Oct222024

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Waktu Pertanyaan- pertanyaan Menteri. Saya mempersilakan Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah, Yang Berhormat Paya Besar.

draft • 10:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.*

draft • 10:00 AM

1. Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar] minta Perdana Menteri menyatakan pelan tindakan di bawah agenda reformasi khusus buat GLICs, GLCs dan agensi demi memastikan keseimbangan antara objektif korporat dan tanggungjawab sosioekonomi nasional tercapai tanpa menjejaskan daya maju, daya saing dan daya tahan ekonomi Malaysia dan Syarikat Berkaitan Kerajaan itu sendiri.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Amat Berhormat.

draft • 10:00 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih. Paya Besar. Penubuhan Badan-badan Berkanun (BBP) Persekutuan dan Syarikat Berhad Menurut Jaminan...

[Tidak jelas] ....itu, pada peringkat awal untuk memenuhi maksud- maksud tertentu tetapi bila dikaji semula, sepertimana yang disinggung oleh Yang Berhormat, memang ada pertindihan dan kadang-kadang perlu diperingatkan tentang matlamat asalnya.

Apakah matlamat asalnya? Menjana pertubuhan, commercially viable tetapi di samping itu, memenuhi agenda negara dan kini ekonomi MADANI termasuk kekuatan ekonomi bumiputera. Jadi, saya telah melihat itu kita putuskan untuk menubuhkan pejabat penyelaras rasionalisasi badan-badan berkanun.

Termasuk CLBG, Syarikat Berhad Menurut Jaminan. Dan ini dipengerusikan oleh mantan KSP, Datuk Asri. Di samping itu, untuk memantau supaya pelaksanaan itu benar- benar jelas kita berasaskan apa yang disebut sebagai Pantau MADANI, yang dipengerusikan oleh saudara Khalid Latiff, dengan maksud menentukan tidak tersasar daripada matlamat.

draft • 10:00 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Sudah disinggung, oleh ─ disentuh oleh Ketua Audit Negara, dengan beberapa pelanggaran dan ini harus dipastikan.

Jadi yang pertama dibangkitkan ialah tentang kedudukan syarikat. Ada yang telah dimajukan sepertimana yang saya sentuh dalam ucapan belanjawan iaitu MAVCOM dan CAAM, itu yang telah disatukan, digabungkan.

Keduanya, tentang HDC - Perbadanan Pembangunan Halal dan MATRADE. Kerjanya lebih kurang sama, jadi lebih baik disatukan, jimat kos dan lebih cekap dan efisien. Keduanya tentang ─ perlu peringatan supaya badan-badan ini walaupun rare bebas di bawah lembaga masing-masing tapi tidak harus ketepikan prinsip tatakelola dan tadbir urus yang ditetapkan kerana kita pastikan kadang-kadang pembayaran beri pengurusan itu terlalu tinggi, ketimbang tugas mereka atau keuntungan syarikat.

Yang keduanya kita lihat umpamanya keperluan supaya pemusatan kegiatan yang menekankan kepentingan PMKS syarikat tempatan, ekonomi negara dan kedudukan bumiputera kerana sering kali kadang-kadang agensi-agensi ini walaupun dibentuk pada peringkat awal untuk memenuhi keperluan bumiputera tetapi nampaknya kegiatan itu akhirnya penuh dari segi kepentingan komersial dan diketepikan. Jadi, halal ini kita telah cuba betulkan dari dan laporan akan dikemukakan dari masa ke semasa.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Paya Besar. Silakan.

draft • 10:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Amat Berhormat Tambun. Saya lihat ada kesungguhan apabila melaksanakan Pantau MADANI yang telah dibuktikan semasa Belanjawan 2025 tempoh hari. Dilihat ada beberapa perkara telah di-merging-kan. Ini satu tindakan yang ke hadapan Dato’ Yang di-Pertua. Persoalan saya kepada Yang Amat Berhormat Tambun, kita mesti yakin bahawasanya kapten kepada kapal tu mesti yang tepat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi, bagaimana kerajaan melihat supaya yang pertamanya searching committee untuk kita mencari CEO Top Notch mengetuai GLC, GLIC dan agensi ini.

Kenapa? Kalaulah kapten membawa kapal dalam lautan yang bergelora Tuan Yang di-Pertua, adalah kapten yang bukan mempunyai iltizam dan mandate sepertimana yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun tadi. Kebimbangan saya, mereka hanya mendapat gaji yang tinggi dan itu sebabnya saya mencadangkan supaya searching committee ini dapat melihat bukan sahaja gaji CEO tetapi benefit of staff. Berapa banyak?

Buat X number, benefit of staff dan berapa banyak KPI yang mereka lakukan. Dan kemudian kita mesti susulkan dengan carrot and stick method. Kalau mereka dapat keuntungan, kita bagi carrot. Kalau tidak, mesti kita punish dia Yang Amat Berhormat Tambun kerana apa? Ini mandate yang diberikan rakyat kepada kerajaan untuk melantik syarikat yang milik kerajaan.

draft • 10:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang ketiganya, Tuan Yang di-Pertua, prestasi ini. Prestasi GLC kenapa berbeza dengan prestasi syarikat swasta atau pun syarikat luar negara yang invest dalam Malaysia?

draft • 10:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Betul, saya faham, kita bukanlah tertumpu kepada keuntungan, tetapi mesti juga memberi pulangan dividen kepada kerajaan melalui usaha ekonomi mereka.

Yang akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, saya sokong 150 peratus untuk Jabatan Audit Negara untuk membuat audit kepada 2,000 GLC ini. Sebab apa? World Bank, Tuan Yang di- Pertua, telah buat kajian dalam satu repot yang jelas berkaitan business of state, state-owned enterprise melibatkan 76,000 syarikat melibatkan 91 countries atas repot The Business of the State, World Bank 2023. Banyak perkara yang disebut dalam perkara itu, lima prinsip asas yang perlu kita telusuri. Kerana apa? Kerana kita mesti memastikan GLC ini kembali kepada mandat yang sebenar dan dia memberi kesejahteraan ekonomi sosial, ekonomi yang baik kepada negara kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Amat Berhormat.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Paya Besar. Pandangan tentang Laporan Bank Dunia telah diambil kira. Di antara sebab mengapa kita meneliti semula.

Dalam mesyuarat dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri, saya juga telah menegaskan perlu Ketua Audit campur kerana kadang-kadang kita tidak dapat pantau sehingga peringkat bawah dan kecelaruan banyak juga berlaku di kalangan agensi yang terus catat kerugian tahun demi tahun. Oleh itu, kita harus pertanggungjawabkan mereka, walaupun saya terima bahawa kenyataan mereka tidak boleh disamakan semuanya dengan sektor swasta kerana dia ada tanggungjawab, umpamanya, pelaburan dalam negara, keduanya ― tidak semua tetapi sebahagian besar. Keduanya, PMKS. Ketiganya, bumiputera.

Itu tidak dikenakan kepada syarikat swasta.

Walau bagaimanapun, dari segi prestasi harus dinilai dan syarikat-syarikat yang tidak mencatat keuntungan atau pengurusan yang lemah tidak harus beranggapan bahawa mereka akan terus diberi bonus. Selama ini, umpamanya, saya lihat kadang-kadang enam bulan, lapan bulan bonus dianggap seperti satu perkara biasa. Ini sudah kita hentikan ya sejak tahun lalu. Saya sudah hentikan. Bahawa mereka harus juga ambil kira bahawa mereka dipilih untuk memenuhi satu tanggungjawab. Sebahagian besar mereka menjalankan, saya tidak boleh nafikan.

Sebab itu, umpamanya, dalam ucapan belanjawan, saya sebut Ramly Burger. Itu sudah jadi jaringan yang besar. Tetapi, dari awal telah dibantu oleh BSN. Kemudian, Aerodyne. Yang sekarang, kalau ikut Google, Google itu ambil dron dari Aerodyne. Hampir semua keperluan dron oleh Google itu diambil dari syarikat Aerodyne yang berpangkalan di Malaysia. Aerodyne juga telah dibantu daripada awal oleh Khazanah dan KWAP.

Jadi, kegesaan supaya terus diberi pantauan dan kita juga telah bersetuju supaya Ketua Audit Negara mengaudit semua 2,000 ini ― saya ingat akan jadi satu kejutan supaya semuanya akan lebih bertanggungjawab. Kerana kadang-kadang pelanggaran itu masih berterusan di beberapa peringkat dan tidak ada jalan lain tetapi untuk kita jalankan audit dan memantau terus. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Pekan.

draft • 10:10 AM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Kubang Pasu.

draft • 10:10 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tambun, ini soalan tambahan saya.

Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA 2035) yang diumumkan dalam Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 pada Mac 2024 menyasarkan penguasaan bumiputera melalui ekuiti GLC dan GLIC sebanyak 20 peratus pada 2035. Saya mohon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan apakah pelan khusus kerajaan bagi menjayakan agenda berkenaan.

Seterusnya, pada 22 Ogos 2024, kerajaan telah mengumumkan penggabungan tiga bank iaitu Bank Pembangunan, EXIM Bank dan SME Bank. Soalannya, apakah kajian mengenai implikasinya telah dilaksanakan oleh kerajaan, khususnya dari segi impak atau kesan kepada usahawan PKMS bumiputera? Kemungkinan ia mampu membantutkan pertumbuhan sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana. Ini kerana ketiga-tiga bank berkenaan menyediakan pembiayaan khusus pelbagai kluster kepada pelbagai kluster perniagaan yang berbeza. PKMS memberi sumbangan kepada negara RM613 bilion pada 2023 kepada ekonomi negara.

Pada 2024, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan pembiayaan RM1 bilion untuk pelbagai segmen usahawan bumiputera melalui BSN, Agrobank dan Tekun Nasional. Berapakah peruntukan yang telah disalurkan setakat ini? Apakah strategi dan hala tuju kerajaan susulan penjajaran semula tiga agensi bermandat bumiputera yakni Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Yayasan Peneraju dan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) dalam konteks ekosistem keusahawanan bumiputera?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih soalan Kubang Pasu. Maknanya dia mengikuti dan faham benar perkembangan. Saya ucap terima kasih.

Tentang agenda bumiputera, kita teruskan walaupun penekanan itu agak berbeza.

Umpamanya, kalau dalam strategi bersama dalam pembasmian kemiskinan, peningkatan taraf hidup, itu menyeluruh dan tidak dikategorikan sebagai bumiputera dan bukan bumiputera.

Begitu juga tentang mutu pendidikan dan kesihatan. Tetapi, bila kita cakap secara umum begini, kerana kita biasa dengan racial profiling sebelum ini, maka kadang-kadang timbul gesaan daripada bumiputera, daripada India atau masyarakat Cina. Jadi, saya hendak

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

jelaskan, itu pendekatan bila kita tumbuh ekonomi dan pacu dan pinjaman, itu menyeluruh kepada semua.

Tetapi, bagi khusus untuk bumiputera, itu diteruskan kerana ada, pertamanya, dasar yang jelas termasuk 153. Keduanya, tentang kesenjangan yang merata. Oleh itu, saya rasa dasar affirmative action ini akan diteruskan.

Soal ekuiti, walaupun ditekankan dalam kongres, kita tidak tekankan sangat kerana kita lebih setuju untuk mengangkat lantai masyarakat itu. Kerana kalau terlalu terikat dengan ekuiti seperti yang pernah berlaku dahulu, jadi fokusnya adalah pada syarikat-syarikat besar.

Jadi, berlaku kesenjangan yang ketara di antara golongan ‘mahakaya’ Melayu dengan yang merata miskin.

Jadi, sementara ini boleh diteruskan tetapi bukan menjadi satu pendekatan yang terlalu keras. Umpamanya, kalau sepertimana yang telah saya umumkan, Bandar Malaysia yang dahulunya diserahkan kepada asing keseluruhannya. Sekarang ini diambil balik dan keseluruhannya itu dikendali oleh syarikat kerajaan yang tentunya memberi fokus bumiputera, termasuk 50 ekar khusus untuk bumiputera. Ini sepertimana saya jelaskan, belum pernah dilakukan sejak kita merdeka 1957. Itu memberikan gambaran bahawa dasar ini tidak ditinggalkan.

Soal penggabungan tiga bank, walaupun masih di dalam proses, saya setuju dengan gesaan Yang Berhormat bahawa soal tumpuan kepada PMKS itu tidak akan diketepikan. Di antara syarat-syarat yang ditekankan oleh Bank Negara yang memantau soal penggabungan ini, walaupun terlalu awal untuk saya berikan komen, tetapi syarat PMKS, syarat pinjaman bumiputera itu tetap dijadikan satu ukuran dan dasar daripada penggabungan ini.

Soal berapa jumlah dari RM1 bilion itu, saya minta notis. Saya akan berikan secara bertulis berapa yang telah disalurkan setakat ini.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Backbenchers. Silakan Yang Berhormat Pasir Gudang.

draft • 10:10 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Dato’ Speaker. Apa pandangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri jika saya ada cadangan iaitu ahli lembaga pengarah GLIC dan GLC, ahli lembaga pengarah ini yang bebas dan independent dipilih daripada golongan profesional dari private sector yang berintegriti dan tidak lagi mengamalkan pelantikan ahli-ahli politik ataupun pegawai-pegawai kerajaan yang masih bertugas ataupun yang telah bersara? Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Pasir Gudang. Pelantikan ini melalui proses termasuk semakan dari LHDN, Bank Negara, SPRM dan Polis Diraja Malaysia untuk pastikan rekod mereka itu bersih dan dapat dipertahankan.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Keduanya, yang dilantik itu profesional. Apakah mereka itu pernah pegang jabatan politik? Itu bukan soal siapa yang layak. Kita tidak discriminate orang politik atau bukan tetapi

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

syarat itu dan keutamaan dan sebahagian besarnya adalah golongan profesional. Melainkan beberapa bidang. Umpamanya Yang Berhormat, institusi kewangan dan beberapa agensi yang terikat dengan kewangan. Itu tidak diizinkan ada ahli politik dalam ahli lembaga. Itu memang tegas dan kita mendukung prinsip yang ditekankan oleh Bank Negara Malaysia.

Jadi, apakah mungkin kita pertingkatkan dan perbaiki soal penilaian dan prestasi itu?

Insya-Allah. Kita lakukan terus kerana ukurannya sekarang ialah bila ada pemantauan yang keras, maka tidak mudah dalam ahli lembaga itu bertindak bertentangan dengan prinsip yang dah ditegaskan. Mereka tahu bahawa mulai tahun depan, Ketua Audit Negara akan masuk dan ini akan memberikan satu ke peringatan bahawa tidak harus berlaku apa-apa permasalah yang ─ kecurangan dalam agensi yang berkenaan.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik. Majlis ke soalan yang kedua. Dengan ini saya mempersilakan Datuk Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff, Yang Berhormat Rantau Panjang.

draft • 10:20 AM

2. Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Perdana Menteri menyatakan status terkini usaha kerajaan untuk menoktahkan miskin tegar sebagaimana janji YAB. Perdana Menteri pada tahun 2023 dan apakah mekanisme yang digunakan bagi menentukan kategori miskin tegar.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

draft • 10:20 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih rakan saya, Rantau Panjang atas soalan ni. Ini penumpuan yang sangat menarik daripada sebahagian daripada kita terlalu tertekan untuk membicarakan bagi pihak T15.

Sepatutnya sidang ini patut menekankan bagi pihak yang T85 itu.

Jadi pertamanya, apa yang kita janjikan, saya katakan berdasarkan angka yang diperolehi pada 31─ pengumuman saya ialah 31 Januari 2023, angka yang pada masa itu, ketua isi rumah yang termasuk kategori miskin tegar adalah 126,372 orang. Baik.

Alhamdulillah, saya cakap 29 Julai 2024, ini yang ─ jumlah yang dikesan dari angka-angka ICU dan eKasih, itu diselesaikan. Walau bagaimanapun, kita tahu bahawa angka ini bertambah. Oleh sebab kejayaan ini, menyebabkan ada jumlah baru yang didaftarkan dan 29 Julai selesai. 1 Ogos kita buka untuk penambahan permintaan baru, termasuk yang lama, yang dianggap yang merasakan perlu memohon, ini jumlahnya 22,893.

Setakat bulan Julai tahun ini, itu tahun lalu ya. Minta maaf. Setakat 21 Oktober tahun ini 15,000. Maknanya 65.6 peratus telah diselesaikan. Jadi, bakinya akan kita tingkatkan.

Yang kedua, sebelum saya jawab soalan kedua ialah apakah jumlah ini memenuhi seluruh jumlah tuntutan? Saya fikir tidak. Sebab itu dalam mesyuarat saya dengan kerajaan-kerajaan negeri, saya minta kerajaan negeri, termasuk Kelantan, Menteri Besar, SUK, pegawai- pegawai jajahan untuk terus mendaftar jumlah-jumlah baru supaya dapat kita teruskan.

draft • 10:20 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Cuma saya syukur Alhamdulillah kerana kita beri tumpuan menyeluruh, ini jentera- jentera Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri nampak hampir kesemuanya setakat ini bersetuju untuk mengambil kira jumlah ini dan selesaikan ini dulu, kemudian ambil pendaftaran baru. Mengenai soalan kedua tentang mekanisme, memang dulu kita ambil pendapatan tetapi kita lihat ada kelemahan dari segi pendapatan ini.

Umpamanya, kalau pendapatannya RM2,000 sebulan tapi ada empat isi rumah, maka yang pendapatan sebenarnya RM500, berbeza daripada RM2,000 lapan isi rumah pendapatannya RM250. Sebab itu sekarang ini dirobah daripada pendapatan kepada per kapita. Jadi, per kapita saya rasa lebih tepat, tidak ambil kira pendapatan tetapi dari segi per kapita kerana lihat juga berapa orang anak dan tanggungan. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Rantau Panjang.

draft • 10:20 AM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Ya, terima kasih Yang Amat Berhormat di atas jawapan dan terima kasih Yang di-Pertua. Jadi, jelas kepada kita daripada angka yang telah disebutkan Yang Berhormat, sebenarnya kerajaan masih gagal untuk menoktahkan kemiskinan mengikut tempoh yang telah disebutkan sebelum ini. Jadi, kalau kita lihat, maknanya ciri kemiskinan itu juga berbeza antara wilayah dan pendapatan RM2,000 di desa sudah tentu tidak sama nilainya RM2,000 di bandar.

Jadi, sebelum ini kerajaan menggunakan pengukuran kemiskinan berdasarkan pelbagai dimensi. Jadi, setakat ini dan kini kerajaan telah mengubah kaedah dengan menggunakan NDI ─ jadi, atau pun pendapatan boleh guna bersih. Sedangkan perkara ini masih belum jelas. Saya ingin tahu, setakat ini apakah yang telah dirancang oleh kerajaan untuk memanfaatkan badan-badan yang sedia ada dalam negara kita? Seperti kita ada IMY, SPC, Majlis Kos Sara Hidup, Majlis Sosial Negara supaya semua platform ini dimanfaatkan sebagai medium untuk menoktahkan kemiskinan.

Apakah intervensi yang dirangka untuk meningkatkan NDI isi rumah, khususnya bagi golongan miskin tegar dan sejauh mana keberkesanan langkah-langkah ini bagi mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negara ini dan bagaimana kerajaan untuk memastikan bahawa data ini tepat dan terkini untuk mengukur keadaan sebenar kehidupan rakyat? Mohon penjelasan.

draft • 10:20 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih. Janganlah katakan gagal. Jumlah ini Rantau Panjang, jumlah yang saya sebut mula tadi. Itu jumlah masa kerajaan yang disokong oleh Yang Berhormat. Kita guna angka itu dan kita selesaikan. Kemudian saya rujuk kepada semua kerajaan negeri.

Setakat ini, Menteri-menteri Besar, tak semestinya seperti Ahli-ahli Parlimen. Dia bagi kerjasama sepenuhnya. Dan saya beritahu jumlah ini sekian, di Kelantan umpamanya sekian, Rantau Panjang sekian. Kita selesaikan tetapi saya minta kerajaan negeri, SUK, pegawai jajahan, tambah dan kita lakukan. Kita pinda daripada pendekatan lama yang kerajaan dulu buat kepada pendapatan per kapita.

draft • 10:20 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Berdasarkan maklumat baru, termasuk Majlis Kos Sara Hidup dan dialog kita, libat urus kita dengan kerajaan-kerajaan negeri yang belum pernah dilakukan sebelumnya. Kita lakukan dengan semua kerajaan-kerajaan negeri dan input daripada negeri kerana nak dapatkan jumlah ini dia harus kerjasama.

Kemudian, mengapa perlu kita kerjasama kerana ada daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan, ada dari kerajaan negeri. Walaupun lebih kecil tapi ada. Zakat melalui Majlis Agama Islam dan juga beberapa program kebajikan oleh kerajaan negeri. Jadi, kita gabungkan tu semua.

Jadi, saya setuju dan saya sebut dalam jawapan tadi, dia bukan satu pendekatan yang sempurna tetapi mengikut angka yang diberikan setakat ini, sekian. Selesai untuk tahun pertama, tambah 22,000. Hampir selesai dan saya yakin boleh selesai. Tetapi apakah ini memuaskan? Tidak, sebab itu jumlah itu kita minta. Saya sendiri bangkitkan umpamanya, angka diberikan oleh ─ untuk jajahan Tanah Merah dan Jeli, umpamanya. Yang dibangkitkan, yang katanya tidak memenuhi kenyataan sebenarnya di bawah.

Itu kita mohon kerjasama daripada jentera Kerajaan Persekutuan dan kerjasama kerajaan negeri. Setakat ini, saya tidak ada masalah dengan kerajaan-kerajaan negeri. Tidak seperti Ahli-ahli Parlimen kerana mereka berikan sokongan dan kerjasama sepenuhnya untuk menyelesaikan masalah-masalah ini. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan backbenchers. Silakan Yang Berhormat Sungai Siput.

draft • 10:20 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Tuan Speaker.

Soalan tambahan saya, saya merujuk kepada Thirukkural yang membawa bunyi bersesuaian dengan tajuk kemiskinan. Ayat 1041, “*What’s more miserable than poverty, if you asked?

Poverty alone is more miserable than poverty.*” [Bercakap dalam bahasa Tamil] Bermaksud Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kemiskinan itu bukan keseorangan, ia melibatkan keseluruhan.

draft • 10:20 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

So, jumlah yang paling miskin di Malaysia adalah majoriti orang Melayu tetapi kategori termiskin dalam kalangan masyarakat miskin itu adalah juga dari kalangan orang- orang India. Orang-orang India iaitu warganegara kita dan rakyat kita. Soalan saya kepada Yang Amat Berhormat, rakyat Malaysia di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat mengharapkan semua masyarakat ini mesti dinoktahkan kemiskinan. So, saya mohon penjelasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Rombe nandri, Sungai Siput. Pendekatan ini tidak kira kaum. Saya nak jelaskan, jadi saya minta kawan-kawan terima kenyataan. Memang benar majoriti adalah Melayu-bumiputera tetapi dalam kategori miskin itu ada kadar yang lebih paling miskin itu juga kelompok masyarakat India. Saya beri contoh umpamanya untuk Kuala Lumpur. Kuala Lumpur, kalau majoriti Melayu, tetapi masyarakat India besar dan ketimbang jumlah penduduk itu tinggi.

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Tetapi bila kita selesaikan kemiskinan tegar di Kuala Lumpur, kita tidak ikut kaum.

Maknanya semua jumlah masyarakat miskin atau kategori miskin tegar, Melayu satu jumlah kecil di kalangan masyarakat Cina tetapi besar di kalangan masyarakat India, itu selesaikan.

Jadi saya mohon kawan-kawan, rakan-rakan kita dari masyarakat India, gunakan ini sebagai pendekatan. Tidak benar sama sekali bila miskin tegar termasuk di Kelantan. Ada senarai kecil sekali, tidak salah saya di Kuala Krai atau mana, dua tiga keluarga masyarakat India, itu dimasukkan tidak benar kalau dikatakan hanya untuk Melayu. Tetapi tentunya jumlah ini besar dan jumlah jauh lebih tinggi daripada masyarakat Melayu.

Jadi, saya harap dengan penjelasan ini jelas dan kalau ada kenyataan di sebaliknya, itu boleh maklum kepada saya kerana ini bertentangan dengan dasar kita. Siapa sahaja termasuk golongan miskin tegar, asalnya dia warganegara, dia wajib dibantu tanpa diskriminasi.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Bagi pihak sebelah kiri, saya mempersilakan Yang Berhormat Muar.

draft • 10:30 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya rasa melalui Belanjawan 2025, jelas inisiatif untuk membasmi kemiskinan itu ada, segar dan baik. Jumlah sumbangan tunai yang meningkat RM10 bilion ke RM13 bilion untuk membasmi kemiskinan dan juga peningkatan nilai ambang supaya lebih ramai boleh mohon dan dapatkan bantuan.

Cuma ada dua persoalan susulan. Pertama sekali mengikut belanjawan yang sedia ada, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata bahawa kita boleh jimatkan RM8 bilion melalui rasionalisasi subsidi, ada peningkatan cukai jualan, cukai perkhidmatan yang disasarkan kepada kumpulan maha kaya ini. Kalau kita lihat daripada belanjawan, kita boleh anggarkan bahawa kerajaan dapat menjimatkan RM15 bilion total penambahan cukai dan juga rasionalisasi subsidi.

Saya rasa rakyat ingin tahu sebab Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan baiknya telah kata ada peningkatan RM10 bilion ke RM13 bilion. Itu RM3 bilion bagi rakyat yang susah kita setuju 110 peratus tetapi perlu ada pencerahan, mana lagi jumlah daripada penjimatan itu akan disalurkan, itu yang pertama.

Kedua, jikalau saya boleh cadangkan, sebab saya rasa perkara sangat baik dalam belanjawan kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bukan setakat tambahkan sumbangan tunai kepada golongan susah tetapi juga naikkan nilai ambang bagi mereka yang boleh mohon. Ini perkara yang sangat baik dan ramai orang memerlukan.

Cuma jikalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh masukkan melalui pindaan undang-undang supaya peningkatan itu dapat dibuat secara berkala, secara tetap.

Sebagai contohnya kita ikut kadar inflasi negara secara tahunan atau setiap tiga tahun supaya kita tidak perlu tunggu untuk pengumuman ini dibuat melalui setiap belanjawan.

Kalau kita dapat lakukan perkara ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, you are affectively institutionzing change supaya pada masa-masa yang akan datang ia tidak lagi

draft • 10:30 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

perlu ikut kepada kemahuan ataupun iltizam politik kalau kerajaan berubah. Saya rasa ini perkara yang saya dengan baik ingin cadangkan. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Yang Berhormat Muar. Tentang cadangan menetapkan dari segi peraturan undang-undang kita akan kaji cadangan baru, baik. Iaitu lihat umpamanya keperluan meningkatkan berdasarkan kenaikan kos sara hidup.

Kedua, tentang penjimatan. Itu unjuran penjimatan, mungkin lebih mungkin kurang.

Tetapi setakat ini kita belum tetapkan melainkan RM3 bilion untuk kelompok miskin melalui STR ataupun kepada rakyat umumnya dengan meningkatkan jumlahnya dan juga peningkatan untuk pendidikan dan kesihatan yang agak lebih ketara.

Kalau YB Muar lihat umpamanya, memang ada peningkatan walaupun masih defisit.

Kita masih kurangkan defisit, hutang kita kurangkan tetapi kita masih ada peningkatan.

Peningkatan itu sebenarnya daripada penjimatan dan pendapatan negara baik hasil dan juga penjimatan dari segi penyasaran subsidi.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

draft • 10:30 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bagi sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan, saya membuka tirai dengan mempersilakan Tuan Lee Chuan How, Yang Berhormat Ipoh Timor.

draft • 10:30 AM

1. Tuan Lee Chuan How [Ipoh Timor] minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) status terkini pemberian baucar buku seperti yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri; dan

(b) berapa jumlah peruntukan yang telah disediakan

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih, soalan daripada Yang Berhormat Ipoh Timor. Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pengumuman pemberian Baucar Buku MADANI semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 30.5.2024. Pemberian buku baucar tersebut dapat menyemai dan meningkatkan amalan membaca dalam kalangan generasi muda.

KPM telah pun menyediakan satu peruntukan berjumlah RM290 juta untuk tujuan pelaksanaan pemberian Baucar Buku MADANI ini. KPM menjangka ia akan melibatkan 3,558,024 orang murid sekolah dan juga pelajar lepasan menengah. KPM menyasarkan

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

penebusan dan transaksi pembelian penuh melibatkan jumlah murid ini boleh dilakukan sehingga 31 Disember 2024.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, murid sekolah rendah iaitu Tahap 2, Tahun 4 ke atas menerima baucar sebanyak RM50, manakala murid sekolah menengah dan pelajar lepasan menengah seperti kolej, Tingkatan 6, kolej vokasional dan kolej matrikulasi serta pelajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) menerima baucar sebanyak RM100.

Sehingga hari semalam, 21 Oktober 2024 seramai 1,915,110 orang murid dan pelajar lepasan menengah seluruh negara telah membuat penebusan Baucar Buku MADANI.

Daripada jumlah tersebut 661,487 adalah murid Tahap 2 sekolah rendah iaitu Darjah 4 ke atas dan 1,191,817 orang merupakan murid sekolah menengah. Bagi kolej vokasional, pra universiti, kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru pula berjumlah 61,806 orang pelajar.

Jumlah nilai baucar buku atau Baucar Buku MADANI yang telah pun ditebus oleh golongan ini, setakat hari semalam adalah berjumlah RM157 juta. Daripada penebusan ini, ia telah pun menghasilkan nilai pembelian keseluruhan sebanyak RM120.5 juta melibatkan 3.9 juta naskhah buku.

Untuk memastikan pelaksanaan pemberian Baucar Buku MADANI ini dapat diselesaikan pada akhir tahun ini, KPM telah mengadakan sesi libat urus berkaitan penebusan baucar buku kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan guru perpustakaan serta engagement dengan izin dengan media dari seluruh negara bagi membantu murid membuat penebusan baucar ini. Data penebusan setiap negeri, daerah dan sekolah sentiasa dipantau dari semasa ke semasa bagi memastikan penebusan berjalan lancar dan dioptimumkan.

Secara keseluruhannya Dato’ Yang di-Pertua, program ini bukan sahaja menyokong perkembangan literasi dalam kalangan murid Malaysia, malah dengan peruntukan yang besar ini program Baucar Buku MADANI juga proofer meningkatkan akses kepada sumber pendidikan yang berkualiti, minat membaca dan pembelajaran sepanjang hayat bagi murid pelbagai peringkat pendidikan di Malaysia. Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Ipoh Timor.

draft • 10:30 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih Timbalan Speaker. Sebelum saya proceed dengan soalan, saya ingin mengalu-alukan kehadiran guru-guru dan pelajar-pelajar daripada MRSM Jeli yang berada di galeri.

[Tepuk] Terima kasih, terima kasih Timbalan Speaker. Dulu-dululah, sebelum ini, saya pernah pergi ke pesta buku. Dok beratur tengok ada budak-budak yang dok kata, dok sembang-sembang nak tebus baucar. Dia punya tebus baucar, tebus-tebus tak dapat buku, dapat cash. Saya nak tanya daripada 1.9 juta lebih orang, murid-murid yang telah menebus itu, adakah kita tahu lebih kurang berapa orang yang boleh dan telah tebus cash atau cash out dengan baucar RM100 ke RM50? Kedua, adakah ada mekanisme atau cara-cara yang dilaksanakan pihak kementerian untuk mengelak atau mencegah tebusan cash out baucar

draft • 10:40 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

buku yang sepatutnya sesuatu yang sangat baik tetapi telah disalahgunakan? Minta pandangan pendirian kementerian.

draft • 10:40 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Yang Berhormat dari Ipoh Timor. Yang Berhormat Timbalan Speaker, pihak KPM mengambil iktibar dan mengambil perhatian serius berkenaan dengan isu yang benar-benar berlaku sebelum ini iaitu seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Ipoh Timor tadi berkenaan dengan ketirisan dalam perlaksanaan pemberian buku baucar.

Oleh sebab itu dari hari pertama pemberian buku baucar ini dilaksanakan selepas pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 30 Mei 2024, KPM telah mengambil satu cara dan pendekatan untuk melaksanakan pemberian baucar buku ini secara online seratus peratus, yang mana pemberian baucar buku ini dilaksanakan secara e-baucar buku dan ia boleh ditebus melalui pelantar DELIMa yang mana kita ada satu aplikasi kota buku digital yang mana nombor satu, murid-murid kita dan juga pelajar lepasan sekolah menengah perlu mendaftar masuk ke dalam pelantar DELIMa terlebih dahulu dan selepas itu buat penebusan secara online dan selepas penebusan dibuat, pembelian pun adalah secara online. Pihak KPM dengan bantuan daripada portal buku digital ada menyediakan vendor- vendor ataupun pembekal yang telah pun berdaftar dengan kota buku dan pembekal- pembekal tersebut akan menjual buku secara online dan akan mengirim, menyerahkan buku- buku tersebut secara kiriman pos kepada murid ataupun pelajar-pelajar kita.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini Dato’ Yang di-Pertua, jumlah pembekal yang berdaftar dengan KDN ataupun kota buku digital setakat pukul 7.00 petang hari semalam, 21 Oktober 2024, jumlah pembekal 975 pembekal yang berdaftar, judul MADANI yang dicadangkan oleh pihak KPM 79 judul dan bilangan buku yang boleh dipilih dalam sistem adalah sebanyak 647,194 judul yang boleh dipilih oleh anak-anak kita. Maka kami berharap dengan usaha sebegini dan sememangnya apabila kita berbincang berkenaan dengan ketirisan cash out, memang isu ini sudah tidak berlaku dalam pemberian Baucar Buku MADANI pada tahun 2024. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Kuala Krau. Terima kasih

draft • 10:40 AM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berikutan dengan tebus tunai tadi. Apakah tindakan yang akan diambil sekiranya mana-mana ejen yang dilantik itu melakukan cash money ini sekiranya dapat bertindak. Kiranya dia dapat kesanlah.

Itu satu.

Keduanya, mekanisme bagaimana untuk mengurangkan ataupun mengelakkan keciciran para pelajar daripada kelayakan ini serta apakah sebenarnya kriteria dalam melayakkan seorang pelajar menerima baucar ini? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:40 AM

Tuan Wong Kah Woh

Okey. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih soalan dari Yang Berhormat Kuala Krau. Maaf saya tak nampak tadi, maaf. Dua soalan daripada Yang Berhormat Kuala Krau. Nombor satu berkenaan dengan isu cash money, apakah tindakan.

Nombor satu seperti yang saya katakan tadi, apabila pihak KPM melaksanakan e- baucar buku ataupun penebusan dan juga pembelian secara online, maka isu berkenaan dengan cash out ini sudah tidak lagi terbangkit yang mana kesemuanya penebusan adalah secara online dan pembelian pun secara online. There’s no chance actually meet the suppliers, strictly speaking. Namun sekiranya masih ada pembekal-pembekal yang nakal, mereka akan dikeluarkan daripada senarai dan disenaraihitamkan. So KPM tidak akan tolerate berkenaan dengan mana-mana ketirisan yang disengajakan oleh mana-mana pihak.

Itu nombor satu.

Nombor dua dari segi bagaimana kita ada satu mekanisme untuk mengelakkan keciciran dan juga apakah kelayakan? Kelayakan dia simple sahaja. Kelayakan dia amat mudah iaitu murid daripada Darjah 4 ke atas iaitu Tahap 2 sekolah rendah dan juga pelajar dan murid di sekolah menengah dan pelajar lepasan belajar sekolah menengah. So, kesemua mereka akan dapat dan jumlah yang layak adalah sebanyak 3,558,024 orang seperti yang telah saya sebutkan tadi.

So, kesemua murid-murid dari semua latar belakang, dari semua aliran sekolah tidak kira agama, bangsa dan juga latar belakang pendapatan keluarga, selagi mereka adalah di Tahap 2 sekolah rendah dan mereka yang berada di sekolah menengah dan lepasan menengah seperti yang saya nyatakan tadi. Semua adalah layak.

Bagaimana kita mengelakkan keciciran dan apabila pemberian ini diberikan kepada semua, isu keciciran ini kita boleh kurangkan. Isu yang kita ada sekarang adalah bagaimana kita boleh meningkatkan kadar penebusan ini iaitu bagaimana kami memastikan murid-murid itu akan mengambil inisiatif untuk membuat penebusan dan pembelian secara online. Oleh sebab itu, sesi libat urus secara berterusan ada dilaksanakan oleh pihak KPM dengan JPN, PPD dan juga pihak sekolah dan juga saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru supaya kesemua warga pendidik membantu mengambil berat berkenaan dengan pemberian baucar buku ini dan mengambil inisiatif dan tindakan untuk memastikan anak-anak kita di sekolah melaksanakan – mengambil langkah untuk membuat penebusan.

Saya boleh berkongsi satu lagi maklumat dengan Yang Berhormat Kuala Krau iaitu setakat ini penebusan baucar mengikut negeri. Kita mempunyai 1,229 sekolah yang telah pun mencapai 100 peratus dalam penebusan baucar buku. 1,229 sekolah yang telah pun mencapai 100 peratus penebusan baucar buku.

Secara keseluruhannya, statistik penebusan baucar buku di peringkat kebangsaan setakat ini adalah sebanyak 52.2 peratus. So dalam masa dua bulan akan datang ini, pihak KPM akan bekerja keras untuk memastikan yang balance, yang baki 48 peratus itu juga akan membuat penebusan dan pembelian secara online. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berikut Majlis ke soalan kedua. Saya mempersilakan Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman, Yang Berhormat Kuala Krai.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.

Air bersih anugerah berharga, Segar diminum sejuk terasa, Kelak semua nikmati bersama, Soalan Kuala Krai nombor dua. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi. Sila jawab.

draft • 10:40 AM

2. Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan berapa peratus NRW mengikut negeri dan apakah perancangan kementerian untuk mengatasinya dalam jangka masa pendek dan panjang termasuk menyediakan geran kepada negeri-negeri.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Berdasarkan kepada data daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara ataupun SPAN, peratus kadar air tidak terhasil atau non-revenue water (NRW) tahun 2023 mengikut negeri adalah seperti berikut. Ini daripada yang paling tinggi kepada yang paling bawah.

NegeriPeratus Kadar Air Tidak Terhasil (%)
Perlis64.5
Sabah55
Kelantan54.5
Kedah50.7
Pahang47.7
Sarawak43.5
Terengganu40.1
Negeri Sembilan38.8
Wilayah Persekutuan Labuan37.6
Melaka35.1
Perak30.2
Selangor27.8
Pulau Pinang26.8Johor25.0 (terbaik)
draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Program Pengurangan NRW Kebangsaan telah bermula pada tahun 2018 melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.907 bilion. Program ini kita laksanakan melalui dua pendekatan, pendekatan satu dan dua, yang mana sehingga 31 Disember 2023 baki peruntukan di bawah pendekatan satu berjumlah RM213 juta iaitu 39.9 peratus daripada jumlah peruntukan untuk pendekatan satu. Yang mana keseluruhan baki peruntukan ini telah

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

pun kita komited untuk projek-projek semasa serta pelaksanaan kajian NRW dan projek- projek pembaikan ataupun penggantian tangki tambahan di negeri Kelantan dan juga Kedah.

Selain itu, di bawah program pendekatan dua, ini matching grant dengan izin, baki peruntukan di bawah pendekatan dua sehingga 31 Disember 2023 adalah sebanyak RM866.5 juta iaitu 63.2 peratus daripada keseluruhan jumlah peruntukan pendekatan dua.

Pada tahun 2023, Pengurusan Air Selangor, Ranhill SAJ Sdn. Bhd. dan juga Syarikat Air Terengganu telah mencapai sasaran yang ditetapkan dan anggaran jumlah imbuhan balik untuk ketiga-tiga operator ini adalah sebanyak RM487.3 juta.

Maka kementerian telah pun merangka cadangan penambahbaikan Program NRW Kebangsaan dalam usaha meningkatkan pengurusan air di seluruh negara. Cadangan ini melibatkan kos sebanyak RM2.525 bilion dan telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 24 Julai 2024. Ini menunjukkan penambahan peruntukan sebanyak 32 peratus.

Program ini akan dilaksanakan bermula pada tahun 2025 hingga 2030 melalui pembiayaan geran iaitu pertama, pendekatan satu melibatkan penggantian paip kritikal di seluruh negara dan penyelesaian NRW holistik di enam negeri iaitu Pahang, Kelantan, Perlis, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Kedua, Dato’ Yang di-Pertua, pendekatan kedua bagi negeri-negeri lain iaitu Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu, Perak, Pulau Pinang dan Kedah dengan kadar imbuhan balik secara pro rata untuk menggalakkan penyertaan operator air.

Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Kuala Krai.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang telah diberikan. Seperti dalam laporan The Star pada tarikh 8 Januari 2024, NRW adalah masalah serius yang perlu diselesaikan dan salah satu usaha untuk mengurangkan kehilangan fizikal NRW adalah melalui penukaran paip kepada yang baharu.

Sedangkan kos untuk penukaran paip lama adalah terlalu mahal, ditambah pula melibatkan jalan berturap, permit-permit yang dikenakan serta kos bahan yang semakin meningkat. Apabila sesuatu operator bekalan air membuat pinjaman sama ada dengan PAAB atau mana-mana pelabur, bayaran balik bulanan berbanding pulangan selepas penukaran paip baru adalah tidak sepadan. Adakah kementerian sedar masalah ini dan apakah perancangan kementerian?

Adakah kementerian bercadang untuk mengawal ataupun sekurang-kurangnya mengurangkan peningkatan kos perbelanjaan penukaran paip ini yang semakin meningkat seperti kenaikan kos material paip dan bahan penyambungan paip. Apakah status terkini peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi mengatasi masalah air bersih di Kelantan pada Jun tahun lalu dan penyaluran geran sebanyak RM69.18 juta kepada negeri Kelantan bagi mengurangkan NRW.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk jawapan.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima Dato’ Yang di-Pertua. Saya cuba jawab. Dari segi – sebab itu untuk mengatasi masalah NRW, memang itu antara perkara yang kritikal untuk kita tambah baik ataupun meningkatkan air yang berhasillah. Jadi sebab itu dari segi cadangan yang kita angkat untuk tahun 2025 ke tahun 2030, kita menyasarkan peningkatan perbelanjaan sebanyak yang saya sebut tadi 33 peratus.

draft • 10:50 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Maksudnya memang Kerajaan Persekutuan komited untuk membantu negeri-negeri ataupun operator air tingkatkan atau mengurangkan kadar NRW tersebut. Cuma bagaimana untuk kita pastikan program itu lebih terlaksana dengan berkesan, sebagai contoh kita juga perlu kerjasama daripada semua pihak. Jadi bila disebut tadi kalau kita hendak baik pulih paip tersebut dia mungkin melibatkan jalan-jalan sedia ada.

Jadi sebab itu, daripada pihak kementerian kita mengharapkan supaya mendapat juga sokongan daripada negeri untuk kita kurangkan kerenah birokrasi. Contohnya kebenaran merancang dan juga tidak mengenakan apa-apa bayaran ataupun caj yang tidak munasabah dan seterusnya memudahkan urusan berkaitan tanah sebab ada kes-kes tertentu yang perlu diadakan pengambilan tanah ataupun penukaran jajaran air ataupun paip air.

Jadi itu kaedah yang kita boleh sama-sama bantu supaya kita dapat turunkan kadar NRW untuk kebangsaan dan juga kita target untuk setiap negeri yang saya nyatakan tadi.

Untuk persoalan kedua, dari segi bagaimana untuk kita terus membantu negeri Kelantan. Kes yang spesifik, yang mana yang sebenarnya di peringkat kementerian memang kita telah pun meluluskan geran untuk kita membina TAPS ataupun kolam takungan empangan yang baru di Machang, kosnya RM630 juta.

Susulan daripada kelulusan TAPS itu maka tahun lepas Kerajaan Persekutuan sebenarnya telah luluskan lagi RM500 juta untuk membina loji rawatan air. Jadi bila dari segi kaedah dengan Perjanjian WASIA dan sebagainya, bila kita loji ini sepatutnya secara pinjaman tetapi berlaku permintaan daripada negeri.

Maka sebab itu yang ada kita menunggu jawapan daripada negeri, kemudian memang negeri mohon tukar kaedah tersebut cuma akhirnya mengambil kira semangat bagaimana negeri-negeri lain menguruskan pembinaan loji rawatan air, akhirnya negeri Kelantan telah pun memberi persetujuan untuk menggunakan kaedah pinjaman cuma ada permohonan khas moratorium selama 10 tahun.

Jadi perkara ini memang kita sedang perhalusi, kita bersetuju cuma bagaimana kaedah untuk menyalurkan. Jadi untuk menyelesaikan secara holistiklah dari segi pembinaan TAPS dengan loji rawatan air, kalau TAPS tersedia loji tak adapun bekalan itu tidak dapat

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

diterima. Jadi perkara ini, peringatan yang sama, saya mohon juga kerjasama daripada negeri Kelantan, khususnya untuk permudahkan proses ini dan kita cuba elakkan kalau ada caj-caj tambahan ataupun perkara kedua, memudahkan proses urusan tanah dan sebagainya.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Yang Berhormat Tampin.

draft • 10:50 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Untuk makluman kementerian, keadaan paip-paip air di kawasan tanah rancangan FELDA sudah usang dan peneroka juga sering mengalami masalah bekalan air bersih akibat kebocoran, paip pecah dan sebagainya.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mengetahui apakah peranan ataupun inisiatif yang boleh dimainkan oleh PETRA untuk menambah baik keadaan paip-paip usang yang terdapat di kawasan tanah rancangan FELDA pada masa ini. Saya faham bahawa FELDA ini di bawah Jabatan Perdana Menteri tetapi kita tidak boleh membiarkan kawasan perumahan FELDA ini begitu sahaja. Adakah cadangan penambahbaikan Program Air Tidak Terhasil

(NRW) Kebangsaan dalam usaha meningkatkan pengurusan air di seluruh negara turut melibatkan di kawasan-kawasan tanah rancangan FELDA? Terima kasih Timbalan Menteri.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Tampin. Sepertimana Yang Berhormat sedia maklum, maksudnya kelaziman apabila mana-mana agensi itu diletakkan di bawah kementerian berkenaan, maka peruntukan dari segi pembangunan dan sebagainya akan disalurkan melalui kementerian tersebut. Cuma kerana Yang Berhormat membangkitkan di dalam Dewan ini, jadi pihak saya akan susuli juga dengan agensi, untuk kita tahu sejauh mana dari segi untuk kita, untuk kes yang spesifik tadi.

Cuma pada masa yang sama untuk memberi gambaran, kita juga dari segi komitmen untuk mengurangkan kadar NRW yang dinyatakan Yang Berhormat tadi di bawah kawasan rancangan, kita juga ada juga kawasan di luar bandar sebagai contoh yang mana terletak di bawah KKDW dan sebagainya. Cuma di peringkat operator air sendiri pun masih banyak aset-aset mereka ini masih menggunakan asbestos simen paip ataupun paip AC ini.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Jadi sebab itu bila disebut bila kita ada pendekatan satu dan pendekatan dua, kaedah yang kita tambah baik itu pendekatan satu iaitu geran sepenuhnya kepada negeri ataupun operator air, kita sasarkan terus kepada paip-paip yang kritikal. Kerana berdasarkan maklum balas kajian dan sebagainya, kita percaya bila kerja pembaikpulihan itu berlaku di paip-paip kritikal terlebih dahulu, kadar kebocoran itu kita dapat kurangkan dengan lebih berkesan sebelum tertumpu kepada keadaan yang lebih holistiklah.

Jadi sebab itu bagi saya untuk perkara Yang Berhormat bangkitkan tadi, maksudnya kami akan semak dengan agensi FELDA sama ada bagaimana pendekatan mereka untuk menguruskan aset-aset yang lama ini. Tetapi bagi saya untuk sasaran peringkat kementerian

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

ini, memang kita ingin mengurangkan capaian ataupun kadar NRW ini secara keseluruhan.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Digital - Datuk Ugak anak Kumbong

Dato’ Speaker...

draft • 11:00 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Harap-harap Yang Berhormat Timbalan Menteri, harap-harap kita dapat merentasi kementerian untuk mengatasi masalah ini. Jangan biarkan masyarakat di kawasan FELDA ini terpinggir. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat...

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Digital - Datuk Ugak anak Kumbong

Speaker, mohon izin Tuan Speaker. Saya ingin mengalu-alukan rombongan pemimpin dari parti PRS yang bersama kita di Dewan yang mulia ini. Dari bahagian Limbang dan Miri.

[Tepuk]

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Berikut saya bagi soalan yang ketiga. Saya mempersilakan Puan Rodiyah binti Sapiee, Yang Berhormat Batang Sadong.

draft • 11:00 AM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya nombor tiga.

draft • 11:00 AM

3. Puan Rodiyah binti Sapiee [Batang Sadong] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan langkah strategik kementerian untuk meningkatkan hasil komoditi sawit memandangkan penurunan pengeluaran semasa yang semakin menyusut dikhuatiri meletakkan industri sawit senasib dengan getah yang tidak lagi mampu menampung keperluan negara.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin

Ya Tuan Yang di-Pertua. Pengeluaran buah tandan segar (BTS) atau lebih dikenali sebagai FFB di Malaysia bagi tiga tahun kebelakangan terkini menunjukkan trend yang meningkat. Pada tahun 2021, pengeluaran BTS adalah sebanyak 91.39 juta tan meningkat kepada 94.8 juta tan pada tahun 2022 dan 94.9 juta tan pada tahun 2023. Pengeluaran minyak sawit mentah

(MSM) atau lebih dikenali sebagai CPO juga meningkat daripada 18.12 juta tan pada tahun 2021 kepada 18.45 juta tan pada tahun 2022 dan 18.55 juta tan pada tahun 2023.

Peningkatan pengeluaran BTS dan MSM ini adalah hasil daripada komitmen kementerian melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan produktiviti bagi memastikan industri sawit kekal berdaya saing dan terus menyumbang kepada keperluan negara. Antara inisiatif utama kementerian adalah pelaksanaan Program Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil 2.0 (TSPKS2.0) seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2024 dengan peruntukan sejumlah RM100 juta yang disediakan khusus untuk pekebun kecil persendirian (PKP) yang layak.

Bantuan kerajaan ini disediakan dalam bentuk hibrid iaitu 50 peratus geran dan 50 peratus pinjaman serta telah dilaksanakan bermula pada 15 Januari tahun ini. Usaha ini dijangka dapat meningkatkan populasi pokok sawit yang berprofil umur matang penuh sembilan ke 18 tahun dan lebih produktif untuk jangka masa panjang. Seterusnya, membantu meningkatkan produktiviti hasil buah tandan segar (BTS) negara serta meningkatkan

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin

pendapatan PKP, sekali gus mengukuhkan sektor komoditi sawit dalam menghadapi cabaran ekonomi amnya.

Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada PKP.

Sehubungan itu, bagi memastikan kadar tanam semula pokok sawit oleh PKP terus meningkat, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melalui pembentangan Bajet 2025 pada 18 Oktober baru-baru ini telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM100 juta kepada Kementerian Perladangan dan Komoditi dan dijangka lebih ramai PKP sawit yang bakal mendapat manfaat daripada program ini.

Langkah strategik berterusan lain yang dilaksanakan oleh kementerian adalah mempergiatkan penggunaan mekanisasi dan automasi dalam operasi ladang bagi meningkatkan pengeluaran pemain industri sawit termasuk sektor pekebun kecil. Antara inisiatif yang menyokong automasi di ladang dan kebun sawit adalah seperti berikut.

Penubuhan Konsortium Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi Kelapa Sawit

(MARCOP) bertujuan untuk meneroka, menilai, mereka bentuk dan melaksanakan penyelesaian bagi meningkatkan produktiviti ladang kelapa sawit di Malaysia terutamanya dalam operasi penuaian. Program insentif mekanisasi dan automasi untuk komoditi bertujuan untuk mengenal pasti kaedah bagi menyokong pekebun kecil kelapa sawit dalam mengatasi isu kekurangan tenaga kerja dengan mencipta beberapa model usahawan teknologi dalam kalangan pekebun kecil. Dua perenggan lagi.

Kementerian juga komited memastikan penanam sawit terutamanya pekebun kecil mempraktikkan amalan pertanian baik (good agricultural practice). Amalan pertanian baik terutamanya melalui pembajaan yang betul iaitu pemilihan baja yang sesuai, kadar kuantiti dan kaedah pembajaan yang betul. Ini akan dapat meningkatkan produktiviti hasil buah tandan segar.

Selain itu, kementerian sentiasa menyokong sektor perladangan untuk melaksanakan program tanam semula sawit bagi memastikan pokok-pokok sawit tua dan tidak produktif ditebang dan ditanam semula dengan anak benih sawit yang berkualiti tinggi.

Program ini dapat meningkatkan pengeluaran hasil BTS dan seterusnya meningkatkan pengeluaran minyak sawit mentah. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Batang Sadong.

draft • 11:00 AM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Saya percaya kerajaan bertekad menyelesaikan segala isu berbangkit berhubung industri sawit negara melalui Belanjawan 2025, setelah mendengar pandangan setiap segmen masyarakat, termasuk pemain industri di negara ini yang membabitkan isu berkaitan dengan tenaga kerja asing dan kadar pengeluaran sawit yang rendah.

Soalan saya ialah apakah penjelasan daripada kerajaan ataupun kementerian mengenai kawasan tanaman sawit di Malaysia yang semakin berkurangan di mana telah menyusut sebanyak 22,000 hektar pada tahun 2023 dengan penurunan selama empat tahun

draft • 11:00 AM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

berturut-turut kebelakangan ini akibat kekurangan pekerja, kurangnya minat generasi muda serta faktor alam sekitar, sosial dan tadbir urus ataupun ESG. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 11:00 AM

Datuk Chan Foong Hin

Untuk makluman Yang Berhormat, walaupun tanah penanaman — keluasan penanaman kelapa sawit telah menurun, cuma kalau ikut balik apa yang saya bentangkan tadi itu, produktiviti untuk buah tandan segar untuk tiga tahun kebelakangan ini sebenarnya menunjukkan trend yang meningkat dan juga untuk CPO, dia telah meningkat walaupun keluasan penanaman dia berkurangan.

Cuma saya nak memberitahu kepada Dewan ini, Kerajaan Malaysia telah komited supaya keluasan tanaman sawit ini dikekalkan pada 5.7 juta hektar. Kita tak nak melebihi kerana kita terikat dengan keluasan hutan di Malaysia ini tak boleh kurang daripada 50 peratus. So, ini adalah antara prinsip yang kita nak pegang untuk mencapai tujuan atau matlamat untuk kelestarian.

So, kita amat fokus kepada penanaman semula. So, TSPKS dan juga usaha-usaha lain untuk penanaman semula untuk replanting ini adalah amat penting untuk meningkatkan produktiviti walaupun keluasan tanah maintain atau menurun. So, ini adalah strategi kita.

Untuk menjawab kepada soalan untuk buruh asing ini, sebenarnya kerajaan telah meluluskan kuota khas pekerja asing sebanyak 24,570 secara one-off kepada 143 syarikat sektor perladangan untuk tahun ini. So, sekiranya terdapat keperluan pekerja asing yang mendesak, pihak majikan boleh membuat permohonan tukar majikan. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Tangga Batu.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Baik. Terima kasih Timbalan Menteri Komoditi. Baik. Sebenarnya apa yang disebut oleh Timbalan Menteri, sebenarnya berlaku peningkatan hasil sawit. Ini sebenarnya saya tidak melihat kesan daripada replanting, tapi sebenarnya kita recover daripada COVID kerana keperluan pekerja di ladang itu bertambah.

Tetapi kalau kita lihat di Sabah sendiri sebenarnya, kalau kita lihat statistik tahun lepas, tahun ini, sebenarnya hasil di Sabah berkurang, dia berkurang. Kita melihat bahawa 26 peratus daripada jumlah keluasan sawit daripada 5.7 hektar itu ialah pekebun kecil. Jadi kalau dengan nilai RM100 juta setahun, saya rasa kita punya speed untuk kita nak catch up empat peratus itu saya ingat rasa sangat perlahan. Kalau kita dengan RM100 juta setahun, saya rasa jumlah pokok itu akan bukan berkurang, tetapi akan bertambah.

Yang kedua, saya melihat bahawa company-company, small, medium company macam THP, TDM, Boustead dan sebagainya, mereka menghadapi masalah nak buat replant kerana kos replanting mahal.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Kalau standard mereka, kos itu majoriti sekitar RM25,000 hingga RM26,000 sehektar tahu. Saya dah bahas, dah sebut banyak kali tahun lepas tentang bagaimana kerajaan boleh

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

menggunakan windfall levy ini yang hari ini digunakan untuk mensubsidi minyak makan rakyat Malaysia diambil sedikit, diberi subsidi supaya kita boleh mempercepatkan proses penanaman semula dan kita boleh menaikkan kembali prestasi kita punya CPO kepada 19.5 tan ataupun 20 tan. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, untuk jawapan.

draft • 11:10 AM

Datuk Chan Foong Hin

Untuk makluman sahabat saya Tangga Batu, kadar replanting (replanting rate) untuk tahun 2022 adalah 1.7 peratus yang merangkumi 97,130 hektar. Pada tahun lalu, 2023, replanting rate dia telah meningkat daripada 1.7 kepada 2.3 peratus iaitu merangkumi 132,000 hektar.

draft • 11:10 AM

Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Datuk Chan Foong Hin

Ini masih belum mencapai tahap yang kita nak iaitu empat peratus. So, kalau empat peratus replanting ini dapat kita menjalankan, so untuk keluasan tanah yang sama, kita boleh menambah lagi 1.5 juta tan CPO kepada pasaran ini. So, saya amat bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat Tangga Batu untuk memperjuangkan okey, penambahan bajet untuk penanaman semula. Walau bagaimanapun, untuk TSPKS ini setakat tahun ini kita menyasarkan 5,900 hektar.

Untuk sekarang, kita telah meluluskan 3,599 hektar dan 550 hektar tengah KIV dan ada lagi 1,400 — Sorry, 1,441 hektar yang telah sedang proses. So, kalau kesemua ini dijalankan untuk tahun ini, kita akan dapat menggunakan kesemua RM100 juta yang diperuntukkan pada tahun ini. Semoga kita akan selalu meningkatkan bajet untuk penanaman semula. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Tuan Speaker, boleh tak tambahan, soalan tambahan? Sikit saja.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Minta maaf Yang Berhormat. Duduk. Saya mempersilakan untuk soalan keempat, Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi, Yang Berhormat Tanjong Karang.

draft • 11:10 AM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Soalan Tanjong Karang nombor 4. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

4. Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi [Tanjong Karang] minta Menteri Pendidikan menyatakan data semasa bagi projek penyelenggaraan tandas institusi pendidikan KPM pada tahun 2024. Ini seiring dengan usaha menjadikan keselesaan tandas bagi pelajar- pelajar di pusat pengajian masing-masing agar ianya mencapai KPI kebersihan seperti yang di inginkan oleh Kerajaan MADANI.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih soalan dari Yang Berhormat Tanjong Karang. Soalan Yang Berhormat Tanjong Karang menyentuh berkenaan dengan data semasa projek penyelenggaraan tandas institusi pendidikan KPM pada tahun 2024. Namun Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya akan menjawab bagi kedua-dua tahun 2023 dan 2024 untuk

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

memberikan satu gambaran yang jelas kepada Dewan yang mulia ini berkenaan dengan pelaksanaan pemberian peruntukan penyelenggaraan untuk naik taraf dan juga penyelenggaraan tandas ini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM pada tahun 2023 telah menyalurkan peruntukan khas Naik Taraf dan Penyelenggaraan Kecil Institusi Pendidikan Tahun 2023 sebanyak RM654.29 juta bagi tujuan kerja penyelenggaraan tandas dan penyelenggaraan kecil di sekolah kerajaan dan institusi pendidikan termasuk kolej matrikulasi, Institut Aminuddin Baki dan institut pendidikan guru.

Pelaksanaan ini melibatkan sebanyak 8,354 buah sekolah dan institusi pendidikan di bawah KPM dengan pecahan 8,306 buah sekolah kerajaan serta 48 buah institusi pendidikan bukan sekolah. Walau bagaimanapun, perlaksanaan penyelenggaraan tandas bagi 310 buah sekolah di negeri Sarawak telah ditangguhkan berikutan kekangan masa, lokaliti dan juga kekurangan pekerja binaan seperti yang dilaporkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak.

Pada tahun 2024, KPM telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM31 juta bagi kerja naik taraf dan penyelenggaraan kecil tandas kepada 310 buah sekolah kerajaan di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak yang tidak sempat disiapkan pada tahun lepas.

