada.

Jadi keputusannya ialah di peringkat interim repot dan kemudiannya dasar itu.

Kemudian, kalau dipersetujui, kita akan bawa ke Parlimen dan Ahli Parlimen mempunyai peluang untuk memberi pandangan mereka.

Akhir sekali, saya ingin sebutlah, saya harap mungkin Yang Berhormat Besut sebagai pakar undang-undang boleh mewakili blok pembangkang dalam jawatankuasa ini. Tetapi, mereka menghantar Yang Berhormat, sahabat saya, daripada Pendang. Dia itu pun sahabat saya, kawan baik saya. Tetapi, Pendang itu dia tak ada legal background. Yang berhormat Besut lebih pakar dalam legal background. Mungkin kena tukarlah dalam aspek ini. Itu sebagai contohlah. Sebab, kita hendak supaya kita memahami apa sebenarnya objektif bila kita menjalankan empirical study ini.

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Puan, ada soalan pertama tidak dijawab.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim, Kuala Terengganu.

draft • 10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Puan, Puan. Satu soalan sahaja yang dijawab.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang lain jawapan bertulis.

draft • 10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Soalan kedua.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Sudah jawablah.

draft • 10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang pertama tidak dijawab.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk. Yang lain, Menteri boleh bagi jawapan bertulislah.

draft • 10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 2.

draft • 10:10 AM

2. Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan perancangan kementerian untuk membina reaktor nuklear baru dengan teknologi yang lebih baru dan canggih bagi menggantikan Reaktor Triga Puspati (RTP) yang sudah digunakan sejak 1982.

draft • 10:10 AM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih Kuala Terengganu. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Sri Gading dan rakan-rakan atas ucapan dan ingatan.

Puan Yang di-Pertua, MOSTI telah membangunkan Dasar Teknologi Nuklear Negara 2030 sebagai kerangka hala tuju strategik jangka panjang bagi memacu pembangunan teknologi nuklear negara sehingga tahun 2030 selaras dengan usaha untuk menyediakan ekosistem dalam penggunaan sains dan teknologi nuklear secara aman di Malaysia.

RTP yang sedia ada iaitu Reaktor Triga Puspati berusia 42 tahun dan dijangka akan terus beroperasi sehingga ke tahun 2036. Sebahagian daripada perancangan yang telah digariskan di dalam Dasar Teknologi Nuklear Negara melibatkan strategi pemerolehan teknologi reaktor penyelidikan iaitu research reaktor termaju untuk meningkatkan rangkaian aplikasi yang lebih luas.

MOSTI melalui Agensi Nuklear Malaysia sedang menjalankan kajian teknikal pelan penggantian Reaktor Triga Puspati yang telah dimulakan pada tahun 2022 sehingga ke tahun 2025 menggunakan peruntukan RMKe-12. Kajian Kebolehlaksanaan MPR ataupun multi- purpose reactor yang dijalankan ini melibatkan skop penilaian kesan sosioekonomi projek reaktor penyelidikan pelbagai guna termasuk kos pembinaan, operasi, keselamatan, sekuriti dan kawal gunaan serta pengurusan sisa yang mematuhi piawaian antarabangsa. Kajian ini juga mengambil kira input dan cadangan daripada pihak pemegang taruh agar projek ini memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan di Malaysia.

Antara aktiviti lain yang dirancang adalah melibatkan program pembangunan pelan strategik MPR dan perancangan untuk misi pakar Integrated Nuclear Infrastructure Review for Research Reactor, dengan izin, oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). Dengan adanya reaktor penyelidikan nuklear baharu ini, MOSTI berhasrat untuk mengurangkan kebergantungan import luar negara terhadap pelbagai jenis radio isotop bagi tujuan perubatan, industri dan biosains. Selain itu, ianya juga mampu menyumbang kepada peningkatan pengetahuan saintifik dan inovasi berteknologi tinggi dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Terengganu.

draft • 10:10 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Terima kasih. Berdasarkan data kajian daripada Agensi Tenaga Atom (IAEA) berkenaan penggunaan unsur torium dalam reaktor nuklear, adalah didapati bahawa torium mempunyai lebih banyak kelebihan dan selamat berbanding dengan unsur uranium-235 yang digunakan sekarang. Torium boleh menjana teknologi yang lebih bersih, selamat berbanding uranium.

draft • 10:10 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Malaysia pula berhasrat mengusahakan unsur nadir bumi yang bernilai lebih RM800 bilion dengan memprosesnya dalam negara.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan.

draft • 10:20 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Torium adalah merupakan hasil ─ saya kena beritahu.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak perlu.

draft • 10:20 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Torium adalah hasil sampingan daripada pemprosesan nadir bumi. Itu soalan saya. Adakah kerajaan tidak berhasrat untuk membangunkan tahap kemampuan sebenar teknologi ini dengan menjalankan pengekstrakan torium daripada industri pemprosesan REE ini? Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih Kuala Terengganu, terima kasih Puan Yang di- Pertua. Untuk reaktor torium ini, memang secara teorinya lebih selamat kerana menghasilkan kurang sisa radioaktif dan sisa radioaktif yang dihasilkan kurang bertahan lama. So, itu secara teorinya tetapi untuk kita menggunakan torium sebagai bahan fuel, dia memerlukan banyak lagi teknologi yang untuk kita mengatasi hurdles yang ada, dengan izin.

Seperti kos yang sangat tinggi dan juga proses teknologi yang sangat rumit dan canggih. Buat setakat ini, di merata dunia ada banyak R&D tetapi belum ada mana-mana negara menggunakan torium sebagai bahan api secara meluas. Kita ada juga nampak di negara India ada menggunakan torium tetapi dia di peringkat R&D.

Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, setakat ini MOSTI terlibat dalam pemantauan pelaksanaan projek R&D untuk pengekstrakan torium daripada perkataan laterite iaitu laterite concentrate dan juga waste WLP iaitu residue WLP, iaitu waste yang dihasilkan oleh water leach purification daripada LYNAS. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, keputusan makmal sangat memberangsangkan iaitu untuk pengekstrakan torium daripada laterite concentrate, kita boleh ekstrak seratus peratus daripada laterite concentrate dan untuk residue WLP, kita dapat mengekstrak 92 peratus daripada WLP.

So, ini merupakan satu keputusan makmal yang sangat memberangsangkan dan kita harap ia boleh di-upscale kepada pilot scale. Untuk makluman Kuala Terengganu juga, apa yang kita dapati sekarang iaitu unsur NREE adalah iron absorption clay (IAC) iaitu ia tidak radioaktif ataupun radioaktifnya sangat-sangat rendah. So, untuk kita menghasilkan ataupun extract torium daripada IAC itu saya rasa belum boleh dilaksanakanlah. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tebrau.

draft • 10:20 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Puan Speaker. Selamat hari lahir Yang Berhormat Menteri. Tapi jangan lupa belanja kita semua di BBC. Soalan tambahan saya Puan Speaker, saya ingin menanya apakah perkembangan terbaru usaha Kerajaan Malaysia untuk meneroka arena angkasa, khususnya satu, dengan penyediaan satu facility long site di Malaysia dan kedua, usaha kita, Malaysia untuk memiliki satu satelit kepunyaan 100 peratus kerajaan kita dan bukannya bergantung kepada third party kerana ini sangat penting dari segi sekuriti dan keselamatan negara. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Chang Lih Kang

Puan Yang di-Pertua, soalan ini mungkin tidak berkaitan dengan soalan asal.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jawapan bertulis.

draft • 10:20 AM

Tuan Chang Lih Kang

Nanti saya bagi jawapan bertulis. Tapi soalan yang bagus.

Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. Saya jemput Tuan Roy Angau anak Gingkoi, Lubok Antu.

draft • 10:20 AM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor 3.

draft • 10:20 AM

3. Tuan Roy Angau anak Gingkoi [Lubok Antu] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan adakah kementerian bercadang untuk mengambil tindakan yang lebih tegas bagi membanteras penyelewengan diesel subsidi di Malaysia terutama di negeri yang bersempadan dengan negara jiran seperti Sarawak serta langkah proaktif yang diambil bagi mengurangkan ketirisan dan penyeludupan bahan-bahan bersubsidi lain.

draft • 10:20 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua, KPDN sentiasa komited untuk menangani isu penyelewengan bahan api diesel bersubsidi sejajar dengan fokus kerajaan untuk membanteras sebarang bentuk ketirisan subsidi yang sering dipertegaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, termasuk dalam ucapan Belanjawan 2025, baru-baru ini.

Atas sebab itu, KPDN telah meletakkan ketangkasan penguatkuasaan sebagai salah satu daripada agenda fokus bagi tahun 2024. Dan di peringkat KPDN, strategi utama yang dilaksanakan meliputi tiga aspek:

(i) penguatkuasaan;

(ii) pengurusan risiko; dan

(iii) partisipasi masa.

Dari segi penguatkuasaan, punca kuasa perundangan utama bagi KPDN dalam aspek penguatkuasaan bagi menangani isu penyelewengan barang bersubsidi adalah di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1991 dan perundangan subsidiarinya, juga Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001. Gerak kerja penguatkuasaan dilaksanakan melalui Ops Tiris yang telah bermula pada bulan Mac 2023 dan berdasarkan statistik Ops Tiris 3.0, Januari sehingga 19 Oktober 2024,

draft • 10:20 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali

KPDN telah melakukan 30,634 pemeriksaan dan menghasilkan sebanyak 1,561 kes melibatkan penyelewengan diesel.

Statistik keseluruhan meliputi serahan kes melibatkan agensi penguatkuasaan lain pula merekodkan jumlah rampasan diesel bersubsidi adalah sebanyak 13.8 juta liter yang dianggarkan bernilai lebih RM31 juta. Selain itu, setakat Januari hingga Oktober 2024, KPDN telah membuka sebanyak enam kertas siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.

Selain itu, KPDN juga memperkasa kerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain yang mempunyai bidang kuasa berkaitan seperti PDRM, JKDM, APMM, JPJ melalui Ops Tiris. Pada masa yang sama, menyentuh tentang kawalan di kawasan sempadan, bidang kuasa sebenarnya ada melibatkan JIM, JKDM, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan JPJ serta Kementerian Kesihatan.

Namun begitu, bermula 20 Januari 2024, KPDN telah menempatkan pegawai penguat kuasa secara pentadbiran di lapan pintu masuk. Selain itu, KPDN juga melaksanakan pembatalan dan penggantungan lesen barang kawalan berjadual melibatkan penjualan diesel pada peringkat pengilang, pemborong dan peruncit.

Dan pada masa yang sama, penguatkuasaan ketat terhadap permit barang kawalan berjadual adalah merupakan salah satu strategi. Selain itu juga, kita melaksanakan tindakan- tindakan yang melibatkan aspek pengurusan risiko dan juga partisipasi massa. Details saya akan kemukakan secara bertulis kepada Yang Berhormat Lubok Antu.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Lubok Antu.

draft • 10:20 AM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang terperinci. Menurut kajian di sebuah Universiti Malaysia Sabah, penyebab utama kelangsungan aktiviti penyeludupan di sempadan Lubok Antu dengan bandar Indonesia adalah kurang kesedaran masyarakat mengenai implikasi undang-undang dan kesan sosioekonomi aktiviti penyeludupan barangan bersubsidi, termasuk diesel.

Jadi soalan saya, adakah pihak kementerian akan mengadakan kempen-kempen kesedaran bersama agensi-agensi penguat kuasa sepertimana yang dinyatakan oleh Menteri sebentar tadi ke rumah-rumah panjang dan ataupun di kampung sekitar sempadan Malaysia- Indonesia bagi mendidik penduduk setempat? Sekali gus, mewujudkan suatu bentuk pemantauan peringkat komuniti untuk membendung penyeludupan rentas sempadan.

draft • 10:20 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya sebenarnya amat berterima kasih dan amat mengalu-alukan apabila soalan seumpama ini datangnya dari salah seorang wakil rakyat kita dan ia sejajar dengan penekanan kita. Baru-baru ini Puan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Perdana Menteri dalam Program Madani Rakyat Sayangi Sabah, 19 Oktober lalu telah melancarkan satu gerakan yang kita namakan Kita Gempur iaitu gerakan untuk membasmi manipulasi dan ketirisan.

Matlamat ia adalah untuk membina satu gerakan massa untuk sama-sama terlibat dalam kita membanteras ketirisan barang kawalan dan barang kawalan bersubsidi dan juga manipulasi dalam aktiviti perniagaan.

draft • 10:20 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Dan pada masa yang sama, susulan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Penstabilan Harga Sabah, Sarawak dan Labuan, Kabinet Jemaah Menteri dalam dua minggu yang lepas telah bersetuju dengan syor KPDN supaya Yang Amat Berhormat TPM II mempengerusikan satu mesyuarat koordinasi yang melibatkan semua agensi-agensi penguatkuasaan untuk kita memperkasa lagi penguatkuasaan, khususnya di kawasan-kawasan sempadan Sabah dan Sarawak.

draft • 10:20 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Dari segi penglibatan advokasi di rumah-rumah panjang itu saya amat mengalu- alukan. Saya akan kemukakan bawa syor tersebut dalam mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat TPM kerana Puan Yang di-Pertua untuk kita menangani aspek ketirisan ini, bukan hanya agensi kerajaan tetapi kita memerlukan kerjasama daripada stakeholders yang lain, daripada industri, kita ada tatakelola yang baik dan yang pastinya juga adalah melalui partisipasi daripada orang awam melalui laporan, aduan dan kesedaran mereka. Jadi terima kasih. Insya-Allah, kita bekerjasama untuk menangani isu ini.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bagan Serai.

draft • 10:30 AM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua. Dalam era teknologi yang serba canggih, adakah kementerian untuk bercadang menggunakan sistem pemantauan pintar dengan memanfaatkan kecerdasan buatan seperti AI atau penggunaan dron yang memantau kawasan sempadan bagi menyekat aktiviti penyeludupan diesel bersubsidi ini. Jika tidak, apakah langkah yang lebih efektif di dalam menangani masalah yang dihadapi oleh negara pada hari ini. Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya daripada aspek yang saya sebutkan, salah satu strategi kita adalah untuk meningkatkan ketangkasan penguatkuasaan dan antara pendekatan yang kita laksanakan adalah kita merintis usaha untuk menggerakkan digital enforcement, iaitu penguatkuasaan berdasarkan kepada digital.

Sebagaimana yang saya sebut tadi bila disentuh tentang kawalan sempadan, bidang kuasa sebenarnya di kawasan sempadan ini terletak pada agensi-agensi lain yang telah saya nyatakan tadi JKDM, JPJ, MAQIS dan sebagainya, Jabatan Imigresen dan sebagainya. Akan datang dipayungi oleh MCBA. Namun pada masa yang sama, KPDN akan membantu bersama-sama kerana ia melibatkan barang dan barang kawalan yang bermula daripada dalam negara dan diseludup ke pintu sempadan. Jadi, kita akan menggerakkan usaha tersebut.

Saya mengharapkan Yang Berhormat, itu memang hasrat kita dalam – kalau Yang Berhormat belum lagi membahas belanjawan pun, bolehlah bantu-bantu, cadang-cadang supaya dapat ditingkatkan lagi peruntukan untuk kita memperkasa penguatkuasaan. Bukan hanya KPDN tetapi juga agensi lain. Terima kasih banyak Yang Berhormat.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal, Bukit Gantang.

draft • 10:30 AM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 4.

draft • 10:30 AM

4. Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [Bukit Gantang] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan adakah kementerian mengambil serius dan memantau lebih dekat isu penetapan waktu daftar masuk dan keluar oleh pengusaha hotel ini. Susulan rungutan kebimbangan orang awam mengenai ketidakadilan hotel tempatan yang sewenang-wenangnya mengubah waktu daftar masuk dan keluar hotel.

Apakah tindakan yang diambil oleh kementerian mengenai isu ini.

draft • 10:30 AM

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato Sri Tiong King Sing

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon menjawab bersekali soalan daripada Yang Berhormat Kuala Kangsar pada 6 November 2024, Yang Berhormat Masjid Tanah pada 18 November 2024 dan Yang Berhormat Gua Musang pada 21 November 2024 akta berkaitan.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan.

draft • 10:30 AM

Dato Sri Tiong King Sing

Baiklah. Terima kasih Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang tanya soalan mengenai penetapan waktu daftar masuk (check-in) dan keluar (check-out).

Untuk makluman, perkara berkaitan rumah tumpangan dan rumah bermalaman telah diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri sebagaimana diperuntukkan dalam Senarai Kedua, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna kawalan rumah tumpangan dan rumah bermalaman adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri yang diselia oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan negeri masing-masing.

Untuk makluman, Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] yang telah diwartakan pada tahun 1992 memperuntukkan berkenaan keperluan untuk pendaftaran premises penginapan pelancong, termasuk hotel tetapi kawalan selia dan penguat kuasa operasi hotel bukan terletak bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Selanjutnya, berikutan perkhidmatan yang ditawarkan oleh hotel melibatkan para pelancong, maka pihak MOTAC telah mengadakan sesi libat urus dengan pengusaha- pengusaha hotel pada 17 Oktober 2024 bagi membincangkan mengenai isu daftar masuk dan keluar yang berpunca daripada kekurangan tenaga kerja di bahagian pengemasan.

Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada wakil persatuan-persatuan hotel yang menghadiri sesi libat urus ini dan seterusnya mempertimbangkan cadangan yang diutarakan semasa perbincangan tersebut. Perkara-perkara yang dibincangkan telah dinyatakan dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada 19 Oktober 2024.

Susulan daripada itu, bagi memastikan perkara berkaitan operasi hotel diperkukuhkan maka MOTAC akan mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan kerajaan negeri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan PBT tentang kewajaran untuk memasukkan peruntukan mengenai pemberian lesen dan kawalan selia tatacara operasi hotel ke dalam akta ini.

draft • 10:30 AM

Dato Sri Tiong King Sing

Di samping itu, kementerian ini juga akan mengadakan mesyuarat bersama Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri dalam menyelesaikan isu ini yang merangkumi pengambilan pekerja asing dalam sektor perhotelan ini bagi memastikan standard dan kualiti perkhidmatan premises b+6enar-benar penginapan pelancong sentiasa terhadap yang tinggi terutama dalam melaksanakan Kempen Melawat Malaysia 2026.

Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bukit Gantang.

draft • 10:30 AM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gatang

Yang di- Pertua, kebiasaannya check-in dan check-out dengan izin, check-out pada pukul 12, check- in pada pukul dua itu kebiasaan. Tetapi bila ada musim peak or peak time, musim cuti dan sebagainya, oleh kerana kekurangan pekerja, maka hotel tidak dapat menyediakan bilik bersih pada pukul dua.

Apakah tindak kerajaan atau kementerian menjadikan ia satu peraturan di mana check-in pukul 2, check-out pukul 12. Tetapi bila ketikanya tidak sempat terpaksa dilewatkan, hotel sepatutnya menyediakan sama ada minuman ataupun makanan sebagai compensation. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Dato Sri Tiong King Sing

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang. Macam tadi saya kata, sekarang kawal selia bukan di bawah kita. Nanti kita lepas perbincangan, kita akan terus menghubung kepada Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua Puan Alice Lau Kiong Yieng]

Bukit Bendera.

draft • 10:30 AM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih Timbalan Speaker. Jadi soalan tambahan saya. Sepertimana yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri, rumah permalaman dan juga rumah tumpangan seperti hotel adalah di bawah bidang kuasa kerajaan tempatan. Oleh yang demikian, apakah peranan MOTAC dalam memastikan kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh hotel itu adalah berada di satu tahap yang tinggi. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Dato Sri Tiong King Sing

Yang Berhormat macam tadi saya cerita. Seperti mana yang dinyatakan oleh tribunal tadi, pihak MOTAC akan mengadakan perbincangan ataupun mesyuarat dengan KPKT, kerajaan negeri dan PBT bagi menyelesaikan isu kawalan dan operational matter selia berkenaan tentang cara operasi hotel dan sebelum perkukuhkan hal kualiti ataupun perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh pengusaha-pengusaha hotel. Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Ada lagi satu, Speaker.

Lagi satu soalan.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua Puan Alice Lau Kiong Yieng]

Saya jemput Tuan Suhaizan bin Kaiat, Pulai.

draft • 10:30 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan Pulai nombor 5.

draft • 10:30 AM

5. Tuan Suhaizan bin Kaiat [Pulai] minta Menteri Luar Negeri menyatakan cadangan penyelesaian ketegangan di Laut China Selatan di antara China dengan Malaysia, Vietnam, Filipina, Brunei serta Taiwan dan apakah Malaysia boleh menjadi pemudah cara untuk menyelesaikan pertikaian ini.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Pulai di atas pertanyaan pada pagi ini.

Terima kasih juga di atas keprihatinan yang diberikan kepada persoalan-persoalan, isu-isu di bawah seliaan Kementerian Luar Negeri, terutamanya berkaitan dengan Laut China Selatan.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin

Puan Yang di-Pertua, sepertimana Dewan yang mulia ini sedia maklum, kerajaan sentiasa memberikan perhatian kepada isu di Laut China Selatan. Seperti yang telah dijelaskan oleh kementerian ini berulang kali, saya sekali lagi ingin menekankan bahawa pendirian Malaysia berhubung isu Laut China Selatan adalah jelas dan konsisten.

Semua pertikaian dan penyelesaian isu-isu berhubung Laut China Selatan mestilah berdasarkan undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Undang-undang Laut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 1982 atau dengan izin, United Nations Convention on the Law of the Sea 1982. Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, negara-negara ASEAN dan China juga telah memeterai dengan izin, Declaration on the Conduct of Parties in the South China Sea

(DOC) pada 4 November 2002. Ini merupakan antara usaha serantau untuk memastikan keamanan dan kestabilan serta bagi mengelakkan ketegangan di Laut China Selatan.

Selaras dengan persefahaman yang dibawa DOC ini, negara-negara ASEAN telah mengambil pendekatan dengan izin, self-restraint dan memastikan tindakan-tindakan yang diambil dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Laut China Selatan tidak akan meningkatkan ketegangan di lapangan.

Buat masa ini negara-negara ASEAN dan China sedang merundingkan dengan izin, Code of Conduct in the South China Sea (COC). COC dilihat sebagai satu kod tatacara bagi mengelakkan konflik dan ketegangan di Laut China Selatan. Ia adalah tanpa prejudis terhadap tuntutan wilayah dan maritim negara masing-masing. Rundingan COC tersebut dilaksanakan oleh negara-negara anggota ASEAN dan China menerusi platform ASEAN- China Joint Working Group on the Implementation of the DOC dan ASEAN-China Senior Officials’ Meeting on the Implementation of the DOC berdasarkan satu Single Draft Negotiating Text COC yang digunakan sebagai asas rundingan.

Untuk tahun 2024, rundingan COC diadakan sebanyak empat kali iaitu yang pertama di Bali, Indonesia pada Mac 2024, di Bangkok, Thailand pada bulan Mei 2024 dan yang terkini telah diadakan di Xi’an, China pada bulan September 2024. Satu lagi pusingan rundingan COC yang akan diadakan di Vientiane, Laos pada bulan November tahun ini. Saya juga ingin memaklumkan Dewan yang mulia ini, bahawa Malaysia sedang memainkan peranan penting

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin

di peringkat antarabangsa sebagai negara penyelaras hubungan dialog ASEAN-China untuk tempoh tiga tahun dari Ogos 2024 hingga Julai 2027.

Sebagai negara penyelaras, antara peranan Malaysia adalah sebagai pengerusi bersama dengan China dalam merunding draf COC. Dalam hubungan ini, Malaysia beriltizam untuk memastikan supaya kod tatalaku ini akan menjadi satu dokumen yang efektif dan substantif bagi menangani isu-isu yang berkaitan Laut China Selatan. Malaysia akan sentiasa memastikan bahawa COC yang dirundingkan tidak sekali-kali mengetepikan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara.

Sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun 2025, Malaysia komited untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai. Malaysia akan terus menyuarakan pendirian tegas berhubung isu Laut China Selatan di pelbagai platform bagi memastikan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara akan terus kekal terpelihara. Sekian dan terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pulai.

draft • 10:40 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih Timbalan Menteri. Memandangkan Perdana Menteri telah menjadi Pengerusi ASEAN ini, apakah masalah pertikaian ini akan dimuktamadkan atau dibincangkan secara serius di dalam persidangan ASEAN untuk mendapatkan keputusan yang terbaik?

draft • 10:40 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Sebagaimana yang saya maklumkan tadi bahawa selain daripada kita akan menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan, kita juga adalah sebagai pengerusi bersama. Pengerusi bersama yang saya sebut sebagai ASEAN-China Joint Working Group on the Implementation of the DOC dan juga ASEAN-China Senior Officials’ Meeting on the Implementation of the DOC. Ini adalah penting, platform yang ada pada hari ini atau mekanisme yang ada pada hari ini kita akan guna pakai terutama apabila kita menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan, saya optimis dan saya yakin ia akan dijadikan sebagai tumpuan yang besar untuk kita berbincang, berdialog dan mencari penyelesaian yang tuntas bagi memuktamadkan COC

(code of conduct) itu adalah penting.

COC ini adalah penting untuk kita memastikan semua pihak apabila dimuktamadkan nanti harus menghormati COC ini supaya kita menghormati hak kedaulatan negara kita di perairan kita ini, insya-Allah. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kulim-Bandar Baharu.

draft • 10:40 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik. Terima kasih pada Yang di-Pertua. Saya agak teruja dengan soalan ini, ketimbang dengan soalan-soalan yang lain.

Soalan saya, berapakah nota bantahan yang telah dihantar oleh Wisma Putra kepada negara China setakat ini? Dan apakah tindakan susulan yang telah diambil misalnya selepas penghantaran nota bantahan ini dikemukakan terhadap tuntutan China di Laut China Selatan mengenai Peta Standard China Edisi 2023 yang turut meliputi kawasan maritim Malaysia sebelum ini?

draft • 10:40 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Juga adakah kerajaan juga berhasrat memanggil Duta Besar China ke Malaysia seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini yang pernah memanggil Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing bagi menyatakan bantahan atas isu pencerobohan kapal negara pada 2021? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Datuk Mohamad bin Alamin

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan.

Dalam kita mencari penyelesaian Yang Berhormat Puan Speaker, harus ada mekanisme diplomasi yang baik. Dan amalan, amalan mana-mana negara pun adalah jelas bahawa menghantar nota bantahan itu adalah salah satu komunikasi atau hubungan diplomasi dua hala. Bukan hanya nota bantahan antara negara kita dengan negara China, bahkan negara China juga menggunakan platform mekanisme yang sama untuk menghantar nota bantahan kepada kita juga.

Ini adalah amalan yang dipraktikkan di peringkat antarabangsa. Jadi kita ingin memastikan bahawa apa juga nota bantahan yang dihantar oleh Malaysia atau dihantar oleh mana-mana negara kepada kita dan kita juga akan membalas nota-nota bantahan itu.

Sekiranya ada apa-apa isu yang timbul, ini akan menjadi suatu perkara yang penting dijadikan sebagai pertimbangan mana-mana negara untuk mengambil tindakan-tindakan yang perlu.

Kita sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan, kita akan membincangkan juga perkara dengan lebih tuntas.

Untuk makluman semua bahawa isu Laut China Selatan ini merupakan suatu isu yang telah pun kita persetujui lama dari segi undang-undang maritimnya. Berdasarkan peta Malaysia yang terbaru tahun 1979, ini yang diiktiraf oleh undang-undang antarabangsa. Itu sebabnya kita sebagai penyelaras bersama mulai pada tahun ini Ogos hingga Julai 2027 akan mencari jalan yang terbaik bagaimana untuk menamatkan isu ini dan bagaimana untuk kita mencari jalan yang terbaik bagi memuktamadkan isu-isu yang berbangkit, terutamanya COC tadi. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuan Kesavan a/l Subramaniam, Sungai Siput.

draft • 10:40 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Puan Speaker.

Soalan Sungai Siput nombor 6.

draft • 10:40 AM

6. Tuan Kesavan a/l Subramaniam [Sungai Siput] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan jumlah peruntukan yang telah diperuntukkan bagi Pembangunan Sosio-Ekonomi Masyarakat India di bawah SPUMI dan PENN serta perincian jumlah peserta yang menerima pinjaman tersebut sehingga 30 September 2024. Nyatakan secara khusus untuk Parlimen Sungai Siput bagi tempoh yang sama.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Untuk makluman sahabat saya daripada Sungai Siput, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sentiasa prihatin dan komited dalam melaksanakan pelbagai bantuan usahawan yang bersifat inklusif termasuk kepada usahawan masyarakat India melalui pembiayaan seperti Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI), SPUMI Goes Big yang dilaksanakan oleh TEKUN dan

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Dana Khas Pemerkasaan Wanita India (PENN) oleh Amanah Ikhtiar Malaysia. Kedua-dua ini pun tidak termasuk di dalam bajet pada tahun 2023 tetapi adalah inisiatif kerjasama di antara Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan TEKUN dan AIM.

Bagi program SPUMI, sejak tahun 2008 hingga 30 September 2024, TEKUN Nasional telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM482.6 juta kepada 30,101 usahawan masyarakat India.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Dalam tempoh tersebut juga, seramai 764 usahawan masyarakat India di kawasan Sungai Siput telah menerima pembiayaan SPUMI berjumlah RM11.27 juta.

Bagi program PENN pula, Amanah Ikhtiar Malaysia telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM22.7 juta kepada 2,644 usahawan India bagi tempoh Januari 2024 hingga 30 September 2024. Dalam tempoh yang tersebut juga seramai 99 usahawan masyarakat India di kawasan Sungai Siput telah menerima pembiayaan PENN berjumlah RM1.1 juta.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, kalau kita lihat bagi program SPUMI Goes Big yang baru kita lancarkan ini jumlah permohonan yang kami telah terima daripada Parlimen Sungai Siput adalah lapan permohonan dan kesemua lapan permohonan pun telah diluluskan berjaya. Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sungai Siput.

draft • 10:50 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri KUSKOP. Saya mengucapkan terima kasih di atas usaha dan inisiatif- inisiatif baharu yang telah diperkenalkan seperti PENN dan SPUMI Goes Big dan juga pelbagai program-program sampingan.

Saya juga turut mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kerana Yang Berhormat sudi menghadiahkan manisan Deepavali yang ada di atas meja sini, terima kasih.

Terima kasih juga kepada MITI yang turut menghadiahkan manisan. Moga manisan ini membawa makna yang besar kepada masyarakat India dalam pengumuman-pengumuman yang akan diumumkan oleh Timbalan Menteri.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, soalan.

draft • 10:50 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Ya. Soalan saya apakah tindakan Yang Berhormat yang telah dilakukan oleh kementerian dalam menarik minat lebih ramai usahawan-usahawan muda India untuk menyertai skim-skim pembiayaan di bawah KUSKOP seperti SPUMI dan PENN dan apakah status terkini SPUMI Goes Big di bawah TEKUN?

Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan

Terima kasih Yang Berhormat. Kita sedang melaksanakan banyak inisiatif contohnya program-program yang membuat pameran booth yang melibatkan AIM dan TEKUN juga. Kita ada kaunter promosi di semua program-program di mana AIM dan TEKUN menjalankan program. Juga kita mengadakan promosi secara media sosial, online presence kita untuk program-program PENN dan SPUMI.

Selain daripada itu, memang setiap program kepada kawasan-kawasan di mana kita adakan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan TEKUN atau AIM kami mengedarkan flyers dan

draft • 10:50 AM

Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan

sebagainya. Kalau kita lihat juga kita mengadakan siri-siri taklimat, taklimat bersama-sama contohnya yang sudah berlaku ini dengan NGO-NGO juga dengan agensi-agensi sebagai MITRA dengan NGO-NGO MICCI, KLSICCI (Kuala Lumpur Selangor Indian Chamber of Commerce) dan baru-baru ini kami akan mengadakan taklimat di mana kami akan buat penyerahan cek cura untuk menunjukkan kejayaan program PENN pada 28.

Juga untuk makluman Yang Berhormat, di kawasan Yang Berhormat Sungai Siput program sukaneka akan diadakan oleh AIM di Kuala Kangsar di Dewan Orang Ramai Kampung Ulu Kuang pada 24 Oktober 2024 iaitu esok. Dijemput hadir Yang Berhormat.

Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Rompin.

draft • 10:50 AM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Saya harap saya pun dapat manisan juga daripada Timbalan Menteri sebab menanya soalan berkaitan masyarakat India ya.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan.

draft • 10:50 AM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Dalam Belanjawan 2025, RM130 juta disediakan untuk melaksanakan pelbagai program termasuk pembiayaan peniagaan untuk memperkasakan sosioekonomi komuniti India.

Soalan saya, apakah perancangan kerajaan untuk menyebarluaskan maklumat mengenai bantuan dan insentif seperti SPUMI di bawah TEKUN kepada usahawan dan komuniti India termasuk mereka yang berada di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Adakah pihak KUSKOP juga telah mengkaji cadangan untuk membantu koperasi yang tidak aktif atau berstatus dorman dengan izin supaya usaha sama dapat digembleng bagi menyediakan lebih banyak dana pembiayaan kepada usahawan kaum India?

Seterusnya...

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

draft • 10:50 AM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

...Apakah status dan pencapaian Pelan Tindakan Masyarakat India fasal (Malaysian Indian Blueprint) yang dilancarkan pada tahun 2017 yang lalu? Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan

Terima kasih Yang Berhormat daripada Rompin. Berulang-ulang dia orang cakap fasal gula, hari ini Rabu actually “No Sugar Day”.

Saya tidak tahu ini perangkap kah tidak. Saya minta maaf Speaker kalau ada manisan di dalam Dewan. Tetapi Yang Berhormat Rompin, saya hendak bagi tahu walaupun ketiga-tiga itu di luar daripada soalan, saya cuba jawabkan.

Nombor satu, berkaitan dengan RM130 juta yang disediakan sebelum ini dan juga pada Bajet 2025 ini, actually ini adalah satu confusion sebab apa yang diumumkan secara spesifik adalah RM130 juta. Tetapi ada banyak lagi inisiatif-inisiatif contohnya di bawah BSN skim mikro usahawan. Banyak lagi inisiatif seperti itu, RM300 juta disediakan. Skim untuk pembangunan belia, usahawan mikro dan sederhana juga disediakan RM150 juta, tempoh pembiayaan sebanyak untuk tujuh hingga lima tahun sebanyak RM300 juta dan RM150 juta.

draft • 10:50 AM

Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan

Kalau kita juga lihatkan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

(KUSKOP) telah melaksanakan banyak inisiatif bagi komuniti India. Contohnya program PENN oleh Amanah Ikhtiar RM50 juta yang tidak termasuk di dalam bajet, program TEKUN SPUMI Goes Big tambahan RM30 juta and tidak dimasukkan di dalam bajet, program i-BAP RM6 juta business matching grant yang tidak dimasukkan di dalam bajet.

Jadi, kalau kita lihat memang ada banyak lagi inisiatif macam ini yang akan direka dan diusahakan untuk dijayakan. Tidak sepatutnya kalau kita lihat hanya RM130 juta diumumkan, maksud hanya RM130 juta untuk komuniti India sebab banyak lagi yang dapat.

Contoh kalau kita lihat untuk hospital...

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan.

Ringkaskan jawapan.

draft • 10:50 AM

Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan

...Untuk hospital RM2 bilion disediakan. Itu untuk semua kaum, untuk semua komuniti. Yang kedua adalah berkaitan dengan...

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan, masa sudah tamat.

draft • 10:50 AM

Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan

Ya. Minta maaf Speaker. Untuk koperasi, koperasi India saya ingat saya jawab secara bertulis sebab tidak di dalam soalan and blueprint India juga saya bagi jawapan bertulis kepada Yang Berhormat Rompin. Terima kasih Speaker.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. Saya jemput Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman, Bachok.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Terima kasih Puan Speaker yang budiman yang berpandangan jauh. Kepada Yang Berhormat Menteri yang berwawasan jauh, yang selalu berjalan jauh, mohon jawapan kepada soalan nombor 7. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

7. Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman [Bachok] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan apakah status terkini pembangunan garis panduan penggunaan tenaga dan air di pusat-pusat data sebagai langkah memastikan pusat data di Malaysia menyokong sasaran pelepasan karbon bersih sifar menjelang 2050.

draft • 10:50 AM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri amat menggalakkan penggunaan sumber tenaga boleh baharu, peralatan cekap tenaga dan air untuk memastikan semua pusat data di Malaysia ini beroperasi dengan efisien dan mampan di samping memastikan keterjaminan bekalan elektrik dan air negara ini dikawal serta digunakan secara efektif.

Kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif yang bersepadu bagi memastikan bahawa penggunaan air dan tenaga bagi pusat-pusat data ini mematuhi piawai kemapanan yang merangkumi pembangunan garis panduan pembangunan mampan bagi pusat data dan juga penggunaan tenaga boleh baharu dan program Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat.

draft • 10:50 AM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Beberapa sesi libat urus dengan pelbagai agensi kerajaan dan juga pemain industri pusat data di Malaysia telah dilaksanakan melalui kementerian bagi membangunkan garis panduan pembangunan mampan bagi pusat data. Garis panduan ini merangkumi metric power usage effectiveness (PUE), water usage effectiveness (WUE) dan juga carbon usage effectiveness. Ini untuk mengukur pelepasan karbon oleh pusat data.

Garis panduan berkenaan sedang dimuktamadkan. Insya-Allah dalam beberapa minggu ini dan ianya akan dijadikan sebagai salah satu syarat bagi permohonan insentif untuk pelaburan pusat data.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga menggalakkan pelaksanaan Dasar Teknologi Hijau dan penggunaan tenaga boleh baharu dalam operasi pusat data bagi mencapai sasaran 70 peratus tenaga boleh baharu menjelang 2050 seperti yang terkandung dalam National Energy Transition Roadmap (NETR).

draft • 10:50 AM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Program Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat ataupun CRESS turut dilaksanakan bagi memudahkan akses operator pusat data kepada sumber tenaga boleh baharu yang dijangka oleh pihak ketiga atau dengan izin, third-party access. CRESS akan memudah dan membolehkan lebih banyak pusat data memanfaat dari tenaga boleh baharu dan juga menjadikan kos operasi pusat data ini lebih kompetitif dalam jangka masa panjang.

Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bachok.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita ada dengarlah — saya kira terima kasih kepada jawapan yang very comprehensive dan sangat structured daripada Yang Berhormat Menteri. Ada terdengar di luar sana dalam kalangan pemain industri, ada yang — biasalah, yang tak puas hati, yang tak gembira dengan panduan tambahan ini kerana akan meningkatkan kos dan birokrasi.

Jadi, mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri, adakah pembangunan garis panduan yang di pihak YB Menteri dianggap baik tetapi boleh dikira sebagai sedikit menyukarkan kalangan pelabur dan seterusnya akan menjejaskan aliran pelaburan digital dalam negara pada masa hadapan, khususnya dalam industri pusat data yang kita sangat welcome sekarang ini. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Nampaknya Yang Berhormat Bachok ada mendengar keluhan daripada pihak industri.

draft • 11:00 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Memang ada beberapa pemain industri yang telah menyuarakan kebimbangan tentang birokrasi dan mungkin juga kebimbangan mengenai kos yang lebih tinggi untuk memenuhi syarat-syarat.

draft • 11:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Jadi, sesi libat urus sedang dijalankan. Seperti yang saya maklumkan tadi, insya-Allah dalam masa dua, tiga

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

minggu ini kita akan memuktamadkan kerana bila kita ada perbincangan, memanglah ada syarikat yang besar dan juga ada syarikat yang kecil. Kebanyakan syarikat yang besar terutamanya multinasional, menerajui pasaran dan industri, masing-masing sebenarnya telah mulakan peralihan ke arah pembangunan mampan secara menyeluruh termasuk penempatan hala tuju ke arah neutral karbon di mana mereka cuba memenuhi net-zero lebih awal daripada 2050.

Pada masa yang sama, dalam konteks ini, kementerian berpandangan bahawa garis panduan yang kita ada untuk mengukur kecekapan penggunaan tenaga dan air ini dan juga pelepasan karbon diperkenalkan pada masa yang tepat. Kita nak memacu momentum inisiatif kemapanan sedia ada di kalangan pelabur digital termasuk bagi industri pusat data di Malaysia.

Kita telah mengadakan sesi libat urus dan akan terus mengadakan sesi libat urus.

Kita akan memaklumkanlah Yang Berhormat Bachok bagaimana perkembangan sesi libat urus tersebut. Tetapi yang pentingnya, kita yakin bahawa kedudukan Malaysia yang strategik, dasar kerajaan yang mesra pelabur, ketersambungan yang baik serta faktor luaran yang lain, insya-Allah akan menyumbang ke arah menjadikan Malaysia ini sebagai destinasi pilihan utama pelabur digital terutamanya di rantau ini. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Paya Besar.

draft • 11:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Di kawasan saya ada pusat Pahang Technology Park. Saya harap ada pelaburan pusat data di Pahang Technology Park. Itu yang pertama.

Keduanya Tuan Yang di-Pertua, pusat data ini bagus, pelaburan besar. Tetapi, peranti-peranti yang nak buat storage ini kenapa dilakukan dan diambil dari luar? Sebab saya lihat adakah ia mencapai aspirasi NIMP kalau kita buat pusat data tetapi peranti tersebut itu kita ambil daripada luar. Adakah ada juga garis panduan yang memastikan supaya maintenance nanti diambil kira? Sebab ekosistem pusat data ini Tuan Yang di-Pertua, besar.

Kalaulah kita hanya ada pusat data, pekerjanya tak ramai, tetapi ekosistem PMKS kita tidak dapat menyokong ekosistem pusat data ini, adakah ia akan mencapai NIMP?

Sikit lagi Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

draft • 11:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Soalan— jawapan daripada PETRA apabila saya bertanya berkaitan adakah tenaga kita mencukupi. Jawapan daripada PETRA mengatakan terpaksa kita extend beberapa loji jana kuasa. Bagaimana pula kita nak mencapai net-zero emission Tuan Yang di-Pertua?

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Okey. Terima kasih Yang Berhormat. Untuk jawapan sama ada ada di kawasan Yang Berhormat di Paya Besar, belum ada lagi tetapi ada perbincanganlah untuk kita membuat pusat data di sana. Tetapi sekali lagi, kita memerlukan infrastruktur terutamanya tenaga boleh baharu dan juga dari segi air lah yang diperlukan. Maklumat terkini daripada 2021 hingga Jun 2024 adalah 89 projek yang

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

terlibat dalam ekonomi digital terutamanya dalam pusat data ini. Pelaburan yang diluluskan pun berjumlah RM131 bilion.

Dalam soalan yang ditanyakan tadi sama ada ada limpahan kepada syarikat-syarikat kita dan juga pekerja-pekerja kita, kita memang ada — we monitor-lah, kita memantau bagaimana syarikat-syarikat tempatan sama ada dapat mereka dapat manfaat daripada pelaburan data ini, pusat data terutamanya daripada multinasional. Saya bagi contoh.

Contohnya, dari segi server, cooling system, power supply dan beberapa hardware component memang ada. Contohnya, syarikat NationGate, syarikat Sime Darby, Gamuda, Sunway Construction, IJM Construction dan sebagainya, ada dapat limpahannya. Begitu juga dari segi pekerjaan.

Tetapi yang pentingnya, yang kita lihat limpahannya sebagai pusat data ini kerana ia main peranan penting dalam menyokong pertumbuhan ekonomi dengan menyediakan infrastruktur teknologi yang tinggi. Dia — dan kritikal. Dia macam highway-lah. Kalau kita tidak ada PLUS highway itu, tidak ada perkembangan dari segi industri di sepanjang lebuh raya tersebut. Jadi, perkembangan pusat data ini dipacu oleh kemajuan teknologi. Kita gunakan aplikasi yang baharu, keperluan perniagaan yang berubah dan sebagainya.

Kita pada masa yang sama, dari segi penggunaan tenaga pusat data di Malaysia pada masa ini berjumlah 0.26 gigawatt, pada masa ini iaitu lebih kurang 0.6 peratus jumlah keseluruhan penggunaan tenaga. Kalau kita banding dengan Singapura, sekarang ini lebih kurang 1.4 gigawatt di mana ialah tujuh peratus daripada keseluruhan penggunaan tenaga.

In fact, baru-baru ini Singapura pun meningkatkan lagi.

Dalam perbincangan kita dengan Tenaga Nasional, baru sahaja berbincang dua hari yang lepas. Kita ada berbincang mengenai sasaran oleh pusat data. Alhamdulillah, dengan perancangan yang Tenaga buat, kita boleh memenuhi sasaran oleh pusat data yang akan melabur di negara kita, termasuklah pelabur-pelabur domestik kita. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuan Tan Kar Hing, Gopeng.

draft • 11:00 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Terima kasih kepada Puan Speaker. Soalan Gopeng soalan kelapan.

draft • 11:00 AM

8. Tuan Tan Kar Hing [Gopeng] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan adakah kementerian bercadang untuk menambah baik pelaksanaan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment- EIA).

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab soalan, saya mohon mengalu-alukan kehadiran rombongan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Kawasan Parlimen Kota Samarahan, Sarawak ke Dewan yang mulia ini.

[Tepuk]

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) sentiasa berusaha untuk menambah baik pelaksanaan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling

(Environmental Impact Assessment – EIA) di Malaysia. Terdapat lima keutamaan penambahbaikan iaitu:

(i) memperkukuh keperluan perundangan berkaitan EIA dan tadbir urus dalam penilaian laporan EIA;

(ii) memperkasa prosedur EIA di Malaysia;

(iii) pendigitalan EIA;

(iv) pengukuhan libat urus awam; dan

(v) pemantapan penguatkuasaan EIA.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Gopeng.

draft • 11:00 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Terima kasih saya ucapkan kepada Timbalan Menteri yang memberikan jawapan tentang penambahbaikan bagi EIA. Cuma soalan tambahan saya adalah apakah tindakan oleh kementerian supaya mengambil tindakan yang serius dan tegas terhadap pemaju-pemaju yang melanggar syarat-syarat dalam EIA yang semasa. Bagaimana pula dengan pihak kementerian melalui JAS dalam proses pemantauan yang berterusan supaya EIA yang dihantarkan itu mematuhi dan mengikut apa syarat-syarat yang ditetapkan?

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Sebagai makluman kepada semua Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2023, pihak Jabatan Alam Sekitar telah melakukan penguatkuasaan ke atas projek-projek EIA...

draft • 11:00 AM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

...Melalui kaedah pemeriksaan di lapangan dan juga pemeriksaan secara desktop. Jumlahnya 2,063 siasatan penguatkuasaan di lapangan telah dijalankan untuk mengenal pasti status fasa pembangunan dan pematuhan kepada syarat kelulusan kepada EIA daripada jumlah itu.

draft • 11:00 AM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Sebanyak 86 peratus didapati patuh kepada syarat- syarat kelulusan EIA, manakala 14 peratus pula tidak patuh. Manakala sebanyak 666 pemeriksaan secara [Tidak jelas] telah dijalankan. Daripada jumlah itu, sebanyak 95 peratus pemeriksaan didapati patuh, manakala lima peratus tidak patuh.

Tindakan penguatkuasaan telah diambil ke atas ketidakpatuhan ini merangkumi pengeluaran 321 notis arahan dan 29 kompaun. Sebanyak 49 pertuduhan kes telah didakwa di mahkamah kerana tidak mematuhi syarat-syarat kelulusan EIA. Jumlah denda terkumpul bagi kesalahan di bawah seksyen 36A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 pada tahun 2023 adalah sebanyak RM1,099,000.

draft • 11:10 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Selain itu, sebanyak tujuh perintah larangan bagi aktiviti yang ditetapkan di bawah seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 juga telah dikeluarkan bagi kesalahan serius berkaitan pematuhan syarat kelulusan EIA.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Padang Serai.

draft • 11:10 AM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Terima kasih Yang di-Pertua Speaker.

Soalan tambahan saya, Menteri. Adakah pelaksanaan EIA akan dapat mengawal projek-projek pembangunan yang semakin rancak bagi memastikan kelestarian alam sekitar terpelihara?

Dalam isu perlombongan REE ― ini berkaitan dengan alam sekitar juga. Diketahui deposit REE ini banyak terdapat di dalam kawasan hutan simpan. Jadi, bagaimana kementerian melihat isu dan SOP perlombongan? Bagaimana kita boleh mengoptimumkan perlombongan REE ini? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. EIA adalah satu mekanisme untuk memastikan apa-apa aktiviti tertakluk kepada Perintah Kualiti Alam Sekeliling. Aktiviti yang ditetapkan Laporan Kesan Kepada Alam Sekeliling 2015 dijalankan dan diuruskan dengan baik terutamanya dalam mengawal impak projek terhadap kualiti alam sekitar. Kementerian melalui JAS akan memastikan setiap aktiviti yang tertakluk kepada EIA diberikan penilaian yang rapi demi memastikan alam sekitar terus dipelihara.

Semua pihak berkepentingan akan dilibatkan bagi memastikan penilaian EIA adalah menyeluruh. Namun begitu, kawalan oleh kementerian menerusi JAS hanyalah melalui penilaian dan kelulusan laporan EIA sahaja. Manakala kawalan aktiviti pembangunan secara keseluruhan adalah tertakluk kepada pihak berkuasa melulus masing-masing yang mempunyai kuasa untuk meluluskan sesuatu projek atau aktiviti pembangunan. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa, Tampin.

draft • 11:10 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Yang di-Pertua.

Barisan Nasional menang besar di Mahkota dan Nenggiri, Kerajaan Perpaduan mula mendapat tempat, Soalan Tampin nombor sembilan tunggu jawapan Menteri, Untuk pengguna mendapat maklumat tepat. Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 11:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Lebih DAP daripada DAP ini.

draft • 11:10 AM

[Dewan riuh]

9. Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa [Tampin] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan jumlah semasa stesen pengecasan kenderaan elektrik yang telah beroperasi sepenuhnya atau sedang dalam proses pemasangan dan apakah langkah Kementerian untuk mempercepatkan proses pemasangan peranti tersebut di kawasan luar bandar agar tidak timbul isu diskriminasi terhadap masyarakat luar bandar.

draft • 11:10 AM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Boleh saya jawab? Okey, terima kasih Yang Berhormat Tampin, Tuan Yang di-Pertua.

Kerajaan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan ataupun National EV Steering Committee pada 10 Mei 2024 telah bersetuju bahawa sasaran asal pemasangan 10,000 unit pada akhir 2025 untuk kemudahan pengecas EV ini dikekalkan.

Daripada jumlah ini, sasaran kemudahan pengecas EV jenis DC ataupun direct current ditingkatkan daripada 1,000 unit kepada 1,500 unit. Manakala sasaran kemudahan pengecas EV jenis AC adalah sebanyak 8,500 unit. Jadi, jumlahnya 10,000 unit. Sasarannya pada akhir 2025.

Berdasarkan kepada maklumat yang dikumpulkan oleh Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC), sehingga 30 September 2024, sejumlah 3,171 unit pengecas awam telah dipasang di seluruh negara. Daripada jumlah ini, 813 adalah jenis DC, manakala 2,358 unit ini adalah jenis AC dengan nisbah jumlah kemudahan pengecas EV sedia ada kepada jumlah BEV iaitu 1:9. Jumlah pengecas awam ini adalah mencukupi untuk menampung kegunaan kira-kira 31,000 unit battery electric vehicle (BEV) bagi kenderaan penumpang yang telah berdaftar sehingga kini.

Dari aspek perancangan, kerajaan telah meletakkan sasaran bilangan jumlah pengecas awam menjelang tahun 2025 ini meliputi di semua negeri termasuk lokasi yang strategik sama ada berdasarkan permintaan, dengan izin, demand-based ataupun access- based. Hakikatnya, kos pembinaan atau pemasangan sesebuah pengecas awam ini adalah tinggi terutamanya untuk pengecas jenis DC atau pengecas pantaslah, dengan izin, fast charger. Oleh itu, pengusaha stesen pengecas menghadapi kesukaran untuk membangunkan pengecas awam di kawasan yang mempunyai permintaan rendah seperti di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, bagi membantu menyelesaikan isu penebaran bilangan pengecas awam yang tidak sekata di antara kawasan bandar dan juga kawasan luar bandar, kerajaan telah melaksanakan sesi libat urus bersama dengan pihak berkuasa tempatan bertujuan untuk memberi penerangan tentang potensi pasaran EV dan keperluan sokongan infrastruktur pengecas awam.

PBT diminta merujuk Garis Panduan Perancangan Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik yang telah diterbitkan oleh PLANMalaysia sebagai panduan dan memberi kerjasama dalam menyelesaikan isu-isu berbangkit berkenaan pemasangan pengecas awam di kawasan masing-masing.

draft • 11:10 AM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Selain itu, kementerian MITI telah mengadakan beberapa sesi libat urus dengan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya, rangkaian hypermarket, Persatuan Pengurusan Kompleks Membeli-belah serta Persatuan Hotel dan Persatuan Pemilik Hotel Malaysia bagi menggalakkan premis-premis berkaitan disokong oleh perkhidmatan pengecas awam EV untuk keperluan para pelanggan. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tampin.

draft • 11:10 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Harap pengecas awam ini dapat dipasang di Tampin agar Tampin lebih maju daripada Arau...

[Ketawa] Saya bukan apa, Menteri, saya cuma tidak mahu melihat orang luar bandar ketinggalan sebab saya juga salah seorang daripada mereka.

Seperti yang kita sedia maklum, negara kita menyasarkan sebanyak 20 peratus daripada jumlah tahunan kenderaan baharu mesti terdiri daripada kenderaan varian elektrik atau xEV iaitu termasuklah jenis kenderaan hibrid ataupun PHEV (plug-in hybrid electric vehicle).

Cuma itu, Yang Berhormat Menteri, saya ingin mengetahui, apakah pendirian kementerian terhadap kenderaan jenis hibrid dan PHEV memandangkan kerajaan ingin merancakkan penggunaan kenderaan jenis BEV yang dikuasa sepenuhnya oleh elektrik?

Sejauh manakah sambutan program e-bike MARiiCas yang mula diperkenalkan pada tahun ini bagi meningkatkan penggunaan motosikal elektrik di jalan raya? Terima kasih Yang di- Pertua.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Untuk makluman Yang Berhormat, untuk kereta EV, Yang Berhormat, saya tak tahu kereta apa. Kereta yang ada di Negeri Sembilan, data terkini jumlah pengecas di Negeri Sembilan ada 84. Tetapi, saya kena check sama ada di Tampin ada atau tidak. Tak ada ya?

[Ketawa] Nanti kita akan...

[Dicelah] Ha, Arau mungkin ada agaknya. Perlis ada dua. Perlis ada dua.

Untuk jawapan mengenai ― kita memang menyasarkan 20 peratus daripada jumlah tahunan kenderaan baharu ini menjelang 2030 adalah xEV. Jadi, termasuklah jenis hibrid dan PHEV. Pada tahun ini, sehingga 30 September, jumlah xEV ini telah mencecah 33,319 termasuklah jenis BEV. Lebih kurang 15,000 lebihlah. Jumlah xEV ini secara keseluruhan mewakili lebih kurang lima peratus daripada *total industry volume.

Insya-Allah*, berdasarkan prestasi ini, kerajaan melihat penggunaan kenderaan hibrid dan PHEV ini masih relevan untuk mencapai sasaran EV yang telah ditetapkan. Penggunaan kenderaan hibrid dan PHEV juga menyokong hasrat negara untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Ada satu lagi soalan tadi mengenai MARiiCas. Program galakan penggunaan motosikal EV ini pun ada diteruskan untuk tahun 2025 semasa ucapan Belanjawan 2025.

Untuk buat masa ini, sehingga kini sebanyak ada 4,984 permohonan yang telah diluluskan untuk program tersebut. Alhamdulillah, sekiranya program ini diteruskan, lebih ramai rakyat

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

akan dapat menerima manfaat dan peluang untuk menggunakan teknologi kenderaan elektrik dengan harga yang berpatutan. Just to- sebagai peringatan, program ini RM2,400 merupakan program untuk menggalakkan individu yang berpendapatan kurang daripada RM120,000 setahun untuk membeli ataupun menggunakan motosikal elektrik. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kubang Pasu.

draft • 11:20 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker, dari sudut adaptasi EV, Malaysia berada di tempat keempat. Bagi tahun 2023, kita mencapai 17 peratus; Thailand - 41 peratus- is an Asian automotive hub; Indonesia - 25 peratus; Singapura - 80 peratus, tapi kita tak boleh compare dengan Singapura sebab they’re city state. Dia pula every 10 years, dia kena beri balik kereta, dapat kereta baharu.

Dari sudut pengecasan- charging, Malaysia berada pada kedudukan yang ketiga selepas Singapura dan Thailand. Singapura satu stesen : tiga EV; Thailand, satu stesen : 16 EV; Malaysia, satu stesen : 38 EV; dan Indonesia, satu stesen : 42 EV. Correct me if I’m wrong. This laporan from Bloomberg. Bloomberg pun sensitif juga.

Tiga...

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan?

draft • 11:20 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Banyak cabaran perlu dihadapi bagi menjayakan agenda ini. Hari ini Tuan Speaker nampak manis, kalau senyum lagi manis. Terima kasih...

[Ketawa]

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terus kepada soalan.

draft • 11:20 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Antaranya- cabaran antaranya, kos EV, itu cabaran. Permintaan jarak perjalanan, orang nak 500 kilometer, 600 kilometer. Availability stesen pengecasan- itu Datuk Seri Menteri dah jawab. Impak terhadap power grid, kapasiti bateri masa charging, kos insulation- disebutkan oleh Menteri, memang mahal, more than a million. Soalannya- pertama, apakah langkah yang sedang dan akan diambil oleh kerajaan bagi menangani isu-isu yang disebutkan tadi, terutamanya stesen pengecasan khusus DC- direct current fast charging? Ini yang diperlukan.

