Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa, Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Dari Tampin ke Titiwangsa Rendang Maman jadi bekalan Pekebun kecil banyak berjasa Hulurkan bantuan dilupa jangan Soalan saya nombor 1.
1. Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa [Tampin] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan jumlah pekebun kecil yang telah memanfaatkan Program Tanam Semula Sawit setakat ini dan adakah kementerian mempunyai sebarang perancangan untuk memanjangkan inisiatif tersebut terhadap para pekebun kecil getah yang ingin beralih kepada tanaman komoditi sawit.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Penyokong kuat Titiwangsa.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Ha, undi satu macam *jer.
[Ketawa]*
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Puan Yang di-Pertua, bagi mempertingkatkan daya saing industri sawit negara, inisiatif penanaman semula amat penting bagi memastikan hasil sawit tidak terjejas disebabkan pokok-pokok sawit yang telah menua. Bagi tahun 2024, kerajaan telah memperuntukkan 100 juta, bagi Program Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Sawit untuk pekebun-pekebun kecil.
Penanaman semula ini, lebih memfokuskan kepada program tanam semula sawit bagi pokok sawit yang menua, yang telah berumur lebih daripada 25 tahun dan tidak lagi produktif. Insentif ini adalah khas kepada pekebun-pekebun kecil sawit sahaja. Peralihan tanaman getah kepada sawit tidak termasuk dalam skop insentif ini.
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Kerajaan juga tidak menggalakkan penukaran ladang-ladang getah kepada sawit kerana kita ingin memastikan bahawa getah masih juga diperlukan di peringkat negara. Pada tahun 2024 ini, kerajaan telah menyasarkan kawasan tanaman semula seluas 5,900 hektar untuk tanaman semula sawit bagi tahun 2024.
Sehingga 11 Oktober 2024, kerajaan telah menerima permohonan daripada 2,311 pekebun kecil sawit yang merangkumi sekitar 7,699 hektar. Daripada jumlah ini, kerajaan telah meluluskan permohonan bagi seramai 1,165 pekebun kecil sawit dengan keluasan 3,378 hektar yang melibatkan pembiayaan berjumlah 52.9 juta. Selebihnya dalam proses kelulusan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tampin.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tersebut. Soalan tambahan saya Yang Berhormat Menteri. Adakah kerajaan berhasrat untuk meningkatkan kadar pembiayaan skim tanaman semula kelapa sawit, pekebun sawit kecil ini pada tahun 2025 dan boleh sekiranya kerajaan mengembalikan semula skim tersebut kepada 100 peratus berbentuk geran penuh seperti di zaman pentadbiran Barisan Nasional dahulu, berbanding berbentuk 50 peratus geran dan 50 peratus pinjaman ketika ini. Selaku orang kampung YB Menteri, saya mewakili orang-orang di kampung dan di kawasan luar bandar, saya mohon dan merayu agar perkara ini dipertimbangkan. Terima kasih Timbalan Speaker.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima Kasih Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat bersimpati kepada pekebun kecil, saya pun sama juga. Cuma pada tahun 2024, kita memperuntukkan 100 juta dan kerajaan telah memberi 50 peratus geran, yang lagi 50 peratus kita kena pinjam melalui Agrobank.
Jadi, dalam konteks Yang Berhormat ini, memohon supaya 100 percent geran, saya akan cuba apa ni berbincang dengan pihak Kementerian Kewangan. Bukan sahaja unutk menambahkan penanaman semula ini tetapi lebih kepada tengok bagaimana kita mempermudahkan pekebun-pekebun kecil ini dapat meningkatkan pengeluaran mereka ─ kerana dalam negara kita, kita pernah mengeluarkan kelapa sawit melebihi 20 juta metrik tan tetapi hari ini pengeluaran kita telah menguncup kepada 18.6 juta metrik tan.
Ini adalah kerana kita tidak membuat tanaman semula dengan begitu sistematik.
Sehingga hari ini, penanaman semula kita ini untuk pekebun-pekebun hanya sekitar 0.2 peratus Sahaja, dibandingkan dengan standard yang perlu kita buat ialah 4 peratus setahun.
Kita cubalah doa, tunggu hari Jumaat. Doa banyak-banyak.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Harap-harap begitulah, setuju.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Rantau Panjang.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, selain daripada bantuan yang diberi kepada pekebun- pekebun kecil, adakah usaha kerajaan untuk memberi bantuan ataupun geran juga kepada syarikat-syarikat perladangan kecil dan sederhana yang mana kebanyakan syarikat ini menanggung kos yang tinggi kerana banyak mengandungi pokok-pokok tua yang
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
mengeluarkan hasil yang kurang dan juga apakah usaha untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti sawit kepada mereka selepas program tanaman semula. Adakah ada kursus khusus kepada latihan dan sebagainya kepada pekebun-pekebun sawit ini. Terima kasih.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih Yang Berhormat. Ya, kita sebenarnya bila kita galakkan penanaman semula ini, kita tidak limit hanya kepada pekebun kecil, tetapi pekebun-pekebun yang tidak masuk dalam kategori-kategori pekebun kecil, dia banyak insentif yang kita bagi dari segi dia punya investment allowance dan juga kita juga ingin menekankan kepada pekebun-pekebun kecil atau pekebun-pekebun yang ada estet- estet besar ini, dia sebenarnya kita minta mereka bekerjasama dengan estet-estet kecil.
Kalau mereka mempunyai benih-benih yang bagus, yang berkualiti tinggi, jadi sebelum dia pergi membawa benih-benih ini keluar daripada negara kita, kita akan menggalakkan supaya benih-benih ini dikongsi bersama-sama dengan pekebun-pekebun kecil dan juga estet-estet kecil. Itu benih.
Dan banyak lagi dari segi good other culture practices, yang itu juga kita galakkan kepada estet-estet ini untuk dia menggunakan standard penanaman material yang digunakan, baja yang dia berkualiti.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Ini semua adalah nasihat yang akan diberi oleh MPOB untuk memastikan industri kita ini terjaga dari segi pengeluaran hasil setiap ladang yang kita tanam kelapa sawit. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan, Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 2. Terima kasih.
2. Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah tegas kerajaan dalam menangani sindiket membawa masuk warga asing melalui modus operandi ‘counter setting’ yang turut didalangi penguat kuasa agensi yang bertugas di pintu masuk udara negara sehingga bolosnya sempadan negara.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih rakan saya dari Kota Bharu. Bahawa soalan yang sama ada juga ditanya oleh Serian, Besut 22 Oktober; Tebrau, Seputeh, Bukit Bintang 11 November; Kuala Pilah, Tanah Merah 2 Disember; Kepong 9 Disember. Makanya Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk jawapan saya terhadap soalan-soalan itu disekalikan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Saya mohon maklumkan kepada Dewan bahawa Kementerian Dalam Negeri memandang berat isu yang membabitkan insiden ataupun kegiatan counter setting ini. Ini perkara yang melibatkan pelanggaran integriti. Ini adalah merupakan amalan rasuah yang tak boleh ada tolak ansur oleh semua kita, lebih-lebih
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
lagi KDN. Ini juga adalah perkara yang perlu diteliti dari sudut tatakelola pengurusan. Kena tingkatkan kecekapan dan kena bersungguh-sungguh lakukan perubahan.
Kota Bharu bertanya, apakah langkah tegas. Ada tiga perkara. Pertama, membanteras sindiket yang membawa warga asing. Kedua, tingkatkan kawalan penguat kuasa yang bertugas di kaunter. Yang ketiga, meningkatkan penggunaan teknologi.
Saya jelaskan. Yang pertama, membanteras sindiket membawa warga asing.
Jabatan Imigresen Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta agensi penguat kuasa yang lain sentiasa meningkatkan usaha untuk membanteras sindiket ini yang membawa masuk pekerja asing secara haram melalui kerjasama strategik sesama mereka. Okey. Jadi, kita pun banteras kena secara usaha sama di kalangan agensi penguat kuasa.
Suka saya maklumkan kepada Dewan, sehingga Oktober tahun ini, usaha sama JIM dan pelbagai agensi penguat kuasa telah berjaya menumpaskan 47 sindiket melibatkan 1,285 tangkapan ahli sindiket dan pendatang asing tanpa izin. Hasil kerjasama dan itu keputusannya ― 47 sindiket kita banteras.
Kita juga perketatkan pemeriksaan di kaunter-kaunter pintu masuk bagi memastikan mereka yang layak sahaja masuk negara ini. Yang tak layak, kita tolak. Yang telah kita tolak, ertinya kita berikan notis not-to-land atau nota penolakan masuk. Sehingga September tahun ini, kita kenakan NTL kepada warga asing seramai 25,214. Baik.
Yang bertugas di kaunter imigresen ini, pegawai-pegawai imigresen, kita tingkatkan pemantauan seliaan ke atas mereka. Kita pertingkatkan rondaan, kita pantau melalui CCTV di bilik kawalan. Penyelia buat lawatan mengejut ke kaunter-kaunter ini dan pegawai kita yang bertugas di kaunter ini juga, Tuan Yang di-Pertua, kita tak benarkan dia bawa alat telekomunikasi. Sebelum dia bertugas dan selepas dia keluar, kita lakukan body search ke atas mereka.
Tuan Yang di-Pertua, bukan sekadar mereka dikenakan NTL di pintu masuk, bahkan imigresen juga sudah pun mewujudkan pasukan khas yang membuat rondaan sebelum daripada pengembara ini pergi ke kaunter imigresen. Jika pasukan ini mengesan mereka ini berlama-lama ― lima jam, enam jam, tujuh jam, lapan jam ― masih tak pergi ke kaunter, bermaksud sedang tunggu isyarat daripada sindiket nak maklum mereka kaunter mana mereka patut pergi. Hasil daripada pasukan rondaan ini, setakat September tahun ini, kita telah berjaya menyekat 6,694 orang pengembara daripada masuk kerana alamat tempat dia nak datang ke Malaysia dia tak ada, wang dia tak cukup dan segala macam. Baik.
Inovasi teknologi adalah jalannya. Imigresen sekarang di peringkat akhir ― dua perkara. Yang pertama, kita sedang proses memuktamadkan perolehan bagi sistem saringan awal penumpang, disebut advance passenger screening system. Sistem ini membolehkan imigresen membuat saringan awal bagi pengembara yang melakukan perjalanan ke Malaysia. Belum pun mereka sampai, kita dah ada akses terhadap senarai mereka, membolehkan kita membuat pemeriksaan awal. Kita juga sekarang di fasa akhir untuk menaik
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
taraf kamera litar CCTV yang dilengkapkan audio dan visual di kaunter pemeriksaan. Ini antara langkah-langkah tegas yang diambil oleh imigresen, sesuai pertanyaan Kota Bharu.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Yang di-Pertua.
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Menteri. Jawapan yang tegas, kita harap tindakan pun tegas, insya-Allah. Baru-baru ini telah mengejutkan kita satu tindakan daripada SPRM terhadap tindakan yang telah dilakukan oleh pegawai-pegawai di satu agensi iaitu Jabatan Imigresen Malaysia dengan tangkapan lebih daripada 60 orang yang mana 50 orangnya adalah pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen sendiri yang diketuai oleh seorang pegawai kanan yang sudah bertugas selama 20 tahun di jabatan ini. Dia menguasai lebih daripada 50 orang pegawai imigresen dan dia adalah focal person.
Soalan saya. Daripada tangkapan, serbuan dan juga rampasan yang dibuat oleh SPRM, boleh Dewan ini diberitahu, sejak tindakan ataupun aktiviti counter setting ini dibuat, berapakah bilangan warga asing yang lolos daripada kaunter imigresen ini? Yang pertama.
Yang keduanya, memandangkan perkara ini, sebagaimana disebut oleh Yang Berhormat Menteri satu perkara yang cukup serius, pelanggaran integriti tak boleh ditolak ansur dan dipandang berat oleh kementerian, adakah kerajaan bercadang untuk membuat satu peruntukan di bawah Akta Imigresen untuk mewujudkan satu kesalahan yang penaltinya cukup berat kepada pegawai-pegawai jabatan itu sendiri yang melakukan kesalahan? Itu memerlukan pindaan Perlembagaan, kalau ada.
Yang keduanya, saya ingin bertanya satu maklumat. Kalau Yang Berhormat tak boleh jawab sekarang pun, boleh bertulis ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya. Berapakah jumlah — ini soalannya. Berapakah jumlah warga asing yang telah masuk ke Malaysia secara sah mulai Januari 2023 sehingga September 2024? Saya ingin tahu, berapa orangkah yang dikesan tinggal melebihi tempoh atau overstay yang melibatkan warga-warga negara besar seperti China, India dan juga Arab? Terima kasih.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih Kota Bharu. Untuk makluman, saya sebut tadi dengan kerjasama polis dan SPRM. Kalau di sana berlaku pelanggaran di bawah Akta SPRM, KDN bagi kerjasama untuk SPRM kuatkuasakan undang- undang. Jumlah tangkapan yang dibuat, di bawah seksyen apa, kesemuanya itu dilakukan dengan bebas oleh SPRM.
Di peringkat Jabatan Imigresen, kesalahan yang jelas ikut merupakan isu tatatertib ini, kita telah mengambil tindakan terhadap hampir 300 pegawai kita, anggota kita. Itu menunjukkan seriusnya kita dalam menangani isu integriti. Baik.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Ada dua soalan spesifik oleh Yang Berhormat, bertanyakan tentang jumlah mereka yang masuk, yang saya berikan tadi, yang dikenakan NTL. Dan apakah melalui sindiket ini, kita dapat mengesan bilangannya. Saya perlu tempoh notis untuk memberi jawapan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Kedua, soalan Yang Berhormat tadi ialah kemasukan pelancong dari Januari tahun lepas sehingga sekarang, juga saya perlukan notis. Di kalangan mereka ini daripada tiga negara kategori China, India dan juga Arab yang masuk, kemudian tinggal lebih masa.
Negara-negara ini adalah antara negara yang kita berikan kelonggaran visa untuk masuk ke negara ini dalam tempoh 30 hari pertama, visa free-nya. Maksudnya, kalau dia duduk sini hari ke-31 dan ke atas. Itu kita kategorikan sebagai dia sudah overstay.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan jawapan, Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Sorry?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan jawapan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Oh, itu sahaja jawapan saya. Terima kasih.
Seorang Ahli
Soalan panjang.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Kepong, Kepong. Tadi...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kepong.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Saya rasa Jabatan Imigresen harus memohon maaf kepada Yang Berhormat daripada Bintulu sebab beliau Menteri yang pertama pada Julai tahun lalu mendedahkan sindiket counter setting ini. Soalan saya, berita terkini semalam di Malaysiakini mengatakan ada tiga sumber yang kata ada lagi tiga individu, tiga dalang yang belum ditangkap. Nama gelaran mereka Tok Yah, DK dan seorang lagi Adik. Jadi soalan saya, adakah kerajaan tahu identiti tiga individu ini? Dan mengapa mereka masih belum ditangkap? Sekian, terima kasih.
Seorang Ahli
Kepong tahu.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Saya minta Kepong bagi tahu Malaysiakini, bagi nama itu kepada kita. Kita serahkan kepada SPRM untuk tangkap ya. Itu lebih mudah. Dapatkan nama penuh dia, okey. Sebutkan bukti kegiatan dan serah. Saya bagi jaminan saya akan serah sendiri kepada SPRM. Okey. Jadi, dalam Parlimen kita tak boleh buat sweeping statement-lah. Ia mesti ada – kita ada tanggungjawab, kita juga ada pertanggungjawaban. Okey.
Kedua, elak untuk melaga-lagakan saya dengan sahabat saya Bintulu lah, okey.
Kami kerja sebagai satu pasukan, cukup harmoni. Dia tegur saya, saya tegur dia. Dia kritik saya, saya kritik dia. Itu lumrah perbedaan. Soal counter setting ini Kepong, bukan berlaku ketika Bintulu tegur sahaja. Ini penyakit lama sebenarnya.
Jadi yang paling penting, bukan kita cakap tentang penyakit dan masalah ya.
Bagaimana kita cari solution terhadap masalah ini? Itu paling penting. Semangat kami sekarang di KDN ke arah itu. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh, Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, soalan Ledang nombor 3.
3. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang] minta Menteri Pendidikan menyatakan secara terperinci berkenaan:
(i) perkembangan usaha membangunkan kemahiran digital bagi pelajar-pelajar di sekolah-sekolah luar bandar; dan
(ii) kaedah yang akan diguna pakai dalam menyelesaikan isu kekangan peralatan yang diperlukan oleh sekolah-sekolah luar bandar bagi mengadaptasi teknologi dan digital.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih soalan dari Yang Berhormat Ledang. Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa komited melaksanakan reformasi pendidikan secara berterusan. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah menggariskan 11 anjakan, termasuk anjakan tujuh iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia.
Pada tahun lepas, Dasar Pendidikan Digital telah pun diluncurkan pada 28 November 2023. Sekali lagi memperkukuhkan pelaksanaan PPPM 2013-2025 dalam usaha melahirkan generasi fasih digital dan berdaya saing, menggunakan teknologi digital secara bersepadu, kreatif, inovatif, bertanggungjawab dan beretika.
KPM mengukur kemahiran digital murid melalui Laporan Skor Kompetensi Digital atau, dengan izin, Digital Competency Score (DCS). Pencapaian kemahiran digital murid pada tahun 2023 menunjukkan bahawa purata skor murid sekolah luar bandar adalah sebanyak 3.24 poin berbanding dengan purata skor kebangsaan sebanyak 3.31.
Manakala purata skor bagi murid sekolah bandar menunjukkan skor yang lebih tinggi iaitu sebanyak 3.34. Maka, ada – sememangnya ada jurang di antara murid kita di bandar dan juga di luar bandar. KPM sentiasa menyedari kepentingan penambahbaikan berterusan terhadap ekosistem pendidikan digital agar lengkap dan kondusif di semua sekolah, termasuk di sekolah-sekolah di luar bandar.
Melalui Teras 4, pengupayaan infrastruktur dan juga infostruktur Dasar Pendidikan Digital. KPM telah pun membangunkan kemahiran digital dalam ekosistem pembelajaran iaitu rintis kelas hibrid telah dilaksanakan di 110 buah institut pendidikan terpilih, termasuk sekolah-sekolah luar bandar. Ini melibatkan 550 buah kelas bermula pada tahun 2021. Dan kelas pintar ini dilengkapi dengan kemudahan peralatan digital seperti smart board, TV pintar, set kamera, perakam suara dan sebagainya.
Pada tahun hadapan 2025, pihak KPM bercadang untuk memperluaskan projek ini kepada 400 buah kelas lagi dan ini termasuk sekolah-sekolah yang terpilih dari bandar dan luar bandar. Berkenaan dengan akses internet. KPM telah melaksanakan perolehan baharu
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
perkhidmatan internet bagi tempoh Julai 2024 sehingga Jun 2025, termasuk sekolah-sekolah di luar bandar.
Khas untuk sekolah-sekolah luar bandar. KPM telah memperkasakan sebanyak 367 buah pusat kegiatan guru dan 16 buah sektor sumber dan teknologi pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri di seluruh negara, termasuk di luar bandar sebagai pusat kecemerlangan, dengan izin, centre of excellence untuk inisiatif pendidikan digital sejak tahun 2022.
Penaiktarafan ini telah pun selesai pada tahun ini melibatkan peruntukan sebanyak RM44.6 juta. Last, dengan izin.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan jawapan.
Tuan Wong Kah Woh
Ya. KPM juga telah melengkapkan perkakasan ICT di makmal komputer sekolah secara berfasa di semua sekolah, termasuk sekolah-sekolah di luar bandar, melibatkan pembekalan komputer riba 21 unit setiap sekolah, pencetak multifunction satu unit, projektor satu unit, charging charge satu unit.
Projek ini dilaksanakan melalui tiga fasa dari tahun 2021 sehingga tahun 2023 melibatkan agihan sebanyak 244,158 unit. KPM sentiasa berusaha menambah baik sistem pembelajaran berasaskan teknologi dan digital secara berterusan, termasuk di kawasan bandar dan juga di luar bandar. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang bernas tadi dan saya percaya amat penting untuk kita lihat tentang bakat di kalangan anak-anak, pelajar-pelajar kita untuk tujuan masa depan.
Saya ingin bawa kembali tentang cabaran, juga yang disebut. Antara perkara yang disebut tentang cabaran untuk ekosistem dari segi pendidikan digital ialah guru iaitu untuk kita menyediakan guru yang berkemahiran digital. Kalau lihat daripada segi statistik, kalau dizinkan Timbalan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terus soalan ya.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Sebelum kepada soalan itu, tahap kompetensi digital guru 2021 ialah 2.2 peratus adalah pada advanced, 39.9 peratus ialah tahap pertengahan dan 57.9 peratus adalah pada tahun basic sahaja. Jadi, dekat-dekat 58 peratus tahap kompetensi guru kita pada tahap basic sahaja. Tapi ini 2021.
Cuma soalan saya ialah apakah tindakan pihak kementerian untuk meningkatkan kompetensi guru? Mungkinkah melalui latihan ataupun upskilling supaya mereka juga dapat bantu didik anak-anak supaya dapat meningkatkan kemahiran mereka. Terima kasih.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Terima kasih Puan Timbalan Speaker. Sememangnya pembangunan kompetensi digital guru merupakan salah satu fokus dan teras yang penting di bawah Dasar Pendidikan Digital. Dalam pada itu Puan Timbalan Speaker, pembangunan profesionalisme guru berkenaan dengan pendidikan digital selalu dipergiatkan dan tadi ada disebut oleh Yang Berhormat Ledang berkenaan dengan tahap kompetensi digital guru yang mana tahap asas pada tahun 2021 adalah pada tahap lebih daripada 50 peratus.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Wong Kah Woh
Saya ingin memberikan sedikit update di sini berkenaan dengan tahap kompetensi digital guru kita yang mana exercise ataupun saringan ini dibuat setiap tahun. Pada setakat 30 September 2024, seramai 364,579 guru telah pun di saring dan mereka di tahap lanjutan 6,338 orang, bersamaan dengan 1.73 peratus.
Tuan Wong Kah Woh
Untuk tahap asas, telah pun turun kepada 23.61 peratus. So, kita nampak satu lonjakan untuk memperkembangkan kemahiran kompetensi digital guru. So, tahap asas, 23.61 peratus bersamaan dengan 86,062 orang dan mereka di tahap pertengahan adalah golongan yang paling besar, 74.66 peratus bersamaan dengan 272,179 orang.
Pada masa yang sama, pihak KPM juga mengiktiraf sebahagian daripada guru yang berada di tahap lanjutan sebagai Guru Jauhari Digital iaitu setakat 30 September 2024, seramai 810 orang guru telah diiktiraf sebagai Guru Jauhari Digital, yang mana mereka adalah mahir dan berkepakaran dalam pengintegrasian teknologi pendidikan digital dan memberikan khidmat bantu dan bimbingan kepada guru-guru setempat. Kita buat secara train the trainer, dengan izin, Puan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Indera Mahkota.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Terima kasih Timbalan Menteri. Ada dua perkara. Pertama, soal latihan untuk kompetensi guru itu, sejauh mana kurikulum itu di-design oleh kementerian sendiri dan sejauh mana pula ada yang menggunakan latihan-latihan yang disediakan oleh pihak-pihak luar? Sebab dalam laporan – sorry, dalam jawapan bertulis kepada Select Committee itu, ada yang tak jelas antara dua itu.
Kedua ialah berbalik soalan asal tadi, di luar bandar ada masalah guru juga. Ada masalah di sekolah masing-masing kerana masalah internet, apps dan sebagainya tetapi kita ada pusat-pusat guru, yang setiap daerah itu ada pusat, saya tak ingat namanya. Jadi, sejauh mana itu juga digunakan? Terima kasih.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Berkenaan dengan bahagian kedua soalan tadi, tadi dalam soalan asal saya, jawapan asal saya telah pun saya sebut berkenaan dengan Pusat Kegiatan Guru yang mana pusat-pusat ini telah pun dinaiktarafkan dan juga dilengkapi dengan peralatan dan perkakasan studio digital seperti yang telah pun dilengkapi dengan peralatan dan perkakasan untuk dijadikan satu studio digital supaya ia boleh digunakan oleh murid dan guru untuk menghasilkan content ataupun kandungan masing-masing.
Tadi saya ada sebut dari tahun 2022 sehingga 2024, peruntukan sebanyak RM44.6 juta telah pun digunakan, diperuntukkan untuk tujuan penaiktarafan Pusat Kegiatan Guru untuk menjadi Pusat Kecemerlangan iaitu Center of Excellence. Bahagian pertama berkenaan dengan latihan kompetensi guru...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan jawapan.
Masa sudah tamat.
Tuan Wong Kah Woh
Ya, ya, ya. Terima kasih Puan Speaker. Berkenaan dengan latihan kompetensi guru, sememangnya pihak KPM ada berkolaborasi dengan rakan-rakan strategik kita seperti Microsoft, Google dan juga Apple untuk memberikan latihan kepada guru-guru kita dari semasa ke semasa. So, kolaborasi dengan rakan strategik itu memang wujud. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin, Masjid Tanah.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Puan Speaker. Soalan saya nombor 4.
4. Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin [Masjid Tanah] minta Menteri Digital menyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian dalam menghadapi cabaran etika, peraturan dan perundangan yang berkaitan dengan teknologi baharu muncul seperti AI, blockchain, cloud computing dan quantum technology.
Timbalan Menteri Digital - Datuk Ugak anak Kumbong
Terima kasih Puan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada YB Masjid Tanah. Kerajaan komited untuk memanfaatkan teknologi baru muncul seperti kecerdasan buatan (AI), blockchain dan pengkomputeran awan atau cloud computing dan teknologi kuantum melalui Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara dan juga Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia yang merupakan panduan utama dan hala tuju strategik dalam memacukan pertumbuhan ekonomi dan memastikan Malaysia kekal berdaya saing di peringkat global, Yang Berhormat.
Kecerdasan buatan (AI) ini, penubuhan Pejabat AI Kebangsaan pada bulan Ogos yang lepas, tahun 2024 berperanan menjadikan Malaysia sebagai hab AI di rantau ini dan menarik pelaburan asing dan bertindak sebagai penyelaras bagi semua inisiatif AI negara kita.
Ketiga juga Yang Berhormat, Kementerian Digital bekerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menyediakan Garis Panduan Tadbir Urus dan Etika Kecerdasan Buatan (AI) yang telah dilancarkan pada 20 September 2024 yang lalu.
Garis panduan ini bertujuan untuk memastikan setiap langkah yang diambil adalah selaras dengan prinsip etika melalui pematuhan terhadap tujuh prinsip AI iaitu keselamatan, privasi, kebebasan dan hak asasi manusia dalam penggunaan teknologi ini.
Kerajaan juga akan menggariskan Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026-2030 dalam tempoh 12 bulan akan datang yang merupakan kesinambungan daripada Pelan Tindakan 2021-2025 sebelum ini. Kementerian Digital juga turut menilai keperluan pembangunan satu rang undang-undang Yang Berhormat, ialah khusus berkait dengan AI sepertimana yang dilaksanakan oleh negara-negara Kesatuan Eropah menerusi penguatkuasaan The European Union Artificial Intelligence Act.
Bagi blockchain pula Yang Berhormat yang bertanya, kerajaan melalui MOSTI telah melaksanakan Pelan Hala Tuju Teknologi Blockchain Negara 2021-2025 yang bertujuan untuk memacukan pembangunan – penerapan teknologi blockchain ini di negara kita. Pelan
Timbalan Menteri Digital - Datuk Ugak anak Kumbong
ini menjadikan panduan penggunaan blockchain yang ke-2.0 dan penyelarasan kepada isu perniagaan di Malaysia seperti pengurusan penipuan, pemantauan rantaian bekalan dan pengesahan identiti yang beroperasi yang meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos operasi peniagaan. Ini ada sedikit untuk dijelaskan. Ada dalam kementerian...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan, ringkaskan.
Datuk Ugak anak Kumbong
Okey. Pengkomputeran Awan. Di samping itu, kerajaan sedang menggubal Dasar Pengkomputeran Awan Negara yang dijangkakan akan dilancarkan pada akhir tahun ini. Salah satu daripada fokus utama dasar ini adalah untuk memperkasakan rakyat melalui keterangkuman digital dalam pendekatan berpusatkan atau citizen centric menggunakan teknologi tersebut.
Teknologi kuantum juga Yang Berhormat, sepertimana yang Yang Berhormat tanya tadi, Kementerian Digital juga sedang menerangkan strategi berkaitan dengan teknologi kuantum untuk menilai potensi, manfaatkan ekonomi dan juga pelaburan dan juga mengenal pasti risiko dan ancaman yang berkaitan serta memperkukuhkan perlindungan data peribadi dalam era teknologi kuantum ini. Sepatutnya panjang Yang Berhormat, tetapi tak apa.
Dengan itu...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masjid Tanah.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kepakaran tenaga kerja, regulasi dan juga keselamatan serta kesedaran dan penerimaan penggunaan teknologi baru ini sering kali menjadi cabaran utama, terutama sekali kepada wanita di Malaysia.
Soalan saya, bagaimanakah dengan wujudnya Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan iaitu NAIO boleh berperanan dalam memastikan agar wanita Malaysia dilibatkan dan juga diperkasakan selari dengan perkembangan teknologi AI dalam negara sama ada dari segi peluang ataupun kesedaran tentang kebolehan dan juga ancaman AI kerana umum tahu bahawa AI ini boleh membahayakan berjuta orang melalui kawalan dan juga manipulasi kepada orang ramai. Terima kasih.
Datuk Ugak anak Kumbong
Terima kasih Yang Berhormat. Penglibatan wanita ini dalam bidang kecerdasan buatan (AI) di Malaysia semakin meningkat Yang Berhormat. Tidak tergolong kepada AI kepada wanita sahaja tetapi in gender tetapi Yang Berhormat tanya spesifik wanita. Dengan pelbagai inisiatif dan juga program bertujuan Yang Berhormat untuk memperkasakan mereka, berikut adalah beberapa perkembangan penting wanita – Yang Berhormat, kita ada program iaitu daripada MDEC iaitu Women in Tech Malaysia, bekerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk meningkatkan penyertaan wanita kita dalam pendidikan teknologi, Yang Berhormat.
Program-program mentor Girls for Girls, misalnya akan memperkasakan lebih 1,000 wanita Yang Berhormat, kepada wanita muda pada tahun ini sahaja. AI untuk Rakyat Yang Berhormat, satu program yang baik juga dalam talian ini, akan melibatkan lebih 1.3 juta rakyat Malaysia dalam tempoh sembilan bulan dengan 52 peratus daripada 1.3 juta itu data adalah wanita. Saya ingat saya memberikan penjelasan dan jawapan yang betul. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sri Aman.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Terima kasih Puan Yang di- Pertua.
Yang Berhormat Menteri, saya sebenarnya amat tertarik dengan topik berkenaan dengan teknologi baharu ini terutamanya sekali berkenaan dengan AI. Jadi, saya rasa kita semua tahu bahawa kecerdasan intelligence ini ataupun AI ini dijangka mampu mengganti 80 peratus pekerjaan manusia di masa hadapan ataupun in future, dengan izin ya.
Jadi, apakah persiapan pihak kementerian ataupun pihak kerajaan dalam menghadapi cabaran masa hadapan ini? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Ugak Anak Kumbong
Terima kasih Sri Aman. Saya ingat sekadar melalui aplikasi seperti ChatGPT ataupun Laporan Indeks Trend Pekerjaan 2024 Microsoft dan selainnya.
So, sepertimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat dari Sri Aman tadi, pada masa yang sama, 80 peratus pekerjaan pergantungan Malaysia ini dipercayai masing-masing mengguna pakaikan AI ini berbanding dengan purata global sebanyak 77 peratus ini.
Yang Berhormat, saya ingat inilah dalam bidang yang baharu dan teknologi yang baharu Yang Berhormat. Jadi, kita sentiasa supaya setiap teknologi ini akan memberi manfaat kepada rakyat kita dan seluruh Malaysia ini.
Jadi saya percaya Yang Berhormat, ia juga akan memberikan latihan-latihan inisiatif reskilling dan upskilling juga kepada kerajaan atau untuk melaburkan dalam semua program latihan dan membantu pekerja dalam menyesuaikan diri dengan teknologi-teknologi yang baharu ini. Kita ada program-program latihan digital, kita ada program dengan Yayasan TM TVET Madani bersama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi.
Juga ini adalah satu daripada usaha kita supaya rakyat Malaysia mengenal dan juga teknologi-teknologi ini supaya ini dapat memberikan satu imbuhan yang baharu untuk kehidupan harian kita pada masa depan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri, Betong.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Soalan saya nombor lima.
5. Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri [Betong] minta Menteri Pengangkutan menyatakan statistik terkini mengenai kelewatan dan pembatalan penerbangan yang merangkumi semua syarikat penerbangan domestik di Malaysia termasuk Malaysia Airlines dan AirAsia sejak tahun lalu. Perincikan punca-punca utama yang menyebabkan masalah ini.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Yang Berhormat Betong. Puan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan Yang Berhormat Betong bersekali dengan Yang Berhormat Bayan Baru yang bertarikh 5 November dan Yang
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Berhormat Selangau yang bertarikh 11 Disember kerana pertanyaan adalah mengenai isu yang sama.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan.
Tuan Loke Siew Fook
Kementerian Pengangkutan melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sentiasa memantau kelewatan dan pembatalan penerbangan oleh syarikat penerbangan di Malaysia.