Selain itu juga pada tahun ini 2024, KPM telah menyediakan peruntukan khas bagi kerja naik taraf dan penyelenggaraan kecil kepada sekolah bantuan kerajaan yang berfokuskan kepada fasiliti tandas berjumlah RM134.33 juta.

Sehingga Oktober 2024, KPM telah menyalurkan peruntukan khas tersebut sebanyak RM124.73 juta untuk tujuan naik taraf dan penyelenggaraan kecil tandas di sekolah bantuan kerajaan. Baki peruntukan tersebut telah digunakan untuk tujuan penyelenggaraan kecil lain di sekolah bantuan kerajaan. KPM sentiasa memastikan peruntukan penyelenggaraan diagihkan dengan adil dan sewajarnya kepada semua jenis sekolah KPM sama ada sekolah kerajaan ataupun sekolah bantuan kerajaan. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Tanjong Karang.

draft • 11:10 AM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua dan terima kasih di atas jawapan yang begitu detail oleh Timbalan Menteri.

Seterusnya, saya ingin bertanya apakah inisiatif tambahan yang sedang dirancang oleh pihak KPM untuk meningkatkan kesedaran dan pendidikan tentang kepentingan kebersihan tandas dalam kalangan pelajar di institusi pendidik? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk jawapan.

draft • 11:10 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Sememangnya pendidikan berkenaan dengan kebersihan sama ada kebersihan kendiri ataupun kebersihan tandas ini selalunya ditekankan dan merupakan suatu pendidikan berterusan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

draft • 11:10 AM

Tuan Wong Kah Woh

Sudah tentunya selepas pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengeluarkan sejumlah yang lebih tinggi, sejumlah yang begitu tinggi iaitu hampir RM800 juta untuk penaiktarafan tandas di peringkat, di kesemua institusi pendidikan di bawah KPM sama ada sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dari segi infrastruktur dan infostruktur, kami percaya bahawa ia telah pun ditingkatkan dan telah pun dinaiktarafkan.

Berkenaan dengan pendidikan berterusan itu, pihak KPM akan terus melaksanakannya melalui program-program kesedaran sama ada program-program kesedaran di luar dari bilik darjah dan pada masa yang sama juga pendidikan dalam bilik darjah. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Kepong.

draft • 11:10 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Kita, Ahli-ahli Parlimen sering menerima aduan daripada sekolah-sekolah di kawasan Parlimen kita masing-masing tentang kerosakan tandas. Paip yang bocor, infra tak cukupi. Jadi, soalan saya bagaimana KPM boleh membantu Ahli-ahli Parlimen untuk menyelesai aduan ini?

Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk jawapan.

draft • 11:10 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Terima kasih soalan dari Yang Berhormat Kepong. Sememangnya isu penyelenggaraan ini pada setiap tahun pihak KPM memberikan penegasan dan juga memberikan satu pertimbangan ataupun penekanan yang amat serius. Dari segi tandas seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kepong tadi, kita ada banyak ― ada tandas yang mempunyai banyak masalah dari segi keuzurannya akibat keuzurannya, isu berkenaan dengan kerosakan bumbung, kumbahan, paip, mangkuk tandas, jubin dan sebagainya.

Itu sebab kenapa pada tahun 2023 dan 2024, sebagai untuk menyahut seruan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memastikan kebersihan tandas dan juga infrastruktur atau keadaan situasi tandas ini dapat bertambah baik, maka setiap satu sekolah, biarpun sekolah kerajaan ataupun sekolah bantuan kerajaan diberikan satu siling peruntukan RM70,000. Setiap satu sekolah di bawah kawasan Yang Berhormat Kepong...

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Tuan Wong Kah Woh

...Saya percaya dan saya yakin bahawa setiap sekolah ada mendapat RM70,000 yang mana untuk sekolah kerajaan dilaksanakan oleh PPD dan untuk sekolah bantuan kerajaan dilaksanakan oleh lembaga pengelola sekolah (LPS) yang mana bagi tahun ini peruntukan telah pun disalurkan kepada semua SBK pada awal bulan September yang lepas. Saya berharap bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat juga boleh membantu untuk memantau prestasi projek yang dilaksanakan itu.

Pada tahun ini, untuk makluman seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, seperti tahun lepas jumlah RM1 bilion disediakan untuk tujuan penyelenggaraan sekolah-sekolah di bawah KPM. Dari situlah akan diagihkan kepada

draft • 11:10 AM

Tuan Wong Kah Woh

sekolah-sekolah menurut keperluan masing-masing dan juga menurut kategori sekolah masing-masing. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut saya mempersilakan Tuan Chow Yu Hui, Yang Berhormat Raub.

draft • 11:20 AM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Terima kasih Speaker. Soalan saya soalan lima.

draft • 11:20 AM

5. Tuan Chow Yu Hui [Raub] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) sama ada permit daripada PDRM diperlukan untuk penganjuran perhimpunan awam bawah Akta Perhimpunan Awam 2012; dan

(b) sama ada PDRM berkuasa untuk menghalang penganjuran apa-apa perhimpunan awam sekiranya perhimpunan tidak dapat permit/ kelulusan daripada pemilik tapak perhimpunan.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sahabat saya Yang Berhormat Raub. Ada dua bahagian dalam soalan ini Yang Berhormat.

Bagi menjawab bahagian (a), satu penganjuran atau penyertaan perhimpunan aman dan tanpa senjata oleh warganegara, undang-undang yang diguna pakai adalah berpandukan kepada Akta Perhimpunan Aman 2012 [Akta 736] . Melalui akta ini, penganjur dikehendaki mengemukakan pemberitahuan kepada pihak Polis Diraja Malaysia dalam tempoh lima hari sebelum tarikh perhimpunan. PDRM bertanggungjawab mengambil apa- apa langkah sebagaimana yang difikirkan perlu untuk memastikan perhimpunan yang dikendalikan dengan teratur mengikut Akta 736 dan mana-mana undang-undang yang bertulis yang lain.

Berdasarkan Akta Perhimpunan Aman 2012 Yang Berhormat, permohonan permit yang dimaksudkan ialah pemberitahuan perhimpunan. Untuk makluman Yang Berhormat, pemberitahuan perhimpunan di bawah seksyen 9(1) Akta 736 perlulah memenuhi keperluan yang telah ditetapkan di bawah seksyen 10 Akta 736. Antaranya adalah melengkapkan borang pemberitahuan yang mengandungi butiran-butiran perhimpunan, anggaran jumlah peserta dan individu yang dilantik oleh penganjur untuk memastikan perhimpunan berjalan dengan teratur dan memenuhi syarat-syarat sebagaimana yang ditetapkan.

Tuan Yang di-Pertua, bagi bahagian dua, pihak polis mempunyai kuasa di bawah seksyen 15 Akta 736 untuk mengenakan syarat dan sekatan ke atas sebuah perhimpunan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam kekal terpelihara termasuklah perlindungan kepada hak dan kebebasan orang lain. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Raub.

draft • 11:20 AM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Soalan tambahan saya adalah pada 7 September 2024, sekumpulan pekebun durian Raub ingin mengadakan perhimpunan aman dan telah

draft • 11:20 AM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

serahkan notis perhimpunan lapan hari sebelum perhimpunan. Tetapi Ketua Polis Daerah Raub menyatakan tiada kebenaran diberi kerana notis tidak dihantar 10 hari sebelum perhimpunan. Polis juga menyerukan orang awam supaya tidak menghadiri perhimpunan itu.

Soalan tambahan saya adalah mengapa masih ada sesetengah ketua polis daerah tidak menyedar perubahan notis perhimpunan telah diubah dari 10 hari ke lima hari sebelum perhimpunan? Mengapa pihak polis boleh menyeru kepada pihak awam supaya jangan menghadiri ke perhimpunan awam sedangkan kebebasan untuk berhimpun telah dijaminkan dalam Artikel 10 dan juga dalam Akta Perhimpunan Aman.

Akhirnya, sekiranya pemilik tempat seperti pihak berkuasa tempatan mempunyai pendirian berbeza terhadap sesuatu isu dengan penganjur perhimpunan atau mempunyai conflict of interest dengan penganjur, pihak berkuasa tempat sengaja tidak meluluskan tempat untuk perhimpunan awam, apa langkah penyelesaian boleh diambil untuk memastikan perhimpunan aman itu dapat dijalankan tanpa sebarang halangan? Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya tidak ada maklumat spesifik mengenai kes yang dimaklumkan tadi. Saya akan bagi secara bertulis maklumat kenapa perhimpunan itu tidak dibenarkan.

Apa pun, saya nak sebut bahawa kerajaan memberi hak dan kebebasan bersuara kepada rakyat di semua peringkat. Namun, kebebasan itu mestilah mematuhi peraturan- peraturan yang ditetapkan. Kita ada garis panduan dalam Akta Perhimpunan Aman ini yang membolehkan mana-mana pihak untuk mengadakan perhimpunan tetapi mestilah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan termasuklah notis pemberitahuan tidak kurang daripada lima hari sebelum perhimpunan itu dilaksanakan.

Saya nak sebut di sini bahawa Yang Berhormat tadi sebut bahawa soal-soal kebebasan. Saya nak sebut bahawa Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan menjamin hak kebebasan bersuara dan berhimpun. Dia bukanlah bersifat absolute, yakni bersifat mutlak. Perkara 10(2)(b) menggariskan bahawa, “Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan ke atas hak yang diberi oleh perenggan (b) fasal 1, apa-apa sekatan yang dapati perlu dan sesuai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana- mana bahagiannya atau ketenteraman awam”.

Penguatkuasaan Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) adalah berpandukan kepada Perkara 10(2)(b) PP ini. Ia bertujuan untuk mengekalkan ketenteraman awam dan dalam konteks perhimpunan aman, ia bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku semasa perhimpunan berlangsung. Tindakan dan SOP yang diambil oleh PDRM ialah berdasarkan kepada peruntukan APA ini yang dipinda pada tahun 2019 sebenarnya Yang Berhormat dan termasuklah tempoh pemakluman perhimpunan dipendekkan tadi pada 10

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

kepada lima hari. Maklumat ini kita— sebagaimana Yang Berhormat mungkin maklumat tersebut tadi bahawa kenapa tidak dimaklumkan tentang perubahan ini.

Apa pun Yang Berhormat, kita beri kebebasan untuk mana-mana pihak untuk melakukan perhimpunan tapi tertakluk kepada peraturan. Maklumat spesifik saya akan bagi berdasarkan soalan tadi.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Berikutnya, Yang Berhormat sila tekan. Yang Berhormat Tumpat.

draft • 11:20 AM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya ialah terdapat kadang-kadang program atau perhimpunan yang diminta atas perkara lain tetapi telah ditukar kepada perhimpunan yang lain.

Jadi, sebagaimana contoh yang berlaku di Kota Tinggi baru-baru ini yang telah menyentuh isu berkaitan dengan 3R iaitu mempamerkan seolah-olah negara ini menyokong LGBT. Jadi, apakah tindakan pihak kerajaan untuk memastikan bahawa kes seperti ini tidak berulang iaitu kes trendnya buat dulu, kemudian minta maaf dan kemudian buat lagi? Itu ialah soalan pertama.

Soalan yang kedua, berapakah jumlah kes yang telah disiasat berdasarkan kepada akta ini? Berapakah kes yang telah pun dituduh di mahkamah? Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk jawapan.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Dato' Yang di-Pertua, isu 3R tadi terkeluar sikit daripada soalan ini. Namun, saya boleh bagi apa yang dikehendaki.

Saya nak sebut satu bahawa mana-mana perhimpunan mestilah mematuhi syarat yang ditetapkan. Antaranya ialah pemberitahuan tentang masa, tempat, tempoh perhimpunan, kebenaran daripada pemilik, cara perhimpunan, penganjur dan sebagainya.

Tidak ada sekatan langsung yang akan dibuat oleh pihak polis, pihak berkuasa jika kita mematuhi semua peraturan-peraturan yang ditetapkan.

Malah, saya nak sebut bahawa jika perhimpunan telah pun dibenarkan, tiba-tiba dalam perhimpunan itu ada kesalahan-kesalahan yang dilakukan. Misalnya, ucapan-ucapan provokasi, perkara-perkara sensitif, macam contoh 3R yang tidak dibenarkan. Itu pun pihak polis terlebih dahulu menggunakan seksyen 20 berunding dahulu, berbincang dahulu untuk menghentikan sebelum tindakan-tindakan penguatkuasaan diambil dengan tegas mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang ada.

Ini menunjukkan bahawa kebebasan bersuara ini memang kita bagi dengan begitu baik oleh kerajaan. Namun, sebagai rakyat kita mestilah mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan. Perkara specifically saya akan bagi secara bertulis. Sekarang saya tak ada maklumat. Yang Berhormat, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikutnya, ke soalan yang keenam. Saya mempersilakan Tuan Tan Hong Pin, Yang Berhormat Bakri.

draft • 11:20 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Bunga cempaka di tepi halaman, Hujan turun membasahi laman, Perancangan rapi untuk pengangkutan, Soalan enam menanti jawapan.

draft • 11:20 AM

6. Tuan Tan Hong Pin [Bakri] minta Menteri Pengangkutan menyatakan setakat September 2024 berapa jumlah kenderaan yang merentas sempadan Johor-Singapura secara purata setiap hari mengikut pecahan jenis kenderaan (motokar, motosikal, bas dan lori) dan antara jumlah tersebut berapa jumlah kenderaan Singapura dan hasil kutipan road charge (RC) yang telah dipungut.

draft • 11:20 AM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, sehingga bulan September 2024, setiap hari dianggarkan sebanyak 89,818 perjalanan ataupun trip dilakukan oleh pelbagai kenderaan yang merentasi sempadan Johor-Singapura melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan, Bangunan Sultan Ismail (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar. Perincian perjalanan mengikut jenis kenderaan adalah seperti berikut:

(i) untuk motokar, 31,194;

(ii) motosikal, 53,000;

(iii) untuk bas, 3,531; dan

(iv) lori, 2,093.

draft • 11:20 AM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Ingin saya nyatakan bahawa jumlah yang saya nyatakan ini adalah jumlah keseluruhan kenderaan meliputi kenderaan yang didaftarkan di Malaysia ataupun di Singapura.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Untuk kategori kenderaan daripada Singapura pula, sukacita saya nak nyatakan kepada Yang Berhormat dan ahli di Dewan yang mulia ini, setakat bulan September pertama tahun 2024, sejumlah 4,397,229 kenderaan telah memasuki kedua-dua pintu masuk Johor – Singapura dengan kutipan road charge sebanyak RM87,944,580. Secara puratanya, 16,107 kenderaan memasuki Malaysia dari Singapura setiap hari. Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bakri.

draft • 11:30 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Syabas saya ucapkan atas komitmen Kementerian Pengangkutan dalam menguat kuasa peraturan VEP demi melindungi hak negara kita.

Cuma saya nak ingin menarik perhatian MOT supaya terus memantau keadaan semasa di lapangan dan membuat penambah baik kerana pada tahap awalan, memang ada perkara-perkara yang menimbulkan masalah dan kritikan orang ramai.

Melihat kepada trend peningkatan hasil kutipan road charge yang begitu memberangsangkan, jelas ekonomi sempadan di Johor akan rancak dan berjaya menarik

draft • 11:30 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

semakin ramai pengunjung daripada Singapore. Jadi soalan saya, apakah hasil kutipan road charge ini dapat dimanfaatkan untuk tujuan pembangunan pengangkutan awam di Johor?

Apakah wajarnya kerajaan meletakkan RC ini di bawah satu tabung amanah pengangkutan awam dan wang tersebut digunakan untuk menambah bas awam, bukan sahaja di Johor Bahru malah di Pontian, Batu Pahat dan Muar sudah tentu dan daerah-daerah lain yang sekarang ini masih berkurangan dari segi pengangkutan awam? Mungkin juga boleh digunakan untuk menyokong operasi RTS Johor Bahru – Singapura.

draft • 11:30 AM

Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Untuk makluman Yang Berhormat Bakri, jumlah kutipan road charge untuk tahun 2023 sepanjang tahun ialah RM91,037,040. Untuk tiga suku pertama tahun ini sudah mencecah hampir RM87 juta seperti yang saya katakan tadi. Ini bermaksud bahawa tahun ini kita memang akan melihat satu peningkatan jumlah kenderaan daripada Singapura yang memasuki Johor dan sudah tentu, jumlah kutipan road charge juga akan meningkat melebihi daripada RM100 juta, anggaran saya pada tahun ini.

Daripada kutipan road charge sekarang ini seperti yang kita tahu bahawa keseluruhan hasil kerajaan dimasukkan dalam Akaun Hasil Disatukan. Namun begitu, daripada jumlah ini, setiap RM20 yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan, RM5 itu dikembalikan kepada Kerajaan Negeri Johor.

Saya mengambil cadangan Yang Berhormat dengan positif bahawa kita akan cuba meyakinkan dan juga berunding dengan pihak Kementerian Kewangan supaya kutipan caj ini disalurkan semula untuk tujuan pengangkutan awam. Memang betul bahawa apabila RTS siap kelak, kita memerlukan lebih banyak rangkaian bas di kawasan Johor Bahru dan sudah tentu memerlukan peruntukan tambahan. Mungkin salah satu caranya ialah kita dapat berunding dengan Kementerian Kewangan supaya apa yang dikutip melalui road charge ini disalurkan kembali kepada pengangkutan awam di Johor Bahru khususnya. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jerantut.

draft • 11:30 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Response daripada Menteri tadi menunjukkan bahawasanya banyak kemasukan kenderaan daripada Singapura ke dalam negara kita. Jadi antara persoalannya ialah pertama, bagaimana kerajaan menggunakan keuntungan yang kita dapat daripada kutipan road charge ini untuk menguruskan kesesakan yang berlaku khususnya pada waktu puncak?

Keduanya, sedikit spin off tentang berkenaan dengan Permit Kemasukan Kenderaan Asing (VEP) yang baru-baru ini dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri tentang sedikit kelonggaran syarat. Jadi persoalannya, bagaimana pihak MOT dapat memastikan yang kita dapat mengambil tunggakan saman sebanyak 35,000 yang boleh mencecah kutipan RM3.5 juta? Kemudiannya, bagaimana penentuan kadar caj VEP ke atas kenderaan asing yang memasuki Malaysia? Apakah sama kriterianya dengan kenderaan kita yang masuk ke dalam Singapura? Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Loke Siew Foo

Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Berkenaan dengan VEP yang pertamanya, saya nak nyatakan dengan jelas bahawa bukannya kelonggaran syarat. Cuma dari segi pendekatan penguatkuasaan kita, kita mengambil beberapa strategi untuk supaya penguatkuasaan itu secara berfasa. Untuk fasa pertama ini yang telah bermula pada 1 Oktober, apa yang kita gunakan pendekatan ialah kita cuba memberikan notis amaran kepada mana-mana kenderaan Singapura yang masih belum memohon untuk VEP.

Untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak 10,094 kenderaan telah pun diperiksa sejak 1 Oktober sehingga 20 Oktober. Daripada jumlah kenderaan yang kita periksa, kita mendapati hanya 599 kenderaan ataupun lebih kurang enam peratus sahaja yang masih belum memohon VEP daripada pihak berkuasa kita. Jadi ini menunjukkan satu compliance yang agak tinggi dan bagi saya ini telah menunjukkan bahawa apa yang kita laksanakan telah pun mencapai objektifnya iaitu untuk mewajibkan kenderaan-kenderaan Singapura ini untuk mendaftar VEP.

Keduanya, berkenaan dengan road charge. Road charge ini dia reciprocal. Kalau kita caj RM20, pihak Singapura dia caj lebih kurang SGD6.5. Jadi dia reciprocal kedua-duanya.

Bagaimana kita nak menggunakan road charge ini untuk menyelesaikan isu kesesakan? Memang seperti yang saya katakan, antaranya yang kita nak bantu ialah untuk menambah lagi banyak bas pengangkutan awam terutamanya bas henti-henti di Johor Bahru.

Perkara ini memang dalam perhatian kita dan kita sedang berunding dengan pihak Kerajaan Negeri Johor dan juga dengan Kementerian Kewangan supaya boleh menggunakan sebahagian daripada hasil road charge ini untuk menambah kekerapan bas berhenti-henti.

Ini supaya menggalakkan lebih ramai orang menggunakan bas di antara Johor Bahru ke Singapura. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah, Indera Mahkota.

draft • 11:30 AM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri Pendidikan, hari ini tiga kali kena jawab, terbaiklah. Soalan nombor tujuh.

draft • 11:30 AM

7. Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah [Indera Mahkota] minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah pihak kementerian telah mengkaji keperluan untuk memperluas akses sekolah yang menawarkan pendidikan khas serta kadar kemasukan Murid Berkeperluan Khas sehingga kini.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

[Ketawa] Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Memang betul, tujuh soalan paling atas sudah tiga kali bangun dah. Terima kasih atas peluang yang diberikan.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, KPM menyediakan pelan perancangan menyeluruh bagi semua kategori murid berkeperluan pendidikan khas melalui enam teras strategik iaitu:-

(i) penambahbaikan akses dan mobiliti;

(ii) pemantapan sumber manusia;

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

(iii) pemantapan pengajaran dan pembelajaran kokurikulum dan pengembangan potensi murid berkeperluan khas;

(iv) penambahbaikan sistem sokongan;

(v) pemantapan pengurusan data; dan,

(vi) pemantapan tadbir urus.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Indera Mahkota, KPM telah mengenal pasti keperluan untuk memperluaskan program pendidikan khas berdasarkan peningkatan MBPK pada setiap tahun. Untuk makluman, pada tahun 2019, terdapat seramai 88,419 orang murid berkeperluan khas dan angka ini telah pun meningkat kepada 128,562 pada bulan Julai 2024.

Oleh yang demikian, KPM merancang perluasan sekolah melalui:-

(i) pembinaan sekolah pendidikan khas baharu;

(ii) peluasan program baharu PPKI di seluruh negara di bawah Rancangan Malaysia lima tahun.

Sekolah pendidikan khas baharu yang sedang dalam proses pembinaan adalah Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Padawan, Sarawak; Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Ini dua dalam pembinaan.

Selain itu, terdapat empat projek penggantian sekolah kebangsaan pendidikan khas yang bertujuan untuk mengatasi isu sekolah menumpang. Keempat-empat sekolah ini sekarang ini sedang menumpang di sekolah aliran perdana iaitu Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Taiping, Perak; Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Sibu, Sarawak; Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Peel, Kuala Lumpur; dan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Seremban, Negeri Sembilan. Keempat-empat sekolah ini adalah di bawah RMKe-11 dan RMKe-12.

Di bawah Rancangan Malaysia lima tahun juga, terdapat 48 projek pembinaan baharu ataupun tambahan bangunan PPKI yang kini pada peringkat prabina ataupun pembinaan dan dijangka akan memberi manfaat kepada seramai 1,988 orang MBPK.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Berdasarkan pembentangan Belanjawan 2025, komitmen kerajaan kepada pendidikan bagi MBPK dibuktikan menerusi kelulusan pembinaan 11 buah pusat Permata baharu yang dilengkapi dengan pusat didikan anak-anak autistik termasuk di Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Juga, melalui RMKe-12, RP 5, tahun 2025, KPM telah mendapat kelulusan bagi 35 projek baharu bernilai RM716.4 juta melibatkan pembinaan bangunan baharu PPKI di seluruh negara termasuk dua projek pembinaan sekolah pendidikan khas baharu. Tadi ada dua projek yang sedang dalam pembinaan. Kini ada dua projek baharu iaitu Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Tuaran, Sabah dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Johor Bahru, Johor dengan kos RM300 juta, dijangka memberikan akses dan manfaat kepada 2,855 orang MBPK.

Perenggan terakhir, Puan Yang di-Pertua. RM10 juta turut disediakan bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selesa untuk membantu sekolah autisme

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

swasta yang berdaftar dengan KPM. Elaun murid berkeperluan pendidikan khas sebanyak RM150 setiap bulan turut diteruskan dan disediakan bagi memberi manfaat kepada lebih daripada 110,000 orang MBPK termasuk murid autisme dan melibatkan peruntukan RM200 juta. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Indera Mahkota.

draft • 11:40 AM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa kita harus puji kerajaan dalam inisiatif tersebut.

Ada dua perkara yang saya hendak minta sedikit penjelasan. Satu ialah dalam banyak-banyak yang baharu dan diperbaiki itu, bagaimana dengan di kawasan luar bandar dan pedalaman? Sebab, lazimnya di kawasan luar bandar dan pedalaman ini sering masalahnya agak unik. Ia jauh. Masalah jauh dan sesetengah negeri itu dia tidak ada di daerah yang kecil, dia ada di daerah yang besar sahaja atau di ibu negeri.

Keduanya, dalam banyak-banyak anak kita yang berkeperluan khas itu, mungkin ada satu dua itu cabarannya lebih sedikit. Saya bagi contoh anak-anak kita yang pekak bisu.

Infrastrukturnya lain, peranti dia agak berbeza dan sebagainya. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih atas soalan tambahan dari Yang Berhormat Indera Mahkota. Dua soalan tambahan daripada Yang Berhormat.

Nombor satu berkenaan dengan fasiliti atau pun program pendidikan khas kita, bagaimana kita laksanakan untuk anak-anak kita di peringkat bandar dan juga di kawasan luar bandar. Luar bandar mungkin lebih mencabar.

Apa pun, dalam apa keadaan pun, Yang Berhormat, berkenaan dengan keperluan murid berkeperluan pendidikan khas ini...

draft • 11:40 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Tuan Wong Kah Woh

...Apa yang penting bagi pendekatan KPM adalah kami memastikan kita hendak menjalankan saringan untuk memantau keperluan anak-anak kita.

Sekiranya ada keperluan, biarpun di kawasan bandar dan juga di luar bandar, maka pihak KPM akan mengambil usaha untuk cuba membuka kelas-kelas pendidikan khas integrasi khasnya untuk anak-anak kita yang terbabit itu. Itu satu.

Apa yang lebih penting di sini, Yang Berhormat, adalah berkenaan dengan usaha untuk membuat saringan. Dalam usaha membuat saringan, Yang Berhormat, sememangnya saringan-saringan bagi anak-anak kita yang mungkin memerlukan pendidikan khas ini, usaha ini dilaksanakan secara berpanjangan dan sepanjang tahun.

Nombor satu, di setiap negeri, selain daripada Labuan, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan, pihak KPM ada menyediakan Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) yang mana pusat ini ibu bapa boleh menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat ini. Mungkin ada pusat-pusat 3PK ini berada di kawasan bandar. Untuk anak-anak kita biarpun di kawasan bandar dan juga di luar bandar, saringan di bawah program seperti ProsPIM dan juga PROSPER yang dilaksanakan oleh KPM sedang giat dilaksanakan.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan.

draft • 11:40 AM

Tuan Wong Kah Woh

Ya. Untuk PROSPER, kami melaksanakan saringan bagi anak-anak kita yang berumur sembilan tahun ke atas. Itu di bawah program PROSPER. Bagi program ProsPIM pula, kami melaksanakan saringan untuk anak-anak kita untuk empat tahun ke atas, dan kita cuba untuk cover dan juga memenuhi keperluan anak-anak kita dari empat tahun ke atas.

Berkenaan dengan infrastruktur, sememangnya bagi anak-anak kita di bawah pelbagai kategori ketidakupayaan ataupun di bawah kategori MBPK, setiap kategori kami akan menyediakan infrastruktur ataupun peralatan yang secukupnya kepada anak-anak kita.

Dan dari segi latihan guru juga, setiap guru itu diberikan latihan mengikut keperluan dan juga ketidakupayaan MBPK tersebut. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Pilah.

draft • 11:40 AM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Timbalan Speaker. Pada tahun lepas, KPM ada menyatakan komitmen untuk mewujudkan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di semua sekolah bagi memastikan tiada kanak-kanak kurang upaya yang tercicir daripada mendapat pendidikan sewajarnya. Kekurangan guru, Yang Berhormat, yang berkemahiran untuk mengajar pendidikan khas adalah halangan yang besar terhadap usaha kementerian untuk meluaskan akses dan meningkatkan kualiti pendidikan khas di Malaysia.

Soalan saya. Apakah kementerian atau KPM mempunyai perancangan untuk membuka pengambilan khas guru pendidikan khas ini bagi mengatasi masalah dan memastikan tiada kanak-kanak kurang upaya yang tercicir daripada mendapat pendidikan yang sewajarnya? Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:40 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih soalan dari Yang Berhormat Kuala Pilah.

Terima kasih atas keprihatinan juga terhadap komitmen daripada kerajaan untuk memastikan akses pendidikan itu sampai kepada murid berkeperluan pendidikan khas ini.

Sebelum saya masuk kepada jawapan, saya ingin memberikan sedikit makluman berkenaan dengan kelas-kelas PPKI yang telah pun dibuka sejak tahun 2023. Pada tahun 2023, sebanyak 77 kelas PPKI baharu telah pun dibuka merangkumi 58 sekolah. Tahun 2024, sebanyak 154 kelas PPKI dibuka merangkumi 149 sekolah. Tahun 2025, dalam cadangan KPM, sebanyak 175 kelas PPKI melibatkan 125 buah sekolah.

Isu berkenaan dengan guru, saya boleh bagi sedikit maklumat berkenaan dengan kadar pengisian guru PPKI kita.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:40 AM

Tuan Wong Kah Woh

Ya, terima kasih Puan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan jumlah kedudukan Guru Pendidikan Khas. Jumlah perjawatan adalah sebanyak 18,168.

Pengisian setakat September 2024 sebanyak 16,920 dan kekosongan 1,248 orang dan kadar pengisian pada kadar 93.13 peratus.

KPM ada mengambil tindakan untuk memastikan kita membekalkan guru yang mencukupi termasuk dengan pengambilan secara MySTEP. Itu satu. Nombor dua juga, pada

draft • 11:40 AM

Tuan Wong Kah Woh

masa yang sama, sekiranya terdapat keperluan, untuk guru-guru yang berada di aliran perdana, pihak KPM akan memberikan latihan kepada guru-guru tersebut, latihan peningkatan profesionalisme guru, supaya guru-guru tersebut juga layak untuk membantu dan juga terlibat dalam kelas PPKI kita. KPM sentiasa komited untuk menyelesaikan isu yang sedia ada supaya akses pendidikan itu sampai kepada anak-anak kita khasnya MBPK.

Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli, Jempol.

draft • 11:40 AM

8. Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli [Jempol] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan apakah inisiatif kementerian bagi menggalakkan pembayaran balik pinjaman PTPTN memandangkan dilaporkan seramai 430,000 peminjam gagal membuat bayaran balik pinjaman pendidikan dengan tunggakan sebanyak RM6 bilion.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih juga dengan keprihatinan Ahli Parlimen Jempol.

Saya mohon izin untuk menjawab secara bersekali soalan-soalan daripada tujuh orang Yang Berhormat kerana menyentuh isu yang sama yang berkaitan melibatkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti berikut: Yang Berhormat Bukit Bendera soalan 23 dan 22 Oktober 2024; Yang Berhormat Kampar bertarikh 11 November; Yang Berhormat Tanah Merah bertarikh 14 November; Yang Berhormat Ayer Hitam bertarikh 14 November; Yang Berhormat Kuala Langat soalan 2 bertarikh 20 November; dan Yang Berhormat Beluran soalan 22 bertarikh 26 November; dan Yang Berhormat Muar soalan 2 bertarikh 11 Disember.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan.

draft • 11:40 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Model pembiayaan pinjaman PTPTN adalah bergantung kepada prestasi bayaran balik sebagai sumber utama dana pusingan dalam memastikan kelestarian pembiayaan untuk manfaat peminjam di masa akan datang. Sebarang keperluan atau kekurangan dana bagi tujuan pembiayaan pinjaman PTPTN akan ditampung dengan perolehan dana melalui pinjaman daripada institusi kewangan tempatan atau melalui pengeluaran sukuk dengan jaminan kerajaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, PTPTN telah memberhentikan tindakan penguatkuasaan bayaran balik pinjaman serta sekatan perjalanan kepada peminjam ingkar semenjak Jun 2018. Walau bagaimanapun, daripada semasa ke semasa, PTPN mengambil pendekatan untuk mengingatkan peminjam mengenai tunggakan bayaran balik pinjaman serta tanggungjawab mereka untuk membuat bayaran balik pinjaman. Selain itu. PTPTN juga mengambil pendekatan menyediakan insentif tertentu bagi menggalakkan peminjam membuat bayaran balik seperti membenarkan peminjam membuat penstrukturan atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman mengikut kemampuan masing-masing.

draft • 11:50 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terkini, kementerian dan PTPTN sedang bekerjasama rapat dengan Unit Pantau MADANI, Kementerian Kewangan untuk mengkaji dan mencadangkan modul pembiayaan baharu PTPTN yang lebih efisien dan mampan untuk jangka masa panjang bagi pembiayaan pendidikan tinggi negara. Sekian, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jempol.

draft • 11:50 AM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang telah pun diterangkan. Jadi, banyak menjawab persoalan daripada rakan-rakan Ahli Parlimen yang lain. Puan Yang di-Pertua, kita sedia maklum graduan yang baru memulakan alam pekerjaan ini mempunyai kemampuan kewangan yang terbatas kerana mempunyai banyak komitmen seperti...

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terus kepada soalan.

draft • 11:50 AM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

...Menyewa rumah, beli kenderaan, mengumpul wang untuk perkahwinan dan juga pelbagai komitmen lain lagi. Jadi sehubungan dengan itu, persoalan Jempol, apakah langkah yang sedang dipertimbangkan oleh pihak kerajaan untuk membantu mereka membayar balik pinjaman di tengah kos sara hidup yang meningkat khususnya pada ketika ini? Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih Yang Berhormat Jempol atas soalan tambahan. Untuk makluman, ini bukan lagi dipertimbangkan tapi sedang dijalankan oleh kerajaan, kementerian khususnya untuk membantu graduan-graduan kita untuk memastikan mereka dapat membayar dengan teratur. Kita juga mengambil kira tentang bagaimana mereka membayar balik pinjaman ini. Antaranya ialah peminjam PTPTN diberi grace period dengan izin, selama 12 bulan selepas tamat pengajian sebelum diwajibkan untuk mula membuat bayaran balik pinjaman mereka.

Selepas tempoh 12 bulan, sekiranya peminjam belum lagi mendapat pekerjaan atau pendapatan, peminjam boleh lagi membuat permohonan untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman mereka sehingga maksimum dua tahun. Sekiranya peminjam memilih untuk menyambung pengajian. Dia ada sudah ijazah, dia mahu mengambil Master atau menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, peminjam juga dibenarkan untuk membuat penangguhan bayaran balik selepas sahaja mereka habis, tamat pengajian mereka.

Bagi mana-mana peminjam yang telah bekerja, mempunyai pendapatan tetapi menghadapi kesukaran atau tidak mampu untuk membuat bayaran balik mengikut jadual yang ditetapkan, PTPTN menyediakan saluran perundingan di mana peminjam boleh menstrukturkan dan membuat penjadualan semula bayaran seperti yang saya telah sebutkan dalam jawapan tadi.

Jadi maknanya, mekanisme sekarang ini kita beri ruang sebaik mungkin kepada peminjam untuk menstrukturkan jadual pembayaran mereka mengikut kadar kemampuan masing-masing. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jerai.

draft • 11:50 AM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan tambahan saya, adakah KPT mempunyai perancangan untuk mengkaji

draft • 11:50 AM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

semula keperluan pemansuhan hutang pinjaman PTPTN secara bersasar kepada golongan miskin dan isi rumah B40 seperti yang dijanjikan sebelum ini?

Apakah tindakan yang bakal diambil oleh peminjam yang gagal melunaskan tunggakan hutang misalnya permohonan pinjaman baharu, kemudahan kad kredit atau membeli kenderaan dan sebagainya. Adakah tidak ada keberanian politik daripada segi pihak kementerian untuk menghapus kira seperti mana yang dilakukan terhadap 83 juta yang dikenakan ke atas Universiti UTAR. Sekian.

draft • 11:50 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Saya fikir isu PTPTN ini telah menjadi isu yang agak lama dan semua parti pun meletakkan dalam manifesto masing-masing termasuk sebelah sini dan juga yang di sebelah sana. Cuma dalam keadaan sekarang ini, memang untuk kita hapuskan agak sukar dengan komitmen kerajaan yang begitu besar dan kita juga kena fikirkan ya. Bila kita mahu hapuskan yang belum membayar, kita kena fikirkan juga yang sudah membayar itu.

So, maknanya komitmen lebih kurang dalam kalau tidak silap, dalam RM76 bilion begitu, yang sudah membayar dan juga ini. Jadi, kita perlukan dana ini untuk kita buat rolling, untuk kita membiayai pendidikan pelajar-pelajar selepas ini. Jadi setakat ini, pihak kerajaan dan kementerian khususnya masih lagi seperti yang saya sebut tadi, kita sedang mengkaji kaedah yang terbaik, model pembiayaan yang terbaik mengikut prestasi kewangan negara.

Okey. Sekian, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Chiew Choon Man, Miri.

draft • 11:50 AM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Soalan saya, soalan nombor sembilan.

draft • 11:50 AM

9. Tuan Chiew Choon Man [Miri] minta Menteri Kewangan menyatakan:

(i) langkah-langkah yang diambil oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk meningkatkan keselamatan terhadap penipuan, termasuk serangan oleh peranti pihak ketiga; dan

(ii) tetapan dasar jaminan pulangan wang bagi transaksi yang tidak sah seperti yang ditawarkan oleh sesetengah platform dompet digital.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Bank Negara Malaysia dan institusi kewangan komited dalam mengukuhkan keselamatan perkhidmatan kewangan bagi mengatasi ancaman penipuan yang semakin meningkat. Daripada segi sistem perbankan, Bank Negara Malaysia telah melaksanakan pendekatan menyeluruh untuk mencegah kes-kes penipuan kewangan atas talian melalui pendekatan pencegahan pendidikan kesedaran serta penguatkuasaan.

Bank Negara Malaysia telah menetapkan keperluan untuk bank-bank memastikan kawalan dan standard keselamatan aktiviti perbankan atas talian mereka berada pada tahap tertinggi pada setiap masa. Pelaksanaan langkah-langkah kawalan semenjak September

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

2022 telah menunjukkan impak yang positif di mana institusi kewangan telah berjaya menyekat transaksi yang tidak sah dan mencurigakan bernilai RM383 juta bagi tahun 2023.

Trend kes penipuan secara fishing dan malware yang dilaporkan kepada NSRC juga telah menunjukkan trend penurunan.

Di samping itu, Bank Negara Malaysia dan industri kewangan juga telah melaksanakan pelbagai program kesedaran untuk mendidik orang ramai yang merupakan benteng pertama dalam usaha membanteras penipuan kewangan. Daripada aspek penguatkuasaan, Bank Negara Malaysia dan industri kewangan telah memperkukuh keupayaan NSRC untuk proses penjejakan dan pembekuan dana melalui penubuhan portal Anti-Penipuan Kebangsaan atau National Fraud Portal (NFP), dengan izin.

Melalui NFP, operasi NSRC kini dilengkapi dengan keupayaan automasi menyeluruh (end to end) dengan izin, bagi menguruskan laporan penipuan, mengesahkan dan menjejak dana yang dicuri serta membolehkan perkongsian amaran awal dalam kalangan institusi kewangan agar tindak balas pantas dapat diambil.

Sejak NFP bermula pada April 2024, NFP telah berjaya mengurangkan tempoh masa untuk menjejaki dana sebanyak 75 peratus kepada 30 minit dan meningkatkan jumlah dana yang dibekukan sebanyak 28 peratus. Pelaksanaan NFP juga disokong dengan prosedur pengendalian akaun keldai yang dibangunkan oleh industri bertujuan untuk menambah keupayaan untuk mengenal pasti akaun keldai. Setakat ini, keupayaan institusi kewangan untuk mengenal pasti akaun keldai telah meningkat sebanyak 14 peratus.

Saya ingin menekankan kepentingan untuk mana-mana mangsa penipuan kewangan untuk membuat laporan secepat mungkin dengan menghubungi NSRC di talian 997 bagi membolehkan tindak balas pantas dapat diambil oleh institusi kewangan.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Bagi memperkukuhkan perlindungan terhadap hak pengguna, Bank Negara telah menetapkan keperluan ke atas institusi kewangan untuk menjalankan siasatan terperinci serta telus untuk setiap kes penipuan kewangan. Pihak bank bertanggungjawab untuk menanggung sepenuhnya kerugian penipuan sekiranya disebabkan oleh kelemahan pihak bank. Di samping itu, penambahbaikan dasar ini menekankan prinsip kebertanggungjawaban bersama bagi kes-kes yang melibatkan kelemahan daripada kedua-dua belah pihak iaitu pihak bank dan pelanggan. Ini penting, terutamanya bagi kes-kes yang melibatkan kecuaian pelanggan dan pada masa yang sama, kelemahan pihak bank untuk menyekat transaksi bersiri yang mencurigakan.

Sebarang kes siasatan yang tidak berpihak kepada pelanggan mesti tertakluk kepada semakan bebas atau independent review, dengan izin, untuk memastikan penilaian yang objektif. Sekiranya penyiasatan oleh pihak bank melebihi tempoh masa yang ditetapkan, pihak bank perlu menawarkan bantuan kewangan kepada pelanggan, tertakluk kepada terma dan syarat-syarat tertentu. Penambahbaikan ini bukan sahaja memastikan pihak bank berlaku adil terhadap mangsa transaksi tanpa kebenaran, malah juga membentuk masyarakat yang lebih cakna dan berwaspada. Sekian, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Miri.

draft • 12:00 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya adalah, kita semua sedia maklum bahawa piawaian keselamatan transaction authorization code (TAC) ini telah menjadi semakin terancam dan mudah terdedah kepada serangan siber. Selalunya kita boleh dengar aduan bahawa di mana pihak bank telah mengatakan bahawa mereka sudah hantar TAC tetapi pihak pengadu pula akan mengatakan bahawa mereka tak pernah terima TAC. Adakah Bank Negara Malaysia mempunyai sebarang langkah keselamatan supaya semua bank dapat meningkatkan kawalan dan piawaian keselamatan bagi perkhidmatan perbankan mereka? Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Miri. Bank Negara Malaysia telah menetapkan keperluan untuk bank-bank memastikan kawalan dan standard keselamatan mereka sentiasa berada pada tahap tertinggi pada setiap masa, terutamanya bagi perkhidmatan perbankan internet dan mudah alih. Seperti yang diumumkan oleh pihak Bank Negara pada September 2022, semua bank utama telah melaksanakan lima langkah utama dalam mencegah penipuan kewangan seperti berikut:

(i) mempercepatkan peralihan kepada kaedah pengesahan yang lebih kukuh daripada penghantaran kata laluan sekali sahaja atau, dengan izin, one-time password (OTP) melalui sistem pesanan ringkas atau SMS bagi transaksi dalam talian;

(ii) memperketat peraturan pengesanan penipuan dan sekat transaksi yang disyaki terlibat dengan aktiviti penipuan kewangan, termasuk melaksanakan mekanisme kill switch bagi membolehkan pengguna untuk membekukan akaun sendiri sekiranya terdapat aktiviti mencurigakan;

(iii) mengenakan tempoh bertenang, cooling-off period, dengan izin, untuk pendaftaran kali pertama bagi perkhidmatan perbankan dalam talian atau peranti selamat (secured device);

(iv) mengehadkan pelanggan kepada hanya satu peranti sahaja untuk pengesahan transaksi perbankan dalam talian; dan

(v) menyediakan talian hotline khusus untuk pelanggan melaporkan kes penipuan dalam talian melibatkan akaun bank mereka dan meningkatkan tahap respons ke atas laporan yang dibuat.

Langkah-langkah ini telah menunjukkan impak positif, di mana institusi kewangan semenjak September 2022 telah berjaya menyekat transaksi yang tidak sah dan mencurigakan bernilai RM383 juta tahun 2023.

draft • 12:00 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

[Bangun]

draft • 12:00 PM

Puan Lim Hui Ying

Sedikit lagi ya, Puan Yang di-Pertua. Terkini, Bank Negara terus berusaha mengukuhkan lagi keselamatan perkhidmatan perbankan internet dan mudah alih, termasuk memperketatkan piawaian pengesahan penipuan atau fraud detection

draft • 12:00 PM

Puan Lim Hui Ying

standard, dengan izin, untuk memperkasa keupayaan institusi kewangan untuk mengesan transaksi yang mencurigakan dan menyekat serangan pancingan data dan perisian hasad secara masa nyata atau, dengan izin, real-time. Menambah baik dasar electronic know-your- customer atau e-KYC dengan mengukuhkan pengesahan identiti atau, dengan izin, identity proofing untuk membanteras jenayah akaun keldai.

Mengehendaki pengeluaran wang elektronik atau e-money issuer, dengan izin, untuk melaksanakan lima langkah pencegahan penipuan kewangan yang disebutkan tadi, setanding dengan institusi perbankan. Akhirnya, menguatkuasakan mechanism kill switch bagi membolehkan pengguna mengambil tindakan segera untuk membekukan akaun mereka sendiri sekiranya terdapat aktiviti yang mencurigakan. Sekian, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Merbok.

draft • 12:00 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Menteri, sejauh manakah tindakan penguatkuasaan kill switch yang digunakan pakai setakat ini? Dan apakah langkah yang diambil untuk meningkatkan kebertanggungjawaban institusi perbankan sekiranya terdapat sebarang kes kecuaian di pihak bank sehingga berlakunya kes penipuan dalam talian? Dalam hal ini, apakah kriteria penentuan kadar hukuman denda yang dikenakan supaya ia setimpal dengan keuntungan bank? Dan adakah kerajaan bercadang memanjangkan tempoh operasi NSRC kepada 24 jam memandangkan ketika ini hanya beroperasi di antara lapan pagi hingga lapan malam sahaja?

draft • 12:00 PM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Merbok. Saya jawab yang akhir dulu ya, yang saya boleh ingat.

Tentang jam dari lapan pagi sehingga lapan malam. Pelanjutan tempoh ke– saya memang tahu, banyak minta 24 jam. Jadi walau bagaimanapun, pelanjutan tempoh masa ini juga akan mengambil kira trend semasa aktiviti penipuan, termasuk jenis dan masa sesuatu penipuan dijalankan. Untuk makluman Yang Berhormat, pada waktu ini orang awam masih boleh membuat panggilan atau aduan kepada hotline bank masing-masing yang beroperasi 24 jam sekiranya mereka menjadi mangsa scam. Sebab bank-bank, mereka akan terus juga melaporkan kepada NSRC.

Kepada soalan berkenaan dengan kill switch. Hukuman bagi– Bank Negara Malaysia dan institusi kewangan komited untuk mengukuhkan keselamatan perkhidmatan kewangan bagi mengatasi ancaman penipuan. Bank Negara telah menetapkan keperluan untuk bank- bank memastikan kawalan dan standard keselamatan aktiviti perbankan atas talian mereka berada pada tahap tertinggi pada setiap masa. Kita memang memandang serius sebarang ketidakpatuhan oleh institusi perbankan dalam memastikan keselamatan sistem perbankan atas talian dan mudah alih. Sekiranya hasil penyiasatan menunjukkan ketidakpatuhan oleh institusi perbankan, Bank Negara tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan atas bank- bank yang tidak memenuhi kehendak pengawalan dan penyeliaan Bank Negara. Sekian, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin, Tangga Batu.

draft • 12:00 PM

10. Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin [Tangga Batu] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan langkah dan usaha kementerian dalam menguruskan tanah terbiar dan usang getah milik pekebun kecil seluas kira-kira 420,000 hektar yang dikesan di seluruh negara.

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin

Tuan Yang di-Pertua, kementerian menyedari keadaan dan kedudukan semasa sektor getah yang menunjukkan trend menurun di peringkat huluan pengeluaran. Untuk makluman Yang Berhormat, Malaysia kini merupakan negara pengeluaran getah asli kelapan di dunia. Pada tahun 2023, Malaysia mengimport sebanyak 1.2002 juta tan getah asli dengan nilai RM5.73 bilion untuk memenuhi keperluan sektor pemprosesan dan pembuatan tempatan. Malaysia adalah pengimport bersih atau net importer getah asli. Pemulihan dan usaha pengeluaran di kawasan 420 ribu hektar tidak bertoreh ini pada tahap optimum boleh menghasilkan sekitar 585 ribu tan metrik setahun dan seterusnya mengurangkan import getah asli dan mengelakkan pengaliran keluar mata wang negara.

Bagi memastikan 420 ribu hektar kawasan terbiar dan tidak bertoreh dapat diusahakan semula, kerajaan sedang merangka satu pelan bagi menyatukan tanah dan memulihkan agar dapat diusahakan kembali. Program ini kelak diusahakan dengan kerjasama agensi-agensi seperti:

(i) Lembaga Getah Malaysia (LGM);

(ii) RISDA;

(iii) FELDA;

(iv) FELCRA;

(v) ladang milik kerajaan negeri; dan

(vi) semua pihak berkepentingan.

Oleh itu, bagi melaksanakan program ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta melalui Belanjawan 2025. Peruntukan ini bertujuan untuk memulakan program konsolidasi, termasuk kos pemulihan ladang terbiar, penyediaan infrastruktur asas seperti jalan ladang dan pusat pengumpulan getah, penyediaan peralatan penorehan, serta latihan kepada pekerja tempatan dan asing. Selain itu, dana ini juga akan digunakan untuk pembangunan kluster getah yang strategik dan penambahbaikan sistem logistik serta fasiliti penyimpanan dengan harapan untuk meningkatkan produktiviti dan pulangan kepada pemilik tanah serta pekebun kecil. Sekian, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tangga Batu.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan sahabat saya Timbalan Menteri perladangan. Baik, saya lihat dalam Bajet 2025 ini, tidak dimunculkan TARGET untuk kita dapat yield per hectare. Tahun lepas 2024, ada sekitar 1400 kilo per hektar tetapi dalam Belanjawan 2025, tidak dimunculkan.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Baik, pertanyaan saya sejauh manakah pencapaian Projek Transformasi Perusahaan Industri Getah (TARGET) yang menjadi salah satu daripada Dasar Agrokomoditi Negara (DAKN) tahun 2021 hingga 2030. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Datuk Chan Foong Hin

Okey seperti yang ditanya oleh Yang Berhormat Tangga Batu, untuk Program Transformasi Perusahaan Getah Negara (TARGET) yang mulai tahun 2022. Program TARGET bertujuan untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah dengan cara memendekkan rantaian bekalan, supply chain dengan penglibatan pekebun dalam rantaian industri getah integrasi yang menegak. Projek ini dijangka dapat menambah nilai getah dan memberi pulangan dan pendapatan yang lebih baik kepada pekebun kecil getah.

Cuma, untuk daripada segi pelaksanaan, sekarang cuma satu tempat sahaja yang tengah melaksanakan TARGET ini secara pilot project. So, untuk keputusan setakat mana prestasi itu masih dalam kajian. Untuk makluman Yang Berhormat, untuk penambahan torehan ini, sebenarnya berkait rapat dengan harga getah asli. So, dalam harga getah asli pada masa ini adalah dalam trend yang meningkat. So, harga tertinggi pernah mencatat SMR RM871.

draft • 12:10 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

[Bangun]

draft • 12:10 PM

Datuk Chan Foong Hin

So, dia akan ikut harga. Kalau harga semakin baik, kita nampak yang production, pengeluaran getah asli pun meningkat. Sebanyak 7.5 peratus daripada 221,143 tan metrik bagi tempoh Januari - Ogos 2023 kepada 237,697 tan metrik pada Januari - Ogos untuk tahun ini. So, dia sebenarnya bergantung pada harga. Semakin harga baik, semakin ramai yang balik untuk menoreh. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tak jawab satu lagi, kenapa bajet dalam 2025 tidak disentuh tentang getah tadi.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bagi jawapan bertulis.

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 12:10 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Puan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 8.00 malam.

Selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 23 Oktober 2024”.

Terima kasih.

draft • 12:13 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Puan Yang di-Pertua, Saya mohon menyokong.

draft • 12:13 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 12:13 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2025 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2025

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2025 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”.

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lapan puluh lapan bilion ringgit

(RM88,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2025, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2025, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 16 Tahun 2024, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [21 Oktober 2024]

draft • 12:13 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Senarai pembahas untuk hari ini adalah seperti berikut – YB Bagan, YB Beluran, YB Ayer Hitam, YB Pokok Sena, YB Ipoh Timor, YB Semporna, YB Indera Mahkota, YB Sri Aman, YB Tumpat, YB Tebrau, YB Kluang, YB Padang Besar, YB Wangsa Maju, YB Gerik, YB Bayan Baru, YB Gua Musang, YB Kudat, YB Permatang Pauh, YB Sri Gading dan YB Kangar.

Saya jemput Yang Berhormat Bagan.

draft • 12:13 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Puan Yang di- Pertua, saya ingin mula dengan menyatakan sokongan ke atas Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 18 Oktober sebagai satu belanjawan reformasi ke arah pembangunan ekonomi yang menjamin negara yang maju dan rakyatnya yang makmur.

draft • 12:14 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Dalam usaha Kerajaan Perpaduan menangani kesenjangan dan mengurangkan ketidaksaksamaan, ada pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab cuba menggambarkan belanjawan ini sebagai Robin Hood yang merompak daripada yang kaya untuk diberikan kepada yang miskin. Perdana Menteri didakwa menggunakan retorik mempersalahkan atau mengenakan golongan kaya untuk membantu yang miskin sehingga boleh mencetuskan perpecahan kelas.

Puan Yang di-Pertua, jauh sekali Belanjawan 2025 bersifat Robin Hood hanya semata-mata kerana satu, dua ayat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang diambil luar konteks hala tuju ekonomi yang digariskan. Negara tidak boleh berjaya dan maju tanpa menggemblengkan seluruh tenaga dan sumbangan rakyat bukan sekadar golongan B40 dan M40 sahaja tetapi juga merangkumi golongan T20. Bukannya benar semata-mata kenakan cukai penalti ke atas yang kaya, sebaliknya meminta mereka yang bernasib baik ini membantu mereka yang daif, lemah dan miskin. Inilah aspirasi Kerajaan Perpaduan yang merangkumi semua rakyat tanpa kira kaum, agama dan latar belakang.

Pengenalan cukai pendapatan dividen sebanyak dua peratus untuk pendapatan dividen yang melebihi RM100,000 untuk individu ataupun subsidi bersasar RON95 yang menjimatkan RM8 bilion dengan mewajibkan golongan tertinggi T15 dan orang asing membayar harga pasaran tidak harus menjadi alasan inilah belanjawan Robin Hood. Golongan T15 tidak dilabel sebagai over kaya kerana mereka membuat sumbangan kepada ekonomi menerusi tanggungjawab social corporate ataupun CSR dan juga pembayaran cukai.

Saya ingin meminta pihak Kementerian Kewangan untuk mendedahkan jumlah kuantum setiap tambahan cukai yang dicadangkan kali ini supaya kita boleh dapat gambaran percukaian yang lebih komprehensif dalam kerangka menentukan had pendapatan bulanan isi rumah golongan tertinggi T15 ini. Untuk Program Subsidi Bersasar RON95, ia harus mencerminkan upah hidup rakyat atau living wage dan seharusnya ditetapkan secara inklusif dalam lingkungan RM15,000 sebulan.

Kenaikan gaji minima. Semoga kenaikan gaji minima dan pelaksanaan Dasar Gaji Progresif berjaya mengatasi masalah himpitan gaji atau wage compression dan genangan gaji atau wage technician yang dialami oleh 16 juta orang pekerja di Malaysia. Demi kepastian, kenaikan gaji minima harus diumumkan secara berjadual untuk jangka masa panjang supaya semua pihak boleh membuat perkiraan yang sewajarnya.

Dua sektor yang paling terkesan dengan kenaikan gaji minima ialah sektor perladangan dan industri kecil dan sederhana yang berintensif tenaga buruh khususnya pekerja asing. Kerajaan boleh membantu IKS atau industri kecil dan sederhana dengan menaikkan nilai ambang percukaian IKS sebanyak 15 peratus untuk keuntungan. RM150,000 yang pertama kepada nilai ambang yang lebih tinggi iaitu RM300,000 untuk kadar 15 peratus.

Juga untuk kadar 17 peratus untuk keuntungan seterusnya sebanyak RM300,000 hingga RM600,000 yang dikenakan kadar 17 peratus cukai harus dinaikkan kepada RM700,000. Ini

draft • 12:14 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

akan membolehkan IKS menikmati penjimatan percukaian sebanyak RM10,000 untuk tahun taksiran 2025.

Kadar levi keuntungan luar biasa atau windfall tax sebanyak tiga peratus dikenakan terhadap minyak sawit mentah melepasi RM3000 satu tan metrik di Semenanjung Malaysia dan melebihi RM3500 satu tan metrik di Sabah dan Sarawak.

■ 1220 Yang Berhormat Menteri Perladangan dan Komoditi sendiri mengakui pada Julai tahun ini bahawa levi windfall tax masa kini tidak sesuai memandangkan kos pengeluaran telah meningkat kepada RM2,800 hingga RM3,200 satu tan metrik berbanding dengan RM1,800 sebelum ini.

Kenaikan nilai ambang untuk levi windfall tax minyak sawit mentah sebanyak RM150 yang dicadangkan adalah terlalu kecil dan harus dinaikkan sebanyak RM500 kepada RM3,500 satu tan metrik di Semenanjung Malaysia dan RM4,000 di Sabah dan Sarawak.

Adalah tidak bermakna dan relevan bahawa levi windfall tax dikenakan pada tahap harga pasaran yang hanya melepasi atau kurang daripada kos pengeluaran.

Sumbangan KWSP pekerja asing. Kerajaan bercadang memperkenalkan bayaran KWSP oleh pekerja asing secara berfasa sama seperti dilaksanakan oleh PERKESO. Saya bercadang bahawa sumbangan 24 peratus oleh pekerja dan majikan ini boleh digunakan atau off-set untuk membayar sebarang denda, penalti atau kerugian yang ditanggung oleh majikan sekiranya pekerja asing melakukan kesalahan atau perbuatan khianat.

Majikan di Malaysia mengalami kerugian besar bila dikhianati oleh pekerja-pekerja asing selepas membuat bayaran levi yang besar. Sekiranya off-set ini tidak dibenarkan oleh peraturan-peraturan International Labor Organization (ILO), kaedah Korea Selatan yang memakai sistem bayaran insurans untuk menggantikan bayaran KWSP dan juga menambah baiknya dengan menggunakan off-set harus dipertimbangkan.

Masalah seekor naga. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri harus bangga dengan pencapaian pelaburan diluluskan yang mencipta sejarah dengan RM329.5 bilion tahun lepas dan RM160 bilion untuk separuh pertama 2024 ketimbang RM135.6 bilion. Pelaburan asing untuk sektor perkilangan daripada 2021 hingga Jun 2024 mencatatkan RM240 bilion dengan Amerika Syarikat memimpin dengan RM113.6 bilion diikuti oleh China sebanyak RM67.6 bilion dan kemudian Jepun dengan RM24.4 bilion.

Meskipun begitu, saya telah menerima aduan daripada IKS bahawa kebanyakan pelaburan asing ini tidak membeli barangan tempatan. Ada pelabur daripada sesuatu negara membeli 100 peratus daripada negara asal kerana lebih murah. Saya boleh faham sekiranya mereka menjemput tukang masak untuk pelabur asing kerana selera makanan memang berlainan. Tetapi takkan satu skru atau satu bolt pun tak boleh beli daripada IKS tempatan.

Masalah ini menjadi lebih rumit, Tuan Yang di-Pertua, bila kontraktor asing memenangi tender projek-projek kerajaan ataupun swasta. Kontraktor tersebut akan membeli kesemua barangan keperluan daripada negara asal sehingga IKS tempatan yang biasanya ada urusan perniagaan sekiranya projek dimenangi oleh syarikat tempatan, tidak ada

draft • 12:14 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

sebarang tempahan langsung. Masalah ini yang digelarkan sebagai seekor naga telah menghimpit banyak syarikat IKS sehingga ada yang bercadang untuk tutup pintu.

Negara Indonesia— tahniah kepada Presiden Probowo yang baru angkat sumpah.

Negara Indonesia mewajibkan pelabur asing membeli 70 peratus barangan tempatan oleh pelabur asing dan pemenang asing untuk tender projek kerajaan ataupun swasta. Saya mencadangkan 50 peratus barangan tempatan mesti diperolehi daripada IKS tempatan demi melindungi peniaga tempatan atau apa yang kita sebut bukan seekor naga tapi separuh ekor naga.

Kerenah two-tier economy. Kerenah ekonomi dua peringkat. Rujukan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada tiga pemenang Hadiah Nobel Sains Ekonomi 2024 dalam buku mereka, “Why Nations Fail: The Origins of Power, Prosperity, and Poverty” amat relevan. Kita harus memperakui bahawa institusi inklusif yang melindungi demokrasi seperti keluhuran undang-undang, kebebasan berniaga, ekonomi pasaran terkawal, jaring keselamatan sosial, hak pemilikan harta dan urus tadbir yang bersih dan baik membolehkan sebuah negara berjaya menjadi negara maju di mana kemakmuran bolehlah dikongsi secara bersama.