Seterusnya, Timbalan Menteri MITI pernah menyatakan bahawa Kabinet melulus pada Februari 2023, telah meluluskan sebuah pasukan yang diketuai oleh MITI berkaitan dengan EV bagi merangka dasar khusus bagi EV. Apakah hasil yang dicapai oleh pasukan khas ini berhubungan dasar khusus bagi EV itu?

Ini, saya dah dengar Menteri dah jawab berapa jumlah EV sekarang dan sebagainya.

Terima kasih Datuk Seri Menteri. Terima kasih Puan Speaker. Terima kasih banyak.

draft • 11:20 AM

Seorang Ahli

...Kubang Pasu berjaya ya.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Saya setuju dengan pendapat Yang Berhormat mengenai Tuan Speaker. Untuk menjawab soalan tersebut, daripada segi ratio, Bloomberg punya data itu

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

mungkin data yang lama, tapi data yang terbaharu untuk pada masa ini, jumlah nisbahnya satu kepada sembilan. Ini...

draft • 11:20 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Bloomberg 2023, Datuk Seri. Maybe dah meningkat. Terima kasih. Pencapaian yang hebat.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Ya, betul, betul.

Pencapaian dia berkembang dengan pesat pada suku ke-dua tahun ini selepas kita- mula- mula ada masalah mengenai birokrasi untuk mendapat kelulusan untuk membuat pengecas kerana melibatkan beberapa agensi- PBT, negeri dan sebagainya, termasuklah KPKT, Kementerian Pengangkutan.

Dalam Mesyuarat National EV Steering Committee yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri II- Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, kita telah berjaya memudahkan proses. Sebelum ini sampai setahun. Sekarang dah- sebulan kita boleh luluskan. Oleh itu, peningkatan yang tinggi dapat kita lihat daripada segi pengecas EV.

Mengenai soalan apa yang kita buat pada masa ini? Saya- tiga perkara penting. Satu, daripada segi kemudahan pengecas EV supaya semua kawasan, termasuklah kawasan luar bandar ini diberi peluang. Oleh itu, daripada segi kemudahan daripada Kementerian Kewangan, kemudahan daripada segi cukai- kita bagi exemption untuk syarikat-syarikat pengecas EV ini.

Pada masa yang sama, ada pengumuman yang dibuat baru-baru ini oleh Perodua.

Kita juga ingin memastikan rakyat semua dapat menggunakan kenderaan EV. Kerana buat masa ini kalau kita lihat, kenderaan EV ini semua harga lebih dari RM100,000 lah. Tidak ada kereta EV, terutamanya yang dibuat di Malaysia yang kurang dari RM100,000. Insya-Allah, pada tahun depan, Perodua akan mengeluarkan kereta yang EV, battery energy vehicle yang kurang dari RM100,000.

Dalam akhir tahun ini, Proton juga akan mengeluarkan kereta EV. Cuma, harganya lebih dari RM100,000.

Ketiga, yang penting juga daripada segi industri. Sebenarnya, kalau kita lihat projek EV ini adalah amat penting untuk kita punya industri kerana industri kita memang memerlukan daripada segi ekosistem cip, terutamanya di kawasan Kedah, di Kulim. Banyak power chips ini adalah untuk kereta-kereta EV dan rantaian bekalan EV memang dekat untuk syarikat- syarikat yang midstream dan downstream yang membuat dalam chips industry. Kita nak memastikan ekosistem itu berjalan dengan lancar. Oleh itu, kita nak pastikan lebih banyak syarikat-syarikat BEV ini datang ke Malaysia dan juga syarikat-syarikat tempatan kita untuk memulakan dan bekerjasama dengan syarikat-syarikat di negara kita yang sudah ada di negara Malaysia. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad, Jerlun.

draft • 11:20 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Tuan Yang di-Pertua, saya pohon jawapan bagi soalan nombor 10.

draft • 11:20 AM

10. Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad [Jerlun] minta Perdana Menteri menyatakan:

(i) mengapa Tarekat Aurad Muhamadiyah masih diamalkan oleh pengikut Al-Arqam sedangkan tarekat ini dan Al-Arqam telah difatwakan sesat pada tahun 1994; dan

(ii) langkah drastik kerajaan untuk menghapuskan tarekat ini dan nyatakan program pemulihan yang dilakukan terhadap mereka yang berselindung atas nama kebajikan dan ekonomi GISBH.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Jerlun atas soalan yang diberikan dan keprihatinan yang ditunjukkan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sebenarnya sesi penerangan Menteri oleh Yang Berhormat Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dan Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengenai perkembangan dan tindakan berkaitan GISBH telah pun diadakan pada 15 Oktober 2024. Pencerahan dan penerangan telah diberikan secara menyeluruh.

Namun, saya sambil kesempatan untuk memberikan lagi maklumat tambahan.

Berdasarkan pemerhatian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Tarekat Aurad Muhamadiyah masih diamalkan oleh pengikut kerana beberapa faktor. Antaranya, pengamalan tarekat secara tersembunyi serta sukar dikesan dan pengaruh pemimpin Al-Arqam iaitu Ashaari Muhammad yang masih kuat di kalangan pengikut, walaupun selepas fatwa dikeluarkan.

Selain itu, pengamal juga dilihat meyakini manfaat-manfaat dan kekuatan ekonomi yang mungkin diperoleh daripada amalan tersebut berdasarkan ajaran-ajaran dalam kumpulan ini. Faktor seperti pengaruh komuniti di kalangan kumpulan dan ketidakpastian dalam memahami fatwa juga mempengaruhi mereka. Oleh itu, pengajian dan ajaran yang didedahkan dalam kumpulan tersebut juga menyumbang kepada tarekat ini masih diamalkan.

JAKIM akan terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan akidah dan pegangan umat Islam, termasuk ahli-ahli GISBH melalui pembudayaan ilmu, pentarbiahan dan juga program-program pengukuhan akidah yang komprehensif dan berkesan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri-negeri dan juga Jabatan Agama Islam Negeri-negeri.

Langkah drastik kerajaan untuk menghapuskan tarekat ini ialah menerusi operasi secara bersepadu bersama agensi-agensi Persekutuan dan agensi-agensi negeri, termasuk PDRM dalam siri Ops Global dengan melibatkan perundangan yang berbeza.

Di peringkat negeri, penyelarasan operasi Ops Global turut melibatkan penguat kuasa agama negeri-negeri. Melalui Ops Global ini, banyak bahan bukti terkait akidah diperoleh. Di samping tindakan bersepadu, Pelan Tindakan Pemulihan juga dilaksanakan kepada ahli GISBH. Usaha ini dilakukan secara kolaborasi bersama JAKIM dan kementerian serta agensi terlibat, termasuk PDRM, KKM, KPM, KPTM, KLN, JKM, JTK, AKM, Majlis Agama Islam Negeri-negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri. JAKIM telah membentangkan kajian kepada masyarakat- kepada Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Kali Ke-125 yang bersidang pada 20-22 Rabiulawal, menimbang dan memutuskan pandangan hukum berkaitan GISBH. Keputusan pandangan hukum ini telah diperkenankan oleh Pengerusi MKI dan seterusnya akan dipersembahkan kepada MRR pada 23 dan 24 Oktober.

Sehingga kini, sebanyak enam buah negeri telah membuat ketetapan hukum berkaitan GISBH. Mohon doakan agar kita dapat menjaga dan memelihara akidah umat Islam di Malaysia. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jerlun.

draft • 11:20 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Meneliti jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, aktiviti GISBH ini adalah kesinambungan daripada Al-Arqam yang diharamkan sejak 1994. Nyata bahawa kerajaan tidak berupaya untuk membendung aktiviti yang sangat halus dan tersembunyi walaupun kita mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang.

draft • 11:20 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Soalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan suatu undang-undang khusus untuk membendung gejala Al-Arqam ini daripada berterusan untuk masa akan datang? Adakah suatu pendekatan yang holistik dari sudut pendidikan Islam, dari sudut pemahaman soal akidah, soal syariah dan kerohanian agar mereka ini tidak menyimpang jauh daripada kefahaman Islam? Sekian.

draft • 11:30 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan yang diberikan.

Melihatkan kepada realiti dan apa yang berlaku pada hari ini, kita mesti melihat secara objektif iaitu setiap agensi, setiap kementerian, ada bidang kuasanya yang tersendiri dan kita- mengikut lunas-lunas undang-undang. Bagi memastikan bahawa isu ini tidak lagi akan berlaku ataupun mencegahnya secara menyeluruh dan sistematik, sebenarnya kita sudah pun memulakan dan mempunyai pelan pemulihan dan juga mempunyai kolaborasi strategik di antara agensi-agensi.

Ingin dimaklumkan di sini, bukan GISBH sahaja yang akan diberikan tumpuan. Kita juga sedang memantau beberapa ajaran yang didapati berkemungkinan berpotensi untuk ada kesesatan di situ. Maka, kita juga sedang memantau secara dekat dengan kolaborasi secara agensi.

Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia, kita juga telah memaklumkan dan telah mengaktifkan atau kerajaan juga telah mengaktifkan Jawatankuasa Pemandu Menangani Ajaran Sesat Peringkat Kebangsaan (JAPAS) yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan secara lebih berkesan.

Jadi secara rumusannya, boleh kita katakan bahawa strategi dan juga tindakan telah pun dilakukan. Keperluan kepada undang-undang, ianya perlu dilakukan kajian yang mendalam agar segala inisiatif yang dilakukan mesti mengambil kira dapatan dan kajian yang menyeluruh oleh pihak-pihak yang berkaitan. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Puan Speaker, Jelebu,

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jelebu.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Terima kasih Puan Speaker. Pertama kali saya dapat tanya soalan tambahan.

Puan Speaker, saya teliti jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Usaha daripada kementerian sangat meluas Puan Speaker, tapi soal akidah in Puan Speaker, yang berkaitan dengan agama Islam ini, sentiasa menjadi perbincangan yang sepatutnya ada titik penamat kepada soal yang berkaitan dengan akidah.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri umum RM25 juta untuk Ops Global bagi pemulihan kes-kes yang berkaitan dengan GISHB. Soalan saya Puan Speaker, Ops Global pada bulan September, apakah follow up daripada Ops Global ini? Kerana di Negeri Sembilan, Yang Berhormat Menteri pun dari Negeri Sembilan- kita raid dua tempat sahaja Yang Berhormat Menteri, tetapi di Jelebu ini Yang Berhormat Menteri, ada dua ke tiga tempat lagi dan di daerah lain juga ada dua ke tiga tempat. Bila kita nak lanjutkan Ops Global ini?

Jangan kita berhenti di satu takuk, kemudian timbul lagi, bawa lagi ke Dewan Rakyat kerana kes ini kes serius, tetapi tindakan kita hanya mengikut frame-frame tertentu.

Boleh tak Yang Berhormat Menteri bagi jaminan kepada Dewan Rakyat, bagi jaminan kepada rakyat bahawa soal akidah yang berkaitan dengan Arqam, soal akidah yang berkaitan dengan GISHB mesti diletakkan titik penamat- once for all, dengan izin. Terima kasih Puan Speaker.

draft • 11:30 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Wah, Terima kasih Yang Berhormat. Berapi soalan tersebut.

Sebenarnya ingin dikongsikan di dalam Dewan Rakyat yang mulia ini, kita sedang memantau secara dekat. Ada lapan ajaran yang dipantau secara dekat di seluruh Malaysia. Yang ini sememangnya dipantau secara komprehensif. Selebih, selain daripada itu ada 12 ajaran lagi yang kita membuat risikan dan juga membuat siasatan.

Jadi daripada aspek yang sebentar tadi, sebenarnya untuk memberikan jaminan, mungkin itu di luar kuasa untuk memberikan jaminan. Namun, untuk memastikan bahawa usaha-usaha yang berterusan dan juga usaha-usaha yang mantap agar dapat memelihara akidah, itu sedang kita jalankan.

Itu yang saya maklumkan sebentar tadi bahawa kita telah mengaktifkan semula Jawatankuasa tersebut yang penyelarasan untuk akidah di peringkat kebangsaan. Selain daripada itu, apakah yang kita lakukan? Sebenarnya kita juga melihat daripada aspek yang lain iaitu aspek pemulihan dan juga pencegahan. Daripada ini, pada 1 Oktober, kita telah bermesyuarat bersama dengan Majlis Agama Islam Negeri-negeri dan juga Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JAKIM, kita melihat daripada keseluruhan aspek ini. Keseluruhan aspek pemulihan, aspek perkahwinan, daripada aspek bantuan zakatnya, daripada aspek pusat pemulihan dan modulnya.

Jadi, ini insya-Allah telah pun mempunyai satu kerangka yang baik untuk kita hadapi dan juga untuk kita tangani isu-isu akidah di Malaysia. Doakan semoga kita dapat memelihara akidah umat Islam di Malaysia dan dalam masa yang sama, kita dapat menangani segala cabaran dan juga cubaan-cubaan untuk mencemar akidah di Malaysia. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada hari ini.

Terima kasih Yang Berhormat.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Puan Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 8 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 24 Oktober 2024.”

draft • 11:36 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Saya mohon menyokong.

draft • 11:36 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 11:36 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2025 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2025

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2025 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”.

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lapan puluh lapan bilion ringgit (RM88,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2025, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2025, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 16 Tahun 2024, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang

draft • 11:36 AM

berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [22 Oktober 2024]

draft • 11:36 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Senarai pembahas adalah seperti berikut.

YB. Seputeh; YB. Pagoh; YB. Jelebu; YB. Kapar; YB. Tawau; YB. Muar; YB. Puchong; YB. Tasek Gelugor; YB. Ledang; YB. Jerlun; YB. Lawas; YB. Ketereh; YB. Pulai; YB. Kubang Kerian; YB. Jelutong; YB. Labuan; YB. Kinabatangan; YB. Rompin; YB. Batu; YB. Kuala Krai; YB. Pekan; YB. Jerantut; YB. Betong; YB. Kepala Batas; YB. Bakri; YB. Jerai; dan YB.

Selayang.

Saya jemput Yang Berhormat Seputeh.

draft • 11:36 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Ahli-ahli Yang Berhormat, sukacita dimaklumkan bahawa hadir bersama-sama kita di Dewan yang mulia ini ialah delegasi dari People’s Congress of Xinjiang Uyghur Autonomous Region yang diketuai oleh Ms. Zumureti Wubuli, Chairperson of the Standing Committee of the People’s Congress of Xinjiang Uyghur Autonomous Region. Kepada Ms.

Zumureti Wubuli dan delegasi, Dewan ini mengalu-alukan kehadiran puan dan delegasi ke Dewan yang mulia ini...

[Tepuk] Semoga dengan kehadiran Ms. Zumureti Wubuli dan delegasinya akan mengukuhkan lagi tali persahabatan dan hubungan Malaysia dan China... [Bercakap dalam bahasa Mandarin] [Tepuk] Dengan izin.

[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) **mempengerusikan Mesyuarat****] Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya ingin ucapkan tahniah kepada Kerajaan Madani dan semua penjawat awam khususnya daripada Kementerian Kewangan dan usaha untuk membentangkan tahun- Bajet 2025. Di sini, saya ingin membentangkan beberapa isu dalam ucapan selamat 15 minit ini.

Yang satu ialah, caruman KWSP kepada pekerja asing. Saya mengalu-alukan pengumuman kerajaan untuk menetapkan gaji minimum pada RM1,700 dan mengehendaki majikan untuk membayar caruman KWSP untuk pekerja asing. Dasar ini menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap semua pekerja termasuk pekerja asing yang telah banyak memberi pengorbanan dan sumbangan dalam banyak sektor di negara kita.

Salah satu masalah yang dihadapi oleh majikan yang menggaji pekerja asing adalah mereka menghilangkan diri selepas bekerja selama beberapa bulan ataupun beberapa tahun di negara kita. Terdapat juga sindiket yang mencuri pekerja asing yang ada permit kerja dengan menawarkan gaji yang sedikit lebih tinggi di tempat lain.

draft • 11:37 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Selain itu, sesetengah pekerja asing yang tamat tempoh kontrak pekerjaannya menghilangkan diri kerana mereka memang tidak ada apa-apa simpanan wang selepas mereka bayar hutang kepada agen ataupun ah long di negara asal mereka yang memperkenalkan mereka datang bekerja di Malaysia dan juga terpaksa membayar fi kepada syarikat pekerja asing di Malaysia.

Ada di antara mereka memang tidak mempunyai wang untuk bayar tiket penerbangan untuk balik ke negara asal mereka. Jadi mereka terpaksa lari daripada majikan selepas tempoh kontrak pekerjaan. Pada pandangan saya, pembayaran caruman KWSP kepada pekerja asing dapat menegah pekerja asing untuk lari daripada majikan asal dan menegah sindiket yang mencuri atas menculik pekerja asing yang baru sampai di Malaysia.

Selain itu, sistem pencaruman KWSP untuk pekerja asing juga membantu pekerja asing untuk mempunyai simpanan wang dan bila mereka tamat tempoh pekerjaan mereka di Malaysia, simpanan di KWSP mungkin berjumlah RM20,000 ataupun RM30,000 pun membolehkan mereka membiayai kos perbelanjaan untuk balik ke negara asal mereka.

Walau bagaimanapun, memandangkan kerajaan telah menaikkan gaji minimum daripada RM1,500 hingga RM1,700 sebulan untuk tahun depan, jadi memang susah bagi ramai majikan yang menggaji pekerja asing untuk menanggung kenaikan gaji sebanyak RM200 di samping membayar caruman KWSP kepada pekerja asing pada waktu yang sama.

Dalam sistem pengiraan KWSP sekarang, caruman yang dibayar oleh majikan ialah 13 peratus daripada gaji asal manakala caruman oleh pekerja ialah 11 peratus. Sekiranya seorang pekerja asing ditetapkan pada gaji RM1,700 satu bulan, caruman majikan kepada KWSP untuk seorang pekerja ialah RM221. Jika kita tambah penambahan gaji sebanyak RM200 untuk tahun depan, jumlah kos yang dibayar oleh majikan kepada seorang pekerja asing ialah RM421. Ini tidak termasuk lagi bayaran untuk SOCSO, kos penginapan dan juga banyak lagi perbelanjaan yang harus ditanggung oleh majikan kepada pekerja asing.

Justeru, saya ingin cadangkan kepada kerajaan, majikan dikehendaki bayar caruman 1.5 peratus manakala pekerja asing membayar 10 peratus sebagai caruman KWSP. Ini bermaksud jika seorang pekerja asing yang gaji asas ialah RM1,700, maka 1.5 peratus caruman majikan ialah RM25.50 dan caruman pekerja ialah RM170. Jadi jumlah caruman KWSP ialah RM195.50 iaitu hampir RM200 iaitu angka kenaikan gaji minimum untuk tahun depan. Dengan kata lain, untuk tahun depan, kerajaan haruslah menghendaki semua majikan untuk mendaftarkan pekerja asing dengan KWSP dan jumlah peningkatan gaji minimum sebanyak RM200 dijadikan sebagai caruman untuk pekerja asing kepada KWSP.

Dato’ Timbalan Speaker, saya juga ingin beralih ke tajuk lain di mana saya rasa agak kesal kerana Bajet 2025 tidak memberi tekanan yang cukup terhadap usaha tebatan banjir di Kuala Lumpur. Pada 14 Oktober iaitu minggu lepas, Speaker Dewan Rakyat kita terpaksa menempohkan sidang Parlimen selama 30 minit kerana ramai anggota Jemaah Menteri dan Ahli Parlimen tidak dapat masuk ke Parlimen kerana banjir kilat berlaku di Kuala Lumpur dan malah melibatkan jalan masuk ke Parlimen.

draft • 11:40 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Banjir kilat ada pada pagi tersebut adalah penggera ataupun kita kata alarm kepada kerajaan di mana volume air hujan yang besar menyebabkan sungai, parit dan longkang di Kuala Lumpur sudah tidak mampu menampung air hujan yang lebat. Kesemua tanda perubahan iklim atau climate change ini haruslah dipandang serius oleh kerajaan.

Saya rasa sangat kesal bila Kerajaan Madani dan para NGO di dunia bersuara lantang tentang perubahan iklim atau climate change, kerajaan masih meluluskan beberapa projek pembangunan yang berkepadatan tinggi yang akan menjejaskan usaha tebatan banjir di Kuala Lumpur khususnya dua projek di kawasan Parlimen Seputeh. Satu ialah pada bulan April tahun ini, kerajaan membatalkan perizaban 4.4 ekar tanah kolam takungan banjir Kampung Bohol dan diberi milik kepada pemaju untuk buat rumah pada harga pasaran bebas.

Selain itu, lot tanah di sekeliling kolam takungan banjir Kampung Bohol juga diberi kepada pemaju yang ditugaskan untuk membina kolam takungan banjir yang dikatakan bernilai RM40 juta. Tindakan ini telah mengecilkan saiz dan kapasiti sebenar kolam takungan banjir tersebut dan menjejaskan dasar kerajaan untuk mencapai piawaian 200 ARI di samping menjadikan jalan raya di persekitaran KTB Kampung Bohol lebih sesak khususnya Jalan Puchong.

Kedua, pada Ogos tahun ini, projek berkepadatan tinggi yang mengandungi 800 unit perumahan Madani yang dinamakan Residensi Suria Madani dan 1,613 unit kondominium harga bebas yang dinamakan M Aspira yang kedua-dua projek ini dibangunkan oleh pemaju Mah Sing Group Berhad di 6.17 ekar tanah di Taman Desa. Projek yang bernilai yang RM1.01 bilion ini selain daripada terletak di kawasan yang penuh dengan perumahan yang padat, ia juga terletak berdekatan dengan KTB Terowong SMART ataupun Kolam Takungan Banjir Taman Desa.

Soalan saya, memandangkan perubahan iklim telah banyak menjejaskan banyak tempat di dunia termasuk Malaysia, kenapakah kerajaan masih meluluskan projek yang berdensiti tinggi di tempat sekeliling kolam takungan banjir? Kenapakah agensi yang mempunyai kepakaran teknikal yang penting seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) tidak memainkan peranannya untuk menghalang projek-projek tersebut diadakan di persekitaran kolam takungan banjir di kedua-dua tempat yang saya sebutkan tadi.

Dato’ Yang di-Pertua, mengikut bab enam berkenaan Kementerian Wilayah Persekutuan dalam Laporan Audit Negara tahun 2020, enam keping tanah kolam takungan banjir di Kuala Lumpur telah diluluskan pemberi milikannya bagi tujuan pembangunan iaitu KTB Batu, KTB Nanyang, KTB Delima, KTB Taman Wahyu, KTB Batu 4 ½ dan KTB Taman Desa. Kesemua tanah KTB yang dikeluarkan daripada perizaban kolam yang asal adalah digunakan untuk membina projek pembangunan yang berkepadatan tinggi. Tindakan kerajaan ini telah menyebabkan saiz takungan banjir di kolam-kolam tersebut telah pun dikecilkan.

Saya merasa kesal pihak PTG Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, DBKL dan pesuruhjaya tanah yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara masih terus mengingkari

draft • 11:40 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

teguran daripada Ketua Audit Negara dan terus meluluskan projek berkepadatan tinggi di tepi kolam takungan banjir Kampung Bohol dan Kolam Takungan Banjir Taman Desa di kawasan Parlimen Seputeh. Sehubungan dengan itu, saya juga ingin minta pihak Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP), PTG WPKL dan DBKL untuk tidak lagi menjual tanah institusi di Kuala Lumpur sebelum pewartaan PTKL 2040.

Di sini saya ingin membangkitkan di satu keping tanah yang dirizabkan sebagai Balai Polis di Taman Desa. Ia memang dizonkan sebagai- diwartakan sebagai Balai Polis dalam PTKL 2040, ia telah dijual baru-baru ini- beberapa bulan yang lepas di mana saya difahamkan pihak Polis pun tidak tahu tanah yang dikosongkan untuk dijadikan Balai Polis di Taman Desa dijual tanpa pengetahuan mereka.

draft • 11:40 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Saya ingin minta pihak kerajaan hentikan kesemua praktis ini kerana ia akan menjejaskan kesejahteraan di satu kawasan kediaman di Kuala Lumpur. Selain itu saya berharap kerajaan memang ambil serius tentang isu-isu yang saya bangkitkan...

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Seputeh, boleh pencelahan sedikit sahaja.

draft • 11:50 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Please.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tadi Yang Berhormat menyebutkan sekeping tanah yang diperuntukkan untuk Balai Polis telah dijual oleh pihak kerajaan. Daripada kajian Yang Berhormat sendiri, pihak manakah yang buat ketetapan supaya tanah yang ditentukan tujuan ini telah dijual- di pihak mana?

draft • 11:50 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Saya jawab- saya pernah tanya ini dalam mesyuarat dengan Datuk Bandar dan juga kesemua pegawai-pegawai kanan. Ia melibatkan PTG Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga satu Jawatankuasa di bawah DBKL. Saya juga ada tanya satu soalan lisan dalam sidang ini saya masih tunggu jawapan daripada pihak kerajaan.

Saya berharap yang pada tahun depan Malaysia adalah pengerusi ASEAN dan juga pada tahun 2026, Tahun Melawat Malaysia. Kalau kita tidak dan masih meneruskan kesemua praktis yang lama ini menggunakan tanah di sekeliling kolam takungan banjir untuk buat rumah berkepadatan tinggi, jadi mungkin kita akan memang menjejaskan imej negara kita di kalangan pelabur asing, media asing dan juga pelawat asing kerana mungkin kita perlu melancarkan pelancongan banjir bagi mereka datang ke Kuala Lumpur naik bot untuk pergi ke banyak tempat bila banjir berlaku.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyeru yang mana Perumahan MADANI bukan sahaja dibina di Kuala Lumpur, tetapi juga di kawasan Greater KL yang mana saya sudah sebutkan- kerana kesuntukan masa saya akan terus pergi ke isu lain.

Satu, ialah saya hendak tanya kenapakah Kementerian Perladangan dan Komoditi menutup Pejabat Majlis- Malaysian Palm Oil Council di Brussels sedangkan kita harus berhadapan, berlawan dengan persepsi negatif di Eropah tentang minyak sawit kita.

draft • 11:50 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Kenapakah pejabat itu ditutup? Saya tahu dia sudah ditutup beberapa tahun, tetapi saya rasa selepas kita tidak menang dalam kes kita di WTO, pejabat ini akan dipulihkan semula.

Satu lagi isu yang saya nak sebutkan ialah kita lihat yang SPRM telah berjaya membongkar skandal rasuah yang melibatkan pihak Imigresen. Jadi saya juga cuba yang Ketua Pengarah Imigresen mengumumkan ada reformasi, rombakan bagi Imigresen. Jadi saya hendak ingin dengar apakah yang pelan-pelan reformasi ini?

Saya sebenarnya nak memberikan satu cadangan kepada pihak kerajaan, mungkin sesetengah agensi yang selama ini ia adalah you know closed-service ini haruslah kita nak cari satu kaedah untuk macam mana kita boleh memindah alih pegawai macam Imigresen, Kastam, SPRM dan mungkin you know Unit Penguatkuasaan di DBKL dan lain-lain ini.

Sebenarnya semua adalah enforcement unit yang kita tahu banyak penyelewengan pernah berlaku dan telah berlaku dan selalunya kita baca dalam surat khabar.

Mungkin kesemua enforcement unit yang pasukan penguatkuasaan ini kita letakkan dalam satu agensi di mana kerajaan sebenarnya boleh adakan pengalihan pegawai di kesemua unit-unit enforcement ini dalam- bila rasa sesuai supaya Pegawai Imigresen ini yang masuk kerja di Imigresen- seumur hidup dalam Imigresen. Jadi ini selalunya mendapatkan perkara yang mungkin kurang memuaskan, penyelewengan kuasa dan mungkin mereka harus macam PTD officer yang boleh dialih dari satu jabatan- atau satu negeri ke tempat yang lain. If kesemua tindakan ini boleh membantu kerajaan mengurangkan kadar penyelewengan kuasa dan rasuah di kalangan pegawai-pegawai penjawat awam di bawah penguat kuasa ini. Sekian, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih, Yang Berhormat Seputeh. Sila, Yang Berhormat Pagoh...

[Tepuk]

draft • 11:50 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan Belanjawan 2025.

Tuan Yang di-Pertua, saya bersyukur melihat data-data ekonomi yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun semasa membentangkan Belanjawan 2025 pada hari Jumaat yang lalu. Pertumbuhan ekonomi suku kedua 2024 mencapai 5.9 peratus.

Pengangguran setakat bulan Ogos 2024 menurun kepada 3.2 peratus, tahap inflasi pada bulan Ogos 2024 turun pada 1.9 peratus. Jumlah pelaburan yang diluluskan bagi separuh pertama 2024 melonjak kepada RM160 bilion.

Data-data yang positif ini Tuan Yang di-Pertua, sepatutnya memberi kesan yang baik kepada rakyat. Namun kajian-kajian yang dilaksanakan oleh beberapa buah badan bebas menunjukkan keadaan sebaliknya. Kajian yang dijalankan oleh Malaysian Institute of Economic Research (MIER) misalnya mendapati 72 peratus responden terjejas dengan ketara akibat kenaikan kos sara hidup dengan majoriti kepada mereka terpaksa mengurangkan perbelanjaan harian mereka. Kajian ini juga mendapati 99 peratus responden

draft • 11:55 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

risau dengan masalah kos sara hidup, 96 peratus mengatakan kebimbangan utama mereka adalah berkaitan kenaikan harga barangan runcit dan makanan diikuti penjagaan kesihatan sebanyak 83 peratus dan utiliti 31 peratus.

Kajian oleh UNICEF dan UNFPA pula mendapati 80 peratus isi rumah menghadapi kesukaran untuk mencukupkan keperluan asas mereka lebih tinggi berbanding 70 peratus semasa pandemik COVID-19, Tuan Yang di-Pertua- 95 peratus kanak-kanak daripada isi rumah berpendapatan rendah hidup dalam keadaan kemiskinan dengan lebih separuh daripada mereka makan kurang tiga kali sehari.

Maksud saya Tuan Yang di-Pertua, walaupun kita bangga dengan data-data ekonomi yang telah pun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun, kita juga mesti melihat realiti di bawah. Adakah data sama dengan realiti? Berdasarkan dapatan-dapatan kajian yang saya sebutkan tadi malangnya ia tidak sama. Walaupun angka-angka ekonomi menunjukkan trend yang positif, masih ramai rakyat di luar sana yang menderita akibat kenaikan kos sara hidup.

Tuan Yang di-Pertua, rakyat berharap agar kerajaan melakukan sesuatu untuk meringankan bebanan mereka melalui belanjawan ini, tetapi apa yang kita lihat dalam belanjawan ini adalah sebaliknya. Jumlah subsidi dan bantuan sosial dikurangkan sebanyak 14.4 peratus iaitu daripada RM61.4 bilion pada tahun 2024 kepada RM52.6 bilion pada tahun hadapan. Subsidi RON95 juga akan ditarik balik pada pertengahan tahun hadapan. Kita tahu ini adalah penerusan Dasar Rasionalisasi Subsidi yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan sekarang. Persoalannya ialah apa kesannya kepada rakyat?

Dalam keadaan rakyat sedang menanggung beban kos sara hidup yang tinggi dan juga harga barang melambung, kerajaan tarik subsidi dan juga naikkan cukai. Kesan langsung daripada tindakan ini ialah harga barang akan menjadi lebih mahal dan beban yang ditanggung oleh rakyat semakin berat dengan kadar inflasi yang dijangka meningkat antara dua sehingga 3.5 peratus pada tahun hadapan, kerajaan perlu menimbang semula dasar dan cara pelaksanaan rasionalisasi subsidi ini.

Jika subsidi petrol 95 ditarik pada tahun hadapan, pastinya akan ditarik pun. Saya pasti kesan berantainya akan dirasai oleh rakyat. Walaupun kerajaan memberikan jaminan bahawa hanya golongan T15 yang akan membayar lebih, tetapi siapakah golongan T15 ini?

Berapa jumlah mereka?

draft • 11:55 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Adakah mereka ini golongan maha kaya dan sebagainya? Menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia, mereka yang berpendapatan isi rumah sebanyak RM13,295 adalah tergolong dalam kelompok pendapatan 15 percent tertinggi di negara kita. Mereka ini mungkin suami dan isteri yang berpendapatan sekitar RM7,000 sebulan. Mereka bukanlah golongan maha kaya dan dengan hutang rumah, hutang kereta, yuran pendidikan anak-anak dan lain-lain tanggungan pendapatan boleh guna ataupun disposable income mereka mungkin tidak seberapa untuk menyerap kenaikan harga petrol. Jika mereka adalah golongan peniaga dan usahawan, kos kenaikan harga petrol yang terpaksa ditanggung

draft • 12:00 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

mungkin akan dipindahkan kepada pengguna dengan menaikkan harga barang dan perkhidmatan.

Akhirnya yang terjejas dengan penghapusan subsidi petrol ini bukan hanya golongan T15, tetapi juga golongan B40 dan M40. Pada masa yang sama kerajaan pun belum muktamadkan lagi siapa yang termasuk dalam golongan T15, apa kriterianya? Berapakah jumlahnya? Jadi, tanpa memuktamadkan siapa dan berapa jumlah mereka, bagaimanakah kita boleh pastikan hanya 15 peratus ataupun lima juta sahaja yang akan terjejas?

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah pun membuat keputusan untuk menaikkan gaji minimum baharu kepada RM1,700 mulai Februari 2025. Kenaikan gaji minimum ini ada pro dan kontranya. Di pihak pekerja yang akan menerima manfaat daripada kenaikan gaji sudah pastilah keputusan ini disambut dengan gembira di pihak majikan yang mampu menyerap peningkatan kos upah. Keputusan ini tidak akan jadi masalah bagi mereka. Malah ia mampu meningkatkan nilai pampasan pekerja kepada KDNK.

Namun, ia akan menjadi masalah jika majikan memindahkan kenaikan kos upah pekerja kepada pengguna, harga barang dan perkhidmatan sudah pasti akan naik dan sudah pun naik. Semua ini tentunya memberikan kesan kepada kuasa pembeli pengguna apatah lagi ditambah dengan bebanan kos perbelanjaan yang sedang dirasai rakyat akibat rasionalisasi subsidi kenaikan tarif elektrik, air, peningkatan SST dan cukai-cukai yang lain.

Akhirnya, pekerja yang menerima kenaikan gaji ini pun terpaksa berhabis wang untuk menampung peningkatan perbelanjaan harian, Tuan Yang di-Pertua.

Justeru, kenaikan gaji minimum mestilah disokong dengan dasar dan tindakan kawalan harga yang jelas. Tindakan penguatkuasaan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 mestilah diperkasakan supaya sebarang kenaikan yang tidak wajar dikenakan tindakan yang tegas. Penguatkuasaan yang perlu lebih berkesan dan meluas. Di samping itu, kerajaan juga mestilah lebih berhati-hati dalam melaksanakan apa-apa dasar yang boleh menyebabkan kesan berantai ke atas kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Selain itu Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mestilah melihat secara terperinci masalah yang dihadapi oleh syarikat-syarikat kecil yang tidak mampu menampung kenaikan kos operasi syarikat akibat kenaikan kos upah. Ini kerana kesan berantai kenaikan gaji minimum ini adalah besar. Ia bukan sekadar kenaikan kos upah yang terpaksa ditanggung oleh syarikat, tetapi juga kos operasi logistik inventori dan lain-lain lagi. Pembekal akan menaikkan harga, syarikat pengangkutan akan menaikkan harga. Perkhidmatan-perkhidmatan ini biasa digunakan oleh syarikat juga akan naik harga dan saya bimbang akhirnya syarikat-syarikat yang kecil yang tidak mampu menampung kenaikan kos akan membuang pekerja ataupun syarikat gulung tikar.

Beberapa hari yang lepas Tuan Yang di-Pertua, media telah melaporkan yuran tadika dan taska seluruh negara akan naik antara 20 sehingga 25 peratus tahun hadapan berikutan kenaikan kadar gaji minum. Ini kesan serta-merta yang mengakibatkan kenaikan kos operasi

draft • 12:00 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

bukan sahaja gaji pekerja, malah kenaikan kos bahan mentah, makanan, bahan mengajar, kadar sewa dan utiliti.

Situasi ini Tuan Yang di-Pertua menggambarkan ramai majikan yang sebenarnya tersepit, namun terpaksa mengambil langkah untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan demi kelangsungan operasi perniagaan mereka.

Ini bermakna wujud risiko pengusaha kecil yang berhadapan kemungkinan menutup operasi mereka sekiranya kos operasi terlalu tinggi untuk ditanggung oleh mereka. Lebih- lebih lagi ramai di kalangan pengusaha PMKS ketika ini yang masih bergantung kepada sumber pembiayaan dan dasar subsidi kerajaan yang sedia ada. Antara yang paling berkesan tentunya golongan usahawan bumiputera dan saya tidak nampak kesungguhan kerajaan dalam memastikan golongan bumiputera yang terjejas ini dibantu dengan secara bersungguh-sungguh. Saya khuatir golongan ini akan terus dibelenggu masalah aliran tunai dengan kenaikan kos modal dan buruh.

Justeru, saya berpandangan Tuan Yang di-Pertua adalah wajar kerajaan melaksanakan pelan yang lebih komprehensif supaya perniagaan dapat terus bernafas dan kekal berdaya saing. Misalnya kerajaan boleh mempertimbangkan pelaksanaan Program Subsidi Upah untuk syarikat-syarikat kecil bagi meringankan beban kenaikan kos operasi syarikat dan pada masa yang sama mengelakkan mereka membuang pekerja untuk mengurangkan kos operasi mereka. Program ini pernah dilaksanakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional di bawah Program Penjana semasa COVID-19 dan saya fikir jumlah yang diperlukan pada waktu ini tidaklah sebesar dahulu dan ia berada dalam kemampuan kerajaan untuk melaksanakan.

Selain itu, Pelan Pemulihan PMKS hendaklah diadakan dengan tumpuan khusus diberikan kepada PMKS bumiputera terutamanya yang terkesan teruk dengan pandemik COVID-19. Agensi-agensi yang sedia ada Tuan Yang di-Pertua yang ditubuhkan untuk membantu usahawan bumiputera termasuk institusi kewangan mestilah lebih giat menyediakan bantuan dan dana pada usahawan bumiputera untuk bangkit dan mengekalkan daya saing mereka.

Tuan Yang di-Pertua, sektor kesihatan, pendidikan dan kebajikan sosial juga akan terjejas dengan rasionalisasi subsidi yang sedang pun dilaksanakan oleh kerajaan.

Peningkatan peruntukan untuk kesihatan pada RM45.4 bilion adalah suatu yang baik, namun tidak boleh dinafikan isu kekurangan kakitangan perubatan masih membelenggu.

Di samping itu, peruntukan pendidikan juga wajar dipertingkatkan terutamanya dalam meningkatkan infrastruktur sekolah termasuklah di kawasan luar bandar. Aspek kualiti pendidikan termasuk latihan guru, kemudahan pendidikan dan keperluan untuk beralih kepada pembelajaran digital mestilah diberikan perhatian yang serius. Jurang pendidikan antara bandar dan luar banar juga mesti dirapatkan.

Prinsipnya Tuan Yang di-Pertua semua rakyat di negara kita tanpa mengira perbezaan kaum, wilayah atau kelas pendapatan mesti berpeluang untuk mendapatkan akses kepada pendidikan percuma yang berkualiti. Sehubungan itu, saya sarankan supaya

draft • 12:00 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

kerajaan mengkaji semula penghapusan subsidi pendidikan di sekolah berasrama penuh untuk golongan T15. Sudahlah mereka ini terpaksa membayar harga petrol yang lebih mahal bermula tahun hadapan, mereka juga terpaksa membayar lebih untuk pendidikan anak-anak di asrama penuh. Seeloknya Tuan Yang di-Pertua, hal pendidikan untuk anak-anak ini janganlah diganggu. Dasar memberikan pendidikan percuma sejak zaman Barisan Nasional dahulu pun pada semua lapisan rakyat yang diamalkan sejak dahulu mestilah diteruskan.

Tuan Yang di-Pertua, bercakap golongan maha kaya- saya ingin hendak bertanya kepada Yang Amat Berhormat Tambun- tadi dia ada di sini. Apakah jadi dengan high value good stack yang sepatutnya dilaksanakan pada tahun ini? Kita tidak dengar apa-apa berita mengenainya. Adakah ditangguhkan atau dibatalkan sedangkan Cukai Jualan sebanyak 10 peratus ke atas barangan bernilai rendah atau low value good stack telah pun dilaksanakan sejak bulan Januari tahun ini? Ini seolah-olahnya orang miskin yang membeli barangan murah dikenakan cukai, orang kaya yang membeli barangan mahal tidak dikenakan cukai. Ini agak dasar yang songsang Tuan Yang di-Pertua...

[Tepuk]

draft • 12:00 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Tambun mengenai dasar gaji progresif yang telah diumumkan oleh kerajaan. Adakah ia akan dilaksanakan, ditangguh atau tidak dilaksanakan langsung? Hal ini perlulah diperjelaskan.

Mengenai Belanjawan 2025 yang terbesar dalam sejarah, Tuan Yang di-Pertua, saya mengingatkan bahawa belanjawan tahun ini, 2024, pada asalnya berjumlah RM393.8 bilion telah meningkat kepada RM407.5 bilion daripada segi perbelanjaan sebenar. Jadi, berkemungkinan juga perkara yang sama akan berulang pada tahun hadapan jika perbelanjaan negara tidak diurus secara berhemah.

Saya juga ingin menyentuh tentang kenaikan harga barang makanan― ini special― yang memberikan kesan kepada semua golongan rakyat terutama yang miskin dan berpendapatan rendah.

draft • 12:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Pagoh, minta laluan sikit, Pagoh.

Boleh?

draft • 12:10 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Ya.

draft • 12:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Okey, saya tertarik dengan apa yang diucapkan oleh Pagoh berkaitan dengan pendidikan percuma yang akan ditarik balik terutamanya kepada T15. Cuma, saya masih terngiang-ngiang ucapan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang ketika itu, iaitu Tambun sekarang, yang mengatakan bahawa ketika mereka dapat kerajaan, mereka akan beri bukan sahaja pendidikan percuma, tol percuma, PTPTN dikecualikan. Tapi, ke mana— apakah ini yang dinamakan “ketimbang”? Kencing, tipu dan sembang. Terima kasih, Pagoh.

draft • 12:10 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

Terima kasih, Yang Berhormat. Saya fikir jawapan itu semua adalah dapat tahulah bahawa banyak perkara yang sebelah sana mengumumkan tapi tidak dilaksanakan atau dibuat sebaliknya. Jadi, ini

draft • 12:10 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh

menimbulkan banyak persoalan sama ada kerajaan yang ada pada hari ini berpegang teguh pada apa yang dijanjikan atau pun hanya nak, kata orang, manis di mulut. Jadi, itu yang menyebabkan banyak pihak yang mungkin pada hari ini masih kurang yakin tentang apa yang dinyatakan Yang Amat Berhormat Tambun.

Saya menyentuh tentang soal tadi, soal kenaikan harga barang makanan. Saya nak cadangkan dan pernah pun dibuat dulu iaitu satu tabung makanan yang dinamakan Fund for Food, mungkin RM2 bilion atau pun RM3 bilion, yang dapat dilancarkan sebagai pelan pengeluaran makanan secara besar-besaran sebagai cara untuk mengurangkan beban bahan makanan yang tinggi kerana sebahagian besarnya adalah diimport daripada luar negara.

Tuan Yang di-Pertua, keadaan rakyat di negara kita ini belum benar-benar selesa walaupun angka-angka ekonomi menunjukkan trend yang positif. Menurut kajian oleh Institut Penyelidikan Khazanah, pasca pandemik COVID-19 menyaksikan peningkatan isi rumah yang terjerumus ke dalam kumpulan miskin mutlak. Kajian ini mendapati isi rumah bandar adalah yang paling terjejas dengan peningkatan kemiskinan daripada 3.8 peratus pada tahun 2019 kepada 4.5 peratus pada tahun 2022. Perbelanjaan isi rumah juga mencatatkan peningkatan dengan sebahagian besar peruntukan pada tiga keperluan asas utama iaitu perumahan, utiliti, makanan dan pengangkutan.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa amat bimbang dengan dasar rasionalisasi subsidi yang sedia ada, yang saya cadangkan supaya dikaji dan diteliti secara lebih teratur dan tersusun. Kenaikan cukai SST, kenaikan tarif elektrik, kenaikan harga air dan pelbagai-bagai lagi yang telah pun menyebabkan ramai isi rumah di negara kita ini akan dan sudah pun terjerumus dalam gaung kemiskinan dan perkara inilah suatu yang hendak kita elakkan.

Sekarang rakyat berhadapan dengan masalah bebanan yang agak berat. Rakyat dihumbankan dengan masalah yang bertimpa-timpa, dilonggokkan semua sekali...

[Tepuk] Bukan dalam satu tempoh yang sedikit tapi satu tempoh yang segera dan kesannya kepada penduduk di negara kita tak kira siapa― Melayu, Cina, India, di bandar dan luar bandar― adalah amat membebankan.

Sebab itu, saya memberikan pandangan di sini supaya kerajaan bersikap lebih adil dan lebih prihatin tentang masalah rakyat yang ada dan berbuat sesuatu dengan lebih segera untuk membantu meringankan bebanan mereka.

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

[Tepuk]

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Point of Order.

draft • 12:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Point of Order berapa?

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

18(1), (2).

draft • 12:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

18(1),(2). Baca, Yang Berhormat.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya telah menghantar usul...

draft • 12:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Usul apa, Yang Berhormat?

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Iaitu untuk Alor Gajah membetulkan kenyataan beliau kelmarin bahawa keadaan Laut China Selatan adalah selamat, terkawal dan bebas.

draft • 12:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey, Yang Berhormat.

Saya faham.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi...

draft • 12:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, duduk, Yang Berhormat.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Perkataan ‘bebas’ itu tidak sesuai kerana yang dikatakan bebas di laut ini ialah bebas gerak, bukan bebas berhenti. Jadi, Kapal Pengawal China di Beting Patinggi Ali, dia berhenti. Cuma, saya tak dapat maklumat― saya di luar kerajaan― sama ada dia pasang anchor atau pun tidak. Usul ini telah dihantar sebelum pukul 5.00 petang semalam.

draft • 12:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey, Yang Berhormat.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, saya harap mendapat jawapan pada hari ini. Atau pun boleh saya bahaskan sekarang?

draft • 12:10 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Boleh duduk, Yang Berhormat?

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

draft • 12:10 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua telah menerima suatu usul di bawah peraturan seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Arau, di bawah Peraturan Mesyuarat 18 daripada Yang Berhormat Arau pada semalam, Selasa, 22 Oktober 2024. Usul tersebut telah diterima selepas jam 10.00 pagi semalam dan tidak cukup 24 jam hari persidangan untuk diputuskan pada hari ini.

Selaras dengan di bawah Peraturan Mesyuarat 18, ia masih dalam pertimbangan dan akan diputuskan kelak. Terima kasih, Yang Berhormat Pagoh. Sila, Yang Berhormat Jelebu.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Terima kasih, Yang Berhormat Speaker.

Saya nak ucap tahniah kepada Speaker. Pagi tadi dekat sini... [Merujuk kepada tempat duduk Yang Berhormat Paya Besar] Sekarang dah dekat sana... [Merujuk kepada kerusi Yang di-Pertua]

draft • 12:16 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

15 minit, Yang Berhormat.

draft • 12:16 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Saya lebih senior daripada Speaker, tapi Speaker dah sampai situ dulu.

draft • 12:16 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

15 minit, Yang Berhormat.

Masa berjalan...

[Ketawa]

draft • 12:16 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Jangan garang sangat, Speaker. Kita jiran. Kalau tak, Speaker tak boleh balik sini balik.

[Ketawa] Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertamanya, saya nak ucap terima kasih kepada Dato’ Wira Speaker yang jiran saya sekarang pergi sana, sekejap lagi dia balik sini balik, atas peluang yang diberikan kepada saya untuk bahas Rang Undang-undang Perbekalan 2025 pada pagi ini.

Sepanjang hujung minggu, Dato’ Speaker, saya bersama dengan rakyat, saya bersama dengan masyarakat orang kampung dan orang bandar nak lihat respons rakyat.

Saya nak tengok respons rakyat di media sosial dan di kedai kopi tentang belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada minggu lepas. Pelbagai respons dan reaksi yang saya baca dan saya terima.

Saya nak ucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Tambun kerana telah membentangkan belanjawan yang merangkumi dan merentasi semua hal ehwal yang berkaitan dengan kesejahteraan rakyat, walaupun belanjawan yang terbesar dalam sejarah negara, RM421 bilion, melangkaui hampir melebihi RM20 bilion berbanding dengan belanjawan tahun-tahun yang lepas walaupun dalam keadaan ekonomi negara sekarang.

Dato’ Yang di-Pertua, keadaan ekonomi negara juga semakin mengukuh jika kita lihat kepada nilai ringgit, jumlah pelaburan yang masuk ke Malaysia, nilai saham BSKL, lebihan dagangan dan pelbagai lagi unjuran-unjuran positif yang telah pun direkodkan. Saya mengharapkan semua unjuran positif ini bukan hanya di media dan laporan bertulis sahaja tetapi kesannya akan dapat dirasai oleh poket rakyat secara keseluruhan.

Saya ingin memulakan perbahasan saya, walaupun sudah disentuh oleh ramai Ahli- ahli Parlimen, tentang penyelarasan subsidi RON95 yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan belanjawan baru-baru ini. Isu penyelarasan subsidi ini antara topik perbincangan hangat di semua platform media sosial pasca pembentangan bajet. Secara peribadi, saya menyokong untuk dilakukan penyelarasan subsidi ini bagi menjamin kelestarian kewangan negara untuk jangka masa panjang.

Penyelarasan subsidi ini, Dato’ Yang di-Pertua, tak boleh kita buat secara tergesa- gesa, kita tak boleh buat secara drastik tanpa pertimbangan teliti tentang kesan yang bakal timbul sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada rakyat. Dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyebutkan warga asing dan 15 peratus― sekali lagi saya sebut― teratas pengguna kaya menikmati 40 peratus yang melibatkan nilai RM8 bilion subsidi.

Untuk warga asing ini, Dato’ Yang di-Pertua, kita tidak ada masalah. Mereka memangnya tidak layak untuk menerima subsidi kerajaan seperti kita kalau pergi ke setiap negara luar. Tetapi...

draft • 12:16 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh? Sikit saja.

draft • 12:16 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Ya.

draft • 12:16 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Yang Berhormat, sahabat saya, Jelebu, masalah yang dihadapi ini, rakyat di luar pun meminta saya bertanya. Mungkin Yang Berhormat Jelebu ada ilham dalam benak pemikiran dia. Agak-agak bagaimana kerajaan mengkategorikan yang T15 ini dengan warga asing? Apakah setiap orang diperiksa identiti dia apabila mengisi minyak? Dan bagaimana 85 peratus orang ini pula berhak menerima subsidi? Adakah dengan kategori kereta mereka? Atau pun berbagai-bagai mekanisme? Terima kasih.

draft • 12:16 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Speaker, saya hendak ucap terima kasih Kinabatangan. Saya baru hendak pecut, hendak sebut apa yang Kinabatangan sebut tetapi Kinabatangan sudah ingatkan saya. Speaker- mana tadi, tua dah. Saya hendak tumpu kepada golongan T15. T15 ini Speaker, respons awal daripada Menteri Kabinet yakni Menteri Ekonomi menyebut bahawa pengelasan kategori T15 ini sedang diperhalusi bagi memastikan penyelarasan subsidi kerajaan adil kepada semua pihak. Saya amat berharap agar pengelasan ini nanti akan mengambil kira semua faktor dan bukan sahaja sekadar pendapatan isi rumah sahaja. Ianya harus berkaitan dengan faktor yang diambil kira dan jangan terlalu berada di border line kerana ianya bersesuaian dengan keadaan semasa dan unjuran keadaan ekonomi pada masa akan datang. Saya berharap pihak kerajaan mengkaji sedalam-dalamnya kaedah yang bakal digunakan untuk pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95 ini kelak. Adakah pihak kerajaan akan mengguna pakai kaedah pengapungan diesel yang sedang dijalankan pada ketika ini?

Dato’ Yang di-Pertua, untuk rekod Dewan, saya rujuk kepada statistik pengangkutan Malaysia tahun 2023. Jumlah terkumpul kenderaan bermotor termasuk kereta, Dato’ Speaker, sehingga tahun 2023, 36.3 juta unit di mana kereta sahaja Dato’ Speaker, 17.4 juta dan motosikal 16.9 juta yang berada di jalan raya sekarang ini. Daripada jumlah itu Dato’ Speaker, mengikut rekod, 23.8 juta kenderaan masih mempunyai lesen kenderaan bermotor ataupun cukai jalan yang aktif dan 12.5 kenderaan tidak aktif tanpa sebarang cukai jalan. Ini saya hendak minta Kementerian Pengangkutan, JPJ pergi tengok, cari 12.5 juta ini kerana ia adalah hasil kepada negara yang tidak dapat kita kutip sekarang ini.

Majoriti kenderaan yang ada ini adalah pengguna petrol dan jika penyelarasan subsidi 95 ini tidak dapat dibuat dengan teliti, jumlah individu yang terkesan adalah sangat tinggi, tidak seperti diesel tempoh hari. Jangan sampai kita hendak menarik semula subsidi daripada 15 peratus ini, rakyat yang 85 peratus ini akan menerima kesan buruk sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Dato’ Yang di-Pertua, tadi Menteri Pendidikan ada sini tapi sekarang dia dah keluar.

Saya hendak sebut soal pendidikan. Yang pertama, saya hendak sebut pendidikan tinggi yakni beberapa isu yang berkaitan dengan musim atau berkaitan dengan institusi pengajian tinggi awam. Bulan lalu kita baru sahaja melalui musim pendaftaran masuk ke semua 13, 14 institusi pengajian pendidikan tinggi awam swasta iaitu universiti, politeknik, kolej komuniti dan sebagainya.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Pada tahun ini kita dapat lihat di media sosial Dato’ Yang di-Pertua, banyak kes pelajar tidak dapat melanjutkan pelajaran ke universiti kerana kemiskinan keluarga, kerana tidak kemampuan keluarga untuk bayar yuran. Dato’ Yang di-Pertua, tengok di kawasan Dato’ Yang di-Pertua, surat tawaran bayar sampai RM8,000, bayar sampai RM6,000 dan sebagainya. Kita Alhamdulillah ya, saya hendak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri, ADUN, Parlimen, pemimpin masyarakat, kepada pihak kerajaan kerana terus menerus berusaha membantu pelajar ini bagi meneruskan pengajian mereka. Saya tidak tahu di sebelah sana dia bagi atau tak bagi subsidi atau bantuan pendidikan tapi biasanya ada. Putrajaya jangan tenung rapat sangat ya.

Untuk makluman Dato’ Yang di-Pertua, tahun 2025, kerajaan memperuntukkan secara keseluruhan RM4 bilion bentuk biasiswa, pinjaman dan elaun pendidikan. Ini adalah satu jumlah yang besar tetapi di mana silapnya, masih ada anak-anak yang tidak mampu atau nyaris tidak dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading atas asas dan alasan yang telah saya bagikan. Saya menyambut baik ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan belanjawan menyebut GILC dan GLC yang komited dan harus memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus biasiswa dikhususkan untuk pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah dan menengah. Cumanya persoalan yang ingin saya timbulkan di sini adalah, adakah ia berbentuk saranan atau dasar? Kalau saranan, ada GLC, ada GILC yang boleh tak ikut, boleh dengar tapi tak praktik tetapi kalau dasar, ini mesti dilaksanakan oleh pihak kerajaan kerana GILC dan GLC harus mematuhi dasar yang dikemukakan oleh pihak kerajaan.

Tambahan pada ketika ini Dato’ Yang di-Pertua, banyak GILC dan GLC yang bantu tetapi tidak menepati kehendak seperti yang digariskan oleh pihak kerajaan. Kita sebenarnya Dato’ Yang di-Pertua, banyak sumber. Cuma apa yang perlu kita lakukan adalah untuk memastikan semua sumber itu dapat disalurkan secara betul untuk mengekang masalah yang berkaitan dengan golongan yang tidak mampu ini. Jika saya ambil kira pinjaman atau biasiswa yang ada di Malaysia ketika ini, tidak kiralah daripada Kerajaan Pusat, daripada GLC, syarikat swasta, pusat zakat dan mana-mana persatuan, sepatutnya tidak ada lagi mana-mana pelajar, kes pelajar gagal mendaftar masuk kerana masalah kemiskinan.

Cumanya, apa yang perlu kita perhalusi sekarang adalah bukan semua pelajar ini datang daripada keluarga yang terpelajar, yang cakna dengan perkembangan semasa, yang tahu tentang proses untuk memohon bantuan ini. Ada yang datang daripada keluarga yang mana ibu bapanya buta huruf, tidak terdedah kepada teknologi, bahkan ada yang tidak mampu untuk memiliki satu smart phone sekali pun. Bantuan ini sebenarnya ada, cuma maklumat tidak sampai kepada segenap inci masyarakat.

Saya ingin mencadang dan mengutarakan beberapa cadangan yang mungkin boleh diperhalusi dan dipertimbangkan oleh pihak kementerian. Kalau hendak selesaikan isu yang berkaitan dengan pemberian biasiswa dan bantuan ini. Pertama Dato’ Yang di-Pertua, dalam surat tawaran kemasukan ke IPT ini, kementerian ambil sedikit usaha untuk melampirkan sekali kaedah-kaedah permohonan bantuan awal kemasukan yang mana institusi yang boleh

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

dirujuk, badan mana yang memberikan bantuan supaya menjadikan satu panduan awal kepada pelajar-pelajar luar bandar. Yang kedua Dato’ Speaker, wujudkan satu sistem database khusus untuk mengumpulkan semua skim biasiswa, pinjaman dan bantuan pendidikan yang ada di Malaysia. Sistem ini biar lengkap yang mana kita boleh semak syarat kelayakan, berapa kuota kekosongan yang tinggal dan jika berkelayakan, boleh terus mohon di dalam web yang berkenaan.

