Oct182024

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 4:00 PM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2025 Bacaan Kali Yang Kedua Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Yang

Amat Berhormat Menteri Kewangan, dipersilakan.

draft • 4:00 PM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.

[Tepuk] Yang di- Pertua, izinkan saya sebelum membentang Belanjawan MADANI ini untuk mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang memberi sokongan padu pada ‘Rang Undang- undang Kewarganegaraan’ semalam.

[Tepuk] Bagi saya, petanda meningkatnya muafakat dan juga pengiktirafan kepada hak wanita, pengiktirafan juga kepada hak kanak-kanak.

[Tepuk] Mudah-mudahan semangat ini terus dalam menyokong belanjawan ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya rang undang- undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2025 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibaca bagi kali kedua sekarang.

draft • 4:05 PM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan pembentangan Belanjawan MADANI Ketiga dengan mengungkap kalimah suci firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 22.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] . “Dia menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai binaan dan menurunkan air dari langit, lalu dengannya dikeluarkan beraneka buah-buahan sebagai rezeki buatmu. Maka, janganlah kamu menjadikan sesuatu sebagai sekutu bagi Allah, sedangkan kamu mengetahuinya”.

Imam Al-Badawi dalam tafsirnya menegaskan, kekuasaan Allah SWT mengatur alam dengan penuh keteraturan. Sunnatullah, alam harus digarap tatkala kitaran hujan dari langit menjadi prasyarat penting yang menyuburkan tanaman dan memberikan banyak manfaat kepada manusia. Tanpa ketinggian ilmu, hikmah dan usaha terancang, kita tidak akan mampu meraih manfaat dari bumi bertuah ini.

Disulami perintah syukur dan rezeki Allah kurniakan, al-Quran menegaskan betapa pentingnya mewujudkan ekosistem yang mantap dan lestari serta urus tadbir yang cekap bagi menguruskan kekayaan sumber alam secara adil dan saksama. Ini menurut filasuf Aristotle, “The virtue of wealth is not to have it, but to use it rightly”. Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan MADANI Ketiga 2025 tercerna dari usaha gigih para perencana setelah mengambil kira tentangan serta ketidaktentuan global yang semakin mengganas. Belanjawan yang bakal terhampar ini pastinya akan mencakup serta mencerminkan cita murni rakyat yang mendambakan sebuah tatanan yang berketerampilan mampan dan inklusif.

Dalam rangka prakarsa ekonomi, pertimbangan asasi terpasak pada keperluan mengadakan reformasi untuk menjamin pertumbuhan. Pertimbangan dunia sekarang membicarakan pertemuan yang rancak tetapi tidak terlepas dari usaha merungkai permasalahan kesenjangan yang membengkak dan kemiskinan yang melebar. Justeru itu, kerangka pokok adalah untuk memacu pertumbuhan yang segar, mengambil kira perkembangan dan cabang pembelajaran yang baru serta tuntutan zaman tetapi tidak terlepas dari tonggak utama iaitu menjamin keselesaan rakyat melalui pendidikan dan kesihatan.

draft • 4:05 PM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Itulah juga yang menjadi sebahagian besar dari kerangka Ekonomi MADANI:

Memperkasa Rakyat yang telah kita luncurkan dan bertekad serta beriltizam untuk meneruskan agenda reformasi.

Merangka kebijaksanaan dan kebijakan ekonomi, termasuk belanjawan, sering kali tertumpu kepada pandangan para elit, pengurus ekonomi, cerdik pandai dan dialog dengan pengusaha industri dan perwakilan serta peniaga kecil. Namun,

draft • 4:10 PM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

tidak dimungkiri kenyataan bahawa banyak pelajaran yang saya perolehi dari kunjungan ke akar umbi.

Kunjungan menemui rakyat di akar umbi mengesankan, malah membantu kita memahami masalah rakyat dan merangka belanjawan pada tahun ini. Kita menyaksikan sendiri permasalahan rakyat akibat hakisan banjir, pendidikan, kesihatan, dampak sosial. Permasalahan ini ketara. Jika ditelusuri, adalah microcosm permasalahan yang lebih luas.

Walhasil, selain dari prakarsa ekonomi makro yang diolah oleh belanjawan, persoalan kritis ialah bagaimana dasar yang mantap, kerangka yang canggih akan menjamin manfaat langsung kepada rakyat.

Saya ke FELDA Lahad Datu, Sabah dua bulan lalu memantau daerah yang pernah terancam dengan pencerobohan pengganas di Tanduo. Segar kembali kisah insiden tersebut ― pengorbanan perajurit, dukungan dan kesabaran rakyat. Dan perajurit yang terkorban itu ada yang dari Semenanjung, dan yang di Semenanjung pernah terkorban ada di Sabah dan Sarawak. Saya hadapi permasalahan yang berbangkit di Tambisan kerana tuntutan hak tanah adat. Saya lihat keperluan menambah kemudahan sekolah kebangsaan di sana.

Saya juga berkunjung ke Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan, melihat sendiri keadaan pasar yang daif dan uzur dan beberapa masalah asas seperti bumbung, tandas, bekalan elektrik dan air yang terus menghimpit warga dan peniaga selain daripada ancaman masalah banjir.

Namun, semangat mereka luar biasa kuat, cekal. Inilah satu-satu peniaga di pasar yang puluhan yang saya lawati, yang menyatakan bahawa mereka rasa selesa bekerja dan mohon tentunya, kalau ada bantuan, tetapi rasa lebih selesa kerana harga barangan yang mereka beli dari Thailand itu jauh lebih murah. Ini satu-satunya pasar yang beritahu saya, mereka berpuas hati kerana barang yang mereka perolehi murah dan dijual dengan harga yang lebih murah ketimbang kota-kota lain. Sebab itu, saya segera mengumumkan peruntukan RM5.5 juta...

[Tepuk] bagi menambah baik pasar ikonik tersebut dan mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri.

Lawatan saya ke Kapit, Sarawak ― Alex... [Merujuk kepada Yang Berhormat Kapit] Meninjau kemajuan beberapa projek pembangunan termasuk IPD Kapit dan jalan yang telah kita luluskan dan telah mula dikerjakan. Kapit merupakan daerah yang terpencil dan miskin. Namun, saya terharu saat disapa oleh seorang ibu dari desa berlari berhampiran. Hadir hanya untuk menghadiahkan sehelai vest yang dibuat sendiri dari manik dan ditenun sendiri.

[Tepuk] Ketua masyarakat Iban menyerahkan pakaian tradisional yang segak dan sungguh mengesankan bagi saya

draft • 4:10 PM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

dan mengagumkan Azizah. Ternyata semangat Segulai Sejalai begitu mengakar...

[Tepuk] dan menjalar hingga ke akar umbi.

Di akhir acara, saya berkunjung ke Rumah Panjang Robert, Nanga Sebatu untuk ketemu pemimpin, tuai rumah selain masyarakat setempat. Dan ditambah lagi kerana saya lihat sendiri hakisan sungai yang dibuat permohonan berapa lama tetapi mereka rasa terdesak kerana hakisan itu menghampiri rumah panjang mereka.

Maka, saya luluskan segera RM2 juta untuk kerja-kerja menangani masalah hakisan tersebut.

Jadi, musibah banjir lazimnya turut memusnahkan tanaman. Malah, yang paling terkesan dalam semua hadapi masalah banjir ialah golongan miskin kerana mereka selalu duduk, tinggal di pinggir sungai. Maka, tatkala saya ke Alor Setar, berunding dengan badan-badan agensi Kerajaan Persekutuan dan jabatan dan kerajaan negeri, saya setuju untuk meluluskan RM13 juta untuk perbaiki infrastruktur, kemudahan sekolah dan bantuan kepada rakyat dan pesawah yang terkesan.

[Tepuk] Jadi, yang hendak saya sampaikan, Yang di-Pertua, adalah memaknai Ekonomi MADANI adalah meneruskan dasar-dasar yang diluncurkan, tetapi khusus maksud menyusul sebagai ikhtiar mengemudi Malaysia ke landasan tepat dan gagah.

Tidak mungkin kita dapat hulurkan bantuan begitu banyak kalau tidak dapat kita pacu pertumbuhan dengan lebih segar lagi. Tetapi, tidak boleh melepaskan tanggungjawab kita melihat permasalahan kemiskinan dan kesenjangan.

Dan ini, umpamanya, Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, pemenang hadiah Nobel terbaru bagi ekonomi, Daron Acemoglu, Simon Johnson dan James Robinson itu telah menekankan keperluan ekonomi negara, melihat kepada permasalahan pokok termasuk apa yang pernah dilontar oleh Thomas Piketty satu abad yang lalu mengenai kesenjangan yang membengkak. Mereka mengusulkan reformasi sistem ekonomi agar membasmi kemiskinan dan mengurangkan kesenjangan.

Dan ini bukan perkara baru. Sebab itu kita perlu kesepakatan semua pihak untuk terima kenyataan. Dari negarawan Rom sendiri, Marcus Tullius Cicero menyatakan, “Prosperity demands of us more prudence and moderation than adversity”. Jadi, menyemangati maksud tersebut, kita mesti berhemah dalam soal perbelanjaan dan memahami keperluan pengurusan dan lebih bertanggungjawab.

Yang di-Pertua, Malaysia berada di persimpangan. Ekonomi dunia berdepan dengan cabaran yang terus mengasak tanpa henti. Tapi, dasar dan kebijakan yang

draft • 4:10 PM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

telah kita gerakkan dapat menarik pelaburan besar dan strategik dan menjamin kemakmuran jangka panjang.

Saat mengambil alih tampuk pemerintahan negara, Kerajaan MADANI menetapkan satu hala tuju yang jelas bahawa ketelanjuran tidak boleh diteruskan dan dipertahankan. Prinsip tata kelola yang baik (good governance) mesti terus mengakar dan disemarakkan.

Maka, ini yang dibentang dan dihamparkan hari ini, bukan hanya belanjawan Kementerian Kewangan atau kerajaan semata tetapi adalah belanjawan rakyat dan negara Malaysia. Justeru, saya ingin merangkul seluruh kekuatan rakyat. Negara harus dikenali dengan contoh tata kelola yang baik, dengan nilai dan tidak mengguna kuasa untuk menjaga lingkungan.

Maka dengan penuh tawaduk, saya bentangkan ini agar dihadam maksud dan manfaatnya buat rakyat dan negara.

Meskipun ekonomi dunia serba galau dek hiruk pikuk geopolitik tidak berkesudahan, kedudukan ekonomi negara kalis tantangan dan terus mengukuh.

Pertumbuhan ekonomi suku kedua 2024 mencapai 5.9 peratus, ketimbang 4.2 peratus suku pertama.

[Tepuk] Pengangguran setakat Ogos 2024 menurun kepada 3.2 peratus, kadar terendah sejak Januari 2020. Inflasi Ogos 2024 turun 1.9 peratus setelah tiga bulan berturut-turut berada pada paras dua peratus.

Namun, Yang di-Pertua, kita tidak berganjak dalam usaha meredakan kenaikan kos sara hidup yang membebankan rakyat. Bagi separuh pertama 2024, kita berjaya meraih pelaburan yang diluluskan RM160 bilion. Melonjak ketimbang RM135.6 bilion pada period sebelumnya. Saya ucap tahniah kepada semua rakan- rakan Jemaah Menteri dan pegawai-pegawai dalam dan di luar negara yang bekerja bertungkus-lumus membantu mengangkat martabat ekonomi negara.

Kita berjaya mengukuhkan ringgit kepada 14.4 peratus, ketimbang Dolar Amerika dalam suku ketiga 2024.

draft • 4:10 PM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Pencapaian terbaik sejak tahun 1973.

[Tepuk] Nilai pasaran ekuiti domestik mencecah angka tertinggi melepasi RM2 trilion selain Indeks Bursa FBM KLCI kembali melepasi 1,600 mata. Taraf kredit berdaulat berjaya dikekalkan. Prestasi ekonomi mengatasi jangkaan dan unjuran, sama ada dari segi pertumbuhan, pelaburan dan nilai ringgit, menggambarkan keyakinan pelabur dan kejayaan awal daripada langkah pembaharuan Ekonomi MADANI.

Dengan itu, KDNK 2024 diunjur lebih kukuh antara 4.8 hingga 5.3 peratus, ketimbang 4 ke 5 peratus sebelumnya. Tahun depan, kita yakin ekonomi berkembang

draft • 4:20 PM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

insya-Allah kukuh antara 4.5 hingga 5.5 peratus.

[Tepuk] Didukung langkah strategi Belanjawan MADANI Ketiga 2025. Tidak dimungkiri kenyataan bahawa kejayaan ini selain dari perkembangan serantau dan dasar fiskal.

Namun, kita tidak boleh khayal dengan kejayaan-kejayaan ini, seandainya menyimpang daripada komitmen atau iltizam kepada agenda perubahan dan reformasi. Budaya selesa, culture of complacency, mudah terbuai dengan pujian mesti dihentikan.

Belanjawan MADANI Ketiga justeru itu akan mengimbang perihal menelurusi Ekonomi MADANI, perihal mengislah lebih tegas, perihal menghapus kerenah birokrasi, perihal menaikkan gaji dan pendapatan dan perihal menangani kos sara hidup. Walhasil, segala ikhtiar yang dibentang hari ini adalah untuk menyusul setiap penanda aras Ekonomi MADANI dengan tiga tumpuan iaitu membugar ekonomi, menjana perubahan dan mensejahtera rakyat.

Bagi menjamin perubahan, tekad reformasi yang dianjurkan mesti terpasak kemas dengan keyakinan bahawa ia mesti diperhebat dengan mencakup langkah- langkah pembaharuan fiskal yang lebih segar dan agresif, memungkinkan rombakan institusi, meningkat tahap keupayaan dan ketangkasan serta mutu perkhidmatan kepada rakyat.

Justeru itu, Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) telah menetapkan penanda aras yang jelas terkait pengurusan hutang dan defisit fiskal.

Hutang akan terus meningkat selagi tidak dikurangkan defisit. Maka Langkah- langkah tegas dan berperingkat telah diambil oleh kerajaan bagi mengurangkan kadar defisit secara konsisten daripada 5.5 peratus, 2022 kepada 5 peratus 2023, seterusnya anggaran 4.3 peratus 2024 dan unjuran 3.8 peratus 2025.

[Tepuk] Atau dengan erti kata lain, yang banyak mengelirukan tentang jumlah hutang, hutang terkumpul, hutang lama, hutang baru, itu yang kita kurangkan.

Saya telah janjikan kita tidak akan menambah hutang. So, dengar baik-baik yang saya sebut ialah tahun 2022, kerajaan berhutang RM100 bilion. 2023 kita kurangkan ke RM90 bilion. Tahun 2024 dianggar dikurangkan kepada RM85 bilion dan unjuran untuk tahun depan 2025 dari RM100 bilion, kita kurangkan ke RM80 bilion.