Berdasarkan data Januari hingga Ogos tahun ini, sejumlah 315,388 penerbangan telah dijadualkan. Manakala 258,112 penerbangan telah dioperasikan oleh syarikat-syarikat penerbangan Malaysia. Daripada jumlah penerbangan yang dioperasikan, sejumlah 76 peratus penerbangan telah menepati waktu yang dijadualkan. Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan, 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan telah ditangguhkan melebihi dua jam.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak MAVCOM sentiasa memantau ketepatan waktu syarikat penerbangan tempatan melalui kadar On-Time Performance di KLIA Terminal 1 dan 2.
Mengikut data terkini, Malaysia Airlines telah menunjukkan penambahbaikan dengan kadar OTP sebanyak 78.1 peratus pada bulan September berbanding 58.2 peratus pada bulan Ogos untuk laluan domestik susulan beberapa langkah yang diambil oleh pihak syarikat untuk memperbaiki isu-isu teknikal. Kadar OTP Malaysia Airlines bagi laluan antarabangsa juga telah menunjukkan peningkatan kepada 72 peratus pada bulan September berbanding 54.7 peratus pada bulan Ogos.
Manakala AirAsia telah mencatatkan kadar OTP sebanyak 67.9 peratus pada bulan September berbanding 70.8 peratus pada bulan Ogos untuk laluan domestik. Bagi penerbangan antarabangsa, AirAsia mencapai kadar OTP sebanyak 61.7 peratus pada bulan September berbanding 69.5 peratus pada bulan Ogos.
Manakala AirAsia X mencapai kadar OTP sebanyak 81.8 peratus pada bulan September berbanding 80.6 peratus pada bulan Ogos.
Batik Air telah mencapai kadar OTP 73.8 peratus pada bulan September berbanding 82.9 peratus pada bulan Ogos untuk laluan domestik. Manakala OTP untuk laluan antarabangsa adalah 57.7 peratus pada September berbanding 71.7 peratus pada bulan Ogos.
Bagi menangani isu kelewatan yang berpanjangan ini, MOT dan MAVCOM pada April 2024 telah menetapkan 85 peratus sasaran OTP dan 80 peratus penerbangan yang mematuhi jadual bagi semua syarikat penerbangan Malaysia yang beroperasi dari semua lapangan terbang di Malaysia.
Hasil pemantauan prestasi syarikat penerbangan ini diterbitkan di laman web MAVCOM. Sekiranya syarikat penerbangan gagal mencapai sasaran, ia boleh memberi kesan kepada permohonan syarikat penerbangan untuk pembaharuan atau menambah baik hak trafik udara daripada pihak MAVCOM. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Betong.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang komprehensif yang diberikan.
Puan Yang di-Pertua, bila berlaku kelewatan dan pembatalan penerbangan, sering kali alasan mereka hadapi adalah isu teknikal. Berapakah atau pernahkah syarikat-syarikat penerbangan ini mengadakan sesi libat urus dengan kementerian bagi menangani masalah ini? Apakah langkah-langkah drastik yang akan dilakukan seperti cadangan untuk menyewa pesawat dan sebagainya?
Terkait juga dengan isu teknikal dan operasi penerbangan MAS ini. Baru-baru ini kita dengar pada awal tahun mereka telah membuat perbelanjaan pemasaran besar-besaran iaitu tajaan bersama kelab bola sepak terkemuka di EPL. Adakah ia mempengaruhi keupayaan syarikat ini mengatasi isu teknikal dan operasi penerbangan mereka? Mohon penjelasan.
Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Ya, Yang Berhormat. Pertamanya saya rasa isu teknikal ini memang dihadapi oleh banyak syarikat penerbangan. Bukannya syarikat penerbangan Malaysia Airlines sahaja tetapi di seluruh dunia memang kita ketahui bahawa oleh kerana keadaan geopolitik sekarang dan juga beberapa isu yang lain, menyebabkan isu supply chain untuk komponen-komponen memang terjejas. Kadangkala ada komponen-komponen yang tidak didapati pada waktu terdekat.
Itu menyebabkan isu penyelenggaraan menjadi isu dan ia membelenggu banyak syarikat-syarikat penerbangan. Bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Namun begitu, saya yakin bahawa pihak Malaysia Airlines telah pun melakukan segala yang mampu untuk memastikan isu-isu teknikal ini dapat dihadapi.
Saya yakin bahawa apa yang dikatakan tadi, penajaan kepada kelab bola sepak itu adalah satu strategi pemasaran. Ia tidak menjejaskan isu-isu kenegaraan dan juga maintenance. Saya yakin pengurusan teknikal itu diberikan priority yang tertinggi kerana tahap keselamatan penerbangan adalah top priority dalam syarikat-syarikat penerbangan khususnya untuk Malaysia Airlines. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuala Kangsar.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Menteri, izin, Datuk Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuala Kangsar.
Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar
Yang Berhormat Menteri, saya cuma nak tanyakan tentang tempoh sebulan yang diberikan kepada syarikat penerbangan bagi pembayaran semula akibat pesawat tertunda selama lima jam atau lebih adalah terlalu lama dan tidak memadai untuk diterima pelanggan. Apakah kementerian boleh mempertimbangkan cadangan tempoh pembayaran balik dipercepatkan kepada tidak lebih daripada tujuh hari bekerja bagi memastikan hak dan keperluan pengguna dipenuhi segera?
Sekian.
Tuan Loke Siew Fook
Ia tempoh maksimum 30 hari. Tetapi sudah tentu kita cuba menggalakkanlah syarikat-syarikat penerbangan untuk menambah baik dari segi SOP mereka supaya pembayaran balik ini dapat dipercepatkan sekiranya ada berlaku kelewatan kerana bagi kita, ini adalah satu penambahbaikan. Satu penambahbaikan oleh MAVCOM supaya memastikan hak pengguna ini dapat dilindungi kerana kalau kelewatan lebih daripada lima jam ataupun kalau mereka menjadualkan semula penerbangan-penerbangan melebihi beberapa jam. Maka, pengguna ada hak untuk menuntut refund. Full refund.
Tempoh 30 hari itu seperti yang saya katakan adalah satu tempoh maksimum yang kita berikan kepada syarikat penerbangan tetapi kita harap syarikat-syarikat penerbangan ini dapat mempercepatkanlah.
Tuan Loke Siew Fook
Kalau ia dapat percepatkan, maka imej syarikat penerbangan itu lebih baik. Ia juga baik untuk pemasaran mereka dan sebagainya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Dato’ Ngeh Koo Ham, Beruas.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Speaker minta izin kalau boleh, this issue is very important.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Nanti berbincang dengan Menteri...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 6.
6. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan bagaimana kementerian memilih pelajar-pelajar untuk memasuki sesuatu kursus dalam institusi-institusi pengajian tinggi secara terus (bayaran yuran penuh) dan secara biasa
(bayaran yuran disubsidikan oleh kerajaan). Nyatakan jumlah dan peratusan pelajar yang dimasukkan ke universiti-universiti awam secara terus dan secara biasa.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia MADANI. Puan Yang di- Pertua, terima kasih MP Beruas. Untuk makluman, saluran permohonan bagi pengambilan pelajar ke universiti awam dilaksanakan seperti berikut:
(i) permohonan diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) iaitu saluran melalui sistem UPUOnline dan bayaran yuran disubsidikan oleh kerajaan; dan
(ii) permohonan diselaraskan oleh universiti awam masing-masing iaitu yang pertama saluran ambilan sendiri dengan izin, direct intake atau ambilan kedua dengan izin, second intake dan bayaran yuran disubsidi oleh kerajaan. Yang kedua saluran komersial private wing dan bayaran yuran tanpa subsidi.
Bagi pengambilan pelajar yang diselaraskan oleh KPT, dasar pengambilan pelajar sedia ada dilaksanakan berdasarkan kepada prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum. Berdasarkan prinsip ini, semua calon yang layak dengan markah tertinggi tanpa mengira kaum, agama, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal diberi peluang untuk mengikuti pengajian di institusi pendidikan tinggi awam dan institusi latihan kemahiran awam.
Bagi pengambilan pelajar yang dilaksanakan oleh universiti awam pula, ia adalah berdasarkan syarat kemasukan yang ditetapkan dan diluluskan oleh senat universiti masing- masing. Berhubung perkara ini, berdasarkan sumber universiti awam kemasukan pelajar bagi sesi akademik 2023/2024 adalah seperti berikut. Kemasukan melalui saluran perdana UPUOnline berjumlah 105,64 pelajar. Kemasukan ambilan sendiri direct intake ataupun ambilan kedua, second intake berjumlah 4,873 pelajar dan kemasukan komersial private wing berjumlah 12,110 pelajar.
Walau bagaimanapun statistik sebenar bagi 2024 hanya akan diperolehi setelah berakhirnya tahun 2024. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Timbalan Menteri. Untuk soalan tambahan saya, untuk kes-kes memasuki aliran secara biasa yang disubsidikan oleh kerajaan, adakah kerajaan mengamalkan sistem kuota kemasukan kepada sesuatu kursus terutamanya kursus-kursus profesional membezakan pelajar-pelajar aliran matrikulasi dan aliran STPM? Kerana setiap tahun ada pelajar-pelajar STPM yang mendapat A dalam semua mata pelajaran dengan CGPA penuh 4.0 tetapi tidak ditawarkan kursus pilihan pertama mereka.
Seperti saya bagi contoh tahun ini, saya telah kemukakan kepada Menteri Pendidikan Tinggi, kes Cik Do Yoke Loke yang mendapat 4A STPM, CGPA 4.0 penuh, markah penuh dan telah memohon untuk Kursus Veterinar Medicine di UPM iaitu pilihan pertama beliau tetapi hanya ditawarkan kursus Bachelor of Animal Science, pilihan kelima beliau.
Boleh jelaskan memandangkan kerajaan senantiasa mengatakan kemasukan penuntut-penuntut ini, pelajar-pelajar ini adalah berdasarkan merit? Terima kasih.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih MP Beruas atas soalan tambahan.
Memang seperti yang saya sebut tadi kita mengamalkan prinsip meritokrasi yang menggunakan 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum.
Tetapi ada beberapa kursuslah yang memang mendapat permintaan tertinggi di universiti awam ini, kita terpaksa mengadakan temu duga seperti perubatanlah. Limited. Kita ada hanya beberapa pelajar saja yang kita boleh terima tapi yang memohon lebih kurang 6,000. Jadi kita perlu juga buat sesi temu duga ini untuk kita pastikanlah yang memang dapat yang benar-benar dapat memperoleh markah tertinggi temu duga ini akan dapat masuk.
Tetapi untuk kes yang secara spesifik yang disebut oleh MP Beruas nanti, saya nanti akan cuba dapat tahu permasalahan itu.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Ada kuota yang ditetapkan untuk murid-murid ataupun pelajar daripada sistem matrikulasi dan juga STPM?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Beruas.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Yang...
[Tidak jelas] kuota yang – cuma itu yang saya sebut tadi kita berdasarkan meritokrasi dan terpaksa kita buat temu duga untuk memastikan pelajar yang benar-benar layak. Okey, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuala Krau.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya pada 22 September yang lalu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi menyatakan bahawa ibu bapa tak perlu risau terhadap yuran bagi keluarga yang B40. Jadi soalan saya, apakah inisiatif kerajaan dalam menyediakan biasiswa khas kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian di peringkat pengajian tinggi?
Itu satu, yang keduanya. Apakah kementerian berhasrat untuk menghapus kira yuran tertunggak bagi golongan B40 yang tidak mampu bayar walaupun telah diberi tempoh sebagaimana penghapusan hutang kepada UTAR yang dibuat baru-baru ini? Terima kasih.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih untuk soalan tambahan. Untuk pelajar- pelajar memang kita telah melalui – Yang Berhormat Menteri telah membuat kenyataan media dan juga saya sendiri bahawa memang untuk golongan B40, jangan risau, boleh masuk mendaftar tanpa memikirkan yuran pendaftaran. Itu semua sudah diselaraskan kepada semua universiti awam dan naib-naib canselor telah maklum tentang perkara tersebut.
Untuk memudahkan juga pelajar-pelajar golongan B40 ini di – PTPTN disediakan wang pendahuluan sebanyak RM1,500. Apabila pelajar-pelajar ini memohon semasa mengisi UPUOnline itu, mereka perlu tick keperluan ini dan PTPTN akan menghantar surat kepada mereka untuk mereka dapat tunaikan RM1,500 itu.
Jadi yang lain juga banyak yang kita sediakan dan seperti yang kita selalu uar-uarkan kita ada program sulung untuk anak pertama yang masuk universiti di keluarga golongan B40 ini akan kita pertimbangkan untuk mendapat biasiswa tanpa yuran ini. Tetapi dia mesti CGPA nya mestilah 3.0. Itu antara syarat utamanya dan yang lain itu, yuran tertunggak ini kita kena kaji sebaik mungkin sebab kita tidak mahulah kita hanya – hutang-hutang lapuk ini kita hapuskan begitu saja tapi kita kena perincikan dahulu. Dan ini kita fikir pihak universiti akan memperincikan hal-hal inilah. Juga kementerian akan menilai perkara ini sama ada menghapus kira atau tidak. Okey, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Hassan, Baling.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Soalan tambahan speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Baling?
Tuan Hassan bin Saad - Baling
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 7.
7. Tuan Hassan bin Saad [Baling] minta Menteri Pendidikan menyatakan usaha kementerian dalam memastikan pelajar yang tidak hadir SPM dikenal pasti puncanya dan
usaha bagi memastikan golongan ini tidak terus tercicir daripada sistem pendidikan.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Puan speaker terima kasih yang berhormat baling soalan 7. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Baling, data kehadiran calon peperiksaan SPM adalah merujuk kepada calon yang pertama kali menduduki peperiksaan SPM dengan mendaftar sekurang-sekurangnya enam mata pelajaran.
Bagi peperiksaan SPM tahun 2023 seramai 10,160 calon tidak hadir menduduki peperiksaan. Sekiranya dibandingkan berkenaan dengan data atau statistik pada tahun 2022, seramai 14,858 orang calon tidak hadir untuk menduduki peperiksaan. Maka, kita nampak satu penurunan lebih kurang 4,700 berbanding dengan tahun 2022. Murid yang tidak hadir SPM pada tahun 2023 menunjukkan penurunan sebanyak 4,698 orang.
Suka juga saya jelaskan di sini bahawa daripada 10,160 orang calon yang tidak hadir pada tahun 2023, calon dari sekolah kerajaan adalah seramai 8,676 diikuti dengan calon persendirian 1,263 dan diikuti dengan calon swasta, calon sekolah menengah agama negeri, sekolah menengah agama rakyat dan sekolah di bawah agensi kerajaan.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
KPM sentiasa cakna mengenal pasti punca-punca ketidakhadiran calon peperiksaan dengan lebih terperinci agar intervensi yang berfokus dapat diambil. Berdasarkan kepada analisis daripada KPM, antara punca ketidakhadiran termasuk:
(i) bekerja;
(ii) berhenti sekolah;
(iii) masalah keluarga;
(iv) pindah sekolah;
(v) sakit; dan
(vi) faktor-faktor yang lain.
Memang pihak KPM ada membuat analisa berkenaan dengan faktor-faktor supaya kita mampu untuk melaksanakan intervensi. Sehubungan dengan itu, KPM dalam tindakan terkini telah merancang pelan intervensi dan melaksanakan pemerkasaan terhadap program- program sedia ada.
Kita ada program-program intervensi sedia ada. Namun apa yang saya nyatakan di sini adalah program-program yang terkini iaitu:
(i) menubuhkan Jawatankuasa Khas Tindakan Gempur Kehadiran Calon SPM Sesi 2024-2025;
(ii) mendaya gunakan pentafsiran psikometri bagi mengumpul maklumat gambaran thread psikologi dari segi minda dan jiwa untuk membantu murid mengenali personaliti kendiri dan membuat keputusan berdasarkan kebolehan sendiri;
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
(iii) melaksanakan Program Persediaan Menghadapi Peperiksaan SPM melalui inisiatif seperti Program Minda Sihat Sekolah dan sebagainya; dan
(iv) melakukan aktiviti berfokus seperti ziarah cakna oleh PIBG-PIBKS dan juga golongan yang lain.
Baru-baru ini dengan kolaborasi bersama-sama dengan Kementerian Kewangan, KPM dan Kementerian Kewangan telah pun melancarkan Program Anak Kita Semarak Potensi Malaysia yang juga salah satu fokus adalah untuk adalah untuk program SPM di sekolah menengah. Pada masa yang sama, kita juga ada satu sistem ─ Ya, sudah habis.
Kita juga mempunyai satu sistem iaitu Sistem Pengesanan Lepasan SPM melalui Sistem e- Profil Kerjaya Murid yang kita gunakan untuk mengumpul data berkenaan dengan hala tuju murid selepas SPM.
KPM yakin dengan usaha yang berterusan dan komitmen semua pihak kita dapat memastikan golongan yang tercicir itu ─ golongan ini tidak terus tercicir daripada sistem pendidikan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Baling.
Tuan Hassan bin Saad - Baling
Terima kasih Timbalan Menteri. Selain daripada calon yang tercicir ini sudah bekerja, berkahwin, meninggal dunia, salah satu faktor lain ialah tentang kemiskinan.
Sepertimana yang disiarkan, salah seorang pelajar yang bernama Nur Suha Nursi dari Kelantan tidak dapat menyambung pengajian ke MRSM akibat faktor kemiskinan. Tahun lepas KPM ada menyebut bahawa akan membuka sekolah khas untuk golongan miskin. Saya ingin bertanya, setakat manakah perancangan ini dilaksanakan?
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Yang Berhormat dari Baling. Sememangnya berkenaan dengan bantuan yang kita bagi kepada anak-anak kita yang miskin, bagi KPM kita mempunyai 18 bantuan secara khas dan juga secara khusus bantuan am dan bantuan khusus kepada anak-anak kita.
Yang mana pada ─ sebagai contoh, pada awal persekolahan pada tahun ini sejumlah RM788 juta telah pun disediakan untuk membantu anak-anak kita bagi persediaan pada awal persekolahan. Setiap satu anak-anak kita akan mendapat RM150. Pada masa yang sama, kita juga ada bantuan-bantuan khas yang diberikan kepada anak-anak kita yang berpendapatan rendah, khasnya mereka yang berada di paras kemiskinan miskin tegar.
Pada masa yang sama, seperti kita ada rancangan seperti RMT dan juga PSS, Program Susu Sekolah, Program Rancangan Makanan Tambahan itu juga merupakan sebahagian daripada usaha KPM untuk memastikan bahawa anak-anak kita diberikan akses pendidikan dan juga nutrition yang mencukupi.
Berkenaan dengan soalan sekolah khas untuk anak-anak miskin, mungkin selepas ini saya bekalkan maklumat secara lebih lanjut kepada pihak Yang Berhormat kerana pada ketika ini saya tidak ada maklumat terkini berkenaan dengan soalan tersebut. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Timbalan Speaker. Saya ingin mengambil kesempatan di sini memuji tindakan dibuat oleh Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru ya, dalam menyelesaikan masalah keciciran ini.
Di mana mereka mengenal pasti, Pejabat Pendidikan Daerah ini mengenal pasti ataupun menyenarai pendek pelajar bermasalah. Tentukan apakah masalah yang dihadapi, kemudian tentukan kos...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
...Kos, kos kenapa pelajar-pelajar ini tidak bersekolah ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Dan kos ini dibincang di peringkat Parlimen dan Parlimen-Parlimen terbabit membantu dan Pulai membantu RM50,000 untuk menyelesaikan masalah ini.
Soalan saya adalah apakah pendekatan Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru ini telah dilaksanakan di tempat lain untuk mempastikan pelajar-pelajar ini tidak tercicir.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Yang Berhormat dari Pulai. Terima kasih atas pencerahan berkenaan dengan tindakan yang telah pun diambil oleh PPD Johor Bahru yang nampaknya amat berkesan. Sekiranya pendekatan yang diambil- sememangnya setiap PPD kita mempunyai inisiatif untuk memantau, nombor satu kehadiran anak-anak kita ke sekolah.
Nombor dua, berkenaan dengan sekiranya kita nampak ada risiko keciciran maka tindakan lanjut akan terus diambil dan kita tidak tunggulah untuk- tidak tunggu supaya masalah itu menjadi lebih besar.
Apabila kita berbincang berkenaan dengan isu keciciran. Tadi dalam jawapan asal saya ada sebut berkenaan dengan Program Anak Kita. Program Anak Kita ini telah pun dilancarkan oleh dua Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Pendidikan pada bulan September yang lepas. Yang mana program ini telah pun disediakan satu peruntukan sebanyak RM100 juta oleh Kementerian Kewangan.
Program ini melibatkan tiga program utama iaitu:
(i) isu Program SPM;
(ii) Program Murid Cicir; dan
(iii) Program 3M; Program SPM melibatkan anak-anak kita dari seluruh negara. Kita fokus lebih kurang 500 sekolah menengah dan melibatkan lebih kurang 10,000 murid Tingkatan 5 bagi SPM 2024. Bagi SPM 2025, kita melibatkan 22,000 murid Tingkatan 4 di bawah Program SPM di bawah Program Anak Kita.
Last, Timbalan Speaker berkenaan dengan Program Murid Cicir juga, dalam Program Anak Kita ini, kita fokus kepada enam negeri iaitu Selangor, Kedah, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak sebagai satu permulaan bagi Program Anak Kita dan program-program yang dilaksanakan termasuk ziarah ke rumah murid cicir, kaunseling dan pemberian bantuan.
Tuan Wong Kah Woh
Kesemua ini pihak KPM dan juga MOF laksanakan kesemua pendekatan ini adalah on top of apa yang telah pun kita lakukan nombor satu.
Nombor dua juga kita lakukan kesemua inisiatif ini bersama-sama dengan rakan- rakan strategik kita termasuk Lip At, termasuk Teach For Malaysia dan juga universiti- universiti awam seperti UPSI dan juga universiti-universiti yang lain. Kita berharap dengan satu kolaborasi sebegini kita dapat menangani isu bukan sahaja isu SPM seperti yang dibangkit tetapi juga isu murid cicir yang disebut oleh Yang Berhormat Pulai. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Chong Zhemin, Kampar.
8. Tuan Chong Zhemin [Kampar] minta Menteri Kewangan menyatakan faktor-faktor nilai ringgit melonjak naik ke paras RM4.15/USD dan menurut ramalan BMI ringgit dijangka akan terus melonjak ke paras RM3.55/USD pada akhir 2025.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Puan Yang di-Pertua, saya mohon untuk membacakan jawapan bagi pihak Menteri Kewangan II.
Beliau sihat tapi suaranya tidak sihat. Maka, saya akan membacakan satu persatu jawapan yang diberikan.
Pergerakan nilai ringgit pada tahun ini didorong oleh perkembangan dalam pasaran global dan prestasi ekonomi domestik yang kukuh. Sejak 2022, kadar dasar yang lebih tinggi di negara ekonomi utama telah menarik dana pelabur dari negara membangun termasuk Malaysia. Dengan peralihan pendirian dasar monetari ekonomi utama global terutamanya Amerika syarikat yang telah mula menurunkan kadar dasar tingkah laku sentimen pelabur turut berubah berikutan perbezaan kadar faedah yang semakin mengecil.
Perkembangan ini telah menyebabkan kesanggupan mengambil risiko (risk appetite) pelabur terhadap mata wang pasaran yang pesat membangun dengan izin, emerging market currencies termasuk ringgit untuk meningkat.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Selain perkembangan global, Ringgit Malaysia menunjukkan prestasi yang lebih kukuh berbanding mata wang serantau didorong keyakinan pelabur terhadap agenda pembaharuan kerajaan. Pendekatan kerajaan meyakinkan kerana mengambil pendekatan pertamanya menetapkan hala tuju jelas melalui Kerangka Ekonomi Madani dan keduanya menyusuli dengan pelaksanaan pembaharuan dasar termasuk Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal serta penyasaran subsidi elektrik, air dan diesel. Kerangka Ekonomi Madani juga disokong melalui kertas dasar seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 yang menetapkan strategi dan fokus pelaburan negara untuk menyokong peralihan ekonomi negara supaya lebih makmur, mampan dan terangkum.
Seterusnya, asas ekonomi negara bertambah kukuh. Pertama, pertumbuhan ekonomi suku kedua 2024 mencapai 5.9 peratus berbanding suku pertama 4.2 peratus.
Kedua, pengangguran terus menurun ke paras 3.2 peratus bulan Ogos 2024 selaras dengan
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
keadaan sebelum COVID-19. Ketiga, inflasi Ogos 2024 pada 1.9 peratus kekal pada terhadap terkawal berbanding dua peratus untuk tiga bulan sebelumnya. Selain itu, pelaburan yang diluluskan, perdagangan serta Indeks Pengeluaran Perindustrian menunjukkan prestasi yang lebih kukuh serta sistem kewangan yang teguh turut menyumbang kepada peningkatan nilai ringgit.
Kerajaan dan Bank Negara Malaysia juga telah mengambil tindakan terselaras untuk menggalakkan pendapatan pelaburan asing dibawa balik dan ditukarkan kepada ringgit oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan korporat. Langkah ini membantu mewujudkan aliran dua hala yang lebih rancak dalam pasaran pertukaran asing domestik seterusnya membantu mengukuhkan nilai ringgit. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih penjelasan daripada YB Timbalan Menteri. Sebelum ini pihak pembangkang memainkan isu nilai wang ringgit. Ada yang cakap sampai nilai rahmah. Ada yang guna pakai data yang salah daripada Google untuk menyerang kerajaan. Tetapi hari ini kita nampak nilai ringgit kian meningkat dan ini disebabkan oleh nilai yang kukuh. Kita pun perlu ingat nilai ringgit...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya. Nilai ringgit ini dia ada lagging effect. Apabila kerajaan baru naik, dia bukan terus naik, dia akan ― dua tahun kita nampak effect dia. Jadi, soalan saya, soalan saya, bank-bank pusat utama seperti di Amerika Syarikat dan United Kingdom telah turunkan kadar faedah mereka masing-masing. Adakah Bank Negara Malaysia akan mengikut jejak bank-bank pusat ini? Jika ya, apakah kesan yang akan ada terhadap ringgit?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Ada jawapannya di sini.
[Ketawa] Soalan bocor. Saya mengakui bagi pihak Kementerian Kewangan soalan bocor. Kalau tidak saya tidak boleh menjawab walaupun saya tahu jawapan. Walaupun boleh menjawab, tapi tidaklah boleh memandai-mandai dah di kementerian lain ini.
Jawapannya begini. Keputusan OPR oleh Bank Negara Malaysia akan terus didorong oleh perkembangan domestik Malaysia yang mempengaruhi prospek pertumbuhan dan inflasi. Misalnya ketika bank pusat Amerika Syarikat meningkatkan kadar dasarnya secara mendadak, Bank Negara Malaysia tidak mengikut bersama dengan menaikkan OPR kita ke lingkungan lima peratus. Sebaliknya OPR kekal di paras yang sama tiga peratus.
Prinsipnya tetap sama untuk situasi sekarang. Pertimbangan Bank Negara Malaysia berbeza daripada bank pusat lain dan lebih bergantung kepada keadaan kita sendiri hadapi.
Ekonomi Malaysia pada masa ini berada pada tahap yang menggalakkan dan tekanan harga masih terkawal. Paras OPR pada masa ini adalah kondusif dalam menyokong pertumbuhan ekonomi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bagan Serai.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Puan Speaker. Terima kasih kepada Timbalan Menteri.
Ramalan daripada BMI ringgit yang menunjukkan akan berlaku lonjakkan paras Ringgit Malaysia berbanding dengan USD. Justeru itu, sudah tentulah ia akan membawa satu risiko antaranya ialah spekulatif di dalam pasaran kewangan yang sentiasa berubah-ubah. Justeru itu, sejauh manakah pihak kementerian bersedia dan mengambil tindakan yang proaktif dalam memastikan kesan negatif akibat spekulatif ini supaya tidak merbahaya ekonomi dan juga kewangan negara. Terima kasih Puan Speaker.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Dato’ Yang di-Pertua. Ya lah, saya membantu Menteri Kewangan II. Saya tidak lagi di Kementerian Kewangan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Boleh bagi jawapan bertulis.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Oleh itu, saya akan minta Kementerian Kewangan menjawab secara bertulis.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Boleh.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Tan Kok Wai, Cheras.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Soalan saya Nombor 9.
9. Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta Menteri Digital menyatakan apakah rancangan untuk merapatkan kesenjangan dan jurang digital di antara rakyat yang mungkin akan disebabkan oleh kecerdasan buatan (AI) untuk memastikan golongan rentan dalam negara tidak terlalu terkesan.
Timbalan Menteri Digital - Datuk Ugak anak Kumbong
Okey, terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih rakan saya Cheras. Untuk menjawab soalan Nombor 9, jurang digital merujukkan kepada perbezaan dalam akses dan penggunaan teknologi digital antara pelbagai kumpulan masyarakat.
Oleh demikian, merapatkan jurang digital di antara rakyat yang mungkin akan disebabkan oleh kecergasan buatan AI kita dan kementerian telah merancang beberapa inisiatif bagi mengatasi isu atau disebut di antaranya program AI untuk Rakyat Yang Berhormat. Program ini bertujuan untuk meningkatkan literasi digital dan pemahaman rakyat mengenai AI kita. Program ini menyediakan model pembelajaran kendiri dalam talian yang boleh diakses oleh semua lapisan masyarakat kita.
Setakat 4 Oktober 2024 ini, terdapat seramai 1.19 juta rakyat telah terlibat dalam program iaitu program tersebut program AI. 7,000 peserta bagi kategori umur 18 tahun.
Kedua, 422,000 peserta bagi kategori 18 hingga 35 tahun. Yang ketiga 599,000 peserta bagi kategori umur 35 hingga 50 tahun dan 170,000 peserta bagi kategori umur 50 ke atas Yang Berhormat. Bermakna atas dari 50 kurang sikit.
Timbalan Menteri Digital - Datuk Ugak anak Kumbong
Kerjasama dengan sektor swasta Yang Berhormat, kerajaan dengan syarikat swasta seperti Intel Malaysia diadakan bagi membangunkan kedudukan pembelajaran digital agar literasi digital dan juga pemahaman mengenai AI dapat kita dipertingkatkan. Program promosi juga AI ini Yang Berhormat ialah promosi melalui media sosial dan agensi kerajaan seperti media Rakan Muda di bawah Kementerian Belia dan Sukan serta juga media sosial Pusat Sains Negara di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi meluaskan supaya lebih pemahaman dan juga penerima gunaan rakyat terhadap teknologi AI ini Yang Berhormat.
Kita ada juga di Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (National AI Office) (NAIO).
Penubuhan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (National AI Office) (NAIO) berperanan menggalakkan penyelidikan Yang Berhormat pembangunan dan juga penggunaan AI dalam sektor awam dan swasta. NAIO memainkan peranan penting dalam memastikan ekosistem AI di Malaysia berkembang dengan bekerjasama antara sektor, memperkasakan inovasi dan juga menyokong pembangunan ekonomi digital negara. Sebenarnya banyak lagi Yang Berhormat tapi masa.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Boleh bagi jawapan bertulis. Cheras.
Datuk Ugak anak Kumbong
Okeylah.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Terima kasih kepada jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya ialah bagaimanakah kerajaan dapat merancang untuk menangani kemungkinan kehilangan pekerjaan yang disebabkan oleh AI dan automasi di pelbagai sektor untuk memastikan sistem AI dibangunkan dan digunakan tanpa bias yang boleh membahayakan komuniti terpinggir? Saya ingin tahu apakah langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini.
Datuk Ugak anak Kumbong
Terima kasih Yang Berhormat. Setiap perkara yang baharu kerisauan kepada rakyat kita juga Yang Berhormat. Jadi, kerajaan telah menubuhkan Pejabat AI Kebangsaan di mana pejabat ini akan menjalankan kajian berhubung dengan impak AI di negara kita. Yang Berhormat, kita ada mesti mempunyai ― bersedia dan juga memberi perubahan dari segi permodalan digital yang bergerak begitu pantas sekali di seluruh dunia ini.
Datuk Ugak anak Kumbong
Kita mesti memuatkan satu program inisiatif reskilling dan upskilling Yang Berhormat bagi Kerajaan Malaysia untuk melaburkan dalam program latihan dan membantu pekerja menyesuaikan diri dengan teknologi baru. Kita ada program latihan digital juga, kerajaan bekerjasama dengan industri pendidikan dan juga syarikat swasta untuk mempunyai kursus dalam kemahiran digital seperti pengatur cara atau analisis data, kecergasan buatan dan juga program seperti GLOW online workshop Yang Berhormat.
Selain daripada itu, kita ada banyak untuk memberikan program dana pembangunan kemahiran, platform pelajar dalam talian dan juga kita mesti bekerjasama dengan industri- industri untuk menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta. Ini adalah satu
Datuk Ugak anak Kumbong
untuk menyediakan latihan relevan dengan keperluan industri masa depan Yang Berhormat.
Saya ingat itu jelas jawapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya merujuk kepada laporan berita yang dikeluarkan oleh Sinar Harian pada 5 Februari 2024 iaitu yang bertajuk, “Malaysia Juga Berdepan Dengan Risiko Jenayah AI”. Sama juga laporan daripada media Sinar Harian, 18 September 2023, polis menyatakan kes jenayah siber mungkin akan meningkat kerana AI. Soalan saya, apakah pihak kerajaan mempunyai perancangan untuk memastikan jenayah digital melalui AI ini dapat dibendung dan apakah usaha yang dilakukan oleh pihak kementerian untuk menjalankan penyelidikan mengenai kesan AI terhadap masyarakat? Terima kasih.