Yang ketiga Dato’ Yang di-Pertua, agensi utama seperti PTPTN, JPA, MARA, wujudkan satu liaison officer yang bertanggungjawab memantau dan berhubung terus dengan semua Ahli-ahli Parlimen di kawasan-kawasan Parlimen masing-masing supaya dapat bantuan ini dilaksanakan dengan lebih pantas. Cadangan yang saya utarakan ini objektifnya Dato’ Yang di-Pertua, hanyalah untuk kita lihat anak-anak di sekeliling kita yang tidak melanjutkan pelajaran, sedangkan mereka layak untuk melanjutkan pelajaran.

Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih ya. Terima kasih kerana isu yang berkaitan dengan pertanian sentiasa mendapat perhatian daripada pihak kerajaan dan saya hendak ucap terima kasih, tahniah kepada Kota Raja kerana berusaha sebaik mungkin bagaimana hendak mengatasi soal yang berkaitan dengan food security ini. Antara kelemahan, saya hendak sebut antara kelemahan yang kita nampak Dato’ Yang di-Pertua, dalam soal pertanian ini, kerana kebergantungan kita yang sangat tinggi kepada import makanan. Walhal, Malaysia ini dianugerahkan tanah yang subur dan juga sekali gus, dapat kita meningkatkan keterjaminan makanan negara jika kita buat perancangan yang teliti.

Saya ingin kongsikan sedikit data dalam Dewan ini. Import makanan 2022 dan 2023, defisit RM31 bilion pada 2022, dan 2023 - RM32.32 bilion. Maknanya Dato’ Yang di-Pertua, setiap tahun jumlah import makanan kita meningkat dan jurang defisit antara import dan export makanan ini semakin membesar dan langkah serius perlu diambil bagi mengimbangkan perkara ini. Sebab itu saya melihat langkah yang diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan peruntukan dua kali ganda daripada RM150 juta kepada RM300 juta bagi maksud menjalinkan kerjasama pertanian dengan kerajaan negeri sebagai satu langkah yang tepat. Cumanya Dato’ Yang di-Pertua, saya harap Kementerian Pertanian dan kerajaan beri peruntukan RM300 juta ini sama adil dan banyak mengikut negeri.

Kalau di Negeri Sembilan, boleh bagi banyak sikit kerana Negeri Sembilan dalam proses penanaman padi, pertambahan kawasan penanaman padi dan padi Negeri Sembilan inilah yang akan kita hantar serba sedikit kepada Paya Besar, Dato’ Yang di-Pertua. Negeri Sembilan Dato’ Yang di-Pertua, Menteri Besar, bos saya ada depan ini. Yang Amat Berhormat sebut secara khusus tentang langkah untuk meningkatkan hasil padi. Mengikut rekod, purata produktiviti pengeluaran padi nasional 2020 adalah sebanyak 4.5 tan per hektar. Sekiranya produktiviti pengeluaran dapat ditingkatkan kepada 7.64 tan per hektar tanpa berlaku kekurangan kawasan dan intensiti tanaman padi di Malaysia, Malaysia mampu mengeluarkan RM4,926,684.56 tan padi, sekali gus dapat selesaikan masalah beras tempatan negara.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Dalam ucapan PM sekali lagi menyebut bahawa pengurusan padi di Sekinchan dijadikan contoh yang menghasilkan padi lebih banyak iaitu 12 tan sehektar.

Jika pada hari Dato' Yang di-Pertua, saya ingin memohon apa saja teknik jenis baka, jenis baja, teknologi yang digunakan di Sekinchan, diaplikasikan di seluruh negara. Kalau contoh yang baik, kita ikut. Itu boleh menguntungkan kerajaan, boleh menguntungkan rakyat, kenapa kita tidak ikut? Kita harus rangka pelan pembangunan sawah supaya semua ini dapat kita selesaikan dengan cara baik.

Dato' Yang di-Pertua, saya nak sebut Kerajaan Negeri Sembilan ya. Dato’ Menteri Besar, bos saya dah bagi persetujuan. Peningkatan purata pengeluaran hasil padi daripada empat tan hektar kepada enam tan. Ini kita rangka untuk menjelang tahun 2028. Doakan.

Yang kedua, peningkatan kadar kecukupan beras daripada lapan peratus pada tahun 2023 meningkat kepada 15 peratus pada tahun 2026, 2028. Pembukaan kawasan baharu padi dengan sasaran keluasan sebanyak 200 hektar menjelang tahun 2028, kerana itu Negeri Sembilan menuntut bantuan daripada RM300 juta ini dengan jumlah yang sewajarnya dan tidak kurang daripada apa yang telah kita kemukakan kepada pihak kementerian.

Dato' Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan diberi peruntukan setiap tahun cukup tinggi. 2022, 2023, 2024 meningkat daripada tahun ke tahun. Saya faham peruntukan ini adalah belanja mengurus yang banyaknya jumlahnya berasaskan kepada emolumen dan membayar gaji guru dan kakitangan sekolah. Tetapi saya nak sebut Yang Amat Berhormat PM mengumumkan RM2 bilion bagi projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah seluruh negara. Menteri dah pun dah keluar dah.

Saya beritahu Dato' Yang di-Pertua, saya nak sebut di hadapan Menteri bahawa jika saya rujuk laman web kementerian, terdapat lebih kurang, baru ada 10,220 sekolah. Sekolah menengah, kita ada 7,780. Sekolah rendah, 2,440. Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh KPM pada 12 Oktober disebutkan bahawa sehingga tahun 2024, 1,091 projek naik taraf pembangunan semula sekolah daif di seluruh negara telah diluluskan yang melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM8.5 bilion. Daripada jumlah itu, 339 projek Sabah, 400 Sarawak, Semenanjung 352 sahaja, Dato' Yang di-Pertua.

Di Negeri Sembilan, saya nak sebut di Negeri Sembilan, kita ada lima sekolah dalam pembinaan untuk menaik taraf sekolah daif. Tetapi kita ada empat lagi. Di Jelebu, saya nak bagi contoh Dato' Yang di-Pertua, kita ada Sekolah Menengah Agama Kuala Klawang.

Sekolah berdindingkan kayu berlantaikan kayu, Dato' Yang di-Pertua. Tapi ada air cond. Air cond siapa bagi? Ahli Parlimen bagi, Dato' Yang di-Pertua. Dato’, Ahli Parlimen bagi.

[Tepuk] Keputusan daripada sekolah ini sangat ...

draft • 12:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat bagi air cond pakai peruntukan mana? Peruntukan untuk Ahli Parlimen kan? Kalau kami dapat begitu, alhamdulillah. Kami juga boleh buat benda yang sama.

[Tepuk]

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Putrajaya, Putrajaya. Saya nak beritahu Putrajaya, Ahli Parlimen ada gaji dan elaun yang mencukupi. Air cond baru RM2,400 saja.

draft • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Saya bagi empat ...

draft • 12:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Itu kalau satu sekolah, Yang Berhormat.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Saya sebut satu sekolah.

draft • 12:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Jadi sahabat-sahabat kita ini ramai.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Oleh kerana Putrajaya tanya.

draft • 12:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat dapat berjuta-juta setahun.

Kami tak dapat 10 sen pun Yang Berhormat.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Oleh kerana ...

draft • 12:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Biarlah ada empathy sikit Yang Berhormat.

Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Oleh kerana Putrajaya tanya berkaitan sekolah menjurus kepada Sekolah Menengah Agama Kuala Klawang, saya nak infak untuk mendapatkan pahala bagi mengalirkan sedikit gaji saya kepada Sekolah Menengah Agama Kuala Klawang. Kerana itu, air cond nya ada dekat dewan itu saja, Putrajaya. Okey. Dah, dahlah itu Putrajaya ya. Saya nak sambung lagi, Dato' Yang di-Pertua. Kerana Putrajaya kacau ini, saya nak minta tolong sikit Dato' Yang di-Pertua.

draft • 12:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Masa dah habis.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Nanti sabar, sekejap Dato' Yang di- Pertua. Ini saya nak sebut ini sekolah daif ini. Menteri Besar Negeri Sembilan bagi peruntukan yang berterusan kepada sekolah ini dan keputusan cemerlang. Dia ada lapan A, ada tujuh A, ada enam A. Tetapi adakah kita berlaku adil kepada keluarga, guru dan juga warga sekolah jika sekolah ini kita tidak naik taraf ataupun bina baharu, Dato' Yang di-Pertua? Kerana rata- rata guru dan juga kakitangan sekolah berusaha gigih untuk menghasilkan murid cemerlang.

Saya sokong dalam belanjawan ini juga disebut. Saya sebut banyak sangat nama Yang Amat Berhormat Tambun. Kerana apa yang disebut itu, betul. Dia nak wujudkan Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) yang diketuai oleh KSN untuk mengetahui isu yang berkaitan dengan rakyat seperti sekolah, klinik daif dan sebagainya supaya diambil tindakan.

Cumanya saya nak sebagai penambahbaikan, nak cadangkan kepada pasukan STAR ini supaya pasukan STAR ini juga dapat menerima pandangan daripada semua Ahli Parlimen sama ada Ahli Parlimen daripada pihak kerajaan ataupun daripada pihak sana untuk menambah baik soal yang berkaitan dengan masalah yang berlaku berhubungan dengan masalah rakyat. Kali ini Ahli Parlimen semua memang sedia maklum tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan masalah yang berkaitan dengan rakyat ini.

Last sekali Dato' Yang di-Pertua. Ini akhir. Ini betul-betul akhir, Dato' Yang di-Pertua.

Sebab tadi...

draft • 12:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Seminit.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Ada satu topik ...

draft • 12:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Seminit.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

... saya nak sebut tapi saya dah tanya Menteri tadi, GISB ini. GISB ini, Dato' Yang di-Pertua, once for all, ini soal berkaitan dengan akidah. Saya setuju dengan pihak sebelah bersama dengan pihak kerajaan supaya aktiviti GISB, perkara yang berkaitan dengan akidah, kita tidak boleh kompromi. Kita harus ambil satu pendekatan untuk meletakkan titik tolak kepada penyelewengan akidah. Apatah lagi eksploitasi kanak-kanak.

RM25 juta Perdana Menteri beri untuk mengatasi dan mengadakan aktiviti pemulihan. Ini yang melambangkan apa, Dato' Yang di-Pertua? Kalau tadi dikatakan sebagai Malaysia negara pelancongan banjir yang disebut oleh Seputeh, jangan esok apabila berkaitan dengan akidah, ini juga menjadi satu permainan bualan oleh masyarakat luar.

Kerana itu Dato' Yang di-Pertua, saya harap kerajaan mengambil berat dalam soal ini.

Enforce kolaborasi, jangan stop ops ini. Pergi raid, tengok, tangkap dan sebagainya dan dakwa di mahkamah supaya mereka boleh diambil tindakan.

Dato' Yang di-Pertua, tahun 2021 ya, 500 sekretari yang ada di dalam negara kita dan kalau kita bagi Dato' Yang di-Pertua, 100,000 untuk satu sekretari. Tetapi kalau kita tengok ya, saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), satu doktor pakar untuk 10,000 orang sahaja. Ini saya dah sebut waktu saya sebelah sana. Kita akan kekurangan sekretari apabila rakyat Malaysia banyak akan mengalami masalah gangguan mental disorder, mental illness dan sebagainya. Apabila ini ditambah dengan masalah akidah Dato' Yang di-Pertua, Dato' Yang di-Pertua tentunya bersetuju dengan saya supaya kita tidak lagi boleh membenarkan segala perkara yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan penyelewengan akidah dan eksploitasi wanita dan kanak-kanak. Dato' Yang di-Pertua.

draft • 12:30 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Sikit saja, sikit saja.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Ya.

draft • 12:30 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Saya, saya tahu masa dah habis tapi mungkin nak jadi ...

draft • 12:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat. Bukan masa nak habis, dah habis dah pun.

draft • 12:30 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Masa dah habis dah. Cuma saya.

draft • 12:30 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Jiran bagi lebih.

draft • 12:30 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Jiran bagi lebihlah.

[Ketawa]

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Boleh, boleh.

draft • 12:30 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Sikit, satu saja.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Boleh. Saya akan bagi laluan. Boleh.

draft • 12:30 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Pemantauan terhadap ajaran sesat ini ...

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Ya.

draft • 12:30 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

... perlu juga dibuat melalui media sosial.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Ya.

draft • 12:30 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Kita akui bahawa kemasukan ajaran sesat daripada negara-negara lain juga perlu dipantau oleh MCMC. Saya mohon supaya perkara ini dipertimbangkan dalam ucapan Yang Berhormat.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Cadangan yang baik, Kubang Kerian.

[Tepuk]

draft • 12:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Jelebu.

Jawab dan gulung.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Ya?

draft • 12:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Masa dah habis. Jawab dan terus gulung.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Mana? Saya baru nak landing, Dato' Yang di-Pertua. Dato' Yang di-Pertua, saya tengok tadi, Dato' Yang di-Pertua. Bagi saya landing.

Saya nak landing dah ini. Ini dah nak landing dah ini, Dato' Yang di-Pertua. Saya salute dengan Dato' Yang di-Pertua mengikut peraturan pembentangan dan sebagainya. Saya harap rakan-rakan beri saya peluang sedikit lagi.

Dato' Yang di-Pertua, saya setuju dengan Kubang Kerian. Gunakan semua media sosial, medium yang kita ada. Kekang habis-habisan. 1994 takkan sampai hari ini tak boleh selesai, Dato' Yang di-Pertua. Saya beritahu, itu dah. Okey.

draft • 12:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Saya nak tutup, Dato' Yang di-Pertua.

Pasal apa, orang Jelebu hari ini semua WhatsApp saya. Dia kata, “Ahli Parlimen, bila lagi kita nak dapat hospital? Kementerian Kesihatan banyak bajet”, dia kata. Negeri Sembilan untuk confirmation, Dato’ Seri Ahli Parlimen Port Dickson boleh confirm-kan antara daerah yang tidak ada hospital, Jelebu. Adalah hospital tapi tak ada hospital baharu. Dulu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri buat buka bajet tahun 2023 diumumkan Jelebu antara hospital yang telah diluluskan peruntukan awal untuk dibuat kajian bagi pembinaan hospital baharu.

Jadi saya harap Kementerian Kesihatan beri priority. Orang Jelebu pun perlukan doktor pakar. Orang Jelebu pun perlukan kemudahan perubatan walaupun sekarang tidak terlalu mendesak kerana orang Jelebu sihat-sihat belaka. Tetapi ...

draft • 12:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

... proses penuaan negara yang juga akan dialami oleh orang Jelebu satu ketika besok.

draft • 12:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey, Yang Berhormat.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Jadi dia memerlukan doktor pakar. Saya minta tolonglah. Bagilah sikit hospital Jelebu ini sebagai salah satu daripada program penambahbaikan kesihatan negara yang boleh dan juga diberi keutamaan oleh pihak kementerian.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Akhir kata Dato' Yang di-Pertua.

draft • 12:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Akhir kata, saya sokong ya tentang apa yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun. Ini satu pembentangan yang luar biasa.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Ini satu pembentangan yang mengambil berat dan mengambil kira kesejahteraan rakyat. Yang sana pun setuju dengan saya sebenarnya tetapi oleh kerana sana itu sebagai pembangkang, memang dia cari jalan nak bangkang. Tetapi kalau saya dulu di sana pun macam itu juga perangai saya. Hakikat kita ialah kita setuju dengan apa yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk kesejahteraan rakyat untuk menghalang segala bentuk ketirisan.

Tetapi Dato’ Yang di-Pertua, apa orang tua-tua cakap Negeri Sembilan, “pandangan tak sesaujana, fikiran tak sekali datang”. Mungkin dalam soal ini pandangan itu boleh diperluaskan dan fikiran kita boleh tambah lagi hasil daripada cadangan yang dibawa oleh Jelebu dan Ahli Parlimen yang lain untuk diberi pertimbangan yang sewajarnya bagi kepentingan dan kesejahteraan rakyat di peringkat akar umbi. Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua, karang kita jumpa balik di sebelah ini dan esok Dato’ Yang di-Pertua duduk balik di sana. Tahniah dan syabas kepada Dato’ Yang di-Pertua, Jelebu menyokong Rang Undang- undang Perbekalan 2025 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun tempoh hari, terima kasih.

draft • 12:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Sila Yang Berhormat ‘Kampar’. Sila Kapar.

draft • 12:40 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Kapar bukan Kampar.

draft • 12:41 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Kapar, Kapar.

draft • 12:41 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Kapar untuk mengambil bahagian bahas Belanjawan 2025 peringkat dasar.

Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan telah membentangkan cadangan rang undang-undang bernama satu akta bagi menggunakan sejumlah wang dari kumpulan disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2025. Tahniah kepada kerajaan termasuk pasukan penjawat awam yang telah bertungkus-lumus menyediakan Belanjawan 2025 yang bersifat mengembang atau expensive. Jumlah peruntukan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan bagi 2025 sangatlah besar iaitu RM423 bilion ketimbang RM395.8 bilion untuk 2024. Bekalan yang mahu diperuntukkan ialah RM232.95 bilion dan pembangunan hanya berjumlah RM88 bilion atau 20.8 peratus sahaja dan tanggungan sebanyak RM102.05 bilion.

draft • 12:41 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Untuk menjaga maslahat RM34.1 juta mengikut angka DOSM rakyat Malaysia, kerajaan perlu mendapatkan hasil yang mencukupi bagi mentadbir negara, menjaga keperluan rakyat dan melindungi serta mensejahterakan rakyat pelbagai kaum dan pelbagai ideologi termasuk kamilah sebelah sini. Sekiranya Kerajaan Madani memang ikhlas untuk mencapai tujuan ini, sepatutnya tidak ada masalah untuk melibatkan semua pihak termasuk pihak oposisi bersekali – ini istilah Arau – dalam membumikan teori, mensejahterakan rakyat dalam belanjawan. Stephen Covey pengarang terkenal buku The 7 Habits of Highly Effective People, Tabiat Kedua: Begin With the End in Mind.

Bagi peneraju negara, tuan-tuan Yang Berhormat di pihak kerajaan [Membaca sepotong ayat Al-Quran], maka matlamat pemerintah mendapat pendapatan dari rakyat dan apa-apa hasil lain dan perancangan untuk mengurus dan mengendalikan tanggungan kerajaan ialah untuk mencapai dengan izin, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] . Itu outcome. Maka kerajaan perlu berlapang dada, berfikiran terbuka dan magnanimous atau bermurah hati untuk mendengar luahan dari pihak yang tidak sekapal dengan pihak kerajaan seperti Perikatan Nasional kerana isu-isu yang membelenggu rakyat lebih berkesan bila diangkat oleh pihak oposisi kerana ianya lebih genuine. Ini core business pembangkang dan kami bukan membangkang semua perkara. Bila yang betul yang bermanfaat untuk rakyat kami akan setuju, tapi benda yang akan membebankan rakyat, itulah yang di antara yang kami akan angkat dan terus angkat. Perikatan Nasional adalah pembangkang yang matang dan sejahtera.

Jadi saya mengajak kerajaan berfikir secara rasional dan berlapang dada. Cuba kita fikir sejenak apakah akan terjadi kepada rakyat kebanyakan apabila dasar fiskal yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan dalam Belanjawan 2025. Isu pertama, potong subsidi atau bahasa lunaknya penyasaran subsidi. Lazimnya diesel digunakan untuk kenderaan yang mengangkut barang-barang. Maka pada tahun ini bila subsidi diesel ditarik balik, maka ia telah pun memberi kesan yang banyak kepada orang ramai. Kos pengangkutan barang naik maka kos barang segala keperluan turut naik, kerajaan pula mahu tarik subsidi petrol RON95 pada Februari 2025. Bayangkan berapa ramai lagi rakyat akan terganggu.

Walaupun kerajaan kata penyasaran akan dilakukan hakikatnya semua rakyat akan terkesan dengan tindakan ini. Yang paling terkesan mungkin rakyat di bandar terutama orang muda yang sudah terbeban dengan hutang PTPTN, hutang kereta atau motor, sewa rumah, hutang peribadi (personal loan) kerana baru kahwin, kos nak balik kampung sebagai anak yang baik dan bertanggungjawab akan terus mencanak. Terutama apabila ada ibu dan ayah yang sakit, sakit kronik. Bayangkan impak sosial ekoran kemelesetan kewangan keluarga.

Isu kedua gaji minimum. Gaji minimum dinaikkan ke RM1,700 dari RM1,500, bagus, tahniah. Tapi ini hanya menggembirakan sebahagian rakyat yang bekerja dengan orang lain.

Persoalannya, berapa ramaikah yang bekerja sendiri dan tidak terkesan dengan tindakan ini?

Kedua, ia akan meningkatkan kos operasi kepada majikan berskala kecil yang sudah pun terkial-kial untuk hidupkan syarikat atau perniagaannya. Kesan gaji minimum yang meningkat akan menyebabkan inflasi akan turut meningkat, akan menyebabkan bermakna bahasa

draft • 12:41 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

rakyat jelatalah, semua barang akan naik. Jadi, inflasi ini akan beri kesan yang ketara kepada pekerja sendiri seperti business gig, penjual burger, peniaga pasar malam, makcik jual nasi lemak, pekerja delivery seperti pemandu Grab dan sebagainya. Dan saya rasa yang lain itu saya setuju dengan semua Ahli-ahli Yang Berhormat tadi, apakah kesannya terutama tadi yang disebutkan oleh Pagoh.

Kos penyelenggaraan kenderaan, hal ini yang saya nak tekankan. Kenaikan harga barang asas akibat inflasi juga akan menaikkan kos penyelenggaraan kenderaan termasuk harga alat ganti dan kos servis. Ini juga memberi kesan kepada pekerja gig yang bergantung pada kenderaan mereka untuk mendapat pendapatan harian. Apatah lagi apabila kenderaan mereka perlu melalui jalan raya yang rosak, dan rosak dan rosak. Kalau kerap rosak seperti yang saya selalu sebut di sini yang berada di Kapar. Bayangkan betapa besar kosnya yang perlu ditanggung oleh golongan yang sudahlah susah dan dipersusahkan ini.

Justeru di sini Kapar mahu menggesa perhatian khas kementerian yang berkaitan khususnya pertama Kementerian Kerja Raya. Mohon upgrade kan semua jalan raya yang keluar masuk kawasan yang dilalui oleh kenderaan berat terutama yang digunakan pengguna Pelabuhan Klang Utara, zon-zon industri di Meru dan Sementa dan juga Bandar Sultan Suleiman kerana semua ini adalah penyumbang signifikan kepada KDNK negara. Buatlah jalan yang dibuat daripada bahan tahan lasak, berkualiti, tak terkesan dengan banjir atau load atau beban yang berat.

Kemudian, ini di antara kesannya bila dibeban dengan kos repair kenderaan selalu banyak rosak dan sebagainya tadi yang bekerja di port, bila kenderaan rosak tak boleh pergi kerja, kena hantar kenderaan ke bengkel. Mungkin potong gaji, tak boleh hantar anak ke sekolah, anak ponteng sekolah, bil air api kena bayar, sewa rumah kena bayar. Kalau tak kena halau, anak sakit, rumah tangga tak tenteram, stress. Kalau selalu begini majikan boleh dibuang kerja kerana dianggap tidak berproduktif.

Kementerian KPKT, jalan-jalan yang diguna penduduk sudah tentu ada yang juga bawah PBT. Di Kapar, jalan-jalan ini bersambung dengan Jalan Persekutuan dan jalan kampung yang dimanfaatkan oleh penduduk Kapar yang ramainya B40 dan M40. Saya pun nak tahu berapa orangkah orang Kapar T15?

Untuk makluman kerajaan, di Kapar ini ada taman dalam kampung, contoh Taman Setia dan Taman Kapar Permai banyak lagi. Jadi dalam PBT jalannya elok, keluar jalan kampung teruk. Jadi berlopak-lopak. Kalau diselenggara pun tampal sini, tampal sana, sekejap lagi dua tiga hari rosak balik. Jadi saya mohon KPKT tolonglah tengok. Biarkanlah juga di antara masalah juga di mana lori pengangkut sampah domestik juga dikata penyebab kerosakan jalan raya di kampung dan di taman. Maka gunakan lori yang kecil dan sebagainya. Jalan kampung, saya mintak KPKT juga tolonglah tambahkan peruntukan untuk jalan-jalan kampung di Kapar kerana ini adalah pekerja-pekerja yang menyumbang kepada produktiviti port-port yang menyumbang kepada KDNK negara.

draft • 12:41 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Tuan Speaker, tadi tuan Speaker bagi 10 minit lebih kepada Jelebu, banyak saya hendak sebut ini. Tapi saya pilih-pilihlah apa yang saya hendak sebut ini Speaker. Saya ini kepada yang – banyak yang terpaksa inilah. Okey, tentang Perpaduan Nasional Tuan Speaker.

Menyentuh kepada Perpaduan Nasional Tuan Speaker. Menyentuh kepada Perpaduan Nasional, saya ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan yang telah berjaya menganjurkan Seminar Karnival Perpaduan Nasional bertema ‘Kelantan Model Perpaduan’, 19 Oktober Sabtu ini.

Persembahan budaya yang melibatkan semua kaum utama di Kelantan termasuk kaum Tionghoa, India, Siam dan Melayu yang diadakan di dewan terbuka sebelah Wat Machimmaram atau Sitting Buddha di Tumpat Kelantan. Semua kaumnya begitu mesra dan melibatkan kanak-kanak dan belia dan beliawanis.

Selaku Ketua Portfolio Perpaduan Negara, Ahli Parlimen Perikanan Nasional, saya sangat teruja dan gembira melihat kejayaan perpaduan kaum yang jelas terserlah dalam simfoni persembahan silang budaya sebagai penutup majlis makan malam tersebut. Jelas Jawatankuasa Perpaduan Nasional Kerajaan Kelantan dengan kerjasama Pusat Integrasi Antara Kaum Kelantan (PEKA) terbukti telah berjaya memainkan peranan untuk mewujudkan perpaduan nasional di mana Kelantan telah berjaya hidup secara harmoni di antara kaum.

Saya difahamkan ada 15 SJKC dan dua SJKT, ada tokong, kuil, gereja, tiga Gurdwara Sahib untuk komuniti Sikh, ada Standing Buddha, Sitting Buddha, Sleeping Buddha selain daripada of course masjid dan surau. Dari 1.85 juta rakyat Kelantan...

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tumpat, minta pencelahan Kapar.

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Sila.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Kapar, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya hendak tanya, formula apa yang digunakan Kelantan sehingga orang- orang Cina, orang-orang India dan lain-lain bangsa boleh bercakap bahasa Kelantan dengan baik dalam kaedah perpaduan dan keduanya, mereka tidak ada timbul soalan keagamaan.

Saling hormat-menghormati, mungkin di sana tak ada DAP kah apa kah.

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

[Ketawa] Mereka ini Pendang, mereka ada satu benda yang saya baru hendak belajar slogan dia, sek kito jange pecoh itu dia punya.

Maknanya kita ini jangan pecah. Walaupun di-Siam-kah, India-kah, Cina-kah, Melayu kah dia kata, dia akan bersama. Itulah dia jangan pecah makna perpaduanlah itu.

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kapar, Yang Berhormat Kapar.

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Kalaupun Kelantan ada 95.5 peratus...

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kapar...

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Dah apa – tak cukup masa. Hakikatnya dalam 34 tahun PAS memerintah Kelantan...

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kelantan aman sebab tidak ada Yang Berhormat seperti di sebelah sana, Kelantan aman.

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Tidak ada sebarang sekolah...

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sebab Pendang tidak ada di sana, Kelantan aman.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Pendang jangan buat sangkaan jahat.

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tak ada wakil rakyat macam Pendang di Kelantan.

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Speaker, saya hendak tak bagi mencelah.

draft • 12:50 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Hei duduklah.

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Saya tak bagi mencelah ya.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Peraturan mesyuarat, bukan bagi tak bagi.

Peraturan Mesyuarat 36(12); “Mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan Dewan adalah disifatkan sebagai menghina Majlis dan ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan”.

Tadi Pendang kata Kelantan itu tak ada DAP itu salah, memang kita ada sana.

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Inikah sikap tingkah laku Yang Berhormat di hadapan khalayak orang ramai. Tak malukah, Pendang.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Mana boleh buat, mana boleh buat, mana boleh buat perkataan begitu.

draft • 12:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sekejap Yang Berhormat.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ini Ahli Parlimen kah, ini Parlimen.

draft • 12:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sekejap Yang Berhormat.

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Speaker, masa saya kurang.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Mungkin...

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tarik baliklah Pendang, cukup, tarik balik.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Mungkin tak ada DAP, kalau ada tak apalah.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tarik balik, tarik balik.

draft • 12:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sekejap Yang Berhormat.

Okey Yang Berhormat Kampar, apa Yang Berhormat Kampar.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Pendang tadi buat satu sangkaan yang amat jahat, katakan sebab Kelantan tak ada DAP. Yang pertama, fakta itu salah, Kelantan kita ada cawangan, kita ada Jawatankuasa Negeri DAP, itu salah. Jadi, kalau Kelantan ada DAP dan kita hidup aman damai, bermaksud tak ada masalah. Kalau DAP pun memupuk semangat keharmonian. Jadi, apa yang Pendang katakan itu salah. Saya hendak Pendang tarik balik, sila tarik balik.

draft • 12:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey.

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker. Saya ingin tambah, saya ingin tambah.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 12:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sekejap, sekejap, sekejap Yang Berhormat. Yang Berhormat Jelutong, biar saya uruskan peraturan mesyuarat Yang Berhormat Kampar dahulu.

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Baik.

draft • 12:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Kita pergi satu persatu, boleh?

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Baik, terima kasih Timbalan Speaker.

draft • 12:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sama-sama.

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya akan menunggu giliran.

draft • 12:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Pendang?

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey, saya kata tadi – dia kata amat jahat, perkataan itu lagi teruk. Saya kata mungkin, bila mungkin, boleh jadi betul, boleh jadi salah. Mungkin, mungkin. Jadi macam mana yang dia boleh kata amat jahat, dia tak faham bahasa Malaysia. Saya ingat bahasa dia pun teruklah dia ini.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Pendang, jangan main dengan perkataanlah.

‘Mungkin Pendang bodoh’. Boleh saya pakai macam ini tak? Tak boleh. Ini unparliamentarian jangan pakai dengan perkataan, main dengan perkataan mungkin, mungkin, mungkin...

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Fasal saya...

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Itu memang satu sangkaan jahat.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Mungkin saya bodohlah, saya boleh kata DAP tak ada di Kelantan.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tengok. Tak boleh pakai macam ini.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

You kata mungkin bodoh.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Jangan kata mungkin-mungkin.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kalau tidak macam mana saya hendak cakap macam itu.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Kalau nak pakai macam itu untuk satu Dewan kecoh.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kan.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Please.

draft • 12:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey, okey

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Kita...

draft • 12:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Pendang, sila duduk Yang Berhormat Pendang.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Jangan buat sangkaan jahat, kita hendak debat dengan bajet. Jangan personal attack.

draft • 12:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey. Saya sudah dengar apa yang diterangkan oleh Yang Berhormat Pendang dan saya teliti ucapan beliau tadi semasa mencelah Yang Berhormat Kapar. Dia ada sebut perkataan ‘mungkin’. Dan saya

draft • 12:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Kampar bangun bangkitkan peraturan mesyuarat membetulkan kefahaman dia, bahawasanya di Kelantan ada cawangan DAP, terima kasih Yang Berhormat Kampar. Okey Yang Berhormat.

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Speaker, atas Peraturan yang sama, saya cuma hendak memperbetulkan kenyataan Yang Berhormat Kapar. Kelantan aman, damai sebab tak ada Yang Berhormat-Yang Berhormat seperti Yang Berhormat Pendang di sana. Itu adalah kenyataan yang betul.

[Tepuk] Selagi ada Yang Berhormat seperti Pendang...

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dato’ yang di-Pertua.

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Malaysia akan tetap huru- hara.

draft • 12:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dato’ yang di-Pertua. Di Kelantan aman damai sebab Jelutong pun tak ada yang merapu itu.

draft • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey. Teruskan Yang Berhormat Kapar.

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Speaker. Jadi terganggu saya punya apa ni Speaker. Jadi hakikatnya dalam 34 tahun PAS memerintah Kelantan, tidak ada sebarang sekolah vernakular yang ditutup. Tidak ada rumah ibadat yang dirobohkan. Saya mengajak Ahli Yang Berhormat semua untuk fikir dengan hati yang tulus, jangan gaduh-gaduh ya. Hapuskanlah prejudis terhadap Kelantan once and for all, dengan izin.

Insiden 13 Mei tidak berlaku, bahkan tidak pernah ada sebarang insiden ketegangan antara kaum di negeri Kelantan. Saya difahamkan [Tepuk] okeylah sek kito tadi jange berpecah itu tadi memang dipakai di Kelantan. Saya sendiri berada di program itu. Maka green wave atau ilusi dan program-program politik yang mahu menjauhkan non Muslim dari PAS khususnya dan Perikatan Nasional amnya, patutlah dihapuskan.

Sebagai prime work agenda perpaduan dalam Kerajaan Madani, boleh tak kerajaan melalui Kementerian Perpaduan mengangkat Kelantan sebagai satu model perpaduan kaum yang jelas berjaya dengan model negeri majoriti Muslim, 96.6 peratus Islam. Tetapi, semuanya diraikan ada kebebasan beragama, berbudaya, bersekolah, berniaga dan sebagainya.

Maka ada baiknya Kementerian Perpaduan membantu dan memberi insentif...

draft • 12:50 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Kapar.

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Kepada Exco Perpaduan untuk...

draft • 12:50 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Kapar, pendek sahaja Kapar, pendek sahaja.

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Untuk diangkat sebagai model perpaduan supaya kita dalam negara ini boleh contohi. This is nonpolitical, this is rational. Sila.

draft • 12:50 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Ya. Saya rasa perlu ditambah juga data daripada DOSM bahawa apa ini dari segi statistik negeri-negeri yang mendapat markah tertinggi dari segi keselamatan iaitu negeri Sabah, diikuti oleh negeri

draft • 12:50 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Kelantan dan kemudian Terengganu mendapat markah tertinggi dari segi negeri-negeri yang paling selamat di Malaysia.

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Okey, masukkan dalam ucapan saya. Okey, isu Kapar ya Speaker...

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Kapar saya minta – Kapar laluan sikit tentang Kelantan...

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Tak boleh, tak boleh, tak boleh.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Sikit, ini penting.

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Saya hendak habiskan Speaker.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ini penting, saya hendak puji.

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Masa tak cukup dah ya. Isu Kapar...

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Sikit, sikit.

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Kapar mahu isu banjir di Kapar dinoktahkan. Saya mahu tahu tentang status RTB untuk mitigasi banjir yang tuntas. Asyik banjir jer.

Satu lagi perkara yang penting ialah sekolah padat. Kapar mahu Kementerian Pendidikan masukan dalam RMKe-13 ataupun kalau boleh sesegera mungkin menyelesaikan masalah sekolah padat di Kapar. Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai sudah berumur 100 tahun, sudah dua kali pindah dan sebagainya. Dikatakan bahawa SK Sungai Binjai adalah pemegang rekod untuk jumlah murid sekolah rendah yang paling padat di Selangor atau di Malaysia. Ada yang kata di Malaysia. Jadi, sudah tentulah perlu diambil perhatian.

Untuk rekod juga, sekolah yang memegang rekod semasa untuk kategori sekolah yang paling padat di Malaysia di peringkat sekolah menengah – tadi SK ya, adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Meru yang juga berada di Kapar. Dianggarkan 4,510 orang pelajar, bayangkan Tuan Speaker. Berkemungkinan besar SK Sungai Binjai adalah penyumbang utama kepada kepadatan sekolah tersebut kerana SK Sungai Binjai tadi adalah feeder kepada SMK Meru.

Jadi, saya hendak tekan kepada pihak kerajaan semua yang terlibat, Menteri Pendidikan, Menteri Ekonomi, Menteri Kewangan dan semua pemutus dasar. Isu kepadatan sekolah ini penting, utama dan perlu tindakan segera.

Jadi, pertumbuhan perumahan – perkembangan zon industri Meru di Parlimen Kapar dan sebagainya menyumbang kepada kepadatan sekolah ini. Jadi, oleh kerana...

draft • 12:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Kapar...

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Lagi-lagi di sekolah menengah ya...

draft • 12:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Kapar...

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Kita tahu remaja ini, dia perlu...

draft • 12:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Kapar...

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Personal space, personal space. Dia badannya panas, orang remajakan.

draft • 12:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Kapar...

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Jadi, kalau...

draft • 12:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Kita pukul 1.00 ni.

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Boleh – sikit lagi kot. Boleh Speaker?

draft • 12:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Boleh habiskan...

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker.

draft • 12:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Penutup, dah pukul 1.00 ni.

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya tanya Kapar, kenapa Nenggiri Perikatan kalah kalau hebat sangat?

draft • 12:50 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Duduklah Jelutong, sibuk sahaja.

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Ini tak ada kena mengena sekolah padat ya.

Speaker, ini perkara penting ini. Ini ibu bapa di Parlimen Kapar ini tengah memerhati.

draft • 12:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Kapar...

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Jadi, saya hendak meminta kepada kerajaan...

draft • 12:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Kapar, sekejap, sekejap.

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Segerakan...

draft • 12:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Kapar...

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Ini paling ramai, paling padat dalam Selangor...

draft • 12:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Kapar...

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Ataupun dalam Malaysia sebab saya tak ada maklumat yang tepat.

draft • 12:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Kapar.

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Bayangkan satu kelas itu lebih 40 orang.

draft • 12:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Kapar.

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Yang disebutkan oleh Perdana Menteri... [Dewan riuh] Banyak gangguan Speaker, saya tak tahu yang mana satu...

draft • 12:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Bukan, bukan gangguan.

Saya panggil Yang Berhormat Kapar tiga kali dah. Sekarang kita 1.01 minit, Yang Berhormat Kapar nak sambung ke hendak berhenti.

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Sikitlah, sikit sahaja lagi, sikit sahaja lagi, boleh?

draft • 12:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey, saya bagi seminit lagi, satu minit lagi.

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Okey. Sebab gangguan Speaker, Speaker tolong...

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya hendak tanya, kenapa di Nenggeri Perikatan kalah? Boleh jelaskan?

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Okey. Jadi...

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Boleh jelaskan.

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Perdana Menteri...

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kalau hebat sangat, kenapa kalah.

draft • 12:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Jelutong duduk.

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Perdana Menteri menyatakan dalam ucapan

draft • 12:50 PM

Seorang Ahli

Jelutong, pergi makan nasi lah Jelutong.

draft • 12:50 PM

Seorang Ahli

Sungai Bakap menang.

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Mahu persekitaran yang kondusif bagi pelajar.

Sudah tentu apabila padat begini, tidak kondusif langsung.

Last sekali Speaker, ini adalah berkenaan dengan Kapar juga. Kita tengok 13 Februari 2024 tahun ini, light aircraft BK160 Gabriel tragically crash in Kampung Tok Muda killing the pilot and co-pilot itu selepas apa? Selepas raya Cina hari itu.

Difahamkan kapal terbang tersebut diselenggara oleh pihak yang tidak sah yang menimbulkan keraguan tentang protokol keselamatan. Pada Jun 2024, tahun ini light aircraft Piper PA-28-161 operated by Subang Flying Club made an emergency landing di Bandar Sultan Sulaiman dan ini juga disebabkan, dikatakan enjin part failure. Kapar tak mahu lagilah melihat tragedi macam ini, ini bukan ada lapangan terbang ke apa di Kapar.

draft • 12:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey, okey.

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Jadi, saya hendak minta, saya hendak tanya kepada kerajaan, apakah sebenarnya yang berlaku dan apa punca perkara-perkara rosak enjin, especially rosak in air ini untuk mencegah nahas atau – potensi nahas...

draft • 12:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey boleh tamatkan perbahasan Yang Berhormat Kapar.

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Saya mahu tindakan yang tegas diambil dan sustentive yang diambil oleh pihak kerajaan.

Last sekali, last betul-betul Speaker.

draft • 12:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat –

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Saya mendapatkan satu jadual daripada DOSM ini mengenai jenayah, ini penting apa. Bilangan kertas siasatan dan tangkapan mengikut jenis kesalahan Malaysia 2022/2023. Saya hendak tanya kepada kerajaan, saya ambil 2023 yang kertas siasatan untuk penerima rasuah 344, tangkapan 527 yang pemberi rasuah kertas siasatan hanya 59. Tangkapan untuk pemberi rasuah, tangkapan ya, hanya 86. Tadi yang menerima rasuah, tangkapan 527, pemberi rasuah 86.

Jadi, soalan saya kenapa terlalu berbeza? Sudah tentulah sepatutnya pemberi rasuah dan penerima rasuah lebih kuranglah, tak jauh bezanya. Jadi, saya mahu kerana Perdana Menteri ini menyatakan sangat-sangat serius untuk menangani rasuah, jadi saya mahu tahu apakah tindakan kerajaan bagi memastikan bukan sahaja penerima rasuah, tapi pemberi rasuah juga diambil tindakan yang sewajarnya. Terima kasih Speaker.

draft • 12:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sebelum saya tangguhkan Mesyuarat, saya harap sangat Ahli-ahli Yang Berhormat – sebab hari ini kita habis pukul 8.00 malam dan ada banyak lagi senarai 27. Ada perkara-perkara yang boleh kita panjangkan dan ada perkara yang saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat ikut peraturan. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula pada jam 2.30 petang nanti.

draft • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.05 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Selawat dan salam kepada junjungan besar Rasullullah SAW. *Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum* dan kita mulakan Majlis perbahasan. Tapi sebelum itu, saya ingin mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat- saya dapati terdapat beberapa Ahli Parlimen telah berbahas lebih dari waktu.

Jadi oleh kekangan masa, kita hanya dibenarkan mengikut aturan sehingga hari Khamis ini. Jika masa tidak ditepati, mereka yang hujung-hujung itu masa akan berkurangan.

Jadi, saya perketatkan walaupun atas budi bicara yang mempengerusikan boleh memberi ruang masa, tapi oleh kekangan keadaan masa, akan hadkan dan mohon Yang Berhormat- Yang Berhormat berbahas, mohon untuk mengikut sebagaimana diarahkan.

Saya mempersilakan Yang Berhormat Tawau sebagai wakil ketua parti dibenarkan 20 minit. Silakan Yang Berhormat Tawau.

draft • 2:30 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, salam sejahtera Malaysia dan salam Sabah Maju Jaya.

Dalam bajet 2025, Sabah mendapat peruntukan pembangunan sebanyak RM6.7 bilion. Peningkatan sebanyak 30 juta, berbanding RM6.67 bilion dari tahun 2024. Terima kasih atas usaha PMX yang menerajui Kerajaan Persekutuan.

Kami menyambut baik geran khas interim Sabah yang telah meningkat sebanyak RM300 juta kepada RM600 juta pada tahun 2025 kepada negeri Sabah. Terima kasih atas pemberian ini. Saya menuntut agar Kerajaan Persekutuan menggantikan pemberian interim ini dan mengembalikan pemberian khas 40 peratus sepenuhnya seperti termaktub dalam Perkara 112C Perlembagaan selari dengan perjuangan di bawah pimpinan Ketua Menteri Sabah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

Sabah Sarawak seharusnya mendapat lebih banyak peruntukan untuk membangunkan infrastruktur setaraf Semenanjung Malaysia kerana peruntukan yang

draft • 2:33 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

diterima oleh Sabah Sarawak jika digabungkan hanyalah 14.6 peratus daripada sejumlah RM86 bilion. Bermakna sebanyak 85.3 peratus dinikmati Semenanjung Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu projek-projek bekalan air dan elektrik, di bawah KeTSA yang terbengkalai dan mohon mempercepatkan penurunan dana di Loji Rawatan Cinta Mata 1 dan 2 serta perancangan menaik taraf stesen jana kuasa elektrik berpandukan unjuran keperluan kerana gangguan bekalan air dan elektrik kerap berlaku.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu berkenaan lampu jalan persekutuan.

Saya sedia maklum daripada Menteri KKR Dato Sri Alexander Nanta Linggi bahawa peruntukan penyelenggaraan lampu jalan daripada Kementerian Kewangan sangat sedikit tetapi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri kerana memberi kelulusan lebih kurang RM9 juta bagi penyelenggaraan lampu jalan persekutuan di Sabah.

Namun Sabah ingin peruntukan dan komitmen tetap Persekutuan menyelenggarakan lampu jalan sepanjang 1,400 kilometer atau kembalikan dana dan bidang kuasa penyelenggaraan kepada Kerajaan Negeri Sabah dan inilah keadaan Jalan Persekutuan di Tawau dan Sabah yang saya ingin menunjukkan... [Menunjukkan dua keping gambar] Ini gambar gelap-gelita.

Ahli-ahli rakan Ahli Parlimen tadi tanya, inikah gambar X-ray atau galaksi? Bukan.

Inilah keadaan jalan raya gelap-gelita di Sabah. Kerajaan Persekutuan perlu memberi peruntukan tetap tahunan penyelenggaraan lampu jalan persekutuan Sabah. Masalah ini sepatutnya diselesaikan lama dahulu kerana banyak sudah nyawa rakyat dan harta benda terkorban yang berlaku sehingga sekarang. Ini bukan soal kemajuan atau kemunduran. Ini soal hidup dan mati.

Saya ingin menyentuh isu Balai Bomba Tawau, yang menjaga seluas 6,146.6 kilometer square dan hampir 550,000 buah rumah atas air dan anggaran satu juta penduduk.

Oleh itu, mohon akan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mempercepatkan peruntukan dana untuk menaik taraf balai bomba sedia ada serta membina balai bomba baharu Balung di tapak yang sudah disediakan. Tambahan kakitangan dan naik taraf jentera kepada peralatan moden seperti dron pemadam api juga diperlukan segera yang mampu mengurangkan risiko keselamatan anggota bomba, memandangkan Tawau mempunyai jumlah kawasan setinggan tertinggi di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu banjir Tawau yang sudah mengalami berpuluh-puluh kali banjir setakat tahun ini. Sekali gus menjejaskan lebih kurang 500,000 orang penduduk dan mengakibatkan kerugian jutaan wang ringgit serta ancaman keselamatan nyawa. Minta perhatian Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, bilakah projek rancangan tebatan banjir Sungai Tawau Sabah Fasa 1B yang melibatkan pembesaran sungai Tawau sepanjang empat kilometer dari Kampung Titingan sehingga ke hulu Sungai Tawau boleh dimulakan.

Pada masa kini, bagi mengatasi banjir akibat limpahan Sungai Tawau, terdapat dua lencongan sungai yang telah dibina iaitu lencongan Sungai Tawau melalui Kampung Pasir Putih dan Kampung Kukusan. Saya memohon agar kedua-dua lencongan ini dinaiktarafkan

draft • 2:33 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

hingga ke laut serta pemasangan kunci air automatik atau automatic tide gate, dengan izin supaya ia dapat berfungsi dengan lebih berkesan.

Saya juga mencadangkan kepada Menteri untuk membesarkan muara Sungai Kinabutan Kecil dan muara Sungai Tanjung Batu. Kedua-dua muara tersebut adalah sempit dan air sungai tidak dapat mengalir dengan lancar semasa hujan berlaku dan seterusnya menyebabkan banjir berlaku.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu berkenaan Hospital Tawau. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan atas kelulusan perjawatan yang terbesar dalam sejarah di Tawau, seramai 1,227 orang pada Hospital Tawau dan semoga hospital yang baharu siap ini sudah boleh beroperasi. Saya amat mengharapkan agar jumlah waran 1,227 perjawatan ini terus dikekalkan dan tidak ditarik pindah ke tempat lain.

draft • 2:33 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Selain itu, Menteri Pengajian Tinggi perlu meningkatkan pengambilan mahasiswa yang berasal dari Sabah, Sarawak bagi jurusan perubatan untuk menangani masalah kekurangan doktor, di mana ketika ini sistem perkhidmatan kesihatan dalam keadaan hampir runtuh kerana tidak mampu menampung keperluan hampir empat juta penduduk di Sabah.

Saya juga ingin menarik perhatian Menteri mengenai keperluan mendesak untuk menaik taraf Klinik Kesihatan Apas Balung, Tawau. Klinik ini masih beroperasi dengan bangunan kayu sejak tahun 1983. Kini dalam keadaan daif dan sesak. Klinik ini menampung keperluan hampir 500,000 penduduk dari Balung hingga sempadan Kunak dan Semporna dengan purata 300 pesakit setiap hari. Yang mengejutkan, hanya terdapat tiga orang doktor dan 34 orang staf, menyebabkan setiap doktor merawat kira-kira 100 orang pesakit dan pesakit terpaksa menunggu sehingga satu jam untuk rawatan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu berkenaan keperluan universiti.

Tawau juga memerlukan satu buah universiti untuk anak-anak Sabah melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi tanpa perlu merantau jauh ke daerah ataupun negeri lain. Selain itu, perkara ini juga penting agar dapat membawa penyelidik-penyelidik universiti untuk berpusat di Tawau dan memperbanyak aktiviti penyelidikan. Perkara ini juga penting agar dapat memanfaatkan satu juta penduduk sekitar Tawau, Kalabakan, Semporna dan Lahad Datu.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu berkenaan kesesakan lapangan terbang. Kita berterima kasih kepada Menteri Pengangkutan kerana sudi turun serta merasai sendiri kesesakan di Lapangan Terbang Tawau, seterusnya mengumumkan naik taraf Lapangan Terbang Tawau melibatkan kos RM130 juta.

Namun, sementara menunggu Lapangan Terbang Tawau dinaiktarafkan sepenuhnya, saya mencadangkan supaya adanya koordinasi antara kementerian. MOT perlu mengetuai koordinasi dengan KDN dan MOTAC dan kementerian lain memandangkan sekarang tiada koordinasi yang jelas antara keempat-empat agensi ini, sekali gus menimbulkan kekeliruan yang membawa kepada masalah kesesakan serta mengancam

draft • 2:40 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

keselamatan penumpang hampir dua juta mendarat di Lapangan Terbang Tawau sehingga September 2024.

Sebagai contoh. Jika jumlah penerbangan ke Tawau ditambah, kakitangan seperti imigresen, polis dan penjaga kaunter perlu ditambah. Sekali pun naik taraf lapangan terbang sudah dilakukan, tetapi jika tiada koordinasi yang baik, tetap juga masalah kesesakan akan berlaku.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu berkenaan sekolah tidak selamat.

Terima kasih kepada pihak kementerian kerana telah meluluskan pembinaan bangunan baharu tiga buah sekolah di Tawau iaitu SMK Tawau II, SK Melodi dan SMK Wakuba.

Akhirnya, penantian 30 tahun rakyat Tawau berakhir.

Namun, saya amat terkejut apabila mendapati bahawa hanya tiga daripada 48 buah sekolah di Tawau memiliki sijil layak menduduki (OC), dengan izin. Situasi ini mencerminkan masalah yang lebih besar di seluruh Sabah, di mana banyak sekolah beroperasi tanpa OC.

Isu ini membawa kesan yang serius kerana ia akan menyukarkan proses permohonan peruntukan untuk pembaikan bangunan sekolah. Selain itu, tanpa OC, perlindungan insurans juga tidak dapat diperoleh, menjadikan keselamatan pelajar serta guru terdedah kepada risiko yang besar.

Oleh itu, saya menggesa agar Menteri memberikan arahan segera untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas PPD Sabah bagi menangani isu sekolah tanpa OC.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan situasi kewujudan alat pemadam api yang telah tamat tempoh sejak tahun 2020 di beberapa buah sekolah di Tawau yang jelas menunjukkan kegagalan dalam aspek keselamatan.

Saya juga ingin membawa perhatian agar tindakan segera diambil di Tawau untuk menangani isu sekolah-sekolah yang dibina di atas tanah ladang atau yang terlibat dengan pencerobohan tanah milik Kementerian Pendidikan Malaysia. Masalah ini bukan sahaja melibatkan aspek hak milik tanah, tetapi juga menghalang usaha untuk membangunkan sekolah dengan lebih baik yang seterusnya menjejaskan persekitaran pembelajaran para pelajar.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkenaan pembinaan Kompleks Mahkamah dan Pejabat Jabatan Bantuan Guaman Tawau. Saya memohon kepada Perdana Menteri agar mempercepatkan pembinaan kompleks mahkamah baharu di Tawau memandangkan Mahkamah Tawau yang dibina sejak 1983 tidak lagi mampu menampung keperluan satu juta orang penduduk merangkumi Tawau, Kalabakan, Semporna dan Lahad Datu.

Disebabkan isu ini, berlaku kelewatan pengurusan kes yang membawa kepada ketidakadilan terhadap pihak-pihak yang berurusan di mahkamah. Sebagai contoh, pengurusan kes hak jagaan anak, perwarisan harta dan lain-lain kes sivil mahupun jenayah.

Seharusnya keadilan ditegakkan segera kerana keadilan yang tertangguh adalah keadilan yang dinafikan. Justice delayed is justice denied, dengan izin.

draft • 2:40 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Selain daripada itu, ancaman keselamatan di Mahkamah Tawau juga berlaku di mana tahanan, orang awam dan kakitangan mahkamah, termasuklah hakim terpaksa berkongsi laluan yang sama. Dengan penaiktarafan Kompleks Mahkamah Tawau ini, kelancaran kes dan keselamatan pelbagai pihak dapat dijamin.

Saya juga minta pihak Menteri untuk mempercepatkan pembukaan kios one-stop dan melantik pegawai, sementara menunggu pejabat JBG yang dijanjikan pada tahun lalu dan ditunda pembukaannya tahun hadapan bagi memudahkan penduduk setempat mendapatkan perkhidmatan bantuan guaman.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan peruntukan kepada semua wakil rakyat dimaktubkan dalam Perlembagaan demi memperkasakan suara rakyat serta sistem demokrasi...

[Tepuk] Rakan-rakan wakil rakyat di Dewan yang mulia ini, saya rasa semua pernah menjadi pembangkang dan kita faham keadaan kekangan kewangan menyebabkan kesukaran menjalankan tanggungjawab sekali gus menyebabkan rakyat yang terhukum.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu kewarganegaraan. Terima kasih kepada Menteri KDN kerana banyak menyelesaikan isu permohonan kewarganegaraan di seluruh Malaysia. Masalah kewarganegaraan di Sabah ini berlaku sejak sebelum kemerdekaan lagi. Apabila bapa warganegara berjodoh dengan ibu yang tidak mempunyai dokumen serta tiada sijil nikah, menyebabkan anak mereka tidak dapat mendaftar kewarganegaraan.

Sedangkan dalam Perlembagaan, Perkara 15(2), tidak menyebut surat nikah sebagai syarat pendaftaran kewarganegaraan anak-anak, tetapi ada segelintir pegawai pendaftaran tidak melaksanakan perkara ini. Selepas ini, minta pegawai pendaftaran perlu merujuk 15(2) ketika permohonan pendaftaran kewarganegaraan khusus di Sabah.

Kementerian Pendidikan Malaysia sudah memperkenalkan zero reject policy, dengan izin, untuk menerima golongan yang masih dalam permohonan kewarganegaraan untuk bersekolah, tetapi ada Pejabat Pendidikan Daerah di Sabah tidak menerima golongan ini masuk belajar. Golongan ini kalau tidak diterima belajar, mereka mahu buat apa? Selain daripada itu, golongan ini sukar untuk mendapat peluang pekerjaan seperti yang berstatus warganegara. Jika bekerja pun, mereka tidak dapat membuka akaun bank, mencarum KWSP, SOCSO serta terdedah kepada eksploitasi oleh majikan kerana tidak dilindungi.

Saya bukan memperjuangkan dan membela golongan PATI, tetapi golongan orang asal yang tertakluk kepada Akta Perlembagaan Persekutuan, Perkara 15(2). Saya juga menegaskan yang saya perjuangkan bukan hanya untuk Tawau, Sabah, tetapi untuk keseluruhan Malaysia.

Pas sekolah dan pas bekerja wajib diberikan kepada golongan ini. Mereka dibenarkan tinggal di sini, tetapi tidak dibenarkan sekolah dan bekerja. Mereka perlu makan, mereka perlu minum dan mereka mahu hidup. Saya mencadangkan KDN sewajarnya mengetuai koordinasi antara kementerian seperti KPM, KESUMA dan lain-lain untuk secara proaktif mempercepatkan pemberian pas belajar dan pas bekerja sementara mereka menunggu permohonan warganegara.

draft • 2:40 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Tuan Yang di-Pertua, saya menyentuh isu perlindungan perniagaan dan pekerjaan warga tempatan. Saya amat mengalu-alukan usaha menarik pelaburan asing. Namun, usaha ini wajib memberi manfaat kepada warga tempatan. Saya dapati banyak pengusaha asing mengambil kesempatan ke atas warga tempatan.

draft • 2:40 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Sebagai contoh sektor pelancongan di Semporna, di mana sekarang ramai pelancong dari China, tetapi syarikat penerbangan pun dari China, pengusaha bas, hotel, restoran, tour guide pun milik pengusaha dari China. Manfaat yang kita dapat adalah tiket barang dan kos menjadi mahal. Oleh yang sedemikian, kerajaan wajib memperkenalkan peraturan dan pemantauan ketat serta mengenakan tindakan yang lebih tegas terhadap warga asing dan tempatan yang memberi pinjaman nama kepada warga asing untuk membuka perniagaan di negara ini.

