Oct212024

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bismillahi Rahmanir Rahim. Assalamualaikum. Kita mulakan majlis degan Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan. Saya mempersilakan Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Alias, Yang Berhormat Jelebu.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Alias Yang Berhormat - Jelebu

Bismillahi Rahman Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera. Yang berhormat Dato’ Seri Speaker soalan Jelebu nombor 1.

draft • 10:00 AM

1. Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias [Jelebu] minta Menteri Pertahanan menyatakan sejauh manakah keselamatan perairan Malaysia di Laut China Selatan terjamin susulan pencerobohan kapal frigat tentera China dan Pengawal Pantai China di Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di Wilayah Maritim Sarawak.

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jelebu atas pertanyaan ini. Terlebih dahulu Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Jelebu secara bersekali dengan 6 lagi Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Selangau pada 24 Oktober 2024, Yang Berhormat Kangar pada 7 November 2024, Yang Berhormat Maran dan Yang Berhormat Langkawi pada 4 Disember 2024 dan juga Yang Berhormat Dungun dan Yang Berhormat Pasir Gudang pada 10 Disember 2024 kerana isu yang dibangkitkan adalah berkaitan, iaitu mengenai keselamatan perairan maritim Laut China Selatan.

Dato’ Yang di-Pertua, secara ringkasnya semua soalan ini berkisar kepada tahap keselamatan dan penilaian ancaman threat assessment di Laut China Selatan. Kesiagaan aset ketenteraan negara untuk mendepani sebarang bentuk ancaman Laut China Selatan dan tindakan Kementerian Pertahanan hendaklah mengawal perairan negara, khususnya

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

bagi meningkatkan kehadiran ketenteraan, military present di kawasan perairan Laut China Selatan.

Berhubung dengan penilaian ancaman, threat assesment terhadap situasi Laut China Selatan, secara amnya situasi keselamatan di Laut China Selatan adalah selamat dan terkawal. Perairan Laut China Selatan kekal bebas dan terbuka kepada komuniti maritim.

Kehadiran aset-aset maritim China di Laut China Selatan adalah lebih kepada pasukan Pengawal Pantai China, China Coast Guard dan bukannya kapal perang Tentera Laut China.

Perkara ini selaras dengan pendekatan grey zone strategy dengan izin yang sedang dilaksanakan oleh China di Laut China Selatan. Walaupun kehadiran kapal China di perairan negara mencetuskan polemik namun sehingga hari ini mereka tidak melakukan sebarang tindakan agresif seperti yang berlaku kepada negara lain seperti yang berlaku kepada Filipina dan juga Vietnam.

Sungguhpun begitu, Kementerian Pertahanan tetap komited dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberi untuk mempertahankan kedaulatan negara dan memastikan kesiapsiagaan aset berada pada tahap yang optimum dalam menghadapi sebarang bentuk ancaman keselamatan di perairan maritim negara, terutamanya di Laut China Selatan. Itu sahaja jawapan.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang berhormat.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Alias Yang Berhormat - Jelebu

Dato’ Speaker, soal yang berkaitan dengan keselamatan Laut China Selatan Dato’ Speaker, bukan sahaja menjadi polemik atau kegusaran kepada negara Malaysia, malah ia juga melibatkan negara- negara jiran ASEAN yang lain Philippines, Vietnam dan sebagainya. Kita juga Dato’ Seri Speaker, kita dapat maklum ya, Filipina pun pernah beberapa kali bertembung dengan kapal perang daripada China ni.

Soalan saya Dato’ Seri Speaker ialah apakah – kita sedia maklum bahawa Malaysia akan menjadi Pengerusi ASEAN 2025. Adakah sebarang perancangan untuk kita memasukkan agenda khas di dalam ASEAN 2025 nanti untuk membincangkan isu yang berkaitan dengan pencerobohan kapal perang China bersama dengan negara-negara ASEAN yang lain. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang berhormat Menteri, jawapan.

draft • 10:00 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu di atas soalan tambahan itu. Dato’ Seri Speaker, sepertimana kita tahu bahawa keutamaan kita di Laut China Selatan, kita di bawah Kementerian Pertahanan, tiga teras penting pelaksanaan kita yang kita berikan keutamaan ini. Yang pertama ialah tentang kesiapsiagaan kita dan juga pemodenan aset kita. Kita tahu bahawa proses paling penting bila kita berdepan dengan Laut China Selatan, kita harus melihat kepada bagaimana kita boleh mempertingkatkan kepada pemodenan aset-aset ini. Sebab itu kalau kita lihat di Parlimen ini sendiri, di Dewan ini sendiri,

draft • 10:00 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

kita banyak membicarakan tentang perolehan-perolehan aset. Tu adalah satu yang cukup penting bagi kita.

Yang Kedua adalah tentang operasi kita, memang kita tak nafikan bahawa macam kita sebut tadi tentang show of present kita. So, operasi ini sentiasa kita tingkatkan dari masa ke semasa. Dan yang ketiga adalah kita memperkukuhkan reformasi pertahanan. Jadi sepertimana Yang Berhormat Jelebu menyebut, kita memang melalui ADMM – ASEAN Defence Ministers Meeting, kita menyebut bahawa melalui ASEAN juga kita cuba memperkukuhkan kerjasama ASEAN dan juga ADMM Plus supaya kita tahu bahawa isu di Laut China Selatan itu bukan sahaja yang terkait dengan Malaysia, Filipina dan Indonesia dan seumpamanya tetapi keseluruhan daripada negara-negara ASEAN begitu juga terkait dengan Laut China Selatan.

Sebab itu juga kita menggunakan platform ASEAN kita menjelang tahun depan selaku Pengerusi ASEAN. Jadi, kita akan memanfaatkan itu untuk menyelesaikan beberapa isu-isu yang berbangkit.

draft • 10:00 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Termasuk sepertimana yang disebut juga oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tentang bagaimana kita memanfaatkan UNCLOS itu sendiri kerana kita tahu bahawa yang penting bagi kita di Laut China Selatan ini, Dato’ Yang di-Pertua, adalah proses di mana kita boleh meneruskan aktiviti ekonomi kita, selamat bagi nelayan-nelayan kita dan dalam masa yang sama, kita tahu bahawa perdagangan laut itu menjadi suatu kawasan yang selamat di Laut China Selatan bagi keseluruhan aktiviti-aktiviti ekonomi kita.

Itu antara jawapan.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Tanah Merah.

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Mohon panjang sikit sebab ini isu keselamatan negara, Yang di-Pertua.

Dato’ Yang di-Pertua, tidak sampai dua minggu selepas Kerajaan Pulau Pinang beri layanan yang luar biasa meriah kepada kelasi-kelasi kapal laut tentera China yang berlabuh di Pulau Pinang pada 8 Oktober lalu, hari ini kapal pengawal pantai China Coast Guard CG5102 telah menceroboh Zon Maritim Malaysia dengan berlabuh secara haram di Beting Patinggi Ali hingga TLDM terpaksa mengarahkan kapal KD Selangor untuk melaksanakan misi membayangi kehadiran kapal China ini di Beting Patinggi Ali ini.

Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri. Pada tahun ini sahaja, berapakah jumlah insiden pencerobohan atau insiden kapal milik China yang didapati berlabuh secara haram di kawasan Beting Patinggi Ali, di mana mereka berhenti dan menurunkan sauh kapal?

Sebab, ini adalah sesuatu tindakan yang telah melanggar peraturan antarabangsa.

Serta, berapakah jumlah nota bantahan diplomatik yang telah dikemukakan oleh TLDM kepada pihak Wisma Putra untuk dibangkitkan protes negara secara rasmi kepada negara China? Sebab itulah, bagi saya, layanan Kerajaan Pulau Pinang kepada kelasi kapal

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Tentera Laut China adalah tidak betul, tidak sensitif, tidak peka. Kita alukan semua negara termasuk negara China.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, pendekkan soalan.

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Untuk buat port call. Saya ringkas sikit ya. Last. Untuk buat port call. Kerana mereka datang, mereka shopping, berbelanja. Tetapi, negara lain tak ceroboh negara kita. Yang ceroboh negara kita adalah dari negara China yang mana ― tengok, mereka dah illegally build port.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, ini bukan sesi perbahasan.

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Okeylah. Akhirnya, mereka selalu ceroboh, sampai Menteri pun kena menjawab soalan hari ini. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah di atas soalan tambahan yang dikemukakan.

Dato’ Yang di-Pertua, sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Tanah Merah tentang port of call itu, kita sebenarnya kita tahu bahawa kita di Kementerian Pertahanan ini, kita sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Luar Negeri bagi kita memastikan bila ada permohonan daripada kapal-kapal Tentera Laut negara asing untuk berlabuh di negara kita, memang kita akan bekerjasama dengan Kementerian Luar Negeri untuk pastikan bahawa tujuan dan matlamat itu adalah mempunyai kebaikan bersama, sama ada kita berkongsi maklumat mahupun bagi tujuan kita berkongsi pengalaman dan seumpamanya.

Sebab itu, saya fikir apa yang berlaku sama ada di Pulau Pinang ataupun di mana- mana negeri ― Sabah pun ada port of call, di Port Klang pun. Kalau dilihat macam baru-baru ini, USA sendiri pun ada port of call di Klang. Baru-baru ini, saya pergi di kapal daripada Itali.

Dan begitulah juga daripada Jerman dan Rusia dan sepertimana yang disebut oleh Tanah Merah, daripada China.

Saya fikir ia tidak harus dijadikan satu polemik bagi kita selagi dia dalam kawalan undang-undang negara kita. Itu yang paling penting. Sebab itu kalau kita lihat sebahagian port of call ini, memang ada aktiviti-aktiviti bersama komuniti seperti mana yang dijawab juga oleh Menteri Pendidikan ― daripada para pelajar pelapis kadet ketenteraan itu. Jadi, begitulah juga kalau kita lihat macam di Pulau Pinang, pernah berlaku juga sebuah sekolah di Sabah, sebagai satu contoh, sama-sama juga melaksanakan program-program komuniti dalam program port of call pada tahun 2019.

Jadi, kalau kita lihat...

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Yang Berhormat Menteri, nasib lain tak ceroboh negara kita.

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Ini adalah ― kita tahu bahawa kita adalah negara berkecuali. Sikap kita adalah penting bagi kita.

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Dan yang kedua, apabila dibangkitkan tentang Beting Patinggi Ali, kita semua tahu, di Dewan ini tahu bahawa itu adalah cabaran kepada kita. China Coast Guard ini ― dan bagi Kementerian Pertahanan, memang kita tak mahu dilihat sebagai kita satu pihak yang ofensif kepada coast guard ini, kerana kita tahu itu adalah di bawah tanggungjawab kita. Kita bekerjasama dengan APMM sendiri supaya maritim kita juga boleh berkomunikasi.

Apa yang disebut tadi tentang bantahan-bantahan kita, kita sentiasa akan membuat bantahan-bantahan diplomasi kita kepada Wisma Putra. Memang menjadi tanggungjawab kita di peringkat kementerian. Kita tahu bahawa tanggungjawab antara negara-negara masing-masing kementerian mempunyai tanggungjawab tersendiri.

Tapi, apa yang nak saya sebutkan Dato’ Yang di-Pertua, adalah ― kita Malaysia, perkara yang paling teras adalah kita mahu Laut China Selatan itu adalah laut yang selamat.

Kita tahu kita ada prinsip freedom of navigation, kita ada prinsip ― saya minta jangan diganggu dulu. Kita tahu kita ada prinsip-prinsip ini. Jadi, saya harap bahawa keselamatan dan kedaulatan, keamanan kita di Laut China Selatan menjadi keutamaan kita. Sebab itu saya selalu menyebut bahawa Malaysia antara prinsip yang kita gunakan adalah diplomasi pertahanan kita.

China, kita tahu kita ada kerjasama lebih daripada 50 tahun. Tahun ini kita menyambut 50 tahun anniversary kita antara Malaysia dan juga China. Jadi, kita manfaatkan ini. Mungkin berbeza tindakan-tindakan dengan jiran-jiran kita seperti mana Filipina dan Vietnam. Tetapi, bagi kita Malaysia, selagi kita manfaatkan diplomasi ini dan kita boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti ekonomi kita, cari gali minyak kita dan begitulah juga dengan aktiviti nelayan kita dan begitulah juga dengan aktiviti-aktiviti pelancongan dan trading kita terutamanya di laut itu, selagi itu dapat dilaksanakan dengan aman, itulah keutamaan- keutamaan kita bagi Malaysia ini.

Itu saja, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri tak jawab soalan saya. Saya tanya, berapa jumlah insiden pencerobohan dan berapakah jumlah nota diplomatik? Dua soalan itu, tidak dijawab. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri boleh menjawab secara bertulis. Kita pergi ke soalan yang kedua. Saya mempersilakan Dato’ Sri Haji Ismail bin Abd Muttalib, Yang Berhormat Maran.

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor dua.

draft • 10:10 AM

2. Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib [Maran] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan:

(i) sejauh manakah kajian dan analisa kos-manfaat telah dijalankan berhubung penggubalan Akta Pembaharuan Semula Bandar

(URA); dan

draft • 10:10 AM

(ii) apakah perancangan kementerian untuk melindungi hak pemilik rumah yang terkesan mengambil kira risiko yang terlibat kepada pemilik hartanah terutama mereka yang menghuni di kawasan bandar.

draft • 10:10 AM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Salam Malaysia MADANI, Dato’ Yang di-Pertua, kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.

Saya mohon izin untuk menjawab soalan Yang Berhormat Maran secara bersekali dengan soalan nombor 22 daripada Permatang Pauh bertarikh 24 Oktober; soalan nombor 29 daripada Kluang bertarikh 4 November; soalan nombor 44 daripada Batu Kawan bertarikh 19 November; soalan nombor 10 daripada Kuala Terengganu bertarikh 4 Disember; soalan 41 daripada Permatang Pauh bertarikh 4 Disember; dan soalan 41 daripada Muar bertarikh 12 Disember kerana semua tujuh soalan ini melibatkan isu dan persoalan yang sama.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Boleh, Yang Berhormat.

draft • 10:10 AM

Tuan Nga Kor Ming

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan MADANI sentiasa fokus dan juga komited bagi memastikan agenda pembangunan melalui pembaharuan semula bandar dapat dilaksanakan dengan komprehensif demi meningkatkan kualiti hidup rakyat serta mencapai hasrat bandar yang mampan dan berdaya huni.

Sebagaimana manusia yang mempunyai tahap kesihatan dan jangka hayatnya, begitulah juga keadaan dan kondisi bangunan dan juga bandar yang turut akan terdedah kepada situasi rosak, daif, usang serta semakin memburuk dengan pertambahan masa.

Keadaan ini boleh memberi kesan ke atas keselamatan dan kebergunaannya.

Berdasarkan piawaian Jabatan Kerja Raya (JKR), bagi jangka hayat aset infrastruktur dan aset kejuruteraan, tempoh jangka hayat optimum bagi infrastruktur ataupun bangunan adalah dalam lingkungan 50 hingga 80 tahun berdasarkan kepada parameter tertentu seperti jenis bahan binaan, struktur dan juga reka bentuk.

Justeru, dalam menyokong usaha agar tahap guna tanah mencapai peringkat yang optimum serta kualiti infrastruktur dan kemudahan awam yang dapat menyokong kepesatan pembangunan negara, maka penyediaan satu rangka perundangan yang kukuh melalui cadangan penggubalan Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB) adalah kritikal untuk tanah air kita.

Dalam hubungan ini, kementerian melalui PELANMalaysia dengan kerjasama Malaysia Productivity Corporation (MPC) telah melaksanakan regulatory impact analysis

(RIA) dan selanjutnya telah menyediakan laporan regulatory impact assessment. Berdasarkan kepada regulatory impact assessment ini, penggubalan Akta PSB akan berpaksikan kepada 10 prinsip utama iaitu:

(i) persetujuan pemilik;

(ii) pengekalan penduduk asal;

(iii) menjaga kepentingan pemilik tanah;

draft • 10:10 AM

Tuan Nga Kor Ming

(iv) penempatan sementara yang kondusif;

(v) penilaian kriteria tapak pembaharuan semula bandar;

(vi) guna tanah yang efektif;

draft • 10:10 AM

Tuan Nga Kor Ming

(vii) penilaian terperinci berdasarkan kepada tapak laporan perancangan dan perundingan;

(viii) penambahbaikan penggunaan teknologi;

(ix) kelulusan pembangunan mengikut prosedur peruntukan perundangan sedia ada; dan

(x) pembangunan berfasa dan juga berperingkat.

Berpaksikan kepada 10 prinsip di atas, maka dari aspek perlindungan hak pemilik hartanah yang terlibat dengan pelaksanaan Projek PSB, Draf RUU PSB telah mengambil kira peruntukan khusus mengenai di mana semasa permulaan proses PSB dibuat, kerajaan akan berunding dengan pemilik, bersama-sama dengan badan pelaksana serta pemaju yang dilantik. Proses rundingan akan diadakan sehingga semua pihak bersetuju dengan syarat- syarat dan kehendak pemilik terlibat.

Selain itu, penubuhan Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan, Jawatankuasa Eksekutif Negeri dicadangkan untuk melaksanakan peranan untuk memastikan pemaju yang layak mempunyai kompetensi dan prospek pelaksanaan pembaharuan semula bandar dan turut bertanggungjawab dalam melindungi kepentingan pemilik, sekiranya berlaku masalah sepanjang proses PSB.

Selain itu, bagi memperkukuhkan lagi perundingan perlindungan ke atas hak dan kepentingan pemilik, satu jawatankuasa mediasi dicadangkan untuk ditubuhkan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan projek pembangunan semula bandar.

Dalam memastikan draf undang-undang baru ini adalah responsif terhadap keperluan sebenar, KPKT telah mengadakan 52 kali sesi libat urus bersama dengan focus group melibatkan pelbagai agensi Persekutuan, pihak berkuasa negeri, PBT, Jabatan Peguam Negara, institusi pengajian tinggi awam, penggiat industri, badan profesional, pertubuhan bukan kerajaan serta semua pihak-pihak berkepentingan yang lain. Bagi memastikan pelaksanaan undang-undang yang menyeluruh.

Sebagai makluman juga, KPKT telah membentangkan Memorandum Jemaah Menteri Dasar kepada Kabinet bagi cadangan penggubalan undang-undang baru ini pada 14 Ogos tahun ini. Selain juga pembentangan telah pun dibuat kepada Special Select Committee Dewan yang mulia ini iaitu Jawatankuasa Pilihan Khas Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi di Parlimen pada minggu lepas iaitu 17 Oktober, khusus untuk mendapatkan pandangan dan sokongan Ahli-ahli Parlimen di dalam Jawatankuasa Khas.

Untuk makluman, sesi libat urus bersama Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak juga akan diadakan pada bulan depan agar keperluan khusus mereka turut diberikan perhatian.

Mengambil kira keunikan kawasan dan geografi.

draft • 10:20 AM

Tuan Nga Kor Ming

Sebagai mekanisme perundangan yang komprehensif Tuan Yang di-Pertua, RUU baru ini dijangka memberi manfaat dari aspek-aspek berikut:

(i) meningkatkan kecekapan perancangan bandar khususnya untuk menangani risiko keusangan serta kemerosotan bandar;

(ii) menyediakan mekanisme dan ekosistem pembangunan ekonomi baru, menangani isu kawasan tepu bina bandar serta cabaran mengekalkan persekitaran bandar yang mampan, hijau dan lestari;

(iii) mengurangkan tekanan pembangunan ke atas kawasan green field sekali gus mengatasi isu rebakkan bandar ataupun urban sprawl;

(iv) mengoptimumkan penggunaan tanah sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi baru; dan

(v) meningkatkan nilai hartanah, menjana produktiviti yang tinggi dan menyuntik ekonomi setempat.

Maka secara keseluruhannya Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan pembaharuan semula bandar mampu memastikan pembangunan yang dilaksanakan adalah lebih terancang dan inklusif. Selari dengan prinsip dengan izin, “Leave no one behind”. Tiada yang terpinggir, tiada yang tertinggal. Termasuk dalam – untuk melindungi hak pemilik yang terkesan.

KPKT sentiasa komited dengan inisiatif pembangunan berkonsepkan pembaharuan semula bandar dan ikhtiar penggubalan akta baru ini diyakini dapat menyokong serta memenuhi perancangan negara ke arah untuk memastikan kemapanan bandar dan kesejahteraan rakyat secara seimbang dan saksama. Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Maran.

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Menteri. Jawapan memang panjang dan cantik. Pelaksanaan kita belum tahu.

Tuan Yang di-Pertua, penggubalan dan pelaksanaan Akta Pembaharuan Semula Bandar nanti belum tentu boleh menjamin dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat serta mencapai hasrat bandar mampan dan berdaya huni kerana jelas banyak faktor negatif yang berlaku hasil daripada pembangunan bandar-bandar di negara kita. Umpamanya, peningkatan masalah sosial, jenayah, pelacuran, dadah, milikan harta dan sebahagian rakyat, lambakan pekerja-pekerja asing dan sebagainya.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat dari sudut lain, apakah usaha dan langkah kerajaan dalam menangani isu yang saya sebutkan tadi? Apakah usaha yang diambil oleh kerajaan supaya tidak ada pertindihan, tiada pemindahan penduduk yang tidak adil.

Yang Berhormat ada sebutkan sedikit tadi.

Sejauh mana kerajaan telah mengkaji secara mendalam tentang pertindihan undang- undang perbandaran yang telah ada sekarang? Umpamanya Akta Kajian Tempatan 1976 ataupun Akta 76, Akta 171 dan sebagainya. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:20 AM

Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih kepada Yang Berhormat Maran atas soalan tambahan. Untuk makluman, seperti yang saya telah pun terangkan tadi, Kerajaan MADANI sentiasa fokus dan komited, 52 kali libat urus telah pun dilakukan. Malahan, walaupun draf rang undang-undang belum lagi disempurnakan. Di mana libat urus telah diadakan bersama dengan Special Select Committee Dewan yang mulia ini.

Maka, semua isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat memang sedang ditangani. Kita yakin dengan semangat “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”, kita akan mampu mengatasinya dan pastikan kemapanan pembangunan bandar kita ini akan sentiasa diuruskan dengan penuh beradab dan juga bertatakrama. Ini adalah kamus Anwar Ibrahim yang baru saya belajar hari ini.

Untuk pastikan supaya hak dan kepentingan pemilik hartanah tidak terjejas. Bagi pemilik strata yang bersetuju untuk makluman, menyertai pembaharuan semula bandar, kita akan bagi dia dua cadangan kaedah penyertaan secara rundingan. Pertama, one to one basis iaitu pemilik asal akan dapat satu rumah baru atau lebih mengikut perjanjian yang setimpal.

Not less preferable perkataan dia. Kedua, dia jika hendak jual dibenarkan. Untuk melepaskan hak milik mendapatkan keuntungan untuk diri beliau dan dia mempunyai kebebasan untuk beli hartanah impian mereka.

Untuk pastikan perlindungan kepada hak pemilik, jawatankuasa mediasi akan ditubuhkan. Sekiranya terdapat isu-isu yang timbul sepanjang proses pembangunan semula bandar.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, kita ada success story. Saya bagi contoh dekat Bangsar, Razak Mansion sudah berjaya. Dekat Pulau Pinang, Georgetown pelbagai urban regeneration, urban rejuvenation, urban redevelopment...

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, sebentar. Yang Berhormat Tanah Merah, Yang Berhormat Tasek Gelugor. Kalau hendak berbicara di dalam ini di luar ya. Teruskan Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:20 AM

Tuan Nga Kor Ming

Soalan, jawapan tergendala Yang Berhormat, mohon maaf.

Maka, ya lebih kurang saya rasa saya pun sudah terangkan dengan seterang-terang. Maka tak payah bersuluh jika sudah terang. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berikut saya persilakan Yang Berhormat Pulai.

draft • 10:20 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih Timbalan Speaker. Kawasan perumahan yang ingin dibangunkan ini tentulah telah berusia lama dan tentulah ada pemilik- pemiliknya yang telah meninggal dunia dan sebagainya.

Soalan saya sekarang ini, apakah kita perlu mendapat persetujuan keseluruhan pemilik atau bagaimana? Bagaimana kita hendak menyesuaikan dengan mereka yang mungkin akan membantah projek tersebut bagi kita bangunkan perumahan yang baru?

Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk jawapan.

draft • 10:20 AM

Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pulai atas soalan yang amat baik. Memang sekiranya kita tak ada undang-undang baru. Mengikut Akta 757, the consent threshold sekarang ini adalah 100 peratus. Dengan kata lain, sekiranya terdapat satu rumah pangsa 1,000 unit, 999 orang setuju. Seorang bantah maka projek gagal.

Ini saya rasa adalah kurang munasabah dan dia melanggar kepentingan awam.

Khususnya sekiranya bangunan itu sudah tidak selamat untuk diduduki. Kita tak mahu ada kejadian macam Highland Towers yang berlaku dulu. Maka, KPKT melalui PLANMalaysia telah membuat comparative study dengan amalan luar negara.

Kita telah buat amalan bandingan dengan New Zealand iaitu consent threshold 75 peratus, Hong Kong 90 peratus, Australia 75 peratus, British, Colombia, Canada 80 peratus.

Kita juga telah membuat bandingan dengan Singapura iaitu untuk bangunan yang kurang daripada 10 tahun, 90 peratus, lebih 10 tahun, 80 peratus. Then, Northern Territory, Western Australia, pelbagai bandingan telah pun dibuat.

Maka, akta baru ini kita cadangkan supaya consent threshold itu ditetapkan tidak kurang daripada 80 peratus iaitu daripada 10 orang pemilik mesti dapat persetujuan sekurang-kurangnya lapan orang. Maka, projek itu boleh dirunding supaya pembaharuan semula bandar ini dapat dijana dan juga dibangunkan. Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kita ke soalan yang ketiga. Saya mempersilakan Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan, Yang Berhormat Kuala Pilah.

draft • 10:30 AM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Dato’ Dr. Timbalan Speaker. Soalan Kuala Pilah di nombor tiga.

draft • 10:30 AM

3. Dato’ Adnan bin Abu Hassan [Kuala Pilah] minta Menteri Ekonomi menyatakan mekanisme dan strategi yang dilaksanakan kementerian bagi memastikan Program Jelajah MADANI Mendengar menjadi wadah terbaik dan berkesan untuk kerajaan mengumpulkan input dalam usaha merangka pelan Rancangan Malaysia Ke-13.

draft • 10:30 AM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan Kuala Pilah.

Rancangan Malaysia Ketiga Belas atau RMKe-13 merupakan kesinambungan kepada RMKe-12 yang akan berakhir pada tahun 2025 ini. Kementerian Ekonomi pada masa ini telah pun memulakan gerak kerja Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada suku ketiga tahun 2025.

RMKe-13 perlu dirangka dengan lebih holistik strategik dan inklusif bagi mencapai matlamat ekonomi MADANI untuk menstrukturkan semula ekonomi dan masyarakat ke arah menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia dan meningkatkan mutu hidup rakyat.

draft • 10:30 AM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Bagi membolehkan kerajaan menggubal satu dasar yang komprehensif, pendekatan yang tangkas dan lebih mendekati rakyat amat diperlukan.

Sehubungan itu, penglibatan daripada pelbagai pihak dan semua lapisan masyarakat akan diambil kira. Pandangan dan cadangan yang disuarakan akan dijadikan input dalam usaha kerajaan merangka strategi dengan memperkenalkan beberapa reformasi yang lebih berani dan radikal yang dalam sistem kerajaan sekarang dengan izin Dato’ Yang di-Pertua, kami rujuk sebagai sesuatu yang bold and radical.

Dato’ Yang di-Pertua, Kementerian Ekonomi sedang giat melaksanakan pelbagai sesi libat urus, perbincangan, dialog serta mesyuarat dengan Kumpulan Perancang Antara Agensi ataupun IAPG bagi mendapatkan input dan cadangan yang akan diambil kira dalam RMKe-13. Persidangan permulaan RMKe-13 telah dianjurkan dengan kerjasama Bank Dunia dan UNDP pada 5 dan 6 September 2024.

Persidangan ini merupakan platform untuk berkongsi maklumat dan pengalaman daripada pakar tempatan dan antarabangsa mengenai trend mega, isu dan cabaran sosioekonomi serta strategi yang bersesuaian untuk diambil oleh kerajaan dalam merangka dasar dan hala tuju RMKe-13.

Semasa persidangan ini, kerajaan juga telah mengumumkan akan mengadakan satu program tambahan berbeza dengan penyediaan RMK yang lepas iaitu untuk mengadakan Program MADANI Mendengar bermula September hingga Disember 2024 dan ini adalah mekanisme bagi mendapatkan input dan pandangan yang lebih luas daripada kumpulan- kumpulan biasa. Kalau yang biasanya adalah kumpulan perancangan, badan-badan kerajaan dan dunia. Sekarang ini ia akan turut melibatkan pihak kerajaan negeri, pihak swasta, pemain industri, akademia, mahasiswa, pertubuhan masyarakat sosial dan pertubuhan bukan kerajaan serta orang awam biasa.

Insya-Allah, Kementerian Ekonomi juga telah melancarkan Portal RMKe-13 bagi membolehkan rakyat biasa, sesiapa sahaja menyuarakan pandangan dan aspirasi yang perlu diambil kira dan akhir sekali Dato’ Yang di-Pertua, dengan kesempatan ini saya mohon supaya Ahli-ahli Yang Berhormat, bukan sahaja untuk menguar-uarkan kepada rakyat di kawasan masing-masing tetapi boleh turut serta dengan menyatakan pandangan, cadangan atau apa sahaja di Portal MADANI Mendengar RMKe-13. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Kuala Pilah.

draft • 10:30 AM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang baik. Terutamanya apabila ia melibatkan undertaking tadi, dengan izin.

Untuk mengadakan dan telah mengadakan libat urus dengan semua stakeholders.

Soalan saya, melalui program jelajah ini, apakah bentuk libat urus tersebut atau perbincangan telah dilaksanakan sebagai inisiatif untuk mengumpulkan input daripada kumpulan pemikir awam, wakil sektor swasta dan rakyat bagi aspek perancangan pembangunan ekonomi luar bandar khususnya bagi meningkatkan peluang ekonomi bagi belia di luar bandar? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk jawapan.

draft • 10:30 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah. Selain daripada input biasa yang memang kita akan dapat daripada agensi-agensi ataupun NGO dan CSO yang bidang mereka adalah pembangunan luar bandar dan belia luar bandar. Kali ini melalui inisiatif Jelajah MADANI kami akan turun ke kawasan-kawasan itu dan saya akan duduk dan mendengar sendiri selalunya satu kumpulan itu dalam 100 orang pemegang taruh bagi sesuatu isu dan mereka ada dalam tiga jam untuk menanya soalan, memberi pandangan dan sebagainya.

Jadi, tetapi dalam tempoh yang kita ada sehingga akhir 2024 ini sudah tentu kekangan masa itu berlaku. Sebab itu, saya juga mohon supaya pemegang taruh termasuklah mereka yang berada di luar bandar dan sebagainya menggunakan juga peluang untuk menyuarakan terus di laman Portal RMKe-13 itu. Kami akan lihat daripada semasa ke semasa dari segi dapatan maklumat itu dan kalau perlu ditambah daripada jadual yang ada, jadual sekarang ini ada lebih kurang dekat 100. Dalam tempoh tiga bulan yang kami nak kena laksanakan. Kalau ada keperluan untuk kita tambah lagi, kita akan cari jalan ke arah itu.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat. Tekan Yang Berhormat. Temerloh ya?

draft • 10:30 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Temerloh.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan.

draft • 10:30 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey. Terima kasih Timbalan Speaker. Temerloh ingin mengetahui melalui Program Jelajah MADANI, apakah strategi Kerajaan MADANI untuk merapatkan jurang sosioekonomi antara negeri dan juga lokaliti?

Adakah kerajaan mengambil kira taburan wilayah ekonomi bagi aktiviti ekonomi utama ataupun kita sebut sebagai key economic growth activities seperti yang disyorkan dalam dokumen Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sebelum ini? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk jawapan.

draft • 10:30 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Dato’ Yang di-Pertua, soal untuk merapatkan jurang pembangunan di antara wilayah-wilayah dalam negara ini itu memang tonggak dasar kerajaan dan sebab itu, kalau kita tengok ia diselaraskan dalam segala bentuk pelaksanaan ataupun dengan izin, program design kerajaan. Peruntukan belanja pembangunan contohnya memang dia lebihkan kepada kawasan-kawasan yang kurang membangun berbanding dengan kawasan yang lebih membangun.

Jumlah penerima dalam program-program meningkatkan pendapatan keluarga ataupun membasmi kemiskinan ataupun bantuan tunai juga dilebihkan kepada penerima daripada kawasan-kawasan yang kurang membangun. Jadi, perkara itu memang adalah dasar kerajaan. Apa yang kita ingin capai di dalam RMKe-13 ini ialah supaya penilaian dan perangkaan dasar itu tidak dilihat dari perspektif makro semata-mata di kalangan pemegang

draft • 10:30 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

taruh di peringkat atas yang membuat dasar. Kita mahu mendengar sendiri daripada kumpulan penerima. Contohnya, kumpulan nelayan, daripada mahasiswa ataupun daripada anak muda di luar bandar kerana masalah-masalah ini memang sedia diketahui.

Tetapi, yang menjadi cabaran kepada kerajaan ialah membangunkan program design yang betul-betul berkesan dan tidak ada ketirisan. Sebab itu, Jelajah MADANI ─ insya-Allah saya berharap apabila kita mendapat input itu terus daripada penerima dan pemegang taruh yang menjadi penerima program-program ini, dia juga akan memberi perspektif mikro yang membolehkan kita menggarap semua ini untuk memastikan RMKe-13 itu bukan sahaja dari segi dasarnya itu betul, tetapi program dan pelaksanaannya itu betul-betul tepat kepada kekangan dan keperluan penerima-penerima di bawah terutamanya daripada penduduk di kawasan-kawasan yang kurang membangun. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berikutnya Majlis ke soalan yang keempat. Saya mempersilakan Yang Berhormat Tuan Roslan bin Hashim, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

draft • 10:30 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik, terima kasih kepada Yang di-Pertua. Saya mulakan dengan serangkap pantun.

Buat tuak dengan ragi; Kalau minta saya tetap bagi. Pantun yang diberikan pada saya oleh Menteri pada sidang yang lalu. Soalan nombor empat memang saya minta YB Menteri. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

4. Tuan Roslan bin Hashim [Kulim-Bandar Baharu] minta Menteri Kerja Raya menyatakan bilakah kementerian akan menurap semula jalan FT136 dari Kulim ke Bandar Baharu yang boleh dikategorikan jalan daif.

draft • 10:40 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya pantun itu pantun saya dulu. Apabila Ahli-ahli Yang Berhormat sebelah sana minta, saya kata kalau diminta, saya tetap bagi, tak apa.

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi lokasi aduan yang dimaksudkan iaitu di laluan persekutuan FT136, Jalan Bandar Baharu, Kuala Ketil sepanjang 81.44 kilometer, manakala bagi laluan ini di Parlimen Kulim-Bandar Baharu hanyalah sepanjang 45 kilometer sahaja iaitu dari Kulim ke Bandar Baharu.

Kementerian ini telah mengenal pasti kerosakan permukaan jalan di FT136, kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu dan menganggarkan keperluan penyelenggaraan sebanyak RM33.68 juta di bawah program penyelenggaraan berkala pavement. Sehingga Oktober tahun 2024 ini, sekarang, kementerian ini telah meluluskan sebanyak RM11.37 juta melibatkan enam arahan kerja (AK) penyelenggaraan berkala pavement untuk laluan FT136 dari Kulim ke Bandar Baharu sepertimana aduan Yang Berhormat di antara seksyen 0.00 hingga 45.00 yang dilaksanakan secara localizer.

draft • 10:40 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Jadi, kelulusan ini melibatkan kerja-kerja penurapan semula jalan dan keseluruhan kerja akan disiapkan sepenuhnya pada akhir bulan November tahun 2024 ini, bulan depan.

Manakala baki permohonan yang belum dilaksanakan akan dimohon sebagai keutamaan pada tahun 2025 dan tertakluk kepada peruntukan yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan berdasarkan penilaian tahap kritikal kerosakan jalan bagi keseluruhan jaringan jalan persekutuan di bawah seliaan kementerian KKR ini. Jadi, Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya sentiasa komited dalam memastikan jalan raya dalam keadaan yang selamat dan selesa dengan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan rutin sepanjang tahun. Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

draft • 10:40 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, apakah status projek jajaran lebuh raya bertol R6 yang menghubungkan Bandar Baharu-Kulim-Sungai Petani (SPKBEE) sepanjang 48 kilometer? Apakah jalan — status jalan dari Kampung Air Puteh, Junjong ke Badlishah yang saya dapati macam projek sakit? Juga, saya juga ingin menjemputlah Menteri datang ke Parlimen Kulim-Bandar Baharu untuk melihat sendiri keadaan di sana.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:40 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Yang Berhormat, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semakan Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati cadangan projek jajaran lebuh raya bertol R6 itu yang menghubungkan Sungai Petani-Kulim-Bandar Baharu (SPKBEE) sebagaimana dibangkitkan sebelum ini belum lagi diterima daripada syarikat pencadang.

Jadi namun demikian, semakan terhadap jajaran yang dicadangkan mendapati ianya berada di dalam koridor cadangan Lebuhraya Koridor Utara, Northern Corridor Highway

(NCH). Jadi untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, cadangan penswastaan lebuh raya NCH ini telah ditawarkan secara bidaan bersaing (competitive bidding). Jadi, request for proposal (RFP) pada Mac 2023 oleh pihak UKAS, JPM.

draft • 10:40 AM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Namun demikian, setelah penilaian UKAS melalui jawatankuasa penilaian yang telah dilantik, tiada pembida yang berjaya bagi tawaran RFP tersebut. Jadi, kerajaan sentiasa terbukalah Yang Berhormat, untuk menerima dan meneliti syor atau cadangan daripada syarikat pencadang bagi membina lebuh raya baharu melalui kaedah penswastaan tertakluk kepada kebolehlaksanaan projek tersebut.

Jadi, bahagian kedua tadi iaitu — untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek jalan yang menghubungkan Kampung Air Puteh, Junjong ke Kampung Badlishah yang dimaksudkan adalah membina dan menyiapkan Jalan Kampung Badlishah-Ayer Puteh, Junjong, Kulim, Kedah Darul Aman yang diluluskan di bawah kendalian Kementerian

draft • 10:40 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) pada Rolling Plan Kedua (RP2), Rancangan Malaysia Kedua Belas. Untuk perincian projek yang lebih terperinci Yang Berhormat, saya cadangkan Ahli Yang Berhormat bolehlah merujuk kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

(KKDW). Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Tuan Speaker.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Menteri, dipersilakan Yang Berhormat Jelebu.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Terima kasih Dato’ Speaker. Dato’ Speaker, hujung minggu saya habiskan waktu saya bersama dengan rakyat Jempol. Saya hendak sampaikan salam terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi pihak rakyat Negeri Sembilan dan orang Jempol di atas kelulusan untuk menaik taraf FT10, Bahau-Keratong.

Soalan saya Dato’ Speaker, yakni Bahau-Keratong ini satu keperluan bagi masyarakat Jempol dan juga kawasan sekitar. Tetapi ada satu laluan yang sangat penting Dato’ Speaker, yakni laluan antara Pasir Besar, Palong 7 dan Palong 8. Daripada Kedah, saya bawa ke Negeri Sembilan yang lebih afdal untuk Kerajaan MADANI ini memberikan tumpuan daripada Pasir Besar ke Palong 7 dan Palong 8. Ini adalah rantaian daripada Bahau- Keratong. Boleh tak saya dapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan? Jika boleh dan menjadi afdal dan kewajipan kerajaan untuk turut menaik taraf jalan Pasir Besar, Palong 7 dan Palong 8 ini kerana keperluannya Dato’ Speaker, sangat mendesak bagi masyarakat di Jempol, Jelebu dan Tampin. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:40 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Jelebu. Oleh sebab ini adalah sangat spesifik ya, jadi saya memang tidak ada maklumat yang terperinci dan yang tepat berada dengan saya sekarang. Jadi, saya hendak buat adil kepada Yang Berhormat yang bertanya, izinkan saya menjawab dan menjelaskan itu secara bertulis Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Boleh, silakan.

draft • 10:40 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Boleh ya Yang Berhormat? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Berikut, kita ke soalan yang ke nombor lima, saya mempersilakan Tuan Oscar Ling Chai Yew, Yang Berhormat Sibu

draft • 10:40 AM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Terima kasih Timbalan Tuan Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor lima.

draft • 10:40 AM

5. Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan dalam menghadapi cabaran pasaran pekerjaan yang semakin kompetitif, apakah program latihan kemahiran yang dirancang oleh kementerian untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan dan pekerja tempatan dalam sektor teknologi dan industri 4.0.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon keizinan untuk menjawab secara bersekali soalan daripada Yang Berhormat Tuan Oscar Ling Chai Yew, Sibu dan soalan No.26 daripada Yang Berhormat Dato' Seri Amirudin bin Shari, Gombak bertarikh 4 November 2024.

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) terus mengorak langkah dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran graduan dan memastikan pekerja tempatan bersedia menghadapi cabaran dalam sektor teknologi dan industri 4.0 yang semakin kompetitif.

Melalui pelbagai program latihan kemahiran, KESUMA komited untuk memperkukuhkan kebolehpasaran graduan dan pekerja selaras dengan kehendak industri semasa.

Menurut statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), sebanyak 575,044 pencari kerja aktif telah direkodkan dari Januari hingga 27 September 2024 di portal MyFutureJobs berbanding 125,956 kekosongan jawatan yang diiklankan.

Bagi menangani cabaran guna tenaga tidak penuh terutamanya bagi graduan baharu dan pekerja tempatan, pelbagai program telah diperkenalkan oleh KESUMA. Antaranya:

(i) program latihan di bawah Sistem Insurans Pekerjaan di bawah PERKRSO;

(ii) Skim Latihan Bakal Pekerja (FWT) di bawah HRD Corp;

(iii) kursus berfokuskan industri 4.0 di bawah HRD Corp;

(iv) kerjasama strategik dan pusat teknologi di bawah Jabatan Tenaga Manusia; dan

(v) pembiayaan PTPK untuk pelatih kemahiran di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran.

Seterusnya, soalan yang — ada dua maksud yang ditanyakan oleh Yang Berhormat.

KESUMA komited untuk memastikan graduan dan pekerja tempatan yang mampu menghadapi cabaran ekonomi masa hadapan dengan kemahiran yang diperlukan terutamanya dalam sektor teknologi dan industri 4.0 yang termasuk automasi dan kecerdasan buatan yang berkembang pesat.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Yang Berhormat Yang di-Pertua, KESUMA menghadapi mulai pada tahun 2020 sehingga 27 September 2024 adalah seramai 293,639 orang pekerja tenaga kerja telah kehilangan pekerjaan dan industri yang paling terkesan adalah seperti berikut; sektor pembuatan seramai 75,615 orang, sektor perdagangan borong dan runcit seramai 43,614 orang, sektor aktiviti profesional, saintifik dan teknikal merekodkan seramai 23,907, sektor ICT 19,931, sektor penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman seramai 23,124 orang, sektor pembinaan seramai 21,233 orang dan sektor pengangkutan mencatatkan 20,953 orang dan lain-lain sektor merekodkan 65,262 orang. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Sibu.

draft • 10:50 AM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Terima kasih jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri. Dengan pelaksanaan gaji minimum RM1,700 pada tahun depan, keadaan persaingan pasaran pekerjaan akan menjadi lebih rumit. Untuk memastikan semua golongan terjaga terutamanya golongan pekerja baharu yang kekurangan pengalaman dan kemahiran dan juga pencapaian akademik mereka yang lebih rendah, apakah insentif atau pakej insentif akan diberikan kepada majikan supaya golongan ini tidak akan dipinggirkan?

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih Sibu. Sebenarnya persoalan yang dibangkitkan oleh Sibu sebentar tadi, ia tidak terlibat kepada graduan. Graduan ini merupakan yang mahir dan separuh mahir, yang terlibat hanya adalah golongan bawahan iaitu seperti kita sebutkan seperti buruh yang terlibat dengan gaji minimum iaitu RM1,700.

Sekarang ini pihak KESUMA setelah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam bajet yang lalu, kita dalam proses untuk merangka seterusnya apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Dalam masa yang tidak berapa – mungkin kita akan mempersiapkan apakah yang dimaksudkan dengan gaji minimum itu. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Padang Terap.

draft • 10:50 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri, saya merujuk kepada laporan Utusan Malaysia pada 2 September 2024 yang bertajuk, “Kebolehpasaran Pelajar Pertanian Menurun”.

Kalau menurut laporan berita tersebut, kadar boleh pasaran graduan pertanian menurun sebanyak 5.6 peratus pada tahun lepas. Antara punca penurunan adalah disebabkan perlahannya kemajuan teknologi dalam bidang pertanian. Soalan saya kepada pihak KESUMA, adakah pihak KESUMA mempunyai perancangan untuk memastikan para graduan bidang pertanian ini mempunyai kemahiran yang sepadan dengan keperluan kerjaya masa kini? Terima kasih menteri.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Sebenarnya dalam peluang-peluang yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, sebab itu kita melalui Jabatan Tenaga Manusia, kita nak memperkukuhkan dari segi TVET itu sendiri. Seperti yang terdapat rekod yang kami catatkan, bahawa kebolehpasaran graduan TVET telah melebihi pasaran tersebut, pasaran daripada bidang yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi.

Saya hendak mengambil contoh seperti yang dinyatakan sebentar tadi dalam bidang pertanian ini, kita sememangnya amat-amat menurun. Kalau saya boleh bacakan sedikit data ini. Pekerja kemahiran pertanian, perhutanan, penternakan dan perikanan iaitu daripada

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

tahun 2020, seramai 73 sahaja. Sehingga 2024, dicampurkan jumlah semua hanya 236 dibandingkan dengan segi pengurusan yang berjumlah 40,000 umpamanya. Pertukangan umpamanya 6,000 lebih. Profesional sebanyak 75,000.

Sebab itu, kalau melihat data yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi sememangnya amat bertepatan dan mungkin pihak kementerian yang terlibat boleh memikirkan soal ini. Kita KESUMA sebenarnya membantu melalui HRD Corp, TalentCorp dan juga tabung kemahiran yang boleh kita bantu dari segi untuk melatih mereka tersebut. Usaha ini kalau Yang Berhormat boleh sedikit ya Yang Berhormat.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sila, sila.

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Saya nak nyatakan bahawa kalau kita mengambil contoh TVET profesional, umpamanya ILP Labuan, kita memperoleh sehinggakan di Labuan ini sebelum habis tamat pembelajaran, mereka sudah tempah pelajar-pelajar kita untuk masuk ke dalam dan ada yang telah di-sponsor pun oleh pihak- pihak tertentu. Tetapi saya pun sering berfikir apa Yang Berhormat katakan dari segi pertanian-pertanian ini sendiri.

Kenapa amat-amat besar menurun? Ini perlunya kita buat kajian bersama, apakah punca pertanian ini menurun? Tetapi dari segi sektor lain amat meningkat dan kebolehpasaran itu amat meninggi sekali dari segi kebolehpasaran kalau saya nyatakan tadi seperti Labuan pelajar kita telah ditempah untuk dimasukkan dalam bidang pengajian.

Kalau di Jerantut umpamanya, berhampiran dengan saya, 100 peratus pelajar kita yang pembuatan dari segi reka bentuk industri, polimer dan juga ujian tanpa musnah.

Maknanya gelas itu kita buat ujian, kita nak tengok kekuatannya, 100 peratus kita dapat pekerjaan. Mungkin atas dasar itu, mereka memilih dalam bidang seperti saya nyatakan.

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut, saya mempersilakan Datuk Seri Ir. Wee Ka Siong, Yang Berhormat Ayer Hitam.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Ir. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Sihat walafiat kerana bersenam, Soalan saya nombor enam. Mohon jawapan. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Pohon Menteri Komunikasi untuk menjawab.

draft • 10:50 AM

6. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam] minta Menteri Komunikasi menyatakan penjelasan kementerian mengenai percanggahan respons Asia Internet Coalition (AIC) yang menggesa kerajaan untuk menghentikan rancangan mengenakan lesen ke atas platform media sosial dan sejauh manakah tahap kebersediaan penyedia perkhidmatan platform terhadap pelaksanaan dasar ini.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Ayer Hitam. Berdasarkan kepada kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Mac 2024, keperluan pelesenan ke atas penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan juga penyedia perkhidmatan media sosial telah diwartakan pada 1 Ogos 2024 dan akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025.

Sejak April 2024, beberapa sesi libat urus bersama pihak berkepentingan telah dijalankan termasuk ByteDance pada 25 April, 28 Ogos dan juga 26 September. META pada 11 Jun dan juga 18 September. Telegram pada 25 April dan juga 23 September. Google pada 29 April dan juga 28 Jun, X pada 25 April dan juga 16 Oktober dan juga Tencent pada 24 April dan juga 27 Mei.

Sesi perbincangan dan libat urus bersama AIC juga telah diadakan di ibu pejabat MCMC pada 28 Mei 2024. Pihak AIC juga telah mengemukakan maklum balas bertulis pada 26 Jun 2024 kepada MCMC. Jadi, dakwaan AIC dalam surat terbuka bertarikh 26 Ogos 2024 bahawa pembangunan kerangka pelesenan tidak melibatkan proses rundingan adalah tidak betul dan tidak benar.

Pandangan pihak berkepentingan telah diambil kira melalui beberapa siri rundingan dan libat urus yang berterusan bagi memastikan pembangunan kerangka pelesenan yang komprehensif.

Dato’ Yang di-Pertua, kerangka pelesenan ini juga bertujuan memastikan accountability semua pihak termasuk penyedia perkhidmatan pesanan internet dan juga media sosial mewujudkan persekitaran dalam talian yang lebih selamat dan menangani isu- isu jenayah dalam talian serta melindungi pengguna terutamanya untuk kanak-kanak dan mereka yang terdedah kepada kemudaratan dalam talian selaras dengan amalan terbaik global.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Dalam hal ini, intervensi kawal selia adalah sangat penting dan tepat pada masanya, di mana penyedia perkhidmatan perlu menguruskan operasi mereka dengan lebih baik di Malaysia termasuk menangani secara efektif kandungan mudarat selain memperkukuh sistem dalam mengurangkan jenayah siber di platform mereka.

Sebagai tambahan, MCMC juga telah menjalankan Bengkel Perbincangan Kumpulan Berfokus pada 3 September 2024 dan 4 Oktober tahun ini bersama pihak berkepentingan untuk pembangunan kod tatalaku penyedia perkhidmatan. Draf kod tatalaku sedang dimuktamadkan dan akan diedarkan melalui proses rundingan awam pada hujung bulan Oktober 2024. Proses rundingan awam ini akan berjalan selama 14 hari untuk mendapatkan maklum balas daripada pemegang taruh dan juga pihak-pihak berkepentingan.

Pihak penyedia perkhidmatan sedia maklum berkenaan penguatkuasaan kerangka pelesenan di bawah Akta 588 pada 1 Januari 2025. Pada masa ini MCMC juga sedang meneruskan sesi libat urus bersama penyedia perkhidmatan di mana fokus utama adalah untuk memberikan penjelasan berkenaan keperluan-keperluan pematuhan di bawah Akta

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

588 serta proses permohonan lesen ASP(C). Sekian jawapan saya. Terima kasih, Dato’ Speaker.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Ayer Hitam, soalan tambahan.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Dato' Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan. Kita sedia maklum bahawa hanya platform media sosial dan perkhidmatan pesanan internet yang mempunyai lapan juta pengguna di Malaysia sahaja tertakluk kepada memohon lesen di bawah Akta 588. Ini adalah sebagai kerangka kawal selia baharu demi penggunaan internet yang selamat untuk kanak-kanak, itu sepertimana yang diterangkan oleh Timbalan Menteri.

Ini bermakna hanya platform media sosial yang mainstream sahaja untuk tertakluk di bawah kerangka ini. Namun, kita sedia maklum bahawa kecanggihan dan kepantasan teknologi pelbagai jenis media sosial telah dibangunkan yang tak sampai pun, yang digunakan oleh generasi Gen Z tetapi lebih terpengaruh, mereka lebih terpengaruh tetapi kurang dari lapan juta.

Soalan saya, bagaimana kerajaan dapat mengawal kewujudan lambakan platform media sosial ini yang mungkin pengikutnya tak ramai, tak sampai lapan juta dan di mana jenayah internet mungkin lebih sukar dikawal? Adakah kerajaan akan menutup platform ini?

Kita dalam keadaan untuk merangka kerangka peringkat awal. Di sesetengah negara mereka sudah ada memperkenalkan sijil identiti kepada pengguna di mana sebagai pengesahan laman internet ini mengenai isu penipuan dan talian sepertimana yang Yang Berhormat terangkan. Apakah kita sebagai pengguna internet di Malaysia juga akan menuju ke arah ini?

Ada sesetengah negara sekarang tengah buat.

Adakah melalui pelesenan media sosial ini akan menyaksikan syarikat media boleh mewajibkan setiap pengguna untuk melakukan pengesahan identiti melalui kad pengenalan yang akhirnya mengedarkan maklumat peribadi kita kepada pihak ketiga? Apa pendirian tegas daripada kementerian? Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, sila jawab.

draft • 11:00 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih, Dato’ Speaker. Terima kasih, Ahli Yang Berhormat. Pertama, memang kita akui bahawa ada banyak lagi platform media sosial di mana penggunanya adalah kurang daripada lapan juta orang. Apabila kementerian menetapkan lapan juta sebagai threshold, kami juga faham bahawa sebenarnya threshold ini bukan sangat-sangat tinggi kerana kalau kita rujuk kepada UK ataupun India, threshold mereka sebenarnya jauh lebih rendah adalah lima juta dan tujuh juta masing-masing.

Jadi, lapan juta untuk satu threshold yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia sebenarnya tak sangat-sangat tinggi tetapi kita, kajian kami mendapati bahawa kebanyakan jenayah siber ini berlaku di platform-platform yang sangat-sangat popular seperti Facebook, seperti WhatsApp, seperti Telegram. Sebab itu kita hendak fokus kepada platform-platform yang mempunyai lapan juta pengguna ke atas ini.

draft • 11:00 AM

Puan Teo Nie Ching

Kita hendak nampak dan nak tengok apa keberkesanan mekanisme yang diguna pakai bermula pada tahun depan. Selepas itu, kalau kita rasa dan setuju bahawa dapat sokongan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini bahawa pelesenan ini adalah adil, adalah berkesan jadi barulah kami akan timbang bahawa perlu tidak kita perluas lagi pelesenan ini kepada platform-platform yang lain.