Datuk Ugak Anak Kumbong
Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingat dalam kementerian kita Yang Berhormat, banyak telah ditujukan kepada kita fasal masalah. Kalau ada AI ini adakah akan memberikan kebaikan atau keburukan? Tetapi setiap perkara teknologi yang baru kita minta kesemua rakyat Malaysia ini kita mengambil inisiatif yang kebaikan Yang Berhormat. Kadang-kadang bila perkara yang baru ini banyak anasir-anasir yang telah menyerang kita. Tetapi Yang Berhormat, itulah kita dalam dua persidangan lepas kita ada meluluskan keselamatan siber dan juga kita ada Akta Jabatan JPDP, Jabatan Peribadi kita.
Juga Yang Berhormat, bukan setakat itu sahaja Yang Berhormat patut bertanya. AI ini adalah memberi penyumbangan kepada negara yang begitu luas. Jadi, saya ingat untuk beritahu Dewan ini, AI ini saya ingat dapat menyumbangkan sehingga USD15.7 trilion kepada ekonomi negara kita Yang Berhormat. Ini satu pada menjelang tahun 2030. Ini harus diberitahu kepada rakyat ataupun Dewan ini. Juga Yang Berhormat, untuk penambahan di antaranya juga kita ada dalam 2030 nanti, USD2.6 trilion dan juga sehingga USD4.4 trilion kepada ekonomi dunia setiap tahun Yang Berhormat. Ini harus ambil iktiraf dan juga kerajaan.
Yang Berhormat, saya percayalah Yang Berhormat CyberSecurity Malaysia juga seperti yang saya katakan tadi dapat menangani insiden-insiden siber yang dilaporkan seperti ransomware dan data leak dan sebagainya Yang Berhormat. Jadi, saya minta pegawai saya di belakang itu akan memberikan lebih terperinci sedikit jawapan seperti mana yang ditanyakan oleh Yang Berhormat tadi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Dato' Khlir bin Mohd Nor, Ketereh.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Kepada sahabat saya Menteri Dalam Negeri, soalan saya nombor tujuh. Eh, nombor 10. *Sorry.
[Ketawa]*
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, jawab soalan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
10 ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya.
10. Dato' Khlir bin Mohd Nor [Ketereh] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan status terkini bagi pengoperasian Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (MCBA) dan bilakah dijangka ianya dapat dilaksanakan sepenuhnya?
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih Ketereh atas minat untuk mengetahui perkembangan operasi Agensi Kawalan Sempadan Malaysia. Baik, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Rang Undang-undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan ini telah kita bentang dan telah kita lulus sama-sama di Dewan ini dan kemudiannya di Dewan Negara. Dewan Negara pada 1 Ogos tahun lepas.
Jadi, pada masa ini, rang undang-undang ini sedang dalam peringkat untuk menunggu perkenan diraja dan seterusnya proses pewartaan. Itu susur galur dia ya. Baik, dari segi operasi Ahli Yang Berhormat, kita akan mulakan mengikut fasa. Jadi, Fasa I ini dia akan melibatkan kita ambil alih lima pintu masuk bermula 1 Februari. Sebenarnya, kita akan mulakan 1 Januari iaitu pintu masuk Rantau Panjang. Berikutnya 1 Februari dituruti dengan KLIA 1, KLIA 2 termasuk kompleks kargo kemudian ICQS Bangunan Sultan Iskandar termasuk JB Sentral. Ketiga, Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor dan yang keempat Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Jadi, kita mula 1 Januari Rantau Panjang, 1 Februari kita tambah empat. Jadi fasa pertama ini lima. Baik, apa justifikasi kita pilih lima ini? Dia sejajar dengan keputusan Jemaah Menteri 24 Julai dengan mengambil kira bahawa lima pintu masuk tersebut mempunyai ciri- ciri demografi dan risiko yang berbeda. Ada laut, ada darat.
Baik. Oleh yang demikian, operasi agensi ini di pintu masuk di fasa pertama ini akan membolehkan agensi ini membuat analisis dan menambah baik sebelum kita buat roll out ke semua pintu masuk yang lain. Jadi persiapan untuk memulakan operasi di lima pintu masuk ini Yang Berhormat, dia melibatkan kita kena bangunkan SOP pelbagai jabatan atau agensi sebab agensi ini wujud dengan mengumpulkan pelbagai agensi yang bertugas di sempadan.
Kita akan bangunkan juga Arahan Tetap Ketua Pengarah Agensi Sempadan ini untuk kita guna pakai.
Selain kita memuktamadkan SOP dan juga Arahan Tetap Ketua Pengarah ini dari segi pentadbiran, agensi ini juga akan membagi fokus untuk menyelesaikan isu sumber manusia lah, aset dan kewangan untuk memastikan proses transisi operasi pintu masuk ini lancar. Buat masa sekarang kita ada 78 kekuatan kakitangan. Apabila roll out sepenuhnya, kita akan ada 13,420. Itu angka yang kita sasarkan. Jadi sekali gus pengambilan aset pun akan berlaku secara berperingkat juga. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ketereh.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas penjelasan yang begitu detail. Soalan tambahan saya adalah adakah AKPS ini akan mengambil semua aset-aset yang ada di pintu masuk termasuk bangunan untuk pengoperasian mereka? Kedua, bagaimana pula dengan uniform dan logo yang akan diseragamkan? Ketiga bila skim perkhidmatan AKPS ini akan dilaksanakan? Akhir sekali, bila agak-agak nak ambil veteran kita lah untuk bekerja dengan – Yang dah bersara, yang muda- muda lagi sekarang ini? Ramai itu. Terima kasih Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih Yang Berhormat. Ada empat perkara ya. Pertama dari segi pengambilan aset tidak syak lagi lah. Walaupun dia agensi baru tapi dia menggabungkan pelbagai agensi. Jadi, proses pengambilan aset ini akan kita – Apakah akan kita ambil alih aset? Jawapannya, ya. Bagaimana dia dilakukan? Kita akan buat secara berperingkat kerana aset yang sedia ada ini dia terikat dengan kontrak, terikat dengan tempoh sewaan dan dia di bawah pelbagai agensi.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
[Bangun]
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Jadi, kita nak laksanakan secara berperingkat. Kalau dia merupakan kenderaan, kita akan ambil secara berperingkat. Kalau dia melibatkan mesin pengimbas kargo dan barangan penumpang, juga berperingkat.
Bangunan sekali pun. Proses itu akan berlaku secara berperingkat.
Baik, apakah kita akan juga membuka ruang kepada penyertaan veteran? Dia saya sebut tadi 13,420 tentulah dia ikut skim pengambilan perjawatan oleh kerajaan. Saya terbuka dengan cadangan tersebut. In fact, dari segi kekuatan yang ideal, itu jumlahnya. Kita juga faham kerajaan ada kekangan dari segi mewujudkan perjawatan baru kerana Yang Berhormat membangkit perkara yang sangat spesifik, apakah ada ruang untuk bekas tentera terutama yang mempunyai kepakaran. Dia mungkin dulu bahagian IT, dia mungkin dulu bahagian kawalan sempadan, dia ada manfaatnya, ruang.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Saya terbuka dari sudut bukan sahaja perjawatan tetap, tapi juga perjawatan kontrak misalnya. Jadi, itu saya akan serahkan kepada proses pengambilan mengikut perkhidmatan awam, tetapi cadangan Yang Berhormat itu saya anggap baik dan ianya ada ruang untuk kita berikan pertimbangan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Paya Besar.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Agensi Kawalan Sempadan Malaysia akan beroperasi seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri selepas diperkenankan. Cumanya persoalannya Yang Berhormat Menteri, bagaimana keberkesanannya?
Adakah akan wujudnya satu keyakinan kepada rakyat dan bagaimana agensi ini membuat update sebab lawatan kami ke ESSCOM dua minggu lepas bersama enam orang lagi wakil rakyat melihat ESSCOM itu adalah tempat yang sangat selamat ketika ini di
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
kawasan Lahad Datu, tetapi bagaimana komunikasi yang kita buat? Saya bimbang sekiranya agensi ini beroperasi nanti, sekiranya tidak ada strategic communication yang baik, sudah pasti kita hadapi masalah. Kita akan dapat travel advisory note daripada negara-negara seperti Japan, South Korea dan ini akan merencatkan ekonomi kita apabila dilaksanakan Visit Malaysia 2026. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih Paya Besar. Penubuhan agensi baharu ini Yang Berhormat didorong oleh sekurang-kurangnya empat perkara.
Pertama kita nak pastikan people’s mobility itu seamless di kawalan sempadan.
Mobiliti barangan juga lancar. Kita nak perbaiki sistem penyampaian. Kalau kita tengok negara jiran kita, single agency, ICA, Singapura.
Kita kawalan sempadan itu ada sampai lebih 20 agensi, okey. Jadi, rumit untuk berurusan dengan 20 agensi terutamanya kalau kita bekerja dalam budaya in silo. Kita jaga turf kita masing-masing. Jadi, kita ke arah meningkatkan kecekapan daripada segi sistem penyampaian.
Keempat, dari sudut keselamatan. Lebih mudah kita kawal bila kita berada di bawah satu bumbung.
Jadi, itu semua perkara yang mendorong kerajaan mengumumkan dan kita dalam Dewan ini meluluskan dan 1 Mei tahun ini kita mulakan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat] Baik. ESSCOM adalah satu success story pada ketika negara diuji dengan ancaman keselamatan serangan Lahad Datu. Maka, ESSCOM itu kemudiannya merupakan gabungan beberapa buah agensi penguat kuasa dan sebelum daripada itu, ianya berseleraklah. Kita jaga bidang kita masing-masing. APMM, agensi maritim jaga wilayah laut. Tentera jaga kawasan keselamatan pertahanan. Polis jaga territory dia, tapi bila digabungkan di bawah satu command, hasilnya selepas 10 tahun ternyata kawasan Wilayah Timur Sabah itu terutamanya kembali ceria. Itu angka menunjukkan ketibaan pelancong, itu walaupun tidak mencapai tahap pra COVID-19, tapi dari sudut tinjauan keselamatan umumnya, sangat baik selepas 10 tahun. Jadi, ianya success story. APMM satu lagi contoh. Ianya merupakan gabungan lebih daripada 10 agensi sebelum daripada itu. Sekarang ini kekal sebagai satu sahaja. Core-nya adalah navy, tapi sekarang fasa navy itu kita dah phase out dan sekarang ini adalah kekuatannya sendiri.
Mengawal 590,000 kilometer persegi kawasan sempadan Samudera, kita ada APMM.
Wilayah Sabah kita ada ESSCOM.
Sekarang 141 pintu masuk rasmi negara, kita harap agensi kawalan sempadan baharu ini akan dapat memberikan impaknya. Beri masa, beri ruang dan tanggungjawab kita dalam Dewan untuk memberikan checks and balances. Berikan fasilitasi dan saya optimis,
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
keupayaan agensi-agensi dan pegawai-pegawai kerajaan, mereka boleh melaksanakan sesuai dengan objektif yang kita gariskan.
Logo dan pakaian seragam Ketereh- siap. Kita dah siap dah. Warna kelabu apa semua nanti, tetapi bila kita buat rollout sepenuhnya nanti, insya-Allah dia agak menarik. Saya dah tengok. Terima kasih banyak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Membaca sepotong doa] Soalan yang terakhir. Ya saya mempersilakan Yang Berhormat Paya Besar. Sudah?
Sudah ya. Dengan sedemikian, baik.
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Dato’ Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai senarai pembahas Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 yang akan diumumkan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 17 Oktober 2024.” Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ada yang menyokong Yang Berhormat?
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Dato’ Yang di-Pertua. Saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Masalahnya adalah Usul yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat tadi hendaklah dipersetujui.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” [27 Mac 2024]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat- Yang Berhormat, terdapat senarai di dalam tangan saya ini. Kalau diikut di sini, sejumlah 59 orang Yang Berhormat akan berbahas. Dengan sedemikian, saya akan bacakan sebahagian dulu dan masa diberikan 5 minit. Walau bagaimanapun, ditentukan oleh Pengerusi yang mempengerusikan Majlis.
Senarai tersebut adalah sebagai sebegini. Dimulakan pembuka tirai oleh Yang Berhormat Segambut. Walaupun Yang Berhormat Segambut adalah frontbencher, tapi dia berucap sebagai Yang Berhormat Segambut. Diikuti Yang Berhormat Kota Baharu; Yang Berhormat Semporna; Yang Berhormat Pagoh; Yang Berhormat Ayer Hitam; Yang Berhormat Jerlun; Yang Berhormat Kluang; Yang Berhormat Muar; Yang Berhormat Pasir Gudang; Yang Berhormat Masjid Tanah; Yang Berhormat Kota Melaka; Yang Berhormat Sungai Petani; Yang Berhormat Besut; Yang Berhormat Gopeng; Yang Berhormat Selayang; Yang Berhormat Pengkalan Chepa; Yang Berhormat Puchong; Yang Berhormat Rasah; Yang Berhormat Jerantut; Yang Berhormat Bangi; Yang Berhormat Bayan Baru; Yang Berhormat Padang Besar; Yang Berhormat Tebrau; Yang Berhormat Sandakan; Yang Berhormat Maran; Yang Berhormat Kota Belud; Yang Berhormat Bentong; Yang Berhormat Bagan Serai; Yang Berhormat Mas Gading; dan Yang Berhormat Jelutong.
Baik, ini adalah Yang Berhormat yang 30 yang akan memulakan perbahasan...
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Tuan Yang di-Pertua, nak bertanya sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Saya menghormati hak Segambut. Cuma mungkin sedikit penjelasan. Jarang berlaku Ahli Kabinet mengasingkan dirinya sebagai Ahli Parlimen untuk berucap. Saya tak kata tak boleh. Saya cuma nak minta penjelasan daripada Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Indera Mahkota, saya pun mula-mulanya agak skeptikal, tapi saya run-through 100 peraturan ini...
[Merujuk kepada senaskhah Buku Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat] Tidak ada satu peraturan pun yang menghalang. Oleh yang sedemikian, menguatkuasakan
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
peraturan 43, 99, 99A, saya dengan ini membenarkan. Jika ada apa-apa yang hendak dipinda, I think Jawatankuasa boleh dimajukan lah, ya.
Okey sedemikian, saya mempersilakan pembuka tirai Yang Berhormat Segambut.
Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya menzahirkan ucapan tahniah kepada Menteri Dalam Negeri atas usaha dan inisiatif dalam meneruskan penggubalan pindaan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 dan seterusnya dibentangkan dalam Bacaan Kali Kedua, Penggal ini.
Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya usaha meneruskan proses pindaan Perlembagaan Persekutuan ini telah dimulakan sejak Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail memegang portfolio Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2019.
Antara asas utama pindaan ini ialah supaya wanita Malaysia yang melahirkan anak di luar negara dapat memberikan kewarganegaraan kepada anak mereka secara automatik sama seperti lelaki.
Kami menerima banyak aduan dan luahan para ibu dan suami yang tertekan oleh sebab isu dokumentasi anak-anak mereka yang lahir di luar negara, sedangkan anak-anak ini adalah anak kepada Warganegara Malaysia. Untuk makluman Dewan, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Segambut sahaja menerima 97 permohonan berhubung kewarganegaraan.
Daripada jumlah ini, sebanyak 41 telah diluluskan, hampir 50 peratus, 14 dengan status selesai. Dalam pada itu, 12 permohonan ditolak dan sebanyak 30 lagi permohonan sedang diproses.
Kerajaan juga banyak menerima cadangan dan justifikasi yang kukuh daripada pakar perundangan dan perlembagaan serta pertubuhan bukan kerajaan berhubung keperluan dan kepentingan pemberian status kewarganegaraan kepada anak-anak pemastautin tetap dan penurunan had umur permohonan 21 kepada 18 tahun.
Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Wan Azizah juga pernah menulis kepada Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin pada 2 April 2019 yang ketika itu Menteri Dalam Negeri. Ini salinan suratnya...
[Menunjukkan sekeping kertas] Bahkan pernah mengadakan kunjungan hormat kepada beliau, boleh saya katakan, bagi pihak para ibu dan kanak-kanak di luar sana. Namun, usaha ini tidak mendatangkan hasil. Tiada perubahan atau sebarang tindakan yang diambil oleh Kementerian Dalam Negeri pada masa itu.
Selepas ‘Langkah Sheraton’ pada Februari 2020, Pakatan Harapan kekal meneruskan usaha ini dan sebagai Ahli Parlimen Segambut, saya telah bersama dengan Family Frontiers, dengan izin ya, berada di mahkamah dan beberapa sidang media dan program kesedaran bersama mereka.
Menerusi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), kedua-dua gabungan politik Pakatan Harapan dan Barisan Nasional masing-masing menjadikan kewarganegaraan ini sebagai
Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
satu manifesto yang penting jika menang kuasa. Perkara ini telah sekian lama menjadi perjuangan yang disokong oleh banyak pertubuhan bukan kerajaan serta para ibu yang terkesan.
Menteri Dalam Negeri hari ini bukan sahaja mempunyai kesungguhan politik, malah mempunyai kekuatan moral untuk membentangkan pindaan ini berbanding menteri-menteri sebelum ini. Namun, untuk mendapatkan kesemua perkara yang diperjuangkan, kadang- kadang kita terpaksa bermula dengan langkah berani yang pertama. Inilah langkah yang berani tersebut. Jika tak mampu buat semua, jangan tinggal semua.
Sejak tahun 2018, saya telah mendengar jawapan tiga Menteri Dalam Negeri berhubung isu kewarganegaraan ini dan kesan kepada keluarga- Tan Sri Mahiaddin, Hamzah dan kini Saifuddin. Bagai langit dan bumi sekiranya dibandingkan jawapan Saifuddin dengan yang sebelum ini...
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Boleh sebut nama penuh?
Saifuddin ada dua dalam Dewan ini...
[Ketawa]
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Semestinya Saifuddin Nasution.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Terima kasih...
[Ketawa]
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Menteri Dalam Negeri kini telah meluluskan begitu banyak kes kewarganegaraan yang mempunyai impak terhadap golongan ibu dan anak mereka dan telah clear banyak backlog bertahun-tahun sebelum ini. Semuanya atas dasar simpati dan empati terhadap nasib dan masalah yang dihadapi sama ada oleh atlet- permohonan atlet pun ramai- mahupun kanak-kanak. Satu demi satu permohonan dan aduan diteliti dan dipertimbangkan sewajarnya.
Walaupun Yang Berhormat Senator Datuk Seri Saifuddin menerima pelbagai tentangan dan tohmahan di luar sana, beliau tetap meneruskan usaha murni ini demi masa depan anak-anak kita. Syabas dan terima kasih tidak terhingga kepada Kerajaan Perpaduan sejurus memikul tanggungjawab sebagai kerajaan untuk rakyat terus bekerja dan meneruskan usaha ke atas pindaan Perlembagaan Persekutuan ini.
Terima kasih kepada Family Frontiers dan peguam mereka Prof. Gurdial Singh, semua NGO, ibu-ibu dan ahli keluarga yang terlibat serta penjawat awam yang bertungkus- lumus bekerja keras untuk menghasilkan pindaan ini. Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Wan Azizah, mantan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Wanita yang telah memperjuangkan isu ini; Yang Berhormat Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Yang Berhormat Dato’ Sri Azalina Othman yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat dahulu dan konsisten sehingga sekarang- Menteri Undang-undang, memperjuangkan isu ini; dan kini Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Puan Yeo Bee Yin, Puchong, pemimpin parti, Majlis Raja-Raja, media dan semua Ahli Parlimen yang sentiasa meneruskan perjuangan ini tanpa mengira sebagai Kerajaan ataupun Pembangkang.
Saya akui pindaan ini mungkin tidak sempurna 100 peratus. Namun, Kerajaan Madani mempunyai kesungguhan politik- political will, dengan izin, untuk melakukan
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
reformasi, menunaikan janji dalam manifesto, memperbetulkan kesalahan dan memberhentikan ketidakadilan terhadap para ibu dan anak-anak mereka selama bertahun- tahun ini.
Komitmen untuk meminda Perkara 19 merupakan komitmen utama Kerajaan Perpaduan. Ini telah dibuktikan semasa kerajaan membawa usul pindaan dan juga telah dihantar ke Jawatankuasa Pilihan untuk dikaji dan mendapatkan pandangan semua Ahli Parlimen. Dengan pindaan ini, kita- semua boleh pulang kepada keluarga masing-masing dan dengan bangganya memberitahu kepada anak-anak perempuan kita bahawa, “Saya sebagai ibu ataupun ayah yang terlibat dalam penggubalan undang-undang ini serta berjaya memberikan hak wanita dalam memberikan kewarganegaraan.” Tuan Yang di-Pertua, saya sebagai Ahli Parlimen yang sentiasa dekat dengan rakyat dan keluhan mereka berhubung isu ini sememangnya dari semasa ke semasa cuba bergerak bersama rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan. Pindaan ini merupakan satu naskhah yang holistik. Tiada ruang penolakan berdasarkan perundangan dan garis panduan sekiranya seseorang itu mencukupi syarat dan kelayakan.
Terima kasih kepada Menteri Dalam Negeri dan semua Ahli Yang Berhormat Kerajaan dan Pembangkang atas kefahaman bersama. Saya difahamkan dalam Jawatankuasa Pilihan, ramai wanita daripada golongan pembangkang juga telah bersama Pengerusi kita Yang Berhormat Puan Yeo Bee Yin untuk memberi maklum balas kepada kerajaan.
Dan akhir sekali, pindaan ini melangkaui politik dan kepartian. Saya benar-benar berharap semua Ahli Parlimen akan hadir dan menyokong pindaan ini dan bukan dengan sengaja berkecuali ataupun cuba menggagalkannya. Ini kerana memandangkan populasi wanita melebihi 50 peratus. Kegagalan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk menyokong pindaan ini tentunya akan diingati oleh mereka menjelang PRU yang akan datang.
Sekian, terima kasih. Segambut menyokong Usul...
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Segambut. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan untuk saya turut sama membahaskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 khususnya berkaitan dengan kewarganegaraan.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang Segambut sebut tadi- bukan Hannah Yeoh ya. Segambut. Dia kata ini adalah usaha yang dilakukan oleh kerajaan sekarang ini- saya juga ucap tahniahlah, tapi tidak boleh dinafikan usaha telah dibuat sejak Kerajaan dulu masa saya di dalam BHEUU dan juga Masjid Tanah mungkin akan
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
menjelaskan apa yang telah dibuat oleh kerajaan dulu, tapi belum sempat dibentangkan. Apa pun, tahniah Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, semua makhluk yang ada di atas muka bumi ini mempunyai identiti. Seorang manusia, identiti dia adalah Kad Pengenalan ataupun pasport. Manakala sebuah negara, identiti dia adalah Perlembagaan. Oleh sebab itu, Perlembagaan sesebuah negara itu dianggap sebagai badan atau body. Manakala elemen penting dalam Perlembagaan itu ialah kewarganegaraan. Ianya dianggap sebagai jantung ataupun heart. Satu kata-kata yang menarik berbunyi, “Constitution together with citizenship is not a mere legal document, it is a vehicle of life, and its spirit is always the spirit of age.” Itu menunjukkan betapa pentingnya Constitution yang mempunyai peruntukan yang jelas di dalamnya adalah kewarganegaraan.
Di negara kita Malaysia, sebagaimana yang kita maklum, apabila negara mencapai kemerdekaan, telah ditugaskan kepada Suruhanjaya Reid atau Reid Commission untuk merangka dan mendraf Perlembagaan sebelum kita mencapai kemerdekaan. Di dalam Perlembagaan yang didrafkan oleh Suruhanjaya Reid ini, terdapat satu bahagian yang utama, yang penting iaitu Bahagian III yang bertajuk Kewarganegaraan, mempunyai peruntukan Perkara 14 sehingga 31. Banyak. Lebih kurang 16 atau 17 peruntukan di situ menunjukkan kewarganegaraan ini adalah cukup penting, khususnya Perkara 14
(Kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang), Perkara 15 (Kewarganegaraan melalui pendaftaran) yang dibaca bersama dengan Bahagian I dan II di dalam Jadual Kedua Perlembagaan ini.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Saya ingin menyatakan bahawa kewarganegaraan adalah satu anugerah yang amat besar kepada seseorang rakyat di sesebuah negara. Lantas ia adalah satu perkara yang mahal dan tidak boleh diberikan secara mudah atau semberono ataupun secara longgar.
Oleh sebab itulah saya memetik ucapan Yang Berhormat Menteri sendiri semasa membentangkan rang undang-undang ini pada 27 Mac 2024, mengatakan bahawa Majlis Raja-Raja setelah memperkenankan cadangan ini, telah menzahirkan bahawa taraf warganegara adalah anugerah tertinggi yang diperuntukkan dengan jelas oleh undang- undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu, ia mesti mempunyai elemen kawalan dalam sesuatu pindaan yang hendak dibuat terhadapnya.
Begitu juga pada 21 dan 22 Februari 2024, disebut oleh Yang Berhormat Menteri ketika mengangkat rang undang-undang ini dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Majlis Raja- Raja memberikan perkenan dengan penzahiran agar pemberian taraf warganegara perlulah disertai dengan syarat-syarat yang ketat dan bertanggungjawab. Jadi, begitulah pentingnya soal kewarganegaraan ini dan oleh itu, saya ingin menyentuh dalam perbahasan saya mengenai elemen-elemen kawalan yang ada dan perlu ada di dalam pindaan ini.
Pertamanya, kita sudah tahu Perkara 159 yang bertajuk, “Meminda Perlembagaan Dalam Perlembagaan” ini telah disebut dengan jelas, sesuatu pindaan Perlembagaan tidak kiralah fasal berapa ataupun perkara berapa, mestilah dianggap diluluskan dengan sokongan
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
undi Ahli Parlimen tidak kurang daripada dua pertiga jumlah bilangan Ahli Parlimen dan yang penting lagi ialah 159(5), Perkara 159, Fasal (5) menyebutkan rang undang-undang yang melibatkan kewarganegaraan iaitu Bahagian III, tidak boleh diluluskan tanpa persetujuan daripada Majlis Raja-Raja. Ini adalah satu elemen kawalan yang penting dalam soal Perlembagaan dan kewarganegaraan.
Ketiga, terdapat dalam pindaan dalam rang undang-undang ini, pindaan terhadap Perkara 18, dengan memasukkan Perkara 18(A) yang mana warganegara yang mendapat kewarganegaraan di bawah umur 18 tahun, bila sampai umur 18 tahun, dalam tempoh 48 bulan mereka perlu mengangkat sumpah taat setia mengikut Jadual Pertama yang ada dalam Perlembagaan dan sekiranya tidak angkat sumpah dalam tempoh 18 hingga 22 tahun umurnya, maka ia terhenti menjadi seorang warganegara.
Persoalan yang saya hendak bangkitkan, Yang Berhormat Menteri boleh jelaskan apakah mekanisme kawalan untuk memastikan mereka yang mendapat kewarganegaraan sebelum berumur 18 tahun, apabila cukup 18 tahun dan sampai umur 22 tahun itu mereka mengangkat sumpah? Umum mengetahui dalam negara kita ada warganegara kita yang urusan-urusan rasmi tidak menggunakan kad pengenalan. Mereka menggunakan pasport antarabangsa. Jadi, tidak boleh dikesan di situ sama ada mereka ini telah mengangkat sumpah atau tidak, yang sepatutnya mereka ini sudah ceases, sudah terhenti menjadi seorang warganegara.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
[Bangun] Kota Bharu. Indera Mahkota.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Okey. Sorry, tak nampak.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Adakah Kota Bharu bersetuju kalau memanjangkan persoalan kepada Yang Berhormat Menteri, supaya selain daripada isu kawalan, ia juga harus diseimbangkan dengan perkara seperti prinsip hak untuk- ya lah, hak seorang anak untuk menjadi warganegara. Maksud saya ialah keseimbangan antara kawalan dan prinsip-prinsip yang kontemporari. Terima kasih.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya, saya amat setuju, masuk sebagai sebahagian ucapan saya. Saya rasa Menteri pun sudah sebut perimbangan, the balance antara perkara itu.
Ketiga, perlu disebut juga pindaan- saya ucap tahniah, pindaan seksyen 33 dalam Jadual Kedua, Bahagian II, “Anak seorang warganegara yang lahir di luar Malaysia, tetapi tidak bermastautin di Malaysia, bukan menjadi seorang warganegara mengikut kuat kuasa undang-undang.” Itu kawalan. Satu lagi perkara yang saya hendak minta penjelasan iaitu pindaan kepada Perkara 15(1)(c) yang ada dalam muka surat 2 dalam Blue Bill ini iaitu (c) yang mana dikatakan seseorang yang hendak memohon menjadi warganegara mengikut pendaftaran Perkara 15 mestilah memuaskan hati Kerajaan Persekutuan. Dalam konteks ini, Menteri Dalam Negerilah. “Bahawa dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam Bahasa Melayu.”
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Jadi persoalan- saya gunakan- apakah mekanisme yang digunakan ataupun apakah kaedah digunakan oleh KDN untuk menentukan dan memuaskan hati pihak kerajaan bahawa pemohon ini mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam Bahasa Melayu? Adakah ia memenuhi peruntukan Perkara 152 yang mengatakan Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan? Itu yang pertama.
Keduanya, kepada- ini seksyen yang penting kepada anak yang dilahirkan di luar negara, daripada salah satu sama ada ibu atau ayahnya warganegara, menjadi warganegara.
Adakah anak tersebut juga, yang dilahirkan di luar negara, di Amerika, di England dan sebagainya perlu mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam Bahasa Melayu?
Walaupun mereka ini tidak perlu memohon- yang lahir itu, yang hendak memohon, jelas perlu mempunyai pengetahuan. Adakah yang lahir luar negara mungkin dia layak dapat warganegara, tetapi cakap Melayu pun tak boleh, cakap Bahasa Melayu pun tidak boleh.
Apakah itu juga termasuk antara syarat-syarat yang boleh diimposed kepada kes-kes yang seumpama itu? Masa habis?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya tak suruh berhenti, kan?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
[Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat. Jadi dalam hal ini, saya merasakan bahawa kita melihat pindaan yang dibuat oleh pihak kerajaan dalam hal ini adalah satu pindaan yang...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Kota Bharu, 1 minit.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Okey. Satu pindaan yang cukup- cukup penting dan jangan kata pihak Pembangkang tidak mempunyai komitmen dalam perkara ini. Saya boleh membacakan antara Manifesto PRU-15 Perikatan Nasional. Kami juga memasukkan satu fasal yang berbunyi, “Memuktamadkan segera...” Segambut kena dengar. “Memuktamadkan segera kajian pindaan Perkara 14(1)(b) Perlembagaan untuk kewarganegaraan anak yang dilahirkan oleh ibu berwarganegara Malaysia dengan suami warganegara asing di luar negara.” Jadi, perkara-perkara ini adalah juga satu perjuangan semua kita kerana perkara ini akan terkena bukan sahaja kepada pihak mana-mana, tetapi semua rakyat Malaysia itu sendiri. Jadi, atas dasar itu kami menyatakan bahawa dengan pandangan dan juga teguran- teguran yang kami berikan, kami tidak ada masalah untuk menyokong pindaan yang dibuatkan. Terima kasih...
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Semporna.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Terima kasih Dato’ Speaker, memberi ruang untuk saya turut berbahas tentang rang undang-undang pada hari ini berhubung kait dengan kewarganegaraan. Perkara ini cukup penting kepada rakyat
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Malaysia yang datangnya dari Sabah dan Sarawak kerana perkara ini telah menimbulkan berbagai-bagai-bagai permasalahan yang timbul dan waktu itu saya ingat Yang Berhormat Menteri pun tahu, bila saya bertanya kepada Yang Berhormat. Siapakah yang mengeluarkan MM13? Adakah kerajaan negeri, adakah Kerajaan Persekutuan? Siapakah yang keluarkan burung-burung? Adakah kerajaan negeri ataupun Kerajaan Persekutuan?
Bancian, tiga proses yang selalu- kadang-kadang itu membolehkan sehingga rakyat Malaysia yang ada di situ diiktiraf ataupun tidak diiktiraf sebagai warganegara dan ada kelainannya dengan Tanah Semenanjung kerana kita di situ berhubung kait dengan proses yang ada. Itu yang saya nyatakan bila Dato’ Speaker menyatakan perundangan dan lihat Menteri boleh berbahas, tetapi tidak ada yang boleh menyekat, tidak apa. Tidak menjadi masalah. Jadi, ini saya ingin tanya sedikit tentang undang-undang yang ada ini.
Pertama, kalau kita melihat proses dia sahaja kerana kita di Parlimen ini adalah untuk menggubal undang-undang, memperbaiki undang-undang. Saya tidak jadi masalah kerana kita hendak- be very progressive daripada segi perundangan supaya kita perbetulkan.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Jangan yang tidak berhak mendapat hak, jangan yang berhak tidak dapat hak. Ada di kawasan saya di Semporna, enam orang adik-beradik. Lima orang ada dia punya IC, tetapi seorang tidak ada dia punya keterangan- tidak tahu pasal apa sebab musababnya, oleh kerana kemungkinan pentadbiran-pentadbiran Jabatan Pendaftaran yang ada. Saya berharap usaha ini bukan hanya membabitkan daripada segi pematuhan undang-undang.