Kerajaan ini telah meluluskan kenaikan gaji minimum kepada RM1,700 menyebabkan peningkatan kos operasi syarikat. Sebahagian pekerja yang tidak mempunyai kemahiran relevan terpaksa digugurkan untuk menjimatkan kos operasi dan ini akan menyebabkan kadar pengangguran meningkat. Justeru, kursus peningkatan kemahiran pekerjaan dengan izin, upskilling and reskilling perlu diperbanyakkan di Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh cadangan tabung amanah Sabah. Salah satu faktor projek kemudahan asas di Sabah tidak dapat disiapkan dan tergendala kerana dana pembangunan Persekutuan yang tidak sempat dibelanjakan. Menurut kenyataan Kementerian Kewangan Sabah, setiap tahun sekurang-kurangnya Sabah rugi lebih RM1 bilion dana Persekutuan kerana tidak sempat digunakan dan perlu dikembalikan kepada Persekutuan. Kalau 10 tahun, Sabah rugi RM10 bilion.

Dewan Undangan Negeri Sabah sudah meluluskan RUU Kumpulan Wang Amanah Kerajaan 2023 untuk menubuhkan tabung amanah khas Kerajaan Negeri Sabah ─ trust fund, dengan izin. Mohon PM dan Kerajaan Madani meluluskan dan menyokong penubuhan tabung amanah bagi menunjukkan niat serius membantu Sabah. Biarlah kami urus lebihan dana itu melalui tabung amanah negeri Sabah Sarawak, minta agar salurkan sebahagian peruntukan pembangunan daripada Bajet 2025 untuk Wilayah Sabah Sarawak masuk ke trust fund. Jika tabung amanah ini berjaya akan sekali gus dapat menyelesaikan isu kemudahan asas di Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan dalam perbahasan Belanjawan 2025 untuk meminta agar Kerajaan Madani mendengar suara Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya akhiri, saya ingin meluahkan perasaan saya terhadap Bajet Malaysia 2025 melalui sajak bertajuk Dengarlah Suara Sabah...

[Dicelah] Tenang, tenang.

Dengarlah suara Sabah, Dengarlah suara Sabah, Dengarlah suara Sabah.

draft • 2:50 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

*Sabah sambut baik dana RM6.7 bilion, namun masih jauh daripada keperluan.

Sabah berterima kasih interim RM600 juta, Sabah mahu hasil 40 peratus dalam MA63, Sabah mahu menuntut, bukan merayu.

Dengarlah suara Sabah, Sabah mahu majukan sosioekonomi, Sabah mahu jalan, air, elektrik, diselesaikan, Sabah mahu naik taraf lapangan terbang, Sabah mahu mahkamah diperkasakan, Sabah mahu pekerjaan ditambah dan dilindungi.

Dengarlah suara Sabah, Sabah mahu majukan pendidikan, Sabah mahu sekolah daif dibaik pulih, Sabah mahu universiti dan sekolah ditambah.

Dengarlah suara Sabah, Sabah mahu majukan kesihatan, Sabah mahu hospital dinaik taraf dan ditambah, Sabah mahu doktor pakar mencukupi, Sabah mahu peningkatan pengambilan mahasiswa perubatan.*

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 2:50 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

*Last, last.

Dengarlah suara Sabah, Sabah mahu majukan kesejahteraan, Sabah mahu peruntukan untuk semua wakil rakyat dimaktub, Sabah mahu wakil rakyat berbahas dengan harmoni.

Dengarlah suara Sabah, Sabah Mahu Maju Jaya diterajui oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Hajiji Noor, Maka Malaysia terus sejahtera.

Dengarlah suara Sabah.* Sekian, terima kasih.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, terima kasih Yang Berhormat Tawau. Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Muar sebagai ketua parti, 20 minit.

draft • 2:50 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang baik kita sokong, yang kurang baik kita perbaiki. Saya ingin fokus kepada tiga penambahbaikan kepada belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Pertama sekali adalah untuk menginstitusikan pembasmian kemiskinan; kedua, bagaimana kita boleh meringankan beban keluarga muda; dan yang ketiga, bagaimana penarikan subsidi jika tidak dibuat secara tertib dan teratur bakal memudaratkan golongan

draft • 2:54 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

wanita dan golongan kelas pertengahan. Ini tiga perkara yang akan Muar bangkitkan dalam perbahasan belanjawan hari ini.

Yang pertama, berkait rapat dengan penginstitusian pembasmian kemiskinan. Saya ingin mulakan dengan memuji usaha Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mengambil langkah berani untuk menaikkan peruntukan bagi orang susah daripada RM10 bilion ke RM13 bilion. Ini melibatkan kanak-kanak daripada keluarga susah, golongan OKU dan yang lain.

Bukan itu sahaja, selain daripada ada kenaikan peruntukan pada masa yang sama nilai ambang bagi keluarga yang boleh memohon turut dinilai semula. Dengan itu lebih ramai keluarga yang sebelum ini tidak layak kini mula layak untuk mendapat peruntukan kebajikan ini dan perkara ini Muar sokong 110 peratus.

Kita juga lihat pada pemerintahan-pemerintahan yang lepas, dari tahun ke tahun, memang akan ada kenaikan peruntukan kebajikan yang akan dibentangkan dalam belanjawan. Muar ingin mencadangkan supaya kerajaan pada hari ini menginstitusikan pembasmian kemiskinan. Bagaimanakah kerajaan ini dapat lakukan?

Kalau kita lihat Tuan Yang di-Pertua, di negara-negara maju seperti di Eropah, lihat di Germany contohnya, di mana kadar pemberian bantuan kebajikan itu dinilai mengikut kadar inflasi dari tahun ke tahun. Dengan itu Perdana Menteri ataupun kerajaan negara mereka tidak perlu mengumumkan perkara ini kerana dari tahun ke tahun kenaikan itu telah pun dikuatkuasakan secara undang-undang. Itu saya rasa adalah cara untuk kita menginstitusikan penambahbaikan ini.

Di Perancis contohnya, mereka ada Revenu de Solidarité Active. Minta maaf kalau saya tidak berucap Perancis dengan baik, tetapi ini adalah dasar mereka di mana dasar kebajikan itu dikuatkuasakan secara undang-undang dan kenaikan itu dibuat serta-merta setiap tahun, tidak perlu melalui pengumuman. Dengan itu, perancangan belanjawan keluarga itu dapat dibuat dengan lebih baik dan jikalau keluarga itu susah, tidak perlu tunggu pengumuman yang akan datang. Mungkin setahun, mungkin kita tunggu lima tahun, mungkin kena tunggu 10 tahun.

Di Filipina ada 4Ps – Pantawid Pamilyang Pilipino Program dan ini merupakan contoh-contoh di negara-negara lain, di mana melalui kuat kuasa undang-undang kenaikan bantuan kebajikan itu dapat dilakukan.

Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan pada hari ini menginstitusikan program- program kebajikan untuk membasmi kemiskinan, untuk memastikan bahawa kenaikan bantuan kebajikan itu dikuatkuasakan secara undang-undang mengambil kira kadar inflasi tahunan yang berlaku.

Penilaian semula nilai ambang itu turut dilakukan secara tahunan supaya Tuan Yang di-Pertua, kerajaan, pembangkang, orang susah tidak perlu lagi tunggu belanjawan. Tidak perlu lagi tunggu siapa parti, siapa pemerintah, siapa Perdana Menteri. Bila pilihan raya akan berlaku baru ada kenaikan yang mendadak. Tidak perlu semua itu, tetapi dari tahun ke tahun melalui kuat kuasa undang-undang kita semak semula supaya nasib mereka terbela. Kerana

draft • 2:54 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

realitinya Tuan Yang di-Pertua, saya rasa Tuan Yang di-Pertua pun sangat arif dan tahu masalah di kawasan. Contoh, bantuan kebajikan kos sara hidup, bantuan perubatan, kosnya mungkin lima hingga 10 tahun yang lepas sangat berbeza dengan kos pada hari ini. Kalau kita hendak beli susu formula, tiga tahun yang lepas kosnya sangat berbeza dengan apa kosnya pada hari ini.

Dengan itu, kalau kita dapat kuat kuasakan penambahan ini bantuan kebajikan secara tahunan dikuatkuasakan secara undang-undang, saya yakin kerajaan ini akan jadi kerajaan pertama yang berjaya menginstitusikan pembasmian kemiskinan. Dengan itu, nasib orang susah akan terbela sentiasa. Tidak perlu tunggu satu ke-dua Penggal selepas Perdana Menteri sudah meninggalkan kita. Meninggalkan maksudnya sudah tidak lagi menjadi Perdana Menteri lah.

draft • 2:54 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Yang Berhormat Muar.

draft • 2:54 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Itu cadangan yang pertama.

Minta maaf, saya ada- saya kurang masa.

draft • 2:54 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Sikit, sikit saja.

draft • 2:54 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Minta maaf. Dengan itu saya rasa kalau ─ sebab saya bila dengar ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dia memang fokuskan isu pembasmian kemiskinan. Saya yakin kalau dilakukan perkara ini mungkin legasi beliau akan dipanggil sebagai Bapa Pembasmian Kemiskinan. Itu hujah yang pertama.

Hujah yang kedua berkait rapat dengan bagaimana kita ingin meringankan beban keluarga muda. Tuan Yang di-Pertua, walaupun jodoh saya belum jumpa dan belum berkahwin ataupun ada anak, tetapi saya dekat dengan keluarga muda di Malaysia khususnya wanita muda. Saya akan terangkan selepas ini...

draft • 2:54 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 2:54 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

[Ketawa] Jangan Yang Berhormat, nakal ini.

Anak muda hari ini dilihat sebagai ‘generasi sandwich’, terhimpit dari atas dan dari bawah. Untuk mereka memulakan keluarga, dengan tekanan kos sara hidup yang sangat tinggi, agak sukar untuk mereka adakan keluarga. Lihat saja kos taska untuk satu orang anak puratanya dalam RM500 sebulan. Bayangkan kalau ada tiga orang anak boleh mencecah RM1,500 sebulan.

draft • 2:54 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Ini belum lagi kita ambil kira kos pendaftaran iaitu kadangkala boleh mencecah RM1,000 ke RM2,000. Baik, mana kita nak mengharapkan keluarga muda ini ingin memulakan keluarga yang baharu apabila kos sara hidup, kos taska, kos pendaftaran sangat tinggi. Tidak terhenti di situ, kajian juga menunjukkan bahawa lebih 70 peratus keluarga muda kini turut dipertanggungjawabkan untuk menjaga kos saraan ibu bapa mereka. Kerana ibu bapa pada hari ini apabila mereka bersara, tidak ada wang persaraan yang mencukupi.

Akhirnya, beban kewangan itu diletakkan ke atas bahu keluarga muda ini. Dengan itu,

draft • 3:00 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

tekanan dari atas dan bawah, jadi lah mereka ‘generasi sandwich’. Saya lebih kasihani golongan wanita muda khususnya, kerana mereka perlu seimbangkan kerjaya dan juga keluarga.

Anak mereka perlu juga. Kerjaya pun ada. Rumah pun tanggungjawab mereka juga.

Kalau kita lihat pada hari ini, kerajaan ada berikan pengecualian cukai bagi keluarga muda yang menghantar anak mereka kepada taska. Ini dasar yang baik, tetapi tidak mencukupi.

Apakah cadangan penambahbaikan dari Muar? Cadangan saya adalah supaya pengecualian cukai taska ini dipanjangkan juga kepada keluarga yang menggaji pengasuh dan juga pembantu rumah.

Mengapakah saya cadangkan pengecualian cukai ini dipanjangkan kepada keluarga muda yang menggaji pengasuh dan pembantu rumah? Kalau kita lihat logik kerajaan pada hari ini yang memberikan pengecualian cukai kepada anak-anak muda yang menghantar anak mereka kepada taska ialah kerana taska mendidik anak mereka dan taska juga menjaga anak mereka supaya besar kemungkinan golongan ibu-ibu muda ini turut boleh ada kerjaya, bekerja di luar dan tidak hanya perlu duduk di rumah.

Logik yang sama Tuan Yang di-Pertua, boleh diguna pakai bagi penggajian pengasuh dan pembantu rumah kerana dengan adanya pengasuh yang terlatih ya, mereka boleh didik anak di rumah. Boleh juga jaga anak di rumah supaya golongan ibu-ibu muda ini boleh bekerja dan tidak terbeban hanya di rumah semata-mata. Ini bukan dasar yang unik di Malaysia. Lagi sekali di negara-negara maju- di negara Eropah, di Kanada, Amerika Syarikat, pengecualian cukai itu bukan setakat bagi tadika atau taska, tetapi turut extended, dengan izin, kepada golongan pengasuh dan pembantu rumah supaya keluarga-keluarga muda ini diringankan beban mereka.

Perkara ini lebih penting Tuan Yang di-Pertua, apabila banyak keluarga-keluarga muda ini bukan setakat nak ada satu anak. Mereka mungkin ada dua ke-tiga orang anak.

Bayangkan. Dua ke-tiga orang anak, kalau hantar ke taska, kosnya RM1,500 ke RM2,000 sebulan tak masuk kos pendaftaran, kosnya sangat tinggi, tetapi mungkin kos untuk menggaji seorang pengasuh dan pembantu rumah di rumah untuk jaga dan didik anak tersebut jauh lebih murah jika nak dibandingkan dengan kos penghantaran ke taska.

Dengan itu, Muar mencadangkan supaya pengecualian cukai yang diberikan kepada keluarga muda yang menghantar anak mereka kepada taska dipanjangkan kepada keluarga muda yang turut menggaji pengasuh dan juga pembantu rumah. Itu yang kedua, Tuan Yang di-Pertua.

Ketiga, bagaimana penarikan subsidi jika tidak dibuat dengan tertib dan teratur, bakal memudaratkan golongan wanita dan juga golongan kelas pertengahan. Mari kita lihat apa yang telah diumumkan oleh kerajaan pada hari ini. Kerajaan mengumumkan bahawa golongan T15 iaitu klasifikasi baharu bagi golongan ‘maha kaya’ yang akan paling teruk terkesan dengan kenaikan cukai-cukai baharu dan juga penarikan subsidi.

Kalau kita lihat definisi rasmi kerajaan iaitu dari Jabatan Statistik Malaysia. T15 adalah keluarga yang purata pendapatan isi rumah merupakan RM12,000. Isi rumah ini

draft • 3:00 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

bukan seorang Tuan Yang di-Pertua. Isi rumah secara amnya mengambil kira 3.8 individu dalam rumah tersebut. Dengan itu, kalau ada dua orang yang bekerja, suami dan isteri yang bekerja, mereka yang berpendapatan RM7,000 seorang ke bawah bakal jatuh bawah klasifikasi ini. Apa maksudnya Tuan Yang di-Pertua, bagi golongan wanita khususnya?

Kalau kita lihat pada hari ini Tuan Yang di-Pertua, jikalau ada jurang yang sangat ketara daripada penarikan subsidi yang sangat besar pada satu masa dan pada masa yang sama, kenaikan gaji yang kini menyebabkan golongan wanita adapun kelas pertengahan yang sebelum ini M40 masuk ke T15, kalau jurang itu terlalu besar, Tuan Yang di-Pertua.

Akhirnya, mudarat itu jauh lebih besar.

Apakah maksud saya? Mari kita lihat di sini apabila kita ambil kira isi rumah yang mengambil kira wanita dan juga lelaki. Saya beri contoh, kalau suami dan isteri. Suami bergaji RM10,000, ia agak tinggi sebagai seorang, tetapi isteri tidak bekerja. Keluarga ini pendapatan isi rumah baru RM10,000. Subsidi semua mereka layak.

Subsidi kesihatan - layak, pendidikan - layak, subsidi petrol pun layak, alhamdulillah. Tiada masalah, tapi bayangkan alternatif yang kerajaan ingin umumkan pada hari ini. Suami bergaji RM7,000. Isteri hanya bergaji RM6,000 melangkaui total - pendapatan isi rumah melangkaui nilai ambang masuk ke T15. Ketiga-tiga subsidi tak dapat. Subsidi petrol tak dapat, pendidikan tidak dapat, kesihatan tidak dapat.

Dengan itu, implikasi ataupun dalam Inggeris, there’s a term called, “moral hazard.” Implikasinya Tuan Yang di-Pertua adalah, akan ada tekanan yang datang daripada keluarga itu sendiri, khususnya daripada suami untuk isteri berhenti bekerja kerana jikalau isteri berhenti bekerja, akhirnya ada seorang sahaja yang menggaji kan keluarga tersebut, total pendapatan isi rumah tidak melangkaui nilai ambang RM12,000.

Dengan itu, kita akan melihat satu dasar yang akhirnya menyebabkan golongan wanita yang sebelum ini bekerja, dinasihati, ditekan untuk berhenti bekerja supaya nasib anak dan keluarga mereka terbela. Kenapakah dasar ini berlaku Tuan Yang di-Pertua? Ia berlaku kerana apabila jurang subsidi yang ditarik itu sangat besar kerana ini bukan subsidi petrol.

Subsidi petrol kalau ditarik, kalau rumah itu ada dua buah kereta, kamu akan hilang dalam RM500 sebulan, tapi subsidi pendidikan, nak masuk SBP kalau kena bayar market rate, ribu-ribu lagi. Masuk ke universiti, saya ingat apabila saya dapat surat tawaran masuk ke UIA- RM80,000 tetapi kerajaan subsidi kan RM70,000. Bayangkan RM70,000 subsidi.

Golongan ini akan hilang. Subsidi kesihatan. Puluhan ribu lagi, nak-nak kalau keluarga ini ada masalah kesihatan yang serius.

Maksudnya Tuan Yang di-Pertua, lebih baik saya- saya tak nak guna sayalah, tapi bayangkan keluarga lain- minta maaf. Keluarga lain. Kalau isteri lebih baik- tak apalah isteri duduk di rumah kerana kalau kita hilang pendapatan sedikit, tapi anak kita dapat subsidi sekolah, dapat subsidi universiti puluhan ribu, dapat subsidi kesihatan puluhan ribu, mungkin ratusan ribu kerana masalah yang lebih kronik. Dapat subsidi petrol RM500 sebulan, kalau setahun, tinggi.

draft • 3:00 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Bayangkan Tuan Yang di-Pertua, akhirnya akan ada moral hazard kalau dasar ini diteruskan. Kalau kita tak ambil kira isu pendapatan isi rumah yang melibatkan golongan suami dan isteri secara kolektif bersama. So, sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya rasa wanita yang bekerja akan paling teruk terkesan jikalau dasar ini diteruskan.

Kedua, kalau tidak dibuat secara tertib dan teratur, bagaimanakah ia boleh memudaratkan golongan kelas pertengahan? Golongan kelas pertengahan yang bekerja dengan kuat dan disiplin. Bayangkan seorang Peguam muda, bayangkan seorang Pensyarah muda yang datang kerja on time, buat overtime, bekerja dengan baik, berinovasi, berfikiran di luar kotak. Mereka ini disiplin bekerja. Lazimnya, golongan inilah yang dari tahun ke tahun akan dipromosikan gajinya. Dapat promosi, naik takhtanya, dapat naik gaji, tetapi Tuan Yang di-Pertua, bayangkan mereka ini dinaikkan gaji, mungkin RM1,000 ke RM2,000, tetapi bila sudah tiba nilai ambang.

Saya beri lagi satu contoh. Individu ini mungkin pendapatan isi rumahnya kini secara kolektif dalam RM11,000 ke RM12,000. Dapat promosi, dia kerja baik dengan disiplin. Naik sahaja gaji RM1,000, RM2,000, masuk kategori T15. Walaupun ada naik gaji RM1,000, RM2,000, tangan kiri dapat RM1,000, RM2,000 sebulan, tangan kanan hilang puluhan ribu atau ratusan ribu setiap tahun.

Bukan kepada martabat dirinya, tetapi keluarga. Hilang subsidi petrol, hilang subsidi kesihatan, hilang subsidi pendidikan. Anak-anaknya kalau ada dua ke-tiga orang anak, masuk universiti, SBP, saya rasa kita semua tahu kosnya sangat-sangat tinggi. Dia bukan RM1,000, puluhan ribu. Kalau cantumkan, boleh sampai ratusan ribu ringgit.

Dengan ini, kita bukan setakat membebankan, dengan ini kita sedang menganiaya golongan pertengahan yang berdisiplin, bekerja dengan baik yang akhirnya dapat promosi, tetapi promosi tersebut tangan kiri, tapi tangan kanan kita rampas jauh lebih banyak daripada golongan ini. Dengan itu, menghukum dan menganiaya golongan kelas pertengahan. Ini kerisauan saya. Cukup - kritikan.

Apakah cadangan saya? Cadangan saya ada dua perkara. Pertama sekali dan hujah moral hazard ini, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, bukan saja hujah berlaku di Malaysia, ia berlaku di banyak negara-negara maju. Apabila sesebuah kerajaan menarik subsidi, bukan satu subsidi. Ia dua, tiga subsidi bersekali. Nak-nak apabila subsidi itu bukan setakat isu harian berkaitan petrol, tetapi secara tahunan apabila melibatkan universiti, melibatkan SBP, kos saraan di sekolah, secara total ditarik sekali gus, itu akan menyebabkan moral hazard yang sangat tinggi.

Cadangan saya adalah untuk kerajaan pastikan bahawa penarikan itu dibuat secara perlahan-lahan. Subsidi petrol, kita tunggu perincian kerajaan, tapi saya paling takut tentang penarikan subsidi kesihatan dan pendidikan. Sebab saya dengar ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Dia kata universiti akan terkesan, IPTA akan terkesan, SBP akan terkesan.

draft • 3:00 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Bayangkan kalau saya dalam keluarga M40 tersebut ada tiga ke-empat orang anak.

Tuan Yang di-Pertua, anak ada masuk SBP, lagi seorang ada masuk universiti. Kalau secara tiba-tiba ditarik, itu puluhan ribu kos tambahan secara tahunan yang akhirnya menganiaya golongan pertengahan yang berdisiplin, kerja dengan baik, yang sepatutnya dapat promosi gaji ini gembira, tapi kini bila dapat promosi, dia merana kerana akhirnya kehilangan itu jauh lebih besar. So, kerajaan perlu buat bukan setakat secara berkala, tetapi dalam bab kesihatan dan pendidikan, tolonglah pertimbangkan balik. This is very-very serious. Kerana kalau dilakukan secara bersekali, moral hazard itu jauh lebih besar.

Cadangan yang kedua, pada masa yang sama adalah untuk prihatin kepada pendefinisian baru “isi rumah.” Ambil kira juga status dan martabat wanita dalam keluarga tersebut. Kerana kalau diambil kira secara bersekali lelaki dan juga wanita, saya risau Tuan Yang di-Pertua akan ada impak yang mungkin secara tidak langsung di sini saya terangkan bagaimana wanita akhirnya akan dinasihati atau didesak untuk berhenti bekerja supaya anak- anaknya boleh dapat subsidi pendidikan dan kesihatan yang diperlukan.

Saya ingin ambil sedikit masa untuk menjawab. Semalam - minta maaf Tuan Yang di-Pertua, saya ada tengok video yang dimuat naik oleh Yang Berhormat Menteri Ekonomi dari Pandan. Dia bidas, dia kata dia - minta maaf Yang di-Pertua, dia siap namakan “Syed Saddiq.” Dia namakan, sebab itu saya kena balas. Saya ambil ruang di Parlimen untuk balas bukan di sosial media. Dia kata, “Saddiq salah. Sebab kerajaan pada hari ini belum tetapkan pun T15 itu siapa.” Saya ada tiga respons.

Pertama sekali, ini masalahnya apabila kita umum dulu, fikir kemudian. Ini masalah...

[Tepuk] Kerana rakyat dah dengar ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, rakyat dah dengar apa yang mereka bakal hilang. Petrol dalam fikiran mereka. Kalau ada dua - satu rumah ada dua buah kereta kerana isteri dengan suami RM500 sebulan. Setahun dah banyak. Hilang subsidi kesihatan, hilang subsidi pendidikan. Nak pergi klinik akan takut selepas bulan Jun tahun depan kerana kos sangat tinggi. Nak hantar anak ke IPTA, nak buat perancangan. “Eh, macam mana ini?” Kalau tak sebelum ini RM15,000. Selepas ini mungkin RM100,000. Kalau ambil medicine, lagilah ratusan ribu. Kita semua tahu kos dia sangat tinggi.

Pengumuman itu dah buat, tetapi sekarang bila didesak, oh mereka kata, “Tak apa, kita fikirkan dulu.” Sebab rakyat dah gelisah di bawah itu. Sebab itu kita di peringkat Parlimen - Pembangkang perlu berhujah mempertahankan rakyat dalam bab ini.

Pada masa yang sama, dengan tiadanya data terkini dan terbaru, kita perlu gunakan data yang sedia ada iaitu data sedia ada, adalah data rasmi daripada kerajaan, daripada DOSM - Jabatan Statistik Malaysia yang telah kita guna pakai. Mungkin Yang Berhormat Menteri nak guna cara sama. Saya ingat sebelum ini bila dia nak naikkan diesel, dia kata, “Tak apa, kita akan kejutkan rakyat, mengejutkan rakyat.” Saya ingat dalam wawancara Bloomberg kalau saya tak silap, kenaikan diesel. Sekarang mungkin dia nak buat taktik sama.

Kita tunggu, tunggu bulan Mei, bulan April, kita kejutkan rakyat. Taktik tersebut lapuk dan dah jelas gagal.

draft • 3:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Ingat, pendaftaran BUDI MADANI. Kerajaan kata tidak akan ada golongan yang tercicir. Realitinya, sampai ke hari ini lebih 50 peratus orang yang layak dapat masih tidak berdaftar, tercicir Tuan Yang di-Pertua iaitu orang susah, terkesan. Itu diesel, mungkin orang tak ramai guna diesel. Bayangkan RON95, kesihatan, sekolah, universiti lagi ramai yang guna. Sebab itu, dalam bab ini jangan guna taktik kita nak terkejutkan rakyat. Last, last, yang terkejut kamu. Jikalau rakyat hukum kamu pada masa yang akan datang. Itu yang pertama.

Yang kedua, jawapan balas saya. Dia kata, “Tunggu PADU.” PADU, PADU, PADU.

Saya hormat. Kalau PADU ini dapat dibuat dengan baik, saya sokong 110 peratus.

Masalahnya, sampai ke hari ini Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat dalam bab PADU, RM85 juta telah kita belanjakan. Dua tahun kita tunggu. Sampai ke hari ini, kita masih tak tahu dah siap kah tak, apa kesannya, bagaimanakah perinciannya? Dua tahun selepas perbelanjaan RM85 juta, kita masih tunggu dan terus menunggu. Dengan itu, lagi lama kita tunggu, lagi takut rakyat di bawah, lagi gelisah mereka, lagi kuat kita perlu bangkit dan pertahankan rakyat dalam bab ini.

Yang terakhir, kalau kita lihat dalam bab PADU ini, bila pelaksanaan subsidi diesel pun akhirnya kerajaan tak ikut PADU.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 3:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Dalam subsidi diesel akhirnya kerajaan buat apa? Dia kata, “Kalau keluarga isi rumah...” Ya, itu lagi 3.8 orang itu. Isi rumah itu akhirnya gaji tahunan mereka bawah RM100,000 iaitu dalam RM8,500 sebulan, itu- bayangkan ini jauh lebih teruk RM8,500 sebulan. Maknanya, seorang yang bergaji RM4,000 pun bakal terkesan dalam bab ini. Ikut pendapatan mereka, mereka layak dapat BUDI MADANI. Itu bagi diesel pun mereka dah gunakan klasifikasi ini. Sebab itu, rakyat di bawah akan guna klasifikasi yang sama sampai ada alternatif baharu yang dikemukakan oleh kerajaan.

So, ini tiga hujah balas saya...

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dalam 30 saat, saya akan...

draft • 3:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Minta maaf. Masa 30 saat sahaja.

So, ini tiga hujah balas saya kepada Menteri Ekonomi. Sebab itu, janganlah banyak berikan alasan dalam bab ini. Cukup-cukuplah kita umum dulu, fikir kemudian. Kerana realitinya, lagi lama kita tunggu, lagi susah untuk rakyat bersedia, lagi susah untuk SME, syarikat untuk merancang, lagi susah untuk kita kemukakan cadangan balas melalui semak dan imbang untuk Pembangkang mainkan peranan.

Dengan ini, saya rumuskan tiga hujah saya dengan satu ringkas iaitu dalam belanjawan ada banyak perkara baik akan kita sokong, yang kurang baik kita perbaiki. Cuma harapan Muar dalam belanjawan ini adalah supaya kerajaan tidak melupakan golongan kelas pertengahan, golongan anak muda.

draft • 3:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Pada masa yang sama, menginstitusikan penambahbaikan ini supaya tidak kira siapa pun berada di takhta kuasa, tidak kira siapa pun yang mengawal Putrajaya, pembasmian kemiskinan, bantuan-bantuan ini terus dapat diberikan. Dengan itu, saya yakin Tuan Yang di-Pertua, tidak kira siapa pun yang menang, negara Malaysia akan kekal makmur.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Muar. Yang berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Puchong.

draft • 3:10 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Terima kasih Dato’ Speaker kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam Perbahasan RUU Perbekalan 2025. Hari ini Puchong ada beberapa cadangan dasar untuk pertimbangan kerajaan.

Pertama sekali, Puchong ingin menggesa kerajaan untuk mempercepatkan pembentangan Lemon Law.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Lemon Law adalah undang-undang yang melindungi pengguna daripada lemon iaitu barangan yang tidak memenuhi standard kualiti.

Lemon Law telah pun diwujudkan di banyak negara seperti Korea Selatan, US, Australia, Kanada, Singapura dan Filipina. Biasanya undang-undang ini digunakan untuk melindungi pembeli kereta. Lemon Law memberikan hak kepada pembeli untuk meminta pemulangan wang 100 peratus ataupun penggantian kenderaan baharu.

Dato’ Speaker, lebih daripada 70 peratus rakyat Malaysia memiliki sekurang- kurangnya satu buah kereta. Hampir 800,000 buah kenderaan baharu dijual pada tahun 2023 dan nilai pasaran kenderaan second hand telah pun mencecah lebih daripada RM100 bilion.

Pada tahun 2023, jumlah kenderaan Malaysia telah pun mencatat 36 juta iaitu lebih daripada jumlah populasi Malaysia iaitu 32 juta.

Dato’ Speaker, ramai rakyat menggunakan sebahagian besar daripada gaji mereka untuk membayar loan kereta setiap bulan. Boleh kata, pembelian kereta adalah antara financial decision yang paling utama terutamanya untuk anak-anak muda. Jika kereta yang mereka beli ada masalah, ini akan menyebabkan pengguna menanggung beban kewangan yang besar dan ada juga yang terpaksa hutang. Lemon Law juga akan meningkatkan kualiti kenderaan yang dijual di pasaran dan perkhidmatan selepas jualan di Malaysia.

Pendek kata, Lemon Law akan membawa manfaat yang baik kepada pengguna secara keseluruhannya. Dengan itu, Puchong ingin mendapat penjelasan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, apakah perkembangan penyediaan draf Lemon Law? Bilakah RUU akan dibentangkan di Dewan yang mulia ini?

Dato’ Speaker, seterusnya Puchong ingin membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air ─ PETRA.

Pertama sekali, saya ingin menarik perhatian kementerian berkenaan dengan tanah di bawah high-tension cable TNB. Tahun ini sahaja, sudah tiga kali saya menerima aduan daripada rakyat di Puchong berkenaan dengan masalah semak samun tanah di bawah high-

draft • 3:16 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

tension TNB yang tidak diselenggarakan dengan baik dan mengakibatkan pembiakan ular dan juga kes denggi yang naik.

Keuntungan TNB berbilion-bilion ringgit setiap tahun, tiada sebab TNB tak boleh jaga tanah mereka dengan baik. Puchong cadangkan Suruhanjaya Tenaga untuk memasukkan penyenggaraan tanah di bawah high-tension cable sebagai salah satu syarat lesen TNB dalam performance standard of electricity supply services. Isu seterusnya juga berkenaan ─ sikit berkenaan dengan TNB, tapi kali ini juga melibatkan dasar PETRA di bawah NETR - National Energy Transition Roadmap. Dato’ Speaker, di bawah NETR kerajaan telah pun menyasarkan supaya menjelang tahun 2030, 15 peratus daripada kenderaan baharu yang dijual merupakan kenderaan elektrik (EV) dan 80 peratus menjelang tahun 2050. Beberapa Menteri telah pun umum berkali-kali sasaran untuk mewujudkan 10,000 buah stesen pengecasan menjelang tahun 2025.

draft • 3:16 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Walau bagaimanapun, sehingga Mac tahun ini jumlah stesen pengecasan masih lagi 2,288. Hanya kurang daripada tiga bulan kita akan masuk tahun 2025. Puchong ingin tanya, apakah jumlah stesen pengecasan terkini ataupun ia adalah seperti tajuk sebuah artikel Digital News Asia, “Malaysia’s Public EV Charging Target is More a Dream.” Dato’ Speaker, jumlah EV dan stesen pengecasan adalah ibarat chicken and egg situation. Jika kita tidak ada stesen pengecasan yang cukup, rakyat tidak mahu beli EV. Jika kita tidak ada EV yang cukup, tiada syarikat hendak memasang stesen pengecasan kerana pendapatan stesen pengecasan adalah bergantung kepada berapa kereta yang di-charged setiap hari. Oleh itu, we need to break the chicken and egg situation.

Puchong ingin cadangkan kepada kerajaan untuk menjadikan stesen pengecasan sebagai aset grid kebangsaan. Dengan ini TNB akan menampung kos pembinaan stesen pengecasan melalui CAPEX daripada incentive-based regulation (IBR) untuk regulatory period (RP) dan seterusnya iaitu RP4 bagi tahun 2025 hingga tahun 2027.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, semua perbelanjaan CAPEX untuk infrastruktur grid kebangsaan adalah dikira di bawah IBR dan ia adalah satu komponen yang digunakan untuk menentukan tarif asas di Semenanjung Malaysia. Dengan memasukkan pemasangan stesen pengecasan di bawah IBR, TNB akan menjadi pelaksana utama dan ia boleh merancang dan memasang stesen pengecasan dengan cepat dan efisien di tempat- tempat yang memerlukan. Selain itu, cost per unit stesen pengecasan juga akan menjadi lebih rendah kerana adanya economy of scale.

Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, ini sebenarnya bukan kaedah yang baharu. TNB pernah memasang 367,000 lampu jalan LED dengan CAPEX di bawah IBR semasa RP2. Cuma sekarang ialah EV charger. Saya telah kira secara dasar untuk mencapai sasaran 10,000 stesen pengecasan kita perlu membina kira-kira 7,500 stesen lagi. Andai kata 20 peratus adalah DC charger di mana kos sekitar RM250,000 dan 80 peratus AC charger di mana kos sekitar RM35,000 maka jumlah kos untuk mencapai 10,000 stesen pengecasan ialah RM585 juta.

draft • 3:20 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Jika CAPEX untuk RP4 adalah sama seperti RP3 iaitu RM20 bilion, perbelanjaan pembinaan stesen pengecasan untuk mencapai 10,000 stesen ini hanya adalah 2.9 peratus daripada jumlah CAPEX yang akan dibelanjai oleh TNB untuk tempoh 2025 hingga 2028.

The question now is, “Is it worth investing?” I think it’s a big yes, dengan izin. Ini adalah kerana impak stesen-stesen ini adalah besar dan positif.

Dato’ Speaker, saya telah pun baca berita bahawa Proton akan mengeluarkan EV pada hujung tahun ini dan Perodua tahun depan. Ini semua adalah EV yang mampu milik dan buatan Malaysia. Penjualan EV bagi Proton dan Perodua akan membawa kebaikan kepada rakyat biasa kerana bukan sahaja ia daripada segi perkembangan ekonomi hijau tetapi juga membantu rakyat biasa untuk mengurangkan perbelanjaan petrol dan diesel.

Di samping itu pembinaan stesen pengecasan berskala besar ini boleh merancakkan transport sector electrification yang seterusnya memangkin pertumbuhan sektor elektrik dan sekali gus mencipta satu kitaran positif. Puchong percaya ini adalah turning point. Dengan itu Puchong sekali lagi menggesa PETRA untuk menimbang serius cadangan saya.

Dato’ Speaker, seterusnya Puchong ada lapan cadangan dasar bagi pembangunan tenaga boleh baharu (TBB) di Malaysia. Pertama, Puchong ingin cadangkan Suruhanjaya Tenaga untuk membenarkan satu permohonan NEM bagi seluruh pembangunan landed housing yang baharu dan bukan satu rumah persatu rumah yang amat menyusahkan sekarang. Pengurangan birokrasi ini akan menggalakkan lebih banyak pemaju untuk memasang solar atas bumbung bagi pembangunan landed housing yang baru mereka. Ia juga akan membantu pemilik rumah baru untuk menjimatkan kos pemasangan solar atas bumbung dan terus mendapat penjimatan bil elektrik apabila mereka pindah masuk rumah baru.

Kedua, Puchong ingin cadangkan supaya net offset virtual aggregation (NOVA) yang melibatkan penjana dan off-taker yang berbeza boleh dibenarkan untuk projek CSR. Sebagai contoh, sekolah kerajaan mempunyai bumbung yang besar dan boleh digunakan untuk menjana tenaga solar atas bumbung. Walau bagaimanapun, sekarang semua sekolah tiada insentif untuk memasang solar atas bumbung kerana bil elektrik dibayar oleh kerajaan.

Setiap penjimatan bil elektrik selepas pemasangan solar tidak dapat dinikmati oleh sekolah.

Dengan mekanisme NOVA CSR yang dicadangkan ini syarikat swasta boleh menjadi off-taker di mana tenaga solar yang dijana oleh sekolah boleh digunakan untuk offset bil elektrik syarikat ini secara virtual dan jumlah penjimatan bil elektrik tersebut didermakan balik ke sekolah. Dengan ini, sekolah boleh menjana pendapatan baru untuk kegunaan sekolah dan syarikat swasta boleh membuat CSR tanpa melibatkan satu sen pun.

Ketiga, bagi corporate renewable energy supply scheme (CRESS). Puchong cadangkan supaya projek third party access (TPA) boleh digunakan bukan hanya untuk permintaan baru iaitu new demand, tetapi juga dengan consumer dan fasiliti yang sedia ada.

Ini adalah penting terutamanya untuk syarikat MNC.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar Yang Berhormat. Timbalan Menteri. Silakan, sambungkan.

draft • 3:20 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Ini adalah penting terutamanya untuk MNC yang telah pun melabur di Malaysia ada fasiliti dan premis yang sedia ada dan mereka mempunyai sasaran karbon mereka sendiri sama ada daripada segi net zero carbon ataupun RE100 untuk renewable energy 100 peratus. Dengan membenarkan syarikat membeli TBB melalui CRESS bagi premis yang sedia ada, Puchong sangat-sangat percaya dan yakin bahawa pertumbuhan industri TBB akan lebih tinggi lagi kerana permintaan sekarang sudah sangat tinggi.

Tambahan lagi jika MNC dan juga syarikat-syarikat yang berada dalam global supply chain mereka boleh memenuhi sasaran karbon mereka di Malaysia dengan kos yang menarik, mereka akan lebih cenderung untuk memperbesarkan lagi fasiliti mereka untuk menjadi global centre dan ini sekali lagi akan membawa pelaburan yang baharu pada Malaysia.

Seterusnya cadangan keempat Puchong untuk dasar TBB ialah supaya kerajaan mewujudkan insentif yang lebih menarik bagi memberangsangkan industri penstoran elektrik sama ada dalam skala utiliti ataupun individu. Sebagai contoh, kerajaan boleh menawarkan system access cost (SAC) yang lebih rendah daripada kadar sekarang iaitu 0.25 sen per kilowatt jam bagi penjana TBB yang menghasilkan firm power untuk menggalakkan lebih banyak pemaju TBB skala utiliti yang menyertai CRESS untuk membangunkan sistem penstoran elektrik.

Dato’ Speaker, Puchong telah pun baca secara teliti garis panduan CRESS yang telah pun disediakan oleh Suruhanjaya Tenaga dan saya mendapati bahawa Suruhanjaya Tenaga telah pun mengehadkan sistem penstoran elektrik kepada battery energy storage system (BESS) sahaja. Oleh itu, cadangan kelima saya ialah supaya kementerian boleh membuka semua jenis sistem penstoran elektrik dan tak hadkan kepada BESS sahaja untuk menggalakkan lebih banyak inovasi lagi dalam bidang penstoran elektrik.

Cadangan keenam Puchong ialah berkenaan supaya kerajaan perlu menawarkan insentif cukai yang lebih menarik dalam sistem penstoran elektrik. Saya baca laman web MGTCC sekarang, sistem BESS layak mendapat green investment tax allowance (GITA) sebanyak 100 peratus. Puchong cadangkan double tax deduction iaitu GITA 200 peratus untuk semua jenis sistem penstoran elektrik yang layak.

Dato’ Speaker, cadangan ketujuh dan kelapan saya ialah berkaitan dengan pengeksportan TBB. Saya membaca bahawa projek perintis pengeksportan TBB ke Singapura melalui mekanisme energy exchange (ENEGEM) tidak mendapat respons yang diharapkan di kalangan pemain industri TBB. Saya sudah cadangkan di sidang yang lalu dan sekali lagi saya nak cadangkan untuk kerajaan menggunakan mekanisme TPA iaitu third party access untuk pengeksportan dan pengimportan TBB ke dan dari semua negara supaya ia adalah lebih straightforward dan membolehkan perjanjian B2B yang berbeza.

Cadangan kelapan saya ialah supaya kerajaan boleh lebih proaktif dalam membina undersea cable untuk pengeksportan TBB ke Singapura. Pada 25 Oktober 2021, Kerajaan Singapura telah pun mengumumkan hasrat untuk mengimport sehingga empat gigawatt TBB

draft • 3:20 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

menjelang 2035. Potensi pasaran eksport ini jika dimanfaatkan sepenuhnya mampu menjana sehingga RM6 bilion pelaburan swasta dan juga 50,000 peluang pekerjaan. Tentunya Malaysia tidak akan menikmati keseluruhan angka ini, tetapi kerana kita dekat, kita boleh share a big share of the pipe, dengan izin.

draft • 3:20 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Seterusnya, oleh itu saya ingin cadangkan supaya kerajaan lebih proaktif. Kita membina undersea cable untuk kegunaan pengeksportan pada masa depan. Seterusnya, Puchong ingin mengalih kepada perubahan iklim. Saya tidak akan habiskan tapi saya cuba untuk habiskan apa yang saya boleh habiskan Dato’ Speaker.

Apabila kita membincangkan pengurangan karbon, kita sentiasa fokus kepada karbon dioksida. Kerana apa? Dalam pengukuran kesan pemanasan global kita, kita menggunakan unit carbon dioxide equivalent, tetapi sebenarnya gas metana adalah gas rumah hijau yang 25 kali ganda lebih kuat daripada gas karbon dioksida.

Dengan kata lain, setiap unit pelepasan metana ialah 25 carbon dioxide equivalent.

Jika kita baca Malaysia's Fourth Biennial Annual Update Report (BUR4) UNFCCC dan kira daripada sektor tenaga dan sisa sahaja. Pelepasan metana menyumbang 47.32 juta tan carbon dioxide equivalent iaitu kira-kira 14 peratus daripada jumlah pelepasan karbon negara. Malaysia juga telah pun menandatangani Global Methane Pledge yang telah pun meletakkan sasaran untuk mengurangkan pelepasan metana sebanyak 30 peratus menjelang tahun 2030.

Oleh itu, Puchong ingin menggesa kerajaan untuk mewujudkan satu pelan tindakan pengurangan metana kebangsaan supaya kita boleh menurunkan pelepasan metana secara sistematik. Tuan Yang di-Pertua, last one berkaitan dengan BUR4.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Boleh gulung.

Gulung.

draft • 3:30 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Dato’ Speaker, tetapi saya banyak lagi tapi Dato’ Speaker last one berkenaan dengan BUR4 UNFCCC. Saya telah pun baca dan saya mendapati bahawa wetland iaitu tanah lembap merupakan satu karbon, sinki karbon yang baik. Wetland, land-use change tidak diambil kira dalam pengukuran sinki karbon. Dalam land-use, land-use change and forest strip. Puchong ingin tahu, apakah sebabnya? Sebab wet land itu adalah sinki karbon yang baik. Puchong cadangkan supaya wetland diambil kira dalam laporan BUR4 NFCCC yang seterusnya.

Di samping itu, Puchong juga cadangkan kerajaan untuk memberi insentif...

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

30 saat.

draft • 3:30 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

...Yang baik untuk menggalakkan nature-based carbon credit project seperti perhutanan semula dan pemulihan hutan bakau supaya ia boleh didagangkan di bursa carbon exchange dan seterusnya menjanakan lebih pendapatan untuk projek pemulihan sinki karbon yang seterusnya.

draft • 3:30 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Dato’ Speaker, saya tidak boleh habiskan, tapi saya sekali lagi saya nak katakan bahawa ada banyak lagi kita nak kena buat untuk membangunkan lagi industri TBB di Malaysia. Itu sahaja yang Puchong nak bangkitkan. Puchong sedia menyokong. Sekian.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Kita running up all time. Itulah sebabnya. Kalau kata ada masa ruang, tomorrow is the only, dengan izin, the only last date for yang baki-baki untuk berbahas.

Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Tasek Gelugor.

draft • 3:30 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Pertama sekali sebelum saya mula perbahasan mengenai belanjawan, saya nak sebut bahawa saya menyokong idea yang disebut oleh Yang Berhormat Muar tadi mengenai keperluan untuk menginstitusikan usaha-usaha untuk membasmi kemiskinan dalam negara kita.

Malahan saya nak mencadangkan sebagai sebahagian daripada belanjawan ataupun pelaksanaan Belanjawan 2025, alangkah baiknya kalau dilaksanakan satu usaha yang menyeluruh untuk mengkaji dan menyediakan Kertas Putih mengenai welfare and taxation reform yang diperlukan dalam negara kita supaya perkara yang disebut oleh Yang Berhormat Muar tadi dapat ditangani dengan sepenuhnya.

Yang di-Pertua, saya merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Tambun atas pembentangan Belanjawan 2025 tempoh hari. Saya juga mengucapkan penghargaan kepada Yang Berhormat Larut atas ucapan yang beliau bentangkan dalam perbahasan beliau. Saya kira ucapan Yang Berhormat Larut adalah cerminan kepada pemikiran kita mengenai belanjawan alternatif daripada Perikatan Nasional yang menjadi kerangka kepada sikap dan pemikiran kami di sebelah sini apabila berbicara mengenai tata urus kewangan negara.

Saya juga yakin bahawa rakyat dapat melihat dan merasai sendiri kewibawaan Perikatan Nasional dalam menjuarai agenda kebajikan dan kelestarian rakyat serta dalam memperjuangkan perkongsian kemakmuran bersama dalam erti kata yang sebenar.

Tuan Yang di-Pertua, saya nak sentuh sedikit mengenai secara khusus dua perkara yang berkaitan dengan kawasan saya Parlimen Tasek Gelugor. Pertama ialah mengenai keperluan kepada aktiviti-aktiviti dan kemudahan-kemudahan bagi anak muda dan yang kedua ialah mengenai penyelesaian masalah banjir. Beberapa orang sudah sebut mengenai banjir ini. Banjir ini tidak selesai-selesai.

Pertama tadi mengenai keperluan anak muda. Lebih separuh daripada pengundi di Tasek Gelugor Yang di-Pertua adalah daripada golongan generasi muda berumur di bawah 40 tahun. Jadi, saya mohon pihak Kementerian Belia dan Sukan serta juga Kementerian Kewangan agar memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti pembangunan belia dalam kawasan saya.

draft • 3:33 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Di Tasek Gelugor, kami memerlukan kemudahan awam untuk golongan muda seperti kawasan riadah, kompleks sukan, kompleks aktiviti anak muda serta juga penyusunan aktiviti-aktiviti anak muda yang lebih terancang. Antara aktiviti yang popular sekarang dalam kawasan saya ialah aktiviti berkait dengan permotoran serta aktiviti sukan padang. Alangkah baiknya kalau melalui Belanjawan 2025 ini, Kementerian Belia dan Sukan dapat memberi tumpuan kepada pembinaan prasarana yang sesuai serta juga penganjuran aktiviti-aktiviti yang diperlukan di Tasek Gelugor.

Dengan adanya program-program dan prasarana yang sesuai, saya yakin kami dapat menyumbang, kawasan saya dapat menyumbang kepada pembinaan golongan belia yang seterusnya boleh menyumbang kepada kepimpinan masa depan negara.

Yang di-Pertua, perkara kedua yang saya sebut tadi adalah mengenai masalah banjir.

Ini berulang hampir setiap tahun. Tahun ini sekali lagi di Tasek Gelugor berlaku masalah banjir yang serius. Di Tasek Gelugor ini, kami berhampiran kawasan pantai. Jadi masalah kami berganda apabila berlaku hujan lebat bukan sahaja dari sungai dan perparitan jadi masalahnya tetapi juga kalau berlaku juga banjir, kalau ada fenomena air pasang.

Jadi saya harap Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air serta juga Jabatan Perdana Menteri boleh menjalankan kajian yang lebih mendalam untuk mengenal pasti cara yang terbaik bagi benar- benar kita menyelesaikan masalah banjir yang berulang kali melanda Tasek Gelugor.

Kalau di kawasan saya di Permatang Berangan atau di Sungai Dua, masalah yang selalu kami hadapi ialah banjir menyebabkan kerosakan rumah dan perabot. Kalau di sebelah Teluk Ayer Tawar, satu lagi DUN dalam Parlimen saya, masalah kami ialah banjir yang sering kali mengakibatkan kerugian berulang kepada peniaga-peniaga kecil sebab tepi kawasan pantai, jadi ada banyak peniaga kecil.

Kita mesti cari penyelesaian yang terbaik. Mungkin daripada segi sistem saliran atau perparitan yang lebih efektif atau mungkin...

draft • 3:33 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Tasek Gelugor, Tasek Gelugor, Tenggara.

Sedikit.

draft • 3:33 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Sekejap, ataupun mungkin projek tebatan yang lebih berkesan. Laju sedikit.

draft • 3:33 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Setuju tak Gelugor dalam isu yang dihadapi banjir berkaitan di kawasan YB ini, sama juga dengan Tenggara, adakah keperluan kerajaan memperuntukkan dana untuk pemindahan penempatan di kawasan yang selalu kerap berlaku banjir itu?

draft • 3:33 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Ya. Alamak!

draft • 3:33 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Saya juga ambil kesempatan ini memaklumkan bahawa dekat sini UKeM 30 pelajar daripada Bachelor Agriculture Science, Bachelor Business Management, Bachelor Accountancy, Diploma Pembangunan Luar Bandar daripada UKeM yang diketuai oleh Puan Aida Nasir Nasruddin. Terima kasih.

draft • 3:33 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Terima kasih. Dia nak ambil peluang yang itu sebenarnya. Jadi selamat datang semua, tapi saya minta bahagian pertama tadi dimasukkan sebagai sebahagian daripada ucapan saya. Cuma pandangan saya itu bukan penyelesaian yang tuntas sebab sepatutnya kita memastikan kejadian banjir ini tidak berlaku ataupun kesannya dapat diminimumkan. Perpindahan itu should be the last resort.

Jadi, dalam kita mencari penyelesaian ini Yang di-Pertua, saya mohon sangatlah supaya Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri kita ketepikan perbezaan daripada segi pandangan politik. Tanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat ini adalah tanggungjawab kepada semua, seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang mereka.

Saya tidak mahu dengar lagilah kalau boleh komen-komen lapuk yang berpaksi kepada pandangan politik lama yang mengatakan bahawa kalau pembangunan atau pembaikan atau projek-projek kerajaan ini boleh dijalankan di kawasan kerajaan sahaja, tetapi kalau datang ke sebelah kawasan Perikatan Nasional, kawasan BERSATU, kawasan PAS tidak boleh.

Baru-baru ini ada di kalangan pemimpin parti politik yang mengatakan di Tasek Gelugor tidak boleh buat projek Kerajaan Persekutuan sebab peruntukan itu kena pergi ke kawasan yang dimiliki atau pun wakil rakyatnya daripada DAP sahaja. Projek itu membabitkan rentas kawasan. Takkanlah sampai berhenti di sempadan masuk Tasek Gelugor, buat di Bagan saja boleh, tetapi di Tasek Gelugor tidak boleh.

draft • 3:33 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Gelugor, adakah naratif di peringkat bawahan, di peringkat lapangan ini itu yang dibawa? Maknanya tempat Pembangkang dinafikan ataupun di peringkat level atas kita ini tidak ada masalah. Macam mana pandangan?

draft • 3:33 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Ya mungkin itu persoalan yang perlu dijawab oleh pihak kerajaan, sejauh mana ini mengakar, pandangan ini mengakar sehingga ke bawah, tetapi kalau boleh saya tak nak dengar lagilah pandangan ini. Ini politik lama yang tidak matang dan tidak logik langsung. Takkanlah cross sempadan sahaja, berhenti projek di situ. Jadi, satu pandangan perlu dihentikan.

Seterusnya Yang di-Pertua dalam masa yang singkat ini saya nak komen sedikit mengenai gaji minimum. Saya rasa gaji minimum ini adalah satu peningkatan gaji minimum adalah satu perkara yang relevan. Cuma kita kena teliti betul-betul kesan kepada industri kecil dan sederhana terutamanya. Saya nak minta supaya kerajaan delay sedikit pelaksanaan gaji minimum ini supaya pihak kerajaan sendiri boleh mengadaptasi kepada kesan daripada kenaikan gaji minimum ini.

draft • 3:33 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Secara khususnya saya minta Kementerian Kewangan pastikan semua kontrak dalam semua kementerian dan semua agensi kerajaan akan disemak semula dan kadar bayarannya dinaikkan selari dengan gaji minimum yang baharu. Bila dah boleh buat itu, barulah laksanakan gaji minimum ini. Kita tak mahu jadi seperti sebelum ini. Kerajaan arahkan supaya gaji minimum dinaikkan tapi kerajaan sendiri tidak bayar kontraktor mengikut kadar gaji minimum yang kerajaan tentukan. Maka, apa yang berlaku ialah kerajaan buat peraturan,

draft • 3:40 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

kerajaan sendiri yang langgar undang-undang itu, tapi dia memaksa supaya kontraktor- kontraktor kecil ikut kadar baharu yang dia sendiri tak bayar, yang kerajaan sendiri tak bayar ikut jumlah itu. Jadi, saya rasa ini membebankan dan kita jangan ulang apa yang berlaku sebelum ini.

Oleh itu, kalau nak laksanakan gaji minimum ini, maka perlu dipastikan kerajaan sendiri bersedia dengan kadar baharu untuk membayar kontraktor-kontraktor sedia ada.

Pada hari pelaksanaan gaji minimum bermula sahaja kadar itu dilaksanakan, maka kadar bayaran kerajaan juga mestilah dinaikkan mengikut kadar gaji minimum yang ditentukan oleh kerajaan supaya tidak ada lagi masa depan kita buat pelarasan gaji minimum yang bertahun- tahun tak selesai. Yang dahulu pun tak selesai lagi, Yang di-Pertua. Itu mengenai gaji minimum.

Seterusnya, dalam pembentangan belanjawan kali ini, Yang Amat Berhormat Tambun juga menyatakan kerajaan memperkenalkan beberapa cukai. Ada disebut mengenai peluasan SST, cukai ke atas dividen, ada juga disebut mengenai pelaksanaan e-invois dan saya faham ini adalah sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan pendapatan negara dan saya lihat ini secara positif.

Cuma yang saya tak fahamnya Tuan Yang di-Pertua ialah kalau kita benar-benar nak tambah pendapatan negara, kenapa ada satu low hanging fruit yang langsung tidak disentuh.

Low hanging fruit ini maksud saya ialah cukai yang sepatutnya dikenakan kepada produk tembakau, rokok dan juga vape.

Saya tak faham kenapa tidak diumumkan peningkatan ataupun dikenakan cukai kepada vape dan ditingkatkan cukai kepada rokok dan produk tembakau. Saya ambil contoh industri rokok dalam negara. Kementerian Kewangan pasti tahu bahawa menurut Illicit Cigarettes Study oleh Nilsson pada bulan Julai 2024, kadar rokok seludup ialah 54.4 peratus.

Maksudnya, rokok seludup lebih banyak daripada rokok sah dalam negara kita ini. Ikut data, rokok seludup di Malaysia berjumlah 8.7 bilion batang pada tahun 2023.

Maksudnya, yang seludup rokok ini bukan kecil-kecil. Bukannya sampan datang dari perairan masuk pesisir pantai, bawa kotak-kotak kecil. Tidak. Bukan pelancong bawa dua, tiga kotak extra, tidak. Tetapi ia dijalankan oleh sindiket-sindiket jenayah yang besar sebab beribu-ribu kontena masuk ke pelabuhan kita.

Penyeludupan ini menyebabkan berlakunya ketirisan dianggarkan sehingga RM5 bilion setahun. Ini jumlah yang besar. Kalau saya nak sebut mengenai sindiket ini, saya suka guna satu perkataan yang ada dalam Kamus Dewan, sindiket loba. Loba ini maksudnya lebih teruk daripada rakus, lebih teruk daripada tamak, lebih teruk daripada macam-macam bendalah yang kita anggap sebagai teruk.