Kedua, tentang cadangan bagaimana kita hendak buat pengesahan identiti khasnya di dunia siber ini. Pertama, kami perlu akui bahawa ada beberapa cara untuk dilaksanakan.

Pertama adalah platform. Platform kami bukan akaun kat Meta, dekat Facebook ataupun kita ubah akaun kat TikTok. Kalau platform tidak mewajibkan document identity sebagai document compulsory mandatory, jadi bukan sangat senang untuk kerajaan untuk memasukkan syarat itu sebagai syarat wajib.

Jadi, ini hanya mungkin boleh berlaku selepas kita ada satu pelesenan. Kita masukkan dalam kod tatalaku tetapi ini bukan hasrat kerajaan pada peringkat ini kerana hasrat kami adalah kita tengok negara-negara yang lain seperti UK, seperti Singapura, seperti EU mereka — UK sedang keluar untuk hasilkan mereka punya kod industri tetapi untuk Singapura, untuk EU mereka sudah ada kod industri.

Jadi, kita hendak mencontohi negara-negara ini dan tengok keberkesanannya. Akan tetapi, untuk selepas itu sama ada untuk mewujudkan satu dunia siber yang lebih selamat, kita hendak mewajibkan pengesahan identiti saya rasa ini perlulah perbincangan yang lebih terperinci. Terima kasih, Dato’ Speaker.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Tasek Gelugor.

draft • 11:00 AM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Terima kasih, Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri atas jawapan tadi. Terima kasih, Ayer Hitam atas soalan ditanya. Selaku Ketua Portfolio Komunikasi bagi Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional, saya berbincang dengan rakan-rakan dalam portfolio kami dan kami menyokong usaha pihak kerajaan untuk memastikan internet menjadi lebih selamat untuk digunakan oleh rakyat Malaysia.

Tetapi, saya yakin di pihak Yang Berhormat Menteri pun mengadakan engagement dengan NGO-NGO di luar sana. Satu kebimbangan yang sering disuarakan ialah bagaimana untuk memastikan penguatkuasaan peraturan ini atau proses pelesenan ini hendak mengekang kebebasan bersuara akhirnya. Jadi, dalam konteks itu Yang Berhormat Menteri, Yang di-Pertua, saya hendak bertanya kepada pihak kerajaan. Apakah jaminan yang boleh diberikan oleh Yang Berhormat Menteri bahawa setelah diadakan skim pelesenan ini maka penguatkuasaannya tidak akan berlaku secara berat sebelah atau mengekang kebebasan bersuara terutama kami di pihak Perikatan Nasional?

Kedua, adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju bahawa jika kita hendak meneruskan langkah pelesenan ini, maka mungkin lebih baik sekiranya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia digerakkan ke arah sebuah badan yang benar-benar bebas seperti mana yang sering dihujahkan mengenai SPR, SPRM dan sebagainya mungkin SKMM

draft • 11:00 AM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

juga perlu dijadikan sebagai sebuah badan yang bebas agar tidak terkongkong dengan agenda politik mana-mana pihak yang mentadbir dalam kerajaan.

Ketiga, saya mohon perkara-perkara yang besar yang hendak diperkenalkan oleh pihak kementerian seboleh-bolehnya gunakanlah juga platform JKPK yang ada dalam Parlimen ini. Pihak Kementerian Komunikasi agak kurang, saya sebagai salah seorang ahlinya, Ayer Hitam pun ahlinya. Saya rasa pihak Kementerian Komunikasi agak kurang menggunakan platform JKPK untuk mendapatkan input daripada kami dengan cara yang lebih teliti.

Tadi disebut mengenai kod tatalaku yang hendak diperkenalkan. Alangkah baiknya jika ini dibawa ke JKPK dahulu sebelum diperkenalkan menjadi suatu peraturan dan lain-lain juga peraturan-peraturan besar yang hendak diperkenalkan oleh pihak kementerian. Terima kasih, Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk jawapan.

draft • 11:00 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih, Dato’ Speaker. Terima kasih, Ahli Yang Berhormat atas cadangan tersebut. Selepas draf tatalaku itu siap sedia, tidak ada masalah untuk kita bawa MCMC untuk beri taklimat kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang duduk dalam Jawatankuasa tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, sejak 1 Januari 2022 sampailah September tahun ini, kita nampak bahawa kandungan sebenarnya yang telah diturunkan atas permintaan MCMC, 60 peratus adalah kandungan berkaitan tentang perjudian, perjudian dan penipuan. Kes kandungan-kandungan tentang penipuan adalah 22 peratus.

Ahli-ahli Yang Berhormat, bukan kementerian ataupun MCMC tidak buat engagement dengan platform provider. Selepas Yang Berhormat Menteri dan saya dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri, kami telah buat perjumpaan dengan platform provider ini sebanyak 22 kali tetapi apa yang kita nampak adalah memang kita buat selepas kita mengadu kepada mereka tentang posting, posting kandungan tentang perjudian. Dalam tiga hari semua diturunkan tetapi selepas dua minggu kandungan-kandungan tersebut sedemikian wujud lagi, naikkan lagi dan banyak lagi orang telah menjadi mangsa oleh sebab penipuan dalam talian.

draft • 11:00 AM

Puan Teo Nie Ching

Kalau rujuk kepada lah statistik yang dikemukakan oleh PDRM, kerugian sebanyak RM1.6 bilion telah berlaku dalam tempoh masa 19 bulan tahun lalu, sejak Julai tahun ini sahaja. Oleh sebab itu, kita rasa sudah sampai masa untuk kita memastikan platform dipertanggungjawab atas kandungan-kandungan yang tidak selamat ini. Kerana apabila kita nampak posting-posting tentang penipuan yang mengguna pakai muka ataupun nama orang- orang terkenal seperti Datuk Lee Chong Wei, seperti Khairul Aming, seperti mantan punya DG Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham.

Sebenarnya posting itu adalah sponsored post. Apa maksudnya? Ada orang yang bayar Meta untuk push-kan post tersebut kepada pengguna-pengguna di Malaysia. Kalau

draft • 11:10 AM

Puan Teo Nie Ching

mereka nak buat profit, mereka nak dapat keuntungan daripada advertisement, saya rasa mereka juga ada satu tanggungjawab untuk pastikan kandungan dalam posting tersebut adalah tepat, adalah benar dan bukanlah sebenarnya kerja-kerja oleh scammer.

Jadi saya harap bahawa usaha ini bolehlah dapat sokongan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat. Kami terbuka untuk menerima apa-apa cadangan ataupun maklum balas daripada Ahli-ahli Yang Berhormat. MCMC dan kementerian siap sedia untuk bagi lah briefing kepada Parliamentary Select Committee atas isu-isu ini juga. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Komunikasi. Majlis ke soalan yang ketujuh. Mempersilakan Tuan Fathul Huzir bin Ayob, Yang Berhormat Gerik.

draft • 11:10 AM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Jangan dibiar rakyat meratap, Keputusan jelas biar menyuluh, Mohon Menteri segera jawab, Soalan saya nombor tujuh.

draft • 11:10 AM

7. Tuan Fathul Huzir bin Ayob [Gerik] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan rancangan segera kementerian dalam memastikan bekalan sumber makanan negara terjamin dan mempunyai simpanan yang cukup jika berlaku bencana atau peperangan mengambil kira faktor ketegangan di Laut China Selatan dan keadaan iklim dunia yang tidak menentu.

draft • 11:10 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan komited dalam memastikan bekalan sumber makanan negara terjamin dan mempunyai simpanan yang cukup agar tahap keterjaminan makanan dalam negara kekal stabil. Berdasarkan Kadar Sara Diri 2023, komoditi agromakanan asas terpilih yang melebihi 90 peratus SSR adalah komoditi ayam, telur dan beberapa jenis sayuran dan juga ikan.

Bagi komoditi terpilih yang mempunyai SSR yang lebih rendah, antaranya rancangan segera yang dilaksanakan adalah dengan mempelbagaikan sumber import bagi mengurangkan kebergantungan terhadap negara tertentu sahaja sebab soalan ini bila kita hadapi masalah, emergency, peperangan, geopolitik dan sebagainya. Sebagai contoh, negara sumber bagi bekalan daging telah diperluaskan kepada sembilan negara, India, Australia, Brazil, New Zealand, Pakistan, Jepun, Korea, Argentina dan Afrika Selatan.

Manakala bagi memenuhi keperluan bekalan beras, negara sumber yang telah dikenal pasti ialah Thailand, Vietnam, India, Pakistan dan Myanmar. Sehingga Oktober 2024, jumlah keseluruhan stok beras termasuk stockpile 1.1 juta tan metrik mencukupi untuk 5.6 bulan.

Selain itu, KPKM giat melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan ketersediaan dan kecukupan bekalan makanan, khusus untuk komoditi terpilih. Di antaranya, kita cuba

draft • 11:10 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

pergi kepada di antaranya, ini kalau segera, dia bergantung pada import kerana jangka pendek, jangka panjang kepada...

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

...Smart farming tanam padi. Tapi...

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Satu.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

...ia agak slow perkembangannya. Kerana penanam-penanam padi masih secara tradisi nak mengusahakan hak milik mereka dan lambat untuk mencantumkan dan membuat skala besar.

Memperkasakan industri lembu, pedaging ruminan ini memang ia mengambil masa kerana masalah ini masalah yang telah berpanjangan begitu lama. Keluaran ruminan kita masih di bawah 20 peratus sejak merdeka hingga sekarang. Oleh itu, nak menaikkannya dengan segera itu, dia satu insentif baharu mesti diperkenalkan.

Industri tenusu, alhamdulillah kita berada di tahap yang agak lega. Kita berada di tahap 60 persen. Jikalau berlaku apa-apa emergency ialah tidak begitu sukar untuk memenuhi kehendak pengguna. Begitu, kerjasama ini akan kita teruskan dan bila disebut di sini bila berlaku emergency jangka panjang dan jangka pendek diteruskan. Kita tahu tadi soalan daripada Padang Terap tadi.

Memang kalau kita lihat dalam bidang pertanian ini, anak-anak muda agak kurang turun kerana kita tahu ia pendapatannya lambat. Kalau cepat, makanya mereka suka pergi membawa Grab kerana itu pendapatannya cepat. Galakan perlu diberi dari masa ke semasa untuk kita memenuhi keperluan, keterjaminan makanan ini. Sebab itu, kita lihat bahawa bila emergency ini setakat ini, insya-Allah kita jamin makanan ada kerana hubungan kita dengan negara-negara pembekal itu sentiasa baik dan sentiasa memenuhi kehendak kita bila kita perlukan. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Gerik, soalan tambahan.

draft • 11:10 AM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan, Gerik ingin bertanya, apakah kementerian punya perancangan bagi menyokong pengeluaran besar-besaran bagi tanaman ganti? Tanaman ganti maksud saya, tanaman ganti kepada beras yang menjadi sumber utama karbohidrat negara. Jika ada, apakah cadangan tanaman ganti tersebut? Padi huma kah, ubi kayu kah, apakan? Supaya kita ini tidak terlalu bergantung hanya 100 peratus pada beras, maksud saya.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Makanan bagi makanan ruji negara kita masih lagi beras.

draft • 11:10 AM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Sebab itu kita lihat, bila berlaku ketidakcukupan daging, dia tidak begitu dibising oleh rakyat kerana dia ada alternatif bagi makan ikan atau ayam atau telur atau barang makanan yang lain tapi beras tak boleh. Sebab

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

itu, masalah beras ini masalah yang serius. Bukan sekarang daripada dulunya sehingga LPN diganti dengan BERNAS. BERNAS entah apa pula akan diganti masa akan datang. Ertinya dia adalah satu serius kerana di Malaysia ini, penduduknya makan beras dan yang datang bekerja di sini antara dua hingga tiga juta juga makan beras.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Sebab itu kita kena tumpu walaupun ia lambat, tapi kita kena usaha untuk cukupkan beras. Makanan punitif memang jagung dan sebagainya tidak sampai kehendak rakyat dari segi nak makan beras itu. Sebab itu beras ini adalah satu perkara yang tumpu. Sekarang ini, di samping kita usaha SMART SBB dan sebagainya, datang bencana dan sebagainya, kita tak boleh berputus asa. Sarawak misalnya sekarang menawarkan untuk menjadikan jelapang padi yang kedua dengan peruntukan awal diberi RM500 juta.

draft • 11:10 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ini kerana bergantungan di sebelah Semenanjung ini dalam jangka panjang tidak dapat mencukupi. Sebab itu kita kena teroka di Sarawak dan juga Sabah. Ini yang kita elak dalam RMK akan datang kerana tumpu sebab beras ini tetap menjadi makanan ruji rakyat Malaysia walaupun dia cuba makan roti canai dua biji, mi goreng sepinggan tapi dia hendak makan nasi juga, baru dia rasa makan pada hari itu. Ini nak ubahkan pemakanan kepada rakyat Malaysia ini memang buat masa sekarang ia slow dan perlahan. Pergantungan masih kepada beras. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berikutnya saya mempersilakan ketua backbenchers, Yang Berhormat Paya Besar.

draft • 11:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Di sini, Yang Berhormat.

Saya meneliti ucapan atau jawapan daripada Yang Berhormat Menteri sebentar tadi berkaitan keterjaminan makanan. Yang Berhormat Menteri, kita ini bincang isu sekuriti makanan ini sudah lama. Bagaimana peranan GLC dan GLIC dalam menangani isu ini? Yang pertama.

Kedua, Yang Berhormat Menteri sebut fasal teknologi. Tetapi, Belanjawan 2025, Yang Amat Berhormat Tambun nyatakan pelbagai inisiatif untuk menarik anak muda dalam bidang pertanian, tetapi yang merenyahnya adalah tindakan pengoperasian pelaksanaan dasar tersebut yang menyebabkan kadang-kadang ia menjadi red tape. Bagaimana kerajaan hendak mengatasi perkara ini supaya industri makanan ini diterajui oleh anak muda?

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Memang dalam MAHA baru-baru ini, kita lihat sambutan rakyat pada hal sekuriti makanan ini nampak jelas. Jualan yang paling tinggi ialah anak benih dan anak ayam. Pengarah Pertanian KPKM mengatakan jumlah anak benih yang

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

dibeli masa MAHA baru-baru ini, kalau hendak ditanam, perlu lebih kurang 800 ekar. Ertinya, permintaan kepada pertanian itu mula tumbuh.

Tetapi, yang saya sebut tadi, pertanian ini hasilnya lambat. Macam durian. Hendak dapat hasil, tunggu enam, tujuh tahun. Tetapi, bila durian itu dipasarkan di peringkat antarabangsa ― maaflah kita sebut di sini. Yang menjadi jutawan segera kebanyakannya daripada kaum Tionghoa kerana mereka sanggup invest, sanggup menunggu, sanggup bekerja walaupun mereka tidak dapat hasil sebelum enam tahun atau tujuh tahun.

Kebanyakan kita ini hendak hasil segera. Bila hasil segera, maka mereka pergilah kerja yang boleh dapat bantuan segera ataupun keuntungan segera.

Di antara kawasan ladang durian yang paling banyak dibuka oleh pengusaha- pengusaha daripada kalangan rakyat Malaysia kaum Tionghoa ini ialah di Kelantan, di Gua Musang dan juga di Lojing. Mereka sekarang mengecap hasil yang begitu hebat sekali.

Ketekunan inilah ― mengambil masa jangka panjang ini hendak dapat hasil, perlu diberi semangat. Memang sudah ada anak-anak muda yang terlibat dalam perikanan dengan mempunyai lebih daripada 100, 200 kolam sekarang ini dan kita jadikan orang seperti ini sebagai model kepada anak-anak muda yang lain. Memang saya yakin dalam bidang pertanian ini, bila dia sudah dapat hasil, dia sustainable. Tetapi, sebelum sampai hasil itu, dia kena bersabar. Inilah yang ketekunan ini kita lihat ada kepada orang tertentu.

Jadi, kebanyakannya anak-anak muda kita hendak pada hasil segera. Maka, kurang mencebur diri dalam bidang pertanian ini. Tetapi, sekarang sudah ada sebab pertanian sudah jadi satu industri pendapatan kepada diri sendiri, kepada masyarakat dan kepada negara.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut, saya mempersilakan bagi soalan 8, Puan Vivian Wong Shir Yee, Yang Berhormat Sandakan.

draft • 11:20 AM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan Sandakan nombor lapan.

draft • 11:20 AM

8. Puan Vivian Wong Shir Yee [Sandakan] minta Menteri Kerja Raya menyatakan:

(a) langkah yang diambil untuk memperbaiki keadaan jalan raya yang kurang di selenggara di kawasan luar bandar Sandakan; dan

(b) usaha yang diambil untuk memastikan penyelenggaraan lampu jalan mencukupi dan berfungsi dengan baik.

draft • 11:20 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat yang bertanya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sandakan, jalan persekutuan utama dari Bandar Sandakan ke Persimpangan Batu 32, Laluan 22, jalan Kota Kinabalu-Sandakan adalah dalam anggaran 56 kilometer. Jalan persekutuan bagi kawasan di luar bandar Sandakan adalah dalam anggaran 41 kilometer dalam jajaran ini dan diselenggarakan oleh syarikat konsesi jalan persekutuan negeri Sabah dan dipantau oleh JKR Sabah. Bagi jalan-

draft • 11:20 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

jalan luar bandar selain jalan persekutuan seperti jalan negeri atau jalan kampung adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri Sabah.

Kerja-kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kerja penyelenggaraan rutin, kerja penyelenggaraan berkala dan kerja kecemasan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sandakan, pada tahun 2024 ini, peruntukan yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan adalah sebanyak RM81 juta di bawah P.27 dan RM50 juta untuk Program Penyelenggaraan Berkala di bawah Kontraktor G1 ke G4 serta peruntukan tambahan sebanyak RM90 juta yang telah membantu menyelesaikan backlog penyelenggaraan berkala pavement dan bukan pavement di jalan persekutuan negeri Sabah.

Sebanyak RM44.6 juta telah diperuntukkan bagi menyelenggarakan jalan persekutuan di Daerah Sandakan dengan 24 bilangan arahan kerja (AK) pada tahun 2024 ini.

Secara keseluruhannya, Daerah Sandakan telah mendapat peruntukan yang munasabah. Banyak lokasi kritikal di laluan utama di Bandar Sandakan khususnya dan dari Persimpangan Batu 32 ke Bandar Sandakan dapat dibaiki melalui pelaksanaan kerja berkala pavement dan kerja berkala bukan pavement.

Kementerian ini melalui JKR Sabah akan sentiasa memastikan pemantauan penyelenggaraan jalan persekutuan dilaksanakan tidak sahaja tertumpu di dalam bandar Sandakan tetapi jalan utama ke bandar Sandakan juga akan diberi perhatian agar keadaan jalan raya berada dalam keadaan selamat dan selesa untuk pengguna jalan persekutuan.

Untuk bahagian (b), soalan tadi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2023, peruntukan yang telah dibelanjakan untuk membaiki lampu jalan di Daerah Sandakan adalah sebanyak RM300,000 dan meningkat kepada RM1.6 juta untuk tahun 2024 ini. Jauh peningkatan dari 2023 ke 2024.

Secara keseluruhannya, pada tahun ini, permohonan peruntukan dari JKR Sabah bagi penyelenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat adalah sebanyak RM9.7 juta dan kementerian ini telah meluluskan keseluruhan permohonan tersebut secara berfasa.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat serta Ahli Yang Berhormat Dewan yang lain, selain daripada isu peruntukan yang terhad, terdapat faktor lain yang menjadi cabaran dalam menangani isu kerosakan jalan ataupun lampu jalan iaitu disebabkan oleh masalah vandalisme, kecurian kabel lampu jalan dan kerosakan akibat dilanggar.

Penyelenggaraan dan penambahbaikan lampu-lampu jalan ini akan terus dilaksanakan secara berperingkat bergantung pada kesediaan peruntukan semasa kerajaan dan peruntukan akan dipohon dari semasa ke semasa agar dapat menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya di Sabah, khususnya.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Sandakan.

draft • 11:20 AM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Terima kasih atas jawapan yang begitu teliti daripada Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:20 AM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Soalan tambahan Sandakan adalah bilakah kementerian akan melaksanakan kerja- kerja menaik taraf dari jalan satu hala ke jalan dua hala dari Batu 16 hingga Batu 32, Sandakan? Oleh sebab ini merupakan hanya satu-satunya laluan jalan darat untuk masuk ke Sandakan, yang menyebabkan kesesakan jalan raya yang sangat padat setiap hari.

Bolehkah saya dapatkan purata ataupun statistik daripada pihak kementerian berkaitan dengan purata kenderaan yang menggunakan jalan tersebut dengan pecahan kenderaan berat serta kecil? Kerana jalan satu hala ini telah menyebabkan kesesakan yang sangat teruk dari tahun ke tahun. Saya mohon dapatkan pendapat daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, untuk jawapan.

draft • 11:20 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Dato’ Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jalan yang dimaksudkan adalah Laluan Persekutuan 22, Ranau ke Sandakan.

Okey, baik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, kementerian ini telah mengangkat permohonan membina Jalan Libaran Bypass Fasa 1 hingga Fasa 3 dari Persimpangan Batu 32 ke Persimpangan Jalan Gum-Gum, Sandakan, Sabah pada rolling plan lima (RP5) dalam Rancangan Malaysia Ke-12 untuk kelulusan agensi pusat.

Jadi, kos projek ini dianggarkan sebanyak RM460 juta melibatkan skop seperti membina jalan baharu jalan berkembar empat lorong dua hala (K22) sepanjang 17.6 kilometer dengan piawaian R5. Jadi, menaik taraf jalan tunggal dua lorong (T11) kepada jalan berkembar lorong dua hala (K22) sepanjang 5 kilometer dengan piawaian R5 juga dan juga membina sebuah jambatan baharu sepanjang 120 meter.

draft • 11:20 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Yang ni fasa kedua ya. Dan pengambilan tanah dan pampasan bangunan dan struktur, pengalihan utiliti, kerja-kerja reka bentuk, pemasangan lampu jalan dan perabot jalan dan sistem saliran. Ini keseluruhannya.

Jadi Yang Berhormat, untuk makluman Yang Berhormat lah. Berdasarkan data terkini ya daripada stesen bancian lalu lintas di laluan berkenaan yang terletak 22 kilometer dari pusat bandar Sandakan mendapati tahap perkhidmatan jalan (level of service - LOS) ya, berada dalam tahap LOS F iaitu aliran trafik dengan kesesakan yang teruk. Jadi, ini berkenaan dengan semua Projek Libaran Bypass Fasa 4 lah. Data dari stesen bancian lalu lintas bagi mendapati bilangan kenderaan adalah sebanyak 18,851 bilangan kenderaan bagi 16 jem trafik ya – 16 jam, bukan jem. 16 jam trafik untuk sehari.

Bilangan tersebut terbahagi kepada 57.5 peratus kereta dan teksi sebanyak 10,847 bilangan atau 27.7 peratus van dan kenderaan utiliti sebanyak 5,225 bilangan atau 5.8 peratus. Dan lori sederhana sebanyak 1,093 bilangan dan 5.2 peratus lori berat sebanyak 975 bilangan dan 0.3 peratus itu bas, sebanyak 55 bilangan dan 3.5 peratus motosikal sebanyak 656 bilangan.

Jadi, sehubungan dengan itu, kementerian ini berharaplah apabila projek ini disiapkan nanti akan dapat memberikan keselesaan serta meningkatkan taraf keselamatan

draft • 11:30 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

dan keselesaan pengguna jalan raya di sekitar Sandakan ini, terutamanya. Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Krai.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Dari Sandakan, Sabah saya bawa ke Semenanjung. Khususnya, berkaitan dengan jalan-jalan persekutuan. Soalan saya Yang Berhormat Menteri ialah sejauh manakah KKR telah mengkaji kebolehlaksanaan penggunaan bahan teknologi campuran khas di jalan persekutuan? Mengambil kira kajian impak terhadap lebih 1,130 lokasi penyelenggaraan yang membabitkan penggunaan bahan teknologi campuran khas di seluruh negara antara tahun 2018 sehingga 2020.

Dan bolehkah Yang Berhormat perincikan mengenai pengumuman peruntukan sebanyak RM30 juta untuk kerja-kerja pembaikan segera jalan persekutuan serta RM178 juta bagi pemasangan lampu jalan baharu dan lampu isyarat pintar di jalan persekutuan dalam Belanjawan 2025, adakah Kuala Krai tersenarai? Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:30 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Yang Berhormat, saya jawab yang mana saya ada maklumat yang terperinci. Yang dikatakan RM30 juta untuk tahun 2025 dalam budget yang baru dibentangkan ini, RM30 juta ini adalah kita bahagikan kepada lebih 100 JD iaitu di Kelantan, JJ lah - Jurutera Jajahan. Yang lain ni Jurutera Daerah. So, kita bahagikan kepada mereka supaya dapat melaksanakan kerja-kerja dengan segera. Seperti tahun ini sudah mereka juga dapat RM200,000 dalam satu tahun ya. Jadi, sebab ada keperluan begitu.

Untuk RM100,000, peruntukan untuk lampu jalan yang sebenarnya kami memohon lebih daripada itu. Apakan daya, kita telah diluluskan dengan RM100 juta ini untuk kita buat pemasangan lampu yang baharu dan untuk juga buat kerja-kerja pembaikan lampu isyarat pintar dan sebagainya. Memang tidak mencukupi. Tetapi kita difahamkan kita boleh memohon lagi. Dan adakah tidak projek-projek ini ada di Kuala Krai? Saya tak ada maklumat terperinci dengan saya. Nanti saya akan secara bertulis memberitahu kepada Yang Berhormat lah, apa yang ada untuk tahun 2025 yang telah kita rancangkan dalam 2025 kepada Kuala Krai.

Untuk jawab bahagian yang awal tadi, apa bahan-bahan yang terbaharu yang kita mungkin dapati dari segi R&D ya? Memang di JKR ni kita ada satu bahagian dia akan create, di mana banyak ujian-ujian kepada bahan-bahan baharu sama ada diperkenalkan dari pihak swasta yang lain kepada JKR atau pun yang didapati daripada R&D. JKR sendiri, kita memang sudah ada menggunakan plastik dan sebagainya. Sekarang pun ada di Lojing - di Cameron Highlands, 200 kilometer ada ujian. Kerjasama bersama Petronas dan JKR.

Kita setakat ini, saya sendiri telah melawat ke sana, agak memberangsangkanlah.

Jadi, kalau itu kita boleh gunakan, bahan itu lebih kukuh, kita akan gunakan di mana-mana tempat yang memerlukannya dan juga seperti di kawasan-kawasan yang high - keperluan

draft • 11:30 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

muatan berat kenderaan macam di Pelabuhan Klang umpamanya, economic activity area.

Kita gunakan itu tapi dia mungkin mahal sedikit tapi jangka panjang, dia boleh memberi kita manfaat yang lebih baik. Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan- pertanyaan bagi jawapan lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

draft • 11:30 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Boleh satu soalan lagi dak, Tuan Speaker? Boleh satu soalan?

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, sila duduk. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua, peraturan mesyuarat.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar Yang Berhormat. Yang Berhormat Kota Bharu, silakan.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya ada tiga peraturan mesyuarat yang nak saya rujuk untuk petua Tuan Yang di-Pertua. Yang pertamanya, Peraturan Mesyuarat 44(5) di muka surat 60, Yang Berhormat. Izinkan saya baca peruntukan yang ada ni, 44(5). “Jika seseorang Ahli telah digantung daripada perkhidmatan Majlis Mesyuarat, dia hendaklah diarah keluar daripada Mesyuarat dan tidak boleh mengambil bahagian di dalam Mesyuarat sehingga tempoh penggantungan itu tamat”. Itu peruntukkannya. Saya mohon izin untuk merujuk kepada satu kes penggantungan seorang Ahli daripada pihak pembangkang Perikatan Nasional yang berlaku pada 18 Julai tahun 2024 yang lalu, Yang Berhormat. Boleh saya teruskan?

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat Machang telah digantung enam bulan bermula daripada 18 Julai sehinggalah 18 Januari tahun 2025 selama 6 bulan, setelah usul menggantung beliau telah dikemukakan oleh Menteri dan diterima oleh Dewan ini dan juga Speaker.

Pada 15 Oktober tahun 2024, iaitu beberapa hari yang lepas, hari kedua persidangan. Yang Berhormat Machang telah menerima satu surat daripada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua yang bertajuk, “Penggantungan Daripada Perkhidmatan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat”. Dalam surat ini, para dua berbunyi, “Sebagai mana sedia maklum, Yang Berhormat telah digantung dari perkhidmatan Majlis Mesyuarat dan Jawatankuasa Pilihan mulai Khamis, 18 Julai 2024 sehingga Sabtu, ‘18 Julai 2025’ selama enam bulan seperti usul yang telah diluluskan”.

Yang pentingnya ialah para tiga, Yang Berhormat. “Sehubungan dengan itu, Yang Berhormat tidak dibenarkan berada di dalam Dewan Rakyat, termasuk galeri awam dan

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

tempat pegawai bertugas. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat masih boleh berada dalam perkarangan Kompleks Parlimen Malaysia dan mengikuti persidangan Dewan Rakyat melalui siaran langsung yang dipaparkan.” Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada peraturan mesyuarat yang saya bacakan tadi iaitu 44(5), “Seseorang Ahli yang digantung”, berdasarkan peruntukan ini “hendaklah diarah keluar daripada Mesyuarat.”

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Itu berlaku pada 18 Julai. Machang telah diarahkan keluar. Beliau telah keluar.

Selepas itu pada 14 Oktober, hari pertama persidangan ini, beliau telah hadir ke Dewan, ke Parlimen, tidak duduk di tempat duduk beliau. Duduk di Public Gallery. Tempat orang kampung ceruk mana pun boleh datang duduk sini, tetapi Speaker mengatakan Machang digantung enam bulan tidak boleh duduk dalam Public Gallery, sedangkan itu menunjukkan beliau seorang Ahli Parlimen yang prihatin, komited. Apa-apa perkara yang mungkin berkaitan dengan rakyat beliau, beliau boleh bawa, boleh minta dimasukkan oleh Ahli-ahli Dewan.

Yang Berhormat, kalau kita ambil contoh perlawanan bola sepak. Seorang pemain yang telah di send off. Telah bagi kad kuning, digantung berapa lama pun. Bila perlawanan seterusnya dia boleh duduk di public gallery, boleh tengok bola. Itu bola. Jadi di sini, peruntukan jelas menyatakan dia tak boleh duduk dalam mesyuarat, “Tidak boleh mengambil bahagian dalam mesyuarat sehingga tempoh penggantungan tamat.” Bahagian apa dia boleh duduk? Boleh ambil bahagian apa, duduk di Public Gallery? Boleh cakap di situ? Boleh bertanya di situ? Tidak boleh, Yang Berhormat. Jadi ini, apakah Kerajaan MADANI ini satu lagi tindakan untuk mengikis peranan-peranan yang boleh dimainkan oleh Pembangkang ini?

Jadi saya minta sangat supaya Yang Berhormat selaku Speaker pada hari ini buat satu petua, apakah ini satu peraturan yang ditafsirkan sendiri oleh Tuan Yang di-Pertua atau pun yang ada dalam ini? Saya mohon itu diberikan perhatian...

[Tepuk] Yang kedua Yang Berhormat, saya merujuk Peraturan Mesyuarat 35(7), muka surat 50...

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, boleh tidak kita...

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Selesai satu-satu...

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Selesai satu-satu?

Kalau tidak nanti...

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Boleh, boleh, tapi saya boleh kemukakan lagi selepas ini.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ya, after, dengan izin selepas. Okey.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua...

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat Speaker, 44(3) tidak langsung menyentuh tentang tidak boleh berada di Public Gallery. Jadi, kita pernah menggantung seorang Ahli Parlimen Pembangkang pada dua sesi yang lalu selama beberapa hari dan diminta keluar daripada Dewan ini, tetapi tidak keluar dan berada di Dewan bukan sahaja hari kejadian, tetapi hari selanjutnya. Berada di tempat duduk, tetapi tidak melibatkan diri dalam perbahasan, but he was present the next day. Ahli Parlimen Pembangkang ketika itu. So, I think the SUDR ada rekod.

Jadi, tapi petua yang dibuat baru ini tentu sekali tidak dijelaskan di dalam 44(3). Jadi, saya rasa itu merupakan satu petua baru, diadakan secara konvensyen tetapi itu bukan konvensyen kita Yang Berhormat. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik Yang Berhormat Tuaran dan Yang Berhormat Kota Bharu. Yang Berhormat Tuaran...

[Dicelah] Eh, Beluran, maaf. Yang Berhormat Beluran dengan 10 tahun pengalaman duduk di sini amat- mean, I respect that perspective. You’re well-versed on the understanding of the Peraturan of the Dewan and Yang Berhormat Kota Bharu as a prominent Lawyer, dengan pengalaman di luar dan di dalam Dewan- berpenggal juga.

Okey, kalau kita- ini pandangan saya ya, tapi subjected to Speaker because the decision was made by the Speaker, right? Baik, kalau saya lihat Peraturan, perkara yang telah dibangkitkan itu, it involves perbahasan, 44(5) tadi, kan? Dia ada dua link kalau kita lihat ya iaitu, “Jika seorang Ahli telah digantung daripada perkhidmatan Majlis Mesyuarat, dia hendaklah diarah keluar dan tidak boleh mengambil bahagian dalam mesyuarat sehingga tempoh penggantungan itu tamat.” That is limb one.

“Sekiranya mesyuarat itu sedang berjalan sebelum tamat tempoh penggantungan itu, maka baki tempoh penggantungan itu hendaklah dibawa ke mesyuarat yang depan.” That means to say, ada balance itu dibawa ke the next session lah.

Jadi there are two limbs, tapi kalau kita lihat di sini, it means silent. Yang Berhormat Beluran, agree with me, kan? Yang Berhormat Kota Bharu pun setuju dengan saya. It remains silent, di mana kedudukan Yang Berhormat ini berada. Do you agree with me then? Whether he can sit, duduk di dalam...

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

I disagree.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Pardon?

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

I disagree with you. I beg to differ.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ini saya punya interpretasi ya. It remains silent sama ada kawasan itu. Dia boleh duduk dalam kah, dia boleh duduk di luar kah, it is at the discretion of the judge. Judge ini Speakerlah.

Kalau saya lihat pada surat yang telah dikeluarkan oleh Speaker, kalau para tiga, dia mengehadkan, menetapkan kawasan mana. Jadi dengan autoriti yang saya rasa Yang Berhormat Beluran akan bersetuju dengan saya, the authority, keputusan masih pada Speaker. Saya tidak boleh override melainkan kita di Majlis ini mempunyai hierarchy of court.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya still subservient kepada Speaker. Apa yang saya cadangkan insiden yang telah berlaku pada 18 Julai tersebut, usulkan untuk keputusan berpandu dengan surat ini.

draft • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

The decision of, dengan izin ya, the decision of the Speaker berpandu pada 44 ini dan decision surat ini. Jadi saya harap dan saya cadangkan kerana saya tidak akan membuat keputusan berkaitan ini.

The authority made by the Speaker. Kalau saya, Yang Berhormat dalam Majlis boleh override dengan keputusan Speaker, hierarki kita di dalam Majlis ini. Ini pandangan saya.

draft • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya Dato’ Speaker.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Bagi selesai dahulu. Bagi saya selesai dulu satu-satu kejap. Bagi Yang Berhormat...

draft • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tak, perkara yang sama. Yang saya hendak beri tahu.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Nantilah. Saya akan bagi Yang Berhormat. Jangan risau.

draft • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey, terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya try to be as fair as possible.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

So, maksudnya Yang Berhormat tidak akan buat apa-apa petua- ruling pada hari ini?

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya tidak akan buat keputusan bab ini kerana keputusan saya tidak boleh override.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Boleh direkodkan? Put on record, saya dibenarkan untuk bangkitkan semula apabila dipengerusikan oleh Speaker.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, untuk rekod Majlis, saya membenarkan perkara ini supaya dibangkitkan semasa beradanya Speaker Dewan Rakyat di sini.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

[Tidak jelas] ...Obliged. Terima kasih banyak.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang kedua Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua...

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat Speaker, perkara yang sama Yang Berhormat Speaker.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sedikit. Selesai on the same issue.

draft • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Perkara yang...

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar, saya benarkan Yang Berhormat Besut dulu ya. Yang Berhormat Beluran saya akan bagi benar.

draft • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya lihat arahan yang diberi ataupun keputusan dibuat adalah urusan pentadbiran bukan berlaku di dalam Dewan.

Bermakna keputusan yang muktamad dan sebagainya adalah daripada keputusan di dalam Dewan. Kalau dia berada di dalam Dewan dan ada orang bangun beri tahu supaya suruh keluar, itu keputusan dalam Dewan. Ini pentadbiran. Maknanya boleh, Timbalan Speaker boleh override sebab keputusan bukan di dalam Dewan.

Saya lihat juga dalam 44(5) ini, maksud tidak boleh mengambil bahagian, bermakna dia tidak boleh berbahas. Kalau dia masuk, dia tidak tekan dia punya kehadiran dan dia hanya duduk! Duduk dan dia tidak bangun, tidak apa. Kalau bangun barulah boleh diambil tindakan.

Sekarang tidak ada apa-apa pun bahagian yang dia ambil. Betul silent, tapi maksudnya bahagian itu. Mengambil bahagian. Apa maksud mengambil bahagian? Kalau duduk, tidak mengambil bahagian. Ini mesyuarat, berkenaan dengan mesyuarat dalam Dewan. Ini maksud saya.

Saya ingin juga rujuk kepada 44(3), 44(3) ini keputusan yang dibuat oleh Pengerusi tempoh hari, Tuan Yang di-Pertua. Dia merujuk kepada Usul yang dibuat oleh Menteri. Pada hal dalam 44(3), Tuan Yang di-Pertua ada kuasa. Kuasa penuh! Bermakna, kalau dia rasa tidak mencukupi hukuman di bawah 44(2) ataupun 44(1) dan dia boleh mengambil tindakan untuk hukuman yang lebih berat, tapi di sini berlaku seolah-olah macam tidak ada pun dalam fikiran Tuan Yang di-Pertua pada masa itu untuk mengambil hukuman yang berat, enam bulan. Bermakna, telah memberi kuasa kepada – sedangkan kuasa adalah kepada Speaker, tapi bagi kuasa atas permohonan, Usul daripada Menteri.

Jadi telah jump the gun, seolah macam itu, lebih kurang. Sepatut kuasa dijalankan oleh Speaker. Kuasa Speaker besar dalam ini.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik. Sudah ya?

draft • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Itu teguran saya. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Besut, kena lihat daripada perspektif begini ya. Bila- pada pandangan saya, my judgement ya.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Bila pada pandangan saya, my judgement, bila Speaker telah membuat keputusan dan ekoran daripada itu, surat ini dikeluarkan bertarikh pada 15 Oktober adalah sesuai apa yang telah dibentangkan ataupun telah dihujahkan oleh Yang Berhormat Besut, masukkan dalam Usul yang akan dibangkitkan oleh Kota Bharu ketika dan Speaker berada di sini. So, concurrent-kan sekali. So, the judgement atau petua itu merangkumi sama ada isu pentadbiran atau isu keputusan yang telah diputuskan oleh Speaker.

Okey baik, Yang Berhormat Beluran.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Waktu saya bagi contoh, Ahli Parlimen sama ada Ipoh Timur ataupun Johor, Lim Kit Siang, Tan Sri Lim Kit Siang, dia dihalau keluar daripada Dewan, tapi tak keluar, duduk tak melibatkan diri dalam perbahasan. So, itu contoh yang saya bagi bahawa Ahli Parlimen Machang, Yang Berhormat Speaker dia tak berada

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

dalam Dewan, duduk dekat galeri. Sebab itu saya katakan bahawa ini merupakan fatwa baru daripada Speaker, tetapi usul dan pencelahan akan dibuat sekarang ini, dibuat di dalam Dewan.

Speaker walaupun Timbalan Speaker, when you preside, you are the Speaker. Keputusan Speaker, Timbalan Speaker yang preside Dewan adalah keputusan Speaker of The House. Jadi, it’s binding. Itu yang dibuat oleh Tan Sri Speaker adalah keputusan pentadbiran, yang kami bawa hari ini adalah satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat yang Timbalan Speaker as Speaker now. When you preside, you are the Speaker. Semua Ahli Dewan should address the Timbalan Speaker as Speaker. It’s Deputy Speaker.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ya, ya, I agree.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

So, keputusan Speaker juga merupakan satu keputusan Dewan yang tidak boleh dikaji semula oleh Speaker. Jadi, saya ingin rekodkan bahawa saya bagi contoh pernah berlaku dalam Dewan, Ahli yang digantung, diarah keluar, tetapi kekal berada di dalam Dewan. Jadi, itu berlaku. So, saya katakan, kami katakan berpendapat bahawa Ahli Parlimen Machang perlu patut dibenarkan berada di galeri dan tidak terlibat dalam perbahasan dalam Dewan. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik Yang Berhormat Beluran. I quite agree on the perspective that the first part. Yes, the person who sits this on the bench has the prerogative power sama juga macam other Speaker. Walau bagaimanapun, bagi saya interpretasi, di luar kita have high court, appeal court dan sebagainya. Saya masih terikat lagi kepada binding itu.

Bagi makluman Yang Berhormat Beluran, if we are going to go on the doctrine of precedent, saya rasa keputusan untuk saya tidak membuat keputusan itu adalah selari, adalah sesuai apa yang telah dibentangkan oleh Beluran, apa yang telah dibentangkan dengan pengalaman 10 tahun lebih sitting on the bench, pengalaman Yang Berhormat Besut sebagai sampai seksyen dekat court judge dan Yang Berhormat pun very perseverant dalam perihal undang-undang. Gather all that and bentangkanlah kepada Speaker untuk keputusan because bagi saya for the time being the decision of the higher authority still stand and I would refrain from deciding keputusannya for the record purposes-lah...

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. I reserved my further submission.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Okay, the next one.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

I reserved my further submission.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Wah, jadi macam mahkamah dah kita ini.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Kedua- ya, ya Yang Arif. Kedua Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua...

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Peraturan mana Yang Berhormat Kota Bharu?

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 35(7) dan juga Peraturan Mesyuarat 10. 57 ini muka surat 50, 10 ini muka surat 11. Saya harap Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua boleh dan mesti buat satu ruling kerana kalau tak buat hari ini ia akan menjadi taken by event. Apa yang saya nak bangkitkan ini, apa yang akan berlaku selepas ini.

Okey, yang pertama 35(7) menyatakan bahawa, “Tuan Yang di-Pertua atau Pengerusi boleh mengehadkan masa bagi Ahli-ahli berucap, jika perlu”.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

35...

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

35(7), muka surat 50.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yes, yes. I’m familiar 35, 36, 37.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Kuasa untuk menentukan masa perbahasan Ahli adalah kuasa Yang di-Pertua. Yang di-Pertua termasuk Timbalan Yang di- Pertua yang bersidang pada hari ini jika perlu.

Okey, saya telah dimaklumkan sebagai Ketua Whip saya telah dimaklumkan oleh Setiausaha Dewan Rakyat bahawa Yang Berhormat Ketua Pembangkang akan diberikan masa 90 minit untuk bercakap dan mengemukakan perbahasan. Saya ingin merujuk kepada amalan sebelum daripada ini terutamanya semasa kerajaan yang lepas. Saya merujuk kepada satu Hansard bertarikh 1 November 2021, saya minta maaf saya tak ada salinan.

Sepatutnya, tapi mohon izin saya baca. Ini adalah Hansard yang bercakap adalah Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Mohd Rashid Hasnon semasa hari pertama perbahasan yang akan dimulai oleh Ketua Pembangkang. That’s why relevant. Saya mohon membaca, “Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin maklumkan bahawa pada hari ini bermula perbahasan peringkat dasar, Rang Undang-undang Perbahasan 2022.” Ini berlaku pada tahun 2021, Yang Berhormat. “Sebelum saya memanggil Yang Berhormat untuk berucap, saya ingin maklumkan bahawa Yang Berhormat Ketua Pembangkang diperuntukkan dua jam untuk perbahasan diikuti dengan Ahli penyokong kerajaan juga satu jam,” iaitu penyokong pihak kerajaan, “Seterusnya 13 minit untuk pembahas lain, ketua-ketua parti diberikan 20 minit.” Isu yang saya nak bangkitkan ialah saya telah bertanya kepada bekas Speaker yang mengendalikan Parlimen pada sesi lepas. Beliau berkata dasarnya sekiranya Perdana Menteri atau Menteri Kewangan yang membentangkan bajet itu mengambil masa dua jam atau dua jam setengah, dalam kes kita dua jam 35 minit pada hari Jumaat yang lepas. Ini ketimbang dengan yang dulu, ketimbang dengan yang dulu.

Dulu dua jam. Sekarang ini diberikan 90 minit. Jadi, saya berharap Yang Berhormat Ketua Pembangkang akan diberikan masa yang sama dengan masa yang diambil oleh Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri semasa membentangkan belanjawan ini.

Sama ada dua jam setengah ataupun dua jam, itu satu...

[Tepuk] Kedua, yang lebih penting Yang Berhormat, perkara 10(1). Ini cukup penting. Dia melibatkan mungkin isu perundangan. Dalam Peraturan Mesyuarat 10(1) muka surat 11 Yang

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Berhormat, ini very good question of law to decide, Yang Berhormat, “Sebuah buku Penyata Rasmi Mesyuarat ataupun Hansard-lah, mengandungi semua ucapan-ucapan yang dikeluarkan di dalam Majlis Mesyuarat dan dalam Jawatankuasa sesebuah Majlis Mesyuarat hendaklah disediakan iaitu di bawah jagaan Setiausaha...” Dengan kata lain Hansard Parlimen. Setiap apa yang dituturkan oleh seseorang Ahli yang berucap, berbahas mestilah dicatatkan sebagai Hansard. Saya ingin merujuk kepada ucapan Belanjawan MADANI Ketiga tahun 2025. Ahli Parlimen telah diberikan soft copy. Saya mengambil inisiatif untuk print 135 muka surat. 135, dua jam 35 minit termasuklah pantun-pantun. Isu yang saya nak bangkitkan Yang Berhormat, jelas ya? Ada perkara yang tertulis dalam teks ucapan Yang Berhormat Menteri Kewangan telah tidak dibacakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada hari itu. Persoalan saya, apa yang tercatat dalam teks ucapan ini, tapi tidak dibaca. Adakah ia menjadi...

draft • 11:50 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Kota Bharu, peraturan- Kota Bharu.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

...Sebahagian daripada Hansard?

draft • 11:50 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Kota Baharu, saya nak minta penjelasan. Ini bukan peraturan mesyuarat.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Kampar, duduk, duduk, duduk. Saya tak selesai lagi. Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Kampar, I want to deal it properly one by one. Kalau, I do not want, dengan izin, I do not want Majlis Dewan ini dia jadi pasar borong. Itu saya punya prinsip saya daripada mula...

[Tepuk] Please, mana-mana wakil rakyat pun, ya? Please. Satu persatu.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

[Menunjukkan senaskah dokumen] Yang Berhormat, saya ingin merujuk kepada catatan dalam teks ucapan dasar Menteri Kewangan. Butiran 255 yang berbunyi, *“Kerajaan akan menggubal akta baru bagi membolehkan hukuman tahanan di rumah sebagai alternatif untuk kesalahan tertentu.

Pesalah dikehendaki berada di tempat tahanan yang dianggap bersesuaian seperti rumah kediaman, rumah jagaan atau asrama pekerja sepanjang tempoh penahanan dengan syarat- syarat ditetapkan atau dipantau oleh Pegawai Penjara.”*

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Persoalan saya, adakah Butiran 255 dalam ucapan ini yang tidak dibaca oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada 18 Oktober 2024 yang lalu, menjadi sebahagian daripada Hansard yang boleh dibahaskan oleh Ahli-ahli Parlimen kerana kalau sekiranya ini tidak dianggap sebahagian daripada Hansard, jawapannya mungkin akan diberikan ianya tidak pernah disebut di dalam perbahasan, tetapi pokoknya, ada dalam ucapan- Teks Ucapan Belanjawan MADANI 2025. Saya rasa itu perlu diberikan petua oleh Yang Berhormat. Tak boleh tunggu Speaker datang kerana Yang Berhormat Ketua Pembangkang akan berucap

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

selepas daripada ini...

[Tepuk] Terima kasih, dan saya memohon maaf kalau ada kekasaran dan sebagainya. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Mantap Kota Baharu...

[Tepuk]

draft • 12:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Timbalan Speaker, minta izin point of order jika boleh? Timbalan Speaker, point of order.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, bagi saya selesai satu persatu ya.

draft • 12:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Okey.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

All right. Baik.

Daripada perspektif peraturan yang telah dibangkitkan, Peraturan 10, peraturan tiga berapa tadi- 30, Peraturan 10 dan isi 35 sekali. Yes, 35. Okey, saya lihat perkara ini ada dua perkara yang kena diputuskan. Saya membuat keputusan perkara ini boleh saya putuskan pada hari ini dan jika ada Yang Berhormat-Yang Berhormat tidak bersetuju dengan keputusan saya sebagai mana Peraturan 43, you can appeal dan higher authority is still the Speaker. All right. Saya lihat dalam isu ini, ia adalah isu masa, perbandingan- pertimbangan masa untuk berucap telah dibangkitkan di mana permohonan lebih waktu untuk Yang Berhormat Larut untuk berucap, tetapi kalau saya lihat pada rekod yang ada pada Dewan, pada tahun lalu, Ketua Pembangkang juga berbahas 90 minit untuk perbahasan Belanjawan 2024. It is recorded. Jadi, tidak ada masalahlah. It’s still tidak dapatlah saya nak putuskan dua jam lebih itu because the last session, the last Budget Speeches, Ketua Pembangkang diberi 90 minit dan ini tercatat. Habis ya- isu masa.

Isu teks ucapan. Ada ucapan teks telah diunsurkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat terlebih dahulu, dalam itu ada benda Yang Berhormat Menteri Kewangan tidak sebut. Ini keputusan saya ya, but subject to appeal to the Speaker jika ada yang tak bersetuju ya.

Memandangkan teks dan softcopy ataupun hardcopy telah diedarkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini walaupun Yang Berhormat Menteri Kewangan tidak menyebut perkara itu dalam sesi ini, saya membenarkan dipersoalkan.

Jadi, Yang Berhormat-Yang Berhormat nak bangkitkan benda-benda yang tidak diucapkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, saya putuskan Yang Berhormat-Yang Berhormat di dalam Dewan ini baik front bench, back bench, opposition, silakan bertanya dan akan dijawab oleh Menteri pada penggulungan Menteri Kewangan nanti...

[Tepuk] Habis ya?

Selesai ya? Okey, terima kasih. Kita proceed dengan Aturan Urusan Mesyuarat.

draft • 12:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Timbalan Speaker, dua point of order tadi yang dibangkit oleh Kota Bharu...

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Okey, baik.

Sebentar Kampar. Ya.

draft • 12:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Point of order tadi 35(7) dan 10(1). 35(7) tadi Kota Bharu kata...

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat- Yang Berhormat...

draft • 12:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ya.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dekat sikit, kuat sikit cakap, saya tak berapa dengar.

draft • 12:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Okey. Tadi Kota Bharu kata Menteri Kewangan ataupun Perdana Menteri masa bentang bajet dua setengah jam, dia nak dua setengah jam untuk bahas, tapi semasa Menteri bentang akta, satu minit. Adakah kita nak bahas satu minit sahaja? Jadi ini bukan logik, tak boleh pakai...

draft • 12:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Chong Zhemin - Kampar

.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat...

draft • 12:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

35(7) katakan Speaker ada kuasa muktamad untuk tentukan masa bahas.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat...

draft • 12:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya rasa itu final.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sebelah sini tolong diam ya. Sebentar. On kan, on kan.

draft • 12:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Okey, yang kedua 10(1) mengenai...

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Kampar. Please cut short, direct to the point.

draft • 12:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ya, 10(1) mengenai Hansard. Saya rasa Kota Bharu keliru apa itu Hansard. Hansard itu apa yang kita cakap...

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 12:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

...Sekarang dalam Dewan, rekod dalam transkrip.

Kalau Perdana Menteri tak baca, itu bukan Hansard, tapi...

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 12:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ya, ya, betul. Timbalan Speaker benarkan untuk bahas. Kami boleh bahas apa-apa yang tidak disebut oleh Perdana Menteri.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 12:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Itu tidak ada kaitan, tapi...

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 12:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Jangan keliru apa itu Hansard. Hansard itu apa yang...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, duduk. Yang Berhormat Kampar, sila Yang Berhormat di sebelah kiri pun tolong diam ya. Yang Berhormat Kampar, saya telah buat petua. That means the hakim dah membuat keputusan.

All right. Apa yang Yang Berhormat Kampar ungkit itu adalah retorik atas keputusan saya...

draft • 12:00 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dengar sini, dengar sini. Kalau Yang Berhormat Kampar tidak setuju atas keputusan petua saya, lihat Peraturan 43, sila Usulkan.

Okey, kita teruskan dengan Majlis...

[Batuk] Allahuakbar.

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Chin

Dato’ Yang....

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar, sebentar.

draft • 12:00 PM

Puan Teo Nie Ching

Boleh?

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Batuk] Excuse me. Baik, kita teruskan kepada Usul. Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:00 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Chin

Dato’ Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai semua giliran Ahli yang membahaskan Belanjawan 2025 Peringkat Dasar seperti senarai pembahas yang akan diumumkan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 22 Oktober 2024.”

draft • 12:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ada yang menyokong?

draft • 12:01 PM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Saya mohon menyokong.

draft • 12:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah Usul seperti telah dibentangkan tadi oleh Menteri itu hendaklah disetujukan.

draft • 12:01 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2025 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2025

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2025 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”.

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lapan puluh lapan bilion ringgit (RM88,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2025, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2025, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 16 Tahun 2024, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [18 Oktober 2024]

draft • 12:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta bagi mengeluarkan sejumlah wang dari Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2025 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu Dibacakan Kali Yang Kedua sekarang dan masalah bahawa Usul di atas nama Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis sekarang. Kedua-dua masalah tersebut dibuka untuk dibahaskan. Baik.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bermula perbahasan Peringkat Dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2025.