Ini dicerminkan dalam unjuran Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) 2024 yang lebih kukuh oleh World Bank sebanyak 4.9 peratus. Penurunan kadar inflasi kepada dua peratus, kadar pengangguran kepada 3.2 peratus, penurunan defisit sebab daripada 4.3 peratus KDNK atau RM85 bilion pada tahun 2024 kepada 3.8 peratus atau RM80 bilion pada tahun 2025.

Saya mengucapkan syabas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana begitu yakin dengan membentangkan belanjawan yang paling besar dalam sejarah sebanyak RM421 bilion. Perbelanjaan mengurus telah naik RM32 bilion daripada RM304 bilion kepada RM336 bilion untuk tahun depan. Akan tetapi perbelanjaan pembangunan telah turun daripada RM90 bilion kepada RM86 bilion untuk tahun depan. Saya harap bahawa penekanan diberikan kepada perbelanjaan pembangunan yang akan menjana pertumbuhan dan hasil negara masa depan yang seharusnya bertambah dengan lebih tinggi dan bukan dikurangkan.

Cabaran yang dihadapi sekarang ialah memastikan hasil ekonomi dapat dikongsi bersama khususnya bila kita menghadapi keadaan ekonomi dua peringkat atau two-tier economy. Kerenah two-tier economy wujud bila hanya industri tertentu yang maju dan kaya terus berjaya sedangkan kebanyakannya khususnya IKS atau kelas menengah yang ketinggalan atau dipinggirkan. Impak two-tier economy boleh dilihat dengan pusat beli-belah KAMDAR yang berniaga begitu lama telah memberitahu saya bahawa mereka akan menutup sekurang-kurangnya tiga buah cawangan kedai dalam negara sungguh pun ada berita baik dalam Belanjawan 2025 yang menggalakkan pembelian dan penggunaan. Keadaan serupa juga dihadapi oleh perniagaan lain.

Saya harap pihak kerajaan akan mengambil langkah agar masalah two-tier economy tidak membelenggu negara dan hasil kejayaan dapat dikecapi oleh semua perniagaan.

draft • 12:14 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Perbelanjaan sebanyak lebih RM10 bilion untuk menanggung kos kenaikan gaji anggota awam kerajaan sebanyak 15 peratus memang disokong. Rakyat harap bahawa kenaikan gaji ini akan disusuli oleh penyampaian perkhidmatan kerajaan yang lebih baik, lebih profesional, lebih accountable dan lebih telus.

Puan Yang di-Pertua, sektor kesihatan diperuntukkan satu jumlah mencipta rekod sebanyak RM45.3 bilion yang kedua besar dalam Belanjawan 2025. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan atas kelulusan menaik taraf Klinik Kesihatan Mak Mandin dalam kawasan Parlimen Bagan, kawasan saya.

Saya ingin memohon agar projek menaik taraf Klinik Kesihatan Butterworth yang berwarisan dan bersejarah ini boleh disegerakan pada tahun depan memandangkan jumlah penduduk dijangka akan naik dengan pembukaan UTC di Butterworth pada akhir tahun depan.

Yang Berhormat Senator Dr. Lingeshwaran dari Pulau Pinang; seorang bekas pengarah hospital kerajaan telah mendedahkan banyak skandal penyalahgunaan kuasa dan kewangan seperti baru-baru ini kes kartel memalsukan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial atau PERKESO sebanyak puluhan juta ringgit oleh anggota hospital kerajaan.

draft • 12:14 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Beliau juga menimbulkan kes kualiti kain pakaian seragam yang diterima oleh pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khususnya untuk jururawat dan pembantu perawatan. Saya ingin menarik perhatian KKM tentang aduan para jururawat bahawa kain yang diterima adalah sangat keras sehingga kedai jahit pun tidak sanggup menerima kain tersebut kerana takut jarum mesin mereka akan patah. Ada juga yang mengeluh bahawa kain yang diterima cepat menjadi kuning sehingga mereka dimarahi oleh matron mereka.

Saya menimbulkan kes ini kerana yang lebih teruk lagi ada jururawat yang memberi sedekah untuk digunakan sebagai kain kafan. Lagi mengejutkan banyak yang terpaksa menerima kain tersebut untuk menerima bantuan upah jahit kerana jika mereka menolak kain tersebut dan membuat aduan, mereka tidak akan menerima bantuan upah jahit yang bernilai RM690 secara keseluruhan untuk tiga pasang pakaian seragam.

Puan Yang di-Pertua, bolehkah KKM memberikan butiran lanjut tentang kontrak pembekalan ini khususnya harga tender untuk membeli kain putih untuk dibekalkan kepada para jururawat dan pembantu perawatan. Nama syarikat pembekal dan tindakan perundangan yang diambil terhadap syarikat pembekal termasuk denda dan sistem pemantauan yang membenarkan penerimaan pakaian seragam yang bermutu rendah. Kita harus jaga anggota-anggota frontliners ini yang begitu mengorbankan diri demi keselamatan kita semasa pandemik COVID-19 dan mereka tidak harus menerima barangan yang begitu mengecewakan ini. Sila.

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

YB Bagan terima kasih.

Memang saya tertariklah dengan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi tentang nasib kebajikan penjawat awam kita ini. Cuma saya nak balik kepada yang poin awal

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

disebut oleh Yang Berhormat Bagan di awal-awal tadi bahawa bajet ini bukan bajet Robin Hood. Tapi saya terbaca satu tulisan oleh rakan Yang Berhormat sendiri daripada Tebrau, beliau pun ada dalam Dewan ini.

Beliau menulis pada selepas pembentangan tersebut bahawa bajet inilah bajet Robin Hood atas lima faktor. Antaranya cukai dividen dua peratus, gaji minimum dan subsidi petrol dan juga bantuan tunai antaranya. Itu antara yang ditulis dan saya boleh petiklah sikit lagi.

“Aptly named the Robin Hood budget it represents a fair balance and forward thinking approach to building a stronger more inclusive Malaysia”.

Tapi saya kira Yang Berhormat, with due respect, tak mengapalah siapa nak jadi hero pun, yang penting orang miskin itu dibantu dan orang kaya tidak dibebankan. Cuma pandangan Yang Berhormat untuk kebajikan penjawat awam ini, bagaimana untuk kita tingkatkan lagi partisipasi golongan non-Malay yang diperlu dilibatkan lebih banyak dalam penjawat awam. Terbarunya ada komando kita daripada kaum Tionghoa. Satu usaha yang baik. Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Terima kasih Bachok. Tentu apa yang disuarakan oleh Tebrau, Tebrau akan jawablah. Tak perlu saya jawab bagi pihak beliau. Yang penting ialah bahawa kita harus meminta sumbangan dan juga usaha yang bersungguh-sungguh daripada segala lapisan rakyat. Kerajaan Perpaduan tidak ada diskriminasi macam pihak tertentu.

Kita menjemput semua orang sama-sama menyumbang kepada pembangunan negara, tak kira mereka T15 ataupun B40. Itulah perbezaan yang ketara untuk Kerajaan perpaduan. Tentang itu tentu masalah yang dihadapi oleh kakitangan kerajaan. Seperti yang saya sebut, tentu ada segelintir yang membenarkan pilihan seperti ini berlaku dan inilah yang kita bangkitkan demi kepentingan rakyat.

Pada masa yang sama, tentu saya setuju. Saya memang setuju dan kita telah suarakan ini berkali-kali bahawa bilangan bukan Melayu dalam perkhidmatan awam haruslah ditambah. Kita harap bahawa semua dilihat sebagai warganegara yang setia kepada negara.

Tidak ada mana-mana pihak yang menjadi pengkhianat. Ini yang selalu dimain-mainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

[Di celah] Ini tidak betul. Kerana semua warganegara kita cinta negara kita, kita hidup di sini dan kita mahu menyumbangkan titik peluh dan yang segala-galanya untuk negara yang kita cinta ini. So, kita harap bahawa usaha dibuat untuk menambah bilangan supaya dapat mencerminkan demografi negara kita.

Puan Yang di-Pertua, komitmen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengkasakan syariat Islam, boleh dilihat dengan kenaikan peruntukan kepada JAKIM daripada RM1.5 bilion semasa beliau menjadi Perdana Menteri pada 2023 kepada RM2 bilion untuk 2025. Ini telah diterima oleh rakyat termasuk yang bukan agama Islam. Saya ingin mohon agar peruntukan untuk rumah ibadat bukan agama Islam boleh dinaikkan daripada RM50 juta yang kini sama seperti tahun 2023 kepada RM100 juta untuk tahun 2025. Saya rasa pembangkang pun akan sokong.

Adalah diharapkan, ha, itu Indera Mahkota telah mengangguk kepala, sokong ya.

draft • 12:30 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 12:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

[Ketawa] Oh, lain ya daripada dulu ya. Okey tak apa.

Adalah diharapkan peruntukan untuk menyelenggara semua sekolah dapat dinaikkan daripada RM1 bilion kepada RM1.5 bilion agar peruntukan yang diberikan dapat ditambah kepada semua sekolah.

Pada masa yang sama, saya juga ingin sampaikan permohonan masyarakat India yang telah melahirkan kebimbangan tentang peruntukan RM130 juta yang diluluskan untuk 2025 sama seperti tahun lepas dan meminta ia ditambahkan kepada RM200 juta.

Puan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada barisan kepimpinan frontbench, Menteri-menteri yang telah menolong bukan sahaja negeri saya, negeri Pulau Pinang tapi juga kawasan Parlimen saya. Bermula daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri-menteri- DAP tentulah dengan Menteri Pengangkutan secara khususnya dan juga Menteri-menteri daripada GPS seperti Yang Berhormat Menteri Kerja Raya, daripada GRS dan juga daripada APCO dan juga daripada Menteri Ekonomi juga. Menteri Sains juga banyak membantu. Mungkin kecuali UMNO kurang sikit.

[Ketawa] Tapi mungkin masa depan boleh tambah banyak kita harapkan begitu dan saya rasa inilah yang kita harapkan.

Dalam Kerajaan Perpaduan, kita tolong satu sama lain. Negeri pembangkang pun mendapat faedah dia. Kadang-kadang lebih banyak daripada negeri Kerajaan Perpaduan. Ini menunjukkan bahawa tidak ada diskriminasi. Kadang-kadang kita rasa kita sendiri macam terpinggir bila kawasan-kawasan pembangkang dapat lebih banyak peruntukan daripada kawasan kita. Tapi tak apa, tak apa asalkan ini dibelanjakan dengan baik. Ini projek pembangunanlah, bukan allocation itu lain. Projek pembangunan. Asalkan dapat dinikmati oleh rakyat dan dibelanjakan dengan betul tanpa penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan juga amalan rasuah.

Saya rasa hanya bila kita dapat memastikan perkara ini dan juga keluhan oleh pegawai-pegawai ataupun orang bawah anggota kerajaan yang menghadapi kerenah birokrasi secara dalaman. Sekiranya dapat diselesaikan, maka perkhidmatan ataupun penyampaian yang diberikan kepada rakyat juga akan bertambah naik. Baik. Terima kasih Puan Yang di-Pertua, saya turut menyokong Belanjawan 2025.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Saya jemput Yang Berhormat Beluran.

draft • 12:30 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Puan Yang di-Pertua, saya memohon izin untuk mengalu-alukan rombongan pelajar dan guru daripada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Tenom dan Pegawai Pendidikan Daerah Tenom serta wakil ibu- bapa di dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat Speaker, adakah itu akan menjadi kebiasaan pada Ahli Parlimen untuk bangun dan mengalu-alukan?

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tidak.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya akan tegur nanti.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tidak akan menjadi kebiasaan.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak ada.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Okey. Terima kasih Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya pertamanya ingin mengalu-alukan, mengucapkan syabas kepada Menteri Kewangan kerana telah membentangkan bajet yang terbesar dalam sejarah pembentangan bajet negara kita. Dalam meneliti bajet, ianya menyentuh semua sektor termasuk sektor pendidikan.

Yang Berhormat Speaker, saya meneliti bacaan-bacaan, huraian dalam sektor pendidikan. Namun, tidak menjumpai pembentangan Menteri Kewangan untuk memberi pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia. Tidak juga dicatat di dalam bajet hasrat kerajaan untuk menghapuskan hutang PTPTN. Sebaliknya, dicatat bahawa subsidi yang disediakan kerajaan untuk pelajar sekolah berasrama penuh (SBP) akan dikaji dan anak- anak maha kaya akan ditarik balik daripada menikmati subsidi ini.

Begitu juga beberapa program di IPTA. Yurannya akan dikaji bukan untuk dikurangkan tetapi untuk dinaikkan. Masalahnya Yang Berhormat Speaker, ada pemimpin- pemimpin sebelah sana yang melaung untuk memberi pendidikan percuma dan menghapuskan hutang PTPTN untuk rakyat Malaysia tetapi tidak di-reflect dalam bajet ini.

Moral of the story Yang Berhormat Speaker, jangan janji nak bagi pendidikan percuma dan jangan janji untuk menghapuskan hutang PTPTN keseluruhannya.

Begitu juga kalau kita tengok isu beras. Isu beras putih tempatan masih belum ditangani sepenuhnya oleh kerajaan sehingga kini. Isu kenaikan harga beras putih import berbanding dengan beras putih tempatan masih belum dikawal dan belum diselesaikan...

draft • 12:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Point of order.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Isu cadangan dan syor...

draft • 12:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Timbalan Speaker, point of order, 36(12).

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Goodness.

draft • 12:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

“Mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan ada disifatkan sebagai menghina Majlis”.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat Speaker, semalam saya tegur yang ini.

draft • 12:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Bagi saya habis dahulu. Point of order. Berat.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Dia bercanggah menggunakan Peraturan 36(12)...

draft • 12:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Dan hal itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa...

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Bercanggah dengan 37(2)...

draft • 12:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Hak dan Kebebasan bagi hal itu.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Mengganggu perbahasan Yang Berhormat.

draft • 12:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tadi Beluran kata kita ada janjikan pendidikan percuma dan juga hapuskan PTPTN. Itu tak betul.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat.

draft • 12:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Itu manifesto 2013. Jangan recycle pembohongan ini lagi.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

2013 pun ...

draft • 12:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Sila tarik balik. Itu tidak ada. Tidak ada dalam manifesto. Tunjuk? Ada tidak? Mana ada manifesto.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat, mengganggu.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kampar.

draft • 12:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Manifesto siapa? Itu manifesto lama. Jangan recycle.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

36(12) Yang Berhormat tidak boleh disalahgunakan.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kampar, boleh duduk.

draft • 12:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Itu manifesto lama. Tidak ada. Manifesto 2022 tidak ada parti yang janji pendidikan percuma. Tidak ada parti yang janji hapuskan PTPTN. Jadi, saya harap Beluran boleh tarik balik. Itu satu pembohongan. Jangan hendak mengelirukan Dewan.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat.

draft • 12:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Sila.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kampar, sila duduk. Yang Berhormat Beluran [Dicelah]

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Ahli Parlimen dari semalam Yang Berhormat, tidak hormat Peraturan Mesyuarat.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Menggunakan Peraturan Mesyuarat untuk mengganggu ahli yang sedang berbahas. Itu juga menjadi kesalahan.

[Tepuk]

draft • 12:40 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Tak faham Melayu kah?

draft • 12:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Beluran, kalau Beluran boleh tunjukkan manifesto, saya akur.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kampar, sila duduk.

draft • 12:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tetapi mana? Jangan buat bohong dalam Parlimen. Siapa yang bagi manifesto pendidikan percuma? Bila? Mana? Tunjukkan?

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kampar.

draft • 12:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Boleh tunjuk tak Beluran?

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk. Amaran kali pertama. Saya akan gunakan Peraturan 37(2) supaya YB Kampar jangan berdiri lagi untuk mengganggu perbahasan.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

[Tepuk] Isu cadangan dan syor...

draft • 12:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya minta keputusan point of order.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Pengerusi Jawatankuasa NACCOL Yang Berhormat...

draft • 12:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Point of order 36(12). Saya minta keputusan daripada Puan Speaker.

draft • 12:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Kampar tidak faham Melayu, Speaker.

Tidak faham bahasa Melayu.

draft • 12:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya minta point of order, apakah keputusan? Saya minta. Ini peraturan. Beluran baru buat satu pembohongan besar dalam Dewan ini. Saya minta Puan Speaker untuk buat adil bagi satu keputusan. Sama ada, ada parti mana yang buat manifesto pendidikan...

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Let them answer.

draft • 12:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

...Percuma dan PTPTN hapuskan.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Let them answer ya.

draft • 12:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya minta. Jangan kelirukan rakyat di luar. Ini live Parlimen. Jangan buat bohong. Manifesto lama jangan recycle. Buat bohong dalam Parlimen.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

See?

draft • 12:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya minta, Puan Speaker.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

He admitting, admitting.

draft • 12:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya minta Puan Speaker bagi satu keadilan.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Awak ada dalam manifesto mereka sebelum itu.

draft • 12:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Point of order. 36(12).

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kampar, sila duduk.

draft • 12:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Lambat.

[Tidak jelas]

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya akan buat petua.

Tadi Yang Berhormat Beluran tidak sebut mana-mana parti.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Ya. Duduk.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Dan juga.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Dengar Speaker.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Beluran kata jangan buat apa-apa janji dan tidak sebut siapa-siapa.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Masa berjalan.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jadi, saya rasa jangan...

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Belajar sebagai Ahli Parlimen. Belajar.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Dan Yang Berhormat Kampar, kalau tak puas hati boleh buat usul.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Eh, masa. Masa.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey. Saya sudah kata saya akan gunakan Peraturan Mesyuarat 37(2) supaya jangan mengganggu perbahasan dalam Dewan.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Lima minit dah masa berlalu.

draft • 12:40 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Teruskan.

Teruskan.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Mana dah tadi ini. Dah hilang idea dah.

[Ketawa]

draft • 12:40 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Beras putih.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Ya. Beras putih tempatan. Dah hilang dah itu. Beras putih tempatan masih tidak ditangani. Beras hilang. Beras putih hilang. Begitu juga dengan Yang Berhormat Speaker...

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Jelutong.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

...NACCOL dilihat sebagai tidak berfungsi untuk menangani masalah beras putih tempatan. Bukan sahaja pasal masalah kos sara hidup tetapi masalah beras putih tempatan. Kerajaan membuat statement akan mengolah satu dasar untuk menangani isu beras putih tempatan tetapi sehingga kini kita tidak melihat tindakan dan perencanaan yang teliti yang diambil oleh NACCOL.

Begitu juga isu beras putih tempatan yang dikampit, ditukar, dimanipulasi sebagai beras putih import masih berleluasa. Isu beras putih tempatan yang hanya kelihatan di PRK- PRK dan di Jualan MADANI masih terlalu ketara Yang Berhormat Speaker. Masalahnya sekarang ini...

draft • 12:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Beluran, mencelah sedikit? Boleh?

[Ketawa] Nama kementerian sekarang adalah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Setuju tidak Beluran, kita tukar nama ini Kementerian Pertanian dan Tidak Terjamin Makanan? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Saya ingin mendengar cadangan dan olahan daripada kementerian kelak. Yang Berhormat Speaker, sekarang ini seolah-olah beli beras putih ini pada harga RM4.00 dan ke atas menjadi sesuatu yang normal. Tidak ada lagi beras putih atau pun susah untuk didapati beras putih tempatan yang harganya RM2.60 satu kilogram.

Saya bertemu dengan beberapa pesawah di Kedah baru-baru ini. Mereka tanya dengan saya Yang Berhormat, dia kata kenapa pembelian padi sekarang ini dah turun

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

daripada 1,800 kepada 1,450? Yang 1,800 itu Yang Berhormat Speaker, tidak normal. Turun kepada 1,450 juga tidak normal kerana harga kawalan pembelian padi yang dibuat oleh kementerian adalah pada kadar 1,300. So, semua ini menunjukkan bahawa ada keadaan yang tidak normal yang menjadi sesuatu yang normal pada ketika ini kerana tidak dikawal oleh kerajaan dan kementerian sepenuhnya. Sebab itu saya ingin tanya, bila keadaan normal yang tidak normal ini akan ditangani sepenuhnya oleh kementerian dan juga kerajaan?

Saya mengalu-alukan hasrat untuk mengenakan pendekatan lima kali tanaman padi dalam dua tahun. Lima dua. Sebenarnya, perkara ini telah pun diumum tiga tahun yang lalu dan setahun yang lalu juga diumum oleh Menteri pada ketika ini tetapi disentuh di dalam bajet kali ini. Tentulah dalam pengumuman ini banyak perkara yang diambil kira oleh kerajaan. Isu mengenai kualiti tanah dan nutrien.

Itu merupakan isu yang saya diberitahu ketika duduk di sana dahulu, perlu ditangani isu ini. Isu sistem pengairan dan infrastruktur yang sedia ada perlu baik ditambah dan dibaik pulih. Isu koperasi yang tinggi. Isu yang melibatkan satu isu besar iaitu penambahan subsidi.

Subsidi baja, subsidi racun, subsidi benih padi, subsidi jualan dan sebagainya perlu ditambah jika ditanam lima kali dalam masa dua tahun. Semua itu harus di reflect di dalam bajet. Ini lah cadangan kerajaan tahun depan ini, dia akan mengolah pendekatan lima dua sepenuhnya.

Tetapi kita tidak nampak di-reflect, diterjemahkan di dalam bajet. So, sebab itu saya ingin tahu apa langkah-langkah kerajaan untuk memastikan kehendak lima/dua ini dapat dicapai oleh kerajaan pada tahun hadapan?

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Ini kerana ianya penting Yang Berhormat. Kalau tidak ditangani, isu ini akan menjadi satu yang retorik, yang diumum oleh Menteri dan sekarang ini diumum oleh Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan.

Di dalam sektor pentadbiran awam, kita melihat bahawa kerajaan mempunyai iltizam dan kehendak untuk mereformasikan sektor pentadbiran awam. Antaranya adalah akan menggubal Rang Undang-undang Iltizam Kecekapan Pentadbiran Awam, ini antaranya.

Tentu sekali ada pegawai kerajaan yang bertanya pada kita, bukankah sekarang ini pegawai kerajaan dikawal melalui peraturan sebagai contoh Peraturan-peraturan Pegawai Awam

(Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Arahan Perbendaharaan dan semua peraturan yang mengawal kecekapan, peraturan ini adalah untuk mengawal kecekapan pentadbiran awam itu sendiri.

Jadi, mereka tanya, apa perlunya satu rang undang-undang untuk mengawal KPI tatatertib pegawai-pegawai awam kerajaan, sedangkan pada ketika ini, ada peraturan, ada undang-undang untuk mengawal prestasi mereka. Mereka tanya, “Tok, adakah ini hasrat di sebalik untuk mengurangkan kakitangan awam yang ada golongan kata terlalu gemuk dan perlu dikuruskan”. So, is this the back door approached untuk mengurangkan kakitangan awam di negara kita? Saya minta kementerian untuk perjelaskan perkara ini.

Tahun ini dan tahun hadapan adalah proses secara undang-undang untuk membolehkan persempadanan semula kawasan-kawasan pilihan raya dibuat di negara kita.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Dalam menggubal persempadanan semula ini, saya sebagai wakil rakyat daripada Sabah ingin mengingatkan kerajaan bahawa ada dokumen di dalam Inter-Governmental Committee Report yang menjadi sebahagian daripada MA63, sebahagian daripada 63. Yang menetapkan Sabah – perjanjian dulu 1963, dalam perjanjian itu mengatakan Sabah, Sarawak dan Singapura dalam perjanjian itu, dalam Inter-Governmental Committee Report, harus menguasai satu pertiga daripada kerusi-kerusi Dewan Rakyat ini.

Apabila Singapore keluar daripada Malaysia, seharusnya Yang Berhormat Speaker, dia orang Sarawak, kerusi Singapura pada ketika itu, Sabah 16, Sarawak 24, Singapura 15 kerusi. Seharusnya ketika Singapura keluar daripada Malaysia, kerusi 15 itu harus diserah kepada Sabah dan Sarawak bagi mengekalkan semangat Inter-Governmental Committee yang sebahagian daripada MA63 itu bagi Sabah dan Sarawak, kehadiran Sabah dan Sarawak dalam negara Malaysia ini. The spirit was ─ kita harus kawal satu pertiga daripada kerusi Dewan Rakyat. That was the spirit of the commission of this country.

Tetapi along the way spirit ini hilang, exercise yang lalu tidak langsung mengambil kira the spirit ini, pembentukan Malaysia ini agar Sabah, Sarawak diberi satu pertiga daripada jumlah kerusi Dewan Rakyat. Dalam exercise persempadanan semula yang akan dilakukan oleh kerajaan tahun ini, tahun depan dan tahun 2025, spirit ini harus dikembalikan oleh kerajaan. Not because kita Sabah, Sarawak tetapi that was the spirit of the commission of this country. Kenapa ada spirit ini? Kerana ketika itu orang Sabah memberi syarat bahawa kita akan join Malaysia but these are the things that we want you to fulfill, to promise us.

draft • 12:50 PM

Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

[Bangun]

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

[Bangun]

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Supaya Kerajaan Persekutuan tidak menggubal undang-undang...

draft • 12:50 PM

Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Beluran.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Sesuka hati tanpa merujuk kepada kedua-dua negeri ini. You like it or not. Sahabat saya daripada Perak, daripada Kelantan...

draft • 12:50 PM

Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Beluran.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Sama ada suka kah tidak suka but that was the spirit of the formation of this country Malaysia.

draft • 12:50 PM

Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Beluran.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

So, kita kena honour itu.

draft • 12:50 PM

Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Beluran.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ya, Beluran sikit.

draft • 12:50 PM

Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Perkara yang fundamental yang Beluran timbulkan dan saya anggap ia sangat-sangat mustahak. Tetapi, di samping soal itu ada juga persoalan-persoalan lain dalam persempadanan semula. Soal weightage bandar, luar bandar, juga kajian tentang peranan Dewan Negara, setujukah Yang Berhormat kalau – kita buat kajian betul, sebelum kita rush untuk buat persempadanan semula kali ini.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Exactly the point.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Beluran boleh tambah sikit.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Di Semenanjung ini ada weightage, ada...

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Beluran.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Ada perkara-perkara yang harus dipertimbangkan.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tentang Perlembagaan Persekutuan.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tetapi...

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Artikel 116.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tetapi untuk Sabah dan Sarawak...

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Spirit of the formation of this country perlu dihormati. Jadi, dalam mengira persempadanan semula ini, soal populasi bilangan populasi, soal keluasan kawasan bukan menjadi perkiraan. Soal komposisi kaum seperti yang berlaku di tanah Semenanjung ini tidak boleh dijadikan sebagai perkiraan untuk menyelaras kawasan-kawasan Parlimen di Sabah dengan Sarawak kerana asas dan spiritnya harus membelakang – dibelakangi oleh semangat pembentukan negara Malaysia.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Beluran hendak tanya sedikit. Untuk Perlembagaan Persekutuan...

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat...

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Saya ada lima minit, the extra time.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Artikel 116...

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Can you ask this guy to sit down please.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Yes. Saya minta pandangan sikit. Ini penting, ini untuk definisi...

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya sudah guna Peraturan Mesyuarat 37(2) supaya tidak membenarkan Yang Berhormat Kampar untuk mengganggu Dewan.

[Tepuk]

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat, saya mengalu-alukan tambahan peruntukan khas yang dibuat oleh kerajaan. Daripada RM200 ‘ribu’ kepada RM300 ribu, kepada RM600 ribu tahun 2025 ini sebagai peruntukan khas untuk Sabah dan Sarawak.

draft • 12:50 PM

Seorang Ahli

Juta.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Juta, juta, RM600 juta.

draft • 12:50 PM

Seorang Ahli

RM600 juta.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

RM600 juta untuk tahun depan. Ini merupakan satu penambahan yang dinamik, yang besar dan terbesar. Namun, walaupun kita berterima kasih dan menghargai kesungguhan kerajaan tetapi rakyat Malaysia yang berada di Sabah tidak dihalang untuk bertanya atas faktor apa, kuantum apa, formula apa, perkiraan RM600 ribu ini dibuat oleh kerajaan, RM600 juta ini dibuat oleh kerajaan. Dia tak boleh bagi

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

– Oh, I give RM300 thousand, RM300 million this year. Tahun depan I bagi you RM600 juta, tahun depan, tak.

Orang Sabah sekarang Yang Berhormat Speaker, dah tahu baca undang-undang.

Dia tahu what is the formation of the country, dia tahu apa dia semangat dan juga Perjanjian Malaysia 63 ini. Dia tahu baca Perlembagaan Malaysia kerana dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 112C dibaca bersama dengan Jadual Kesepuluh Perlembagaan Malaysia.

Dia menyatakan bahawa Sabah dalam mengurus peruntukan khas ini perlu dibagi, formulanya adalah 40 percent of the net revenue collected from the state, it’s in the Perlembagaan Persekutuan.

Jadi, kalau katakan bagi RM300 million, RM600 million, Sabahan, you cannot stop the Sabahan from asking the government, the Federal Government, at what formula you come about to this figure? Apa formulanya? Kalau ikut formula, kalau ikut Perlembagaan Persekutuan, kalau RM600 million bererti the net revenue collected from the state RM2.4 billion. Is that the figure? Is that the figure?

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Maknanya kerajaan harus terbuka, open mengenai perkara ini untuk menghormati Perlembagaan Persekutuan dan mengembalikan the spirit of 112C dan Jadual Kesepuluh untuk memberi – what this due kepada Sabah, 40 percent of the whatever net revenue collected from the state. Itu merupakan perkara yang penting.

Jadi, kerajaan walaupun dikatakan bahawa kerajaan – Kerajaan Persekutuan dah beri berbilion-bilion ringgit kepada Sabah. Tak, peruntukan khas ini berbeza dengan peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan Perkara 109. Yang itu adalah komitmen Kerajaan Persekutuan kepada negeri-negeri but for Sabah, Sarawak pun tiada 40 percent. Dalam Schedule 10, Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan, Sarawak tidak diletakkan kuantum 40 percent but only for Sabah, peruntukan khas ini.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey, masa sudah tamat, terima kasih.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Jadi, kerajaan mempunyai peluang untuk membaiki dan menghormati dan mengotakan Perkara 112 Jadual Kesepuluh ini. Kalau tidak saya minta agar rakyat semua melihat kami di sini, saya akan pastikan, kami akan pastikan esok Kerajaan Persekutuan memerintah, kita akan honour perkara ini.

[Tepuk]

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Beluran, terima kasih.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

112 ini. Terima kasih banyak Yang Berhormat.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Halau sahaja itu, yang tak ikut tertib itu, terima kasih.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk. Yang Berhormat Ayer Hitam, saya perlu tangguh Dewan.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Speaker, saya minta petualah. Selepas ini kalau ucap sampai 1.15 pun tak adil untuk saya, masa diberi 20 minit.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat...

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Tak, kebetulan...

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Ayer Hitam, saya hanya boleh extend 15 minit maksimum.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Tak, tak, saya faham.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jadi, kalau Yang Berhormat boleh ucap 15 minit, saya akan bagi Yang Berhormat Ayer Hitam untuk ucap sekarang. Tetapi kalau Yang Berhormat Ayer Hitam mahu 20 minit atau lebih, perlu berucap selepas Kamar Khas, Yang Berhormat.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Yang Berhormat, sebenarnya ini bukan silap saya, saya diatur. Sebenarnya giliran saya nombor satu, tak apa lah bagi orang lain. Diberitahu masa 12.50 saya akan berucap, bukan silap saya, sekarang saya ada dua.

Macam mana roh saya di pecah kepada dua? Saya minta 2.30 petang saya tak pergi, saya minta maaf kerana saya terpaksa – saya sebagai jurucakap, saya minta masa saya sama dengan Bagan, itu sahaja.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Boleh, selepas...

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Ini adil. Saya akan cakap – saya berucap selepas 2.30 petang, tak apa, it’s okay.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

It’s up to you. Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat memandangkan sekarang jam telah menunjukkan pukul 1.01 tengah hari, saya menangguhkan Mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.

draft • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tgh.]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 ptg.]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) mempengerusikan

draft • 2:30 PM

Mesyuarat] Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*, salam sejahtera. Kita mulakan urusan, Yang Berhormat Ayer Hitam.

draft • 2:30 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, Dato’ Indera Yang di-Pertua. Tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana

draft • 2:32 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Menteri kerana berjaya membentangkan Belanjawan 2025 dengan penuh berhemah dan bertatakelola baik dalam membina Malaysia yang kita cintai.

Saya lihat banyak perkara. Kalau baik, kita tentu kata baik dan baik untuk rakyat dalam belanjawan kali ini. Saya gembira melihat sumbangan tunai seperti STR dinaikkan daripada RM3,700 kepada RM4,000, STR untuk orang bujang pula naik, RM500 kepada RM600 dan bantuan warga emas juga naik sehingga RM600. Malah, saya yakin dengan penambahan nilai ini, bilangan penerima juga pasti turut akan bertambah dan limpahan manfaat mampu merangsang ekonomi yang lebih baik.

Maka, betullah apa yang Kerajaan Barisan Nasional (BN) dulu lakukan walaupun pernah digelar dedak ataupun rasuah tetapi kini diteruskan dan pemberian tunai amat membantu rakyat mengharungi cabaran hidup. Saya tak ada masalah kerana apa yang baik kita move on, kita teruskan, kita sokong.

Saya beralih kepada subsidi petrol RON95 untuk T15. Dengan pemberian tunai yang semakin bertambah ini pastilah kerajaan perlu mencari sumber kewangannya. Jadi, saya nak tanya dari manakah datangnya dana yang ketara sedangkan dalam pengumuman belanjawan tempoh hari kelompok T15 menjadi sasaran untuk dipotong subsidi minyak, hospital dan pendidikan?

Kumpulan T15 ini, kalau berdasarkan kepada data dan juga pendapatan isi rumah dari Survei Pendapatan Isi Rumah (HIS) dan Survei Pendapatan Perbelanjaan Isi Rumah

(HIES) oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (OpenDOSM), setakat tahun 2022, 15 peratus pendapatan tertinggi di Malaysia bermula dengan jumlah RM13,295 dan ke atas.

Takrifan T15 ini Tuan Yang di-Pertua, sebagai golongan maha kaya, sangat tidak adil khususnya golongan yang hanya RM13,000 dianggap maha kaya dan saya bukan nak mempertahankan yang kaya-kaya ini, tidak. Bayangkan, seorang tokoh korporat dan jutawan tergolong dalam T15, manakala suami isteri guru gred DG48, kalau dah mengajar 12 tahun, confirm dia akan dapat pendapatan lebih daripada RM13,000. Ataupun, PTD M48, suami isteri juga akan tergolong dalam T15. Adil atau tidak? Ini yang saya nak tanya ini, RM13,000 boleh ke? Jadi, saya — sebelum ini kajian kata kita tak mahu gunakan pendapatan sebagai threshold atau nilai ambang tetapi kenapa sekarang tiba-tiba pakai T15 pula? Saya rasa bukan kita saja pening, rakyat di luar sana lagi pening.

Seterusnya, Menteri Ekonomi pernah umumkan subsidi berdasarkan net disposable income dan locality. Dia umum di sini berapa bulan yang lalu. Dalam kes penyesaran subsidi diesel pula, BUDI MADANI tak gunakan formula Menteri Ekonomi dan ini memang bagi saya, sedikit sebanyak kepada golongan yang berpendapatan hanya RM13,000 ini, T15 dikatakan tak layak untuk subsidi RON95 sedangkan BUDI MADANI gunakan kriteria pendapatan iaitu RM100,000 setahun dan bersamaan dengan RM8,333 sebulan. Kenapa tiada konsistensi dalam hal ini?

Kelmarin pula, Menteri Ekonomi kata kerajaan rancang untuk kenakan dua harga berlainan bagi RON95 di stesen petrol apabila subsidi pukal dimansuhkan tahun depan. Dia kata juga, akan ada harga yang tidak bersubsidi untuk golongan T15. Manakala, baki 85

draft • 2:32 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

peratus rakyat masih akan membayar harga bersubsidi. Media melaporkan “Subsidi Petrol Ditarik, Kerajaan Sedia Berdepan Reaksi Awam”.

Kerajaan akan kenal pasti siapa dalam golongan T15 kelak, kata Menteri. Sekiranya mahu letak dua harga bagi RON95, maka kena ada satu mekanisme atau cara di stesen petrol untuk kenal pasti siapa T15. Kepala otak— kita kena tengok cap muka dia, T15, T85 dan siapa lagi baki 85 peratus sama ada melalui MyKad ataupun cara lain atau sistem pengenalan lain. Jangan kita lupa, kerajaan sepatutnya mengambil iktibar kegagalan Kerajaan PH pada tahun 2018 hingga 2022 selama 22 bulan telah tidak dapat menzahirkan satu mekanisme pemberi subsidi petrol walaupun RM25 juta telah dibelanjakan dan dibayar kepada sebuah syarikat perunding. Ini hakikat.

Pada pendapat saya, ini adalah idea kurang sempurna atau boleh dikatakan tak berapa bijak sangat yang akan merumitkan pengendali dan pekerja di stesen petrol serta pengguna ketika isi minyak serta menambah kos kepada proses menjual petrol. Kenapa pula 85 peratus rakyat dan stesen petrol dirumitkan hanya sebab mahu kenakan pada 15 peratus yang lain?

Sekiranya kerajaan sudah kenal pasti siapa dalam golongan T15, kenapa pula kerajaan tidak kenakan sahaja levi petrol ke atas golongan ini ketika mereka memperoleh road tax? Selain mengenal pasti golongan T15, kerajaan juga boleh kenakan levi petrol ke atas kenderaan petrol baru yang bernilai lebih daripada RM300,000 ini sebagai contoh.

Katakan setiap kenderaan golongan T15 akan diisi minyak 50 liter seminggu atau sekitar 2,600 liter setahun. Manakala, kos subsidi kalau RM1 satu liter, kerajaan boleh pula kenakan levi petrol RM2,600 setahun ke atas lesen kenderaan golongan T15.

Sekiranya mereka benar-benar dari golongan T15 atau mampu membeli kereta melebihi RM300,000 saya rasa ia tak akan jadi masalah untuk mereka membayar RM2,600 ini bagi setiap kenderaan yang mereka miliki. Dengan cara ini, kita hanya perlu ada satu harga petrol bersubsidi di stesen minyak dan kerajaan masih akan mengutip wang sebagai kos subsidi bagi golongan T15. Satu lagi kaedah ialah kaedah yang sedang digunakan untuk BUDI MADANI bagi harga diesel di mana harga diesel diapungkan, tetapi 85 peratus rakyat Malaysia yang layak akan menerima bayaran bulanan.

draft • 2:32 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Saya pun tidak faham dari mana datangnya konsep T15 ini. Kerajaan kena konsisten.

Tak boleh sekejap gunakan T20, kemudian T15, T18 dan akhirnya, T15 ini terus digelar sebagai golongan maha kaya. Saya anggap, pasangan guru gred DG48 ke atas dikategorikan sebagai T15 dan dianggap sebagai maha kaya adalah tidak adil bagi pasangan suami isteri yang rajin bekerja ini.

Saya beri contoh. Kalau isteri saya tak kerja, saya tak sampai RM13,000. Apakah dengan ada dasar ini, eh isteri jangan kerja? Sebab apa? Kita rajin kerja, kita akan dihukum.

Ini kesannya. Saya minta di luar sana, dia akan faham PTD, cikgu-cikgu, kebanyakan dalam lingkungan maha kaya ini. Sebenarnya mereka tidak kaya. Itulah yang saya nak katakan di sini dan kita tak sepatutnya menghukum mereka.

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Saya nak bayangkan gaya hidup orang kaya dengan pasangan cikgu. Macam mana kita boleh samakan? Memang lain. Kerajaan kata, sekarang kereta mewah berharga setengah juta, RM500,000. Cc-nya rendah kerana struktur road tax sudah lain. Perlunya anjakan paradigma yang baik dalam isu ini, bukannya menyebabkan kucar-kacir di stesen minyak disebabkan T15 ini.

Saya bagi cadangan ini sebab saya lihat, road tax system kita berlainan. Kita berdasarkan kepada cc. Cikgu yang bawa kereta Mercedes 40 tahun, yang masih lagi cc 3,800, dia bayar RM5,000 lebih road tax, kerana kita berpandukan kepada cc. Sebenarnya sudah sampai masa, dalam keadaan kita nak potong subsidi, kita faham rasionalisasi tetapi kita kena buat dengan cara yang lebih saintifik, melihat semula. Ini perlu disemak supaya kita mempunyai satu struktur percukaian untuk cukai jalan yang berlainan. Kereta, harga dia dah 40 tahun, tak sampai RM10,000. Setiap tahun, road tax dia lebih tinggi. Itu jadi masalah.

T15 ini juga bakal dikurangkan subsidi pendidikan. Ini lebih parah.

Kesihatan juga, subsidi kesihatan secara berperingkat. Adalah tidak adil untuk menghukum T15 ini dengan penarikan subsidi dan kelompok ini menjadi penyumbang kepada ekonomi negara. Janganlah menghukum mereka.

Tuan Yang di-Pertua, penyediaan akses pendidikan dan kesihatan yang baik adalah tanggungjawab kerajaan dan sepatutnya, asas pendidikan dan kesihatan patut disediakan secara percuma kepada semua rakyat. Jika T15 diminta membayar kos rawatan di hospital, berapa kadarnya yang patut dibayar oleh golongan guru ini kalau suami isteri ini adalah guru?

Contoh, MRI. Di hospital kerajaan, semua pesakit kini hanya bayar RM5 untuk yuran rawatan pakar. Mulai tahun hadapan, berapa jumlah yuran yang perlu dibayar? Kerajaan kata, secara gradual, secara beransur-ansur. RM10, RM50, RM200 atau RM500 atau berapa ribu?

Sebab, kos MRI di hospital swasta adalah sekitar RM2,000 hingga RM3,000.

Ini satu perkataan julat dia terlalu besar. Perlu ada penerangan supaya mereka tidak – yang T15, khususnya hanya gaji RM13,000-RM14,000 mereka akan terkesan. Dalam konteks pelaksanaan subsidi ini, apa data lain yang kerajaan akan guna? Apa fungsi PADU akan dimanfaatkan sepenuhnya di sini? Saya rasa, ini kita kena tengok balik.

Kedua, perluasan skop SST dan GST. Dulu, Pakatan Harapan kata sistem SST lagi baik dari GST. Sebab apa? Jumlah barang yang dicukai lebih rendah. Tiada sistem rumit untuk meningkatkan kos pengurusan cukai seperti GST. Kini, hakikatnya cukai SST telah diperluaskan sekali lagi pada tahun ini dan tahun depan akan diperluaskan dan banyak lagi sektor akan tergolong dalam ini.

Tak banyak beza skop cukai SST dengan GST dahulu selepas 2025. Jadi, apa bezanya? Bezanya ketara. GST lebih efisien menghindar black economy dan tiada ketirisan serta lebih telus. Lagi banyak jenis cukai seperti cukai LVGT 10 percent, cukai DST lapan percent dan cukai HVGT 10 percent telah diperkenalkan.

Sistem e-Invois yang mempunyai ciri-ciri seperti sistem GST telah diperkenalkan, dilaksanakan. Jadi, kenapa pula kerajaan tak kembalikan sahaja cukai GST untuk ganti SST agar sistem cukai dipermudahkan dan kesan cukai bertindih yang menaikkan harga barang

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

lagi tinggi, dielak? Ini saya rasa, cascading effect ini banyak kali kita bincang. Jika malu, bolehlah tukar nama kepada cukai apa, MADANI ke, tak apa. Tetapi asalkan berdasarkan kepada konsep GST.

E-invois ini subset kepada GST. Kalau kita teruskan dengan GST, pasti e-Invois tak diperlukan lagi. Tetapi sekarang dengan pelaksanaan e-Invois, kerajaan terpaksa berbelanja bagi pembelian peralatan ICT dan pakej perisian komputer. Sudah dua kali belanja. Bukankah pembaziran ini amalan syaitan? Berapa pula jumlah perbelanjaan yang akan dibelanjakan kerajaan untuk tujuan ini? Ini belum lagi termasuk jaminan keselamatan sekiranya berlakunya sistem penggodaman atau – dan seperti apa yang dihuraikan tadi. Sebelum pengumuman Belanjawan 2025, ramai penganalisa berpendapat bahawa SST sepatutnya tahun depan adalah tahun yang paling optimum untuk kita bawa balik.

Jadi, saya beralih kepada cukai HVGT. Setelah meneliti pembentangan belanjawan ini, saya tertanya-tanya, apa sudah jadi dengan Cukai Barangan Bernilai Tinggi (HVGT)? Jika dalam pengumuman Belanjawan 2024 sebelum ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada menyentuh tentang penggubalan perundangan baharu bagi melaksanakan HVGT pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barangan bernilai tinggi seperti jam tangan dan juga barang kemas berdasarkan kepada nilai ambang harga barangan.

Malah dalam jawapan balas kepada saya, yang saya terima daripada MOF juga sekadar memaklumkan penangguhan pelaksanaan cukai yang sepatutnya mula dilaksanakan 1 Mei ke satu tarikh yang akan diputuskan oleh Jemaah Menteri. Apa sudah jadi dengan HVGT? Bukankah pengenalan cukai ini adalah suatu yang munasabah untuk dilaksanakan dan dianggap mampu menyumbang tambahan hasil sehingga RM1 bilion kepada kerajaan?

Apakah yang menyebabkan kerajaan mengambil keputusan untuk tidak melaksanakan HVGT sepertimana negara-negara lain seperti China, Taiwan, Indonesia, Korea Selatan dan Chile? Apakah sehingga sekarang, kerajaan masih tidak boleh mentakrifkan nilai ambang barangan mewah berkenaan? Sudah hampir satu tahun tetapi masih tiada khabar berita tentang HVGT.

Apa yang terus menjadi persoalan ialah rakyat tanya pula, kenapa kita boleh laksanakan Cukai Barangan Bernilai Rendah untuk barangan diimport bernilai RM500 ke bawah sejak 10 bulan yang lalu? LVGT ini dikatakan sesuatu yang adil berbanding dengan HVGT. Saya nak tanya, sejauh manakah kutipan LVGT ini sehingga kini berjaya merangsang ekonomi rakyat berbanding pelaksanaan HVGT?

Seterusnya, tentang cukai dividen dua peratus. Berkenaan dengan cukai pada tahun taksiran 2025 ke atas pendapatan dividen melebihi RM100,000 yang diterima oleh pemegang saham individu. Ini agak mengejutkan. Selepas tahun 2008, Malaysia mengamalkan sistem cukai single-tier di mana syarikat tidak perlu memotong cukai untuk dividen yang dibayar kepada pemegang saham.

Cukai hanya diperlukan di peringkat syarikat melalui cukai korporat. Negara yang mengguna pakai cukai dua kali ke atas pendapatan dividen biasanya adalah negara-negara

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

maju seperti Amerika Syarikat, UK, Perancis, Kanada, Korea Selatan dan Jepun.

Pelaksanaan cukai dividen ini secara tidak langsung boleh dilihat sebagai lanjutan daripada Cukai Keuntungan Modal (CGT) ke atas saham tidak tersenarai yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2024.

Perkembangan negatif ini berpotensi menjejaskan pelabur tempatan dengan aset melebihi RM2 juta, dengan mengandaikan hasil dividen sebanyak lima peratus. Justeru, kerajaan perlu menjelaskan, apakah ini akan digunakan untuk pendapatan dividen daripada semua kelas aset dan apakah pelabur asing juga turut dikenakan cukai dividen ini?

Selain itu, saya juga melihat pengenalan cukai ke atas dividen melebihi RM100,000 mampu menjadi batu penghalang kepada pengusaha kecil dan sederhana daripada mengembang perniagaan mereka ataupun memperoleh keuntungan yang tinggi. Semalam, PERDASAMA pun telah buat satu kenyataan yang sama.

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Hal ini kerana bagi kebanyakan pemain PKS, sebahagian besar daripada dividen itu akan disalurkan kepada pemilik perniagaan kerana ramai daripada mereka tidak mengambil gaji kerana masalah aliran tunai. Jadi, adakah kerajaan mempertimbangkan untuk mengecualikan PKS daripada dikenakan cukai dividen dua peratus ini?

Seterusnya, kadar cukai eksais gula. Untuk kenaikan duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa mulai 1 Januari tahun depan dengan kadar 40 sen seliter kini naik daripada 50 sen kepada 90 sen, saya sikit tak fahamlah. Kerajaan tak boleh impose cukai tetapi dalam masa yang sama memberi subsidi kepada pengilang gula. Ini kerana atas faktor keselamatan. Itu alasan justifikasi kita. Ini macam bagi vitamin, racun dalam masa yang sama. Kerajaan tak boleh buat kedua-dua perkara serentak. Kena pilih salah satu. Apakah hasrat kita? Apakah objektif kita?

Harga gula di Malaysia di bawah harga siling adalah disebabkan pemberian subsidi oleh kerajaan sebanyak RM42 juta sebulan kepada semua pengilang di Malaysia sejak November 2023. Ini yang perlu dihentikan kalau kita serius atas faktor kesihatan rakyat.

Maka, saya ingin bertanya, apakah dengan kenaikan duti eksais ini kerajaan masih boleh meneruskan pemberian insentif dan subsidi gula kepada para pengilang?

Seterusnya, gaji minimum. Pengumuman gaji minimum bulanan daripada RM1,500 kepada RM1,700 akan memberi kesan yang besar terhadap PMKS yang merupakan pemacu ekonomi negara memandangkan 40 peratus contribution datangnya daripada sektor PKS.

Kenaikan secara mendadak RM200 bukan sahaja melibatkan gaji minimum semata-mata.

Ia terpaksa menggerakkan setiap gred tangga gaji setiap pekerja dalam syarikat tanpa mengira sama ada terdapat anjakan produktiviti. Malahan, yang paling terkesan ialah PMKS yang banyak bergantung pada pekerja asing kerana pengiraan OT setiap pekerja asing berdasarkan gaji pokok yang lebih tinggi. Kesannya, kos pengeluaran akan meningkat, keuntungan syarikat akan berkurangan. Jadi, inilah akibatnya.

Selain daripada itu, dasar progressive wages akan dilaksanakan pada tahun depan juga. Bagaimana kerajaan membantu PKS ini?

draft • 2:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Seterusnya, saya terus kepada pendidikan. Terima kasih kepada PM kerana memberi peruntukan yang besar pada sektor pendidikan. Untuk tahun kedua berturut-turut kerajaan menyediakan RM1 bilion khusus untuk semua sekolah termasuk SJKC, SJKT, SABK, sekolah kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan, SMJK dan sekolah mubaligh. Berapa jumlah SJKC dan SMJK yang telah selesai menerima bantuan menyelenggara untuk tahun lepas?

Apakah masih ada sekolah yang masih belum menerima bantuan?

Pakatan Harapan ketika jadi pembangkang sentiasa mahu penyaluran peruntukan penyelenggaraan sekolah bagi semua aliran dibuat secara telus. Itu kita sokong. Akan tetapi, sejak dua tahun kebelakangan ini, butiran mengenai peruntukan penyelenggaraan untuk SJK(C), SJK(T) tidak dinyatakan secara eksplisit. Bukankah ini sebahagian daripada dasar ketelusan yang kita tekankan? Macam SJK(C), kita ada 1,302 buah. Untuk sekolah bantuan kerajaan, kita ada 890. Yang selebihnya 400 lebih adalah sekolah kerajaan. Bagaimana agihannya?

Jadi, satu lagi. Konsep derma dan bina ini adalah dasar baharu KPM. Saya pun tidak faham dia dapat tentangan daripada masyarakat Tionghoa dan juga LPS. Perkara ini patut disemak apa justifikasi kementerian.

Di sini juga saya minta supaya KPM mempercepatkan proses pembinaan 10 buah SJKC baharu dan enam buah SJKC yang berpindah yang telah diluluskan pada tahun 2017 khususnya SJK(C) Kuek Ho Yao dan SJK(C) Sim Mow Yu di Johor Bahru. Dana sudah ada.

Cuma tunggu greenlight. Dah tunggu hampir dua tahun.

Jadi, sebagai penghujung, saya ingin membawa dua isu kawasan. Pertama, pelebaran Jalan Muar dari Tol Yong Peng Utara ke Pekan Parit Yaani. Panjang queue itu sampai lima kilometer. Cuma nak masuk tol sahaja. Itulah satu-satunya jalan daripada Yong Peng, daripada PLUS Highway nak keluar sampai ke Batu Pahat. Sampai satu jam lebih. Ini memerlukan belanja lebih kurang RM12 juta. Kerana ada bottleneck.

Saya minta supaya JKR tengok balik. Ini memang kos, congestion cost terlalu tinggi.

Hendak selesaikan untuk susur keluar itu sahaja RM3 juta. Kalau keseluruhan sampai ke Parit Yaani mungkin RM12 juta. Saya minta supaya kementerian ini beri perhatian kerana ini merugikan ekonomi kita.

Satu lagi saya bertanya kepada pihak JKR. FT01 yang mana jalan daripada Chaah, Kampung Desa Temu Jodoh ― nama pun sedap. Daripada Chaah sampai ke Ayer Hitam.

Masih belum dibuat. Sebahagiannya telah dibuat di Pekan Yong Peng, tetapi saya berharap ia dapat disambungkan. Missing link cuma di sini sahaja.

Satu lagi, FT050. Oleh sebab saya tak dapat pergi ke Kamar Khas, saya minta supaya disempurnakan dari Tol Ayer Hitam sampailah ke Kluang. Inilah harapan saya.

Sekian, terima kasih.

draft • 2:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. Saya persilakan Yang Berhormat Pokok Sena.

draft • 2:50 PM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Dato’ Indera Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi ruang untuk turut serta menyampaikan beberapa pandangan mengenai Belanjawan 2025.

Harus diingat, belanjawan bukan sahaja soal di mana hasil diperolehi dan ke mana ia dibelanjakan. Bahkan, apa yang lebih penting untuk diteliti ialah impak berganda yang dinikmati sehingga kepada rakyat di lapangan.

Kedua, apalah ertinya kerajaan berbelanja semakin besar sedangkan hanya sedikit sahaja dirasai oleh rakyat terbanyak. Apatah lagi jika ia sebaliknya semakin menekan kehidupan rakyat.

Ketiga, belanjawan juga bukan sekadar di atas angka dan data, malah soal keberkatan turut wajar diambil kira. Inilah yang diingatkan Allah di dalam Al-Araf ayat 96...

[Membaca sepotong ayat al-Quran] Syarat yang diletakkan Allah ― iman dan takwa menjadi teras kepada keberkatan dari bajet, keberkatan dari belanjawan yang dibentangkan. Inilah juga maksud sebenar penghayatan terhadap tatacara pengurusan dan pentadbiran kewangan negara yang perlu untuk diambil perhatian sepenuhnya.

Dato’ Yang di-Pertua, sebagaimana rakan-rakan Yang Berhormat yang lain, saya juga ingin mengajak seluruh anggota Dewan yang mulia ini serta termasuk barisan pegawai di luar untuk kita menzahirkan doa yang penuh tulus ikhlas kepada saudara kita di bumi Gaza, Palestin serta Lubnan. Semoga Allah mengukuhkan tapak kaki mereka dan hati mereka untuk terus berjuang demi membebaskan bumi Palestin daripada kekejaman Zionis Israel. Biarpun pemimpin mereka pergi bersilih ganti ― As Syahid Sheikh Ahmad Yassin, As Syahid Dr. Abdul Aziz Rantisi, As Syahid Ismail Haniyeh dan yang terbaru As Syahid Yahya Sinwar ― namun, bersaksilah bahawa perjuangan di bumi barakah ini tetap terus subur dari generasi ke satu generasi.

Allah telah memberikan gambaran tentang perjuangan mereka. [Membaca sepotong ayat al-Quran] Al-Ahzab, ayat yang ke-23. Ada dari kalangan mereka yang sudah menunaikan janji, ada dari kalangan mereka yang gugur sebagai syuhada dan ada dari kalangan mereka yang terus bersedia untuk menanti menggantikan mereka yang gugur. Yang penting...

[Membaca sepotong ayat al-Quran] Mereka tidak mengubah pendirian mereka dan perjuangan mereka. Bahkan, saya yakin tongkat Sinwar akan menjadi asbab tumbangnya Zionis Israel sebagaimana tongkat Nabi Musa telah menenggelamkan Firaun pada satu masa dahulu.

draft • 2:55 PM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak negeri Kedah, saya ingin menyampaikan ucapan penghargaan kami kepada semua pihak. Khususnya pihak NADMA, JKM, RELA, APM, NGO Khidmat Malaysia dan Jabatan Amal serta barisan NGO dan orang perseorangan daripada seluruh negara yang telah hadir, turun ke negeri Kedah bertungkus-lumus membantu

draft • 3:00 PM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

meringankan mangsa banjir di Kedah baru-baru ini. Ucapan saya, saya ungkap dalam pantun yang berbunyi- orang Kedah dengan padi.

Kuning emas masaknya padi, Mawar merah dalam jambangan, Terima kasih daun keladi, Budi tuan jadi kenangan. Beberapa daerah di Kedah mengalami air pasang besar yang tinggi serta hujan lebat yang melebihi kapasiti, yang mengakibatkan banjir besar. Ada rumah yang dinaiki air sebanyak lima kali. Bahkan, ada lebih lagi. Ada yang di kalangan rakyat trauma bila melihat turunnya hujan. Lebih teruk, tengok pokok hujan pun dan takut dah kerana bimbang gelombang banjir berlaku lagi.

Tuan Yang di-Pertua, kini persoalan terarah kepada perancangan jangka panjang kerajaan bagi proses mitigasi bencana banjir pada masa yang akan datang. Dalam hal ini, saya ingin mendapatkan komitmen dari kementerian terhadap Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kedah, Anak Bukit, RTB Sungai Pendang Pakej I dan II, RTB Jitra Selatan yang sedang dalam pembinaan.

Begitu juga projek RTB yang masih dalam fasa pra pembinaan seperti RTB Baling Fasa I dan II, RTB Sungai Bongkok, RTB Bandar Baharu. Apa usaha yang dibuat untuk mempercepatkan pembinaan RTB ini sebagaimana yang dinyata dan disebut oleh Yang Amat Berhormat dalam ucapan belanjawan baru-baru ini? Hal yang demikian kerana kegagalan kerajaan mempercepatkan pembinaan RTB ini telah menyebabkan banjir besar yang melanda negeri sehingga mengalami tiga ke lima kali gelombang banjir sebagaimana dinyatakan tadi.

Oleh itu, saya mengharapkan agar disegerakan pelaksanaannya oleh pihak kerajaan supaya risiko bencana banjir dapat diminimumkan. Tambahan lagi, saya juga ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai lima Projek RTB serta tiga projek pemulihan sungai untuk negeri Kedah yang telah pun diangkat ke peringkat kementerian.

Antaranya adalah melibatkan RTB Sungai Temin, RTB Sungai Karangan, Kulim serta RTB Alor Semeliang, Padang Terap serta Projek Pemuliharaan Sungai Kulim dan Sungai Anak Bukit. Saya mengharapkan agar projek-projek yang disenaraikan ini mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak kementerian untuk dimasukkan dalam Rolling Plan Kelima RMKe-12.

Harus diingat, kelewatan RTB ini disiapkan akan memberi kesan kepada rakyat, kerugian banjir melebihi kos menyiapkan RTB itu sendiri. Saya beri contoh kerugian yang dihadapi oleh rakyat baru-baru ini. Contoh yang paling ketara, di samping rumah, kerosakan yang berlaku di merata tempat ialah kerosakan pada sawah padi. Lebih-lebih lagi di saat petani ada yang menanti untuk menuai hasil.

Ada dalam kalangan petani mengadu dengan saya agar dipercepatkan pembayaran pampasan yang amat diharapkan oleh mereka kerana kebanyakan daripada mereka sudah

draft • 3:00 PM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

kehabisan modal. Orang Kedah kata, ‘takdak modai dah’ untuk nak mengusahakan musim baru bagi bendang mereka.

Jadi, ini masalah yang kita harap agar diteliti, dibuat bancian dan diberi pampasan seberapa segera yang mungkin kerana kalau pak tani berhenti menanam padi, ertinya bekalan makanan akan terancam. Dalam waktu mereka dok tanam padi ini pun beras tempatan tidak ada di pasaran.

Kedua, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan juga menyediakan beberapa bentuk bantuan kewangan yang lain kepada mangsa banjir. Sebagai contoh, baucar pembelian perkakas elektrik kepada mangsa banjir yang terjejas teruk. Baucar bagi pembaikan kenderaan yang ditenggelami air bagi mereka yang berada di dalam keadaan yang sangat daif serta bantuan sokongan baiki rumah dan pembinaan rumah baru bagi mangsa yang kehilangan langsung tempat tinggal disebabkan bencana yang dinyatakan.