Sindiket yang loba ini, saya baca hasil-hasil kajian akademik yang dikatakan bahawa terlibat bukan sahaja menyeludup rokok tapi dana itu digunakan untuk membiayai samun, aktiviti samseng, malahan pelacuran sekalipun. Alangkah baiknya sekiranya masalah penyeludupan rokok ini ditangani dengan sebaiknya.

draft • 3:40 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Balik kepada low hanging fruit tadi. Kenapakah Kementerian Kewangan tidak mengambil peluang untuk menaikkan juga cukai rokok? Sekarang ini cukai sekotak rokok ialah RM8. Sekiranya ditambah dengan cukai jualan, jumlah cukai setiap kotak rokok ialah RM8.80. Saya mencadangkan agar Kementerian Kewangan menaikkan cukai rokok, tetapi dengan cara yang progresif, sederhana dan predictable iaitu secara berkala, berkonsepkan apa yang dipanggil multiyear tax calendar. Katalah kalau kita umumkan kali ini, 2025 naik tiga peratus.

Jangan umum satu tahun sahaja, tapi umumkan tiga peratus pada 2025 dan akan naik tiga peratus setiap dua tahun untuk 10 tahun akan datang contohnya. Jadi, ia jadi predictable. Ia jadi sederhana dan ia jadi berkala supaya bukan sahaja pengguna boleh pelan masa depan mereka untuk mengurangkan merokok, industri juga boleh adapt dengan cara yang sesuai. Cuba bayangkan jika selain daripada rokok, vape juga dikenakan cukai.

Bukankah ia boleh menyelesaikan bukan sahaja masalah kewangan, tetapi juga masalah kesihatan yang dihadapi dalam negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, poin saya yang terakhir dalam tiga minit terakhir ini, saya nak komen panjang sebenarnya mengenai ikhtiar-ikhtiar yang berkaitan dengan Kementerian Komunikasi. Tadi Menteri ada, sekarang dah keluar. Ada beberapa inisiatif yang disebut berkaitan Kementerian Komunikasi dalam Belanjawan 2025 tapi masa tak cukup, saya ringkaskan kepada satu sahajalah.

Dalam ucapan pada Jumaat lalu, kita mendengar pelbagai ikhtiar seperti penggubalan RUU Keselamatan Dalam Talian, ada juga disebut mengenai Akta Keselamatan Siber 2024 yang telah ada pun tetapi akan dilaksanakan. Ada lagilah beberapa inisiatif, saya tak perlu detail-kan sebab masa singkat ini, tapi boleh dikatakan semua yang disentuh itu adalah dalam kerangka untuk mengehadkan kebebasan bersuara.

Saya sokong, saya sokong usaha untuk memastikan keselamatan dan keharmonian.

Cuma maksud saya di sini Yang di-Pertua dengan izin, the initiatives that were announced are aim at curbing freedom of speech all be it was good and valid intentions. Yang saya nak tanya, terutama dalam konteks peruntukan yang diberi kepada Kementerian Komunikasi ialah mana dia ikhtiar-ikhtiar untuk mempertingkatkan kualiti dan tahap kebebasan bersuara dalam negara kita.

Mana dia inisiatif-inisiatif, ikhtiar-ikhtiar untuk mempertingkatkan tahap kebebasan media dalam negara kita? Kenapakah tidak diumumkan satu peruntukan yang khusus untuk menubuhkan Majlis Media Malaysia? Kenapa agenda yang sekian lama diperjuangkan ini tiba-tiba diam, tidak ada pengumuman seolah-olah ia tidak signifikan?

Adakah kerajaan ini sudah lupa mengenai perjuangan untuk menegakkan kebebasan bersuara dan perjuangan untuk media yang profesional dan bebas dalam negara kita? Ini satu agenda yang penting dan sekiranya kebebasan media dan kebebasan bersuara sudah tidak lagi menjadi keutamaan kerajaan, saya anggap ini adalah kegagalan yang nyata buat Menteri Komunikasi dan saya harap perkara ini akan diperbetulkan selepas ini.

draft • 3:40 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Dalam satu minit 30 saat yang akhir Yang di-Pertua, saya nak ulas sikit mengenai retorik berkaitan maha kaya ini, yang selalu disebut oleh Tambun. Saya faham beliau menggunakan kaedah propaganda 99 percent versus the one percent. Ini bukan kaedah baharu, ini dah berbelas-belas tahun diperkenalkan di US dahulu. The fight against the one percent, tapi kita nak ingatkan bahawa ini adalah proses doktrinisasi retorik populis yang sudah lapuk sebenarnya dan saya nak tanya, apa sebenarnya definisi “maha kaya.”?

Adakah seseorang yang mampu hidup mewah walaupun tak ambil gaji selama bertahun-tahun itu dianggap sebagai maha kaya? Adakah orang yang jadi jutawan setelah jadi seorang setiausaha politik sahaja itu masuk kategori maha kaya atau adakah penjawat awam Gred 52- suami isteri, itu pun masuk kategori maha kaya kalau berdasarkan tafsiran yang ada sekarang? Apakah sebenarnya tafsiran maha kaya ini? Jangan kita guna sebagai retorik membabi buta sahaja.

Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, adakah retorik populis yang dicipta di Amerika ini sebenarnya ikhlas digunakan sebab nak memperjuangkan nasib orang miskin atau adakah ia hanya propaganda untuk menutup kegagalan demi kegagalan untuk menunaikan janji yang semakin jelas dilihat setiap hari?

Berapa lama lagi retorik dan propaganda ini nak dipergunakan untuk menutup ketidakmampuan mentadbir negara dengan cara yang baik? Jadi, saya rasa cukup-cukuplah gunakan retorik, tapi buatlah kerja dengan baik supaya rakyat nampak. Bukan sahaja dengar, tetapi nampak hasilnya.

Jadi dengan itu Yang di-Pertua, masa pun dah habis. Saya menghormati permintaan Yang di-Pertua tadi. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tasek Gelugor.

Sementara itu, Yang Berhormat Hulu Selangor, besar kah nak bercakap sampai sini saya dengar- bini telefon kah? Kalau agak mustahak sangat, di luar sana. Ya.

Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Ledang sebagai wakil ketua parti, 20 minit.

draft • 3:40 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam Malaysia Madani. Terima kasih kepada Dato' Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi ruang kepada Ledang untuk membahaskan usul Rang Undang-undang Belanjawan 2025 ataupun Rang Undang- undang Perbekalan di peringkat dasar ini.

Hari ini saya berdiri dalam Dewan yang mulia ini untuk membawa suara rakyat dan menjadi wakil kepada rakyat di Ledang. Antaranya saudara Sartesh Prabakaran, seorang pemandu lori di Ledang; saudara Samsul Katimun dan Ng Keng Chuan, pengusaha pekebun kecil di Bukit Gambir; Puan Masnah Abu, seorang usahawan kerepek wanita dari Serom 3,

draft • 3:49 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Ledang; Cikgu Firdaus Jalil, Guru anak jati Ledang; dan saudara Mohamad Idris Wahid, anak muda dari Kampung Sri Makmur, Tangkak yang ada bengkel sendiri.

draft • 3:49 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Tuan Yang di-Pertua, menanti giliran membahaskan usul Belanjawan 2025 ini, saya sempat meneliti maklum balas daripada pelbagai pihak sama ada atas talian mahupun bertentang mata. Saya berpegang kepada prinsip keterbukaan, bahkan saya percaya kerajaan hari ini sentiasa membuka ruang dan mendengar pandangan, juga mendengar kritikan serta kecaman.

Saya agak kecewa apabila saya dengar respons daripada Yang Berhormat Putrajaya sebaik selesai usul Belanjawan 2025 beliau menyebut bahawa kononnya tiada clear mapping, dengan izin, daripada pembentangan Yang Amat Berhormat Tambun tempoh hari.

Kerana, bagi saya, jika dilihat dengan teliti, premis asas pembawaan Belanjawan 2025 ini jelas. Ia dibina dengan iltizam menggerakkan reformasi untuk menjamin pertumbuhan. Ini terang-terang disebut, malah berulang-ulang kali ditekankan. Dan belanjawan ini adalah pernyataan hasrat. Ia rancangan untuk tahun depan. Ia angka-angka yang berupa unjuran dan juga anggaran-anggaran. Jadi, kadang-kadang kita nak minta secara spesifik, ya, itu ruang yang kita ada, tetapi itu bukan dalam bentuk belanjawan atau pun dalam ucapan tersebut, tetapi melalui pemantauan-pemantauan yang berterusan.

Penangguhan sebarang projek mega, penumpuan kepada projek berkepentingan rakyat, menangani isu kesenjangan ekonomi dan kemiskinan, penekanan kepada usaha untuk memulihkan ekonomi melalui inovasi, pulangan manfaat daripada penyasaran subsidi- ini semua adalah dasar-dasar yang clear dan sudah ada rancangan-rancangan untuk dilaksanakan. So, ini semua adalah, bagi saya, titik-titik yang disusun dalam satu pengembaraan untuk kita membina jalur ekonomi yang jelas ranjau dan durinya.

Memang tidak sempurna. Benar, ada yang katakan tadi bahawa kita mungkin lupakan kelas pertengahan, anak muda- tadi disebut oleh Muar dan golongan rentan. Saya tidak percaya itu boleh berlaku dan saya tidak akan benarkan juga untuk kita melupakan kelas pertengahan mahupun anak muda atau pun golongan rentan atau pun wanita. Sudah tentu itu tidak boleh juga berlaku dan saya akan juga bantah sekiranya ia menyebabkan masalah kepada golong-golongan ini.

Dan juga, saya tidak bersetuju untuk mengatakan bahawa projek pembangunan di kawasan-kawasan Ahli Parlimen pembangkang tidak boleh dilaksanakan kerana ianya adalah kawasan Ahli Parlimen pembangkang. Saya tidak setuju sama sekali. Dan naratif ini tidak berlaku di bawah pun. Kerana apa yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Tambun jelas mengatakan bahawa projek-projek rancangan tebatan banjir juga berlaku di kawasan- kawasan Ahli Parlimen pembangkang. Jadi, tidak timbul bahawa kita ada meminggirkan, peminggiran dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, saya percaya bahawa kita melaksanakan dasar keterbukaan ini dan kita sebagai wakil rakyat mewakili rakyat, kita bawakan perkara-perkara yang baik

draft • 3:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

untuk kita bahaskan. Pada hari ini, saya ingin bahaskan berkenaan dengan tiga perkara utama.

Yang pertama ialah berkenaan dengan digital. Kebetulan Yang Berhormat Menteri Digital ada di sini. Kedua, saya akan bincangkan berkenaan dengan isu keselamatan. Dan yang ketiga ialah berkenaan pendidikan.

Menurut Axel van Trotsenburg ─ harap saya sebut dengan benar. Beliau ini Pengarah Kanan Bank Dunia. Beliau mengatakan bahawa, “Menerima dan mengguna pakai teknologi digital bukan lagi satu pilihan. Ia ialah satu keperluan.” Dengan izin, “Embracing digitalization is no longer a choice. It is a necessity.” Usaha transformasi digital dalam sektor melibatkan ekonomi kini berada di atas landasan. Namun, memang benar, ianya wajar dipertingkatkan dan diperkemas. Ianya masih menjadi satu perjuangan. Pelaburan digital di Malaysia telah meningkat dengan ketara mencecah RM62.22 bilion untuk separuh pertama tahun 2024. Ini melepasi, kalau kita ketimbang, kita bandingkan, pertumbuhan pelaburan bagi satu tahun untuk 2023. Jadi, ini adalah satu perkembangan yang menarik dan jelas bahawa pelaburan yang berjumlah bilion- bilion ini membawa keuntungan kepada sektor ekonomi negara.

Cuma, bagi melunaskan tuntutan kepentingan rakyat, maka wajar sektor digital ini diperlihatkan manfaatnya kepada rakyat terbanyak. Bukan hanya daripada kalangan rakyat di bandar, tetapi juga di luar bandar. Selain manfaat urus niaga seperti transaksi tanpa tunai dan promosi atas talian yang menjimatkan masa dan tenaga, apakah lagi ruang dan peluang yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat luar bandar dengan pertumbuhan pesat digitalisasi ini?

Ini bukan persoalan mudah, ini bukan persoalan enteng kerana ia boleh mewujudkan kesenjangan digital dalam kalangan rakyat di bandar dan luar bandar jika kita tidak berhati- hati.

Selari dengan pertumbuhan yang pesat ini juga, suka untuk saya sampaikan ucapan tahniah kepada agensi kerajaan yang telah menggerakkan usaha membanteras gejala jenayah siber. Namun, melihat kepada evolusi ancaman siber hari ini, kerajaan perlu menggandakan usaha dan rakyat perlu lebih berwaspada.

Kerugian wang Ringgit dan musibah hidup akibat daripada ancaman siber ini semakin hari semakin merisaukan. Jadi, saya mohon Menteri untuk jelaskan, bagaimanakah modus operandi scammer ini masih berani beroperasi walaupun usaha membanteras semakin digalakkan? Serta bagaimana syarikat-syarikat telekomunikasi boleh memainkan peranan mereka dalam membanteras ancaman jenayah siber ini?

Tuan Yang di-Pertua, dalam soal keselamatan, saya menyambut baik iktikad kerajaan dalam memberikan tumpuan kepada aspek keselamatan dengan pendekatan sebanyak RM1.4 bilion kepada peruntukan keselamatan di bawah Kementerian Pertahanan yang berjumlah keseluruhannya RM21.2 bilion ringgit.

Saya sedia maklum berkenaan aspek strategi dan kerahsiaan yang berhubung kait dengan sektor ini. Namun, kalau kita ambil kira perkembangan yang terkait keselamatan terutamanya keselamatan perairan, keselamatan sempadan negara, isu perolehan aset

draft • 3:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

ketenteraan, saya kira wajar untuk kerajaan melalui kementerian yang terlibat terus memperkukuhkan prinsip integriti dan juga kebertanggungjawaban atau pun accountability, dengan izin dan manfaatkan platform Jawatankuasa Khas Keselamatan di bawah Parlimen untuk kita juga memainkan peranan sama-sama dapat melihat bagaimana untuk memperbaiki keadaan ini.

Maklumat awam dan laporan perolehan kerajaan yang akan dilaksanakan meliputi perbelanjaan lebih RM600 juta wajar diperincikan. Malah, saya yakin dengan kekuatan dan kesediaan pasukan keselamatan kita, tambahan maklumat dan laporan ini mengukuhkan lagi dukungan dan optimis rakyat kepada kemampuan negara untuk melindungi ketenteraman dan keselamatan semua subjeknya atau pun rakyatnya.

Tambahan lagi, mohon pihak kementerian juga menjelaskan kadar kesediaan anggota dan aset mempertahankan sempadan dan laut negara. Ini melihat kepada keadaan pergolakan keamanan dunia, cubaan menceroboh kedaulatan dan wilayah negara dan peranan Malaysia yang mula terlihat di peringkat antarabangsa.

Justeru, saya ingin juga bertanya kepada pihak Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar juga untuk melihat berkenaan dengan kepentingan dasar luar kerajaan. Dan apakah peruntukan, penekanan yang kita berikan untuk kita melihat kepentingan dasar luar kerajaan, terutama dalam keadaan kita ketahui bahawa ada isu-isu keselamatan, di samping Malaysia melakukan diplomasi agresif sama ada di peringkat rantau ini atau pun di peringkat global?

Tuan Yang di-Pertua, sebab itu bila saya sebut tentang dasar luar ini, saya percaya saya kena bangkitkan juga tentang ini dalam Dewan yang mulia ini, iaitu berkenaan situasi keganasan rejim Zionis Israel. Mereka meneruskan jenayah genosid di Gaza dan sekarang di Lebanon.

Saya berpendirian agar Parlimen Malaysia wajar meluluskan satu Usul Khas untuk mengecam Israel yang melanggar seluruh undang-undang antarabangsa sehingga ke hari ini. Dengan kita menekankan ─ pertama, mengutuk jenayah genosid Israel; kedua, kita kecam pembunuhan ratusan petugas kemanusiaan PBB; ketiga, kita tuntut PBB untuk menggunakan seluruh mandat yang ada agar gencatan senjata kekal segera dikuatkuasakan; keempat, kita tuntut PBB untuk bertindak melalui intervensi tentera pengaman untuk menghentikan keganasan Israel dan melindungi rakyat Gaza terutamanya.

draft • 3:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Kelima, kita menuntut penghantaran bantuan kemanusiaan segera disalurkan tanpa sebarang halangan ke Gaza dan kalau ada rakyat yang mahu memberikan sumbangan, saya percaya juga kalau boleh kerajaan pertimbangkan untuk dikecualikan daripada cukai; keenam, kita juga menuntut Israel untuk menamatkan penaklukan ke atas Palestin seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Antarabangsa; ketujuh, mengutuk keras pembunuhan Ismail Haniyeh dan Yahya Sinwar oleh rejim Zionis Israel meskipun sebenarnya kedua-dua mereka ini, kedua-dua syahid ini setuju dengan gencatan senjata dan keamanan yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat dan juga United Nations Security Council, empat bulan

draft • 4:00 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

yang lalu. Mereka ini bukan penghalang kepada gencatan senjata, tetapi mereka sendiri yang bawa keamanan, untuk bawa keamanan ke Palestin dan juga Israel.

Yang Amat Berhormat Tambun sebut, “Malaysia mendesak agar kebiadaban Israel disanggah komuniti antarabangsa dan betapa pembantaian berterusan warga Palestin mesti segera dihentikan.” Jadi, saya mohon sokongan padu daripada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat serta Wisma Putra apabila kita boleh bawa Usul Khas ini ke Dewan yang mulia ini. Boleh?

draft • 4:00 PM

Beberapa Ahli

Boleh...

[Tepuk]

draft • 4:00 PM

Seorang Ahli

Slow jer...

draft • 4:00 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan pendidikan. Saya meraikan pendekatan konsolidasi fiskal yang terkait pendekatan peralihan manfaat penyasaran subsidi dan juga perluasan asas cukai secara progresif untuk kita meningkatkan kualiti pendidikan dalam negara.

Saya juga mencadangkan agar langkah konsolidasi ini dapat diterjemahkan dalam satu bentuk laporan ringkas yang boleh dicerna oleh semua pihak agar memberikan lebih kefahaman dan menolak apa juga propaganda sentimen politik sempit.

Saya bawakan cadangan ini kerana melihatkan kesungguhan kerajaan hari ini untuk menekankan kepentingan sektor pendidikan. Langkah bermula dengan kita membaik pulih fasiliti tandas. Seterusnya kemudahan-kemudahan yang lain dan saya kira kita juga perlu juga menjana dan juga memanfaatkan bukan hanya daripada kalangan pihak kerajaan, tetapi juga daripada kalangan komuniti pihak swasta supaya sama-sama dapat memperkasakan fasiliti dan juga kemudahan sekolah.

Negara luar seperti Singapura dan Amerika Syarikat, Tuan Yang di-Pertua, mengamalkan pendekatan community involvement serta public-private partnership untuk menggalakkan keterlibatan semua pihak walaupun dalam bidang pendidikan. Jadi saya kira ini satu perkara yang boleh dipertimbangkan, boleh diselidiki, boleh dicari jalan lagi untuk kita memastikan bahawa pertamanya pendidikan itu menjadi asas, menjadi tunjang dan yang keduanya suasana persekitaran pendidikan itu juga kondusif untuk pelajar-pelajar, anak-anak muda kita mendapat pendidikan yang terbaik dan selesa.

Selain juga membuka peluang untuk mewujudkan platform-platform yang berteraskan kepada digital. Sebab itu pada hari ini kalau kita sebut apa sahaja berkenaan dengan digital, saya percaya Yang Berhormat Menteri Digital pun bersetuju dengan saya bahawa antara faktor penting dalam perkara berkenaan dengan pendidikan ini adalah ia adalah ruang-ruang untuk kita dapatkan bakat. Bakat ini datang daripada awal lagi iaitu daripada kalangan anak-anak, pelajar-pelajar, mereka yang sudah terdedah awal dan mereka juga yang boleh membawa kepada kerjaya dan perkara-perkara yang boleh menjamin masa depan yang lebih baik.

Selain itu Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan sedikit berkenaan dengan beberapa keperluan di kawasan. Ini adalah berkaitan dengan beberapa perkara yang mohon mendapatkan penjelasan ─ pertama, untuk memohon Kementerian Pendidikan untuk

draft • 4:00 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

melihat kepentingan diwujudkan sebuah sekolah berasrama penuh integrasi ataupun SBPI di daerah Tangkak dan melihat kepada keperluan strategik di Ledang; dan kedua untuk memohon Kementerian Kesihatan menjelaskan status naik taraf Hospital Tangkak yang sekian lama dalam perancangan menantikan pelaksanaan.

Saya tidak mohon lagi hospital pakar sebab saya tahu kosnya tinggi, tetapi untuk kita membaik pulih, menaik taraf hospital-hospital yang sudah pun berusia lebih daripada 110 tahun. Jadi saya faham daripada kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat kawasan pun ada hospital yang bersifat begini, tetapi saya harap perkara ini boleh membuka mata juga pihak kementerian untuk melihat dan memastikan hospital-hospital ini dapat dinaiktarafkan.

Ketiga, Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengambil maklum dan mengambil kira berkenaan dengan pengumuman projek pelebaran Lebuhraya PLUS di negeri Johor. Saya jangkakan apabila dengan lebarnya lagi lebuh raya ini maka lebih banyak volum atau pun trafik yang akan melalui lebuh raya ini.

Maka saya juga mohon Kementerian Kerja Raya dan yang berkaitan untuk meneliti cadangan supaya melebarkan jalan keluar dan masuk lebuh raya di kawasan persimpangan Tol Tangkak. Sempit sangat! Kalau Tuan Yang di-Pertua pernah pergilah ke Tangkak, keluar dari Tangkak itu, ada yang hendak ke Segamat, ada yang hendak ke Muar dengan lori treler panjang, memang sempit dan membahayakan bagi trafik yang lalu di situ.

Yang keempat, Tuan Yang di-Pertua ialah memohon untuk Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melihat kepada cadangan untuk mewujudkan hab petani dan pekebun di DUN Tangkak dan DUN Serom kerana di kawasan-kawasan ini memang ada ramai pekebun-pekebun kecil dan produk mereka ini adalah produk yang bernilai, yang berkualiti. Saya yakin itu akan menjamin ekonomi untuk pekebun-pekebun kecil dan juga untuk merancakkan lagi ekonomi di kawasan Parlimen Ledang, khususnya.

Jadi, saya harap insya-Allah dengan adanya peruntukan belanjawan yang berkaitan, yang sesuai dengan apa yang telah pun disebutkan tadi, maka insya-Allah kita akan dapat memastikan kebaikan dan manfaat bagi semua golongan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai mengakhiri perbahasan saya pada hari ini, ingin saya tekankan bahawa kewajipan untuk kita melakar belanjawan negara ini tidak mudah sebab itu kita bawa ke dalam Dewan yang mulia ini. Kita beri pandangan, kita beri cadangan dan kita lihat bahawa ekonomi dunia, dia memang tidak menentu. Kita lihat kepada pelaburan, kita lihat kepada pertukaran mata wang, tapi yang pentingnya adalah apabila kita lihat kepada keadaan ini, yang menjamin supaya kita ini kekal utuh, kita kekal kuat ialah kerana kita ada ekonomi domestik yang kuat. Kita ada talent, kita ada bakat yang baik.

Kita ada keadaan di mana kita boleh mengawal supaya perkara-perkara yang boleh menjahanamkan, yang boleh memburukkan keadaan, yang mungkin tidak ada kena mengena dengan ekonomi, tidak ada kena mengena dengan pembangunan. Itu mesti dikurangkan, itu mesti digagalkan.

Jadi, bagi saya adalah satu kerugian apabila wang peruntukan berbilion-bilion ini kita tidak dapat uruskan dengan berhemah dan juga dengan baik. Dalam hal ini, Tuan Yang di-

draft • 4:00 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Pertua, kita harus sentiasa beringat strategi membangun negara lebih maju, ke arah negara maju, dia tidak patut menjadi alasan untuk kita mundur moral ataupun kita mundur akhlak.

Sebagai wakil rakyat, tugas kita menjadi contoh untuk terus kita mengangkat nilai-nilai mulia, hatta sekecil perkara seperti jangan langgar lampu merah, mengikut peraturan. Jangan buang sampah merata-rata dan lain-lain.

Walaupun perkara kecil, tetapi ini juga yang menghambat negara-negara maju pada waktu ini tapi kita belum lagi negara maju, tapi kita kena pastikan supaya walaupun ini adalah perkara-perkara kecil, tetapi ianya melambangkan akhlak dan nilai kita. Ini semua mesti juga dilaksanakan secara langkah konsolidasi, konsolidasi moral dan juga akhlak seperti yang diungkapkan oleh Sun Tzu, “Strategi tanpa taktik adalah jalan paling lambat menuju kemenangan. Taktik tanpa strategi hanyalah bunyi-bunyi sebelum kekalahan.” Perancangan atau perangkaan belanjawan mesti diiringi dengan pelaksanaan taktik yang berkesan, berlatarkan kesungguhan dan fokus, ketelusan dan keterbukaan untuk mencapai kejayaan yang total. Sekian, terima kasih. Ledang menyokong usul Belanjawan 2025. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 4:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Sila Yang Berhormat Jerlun.

draft • 4:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Tuan Yang di-Pertua, dalam pembentangan Belanjawan 2025, Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan telah membangkitkan merasa bimbang terhadap pemikiran dan aliran yang menyimpang daripada Islam yang sebenar berlandaskan Ahli Sunah Wal Jamaah. Tambahan pula RUU Mufti (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2024 yang bakal dibentangkan nanti, kini ia menjadi polemik perdebatan para cendekiawan pelbagai latar belakang pendidikan dan netizen semakin dahsyat di media sosial.

draft • 4:09 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Sedar ataupun tidak, Islam sebagai ad-din semakin terancam sedikit demi sedikit.

Sedangkan dalam Perkara 3(1), Perlembagaan Persekutuan jelas menyebut Islam ialah agama bagi Persekutuan. Sekarang ini aliran pemikiran menggunakan rasional akal dalam mentafsir agama dengan alasan membuka ruang dimensi berfikir semakin berleluasa di tanah air kita.

Antara kebobrokan yang kian mendapat tempat dalam kalangan umat Islam yang jahil ialah fahaman Islam liberal menyusup secara diam dan pantas di pelbagai posisi di kalangan masyarakat. Fahaman liberal semakin menular dalam pemikiran umat Islam dalam negara kita. Antara lain ialah fahaman yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama yakni benar belaka. Orang Islam tidak boleh meyakini bahawa hanya agama Islam sahaja yang benar, sebaliknya mereka hendaklah mengiktiraf agama lama lain juga benar dan betul.

draft • 4:10 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Sambutan Kongsi Raya iaitu menyambut perayaan agama secara bersama-sama antara agama-agama di Malaysia ─ Islam, Hindu, Cina dan Kristian.

Sekalipun telah ditegur oleh Mufti dan para ulama dalam Muzakarah Ulama pada 13 Jun 2006 di Perak sebagai bertentangan dengan Islam, namun golongan Islam liberal menolak pandangan Mufti dan ulama-ulama tersebut dan menuduh mereka jumud, kolot atau pemikiran tertutup. Mendesak agar diberikan hak kebebasan murtad untuk penganut Islam di Malaysia. Ayat-ayat Al-Quran perlu ditafsirkan semula agar selari dengan peredaran zaman.

Mempertikai syariat Allah dan hukum hakam fiqah dengan hujah rasional. Menolak penguatkuasaan undang-undang moral berteraskan agama.

Saya merujuk firman Allah SWT dalam Surah Al-Ahzab, ayat 57 hingga 58...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredhai Allah dan RasulNya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina. Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat dahsyat.” Oleh itu, saya bersetuju kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk meningkatkan usaha secara bersepadu bagi mengekang segala aktiviti pemesongan akidah.

Dalam hal ini, saya ingin mempersoalkan apakah tindakan yang dilakukan oleh kerajaan untuk membendung fahaman liberal ini seperti ucapan Siti Kassim yang banyak mengeluarkan kenyataan dan perbuatan secara terbuka menghina Islam?

Contohnya, meminta institusi tahfiz diharamkan. Isu kalimah Allah dipertikaikan pada stoking dan sebagainya. Apakah program khusus yang dilakukan oleh JAKIM untuk memulihkan golongan yang berfahaman liberal sebagaimana Program Pemulihan Akidah yang dilakukan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kepada ahli GISBH sekarang ini?

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh hasil cukai. Kerajaan mahukan kutipan cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) dilaksanakan lebih progresif dan tidak membebankan rakyat, selaras dengan tema Belanjawan 2025 iaitu membugar ekonomi. Saya mencadangkan hak mengutip cukai jualan turut diperturunkan kepada negeri-negeri di Semenanjung sepertimana negeri Sabah dan Sarawak dan bukan hanya tertumpu kepada Persekutuan sahaja.

Menyentuh pembangunan terangkum. Saya lihat Pulau Pinang dapat dua projek iaitu LRT dan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa di Bayan Lepas. Kedah pula hanya dapat dua projek iaitu pembesaran Kulim Hi-Tech Park yang akan menempatkan syarikat semikonduktor seperti Infineon dan pembinaan bangunan tambahan di Hospital Kulim.

Saya hendak bangkitkan di sini bahawa hasrat Kedah untuk membangunkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) bermula sejak 2013 lagi iaitu ketika Barisan Nasional memerintah negeri Kedah. Pada zaman Perikatan Nasional pula, projek tersebut diteruskan sebab ia memberi impak ekonomi yang baik kepada rakyat negeri Kedah. Usaha

draft • 4:10 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

untuk mengikat MoU dengan pelabur luar, syarikat kargo antarabangsa, FedEx dan Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing telah dilakukan.

Namun begitu, hingga kini Kementerian Pengangkutan belum lagi meluluskan permohonan KXP sedangkan projek tersebut langsung tidak melibatkan peruntukan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan juga memperuntukkan pemberian khas untuk Sabah dan Sarawak sebanyak RM600 juta untuk tahun 2025 dengan alasan ia tidak pernah dikaji sejak 1969 lagi.

Jika dicongakkan dengan mudah, tempoh 55 tahun. Dari tahun 1969 hingga 2024 kadar kenaikan setahun ialah RM5.16 juta.

Sehubungan itu, saya juga meminta kerajaan mempertimbangkan kajian semula kadar bayaran pajakan Pulau Pinang pada Kedah dinaikkan mengikut kadar semasa atau suatu perjanjian baru yang lebih bertimbang rasa, prihatin dan dinamik dimasukkan sebagai tambahan kepada perjanjian pokok, supplemental agreement. Ini adalah selaras dengan Perkara 167(7) dan Perkara 169, Perlembagaan Persekutuan.

Saya juga mencadangkan kadar baru yang dituntut oleh Kerajaan Negeri Kedah iaitu bayaran royalti pajakan Pulau Pinang sebanyak RM100 juta setahun dapat dipenuhi memandangkan perjanjian dengan Sultan Kedah telah dibuat sejak tahun 1786. Jika dicongak dengan mudah, tempoh 238 tahun. 1786 hingga 2024. Kadar kenaikan setahun hanyalah RM120,168.07 sahaja. Jauh bezanya dengan RM5.16 juta untuk Sabah dan Sarawak pada kadar setahun kenaikan.

Tuan Yang di-Pertua, di Kerpan, Kedah, Jerlun terdapat Projek Blue Archipelago di bawah Khazanah Nasional Berhad yang menternak udang harimau untuk pasaran tempatan.

Namun begitu, projek ini dilihat tidak berdaya saing. Oleh itu, saya mencadangkan Khazanah Nasional Berhad dapat memberi perhatian untuk pembesaran operasi projek tersebut. Ini akan membuka peluang pekerjaan kepada warga tempatan dan memberikan limpahan ekonomi kepada rakyat Jerlun.

Selain itu, Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan dalam pembentangan bajet sebelum ini telah menyentuh tentang pembinaan pelabuhan laut dalam di Sanglang. Oleh itu, saya mohon status terkini rancangan tersebut dan jika ada, pihak manakah yang diberikan konsesi untuk memajukan projek tersebut? Menyentuh transformasi ekonomi. Jerlun ingin mencadangkan agenda ekonomi Melayu, selaras Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan, diperkasakan dan diperluaskan ke setiap sektor industri dan perniagaan.

draft • 4:10 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Dalam konteks ini, saya mencadangkan Kementerian Kewangan mengembalikan semula aset-aset milik Tabung Haji yang kini di bawah syarikat Urusharta Jamaah agar Tabung Haji dapat memiliki aset perniagaan dan peluang untuk membuat lebih banyak keuntungan untuk tujuan subsidi haji kepada jemaah haji.

Saya juga berharap lebih banyak peluang perniagaan dan ekonomi diberikan kepada Tabung Haji, khususnya kontrak-kontrak kerajaan atau permit-permit import yang

draft • 4:20 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

menguntungkan. Kementerian Kewangan meningkatkan agenda pemerkasaan ekonomi orang Melayu di Pulau Pinang, khususnya di bahagian pulau.

Kerajaan perlu berusaha mengekalkan kawasan penempatan orang Melayu kekal berterusan dan tidak terhakis dengan pembangunan. Saya bangkitkan ini sebab Pulau Pinang itu asalnya dulu adalah sebahagian daripada negeri Kedah. Mungkin juga suatu zon eksklusif untuk orang Melayu berniaga atau menetap perlu diwartakan. Jika di Kuala Lumpur boleh ada China Town di Petaling Street, Little India di Brickfields. Kenapa tidak ada Melayu Town di Pulau Pinang atau di bandar-bandar yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh institusi Parlimen. Peruntukan sebanyak RM180 juta untuk...

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Jerlun pencelahan.

draft • 4:20 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Memperkasakan Dewan Rakyat.

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Jerlun, pencelahan. Pasir Salak.

draft • 4:20 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Ya, sila.

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Terima kasih Jerlun di atas peluang yang diberikan pada Pasir Salak. Setujukah Jerlun bahawa kerajaan hari ini memberi ketidakadilan kepada kawasan-kawasan pembangkang dari segi peruntukan dan juga berbeza dengan kawasan-kawasan kerajaan.

Saya bagi contohlah, baru ini saya masuk dalam Kamar Khas kita bentangkan – saya dengan Tawau. Tawau bila bentangkan tentang isu jalan raya dan jambatan, terus diluluskan projeknya. Timbalan Menteri Kerja Raya boleh mengesahkan. Bila Pasir Salak memberikan usul Pasir Salak tentang UTC, terus tidak diluluskan. Timbalan Menteri Kewangan boleh mengesahkan.

Saya hendak beritahu pada Ledang lah yang tidak percaya pasal hal ini. Okey, terima kasih. Apa respons Jerlun?

draft • 4:20 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Bersetuju dengan pandangan Pasir Salak?

Itulah yang dibangkitkan oleh Tasek Gelugor tadi supaya tidak ada lagi politik mundur ke belakang.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh institusi Parlimen, peruntukan sebanyak RM180 juta untuk memperkasakan Dewan Rakyat, Dewan Negara dan PAC. Pada 13 Jun 2023 yang lalu, Ahli-ahli Parlimen diberikan taklimat berkaitan cadangan kerajaan untuk memperkenalkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen dan Akta Majlis Parlimen

(Keistimewaan dan Kuasa). Melalui akta tersebut, peruntukan setiap Ahli Parlimen diletakkan di bawah Parlimen dan tidak lagi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Persoalan saya sekarang, bilakah RUU akta tersebut akan dibentangkan di Parlimen? Jika belum dibentangkan lagi, untuk tahun hadapan adakah kerajaan akan memindahkan peruntukan Ahli Parlimen daripada diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri kepada Parlimen?

Menyentuh reformasi perundangan, kerajaan memperuntukkan RM209 juta kepada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang JPM sebagai komitmen memperhebatkan perundangan

draft • 4:20 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

dengan institusi. Saya ingin bertanya, apakah garis masa untuk mengemaskinikan undang- undang yang dikatakan lapuk itu untuk diangkat dan dibentangkan di Parlimen ini? Adakah akta-akta lapuk itu akan dimansuhkan ataupun akan digantikan dengan akta yang baharu?

Menyentuh SejaTi Madani, peruntukan sebanyak RM50,000 ke RM100,000 untuk memperkasakan ekonomi komuniti rakyat.

draft • 4:20 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

draft • 4:20 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Saya mohon sedikit masa lagi sebab diambil celahan tadi.

draft • 4:20 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Seminit lagi Yang Berhormat.

draft • 4:20 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Baik. Mengikut maklumat dalam laman web SejaTi Madani, tempoh permohonan bagi fasa 3 sudah berakhir pada 30 September 2024. Adakah permohonan SejaTi Madani akan dibuka semula jika jumlah permohonan tidak mencapai target yang ditetapkan pada tahun ini.

Selanjutnya berkenaan dengan musibah dan bencana. Apakah perkembangan terkini RTB? Bilakah ia dijangka selesai? Kerana kerajaan telah mengumumkan tujuh RTB di negeri Kedah. Berapakah bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan kepada daerah-daerah di negeri Kedah yang mengalami musibah banjir? Berapakah kos yang ditetapkan oleh – dikeluarkan oleh NADMA untuk PPS di setiap daerah di negeri Kedah? Apakah perancangan kerajaan dalam memberi bantuan pasca banjir? Ini kerana terdapat mangsa yang terkesan banjir sehingga kehilangan rumah dan kerosakan harta benda.

Tuan Yang di-Pertua, seperti ucapan Pokok Sena semalam, saya bersetuju dengan pandangannya. Saya juga memohon kerajaan supaya membayar pampasan ganti rugi kepada Kerajaan Negeri Kedah sebanyak RM200 juta setahun atas kehilangan pendapatan bagi mengekalkan tanah sawah padi sebagai sumber utama makanan negara dan tidak dapat membangunkan projek pembangunan yang lain.

draft • 4:20 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, masa sudah tamat.

draft • 4:20 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Sikit sahaja lagi. Berkaitan industri padi.

Berkenaan industri padi, kerajaan telah mengumumkan peruntukan RM1 bilion untuk projek penanaman padi, lima musim, dua tahun di kawasan MADA. Dengan keluasan hampir 11,000. Saya hendak mohon kepada kerajaan agar menjelaskan, memperuntukkan dana khas untuk pemulihan tanah sawah bagi mencapai matlamat projek penanaman padi musim kedua – penanaman padi lima musim, dua tahun. Menaikkan subsidi untuk bahan input pertanian seperti baja, racun dan benih padi.

Saya telah membangkitkan isu subsidi input pertanian dalam Belanjawan 2023 dan 2024 lalu, tetapi tidak dipertimbangkan oleh kerajaan. Yang dinaikkan ialah subsidi padi hanya sebanyak RM140 per tan metrik. Saya harap belanjawan ini dapat dinaikkan subsidi bahan-bahan input pertanian tersebut. Memastikan kejadian ketiadaan beras tempatan di pasaran tidak akan berulang lagi.

draft • 4:20 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

draft • 4:20 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Membanteras – dua poin, sikit lagi.

draft • 4:20 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Jerlun.

draft • 4:20 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Dua poin, sikit sahaja. Membanteras aktiviti kartel-kartel yang memonopoli beras tempatan dan menukarnya sebagai beras import, lalu dijual dengan harga yang tinggi. Mengoptimumkan peranan agensi penguat kuasa ataupun task force agar aktiviti sorokan beras dapat dibanteras segera. Akhirnya, saya ingin mengakhiri dengan dua rangkap pantun.

*Marilah kita menanam padi, Padi ditanam di dalam bendang, Marilah kita menabur budi, Supaya kita dikenang orang.

Anak ayam di atas pagar, Turun ke tanah memakan padi, Kalau hutang wajib dibayar, Kalau janji wajib ditepati.* Sekian, *Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Tepuk]*

draft • 4:20 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Sila Yang Berhormat Lawas.

draft • 4:20 PM

Dato Henry Sum Agong - Lawas

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut membahaskan Bajet 2025 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia pada 18 Oktober 2024 di Dewan yang mulia ini.

Bajet tersebut amat dialu-alukan dan disantuni rakyat khusus dengan reformasi ekonomi, menjana perubahan dan menyejahterakan rakyat. Tan Sri Yang di-Pertua, Dato’ Yang di-Pertua, rakyat Sarawak merasa lega dan menyambut baik sumbangan peruntukan kerajaan sebanyak RM600 juta kepada Sarawak bagi memenuhi syarat yang termaktub di bawah Perjanjian MA63.

Bagi pihak rakyat Sarawak, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan Pusat di atas sumbangan peruntukan tersebut.

Dato’ Yang di-Pertua, selaras dengan hasrat dan matlamat Kerajaan Madani membawa reformasi dalam pelbagai bidang dan pengurusan kerajaan, saya menyeru agar kerajaan memberi tumpuan dan keutamaan terhadap pelaksanaan projek infrastruktur, jalan raya, jambatan dan lain-lain kemudahan awam di kawasan luar bandar, termasuk di Parlimen Lawas agar tidak ketinggalan jauh berbanding dengan kawasan-kawasan lain serta dapat mencapai keseimbangan dari segi pembangunan.

draft • 4:28 PM

Dato Henry Sum Agong - Lawas

Sehubungan itu, saya menyeru agar kerajaan dan kementerian yang berwajib segera melaksanakan projek mega yang telah diluluskan iaitu:

(i) Sarawak-Sabah Link Road (SSLR);

(ii) Northern Coastal Highway dengan izin yang merentasi kawasan Lawas; dan

(iii) Maktab Rendah Sains (MRSM) Lawas.

Selain itu projek jalan menuju ke sempadan Indonesia dan Ba'kelalan dan Jalan Indonesia dari Ba'kelalan dan jalan dari Murud Suang ke Long Tengoa juga perlu dilaksanakan secepat yang mungkin.

Dato’ Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana mengambil keputusan menanggung kos pembinaan projek lapangan terbang baharu dengan saiz yang lebih besar menggantikan lapangan terbang yang sedia ada.

Kedua, sebuah port laut dalam berdekatan dengan Pulau Sari di Kuala Lawas.

Dengan pelaksanaan projek ini, maka dapat menyelesaikan masalah pengangkutan yang dihadapi penduduk sekarang dan dapat mengurangkan harga barangan keperluan yang tinggi akibat kos pengangkutan barang yang kebanyakan datangnya dari Kota Kinabalu, Sabah.

Persoalannya di sini Dato’ Yang di-Pertua, apakah tanggungjawab Kerajaan Pusat ke atas projek mega seperti ini yang sepatutnya di bawah kelolaan Kerajaan Pusat? Adakah kerajaan akan membayar balik atau dengan izin, reimburse kos pelaksanaan projek tersebut kepada Kerajaan Negeri Sarawak di kemudian kelak?

Dato’ Yang di-Pertua, pendidikan merupakan asas kemajuan masa depan anak-anak dan pelajar yang perlu dititik berat dari segi keperluan asas, kelengkapan pentadbiran dan tenaga pengajar yang mencukupi. Di Lawas, terdapat 35 buah sekolah SRK dan empat buah sekolah SMK. Kebanyakan bangunan sekolah berada dalam keadaan daif, khususnya yang dibina sekitar 30 dan 40 tahun dahulu, dengan bahan binaan sebahagiannya daripada kayu dan tidak tahan lama berbanding dengan bangunan konkrit.

Oleh itu, saya mohon agar Kementerian Pendidikan mengambil tindakan perlu ke atas perkara tersebut. Di samping itu, saya mencadangkan SRK Siang-Siang yang sering dilanda banjir dipindahkan ke suatu kawasan yang lebih tinggi. Dari segi tenaga pengajar, saya difahamkan terdapat 74 kekosongan jawatan guru di Lawas dan kebelakangan ini wujud dua kekosongan jawatan pengetua iaitu di SMK Trusan dan SMK Sundar dalam tempoh yang agak lama.

Sehubungan itu, saya mencadangkan agar peranan Jabatan Pendidikan di peringkat negeri Sarawak diperluaskan untuk tujuan mempercepatkan proses pengambilan guru baharu dan pengisian jawatan-jawatan kosong. Selanjutnya, guru-guru yang sudah berkahwin seharusnya tidak dipisahkan antara satu sama yang lain. Contohnya, suami mengajar di Lawas dan isteri menetap di Semenanjung dan sebaliknya kerana ini akan menjejaskan prestasi guru tersebut.

draft • 4:30 PM

Dato Henry Sum Agong - Lawas

Dato’ Yang di-Pertua, bagi bidang kesihatan di Lawas, saya mencadangkan agar Kementerian Kesihatan mulai menggantikan secara berfasa klinik-klinik lama yang ada sekarang dengan bangunan baharu atas sebab bangunan yang lama itu tidak dapat bertahan disebabkan bangunan tiang kayu sudah rosak. Terutama ─ Dato’ Yang di-Pertua, klinik di daerah kecil Sundar yang senantiasa dibanjiri air setiap kali musim hujan, perlu dipindahkan di suatu kawasan yang tinggi. Klinik-klinik lain yang dimaksudkan adalah di Merapok, Kuala Lawas, Trusan dan di lain-lain tempat seluruh Daerah Lawas.

Selanjutnya Tan Sri Yang di-Pertua, masalah kekurangan pegawai perubatan doktor dan kakitangan di Hospital Lawas perlu diatasi dengan segera. Saya difahamkan jumlah pegawai perubatan yang sepatutnya ada di Hospital Lawas ialah 10 orang tetapi yang ada sekarang hanyalah lima orang doktor sahaja. Keadaan sebegini Dato’ Yang di-Pertua, semestinya membebankan para pegawai yang bertugas dan boleh menjejaskan perkhidmatan.

Oleh itu, saya mohon supaya pihak kementerian mengambil langkah perlu untuk mengatasi masalah ini. Saya juga mohon agar perkhidmatan doktor pakar diadakan di Hospital Lawas dengan penempatan tetap. Ini akan mengurangkan rujukan pesakit tenat dari Lawas ke Hospital Limbang, Miri dan Kota Kinabalu, Sabah dan mengurangkan perbelanjaan dan urusan passport yang perlu dibuat sebelum berangkat ke Limbang dan Miri, jika rujukan dilakukan di sana.

Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin melahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga daripada penduduk berkenaan yang telah mendapat kelulusan kewarganegaraan daripada Yang Berhormat Menteri dan Kementerian Dalam Negeri. Setelah lama menunggu, saya mengucapkan penghargaan terima kasih di atas usaha gigih Yang Berhormat Menteri dan kementerian KDN.

Dato’ Yang di-Pertua, isu berhubung pengeluaran kad pengenalan baharu kepada permohonan yang layak. Di Pejabat Pendaftaran Lawas tidak dapat mengeluarkan kad pengenalan baharu kepada pemohon dan terpaksa permohonan baharu ini dihantar ataupun dirujuk ke pejabat pendaftaran lain seperti di Miri dan juga di Sabah. Ini akan mengambil masa yang agak panjang atau lama dan pihak pemohon terpaksa berulang alik sebelum mendapatkan kad pengenalan baharu.

Saya difahamkan perkara ini berlaku disebabkan tidak ada mesin pencetak kad pengenalan di Lawas. Untuk mengatasi masalah ini, saya menyeru agar kementerian membekalkan mesin pencetak kad pengenalan kepada pejabat pendaftaran di Lawas. Dato’ Yang di-Pertua, saya menyokong Bajet 2025. Sekian, terima kasih.

draft • 4:30 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Lawas. Sila Yang Berhormat Ketereh.

draft • 4:30 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

draft • 4:39 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Belanjawan 2025. Petang ini, saya akan sentuh dua perkara iaitu tentang belanjawan ini yang berkait rapat dengan veteran angkatan tentera.

draft • 4:40 PM

[Dewan riuh]

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Perkara tersebut adalah yang pertama isu pelarasan pencen yang bersara sebelum 1 Januari 2013 dan juga Bantuan Sara Hidup kepada veteran ATM.

Sebelum meneruskan perbahasan pada petang ini, saya mengambil kesempatan di sini bagi pihak veteran ATM untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Menteri Pertahanan dan juga Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan kerana telah menaikkan bayaran Pencen Hilangupaya sebanyak 150 peratus [Tepuk] dan juga Elaun Layanan Sentiasa daripada RM440 kepada RM1,500 sebulan. Yang mana kali terakhir dibuat semakan pada tahun 2000 iaitu 24 tahun yang lepas. Tahniah.

Untuk makluman Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan, seramai 1,798 orang menerima Pencen Hilangupaya dan 19 veteran menerima Elaun Layanan Sentiasa. Selain itu, terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan kerana menaikkan Bantuan Sara Hidup kepada veteran yang tak berpencen berumur 60 tahun ke atas daripada RM300 sebulan kepada RM500 sebulan. Sehingga kini, seramai 30,607 veteran telah menerima Bantuan Sara Hidup bulanan dan daripada jumlah tersebut seramai 23,589 orang adalah dari golongan veteran tak berpencen.

Terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan yang telah memperuntukkan jumlah wang yang besar kepada MINDEF dan meningkatkan setiap kali belanjawan. Setiap kali belanjawan, meningkat.

draft • 4:40 PM

Seorang Ahli

Terbaik.

draft • 4:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Belanjawan Tahun 2023, RM17 bilion lebih.

Belanjawan 2024, RM19 bilion lebih dan Belanjawan 2025, RM21 bilion lebih. Jika wang ini digunakan dengan berhemah, sudah tentu boleh menyelesaikan banyak masalah, termasuk isu-isu veteran ATM.

Sekarang terdapat lebih kurang 300,000 lebih veteran ATM di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Di mana jika dicampurkan dengan isteri atau suami mereka, ia dianggar mencecah lebih daripada 600,000. Andai kata setiap veteran itu mempunyai empat orang anak, jumlahnya melebihi dua juta. Begitulah besarnya keluarga veteran angkatan tentera. Mereka ini berada di setiap Parlimen. Semua ada, semua ada. Jadi kita sama-samalah membela veteran-veteran ini. Jangan saya seorang saja. Saya dah letih dah ini.

[Ketawa] Jadi saya harap hari ini, ini saya nak bercakap yang penting bab tentera ini, lepas ini saya nak bawa kawasan saya pula, cukuplah. Kerajaan pun kena buat, kena bantu.

Isu penyelarasan pencen ATM yang bertugas sebelum 1 Januari 2013 telah saya bawa ke Dewan yang mulia ini, sejak saya dipilih sebagai Ahli Parlimen pada 19 November 2022.

[Tepuk] Sehingga tarikh ini, sudah tiga kali belanjawan diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan tetapi ini – tetapi malangnya tiada satu pun belanjawan yang

draft • 4:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

diumumkan itu boleh menggembirakan 78,546 orang veteran ATM yang terlibat. Tak gembira langsung.

Mereka begitu kecewa, sedih, marah kerana hak mereka tidak diberi perhatian oleh Yang Berhormat Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertahanan dan juga Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan. Pelarasan pencen tak buat. Sudah hampir 11 tahun mereka menunggu kerajaan menyelesaikan pelarasan pencen tersebut kerana itu adalah hak mereka berdasarkan kepada undang-undang.

Oleh kerana kecewa dengan kerajaan, Menteri Pertahanan juga Majlis Angkatan Tentera, ia telah berlarutan hingga ke hari ini. Kalau buat 2013 dulu, selesai. Sikit saja guna duit. Justeru itu, soalan saya kepada kerajaan, kenapakah kecuaian Menteri-menteri Pertahanan sebelum ini...

draft • 4:40 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Ketereh.

draft • 4:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

...dan juga Majlis Angkatan tentera terpaksa ditanggung oleh mereka. Mengapa?

draft • 4:40 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Boleh Tangga Batu ...

draft • 4:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Sekejap deh. Sekejap.

draft • 4:40 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Bukan, bukan Ketereh saja yang berjuang, sebenarnya Tangga Batu dan kawan-kawan Ketereh yang lain, kita turut berjuang daripada pertama kali kita masuk ke Parlimen.

[Tepuk] Cuma saya nak tanya, apakah sebab dulu Menteri Pertahanan pernah jawab tunggu keputusan mahkamah tapi mahkamah dah luluskan, tiba-tiba kerajaan merayu supaya pelarasan pencen ini tidak dibuat. Bagaimana pandangan daripada Ketereh?

draft • 4:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Saya akan huraikan selepas ini. Ada dalam teks saya ini.

[Ketawa] Okey, sehingga kini telah banyak usaha-usaha yang dilakukan oleh veteran yang bersara sebelum 1 Januari 2013, termasuklah membawa kes ini ke mahkamah untuk mendapatkan perintah mahkamah agar kerajaan berlaku adil kepada mereka. Dah banyak, dah bawa pergi ke mahkamah dah, Mahkamah Tinggi. Rujuk Saman Pemula pada bulan November 2022 oleh Pertubuhan Suara Patriotik Rakyat Malaysia (PSPRM).

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 Februari 2024 telah memihak kepada veteran ATM, di mana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan seperti berikut. Banyak kali dah saya ulang benda ini. Mahkamah bagi tahu Majlis Angkatan Tentera telah gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab sepertimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, gagal! Jangan tidur Majlis Angkatan Tentera. Majlis Angkatan Tentera hendaklah melaksanakan hak pelarasan pencen veteran bersara sebelum 1 Januari, begitulah serupa dengan veteran yang bersara selepas 1 Januari 2013 dan tidak adil membezakan pencen mereka. Ini kata hakim Mahkamah Tinggi.

Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan pencen kepada tentera yang berkhidmat untuk negara. Kegagalan menyelaraskan pencen veteran ATM adalah satu keingkaran kepada Perlembagaan Persekutuan. Ini keputusan Mahkamah Tinggi. Tindakan PSPRM ini membawa ke Mahkamah Tinggi bukannya untuk mendakwa kerajaan, tak ada,

draft • 4:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

bukan nak dakwa kerajaan tetapi hanya untuk mendapatkan keadilan ke atas mereka.

Kenapakah kerajaan tidak mahu berbincang dengan persatuan-persatuan veteran angkatan tentera bagi menyelesaikan isu ini?

Di sini, saya ingin bertanya kepada kerajaan dan MINDEF, apakah tidak malu apabila veteran-veteran ini membawa kes tuntutan ini ke mahkamah. Hak mereka, tak malu kah?

MINDEF kena jawab, tak malu? Kerajaan kena jawab, tak malu kah? Negara lain dalam dunia ini tak ada, Malaysia saja macam ini. Ia tidak pernah berlaku di mana-mana di dunia.

Lebih menyedihkan lagi dan amat memalukan bila mana MINDEF telah membawa keputusan kes ini ke Mahkamah Rayuan. Mahkamah Tinggi buat keputusan, bawa lagi Mahkamah Rayuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi. Apa ini? Saya difahamkan kes ini akan didengar sekali lagi di Mahkamah Rayuan pada 21 Januari 2025. By now until 21 Januari 2025, ada lagi yang mati. Ingat. Kesimpulannya, saya berani katakan di sini bahawa sejak tahun 2013 hingga sekarang, semua Menteri Pertahanan dan kerajaan tidak berusaha untuk menyelesaikan isu ini. Tak ada.

draft • 4:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Ketereh.

draft • 4:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Tak ada.

draft • 4:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Boleh saya tanya soalan?

draft • 4:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Tak payah tanyalah. Awak sekejap. Sekejap.

Karang nanti bila dia ini, baru bagi tahu.

draft • 4:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Dah kenapa marah sangat?

Tadi puji.

draft • 4:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Dengar sini.

draft • 4:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tadi puji Perdana Menteri.

draft • 4:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Eh, diamlah, diam!

draft • 4:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Jelutong, duduk.

draft • 4:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Di sini saya menyeru kerajaan terutamanya.

draft • 4:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Jelutong...

draft • 4:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

...Yang Berhormat Menteri Pertahanan agar berlapang dada.

draft • 4:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya tanya soalan dengan baik saja.

draft • 4:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Jelutong, dia tak bagi Yang Berhormat.

draft • 4:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Dengarlah Jelutong.

draft • 4:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Dia tak bagi Yang Berhormat, duduk.

draft • 4:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Duduk Jelutong, duduk.

draft • 4:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Dengarlah! Dengar! Dengar!

draft • 4:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kenapa marah sangat?

draft • 4:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Jelutong duduk. Jelutong.

draft • 4:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Di sini saya. Hei, askar ada macam ini tau. Dia tak ada bercakap macam.

[Ketawa] Di sini saya menyeru...

draft • 4:40 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Askar tak cakap macam peguam.

draft • 4:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Di sini, saya menyeru kerajaan terutamanya Yang Berhormat Menteri Pertahanan. Hah ni dah lembut ini – Menteri Pertahanan agar berlapang dada untuk berbincang. Berbincang dengan persatuan veteran untuk mendapat penyelesaian yang terbaik.

draft • 4:40 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

*Win-win situation.

[Tepuk]* Jadi, Timbalan Menteri ajak Menteri Pertahanan, kita bincang. Kita bincang isu veteran. Kita bincang. Tak payahlah mahkamah-mahkamah ini.

Malu. Kita bincang macam mana. Kalau tak boleh bagi sikit, bagi banyak. Tak boleh bagi banyak, bagi sikit-sikit. Jadi, biar puas hati.

Bagi menjelaskan isu ini ─ berapa minit lagi? Empat minit lagi dah ini. Sekali lagi saya nak mengulangi di Dewan mulia ini bahawa perkhidmatan ATM tidak sama dengan perkhidmatan awam. ATM sentiasa tidak sama dengan perkhidmatan awam. Lihat Perkara 132. Baca baik-baik Perlembagaan Persekutuan. Perkara 137, Angkatan Tentera ada Majlis Angkatan Tentera. 139, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam tiada kuasa ke atas ATM. Tengok perenggan (c) dan (f) itu, perkara 132(c) dan (f), 132 tidak termasuk askar. Perkara 147, perlindungan hak pencen kepada veteran ATM ini yang telah berkhidmat pada negara.