Sebelum saya memanggil Yang Berhormat untuk berucap, saya ingin memaklumkan bahawa Yang Berhormat Ketua Pembangkang diperuntukkan selama 90 minit untuk perbahasan, diikuti oleh Ahli daripada penyokong kerajaan, Pengerusi Backbenchers juga selama 60 minit diperuntukkan dan seterusnya 15 minit bagi pembahas-pembahas yang lain.

Ketua-ketua dan wakil ketua parti-parti pula akan diberi masa 20 minit.

Jika Ahli-ahli Yang Berhormat berbahas melebihi masa yang ditetapkan ini, akan mengurangkan dan menjejaskan masa Ahli-ahli Yang Berhormat yang akan berbahas pada minggu hadapan pula. Saya memohon kerjasama Yang Berhormat berbahas mengikut masa yang ditetapkan. Baik.

Berikut adalah senarai nama pembahas-pembahas yang akan berbahas. Yang Berhormat Larut 90 minit, diikuti Yang Berhormat Paya Besar 60 minit.

draft • 12:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berikutnya Yang Berhormat Bachok- 15 minit; Yang Berhormat Kota Melaka- 15 minit; Yang Berhormat Pengkalan Chepa- 15 minit; Yang Berhormat Gombak- 15 minit; Yang Berhormat Hulu Terengganu- 15 minit; Yang Berhormat Igan- 15 minit; Yang Berhormat Rantau Panjang- 15 minit; Yang Berhormat Kampar- 15 minit; Yang Berhormat Hulu Selangor- 15 minit; dan Yang Berhormat Ipoh Timor- 15 minit.

Dengan sedemikian, ingin saya menasihati Yang Berhormat-Yang Berhormat juga mengambil kira Peraturan 36(1) iaitu isi-isi ucapan, Peraturan 37- cara mencelah dan gangguan perbahasan. Dengan ini saya membuka tirai untuk Yang Berhormat Larut untuk berucap 90 minit...

[Tepuk]

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

*Bismillahi Rahmani Rahim...

[Membaca sepotong ayat al-Quran] .* Saya mulakan ucapan perbahasan Belanjawan 2025 ini dengan menyebut kalimah mulia sebagai tanda kita semua merafak rasa syukur ke hadrat Allah SWT. Pemilik Zat yang berkuasa ke atas seluruh muka bumi ini. Demikian juga limpahan selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, Rasul penyuluh sekalian umat agar kita- semua teguh menolak kebatilan dan gagah membela kebenaran.

Sebelum saya meneruskan ucapan ini, marilah kita bersama-sama menghadiahkan bacaan al-Fatihah kepada lebih 41,000 rakyat Palestin dan lebih 2,300 rakyat Lubnan termasuk As-Syahid Yahya Sinwar, As-Syahid Ismail Haniyeh dan As-Syahid Hassan Nasrallah yang menjadi mangsa genosid Israel. Semoga Allah SWT membalas kezaliman Zionis ini dengan sepedih-pedih azab di dunia dan di akhirat. Al-Fatihah... [Ahli-ahli yang Islam membaca al-Fatihah] Terima kasih.

Yang di-Pertua, seperti juga di negara lain, Malaysia sedang bangkit semula selepas krisis pandemik COVID-19. Bersyukurlah kerana kepimpinan terdahulu di bawah Perikatan Nasional telah mempersiapkan landasan pemulihan ekonomi yang tepat sehingga memungkinkan negara berada pada kedudukan hari ini. Makanya mewakili keluarga besar Ahli Parlimen Perikatan Nasional, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Tambun yang telah membentangkan Belanjawan 2025- pembentangan belanjawan ketiga sejak beliau mentadbir negara ini.

Belanjawan tahunan merupakan bingkisan penting dalam menentukan hala tuju ekonomi serta pentadbiran negara. Ia wajib dirancang secara berhemah dan bertanggungjawab dan berpandangan jauh dengan mengambil kira segenap senario ekonomi sama ada tempatan mahupun dunia demi manfaatkan rakyat dan negara tanpa meminggirkan mana-mana pihak. Di pihak Perikatan Nasional, kami meneliti dengan penuh cermat serta teliti setiap aspek dalam Belanjawan 2025 ini yang berjumlah RM421 bilion di mana RM335 bilion diperuntukkan sebagai belanja mengurus manakala RM86 bilion lagi sebagai belanja pembangunan.

draft • 12:11 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Kita sedar bahawa terdapat unjuran hampir RM40 bilion secara usaha sama awam- swasta melalui GLIC menjadikan keseluruhan pelaburan awam untuk pembangunan bernilai RM120 bilion. Mengambil kira pertumbuhan ekonomi tahun hadapan yang dianggarkan sekitar 4.5 hingga 5.5 peratus ini, ia sesuatu yang positif, tetapi meskipun menjangkakan hasil lebih tinggi, kerajaan sebenarnya perlu membelanjakan melebihi 80 peratus daripada hasil untuk membiayai perbelanjaan operasi. Kita sedar atau mungkin lebih daripada 80-90 peratus kemungkinan besar.

Selain itu, kerajaan juga tidak berbelanja untuk masa depan yang mencukupi.

Perbelanjaan pembangunan tetap sama pada kadar RM86 bilion sama seperti 2024 atau ketimbang 2024. Sebaliknya kerajaan banyak berbelanja untuk hutang di mana lebih banyak wang diperuntukkan untuk membayar faedah iaitu berjumlah RM55 bilion berbanding subsidi dan bantuan sosial bernilai RM53 bilion. Ini bermakna lebih banyak wang diperuntukkan untuk membayar hutang berbanding subsidi dan bantuan sosial kepada rakyat.

Realitinya Yang di-Pertua, hutang negara tertinggi dalam sejarah iaitu RM1.17 trilion pada tahun lepas meningkat RM92.9 bilion atau 8.6 peratus berbanding dengan RM1.08 bilion pada 2022- “ketimbang” 2022. Saya tak reti bahasa itu...

draft • 12:11 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Larut.

draft • 12:11 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Bermakna...

draft • 12:11 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Larut, Larut. Ketimbang-ketimbang ini...

draft • 12:11 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Bermakna kadar hutang negara berbanding KDNK sudah mencapai 64.3 peratus pada tahun 2023 berbanding hanya 60.2 peratus pada tahun 2022. Kedudukan liabiliti Persekutuan pada akhir 2023 juga menunjukkan peningkatan dengan nisbah liabiliti Persekutuan kepada KDNK pada kadar 81.8 peratus berbanding 70 peratus pada tahun 2022.

Segala fakta ini terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 3/2024 yang boleh dibaca oleh semua termasuk Menteri. Bermakna selama Yang Amat Berhormat Tambun memimpin kerajaan ini, hutang negara sudah bertambah hampir RM200 bilion dalam tempoh dua tahun...

[Tepuk] Hampir kira-kira RM90 bilion setahun walaupun Malaysia bukan lagi berada dalam krisis kesihatan seperti waktu COVID-19 dahulu...

draft • 12:11 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat ‘Tambun’...

draft • 12:11 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ya.

draft • 12:11 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Tambun pula dah. Yang Berhormat Larut...

draft • 12:11 PM

[Dewan ketawa]

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Larat dengan Tambun terus.

draft • 12:11 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya ingat tadi Hulu Terengganu.

draft • 12:11 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Hulu Terengganu, okey, okey. Silakan Hulu.

draft • 12:11 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ya. Apakah dia Hulu Terengganu?

draft • 12:11 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih Larut. Ketimbang ketimbang ini, saya check dalam Kamus Dewan tidak adapun perkataan “ketimbang.” Saya baca dalam Internet, dalam WhatsApp “ketimbang” ini kencing, tipu dan sembang. Apa pandangan Larut?...

draft • 12:11 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan di-Pertua, saya tak nak masuk campur bab ini...

draft • 12:11 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Silakan Putrajaya.

draft • 12:11 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Terima kasih Yang Berhormat Larut.

Tadi disebut tentang hutang negara. Jadi, Yang Berhormat Larut, saya melihat kerajaan pada hari ini adalah kerajaan yang mengolah dan juga membelit-belitkan data-data serta dalil-dalil ekonomi mengikut cita rasa mereka untuk menunjukkan bahawa merekalah terpaling cerdik dalam dunia ini. Sebab apa- di mana-mana sahaja negara di dunia seperti mana yang disebut Yang Berhormat Larut tadi, apabila berlaku krisis ekonomi tentunya kerajaan memainkan peranan penting selain daripada result yang sedia ada, selain daripada hasil kerajaan yang semakin mengecil sewaktu krisis ekonomi dan diambil kira juga krisis kesihatan pada waktu itu.

draft • 12:11 PM

Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tentunyalah, pada waktu itu hutang negara akan menjadi lebih tinggi dan saya nak bercerita sedikit. Ini kenyataan media Majlis Presiden Pakatan Harapan bertarikh 1 Jun 2021 yang mana ia dikeluarkan oleh tiga orang iaitu Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Yang Berhormat Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu dan Yang Berhormat Tuan Lim Guan Eng. Disebut dalam ini bahawa- saya petik satu per satu, “Kerajaan Perikatan Nasional ini sepatutnya lebih berani berbelanja untuk memangkin pertumbuhan ekonomi dan seterusnya menyelamatkan negara dari kancah kemelesetan.” Nak belanja ini, duit dari mana? Saya nak tanya yang pakar-pakar ini, bersembang kononnya hutang tinggi dan sebagainya. Kita tahu hutang tinggi, tetapi kena tengok konteks hutang tersebut dibuat. Sebab itu, kalau- Setiawangsa ada tadi. Saya print, nak tunjuk dekat Setiawangsa. Setiawangsa pun sebut, “Kerajaan perlu berani berbelanja bantu rakyat...” Nik Nazmi.

Jadi, apa yang saya nak tekankan di sini, kerajaan yang ada pada hari ini menggunakan data ekonomi, menggunakan dalil-dalil ekonomi berbelit-belit bagi menunjukkan mereka terpaling cerdik dan saya pernah tegur di Dewan ini. Saya masih ingat sewaktu Bagan dan Stampin membangkitkan, sewaktu kerajaan baharu dibentuk, PH-BN dibentuk, mereka bangun, bangga. Kata, lihat Ringgit dah semakin naik padahal kadar pada waktu itu pun lebih rendah waktu Perikatan Nasional, tetapi bangga. “Lihat Ringgit semakin naik.” Ini menunjukkan keyakinan rakyat kepada Kerajaan PH-BN.

Saya tegur di sini. Saya kata, kita perlu sedarkan bahawa banyak faktor yang menyumbang pada kenaikan Ringgit. Bila Ringgit jatuh, mereka senyap. Ringgit merudum, mereka senyap. Ringgit naik balik, “Oh, inilah kejayaan kami.” Ha, inilah dia. Inilah saya nak ini- macam mana? Apakah pandangan Yang Berhormat Larut kalau keadaan ini berterusan?

Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Wow. Masukkan ucapan Putrajaya itu sebagai salah satu hujah saya. Betul itu. Kita kena tengok dalam konteks perbelanjaan itu, waktu dan ketikanya. Jangan dulu cakap lain, sekarang cakap lain. Kita sedar bahawa

draft • 12:20 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Belanjawan 2025 ini menunjukkan bahawa penyumbang utama kepada hasil adalah melalui cukai pendapatan sebanyak 41.8 peratus dan hasil bukan cukai sebanyak 19.2 peratus.

Pada pandangan kami, tumpuan harus diberikan secara lebih jelas kepada usaha mencipta enjin pertumbuhan ekonomi yang baharu, bukan semata-mata berkisar kepada peluasan cukai sedia ada, pengenalan cukai-cukai baharu dan pemotongan subsidi. Kajian yang dibuat oleh UNICEF dan UNFPA di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun ini mendapati lapan daripada 10 isi rumah di Malaysia menghadapi cabaran kewangan untuk mencukupi keperluan asas dan 90 peratus isi rumah di negara ini terkesan dengan kenaikan kos sara hidup. Dapatan kajian hampir serupa juga diperoleh Malaysian Institute of Economic Research (MIER). Bahkan, sana sini kita dengar. Ketua keluarga terpaksa buat lebih satu kerja bagi menyara kehidupan dan ramai dalam keluarga B40. Mereka cuma makan satu atau dua kali sahaja sehari akibat tekanan hidup. Bukan itu saja. Kini, rata-rata pekerja juga terpaksa memilih, membawa bekal makanan ke pejabat dan mengurangkan perbelanjaan mereka kerana kekangan kewangan. Pada masa yang sama, hutang isi rumah di Malaysia berjumlah RM1.53 trilion pada tahun 2023, meningkat pada kadar purata 5.1 peratus berbanding 2018.

Sepatutnya, realiti kepayahan hidup yang dihadapi rakyat yang disokong oleh data- data ini harus disantuni dengan baik melalui Belanjawan ini. Ini yang Putrajaya bangkitkan.

Dengan menggunakan data dan mengumumkan data yang baik, tetapi realiti di bawah, ramai daripada keluarga-keluarga yang terhimpit dalam masalah kos sara hidup.

Apakah menteri-menteri terutamanya Yang Amat Berhormat Tambun tidak sedar akan isu ini? Setiap kali belanjawan di bentang Tuan Yang di-Pertua, rakyat mengharapkan kos sara hidup yang rendah, pekerjaan dan peluang ekonomi, kesihatan dan pendidikan yang berkualiti, perumahan mampu milik, jaminan sosial yang kuat dan kemudahan infrastruktur yang lebih baik.

Rakyat mahu melihat pengekalan atau peningkatan subsidi ke atas barangan asas seperti beras. Yang Berhormat Kota Raja, saya nak ingatkan. Barangan asas seperti beras, tepung dan bahan api bagi meringankan kos harian. Rakyat mahu kawalan harga lebih ketat bagi mengelakkan manipulasi harga dan tentunya rakyat mahukan program bantuan tunai diperluaskan kepada semua mereka yang memerlukan.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat Larut...

draft • 12:20 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Rakyat mahukan peluang pekerjaan yang luas dan berkualiti. Rakyat mahukan akses kepada perumahan mampu milik yang sesuai dengan pendapatan mereka. Rakyat mahukan perkhidmatan kesihatan awam yang berkualiti.

Rakyat mahukan bantuan kewangan yang lebih besar bagi pendidikan. Dengarlah suara rakyat. Dengarlah rintihan rakyat...

[Tepuk] Jangan jadi kerajaan yang dipanggil orang sebagai kerajaan ‘lembu kenyang’.

draft • 12:20 PM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Yang Berhormat Larut, mohon penjelasan...

draft • 12:20 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Sedarlah- sila...

draft • 12:20 PM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Ya.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat, jika kita lihat rekod pencapaian mereka, mereka katakan bahawa mereka kerajaan ini, dah pun selesaikan masalah kemiskinan di Johor, di Melaka, di Kuala Lumpur. Kemiskinan tegar. Menoktahkan kemiskinan tegar.

Baru-baru ini, di Sabah juga dinoktahkan kemiskinan tegar, tetapi realitinya, rakyat sengsara di bawah sana. Apatah lagi, mereka yang tergolong dalam golongan miskin tegar dan yang miskin. Yang Berhormat Larut, bagaimanakah mereka nak reconcile data pencapaian dengan realiti ini? Cuba tolong, Yang Berhormat Larut...

[Ketawa]

draft • 12:20 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih...

[Ketawa] Yang Berhormat Kota Raja ada di sini. Saya nak maklumkan. Begitu juga, Yang Berhormat Senator Menteri Kewangan II ini. Sedarlah. Realitinya, di bawah sana rakyat terpaksa berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi.

Jangan kita bangga dengan data ekonomi. Konon-konon inflasi 1.9 peratus diberitahu kepada rakyat semua. Dia tak tahu pun 1.9 peratus inflasi tersebut. Yang dia kata, apa pasal ini- Menteri Kewangan II kata bagus, tetapi beras tak ada. Nak makan pun tak ada.

Kota Raja kena duduk sama-sama...

draft • 12:20 PM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Yang Berhormat Larut, mohon pencelahan...

draft • 12:20 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Boleh, boleh.

draft • 12:20 PM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Okey. Terima kasih, Yang Berhormat. Saya sangat tersentuh hati apa yang diucapkan oleh Yang Berhormat. Saya sebagai ibu yang berada di kawasan pedalaman yang setiap hari melihat realiti hidup rakyat dan apa yang disebut oleh Yang Berhormat ini, sebenar-benarnya itu yang berlaku di bawah.

Walaupun kerajaan berbangga dengan angka inflasi 1.9 peratus, sebenarnya rakyat tidak merasai sebenarnya. Hakikatnya, kehidupan di bawah semakin berat dan terbeban.

Saya ingin merujuk kepada satu akhbar Metro yang telah dikeluarkan pada 24 Ogos 2024, yang menceritakan bagaimana kisah seorang wanita yang dijumpai tidak bermaya di Taman Indah, Sungai Abong, Johor di mana di sisinya ada jasad ayah dan jasad adik OKU yang sudah meninggal dunia kerana kelaparan.

Apakah ingin kita lihat dalam negara kita ini, ramai lagi rakyat Malaysia yang mati kelaparan?...

[Tepuk] Ini lah satu kezaliman kepada rakyat. Jadi, saya ingin pandangan Yang Berhormat tentang isu yang sedang melanda rakyat hari ini.

draft • 12:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ya Allah, kau tolong dan kau bantulah negara kami ini. Kalau inilah kisah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rantau Panjang.

Kalau inilah realiti yang berlaku di bawah sana, apakah ini merupakan musibah yang dilanda negara? Apakah negara ini sudah tiada barokah lagi?

Kalau inilah, tiada gunanya data inflasi, apa sahaja data ekonomi dibangkitkan.

Tolonglah, bantulah. Kami hanya mahu menyuarakan rintihan rakyat. Bagilah apa sahaja

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

bantuan kepada rakyat. Kami sokong. Bagilah yang sebaik mungkin. Jangan dizalimi rakyat di bawah sana. Tak payahlah kita bangga dengan angka-angka yang langsung tidak menyantuni rakyat. Bantulah secara adil. Jangan kita kira apa bangsa sekali pun. Jangan kita kira apa agama sekali pun. Bahkan, penyokong ataupun pembangkang.

Tuan Yang di-Pertua, bukan hanya harapan rakyat biasa. Pemain industri juga dan pelabur juga meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada belanjawan ini. Kestabilan ekonomi dan polisi yang jelas akan memberikan keyakinan kepada mereka. Berikan beberapa insentif kepada mereka. Berikan geran dan akses pembiayaan yang mencukupi kepada mereka. Bangunkan infrastruktur dan ekosistem perniagaan yang kondusif dan kami dipihak sini akan menyokong demi untuk masa depan negara yang lebih baik kerana ini boleh memberikan keyakinan kepada bukan hanya mereka dalam negara tetapi juga pelabur- pelabur yang datang dari luar untuk memberi manfaat kepada ekonomi negara.

Kami mahu melihat Belanjawan 2025 ini dengan polisi yang jelas. Bukan umum dahulu tetapi tiada perincian mekanisme yang jelas. Misalnya, diumumkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) diperluaskan, tetapi hanya perincian salmon dan avokado yang diumumkan. Berapa sebenarnya anggaran hasil yang akan dikutip oleh kerajaan? Berapa peratus yang akan dikenakan kepada salmon dan avokado ini? Apakah sudah ada senarai barangan selain daripada salmon dan avokado? Tanpa perincian yang jelas akan menimbulkan ketidakpastian dalam ekonomi dan sudah tentu memberi kesan kepada rakyat dan negara.

Selain SST yang diperluaskan ini, rakyat soal mengapa mereka dibebankan dengan sekian banyak cukai. Banyak sangat cukai, Tuan Yang di-Pertua. Ada cukai perkhidmatan digital, ada cukai barang nilai rendah, ada cukai keuntungan modal, ada cukai barangan bernilai tinggi dan ada kenaikan cukai lapangan terbang. Sudah lah itu, sudah lah banyak cukai yang saya baca tadi. Muncul pula e-Invois. Pelaksanaannya akan dibuat sepenuh bermula 1 Julai 2025. Semuanya dilonggokkan atas kepala, pundak rakyat. Dilonggokkan atas pundak rakyat. Bukankah ini beban. Hulu Terengganu, cuba check “pundak rakyat.” Ada atau tidak dalam Dewan Bahasa?

draft • 12:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Dato’...

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Kalau ada dalam Dewan Bahasa, nanti beritahu. Apa sebenarnya gabungan cukai-cukai yang diwujudkan ini menjurus kepada GST2.0? Saya nak tanya, selepas ada e-Invois semua cukai dan SST yang diperluaskan.

Adakah ini sebenarnya nak sampai kepada GST2.0? Saya nak tanya atau saya bacalah satu pantun.

*Kalau padi katakan padi, Tidak rakyat tertampi-tampi; Kalau jadi katakan jadi, Tidak rakyat ternanti-nanti...

[Tepuk]*

draft • 12:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Larut minta...

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Bagi tahu cakap sahaja nak masuk GST, tak apa.

draft • 12:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Larut, minta penjelasan sikit. Larut, Larut, minta penjelasan sikit.

draft • 12:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Larut.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Hulu Terengganu. Ya.

draft • 12:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih Larut. Banyak cukai akan dibebankan di atas pundak rakyat. Bukan ‘pundek’ ya. Pundak...

[Ketawa] Pundak rakyat.

Cuma, setuju tak Larut bahawa kerajaan hari ini telah pun bankrap idea untuk mencari modal untuk menampung perbelanjaan. Oleh sebab itu, mereka membebankan rakyat dengan pelbagai jenis cukai. Apakah pandangan Larut? Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ya, Larut sikit. Tentang e-Invois dengan GST.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Itu Menteri Kewangan II boleh jawab, apakah bebanan ini kerana tidak ada idea lain, itu Yang Berhormat Hulu Terengganu tanya.

Nanti sila jawab.

draft • 12:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Larut. Larut minta laluan, tentang e-Invois dan GST.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya nak cerita tentang cukai dividen.

draft • 12:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Peraturan Mesyuarat 36(12), “Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis.”

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Cukai dividen pula diperkenalkan ke atas...

draft • 12:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Please, point of order... [Menunjukkan Buku Peraturan Mesyuarat]

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kampar.

draft • 12:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

36(12), “Adalah disifatkan sebagai menghina Majlis dan Ahli itu boleh dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu.”

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Larut, Larut. I have a point of order.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua. Ini burung apa ini, burung apa?

draft • 12:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

36(12). Please sit down.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ini burung apa ini, Tuan Yang di-Pertua?

draft • 12:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

36(12). Bagi saya habis point of order dahulu.

Peraturan mesyuarat. Tadi Larut cakap kerajaan nak implement e-Invois adalah kita nak buat GST2.0. Ini adalah mengelirukan Dewan. Sebab, Perdana Menteri telah umum kita tak akan laksanakan GST dan jangan kelirukan lagi e-Invois dengan GST. Please.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kampar.

draft • 12:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

e-Invois itu satu sistem lain. GST sistem lain.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kampar.

draft • 12:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Kampar, Bahasa Melayu pun tak faham. Bahasa Melayu pun tak faham.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kampar, sila duduk.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Mahu jadi Menteri kah, Kampar?

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk. Yang Berhormat Larut, teruskan.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Inilah dia. Saya mohonlah Yang Amat Berhormat Tambun bukan hanya menggunakan ayat-ayat yang- ataupun bahasa-bahasa yang bombastik yang menyebabkan orang kurang faham- keliru, tetapi juga dalam konteks segala ayat yang dibangkitkan itu, apa erti persoalan dan apa erti menuduh. Itu juga kena faham supaya mereka lebih faham. Tidak seperti beberapa orang yang kurang faham tentang apa maksud yang sebenarnya.

Kini, saya nak masuk tentang cukai dividen pula. Hari ini diperkenalkan ke atas pendapatan dividen melebihi RM100,000 yang akan bermula taksiran pada tahun 2025.

Selain itu, kerajaan ini juga menyatakan kesediaan untuk melaksanakan cukai minimum global ke atas syarikat multinasional.

Dia umumkan juga RM100,000 dividen dan dalam waktu yang sama, bersedia untuk melaksanakan cukai minimum global (GMT) ke atas syarikat multinasional. Saya tak mahu melihat ini, kejadian ini berlaku, akhirnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

Saya nak bagi satu contohlah, contoh ya. Katalah orang itu datang dari luar negara. Namanya Salvador...

[Tepuk]

draft • 12:30 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Saya kenal...

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Salvador sudah tentu datang dari luar negara. Seorang pelabur yang mahukan dividen keuntungan maksimum daripada pelaburan yang dibuat dan Salvador melihat negara seperti Singapura dan Hong Kong tidak pun mengenakan cukai dividen. Ditambah lagi persekitaran ekonomi yang sihat. Tentulah Salvador lebih tertarik untuk melabur di Singapura atau Hong Kong.

draft • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jadi kalau dia membandingkan itu ketimbang Singapura, Hong Kong ketimbang Malaysia. Kalau itu berlaku siapa yang rugi? Malaysia yang rugi. Siapa yang bijak? Salvador yang bijak...

draft • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Salvador yang bijak.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Salvador ini memang bijak orangnya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memperingatkan bahawa lebih 90 peratus perniagaan di Malaysia terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mereka ini adalah nadi ekonomi negara. Kita menyambut baik cadangan kerajaan yang akan memberi bantuan kepada peniaga-peniaga yang akan menggunakan e-Invois dalam transaksi perniagaan mereka. Banyak insentif, bantuan yang akan diberikan. Bagus, kita

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

sokong. Benda yang baik, baik. Benda yang tidak menuduh jangan kata menuduh. Orang yang bangang sahaja tidak reti.

Kita menyambut baik cadangan kerajaan yang akan memberi bantuan ini dan apabila diberikan bantuan ini, ia mesti dilihat kepada semua. Walau bagaimanapun, dalam waktu yang sama, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Kami hendak tanya ini bila kita sebut sahaja bahawa bermula pada Februari 2025, gaji minimum RM1,700 dikenakan kepada semua. Kalau dilihat daripada PKS yang saya sebut tadi dan dengan kos yang terpaksa dia buat untuk mengadakan e-Invois dan tambahan gaji naik kepada RM1,700 masalahnya akan membebankan mereka.

Saya hendak bagi satu contoh kepada golongan-golongan PKS ini, sebabnya katalah tahun ini, sekarang atau beberapa bulan sudah dia sudah ada negotiation untuk mendapatkan kontrak. Kontrak itu sudah tentu kos sebelum Yang Amat Berhormat Tambun umumkan belanjawan ini. Telah pun dia terima bahawa inilah kontrak yang akan diberikan dan harga ketika itu, semasa dia negotiate itu harganya kos gaji minimum yang dia kira RM1,500. Bila bermula pada Februari ia sudah naik pada RM1,700 bukan seorang, bukan lima, bukan sepuluh, tetapi gajinya itu mungkin sudah pun naik lebih daripada itu.

Saya hendak tanya, kalau itu berlaku sudah tentu ia akan membebankan. Saya hendak maklumkan ini berlaku ketika zaman kita hendak naikkan gaji RM1,200 kepada RM1,500. Bukan saya tidak setuju, saya bersetuju, tetapi tengok dahulu sektor yang mana, tengok dahulu ketika waktu yang mana kepada sektor-sektor...

draft • 12:40 PM

Datuk Seri M. Saravanan a/l Murugan - Tapah

Larut.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

...Yang harus dinaikkan gaji minimumnya.

Silakan- nanti dahulu kita berikan ...

draft • 12:40 PM

Datuk Seri M. Saravanan a/l Murugan - Tapah

Terima kasih, Yang Berhormat Larut. Kita telah menaikkan gaji minimum pada zaman kita daripada RM1,200 kepada RM1,500 dan telah membuat kajian terperinci. Memandangkan apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat, bukankah ini akan memaksakan majikan untuk mengurangkan bilangan pekerja untuk mengatasi?

draft • 12:40 PM

seorang Ahli

Betul.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri M. Saravanan a/l Murugan - Tapah

...Bagaimanakah mereka akan mengatasi?...

[Tepuk] Salah satu cara majikan mengatasi masalah ini adalah satu-satunya dengan mengurangkan tenaga kerja memandangkan mereka telah mendapat projek ini mengikut harga lama. Ini akan menambahkan masalah pengangguran di negara kita dengan pendekatan itu. Minta pendapat Yang Berhormat Larut...

[Tepuk]

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Wah! Masukkan sebagai salah satu ucapan saya. Saya hendak ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Tapah kerana dia tahu masalah yang sebenarnya. Bukan itu sahaja, saya ingat sepatutnya Yang Berhormat Bera pun kena bangkit..*.

[Tepuk]* Kerana Bera- Bukan Bera pun tahu apa yang berlaku dahulu dan kita tangguh sedikit untuk memastikan ia berlaku dengan baik.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya hendak tanya dengan Presiden saya Yang Berhormat Pagoh, ketika itu kita berikan, bila kita hendak umum dan dia kata mengapa tidak kita berikan bantuan kepada beberapa sektor ini supaya terus ekonomi itu dapat berkembang dengan baik. Tahniah kepada Yang Berhormat Pagoh!...

[Tepuk]

draft • 12:40 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

[Bangun] .

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ya, Saifudin.

draft • 12:40 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih. Saya kira Yang Berhormat Larut mungkin bersetuju kalau kita ingatkan kerajaan supaya mekanisme pelaksanaan ini dijaga dengan baik supaya tidak berulang masalah yang pernah berlaku ketika naik dari RM1,300 ke RM1,500 apabila ia tidak jelas dan mekanismenya tidak diselesaikan.

Ramai pembekal kepada Kementerian Pendidikan, Yang Berhormat Menteri Kewangan II faham sangat isu ini kerana mereka tidak sempat bayar yang RM1,300 dah datang arahan kena bayar RM1,500. Kemudian timbul proses yang panjang sehingga ada yang bawa ke mahkamah tetapi mujurlah diselesaikan apabila ada bajet tambahan pada pertengahan tahun yang lalu tetapi benda ini kita terus elakkan daripada berlaku, setujukah Yang Berhormat?

draft • 12:40 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Yang Berhormat Larut.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Yang ini yang saya bangkitkan tadi dan saya ucapkan tahniah kerana macam Tapah sedar, Indera Mahkota sedar dan ini Sungai Besar pun hendak sedar kot? Sila, silakan.

draft • 12:40 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Terima kasih, Larut. Saya hendak tambah sedikitlah, hendak menyokong berkaitan dengan terjejasnya PMKS bila kenaikan ataupun diselaraskan gaji minimum kepada RM1,700. Ada 1.1 juta PMKS yang mendaftar- bukan sedikit. Setiap PMKS ada pekerja dia. Kemudian ada 955,000 yang formal, yang berdaftar juga. Ada lebih satu juta yang formal, mereka semua ada pekerja.

Jadi bila berlaku penyelarasan gaji minimum kepada RM1,700 mereka adalah kumpulan-kumpuan ataupun usahawan yang paling terjejas, yang sangat-sangat terjejas dengan bahan semakin meningkat, kos semakin tinggi, gaji upah semakin meningkat dan kita takut, kita khuatir dengan peningkatan gaji minimum ini, PMKS yang lebih 1.1 juta ini akan lebih terjejas lagi sumber mereka, pendapatan mereka dan kita yakin akan lebih banyak pengangguran berlaku kerana ketidakmampuan syarikat-syarikat ini atau PMKS ini untuk membayar gaji pekerja. Apakah pandangan daripada Larut?

draft • 12:40 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Sedikit pandangan Larut?

draft • 12:40 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Ada sedikit lagi.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ini menunjukkan Sungai Besar pun sedar.

Jadi Yang Berhormat Senator Menteri Kewangan II juga harus sedar bahawa kita bersetuju kenaikan itu, tetapi oleh kerana diumumkan Februari itu mungkin kita kena tengok semula sektor mana dan setengah-setengah sektor kalau ingin kita mempercepatkan beri bantuan

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

atau kita namakan subsidi upah yang boleh kita tengok kembali. Itu sesuatu yang baik, harus kita ketengahkan ini kerana kita pernah lakukan dahulu dan dia tidak langsung menyebabkan perjalanan kontrak, perjalanan segala apa yang telah dipersetujui awal itu terus berjalan dengan baik, tidak mengganggu ekonomi terutamanya daripada pihak-pihak PKS...

draft • 12:40 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

[Bangun] .

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Kubang Kerian.

draft • 12:40 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Terima kasih. Saya menyokong apa disebut perlunya satu kajian terperinci. Data yang ada waktu kita menaikkan daripada RM1,200 ke RM1,500 sebenarnya masih belum selesai dan saya rasa Perdana Menteri Tambun tidak boleh berselindung di sebalik dia tak ambil gaji. Konon dilindungi dengan hasrat tersebut sebab kalau tengok daripada segi data yang ada, Rasul pun ada peruntukan yang Allah bagi, ini nampak lebih kepada Rasul ini mungkin dia malaikat kot dia tak makan gaji ataupun dia mungkin transfer sahaja. Dia tak ambil, tetapi dia online. Jadi saya minta komen sebab kadang-kadang kenyataan beliau ini berselindung di sebalik kononnya kerajaan yang ada ini berselindung kami pun tidak ambil gaji, Perdana Menteri pun tidak ambil gaji. Minta komen sedikit.

draft • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Wow! Lebih hebat. Saya tidak tahulah urusan sama ada tak ambil gaji ini diumumkan semuanya. Alhamdulillah, baiklah, tetapi kalau sudah tidak ambil gaji, jangan juga ambil allowance. Dia beza. Gaji itu memang betul, tetapi allowancenya bagaimana, datangnya daripada mana? Ada juga allowances yang datang daripada GLIC-GLIC. Itu juga harus kita persoalkan. Kalau hendak umum, umumkan zero income, tetapi kalau zero income, dia hendak makan dengan apa? Kalau dia boleh berdoa, ‘poom’ beras dihantar oleh Kota Raja depan dia, beras tempatan pula itu, tidak apalah, tetapi saya ingat eloklah jangan sampai dia berdoa, “Ya Allah, ya Tuhanku...” Terus datang epal depan dia. Macam itu, berapa ramai orang ataupun avokado terus jatuh. Ini susahlah kita.

Jadi, kalau itulah yang dipersoalkan oleh Kubang Kerian, saya tidak tahu, saya minta Yang Amat Berhormat sendiri jawablah soalan yang dibangkitkan oleh Kubang Kerian.

draft • 12:50 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

YB Larut. YB Larut, boleh mencelah sedikit?

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Sila. Sila, Pasir Gudang.

draft • 12:50 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih, YB Larut. Saya telah meneliti perbahasan YB Larut sebagai Ketua Pembangkang lebih sekitar 40 minit. Banyak perkara yang dibangkitkan. Daripada hemat saya, ertinya seolah-olah macam tidak ada benda yang baik dalam Belanjawan yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan itu.

Jadi, saya ingin bertanya. Ada beberapa perkara, sebagai contoh RM13 bilion jumlah Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah berbanding RM10 bilion tahun ini memberi manfaat kepada sembilan juta penerima. Saya rasa itu baik. Satu contoh lagi, RM2.78 bilion jumlah subsidi bantuan dan insentif untuk pesawah dan nelayan meningkat berbanding RM2.6 bilion sebelum ini. Saya rasa itu pun baik.

draft • 12:50 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Boleh bagi komen tentang ini? Terima kasih.

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Larut, minta tanya sedikit. Minta tanya sedikit.

draft • 12:50 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih, Pasir Gudang. Pasir Gudang patut...

draft • 12:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Perdana Menteri tidak ambil gaji, Ketua Pembangkang pun jangan ambil gaji. Boleh tak?...

draft • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Pasir Gudang dengar, kalau Pasir Gudang betul-betul dengar ucapan saya daripada mula, “Saya ucapkan tahniah...” Saya kata, banyak yang baik. Saya pun dah sebut. Jadi, saya tidak perincikanlah yang satu-satu yang baik-baik.

Yang saya hendak sebutkan ini yang kurang baiklah.

Kalau yang sudah baik saya hendak sebut, hendak buat apa? Itu pun dah berdiri tiga jam, dah cerita yang baik. Jadi, saya cerita yang kurang baiklah supaya nak memperbetulkan yang kurang baik...

[Tepuk] Dan yang baik, saya sudah kata, kita sokong. Cuba kita lihat minggu lepas. Kewarganegaraan- baik. Kita sokong 100 peratus...

[Tepuk] Jadi, jangan tanya, “Pasal apa bangkitkan yang tidak baik saja?” Ya lah, itulah kerja kita hendak membangkitkan yang kurang baik. Saya tak kata tak baik. Contohnya, macam Kota Raja. Sampai hari ini tidak selesai beras tempatan. Itu tidak baik...

[Ketawa] Itu yang saya nak bangkitkan. Kalau dia kata sudah buat gini, gini- “Baik, alhamdulillah. Yang Berhormat Kota Raja telah pun melakukan perkara-perkara yang baik. Saya minta semua rakyat berikan sokongan pada Kota Raja.” [Tepuk] Tapi, kalau ada yang tidak baik, nak bagi sokong buat apa? Itulah soalan sebagai Ketua Pembangkang, menjawab yang baik dan tidak baik.

Kalau saya nak bangkitkan benda yang baik, itu kerja backbenchers. Itu kerja Kampar. Itu kerja belah sana. Pujilah yang cukup. Itu kerja lain...

[Tepuk] Sebabnya, saya pernah duduk sebelah sana. Kerja- Pembangkang duk lanyak kita. Saya bukan jenis yang hendak melanyak mereka. Saya hanya nak menyebutkan yang kurang baik. Itu sahaja yang saya ingin jelaskan...

draft • 12:50 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Larut.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat. Yang Berhormat Speaker, 37(2), Yang Berhormat. Tadi Speaker sebelum ini menegur Yang Berhormat Kampar ini kerana tertib dalam Peraturan Mesyuarat. Sudah tiga kali sejak Yang Berhormat Larut berbahas ini, Yang Berhormat Kampar mengganggu dan bercanggah dengan Peraturan Mesyuarat 37(2). I think the Speaker have to remind him properly mengikut Peraturan Mesyuarat. Terima kasih.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kampar, jangan berdiri lagi tanpa kebenaran...

[Tepuk]

draft • 12:50 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Yang Berhormat Larut, bersetujukah Yang Berhormat Larut bahawa sebenarnya kita ini Pembangkang yang konstruktif dan bukan membangkang semberono?

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih, Yang Berhormat Indera Mahkota. Itulah yang sebenarnya. Kita mahu menjadi Pembangkang yang credible. Kalau yang kurang baik, kita sebut.

Tadi, kenaikan gaji minimum RM1,700. Saya kata baik. Saya tidak kata tidak baik.

Cuma saya kata, sebab umum awal sangat suruh mereka buat pada Februari, mengapa tidak kita tengok sektor-sektor yang mana yang patut kita beri bantuan subsidi upah, boleh kita berikan. Kalau hendak juga Februari. Atau kita tangguhkan sedikit supaya banyak kontrak itu dapat diselesaikan. Itu pandangan kita. Bukan kata tidak baik. Ini kadang-kadang susah kita ini.

Tuan Yang di-Pertua, pada Jumaat lalu, Yang Amat Berhormat Tambun ada menyentuh mengenai kerangka insentif pelaburan baharu yang menumpukan aktiviti bernilai tinggi berbanding insentif sedia ada yang berasaskan produk tertentu. Antaranya, perkumpulan ekonomi diwujudkan mengikut keistimewaan negeri, seperti tenaga boleh baharu di Perlis dan Sabah, industri kimia khusus di Pahang dan Terengganu.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Yang Amat Berhormat Tambun sebenarnya telah mengiktiraf strategi yang lebih awal yang dikenal pasti secara terperinci dalam dokumen Wawasan Kemakmuran Bersama dalam Teras Strategik 6: Keterangkuman Wilayah yang diteruskan oleh kerajaan sekarang yang dahulu telah pun dicadangkan oleh Perikatan Nasional. Baik, kita bersetuju. Benda yang baik. Begitulah caranya. Kita bangkit, kalau baik, terima, apa salahnya.

Kerajaan pada ketika itu, sebagai contoh, merangka strategi ini untuk memastikan pembangunan ekonomi tidak berpusat daripada segi geografi agar pembangunan semua negeri di Malaysia lebih saksama, Alhamdulillah. Ini perkara-perkara yang ada persamaan.

Pemilihan aktiviti ekonomi tumpuan bagi setiap negeri yang ditetapkan adalah berasaskan kepada kekuatan dan keunikan di negeri tersebut, Alhamdulillah. Saya bersyukur kerana Yang Amat Berhormat Tambun ada membangkitkan isu yang telah pun kita cadang beberapa tahun dahulu lagi.

Manakala Wilayah Persekutuan sebagai hab kewangan serantau serta hab Islamic Fintech 2.0. Dan Kedah antaranya menerokai bidang pertanian dan penternakan moden.

Apa salahnya, Yang Amat Berhormat Tambun, untuk berjiwa lebih besar mengiktiraf bahawa strategi yang baik, yang telah pun dikenalkan oleh kerajaan dahulu– minum dahulu, Tuan Yang di-Pertua...

[Menunjuk ke tempat Tuan Yang di-Pertua] Wawasan Kemakmuran Bersama, sebagai contoh, diambil semula dan dilihat di dalamnya. Kalau strategi yang baik, dipergunakan. Dan kita pun tidak payah nak soal jawab seolah-olah siapa punya dan sebagainya. Pentingnya, yang baik diterima, yang kurang baik boleh diperbaiki daripada semasa ke semasa.

Selain itu, bagi memastikan pembangunan yang lebih terangkum di seluruh negara, Perikatan Nasional menegaskan bahawa sudah tiba masanya Kerajaan Persekutuan pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun untuk berunding bersama kerajaan-kerajaan negeri

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

untuk mengkaji semula obligasi fiskal Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri dengan semangat federalisme yang lebih relevan, adil dan saksama.

Sebagai contoh. Adalah tidak adil bagi rakyat Terengganu dan Kelantan apabila sumber pendapatan kerajaan negeri mereka terpaksa bergantung kepada pemberian Kerajaan Persekutuan semata-mata sedangkan sekiranya royalti minyak Terengganu dan Kelantan diberikan mengikut lunas perundangan negara, kebergantungan Terengganu dan Kelantan kepada Kerajaan Persekutuan dapat dikurangkan dengan signifikan dan hasil peratus pendapatan mereka daripada hasil kutipan cukai akan dapat meningkat dengan lebih tinggi...

[Tepuk]

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Larut, Yang Berhormat Larut ...

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Keadilan harus...

[Dicelah] Ya.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Boleh sambung selepas lunch?

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Allah, lembutnya suara sampai saya tidak dengar Speaker panggil saya...

[Ketawa] Boleh, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan sekarang jam telah menunjukkan pukul 1 tengah hari, saya menangguhkan Mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.

draft • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Larut, sila teruskan.

draft • 2:30 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat Larut.

draft • 2:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 2:32 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Saya ingin mencelah, Yang Berhormat Larut.

draft • 2:32 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Nanti, nanti dahulu.

[Ketawa] Saya ingin sambung. Macam mana dia mencelah sebelum saya sambung ini?

[Ketawa] Tadi saya mulakan untuk menegaskan bahawa sudah sampai masanya Kerajaan Persekutuan bincang semula dengan kerajaan-kerajaan negeri untuk mengkaji tentang kedudukan fiskal Kerajaan Persekutuan bersama dengan kerajaan-kerajaan negeri kerana kita harus berikan keadilan supaya obligasi fiskal Kerajaan Persekutuan lebih jelas serta adil dan tidak nampak seolah- olah diikat kaki dan tangannya dalam aspek pengurusan serta perancangan ekonomi.

draft • 2:32 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Sudahlah seperti diikat kaki dan tangan untuk negeri Perlis, seolah-olah diperlakukan seumpama pengemis dalam menuntut kebertanggungjawaban fiskal daripada Yang Amat Berhormat Tambun.

draft • 2:32 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua.

draft • 2:32 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Contohnya bantuan banjir untuk rakyat negeri Kedah pun disulami dengan nada penghinaan dan retorik politik yang dangkal.

draft • 2:32 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Terima kasih Yang Berhormat Larut.

Memang dalam Perlembagaan Persekutuan Yang Berhormat Larut, Perkara 109, tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk mengagihkan peruntukan setiap tahun kepada negeri-negeri seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan konsep federalism yang diamal.

Tetapi bagi Sabah dan Sarawak, Yang Berhormat Larut, Perkara 112D dan bagi Sabah, dibaca bersama dengan the Tenth Schedule of this Perlembagaan, meletakkan Sabah dalam mengagihkan peruntukan selain daripada 109, peruntukan tahunan seperti Perlis, Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Pahang yang dapat daripada Kerajaan Persekutuan, Sabah mempunyai tambahan yang dipanggil sebagai peruntukan khas 40 peratus daripada revenue yang di-collected daripada Sabah itu dikembalikan kepada negeri Sabah.

Tiada kerajaan sebelum ini, Kerajaan BN, Kerajaan PH, Kerajaan PN 1.0 kemudian sekarang kerajaan ini yang menghormati Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 112D. Saya ingin tahu daripada Larut, sama ada kerajaan selepas kerajaan ini yang akan kita bentuk, akan honor Perkara 112D ini [Tepuk] dan memberi pulangan kembali 40 peratus daripada apa jua revenue yang dikutip daripada Sabah. Maybe PN 2.0 akan menjadi the first government yang menghormati Perkara 112D ini.

draft • 2:32 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini dia kempen untuk pilihan raya negeri Sabah nampaknya. Kalau begitu caranya, apa salahnya kalau ia memberikan keadilan, saya rasa tak salah untuk kita menunaikan janji-janji kita. Ini, cakap seolah-olah bertanggungjawab tapi peluang yang ketiga telah pun kita berikan. Ini bajet yang ketiga. Janji banyak, tak pun disampaikan. Dulu sebagai contoh, kata “Menang hari ini esok minyak turun”. Dulu kata, “Saudara, kita ada formula. Hari ini kita ambil alih kerajaan, esok harga minyak tetap turun, saya ulang” . Ini perkara biasa yang kita telah dengar dan pun dibangkitkan oleh rakyat di bawah sana.

Dulu kata tidak bijak kalau kerajaan itu buat perbandingan harga dengan negara lain.

Dulu kata, jangan bandingkan harga minyak dengan Singapura. Alih-alih hari ini saya tengok, itulah yang dibandingkan. Dulu lain, sekarang lain. Sesudah subsidi diesel disasarkan, harga diesel melonjak 56 peratus kepada RM3.35 seliter yang menyebabkan hampir seluruh rantaian ekonomi naik harga. Tahun depan bermula Jun, subsidi petrol RON95 pula disasarkan. Kesannya siapa? Tentulah rakyat terutamanya dari golongan B40 dan M40 tapi Yang Amat Berhormat Tambun kata 85 peratus tidak terkesan dengan penyesaran subsidi petrol. Nada samalah yang kerajaan sebut ketika penyesaran subsidi diesel dibuat tetapi realiti sebenar, yang menjadi mangsa adalah rakyat.

draft • 2:32 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya nak bagi satu contoh. Saudara Syukur Itam di Pendang, Kedah. Dia usahakan 20 relung sawah padi. Setiap relung perlu dibajak tiga kali. Kos bajak dan kos menuai sekarang naik hingga 50 peratus kerana jentera pembajak dan penuai tidak termasuk di bawah skim SKDS menyebabkan Syukur terpaksa tanggung kenaikan kos sehingga RM8,000 walaupun selepas diberi BUDI Agri-Komoditi sebanyak RM200 sebulan. Ini realiti.

Jadi, tanggungannya kepada rakyat. Begitu juga dengan aduan yang saya terima. Tuntutan fleet card. Sudah lama dibuat tetapi bayaran belum terima.

Tapi Yang Amat Berhormat kata penyesaran subsidi RON95 hanya melibatkan 15 peratus golongan maha kaya. Siapa maha kaya ini? Kita nak dengar daripada Yang Amat Berhormat Tambun. Define siapa sebenarnya yang terkaya dalam negara kita? T15 yang dikatakan maha kaya tapi yang saya dengar semalam, Yang Berhormat Pandan, Menteri Ekonomi bagi tahu bahawa ini belum dimuktamadkan dan sedang diperhalusi. Kalau ini belum dimuktamadkan, belum diperhalusi, saya risau bahawa banyak lagi masalah-masalah yang telah pun saya sebutkan tadi akan menjadi masalah yang lebih besar.

Pemimpin beri alasan subsidi minyak jadi beban patut dihumban. Itu kata-kata yang pernah saya dengar. Hari ini, saya nak maklumkan kepada Yang Amat Berhormat Tambun, pernah berkata pada Julai 2022. Saya quote, “Pemimpin beri alasan subsidi minyak jadi beban, patut dihumban”. Ha, ini masalahnya.

[Tepuk] Jadi, saya nak peringatkan kepada Yang Amat Berhormat Tambun, itu pada Julai 2022. Hari ini, Yang Amat Berhormat Tambun sila tanya dengan bekas Ahli Parlimen Port Dickson tahun 2022. Insya-Allah, nanti dia tahulah jawapannya. Subsidi bukan sedekah walaupun dalam ucapan Yang Amat Berhormat Tambun samakan subsidi seperti sedekah.

Subsidi itu tanggungjawab kerajaan kepada rakyat, lebih-lebih lagi jika pemimpin itu sudah berjanji kepada rakyat. Bukan sekali tapi acap kali, berkali-kali Puan Yang di-Pertua. Angguk?

Terima kasih.

draft • 2:32 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Hari ini Puan Yang di-Pertua, Alhamdulillah, nilai ringgit kembali sepertimana ketika Perikatan Nasional mentadbir negara pada 2022.

[Tepuk] Iaitu pada kadar kira-kira RM4.30 berbanding dolar Amerika Syarikat. Pun begitu, walaupun berlaku pengukuhan nilai ringgit, ia tidak memberi kesan kepada harga barang yang kekal tinggi. Ringgit sudah kukuh, harga barang masih tinggi.

Namun di sebalik turun naik nilai Ringgit yang banyak dipengaruhi oleh kadar faedah Amerika dan geopolitik antarabangsa, saya hendak tanya, apakah benar ia turut disumbangkan oleh faktor syarikat milik kerajaan atau GLC, GLIC ─ bawa balik pelaburan luar negara dan disuntik dalam negara bagi maksud pengukuhan nilai ringgit ini? Saya hendak maklumkan kepada Yang Amat Berhormat Tambun, jika benar keadaan ini berlaku, saya minta kerajaan dan Bank Negara jelaskan berapa jumlah pelaburan luar negara yang telah dibawa masuk bagi tujuan tersebut?

Tahun lepas, MAS (Monetary Authority of Singapore) merekodkan kerugian bersih terbesar ke dalam sejarah negara berkenaan, berjumlah RM107 bilion yang berpunca

draft • 2:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

daripada percaturan yang kurang bijak pihak Singapura membawa balik pelaburan luar negara dalam jumlah yang besar dalam usaha negara berkenaan membendung inflasi. Ini ada, ia telah pun di-report-kan, jadi, jangan kita buat kesalahan yang sama.

Tuan Yang di-Pertua, Bank Dunia melaporkan, satu perempat pemegang ijazah di Malaysia bekerja dalam bidang pekerjaan yang tidak setaraf dengan kelayakan mereka.

Selain sukar memperoleh pekerjaan berkemahiran tinggi. Trend ini didorong oleh jumlah pekerjaan berkemahiran tinggi yang tidak mencukupi apabila hanya 50,000 pekerjaan berkemahiran tinggi yang ditawarkan dari 2018 hingga 2023, sedangkan kira-kira 350 ribu graduan bersaing untuk pekerjaan tersebut setiap tahun.

Ini bukan satu perkembangan yang sihat untuk masa depan negara kerana bukan hanya berlaku dalam sektor swasta, tetapi – ya Yang Berhormat Alor Setar.

draft • 2:40 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Yang Berhormat Larut mohon sikit, terima kasih. Mengenai mismatch ataupun ketidaksepadanan ini, apa pandangan Yang Berhormat Larut, data menunjukkan daripada kajian MyCenter4IR, 1,500 pekerja gig ekonomi ini, 60 percent ada ijazah, ada diploma dan mereka menjadikan pekerjaan gig ekonomi sebagai pekerja sambilan, bermakna dia sendiri pun tak mengharapkan satu jaminan kewangan yang panjang untuk pekerja gig. Tetapi mereka ini ada kelulusan tinggi. Adakah ini menunjukkan satu perkembangan yang tidak sihat?

Graduan kita ramai yang cerdik pandai, tetapi terpaksa memilih kerja dalam sektor gig ekonomi kerana mereka tidak ada kerja yang sesuai untuk mereka.

Adakah ini juga mendorong 10,000 calon SPM tahun lepas tidak hadir exam sebab dia kata kalau dia masuk periksa, dia pergi sekolah pun, dia masuk universiti, dia kena bayar PTPTN. Sedangkan ada yang berjanji kalau hari ini kita menang, kita akan hapus PTPTN saudara-saudara. Ada yang berjanji begitu, jadi mereka masih kena bayar PTPTN.

Akhir sekali Yang Berhormat Larut, saya jumpa pemandu teksi. Dia kata daripada ampa masuk universiti bayar hutang mahal-mahal, baik jadi macam pakcik, pakcik tak payah pergi sekolah tinggi, pakcik bawa teksi, boleh bagi makan anak bini. Jadi, nampaknya hampir setara graduan kita yang berkelulusan tinggi dengan pemandu teksi. Apa pandangan Yang Berhormat Larut? Terima kasih.

draft • 2:40 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, ini masukkanlah ucapan itu sebagai ucapan saya. Saya bersetujulah dan saya pernah terbaca, tahun lepas sahaja Tuan Pengerusi 400 ribu pekerja dalam gig ekonomi, itu tahun lepas, 2023. Hari ini sudah mencecah 1.2 juta. Ini menunjukkan bahawa di situ ada perkara-perkara yang tidak berlaku, yang tidak diambil kira oleh Yang Amat Berhormat Tambun atau kerajaan hari ini.