Saya kira ia wajar dipertimbangkan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir ketika ini.

Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 2025 meletakkan suatu paras perbelanjaan tinggi sehingga mencecah hampir setengah trilion. Jadi, sebelum ini sebut bilion, bilion, sekarang dah kita sebut hampir setengah trilion. Tetapi belanjawan besar ini juga sedang menyaksikan bagaimana item subsidi dan bantuan sosial sedang mengalami pengurangan yang ketara sejak dibentangkan belanjawan tahun ini.

Tahun 2024, peruntukan di bawah item ini dipotong 14.6 peratus kepada RM61.4 bilion kemudian untuk tahun hadapan sekali lagi mengalami pengurangan 14.4 peratus kepada RM52.6 bilion. Antara bentuk subsidi yang akan dipotong tentulah subsidi RON95.

Persoalannya, bukankah suatu masa dahulu kerajaan yang ada pada hari ini pernah berkata bahawa seharusnya negara yang memiliki petroleum lah menikmati harga jualan runcit petroleum yang paling rendah berbanding dengan negara lain?

Bukankah juga satu masa dahulu kerajaan yang ada pada hari ini pernah berceramah mengatakan bahawa pemotongan subsidi tanda kegagalan sebuah kerajaan menjaga rakyatnya? Bukankah kerajaan hari ini pernah berkata bahawa akan ada kesan berantai inflasi yang teruk jika kerajaan hari ini mengambil keputusan untuk menarik balik subsidi?

Melainkan segala apa yang diungkapkan suatu masa dahulu sekadar berfalasi tanpa fakta dan realiti.

Walaupun mungkin kerajaan berselindung di sebalik langkah kenaikan gaji minimum serta peningkatan peruntukan STR dan SARA, namun pastinya kesan kenaikan harga petrol ini akan terus menekan ekonomi rakyat dan kos sara hidup secara keseluruhan. Ibaratnya, satu pintu pertambahan pendapatan dibuka, berpuluh-puluh pintu kenaikan sara hidup yang lain juga dibuka sama. Semakin ramai akan berhadapan dengan defisit pendapatan, khususnya golongan M40 serta julat umur 30 hingga 59 tahun. Mereka akan terus terkesan menerima segala dasar tempang serta tidak teliti oleh kerajaan pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beralih kepada isu berkaitan industri padi dan beras negara. Dalam ucapan belanjawan tempoh hari disebutkan mengenai Projek Penanaman

draft • 3:00 PM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Padi Lima Musim Dua Tahun di kawasan MADA bagi Fasa I yang melibatkan peruntukan RM1 bilion dengan kira-kira 11,000 hektar.

Persoalan saya, berapa hektar akan melibatkan kawasan penanaman padi MADA untuk negeri Kedah dalam projek ini? Adakah ia kesinambungan daripada Projek Rintis Lima Musim Dua Tahun yang dimulakan tahun lalu? Di sini juga disebutkan bahawa Projek Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun di kawasan MADA juga termasuk dalam senarai projek yang akan dibiayai secara kerjasama awam dan swasta, melibatkan unjuran pelaburan RM78 bilion secara keseluruhan dengan beberapa projek lain.

Saya ingin mengetahui, apakah model pembiayaan awam swasta yang akan dijalankan dalam projek ini? Berapa sasaran pelaburan yang akan diperolehi serta apa manfaat langsung kepada produktiviti pengeluaran padi serta manfaat kepada pesawah?

draft • 3:00 PM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, kebergantungan subsektor agromakanan kita kepada import semakin tinggi. Dalam tempoh satu dekad sehingga 2023, jumlah import dalam sektor ini terus mencatatkan peningkatan iaitu RM38.8 bilion pada 2013 kepada RM78.7 bilion pada 2023. Meskipun dalam tempoh yang sama, kerajaan telah mula merangka dasar keselamatan makanan yang semakin jitu, hakikatnya tahap sara diri, subsektor ini semakin jauh daripada apa yang diharapkan. Kita bimbang, risiko ketidaktentuan geopolitik dan pasaran global yang ada pada hari ini menyebabkan negara berhadapan krisis makanan yang semakin meruncing.

Ketika saya turun menyantuni rakyat yang terkesan dengan bencana banjir tempoh hari, ramai yang bertanya tentang beras tempatan. Dalam keadaan krisis sedemikian, maka apa yang menjadi keutamaan kepada kita adalah soal makanan, khususnya beras. Sangat mendukacitakan apabila beras tempatan di pasaran domestik terus menghilang dan tidak ditangani dengan cermat oleh kementerian. Sedangkan data menunjukkan pengeluaran beras tempatan pada 2023 adalah 1.4 juta tan, menurun daripada 1.6 juta tan pada tahun 2022, manakala import beras adalah 1.3 juta tan.

Tuan Yang di-Pertua, minta sikit lagi. Ironinya, beras tempatan tiada di pasar runcit melainkan mana-mana kawasan yang ada pilihan raya kecil. Jadi jangan sampailah rakyat berdoa untuk kematian wakil rakyat mereka untuk mendapat bekalan beras tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, pihak negeri Kedah telah menghantar senarai, wishlist kepada Kerajaan Persekutuan. Antara yang termustahak adalah pengukuhan fiskal negeri melalui pemberian pampasan pemeliharaan tanah pertanian iaitu tanah sawah padi berjumlah RM200 juta. Kami berpandangan nilai tersebut adalah adil, memandangkan kos melepas yang tinggi disebabkan Kedah terus mempertahankan tanah sawah yang akhirnya menyumbang kepada tahap sara diri beras negara.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, ingin saya sentuh ialah mengenai Projek Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan di Kota Setar. Projek ini telah mengalami kelewatan serta apa yang juga mendukacitakan ialah kerosakan jalan di lingkaran timur dan Jalan Datuk Kumbar yang beralun-alun walaupun sudah dibaiki beberapa

draft • 3:10 PM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

kali. Saya mengharapkan agar kerajaan dapat mengatasi perkara ini dengan seberapa segera. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 3:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Sila, Yang Berhormat Ipoh Timor.

draft • 3:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih Dato’ Indera Speaker. Tahniah atas kerja yang hebat dan mantap di atas sana.

draft • 3:13 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

15 minit.

draft • 3:13 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

...Akhirnya dapat berucap, atau berbahas.

Memandangkan perbahasan ini akan melibatkan keseluruhannya tentang dasar, maka saya tumpukan perhatian kepada beberapa dasar yang jelas dekat di hati saya dan dekat dengan kawasan Ipoh Timor.

Pertama, berkenaan dengan TVET. Kedua, berkenaan dengan populasi dan kadar kesuburan rakyat kita. Ketiganya tentang kesihatan dan keempatnya berkenaan dengan mineral critical. Sebelum itu sekalung tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas ucapan belanjawan, pembentangan Belanjawan MADANI Ketiga yang cukup berinspirasi, cukup bijaksana dan pastinya telah diangkat sebagai belanjawan yang paling menjulang kesejahteraan rakyat. Lebih baiklah daripada tahun-tahun sebelumnya dan sebelum ini.

Baik. Pertamanya berkenaan dengan TVET. Secara umumnya, belanjawan untuk TVET telah dinaikkan daripada RM6.8 bilion ke RM7.5 bilion. Peningkatan ini adalah mesej jelas tentang komitmen kerajaan dalam memperkukuh modal insan, sektor yang berpermintaan tinggi dan memenuhi keperluan industri, laksana serampang dua matalah.

Sekali gus membuktikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, peralihan tenaga, aeroangkasa, kecerdasan buatan AI, data center dan pelbagai lagi yang berteknologi tinggi.

Peningkatan ini melimpahkan manfaat kepada pelbagai lapisan penerima. Pihak industri sudah tentu bertepuk tangan menerima modal insan yang terlatih. Golongan belia terpinggir pula dah tentu hala tuju hidupnya sudah tersusun cantik, sudah tahu nak jadi apa.

Belia komuniti miskin bandar yang terpinggir, yang di luar bandar mahupun Orang Asli yang jelas dikatakan dan dinyatakan dalam bajet ini khususnya berkenaan dengan TVET, semuanya takkan lagi tertinggal dan takkan lagi tercicir.

Kerajaan memang benar mengurangkan ketidaksamaan melalui pendidikan berasaskan kemahiran. Mana tidaknya RM3 bilion dana HRD Corp. semuanya ke sini mewujudkan tiga juta peluang pembelajaran. Institusi TVET dengan RM1.2 bilion je juga ke sini melatih 77,000 pelajar. Tak cukup dengan itu, Khazanah datang dengan Pembangunan belia K-Youth yang akan menyokong pembangunan bakat dalam sektor-sektor utama.

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sediakan RM500 juta dalam pembiayaan 20,000 pelatih dengan fokus pada sektor keutamaan seperti penyelenggaraan pembaikan dan operasi (MRO), kenderaan elektrik (EV), aeroangkasa, udah tentu dari segi

draft • 3:13 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

pelaksanaannya saya menyeru ha – ini seruannya datang supaya terma pembiayaannya lebih fleksibel, kelayakannya pula kena lebih luas semata-mata untuk menggalakkan lebih ramainya yang pakat-pakat mendaftar dalam kursus TVET untuk meluaskan – bukan sahaja menggalakkan untuk memberi insentif untuk anak-anak muda untuk menyertai kerjaya masa hadapan TVET.

Saya amat terkesan dengan dasar Belanjawan 2025. Bukan sekadar kerana saya adalah anggota Majlis TVET Negara tetapi bila mana kerjasama dengan industri menjadi satu taktik yang penting. Dia bukan strategi. Strategi itu pemikiran, taktik itu tindakan. Dalam belanjawan, program latihan baru untuk sektor khusus akan dipertingkatkan terutamanya antara institusi TVET dan industri seperti GLC macam TNB lah, SD Guthrie.

Dengar cerita Geely-Proton kat Tanjong Malim ada perancangan besar, tak jauh sangat dari Ipoh Timur tu Tanjong Malim. Ada perancangan besar nak wujudkan satu kolej TVET yang memang unprecedented lah dengan izin, skalanya dan juga apa yang yakni ngajarnya.

Juga dengar ceritanya dia orang nak hantar anak Malaysia untuk pergi ke China, pergi ke kilang-kilang ibu depa di sebelah sana, dapat ilmu pulang ke sini untuk menjadi pensyarah. Inilah apa yang dikatakan, diperlukan untuk place to train, di mana orang yang ada ilmu dapat bawa balik ke sini, kita letak orang sambil belajar, sambil dia dapat upah dan sambil bekoje. Hasrat ini juga perlu diperkukuh dengan tambahan RM50 juta untuk menarik orang industri untuk sertai Program Anak Angkat ILKA . Sepertinya apa yang sedang dibuat oleh DRB dengan Proton, dengan Geely.

Baik, saya nak tutup bab TVET ni tentang usaha yang Ahli-ahli Parlimen boleh dan perlu buat. Bawah program MCYTT, di mana sudah kita saksikan. Selain daripada Ipoh Timor, di mana kita telah hantar satu rombongan tidak kurang daripada 30 orang anak muda untuk menuntut ilmu berkenaan dengan design dan AI di China. Ahli Parlimen Kulai pula, walaupun dia Timbalan Menteri, dia juga turut serta dalam MCYTT di mana beliau telah menaja satu rombongan, tidak kurang daripada 20 orang anak-anak muda untuk pergi ke China, di bawah MCYTT untuk menuntut ilmu dalam AI related design. Di mana kita ada satu rombongan lagi. Separuhnya adalah anak-anak muda Ipoh Timor, separuhnya adalah anggota KKM di mana mereka telah pergi ke China di sebelah selatan, untuk menuntut ilmu yang terkini berkenaan dengan pencucian dan rawatan luka atau wound care, dengan izin. Separuh anggota KKM kerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri. Ini adalah antara usaha yang sedang dilakukan oleh pihak – saya sebagai anggota Majlis TVET Negara dan termasuk juga Timbalan Speaker dari Cameron Highlands. Beliau akan menghantar satu rombongan tidak kurang daripada 20 orang Orang Asli untuk pergi menghadiri program MCYTT.

Ada ramai lagi Ahli-ahli Parlimen yang sudah komited tapi kita belum ada kursus lagi nak pi sana, belum cukup ramai yang...

[Tidak jelas] Jadi kita perlu pakat-pakat sebagai Ahli- ahli Parlimen, untuk sama-sama berganding bahu, berputih tulang untuk menjayakan agenda pengarusperdanaan TVET ini.

draft • 3:13 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Baik masuk bab kedua tentang populasi dan kesuburan. Ini benda bukan ramai sangat yang nak sembang pasal kesuburan ha. Dalam Belanjawan MADANI ini, di sini sana ada banyak menyentuh pembangunan populasi, kesuburan dan kebajikan sosial. Ada banyak penekanan usaha berterusan kerajaan untuk tangani penurunan kadar kelahiran di Malaysia.

draft • 3:13 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Ada banyak sokongan kepada pembangunan keluarga. Dalam belanjawan, saya kagum dengan inisiatif 1,000 Hari Pertama Kehidupan. Ini memang progresif. Inisiatif ini memanfaatkan 420,000 ibu hamil untuk pengesanan dan rawatan awal penyakit dalam usaha melahirkan generasi yang sihat dan produktif. RM5 juta yang disalurkan suatu – yang segera kita perlukan. Bayi yang baru lahir amat berisiko tinggi dan ini pastinya memberi suatu ketengan kepada para ibu yang masa hadapan mereka are in good hands dengan izin.

Dato’ Speaker, belanjawan ini amat berpendekatan holistik. Kita hendak tangani kebajikan sosial kanak-kanak, keluarga dan warga emas. Fokus ini saya lihat sebagai pendekatan tidak langsung yang menjamin kepada kebaikan kadar kesuburan. Persekitaran yang menyokong keluarga ini pasti akan memperbaik kadar kesuburan. Kesannya populasi bolehlah meningkat. Ahli-ahli Yang Berhormat, mungkin ramai yang dah tahu penurunan kadar kelahiran di Malaysia ini adalah benda yang real, betul-betul sedang berlaku dengan izin.

Tahun 2024 kadar kelahiran di Malaysia pada sekitar 14.9 setiap 1,000 orang penduduk. Sepuluh tahun lepas 16.6 kelahiran setiap 1,000 penduduk, dia turun. Demi generasi masa hadapan kita perlu bercakap dengan bertindak tentang manfaat jangka panjang daripada pelaburan pembangunan populasi dan sokongan kesuburan. Dahulu kita sembang kencang tentang family planning untuk menurunkan kadar kesuburan. Sekarang kita sendiri, ludah ke langit muka sendiri yang kenalah.

Saya berulang kali ingatkan, Malaysia ini semakin menua. We are an ageing nation.

Bukan itu sahaja, kadar kelahiran pun turun mendadak. Saya cadangkan langkah tambahan.

Kalau boleh, adjust sedikit untuk mengurangkan lagi beban ekonomi ke atas keluarga seperti peningkatan cuti bersalin, cuti bapa, cuti bapa. Macam temanlah atau penambahan faedah sokongan anak. Inisiatif 1,000 Hari Pertama ini boleh di bingkai sebagai asas penting untuk kesihatan populasi masa hadapan Malaysia. Sekali jalan tangani cabaran kesihatan awam dan kesuburan.

Dato’ Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat. Awal bulan lepas saya bersama dengan beberapa orang rakan mewakili Malaysia untuk Asian Forum of Parliamentarians on Population and Development (AFPPD). Kita pergi Bali untuk menghadiri Executive Committee. Saya melihat pelbagai peluang terbaik terbentang luas untuk Malaysia sekiranya kita berjaya dalam proses pembidaan untuk menjadi sekretariat global AFPPD ke sini, ke Kuala Lumpur, ke tanah air kita.

Biar pun AFPPD bertindak banyak dalam ruang lingkup penglibatan advokasi, namun menjadi tuan rumah untuk beberapa tahun yang akan datang, tiga ke, enam ke, sepuluh ke,

draft • 3:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

selama-lamanya, nyata akan membawa manfaat tersendiri. Sebarang hala tuju kerajaan pastinya boleh disokong oleh UNFPA sebagai rakan kongsi pelaksanaan.

Alangkah baiknya jika dipadankan seiring dengan menjadi tuan rumah ASEAN dan keputusan yang bakal dibuat sama ada Malaysia atau Kemboja akan menang dalam pembidaan tersebut. Saya tidak boleh memberi jaminan, saya tidak boleh kata kita akan menang atau tidak tetapi saya selaku Timbalan Presiden, Kapit selaku Presiden, Parit Sulong sebagai SU.

Anggotanya, Miri, Bukit Bintang, Tampin, Sungai Petani, Kudat, Puncak Borneo, Kota Belud, Kapar, Mersing. Yang Berhormat Hatta daripada Senate, kita akan berputih tulang sehingga kita menang pembidaan itu untuk menjadikan Malaysia sebagai sekretariat kepada AFPPD global, kalau kawan-kawan sokonglah.

Sudah tentu kalau rakan-rakan di Parlimen sokong, sudah tentu kita perlu menuntut, meminta, merayu supaya kerajaan dan Yang Amat Berhormat dan di Kabinet untuk sokong juga. Kita telah berjumpa dengan beberapa orang Menteri termasuk Menteri Luar, sat lagi, minggu depan saya akan jumpa Menteri Ekonomi. Saya sudah jumpa dengan Menteri Dalam. Harap-haraplah dengan sokongan kerajaan kita dapat bukan sahaja membida, bukan sahaja memenangi pembidaan tersebut tetapi kita akan menang menjadi secretariat yang terhebat dalam sejarah AFPPD beberapa puluh tahun itu.

Ketiga, kesihatan. Ini panas sedikit. Belanjawan MADANI 2025 ini jelas membawa lonjakan besar dalam sektor kesihatan negara. Fokus yang diberi kepada peningkatan infrastruktur hospital dan pengurusan kos penjagaan kesihatan adalah tepat pada masanya.

Bukan itu sahaja, kerajaan juga memberi ruang kepada rawatan yang lebih inovatif dan terkini, sesuatu yang akan membuka harapan baru kepada ramai pesakit.

Dengan perkhidmatan seperti kardiologi, nefrologi, radiologi diutamakan melalui kerjasama awam swasta, kita sedar bergerak ke arah sistem penjagaan kesihatan yang lebih canggih dan efisien dan efficacious. Lebih menarik lagi mekanisme pembiayaan baru ini akan memastikan tiada siapa pun akan tertinggal walaupun mereka kurang mampu. Tidakkah ini bukti bahawa kerajaan benar-benar ambil kira terhadap kebajikan setiap lapisan masyarakat dan rakyat? Isu kesihatan, isu nyawa ini seharusnya merentasi identiti seseorang, tidak kira keturunan, agama dan status dalam kalangan masyarakat.

Dato’ Speaker, Belanjawan MADANI ini ialah keprihatinan kerajaan terhadap rakyat melalui peningkatan infrastruktur hospital yang amat diperlukan. Dengan RM1.3 bilion untuk naik taraf wad dan tandas uzur, rakyat akan nikmati suasana rawatan yang lebih selesa.

Klinik-klinik yang perlukan pembaikan juga akan dapat peruntukan RM300 juta. Selain itu RM100 juta juga akan disalurkan untuk peralatan perubatan terkini di pusat-pusat seperti Institut Kanser Negara, Institut Endokrin, pembinaan pusat kanser di Kuching, Hospital Pakar Jantung di Kota Kinabalu. Inilah antara komitmen kerajaan.

Tetapi, namun demikian, kendatipun begitu, tak nampak Hospital Raja Permaisuri Bainun, General Hospital di Ipoh dapat pengumuman untuk selesaikan masalah HRPB yang not fit for purpose ini. Saya merayu, saya meminta supaya dapat dipertimbangkan. Jangan

draft • 3:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

kita hendak sembang pasal hendak tunggu rolling plan. It is becoming not fit for purpose dengan izin. Harap-haraplah kita boleh dapat sebab kita bukan sahaja tentang infrastruktur.

Ipoh ini kita perlukan *cardiothoracic services centre.

I am starting to sound like a broken record*, berulang-ulang teman sebut benda ini.

Tetapi apabila sidang lepas udahlah kita sembang pasal sudah lulus pinda Akta Perubatan.

Dua-dua Dewan, Dewan Negara, Dewan Rakyat sudah lulus pindaan Akta Perubatan tetapi yang sudah qualified 14 orang pelatih cardiothoracic surgery ini, belum gazet-gazet lagi. Jadi mereka tidak masuk-masuk lagi NSR. Pada ketika kita tidak cukup surgeon, apabila undang- undang sudah lulus mereka belum masuk NSR lagi. Cardiothoracic services centre di Ipoh tidak ada duit lagi, belum buat lagi.

Saya mohon supaya sekurang-kurangnya Menteri Kesihatan boleh dapat sedikit fokus atau memberi sedikit masa dan sumbangan masa untuk menjawab sama ada peruntukan yang – tahniah kepada Kuching, tahniah kepada Kota Kinabalu, tahniah kepada hospital-hospital lain yang dapat. Ipoh Timor dapat ke tidak?

Last sekali, nadir bumi, unsur nadir bumi. Dalam Belanjawan 2025 point 114 berbicara tentang sokongan kerajaan kepada pembangunan industri unsur nadir bumi (REE).

Saya kagum bila mana kita mahukan kerjasama dengan negara seperti China dan Australia yang punyai keupayaan teknologi. Saya kagum juga apabila kerajaan bercadang meminda Akta Pembangunan Mineral 1994 selain memulakan pemetaan potensi sumber REE. Hasrat ini datang tepat pada masanya. Tepat pada kemelut jiwa politik yang mana kita perlu pasakkan kaki dengan deposit yang melimpah ruah walaupun keupayaan memproses masih terhad tetapi ada.

Kita sebenarnya mempunyai kumpulan bakat yang terlatih, rantaian nilai REE Ini sudah mula wujud tetapi masih belum mencapai potensi sepenuhnya. Sayang jika kita membiarkan peluang ini terlepas begitu sahaja. Tetapi saya rasa ada ruang untuk lebih memantapkan lagi lebih memperhebatkan, ‘memperhandalkan’ lagi strategi mikro negara kita daripada dalam ekosistem atau dalam rantaian nilai dan rangkaian bekalan tentang REE ini.

Adakah kita bersedia untuk beralih daripada pendekatan sekarang yang mengasingkan mineral atau mineral extraction, dengan downstream dengan mainstream production.

Adakah kita bersedia untuk mewujudkan the complete value chain from mine to microchip memandangkan ia sebagai satu rantaian nilai yang secara keseluruhannya adalah satu rantaian nilai.

draft • 3:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Kita dengar US sedang sembang kencang sudah berapa tahun tentang chip war.

Sebab itulah perang yang depa tengah menang. Kita dengar tentang rare earth race yang sering kali diungkapkan oleh China kerana itu adalah perlumbaan mereka menang. Kita di Malaysia, sering kali kita kata ─ kita bak kata Kota Raja, gajah bertarung, kita tak naklah jadi gajah bertarung, pelanduk yang mati dipijak di tengah-tengah.

Sebenornya kita tidak perlu menjadi pelanduk pun. Kita Malaysia ini, kita harimau.

Gajah bertarung, gajah itu US dengan China. Dalam critical minerals ini depa ini bertarung

draft • 3:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

tetapi kita boleh menjadi harimau yang cerdik yang tak perlu dipijak. Kita boleh nyong nyeng nyong nyeng, kita boleh berusaha gigih, kita boleh kenyang berusaha gigih di rumah kita sendiri.

Jadi, sebagai penutup dua paragraf. Adakah kita punyai liputan saringan goals standard databased? Ambil contoh one to one million surface geology, radiometric scan, magnetic scan, gravity mapping, electromagnetic scanning, magnetotellurics scanning, surface geometry scanning, heavy metal analysis untuk establish-kan path finder elements yang ada untuk beritahu kita sebenarnya ada berapa banyaknya yang kita ada seluruh Malaysia.

Jadi saya percaya, selain daripada penilaian dan pemetaan mineral, kita juga perlu buat satu penilaian pemetaan impak ekonomi mineral critical secara keseluruhan daripada mine kepada microchip. Saya percaya ISIS Malaysia adalah entiti terbaik untuk memimpin penyelidikan ini bagi memetakan aktiviti-aktiviti rantaian nilai yang sudah beroperasi di Malaysia. ISIS dapat mengenal pasti jurang serta peluang dan mencadangkan perubahan dasar, ya perubahan dasar. Kita perlu ubah dasar sebab zaman sudah berubah.

Perubahan dasar untuk menarik pelaburan serta memperkasakan industri kita. Ini bukan sekadar soal ekonomi. Ini tentang masa depan teknologi kita, tentang memastikan Malaysia kekal relevan dan berdaya saing di peringkat global. Akhir kata, dengan mengenal pasti jurang dalam rantaian nilai ini, kita bukan sahaja mampu membangunkan industri pertengahan hingga ke hiliran tetapi juga mewujudkan pekerjaan baharu, menarik pelaburan, merangsang pertumbuhan mampan dan juga kedudukan geopolitik dan ekonomi Malaysia di persada dunia.

Belanjawan ini holistik. Jumaat lepas kita berkat sang penghulu hari, ia telah menghadirkan sinar harapan kepada perjalanan negara kita untuk membugar ekonomi, menjana perubahan dan kesejahteraan rakyat seluruh Malaysia khususnya di Ipoh Timor.

Saya berakhir dengan ucapkan terima kasih kepada Dato’ Indera Speaker. Ipoh Timor menyokong sepenuh-penuhnya.

draft • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timor. Silakan Yang Berhormat Semporna.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, terima kasih Yang di-Pertua kerana beri ruang dan peluang untuk saya turut membahaskan belanjawan walaupun saya ada minta daripada pagi awalkan sedikit dan ketua parti, presiden parti. Terima kasih banyak.

Tuan Yang di-Pertua, ekonomi negara kita dijangka akan berkembang lebih baik pada paras 4.5 hingga 5.5 peratus pada tahun hadapan. Didorong oleh permintaan tinggi pasaran tempatan dan aktiviti eksport. Faktor perkembangan ini juga digerakkan oleh

draft • 3:33 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

peningkatan gaji minimum serta kadar pengangguran menurun. Kita doakan negara kita di landasan yang diharapkan oleh rakyat di seluruh kawasan di negara ini.

Walaupun kerajaan dijangka menikmati peningkatan hasil yang lebih tinggi iaitu kurang 5.5 peratus tetapi kerajaan terpaksa belanja hampir 99 peratus daripada hasil ini untuk membayar perbelanjaan mengurus. Belanjawan RM400 bilion, almost 99 percent of the budget RM400 billion is spent on pengurusan.

Tetapi kerajaan terpaksa belanja hampir sebahagiannya manakala untuk pembangunan akan dibayar melalui hutang yang ada. Saya berharap dengan usaha yang ada, pihak kerajaan akan dapat sedikit sebanyak mengatasi masalah keadaan pengangguran, kemiskinan dan ketidakupayaan masyarakat kita di peringkat bukan hanya bandar, di luar bandar. Saya akan bangkitkan dan persoalkan banyak tentang delivery system yang ada.

Tidak ada ertinya kos yang begitu banyak ya, yang dibelanjakan oleh negara kita tapi hutang juga banyak. Namun demikian, masalah rakyat masih. Harapan saya di peringkat awal ialah belanjawan ini fokus to bring down cost of living, focus on reducing the cost of business yang ada di negara kita. Kalau kita berupaya untuk mengurangkan cost of living, bukan hanya dengan imbuhan, bantuan kewangan, pemberian seperti kerajaan dahulu BR1M, pelbagai tetapi kita reduce the cost. Then reduce the cost or bring business. Maka ini akan dapat meletakkan negara di landasan yang sepatutnya.

Dato’ Yang di-Pertua, baru-baru ini apabila saya turun ke bawah berjumpa dengan rakyat khususnya di bandar-bandar utama, bandar di Sabah seperti Keningau, Tulit, Pitas, di Lahad Datu dan di Kudat. Mengikut data yang dikeluarkan oleh Persatuan Majikan-majikan Sabah, sebanyak 32 peratus syarikat ataupun sejumlah 11,395 yang beroperasi di Sabah telah pun tutup operasi mereka sepenuhnya.

Oleh kerana keadaan ekonomi yang tidak sihat walaupun laungan Sabah Maju Jaya.

Atas laungan saja Sabah Maju Jaya tetapi banyak dah masalah peniaga-peniaga yang tutup di Sabah. Sudah berdekad lamanya mereka berniaga dan terlibat secara langsung dengan aktiviti perniagaan di kawasan setempat. Paling banyak adalah perniagaan yang membabitkan makanan dan juga barangan keperluan harian ataupun kedai runcit.

Perkara ini amat membimbangkan kerana punca pendapatan dan mata pencarian banyak keluarga terjejas. Dalam masa yang sama, perniagaan melibatkan rantaian permintaan dan pengeluaran sudah pasti pembekalan barangan yang dibekalkan, barangan ke kedai-kedai tersebut sebelum ini tidak lagi dapat meneruskan penjualan barangan mereka. Saya menyambut baik inisiatif kerajaan untuk menaikkan gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700.

Namun perlu berimbang. Kita boleh naikkan gaji RM1,500 ke RM1,700. Saya bimbang SME yang ada, IKS yang ada khususnya akan berhadapan dengan pelbagai masalah. How they will burden the cost yang ada untuk menampung bayaran itu ya.

Maka seharusnya saya cadangkan supaya untuk tidak membebankan mengakibatkan syarikat-syarikat khususnya SME, IKS yang ada di negara kita tidak akan

draft • 3:33 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

wind up. There must be win-win kind of situation di mana mungkin dikurangkan dengan cukai yang ada. Mereka dibebankan dengan peningkatan kos gajinya ya, operasinya, ditokok tambah oleh kerana kita bimbang keadaan ini, permintaan yang tidak begitu sihat di peringkat akar umbi kerana recovery economy cannot be realized in the short period of time, it takes time melalui kita punya proses recovery daripada mata wang kita dahulu. Bukan can be done overnight. Tapi saya berharap pihak kerajaan juga menimbangkan supaya yang terkesan syarikat-syarikat dan peniaga-peniaga yang akan terpaksa menampung perbelanjaan yang begitu besar terhadap pembayaran gaji-gaji ya, yang ada. Saya dapati bahawa ada setengah-setengah peniaga gaji dia serata sahaja. RM1,500 sama rata. Sama ada yang penjawat jawatan rendah ataupun atas oleh kerana kos operation is very high yang mereka terpaksa menanggung.

Jadi saya cadangkan agar usaha ini akan dapat dilaksanakan sebaik mungkin, mengurangkan ya, supaya cukai yang dikenakan kepada sektor-sektor yang terjejas oleh sebab kenaikan gaji. Kita naikkan gaji, tidak jadi masalah. Mungkin itu sudah agak lama tetapi di samping itu juga kita lihat bagaimana keperluan syarikat-syarikat ini.

Wujud ketidakseimbangan peluang pekerjaan di negara kita, ya. Di luar bandar, di bandar khususnya kita di peringkat negeri Sabah ya, walaupun dipaparkan data yang ada bahawa jobs opportunity is abandoned di Semenanjung ataupun di negara kita.

draft • 3:33 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Tetapi bayangkan anak-anak Malaysia yang datangnya dari Sabah, kalau nak mengisi jawatan itu yang peluang pekerjaan di Subang Jaya, di Shah Alam, di Kuala Lumpur, di Pulau Pinang, how did they maintain that? Bagaimana mereka menampung? Nak cari perumahan, nak bayar belanja tiket kapal terbang dah pun meningkat dan di samping itu, nak belanja makanan. You know? Cost of living, cost of getting jobs somewhere else in the country is a burden to them too. Maka dengan itu saya berharap dalam mengimbangi peluang pekerjaan, bawa industri ke kawasan-kawasan supaya kita imbangi yang ada. Bukan semuanya terletak di negeri Selangor sahaja, bukan semuanya terletak di Pulau Pinang sahaja. Tidak semuanya terletak di Johor. Harus diimbangi di kawasan-kawasan di mana ada raw material. Bayangkan di Sabah, raw material yang ada. 40 peratus daripada sumber yang ada sama ada minyak kelapa sawit berbagai-bagai yang ada, bawa ke Semenanjung. 45 percent, bukan kita eksport ke luar negara, ya.

Kenapa tidak diproses? Mungkin ada perniagaan join venture di antara usahawan dari Semenanjung dan Sabah untuk melahirkan peluang pekerjaan di situ. If it is nearer to the resource’s raw material yang ada, it will be costless. Bayangkan minyak kelapa sawit contohnya. Kalau kita proses downstream, further down sampai ke Sabah, mungkin peluang pekerjaan, mungkin barangan yang kita keluarkan di Sabah oleh kerana raw material nya berhampiran, maka kosnya kita- very competitive bila mana kita nak jual bersaing dengan negara-negara luar.

draft • 3:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Saya berharap usaha untuk mengimbangi peluang pekerjaan ini akan dapat dilihat serius oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah rakyat yang ada di peringkat akar umbi.

Ini belum diambil kira kemudahan-kemudahan pengangkutan yang lain seperti kemudahan- kemudahan MRT, LRT dan pelbagai ketidakseimbangan prasarana yang ada. Contohnya peluang pekerjaan yang ada di luar bandar, it takes time for them to reach to the place di mana mereka untuk bekerja.

Maka saya berharap bukan setakat itu, kita harus melihat apa skim yang ada. Saya dapati contohnya satu skim yang cukup menggalakkan iaitu Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dilakukan oleh pihak Kementerian Ekonomi. Saya galakkan kerana di situ bila saya lihat, saya waktu itu ada kita cadangkan di Tawau dan dia menelan belanja hanya dalam lingkungan RM5 juta dan membabitkan 80 orang rakyat Malaysia yang berada di Tawau dalam sektor pertanian, tanaman dan mereka mempunyai pasaran. Saya difahamkan mereka akan mendapat peluang pendapatan dalam lingkungan RM2,000 seorang. sebelum ini, 80 orang ini tak ada kerja lalu kita babitkan mereka terlibat dalam konsep IPR, salah satu konsep yang jauh baik daripada kita nak bagi imbuhan, cash delivery, bantuan kewangan, ya.

Mungkin we are creating a society very dependent, mentality culture yang bergantung. Tapi kita sokong untuk bagi bantuan kepada rakyat yang miskin. Tapi salah satu bantuan yang harus kita lihat secara mendalam dan kita bagi fokus ialah contohnya seperti IPR ini satu langkah yang dilakukan, ditingkatkan daripada semasa ke semasa.

Saya ingin menyentuh sedikit tentang Lapangan Terbang Tawau dan sistem penerbangan yang ada di negara kita. Baru-baru ini kita sedar dan tahu masalah pengangkutan yang agak dah delay flight. Saya dah suarakan dalam sesi Dewan yang lalu dah.

Sebagai seorang penumpang dari Kota Kinabalu sampai ke KLIA mengambil masa lebih setengah jam nak sampai ke aerobridge dia dan lepas itu ada seorang daripada penumpang itu sakit jantung. Saya terpaksa berhubung dengan CEO MAS, Kapten Izham.

Saya maklumkan, I said, “Can you please make sure that supaya MAB itu, bridge itu boleh link up to the aircraft”. Aircraft dah sampai dah tapi tak boleh, northbridge tak boleh sampai dekat aircraft. Penumpang seorang yang sakit jantung.

Dan ini perkara yang harus dilihat secara serius perjalanan MAB dalam mengurus sistem penerbangan yang ada dan saya berharap sungguh. Contohnya hari ini, dahulu kita mempunyai 10 flight dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. Hari ini tinggal lima flight sahaja.

Esok saya balik, lepas itu kena airlines Batik ke apa ke, MAS tak ada. Tak ada penerbangan MAS esok ke Kota Kinabalu. Bayangkan*.

Where did we go? How can we interact?* Macam mana kita nak satukan umat? Kita bergantung dengan satu sistem penerbangan yang kerajaan biayai yang dahulunya baik.

There must be something wrong with the system there, ya. Rectify that sebaik mungkin dan saya bimbang.

Saya juga difahamkan hari ini lebih daripada 65 engineer dah letak jawatan. 65 engineer saya difahamkan dan beralih kepada negara jiran kita, Singapore Airlines, ke Qatar

draft • 3:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

kerana gaji yang mereka peroleh jauh baik. Kebimbangan saya bukan setakat kelewatan sistem penerbangan yang ada, sistem pengurusan pentadbiran yang tidak ada koordinasi dia dengan secara baik bahkan di samping itu juga saya melihat daripada segi keselamatan.

Kalau dah engineer lebih daripada 60 orang letak jawatan, how did we sure that the aircraft is safer for us to fly? Dalam keadaan cuaca yang semakin mencabar, dalam keadaan cuaca yang semakin tidak menentu dan saya berharap perkara ini diberi keutamaan kerana kita amat bergantung dengan sistem penerbangan Malaysia.

Selain daripada itu, AirAsia. Kerana masa itu saya masih ingat masa saya Ketua Menteri, saya bagi pinjam AirAsia RM300 juta daripada kerajaan. Saya bagi pinjam pasal saya tahu penting kepada kita sistem penerbangan ini bukan hanya untuk membolehkan rakyat Malaysia dari Sabah ke Semenanjung, rakyat Malaysia ke Sarawak, tidak tapi juga membawa pelancong. Bayangkan keadaan ini, kalau tidak dapat direalisasikan, maka ini akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi. Itu pun tuduhan, bila saya bagi pinjam duit RM300 juta, dah ada rasuah. Macam-macam fitnah sahaja.

Saya sokong tindakan rasuah yang ada. Ambillah tindakan sebaik mungkin terhadap pihak-pihak yang telah terbabit dalam sektor-sektor ini. Bank, Sabah Bank Development belanja duit sampai nonperforming loan dalam lingkungan RM5 bilion. Tak ada tindakan. Saya dah hantar dengan Jabatan Audit Negara untuk tindakan, harus diambil untuk mengatasi masalah ini.

Saya juga ingin bertanya kepada pihak Kementerian Pengangkutan. Saya dengar bahawa MASwings akan diambil alih oleh pihak Kerajaan Sarawak. Saya ingin bertanya sama ada daripada segi subsidi pengangkutan luar bandar yang dahulu memang sudah ada antara Sabah, Sarawak, peralihannya sama ada dia masih berkekalan ataupun tidak.

Saya berharap kalau keadaan ini tidak dapat direalisasikan, saya bimbang peningkatan harganya kerana MAS, tak ada dah penerbangan Malaysia lain, 737 dari Kota Kinabalu ke Sandakan, dari Kota Kinabalu ke Tawau. Ia bergantung daripada MASwings.

Kota Kinabalu ke Sandakan, Sandakan ke Tawau mengambil masa, ya. Saya bimbang sangat kalau sekiranya tidak ada subsidi yang diteruskan ataupun diberikan seperti yang sediakala ada dan ini membimbangkan saya.

Dato' Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang sektor kesihatan. Dalam belanjawan pada kali ini, saya dapati bahawa sektor ini juga mempunyai peruntukan yang begitu besar, RM45 bilion dan saya dah suarakan dalam belanjawan dahulu, di antara dua kementerian. Satu Kementerian Kesihatan, satu Kementerian Pendidikan. RM45 bilion tetapi saya sedih menyatakan di sini, keadaan yang berlaku.

Contohnya kejadian di Lahad Datu, suicide nya ada yang berlaku dan saya dah hantar maklumat kepada kementerian, Menteri Kesihatan, Datuk Dzul dan saya nyatakan tentang bagaimana pentingnya. Dahulu saya suarakan, pakar jantung di Sabah cuma satu sahaja. 3.9 juta rakyat, pakar jantung, specialist untuk nak buat bedah. Ada pakar-pakar lain, cuma satu. Bila kita bersuara, tambah dua, tiga sahaja.

draft • 3:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Bayangkan tak ada di Semporna, tak ada di Keningau, tak ada pakar jantung di tempat-tempat cuma di Kota Kinabalu, di Sandakan, tiga tempat sahaja. Keadaan ini membimbangkan, negeri Sabah ini seluas. Kawasan Kinabatangan sahaja seluas negeri Pahang. Lahad Datu lagi luas, kawasan Lahad Datu lagi luas lagi daripada negeri Perak.

[Ketawa] Bayangkan satu kawasan itu bukan mudah bagi kita nak mendapat kemudahan kesihatan. Saya berharap sungguh kesihatan ini bukan hanya berita baik yang kita hendak siarkan, nak sebarkan RM45 bilion sistem pengangkutan.

Daripada mula lagi, Yang Berhormat Chua Jui Meng, Menteri Kesihatan, saya dah suarakan dah. Bagilah kemudahan kesihatan di Semporna. Operation room pun tidak ada di hospital yang ada itu. Kalau ada sakit jantung, kalau ada penyakit yang lain, kita terpaksa bawa ke Tawau. Dari Semporna ke Tawau, satu jam. Sepanjang jalan itu kadang-kadang bukannya- mungkin orang meninggal dunia, ya. Dah lah jalan tak begitu sempurna, nama sahaja Semporna. Ini yang membimbangkan kita.

draft • 3:40 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Jadi saya berharap sungguh Kementerian Kesihatan akan dapat melihat dengan serius bukan setakat keadaan pengurusan kesihatan, sistem perubatan yang ada. Dan sampai ketika dia di negeri Sabah kita tidak boleh bergantung dengan syarikat-syarikat hanya pembekalan mungkin joint venture di antara syarikat dari Semenanjung dengan syarikat di Sabah untuk buat medicine (perubatan) Panadol, berbagai.

Sebahagian besar bekalan ini dari Semenanjung yang mengambil masa mungkin sudah sampai ketikanya perkara ini dapat direalisasikan untuk membolehkan supaya didekatkan kemudahan-kemudahan ini dengan rakyat yang amat memerlukannya. Saya akan memantau, esok lusa saya akan balik. Saya akan ke Tawau dan saya akan lihat bagaimana keadaan kesihatan. Di Tawau itu cukup membimbangkan. Satu-satu pusat, kalau ada pesakit dari Lahad Datu, dari Kunak, daerah Semporna kami hantar pergi Tawau dan kemudahan itu tidak mencukupi.

Masalah― itu yang saya hendak ambil. Saya harap Kementerian Kesihatan ambil tindakan tegas tentang keadaan kejadian commit suicide doktor yang ada. *Check what is it?

Is it because of* pengurusan pentadbiran di situ tekanan, workload yang ada? Saya hendak maklumkan di Dewan yang mulia ini untuk sektor kesihatan sahaja pada tahun 2023 sahaja dilaporkan seramai 270 doktor telah berhenti. Manakala dari Januari hingga September tahun ini direkodkan sudah lebih daripada 150 doktor berhenti tidak meneruskan latihan housemanship mereka.

Jika kita lihat dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas, Malaysia menyasarkan 25 orang doktor dan 21 katil kerajaan untuk setiap 10,000. Walau bagaimanapun, pada masa ini kita hanya memiliki 18 orang doktor dan 15 katil hospital kerajaan untuk 10,000 orang.

Angka ini masih jauh yang disasarkan. Saya berharap jumlah pakar doktor yang letak jawatan last year 270. Sudahlah kita perlukan doktor, letak jawatan pasal apa? Kemudahan, mungkin gaji mereka, kontrak yang ada masalah kontrak.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Keduanya dari segi tekanan kerja yang saya nyatakan tadi. Penduduk 3.9 juta berapa orang dia hendak service dari segi jumlah doktor 18 doktor yang ada have to service 10,000 people yang ada. Saya cadangkan ada anak-anak kita yang datangnya dari Sabah...

[Tidak jelas] .. doktor hendak minta supaya pindah ke Sabah let them go. Saya minta Kementerian Kesihatan untuk membolehkan, meringankan supaya bila mereka berkhidmat di Semenanjung, cari rumah, sewa rumah, kenderaan yang ada. Kalau mereka berkhidmat di situ kemungkinan berhampiran dengan kemudahan-kemudahan yang ada.

Di samping itu, saya juga difahamkan ada tekanan, sexual harassment. Sexual harassment yang ada dalam perkhidmatan ini membimbangkan saya. Ada laporan yang sudah diberikan tetapi malangnya tindakan tidak diambil. Saya sudah maklum dengan, saya sudah hantar surat kepada kementerian untuk pastikan supaya tindakan tegas diambil.

Jangan lahirkan keadaan ini kerana ini pakar-pakar dan perkhidmatan ini yang amat diperlukan oleh rakyat yang memerlukannya. Bayangkan sudahlah sexual harassment di situ, sudahlah dalam tekanan dari segi workload yang ada, sudahlah keadaan gaji yang mungkin ataupun kontrak yang tidak seimbang, mereka tidak mampu untuk berkhidmat.

Seperkara lagi yang saya hendak highlight ialah berhubung kait dengan Pan Borneo.

Terima kasih banyak atas apa yang telah diumumkan perbelanjaan menelan belanja yang begitu banyak tetapi saya berharap sistem yang ada. Saya sudah maklumkan kepada Menteri Kerja Raya supaya bila melihat dari segi proses yang dahulu. Saya sokong pre-Q tetapi malangnya saya difahamkan pre-Q yang ada itu membabitkan dengan pertimbangan syarikat-syarikat yang kapital mereka tinggi.

Saya difahamkan tidak tahu betul kah tidak ada tiga listed company dari Semenanjung yang dapat kontrak ini dan tiga listed company ini mereka tidak ada manpower di Sabah. Mereka tidak ada kemudahan batu kelikir dan sudah pasti mereka akan subkontrak kepada syarikat-syarikat di Sabah untuk menjalankan tugas itu. Bayangkan pertimbangan Kementerian Kerja Raya hanya berdasarkan dengan kapital. Oleh kerana kewangan syarikat-syarikat yang ada di Sabah mungkin tidak sampai RM1 bilion, RM2 bilion maka mereka tidak layak untuk mendapat projek sebegitu besar.

Kenapa kita tidak gunakan satu gabungan, konsortium. Mungkin syarikat ini RM300 juta, mungkin syarikat itu RM200 juta, mungkin syarikat ini RM500 juta. Tiga company can be have RM1 bilion. Konsortium yang ada boleh melaksanakan kerana ini akan berlaku kebimbangan-kebimbangan ketirisan. Main contractor dia pun kena bayar cukai, dia pun kena ada untung, bagaimana. Selepas itu subkontraktor pun hendak dapat untung, subkontraktor juga hendak bayar cukai dia.

This is the problem yang akan dihadapi saya yakin dan saya minta, saya sarankan kepada Kementerian Kerja Raya supaya pantau perjalanan. Sudah lima Perdana Menteri sudah, Pan Borneo di Sabah ini. Di Sarawak, alhamdulillah tetapi di Sabah ini bermasalah sampai sekarang jalan ke Sipitang itu tidak siap yang ada. Saya berharap perkara ini dipandang serius oleh pihak kerajaan yang ada.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Dalam sektor pelancongan ini membimbangkan saya, Dato' Yang di-Pertua kerana pelancongan saya tahu bahawa kita Sabah mempunyai cukup baik dari segi sektor pelancongannya. Tahun 2026 sudah iaitu bakal mungkin berapa juta akan datang. Dalam pada ini saya berharap sungguh supaya masalah sektor pelancongan yang ada― kita hendakkan seperti di kawasan saya sendiri, pelancong dari China datang tetapi malangnya saya ada terima laporan daripada syarikat-syarikat tempatan di mana syarikat-syarikat tempatan ini merupakan yang berhadapan dengan masalah. Masalah di mana mereka bersaing dengan syarikat-syarikat yang diwujudkan oleh pelancong-pelancong daripada China.

Mereka juga mempunyai restoran dah di Semporna. Mereka juga mempunyai sistem pengangkutan yang ada di Semporna. Mereka berkongsi tidak tahu mungkin ia gunakan sleeping partner atau apakah dan saya sudah maklum kepada Kementerian Pelancongan.

Saya sudah hantar laporan kepada mereka. Kenapa tidak kita berkongsi dengan pelancong ataupun peniaga dari China let set up a joint venture tetapi jangan matikan pelancong- pelancong tempatan.

Sudah berpuluh tahun di kawasan saya ini pelancong tempatan, masyarakat Cina lebih daripada peniaga 20 orang, ini masyarakat Cina bukannya Melayu. Datang ke rumah saya, Datuk Seri you bangkitkan di Parlimen tentang perkara ini membimbangkan kami peniaga Cina di Semporna ini. Ada restoran kami tidak makan di restoran kami pasal dia ada restoran dia sendiri, yang joint venture tidak tahu ali baba kah trading license. Saya ada bagi arahan kepada pegawai daerah. Pegawai daerah saya beritahu ambil tindakan trading license sampai sekarang tidak ada mungkin kerana saya pembangkang di Sabah ya.

Tidak mendengar suara Ahli Parlimen yang ada. Now, I’m very serious, I’m very firm. Saya berharap sungguh keadaan ini dapat diambil tindakan kerana kita tidak mahu dalam kita hendak meraikan pelancong datang ke negara kita tetapi sistem sektor pelancongan perniagaan tempatan akan habis. Tidak akan wujud dalam jangka masa yang panjang.

Sistem pendidikan saya juga berharap sistem pendidikan ini saya ringkaskan Dato' Yang di-Pertua. Saya ingat selaku ketua parti bagilah sedikit masa kerana kita pun hendak menyuarakan banyak perkara. Sektor pendidikan ini antara sektor yang mendapat peruntukan cukup besar. Pengajian tinggi sahaja RM18 bilion, Pendidikan sahaja RM64 bilion hampir RM80 bilion peruntukan tidak pernah dalam sejarah. Saya ucapkan terima kasih tetapi delivery system saya hendak persoalkan dari sini bagaimanakah keadaannya.

Saya ada suarakan dengan Menteri Pengajian Tinggi wujudkanlah sebuah universiti.

Kita cuma satu sahaja, UMS government punya di Sabah. Anak-anak dari Semporna, anak- anak dari Tawau, anak-anak ada di antara anak-anak ini saya terpaksa taja hendak belajar pergi mana? Hendak belajar pergi Sarawak. Hendak belajar ke Semenanjung, penerbangan, school fee mereka membebankan.

Kadang-kadang itu yang saya lihat perkara ini cukup penting sudah banyak belanja sangat dan saya berharap sudah sampai ketika― sudah 60 tahun lebih sudah kita membentuk Malaysia ini lahirkanlah. Kalau tidak ada pun universiti di situ tetapi cawangan

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

dia contoh di Tawau ataupun tidak di Lahad Datu kerana dia daerah besar daripada Semporna tetapi untuk membolehkan supaya jangan nanti penghijrahan belanja anak-anak kita ditampung, ditaja oleh masyarakat yang tidak ada keupayaan dia.

Di samping itu juga, saya melihat dari segi persoalan-persoalan Dewan Rakyat ini iaitu tentang tandas. Ini yang membimbangkan saya. Saya dapati bahawa contohnya sekolah-sekolah rendah yang ada. Hampir berapa buah sekolah rendah yang ada di kawasan-kawasan contohnya di Bait, di Pulau Banggi, Kudat. Untuk makluman Dewan, di Pulau Banggi terdapat 15 buah sekolah termasuk satu sekolah menengah. Dari jumlah ini lebih separuh sekolah-sekolah yang terlihat di pulau SK Pulau Tigabu, Manawali, Balambangan, Semayan, Dogoton tiada langsung bekalan air. Bergantung dengan air hujan dan tube well yang ada.

Bayangkan ada tandas― kita belanja tentang tandas berapa juta belanja tandas.

Apa ertinya ada tandas kalau tidak ada air? Dahulu saya suarakan apa gunanya kita bagi laptop kepada anak-anak di luar bandar, komputer sekolah-sekolah tetapi elektrik tidak ada?

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Jadi, ini saya berharap supaya imbangi. Sebelum kita belanja duit, lihat, buat kajian secara mendalam. Jangan hanya lihat data sekolah perlukan. Kesesuaian, kemudahan kewangan yang kita belanjakan ada dia punya returns. Ini yang saya juga berharap tentang sekolah dapat ditingkatkan.

Di samping itu, keselamatan. Saya juga menyentuh perkara ini cukup penting kerana di kawasan saya selalu dahulu kena landa lanun dan saya berharap sungguh keseimbangan daripada segi keselamatan ini dapat kita manfaatkan. Hari ini, dalam keadaan negara berhadapan dengan South China Sea tetapi malangnya kemudahan tidak ada. Bayangkan bila ada kejadian di Lahad Datu, Tanduo dahulu dan terpaksa kapal terbang daripada Labuan, jet fighter has to be brought to Lahad Datu. Tidak ada helikopter pun. Terpaksa dari Labuan.

Yang membimbangkan saya di bawah.

Jadi, saya harap sungguh. Bukan banyak sangat lanun di Perak ini, di Lumut. Tetap,i di Lumut dah banyak kapal perang sudah. Gunakanlah. Bagilah— hantar lah ke Sabah untuk mempertahankan. Di situ ada Indonesia, di situ ada Filipina, di situ ada South China Sea, where the track is balance, where the need of the sources and access must be done.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Semporna, masa sudah tamat.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Ya, saya minta satu perkara Dato’ Yang di-Pertua tentang 40 peratus ini. Perkara ini cukup penting kepada kita.

Saya berharap minggu sungguh. Ini bukannya suara yang kita katakan, ini Perlembagaan.

Dato’ Speaker, Perlembagaan cukup penting. Kalau kita baca Jadual 112, cuma saya nak repeat dan ini berhubung kait dengan— contohnya disebut di situ ya, “In the case of Sabah, a grand of amount equal in each year two-fifths...”, 40 peratus.

Ini Perlembagaan. Bukan hak, bukan right kita katakan. Kalau Perlembagaan pun kita tidak ikut, tidak patuh, 40 percent of what you collect in Sabah must be return back. Sudah

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

sampai ketika dia. Ini perjanjian sehingga melahirkan sebuah negara yang dinamakan Malaysia.

Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih banyak atas ruang yang diberikan untuk kita membahaskan sedikit sebanyak. Saya berharap dalam perbelanjaan yang begitu banyak, RM400 bilion dan saya yakin tidak akan dapat dibelanjakan. Contohnya, RM12 bilion ke Sabah. Baru-baru ini ditingkatkan, daripada RM6.5 bilion kepada RM6.7 bilion. Perbelanjaan tahun lalu pun, tidak sampai 100 peratus duit yang digunakan, diberikan. Saya yakin keadaan berapa ratus bilion yang ada, yang dibelanjakan sama ada menerusi kementerian- kementerian dan saya cadangkan kembali supaya special trust fund diwujudkan. Ini bukan tidak boleh, walaupun bercanggah dengan Perbendaharaan. Dahulu dibangkitkan, ada sedikit untuk membolehkan supaya suara rakyat. Bila dia dengar sudah ada lapangan terbang di Tawau, sudah ada jambatan ke Pulau Bum Bum, sampai sekarang tidak ada. Diumumkan oleh Perdana Menteri. Mana duit dia? Balik kepada consolidated fund. Saya berharap...

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Semporna. Masa sudah tamat.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih banyak atas peluang yang diberikan.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Indera Mahkota.

draft • 4:00 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Puan Yang di-Pertua, saya asyik mendengar perbahasan daripada Yang Berhormat Semporna. Sempurna perbahasannya. Cuma, bila ketimbang Tambun, ada yang tidak sempurna. Misalnya, dalam teks yang diedarkan, ada para 255 yang menyebutkan “Kerajaan akan menggubal akta baharu bagi membolehkan hukuman tahanan di rumah sebagai alternatif untuk kesalahan tertentu”. Tetapi, perkara ini yang ada dalam teks yang diedarkan kepada Ahli-ahli Dewan, tidak dibaca oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Saya ingin bertanya, mengapa tidak dibaca? Adakah ia tidak kelihatan? Adakah terlupa? Atau sengaja tidak dibaca? Atau ada udang di sebalik batu?

Tuan Yang di-Pertua, sebagai Ketua Portfolio Pendidikan Perikatan Nasional, kami sudah menyediakan rancangan reformasi pendidikan dan telah pun diserahkan kepada Menteri KPT dan Menteri KPM. Kedua-dua Menteri juga telah hadir Mesyuarat Select Committee yang saya pengerusikan berkaitan pembinaan bangsa, pendidikan dan pembangunan sumber manusia. Saya ucap terima kasih kepada kedua-dua Yang Berhormat Menteri.

Matlamat reformasi pendidikan ialah untuk memperkasa negara berteraskan ilmu.

Kerangkanya terdiri daripada lima:

(i) falsafah dan dasar;

draft • 4:03 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

(ii) aliran sistem dan kurikulum;

(iii) sumber manusia;

(iv) penghadupayaan dan kebolehpasaran pelajar; dan

(v) perundangan dan governance.

Kedua-dua kementerian dan Menteri saya lihat komited terhadap reformasi pendidikan dan kami bersetuju ini antara perkara yang kita boleh bekerjasama dengan mengetepikan kepentingan politik.

Sambil itu, saya ingin mengingatkan tentang tulisan Profesor Emeritus Othman Bakar, Rektor UIA yang baharu berjudul “Defining the Core Identity of a 21st Century Islamic University”. Beliau mengingatkan kita bahawa walaupun sekarang ini banyak universiti Islam yang melalui proses Islamisasi atau integrasi ilmu dan sebagainya, tetapi persoalan yang timbul ialah adakah universiti Islam ini benar-benar— yang banyak-banyak ini benar-benar menghayati dan melaksanakan falsafah dan objektif yang diilhamkan, ccontohnya oleh persidangan pertama Pendidikan Islam sedunia di Mekah pada tahun 1977.

Profesor Othman menimbulkan masalah dengan izin, expanding body and shrinking spirit. Tubuh mengembang tetapi semangat jiwa mengecut. Maksudnya, bangunan, pensyarah, mahasiswa, semuanya bertambah tetapi seakan-akan falsafah dan objektifnya terpinggir atau seakan-akan terabai.

Walaupun beliau menyentuh soal Islamic university, tetapi pengajarannya itu terpakai kepada kita dalam kita melakukan reformasi pendidikan. Universiti harus punya roh yakni kebebasan akademik. Ada dua prinsip yang sakral di kalangan universiti yakni collegiality dan peer recognition, dengan izin. Sebab itulah apabila bocor kes memo UKM yang cuba menghalang pensyarahnya daripada bersuara, kita anggap ia bertentangan dengan roh, ia bertentangan dengan semangat dan ia bertentangan dengan jiwa universiti.

Oleh yang demikian, saya menyeru bahawa semua universiti kita terutamanya universiti-universiti Islam di tanah air melakukan muhasabah untuk mengelakkan kita terkena sindrom tubuhnya mengembang tetapi semangatnya atau jiwanya mengecut.

Soal penghayatan budaya ilmu juga adalah tonggak sesuatu universiti. Ia melibatkan antara lain penyelidikan. Dalam konteks ini, disebut oleh Tambun, dana penyelidikan di bawah KPT dan MOSTI. Persoalan saya ialah adakah dana penyelidikan masih dibahagi kepada dua komponen utama, yang satu dipanggil fundamental, yang satu dipanggil applied? Adakah ia masih rigid sedangkan kita tahu perkembangan ilmu itu sudah melewati apa yang dipanggil fundamental dan applied yang sudah digunakan sejak berpuluh tahun yang lalu?

Antara KPT dan MOSTI, siapa yang menguasai lebih banyak dana? Bagaimanakah dengan proses permohonan dana? Bagaimanakah dengan proses mendaftar paten?

Bagaimana dengan commercialization, dengan izin, R&D yang sudah dilaksanakan?

Di sekolah juga, kita harus menyoal soal sindrom tubuhnya mengembang tetapi semangat dan jiwanya mengecut. Apa yang relevan? Yang relevan ialah apabila guru yang seharusnya bertugas sebagai pendidik yang harusnya sibuk dengan PdP tetapi harus dibebankan dengan kerja-kerja yang tiada kaitan dengan kerja-kerja mendidik. Harus berdiri

draft • 4:03 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

di pagar untuk menerima atau mengucap selamat datang kepada murid-murid dan sebagainya.

Tentang kecekapan pendidikan digital. Sejauh manakah latihan yang disediakan untuk guru-guru yang terlibat itu, kurikulumnya benar-benar dibangunkan oleh KPM? Saya tidak melarang ada kerjasama dengan NGO, dengan syarikat-syarikat ICT tetapi kurikulumnya itu, sejauh mana ia benar-benar dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan.

Soal subsidi pendidikan ditimbulkan oleh Yang Amat Berhormat dalam ucapannya.

Saya masih lagi bertanya bagaimana hendak mengira T15 di IPTA dan di SBP. Tetapi saya ada cadangan alternatif, Tanjong.

draft • 4:03 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Beri insentif cukai kepada alumni SBP dan alumni universiti. Ini masa untuk mereka dengan izin, give back kepada sekolah dan alma mater mereka. Saya rasa itu mungkin lebih praktikal daripada menarik balik apa yang dipanggil subsidi kepada T15.