[Tepuk] Jadi, maknanya pengurangan hutang yang jelas dan bertanggungjawab. Dan ini bermakna apabila dapat dikurangkan kadar defisit dan pinjaman baru secara berperingkat setiap tahun membolehkan kita mencapai jangka sederhana FRA iaitu defisit fiskal pada 3 peratus dan paras hutang di bawah 60 peratus KDNK.

draft • 4:20 PM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Pada tahun ini, kutipan hasil diunjur semula. Lebih tinggi daripada unjuran awal kepada RM322 bilion ketimbang RM308 bilion. Kerajaan juga menjangkakan, kutipan hasil tahun 2025 terus meninggi kepada RM340 bilion. Maka kita bersyukur dan terima kasih kepada kastam dan LHDN tapi kita bersyukur peningkatan hasil yang nyata. Kendatipun begitu, asas hasil masih rendah. Malaysia mengenakan sistem percukaian, pengutipan hasil antara terendah di Asia sementara perbelanjaan subsidi memuncak ke paras tertinggi di rantau Asia.

Kita harus menangani kemelut ini, asas cukai perlu diperluas. Cukai yang dipungut masih terendah. Saya sebut tadi, yakni 12.6 peratus kepada KDNK pada 2023 ketimbang Thailand 16.1 peratus, Filipina 14.1 peratus dan Singapura 13.7 peratus. Kita menanggung subsidi, insentif dan bantuan kepada rakyat mencecah RM80 bilion tahun lalu. Subsidi dan bantuan kepada rakyat mencecah RM80 bilion.

Ia tidak jadi masalah. Masalahnya ialah bila dinikmati oleh golongan maha kaya dan warga asing. Jadi RM80 bilion itu, sebahagiannya dimanfaat oleh maha kaya dan warga asing dan ini harus diluruskan.

Arakian, reformasi fiskal tahun depan akan lebih agresif mencakup peluasan hasil cukai secara progresif dan penyesaran subsidi kepada majoriti rakyat yang memerlukan. Penambahbaikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan. Maka bagi maksud menambah hasil dan meluaskan asas percukaian, maka Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan lebih progresif tetapi tidak membebankan rakyat awam.

Cukai Jualan tidak akan dikenakan ke atas barangan makanan asas yang digunakan oleh rakyat. Cukai Jualan akan dikenakan ke atas barangan bukan keperluan asas seperti barang premium yang diimport, ikan salmon, avocado yang ramai Ahli Yang Berhormat belah sini dan belah sana makan dan ini harganya akan lebih tinggi apabila kita laksanakan.

Skop Cukai Perkhidmatan akan diperluas meliputi perkhidmatan komersial antara perniagaan seperti perkhidmatan kewangan berasaskan fi. Bagi memastikan kelangsungan perniagaan, kerajaan akan melaksanakan sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan dan industri berkaitan sebelum memuktamadkan skop peluasan dan kadar cukai yang dikenakan. Peluasan skop SST secara progresif akan dilaksanakan berkuat kuasa 1 Mei 2025. Sebahagian hasil akan dimanfaatkan untuk menambah baik bantuan tunai kepada rakyat terbanyak selain meningkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan dan kesihatan.

Kerajaan juga bercadang meluaskan asas cukai secara progresif dengan memperkenalkan cukai dividen kepada 2 peratus ke atas pendapatan dividen

draft • 4:20 PM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

melebihi RM100 ribu yang diterima oleh pemegang saham individu bermula tahun taksiran 2025. Ini kalau diambil perkiraan, dikirakan seseorang memperolehi dalam saham RM2 juta dan kalau ada RM2 juta, bayarlah cukai sedikit supaya dialihkan, diagihkan kepada rakyat.

Ikhtiar ini dilaksanakan supaya cukai pendapatan dikutip tidak hanya bergantung kepada sumbangan penerima gaji, tetapi turut merangkumi sumbangan pemilik syarikat serta individu dengan milikan harta saham jutaan ringgit.

Pengecualian pendapatan dividen ini akan diberikan kepada simpanan kerajaan seperti KWSP, Amanah Saham di bawah PNB, pendapatan dividen daripada luar negara, itu akan dikecualikan.

Subsidi dari segi prinsip sepertimana juga sedekah, tidak wajar diambil manfaat oleh golongan maha kaya dan telah saya tekankan di Dewan yang mulia ini.

Selama ini, kita membelanjakan subsidi secara pukal untuk bahan api, elektrik, air, perkhidmatan pendidikan dan kesihatan hatta barangan asas seperti ayam. Pastinya pendekatan sedemikian tidak munasabah tatkala negara terhimpit dengan bebanan hutang dan asas hasil yang rendah.

draft • 4:20 PM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Seperti yang diungkapkan dengan bijaksana oleh Confucius dalam The Analects.

[Bercakap dalam bahasa Mandarin] ..Jika berlaku kesilapan dan tidak dibetulkan, maka itulah kesilapan yang sebenar. Sebab itu kita berusaha membetulkan. You make a mistake and do not correct it, this is a true mistake dan kesilapan fatal inilah menurut Confucius yang telah menjerumuskan kita ke perangkap putaran ganas.

[Berucap dalam bahasa Mandarin] [Tepuk] Yang Cina faham, iaitu mengulangi kegagalan yang sama berulang kali. Justeru kerajaan perlu akur dan mengambil pendekatan menyasarkan subsidi. Jadi hendak memperkenalkan penyesaran subsidi kita ambil dari Quran, daripada Confucius daripada Thirukkural, barulah aman sedikit.

Langkah ini akan membawa penjimatan, bermakna yang boleh dibelanjakan untuk kepentingan lain. Umpamanya, bila kita laksanakan penyesaran subsidi elektrik, tarif air, harga ayam, subsidi diesel, itu kini diterima lebih baik. Tetapi subsidi tarif air tidak menjadi masalah kerana semua negeri bersetuju dan semua negeri laksanakan. Maka tidak harus diambil, ditimbul sebarang kemusykilan dalam pendekatan ini kerana kerajaan akan pertahankan kepentingan rakyat terbanyak.

Setiap penyesaran subsidi, adalah untuk membetulkan ketempangan amalan subsidi pukal yang memberi manfaat kepada kelompok elit maha kaya dan warga asing.

draft • 4:30 PM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Maka petrol RON95, kenyataan yang tidak dapat disangkal adalah bahawa, warga asing dan 15 peratus teratas pengguna maha kaya, menikmati 40 peratus subsidi petrol RON95 bernilai RM8 bilion. RM8 bilion itu, subsidi kerajaan dari orang yang mengutip cukai kepada golongan maha kaya dan warga asing. Maka lebih baiklah RM8 bilion ini dimanfaatkan untuk kemudahan pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam termasuk Orang Asli.

Sehingga kini, harga RON95 Malaysia ialah RM2.05 ketimbang negara tetangga Thailand RM5.85, Indonesia RM3.38, Singapura RM9.02 dan Arab Saudi RM2.66. Harga yang rendah menyebabkan kerajaan menanggung jumlah subsidi RON95 tahun 2023 mencecah RM20 bilion.

Namun, kerajaan komited untuk mengekalkan subsidi. Kerajaan akan mengekalkan subsidi untuk majoriti rakyat, seperti penyesaran subsidi elektrik.

Maknanya, 85 peratus rakyat tidak terkesan dengan penyesaran subsidi RON95.

Bagi mengelakkan kekeliruan, saya tegaskan sekali lagi bahawa tanggungan subsidi masih diteruskan bagi 85 peratus rakyat.

[Tepuk] Kerajaan akan hanya – oleh itu untuk 85 peratus kerajaan terpaksa menanggung subsidi dianggar berjumlah RM12 bilion untuk keperluan 85 peratus.

Jadi, RM8 bilion yang boleh diselamatkan itu, adalah dari golongan maha kaya dan warga asing. Saya harap di Dewan ini tidak ada yang mewakili maha kaya dan warga asing.

[Tepuk] Kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyesaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025. Penjimatan – saya tegaskan, penjimatan ini akan menjamin faedah di bidang pendidikan, kesihatan dan kebajikan rakyat.

Matlamat asal penubuhan sekolah berasrama penuh (SBP) adalah untuk membantu murid cemerlang dan juga dari keluarga susah, termasuk dari pedalaman dan miskin bandar. Subsidi bagi seorang murid sekolah berasrama penuh mencecah RM15,000 setahun. Namun, berdasarkan angka terkini, 30 peratus murid dari keluarga berpendapatan tinggi mendapat manfaat.

Begitu juga di peringkat pendidikan tinggi, purata yuran pengajian setahun yang dibayar oleh penuntut Sarjana Muda Farmasi ialah RM3,000 ringgit padahal kos sebenarnya RM30,000. Subsidi ini diberikan kepada semua tanpa mengira pendapatan keluarga. Jadi, kita bercadang untuk kenakan sedikit kenaikan yuran.

Tidak kepada 85 peratus, tidak kepada B40, tidak kepada M40, tidak T5 yang di atas, cuma T15 yang teratas sahaja yang akan dikenakan kenaikan yuran.

Maknanya di sekolah berasrama penuh atau sekolah menengah sains, sekolah – dan universiti-universiti awam, kita kenakan sedikit kenaikan untuk SBP dan IPTA bagi golongan yang masuk kategori 15 peratus. Dan daripada dana itu

draft • 4:30 PM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

boleh digunakan untuk membantu rakyat atau pelajar dan mahasiswa dalam kategori M40 dan B40.

Penyesaran subsidi ini juga akan dikenakan di hospital-hospital kesihatan awam kerana sekarang ini mereka dilayan sama. Masuk hospital bayar RM1 walaupun pendapatan dia RM100,000 sebulan atau pendapatan mencecah jutaan ringgit. Jadi sepatutnya mereka dikenakan sedikit tambahan perkhidmatan wang – dana perkhidmatan supaya dapat ditambah tabung pemerintah – Kementerian Kesihatan dan diagihkan kepada pesakit-pesakit miskin.

Sejak 2022 hingga September 2024, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan Jabatan Kastam menumpaskan sindiket penyeludupan hasil yang mencecah hampir RM2 bilion yang telah diselamatkan.

KPDN dan JKDM oleh itu disediakan RM60 juta untuk terus meningkat usaha membanteras ketirisan dan penyeludupan.

Setakat September 2024, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berjaya memecahkan tembok penguasaan kartel dan penipuan bida melibatkan jumlah penalti dikenakan hampir RM600 juta melibatkan lebih 350 syarikat. Oleh itu MyCC akan disediakan RM27 juta untuk terus memerangi tembok penguasaan kartel dalam sistem ekonomi negara kita.

Kerajaan turut mengekalkan belanjawan mengembang meskipun bertekad mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat. Anggaran Belanjawan 2025 adalah tertinggi yang pernah diumumkan. Sebanyak RM421 bilion iaitu RM335 bilion belanja mengurus, RM86 bilion belanja pembangunan, ini tidak termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka dan juga projek pembangunan awam swasta (PFI) bernilai RM9 bilion, termasuk GLIC syarikat-syarikat yang dimiliki oleh kerajaan menambah dari segi peruntukan pembangunan RM25 bilion. Maknanya, keseluruhan pelaburan awam untuk pembangunan tahun 2025 akan meningkat tinggi ke RM120 bilion dan tertinggi dalam sejarah mutakhir kita.

[Tepuk] Namun, kita tidak akan melaksanakan apa-apa projek mega. Pembangunan negara harus menumpukan kepada infrastruktur prasarana dan projek kepentingan rakyat dan menyokong kawasan perindustrian mengikut keutamaan negeri dan saya akan kepilkan dengan izin Yang di-Pertua, senarai mengikut negeri, setiap negeri tanpa kecuali diberikan tempat dan juga peruntukan supaya dapat meningkatkan pelaburan.

Kerajaan MADANI menunaikan kesepakatan pemimpin terdahulu, terkait Perjanjian Malaysia 1963. Maka tidak harus dipertikai sebab Sabah, Sarawak diberi perhatian khusus kerana pertama, jurang pembangunan antara negeri perlu

draft • 4:30 PM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

dirapatkan, khususnya melibatkan prasarana asas seperti jalan raya, elektrik dan air bersih.

Oleh itu, peruntukan pembangunan Sabah dan Sarawak terus diberi keutamaan dan adalah yang tertinggi antara negeri iaitu masing-masing RM6.7 bilion dan RM5.9 bilion.

draft • 4:30 PM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Pemberian khas Sarawak tidak pernah dikaji sejak 1969. Di bawah MADANI tahun ini kita telah menaikkan kepada RM300 juta ketimbang RM16 juta sebelumnya.

RM125.6 juta di Sabah. Maka mulai 2025, kita akan naikkan pemberian khas Sabah dan Sarawak sekali ganda kepada RM600 juta.

[Tepuk] Kerja Pan Borneo Sabah Fasa 1B, 17 pakej dikeluarkan, SST dengan nilai kontrak RM9.7 bilion. Ini meliputi jajaran Kota Belud ke Kudat, Tawau ke Kampung Lot M dan Telupid ke Ranau. Sementara, Pan Borneo Sarawak dijangka siap November 2024. Secara keseluruhan, Projek Pan Borneo Sarawak dan Sabah telah menelan belanja sebanyak RM25.1 bilion tanpa dikenakan tol.

Kerajaan telah memuktamadkan empat pakej kerja Sabah Sarawak Link- Road Fasa 2 bernilai RM7.4 bilion. Dua pakej sudah dianugerahkan, manakala baki pakej sebelum hujung tahun 2024. Kerajaan juga bersetuju melaksanakan Projek Pembesaran Lapangan Terbang Tawau dan Lapangan Terbang Miri dengan kos RM253 juta. Kerajaan Persekutuan dan Sarawak bekerjasama membangunkan Pusat Kanser Sarawak yang dianggarkan RM1 bilion dan saya berterima kasih dan memuji kesediaan Sarawak yang mendahulukan pembiayaan Hospital Kanser di Kuching.

[Tepuk] Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) menggariskan hala tujunya ampuh dalam memperkukuh hubungan strategik badan awam dan swasta. Tumpuan utama meningkatkan pelaburan swasta sebanyak RM78 bilion menjana 900,000 peluang pekerjaan menjelang 2030. Projek pembangunan akan dilaksanakan mengambil kira elemen ‘pengguna bayar’. Projek berkepentingan rakyat yang mengguna pakai pendekatan PPP termasuklah Hospital Sultanah Aminah 2, Johor; Lebuhraya Bertingkat Juru dan Sungai Dua; Lebuh Raya WISE dari Gopeng ke Kuala Kangsar; Projek Tanaman Padi Lima Musim Dua Tahun di kawasan MADA Kedah dan Perlis dan Utara Pulau Pinang. Menteri Pertanian, termasuk Utara Pulau Pinang. Manakala, Lebuh Raya WCE bagi jajaran Banting ke Gelang Patah diberi keutamaan dalam perancangan.

Sejak mengemudi negara, semua sedar dan tahu ketegasan saya dalam soal memerangi rasuah kerana rasuah adalah barah senyap yang menjatuhkan moral

draft • 4:40 PM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

rakyat, keyakinan pelabur. Tidak guna ditetapkan hala tuju ekonomi kalau tidak dapat dibanteras dengan berkesan. Oleh itu kalau membentuk menjamin masa depan negara, kita harus beri kekuatan tambahan kepada SPRM untuk meningkatkan ikhtiar mereka untuk memerangi rasuah.