Sebab itulah kita kena dengar bahawa apa pun angka unemployment yang kita banggakan, kita kena lihat juga mismatch seperti apa yang telah pun dibangkitkan oleh Alor Setar tadi, terima kasih Yang Berhormat Alor Setar.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia menyasarkan untuk berada dalam kelompok 25 terbaik Indeks Persepsi Rasuah dalam tempoh 10 tahun. Ini suatu dasar yang baik kerana kedudukan CPI penting dalam mempengaruhi kepercayaan antarabangsa terhadap

draft • 2:40 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

ketulusan dan akauntabiliti kerajaan, yang mana ia bukan hanya memberi impak kepada ekonomi, tetapi membawa manfaat kepada kesejahteraan sosial serta politik negara. Pujian harus diberikan kepada Yang Amat Berhormat Tambun, yang memposisikan diri beliau sebagai pejuang antirasuah sehingga agensi-agensi seperti SPRM, LHDN, PDRM begitu agresif menyiasat pemimpin-pemimpin pembangkang dan mana-mana pengkritik Perdana Menteri.

[Tepuk] Oleh sebab itu, Bloomberg juga ada melaporkan. Yang saya hairan ini, Bloomberg melaporkan Perdana Menteri mencampuri urusan SPRM dengan mengarahkan siasatan ke atas lawan politik dan menghalang siasatan terhadap bekas setiausaha politiknya yang perlu disaman oleh Yang Amat Berhormat Tambun bagi membersihkan institusi Perdana Menteri dan nama beliau sendiri haruslah melakukan sesuatu atau samanlah sama seperti kau saman ahli-ahli politik yang lain.

draft • 2:40 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Yang Berhormat.

draft • 2:40 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ya.

draft • 2:40 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Terima kasih Yang Berhormat Larut. Tuan Yang di-Pertua, kita melihat apa yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Tambun terhadap Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional yang duduk kat barisan saya ini pun ada dua orang yang pernah kena saman oleh Yang Amat Berhormat Tambun, Kuala Terengganu dengan Pendang masih lagi berjalan, bahaya duduk kat row ini.

Tetapi bagaimanapun, kita melihat bagaimana apa yang dikatakan oleh Bloomberg itu tidak pula dikenakan tindakan perundangan oleh beliau sedangkan sepertimana Yang Berhormat sebut tadi ia adalah satu perkara yang besar yang serius. Jadi, adakah Yang Berhormat Larut bersetuju dengan pandangan saya bahawa ini membuktikan bahawa adanya selective persecution dalam proses perundangan di Malaysia, terutama yang diamalkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun itu sendiri.

draft • 2:40 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Mungkin ada benarnya, mungkin ada kebenaran kerana Bloomberg ini bukan ahli politik Perikatan Nasional, sebab itu tak kena saman. Kalau dia ahli politik Perikatan Nasional dah tentu kena saman.

[Tepuk] Terima kasihlah. Soalan itu sepatutnya dijawab oleh Yang Amat Berhormat Tambun.

Saya hendak menyatakan bahawa satu perkara yang dibangkitkan itu Yang Amat Berhormat Tambun jawab, dia kata “inilah saya tahu projek ini adalah projek yang mengaitkan bekas setiausaha politik saya untuk mendapat tender mencecah RM1 bilion” dan kaitkan pula dengan raja-raja dan kaitkan pula bahawa seolah-olah kontrak itu telah diberikan zaman dulu sebelum beliau menjadi Yang Amat Berhormat Tambun.

Saya hendak maklumkan Heitech Padu diberikan kontrak pada November 2023.

[Tepuk] . Kemudian, tarikh kelulusan Kementerian Kewangan diperolehi Februari 2024, [Tepuk] dan pembelian saham berlaku pada Mac 2024. Jadi, di manakah asasnya kenyataan Yang Amat Berhormat Tambun, seolah-olah kontrak itu diluluskan oleh kerajaan terdahulu?

Tidak mengapalah, kau jawablah di akhirat nanti.

draft • 2:40 PM

Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Saya minta sikit.

draft • 2:40 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua – ya.

draft • 2:40 PM

Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Kenyataan yang dibuat oleh Tambun dalam Parlimen mencerminkan ada berlakunya pembohongan kepada Dewan.

Sebab kenyataan dan mengelirukan Dewan, saya minta komen daripada Ketua Pembangkang.

draft • 2:40 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya minta Yang Berhormat Kubang Kerian buat usul. Kita tahu ditolak, buatlah usul.

draft • 2:40 PM

Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Larut, sikit lagi Larut sebelum itu. Boleh tak dikatakan bahawa apa disebut oleh Larut tadi termasuklah ketimbang - kencing, tipu dan sembang, terima kasih.

[Ketawa]

draft • 2:40 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, ini dah dua kali, saya tak masuk campur. Tadi saya kata tak masuk campur, Hulu Terengganu sekali saya bawa 36(6).

[Ketawa] Dia kacau saya. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan perlu segera membatalkan penjualan saham Malaysia...

draft • 2:40 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Yang Berhormat Larut, sikit lagi Yang Berhormat Larut sebab tadi ada sebut bab yang baru disentuh oleh Yang Berhormat Larut tadi adalah menyentuh mengenai laporan Bloomberg.

Saya hendak memperingatkan Dewan dan juga Yang Berhormat Larut bahawa ada seorang individu yang pernah menyebut bahawa “kalau hendak tahu bagaimana keadaan sebenar, bacalah Bloomberg” dan individu itu hari ini telah menjadi seorang Menteri yang menjaga ekonomi negara.

draft • 2:40 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Jadi, adakah Yang Berhormat Larut bimbang sekiranya sebenarnya Laporan Bloomberg itu benar dan itulah sebab kenapa tidak ada tindakan yang dikenakan kepada media tersebut?

draft • 2:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Wow! Saya pun tak tau Tuan Yang di- Pertua. Jadi, saya minta semua rakyat memahami bahawa apa yang dikatakan oleh Menteri tersebut, kalau nak percaya, percayalah Bloomberg. Jangan percaya dengan Perikatan Nasional. Hari ini saya hendak maklumkan kalau nak saman, samanlah Bloomberg. Jangan saman Perikatan Nasional.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, kerajaan perlu segera membatalkan penjualan saham Malaysia Airports Holdings Berhad susulan pengambilan penuh BlackRock Inc. ke atas Global Infrastructure Partners (GIP) pada 1 Oktober lalu tanpa sebarang kompromi demi kepentingan serta keselamatan negara. MAHB aset strategik berkaitan keselamatan negara yang tidak boleh dibenar dimiliki entiti asing. Lebih-lebih lagi BlackRock selaku military- industrial complex merupakan penyumbang kepada genosid di Gaza dan kini diperluaskan pula ke Lubnan, selain turut mengheret Syria dan Yaman.

[Tepuk] Pada masa yang sama, MAHB bukan itik atau ayam pencen, tetapi merupakan angsa emas yang memberi banyak telur kepada ekonomi negara. Mengapa harus kita jual angsa ini yang memberi keuntungan kepada negara?

[Tepuk] Itu persoalannya. Jangan sampai rakyat

draft • 2:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

melihat seperti, “ada udang di sebalik batu” dengan segala tindak tanduk kerajaan yang bersungguh benar mempertahankan penjualan saham MAHB kepada BlackRock.

Walaupun pelbagai lapisan rakyat telah menyuara kebimbangan, termasuk pemimpin politik seperti Ahli Parlimen Machang yang digantung kerana bangkitkan isu MAHB ini, tokoh akademik serta penganalisis geopolitik dan luar negara. Ahli Parlimen Machang bangkitkan isu ini berkali-kali adalah kerana beliau yakin bahawa aset ini adalah aset terpenting negara, tidak boleh dijual kepada mana-mana negara luar. Itu kehendak kita dan harus dipertahankan.

draft • 2:50 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Larut, minta laluan. Kota Bharu ya. Terima kasih Yang Berhormat Larut. Sebagaimana tadi Yang Berhormat sebut MAHB ini adalah angsa emas kepada negara yang telah memberikan pendapatan kepada negara.

Mengikut rekod, setuju Yang Berhormat, kalau kita katakan bahawa MAHB is financially very healthy? Dari segi kewangannya adalah cukup sihat, di mana pada suku kedua tahun 2024 telah merekodkan keuntungan sebanyak RM205 juta dan operate dan manage 39 airport. Yang saya hendak tanya ialah apabila pada 3 Julai baru-baru ini — tadi ada sini, Menteri Kewangan (II) telah menyatakan bahawa GIP akan memasukkan further investment of RM100 billion di dalam konsortium yang telah dibentuk ini. Kalau sekiranya harga dipanggil privatization cost MAHB yang digabungkan menjadi GDA (Gateway Development Alliance) ini harga dia RM12.3 bilion, 30 peratus dipegang oleh GIP bernilai RM3.9 bilion, Khazanah dan EPF RM8.61 bilion, 70 peratus. Jadi, bila GIP memasukkan investment sebanyak RM10 bilion, setuju tak Yang Berhormat Larut bahawa ianya akan mencairkan atau dilute kedudukan Khazanah dan EPF dalam konsortium ini? Satu.

Yang keduanya, Yang Berhormat pernah dengar ada satu dipanggil — mungkin ini satu coincidence. GIP sekarang ini — ini kita minta Menteri Kewangan jawab, di dalam satu perbincangan yang aktif untuk acquire 49 peratus saham MMC Port Holdings yang kontrol tujuh port di Malaysia ini. Antaranya Tanjung Pelepas, Johor Port, Northport, Penang Port, Tanjung Bruas Port, SPT Services dan Andaman Port. Adakah Yang Berhormat Ketua Pembangkang boleh menjelaskan tentang perkara ini dalam MAHB ini?

draft • 2:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih Datuk. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak jelaskan bahawa apa yang dikatakan oleh Kota Bharu ini diminta supaya kerajaan melihat semula dan buatlah pemeriksaan kesihatan yang selalu Speaker suruh Ahli-ahli Parlimen lakukan. Buat elok pemeriksaan ini kerana seperti yang Kota Bharu sebut, dari segi akaunnya it’s very healthy. Mengapa kita jual barang yang healthy ini? Jadi sebab itu, kalau kita hendakkan perkara yang sihat, kita juga mahu supaya aset-aset yang sihat seperti ini jangan dijual lagi. Saya minta supaya apa yang dikatakan oleh Kota Bharu ini menjadi salah satu ucapan yang saya — masukkan sebagai ucapan saya.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya sebutkan sebentar tadi, Belanjawan 2025 tidak mempunyai tumpuan yang khusus dan jelas untuk menyediakan landasan yang baik bagi Malaysia terutamanya sumber kekayaan baru di masa hadapan. PN atau Perikatan Nasional ingin mencadangkan supaya kerajaan manfaatkan sumber kekayaan baru dengan pelan dan pelaksanaan yang baik dan teliti.

draft • 2:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Dalam ucapan Yang Amat Berhormat Tambun, kegiatan ekonomi berkaitan industri unsur nadir bumi atau rare earth elements (REE) tidak diperincikan seolah-olah kerajaan tidak mengiktiraf potensi sumbangan besar industri REE yang kita sebut dalam WKB, the big bowl REE kepada pendapatan negara. Alhamdulillah, Allah telah menganugerahkan negara ini dengan sumber alam yang tidak ternilai harganya. REE dikenal pasti berada di lima negeri yang besar iaitu di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak, di mana tiga daripada negeri-negeri tersebut adalah di bawah Kerajaan Perikatan Nasional.

[Tepuk] Pada ketika ini, industri ini didominasi oleh negara China dan dikuasai mereka dengan menguasai lebih 80 peratus pengeluaran global dengan nilai pasaran tahunan melebihi USD13 bilion diikuti oleh negara Chile. Maka, saya memohon potensi besar ini harus diambil kira oleh Yang Amat Berhormat Tambun dan elemen-elemen REE adalah merupakan komoditi masa hadapan yang mempunyai nilai yang sangat tinggi di pasaran. Saya hendak bagi contoh, neodimium dan praseodimium mempunyai nilai mencecah USD60,000 per metrik tan di pasaran pada hari ini.

Maka, kalau inilah masa depan yang baik ini harus kita gunakan dan berikan penekanan untuk menentukan bahawa ada masa depan tentang projek-projek yang seperti ini yang boleh kita luaskan dalam negara kita. Apakah perkembangan terkini kepada proses pemetaan REE yang dijanjikan oleh kerajaan pada September 2023 lalu sudah mula? Adalah amat mendukacitakannya apabila Yang Amat Berhormat Tambun hanya mengumumkan untuk meminda Akta Pembangunan Mineral 1994 dan kerajaan masih belum memulakan aktiviti pemetaan REE secara tersusun.

draft • 2:50 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Yang Berhormat.

draft • 2:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan — Ya, Terengganu. Okey.

draft • 2:50 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Berkaitan dengan nadir bumi ini, perlu disedari bahawa bukan Malaysia sahaja yang mempunyai nadir bumi ini dan suasananya berlumba-lumba antara negara-negara yang mempunyai sumber ini. Pada masa sekarang kita mempunyai kelebihan dari segi kepakaran dengan apa yang telah dibangunkan oleh Lynas lebih 12 tahun. Anak-anak kita, anak-anak muda kita mempunyai kepakaran dalam bidang ini. Masing-masing masih lagi tertunggu-tunggu bila hendak dimulakan setelah projek perintis telah berjaya dilaksanakan di Kenering.

draft • 2:50 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Jadi, ada yang tanya sekarang ini sudah di stop daripada segi tidak boleh jual luar negara dalam masa yang sama lombong yang berkenaan terus mengeluarkan hasil tidak dibenarkan dijual dan sebagainya. Jadi, apa yang saya hendak sebut daripada segi setakat ini nampak masih lagi kita tidak bergerak ke mana-mana daripada segi pembangunan REE ini.

draft • 3:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih Kuala Terengganu. Betul, Dato’ Yang di-Pertua. Tidak salah sekiranya kerajaan menyediakan bantuan pinjaman atau

draft • 3:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

geran padanan yang bersesuaian pada pemain industri tempatan untuk membina kepakaran serta kemampuan dalam eksplorasi REE dalam negara.

draft • 3:00 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Minta sedikit sahaja.

draft • 3:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Kerajaan menyediakan industri REE negara agar Malaysia mampu mendapat manfaat ekonomi daripada industri ini.

draft • 3:00 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Sedikit sahaja. Saya hendak minta pihak kerajaan khususnya PH. PH ini antara parti yang hebat menentang Lynas satu masa dahulu dan maka mereka buat demonstrasi hendak tutup Lynas. Namun, hingga setakat ini nampaknya kerajaan tidak ada satu keputusan. Dia menyambung ini lesen sampai 2026 sahaja dan kerajaan mesti menetapkan hala tuju yang clear terhadap REE. Minta pandangan.

draft • 3:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Betul, Tuan Yang di-Pertua. Saya minta juga apa yang disebutkan itu sebagai soalan kepada Yang Amat Berhormat Tambun untuk menjawab.

Jadi, saya hendak menyambung kepada apa yang saya sebut tadi. Untuk kita melihat ke hadapan, Perikatan Nasional percaya bahawa industri REE merupakan sektor ekonomi yang bakal menjadi sumber kekayaan baharu dan mampu melonjakkan pendapatan negara di masa hadapan dan harus dirancang dan disusun dengan lebih teliti dan baik.

Selain itu, pembentangan Yang Amat Berhormat Tambun juga tidak menawarkan tawaran yang segar terhadap ekonomi karbon dan ekonomi kitaran yang juga boleh menjadi sumber kekayaan baharu kepada negara. Walhal, dengan keluasan hutan tropika yang meliputi 55 peratus daripada keluasan negara, Malaysia mempunyai potensi besar untuk menjadi peneraju dalam aktiviti ekonomi perdagangan karbon serantau di ASEAN yang dijangka mencecah USD10 bilion menjelang 2030.

Melalui aktiviti ekonomi kitaran atau circular economy pula, bagi industri kitar semula plastik sahaja sebagai contoh Malaysia boleh kerugian sekitar USD1 bilion setahun akibat kegagalan untuk melaksanakan kitar semula plastik dengan efektif. Kerajaan harus menggariskan dasar yang jelas dan tegas di samping melipatgandakan inisiatif bagi memupuk kesedaran rakyat untuk turut terlibat dalam amalan kitar semula agar sasaran kitar semula 40 peratus dapat dicapai menjelang tahun 2025 dan 45 peratus dapat dicapai sebelum tahun 2030.

Pendekatan sedia ada kelihatan hambar. Maka sebab itu, saya ingin supaya kerajaan benar-benar dapat mencari satu punca kuasa perundangan yang jelas bagi mengikat komitmen pemain industri seperti menggubal Akta Perubahan Iklim yang berpatutan.

Kesimpulannya, dasar serta pendekatan yang diperkenalkan kerajaan Yang Amat Berhormat Tambun ketika ini tidak menyediakan insentif yang boleh menjadi catalyst bagi menarik keterlibatan pemain industri mengadaptasi amalan rendah karbon atau model ekonomi kitaran. Bantuan kewangan yang minimum atau pelepasan cukai boleh kita lakukan dengan lebih baik pada masa hadapan.

draft • 3:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Perikatan Nasional bersedia menggariskan dasar pada komitmen yang lebih berani untuk menarik penyertaan pihak industri dalam pelaburan hijau termasuk bersedia mempertimbangkan pemberian insentif yang lebih komprehensif jauh lebih menarik kepada pemain industri bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan.

Tuan Yang di-Pertua, pada September 2024 lalu, *the International Data Corporation

(IDC)* melaporkan bahawa Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligence (AI) disasarkan mampu menyuntik lebir USD15 trilion menjelang 2030 bersamaan 3.5 peratus KDNK dunia.

Kerajaan Yang Amat Berhormat Tambun tidak boleh menutup sebelah mata dan memandang ringan terhadap potensi ekonomi pintar dan Kecerdasan Buatan dengan hanya sekadar menyebut AI di bibir semata-mata tetapi yang penting adalah tumpuan yang benar-benar serius.

Pelan Hala Tuju AI Negara 2021–2025. Pelan Hala Tuju AI Negara 2021 sehingga 2025 yang dilancarkan semasa Kerajaan Perikatan Nasional tidak langsung mendapat perhatian. Saya ingin peringatkan, ambil semula, percepatkan kerana ini adalah perkara yang baik.

Seperti di Indonesia, pelaksanaan Inisiatif 100 Bandar Pintar (Smart Cities) yang mengintegrasikan AI, Internet of Thing dan Data Raya (Big Data) untuk mengoptimumkan infrastruktur bandar amat mengagumkan. Semenjak 2020 lagi negara tersebut telah pun benar-benar berjaya menarik lebih daripada USD2 bilion dalam pelaburan Bandar Pintar.

Malah, Vietnam juga sama bergerak lebih ke hadapan daripada kita.

Rangka tindakan Blue Print Economy Digital yang dilancarkan oleh Yang Berhormat Pagoh pada 2021 telah menyasarkan sumbangan ekonomi digital sebanyak 22.6 peratus kepada KDNK menjelang 2025 melalui inisiatif digital dengan AI sebagai tonggak utama. AI bukan Anwar Ibrahim. Kerajaan Perikatan Nasional dahulu menyasarkan untuk menarik RM70 bilion pelaburan digital menjelang 2025. Namun, dukacita apabila melihat pelaburan ini bergerak perlahan.

Berapakah pelaburan digital yang telah dapat diraih setakat ini? Kita juga tertanya- tanya berapakah bilangan startups berteraskan ekonomi pintar yang berjaya kita hasilkan sehingga kini? Adakah sasaran bagi memangkinkan 5,000 startups menjelang 2025 mampu dicapai? Kerajaan Yang Amat Berhormat Tambun mesti bangkit dan menumpukan usaha untuk mengejar manfaat sektor ekonomi ini agar ia boleh dijadikan satu lagi sumber kekayaan negara yang baharu.

Tidak salah bagi kerajaan Yang Amat Berhormat Tambun untuk menyediakan pakej rangsangan yang signifikan terhadap ekosistem AI. Termasuklah inisiatif bagi melahirkan lebih ramai bakat tempatan profesional dalam AI serta perluasan inisiatif bandar pintar di seluruh negara. Kami sokong. Saya ulang. Kami sokong supaya sumber kekayaan daripada unsur nadir bumi ekonomi hijau, ekonomi digital adalah rantaian ekonomi masa hadapan yang boleh melonjakkan pendapatan negara. Perikatan Nasional mahukan kerajaan berpandangan jauh dan serius dalam merancang pembangunan industri ini dengan mampan dan efektif.

draft • 3:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, akhir kalam. Dari yang tersurat dan yang tersirat.

draft • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Belum lagi?

draft • 3:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Arau kenapa?

draft • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat sebut akhir kalam tetapi benda yang besar itu yang kami sedang tunggu-tunggukan ialah tentang MOU. Apakah termasuk dalam ucapan Yang Berhormat ataupun tidak?

[Ketawa] Saya cakap fasal kehebatan dunia, pertumbuhan ekonomi, inflasi bagus dan sebagainya. Tetapi kezaliman telah dilakukan kepada Ahli-ahli Parlimen.

Jadi, saya hendak tanya pada Yang Berhormat berhubung dengan MOU. Dia orang kata, dia orang belum terima jawapan. Dia orang jawab dalam surat khabar. Kita pun jawab dalam surat khabar. Jadi, apa sebenarnya yang timbul masalah kerajaan sampai mesti mengadakan MOU. MOU mereka yang sediakan. Bukan kita. Dulu-dulu kalau dalam dunia ini Yang Berhormat Speaker, kalau kita sebut MOU itu dua pihak. Jadi, kalau hendak kahwin pun kena dua-dua, lelaki, perempuan. Tetapi tak, MOU di Malaysia ini seorang sahaja. Itu bukan MOU. Itu paksaan. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat tentang MOU ini.

draft • 3:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih lah Yang Berhormat Arau.

Tuan Yang di-Pertua, saya sudah hendak – saya sudah sebut pun akhir kalam tadi. Saya sudah hendak masuk para yang akhir. Tetapi bila sudah bangkitkan ini. Saya nak supaya rakyat semua sedar bahawa MoU ini adalah sesuatu yang sepatutnya diambil kira untuk kedua-dua pihak. Mesti ada keadilan. Jangan dianggap sebagai MoU ini sesuatu yang boleh diikat tangan kepada sesiapa. Apabila kita membaca MoU tersebut, kita merasakan seolah- olah kita ini ditekan supaya kalau nak sesuatu, kalau hendakkan peruntukkan, mesti mengikuti segala apa yang dimahukan oleh kerajaan. Tu tak adillah. Contohnya, hari ni. Yang baik kita sokong, yang kurang baik kita berikan cadangan, yang tak baik kita bantah. Jangan seperti di sebelah sana. Saya nak peringatkan.

Contohnya, seperti Akta Kewarganegaraan- pindaan Perlembagaan minggu lepas.

Kami sokong kerana ia baik. Jadi, jangan mendesak atau menekankan supaya semua apa yang dikehendaki oleh kerajaan mesti diikuti oleh pembangkang. Bukankah pembangkang ini menjadi check and balance kepada kerajaan yang ada hari ini? Terbukti hari ni kerajaan sentiasa berwaspada kerana ada pembangkang yang sentiasa akan melihat yang baik diterima, yang kurang baik akan kita bangkang sehabis-habisnya.

[Tepuk] Inilah yang kita mahukan supaya negara ini menjadi sebuah negara yang benar- benar boleh menuju ke arah sesuatu yang boleh kita sama-sama banggakan. Yang ini yang kita mahukan. Kalau nak bagi, bagilah kerana kita mahu kerajaan yang adil. Apa salahnya?

Beri untuk kepentingan siapa? Untuk kepentingan rakyat di bawah sana.

[Tepuk]

draft • 3:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

[Bangun]

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hulu Terengganu bangun.

draft • 3:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Larut.

draft • 3:10 PM

Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Larut...

draft • 3:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jangan perang. Siapa dulu?

draft • 3:10 PM

Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Saya ingat Larut tak faham dari segi kenapa MoU. MoU yang dibuat kerana kerajaan yang ada tak berapa confident sama-sama mereka.

draft • 3:10 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

draft • 3:10 PM

Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Sebab itu dia perlukan sokongan kita. Sikit ya.

draft • 3:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, tengok tu. Kami sesama kami. Kubang Kerian ni PN. Dia boleh sebut kepada Ketua Pembangkang, “Larut tak faham”. Inilah yang kita nak lakukan supaya kita nak bagi tahu ini percambahan mental supaya semua ini dapat benar-benar – ada keterbukaan. Bukan setakat nak, “Arghh, mesti terima! Kalau tak mahu, tidak ada peruntukan”.

draft • 3:10 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...tidak ada peruntukan.

draft • 3:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya dengar ni, saya dengar. “Kalau nak, duduk bincang. Kalau mahu, terima! Sign! Kalau tak sign, tak kan kita bagi, selagi mana saya menjadi Perdana Menteri”. Itu yang saya dengar.

draft • 3:10 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Oh.

draft • 3:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Bukan itu yang kita hendak. Kalau dia sebut dengan saya. Kalau dia sebut dengan saya, *“Larut, apa salahnya duduk bincang?

Kalau benda-benda tu tak elok, bincanglah”.* Saya ni tengok orang lemah-lembut ni, saya lagi lembut, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 3:10 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa] [Tepuk]

draft • 3:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ini yang patut kita lakukan bersama.

draft • 3:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Larut, sikit Larut. Ini bukan berkaitan dengan MoU ni. Ini berkait dengan ekonomi hijau. Saya masih lagi ingat apa yang dilakukan oleh Tambun. Dikatakan bahawa Elon Musk telefon dia untuk melabur di sini. Last last, dok mari. Maknanya, kerajaan telah dikencing atau di-scam oleh Elon Musk. Setuju atau tidak?

draft • 3:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, banyak kali sangat yang Hulu Terengganu ni yang saya tak nak masuk campur.

draft • 3:10 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

draft • 3:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, akhir kalam, dari yang tersurat dan yang tersirat. Sesungguhnya, Belanjawan 2025 adalah helaian terakhir RMKe-12. Ia bukan sahaja menjadi jambatan untuk Malaysia melangkah deras muncul negara maju berpendapatan tinggi tetapi inilah jua cerminan kepada semua janji-janji yang belum ditunaikan. Ketika belum memegang kuasa, kita dengar, saya nak sebut; “Tak de guna nak jadi Perdana Menteri kalau bebankan rakyat. Malu saya sebagai pemimpin negara.” Tapi kini rakyat tercari-cari mana hilangnya sosok tersebut.

[Tepuk] Sesungguhnya - ini hadis diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri yang berbunyi, Rasulullah SAW bersabda.

draft • 3:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

“Sesungguhnya, manusia yang paling dicintai Allah azza wa jalla dan yang paling dekat tempat duduknya pada hari kiamat adalah pemimpin yang adil. Sedangkan manusia yang paling dibenci oleh Allah dan paling jauh tempat duduknya di hari kiamat nanti adalah pemimpin yang zalim.” Terima kasih, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Tepuk]

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Larut. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Paya Besar.

draft • 3:10 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan yang mulia ini. Apa khabar semua?

draft • 3:16 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 3:16 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sebelum saya meneruskan perbahasan mewakili BBC, izinkan saya menyatakan dan merakamkan ucapan takziah ke atas kepulangan ke rahmatullah Allahyarham Yahya Sinwar, tokoh pejuang Palestin dan juga ribuan lain rakyat Palestin yang telah syahid di medan juang. Semangat perjuangan Yahya Sinwar sehingga di akhir hayatnya masih teguh mempertahankan tanah Palestin dan Masjid Al-Aqsa. Biarpun dengan hanya sebatang kayu, kekal akan sentiasa dikenang sebagai pejuang ulung oleh umat Islam di seluruh dunia. Kelab penyokong Kerajaan MADANI mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis Israel yang amat zalim dan tidak berperikemanusiaan serta menggesa komuniti antarabangsa segera memastikan keamanan dan keadilan kembali tertegak. Seluruh rakyat Malaysia perlu terus mendoakan kesejahteraan dan kekuatan rakyat Palestin. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang kepada saya sebagai Pengerusi BBC untuk turut serta dalam perbahasan belanjawan kali ini. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Tambun; Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta pasukan Perbendaharaan kerana berjaya membentangkan belanjawan yang bertemakan “Ekonomi MADANI Memperkasa Rakyat”.

Dengan penuh hikmah dan bersifat menyeluruh serta berani mengambil beberapa keputusan dasar dan struktur, walaupun ianya dikatakan agak kurang popular. Tetapi demi kesejahteraan negara tercinta dan kelangsungan generasi yang mendatang, kita mesti lakukan sebaiknya.

Tuan Yang di-Pertua, episod kisah lalu dan pengajaran akan pengalaman yang lampau, telah dan kini memandu kita semua, Ahli-ahli Dewan yang mulia sama ada pernah menjadi kerajaan atau sekarang memegang tampuk pemerintahan. Bahawasanya, belanjawan negara ini adalah satu instrumen penting pemangkin kepada ekonomi. Suatu pengharapan kepada rakyat dan alat menguji kemapanan pentadbiran negara.

Pandangan saya, pihak kerajaan telah berjaya membentangkan kerangka anggaran yang inklusif dan hala tuju ekonomi yang jelas setahun ke hadapan serta berfokus

draft • 3:16 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

memperkasakan rakyat berasaskan keadilan sosial. Namun, saya akan juga turut menyinggung beberapa perkara nanti sebagai usaha, panduan dan peringatan kerana di Dewan inilah untuk kita semua berbincang.

Tuan Yang di-Pertua, pembentangan pada Jumaat yang lepas, saya amati ucapan Yang Amat Berhormat Tambun.

draft • 3:16 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya optimis kerajaan berupaya mengimbangi empat pemfaktoran penting yang menjadi asas dalam kesejahteraan rakyat dan kemapanan ekonomi:

(i) imbangan keperluan. Keperluan rakyat, keperluan peniaga, anak muda, OKU, penjawat awam dan golongan veteran;

(ii) imbangan dari segi kehendak. Kehendak kerajaan untuk menjadi negara maju, perjanjian blok perdagangan. Rakyat mahukan pendapatan tinggi. Kehendak agensi penarafan antarabangsa, kehendak Sabah dan Sarawak;

(iii) imbangan kemampuan. Kemampuan kutipan hasil, kadar keberhutangan negara, infrastruktur sedia ada, kemampuan bakat tempatan, kemampuan kawalan sepadan; dan

(iv) imbangan berkaitan keadaan. Keadaan geopolitik, perang dagang negara sumber, tuntutan negara tetangga, krisis iklim, black economy, siber sekuriti, keterjaminan makanan.

Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, kitaran perimbangan empat pemfaktoran ini ialah kompleksiti yang memerlukan whole-of-nation approach approach daripada kita semua untuk bersama dan bertindak membangunkan nusa bangsa.

Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 2025 ini berjumlah RM421 bilion dengan sasaran defisit 3.8 peratus dan jangkaan pertumbuhan KDNK pada kadar 4.5 peratus ke 5.5 peratus telah digariskan. Saya yakin Tuan Yang di-Pertua, sasaran ini adalah munasabah dan praktikal untuk dicapai berdasarkan beberapa asas penting kepada backdrop semasa ekonomi Malaysia yang kembali mengukuh keyakinan pasaran global dan domestik.

Keyakinan saya terhadap belanjawan ini berpaksikan kepada lima asas yang penting.

Asas pertama, dari segi pertumbuhan KDNK dan pelaburan Malaysia. Alhamdulillah Tuan Yang di-Pertua, prestasi ekonomi kita semakin kukuh dibuktikan dengan pertumbuhan KDNK separuh pertama 2024 pada kadar 5.1 peratus di mana suku pertama 4.2 peratus, suku kedua 5.9 peratus. Mungkin ada pihak yang mengaitkan angka yang baik ini adalah kesan asas yang rendah (low base effect) merujuk kepada tahun sebelumnya.

Namun Tuan Yang di-Pertua, jika kita lihat pertumbuhan suku ke suku (Quarter on Quarter), 1.5 peratus pada suku pertama, 2.9 peratus pada suku kedua dan saya kira inilah asas yang patut diambil kira. Memandangkan angka tersebut melepasi kadar pertubuhan median, Quarter on Quarter, pasca COVID-19 yang hanya berlegar pada kadar 1.4 peratus hingga 1.5 peratus.

draft • 3:20 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Pasaran buruh juga telah mencapai guna tenaga penuh. Jumlah pelaburan yang diluluskan pada separuh pertama 2024 dengan pertumbuhan sebanyak 18 peratus. Ia dipacu pertumbuhan 9.1 peratus pelaburan domestik. Pelaburan asing yang mencatat kenaikan sebanyak 16.7 peratus. Aktiviti pelaburan swasta juga telah berkembang pesat. Nisbah pelaburan swasta kepada KDNK semakin meningkat. 17.8 peratus pada separuh tahun pertama 2024 berbanding 15.5 peratus yang dicatatkan keseluruhan pada tahun lalu.

Asas dan kekuatan pertumbuhan inilah Tuan Yang di-Pertua, membuatkan Bank Dunia meningkatkan unjuran pertubuhan KDNK Malaysia tahun ini kepada 4.9 peratus berbanding unjuran awal 4.3 peratus sebelumnya dan menjangka negara yang kita sayang ini akan mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang 2028.

Tuan Yang di-Pertua, asas yang kedua ialah prestasi ringgit. Saya akui bahawa prestasi ringgit sebahagian besarnya dipengaruhi oleh faktor luaran. Penurunan kadar faedah Federal Funds Rate (FFR) sebanyak 50 mata asas telah mengurangkan jurang perbezaan di antara OPR dan FFR daripada 2.5 peratus kepada 2.0 peratus. Ini pasti memberi kesan positif kepada nilai ringgit. Kadar faedah global juga telah mencecah ke paras puncak dan kadar faedah yang kekal sama di Malaysia. Nilai ringgit juga meningkat berbanding negara-negara serantau.

Namun kita tidak boleh menyangkal Tuan Yang di-Pertua, data yang menunjukkan ini juga melibatkan isu fundamental yang menyumbang kepada pengukuhan ringgit dan menjadikan prestasi berbanding Dolar Amerika Syarikat ialah terbaik di negara-negara Asia.

Usaha dan strategi kerajaan meningkatkan permintaan ringgit, memberikan sumbangan positif terhadap prestasi ringgit. Bank Negara Malaysia juga dijangka akan mengekalkan kadar faedah yang stabil. Inflasi dijangka kekal terkawal. Ia akan menyokong lagi ringgit ketika bank-bank Pusat di serantau mula melonggarkan dasar monetari.

Tuan Yang di-Pertua, kestabilan politik dan reformasi kepada dasar ekonomi yang telah dijalankan oleh Kerajaan MADANI memainkan peranan penting dalam meningkatkan keyakinan pelabur asing terhadap ekonomi Malaysia. Bukti yang jelas dapat dilihat apabila pelabur asing mencatat belian bersih dalam pasaran bon dan ekuiti pada suku kedua dan suku ketiga tahun ini. Ini menandakan kepercayaan mereka terhadap potensi pertumbuhan dan kestabilan ekonomi negara dan ini yang harus kita tambah baik dan kekalkan.

Asas ketiga dari sudut fiskal dan penarafan antarabangsa, Tuan Yang di-Pertua.

Pertumbuhan hutang, Kerajaan Persekutuan dilihat semakin positif. Pertumbuhan hutang telah perlahan kepada 7.2 peratus berbanding pada puncaknya pada tahun 2021 suku kedua iaitu 12.2 peratus. Tetapi, hutang-hutang baharu menunjukkan penurunan yang amat ketara daripada RM100 bilion, 2022 kepada RM90 bilion, 2023 dan tahun ini RM85 bilion dan kita menjangkakan pada tahun hadapan hanya RM80 bilion disasarkan untuk kita membuat hutang baharu.

Sudah pasti Tuan Yang di-Pertua, prestasi ekonomi yang kukuh ini, pembaharuan dasar yang positif dan komitmen terhadap tanggungan fiskal dan pengurusan kewangan yang berdisiplin telah memacu angka-angka dan indikator yang telah saya nyatakan sebentar tadi.

draft • 3:20 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Itu sebabnya Tuan Yang di-Pertua, Credit Rating Agency telah membuat ulasan yang memihak kepada kita. Kita tidak mengharapkan orang lain untuk melihat negara kita kerana pelabur dalam dan luar negara bergantung sepenuhnya kepada badan-badan yang bersifat neutral untuk melihat prestasi ekonomi bagi sesebuah negara.

draft • 3:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

[Bangun]

draft • 3:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Itu sebabnya Credit Rating Agency (CRA) telah memberi ulasan yang akan memberi kesan kepada peningkatan dan tinjauan penarafan dan ini semua Tuan Yang di-Pertua ialah hasil daripada kerangka ekonomi MADANI yang telah dilaksanakan dan beberapa dasar kerajaan yang menguntungkan kita walaupun perit Tuan Yang di-Pertua, tetapi kita mesti lakukan demi kelangsungan generasi yang mendatang.

draft • 3:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Paya Besar...

draft • 3:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila.

draft • 3:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Baik. Terima kasih, terima kasih Paya Besar. Saya tertarik dengan ulasan Paya Besar bahawa kerajaan telah melakukan sesuatu yang waras iaitu menurunkan hutang negara secara berperingkat-peringkat untuk mengurangkan hutang yang baharu. Tetapi saya pun tengok ada komen-komen di social media daripada pihak sebelah bahawa sepatutnya kerajaan ini haruslah kurangkan hutang secara drastik kerana hutang itu tidak baik untuk negara ya.

Apa pandangan Paya Besar, adakah kalau kita turunkan hutang secara drastik, adakah ia akan menjejaskan pembangunan-pembangunan, rolling plans yang telah dirancang untuk kebaikan negara, pembangunan negara? Kerana kita tahu bahawa hutang itu adalah untuk development expenditure iaitu untuk pembangunan sahaja bukan untuk operating cost. Jadi mohon sedikit pandangan daripada Paya Besar. Terima kasih.

draft • 3:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Tuan Yang di-Pertua, persoalan yang dibangkitkan amat tepat sekali kerana pada pandangan saya dan ini kita kena minta Kementerian Kewangan menjawablah.

Tapi pada pandangan saya berdasarkan apa yang saya ketahui, apabila kita mengurangkan hutang negara secara drastik bermakna kita tidak membuat secara gradual, secara dengan keadaan yang perlahan, ia akan memberi kesan kepada dua perspektif.

Satu, kejutan terhadap proses pembangunan negara yang sedang dipacu tingkat ini.

Kedua, ia juga akan memberi kesan kepada rantaian kitaran ekonomi dalaman negara.

Sekiranya kedua perkara ini kita tidak dapat atasi semata-mata untuk memenuhi kehendak hutang itu perlu dikurangkan secara drastik, saya fikir kerajaan tidak akan melakukan tindakan sedemikian kerana bukan sahaja kita melihat negara kita tetapi pelabur-pelabur yang akan menyokong ekonomi negara kita juga akan melihat bagaimana konsolidasi fiskal yang kita lakukan. Kita sudah ada FRA. Kita di Dewan yang mulia ini telah meluluskan satu akta konsolidasi fiskal dan kita ikutlah seperti mana perancangan yang sedia ada. Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru.

draft • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tuan Yang di-Pertua, apabila saya bercakap tentang penarafan ia memberi cerminan penting kepada negara, kerana apa? Dengan kita lakukan konsolidasi fiskal ini, ia akan memberi suatu nafas yang baru kepada pihak agensi antarabangsa melihat negara kita.

Kerana penarafan yang sedia ada kita berada pada A3 dari segi Moody’s, A- Standard & Poor's dan BBB+ dari segi Fitch and Ratings. Tetapi kalaulah kita melihat penilaian dan rata- ratanya ulasan daripada penarafan antarabangsa ini adalah positif dan tinjauan penarafan kekal pada paras yang stabil. Saya juga Tuan Yang di-Pertua, ingin melihat bagaimana komen yang dibuat oleh J.P. Morgan yang telah meningkatkan kita daripada underweight kepada neutral.

Ini semua Tuan Yang di-Pertua, bukanlah permainan data yang ditunjukkan oleh kerajaan, kerana apa? Kerana agensi antarabangsa adalah badan yang neutral. Mereka mesti berasaskan kepada data yang dikeluarkan dan ini adalah bersifat neutral. Ini sebenarnya adalah laporan yang sahih bukan sahaja yang dibuat oleh kerajaan memaparkan data-data yang baik tetapi pihak antarabangsa juga memberi komen dan ulasan yang baik kepada negara kita.

Ogos 2024, kita ambillah mungkin kata agensi antarabangsa ini dia menggunakan metodologi yang berbeza. Kita ambil Malaysia Institute of Economy Research menyatakan dan menjangkakan Malaysia mampu meningkatkan penarafan. Fitch daripada A- — daripada BBB+ kepada A-. Standard & Poor's (S&P), daripada A- kepada A.

Tuan Yang di-Pertua, itu sebabnya asas yang ketiga berkaitan penarafan ini penting kerana bukan sahaja kita mengeluarkan data dan petunjuk ekonomi semata-mata untuk memberi feel good factor tetapi yang pentingnya adalah antarabangsa dan research house dalam Malaysia telah menyatakan bahawasanya ulasan mereka apa yang kita lakukan dasar- dasar di bawah Ekonomi MADANI ini berada di track yang betul.

draft • 3:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Paya Besar, minta laluan boleh?

draft • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Boleh.

draft • 3:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih sahabat Paya Besar. Tuan Yang di-Pertua, saya mengikuti ucapan Paya Besar dengan hebat. Cuma bersetuju tak Paya Besar bahawa rakyat di luar sana tak mahu mendengar angka-angka yang mantap, angka- angka hebat yang sedap didengar tetapi rakyat masih tertekan, makin tambah tertekan, susah nak dapat beras, susah nak telur dan susah nak dapat keperluan asas. Bersetuju atau tidak bahawa tidak bahu dengar angka-angka ataupun data-data yang hebat-hebat. Terima kasih, Yang di-Pertua.

draft • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Hulu Terengganu.

Saya setuju pandangan Yang Berhormat. Cumanya Yang Berhormat, apabila kita berbicara kita mesti melihat dalam konteks yang besar. Kita setuju mengatakan rakyat tidak mahu melihat indikator-indikator yang positif yang dinyatakan oleh kerajaan tetapi ia tak sama seperti mana yang realiti. Itu dari segi naratif, saya setuju. Tetapi kita kena lihat, adakah kerajaan pada hari ini tidak melakukan sesuatu? Apakah kerangka Ekonomi MADANI? Kita

draft • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

menaikkan lantai dan kita menaikkan siling. Kita membuat dasar-dasar reformasi ekonomi, kerana apa? Kerana isunya Yang Berhormat Hulu Terengganu, kita nampak ekonomi kita sangat cantik. Inflasi berkurangan, pendapatan tinggi tetapi isu perkara pokok yang kita kena address adalah isu wealth distribution. Pengagihan kekayaan itu hanya tertumpu kepada peringkat atasan. Ia tidak ditunjukkan kepada peringkat bawahan.

Saya ambil contoh Yang Berhormat Hulu Terengganu. Mereka yang bekerja sebagai di peringkat bawahan, beza gaji dengan peringkat atasan 20 kali ganda. Junior eksekutif dengan kumpulan pentadbiran tertinggi, 10 kali ganda. Kalau isu ini kita tidak atasi Yang Berhormat, bagaimana model ekonomi baik pun, rakyat di luar sana tidak akan faham. Itu sebabnya kerajaan mengambil inisiatif untuk tingkatkan gaji penjawat awam, [Tepuk] untuk tingkatkan gaji pekerja swasta, kerana apa? Kerana kalau kita tak menaikkan lantai, jurang di antara mereka yang mempunyai pendapatan tinggi dan jurang yang berada di peringkat rendah akan semakin melebar.

Yang Berhormat, saya dengar tadi macam seolah-olah ada cynical sikit berkaitan apabila kita tarik atau kita sasarkan subsidi Yang Berhormat. Yang Berhormat, kalau kita naikkan lantai, kita masih bagi subsidi kepada mereka yang mempunyai pendapatan tinggi, ia tidak guna kita menaikkan lantai, ini akan melebarkan lagi. Itu sebabnya kita ambil kepada mereka yang layak dicukaikan dan kita letakkan platform supaya mereka berpendapatan rendah terutamanya B40 dan M40 lower bracket akan mendapat kemudahan, kerana apa?

Kita meningkatkan lantai mereka supaya mereka duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dalam negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menurunkan asas yang keempat. Kutipan hasil cukai Tuan Yang di-Pertua, kita tahu kerajaan telah umumkan kita berada di tahap 12.6 peratus dan sekurang-kurangnya Bank Dunia mengesyorkan kita berada pada kadar 15 peratus. IMF menyatakan kita kena lakukan pendekatan cukai ini mengikut negara. Tak boleh kita nak bandingkan dengan jiran tetangga atau negara tetangga dan kita lakukan untuk negara kita kerana lain negara lain demografi, lain negara lain bentuk ekonomi dan bagaimana ekonomi drive dalam sektor-sektor tertentu akan mengubah landskap pendapatan atau kesejahteraan ekonomi negara. Yang pentingnya Tuan Yang di-Pertua, konsep pencukaian mesti berasaskan kepada tiga konsep yang utama, kecekapan, keadilan dan hasil (efficiency, equality dan revenew).

Itu sebabnya, apabila kerajaan melakukan reformasi cukai, pengagihan cukai itu mesti yang adil. Pengenaan cukai itu mesti kepada mereka yang tepat kerana prinsip mencukai Tuan Yang di-Pertua adalah mengenakan kepada mereka yang layak dikenakan.

Bagi mereka yang tak layak, mereka juga akan mendapat bantuan daripada kerajaan seperti mana penghuraian saya kepada Yang Berhormat Hulu Terengganu sebentar tadi.

Tuan Yang di-Pertua, asas kelima yang ingin saya jadikan sebagai asas kenapa saya menyokong belanjawan ini adalah berkaitan kutipan subsidi. Sila.

draft • 3:30 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Paya Besar. Saya cukup tertarik dengan ucapan Paya Besar berkenaan dengan cukai. Memang ya, tax pays kita di Malaysia

draft • 3:30 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

ini agak rendah, 12.8 peratus. Tapi ada satu sektor Paya Besar iaitu sektor shadow economy atau black economy yang sepatutnya kita dapat tap untuk menambahkan pendapatan negara. Apa pandangan Paya Besar macam mana kita boleh mendapat pendapatan daripada shadow economy ini? Terima kasih.

draft • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tuan Yang di-Pertua, itulah perimbangan yang amat penting sekali dalam awal mukadimah saya sebentar tadi kerana keadaan kita hari ini adalah negara kita ini ada jumlah yang hampir RM50 bilion dalam shadow economy. Apabila kerajaan melaksanakan e-Invoicing, ada juga kedengaran mereka yang tidak berpuas hati berkaitan dengan e-Invoicing. E-Invoicing bukan untuk menambah revenue secara direct. Kita ingin menambahkan kecekapan kutipan hasil supaya mereka yang layak dicukai mesti dicukaikan, bagi mereka yang tak layak dicukaikan, mereka mesti mendapat bantuan sosial daripada kerajaan.

draft • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Itu sebabnya saya beritahu Tuan Yang di-Pertua, apa sahaja asas yang kita buat dalam memastikan kita dapat mengecilkan black economy ini, kita kena beri sokongan yang padu terutamanya kepada pelaksana e-Invois ini. Ada orang kata e-Invois ini, “Berapa kutipan revenue?”. Tetapi, asas kepada e-invoicing bukanlah untuk meningkatkan revenue, tetapi ingin meningkatkan kecekapan kutipan hasil, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tebrau.

Tuan Yang di-Pertua, penyasaran subsidi ini adalah penting kerana prinsip subsidi adalah memulangkan hasil kepada mereka yang layak. Kita belanjakan subsidi secara pukal puluhan bilion ringgit. Pendekatan sedemikian tidak lagi munasabah, Tuan Yang di-Pertua, sedangkan negara terhimpit dengan ruang fiskal yang agak terhad. 40 peratus subsidi petrol bernilai RM8 bilion dinikmati oleh 15 peratus golongan teratas, 85 peratus tidak terkesan, dan kerajaan akan terus menanggung subsidi yang dianggarkan RM12 bilion, Tuan Yang di- Pertua.

Bayangkan, Tuan Yang di-Pertua, RM8 bilion satu jumlah yang cukup besar dan ini sebenarnya memberi gambaran bahawasanya asas kepada penyasaran subsidi ini, kita berasaskan kepada keadilan sosial. Di mana, ini adalah perkara untuk kita mendukung usaha konsolidasi fiskal dan ini tidak boleh lagi kita tangguh bagi kita memastikan kemapanan kewangan negara.

Saya harap sangat, Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mesti berusaha meminimumkan ketirisan dalam pengagihan subsidi yang dibuat nanti. Exclusion error or inclusion error.

Tambah baik mekanisme bantuan tunai sedia ada berbanding mengkaji dan membina sistem yang baharu yang akhirnya tidak mencapai objektif asal penjimatan dana kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, keempat pertimbangan saya telah nyatakan, lima asas bagaimana saya mewakili BBC menyokong belanjawan ini dan saya juga bukanlah seperti hanya menyokong tanpa ada arah tuju. Kita sebagai BBC, Tuan Yang di-Pertua...

draft • 3:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Paya Besar, Sik sikit.

Ada mohon pandangan Yang Berhormat Paya Besar.

draft • 3:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila.

draft • 3:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Dalam senarai disebut untuk pengukuhan kemapanan ekonomi, kita juga risau soal peluang pekerjaan rakyat yang semakin kritikal.

Pagi tadi, diumum oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, hampir 300,000 rakyat kita hilang pekerjaan dalam tempoh empat tahun ini. Jadi, dalam bajet kita ini, tidak nampak satu arah tuju ataupun perancangan yang lebih konsisten masa depan.

Dan disebut juga dalam analisanya di luar sana, mengatakan kita terlalu bergantung dengan sektor yang berisiko ini― pembuatan, pelancongan, minyak dan gas ini. Ketika COVID hari itu, ramai yang hilang pekerjaan termasuklah yang disebut polisi buruh kita yang tidak konsisten menarik pelabur asing ini. Masalah gangguan politik, birokrasi menyebabkan pelabur-pelabur ini tak berminat untuk nak melabur di negara kita dan menyebabkan peluang pekerjaan rakyat kita ini semakin kritikal.

Mohon juga ketua backbencher ini memberi penekanan bagaimana kerajaan perlu melihat benda ini dengan lebih serius. Terima kasih.

draft • 3:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sik. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sik adalah berkaitan apakah yang akan dilakukan oleh kerajaan. Saya ingat kerajaan akan jawab perkara tersebut.

Tetapi, pandangan saya, Yang Berhormat, kita tidak boleh lagi berada dalam konteks seperti mana kita berada di zaman dahulu. Apabila zaman sekarang ini, Tuan Yang di-Pertua, bukan lagi kita bercakap tentang industrial revolution 4.0 ataupun society 4.0. Sekarang ini kita dah bercakap tentang society 5.0. Bukanlah jawapan saya nak ke arah mengatakan kita perlu mengadaptasi kepada teknologi yang baharu. Bukan begitu. Tetapi, kita mesti beralih.

Susunan sektor ekonomi negara kita, saya setuju, bukan hanya tertumpu kepada manufacturing sahaja. Kita kena memantapkan sektor perkhidmatan. Bukan sahaja sektor perkhidmatan berkaitan pelancongan tetapi kita juga kena menggunakan keupayaan yang ada berasaskan, seperti mana yang disebut Yang Berhormat Ketua Pembangkang tadi adalah kita ada natural resources, kita ada sesuatu barang yang berharga yang selama ini kita hanya eksport keluar bahan-bahan mentah tanpa kita proses di dalam ini. Kerana keunikan bahan tempatan ini akan meningkatkan jumlah pekerjaan yang akan compensate dengan kehilangan pekerjaan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sik tadi.

Itu sebabnya apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan, kita menyelerakkan sektor dan kita mesti memantapkan sektor perkhidmatan. Ini perkara yang daripada dulu lagi, Tuan Yang di-Pertua, semasa saya dalam frontbench pun saya sebut, kerajaan perlu mengambil tindakan yang serius dalam memantapkan sektor perkhidmatan dan kita juga kena beralih kepada country exporting destination. Kita tidak boleh lagi berada hanya kepada negara- negara tradisional yang akan membebankan kita apabila berlaku geopolitik yang telah dan akan kita hadapi masa akan datang nanti.

draft • 3:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Paya Besar.

draft • 3:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila.

draft • 3:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih. Saya tertarik dengan hujah Paya Besar tentang diversify economy dan tumpukan sedikit tentang hasil bumi yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang tadi.

Ketua Pembangkang tadi membangkitkan bahawa kita mempunyai rare earth (REE) yang mempunyai potensi yang sangat besar bernilai trilion ringgit. Namun, untuk mendapatkan hasil yang terbaik, Malaysia harus mempunyai strategi tertentu. Dan kita nampak bahawa perlombongan itu di bawah kuasa negeri. Tetapi, selalunya kita berpecah- pecah kerana kalau kita hanya tumpukan kepada certain negeri― contohlah, negeri Kelantan buat sendiri, Kedah buat sendiri atau di tempat lain buat sendiri. Dia tak ada economic of scale. Kejayaan Malaysia dulu iaitu melalui PETRONAS di mana kita boleh membina satu company yang begitu hebat sekali di dunia sehingga kita masuk kepada Fortune 500. Ini adalah strategi yang baik. Bolehkah kerajaan― pandangan Paya Besar. Bolehkah kita consolidate negeri-negeri yang mempunyai rare earth ini untuk satu vehicle seperti PETRONAS supaya kita ada economic of scale? Lepas kita lombong, kita boleh proses, boleh downstream, boleh menggunakan teknologi, develop teknologi sendiri supaya kita boleh memanfaatkan yang terbaik untuk negara kita.

Mohon pandangan Paya Besar. Terima kasih.

draft • 3:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tuan Yang di-Pertua, apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bayan Baru adalah satu perkara yang tepat, Tuan Yang di-Pertua. Apabila kita bercakap tentang rare earth ini atau natural resources in our country, kita juga bercakap tentang economy scale. Kenapa PMKS tidak berjaya, Tuan Yang di- Pertua, kerana mereka tidak melakukan penggabungan, mereka tidak lakukan konsortium.