TVET, kita ada 12 agensi, ada lebih 1,200 institusi. Saya nak cadangkan supaya ada penggabungan sebab ada beberapa agensi tu, kalau tanya saya dia tak selayaknya menjaga TVET kerana kita nak lihat dari segi kualitinya. Ada masanya pengarah yang jaga bidang TVET itu dia bukan dari latar belakang pendidikan, dia bukan dari latar belakang TVET. Dia pegawai biasa. Saya bukan kata dia tak boleh tapi itu bukan bidang dia. Kita hendak yang profesional menjaga TVET di bawah setiap agensi itu.

Bagaimana career path, dengan izin, bagi pengajar dan instructor dengan izin, di sesuatu institusi TVET kalau di bawah agensi tu, dia cuma ada dua, tiga. Tanjong tentu tahu, ada agensi yang ada dua tiga sahaja institusinya. Jadi mana dia kerjaya atau career path bagi instructor di situ dan bertaburlah budget kita yang sedikit, terpaksa diagihkan kepada 12 agensi. Jadi saya harap kita boleh gabungkan sebahagian daripadanya.

draft • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan nisbah 90

10, ni saya mengulang apa yang saya sebut dulu. Dalam dua pertemuan kami dengan kedua-dua Menteri, kami timbulkan dalam select committee kami dan kami harap satu hari yang terdekat kita akan ubah nisbah 90 akademik 10 koko kepada 70 akademik dan 30 koko. Ini lebih bersepadu kalau kita ingin melihat dari segi kesepaduan.

Dari segi reformasi perkhidmatan awam, saya memuji langkah untuk memberikan pengiktirafan kepakaran, kenaikan pangkat dalam tujuh bidang tujahan negara, khusus dengan istilah yang digunakan oleh Tambun, “Pakar Bidang Khusus atau Subject Matter Expert”. Saya ingin mencadangkan supaya proses melahirkan SME itu dibuat dengan telus sebagai contoh – dan sistematik. Pada peringkat awal mereka masuk gred 41, biarlah mereka ni pergi ke semua agensi tetapi sampai di peringkat pertengahan, katalah gred 48 hingga 54 atau sampai JUSA C. Masa itu kita dah tahu bakat dia. Bakal jadi pakar dalam bidang tertentu.

Jangan hantar ke semua tempat tapi biarlah mereka berpindah dalam kluster tertentu.

Supaya apabila dia sampai JUSA B, JUSA A dia jadi KP atau KSU dia benar-benar menjadi seorang pakar.

draft • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan nisbah 90

Saya juga memuji tindakan menggabungkan beberapa agensi yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat. Saya nak mencadangkan satu lagi. Ini penyerapan. Berkaitan dengan bagaimana mengoptimumkan operasi Kementerian Digital. Kementerian Digital seharusnya menerajui setiap aspek ekosistem digital supaya ekosistem ini dapat diselenggarakan secara holistik dan mampan. Ini penting untuk memastikan Malaysia dapat membina dan memupuk ekosistem digital yang bertaraf dunia dan memberi manfaat kepada rakyat.

Pada masa ini, saya berpendapat terdapat satu teras besar yang seharusnya berada di bawah bidang kuasa Kementerian Digital tapi masih berada di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi iaitu infrastruktur digital. Infrastruktur digital adalah the basic building block dengan izin, untuk usaha-usaha pendigitalan negara. Ia juga tonggak utama digital negara. Ia juga tonggak utama hubungan digital dengan jiran serantau khususnya dalam ASEAN.

Saya ingin mencadangkan agar bidang kuasa ini termasuk pihak yang mengawal selia infrastruktur digital, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di struktur semula dan peranan yang berkaitan di pindah ke bawah bidang kuasa Kementerian Digital. Ini kerana adalah tidak munasabah Kementerian Digital yang diberi mandat untuk mengurus segala perkara berkaitan digital negara tetapi tidak mempunyai mandat ke atas the basic building block iaitu infrastruktur digital.

Pada masa yang sama, kerajaan perlu mengkaji semula struktur organisasi SKMM.

Ia mempunyai tiga peranan utama:

(i) mengawal selia infrastruktur digital;

(ii) merancang keperluan infrastruktur digital untuk masa depan; dan

(iii) kawal selia atas talian.

Dua daripada tiga itu, Tuan Yang di-Pertua dan itu yang lebih utama sebenarnya, sekarang ini tidak berada di bawah Kementerian Digital. Jadi adalah tidak sesuai kalau SKMM kekal di bawah Kementerian Komunikasi. Saya mencadangkan ia dipindahkan ke bawah Kementerian Digital. Biarlah Menteri yang jaga Kementerian Komunikasi ada lebih banyak masa untuk main basikal.

Kepengerusian ASEAN. Saya nak cadangkan, sebagai Pengerusi ASEAN, PMX menjadi champion dengan izin, untuk menyelesaikan krisis Myanmar. Tetapi kena ubah naratif kefahaman ASEAN terhadap krisis itu. Pertama, bahawa junta semakin lemah dan The People’s Revolution dengan izin, semakin berkuasa. Jadi, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN harus memulakan untuk berhubung dengan The National Unity Government – ha, nama pun sesuai. NUG dan National Unity Consultative Counsil (NUCC) dan pemegang- pemegang taruh di pihak rakyat. Kita bentang satu framework yang baru sebab the Five-Point Consensus dengan izin, malangnya sudah tidak berjaya lagi.

Seperkara lagi ialah tentang sukan. Tuan Yang di-Pertua tak main bola keranjang.

[Ketawa] Saya nak cerita sikit sahaja tentang bola keranjang tetapi ini sebagai landasan untuk diunjurkan kepada sukan yang lain. Hari ini Presiden MABA, Dato' Seri Lee Tian Hock

draft • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan nisbah 90

membelanjakan dana peribadinya untuk membangunkan bola keranjang termasuk membina sebuah stadium antarabangsa yang baru di Negeri Sembilan dan beberapa program yang lain. Membina gelanggang bola keranjang di beberapa sekolah kebangsaan di Semenanjung dan beberapa liga yang ditaja.

Saya nak menyeru bahawa pihak-pihak lain juga harus memainkan peranan. Gopeng kalau tak setuju dengan saya, saya tak nak join you punya pasukan bola keranjang.

[Ketawa] KPKT harus membina gelanggang untuk kanak-kanak di setiap daerah atau sekurang- kurangnya memasang junior post dengan izin, di post dengan izin, yang sedia di gelanggang untuk orang dewasa sebab Abang Mat, budak-budak kecik ni dia main bola keranjang saiz bola dia saiz lima, kita main saiz tujuh, orang perempuan main saiz enam. Jadi kalau budak kecik nak guna saiz lima dan dia – post itu tinggi, dia tak boleh. Jadi bakat kanak-kanak itu kena dibangunkan dengan sesuai. Sikit lagi.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 4:10 PM

Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Kementerian Pendidikan harus memastikan setiap sekolah asrama penuh yang dah mula main bola keranjang sejak tahun 1974, ni termasuk Pasir Salak di sini dan saya dan Kemaman, walaupun saya main daripada sekolah rendah. Masalah mereka ialah dia tak ada jurulatih sebab tak ada dana untuk jurulatih. KPKT harus memastikan kejohanan-kejohanan universiti ditingkatkan sehingga wujud liga yang mantap dan begitulah seterusnya dan kemudian disambut oleh program- program Kementerian Belia dan Sukan yang diumumkan oleh Tambun dalam ucapan.

Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, budget kali ini seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang, disediakan tak tahu bagaimana tetapi kita harap ia disediakan dengan bijaksana, dengan sederhana dan berpijak di bumi nyata. Saya rasa Yang Berhormat Tambun dengan izin, trying too hard to please everybody. Kita harus ingat kata-kata hikmat. “Jika ingin tahu tingginya pokok, tanyalah pada belalang. Jika ingin tahu luasnya padang”. Maaf. “Jika ingin tahu tingginya pokok, tanyalah pada helang. Jika ingin tahu luasnya padang, tanyalah pada belalang. Jika ingin tahu dalamnya hutan, tanyalah pada puyuh”. Masalahnya, saya fikir, ialah belalang dianggap helang, cacing dianggap naga. Akibatnya, di Dewan ini ucapan sarat terpaling, tetapi di bawah nasib rakyat terguling. Terima kasih.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Saya jemput Yang Berhormat Sri Aman.

draft • 4:20 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Pertamanya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pembentangan Belanjawan 2025 yang merupakan belanjawan ketiga beliau sejak mengambil alih tampuk kepimpinan pada 24 November 2022.

Puan Yang di-Pertua, saya beranggapan belanjawan kali ini bukan sahaja penting sebagai satu dokumen fizikal tetapi juga cerminan harapan dan aspirasi rakyat untuk masa

draft • 4:20 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

depan yang lebih baik. Bajet kali ini juga merupakan belanjawan terakhir di bawah RMKe-12 yang bermula dari tahun 2021 hingga 2025.

Puan Yang di-Pertua, belanjawan kali ini hanya memperuntukkan RM5.9 bilion sahaja kepada Sarawak, walaupun secara geografinya, Sarawak ini hampir sebesar keseluruhan Semenanjung Malaysia iaitu sebesar 124,450 kilometer persegi dan Semenanjung 130,590 kilometer persegi. Dalam masa yang sama juga, Sabah diperuntukkan sebanyak RM6.7 bilion. Jumlah yang diperuntukkan kepada Sarawak yang berjumlah RM5.9 bilion itu, jika dibanding secara holistiknya dengan peruntukan sebanyak RM88 bilion untuk pembangunan, amat kecil sekali.

Namun begitu, kami tetap bersyukur, Puan Yang di-Pertua, dan berterima kasih ke atas peruntukan tersebut. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kerana Kerajaan MADANI ini juga telah berjanji untuk menaikkan ke RM600 juta pemberian khas untuk Sarawak dan juga Sabah untuk tahun hadapan.

Secara peribadi, Puan Yang di-Pertua, atau secara ringkasnya, saya melihat bajet kali ini juga lebih menjurus kepada tiga tonggak. Tonggak pertama ialah menaikkan siling bertujuan menstrukturkan semula dan sekali gus merangsang ekonomi kita agar menjadi lebih rancak. Tonggak kedua, menaikkan lantai bagi mengurangkan bebanan rakyat dan sekali gus meningkatkan taraf hidup rakyat. Ketiga, tonggak yang lebih menjurus pada tadbir urus yang baik, or good governance, yang berteraskan integriti, kecekapan dan ketelusan.

Walaupun saya menyambut baik bajet ini, Puan Yang di-Pertua, namun saya merasakan ada perkara ataupun tonggak penting yang harus dan sepatutnya ditekankan atau dirangkumi di dalam bajet ini iaitu tonggak penyatuan kaum. Namun, itu tidak ada di dalam bajet kali ini.

Puan Yang di-Pertua, kita tidak boleh menafikan bahawa perpaduan etnik ataupun kaum itu amat penting dan merupakan teras ataupun asas utama kekuatan dan kesejahteraan sesebuah negara, terutama sekali bagi negara majmuk seperti Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan sudah tentu setiap kaum tersebut mempunyai kebudayaan, tradisi, adat dan kepercayaan yang tersendiri. Semangat hormat-menghormati, faham- memahami dan sayang-menyayangi harus dan mesti kita semai di dalam setiap sanubari kita sebagai rakyat Malaysia.

Sebenarnya, setiap kali Perdana Menteri kita menyuarakan ataupun melaungkan “Anak Melayu, anak Cina, anak India, anak Dayak, anak Kadazan anak saya”, saya merasa amat tersentuh dan terharu. Saya percaya jika kata-kata keramat itu kita tanam, kita semai bersama di dalam hati sanubari kita dan kita tunjukkan melalui tingkah laku kita, saya percaya, Puan Yang di-Pertua, Malaysia akan maju ke hadapan, kuat, kukuh, makmur dan sejahtera...

[Tepuk] Puan Yang di-Pertua, polarisasi kaum juga tidak harus digalakkan mahupun diwujudkan di negara ini, apatah lagi jika ia didorong semangat melampau dan keterlaluan.

Tentu sekali akan menjejaskan perpaduan kita dan negara ini boleh menjadi porak-peranda.

Sebarang tingkah-laku yang provokatif termasuk mengeluarkan kata-kata yang sensitif

draft • 4:20 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

semestinya tidak harus wujud atau dipraktikkan kerana semua ini boleh membakar api kemarahan, kebencian dan sebagainya, Puan Yang di-Pertua.

Dari pemerintah hingga ke rakyat jelata, setiap individu harus bertolak-ansur untuk menerima dan menghormati setiap perbezaan yang terdapat di Malaysia yang tercinta ini.

Kita seharusnya meraikan kepelbagaian kita dan menjadikannya modal keunikan negara ini.

Pemerintah atau kerajaan juga harus memfokuskan kepada pelaksanaan dasar-dasar yang lebih inklusif dan seimbang dengan memberi penekanan kepada kesaksamaan, keadilan dan penyatuan kaum agar tidak ada sesiapa baik dari segi kaum, masyarakat ataupun individu di negara ini merasa tidak selamat atau tiada rasa kepunyaan ataupun kekitaan. Kita semua adalah rakyat Malaysia. Maka, tidak ada, Puan Yang di-Pertua, istilah “Awak, awak”, “Saya, saya”, “Kau, kau”, “Aku, aku”.

Puan Yang di-Pertua, dalam masa yang sama, saya juga berpendapat bahawa institusi pendidikan awal seawal prasekolah atau setidak-tidaknya sekolah rendah adalah landasan untuk menjadi permulaan titik penyemaian semangat perpaduan ini. Kita lentur anak-anak kita dari kecil seperti kita melentur buluh dari rebungnya.

Maka, sistem pendidikan yang inklusif dan efektif menekan kepada nilai-nilai perpaduan dan penghargaan terhadap kepelbagaian kita perlu diperkukuhkan. Mungkin juga sudah tiba masanya kita perkenalkan dasar dan program yang lebih menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat terutama sekali melalui penyemaian semula semangat Rukun Negara dalam kehidupan seharian kita.

Oleh yang demikian dan memandangkan Kementerian Perpaduan telah diperuntukkan sebanyak RM711.3 juta, maka saya ingin bertanya, apakah rancangan masa pendek kementerian bagi mengukuhkan lagi perpaduan di negara ini yang dilihat agak rapuh?

Apakah rancangan atau pelan masa panjang kementerian bagi menentukan tidak tercetus perbalahan atau rusuhan kaum di negara ini?

Puan Yang di-Pertua, hidup ini umpama tumbuhan ataupun pokok. Patah tumbuh, hilang berganti. Tamatnya riwayat kita, anak-anak kita dan generasi baharulah yang akan menjadi pengganti atau pewaris kita. Mereka akan menjadi pemimpin masa depan kita.

Merekalah yang akan mewarisi apa jua yang kita semai, tanam, termasuk juga akibat dari segala tingkah-laku, keputusan dan juga perbuatan kita sekarang.

Oleh itu, ia menjadi tanggungjawab, Puan Yang di-Pertua, setiap ibu bapa dan semua rakyat Malaysia yang dewasa untuk menjaga dan membimbing anak-anak kita, menghindari mereka dari sebarang ancaman bahaya. Kitalah yang patut membelai dan menyelimuti mereka dengan kasih sayang, memberi mereka perlindungan, kita didik, kita ajar mereka dengan ilmu dan pengetahuan yang membina dan sebagainya. Kitalah yang patut bertanggungjawab, Puan Yang di-Pertua, bagi mengadakan suasana yang kondusif, selamat dan aman untuk mereka.

Namun begitu, saya amat-amat sedih apabila melihat semakin banyak kes diberitakan di surat khabar, di social media, TV dan sebagainya mengenai anak-anak yang didera, diseksa, diabaikan, dieksploitasi, diliwat dan sebagainya. Sedihlah, Puan Yang di-

draft • 4:20 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Pertua, dan meruncingkan teramat sangat. Anak-anak yang dianiayai ini akan hidup dengan penuh trauma dan mungkin akan trauma sepanjang hidup mereka.

Puan Yang di-Pertua, soalan saya. Apakah usaha ataupun peranan kerajaan dan kementerian dalam menentukan kanak-kanak kita di negara ini dipayungi undang-undang yang betul-betul protective? Adakah kerajaan berpuas hati dengan Akta Perlindungan Kanak- kanak yang sedia ada sekarang?

Puan Yang di-Pertua, saya amat menyambut baik peruntukan RM64.1 bilion yang diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan dalam bajet kali ini. Kenaikan sebanyak RM5.4 bilion jika dibandingkan dengan RM58.7 bilion bajet tahun lepas. Saya juga amat menyokong gagasan Perdana Menteri yang mengutamakan agar usaha dan ruangan yang selesa, selamat dan bermakna untuk anak-anak menimba ilmu dilaksanakan serta disediakan.

Maka, saya ingin bertanya, adakah RM1 bilion yang diperuntukkan untuk menaik taraf prasarana di 543 buah sekolah terutamanya di Sarawak dan di Sabah akan merangkumi sekolah-sekolah daif yang terdapat di kawasan saya di Sri Aman?

draft • 4:20 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Jika ya, saya mohon diberi perincian mengikut senarai keutamaan pelaksanaan sekolah-sekolah di Sri Aman tersebut. Jika tidak, saya mohon penjelasan. Penjelasan yang kukuh kerana Perdana Menteri sendiri sudah memberi saranan yang tegas mahukan keadaan, suasana dan prasarana yang sempurna bagi setiap sekolah di negara ini, terutama sekali di Sarawak dan di Sabah. Dan yang paling penting, murid-murid di sekolah tersebut berhak menimba ilmu dan belajar di dalam keadaan yang selesa dan sempurna, sama seperti rakan-rakan mereka di bandar dan sebagainya.

Saya juga ingin menggunakan peluang ini untuk menyentuh isu kanak-kanak di luar bandar atau di pedalaman, terutamanya anak-anak kita yang berusia seawal tiga tahun yang dilucutkan hak mereka. Maksud saya, being deprived, Puan Yang di-Pertua. Dari mendapat pendidikan prasekolah, akibat ketiadaan prasarana prasekolah di kawasan kampung atau rumah-rumah panjang. Jadi, apakah komitmen kerajaan mahupun kementerian berkenaan dalam menentukan semua sekolah di pedalaman disiapkan dengan prasarana prasekolah, terutama sekali di kawasan saya di Sri Aman. Di mana masih banyak lagi sekolah-sekolah yang tidak lagi dilengkapi dengan prasarana tersebut, hingga menyebabkan segelintir anak- anak kita tercicir ataupun deprived, dengan izin, dari mendapatkan pendidikan awal. Apatah lagi mengambil kira lapan tahun pertama kehidupan kanak-kanak adalah tempoh yang paling penting untuk perkembangan otak mereka dari segi mental, emosi dan sosial.

Maka, amat kritikal bagi mereka untuk mendapatkan pendidikan awal. Jadi, adakah peruntukan sebanyak RM64.1 bilion tersebut akan digunakan untuk membina prasarana prasekolah bagi semua sekolah yang belum ada prasarana tersebut, termasuk di kawasan saya di Sri Aman?

Selain itu juga, saya terpanggil Puan Yang di-Pertua, menyentuh sedikit berkenaan isu pendidikan dari aspek tenaga pengajar di negara ini. Sebagai contoh, di Sarawak memang

draft • 4:30 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

tidak boleh dinafikan yang kita amat-amat kesuntukan guru. Semalam rakan saya, YB Igan telah bangkitkan isu kekurangan guru di Sarawak. Selain itu, saya juga difahamkan ramai guru-guru yang ditempatkan di sekolah-sekolah, terutamanya sekolah-sekolah pedalaman tidak mengikut keperluan, not according to the people’s need, dengan izin. Maksud saya, jika sekolah itu memerlukan guru Matematik, yang ditempatkan di situ sepatutnya guru yang pakar Matematik dan bukannya guru Sejarah atau pun agama, sebagai contoh. Ia sepatutnya seorang yang memenuhi keperluan. Hanya dengan cara itu, barulah anak-anak kita boleh menimba ilmu dengan sewajarnya, selain mengadakan situasi menang-menang (win-win situation). Sebab guru berkenaan juga akan berasa puas hati dan akan lebih efektif kerana ianya menepati kepakaran serta kemahiran beliau.

Puan Yang di-Pertua, saya juga menyambut baik peruntukan yang kedua terbesar dalam bajet ini. Untuk Kementerian Kesihatan yang berjumlah RM45.3 bilion dan mewakili orang-orang Sarawak, saya juga menyambut baik cadangan membina Pusat Kanser Center di Sarawak yang akan menelan belanja sebanyak RM1 bilion. Ini sudah tentu akan meringankan bebanan orang Sarawak yang memerlukan perkhidmatan tersebut, yang terpaksa datang ke Kuala Lumpur sebelum ini untuk mendapatkan rawatan. Ianya juga akan memudahkan dan mengurangkan kos jiran-jiran kita dari Sabah kerana mereka juga menggunakan- boleh juga menggunakan Lebuh Raya Pan-Borneo untuk mendapatkan rawatan tersebut di Sarawak.

Namun begitu, saya ingin menarik perhatian kepada pihak kementerian bahawa di kawasan saya Sri Aman, terdapat enam buah klinik kesihatan iaitu Klinik Kesihatan Balai Ringin, Klinik Kesihatan Mentu, Klinik Kesihatan Pantu, Klinik Kesihatan Batu Lintang, Klinik Kesihatan Tanjung Bijat dan Klinik Kesihatan Pekan Semanggang. Kebanyakan daripada klinik tersebut berkeadaan hidup enggan, mati tak mahu, Puan Yang di-Pertua. Klinik Pekan Semanggang seperti yang pihak kementerian sedia maklum, berkeadaan terlampau- terlampau daif dan amat tidak selamat, hanya menunggu roboh sahaja. Maka, saya ingin bertanya, adakah peruntukan untuk kementerian tersebut akan digunakan untuk menaik taraf semua klinik-klinik yang daif di Sarawak, termasuk di kawasan saya di Sri Aman?

Kedua, oleh kerana Klinik Kesihatan Pekan Semanggang sudah teramat daif dan sudah semestinya perlu diganti dengan klinik yang baharu. Maka bilakah pelaksanaan pembinaan klinik kesihatan Pekan Semanggang akan bermula? Mengambil kira klinik kesihatan tersebut amat penting, memandangkan penduduk di sekitar Pekan Semanggang pesat bertambah.

Puan Yang di-Pertua, mahu tidak mahu, saya terpaksa membangkitkan isu seterusnya iaitu berkenaan sistem penerbangan di dalam negara kita yang dilihat semakin teruk. Teruk sangat-sangat. Saya pernah bangkitkan isu yang sama semasa membahaskan Belanjawan 2023 dulu dan ramai juga rakan-rakan di Dewan ini, termasuk Semporna sebentar tadi telah membangkitkan perkara yang sama. Malah, berulang kali kerana ia memang a burning-burning issue, dengan izin.

draft • 4:30 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Pertama, tambang kapal terbang yang mahal dan mahal tahap gaban [Tepuk] dan penyakit delay. Saya pernah sebut penyakit delay ini yang melarat tidak terubat. Kalau Malaysia Airlines, kelas ekonominya dari Kuching ke KL one way boleh mencecah sampai lebih RM1,000 dan business class pula mencecah hingga lebih RM2,000 sehala. Apatah lagi musim perayaan atau hujung minggu dan juga apabila tempahan dibuat di saat akhir.

Selain itu, kekerapan, frekuensi penerbangan juga dikurangkan, maka menyebabkan flight sering penuh ataupun fully booked, dengan izin. AirAsia juga sama, tambang penerbangannya juga mahal, penyakit delay AirAsia ini sudah tahap betul-betul teruk, terlampau kerap berlaku. Seperti yang pernah saya utarakan dahulu, perkataan delay sudah tidak diguna pakai Puan Yang di-Pertua, oleh sistem penerbangan di negara ini. Istilah yang diguna pakai sekarang ialah perkataan retimed. Apa bezanya Puan Yang di-Pertua, delay dengan retimed? Saya pun kurang pasti, yang pasti, flight penerbangan ini lambat, kadang-kadang sampai tiga, empat, lima jam.

Tidak cukup dengan masalah ini, ada lagi hal yang timbul dan amat menakutkan. Tadi Semporna pun telah menyuarakan hal yang amat membimbangkan. Dalam tempoh dua tiga bulan ini, sekurang-kurangnya enam kali insiden penerbangan melibatkan national carrier kita terganggu. Timbul soalan di kepala kita, termasuk di kepala saya. Adakah kapal-kapal terbang kita sekarang sudah tidak selamat digunakan disebabkan dah terlampau tua atau adakah disebabkan tidak cukup tenaga kepakaran hingga aspek teknikal dan keselamatan kapal-kapal terbang kita itu dikompromi? Puan Yang di-Pertua, saya berharap pihak kementerian tidak mengambil remeh.

draft • 4:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Sri Aman. Puncak Borneo mintak pencelahan sikit.

draft • 4:30 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Silakan.

draft • 4:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih Sri Aman. Saya mendengar tadi mengenai isu tiket kapal terbang ini, kita melihat daripada segi barang makanan kita ada Jualan Rahmah. Kenapa pula kita tidak ada jualan tiket kapal terbang Rahmah daripada Kerajaan MADANI ini? Adakah Menteri yang menjagakan pengangkutan dan Kerajaan Malaysia MADANI ini adalah cohort ataupun mereka bersekongkol dengan tauke-tauke kapal terbang ini untuk mencekik rakyat seperti kita, termasuk Ahli Parlimen?

Apa pendapat Sri Aman?

[Tepuk]

draft • 4:30 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Yang berkenaan dengan cohort itu saya kurang pasti. Cumanya yang berkenaan dengan makanan ataupun penerbangan Rahmah ini, saya mohon dimasukkan dalam perbahasan saya. Puan Yang di-Pertua, saya berharap pihak kementerian tidak mengambil remeh perkara ini kerana rakyat di luar sana, termasuk saya sendiri amat risau akan perkara ini. Memandangkan Sarawak dan Sabah, our only means of communication ke Semenanjung Malaysia dan vice versa ialah menggunakan kapal terbang. Tolonglah, tolonglah, saya merayu kepada pihak kementerian. Jika perlu dirombakkan seluruh sistem penerbangan kita, buatlah. Carilah kaedah atau approach yang

draft • 4:30 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

lebih mantap bagi meningkatkan sistem penerbangan kita, termasuk dari segi gaji, faedah dan sebagainya. Mohon penjelasan secara terperinci oleh pihak kementerian dalam hal ini.

Saya, Puan Yang di-Pertua, amat menyambut baik inisiatif kerajaan yang akan membentuk saluran berpusat di UTC bagi membantu rakyat susah untuk memohon bantuan atau mendapatkan perkhidmatan merentasi pelbagai agensi dan sekali gus, berusaha untuk memajukan negara ke arah digitalisasi dan pembayaran tanpa tunai (cashless).

draft • 4:30 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan dengan jelas bahawa langkah ini selari dengan visi kerajaan untuk memperluaskan penggunaan teknologi digital dalam urusan seharian. Walaupun saya menyambut baik niat ini Puan Yang di-Pertua, kita tidak boleh menafikan – saya rasa Puan Yang di-Pertua pun tahu juga daripada kawasan Puan Yang di-Pertua, bahawa terdapat golongan rakyat yang masih belum bersedia untuk sepenuhnya beralih kepada sistem cashless. Ini termasuk golongan warga emas, penduduk luar bandar serta mereka yang tidak mempunyai akses kepada kad kredit, kad debit ataupun telefon pintar.

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 4:40 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Puan Yang di-Pertua, golongan ini datang ke UTC dengan harapan untuk menyelesaikan urusan mereka termasuk membayar bil atau memperbaharui dokumen dengan mudah. Malangnya, mereka kini berdepan dengan kesukaran kerana semua pembayaran di UTC diwajibkan secara cashless. Contohnya, seorang warga emas yang datang dari kawasan pendalaman ke UTC untuk membayar bil utiliti tidak mempunyai kad debit apatah lagi akaun bank dan juga tidak tahu bagaimana untuk menggunakan aplikasi eWallet atau kod QR. Tujuan asal ke UTC adalah untuk menyelesaikan urusan dengan mudah, tetapi apa yang berlaku adalah terpaksa menghadapi cabaran teknologi yang asing bagi mereka.

Puan Yang di-Pertua, saya mohon diberi sedikit masa.

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa tidak cukup lagi, banyak lagi hendak bahas.

draft • 4:40 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Okey...

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jadi, sila gulung.

draft • 4:40 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

...Tadi Puncak Borneo dah ambil masa sedikit, jadi saya mohon sebab ini penting. Jadi, saya berharap kerajaan akan meneliti semua pelaksanaan kaedah pembayaran di UTC dan memastikan ia lebih inklusif dan tidak hanya mesra teknologi, tetapi mesra rakyat supaya tiada rakyat yang tercicir daripada menerima manfaat yang sepatutnya.

Ini the last one, yang terakhir Puan Yang di-Pertua. Saya kena sentuh ini sebab ini berkenaan dengan MA63 Sarawak dan Sabah. Saya ingin merekodkan penghargaan saya kerana Perdana Menteri telah memberi komitmen bahawa akan terus menunaikan apa yang termaktub di dalam MA63 terutama sekali melibatkan kanak-kanak, hak-hak Sabah dan Sarawak.

draft • 4:40 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Oleh yang demikian, sebagai anak Sarawak sudah tertentu saya mengambil berat berkenaan dengan tuntutan Sarawak ke atas hak-hak kami yang telah luntur dan terhakis semenjak penubuhan negara Malaysia pada 16 September 1963. Yang belum dipulangkan lagi terutama sekali tuntutan membabitkan sempadan laut, duti setem, royalti minyak termasuk mengembalikan 35 peratus daripada keseluruhan kerusi Parlimen kepada Sarawak dan Sabah. Semua ini juga mesti dimuktamadkan di dalam Perlembagaan Persekutuan kita agar semangat penubuhan Malaysia ini boleh terus dijulang dan Malaysia boleh maju ke hadapan tanpa ada jurang di antara Malaysia Barat dengan Malaysia Timur.

Berkenaan dengan tuntutan ini, satu pertiga kerusi Parlimen mewakili Sarawak dan Sabah, saya ingin mengambil masa sedikit dan cuba mengimbau dengan ringkas punca serta sejarah berkenaan. Semasa penubuhan Malaysia 1963, Sarawak mempunyai 24 Kerusi Puan Yang di-Pertua, kerusi Parlimen diikuti Sabah 16 dan Singapura 15. Jumlahnya mewakili 35 peratus daripada keseluruhan 159 kerusi Parlimen ketika itu. Manakala baki 65 peratus atau 104 kerusi Parlimen adalah di sini, di Semenanjung Malaysia.

Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa pada tahun 1965, Singapore keluar dari Malaysia. Sebanyak 15 kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada Singapore telah diserapkan ke negeri-negeri Semenanjung Malaysia dan sudah tentu tindakan tersebut telah menyebabkan ketidakseimbangan peruntukan kerusi Parlimen untuk Sarawak dan Sabah.

Ini sudah tentu melanggar Perjanjian MA63 dan semangat atau tujuan asal penubuhan negara Malaysia. Mengembalikan 35 peratus kerusi Parlimen untuk Sarawak dan Sabah itu amat penting bagi melindungi kedua-dua wilayah tersebut. Di dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold jelas disebut bahawa semua budaya, agama dan bahasa mesti dilindungi ataupun di safeguard, maka tuntutan ini selaras dengan laporan suruhanjaya tersebut.

Keadaannya sekarang, semenanjung mempunyai veto power kerana menguasai 166 atau 74.8 peratus daripada 222 kerusi Parlimen. Sedangkan Sarawak dan Sabah hanya 25.2 peratus iaitu 31 kerusi untuk Sarawak dan 25 kerusi untuk Sabah. Ini amat menampakkan ketidakadilan. Oleh yang demikian, saya sebagai anak Sarawak dan mewakili suara dan harapan anak-anak Sarawak, amat mengharapkan supaya semua tuntutan kami berkaitan hak-hak kami yang terhakis terutama sekali berkenaan satu pertiga kerusi Parlimen untuk Sarawak dan Sabah ditunaikan dengan segera kerana ini bukan kes mencabuli hak orang lain, akan tetapi what is duly ours. Saya ambil maklum juga bahawa kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa yang dipanggil Majlis Tindakan Pelaksana Perjanjian Malaysia 1963 bagi membincangkan perkara ini. Oleh yang demikian, saya ingin mohon agar semua pihak membantu memudahkan majlis ini bertindak agar segala tuntutan Sarawak dan juga Sabah boleh dikembalikan dengan segera. Mohon pihak kementerian memberi perincian berkenaan status tuntutan-tuntutan tersebut.

draft • 4:40 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Dengan kata-kata itu Puan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih kerana memberi saya sedikit masa lebih, terima kasih.

[Tepuk] .

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sri Aman, saya jemput Yang Berhormat Tumpat.

draft • 4:40 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya turut sama membahaskan bajet pada kali ini.

Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW dan saya mulakan dengan lafaz dari Rasulullah SAW, Sa'ad ibn Abi Waqqas [Membaca Sepotong ayat Al- Quran]. Yang bermaksud daripada Sa'ad ibn Abi Waqqas RA, Nabi Muhammad SAW bersabda, ‘bukankah kalian mendapat pertolongan dan rezeki itu hanyalah dengan asbab daripada orang-orang yang lemah di kalangan kalian’. Sempena dengan hadis ini, kita harus mengingati bahawa perbahasan bajet ini dibuat oleh kepimpinan yang seharusnya menjaga dan membantu orang-orang yang lemah dan mengiktiraf orang-orang yang menyumbang.

Dalam penjelasan dan juga pembentangan bajet pada kali ini, saya merujuk kepada para 284, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyebut tentang satu perkataan iaitu pembinaan Jambatan Pengkalan Kubor Tumpat. Saya ingin pohon penjelasan adakah ini merujuk kepada Jambatan Pengkalan Kubor-Takbai yang telah pun disebut oleh Perdana Menteri sebelum ini di dalam RMKe-12 kerana ini merupakan dua perkara yang berbeza antara Takbai dan juga Tumpat kerana antara Pengkalan Kubor, Tumpat kedua-duanya adalah daratan.

Perkara ini sangat memerlukan penjelasan kerana sekiranya jambatan ini ditubuhkan ataupun dibina dengan segera, ia akan membuka laluan baharu perdagangan dan kerjasama serantau sekali gus menghidupkan bandar-bandar sempadan dan mempercepatkan pembangunan ekonomi tempatan terutamanya di Tumpat.

Dalam hal ini, saya mengharapkan kerajaan akan memberikan perhatian kepada perkara ini kerana ia akan membabitkan beberapa perkara terutamanya kepada pembangunan di ICQS Pengkalan Kubor dan juga pembangunan yang lain yang berkaitan seperti Hospital Tumpat, IPD Tumpat.

Saya juga ingin maklumkan 67 tahun berada dalam Malaysia, Kelantan di Tumpat tidak ada satu pun IPT, sedangkan rakyatnya melebihi 200,000. Di dalam hal ini, saya memohon kepada pihak kerajaan memastikan bahawa pembangunan dan keseimbangan manusia iaitu dari segi pembangunan insan ini harus didapati dan diseimbangkan dengan memberikan peruntukan yang sama terutama dari segi pendidikan kepada semua rakyat.

Saya juga ingin merujuk kepada bagaimana kiraan yang telah pun dibuat untuk mengira T15 ataupun B40 dan sebagainya. Kerana kita melihat bila mana Ulil Amri iaitu kerajaan menyebut sebagaimana hari ini bahawa mereka mengira pendapatan ini berdasarkan kepada pendapatan keseluruhan ahli keluarga.

draft • 4:45 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Di mana dalam hal ini, kita melihat daripada sudut tanggungjawabnya bahawa ayah merupakan orang yang bertanggungjawab untuk menyara keluarga, manakala ibu bukanlah orang yang dipertanggungjawabkan sepenuhnya kerana nafkah ini pada pihak ayah.

Sekiranya, dalam hal ini, dengan kita meletakkan perkara seperti ini, seolah-olah memaksa bahawa wanita dan juga isteri mesti juga mencari kewangan supaya boleh menampung kehidupan dan sekiranya mereka membantu, mereka akan dipindahkan kepada kluster- kluster yang berbeza dan ini menyebabkan akan berlaku siapakah pihak yang akan menjaga kebajikan anak dan keluarga.

Tadi kita lihat Ipoh Timur menyebut tentang isu bagaimana masalah ketidaksuburan dan juga masalah ingin meramaikan generasi. Jadi, dalam hal ini bukan hanya generasi ingin kita hidupkan, tetapi mereka harus menjadi generasi yang seimbang. Jadi untuk penyara keluarga ini harus diberikan kepada ayah dan saya mohon agar bila pihak kerajaan buat perkara ini, satu reformasi yang lebih sensitif kepada kerangka undang-undang syariah dan tanggungjawab ekonomi dalam keluarga Muslim perlu diambil kira supaya tidak menafikan hak yang sebenarnya.

Kita juga melihat bahawa dalam akta lain termasuk dalam akta yang berkaitan dengan maintenance act untuk wanita bukan Islam juga memberikan pengiktirafan kepada ayah untuk memastikan ia membayar nafkah kepada anak. Jadi ini juga akan menentukan keseluruhan supaya kita melihat bagaimana keadaan yang telah pun dibuat, kita lihat. Saya merujuk kepada satu perkara di Mongolia iaitu Order of Maternal Glory yang telah terbukti meningkatkan kadar kelahiran negara bila mana kerajaan mengambil pendekatan mengiktiraf peranan ibu dalam keluarga. Jadi, ini akan sendirinya menaikkan generasi dalam sebuah negara.

Saya juga ingin bertanya pihak kerajaan, bagaimanakah konsistensi yang telah menyebut bahawa antara alasan kenapa penyasaran subsidi diesel tidak difokuskan kepada Sabah Sarawak kerana di sana diesel lebih tinggi digunakan. Jadi, bilamana sekarang ini RON95 pula di Semenanjung Malaysia lebih ramai yang guna, lebih 85 peratus daripada rakyat di sini menggunakan RON95.

draft • 4:45 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Kenapakah penyasaran seperti ini tidak dapat dibuat di Sabah Sarawak? Apakah kerana di sana kita ada pilihan raya, di sini kita belum ada pilihan raya? Jadi, dalam hari ini kita mahu melihat bahawa kalau di sana simpati diberikan kerana ramai yang menggunakan diesel, di sini juga ramai menggunakan RON95. Jadi, pihak kerajaan harus melihat dan konsisten dalam isu ini.

Begitu juga dengan penjenamaan— kita sekarang akan menjadi Pengerusi kepada ASEAN. Banyak isu yang berlaku dengan kerajaan China membabitkan Laut China Selatan.

Jadi, kita ingin melihat dan mengambil start pihak kerajaan untuk mengkaji dan mempertimbangkan untuk menukar Laut China Selatan kerana kita lihat di Filipina, Filipina telah menamakan sebagai Laut Filipina Barat. Indonesia menggunakan nama Laut Natuna Utara. Vietnam menggunakan nama sebagai Laut Timur. Adakah kita boleh menukar nama

draft • 4:50 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

kepada Laut Asia Tenggara atau pun Laut Melayu atau apa-apa nama laut sebagai menunjukkan bahawa ini adalah pemilikan kita dan tidak confuse dengan nama-nama yang digunakan sekali pun ini akan membabitkan banyak perkara-perkara yang perlu diteliti.

Daripada sudut federalisme, kita melihat setiap tahun bajet diberikan. Ada negeri dapat RM5 bilion, dan ada lagi dapat RM10 bilion, ada lagi dapat RM6 bilion. Dalam hal ini, kita melihat kalau kita di kampung ya, kalau di kampung, kita bermain kutu. Bila kita main kutu, walaupun perkara ini kerajaan larang, tak boleh main kutu. Orang yang pertama dapat, dia akan dapat. Kemudian, orang yang kedua dia akan ikut giliran. Tetapi dalam pembahagian, pengagihan bajet di negara kita, kita lihat banyak pembangunan dibawa kepada negeri-negeri pantai barat. Sampai hari ini banyak perkara yang diberikan. Ini limpahan berada di sana dan menyebabkan banyak pasaran di sana dan boleh menarik perhatian dan juga pelaburan.

Dalam hal ini kita melihat contoh, infrastruktur. Laluan kereta api, lebuh raya, kawasan perindustrian disebut semikonduktor. Berapa banyak semikonduktor yang berada di kawasan selatan? Berapa banyak yang berada di kawasan tengah? Berapa banyak yang berada di kawasan utara berbanding dengan kawasan timur? Kita lihat di kawasan utara, ia telah pun memakan lebih kurang 212 tempat untuk semikonduktor kilangnya. Tetapi di pantai timur hanyalah tujuh sahaja.

Sekiranya ini berlaku, kita lihat mungkin kesesuaian tetapi dalam kesesuaian ini sekiranya Kelantan dan Terengganu tidak sesuai untuk buat semikonduktor, tidakkah boleh kerajaan melihat bagaimana sebagai rakan kongsi, sebagai ahli kepada Malaysia kita boleh memberi manfaat yang sama kepada negeri seperti ini. Dalam hal ini, negeri-negeri ini merupakan negeri pertanian yang telah pun menjaga dan menjamin setakat ini kedaulatan makanan negara. Dalam hal ini, sepatutnya kalau negeri ini tidak dapat diberikan bantuan khusus industri, berikanlah peluang untuk menjadi hab pendidikan. Di negeri ini, negeri tanahnya masih lagi murah. Tempatnya masih lagi luas. Keadaan sudah terbukti mampu mengekalkan banyak sumber insan seharusnya diberikan supaya negeri Kelantan dan Terengganu boleh menjadi hab pendidikan.

Jadi, kita sudah-sudah lah kita menyebut tentang isu-isu memberikan infrastruktur ini kepada yang dah maju supaya lebih maju kerana hari ini kami di Kelantan sudah lali. Hampir setiap hari diberikan tanggapan negatif kerana status sosioekonomi. Kita boleh lihat laporan yang setengah-setengah pihak yang tak bertanggungjawab akan meletakkan nama Kelantan untuk menjadikan posting mereka itu viral dan mendapatkan engagement tinggi. Sepatutnya ini tidak sepatut berlaku dalam sebuah negara federal seperti Malaysia.

Dalam hal ini, kita harus melihat bagaimana ramai negarawan, agamawan, warga pendidik, pasukan keselamatan, influencer, usahawan, pengusaha restoran dan makanan berasal daripada Kelantan yang telah menyumbang kepada kemajuan negara. Tetapi bukan hanya di negeri-negeri lain tetapi juga di persada antarabangsa. Jadi, dalam hal ini kita harus melihat, kita harus memberikan pengiktirafan dan membayar balik dalam bentuk imbalan

draft • 4:50 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

kepada negeri ini dengan cara yang pertama iaitu mengembalikan semula dengan kita menyemak balik RUU ataupun akta berkaitan dengan pembangunan petroleum.

Harusnya untuk memastikan bahawa Kelantan boleh berdiri sama tinggi dengan yang lain, royalti Kelantan dikembalikan kepada 20 peratus sebagai mana apa yang berlaku di negeri-negeri lain. Dalam hal ini, sekiranya bercakap tentang isu REE. REE ini jawapan daripada pihak Yang Berhormat Menteri Setiawangsa ketika saya soal tambahan kepada soalan pertama YB Paya Besar pada 2 Julai 2024. Menteri Sumber Alam dan Pelaksanaan Alam menjawab bahawa pihak kerajaan Malaysia tidak akan ya, Perlembagaan jelas meletakkan bidang kuasa hutan dan mineral di bawah kuasa negeri.

Kita tidak melihat sebarang keperluan untuk satu Petroleum Development Act atau pun yang diambil PDA untuk kita buat berhubung soal REE. Jadi, ini saya perlukan pengesahan daripada pihak kerajaan, jangan berulang kes sebagai mana royalti petroleum dan kita mencadangkan supaya Akta Laut Wilayah 2012 dipinda bagi memastikan bahawa negeri-negeri yang mempunyai minyak ini mendapat royalti sumber asli sebagai mana yang dijanjikan.

Begitu juga kita melihat bahawa dalam negeri lain, mereka ada pelbagai lebuh raya.

Sehingga hari ini 67 tahun, kami di Kelantan khususnya Tumpat masih belum dapat menikmati sebarang lebuh raya. Cadangan untuk buat Lebuh Raya Pantai Timur (LPT3) yang bermula di Kuala Terengganu berakhir di Tumpat hari ini dikhabarkan akan berakhir di Tunjong. Jadi, kenapa ini berlaku sedangkan ini sepatutnya menjadi faktor keselamatan yang penting untuk pengurusan negara? Kita lihat LPT akan menjadi tulang belakang bagi memastikan Malaysia mempertahankan wilayah timur negara kita itu di Kelantan turun ke Pahang kerana berada di kawasan sensitif iaitu Laut China Selatan.

Dalam hal ini kita melihat bagaimana LPT3 boleh memainkan dua aspek utama, mobiliti keselamatan dan tindak balas kecemasan. Pertama, kawalan pergerakan pasukan keselamatan. Dengan suasana LPT3 dapat membuka laluan darat dengan lebih cepat dan berkesan untuk menggerakkan pasukan keselamatan daripada pantai barat ke pantai timur.

Kita lihat sebelum ini dibuat Lebuh Raya Pantai Timur juga dibuat untuk atas isu keselamatan.

Begitu juga dalam perang dunia kedua. Serangan dibuat di Tumpat, Kelantan dahulu sebelum sampai ke Pearl Harbor.

Jadi, di sini adalah penting untuk kita melihat daripada aspek kesihatan. Begitu juga dengan pengurusan bencana dan kecemasan pantai timur ataupun Kelantan sering dilanda banjir besar. Dalam keadaan ini, kita memerlukan akses yang segera untuk mendapatkan bantuan bencana serta banjir dengan segera. Sekiranya LPT3 dapat dibuat, ia nya menyelesaikan banyak masalah.

Saya juga dalam hal ini ingin menyebut tentang peruntukan kepada Ahli-ahli Parlimen. Kita rasa sangat pelik bila jadi Ahli Parlimen, angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen diberikan gaji, diberikan elaun tetapi tak diberikan peruntukan. Ini seumpama memberikan kepada guru besar, pengetua gaji tetapi tidak memberikan sebarang peruntukan untuk dia mengurus sekolah. Bagaimana kita mengharapkan guru besar tersebut atau pun pengetua

draft • 4:50 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

tersebut menggunakan kewangannya sendiri untuk menguruskan sekolah? Hari ini itulah yang berlaku kepada Ahli-ahli Parlimen. Saya kira sepatutnya lah dengan matured, dengan bagusnya, dengan Rahmah-nya supaya dipertimbangkan perkara ini kepada Ahli-ahli Parlimen.

Begitu juga dengan isu Palestin. Kita melihat bahawa sampai masa Malaysia menjadi peneraju dalam usaha untuk memastikan bahawa terdapat collective concerns bagi menerajui masyarakat dunia supaya kita sama-sama memberikan tekanan kepada Zionis.

Sudah lah dan hentikanlah perbuatan seperti ini dengan memastikan tidak ada sebarang perbincangan berhubung dengan BlackRock kah, pink rock kah apa benda yang berkaitan dengan negara-negara Israel ini. Hentikanlah kerana kita memerlukan suatu percakapan dan tindakan yang serentak daripada sudut sosial, politik dan juga ekonomi.

Saya juga ingin bertanya pihak kerajaan berhubung dengan isu Qawwam. Isu masyarakat Qawwam yang telah ditubuhkan oleh pihak JAKIM. Bagaimanakah perkembangan isu Qawwam dan juga tentang pelan tindakan bagi OKU Muslim yang telah dilaksanakan sebelum ini? Saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan khusus untuk sistem perkahwinan bahawa dalam sekarang ini di-check HIV tetapi tak di-check air kencing.

Kalau boleh diwajibkan sebab sekarang ini kes membabitkan dadah sangat meluas dan seharusnya lah bukan hanya diwujudkan HIV tetapi juga diwajibkan test-test yang lain supaya boleh menyelamatkan keluarga pada masa depan.

Saya juga mendapat aduan daripada pihak rakyat agar sistem untuk mengendalikan sendiri pembantu rumah yang telah dibuat pada 2018 dikembalikan kerana hari ini difahamkan seluruh tindakan seperti ini telah pun dihentikan dan semuanya harus melalui agen. Jadi, ini sangat membebankan kepada pihak yang terpaksa bekerja, suami dan isteri untuk menyara keluarga mereka. Dalam hal ini juga, saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan apakah pelan tindakan yang telah dibuat bagi memastikan bahawa wanita dan kanak-kanak di Malaysia selamat? Sebab sekarang ini walaupun pelbagai RUU telah pun kita perkenalkan, nampaknya keadaan lebih lagi mendukacitakan dengan pembunuhan kes Cikgu Istiqamah, Kartini dan sebagainya sangat menakutkan kita.

Jadi, kita ingin mendapatkan satu pelan tindakan perlindungan wanita yang lebih tuntas kerana ia nya sangat menakutkan kita untuk berada dalam masyarakat kerana dalam keadaan kita tidak ada pembelaan kepada wanita seperti hari ini, kadang-kadang dibunuh tanpa sebab. Jadi, ini perkara besar yang perlu kita selesaikan. Begitu juga saya ingin membicarakan kepada pihak kerajaan. Banyak cadangan yang telah kita kemukakan untuk permohonan dalam negara tetapi bila isu kembali kepada kerajaan negeri atas isu tanah. Bila kita check balik, kadang-kadang tanah telah pun diberikan di bawah PTP.

Isu di antara Kementerian Pertahanan dengan Kementerian Dalam Negeri. Saya mengharapkan pihak kerajaan pusat menubuhkan satu jawatankuasa khas penyelesaian di kementerian tanah untuk menyelesaikan kes PTP ini di antara kementerian dengan kementerian kerana kebajikan rakyat di bawah yang memerlukan pembangunan dan

draft • 4:50 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

kerajaan negeri tidak mampu untuk memberikan tanah terutamanya di kawasan-kawasan yang strategik, di lokasi yang sangat terhad tanah.

Jadi, dalam hal ini jangan lah kerana kedua-dua kementerian ingin mempertahankan tanah masing-masing, maka rakyat yang menjadi rugi untuk mendapatkan pembangunan semata-mata kerana isu tanah. So, dalam hal ini, saya ingin bertanya tentang status bagi sukarelawan polis dan bomba yang telah pun dimaklumkan ada dalam masyarakat? Sejauh ini, berapa ramai kah yang telah pun berdaftar sebagai sukarelawan untuk menjaga keselamatan terutamanya di kawasan-kawasan yang terpencil?

draft • 4:50 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Juga yang terakhir, saya ingin bertanyakan isu tanah warisan kepada generasi kedua. Disebut bahawa penyelesaian hak milik tanah berkelompok kepada generasi kedua belum lagi dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik. Apakah jaminan kerajaan supaya tanah ini dapat menjadi sumber ekonomi dan kerjaya serta warisan yang terjamin untuk generasi kedua bagi memastikan pendapatan kepada rakyat dan penentuan hak milik berdasarkan kepada mungkin pemegang saham dan koperasi kepada anak-anak generasi yang telah pun menjadi peserta kepada tanah yang berkelompok ini.

Yang terakhir, mengenai pendidikan sejarah, undang-undang dan politik. Kita telah pun menjadikan bahawa anak-anak yang mencapai umur 18 tahun boleh mengundi. Soalnya ialah sejauh manakah pendedahan literasi dan advokasi politik dan undang-undang dibuat di Malaysia selaras dengan hak mereka untuk menjadi pengundi dan menjadi calon ketika berumur 18 tahun. Sekian, terima kasih.

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Tumpat. Saya jemput Yang Berhormat Tebrau.

draft • 5:00 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut terlibat dalam perbahasan Belanjawan 2025 ini yang telah dibentangkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Jumaat lepas. Bagi saya, Belanjawan 2025 ini yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun boleh disifatkan sebagai satu belanjawan yang cukup prihatin, cukup progresif, cukup inklusif dan cukup komprehensif sejajar dengan konsep Malaysia MADANI. Orang putih kata, no one is left behind. Walau bagaimanapun, saya juga harap kerajaan boleh sentiasa peka dan sedia mendengar juga hujah-hujah dan pandangan Yang Berhormat – Yang Berhormat Ahli Dewan yang mulia ini yang mewakili kawasan mereka dalam isu belanjawan ini, tidak kira dari sebelah sini ataupun dari sebelah sana. Kalau ada pandangan yang baik, apa salah kerajaan perhatikan. Yang kurang, kita baikkan, yang baik, kita lagi baikkan.

Puan Speaker, belanjawan tahun ini untuk 2025 ini telah mencatat RM421 bilion iaitu satu jumlah yang paling tinggi dalam sejarah Malaysia. RM335 bilion telah ditetapkan untuk pengurusan dan RM86 bilion untuk pembangunan. Yang lebih merangsangkan ialah kenaikan

draft • 5:01 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

bajet tahun ini diselingi pula dengan penurunan defisit bajet, daripada 4.3 peratus kepada 3.8 peratus. Tentunya ini melibatkan satu usaha penambahan pendapatan kerajaan dan pada masa yang sama, usaha kerajaan untuk jimat dan mengurangkan ketirisan kewangan.

Bagi saya, belanjawan ini telah berjaya mencapai empat objektif utama iaitu satu, membesarkan tax pays atau broaden the tax pays negara yang masih rendah berbanding negara serantau iaitu hanya sekadar 12.8 peratus sahaja. Dua, komitmen kerajaan untuk menurunkan hutang negara dan defisit fiskal. Ketiga, mengembang KDNK di samping menguatkan ekonomi dan pendapatan rakyat dan keempat, prihatin dan sedia memberi bantuan kepada golongan sasaran. Empat objektif ini akan mendukung matlamat kerajaan untuk pengagihan kekayaan atau distribution of wealth yang lebih adil dan saksama.

Puan Speaker, salah satu pengumuman yang telah diumumkan dalam belanjawan yang mendapat banyak perhatian di luar ialah cukai dua peratus ke atas dividen lebih RM100,000. Bagi saya, secara jujurnya saya nampak cukai ini agak unik dan kreatif. Ya, saya mengakui ini sejenis double taxation. Tapi secara umumnya, saya rasa ia tidak akan melibatkan majoriti besar rakyat Malaysia dan memang sebenarnya, walaupun dia double taxation, ada negara lain yang juga mengamalkan cukai sebegini. Contohnya, di Amerika Syarikat cukai dividen mereka adalah setinggi 20 peratus. Di Itali - 26 peratus, di Austria - 27.5 peratus.

Saya ingin memberi satu contoh. Katalah, pembayaran dividen ini adalah lima peratus daripada jumlah nilai saham. Ini adalah jumlah dividen yang purata dibayar di Malaysia untuk syarikat-syarikat di KLSE. Ini bermakna, seseorang itu perlu ada RM2 juta nilai saham untuk layak di cukai dua peratus dan itu pun, kalau dua peratus daripada RM100,000 itu hanya RM2,000 sahaja.

Saya juga percaya, kalau seseorang itu ada saham RM2 juta, tentu dia juga ada hartanah atau rumah nilainya mungkin juta juga. Tambah aset-aset lain, tidak mungkin – tidak boleh dikatakan, kemungkinan besar juga nilai aset dia juga mungkin RM3 juta, RM4 juta aset peribadinya. Takkanlah RM2,000 pun dia tidak boleh di cukai? Saya percaya juga, golongan yang bakal dikena cukai dividen ini pun mungkin tidak lebih daripada lima peratus penduduk Malaysia sahaja. Ini bukan golongan T15. Bagi saya, ini golongan ST5, super top lima percent sahaja, Puan Speaker.

Saya harap, kerajaan juga boleh memberi sedikit pencerahan jumlah yang mereka anggap dapat diperolehi hasil daripada cukai dividen ini dan macam mana dia akan – kaedah yang akan digunakan. Saya juga tertanya, adakah warga asing yang menerima dividen melepasi RM100,000 ini juga akan di cukai seperti orang Malaysia?

Saya di sini juga ingin menarik perhatian kepada pihak kerajaan bahawa disebabkan ada pengecualian untuk sumber dividen dari luar negara. Saya ada sedikit khuatir akan ada kita panggil exodus of fun dari KLSE ke negara lain seperti negara jiran Singapura di mana dia tidak mengamalkan sistem cukai dividen. Harap kerajaan boleh memberi perhatian kepada isu ini.

draft • 5:01 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Puan Speaker, pada masa yang sama, demi nak mengimbangi kedudukan kewangan fiskal negara dan demi keadilan sosial, kerajaan telah mengambil keputusan permulaan penyasaran subsidi RON95 mulai Julai 2025. Dijangka simpanan subsidi adalah dalam anggaran RM8 bilion. Ini adalah untuk memastikan hanya mereka yang layak sahaja dapat bantuan subsidi.

Perdana Menteri kita ada sebut, 85 peratus akan terus diberi subsidi. Maka, saya harap kerajaan boleh memberi pencerahan kaedah atau sistem apa yang akan digunakan untuk kita memastikan 85 peratus ini akan dapat bantuan. Ini penting sebab kita nak – kita tidak nak satu situasi di mana mereka yang layak akhirnya dinafikan bantuan subsidi pula.

Puan Speaker, saya memang gembira dan sokong 10 jari dengan tindakan kerajaan ‘war on sugar’ dalam belanjawan ini. Malah, ini adalah konsisten dengan kenyataan Kementerian Kesihatan dan juga KPDN yang telah lama mengingatkan rakyat Malaysia, kita perlu mengurangkan penggunaan gula dalam sajian atau diet kita. Malah, saya pernah jumpa satu kafe di Kuala Lumpur yang kini telah menyambut kempen ‘Jom Kosong‘ KPDN dengan mengenakan caj 20 sen untuk satu pek gula. Macam plastik beglah. Sekarang, dia kasi kosong, kalau nak gula, dia caj 20 sen. Tahniah dan hebat.

Puan Speaker, berdasarkan kepada laporan Institut Kesihatan Negara, setakat 2019 ada 3.6 juta rakyat Malaysia yang dijangkit diabetes dan 3.7 juta lagi yang masih belum didiagnosis walaupun mereka jangkit diabetes. Ini bermakna, hampir setiap seorang daripada lima warga Malaysia ada isu diabetes. Ini adalah satu jumlah yang cukup tinggi. Obesiti juga merupakan salah satu isu atau masalah jangka masa panjang yang juga kuat kaitan dengan penggunaan gula.

Kedua-dua ini sebenarnya adalah penyakit lifestyle. Cara hidup yang boleh dikawal dan ditangani dengan penukaran cara gaya hidup. Maka, peningkatan duti eksais 40 sen kepada 90 sen untuk minuman pre-pack yang mengandungi lebih lima gram setiap 100 mililiter adalah amat dialu-alukan. Saya harap, vendor penjual air akan memperkenalkan lagi lebih banyak minuman yang kurang manis di pasaran ataupun tukar formula resipi minuman yang sedia ada untuk kurangkan gula dalam produk mereka.

draft • 5:01 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Tebrau.

draft • 5:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Ya Bangi.

draft • 5:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Boleh, sikit ya? Saya tertarik dengan apa yang dinyatakan oleh Tebrau tadi berkenaan dengan penjualan air yang bergula dan sebagainya. Sebab saya pun sebenarnya daripada dulu memang dah mula minum teh C kosong ya, tidak minum teh tarik lagi. Tapi masalahnya sekarang ini di pasaran tak ada teh C kosong yang dijual secara komersial. Jadi, adakah YB Tebrau bersetuju bahawa mungkin pengeluar-pengeluar air ini boleh pertimbangkan untuk mengeluarkan teh C kosong? Terima kasih.

draft • 5:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Seperti tadi saya sepuluh jari sokong cadangan Bangi. Tapi Puan Speaker bila kita nak pergi perang, war on sugar kita kena pergi

draft • 5:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

all out. Tidak boleh jalan separuh sahaja, ia tidak ada kesan. Sekarang ada banyak lagi produk di pasaran yang juga terlalu manis untuk kesihatan kita yang bukan prepared.

Contohnya boba tea. Minuman boba tea ini minuman yang sangat digemar oleh orang muda.

Dia juga manis dan banyak gula. Tapi dia tidak terkesan dengan kenaikan duti eksais ini.

Maka, saya harap kerajaan boleh mempertimbangkan.

Pada masa yang akan datang, ambillah langkah yang sewajarnya bila masa sesuai sampai untuk mengeluarkan gula sebagai barangan kawalan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang bakal menjimatkan kerajaan RM500 juta setahun. Itu adalah bagi saya satu pendirian yang konsisten kalau betul-betul nak menggalakkan rakyat untuk tukar lifestyle.

Penjimatan ini boleh digunakan untuk meningkatkan kemudahan kesihatan negara.