SPRM menyiasat dan mengambil tindakan tegas bagi mengheret pesalah ke muka pengadilan. Angka menunjukkan peningkatan lebih 20 peratus penangkapan dan pembukaan kertas siasatan untuk tahun 2023 ketimbang tahun sebelumnya.

Bagi tahun hadapan, peruntukan SPRM ditingkatkan kepada RM360 juta ketimbang RM338 juta.

[Tepuk] Soal “Follow The Public Money Audit”. Akta Audit telah dipinda untuk memberi kuasa kepada Ketua Audit Negara menyemak, mengaudit dana awam termasuk syarikat yang menerima jaminan kerajaan. RM200 juta disediakan kepada Jabatan Audit Negara, meningkat ketimbang RM173 juta sebelumnya. Ini sesuai dengan peranan mereka. Pengauditan terhadap hampir 2,000 syarikat yang menerima peruntukan dan jaminan kerajaan.

Kita harus memelihara kebebasan Parlimen. Oleh itu untuk tahun 2025, peruntukan Parlimen ditambah dari RM166 juta ke RM180 juta.

[Tepuk] Sebahagiannya adalah untuk memperkasa Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Negara, Dewan Rakyat sebagai wadah semak dan imbang. RM20 juta disediakan untuk menyokong All-Party Parliamentary Group Malaysia Sustainable Development Goals yang merentasi kawasan Parlimen dan parti politik.

Untuk Bahagian Hal Ehwal Undang-undang dinaikkan kepada RM209 juta ketimbang RM194 juta, sesuai dengan komitmen reformasi perundangan dan institusi. 3,000 undang-undang lapuk perlu dikaji semula. Kerajaan akan membentuk Pasukan Reformasi Perundangan bagi menerajui mengemas kini undang-undang komersial seperti Akta Kontrak 1950 supaya seiring dengan peredaran zaman*.

[Tepuk]* Kerajaan akan membentang RUU Kredit Pengguna pada Mesyuarat akan datang. Sebuah Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna akan ditubuh bagi mengawal dan menyedia perkhidmatan kredit seperti syarikat pemfaktoran, bukan bank “Beli Sekarang Bayar Kemudian”.

Kemudian kita harus juga terima peranan besar institusi kehakiman sebagai badan bebas yang terus harus diperkasa. Lebih RM60 juta disediakan bagi badan kehakiman bagi menaik taraf prasarana kehakiman termasuk pembangunan sistem e-Kehakiman yang menyokong agenda digital.

draft • 4:40 PM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Entiti kerajaan dengan peranan hampir sama telah dipusatkan bagi memastikan mandat penubuhan ditunaikan dengan lebih efektif. Ini termasuk Perbadanan InvestKL dan MIDA disatukan. Razak School of Government dan INTAN juga disatukan. Perbadanan Pembangunan Halal dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) disatukan. MAVCOM dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia digabungkan. Ini dapat menjimatkan belanja dan menjamin suatu peranan yang lebih efisien dan membantu dari segi pengurusan yang teratur.

Terkait tata kelola Badan Berkanun Persekutuan (BBP). Garis Panduan Pengurusan dan Tatakelola BBP disediakan bagi tujuan penubuhan dan tidak tersasar daripada tujuan asal. Pejabat Penyelaras Rasionalisasi BBP ditubuhkan untuk menelusuri semula hala tuju BBP, keupayaan kewangan serta pertindihan peranan. Sekitar 544 entiti di bawah ekosistem BBP terlibat dan turut diperluas merangkumi Syarikat Berhad Menurut Jaminan (CLBG). Kita bertekad melaksanakan reformasi perkhidmatan awam, tata kelola yang baik. Rang Undang- undang Iltizam Kecekapan Pentadbiran Awam akan digubal meliputi tiga anjakan besar ─ mengurangkan birokrasi, mempercepatkan proses dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan.

Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) diterajui oleh KSN bertanggungjawab menyelaras isu-isu berkepentingan rakyat seperti sekolah dan klinik daif, kesesakan di hospital dan kaunter imigresen dan kelancaran urusan perniagaan. RM20 juta disediakan untuk STAR untuk bekerjasama dengan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) untuk melaksanakan Ikhtiar Reformasi Kerenah Birokrasi. Ini termasuk mengkaji peraturan yang boleh memendekkan proses kelulusan peniaga dan rakyat.

Kita mengakui dengan sistem baharu dan pengiktirafan kerajaan berikan dan perubahan positif sebahagian besar penjawat awam yang dedikasi dalam menjalankan tugas. Sebab itu kita hendak noktahkan permasalahan ini. Iltizam kita supaya tiada lagi keperluan beratur panjang di pejabat kerajaan, proses permohonan diselesaikan secara dalam talian dan tujuan rakyat ke pejabat kerajaan hanya untuk mengambil dokumen yang dilulus atau diperbaharui.

Walaupun kerajaan telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan membantu rakyat, ada kalanya ia merumitkan kerana yang terpaksa menunggu, memohon pelbagai kementerian dan agensi dan kriteria yang berbeza. Kerajaan bersetuju membentuk saluran berpusat di UTC bagi membantu rakyat memohon bantuan merentasi pelbagai agensi.

draft • 4:40 PM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Urusan kerajaan melibatkan perniagaan juga dinilai semula. Ini juga yang merumitkan. Mengapa perlu dibebankan syarikat dengan terpaksa mendaftar secara berasingan sekali dengan KWSP, kemudian dengan PERKESO, kemudian dengan HRD Corp, pada hal maklumat pekerja adalah sama? Sebaiknya, pendaftaran syarikat dapat disekalikan dan kita akan menelusuri hal tersebut.

Begitu juga perkhidmatan kaunter yang harus diperbaiki, yang telah dimulakan oleh JPJ yang menambah satu jam waktu operasi di kaunter. UTC di Seberang Perai, Pulau Pinang dan dibekalkan dengan sistem penggiliran supaya rakyat mendapat nombor giliran secara dalam talian. Tak perlu menunggu berjam- jam.

draft • 4:40 PM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Kemudian, Ikhtiar Kiosk Sentuhan MADANI dilaksanakan supaya dapat menjamin pelaksanaan kelulusan yang lebih pantas. Begitu juga Perkhidmatan Bergerak dengan peruntukan RM100 juta. Maknanya kemudahan itu terus ke desa dan kawasan pedalaman untuk memudahkan pendaftaran dan kerja oleh rakyat yang terkesan. Perkhidmatan Komuniti Bergerak ini lebih banyak di Sabah Sarawak ke Kampung Pangaraan, Sabah dan Pulau Bruit di Sarawak.

Kemudian klinik bergerak oleh Hospital Pengajar Universiti, rawatan saringan mamogram oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya dan yang menarik ialah Sejati MADANI bahawa setiap pedesaan miskin bandar, kampung pedalaman, rumah panjang diberi peruntukkan di antara RM50 ribu hingga RM100 ribu.

[Tepuk] Ini anjakan bagi memperkasa akar umbi. Biar mereka putuskan sendiri keperluan projek dan mengikut keutamaan mereka. Kita beri keyakinan dan peranan. Jabatan hanya memantau dan memberi galakan.

Sejati MADANI setakat ini telah membenih lebih 6,400 kegiatan ekonomi pedesaan. Saya tertarik bila ke Kampung Tebuk Haji Dollah, Selinsing, Perak. Dia membeli dari dana itu tiga dron. Saya, saya bilang kaget terkejut. Buat apa orang kampung ini beli dron. Rupanya kecekalan mereka, kepintaran mereka mengatasi kadang-kadang pandangan-pandangan pegawai-pegawai yang berpengalaman.

Mereka mengatakan kalau dengan dron, kita boleh membaja dan meracun 600 ekar sawah dan boleh memberi pinjaman sewaan kepada syarikat-syarikat berdekatan.

Jadi, menjimatkan masa dan memberi keuntungan.

Ada di Kampung Kuala Bibang, Semporna membangunkan teknologi pengeringan hasil laut yang memendekkan masa memproses kepada 3 jam ketimbang 3 hari secara tradisional. Hasil RM25,000 sebulan. Kampung Sayong Pinang, Kota Tinggi, Johor dari suku kaum Jakun melaksanakan program sewaan

draft • 4:50 PM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

bot untuk aktiviti memancing, berkayak dan ATV di perkampungan mereka. Jadi, pendapatan Orang Asli Sayong Pinang mencecah RM15,000 sebulan. Yang di- Pertua boleh pergi melawat projek tersebut.

Projek ikan keli sangkar Mukim Dusun, Kota Bharu, Kelantan. Oleh itu, tahun hadapan, ikhtiar Sejati MADANI bakal diperhebat dengan jalinan kerjasama yang lebih meluas. Lebih banyak pengurusan tertinggi jabatan akan dilibatkan untuk mengetuai ikhtiar Kampung Angkat MADANI. Universiti dan institusi TVET juga akan dilibatkan bagi memberi khidmat di peringkat komuniti.

Syarikat-syarikat mega diseru untuk terlibat sama menghulurkan bantuan kepada rakyat yang susah dan memerlukan. RM1 bilion disediakan untuk Ikhtiar Sejati MADANI. Ini termasuk RM600 juta untuk merancakkan ekonomi pedesaan di kampung, bandar dan kawasan Orang Asli. RM200 juta bagi memperluas Kampung Angkat MADANI di 200 kampung. RM100 juta untuk universiti awam TVET, kolej menyantuni rakyat, memperbaiki rumah dan memberikan khidmat. RM100 juta untuk memperkasa komuniti PPR seluruh negara.

Jadi, saya menerima baik tawaran syarikat sawit utama seperti KLK, IOI, SD Guthrie, TH Plantations, United Plantations baru-baru ini kerana mereka telah memutuskan untuk mengambil pekebun kecil sawit di sekitar estet-estet besar, menjamin benih terbaik, baja terbaik dan hasil akan dijual kepada mereka dengan harga yang lebih tinggi. Itu jaminan mereka dan kita akan pantau pelaksanaannya dan saya anggap ini satu ikhtiar yang sangat membanggakan dan kita ucap terima kasih kepada syarikat-syarikat kelapa sawit besar yang catat keuntungan tetapi menunjukkan keprihatinan kepada nasib pekebun-pekebun kecil di sekitarnya.

Acap kali berlaku juga walaupun kita tegas dan keras. Kadang-kadang ada juga keterlanjuran sama ada melibatkan jabatan, agensi dan syarikat kerajaan. Dana yang dibelanjakan itu adalah dana rakyat. Kita pegang amanah. Jadi, kerajaan harus- Sebab itu kerajaan baru-baru ini terpaksa membatalkan rombongan 68 pegawai ke satu pameran di Jerman, Berlin.

[Tepuk] Walau nilainya mungkin dianggap kecil, tetapi kita hendak berikan satu mesej bahawa reform ini, tata kelola dan pengurusan harus diambil kira sebagai suatu pendekatan yang serius dan kita tidak akan mudah bertolak ansur. Saya harap dengan kerjasama Jemaah Menteri, mana-mana syarikat atau agensi di bawah kerajaan bawah Menteri-menteri berkenaan harus mendapat laporan sepenuhnya terhadap apa-apa tindakan yang dianggap keterlanjuran sedemikian.

Tuan Yang di-Pertua, kita ada menghadapi ruang bangunan puluh tahun dan kosong sama ada oleh kerajaan, GLICs dan GLC. Kita sudah putuskan bahawa

draft • 4:50 PM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

semua bangunan-bangunan kosong ini dibangunkan dan disesuaikan. Apakah perlu untuk prasekolah, untuk taska, untuk pusat latihan kemahiran, untuk TVET dan jangan dibiarkan kosong. Jadi, dengan cara ini, kos boleh dikurangkan dan pembaziran akibat bangunan yang kekal kosong puluh tahun dan bertahun-tahun ini akan dapat diatasi.

Dalam transformasi digital, paksinya ialah MyDigital ID. Itu keputusan kita daripada awal. MyDigital ID sebagai aplikasi tunggal kerajaan yang memusatkan semua agensi yang meliputi antaranya PADU, JPJ, LHDN dan setakat ini baru satu juta yang telah berdaftar dan kita telah mengarahkan supaya peningkatan usaha supaya Malaysia dikenali dengan negara yang di antara negara yang dapat melaksanakan MyDigital ID.

Antara kebijakan lain, memanfaatkan sumber kerajaan termasuklah menyalurkan sebahagian hasil yang diraih daripada penjualan nombor plat khas untuk membantu rakyat susah iaitu menampungkan yang dilakukan oleh Kementerian Pengangkutan. Menampung bayaran lesen motosikal oleh 15,000 anak muda yang kurang mampu dari sekolah menengah, mahasiswa dan belia yang mencari kerja atau tiket penerbangan bagi 60,000 mahasiswa kurang mampu, khususnya dari Sabah dan Sarawak untuk pulang ke kampung halaman dan mengedarkan 67,000 keluarga susah dengan topi keledar secara percuma untuk keselamatan anak-anak.

[Tepuk] Kita mencanang kebebasan keterlaluan, kini telah mengambil beberapa tindakan untuk mengekang keterlanjuran, termasuk yang menyebabkan kematian melalui aplikasi media sosial. Ancaman siber kini semakin menggugat tata hidup bermasyarakat dan menjadi lebih membimbangkan. Isu scam, pornografi kanak- kanak, pembulian siber di media sosial sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa ialah isu besar yang mesti dibendung.

Transaksi mencurigakan lebih RM380 juta berjaya disekat dalam membendung kes scam di Malaysia. Kendatipun begitu, isu scam masih dilihat parah dengan kes yang kian meningkat. Peranan Pusat Respons Penipuan Kebangsaan terus diperhebat dengan peruntukan RM20 juta. Portal Fraud Kebangsaan telah diluncurkan sebagai ikhtiar memerangi penipuan dalam talian. Portal ini mempermudah pengesanan transaksi mencurigakan secara automatik.

draft • 4:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi - Bagan Datuk

[Menuang air]

draft • 4:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Baru hendak tuang. Bagi mengekang buli siber yang kian merunsingkan, Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian

draft • 4:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

akan digubal dan mudah-mudahan ini akan dapat membantu mengawal scam dan salah guna. Izin dahulu.

[Meminum air]

draft • 4:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Yang di-Pertua, Agensi Keselamatan Siber Negara dan penggubalan Akta Siber 2024, NACSA akan diberi tambahan perjawatan seramai 100 orang dengan tambahan peruntukan RM10 juta.

Masalah yang dihadapi hari ini dan bulan-bulan lalu dan bulan-bulan lain mendatang ialah musibah banjir kilat yang melanda ibu kota dan beberapa bandar serta negeri. Maka sebagai langkah segera, selain daripada projek tebatan banjir yang sedang diselenggarakan sebahagiannya siap seperti di Kelantan dan di Alor Setar, tetapi ada tindakan segera yang harus dilakukan. Maka, hari ini saya arahkan penyaluran segera RM150 juta kepada PBT, JPS untuk membersihkan longkang- longkang, pengorekan sungai di kota-kota dan kawasan-kawasan desa yang terkesan.

[Tepuk] RM600 juta kepada NADMA sebagai persiapan mendepani musibah banjir.