Dato’ Speaker 161E(2). “No amendment shall be made to the Constitution without the concurrence of the Yang di-Pertuan Negeri of Sabah or Sarawak or each of the States of Sabah and Sarawak concerned”. Itu Perlembagaan Dato’ Speaker, tanya tadi itu peraturan standing order, ikut peraturan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ikut peraturan.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Jadi saya ingat kita Perlembagaan ini satu perkara yang the supreme. In Malaysia, the supreme is the Constitution. Bukannya Kabinet, bukannya eksekutif yang ada.
Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri sama ada consent- pasal di sini disebutkan tentang bahawa, “No amendment shall be made to the Constitution without the concurrence of the Yang di-Pertuan Negeri of the state”. Itu yang saya tanya, satu bab yang saya ingatkan supaya perkara ini perlu kita ikut peraturan. Ada pindaan. Kita tidak ada halangan untuk menyokong pindaan dilakukan, tetapi daripada segi perundangan yang ada. Saya tidak mahu nanti hari ini undang-undang negara kita, we bypass the law. Perjanjian 63 (MA63).
Saya tidak mahu nanti besok pula Perjanjian 63, The Federal Cabinet Decided you amend that without consultation of the state government whether Dewan Undangan Negeri, TYT *doesn’t have the right, the Chief Minister doesn’t have the right...
[Tidak jelas] The State Assembly*.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Saya Ketua Pembangkang di negeri ini dan ini yang saya hendakkan, supaya soalkan tentang perkara ini untuk membolehkan supaya perkara ini dapat kita perbaiki daripada segi perjalanan, penggubalan undang-undang di Parlimen. It’s not being political, I don’t have any political motive. Yang penting kepada kita be progressive. Kalau untuk kepentingan rakyat, kepentingan negara kita, kita akan sokong, tidak jadi masalah.
Saya setuju dengan Segambut tentang gender. Perkara gender ini penting. Kita tidak boleh berdasarkan- oleh kerana undang-undang yang ada cuma bila ibunya atau suaminya, how can a woman be pregnant without the husband? Macam mana kita hendak iktiraf, tetapi kadang-kadang teknologi AI yang baharu ini ada implant, tetapi macam mana kita hendak pastikan supaya the detail part of it. We have to be very meticulous supaya kita tidak mahu nanti perkara-perkara seperti yang berlaku, illegal. Saya ini digelar PTI...
[Ketawa] Isu di Sabah. Kadang-kadang macam itu.
Mak saya orang Tidung, mak dia, the mother is a Tidung. Tun Sakaran punya mak Tidung. Kalau Islam, Tidung. Kalau Kristian, Murut, you know, but yet melempar macam- macam fitnah, dilahirkan di sini, macam-macam. Timbalan Menteri Pertahanan jadi PTI.
Bekas Menteri Kanan jadi PTI. Macam mana? Thats why I ask Menteri tadi itu, IMM13, Burung-burung, bancian. What does it mean? Pentadbiran.
You have to make sure the pentadbiran- jabatan-jabatan yang terbabit tentang perkara ini- penting. Kita tidak mahu melihat penyelewengan berlaku. Oleh kerana ada interest di antara mana-mana pihak. Yang penting berhak.
Kalau seumpama itu anak ini dilahirkan contohnya seperti ada isu tentang Pala’u di Sabah. Stateless kids yang ada. Stateless kids ini daripada semenjak sebelum negara kita merdeka, sudah ada di Sabah itu. Dia ini dilahirkan- Pala’u ini kalau dalam bahasa- pelaut, orang laut, tetapi we cannot synchronize that supaya nama dia orang laut, banyak orang laut.
Dari Indonesia, dari Philippine, taklah boleh semuanya kita rangkumkan, bundle it together as if this is the seafarer, but dia dah berada di situ sebelum merdeka. Sebelum kita membentuk Malaysia. Daripada 14, berapa tahun sudah ada di situ, dilahirkan di bot, perahu.
They don’t go to the main land. Tidak ada registration, tidak ada Surat Nikah dia. This is why- yang penting kepada kita contohnya kalau di kawasan bagi Muslim tidak jadi masalah kerana bila akad nikah mesti ada tauliah dia, tetapi bagi pedalaman kumpulan Dusun, Kadazan, ini kita dapati di Keningau banyak orang Murut. Pasal itu apabila saya menjadi Ketua Menteri saya lakukan sesuatu perubahan yang tidak pernah dilakukan, mobile registration.
Mantan Ketua Hakim Negara Tun Richard Malanjum. I organize dengan Chief Minister dia babitkan dan saya ingat Pagoh pun waktu itu bantu, masa itu dia Menteri Dalam Negeri kah apa, untuk membolehkan supaya kita register, asalkan dia layak waktu itu supaya kita tidak mahu denied, anak-anak kita tidak boleh masuk universiti, tidak boleh masuk sekolah. Bayangkan, saya sebutkan anak di Semporna ini enam orang, yang lima orang itu masuk universiti yang lain. Yang satu ini tidak boleh. Pasal apa? It must be very thorough.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
I went there, I asked, I said, “Please can you process ini?” Oh, bukan main, sampai sekarang tidak dapat. Baru-baru ini saya bagi anugerah dia Form 6, bagi anugerah, bagi bantuan sedikit, rupa-rupanya tidak boleh melanjutkan sampai ke universiti, but these are local boys.
Jadi saya harap daripada segi pentadbirannya, saya merayu kepada Yang Berhormat tentang perkara ini kerana ini adalah dekat dengan jiwa rakyat Malaysia yang berada di Sabah. Saya mohon pengesahan agar jaminan dapat diberikan tentang perkara-perkara yang saya sebutkan berhubung kait dengan kewarganegaraan ini dan saya setuju dengan gender. Perkara itu Yang Berhormat Segambut, that is very important, cannot be biased.
Di dunia kita biased, hendak kerja mesti ada wanita, hendak kerja mesti ada laki-laki.
It must be respective, whether they are foreigners’ husband, whether they are women, the wives are foreigners, make sure that the children must have the right to become warganegara di negara kita, tetapi Bab 1, saya hendak teliti automatik.
Ini Perlembagaan, Article 1 lagi, 14- automatik ini. Yang ini saya bimbang Dato’ Yang Berhormat Menteri. Kadang-kadang bila kelahiran, “Subject to Article 18, any married woman whose husband is a citizen is entitled.” Ini yang sudah saya sebutkan tadi, tetapi kelahiran- secara automatik kerana kadang-kadang kita tidak tahu. Anak-anak datang ke situ dilahirkan, tidak tahu dari German kah, dari Amerika kah, do they have the right just because they born there, unless after independent- before independent, that is different story.
Jadi, saya tekankan tentang minta supaya jaminan daripada Yang Berhormat Menteri supaya proses yang ada ini mematuhi Perlembagaan negara kita.
Satu bab, yang satu bab tadi stateless kids’, stateless people yang ada, Pala’u itu juga merupakan di antara masyarakat yang mempunyai hak, mungkin bukanlah menjadi kebimbangan dalam gelanggang politik ini kita nafikan, tidak ada sekolah mereka, tidak ada kerja. They cannot have access to health, they cannot have access to education dan kita boleh bawa segala pekerja dari luar negara, Bangladesh, dari India. They are here for more than 60 years as a labour force. If we are able to tap them, dengan izin, masyarakat- tenaga buruh yang ada, bukan mungkin oleh kerana ada IC, dokumen yang ada.
Dahulu kita hendak bagi- masa kerajaan dahulu, saya ingat PSS hendak bagi...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Saya minta supaya tangguhkan sementara sehingga kita dapat membawa iaitu menjadi satu perkara. Bukan tidak ada usaha, tetapi Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya merayu sungguh supaya apa yang disebutkan ini akan mendapat perhatian daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih banyak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Semporna. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Pagoh.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sepertimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, kewarganegaraan adalah anugerah yang tertinggi negara dan ia tidak boleh diberikan secara sewenang-wenangnya.
Perlembagaan Persekutuan menetapkan syarat-syarat ketat untuk melayakkan seseorang individu menjadi Warganegara Malaysia. Pada masa yang sama dasar mengenai kewarganegaraan juga mestilah mengambil kira hak-hak yang sah bagi setiap individu terutamanya golongan wanita dan kanak-kanak.
Justeru, saya menyambut baik pindaan Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan ini yang memberikan hak kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang kepada kanak-kanak yang lahir di luar negara yang ibunya pada masa kelahirannya merupakan seorang Warganegara Malaysia.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Pindaan ini Tuan Yang di-Pertua, adalah selaras dengan Manifesto Perikatan Nasional pada PRU Ke-15..
[Tepuk] Saya juga bersetuju dengan pindaan yang memberikan hak kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang kepada anak-anak dalam kategori ini hanya untuk satu generasi sahaja. Bagi saya, ini adalah suatu mekanisme kawalan yang penting untuk memastikan kelonggaran kepada hak kewarganegaraan yang diberikan melalui pindaan Perlembagaan ini tidak disalahgunakan.
Saya percaya kita sebagai rakyat Malaysia yang setia kepada negara tidak mahu suatu masa nanti wujud suatu generasi Warganegara Malaysia yang melaksanakan hak-hak sebagai warganegara termasuk hak untuk mengundi dalam pilihan raya, tetapi seumur hidupnya tinggal di luar negara dan tidak menumpahkan taat setianya kepada Malaysia.
Saya juga ingin menyentuh pindaan Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan hanya kanak-kanak yang lahir dalam Persekutuan dan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya seorang warganegara pada masa kelahirannya layak untuk mendapat kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang.
Dengan pindaan yang dicadangkan ini, anak-anak yang ibu bapanya pada masa kelahirannya merupakan pemastautin tetap, tidak lagi layak untuk mendapat kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang. Saya berpandangan, pindaan ini agak perlulah diteliti semula, Yang Berhormat Menteri.
Seperkara lagi ialah mengenai penurunan had umur kewarganegaraan di bawah Perkara 15A daripada 21 tahun kepada 18 tahun. Saya tahu, terdapat kes-kes permohonan di bawah Perkara 15A yang mengambil masa yang agak lama untuk diproses. Oleh sebab itu semasa saya menjadi Menteri Dalam Negeri, kita telah memperkenalkan suatu SOP khusus untuk mempercepatkan tempoh pemprosesan permohonan di bawah Perkara 15A. Ini saya fikir adalah penting kerana ia melibatkan kanak-kanak dan jika berlaku kelewatan dalam pemprosesan permohonan, maka terlepas peluang untuk memperoleh kewarganegaraan kerana mereka sudah pun melebihi had umur.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Justeru itu bagi pandangan saya secara peribadi, umur 21 tahun yang sedia ada ini dalam Perlembagaan agak wajar dikekalkan kecualilah jika pihak KDN dapat memberikan suatu jaminan bahawa semua permohonan di bawah Perkara 15A diproses secara fast track, dengan izin, untuk mengelakkan permohonan yang layak terlepas peluang untuk mohon disebabkan penurunan had umur tadi.
Tuan Yang di-Pertua, saya faham bahawa pindaan Perlembagaan ini bertujuan untuk memperkemaskan lagi undang-undang kewarganegaraan. Namun masih terdapat beberapa kelompangan khususnya mengenai kebajikan kanak-kanak dan kaum wanita yang masih perlu diperbaiki. Saya dalam beberapa ketika yang lalu telah pun menemui banyak CSO, badan-badan bukan kerajaan yang menyatakan rasa kebimbangan sekiranya pindaan Perlembagaan ini diteruskan tanpa mengambil kira kepentingan kanak-kanak khasnya dan juga wanita.
Saya fikir kalau sekiranya perlu, sekiranya perlu, maka mungkin perlulah dirujukkan ke sebuah jawatankuasa khas terlebih dahulu sebagaimana yang saya fikir begitu sebelum dapat diluluskan supaya perkara-perkara yang saya bangkitkan ini dapat diteliti semula dan juga ditambah baik. Terima kasih Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Pagoh. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Ayer Hitam.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Dato' Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan selamat datang kepada pelajar dan guru SMKA Sultan Muhammad, Melaka. Ini yang dipesan oleh Yang Berhormat Hang Tuah Jaya...
[Tepuk] Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Menteri Dalam Negeri kerana telah membawa satu pindaan Perlembagaan yang cukup penting bagi kita. Sebentar tadi kita telah menyaksikan kedua-dua pihak, nampaknya kita serasi dalam soal ini.
Ini kerana apa yang penting ialah semasa zaman COVID-19, kita dikejutkan dengan satu keputusan Perintah Mahkamah iaitu mereka telah membuat satu perintah iaitu kes warganegara wanita Malaysia yang melahirkan anak di luar, mereka telah buat contest ke mahkamah dan akhirnya keputusan muktamad dari mahkamah ialah kewarganegaraan patut diberikan kepada wasiat ataupun anak kepada warganegara ini.
Jadi apabila berdepan dengan situasi, saya masih ingat masa itu saya di dalam Kabinet dan kita berbincang dan masing-masing atas dasar menghormati dan hak saksama antara lelaki dan perempuan, kita kena melakukan sesuatu termasuk membuat konsultasi dengan Majlis Raja-Raja. Saya masih ingat lagi dan selepas kita telah bertukar kerajaan, saya nampak inisiatif ini diteruskan. Apa yang lebih baik ialah Yang Berhormat- yang baik itu saya kena puji Yang Berhormat bukan kerana Yang Berhormat kawan saya.
Apa yang saya tahu Yang Berhormat Menteri ini, dalam masa kita nak meminda, nak bawa rang undang-undang ke Parlimen ini, Yang Berhormat telah meluluskan banyak kes.
Daripada yang tertunggak 17,203 kes, nampaknya 67 peratus iaitu 11,465 telah diselesaikan
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
di bawah Perkara 15(2), 15A dan 19(1). Saya rasa, ini adalah satu keputusan yang baik kerana melihatkan bagaimana komitmen yang telah diberikan oleh Menteri.
Saya sendiri secara peribadi di tempat ini telah membangkitkan satu kes pada tahun lalu bulan November. Ini adalah orang yang saya terserempak di Batu Pahat ketika saya menghadiri mesyuarat di pejabat daerah. Dia ini, saya tengok muka dia pun pernah saya lihat dia menangis dalam muka surat pertama akhbar. Saya tanya, “Kenapa anak ini tak pergi sekolah?” Dia kata, “Belum dapat permit.” Sebab itulah saya bangkit di sini pada November tahun lalu. Lalu saya telah berbincang dengan pihak Menteri dalam sebulan lebih, meneliti kes ini. Warganegara Malaysia terpaksa resign, yang bekerja di Germany. Suami dia Indonesia, sekarang jadi orang Jerman dan kedua-dua adalah expatriate, terpaksa balik untuk melahirkan anak keduanya kerana apa yang dilalui itu sangat teruk.
Kes pertama, adik ini Mia. Nama dia Mia. Mia ini dia balik ke sini, tak boleh masuk sekolah. Dia menangis. Apabila ibunya menangis depan surat khabar, dia menjadi salah seorang jurucakap dalam family- apprentice. Sebab itulah banyak lagi golongan profesional yang mereka memang mendahagakan kewarganegaraan untuk anaknya. Itu adalah keadilan yang diperjuangkan oleh mereka. Sebab itu saya kata, ini memberi satu kesaksamaan daripada segi gender baik di pihak sini atau pihak sana dan kita patut menyokong.
Ini kes pertama. Adik kepada Mia ini, dilahirkan di Malaysia dan tak ada isu tapi kakaknya, tapi atas bantuan Yang Berhormat dengan menggunakan kuasa undang-undang lama yang ada, Yang Berhormat telah luluskan dan serahkan pada 18 Disember tahun lalu.
Tahniah dan syabas Yang Berhormat. Orang yang menerima surat ini secara peribadi pagi ini beritahu saya, kena ucapkan terima kasih kepada KDN kerana membuat keputusan dan anaknya dah bersekolah di sekolah kita.
Kedua, pada hari yang sama juga dibawa satu kes, rakan sebaya dia adalah seorang international company punya CEO di Malaysia. Dia dah bercerai, anak dia seorang. Dilahirkan di mana? London. Jadi bercerai, anak nak serah siapa? Dia terpaksa dapatkan kewarganegaraan untuk dia. Namanya Rachel Ng, juga telah mendapat selepas tiga bulan iaitu Mac 2024. Ini dua kes yang berjaya.
Semasa saya membawa Esther pergi, ada seorang kawan lama saya- mungkin Yang Berhormat Pagoh pun kenal, Datuk Dr. Singaraveloo iaitu doktor kepada Almarhum Sultan Johor dulu. Dia ini sebenarnya ada pesanan sebelum dia mati. Suruh bantu anak angkat dia.
Kes Aru Kumar, anak kepada adik perempuan dia yang duduk di India pada tahun 1978 dilahirkan, tetapi adik perempuan dia telah meninggal. Tahun 1984 angkat ini sebagai anak angkat Aru Kumar dan selepas masuk sekolah di sekolah kebangsaan, sekolah menengah dan masuk UTM, bayar kadar yang lebih tinggi menjadi Graduan UTM, tetapi baharu sahaja minggu lalu telah mendapat kewarganegaraan.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Bayangkan orang yang telah melalui sistem pendidikan kita terpaksa tunggu sampai umur 46. Dia pun ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat kerana kalau kes ini tidak dibawa secara khusus kepada Yang Berhormat, KDN pun mungkin tidak faham. Jadi tiga kes
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
yang berjaya, masing-masing suruh kita sampaikan salam terima kasih dan pada waktu yang sama daripada berjaya ini saya ucapkan terima kasih. Ada saya rasa saya sokong 100 peratus terhadap pindaan yang ini tapi dalam kes yang 5,738 yang belum berjaya.
Saya kena bagi pandangan dalam sini. Ini kes Lim Pei Nee dari Banting. Dia ini adalah seorang banker HSBC. Suami dia juga banker dari Hong Kong. Dia lahirkan anak dia di UK dan sekarang bekerja di ibu pejabat HSBC dekat Hong Kong. Jadi, sejak lahirkan anak ini pada 13 September, Disember dia daftar dekat Pejabat Konsulat, tapi baru-baru ini terima surat ditolak, tapi dia tanya saya, boleh tak kamu beritahu saya apa sebab saya ditolak?
Sebab itu saya kata, saya akur dengan keputusan kerajaan kata kita tidak buat secara retrospektif. Okey, tetapi kalau kes ini 5,738 yang terkandas, apakah tindakan untuk membantu mereka? Satu saja, daripada feedback yang kita dapat, kes ini sekurang- kurangnya kena beritahu, apa sebab mereka gagal. Dari situlah, apakah kerja yang boleh dilakukan supaya dia boleh memohon proses apa yang perlu dilalui.
Saya berharap Yang Berhormat, ini adalah demi kebaikan. Kalau Yang Berhormat sudah selesaikan 67 peratus, yang tidak layak itu saya faham boleh tolak tetapi kalau kes yang genuine seperti Esther pernah lalui, Rachel, setiap kali terima surat ditolak menangis, tidak ada cara lain sebab dia tidak tahu sebab anak ditolak. Jadi, sudah tentunya perlu wujud satu SOP untuk Perkara 15A, 19(1). Saya rasa SOP ini kena jelas untuk membantu mereka yang masih mendahagakan kewarganegaraan. Saya nampak dalam kes ini, ya betul tidak retrospektif, tapi ada tindakan terhadap kes-kes yang sebelum undang-undang pindaan ini berkuasa. Saya berkuat kuasa. Sebab itu saya minta Menteri melihat perkara ini.
Satu perkara lagi, saya minta supaya SOP itu dapat kita dedahkan dengan lebih jelas dan apabila usia 21 tahun diturunkan kepada 18, saya berharap ia akan memberi satu impak positif mempercepatkan isu, tapi kita tidak compromise daripada segi syarat-syarat dia. Jadi saya rasa kalau dulu lama sangat, kadang sampai Menteri pun, Menteri belum tengok fail itu.
Kadang kita buat rayuan pun dulu tidak boleh sebab fail tidak sampai kepada Menteri. Sebab itulah saya minta supaya kita tengok balik.
Saya mula dengan membantu kes kewarganegaraan pada usia 25 tahun. Bila saya jadi Setiausaha Bahagian, saya sudah mula. Sudah 30 tahun, inilah penat, susah yang pernah dilalui oleh ibu-ibu dan mereka yang masih mendahagakan kewarganegaraan.
Jadi, secara kesimpulannya, saya menyokong pindaan ini. Saya anggap ia adalah sesuatu yang baik untuk Malaysia dan saya juga sokong apabila Yang Berhormat sendiri mendengar pandangan dari Family Frontiers dan lain-lain NGO termasuk kanak-kanak terdampar.
Kalau dulu ada pandangan yang berlainan sedikit dan kerana rasa sayang kita, kita punya caring attitude, kita telah melakukan sesuatu dan memberi jaminan. Saya juga sekali lagi merayu kepada Yang Berhormat dalam kes ini, sekiranya kita lihat mungkin tidak 100 peratus sempurna, jaminan boleh diberi oleh kerajaan apabila terdapat sedikit yang masih ada peruntukan undang-undang belum lagi dapat selesaikan dengan lebih efektif...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat gulung.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
...Sila kita beri jaminan. Last- jaminan supaya perkara ini dapat kita atasi satu persatu secara berperingkat kerana dengan cara ini kita dapat menyempurnakan isu ini yang sudah lama tertangguh dan saya dengan ini menyokong 100 peratus pindaan Perlembagaan ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Jerlun.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Dato’ Speaker, boleh saya minta izin sedikit. Sekejap saja Dato’ Speaker. Kalau boleh saya ingin memaklumkan bahawa ucap selamat datang kepada mantan Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Tan Sri David Wong dan yang berada di Dewan ini...
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sila Yang Berhormat.
Tadi Yang Berhormat- ada Jerlun? ....Ya Yang Berhormat Jerlun.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas pembentangan Rang Undang-undang Perlembagaan.
(Pindaan) Merujuk pindaan Perlembagaan ini, Jerlun berpendapat pemberian taraf kewarganegaraan kepada sesiapa saja yang berhak memohon kewarganegaraan hendaklah mengambil kira semua aspek yang memenuhi kehendak undang-undang negara kita. Jika kita mengambil sikap yang longgar dan bermudah-mudah terhadap kewarganegaraan, maka ia boleh menjejaskan identiti perpaduan dan kedaulatan negara untuk jangka masa panjang yang bakal diwarisi generasi masa hadapan untuk anak cucu kita nanti.
Merujuk fasal 2, Perkara 15(a)(iii)(c) dimasukkan perenggan baharu iaitu bahawa dia mempunyai pengetahuan yang “mencukupi” dalam Bahasa Melayu. Bila merujuk Akta Ibu 19(1)(c) bahawa dia mempunyai pengetahuan yang “memadai” dalam Bahasa Melayu. Ada perbezaan dari sudut istilah yang digunakan. Mengapa tidak disekalikan atau disamakan iaitu “memadai.” Persoalan saya, jika Perkara 19(1)(c) akta itu menyebut, “...pengetahuan yang memadai dalam Bahasa Melayu” dan perbezaan “mencukupi” dalam Perkara 19, Perkara 15(a)(iii) tadi, apa kayu ukur maksud “mencukupi” dalam bahasa Melayu”? Jika dirujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, “mencukupi” bermaksud “memadai.” Adakah hanya pengetahuan yang mencukupi atau memadai bahasa Melayu sudah layak memohon kewarganegaraan?
Saya mencadangkan frasa baharu iaitu bahawa dia “memahami” bahasa Melayu bagi menggantikan “mencukupi” bahasa Melayu.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Pada saya, ada bezanya antara tahu dan faham. Kalau seseorang itu tahu, mungkin dia tidak faham, tetapi kalau seseorang itu faham, sudah tentu dia tahu. Saya mencadangkan agar pemohon kewarganegaraan dipanggil terlebih dahulu oleh Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara untuk sesi ujian percakapan mengikut merit pemarkahan yang ditetapkan sebelum diluluskan permohonannya.
Merujuk Fasal 5, Perkara 18(1A) yang menyentuh tentang tempoh empat tahun untuk mengangkat sumpah, persoalan saya jika seseorang itu cukup umur 18 tahun dan dalam tempoh 48 bulan atau empat tahun, seseorang itu mengalami keilatan kekal yang menghalangnya untuk mengangkat sumpah seperti dalam Jadual Pertama, adakah ia terhenti menjadi warganegara?
Jika seseorang cukup umur 18 tahun dan dalam tempoh 48 bulan, seseorang itu meninggal dunia dan tidak sempat mengangkat sumpah seperti yang terkandung dalam Jadual Pertama, adakah dia terhenti menjadi warganegara? Persoalan yang berbangkit, apakah proses penyelesaian harta pusaka oleh waris-waris kerana dalam Sijil Kematian juga harus dirujuk Sijil Kelahiran atau MyKad yang terkandung di dalamnya status warganegara.
Merujuk fasal 10, pindaan Jadual Pertama, pindaan hanya merujuk kepada tajuk sahaja iaitu pindaan kepada sumpah pelepasan, kesetiaan dan taat setia. Saya dapati kandungan lafaz sumpah tidak ada ruangan penyaksian. Ini saya rujuk di Perlembagaan Persekutuan, Jadual Pertama. Persoalan saya, mengapakah tiada ruangan tandatangan pemohon dan pihak yang hendak mengesahkan sumpah itu?
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Jika sumpah itu dilafazkan, apakah bukti pemohon telah melafazkan sumpahnya?
Siapa yang akan memperakukan bahawa seseorang pemohon itu telah bersumpah sebab tidak ada penyaksian. Kita sedia maklum setiap sumpah hendaklah ada penyaksian seperti di hadapan Pesuruhjaya Sumpah atau Notari Awam.
Saya merujuk borang permohonan kewarganegaraan Borang C yang dikeluarkan oleh JPN, terdapat maklumat di Bahagian H (Akuan) disediakan ruangan tandatangan dan cap jari pemohon dan tarikh. Borang C tersebut perlu ditandatangani di hadapan pendaftar kewarganegaraan berserta tarikh disahkan. Pindaan ini tidak ada ruangan pengesahan ataupun penyaksian.
Merujuk Fasal 11 pindaan kedua, Jadual Kedua meminda perkataan “bapa” dengan digantikan sekurang-kurangnya seorang ibu bapanya. Situasi yang berlaku sekarang ialah seseorang kanak-kanak yang lahir di luar Malaysia hanya layak mendapat kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang jika bapanya adalah seorang Warganegara Malaysia.
Dengan pindaan ini, membolehkan hak kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang bagi kanak-kanak yang lahir di luar Malaysia, jika salah seorang ibu atau bapa seorang Warganegara Malaysia. Tahniah dan ini saya sokong memberi hak kepada yang berhak. Meskipun pindaan ini mendatangkan kebaikan kepada pasangan ibu bapa untuk mendapatkan hak kewarganegaraan bagi anak-anak mereka, suatu perkara yang perlu diberikan perhatian ialah soal keturunan atau nasab.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Keadaan ini boleh berlaku kepada pasangan Muslim yang berkahwin di luar Malaysia tidak memenuhi salah satu daripada rukun dan syarat sah nikah. Kemudian melahirkan anak tidak cukup tempoh enam bulan. Kebiasaannya tempoh kelahiran yang normal ialah sembilan bulan sepuluh hari.
Jika anak itu lahir kurang daripada enam bulan daripada tarikh perkahwinan mereka maka anak itu tidak boleh dinasabkan kepada bapanya dan tak boleh dibinkan kepada bapa tersebut. Sebaliknya bapa hanya dinasabkan kepada ibunya sahaja. Bapa itu dipanggil bapa biologi walaupun itu adalah bapa kandung. Oleh itu anak tersebut dipanggil anak luar nikah ataupun anak tak sah taraf.
Jika wujud situasi begini pemberian taraf kewarganegaraan kanak-kanak tersebut tak boleh diberikan secara kuat kuasa undang-undang, automatik. Sebaliknya pasangan tersebut perlu membuat pengesahan nasab terlebih dahulu di mahkamah syariah. Selepas mendapat perintah mahkamah syariah, barulah kewarganegaraan kanak-kanak dibuat secara pendaftaran bukan kuat kuasa undang-undang.
Dalam Islam anak tak sah taraf tak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Status anak tak sah taraf ini telah pun diputuskan dalam Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia ke-57 pada 10 Jun 2023.
Soal nasab ini pula melibatkan penamaan, perkahwinan, kematian, pewarisan harta pusaka, hubungan mahram, pendidikan, bahkan keselamatan nyawa bayi tersebut jika berlaku kematian untuk dikebumikan. Semua ini berkait rapat dengan pemberian taraf kewarganegaraan kepada mereka untuk mendapat Sijil Kelahiran dan MyKad.
Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengingatkan kepada kita- semua yang akan memutuskan suatu keputusan yang sangat penting dan kepada kita yang berkuasa supaya beringat kerana salah percaturan dari sudut membuat satu keputusan ia akan menjejaskan masa depan anak-anak yang dilahirkan. Sama ada oleh pasangan yang sah perkahwinannya atau perkahwinan yang diragui perkahwinannya hanya semata-mata untuk mendapat taraf kewarganegaraan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Kluang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker. Terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk berbahas dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 yang ditunggu-tunggu segenap lapisan masyarakat di luar sana selepas bacaan pertama untuk rang undang-undang ini dibuat pada 25 Mac 2024 tahun ini.
Sesungguhnya pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan memerlukan majoriti dua pertiga Ahli Dewan Rakyat atau 148 Kerusi dan ia membuktikan betapa Bahagian III
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Perlembagaan Persekutuan berhubung kewarganegaraan adalah amat penting bagi menjamin kedaulatan sesebuah negara.
Pindaan ini menyaksikan pindaan terhadap Perkara 18, 19, 23 dan 26 serta Jadual Pertama dan Kedua ini yang telah dibawa libat urus di peringkat Jawatankuasa Pilihan Khas dengan tiga Jawatankuasa iaitu JKPK Wanita Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat, JKPK Keselamatan dan JKPK Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi telah meneliti RUU ini dengan 18 Ahli Jawatankuasa telah bersetuju dengan rang undang-undang ini. Malah Majlis Raja-Raja juga telah memberikan perkenan untuk rang undang-undang ini dibahaskan di Dewan yang mulia ini.
Dato’ Timbalan Speaker, menyedari bahawa usaha keras yang dilakukan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri bagi memastikan setiap permohonan bagi mendapatkan kewarganegaraan dilakukan mengikut prosedur undang-undang yang ditetapkan. Saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga daripada individu-individu yang telah berjaya mendapatkan taraf Warganegara Malaysia melalui proses yang ditetapkan Jabatan Pendaftaran Negara dan Kementerian Dalam Negeri. Syabas kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri kerana beliau benar-benar membuktikan keseriusan ataupun work the talk dengan izin, dalam menyelesaikan masalah permohonan kewarganegaraan ini.
Untuk makluman Dato’ Timbalan Speaker dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat, antara kesemua bukan aduan, tetapi permohonan yang diajukan kepada pejabat saya lebih 80 peratus permohonan mendapatkan taraf warganegara yang diperoleh oleh pejabat saya dan dihantar kepada JPN dan KDN telah berjaya diselesaikan. Ini sebenarnya adalah janji Yang Berhormat Menteri untuk menyelesaikan masalah ini sebelum rang undang-undang ini dibentangkan. Jadi saya ingin ucapkan sekali lagi terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri.
Namun, saya ingin memohon Yang Berhormat Menteri memberikan penjelasan berhubung bilangan permohonan mendapatkan taraf warganegara daripada individu yang memegang Taraf Pemastautin Tetap atau Kad Pengenalan Merah dan Pemastautin Sementara atau Kad Pengenalan berwarna hijau yang memohon kerakyatan Malaysia dalam tempoh lima tahun ini. Berapa peratus kelulusan diberikan dan juga peratus gagal mendapatkan kerakyatan.
Dato’ Timbalan Speaker, dalam keterujaan ramai pihak sekiranya pindaan RUU ini diluluskan, saya memohon kepada KDN supaya memastikan dan menyelesaikan sebanyak mungkin atau semua permohonan kewarganegaraan kes individu yang lahir di Malaysia, tetapi mempunyai taraf PR kerana mereka ini tidak memegang kewarganegaraan lain dan hanya tahu Malaysia ini sajalah sebagai negara mereka.
Ini kerana melalui pindaan RUU ini amat jelas bahawa anak-anak daripada individu, kedua-dua individu yang memegang taraf PR tidak lagi mendapatkan kewarganegaraan secara automatik ataupun kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang walaupun ibu bapa mereka yang memegang taraf PR lahir di Malaysia dan tidak memegang kewarganegaraan lain.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Bagi saya perlu ada satu penyelesaian yang konkrit dan tuntas, dalam hal ini dalam kita memberikan kerakyatan melalui kuat kuasa undang-undang dalam pindaan RUU ini.
Keadilan juga perlu diberikan kepada individu-individu dalam golongan ini dan ia bertepatan dengan prinsip MADANI iaitu prinsip ihsan yang menjadi slogan Kerajaan Madani di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Ini kerana jika isu ini tidak dapat diselesaikan, kerajaan akan dilihat gagal memberikan keadilan kepada golongan ini yang tidak mempunyai taraf kerakyatan negara lain dan mengakibatkan mereka menjadi stateless citizen, dengan izin, dalam satu-satunya negara yang mereka kenal dan lahir di dalamnya. Sehubungan itu, saya meminta jasa baik Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri di dalam Dewan yang mulia ini supaya memberikan keutamaan kepada kes-kes ini supaya mereka mendapat taraf warganegara yang diimpikan selepas lahir di negara ini.