Kerana demand atau permintaan, dia berasaskan bukan sahaja value, tetapi juga berasas kepada volume. Itu sebabnya saya setuju, Yang Berhormat Bayan Baru, kalau kita dapat consolidate kesemua negeri-negeri. Cuma, kerajaan juga kena bersifat adil. Janganlah kita mengambil hasil negeri tersebut tetapi kita tidak pulangkan pengagihan kekayaan kepada negeri-negeri tersebut. Sekiranya ada perimbangan atau formula yang tepat, saya kira perkara ini dapat kita consolidate seperti mana kejayaan PETRONAS yang telah puluhan tahun kita lakukan selama pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, ekonomi negara kita― terima kasih, Bayan Baru.

Ekonomi negara kita, Tuan Yang di-Pertua― ya, ‘Y’ is equal to ‘C’ plus ‘G’ plus ‘I’, ‘X’ tolak ‘M’. Ini perkara yang sangat-sangat klise, tetapi kita kena lihat ekonomi negara kita pada hari ini bergantung sepenuhnya sebanyak hampir 74 peratus ekonomi kita didorong oleh ‘C’ dan ‘G’, penggunaan dan government. Hanya 26 peratus yang disumbang oleh pelaburan, eksport dan import. Perkara ini menampakkan kebengkakan sektor yang menyumbang kepada KDNK berpunca daripada consumption dan government spending. Ini tak boleh berlaku, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 3:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Itu sebabnya saya minta sangat, Tuan Yang di-Pertua, supaya kerajaan mesti membina kekuatan yang sedia ada, menjadi pelopor utama, dan kita mesti mengembangkan kekuatan ekonomi halal dan kewangan Islam, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 3:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Kita dah ada track record yang baik. Kita pun dikenali di serata dunia tetapi kita mesti memperkasakan kekuatan ini kerana inilah menyebabkan kita berada di hadapan. Selalu kita nak mengatakan, kita ini adalah- we are the leader among the neighbouring country, dengan izin tetapi kita sebenarnya, we are lagger. Kita hanya pengikut kepada corak yang sedia ada.

Tuan Yang di-Pertua, ramai yang bercakap pasal artificial intelligent, Tuan Yang di- Pertua. Sekarang ini, di luar negara sudah tak bercakap tentang artificial intelligent. Mereka bercakap tentang Explainable Artificial Intelligent (XAI). Orang dah tak bercakap 5G. Negara kita barulah nak melakukan langkah-langkah untuk pemantapan 5G. Di luar sana, sedang meneroka dan membuat framework kepada 6G.

Kenapa saya sebutkan ini, Tuan Yang di-Pertua? Kerana kita ada kekuatan. Kita ada kekuatan yang perlu diberikan perhatian. Kita lihat peningkatan- kita lihat jumlah perdagangan lapan bulan pertama 2024, peningkatan 10.9 peratus. Kita bangga dengan jumlah perdagangan negara kita yang mencecah RM1.9 trilion dan kita berbangga kita ada lebihan dagangan, lebih kurang RM78 bilion.

Angka- alhamdulillah, perdagangan yang bagus. Import dan eksport tetapi yang merunsingkan saya, Tuan Yang di-Pertua, pertumbuhan import melepasi pertumbuhan eksport. Kerana apa? Kerana, kita banyak import barang-barang yang menjadi keperluan kepada rakyat kita.

Tetapi sekiranya kita dapat memperkasakan ekonomi halal dan kita dapat meneroka dan memantapkan kewangan Islam, kita dapat membantu supaya pertumbuhan eksport bukan lagi meningkat kepada 6.0 peratus, tetapi dia mesti memecut dan meninggalkan pertumbuhan eksport. Barulah, pekerjaan dapat diwujudkan dengan baik. Rakyat di bawah akan dapat keselesaan kerana banyak produk-produk yang dapat kita hasilkan.

Itu sebabnya Tuan Yang di-Pertua, saya bersama rakan-rakan daripada JKPK Kewangan, baru-baru ini kami diberi peluang untuk meneroka pasaran kewangan Islam di Hong Kong. Mereka amat menghormati Malaysia kerana Malaysia masih merupakan pasaran sukuk terbesar di dunia, kira-kira 60 peratus daripada pasaran modal hutang dan capital market dalam sukuk. Sukuk global, kira-kira USD900 bilion. Sukuk yang terbesar, Tuan Yang di-Pertua, 30 peratus terasnya adalah negara GCC dan daripada RM1 trilion pasaran hutang global ini, 37 peratus datang daripada sukuk, Tuan Yang di-Pertua.

Itu sebabnya, apabila kita pergi ke Hong Kong Tuan Yang di-Pertua, saya ingin berkongsi dengan Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, Hong Kong melihat Malaysia sebagai peneraju kewangan Islam dan mereka memerlukan facilities yang sama di negara mereka kerana Hong Kong tidak boleh lagi bergantung sepenuhnya kepada ekonomi China. Mereka sedang meneroka bagaimana untuk membawa flow in- apa ini, allocations atau kewangan daripada Middle East ataupun negara GCC.

draft • 3:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Mereka perlukan Malaysia kerana mereka ingin mewujudkan ekosistem Muslim friendly destination yang pastinya akan ada industri halal di sana dan yang pastinya ada kewangan halal di sana. Kalau kita lihat Tan Sri Yang di-Pertua, ini peluang yang besar, tetapi pasaran halal global pada 2030 dijangka USD5 trilion. Kita dalam dunia ini hanya dapat penuhi 20 peratus sahaja permintaan.

Malaysia dapat eksport produk RM53.7 bilion. Bagus untuk Malaysia, tetapi kalau kita lihat secara terperincinya Tuan Yang di-Pertua, kita hanya tertumpu kepada food and beverage (FNB) atau food processes. Kita tidak pergi kepada industri-industri bernilai tinggi.

Farmaseutikal, hanya 1 peratus sahaja. Kimia industri - 2 peratus. Produk derivatives kelapa sawit - 3 peratus. Kosmetik - 7 peratus, yang sepatutnya kita meneroka dan memantapkan industri halal kita kepada high-growth high-value. Itu sebabnya Tuan Yang di-Pertua, perkembangan ekonomi halal akan membuka peluang pekerjaan profesional dan memerlukan pensijilan khusus. Inilah agenda yang dibawa oleh kerajaan iaitu high-growth high-value. Namun, ingin saya tekankan, isu yang membelenggu pemain industri domestik tentang graduan berkelulusan pengurusan halal yang dianggap agak terbatas, hanya menguruskan pensijilan halal sahaja. Saya percaya, sijil pengurusan halal ini sewajarnya menjadi nilai tambah kepada mahasiswa. Modul ini juga turut dapat diperkenalkan kepada mahasiswa dalam bidang pengurusan hotel, pelancongan, sains gunaan dan pelbagai lagi.

Tuan Yang di-Pertua, daripada jumlah yang saya sebutkan tadi, RM53.7 bilion Tuan Yang di-Pertua, bukannya datang daripada PMKS. Kebanyakan datang daripada MNC atau syarikat-syarikat yang besar. Itu sebabnya, kalau kita ingin memantapkan perkara ini, kita kena pastikan bagaimana proses syarikat-syarikat di akar umbi itu dapat kita mantapkan.

Saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

Daripada tiga bulan pensijilan halal, dapat dikurangkan kepada satu bulan dan baru-baru ini, diumumkan dapat dikurangkan kepada 20 hari untuk mendapat Sijil Halal. Ini satu tindakan yang harus dipuji, yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Bagan Datuk.

Tuan Yang di-Pertua, tahun depan dan sekarang ini, kita akan menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun depan. Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk kita mengukuhkan hubungan diplomatik dan kerjasama ekonomi di peringkat ASEAN. Saya mencadangkan penubuhan Pusat Latihan Penyelidikan Halal ASEAN dan kita juga kena mengkaji Asian Shariah Stock Exchange untuk menjadikan ASEAN ini, yang populasinya hampir 700 juta ini, dapat menjadi peneraju kewangan Islam global.

Setakat hari ini, Tuan Yang di-Pertua, kalau kita pergi kepada pasaran ekuiti, kita hanya ada syariah di kaunter. Kaunter syariah, kaunter syariah ini, kaunter syariah itu, tetapi kita nak ada stock exchange yang comply kepada syariah. Itu yang saya sebutkan. Saya mencadangkan supaya pihak ASEAN untuk menerokai sebuah common platform trading yang disebutkan Asian Shariah Stock Exchange. Tuan Yang di-Pertua, usaha yang kedua adalah kos sara hidup ini. Saya akui, seperti mana Yang Berhormat Hulu Terengganu sebutkan tadi, kita dapat merasai dan ahli-ahli wakil

draft • 3:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

rakyat di Dewan yang mulia ini amat merasai kerana kita berhadapan dengan rakyat yang menghadapi tekanan kos sara hidup yang meningkat.

Cumanya, kita kena pergi kepada perkara asas Tuan Yang di-Pertua. Kenapa kos sara hidup ini meningkat? Dua perkara. Satu, gaji yang rendah. Yang kedua, kos makanan yang tinggi. Bab gaji, saya dah nyatakan tadi pandangan saya, menjawab soalan daripada Ahli Yang Berhormat. Cumanya, kos makanan tinggi ini adalah akibat daripada import.

Kita juga kena akui, apabila kita lakukan sesuatu tanpa memikirkan pada masa-masa yang mendatang, ia akan memberi kesan. Sebagai contoh, Tuan Yang di-Pertua. Kalaulah 30 tahun dahulu kita membincangkan pasal food security, kita tidak akan hadapi jumlah import. Makanan pertanian mencecah kepada RM71.6 bilion.

Ya, kita akui. Perubahan iklim, bencana alam memberi kesan kepada pengeluaran domestik tetapi sekiranya kita dapat lakukan sesuatu pada masa-masa yang terdahulu, ia akan memberi kesan kepada kita. Sekurang-kurangnya, jumlah import makanan dari luar negara tidaklah setinggi apa yang kita hadapi pada hari ini.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh tanya sikit, Yang Berhormat?

draft • 3:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Boleh.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya. Yang Berhormat Paya Besar, terima kasih. Fenomena kita mengimport, eksport, import makanan ini bukan saja berlaku di negara kita. Bahkan, berlaku di negara jiran termasuk Indonesia. Saya masih sedar iaitu di Indonesia pada satu ketika, harga cili padi mencecah kepada USD40 satu kilo.

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jadi ekoran daripada peristiwa-peristiwa itu, maka presidennya pada satu ketika mengarahkan Menteri Pertanian untuk membuat transformasi pertanian dan mereka telah men-transform seluruh dari atas sampai bawah di pertanian sana. Hari ini, Indonesia dia telah berjaya mengeluarkan hasil pertanian untuk kegunaan negara dia tanpa perlu mengimport sebanyak sembilan jenis. Di Malaysia, sudah ada berapa jenis agak-agak kita? Ada... [Tidak jelas].

draft • 4:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya mengambil pandangan Yang Berhormat Kinabatangan apabila merujuk pada Indonesia, Tuan Yang di-Pertua. Itu yang saya sebutkan tadi, Tuan Yang di-Pertua. Tak guna kita mempunyai ekonomi yang berteraskan daripada teknologi tetapi nasib kedaulatan makanan negara kita tidak capai.

Kita boleh lakukan, Tuan Yang di-Pertua. Kita ada GLC, kita ada GILC. Kalau kita mengharapkan sepenuhnya kepada petani-petani yang kecil Tuan Yang di-Pertua, orang kampung saya dia jual cili minggu lepas RM10 di peringkat harga ladang. Masuk sahaja cili dari luar, dah jadi RM5 Tuan Yang di-Pertua. Itu sebabnya kalau kita ada seperti mana yang saya jawab pada Yang Berhormat Bayan Baru sebentar tadi, kita masalah kita adalah economy of scale, Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kinabatangan.

draft • 4:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Kalau kita mengharapkan sepenuhnya kepada petani-petani di bawah, ia tidak akan dapat volume kerana- contoh di Kuantan, di kawasan saya, di daerah saya. Kebanyakan petani yang menghantar ke Kuala Lumpur. Kuala Lumpur ada pusat dagangan pengumpulan semua hasil pertanian dan hotel di Kuantan membeli dari Kuala Lumpur.

Bayangkan Tuan Yang di-Pertua, kenapakah perkara ini tidak dapat kita selesaikan?

Itulah menyebabkan kos sara hidup tinggi. Walau bagaimanapun, kerajaan sedang lakukan sesuatu. Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya harap sangat...

draft • 4:00 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Paya Besar, bagi sikit Paya Besar.

draft • 4:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila.

draft • 4:00 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Okey, terima kasih Paya Besar. Terima kasih Yang di-Pertua. Saya juga ingin memberikan pandangan pada Paya Besar setuju tak bahawa berkaitan dengan kita punya bekalan makanan, food security dan sebagainya ini. Pernah digerakkan satu ketika di bawah agensi kerajaan tadi Yang Berhormat Paya Besar sebut tentang gedung makanan negara ini dan dibelanjakan ratusan juta pernah dilaksanakan.

Sekarang ini kita tengok pun di kawasan kita. Paya Besar anak peneroka FELDA, saya pun anak peneroka FELDA. Ada banyak tanah di kawasan-kawasan FELDA kita tu yang kalau dimanfaatkan oleh generasi kita, boleh memberikan bukan sahaja sumber makanan kepada kita, tetapi juga memberi pendapatan kepada mereka sementelah kita ada banyak masalah- tentang pendapatan generasi ini.

Jadi, bagaimana Paya Besar melihat mungkin ada dasar, satu dasar yang boleh dikuatkuasakan untuk supaya 317 tanah rancangan FELDA sekurang-kurangnya tak termasuk FELCRA dan RISDA ini boleh menjadi tempat untuk mendaya kita punya food security. Terima kasih.

draft • 4:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Itu yang saya sebutkan tadi, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Tenggara, terima kasih atas persoalan. Apabila kita bercakap tentang economy of scale ini, ia amat penting dan saya amat mengharapkan supaya GLC dan GILC menerajui perkara ini. Betul, kita ada tanah yang besar, tetapi business model yang dikemukakan itu memihak kepada capitalism. Bukan memihak kepada pemilik tanah tersebut. Jangan ada imbangan seolah-olahnya win-lose situations. Kita mesti memberi kejelasan kerana anak-anak mereka, petani-petani bukan lagi anak-anak petani sepertimana 40 tahun yang lepas. Anak mereka juga berpengetahuan dan berpelajaran dapat menilai bagaimana business model yang dicadangkan oleh syarikat- syarikat tertentu. Itu sebabnya peranan ini mesti diambil oleh GLC ataupun GILC untuk menerajui supaya kesan keuntungan dan kesan kepada kedaulatan makanan ini dapat kita selesaikan sebaik mungkin.

Tuan Yang di-Pertua, usaha yang ketiga adalah berkaitan tentang latihan pendidikan dan emerging of technology. Laporan Bank Dunia terkait dengan peningkatan Pengangguran Berkaitan Kemahiran (SRU) meningkat 27 peratus pada tahun 2010 kepada 37 peratus pada tahun 2022. Saya akui kerajaan ada ambil tindakan. Okey, saya tidak ada masalah perkara itu. Cumanya, saya ingin menekankan bahawa kita tidak boleh melupakan aspek yang

draft • 4:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

penting iaitu peningkatan kemahiran pensyarah. Kita ingin tingkatkan keupayaan mahasiswa, tetapi kita terlupa bahawa pensyarah itulah yang akan mendidik anak bangsa kita. Pensyarah itulah bukan sekadar menyampai maklumat atau ilmu, tetapi juga bertindak sebagai agen perubahan membentuk generasi masa depan.

Mereka ini perlu disediakan dengan kemahiran terkini. Peruntukan yang lebih besar mesti diberikan kepada latihan dan peningkatan pensyarah. Pensyarah yang tidak diberi peluang untuk menguasai teknologi baharu akan ketinggalan dan ini akan memberi kesan negatif kepada pelajar yang mereka didik. Seperti mana yang saya sebutkan tadi, Tuan Yang di-Pertua- Society 5.0. Bukan tahun ini dibincangkan di negara Jepun, Tuan Yang di-Pertua.

Ia telah dibincangkan pada tahun 2016. Bayangkan Tuan Yang di-Pertua, selepas lapan tahun barulah kita berkial-kial nak bicarakan tentang Society 5.0.

Belum lagi kita cakap tentang kegemukan maklumat- information obesity atau lebih mudahnya infobesity. Perkataan-perkataan jargon ini sudah dibincangkan lama di luar negara, Tuan Yang di-Pertua. Itu sebabnya Pensyarah ini mempunyai peranan yang penting untuk mereka meneroka ilmu yang baharu dan mereka bawa balik ke bilik-bilik kuliah, ajar anak-anak kita, Tuan Yang di-Pertua. Itu sebabnya kita mesti melabur dalam bakat Pensyarah kita. Dalam revolusi digital, Pensyarah harus menjadi peneraju dalam memahami dan mengaplikasikan teknologi-teknologi baharu ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya harap satu kerangka kolaborasi antara universiti dan industri mesti disediakan dan diperkasakan. Kita mencontohi Brain Korea 21 (BK21) di Korea Selatan telah berjaya mengukuhkan universiti mereka dalam arena global. Dengan suntikan dana yang besar kepada pembangunan pensyarah. Universiti di Korea Selatan kini adalah universiti yang terkemuka terutamanya dalam bidang teknologi dan inovasi.

Selain itu, kita boleh lihat program pendidikan dual di Jerman menggabungkan latihan akademik dengan latihan industri. Malaysia boleh lakukan dengan model yang serupa, Tan Sri Yang di-Pertua dan kita harap kerajaan akan dapat memperuntukkan sebuah dana khas kepada Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mewujudkan dana khas Future Ready Academia. Bukan sahaja Future Ready Graduate, tetapi kita kena ada Future Ready Academia. Tuan Yang di-Pertua, usaha yang keempat ESG dan biodiversiti...

draft • 4:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Paya Besar, sikit tentang pensyarah tadi tu. Boleh? Saya setuju pandangan Paya Besar supaya pensyarah kita ini diberi kemahiran dan latihan lah untuk supaya graduan universiti ini lebih mahir. Apakah pandangan Paya Besar apabila UKM baru-baru ini mengenakan sekatan supaya pensyarah tidak membuat kenyataan bersifat umum tak boleh menyuarakan pandangan terhadap dasar- dasar dan apa benda perkara isu yang berlaku?

Adakah tindakan UKM ini menyebabkan pensyarah tadi dia agak tersekat?

Sepatutnya dia kena memberi ruang ahli akademik untuk melontarkan keilmuan mereka kepada masyarakat. Kemudian terserahlah kepada kerajaan untuk menilai ataupun tidak. Apa pandangan Yang Berhormat Paya Besar? Terima kasih.

draft • 4:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Alor Setar membangkitkan perkara ini. Saya ada sikit perbezaan pandangan daripada Yang Berhormat kerana ekosistem di universiti berbeza dengan ekosistem berada di Dewan yang mulia ini. Ini kerana di universiti itu ada pelbagai cita rasa, pelbagai pemikiran dan sudah pasti pensyarah ini mempunyai tanggungjawab sosial untuk membangunkan generasi yang akan datang.

Sekiranya pensyarah tersebut telah menunjukkan pemikiran yang agak tidak bersifat umum terhadap apa yang dilakukan dalam kajiannya, sudah pasti ia akan memberi sedikit sebanyak ketidaksenangan walaupun ita sudah ada pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti pindaan daripada 1971 dahulu, tetapi kita biarkanlah ekosistem universiti ini Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat, biarlah dia bersifat apolitical. Kerana apa? Kerana kita nak memastikan di universiti ini adalah pusat untuk penerokaan ilmu baharu. Penerokaan sesuatu framework atau kerangka menjadikan masyarakat Malaysia yang lebih baik. Ini dapat diterapkan saya kira kita akan ada kilang yang baik. Bukan kilang yang hanya terdorong kepada satu naratif sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Baik...

draft • 4:00 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Paya Besar, laluan sikit. Pasir Puteh.

draft • 4:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya ada lagi enam usaha ini.

draft • 4:00 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Sikit saja.

draft • 4:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Boleh, boleh. Ini semua kawan-kawan ni.

draft • 4:00 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Terima kasih Paya Besar yang telah menyampaikan idea-idea yang saya kira Paya Besar lebih baik untuk jadi Perdana Menteri daripada orang lain.

Apa yang disebut oleh Paya Besar tadi saya agak menarik berkenaan dengan economy of scale yang ada dalam negara kita sama ada dia membabitkan Pensyarah, membabitkan generasi muda untuk mencipta sesuatu dalam negara kita sehingga negara kita menjadi negara pengeluar. Kita boleh mengeksport apa yang kita reka, kita create daripada kemahiran kita berbanding dengan kita import.

draft • 4:00 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Kalau kita lihat sekarang ini, macam-macam perkara ini kita import, hatta benda kecil saja. Mesin kah apa kah yang diguna oleh para petani, kita import seolah-olah mahasiswa,mahasiswi dalam negara kita sebelum daripada ini seolah-olah mereka ini tidak memiliki kemampuan untuk mencipta sesuatu yang baru dalam negara kita. Termasuk juga, dalam isu-isu pertanian yang disebut oleh Paya Besar tadi sangat baik supaya pertanian kita ini menjadi satu aset yang besar dalam negara kita. Kita kebergantungan kita kepada negara luar itu, biarlah makin hari makin minimum. Ha, apa pandangan Yang Berhormat? Sekian, terima kasih.

draft • 4:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Saya memuji pandangan Yang Berhormat sangat jauh ke hadapan, maknanya ada chance menjadi Presiden PAS akan datang nanti.

[Tepuk] Saya nampak. Saya nampak. Saya dah nampak sekarang dah.

Tuan Yang di-Pertua...

draft • 4:10 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Nanti UMNO ikut PAS lah.

draft • 4:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

[Ketawa] Tuan Yang di- Pertua, yang paling pentingnya bagi kita adalah kita mesti — saya faham, ini perkara yang berlaku di peringkat universiti. Saya kira Yang Berhormat Pasir Gudang cuba address dan Yang Berhormat Parit Sulong juga cuba address semasa mereka menjadi Menteri Pengajian Tinggi iaitu bagaimana commercialization yang harus dilakukan di universiti itu mesti dibawa keluar. Gap ini kita kena isi Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pasir Puteh, cuma kita punya researcher ni dia tak ada civilian, dia tak ada resilience, ketahanan nak menunggu ini, nak menunggu ini IP mereka didaftarkan. Nak menunggu venture capital mana yang datang untuk bantu. Itu sebab saya melihat kerajaan sedang mengaturkan supaya ada venture capital yang bersesuaian untuk kita bangunkan research di universiti untuk kita bawa keluar supaya semua produk mesti Malaysia yang buat.

Saya seronok berada tempoh hari, membentangkan paper di Tokyo University dalam bidang PhD yang saya lakukan dalam bidang AI. Saya lihat mereka lebih jauh ke hadapan.

Apabila bercakap tentang energy transition, mereka jauh sangat ke depan. Kerana apa?

Kerana dalam energy transition, National Energy Transition Roadmap, perkara yang penting adalah efficiency, energy efficiency. Tetapi di Malaysia, energy efficiency produknya lagi mahal. Bagaimana orang kampung yang sepatutnya kita tolong, tak diberikan subsidi untuk dapat energy efficiency product? Energy efficiency product selalunya tinggi, mahal. Tetapi di sana, di supermarket, semua murah-murah. Lampu LED, kita mahal. Perkara ini yang kita kena lihat secara holistik. Saya yakin kerajaan sedang melakukan perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf, saya tak bagi ini sebab saya nak pergi kepada enam perkara yang penting. Biodiversiti Tuan Yang di-Pertua. Biodiversiti ini ialah perkara yang amat penting kerana naratif kita sekarang ni hanya menumpukan banyak perkara kepada climate change. Kerana apa? Kerana kita nak memastikan carbon emission yang dilepaskan ke atmosfera yang akan mengganggu global surface temperature supaya kita kekal 1.5 darjah Celsius. Kalau lebih, dia akan berlaku melting di Northport. Akhirnya, air sungai akan meningkat dan banjir akan menjadi penampan apabila air sungai nak keluar.

Ini perkara yang cliche, tetapi biodiversiti sebenarnya Yang di-Pertua, yang separuh dilepaskan di atmosfera, tetapi separuh disimpan di dalam bumi. Tanah gambut tiga peratus, tanah gambut di Malaysia ini atau tiga peratus tanah yang berada di dunia ini adalah tanah gambut yang menjadi aset yang penting untuk kita pertahankan. Itu sebabnya saya yakin dan percaya Tuan Yang di-Pertua, kalau biodiversiti ini dapat kita beri penekanan, dia akan memberikan kesan yang sangat-sangat besar bagi kita mengatasi apa yang kita sebut pada

draft • 4:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

hari ini krisis iklim, tetapi kita lupa aset yang harga yang murah, kita tidak lakukan penyelesaian berdasarkan biodiversiti. Kerana kalau kita lihat habitat lautan juga menyerap karbon dioksida (CO2) yang murah berbanding kita membuat perancangan-perancangan yang besar. Saya harap kerajaan dapat memberi penekanan. EFT dah ada Tuan Yang di- Pertua, tapi sikit sangat. Pengauditan di peringkat negeri kena lakukan berasaskan kepada output.

Usaha yang keenam, pasaran bon bagi pelabur runcit Tuan Yang di-Pertua. Saya harap sangat Tuan Yang di-Pertua, di Malaysia, retailers ini belum ada akses kepada bon kerajaan. Mereka hanya melabur secara tidak langsung melalui unit trust dan ETF sahaja.

Pandangan saya supaya kerajaan — pasaran bon kerajaan dapat dibuka kepada pelabur runcit kerana ini akan meningkatkan penyertaan, meluaskan asas pembiayaan, meningkatkan kecairan pasaran dan akan memberi pilihan pelaburan yang selamat kepada rakyat kita. Penyertaan retailers di Bursa Malaysia melonjak 20.8 peratus pada 2019 kepada 32.4 peratus 2020 dengan belian RM14.3 bilion. Sudah pasti ia melebihi pelabur institusi. Kita pernah buat kerajaan — Sukuk Prihatin, kejayaan Sukuk Prihatin RM666 juta dan menunjukkan ada minat pelabur runcit yang tinggi dan ini akan memberi potensi kepada bon kerajaan. Kalau kita lihat jiran Tuan Yang di-Pertua, Singapore dah buat, Indonesia dah buat dan ini semua akan memberikan suatu ruang yang sangat penting.

Usaha yang keenam Tuan Yang di-Pertua adalah kesejahteraan bandar. Saya harap Urban Redevelopment Act ini kena dilihat sepenuhnya, walaupun consent yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri pagi tadi 80 peratus, saya ingat kita kena tingkatkan kepada 90 peratus. Kalau Hong Kong boleh buat 90 peratus, kenapa kita berada pada tahap 80 peratus?

Walaupun kita nak berubah daripada 100 peratus consent threshold tersebut Tuan Yang di- Pertua, tetapi kita kurangkan kepada 90, kita tingkatkanlah kepada 90 kerana ia akan memberi keselesaan dan keharmonian pada masyarakat tersebut Tan Sri Yang di-Pertua.

Kesesakan salah satu perkara yang kita kena ambil kira. Akses kawasan hijau mesti ada dan saya mengharapkan sangat supaya bukan sahaja urban redevelopment dibuat di kawasan bandar-bandar besar, tetapi perkara yang penting ialah kita selerakkan, decentralize. Janganlah kita centralize-kan kepada Selangor dan Kuala Lumpur sahaja Tuan Yang di-Pertua. Bandar-bandar yang sekitar, bandar-bandar yang kecil ini juga perlu kita usahakan.

Tuan Yang di-Pertua, isu logistik. Ramai tadi Ahli-ahli Yang Berhormat bangkitkan tentang ekonomi. Tetapi sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, kita hadapi bottleneck. Kita paksa jangan jual komoditi kita, kita proses komoditi kita. Kita pastikan ramai FDI datang tempat kita buka kilang itu dan ini, tetapi kita lupa bahawasanya kita punya pelabuhan, kita punya lapangan terbang tidak mencukupi untuk kita laksanakan jumlah yang besar.

Saya ambil contoh Tuan Yang di-Pertua, sekiranya kita nak di Westport dan Northport, apa yang dilakukan oleh World Bank, ATA (average berthing delay). Dia mengambil masa lebih kurang 9.3 jam. Nak tunggu kapal dok ni Tuan Yang di-Pertua, di Westport 9.3 jam terpaksa tunggu di luar perairan nak masuk. Di Northport 1.9 jam. Kalau kita dapat

draft • 4:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

increase seperti mana yang kerajaan umumkan tempoh hari nak besarkan Westport, sepatutnya kita buat daripada dahulu lagi Tuan Yang di-Pertua. Jangan esok kita ada produk, produk tak boleh nak keluarkan kerana kita tidak ada port yang besar. Kalau kita lihat Boeing 747 dan Airbus, memerlukan 9,000 hingga 12,000 kaki atau 2.7 kilometer hingga 3.6 kilometer runaway untuk kita bawa airplane kargo yang besar.

Kita bercakap tentang NSS Tan Sri Yang di-Pertua, National Semiconductor Strategy. Tapi tahukah kita, sedarkah kita, hamper 85 peratus produk daripada semikonduktor dieksport menggunakan airport. Maknanya kita perlu ada airplane yang besar, kategori yang besar untuk kita eksport. Itu sebabnya kita perlu bagi penekanan kepada airport-airport ini supaya ada runaway yang panjang. Jangan nanti Tuan Yang di-Pertua, kita buat produk, akhirnya kos doing business akan meningkatkan di logistik yang akhirnya kita tak dapat harga yang kompetitif.

draft • 4:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Paya Besar, sekali lagi, ringkas. Boleh?

Sikit saja.

draft • 4:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya dah injury time ini.

draft • 4:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Sikit saja. Saya setuju dengan apa yang Paya Besar katakan tadi Tuan Yang di-Pertua. Memang berpandangan jauh, layak jadi Menteri Ekonomi pun. Cuma bersetuju tak Paya Besar bahawa apa yang dicadangkan oleh Menteri Besar Kedah untuk bina KXP untuk pemasaran dan juga proses pengimportan itu disokong sepenuhnya oleh kerajaan? Bersetuju atau tidak? Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

draft • 4:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Bagus, Yang Berhormat Hulu Terengganu ini. Masa dalam UMNO pun bagus, pergi ke BERSATU pun bagus. Layak jadi Setiausaha BERSATU ini...

draft • 4:20 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya pun hairan juga saya minta Yang Berhormat Pagoh lantik Yang Berhormat Hulu Terengganu sebagai Setiausaha BERSATU...

[Ketawa]

draft • 4:20 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya melihat perkara yang paling pentingnya adalah betul Tuan Yang di-Pertua untuk mewujudkan satu airport yang baru KXP dan saya semasa di Kementerian Kewangan tempoh hari pun ada juga meneliti perkara ini. Cumanya kita tidak ada masa, Tuan Yang di-Pertua.

Kita tiada masa kerana kita perlu speed up the process. Kita lebarkanlah Penang Airport dahulu.

Kita mantapkan Penang Airport, sekiranya ada lebihan yang besar dan sudah pasti dia akan mengalir, dia tidak akan pergi mana dekat sangat itu. Saya tahu sangat kawasan sana kerana kita ada Kulim Hi-Tech Park semua dekat situ, tetapi kita pastikan kita dapat dahulu. Kerana apa? Esok jangan kita buat seperti mana pelbagai taman-taman perindustrian yang kita ada, infrastruktur sudah ada tetapi pelabur tidak ada. Ini perkara yang amat-amat penting.

Usaha kelapan Tan Sri Yang di-Pertua, izinkan saya sedikit masa Tan Sri Yang di- Pertua. Ini isu kawalan sempadan. Ini saya perlu sebut kalau tidak Ahli-ahli Jawatankuasa

draft • 4:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

saya marah dengan saya. Kerana kami pergi ke Lahad Datu, Tuan Yang di-Pertua untuk melihat ESSCOM dan alhamdulillah Tuan Yang di-Pertua selepas 11 tahun ESSCOM diwujudkan, ESSCOM dapat declare Lahad Datu itu kawasan yang selamat.

Masalahnya Tuan Yang di-Pertua adalah travel advisory note daripada beberapa buah negara tetangga yang tidak mendapat maklumat yang tepat terhadap apa yang sedang berlaku di kawasan Lahad Datu, Semporna dan Tawau. Saya mengharapkan sangat supaya kerajaan kena mengambil langkah yang penting ini. Kerana apa? Kerana kita bukan sahaja beri peruntukan untuk kawalan sempadan, kita mesti membuat strategy communication yang baik supaya mereka tahu mereka datang ke Malaysia bukan sahaja dapat menikmati keindahan flora dan fauna, tetapi mereka juga dapat keselamatan yang baik di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, ada dua poin yang terakhir. Satu fasal Paya Besar, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua pun datang dari negeri saya yang sama. Kita ada ECRL di Pantai Timur dan di tempat saya ada Pahang Technology Park dan ada Gambang Halal Park.

Saya minta sangat kerajaan seriuslah untuk memberi inisiatif yang secukup mungkin supaya jangan kita ulangi apa yang dilakukan dalam jajaran Keretapi Tanah Melayu (KTMB). Saya bersama Yang Berhormat bukan Pengkalan Chepa, pergi melihat Train to Dabong. Saya melihat bagaimana di setiap stesen di Pantai Timur bermula dari Gemas sampailah ke Pengkalan Chepa, sampai ke Rantau Panjang. Saya lihat di setiap stesen itu tidak ada pembangunan limpahan dari stesen tersebut.

Saya harap sangat ECRL jangan mengulangi perkara yang sama. Jajaran ekonomi mesti bermula dari stesen tersebut. Kerana apa? Kerana pelaburan yang kita lakukan dalam ECRL ini akan memberi kesan kepada negara pada masa yang akan datang. Sekiranya kita tidak menguruskan limpahan ekonomi daripada ECRL, sudah pasti ia akan memberi kesan yang besar kepada generasi yang mendatang.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya poin yang terakhir. Sebagai Pengerusi Backbencher, saya juga ingin menyinggung satu perkara. Ya, betul kita ada Ekonomi MADANI, kita ada NETR, kita ada NIMP, kita ada framework beberapa lagi, cumanya kita tidak ada wawasan 30 tahun ke hadapan, Tuan Yang di-Pertua. Saya mengharapkan sangat supaya semua Rancangan Malaysia yang kita ada pada hari ini diselaraskan dengan wawasan jangka masa panjang.

Tadi disebutkan Wawasan Kemakmuran Bersama, saya tidak ada masalah perkara itu. Yang pentingnya adalah Wawasan 2020 mesti ada continuity. Kita bercakap tentang tahun ini merupakan- Belanjawan inilah belanjawan terakhir untuk memasuki Rancangan Malaysia Ketiga Belas, tetapi ke mana arah kita, Tuan Yang di-Pertua? Kita perlukan ada wawasan 30 tahun ke hadapan.

Kita ada wawasan 20 tahun, kita ada perancangan 10 tahun, lima tahun dan kemudian kita ada perancangan tahunan iaitu Belanjawan Tahunan, tetapi pada hari ini, saya sudah minta, saya sudah bertanya apakah perancangan kerajaan untuk 30 tahun akan datang? Saya akui dynamic of economy of today tidak boleh hendak dibandingkan dengan dahulu, tetapi sekurang-kurangnya Tuan Yang di-Pertua, saya boleh beritahu kepada anak

draft • 4:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

saya, 30 tahun akan datang Malaysia adalah bentuk macam mana. Malaysia bentuk macam mana.

Dahulu kita Wawasan 2020 saya semasa di sekolah rendah dimomokkan diberikan pengharapan bahawasanya Wawasan 2020 begini caranya. Ada kereta api atas udara, ada penambahan daripada segi pusat-pusat teknologi. Alhamdulillah, walaupun tidak capai sepenuhnya, tetapi kita berada di pertengahan.

Itu sebabnya Tuan Yang di-Pertua, saya minta sangat supaya kita betul-betul serius untuk melihat perancangan 30 tahun ke hadapan.

Dahulu kita ada di bawah Yang Amat Berbahagia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Transformasi Nasional 2050. Tidak apalah kalau tak nak continue pun nama tersebut, tetapi biarlah ada 30 tahun ke hadapan- supaya apa? Supaya kita dapat beritahu dekat mana kita punya gold post. Dekat mana kita punya arah tuju kita.

Saya pergi dengan rakan-rakan selepas di Lahad Datu kami naik bot pergi Nunukan.

Kemudian kami naik bot pergi ke Tarakan dan kami pergi kepada Ibu Kota Nusantara melihat perkembangan bagaimana perancangan Indonesia Emas 2045.

Saya secara peribadi Tuan Yang di-Pertua, bimbang dengan kedudukan kita.

Sekiranya kita tidak ada perancangan 30 tahun ke hadapan, kita hendak selaraskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini berasaskan apa? Sekiranya tidak ada, beritahu kami.

Sekurang-kurangnya kami dapat menceritakan kepada generasi akan datang di mana arah tuju kita.

Saya akui kadang-kadang perancangan yang panjang ini juga merencatkan adaptability atau flexibility tidak akan ada. Ia akan menyusahkan kita untuk membuat tindakan-tindakan kerana kebanyakan mereka akan mengikut pelan kerja yang sedia ada, tetapi kita lakukan itu. Kitalah yang menguruskan perkara ini dan saya yakin perkara ini dapat kita laksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, saya kira itu sahaja ucapan saya. Saya telah menyatakan empat pemfaktoran yang penting yang perlu diimbangi. Kerajaan telah penuhi. Lima asas menyokong ke-empat pemfaktoran tersebut. Saya nyatakan 10 usaha-usaha yang mungkin kerajaan boleh pertimbangkan daripada mana pandangan saya sebagai anak muda yang berada di Dewan yang mulia ini. Saya yakin kalau kita dapat melaksanakan whole of nation approach, kita boleh menggerakkan ekonomi dan kita boleh perkasakan rakyat, tetapi Tuan Yang di-Pertua, kestabilan itulah kunci kepada Belanjawan 2025.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong...

[Tepuk]

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Paya Besar. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Bachok.

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberikan peluang pada Bachok untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2025. Banyak input yang kita

draft • 4:28 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

peroleh daripada perbahasan Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan Yang Berhormat Ketua Backbenchers sebentar tadi.

Pada hemat Bachok, belanjawan bagi tahun hadapan adalah sangat penting untuk memastikan ekonomi negara terus kukuh dan kemakmurannya dapat dikongsi bersama kerana yang dibelanjakan ini adalah Kumpulan Wang Disatukan, dipungut dan disatukan daripada pendapatan, perbelanjaan, pelaburan dan keuntungan rakyat termasuk menggerakkan simpanan dan caruman rakyat bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengikuti ucapan Belanjawan oleh Yang Amat Berhormat Tambun tempoh hari yang dimulakan dengan memetik sepotong ayat Al-Quran daripada surah Al-Baqarah, surah yang terpanjang dalam Al-Quran, ayat 22 yang menegaskan tentang kekuasaan Allah SWT dalam mengatur penciptaan langit dan bumi dengan penuh keteraturan dan keseimbangan.

Saya juga ingin menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam surah terpanjang ini juga terkandung sepotong ayat yang terpanjang dalam Al-Quran. Letaknya pada ayat 282 memperlihatkan kepada kita satu penerangan yang panjang lebar tentang permasalahan hutang yang menjadi fokus utama Belanjawan kita pada hari ini agar tidak timbul masalah dan kesusahan di kemudian hari. Firman Allah SWT...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran]

draft • 4:28 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Maksudnya, “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga suatu tempoh masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis hutang dan masa bayarannya itu. Dan hendaklah kamu melantik seorang penulis di antara kamu dengan penulis seorang yang adil yakni benar.” Surah Al-Baqarah, ayat 282.

Semoga dengan pemahaman terhadap ayat ini, juga terhadap ayat-ayat yang terkait dengan urusan pinjaman, perniagaan, ekonomi dan kewangan yang banyak di dalam Al- Quran ini dapat menyelamatkan kita daripada belenggu kewangan seterusnya membawa keberkatan dalam urusan kehidupan mahupun urusan ekonomi negara kita, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, dalam ruang perbahasan yang terhad ini, Bachok berhasrat untuk menyinggung tiga isu struktural dan systemic yang boleh digelar sebagai ‘bom jangka’ kepada ekonomi negara iaitu:

(i) keberhutangan kerajaan;

(ii) kedua keberhutangan generasi muda; dan

(iii) isu pekerjaan di bawah kelayakan yang disentuh oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang sebentar tadi.

Namun sebelum itu, izinkan Bachok berkongsi pandangan terhadap tinjauan fiskal dan makroekonomi negara bagi tahun 2024-2025 dan hubung kait dengan kesejahteraan hidup rakyat sebagaimana yang disentuh oleh sahabat saya Yang Berhormat Paya Besar sebentar tadi.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Tuan Yang di-Pertua, seperti dijangka, Belanjawan 2025 berjumlah RM421 bilion merupakan Belanjawan terbesar dalam sejarah. Malah pertama kali peruntukan asal belanjawan melepasi paras RM400 bilion. Pastinya membawa limpahan kepada ekonomi, juga tekanan kepada defisit dan juga hutang kerajaan. Cuma teringat saya akan nasihat orang tua-tua- besar periuk, besarlah keraknya.

Peribahasa Melayu yang bermaksud kalau pendapatan besar, perbelanjaan pun besar atau dalam kata bahasa sekarang ini komitmen pun besar. Namun, dalam konteks ekonomi negara, tidak salah jika periuk itu diperbesarkan, tetapi biarlah seimbang beras dan airnya, cukup pula api yang memasaknya tidak mentah, tidak hangit dan tidak bocor. Dikacau dan ditanak dengan sekata oleh pihak kerajaan, pihak swasta supaya keraknya tidak tebal dan nasinya apabila dikongsi dapat dikongsi sama sedikit oleh semua yang menanti.

Tuan Yang di-Pertua, berbalik kepada Belanjawan 2025, kelihatan teras utamanya adalah penguncupan subsidi dan perluasan cukai bertujuan untuk meringankan beban kewangan kerajaan, meluaskan asas cukai bagi menampung perbelanjaan mengurus (OE) yang tinggi RM335 bilion. Nisbahnya hampir 98.8 peratus berbanding hasil kerajaan RM339 bilion.

[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) mempengerusikan Mesyuarat] Malah buat pertama kali, peruntukan untuk emolumen sahaja belum masuk peruntukan pencen melebihi RM100 bilion iaitu RM105 bilion. Speaker yang baru...

draft • 4:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Teruskan.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Dato’ Yang di-Pertua, impaknya kepada ekonomi secara umum. Pertumbuhan KDNK 2024-2025 diunjur positif melebihi 4.5 peratus, kita akui. Inflasi dijangka meningkat ke paras 3.5 peratus susulan pelaksanaan dasar subsidi yang baharu aras tertinggi dalam tempoh lapan tahun, tahun depan ini menghampiri paras inflasi 3.7 peratus.

Terakhir pada tahun 2017, tahun terakhir pelaksanaan GST. Kos sara hidup dan kos perniagaan dijangka terus meningkat khususnya dalam aspek belanja makanan, pengangkutan dan perkhidmatan. Keempat, pengangguran di bawah paras 3.5 peratus namun isu pekerjaan di bawah kelayakan underemployment, dengan izin, masih tinggi dan kelima hutang kerajaan dan keberhutangan rakyat terus meningkat 63 peratus kepada KDNK bagi hutang kerajaan, 68 peratus kepada KDNK bagi hutang isi rumah.

Belanjawan 2025 juga menyaksikan penerusan pelbagai insentif dan bantuan tunai kepada rakyat. Sumbangan Tunai Rahmah, Sumbangan Asas Rahmah, Payung Rahmah untuk menyerap impak kenaikan kos sara hidup serta kenaikan harga diesel dan petrol.

Namun, program pindahan tunai ini perlu ada strategi keluar- exit strategy, dengan izin, yang mampan supaya tidak menjejaskan ekonomi dan kewangan kerajaan dalam jangka masa panjang.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Manakala perbelanjaan pembangunan (DE) berjumlah RM86 bilion, 20 peratus daripada keseluruhan peruntukan menyaksikan penerusan pelbagai projek pembangunan berskala sederhana. Tiada projek mega baharu dan perlu dilaksanakan mengikut keutamaan negeri dan berimpak tinggi sebagaimana digariskan dalam RMKe-12 dan RMKe-13 yang bakal menyusul.

Tuan Yang di-Pertua, Ringgit kembali kukuh selepas tempoh penyusutan yang panjang. Menurut Bank Negara, pengukuhan positif ini didorong oleh perkembangan luaran susulan perubahan kadar faedah di negara maju khususnya Amerika Syarikat dan disokong oleh suatu tindakan terselaras iaitu penukaran atau penghantaran pulang pendapatan luar negara oleh pihak GLC, GLIC dan juga syarikat korporat.

Dalam erti kata lain, dana pelaburan, tabungan dan caruman rakyat turut digerakkan untuk menampung pengukuhan ringgit dan bursa. Berapa jumlahnya, berapa nilainya tidaklah diketahui. Namun, kuantumnya pasti amat signifikan dan sedikit sebanyak mungkin boleh menjejaskan prospek dividen kepada rakyat.

Justeru, rakyat sebagai pencarum dan penabung, pemegang taruh utama kepada GLC dan GLIC ini berhak mendapatkan penjelasan dan ketelusan dalam perkara ini. Selain aspek ekonomi yang dinyatakan, ini terpenting dalam sesebuah belanjawan adalah peningkatan kesejahteraan hidup rakyat khususnya dalam aspek pencapaian pendidikan, kualiti penjagaan kesihatan serta keselamatan dan ketenteraman awam memandangkan mutakhir ini Tuan Yang di-Pertua, tekanan hidup amat melonjak. Insiden kebejatan sosial amat melonjak malah kita dipertontonkan, ditayangkan dengan perlakuan jenayah di luar perikemanusiaan.

Tuan Yang di-Pertua, berbalik kepada tiga isu struktural yang saya gelarkan sebagai bom jangka kepada ekonomi negara. Pertama, isu hutang kerajaan yang telah saya singgung sebentar tadi, ianya menuntut kepada iltizam semua pihak untuk menambah baik tatakelola fiskal bagi mencapai paras hutang berhemat selaras dengan objektif fiskal di bawah Akta 850.

Biarlah hutang itu hutang yang produktif dan berkualiti. Seterusnya menambah baik pengurusan hutang hendaknya secara patuh syariah demi mencapai kemapanan hutang dalam jangka masa sederhana dan panjang.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, isu keberhutangan dalam kalangan generasi muda.

Saya terbaca laporan berita 1 Oktober yang lalu oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan II.

Menteri Kewangan II dilaporkan berkata seramai 53,000 individu berumur bawah 30 tahun didapati dibebani hutang terkumpul berjumlah RM1.9 bilion, data AKPK.

Peningkatan kebolehcapaian pinjaman peribadi, kad kredit dan terutamanya skim Beli Sekarang Bayar Kemudian, Buy Now Pay Later (BNPL) yang amat membimbangkan terutamanya dalam kalangan generasi muda. Memetik laporan terbaharu, nilai hutang BNPL kini telah meningkat kepada RM1.42 bilion dan majoriti daripada 3.7 juta pemegang akaun BNPL ini adalah mereka yang berusia 21 dan 45 tahun. Mungkin adik kita, mungkin anak kita di universiti ataupun graduan-graduan yang muda ini.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Tuan Yang di-Pertua, pengguna di Malaysia khususnya generasi muda berisiko terjerumus ke dalam kancah hutang isi rumah yang lebih tinggi akibat cenderung menggunakan kemudahan skim BNPL ini. Tidak seperti kad kredit dan pinjaman peribadi, BNPL selalunya tidak memerlukan semakan kredit yang mendalam. Daya tarikan model BNPL ini terletak kepada fleksibiliti dan kebolehcapaian mudah kepada golongan Gen Z dan juga Generasi Milenial yang banyak terdedah kepada pembelian atas talian.

Dalam hal ini, Bachok menyambut baik inisiatif yang diambil oleh Bank Negara Malaysia khususnya dan pihak kerajaan untuk merangka satu dasar kawalan yang lebih komprehensif bagi mengawal selia pelbagai entiti perkhidmatan kewangan atas talian yang saya anggap mereka ini semakin kreatif mutakhir ini di samping menyediakan peraturan kawalan kredit pengguna yang lebih bertanggungjawab. Perkara ini perlu disegerakan.

Tuan Yang di-Pertua, yang ketiga isu pekerjaan di bawah kelayakan underemployment dalam kalangan belia. Jadi, fokus saya kira di kedua-dua belah pihak.

Pihak kerajaan mahupun pihak Pembangkang menjadi tema utama kepada ucapan Yang Berhormat Ketua Pembangkang sebentar tadi. Memang diakui sejak 2022, statistik pengangguran, angka asasnya nampak baik, tetapi di dalamnya adalah isu underemployment ataupun pekerjaan di luar tidak setimpal dengan kelayakan.

Sebagai contoh, graduan TVET yang sepatutnya menjadi Juruteknik terlatih di industri bekerja sebagai penghantar makanan kerana fleksibiliti masa dan pendapatan lebih tinggi khususnya dalam jangka masa yang pendek. Fenomena ini boleh dilihat sebagai satu bom jangka kepada negara dalam jangka masa panjang. Menangani isu ini memerlukan satu ikhtiar yang khusus dan menyeluruh.

Pertama usaha lebih tertumpu kepada latihan kemahiran TVET dan keusahawanan.

Itu semua orang sudah bahaskan. Dalam aspek FDI kemasukan pelaburan asing, agenda tempatan perlu diutamakan khususnya dalam aspek pemindahan kepakaran, pengupayaan bakat tempatan dan pindahan teknologi sebagaimana yang digariskan dalam NIMP dan juga NETR.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Dalam hal ini, Malaysia ─ kita perlu menolak pelaburan asing yang tidak menggunakan sumber tempatan, tidak menggunakan pekerja tempatan, malah tidak munasabah untuk dibenarkan pengimportan mesin dan juga material oleh pihak pelabur kerana ini boleh menjejaskan imbangan bayaran dan mengetepikan pengusaha tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, tidak sempurna sekiranya isu Palestin tidak dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini. Mewakili sekalian warga Bachok, solidariti kami terhadap perjuangan Palestin tidak pernah berbelah bahagi. Doa dan munajat yang berterusan, sokongan dan bantuan tidak bermusim.

Saya mengikuti ucapan Yang Berhormat Menteri Luar di PBB tempoh hari, menzahirkan ketegasan Malaysia dalam isu Palestin. Syabas diucapkan. Dengan kepengerusian ASEAN dan OIC, peranan Malaysia perlu dipertingkatkan dan fokus boleh

draft • 4:40 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

diambil untuk mengambil langkah permulaan bagi menggerakkan komuniti antarabangsa ke arah membina semula Gaza sebagai sebuah wilayah yang boleh berdiri dan berdaulat.

Pada masa yang sama, di tanah air kita sendiri, ramai yang tersinggung dengan pendirian kerajaan untuk meneruskan cadangan penswastaan MAHB. Pengendali lapangan terbang di seluruh negara dengan penglibatan entiti asing iaitu GIP dan BlackRock yang disentuh oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang ─ Sedangkan pada 1 Oktober 2024, GIP telah pun muktamad dimiliki 100 peratus oleh BlackRock. Pemodal Amerika Syarikat yang secara nyata terlibat secara langsung dalam genosid jenayah perang dan aparteid ke atas warga Palestin.

Terdahulu pada 9 Ogos 2024, pihak Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah mengeluarkan satu notis rundingan awam untuk mendapatkan maklum balas awam terhadap cadangan percantuman Gateway Development Alliance (GDA) berhubung cadangan penswastaan MAHB di bawah seksyen 55, Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015.

Dan untuk rekod, Bachok turut mengambil bahagian dalam proses rundingan awam ini dan telah menyatakan secara bertulis kepada pihak MAVCOM melalui e-mel bertarikh 22 Ogos 2024 bahawa tiada rasional strategik, tiada merit komersial dan tiada asas moral kepada Malaysia untuk berjabat tangan dan duduk semeja dengan penjenayah perang antarabangsa ini.

[Tepuk] Justeru, cadangan penswastaan MAHB melibatkan usaha sama dengan GIP dan BlackRock hendaklah ditangguh dan dihentikan.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum berakhir, saya mewakili sekalian warga Bachok ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri II, Petrajaya yang sudi bertandang ke Bachok pada 11 Oktober yang lalu bagi menyaksikan majlis penyerahan siapnya Projek Hospital Bachok di antara pihak KKR dan juga KKM.

Sesungguhnya, pembinaan Hospital Bachok ini amatlah dinantikan dan untuk rekod, saya rujuk dalam Hansard Parlimen untuk makluman Dato' Yang di-Pertua, tahun 1959. Ahli Parlimen yang pertama Bachok, Almarhum Profesor Zulkifli Mohamad pernah membangkitkan persoalan ini, meminta pihak kerajaan untuk dibina sebuah hospital di Bachok, ketika itu populasinya sekitar 40,000 ke 45,000.

draft • 4:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Tahun 1969?

draft • 4:40 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

draft • 4:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

59?

draft • 4:40 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

  1. Ahli Parlimen yang pertama. Alhamdulillah. Saya mengucapkan terima kasih dan pastinya pembinaan hospital ini amat dinantikan dan memberikan kelegaan kepada lebih 160,000 penduduk jajahan Bachok pada hari ini untuk mendapatkan rawatan dan penjagaan kesihatan dengan lebih sempurna. Sedikit masa lagi, Tuan Yang di-Pertua. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada agensi pelaksana Persekutuan dan negeri, khususnya ICU, KKR, KKM dan juga UPEN. Pasukan projek dan semua pihak yang terlibat sejak awal perancangan, sehinggalah siap fasiliti kesihatan yang penting ini.

draft • 4:40 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Di samping itu, kepada Yang Berhormat Menteri Pertanian. Teruskan bantuan dan sokongan kepada nelayan, petani dan pengusaha lembu hibrid sado yang menjadi kegemaran Yang Berhormat Menteri Pertanian. Termasuk ada permintaan untuk dilabuhkan lebih banyak tukun-tukun tiruan, sama ada bersifat konservasi ataupun yang menghalang pukat tunda di sepanjang perairan Bachok ini, di Pantai Irama, Tawang dan juga Kemasin, bagi meningkatkan hasil tangkapan ikan dalam kalangan nelayan pantai.