Ini termasuk lebih RM300 juta yang telah disediakan untuk persiapan sekiranya berlaku bencana pada-pada bila masa. RM20 juta disediakan segera kepada Yayasan GLIC dan GLC untuk memperhebat respons dan penyaluran bantuan kepada mangsa di kawasan terjejas banjir.

Kerajaan telah menyiapkan lapan projek tebatan banjir. RM540 juta, 12 projek RTB dengan kos RM3 bilion telah dikeluarkan SST dan berjalan mengikut jadual.

Antaranya di Sungai Damansara, Selangor; Sungai Likas, Kota Kinabalu; Sungai Triang, Bera; Sungai Tepoh, Kuala Nerus, Terengganu; Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan Fasa 2, Kota Bharu dan sedang dipantau dan minta disegerakan.

Mutakhir ini, insiden tanah jerlus dan tanah runtuh menjadi. Ini termasuk kejadian menyayat hati menimpa seorang wanita warganegara India di Masjid India.

Bagi mengawal kejadian ini, beberapa projek dilaksanakan meliputi lebih RM250 juta untuk membaiki cerun seluruh negara. RM20 juta untuk mengekang isu tanah jerlus di Kerian Laut, Perak, Kedah dan Perlis. RM10 juta untuk melaksanakan Kajian Geoteknikal Struktur Lapisan Tanah di jalan-jalan utama sekitar Segi Tiga Emas Kuala Lumpur.

Yang di-Pertua, negara harus dipacu lebih pantas. Ini cabaran kita. Dasar dan prakarsa baharu yang telah diumumkan perlu ditelusuri dan dilaksanakan dengan berkesan. Dasar menaikkan siling bermakna kesungguhan ikhtiar

draft • 5:00 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

mengangkat ekonomi negara ke tahap lebih tinggi. Menurut kerangka Ekonomi MADANI, penyegeraan ekonomi negara yang mampan berpaksikan teknologi dan daya cipta akan hanya bermakna seandainya ia melimpah dan bermanfaat kepada rakyat dengan kenaikan lantai. Ini bermaksud pendapatan rakyat ditingkatkan di kalangan golongan profesional, pekerja, pekebun, petani dan nelayan.

Suatu anjakan baharu perlu dilakukan bagi meraih pelaburan lebih bermakna.

Pendekatan lama, galakan insentif kepada pelabur tanpa mengambil kira limpahan ekonomi yang diraih tidak boleh diteruskan. Umpamanya, pelaburan data centre, pusat data tidak sepatutnya menjadi rebutan sekiranya ia tidak memberi nilai tambah kepada rakyat dari segi peluang pekerjaan, pendapatan tinggi dan perkongsian kepakaran. Sekarang anjakan segar dan penekanan harus dilakukan supaya galakan yang diberikan memberi limpahan ekonomi kepada rakyat, tidak hanya menguntungkan syarikat pelabur.

Kerajaan bersetuju memperkenalkan kerangka insentif pelaburan baharu iaitu aktiviti bernilai tinggi ketimbang insentif sedia ada. Kerangka ini dijangka dilaksanakan pada suku ketiga 2025:

(i) meningkatkan tahap kerencaman sektor ekonomi E&E melalui aktiviti bernilai tambah tinggi termasuk IC dan bahan termaju, galakan cukai, peningkatan eksport;

(ii) bagi menyediakan pekerjaan pendapatan tinggi kepada rakyat dalam bidang AI dan teknologi terkini, potongan cukai khas diberikan kepada universiti swasta dan institut latihan kemahiran swasta yang membangunkan kursus baharu seperti teknologi digital, AI robotik, IoT, sains, FinTech dan teknologi mampan;

(iii) bagi mengukuhkan rantaian bekalan tempatan dan ekosistem sektor utama, ikhtiar ketahanan rantaian bekalan diperkenalkan dengan insentif perbelanjaan perusahaan multinasional sehingga RM2 juta setahun, diberi potongan cukai dua kali untuk tempoh tiga tahun berturut-turut;

(iv) perkumpulan ekonomi diwujudkan mengikut keistimewaan negeri seperti tenaga boleh baharu di Perlis dan Sabah, industri kimia khusus di Pahang dan Terengganu;

(v) bagi mengurangkan jurang ekonomi antara wilayah, insentif cukai pendapatan pada kadar istimewa ditawarkan bagi pelaburan dalam 21 sektor ekonomi di negeri seperti Perlis,

draft • 5:00 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak, tertakluk kepada keberhasilan limpahan ekonomi; dan

(vi) bagi memastikan pelaburan berlandaskan ESG, galakan cukai seperti elaun cukai pelaburan atau pengecualian cukai pendapatan diberikan bagi aktiviti CCUS.

Kerangka insentif pelaburan baharu ini akan terus disokong melalui fasilisasi pelaburan yang inklusif untuk merancang pertumbuhan ekonomi. Langkah ini termasuk memperkenalkan dana pelaburan strategik bernilai RM1 bilion sebagai usaha meningkatkan kapasiti bakat tempatan yang dilaksanakan di negara ini.

GLIC melalui ikhtiar GEAR-uP akan meningkatkan pelaburan langsung dalam negara berjumlah RM120 bilion. Lima tahun dengan RM25 bilion dilaburkan tahun depan. Umpamanya KWAP melalui Dana Pemacu, RM6 bilion memperkukuh pasaran persendirian tempatan meliputi ekuiti persendirian, prasarana dan hartanah. Pelaburan ini untuk merangsang pertumbuhan pengurusan dana tempatan. Kerjasama co-GP dengan RM500 juta mula dilaburkan tahun depan melibatkan lapan sektor termasuk pusat data, peralihan tenaga dan pembuatan canggih.

Khazanah, RM1 bilion disediakan bagi menerajui pelaburan yang menyokong industri semikonduktor tempatan.

Kerajaan akan terus menyokong sepenuhnya pengembangan syarikat mula niaga tempatan. Saudara Azarol Faizi Zakaria Ansari, pengasas BateriKu mula dengan berniaga kecil-kecilan. Meraih manfaat daripada Dana Perintis di bawah KWAP, kini berjaya mengembangkan perniagaan dengan 1.5 juta pelanggan, melatih 1,000 juruteknik gig serta melahirkan 100 usahawan di bawahnya.

Syarikat Vitrox mula secara kecil-kecilan oleh dua jurutera muda lepasan USM. Kini, membesar sebagai peneraju bidang elektronik utama dengan menjadi pembekal kepada pasaran Asia, Eropah dan Amerika Syarikat. Greatech Technology Berhad, syarikat tempatan berjaya menembusi pasaran global dalam sektor elektrik dan elektronik dan tersenarai sebagai Forbes Asia’s Best Under A Billion. Pada tahun depan, National Fund-of-Funds (NFOF) akan ditubuhkan di bawah Khazanah dengan dana RM1 bilion. Menyokong pengurusan dana modal teroka melabur dalam syarikat mula niaga dengan RM300 juta disediakan untuk 2025.

draft • 5:00 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

KWAP di bawah Dana Perintis menyediakan RM1 bilion untuk turut menyokong aktiviti syarikat mula niaga tempatan dengan RM200 juta khusus untuk 2025.

Kerangka dasar transformasi digital yang tegas berjaya menarik pelaburan masuk. Malaysia berjaya meraih pelaburan berjumlah USD16.9 bilion untuk tempoh sehingga 2038 daripada syarikat gergasi teknologi dunia AWS, Microsoft, Google dan Oracle. Ini mencerminkan tahap keyakinan mereka terhadap potensi Malaysia.

Ke arah pelaksanaan sepenuhnya e-Invois pada 1 Julai 2025, kerajaan bercadang perbelanjaan bagi pembelian peralatan ICT, pakej perisian komputer dan fi perundingan diberikan elaun modal dipercepatkan untuk dituntut sepenuhnya dalam tempoh dua tahun.

draft • 5:00 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Kerajaan bercadang melaksanakan mekanisme levi pelbagai peringkat awal tahun depan bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Hasil kutipan levi ini akan disalurkan semula kepada industri bagi merekayasa proses perniagaan ke arah automasi dan mekanisasi.

Bagi meningkatkan kapasiti perniagaan PMKS supaya beralih ke arah pendigitalan, RM50 juta disediakan sebagai Geran Padanan Digital PMKS dan Geran Digital Penjaja di bawah BSN. RM100 juta oleh SKMM untuk tempoh lima tahun bagi memperkasa fungsi pusat NADI di seluruh negara.

Kemudian, Memorandum Persefahaman Zon Ekonomi Khas Johor- Singapura yang sekarang menjadi tumpuan pelabur di rantau khususnya dari Singapura telah dimeterai pada Januari 2024 menandakan pencapaian besar kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Singapura.

Kerajaan telah meluluskan Forest City sebagai Pulau Bebas Cukai bagi menyokong aktiviti pelancongan dan ekonomi setempat. Pakej galakan cukai bagi zon kewangan khas turut diumumkan bagi merancakkan aktiviti perkhidmatan kewangan termasuk perniagaan global kewangan dan fintech. Skim Pejabat Keluarga Tunggal telah diluncurkan untuk Zon Kewangan Khas Forest City bagi menjayakan pengoperasian pejabat Suruhanjaya Sekuriti akan berperanan sebagai pihak berkuasa melulus untuk pemberian pas residen serta pas penggajian dan profesional pelaburan pejabat keluarga berkaitan.

Jumlah perdagangan bagi tempoh Januari-September 2024, perdagangan Malaysia mencatat lonjakan yang membanggakan kepada 10.2 peratus, September 2024 kepada RM2.14 trilion.

[Tepuk] Kita meraih lebihan dagangan bagi 53 bulan

draft • 5:10 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

berturut-turut sejak Mei 2020. Pemberdayaan PMKS akan terus diperhebat bagi menyokong usahawan tempatan menembusi pasaran eksport.

Khazanah melancarkan Program Syarikat Mid-Tier dengan dana RM1 bilion menyokong pembinaan keupayaan syarikat tempatan. Mendorong para pengeksport tempatan memperluas operasi. Ia RM750 juta disediakan di bawah Skim Insentif Pemampanan Pengeksport oleh EXIM Bank.

RM40 juta disediakan di bawah MATRADE bagi geran bayaran balik membantu pengeksport Malaysia mempromosi produk dan perkhidmatan buatan Malaysia yang boleh meneroka ke Afrika, Amerika Latin, Timur Tengah.

Dalam memacu sektor logistik, kerajaan bercadang supaya syarikat logistik menjalankan aktiviti kompleks logistik pintar diberi elaun cukai pelaburan sebanyak 60 peratus bagi tempoh lima tahun. Ini bagi meningkatkan kapasiti industri logistik dengan mengadaptasi teknologi IR4.0.

Persiapan rapi dilakukan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026. Hampir RM550 juta disediakan bagi mempromosi aktiviti pelancongan. Ini termasuk RM110 juta bagi melengkapkan kawasan pelancongan, menjalin kerjasama, menyokong pencalonan UNESCO seperti menambah baik kemudahan di Taman Negara Endau- Rompin, Johor, Pulau Redang, Terengganu, Pantai Tusan Bekenu, Sarawak.

Menjalin kerjasama ekopelancongan dengan UNDP dan Habitat Foundation. Memelihara Kuala Lumpur sebagai bandar raya budaya dan kreatif.

Khazanah menyediakan RM600 juta untuk memulih serta mengangkat nilai Bangunan Sultan Abdul Samad dan Carcosa Seri Negara. Ini termasuk membina jambatan bertingkat menghubungkan Taman Botani Perdana dengan Carcosa Seri Negara. Ini akan membantu merubah wajah Kuala Lumpur dari segi warisannya.

Kuala Lumpur akan terkenal dengan sejarah gemilang dari Bangunan Sultan Abdul Samad, tentunya kepada pada mereka, pada reformasi sehinggalah stesen kereta api hinggalah ke Carcosa.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia akan mempengerusikan ASEAN tahun depan.

Ini peluang terbaik, kita mengemudi Wawasan Komuniti ASEAN yang disebut Wawasan Komuniti ASEAN 2045. Kita beriltizam melakar hala tuju ASEAN lebih berdaya tahan, berdaya cipta dan berpaksikan rakyat. Kita berpegang teguh pada prinsip pendekatan bersama memahat agenda pembaharuan dan menggerakkan pembangunan di kawasan bersempadan dan ini termasuklah usaha kita untuk meningkatkan kemajuan di Utara Tanah Melayu bersama Selatan Siam, Johor- Singapura, selain daripada acara yang melibatkan kerjasama ASEAN.

draft • 5:10 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

ASEAN sekarang teruji sebagai medan mengelakkan persaingan di kuasa- kuasa besar dan kita dapat menetapkan suatu kaedah yang jelas dalam Five-Point Consensus dalam isu Myanmar dan juga bebas menyelesaikan dengan cara berhemah dan rundingan dalam menghadapi masalah South China Sea. Yang menarik sepertimana yang saya sebut di Parlimen minggu lalu awal minggu ini ialah penambahan keyakinan kepada Malaysia yang julung kalinya berlaku di ASEAN iaitu mengadakan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC negeri Arab dan negara China buat julung kalinya.

Bagi menyokong penggiat usaha-usaha ini ada beberapa penekanan kita.

Puluhan mesyuarat peringkat tertinggi. Ratusan mesyuarat peringkat pegawai kanan, Menteri dan juga pegawai-pegawai. Semua hadiah yang diberikan mestilah daripada kraf tangan tempatan dan tidak ada daripada yang lain.

[Tepuk] Mungkin di antaranya adalah topi yang dipakai oleh Yang di-Pertua.

[Ketawa] Rencana NETR adalah untuk mengalihkan sektor tenaga ke arah mencapai sasaran gas rumah hijau sifar bersih seawal 2050. Tahun hadapan, lebih RM300 juta disediakan di bawah Dana Mudah Cara Peralihan Tenaga Negara, ketimbang 100 juta tahun ini.

Beberapa projek NETR termasuk fasa pelaksanaan seperti Ladang Solar Terapung Hidro Hibrid Kenyir dan hab hidrogen hijau di Terengganu. Ini di antara yang agak terbesar dalam negara kita dan di antara yang terbesar di ASEAN dan akan diluncurkan dalam masa yang singkat. Melibatkan Petronas dan TNB di Tasik Kenyir.

Dalam isu capaian tenaga boleh baharu, program Net Energy Metering dilanjutkan kepada 30 Jun 2025. Dari bumbung premis dimanfaatkan untuk pemasangan solar photovoltaic. Kemudian, Skim Pembiayaan Teknologi Hijau diteruskan dengan pembiayaan sebanyak RM1 bilion sehingga 2026.

UEM Lestra dan TNB akan melabur RM16 bilion untuk meningkatkan keupayaan rangkaian transmisi dan pengedaran serta menyahkarbon kawasan perindustrian. Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga, ikhtiar meningkatkan kecekapan, diperhebat melalui rebat sehingga RM70 juta disediakan termasuk industri membeli kelengkapan elektrik cekap tenaga.