Poin terakhir Dato’ Timbalan Speaker, saya juga ingin sentuh isu kepada dengan izin, foreign spouse. Pujian perlu diberikan kepada Yang Berhormat Menteri dan KDN membabitkan Fasal 2 yang bertujuan meminda Fasal (1) Perkara 15 Perlembagaan Persekutuan ini yang mengenakan syarat tambahan untuk isteri asing yang bersuamikan warganegara, mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam Bahasa Melayu kerana ini dapat memastikan mereka yang memohon secara pendaftaran ini dapat sekurang-kurangnya berkomunikasi dengan masyarakat setempat. Selain itu, syarat ini juga dapat mengelakkan sangkaan prejudis kepada isteri asing yang mendapat taraf warganegara ini dengan pelbagai tohmahan jahat ke atas mereka.
Pada masa yang sama Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, saya amat berharap KDN mempunyai sumber tenaga yang mencukupi di bawah Fasal 5 RUU ini yang memasukkan fasal baharu (1a) ke dalam Perkara 18 Perlembagaan Persekutuan yang mengehendaki mana-mana individu yang berumur 18 tahun dan memohon warganegara perlu mengangkat sumpah dalam masa 48 bulan selepas mencapai umur 18 tahun. Jika tidak individu itu akan terhenti menjadi warganegara. Saya tidak mahu mendapat aduan daripada golongan ini yang gagal menjadi warganegara disebabkan alasan KDN tidak mempunyai sumber tenaga yang mencukupi untuk memproses permohonan mereka. Dengan ini Dato’ Timbalan Speaker, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Selanjutnya saya menjemput Yang Berhormat Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Jangan kerana satu kebaikan kita membuka pintu kepada tiga atau empat kejahatan yang lain. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “The road to hell is paved with the best of intentions.”
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Saya hendak mulakan dahulu dengan kebaikan yang pindaan ini bawa. Pujian wajib diberi dan pujian akan diberi. Dengan jelas pindaan ini akan mengangkat dan memartabatkan golongan wanita yang sebelum ini dilayan dengan berbeza. Wanita yang Warganegara Malaysia melahirkan anak Malaysia di luar negara, tetapi dinafikan haknya kerana gendernya. Kini dengan pindaan ini statusnya akan dikembalikan dan akan dapat layanan yang adil. Pindaan ini saya setuju dan sokong 100 peratus.
Saya juga perlu memuji Yang Berhormat Menteri secara peribadi kerana sebelum pindaan ini dibuat pun, sebelum dibawa ke Dewan ini, layanan kepada mereka baik. Satu persatu permohonan mereka telah pun diluluskan dan mendapat perhatian Menteri. Bukan setakat wanita, saya sebagai Ahli Parlimen Muar banyak menghantar permohonan di dalam dan juga di luar kawasan saya yang mendapat perhatian Menteri dan balasan. Agak sukar untuk Menteri cepat jawab surat satu persatu dan perkara ini wajar mendapat pujian. Itu pujian bagi pindaan dan kepada Yang Berhormat Menteri.
Kini tiba kritikan yang membina. Saya dengan izin ingin menjawab sahabat saya iaitu Yang Berhormat Segambut. Saya mendengar dan meneliti ucapannya di mana beliau mengatakan, “The women are watching.” Wanita di luar sana sedang memerhati dan kalau tidak sokong akan ada akibat dan kesannya. Saya ingin menjawab bukan sebagai “Syed Saddiq” atau pun Ahli Parlimen Muar, tetapi untuk membawa suara lebih 112 NGO dan lebih 84 individu berpengaruh.
NGO dan individu berpengaruh ini telah pun mendedikasikan hidupnya, kerjayanya untuk membela wanita-wanita yang berisiko, yang paling susah, paling miskin, Orang Asal yang telah pun mendedikasikan berdekad-dekad masanya untuk membela golongan yang paling berisiko. NGO-NGO ini sendiri yang membantah, membangkang kerana ada beberapa masalah melalui pindaan regresif ini. Yang baik mereka sokong, tetapi ada pindaan regresif yang mereka bantah. So, jangan paksa kita untuk menerima segala-galanya. Yang baik boleh kita terima, yang tidak baik boleh kita bangkang supaya boleh diteliti dan ditambah baik.
Apakah masalah di sini? Saya mulakan. Ya betul, wanita akan dapat pembelaannya, tetapi kumpulan yang paling berisiko akan dapat akibat padahnya. Manakah kumpulan berisiko ini? Sebelum pindaan ini dibawa ke Parlimen, anak PR akan mendapat IC Biru. Kita perlu faham ini mungkin kata yang agak sensitif, tapi “Oh anak PR ini maksudnya mereka bukan warganegara Malaysia lah! Tidak ada kesetiaan di Malaysia.” Saya hendak bangkitkan individu-individu yang banyak datang ke Pusat Khidmat Parlimen saya. Mereka ini yang kadangkala tidak ada kewarganegaraan adalah kerana isu birokrasi. Mereka datang walhal telah menetap, bekerja, melahirkan anak di Malaysia melebihi 40 ke-50 tahun, tetapi nasib mereka tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.
Kita sudah dengar tadi beberapa Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak bangkitkan Orang Asal di kawasan mereka, tetapi tanpa pindaan ini sekurang-kurangnya anak mereka secara automatik akan diberikan IC Biru. Dengan itu sekurang-kurangnya anak mereka akan mendapat pembelaan yang sewajarnya.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Kenapakah IC Biru ini penting? Kerana melibatkan pembelaan kepada isu pendidikan, kesihatan, kebajikan, perkara asas, tetapi dengan pindaan ini apabila kita keluarkan terus anak-anak PR ini dan kini mereka tidak dapat secara automatik, tetapi melalui pendaftaran, masalahnya kita mungkin akan mencipta generasi yang baharu iaitu generasi tanpa kewarganegaraan. Ini masalah yang sangat besar Tuan Yang di-Pertua kerana akhirnya padah atau pun kesan negatif itu jauh lebih besar daripada kesan positif yang boleh dibawa dan perkara ini perlu kita timbangkan sebaik mungkin.
Saya hendak jawab. Saya faham dan satu saya kata niat- saya rasa Yang Berhormat Menteri sangat baik kerana Yang Berhormat Menteri tanpa gagal dalam bab case-by-case memang dia cepat jawab dan perkara itu wajib dipuji, tetapi adakah perkara ini akan kekal selama-lamanya? Kalau ada perubahan apa akan berlaku? Atau adakah kita akan harapkan Yang Berhormat Menteri untuk melihat dan meneliti setiap satu permohonan yang jumlahnya puluhan ribu pada masa yang akan datang? Sebab itu saya katakan niatnya begitu baik, tetapi kita tidak boleh harapkan bahawa semua dari atas yang bawah kongsikan niat yang baik tersebut. With respect it’s not about you Minister, tetapi ini melibatkan sistem yang perlu kita ada safeguard atau pun guard rails atau, dengan izin prasyarat baik yang mencukupi supaya masalah ini tidak timbul.
Izinkan 30 saat sahaja untuk saya rumuskan. So, apa cadangan saya untuk kita tambah baik pindaan ini? Dua perkara.
Pertama sekali kalau kita ingin luluskan pindaan Perlembagaan ini jangan kita keluarkan terus nasib Orang Asal atau pun perkataan PR dari pindaan Perlembagaan itu.
Saya faham isu kesetiaan. Apa kita boleh lakukan adalah PR yang lahir di Malaysia, tinggal di Malaysia, menetap di Malaysia, kita boleh definisikan secara jelas. Maksudnya mereka yang betul-betul setia itu akan kekal dan mereka yang ingin menggunakan klausa itu untuk isu mereka, kita boleh keluarkan. So, we can specify, dengan izin. Itu yang pertama.
Atau yang kedua, apa kita boleh buat adalah untuk luluskan pindaan bagi golongan ibu dan tangguhkan pindaan regresif yang lain selagi kita belum dapat perincikan guard rails atau pun safeguard supaya- walaupun Yang Berhormat Menteri yang baik sudah tidak ada, tetapi sistem itu dapat kita tambah baik melalui safeguards, melalui pindaan Perlembagaan ini. Dua cadangan saya. Itu rumusan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Itu pandangan dari Muar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Muar. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.
Saya ingin memulakan perbahasan ini dengan memberi- menyatakan perkara- perkara yang progresif, yang positif dalam pembentangan pindaan RUU berkenaan kerakyatan ini. Terima kasih kepada kerajaan kerana mengekalkan isu anak-anak terdampar
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
ini. Maknanya kerajaan bersetuju apa yang saya fahamkan secara operation of law, automatik. Maknanya anak terdampar ini dikekalkan seperti sebelum ini.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Kedua, satu langkah yang progresif juga yang telah diambil oleh kerajaan dalam soal wanita-wanita rakyat Malaysia yang suami dia rakyat asing, melahirkan anak di luar negara, maknanya pindaan ini bersetuju supaya taraf yang sama wanita dan juga lelaki rakyat Malaysia dapat mewariskan kerakyatan kepada anak masing-masing selepas perjuangan mereka lama. Ini perkara yang baik.
Hanya saya minta Yang Berhormat Menteri kalau boleh tarikh penguatkuasaan itu adakah selepas pindaan ini lulus nanti diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, digazetkan baharulah berkuat kuasa itu atau saya berharap kalau boleh kita retrospektif, undur ke belakang yang sebaiknya sejak negara Merdeka ataupun pembentukan Malaysia. Tidak ramai pun yang umur begitu. Berilah mereka yang dah berumur 60, 70 tahun ini diiktiraf sebagai rakyat Malaysia. Saya minta supaya retrospektif.
Ini perkara yang positif, yang kita kena akui kerajaan mendengar keluh kesah dan, tetapi ada satu perkara Yang Berhormat Menteri yang saya bimbangkan ialah soal anak-anak yang lahir di kalangan rakyat Orang Asli di Semenanjung, rakyat Asal di Sabah, Sarawak, di pendalaman dan rakyat terutama kaum India yang bergenerasi termasuk ramai di Johor yang dulu tinggal di estet-estet yang sudah bergenerasi. Ibu bapa mereka ini adalah permanent resident (PR). Mereka tidak ada negara lain, mereka lahir di sini, tetapi dokumen mereka tidak lengkap, PR.
Jadi, mereka ada anak. Jadi, bila dilahirkan anak ini apa yang saya nampak pindaan kerajaan iaitu- kalau saya silap tolong betulkan- taraf kewarganegaraan itu melalui pendaftaran. Jadi, saya faham, kerajaan ada sebab-sebab tertentu, tetapi kalau boleh betul- betul yang ibu bapa PR tidak ada negara lain, kita bagilah operation of law kepada anak mereka. Supaya kita tidak menghadapi masalah generasi yang akan datang stateless.
Anak-anak Orang Asli, orang India yang dulu bergenerasi di estet, Orang-orang Asal ini- sebab pendaftaran itu kita fahamlah, tetapi banyak dia punya birokrasinya itu. Jadi, itu kebimbangan.
Satu lagi kebimbangan yang saya ada iaitu apabila permohonan itu secara pendaftarannya turun daripada 21 kepada 18 tahun, ada kebimbangan selepas umur 18 tahun itu tidak selesai lagi. Jadi- ini mungkin diperbaiki oleh pihak kementerian.
Akhir sekali dalam- tidak sampai 1 minit Tuan Speaker.
Jadi kena kaji balik ini soal wanita asing yang telah dapat kerakyatan Malaysia.
Sekarang kerakyatan wanita asing itu yang suaminya rakyat Malaysia boleh terancam, boleh dilupuskan sekiranya kurang daripada dua tahun selepas dia menerima kerakyatan itu, rumah tangga mereka bercerai-berai. Sedangkan sebelum ini, tempohnya bukan berdasarkan menerima kerakyatan itu, tetapi tarikh perkahwinan.
Jadi, kalau boleh Yang Berhormat Menteri, kasihan mereka, mereka kahwin rakyat kita, ada anak, hendak jadi rakyat Malaysia, porak-peranda, bercerai-berai mereka, hilang
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
kerakyatannya. Dia sudah duduk lama di Malaysia, jadi dapat dipertimbangkan daripada dua tahun selepas dapat kerakyatan itu, kalau boleh kembalikanlah kepada tarikh dia, tarikh dia, apa itu? Perkahwinan dia itu.
Kalau ini dapat dilakukan, saya dengan senang hati hendak menyokong pindaan ini.
Terima kasih Tuan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Masjid Tanah.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin menyentuh tentang pindaan berkenaan dengan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara kepada ibu yang berwarganegara Malaysia.
Saya juga hendak merakamkan sebagaimana Yang Berhormat Segambut nyatakan sebentar tadi bahawa saya hendak merekodkan juga ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga telah melakukan sesi libat urus iaitu Tuan Yang Terutama Datuk Sri Wan Junaidi selaku Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Parlimen dan Undang-undang yang mana mengadakan Sesi Libat Urus bersama dengan KDN, dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Malah saya juga hendak merekodkan ucapan terima kasih juga kepada Datuk Seri Rina Harun selaku Menteri di Kementerian Pembangunan, Mantan Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kerana atas inisiatif dan usahanya meyakinkan pimpinan Perikatan Nasional pada ketika itu untuk memasukkan berkenaan hak dan juga nasib-nasib yang telah diterima oleh warganegara, ibu Warganegara Malaysia dan akhirnya berada dalam manifesto Perikatan Nasional.
Untuk itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkenaan dengan seksyen 1(a) berkenaan dengan hak anak kepada pemastautin tetap (PR) mendapat kewarganegaraan Malaysia. Yang mana impak pindaan ini anak-anak yang dilahirkan kepada pemastautin tetap tidak akan lagi mendapat akses kepada warganegara secara automatik dan ini menyebabkan risiko kewarganegaraan berbilang generasi bagi anak-anak pemegang PR yang tidak mempunyai status warganegara.
Saya ingin menyentuh bahawa wujudnya peruntukan warganegara ini pastinya untuk kita memelihara identiti bangsa dan negara kita. Begitu juga untuk melindungi hak individu dan akses kepada pelbagai perkhidmatan.
Kesan utama pindaan kepada seksyen 1(a) ini adalah ke atas anak-anak Orang Asli.
Yang Berhormat Tuan Speaker pastinya antara orang yang memperjuangkan ini juga.
Mereka antara orang yang terkesan, begitu juga dengan Orang Asal dengan status PR terutama mereka yang tinggal di pendalaman.
Sejak berdekad-dekad Jabatan Pendaftaran Negara telah mengeluarkan kad PR kepada individu yang hakikatnya adalah anak warisan Malaysia. Contohnya, individu
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
komuniti Orang Asli dan juga Orang Asal di kawasan pendalaman. Masalah ini telah pun wujud sejak sekian lama dan berlanjutan kepada beberapa generasi disebabkan komuniti- komuniti ini dia mempunyai kemampuan yang terhad, akses yang terhad untuk mereka mendapatkan maklumat tentang pendaftaran kewarganegaraan.
Walaupun mereka sepatutnya diberikan hak warganegara secara automatik iaitu melalui kuat kuasa undang-undang di bawah seksyen 1(a) Bahagian II, Jadual Kedua, Perlembagaan, namun mereka masih dikategorikan sebagai pemegang PR dalam rekod JPN. Golongan ini tidak berupaya untuk menuntut hak-hak mereka di bawah Perlembagaan untuk mendapatkan kewarganegaraan secara automatik. Oleh demikian, ini menjadikan golongan ini tanpa warganegara daripada generasi kepada generasi.
Pindaan untuk memotong perkataan pemastautin tetap dalam seksyen 1(a) yang dicadangkan oleh kerajaan akan memadamkan hak warganegara automatik golongan ini secara kekal selama-lamanya. Ini adalah satu langkah yang saya kira tidak adil dan tidak seimbang. Golongan ini mempunyai kebebasan asasi dan hak sama rata untuk mewarisi kewarganegaraan Malaysia dan untuk memastikan hak kewarganegaraannya dilindungi.
Pada 23 Mac 2024, Menteri KDN telah menyatakan bahawa pindaan kepada peruntukan-peruntukan Perlembagaan berkenaan isu warganegara ini tidak akan terpakai kepada anak-anak kepada ibu bapa yang berstatus Pemastautin Tetap tanpa warganegara lain.
Oleh yang demikian, untuk mengelakkan sebarang kekeliruan di kalangan orang ramai saya ingin menyeru kepada Yang Berhormat Menteri untuk memberikan penjelasan dan juga menjamin bahawa yang pertamanya, bahawa hak anak kepada Orang Asli dan Orang Asal Malaysia yang berstatus pemastautin tetap untuk mewarisi kewarganegaraan Malaysia tidak akan terjejas oleh pindaan seksyen 1(a) ini. Bahawa kerajaan ini akan menghormati dan menegakkan kebebasan asasi hak kesamarataan anak-anak Orang Asal ataupun Orang Asli untuk mewarisi kewarganegaraan Malaysia untuk memastikan hak kewarganegaraannya dilindungi.
Ketiga, bahawa kerajaan ini akan menyediakan dan menggariskan secara tulus proses peraturan permohonan yang munasabah untuk memastikan golongan ini memperoleh kewarganegaraan.
Keempat, bahawa semua peraturan dan syarat yang perlu dipenuhi oleh permohonan akan dibuat secara terbuka dan tidak lagi macam, “Oh, ini tidak memenuhi syarat”, tetapi tanpa diberikan kepada permohonan itu secara jelas dan nyata. Ini sangat banyak berlaku Tuan Yang di-Pertua.
Kelima, bahawa jenis bukti sokongan yang perlu dikemukakan oleh pemohon dinyatakan secara terbuka serta apakah alternatif kepada Sijil Kelahiran yang tersedia kepada Orang Asli ataupun Orang Asal dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang tidak mempunyai dokumen rasmi dan menghadapi kesukaran untuk mengakses Jabatan Pendaftaran Negara.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Keenam, bahawa permohonan-permohonan tersebut akan diproses hingga keputusan dalam satu tempoh yang tidak melebihi satu tahun. Jika ada penolakan, sila berikan alasan dan jangan biarkan orang ternanti-nanti macam menunggu buah yang tidak gugur. Ini sangat menyakitkan hati keluarga dan juga pemohon.
Terakhir, lapan bahawa Menteri akan membentangkan SOP, peraturan-peraturan Jabatan Pendaftaran Negara yang diperbaharui dan prosedur-prosedur lain yang berkenaan kepada Parlimen melalui JKPK yang berkenaan dalam masa enam bulan daripada sekarang.
Saya juga mencadangkan agar sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat yang berkenaan diberikan mandat untuk menjalankan pengawasan terhadap prosedur- prosedur dan juga langkah-langkah perlindungan yang disediakan untuk melindungi pemegang Penduduk Tetap (PR) tanpa kerakyatan. Itu sahaja, mohon pertimbangan dan juga perhatian. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah.
Masa telah pukul 1.02 tengah hari, dengan itu Majlis akan ditempohkan sehingga jam 2.30 petang untuk sambung perbahasan.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Okey, insya-Allah kita sambung perbahasan Rang Undang- undang Perlembagaan (Pindaan) 2024. Saya akan membacakan Ahli Yang Berhormat yang akan berbahas hingga sidang ini tamat hari ini. Selepas ini, kita teruskan dengan Puchong.
Sebelum Puchong, saya hendak bacakan nama-nama mereka yang akan mengambil bahagian selepas ini ya.
Selepas Jelutong, Tumpat, Bukit Bendera, Betong, Kangar, Tampin, Kuala Pilah, Kuantan, Bakri, Balik Pulau, Permatang Pauh, Beaufort, Alor Setar, Batang Sadong, Padang Serai, Ampang, Kubang Kerian, Beruas, Dungun, Baram, Pokok Sena, Shah Alam, Sabak Bernam, Sri Gading, Julau, Rantau Panjang, Ipoh Timor, Tanjong Karang dan kita berakhir dengan Kapar. Insya-Allah kalau masing-masing stick kepada 5 minit, mungkin kita balik awal hari ini. Baik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker, selamat petang Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, saya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker, nama Jelutong dipanggil tadi tetapi adakah selepas ini Jelutong. Tadi bila dibaca giliran pagi tadi, Jelutong di akhir. Tetapi kalau hendak bagi dua kali tidak ada masalah. Jelutong boleh berbahas. Mohon pencerahan.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Ya lah. Tetapi untuk Jelutong, dalam senarai ada.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Akhir sekali?
Tuan Yang di-Pertua
Selepas Mas Gading.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Minta penjelasan untuk Sungai Petani tadi tidak disebut nama. Mungkin ada.
Tuan Yang di-Pertua
Oh, selepas Puchong, Sungai Petani. Insya-Allah.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tuan Yang di-Pertua, minta —Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya teruskan dengan menjemput Puchong.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Sikit minta Tuan Yang di-Pertua semak balik senarai itu. Sebab ada yang dijadualkan tidak ada hari ini tetapi disebut tadi. Saya sepatutnya nombor ke-16 tetapi tidak disebut tadi.
Tuan Yang di-Pertua
Ada saya — Dak, mereka ini telah pun disebutkan oleh Timbalan Yang di-Pertua tadi. Sudah sebut pagi tadi iaitu — Akan ada. Insya-Allah akan ada, ya. Baik, saya jemput Puchong. Silakan.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Terima kasih Tuan Speaker kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024.
Tan Sri Speaker, hari ini adalah detik yang bersejarah kerana pindaan Jadual Kedua, Bahagian II (i)(b) dan (i)(c) akhirnya dibentangkan di Dewan yang mulia ini. Saya masih ingat lagi. Saya sangat jelas pada 28 Ogos 2022, sempena Hari Merdeka di mana beberapa daripada kami di sini termasuk Yang Berhormat Segambut, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Nibong Tebal bersama-sama dengan rakan-rakan dari pelbagai parti PKR, DAP, AMANAH, UMNO, MCA, MIC dan juga MUDA. Kita menyertai perhimpunan merdeka yang dianjurkan oleh Family Frontiers.
Kenangan yang paling mendalam bagi saya pada hari itu adalah persembahan kanak-kanak yang mempersembahkan lagu, “Saya Anak Malaysia”. Sebenarnya kebanyakan mereka pada waktu itu masih bukan warganegara Malaysia. Walaupun ibu mereka adalah rakyat Malaysia, hanya kerana mereka dilahirkan di luar negara. Anak-anak ini berpakaian tradisional mengibarkan Jalur Gemilang. Dia berpakaian tradisional Melayu, Cina, India dan lain-lain dan menyanyi dengan penuh semangat. “*Saya Anak Malaysia, Saya Anak Malaysia.
Saya Anak Malaysia, Saya Anak Malaysia*”. Suara nyanyian mereka sangat kuat seolah-olah menggambarkan harapan mereka untuk diterima di bumi dipijak yang dikenali Malaysia ini.
Dua tahun kemudian, saya berdiri di sini dengan penuh kebanggaan dan menyokong 100 peratus pindaan kepada seksyen-seksyen ini. Puchong ingin merekodkan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada Menteri dan seluruh warga Kementerian Dalam Negeri
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
(KDN) yang terlibat kerana walaupun mengharungi pelbagai cabaran, mereka tetap deliver hari ini.
Tuan Speaker, Puchong sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat juga ingin merekodkan di sini bahawa JKPK telah pun mendengar taklimat daripada KDN sebanyak empat kali iaitu 7 Julai 2023, 12 September 2023, 13 Mac 2024, 1 Oktober 2024. Kami juga telah pun mendengar dan sentiasa terbuka dengan maklum balas daripada NGO berkenaan dengan draf pindaan.
Apa yang saya boleh rumuskan ialah di sini KDN dan NGO ada perspektif dan kebimbangan yang sangat berbeza dan pindaan yang dibawa hari ini adalah middle ground yang telah pun didraf dan draf, diubah-ubah berkali-kali. Middle ground yang sempurna yang saya sangat berharap boleh diterima oleh pelbagai pihak. Sebagai contoh, saya akan ceritakan sedikit supaya Dewan yang mulia ini tahu bahawa KDN bukan bulldoze pindaan ini ya dan adalah sangat bersifat consultative.
Sebagai contoh, saya bagi satu contoh. Draf pindaan yang pertama dibawa oleh KDN ingin memansuhkan Jadual Kedua Bahagian II, seksyen 1(e) dan juga meminda Jadual Kedua Bahagian III Seksyen 19(B). Ini adalah kerana pindaan-pindaan ini membangkitkan kerisauan ramai di antara kami di sini dan juga ramai di luar sana terutamanya pemansuhan Jadual Kedua Bahagian II Seksyen 1(e). Ini adalah kerana pemansuhan Seksyen 1(e) akan merobohkan benteng terakhir yang melindungi kanak-kanak daripada statelessness in Malaysia. Seksyen ini memberi peruntukkan bahawa seseorang adalah warganegara Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang jika dia lahir di Malaysia dan pada masa dia lahir, dia ada kewarganegaraan mana-mana negara lain ataupun stateless. Selepas mendengar maklum balas kami, KDN kekalkan seksyen ini dan tidak mansuhkan dalam draf kedua. Walau bagaimanapun, draf kedua masih mengekalkan pindaan Jadual Kedua Bahagian III Seksyen 19B di mana bayi terdampar bukan lagi warganegara melalui kuat kuasa undang-undang tetapi melalui pendaftaran.
Selepas itu, KDN memperbaiki lagi draf RUU mereka. RUU pindaan hari ini di mana pindaan yang dibawa oleh seksyen 19(B) masih mengekalkan semangat yang sedia ada. Di mana bayi yang dibuang oleh ibu bapa, mereka akan terus dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan iaitu mereka adalah warganegara Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang.
Tan Sri Speaker, saya hendak menceritakan panjang lebar di sini. Seperti saya kata tadi, pihak KDN telah pun mengambil langkah consultative. Bukan satu bulan, dua bulan.
Tetapi selama satu tahun dan mereka telah pun mengambil langkah dan prosedur agak rumit.
Oleh itu, saya rasa wajar YB-YB di sini, kita sokong pindaan ini.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Kedua ialah saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini. Apabila seksyen 1(e) dan juga seksyen 19(B), memang mereka telah pun membuat perubahan dan dengan mengambil langkah-langkah ini, KDN telah pun mengekalkan semangat asal pada Artikel 14, Perlembagaan Persekutuan. Ini adalah ─ saya telah pun cari Hansard. Ini adalah
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Hansard 1962. Apabila Artikel 14 yang berkaitan dengan kewarganegaraan pertama kali dipindakan, saya nak memetik apa yang dikatakan pada 1962, 31 Januari. “Now, the Deputy Minister has explained and I do not wish to repeat it in detail that the amendment to clause 2 of this bill will not prejudice rights already acquired, nor will it operate so as to render a child stateless. It is obvious that the effect of this change in the Constitution does not affect anyone who is legitimately entitled to be a citizen and that no one can be made stateless. This is provided for by clause 1 of Article 14.” Semangat no child shall be rendered stateless telah pun di-uphold dan diangkat melalui pindaan Perlembagaan ini. Oleh itu, dengan itu saya, Puchong juga ingin cadangkan kerajaan melalui pindaan-pindaan yang ada, kerajaan untuk memberi Sabah dan Sarawak satu peruntukan tahunan yang tetap bagi tujuan mendaftarkan anak-anak Orang Asal di pedalaman. Begitu juga dengan anak-anak Orang Asli di Semenanjung. JAKOA perlu pastikan semua anak-anak yang dilahirkan di kampung Orang Asli didaftar.
Tuan Speaker, pindaan Perlembagaan ini juga meminda Jadual Kedua, Bahagian II, seksyen 1(a), di mana anak-anak kepada pasangan yang kedua-duanya ada IC merah iaitu PR tidak boleh mendapat warganegara melalui kuat kuasa undang-undang tetapi pendaftaran. Walaupun pindaan ini memberi kawalan yang lebih baik untuk mereka yang baru-baru sahaja berhijrah ke Malaysia tetapi ia akan menjejaskan mereka yang telah pun ─ yang betul-betul rakyat Malaysia, yang betul-betul beberapa generasi di sini tetapi masih lagi IC merah akibat legasi keluarga.
Dengan itu, Puchong juga ingin cadangkan kementerian untuk memberi satu peruntukan yang spesifik bagi bantuan guaman supaya kes-kes legasi ini boleh diselesaikan dengan secepat mungkin. Kalau boleh, masa Menteri masih lagi Menteri KDN untuk supaya tidak pass down lagi ke next generation. Kalau boleh Tan Sri Speaker, bagi saya habiskan sikit sebab saya...
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
...nak ceritakan sejarah dan...
Tuan Yang di-Pertua
Jangan panjang sangat, YB ya. Cerita yang pendek je.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Sikit lagi. Tuan Speaker, semangat no child shall be rendered stateless ini bukan sahaja kerana perlu dikekalkan tetapi dipercepatkan, terutamanya bagi anak-anak yang sememangnya ibu atau bapanya ialah warganegara Malaysia. Sama ada anak-anak ini adalah anak angkat atau pun anak yang lahir luar nikah.
Kaedah spesifik perlu diadakan untuk kategori kanak-kanak supaya permohonan dan kelulusan boleh dimudah dan dipendekkan kepada enam bulan untuk anak biologi dan satu tahun bagi anak angkat.
Kes anak luar nikah sebenarnya sangat straight forward. Laporan DNA yang sah cukup untuk membuktikan bahawa seorang itu anak biologi kepada warganegara Malaysia.
Dan saya sangat berharap bahawa satu perubahan boleh dibuat oleh KDN dan permohonan boleh dipermudahkan dan dipendekkan untuk golongan kategori ini.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Tuan Speaker, antara sebab yang masih lagi di luar sana yang tidak selesa dengan pindaan yang dibawa hari ini ialah pengurangan had umur dari 21 tahun kepada 18 tahun untuk subseksyen 15A, 19(1) dan 19(2) kerana mereka bimbang anak-anak yang tidak mendapat warganegara selepas 18 tahun kerana sebelum ini permohonan sememangnya ada permohonan yang sangat-sangat perlahan dan tidak cukup efisien.
Oleh itu, saya nak menggesa kerajaan untuk memastikan bahawa mempercepatkan proses permohonan kewarganegaraan. Yang kedua adalah untuk specify ya, untuk mereka yang berstatus tanpa kewarganegaraan setelah mencapai 18 tahun. Apa yang mereka boleh buat untuk memohon kewarganegaraan secara adil dan telus? Itu sahaja daripada saya.
Puchong sokong pindaan ini dan sekali lagi Puchong ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Menteri dan warga KDN. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih. Seterusnya, saya jemput Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tanpa kewarganegaraan, seseorang itu bukan sahaja hilang hak warga tetapi juga hilang suara dan kita tidak boleh membiarkan mana-mana manusia atau rakyat hidup tanpa negara dan tanpa kerakyatan. Tuan Yang di-Pertua, untuk kita sampai ke pindaan Perlembagaan ini melalui proses yang begitu panjang bersama dengan Ahli-ahli Parlimen, jawatankuasa Select Committee, NGO dan sebagainya.
Pada akhirnya hari ni, kita telah pun melakar sejarah bersama-sama, insya-Allah.
Dan saya juga ingin memuji bahawa ini adalah langkah berani daripada pihak kerajaan dan juga pihak kementerian. Ini merupakan langkah yang sangat signifikan dalam memperkukuhkan identiti kebangsaan kita dan memperbaiki sistem kewarganegaraan kita.
Pindaan ini bukan sahaja satu tanda keadilan tetapi juga mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan bahawa setiap individu yang berhak tanpa mengira latar belakang mereka diberi peluang yang adil untuk menjadi warganegara. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan seluruh team KDN kerana bertungkus-lumus dan begitu komited dalam memastikan isu kewarganegaraan ini terus berjalan dengan lancar dan baiknya.
Dan saya ingin menyentuh tentang satu aspek yang saya kira cukup penting dalam pindaan ini iaitu memperkukuhkan hak wanita dengan pindaan seksyen 14(i)(b) dan (c). Kita akhirnya dapat memberikan hak yang sama rata kepada wanita Malaysia untuk memindahkan kewarganegaraan kepada anak-anak mereka tanpa diskriminasi.
Meskipun begitu, saya ingin mengatakan beberapa hal di sini. Pertamanya, saya ingin menyentuh tentang pelaksanaan ini yang bersifat retrospektif di bawah Bahagian III, khususnya mengenai isu, dengan izin, non-retroactive undang-undang ini. Saya memahami tiada keperluan untuk mendesak kerajaan supaya mempertimbangkan semula pelaksanaan secara retrospektif kepada retroaktif.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Namun begitu, kita melihat bahawa menekankan usaha untuk mewujudkan langkah- langkah perlindungan yang mencukupi bagi kes-kes terdahulu yang mungkin terjejas sebelum pindaan ini dilaksanakan. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah menyatakan hasrat untuk memberi pertimbangan khas bagi kes-kes ini. Satu usaha yang patut dipuji. Namun begitu, usaha ini kita perlu juga melihat bahawa sejumlah kes yang tertangguh melibatkan individu yang masih belum memperoleh kewarganegaraan.