Pepatah kata, “ prevention is better than cure”. Sudah sampai masa kerajaan memandang serius isu kesihatan ini dengan menukar cara gaya hidup kita, fasiliti kesihatan kita tidak akan di-overlook dengan penyakit yang berkait dengan obesiti dan diabetes dan bakal menjimatkan kerajaan berbilion-bilion ringgit.

Puan Speaker, berkenaan dengan isu caruman KWSP oleh pekerja asing. Saya mohon pencerahan daripada kerajaan tentang isu ini sebab ramai di luar sana yang tanya.

Adakah caruman ini secara sukarela atau mandatori? Sekiranya mandatori, maka saya harap kerajaan boleh menangguhkan pelaksanaan ini sehingga perbincangan dan pertemuan dengan semua pemegang taruh seperti FMM, sektor SME dan juga business chamber sebab pelaksanaan caruman ini tentu akan menaikkan cost of doing business dengan izin. Sudah dengan kenaikan gaji minimum dari RM1,500 ke RM1,700. Saya rasa community business mungkin akan menghadapi cabaran dan juga kurang daya saingan, kalaulah KWSP untuk pekerja asing ini dilaksanakan sekarang.

Gaji net disposable income untuk pekerja asing juga akan terjejas. Saya baru sahaja dapat aduan, pagi ini sahaja seorang kontraktor yang bina asrama pekerja tiba-tiba dapat panggilan daripada bank semalam. Tanya ─ adakah mereka masih yakin ada pekerja asing yang cukup untuk mengisi asrama yang bakal dibina selepas pengumuman Perdana Menteri ini. Maka, saya harap kerajaan mengambil berat pandangan-pandangan community business dalam perkara ini kerana kita semua hendak ekonomi Malaysia mengembang.

Berkenaan dengan kenaikan gaji minimum, saya hanya nak sentuh sedikit sahaja di sini. Bila kita nak naikkan gaji, dia mesti diiringi dengan kenaikan produktiviti. Kerajaan kena pastikan latihan untuk meningkatkan dan menambah produktiviti ini terus diadakan. Kenaikan gaji tanpa produktiviti hanya akan menaikkan cost of doing business dan akan mengakibatkan industri kita hilang daya saingan di rantau-rantau global.

Puan Speaker, di dalam Bajet 2025 juga disentuh tentang Zon Ekonomi Khas Johor- Singapura (JS-SEZ). Saya hanya nak katakan di sini sebagai anak jati Johor, saya cukup ada harapan tinggi untuk kejayaan zon ekonomi ini dan saya harap ia lebih berjaya daripada Iskandar Malaysia. Salah satu isu yang saya nak pertengahkan ialah sekarang di Johor dia

draft • 5:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

banyak pusat data (data centre). Bagi saya, kalau kita terus sahaja hanya fokus kepada data centre ia bukan satu pelaburan bagi saya yang wajar. Kenapa? Tiga benda.

Pertama data centre ini mengambil banyak utiliti tenaga yang mungkin boleh digunakan oleh industri lain. Kedua, sehingga hari ini data centre masih guna air portable ataupun air paip di mana di Johor kita sudah ada defisit. Kalau kita terus salur kepada data centre sahaja, saya khuatir dia akan tidak mencukupi untuk industri lain. Ketiga, data centre ini semua terletak di tempat-tempat yang strategik.

Kalau untuk pembangunan masa depan, data centre ini akan mengambil tempat yang mungkin ada limpahan ekonomi atau potensi yang lebih tinggi. Last juga untuk data centre, kita mesti kenal pastikan sebab ia kekurangan limpahan ekonomi kerajaan kena fikir macam mana kita nak memastikan data centre ini boleh ada limpahan ekonomi dan mencipta lebih banyak pekerjaan untuk warga Malaysia.

Puan Speaker, ini juga satu isu pendidikan saya hendak sentuh. Baru-baru ini terdapat satu isu pemindahan guru sekolah Cina di PPD Pasir Gudang yang telah diselesaikan dengan baik. Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan juga Timbalan Menteri Pendidikan yang telah sama-sama kita menyelesaikan masalah ini. Walau bagaimanapun, isu induk masih adalah kekurangan guru di sekolah Cina yang tentu telah menjejaskan prestasi sekolah-sekolah.

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 5:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Dua minit sekejap lagi.

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak boleh dua minit.

Sila gulung.

draft • 5:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Maka saya ingin mendapat pencerahan daripada KPM. Saya tidak tahu ini ada berapa kekosongan guru di sekolah Cina yang masih belum diisi. Juga mohon maklumkan, setiap tahun ada berapa orang yang memohon menjadi guru, berapa yang berjaya dan faktor utama mereka yang gagal. Akhir sekali satu, dua isu lokal sahaja Puan Speaker. Isu yang paling penting bagi saya untuk lokal adalah di Kampung Orang Asli Pasir Salam, Puan Speaker.

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan. Masa dah cukup.

draft • 5:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Sejak 2019, ya Puan Speaker. Kementerian Desa Wilayah telah luluskan permohonan mereka untuk bina paip akses air terus ke kampung tersebut. Tetapi sehingga hari ini saban hari, saban tahun, Kampung Orang Asli Pasir Salam masih tiada air. Kasihan mereka Puan Speaker. Saya harap kerajaan boleh mengambil tindakan untuk bantu mereka.

Akhir sekali, betul-betul akhir sekali Puan Speaker, isu trafik di jalan utama FT003 Pandan ke Kota Tinggi merupakan ‘artileri’ utama yang menghubungkan Parlimen Tebrau, sangat-sangat teruk traffic jam. Harap kerajaan boleh naik taraf ataupun membina satu jejambat atau flyover baru untuk menyelesaikan isu-isu trafik. Dengan itu terima kasih Puan Speaker, saya mohon untuk menyokong.

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Saya jemput Yang Berhormat Kluang.

draft • 5:10 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Puan Timbalan Yang di-Pertua, salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih kepada Puan Timbalan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk membahaskan Belanjawan MADANI Ketiga 2025 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun pada hari Jumaat lalu bertemakan, “Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat”.

Menyedari bahawa Belanjawan 2025 ini amat penting untuk negara dalam memasuki Rancangan Malaysia Ketiga Belas tahun hadapan, Kerajaan MADANI jelas tidak gentar untuk membelanja besar dengan peruntukan sejumlah RM421 bilion diperuntukkan iaitu belanjawan tertinggi pernah diumumkan dengan RM335 bilion adalah untuk belanjawan mengurus, RM86 bilion bagi perbelanjaan pembangunan. Tidak termasuk lagi RM2 bilion simpanan luar jangka.

Tiga kementerian yang mendapat peruntukan tertinggi dalam Belanjawan 2025 iaitu Kementerian Pendidikan berjumlah RM64.1 bilion, Kementerian Kesihatan berjumlah RM45.3 bilion dan Kementerian Pertahanan menerima peruntukan RM21.2 bilion membuktikan betapa Kerajaan MADANI benar-benar fokus terhadap tiga aspek utama negara iaitu pendidikan, kesihatan dan pertahanan dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus dipertingkatkan dalam bidang pendidikan dan kesihatan. Manakala keselamatan serta kedaulatan negara terus diperkukuhkan dalam keadaan geopolitik antarabangsa yang tidak menentu.

Dengan menggariskan projek-projek utama yang jelas akan memberikan manfaat secara langsung kepada rakyat seperti pembinaan hospital baru, pembinaan sekolah baru dan pembinaan jalan-jalan baru. Ia akan dapat merangsang pertumbuhan ekonomi dengan pembabitan kontraktor-kontraktor tempatan tanpa perlu untuk bergantung pada projek mega dalam menjana enjin ekonomi domestik.

draft • 5:17 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Pada masa yang sama, saya juga melihat Kerajaan MADANI juga tidak melupakan kepelbagaian kaum negara ini yang menjadi tunjang dan asas kepada pembentukan Malaysia dengan kaum Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan dan lain-lain lagi terus menerima peruntukan khusus dalam kes Belanjawan 2025 ini.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, sebagai Ahli Parlimen Kerajaan, saya mengakui bahawa saya sendiri risau dan menantikan tindak balas pasaran terhadap belanjawan ini.

Memandangkan Yang Amat Berhormat Tambun meneruskan beberapa langkah reformasi fiskal di mana matlamat utama adalah mengalihkan negara kita balik ke landasan betul.

Namun begitu, sudah pasti akan ada sebahagian rakyat kita terjejas dalam proses peralihan ini. Terus terang saya katakan pada hari Jumaat itu hati saya tidak tenang sehingga mendengar satu komen daripada seorang auditor PricewaterhouseCoopers yang memuji

draft • 5:20 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Belanjawan 2025 ini dengan menggambarkan ia sebagai sexy and brave, dengan izin, dalam satu temu bual media selepas belanjawan dibentangkan.

Salah satu tema yang penting dalam Kerangka Ekonomi MADANI adalah menaikkan siling sambil menaikkan lantai dan kita boleh meneliti belanjawan ini sama ada ia mencerminkan apa yang diuar-uarkan oleh Yang Amat Berhormat sendiri. Pertama, pengumuman kenaikan gaji minimum kepada RM1,700 yang menurut Yang Amat Berhormat Tambun adalah satu keputusan yang wajar selepas tiga tahun langsung tiada kaji semula terhadap gaji minimum. Kerajaan MADANI jelas bijak untuk tidak membenarkan sentimen negatif diberikan terhadap pengumuman ini dengan memberikan kelonggaran kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana yang mempunyai kurang daripada lima orang pekerja melaksanakan gaji minimum baharu bermula 1 Ogos 2025. Bukan 1 Februari 2025.

Keputusan ini mendapat juga pujian daripada majikan seperti Persatuan Majikan- majikan Malaysia (MEF). Mengapa kenaikan gaji minimum adalah penting? Ini kerana pampasan pekerja kepada KDNK negara kita adalah 33.1 peratus sahaja. Ini bermakna pekerja kita tidak menerima sebahagian besar hasil daripada pertumbuhan ekonomi negara kita.

Sekiranya kita mahu negara terus berdaya saing dan maju jaya, pekerja kita seharusnya menerima gaji yang setimpal untuk mereka terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara kita. Jika kerajaan tidak bertegas dalam soal gaji minimum ini, semua orang akan lebih cenderung menjadi majikan yang mementingkan keuntungan sendiri daripada menawarkan gaji lebih tinggi kepada pekerja.

Ia akan memberi impak negatif kepada ekonomi negara dan mengakibatkan penghijrahan tenaga kerja ke negara jiran khususnya Singapura. Sebenarnya, sasaran kita telah pun ditetapkan ketika Rancangan Malaysia Kedua Belas yang dilancarkan pada 27 September 2021. Ketika itu, kerajaan yang sebelum ini iaitu kita seharusnya meningkatkan pampasan pekerja kepada 40 peratus pada tahun 2025.

Namun begitu, pampasan pekerja pada hari ini hanya adalah pada paras 33.1 peratus sahaja. Dalam Kerangka Ekonomi MADANI, sasaran baharu kita adalah peningkatan pampasan pekerja kepada 45 peratus pada tahun 2033. Pada saya ini adalah satu sasaran yang lebih realistik.

Dengan ini, saya berpandangan bahawa adalah lebih konstruktif bagi kita Ahli-ahli Dewan Rakyat berhujah bagaimana kerajaan akan membantu sektor perusahaan khususnya PKS untuk menghadapi perubahan ini. Misalnya, kerajaan telah menubuhkan Xpats Gateway iaitu satu inisiatif gerbang tonggak yang mengintegrasikan proses kelulusan permohonan ekspatriat dengan 25 agensi kerajaan terlibat dan sebelum ini kelulusan untuk ekspatriat adalah tempoh sekitar enam bulan. Sekarang melalui Xpats Gateway, tempoh kelulusan dapat disingkatkan kepada lima hari bagi laluan pantas dan 15 hari untuk laluan biasa.

Bayangkan jumlah kos yang dapat dijimatkan majikan apabila kerajaan memendekkan masa kelulusan ini yang jelas memudahkan syarikat sekali gus menurunkan kos yang perlu ditanggung mereka sebelum ini. Kedua, pinjaman bersaiz mikro sehingga

draft • 5:20 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

RM3.2 bilion bagi membantu penjaja kecil PKS daripada komuniti OKU, masyarakat Cina serta bumiputera diteruskan melalui TEKUN dan BSN.

Di sini, saya ingin memohon Menteri Kewangan memaklumkan Dewan yang mulia ini jumlah permohonan dan amaun yang diberikan kepada mereka yang mendapat kelulusan pinjaman ini daripada kalangan penduduk Kampung Baru Cina. Sekiranya kadar permohonan atau kelulusan mereka masih rendah, ini bermakna kita sebagai wakil rakyat perlu bekerja keras lagi supaya mereka yang layak menerima manfaat melalui semua skim tersebut.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, saya mengakui adalah mencabar bagi kita mengubah status quo. Tak ada yang perubahan status quo itu tak mencabar. Tetapi, kita perlu melakukan perubahan supaya negara kita terus berdaya saing dalam pasaran dunia. Suka atau tidak, kita tidak boleh terus bergantung pada pekerja tanpa kemahiran.

Lagi, tidak kira sama ada mereka pekerja tempatan atau asing. Ramai penjaja atau pengusaha restoran kecil mengupah pekerja tanpa kemahiran untuk mencuci pinggan mangkuk sahaja. Mereka hanya mampu memberikan gaji minimum bagi menjimatkan kos.

Mereka akan terus merungut setiap kali kerajaan mengkaji semula atau menaikkan gaji minimum.

Justeru, lebih elok kerajaan terus menggalakkan mereka supaya mengautomasikan pekerjaan mencuci pinggan dengan menggunakan machine mencuci pinggan. Jika kerajaan boleh memberikan insentif untuk rakyat membeli pengecas kenderaan elektrik dan machine sisa makanan, saya mencadangkan supaya kerajaan turut memberikan pelepasan cukai secara khusus kepada restoran yang mengautomasikan operasi mereka termasuk membeli machine mencuci pinggan.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, saya sebenarnya amat bimbang dengan nasib pekerja tempatan yang kurang atau tidak berkemahiran untuk mencari rezeki memandangkan tidak mustahil kerja yang mereka lakukan kini akan digantikan dengan machine atau AI.

Justeru, saya mahu Menteri Kewangan menjelaskan bagaimanakah pengusaha boleh memohon atau menggunakan geran padanan RM50 juta yang disediakan supaya mereka daripada sektor masing-masing boleh menyumbang untuk kurikulum, bantuan tenaga pengajar serta keperluan latihan di ILKA seluruh negara. Ini adalah penting kerana saya sendiri ditanya oleh murid-murid yang sedang belajar di kolej vokasional. Mereka sendiri risau bahawa apa yang mereka belajar di kolej adalah sukatan pelajaran yang lama ketimbang dengan industri sekarang.

Contohnya, murid-murid yang belajar kemahiran automatif. Mereka masih belajar berkenaan kenderaan petrol atau diesel. Sedangkan...

draft • 5:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Kluang.

draft • 5:20 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

...jumlah kenderaan EV semakin bertambah.

draft • 5:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Sik. Boleh sikit? Untuk mencelah.

draft • 5:20 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Ya.

draft • 5:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Terima kasih Yang Berhormat Kluang.

Disebut soal pendidikan, termasuk kalau dilihat peruntukan untuk Kementerian Pendidikan

draft • 5:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

yang tertinggi dalam belanjawan kita, RM64 bilion. Namun, dilihat dalam isu yang masih membelenggu Kementerian Pendidikan ini ialah sekolah-sekolah daif Sabah dan Sarawak yang masih belum dapat disempurnakan dari segi untuk baik pulih dan sebagainya.

Jadi, adakah Yang Berhormat Kluang bersetuju bahawa pihak kementerian khususnya Kementerian Pendidikan ini memberi satu laporan kepada Parlimen kita, apa progress kepada projek-projek pemulihan sekolah daif ini? Dilihat di Sabah sehingga lebih 100 buah lagi yang belum disiapkan termasuk di Sarawak walaupun peruntukan pada tahun lepas lebih RM3 bilion kepada sekolah-sekolah daif ini dan perlu diberi fokus sebenarnya koordinasi kementerian dan agensi-agensi yang lain. Terima kasih Yang Berhormat Kluang.

draft • 5:20 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih Yang Berhormat Sik. Saya sentuh tentang isu TVET pula pergi ke bajet pendidikan. Ya, saya setuju bahawa sekolah daif adalah satu isu yang serius dan bukan sahaja di Sabah Sarawak. Di Semenanjung sebenarnya pun juga ada banyak sekolah daif dan isu ini perlu ditonjolkan lagi, di-highlight-kan lagi dalam Parlimen ini supaya seluruh rakyat Malaysia faham betapa serius isu ini dan perlu di atasi dengan segera.

draft • 5:20 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Tetapi dengan bajet yang sudah diperuntukkan kepada KPM, saya percaya Menteri dan Timbalan Menteri KPM akan jalankan tugas mereka supaya dalam masa yang akan datang ini, dalam penggal ini ataupun dalam penggal akan datang ini, kita akan selesaikan isu ini dengan cara yang lebih elok supaya tiada masalah sekolah daif lagi.

[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) **mempengerusikan Mesyuarat****] Jadi Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin masukkan isu terakhir iaitu sebelum itu, saya ingin sentuh bahawa sambung isu tadi iaitu saya mahu Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi memastikan sukatan pelajaran yang disediakan institusi latihan kemahiran awam adalah menepati apa yang ada dalam industri ketika ini. Jadi Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, jurang pengetahuan antara institusi pendidikan dan permintaan pasaran selalu jadi isu kepada majikan.

Dengan pelbagai insentif yang disediakan daripada geran padanan untuk menggalakkan industri mengikuti Program Anak Angkat ILKA, potongan cukai ke atas sumbangan peralatan dan mesin kepada ILKA, politeknik dan kolej vokasional serta menggunakan levi HRD Corp bagi tujuan membiayai kemudahan latihan kemahiran kepada pekerja. Kita juga perlu meneliti bagaimana kita boleh menggalakkan lebih banyak majikan supaya mengambil pelatih industri supaya mahasiswa mahasiswi kita menerima mencukupi sebelum melangkah ke alam pekerjaan secara rasmi.

Bagi saya, semua langkah-langkah ini amat penting memandangkan ramai majikan di negara kita mengadu bahawa graduan pada zaman ini majoritinya tidak berkualiti.

Hakikatnya, setiap generasi mengadu benda yang sama di mana generasi lama akan

draft • 5:30 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

mengadu bahawa generasi baru tidak mampu untuk kerja keras, tidak mampu menahan tekanan dan sebagainya. Ini biasa. Setiap generasi mengadu yang sama.

Jadi untuk memastikan masalah ini dapat dikurangkan, saya mencadangkan supaya diwujudkan satu mekanisme untuk menggalakkan majikan mengambil pelatih industri iaitu di kalangan mahasiswa dan mahasiswi yang sedang mengikut pengajian. Justeru, geran padanan RM10 juta yang disediakan di bawah Program Latihan Industri untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (LiKES) adalah penting. PKS mendapat geran padanan berjumlah RM300 sekiranya mengambil pelatih industri dengan pembayaran elaun sekurang-kurangnya RM600 sebulan.

Selain itu saya juga berharap, Ahli-ahli Yang Berhormat dapat memaklumkan PKS, syarikat-syarikat kecil di kawasan masing-masing bahawa mereka boleh mengambil bahagian dalam Program Latihan Berstruktur (MySIP) yang mengizinkan mereka mendapat potongan cukai dua kali ganda atas perbelanjaan dengan mengambil pelatih industri. Majikan perlu sedar bahawa merekalah yang memainkan peranan penting dalam melatih tenaga kerja di negara ini.

draft • 5:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

draft • 5:30 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya tahu tetapi saya nak masuk isu terakhir. Mungkin satu minit sahaja dengan izin.

Saya juga amat mengalu-alukan Kempen War on Sugar dan saya ucapkan ribuan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua Dewan Rakyat dengan memulakan Kempen Hari Tanpa Gula di Parlimen pada setiap hari Rabu.

Walau bagaimanapun, kenaikan duti eksais 40 sen seliter hanya dikenakan terhadap minuman bergula yang dijual di pasar raya. Adakah Kementerian Kesihatan juga merancang untuk mengawal selia minuman seperti teh boba, air berwarna-warna di pasar malam.

Kesemua minuman ini mengandungi kadar gula yang amat tinggi dan sering diberi jolokan nama ‘minuman potong kaki’ kerana menjadi punca utama kepada penyakit diabetes dan penyakit tidak berjangkit lain.

Saya juga berharap, setiap kementerian dan Parlimen juga dapat mengikuti cara KKM dalam menyediakan menu makanan dengan menyenaraikan kadar kalori setiap makanan. Langkah ini adalah penting supaya pengguna sendiri sedar dengan jumlah pengambilan kalori setiap kali.

Memandangkan masa saya memang tiada dah, dengan itu saya ucap terima kasih kepada Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Dengan ini, saya menyokong Belanjawan MADANI 2025. Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua.

[Tepuk]

draft • 5:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Dipersilakan Yang Berhormat Padang Besar.

draft • 5:30 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua atas ruang dan

draft • 5:35 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

peluang untuk saya membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 di peringkat dasar.

Izinkan saya memulakan perbahasan ini dengan Firman Allah SWT di dalam Surah al-Qasas, ayat 77 bermaksud, “Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu yakni kebahagiaan negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari kenikmatan duniawi dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada kamu”. Ayat ini mengingatkan kita akan kepentingan mengimbangi pembangunan fizikal dan kesejahteraan rakyat, sejajar dengan tanggungjawab kita sebagai pemegang amanah.

Terlebih dahulu, ucapan takziah saya kepada keluarga 41,000 rakyat Palestin dan 2,300 rakyat Lubnan yang syahid iaitu termasuk keluarga kepada As-Syahid Yahya Sinwar, As-Syahid Ismail Haniyeh dan As-Syahid Hassan Nasrallah yang menjadi mangsa genosid negara haram Israel. Semoga Allah membalas kezaliman rejim Zionis ini dengan sepedih- pedih azab di dunia dan akhirat.

Dato' Yang di-Pertua, belanjawan ini adalah instrumen penting bagi kerajaan dalam mewujudkan kesejahteraan rakyat. Namun, masih terdapat beberapa isu yang memerlukan penjelasan dan penekanan untuk kemaslahatan semua. Negeri Perlis walaupun saiznya kecil tetapi “Kecil-kecil cili padi”. Orang sering mengatakan Perlis tidak ada apa-apa. Apa yang ada di Perlis? Soalan ini sering diajukan tentang negeri Perlis yang dipandang remeh dan sebelah mata kerana kedudukannya dan kecil. Akan tetapi, sebenarnya Perlis mempunyai kedudukan yang agak strategik dari pelbagai sudut.

Perlis sekiranya dibantu atas kefahaman federalisme, maka dapat dipercepatkan dan dikembangkan potensinya. Antara potensi Perlis yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan iaitu keselamatan sempadan dan potensi perdagangan antarabangsa. Negeri Perlis yang bersempadanan dengan Thailand sepanjang 106 kilometer khususnya di kawasan Padang Besar, memiliki potensi yang besar. Kehidupan di sempadan ini bukan hanya berkaitan dengan keselamatan tetapi juga merangkumi ekosistem sosioekonomi penduduk tempatan.

Potensi yang besar tersebut tidak bermakna tanpa kemudahan infrastruktur yang baik dan berkesan. Saya juga mencadangkan agar kerajaan memperuntukkan lebih banyak dana untuk transformasi Padang Besar sebagai hab ekonomi sempadan termaju di samping memperbaiki kemudahan infrastruktur dan membina pusat logistik yang lebih efisien di kawasan ini.

Pembangunan kompleks perdagangan bebas cukai yang baharu di Padang Besar akan menjadi langkah penting untuk merancakkan perdagangan rentas sempadan. Dengan potensi aliran perdagangan yang bernilai RM3.5 bilion setahun, kita perlu memastikan bahawa penduduk tempatan dapat menikmati manfaat daripada kekayaan tersebut.

Di samping itu juga, inisiatif ini mampu mencipta 3,000 peluang pekerjaan untuk anak tempatan. Manakala program keutamaan produk jualan produk tempatan akan meningkatkan kuasa ekonomi melalui jual beli serta pemilikan ruang niaga oleh peniaga tempatan.

draft • 5:35 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Kita tidak boleh melupakan isu keselamatan sempadan di Padang Besar dengan peningkatan cubaan pencerobohan sempadan sebanyak 35 peratus serta rampasan barangan seludup bernilai RM15.6 juta dalam tempoh enam bulan pertama, menunjukkan keperluan mendesak untuk menangani isu ini secara holistik. Sudah tiba masanya untuk kita memperkukuhkan sistem keselamatan di kawasan kita.

Saya juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan atas usaha untuk mewujudkan Malaysia Controlling Border Agency (MCBA). Saya menyeru kerajaan untuk mempercepatkan sistem kawalan sempadan bersepadu dengan teknologi kecerdasan buatan AI dan dron untuk meningkatkan pemantauan yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2025 baru ini. Ini bukan sahaja akan membantu dalam menjaga keselamatan negara tetapi juga meningkatkan keyakinan pelabur untuk melabur di Padang Besar.

Dato' Yang di-Pertua, Perlis sebagai hab halal logistik. Kawasan sempadan Perlis bukan sekadar tembok tetapi peluang untuk pembangunan sosioekonomi yang mampan.

Melalui pendidikan TVET dan latihan keusahawanan, kita boleh membantu penduduk tempatan yakni penduduk sempadan untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Cara terbaik mengeluarkan rakyat daripada kemiskinan adalah melalui pendidikan terutamanya pendidikan teknikal.

draft • 5:35 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Perlis memiliki potensi yang besar dalam sektor industri halal, terutamanya disebabkan oleh kedudukannya yang strategik sebagai pintu masuk utama antara Malaysia dan Thailand. Saya juga telah berbincang sebelum ini dengan Dr. Winai Dahlan, Pengarah Pusat Sains Halal, Chulalongkorn University, Thailand dan beberapa pihak dan termasuk NGO di Thailand untuk mengenal pasti potensi kerjasama di halal sempadan.

Pada 1 Oktober baru-baru ini, pihak kami telah terlibat menganjurkan perbincangan Meja Bulat Pembangunan Halal Hub dan Pemerkasaan Industri Halal di Perlis, di Chuping Valley Industrial Area (CVIA) Perlis bagi mengenal pasti potensi tersebut, dibantu oleh pihak Al-Jazari Center of Excellence, UniMAP, UUM, UPM, JAKIM, MAIP, JAIP dan Majlis Perbandaran Kangar dan NCER dan wakil-wakil industri.

Banyak dapatan yang didapati dapat menyumbang ke arah itu. Sebagai hab halal antarabangsa, Perlis berpotensi menjadi pusat pengeluaran dan pemprosesan makanan, kosmetik, produk farmaseutikal halal untuk pasaran tempatan serta antarabangsa. Kerajaan perlu memperuntukkan sumber untuk menyokong infrastruktur industri halal termasuk pusat pengesahan halal dan zon perdagangan bebas halal.

Selain itu, institusi TVET di Perlis boleh menawarkan kursus berkaitan dengan sijil dan pensijilan halal antarabangsa untuk meningkatkan daya saing produk tempatan, juga termasuk di dalam Belanjawan 2025 baru-baru ini, yang menyatakan keperluan juruaudit halal.

Berikut adalah beberapa aspek penting menjadikan Perlis berpotensi dalam industri halal.

draft • 5:40 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Pertamanya adalah lokasi yang agak strategik dan hab halal serantau. Kedudukan Perlis di sempadan Malaysia-Thailand menjadi lokasi ideal sebagai hab logistik untuk produk halal yang disasarkan kepada pasaran Thailand dan negara-negara ASEAN yang lain.

Padang Besar dan Wang Kelian adalah kawasan utama yang boleh dimanfaatkan untuk memudahkan perdagangan produk halal ke Thailand dan lebih jauh iaitu ke pasaran ASEAN.

Kawasan zon perdagangan bebas di Padang Besar juga menyediakan kemudahan untuk mengeksport dan pengedaran barangan halal dengan potensi untuk menjadi pusat pengedaran produk halal di rantau ini.

Kedua adalah berkaitan dengan pertanian dan juga pengeluaran produk halal. Perlis terkenal dengan sektor pertaniannya dan ternakan. Ini boleh dimanfaatkan untuk menghasilkan produk halal seperti beras, daging dan produk tenusu yang boleh memenuhi keperluan pasaran tempatan dan serantau. Usahawan PKS di Perlis juga boleh terlibat dalam pengeluaran produk makanan halal seperti makanan segera, biskut dan makanan sejuk beku yang mempunyai permintaan tinggi di kalangan masyarakat Muslim. Makanan dan ternakan seperti pelet halal juga berpotensi untuk diusahakan kerana permintaannya agak tinggi.

Ketiga adalah pembangunan industri halal. Pelan pembangunan industri halal yang memberi tumpuan kepada pembangunan ekosistem halal di seluruh negara, termasuk di negeri-negeri seperti Perlis, insentif dan sokongan dari pihak kerajaan boleh membantu usahawan tempatan di Perlis untuk memasuki industri halal global. Selain itu, Perlis juga boleh menjadi pusat pemprosesan halal yang fokus kepada pemprosesan makanan, kosmetik dan farmaseutikal yang memenuhi standard halal antarabangsa.

Keempat, berkaitan dengan pelancongan halal. Potensi Perlis juga terletak dalam sektor pelancongan halal di mana Perlis boleh mempromosikan diri sebagai destinasi pelancongan yang mesra Muslim dengan menawarkan perkhidmatan pelancongan halal seperti penginapan, makanan dan kemudahan ibadah yang sesuai untuk pelancong Muslim dari Thailand, Indonesia dan negara lain.

Dengan adanya festival kebudayaan dan pertanian, Perlis boleh menjadi destinasi pilihan bagi pelancong Islam yang ingin menikmati pengalaman halal yang unik. Ini sedang saya cuba realisasikan bersama pihak Zeel Production Sdn. Bhd. dan beberapa NGO lain.

Kami memerlukan sokongan daripada Kementerian Pelancongan untuk usaha tersebut kerana kita melihat Kementerian Pelancongan banyak fokus kepada pelancongan tetapi mungkin kali ini boleh fokus kepada kebudayaan dan juga kesenian.

Kelima, kerjasama dengan Thailand. Memandangkan Thailand mempunyai populasi Muslim yang signifikan di kawasan sempadan, kerjasama bilateral ini antara Malaysia dan Thailand dalam pembangunan industri halal boleh membuka peluang besar. Perlis boleh menjadi jambatan bagi perdagangan produk halal antara kedua-dua negara dan mengembangkan lagi pasaran produk halal.

Secara keseluruhannya, potensi halal di Perlis amat besar dengan fokus kepada logistik halal, produk pertanian, makanan serta pelancongan halal yang boleh menjadi sektor ekonomi yang berkembang pesat di negeri ini.

draft • 5:40 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Kita boleh mengambil iktibar daripada model pembangunan di selatan Thai iaitu Hatyai dan Songkhla yang berjaya membangunkan ekonomi sempadan mereka melalui pendekatan border economy plus, dengan izin. Ia menggabungkan keselamatan dan pembangunan ekonomi, di mana pusat perdagangan sempadan menjana pendapatan melebihi 50 bilion baht setahun dengan 60 peratus manfaatnya dinikmati oleh penduduk tempatan.

Program kemakmuran sempadan seperti bantuan mikro kredit kepada peniaga kecil, latihan kemahiran dwibahasa untuk belia serta pembangunan perniagaan untuk usahawan tempatan perlu dipergiat. Hubungan ekonomi dengan selatan Thai perlu diperkukuhkan melalui cross border economy zone, dengan izin, kerjasama dalam bidang pertanian, pelancongan dan industri halal berpotensi menjana RM1 bilion setahun. Pertukaran kemahiran dengan institusi di Songkhla dan Hatyai akan memberi pendedahan antarabangsa kepada 1,000 belia Perlis setiap tahun jika dilaksanakan.

Dato’ Yang di-Pertua, berbalik kepada lokasi Chuping Valley Industrial Area tadi.

Kawasan ini mempunyai potensi besar untuk menjadi hab industri yang menarik pelancongan domestik dan asing. Namun, untuk mencapai matlamat itu, kita perlu membangunkan infrastruktur yang sesuai dan menarik. Pihak kerajaan perlu menambah insentif khas bagi negeri-negeri kecil ini kepada pelabur untuk menjadikan Chuping ini sebagai lokasi pilihan bagi perusahaan yang berteraskan teknologi hijau dan sustainable manufacturing, dengan izin.

Industri yang berasaskan konsep hijau ini tidak hanya akan mencipta peluang pekerjaan tetapi juga menyumbang kepada pengurangan jejak karbon dan mematuhi prinsip sustainable development goals (SDG) dengan melaksanakan amalan industri yang mampan.

Kita bukan sahaja memenuhi keperluan ekonomi tetapi juga melindungi alam sekitar untuk generasi yang akan datang.

Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya memetik Firman Allah SWT di dalam Surah Al- An’am, ayat 141 yang bermaksud, “Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon kurma, tanam-tanaman yang bermacam-macam buahnya.” Ayat ini mengingatkan kita tentang pentingnya pengurusan alam sekitar, sumber alam secara mampan.

Di Perlis, sektor perkhidmatan kekal menyumbang 70.2 peratus, diikuti sektor pertanian menyumbang 16.9 peratus dan pembuatan 7.9 peratus, diikuti sektor pembinaan 2.5 peratus dan, terakhir, sektor perlombongan atau pengkuarian sebanyak 0.5 peratus kepada KDNK negeri. Tetapi, kesan perubahan iklim menyebabkan penurunan hasil pertanian sebanyak 25 peratus dalam lima tahun ke belakang ini.

Melalui pendekatan pertanian pintar iklim seperti di selatan Thai, hasil pertanian dapat meningkat dengan ketara. Perlis sesuai untuk dilaksanakan program pertanian pintar iklim, termasuk pembinaan rumah hijau pintar dengan teknologi IoT dan pengairan titis di 2,000 hektar kawasan pertanian. Selain itu, benih tahan iklim dapat memberi manfaat kepada

draft • 5:40 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

5,000 petani, manakala 3,000 petani muda boleh dilatih dalam pertanian pintar dalam memastikan kelangsungan sektor ini.

Kedudukan Perlis strategik sebagai pintu masuk Thailand membuka peluang besar untuk integrasi hasil pertanian dengan pasaran serantau. Pusat pengumpulan hasil tani yang dicadangkan untuk menjadi pusat sehenti untuk penggredan, pembungkusan dan pengedaran memanfaatkan hubungan terus dengan pasar borong di Hatyai dan Songkla.

Ada yang kata, mereka yang ambil di dalam Thailand juga tetapi kenapa ambil di Malaysia?

Sebenarnya jarak antara selatan Thai dengan Malaysia adalah lebih dekat dan mereka lebih berminat untuk berurusan dengan negeri-negeri kita di sempadan.

Dato’ Yang di-Pertua, tenaga boleh diperbaharui sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi. Potensi tenaga boleh diperbaharui di Padang Besar tidak boleh dipandang sebelah mata. Dengan lebih daripada 300 hari sinaran matahari berkualiti setahun, kawasan ini boleh menjadi hab tenaga solar.

Saya menyarankan Kerajaan Pusat memberi insentif khas kepada kerajaan negeri untuk projek penjanaan tenaga solar yang melibatkan penglibatan komuniti tempatan bersama pemain industri tempatan mahupun antarabangsa. Inisiatif ini bukan sahaja akan memberikan pendapatan tambahan kepada penduduk tetapi juga menyokong matlamat Malaysia untuk menjadi negara yang berdaya saing dalam sektor tenaga yang boleh diperbaharui.

Malah, kita juga mengambil langkah untuk meningkatkan penggunaan sumber tenaga alternatif lain seperti tenaga angin dan biojisim. Ini bukan sahaja untuk mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga fosil tetapi juga untuk mencapai matlamat SDG yang ketujuh iaitu tenaga bersih dan terjangkau.

Untuk infrastruktur kesihatan dan pendidikan. Isu infrastruktur kesihatan di Padang Besar sangat kritikal. Klinik kesihatan yang masih ada tidak mencukupi untuk menampung populasi yang terus meningkat. Hampir semua tertumpu kepada Hospital Tuanku Fauziah di Kangar sahaja yang makin padat.

Saya menyeru kerajaan untuk mempercepatkan pembinaan semula Klinik Kesihatan Beseri yang dilengkapi dengan kemudahan rawatan kecemasan dan doktor pakar.

draft • 5:40 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Ini bukan sahaja untuk memberi akses kepada rawatan yang lebih baik tetapi juga untuk menyelamatkan nyawa dalam situasi kecemasan. Isu bekalan ubat yang tidak mencukupi juga perlu diambil perhatian oleh pihak kerajaan, di mana ada beberapa jenis ubat yang menjadi keperluan tinggi di Perlis terputus bekalan. Ini memberi kesan kepada pesakit sekiranya ubat tersebut tidak diperbaharui. Di samping infrastruktur pendidikan juga perlu diberi perhatian serius dengan bilangan pelajar yang semakin meningkat, kekurangan bilik darjah dan kemudahan pendidikan yang lain merupakan masalah yang memerlukan penyelesaian segera.

Kerajaan perlu memperuntukkan dana bagi pembinaan sekolah baharu dan menaik taraf sekolah sedia ada serta menyediakan kemudahan seperti makmal sains dan dewan

draft • 5:50 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

serba guna. Ini memastikan anak-anak kita mendapat pendidikan yang berkualiti dan bersedia menghadapi cabaran masa depan. Dato' Yang di-Pertua...

draft • 5:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Masa dah tamat, Yang Berhormat.

draft • 5:50 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Okey, saya nak tutup. Saya berharap semua pihak dapat bersatu untuk menjadikan Padang Besar sebagai kawasan yang makmur, selamat dan memberi manfaat kepada semua penduduk. Marilah kita bersama-sama mengambil langkah proaktif untuk memastikan masa depan yang lebih cerah untuk Padang Besar dan Perlis.

Sebagai penutup, saya juga memetik perbahasan Ketua Pembangkang yang mengatakan bahawa keadilan harus diberikan supaya obligasi fiskal Kerajaan Persekutuan lebih jelas dan adil serta tidak nampak seolah-olah diikat kaki dan tangannya dalam aspek pengurusan dan perancangan ekonomi.

Saya yakin perkara itu akan boleh dibuat satu pembaharuan kerana kita telah 67 tahun merdeka. Jiwa pemimpin itu rasanya perlu ditingkatkan lagi. Sebagaimana sahabat- sahabat kita daripada Sabah tadi yang mengatakan tentang isu-isu yang belum selesai, isu Tumpat juga, isu yang sama di sempadan dan sahabat daripada Tebrau juga mengatakan benda yang sama. Jadi, kita harap benda itu dapat ditambah baik. Akhirnya, satu pantun terakhir.

Bentang belanjawan sudah, Bahas pun sudah, Peruntukan pembangkang mohon dipermudah, Agar rakyat hidup tak susah. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 5:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Sila, Yang Berhormat Wangsa Maju.

draft • 5:50 PM

Tuan Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

*Bismilllahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali, saya ucapkan tahniah, khususnya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan atas pencapaian prestasi ekonomi yang cemerlang. Malah, Bank Dunia turut mengiktiraf pencapaian ini dengan menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun ini kepada 4.9 peratus berbanding ramalan awal, 4.3 peratus sebelum ini. Adalah amat tepat sekali fokus bajet diberikan kepada kesejahteraan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, Riuh rendah di luar sana, Berita gembira memenuhi harapan, IPD Wangsa Maju jangka dibina, Mula dibina tahun hadapan.

draft • 5:52 PM

[Dewan riuh]

Seorang Ahli

Untunglah.

draft • 5:52 PM

Seorang Ahli

*Alhamdulillah, Alhamdulillah.

[Ketawa]*

draft • 5:52 PM

Tuan Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

Izinkan saya untuk menyatakan rasa syukur dan gembira dengan pengumuman pembinaan IPD Wangsa Maju ini. Selepas sekian lama, Alhamdulillah. IPD Wangsa Maju akan mempunyai premis operasi sendiri dan tentunya dengan organisasi sistem perjawatan dan kelengkapan logistik yang lebih baik, cekap dan tersusun. Ini berita yang amat baik, bukan sahaja untuk warga PDRM yang terlibat tetapi juga untuk rakyat, khususnya penduduk Wangsa Maju.

Oleh yang demikian, saya mewakili seluruh warga PDRM yang terlibat serta warga Wangsa Maju mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Perpaduan, khususnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri kerana memberi perhatian serius dan seterusnya, menyempurnakan hasrat pembinaan IPD Wangsa Maju ini.

Tuan Yang di-Pertua, saban hari semakin banyak insiden banjir kilat, tanah runtuh, kepala air, pokok tumbang yang dilaporkan di seluruh negara. Di seluruh negara, ramai rakyat terjejas akibat bencana yang berlaku. Saya mengalu-alukan pertambahan peruntukan untuk menghadapi bencana. Antaranya kepada NADMA dan Projek Rancangan Tebatan Banjir

(RTB) berbanding peruntukan tahun 2024. Insiden pelancong wanita warganegara India di Jalan Masjid India baru-baru ini menimbulkan pelbagai polemik mengenai faktor dan punca kejadian tanah jerlus, khususnya di Kuala Lumpur.

Meskipun laporan penuh insiden belum dikeluarkan, daripada pemerhatian di lokasi kejadian, usaha-usaha menyelamat menjadi sukar akibat kewujudan pelbagai utiliti bawah tanah, khususnya untuk Kuala Lumpur yang mengalami pembangunan yang pesat, kedudukan banyak perkhidmatan utiliti-utiliti, termasuk paip air bersih, paip pembetungan, paip saliran, kabel elektrik, kabel telekomunikasi yang berselirat di bawah tanah akibat daripada pindaan demi pindaan jajaran perkhidmatan utiliti-utiliti tersebut. Sehingga tuan punya perkhidmatan utiliti pun tidak mengetahui secara pasti kedudukan terkini utiliti mereka.

Oleh itu, kerja-kerja pemetaan utiliti perlu dijalankan dengan lebih tepat, bersistematik dan bersepadu. Pangkalan Data Utiliti Kebangsaan (PADU) perlu dikemas kini dan digunakan secara optimum untuk tujuan mitigasi bencana. Ini sudah pasti dapat mengelakkan insiden seperti yang berlaku di Jalan Masjid India dari berulang.

Saya tidak menolak keperluan untuk memelihara Kuala Lumpur sebagai bandar raya budaya dan kreatif. Walau bagaimanapun, mungkin ada kewajarannya jika peruntukan RM600 juta dipertimbangkan kembali daripada segi keperluan, awlawiyyat atau keutamaan.

Lihat kembali soal need assessment dan cost benefit analysist, dengan izin, sebelum memutuskan untuk meneruskan projek pembangunan tersebut.

Adalah lebih afdal, lebih baik peruntukan yang besar itu digunakan untuk tujuan mitigasi bencana seperti banjir kilat dan tanah jerlus, sekali gus meningkatkan keyakinan pelancong asing untuk terus menjadikan Kuala Lumpur sebagai destinasi pelancongan yang popular.

draft • 5:52 PM

Tuan Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, Kuala Lumpur sebagai ibu negara perlu dipelihara daripada pelbagai aspek bagi memastikan bahawa kesejahteraan warganya. Ini termasuk perkhidmatan jalan raya, pendidikan, kesihatan, pengangkutan, rekreasi dan juga budaya dan kreativiti. Isu pembangunan berlebihan (over development), dengan izin, yang telah dan sedang berlaku di Kuala Lumpur telah mengakibatkan kesengsaraan warga kota. Banyak pembangunan kepadatan tinggi yang baru diluluskan. Ada yang telah disiapkan oleh pihak pemaju.

Malangnya, infrastruktur sokongan seperti jalan, sekolah, klinik kesihatan masih dalam keadaan yang sama. Mengambil contoh di Wangsa Maju, tahun ini sahaja ada tiga pembangunan yang baru siap dan pemiliknya telah mendapat kunci masing-masing. Projek PPA1M Riviera, sejumlah 1,587 unit. Flora Residensi - 849 unit dan Residensi Inspiria - 900 unit. Kesemuanya berjumlah 3,336 unit.

Ketiga-tiga projek ini terletak berdekatan, dalam radius 1.5 kilometer sahaja. Pembeli gembira dan bersyukur menerima kunci masing-masing. Mereka ambil kunci dan merancang untuk berpindah akhir tahun ini, mengambil kira persekolahan anak-anak mereka. Untuk makluman, mereka ini adalah daripada keluarga muda (young family). Anak kecil, sekolah rendah.

Cabaran pertama mereka adalah untuk mendaftarkan anak-anak mereka ke sekolah.

Bukan sahaja sekolah jauh daripada rumah mereka tetapi susah untuk mendapat tempat di sekolah kerana sekolah-sekolah yang berdekatan telah pun penuh walaupun beroperasi dua sesi. Masalah lain yang timbul adalah kesesakan lalu lintas.

Sebagai contoh, jalan utama di perumahan PPA1M Riviera iaitu Jalan Bandar Dalam yang jaraknya lebih kurang 200 meter sahaja. Di luar waktu puncak pun jalan tersebut sangat sesak, apatah lagi ketika waktu puncak di sebelah pagi dan petang. Nak keluar simpang pun mengambil masa yang panjang. Oleh itu, kerajaan perlu memberi tumpuan dan memastikan seiring dengan kelulusan pembangunan, infrastruktur-infrastruktur sokongan mesti ─ Saya ulang, mesti dirancang dan dinaiktaraf bersama.

draft • 5:52 PM

Tuan Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

(KPKT) ada melaporkan sehingga 31 Mei 2024, sejumlah 663 projek perumahan sakit dan terbengkalai di seluruh negara telah diselamatkan. Alhamdulillah.

Dalam masa yang sama, saya juga ingin menyatakan komitmen dan terus konsisten untuk mengutarakan isu perumahan mampu milik Residensi Hektar di dalam Dewan ini sehingga isu ini dapat diselesaikan sepenuhnya. Intervensi kerajaan adalah satu-satu solusi bagi menyelesaikan keadaan ini. Dalam Belanjawan 2024, kerajaan mengumumkan Dana Jaminan Khas sejumlah RM1 bilion untuk memulihkan projek terbengkalai. KPKT juga menyatakan untuk mempertimbangkan penggunaan dana ini untuk memulihkan projek Residensi Hektar. Walau bagaimanapun, sehingga kini status pelaksanaan masih menjadi persoalan.

draft • 6:00 PM

Tuan Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

Pembentangan bajet kali ini tidak menyentuh mengenai dana khas bagi projek sakit dan terbengkalai. Saya tertanya-tanya adakah Dana Jaminan Khas ini akan diteruskan?

Adakah kerajaan telah mengenal pasti strategi baru untuk menangani keadaan ataupun masalah ini?

Mengikut data terkini daripada laman TEDUH, yakni Sistem Bank Data Perumahan Negara, masih lagi terdapat 488 projek kategori sakit dan 288 projek terbengkalai. Sudah sampai masanya untuk diwujudkan satu bentuk kawalan dan pemantauan terhadap para pemaju pembangunan. Tahap keupayaan syarikat pemaju perlu dipastikan termasuk dari segi teknikal, keupayaan teknikal, keupayaan kewangan serta rekod kerja yang cemerlang sebelum layak menjalankan projek pembangunan.

Kita tidak boleh lagi membenarkan syarikat-syarikat yang tidak berupaya dari sudut teknikal dan kewangan untuk memajukan sesuatu projek pembangunan perumahan. Sebagai contoh, kita tidak boleh lagi membenarkan syarikat dengan modal berbayar hanya RM2 tiada keupayaan teknikal dan tiada pengalaman berkaitan untuk memajukan projek pembangunan yang bernilai jutaan ringgit.

Mekanisme mengawal pengeluaran wang dari akaun HDA perlu diperketatkan bagi menghalang wang dalam akaun tersebut daripada digunakan bagi tujuan-tujuan lain yang tidak bertanggungjawab. Perlu kita ingat, kelewatan atau terbengkalainya satu-satu projek itu ada mangsanya iaitu para pembeli yang perlu menanggung hutang, beban kewangan bahkan sehingga menjejaskan tahap kesihatan serta meningkatkan tekanan hidup. Untuk makluman Dewan, lebih daripada 40 peratus pembeli projek Residensi Hektar merupakan kakitangan awam.

Tuan Yang di-Pertua, bersama-sama dengan Tebrau dan Kluang, saya amat bersetuju dengan pengisytiharan perang terhadap gula. Ketetapan menaikkan kadar duti eksais bagi minuman gula secara berfasa mulai 1 Januari 2025 amat tepat sekali, mengambil kira kemudaratan dalam jangka masa yang panjang. Saya kira dan percaya, tidak ada seorang pun di dalam Dewan ini ataupun di luar sana yang tidak menyokong pengisytiharan ini.

Begitu banyak yang telah dibuat mengenai gula ini. Banyak kajian telah dijalankan.

Kita semua sedia maklum pengambilan gula yang tinggi memberi kesan langsung terhadap obesiti dan diabetes. Selain meningkatkan risiko penyakit kronik yang lain seperti penyakit jantung, kanser dan kegagalan buah pinggang. Dalam laporan National Health Mobility Survey 2019, 19.7 peratus orang dewasa di Malaysia adalah obese. Manakala 3.9 juta penduduk Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas menghidap diabetes. Angka ini adalah amat membimbangkan.

Kadangkala saya rasa kekok menyentuh isu ini dalam majlis-majlis yang saya hadiri, dalam ucapan-ucapan saya kerana setiap kali kita menyentuh isu ini dalam ucapan itu, lihat di hadapan kita 20 orang daripada setiap 100 orang yang ada di hadapan kita ini adalah dari kalangan orang yang obese. Untuk makluman juga, Pusat Khidmat Parlimen Wangsa Maju

draft • 6:00 PM

Tuan Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

bermula 1 Oktober telah pun mengambil satu ketetapan dan polisi untuk sifar gula di pejabat kami.

[Tepuk] Dalam hal ini, saya lebih cenderung mencadangkan supaya kerajaan menambahkan lebih dana untuk aktiviti-aktiviti pencegahan penyakit. Setiap tahun kerajaan membelanjakan berbilion ringgit untuk rawatan penyakit termasuk bekalan ubat, reagen dan vaksin. Dalam belanjawan kali ini, RM6 bilion diperuntukkan berbanding RM5.5 bilion pada tahun 2024.

Justeru, saya mohon pihak kerajaan untuk giatkan lagi usaha pencegahan penyakit di pelbagai peringkat. Mencegah itu adalah jauh, jauh, jauh lebih baik daripada merawat.

Lebih-lebih lagi kini Malaysia dijangka menjadi negara menua menjelang 2030. Dengan 15.3 peratus penduduk negara usia 60 tahun ke atas. Mensyukuri hakikat bahawa umur kita semakin panjang, marilah kita sama-sama menjaga kesihatan agar terus menjadi aset dan bukannya liabiliti kepada masyarakat dan negara menjelang usia tua.

Tuan Yang di-Pertua, usaha pemerkasaan pendidikan TVET terus diperhebatkan.

Geran per kapita PCG TVET yang tidak disemak lebih 22 tahun kini bukan sahaja disemak semula tetapi akan juga ditingkatkan sebanyak 15 peratus menjadi peruntukan keseluruhan PCG jumlah lebih RM900 juta. Peruntukan RM1.2 bilion bagi menyediakan pendidikan kepada 77,000 orang pelajar kolej vokasional dan sekolah menengah teknik membuktikan kesungguhan ini.

Untuk membuka ruang dan peluang melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), untuk menyediakan pembiayaan kepada 20,000 orang pelatih dalam pelbagai bidang termasuk bidang keutamaan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 seperti MRO, EV, aeroangkasa dan AI. Inilah dia pembuktian nyatakan Kerajaan Perpaduan ini untuk meningkatkan aliran TVET setara dengan aliran akademik dan bukan lagi aliran kelas kedua Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup akhir kalam saya tutup dengan serangkap pantun ─ Dari Setiawan ke Tanjung Sepat, Turun ke Tanjung mencandat sotong, Belanjawan 2025 mensejahtera rakyat, Wangsa Maju mohon menyokong. Sekian terima kasih.

[Tepuk]

draft • 6:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Sila Yang Berhormat Gerik.

draft • 6:00 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas laluan yang diberikan buat Gerik untuk membahaskan dasar Belanjawan MADANI 2025 ini.

draft • 6:08 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Tuan Yang di-Pertua, Gerik menyambut baik pembentangan Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan ataupun Yang Amat Berhormat Tambun pada hari Jumaat yang lalu, 18 Oktober 2024 yang lalu. Namun begitu, Gerik melihat dari beberapa sudut atau perspektif yang sedikit berbeza dan cuba menggambarkan perasaan rakyat di luar bandar khususnya bagi kawasan saya di Parlimen Gerik.

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya isu mengenai beban hutang kerajaan dan juga sumber Belanjawan MADANI. Kalau kita lihat bajet MADANI meningkat setiap tahun. Bajet 2023 sebanyak RM372.3 bilion, manakala 2024 meningkat sebanyak RM393.8 bilion.

Manakala belanjawan terbaru 2025 telah melepasi paras RM400 bilion iaitu RM423 bilion ataupun RM421 bilion yang merupakan bajet terbesar dalam sejarah Malaysia. Jadi apakah sumber kepada perbelanjaan sebesar ini?

Gerik menjangkakan jika Belanjawan 2025 ini melibatkan perbelanjaan yang besar, mungkin ia melalui pinjaman dan defisit fiskal yang tinggi. Ia mungkin akan menyebabkan kenaikan hutang negara. Ini juga boleh membawa kepada penurunan nilai mata wang pada jangka masa panjang atau inflasi yang akhirnya akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang.

Tuan Yang di-Pertua, Gerik juga melihat selain pinjaman dan hutang, sumber pendapatan negara banyak ditekankan dengan cukai, pelbagai jenis cukai dan pelarasan subsidi.

draft • 6:08 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Saban tahun, kerajaan banyak memperkenalkan pelbagai jenis cukai dan cuba merealisasikan subsidi seperti subsidi bahan api diesel dan juga yang terbaharu adalah subsidi petrol yang dijangka akan dilakukan pada bulan Mei 2025 yang akan datang. Yang mana semua ini sebenarnya memberi kesan langsung kepada rakyat dan rantaian bekalan makanan buat rakyat terutama di luar bandar. Harga barangan pasti akan meningkat bila minyak naik.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, Gerik nak bertanya juga, Perdana Menteri kita banyak menjalan ke luar negara, katanya bawa pulang pelabur. Ini banyak disuarakan oleh rakyat.

Jadi, berapakah nilai pelaburan sebenar yang kita dah dapat? Bukan MoU tapi pelaburan yang telah kita terima pada tahun ini dan sebab yang pasti dalam banyak-banyak perkara, akhirnya bila balik, cukai dan subsidi bersasar juga yang akan dibuat. Jadi rakyat juga yang akan kena tempias.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, semua hal ini sebenarnya bakal menambahkan tekanan dan sengsara kepada golongan B40 dan M40 dalam meneruskan kehidupan seharian mereka. Adakah bantuan tunai seperti STR atau bantuan untuk veteran tentera, kenaikan gaji kakitangan awam dan juga pelarasan gaji minimum swasta, ini semua beban untuk rakyat.

M40, kita lihat akan lebih terkesan kerana majoritinya juga adalah pembayar cukai.

Jadi Gerik khuatir makna sebenar kenaikan dan segala bantuan ini tidak dapat diterjemahkan sebagai rasuah perubahan ataupun rasuah penambahan kepada pendapatan

draft • 6:10 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

buat rakyat. Sebaliknya, isu poket bocor ─ kalau orang kampung kata poket bocor. Duit masuk tapi mudah keluar. Jadi keadaan sekarang pun dah bagi tekanan yang sangat teruk pada penduduk terutama luar bandar. Jadi keadaan ini kita boleh diibaratkan sebagai “besar pasak dari tiang”, kata pepatah. Bantuannya mungkin tidak setimpal dengan kenaikan harga pasaran yang berlaku di pasaran Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang kedua adalah berkenaan dengan ketidakseimbangan bajet belanjawan pembangunan mengikut keperluan negeri atau daerah. Walaupun terdapat fokus kepada pembangunan infrastruktur, sesetengah kawasan luar bandar mungkin tidak menerima peruntukan yang mencukupi.

Kerajaan sebenarnya perlu mengagihkan hasil keseluruhan, melihat juga kepada jumlah kutipan cukai mengikut negeri dan jumlah rakyat. Beri peruntukan dan pinjaman yang adil pada negeri-negeri dan daerah, terutama yang berstatus miskin atau kurang maju. Ini kerana kegagalan mengagihkan peruntukan dengan betul, boleh mewujudkan ketidakseimbangan pembangunan dalam negara dan di mana hanya kawasan tertentu yang mendapat manfaat. Manakala kawasan lain akan terus ketinggalan. Sebagai contoh, kalau di kawasan saya di Parlimen Gerik, kami sekarang ini sedang mengharungi satu konflik antara manusia dengan hidupan liar seperti gajah dan harimau.

Adakah pihak kerajaan menjalankan peruntukan yang cukup untuk kami? Kerana keadaan semakin runcing apabila telah terdapat beberapa kes. Sejak dua tahun ini, kes mati dipijak gajah. Kemudian ada gajah ceroboh ladang dan dusun penduduk. Kemudian, baru- baru ini ada dua kes serangan harimau ke atas manusia di kawasan Parlimen Gerik.

Jadi, Gerik mohon pihak kerajaan dan kementerian memandang seriuslah perkara ini dan kita harapkan masalah ini tidak berulang jika kerajaan turun dengan peruntukan yang sewajarnya kepada PERHILITAN dan badan tertentulah. Jadi untuk hal seperti ini sepatutnya pihak kerajaan utamakanlah keperluan kami, sebabnya kami ini adalah warga Parlimen Gerik dan Hulu Perak ini adalah warga yang menjaga hutan, warga yang menjaga bekalan air untuk negara.

Kita juga jaga ada empat empangan hidro TNB di bawah kawasan kita. Jadi, kita pun dengan banyak syarat-syarat pembangunan yang kita kena patuhi contohnya. Kita tak boleh membina bangunan lebih daripada empat tingkat dan sebagainya. Jadi kami berkorban untuk sampai itu tapi janganlah sampai penduduk luar bandar ini yang bekerja sendiri ini nak pergi ke kebun dan ladang pun takut kerana adanya gangguan binatang liar seperti ini. Jadi, kita harap sama-samalah kerajaan ambil tindakan segera untuk keadaan ini.

Selain daripada itu juga...

draft • 6:10 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Gerik. Gerik minta laluan sikit Gerik.

draft • 6:10 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Boleh, boleh.

draft • 6:10 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Terima kasih Gerik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya pun sebenarnya berkongsi hal yang sama juga dengan Gerik. Di kawasan Tenggara pun rajin juga ada konflik manusia dengan haiwan ini, terutamanya gajah lah. Jadi, setuju tak Gerik, kalau kerajaan mengambil pendekatan di bawah kementerian yang tertentu

draft • 6:10 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

untuk mengguna pakai kepakaran Thailand dan India yang biasa bermain dengan haiwan bernama gajah ini supaya boleh dibuat untuk menjinakkan dan tak mengganggu masyarakat.

[Ketawa] Ha kan, Gerik. Terima kasih Gerik.

draft • 6:10 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Sama-sama.

[Ketawa] Mohon masukkan ucapan yang baik itu ke dalam perbahasan saya. Cuma saya berkongsi di sini dengan Tuan Yang di-Pertua. Kalau dulu sebenarnya kawasan Gerik ini sebenarnya kalau zaman dululah sebenarnya kita adalah antara penternak gajah sebenarnya untuk gajah perang orang panggil. Jadi ada ilmu-ilmu yang orang tua-tua ini dia bolehlah kan berinteraksi dengan gajah dan sebagainya. Tapi mungkin sekarang, zaman sekarang dah berubah. Kita pun tak diperturunkan ilmu itu ya agaknya ya.

draft • 6:10 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 6:10 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

[Ketawa] Okey. Jadi, selain itu juga Tuan Yang di-Pertua, PBT Gerik dan Pengkalan Hulu ini sebenarnya memerlukan suntikan dana untuk membangunkan ekopelancongan dan bazar sempadan Malaysia-Thailand contohnya sebagai sumber pendapatan utama dan stabil buat PBT. Sedikit sentuhan dana daripada Kerajaan Persekutuan sebenarnya akan mengubah wajah ekonomi di Parlimen Gerik.

Jadi, harap kerajaan bila pengagihan bajet itu, lihat juga pada kawasan-kawasan seperti kami. Apatah lagi di sebelah Thailand telah ada Lapangan Terbang Antarabangsa Betong. Sekarang dia buat domestik dulu, nanti dia akan buat antarabangsa. Jadi, nampak macam pembangunan di antara Parlimen Gerik dan Betong itu tak seimbang.