Kontrak Prestasi Tenaga akan diperkenalkan dan ini akan menjimatkan bil elektrik sehingga 10 peratus. Putrajaya bergerak ke arah bandar rendah karbon, ruang bumbung di laluan pejalan kaki sepanjang hampir lima kilometer dan tempat parkir kereta akan dipasang solar untuk menjimatkan tenaga elektrik. EV, kerangka

draft • 5:10 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

insentif cukai sedia ada telah di struktur semula selari dengan hasrat menggalakkan peralihan EV pemasangan tempatan CKD.

draft • 5:10 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Syarikat Perodua sedang merancang untuk mengeluarkan EV berharga di bawah RM100,000 bagi memenuhi permintaan rakyat. Galakan penggunaan motosikal elektrik CKD hingga RM2,400 akan diteruskan dengan peruntukan RM10 juta. Kerajaan akan memperkenalkan cukai karbon ke atas industri besi dan keluli.

Cukai ini bertujuan menggalakkan penggunaan teknologi rendah karbon dan ini juga akan membantu membiayai program pendidikan dan teknologi hijau. Kata dan madah pujangga A. Samad Said, “Dan dengan sederap rentak dan sesyahdu suara kita tetap bertekad melindungi rimba terdera. Kau yang pendera, usah berhelah atau berpura kerana sedalam kuburmu, rimba akan membela.” [Tepuk] Langkah Lestari oleh sasterawan negara, A.Samad Said.

Belanjawan 2025 kekal komited melindungi khazanah alam, termasuk melalui dana Ecological Fiscal Transfer RM250 juta, ketimbang RM200 juta sebelumnya dan ini termasuk perlindungan hutan dan hidupan liar, termasuk Harimau Malaya yang agak berkurangan dan membimbangkan. Peranan Orang Asli dan veteran beruniform dalam membenteng kawasan hutan simpan kekal amat dihargai. Kerajaan meningkatkan lantikan renjer komuniti kepada 2,500 orang dengan peruntukan RM80 juta.

Antara kelemahan ketara sekarang, kerana kita terlalu bergantung pada import makanan. Walhal, tanah subur dan kemampuan meningkatkan keterjaminan makanan negara. Kita ucap tahniah kerana kesungguhan kementerian dalam bidang ini, maka ditambah RM300 juta bagi menjalin kerjasama projek pertanian dengan kerajaan negeri, menokok ketimbang RM150 juta tahun ini. Ini termasuklah pengeluaran bawang- Menteri Pertanian, bawang di Perak, ternakan tilapia merah di Pahang dan peningkatan hasil padi di Negeri Sembilan.

Kerajaan bersama badan swasta akan memanfaat hampir 8,800 ekar tanah terbiar milik Lembaga Kemajuan Wilayah dan agensi rangkaian mereka untuk melaksanakan Projek Pertanian Perusahaan Ayam Organik dan Lembu. Terkait industri padi negara, Projek Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun di kawasan MADA Fasa 1 selesai pengambilan masalah tanah dengan kerjasama kerajaan negeri dan sekarang RM1 bilion disediakan untuk memulakan projek yang melibatkan hampir 11,000 hektar.

Harapannya ialah peningkatan sebanyak 15 peratus melonjakkan pendapatan hingga RM6,000. 6,100 pesawah padi, makna kenaikan pendapatan 43 peratus

draft • 5:20 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

dengan pendapatan RM6,000. Pengurusan padi di Sekinchan, Sabak Bernam terbukti menghasilkan padi lebih banyak sehingga 12 tan sehektar. Kerajaan memulakan projek rintis bagi memperoleh baja, termasuk baja organik mengikut kawasan penanaman padi secara tender terbuka. Kerajaan bersetuju menaikkan kadar siling bantuan bina baharu atau penempatan semula rumah nelayan kepada RM84,000 untuk Semenanjung dan RM90,000 untuk Sabah dan Sarawak.

Belanjawan 2025 meningkatkan peruntukan FELDA, FELCRA dan RISDA kepada RM2.6 bilion. Bagi memperkukuhkan sektor sawit negara, kerajaan bercadang menaikkan nilai ambang kenaan levi keuntungan luar biasa ke atas buah kelapa sawit bagi Semenanjung kepada RM3,150, manakala bagi Sabah dan Sarawak kepada RM3,650. Struktur julat harga pasaran dan kadar duti eksport minyak sawit mentah disemak semula mulai 1 November 2024.

Layanan semasa bagi eksport minyak sawit mentah dari Sabah dan Sarawak juga akan dikekalkan. Insentif galakan kepada pekebun kecil menanam semula sawit akan diteruskan, mengganti sawit tua dengan peruntukan RM100 juta. Getah yang terpaksa kita eksport kerana pengeluaran lateks telah berkurangan, maka RISDA akan ditugaskan untuk memberikan geran padanan RM60 juta kepada pekebun yang mampu menghasil getah lateks bagi memenuhi keperluan industri. Ladang getah milik persendirian yang terbiar juga akan diusahakan dengan peruntukan RM20 juta.

Petunjuk Ekonomi Islam Global 2023 mengekalkan Malaysia pada kedudukan teratas tahun ke-10 berturut-turut. Sektor kewangan Islam perlu dipacu lagi supaya lebih berdaya cipta. Sejumlah RM100 juta dana padanan disediakan bagi menggalakkan inovasi pembiayaan kewangan Islam berasaskan nilai Islam dan syariah supaya tidak lagi bergantung kepada produk terbatas patuh syariah tetapi mirip konvensional.

Maka, antara pembiayaan yang diperintiskan, termasuklah berasaskan prinsip musyarakah yang melibatkan perkongsian risiko dan keuntungan yang adil. Ini projek kewangan iklim, termasuk projek keterjaminan makanan dan dilaksanakan dengan padanan dana institusi perbankan Islam dan pelabur swasta. Program i-TEKAD yang ditawarkan 13 bank dan 70 rakan pelaksana telah membantu 8,000 usahawan mikro berpendapatan rendah. RM20 juta geran padanan disediakan dengan RM5 juta khusus menyumbang kepada caruman insurans atau takaful bagi usahawan mikro.

Bagi merancakkan kajian dalam bidang ekonomi Islam, RM10 juta diperuntukkan bagi menyokong usaha antara Universiti Islam Antarabangsa dan INCEIF University dalam meningkatkan lagi kefahaman serta pemakaian nilai-nilai universal ekonomi Islam.

draft • 5:20 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Perkembangan penyelidikan dan pembangunan program akademik akan terus mencambah aplikasi ekonomi Islam dalam pembentukan dasar semasa, selaras dengan prinsip maqasid syariah yang adil, inklusif, lestari dan kemakmuran bersama.

Hampir keseluruhan negara dunia mengiktiraf pensijilan Halal Malaysia.

Oleh itu, usaha sama JAKIM, HDC dan MATRADE harus dilipatgandakan supaya ada faedah langsung, bukan sahaja memberikan sijil tetapi mendapat faedah bersama industri tempatan yang disebut industri halal negara. Ini pengeluaran sijil halal, juruaudit halal yang ditambah 100 orang lagi supaya dipercepatkan proses dan dapat menarik penyertaan syarikat-syarikat baharu.

Ada sekarang ini kita juga beri tumpuan terhadap soal tanah wakaf. UDA Holdings Berhad berperanan besar, dua projek utama dilaksanakan, termasuk di Pulau Pinang dan dengan kerjasama Majlis Agama Pulau Pinang. Tapi Wakaf MADANI nak diperluaskan dengan- dan diperkasa melalui agensi kerajaan.

KWAP menyediakan dana RM300 juta, meningkat pembangunan tanah wakaf, membina rumah persaraan mandiri warga emas. Kemudian, UDA RM200 juta, pembangunan rumah mampu milik di tanah wakaf. LPPSA menyediakan dana penjawat awam membeli rumah di atas tanah wakaf. SJKP menjamin pinjaman pembeli rumah sehingga RM500,000 yang dibangunkan di atas tanah wakaf. Dalam memacu ekonomi subur, tidak hanya tergantung kepada konglomerat utama.

90 peratus ekonomi melibatkan PMKS yang menggaji hampir separuh pekerja dan menyumbang 40 peratus kepada KDNK. Institusi kewangan pembangunan dan agensi kerajaan memainkan peranan besar peringkat perniagaan mereka.

Umpamanya, hampir 40 tahun bank-bank pembangunan merupakan institusi pertama yang menyediakan pinjaman bank pembangunan membantu Ramly Burger sehingga ke perusahaan, menjadi satu kejayaan membina kilang melalui kemudahan pembiayaan Skim Transformasi Digitalisasi Industri. BSN juga menyediakan pinjaman mikro untuk para peniaga kecil Ramly Burger.

draft • 5:20 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Jadi, RM40 bilion disediakan kemudahan pinjaman untuk PMKS, di bawah agensi kerajaan. Pinjaman bersaiz mikro sehingga RM3.2 bilion termasuk TEKUN dan BSN, termasuk komuniti OKU, masyarakat Cina, India dan Bumiputera terutamanya.

Bank Pembangunan Malaysia Berhad menyediakan dana pembiayaan RM6.4 bilion. Menyokong pembiayaan sektor pembangunan infrastruktur serta tenaga boleh baharu dan peralihan. SJPP menjamin pembiayaan PKS sehingga RM20 bilion, termasuk PKS Bumiputera.

draft • 5:30 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Bagi memelihara modal insan, sosial dan kebajikan masyarakat India- RM130 juta untuk program tambahan masyarakat India, selain penyertaan mereka dalam TEKUN, Amanah Ikhtiar dan program-program yang sedia ada.

Peniaga kecil, penjaja tidak diabaikan. Maka, sebab itu diadakan langkah antara kementerian, dewan bandar raya, majlis perbandaran, KPKT untuk meningkatkan lagi gerai-gerai, prasarana awam di semua PBT seluruh negara, ruang niaga kepada penjaja terutama penjaja kecil, dan menaik taraf di DBKL, MARA, Sarawak, Sabah dan seluruh negara.

Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera yang diputuskan membawa pengarahan dan kebijakan baharu. Kita tidak boleh terkurung dengan pendekatan lama. Oleh itu, tatakelola harus diperbaiki kerana tidak boleh nama agensi Bumiputera digunakan dan tidak diurus dengan cekap dan baik kerana ia tidak akan menjadi agenda untuk mengangkat martabat dan darjat Bumiputera.

Sebab itu, pemusatan Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), Ekuinas di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputra menyokong perniagaan bumiputera di sepanjang kitaran perniagaan mereka. Ekuinas akan melabur dalam syarikat pertengahan dan setelah itu, syarikat yang berjaya akan disenaraikan dan mendapat pelaburan sewajarnya daripada PNB.

Sebanyak RM800 juta pembiayaan di bawah MARA dan PUNB tersedia untuk melatih dan memberi peluang kepada usahawan Bumiputera dan menyokong artisan tempatan.

Manakala RM1.3 bilion untuk memperkasakan kontraktor G1-G4 khususnya Bumiputera. Ini memberi peluang kepada kontraktor melaksanakan projek-projek kecil dan sederhana termasuk pembinaan jalan, pembaikan dan penyelenggaraan prasarana awam.

Buat pertama kalinya dalam sejarah, Kerajaan Madani telah bersetuju menetapkan 50 ekar daripada pembangunan projek strategik Bandar Malaysia sebagai Tanah Rizab Melayu...

[Tepuk] Ini hanya permulaan dalam mengenal pasti tanah-tanah kerajaan yang sesuai bagi memastikan aspek pembangunan tidak mengabaikan, supaya keseimbangan sosioekonomi jangka panjang di kawasan bandar dipertahankan. PNB dan PHB akan terus meningkatkan kerjasama membangun Tanah Rizab Melayu dalam projek perumahan mampu milik, penginapan pelajar dan pembangunan komersial.

Perlu ditekankan bahawa langkah-langkah yang diambil untuk memperbaiki pengurusan, meluruskan ketempangan, mengelak ketirisan termasuk kebijakan penyasaran subsidi, peluasan asas hasil adalah di antara lain mengupayakan

draft • 5:30 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

bantuan yang lebih bermakna kepada rakyat. Rakyat masih terus mengeluh kerana terpaksa berdepan dengan apa yang dianggap sebagai kos yang meningkat.

Sebab itu, kita berikan peningkatan tertinggi kepada STR dengan Sumbangan Asas Rahmah. Saya ingin umumkan, pada tahun ini, Program Asas Rahmah (SARA) untuk rakyat miskin dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan mendapat peningkatan terbesar dalam sejarah- RM13 bilion...

[Tepuk] Ini akan memberi manfaat kepada sembilan (9) juta penerima atau 60 peratus penduduk dewasa negara.

Seramai 4.1 juta penerima STR akan menerima SARA sebanyak RM100 sebulan, ketimbang 700,000 penerima sebelum ini. Bantuan SARA dikreditkan dalam MyKad penerima bermula April 2025, dibelanjakan untuk membeli barangan asas- minuman, ubatan, barang persekolahan dan lain-lain. Dan 600 pasar raya akan disediakan untuk bersama dalam bidang ini.

Kategori bujang tidak ketinggalan. Mereka akan mendapat STR RM600.

Penambahan ini adalah RM3 bilion. Penambahan yang tinggi, membolehkan kadar maksimum diterima. Maknanya isi rumah meningkat kepada RM4,600.

Kita akui dan mendengar terus rungutan demi rungutan tentang kos sara hidup. Lantaran itu, kita mengambil langkah serta kebijakan ekonomi yang merupakan peningkatan peruntukan dan kadar maksimum bantuan tunai yang pernah diberikan oleh kerajaan. Ini juga akan ditambah melalui peningkatan peruntukan bantuan tunai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Meningkat kepada RM2.9 bilion bantuan oleh JKM.

Kadar bantuan bulanan kepada rakyat miskin ditingkatkan. Kadar bantuan warga emas dinaikkan kepada RM600 sebulan...

[Tepuk] Kadar bantuan kanak- kanak keluarga miskin dinaikkan kepada RM250 bagi anak berusia enam tahun ke bawah...

[Tepuk] Manakala RM200 bagi anak lingkungan usia tujuh (7) tahun hingga 18 tahun...

[Tepuk] Untuk Wilayah Persekutuan- kerana dia tidak ada Kerajaan Negeri- selalunya bantuan ini ditambah oleh Kerajaan Negeri masing-masing. Oleh kerana Wilayah Persekutuan tidak mempunyai Kerajaan Negeri, kadar Bantuan Am dinaikkan kepada RM150 dengan kadar maksimum sekeluarga RM500 sebulan...

[Tepuk] Saya percaya Kerajaan Negeri yang sudah- terus mengadakan program ini ataupun, kalau boleh ditambah.

Jadi, jika dihitung keseluruhan bantuan STR, SARA dan JKM, tidak termasuk zakat dan bantuan negeri atau bantuan NGO, isi rumah miskin dengan tiga orang anak di Malaysia layak menerima bantuan lebih RM13,000 setahun...

[Tepuk] Yakni

draft • 5:30 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

peningkatan yang tertinggi yang pernah diperkenalkan. Untuk warga emas miskin, layak menerima bantuan lebih RM10,000 setahun...

[Tepuk] Ini bermakna, tidak ada rakyat di Malaysia yang berpendapatan kurang RM1100 sebulan. Paling miskin sekali pun, mesti ada minimum RM1100 sebulan. Ini tanpa dimasukkan bantuan yayasan, zakat, Kerajaan Negeri. Kerana tanggungjawab kita nak pastikan tidak ada keciciran. Maka JKM, ICU, JPM harus berganding bahu dengan semua kementerian menggandakan usaha verifikasi golongan miskin.