Saya ingin mempertanyakan tentang bagaimanakah peningkatan dari segi kecekapan dan ketelusan pertimbangan khas ini? Kita perlukan satu garis panduan yang jelas daripada pihak kementerian dan juga kerajaan. Apakah yang dimaksudkan dengan pertimbangan khas ini dan bagaimanakah garis panduan ini dapat dipatuhi dengan baik?
Sebab apa? Sebab selama ini proses-proses birokrasi, proses-proses yang menyulitkan dan menyukarkan pemohon-pemohon inilah yang pada akhirnya menyebabkan proses kewarganegaraan ini tidak dapat berlaku dengan lancar. Seperti yang kita lihat...
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh minta penjelasan sikit, Yang Berhormat?
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Ada masa sikit sahaja, Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sikit saja.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Kalau kita lihat pada akhbar Malay Mail bertarikh 19 Mac 2024 yang mengatakan bahawa nasib empat wanita tanpa kerakyatan yang lahir di Malaysia. Ini disebabkan apa? Ada kesalahan atau kesilapan di peringkat JPN sendiri berkenaan borang dan sebagainya. Inilah yang pada akhirnya menyebabkan proses itu tidak berjalan dengan lancar. Ya, Kinabatangan. 10 seconds.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Tuan Speaker. Yang Berhormat, undang-undang pindaan ini di samping memberikan keseimbangan hak di antara lelaki ─ ibu dan bapa, ianya juga mempermudahkan bagaimana untuk pengurusan pendaftaran sebagai kewarganegaraan.
Tetapi hakikatnya bahawa negara kita ini bukanlah negara yang orang kata mudah untuk kita menjadi kewarganegaraan semata-mata. Kalau tidak ada kualifikasi yang ditentukan, sudah tentu tidak juga akan dapat menikmati keistimewaan kewarganegaraan di negara kita. Jadi, apakah Yang Berhormat bersetuju bahawa perlu ada pengekangan yang lebih tegas ke arah bagaimana untuk memilih seseorang menjadi warganegara Malaysia? Terima kasih.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih. Sebab itu untuk kita mengangkat hak kewarganegaraan itu, perlu ada juga satu garis panduan yang khusus oleh pihak kementerian dan ini perlulah dipatuhi. Seterusnya, saya juga ingin menyentuh berkenaan yang keduanya, berkenaan isu bahasa yang kita lihat kemahiran bahasa Melayu, seksyen 15(2)(c) dalam Rang Undang-undang Pindaan Kewarganegaraan
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Kalau kita lihat negara seperti Kanada, Jerman, Norway dan Sweden, ini sudah pun ada satu proses tentang bahasa ini. Mewujudkan satu sistem penilaian dan piawaian yang
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
lebih jelas serta seragam bagi ujian bahasa Melayu. Sebab apa? Sebab kalau kita lihat penilaian bahasa Melayu itu sendiri, mungkin berbeza antara satu pegawai dengan pegawai yang lain dan kita juga perlu penyelarasan daripada JPN dan jabatan-jabatan yang lain.
Sebab apa, kalau borang sahaja pun mungkin ada kesilapan dan keraguan, apatah lagi dengan bahasa ini.
Bagaimana kita ingin memastikan bahawa satu sistem yang selaras antara semua jabatan terhadap bahasa-bahasa ini supaya ini tidak menjadi satu kekangan untuk mereka yang mendapat hak kewarganegaraan? Sebab apa? Sebab bahasa ini tidak sama antara semua. Mungkin ilmu pengetahuan, mungkin dari segi ekonomi, dari segi pengetahuan tentang bahasa pun penting juga sebenarnya. Sebab itu penyelarasan itu amat penting.
Saya juga ingin mencadangkan bahawa kementerian merangka takrifan yang jelas tentang kriteria penguasaan bahasa ini untuk kelayakan kewarganegaraan dan memaklumkannya kepada semua agensi terlibat dan juga ada satu garis panduan yang jelas dan juga, jika perlu, kita memberikan kursus bahasa percuma seperti di Itali, Australia dan Kanada. Ini juga boleh menjadi pertimbangan.
Terakhir, isu yang ingin saya bawa berkenaan dengan cadangan pindaan untuk menggantikan istilah “tarikh perkahwinan” dengan “tarikh memperoleh kewarganegaraan” di bawah Perkara 26(2). Ini menimbulkan sedikit kekeliruan di mana kementerian menyatakan bahawa mereka tidak akan melucutkan kewarganegaraan jika ia menyebabkan seseorang menjadi stateless.
Namun begitu, dalam keadaan di mana isteri tersebut sudah pun melepaskan kewarganegaraan asalnya, kerana Malaysia tidak menerima dwi warganegara, persoalan saya yang pertama, apakah rasional di sebalik peruntukan ini? Dan yang kedua, apakah rasional yang lebih lanjut untuk menggantikan “tarikh perkahwinan” dengan “tarikh memperoleh kewarganegaraan” khususnya dalam usaha mencegah, dengan izin, marriage of convenience? Memandangkan proses pemerolehan antara kewarganegaraan ini boleh mengambil masa sehingga 10 tahun dan memandangkan halangan birokrasi yang meluas dalam proses pemerolehan kewarganegaraan oleh isteri warga asing, apakah langkah- langkah khusus yang akan diambil oleh KDN untuk mempercepatkan proses ini?
Sekali lagi, saya memohon untuk menyokong 100 peratus Perlembagaan ini dan ini adalah merupakan jalan keluar daripada mimpi ngeri yang telah pun dilalui oleh kebanyakan rakyat yang inginkan warganegara mereka, bukan sahaja di kawasan Parlimen Sungai Petani tetapi saya yakin di setiap pusat khidmat rakyat Parlimen di 222 Ahli Parlimen yang ada pada hari ini turut mengalami masalah yang sama. Ini adalah detik sejarahnya untuk kita meminda Perlembagaan ini. Sekian. Sungai Petani mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Seterusnya, saya jemput Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Okey, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Dalam pindaan ini, saya akan memberi persetujuanlah ya. Jadi matlamat utama―
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
kita lihat kepada matlamat utama dulu dan apa tujuan. Tujuan asal ialah berpaksikan kepada objektif asal dia untuk memelihara keselamatan dan kedaulatan negara. Itu penting. Di samping menggalakkan perpaduan serta kesepaduan nasional.
Sebenarnya, konsep kewarganegaraan ini dia bermula daripada zaman Nabi Muhammad SAW semasa di Madinah iaitu yang disebut sebagai muwatonah. Jadi...
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tuan Yang di-Pertua, memandangkan Besut sudah setuju...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
...Pemicu kepada kesejahteraan...
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
...Saya ingat Besut tak payah undilah. Kita sokong sama-sama sajalah.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
[Ketawa] Jangan ganggulah.
Pemicu kepada kesejahteraan serta keharmonian sesebuah masyarakat. Dia relevan sehingga sekarang ya. Daripada zaman nabi sehingga sekarang. Itu terutama dalam konteks Malaysia kita sekarang berbilang bangsa.
Cuma, persoalan saya ada, saya rujuk kepada 15(1). Persoalan saya yang ingin saya bangkitkan bahawa, apakah mekanisme sebenarnya yang tuntas untuk mengukur tahap pengetahuan yang mencukupi dalam bahasa Melayu itu tersebut? Itu penting. Jadi, tanpa memastikan seseorang itu benar-benar mahir dan menguasai bahasa Malaysia. Ini tidak termasuk lagi dengan pengetahuan asas tentang sejarah dan juga budaya yang melingkari rakyat Malaysia.
Jadi, sekiranya seseorang itu hanya diberi teks jawapan yang dikatakan mungkin bocor, yang sedia ada, untuk melayakkan diri bagi menerima anugerah kerakyatan, maka saya kira ia akan mendatangkan impak yang agak negatif dari segi tahap kesetiaan kepada negara kita. Hal ini adalah kerana mereka pada hakikatnya tidak mengenal asal usul negara dari segi sejarah dan juga adat resam kepelbagaian budaya.
Kita juga boleh melihat amalan-amalan negara luar yang ingin memberikan kerakyatan. Kita lihat pada Greece. Greece ini, kita tengok dia kena lulus, perlu lulus ujian bahasa Greek― itu penting― dan juga mengetahui tentang sejarah ketamadunan negara tersebut. Jadi, persoalan saya, apakah usaha susulan seterusnya pihak kementerian bagi memastikan bahawa seseorang individu tersebut mempunyai pengetahuan dan juga penguasaan yang baik terhadap bahasa Melayu?
Saya rujuk kepada fasal 5, Perkara 18(1A). Saya ingin mendapatkan sedikit justifikasi pihak kerajaan dalam pemilihan tempoh 48 bulan ini iaitu lebih kurang empat tahun.
Persoalannya, apakah mekanisme kawalan dan juga siapakah pihak yang bertanggungjawab untuk memastikan wujudnya semakan terhadap pematuhan tempoh 48 bulan tersebut?
Seterusnya, saya ingin juga menyebut berkenaan dengan Menteri. Menteri kira beranilah membentangkan pindaan ini. Cuma, persoalan saya, sejauh mana ketelusan dan juga integriti seseorang Menteri? Mungkin ada peluang untuk berlaku salah laku dan sebagainya dan juga mungkin berlaku rasuah. Jadi, oleh itu, saranan saya, sesiapa sahaja
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
yang bertanggungjawab untuk memegang jawatan ini perlu bersikap adil, juga berintegriti, menolak apa jua sogokan mahupun rasuah. Akan menyelamatkan negara kita, insya-Allah.
Akhirnya― kerana masa tidak mengizinkan. Saya ingin berkongsi dengan semua ahli-ahli dengan satu kenyataan oleh Menteri tempoh hari pada bulan Mei mengatakan bahawa pemegang MyKid hanya boleh di-trace― penggunaan MyKad palsu ini. Bila nak tukar. Bila mereka dewasa nak tukar kepada MyKad daripada MyKid. Sebab berlakunya, dia kata, penipuan berlaku pada pihak yang mengangkat anak tersebut. Dia sebenarnya bukan bapa kandung. Dia bapa angkat tapi dia telah menipu, buat penipuan mengatakan itu anak dia. Jadi, bila sampai masa, dah dia tak dapat nak teruskan dengan MyKad. Jadi, saya nampak semacam ada satu kelonggaran di JPN ini ya.
Persoalan saya, adakah ada ujian DNA menentukan bahawa itu anak kandung dia, bukan anak angkat? Itu yang penting. Sebab itu dia ambil anak angkat. Jadi, yang lahir terdampar atau apa, dia nak ambil anak angkat tapi dia isytiharkan sebagai anak dia. Tapi, apa ujian JPN untuk menentukan itu bukan darah daging dia?
Yang kita hairannya, selepas daripada didapati tak boleh tukar MyKid kepada MyKad, masalahnya dia dibenarkan pula untuk membuat permohonan lain. Itu yang jadi masalah.
Bermakna kita seolah-olah macam kita bagi ruang kepada orang lain. Kita bagi ruang kepada orang lain untuk buat benda yang sama.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tak apa, ada Mykid boleh pergi sekolah, boleh apa semua.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Masa habis, Yang Berhormat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tapi MyKad...
[Ketawa] Ini nak membantu sebenarnya ya yang tak berapa nak faham.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Okey, landing. Tolong.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Kemudian, kita lihat kalau ada penipuan dokumen tentang anak-anak ini, masalah penipuan berlaku, denda dia RM3,500, penjara 11 bulan. Sebab di bawah...
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
...Peraturan. Dituduh bawah peraturan.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Kenapa tidak dituduh bawah 420 iaitu penipuan dari segi dokumen dan sebagainya?
Tuan Yang di-Pertua
Okey, faham saya.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya landing di sini.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Seorang Ahli
Saya sokong. Saya sokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Kita buat perubahan sikit.
Tuan Cha Kee Chin
Terima kasih kepada Tan Sri atas peluang yang diberikan kepada saya sebab saya akan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas pukul 3 petang selepas saya berbahas, terima kasih Tan Sri. Gopeng pun anggota JK saya tapi tak apalah you tunggu sekejap*.
[Ketawa]* .
Pertamanya saya nak ucapkan Syabas dan tahniah kepada kerajaan khususnya KDN atas kejayaan membentangkan RUU ini. Ini satu hari yang sangat bersejarah dan saya berpeluang untuk membahaskan Akta Perlembagaan (Pindaan) 2024, tak nampak sangat keperluan untuk pindaan ini selaras dengan keperluan semasa dan pindaan ini sebenarnya telah mendapat perkenan daripada Majlis Raja-Raja.
Jadi sudah tentu saya berbahas dan selepas ini besok akan undi untuk menyokong, saya harap rakan-rakan semua daripada kedua-dua pihak dan turut serta menyokong pindaan ini.
Perkara yang pertama yang saya nak sebut, nak tanya kepada kementerian adalah dengan adanya pindaan ini, bagaimana dengan kes-kes permohonan kewarganegaraan yang telah dihantar sebelum pindaan ini dibuat? Apakah statusnya?
Saya memang menyambut baik komitmen daripada Yang Berhormat Menteri KDN pada awal tahun lepas apabila beliau mula-mula menjadi Menteri KDN yang mengatakan bahawa beliau memberikan komitmen untuk mempertimbangkan permohonan sekurang- kurangnya 10 ribu permohonan kewarganegaraan setiap tahun, nampak sangat beliau telah menunjukkan prestasi yang baik. Pertimbangan tak semestinya lulus. Ada yang lulus, ada yang tidak lulus bergantung kepada setiap kes yang dikemukakan tapi paling kurang menteri telah lakukan yang terbaik.
Ada 4 perkara yang saya nak sebut secara ringkas. Yang pertama saya menyokong penuh pindaan terhadap Jadual Kedua, Perlembagaan Persekutuan iaitu daripada asalnya hanya perkataan ‘bapa’ kepada ‘ibu atau bapa’. Pindaan ini sudah disebutkan ataupun diminta oleh pelbagai pihak sejak beberapa tahun yang lalu. Sehingga hari ini Kerajaan Madani, Malaysia Madani dah berjaya melakukannya. Syabas dan tahniah dan ia juga selaras – pindaan ini sebenarnya selaras dengan hak kesamarataan yang dinyatakan di bawah Artikel 8 itu sendiri. Yang memberikan hak yang sama rata kepada lelaki dan wanita dan saya percaya dengan adanya pindaan ini, ia akan menyelesaikan masalah untuk anak-anak yang dilahirkan oleh warganegara Malaysia di luar negara. Dengan adanya pindaan ini anak ini akan menjadi warganegara Malaysia.
Satu perkara yang saya nak sebut, berkenaan perkara 15(1) yang ada pindaan memasukkan subseksyen (c) yang baru. Disebut dan saya dengar perbahasan daripada Yang Berhormat Besut tadi. Ya kita anak Malaysia, kita rakyat Malaysia, kita tidak akan
Tuan Cha Kee Chin
berkompromi tentang status bahasa Melayu sendiri sebagai Bahasa Kebangsaan Ayat yang digunakan di sini pengetahuan yang mencukupi dalam bahasa Melayu.
Saya mohon pihak kerajaan supaya memberikan satu penjelasan setakat mana tahapnya. Sudah tentu dia bukan tahap bagi saya untuk kemasukan IPTA, kena dapat kredit dalam Bahasa Melayu dan sebagainya. Ia tahapnya yang mungkin dalam berkomunikasi secara umum dalam masyarakat. Jadi saya mohon satu penjelasan yang jelas berkenaan dengan perkara ini supaya tidak ada pihak yang akan jadi mangsa. Kita tak nak nanti besok kita ada pegawai di tempat yang berbeza gunakan standard yang berbeza, kita perlu ada satu guideline, garis panduan tahap penguasaan ataupun pengetahuan dengan Bahasa Kebangsaan kita tahap yang macam mana yang diperlukan. Ya saya mohon penjelasan daripada kerajaan.
Seterusnya untuk Artikel 15A. Ya, ada keperluan untuk kita buat pindaan daripada umur 21 tahun kepada 18 tahun sebab undi 18, itu satu. Yang kedua di bawah Akta Umur Dewasa 1971, memang umur dewasa 18. Jadi memang tepat pada masanya pindaan ini, cuma saya nak tanya dengan adanya pindaan ini selepas ianya berkuat kuasa bagaimana dengan mereka yang dalam kategori selepas umur 18 tahun? Apakah – saya tahu menteri mungkin akan sebut mereka boleh memohon di bawah Artikel 19(1) Perlembagaan Persekutuan untuk mohon kewarganegaraan. Jadi, apakah Artikel 19(1) tu sama cara dia, sama procedure dia dan tidak menyulitkan jika dibandingkan dengan Artikel 15 A tersebut.
Sebab kita tak mahu menyulitkan sesiapa yang layak untuk memohon kewarganegaraan.
Perkara terakhir Tan Sri Yang Di-Pertua, adalah berkenaan dengan Artikel 26.
Perlucutan kewarganegaraan untuk wanita yang ataupun warga asing selepas perkahwinan mereka dibubarkan. Saya nampak ada pindaan, 2 tahun tersebut walaupun kekal tetapi dia bermula daripada tarikh pemerolehan kewarganegaraan melalui pendaftaran. Asalnya daripada perkahwinan iaitu selepas perkahwinan dibubarkan. Saya nak tanya, apakah adanya pengecualian terhadap peraturan ini? Saya berikan satu keadaan yang boleh berlaku di mana wanita tersebut katakan selepas beliau membubarkan perkahwinan dengan pasangan dan dia tak jadi warganegara, lepas tu macam mana kalau dengan anak dia, kalau dia dapat hak penjagaan anak dia? Dia terpaksa berpisah dengan anak, kalau dia tak ada anak tu tak apa lah, kita lucutkan hak kewarganegaraan, dia balik ke negara asal dia, itu selesai masalah.
Tapi macam mana kalau dia ada anak bawah umur, masih memerlukan belaian kasih sayang daripada ibu kandung. Jadi ada tak pertimbangan khas untuk perkara begini dari segi perikemanusiaan. Sebab kita tak mahu nanti negara lain, negara asing tuduh negara kita dari segi perikemanusiaan nak memisahkan ibu kandung dengan anak kecil bawah umur ke dua negara yang berbeza.
Jadi saya mohon penjelasan dan pertimbangan daripada pihak kerajaan. Jadi dengan perbahasan ringkas tersebut sekali lagi saya menyatakan sokongan saya terhadap pindaan ini sebab pindaan ini satunya telah mendapat perkenan daripada Majlis Raja-Raja, yang keduanya bersesuaian dengan keperluan semasa negara kita.
Tuan Cha Kee Chin
Terima kasih, Tan Sri Yang Di-Pertua. Saya pergi mempengerusikan mesyuarat.
Tuan Yang Di-Pertua
Good luck dengan lembu sado. Baik seterusnya saya menjemput YB Selayang.
Tuan Willian Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, untuk berikan peluang kepada saya untuk membahas perlembagaan pindaan tentang kewarganegaraan. Pindaan ini memang telah dinanti-nantikan dan memberikan satu hak baru dan kesamarataan kepada wanita warga Malaysia, tetapi pada masa yang sama telah membangkitkan beberapa kekhuatiran yang disuarakan oleh badan bukan kerajaan atau NGO.
Kekhuatiran ini bangkit dengan perkataan yang dibatalkan bahawa pemastautin secara tetap di Persekutuan dan ada kebimbangan bahawa ini akan memberikan satu sebab kewarganegaraan akan dilucutkan kepada mereka yang sedang menjadi warganegara sebab ibu atau bapa mereka adalah pemastautin secara tetap. Saya faham bahawa pindaan ini tidak akan ada retrospective effect, dan dengan demikian mereka yang telah dilahirkan sebelum ini kepada ibu atau bapa tau pemastautin secara tetap dan telah menjadi warganegara secara automatik tidak akan hilang kewarganegaraan mereka sebab pindaan ini.
Oleh yang demikian, saya meminta Yang Berhormat Menteri untuk memberikan jaminan dan penerangan di dalam Hansard ini bahawa tiada seorang pun boleh dilucutkan kewarganegaraan jika akibat daripada perlucutan itu tidak akan menjadi warganegara mana- mana negara dengan izin, I seek the honorable minister confirmation that no person who’s already citizen will became stateless because of this amendment.
Kekhuatiran yang kedua oleh NGO-NGO adalah beberapa golongan yang tidak dapat mewariskan kewarganegaraan mereka sebab pindaan ini. Antaranya anak kepada orang asli dan orang asal yang bermastautin tetap anak yang diberikan status oleh kerajaan sebab bapa adalah warganegara Malaysia tetapi mereka dilahirkan di luar nikah.
Anak-anak yang diberi status PR yang di bawah jagaan rumah kebajikan – mengikut NGO banyak individu dari kategori ini sudah menjadi dewasa dan ada anak sendiri, dengan pindaan ini anak mereka tidak boleh lagi menjadi warganegara secara automatik bila pindaan- pindaan ini dikuatkuasakan, dan terpaksa dapat kewarganegaraan secara pendaftaran mengikut Perkara 15A atau Perkara 19.
Tuan Willian Leong Jee Keen - Selayang
Kebimbangan ini berbangkit dengan cara pendaftaran di mana proses itu adalah panjang dan kurang cekap. Permohonan kewarganegaraan telah mengambil masa yang panjang dan tidak ada alasan diberikan bila ditolak. Akibatnya, pemohon-pemohon perlu membuat permohonan sekali lagi tanpa mengetahui apa yang perlu dibuat untuk permohonan itu disempurnakan.
Oleh yang demikian, untuk meredakan kebimbangan NGO-NGO, saya minta Yang
Berhormat Menteri untuk memberikan jaminan dan persetujuan seperti berikut
(i) kerajaan akan menghormati hak asasi bagi anak-anak untuk mewarisi dan memperoleh kewarganegaraan Malaysia dan untuk mewariskan kewarganegaraan kepada anak-anak mereka yang dilahirkan di negara ini;
(ii) kerajaan akan menyediakan proses dan peraturan permohonan yang terbuka dan munasabah untuk memastikan golongan-golongan yang terjejas oleh pindaan-pindaan ini mempunyai satu laluan yang realistik untuk memperoleh kewarganegaraan;
(iii) bahawa permohonan-permohonan tersebut akan diproses dalam tempoh yang tidak melebihi satu tahun;
(iv) bahawa jika ada penolakan permohonan, alasan akan diberikan;
(v) bahawa hak anak-anak untuk mengadakan semakan kehakiman tidak terjejas;
(vi) bahawa Menteri akan membentangkan SOP, peraturan dan prosedur kepada Parlimen dalam masa enam bulan dari sekarang; dan
(vii) bahawa Menteri dan KDN akan memberikan data dan maklumat mengenai jumlah permohonan kewarganegaraan dan status dan tempoh pemprosesan serta SOP dan peraturan yang terpakai kepada Parlimen.
Selaku Pengerusi JKPK Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi, saya memberikan jaminan bahawa jawatankuasa saya akan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk memudahkan proses kawal selia Parlimen untuk memantau pelaksanaan dan kesan pindaan-pindaan ini. Saya minta Yang Berhormat Menteri bersama dengan pihak KDN akan memberikan kerjasama dengan jawatankuasa dan jawatankuasa lain di Parlimen ini.
Perkara yang kedua ialah tentang kekhuatiran bahawa pindaan kepada seksyen 1 perenggan (b) perlu diberikan satu retrospektif efek kerana pindaan yang telah dibuat oleh Akta A1095 Akta Perlembagaan (Pindaan) 2001 pada 1 Februari 2001. Tetapi, pada pandangan saya pindaan untuk Perlembagaan tidak harus diberikan efek retrospektif, dengan izin, “Retrospective laws pose a challenge to the fundamental principles of equality, certainty and predictability underlying the rule of law”. Oleh yang demikian, saya meminta Yang Berhormat Menteri untuk memberikan penjelasan bahawa sesiapa yang terjejas sebab pindaan ini boleh – akan dapat satu langkah di mana kerajaan akan membantu supaya masalah itu dapat dielakkan. Saya juga faham ada sebanyak 15 undang-undang yang berkaitan dengan isu kewarganegaraan dan juga beberapa peraturan-peraturan dan garis panduan yang perlu dibuat.
Saya bercadang kepada kerajaan untuk memberikan peluang kepada JKPK seperti yang telah dibuat untuk Perlembagaan (Pindaan) ini untuk undang-undang yang lain dan peraturan juga di bentang dan kita diberikan satu peluang untuk mengkaji dan memberikan
Berhormat Menteri untuk memberikan jaminan dan persetujuan seperti berikut
satu libat urus supaya peraturan-peraturan lain ini akan dapat diubahkan dengan cara yang berkesan seperti yang kita telah buat dengan pindaan ini. Ini sahaja.
Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tan Sri dan saya menyokong pindaan yang ada. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih Selayang. Saya jemput Pengkalan Chepa.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tan Sri Speaker. Alhamdulillah, 16 Oktober 2024 adalah tarikh keramat negara kerana kita bakal meminda peruntukan mengenai kewarganegaraan bagi negara tercinta ini. Perbahasan kali ini adalah tentang pemerolehan kewarganegaraan kepada mana-mana individu yang membuat permohonan.
Sudah hampir tujuh dekad negara kita berkongsi kewarganegaraan dengan pelbagai kaum melalui kontrak sosial. Kita juga telah menghadiahkan kewarganegaraan kepada rakan warganegara kita yang telah dibawa oleh British ke negara ini pada suatu ketika dahulu. Inilah suatu keistimewaan dan budi bahasa yang diberikan oleh peribumi negara kita. Hari ini sekali lagi kita bermurah hati menerima yang mahu menjadi rakyat Malaysia. Kewarganegaraan merupakan simbol utama identiti seseorang individu dalam sesebuah negara.
Dalam konteks Malaysia, kewarganegaraan tidak hanya memberikan hak istimewa tetapi juga membawa tanggungjawab yang besar. Adalah diperhatikan proses perolehan kewarganegaraan dalam Perlembagaan merangkumi empat proses yang telah diwujudkan semenjak 1957 yang digubal oleh Reid Commission yang melahirkan kontrak sosial yang sudah ditelan zaman.
Melihat kepada perkara berikut, kerajaan dicadangkan untuk mengkaji peruntukan agar mekanisme proses perolehan kewarganegaraan lebih teliti dengan menetapkan syarat ketat bagi menguji kesetiaan dan ketaatan individu tersebut kepada negara dan Raja.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong pindaan Perkara 15(a) yang memasukkan mekanisme pengawalan di mana pemohon yang berhasrat menjadi warganegara mesti mempunyai pengetahuan bahasa Melayu yang mencukupi bagi memastikan mereka boleh berintegrasi dengan baik dalam masyarakat Malaysia sekali gus mereka dapat memahami budaya tempatan dengan lebih mudah.
Kerajaan perlu pastikan pindaan yang dibuat adalah bertujuan mengukuhkan kesetiaan dan ketaatan kewarganegaraan di negara ini sekali gus memupuk warganegara yang berkualiti, menghayati Rukun Negara dan mengamalkannya. Pindaan Perkara 15A menekankan tentang pengetahuan bahasa Malaysia yang mencukupi sebagai syarat penting.
Syarat ini penting kerana bahasa menjalin komunikasi dan alat perpaduan sebagai identiti sesebuah bangsa dan negara.
Adalah amat penting bahasa kebangsaan dititikberatkan demi membina negara bangsa yang harmoni. Bagi mengukuhkan Perkara 15A, dicadangkan supaya JPN mewujudkan ujian pengetahuan bahasa dan kenegaraan. Ujian ini termasuk menguji
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
kemahiran bertutur, menulis, memahami bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Melalui ujian pengetahuan bahasa dan kenegaraan, pemohon perlu memahami sistem kenegaraan Malaysia, sejarah yang penting serta tanggungjawab mereka.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi elemen yang penting bagi menjamin kedaulatan dan kesetiaan negara adalah dengan meminda Perkara 18(1A). Pindaan ini menetapkan pemohon yang memperoleh kewarganegaraan melalui pendaftaran mesti mengangkat sumpah kesetiaan dalam 48 bulan setelah mencapai umur 18 tahun untuk mengekalkan status kewarganegaraan mereka.
Elemen ini penting bagi mereka yang ingin mendapat kewarganegaraan. Individu yang telah memperoleh kewarganegaraan pula wajib mengangkat sumpah bagi menzahirkan kesetiaan kepada negara. Dicadangkan kepada Menteri untuk mengkaji kaedah yang terbaik untuk memastikan angkat sumpah dilaksanakan sebagaimana memadai untuk memastikan kesetiaan kepada negara.
Ini kerana terlalu banyak kes warganegara yang tidak menghayati Rukun Negara dengan baik. Ini penting bagi memastikan setiap warganegara memainkan peranan untuk menjamin kedaulatan negara. Kerajaan juga dicadangkan untuk mewujudkan satu akta atau peraturan untuk menilai perilaku dan kenegaraan individu yang telah dianugerahkan hak kewarganegaraan.
Pengawasan selepas pemberian kewarganegaraan perlu diperkenalkan sebagai mekanisme pemantauan. Tempoh percubaan perlu diperkenalkan di mana pemohon akan dipantau dengan teliti untuk memastikan bahawa kewarganegaraan mereka diperoleh dengan niat yang tulus dan bukan sekadar memanfaatkan perolehan kewarganegaraan bagi tujuan yang salah.
Permohonan kewarganegaraan sememangnya perlu ada kawalan dan pemantauan yang ketat untuk memastikan kewarganegaraan tidak diberikan dengan mudah atau tanpa alasan yang kukuh ini kerana kewarganegaraan bukan hanya sekadar status undang-undang tetapi juga melibatkan hak-hak dan tanggungjawab yang besar terhadap negara. Kita tidak mahu selepas 10 tahun mereka menjadi warganegara Malaysia, terdapat cubaan untuk membawa ideologi luar.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Saya menerima satu berita yang telah pun dihantar kepada saya, yang dikeluarkan oleh The Rakyat Post dan saya merasakan perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Saya menggantungkan perkara ini kepada pihak kerajaan untuk menyiasat apakah benar kenyataan ini dikeluarkan oleh seorang yang bertaraf Tan Sri yang saya kira boleh dipersoalkan semula kesetiaan dia kepada negara. Pada saya, saya merasakan ini satu keterlaluan.
Saya quote apa yang disebut dalam satu portal The Rakyat Post. Sewaktu saya menyediakan teks ini, masih lagi ada dalam The Rakyat Post portal itu. Dia kata, “Tan Sri Kim Yew, whether it be China’s Communist Party, Kuomintang, Taiwan’s Democratic Progressive Party or Malaysia’s Chinese political parties such as the Malaysian Chinese Association and
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Democratic Action Party, all global Chinese political parties must recognize that the interests of China take precedence above all. The future of the Chinese nation and the welfare of global Chinese must become the highest priority of every political party”. Ini petikan daripada The Rakyat Post. Saya minta pihak kerajaan menyiasat kebenaran berita ini. Kalau perlu diambil tindakan, diambillah tindakan yang seadil-adilnya kerana saya yakin Ahli-ahli Parlimen yang ada dalam Dewan ini memang mengiktiraf kedaulatan negara kita dan cintakan kepada negara yang berdaulat ini dan tidak mahu mana-mana anasir yang mempertikaikan dan menghina kedaulatan negara ini dibiarkan bebas sebegitu rupa.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai akhirnya pindaan rang undang-undang ini - terjemahannya saya baca, “…sama ada Parti Komunis China, Kuomintang, Parti Progresif Demokratik Taiwan atau parti politik China Malaysia seperti DAP, MCA, semua parti politik China global mesti mengakui bahawa kepentingan Cina mesti diutamakan. Masa depan bangsa Cina dan kebajikan orang Cina mesti menjadi keutamaan tertinggi setiap parti politik”.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bangun]
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Saya rasa perkara ini sangat jelas. Saya minta pihak kerajaan supaya menyiasat dan saya tidak mengatakan ini perkara...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker, Peraturan Dewan Tuan Speaker. Saya gunakan peraturan Dewan. Peraturan Dewan.
Tuan Yang di-Pertua
Berapa? Peraturan berapa?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan Dewan 36(6), membuat sangkaan jahat. Saya tidak tahu dalam konteks apa Yang Berhormat menyebut Parti Tindakan Demokratik dan MCA semata-mata mengatakan bahawa ia adalah parti politik Cina.
Untuk makluman Tan Sri Speaker, parti DAP ini dianggotai bukan sahaja oleh warganegara Malaysia yang berbangsa Cina, dianggotai oleh warganegara Malaysia yang berbangsa India seperti saya, seperti Bukit Bendera, seperti Bangi yang berbangsa Melayu.
Jadi, tolonglah betulkan fakta bila berbahas di Dewan yang mulia ini.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Jelutong, sebentar ya. Saya kira apa yang disebut, di cerita itu, dia meminta supaya saya *...
[Tidak jelas] .*
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tetapi...
Tuan Yang di-Pertua
Jadi, itu bukanlah satu...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya akur Tan Sri Speaker.
Tapi konteks mengatakan DAP ini adalah parti politik Cina, adalah tidak betul.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, itu yang dibaca di dalam portal yang dikeluarkan oleh – Saya faham maksud macam mana. Jadi, saya kira tidak ada isu di sini. Sila duduk.
[Tepuk]
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Tan Sri Yang di-Pertua, Kluang. Saya hanya nak bangkit isu di sini iaitu saya terus cuba cari artikel yang disebut...