Satu lagi, Akta Angkatan Tentera 1972 yang dipakai oleh ATM. Seksyen 187 pula menyatakan, “Majlis Angkatan Tentera telah diberi bidang kuasa undang-undang membentuk satu peraturan pencen, ganjaran dan lain-lain faedah ATM 1942. Peraturan-peraturan angkatan tetap, pencen, ganjaran dan faedah 1982 yang diwartakan melalui Warta Kerajaan 29 April 1982, tidak pernah dipinda atau dibatalkan. Majoriti veteran ini adalah anggota yang mesti berkhidmat semasa darurat”. Tahun berapa? 1996 hingga 1990. Majoriti di mana purata usia mereka 60 tahun ke atas. Jelutong dengar itu, 60 tahun ke atas.

Seramai 93.24 peratus veteran menerima pencen pada kadar 50 peratus kerana servis dia tak cukup, 21 tahun dia kena berhenti. Bayangkan pencen dia berapa? Saya nak bagi tahu ini...

draft • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya dengar...

draft • 4:50 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Ini, dengar, dengar. Saya nak bagi tahu.

draft • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

draft • 4:50 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Jelutong, jangan kacaulah.

draft • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tak kacau tetapi...

draft • 4:50 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Duduk Jelutong, duduk.

Jangan kacau.

draft • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tak kacau, tetapi jangan marah.

draft • 4:50 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Saya nak bagi tahu ini. 2020 ─ apa itu Sarjan Choo Woh Soon. Choo Woh Soon ini dia duduk di Kamunting, Parlimen Taiping. Pergi jumpa dia. Dia ini wira kita. Dia dah bunuh dua orang komunis. Dia penerima Pingat Gagah Berani pada 5 Ogos 1965. Umur dia sekarang 86 tahun. Tahu tak gaji dia berapa? Sekarang ini, pencen dia adalah ─ mana pencen dia ini.

[Ketawa] Ada, ada, ada. Nanti. Dia lebih kurang dalam RM1,200 pencen dia. RM1,200 nak makan apa ini? 86 tahun. Tetapi, dia dapat elaun Pingat Gagah Berani RM1,500 sebulan.

Okey lah itu. Tetapi, soalnya kenapa dianaktirikan dia? Ini pergi jumpa Ahli Parlimen Taiping.

Pergi jumpa ini Sarjan Choo Woh Soon ini, 86 tahun. Dia duduk atas kerusi roda dah. Jadi, majoriti ini adalah anggota yang berkhidmat tadi. Gaji akhir, okey.

Apakah pengorbanan veteran ini yang bermandi peluh dan darah, bertugas siang dan malam untuk menjaga kedaulatan negara ini dianggap tiada keutamaan langsung pada kerajaan hari ini? Apa yang dituntut oleh veteran ini adalah hak mereka sebagaimana termaktub dalam Perkara 5, Peraturan Angkatan Tetap, Ganjaran dan Faedah Veteran ATM.

Mengikut akta ini setiap kali berlaku pelarasan gaji anggota, maka pelarasan pencen juga perlu dibuat.

draft • 4:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Masa nak habis. Boleh sikit? Sik mencelah.

draft • 4:50 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Pada tahun 2013 telah berlaku kenaikan gaji.

2013 ─ nanti. Jangan kacau, jangan kacau.

draft • 4:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

[Ketawa]

draft • 4:50 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

2013 telah berlaku kenaikan gaji ATM tetapi malangnya tidak dibuat pelarasan pencen. Akhir sekali Yang di-Pertua — bagi lebih sikit masa ya. Okey. Perkara seterusnya yang saya nak bentangkan di sini, ini penting, ini mustahak ini.

Adalah Bantuan Sara Hidup RM300 tadi yang saya sebut Perdana Menteri dah naikkan kepada RM500 itu sebulan ini.

Apa salahnya, jangan bagi yang tak berpencen sahaja YB Menteri, dengar ya.

Panjangkan kepada yang tidak berpencen, yang umur 60 tahun ke atas. Kalau sarjan tadi gaji tak sampai, kalau tak silap saya RM1,998 sahaja pencen dia itu. Panjangkanlah sikit kepada yang berpencen. Dia pun susah juga. Jangan bagi yang tak berpencen sahaja. Ambil yang 60 tahun ke atas itu.

Jadi, bagi sama rata. Bagi adil kepada mereka.

draft • 4:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

draft • 4:50 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Akhir kata. Last.

draft • 4:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Seminit Yang Berhormat.

draft • 4:50 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Ya?

draft • 4:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Seminit.

draft • 4:50 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Seminit. Okey. Baik. Satu lagi saya nak minta tolong ICU, apa Menteri. Kaji balik. Sekarang ini garis kemiskinan “11198”. Cuba kaji balik dengan harga barang sekarang ini, tolonglah naikkan supaya benda ini ada benefit kepada

draft • 4:50 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Veteran ATM. Akhir kata saya mewakili seluruh Veteran ATM memohon Yang Berhormat Menteri Pertahanan, Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Menteri Kewangan agar menyelesaikan isu bantuan sara hidup kepada veteran berpencen 60 tahun ke atas dan yang paling penting, saya mohon isu pelarasan pencen kepada veteran berpencen sebelum 1 Januari 2013 dengan seberapa segera.

Sebagai seorang bekas tentera, saya akan meneruskan perjuangan membela bekas tentera selagi saya berada di Dewan yang mulia ini.

[Tepuk] Tetapi, tolonglah saya. Saya harap biarlah ini kali terakhir saya cakap fasal pelarasan pencen. Lepas ini, kita buat sahaja.

Kita bincang. Boleh tidak Yang Berhormat Timbalan Menteri? Boleh tidak? Boleh. Angkat tangan. Okey. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 4:50 PM

Seorang Ahli

Hidup Ketereh!

draft • 4:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Ketereh. Sila Yang Berhormat Pulai.

draft • 4:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Salam Madani. Dato’ Speaker, saya ingin menyentuh perkara berkenaan dengan belanjawan ini.

Pertamanya adalah kos rawatan 2017 bagi penyakit NCD, penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi, strok, kanser dan sakit jantung adalah sebanyak RM9.6 bilion setahun. 73 peratus kematian di negara ini berpunca daripada penyakit NCD ini dan selepas daripada COVID-19 ini ia telah meningkat dengan lebih tinggi dan menyebabkan kesesakan di hospital.

Sepatutnya perbelanjaan yang sebesar ini kita manfaatkan untuk pembangunan negara kita. Tidak dikhususkan untuk rawatan-rawatan yang sebegini. Salah satu daripada punca NCD ini adalah tabiat buruk makan. Iaitu memilih makanan tidak bernutrisi, berlebihan dan terlalu kurang makan.

Kecuaian ini berpunca daripada mungkin daripada keluarga, daripada masyarakat dan akhirnya membentuk satu budaya dan diwarisi sehingga ke anak-anak. Masalah malpemakanan di kalangan kanak-kanak yang saya nyatakan ini di antara umur lima tahun pada tahun 2022 telah menyebabkan, yang menakutkan kita. Bantut 21.2 peratus. kurang berat badan 15.3 peratus, susut 11 peratus dan obes enam peratus.

Speaker, melalui Pelan Strategik Kebangsaan Mengurangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan dalam Kalangan Kanak-kanak anjuran KKM. Masalah malpemakanan ini perlu dinoktahkan segera bermula daripada kanak-kanak. Kita tak mahu kanak-kanak ini akan mewarisi tabiat yang tidak baik ini.

Pendekatan ‘war on sugar’ projek rintis malpemakanan di PPR Lembah Klang dan Agenda Nasional Malaysia Sihat adalah pendekatan yang baik yang akan dilaksanakan melalui Belanjawan 2025 ini untuk membantu meningkatkan kesihatan rakyat Malaysia.

draft • 4:56 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Sebenarnya, makanan yang segar dan sihat ini sebenarnya lebih mahal berbanding dengan makanan yang kurang sihat. Pulai mencadangkan kepada badan pihak-pihak swasta untuk menawarkan harga yang murah bagi makanan yang segar dan juga sihat ini.

Kerajaan seharusnya mengenakan cukai yang tinggi kepada makanan-makanan yang tidak sihat, lebih lemak, lebih manis, lebih masin walaupun lebih sedap. Pulai juga mencadangkan agar diberi satu insentif rahmah nutrisi kepada ibu-ibu mengandung dan ibu- ibu yang memberi susu badan mereka serta memberi makanan sihat kepada baby mereka dalam tempoh 1,000 hari pertama kelahiran. Sebab 1,000 hari ini, adalah hari-hari yang penting untuk pembangunan mental ataupun pemikiran anak-anak yang dilahirkan.

draft • 4:56 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Pulai juga menyokong usaha KKM untuk menyediakan Akta Pemakanan Malaysia yang akan dibentang pada tahun hadapan untuk membimbing rakyat untuk hidup lebih sihat, insya-Allah. Dalam pelan strategi ini juga, pada tahun — dijangka tahun 2030, restoran- restoran perlu ditutup pukul 12 malam. Jadi, waktu itu restoran mamak kena tutup dalam 12 malam. Boleh Jelutong ya? Sebab kita nak menjamin kehidupan rakyat yang lebih sihat pada waktu itu ya.

Yang kedua, saya ingin menyentuh berkenaan dengan Malaysia menua. Malaysia yang bakal menjadi negara menua ataupun aging society menjelang 2030, di mana penduduk berumur 60 tahun ke atas dijangka berjumlah 5.8 juta iaitu 15.3 peratus. Tahun 2023 sahaja, warga tua berjumlah 3.8 juta iaitu 11.3. Itu saya nak nasihatkan Ketereh tadi jangan marah, nanti cepat tua ya.

Kadar kesuburan negara pada tahun 2022 adalah 1.6 bagi setiap wanita berumur 15 sehingga 49 tahun, ketimbang kesuburan yang normal adalah 2.1. Maknanya, kesuburan ini kita dah jatuh dan jangka hayat rakyat Malaysia pada tahun 2023 adalah 74.8 tahun.

Bermakna Speaker, kalau kita dah umur 74 tahun, kena beringat sikit sebab itu adalah apa nama, umur purata, 74 tahun rakyat Malaysia ya. Jadi maknanya apa nama ini, hayat rakyat di Malaysia ini semakin panjang, tetapi kesuburan itu semakin menurun. Itulah menyebabkan kita berdepan dengan aging society ini ya.

Saya ingin — Pulai ingin jelaskan bahawa kesan negara menua ini adalah pengurangan tenaga kerja sebab dah tak kuat untuk bekerja. Beban kesihatan meningkat sebab warga emas ini berdepan dengan pelbagai penyakit. Pengurangan pertumbuhan ekonomi. Bila ia terjadi, akan menyebabkan masalah kepada ekonomi negara dan juga masalah kepada keluarga, masalah sosial dan akhirnya, perbelanjaan negara Speaker, akan meningkat kerana masalah aging society ini.

Pulai berpandangan kerajaan perlu memberi fokus kepada masalah ini dan perlu agenda yang komprehensif untuk menghadapi masalah ini. Belanjawan 2025 dirasakan gagal memberi fokus yang mencukupi terhadap penyediaan infrastructure dan pelaksanaan dasar untuk berdepan dengan masalah aging society ini.

Yang ketiga adalah berkenaan dengan insentif petugas kesihatan. Tekanan kerja dalam sektor kesihatan telah diberi perhatian dalam Belanjawan 2025, di mana elaun tugas

draft • 5:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

atas panggilan untuk pegawai perubatan dan pergigian telah dinaikkan daripada RM55 kepada RM65 Speaker. Langkah ini adalah satu pengiktirafan yang baik terhadap pengorbanan mereka.

Namun, ia masih belum mencukupi untuk menangani masalah lebih besar yang dihadapi oleh KKM, khususnya isu beban kerja berlebihan serta kadar pemberhentian kerja yang semakin membimbangkan. Nisbah doktor per 1,000 adalah 1.2, ketimbang yang dicadangkan oleh WHO, 1.5 hingga 2.5. Negara kita masih belum lagi mencapai bilangan doktor yang dicadangkan oleh WHO.

Juga, satu yang mengejutkan bahawa 60 peratus kakitangan kesihatan kita sudah keletihan, burnout dengan beban tugas yang mereka hadapi pada waktu ini. Beban kerja yang tinggi ini telah mengakibatkan ramai pegawai perubatan memilih untuk berhenti kerja atau mencari peluang di sektor swasta. Sebagai contoh, ini maklumat yang saya perolehi.

Sehingga Jun 2024, 70 orang kakitangan di hospital HSA, Johor Bahru telah meletakkan jawatan, sama ada mereka bekerja di swasta ataupun mereka menukar bidang mereka. Ini belum masuk lagi — sebahagian mereka bekerja di Singapura. Ini belum lagi apabila RTS itu siap, bila kemasukan ke Singapura lebih mudah, saya bimbang lebih ramai lagi yang akan berpindah ke Singapura untuk mendapat pekerjaan di bidang kesihatan di sana. Ini sangat membimbangkan.

Pulai mendesak kerajaan agar memperkenalkan pelaburan yang lebih besar dalam sumber manusia sektor kesihatan. Kita perlu menambah bilangan petugas kesihatan secara signifikan, di samping memperbaiki persekitaran kerja mereka agar lebih mampan dan lestari.

Kita juga harus mencontohi negara-negara maju yang memperuntukkan program sokongan mental dan fizikal bagi menangani tekanan yang dihadapi oleh pekerja kesihatan.

Langkah ini amat penting untuk menjaga kualiti perkhidmatan kesihatan awam dan memastikan pekerja kita dapat menjalankan tugas mereka dengan keupayaan yang terbaik.

Yang keempat, Pulai ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan penstrukturan komisen stesen minyak. Subsidi bersasar diesel telah menjimatkan RM4 bilion setahun.

Subsidi bersasar RON insya-Allah, bakal menjimatkan RM8 bilion. Perodua akan mengeluarkan kereta EV bawah RM100,000. RM10 juta peruntukan penggunaan motosikal elektrik CKD akan dilaksanakan. Gaji minimum telah dinaikkan RM1,700. Semua ini, polisi ini memang baik kepada rakyat negara kita ini.

Tetapi, Pulai ingin membawa satu suara barisan hadapan industri peruncitan bahan api di seluruh negara yang mempunyai 4,000 usahawan, 70 persen mereka adalah usahawan bumiputera, 45,000 pekerja dan saiz industri ini bersaiz RM50 bilion ke RM75 bilion setahun sedang berdepan dengan satu krisis yang serius.

Penyesaran subsidi diesel telah mengakibatkan kenaikan kos sekitar 12 hingga 34 peratus daripada komisen pengusaha, dengan anggaran kos sedia ada sekitar 80 peratus daripada komisen. Turun naik harga diesel akibat penyesaran subsidi telah menyebabkan kerugian, terutamanya penjual diesel yang bersubsidi melalui fleet card.

draft • 5:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Bagi penyesaran subsidi RON95 pula Speaker, diandaikan harga pam RM3 seliter, dianggarkan kenaikan kos sekitar 12 hingga 26 peratus daripada komisen pengusaha.

Dengan kos yang sedia ada, sekitar 70 persen daripada komisen, penyasaran subsidi RON95 akan mengakibatkan margin keuntungan ini terlalu nipis, terutamanya penjualan bersubsidi secara elektronik.

Maka itu, dicadangkan oleh persatuan-persatuan pengusaha stesen minyak adalah komisen sedia ada ini distrukturkan semula kepada 10 hingga 12 persen daripada harga jualan minyak berbanding yang sebelum ini tidak berasaskan kepada jualan harga minyak.

Pulai merasakan penstrukturan ini lebih bersifat progresif kerana tidak mengganggu turun naik harga minyak dan berpadanan dengan besarnya modal yang telah dikeluarkan.

Berkenaan dengan mekanisme penyesaran subsidi RON95, Pulai bersetuju dengan pandangan Ayer Hitam untuk mengenakan levi petrol kepada kenderaan T15. Semua rakyat Malaysia nanti bakal boleh mengisi minyak bersubsidi termasuk T15. Cuma bezanya, T15 ini kena perlu bayar levi petrol sahaja.

Penggunaan IC dirasakan tidak begitu praktikal kerana ia akan menyebabkan masalah teknikal dan melibatkan tambahan kos software, peralatan dan latihan, dan dia boleh menyebabkan kecelaruan di stesen minyak ini. Bayangkan, jika driver — pemandu kereta mewah yang dalam kumpulan B40, dia pergi ke stesen minyak tunjukkan IC dia, dia memperolehi minyak subsidi, tetapi kereta itu adalah kereta T15. Jadi, ini akan menyebabkan masalah yang sukar dilaksanakan di peringkat stesen minyak ini.

Yang kelima, saya nak menyentuh berkenaan dengan rumah strata kos rendah dan sederhana. Peruntukan hampir RM200 juta untuk selenggara rumah strata kos rendah dan sederhana. Terima kasih kepada Kerajaan Perpaduan yang telah merancang untuk memberikan RM200 juta ini. Pulai ada 14 kawasan perumahan strata kos rendah dan sederhana ini. Mohon peruntukan ini disalurkan ke taman-taman ini. Kita ada 14, Taman Cempaka, Kenanga, Melur, Bukit Mewah, Tampoi Indah, Tampoi Utama, Sri Indah, Camar, Pekaka, Simbang, Dataran Kempas, Desa Kempas, Seroja dan Baiduri.

draft • 5:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Ini banyaknya kawasan di kawasan Parlimen Pulai ini. Pulai pernah ditegur oleh Mr.

Subra daripada Bukit Mewah. Dia menyatakan bahawa dalam manifesto PRU yang ke-15 yang lepas, dijanjikan bahawa rumah-rumah yang tidak disenggarakan, tidak boleh diselenggarakan kerana ketidakcekapan ini ─ kerajaan ambil alih pentadbirannya.

Jadi, Pulai berpandangan sudah sampai masanya kerajaan menunaikan janji ini.

RM100 juta untuk memperkasakan komuniti PPR seluruh negara suatu yang sangat baik.

Pulai menyanjung usaha-usaha kerajaan ini memberikan RM100 juta untuk memperkasakan komuniti PPR seluruh negara.

Saya membawa suara sebahagian penduduk rumah strata kos rendah dan sederhana yang bermasalah. Komuniti mereka lemah, rumah mereka kecil, persekitaran mereka kusam, ramai yang telah berusia dan masalah mereka banyak. Mohon dipertimbangkan supaya mereka juga mendapatkan peruntukan sepertimana PPR perolehi.

draft • 5:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Begitu juga dengan COB. COB ini juga perlu diperkasakan untuk memastikan bahawa masalah-masalah yang berkaitan dengan perumahan ini dapat dilaksanakan.

Seterusnya, Pulai ingin juga menyentuh berkenaan dengan peluang pekerjaan anak tempatan di Zon Ekonomi Johor. Perlukan ada satu polisi yang jelas supaya anak tempatan di kawasan Johor Bahru ini akibat daripada pembinaan ataupun usaha zon ekonomi ini, supaya ditentukan anak tempatan untuk dapat bekerja dengan memperolehi gaji yang lebih baik, dengan skil yang lebih baik dan juga diiringi dengan latihan-latihan yang sepatutnya.

Terakhir sekali Speaker, saya minta sikit masa iaitu berkenaan dengan SRJK(T) Ladang Sembrong, di mana penduduk masyarakat India di Kempas, di Pulai ini memerlukan satu – sebuah sekolah di kawasan Pulai ini ataupun juga di Iskandar Puteri bersebelahan.

Tanah ─ terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor yang telah menganugerahkan tanah untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil). Sekarang kita mohon kepada Kerajaan Persekutuan, khususnya Kementerian Kewangan untuk menampung sebahagian daripada kos pembinaan SRJK(T) Ladang Sembrong di Taman Impian Emas, Skudai ini. Sekian, terima kasih.

draft • 5:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Sila Yang Berhormat Kubang Kerian.

draft • 5:10 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Yang di- Pertua kerana memberi kesempatan untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan pada petang ini.

Memulakan perbahasan, saya memetik suatu hadis Nabi SAW yang biasa kita dengar ya, dalam setiap kali khutbah Jumaat.

[Membaca sepotong hadis] “Ingatlah dalam tubuh manusia ada seketul daging. Baik daging ini atau seketul daging ini, baiklah seluruh tubuh manusia. Rosak seketul daging ini ialah akan rosaklah seluruh tubuh manusia. Seketul daging itu ialah hati.” Hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa manusia mempunyai dua elemen besar ─ fizikal dan spiritual. Ketentuan fizikal bergantung pada kekuatan spiritual. Maka saya lihat, bajet bukan hanya melihat aspek fizikal. Kerajaan juga mesti menumpukan memperkasakan agenda nilai spiritual di kalangan rakyat. Sebab apa pun yang kita hidangkan kepada rakyat, kalau sekiranya pembangunan spiritual yang tidak seimbang, dia akan melahirkan kepincangan yang akan akhirnya, akan menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat, negara dan sebagainya.

Sebagai contoh, saya ingin melahirkan kebimbangan terhadap berlakunya peningkatan kadar perceraian dalam negara kita. Jenayah yang melibatkan kanak-kanak.

Sebagai contoh, di tangan saya ini satu data yang telah dikeluarkan oleh DOSM tentang peningkatan jenayah yang melibatkan kanak-kanak sebanyak 26.5 peratus, berbanding tahun lepas ya, tahun 2022 hingga tahun 2023. Ini memerlukan satu penyitaan yang rapi,

draft • 5:12 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

termasuklah bahan-bahan pornografi yang dihidang kepada kanak-kanak meningkat 139.3 peratus.

Demikian juga yang melibatkan amang seksual dan sebagainya yang sebahagian besar berpunca daripada bahan pornografi daripada media sosial. Saya minta supaya kerajaan lebih tegas ya, mengawal perkara-perkara tersebut supaya kita boleh menjaga anak-anak kita generasi akan datang ini supaya mereka tidak berdepan dengan kerosakan jiwa, akhlak dan moral yang tidak menentu.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga menyentuh soal belanjawan kita pada kali ini.

Kita lihat ini belanjawan yang besar, RM421 bilion dengan anggaran hasil sebanyak RM340 bilion dan mengunjurkan KDNK sebanyak 4.5 hingga 5.5 peratus, ya. Dalam pembentangan, saya nampak kerajaan optimis terhadap pencapaian ini. Cuma, saya ingin melihat tentang perlu juga suatu mitigasi dibuat kerana soal ekonomi yang tidak menentu dalam situasi geopolitik yang ada hari ini.

Perang di Rusia-Ukraine belum selesai, tragedi yang berlaku di Timur Tengah sekarang merebak ke Lubnan, demikian juga perairan-perairan kita negara dan situasi perubahan-perubahan ini mendedahkan negara kepada situasi yang tidak menentu dalam jangka masa yang sangat singkat.

Sebagai contoh, satu masa dahulu kita mengkategorikan rakyat kita berdasarkan pendapatan kepada T20, M40 dan B40. Hari ini selepas tragedi yang berlaku kepada negara dan dunia – COVID-19, kita dapati para Menteri telah pun menyebut tentang angka daripada T20 dah turun T15. Persoalan saya, mana pergi lima peratus? Tentunya dia akan turun kepada M40, ya dan akan turun pada kategori B40.

Saya fikir ada satu perkara yang besar. Pertama sekali kita kena serius terhadap pengkategorian ini. Apakah mekanisme yang kita letakkan ya, kategori tersebut? Sebab belanjawan kita mengambil kira faktor kedudukan atau belanja pendapatan boleh guna di kalangan rakyat, ya. Kalau kita lihat dalam pandangan al-Quran, pandangan Islam, ada satu kategori lagi yang Allah Taala sebut dalam Al-Quran iaitu kategori fakir dan kategori miskin.

Dia asingkan dua ya.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Allah Taala ─ dia kategorikan fakir satu kumpulan. Miskin satu kumpulan.

Saya mencadangkan supaya ada satu kategori lagi diwujudkan iaitu kategori yang mungkin kita namakan sebagai kumpulan yang miskin tegar sebagai satu kumpulan. Sebab kerajaan dalam apa jua ya, perancangan ekonomi akan mengambil kira untuk menoktahkan miskin tegar. Tapi kalau kategorinya tidak ada, dia akan jadi rambang. Apa fokus untuk menyelesaikan masalah kategori miskin sebab mereka bukan miskin. Mereka miskin tegar.

Dalam konsep lain, panggil fakir. Kalau kita lihat dalam hadis Nabi Assalam, orang fakir ini dia boleh buat apa-apa sahaja, ya.

Nabi sebut - Nabi bagi amaran [Membaca sepotong ayat Al-Quran] ya, hampir- hampir orang fakir ini dia akan boleh bertindak apa sekali pun termasuk soal akidah, bunuh dan sebagainya sebab dia terdesak dalam hidup. Jadi saya fikir kita perlu melihat perkara ini, ya dan saya tengok dalam pembentangan Perdana Menteri ya, bila mengkategorikan sebagai

draft • 5:12 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

golongan maha kaya, saya lihat bahawa terlalu kecenderungan agak bias untuk menyerang golongan maha kaya. Saya bukan nak bela golongan maha kaya tetapi harus kita ingat sumbangan besar daripada negara, bahkan dalam pencapaian Wawasan 2020 satu masa dahulu, kita letakkan target pendapatan per kapita rakyat ini sebagai satu mekanisme.

Maknanya kerajaan mesti berusaha untuk meramaikan golongan yang kaya dan mengurangkan golongan miskin. Kalau kita lihat dalam hadis Nabi Assalam, Nabi sebut, [Membaca sepotong Hadis] Orang mukmin yang kuat. Kuat ekonomi, perpaduan, ketenteraan lebih dikasihi oleh Allah SWT daripada Muyalmah. Sebab itu saya jelaskan bahawa kalau sekiranya kita boleh mengukur dan meningkatkan ya, aspek golongan kaya dalam negara bukan menyerang mereka, ya.

Sebagai contoh, kerajaan bercadang untuk menghapuskan subsidi pendidikan kepada golongan yang dianggap maha kaya. Saya ─ Bagi saya, saya melihat pendidikan ini bukan komuniti. Ini tanggungjawab kerajaan tanpa mengira sebab dia aset negara, pelaburan negara pada masa depan kepada anak-anak rakyat kita tanpa mengira siapa mereka sekalipun. Sebab itu kalau boleh ya, perkara ini perlu dilihat kembali supaya aspek pendidikan bukan dilihat dalam konteks komuniti yang boleh kita asingkan, oleh kerana dia maha kaya.

Maka dia perlu tanggung ya, tapi dari satu aspek negara harus berterima kasih kepada mereka yang banyak menyumbang zakatnya, percukaiannya dan sumbangan- sumbangan yang lain kepada negara. Jadi, oleh kerana itu ya, ukuran mereka bukan hanya kepada apa yang mereka makan bukan ikan salmon dan avocado, ya. Kalau kita lihat pada makanan dia, saya rasa bajet ini kita boleh namakan bajet salmon dan avocado.

draft • 5:12 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, saya lihat satu lagi aspek yang besar dalam konteks ini ialah tentang bila kerajaan berusaha untuk meningkatkan gaji minima. Ramai di antara pembahas yang menyentuh soal ini tetapi saya nak lihat dalam konteks kesan segera ya. Bila kerajaan mengumumkan untuk meningkatkan gaji minima daripada RM1,500 ke RM1,700, saya fikir satu kajian perlu dibuat. Bila kita naikkan daripada RM1,200 ke RM1,500, banyak mereka yang sangat terkesan.

Sekarang kita umum daripada RM1,500 akan naik ke RM1,700 gaji minima. Ramai di antara usahawan-usahawan kita yang tidak mampu menggaji pekerja-pekerja dengan gaji minima. Sebagai contoh, bila diumumkan gaji minima kesan langsung yang berlaku sebagai contohnya ialah pusat asuhan kanak-kanak telah mengumumkan akan meningkatkan yuran kepada 20 hingga 25 peratus bagi menampung gaji kepada pekerja dia.

Bermakna ibu bapa yang hantar anak di ke pusat asuhan terpaksa menanggung peningkatan kos. Seorang anak mungkin RM500 ke RM600, kalau dua orang anak RM1,200.

Bayangkan kalau anak-anak dua tiga yang lain maknanya kos yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan akibat kita meletakkan RM1,700 gaji minima. Saya menyokong hasrat untuk supaya rakyat kita dapat tetapi kesan― harus dilihat kesan kenaikan gaji minima ini.

Sama juga bila kita lihat tentang usaha untuk mengurangkan penghapusan subsidi petrol. Sahabat-sahabat saya ramai yang bangkitkan isu ini. Mungkin penyelesaian dalam

draft • 5:20 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

konteks ini ialah kepada penggunaan pengangkutan awam. Isu besar yang kita hadapi pada masa ini ialah sistem pengangkutan awam kita yang tidak begitu sempurna atau yang boleh mengecewakan kita semua. Sebagai contoh, kita perlukan satu pelan holistik. Kerajaan belanja bilion untuk menyiapkan fasiliti pengangkutan awam tetapi kalau kita tengok siapa yang ambil manfaat dengan subsidi pengangkutan awam.

Tuan-tuan boleh tengok sama ada MRT kah, LRT kah atau apa kenderaan maknanya dia masih lagi gagal untuk menarik pengguna untuk menggunakan pengangkutan awam.

Justeru itu, saya sekali lagi ingin menggesa kerajaan untuk terus memberi tumpuan dalam menambah baik sistem pengangkutan awam negara supaya ia menjadi alternatif kepada rakyat supaya dapat mengurangkan bila kita naikkan kos petrol dan sebagainya dia akan dapat mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian.

Seperkara lagi yang saya rasa juga perlu saya sentuh ialah soal kerajaan tidak apungkan sistem diesel mengikut harga pasaran antarabangsa. Timbul masalah berapa harga diesel hari ini? Kalau tengok data yang ada, hari ini satu tong diesel dengan harga lebih kurang USD99.23 ataupun RM371.47. Bermakna 1 liter ialah RM2.62 satu liter tetapi rakyat bayar RM3.16 satu liter. Bermakna setiap liter harga diesel tidak mengikut apungan sebenar. Bermakna rakyat menanggung sekurang-kurang 0.54 sen lebihan bayaran berdasarkan harga apungan diesel di peringkat antarabangsa.

Jadi saya fikir perkara ini kalau ini yang terjadi bermakna satu hari kalau kita ikut DOSM punya laporan dan penggunaan diesel sebanyak 22.2 juta liter sehari bermakna satu hari kerajaan mendapat lebihan sebanyak RM11.98 juta sehari dan ini menyebabkan rakyat terpaksa menanggung dengan pelbagai kos-kos yang lain yang bertambah.

Seperkara lagi yang saya hendak sebut dengan masa yang ada ialah isu perubahan iklim dan tebatan dan risiko. Negara kita sedang berdepan dengan risiko yang agak serius isu banjir yang tidak menentu dan minggu lepas pun kita sendiri pun berdepan dengan masalah. Sidang Parlimen terpaksa dilewatkan kerana banjir dan banyak kali berlaku banjir.

Saya lihat bahawa hari ini pada bulan Oktober, Perdana Menteri Belanda datang ke Malaysia dan Belanda telah pun bersetuju untuk menghantar pakar dia bagi melihat tentang mekanisme penggunaan ataupun penyelesaian isu tebatan banjir dalam konteks negara walaupun berbeza geografi.

Belanda 60 peratus negaranya bawah paras laut dan dia telah menghabiskan satu jumlah yang sangat besar dengan buat pinjaman. Poin saya ialah, kerajaan tak boleh berdasarkan peruntukan sedia ada mengikut Rancangan Malaysia Pertama, Kedua dan sebagainya. Rancangan Malaysia Kedua belas dengan hanya memperuntukkan lebih kurang dalam RM2 atau RM3 bilion tetapi diperlukan satu dana yang besar one-off yang boleh menyelesaikan secara total tebatan banjir.

Kalau kita bagi sedikit demi sedikit, dia tidak akan menyelesaikan masalah. Sebagai contoh dalam laporan ini kerajaan mengemukakan beberapa projek tebatan banjir.

Sebahagian besar bila saya buat semakan terhadap apa yang kerajaan umumkan dalam Bajet 2025 dia hanya mengulang benda yang pernah diumumkan sebelum ini. Daripada 12

draft • 5:20 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

rancangan tebatan banjir yang diumumkan dalam belanjawan kali ini yang bernilai RM3 bilion, projek seperti RTB Sungai Damansara, Selangor; RTB Sungai Teriang di Pahang merupakan projek yang sedia ada yang dikitar semula, diumumkan semula.

RTB Sungai Damansara seperti diumumkan dalam web JPS Selangor telah pun bermula pada 13 September 2023 dan akan siap dalam masa dua tahun. RTB Sungai Teriang kalau kita lihat dalam pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang bahawa projek ini telah pun masuk pada Rolling Plan Ketiga dalam RMKe-12.

Bermakna dia benda itu sudah dilaksanakan sebelum ini tiba-tiba diumum dalam bajet yang 2025. Saya fikir perlu ada semakan semula terhadap apa yang kita umum supaya isu-isu masalah banjir dapat kita atasi.

Akhir sekali saya ingin juga menyentuh soal tentang penggunaan isu bekalan air. Isu bekalan air ini ialah banyak negeri kita berdepan dengan isu NRW dalam agak tinggi dalam ucapan yang telah dijawab oleh menteri. Bagi saya Kerajaan Persekutuan perlu menyediakan satu dana khas lah sebab kalau kita serah kepada operator negeri mereka tidak mampu sebab kos yang sangat besar. Untuk penggantian paip dalam tempoh 40 tahun, paip-paip ini semua terpaksa diganti tempoh hayat dia dan kosnya setiap negeri tak kurang daripada RM2 ke RM3 bilion dan tak mungkin negeri mampu.

Lantaran itu, saya mencadangkan suatu tabungan atau dana khas diperuntukkan lebih awal supaya proses penukaran paip dapat dilakukan dan kita berjaya mengurangkan isu NRW, termasuk juga loji rawatan air. Yang ada hari ini, banyak loji rawatan air di pulau- pulau dibuat di tanah besar, tidak di pulau. Implikasinya bila berlaku kebocoran bawah laut sebagaimana yang sedang berlaku di Kedah sekarang ke Langkawi menyebabkan kadar NRW sangat tinggi. Saya mencadangkan semua loji rawatan air hendaklah dibuat di pulau.

Kita hantar air yang air mentah supaya dirawat di pulau supaya kalau berlaku kebocoran sekalipun dia tidak akan meningkatkan kos kita.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sudahi dengan memetik satu hadis Nabi SAW, sabda Nabi...

[Membaca sepotong hadis] “Tidak ada iman bagi orang yang tidak ada sifat amanah dan tidak ada agama bagi orang yang tidak boleh memegang janji”. Mudah- mudahan kita dipelihara oleh Allah Taala, negara kita menjadi sebuah negara yang dipelihara Allah, Baldatun Thoiyibatun Warabbun Ghafur. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[Tepuk]

draft • 5:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Sila, Yang Berhormat Jelutong.

draft • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tuan Speaker di atas peluang diberikan. Saya ingin memulakan perbahasan saya dengan memetik satu ayat daripada Thirukkural yang berbunyi seperti berikut... [Membaca sepotong ayat dalam bahasa Tamil] Saya ulangi*...

[Membaca sepotong ayat dalam bahasa Tamil]* Yang bermaksud, “Seseorang itu boleh menang dalam sesuatu tanggungjawab dan amanah yang diberikan malahan dalam sesuatu peperangan sekiranya beliau merendahkan diri dan memberikan

draft • 5:28 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

perkhidmatan yang terbaik sehinggalah pihak lawan juga akan terpegun dan terpengaruh dengan cara kita merendahkan diri dan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat umum”.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas pembentangan belanjawan pada hari Jumaat yang lalu dalam keadaan ekonomi negara kita yang semakin mencabar. Saya amat kagum dengan iltizam dan kesungguhan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang masih tidak mahu mengambil gaji sebagai Perdana Menteri untuk tiga tahun berturut-turut demi agenda beliau mereformasikan dan memartabatkan ekonomi, kewangan dan masa depan negara kita.

draft • 5:28 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Di kesempatan ini, sebagai Ahli Parlimen dari Pulau Pinang, saya pertamanya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah mengumumkan projek-projek yang memberi manfaat kepada rakyat. Di antaranya adalah projek lebuh raya bertingkat (elevated highway) dari Sungai Dua ke Juru di Pulau Pinang bagi mengurangkan kesesakan jalan raya pada waktu puncak.

Saya juga amat berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas pengumuman permulaan projek LRT (light rail transit) di Pulau Pinang, projek naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan projek pembekalan air mentah dan air terawat dari Sungai Perak, Perak ke Pulau Pinang. Saya juga amat berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas pelaksanaan projek-projek ini yang sekian lama dan amat diperlukan oleh rakyat Pulau Pinang.

Pada masa yang sama, saya juga ingin memperingati kerajaan mengenai tanggungjawab kerajaan seperti yang telah dijanjikan semasa pilihan raya kecil di Sungai Bakap. Janji yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri I, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, di mana semasa kempen pilihan raya kecil itu, kerajaan telah menjanjikan untuk memulakan dan menyempurnakan projek pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Bakap yang telah sekian lama tergendala.

Timbalan Speaker yang saya hormati, saya juga mengambil kesempatan ini sebagai tanda penghormatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga kepada Yang Berhormat Damansara yang ada di sini, yang selalu meluangkan masa untuk berjumpa dengan wakil-wakil rakyat, Ahli Parlimen berbangsa India dari semasa ke semasa untuk mengetahui dengan lebih mendalam masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat India pada masa sekarang, dan juga mengumumkan dari semasa ke semasa langkah-langkah kerajaan untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.

Pada masa yang sama, saya ingin mengulangi permintaan Yang Berhormat Bagan, mantan Menteri Kewangan, mantan Ketua Menteri Pulau Pinang yang merupakan bekas Menteri Kewangan yang telah menyarankan supaya peruntukan untuk mengatasi masalah sosioekonomi kaum India dinaikkan ke jumlah RM200 juta.

draft • 5:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sebagai bekas Menteri Kewangan, saya percaya beliau memahami keadaan sosioekonomi kaum India yang makin mencabar. Pada masa yang sama, saya juga menerima permintaan dari pelbagai pertubuhan yang mewakili orang-orang India yang menyeru kerajaan menaikkan peruntukan untuk kaum India ini dari RM130 juta ke jumlah yang lebih baik.

Terkini, Timbalan Speaker, dalam Malaysiakini dilaporkan seorang wakil Malaysian Indian People’s Party telah meminta kerajaan mempertimbangkan jumlah RM500 juta untuk dipertimbangkan untuk diagihkan bagi mengatasi masalah sosioekonomi kaum India. Saya di sini cuma ingin memohon. Saya percaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang merupakan seorang yang berjiwa rakyat, yang selalu memberi perhatian kepada masalah rakyat Malaysia dari pelbagai kaum akan memberi perhatian kepada permintaan ini.

Saya sebagai penyokong tegar PMX ingin menggunakan kesempatan ini untuk merayu kepada beliau untuk mempertimbangkan meningkatkan lagi peruntukan untuk mengatasi masalah sosioekonomi rakyat India daripada RM130 juta ke RM200 juta seperti yang diminta oleh Yang Berhormat Bagan, kerana saya fikir bahawa ini adalah perkara yang perlu kita memberi perhatian.

Pada masa yang sama, sebagai Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang, pertama kalinya kita menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan ketika Yang Berhormat Bagan menjadi Menteri Kewangan, iaitu RM700,000 telah diberikan. Saya ingin juga memohon pada kesempatan ini, kalau boleh permintaan saya sebagai Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang dipertimbangkan dan jumlah sebanyak RM700,000 juga diagihkan kepada Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang untuk digunakan bagi menyelenggara kuil-kuil dan juga memberi bantuan-bantuan kebajikan kepada orang-orang berkaum Hindu di Pulau Pinang.

Timbalan Speaker yang saya hormati, saya juga menggunakan kesempatan ini untuk mengalu-alukan kehadiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam sambutan Thaipusam tahun depan kerana sambutan Thaipusam di Pulau Pinang merupakan satu sambutan yang begitu besar.

Yang Berhormat Damansara tahu. Beliau juga berasal dari Pulau Pinang. Di mana, kita merasakan bahawa dengan kehadiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam sambutan Thaipusam, sambutan itu akan menjadi lebih meriah dan beliau akan memahami juga keadaan dan masalah sosioekonomi yang dihadapi oleh rakyat Pulau Pinang terutamanya rakyat kaum Hindu berbangsa India di Pulau Pinang.

Saya juga mengalu-alukan pengumuman yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai peruntukan untuk menguruskan perkampungan Orang Asli dan kampung baru Cina. Cuma, saya ingin tanya, bagaimana pula dengan peruntukan penyelenggaraan untuk kampung-kampung orang India? Kenapa tidak ada sebarang peruntukan? Bolehkah saya menggunakan peluang ini juga untuk merayu kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mempertimbangkan penyelenggaraan dana penyelenggaraan untuk kampung-kampung orang India? Kerana di Malaysia, ada banyak

draft • 5:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

lagi kampung-kampung orang India termasuk juga di beberapa kawasan di Pulau Pinang, Selangor, Johor dan Negeri Sembilan.

Di kesempatan ini, saya juga ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kalau boleh mengagihkan peruntukan untuk asrama. Kerana saya lihat bahawa pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi masalah-masalah kebajikan begitu baik di mana pemberian bantuan kebajikan kepada warga emas dan kanak-kanak telah dipertingkatkan.

Saya difahamkan bahawa Ramakrishna Ashrama yang berada di Jelutong, Pulau Pinang sejak kebelakangan ini tidak menerima sebarang peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan yang dahulunya diterima oleh mereka. Dalam kesempatan ini, saya sebagai Ahli Parlimen daripada Pulau Pinang juga ingin merayu kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mempertimbangkan pemberian peruntukan untuk Ramakrishna Ashrama di Pulau Pinang yang selalunya menerima bantuan daripada Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, adik ataupun abang kepada Yang Berhormat Damansara, Yang Berhormat Jagdeep Singh Deo yang juga merupakan ADUN Datuk Keramat dan juga Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, di samping saya yang memberi bantuan dari semasa ke semasa.

Permintaan saya adalah, sekiranya mereka menerima bantuan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan tiap-tiap tahun, ia akan mengurangkan beban yang dihadapi oleh mereka di mana mereka sekarang mempunyai sekurang-kurangnya 52 anak-anak yatim piatu yang tinggal di asrama tersebut.

Dato’ Speaker, di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana saya melihat kesungguhan kerajaan untuk memerangi gejala rasuah yang makin parah di negara kita. Kerajaan telah memperuntukkan jumlah sebanyak RM338 juta.

Namun demikian, saya ingin membawa kepada perhatian Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kesungguhan beliau untuk memerangi rasuah di negara kita mungkin tergendala kerana ada unsur-unsur dalam SPRM yang boleh menyalahgunakan kuasa sehinggakan ada beberapa kes tertentu sahaja disiasat dan dituduh.

Saya menggunakan contoh. Baru-baru ini, kita digegarkan dengan berita mengenai rasuah yang melibatkan penyalahgunaan dana yang melibatkan HRD Corp (Human Resource Corporation) di mana Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2024 telah membongkarkan bahawa ada skandal yang melibatkan pemberian geran latihan berjumlah RM51.6 juta di mana jumlah ini telah diberikan kepada hanya 3,726 individu sahaja.

Saya juga difahamkan bahawa ada kehilangan dana sebanyak RM49.38 million pelaburan, kehilangan pelaburan bernilai RM3.73 bilion, termasuklah pembelian Menara Ikhlas untuk jumlah RM202 million. Kita juga mendengar bahawa pegawai eksekutif telah diminta untuk bercuti. Saya sekarang mendengar cerita yang amat membimbangkan kononnya beliau telah diminta untuk kembali bertugas.

draft • 5:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Apa yang berlaku? Kita telah membahaskan perkara ini di Parlimen. Kita telah minta supaya tindakan diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat. SPRM telah melakukan serbuan ke HRD Corp. Tiba-tiba, pegawai yang terlibat diminta untuk kembali bertugas.

draft • 5:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya mohon penjelasan daripada Menteri yang berkenaan. Saya juga menyokong tindakan diambil dengan tegas ke atas mana-mana ahli politik yang menyogok dan menyimpan duit di rumah yang dikenali sebagai safehouse. Baru-baru ini kita mendengar seorang ahli politik yang terkenal telah menyogok sebanyak RM5 juta wang dan wang ini telah disita oleh SPRM.

Di sini saya juga menyeru supaya tindakan tegas diambil ke atas semua individu yang terlibat dalam skandal 1BestariNet (1BN) di mana jumlah skandal yang dikatakan terlibat adalah lebih kurang bernilai RM4 bilion. Umum mengetahui bahawa kontrak ini yang melibatkan 1BestariNet telah dianugerahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kepada YTL Communications pada tahun 2011 ketika Yang Berhormat Pagoh menjadi Menteri Pelajaran. Saya mohon perkara ini juga disiasat.

Pada kesempatan ini Timbalan Speaker, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk menegur kerajaan dengan cadangan untuk menggubal dan membentangkan rang undang-undang tahanan di rumah (house arrest). Timbalan Speaker, ada desas desus atau bisikan orang ramai bahawa rang undang-undang akta tahanan rumah ini sedang digubal untuk banduan-banduan tertentu.

Saya tidak mahu menyatakan nama tetapi nama Najib Tun Razak diulang beberapa kali. Saya sebagai backbencher hanya ingin menyeru kerajaan supaya waspada dengan cadangan rang undang-undang atau akta tahanan rumah ini kerana rang undang-undang akta tahanan rumah ini sudah memulakan banyak polemik di luar sana.

Kalau kerajaan ingin mengambil pendekatan bahawa hanya orang-orang tertentu sahaja yang layak ditahan di rumah, perkara ini perlu dijelaskan dengan lebih teliti dan jelas mengenai siapa yang layak untuk ditahan atau menjalani tempoh pemenjaraan di rumah kerana kita tidak mahu perbezaan di antara dua darjat berlaku di negara kita lagi.

Dalam konteks ini juga, saya tidak melihat apakah perbezaannya kerana dalam satu bab, kerajaan menggunakan Akta SOSMA untuk menahan 58 individu yang disyaki terlibat dalam Global Ikhwan Services dan Business Holdings Sendirian Berhad. Saya merasakan bahawa ia adalah salah untuk menggunakan SOSMA. Saya telah menentang SOSMA daripada dulu lagi.

Apabila Ahli-ahli Parlimen, ADUN-ADUN daripada DAP ditahan di bawah SOSMA, this is a draconian law, Timbalan Speaker. Saya sebagai peguam menyatakan tentangan saya. Saya ingin menentang kepada penggunaan SOSMA ke atas semua individu yang terlibat dalam kes Global Ikhwan Services dan Business Holdings Sendirian Berhad. Kalau ada keterangan, tuduh mereka di mahkamah. Jangan gunakan SOSMA kerana undang- undang itu adalah undang-undang yang zalim.

draft • 5:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Akhir sekali sebelum saya mengundur diri. Mungkin saya adalah satu sahaja Ahli Parlimen yang berbincang tentang perkara ini. Baru-baru ini, saya sebagai seorang pencinta haiwan ingin dengan segala hormatnya dan penuh takzim, Timbalan Speaker, menyeru dan merayu kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memberi peruntukan khas kepada Jabatan Veterinar di seluruh Malaysia untuk menjaga kebajikan haiwan-haiwan terbiar seperti anjing dan kucing.

Baru-baru ini telah tular dalam media sosial, terutamanya aplikasi TikTok. Kejadian yang amat menyayat hati dan memilukan yang menimpa seekor anjing terbiar bernama Kopi yang ditembak mati oleh kakitangan Majlis Daerah Besut di negeri Terengganu tetapi kebaikannya adalah saya melihat masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum tak kira Melayu, India, Cina, semua lapisan masyarakat bersama-sama membantah kepada perkara ini yang begitu zalim.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Kejadian ini telah mendatangkan kemarahan netizen dan orang awam di mana kita lihat bahawa semua lapisan masyarakat daripada pelbagai kaum membantah dan memprotes dengan sekeras-kerasnya tindakan kakitangan Majlis Daerah Besut yang rakus dan tidak berperikemanusiaan.

Walaupun dalam belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak ada sebarang pengumuman khusus mengenai pemeliharaan kebajikan haiwan terbiar, selepas kejadian yang menimpa anjing Kopi, saya berharap Kerajaan Persekutuan akan menunjukkan satu iltizam untuk menjaga, memelihara haiwan- haiwan terbiar seperti anjing dan kucing kerana sesuatu negara akan dinilai di persada dunia dengan cara bagaimana kita menilai haiwan-haiwan terbiar.

Timbalan Speaker, dalam kesempatan yang diberikan, akhir sekali saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua kakitangan Polis Diraja Malaysia di Balai Polis Jelutong, di IPD Timur Laut. Anggota-anggota bomba di Jalan Perak, kakitangan kesihatan Malaysia di Klinik Jalan Perak dan menyatakan bahawa semua peruntukan yang diagihkan saya berharap akan sampai ke mereka bagi tujuan kita meningkatkan lagi perkhidmatan kepada rakyat. Terima kasih Timbalan Speaker di atas peluang yang diberikan.

draft • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya jemput Yang Berhormat Labuan.

draft • 5:40 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

*Bismilllahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Puan Timbalan Speaker kerana memberikan saya kesempatan untuk turut serta dalam perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2025, yang mana merupakan bahagian terakhir di bawah

draft • 5:45 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Rancangan Malaysia Kedua Belas. Pertama sekali tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas pembentangan Belanjawan 2025 yang sangat bertepatan dengan konsep dan kerangka Madani yang diamalkan.

Apa yang sangat ketara dalam Belanjawan 2025 ini ialah pendirian kukuh kerajaan terhadap tanggungjawab fiskal. Menekankan penghapusan, pembaziran, ketirisan dan rasuah, menandakan penyimpangan daripada dasar tidak stabil pentadbiran terdahulu.

Selain itu, bajet ini juga meletakkan asas bagi kestabilan ekonomi jangka panjang, memupuk kredibiliti dalam pasaran antarabangsa dan menarik pelaburan langsung (FDI).

Inisiatif seperti rasionalisasi subsidi yang bermula dengan pembaharuan utiliti dan diesel dan langkah meningkatkan pendapatan termasuk pencen perkhidmatan awam dan program bantuan yang disasarkan menetapkan asas yang menjanjikan pembaharuan masa depan. Tanpa projek mega, bantuan kepada rakyat ditingkatkan, deretan projek infrastruktur yang bermanfaat buat golongan terbanyak, saya percaya ini harus menjadi kayu pengukur yang baik untuk diteladani dalam menguruskan perbelanjaan negara secara berhemah.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh perihal berkenaan pelaksanaan Dasar Gaji Progresif. Saya sedia maklum dengan jawapan daripada Timbalan Menteri KESUMA baru-baru ini bahawa projek rintis Dasar Gaji Progresif yang dilaksanakan mula Jun hingga Ogos 2024 telah berjaya menarik seramai 1,892 majikan untuk membuka akaun dan 776 ataupun 78 peratus majikan telah memohon untuk menyertai projek rintis DGP ini.

Saya kira ini satu angka yang baik berbanding sasaran awal DGP iaitu penyertaan 1,000 majikan daripada lima sektor tertentu. Dengan pengumuman DGP akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada tahun hadapan, ianya akan melengkapi dasar sedia ada seperti Dasar Gaji Minimum dan sistem upah yang dikaitkan dengan produktiviti demi mencapai pengagihan pendapatan yang lebih seimbang. Dengan mengambil kira peruntukan RM200 juta bagi penguatkuasaan DGP ini, sejauh manakah kemampuan DGP ini boleh dipadankan dengan nilai peruntukan tersebut?

Apakah perancangan kerajaan dalam menguruskan cabaran ketidakpastian pascaprojek rintis DGP ini kelak. Malah dalam satu laporan media pada Ogos lalu juga memaklumkan kerajaan mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh projek perintis DGP ini dari 12 bulan ke 24 bulan. Apakah Jemaah Kabinet telah memutuskan pemanjangan tempoh ini atau hanya akan diumumkan setelah selesai 12 bulan pertama projek perintis DGP tersebut? Saya mohon dijelaskan.

Saya menyambut baik inisiatif murni kerajaan dalam melaksanakan inisiatif pendapatan rakyat, ringkaskan IPR, sebagai strategi serampang dua mata untuk menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40 serta pada masa yang sama, berusaha menyelesaikan masalah ekonomi harian. Setelah hampir satu tahun lebih pelaksanaannya, saya kira telah banyak kisah-kisah kejayaan yang berjaya diukir hasil keberkesanan IPR ini dalam menjana pendapatan secara tetap kepada golongan yang kurang berkemampuan.

draft • 5:45 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Malah, seperti yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapannya, ada peserta yang telah berjaya meraih jualan purata sehingga mencecah RM14,000 sebulan. Namun begitu, setelah mengamati bait-bait yang terkandung di dalam Belanjawan 2025 ini, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kementerian. Apakah justifikasi pengurangan peruntukan bagi tujuan IPR ini kepada RM250 juta untuk tahun 2025, berbanding jumlah RM500 juta yang disediakan untuk tahun 2024?

Apakah kementerian melihat pengurangan nilai ini bakal memberi impak terhadap penyertaan peserta IPR pada tahun hadapan? Saya yakin sangat ramai rakyat di bawah yang sangat berminat untuk menyertai inisiatif yang amat bermanfaat ini. Apakah bentuk penambahbaikan terhadap pelaksanaan IPR ini yang sedang dirangka oleh kementerian?

Apakah kementerian juga menyasarkan kepelbagaian jenis produk berdasarkan lokaliti dan keperluan masyarakat setempat?

Puan Yang di-Pertua, dalam pembentangan belanjawan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada menyebut tentang pemasangan 150 kamera litar tertutup berdefinisi tinggi dan 45 butang cemas akan dipasang di Putrajaya dan Labuan dengan anggaran kos RM11 juta. Saya sebenarnya kurang bersetuju dengan kelulusan cadangan pemasangan tersebut.

Inisiatif ini sangat bagus tetapi dengan mengambil kira kadar jenayah di Labuan yang agak rendah dan keselamatan awam tidak penah menjadi isu di Labuan. Saya berpandangan adalah lebih baik sekiranya peruntukan bagi CCTV ini dialihkan sebagai sebahagian untuk penambahbaikan IPD Polis Diraja Malaysia Labuan yang lebih memerlukan. Saya mohon untuk kerajaan mempertimbangkan semula cadangan CCTV ini.

Sebelum ini, saya telah dimaklumkan oleh Polis Sabah dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya Labuan tentang perancangan bagi menaik taraf Ibu Pejabat Polis Daerah Labuan yang dianggarkan melibatkan peruntukan sehingga RM9 juta, merangkumi semua balai yang terdapat di Labuan jauh lebih baik dari peruntukan CCTV terbabit yang dianggarkan sebanyak RM11 juta. Saya juga turut difahamkan bagi naik taraf Balai Polis Labuan, ia telah dimohon untuk dimasukkan ke dalam rancangan pembangunan untuk pelaksanaan. Pertanyaan saya ialah apakah status terkini permohonan pembinaan IPD Labuan ini?

Puan Timbalan Speaker, saya juga ingin menyentuh mengenai kedudukan Labuan sebagai Pulau Bebas Cukai sejak tahun 1956. Labuan telah pun digazetkan sebagai sebuah Pulau Bebas Cukai di mana rokok, minuman keras dan kereta dikecualikan dari cukai dan menjadi salah satu tarikan untuk pelancong berkunjung serta berbelanja di Labuan.

Namun, apabila cukai dikenakan terhadap barangan tertentu seperti rokok dan tembakau sejak Januari 2021, ianya menghakis daya tarikan Labuan. Justeru, saya ingin memohon kepada kerajaan untuk mengembalikan semula status Labuan sebagai Pulau Bebas Cukai sepenuhnya bagi membantu merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan yang lebih baik.

draft • 5:50 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Dengan pengiktirafan terbaru kerajaan terhadap Forest City sebagai kawasan bebas cukai terbaru, saya mohon untuk kerajaan berlaku adil dengan apa jua keistimewaan yang dinikmati Forest City Duty Free hendaklah juga disamaratakan kepada Pulau Bebas Cukai sedia ada seperti Labuan, Langkawi, Pangkor dan Pulau Tioman.

Puan Timbalan Speaker, saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan juga Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, merangkap pendaftar Pertumbuhan Persatuan Nelayan Labuan kerana telah meluluskan pendaftaran Persatuan Nelayan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan pada hari ini, 23 Oktober 2024.

Kelulusan ini sangat bersejarah kerana Labuan telah menjadi Wilayah Persekutuan sejak 40 tahun yang lalu dan baru hari ini nasib warga nelayan agak jauh lebih terjamin berbanding sebelumnya. Sekali lagi, terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Ketua Pengarah LKIM.

Saya juga ingin meminta supaya kerajaan mengkaji semula Akta 44, Akta Persatuan Nelayan 1971, yang mana pada hikmah saya, akta tersebut sudah pun outdated dan tidak relevan dengan keperluan nelayan semasa. Saya dapati kali terakhir akta ini dipinda ialah pada Januari 2008 dan selepas itu, tidak ada sebarang pindaan dibuat. Justeru itu, kajian secara komprehensif dan holistik ke atas Akta Persatuan Nelayan 1971 harus dilakukan demi untuk memastikan ianya benar-benar menepati keperluan dan kebajikan warga nelayan di Malaysia.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan kerana telah menaikkan kadar bantuan perumahan kepada warga nelayan daripada RM68,000 minimum kepada RM84,000 minimum dan RM90,000 maksimum dengan keluasan baru minimum 700 kaki persegi dan maksimum RM750 kaki persegi.

Walau bagaimanapun, saya agak terkilan bila mendapat maklumat bahawa pada tahun 2021, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui LKIM telah memberikan peruntukan sebanyak RM17 juta bagi maksud Program Penempatan Semula Nelayan di tapak Kampung Belukut, Labuan kepada Perbadanan Labuan. Peruntukan tersebut adalah hanya untuk tujuan pembinaan rumah bagi nelayan, manakala penyediaan tapak dan infrastruktur berkaitan adalah di bawah kerajaan negeri.