Seluruh jentera kerajaan digerakkan bagi menggembleng kekuatan mengawal harga dan bekalan barangan termasuk menghapus tembok penguasaan kartel yang meratah keuntungan maha besar daripada wang rakyat.

RM1 bilion disediakan untuk menganjurkan ikhtiar menangani kos sara hidup.

Ini meliputi Program Payung Rahmah ditingkatkan kepada RM300 juta, Jualan Rahmah diperhebatkan di semua DUN setiap bulan. Semua DUN, tak kira di mana...

[Tepuk] RM700 juta dikhususkan untuk memperbanyak saluran program kos sara hidup lain bagi mengawal harga barang termasuk melalui usaha sama dengan pengusaha pasar raya, pasar borong, kedai runcit, pasar tani, koperasi dan sebagainya.

RM250 juta untuk mengedarkan barangan keperluan asas di kawasan pedalaman dan desa, termasuk memperluas ke kawasan baharu di Magandai, Kota Marudu dan Nanga Pelawan, Bintulu.

Saya ingin mengumumkan pelepasan Cukai Pendapatan Individu atas bayaran premium insurans pendidikan dan insurans perubatan dinaikkan kepada RM4,000 untuk memudah, meringankan beban. Pelepasan Cukai Pendapatan Individu bagi perbelanjaan perubatan sehingga RM10,000 adalah juga meliputi bayaran perubatan yang dilakukan oleh pembayar cukai di bawah produk insurans dan takaful perubatan.

Pengecualian Cukai Pendapatan ke atas pendapatan yang terbit daripada sumber luar negara telah tertakluk pada Cukai Pendapatan di negara sumber serta diterima oleh individu Malaysia, diberikan secara bertempoh sehingga 31 Disember 2026, dilanjutkan sehingga 31 Disember 2036.

draft • 5:30 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Kerajaan Madani sentiasa menitikberatkan soal pendapatan rakyat.

Penstrukturan ekonomi hanya dianggap berjaya apabila rakyat meraih gaji dan upah yang bermakna untuk menjalani hidup yang lebih selesa.

draft • 5:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Untuk itu, kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum dari RM1,500 kepada RM1,700 sebulan...

[Tepuk] Dan akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025...

[Tepuk] Penangguhan hanya diberikan membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima (5) pekerja bagi tempoh enam (6) bulan iaitu berkuat kuasa 1 Ogos 2025.

KESUMA juga akan menerbitkan garis panduan untuk rujukan pekerja. Jadi, ini harus dibezakan, gaji untuk Juruteknik terlatih lulusan TVET, mahasiswa, graduan universiti tidak boleh digunakan kadar RM1,700. Mereka wajar diberi pertimbangan dan kita akan pantau syarikat-syarikat yang berjaya dapat keuntungan besar yang tidak munasabah kalau mengekalkan gaji siswazah pada tahap yang rendah seperti mana sekarang...

[Tepuk] Dasar Gaji Progresif. Ini ikhtiar kerajaan untuk mereformasi pasaran buruh, matlamat meningkat pendapatan pekerja. Dasar ini mula dilaksanakan secara rintis pada Jun lalu dan akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada tahun depan. Dasar Gaji Progresif diperuntukkan RM200 juta dan akan memanfaatkan 50,000 pekerja.

Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)- ini ikhtiar menoktahkan kemiskinan tegar melalui peningkatan pendapatan rakyat. Melalui IPR INSAN umpamanya, Saudari Normaladiana yang merupakan OKU fizikal, membantu suaminya berniaga, berjaya meraih pendapatan keluarga hampir dua kali ganda dan tahun hadapan, RM250 juta disediakan untuk meningkatkan penyertaan lebih ramai rakyat miskin tegar termasuk OKU mengikuti program IPR bagi menambah pendapatan mereka...

[Tepuk] Perlindungan sosial memastikan rakyat terbanyak dilengkapkan dengan simpanan persaraan yang munasabah serta caruman insurans. Bagi menggalak lebih ramai pekerja tidak formal dan mereka yang tidak punyai pendapatan tetap menabung untuk persaraan, insentif padanan i-Saraan KWSP ditingkatkan kepada 20 peratus ketimbang 15 peratus sekarang, tertakluk kepada had maksimum insentif padanan tahunan RM500 atau RM5,000 seumur hidup.

Program i-Suri diteruskan. Ini ikhtiar zaman Tun Razak dulu, secara insentif padanan melalui caruman kerajaan dan caruman secara aktif daripada pencarum.

Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri akan menanggung sehingga 70 peratus caruman pekerja dengan peruntukan RM100 juta.

Yang di-Pertua, program insurans sosial, Skim Perlindungan Tenang diteruskan dengan kerjasama Bank Negara, industri insurans manfaat sehingga 2 juta penerima STR telah mendapat manfaat. Menerima baucar RM30 untuk membiayai sebahagian daripada kos membeli produk Perlindungan Tenang yang menawarkan perlindungan akibat kematian, kemalangan diri dan risiko am

draft • 5:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

kebakaran dan banjir. KWSP sedang mengkaji semua skim bagi memperkukuh pendekatan pemindahan antara generasi iaitu sebahagian simpanan KWSP dipindahkan terus ke akaun KWSP.

Kerajaan bercadang melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu ke atas caruman dalam Skim Persaraan Swasta dan bayaran premium anuiti tertangguh sehingga tahun taksiran 2030. Semua pekerja tanpa mengira kewarganegaraan sesuai dengan piawaian antarabangsa, harus diawas.

Kerajaan bercadang mewajibkan semua pekerja bukan warganegara untuk mencarum KWSP...

[Tepuk] Ini dilaksanakan secara berfasa.

Wajar merenung seketika, bait-bait nukilan penyair W.S Rendra, sajak “Anak Muda.” Jika ditelaah akan terjentik dhamir untuk mendamba perubahan dan mencerna reform agar pendidikan lebih bermutu dan mampu memberi pencerahan di samping serta mendamba pemikiran kritis.

*Bukan pertukaran pikiran.

ilmu sekolah adalah ilmu hafalan, dan bukan ilmu latihan menguraikan.

Dasar keadilan di dalam pergaulan.

lalu akhirnya, menikmati masa bodoh dan santai.

Di dalam kegagapan, kita hanya bisa membeli dan memakai, tanpa bisa mencipta.* Petikan W.S. Rendra. Maknanya pendidikan, ilmu untuk berfikir, untuk merenung, membentuk nilai dan akhlak dan menguasai ilmu dengan baik dan ini tepat seperti mana yang dirumuskan oleh junjungan besar Rasulullah SAW...

[Membaca sepotong hadis] “Tuhanku telah menitipkan akan daku dengan sebaik- baik adab”. Kementerian Pendidikan diberi peruntukan RM64.1 bilion, tertinggi dalam sejarah...

[Tepuk] Jadi, ruang pembelajaran selesa, selamat untuk anak-anak menimba ilmu. RM2 bilion untuk naik taraf dan penyelenggaraan sekolah seluruh negara. RM1 bilion menyelenggarakan semua jenis sekolah terutamanya keadaan bilik darjah yang uzur. Ini termasuk di sekolah kebangsaan, sekolah Cina, sekolah Tamil, sekolah agama, sekolah dalam kem tentera dan sekolah pendidikan khas OKU...

[Tepuk] RM1 bilion prasarana daif di 543 sekolah terutamanya di Sabah dan Sarawak, 44 buah sekolah baharu dibina tahun hadapan. Boleh semak daripada

draft • 5:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

kepilan untuk melihat nama-nama sekolah. Yang tidak tercatat boleh buat tuntutan dari Menteri Pendidikan.

Bagi memastikan capaian Internet di sekolah desa dan pedalaman, kerajaan bersetuju melaksanakan Program Ketersambungan Infrastruktur Jalur Lebar Talian Tetap ke sekolah-sekolah luar bandar dengan peruntukan RM100 juta. Projek Point of Presence sedia ada juga diteruskan dengan peruntukan RM800 juta.

Alhamdulillah, berkat kesungguhan semua, kita berjaya membaik pulih tandas lebih 8,300 buah sekolah dalam masa singkat. Tumpuan sekarang membaik pulih kemudahan lain seperti kantin, musolla dan kemudahan-kemudahan asas dengan RM100 juta.

Hanya ketinggian ilmu yang dapat mengeluarkan rakyat dari kepompong kedaifan hidup melarat. 17 jenis bantuan pendidikan terus disediakan dengan peruntukan RM5.3 bilion. Bantuan makanan asrama RM2 bilion, Rancangan Makanan Tambahan RM870 juta dan RM800 juta ringgit Bantuan Awal Persekolahan kepada semua 5.2 juta murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 tanpa mengira pendapatan ibu bapa.

Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ditingkatkan kepada RM180 juta.

Akses pendidikan pelajar dari keluarga susah, kerajaan bersetuju bayaran gaji atau upah kepada tenaga pengajar oleh institusi dan organisasi dengan objektif pendidikan yang diluluskan di bawah Akta Cukai Pendapatan dibenarkan sebagai perbelanjaan kebajikan.

Geran Per Kapita TVET sejak 2012 tidak disemak semula. Jadi, PCG atas desakan Timbalan Perdana Menteri ialah sumber kewangan utama sekolah dan kadar lama tidak lagi dapat menampung kos. Oleh itu, harus ditambah dan tingkatkan sebanyak 15 peratus menjadikan peruntukan keseluruhan RM900 juta...

[Tepuk] Falsafah pendidikan perlu terus diterapkan dalam prakarsa pendidikan tinggi

(KPT). Langkah awal yang dimulakan, ditingkatkan dengan lebih gigih lagi. Antara strategi lanjutan termasuklah peningkatan mutu Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, di samping penguasaan bahasa-bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris.

draft • 5:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Ini yang ditekankan oleh KPT sekarang. Universiti perlu pantas memperkenalkan disiplin baharu yang membuka ruang penerokaan pemikiran dan teknologi baharu. Pimpinan universiti dan para ilmuan perlu diberi ruang dan wewenang untuk menggagaskan pembaharuan ke arah kemantapan dan peningkatan mutu. KPT diperuntukkan RM18 bilion tahun ini. Terkait kemudahan untuk anak-anak melanjutkan pelajaran ke

draft • 5:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

menara gading, peruntukan RM4 bilion- biasiswa, pinjaman dan elaun pendidikan...

[Tepuk] GLIC dan GLC 50 peratus biasiswa dikhususkan untuk pelajar dari keluarga pendapatan rendah dan menengah. Sektor korporat harus lebih bermurah hati dan giat menyediakan biasiswa pelajaran terutama kepada golongan berpendapatan rendah. Jadi, layak diberikan potongan cukai sama ada di kendali oleh kerajaan atau swasta. Mana-mana perbelanjaan institusi yang membantu rakyat miskin akan diberi pengecualian cukai.

Ke arah melahirkan graduan dengan kebolehpasaran tinggi, sesuai dengan tuntutan industri, PTPTN menyediakan dana pembiayaan pendidikan berjumlah RM500 juta khusus untuk memberi keutamaan kepada pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang STEM di IPTA.

Tabungan pendidikan tinggi anak-anak diberi melalui pelepasan cukai individu ke atas simpanan bersih Skim Simpanan Pendidikan Nasional dan dilanjutkan tiga tahun lagi. Geran Padanan Ihsan diperluaskan, geran padanan sehingga RM5,000 atau simpan SSPN, melanjutkan pengajian di IPT bagi keluarga berpendapatan sehingga RM6,000 ketimbang RM4,000 bagi tempoh dua tahun.

Belanjawan MADANI Ketiga kekal dengan komitmen meningkatkan mutu institusi pendidikan tinggi. RM635 juta disediakan untuk menambah baik prasarana, mengganti peralatan usang dan sebagainya. UiTM disediakan peruntukan tambahan RM20 juta supaya melahirkan lebih ramai Jurutera E&E. Memastikan penyertaan Bumiputera dalam bidang semikonduktor.

Kemudian, kita melihat petanda positif Fakulti AI- Kecerdasan Buatan UTM dalam masa singkat. Ini memberikan harapan petanda institusi pendidikan kita sudah menuju ke arah kecemerlangan. Tahun depan pendidikan berkaitan AI akan diperluas ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta.

Universiti Malaya menumpukan AI bidang perubatan bagi menangkis tentangan penyakit maut seperti kanser. Universiti Putra Malaysia menubuhkan Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia dengan kerjasama NACSA bagi menyusul AI pengkomputeran kuantum sebagai persiapan mendepani ancaman keselamatan siber serba rumit. Ini satu kebanggaan kita kerana mereka telah dianggap di antara yang teratas- 10 institusi penyelidikan universiti terbaik di dunia dalam bidang ini. Sebab itu, kita bagi perhatian khusus. Universiti Sains Malaysia menerusi AI semikonduktor, hab semikonduktor dunia terutama dengan Intel dan Infineon. UKM menerajui AI alih bahasa supaya mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

draft • 5:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Kerajaan akan menyuburkan aktiviti penyelidikan, pembangunan, komersial dan daya cipta. Dana R&D ditingkatkan kepada RM600 juta di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

TVET diberi peruntukan tambahan kepada RM7.5 bilion...

[Tepuk] Kerjasama dengan industri, peluang latihan untuk belia rentan termasuk miskin bandar dan Orang Asli, TVET bagi manfaat masyarakat. Kerjasama PROTON melalui PROTON Advanced Automotive Technology Institute di Melaka yang menyumbang kurikulum.

Kemudian, kerjasama umpama ini diperhebat dengan melalui geran padanan RM50 juta bagi “Anak Angkat ILKA”. Majikan diberi kebenaran mengguna sehingga 50 peratus dana HRD Corp. ketimbang 30 peratus sekarang.

TVET akan dipertingkatkan dan pembiayaan hingga RM500 juta untuk manfaat 20,000 pelatih termasuk RM100 juta khusus untuk bidang keutamaan NIMP seperti MRO, EV, aeroangkasa, AI. RM3 bilion akan disediakan HRD Corp untuk menawarkan RM3 juta peluang latihan. Khazanah menyediakan RM200 juta melalui Program Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth) 11,000 bakat tempatan.

GIATMARA dan kolej komuniti, RM55 juta mengupayakan 10,000 orang anak-anak huffaz dan institusi tahfiz dengan pondok dengan latihan kemahiran dalam tempoh lima tahun. GIATMARA, 3,000 pekerja gig. PERKESO membina pusat rehabilitasi yang serba canggih di Terengganu dengan kos hampir RM600 juta.

Perkhidmatan yang menyeluruh meliputi rawatan pemulihan sehingga Program Kembali Bekerja.

Tanggungjawab pemimpin dan kerajaan seperti terungkap dalam Thirukural, Thirukural ya. Ini tanggungjawab adalah untuk membangun sebuah negara yang bukan sahaja berkomited mengangkat martabat kehidupan rakyat yang miskin dan daif bahkan untuk membasmi wabak penyakit dan musuh yang membinasakan.

Ini Thirukural dalam bahasa Tamil. Saya cari hilang pula dah...