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tidak ada.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Tiada. Sudah not found, 404 dah page itu keluar. Iaitu The Rakyat Post pun sudah turunkan artikel tersebut tetapi terus disebut di Dewan yang mulia ini iaitu saya rasa sebagai Ahli Yang Berhormat yang duduk dalam Dewan yang mulia ini sekurang-kurangnya perlu sahkan sumber maklumat itu sebelum guna itu dalam perbahasan dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ya, Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker, Tan Sri Speaker.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tuan Yang di-Pertua, semasa saya menyediakan teks ini, saya telah print screen semua artikel itu yang dimuatkan di portal itu dan ada pada saya. Saya tidak tahu dia sudah diturunkan kerana saya semasa menyediakan teks ini, masih lagi ada dan saya boleh serah kepada Tuan Yang di-Pertua print screen apa yang saya sebutkan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tapi Tan Sri Speaker, saya menghormati keputusan Tan Sri Speaker tapi konteks kalau artikel itu memang tidak ada sekarang...
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Jelutong jangan nak belitkan. Ini saya sebut, saya quote. Speaker dah faham.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, begini, begini, begini. Saya pun tak pernah tengok tapi itu dibaca seperti yang telah disebut oleh Pengkalan Chepa, beliau petik itu, serahkan artikel itu kepada saya untuk saya sahkan dan saya akan berikan kepada Menteri Dalam Negeri untuk siasatan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker, Tan Sri Speaker, sikit sahaja Tan Sri Speaker. Tan Sri Speaker, di Singapura, kalau membuat kenyataan yang tidak betul dan tidak disokong oleh fakta, boleh diambil tindakan Tan Sri Speaker.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ini Malaysia bukan Singapore. Ini Malaysia bukan Singapore.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Ini Malaysialah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tapi di sini juga perlu bertanggungjawab, perlu berdasarkan kepada...
Tuan Yang di-Pertua
Sebab itu saya katakan tadi, saya akan ambil artikel ini dan sekiranya artikel ini tidak benar, tindakan akan diambil terhadap – Itu maksud saya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Serahkan artikel ini kepada saya untuk saya sahkan dengan pihak Menteri sama ada ia genuine atau tidak. Kalau tidak, kita akan ambil tindakan.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Sebab itu Tuan Yang di- Pertua saya bangkitkan.
Tuan Yang di-Pertua
Sebab dia quote tadi, dia quote. Saya dengar.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Saya bangkitkan untuk disiasat oleh pihak Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Saya faham.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Bukan saya mengesahkan berita ini.
Tuan Yang di-Pertua
Betul, saya faham itu.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang bijaksana.
Tuan Yang di-Pertua
Ada lagi?
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tuan Yang di-Pertua, pindaan rang undang-undang ini bukan sahaja penting dari segi memberi hak kepada golongan yang layak tetapi juga sebagai satu mekanisme untuk memastikan keselamatan negara terjamin daripada sebarang penyalahgunaan sistem kewarganegaraan. Dengan memperkenalkan kawalan yang lebih ketat seperti ujian bahasa, program patriotisme dan pengawasan selepas pemberian kewarganegaraan, kita dapat menjaga kedaulatan negara ini dengan lebih baik dan saya menyeru agar kita semua menyokong pindaan ini demi negara kita yang tercinta. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Gopeng. Pengkalan Chepa, tolong serahkan kepada saya artikel itu ya.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Terima kasih kepada Tan Sri Speaker kerana izinkan saya untuk mengambil peluang dalam perbahasan kali ini. Saya mula begini, bagi kerajaan, kita melihat pemberian kewarganegaraan kepada individu yang layak merupakan anugerah yang tertinggi dan adalah hak eksklusif Kerajaan Persekutuan dan ia tidak boleh diberikan, dianugerahkan kepada individu-individu sewenang-wenangnya.
Tetapi pada masa yang sama, kita harus juga memahami kepada golongan yang layak tetapi tertangguh selama ini untuk menuntut hak kewarganegaraan mereka. Ini merupakan hak asas bagi mereka menjalankan kehidupan harian seperti yang kita nikmati di tanah air yang tercinta ini. Tanpa hak kewarganegaraan, mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai kesukaran termasuk akses kepada pendidikan, penjagaan kesihatan, pekerjaan dan sebagainya.
Oleh itu, saya melihat pindaan ini telah mengambil kira kesemua aspek termasuk kita nak memastikan pemberian hak kewarganegaraan itu dengan syarat yang ketat. Ini adalah
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
middle ground yang kita dapat capai untuk memastikan tiada sesiapa kanak-kanak yang berada dalam golongan yang layak tetapi tertangguh hak mereka selama ini.
Tan Sri Speaker, pertama sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Menteri KDN dan juga seluruh tenaga KDN kerana usaha yang gigih telah pun dilaksanakan oleh Menteri dalam tempoh setahun, dua ini untuk menguruskan banyak kes permohonan yang telah pun lama tak diuruskan dengan baik atas faktor-faktor yang berbeza-beza.
Kalau kita lihat kepada angka yang tersenarai dalam data yang terkini, saya ingin menjelaskan daripada tahun 2013 hingga tahun 2022, sebenarnya kadar kelulusan untuk permohonan kewarganegaraan hanya sekitar bawah 40 peratus. Tetapi setelah Menteri mengambil tanggungjawab sebagai Menteri KDN, kita lihat peningkatan yang sangat ketara.
Setakat 1 Oktober 2024, angka itu telah pun melonjak kepada 66 peratus untuk menguruskan sebanyak 17,000 kes permohonan. Ini tidak bermaksud kerajaan sewenang-wenangnya untuk memberikan hak kewarganegaraan kepada pemohon tetapi sebahagian besarnya telah pun lama tunggu dan diuruskan dengan baik dan cekap oleh team dan juga Menteri.
Setakat ini pusat khidmat yang saya uruskan kes-kes permohonan seumpama ini lebih daripada 50 kes, setakat ini hampir 20 kes yang telah pun diluluskan permohonannya.
Tahniah dan syabas sekali lagi saya ingin ucapkan kepada Menteri dan team keseluruhannya.
Dalam pindaan ini, saya ada beberapa perkara yang saya ingin nak bangkitkan.
Setelah mendengar pandangan-pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengutarakan pandangan, ada dua tiga perkara yang saya ada pandangan yang lebih kurang sama.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Pertamanya, selalunya kes yang kita uruskan itu kebanyakannya berkaitan dengan kes 15A. Selalunya mereka telah memohon sekian lama tapi tak dapat keputusannya.
Ataupun mereka dapat keputusan tetapi tidak diberitahu sebab ditolak. Lulus itu sudah tahu dah tapi ditolak itu tanpa ada sebabnya. Oleh itu saya ingin memohon kepada Menteri bukan setakat hanya memberikan jaminan dalam Dewan ini tetapi wujudkan satu SOP ataupun peraturan secara bertulis untuk memastikan mereka yang hadir ke kaunter bukan ditolak balik ke rumah dengan tak ada sebab yang munasabah.
Mereka yang sepatutnya layak, mereka diberikan SOP, bagi guideline yang jelas, bagi SOP yang jelas, peraturan yang jelas dan pada masa yang sama juga harus memutuskan tempoh yang munasabah enam bulan hingga satu tahun untuk memastikan keputusan tentang permohonan itu sama ada lulus ataupun tidak, harus diberitahu kepada mereka.
Tidaklah seperti mana kes yang saya katakan tadi, 50 kes dalam pusat khidmat saya. Ada yang sejak tahun 2007 lagi, 2011 lagi dan sebagainya. So saya mohon kepada Menteri, bukan setakat jaminan dalam Dewan ini tetapi buatnya secara bertulis dan dilaksanakan oleh setiap jabatan di setiap daerah nanti.
Satu lagi saya ingin nak kongsikan juga seperti mana yang dikatakan oleh Besut tadi.
Saya pun ada kes seumpama ini juga. Ada juga permohonan-permohonan tiga adik-beradik
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
yang mereka dapat sijil lahir tetapi apabila mereka nak buat kad pengenalan, didapati bahawa sijil kelahiran, sijil beranak itu, dikatakan didakwa adalah palsu. So saya tak pasti ada berapa kes yang ada terdapat dalam permohonan kita, status permohonan ini dan kes ini telah pun ditolak dan mereka ini tidak dapat atas sebab teknikal. Dia tak ada sijil lahir yang sah walaupun boleh buat laporan DNA untuk membuktikan ada talian hubungan dengan ibu dan bapa tetapi ini telah pun menyukarkan mereka. Malah mereka ada sudah mencapai ke umur 18 hingga 21 dan mereka telah pun tahun demi tahun untuk menunggu, sampai sekarang tidak boleh selesai.
So maka saya mohon kepada Menteri perlu ada satu panduan yang jelas, SOP yang jelas kepada mereka dan harus siasat juga apakah kes ini berleluasa berlaku, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, isu sijil beranak yang tidak sah dan kemudiannya dapat tahu apabila permohonan untuk kad pengenalan untuk kanak-kanak kita.
So memandang masa tidak mengizinkan, saya ingin merumuskan bahawanya saya menyokong penuh pindaan ini kerana telah pun mengambil satu middle ground walaupun ada beberapa pandangan yang berbeza. Tetapi saya lihat keseluruhannya adalah satu kebaikan untuk mereka yang lama menunggu dan mereka layak selama ini. Sekian sahaja, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
*Bismilahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Saya mulakan perbahasan ini dengan membaca tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang di mana secara kesimpulannya, ia banyak menyentuh perkara yang berada di dalam Perlembagaan Persekutuan yang kita pegang:
(a) Persekutuan Tanah Melayu iaitu Malaysia;
(b) tanah simpanan Melayu melebihi nisbah 50 peratus;
(c) rejimen askar Melayu sebagai benteng keselamatan negara;
(d) kedaulatan Raja-Raja Melayu dalam memerintah negara;
(e) Islam sebagai agama Persekutuan;
(f) bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan; dan terakhir
(g) kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain.
Sekiranya kita meneliti tujuh wasiat ini Tan Sri Yang di-Pertua, ia adalah satu pemboleh ubah malar bagi memastikan Malaysia kekal menjadi negara yang aman damai, harmoni dan maju dalam keadaan mengekalkan identiti Malaysia, identiti negara sebagai negara yang berdaya saing.
Asas wasiat raja-raja ini Tan Sri Yang di-Pertua, keistimewaan orang Melayu di negara ini tidak pernah menghalang hak-hak kaum lain ataupun bersifat menindas kerana
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
keistimewaan ini hanyalah menggambarkan penghormatan sebagai anak watan. Bukannya seperti tuan dan hambanya. Tidak ada sedikit pun penyataan daripada tujuh wasiat ini yang cuba menidakkan kepentingan dan kedudukan kaum-kaum lain sebagai warganegara.
Oleh yang demikian, kalau kita rujuk kepada pindaan Jadual Kedua iaitu berkenaan dengan kelahiran kanak-kanak di dalam Persekutuan dan ibu bapanya hanyalah bermastautin tetap di dalam Persekutuan. Kalau saya bacakan, Jadual Kedua kepada Perlembagaan Persekutuan dipinda, A dalam Bahagian II dalam seksyen 1 dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan seorang warganegara atau bermastautin secara tetap di Persekutuan dengan perkataan seorang warganegara. Pindaan ini semestinya akan mendapat tentangan ataupun impak yang negatif daripada pihak-pihak yang tertentu.
Antara perkara pokok yang mereka tidak bersetuju adalah memikirkan kesukaran membesarkan seorang anak yang berstatus stateless iaitu tiada kerakyatan di negara sendiri.
Oleh yang demikian, selaku ahli ataupun selaku negara yang prihatin, saya mohon sedikit pencerahan ataupun penjelasan daripada pihak kerajaan. Pertama, apakah jaminan kerajaan agar kebajikan mereka yang tergolong dalam kategori ini terpelihara sebaiknya terutamanya dari sudut keperluan asas seperti pendidikan dan kesihatan?
Kedua, berapakah anggaran tempoh masa bagi memproses setiap permohonan yang diterima dan adakah akan ditambah baik agar dapat mengurangkan waktu menunggu kelulusan? Ini diangkat oleh kebanyakan Ahli Parlimen kita yang berbahas sebelum ini. Dan apakah langkah intervensi kerajaan sekiranya situasi rakyat tanpa kerakyatan di Sabah dan Sarawak terutamanya semakin parah selepas terlaksananya pindaan Akta Perlembagaan ini?
Tan Sri Yang di-Pertua, secara dasar dan keseluruhannya, pindaan ini semestinya akan mengetatkan lagi syarat-syarat menjadi warganegara Malaysia. Secara zahirnya, ia akan memberikan banyak kebaikan kepada masa depan negara. Kewarganegaraan ini seharusnya bersifat eksklusif, bukan inklusif agar kita boleh mendabik dada dengan bangganya mengaku saya anak Malaysia. Namun sebagai rakyat Malaysia yang baik, apakah cukup sekadar kita menjana ekonomi ataupun membayar cukai? Apa pula indikator kepada semangat patriotisme kita dalam membalas budi anugerah yang kita terima sebagai warganegara ini?
Jadi di sini saya ingin mencadangkan agar pertamanya mengadakan satu ujian tertentu yang lebih spesifik dan berat bagi menguji kesetiaan dan ketaatan mereka yang memohon kewarganegaraan selepas bermastautin tetap di negara ini. Bukan sekadar penguasaan bahasa Melayu. Kedua, mewajibkan mereka yang dianugerahkan kewarganegaraan melalui pindaan ini dengan menyertai program PLKN 3.0 dengan kesesuaian modul yang berada di bawah seliaan Kementerian Pertahanan. Ketiga, menaik taraf perkhidmatan yang sedia ada dalam memproses pelbagai jenis permohonan dalam skop kewarganegaraan.
Sebagai konklusinya Tan Sri, kewarganegaraan adalah anugerah yang seharusnya dihargai oleh setiap rakyat Malaysia. Anugerah ini semestinya datang dengan harga di mana ianya harus dibayar dengan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada tanah
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
air kita yang kita cintai ini. Bagi orang bukan Melayu dan orang bukan Asli, kewarganegaraan menjadi kontrak sosial di antara individu dan negara yang juga menatijahkan kepada ketaatan dan kesetiaan kepada negara. Jadi sama-sama kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT atas anugerah kewarganegaraan ini.
Ingat, dalam keadaan kita sebagai rakyat, kita dipayungi oleh raja-raja dan setiap rakyat berlindung di bawah naungan raja-raja. Ada di luar sana rakyat yang diusir keluar daripada tanah air mereka sendiri, dibunuh serta dibakar hidup-hidup hanya kerana mempertahankan kewarganegaraan ini, iman dan Islam dalam diri mereka.
Saya yakin dengan pindaan ini, prinsip keadilan dan hak asasi manusia dapat diterapkan lagi dengan memastikan semua kanak-kanak tanpa mengira status kewarganegaraan ibu bapa mempunyai hak yang sama di bawah undang-undang Malaysia.
Dengan ini, saya mohon menyokong. Assalamualaikum.
Tuan Yang di-Pertua
Waalamualaikum warahmatullah. Baik, terima kasih. Saya jemput Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Tan Sri Speaker kerana mengizinkan saya mengambil bahagian dalam membahaskan pindaan Perlembagaan Persekutuan pada kali ini.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tan Sri Speaker seperti yang kita tahu ekoran daripada permintaan terutamanya daripada golongan wanita dan juga golongan ibu yang menuntut hak supaya apabila anak mereka dilahirkan di luar negara boleh juga dapat warganegara seperti ibu ayah mereka ialah warganegara. Jadi dengan tuntutan tersebut, kerajaan telah membentangkan rang undang- undang ini di Parlimen. Kita juga tahu apabila kita hendak bincangkan tentang isu warganegara ini, ini satu isu yang serius ya di mana kita perlu menjaga kedaulatan negara kita. Sebab itu warganegara ini tidak boleh diberikan dengan secara longgar.
Sebab itu apabila kita hendak pinda tentang membenarkan supaya ibu, anak kepada ibu yang berada di luar negara itu dapat warganegara kita juga kenakan beberapa pindaan kali ini. Dan ekoran daripada itu kita dapat lihat ada juga terutamanya daripada CSO yang tidak setuju terhadap beberapa perkara dalam pindaan kali ini. Akan tetapi saya rasa kita perlu berikan satu pujian kepada menteri kerana menteri telah dengan sikap yang terbuka telah adakan banyak libat urus dengan semua pihak, dengan semua Ahli Parlimen, dengan semua CSO yang terlibat.
Dan saya rasa ya dalam hal ini kita ada menunjukkan bahawa ini adalah satu reformasi institusi yang kita telah laksanakan. Dalam isu ini kita lihat kenapa CSO di luar sana ada lagi, ada lagi banyak kerisauan. Saya lihat ini adalah kerana public confident itu ada kekurangan daripada public confident, defisit, ada deficit public confident. Kenapa saya kata begitu? Barangkali oleh kerana sejarah sebelum itu, pengalaman sebelum itu mereka takut
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
kalau semuanya adalah secara pendaftaran mereka takut kerana tidak ada kepastian.
Barangkali hanya berdasarkan kepada budi bicara sebab itu mereka risau.
Dan untuk mengembalikan confident mereka, keyakinan rakyat kepada kita saya rasa kita perlu ada unsur transparency dan juga pengawasan yang sepenuhnya supaya kita boleh dapat semula keyakinan orang ramai terhadap dalam isu ini. Kenapa saya kata begitu Tan Sri Speaker, kita sebagai wakil rakyat, pejabat kita hari-hari dapat banyak ya aduan tentang permohonan kewarganegaraan ini.
Ada pemohon yang saya lihat saya kesian kepada mereka. Anak dia lahir mohon empat kali. Setiap kali perlu tunggu tiga, empat hingga lima tahun dia mohon, gagal, mohon, gagal empat kali. Sehingga anak dia sudah lebih daripada 21 tahun tetapi masih lagi tidak berjaya mendapat warganegara. Bukan itu sahaja, dia juga telah belanja banyak wang. Ada pihak yang tidak bertanggungjawab pergi approach mereka kata you beri sekian-sekian wang dia boleh dapatkan warganegara untuk mereka. Tetapi itu semua penipuan mereka rugi begitu. Jadi ini pengalaman telah merisaukan pemohon ini semua.
Dan saya hendak beritahu kepada Tan Sri Speaker, banyak kes yang tertangguh terlalu lama. Ya, memang kita perlu puji kepada menteri sebab dia telah banyak meluluskan, memproseskan permohonan yang sedia ada. Tetapi di tangan saya Tan Sri Speaker ini permohonan sejak tahun 2010.
[Sambil menunjukkan sehelai dokumen] Saya pun terkejut apabila dia beritahu saya dia mohon 2010 sampai sekarang sudah 14 tahun tak ada jawapan.
Saya pada mulanya saya pun tidak percaya takkan sampai 14 tahun. Tetapi apabila saya semak dengan JPN memang betul belum lagi ada apa jawapan, sudah 14 tahun. Jadi inilah yang telah menyebabkan confident deficit di luar sana.
Begitu juga Tan Sri Speaker, satu lagi satu kes dia berjaya dapat kewarganegaraan sudah lulus akan tetapi bila dia dapat surat ini mereka pula tambah satu syarat di mana meminta pemohon mengemukakan surat pengesahan ataupun bukti tidak memiliki pasport asing daripada pihak Kedutaan China. Macam mana pemohon ini dia sudah dapat warganegara dengan gembiranya dia dapat tetapi ada satu syarat suruh dia pergi ke Kedutaan China untuk sahkan bahawa dia tidak memiliki pasport negeri China.
Tan Sri Speaker, kalau sebaliknya kalau ada seorang asing datang ke negara- kedutaan kita hendak suruh kita sahkan bahawa dia tidak memiliki pasport Malaysia bagaimana kita hendak keluarkan pengesahan sedemikian.
Sebab itu bila pemohon ini, saya kesian dialah dia pergi ke Kedutaan China, Kedutaan China cakap minta maaf mereka tidak akan keluarkan surat sedemikian untuk mengesahkan anda tidak memiliki pasport negara dia. Jadi benda-benda ini teknikal, pentadbiran ini telah menyusahkan pemohon dan itulah yang saya kata defisit ada defisit, confident yang timbul di sana.
Jadi bagaimana kita hendak meyakinkan semula mereka? Pertama saya lihat menteri yang ada hari ini memang dia komited hendak selesaikan semua isu ini tetapi saya rasa saya minta ya, saya ada satu cadangan supaya kita tubuhkan ataupun melalui Jawatankuasa Pilihan Khas yang ada di Parlimen ini contohnya Jawatankuasa Pilihan Khas
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Hak Asasi. Kita minta supaya kementerian boleh berikan laporan kepada kita. Mungkin quarterly ya, ataupun setiap enam bulan tentang proses yang mereka terima, berapa lama mereka dah proses, berapa ya kes yang tertunggak, kenapa tunggak itu saya rasa dengan check and balance tersebut saya rasa kita boleh ya mendapat keyakinan daripada orang ramai.
Jadi akhir sekali Tan Sri Speaker, saya hendak tekan di sini ya, bagi kita bila kita lahir kita bertuah kita dapat warganegara. Tetapi bagi mereka yang tak dapat warganegara itu, itu adalah satu perkara yang amat penting bagi mereka. Tanpa IC biru ini mereka tidak boleh pergi ke sekolah belajar. Saya ada kes di mana dia memang pelajar cemerlang, SPM dapat skor 9A tetapi tidak dibenarkan pergi ke STPM. Satu cerita yang amat sedih, murid yang cerdik tak dapat pergi.
Dia tanya saya kenapa orang yang main bola sepak, handal main bola sepak boleh dapat warganegara. Saya cerdik, belajar, lain kali hendak jadi akauntan tetapi tak dapat warganegara. Apa yang saya perlu buat, saya pun tak boleh buat apa. Saya hanya boleh ya berikan dia sedikit bantuan untuk dia ambil tuisyen daripada luar untuk menduduki STPM.
Tetapi itu masalah tidak selesai, sebab selepas itu dia hendak pergi ke universiti macam mana hendak pergi? Itulah masalahnya.
Sebab itu bagi mereka ini adalah penting IC biru itu penting untuk mereka. Jadi kita perlu bantu mereka. Saya hendak kongsi satu cerita Tan Sri Speaker. Ada seorang saya bantu dia, dia dapat, dia dapat, ya dia dapat warganegara saya hendak terima kasihlah kepada menteri. Dia pergi ke Putrajaya dia terima surat tersebut daripada Putrajaya dia menangis sampai Melaka. Kenapa? Sebab bagi dia, dia kata dia sudah tunggu 20 lebih tahun, dia tak boleh pergi kerja, dia pergi kerja pun curi-curi pergi kerja dan majikan bayar dia lebih rendah punya upah sebab dia memang tak boleh kerja tapi majikan kesian dia kasi dia kerja.
Itu yang berlaku yang kita harus bantu mereka.
Kita sebagai wakil rakyat kita perlu bantu mereka, kita perlu sokong rang undang- undang ini. Dan juga saya hendak ucapkan terima kasihlah kepada menteri, di mana sebelum ini saya ada bangkit satu isu permohonan warganegara di Kamar Khas Tan Sri Speaker.
Pemohon tersebut sebenarnya sudah meninggal dunia, tetapi sebelum dia meninggal dunia dia datang jumpa saya dia minta saya tolong. Saya janji, saya hendak tolong dia. Jadi dia pun telah meninggal dunia tetapi saya masih lagi bangkitkan permohonan dia di Kamar Khas dan saya minta supaya kementerian boleh memberikan satu kelulusan yang special punya kelulusan untuk dia.
Bulan lepas, anak dia telefon saya ya, mak dia yang sudah meninggal dunia dapat warganegara. Jadi saya hendak ucapkan terima kasih kepada menteri ya saya hendak ucap terima kasih kepada menteri. Jadi akhirnya, akhirnya saya hendak minta supaya kementerian boleh sediakan satu SOP yang jelas, satu SOP yang jelas, yang transparent supaya semua tahu apabila mereka hendak mohon bagaimana caranya, apa sebab mereka gagal supaya kita dapat meyakinkan orang ramai terhadap kementerian. Dengan itu, sekian terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih, Tan Sri Speaker.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia MADANI.
*“Dalam mata yang bersih, merayap cahaya yang jernih, aku sama menagih kemerdekaan kekasih.
Dalam dada yang mesra, tenang, telaga cinta, Aku janji setia membela tanah pusaka”.* Tan Sri Speaker, itu adalah nukilan sajak daripada Datuk A. Samad Said.
Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan rang undang-undang yang cukup bersejarah ini. Secara peribadi saya tidak sangka dalam masa kurang daripada dua tahun saya akan dapat peluang untuk membahaskan suatu rang undang-undang yang bertujuan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Jalan kita sampai ke moment ini Tan Sri Speaker, penuh dengan liku dan cabaran. Daripada manifesto yang nampak mudah iaitu memberi kewarganegaraan sama rata kepada ibu warganegara Malaysia ia menjadi persoalan-persoalan, perbincangan-perbincangan dan tumbuhnya cadangan-cadangan yang lain dan pindaan-pindaan yang lain.
Kita tahu apa yang berlaku Tan Sri Speaker. Sudah pun dilakar sejarah perbincangan, perbahasan, kritikan, kecaman dalam proses yang mana kita akhirnya sampai ke tahap kita Ahli-ahli Dewan yang mulia ini membahaskan Rang Undang-undang Perlembagaan ini. Yang Berhormat Menteri sendiri sudah tentu sudah menerima banyak kritikan dan serangan daripada lawan dan juga kawan mengenai isu ini. Mengapa? Mengapa respons yang begitu hebat, begitu tajam tentang isu ini? Ini kerana Tan Sri Yang di-Pertua, kewarganegaraan itu adalah sesuatu yang begitu penting bagi setiap individu.
Tan Sri Yang di-Pertua, individu tanpa kewarganegaraan atau stateless person mengalami pelbagai kesukaran. Kesukaran untuk mendapat akses, menikmati hak-hak asasi yang asas dan mendapat pendidikan tinggi, khidmat kesihatan, berkahwin dan bekerja. Kalau nak mati pun susah Tan Sri Speaker bila kita tidak ada kewarganegaraan ini. Situasi ini sudah tentu memberikan tekanan, mental kepada individu tanpa warganegara. Saya sendiri pernah berjumpa dengan seorang yang sudah dewasa, hidup dekat Malaysia selama- lamanya setakat ini tetapi tidak ada kewarganegaraan, hendak buat apa-apa pun susah, Tan Sri Speaker.
Saya sudah lihat, sudah jumpa, ibu, bapa yang memikirkan masa hadapan anak mereka. Orang dewasa yang hidup dengan penuh dugaan kerana isu kewarganegaraan. Ini bukan isu main-main, bukan isu remeh, bukan isu picisan. Orang tanpa warganegara bukan seperti yang digemburkan. Mereka bukan warganegara China ataupun warganegara Bangladesh, mereka tinggal dalam tanah air kita tetapi tidak ada dokumen kewarganegaraan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya tengok dekat media sosial betapa sinisnya beberapa orang apabila ada rakyat yang dapat warganegara, ada individu dapat kewarganegaraan. Kenapa kita dengki sangat?
Kenapa kita hendak nafikan nikmat sedikit ini kepada orang-orang seperti ini? Walk a mile in their shoe, dengan izin Tan Sri Speaker barulah kita hendak bersuara tentang mereka yang mengharungi begitu banyak keperitan hanya kerana tidak ada dokumen kewarganegaraan.
Tan Sri Speaker, saya harap bahawa kita jangan lagi polemikkan isu kewarganegaraan ini supaya kita dapat bersama-sama ada empathy kepada mereka.
Tan Sri Speaker, kita tahu rang undang-undang ini masih tidak sempurna. Undang- undang manusia memang tidak akan sempurna tetapi adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai Ahli Parlimen untuk membangkitkan beberapa perkara yang sebelum ini pun telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli Parlimen yang lain.
Pertamanya saya faham mengapa rang undang-undang ini bersifat perspektif dan bukannya retrospektif tetapi apabila insya-Allah kita luluskan rang undang-undang ini, pindaan ini, ia merupakan satu statement of intend, dengan izin bahawa inilah dasar negara kita yang baharu. Jadi permohonan-permohonan sebelum ini oleh mereka yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan kewarganegaraan kerana ibu mereka adalah berkahwin dengan bukan warganegara saya fikir bahawa kita harus as a policy statement kita kena beri kewarganegaraan ataupun sekurang-kurangnya lupuskan ataupun selesaikan isu-isu permohonan ini.
Kedua, saya mohon sedikit masa lagi. Isu tentang pindaan pada Perkara 26(2).
Banyak diperkatakan di luar sana dan sememangnya ada risiko sekiranya isteri yang dapat kewarganegaraan kemudian bercerai, kewarganegaraan mereka dilucut dan menjadikan mereka stateless. Saya ingin mendapat penjelasan apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan isteri bukan warganegara tidak menjadi stateless dan lebih penting lagi saya ingin supaya Menteri catatkan dalam Hansard di ruang Dewan yang mulia ini bahawa tidak akan ada seseorang yang akan dilucutkan kewarganegaraan mereka sekiranya ia menjadikan individu tersebut stateless. Maknanya kalaupun ada permohonan, kalau akhirnya apa yang terjadi adalah individu itu isteri itu akan menjadi stateless kita jangan lucutkan kewarganegaraan itu. Saya hendak supaya Menteri bagi jaminan tersebut.
Tan Sri Yang di-Pertua, kita bercakap tentang contract social (John Locke) di mana individu memberi sedikit kebebasan dan hak mereka kepada negara atau daulah atau state untuk memastikan bahawa mereka dilindungi oleh state atau negara tersebut.
Kewarganegaraan ini Tan Sri Speaker, memaksikan kita pada satu entiti negara, mengikat kita pada masyarakat dengan identiti bersama. Kewarganegaraan ini membolehkan individu untuk hidup dengan bermaruah, dengan hak dan kebebasan dalam satu negara yang berdaulat.
Jadi diharapkan Tan Sri Yang di-Pertua, dengan pindaan ini kita akhirnya memberi sedikit keadilan kepada anak-anak yang lahir, kepada ibu-ibu yang berkahwin dengan warganegara. Tan Sri Speaker, kita buat seberapa baik yang boleh dalam peluang dan ruang
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
yang diberikan kepada kita. Yang lain Tan Sri Speaker, kita berserah kepada Maha Esa, insya-Allah. Sekian, terima kasih. Bangi, mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Bangi. Saya jemput Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih, Tan Sri Speaker kerana memberi peluang kepada Bayan Baru untuk membahaskan isu yang begitu penting dan saya sudah pasti bahawa rakyat di laur sedang memerhati semua perbahasan dan semua keputusan Ahli-ahli Parlimen untuk mengundi esok.
Tan Sri Speaker, isu kewarganegaraan ini telah sudah lama bermasalah di negara kita. Setiap pusat khidmat di Ahli Parlimen kah, ADUN kah, sudah sememangnya mempunyai berbanyak-banyak, berlonggok-longgok permohonan. Tan Sri Speaker, saya masih ingat dulu tahun 2008 selepas kita jadi Ahli Dewan Rakyat, Tan Sri Speaker sendiri pun bersama dengan Bayan Baru sama-sama kita pergi ke Putrajaya membawa aunty-aunty, makcik- makcik yang begitu tua yang masih stateless dengan IC merah. Ada yang tidak ada IC pun ke Putrajaya untuk memohon kerakyatan.
Inilah satu isu kemanusiaan, inilah isu keadilan kepada orang yang berhak dan ini adalah satu isu belas kasihan. Tetapi pada masa yang sama, saya pun faham tentang peranan KDN, peranan Majlis Raja-raja untuk mempertahankan keselamatan negara. Jadi, saya nampak bahawa Rang Undang-undang Perlembagaan ini adalah satu proses yang sangat matang kerana kalau kita imbas ini kita nampak bahawa perjuangan untuk mendapatkan kerakyatan yang saksama, yang adil telah melalui proses yang sangat-sangat lama dan setiap institusi memainkan peranan yang begitu baik sekali.
Saya ingin memberi credit where the credit is due. Terutamanya saya hendak bagi kepada Majlis Raja-raja kerana Majlis Raja-raja memberi perkenan dan juga menjunjung kasih kerana memberi perkenan dan mereka melaksanakan tugas dengan baik untuk safe guard keselamatan negara.
Kedua, saya ingin memberi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak kerana mereka telah melihat semua isu ini memberi perkenan, memberi persetujuan kepada pindaan Perlembagaan. Saya ingin memberi penghormatan kepada Perdana Menteri kita juga kerana ini adalah apa yang we call political will yang bersungguh-sungguh ingin menyelesaikan satu isu ketidakadilan yang berlaku dalam masyarakat kita.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Perdana Menteri telah memberi kuasa kepada Menteri Dalam Negeri yang begitu komited dan mempunyai kesabaran. Saya rasa kesabaran tahap dewalah kerana Menteri ini dia diketuk, dikecam left, right, center, up, down dan semuanya. Akhirnya, dengan kesabaran, dengan segala urus tadbir, dengan NGO, dengan Perdana Menteri juga berhempas pulas pergi ke, berjumpa dengan Majlis Raja-Raja akhirnya rang undang-undang ini telah, pindaan Perlembagaan ini telah berada di sini dan akan dilaksanakan esok.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Ini adalah satu sejarah yang harus diingati oleh ramai rakyat negara yang bakal warganegara kita, mereka harus ingat bahawa ini adalah usaha Perdana Menteri kita, Menteri Dalam Negeri kita, Kerajaan Sabah dan Sarawak dan juga Majlis Raja-Raja dan juga NGO- NGO dan juga semua wakil rakyat di sini yang selama ini berjuang untuk isu ini.