Dekat sini saya nak selit juga permohonan terdahulu Majlis Daerah Gerik. Ada yang minta naik taraf padang bandaran. Dah lama minta tapi masih tak dapat. Kemudian, Pengkalan Hulu ada minta naik taraf kelab golf. Manalah tahu pelancong boleh main dekat situ ya. Tapi pun masih belum dapat jawapan lagi ya. Jadi, mohon diluluskanlah sebab rasanya bajet itu pun tak banyak dan ia akan membantulah untuk PBT mendapatkan pendapatan untuk PBT.

Okey, yang ketiganya adalah penekanan, Tuan Yang di-Pertua. Penekanan terhadap sektor pertanian dan keterjaminan makanan negara. Jika belanjawan memberi penekanan kepada industri dan pembangunan ekonomi digital, jadi Gerik berpandangan dalam keadaan negara yang sedang menangani isu kekurangan bekalan beras dan bahan makanan. Gerik berharap sektor pertanian ini juga diperkasa. Kerana kita sebenarnya mampu mencari kaedah dan inisiatif baharu dalam memastikan keterjaminan makanan supaya kita ini sentiasa berada dalam keadaan siap siaga orang kata.

Wujudkan semula Projek Gedung Makanan Negara FELDA. Dulu kita pernah ada Projek Gedung Makanan Negara FELDA. Tapi kali ini, kita minta kalau boleh adanya penyertaan semua GLC-GLC dan swasta yang berminat dan terlibat secara serius. Kita tanam, kita ternak makanan ini secara industri. Jadi apa yang kita kurang SSR, kita boleh penuhi tanpa perlu bergantung pada import.

draft • 6:10 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Ini sepatutnya kementerian buatlah sebagai langkah jaminan sekuriti makanan negara sebab kebergantungan pada produk import sebenarnya bakal membawa padah juga pada kita apabila suatu hari nanti kita berhadapan dengan krisis seperti bencana atau peperangan. Jadi, dekat Gerik pun banyak tanah kosong, kalau kementerian berminat bolehlah bincang dengan Gerik. Mungkin Gerik boleh jadi hab makanan untuk negara, mana tahu kan.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, sebagai tambahan, begitu juga dengan belanjawan berkenaan kos import pertanian. Ini pun satu Tuan Yang di-Pertua. Harga baja, harga racun juga perlu dikawal dan dipantau oleh pihak kerajaan. Kerana sekiranya harga tidak dipantau, sebenarnya dia boleh menjejaskan pendapatan petani. Jadi kalau bajet kerajaan tidak cukup untuk mengekang inflasi, bajet luar bandar mungkin terkesan dengan kenaikan harga ini semua sebab banyak harga barangan makanan ini bermula daripada ladang. Bantuan sewajarnya haruslah diberikan kepada petani-petani tempatan kita.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, penekanan terhadap sektor pertahanan negara.

Sebagai anak bekas tentera, saya ingin mengupas sedikit tentang bajet Kementerian Pertahanan. Bagi Belanjawan MADANI 2025, Kementerian Pertahanan menerima peruntukan sebanyak RM21.13 bilion. Ia meningkat daripada RM19.73 bilion pada tahun 2024. Namun, daripada bajet tersebut, hanya RM13.64 bilion adalah belanja mengurus dan hanya RM7.49 bilion belanja pembangunan termasuk pembelian aset tentera.

draft • 6:10 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Jadi jumlah bajet RM21 bilion ni sebenarnya hanyalah sekitar lima peratus sahaja Tuan Yang di-Pertua daripada keseluruhan bajet negara. Ianya sangat rendah kalau kita tengok dengan bajet negara serantau kita yang ASEAN, ya. Menurut maklumat-maklumat seperti Defense Security Asia, Global Firepower 2024, Wikipedia pun ada dan lain-lain, jiran kita Singapura sahaja membelanjakan lebih RM65 bilion, RM, bukan Singa Dollar, RM65 bilion setahun untuk perbelanjaan pertahanan.

Jadi, walaupun secara global Malaysia masih dalam lingkungan 50 kuasa tentera terkuat di dunia, tetapi kedudukan kita sebenarnya nombor 42 dunia tapi kedudukan kita di ASEAN adalah tempat ketujuh. Tempat ketujuh selepas yang pertama Indonesia, yang kedua Vietnam, yang ketiga Thailand yang keempat Singapura, yang kelima Filipina dan yang keenam Myanmar dan kita tempat yang ketujuh dari segi kekuatan ketenteraan.

Benda ni bagi saya adalah satu yang tidak patut berlaku kerana sepatutnya perbelanjaan bajet kita ni walaupun dari dulu memang lima persen tapi kita harus tengok juga perbelanjaan serantau macam mana negara-negara jiran kita. Kita harus seiring sebenarnya dengan perbelanjaan negara serantau. Jadi ─ berpendapat kerajaan seharusnya mengeluarkanlah belanja pembangunan yang lebih untuk ATM supaya pertahanan negara ni adalah seperti isu pencerobohan Laut China Selatan, tragedi dulu Lahad Datu dan sebagainya sepatutnya ianya menjadi satu pengajaranlah untuk kita.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali sebagai penutup, saya nak ambil peluang ni juga untuk merakamkan penghargaan kepada Menteri Pendidikan yang telah datang ke

draft • 6:20 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

kawasan saya hari itu dan memilih Kampung Kuak Hulu di Pengkalan Hulu yang terletak dalam Parlimen Gerik sebagai Kampung Angkat MADANI. Kalau tak silap kampung ni juga merupakan kampung ibunda YB Menterilah. Jadi, alhamdulillah, terima kasih. Namun saya nak ambil perhatian Yang Berhormat Menteri Pendidikan, ya. Gerik ingin bawa satu permasalahan di kampung sebelah dia, bukan kampung Kuak tu, kampung sebelah tu nama Kampung Air Panas.

Dekat Kampung Air Panas ni sebenarnya kita nak mohon satu bajet peruntukan untuk bangunkan padang sekolah. Padang sekolah ni dah lama sangat rosak jadi budak-budak nak main pun tak boleh, bahaya dan sebagainya jadi dia telah merencatkan aktiviti sukan kanak- kanak dan sebagainya. Mohon YB Menteri kalau pergi Kampung Kuak Hulu tu singgah sama kat Air Panas, tolong tengok-tengokkan lah. Saya difahamkan masalah ni dah kerap dibawa oleh masyarakat. Pimpinan masyarakat dah bawa banyak kali dah tapi masih tak dapatlah dah bertahun-tahun.

Jadi akhir kata, Tuan Yang di-Pertua, berkenaan Belanjawan 2025 ini secara keseluruhan walaupun terdapat banyak aspek positif, perlu dilihat jugalah seperti mana komen-komen saya tadi, aspek-aspek negatif yang memberi kesan terutamanya kepada golongan luar bandar seperti kami di Parlimen Gerik. Sekian, Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 6:20 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih, Yang Berhormat Gerik. Sila, Yang Berhormat Bayan Baru.

draft • 6:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih, Dato’ Indera, Tuan Yang di-Pertua.

Saya ucapkan tahniah kepada Dato’ Indera kerana dipilih mewakili BBC mempengerusikan Dewan yang mulia ini. Terima kasih juga memberi peluang kepada Bayan Baru untuk membahaskan Belanjawan 2025. Belanjawan 2025 ini adalah kali yang ketiga dibentangkan oleh PMX dan saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat PMX. Kita nampak bahawa Bajet 2023, Bajet 2024 dan sekarang 2025 dia mempunyai satu spirit yang sama iaitu memartabatkan rakyat, memperkasakan rakyat dan meningkatkan siling dan lantai demi rakyat negara kita.

Saya nampak bahawa oleh kerana beberapa bajet kebelakangan ini adalah sangat baik dan kita sudah nampak bahawa kejayaan telah terserlah. Contohnya di bawah di bawah pimpinan Kerajaan Pakatan– Kerajaan Perpaduan, kestabilan politik telah dikembalikan.

Kedua, ringgit telah menjadi kukuh dan menjadi satu mata wang yang begitu cemerlang di Rantau Asia sehinggakan ke seluruh dunia. Dan atas usaha Kerajaan Perpaduan, kita nampak bahawa FDI dan DDI telah memecah rekod tahun lepas, RM329.5 bilion dan tahun ini, first half ya, tahun ini telah memecah rekod tahun lepas. Ini menunjukkan keyakinan rakyat dan pelabur-pelabur bahawa kepimpinan PMX dan juga Kerajaan Perpaduan itu adalah — telah membawa Malaysia menjadi the turn around success story untuk Malaysia.

draft • 6:23 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Kita harap bahawa momentum para pelabur baik daripada luar negara dan juga dalam negara teruskan memberi keyakinan dan melabur dalam Malaysia. World Bank dalam laporan terkini juga memberi ramalan yang amat positif sekali. Lead Economist of World Bank Malaysia; Encik Apurva Sanghi berkata, “Jika Malaysia mengekalkan pertumbuhan ekonomi 4.3 percent, Malaysia boleh mencapai negara berpendapatan tinggi (high income nation) yang kita idam-idamkan pada tahun 2027 atau 2028. Maka Malaysia akan menyertai negara- negara seperti Jepun, Korea, Singapore, negara-negara maju lain dalam kategori negara berpendapatan tinggi. Kalau kita ingin menjadi negara berpendapatan tinggi, gaji pekerja kita harus naik”.

Jadi ini adalah poin utama dalam Belanjawan 2025. Dalam Belanjawan 2025, kita nampak bahawa dua usaha utama meningkatkan gaji dan pendapatan rakyat. Nombor satu kita nampak bahawa kerajaan telah meningkatkan gaji penjawat awam sebanyak 13 peratus.

Ini terbesar dalam sejarah Malaysia. Tahniah dan syabas kepada Kerajaan Perpaduan.

Kedua, kerajaan juga meningkatkan gaji minima daripada RM1,500 ke RM1,700 juga 13 peratus. Ini menunjukkan kesaksamaan dan keadilan yang diberikan bukan sahaja kepada penjawat awam, tetapi juga pekerja di Malaysia yang — pekerja swasta di Malaysia.

Saya menyokong usaha kerajaan meningkatkan gaji pekerja sama ada penjawat awam mahupun pekerja swasta. Gaji di kalangan rakyat Malaysia terlalu rendah. We are trapped in the middle income trap, terlalu lama dan ini adalah peluang terbaik untuk kita meningkatkan gaji mereka.

Dan sebenarnya mengikut Employed the Share of Employee Compensation (The CE) di Malaysia, kita masih mempunyai ruang lagi kerana kita masih dalam sekitar 35 peratus — kurang daripada 35 peratus dan kita mempunyai peluang untuk naik ke 40 peratus, 45 peratus atau sama dengan negara maju 50 peratus sebagai dalam CE.

Isu yang kedua yang ingin saya bangkitkan adalah kesejahteraan bersama. Dalam pembentangan bajet, PMX sebut tentang Thomas Piketty yang mempunyai buku yang sangat tersohor iaitu “Capital in 21st Century”. Thomas Piketty mendapati bahawa golongan yang mempunyai capital lebih senang mendapat keuntungan berbanding golongan pekerja yang memakan gaji.

Pemusatan kekayaan pada syarikat korporat dan golongan yang mempunyai capital juga berlaku di Malaysia. Saya bagi contoh. Kalau seseorang yang mempunyai capital RM10,000 pada tahun 2000, jika dia melabur RM10,000 tersebut dalam stock contohnya PETRONAS Dagangan atau Maybank atau Hong Leong Bank atau CelcomDigi atau Public Bank, pelabur tersebut akan menjadi jutawan hari ini kerana 25 tahun stock mereka naik 10,000 peratus.

Begitu juga pemusatan kekayaan negara adalah di dalam syarikat-syarikat besar.

Contohnya keuntungan syarikat besar Maybank, 2022 - RM7.9 bilion net profit. 2023 – RM9.35 billion net profit, naik17.4 peratus. Gamuda, 2022 – RM0.81 bilion. 2023, net profit dia RM1.84 bilion, naik 127 peratus. Maka yang mempunyai capital akan menjadi lebih kaya.

draft • 6:23 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Sebagai rakyat biasa, kita hanya mengharapkan gaji sahaja. Kita tidak mempunyai kapital untuk melabur dan mendapatkan pulangan. Gaji kita sudah 100 peratus habis diguna pakai untuk kehidupan harian. Jadi, bagaimana pekerja biasa mendapat kapital lebihan untuk melabur.

Jadi, saya ingin mencadangkan. Saya selalu fikirkan bagaimana membantu rakyat kita mendapat kapital supaya boleh melabur, supaya boleh mendapat pulangan yang lebih baik. Jadi, saya ingin mencadangkan konsep atau sistem gaji 13 bulan (13-month salary). Ini bermaksud, pada bulan Disember setiap tahun contohnya lah ya. Pekerja dibayar gaji dua bulan. Okey, gaji pertama boleh bayar expenses biasa. Tetapi gaji yang kedua itu, mereka boleh membuat pelaburan atau perbelanjaan besar seperti back to school dan sebagainya.

Sistem gaji 13 bulan ini diguna pakai oleh banyak ― sesetengah syarikat korporat tetapi ia belum diguna pakai secara meluas dalam Malaysia. Di luar negara memang banyak. Saya ingin mencadangkan sistem 13 bulan itu kepada syarikat-syarikat swasta dan juga kerajaan untuk difikirkan. Bolehkah ia diguna pakai demi membantu pekerja kita mempunyai kapital untuk melabur dan sebagainya?

Isu ketiga yang saya ingin bangkitkan adalah kos perubatan di Hospital Swasta.

draft • 6:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Yang Berhormat Bayan Baru, sini. Sini.

draft • 6:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ya. Maaf, ya.

draft • 6:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Sorry ya. Sebelum hendak masuk point, saya hendak tanya. Sebab kita semua ramai duk tekun berbahas. Khusyuk buat kerja tetapi kita kalau nampak belah sana, semalam sebelum saya macam waktu ini lah. Saya hendak masuk bahas. Tetapi tiba-tiba ada orang hendak aniayakan teman ke, hendak aniayakan Parlimen, panggil kuorum. Kuorum tidak perlu dipanggil. Tetapi semalam yang panggil kuorum, depa ini seorang ― ada berapa? Dua orang ya. Tiga orang. Syabas.

Saya hendak minta pandangan lah pasal gaji, pasal kerja. Depa ambil gaji tetapi ramai tidak buat kerja. Apa pandangan Yang Berhormat pasal benda ini.

draft • 6:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Ipoh Timor. Saya rasa kita biarlah rakyat untuk menilailah ya sebab ada siapa MP yang buat kerja, tidak buat kerja ini sentiasa dalam perhatian rakyat.

draft • 6:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul, betul.

draft • 6:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Isu ketiga. Sorry ya Dato’ Indera. Bagi sedikit injury time. Kos perubatan di Hospital Swasta. Saya ingin merujuk kepada laporan berita bahawa life insurance LIAM ya, Life Insurance Association of Malaysia press, CEO dia, Mark O’Dell. Dia baru-baru ini masuk hospital buat satu prosedur yang biasa-biasa tetapi kena caj RM19,000. Saya hendak kongsikan― itu dia terkejut. Maka, untuk menunjukkan bahawa hospital bill sangat terlalu, terlampau tinggi.

Saya hendak kongsi pengalaman saya. Apabila anak saya dilahirkan pada tahun 2010, hospital bill ― swasta lah ya, RM2,000 lebih sahaja. Dua tahun kemudian, anak kedua

draft • 6:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

saya dilahirkan. Naik pula ke RM4,000. Dua tahun kemudian, anak ketiga saya dilahirkan.

Dia mencapai RM6,000. Jadi, ini macam semua prosedur biasa tetapi dia macam naik secara berlipat-lipat.

Bilangan ― bil hospital ini macam tiada kawalan ya. Walaupun prosedur perubatan memang dikawal oleh Fee Act, tetapi charges lain, dia macam tiada kawalan. Apabila kita masuk hospital, perkara pertama mereka akan tanya adalah do you have an insurance? Kita macam kalau tiada insurans, dia satu harga atau saya tidak pastilah. Macam yang ada insurans itu memang akan kena teruk-teruk.

Kita memang tidak ada pilihan pun. Apabila kita masuk hospital, kita sudah sakit, kita setuju sahaja apa yang dikenakan. Selepas kita pulih, kita bangun daripada tidur, baru kita tengok bil itu terkejut. Heart attack kedua. Ini yang saya rasa kita harus...

draft • 6:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Pengsan balik.

draft • 6:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Pengsan balik? Ya, pengsan balik. Betul. Baru- baru ini, saya terima panggilan daripada insurance agent saya. Dia kata charges saya, saya punya premium akan naik 40 peratus. Saya terkejut. Kenapakah naik 40 peratus? Dia kata oh, kerana claim dan sebagainya, hospital bill dan sebagainya sudah meningkat dan terpaksa dinaikkan premium dia.

Jadi, saya ingin tanya KKM. Adakah kawalan? Kena ada kawalan, mekanisme kawalan untuk hospital-hospital swasta kerana kalau kita tidak kawal hospital swasta, pesakit- pesakit yang dulu boleh afford, mereka akan menjadi tidak mampu. Maka, mereka akan masuk ke hospital kerajaan dan akhirnya kerajaan akan dibebankan dengan pesakit-pesakit yang bertambah.

Saya ingin bangkitkan isu Bayan Baru. Saya tahu bahawa LRT akan dijalankan.

Apabila pembinaan LRT Pulau Pinang dijalankan ia akan menyebabkan kesesakan jalan raya. Ini for sure. Jadi, saya harap bahawa MRT Corp mempunyai satu pelan komprehensif untuk menyelesaikan masalah kesesakan semasa pembinaan. Kita perlukan prasarana.

Bawa bas-bas demand-responsive transit (DRT) ke Pulau Pinang untuk menyelesaikan masalah kesesakan semasa pembinaan LRT kita.

Akhir sekali, saya sebagai ― saya pembangkang ya. Sorry, bukan saya pembangkang...

[Ketawa] Pembangkang. Okey, pembangkang dalam Dewan ini, dia memainkan peranan check and balance yang sangat penting. Dalam demokrasi yang sihat, kita memerlukan MP-MP pembangkang yang berkaliber dan membawa idea-idea yang bernas.

draft • 6:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

[Bangun]

draft • 6:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Saya amat suka bekerjasama dengan beberapa MP pembangkang seperti Masjid Tanah, Kubang Pasu, Sik, Saratok, Kapar, mereka mempunyai pelbagai idea yang bernas.

draft • 6:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Arau.

draft • 6:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Arau.

draft • 6:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Arau, kita biar rakyat yang menilai. Apabila pihak kita Pakatan Harapan dalam pihak pembangkang, kami memainkan peranan check and balance kepada kerajaan. Sejak tahun 2010 sehingga 2017, tanpa gagal Pakatan Harapan membentangkan shadow bajet untuk bersaing dengan belanjawan kerajaan.

Saya hendak tegur sedikit kepada pembangkang. Kalau boleh saya harap mereka menerima dengan hati yang terbuka. Selepas tiga kali bajet Kerajaan Perpaduan dibentangkan, saya masih belum nampak pembentangan shadow bajet daripada pihak Perikatan Nasional. Mengapa pihak Perikatan Nasional tidak membentangkan shadow bajet.

Adakah Ketua Pembangkang memainkan peranan beliau sebagai the leader of the opposition. Pembangkang yang senior-senior haruslah membahaskan isu-isu yang bernas.

Bukan memainkan perkataan-perkataan seperti kencing, tipu, sembang, mempersoalkan sama ada Perdana Menteri ada gaji ke tidak. Itu perkara-perkara remeh yang cyber trooper boleh buat.

draft • 6:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul, betul.

draft • 6:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tidak payahlah sampai ke MP-MP senior.

draft • 6:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Yang Berhormat.

draft • 6:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Itu kerja-kerja cyber trooper.

draft • 6:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Yang Berhormat, tadi Yang Berhormat sebut pasal check and balance. Tidak ada di sini hendak check apa? Yang balance itu, tidak balance pula. Sini ramai, sana tidak ada. Saya cadangkan. Tidak tahulah sama ada Yang Berhormat setuju kah tidak, Yang tidak balance ini, tidak check ini, potong gaji depa. Tidak buat kerja, kena potong gaji. Setuju?

draft • 6:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Saya rasa...

draft • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Penjelasan.

draft • 6:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Okey, tidak apa. Masa saya sudah selesai. Nanti Arau boleh bahas.

draft • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, Point of order.

draft • 6:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Point of order berapa Yang Berhormat Arau?

draft • 6:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tetapi, saya ingin habiskan.

draft • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, hendak bercakap, bercakaplah. Tidak payah ganggu kami. Kami tidak ganggu ampa pun.

draft • 6:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, Yang Berhormat Arau.

draft • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Pasal apa ganggu kami. Macam- macam kami bercakap, kamu tidak dengar. Itu sebab kelmarin kamu tidak dengar. Kamu pergi mana sampai kuorum tidak cukup. Jadi, ini menunjukkan bahawa kami cakap macam-

draft • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

macam. Kalau kami tidak perjuangkan isu di negara ini, siapakah? Di manakah di kalangan kerajaan perjuangkan isu-isu penting negara?

draft • 6:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Saya harap ― okey terima kasih Arau.

draft • 6:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Arau, duduk.

draft • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, hendak tuduh, 36(6) tidak boleh.

Jangan buat macam itu ya. Kami tidak kacau you all. You all jangan kacau kami.

draft • 6:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Apa yang...

draft • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kami tidak perlukan kamu. Kamu tidak perlukan kami. Itu sebab...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Paya Besar, point of order.

draft • 6:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Point of order berapakah Yang Berhormat?

draft • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] 36(6)

draft • 6:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Apakah 36(6) Yang Berhormat?

draft • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

36(6) menyangka buruk pada kami.

Yang Berhormat, dia sangkaan buruk.

draft • 6:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Siapa sangka buruk? Siapa sangka buruk Yang Berhormat? Ahli Yang Berhormat mana yang sangka buruk pada 36(6)?

draft • 6:30 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini Yang Berhormat, dia menyentuh kami. Tak dak pasal-pasal. Jadi, Yang Berhormat kena hentikan perkataan ini sebab kalau tidak, kalau begitu, kalau macam ini punya keadaan, sentuh– apa dia yang kami tak bercakap? Beritahu secara khusus, jangan buat cara rambang itu. Ini semua ini geng-geng alim ini, kesian kat dia orang. Saya tak apa, tak ada masalah.

draft • 6:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Belum masuk waktu lagi kut.

draft • 6:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey Speaker.

draft • 6:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih.

draft • 6:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jangan – Yang Berhormat tidak boleh teruskan macam ini, membiarkan mereka kritik kepada kami secara umum. Bagi jawab khusus apa yang kami tanya.

draft • 6:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat pun tak address pada Yang Berhormat mana yang sebut 36(6) Yang Berhormat.

draft • 6:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Apa Yang Berhormat?

draft • 6:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

[Ketawa]

draft • 6:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat bangkitkan Peraturan 36(6). Sekarang ini, Yang Berhormat tujukan 36(6) itu kepada siapa?

draft • 6:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia tuju kepada umum. Pembangkang.

draft • 6:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tak, sekarang ini siapa yang bangkitkan 36(6)?

draft • 6:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, Yang Berhormat kata tak perlu?

Tak perlu, tak apa. No problem.

draft • 6:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tak, sekarang ini saya tengah...

draft • 6:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Selamat duduk jadi Pengerusi.

draft • 6:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, saya sekarang ini sedang berurusan Yang Berhormat. Yang Berhormat kena beritahu saya siapa Yang Berhormat bangkitkan 36(6)?

draft • 6:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia sebut pembangkang tidak memperjuangkan bajet. Tiga kali bajet.

draft • 6:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ahli Dewan yang mana?

draft • 6:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini, dia sebut pembangkang itu pada saya.

draft • 6:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sekarang ini Yang Berhormat tuju...

draft • 6:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya sekarang ini...

draft • 6:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

...Yang Berhormat tujukan pada siapa? Bayan Baru kah atau Ipoh Timor?

draft • 6:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini, Timbalan Pengerusi PAC.

draft • 6:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey, duduk. Duduk.

draft • 6:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia Timbalan Pengerusi PAC behave yourself-lah, dengan izin.

draft • 6:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Okey. Terima kasih.

draft • 6:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Duduk, duduk.

draft • 6:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih.

draft • 6:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Bayan Baru, adakah Yang Berhormat sepertimana yang didakwa oleh Yang Berhormat Arau di bawah Peraturan 36(6)?

draft • 6:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tak ada, tak ada. Saya tidak kritik apa-apa. Kita membahaskan isu apa yang berlaku dan saya nampak bahawa kalau – ini adalah perbahasan check and balance. Kalau pembangkang boleh check and balance kepada kerajaan, kita pun sebagai backbenchers pun kena check and balance kepada prestasi pembangkang. Kalau pembangkang...

draft • 6:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey, teruskan Yang Berhormat. Teruskan, teruskan.

draft • 6:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ya. Boleh, boleh.

draft • 6:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, lagi seminit.

draft • 6:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Okey, terima kasih. Jadi, saya nampak bahawa ada keperluan supaya rakyat nampak bahawa,– dengan diri sendiri adakah pembangkang membuat kerja yang sepatutnya untuk check and balance kepada kerajaan? Antara yang penting kalau nak check and balance kepada kerajaan, mereka harus bentangkan shadow budget atau belanjawan bayangan.

Setakat sini, tiga tahun berturut-turut, kita masih tengok tak nampak ada bajet bayangan yang boleh melakarkan apa yang mereka akan laksanakan untuk mengatasi masalah hutang negara, bagaimana belanja untuk kebajikan rakyat, apakah program- program daripada pihak pembangkang untuk kebaikan negara.

draft • 6:40 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Bayan Baru boleh...

draft • 6:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Cukup-cukup. Saya punya masa tak cukup.

draft • 6:40 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

...boleh?

Kalau berani bagilah.

draft • 6:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Jadi, kalau setakat ini saya nampak bahawa keperluan supaya persaingan yang sihat. Persaingan yang sihat antara pihak kerajaan dan juga pihak pembangkang melalui polisi. Kalau kita boleh adakan lebih banyak perbahasan yang bernas, bukan sekadar TikTok, mainkan isu sentimen perkauman dan sebagainya, ia lebih sihat untuk demokrasi Malaysia.

Jadi akhir sekali, saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Demokrasi yang subur memerlukan persaingan idea antara kerajaan dan pembangkang. Saya harap bahawa negara kita akan lebih maju pada masa akan datang lagi. Sekian terima kasih. Saya menyokong.

draft • 6:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Sila, Yang Berhormat Gua Musang.

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker, sebentar Timbalan Speaker. Isu peraturan Timbalan Speaker. Saya nak dapatkan...

draft • 6:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Peraturan Mesyuarat berapa?

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

36(4)

draft • 6:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

36?

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

36(4).

draft • 6:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Baca Yang Berhormat.

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menggunakan bahasa yang kurang sopan. Saya menunggu sehingga Timbalan Speaker kembali mempengerusikan Mesyuarat. Saya cuma ingin memohon petua daripada Timbalan Speaker. 36(4), “Menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa yang kurang sopan”. Ini

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

berkenaan dengan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Perikatan Nasional, Alor Setar kelmarin yang menggunakan istilah ‘Mamak Pasembur’ terhadap Perdana Menteri.

Saya terima arahan, nasihat Timbalan Speaker bahawa beliau tidak menujukan kenyataan itu kepada Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, saya menerima tapi saya mempunyai satu lagi perkara yang ingin saya bangkitkan. Bolehkah istilah ‘Mamak Pasembur’ itu digunakan? Itu merupakan satu istilah yang begitu salah. Bagaimana kita boleh menggelar seorang itu sebagai ‘Mamak Pasembur’ sebagai seorang Ahli Parlimen?

Saya membantah dengan sekeras-kerasnya. Istilah itu memperlekehkan– tidak ada istilah itu. Kalau saya merupakan seorang India dan umpamanya saya memeluk agam Islam dan saya memakai pakaian-pakaian Melayu, saya dikenali sebagai orang Melayu. Itu adalah istilah dalam Perlembagaan Persekutuan. Tetapi, menggunakan istilah ‘Mamak Pasembur’ adalah satu istilah yang menghina orang-orang India Muslim. So, saya menuntut supaya Alor Setar, Ahli Parlimen Perikatan Nasional yang menghina orang-orang India Muslim itu tarik balik kenyataan tersebut Timbalan Speaker. Terima kasih.

draft • 6:40 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua.

draft • 6:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Peraturan berapa?

draft • 6:40 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Apa yang saya fahamlah, jawab...

draft • 6:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tak, peraturan berapa?

draft • 6:40 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

...Jelutong...

draft • 6:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang jawab saya.

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tak perlu jawab. Alor Setar akan jawab.

draft • 6:40 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

...Alor Setar sebut, “Bukan.

Bukan Mamak Pasembur. Bukan”.

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya lah, tapi istilah itu tidak boleh digunakan.

draft • 6:40 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Dia tak kata PM itu Mamak Pasembur.

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jangan gunakan istilah ‘Mamak Pasembur’.

draft • 6:40 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Bukan Mamak Pasembur.

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menggunakan perkataan ‘Mamak’ itu pun salah.

draft • 6:40 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Jelutong, duduk Jelutong.

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menghina orang-orang India Muslim. Salah menggunakan kenyataan itu, salah menggunakan istilah itu. Ini Ahli Parlimen Perikatan Nasional.

draft • 6:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, dah. Dah habis? Okey. Pertamanya Yang Berhormat, saya berada semasa perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat di atas Peraturan 36(4) dan saya meneliti ketika itu satu keputusan yang saya buat sebab ada asasnya. Tetapi sekiranya Yang Berhormat tak bersetuju dengan keputusan saya, Yang Berhormat boleh menulis usul kepada Speaker dan Speaker akan membuat pertimbangan. Boleh Yang Berhormat?

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Timbalan Speaker.

draft • 6:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih. Sila Yang Berhormat Gua Musang.

draft • 6:40 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih.

draft • 6:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang itu Jelutong menuduh Alor Setar...

draft • 6:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sekejap, sekejap. Yang Berhormat Arau.

draft • 6:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...menghina...

draft • 6:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sekejap Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau, sekejap.

draft • 6:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Indian Muslim, dengan izin. 36(6).

draft • 6:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Arau, Peraturan 36(6)? Apa 36(6) Yang Berhormat?

draft • 6:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sebab dia sendiri buat tafsiran.

draft • 6:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, 36(6) apa?

draft • 6:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

36(6) iaitu sangkaan jahat.

draft • 6:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sangkaan jahat.

draft • 6:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia tuduh kepada Alor Setar menghina orang-orang India Muslim, dengan izin. Jadi, sekarang ini dia tak ada di sini. Benda itu berlaku kelmarin. Dia sebut perkataan menghina. Bila Alor Setar menghina? Alor Setar dah bagi penerangan kelmarin. Dia – perkataan itu digunakan tapi itu bukan tujuan untuk menghina...

[Dicelah] Ya, saya tak – saya duduk jauh semalam.

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker, adakah Arau mempertahankan kenyataan itu?

draft • 6:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tapi hari ini dia tuduh Alor Setar menghina.

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Adakah Arau mempertahankan kenyataan Alor Setar?

draft • 6:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sekejap, sekejap. Sekejap Jelutong, sekejap Jelutong.

draft • 6:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, sekarang ini dia membuat sangkaan jahat kepada Alor Setar. Mana Alor Setar? Di mana kamu berada? Muncul dalam Dewan sekarang.

draft • 6:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Dah habis Yang Berhormat?

draft • 6:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya. Dia kena tarik balik perkataan itu.

draft • 6:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tak, Yang Berhormat...

draft • 6:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak ada – siapa menghina?

draft • 6:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

...Yang Berhormat Arau dah habis?

draft • 6:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya. Dah habis dah.

draft • 6:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey. Duduk Yang Berhormat.

draft • 6:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, okey.

draft • 6:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Jelutong, adakah 36(6) yang disebutkan tadi dimaksudkan oleh Yang Berhormat?

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya, memang terpakai. Sebab itu saya kata...

draft • 6:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tak. Sekarang ini, adakah Yang Berhormat menuduh Alor Setar?

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya betul. Kenyataan itu memang dibuat di Dewan menggunakan istilah ‘Mamak Pasembur’. Kenapa gunakan istilah itu? Soalan saya, kenapa gunakan perkataan itu? Ia adalah perkataan yang kurang sopan merujuk kepada orang-orang India yang beragama Islam. Kita memanggil mereka sebagai orang Melayu.

draft • 6:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey, dah Yang Berhormat.

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kenapa gunakan istilah mamak?

draft • 6:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Dah Yang Berhormat?

Yang Berhormat Arau, semalam ketika isu ini dibangkitkan, saya yang mempengerusikan persidangan ketika itu. Saya mempengerusikan Mesyuarat ketika itu dan saya membuat keputusan Yang Berhormat Alor Setar tidak menyatakan perkara tersebut kepada Yang Amat Berhormat Tambun. Ketika itu, saya membuat keputusan kerana keputusannya ada perkataan bukanlah.

Jadi, sekarang ini Yang Berhormat Jelutong membangkitkan hujah dia dan saya dah buat keputusan supaya hujah tersebut kalau tak setuju buat usul. Jadi, saya kira apa Yang Berhormat bangkitkan itu telah termaksud dalam keputusan saya sebelum ini.

draft • 6:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya Yang Berhormat. Tapi kenyataan ini dibuat...

draft • 6:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Dah lah Yang Berhormat.

Dah, dah.

draft • 6:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kenyataan dibuat cara terbuka. Kalau ya pun, bawalah usul.

draft • 6:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tak apa. Tak apa Yang Berhormat.

draft • 6:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tetapi menuduh secara terbuka dalam keadaan Alor Setar tidak ada di sini, dia tuduh kami menghina.

draft • 6:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, perkara ini Yang Berhormat Jelutong akan buat usul dan perkara ini akan ditentukan oleh Speaker.

draft • 6:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, saya tahu. Tapi bercakap secara terbuka, kalau sekiranya diambil secara salah, seolahnya kami menghina orang India yang beragama Islam. Tidak. Kawan-kawan saya ramai Mamak, tak ada masalah. Jadi, dia yang tuduh orang hina. Padahal kami tidak, padahal kawan-kawan kami...

draft • 6:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, itu hujah YB Jelutong dalam mempertahankan keputusan pemikiran dan pentafsiran beliau. Jadi, saya dah buat keputusan supaya usul tersebut dikemukakan dan Yang Berhormat Jelutong dah bersetuju. Jadi, perkara ini tak timbul.

Sila Gua Musang. Banyak lagi pembahas ini.

draft • 6:50 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Okey.

draft • 6:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila. Terima kasih.

draft • 6:50 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Terima kasih Dato’ Indera Timbalan Speaker di atas peluang yang diberikan kepada Gua Musang untuk turut serta dalam sesi perbahasan dasar bagi Rang Undang-undang Perbekalan tahun 2025.

Dato’ Timbalan Speaker, terlebih dahulu, Gua Musang ingin merakamkan setinggi- tinggi tahniah – ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas pembentangan Belanjawan 2025 dengan tumpuan “Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat” oleh Yang Amat Berhormat Tambun, merangkap Menteri Kewangan Malaysia pada Jumaat 18 Oktober, empat hari yang lepas.

Sebagai mewakili rakyat di kawasan saya Gua Musang, kami semua menyambut baik Belanjawan 2025. Jauh dari sudut hati, kami amat mengharapkan nikmat dan limpah kurnia peruntukan Belanjawan 2025 dapat diterjemahkan dengan pelbagai bentuk insentif dan bantuan kepada penduduk di kawasan saya.

Belanjawan 2025 merupakan Belanjawan MADANI Ketiga yang akan memberi lebih penekanan terhadap usaha pemulihan ekonomi, menguasai aspek inovasi selain memastikan pengagihan kekayaan yang lebih adil dan saksama. Dengan tumpuan tersebut,

draft • 6:50 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

maka ia secara tidak langsung akan memperkukuhkan iltizam negara dalam membina serta membangun masa depan yang hijau, digital dan berdaya tahan.

Adalah suatu kebanggaan bagi kita rakyat Malaysia setelah Kerajaan MADANI pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun berjaya ataupun telah menitik beratkan soal pengagihan kekayaan dan kebanggaan ini, kita tidak boleh nafikan setelah kita dapati pertumbuhan ekonomi pada suku kedua tahun 2024 mencapai 5.9 peratus berbanding 4.2 peratus pada suku pertama.

Satu lagi kejayaan yang harus kita sebagai rakyat Malaysia banggakan ialah apabila kadar pengangguran sehingga Ogos 2024 menurun kepada 3.2 peratus yang mana kadar ini adalah yang terendah sejak Januari 2020.

Dato’ Timbalan Speaker, Belanjawan 2025 melibatkan peruntukan sebanyak RM421 bilion yang mana sebanyak RM335 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM86 bilion untuk perbelanjaan pembangunan serta RM2 bilion untuk simpanan luar jangka. Peningkatan 3.3 yang dicatatkan berbanding tahun 2024 adalah suatu peningkatan yang sangat membanggakan kita rakyat Malaysia kerana Kerajaan MADANI pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terbukti semakin mendapat keyakinan pelabur dan paling penting, angka ini adalah cerminan kepada usaha kerajaan untuk memartabatkan tatakelola dan integriti, di samping ikhtiar reformasi kerenah birokrasi.

Apa yang jelas, kejayaan ini adalah hasil daripada kestabilan politik Kerajaan Perpaduan di samping berkat usaha dan percaturan pembaharuan ekonomi MADANI yang bijak oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Dato’ Indera Timbalan Yang di-Pertua, walaupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak memberi keutamaan kepada projek-projek mega pada belanjawan tahun ini, tetapi sebagai rakyat negeri Kelantan Darul Naim, saya amat terharu apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tetap menumpukan kepada projek-projek berkepentingan rakyat Kelantan iaitu pertamanya, projek pembinaan loji rawatan air di Machang dan yang kedua ialah projek pembinaan ataupun memanjang landasan kapal terbang di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu.

Mewakili rakyat Kelantan, kami juga amat berbesar hati menyambut baik dan merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana anggaran peruntukan pemberian Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Kelantan tahun 2025 dianggarkan meningkat sebanyak 4.1 peratus kepada RM403 juta.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, rakyat Malaysia terutamanya keseluruhan penerima manfaat SejaTi MADANI amat teruja apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ingin memperhebatkan lagi ikhtiar SejaTi MADANI dengan jalinan kerjasama yang lebih meluas.

Anggaran peruntukan yang keseluruhan dijangkakan sebanyak RM1 bilion yang akan disediakan pada Belanjawan 2025 untuk ikhtiar SejaTi MADANI dan kita dapati unjuran ini bakal di perhebatkan lagi dengan lebih banyak pengurusan tertinggi jabatan akan dilibatkan untuk mengetuai ikhtiar Kampung Angkat MADANI, universiti dan institusi TVET juga dilibatkan bagi memberi khidmat di peringkat komuniti. Begitu juga, syarikat-syarikat

draft • 6:50 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

mega diseru untuk terlibat sama dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat yang susah dan memerlukan.

SejaTi MADANI sebagaimana diumumkan bahawa setiap pedesaan, miskin bandar, di kampung, pedalaman dan rumah panjang diberi peruntukan yang cukup besar antara RM50,000 sehingga RM100,000 yang mana saya amat yakin pendekatan ini merupakan suatu anjakan bagi memperkasakan rakyat akar umbi untuk memutuskan sendiri aktiviti ekonomi pilihan mereka. Apa yang jelas, fakta ini ialah kita dapati ikhtiar SejaTi MADANI telah berjaya membenih sebenarnya lebih daripada 6,400 kegiatan ekonomi pedesaan.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, kita sebagai rakyat Malaysia yang majoriti beragama Islam seharusnya berbangga kerana Petunjuk Ekonomi Islam Global 2023 mengekalkan Malaysia pada kedudukan teratas untuk 10 tahun berturut-turut. Angka dan pencapaian ini tidak akan datang bergolek tanpa usaha dan inisiatif berterusan daripada barisan Kabinet Kerajaan MADANI yang sentiasa meletakkan perpaduan sebagai tiang seri dalam pentadbiran negara kita.

Dalam konteks daya cipta kewangan Islam, peruntukan sebanyak RM100 juta dana padanan yang akan disediakan bagi menggalakkan inovasi pembiayaan kewangan Islam baharu berasaskan nilai Islam supaya tidak lagi bergantung kepada produk patuh syariah yang mirip konvensional adalah bukti bahawa Kerajaan MADANI hari ini sentiasa mengutamakan sistem kewangan Islam.

Diperkuatkan lagi, apabila sejumlah RM10 juta diperuntukkan bagi menyokong usaha sama antara Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan INCEIF University dalam meningkatkan lagi kefahaman serta pemakaian nilai-nilai universal ekonomi Islam. Ini membuktikan bahawa Kerajaan MADANI berusaha memperkembangkan penyelidikan dan pembangunan program akademik dan terus memartabatkan sistem ekonomi Islam dalam pembentukan dasar semasa yang selaras dengan prinsip maqasid syariah yang adil, inklusif dan lestari untuk keadilan bersama.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, memperkatakan juga tentang ikhtiar bantuan dan pembiayaan perniagaan. Saya mewakili peniaga-peniaga bumiputera, merakamkan setinggi- tinggi penghargaan di atas inisiatif Yang Amat Berhormat Tambun, yang memperuntukkan sebanyak RM40 bilion sebagai kemudahan pinjaman serta jaminan pembiayaan perniagaan di bawah agensi-agensi kerajaan.

Kita semua ketahui bahawa kemudahan pembiayaan tersebut adalah faktor kejayaan peniaga-peniaga baharu yang mulai menceburi bidang perniagaan. Antara yang menarik dalam ikhtiar tersebut ialah peruntukan sebanyak RM3.2 bilion yang akan disediakan untuk pinjaman bersaiz mikro melalui TEKUN dan Bank Simpanan Nasional bagi membantu penjaja kecil termasuk komuniti OKU, masyarakat Cina dan bumiputera.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Belanjawan 2025 jika dilihat juga dari – kepada ikhtiar kos sara hidup rakyat, Kerajaan MADANI pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun sekali lagi mengatur langkah berani dan terpuji apabila memberi peruntukan tambahan dan menaikkan hampir keseluruhan jenis bantuan kepada golongan sasar.

draft • 6:50 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Antara kenaikan peruntukan dan kenaikan jumlah bantuan individu yang akan memanfaatkan golongan sasar pada tahun hadapan ialah pertamanya, peningkatan sebanyak RM3 bilion iaitu daripada RM10 bilion kepada RM13 bilion bagi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang mana peruntukan ini memberi manfaat kepada sembilan juta penerima atau bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara kita.

Kedua, peningkatan jumlah penerima iaitu dari 400,000 penerima kepada 4.1 juta penerima yang akan mendapat Sumbangan Tunai Rahmah kategori isi rumah yang bakal menerima sebanyak RM100 sebulan.

Ketiga, peningkatan amaun Sumbangan Tunai Rahmah kepada RM600 bagi kategori bujang.

Keempat, peningkatan kadar Bantuan Warga Emas daripada RM500 sebulan kepada RM600 sebulan pada tahun 2025.

Terakhir sekali ialah bagaimana peningkatan kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin daripada RM200 kepada RM250 bagi anak berusaha enam tahun ke bawah serta daripada RM150 kepada RM200 seorang bagi anak dalam lingkungan tujuh hingga 18 tahun.

draft • 6:50 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Peningkatan ini yang bakal dinaikkan pada 2025 jelas menggambarkan bahawa hasrat kerajaan untuk memastikan bermula tahun 2025, tidak ada lagi rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan. Peningkatan jumlah bantuan ini agak mustahil untuk direalitikan jika kerajaan tidak meletakkan soal pengagihan kekayaan sebagai agenda utama dalam Kerajaan MADANI yang terpuji.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, rumahku, syurgaku. Golongan kayangan selalunya melaungkan slogan ini setiap kali berbicara mengenai rumah kediaman mereka. Sebagai wakil daripada kawasan luar bandar yang majoriti penduduk di kawasan saya belum mempunyai rumah kediaman sendiri, adalah tidak lengkap jika saya tidak menyentuh mengenai ikhtiar rumah kediaman rakyat.

Sebagaimana yang terkandung dalam ikhtiar bilangan 43 dalam pembentangan Belanjawan 2025 oleh Yang Amat Berhormat Tambun empat hari yang lepas, langkah Kerajaan MADANI pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun meletakkan keutamaan bagi memastikan perumahan mampu milik untuk rakyat adalah sesuatu yang amat relevan di saat kebanyakan ketua isi rumah masih bergelut untuk memiliki rumah kediaman sendiri.

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, langkah Kerajaan MADANI memperuntukkan RM900 juta bagi melaksanakan 48 Program Residensi Rakyat (PRR) dan 14 Projek Rumah Mesra Rakyat adalah mimpi indah kepada ketua-ketua isi rumah yang selama ini mengharapkan mereka mempunyai rumah kediaman sendiri.

draft • 7:00 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Selain itu juga, langkah kerajaan untuk menaikkan nilai bantuan bina baharu rumah rakyat, antaranya penghuni PPRT, perumahan nelayan dan kampung baharu Cina kepada maksimum RM90,000 seorang atau pun kepada RM90,000 kepada ketua isi rumah dan juga peningkatan bantuan baik pulih rumah rakyat kepada RM20,000 adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh rakyat yang memerlukan di luar sana. Inilah bukti kerajaan sentiasa mendengar rintihan rakyat.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, suka juga untuk saya menyentuh mengenai ikhtiar prasarana asas desa. Peruntukan hampir RM2.9 bilion yang disediakan kerajaan untuk penyelenggaraan prasarana asas di kawasan kampung, desa dan pedalaman adalah satu lagi petanda bahawa Kerajaan MADANI sentiasa menitikberatkan soal atau pun isu keselesaan penduduk luar bandar.

Saya berharap masyarakat saya di Gua Musang juga tersenarai sebagai penerima manfaat di atas langkah kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.8 bilion bagi melaksanakan pembinaan baharu jalan-jalan kampung serta membaik pulih kerosakan jalan- jalan kampung, terutamanya jalan-jalan perhubungan desa di kampung-kampung Orang Asli di Gua Musang.

Selain itu juga, menyentuh mengenai penyelenggaraan jalan bagi mengurangkan kes-kes kemalangan jalan raya yang tidak selamat, suka untuk saya mengambil perhatian Dewan yang mulia ini dan terutamanya Yang Berhormat Menteri Kerja Raya, iaitu pada sesi perbahasan sebelum ini ― saya sebelum ini disusuli dengan soalan-soalan kepada Yang Berhormat Menteri Kerja Raya, isu kemalangan jalan raya yang tidak selamat sering kali saya bawa ke Parlimen mewakili pengguna jalan raya di hampir keseluruhan jalan persekutuan dan jalan negeri di Parlimen Gua Musang.

Dalam memperkatakan perkara ini, saya juga ingin bertanya kepada kerajaan, terutamanya Yang Berhormat Menteri Kerja Raya, apa kesudahannya? Apa jalan cerita bagi projek pembinaan Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (CSR) Pakej 3 seksyen 3B, 3C dan 3D yang sering mengganggu dan mengundang kemalangan kepada pengguna jalan raya yang sedia ada di Gua Musang?

Progress pembinaan pakej jalan tersebut bukan sahaja sepi tanpa progress kerja tetapi safety road barrier dan safety traffic PVC cone bertaburan di atas jalan tanpa arah tuju yang jelas mengundang kesesakan trafik seterusnya mengundang kemalangan, terutamanya ketika musim hujan. Kon-kon yang tidak diletak dengan teratur seolah-olah terdapat unsur sabotaj oleh kontraktor pembinaan di kesemua seksyen dalam pakej 3 tersebut.

Saya dengan rendah diri menyampaikan pesanan daripada penduduk kawasan saya Gua Musang agar kerajaan mengambil tindakan sewajarnya kepada kontraktor pelaksana dan jika kontraktor tersebut tiada daya untuk meneruskan projek tersebut, silalah anda bersihkan kon-kon yang bertaburan di atas jalan yang merupakan jaringan jalan raya yang utama, yang menghubungkan Gua Musang ke Kota Bharu dan Gua Musang ke Kuala Lipis, Pahang.

draft • 7:00 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, sebagai kesimpulan dalam perbahasan ini, Gua Musang ingin mengambil kesempatan untuk menyampaikan ucapan berbanyak terima kasih di atas segala ihsan, keadilan dan kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Tambun yang sentiasa mengutamakan rakyat marhaen dalam membuat perancangan pentadbiran dan ekonomi negara...

[Tepuk] Buat rakan-rakan yang sama ada berada di sebelah kiri atau kanan saya, janganlah kita...

draft • 7:00 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Gua Musang, sedikit, Gua Musang. Saya ingin menyampaikan syabas dan tahniah kepada Gua Musang kerana baru-baru ini di negeri, Barisan Nasional menang besar...

[Tepuk]

draft • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kami akan serang Tampin habis- habisan. Tunggu harinya.

draft • 7:00 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Tahniah juga, walaupun agak lewat daripada saya, kerana rakan-rakan daripada UMNO telah berjayalah, yang kata tadi diketuai oleh Datuk Seri Timbalan Menteri Kerja Raya yang kita jumpa tadi, telah bertungkus-lumus untuk memastikan ataupun memberi tunjuk ajar kepada rakan yang di sebelah sini bahawa, “Itulah hakikatnya, Gua Musang”. This is Gua Musang yang tidak boleh disamakan dengan sebelah selatan utara.

Saya teruskan. Buat rakan-rakan sama ada yang berada di sebelah kiri atau kanan saya, janganlah kita melihat pembentangan Belanjawan 2025 oleh Yang Amat Berhormat Tambun sebagai sekadar pembentangan yang bersahaja. Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri untuk mengimbau kembali bagaimana kita boleh berada di kerusi Dewan Rakyat ini. Ingatkah kita bagaimana ujian Allah, jerih-perih, cabaran dan cemuhan yang kita alami sebelum dan sehingga saat ini?

Buat masyarakat saya yang berada di bumi bertuah Gua Musang, terima kasih di atas segala sokongan dan iringan doa anda semua yang telah mengutuskan. Terima kasih kerana menghantar saya ke sini untuk berada di dalam kelompok pemimpin yang berperanan dalam memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan serta terlibat dalam kelompok yang membahas, menyokong dan meluluskan undang-undang persekutuan.

Kepada Allah, kita berserah. Kepada rakyat, kita mengalah. Kerana rakyat, kita di sini. Terima kasih Kerajaan MADANI. Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Gua Musang mohon menyokong Belanjawan 2025 yang adil dan saksama...

[Tepuk]

draft • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Point of order. Speaker, point of order 18(1) dan (2).

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ya.

draft • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya ingin merujuk kepada jawapan Ahli Parlimen Alor Gajah pada pagi ini, iaitu dia menyebut bahawa Laut China Selatan sekarang berada dalam keadaan selamat, terkawal dan terbuka. Kenyataannya telah mengelirukan dan ia boleh mengancam masalah keselamatan negara.

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ya.

draft • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sebab, dia sebut perkataan “terbuka”.

“Terbuka” di sini, apa maksud? Sepatutnya dia kena sebut, “Terbuka di sini ialah bebas gerak”. Bukan terbuka, semua orang boleh masuk. Dia kena masuk dan bergerak. Bukan boleh duduk macam itu.

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ya, Yang Berhormat.

draft • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ataupun anchored kapal mereka di situ.

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, kawasan yang dipertikai sekarang ialah kawasan Beting Patinggi Ali. Tapi, Alor Gajah menyebut...

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Bahawa Laut China Selatan selamat, terkawal dan terbuka.

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sebenarnya kita tidak selamat dan kita tidak terkawal dan kita tidak terbuka.

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, nak buat usul itu, buatlah. Bukannya saya nak menghalang.

draft • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, Yang Berhormat suruh bawa usul?

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Buatlah usul dulu.

draft • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya dah buat usul dan saya hantar kepada Speaker.

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, oleh sebab jawapannya belum dapat, jadi saya tengok ada orang yang dibenarkan kes semalam dibawa hari ini, jadi saya nak bawa kes esok dibawa ke hari ini.

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Boleh saya baca, Yang Berhormat?

draft • 7:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Yang Berhormat, jangan mengelirukan Dewan.

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 7:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Bila dia kata terbuka, memang terbuka.

draft • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tunggu, tunggu. Speaker jawab.

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sat, sat, sat. Tunggu kejap. Mana-mana Ahli Parlimen yang hendak membawa usul, buatlah. Tak jadi kesalahan, malah dibenarkan dalam peraturan. Tetapi, bab hendak membahaskan usul itu, saya tidak benarkanlah. Okey?

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Berikutnya, saya...

draft • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasihlah.

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya mempersilakan Yang Berhormat Kudat.

draft • 7:00 PM

Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum, salam Malaysia MADANI, salam sejahtera dan salam perpaduan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya turut sama dalam perbahasan RUU Perbekalan atau Belanjawan 2025.

draft • 7:09 PM

Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat

Terlebih dahulu, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan atas pembentangan Belanjawan 2025 dan juga kepada Kerajaan MADANI atas kecemerlangan kerajaan dalam meningkatkan ekonomi negara dengan melaksanakan polisi-polisi negara yang telah memberikan keyakinan kepada pelabur dari luar untuk melabur di Malaysia dalam mengukuhkan kedudukan nilai dagangan ringgit dan menurunkan kadar defisit fiskal negara pada tahun 2023.

Kudat terpanggil untuk menyatakan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah menyelesaikan banyak perkara yang telah termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 seperti pengembalian hak kawal selia gas, kawal selia elektrik dan menaikkan secara drastik pemberian khas kepada 600 juta untuk tahun 2025 dan peruntukan pembangunan untuk Sabah sebanyak RM6.7 bilion.

Bagaimanapun, langkah-langkah yang telah dilaksana dan juga pemberian khas ini tidak sekali-kali akan menghentikan suara dari Kudat dan pemimpin lain daripada Sabah untuk terus memperjuangkan pengembalian hak wilayah Sabah yang telah termaktub dalam MA63, terutama sekali untuk mendapatkan semula hak 40 peratus kutipan cukai di Sabah, yang mana ada perkara-perkara yang ekonomi mengatakan jumlah tuntutan ini mencapai RM309.

Di kesempatan ini juga, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah yang begitu prihatin dalam merancang pembangunan ekonomi di utara Sabah dalam skala yang besar. Ini adalah selaras dengan ucapan beliau pada 24 Ogos 2024 di Pekan Tomborungus, Kudat semasa Program Bakti MADANI berkenaan komitmen Kerajaan Sabah untuk menubuhkan Kudat Industrial Park ataupun KIP dengan keluasan 3,000 ke 10,000 ekar serta pembangunan pelabuhan antarabangsa yang baharu di Kudat selaras dengan cadangan saya yang telah saya kemukakan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah pada 10 Ogos 2024.

Berdasarkan kepada komitmen Kerajaan Sabah yang tinggi untuk pembinaan Taman Perindustrian dan Pelabuhan tersebut, saya mohon kepada Kerajaan Malaysia untuk memberikan status free trade zone kepada Kudat Industrial Park dan pelabuhan baharu

draft • 7:10 PM

Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat

tersebut sebagai satu daya tarikan utama kepada pelabur-pelabur asing serta syarikat- syarikat besar untuk datang melabur di kawasan tersebut, yang mana saya telah difahamkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri bahawa Kerajaan Sabah akan mempercepatkan penubuhan Kudat Industrial Park dalam masa yang terdekat. Anggaplah pemberian status free trade zone ini sebagai hadiah terbesar kepada rakyat Malaysia di kawasan utara Sabah yang sudah begitu lama terbelenggu dengan kemiskinan dan kesusahan.

Dato’ Yang di-Pertua, di kesempatan ini juga saya ingin menyatakan rasa terima kasih kepada ketua-ketua jabatan dan semua penjawat awam di Daerah Kudat dan Daerah Pitas yang telah memberikan komitmen kepada saya yang begitu tinggi dalam menjalankan tugas dan memberikan input kepada saya sebagai wakil rakyat di Kudat dalam usaha membangunkan Parlimen Kudat.

Dato’ Yang di-Pertua, Parlimen Kudat mempunyai kawasan tanah terbiar yang begitu luas. Melalui perbincangan saya dengan ketua-ketua jabatan di Daerah Kudat dan Daerah Pitas, salah satu potensi besar yang kerajaan perlu berikan tumpuan adalah membangunkan kawasan-kawasan yang terbiar ini. Perbincangan bersama ketua-ketua jabatan tersebut mengenal pasti salah satu industri asas tani adalah penanaman padi, yang mana lebih 18,000 ekar tanah berpotensi untuk dibangunkan sebagai jelapang padi di Daerah Pitas. Kawasan ini akan diwartakan sebagai kawasan tanaman padi. Saya mohon kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan meletakkan Pitas sebagai salah satu kawasan yang diberikan keutamaan bagi pembangunan penanaman padi pada tahun hadapan ataupun sekurang-kurangnya masukkan dalam RMKe-13.

Setiap kali perbahasan di Parlimen, Kudat sentiasa menekankan infrastruktur asas, terutama sekali memperbaiki jalan pertanian perlu dilaksanakan bagi meningkatkan hasil dan produktiviti ekonomi petani di kawasan Parlimen Kudat. Oleh itu, saya mohon kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk memberikan peruntukan yang mencukupi bagi tujuan menaik taraf jalan pertanian di Parlimen Kudat.

Dato’ Yang di-Pertua, menyentuh mengenai pembangunan di luar bandar. Kawasan saya terlalu banyak masalah infra asas yang belum diselesaikan. Di Pitas masih terdapat lebih daripada 1,500 rumah yang tidak mempunyai bekalan elektrik dan lebih 4,000 rumah tidak mempunyai bekalan air paip. Saya ingin bertanya kepada KKDW mengenai status Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar, pembinaan talian 11KV Mengkubau Pitas yang sudah bermula 15 Februari 2012 dan sepatutnya siap pada 14 Ogos 2013. Tetapi sehingga kini belum dapat digunakan, menyebabkan lebih sembilan kampung masih belum mendapat bekalan elektrik.

Sebahagian daripada grid tersebut telah mengalami banyak kerosakan dan SESB tidak dapat mengambil apa-apa tindakan kerana projek tersebut terbengkalai dan tidak dapat diserahkan kepada SESB. Dalam jawapan Timbalan Menteri kepada saya awal tahun ini telah dinyatakan bahawa beberapa projek jalan raya berimpak tinggi akan dilaksanakan pada tahun ini seperti Jalan Telaga dan Jalan Naradang, Pitas.

draft • 7:10 PM

Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat

Saya ingin mendapatkan kepastian daripada kementerian KKDW, bilakah tarikh sebenar pelaksanaan projek-projek ini? Projek solar di Pulau Balambangan, Pulau Banggi dan Pulau Manawali juga sehingga kini belum diserahkan kepada SESB dan belum dapat membekalkan elektrik di kawasan yang sepatutnya.

Liputan bekalan air di Bandar Kudat telah mencapai 100 peratus dan luar bandar Daerah Kudat 90 peratus. Namun, loji air di Kudat hanya berkapasiti 55 juta liter air sehari.

Di mana untuk beberapa tahun ke depan ia tidak akan mencukupi apalagi jika pembangunan Taman Perindustrian Kudat mula beroperasi. Jadi, saya mohon kerajaan mempertimbangkan untuk pembesaran Loji Rawatan Air Milau dan mengaktifkan semula Loji Rawatan Air Pinangsoo.

Saya ulang untuk sekali kalinya, mohon kementerian KKDW untuk memberikan peruntukan bagi naik taraf jalan-jalan perhubungan utama di Parlimen Kudat. Jalan Mangkapon, Jalan Mapan-Mapan, Jalan Pantai, Jalan Liew Malubang Fasa Dua, Jalan Mendamai-Pinapak Fasa Dua, Jalan Bangkau-Bangkau, Jalan Tampakahu, Jalan Lok Dangkaan, Jalan Maliau, Jalan Mangkapon Pituru Laut di Pitas, Jalan Masangkong-Merabau, Jalan Gumandang, Jalan Perpaduan Ria, naik taraf Jalan Suangpai dan Jalan Mesej Tampakan di Kudat dan yang paling penting adalah jalan dari Maliuh ke Dogoton di Pulau Banggi.

Dato’ Yang di-Pertua, baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melancarkan satu perancangan yang dikenali sebagai blue economy yang telah diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah. Di mana idea blue economy ini adalah pemikiran di luar kotak bagi kebanyakan pemimpin iaitu sektor ini merupakan model ekonomi baru wilayah Sabah.