Seterusnya, kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Sangat dialukan pelaksanaan projek membaiki sekolah-sekolah daif yang banyak di pelosok Bachok ini. Juga kepada Yang Berhormat Menteri Kerja Raya, sangat dinantikan pembinaan dan penyiapan jalan-jalan baharu di Jelawat, Tawang dan Pantai Irama kerana Bachok hari ini Dato' Yang di- Pertua, kalau di hujung minggu, kesesakan luar biasa kerana menjadi destinasi tumpuan percutian dan perkelahan keluarga yang semakin viral dan popular. Kepada semua perkara di atas, saya mohon jawapan secara bertulis daripada pihak kementerian. Bolehlah menjadi buah tangan untuk adik, kakok ambo di Bachok.

Akhir Tuan Yang di-Pertua, untuk negeri Kelantan. Tiadalah yang diharapkan daripada prinsip federalisme yang didukung bersama ini supaya disegerakan penyiapan projek-projek pembangunan berkepentingan rakyat. Terutamanya dalam projek tebatan banjir, rawatan air juga pembinaan lebuh raya dan jalan-jalan desa, di samping ketelusan dalam pembayaran tunai petroleum Kelantan dan Terengganu, yang dilunaskan mengikut tempoh masa yang munasabahlah. Kalau kita pun Dato' Yang di-Pertua, kalau gaji itu tertunggak ataupun lewat sebulan, lewat dua bulan pun sudah rasa sempit. Apatah lagi kerajaan negeri yang biasanya dilewat-lewatkan, malah seperti tahun lepas, dapat itu di hujung-hujung tahun. Jadi, saya kira dengan kerajaan yang prihatin ini, sepatutnya perkara ini tidak boleh dibiarkan lagi.

Akhir. Betul-betul akhir ini Tuan Yang di-Pertua, saya tinggalkan Dewan ini dengan satu petikan daripada surah Hud, ayat 85. Saya bacakan terjemahan sahaja. Dialog di antara Nabi Syuaib dan kaumnya, kaum Madyan yang bermaksud ─ berkata Syuaib, “Wahai kaumku, sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan adil dan janganlah kamu kurangkan yakni merugikan atau mengambil hak manusia daripada hak mereka yang sepatutnya dan janganlah kamu membuat kejahatan di muka bumi dengan membuat kerosakan”. Surah Hud, ayat 85. Semoga ada kebaikan dan manfaatnya. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua yang sangat budiman, sahabat saya. Terima kasih.

draft • 4:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Silakan Yang Berhormat Kota Melaka.

draft • 4:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2025, di mana saya melihat pembentangan belanjawan oleh Yang Amat Berhormat ini adalah agak menyeluruh dan juga memperkasakan rakyat. Di mana

draft • 4:46 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

saya lihat belanjawan ini yang mencatat jumlah yang tertinggi dalam sejarah kita iaitu sebanyak RM421 bilion ini, menekankan kepada pembangunan ekonomi negara, pendidikan dan juga kebajikan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita baca teks ucapan Yang Amat Berhormat, perkataan tatakekola telah disebut sebanyak 11 kali dalam ucapan Belanjawan 2025 ini dan ini adalah amat penting, tatakelola ini. Jadi, saya sebagai Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi, saya melihat tata kelola yang baik adalah merupakan asas kepada hasil terbaik bagi rakyat. Jadi, maka institusi seperti Parlimen ini mesti berfungsi dengan lebih cekap dan kita lihat Belanjawan 2025 ini akan meningkatkan peruntukan Parlimen sebanyak RM14 juta kepada jumlah keseluruhannya RM180 juta. Ini adalah satu jumlah yang besar dan dengan itu, kita mesti menggalas amanah ini dengan penuh tanggungjawab.

Jadi, saya difahamkan Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen akan dibentangkan tak lama lagi dan saya harap ia akan membawa perubahan signifikan bagaimana Parlimen akan beroperasi. Bukan sahaja apabila Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen ini dibentang di sini, adalah kita lihat dari segi bagaimana peruntukan kewangan, bukan sahaja kita lihat daripada segi perjawatan tetapi yang lebih penting ialah apakah peranan dan juga fungsi dan juga kuasa yang akan diberikan kepada Parlimen. Itu adalah penting supaya Parlimen boleh berfungsi dengan lebih berkesan.

Maka, di sini saya ada dua cadangan untuk reformasi Parlimen ini. Antaranya, kita harus memperbaiki cara kita mengendalikan atau kita membahaskan sewaktu peringkat Jawatankuasa. Contohnya, apabila dalam peringkat Jawatankuasa, kita hendak bahas tentang Rang Undang-undang Perbekalan 2025 ini. Selepas bacaan yang kedua ini, saya lihat masa kini adalah kita buatnya di peringkat Jawatankuasa di main chamber ini.

Sedangkan saya ada perhatikan di lain negara, Parlimen mereka di mana apabila datangnya peringkat Jawatankuasa, mereka akan lebih khusus. Ada lebih banyak Chamber yang lain untuk bahaskan setiap kementerian dan mereka bahaskan dengan cara ayat demi ayat.

draft • 4:46 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ahli Parlimen yang minat, mereka akan duduk ayat demi ayat untuk bincang, bukannya macam sekarang kementerian, setiap kementerian barangkali Ahli Parlimen diberikan lima minit, kadang-kadang hanya tinggal tiga minit sahaja. Apabila waktu untuk Menteri jawab, mungkin dia akan jawab dalam masa 20 minit, mungkin 15 minit, tetapi yang tak dijawab itu, kalau nasib baik, kita dapat jawapan bertulis. Kalau tidak, langsung tiada jawapan.

Jadi, itu bukannya satu amalan yang berkesan bagi saya dan saya harap kita boleh mula ya, di penggal ini kita bincang dan supaya di peringkat jawatankuasa kita buat dengan cara yang lebih menyeluruh supaya boleh melibatkan lebih ramai Ahli Parlimen untuk bahas.

Begitu juga saya hendak cadangkan agar tempoh persidangan Parlimen harus dilanjutkan kepada sekurang-kurangnya 100 hari setiap tahun. Bagi saya ini adalah penting untuk memastikan lebih banyak undang-undang yang kritikal dapat dibahas dan diluluskan

draft • 4:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

dengan segera. Selain daripada itu, untuk mengatasi jurang masa yang terlalu lama antara satu sesi, kita boleh mempertimbangkan supaya persidangan tambahan selama satu minggu ataupun dua minggu dalam tempoh rehat antara sesi supaya isu-isu yang mendesak boleh dijawab oleh Menteri yang berkaitan tanpa kelewatan.

Melalui Menteri boleh mengeluarkan statement Menteri di persidangan Parlimen ini.

Oleh sebab, apabila ada persidangan Parlimen, apa yang diucapkan atau pun kenyataan Menteri itu akan mendapat tarikan daripada seluruh rakyat Malaysia. Maka, apa-apa isu yang kritikal yang selalu dimainkan oleh pembangkang yang mengelirukan rakyat, maka inilah tempatnya, persidangan Parlimen mempunyai ruang yang lebih untuk Menteri menjawab.

Jadi, saya harap kalau boleh kita buat pembaharuan melalui Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen ini supaya setiap bulan sekurang-kurangnya ada satu minggu kita bersidang di Parlimen.

Jadi, tempoh persidangan yang singkat sering menyebabkan...

draft • 4:50 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Kota Melaka...

draft • 4:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...Kelewatan dalam meluluskan undang- undang penting seperti Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat (Freedom of Information). Sepatutnya kita bentang tahun lepas, tetapi tidak dibentang kerana kesuntukan masa. Contohnya...

draft • 4:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat...

draft • 4:50 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Kota Melaka...

draft • 4:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Kota Melaka...

draft • 4:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Contohnya Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian...

draft • 4:50 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Kota Melaka...

draft • 4:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...Dan juga pindaan akta...

draft • 4:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ada Tumpat Yang Berhormat.

draft • 4:50 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Bolehkah?

draft • 4:50 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Benarkan?

draft • 4:50 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Okey. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Kota Melaka. Saya — Jarang saya setuju dengan DAP, tetapi hari ini menyokong penuh cadangan daripada Kota Melaka untuk kita menyambung panjang sikit supaya memberi ruang kepada kita dan juga Menteri menjawab kerana ini melibatkan soal- soal dasar, terima kasih atas cadangan.

draft • 4:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih atas sokongan YB. Jadi, akta- akta yang penting ini, undang-undang yang penting ini ia amat perlu disegerakan, terutamanya apabila contohnya, modus operandi baharu dalam penipuan atas talian yang semakin meningkat. Sedangkan undang-undang yang sedia ada tidak dapat mengawal mereka. Tidak dapat mendakwa mereka. Pihak berkuasa tidak dapat mengambil tindakan

draft • 4:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

kerana undang-undang yang sedia ada ini sudah lama, barangkali sudah diluluskan 20 tahun, 30 tahun yang lepas. Sedangkan hari ini mereka menggunakan cara yang lebih sophisticated.

Jadi, kita perlu luluskan undang dengan cepat. Jadi, saya harap kalau kita boleh adakan persidangan setiap bulan, dengan pendekatan ini, sudah pasti dia akan dapat mengatasi banyak isu-isu yang ditimbul.

Seterusnya saya akan bincang tentang tumpukan perbahasan saya kepada pembangunan kemudahan asas. Di mana ia adalah penting untuk rakyat. Tuan Yang di- Pertua, di sini saya ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI kerana telah membuat keputusan untuk tidak melaksanakan projek mega. Sebaliknya, memberi fokus kepada projek-projek yang memberi kesan langsung kepada kehidupan seharian rakyat. Ini kita harus puji Yang Amat Berhormat atas keputusan tersebut.

Saya bagi contoh, di Melaka dalam ucapan beliau telah mengatakan ada dua projek yang melibatkan — Akan memberi manfaat kepada rakyat iaitu yang pertama ialah pembinaan Pasar Besar Melaka Sentral. Kedua, yang terutamanya ialah pembinaan pusingan “U” bertingkat di persimpangan Pulau Gadong sehingga Taman Cheng Perdana.

Di mana isu ini pernah saya bangkit di pelbagai peringkat, akhirnya kita rasa bangga, kita rasa tahniah kepada Kerajaan MADANI kerana telah meluluskan permintaan ini. Ini adalah satu berita yang baik yang dinanti-nantikan oleh rakyat kerana dengan adanya pembinaan pusingan “U” bertingkat tersebut, sudah pasti ia menjimatkan masa pengguna jalan raya dan juga menjimatkan wang mereka.

Namun demikian, saya hendak tekankan di sini juga, saya ada lagi satu permintaan iaitu supaya kita lihat kepada kemungkinan membina satu hospital besar di negeri Melaka dan dalam isu ini saya harap supaya ada satu kerjasama yang erat antara Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri supaya kita boleh capai matlamat kita iaitu membina satu hospital besar. Sebab Hospital Besar Melaka ini sudah lama sebelum merdeka sudah dibina. Jadi, tidak lagi mampu menampung permintaan harian. Jadi, dengan kepadatan yang kita hadapi, saya harap hospital besar dapat dibina dalam masa yang akan datang.

Selain daripada itu, kita juga perlu menitikberatkan tentang kebajikan doktor yang ada di negara kita. Walaupun Elaun Tugas Atas Panggilan telah dinaikkan untuk pegawai perubatan dan juga pegawai pergigian, tetapi saya berpendapat ia masih belum mencukupi.

Memandangkan kita sering mendengar kisah sedih tentang doktor yang terlebih kerja dan dibuli. Di sini, saya ingin merekodkan ucapan takziah, ucapan takziah kepada keluarga Dr.

Ch'ng Hooi Ping dan Dr. Tay Tien Yaa yang telah meninggal dunia kebelakangan ini. Saya harap Kementerian Kesihatan dapat jaga kebajikan pegawai-pegawai kesihatan dengan lebih baik dan kita harap supaya insiden sedih ini tidak akan lagi berlaku.

Seterusnya, saya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bincang tentang bab ekonomi pula. Bagi saya dan juga rakyat di Kota Melaka, kami yakin dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam memimpin negara kita. Saya berbesar hati melihat usaha kerajaan dalam mengurangkan defisit hutang negara yang kini menunjukkan kejayaan.

Daripada 5.5 peratus pada tahun 2022, telah menurun kepada lima peratus pada tahun 2023

draft • 4:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

dan seterusnya kepada unjuran 3.8 peratus sahaja tahun depan. Ini adalah satu petanda yang baik, satu usaha yang gigih yang telah diusahakan oleh kerajaan yang menunjukkan kejayaan.

Di samping itu, hasil negara juga dijangka meningkat kepada RM340 bilion pada tahun 2025 yang membolehkan kerajaan melaksanakan pelbagai langkah seperti menaikkan gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 mulai 1 Februari 2025 dan juga banyak wang kebajikan yang diberikan kepada mereka yang perlu juga akan ditingkatkan. Contohnya, wang kebajikan maksimum kepada warga emas kini ialah RM500 satu bulan maksimum ─ maksimum boleh pergi ke RM500. Tetapi, mulai tahun depan akan dinaikkan lagi RM100 menjadi RM600 sebulan untuk warga emas yang dapat maksimum RM600.

Jadi, ini telah menunjukkan bahawa kerajaan hari ini memang mengambil berat tentang kebajikan rakyat di luar sana. Jadi, salah satu faktor yang memacu pertubuhan ini adalah lima koridor ekonomi yang mendorong pelaburan ke negara kita. Malaysia hari ini kita lihat dia ada koridor ya di bawah pengawasan MIDA. Kita ada lima kawasan utama iaitu Koridor Utara, Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Iskandar Malaysia, Koridor Pembangunan Sabah dan juga Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak.

Sudah pasti koridor-koridor ini adalah pintu masuk kepada sektor-sektor yang pesat berkembang seperti pembuatan tenaga boleh diperbaharui dan juga logistik. Pelabur akan lebih menumpukan — Pergi ke melabur di kawasan yang menjadi koridor ini. Maka, saya datang daripada Melaka, saya ada rasa kecewa sedikit kerana antara lima koridor ini, tidak ada termasuk negeri Melaka. Jadi, bagi saya koridor itu amatlah penting. Kenapa saya kata begitu? Kerana kawasan-kawasan yang dikenal pasti akan diberi tumpuan khusus dalam pembangunan potensi mereka yang akan membawa kepada pembangunan yang lebih besar.

draft • 4:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Memandangkan kedudukan Melaka, ia berhampiran dengan Johor. Barangkali di sini saya ingin mencadangkan supaya mungkin ini adalah satu peluang yang baik untuk dipertimbangkan oleh MIDA untuk memasukkan Melaka, digabungkan dengan pertumbuhan pesat Iskandar Malaysia.

Juga memandangkan Selat Melaka, Tuan Yang di-Pertua, sejak zaman kegemilangan Melaka, Selat Melaka merupakan lautan maritim yang pesat dengan ekonomi perdagangan. Walaupun kita menggalakkan perdagangan dijalankan tetapi kita juga memerlukan pelaburan yang sewajarnya dalam industri maritim, khususnya subsektor pembuatan kapal dan juga baik pulih kapal.

Jadi, saya harap agar sektor ini diberi perhatian daripada kerajaan dalam Belanjawan 2025, terutamanya apabila ia merupakan sebahagian daripada Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030. Salah satu langkah yang boleh diambil oleh kerajaan, saya cadangkan adalah agar mempertimbangkan untuk melanjutkan Skim Pembangunan Maritim dan Logistik oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad yang bakal akhir pada tahun 2025. Juga untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, sungguh pun Melaka tidak ada termasuk dalam koridor tetapi

draft • 5:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

dengan usaha sendiri daripada Kerajaan Negeri Melaka, kita telah bentuk satu Taman Teknologi Jerman di Melaka.

Maka di sini saya ingin menyeru supaya pihak Kerajaan Persekutuan barangkali boleh bekerjasama dengan kerajaan negeri supaya kita wujudkan satu hab industri teknologi hijau di negeri Melaka. Memandangkan Melaka adalah satu negeri yang kecil, barangkali kita tumpukan kepada industri teknologi hijau yang akan menguntungkan kita.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya minta sedikit masa. Tuan Yang di-Pertua, saya selaku Pengerusi Sekretariat Bahagian Pembangunan Kampung Baru Cina, di sini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun dan juga di bawah pimpinan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di mana pada tahun ini sahaja, peruntukan sebanyak RM120 juta telah diberikan kepada projek pembangunan di kampung baru.

Begitu juga kalau kita lihat tahun lepas sebanyak RM109 juta juga telah diperuntukkan untuk projek pembangunan di kampung baru. Jadi, ini menunjukkan satu petanda di mana Kerajaan MADANI pada hari ini, mereka menumpukan terhadap pembangunan kampung baru. Kita ingin ucapkan terima kasih.

Akan tetapi saya berasa agak kecewa apabila ada seorang pemimpin MCA, pemuda MCA di dalam Konvensyen Pemuda MCA. Pemuda MCA itu kawan baik Tuan Yang di-Pertua lah. Jadi, dalam konvensyen tersebut dia mempersoalkan kenapa peruntukan diberi pada kampung baru hanya sekadar RM84 juta sahaja. Kenyataan beliau seolah-olah memberikan satu gambaran kononnya kerajaan hari ini tidak mengambil berat tentang pembangunan kampung baru sedangkan kenyataan fakta sebenar ialah kita telah memberikan peruntukan lebih daripada RM100 juta tahun lepas dan juga tahun ini.

Kalau kita banding dengan tahun lapan tahun yang lepas, 2017, waktu itu peruntukan yang diberikan kepada pembangunan kampung baru hanya sekadar RM600 juta sahaja berbanding dengan tahun ini, RM120 juta. Dulu hanya RM60 juta. 2017 hanya RM60 juta tapi hari ini RM120 juta. Ertinya penambahan sebanyak dua kali ganda. Ini menunjukkan keprihatinan kita kepada pembangunan kampung baru.

Beliau sebagai parti yang mengatakan memperjuangkan orang Cina sepatutnya mengalu-alukan keputusan tersebut akan tetapi dia ingin menjadi hero di masyarakat Tionghoa, dia ingin mengkritik sesuatu yang tidak ada asas. Saya hendak beri amaran kepada beliau jangan menggadaikan masa depan pembangunan kampung baru demi kepentingan diri sendiri.

Jadi, di sini saya harap supaya semua tahu bagaimana hari ini Kerajaan Perpaduan melaksanakan dasar. Bukan sahaja kita tumpukan kepada pembangunan kampung baru sahaja. Kalau kita lihat kepada bajet, kerajaan melalui bajet juga menumpukan kepada pembangunan di kampung Melayu. Banyak juga peruntukan telah diberikan kepada kampung Melayu, kampung India, kampung Cina. Itu adalah hari ini Kerajaan Perpaduan. Kita memberikan layanan yang sama kepada semua kampung.

draft • 5:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Jadi saya berasa kecewa kepada pemimpin tersebut, pemuda MCA yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan ini sebab dia akan memberi ruang kepada pembangkang, barangkali mereka akan bangkit isu kenapa berikan RM120 juta kepada pembangunan di kampung baru. Sebab itu saya perlu sebut di sini, up front dengan izin, bahawa kerajaan juga memberikan peruntukan yang secukupnya kepada pembangunan di kampung Melayu juga.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, tadi Ketua Pembangkang banyak kritik kerajaan hari ini, dia kata itu kerja seorang pembangkang, dia kritik. Jadi saya hendak buat satu perbandingan Tuan Yang di-Pertua. Perbandingan antara apabila Pagoh menjadi Perdana Menteri pada tahun 2021 berbanding dengan hari ini Tambun menjadi Perdana Menteri.

Belanjawan defisit pada tahun 2021 apabila Tambun menjadi Perdana Menteri ialah 5.4 peratus sedangkan seperti yang saya sebut tahun depan 2025, kita ramalkan defisit hanya sekadar 3.8 peratus, ada kemajuan. Begitu juga Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang kita berikan. Waktu Pagoh menjadi Perdana Menteri, mereka kata dia seorang Perdana Menteri yang bagus waktu itu, 2021. Maksimum yang diberikan hanya sekadar RM1,800 sahaja sedangkan tahun depan kita naikkan Sumbangan Tunai Rahmah maksimum kepada RM4,600. Penambahan daripada RM1,800 kepada RM4,600. Ini adalah satu fakta yang kita harap supaya rakyat jelata dapat membuat perbandingan melalui fakta ini.

Begitu juga nasib pesawah dan juga nelayan. Kita pertahankan, kita terus membela nasib mereka. Waktu Pagoh menjadi Perdana Menteri hanya sekadar RM1.7 bilion diberikan untuk pesawah dan juga nelayan tetapi hari ini, tahun depan kita akan berikan RM2.7 bilion kepada pesawah dan juga nelayan.

Begitu juga peruntukan bantuan awal persekolahan yang diberikan kepada murid apabila persekolahan mula. Waktu Pagoh menjadi Perdana Menteri, hanya sekadar RM328 juta sahaja tetapi tahun depan kita naikkan kepada RM800 juta. Satu peningkatan yang begitu ketara menunjukkan bahawa Kerajaan Perpaduan hari ini memang menjaga kebajikan rakyat.

Pendidikan terus diperkasakan. Waktu Pagoh menjadi Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan hanya dapat RM50.4 bilion sahaja tetapi tahun depan Kementerian Pendidikan akan dapat RM64.1 bilion. Peningkatan yang begitu ketara sekali. Juga begitu peruntukan untuk kesihatan. Pagoh hanya bagi RM31.9 bilion tetapi hari ini Tambun sebagai Perdana Menteri memberikan peruntukan sebanyak RM45.3 bilion pada tahun depan.

Juga kita bagi kepada pembangunan Islam. Waktu Tambun – hari ini Tambun akan bagi RM2 bilion untuk pembangunan Islam sedangkan waktu Pagoh hanya sekadar RM1.4 bilion. Pembinaan sekolah baru. Waktu Pagoh hanya sekadar 11 sekolah baharu tetapi Tambun komited tahun depan akan bina 44 sekolah baharu.

Jadi, semua ini telah menunjukkan kepada kita bahawa hari ini Kerajaan Perpaduan, Kerajaan MADANI ini memang kita akan uruskan kewangan negara kita secara berhemah, dapat penjimatan supaya penjimatan tersebut kita bagikan semula kepada rakyat demi kebajikan rakyat. Dengan itu, sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 5:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Sila, Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

draft • 5:10 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Dato’ Yang di- Pertua. Memang saya nampak layak duduk di situ. Nampak izzah dan kehebatan sebagai Yang di-Pertua.

draft • 5:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

15 minit sahaja, Yang Berhormat.

draft • 5:10 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama dalam perbahasan belanjawan ini. Izinkan saya untuk mengemukakan beberapa prinsip penting yang berkaitan dengan tata kelola sebagaimana yang disebutkan oleh Kota Melaka tadi. Banyak kali Yang Amat Berhormat Tambun mengulangi sebut tentang tatakelola.

Firman Allah SWT dalam Surah Hud...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Wahai kaumku, sempurnakanlah takaran dan timbangan dengan adil dan janganlah kamu merugikan manusia terhadap hak-hak mereka, dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi dengan membuat kerosakan.” Tuan Yang di-Pertua, kalau kita berbicara tentang tata kelola belanjawan yang terbaik berdasarkan kepada apa yang disebut dalam Al-Quran dan juga hadis Nabi SAW dan kita belajar daripada sirah yang diajar oleh Nabi dan para sahabat dan zaman kegemilangan Islam, saya sempat untuk berkongsi beberapa perkara.

Pertama ialah keadilan dalam agihan kekayaan.

[Berucap dalam bahasa Arab] Disebut Allah dalam Al-Quran....

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Supaya harta tidak hanya beredar di kalangan orang-orang yang kaya di antara kamu.” Ini disebut sebagai redistributive policy dalam teori ekonomi moden melibatkan penggunaan cukai progresif dan subsidi untuk mengurangkan ketidakseimbangan kekayaan, pengagihan kekayaan yang adil melalui cukai progresif dan subsidi, membantu mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi antara golongan kaya dan miskin.

Kedua, Tuan Yang di-Pertua, disebut perbelanjaan berhemah dan tidak membazir.

Allah Taala sebut dalam Al-Quran...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Dan janganlah kamu menghamburkan hartamu secara boros. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara syaitan.” Dalam isitlah modern economy menyebut efficient allocation of resources iaitu suatu prinsip perbelanjaan yang berhemah memastikan pengelolaan sumber yang cekap dan tidak membazir, penggunaan sumber secara cekap dan berhemah, memastikan bahawa setiap sen yang dibelanjakan membawa manfaat besar kepada rakyat.

Ketiga, Tuan Yang di-Pertua...

[Berucap dalam bahasa Arab] Keutamaan kepada keperluan asas. Nabi SAW sebut...

[Membaca sepotong Hadis] “Barang siapa di kalangan

draft • 5:10 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

kamu yang bangun pagi dalam keadaan aman di rumahnya, sihat tubuh badannya dan mempunyai makanan untuk hari tersebut, maka seolah-olah dunia ini diberikan kepadanya.” Ini disebut sebagai keutamaan keperluan asas. Disebut dalam teori ekonomi, Maslow’s hierarchy of needs. Memastikan keperluan asas rakyat seperti kesihatan dan makanan tercapai merupakan langkah penting dalam menjamin kesejahteraan sosial, memastikan keperluan asas dipenuhi melalui perkhidmatan kesihatan, subsidi barangan keperluan adalah penting bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

Kemudian, Tuan Yang di-Pertua, keseimbangan antara pendapatan dan perbelanjaan...

[Berucap dalam bahasa Arab] Allah Taala sebut dalam Al-Quran... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuatu dengan kemampuannya.” Balance budget theory ini mampu menjamin keseimbangan belanjawan, mengelakkan defisit yang berpanjangan dan memastikan kestabilan fiskal sesebuah negara.

Keseimbangan antara pendapatan dan perbelanjaan memastikan negara tidak terjerumus ke dalam defisit yang besar.

Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, yang kelima, transparency dan akauntabiliti. Ini yang paling penting.

[Berucap dalam bahasa Arab] Dalam bahasa Arab. Nabi SAW sebut dalam Hadis Riwayat Bukhari...

[Membaca sepotong Hadis] “Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpinnya.” Apa yang kita pegang hari ini sebagai amanah, pada posisi apa pun kita, kita bakal dipersoalkan di hadapan Allah SWT.

Ataupun disebut dalam teori ekonomi moden, fiscal responsibility dan transparency sangat penting dalam pengurusan kewangan, memastikan amanah dijaga dengan sebaiknya.

Ketelusan dan akauntabiliti adalah asas kepada kepercayaan rakyat kepada sesebuah kerajaan.

Kemudian, yang keenam, menjaga amanah dan hak rakyat. [Berucap dalam bahasa Arab] Nabi SAW menyebut...

[Membaca sepotong Hadis] Nabi kata, “Tidaklah...” ― ini ancaman yang sangat dahsyat. “Tidaklah seorang pemimpin yang memimpin rakyatnya, kemudian dia mati dalam keadaan menipu rakyatnya, kecuali Allah mengharamkan syurga ke atasnya.” Pernah berlaku pada zaman Sayidina Umar Al-Khattab r.a., seorang tabiin yang bernama Abdullah bin As Saadi yang ditugaskan untuk membawa pulang harta hasil cukai dari negeri Bahrain ke negara Madinah. Perjalanan dari Bahrain ke Madinah 1,200 kilometer.

Dalam perjalanan itu, bila sampai ke Madinah, Sayidina Umar telah menyemak harta-harta yang dibawa pulang ke Madinah itu. Tidak ada satu sen pun yang kurang daripada kesemuanya melainkan semuanya dibawa pulang dalam keadaan selamat.

Lalu, Sayidina Umar memuji Abdullah As Saadi bahawa, “Kamu adalah seorang yang sangat amanah”. Ketika Sayidina Ali mendengar pujian Sayidina Umar ini, Sayidina Ali menambah...

[Berucap dalam bahasa Arab] Tuan Yang di-Pertua, kata Sayidina Ali, “Kenapa dia jadi amanah? Kerana kamu, wahai amirulmukminin, sangat amanah.” Sebab itu dia jadi

draft • 5:10 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

amanah. Tetapi, kalau kamu jenis kaki balun, maka rakyat di bawah kamu pun akan ikut perkara yang sama.

Sebab itu kepimpinan yang menjaga tata kelola yang baik mestilah bersih daripada sebarang tuduhan, persepsi, laporan Bloomberg dan pelbagainya. Sebab itu, saya menyokong usaha kerajaan kalau tuduhan-tuduhan yang dibuat kepada Perdana Menteri dalam Bloomberg itu dibawa ke muka pengadilan. Kerana seorang Perdana Menteri, tambah yang berbicara tentang reformasi daripada segi institusi, membasmi rasuah dan sebagainya, mestilah dilihat benar-benar mengotakan apa yang disebutkan itu.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin masuk kepada beberapa poin dan perkara penting yang berkaitan dengan bajet yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri pada hari Jumaat yang lalu.

Pertama, yang menjadi rintihan rakyat di bawah, Tuan Yang di-Pertua. Walaupun dilaporkan kadar inflasinya begitu rendah, tetapi pada hakikatnya kos sara hidup dan kadar inflasi barang-barang keperluan rakyat di bawah sangat berbeza dengan apa yang dilaporkan.

Saya mengambil contoh begini, Tuan Yang di-Pertua. Kalau laporan inflasi rasmi menunjukkan 3.4 peratus, tetapi kalau kita teliti ― ini yang kita lakukan harian. Kita pergi kedai, kita beli beras. Harga beras ― sudahlah tidak ada dan tidak mencukupi ― melonjak sampai 15 peratus. Tetapi, kalau tanya, “Oh, inflasi kita 3.4 peratus”. Tetapi, harga beras 15 peratus kenaikan dia. Minyak masak meningkat 10 peratus. Tetapi, angka rasmi dilaporkan, inflasi secara menyeluruhnya ialah 3.4 peratus. Sebab itu apa yang dilaporkan ― begitu juga dengan daging dan sebagainya. 30 peratus.

Jadi, sebab itu saya bukan hendak menafikan fakta dan data yang dikemukakan oleh kerajaan. Tetapi, biarlah realistik. Sekali-sekala turun dan teliti ke bawah, rasai denyut nadi rakyat yang terbeban dengan sebab kenaikan harga barang yang luar biasa yang berlaku dalam negara kita.

draft • 5:10 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, saya nak sebutkan tentang penghapusan subsidi dan penyampaian subsidi bersasar yang dikemukakan oleh kerajaan yang memperkenalkan subsidi bersasar dengan tujuan menyalurkan bantuan hanya kepada mereka yang benar- benar memerlukan. Satu tindakan yang baik. Yang baik kita puji. Tetapi Tuan Yang di-Pertua, kita harus ingat penghapusan subsidi kepada golongan kaya mungkin membawa kesan sampingan yang tidak diingini, khususnya peningkatan harga barangan lain.

Golongan B40 yang sangat bergantung kepada subsidi juga akan terkesan secara tidak langsung walaupun subsidi bersasar ini kelihatan baik dari segi pengurusan fiskal.

Realitinya kesan domino seperti kenaikan kos pengangkutan logistik akhirnya tetap dirasai oleh semua lapisan masyarakat. Subsidi dijanji untuk yang layak tapi penghapusan membebankan ramai. M40 juga kini terjerat, kos meningkat, rakyat kecewa. Itulah hakikat yang berlaku. Di antara kumpulan masyarakat yang terpinggir daripada disentuh ialah

draft • 5:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

golongan M40. Secara tak langsung terkepit di antara dua golongan yang dititik beratkan oleh Perdana Menteri iaitu T20 ataupun T15 dengan B40.

Yang ketiga Tuan Yang di-Pertua, ini sahabat-sahabat lain boleh sambung. Apa yang saya perhatikan berdasarkan kepada tinjauan, kita merasai denyut nadi rakyat, perumahan mampu milik, Tuan Yang di-Pertua. Perumahan mampu milik terus menjadi isu utama dalam negara kita dan rakyat, khususnya terutama B40, M40 masih menghadapi kesukaran memiliki rumah sendiri. Ini realiti. Nak beli rumah tambah-tambah di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Putrajaya dan bandar-bandar utama ini memang hanya mampu tengok Tuan Yang di-Pertua, tak mampu nak miliki.

Tuan Yang di-Pertua mungkin ada tapi saya tidak ada rumah. Saya tidak ada rumah.

Saya pun tak mampu nak beli rumah di bandar-bandar seperti ini, apatah lagi orang lain.

Mungkin orang lain tu lebih kaya walaupun kita ini tidak tahulah Ahli Parlimen dikategorikan sebagai T15 kah T20, wallahualam. Yang tahu kita ‘T’ itu, duit tidak ada. Tidak mampu. ‘T’ tu tidak mampu bagi kita walaupun sebagai Ahli Parlimen.

Peningkatan harga rumah berlaku jauh lebih tinggi dan lebih laju berbanding dengan peningkatan gaji serta kemampuan rakyat, terutamanya kakitangan awam. Dah lah tak ada rumah Tuan Yang di-Pertua, nak dapat kuarters pun bukan main kena tunggu turn begitu panjang. Jadi mereka terpaksa menyewa untuk bertugas di ibu-ibu kota. Akhirnya sewa yang mahal, rumah kosong di sebelah Selangor.

Lepas ni MB Selangor boleh mengesahkan kalau saya silap. Tapi saya pernah menyewa di area Desa Putra. Sewanya sahaja RM1,600 sebulan. Kalau beli mungkin terpaksa menanggung installment lebih daripada RM3,000 atau pun RM4,000 sebulan. Itu rumah teres double storey, Tuan Yang di-Pertua. Ini sebagai contoh. Dalam usaha untuk meningkatkan penawaran rumah mampu milik, kerajaan telah mengumumkan beberapa inisiatif pembangunan. Namun, pelaksanaannya perlu diperkemas bagi memastikan golongan sasaran dapat menikmati manfaatnya.

Tuan Yang di-Pertua, tambah lagi faktor spekulasi tanah. Ini pun satu hal yang meningkatkan kos pembangunan yang tinggi turut menyumbang kepada kenaikan harga rumah. Kerajaan perlu lebih tegas dalam mengawal harga tanah dan juga harga bahan binaan. Dia naik Tuan Yang di-Pertua, luar biasa kenaikan bahan binaan ini.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya peluang pekerjaan kepada golongan muda. Isu pengangguran. Ini di antara denyut nadi rakyat yang perlu dimasukkan dalam tata kelola kerajaan untuk ditangani secara lebih berhemah. Pengangguran kalangan anak muda terus menjadi masalah utama yang perlu ditangani dan kerajaan telah pun memberi perhatian terhadap isu ini. Saya ucap terima kasih. Namun, kadar pengangguran di kalangan golongan muda masih berada pada tahap yang membimbangkan iaitu 10.6 peratus. Itu pun 10.6 peratus pada tahun ini, walaupun dikatakan berkurangan tetapi hakikatnya ramai di kalangan penganggur-penganggur ini beralih kepada industri gig.

Yang jadi pemandu Grab meningkat sampai ratusan ribu dikatakan 200,000 pada ketika ini yang menjadi pemandu e-hailing dan sebagainya. Apakah ini kadar pengangguran

draft • 5:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

yang dikatakan berkurangan dan kerajaan berbangga walaupun kita ucap alhamdulillah kerana walaupun tidak ada kerja, boleh jadi pemandu Grab. Saya pun ingat kalau tidak ada kerja nanti, boleh jadi pemandu Grab. Tidak ada masalah. Tetapi ini tidak sepatutnya menjadi kebanggaan kerajaan. Kerajaan perlu melakukan reformasi yang lebih jauh terkehadapan bagi menangani isu ini.

Jika dibandingkan negara jiran kita, Singapura mencatatkan kadar pengangguran belia pada kadar 3.5 peratus manakala Thailand pula lebih rendah pada 4.1 peratus. Negara kita ketinggalan dalam menyediakan peluang pekerjaan yang berkualiti untuk golongan muda. Sebab itu menurut pakar-pakar ekonomi, meskipun ekonomi gig menyediakan peluang sementara, kita tidak boleh terlalu bergantung kepadanya untuk menyelesaikan masalah pengangguran di kalangan belia pada jangka masa panjang. Reformasi secara keseluruhan perlu dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, kemudian saya nak sebut tentang keselamatan makanan dan pembangunan sektor pertanian. Walaupun disebut dronlah itulah inilah, tetapi realiti yang berlaku di bawah itu Tuan Yang di-Pertua, berapa kerat sahaja petani di negara kita ini mampu dan ada capaian untuk menggunakan kemudahan-kemudahan teknologi moden dalam industri pertanian ini? Berapa percent sahaja? Ada disebut sekadar 10 percent sahaja.

Maka kalau dengan cara itu kita guna untuk meningkatkan hasil kita bagi memenuhi pasaran domestik untuk kegunaan dalaman negara kita, ia takkan ke mana. Hanya 10 peratus. Kalau dengan pertanian moden dikatakan boleh memacu penghasilan yang lebih baik, maka peningkatannya 10 peratus kerana yang berjaya mengguna ― yang mampu menggunakan hanya kalangan 10 peratus sahaja.

Sebab itu kalau kerajaan bercakap bukan sekadar mengumumkan di Cherok Tok Kun satu, di mana lagi? Di Arau, satu. Di sinun satu, di sini satu, tak jadi. Dia kena buat secara lebih menyeluruh supaya benar-benar memberi perubahan dan impak yang signifikan kepada kadar pertanian negara yang akhirnya paling tidak kalau kita tidak eksport padi kita pun, kita boleh gunakan untuk manfaat sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meneruskan sikit lagi Tuan Yang di-Pertua. Sikit lagi ada satu dua lagi. Saya faham, Tuan Yang di-Pertua pun pernah berbahas di situ dan sangat memerlukan masa. Bukan kita bercakap hari-hari Tuan Yang di-Pertua, setahun sekali. Yang di-Pertua, jurang pembangunan dan infrastruktur antara wilayah dan negeri, ini perkara yang paling penting.

Dalam beberapa data dan statistik, disebut bahawa jumlah perbelanjaan kerajaan secara keseluruhan sangat minima kepada negeri-negeri, khususnya di negeri-negeri Pantai Timur. Jadi oleh kerana itu, Tuan Yang di-Pertua, kita menyeru supaya jurang pembangunan dan infrastruktur antara wilayah dan negeri ini ditangani secara lebih spesifik.

Saya nak fokus, Tuan Yang di-Pertua. Ini point yang menarik untuk perhatian Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan negeri Kelantan, Terengganu dan negeri Pahang di Pantai Timur ini jauh ke belakang berbanding dengan negeri-negeri di Pantai Barat. Sebab itu kalau di negeri Selangor, masya-Allah hebat pembangunan di bawah Yang Amat Berhormat Menteri

draft • 5:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Besar Selangor, Gombak yang ada di sini. Tetapi tak adil kalau nak dibandingkan dengan kemudahan yang dia ada. Kalaulah macam Indonesia alih ibu negara itu pergi letak di Kota Bharu, saya yakin Kota Bharu akan jadi hebat macam Kuala Lumpur, macam Selangor. Tapi oleh sebab inilah yang ada, kita terima hakikat.

Cuma, berilah perhatian kepada negeri Kelantan. Kelantan masih lagi mengharapkan sebagai sebuah negeri yang sangat strategik kedudukannya, yang hampir dengan negara- negara Asia Timur seperti China, Vietnam dan Jepun sangat perlu kepada pelabuhan antarabangsa. Sangat perlu kepada lapangan terbang antarabangsa yang sudah pasti akan memacu pembangunan yang lebih baik pada negeri ini.

Jadi, saya mohon kerajaan supaya nyatakan apa perancangan yang signifikan kepada negeri-negeri seperti ini supaya membolehkan ia berfungsi dengan baik dan keadilan pembangunan infrastruktur antara wilayah-wilayah ini dapat kita laksanakan dan dapat kita realisasikan. Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, saya nak sebutkan point yang berkaitan dengan isu royalti dan juga kepada Kelantan dan juga Terengganu.

draft • 5:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Sahabat saya tadi Bachok telah pun menyebut, “Alhamdulillah, Bachok dah dapat hospital”. Perjuangan Hospital Bachok ini bermula daripada saya sewaktu jadi Ahli Parlimen Bachok dulu. Alhamdulillah direalisasikan di zaman ini. Adalah juga jasa saya di situ tapi kalau tak sebut pun tak apa [Ketawa] sebab Allah tidak akan lupa kepada jasa orang-orang yang berbuat kebaikan.

[Ketawa] [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Okey.

draft • 5:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Sila masuk dalam ucapan saya.

draft • 5:30 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Okey. Isu royalti petroleum ini isu yang complicated. Bukan complicated mana, kerajaan perlu ada tekad politik untuk menyelesaikan polemik ini Tuan Yang di-Pertua. Berdasarkan kepada Perjanjian Petroleum 1975, negeri-negeri pengeluar minyak sepatutnya menerima lima persen royalti daripada hasil minyak yang di extract daripada kawasan perairan mereka.

Saya nak ulang sebut perkara ini supaya tak menjadi sejuk dan akhirnya mendapat perhatian kerajaan. Saya pun hairan bila mana saya bangkitkan dalam Dewan, tak adapun jawapan daripada pihak kerajaan secara spesifik dan lain jawapan yang menyelesaikan tetapi hanya mengulangi naratif yang sama. Akta Laut Wilayah menjadi penghalang.

Akta Laut Wilayah ini digubal dan dijadikan pada tahun 2012. Setahun sebelum Yang Berhormat masuk Dewan. Sebelum saya masuk Dewan, setahun, 2012. Sedangkan Akta Petroleum digubal tahun 1975. Prinsip sebuah keadilan undang-undang itu mestilah adil dan dilihat adil. Seen to be done. Mestilah membawa keadilan dan boleh dilihat adil tapi kalaulah perjanjian dibuat tahun 1975, mari satu akta tahun 2012 membatalkan hak dan menafikan hak yang terkandung dalam Perjanjian 1975. Adakah ini sebuah keadilan? Sementelah lagi sedangkan DUN Kelantan secara konsisten melalui undang-undang telah menolak dalam sidang Dewan Undangan Negeri terhadap Akta Laut Wilayah ini.

draft • 5:30 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Jadi kalau kita nak berbicara tentang Akta Laut Wilayah menjadi penghalang, itu adalah satu perkara yang sangat tidak wajar. Saya tidak teruskan perdebatan di sini kerana yang rakyat Kelantan mahu, rakyat Terengganu mahu adalah penyelesaian dan kita dapat mengacapi royalti. Bayangkan bumi Kelantan yang dikatakan miskin dan sebagainya, ada hasil minyak, kaut hasil minyak, bawa balik ke Kuala Lumpur, buat pembangunan di sini tapi manfaat secara langsung walaupun dikatakan disalurkan melalui wang ihsan dan sebagainya. Itu bukanlah satu perkara yang nak, dikehendaki oleh rakyat Kelantan, yang kita mahu adalah royalti sebagaimana ada dalam perjanjian tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, kalau perlu kepada pindaan undang-undang maka pindalah.

Kerajaan ini perlu lebih prihatin kerana Yang Amat Berhormat Tambun tahu asal usulnya.

Kalau tidak kerana pengampunan dulu, maka dia tak akan ada di sini. Jadi titah yang dibuat oleh Tuanku Sultan Kelantan itu perlu diambil perhatian yang serius untuk memberi hak yang sebaiknya kepada negeri Kelantan.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya panjang lagi nak sebut tapi saya menghormati sebab Yang Berhormat Menteri Besar Selangor ini sibuk, lepas ini dia nak berucap. Saya bagi yang tak siap ini, yang tak sempat saya baca ini dalam ucapan Menteri Besar Selangor.

[Ketawa] Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[Tepuk]

draft • 5:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Sila Yang Berhormat Gombak.

draft • 5:30 PM

Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Terima kasih Yang di-Pertua ataupun pemangku Yang di-Pertua, seluruh Ahli Dewan sekalian. Assalamualaikum, salam Malaysia MADANI buat semua.

Pertamanya, Gombak ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesempatan yang diberikan untuk memulakan perbahasan Usul Belanjawan Persekutuan 2025 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan ataupun Yang Amat Berhormat Tambun beberapa hari yang lepas. Sudah pasti kita menyambut baik beberapa saranan yang telah dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Tambun dalam pembentangan belanjawan tersebut.

Saya tertarik dengan kutipan Surah Al-Balad yang telah nukilkan di dalam teks penuh ucapan Yang Amat Berhormat Tambun, khususnya apabila mengembangkan beberapa tafsir daripada tafsir pimpinan Ar-Rahman khususnya pada ayat-ayat yang ke-12, 13 dan 14.

Secara asasnya memberikan gambaran bagaimanakah tiga perkara ataupun puncak kebaikan yang patut dicapai oleh manusia khususnya bagi sebuah negeri.

Ada tiga perkara yang terangkum dalam tafsiran yang telah diberikan oleh tafsiran pimpinan Ar-Rahman:

(i) membebaskan hamba [Bercakap dalam bahasa Arab] iaitu soal karamah insaniah;

draft • 5:33 PM

Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak

(ii) memberi makan kepada orang miskin melarat dan juga anak-anak yatim khususnya daripada keturunan dan ini adalah niat yang terkandung dalam beberapa dasar negara dalam memastikan kita dapat merapatkan jurang di antara yang kaya dan yang miskin; dan

(iii) berpesan-pesan kepada kesabaran dan juga berpesan-pesan dengan rahmah.

[Bercakap dalam bahasa Arab] Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, kalau kita lihat walaupun Surah Al- Balad ini merupakan surah Makiyyah yang diturunkan ketika Nabi sebelum berhijrah ke Kota Madinah. Tetapi sebaik Nabi sampai ke Madinah, inilah di antara perkara-perkara yang terkandung di dalam sahifah MADANIah ataupun yang dipanggil sebagai Piagam Madinah.

Rangkuman yang telah diberikan oleh Almarhum Datuk Yusuf Qaradawi dalam ucapan beliau di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam pada 9 Disember 2009 menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW mendirikan dua institusi ketika sampai di Madinah. Pertama, masjid dan yang keduanya pasar. Masjid memberi fokus kepada unsur- unsur kerohanian, keagamaan dan juga pentadbiran. Manakala pasar memberi makna kepada rezeki dan membangunkan ekonomi keluarga, masyarakat dan negara.

Ahli Yang Berhormat sekalian, inilah di antara pasak yang saya percaya menjadi cita- cita dalam pembentangan belanjawan Yang Amat Berhormat Tambun di samping kita menyedari pada ketika ini kita berdepan dengan beberapa cabaran yang jelas iaitu cabaran seperti cabaran geopolitik yang sikit sebanyak dibincangkan dan dibicarakan sepanjang daripada perbahasan dalam Dewan pada hari ini.

Buat pertama kali selepas 1947, saya kira dunia berada dalam saat yang sangat genting. Ada dua perang besar yang berlangsung sama ada di bumi Eropah ataupun di Timur Tengah yang telah melarat kepada beberapa buah negara yang bukan hanya melibatkan kepada isu masyarakat dan penduduk Palestin yang telah dihalau keluar daripada tanah bumi mereka. Penganiayaan, pembunuhan tetapi juga melibatkan kepada negara-negara jiran dan mungkin boleh merebak dan juga memberikan kesan yang buruk kepada ekonomi dunia dan juga keadaan sekeliling di dunia.

Justeru, saya percaya unsur pembentukan nation building ataupun pembentukan masyarakat ataupun pembentukan negara bangsa merupakan salah satu daripada isi penting kepada pembentukan belanjawan ataupun dasar-dasar negara dan ini terkandung dengan jelas apabila kerajaan membentangkan apa yang dipanggil sebagai kerangka Ekonomi MADANI. Walaupun yang disebutkan meninggikan syiling, meninggikan lantai, menaikkan martabat rakyat di bawah dan juga meningkatkan ekonomi, saya percaya isu yang paling penting sebagaimana Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional atau yang disebut Dasar Kemakmuran Bersama.

Nak sentuh sikitlah, Dasar Kemakmuran Bersama di bentang masa zaman PH.

Bukan di bentang oleh PN pun. PN tak di bentang apa-apa dasar semasa menjadi kerajaan selama 30 bulan.

[Tepuk] Jadi sebab itu, saya percaya bahawa kesemua isu-isu itu yang

draft • 5:33 PM

Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak

dibangkitkan adalah untuk merapatkan jurang. Jurang di antara kaum, agama, bangsa dan tidak ketinggalan merapatkan jurang di antara yang kaya dan juga yang miskin.

Jadi, Perdana Menteri dalam beberapa penegasan beliau semasa dalam pembentangan belanjawan dan sebelum-sebelum ini pun mengingatkan bahawa subsidi dan juga bagaimana pencukaian dilaksanakan adalah usaha-usaha untuk memastikan yang kaya ataupun yang berada memberikan fungsi dan tugasan mereka untuk membantu kepada pembinaan nation building ataupun pembinaan negara bangsa dan juga masyarakat yang bersatu padu.

Jadi tidak lagi yang kaya bertambah kaya, yang miskin terus tertinggal ataupun menjadi papa kedana. Ini prinsip asas yang saya percaya wajar disokong oleh seluruh Ahli Dewan kerana akhirnya bagaimana sekalipun cukai ia dilaksanakan, yang kaya harus memberikan dan juga yang miskin akan menerima ataupun mendapat bantuan yang dipanggil sebagai subsidi dan sangat tidak adil untuk kita berikan subsidi kepada mereka yang sudah berada dan kaya.

Saya laksanakan sedikit sebanyak pengalaman di negeri Selangor. Sebagai contoh pada tahun 2019, apabila saya telah menyasarkan semula pemberian subsidi untuk air percuma di dalam negeri Selangor. Memang terdapat pelbagai kata-kata dan juga cynical yang ada di luar sana yang menganggap bahawa ia akan memberi kesan kepada sokongan politik mahupun memberi kesan kepada kehidupan rakyat secara meluasnya.

draft • 5:33 PM

Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Teringat saya bagaimana kerajaan – apabila kerajaan cuba menyasarkan subsidi diesel dan mungkin, selepas ini RON95. Walaupun secara politically sama ada ketika ini, di saat suara pembangkang yang kuat, di saat seruan mereka yang begitu keras, ia mungkin tidak betul tetapi – ataupun tidak mencapai kejayaan segera. Tetapi akhirnya, kita akan dapat melihat ketegasan kerajaan ataupun fungsi kerajaan untuk melaksanakan perkara yang betul.

Saya beri contoh, apabila saya buka pendaftaran untuk air percuma di negeri Selangor, kita sasarkan untuk 600,000 daripada keseluruhan 2.4 juta akaun, termasuk Kuala Lumpur, Wilayah dan Persekutuan bagi menerima Skim Air Darul Ehsan iaitu meneruskan air percuma di dalam negeri Selangor. Setakat ini, hanya 340,000 walaupun saya dah naikkan lantai dan silingnya kepada penerima-penerima di kalangan RM5,000 dan ke bawah.

Saya percaya. Namun, kerajaan perlu menerangkannya dengan tuntas dan jitu.

Lebih awal ketika dilaksanakan, termasuk mengambil langkah-langkah susulan supaya kesannya itu tidak terlalu terus kepada rakyat dan hari ini, kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah-langkah terbaru.

Tadi, Kota Melaka berkongsi bagaimana kita telah berbelanja RM13 bilion secara keseluruhan. Meningkatkan Sumbangan Tunai Rahmah sehingga RM4,000 lebih dan juga beberapa program yang terus kepada rakyat seperti Program SejaTi MADANI. Saya tertarik apabila Kota Melaka membangkitkan, ada juga seruan politik kaum yang membangkitkan orang Cina tak cukup. Tetapi, apabila diumumkan bantuan untuk sekolah atau bantuan untuk

draft • 5:40 PM

Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Kampung Baru Cina, di sana ramai penyokong daripada Perikatan membangkitkan orang Melayu tak dapat apa-apa.

Sedangkan, hakikatnya dalam SejaTi MADANI secara keseluruhannya ada RM1 bilion. Kampung-kampung Melayu ada RM600 juta. RM200 juta untuk kampung-kampung.

Manakala, RM100 juta untuk universiti yang sebahagiannya orang Melayu dan sebahagiannya orang Islam.

Perkara ini perlu dibetulkan kerana akhirnya, siapa pun yang mentadbir dan memerintah, pembentukan masyarakat yang bersatu-padu itu akan tetap menjadi cita-cita kerajaan dan pembangkang tidak boleh menggunakan elemen ini semata-mata untuk mendapat kepentingan sementara ataupun mendapat keuntungan sementara kerana akhirnya, Malaysia tidak akan dapat bertahan dengan keupayaan ini. Dipersilakan.

draft • 5:40 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Sikit, Yang Berhormat.

Kalaulah satu masa nanti, Yang Berhormat akan jadi Perdana Menteri, adakah peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang dibagi tak?

draft • 5:40 PM

Dato' Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Saya mulakan perkara tersebut di Selangor pada tahun 2018. Kita berikan peruntukan itu dan kita teruskan. Tetapi, kena ada persefahamanlah. Persefahaman itu bukan bererti kita harus bertingkah setiap masa dan waktu.

Saya rasa, pihak kerajaan telah memulakan untuk memulakan rundingan. Tetapi, apabila rundingan itu dibalas dengan kenyataan media dan tidak diikuti dengan perbincangan seterusnya. Saya percaya, perkara itu perlu ada kedua-dua pihak untuk bersetuju dalam beberapa asas sebelum kita bersetuju untuk menyampaikan peruntukan yang sama dan seimbang dengan semua.

Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, saya tertarik juga dengan satu peruntukan sekitar RM10 juta untuk Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) yang mana ia akan menambah perjawatan di kalangan warga ataupun NACSA sebanyak 100 orang lagi.

Ini adalah satu peruntukan yang saya kira very significant ataupun sangat signifikan kepada masa depan negara, khususnya kita di ambang ataupun kita sudah masuk sebelah kaki ataupun sebahagian daripada hidup kita di bawah dunia kecerdikan buatan. Bukan pun kecerdikan tiruan, sesetengah orang sebut.

Yang Berhormat sebut bahawa kecerdikan buatan (artificial intelligence) ini harus kita siapkan beberapa langkah. Saya setuju, pihak MOSTI telah menyediakan satu garis panduan etika dan kita juga kena bersiap sedia kerana kalau kita lihat beberapa karya yang telah membangkitkan dalam istilahnya, surveillance capitalism. Sender-nya adalah Shoshana Zuboff, yang membangkitkan tentang beberapa istilah yang telah kita lalui dan kita telah kesan. Kesan-kesan itu ialah behavior surplus dan behavior modification. Ahli Yang Berhormat sekalian, kita perlu belajar daripada pengalaman beberapa buah negara dan dari pengalaman kita. Apabila kemasukan social media tanpa menyediakan garis panduan etika dan juga menyediakan latar belakang untuk mempertahankan

draft • 5:40 PM

Dato' Seri Amirudin bin Shari - Gombak

kedaulatan negara, termasuk untuk memastikan nasib kepada rakyat tidak dipengaruhi dengan algorithms yang mungkin merosakkan rupa bentuk negara kita.