Dalam konteks Labuan, kerajaan negeri bolehlah dirujuk kepada Perbadanan Labuan. Jabatan Ketua Pengarah dan Galian Persekutuan setelah meluluskan seluas 40 ekar bagi maksud melaksanakan PSN tersebut. Walau bagaimanapun, sehingga ke hari ini Perbadanan Labuan selaku agensi pelaksana gagal melaksanakan projek tersebut dengan alasan mereka perlu menggunakan jumlah rumah yang dibangunkan daripada 100 unit ke 50 unit, di mana sebahagian daripada peruntukan tersebut akan digunakan untuk kerja-kerja penyediaan tapak dan infrastruktur. Maka, ini sekali gus mengurangkan jumlah rumah yang sepatutnya dibina untuk nelayan di Labuan.

Ini memberi kesan kepada komuniti nelayan di Labuan dan soalan saya ialah apakah pandangan kerajaan terhadap isu kegagalan ini dan sejauh mana pemantauan kerajaan

draft • 5:50 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

terhadap status pelaksanaan PSN oleh Perbadanan Labuan ini? Bagaimana juga kerajaan dapat membantu memastikan segala projek perumahan di bawah PSN dapat diselesaikan dengan tempoh masa yang lebih baik dan adakah terdapat penambahan jumlah nelayan di Labuan yang bakal menerima rumah di bawah PSN ini bagi tahun 2025?

Akhir sekali, saya juga ingin memberikan cadangan untuk menaik taraf status UMS Kampus Antarabangsa Labuan sebagai universiti penuh dengan nama baru Labuan International University dengan fokus menyasarkan 40 peratus enrolmen dari pelajar-pelajar antarabangsa seperti dari negara China, Filipina dan juga Kalimantan Indonesia.

Labuan International University ini juga boleh dicadangkan diwujudkan kerjasama strategik bersama dengan rakan universiti sedia ada seperti London University, Monarch ataupun RMIT di Australia dan juga mungkin universiti-universiti terkemuka dari Amerika Syarikat. Dengan penaiktarafan status universiti, secara tidak langsung ia mampu menjadikan Labuan sebagai pemangkin ke arah salah satu destinasi educational tourism dan membugarkan ekonomi setempat Labuan. Saya mohon pandangan Kementerian Pendidikan Tinggi berkaitan cadangan ini.

Saya juga ingin turut mendapatkan perhatian kementerian mengenai sejauh manakah kementerian mempertimbangan pembinaan hospital baru di Labuan dan apakah status terbaru projek pembinaan kuarters petugas kesihatan Labuan yang bernilai RM24 juta yang dianggap sebagai projek sakit, yang sebelum ini sedang menjalani kajian semula secara menyeluruh sebelum ditender?

draft • 5:50 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Dengan ini saya ingin menutup ucapan perbahasan saya dengan serangkap pantun, Berdiri Labuan di Dewan ini, Menyampai resah dan rintih rakyat, Mohon jasa PMX yang berbudi, Salurkan peruntukan demi manfaat. Sekian, terima kasih. Dengan ini Labuan menyokong.

draft • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Labuan. Saya jemput Yang Berhormat Kinabatangan.

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama saya ingin merakamkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan sebab telah mempertingkatkan pemberian interim kepada negeri Sabah sebanyak RM600 juta. Dalam masa yang sama masih ramai juga rakyat meminta saya untuk bertanya kepada kerajaan sejauh mana interim ini boleh dimanfaatkan oleh kedua-duanya yang berkepentingan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri iaitu selama ini kita menggunakan interim tetapi bilakah agak-agaknya kerajaan kedua-dua negeri dan Persekutuan ini melantik pentafsir bebas untuk memutuskan berapa sebenarnya yang diterima oleh rakyat Sabah melalui perjanjian-perjanjian yang termateri tersebut?

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Kedua, saya juga melihat bahawa Belanjawan 2025 tidak mempertingkatkan peruntukan untuk sekuriti di Perairan Pantai Timur Sabah iaitu ESSCOM. Jadi, sekarang ini walaupun mungkin ancaman sudah berkurangan tetapi tidak mustahil ianya akan berlaku apabila dilihat bahawa keselamatan kita tidak ketat, tidak dilakukan dengan baik. Jadi kalau boleh melalui mungkin mid-term review supaya peruntukan untuk ESSCOM dipertingkatkan.

Demikian juga dengan peruntukan tambatan banjir. Di Sabah tidak ada sedangkan kita berhadapan dengan musim tengkujuh. Jadi, apakah langkah-langkah ini boleh dilaksanakan oleh kerajaan dan kerajaan negeri untuk membincang bersama untuk mengatasi masalah banjir yang begitu berat sekali dihadapi oleh rakyat Sabah?

Demikian juga dengan peruntukan untuk non-revenue water. Biasanya Kerajaan Persekutuan memberikan shop lot kepada Kerajaan Negeri Sabah sebab di Sabah ini terkenal dengan non-revenue water ini – air tanpa mendatangkan hasil ini. Lebih kurang 60 peratus non-revenue water di Sabah ini. Sebab itu Sabah antara negeri terbesar menyumbang non-revenue water ini dan sehingga menyebabkan air tidak dapat dibekalkan dengan negeri Sabah. Saya minta kedua-dua kerajaan membincang untuk mengatasi masalah yang rakyat hadapi.

Satu lagi masalah yang rakyat Sabah hadapi iaitu peningkatan tambang tiket kapal terbang yang begitu ketara meningkat sehingga ekonomi one way, minggu ini sahaja RM1,700 satu perjalanan. Perjalanan ke luar negara, ke Singapore, ke Philippine baru RM700. Ke Indonesia RM600. Ke Sabah RM1,700. Teruk betul! Sarawak saya tidak mahu bercakap sebab saya nanti kena marah tapi saya cakap pasal Sabah. Jadi, saya minta Menteri Pengangkutan supaya lihat perkara ini sebab membebankan rakyat Sabah. Mostly yang berulang alik, yang membuat perniagaan dan sebagainya.

Yang seterusnya, masalah kesihatan. Saya melihat bahawa pusat kesihatan di Sabah – klinik kesihatan, Hospital Kinabatangan, klinik kesihatan di Tongod, tidak ada pakar, tidak ada doktor! Di Kinabatangan, apabila ada kemalangan berlaku terpaksa hantar Sandakan, halfway sudah mati. Jadi saya tidak tahulah apa yang Kementerian Kesihatan sibuk? Daripada sibuk menangkap, mencari perokok, saya rasa lebih eloklah tumpukan pekerjaan hakiki. Tumpukan, periksalah restoran-restoran, kedai-kedai kopi yang kotor, tidak bersih. Tandas tidak boleh pakai. Ini sampai ke Parlimen memeriksa orang menghisap rokok.

Di United Kingdom, ini satu institusi Parlimen yang terunggul tetapi dia ada ruang merokok untuk Ahli Parlimen. Ada bar lagi! Di tempat kita ini macam penjara. Jadi orang tiada pilihan, pergi public, tiba-tiba penguat kuasa datang pula. Siapa yang benar penguat kuasa datang? Sedangkan kawasan Parlimen ini kawasan terhad, untuk Ahli Parlimen, bukan untuk mencari siapa yang merokok. Ini saya tidak tahu. Menteri ini buat apa kerjanya? Berhentilah perkara-perkara ini. Sebab kalau kebersihan restoran tidak bersih, ramai orang mati juga.

Saya nampak banyak juga yang mati kena kanser tidak merokok. Saya pun tidak tahu.

[Ketawa] Pendidikan pun begitu. Dengar Yang Amat Berhormat menyentuh soal sekolah berasrama penuh. Sudah tentu sekolah berasrama penuh ini kalau boleh kita buat perhatian

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

di Sabah sebab di Sabah ini terlalu – geografi dia pun terlampau teruk. Jadi, perlu ada sekolah yang berasrama penuh. Akan tetapi sekolah berasrama penuh ini juga kita mendengar kes- kes buli.

Jadi kalau boleh kita menempatkan pegawai perhubungan sekolah ini iaitu anggota polis, buat rondaan. Bukan hanya di sekolah tetapi di luar sekolah. Juga kalau boleh asrama- asrama yang bertaraf asrama penuh ini buatlah, letaklah litar CCTV supaya mengelak daripada anak-anak kita yang duduk di situ dibuli sehingga ada yang mati, ada yang cedera parah. Seharusnya dalam dunia hari ini perkara-perkara ini tidak lagi berlaku. Sebab itu kadang-kadang ibu bapa takut, gerun menghantar anak-anak mereka ke sekolah berasrama penuh ini.

Saya juga minta Menteri Komunikasi – malu kita ini. Dalam bandar Kuala Lumpur ini pun daripada 5G pergi 4G, kita bertelefon boleh terhenti, terputus. Jadi di mana. Kita belanja bilion-bilion. Bayangkan kalau di luar bandar sana. Di Kota Kinabalu pun begitu. Di Sandakan lagi teruk. Di bandar raya Kuala Lumpur pun kita masih teruk tapi belanja bilion-bilion. Saya pun tidak tahu apa yang berlaku dengan keadaan di negara kita sehingga kita berhadapan dengan seumpama ini. Kalau drop call lagi memang teruklah! Satu kali call terus putus! Tidak tahulah Tuan Yang di-Pertua terkena atau tidak tapi Tuan Yang di-Pertua tengah minum, relax itu tidak apalah.

[Ketawa] Saya juga mendengar Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan mencadangkan supaya Halal Development Corporation untuk di-merge dengan MATRADE. Saya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin jelaskan bahawa MATRADE ada peranan dia sendiri iaitu MATRADE dia bertanggungjawab untuk membawa negara kita dalam industri perdagangan. Sementara Halal Development Corporation ini ianya berkapasiti untuk mempertingkatkan pengeluaran halal di negara kita.

Jadi, saya mahu meminta kerajaan mengkaji perkara-perkara ini supaya tidak melaksanakan sebab akan merugikan negara kita. Kalau diteruskan usaha seumpama ini sudah tentu akan menutup peluang negara kita menjadi, menghasilkan sebuah negara sebagai menghasilkan produk halal yang terbesar di dunia sedangkan peluang untuk halal ini seperti Paya Besar kata RM5 trilion. Jadi, adakah Malaysia mampu mengeluarkan produk- produk halai ini bagi pihak negara kita? Sebab yang saya tahu hakikatnya pada ketika ini negara luar yang mengaut keuntungan daripada halal.

draft • 6:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Kinabatangan, Puncak Borneo minta laluan sedikit. Bukan hendak minta masuk gelanggang ya. Laluan sahaja. Terima kasih.

Saya tadi mendengar Yang Berhormat Kinabatangan menyebut mengenai penggabungan HDC dengan MATRADE. Saya amat bersetuju kerana gabungan ini saya melihat di dalam peruntukan butiran bajet, peruntukannya masih sama. Jadi, apa yang kerajaan cakap gabung-gabung ini boleh jimat duit? Padahal peruntukan yang dibelanjakan masih sama? Jadi apa pendapat Yang Berhormat Kinabatangan?

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Puncak Borneo. Memang betul sebab saya rasa tidak ada penjimatan. Yang ada akan mengurangkan

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

kapasiti negara kita untuk bersaing dalam industri produk halal ini. Jadi saya minta kerajaan, menteri-menteri dan sebagainya, Menteri Ekonomi duduk bincang baik-baik supaya perkara ini tidak diteruskan sebab akan merugikan semua pihak. Masing-masing – MATRADE ada tanggungjawab dia dan HRDC pun ada tanggungjawab dia untuk menghalalkan produk- produk Malaysia di luar negara.

draft • 6:00 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Satu perkara lagi, Dato’ Yang di-Pertua, iaitu baru-baru ini, 1 Oktober ada perkara kematian berlaku iaitu kebetulan warga Sabah yang bekerja di Setapak dan kena serangan jantung dan beliau mampu untuk balik ke rumah sampai letak kereta dan meninggal dalam kereta. Jadi polis peronda telah memanggil bomba sebab polis peronda tidak boleh membuka kereta dan memanggil bomba dan bomba telah pergi dan mengambil gambar dan sebagainya. Seterusnya ibu bapa dimaklumkan di Sabah dan mereka telah terbang ke Kuala Lumpur. Malangnya dalam laporan bomba gambar bomba mangsa ada gelang emas dan rantai emas pemberian daripada ibu bapa.

Tetapi setelah penyiasatan polis, gambar mangsa sudah tidak ada gelang, sudah tidak emas dan sebagainya. Ibu bapa mangsa membuat laporan polis dan meminta supaya siasatan dilakukan. Mereka tidak menuduh polis, tetapi siasatlah siapa yang merompak mangsa yang sudah mati pada hari tersebut. Itu saja dia minta supaya keadilan kepada anak dia. Sudahlah meninggal dunia berseorangan diri, emas pun dirompak. Jadi, ini satu perkara tidak harus dibiarkan sebab kita mahu tahu siapa pelaku dia. Siapa yang menjadi perompak di siang hari ini. Ya, merompak orang mati.

Saya – HRD Corporation ini, Dato’ Yang di-Pertua, saya rasa sudah tidak sesuai sudahlah untuk kerajaan meletakkan tanggungjawab untuk dia melatih pekerja-pekerja syarikat ini. Sebab HRD ni telah terlalu orang kata terlalu memainkan peranan penting. Dia berkuasa sepenuhnya. Berapa ratus ribu pun dia boleh keluarkan suka hati dia. Jadi tidakkah kerajaan melihat bahawa perlu ada satu agensi kerajaan yang betul-betul melaksanakan tanggungjawab melatih pekerja-pekerja kita ini.

Jangan biarkan syarikat – betul di bawah seliaan tetapi dia masih swasta dan kerja dia memegang duit berbilion-bilion, Dato’ Yang di-Pertua. Saya pun curious dalam perkara in. Kenapa tidak ada tindakan drastik? Dan saya tahu bahawa pihak PAC sedang menyiasat perkara ini tetapi saya meminta PAC siasat betul-betul dan kemukakanlah kertas putih ini kepada kita. Kita mahu lihat apa sebenarnya yang diperlakukan.

Ini gaji minima lagi. Saya bersetuju dengan kerajaan untuk persiapan kita menuju negara maju, sudah tentu gaji minima ini perlu dipertingkatkan. Cuma mungkin pelaksanaan dia perlu ada stages atau pun berperingkat-peringkat. Kalau di Sabah saya lihat gaji minima ini membebankan syarikat-syarikat kecil dan sederhana. Mungkin syarikat-syarikat besar tidak boleh mengelak daripada pelaksanaan peningkatan gaji minima ini.

Tetapi bagi syarikat-syarikat kecil dan sederhana sudah tentu perlu diselaraskan sebab mereka akan berhadapan dengan masalah ekonomi dan sudah tentu mereka mungkin

draft • 6:10 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

berkemungkinan menutup perniagaan mereka sebab mereka tidak berkemampuan untuk mencari tempahan kepada gaji minima tersebut.

Gaji minima ini juga sudah tentu akan meningkatkan juga kos produk dan apabila kos produk meningkat sudah tentu jualan-jualan di restoran seperti Pelita dan sebagainya akan meningkat. Sekarang ini pun macam di Sarawak harga mi kolok baru RM2.00 sekarang sudah RM10.00. Harga rojak RM8.00 sudah RM13.00. Jadi ini pun perlu dilihat sebab tidak ada jaminan harga – gaji minima ini naik, barang-barang tidak turut naik. Ini, Dato’ Yang di-Pertua harus dilihat secara bijaksana dan secara realiti oleh kerajaan supaya tidak ada yang teraniaya dan tidak ada pula yang menderita.

Saya melihat bahawa kerajaan bersungguh-sungguh untuk membantu masyarakat seperti bantuan terus kepada masyarakat yang B40 dan sebagainya. Yang ini saya melihat komitmen kerajaan ini perlu kita beri sokongan dengan sepenuhnya untuk memastikan bahawa di antara B40 dan T15 dan juga B20 ini dapat kita saksamakan secara bersama.

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Saya menyokong.

draft • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Kinabatangan. Saya jemput Yang Berhormat Rompin.

draft • 6:10 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat petang dan salam sejahtera.

Setelah meneliti isi kandungan Perbekalan 2025, saya ingin mengutarakan beberapa isu dan perkara pokok yang sangat penting yang saya kira perlu diberi perhatian oleh kerajaan. Pertamanya saya terpanggil untuk menyentuh isu bekalan air terawat.

Dalam pembentangan Belanjawan 2025, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan peruntukkan sebanyak RM750 juta kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk kerja-kerja pembersihan longkang dan pengorekan sungai yang merupakan langkah penting dalam persiapan menghadapi banjir.

Selain itu hampir RM600 juta disediakan untuk Agensi Pengurusan Bencana Negara

(NADMA) sebagai persediaan menghadapi musim banjir.

Saya memuji usaha kerajaan memperuntukkan sejumlah besar untuk isu air ini tapi ia masih tidak mencukupi. Ini kerana sejak negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, bekalan air yang mencukupi masih menjadi cabaran yang berterusan terutamanya di negeri-negeri seperti Kelantan dan Sabah. Penduduk masih berdepan dengan masalah bekalan air terawat yang tidak mencukupi. Sukar untuk kita fahami bagaimana dalam era kemajuan teknologi yang canggih ini, masih ada rakyat tidak dapat menikmati bekalan air terawat dengan baik.

Di Kelantan contohnya, masalah ini berpunca daripada sistem paip air yang tidak meluas dan kekurangan dana untuk menggantikan paip yang usang. Akibatnya kebocoran sering berlaku menyebabkan jumlah air tidak berhasil meningkat. Malah saya difahamkan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan telah mengajukan permohonan kepada Kerajaan

draft • 6:15 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Persekutuan untuk mendapatkan RM1.3 bilion dalam Belanjawan 2025 bagi menangani isu ketidakcukupan bekalan air yang kritikal untuk sektor pertanian dan juga untuk menyelesaikan masalah bekalan air.

Di Selangor pula pencemaran sumber air mentah dan paip bocor menyebabkan ribuan pengguna terpaksa hidup tanpa air kadang-kadang selama berhari-hari. Konflik antara negeri juga muncul berkaitan pengurusan sumber air. Pulau Pinang dan Kedah contohnya masih bertelagah mengenai tuntutan bayaran sumber air mentah yang berlarutan sejak tahun 2010. Kedah menuntut bayaran RM50 juta setahun dari Pulau Pinang kerana Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menggunakan sumber dari Sungai Ulu Muda. Pertikaian ini bukan sahaja menjejaskan kerjasama antara negeri tetapi juga mengancam kesejahteraan rakyat.

Oleh itu adalah penting bagi kita semua untuk memperkukuhkan kerjasama antara kementerian dan jabatan negeri serta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Kerajaan Pusat dan negeri perlu bersatu dalam memastikan pengurusan sumber air ini tidak dipolitikkan demi kepentingan pihak tertentu. Ini adalah tanggungjawab kita bersama untuk memastikan setiap rakyat Malaysia mendapat akses kepada bekalan air terawat yang mencukupi.

Puan Yang di-Pertua, yang kedua saya ingin membangkitkan isu berkaitan dengan kuarters polis yang daif. Kerajaan telah menyediakan lebih RM1.8 bilion untuk membina, menyelenggara dan membaik pulih semua kuarters penjawat awam.

Namun, keadaan kuarters dan balai polis khususnya bagi anggota Polis Diraja Malaysia masih memerlukan perhatian serius. Kita sedia maklum bahawa banyak kuarters polis di negara ini sudah berusia hampir 50 tahun dan tidak pernah diselenggara sebahagiannya. Masalah seperti tandas tersumbat, siling bocor, pintu rosak, kipas tak berfungsi adalah masalah biasa yang dihadapi oleh anggota polis.

draft • 6:15 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Malah ada anggota yang terpaksa menanggung kos penyelenggaraan sendiri kerana aduan mereka tidak diendahkan. Statistik oleh PDRM menunjukkan terdapat kira-kira 61,433 kuarters PDRM di mana 51,831 berpenghuni dan 9,596 dalam keadaan rosak. Anggota polis berpangkat rendah sering kali terpaksa tinggal dalam keadaan yang tidak selesa sehingga banyak yang memilih untuk menyewa di luar. Tidak hanya kuarters tetapi balai polis juga menghadapi masalah yang sama. PDRM juga mengesahkan bahawa banyak balai polis masih dalam keadaan daif walaupun telah beroperasi selama lebih dari 40 tahun. Masalah struktur seperti siling reput dan bumbung bocor sangat membimbangkan.

Walaupun Kementerian Dalam Negeri telah mengenal pasti beberapa balai untuk tindakan lanjut, perubahan yang signifikan masih belum terlihat. Meskipun terdapat usaha untuk membaiki keadaan ini termasuk peruntukan sebanyak RM112.6 juta untuk memperbaiki 4,612 unit kuarters PDRM, banyak anggota masih merasakan langkah-langkah ini tidak mencukupi. Justeru itu, saya ingin menyeru kepada kerajaan supaya memberikan perhatian

draft • 6:20 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

yang lebih terhadap isu ini. Kesejahteraan anggota polis adalah penting bagi memastikan prestasi mereka dalam menjaga keselamatan negara.

Dalam keadaan yang semakin mendesak ini adalah penting bagi pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera. Kita perlu memastikan bahawa anggota PDRM ini dapat menjalankan tugas mereka dalam persekitaran yang selesa dan selamat. Malah, isu kuarters dan balai polis yang daif melibatkan beberapa aspek penting. Infrastruktur yang usang boleh menjejaskan keberkesanan anggota polis dan mempengaruhi keselamatan masyarakat. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan anggota polis mempunyai sistem sokongan yang baik agar mereka dapat melaksanakan tugas dengan lebih berkesan.

Saya baru-baru ini berkesempatan untuk menziarahi seorang anggota polis yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Apabila saya sampai ke kediaman kuarters polis ini, saya memang rasa amat-amat daif. Bayangkanlah anggota polis ini merupakan frontliner yang menjaga keselamatan rakyat.

Saya bagi contoh, kalau ada kemalangan jalan raya, kemalangan ini bukan boleh adjust-adjust. Pukul 12 tengah hari dia kemalangan, tak boleh. Kadang-kadang berlaku pukul satu pagi, pukul 12 tengah malam sampai pagi anggota polis ambil laporan. Lepas itu, hantar pula mayat ke hospital. Pukul tiga, empat pagi balik buat laporan dekat balai polis buat laporan. Balai polis pula usang. Kipas tak berfungsi. Panas, ya Allah. Ini balik ke rumah pula, duduk dalam keadaan kuarters yang daif, kipas tak pusing juga. Makanya, inilah yang kadang-kadang menimbulkan tekanan kepada anggota polis dan kadang-kadang ada juga terdapat daripada anggota yang apabila tertekan melakukan perbuatan di luar daripada kemampuan mereka.

Jadi, saya mengharapkan agar kerajaan memberi perhatian yang serius terhadap kuarters polis ini terutamanya di kawasan saya di Rompin. Bukan itu saja juga, termasuk juga balai polis. Jadi saya ingin mengajukan soalan, apakah status – saya dimaklumkan bahawa Rompin telah pun memohon sebuah IPD baharu. Jadi saya nak tahu, apakah status permohonan IPD di Rompin?

Seterusnya, saya ingin membangkitkan isu berkaitan dengan harga beras, harga padi. Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM2.78 bilion untuk subsidi bantuan dan insentif kepada pesawah dan nelayan meningkat daripada RM2.6 bilion pada tahun sebelumnya. Peruntukan ini bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran padi dan memastikan kestabilan harga beras di pasaran.

Saya turut ingin menyentuh isu yang semakin mendesak berkaitan dengan kenaikan harga makanan khususnya beras. Kita semua sedia maklum bahawa kenaikan harga makanan ini didorong oleh kenaikan harga import pertanian asas seperti baja, racun dan bahan kimia.

Dalam situasi ini, golongan pesawah sangat berharap agar kerajaan dapat bersikap adil dan bertimbang rasa dalam menetapkan harga siling beras yang munasabah demi keseimbangan semua pihak. Kenaikan harga beras import yang melonjak dari RM33 kepada RM39 per kampit telah mendorong permintaan terhadap beras tempatan yang dijual pada

draft • 6:20 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

harga yang lebih rendah. Ini menunjukkan bahawa usaha untuk meningkatkan pengeluaran beras tempatan adalah penting dalam menghadapi ketidakstabilan harga dan bekalan di pasaran global. Malah kerajaan dan pengilang perlu bersikap adil dan bertimbang rasa kepada petani.

Harga padi dan beras perlu diselaraskan agar lebih adil antara petani, pengilang dan pengguna. Ini adalah penting agar kita tidak menggalakkan masyarakat untuk terus bergantung kepada beras import yang kini menjadi pilihan utama di pasaran. Saya berharap agar kerajaan lebih sensitif terhadap isu industri padi kita yang kini semakin terhimpit akibat pelbagai masalah yang tidak dapat diselesaikan. Kita perlu memastikan bahawa pesawah mendapat pembelaan yang sewajarnya dan industri padi ini dapat diperkasakan.

Saya juga ingin membangkitkan masalah pesawah padi di kawasan saya di Rompin.

Saya dimaklumkan bahawa harga padi berbeza di antara Rompin dan di Kedah. Saya dimaklumkan di Kedah, RM1,800 per tan. Manakala di Rompin harganya paling tinggi pun RM1,600 per tan. Saya ingin bertanya, adakah kerajaan bercadang untuk menyelaraskan harga jualan padi ini di semua negeri? Yang pertama.

Kedua, masalah padi pesawah di kawasan saya ialah – ini pun dah dua kali saya bangkitkan di Dewan ini iaitu untuk mendapatkan Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan.

Ramai di antara pesawah yang tak dapat Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan ini berikutan status tanah.

Jadi, saya mohonlah, saya mohon kali ini tolonglah bagi kepada pesawah-pesawah kerana mereka ini dah 40 tahun jadi pesawah. Datang daripada Kedah, jual tanah di Kedah, datang ke Pahang terutama di Rompin untuk mengerjakan sawah padi. Apabila mereka tidak mendapat skim baja bersubsidi ini, mereka tidak akan mendapat insentif sara hidup sebanyak RM600. Mereka juga tidak dapat insentif tuai bajak, RM210 dan mereka juga tidak dapat insentif harga padi RM500. Jadi saya haraplah Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dapatlah menyelesaikan masalah di kawasan saya ini.

Kalau padi, katakan padi, Tidak hamba tertampi-tampi, kalau nak bagi katakan nak bagi, tidak kami ternanti-nanti.

draft • 6:20 PM

Seorang Ahli

Betul.

draft • 6:20 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Apa diharap padi di seberang, Entahkan berbuah entahkan tidak, Entah disambar burung melayang, Apa diharap kasihnya orang, Entahkan bagi entahkan tidak, Entahkan kami yang gila bayang. Ini daripada orang Rompin.

[Ketawa] Dia suruh saya pantun hari ini.

Seterusnya saya ingin membangkitkan berkenaan dengan Kementerian Kerja Raya.

Puan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin mengucap ribuan terima kasih kepada Yang

draft • 6:20 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Berhormat Menteri yang telah meluluskan kerja-kerja penyelenggaraan jalan di kawasan Rompin. Alhamdulillah, orang Selancar begitu seronok lalu jalan masuk Perwira, Selancar.

Dia kata macam highway. Wah macam highway plus. Jadi alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.

draft • 6:20 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Cumanya bila saya melihat kepada peruntukan yang diluluskan kepada Kementerian Kerja Raya sebanyak RM10.349 bilion ini, saya kira agak rendah. Kalau kita melihat dalam soalan-soalan lisan di Dewan ini, banyak Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkan isu berkenaan Kementerian Kerja Raya. Jadi, saya rasa RM10.349 bilion ini adalah jumlah yang agak sedikit.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, berapakah jumlah sebenar yang dimohon oleh Kementerian Kerja Raya? Berapa peratuskah jumlah yang diluluskan daripada jumlah sebenar yang dipohon? Kita tahu, akhir-akhir ini banyak kejadian-kejadian banjir, tanah runtuh berlaku dan ia sudah pasti memberi kesan kepada Kementerian Kerja Raya sekiranya bajet itu, peruntukan itu tidak mencukupi. Saya pernah memohon kepada Kementerian Kerja Raya dan Menteri kata dia kena mohon peruntukan tambahan. Kalau dah bagi terus Puan Yang di-Pertua, saya rasa tak timbul masalah untuk memohon semula daripada kementerian kerana ia akan mengambil masa dan melibatkan proses yang lambat.

Jadi, saya haraplah kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan supaya meluluskan kelulusan yang lebih besar, peruntukan yang lebih besar kepada Kementerian Kerja Raya.

Kalau kita tengok Kementerian Pengajian Tinggi...

draft • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat, sila gulung.

draft • 6:30 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Saya nak gulunglah ini. Kalau Kementerian Pengajian Tinggi dapat RM18 bilion, ini Kementerian Kerja Raya. Saya mohonlah ya, terima kasih Puan Yang di-Pertua. Sekian terima kasih.

draft • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Saya jemput Yang Berhormat Batu.

draft • 6:30 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Terima kasih Puan Speaker untuk bagi Batu untuk berbahas dalam Belanjawan 2025. Izinkan saya meletakkan fokus hujahan saya pada hari ini kepada agensi ataupun Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA). Saya berpendapat bahawa dengan bajet yang diumumkan oleh Perdana Menteri minggu lepas saya terbaca peruntukan MITRA iaitu tiada perubahan di mana RM100 juta.

Untuk maklumat Puan Speaker, dah hampir lapan tahun MITRA — sebelum MITRA ini dipanggil SEDIC dan kini dipanggil MITRA. RM100 juta peruntukan untuk transformasi masyarakat India memang tak cukup. Untuk maklumat Puan Speaker, tahun lepas adalah tahun pertama peruntukan MITRA 100 peratus diguna pakai. Tahun ini seperti mana semua Ahli-ahli Yang Berhormat tahu, sebab peralihan MITRA daripada Kementerian Perpaduan

draft • 6:32 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Negara ke Jabatan Perdana Menteri telah memberi kerugian lima bulan dengan zero progress, dengan izin apabila MITRA masuk ke dalam kembali ke Jabatan Perdana Menteri.

Kini projek-projek di MITRA hampir RM100 juta dalam dipelaksanakan dengan pelaksana sign contract, dengan izin mungkin dalam masa terdekat peruntukan itu akan disalurkan kepada pelaksana. Tapi itu bukan alasan untuk kerajaan tidak menambah dana MITRA. So, saya ingin merayu untuk kerajaan mempertimbangkan peruntukan untuk transformasi masyarakat India perlu dinaikkan.

Seperti mana saya juga ternampak di Belanjawan 2025, ada beberapa program- program inisiatif-inisiatif yang eksklusif dan juga peruntukan untuk projek-projek eksklusif ini tambah baik. Peruntukan dinaikkan tapi apabila unit eksklusif untuk masyarakat India ini tidak dapat ditambah baik, peruntukan tidak dinaikkan masyarakat di luar sana bertanya dekat Ahli- ahli masyarakat India yang juga duduk di sini dan kita perlu jawab mereka.

Saya harap kerajaan prihatin dan mendengar suara masyarakat India di luar sana untuk pastikan Kerajaan MADANI ini memberi confident, dengan izin, kepada masyarakat India mereka prihatin untuk membawa perubahan transformasi untuk masyarakat India.

Dengan dana RM100 juta yang sebelum ini dan kini, MITRA telah memberi fokus kebanyakan kepada projek-projek one-off yang kita tidak boleh ditolak seperti mana Projek Subsidi Tadika Swasta di mana hampir setiap tahun kita akan memberi hampir RM10 juta kepada projek terperinci ini di mana 150 lebih tadika swasta akan diberi subsidi peruntukan daripada MITRA hampir RM10 juta. Tapi kenapa? Kenapa kita perlu bagi peruntukan kepada tadika swasta? Sebab kekurangan prasekolah di sekolah-sekolah Tamil. Itu adalah sepatutnya tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia. Tapi Unit Transformasi ini mengambil alih dan memberi tanggungjawab untuk bayar subsidi pelajar-pelajar ataupun kanak-kanak di tadika swasta. Sehingga tahun 2024, terdapat...

draft • 6:32 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

draft • 6:32 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Sikit lagi. Sehingga tahun 2024 terdapat 271 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil – SJK(T) di 10 negeri seluruh Malaysia mempunyai kemudahan prasekolah daripada keseluruhan 528 SJK(T). Terdapat sebanyak 385 bilangan kelas prasekolah di 270 buah SJK(T) tersebut dengan enrollment murid-murid seramai 7,928 orang.

Walau bagaimanapun, daripada 270 buah SJK(T) yang mempunyai kemudahan prasekolah, 65 peratus iaitu 177 buah SJK(T) tersebut hanya mempunyai satu kelas prasekolah sahaja. Berdasarkan piawaian standard KPM, bilangan ideal murid bagi satu kelas prasekolah adalah 25 orang murid. Memandangkan terdapat permintaan yang tinggi di kalangan ibu bapa khususnya dari keluarga B40, keperluan untuk menambah skop kemudahan prasekolah adalah penting dan bagi memastikan kanak-kanak India tidak tercicir dan mendapat akses pendidikan awal yang adil dan saksama.

Puan Speaker, sehubungan dengan itu, KPM perlu memastikan bilangan kelas prasekolah di SJK(T) yang sedia ada ditambah dan pada masa yang sama memperluaskan kemudahan prasekolah di 257 buah SJK(T) yang masih tidak mempunyai kelas prasekolah.

draft • 6:32 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Saya menyeru kepada pihak KPM supaya dapat pertimbangkan dan pertingkatkan usaha untuk menambah ruang dan bilangan kelas prasekolah di SJK(T) dan mempergiatkan perluasan prasekolah di SJK(T) yang masih tidak mempunyai prasekolah.

Saya juga ingin bangkitkan beberapa perkara berkaitan juga dengan sekolah. Saya menyeru supaya pihak KPM dapat membentangkan bilangan projek pembinaan SJK(T) baru, gantian dan naik taraf yang telah dirancang dan dibina dalam RMKe-12. Mohon untuk pihak KPM laporkan status projek SJK(T) yang telah siap dalam peringkat pembinaan dan yang masih dalam peringkat perancangan dalam tempoh tersebut.

Sekiranya terdapat projek yang masih dalam peringkat perancangan, mohon penjelasan lanjut. Dengan juga isu penempatan semula sekolah SJK(T) di estet ke lokasi yang strategik. Usaha untuk dengan izin, relocation SJK(T) dari lokasi yang kurang strategik dan berstatus remote perlu dilaksanakan secara berterusan. Kebanyakan sekolah SJK(T) yang terlibat merupakan sekolah berstatus sekolah bantuan kerajaan (SBK).

Kerajaan terdahulu telah mengambil inisiatif untuk menyelaras isu relocation, dengan izin SJKT untuk memastikan relocation itu ke tapak yang lebih strategik yang mempunyai kepadatan penduduk masyarakat India. Kerajaan terdahulu juga telah menyediakan peruntukan khas sebanyak RM3 juta untuk membina sekolah gantian di tapak lokasi yang baru.

Saya harap Kementerian Pendidikan Malaysia dapat menyelaras isu tersebut. Saya juga berharap supaya Kementerian Ekonomi dapat membantu dan menyediakan peruntukan khas untuk projek pembinaan SJK(T) berstatus SBK ke lokasi penempatan baru.

draft • 6:32 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Puan Speaker, dalam Belanjawan 2025, kerajaan perlu memastikan bahawa inisiatif dan peruntukan diambil untuk mengatasi isu-isu ini bagi mencapai matlamat inklusiviti dan kesejahteraan untuk semua rakyat Malaysia termasuk kaum India. Hari ini saya ingin menarik perhatian Dewan mengenai isu pemulangan dana geran MITRA yang disalurkan untuk aktiviti pemerkasaan masyarakat India.

Dalam menjalankan tanggungjawab ini, kita telah mendapati beberapa pelaksana projek gagal memenuhi janji mereka dan tidak mengikut terma perjanjian. Ini bukan sahaja merugikan dana yang telah diluluskan, tetapi juga menjejaskan usaha untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat kita. Oleh itu, saya ingin mencadangkan penubuhan akaun amanah untuk MITRA. Ini adalah langkah strategik yang perlu diambil bagi memastikan dana yang terkumpul dapat digunakan secara berkesan dan efisien untuk aktiviti komuniti.

Berikut adalah beberapa sebab mengapa penubuhan akaun amanah ini sangat diperlukan. Antara sebab adalah penggunaan semula dana. Dengan wujudnya akaun amanah, dana yang sepatutnya dipulangkan oleh pelaksana projek yang tidak memenuhi syarat boleh disalurkan semula untuk tujuan pemerkasaan masyarakat.

Sebab kedua, pengurusan yang telus dan berkesan. Akaun amanah yang mempunyai sistem pengurusan yang jelas dengan pemantauan dan pengawasan yang ketat,

draft • 6:40 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

ini akan memastikan setiap sen yang digunakan adalah untuk aktiviti yang memberi manfaat langsung kepada masyarakat.

Sebab ketiga, penentuan keutamaan berdasarkan keperluan komuniti. Melalui akaun amanah, dana boleh digunakan untuk aktiviti yang ditentukan berdasarkan keperluan dan permintaan masyarakat. Ini membolehkan kita lebih responsif terhadap isu-isu yang dihadapi oleh komuniti sama ada dalam bidang pendidikan, latihan kemahiran atau program-program kebajikan.

Antara sebab yang lain, meningkatkan keterlibatan komuniti. Dengan melibatkan masyarakat dalam proses pemilihan dan pelaksanaan projek, kita dapat memastikan bahawa inisiatif yang dilaksanakan benar-benar selaras dengan aspirasi kerajaan dan juga memastikan kestabilan dana untuk aktiviti jangka panjang.

Dengan pembukaan akaun amanah, kita boleh mengumpul dana secara berterusan untuk aktiviti-aktiviti masa depan. Ini memberi jaminan bahawa program-program yang baik dapat diteruskan dan diperluaskan tanpa bergantung kepada geran luar yang tidak menentu.

Dalam kesimpulannya, penubuhan akaun amanah untuk MITRA adalah langkah yang perlu dan mendesak. Ia akan memastikan bahawa dana yang ada digunakan dengan bijak dan berkesan demi kepentingan masyarakat India di negara kita. Saya menyeru agar semua pihak menyokong cadangan ini demi kesejahteraan dan kemajuan bersama. Selain...

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

draft • 6:40 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Ya, silakan.

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sikit Yang Berhormat.

Timbalan Speaker yang saya hormati, MITRA menjadi satu peruntukan — menyediakan satu peruntukan di mana ia dalam pimpinan Yang Berhormat Batu memberi bantuan kepada semua lapisan masyarakat India dalam pelbagai perkara. Walaupun ia pada asalnya berniatkan untuk digunakan bagi tujuan transformasi, kadangkala ia juga digunakan untuk memberi bantuan kepada pesakit-pesakit. Umpamanya yang mengidap sakit kencing manis, untuk digunakan untuk tujuan dialisis dan sebagainya. Sebab itu saya menyokong permintaan Yang Berhormat Batu untuk meningkatkan lagi peruntukan untuk MITRA. Terima kasih.

draft • 6:40 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Terima kasih sahabat saya Jelutong.

Selain masalah pokok seperti yang saya nyatakan sebentar tadi, saya ingin mengemukakan satu lagi cadangan penting yang bertujuan untuk menggalakkan tabungan di kalangan masyarakat India iaitu dengan mewujudkan semula skim pelaburan seperti amanah saham melalui jaminan kerajaan. Inisiatif ini akan memberikan peluang kepada masyarakat terutamanya golongan sasaran masyarakat kaum India untuk merasai manfaat daripada hasil tabungan jangka masa panjang.

Puan Speaker, dengan adanya dua minit, saya ingin juga sentuh berkaitan dengan isu perumahan di Bandar Raya Kuala Lumpur. Ada beberapa perkara yang saya ingin bangkitkan adalah satu — nombor satu adalah kekurangan perumahan mampu milik. Salah

draft • 6:40 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

satu masalah paling ketara dihadapi oleh penduduk Kuala Lumpur adalah kekurangan perumahan yang mampu milik.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kita telah menyaksikan lonjakan harga hartanah yang ketara. Sebagai contoh, harga rumah di Kuala Lumpur kini jauh melebihi kemampuan banyak keluarga terutamanya di kalangan golongan B40 dan juga M40. Rata- rata gaji bulanan tidak mampu menampung kos pembelian rumah menjadikan impian untuk memiliki rumah semakin sukar dicapai.

Juga, kesesakan dan kualiti hidup yang menurun. Kesesakan di Kuala Lumpur turut menimbulkan masalah kualiti hidup yang serius. Ramai penduduk terpaksa tinggal di rumah- rumah yang padat di mana lebih ramai ahli keluarga menghuni ruang yang terhad. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan keselesaan, tetapi juga mencipta suasana yang tidak sihat.

Kekurangan infrastruktur dan kemudahan asas juga menjadi satu perkara yang sangat serius apabila sentuh isu perumahan.

Kekangan dasar perumahan. Dasar perumahan yang sedia ada juga perlu diteliti semula. Pada masa ini, banyak inisiatif perumahan tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.

Proses kelulusan yang panjang dan birokrasi yang rumit sering menghalang pembangunan perumahan yang diperlukan. Terdapat juga kekurangan keterlibatan komuniti dalam perancangan projek perumahan yang mengakibatkan ketidakpuasan hati di kalangan penduduk yang terjejas. Saya ingin KPKT untuk memberi jawapan berkaitan dengan isu-isu yang saya bangkitkan.

Untuk menutup, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyokong Belanjawan 2025 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sekian, terima kasih.

draft • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Batu. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.

draft • 6:40 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada Kuala Krai mengambil bahagian dalam perbahasan kali ini. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terlebih dahulu Kuala Krai ingin memanjatkan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana diberi peluang untuk turut serta di dalam perbahasan Rang Undang- undang Perbekalan 2025 pada hari ini, 23 Oktober 2024 di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, Kuala Krai mengambil peluang ini untuk menyatakan penghargaan kepada seluruh rakyat Palestin yang telah berkorban dan terkorban demi tanah air mereka dan demi tanah suci Islam ketiga. Khususnya setahun terakhir ini dalam taufan Al- Aqsa bermula pada 7 Oktober 2023, operasi pejuang Palestin ini adalah tindakan balas kepada rampasan, penindasan, pembunuhan, penjarahan dan serangan Zionis Israel ke atas Masjidil Aqsa serta bumi Palestin semenjak tahun 1948. Jumlah yang terkorban dan syahid

draft • 6:47 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

dalam tempoh setahun ini sudah pun melepasi 40,000 dan mencecah 100,000 yang tercedera.

Beberapa hari lepas dunia dikejutkan dengan perginya pemimpin Yahya Sinwar mengiringi pemimpin dan pejuang lain. Beliau syahid di medan tempur dengan bertahan sehingga ke titisan darah terakhir dengan melontar tongkat ke arah dron Zionis sebelum gugur sebagai syahid. Dengan pemergian legenda ini pada 16 Oktober lalu, saya yakin suatu hari nanti akan ada sebuah peribahasa, saya memukulnya dengan tongkat Sinwar yang bermaksud, saya guna seluruh kekuatan saya sehingga nafas yang terakhir. Kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Zionis Israel terhadap bumi dan penduduk Palestin sejak 76 tahun yang lalu. Semoga Allah akan sentiasa merahmati pejuang Palestin dan kemenangan Palestin adalah harapan kita semua.

[Membaca sepotong ayat Quran]

draft • 6:47 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Tuan Yang di-Pertua, saya memulakan perbahasan ini dengan sepotong ayat Al- Quran Al-Karim.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] - “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepada mu akan pahala dan kebahagiaan hari Akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagian mu yakni keperluan dan bekalan mu dari dunia dan berbuat baiklah kepada hamba-hamba Allah sebagaimana Allah berbuat baik kepada mu dengan pemberian nikmatnya yang melimpah-limpah dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.” Surah Qasas, Ayat 77.

Tuan Yang di-Pertua, kesan daripada pelarasan subsidi. Belanjawan 2025 kali ini merupakan belanjawan terbesar yang pernah dicatatkan oleh Malaysia. Tidak salah ianya besar jika mengakar umbi kepada rakyat dan dapat menyelesaikan masalah mereka. Namun begitu, saya beranggapan belanjawan ini boleh diumpamakan sebagai luaskan cukai, mansuhkan subsidi.

Sekali lagi ianya bakal menjadi mimpi buruk kepada seluruh rakyat Malaysia. Maaf saya sebut ‘mansuhkan subsidi’ walaupun kerajaan berselindung di sebalik menyasarkan subsidi tetapi itulah hakikatnya. Pengurangan subsidi bahan api, barangan asas atau elektrik pastinya akan meningkatkan kos sara hidup. Tahun 2023, 2024 menyaksikan pelbagai penyesaran subsidi yang diumumkan seperti subsidi elektrik, pengapungan harga ayam dan penyesaran subsidi diesel.

Belanjawan 2025 juga menunjukkan sebahagian golongan rakyat disajikan dengan penyesaran subsidi pendidikan, kesihatan dan RON95 menjelang pertengahan tahun 2025.

Tentunya kita masih ingat suatu ketika dahulu ada seseorang sentiasa ada formula untuk turunkan harga minyak. Tetapi yang anehnya hari ini orang yang sama sentiasa ada formula untuk menarik subsidi minyak. Meskipun, berapa kali diulang bahawa penyesaran ini hanya melibatkan golongan maha kaya dan masih melindungi 85 peratus rakyat. Namun, hakikatnya peningkatan kos bahan api dan logistik akhirnya akan ditanggung oleh pengguna secara keseluruhan.

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Akhirnya, keseluruhan 85 peratus rakyat yang dikatakan dilindungi itu bakal menanggung harga akhir yang lebih tinggi. Samalah dengan pelarasan subsidi diesel yang telah berlaku. Harga barang melambung naik walaupun harga diesel ada turun naiknya tetapi harga barang tidak turun-turun.

Duit belanja naik menggunung; Katanya rakyat bakal senang; Harga barang tak henti melambung; Siapa yang untung siapa yang malang. Tuan Yang di-Pertua, meskipun Sumbangan Tunai Rahmah bakal ditingkatkan namun sejauh mana peningkatan sumbangan ini benar-benar menyelesaikan peningkatan kos sara hidup penerima dalam konteks kemampuan sumbangan ini untuk melangkaui kenaikan kos sara hidup rentetan daripada kenaikan kos bahan api dan logistik yang bakal menaikkan harga pelbagai barangan keperluan harian. Ianya juga boleh meningkatkan inflasi terutama dalam sektor-sektor yang bergantung kepada kos pengangkutan seperti logistik dan peruncitan.

Selain itu turut terkesan ialah perniagaan kecil dan sederhana ataupun PKS. Sektor perniagaan yang bergantung pada pengangkutan seperti penghantaran barangan atau perniagaan berasaskan perkhidmatan yang melibatkan pengangkutan akan terjejas oleh kenaikan harga diesel dan petrol serta akan memberi kesan kepada inflasi.

Inflasi lebih tinggi mengurangkan kuasa beli rakyat terutama B40 dan M40 yang mungkin tertekan dengan kos hidup meningkat. Jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin semakin melebar dengan golongan berpendapatan tinggi mampu menampung kos kenaikan. Tetapi, golongan miskin akan terus merana. Janganlah kerajaan mengalami sindrom penafian dan buat ‘lembu kenyang’ kerana hakikatnya kos sara hidup semakin meningkat. Jadi, cadangan saya adalah agar pihak kerajaan mengkaji balik keputusan untuk penyesaran subsidi RON95 pertengahan tahun hadapan dan seeloknya menangguhkan keputusan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, jurang pembangunan antara negeri. Bajet ini juga tidak berjaya mengimbangi antara keperluan dan manfaat yang seimbang di semua negeri di Malaysia.

Belanjawan ini dilihat memberikan keutamaannya kepada negeri tertentu yang memperoleh limpahan ekonomi yang lebih bernilai berbanding negeri lain. Ketidakseimbangan agihan nilaian manfaat ini akan memberikan kesan terhadap kestabilan negara dalam jangka masa panjang.

Terdapat keperluan untuk memastikan berlakunya nilai manfaat yang seimbang antara negeri. Sebagai contoh, pembangunan di Koridor Timur dan Utara juga amat penting dan ianya akan membantu mengimbangi peluang ekonomi antara bandar besar dan wilayah di luar bandar. Ini akan mengurangkan penghijrahan ke bandar besar khususnya di Kuala Lumpur. Cadangan ini juga akan membantu mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi antara wilayah yang sering dipinggirkan. Memastikan kesejahteraan ekonomi yang lebih menyeluruh, adil dan saksama di seluruh Malaysia.

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Jurang pembangunan antara wilayah ini perlu diatasi agar pembangunan ekonomi dapat dinikmati secara lebih saksama. Tanpa pelaburan yang mencukupi, wilayah-wilayah ini mungkin terus ketinggalan dalam menyediakan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan infrastruktur moden. Walaupun semua negeri dapat dalam bajet kali ini, tetapi penilaian mengikut keperluan negeri adalah amat penting. Saya mencadangkan agar pihak kerajaan dapat membentuk dana pembangunan wilayah khas selain pelbagai koridor yang sedia ada untuk negeri-negeri yang kurang membangun, memfokuskan kepada infrastruktur asas seperti air, elektrik dan jalan.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan memerangi rasuah. Tiada siapa yang tidak menyokong. Usaha untuk memerangi rasuah kerana pemberi dan penerima rasuah dilaknat oleh Allah SWT. Nabi bersabda...

[Membaca sepotong hadis] Dengan kerajaan memberikan kebebasan sepenuhnya kepada SPRM untuk menyiasat dan mengambil tindakan tegas bagi mengheret pesalah rasuah ke muka pengadilan, diharapkan SPRM dapat menjalankan tugasnya dengan sebaiknya tanpa ada gangguan daripada mana-mana pihak.

Persoalan saya, apakah persediaan kerajaan untuk melaksanakan Pelan Pembanterasan Rasuah 2024-2028? Apakah hala tuju untuk menghapuskan rasuah dalam konteks Ahli Politik? Ini kerana terlalu banyak kes seperti DNAA yang diberikan kepada Ahli Politik. Jangan ada penyiasatan terpilih dan tumpuan kepada musuh politik sahaja.

Bagaimana dengan dakwaan Bloomberg bahawa ada campur tangan dalam siasatan isu kekayaan seseorang jutawan muda.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan pembangunan industri halal. Walaupun Sistem MYeHALAL ditambah baik bagi mengurangkan tempoh pemprosesan pengeluaran sijil halal antara 15 hingga 23 hari berbanding tempoh 30 hari pada masa ini. Sistem MYeHALAL juga ditambah baik bagi memusatkan 20 agensi kerajaan dan 100 badan pensijilan halal luar negara di bawah satu platform.

Apakah usaha kerajaan memastikan kualiti sijil halal walaupun telah dikurangkan tempoh pemprosesan pengeluaran sijil? Apakah usaha kerajaan dalam memberi kefahaman mengenai stigma masyarakat khususnya bukan Islam yang merasakan perolehan sijil halal yang rumit dan membebankan? Jangan ada lagi mana-mana pihak yang tidak berkaitan mempertikaikan sijil halal kerana ia adalah keperluan kepada orang Islam.

Saya amat mengharapkan agar pihak agensi berkaitan dapat mengubah cara bekerja dengan turun padang, membuat lawatan ke kedai makan ataupun kilang makanan bagi mempermudahkan proses, bukan lagi tunggu mereka datang di meja-meja pejabat. Apa kata jika terdapat permohonan untuk membuka kedai makan ataupun kilang makanan dengan pihak PBT, maka PBT terus selaraskan dengan agensi berkaitan sijil halal ini. PBT menjadi OSC ataupun one stop center bagi mempermudahkannya. Kedai makan dapat dibuka, sekali gus mempunyai sijil halal.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan syiar Islam. Saya menyambut baik peruntukan hal ehwal Islam berjumlah RM2 bilion. Selain fokus untuk memperkasa institusi pendidikan Islam, saya mengharapkan agar undang-undang Islam dapat diperkasakan. Kini,

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

jenayah semakin meningkat. Ada sahaja kes orang hilang. Jumpa sahaja dah jadi mayat.

Hanya Islam adalah penyelesaian kerana undang-undang Islam yang difardukan oleh Allah adalah bersifat mencegah. Umat Islam akan gerun kerana jika mereka terlepas hukuman di dunia, akhirat pasti tidak terlepas.

Tuan Yang di-Pertua, dalam isu syiar Islam ini saya mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Qari dan Qariah Malaysia yang dinobatkan sebagai juara antarabangsa pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Yang Ke-64 baru-baru ini. Ada beberapa persoalan dan cadangan saya.

Apakah anugerah yang diberikan kepada Johan Qari dan Qariah ataupun Hafiz dan Hafizah sepadan dengan pencapaian mereka dalam bidang al-Quran?

Untuk rekod Dewan ini, Kelantan menghadiahkan sebuah rumah banglo kepada semua Johan Antarabangsa yang berasal dari Kelantan. Termasuk johan tahun lepas, 1445 ataupun 2023 iaitu saudara Ustaz Muhammad Qayyim Nizar Sarimi. Beliau mendapat hadiah sebuah banglo bernilai RM420,000.

[Tepuk]

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Apakah usaha kerajaan bagi martabatkan legasi Qari dan Qariah antarabangsa Malaysia? Saya mencadangkan pihak kerajaan dapat mewujudkan sebuah studio untuk merakam suara qari dan qariah, juga hafiz dan hafizah. Keseluruhan Al-Quran, bermakna semua. Daripada Al-Fatihah sehinggalah Surah An-Nas sebagaimana dilaksanakan oleh Kompleks Al-Quran King Fahd ataupun Majma’ Al-Malik Fahd di Madinah al-Munawwarah.

Yang kedua, saya mencadangkan supaya dapat menubuhkan sebuah Akademi al- Quran bagi menjadi sebuah platform kepada qari dan qariah antarabangsa, melatih generasi baharu bagi meneruskan legasi mereka.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengambil kesempatan dalam masa yang terhad ini untuk mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan ataupun kepada negeri Kelantan atas laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bahawa Kelantan berada di tempat kedua selepas Sabah sebagai salah satu negeri paling selamat dengan indeks jenayah 96 pada tahun 2023 dan diikuti oleh Terengganu di tempat yang ketiga.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan di minit-minit terakhir ini untuk mengemukakan isu berkaitan dengan Kuala Krai yang perlu diambil perhatian di dalam Bajet 2025 ini. Semoga mendapat perhatian yang sewajar daripada kerajaan kerana pernah beberapa kali saya juga kemukakan di Dewan yang mulia ini.

Antaranya ialah menaik taraf LRA Manek Urai bagi memastikan bekalan air bersih dapat dipercepatkan. Yang kedua, menaik taraf jambatan di RPT Chuchoh Puteri A. Yang ketiga, membina baharu jambatan menghubungkan Kampung Belanga ke Kampung Temalir, Kuala Krai kerana ini menyebabkan setahun hujan lebat sahaja akan ditenggelami air dan

draft • 7:00 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

menyebabkan putus hubungan masyarakat. Yang keempat, pembangunan Pasar Besar Kuala Krai. Untuk rekod, pada 14 Oktober yang lalu, Pasar Besar Kuala Krai telah mengalami kebakaran. Kebakaran ini memusnahkan bangunan utama pasar. Hampir 70 peniaga terjejas dan menyebabkan mereka hilang punca pendapatan.

Jadi, di sini saya mengharapkan agar pihak kerajaan dapat permudahkan dan memberikan kelulusan segera bagi mempercepatkan pembinaan baharu pasar ini sebagaimana yang dipohon oleh pihak Majlis Daerah Kuala Krai. Saya difahamkan, kosnya sudah pun ada. Cuma, berharap ia dapat dimulakan dengan secepat mungkin.

Yang kelima, jalan dan jambatan konkrit dari Kampung Enggong, Kampung Sungai Emas ke Kampung Bechah Salak di Kuala Krai. Yang keenam, jambatan keluli di Kampung Bahagia, Kuala Krai yang hampir runtuh. Yang ketujuh, menaik taraf kemudahan pelancongan di Kompleks Gua Ikan di Dabong dan yang kelapan ialah MRI Hospital Ismail Petra, Kuala Krai yang pernah saya sebut sebelum daripada ini.

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 7:00 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang terakhir Dato’ Yang di- Pertua ialah sebagai penutup kepada ucapan pada kali ini, saya ingin akhiri ucapan ini dengan sebuah peringatan kepada kita semua. Menjadi pemerintah bukanlah tiket untuk kita menjadi sombong. Jangan beranggapan hanya muka ini yang membuat kerja. Ada masa kita di atas ataupun berkuasa dan pastinya akan ada masa kita di bawah. Politik bukan sekadar janji tetapi perlu tunaikan janji.

Sebagai sebuah kerajaan, jika tiada janji pun wajib melaksanakan tanggungjawab.

Apatah lagi, jika sudah berjanji. Bayarlah royalti petroleum kepada Kelantan dan Terengganu kerana termaktub di dalam perjanjian pada tahun 1975. Berilah peruntukan kepada Ahli Parlimen kerana telah termaktub di dalam janji PRU ke-15. Terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua. Sekian, wassalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh.

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Waalaikumsalam. Yang Berhormat, usul pada hari ini sampai pukul 8 sahaja. Di bawah kuasa Peraturan Mesyuarat 12(3), saya hanya boleh menganjak 15 minit sahaja. Jadi, dengan itu, saya akan ketatkan masa. Kita ada lebih kurang 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 orang yang akan berbahas. Cukup masa, saya akan berhentikan. Yang baki itu akan sambung esok. Baik. Saya mempersilakan Yang Berhormat Pekan.

draft • 7:00 PM

Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam Malaysia Madani. Pertamanya, terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan kepada saya untuk turut sama-sama membahaskan ucapan Belanjawan 2025.