Saya melihat perancangan ini akan membawa hala tuju ekonomi yang besar di Sabah, khususnya bagi kawasan Kudat yang meliputi kawasan laut yang luas.

Bagaimanapun, perancangan seumpama ini hendaklah memberikan kesan peningkatan ekonomi yang menyeluruh, terutama sekali dalam membantu masyarakat setempat, khususnya golongan rentan agar pai ekonomi ini secara langsung dapat membantu mereka keluar daripada kepompong kemiskinan dan kesusahan.

Kudat mohon penjelasan daripada Kementerian Ekonomi, apakah perancangan kementerian dalam hal ini? Dato’ Yang di-Pertua, pemilikan tanah sangat penting bagi menjamin masa depan orang asal dan usaha untuk menoktahkan kemiskinan di Parlimen Kudat. Saya mohon kepada kerajaan untuk menambah peruntukan Program PANTAS iaitu penyukatan tanah anak negeri ke RM47 juta bagi tahun 2025 untuk mempercepatkan proses pemilikan tanah anak negeri. Tanpa pemilikan tanah yang sah, para petani tidak mendapat apa-apa faedah daripada insentif dan geran yang disediakan oleh kerajaan.

Di kesempatan ini juga, Kudat mohon agar Kementerian Perladangan dan Komoditi untuk menambah peruntukan menaik taraf jalan-jalan ladang kelapa sawit dan ladang getah di Parlimen Kudat. Mohon juga kepada MPOB untuk memantau harga kelapa sawit di Pitas

draft • 7:10 PM

Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat

yang terlalu menindas pekebun-pekebun kecil, terutama sekali timbangan-timbangan persendirian.

Dato’ Yang di-Pertua, kesihatan dan kesejahteraan rakyat adalah nadi kecemerlangan negara. Kementerian Kesihatan kali ini merupakan kementerian kedua mendapat peruntukan tertinggi. Seperti apa yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebut semasa pembentangan belanjawan Jumaat lalu untuk memberikan perhatian kepada kemudahan rakyat di fasiliti kesihatan. Saya mohon Kementerian Kesihatan memberikan perhatian kepada Parlimen Kudat yang mana klinik kesihatan, klinik desa dan klinik ibu dan anak di kawasan saya kebanyakannya masih bangunan kayu yang sudah usang. Jauh ketinggalan berbanding dengan kawasan-kawasan yang lain.

draft • 7:10 PM

Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat

Klinik Kesihatan Karakit Banggi, Klinik Desa Dualog, Klinik Desa Milau, Klinik Kesihatan Nangka Lotong, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Pitas, Klinik Desa Bawing, Klinik Desa Rosob, Klinik Desa Pinggan-Pinggan, Klinik Kesihatan Dandun dan kemudahan di Hospital Kudat dan Hospital Pitas masih terlalu banyak perkara yang perlu diperbaiki.

Dato’ Yang di-Pertua, bencana alam yang berlaku setiap tahun menyebabkan hakisan pantai yang agak kritikal terutamanya di kawasan seperti Kampung Kimihang dan Kampung Perpat Laut di Kudat serta Kampung Kesagaan di Pitas dan banyak lagi tempat di pesisir pantai yang memerlukan tebatan hakisan pantai.

Dato’ Yang di-Pertua, ucapan penghargaan kepada Menteri Pendidikan yang sangat prihatin kepada sekolah-sekolah daif yang mana beberapa projek naik taraf bangunan sekolah sedang berlaku di Parlimen Kudat pada ketika ini. Di kesempatan ini saya memuji Belanjawan 2025 ini kerana memberikan Kementerian Pendidikan, antara kementerian yang menerima peruntukan yang tertinggi.

Saya ingin membangkitkan sekali lagi berkenaan dengan keperluan pembinaan sekolah menengah agama di Kudat yang mana sekolah menengah agama ini akan menyediakan peluang pendidikan kepada anak-anak untuk menuntut ilmu agama dengan lebih baik dari lima buah daerah di utara Sabah iaitu Kudat, Banggi, Matunggong, Kota Marudu dan Pitas. Saya telah berbincang dengan ketua jabatan di Kudat untuk mendapatkan tapak sekolah agama yang sesuai sekiranya kerajaan dapat memberikan kelulusan pembinaan sekolah menengah agama ini.

Keprihatinan dan kerja keras oleh Yang Berhormat Menteri sangat dihargai. Tetapi keprihatinan dan keikhlasan serta komitmen yang tinggi kerajaan tidak akan berkesan tanpa ada satu sistem penyampaian yang telus di peringkat bawah, terutama sekali di peringkat pelaksanaan. Dalam Dewan yang mulia ini, saya mohon disemak dan disiasat sama ada peruntukan-peruntukan ini sampai ke sasaran yang sepatutnya, terutama sekali peruntukan yang melibatkan kebajikan dan prasarana, peruntukan aktiviti sukan dan sebagainya di sekolah-sekolah peribumi di Banggi dan Kudat.

Saya mengangkat suara ini kerana masyarakat di Banggi dan Kudat telah menimbulkan kegusaran seperti mana isu yang tular di sosial media mengenai dakwaan

draft • 7:20 PM

Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat

penyelewengan dana-dana di sekolah ini. Ada antara pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah Kudat yang mempunyai gred gaji yang sederhana tetapi menjadi buah mulut masyarakat di Kudat kerana mempunyai kekayaan yang luar biasa.

Contohnya seorang Timbalan PPD yang dikatakan memiliki rumah banglo dan beberapa unit kediaman lain dan kenderaan yang bernilai jutaan ringgit. Pegawai-pegawai yang dikatakan membentuk kartel ini seolah-olah mempunyai kekebalan dalam jabatan mahupun kementerian kerana berupaya mempengaruhi rantaian dalam Kementerian Pendidikan.

Ini dibuktikan dengan perpindahan mengejut seorang pegawai pendidikan Daerah Kudat iaitu Puan Nurul Izzati Abdullah yang hanya sempat bertugas lebih kurang sembilan bulan dan dengan tiba-tiba dipindahkan ke Jabatan Pendidikan Sabah kerana beliau cuba untuk menstrukturkan semula pegawai-pegawai yang bermasalah ini.

Natijahnya Puan Nurul telah mendapat surat perpindahan yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia bertarikh 19 Ogos 2024 dengan jawatan memangku gred 52 sedangkan beliau berjawatan gred 54. Sebagai rekod, Puan Nurul Izzati Abdullah merupakan pengetua cemerlang sebelum dilantik sebagai PPD Kudat dan terkenal dengan sikap integriti yang tinggi.

Saya mohon kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat perkara ini termasuk kemungkinan kartel ini mendapat perlindungan daripada pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan. Tidak akan berjaya usaha Yang Berhormat Menteri dan Kerajaan MADANI ini untuk mereformasi sistem pentadbiran dan menghentikan ketirisan berjuta-juta ringgit dana kerajaan jika barah rasuah terutama di peringkat pelaksanaan tidak ditangkap dan dimusnahkan.

Saya juga mengambil kesempatan untuk menyeru guru-guru besar, guru-guru dan siapa sahaja yang mempunyai maklumat berkenaan dengan hal ini untuk segera melaporkan apa-apa penyelewengan yang berada dalam pengetahuan mereka kepada SPRM.

Sebagai penutup Dato’ Yang di-Pertua, setiap kali kami sebagai wakil rakyat menyatakan keperluan wakil rakyat sepertimana yang saya wakili antara kawasan termiskin di Malaysia berucap di dalam Dewan yang mulia ini, maka harapan tinggi diletakkan oleh penduduk di kawasan kami yang kami wakili serta beranggapan bahawa permasalahan yang diucapkan oleh wakil rakyat akan didengar oleh pihak kerajaan dan akan diambil tindakan untuk mengatasi masalah tersebut.

Harapan saya sebagai wakil rakyat Parlimen Kudat agar kerajaan hari ini di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun akan bekerja keras untuk memenuhi segala keperluan rakyat, khususnya di Parlimen Kudat. Saya yakin hanya Kerajaan MADANI ini sahaja yang mampu menaikkan taraf ekonomi Parlimen Kudat setanding dengan kawasan yang lain. Insya-Allah. Kudat mohon menyokong.

draft • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kudat. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Permatang Pauh.

draft • 7:20 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohd Jan - Permatang Pauh

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Membaca sepotong ayat Al-Quran], “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan katakanlah perkataan yang tepat dalam segala perkara.” Surah Al-Alzab, ayat yang ke-70.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Permatang Pauh untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2025. Secara dasarnya saya akan menyokong sebarang dasar dan usaha kerajaan yang membawa kebaikan kepada rakyat terutamanya rakyat Permatang Pauh. Pun begitu, dalam memastikan dasar yang dilaksanakan ini berpihak dan menguntungkan rakyat, Permatang Pauh memanfaatkan ruang ini untuk memberikan komentar dan membawa suara rakyat mengenai Belanjawan 2025.

Dalam perbahasan belanjawan ini, saya ingin menyentuh beberapa perkara sahaja iaitu berkaitan dengan pelaksanaan gaji minimum kepada RM1,700, peluasan skop SST secara progresif dan juga penyesaran subsidi petrol yang akan dilaksanakan pada pertengahan 2025.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum itu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pengumuman untuk pembinaan satu UTC di Seberang Perai dan juga lebuh raya bertingkat Juru ke Sungai Dua.

Kedua-dua projek itu insya-Allah yang pertama akan memberikan kemudahan untuk berurusan bagi warga Seberang Perai dan juga boleh meringankan kesesakan yang agak berat di kawasan Permatang Pauh khususnya di kawasan Seberang Jaya. Jadi mudah- mudahan projek-projek ini akan dapat memberikan kemudahan kepada rakyat. Isu-isu lain berkaitan Permatang Pauh saya akan bawa di peringkat jawatankuasa nanti, insya-Allah.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang pertama perbahasan saya adalah berkaitan dengan pelaksanaan gaji minimum kepada RM1,700 bermula 1 Februari tahun depan iaitu empat bulan daripada sekarang. Asasnya amaun ini memberi impak yang positif kepada pekerja, namun apakah kerajaan sudah melaksanakan sesi libat urus bersama dengan majikan-majikan daripada perusahaan mikro, kecil dan sederhana dan menilai juga kemampuan mereka.

Kemampuan dan pendapat mereka perlu diambil kira memandangkan bilangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana ini lebih daripada sejuta dengan pulangan KDNK PKMS pada tahun 2023 sahaja adalah 39.1 peratus iaitu hampir RM613.1 bilion.

Awal September lalu Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SAMENTA) membangkitkan kekhuatiran apabila kerajaan seakan dibuai dengan keadaan pemulihan ekonomi yang kukuh dan inflasi yang sederhana sebagai indikator kepada prestasi PKMS, sorry PMKS. Menurut SAMENTA, PMKS terjejas teruk oleh kos tambahan menjalankan perniagaan dan sedang berkira-kira untuk menaikkan harga jualan. Selain itu, berdasarkan tinjauan mereka, PMKS menghadapi krisis margin yang nipis dan diburukkan lagi dengan peningkatan kos pematuhan e-Invoice dan pematuhan dan pelaporan standard ESG.

draft • 7:26 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohd Jan - Permatang Pauh

Kelmarin, SAMENTA sekali lagi menyatakan pelaksanaan gaji minimum pada Februari nanti akan menjejaskan PMKS dan perkara yang saya bimbangkan adalah harga yang ditanggung oleh PMKS ini akan dipindahkan kepada penggunaan akhir iaitu rakyat teramai.

draft • 7:26 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohd Jan - Permatang Pauh

Perkara ini akan meningkatkan kos sara hidup rakyat yang sudah pun terbeban.

Kesan domino ini menyebabkan semua pihak rugi. Rakyat sebagai pengguna tanggung kos mahal, PMKS terjejas hasil jualan dan secara tidak langsung menjejaskan ekonomi negara.

Dalam masa yang sama, pengumuman gaji minimum RM1,700 ini dibentangkan, ia dilihat tempang kerana hanya RM200 juta peruntukan untuk Dasar Gaji Progresif (DGP) yang mana memanfaatkan hanya 50,000 pekerja sahaja.

Selain itu, RM200 juta ini tidak dirincikan secara jelas. Apakah ianya insentif untuk semua syarikat sama ada besar mahupun kecil ataupun bagaimana? Malah, berkaitan dengan hasil dan keberjayaan Program Rintis DGP ini tidak dibentangkan pada umum. Saya khuatir, pengumuman gaji minimum oleh PMX ini adalah seperti pengulangan tindakan sebelum ini iaitu umum dulu, baru kaji.

Tuan Yang di-Pertua, menurut pembentangan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari Jumaat yang lalu, tiga bulan selepas pelaksanaan gaji progresif, kerajaan akan melaksanakan peluasan skop SST secara progresif. Peluasan cukai ini meliputi barang bukan keperluan asas seperti barang premium dan juga perkhidmatan komersial.

Malah, kerajaan turut memperkenalkan cukai baharu iaitu cukai dividen. Padahal, pada tahun lepas, sudah ada kenaikan enam ke lapan peratus dan juga, peluasan cukai SST.

Adanya pengenalan cukai baharu seperti cukai LVG dan sebagainya pada tahun yang lalu.

Dalam keadaan peluasan cukai SST dan pengenalan cukai baharu, saya ingin menarik perhatian Dewan berkaitan dengan butiran akhbar New Straits Times bertarikh 22 Oktober 2023 yang menyatakan bahawa nilai ekonomi gelap adalah 30 peratus daripada KDNK, yang mana pada tahun 2022 ia dianggarkan hampir RM535.4 bilion black market ini.

Amaun yang besar ini membuktikan sistem SST yang diguna pakai ini tidak efisien dan ada kelompongan untuk peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab lari daripada membayar cukai. Apakah ada usaha kerajaan dalam membaiki kelompongan sistem SST yang menjejaskan hasil pendapatan negara ini?

Selain itu, menyentuh juga isu ekonomi gelap. Saya menggesa agar kerajaan serius menyiasat dan membanteras industri dosa seperti premis perjudian haram, pusat pelacuran yang banyak didedahkan oleh warga maya kebelakangan ini. Aktiviti yang tidak memberikan pulangan ekonomi kepada negara, sebaliknya merosakkan sahsiah dan jati diri anak muda, dan beri kesan negatif kepada negara mesti dinoktahkan.

Tuan Yang di-Pertua, perkara ketiga yang ingin dibangkitkan adalah berkaitan hasrat kerajaan untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025. Secara prinsipnya, saya bersetuju. Penyasaran subsidi dilaksanakan memandangkan

draft • 7:30 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohd Jan - Permatang Pauh

tidak sedikit rakyat kita yang terlebih kaya. Ramai hartawan yang amalkan gaya hidup mewah, memiliki pakaian bernilai ribuan ringgit, mengumpul kereta mewah sebagai hobi, mempunyai aset hartanah yang banyak dan mempunyai perniagaan yang maju.

Saya berpendapat, golongan ini tidak layak mendapat subsidi. Adapun, golongan T15 seperti pengkelasan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri perlu dinilai semula. Jumlah pendapatan isi rumah T15 versi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah lebih kurang RM13,000 sahaja. Namun, berpandukan pembentangan Perdana Menteri, golongan T15 versi ini tidak layak untuk mendapatkan subsidi petrol RON95 dan ada bayangan berkaitan penarikan subsidi kesihatan, pendidikan tinggi turut dikenakan pada mereka. Ianya membeban mereka kerana jurang T20 dan T15 tidak jauh beza. Namun, insentif kerajaan begitu ketara pengagihannya. Bahkan, ramai daripada golongan T15 mempunyai tanggungan ramai yang tinggal di bandar. Pengalaman pelaksanaan penyasaran subsidi diesel sepertinya mekanismenya perlu kajian yang lebih mendalam.

Terdapat banyak kelemahan dari siri pengesahan kelayakan penerimaan. Ada golongan yang layak tetapi terlepas pandang. Ada yang tak layak tetapi terima bantuan.

Bagaimana kerajaan akan memastikan bahawa perkara yang sama tidak berulang dalam pelaksanaan subsidi petrol ini?

Permasalahan yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang semalam turut dialami oleh saya, yang mana pengguna kenderaan diesel merungut apabila bantuan BUDI MADANI RM200 tidak dimasukkan ke dalam akaun mereka. Ada yang sebulan, ada yang dua bulan.

Harus diingatkan, jumlah pengguna RON95 jauh lebih besar daripada pengguna kenderaan berdiesel. Pasti, permasalahan yang lebih besar akan timbul.

Dalam menyalurkan bantuan seperti BUDI MADANI, sepastinya dokumen kenderaan seperti geran, cukai jalan menjadi syarat permohonan. Untuk mengelakkan adanya keciciran untuk penyasaran subsidi ketika ia dilaksanakan nanti, kerajaan perlu mengambil kira status dokumen rakyat marhaen. Tak sedikit golongan B40 yang menggunakan kenderaan atas – sorry. Bukan atas nama sendiri, atas sebab-sebab tertentu. Amat menyedihkan jika mereka tidak mendapat bantuan kerajaan disebabkan kegagalan memenuhi syarat permohonan bantuan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, dalam ucapan Yang Amat Berhormat Tambun pada belanjawan yang lalu, pada ikhtiar keempat, tajuk kecilnya “Penyasaran Subsidi Petrol RON95”, beliau ada menyatakan, sehingga kini – ayatnya, “Sehingga kini, harga RON95 Malaysia adalah RM2.05, ketimbang negara tetangga seperti Thailand, RM5.85, Indonesia RM3.38, Singapura RM9.02, Arab Saudi RM2.66. Harga yang rendah menyebabkan kerajaan menanggung jumlah subsidi RON95 tahun 2023 mencecah RM20 bilion. Namun, kerajaan komited untuk mengekalkan subsidi untuk majoriti rakyat yang dilaksanakan dalam penyasaran subsidi elektrik apabila 85 peratus rakyat tidak terkesan”. Itu ayat yang terdapat dalam teks belanjawan baru ini.

Dulu-dulu, ada seorang insan yang sangat baik pernah menyatakan. Antara ayat yang saya boleh quote daripada ucapan insan yang baik ini, beliau pernah mengatakan dulu,

draft • 7:30 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohd Jan - Permatang Pauh

“*Ada yang kata minyak kita lebih-lebih, lebih murah daripada Thailand, Singapura, Indonesia.

Ya, negara ini yakni Thailand, Singapura, Indonesia bukan pengeluar minyak. Kita pengeluar minyak. Jangan banding dengan Singapura. Kita mesti banding dengan Brunei, Qatar, Abu Dhabi, Nigeria. Itu negara pengeluar minyak. Ini ekonomi tak tahu. Berhenti sebagai Perdana Menterilah.*” Itu ayat ada orang dulu cakap.

Video tersebut viral dan ramai netizen merindui insan ini. Bila video beliau diulang- ulang kali dalam Facebook, TikTok dan lain-lain, apa yang menyedihkan adalah kita boleh tengok pada komen. Rata-rata netizen akan komen – ini ayat yang disebut ya. Saya cuma pickup balik sahaja. Ada yang mengatakan, “Arwah ini dulu baik orangnya. Arwah ni jika masih hidup, pasti dia akan lawan PMX. Kalau beliau ada lagi, pasti peruntukan Parlimen akan diberi sama-rata. Tak perlu MoU dan sebagainya”. Sampai ada satu perkataan yang tidak menarik. Ada yang menggelarkan sekarang ini dengan gelaran “bapa ketimbang”. Ini banyak perkaralah.

Saya memahami, ini semua pandangan ataupun komen daripada netizen tetapi kita kena faham...

[Dicelah]

draft • 7:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat sahabat saya, ada soalan.

draft • 7:30 PM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Bagi saya perabih dulu, boleh? Bagi sikit saja. Sikit saja.

draft • 7:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya tanya saja. Adakah benar bahawa pihak di sebelah sana enggan menandatangani memorandum persefahaman kerana ada permintaan untuk diisytiharkan harta?

draft • 7:30 PM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Dak. Saya...

draft • 7:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Itu adalah sebabnya kenapa Perikatan Nasional enggan menandatangani memorandum untuk menerima peruntukan.

Betul, betul kah? Boleh jelaskan? Takut untuk isytiharkan harta.

draft • 7:30 PM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Tak apa. Duduk, duduk. Terima kasih atas soalan. Jawapannya, tidak. Selesai. Tidak. Bukan...

[Dicelah]

draft • 7:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Boleh jawab ke? Boleh jawab?

draft • 7:30 PM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Duduklah.

draft • 7:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tolong jawablah.

draft • 7:30 PM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Masa, masa.

Jawapannya, tidak. Kami tidak takut untuk mengisytiharkan harta. Bukan isu itu. Isu dia, tidak – MoU tidak adil ataupun berat sebelah. Baik, saya balik kepada tajuk. Jelutong potong, habis dah.

Saya memahami apa yang dikatakan tadi. Semua adalah respons netizen tetapi kita kena faham. Ini semua respons ataupun ekspresi perasaan rakyat terhadap kerajaan pada sekarang ini. Saya tak berniat untuk memerli sesiapa tetapi kata-kata ini ada asas yang konkrit. Soalan saya satu sahaja berkaitan dengan isu ini. Apakah hujah berkaitan dengan

draft • 7:30 PM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

isu minyak tadi, sudah tidak terpakai apabila sekarang menjadi kerajaan? Jadi, saya perlukan jawapan.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya – last. Akhirnya, saya ingin mengungkapkan satu nasihat kepada pihak kerajaan ataupun mana-mana pihak yang akan menjadi kerajaan mentadbir Malaysia selepas ini. Jika konsep belanjawan konvensional sudah membawa kepada keadaan tepu, membebankan rakyat, menambahkan tekanan kepada rakyat, mungkin selepas ini boleh dipertimbangkan kepada satu pendekatan baharu dalam belanjawan negara iaitu konsep belanjawan hidayah, seperti yang digambarkan oleh Al-Imam Ibnu Khaldun r.a. Belanjawan jibayah versus belanjawan hidayah.

draft • 7:30 PM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Dalam belanjawan konvensional ataupun belanjawan jibayah ekonomi bermula di atas yakni meletakkan jumlah belanjawan kerajaan di mana sumber belanjawan disedut daripada orang ramai untuk memenuhi tabung kerajaan untuk dibelanjakan pada masa akan datang. Sebab itu Ibnu Khaldun menyifatkan sistem ekonomi sebegini sebagai sistem ekonomi jibayah ataupun sistem jibayah.

Manakala belanjawan yang ada dalam Islam yang disebut oleh Al-Imam Ibnu Khaldun sebagai belanjawan hidayah ini, adalah mengikut petunjuk al-Quran dan hadis di mana fokus utama ekonomi adalah bermula di bahagian bawah dengan setting minimum ataupun floored income, dengan izin yang disebut sebagai qutussanah.

Ia diamalkan oleh kerajaan-kerajaan Islam sejak daripada Khulafa al-Rasyidin sebab itu Saidina Omar akan bertindak mengosongkan baitulmal sekali dalam setahun bagi mengkayakan rakyat bagi memulakan ekonomi di bahagian bawahan.

Saya mengharapkan agar kerajaan boleh mempertimbangkan serta mungkin golongan-golongan cerdik pandai intelektual boleh mengkaji konsep-konsep seumpama ini seperti yang disebut oleh Al-Imam Ibnu Khaldun bagi kita menggantikan belanjawan jibayah yang diamalkan sekarang ini kepada belanjawan hidayah yang insya-Allah ia akan memberi manfaat dan kesenangan besar kepada rakyat dan negara seterusnya membentuk negara yang disebut sebagai baldatun thayyibatun wa rabbun ghofur, *insya-Allah.

Wallahualam bissawab.* Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas peluang yang diberikan. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumsalam. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Sri Gading sebagai wakil ketua parti 20 minit.

draft • 7:40 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.

Pertamanya atas peluang yang diberikan kepada Sri Gading untuk turut serta dalam perbahasan Belanjawan 2025, Sri Gading ingin memulakan dengan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan atas usaha gigih dalam

draft • 7:41 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

merangka Belanjawan 2025 yang sangat menyeluruh mencakupi segenap keperluan masyarakat Malaysia pada hari ini. Seperti mana yang kita sedia maklum anggaran perbelanjaan 2025 sebanyak RM423 bilion bertambah RM27.2 bilion berbanding perbelanjaan pada tahun 2024.

Agihan peruntukan perbelanjaan persekutuan pada tahun 2025 ini yang terbesar adalah perbelanjaan bekalan sebanyak RM232.95 bilion manakala pembangunan RM88 bilion dan tanggungan RM102.05 bilion. Di kesempatan ini juga Sri Gading ingin mengucapkan ucapan tahniah kepada Presiden Indonesia yang baharu, Prabowo Subianto atas pelantikannya sebagai Presiden Republik Indonesia yang kelapan baru-baru ini.

Dato' Yang di-Pertua, izinkan Sri Gading membuka perbahasan dengan ayat al- Quran sebagaimana firman Allah.

[Membaca sepotong ayat al-Quran] Yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaklah kamu menetapkannya dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” Ayat ini adalah peringatan bahawa belanjawan ini bukanlah sekadar angka dan peruntukan yang dibentangkan tetapi merupakan satu tanggungjawab besar untuk memastikan janji yang dibawa kerajaan pada hari ini diterjemahkan menjadi tindakan dan impak yang nyata kepada rakyat. Dalam masa yang sama, kita juga perlu terus berinovasi untuk memperkukuh kedudukan negara sebagai pemain utama dalam rantau ASEAN serta di peringkat global.

Justeru itu terdapat beberapa perkara penting yang Sri Gading ingin bangkitkan dalam perbahasan Belanjawan 2025 yang bertemakan, “Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahterakan Rakyat”. Antaranya isu seperti pendidikan, perpaduan nasional, kemiskinan bandar dan juga peluang pekerjaan untuk anak-anak muda.

Dato' Yang di-Pertua, pertama adalah berkenaan gaji minimum. Sri Gading menyokong penuh usaha kerajaan dalam meningkatkan paras gaji minimum kepada RM1,700 daripada RM1,500. Walaupun jika dibandingkan dengan saranan daripada Bank Negara dan UNICEF, angka RM1,700 masih belum memadai dengan saranan mereka yang ada pada ketika ini. Namun peningkatan ini adalah perlu dalam meningkat nilai dan taraf hidup pekerja terutamanya mereka yang menerima gaji paras minimum.

Dianggarkan seramai 16.5 juta daripada 32 juta penduduk Malaysia adalah tenaga pekerja yang membantu dan memacu pembangunan negara. Sejumlah 1.5 juta adalah kakitangan kerajaan manakala 15 juta adalah pekerja swasta. Dari keseluruhan 16.5 juta ini, 72 peratus adalah tenaga pekerja tanpa kemahiran. Golongan inilah yang memperoleh pendapatan paling rendah atau dipanggil golongan B40.

Cadangan kenaikan paras gaji minimum ini sangat bermakna kepada mereka.

Namun begitu kerisauan yang dinyatakan oleh beberapa pihak sebagai contohnya kenaikan harga barang akan berlaku. Para majikan akan tertekan dalam memenuhi kadar gaji minimum yang baru ini dan beberapa lagi isu yang dimainkan oleh pihak di luar sana. Selepas sahaja

draft • 7:41 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan membentangkan belanjawan pada Jumaat lalu harus diambil perhatian oleh pihak kerajaan dan kementerian yang berkaitan.

Kerajaan harus mengkaji bagaimana pelaksanaan kadar gaji minimum ini tidak akan memberi impak yang mendadak terhadap kos pengurusan terutamanya SME yang baharu atau yang kurang produktivitinya. Di samping itu Kementerian Ekonomi harus meluaskan lagi Dasar Gaji Progresif untuk membantu majikan di luar sana dalam meningkatkan kadar gaji pekerja seiring dengan kadar yang ditetapkan oleh kerajaan.

Sri Gading juga mengalu-alukan garis panduan kadar gaji yang bakal dikeluarkan oleh pihak KESUMA. Hal ini adalah satu usaha yang baik dalam membantu para lepasan siswazah dalam mendapatkan kerja dan ganjaran yang bermaruah setimpal dengan penat lelah mereka.

Dato' Yang di-Pertua, perkara kedua adalah TVET. Jika dilihat pada ucapan Belanjawan 2025, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan sering kali beliau menekankan berkaitan TVET dan juga industri kecerdasan buatan yang sememangnya merupakan sebuah industri ataupun sektor yang mendapat tempat dan fokus utama oleh negara-negara yang berkembang maju.

Peningkatan peruntukan sebanyak RM0.7 bilion bertujuan memperkasakan TVET ini perlu diberikan perhatian yang penuh oleh semua pihak dan pemegang taruh sama ada di pihak kementerian, agensi kerajaan, industri dan juga institusi pendidikan. Bahkan usaha ini harus didatangkan juga dengan promosi yang meluas terutama dalam kalangan masyarakat supaya mereka menggalakkan anak-anak mereka untuk terlibat dalam industri TVET.

Namun begitu, kerajaan harus memikirkan satu langkah dalam memantau demand and supply dalam industri ini supaya tidak berlakunya isu lambakan graduan TVET pada masa hadapan. Sepertimana isu yang pernah membelenggu negara pada suatu masa contoh lambakan jururawat akibat daripada polisi penekanan kepada sesuatu industri sahaja.

Dalam masa yang sama, program TVET sememangnya perlu dikaji semula dengan lebih mendalam untuk memastikan ia benar-benar industry driven dan selari dengan keperluan masa depan. TVET bukan sahaja harus menawarkan kemahiran terkini tetapi juga perlu mengambil kira teknologi yang dijangka akan menjadi pemain utama dalam tempoh 10 tahun akan datang. Industri masa hadapan seperti kecerdasan buatan (AI), automasi, tenaga hijau, robotik dan Internet of Things yang dijangka akan merubah landskap pekerjaan secara drastik.

Oleh itu, program TVET perlu diselaraskan bukan sahaja untuk memenuhi keperluan masa kini tetapi juga menyiapkan tenaga kerja yang kompeten dalam teknologi masa depan.

Ini merupakan peluang kepada orang muda untuk terlibat secara langsung dalam industri terkini yang memberi upah yang lebih lumayan. Dato' Yang di-Pertua, perkara ketiga adalah upskilling dan reskilling.

draft • 7:41 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Selain itu, perlu juga menjadi fokus kerajaan untuk memperkenalkan program pembangunan kemahiran berserta pensijilan bagi golongan pekerja yang berpotensi berkembang ke industri baru. Seperti contoh anggota tentera yang tamat perkhidmatan pada usia awal 40-an. Mereka masih mempunyai potensi untuk bekerja terus dan meningkatkan taraf sosial ekonomi mereka.

Ramai bekas angkatan tentera adalah dalam kategori B40 di mana mereka bergantung kepada subsidi daripada kerajaan. Adalah penting untuk meningkatkan taraf sosial ekonomi mereka dengan menyediakan peluang pekerjaan dan peluang kerjaya kedua

(second career). Mereka boleh menyumbang kepada pembangunan ekonomi apabila dapat kerja yang berpendapatan lebih selesa.

Ini boleh dicapai dengan program membangunkan kemahiran dan pensijilan kepada mereka. Melalui program seumpama ini membolehkan mereka mendapat kemahiran yang diiktiraf sebelum dan selepas bersara. Langkah ini tidak hanya boleh meningkatkan kebolehpasaran dalam sektor pekerjaan tetapi juga menyokong ekonomi negara dengan mengurangkan kadar pengangguran di kalangan veteran dan menyediakan mereka dengan peluang yang lebih baik untuk menyara keluarga.

Sri Gading mencadangkan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menjadi peneraju dalam usaha penawaran pensijilan upskilling dan reskilling TVET ini. Bukan sahaja kepada veteran tentera tetapi juga kepada tenaga buruh unskilling ataupun yang tidak ada kemahiran yang berpotensi dan berminat memperbaiki taraf pensijilan mereka.

Kajian jangka panjang TVET perlu dibentuk berdasarkan ramalan dan trend teknologi global. Ini memerlukan kerjasama erat antara institusi pendidikan kerajaan dan sektor swasta untuk merangka kurikulum yang responsif kepada perubahan teknologi yang pesat.

Contohnya latihan dalam teknologi hijau dan pembuatan pintar.

Integrasi industri di mana kerjasama dengan industri dalam proses pembangunan graduan TVET akan memastikan bahawa kemahiran yang ditawarkan adalah sesuai dengan permintaan semasa dan masa hadapan. Industri perlu memainkan peranan penting dalam menilai keperluan tenaga kerja dan memastikan program TVET mempersiapkan pelajar untuk cabaran sebenar yang akan datang seperti dalam automasi dan digitalisasi.

Dalam konteks ini, TVET tidak boleh hanya tertumpu kepada kemahiran semasa. Ia harus melangkau masa kini, menyediakan tenaga kerja yang boleh menyesuaikan diri dan bersedia untuk peluang dalam teknologi yang mungkin belum sepenuhnya diwujudkan. Ini akan memastikan kelangsungan ekonomi Malaysia dan daya saing global, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia khususnya orang muda untuk berperanan dalam industri masa depan.

Dato’ Yang di-Pertua, perkara yang keempat ialah pemilikan rumah. Sri Gading menyokong penuh pengumuman Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan semasa pembentangan belanjawan dengan memberikan pelepasan cukai individu sehingga RM7,000

draft • 7:50 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

ke atas bayaran faedah pinjaman perumahan. Namun begitu, isu pemilikan rumah ini harus dilihat dengan lebih mendalam.

Antaranya adalah lambakan rumah yang tidak terjual dan juga tidak berpenghuni. Isu seperti ini harus diperhalusi oleh kerajaan untuk menangani lambakan rumah yang tidak terjual ialah dengan memperkenalkan house vacancy tax atau cukai ke atas rumah-rumah yang tidak berpenghuni. Cukai ini akan dikenakan kepada pemaju hartanah dan spekulator yang memegang unit-unit rumah kosong untuk jangka masa yang lama tanpa cuba menjualnya kepada pembeli.

Tujuan cukai ini adalah untuk mengurangkan spekulasi dalam pasaran perumahan, di mana sesetengah pihak membeli rumah semata-mata untuk pelaburan dan menunggu harga melonjak sebelum menjualnya. Dengan adanya vacancy tax, pemilik rumah dan pemaju akan didorong untuk menurunkan harga unit-unit rumah mereka bagi mengelakkan cukai tersebut.

Sekali gus meningkatkan peluang pembeli rumah pertama untuk memiliki kediaman pada harga yang lebih berpatutan dan mampu milik. Ini juga akan membantu mengelakkan pembaziran sumber di mana rumah dibiarkan kosong tanpa sebarang manfaat kepada ekonomi dan masyarakat. Langkah ini sudah terbukti berkesan di negara-negara maju seperti Kanada dan Australia, di mana cukai di atas rumah kosong telah berjaya mengurangkan isu lambakan rumah tidak berpenghuni dan menstabilkan harga perumahan.

Selain itu Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan rakyat tidak mampu membeli rumah mereka ini akan memilih untuk menyewa kediaman. Namun begitu Dato’ Yang di-Pertua, jika dilihat dalam isu sewaan kediaman ini pula, golongan ini akan terdedah dengan isu diskriminasi yang melibatkan kaum dan juga agama yang dimainkan oleh penyewa-penyewa yang tidak bertanggungjawab.

Sebagai contoh, menurut kajian yang dilakukan di bawah kelolaan Persatuan Pendidikan Diversiti (AOD) pada tahun lalu, 13 percent daripada 3,238 responden kajian State of Discrimination Survey Malaysia 2023 menyatakan bahawa mereka mendepani masalah diskriminasi apabila mencari sewaan kediaman.

Isu diskriminasi ini berlaku dari seawal proses mencari rumah sewa sehinggalah dalam tempoh penyewaan itu sendiri. Dapatan daripada kajian berkenaan menyatakan bahawa isu ini bukan sahaja dihadapi oleh golongan minoriti bahkan terjadi juga kepada golongan majoriti sendiri.

Sebagai contohnya ada di antara mereka mendapati bahawa mereka ini ditawarkan harga yang berbeza dan lebih tinggi daripada penyewa yang lain hanya disebabkan warna kulit mereka berbeza. Bahkan responden daripada kajian berkenaan juga menyatakan bahawa diskriminasi ini bukanlah isu picisan kerana perkara ini juga turut berlaku dalam platform-platform yang terkenal seperti Mudah.my dan juga iBilik. Sehubungan itu, Sri Gading memohon kerajaan dan kementerian berkenaan seperti ada KPKT atau yang berkaitan dengan hak kepenggunaan untuk meneliti perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, perkara kelima ialah isu keterjaminan makanan.

draft • 7:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sri Gading, Sri Gading. Sri Gading, satu sahaja. Saya hendak tanya Pengkalan Chepa tidak adapun hari ini.

draft • 7:50 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Pasal sudah cukup kuorum.

Perkara kelima ialah isu keterjaminan makanan. Keperluan kepada daging lembu yang menjadi salah satu makanan kepada rakyat Malaysia, sehingga melebihi 70 peratus keperluan daging lembu diimport dari luar negara.

Sri Gading ingin mendapat penjelasan dari Menteri yang sangat komited berkenaan food security ini, berapa banyak ladang ternakan lembu yang ada dalam negara? Berapa ramai penternak dari kalangan pengusaha yang berjaya memelihara melebihi 200 ekor dan apakah bantuan atau kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan supaya penternak yang telah membuktikan kejayaan serta kesungguhan mereka dalam industri ini terus berkembang kepada penternakan di ladang-ladang yang lebih luas?

Adakah jabatan haiwan sedia membantu penternak-penternak ini untuk mendapatkan kemudahan dari kerajaan negeri yang mempunyai tanah yang luas supaya bukan sahaja Malaysia boleh mengeksport durian Musang King tetapi juga dapat mengeluarkan hasil daging lembu tanpa perlu mengimport.

Berkenaan dengan sawah padi, Sri Gading ingin mencadangkan kepada Kementerian Pertanian supaya dapat membangunkan semula jelapang padi di Endau, Johor dengan kemudahan tali air dan perkara-perkara asas yang diperlukan oleh pesawah.

Kawasan jelapang padi di Endau ini telah diteroka oleh pesawah yang didatangkan dari Kedah awal tahun 1960-an tetapi sekarang ini seolah-olah terbiar disebabkan kemudahan asasnya yang kurang baik.

Dato’ Yang di-Pertua, Sri Gading ingin menyentuh beberapa cadangan berkaitan isu lokal. Pertama Yang di-Pertua, Sri Gading ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas kelulusan pembinaan sekolah kebangsaan yang baharu di Taman Putera Indah, Tongkang Pecah di bawah Parlimen Sri Gading. Sekolah baharu ini dapat mengurangkan kesesakan di SK Binjai yang menerima kemasukan murid dari Taman Putera Indah yang semakin membangun.

Sri Gading juga ingin membawa perhatian kepada permasalahan di Sekolah Kebangsaan Seri Beroleh yang sering kali dilanda banjir apabila hujan lebat khususnya kantin sekolah berkenaan yang telah dibina di kawasan yang rendah sejak sekolah ini dibuka pada awal tahun 1960-an. Dengan peruntukan RM1 bilion untuk membaiki kantin, maka Sri Gading sangat mengharapkan kantin SK Seri Beroleh dimasukkan dalam senarai naik taraf kantin supaya proses pembelajaran dapat dijalankan dengan sempurna serta mengelakkan risiko keselamatan kepada warga sekolah.

Dato’ Yang di-Pertua, perkara kedua baru-baru ini kita telah menyaksikan pembukaan lebuh raya WCE (West Coast Expressway) yang menyambungkan negeri-negeri utara Semenanjung ke Selangor. Tidak dapat dinafikan lebuh raya ini sedikit sebanyak mengurangkan kesesakan lalu lintas dan meningkatkan akses antara negeri-negeri. Di samping itu, limpahan ekonomi di sepanjang jajaran WCE ini juga merupakan satu kebaikan

draft • 7:50 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

daripada projek ini. Malah disebutkan juga dalam pembentangan belanjawan Jumaat yang lalu oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, bahawa jajaran baharu WCE dari Banting ke Gelang Patah akan diberikan keutamaan dalam perancangan.

draft • 7:50 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Jika lebuh raya WCE ini siap, ianya akan dapat mengurangkan kesesakan Lebuhraya Utara-Selatan dan dapat memendekkan masa jarak perjalanan dari Johor Bahru ke Batu Pahat, Muar dan ke Melaka. Oleh itu, Sri Gading mohon bahawa satu libat urus bagi perancangan jajaran baru ini dibuat oleh kementerian berkaitan dengan penduduk dan wakil masyarakat yang akan menerima impak daripada projek ini.

Dato' Yang di-Pertua, Sri Gading sekali lagi ingin membangkitkan isu berkaitan dengan pembangunan kemudahan sukan yang mudah diakses oleh rakyat harus menjadi salah satu fokus utama kerajaan. Kemudahan sukan seperti kompleks sukan rakyat bukan sahaja memberikan tempat untuk aktiviti riadah dan kesihatan tetapi juga membantu membina perpaduan masyarakat serta menggalakkan gaya hidup sihat, terutamanya dalam kalangan golongan belia.

Di Parlimen Sri Gading, terdapat permohonan untuk membina sebuah kompleks sukan yang kini sedang dalam pertimbangan. Sebelum ini, pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat sudah mengenal pasti dan meluluskan tanah untuk pembinaan ini, namun dana belum diluluskan.

Oleh itu, Sri Gading ingin mohon kepada pihak kerajaan agar mempercepatkan kelulusan permohonan tersebut. Kompleks sukan ini bukan sahaja akan memberikan manfaat besar kepada penduduk tempatan tetapi juga akan menjadi platform untuk pembangunan bakat sukan di peringkat akar umbi.

Kemudahan sukan ini akan memastikan bahawa komuniti di kawasan luar bandar juga tidak ketinggalan dalam mendapatkan akses kepada infrastruktur yang berkualiti.

Pembinaan stadium ini akan membawa faedah sosial dan ekonomi positif kepada kawasan Sri Gading dengan meningkatkan potensi sukan tempatan dan menarik banyak aktiviti komuniti kejohanan peringkat negeri dan daerah.

Mengakhiri ucapan, Sri Gading ingin menekankan satu isu penting yang berkaitan dengan masalah banjir di kawasan Parlimen Sri Gading khususnya kawasan Taman Santalia, Tongkang Pecah, Taman Sri Wangsa Parit Besar, Jalan Keluang dan Jajaran Parit Purun melalui Kampung Mohd Noor, Batu 7, Jalan Yong Peng, Parit Sulong. Masalah ini telah berlarutan dan memberi kesan kepada kehidupan penduduk setempat setiap kali musim hujan.

Oleh itu, projek menaik taraf sistem perparitan di kawasan-kawasan ini perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa. Sri Gading mohon agar projek penaiktarafan sistem perparitan dan rancangan tebatan banjir dapat disegerakan untuk mengelakkan banjir yang kerap melanda dan menjejaskan harta benda serta keselamatan penduduk. Langkah proaktif yang akan membantu mengurangkan risiko banjir dan memastikan kesejahteraan rakyat di kawasan Parlimen Sri Gading.

draft • 8:00 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Dato' Yang di-Pertua, sebagai penutup dalam konteks Belanjawan 2025, kita perlu meneliti...

draft • 8:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sri Gading. Sebelum duduk, Sri Gading. Boleh jawab tak boleh jawab? Pengkalan Chepa pergi ke mana? Boleh jawab ke tak boleh jawab? Mana Pengkalan Chepa? Kita masih di Parlimen. Mana Pengkalan Chepa?

Tolong jawab.

draft • 8:00 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Tak nampak, nampaknya. Insya- Allah. Tak apa, kita teruskan. Saya akan– jawapan sikit, ada sikit lagi ini. Sebagai penutup dalam konteks Belanjawan, ha ini dah ulang baca dah. Belanjawan ini harus mencerminkan komitmen kerajaan untuk memperbaiki infrastruktur, meningkatkan pendidikan serta menangani isu sosial seperti kemiskinan dan pengangguran.

Kerajaan juga perlu mengutamakan keseimbangan ekonomi dengan melaksanakan dasar yang menyokong golongan berpendapatan rendah dan memastikan akses kepada perumahan yang mampu milik.

Melalui pendekatan yang holistik dan inklusif, Belanjawan 2025 berpotensi untuk membawa Malaysia ke arah pertumbuhan yang lebih seimbang dan mampan. Saya ingin menyentuh berkaitan dengan RON95 sedikit yang katanya jadi perbualan dalam internet berkaitan dengan kenyataan, ada orang yang kata kenyataan, “Dulu RM1.50 sekarang ini tak ada, tak dapat bahkan naikkan”. Bahkan dalam bajet yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan menyatakan bahawa Saudi hari ini pun harga minyaknya RM2.60 seliter bagi RON95. Jadi, bayangkan kita hanya RM2.05.

Sri Gading mengharapkan agar setiap usul dan cadangan yang telah dibentangkan dalam perbahasan ini dapat dipertimbangkan dan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Walaupun belanjawan ini dikritik dan dihentam oleh pihak pembangkang, ianya memang menjadi lumrah sebagai pembangkang. Hanya melihat titik-titik hitam sedangkan terlalu banyak perkara kebaikan yang telah dicadangkan oleh Belanjawan 2025.

Dengan itu, Sri Gading menyokong Belanjawan 2025. Semoga belanjawan ini menjadi pemangkin kepada perubahan positif demi rakyat dan negara. Sekian, terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

draft • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ya. Yang Berhormat Sri Gading, ada lagi yang terakhir lagi? Saya dengar dalam ucapan, empat kali yang akhir.

[Ketawa]

draft • 8:00 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Dah habis dah Dato’. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

draft • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Sri Gading. Saya dah expect yang nombor kelima pula yang akhir lagi. Okey, tak apa. Baik.

Berikutnya saya menjemput pembahas yang terakhir, Yang Berhormat Kangar.

draft • 8:00 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat petang Jelutong.

draft • 8:05 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kangar, saya nak tanya mana Pengkalan Chepa?

draft • 8:05 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Solat, solat.

draft • 8:05 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Betul ke ini? Dah lama saya tengok, daripada pukul 7 dah hilang. Mana Pengkalan Chepa?

draft • 8:05 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Doa, doa panjang. Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Ahli Yang Berhormat, hari ini genap 381 hari sejak 7 Oktober 2023 iaitu peperangan antara pejuang Hamas menentang tentera Israel dalam konflik terbaru Palestin-Israel. Baru- baru ini kita dikejutkan lagi dengan kematian Yahya Ibrahim Hassan Sinwar atau Yahya Sinwar iaitu Ketua Biro Politik Hamas yang menggantikan Ismail Haniyeh dan juga terkorban pada 31 Julai 2024.

Sehingga kini, jenazah Al-syahid Yahya Sinwar dilarikan oleh Israel. “Keharamjadah” apakah ini? Dalam konflik ini, Kangar mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin. Semua menjadi mangsa Zionis. Kangar bersama Ahli Parlimen Perikatan Nasional yang lain akan sentiasa menyokong penuh kepada perjuangan Hamas dan perjuangan rakyat Palestin dalam menentang negara haram Israel.

Pada 18 Oktober 2024 bersamaan Jumaat yang lepas, kita telah dapat saksikan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan telah berjaya membuat pembentangan Bajet 2025 yang mula dimanfaatkan hampir 34 juta rakyat Malaysia. Ia merangkumi pelbagai aspek seperti pendidikan, ekonomi, kesihatan, sukan dan lain-lain.

Jadi, Kangar turut menyambut baik pembentangan Bajet 2025 dan berharap supaya bajet yang diberikan ini digunakan dengan baik demi kesejahteraan dan keselesaan rakyat pada masa akan datang. Namun begitu, sebagai pembangkang di Dewan Rakyat, maka kerja kami adalah membangkang yang tak baiklah. Yang baik, kami on.

draft • 8:05 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kangar, takkan membangkang secara membuta tuli. Kena ada faktalah.

draft • 8:05 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Haih, adalah.

draft • 8:05 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kena ada faktalah.

draft • 8:05 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Ada faktalah, ada fakta. Duduk. Namun begitu, setiap bajet yang dibentang mempunyai pro and cons dengan izin, sehingga menarik minat Kangar untuk membahas berkaitan Bajet 2025. Antara topik yang menarik dalam Bajet 2025 adalah yang pertama, mengenai kenaikan gaji minimum dari RM1,500 kepada RM1,700 berkuat kuasa 1 Februari 2025.

Kenaikan gaji minimum ini telah disambut dengan berbelah bahagi antara pekerja dan juga majikan. Bagi golongan pekerja, ia telah memberi kesan yang positif di mana dengan kenaikan gaji minimum boleh meningkatkan pendapatan mereka. Secara tidak langsung dapat meningkatkan daya membeli mereka dan dapat menampung kos sara hidup yang

draft • 8:05 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

semakin tinggi. Seterusnya, dapat mengurangkan beban dalam kalangan pekerja yang bergaji rendah.

Jadi, kalau kita tengok gaji minimum RM1,700 sedikit sebanyak dapat memberi kelegaan kepada pekerja yang bergaji rendah untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka. Terdapat ramai golongan pekerja yang berada di dalam kategori ini antara mereka adalah bekas-bekas pelajar universiti yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka.

Bagi pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian mereka, perlu diberi ruang untuk mengembangkan bakat mereka bagi memperoleh pendapatan tambahan. Sampai bila mereka ingin dapatkan gaji minimum? Mereka perlu berusaha lebih bagi menambah pendapatan.

Di sinilah terletaknya peranan kerajaan melalui agensi-agensi bagi membantu pelajar-pelajar ini. Tuan Yang di-Pertua, bagi majikan pula, kenaikan gaji minimum sebanyak RM1,700 bakal meningkatkan kos operasi di mana majikan mungkin mengalami peningkatan kos gaji yang juga turut mempengaruhi keuntungan terutamanya bagi perniagaan-perniagaan kecil yang secara langsung dan tidak langsung dapat memberikan pertambahan beban kepada para majikan.

draft • 8:05 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Selain daripada itu, majikan berkemungkinan terpaksa mengurangkan bilangan pekerja atau mengurangkan jam kerja untuk menampung kos yang meningkat. Hal ini boleh memberikan impak yang negatif kepada pekerja kerana pekerja boleh kehilangan kerja, seterusnya boleh meningkatkan unemployment, dengan izin dalam kalangan rakyat Malaysia.

Dalam keadaan hari ini, setelah kerajaan ditadbir oleh Pakatan Harapan, terdapat banyak isu di mana kos modal meningkat, ketiadaan beras tempatan, katanya kenaikan harga meningkat. Majikan terpaksa menaikkan harga barangan. Jadi apabila harga barangan meningkat, ia akan memberi kesan terhadap permintaan. Permintaan menjadi merosot dan dalam masa yang sama, gaji pekerja pula perlu dinaikkan. Industri kecil sederhana khususnya boleh tumbang dan menjadi tidak berdaya saing.

Tuan Yang di-Pertua, bukan tidak boleh dinaikkan gaji, boleh. Tetapi janganlah kerajaan tergesa-gesa hinggakan bulan Februari 2025 akan bermula gaji minimum. Ini sebenarnya akan melumpuhkan industri kecil sederhana yang banyak dijalankan oleh golongan bumiputera. Cuba bayangkan golongan bumiputera ini banyak berniaga di tepi-tepi jalan ataupun di pasar-pasar malam. Maka ini menjejaskan mereka. Jadi fikir-fikirkanlah Yang Amat Berhormat Tambun selaku Menteri Kewangan.

Turut mengeluarkan kenyataan berkaitan isu gaji minimum adalah daripada Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Melaka Chapter dengan menyebut, “Kami kecewa dan ini hanya menambah beban kewangan hotel”. Tambahnya, MAH juga tidak melihat peruntukan RM550 juta untuk Tahun Melawat Malaysia 2026 akan memberi manfaat secara langsung kepada mereka. Ini berdasarkan kepada Sinar Ahad pada 20 Oktober 2024.

draft • 8:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan kemudahan pinjaman perniagaan, nilai keseluruhan pinjaman dan jaminan pembiayaan tersedia untuk manfaat usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) adalah sebanyak RM40 bilion. Daripada jumlah itu, sebanyak RM650 juta adalah untuk menggalakkan kaum wanita dan belia menceburi bidang perniagaan.

Kangar ingin menggesa agensi-agensi yang telah terlibat untuk membantu golongan belia dalam sektor perniagaan. Jadi akhirnya, mereka tidak lagi perlu menunggu RM1,700 gaji minimum. Harapan agar mereka mendapat pendapatan yang lebih. Jika usaha-usaha ini berjaya, kerajaanlah yang akan mendapat kredit.

Tuan Yang di-Pertua, topik seterusnya adalah berkaitan dengan Jualan Rahmah.

Lama dah tak sebut Jualan Rahmah. Apakah kebaikan Jualan Rahmah dan apakah keburukan Jualan Rahmah?

Kebaikan. Ini saya bagi kebaikan apa yang kerajaan buat. Sekelompok penduduk yang ada lebihan wang dan tinggal di kawasan berdekatan boleh membeli barangan dengan harga yang lebih murah dari pasaran kerana barangan ini adalah subsidi kerajaan. Namun, di luar sana, ramai penduduk tidak mempunyai pendapatan yang cukup untuk membeli barangan daripada Jualan Rahmah seperti kata pepatah Melayu, “Kais pagi makan pagi”.

Apakah keburukan Jualan Rahmah? Keburukannya ialah ia telah melemahkan jualan peniaga-peniaga di sekitar pusat Jualan Rahmah. Sudahlah ekonomi lembab, kerajaan melembabkan lagi jualan peniaga-peniaga yang menjalankan perniagaan di kawasan berkenaan.

Persoalan kedua adalah siapakah penjual atau pemilik Jualan Rahmah berkenaan?

Setakat pemantauan saya, kebanyakan pemilik Jualan Rahmah ini bukan anak tempatan.

Yang mengaut keuntungan adalah pemilik Jualan Rahmah yang datang dari luar. Tak kenal pun. Datang dengan treler. Itu yang kita nampak. Jadi Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sebenarnya rugi dalam erti kata yang sebenar kerana terpaksa...

draft • 8:10 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Kangar, Puncak Borneo minta laluan sedikit boleh?

draft • 8:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Boleh, boleh. Kawan saya.

draft • 8:10 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih saudara rakan saya dari Kangar. Saya ingin bertanya sama ada daripada pengamatan Ahli Parlimen Kangar, adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa kita boleh reintroduce Kedai 1Malaysia yang sebelum ini memberi ─ bawa banyak kebaikan kepada rakyat, di mana Jualan Rahmah ini adalah seasonal? Tetapi kalau kita mengadakan Kedai 1Malaysia ini, dia secara tidak langsung boleh membantu rakyat-rakyat di pedalaman untuk menikmati harga barang yang baik.

Kebanyakan Kedai 1Malaysia ini juga dipelopori oleh supermarket-supermarket besar seperti Mydin dan sebagainya dahulu.

Mungkin kita boleh reinstate benda ini untuk membantu masyarakat di kampung.

Hanya di kawasan-kawasan seperti Kangar, pedalaman Sabah, Sarawak dan Kelantan dan

draft • 8:10 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

sebagainya supaya boleh memberi manfaat kepada rakyat kita Malaysia yang kurang mendapat harga barangan yang baik. Apa pendapat YB Kangar?

draft • 8:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Okey, saya bersetuju dengan pendapat Puncak Borneo kerana boleh kita rebrand balik. Mungkin “Rahmah” ini kita tukar sedikit. Sebab sekarang ini Rahmah dia setempat, tempat yang sama sahaja. Kalau 1Malaysia atau nama- nama lain...

draft • 8:10 PM

Seorang Ahli

“Halimah”.

draft • 8:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

“Halimah” ke atau sebagainya, maka kita boleh adakan di banyak tempat. Jadi masukkan cadangan daripada “Halimah” ataupun “Azizah”, cantik.

draft • 8:10 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Jadi masukkan ucapan daripada Puncak Borneo dalam ucapan saya. Terima kasih Puncak Borneo.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sebenarnya rugi dalam erti kata yang sebenar kerana terpaksa mengeluarkan subsidi jualan, sedangkan ia hanya dinikmati oleh peniaga- peniaga tertentu, sedangkan peniaga-peniaga tempatan tidak mampu menjual dengan harga yang rendah, memandangkan kos modal mereka yang tinggi dan tidak ada subsidi seperti Jualan Rahmah.

Sepatutnya, kerajaan perlu mengawal kenaikan harga modal dan ini lebih memberi keadilan kepada peniaga-peniaga lain. Saya tidak pasti sampai bila kerajaan akan terus mengekalkan Jualan Rahmah. Apa yang jelas, peniaga-peniaga yang tidak menjalankan Jualan Rahmah juga merupakan rakyat Malaysia yang perlu dibantu.

Tuan Yang di-Pertua, beralih kepada topik di bawah Kementerian Pendidikan. Jadi, oleh kerana saya ini bekas cikgu, tak boleh elak macam Sri Gading tadi, guru besar.

Peruntukan yang besar diperuntukkan untuk melahirkan modal insan adalah sebanyak RM64.1 bilion berbanding RM58.7 bilion pada tahun 2024. Isu keciciran murid merupakan topik penting yang perlu ditangani oleh KPM. Ia adalah isu serius yang boleh memberi kesan jangka panjang kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara.

Jadi, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan keciciran murid seperti faktor kemiskinan, faktor keluarga, penceraian dan sebagainya. Kita dapati bahawa KPM perlu mengambil tindakan proaktif untuk membantu murid-murid, terutama di kawasan luar bandar dan di kawasan-kawasan miskin bandar. Peruntukan lebih besar mesti disalurkan untuk membantu menangani isu keciciran pelajar di seluruh negara kerana terlalu banyak isu yang perlu ditangani berkaitan dengan pendidikan sebagai modal insan.

Tuan Yang di-Pertua, sistem pendidikan Malaysia sebenarnya lebih mesra kepada pelajar dan murid yang bijak. Murid-murid yang tidak bijak dan tidak pandai, dipaksa belajar sama sahaja dengan murid yang pandai. Ini menyebabkan mereka tidak boleh mengembangkan potensi mereka. Perlu diingat bahawa ada murid-murid yang bijak dan pandai dari segi dokumentasi, menjawab peperiksaan dengan baik.

draft • 8:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Namun begitu, terdapat murid-murid yang tidak bijak dari segi teori dan peperiksaan.

Mungkin mereka ada kelebihan-kelebihan lain. Contoh yang paling jelas, terdapat pelajar- pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran tetapi berjaya.

Saya bagi contoh, Abdul Latif Romly, pemenang pingat emas paralimpik dunia acara lompat jauh, masalah pembelajaran. Pembelajaran ini maksud dia, lembam. Nak sebut “lembam” itu tak syok sedikit. Jadi saya guna “masalah pembelajaran”. Begitu juga dengan Mohd Ziyad Zolkefli, juga masalah pembelajaran. Dia juga pemenang pingat emas paralimpik dunia. Mereka ini beruntung kerana bakat mereka dikesan oleh guru mereka pada peringkat awal.

Sebenarnya, lebih ramai murid yang lemah dari segi pembelajaran yang berada dalam aliran perdana. Jadi mohon KPM ambil perhatian dalam hal ini. Carilah jalan untuk membangunkan pelajar-pelajar ini.

Masa nak habis dah ini. Saya masuk isu kawasan sedikit. Tuan Yang di-Pertua, untuk kawasan di Parlimen Kangar...

draft • 8:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Pengkalan Chepa belum masuk lagi.

draft • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, saya dah langgar masa dah ini.

draft • 8:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Okey, okey, okey, sedikit. Untuk kawasan di Parlimen Kangar, mohon Kementerian Kerja Raya mengangkat projek menaikkan taraf laluan FT007 dari Kampung Batu 2 ke Beseri Perlis Jalan Kangar–Padang Besar, menaik taraf laluan FT262 Jalan Persiaran Wawasan Kangar Perlis, menaik taraf laluan FT007 Jalan Kangar–Alor Setar dari pekan Simpang Ampat ke Kuala Lateh, Perlis, menaik taraf laluan FT007 dari Sanglang ke pekan Simpang Ampat, Perlis. Jadi apabila projek-projek ini dinaiktarafkan, maka ia akan meningkatkan ekonomi negeri Perlis.

Terakhir untuk Kementerian Pendidikan, isu utama di JPN Perlis adalah masalah ketiadaan bas untuk kegunaan 47,000 orang murid yang melibatkan 30 sekolah menengah, 74 sekolah rendah, sekolah dalam hospital, 1. Untuk pengetahuan KPM, terdapat lapan buah bas lama dan selayaknya diganti dengan bas yang baru. Empat buah daripadanya sepatutnya telah dilupus. Jadi dengan Bajet 2025, harapan agar KPM membantu JPN Perlis bagi membuat satu perubahan dalam pindaan ─ kenderaan baru bagi Negeri Perlis.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 8:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguh sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 23 Oktober 2024.

draft • 8:10 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.22 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026