Ini kesan yang berlaku semasa Trump menang kali pertama ataupun ketika kejadian Brexit pada beberapa tahun yang lepas. Ini terhasil kerana kita tidak sedar tentang behavior surplus ini yang akhirnya memberikan kesan kepada langsung, kepada gerak-geri, tingkah laku dan tindak-tanduk kita.

Tindak-tanduk kita itu kemudian disalurkan kepada perniagaan, produk dan perniagaan yang dibuat, dan akhirnya kita menjadi alat ataupun menjadi controller dibuat oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai supermachine seperti mesin dalam social media. Lebih-lebih lagi, dalam artificial intelligence yang akan memberi kesan kepada apa yang diperkatakan tentang kejituan ataupun ketulenan kepada sesuatu perkara.

Bayangkan, kalau soal kecil, soal-soal seperti pembuatan tesis dalam peperiksaan ataupun nilai bagi ilmu dan juga nilai bagi pengetahuan dalam sistem sekolah. Semua sistem nilai ini akan hancur kalau kita tidak ada kawalan ataupun usaha untuk mengawal. Ini bukan bererti, kita nak tutup social media ataupun kita kena kawal ataupun tutup artificial intelligence tetapi, perlu ada garis etika dengan menyedari bahaya-bahaya seperti ini.

Mungkin, pada hari ini kalau kita lihat ChatGPT ataupun yang dipanggil sebagai artificial intelligence (AI) yang terbuka, sudah boleh meniru suara orang dan ini akan memberi kesan kepada nilai keselamatan individu dan nasib masyarakat secara keseluruhan.

Di saat apa yang disebut [Membaca sepotong ayat Al-Quran] , membebaskan penghambaan ini, saya ingin membuka paradigma seluruh Ahli Dewan bahawa ada kongkongan dan cloud yang besar, yang boleh mengawal kita kalau kita tidak kawal, khususnya memahami artificial intelligence yang boleh menguasai, memberi kebaikan, mempermudahkan kehidupan kita.

Tetapi, kalau tidak dikawal dengan baik, ia akan menjadi kongkongan kepada masyarakat dan juga warga kepada rakyat negara kita. Ini penting kepada sistem pendidikan kita. Ini penting kepada sistem nilai yang ada dalam negara dan rakyat kita.

Ahli Yang Berhormat sekalian, sebagai kerajaan, saya percaya Tambun dan rakan- rakan pimpinan percaya kepada disiplin fiskal. Disiplin fiskal ini telah ditunjukkan dengan baik apabila kita cuba mengurangkan jumlah hutang. Tetapi, dalam masa yang sama, kita juga mempertingkatkan kebertanggungjawaban sosial untuk memastikan nasib masyarakat dapat dibela dan diteruskan dengan peningkatan-peningkatan sokongan, termasuk dalam bidang pendidikan.

Bidang pendidikan merupakan asas penting. Sebab itu, artificial intelligence ini, kita tidak boleh mulakan dengan machine ataupun kita tidak boleh mulakan dengan alatan yang penting tetapi, bagaimana bidang pendidikan boleh menerima artificial intelligence ini ataupun menyusun artificial intelligence ini untuk kebaikan dalam masyarakat bersama.

Justeru, RM64 bilion yang telah disiapkan itu. Kita harus bersiap sedia. Bukan kerana apa, kerana selama bertahun-tahun, 10 tahun, 15 tahun yang lepas, kita berdepan dengan masalah pencapaian mathematics dan sains yang rendah. Ini kerana generasi pada hari ini,

draft • 5:40 PM

Dato' Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Gen Z, terutamanya merupakan pengkonsumer ataupun mereka yang menjadi pengguna.

Kepenggunaan ini telah menghilangkan alat-alat asas untuk melahirkan gadget ataupun kemudahan aplikasi yang mereka gunakan. Itulah juga cabaran kita dalam artificial intelligence nanti.

Justeru, RM64 bilion di samping dengan peruntukan yang disiapkan untuk kementerian dan pembangunan manusia dalam negara kita, harus menyediakan manusia- manusia yang bersiap sedia dengan artificial intelligence. Faham asasnya, faham kesannya dan juga faham tentang bagaimana ia mampu membantu manusia dan keseluruhan kehidupan rakyat dan masyarakat dalam negara kita.

Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, kita juga kena bersiap sedia dengan beberapa perkembangan terbaru. Alhamdulillah, saya cukup gembira bila Bachok dapat hospital. Selangor juga, penggal yang lepas telah diluluskan dengan hospital baharu. Yang kedua di Kapar dan di Klang. Saya minta dua minit dan juga ada beberapa yang lain termasuk di Sepang dan sebagainya.

Namun begitu, kita ada kesan baru rentetan daripada hal kemakmuran kesihatan kita iaitu aging society ataupun masyarakat menua. Pada masa depan, isunya adalah kelompok yang produktif akan memerlukan kerja yang bertimpa-timpa untuk menanggung kelompok warga emas yang sudah semakin banyak dan umurnya semakin panjang.

Pada tahun 2008, lifespan di negeri Selangor atau jangka hayat negeri Selangor ialah 65 tahun. Pada hari ini, Alhamdulillah, lifespan wanita lebih panjang, 83 tahun. Manakala, laki-laki sekitar 80 tahun. Secara purata, 81 hingga 82 tahun. Bermakna, daripada tempoh pencen ada 20 tahun untuk warga emas menampung kehidupan mereka.

Jadi, apakah persiapan kita pada hari ini, termasuk untuk menyiapkan pasukan kita ataupun anak-anak muda kita yang berdepan dengan cabaran-cabaran seperti artificial intelligence dan cabaran-cabaran baharu.

draft • 5:40 PM

Dato' Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Kalau mereka terus terkongkong dengan istilah behavior surplus ataupun behavioris modification sebentar tadi, terpengaruh dengan kehidupan yang serba tohor dan cetek yang tidak menganggap ataupun mendalami ilmu dan pengetahuan, saya bimbang kita berdepan dengan cabaran masyarakat yang lemah, generasi yang cepat merengek, generasi yang cepat mengalah. Ini akan mengganggu gugat kepada kedaulatan dan juga kehidupan kita pada masa depan.

Jadi sekali lagi, terima kasih Speaker di atas kesempatan yang diberikan. Akhirnya, akhirnya, akhirnya — saya ikut juga macam sana, banyak kali akhir, tak akhir-akhir juga.

Akhirnya, saya ingin mengucapkan terima kasih di atas beberapa peruntukan-peruntukan yang telah disiapkan untuk tebatan banjir khususnya di negeri Selangor, di Lembangan Sungai Langat, di kawasan Sungai Damansara dan di Lembangan Sungai Klang. Saya menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, pengumuman Perdana Menteri untuk menyambung WCE daripada Banting sampailah ke selatan.

draft • 5:50 PM

Dato' Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Cuma pandangan saya Yang Berhormat, kalau boleh dipanjangkan juga sampai ke KLIA. Kalau kita dah sambung KLIA kepada jajaran yang saya sebut tadi, bukan sahaja orang Port Dickson, sahabat saya akan dapat untung, tetapi juga keseluruhan rangkaian jajaran kita itu juga akan lebih pantas dan mampu untuk membugarkan ekonomi dan pemugaran kawasan-kawasan wilayah yang telah dibangunkan, khususnya apa yang disebut sebagai Integrated Development Region in South Selangor (IDRISS) di mana wilayah kawasan selatan Selangor adalah kawasan yang besar untuk kita bangunkan.

draft • 5:50 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tuan Yang di-Pertua, mencelah sedikit. Saya nak sebut balik apa yang saya tanya tadi. Yang Berhormat ada baca tak content MoU yang diberikan kepada kami itu? Kalau Yang Berhormat baca, saya rasa Yang Berhormat sendiri pun akan terkejut. Saya nak tanya kalau di Selangor Yang Berhormat, difahamkan memberi peruntukan. Adakah ada MoU dan content yang sama kepada semua Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Selangor sehingga mereka dapat peruntukan?

draft • 5:50 PM

Dato' Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Ahli Yang Berhormat, mungkin di Selangor tajam dan pertarungan itu tidak sehebat di peringkat Persekutuan walaupun jumlah position opposition bertambah. Tapi keadaannya berbeza dan sudah pasti suasananya berbeza. Tetapi pengalaman kita ketika berurusan dengan Bera satu ketika dahulu, Bera telah mengemukakan satu solusi ataupun satu MoU, cadangan diikuti dengan pembentukan jawatankuasa. Berbulan-bulan jawatankuasa itu bermesyuarat. Detil pergi ke baris dan tiap perkataan supaya kedua-dua pihak setuju.

Jadi saya percaya, langkah persetujuan MoU itu kalau dimulakan dengan satu preamble ataupun satu aturan yang tidak dipersetujui dan agak dianggap sepihak, ia harus ada cadangan balas dan harus diwujudkan medium. Kalau tak, kita akan terus mengutarakan isu-isu politik daripada isu pokok iaitu peruntukan dalam Ahli-ahli Parlimen yang adil untuk digunakan. Jadi, saya percaya hari ini perlu diurutkan dengan perkara tersebut. Bukan dengan statement, tetapi statement itu kemudian mengajak untuk berlakunya kegagalan dalam MoU ataupun perbincangan tersebut.

draft • 5:50 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat, apa maksud Yang Berhormat pertemuan yang tajam itu? Baru beberapa hari lepas kami semua mengundi, menyokong usul kerajaan. Hanya satu orang sahaja yang tidak sokong. Jadi kalau itu dijadikan alasan, saya rasa tak tepat. Tapi cara Yang Berhormat sebut tadi, Yang Berhormat sesuai jadi mediator untuk selesaikan isu ini. Sebenarnya kalau daripada gaya pentadbiran Yang Berhormat, Yang Berhormat layak jadi Perdana Menteri sebenarnya.

draft • 5:50 PM

Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Terima kasih kepada PAS dan PN yang telah menyatakan PH ada calon Perdana Menteri. Itu yang baik.

[Ketawa] Terima kasih, tak ada masalah. Itu tak kisahlah. Saya bagi ruang dan masa, kalau nak perlukan perbincangan, tak ada masalah. Dalam banyak urusan saya jadi wakil rakyat, dia orang nak bercerai pun banyak saya satukan balik. Insya-Allah, saya tak ada masalah untuk jadi mediator dan berbincang untuk kemakmuran dan juga kebaikan bersama.

draft • 5:50 PM

Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Pokoknya, ketika kita bersepakat ataupun menyatakan persetujuan dengan Bera satu ketika dahulu, di saat itu keadaan politik yang sangat keras. Kalau kita teruskan, ada tolakan, ada bantahan terhadap perkara-perkara penting seperti belanjawan dan sebagainya, ia tidak akan membawa kebaikan kepada negara hingga kepada penolakan belanjawan dan akhirnya struktur negara berlaku. Itulah juga gambaran yang telah dibuat oleh pihak sana. Pihak sana awal-awal lagi sebut tunggu bulan lapan. Tak tahu bulan lapan 2026 kah tahun 2027. Sampai sekarang bulan lapan tak bertukar kerajaan juga. Jadi ertinya, kalau kita bersetuju kepada beberapa asas dan tak ada masalah untuk hal itu kita teruskan dan bincang.

draft • 5:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, saya kira...

draft • 5:50 PM

Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Itu maksud saya soal rampasan dan juga tugasan ambil alih kerajaan.

draft • 5:50 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Terima kasih Yang Berhormat kerana mengharapkan kerajaan itu bertukar. Yang Berhormat tak sabar menunggu nampaknya daripada ayat tadi.

draft • 5:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Gombak. Terima kasih.

draft • 5:50 PM

Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Sedikit ya. Saya nak jelas, tak ada masalah. Maksud saya, gambaran saya isu besar penting adalah selepas habis pilihan raya dan ada gesaan untuk bentuk Kerajaan Perpaduan dan buat kestabilan, alhamdulillah kestabilan itulah yang dapat menjamin keyakinan pelabur pada hari ini. Yang di sana ingin menjadi pembangkang, okeylah, tak ada masalah. Tetapi kalau berterusan setiap kali pilihan raya kata nak tukar kerajaan, nak tukar kerajaan, ia tidak akan membawa kebaikan dan juga sentimen yang baik kepada market. Saya nak nyatakan, saya tak pernah sokong ada rampasan kerajaan yang dibuat melalui pintu belakang ataupun daripada atap ataupun daripada mana-mana. Tapi yang pentingnya ialah kita hormat kepada demokrasi yang telah diputuskan dalam pilihan raya sebelum ini. Terima kasih Yang Berhormat Speaker bagi masa kepada saya. Terima kasih dan saya menyokong saranan daripada ataupun bajet ataupun belanjawan yang dibentangkan Tambun. Terima kasih.

draft • 5:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Amat Berhormat Gombak. Sila Yang Berhormat Hulu Terengganu.

draft • 5:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

*Bismillahi Rahmani Rahim. [Membaca sepotong doa] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Membaca sepotong doa]* Terima kasih sahabat saya Pengerusi Yang di-Pertua Dewan. Nampaknya YB Paya Besar ini ber-style. Boleh jadi backbencher, boleh jadi Speaker, boleh jadi Menteri dan insya-Allah boleh jadi Timbalan Perdana Menteri.

draft • 5:56 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

15 minit Yang Berhormat.

draft • 5:56 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Maknanya tak salahlah rakyat-rakyat di Paya Besar menyokong dan mengundi Paya Besar.

Tahniah.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya memulakan perbahasan ini, ingin saya mengajak seluruh Ahli Dewan yang mulia ini untuk sama-sama kita terus mendoakan sahabat-sahabat saudara kita di Palestin dan Lubnan yang dizalimi penindasannya beramai-ramai. Sejak 7 Oktober yang lalu, lebih daripada 42,000 penduduk Palestin ataupun Gaza telah terbunuh dan lebih daripada 99,000 cedera akibat serangan Zionis Israel.

Dalam tempoh dikatakan 24 jam yang lalu, lebih daripada 175 sasaran, sasaran peluru-peluru Zionis Israel ke arah Gaza dan Lubnan. Ini menunjukkan suatu genosid yang cukup malang, yang cukup ngeri dalam sejarah manusia moden melampaui apa yang berlaku pada zaman Holokus dahulu. Yang Berhormat Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin menghulurkan penghargaan dan tahniah kepada Menteri Kewangan dan juga Perdana Menteri yang telah membentangkan Belanjawan 2025 pada Jumaat yang lalu dengan tajuk, “Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat”. Saya sejujurnya melihat belanjawan ini yang ketiga di bawah Kerajaan Perpaduan tidak lebih daripada — pada sayalah, pada Hulu Terengganu, belanja “menang sorak, kampung tergadai”.

Kerana pengalaman kita sejak beberapa tahun yang lalu, sebelum Menteri Kewangan membentang bajet, masyarakat di luar sana begitu teruja untuk melihat apakah kehebatan, apakah peluang-peluang, apakah keuntungan yang dialami dan akan dinikmati oleh rakyat hasil daripada belanjawan tersebut. Tapi malangnya pada belanjawan kali ini, masyarakat di luar diam membisu. Dikatakan selepas belanjawan, pasaran saham pun tidak melonjak naik.

Jadi, ini menunjukkan bahawa belanjawan ini tidak memberi satu kesan signifikan kepada rakyat. Mungkin rakyat telah merasakan bahawa beberapa jenis cukai akan dikenakan kepada rakyat, berapa pendapatan ataupun tekanan kos sara hidup akan ditanggung oleh rakyat akan lebih teruk daripada apa yang dialami pada tahun 2023 dan 2024.

Dalam Belanjawan 2025 ini menyaksikan sebanyak RM421 bilion peruntukan disediakan. Pertambahan sebanyak 33.3 peratus berbanding Belanjawan 2024. Satu peruntukan besar iaitu sebanyak RM335 bilion diperuntukkan untuk mengurus, manakala sebanyak RM86 bilion sahaja untuk pembangunan.

draft • 5:56 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Menteri Kewangan mengatakan bahawa pada tahun 2025, tidak diadakan sebarang projek mega untuk pembangunan negara. Saya tertarik untuk berkongsi di Dewan yang mulia ketika zaman meleset. Ketika Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri. Ketika kemelesetan tersebut, Perdana Menteri ketika itu menggerakkan semua dana, semua pendapatan dan hasil negara untuk membangun projek-projek mega kerana dengan itu akan menjana pendapatan.

draft • 6:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat****] Dengan itu akan men-create ataupun akan mencipta peluang-peluang pekerjaan yang mana dana tersebut dipusing ataupun dibangunkan ataupun digunakan untuk memberi peluang dan juga perbelanjaan dalam kerajaan. Jadi, ini sekurang-kurangnya akan memberi peluang dan juga pendapatan kepada rakyat, Yang di-Pertua.

Dikatakan bahawa bantuan-bantuan yang diberikan kepada golongan layak menerima meningkat. Hakikatnya, ia tidak akan dapat mengimbangi kos sara hidup yang akan melonjak yang akan disumbangkan oleh faktor-faktor seperti kenaikan cukai, kenaikan gaji, penyasaran subsidi yang diumumkan kerajaan pada dalam belanjawan tersebut. Kerana dikatakan bahawa kenaikan gaji yang akan melibatkan 1.6 juta penjawat awam. Satu pendekatan yang bagus tetapi kita kena ingat bahawa kesan korelasinya, kesan bergandanya akan memberi kesan kepada pengguna keseluruhannya yang meliputi kesemua 34 juta rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik akta ataupun gaji minimum bagi sektor swasta daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan. Dalam masa yang sama, penjawat awam juga menikmati gaji minimum sebanyak RM2,115 sebulan. Ini satu langkah yang baik, tambah lagi untuk menghargai golongan pekerja. Pelaksanaan gaji ini bukan sahaja membabitkan pekerja tempatan tetapi juga pekerja asing bermula Februari 2025. Ianya sekurang-kurangnya memberikan kelegaan pada golongan pekerja. Tetapi ia memberi beban kepada majikan dan juga PMKS sebagaimana yang kita dengar daripada apa yang diucapkan oleh Ketua Pembangkang.

Dalam keadaan ekonomi yang masih belum memberangsangkan, kenaikan gaji daripada RM1,300 kepada RM1,500 masih belum soft landing, maka PMKS ataupun usahawan-usahawan ini terpaksa juga pula untuk menanggung ataupun untuk menyambung beban baharu RM1,700 sebulan. Ditambah pula dengan e-Invois yang mana difahamkan bahawa e-Invois juga memberi kos kepada PMKS dan juga pihak industri. Semua ini boleh dikatakan, supaya saya ulang dahulu, “sudah jatuh ditimpa tangga” Yang di-Pertua, “terpetak taik ayam pulok”.

Yang di-Pertua ─ dan dengan keadaan yang berlaku tersebut – gaji tersebut, pada 20 Oktober, Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM), Persatuan Pendidik Institusi Pendidikan Negeri Johor dan Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-kanak Berdaftar Malaysia yang menaungi lebih 4,500 pengusaha tadika seluruh negara telah mengesahkan akan menaikkan cukai yuran perkhidmatan sebanyak 20 hingga 25 peratus.

Jadi, gaji belum naik lagi mereka dah umum akan menaikkan. Jadi, ini beban kepada rakyat yang hari ini dah semakin sukar, semakin payah untuk hidup. Dalam kajian yang dibuat oleh beberapa institut ataupun tempat pengkaji mengatakan bahawa lapan persepuluh penduduk, terutamanya di Kuala Lumpur tidak mampu untuk menanggung kos sara hidup

draft • 6:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

yang semakin meningkat. Malah, katanya lebih teruk daripada zaman COVID-19 yang dialami beberapa tahun yang lalu.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, isu penyesaran subsidi petrol yang dijangka bermula pada tahun depan. Tahun ini kerajaan telah menyesarkan subsidi diesel yang kesannya cukup hebat. Walaupun diberi fleet card dan sebagainya untuk meringankan beban pengusaha-pengusaha tetapi ia nya tidak memadai dengan apa yang ditanggung oleh pihak pengusaha.

Ditambah lagi dengan penarikan subsidi yang dijangka bermula pada pertengahan tahun depan. Dengan keadaan e-Invois, dengan kenaikan gaji RM1,700, ditarik pula subsidi minyak kepada golongan tertentu, maka ini dikatakan kesan berganda dan saya yakin dan saya pasti ianya akan dipindah semua ini kepada pengguna, kepada rakyat biasa yang akan lebih rasa tertekan, akan lebih rasa susah untuk menjalani kehidupan untuk tahun-tahun mendatang.

Di samping itu, penarikan subsidi ini ataupun penyesaran subsidi petrol ini dikatakan untuk menghalang golongan T15 dan golongan masyarakat ataupun warga asing yang menikmatinya. Persoalan saya di Dewan yang mulia ini ialah apa itu definisi T15? Menteri Ekonomi sehingga beberapa hari yang lalu masih belum dapat memberi satu definisi yang jelas apa yang dimaksudkan dengan T15. Adakah mereka yang bergaji RM15,000 sebulan satu isi rumah? Jika RM15,000, apakah RM15,000 tersebut sama dengan mereka yang duduk di Kuala Lumpur berbanding dengan mereka yang duduk di Kuala Berang, Kota Raja?

Jadi, ini semua perlu didefinisikan. Jadi, sebelum definisi tersebut diberi dengan penjelasan yang hebat, yang jelas, maka kerajaan telah umum bahawa T15 akan terkesan.

Padahal siapa T15? Tidak ada siapa yang tahu dan menunjukkan bahawa penyediaan teks belanjawan ini adalah satu penyediaan yang belum mantap, yang tak cukup masak.

Saya menyatakan Yang di-Pertua, berkaitan dengan penguatkuasaan subsidi petrol, diesel dan sebagainya, akta yang ada ini mengambil tindakan kepada mereka yang menjual.

Stesen minyak yang menjual petrol kepada warga asing, maka dikenakan tindakan. Apakah kerajaan tidak bercadang untuk mengenakan juga tindakan undang-undang kepada pembeli warga asing atau pembeli luar bukan warganegara yang membeli petrol di stesen-stesen agar mereka yang membeli dan yang menjual sama-sama dikenakan tindakan.

Saya memberitahu Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh berkaitan dengan kos sara hidup juga di samping dengan kenaikan gaji dan sebagainya dan mengatakan bahawa lebih daripada 90 peratus isi rumah terkesan dengan kenaikan harga barangan. Macam dikatakan oleh Ketua Pembangkang, bahawa sehingga ke hari ini beras tempatan masih belum ditemui. Kemudian, dikatakan ada ura-ura untuk menarik satu subsidi telur dan untuk mengurangkan subsidi minyak dan sebagainya. Semua ini memberi kesan yang juga tidak kurang pentingnya kepada masyarakat.

Yang di-Pertua, peruntukan sebanyak RM600 juta disediakan untuk Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai persiapan mendepani musibah banjir. Ini termasuk lebih RM300 juta disediakan untuk persiapan sekiranya berlaku bencana pada bila-bila masa.

draft • 6:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Saya ingin tahu, apakah perkembangan terkini usaha menubuhkan Pusat Pemindahan Banjir Kekal kepada mangsa-mangsa banjir, terutamanya di Pantai Timur khususnya di negeri Terengganu dan khususnya lagi di Hulu Terengganu kerana kita juga akhir-akhir ini melihat kecenderungan rakyat kebelakangan ini untuk melancong ke luar negara.

Yang di-Pertua, cuti panjang sempena sambutan Hari Malaysia 10 September lalu dilaporkan sebanyak 100,000 rakyat Malaysia memasuki Thailand untuk melancong. Banyak faktor dikatakan menarik pelancong Malaysia ke Thailand kerana penginapan, makanan dan sebagainya. Bagaimanapun, daripada apa yang di petikan dalam Belanjawan 2025 Yang di- Pertua, RM550 juta yang diperuntukkan untuk Tahun Melawat Malaysia 2026 lebih tertumpu pada aspek promosi sahaja.

Saya ucapkan terima kasih kepada peruntukan – ke atas peruntukan sebanyak RM110 juta bagi melengkapkan kawasan pelancongan, menjalin kerjasama ekopelancongan termasuk di Pulau Redang dan juga kawasan-kawasan lain. Saya tertarik untuk kawasan hutan lipur kawasan saya di Sekayu juga saya mohon supaya kerajaan beri perhatian kerana situ ada satu kawasan yang cantik, air terjun yang menarik dan kawasan yang luas untuk lariskan pelancongan.

Saya memberitahu Yang di-Pertua, berkaitan dengan T15 tadi. Belanjawan ini tidak mendefinisikan T15. Kemudian saya difahamkan bahawa golongan T15 ini tidak banyak pun hantar anak mereka ke sekolah. Ertinya kalau kerajaan mampu menjimatkan bajet, saya rasa tidak sampai pun RM1 bilion. Ya, kenapa mereka ini ditekan? Kerana mereka mengatakan bahawa mereka pembayar cukai, mereka dikatakan mereka menyumbang, tiba-tiba mereka tidak mendapat nikmat daripada penyumbangan tersebut. Juga perlu dinyatakan di sini berapakah jumlah yang dapat dijimatkan daripada T15 tadi.

Juga PM sebelum ini pernah mengatakan bahawa pendidikan, tol, PTPTN semua percuma. Rakyat menunggu-nunggu bilakah hal tersebut akan diumumkan oleh kerajaan untuk nak mendapat suasana percuma tersebut yang dulu berdegar-degar. Menang hari ini, esok minyak turun. Menang hari ini, esok benda ini. Menang hari ini, semua akan dapat percuma. Tapi hari ini, menang hari ini, esok cukai lain. Menang hari ini, esok cukai – dikenakan cukai. Tekanan yang semakin hebat dikenakan pada rakyat untuk menjalani kehidupan di negara ini.

Sebelum saya duduk Yang di-Pertua, masa ada lebih kurang satu minit lagi. Saya ingin sentuh sikit berkaitan dengan pendidikan. Sehingga kini kita pembangkang masih tidak dibenarkan untuk masuk ke sekolah-sekolah kementerian. Ada satu kes yang cukup klasik di mana seorang bekas guru yang suaminya Ahli Yang Berhormat DUN nak beri hantar kek ke sekolah hari jadi Hari Guru pun tidak dibenarkan masuk ke sekolah.

draft • 6:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ini suatu keadaan yang amat-amat tidak wajar kerana dalam masa yang sama Yang di-Pertua, harimau (tiger) boleh masuk ke sekolah. Jadi, ini satu benda yang pelik tapi benda yang berlaku dalam negara. Saya sendiri sebagai Pengerusi PIBG sebuah sekolah telah mendapat – Pengetua telah mendapat surat tunjuk sebab kenapa menggunakan saya,

draft • 6:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa atas sekolah tersebut. Jadi, saya rasa ini tak pernah berlaku sepanjang kita merdeka sehingga ke hari ini. Kita harap pihak Kementerian Pendidikan menjawab perkara ini.

Kedua, saya nak tahu. Menteri Pendidikan pernah mengatakan bahawa apabila kadet daripada China mendarat di Pulau Pinang, saya tengok dalam YouTube mengatakan bahawa yang mengibarkan bendera negeri China tersebut adalah warga China yang bersekolah di sekolah tersebut. Persoalan saya, berapa ramaikah warga China yang bersekolah di Malaysia? Untuk jawapan.

Kemudian berkaitan dengan musuh tanaman. Yang di-Pertua, pada beberapa minggu yang lalu, Musa bin Ahmad daripada Kampung Basung telah mati dipijak oleh gajah.

Ini pengundi saya, Yang di-Pertua. Dikatakan bahawa haiwan liar ini berkeliaran berhampiran kampung penduduk. Begitu juga dengan apa yang berlaku di Grik beberapa hari lalu. Seekor harimau memakan ataupun membaham...

draft • 6:10 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Kuala Krai.

draft • 6:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ya? Kuala Krai— di Grik. Jadi, menunjukkan bahawa berlaku pertembungan antara manusia dengan haiwan. Saya sering mengatakan bahawa hari ini rakyat kita rajin, rakyat kita kuat berusaha, tanam jagung, tanam pisang, tanam duku dan sebagainya. Tetapi oleh kerana musuh tanaman ini yang menghalang ataupun yang menawarkan ataupun yang menurunkan semangat mereka. Jadi, saya menyeru kepada kerajaan, berilah balik senapang RELA kepada anggota-anggota RELA yang layak. Kerana ini saja cara untuk nak membanteras musuh tanaman. Musuh tanaman yang hebat sekarang di Hulu Terengganu, gajah, babi dah mula berkurang Kota Raja, kera, kera ini bahaya. Kalau babi ini buat pagar elektrik selesai Yang di-Pertua tapi kera ini makhluk atasan. Dia boleh lompat, dia boleh turun dan sebagainya. Jadi, saya merayu sesungguh pada kementerian KDN beri balik senapang-senapang RELA untuk orang kampung menjaga musuh tanaman.

Akhir sekali Yang di-Pertua, berkaitan dengan projek terbengkalai. Di Terengganu ada dua projek besar yang terbengkalai. Pertama, Taman Ilmu di Besut, yang kedua Kompleks Bebas Cukai di Tasik Kenyir. Jadi, Taman Ilmu di Besut ini kerajaan ketika itu zaman Barisan Nasional. Dah habis beratus juta tapi hari ini terbengkalai dan menjadi macam gajah putih, tak siap. Saya mintalah sesungguh jasa pihak Kerajaan Pusat untuk memulihkan kembali kerana duit dah habis banyak, teruskan projek tersebut untuk kemudahan dan juga untuk keselesaan pelajar-pelajar dan juga penduduk-penduduk di Besut, di Taman Ilmu.

Kedua, Projek Bebas Cukai di Hulu Terengganu, Tasik Kenyir pun projek zaman BN.

Belanjanya saya difahamkan lebih RM300 juta tapi masih belum siap. Jadi, saya rasa tak akan nak biarkan begitu saja. Akhirnya, jadi rumah hantu, tempat gajah putih. Jadi, kita minta rayu sesungguh pada pihak kerajaan untuk menyiapkan projek tersebut kerana ia membazirkan duit rakyat.

draft • 6:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang di-Pertua, akhir sekali. Tadi Menteri Wilayah ada. Akhir sekali Yang di-Pertua iaitu isu berkaitan dengan Padang Golf PDRM, Titiwangsa. Bandar raya telah buat satu sistem tutup-buka jalan iaitu jalan yang terlibat ialah Jalan Kuantan. Masalahnya, tutup pada pukul 10 sedangkan driving range dibuka sehingga tengah malam. Pada sebelum pukul 10, kedua-dua jalan boleh dilalui. Tepat pukul 10, jalan daripada Sekolah Menengah Seri Titiwangsa ditutup untuk kemasukan. Maka, yang nak masuk mesti lalu ikut Jalan Titiwangsa, Jalan Kuantan. Jadi, akan berlaku pertembungan. Baru dua, tiga malam lepas, saya hampir berlaga dengan sebuah kereta. Jadi, kita minta pihak Dewan Bandar Raya untuk buat secara proper, buat secara bersungguh-sungguh untuk mengelakkan sebarang kemalangan jiwa berlaku di kawasan tersebut.

Yang di-Pertua, terima kasih banyak dengan masa yang diberi. Terima kasih atas keprihatinan. Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Terengganu. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Igan.

draft • 6:10 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Dato' Yang di-Pertua, pertama sekali Igan ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih atas peluang dan kesempatan yang diberikan untuk Igan mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2025. Igan juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah membentangkan Belanjawan 2025 yang mencerminkan falsafah MADANI yang berteraskan keperluan rakyat terbanyak dengan tema, 'Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat'. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah membentangkan belanjawan terbesar dalam sejarah melalui peruntukan sebanyak RM421 bilion, meliputi RM335 bilion belanja mengurus dan RM86 bilion belanja pembangunan.

Igan juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah memberikan peruntukan RM5.9 bilion kepada Sarawak dan dalam masa yang sama telah menaikkan peruntukan khas kepada Sarawak sebanyak RM600 juta berbanding hanya RM300 juta sebelum ini. Melalui belanjawan dan peruntukan yang diberikan ini, Igan yakin akan lebih banyak projek-projek infrastruktur asas boleh dilaksanakan di kawasan luar bandar Sarawak yang akan mengubah kualiti hidup rakyat di pedalaman. Dato' Yang di-Pertua, pada perbahasan kali ini Igan ingin membangkitkan lagi mengenai isu pendidikan di Sarawak, khususnya tentang kekosongan dan kekurangan guru yang masih kritikal dan menjadi isu yang amat membimbangkan para ibu bapa, guru-guru dan pelajar khasnya. Masalah kekosongan guru di Sarawak, khususnya di pedalaman yang berlarutan sejak beberapa tahun ini telah menjadi mimpi ngeri kepada rakyat Sarawak. Rakyat Sarawak kebingungan Dato' Yang di-Pertua, mengapa isu kekurangan dan kekosongan guru ini tidak pernah selesai- selesai dan jumlahnya masih ramai saban tahun.

draft • 6:14 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Rakyat Sarawak sangat prihatin mengenai masalah kekosongan guru ini kerana ia amat memberikan implikasi sangat negatif dan buruk terhadap prestasi akademik anak-anak mereka. Semakin lama isu kekosongan guru ini tidak di atasi, maka semakin buruklah kesannya pada pengajaran dan pembelajaran para pelajar. Dato' Yang di-Pertua, rakyat Sarawak memahami pelbagai inisiatif telah dilakukan dan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengatasi isu kekurangan guru ini. Akan tetapi mereka mempersoalkan keseriusan Kementerian Pendidikan untuk meminimumkan masalah kekosongan guru di Sarawak. Mereka mempersoalkan di mana masalahnya? Sedangkan ramai graduan yang berasal dari Sarawak yang masih berkelayakan menjadi guru. Malah, ada yang membangkitkan di mana prinsip keadilan dalam akses pendidikan bagi pelajar Sarawak. Dalam mendapatkan pendidikan yang berkualiti, nasib mereka seperti sudah jatuh ditimpa tangga, sudah basah kehujanan pula, sudahlah sekolah daif dan serba-serbi kekurangan kemudahan, ditambah lagi dengan masalah ketiadaan guru.

Oleh hal yang demikian Dato' Yang di-Pertua, Igan ingin memohon agar Kementerian Pendidikan dapat mengambil tindakan yang segera untuk mengatasi masalah kekosongan guru yang sangat kritikal di Sarawak pada masa ini. Rakyat Sarawak ingin tahu, apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang Kementerian Pendidikan untuk menyelesaikan masalah ini? Igan juga ingin tahu, apakah punca sebenarnya masalah kekosongan guru di Sarawak sehingga sukar untuk diselesaikan?

Dato' Yang di-Pertua, untuk pengetahuan, Sarawak mempunyai lebih kurang 1,457 buah sekolah semuanya, di mana 1,265 buah sekolah adalah sekolah rendah dan 192 buah sekolah adalah sekolah menengah. Dari segi perjawatan guru sehingga 30 April 2023, jumlah perjawatan bagi sekolah di Sarawak adalah 43,285 orang guru. Dato' Yang di-Pertua, untuk makluman setakat 30 September 2024 ini, jumlah kekosongan guru di Sarawak adalah seramai 2,229 orang, di mana terdapat 1,906 orang kekosongan guru sekolah rendah dan 323 orang kekosongan guru sekolah menengah. Ini jumlah yang amat besar dan amat mengganggu prestasi akademik para pelajar, khususnya di sekolah-sekolah pedalaman Sarawak.

draft • 6:14 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Bagi kawasan Parlimen Igan terdapat 73 orang kekosongan guru sekolah rendah dan enam orang sahaja kekosongan guru sekolah menengah bagi sekolah-sekolah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah Daro.

Dato' Yang di-Pertua, untuk rekod dan perbandingan setakat bulan Januari 2024 tahun ini, Sarawak menghadapi kekosongan guru seramai 2,478 orang di mana 2,200 orang adalah daripada guru sekolah rendah dan 278 orang adalah guru sekolah menengah dan perkara ini pernah saya bangkitkan di Dewan yang mulia ini.

Dato' Yang di-Pertua, melihat data ini secara perbandingan, tidak ada penurunan yang signifikan mengenai jumlah kekosongan guru di Sarawak sejak Januari 2024 hingga 30 September 2024 tahun ini. Inilah yang menjadi persoalan dan kehairanan rakyat Sarawak tentang keseriusan dan ketelusan Kementerian Pendidikan dalam menangani isu ini. Apakah

draft • 6:20 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Kementerian Pendidikan mempunyai tindakan khusus atau sasaran bila isi kekosongan guru- guru di Sarawak ini dapat diatasi sepenuhnya?

Dato' Yang di-Pertua, selain daripada itu saya juga ingin memaklumkan kepada Kementerian Pendidikan bahawa di Sarawak setakat 30 September 2024 ini masih terdapat 109 buah sekolah rendah yang masih tidak mempunyai guru besar dan 75 buah sekolah menengah yang masih tidak ada pengetua. Bagi sekolah-sekolah di kawasan Parlimen Igan, di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah Daro, terdapat lapan buah sekolah rendah yang masih tidak ada guru besar.

Dato' Yang di-Pertua, masalah kekosongan jawatan guru besar dan pengetua di Sarawak ini adalah isu yang sangat signifikan dan berpotensi menjejaskan pengurusan sekolah serta prestasi para pelajar kerana tiada pemantauan dan bimbingan yang berkesan untuk para guru dan murid. Oleh itu, Igan ingin tahu apakah perancangan dan tindakan yang akan diambil oleh Kementerian Pendidikan untuk mengatasi masalah ini?

Igan memohon agar kementerian mempercepatkan proses pemilihan dan pelantikan guru besar dan pengetua dan tidak boleh dibiarkan terlalu lama. Igan juga ingin tahu apakah sebab masalah ini berlaku sehingga pelantikan dan penempatan guru besar dan pengetua sukar dilakukan khususnya bagi sekolah-sekolah di pendalaman Sarawak?

Dato' Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan mengenai isu kadar elaun pengetua dan guru besar sekolah khususnya di Sarawak. Isu ini sering dibangkitkan oleh warga pendidik di seluruh negara namun amat terkesan bagi pengetua dan guru besar yang berada jauh di pedalaman. Isunya ialah elaun yang mereka terima tidak setimpal atau setara dengan tanggungjawab tambahan yang diamanahkan kepada mereka di mana elaun guru besar cuma RM200 dan elaun pengetua hanya RM300 sahaja malah lebih kecil daripada elaun yang diterima oleh warden asrama.

Semua maklum bahawa tugas sebagai pengetua dan guru besar bukan sahaja sebagai pengajar tetapi juga sebagai pentadbir dan pemimpin yang memantau prestasi akademik pelajar, pengurusan staf, pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dan sebagainya.

Sudah pasti tugas-tugas tambahan menuntut masa, komitmen dan pengorbanan termasuk di luar waktu kerja rasmi. Oleh itu, Igan memohon kepada Kementerian Pendidikan agar elaun pengetua dan guru besar dikaji semula untuk dinaikkan pada kadar yang sesuai dan munasabah dengan tanggungjawab mereka.

Dato' Yang di-Pertua, Igan juga ingin tahu adakah isu elaun pengetua dan guru besar yang sedikit dan tidak setimpal dengan tanggungjawab mereka menyebabkan ramai guru- guru yang layak tidak mahu memohon mengikut Program Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) sebagai prasyarat menjadi pengetua dan guru besar.

Sebagai contoh, lebih kurang 20 orang guru penolong kanan dan guru kanan dari kawasan Parlimen saya layak memohon menjadi pengetua dan guru besar tetapi hanya tiga orang sahaja yang mahu memohon walaupun Pejabat Pendidikan Daerah Dato telah membuat promosi melalui Persatuan Guru Besar. Penerangan semasa kunjung bantu sekolah serta jerayawara NPQEL.

draft • 6:20 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Dato' Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan mengenai pengambilan khas guru Sarawak yang sedang panas dan viral dikritik oleh rakyat Sarawak sejak akhir-akhir ini.

Inisiatif Pengambilan Khas Guru Sarawak ini adalah bertujuan untuk mengisi masalah kekosongan guru yang sangat kritikal sekarang ini. Malah Daerah Daro dalam kawasan Parlimen saya disenaraikan sebagai daerah yang mengalami kekurangan guru yang sangat ketara selain daripada Daerah Serian, Betong, Kapit, Saratok dan Subis. Pengisian jawatan ini terbuka kepada semua graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan termasuk graduan Ijazah Sarjana Muda Bukan Pendidikan dan inisiatif pengambilan khas guru ini telah dibuka mulai 1 Ogos hingga 23 Ogos yang lalu.

Dato' Yang di-Pertua, inisiatif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan pada mulanya telah memberikan khabar gembira buat rakyat Sarawak kerana pengambilan guru khas ini akan mengambil guru-guru yang berasal dari Sarawak sahaja dan memberi keutamaan kepada calon guru dari kawasan yang terdapat kekosongan untuk mengatasi masalah guru yang sering berpindah tempat kerja.

Akan tetapi Dato' Yang di-Pertua, inisiatif Pengambilan Guru Khas Sarawak ini telah menjadi polemik yang mengganggu emosi banyak pihak termasuk Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Yang Berhormat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn yang menyatakan kekecewaannya terhadap keputusan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) yang membuka Pengambilan Khas Guru Sarawak kepada pemohon dari seluruh negara dan menurut beliau Dato' Yang di-Pertua, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan telah tidak mengotakan janji. Malah Yang Amat Berhormat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah meluahkan rasa kekecewaan atas isu yang berbangkit ini.

Oleh itu Dato' Yang di-Pertua, Igan ingin bertanya kepada Kementerian Pendidikan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan apa sebenarnya yang sudah terjadi? Igan memohon agar kementerian dan SPP memberi penjelasan terperinci kepada Kerajaan Sarawak agar polemik ini dapat diredakan. Adakah benar pihak SPP telah memungkiri janji dan kenapa ini terjadi?

Igan juga ingin bertanya berapakah jumlah keseluruhan calon guru yang memohon melalui inisiatif Pengambilan Guru Khas Sarawak ini? Berapa orangkah calon dari Sarawak termasuk dari negeri lain? Berapa orangkah calon yang telah di senarai pendek untuk ditemu duga dan berapakah jumlah guru yang akan diambil untuk mengisi kekosongan guru di Sarawak? Igan juga ingin tahu berapa orang kah calon guru asal Sarawak yang berjaya dalam temu duga dan apakah kriteria-kriteria pemilihan?

Selain itu Dato' Yang di-Pertua, Igan juga ingin tahu bilakah penempatan guru baharu akan dikuatkuasakan dan setelah inisiatif pengambilan khas Sarawak ini selesai dilaksanakan, berapakah jumlah kekosongan guru di Sarawak sama ada sekolah rendah ataupun sekolah menengah?

Dato' Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan mengenai masalah pasangan guru jarak jauh atau pasangan suami isteri yang berjauhan di antara satu sama lain dan

draft • 6:20 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

pasangan ini sering juga diistilahkan sebagai guru duka lara. Guru duka lara ini merujuk kepada situasi di mana seorang guru tinggal atau bekerja di tempat yang jauh dari pasangannya. Isu guru yang berjauhan berpisah dengan pasangan adalah isu yang telah lama berlarutan dan menjadi cabaran yang besar bagi warga pendidik yang berkenaan.

Dato' Yang di-Pertua, saya bawa isu guru duka lara ini di Dewan yang mulia ini khusus bagi guru-guru yang berada di Sarawak dan Sabah yang ingin berada berdekatan dengan pasangan masing-masing. Saya maklum bahawa Kementerian Pendidikan sentiasa memberi keutamaan kepada permohonan pertukaran yang melibatkan permohonan dari kategori pasangan yang berjauhan ini.

Dato' Yang di-Pertua, guru yang juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Apabila sudah bertahun berpisah dengan pasangan ataupun keluarga yang disayangi, sudah tentu timbul keresahan dan kegundahan serta kerinduan di hati mereka. Ini lama kelamaan akan mengundang tekanan emosi dan kecelaruan mental yang mengakibatkan kemurungan. Di samping tugas perguruan yang menuntut kesabaran tinggi, beban tugas yang berbagai adalah cabaran dan hambatan yang membelenggu hidup mereka.

Selain daripada itu Dato' Yang di-Pertua, kisah-kisah sedih dan duka daripada guru-guru duka lara ini sudah banyak kita dengar seperti perceraian, kemurungan, tekanan emosi, krisis rumah tangga yang terseksa dari segi mental dan fizikal. Dato' Yang di-Pertua, masalah- masalah yang dihadapi oleh guru-guru duka lara ini pasti akan menjejaskan kualiti pengajaran dan akhirnya memberi kesan buru kepada para pelajar. Guru yang sedang duka lara memang pasti tidak gembira dan akan menjejaskan kualiti pengajaran kerana kecelaruan emosi yang sukar dibendung ini.

draft • 6:20 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon satu minit lagi untuk menghabiskan isu-isu yang saya bangkitkan.

Dato’ Yang di-Pertua, untuk pengetahuan, di kawasan Parlimen saya, saya pernah didatangi oleh dua orang guru wanita yang berjauhan dengan suaminya. Salah seorang daripada mereka berkata kepada saya, “Yang Berhormat, saya baru dua hari berkahwin, terus berpindah ke Sarawak.” Guru ini berasal daripada Pahang. Manakala seorang lagi guru yang berasal dari Pulau Pinang memberitahu saya yang dia baru sebulan berkahwin dan terus berpindah ke Sarawak.

Kisah ini amat menyentuh hati saya. Terpaksa berpisah dan memendam rasa kerana tuntutan tanggungjawab demi kelangsungan hidup. Rasa rindu kepada orang yang disayangi oleh mereka adalah rindu yang tidak keruan, Dato’ yang di-Pertua.

Oleh itu, Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin membaca serangkap pantun berkenaan dengan kisah suka duka guru-guru duka lara ini.

Buah berangan enak rasanya, Buah keranji dalam perahu, Luka di tangan nampak darahnya, Rindu di hati tiada yang tahu.

draft • 6:30 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Sebab itu, Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin mengambil contoh. Ini contoh sahaja.

Kalau sahabat saya daripada Lubok Antu ini, Yang Berhormat ini mengajar misalnya di Sarawak, dia seorang guru, isteri dia mengajar di Pulau Pinang. Apakah perasaan guru ini yang mengajar di Lubok Antu, jauh di pedalaman, sedangkan isterinya berada di Pulau Pinang? Inilah perkara-perkara yang harus diambil perhatian oleh Kementerian Pendidikan.

Bukan sahaja tentang keutamaan penempatan guru-guru ini tetapi soal-soal kemanusiaan juga harus diambil kira oleh Kementerian Pendidikan dalam menempatkan para guru ini.

Dato’ Yang di-Pertua, oleh itu, saya memohon kepada Kementerian Pendidikan untuk mengetahui, untuk mendengar dan merasai rasa kerinduan yang mereka hadapi dan mencari satu kaedah dan mekanisme yang terbaik bagi mengatasi masalah guru duka lara ini supaya saban tahun jumlah mereka semakin berkurangan.

Pihak kementerian sewajarnya mengutamakan faktor kemanusiaan, bukan semata- mata dari segi keperluan tugas. Sekiranya tiada kekosongan jawatan dan keperluan opsyen bagi permohonan pertukaran ke negeri yang dipohon, pertimbangan pertukaran harus diberikan kepada negeri pilihan kedua ataupun ketiga pemohon serta kepada negeri yang berdekatan atau asal sahaja di Semenanjung Malaysia, kerana jika berlaku apa-apa kecemasan, mereka boleh balik pada hari yang sama.

Untuk mengatasi masalah guru duka lara ini, Dato’ Yang di-Pertua, saya mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan agar permohonan pertukaran guru-guru berjauhan dengan pasangan ini harus diberi keutamaan atas faktor kemanusiaan dan memohon Kementerian Pendidikan menyediakan mekanisme yang komprehensif agar, pada masa hadapan, guru-guru duka lara dapat diminimumkan jumlahnya.

Saya juga mencadangkan agar Kementerian Pendidikan melaksanakan dasar menempatkan guru-guru yang berasal dari daerah masing-masing mengajar di sekolah yang berdekatan untuk mengelak masalah kekurangan guru berlaku yang semakin kritikal. Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan harus mengutamakan pengambilan dan pelatihan guru-guru yang berasal dari Sarawak untuk mengatasi masalah guru-guru duka lara.

Kini sudah tiba masanya Kementerian Pendidikan mengambil langkah tegas dalam menangani isu guru-guru duka lara ini dengan mengambil kira faktor kemanusiaan dan demi kualiti pengajaran dan pembelajaran murid-murid yang pasti terjejas akibat daripada masalah-masalah emosi yang dihadapi oleh guru-guru duka lara ini.

Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih atas masa yang diberikan. Igan ingin memohon menyokong. Sekian. Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Igan. Dipersilakan Yang Berhormat Rantau Panjang.

draft • 6:30 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Belanjawan 2025.

Sebelum saya membahaskan, saya turut bersimpati dan menyokong cadangan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Igan supaya diberi perhatian oleh kerajaan. Sebab, kesejahteraan seorang penjawat awam bukan semata-mata kenaikan gaji, nilai gaji, tetapi kesejahteraan apabila mereka dapat hidup dalam satu keluarga yang sejahtera. Semoga rayuan ini didengar oleh kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh Belanjawan 2025, ia melibatkan kos RM421 bilion berbanding dengan Bajet 2024 berjumlah RM393.8 bilion ketimbang RM27.72 bilion. Jadi, sejauh mana, saya ingin tahu, dengan bertemakan belanjawan mensejahterakan rakyat iaitu Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan dan Mensejahterakan Rakyat, adakah benar- benar bajet ini dapat mensejahterakan rakyat?

Saya ingin menyentuh berkaitan dengan tinjauan yang telah dibuat oleh UNICEF dan UNFPA di mana didapati berbeza antara data dan realiti yang berlaku. Data menyebutkan dengan angka-angka yang memukau yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan atau Perdana Menteri.

Tetapi, kita lihat hasil kajian UNICEF dan UNFPA, didapati kesan kenaikan kos hidup di mana 90 peratus isi rumah terkesan terutama oleh kenaikan harga makanan dan 50 peratus menganggap kedudukan kewangan semakin merosot. Dan ada keluarga yang terpaksa bekerja lebih masa dan mengurangkan perbelanjaan termasuk makanan. Dan lebih separuh kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah makan kurang daripada tiga kali sehari.

Begitu juga berlaku peningkatan ketara dalam kos pendidikan anak-anak. Lapan daripada 10 isi rumah menghadapi kesukaran untuk mencukupi keperluan asas keluarga berbanding tujuh daripada 10 semasa pandemik. Begitu juga pendapatan menengah bulanan meningkat 32 peratus kepada hampir RM3,000 sebulan kembali ke paras sebelum pandemik COVID-19. Inilah suasana yang berlaku sekarang.

Kita melihat juga tahap kemiskinan masih tinggi di mana 41 peratus pada Oktober 2023, dan 95 peratus kanak-kanak daripada isi rumah berpendapatan rendah hidup dalam kemiskinan. Dalam kajian ini juga mendapati 99 responden risau dengan kos sara hidup dan 96 peratus berkata kebimbangan utama adalah berkenaan dengan harga barangan runcit dan makanan yang diikuti dengan kos penjagaan kesihatan dan utiliti. Inilah realiti yang berlaku, Tuan Yang di-Pertua.

Jadi, saya ingin menyentuh berkaitan dengan penyasaran semula subsidi RON95 yang dicadangkan oleh kerajaan. Meskipun kerajaan berhujah bahawa ia perlu bagi mengurangkan beban fiskal, hakikatnya kesan kepada rakyat biasa khususnya golongan B40

draft • 6:34 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

dan M40 akan lebih membebankan. Kenaikan harga minyak akan mencetus peningkatan kos pengangkutan dan seterusnya kos barangan keperluan.

Apakah kerajaan telah membuat kajian terperinci tentang kesan berantai ini? Atau adakah rakyat sekali lagi akan menjadi mangsa kepada dasar kerajaan yang tergesa-gesa?

Dalam situasi ini, golongan miskin akan menanggung beban yang berganda. Bagi mereka yang tinggal di luar bandar dan bergantung kepada pengangkutan untuk bekerja, kesan ini akan sangat terasa. Saya mencadangkan supaya pelaksanaan subsidi ini dikaji balik supaya pendekatan yang lebih holistik dan adil untuk memastikan golongan berpendapatan rendah tidak terus tertindas.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang bajet yang telah diberi dalam belanjawan ini kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kita mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan wanita, keluarga, kanak-kanak, warga emas, OKU dan golongan rentan dan sebagainya yang ada di bawah bidang kuasa Kementerian Wanita. Didapati pertambahan bajet daripada sebelum ini RM3.4 bilion 2024 kepada RM3.64 bilion 2025.

Namun, ia belum mencukupi berbanding cabaran yang dihadapi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Penyelesaian isu-isu berbangkit daripada soal pentadbiran, berapa peruntukan yang diberi untuk penubuhan jabatan kanak-kanak? Dalam bajet yang lepas, tidak ada bajet disediakan untuk penubuhan jabatan kanak-kanak. Saya ingin tahu, berapa untuk kali ini?

Begitu juga isu kemiskinan di kalangan ibu tunggal, termasuk juga apa mekanisme yang telah dibuat. Sebab, kita tidak nampak secara jelas penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal di seluruh negara.

draft • 6:34 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Begitu juga kita tengok kebajikan kakitangan JKM yang sekarang ini sedang bergelut dengan bencana banjir. Mereka berada di barisan hadapan. Jadi, kita mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua kakitangan yang berada di barisan hadapan tak kira malam dan siang menggadai nyawa mereka demi menjaga rakyat. Jadi, sebab itulah, sejauh mana insentif diberi kepada pekerja-pekerja ini?

Begitu juga, apakah infrastruktur yang telah disediakan untuk penjagaan termasuk pusat jagaan kanak-kanak, pusat jagaan warga emas? Bukan semata-mata program yang bersifat wang segera semata-mata tetapi ialah kita mahu bersifat jangka panjang.

Begitu juga apabila menyebut isu berkaitan dengan warga emas, Tuan Yang di- Pertua, negara kita menuju negara menua 2030 yang mana kita perlu kepada persiapan awal.