[Ketawa] Saya dah- tadi hafal yang Tamil itu, tetapi, dengan izin, saya baca bahasa lainlah. Berjam latih nak baca dari sini tak jelas ya. Tak apalah. Ini penting itu, penting sangat. Baik.

Kalau dapat saya baca juga kemudian.

Kementerian Kesihatan- ini TPM tidak membantu...

[Ketawa] Kementerian Kesihatan menerima peruntukan kedua tertinggi RM45.3 bilion...

[Tepuk] Jadi, saya telah mengarahkan supaya Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan kementerian-kementerian terkait beri sedikit lebih tumpuan kepada prasarana asas.

Kerana kemudahan-kemudahan hospital di lobi, tandas lobi hospital itu banyak yang daif. Gunakan peruntukan ini dan pastikan diperbaiki ya...

[Tepuk]

draft • 5:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Jangan sebut kadang tak cukup peruntukan, peruntukan bagi kepentingan- kepentingan ini dinaikkan. Jimatkan dalam bidang lain, pastikan kemudahan untuk masyarakat terutama pesakit-pesakit diberi keutamaan. Ini arahan bagi semua jabatan dan kementerian. Baik. Thirukural....

[Berucap dalam bahasa Tamil] [Tepuk] [Ketawa]

draft • 5:50 PM

Seorang Ahli

[Berucap dalam bahasa Tamil]

draft • 5:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

[Ketawa] Membangun negara- mesej dia kuat. “Membangun negara yang bebas daripada kemiskinan, wabak penyakit dan musuh yang membinasakan.” “Nation is that which continues to be free from poverty irremediable epidemics and destructive force.” Baik. Klinik-klinik daif seluruh negara ditingkatkan- RM150 juta disediakan dan RM300 juta untuk 2025.

Gula. Tadi dalam Khutbah Jumaat Wilayah Persekutuan, khatib merenung tentang obesiti dan penyakit diabetes yang terlalu tinggi. Maka kita harus perhatikan kaedah untuk mengurangkan. Maka disokong langkah atau gerakan war on sugar.

Maka, kerajaan bercadang menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa mulai 1 Januari 2025 sebanyak 40 sen seliter.

draft • 5:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Tambahan hasil yang diraih akan dimanfaatkan untuk perbelanjaan kesihatan awam termasuk bekalan ubat kegunaan rawatan diabetic dan dialysis center, penyakit buah pinggang di seluruh negara.

Sistem dan struktur perkhidmatan kesihatan awam perlu diperkasakan supaya lebih berdaya tahan, mampan dan mandiri. Maknanya Ikhtiar Rakan KKM akan diperkenalkan melibatkan kerjasama GLIC. Ini satu penyertaan swasta, rakyat dan kerajaan. Ini bermula di lima buah hospital setakat ini dan akan dikembangkan.

Kerajaan juga meningkatkan jalinan kerjasama 91 buah hospital swasta bagi menyumber-luar pesakit KKM melibatkan perkhidmatan seperti kardiologi, radiologi dan lain-lain untuk meringankan tekanan dan bebanan dan kesesakan di hospital kerajaan.

IJN menjadi isu agak sedikit kontroversi kerana beberapa orang pesara kerajaan yang telah berubat diminta juga ke hospital-hospital lain. Atas pertimbangan ini, kita setuju supaya memberikan kesempatan bagi pesakit yang sudah pun ke IJN terutamanya berumur 65 tahun ke atas meneruskan rawatan di IJN...

[Tepuk] . Dasar offtake dan perolehan khusus daripada syarikat yang membuat pelaburan domestik baharu untuk mengeluarkan produk farmaseutikal dan peranti

draft • 6:00 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

perubatan kritikal ditingkatkan. Ini akan menyokong keterjaminan bekalan ubat tempatan dan mengurangkan kos. Kita akan menggalakkan pelaburan untuk mewujudkan pengeluaran vaksin halal dan kita ucapkan tahniah kerana Pharmaniaga telah pun berjaya dalam bidang vaksin halal.

Kita perlu iktiraf pakar-pakar kesihatan terbaik negara yang berkhidmat di hospital kerajaan termasuk pusat kecemerlangan seperti Hospital Serdang untuk rawatan jantung; Hospital Selayang untuk transplant dan hepatobiliari; Institut Kanser Negara, Putrajaya; Institut Endoktin, Putrajaya; Institut Urologi dan Nefrologi, Hospital KL; Hospital Wanita dan Kanak-kanak, Kuala Lumpur. Jadi bagi mengukuhkan pusat-pusat kecemerlangan yang dikenal pasti, kerajaan menyediakan peruntukan RM100 juta termasuk perolehan peralatan terkini bagi pusat-pusat yang disebutkan termasuk penambahan Pusat Hospital Pakar Jantung di Kota Kinabalu.

Kita bagi keutamaan kepada perumahan mampu milik RM900 juta melaksanakan Program Residensi Rakyat dan 14 projek Rumah Mesra termasuk di Port Dickson dan Seberang Perai Tengah. 30 projek dijangka siap penghujung 2025.

SJKP telah luluskan RM12.98 bilion jaminan kerajaan kepada lebih 57,000 orang pembeli rumah pertama. Ini dilaksanakan dan kerajaan terus menggembleng usaha memastikan persekitaran PPR yang lebih manusiawi. Rumah kos rendah dan sederhana awam diselenggarakan termasuk mengganti lif-lif usang dengan peruntukan RM200 juta. Taman Awam MADANI, rekreasi, landskap termasuk di bandar dan pekan kecil dengan dana RM100 juta...

[Tepuk] Ini termasuk Kampung Baru Cina RM84 juta...

[Tepuk] dan juga KPKT akan meningkatkan usaha menggalakkan pemilikan rumah pertama dan kerajaan bercadang oleh itu memberikan pelepasan cukai individu sehingga RM7,000 ke atas bayaran faedah pinjaman perumahan seperti berikut:

(i) Pelepasan cukai sehingga RM7,000 bagi rumah kediaman berharga sehingga RM500,000; dan

(ii) Pelepasan cukai RM5,000 bagi yang berharga melebihi RM500 ribu hingga RM750,000.

Prasarana asas desa kampung pedalaman diberi tumpuan dengan peruntukan RM2.9 bilion. Ini termasuk jalan kampung di Sabah, di Kelantan, di Pahang dengan peruntukan RM1.8 bilion. Jambatan diperbaiki dan diselenggarakan lampu jalan diteruskan dengan di RM350 juta. Bekalan air bersih dan elektrik di Sabah dan Sarawak meliputi 5,150 buah rumah dengan peruntukan RM500 juta.

draft • 6:00 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Digital Nasional Berhad telah diambil alih oleh entiti swasta susulan liputan 5G yang melepasi 80 peratus. Melangkah ke depan, kerajaan akan mengumumkan rangkaian kedua 5G sebagai usaha meningkatkan daya saing di bidang ICT.

Menggalakkan penggunaan 5G terutamanya memacu kes-kes penggunaan 5G oleh industri menjelang Kepengerusian ASEAN 2025. SKMM dengan dana RM120 juta bersetuju untuk menambah baik capaian internet di semua universiti awam, sekolah, kem tentera, dan institut MARA.

Sistem pengangkutan awam yang cekap sangat perlu untuk manfaat rakyat.

Perkhidmatan udara luar bandar Sabah, Sarawak diteruskan dengan peruntukan lebih RM200 juta. Ini termasuk laluan baharu dari KK ke Layang-layang dan Miri ke Long Banga. Prasarana pula telah membuat perolehan 250 bas elektrik tahun ini.

Memulakan perolehan 12 gerabak tren penumpang KTMB bagi keselesaan penumpang. Prasarana akan menyediakan kemudahan van untuk anak-anak ke sekolah dengan bayaran 50 sen sehala. Kerajaan juga bersetuju memberi tambang percuma kepada semua mahasiswa universiti, politeknik, kolej komuniti dan matrikulasi di seluruh negara yang menggunakan perkhidmatan BAS.MY.

Penyelenggaraan jalan diberi keutamaan mengurangkan kes kemalangan- RM2.8 bilion disediakan menyelenggarakan Jalan Persekutuan; RM1 bilion jalan bukan utama termasuk jalan sekunder, FELDA dan lain-lain; RM450 juta untuk kontraktor G1, G4 meningkatkan ketimbang RM300 juta sebelum ini; untuk jalan negeri, RM5.5 bilion dana MARRIS disediakan.

Kemudian purata wanita yang pegang Lembaga Pengarah dalam 100 syarikat teratas yang tersenarai pada kadar 32.2 peratus setakat 10 Oktober.

Kendatipun, sasaran 30 peratus penglibatan wanita telah tercapai. Ini masih belum dipenuhi oleh 30 syarikat dalam Lembaga Pengarah mereka. Kerajaan menyeru, mendesak, menuntut penjelasan mengapa sasaran ini tidak dicapai oleh syarikat- syarikat berkenaan dan diberi tempoh setahun lagi untuk menimbangkan kenaikan penyertaan wanita dalam Lembaga. Wanita digalakkan juga bekerja terutama dalam menghadapi tekanan kewangan sekarang. Maka cukai tambahan diberi sebanyak 50 peratus bagi penggajian yang dibayar untuk tempoh 12 bulan.

Pembudayaan kerja dan kehidupan yang seimbang di samping menyokong agenda ekonomi penjagaan kepada pekerja, kerajaan bercadang galakan cukai kepada majikan seperti berikut:

(i) potongan cukai tambahan 50 peratus ke atas perbelanjaan kos pembangunan kapasiti dan perolehan perisian; dan

draft • 6:00 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

(ii) potongan cukai 50 peratus bagi kemudahan cuti penjagaan tambahan.

Program Latihan Khidmat Negara dimulakan secara rintis dengan konsep baharu melibatkan peruntukan RM50 juta kepada Kementerian Pertahanan bagi lepasan Kadet Sekolah. PDRM dan agensi beruniform lain turut terlibat menjayakan PLKN 3.0 menggunakan prasarana sedia ada dengan kerjasama Akademi Kenegaraan.

Program Rakan Muda diperuntukkan RM25 juta untuk terus menjadi wadah pembinaan potensi dan identiti belia berjati diri.

Skim Step Up Financing di bawah SKJP jaminan kerajaan RM5 bilion khusus untuk anak muda memiliki rumah pertama.

draft • 6:00 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Kerajaan cakna dan akan memastikan kebajikan serta pendidikan anak-anak autistik kepada tahap yang terbaik. Ini adalah pengumuman melibatkan OKU, anak- anak autistik yang terbesar yang pernah diumumkan oleh kerajaan.

Sebanyak 11 Pusat PERMATA baharu akan dibina bagi melengkapkan setiap negeri dengan pusat didikan anak-anak autistik termasuk di Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Dua buah sekolah baharu Murid Berkeperluan Khas akan dibina di Tuaran, Sabah dan Johor Bahru dengan kos RM300 juta. Sekolah di Johor Bahru bakal menjadi sekolah pertama yang memberi tumpuan sepenuhnya kepada pendidikan autistik.

Elaun Murid Berkeperluan Khas RM150 sebulan juga disediakan kepada lebih 110,000 murid OKU termasuk murid autisme melibatkan peruntukan RM200 juta...

[Tepuk] Bantuan yuran pembelajaran anak autisme disediakan bagi meringankan tanggungan ibu bapa. Ini akan memberi manfaat kepada 30,000 anak autisme dengan dana RM15 juta.

Bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selesa dan terangkum, RM10 juta disediakan membantu sekolah autistik swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan. Pusat Perkhidmatan Autisme akan dibangunkan lagi bagi memanfaatkan komuniti autisme dengan peruntukan RM5 juta. Had pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan dan pemulihan anak autisme ditingkatkan kepada RM6,000.

draft • 6:10 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Peruntukan kebajikan warga emas ditingkatkan mencecah RM1 bilion. Ini bagi membiayai bantuan tunai, wang saku institusi warga emas dan pusat aktiviti.

Pelepasan cukai pendapatan individu berkaitan aktiviti sukan dan penjagaan kesihatan disemak semula, memelihara kebajikan dan menjamin penjagaan warga emas.

Pelepasan cukai perbelanjaan pemeriksaan perubatan penuh ibu bapa diperluas untuk meliputi kos pemvaksinan.

Pelepasan cukai perbelanjaan peralatan dan aktiviti sukan diperluas kepada ibu bapa.

Rawatan perubatan bagi ibu bapa turut merangkumi datuk dan nenek.

Pengecualian cukai pendapatan individu ke atas elaun penjagaan anak diperluas.

Penjagaan warga emas iaitu ibu bapa, datuk dan nenek serta potongan cukai tambahan bagi majikan yang membayar elaun penjagaan anak turut diperluas. Ini termasuk kesejahteraan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU). Jadi peruntukan ditambah RM1.3 bilion ringgit.

Kemudian syarat kelayakan menerima bantuan dipermudahkan kepada RM1,700 ringgit. Kemudian kerajaan akan meringankan tanggungan pembayaran cukai OKU dengan pelepasan cukai tambahan kepada RM7,000.

Pelepasan cukai tambahan bagi pasangan OKU dinaikkan kepada RM6,000 dan yang belum berkahwin dinaikkan kepada RM8,000.

Orang Asli dalam banyak ikhtiar telah diumumkan, tapi peruntukan ditambah menjadi RM380 juta untuk menaikkan taraf hidup mereka. Ini termasuk ladang Orang Asli.

Dasar Peluang Kedua yang melibatkan 170,000 rakyat yang diisytiharkan bankrap untuk membina semula kehidupan. Dasar Peluang Kedua diperluas kepada syarikat-syarikat yang telah dibankrapkan.

Jadi maknanya mengembalikan banduan kepada masyarakat- Program Peluang Kedua (PEKA) oleh Jabatan Penjara akan diteruskan, Agensi Antidadah Kebangsaan dilibatkan dan RM10 juta ringgit disediakan untuk menjayakan program PEKA.

Baitul Mahabbah akan diteruskan oleh Jabatan Imigresen dengan kerjasama NGO. Ini bagi memastikan kanak-kanak warga asing mendapat perlindungan di tempat sementara.

Pemikiran dan aliran yang menyimpang daripada Islam yang sebenar berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah semakin membimbangkan. Itu langkah

draft • 6:10 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

mengekang aktiviti pemesongan akidah yang kian menular menimbulkan kegelisahan rakyat Malaysia. Maka Susulan Ops Global yang sedang dijalankan, kerajaan akan menyediakan tambahan RM25 juta kepada Kementerian Pembangunan Wanita..., bagi menguruskan anak-anak yang teraniaya serta melaksanakan program pemulihan akidah.

Peruntukan hal ehwal Islam berjumlah- khususnya melalui JAKIM- berjumlah RM2 bilion. Ini untuk memperkasa institusi pendidikan- RM150 juta bagi menyelenggarakan prasarana pendidikan Islam JAKIM seperti sekolah pondok, sekolah tahfiz dan sekolah agama rakyat. Kuota guru KAFA 1,500 orang. Kemudian membantu penuntut di Institut Pendidikan Pengajian Islam dan Dakwah Sabah

(IPDAS), IKMAS, Darul Quran- kerajaan bersetuju meningkatkan kadar wang saku penuntut sebanyak RM100.