Kerajaan Madani lagi sekali telah membentangkan belanjawan terbesar negara dengan peruntukan sebanyak RM421 bilion iaitu peningkatan kira-kira 3.3 peratus

draft • 7:04 PM

Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

berbanding Belanjawan 2024 yang disemak semula iaitu bernilai RM407.4 bilion. KDNK diunjur lebih kukuh pada kadar 4.8 peratus dan 5.3 peratus tetapi cukai yang dipungut kerajaan masih antara yang terendah iaitu pada kadar 12.6 peratus berbanding dengan negara jiran seperti Singapura, 13.7 peratus; Thailand,16.1 peratus; dan Filipina, 14.1 peratus. Perbelanjaan mengurus melibatkan RM335 bilion iaitu sebanyak 79.6 peratus dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM86 bilion melibatkan 20.4 peratus.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, bagi menambahkan lagi pendapatan negara dan merapatkan jurang ekonomi rakyat, kerajaan telah memperkenalkan beberapa pelaksanaan kewangan baharu.

Pertamanya, cukai dividen pada kadar dua peratus untuk pendapatan dividen yang diperolehi melebihi nilai ambang RM100,000. Ia akan dikenakan pada mereka yang menjalankan aktiviti melibatkan keuntungan dividen seperti jual beli saham. Boleh dianggap, mereka menjalankan aktiviti ini adalah mereka yang mempunyai lebihan pendapatan sehingga mampu memperoleh pulangan dividen yang tinggi. Jadi, tidak menjadi isu kerana hanya sejumlah peratusan sahaja yang akan dikenakan cukai ini.

Walau bagaimanapun, satu langkah yang bijak daripada kerajaan iaitu apabila cukai ini dikecualikan daripada dividen yang diterima daripada simpanan kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Amanah Saham di bawah Permodalan Nasional Berhad dan pendapatan dividen dari luar negara. Jadi, ia tidak memberi kesan kepada sejumlah besar rakyat yang memiliki dividen daripada simpanan ini.

Keduanya, cukai karbon ke atas industri besi, keluli dan tenaga bagi menggalakkan penggunaan teknologi rendah karbon, sekali gus menggunakan sumber tenaga yang lebih bersih. Sekiranya penggunaan karbon berlebihan, pihak yang berkenaan perlu berhadapan dengan kos tambahan yang mana hasil daripada cukai ini akan dimanfaatkan bagi pembiayaan program penyelidikan dan teknologi hijau.

Penyelarasan subsidi petrol RON95 pula iaitu memansuhkan subsidi RON95 bagi 15 peratus golongan berpendapatan tinggi dan warga asing mulai pertengahan 2025. Manakala, kira-kira 85 peratus rakyat akan terus menikmati rasionalisasi subsidi ini. Ia dijangka membawa penjimatan RM8 bilion kepada kerajaan yang boleh disalurkan kepada lebih banyak bantuan kepada rakyat dan pembangunan pelbagai sektor.

Pelaksanaan gaji minimum pula telah dinaikkan ke RM1,700 berkuat kuasa 1 Februari 2025. Pelaksanaan ini secara teorinya dianggap sangat baik dalam memastikan keperluan asas dipenuhi dan kebajikan pekerja lebih terjamin terutama yang berpendapatan rendah. Tetapi, secara praktikalnya ia menimbulkan kerisauan dan cabaran bukan sahaja kepada majikan malahan kepada pekerja dan juga masyarakat. Antara kesan domino disebabkan peningkatan gaji minimum ialah majikan terpaksa mengurangkan pekerja kerana terpaksa menanggung peningkatan kos operasi yang seterusnya boleh menyebabkan peningkatan pengangguran.

Keduanya, berlaku eksploitasi pekerja kerana menggaji pekerja untuk pelbagai dengan izin, job scope yang sepatutnya dilakukan oleh pekerja yang berbeza. Kos dialih dan

draft • 7:04 PM

Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

ditanggung oleh pengguna kerana majikan menaikkan harga barang atau perkhidmatan bagi menampung kos operasi. Mungkin juga menyumbang kepada inflasi jika majikan terpaksa menaikkan harga barangan dan perkhidmatan.

Antara contoh kesan kepada penggunaan ini ialah kos sara hidup akan semakin meningkat disebabkan peningkatan kos dari pelbagai rantaian lain dan kenaikan gaji tidak selari dan tidak setara dengan kos sara hidup.

draft • 7:04 PM

Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Sebagai contoh, kenaikan yuran sekolah, taska, tadika swasta kerana pihak sekolah terpaksa menaikkan gaji dan caruman KWSP, SOCSO untuk pekerja dan guru.

Seterusnya ialah tentang cukai jualan perkhidmatan (SST) akan ditambah baik supaya lebih progresif, berkuat kuasa 1 Mei 2025 dan tidak akan dikenakan ke atas barangan makanan asas bagi mengekalkan harga barangan yang lebih munasabah.

Kadar SST telah dinaikkan dari enam peratus ke lapan peratus mulai 1 Mac 2024.

Pelarasan baharu SST kepada lapan peratus dijangka menjana pendapatan tambahan antara RM9 bilion hingga RM10 bilion kepada kerajaan. Tetapi, ia juga menyebabkan kesan domino yang lain seperti peningkatan kos kepada penyediaan perkhidmatan. Ini kemudiannya membawa kepada tekanan inflasi apabila perniagaan memindahkan kos logistik tambahan kepada pengguna yang akhirnya dan seterusnya berpotensi memberikan kesan kepada kos barangan seharian.

Kerajaan wajar mengembangkan sistem cukai dan menutup ketirisan dalam sistem cukai. Dalam masa yang sama, kerajaan perlu memastikan beban rakyat berada pada tahap minimum.

Menyentuh tentang bajet untuk TVET, iaitu terdapat peningkatan kadar bantuan Geran Per Kapita Pendidikan TVET kepada 15 peratus berjumlah RM913 juta, pemerkasaan TVET dengan jumlah keseluruhan peruntukan bernilai RM7.5 bilion.

TVET memainkan peranan signifikan dalam membangunkan bakat tersedia masa hadapan supaya negara tidak ketandusan bakat berkualiti dalam merealisasikan agenda besar negara. TVET boleh dianggap sebagai game changer kepada sistem pendidikan sebagai pilihan utama pelajar dan ibu bapa untuk pendidikan di peringkat tertiary.

Apa yang penting, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, 92 peratus lepasan TVET berjaya mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian dan 82 peratus bekerja dalam bidang yang dipelajari. Ini adalah bukti bahawa TVET adalah suatu bidang yang dikehendaki dan mampu melonjakkan industri TVET di Malaysia dalam pelbagai bidang seperti automotif, automasi industri, kecerdasan buatan, keselamatan siber dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, TVET mempunyai isu-isu tertentu. Pertamanya ialah institusi TVET perlu mewujudkan kursus-kursus yang sesuai dengan kehendak semasa industri, termasuk peralatan latihan industri TVET mestilah yang terkini. Keduanya, stigma segelintir masyarakat yang menganggap TVET adalah pilihan kedua atau terakhir berbanding dengan akademik sepatutnya diketepikan. Manakala penawaran pekerjaan bagi bidang ini adalah

draft • 7:10 PM

Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

tinggi di Malaysia tetapi permintaan kurang kerana ramai graduan TVET lebih memilih bekerja di luar negara seperti Singapura atas faktor gaji yang lebih baik dan yang lebih tinggi.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, lebih 1.8 bilion Muslim di seluruh dunia yang secara tidak langsung memperlihatkan wujud permintaan yang signifikan bagi produk dan perkhidmatan yang mematuhi syariah Islam. Industri halal antarabangsa pada masa ini bernilai kira-kira USD2 trilion dan dijangka akan meningkat sehingga USD4.96 trilion pada tahun 2030. Ini merupakan satu peluang besar bagi syarikat tempatan untuk mengembangkan perniagaan mereka ke pasaran antarabangsa.

Nilai eksport halal Malaysia mencecah hampir RM55 bilion pada tahun 2023. Namun, jumlah ini masih dianggap kecil dan perlu usaha yang lebih giat lagi untuk meningkatkan nilai eksport halal. Kategori makanan dan minuman merupakan penyumbang terbesar eksport halal dengan nilai sebanyak RM29.4 bilion, diikuti ramuan halal, kosmetik dan penjagaan diri, derivatif minyak sawit, industri kimia dan farmaseutikal.

Malaysia kekal di tempat pertama bagi sektor makanan halal dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global 2023. Walau bagaimanapun, Malaysia juga meraih potensi pelaburan baharu berjumlah RM4 bilion dari 40 syarikat di China untuk industri halal, yang merangkumi pelbagai sektor termasuk perubatan herba, makanan dan minuman, vaksin, kosmetik dan farmaseutikal.

Malaysia mempunyai kredibiliti dan ekosistem serta rangka kerja terbaik dalam memanfaatkan potensi ekonomi halal termasuk sistem pensijilan, standard akreditasi dan perkhidmatan sokongan halal yang memastikan integriti rantaian bekalan halal dari awal hingga akhir.

Menyentuh tentang veteran ATM tidak berpencen. Setakat April 2024, lebih 28,000 daripada 41,000 veteran ATM tidak berpencen di seluruh negara sudah menerima Bantuan Sara Hidup berjumlah RM300 setakat April lepas. Kita bersyukur kerana dalam peruntukan Bajet 2025, kerajaan menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup berdasarkan pendapatan garis kemiskinan untuk veteran ATM tidak berpencen ini dan nilai RM500 ini adalah satu nilai yang agak munasabah untuk mereka.

Secara dasarnya, banyak perincian di dalam bajet kali ini yang ditambah baik berbanding tahun-tahun sebelum ini. Namun, dalam masa yang sama, ada perincian yang mengundang polemik dalam pelbagai lapisan masyarakat. Antaranya, yang paling ketara, apabila melibatkan kos sara hidup yang memberi kesan kepada kebanyakan rakyat dan keputusan tidak popular seperti pelaksanaan cukai baharu.

Dengan pelaksanaan yang baik oleh segenap pihak, saya berharap agar rakyat akan benar-benar menikmati inisiatif yang dinyatakan dan memastikan sosioekonomi yang stabil dan berkembang dapat dilaksanakan.

Masuk Dewan berbondong-bondong, Semasa berbahas jangan menyinggung, Akhir kalam saya menggulung, Pekan mohon menyokong.

draft • 7:10 PM

Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Sekian, terima kasih. *Wabillahi taufiq walhidayah assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh...

[Tepuk]*

draft • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Pekan. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Jerantut.

draft • 7:10 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Dato’ Timbalan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada Jerantut untuk membahas perbahasan Belanjawan 2025 bertarikh 23 Oktober 2024.

Izinkan saya memulakan perbahasan ini dengan membaca sepotong ayat suci Al- Quran daripada Surah Ibrahim ayat 7 yang berbunyi...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Dan ingatlah ketika Tuhan kamu memberitahu ─ Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu ingkar, sesungguhnya azab Aku amatlah keras.” Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, ada beberapa tanda aras bersyukur. Ada empat.

Pertama, kita mesti junjung aspek amanah. Kedua, adanya akauntabiliti. Ketiga, adanya keberkatan. Dan yang terakhir, adanya keredaan daripada Ilahi.

draft • 7:18 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Di dalam kita membahaskan belanjawan ini, pastinya kita mahu belanjawan ini berjalan dengan lancar pada 2025. Pastinya ia memerlukan kerjasama yang erat di antara kerajaan dan pembangkang. Apatah lagi dalam keadaan sekarang, pembangkang mempunyai empat buah negeri yang kita tadbir.

Oleh yang demikian, semangat federalisme ini ataupun semangat federalism ini perlu diperkasakan. Maka Jerantut dengan rendah diri memohon ataupun menuntut perkataan yang lebih benar seperti yang dikatakan oleh kawan-kawan kita daripada Sabah dan Sarawak, menuntut supaya wang ihsan dapat diberikan sepenuhnya kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan juga Terengganu.

Peruntukan RM200 juta diberikan kepada Kerajaan Negeri Kedah kerana komitmen Kerajaan Negeri Kedah mengekalkan tanah sawah sehingga pendapatan kerajaan negeri terpaksa dikurangkan demi menjaga sekuriti makanan.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, kekayaan negara ini tidak boleh dimonopoli oleh orang kaya sahaja. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Ia mesti dikongsi bersama.

Oleh yang demikian, bila kita berbicara tentang pembahagian kekayaan walaupun di sana ada segmen-segmen masyarakat yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Kita kena faham yang semua segmen ini memberikan sesuatu kepada kerajaan dalam bentuk cukaian, dalam bentuk zakat dan sebagainya. Oleh yang demikian, semua segmen masyarakat ini perlu dikawal selia oleh kerajaan. Perlu diberikan keadilan. Oleh yang demikian, bila kerajaan membuat satu political will untuk membuat penyelarasan subsidi diesel yang mengejutkan

draft • 7:20 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

rakyat, rakyat terbeban, IKS terbeban, semuanya terbeban. Ia menyebabkan kesihatan mental rakyat semakin menurun.

Kemudiannya, kita dikejutkan pula dalam keadaan rakyat masih lagi sedang berusaha untuk menerima kenyataan bahawasanya diesel ini telah diangkat subsidinya. Kita dikejutkan yang kemungkinan akan ada penyelarasan subsidi untuk RON95 pada tahun hadapan. Yang kita tahu majoriti rakyat menggunakannya dan tindakan ini akan menyebabkan adanya efek domino. Efek ataupun kesan rantaian yang akan mengganggu rutin perbelanjaan rakyat.

Sebab itu Jerantut mencadangkan agar kerajaan menangguhkan penyelarasan subsidi RON95 agar rakyat boleh bertahan dan menyesuaikan diri dengan kesan berantai daripada penyelarasan subsidi diesel.

Dato’ Yang di-Pertua, bila saya berbicara tentang kesihatan mental semakin parah, ini bukan hipotesis. Ini adalah kenyataan daripada Menteri sendiri. Menteri Kesihatan menyatakan bahawasanya, kes kesihatan mental kanak-kanak semakin meningkat.

Kemudiannya kenyataan daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, lebih 40,000 penjawat awam alami isu kesihatan psikologi.

Kemudiannya, kita ada bekas Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia Dr. Hazli Zakaria menyatakan bahawasanya kurang pakar fasiliti jejas rawatan pesakit mental. Dato’ Yang di-Pertua, statistik daripada Kementerian Kesihatan menunjukkan masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja berumur sembilan ke 15 tahun telah mencecah 900,000 orang pada tahun 2023 ketimbang ataupun berbanding 424,000 pada tahun 2022. Ini peningkatan yang mendadak, dua kali ganda.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pula mendedahkan lebih 40,000 orang kakitangan awam berisiko tinggi menghadapi masalah kesihatan mental. Ini lebih membimbangkan apabila statistik PDRM pula menyatakan kes kematian bunuh diri meningkat 10 peratus daripada 981 kes pada 2022 kepada 1,087 pada 2023. Data-data ini tidak menipu. Ia menunjukkan kerajaan perlu serius untuk membendung masalah ini. Saya mencadangkan agar cabaran kesihatan mental mesti diposisikan sebagai Agenda Nasional untuk menggambarkan kebertanggungjawaban yang tinggi oleh kerajaan.

Data menunjukkan jumlah psikiatri di Malaysia tidak lebih 600 orang berbanding jumlah sepatutnya ialah 3,000 orang. Nisbah yang ditentukan oleh WHO adalah satu daripada 10,000 orang tetapi di negara kita hanyalah 1:75,000 orang. Di Singapura, negara jiran kita satu Inter-agency Taskforce on Mental Health and Well-being ditubuhkan untuk memperkemaskan ekosistem. Manakala di Korea Selatan buat pertama kali dalam sejarah ditubuhkan Mental Health Policy Innovation Committee di bawah tanggungjawab pejabat Presiden.

Banyak lagi negara seperti Australia, China, India dan juga Jepun yang telah melangkah jauh ke hadapan bagi menangani krisis ini secara serius. Diharapkan bermula pada tahun 2025 ini, Malaysia melakukan satu tindakan yang besar, yang luar biasa,

draft • 7:20 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

merangkumi penyelarasan dasar dan pelan tindakan peningkatan mutu fasiliti serta aksesibiliti penambahan kepakaran dan pelaburan.

Saya juga mencadangkan agar Dasar Kesihatan Mental Negara 2012 harus disemak dan dikemas kini untuk menata semua aspek berkaitan kesihatan mental di bawah satu payung dan tidak fragmented dengan izin, memandangkan National Strategic Plan for Mental Health 2020 akan berakhir pada tahun hadapan, pada tahun 2025.

Dato’ Yang di-Pertua, pengurangan air tidak berhasil (NRW). Bila kita lihat, saya baca daripada kenyataan daripada SPAN sendiri, “Malaysia needs RM10 billion each year till 2026 to upgrade water infrastructure”. Ini menunjukkan bahasanya isu ini, isu yang amat serius dan ia mengganggu ekonomi negara. Maka sewajarnya kerajaan mengambil tindakan yang serius, khususnya dalam menangani isu NRW ini. Saya menyarankan kepada pihak agensi kerajaan mahupun swasta mesti bekerjasama untuk memugar idea yang bernas dalam penggunaan sistem teknologi terkini bagi mengenal pasti NRW secara real-time seperti leak detection technology.

Saya juga ingin bertanya, berapakah jumlah matching grant yang telah disediakan oleh pihak kerajaan bagi menyelesaikan masalah ini pada negeri-negeri fokus ataupun negeri-negeri kritikal seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri semalam iaitu negeri Pahang, Kelantan, Perlis, Sabah dan Sarawak. Kalau di Jerantut Dato’ Yang di-Pertua, eh, usahkan NRW, air pun tak ada. Ini di Jerantut. Bandar yang paling harmoni pada tahun lepas, pada tahun ini. Ada tempat yang tak ada air dan saya rasa masalah ini dikongsi oleh rakan- rakan Ahli Parlimen, sama ada di peringkat kerajaan mahupun pembangkang di kawasan pendalaman.

Saya ambil contoh di Kampung Baru. Penduduk Kampung Baru ini mendapat bekalan air daripada Loji Batu Balai dan masalahnya adalah tekanan di loji tersebut tidak mampu untuk membekalkan air atas faktor terlalu jauh dan kapasiti enjin yang tidak kuat.

Dikhabarkan akan dibina empangan loji ataupun pusat tadahan air dan kawasan tersebut telah pun ditebang hutannya namun sehingga ke hari ini tidak ada apa-apa khabar berita baru. Hutan telah pun ditebang tetapi tidak adapun penambahbaikan infra kepada loji terbabit.

Jadi, saya memohon kepada pihak kementerian salurkanlah sedikit peruntukan kepada Jerantut agar dapat dibina satu lagi empangan loji di Kampung Baru.

Kemudiannya Dato’ Seri – Dato’ Yang di-Pertua, isu berkaitan dengan pendidikan negara. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan ada anak-anak kita yang bukan bumiputera tidak ada tempat di matrikulasi. Pendidikan ini dia tidak mengasingkan antara bumiputera dengan non-bumiputera. Cuma, kita ada hak di dalam Perlembagaan Persekutuan yang kita hormati.

Kita ada nisbah 1:9 ataupun 90:10. Bumiputera 90, non-bumiputera 10 peratus tapi rakan- rakan kita yang bukan bumiputera juga mempunyai prestasi yang cemerlang dan ada hak untuk duduk di matrikulasi.

Maka persoalan saya kepada kerajaan, adakah kerajaan bercadang untuk mengetatkan syarat pengambilan pelajar ke pusat matrikulasi seperti mengikut pendapatan isi rumah dan keperluan kursus? Yang kedua, sebagai teknikal people, mudahnya begini,

draft • 7:20 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

tempat tak cukup, root cause-nya adalah tempat tak cukup Dato’ Yang di-Pertua. Jadi, sewajarnya kerajaan perlu ada pembahagian kewangan yang serius kepada KPKT untuk mewujudkan pusat matrikulasi yang lebih banyak, supaya lebih banyak kerusi-kerusi yang dapat diberikan kepada rakan-rakan kita, anak-anak kita sama ada daripada bumiputera mahupun bukan bumiputera.

draft • 7:20 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Kerana kalau mereka dapat diberikan ruang untuk berintegrasi sesama mereka, mereka inilah yang bakal memimpin negara. Tapi kalau mereka tidak diberikan ruang, mereka terpaksa bekerja ataupun belajar di luar, diaspora, akhirnya mereka tidak kembali untuk memberikan komitmen kepada negara kita. Apa lagi tinggal kepada negara kita kalau anak- anak bumiputera dan bukan bumiputera ini yang tidak ada ruang ini, mereka lari ke luar negara? Ini persoalan yang kita perlu tangani bersama dan rentas sempadan politik.

Saya juga ingin fokus kepada isu MRSM. Seramai 104,00 pada tahun 2023, anak- anak kita yang memohon untuk menyambung pengajian di MRSM. Namun, jumlah yang ada pada MRSM hanya 8,700 orang sahaja. Bila kita angkat isu MRSM ini, saya angkat ke Kamar Khas untuk kita wujudkan satu MRSM di Jerantut kerana di Jerantut ini, pendidikannya menarik, berkualiti. Jadi, banyak daerah-daerah lain ada MRSM. Kenapa tidak di Jerantut?

Maka, jawapan daripada Timbalan Menteri pada waktu itu, ada beberapa cabaran- cabaran yang perlu di-address, dikenal pasti dan diselesaikan. Maka dengan ini, saya mencadangkan supaya pihak kementerian menambah lagi bajet belanjawan kepada MARA supaya MARA boleh mendapatkan lebih banyak pegawai ataupun guru-guru untuk diisi di MRSM-MRSM yang terbabit. Saya juga merayu sekali lagi agar diberikan peluang untuk diadakan satu MRSM di bumi Jerantut.

Ada dua minit lagi. Saya adalah Ketua Portfolio Pengangkutan bagi Perikatan Nasional. Ada empat isu yang kita nak bawa. Satu ya, saya yang sentuh sebab saya ada seminit sahaja lagi, tentang mereformasi KTMB. Saya baca satu kenyataan, “KTMB akan terus alami kerugian tanpa tren kargo baharu”. Ini kata kesatuan. Muhammad Faizal Shahibul Kiraya yang merupakan Ketua Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu

(KPPKTMB).

Kemudiannya ada lagi satu kenyataan, “Kewujudan RAC tidak bantu KTMB” dan satu lagi kenyataan, “Malaysia's railways in need of vertical integration”. Mengambil semangat Perdana Menteri kita, Menteri Kewangan bercerita tentang reformasi institusi kerajaan, menyatukan MAVCOM dengan CAAM, maka Jerantut dengan ini mencadangkan agar digabungkan juga KTMB dan juga RAC supaya kedua-dua ini boleh digabungkan dan ia akan meningkatkan daya saing KTMB.

Akhirnya Dato' Yang di-Pertua, di dalam kita memastikan perjalanan bajet ini berjalan dengan licin dan juga ampuh, kerajaan dan pembangkang perlu bertindak sebagai satu pasukan. Kita perlu objektif. Tugas kita di Dewan ini adalah untuk memastikan RUU dibahas, dilumat dan diluluskan untuk kepentingan rakyat. Bukan hanya di Dewan tetapi kita juga turun untuk membantu rakyat di konstitusi masing-masing.

draft • 7:30 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Walaupun di sana kami tidak mendapat peruntukan daripada kerajaan tetapi alhamdulillah, dengan elaun yang diberikan oleh kerajaan kepada kami, elaun untuk kami, kami beri kepada rakyat. Di sana akan ada keberkatan. Insya-Allah. Memang susah tapi akan ada keberkatan. Allah Taala akan balas. Kepada yang zalim, akan dibalas dengan jahat, dengan kemungkaran, dengan kesusahan.

draft • 7:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, saya ada soalan.

draft • 7:30 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Tetapi...

draft • 7:30 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Duduk, duduk, duduk.

draft • 7:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Soalan, soalan.

draft • 7:30 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Saya tak bagi laluan, saya tak bagi laluan. Saya tak bagi laluan, boleh duduk.

draft • 7:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kenapa tak sign MOU?

draft • 7:30 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Saya tak bagi laluan, duduk.

draft • 7:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

MoU tak sign kenapa?

draft • 7:30 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Duduk.

draft • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat- Yang Berhormat, Peraturan 37(2) jelas ya. Saya tidak ada masa dan saya tidak mahu ada gangguan. Sila gulung dan tamatkan.

draft • 7:30 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Belajarlah adab. Kalau legislatif pun tak erti undang-undang peraturan mesyuarat...

draft • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 7:30 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

...baik tak payah masuk dalam Dewan ini.

draft • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 7:30 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Perangai itu kurang ajar daripada dulu lagi. Akhirnya, akhirnya...

draft • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, gulung.

draft • 7:30 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Akhirnya, saya rasa walaupun kita tak sependapat dalam beberapa perkara Dato' Yang di-Pertua tetapi contoh RUU Warganegara, kita berjaya mendapat kesepakatan bersama dan inilah udara baharu, nafas baharu yang rakyat Malaysia nak. Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita bekerja dan kita harapkan, kita dapat bersama-sama membina negara dalam menghadapi suasana yang lebih mencabar pada 2025 dan insya-Allah, wabiiznillah dengan izin Allah, Perikatan Nasional akan menjadi pembangkang yang credible dan konstruktif. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Betong.

draft • 7:30 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, di atas peluang untuk terlibat dalam perbahasan di hujung-hujung hari persidangan pada hari ini. Belanjawan 2025 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun diharapkan membawa harapan baharu bagi rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman, khususnya bagi kami di Sabah dan Sarawak.

Komitmen berterusan kerajaan dalam menangani isu kesenjangan pembangunan antara bandar dan luar bandar harus dihargai. Namun, perlu diakui bahawa masih banyak cabaran yang perlu diatasi, termasuk infrastruktur yang terhad, akses yang sukar ke kawasan pedalaman serta peluang ekonomi yang terbatas.

Betong melihat Belanjawan 2025 ini sebagai usaha kerajaan mengimbangi keperluan rakyat menjelang tahun hadapan dengan memberi fokus kepada isu kos sara hidup apabila kerajaan bersetuju menaikkan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion pada tahun ini, 2024.

Dato' Yang di-Pertua, peningkatan STR bersama dengan bantuan bersasar lain adalah langkah yang baik untuk membantu rakyat menghadapi kesan rasionalisasi subsidi.

Usaha berterusan untuk menambah baik perlindungan sosial kepada mereka yang bekerja sendiri, suri rumah dan golongan warga emas melalui peningkatan sumbangan kerajaan kepada PERKESO dan KWSP berupaya membantu memastikan kesejahteraan mereka.

Selain itu, Dasar Gaji Minimum serta Dasar Gaji Progresif akan memastikan gaji para pekerja terus dapat ditingkatkan seiring dengan tahap produktiviti negara. Betong juga menyahut baik peningkatan had gaji minimum dan penerbitan garis panduan gaji untuk semua sektor. Inisiatif ini bersekali dengan pelaburan besar dalam ekosistem perniagaan, merupakan langkah penting ke arah meningkatkan taraf hidup individu serta daya saing perniagaan, sekaligus memastikan kemajuan yang mampan dan saksama untuk Malaysia.

Dato' Yang di-Pertua, dengan memberi fokus kepada rasionalisasi subsidi dan memperluas asas cukai mencerminkan langkah fiskal yang berhemah, sekaligus meningkatkan lagi daya tahan negara menghadapi ketidaktentuan global dan Betong menyambut baik hasrat kerajaan untuk melaksanakan rasionalisasi RON95 dan menyalurkan penjimatan tersebut untuk memperkukuh sektor-sektor penting, termasuk kesihatan, pendidikan dan kesejahteraan sosial.

Penyelarasan subsidi seperti pengurangan subsidi diesel dijangka memberikan penjimatan lebih dari RM4 bilion setahun yang merupakan langkah penting dalam memastikan perbelanjaan kerajaan lebih efisien. Namun Dato’ Yang di-Pertua, langkah ini perlu dilaksanakan dengan penuh ketelusan untuk memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana tidak terpinggir, terutamanya apabila subsidi petrol RON95 disusun semula pada pertengahan tahun 2025. Golongan ini yang amat bergantung kepada subsidi bahan api untuk menampung kos hidup memerlukan perhatian serius.

draft • 7:35 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Justeru, Betong mohon kerajaan menjelaskan kepada rakyat dengan memperincikan jumlah penjimatan yang akan diperolehi dari rasionalisasi subsidi dan bagaimana jumlah tersebut diserah balik kepada rakyat mengikut pelbagai inisiatif dan kategori.

draft • 7:35 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Satu sistem data bersepadu yang menggabungkan maklumat pendapatan dan penggunaan perlu dibangunkan bagi mengenal pasti golongan yang benar-benar memerlukan bantuan. Pada masa yang sama, kajian impak menyeluruh perlu dilaksanakan sebelum sebarang perubahan dalam sistem subsidi dilaksanakan bagi mengukur kesan ke atas kos hidup rakyat. Penting juga agar mekanisme rayuan disediakan dan mudah diakses oleh mereka yang mungkin terlepas pandang dalam sistem penyasaran awal.

Selain itu, pemimpin, komuniti dan pertubuhan bukan kerajaan perlu dilibatkan dalam proses pengenalpastian penerima subsidi bagi memastikan pendekatan yang lebih menyeluruh dan inklusif. Sistem pemantauan subsidi perlu diperkukuhkan menggunakan teknologi untuk mengesan ketirisan dan memastikan subsidi sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Dato’ Yang di-Pertua, dalam usaha meningkatkan siling menerusi inovasi dan pengukuhan modal insan, Belanjawan 2025 juga memanfaatkan pelaburan domestik melalui GEAR-uP yang diterajui oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan GLIC untuk menyokong aspirasi perindustrian Malaysia. Fokus berterusan terhadap inisiatif latihan, terutamanya penekanan terhadap TVET dilihat telah berkembang meliputi pelbagai sektor penting seperti semikonduktor, robotik dan AI.

Selain itu, tumpuan kepada golongan miskin bandar, komuniti luar bandar dan belia peribumi akan mempersiapkan golongan rentan ini untuk berjaya dalam ekonomi yang giat berkembang. Usaha kerajaan dalam menerajui penggunaan dan menambah baik tadbir urus AI turut disambut baik termasuk penubuhan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan yang baharu dan rangkaian keselamatan AI ASEAN.

Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya Betong ingin memberi fokus dan beralih kepada isu perkhidmatan kesihatan. Segala usaha ke arah memperkukuh kesihatan awam terutamanya dalam menaik taraf penjagaan kesihatan, reformasi, proses perolehan dan penyampaian penjagaan serta mempromosikan gaya hidup sihat melalui peningkatan kadar duti eksais bagi minuman bergula amatlah dihargai.

Betong juga menyambut baik peningkatan belanjawan Kementerian Kesihatan sejumlah RM45.3 bilion bagi sektor kesihatan untuk membiayai program-program pencegahan rawatan dan pemulihan. Peningkatan ini jelas bahawa kerajaan mementingkan untuk menyediakan segala kemudahan kesihatan yang berkualiti, selesa dan mesra rakyat.

Walaupun demikian, saya agak apa ini kecewa sebab belum ada lagi berita yang baik mengenai rancangan untuk menaik taraf Hospital Betong pada peruntukan tahun 2025 ini.

Dato’ Yang di-Pertua, mengenai pelaksanaan program perkhidmatan dan kesihatan ─ Ingin bertanya, sejauh manakah perancangan kerajaan untuk melaksanakan program transformasi kesihatan digital lebih-lebih lagi bagi kawasan luar bandar Sarawak telah

draft • 7:40 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

tercapai. Apakah status inisiatif memperluaskan sistem teleperubatan dan rekod kesihatan digital terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman? Betong menyeru agar kerajaan menyediakan dan tambah baik segala peranti dan peralatan bukan perubatan terutamanya di hospital dan klinik di luar bandar.

Betong juga ingin tahu strategi yang telah dirangka untuk memastikan mengintegrasikan teknologi di hospital dan klinik kesihatan di Sarawak. Apakah inisiatif kerajaan bagi memberi latihan kepada kakitangan bagi melengkapkan mereka dalam transformasi kesihatan digital?

Dato’ Yang di-Pertua, pembangunan infrastruktur kesihatan luar bandar di Sarawak, termasuk di Betong perlu diberi fokus. Ini kerana dengan pertambahan kualiti hidup dan sosial ekonomi rakyat sudah tentu berkehendakkan infrastruktur perkhidmatan kesihatan yang lebih moden dan efisien bagi menyediakan perkhidmatan yang bermutu kepada rakyat.

Oleh itu, Betong ingin bertanya program menaik taraf klinik kesihatan yang usang dan kekurangan peralatan. Apakah perancangan untuk memastikan klinik-klinik tersebut menerima sumber dan tenaga kerja yang mencukupi? Betong juga ingin mengetahui sasaran jumlah klinik yang akan ditambah baik dalam Belanjawan 2025 ini. Kerajaan perlu memberi penumpuan dengan program peningkatan kapasiti hospital di Sarawak.

Oleh itu, Betong ingin bertanya mengenai status pembinaan hospital baharu di Sarawak serta penambahan katil di hospital-hospital sedia ada. Mohon kementerian memberikan status terkini projek-projek tersebut. Betong juga ingin mengetahui, apakah perancangan kerajaan dalam memastikan hospital di bandar besar tidak mengalami masalah kesesakan sama ada outpatient ataupun sebagainya.

Seterusnya, Betong ingin membangkitkan mengenai nisbah doktor kepada pesakit dan program latihan perubatan. Apakah kriteria dan mekanisme pelaksanaan yang digunakan untuk memastikan kesaksamaan dalam penempatan doktor ke kawasan luar bandar? Berapakah jumlah doktor yang akan ditempatkan di bawah program ini?

Mengenai program latihan dan pembangunan doktor pakar, berapakah jumlah peruntukan untuk meningkatkan bilangan doktor pakar melalui latihan dalam negara dan luar negara? Betong juga ingin mengetahui apakah langkah yang diambil untuk memastikan doktor pakar yang dilatih akan terus kekal dalam sektor awam selepas mereka tamat latihan nanti.

Seterusnya mengenai kecekapan hospital dan kadar penggunaan katil. Betong ingin bertanya, apakah inisiatif kerajaan untuk memastikan masa menunggu pesakit dapat dikurangkan? Betong berpendapat bahawa perlunya mengadaptasikan penggunaan teknologi untuk mengurangkan masa menunggu pesakit di wad lebih-lebih lagi di wad kecemasan.

Bagi mengurangkan beban hospital besar, Betong menyokong segala cadangan pembinaan pusat rawatan pesakit luar dan klinik pakar. Oleh itu, berapakah jumlah klinik pesakit luar yang telah dirancang untuk dilaksanakan di bawah Belanjawan 2025 di Sarawak?

draft • 7:40 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Perkara seterusnya mengenai peruntukan sumber manusia kesihatan. Betong ingin bertanya, apakah perancangan menambah bilangan doktor, jururawat dan kakitangan sokongan perubatan di hospital awam dan klinik kesihatan di luar bandar? Sebagai contoh ialah kekurangan jururawat atau pun kakitangan yang mengendalikan pusat dialisis di luar bandar. Apakah sasaran spesifik penambahan berdasarkan peruntukan dalam belanjawan?

Mengenai pengurusan peralatan perubatan, Betong ingin mengetahui perancangan dan usaha kerajaan bagi menentukan hospital dan klinik di Sarawak mendapat akses pada peralatan perubatan yang diperlukan terutamanya musim-musim kritikal seperti MRI dan ventilator.

Dato’ Yang di-Pertua, Betong menyambut baik inisiatif kerajaan untuk melaksanakan Dasar Off-Take atau perolehan khusus daripada syarikat yang membuat pelaburan domestik baharu untuk mengeluarkan segala produk farmaseutikal dan peranti perubatan kritikal.

Pendekatan ini bukan sahaja menyokong keterjaminan bekalan ubat dari sumber tempatan, malah berupaya mengurangkan kos dalam jangka masa sederhana.

Dato’ Yang di-Pertua, penyakit tidak berjangkit (NCD) terutamanya kardiovaskular, kencing manis dan kanser menyebabkan negara menelan belanja berbilion ringgit berdasarkan kerugian produktiviti akibat ketidakhadiran, kedatangan ke tempat kerja dan kematian pramatang usia pekerja di Malaysia.

Persoalannya, apakah usaha dan pendekatan kerajaan bagi menguruskan NCD ini di negara ini? Sejauh manakah kerajaan telah berjaya menangani masalah NCD ini? Apakah inisiatif kerajaan untuk mempromosikan gaya hidup sihat secara lebih menyeluruh di peringkat komuniti dan institusi pendidikan? Apakah sasaran di bawah inisiatif ini dan apakah kaedah penilaiannya?

Dato’ Yang di-Pertua, Betong amat mengharapkan agar tuntutan penurunan kuasa berhubung hal ehwal kesihatan kepada kerajaan Sarawak di bawah Perjanjian MA63 perlu dipercepatkan. Penurunan kuasa amat signifikan supaya kerajaan Sarawak dapat membantu membangunkan prasarana dan infrastruktur kesihatan mengikut acuan sendiri. Betong juga senada dengan rakan saya daripada Bayan Baru semalam mengenai kos perubatan yang meningkat dengan kadar yang melampau di hospital swasta.

Justeru, memberi beban kepada rakyat yang memerlukan perkhidmatan di hospital swasta. Secara tidak langsung juga akan membebankan hospital umum di mana pesakit yang tidak mampu membayar caj yang tinggi di hospital swasta akan beralih kepada hospital awam. Betong ingin bertanya kepada kementerian, apakah kerajaan mempunyai mekanisme bagi memantau dan mengawal hospital swasta supaya tidak sewenang-wenangnya mengecaj pesakit-pesakit mereka?

Dato’ Yang di-Pertua, akhir sekali ya. Saya ingin membawa tiga perkara dalam masa yang satu, dua minit ini. Betong ingin membawa satu lagi isu di kawasan iaitu mengenai sebuah politeknik METrO di Betong. Dari segi dasar, kewujudan politeknik METrO merupakan kaedah yang baik dalam menghasilkan pekerja berkemahiran tinggi yang

draft • 7:40 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

menepati keperluan industri dan dalam masa yang sama menjimatkan perbelanjaan kerajaan tidak perlu menyediakan infrastruktur yang menelan kos yang tinggi.

Walau bagaimanapun, konsep politeknik METrO ini hanya sesuai untuk bandar raya atau bandar besar yang menyasarkan pelajar dari penduduk tempatan yang mempunyai penginapan sendiri. Di samping itu, kawasan bandar raya juga mempunyai infrastruktur dan kemudahan pengangkutan yang baik dan efisien.

draft • 7:40 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Tetapi di kawasan luar bandar seperti Betong ia kurang sesuai kerana tiada kemudahan tersebut dan oleh itu Betong sekali lagi merayulah kepada kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Tinggi agar mempertimbangkan lagi permohonan kami untuk membina sebuah politeknik konvensional yang dilengkapi dengan kemudahan asrama dan juga kuarters untuk kakitangan.

Betong melihat dengan siapnya jaringan jalan raya Lebuh raya Pan Borneo, second trunk road dan jaringan jalan pesisir maka Betong amat strategik dan berada di tengah-tengah kawasan zon Betong untuk menyediakan kemudahan pendidikan bagi pelajar luar bandar melanjutkan pendidikan mereka ke peringkat yang lebih tinggi dan saya mohon penjelasan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi.

Kedua ialah mengenai isu Malaysia akan menghentikan tentang menebang hutan untuk tanam sawit sebaliknya menumpukan usaha meningkatkan hasil sawit. Saya setuju bagi ladang-ladang besar tetapi di Sarawak tanaman sawit ini banyak diusahakan oleh pekebun kecil dan mengusahakan tanah adat NCR mereka.

draft • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung

draft • 7:50 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Jadi kalau dasar ini terpakai kepada pekebun kecil di Sarawak sudah tentunya akan mendatangkan masalah untuk mereka melangsungkan kehidupan mereka yang bergantung kepada tanaman sawit.

Maka oleh yang demikian demi masa depan dan masyarakat bumiputera di Sarawak, saya mohon agar Kementerian Perladangan dan Komoditi dapat menyampaikan rayuan kepada Kesatuan Eropah agar pelaksanaan EUDR dapat ditangguhkan dan juga sekiranya program ini dapat dikecualikan ke atas tanah adat bumiputera bagi membolehkan para pemilik tanah yang rata-ratanya pekebun kecil yang mengusahakan tanah satu, dua, tiga hektar dapat membangunkan tanah mereka. Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Akhir sekali Dato' Yang di-Pertua ialah mengenai sistem e-Invois yang akan dikuatkuasakan oleh LHDN pada Julai 2025. Dasar ini dilihat membebankan perusahaan mikro dan penjaja kecil di tepi jalan iaitu micro-entrepreneur, street vendors dan mereka menyatakan kebimbangan mereka dan ramai daripada perusahaan mikro ini mengalami kerumitan lebih-lebih lagi semasa era COVID pada tiga tahun ini maka mereka mohon kerajaan untuk tidak mengguna pakai dasar ini dahulu.

draft • 7:50 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Saya ingin mencadangkan agar sama ada ia dibuat secara sukarela bagi micro- entrepreneurs ini yang mempunyai turnover dalam RM600,000 dalam setahun ataupun dikecualikan dasar ini bagi mereka ini yang mempunyai turnover dalam RM600,000 setahun supaya ia tidak membimbangkan mereka dan mereka dapat terus mengusahakan perusahaan mereka untuk menyara kehidupan mereka.

Sebagai penutup Dato' Yang di-Pertua, secara keseluruhannya Betong melihat belanjawan ini sebagai langkah tepat ke arah pembangunan Malaysia dengan mencapai keseimbangan antara meningkatkan kedudukan ekonomi negara di peringkat global dan kesejahteraan rakyat. Rakyat di luar sana amat mengharapkan agar peruntukan dalam belanjawan dapat memberi impak yang bermakna kepada mereka. Dengan itu, Betong mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

draft • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Betong. Majlis untuk makluman Yang Berhormat-yang Berhormat, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Selayang akan berbahas esok.

Saya memanggil pembahas yang terakhir iaitu Yang Berhormat Kepala Batas.

draft • 7:50 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Bismillahi Rahmani Rahim. Dengan izin, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] . Maksudnya, “Segala puji tertentu bagi Allah SWT yang telah menurunkan kepada hamba-hambanya iaitu Muhammad dan kitab suci Al- Quran dan tidaklah menjadikannya kepada sesuatu yang terpesong”.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Speaker di atas peluang dan ruang yang diberikan kepada Kepala Batas untuk sama berkongsi pandangan berkenaan belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Jumaat yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, bajet yang sempurna adalah bajet yang melengkapi keperluan marhaen dengan pengagihan yang telus dan adil pada tempatnya tanpa mengira agama, bangsa atau ideologi politik rakyat. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah membentangkan rancangan Belanjawan Negara bagi tahun 2025 yang merupakan bingkisan penting dalam menentukan hala tuju ekonomi dan pentadbiran negara. Namun tiada yang sempurna di dunia ini melainkan Allah SWT. Ada beberapa pandangan yang ingin Kepala Batas kongsikan dengan tuntas demi manfaat rakyat marhaen di negara ini.

Pertama, akses perumahan mampu milik. Tuan Yang di-Pertua, pada perbahasan yang lalu, Kepala Batas ada mencadangkan agar Dasar Perumahan Negara perlu disemak semula iaitu dengan melihat modul dasar perumahan untuk mengatasi masalah kemiskinan yang telah dilaksanakan dari tahun 1970 sehingga tahun 1985. Modul perumahan ini dilihat sangat relevan terutamanya bagi mereka yang berusaha untuk memulakan kehidupan di bandar atau separa bandar.

Ini termasuklah golongan keluarga muda yang baru mendirikan rumah tangga atau mereka yang berpendapatan gaji minimum RM1,500 pada masa ini. Mungkin keadaan mereka nampak lebih memerlukan sekiranya dilihat kepada jumlah isi rumah berbanding

draft • 7:54 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

jumlah pendapatan isi rumah. Mengklasifikasikan jenis-jenis perumahan hanya memudahkan pelabur, pakar pembeli dan pemaju mengenal pasti jenis rumah yang dibina namun tidak membantu marhaen dalam mendapatkan rumah untuk dijadikan tempat membina kehidupan.

Harapan rakyat ialah akses kepada perumahan mampu milik yang sesuai berpendapatan untuk mereka.

Kepala Batas ingin mengulangi saranan agar nisbah perancangan bandar disemak semula mengikut garis cadangan gaji progresif yang akan diperkenalkan. Penyediaan lebih banyak projek rumah PPR berkonsepkan sewa dan beli adalah sebahagian daripada solusi bagi menangani keperluan rumah yang mampu dimiliki seperti PPI yang bakal dibina di Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Pada Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, 2023 Kepala Batas pernah membangkitkan isu PPR di Pongsu Seribu dengan meminta kementerian berkaitan menyatakan status projek tersebut. Melalui jawapan diterima permohonan kebenaran merancang ditangguhkan sehingga proses perolehan projek secara tender terbuka selesai.

Di sini Kepala Batas ingin tahu apakah status terkini projek berkenaan memandangkan ia telah dicadangkan dan disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Kedua belas? Adakah ia turut dibina bersekali dengan PPI yang akan dilaksanakan di Daerah Seberang Perai Tengah nanti, mohon penjelasan?

Kedua, peniaga dan kuasa pembeli. Niat kerajaan untuk menetapkan gaji minimum di paras RM1,700 disambut baik. Namun dalam usaha bagi meningkatkan gaji minima ini terdapat syarikat yang mampu dan ada juga yang kurang mampu. Apa yang ditakuti ialah apabila syarikat yang tidak mampu akan mengambil pendekatan membuang ataupun untuk mengurangkan saiz syarikat yang boleh membawa kepada penambahan pengangguran.

Jadi, adalah wajar sekiranya pendapatan gaji minimum ini dapat dikaji semula proses pelaksanaannya. Secara positif pendapat saya ini akan memberi kelebihan untuk golongan B40, menambah baik kos sara hidup mereka, namun adakah semua majikan bersedia?

Bagaimana pula impak kepada pengusaha industri kecil dan sederhana?

Kepala Batas mengambil maklum bahawa sudah berlakunya proses libat urus yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia. Namun jika ia tidak dicermati, ia bakal memberi impak negatif kepada para peniaga yang mungkin akan melihat pelaksanaan ini seolah-olah satu sabotaj ekonomi terhadap mereka.

Selain itu, Kepala Batas kongsikan pernah didatangi oleh dua orang wanita. Seorang wanita berniaga nasi lemak mengadu, memberitahu berhutang lebih daripada 11 orang along.

Seorang wanita menjual pisang goreng di tepi jalan berhutang lebih daripada tiga orang along.

Maka inilah yang kita lihat bahawasanya mereka terpaksa meminjam kepada along bagi memastikan perniagaan dapat bertahan serta untuk menampung kos sara hidup mereka yang semakin meningkat. Ini adalah sebahagian kisah para peniaga yang hari ini membanting tulang empat kerat bukan untuk menjadi kaya tetapi demi kelangsungan hidup.

draft • 7:54 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Ketiga, isu air. Kepala Batas ingin tahu, adakah terdapat agensi di peringkat Persekutuan yang dapat membantu menyelesaikan isu air yang melanda penduduk di Parlimen Nibong Tebal terutamanya di Sungai Bakap. Terbaru, para penduduk terputus bekalan air untuk beberapa tempoh sehingga ada yang terpaksa mandi di Hentian Alor Pongsu dan ada anak-anak yang tidak pergi ke sekolah.

Ada pihak menyebut isu ini tidak dibangkitkan di sidang DUN Pulau Pinang namun saya ulang. Namun saya ulang perkara ini telah dibawa oleh Allahyarham Nor Zamri iaitu mantan ADUN Sungai Bakap dan diteruskan usaha ini oleh ADUN Sungai Bakap yang baharu iaitu Yang Berhormat Abidin bin Ismail.

draft • 7:54 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Bolehkah agensi seperti Suruhanjaya Pengurusan Air Negara mengambil tanggungjawab dan peranan dalam menangani isu ini? Sekiranya boleh dicadangkan agar sebahagian daripada belanjawan dapat dikeluarkan bagi menambah baik saluran air yang dikatakan mempunyai tekanan air yang sangat rendah sehingga menyebabkan aliran air tidak sampai ke penduduk, terutamanya di Mukim 5, Sungai Bakap.

draft • 8:00 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Kepala Batas, boleh mohon mencelah?

draft • 8:00 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Sedikit saja ustaz ya.

draft • 8:00 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Baik, terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas. Sedikit saja?

draft • 8:00 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Sedikit saja.

draft • 8:00 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Insya-Allah ada masa. Bersetujukah Yang Berhormat berkaitan dengan apa yang berlaku di Sungai Bakap hari ini di antara puncaantaralah. Antara punca utamanya adalah pembangunan di Batu Kawan. Ia memberi kesan kepada tekanan air sampai ke Sungai Bakap. Itu satu.

Kedua, apa pendapat Yang Berhormat berkaitan dengan Pulau Pinang sekarang ini sedang membangunkan satu pulau yang mana pulau itu disebut sebagai pulau silikon sekarang ini yang berkeluasan hampir 1,260 ekar dan bila siap nanti penduduk yang dijangka akan menetap di atas itu hampir 102,000 orang. Itu tidak campur dengan kilang dan sebagainya.

Jadi, kita dimaklumkan bekalan air untuk sampai ke pulau tersebut akan diambil daripada Sungai Bakap juga kemungkinan besarnya. Jadi bila air diambil daripada, sorry daripada Sungai Bakap pula, Sungai 2. Jadi bila diambil daripada Sungai 2 ke pulau tersebut, kalau sekarang ini pun Sungai Bakap terkesan, saya menjangkakan kemungkinan penduduk di pulau dan kemungkinan penduduk di Seberang Perai pun akan terkesan sekiranya air itu dibawa terus ke pulau, diletakkan di tangki yang sekarang ini kecoh.

[Tidak jelas] Apa pandangan Yang Berhormat?

draft • 8:00 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Saya bersetuju dengan YB Permatang Pauh. Saya mohon untuk masukkan ucapan ataupun persoalan daripada Permatang Pauh ke dalam perbahasan saya. Apa yang disebutkan oleh YB Permatang Pauh

draft • 8:00 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

tadi termasuk juga disebut oleh Yang Berhormat Jerantut berkenaan dengan isu air ini, alhamdulillah belanjawan diberikan kepada negeri Pulau Pinang untuk pembangunan negeri Pulau Pinang. Saya sangat setuju dan sokong.

Namun, janganlah ada beberapa pihak menutup mata bagi isu-isu penting yang menggadaikan pencemaran dan juga alam sekitar di negeri Pulau Pinang yang saya sayangi ini. Misalnya isu pencemaran Sungai Kereh lebih daripada 40 tahun akibat daripada najis khinzir, pencemaran kilang haram ikan yang berlaku di Kepala Batas, pencemaran bau, pencemaran bunyi yang menyebabkan ramai penduduk taman tersebut berpindah.

Pencemaran Pantai Esen di Permatang Damar Laut tercemar, lumpur, berselut, berkeladak sejak dua bulan lalu berpunca daripada yang dilaporkan projek silikon yang akan dilaksanakan. Mohon yang berkaitan mengambil maklum dan cakna berkenaan dengan isu ini.

Tuan Yang di-Pertua, yang keempat Northern Corridor Economic Region (NCER).

Apakah strategi pelaksanaan terkini bagi menjayakan projek pembangunan wilayah utara menerusi NCER. Kepala Batas ingin tahu, sejauh mana NCER ini bakal berfungsi dan membangunkan Wilayah Ekonomi Koridor Utara yang merangkumi Perlis, Kedah, Pulau Pinang, terutamanya bagi Parlimen Kepala Batas.

Pelaksanaan ini dilihat mampu menjadi pemangkin untuk melonjak ekonomi di Kepala Batas. Ia turut merangkumi peluang pekerjaan, peningkatan taraf hidup dan sosial masyarakat. Kepala Batas ingin mencadangkan agar pembinaan lapangan terbang antarabangsa Kulim dapat menjadi sebahagian daripada rancangan pembangunan wilayah utara atas faktor limpahan faedah bagi penduduk di Parlimen ini.

Sekiranya lapangan terbang Kulim ini dibina, sudah pasti, peluang pekerjaan yang bakal ditawarkan dapat menampung permintaan di Parlimen Kepala Batas dan sekali gus boleh meningkatkan sosioekonomi di kawasan setempat. Jika dilihat kepada matlamat pelaksanaan projek ini, Kulim bakal memiliki bandar raya berkonsepkan metropolis iaitu bandar lapangan terbang.

Ini bermakna, setelah siap, bandar raya ini dapat membuka peluang pekerjaan kepada graduan berkemahiran tinggi di masa hadapan. Selain itu, komitmen ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri Kedah dalam menjayakan pelaksanaan projek KSP ini sebenarnya mampu menarik kehadiran pelabur antarabangsa untuk melabur di dalam negara ini.

Sebelumnya kita dapat melihat jenama Porsche membuka kilangnya di Kulim Hi-Tech yang secara umumnya turut dapat meningkatkan pelabur luar atau foreign direct investment.

Maka, apakah salahnya pelaksanaan pembinaan lapangan terbang tersebut mendapat sokongan daripada Yang Berhormat Perdana Menteri kerana yang akan mendapat keuntungan daripada itu juga adalah sebahagian daripada rakyat Pulau Pinang, terutamanya para graduan masa hadapan.

Kelima, graduan antara ijazah dan kelangsungan hidup. Laporan Bank Dunia menyatakan lebih daripada satu perempat pemegang ijazah di Malaysia bekerja dalam bidang pekerjaan yang tidak setaraf dengan kelayakan. Puncanya ialah kerana kurangnya

draft • 8:00 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

peluang pekerjaan berkemahiran tinggi atau setara dengan kelayakan yang mereka miliki.

Seramai 26.9 peratus lepasan ijazah pada tahun 2022 tidak memanfaatkan kemahiran mereka berbanding adanya 8.6 peratus pada tahun 2010.

Persoalannya, adakah terlalu banyak lambakan graduan berbanding peluang pekerjaan atau trend mencari sumber pendapatan telah berubah? Bagaimana pula dengan pelaburan-pelaburan yang telah diluluskan sebanyak RM329.5 bilion pada tahun 2023?

Berapakah yang telah mula melabur dan sekiranya belum, bilakah mereka akan memulakan pelaburan? Perincian ini penting bagi memastikan para graduan dapat membuat persediaan dan perancangan bagi menghadapi masa depan negara.

Seterusnya, kos sara hidup. Menurut laporan Sinar Harian bertarikh 21 Oktober 2024 melaporkan harga barang diramal naik tahun hadapan. Profesor Emeritus Dr. Barjoyai Bardai yang merupakan pakar ekonomi Universiti Sains Teknologi Malaysia memberi pandangan, peniaga bakal mengambil kesempatan susulan kenaikan gaji penjawat awam serta penyesaran subsidi petrol RON95.

Beliau tidak menolak kemungkinan pelaksanaan perluasan skop SST secara progresif berkuat kuasa 1 Mei 2025 akan menjadi faktor kepada para peniaga menaikkan harga barang di atas kesan berganda kenaikan kos dan cukai yang mereka alami. Ini bermakna, beban kos yang ditanggung oleh para peniaga akan dipindahkan kepada pengguna akhir iaitu pembeli daripada kalangan rakyat marhaen.

Realitinya, rakyat terpaksa berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi terutamanya bagi mereka yang berada dalam lingkungan miskin bandar. Biarpun data inflasi mencatatkan 1.9 peratus secara realitinya, bekalan beras tempatan pun masih belum diselesaikan. Malah, sehingga kini rakyat masih tertanya-tanya dan tercari-cari di manakah beras tempatan yang sedang bersembunyi. Malah masih ramai yang menanti-nanti untuk menikmati harga tanpa subsidi RON95 serendah RM1.35 seperti ketika zaman Yang Berhormat Pagoh bersama Perikatan Nasional memimpin kerajaan.

Beban peningkatan kos sara hidup disebabkan oleh kenaikan harga barang pasti memberi tekanan kepada rakyat marhaen. Tidak kiralah sama ada daripada golongan B40 ataupun T20, pasti akan merasainya.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup sabda Rasulullah SAW, daripada hadis riwayat Ibnu Hibban, Abu Daud dan juga Ahmad, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, apakah sedekah yang terbaik? Jawabnya, sedekah hasil jerih payah orang yang kekurangan dan mulakanlah dengan orang yang di bawah tanggungan mu.

Menjadi wakil rakyat bermaksud segala fokus dan tanggungjawab hendaklah dihalakan kepada kepentingan dan keperluan rakyat di Parlimen yang kita wakili. Ada sedikit kita berikan sedikit kerana kemampuan kewangan yang tidak adil. Alhamdulillah, rata-rata rakyat yang mengundi kami dan yang menerima kami mula memahami situasi yang kami lalui.

Tanpa rakyat, kita tidak akan berada di sini, tanpa undi, kita tiada di Dewan ini. Rakyat memilih siapa yang mereka boleh yakini, yang berwatak dan juga berotak. Namun, tiada

draft • 8:00 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

peruntukan buat Ahli Parlimen pembangkang adalah manifestasi ketidakadilan dan kegagalan dalam mentadbir. Sekian, terima kasih.

draft • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguh sehingga jam 10 pagi hari Khamis, 24 Oktober 2024.

draft • 8:00 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.08 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026