Sebab, apabila kita menuju negara menua, bermakna negara perlu mempersiapkan pendekatan, pembangunan yang sesuai, infrastruktur yang lebih sesuai yang secara holistik dan jangka panjang.

Peningkatan jumlah warga emas bermaksud memberi beban kepada ekonomi dan sosial dan ia akan meningkat khususnya penyediaan kemudahan kesihatan, begitu juga jaminan sosial. Jika tidak diurus dengan baik, kekurangan tenaga kerja kemahiran tinggi

draft • 6:40 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

akan bertambah kurang bila ramai pekerja memasuki umur persaraan. Jadi, apakah usaha yang telah dibuat untuk menangani isu ini?

Begitu juga program pembelajaran sepanjang hayat untuk warga emas. Sampai hari ini belum jelas dilaksanakan secara menyeluruh menyebabkan potensi tenaga kerja yang berpengalaman tidak digunakan secara optimum. Jadi, saya ingin tahu, apakah persiapan yang telah dibuat oleh kerajaan dalam menuju negara menua 2030?

Begitu juga berkaitan dengan pemerkasaan wanita. Kita ingin tahu, sejauh mana usaha yang telah dibuat untuk memperkasakan wanita di luar bandar yang sangat terkesan terutama dengan kos hidup yang semakin mahal? Apakah usaha pembangunan kemahiran, pembangunan keusahawanan? Berapa ramai yang telah berjaya? Berapa banyak kursus latihan digital, keusahawanan yang telah dibuat terutama melibatkan golongan B40?

Begitu juga berkaitan dengan pembangunan untuk OKU. Sejauh mana program yang telah dibuat untuk mencapai sasaran terutama penglibatan OKU di sektor awam?

Sampai hari ini belum lagi berjaya. Jadi, sejauh mana usaha yang telah dibuat untuk mencapai supaya mereka juga boleh memberi sumbangan dalam sektor perkhidmatan awam, memberi sumbangan kepada negara? Saya ingin tahu juga, berapa jumlah penerima bantuan setakat ini dan berapa ramai daripada penerima bantuan di bawah JKM yang telah berjaya dikeluarkan dan yang dapat dipulihkan daripada kemiskinan?

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkaitan juga pelaksanaan gaji minimum RM1,700. Kita menyambut baik atas inisiatif kerajaan untuk menaikkan gaji kakitangan kerajaan. Begitu juga pelaksanaan gaji minimum. Namun, sebagaimana yang disebut oleh Ketua Pembangkang tadi, bagaimana perkara ini harus dilihat balik terutama sektor-sektor tertentu? Mungkin perlu ditangguhkan.

Saya bagi contoh. Apabila pelaksanaan Pelan Gaji Minimum kepada pengusaha- pengusaha taska. Bayangkan, pengusaha taska mendapat pendapatan mereka melalui elaun-elaun yang dikenakan kepada ibu bapa terhadap penghantaran dan pengasuhan anak- anak mereka. Apabila gaji minimum dinaikkan, mereka terpaksa menaikkan kos bayaran terhadap perkhidmatan taska mereka dan sudah tentu memberi kesan berganda kepada ibu bapa ataupun kakitangan kerajaan yang sudah sedia terbeban. Jadi, sebab itulah peningkatan kos operasi ini akan memaksa yuran dinaikkan dan kesan yang lebih teruk, mungkin operasi akan ditutup. Jadi, ibu bapa yang bergantung pada perkhidmatan taska, terutama pekerja wanita, akan terbeban dengan kenaikan yuran ini.

Jadi, apakah penyelesaian yang dibuat oleh kerajaan? Apakah kerajaan bercadang untuk mengadakan geran automasi ataupun sokongan teknikal kepada pengusaha kecil bagi mengurangkan kebergantungan mereka terhadap yuran perkhidmatan supaya tidak membebankan ibu bapa?

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga menyentuh berkaitan dengan keperluan pembangunan di kawasan saya iaitu di Rantau Panjang. Sebagaimana yang semua tahu, kita dalam sekarang ini berdepan dengan bencana banjir dan seluruh negeri kita berisiko banjir terutama negeri yang sedang dilanda banjir termasuk kawasan saya. Jadi, saya ingin

draft • 6:40 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

tahu, bilakah program tebatan banjir akan dilaksanakan? Janji demi janji. Saya ingat dua tahun lepas, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri datang ke kawasan saya menjanjikan untuk menyediakan enam pam berkuasa tinggi untuk mengatasi masalah banjir termenung. Sampai hari ini, Yang Berhormat, satu inci pam berkuasa tinggi pun belum saya nampak di Rantau Panjang. Begitu juga tidak ada apa-apa progress untuk pembinaan tebatan.

Begitu juga dalam Laporan Audit menjelaskan banyak projek tertangguh termasuk projek tebatan banjir. Jadi, saya ingin tahu, apa masalah kelewatan yang hingga menyebabkan kesan yang besar kepada masyarakat?

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

draft • 6:40 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Minta maaf, Jelutong. Saya ada banyak lagi isu.

Jadi, begitu juga berkaitan dengan projek-projek tertangguh. Saya ingin penjelasan, berapakah projek-projek yang tertangguh dan apa sebabnya? Saya mengharapkan juga supaya sistem amaran banjir bersepadu ditingkatkan lagi untuk memastikan terutama kawasan-kawasan yang berisiko banjir di seluruh negara supaya kita dapat memberi persiapan masa yang secukupnya kepada penduduk setempat.

Begitu juga dicadangkan supaya kerajaan menyegerakan jalan alternatif. Sebab apa, bila berlaku banjir, hampir lumpuh ekonomi rakyat. Pertanian lumpuh, perniagaan lumpuh berbulan-bulan. Jalan terputus. Jadi, saya cadangkan supaya dibaikpulihkan jalan kereta api lama yang daripada Pasir Mas ke Golok untuk menjadi jalan alternatif terutama di musim banjir, dan begitu juga boleh menjadi jalan yang boleh merancakkan lagi ekonomi terutama yang menghubungkan antara Malaysia dan Thai.

Jadi, saya ingin tahu, bilakah projek pembukaan semula kereta api dari Kelantan ke Golok ini akan dilaksanakan? Begitu juga nak baik pulih jalan kereta api ini. Apa lagi, di Rantau Panjang ada Hab Halal Pasir Mas yang mana projek ini tidak dapat dilaksanakan kerana tidak menarik pelabur kerana infra yang tidak mencukupi. Jadi, apa erti kita membina hab halal untuk kilang-kilang ataupun pengusaha-pengusaha tetapi apabila tidak ada infra yang mencukupi, maka projek itu tidak dapat disempurnakan? Jadi, saya mohon supaya kerajaan melihat balik isu ini.

Begitu juga saya ingin menyentuh berkaitan dengan yuran pembangunan antara negeri. Kita lihat dalam bajet ini tidak menampakkan secara jelas keseimbangan yang diwujudkan terutama antara Wilayah Timur dan Pantai Barat di Malaysia. Jadi, kita ingin merayu kepada kerajaan supaya melihat isu ini dengan serius. Kita tidak mahu pembangunan di Pantai Barat menyebabkan koridor di Pantai Timur ketinggalan. Walaupun kita ada program yang telah dilaksanakan sebelum ini tetapi tidak nampak jelas kejayaannya.

Jadi, saya ingin tahu, apakah usaha yang dibuat untuk membangunkan koridor- koridor di Pantai Timur dan Utara untuk mengimbangi peluang ekonomi antara bandar besar dan wilayah dalam Malaysia? Begitu juga mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi antara wilayah supaya tidak ada negeri yang terpinggir. Untuk memastikan juga ekonomi

draft • 6:40 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

yang lebih adil dan menyeluruh dan juga kemudahan infrastruktur yang menarik pelabur- pelabur untuk datang ke Kelantan, Kedah, Terengganu, Perlis, Sabah, Sarawak dan sebagainya supaya ia dapat mengimbangkan ekonomi.

Begitu juga kita tengok jurang pembangunan antara wilayah ini kita perlu atasi kerana ia dapat dinikmati ekonominya lebih bersama. Ia akan mengurangkan penghijrahan.

Mungkin kerana tidak ada kemudahan inilah berlakunya penghijrahan yang boleh menyebabkan satu wilayah akan terus ketinggalan. Jadi, tanpa pelaburan yang mencukupi, wilayah-wilayah ini mungkin akan terus ketinggalan dalam menyediakan peluang pekerjaan yang baik terutama kepada anak-anak muda. Jadi, saya ingin tahu, apakah program yang dibuat untuk anak muda?

Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, kerana masa dah nak habis ini, iaitu saya nak menyentuh berkaitan dengan kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat. Saya mengharapkan supaya kerajaan menilai balik cadangan-cadangan yang boleh memberi kesan kepada kos sara hidup apabila kerajaan meletakkan sasaran untuk memastikan supaya golongan T15 supaya mereka tidak mendapat ruang, tidak mengambil kesempatan daripada subsidi rakyat.

draft • 6:40 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Saya ingin tahu, berapa ramai jumlah T15 di Malaysia? Sebab, kalau kita tengok di US yang maha kaya, super kaya hanya satu peratus. Di Malaysia super kaya 15 peratus, hebat Malaysia. Jadi, saya ingin tahu berapa ramai dan bagaimana ukurannya, macam mana kajian yang dibuat dan sejauh mana usaha untuk mengatasi perkara― supaya kos sara hidup ini tidak terus membebankan rakyat hasil daripada penyasaran semula RON95 termasuk juga perluasan cukai yang akan dilaksanakan dan begitu juga program-program penarikan subsidi dalam beberapa perkara akhirnya rakyat terus terbeban. Jadi, matlamat untuk mencapai bajet yang sejahtera tidak akan sampai, gagal. Jadi, saya harapkan perkara ini diberikan perhatian oleh pihak kerajaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang, berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Kampar.

draft • 6:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih kepada Timbalan Speaker kerana membenarkan saya untuk membahas Belanjawan 2025. Sebelum saya mula, saya ingin menjawab beberapa tuduhan daripada Ketua Pembangkang kerana tadi tidak beri laluan.

Pertama, Ketua Pembangkang cakap sekarang hutang negara tinggi. Ya, betul.

Tetapi kenapa Ketua Pembangkang tidak membangkit tentang RM600 bilion yang Perikatan Nasional belanja semasa dua tahun COVID-19 itu. Itu antara faktor yang menyebabkan hutang negara kita naik melonjak.

Kedua, kalau setiap tahun kita adakan bajet defisit, hutang mesti akan naik. Tetapi Ketua Pembangkang juga hendak mengadu tentang kita buat cukai baharu, kita potong subsidi. Saya hendak tanya kalau kita hendak turunkan hutang macam mana kita boleh tidak

draft • 6:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

buat cukai baharu, tidak potong subsidi, hutang dia turun sendiri. Dengan izin, money doesn’t grows on tree. Duit itu dia tidak akan tumbuh di atas pokok. Kalau kita hendak bayar hutang, mesti kerajaan kenakan cukai, mesti kita kena potong subsidi. Tetapi kita potong subsidi supaya rakyat M40, B40 tidak terjejas. Kita hanya potong subsidi T15.

Jadi, ini satu kaedah yang kita boleh kurangkan hutang dan kita tengok secara asasnya, hutang itu memang besar tetapi kita tidak boleh tengok jumlah hutang secara agregat. Kita kena tengok nisbah hutang kepada KDNK. Semasa 2021, semasa Pagoh jadi Perdana Menteri, 2021 hutang terhadap KDNK 5.4 peratus, 2022 semasa Bera Perdana Menteri, 5.6 peratus. Tetapi sekarang Tambun menjadi Perdana Menteri kita turunkan hutang secara nisbah kepada KDNK dari lima peratus, 2023; sampai 2024, 4.3 peratus; sampai 2025, 3.8 peratus.

Jadi, saya harap ini satu kejayaan yang bagus dan kita harap kita akan turunkan hutang ke nisbah KDNK pada tahun akan datang. Jadi, saya ucapkan tahniah kepada Perdana Menteri kerana kali ini membentangkan satu bajet yang expansionary yang paling besar di sejarah Malaysia di mana RM423 bilion jumlah perbelanjaan. Ini penting, kenapa?

Dalam keadaan ekonomi rakyat menderita ini, kita kerajaan perlu membelanjakan duit.

Apabila kerajaan membelanjakan duit, hasil tidak cukup, mestilah hutang naik. Tetapi kita cuba control hutang ini supaya nisbah ke KDNK ini tidak terlalu tinggi.

Kedua, Putrajaya tadi semasa mencelah Larut juga kata, bila ringgit jatuh merudum pihak kerajaan sini kita diam sahaja, tetapi bila ringgit naik kita heboh, itu tak betul. Pada bulan Februari apabila pihak pembangkang bangkit tentang isu ringgit merudum, Perdana Menteri telah mengarahkan Bank Negara Malaysia untuk mengeluarkan satu kenyataan mengapa ringgit semasa itu merudum? Itu disebabkan kerana central-central bank di Eropah dan Amerika Syarikat telah naikkan OPR mereka.

Jadi, apabila mereka menaikkan OPR dan kita tidak naik OPR, ringgit berbanding kepada Amerika Syarikat, kita akan turun. Tetapi pada masa itu, kalau kita tengok kesemua indikator ekonomi, kita berada dalam paras yang sihat dan Bank Negara telah mengatakan ringgit itu kukuh, tetapi sentimen itu, sentimen itu masa itu tidak bagus terhadap ringgit. Pada hari ini, selepas 10 bulan― lapan bulan hingga 10 bulan kita boleh nampak ringgit hari ini telah meningkat dan jangan lupa ringgit ini ia bukan terus meningkat. Apabila kerajaan baharu naik, dia tidak akan dapat nampak kesannya.

Kita perlu melakukan reformasi, kita perlu adakan pentadbiran baharu dan ini makan masa. Selepas dua tahun, Tambun naik menjadi Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan melakukan reformasi-reformasi dan kita tarik pelabur-pelabur dari luar negara dan hari ini kita boleh nampak kejayaan Tambun untuk menguatkan ringgit. Ini satu indikator yang jelas dan kita lihat kepada semua analyst tidak kira di dalam Malaysia atau di luar Malaysia. Mereka semua jangkakan ringgit pada tahun depan mesti naik lagi terhadap USD paling kurang semua jangka akan kurang daripada RM4. Satu jangkaan yang paling agresif telah dilakukan oleh BMI bahawa tahun depan akhir tahun 2025, ringgit terhadap USD akan naik sampai RM3.55.

draft • 6:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Jadi ini satu anggaran positif daripada analyst dan bagi satu kepercayaan kepada Kerajaan MADANI. Kedua, tadi...

draft • 6:51 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

draft • 6:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ya.

draft • 6:51 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih di atas peluang yang diberikan. Apa pandangan Yang Berhormat di atas pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang menyatakan tiga tahun berturut-turut beliau tidak mengambil gaji?

Berbanding dengan Yang Berhormat Pagoh yang dalam satu ceramah di― semasa pilihan raya mengaku ada duit-duit melibatkan projek-projek tidak masuk ke poket beliau tetapi masuk ke dalam parti Bersatu.

Kita buat perbandingan di antara pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kali― tahun ketiga berturut-turut di mana beliau tidak mengambil sebarang gaji sebagai Perdana Menteri, berbanding dengan pengakuan oleh seorang bekas Perdana Menteri, Yang Berhormat Pagoh yang mengaku bahawa terlibat dalam pengambilan wang kerajaan dimasukkan ke dalam parti Bersatu. Apa perbezaan dan pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.

draft • 6:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ya, ini satu tindakan yang prihatin daripada Tambun untuk menunjukkan dia bersama dengan rakyat menderita, sengsara yang B40, come with the rakyat together. Saya tahu, tadi Larut sindir Tambun tak ambil gaji, makan mana? Saya hendak tanya kepada Larut, kalau berani jangan ambil gaji Ketua Pembangkang, boleh tidak? Kalau boleh, saya salute.

Okey saya teruskan. Tadi Rantau Panjang― pagi ini Rantau Panjang cakap rakyat walaupun inflasi itu turun 1.8 peratus, rakyat tidak terasa, ada rakyat mati kelaparan teresak- esak. Tetapi apabila kita naikkan gaji minimum RM1,500 sampai RM1,700 dia bantah, saya tidak faham. Kita hendak bagi rakyat yang hidup susah gaji minimum. Jadi saya minta...

draft • 6:51 PM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Minta laluan Yang Berhormat.

draft • 6:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Jika kita betul-betul...

draft • 6:51 PM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Minta laluan Yang Berhormat sebab nama saya disebut.

draft • 6:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Bagi saya habis dulu, saya habis, saya akan bagi...

draft • 6:51 PM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Bagi laluan kepada saya.

draft • 6:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Kalau betul-betul kita hendak bantu rakyat B40.

draft • 6:51 PM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Yang Berhormat, bagi laluan.

draft • 6:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Rantau Panjang. Sila duduk.

draft • 6:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Sila sokong gaji minimum sampai RM1,700 boleh tidak?

draft • 6:51 PM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Saya tak lalang, tetapi saya kata sektor [Pembesar suara dimatikan]

draft • 6:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, Kampar tak bagi laluan. Duduk. Jalan.

draft • 6:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya hendak bagi laluan...

draft • 6:51 PM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Minta maaf Yang di-Pertua, sebab dia sebut nama saya.

draft • 6:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tetapi saya minta bagi saya habis dulu. Tetapi tidak habis. Okey, silakan.

draft • 6:51 PM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Okey. Terima kasih Yang di-Pertua. Saya bantah apa yang disebut oleh Yang Berhormat. Apa yang saya maksudkan adalah gaji minimum yang mengikut sektor tertentu seperti taska. Apabila yuran gaji taska dinaikkan, bebannya kepada ibu bapa. Jadi, saya mencadangkan supaya satu insentif dibuat, diberi kepada sektor-sektor tertentu, bukan saya halang. Jangan salah faham dan buat fitnah kepada saya.

draft • 6:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Okey. Kalau taska itu dia kos naik, siapa yang dapat duit itu? Guru-guru. Guru yang dapat gaji RM1,500, Rantau Panjang tidak kesian kah.

Dia hidup kelaparan, jadi kita naikkan gaji minimum. Jadi, itu saya maksudkan.

draft • 6:51 PM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Saya― minta maaf Yang di-Pertua saya kena betulkan dia tidak faham.

draft • 6:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Rantau Panjang, cukuplah. Saya tak cukup masa.

Okey, Rantau Panjang tadi cakap hendak bagi subsidi lagi.

draft • 6:51 PM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Bukan, bukan halang pada guru.

draft • 6:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Cukup, cukup, cukup.

draft • 6:51 PM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Supaya insentif diberi kepada pengusaha taska.

draft • 6:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya sudah beri laluan. Cukup, cukup. Kalau Rantau Panjang cakap hendak bagi subsidi lagi, lepas ini Larut cakap kalau bagi subsidi, hutang negara naik, macam mana? Jadi, pembangkang hari ini dia sendiri pun keliru. You hendak hutang naik, tetapi tidak mahu bagi subsidi, macam mana?

Tadi, Larut juga bangkitkan e-Invoice dengan GST dia cakap, sekarang walaupun Tambun sudah umumkan tidak ada GST, tetapi kita ada e-Invoice. Dia buat bayangan mungkin, mungkin dia cakap, mungkin akan ada GST. Itu tidak betul. Perdana Menteri sudah umumkan tidak ada GST, no GST. Bermaksud tidak ada GST pada penggal inilah, sampai akhir penggal ini. Tetapi, e-Invoice ini dia sistem yang lain, jangan keliru dengan GST. Ini macam Ayer Hitam, Ayer Hitam sahabat baik saya, tetapi dekat luar dia cakap dulu kerajaan dia buat GST, e-Invoice itu part of GST, itu tidak betul. Ada negara yang lakukan GST VAT tetapi tak ada e-Invoice.

draft • 6:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ada negara yang ada GST dan juga ada e-Invoice. Dekat Malaysia walaupun tidak ada GST, kita akan laksanakan e-Invoice. Kita tengok Belgium 2026 akan laksanakan e- Invoice. Croatia 2026, France 2026, Germany 2027, Poland 2025, Romania 2024, Malaysia 2024, Mauritius 2024, Australia 2024. Kesemua negara ini telah pun ada GST atau pun VAT kecuali Malaysia tetapi kesemua negara dia akan laksanakan e-Invoice.

Jadi sila jangan kelirukan e-Invoice dengan GST, e-Invoice ini bukan satu batu loncatan untuk laksanakan GST. Ada negara yang telah laksanakan GST dahulu lepas itu baru laksanakan e-Invoice. Saya kena betulkan apa yang Ayer Hitam cakap. Dalam GST tidak ada e-Invoice. Dalam GST hanya ada tax invoice. Kalau tidak faham boleh balik rujuk kepada akauntan-akauntan.

Saya juga hendak ucapkan tahniah kepada Ayer Hitam kerana semalam telah dilantik sebagai penasihat kepada pelaburan China di Malaysia di bawah Timbalan Perdana Menteri.

Ini satu rekod. Ini satu rekod dan sejarah baharu kerana tidak pernah ada Presiden MCA yang dilantik sebagai penasihat kepada pelaburan China di Malaysia di bawah TPM dan Ayer Hitam telah memecah rekod ini. Ini saya dengan ikhlas ucapkan tahniah kepada Ayer Hitam dan for the record dalam Dewan ini saya sudah dua kali pertahankan Ayer Hitam walaupun setiap kali saya sebut nama dia, dia emosi sedikit.

Akan tetapi kita boleh check balik Hansard. Masa itu apabila kali pertama dia telah terima letter of demand kerana dia bawa telur masuk. Dulu dia tidak bawa telur, tiba-tiba sekarang sudah ada telur. Dia bawa telur masuk. Dia terima letter of demand. Saya berdiri.

Saya pertahankan dia sebagai satu Ahli Parlimen. Ahli Parlimen patut boleh bawa apa-apa isu atau pun apa-apa tajuk ke dalam Parlimen tanpa diganggu oleh luar. Jadi saya sokong dia. Kali pertama.

Kali kedua, saya juga berdiri di sini. Saya sokong Ayer Hitam kerana masa itu isu ventilator. Banyak orang nak salahkan dia. Masa itu dia bukan Menteri Kesihatan, dia Menteri Pengangkutan. Saya sokong dia tapi lagi dia tidak sudah tidak suka. Tapi tidak apa. Saya put the record straight here asalkan Ayer Hitam dan juga Tanjung Piai sokong Tambun sebagai Perdana Menteri, saya akan terus sokong mereka. Saya tidak ada masalah tetapi kalau kita tengok hujung minggu, Perhimpunan MCA, Perhimpunan Pemuda MCA. Saya baca berita nampak macam perhimpunan pembangkang.

Pemuda MCA, Ling Tian Soon kata tahun ini bajet Kampung Baru peruntukan baru RM85 juta. Tadi Kota Melaka ada bangkit tetapi saya hendak bagi tahu Pemuda MCA jangan lupa dahulu bos you – bukan bos ku lah. Bos you Ayer Hitam. Semasa dia jadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Masa itu peruntukan untuk Kampung Baru baru RM50 juta, RM60 juta tetapi kali ini dalam bajet itu peruntukan pembangunan. Ada lagi kita peruntukan mengurus untuk buat aktiviti-aktiviti. Jika kita jumlahkan semua ini, tahun ini kita ada RM120 juta untuk Kampung Baru. Tahun lepas, tadi Kota Melaka sudah cakap RM109 juta.

Kedua, Setiausaha Agung MCA pun sama. Bangkit isu UTAR. Isu UTAR ini dia suruh...

[Tidak jelas] senyap kalau tidak faham akaun, tidak faham cukai, sila senyap. Tetapi

draft • 7:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

saya hendak bagi tahu Setiausaha Agung MCA, isu UTAR ini dekat di hati saya. Saya seorang graduan UTAR, seorang graduan accounting, akauntan di Universiti Tuanku Abdul Rahman

(UTAR) dan oleh kerana didikan dan bimbingan daripada lecturer, saya telah dapat first-class honors. Saya dapat lanjutkan pelajaran di London School of Economics.

Jadi saya hendak tahu, Perdana Menteri semasa retreat, bukan retreat. Semasa pre- council telah cakap isu UTAR ini isu percukaian. Ini bukan isu politik sebab UTAR telah terlibat dalam aktiviti komersial. Jadi Lembaga Hasil Dalam Negeri harus asingkan UTAR Education Foundation dan juga UTAR. Kalau UTAR ada aktiviti komersial, ia patut dikenakan cukai dan saya rasa itu jelas tetapi saya minta Perdana Menteri supaya jelaskan secara terperinci sebab Ayer Hitam, dia bantah. Dia cakap UTAR ini kita buat pendidikan. Tidak ada isu komersial.

Jadi saya minta Perdana Menteri supaya jelaskan secara terperinci apakah aktiviti komersial yang dilakukan oleh UTAR dan bagaimanakah kiraan RM83 juta cukai ini supaya kita semua sini faham. Yang kedua...

draft • 7:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat. Senang sahaja.

draft • 7:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ya. Saya...

draft • 7:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Nampak macam ada sesetengah pihak Yang Berhormat sebut tadi, akaun apa itu OE, apa itu DE dia tidak tahu. Cukai apa komersial, apa yang bukan komersial, apa untuk pendidikan dia tahu kah?

Adakah Yang Berhormat sebagai seorang lecturer yang tahu pasal accounting nak bagi satu syarahan umum atau syarahan private lesson kepada mereka ini? Nampak macam perlu.

draft • 7:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Atas semangat Kerajaan Perpaduan, kalau Ayer Hitam atau pun Setiausaha Agung MCA tidak faham, saya boleh bagi kuliah percuma lah.

Hendak pergi Wisma MCA kah, DAP HQ kah tidak kisah, saya boleh pergi.

Okey, dan juga Setiausaha Agung MCA cakap apa? Cakap kerajaan sekarang kerana dulu kita bantah GST, sekarang kita tidak berani laksanakan. Bukan tidak berani laksanakan.

Kalau kita laksanakan GST ini, GST kita akan kutip lebih RM20 bilion berbanding dengan SST. Sekarang pihak pembangkang telah membantah kita ada buat cukai baru, cukai digital, high value tax, low value tax tetapi ini semua tidak boleh banding dengan GST. GST itu kita kutip lebih RM20 juta. Tadi Ketua Pembangkang cakap, okey avokado, salmon dikenakan cukai tapi kalau kita kenakan GST, setiap satu barangan akan dikenakan cukai. Pada masa itu di mana pembangkang?

[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) **mempengerusikan Mesyuarat****] Jadi saya hendak tahu sahaja, apakah stand pembangkang? Apakah stand? Kalau pembangkang jadi kerajaan hari ini, adakah pembangkang akan laksanakan GST atau pun tidak? Kalau laksanakan GST, apakah peratus? Enam peratus kah, lima peratus, empat peratus? Kalau empat peratus kita tidak dapat extra income, lebih baik tidak laksanakan GST.

draft • 7:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Akhir sekali, dalam Perhimpunan MCA banyak yang serang kerajaan, serang DAP.

Cakap DAP perlu minta maaf kepada MCA sebab dulu kita serang. Dulu kita dalam kem yang berlainan tetapi sekarang kita duduk dalam satu Kerajaan Perpaduan, kita akan bekerjasama.

Kalau kita hendak ungkit pasal peristiwa dulu, tak habis-habis. Jadi saya di sini, saya hendak bagi tahu MCA. DAP, kita tidak ada masalah dengan MCA tetapi MCA ada masalah dengan DAP, saya tidak tahu tetapi jika kita betul-betul hendak duduk kerjasama, kita tidak boleh ungkit tentang peristiwa lain.

Kalau kita tengok dulu semasa MCA duduk dalam satu Kabinet bersama PAS, kenapa MCA masa itu tidak minta maaf kepada PAS? Kerana saya tengok pada tahun 1999, MCA buat advertisement. Kita buat iklan dalam surat khabar. Masa itu pilihan raya. Cakap PAS kalau jadi kerajaan akan musnahkan patung-patung Buddha macam Taliban. Kalau kita check MCA punya website, paling kurang ada 138 kali MCA panggil PAS, Taliban. Kenapa masa itu MCA tidak minta maaf dahulu baru duduk dalam satu Kabinet dengan PAS? Masa itu DAP bersama dengan PAS.

Jadi kalau kita hendak buat satu Kerajaan Perpaduan, kita tidak boleh ungkit isu peristiwa-peristiwa yang lalu. Jadi saya ikhlas. Saya harap semua komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan, kita boleh duduk bersama dan kukuhkan Kerajaan Perpaduan dan sama-sama kita hadapi pilihan raya akan datang.

Akhir sekali sebelum saya habiskan, Muar tadi ada bangkit, saya nampak dalam berita. Dia cakap T15, kenapa kerajaan umumkan dahulu tetapi kita buat keputusan kemudian? Ini bajet. Apa itu bajet? Bajet itu satu unjuran pendapatan dan perbelanjaan bagi kerajaan. Unjuran bermakna mungkin ada lebih, mungkin ada kurang. Jadi kerajaan telah buat unjuran kita tarik balik subsidi untuk 15 peratus rakyat yang paling atas. Jadi ini satu bajet. Mungkin lepas ini unjuran akan berubah. Jadi keputusan belum dibuat. Keputusan akan dibuat pada tahun depan sebab ini bajet untuk 2025.

Jadi saya harap semua Ahli Parlimen boleh faham apa itu bajet. Tadi Hansard tidak faham, ini bajet, please try to understand. Jadi, sekian sahaja perbahasan saya.

draft • 7:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Sebelum tamat Yang Berhormat.

draft • 7:00 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

[Tidak jelas] ...Sebelum, sedikit.

draft • 7:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ya, ya. Boleh, boleh. Jelutong dulu, lepas tu ya...

draft • 7:00 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat, saya sempat dengar hujung tadi cadangan, komen Yang Berhormat. Mengapa T15 ini diumumkan dahulu baru dibincangkan. Ini tidak sepatutnya berlaku. Pening habis pegawai-pegawai di EPU itu untuk classify T15 ini. Setuju Yang Berhormat. Kali ini saya setuju dengan Yang Berhormat.

draft • 7:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat dengan izin.

Timbalan Speaker. Selamat petang Timbalan Speaker. Segak dan handsome Timbalan Speaker. Saya cuma hendak bangkitkan merujuk kepada komen yang dibuat oleh Yang

draft • 7:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Berhormat Rantau Panjang tadi, yang berbahas tentang isu banjir di mana beberapa perkara belum diselesaikan.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini dan Yang Berhormat Kampar, ketika banjir teruk melanda Alor Setar, Kedah baru-baru ini kita lihat bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang turun ke padang melaksanakan tanggungjawab. Menteri Besar Kedah entah ke mana. Ahli Parlimen Alor Setar saya ingat...

draft • 7:00 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Tidak betul itu. Main tuduh sahaja ini.

draft • 7:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ahli Parlimen Alor Setar tidak datang. Tidak menjemput Perdana Menteri.

draft • 7:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jadi saya merasakan kalau seseorang itu ikhlas seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri, kita berterima kasihlah di atas langkah-langkah yang diambil.

Bukan kita pakai hentam tuduh sembarangan saja. Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Itu saja.

draft • 7:10 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Kampar boleh Kampar? Sebab Jelutong kawan saya sebut nama Alor Setar. Terima kasih.

draft • 7:10 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Kampar dah habis masa lah.

draft • 7:10 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Tak apa. Sekali saya ucap terima kasihlah kepada PMX sebab turun Alor Setar. Tapi turun itu tak jemput Ahli Parlimen. Tak apalah tapi dia turun tapi lepas dia turun itu Yang Berhormat Dato' Speaker.

draft • 7:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Alor Setar, ini Perdana Menteri datanglah.

draft • 7:10 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Empat, empat kali.

draft • 7:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Bukan Perdana Menteri yang jemput.

draft • 7:10 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Nantilah nak cakap tak habis lagi.

draft • 7:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kawasan, kawasan kita.

draft • 7:10 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Ada. Saya ada dekat Alor Setar. Ini yang turun ini Dato' Speaker, Perdana Menteri. Perdana Menteri ini ada pejabat, ada pegawai. Perdana Menteri bukan Mamak pasembur boleh turun ikut dan jumpa orang atas jalan. Tak boleh [Tepuk] . Dia ada SOP, dia ada aturan dia. Dia kena ikutlah aturan pejabat itu.

Jadi saya rasa Jelutong kena faham peraturan itu. Jadi, terima kasih sebab itu orang Alor Setar tapi lepas Yang Amat Berhormat balik daripada Alor Setar itu, Alor Setar banjir empat kali pula lepas itu. Itu apa yang berlakulah. Terima kasih.

draft • 7:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Kampar.

Sila.

draft • 7:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker. Isu peraturanlah. Saya tidak mahu menggunakan peraturan.

draft • 7:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Peraturan mana Yang Berhormat?

draft • 7:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan kenyataan yang kurang sopanlah.

draft • 7:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Peraturan berapa?

draft • 7:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ahli Parlimen Alor Setar.

draft • 7:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Peraturan berapa Yang Berhormat?

draft • 7:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

36(4).

draft • 7:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Baca Yang Berhormat.

draft • 7:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

“Adalah menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan”. Tadi Yang Berhormat Ahli Parlimen Alor Setar tidak berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Tak kan nak rujuk kepada Perdana Menteri sebagai Mamak pasembur. Come on-lah Yang Berhormat. Tolonglah. Ini Perdana Menteri turun kawasan Alor Setar untuk bantu.

draft • 7:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sekejap Yang Berhormat.

draft • 7:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat mengeluarkan kenyataan macam itu menggelar beliau sebagai Mamak pasembur. Mana boleh.

draft • 7:10 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Jelutong.

draft • 7:10 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

[Bangun]

draft • 7:10 PM

Seorang Ahli

[Tidak jelas] [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 7:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

No, kita dengar.

draft • 7:10 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Perumpamaan sajalah.

Aduh.

draft • 7:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Mana boleh. Mana boleh gunakan perumpamaan macam itu terhadap Perdana Menteri. Tolonglah Yang Berhormat Alor Setar. Tarik baliklah.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 7:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Jelutong, duduk. Adakah Yang Berhormat Alor Setar seperti mana yang didakwa oleh Yang Berhormat Jelutong bawah Peraturan 36(4).

draft • 7:10 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Dato' Speaker, saya jelaskan tadi. Saya sebut terima kasih dekat Perdana Menteri itu tadi dua kali di dalam ucapan saya tadi. Saya kata yang Perdana Menteri bukan Mamak pasembur yang boleh turun ikut dan.

draft • 7:10 PM

Seorang Ahli

[Tidak jelas] [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 7:10 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Betullah. Saya, saya tak tuduh dia.

draft • 7:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker.

draft • 7:10 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Itu ucapan saya Yang Berhormat Dato' Speaker.

draft • 7:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tak boleh gunakan perumpamaan begitu.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 7:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Jelutong.

Saya ingat apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Alor Setar itu tidak ada kaitan seperti mana yang didakwa.

[Tepuk] Sila Yang Berhormat Kampar. Yang Berhormat Kampar, sila.

draft • 7:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker. Timbalan Speaker. Saya minta maaf Timbalan Speaker. Kalau Timbalan Speaker nak benarkan perkara itu, kenyataan begitu boleh diulang.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 7:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Jelutong.

Kita pun dah pukul tujuh. Saya fikir biar Yang Berhormat Kampar selesaikan. Sila selesaikan ucapan.

draft • 7:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Okey, terima kasih Speaker. Saya masukkan ucapan daripada Jelutong ke ucapan saya. Untuk ucapan Pengkalan Chepa dan Alor Setar tolong jangan masukkan. Sekian saja perbahasan saya.

[Ketawa]

draft • 7:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Sila Yang Berhormat Hulu Selangor.

draft • 7:10 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang sokong pun tak masuk. Apa Yang Berhormat ini. Yang Berhormat faham tak apa saya cakap tadi? Saya sokong.

draft • 7:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila.

draft • 7:10 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk turut sama membahas dalam Belanjawan 2025. Insya-Allah, saya tak akan sebut nama parti untuk kita bahas pada petang ini.

Tuan Yang di-Pertua, perkara pertama yang cukup penting buat rakyat Malaysia berkaitan pendidikan anak-anak di sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Saya mengharapkan pegawai yang mencatat perkara ini tolonglah sampaikan sebaik-baiknya kepada Menteri. Saya telah berhubung dengan beberapa orang guru di sekolah rendah dan sekolah menengah di kampung dan juga bandar. Rata-rata guru memberikan pandangan

draft • 7:13 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

untuk dikembalikan semula sistem peperiksaan yang asal tanpa menafikan tujuan asal pentaksiran dilakukan.

Antara faktor utama adalah yang pertama, anak-anak ini hilang fokus dan tiada effort dengan izin, kesungguhan untuk belajar.

Kedua, penilaian yang tidak tepat jika dibandingkan dengan peperiksaan jika peperiksaan kita dapat nilai secara terus berdasarkan pencapaian yang diperoleh oleh pelajar tersebut.

Ketiga, ketulusan penilaian mungkin tidak berlaku sekiranya guru membuat penilaian secara jujur tahap satu kerana ia akan dipersoalkan dan akhirnya guru-guru mengambil jalan selamat dengan membuat penilaian yang baik untuk semua pelajar walaupun hakikatnya tidak begitu. Saya tidak menyalahkan guru mahupun pengetua dan juga guru besar sebab memandangkan kesemua mereka ini tertekan.

Keempat, satu masalah yang cukup ketara adalah pemilihan pelajar tingkatan satu ke asrama penuh dan juga ke tingkatan empat ke sekolah vokasional. Dengan ketiadaan peperiksaan, sudah pasti sukar untuk membuat pemilihan pelajar ke asrama penuh walaupun terdapat ujian saringan kerana ada murid-murid yang masuk ke asrama tetapi tidak mencapai tahap yang sebenarnya.

Kelima, kesediaan guru untuk membuat penilaian. Tidak dinafikan sistem pendidikan yang sedang dijalankan, ia bagus untuk dilaksanakan. Namun, ia kurang bersesuaian di negara kita yang jumlah pelajarnya satu kelas mencecah 40 orang pelajar. Bayangkan sekiranya guru itu mengajar 10 buah kelas bermaksud 400 pelajar yang perlu dibuat penilaian. Dalam masa yang sama, guru tersebut perlu mengajar dan membuat kerja-kerja lain yang diarahkan. Ia berbeza dengan di luar negara, pelajarnya hanya 15 ke 20 orang satu kelas dan ada waktu-waktu tertentu pihak sekolah di luar negara memanggil ibu dan ayah masuk ke dalam kelas untuk melihat dan menilai pencapaian anak mereka sendiri di samping membantu pelajaran.

Keenam, guru yang asalnya perlu fokus lebih kepada mengajar, namun disibukkan dengan pelbagai aktiviti lain dan tambahan kerja-kerja perkeranian.

Ketujuh, sukatan pelajaran yang membebankan. Sekarang ini juga secara tidak langsung, memberi tekanan kepada guru apatah lagi dengan kerja-kerja penilaian yang perlu dilakukan.

Dato' Yang di-Pertua, pemakluman yang saya terima dari guru sekolah menengah, ramai murid yang nilai pentaksirannya baik ketika sekolah rendah. Namun bila masuk sekolah menengah, ia sebenarnya berbeza bahkan ada juga yang masih belum boleh membaca ketika masuk ke tingkatan satu. Maaf YB Menteri, ini bukan nak jadikan murid tikus makmal.

Kita nak mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Saya maklum bahawa kementerian telah pun membuat perbincangan bersama dengan pihak PPD, pengetua, guru besar dan beberapa orang guru berkaitan dengan perkara ini.

Namun, saya berpandangan kenapa tidak kementerian mengambil pendekatan untuk bertanya sendiri dengan guru-guru yang mengajar ini secara tertutup. Terpulang kaedah

draft • 7:13 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

bagaimana yang pasti tidak melibatkan nama guru dalam sekolah. Sekiranya melibatkan nama guru dalam sekolah, confirm mereka tidak akan membuat satu penilaian yang betul.

Baru kita dapat jawapan yang lebih tepat. Saya yakin pandangan guru-guru ini jauh lebih perlu diutamakan kerana mereka paling dekat dan melihat sendiri perkembangan pelajar.

Saya cukup yakin guru-guru akan bersetuju untuk dikembalikan semula sistem peperiksaan, begitu juga dengan ibu ayah mudah untuk menilai pencapaian anak mereka. Kita ibu dan ayah mudah untuk melihat.

Dalam masa yang sama, matlamat asal pentaksiran ini perlu diteruskan dengan tambahan modul yang lain untuk melahirkan pelajar yang bukan saja pandai akademik tetapi juga berkemahiran sosial dan sebagainya. Mohon kementerian dapat menilai semula perkara yang dibangkitkan.

Masih dalam kementerian yang sama, baru-baru ini berlaku kemalangan renjatan elektrik di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bunga Raya Bukit Beruntung, yang melibatkan seorang pelajar dan seorang lagi cuba menyelamatkan dia dengan menarik bajunya sekuat hati. Adakah kementerian mengambil maklum akan perkara ini? Sebab ia melibatkan nyawa manusia, bukan sahaja kepada pelajar malah kepada guru-guru dan juga kakitangan sekolah.

Saya mohon kementerian menjelaskan apakah garis panduan SOP yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah sekiranya berlaku kes kemalangan seperti ini? Renjatan elektrik ataupun apa juga kemalangan bermula awal kejadian kemalangan sehinggalah pelajar yang terlibat sembuh dan dapat kembali ke sekolah.

Dato' Yang di-Pertua, untuk makluman, pelajar yang saya maksudkan tadi adalah Syamil Faris bin Johari masih dalam cuti sakit selama satu bulan dan berkemungkinan besar akan diberikan tambahan cuti sakit disebabkan kedua-dua tangannya patah dan saya pun telah menziarahi.

draft • 7:13 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Untuk makluman, sekolah tersebut melibatkan anak saya pun belajar di sekolah tersebut. Saya ingin merakamkan terima kasih tidak terhingga kepada pelajar bernama Muhammad Asri bin Rosli yang berjaya menyelamatkan kawannya. Saya mohon kementerian melihat perkara ini dengan lebih serius khususnya kepada pelajar yang terkena renjatan elektrik tersebut. Pada masa yang sama, mohon kementerian memeriksa seluruh sekolah yang ada di Malaysia ini supaya kejadian yang sama tidak berulang.

Perkara yang kedua Dato’ Yang di-Pertua, projek rancangan tebatan banjir di Selangor. Mohon penjelasan daripada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

(PETRA), Projek Tebatan Banjir Sungai Buloh yang telah diperuntukkan sebanyak RM34 juta.

Sejauh manakah perkembangan projek RTB Sungai Buloh ini kerana isu banjir isu yang telah berlarutan lama dan baru-baru ini berlaku lagi banjir di kawasan tersebut yang juga memberi kesan kepada jajaran sungai tersebut?

Dalam masa yang sama, saya mohon kerajaan segera meluluskan permohonan peruntukan daripada JPS Negeri Selangor pada 4 Jun 2024 yang berjumlah RM781,844,076

draft • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

untuk melaksanakan Projek Tebatan Banjir Sungai Buloh Fasa 2. Saya ingin mengambil kata- kata hikmah daripada Perdana Menteri kita, “Banjir pun tak terurus, muka ini juga nak pergi tolong di Kedah”. Jadi, saya mohon tolonglah juga negeri Selangor ini agar isu banjir dapat diselesaikan. Negeri Selangor adalah negeri yang maju dari segi pembangunan, namun masalah banjir ini masih belum diselesaikan.

Dato’ Yang di-Pertua, perkara ketiga, kemasukan warga asing. Kemasukan warga asing daripada negara China dan India telah diberikan pengecualian visa bermula Disember 2023. Saya mohon Kementerian Dalam Negeri memperjelaskan berapa ramai yang telah masuk ke Malaysia dengan pengecualian visa bermula Disember 2023 sehingga yang terkini dan berapa ramai pula yang tidak keluar selepas tempoh 30 hari pengecualian yang diberikan.

Isu lain yang saya ingin sentuh ialah apakah tindakan kementerian kepada warga asing yang masuk ke Malaysia dan menjalankan aktiviti perniagaan? Boleh dikatakan seluruh tempat di Malaysia mengalami masalah yang sama iaitu kebanjiran warga asing sehingga memberi ruang untuk mereka membuka kedai runcit dan sebagainya. Selain daripada tindakan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang memantau dari sudut pelesenan, saya ingin tahu apakah tindakan oleh kementerian untuk menyelesaikan masalah ini? Mohon kementerian mengambil tindakan yang tegas untuk menyelesaikan masalah yang telah berlarutan lamanya.

Baru-baru ini kecoh dengan kehadiran dua kapal tentera dari China di Pulau Pinang yang difahamkan oleh Menteri Pendidikan, merupakan penuntut dan pensyarah sedangkan dalam kenyataan Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan bahawa yang datang adalah 1,000 pelatih tentera. Sejujurnya, siapakah mereka ini? Agak mustahil yang datang hanya sekadar penuntut dan pensyarah, tetapi datang dengan menaiki kapal perang. Mohon kementerian berikan penjelasan dan pendirian yang tegas dalam perkara ini kerana untuk masuk ke negara Malaysia, sepatutnya perlu jelas tujuan dan matlamat apatah lagi dengan jumlah kedatangan yang cukup ramai hadir ke salah sebuah sekolah di Pulau Pinang.

Perkara yang keempat Dato’ Yang di-Pertua, kos sara hidup. Dalam pembentangan Belanjawan 2025, baru lagi, kerajaan telah mengumumkan mengenai kenaikan gaji minimum kepada RM1,700. Saya tidak bermaksud menolak, saya bersetuju, tetapi dengar dulu. Mohon Kementerian Ekonomi dapat mengambil perhatian perkara yang ingin saya suarakan. Kita tidak menafikan peningkatan pendapatan yang diberikan dapat membantu meningkatkan taraf hidup rakyat. Namun dalam masa yang sama, kementerian perlu melihat juga yang dipanggil kenaikan gaji ketimbang — pinjam guna bahasa PMX kita. Ketimbang inflasi atau lebih dikenali wage push inflation dengan izin, yang merujuk kepada fenomena di mana kenaikan gaji pekerja mendorong kenaikan kos pengeluaran dan seterusnya meningkatkan harga barang. Kesan negatif yang boleh berlaku susulan daripada kenaikan gaji ini perlu diambil serius dan ditangani lebih awal.

Dato’ Yang di-Pertua, sebagai contoh, boleh menjejaskan sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana khususnya sektor seperti peruncitan, perkhidmatan makanan dan

draft • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

sebagainya yang berkemungkinan menghadapi kesukaran untuk menampung kenaikan gaji dan akhirnya, mereka terpaksa mengurangkan bilangan pekerja atau meningkatkan harga barangan. Saya nak maklumkan saya juga adalah mantan atau bekas factory manager yang saya tahu masalah apabila berlaku kenaikan seperti ini.

Secara tidak langsung menyebabkan inflasi berlaku untuk menampung kos buruh yang tinggi, perniagaan mungkin terpaksa menaikkan harga barangan dan perkhidmatan.

Bahkan, kos sara hidup akan menjadi lebih tinggi. Kenaikan gaji tidak akan memberikan kesan positif sekiranya harga barangan tidak dapat dikawal dengan sebaiknya. Mohon kementerian menjelaskan pelan tindakan yang telah dirancang bagi mengatasi masalah- masalah yang mungkin berlaku seperti harga barang meningkat, risiko peningkatan pengangguran dan sebagainya selepas kenaikan gaji ini dilaksanakan.

Seterusnya, saya ingin menyentuh berkaitan subsidi. Antara langkah yang sepatut diambil oleh kerajaan bagi mengawal inflasi dan memastikan kenaikan gaji tidak memberikan kesan negatif yang besar kepada kos sara hidup adalah dengan pemberian subsidi. Namun, berbeza dengan apa yang kerajaan sedang lakukan. Baru-baru ini adanya cadangan untuk menamatkan subsidi telur. Mohon kementerian menjelaskan adakah ianya akan dilaksanakan? Saya mohon kementerian kaji terlebih dahulu agar ianya tidak akan memberikan kesan kepada rakyat dengan kemungkinan harga yang akan naik sekiranya subsidi telur ini tidak diberikan.

Selain itu, beberapa subsidi akan dikurangkan bagi golongan T15, antaranya subsidi petrol RON95. Ramai rakyat yang tertanya-tanya di luar sana dan kami semua pun tertanya- tanya, siapakah golongan T15 ini? Jadi, kita mohon kementerian segera perincikan golongan berpendapatan berapakah yang sebenarnya dikategorikan sebagai T15. Bercakap tentang subsidi, sudah tentu kita kena kaitkan dengan sistem PADU. Sejauh manakah setakat ini keberkesanan PADU dalam menyalurkan bantuan bersasar dan memastikan pengurusan subsidi yang lebih cekap dan berkesan? Dalam masa yang sama, apakah tindakan kementerian bagi memastikan data yang ada adalah data yang tepat dan sentiasa dikemas kini bagi memastikan individu yang benar-benar layak menerima bantuan yang diberikan?

Dato’ Yang di-Pertua, perkara yang kelima, isu yang kerap kali saya bangkitkan dalam Parlimen iaitu melibatkan di tempat saya sendiri iaitu Kementerian Kerja Raya iaitu isu jalan. Yang pertama, mohon untuk meluluskan dengan kadar segera permohonan nak menaik taraf jalan persekutuan FT001, KL–Tanjung Malim. Yang kedua, mohon menaik taraf dan menurap semula jalan persekutuan FT3208, Bukit Beruntung khusus dari gudang Lotus’s sehingga persimpangan masuk ke Sungai Choh. Yang ketiga, mohon untuk diluluskan permohonan menaik taraf sebahagian jalan persekutuan FT228, Bukit Tagar. Yang keempat, meluluskan juga peruntukan untuk projek menaik taraf jambatan Sungai Kelaci, Sungai Choh, Serendah FT001/425/50 yang telah dipohon pada Disember 2023. Mohon kementerian mengambil perhatian akan perkara ini. Saya mengambil kesempatan juga di sini mengucapkan jutaan terima kasih kepada kementerian atas kelulusan sebahagian bajet yang

draft • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

telah dipohon oleh JKR Daerah Hulu Selangor dan kerja-kerja turapan jalan yang telah dilaksanakan.

Perkara yang keenam — saya mohon izin, sikit tambahan sikit masa. Hari pemanduan berhemah, saya ingin mengesyorkan kepada Kementerian Pengangkutan untuk diwujudkan satu hari yang dipanggil sebagai “Hari Pemanduan Berhemah”. Ini berdasarkan kes kemalangan yang tiada kesudahan. Statistik menunjukkan kes kemalangan yang direkodkan mencecah 598,635 kes dan sebanyak 5,984 kes kemalangan maut pada tahun lepas di Malaysia. Kempen kesedaran memang telah lama sedia ada. Banyak syarikat telah pun menganjurkan kempen pemanduan berhemah ini. Cuma saya berpandangan sekiranya Malaysia boleh menetapkan satu hari pemanduan berhemah sebagai kempen di seluruh Malaysia yang sudah pastinya melibatkan agensi-agensi kerajaan dan swasta termasuklah di IPTA dan juga IPTS.

Saya mengharapkan agar apa yang saya cadangkan ini diambil perhatian oleh kementerian dan harapan saya, kementerian boleh memikirkan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan sepanjang hari pemanduan berhemah tersebut yang diadakan. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 7:20 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Terengganu. Kita persilakan...

draft • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Hulu Selangor Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 7:20 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ha, Hulu Selangor.

[Ketawa]

draft • 7:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 13(1) Kuorum. Saya dalam saat Yang Berhormat sebagai Pengerusi Backbencher pengerusian sepatut dihadiri oleh ramai di kalangan backbencher. Jadi, Menteri pun ada seorang, Kota Raja. Sepatutnya dia jadi Perdana Menteri. Ada Timbalan Menteri tiga orang. Sepatutnya ini semua layak jadi Menteri di saat perbahasan begini penting tidak dihadiri oleh kuorum yang mencukupi, Yang di-Pertua. Terima kasih.

draft • 7:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah masa waktu maghrib. Ada ramai juga yang sedang solat di surau dan saya percaya-

draft • 7:30 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Saya sudah tengok di surau tak ada pun. Saya pergi surau tadi. Saya sudah sampai surau tadi tak ada yang disebut oleh Yang Berhormat kecuali Yang Berhormat pergi surau.

draft • 7:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ada ramai di surau. Ya, ada ramai di surau lagi, Yang Berhormat. So, tolonglah semak dahulu. Ini waktu maghrib. Tolong hormati keperluan Yang Berhormat-Yang Berhormat untuk pergi solat waktu sembahyanglah.

draft • 7:30 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Saya hormat, sebab itu saya hormat Dewan, saya bangkitkan. Biar Speaker buat ruling. Tidak payah Jelutong buat ruling.

draft • 7:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tak apalah. Parti PAS lah.

Tolonglah. Hormatilah hak mereka untuk pergi solat.

draft • 7:30 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tidak ada kaitan dengan PAS. Ini hak Ahli Parlimen untuk berbahas mengikut peraturan mesyuarat.

draft • 7:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Waktu maghrib. Ini waktu maghrib.

draft • 7:30 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Lawyer macam mana ini tidak reti peraturan mesyuarat.

draft • 7:30 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Maghrib masuk pukul 7, Tuan. Jangan mudah sangat Yang Berhormat Jelutong.

draft • 7:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Masih ada lagi yang sedang sembahyang.

draft • 7:30 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Memanglah. Saya pun hendak sembahyang juga ini.

draft • 7:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Setiausaha. Sila kira.

draft • 7:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Tuan Speaker, Pasir Gudang.

Kalau tidak cukup kuorum, bunyikanlah loceng.

draft • 7:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ya. Tidak apa. SUDR dah kira Yang Berhormat Pasir Gudang. Okey, ada 17 dalam Dewan. Setiausaha, saya perintahkan bunyi loceng dua minit.

[Loceng dibunyikan] [Ahli-ahli dikira – 19 Ahli hadir]

draft • 7:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ahli-ahli Dewan, Yang Berhormat, kita ada 19 dan kita ada lagi satu orang pembahas. Dengan ini, mesyuarat hari ini ditangguhkan sehingga 10 pagi hari Selasa, 22 Oktober 2024.

draft • 7:30 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.35 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026