Insiden membakar al-Quran di Sweden dan penentangan terhadap Islam kerana sifat kejahilan yang menebal dan Islamophobia- untuk menyemai kesedaran ini, kita telah meluncurkan tahun lalu Wakaf al-Quran dan sebahagian besar telah diedarkan termasuk dalam bahasa Kemboja, bahasa Thai, bahasa Mandarin, bahasa Sweden, Sepanyol dan baru-baru ini diluncurkan secara besar-besaran dengan kerjasama Yayasan Restu di United Kingdom. Kita juga telah mengambil pendekatan membantu rakyat Palestin terutama di Gaza yang terus dirundung malang akibat kezaliman rejim Zionis yang hilang perikemanusiaan dan terus dengan kebiadaban mereka. Jadi langkah-langkah akan terus diambil untuk membantu termasuk yang uzur dan sakit. Badan amanah akan diperlepaskan daripada – sedikit sebanyak daripada pelepasan kadar cukai.

Sekarang ini kita ada 70,000 orang guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut. Kerajaan bersetuju menyalurkan sumbangan khas RM500 dengan peruntukan RM35 juta..*.

[Tepuk]* Tahniah kepada semua atlet yang berjuang di pentas Olimpik dan Paralimpik Paris. Ini termasuk pencapaian Cheah Liek Hou dan Bonnie Bunyau Gustin yang berjaya merangkul pingat emas....

[Tepuk] Sukan diperhebat dan peruntukan RM230 juta. Program Podium Latihan Atlet- Road To Gold, persiapan atlet menjelang sukan para dunia termasuk Deaflympics Tokyo 2025.

Bagi menyokong pembangunan sukan bola sepak, saya telah umumkan RM15 juta disediakan kepada pasukan Harimau Malaya termasuk pasukan bawah 18 dan bawah 13 dengan kerjasama FAM bagi mendapatkan jurulatih terbaik mengikut sesi latihan terbaik serta diberi ganjaran yang setimpal kepada pemain.

draft • 6:10 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Kejayaan Pasukan Badminton Negara antaranya beregu wanita, saudari Pearly dan saudari Thinaah; beregu lelaki- saudara Sze Fei dan saudara Izzudin mengharumkan negara pelbagai di kejohanan antarabangsa. Ini menyenangkan- lihat pasukan pelbagai kaum tidak kira kaum, tetapi berjuang untuk mengharumkan nama negara...

[Tepuk] Dalam bentuk sahsiah mulia dan menangkis perbezaan sesama masyarakat antara kaum, penganjuran untuk program pemupukan semangat perpaduan, sejati diri ditambah melalui peruntukan RM50 juta. Semangat kesukarelawan ini penting dalam negara MADANI maka peruntukan RM150 juta termasuk dengan bantuan Yayasan GLIC, GLC dan NGO.

Sebanyak RM50 juta disediakan bagi kerja-kerja baik pulih dan selenggara rumah ibadat bukan Islam yang berdaftar di seluruh negara.

Saya selalu tekankan ke dalam gelombang kebangkitan Asia bahawa pembangunan ekonomi harus seiring dengan pemerkasaan budaya dan nilai.

Khazanah bahasa dan sastera perlu terus dipertahankan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Bagi mengangkat darjat bahasa dan kesusasteraan, kerajaan menyediakan RM50 juta untuk Dewan Bahasa dan Pustaka, bekerjasama dengan penggiat bahasa untuk mempergiat aktiviti bahasa dan kesusasteraan khususnya dalam kalangan generasi muda. Ini termasuk mengalih bahasa karya agung, penganjuran teater serta memelihara bahasa kaum minoriti termasuk etnik Siam.

Kerajaan mendukung penuh pembangunan industri seni kreatif termasuk dana kandungan digital ditingkatkan kepada RM65 juta. Promosi karya-karya terutama berteraskan semangat kenegaraan- RM40 juta kepada insentif filem di Malaysia. Penyokong penerbitan filem antarabangsa. Belia Kreatif MADANI akan dianjurkan bagi menarik 16,000 ribu orang anak muda menceburi bidang seni dengan peruntukan RM30 juta.

draft • 6:10 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Maruah dan kedaulatan negara perlu terus dipelihara. Keharmonian dikecap selama ini tidak boleh diganggu-gugat. Perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama sekian lama terbina perlu dipertahankan...

[Tepuk] Kementerian Dalam Negeri menerima RM19.5 bilion. Lebih RM2.12 bilion diperuntukkan khusus untuk PDRM dan agensi beruniform bagi menjamin keselamatan dalam negeri melalui usaha bersepadu membanteras jenayah dan mengekang anasir permusuhan yang memecah belah rakyat. Pejabat-pejabat polis baharu akan dibina dengan kos RM2.1 bilion.

draft • 6:20 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Kementerian Pertahanan menerima RM21.2 bilion dan kesiapsiagaan ATM dengan RM5.8 bilion untuk kerja senggara dan pembaikan serta perolehan aset-aset ketenteraan baharu.

Program baharu PROTEGE - Veteran akan diperkenalkan, mewajibkan kontraktor menyediakan peluang pekerjaan untuk veteran ATM terutamanya yang punyai kelayakan TVET.

Industri ketenteraan tempatan melalui pemindahan teknologi daripada pembekalan aset ketenteraan dan menggalakkan pemain industri tempatan menembusi pasaran eksport harus diberi keutamaan. Sebagai contoh, syarikat tempatan- Aerodyne yang muncul sebagai penyedia perkhidmatan dron utama dunia wajar disokong untuk mengeksport aplikasi keselamatan kawasan sempadan.

Aset perairan akan ditambah. Ini merangkumi perolehan baharu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia:

(i) enam kapal di bawah Ship Life Extension Programme Fasa 2;

(ii) sebuah kapal- Multi-Purpose Mission Ship; dan

(iii) dua buah kapal ronda generasi baharu.

Sejumlah RM560 juta disediakan untuk memperkasa sempadan negara termasuk naik taraf ICQS Rantau Panjang dan Bukit Berapit, dua pos sempadan di Bantul dan Serudung, Sabah serta membekalkan badan penguat kuasa dengan teknologi dron dan AI.

Pembangunan pekan-pekan yang bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia dan Selatan Thailand turut diberi keutamaan. Ini peruntukan RM1 bilion termasuk jambatan yang mula diselenggarakan- Rantau Panjang ke Golok dan Pengkalan Kubor ke Tumpat dengan kos RM50 juta, kerjasama dengan Thailand.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia ditubuhkan bagi meningkatkan pengurusan keluar-masuk sempadan.

Sistem pagar automatik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kepada kaedah kod QR digunakan juga bagi penumpang bas dan pengguna motosikal.

Di kesempatan yang sama, saya ingin mengajak keseluruhan pasukan penjawat awam untuk menerapkan budaya kerja yang baharu sebagai menyemangati maksud memulihkan serta menambah baik kecekapan tahap perkhidmatan. Sementelahan, tidak ada maknanya sekiranya kebijakan yang kita usulkan tidak dilonjakkan dengan kecekapan penjawat awam. Ketangkasan mesti disemarakkan, khidmat bakti kepada rakyat mesti terangkat.

draft • 6:20 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Dana RM10 bilion ditambah untuk memberi tambahan dan sistem yang lebih adil kepada semua penjawat awam, tetapi rakyat perlu melihat peningkatan kecekapan dan pertanggungjawaban semua jabatan di semua daerah di negara kita.

Saya berpuas hati kerana Ketua Setiausaha Negara yang memantau, memberi jaminan pelaksanaan yang lebih terkesan.

Kementerian Kesihatan akan melaksanakan sistem kerja baharu di hospital dan klinik kesihatan. Ini seperti mana- selari dengan apa yang kita sebut supaya Elaun Tugas Khas Panggilan dinaikkan antara RM55 kepada RM65 kepada Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian mengikut bidang perkhidmatan dan jabatan tertentu.

Kerajaan memperkenalkan Program APEL.Q di bawah kendalian INTAN- 50 peratus atau maksimum RM15,000 kepada penjawat awam yang telah berkhidmat melebihi 15 tahun.

Sebanyak RM1.8 bilion disediakan bagi membina, menyelenggarakan, membaik pulih Kuarters Penjawat Awam- Guru, Doktor, anggota Polis, Bomba, penjara dan Rumah Keluarga Angkatan Tentera.

Skim Pembiayaan Perumahan Muda untuk penjawat awam muda memohon pembiayaan perumahan sehingga 40 tahun.

Kita masih ingat serangan ganas di Balai Polis Ulu Tiram yang meragut nyawa dua orang anggota Polis- Allahyarham Lans Koperal Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Allahyarham Lans Koperal Muhamad Syafiq Ahmad Said serta Sarjan Mohd Hasif Roslan yang cedera akibat terkena tembakan. Bagi memperkasa perlindungan sosial kepada semua penjawat awam, Skim Ex-Gratia Bencana Kerja akan diperluas dan dipermudah.

Yang hilang upaya kekal semasa dalam operasi, sehingga RM50,000 akan diberi bagi Bencana Kerja mulai tahun 2024. Bayaran ex-gratia pukal sebanyak RM20,000 diberi sebagai tambahan kepada waris bagi kematian Bencana Kerja mulai 2024.

Kadar Elaun Layanan dinaikkan. RM1,500 ketimbang mulai 1 Januari 2025.

Kesejahteraan pada pesara dan veteran tentera tidak diabaikan. Kerajaan bersetuju supaya Bantuan Sara Hidup berdasarkan pendapatan garis kemiskinan untuk veteran ATM tidak berpencen dinaikkan kepada RM500 sebulan. Kerajaan turut bersetuju melanjutkan bayaran penghargaan khas kepada pesara, penama- penerima Pencen Terbitan mulai Januari hingga Disember 2025.

Keikhlasan penjawat awam mencurahkan bakti, kita terima baik.

Umpamanya, ada contoh-contoh yang sangat positif. Cikgu Azam dari Sekolah

draft • 6:20 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Kebangsaan Klang menghasilkan Caballus RAFVI atas inisiatif dengan dana sendiri untuk memberikan pengalaman indah kepada anak muridnya yang OKU penglihatan menyertai acara larian bersama rakan-rakan yang lain. Ustaz Wan- Guru di SK Nami, Gulau, Sik secara kreatif menyediakan kemudahan bermain boling di kawasan anjung sekolah untuk anak-anak murid beriadah pada waktu rehat, atas ikhtiar sendiri.

Jangan lupa pengorbanan pasukan MALBAT yang menyumbang tenaga dalam misi di Lubnan. Kita berbangga dengan pencapaian SMART pula.

Jadi, saya ceritakan beberapa kes di mana perkhidmatan penjawat awam itu sangat membanggakan dan memenuhi harapan rakyat, tetapi peringatan supaya jangan kita cuai kerana peningkatan gaji dan upah dengan harapan peningkatan tanggungjawab.

Kerajaan membuat penstrukturan semula gaji penjawat awam kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam berkuat kuasa 1 Disember 2024. Ini melibatkan penyelarasan gaji 15 peratus kepada Kumpulan Pelaksana dan Profesional, tujuh peratus kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi. Penjawat awam akan peroleh pendapatan minimum RM2,115 sebulan dan berjumlah sepertimana yang saya sebut, RM10 bilion untuk tahun 2025, tambahan daripada gaji yang lalu.

Pencen akan dilaksanakan secara berfasa berdasarkan pelarasan peratusan ke atas gaji akhir pesara. Ini termasuklah pesara Angkatan Tentera Malaysia.

Sukacita saya umumkan, kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak. Bantuan khas ini diberi kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen, veteran tidak berpencen sebanyak RM250. Ini disalurkan pada bulan Februari 2025. Maknanya, Disember ada kenaikan, bulan Januari ada kenaikan, bulan Februari ada bonus. Alhamdulillah.

Atas keprihatinan terhadap permasalahan rakyat tentangan fiskal, saya amat berterima kasih kepada KSN dan KPPA atas kepimpinan mereka, barisan pengurusan tertinggi Gred Utama Turus yang menunjukkan teladan secara sukarela.

Mereka memberi sedikit cadangan supaya – sementara menerima Sistem Pelarasan Gaji ini, tetapi mencadangkan supaya mereka sanggup melepaskan pelarasan gaji permulaan ini untuk menunjukkan kesediaan mereka menyokong langkah-langkah kerajaan.

draft • 6:20 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Jadi, maknanya untuk Turus, tujuh peratus itu tidak akan diambil walaupun ada cadangan mereka kurang sedikit, saya tambah jadi tujuh peratus kerana menteri-

draft • 6:30 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

menteri masih potongan 20 peratus dan Perdana Menteri masih belum ambil gaji.

Jadi, elok Turus berikan contoh yang baik...

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, akhirulkalam. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana haluan dan kemantapan negara jelas memancar. Angka pertumbuhan, pelaburan meyakinkan, tatakelola, penguatkuasaan tegas, reformasi institusi kini bertapak jelas. Budaya mempedulikan rakyat kian berbekas. Semua ini merupakan petanda awal ke arah penerimaan negara MADANI yang diidamkan.

Demikianlah hasil permuafakatan semua pihak. Pimpinan, jentera pentadbiran, pedagang, pengusaha pekerja dan rakyat keseluruhannya.

Sesungguhnya keamanan dan kestabilan ini perlu diperkukuh bagi memupuk semangat perpaduan kaum, negeri, muhibah serta kasih sayang. Rakyat mampu terangkat dan terbela sekiranya kita semaikan ihsan, rasa cinta dan iringan doa ke hadrat Ilahi.

Mari kita hadam akhirulkalam ini bait-bait puisi ‘Kepada Cinta’ oleh penyair, Teguh Esha:

*Kepada Cinta aku bertanya: “Mengapa benci marak di sini?” Kepada Doa aku bertanya: “Mengapa dusta laris di sini?” Kepada Berita aku berkata: “Mengapa fakta dikhianati?” Kepada Sastera aku bercerita tentang kata-kata yang berubah erti.

Kepada Cinta aku berkata: “Padamkan benci di banyak diri” Kepada Doa aku bisikkan: “Tetaplah murni jangan tercemari!” Kepada Rindu aku kisahkan: “Doa dan cinta kekal abadi..” Kepada Allah aku memohon: “Teguhkan aku di semua sepi...” Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

[Tepuk]*

draft • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ada Yang Berhormat sesiapa menyokong?

draft • 6:30 PM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, dipersilakan.

draft • 6:30 PM
USUL
USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2025

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Usul di atas nama saya di dalam Aturan Urusan Mesyuarat yang berbunyi; “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lapan puluh lapan bilion ringgit

(RM88,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2025, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2025, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 16 Tahun 2024, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran- butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut”.

draft • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ada sesiapa Yang Berhormat menyokong?

draft • 6:30 PM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 66(3), perbahasan atas Usul-usul bagi Bacaan Kali Kedua atas Rang Undang-undang Perbekalan 2025 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2025, hendaklah ditangguh kepada suatu tarikh tidak kurang daripada dua hari, setelah Usul-usul tersebut dicadangkan dan disokong.

Dengan sedemikian, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi hari Isnin, 21 Oktober 2024.

draft • 6:30 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.35 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026