Jadi saya ingin berbalik kepada isu, saya rasa kebanyakan isu besar telah diselesaikan, mendapat kompromi yang baik dan saya ingin menuju kepada satu isu iaitu isu 15A, pendaftaran secara kerakyatan melalui pendaftaran dan ini adalah isu tentang anak tidak sah taraf. Kebanyakan isunya rumit kerana kita tahu bahawa anak tidak sah taraf ini mungkin adalah anak luar nikah atau pelbagai isu dokumen tidak ada dan sebagainya. Saya nampak bahawa dalam peraturan yang bakal dilakarkan oleh Kementerian Dalam Negeri harus memberi perhatian kepada isu peraturan.
Kita tidak mahu kes-kes seperti apa yang Kota Melaka bangkitkan tadi apabila ada sudah mempunyai, telah diluluskan tapi tambah dengan syarat-syarat lain pula di mana ini merumitkan perkara-perkara ini. Saya rasa adalah penting bahawa isu anak tidak sah taraf ini diberikan pertimbangan penerimaan laporan DNA. Laporan DNA ini sudah mencapai 9.999 peratus ketepatan. Tidak mungkin bahawa kesilapan itu begitu kurang sekali.
Jadi, kalau kita boleh terima laporan DNA dalam isu anak luar nikah ini, saya rasa ia akan memberi keadilan kepada anaknya. Mungkin yang buat silap itu ibu bapa. Kita boleh hukum ibu bapa tetapi kita jangan memangsakan anak mereka. Anak mereka tidak berdosa.
Ingatkan, ibu bapa yang buat salah of course kita menjunjung institusi keluarga tetapi ada berlaku sesuatu tetapi anak telah dilahirkan dan mereka dimangsakan daripada sejak kecil tidak boleh masuk sekolah, selepas itu universiti tidak boleh masuk okey dan dibiarkan begitu sahaja. Saya rasa adalah keperluan untuk mengadakan satu the DNA test itu diterima sebagai jadi satu ukur, bahan ukur untuk mendapatkan kerakyatan untuk anak tidak sah taraf.
Isu bahasa, saya setuju bahawa setiap warganegara perlu memahami dan juga menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Ini adalah tanggungjawab. Di merata dunia, memang semua rakyat kalau di luar negara mereka pun perlu mempelajari bahasa tersebut. Walau bagaimanapun, saya harap bahawa peraturan itu harus standardise.
Ia jangan bukan ikut budi bicara pegawai-pegawai kerana kalau kekhuatiran kita adalah budi bicara saya nak bagi contoh, ada yang pernah datang ke pusat khidmat saya. Apabila pengujian bahasa Melayu, dia diminta untuk membuat karangan. Saya rasa buat karangan ini, ini adalah isu standardnya sangat tinggi tetapi pertuturan dia no problem, boleh cakap dan sebagainya tetapi untuk menulis karangan itu saya rasa itu adalah sesuatu yang tidak begitu molek kerana ada yang simple saja tetapi ada yang susah. Jadi, lebih baik standardise supaya semua mempunyai keadilan untuk semua.
Akhir sekali adalah saya harap bahawa segala peraturan yang ditentukan boleh dibawa kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia dan juga Institusi supaya ditengok dengan betul-betul. Kita tidak mahu bahawa segala niat baik Perdana Menteri kita, niat baik Menteri kita, Majlis Raja-Raja pula diinterpretasi dengan pelbagai interpretasi yang tidak teratur oleh pihak pegawai-pegawai bawahan.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Jadi ini akan menjadikan kita nak undang-undang ini, pindaan Perlembagaan ini memberi impak yang positif kepada negara kita, kepada rakyat kita. Inilah sedikit pandangan daripada Bayan Baru. Saya Bayan Baru menyokong, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Berikut saya mempersila Yang Berhormat Padang Besar.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang untuk saya membahaskan Rang Undang-undang Perlembagaan
(Pindaan) 2024.
Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi penghargaan dan tahniah kepada para atlet Perlis yang membawa pulang 12 pingat emas, 15 pingat perak dan 16 pingat gangsa di SUKMA Sarawak 2024 dan turut tidak ketinggalan atlet para SUKMA Perlis yang membawa pulang enam pingat emas, 13 pingat perak dan enam pingat gangsa baru-baru ini. Tahniah juga kepada pihak MSN Perlis dan agensi berkaitan yang komited. Hang pa memang hebat.
Hari ini, saya berdiri di sini dengan penuh kesedaran untuk menyokong Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 mengenai kewarganegaraan Malaysia walaupun kita semua sedar akan perbezaan politik yang wujud di antara kita. Ini bukanlah masa untuk berpecah belah, sebaliknya ini adalah masa untuk kita bersatu demi kebaikan rakyat dan negara.
Pindaan yang dicadangkan ini mengandungi aspek-aspek penting yang perlu kita ambil serius. Salah satu perkara utama yang akan diselesaikan melalui RUU ini akan memberi hak yang sama bagi kanak-kanak yang lahir di luar negara di mana ibu mereka adalah warganegara Malaysia untuk memperoleh kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang.
Kita faham kesusahan yang dialami oleh anak-anak wanita warganegara Malaysia yang bersuamikan warganegara asing ekoran Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan yang dibaca dengan Jadual Kedua, Bahagian II, Seksyen 1(b) memperuntukkan pemberian kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang kepada anak-anak lelaki warganegara Malaysia.
Pindaan ini adalah langkah positif ke arah kesamarataan jantina dan seharusnya mendapat sokongan padu daripada semua pihak tanpa mengira latar belakang politik. Ia adalah selari dengan penghakiman Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 September 2021 bahawa frasa bapanya yang tertulis di Jadual Kedua hendaklah adalah merangkumi pihak juga.
Sokongan ini membuktikan bahawa tuduhan kononnya Perikatan Nasional mengamalkan diskriminasi gender dengan meletakkan wanita sebagai golongan kelas kedua adalah tidak benar. Malah Manifesto PRU 15 PN mengandungi janji jika kami berkuasa, kami
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
juga akan memuktamadkan segera kajian pindaan Perkara 14(1)(b) bagi mengatasi masalah kewarganegaraan anak-anak ini.
Saya juga ingin menekankan bahawa RUU ini bukan hanya sekadar menambah perkataan ibu dalam undang-undang. Ia juga mengandungi elemen-elemen kawalan yang dibuat atas permintaan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu Ke-261 pada 22 hingga 23 Februari 2022 yang mahukan supaya mekanisme kawalan dalam aspek pemberian kewarganegaraan ini diperkuatkan.
Sokongan ini bukan saja mencerminkan komitmen tinggi Perikatan Nasional terhadap prinsip keadilan sosial serta kebajikan semua golongan tanpa mengira latar belakang mereka tetapi ia juga adalah manifestasi kepada pegangan Perikatan Nasional yang sentiasa mahu menghormati dan mendukung keputusan Raja-Raja Melayu dalam isu- isu penting melibatkan kepentingan rakyat dan negara.
Pindaan kepada perenggan (a), seksyen 1, Bahagian II, Jadual Kedua untuk menamatkan pemberian kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang kepada anak pemastautin tetap contohnya adalah pindaan yang baik kerana pemberian warganegara kepada anak-anak pemastautin tetap terbukti menimbulkan masalah sosial dan ekonomi di negara kita bagaimanapun perlu dinilai dan dikaji.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Kemasukan peruntukan baharu Perkara 18(1A) serta seksyen baharu 3 ke dalam Bahagian II Jadual Kedua yang mengehendaki mana-mana orang di bawah umur 18 tahun yang memperoleh kewarganegaraan melalui pendaftaran untuk mengangkat sumpah selepas mencapai umur 18 tahun juga baik memastikan keterikatan pemohon dengan negara sentiasa wujud.
Saya juga melihat cadangan mengehadkan pemberian kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang bagi kelahiran luar negara kepada satu generasi sahaja manakala generasi seterusnya boleh memohon kewarganegaraan melalui pendaftaran juga baik. Ia juga memastikan keterikatan generasi ini dengan negara bagi membuktikan ketaatsetiaan mereka pada negara.
Selain itu, pindaan kepada Perkara 26(2) bagi melucutkan kewarganegaraan mana- mana perempuan warganegara asing yang bersuamikan yang mendapat kewarganegaraan jika perkahwinan perempuan itu dibubarkan dalam tempoh dua tahun mulai daripada tarikh perempuan itu mendapat kewarganegaraan juga penting untuk mengatasi isu marriage of convenience.
Pindaan kepada Perkara 15(1) yang mewajibkan syarat tambahan untuk mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam bahasa Melayu pada mana-mana perempuan bersuami yang suaminya seorang warganegara sebelum ini, beliau dapat dipertimbangkan sebagai warganegara Malaysia juga adalah pindaan yang baik kerana bahasa Melayu merupakan satu identiti Malaysia. Pindaan elemen bahasa juga dijadikan dasar permohonan kewarganegaraan di UK, Itali, Singapura, Thailand, US, Australia dan Greece.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Pada masa yang sama, saya mengharapkan agar perincian RUU ini dapat ditambah baik di beberapa tempat. Contohnya ialah pemberian tempoh 48 bulan untuk mengangkat sumpah selepas mencapai umur 18 tahun dirasakan terlalu panjang. Begitu juga dengan istilah pengetahuan yang mencukupi dalam bahasa Melayu yang perlu diperketatkan definisi dan kaedah penilaian sebagaimana sahabat saya daripada Bayan Baru tadi menyebut.
Selain itu, saya percaya bahawa semua perubahan yang terkandung dalam RUU ini dibuat demi kebaikan rakyat dan negara. Walaupun kita mungkin mempunyai pandangan yang berbeza dalam isu-isu lain, saya berharap kita dapat bersatu dalam menyokong perkara yang baik ini untuk rakyat dan negara.
Marilah kita buktikan bahawa kita boleh bekerjasama demi kebaikan bersama.
Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih Timbalan Speaker. Sebagai Ahli Parlimen Tebrau, saya sentiasa bersemangat dan berazam untuk melaksanakan tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat dan juga seorang rakyat Malaysia yang sentiasa komited untuk berkhidmat bukan sahaja kepada masyarakat di bawah Parlimen saya tetapi juga kepada rakyat Malaysia.
Justeru, dalam sidang lepas saya rasa cukup bangga dan telah ambil bahagian dalam sesi perbahasan mencurahkan pandangan serta idea berkenaan dengan rang undang- undang untuk pemansuhan hukuman mati mandatori di mana ia telah berjaya membawa impak yang baik dan menunjukkan bahawa Kerajaan Madani ini menjunjung tinggi nilai kemanusiaan dan juga belas kasihan kepada rakyat Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, hari ini sekali lagi saya berdiri di sini dengan bangga mewakili Tebrau kerana terlibat dalam satu misi yang cukup bersejarah juga di mana hari ini dan mungkin esok, kita mula dengan hari ini dengan mengambil langkah untuk meminda Perlembagaan Malaysia yang akan membawa negara kita ke satu langkah lagi yang lebih progresif dan ke hadapan.
Hari ini kita mulakan misi kita untuk meminda Perkara 14(1)(b) di mana dengan pemindaan ini, anak-anak yang dilahirkan oleh wanita warganegara Malaysia di luar negara akan dapat mengurniakan atau menurunkan warganegara beliau kepada anak mereka.
Pindaan ini bukan sahaja dapat mengurangkan diskriminasi terhadap golongan wanita Malaysia tetapi ia juga adalah selaras dan selari dengan Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan yang menegaskan bahawa setiap individu mempunyai hak yang saksama tanpa diskriminasi.
Saya ingin memberi satu contoh. Baru-baru ini sahaja di pusat khidmat saya, terdapat satu kes seorang wanita warganegara Malaysia yang telah berkahwin dengan lelaki di negara China. Walau bagaimanapun, dia telah pindah pulang ke Malaysia tetapi anaknya yang
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
dilahirkan di China yang kini umur lima tahun tidak dapat kewarganegaraan Malaysia secara automatik.
Maka mulalah proses perempuan ini yang bernama ‘Ang Boon Yen’ untuk memohon kewarganegaraan untuk anaknya di bawah Perkara 15(2). Jalan ini bukannya senang dan dia bukan 100 peratus akan dapat tetapi itulah hakikatnya undang-undang yang sedia ada.
Maka saya menaruh harapan tinggi dengan mulanya dan dengan pindaan ini, kes-kes seperti ini akan menjadi sejarah.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini dalam Dewan ini untuk merekodkan pujian saya kepada Menteri yang bertanggungjawab dengan pelaksanaan ini.
Saya nampak Menteri telah mengadakan banyak libat urus dengan semua pemegang taruh dan ini menunjukkan keazaman politik Menteri dan juga kerajaan untuk kita membuat satu perubahan yang amat diperlukan oleh negara buat masa sekarang.
Memang bukan mudah untuk kita mendapat sokongan dua per tiga Ahli Dewan Rakyat malah saya berharap dan saya menyeru kepada semua Ahli Dewan, bukan sahaja kita meluluskan pindaan ini dua per tiga, kalau boleh kita luluskan sebulat suara, tuan-tuan dan puan-puan.
[Tepuk] . Langkah ini tepat pada masanya dan saya berharap inilah menjadi satu permulaan yang lebih baik untuk kita cuba meminda lebih banyak undang-undang yang diskriminasi gender wanita dan kita menuju ke satu arah di mana ada pengimbangan gender yang betul-betul di Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, tadi saya ada dengar perbahasan Bangi. Memang ramai orang bukan sahaja saya malah Tuan Yang di-Pertua juga tidak boleh bayangkan hidup orang yang tidak ada kewarganegaraan atau kita guna simple, yang tiada IC. Saya sendiri sejak saya menjadi ADUN pada 2013, saya jumpa banyak kes tidak kiralah dari latar belakang mana yang menghadapi masalah ini. Bukan sahaja mangsa yang hidup dalam ketakutan, ibu bapa nangis. Tiap-tiap hari datang pejabat, pergi sekolah sebab mereka takut, khuatir masa depan anak mereka.
Ada satu kes saya boleh kongsi dengan para ahli semua. Seorang bangsa India, sebab dia dilahirkan di estet, dia tiada sijil kelahiran, susah nak dapat maka dia tak ada IC.
Bila tak ada IC, dia tak boleh kahwin, tapi tak boleh kahwin masih dengan lelaki yang dia cintai dan sayangi akhirnya ada lima orang anak.
Lima orang anak ini ada perempuan, ada lelaki tapi sebab tidak kahwin maka lima anak juga tiada IC. Tak ada kewarganegaraan juga. Bayangkanlah lima anak ini hidup mereka macam mana? Mereka pun juga tak boleh kahwin, tak boleh kurniakan kewarganegaraan.
Kalau dekat Johor, selalu kita kata boleh kerja di Singapore kalau tiada kerja tapi kalau tiada IC, macam mana nak dapatkan pasport?
Maka mereka ditekan bila nak bekerja, tak ada KWSP. Itulah hidup orang yang tiada IC, Tuan Speaker, hidup mereka. Satu lagi kes, seorang atuk. Ini orang T20, walaupun ada kaya, dia sendiri cerita masa PKP, cucu dia yang tak ada IC, tak boleh buat vaksin sebab tak ada dokumen. Bila tak ada vaksin, tak boleh keluar, tak boleh masuk kedai. Padahal pekerja asing pun boleh dapat vaksin, pun boleh pergi kedai tapi cucu dia yang bapa dia orang
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Malaysia, atuk dia orang Malaysia, tak boleh ke mana-mana dan akhirnya saya nak kongsi satu cerita lagi, tahun ini seorang budak umur dia 17.
Selepas 10 tahun, akhirnya dia dapat kewarganegaraan Malaysia. Saya pun tanya dia, “Adik, sekarang awak dapat IC. Apa benda pertama yang awak hendak buat?” Tuan Speaker mungkin terperanjat, dia kata, “Benda pertama yang saya hendak buat, saya nak buka bank account. Saya nak buka bank account dan saya nak buka akaun Grab sebab selama ini saya tak boleh guna Grab sebab saya tak ada IC dan saya tak ada bank account”. Itu sahaja yang dia hendak. Benda yang begitu simple yang kita anggap benda-benda yang senang tapi untuk orang yang tak ada IC, itu adalah satu cabaran dan satu gift yang begitu besar, Tuan Speaker.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
So, itulah kenapa saya harap Kerajaan Madani ini boleh teruskan dengan usaha untuk kita terus memberi harapan kepada orang-orang yang perlu bantuan kita.
Tuan Speaker, selain daripada dasar, kita juga perlukan pelaksanaan yang baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, gulung.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Untuk isu 15A, saya hendak mengucapkan tahniah kepada Menteri kerana berjaya telah menyelesaikan hampir 11,000 kes dalam masa setahun. Ini merupakan satu pencapaian yang baik. Saya harap SOP yang dikatakan oleh Menteri ini, kita boleh diaktakan. Maknanya, jangan cakap SOP sahaja, kita buat undang- undang sama sekali untuk memastikan ini menjadi satu garis panduan di bawah undang- undang. Sebab, mungkin hari ini Menteri ini layan, tetapi menteri lain, kita pun tidak tahu.
Untuk menjamin hak, kita patut aktakan benda itu.
Akhir sekali juga, Tuan Speaker, saya secara peribadi sebenarnya saya amat kesal dengan kerajaan bila dia menurunkan umur untuk 15A dan 15(2) daripada 21 ke 18. Asas undang-undang mana-mana negara pun, patut ialah untuk kita mengembangkan hak rakyat dan bukan mengurangkan. So, saya rasa umur 21 itu kita turun ke 18 sebenarnya bagi saya adalah tidak berpatutan. Sepatutnya kita kekal pada umur 21 sebab kalau kita tengok statistik, 15A yang berjaya adalah 76 peratus, tetapi kalaulah mereka turun ke 18, kalau perlu pohon di bawah Perkara 19, peratus kelulusan mereka hanya 29 peratus. Itulah satu angka yang bagi saya kita perlu perhatikan.
Akhir sekali, terima kasih Tuan Speaker kerana memberikan peluang kepada saya dalam perbahasan ini. Saya ingin berakhir dengan mengatakan saya cukup yakin dengan sokongan pindaan ini dan sekali lagi saya menyeru kepada semua kawan-kawan sini, marilah kita buat satu perubahan demi rakyat, demi Malaysia. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua di atas kesempatan ruang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) yang berkaitan dengan kewarganegaraan yang amat luas untuk kita bahaskan.
Dato’ Yang di-Pertua, saya hendak bertanya, di mana Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri Dalam Negeri? Kita ini serius masalah negara ini. Di sini ramai pun pernah menjadi kerajaan. Kalau tidak ada Menteri, biasa Timbalan Menteri ada. Speaker, terima kasih banyak.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengambil kesempatan menyembah junjung kasih kepada Raja-raja Melayu kerana telah mengizinkan untuk rang undang-undang ini dibahaskan. Pindaan ini amat penting kerana ia akan menentukan bagaimana kita menguruskan isu-isu berbangkit tentang kewarganegaraan. Dalam masa yang sama, kita mesti memastikan identiti dan semangat cinta kepada negara berakar umbi dalam diri sesiapa yang ingin menjadi warganegara Malaysia. Taraf kewarganegaraan satu anugerah yang amat besar dan mulia kepada rakyat Malaysia dan kita mesti mempunyai jiwa besar untuk mempertahankan maruah negara.
Dato’ Yang di-Pertua, kewarganegaraan bukan sekadar dokumen semata-mata. Ia adalah anugerah besar yang membawa tanggungjawab dan pelbagai hak istimewa dalam negara kita. Namun, keprihatinan dan penghayatan terhadap nilai-nilai kewarganegaraan dilihat semakin berkurang dalam era globalisasi dan ledakan informasi ini. Sebab itu, isu warganegara diletakkan di bawah Bahagian III Perlembagaan dan perlu dipertahankan.
Ini dapat kita lihat, Tuan Yang di-Pertua, melalui isu-isu seperti kurangnya penghormatan terhadap institusi raja dan Jata Negara, pengibaran bendera secara terbalik, tindakan yang menjejaskan imej negara dan pergeseran antara kaum yang berpanjangan.
Situasi ini mencerminkan perlunya kita memperkukuhkan semangat kewarganegaraan yang sihat, mempunyai amanah yang besar kepada negara.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya, berapa ramaikah warganegara Malaysia yang telah didaftarkan sebagai warganegara sehingga hari ini mengikut kategori kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang dan, yang kedua, kewarganegaraan melalui pendaftaran? Oleh itu, pemberian kewarganegaraan kepada bukan warganegara tidak seharusnya dilakukan dengan mudah tanpa pertimbangan mendalam dan prosedur yang rapi. Maruah negara perlu dijaga dengan teliti. Kita tidak boleh terlalu longgar dalam pemberian kewarganegaraan sehingga mengabaikan nilai-nilai asas yang membentuk identiti nasional kita.
Peranan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Yang di-Pertua, cukup besar dan luas. Kita hendak pastikan supaya tanggungjawab ini mesti dijaga dan jangan ambil kesempatan yang tidak menentu sehingga kita boleh menghancurkan negara kita dalam beberapa aspek tertentu.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Memang benar bahawa kemasukan pekerja asing menyumbang kepada ekonomi, tetapi kita mesti memastikan ia tidak merosakkan negara. Saya ingin tahu, Dato’ Yang di- Pertua, sehingga kini, berapa ramai pekerja asing dalam negara kita? Yang kedua, berapa ramai PATI di negara terkini? Berapa ramai pendatang asing yang masuk secara sah telah hilang daripada radar negara dan mereka menjadi PATI, pendatang tanpa izin, dan akhirnya mereka berkahwin dengan rakyat Malaysia, lahir anak yang tidak menentu, akhirnya timbul masalah? Bagaimana kita hendak memberikan kewarganegaraan kepada mereka?
Dato’ Yang di-Pertua, merujuk kepada Perkara 15 Fasal (1)(c) berkenaan penetapan untuk mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam bahasa Melayu sebagai langkah proaktif. Bermaksud bukanlah pengetahuan tentang bahasa Melayu, tetapi pengetahuan tentang negara ini, selok-belok negara, undang-undang negara, kerakyatannya dalam bahasa Melayu.
Saya ingin mencadangkan supaya kita melaksanakan beberapa perkara. Yang pertama, menginstitusikan pendidikan untuk warganegara baharu. Dan yang kedua, memperkenalkan ujian kecekapan bahasa Melayu. Yang ketiga, menyertakan modul budaya Malaysia dalam proses ujian. Permohonan akan didedahkan kepada nilai-nilai dan norma masyarakat kita yang pelbagai kaum dan budaya dan memastikan mereka bukan sahaja fasih berbahasa tetapi juga memahami dan menghormati budaya tempatan.
Saya juga menyokong penuh keistimewaan yang diberikan kepada kaum ibu, wanita dalam pemindaan Perlembagaan ini, pemindaan rang undang-undang ini. Langkah-langkah ini penting, Dato’ Yang di-Pertua, untuk memastikan permohonan kewarganegaraan bukan sahaja memenuhi syarat teknikal tetapi juga bersedia menjadi sebahagian daripada masyarakat Malaysia secara holistik. Integrasi nasional dan komunikasi berkesan adalah kunci kepada keharmonian negara untuk berterusan.
Saya minta agar aspek penguatkuasaan mesti diutamakan. Hari ini banyak penyelewengan berlaku. Bukan sahaja mengeluarkan kad pengenalan. Kerana ada sindiket- sindiket tertentu yang mengeluarkan kad pengenalan secara penipuan, akhirnya ramai daripada warga asing yang mendapat kad pengenalan. Sebab itulah dalam aspek kewarganegaraan ini, ini satu perkara yang cukup penting, amat penting, Dato’ Yang di- Pertua. Maka, aspek penguatkuasaan mestilah diutamakan.
Saya mengambil kesempatan di sini, Yang di-Pertua, terima kasih banyak kerana mengizinkan saya turut membahaskan perkara ini. Saya minta kerajaan memberikan perhatian yang serius supaya kalau perlu kita pertimbangkan kemudian, sebab Majlis Raja- raja hanya memperkenan untuk kita bahaskan ini dalam Parlimen, dan ketentuan sama ada kita bersetuju secara cepat atau lambat terletak kepada kita. Yang penting, bagaimana kita memastikan supaya tidak akan melakukan kesilapan yang akhirnya kita akan memusnahkan negara kita Malaysia yang kita cintai ini.
Saya mohon menyokong, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih banyak. Wabillahi taufiq wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Maran. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Kota Belud.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, warganegara merupakan anugerah tertinggi bagi seorang manusia membabitkan hak dan masa hadapan seseorang. Kerajaan dan kita sebagai pembuat dasar dipertanggungjawabkan untuk membuat polisi dan peraturan yang terbaik berdasarkan diskusi yang mendalam dan pertimbangan yang paling baik. Bukan sahaja telah diberikan peluang mendengar taklimat berkaitan pindaan ini daripada pihak kerajaan, malah ada pihak NGO yang datang dan menerangkan kepada saya berkenaan dengan pindaan yang kita lakukan hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan pindaan berkaitan kewarganegaraan, hak dan kedudukan kami di Sabah dan Sarawak jelas dilindungi. Ianya di bawah Perkara 161E(2)(a) seperti yang telah ditaklimatkan kepada kami tempoh hari bahawa sesi libat urus juga telah diadakan dengan Kerajaan Sabah dan ianya selaras dengan peruntukan yang saya sebutkan tadi.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Namun, saya perlukan pengesahan di sini. Saya quote, “tiada pindaan boleh dibuat kepada Perlembagaan ini tanpa persetujuan Yang di-Pertua Negeri bagi negeri Sabah atau Sarawak atau tiap-tiap satu daripada negeri Sabah dan Sarawak yang berkenaan itu”. Saya mohon penjelasan, adakah TYT Sabah telah bersetuju dengan pindaan ini? Saya berpandangan bahawa dalam pindaan Perlembagaan sebesar ini, sepatutnya dan seharusnya TYT lah yang meluluskan.
Saya tujukan perkara ini kepada kerajaan negeri. Ya, saya tahu ini adalah Perlembagaan Persekutuan. Ya, tempat dia memang di Parlimen tetapi kita ada 161E, bah. Itu kelebihan kita bah, kita cakap kita mahu jaga rumah kita. Kalau kita cakap kita mahu jaga rumah kita, kenapa kita tidak angkat suara kita sendiri? Kenapa kita tidak bahas perkara ini di dalam Dewan Undangan Negeri? Kenapa kita tidak angkat martabat DUN Sabah? We should empower our state assemblymen to share their opinions.
Bagi peluang kepada semua ADUN kita untuk kemukakan pandangan, baru ada suara, baru kedengaran, bah. Sedangkan Laporan Ketua Audit pun sekarang dibahaskan di Parlimen. Burukkah, baikkah sesuatu laporan ataupun pindaan itu, kita mesti bahas. We must embrace that, so we can improve. Tuan Yang di-Pertua, berbalik kepada pindaan hari ini, saya secara peribadi dan secara dasarnya tiada masalah. Walaupun telah dijelaskan oleh kementerian dan Yang Berhormat Menteri sendiri tentang beberapa persoalan dan kerisauan pihak-pihak tertentu, saya rasa sangat perlu Yang Berhormat Menteri sendiri mengulang semula respond dan jaminan kerajaan to be recorded di Parlimen ini.
Pertama, mengenai senario pemastautin tetap di Sabah. Pemastautin tetap di Sabah ada kelainan berbanding di tempat-tempat lain di Malaysia. Bayangkan orang asal Sabah,
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Dusun, Murut, Sungai, Bajau dan bangsa-bangsa lain yang masih belum mendapat status sebagai warganegara Malaysia. Mungkin sebab daftar lewat atau mungkin disebabkan ibu bapa bercerai dan tiada sijil nikah. Mahu cari sijil nikah, mama budak itu pun sudah lari, bah. Bagaimana atau meninggal dan sebagainya.
Selalu kes-kes begini yang saya jumpa. Melalui pindaan ini saya mahukan kepastian dan jaminan daripada kerajaan bahawa semua permasalahan ini dapat diselesaikan terlebih dahulu sebelum akta ini dikuatkuasakan. Kes-kes lama diselesaikan sebab terlampau lama tunggu.
Kedua, saya juga ingin mencadangkan supaya anak-anak yang tiada dokumen ini dibenarkan untuk menduduki apa-apa sahaja peperiksaan oleh Kerajaan Malaysia, terutamanya peperiksaan SPM sementara menunggu keputusan rayuan warganegara.
Macam kes yang saya jumpa, bapa Dusun, mama Indonesia, selepas itu mama lari ndak tahu pergi mana. Budak pandai lagi bah, kesian. Macam manalah masa depan dia.
Saya berharap pihak kerajaan bukan sahaja membenarkan mereka ini menduduki peperiksaan tetapi keputusan mereka juga haruslah diiktiraf dan layak untuk masuk universiti awam tempatan. Kita kenal bapa dia, nenek dia, ketua kampung pun sudah tahu. Whole keluarga ini memang orang Sabah, orang Kota Belud.
Ketiga, bulan lalu Kabinet negeri telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan Sabah (JKKSK) dan pasukan petugas khas bagi menangani isu penduduk Sabah tanpa dokumen pengenalan diri. Soalan saya, apakah jaminan yang boleh diberikan kerajaan hari ini bahawa peranan dan fungsi special task force ini tidak terjejas dengan kuat kuasanya ─ dengan pindaan ini?
Sejauh manakah penglibatan KDN dan bidang kuasa yang diberikan kepada jawatankuasa ini? Adakah sama dengan jawatankuasa di Sarawak? Tuan Yang di-Pertua, saya mahu cakap ini di sini. My fellow Sabahan, kita kena tahu beza stateless dan PTI.
Pendatang tanpa izin atau PTI ini adalah mereka yang datang ke negara kita secara haram, yang masuk entah dari mana-mana. Tetapi stateless pula adalah orang yang tidak mempunyai warganegara, yang tiada kerakyatan. Mereka yang saya sebut awal tadi, bapa Dusun, mama Indonesia tetapi budak itu dia tiada IC, dia ini tergolong dalam stateless. Sekarang saya mahu tanya, sebagai orang Sabah, kamu mahu tahu ndak berapa ramai PTI dalam Sabah sekarang? Bukan stateless ya, PTI. Kamu mahu tahu? Sebab saya mahu tahu. Tetapi in order to do this, we need to count them one by one. Kita kena kira dia orang satu-satu. So, there is a process to do this. Dalam hal ini, kita kena satu hati sebagai orang Sabah. Jangan ada itu kecurigaan ataupun antara kita satu sama lain, tuduh menuduh dan sebagainya. Saya secara peribadi, saya sokong apa sahaja usaha ke arah ini. Otherwise, banyak perkara tidak akan selesai, termasuklah isu pembangunan – urusan pembangunan kerana sangat bersangkut paut secara tidak langsung.
Terakhir, saya ingin menasihati semua warganegara Malaysia, terutamanya orang Sabah, termasuk diri saya sendiri. Kewarganegaraan anak-anak ini adalah masa depan dan
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
tanggungjawab kita sebagai ibu bapa. Jangan cuai, daftarlah perkahwinan, daftarlah anak- anak kita, jangan lambat daftar, sebab itu adalah masa depan dan nasib dia orang. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, salam perpaduan, salam Malaysia Madani. Terima kasih saya ucapkan kepada Datuk Yang di-Pertua di atas peluang berbahas ini. Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri serta seluruh kementerian. Setelah melaksanakan sesi libat urus dengan semua pemegang taruh yang terlibat, akhirnya RUU ini dapat dibentangkan dan dibahaskan. Walaupun melibatkan pelbagai pandangan dan kontroversi, saya fikir RUU ini seperti kata Menteri, adalah manifestasi keseimbangan dalam membuat pertimbangan kemanusiaan dan juga keselamatan negara.
RUU ini bukan sahaja pindaan yang bersejarah, malah mencerminkan tekad dan iltizam politik yang tidak berbelah bahagi dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan isu kewarganegaraan yang sekian lama membelenggu rakyat. Walaupun tidak sempurna, akan tetapi kementerian telah mengambil berat dan cakna tentang isu-isu yang telah dibangkitkan sebelum ini.
Jadi, saya berharap dan percaya RUU ini boleh diluluskan selepas ini dan kita tidak perlu membuang masa lagi. Datuk Yang di-Pertua, pindaan kali ini menurut hemat saya, sekurang-kurangnya mencapai dua objektif utama. Pertama, perjuangan untuk mendapatkan kesaksamaan hak sama rata bagi ibu warganegara yang berkahwin dengan warga asing yang melahirkan anak di luar negara untuk turut dijamin kerakyatan anaknya di dalam Perlembagaan sepertimana hak yang diberikan kepada seorang bapa.
Ini bertepatan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2021 yang menyatakan Perkara 82 Perlembagaan yang tidak membenarkan sebarang diskriminasi gender. Ini bukan sahaja kemenangan moral dalam memastikan kesaksamaan hak sesama manusia akan tetapi turut merupakan satu bentuk keadilan yang dijamin di dalam Islam, yakni untuk menghentikan diskriminasi terhadap mana-mana individu. Tidak kira agama, bangsa, keturunan, jantina dan latar sosial.
Objektif kedua yang dicapai juga ialah keputusan untuk mengekalkan hak bayi terbuang. Dengan mengekalkan seksyen 1(e) yang mengurniakan kewarganegaraan kepada anak yang dilahirkan di Malaysia dan bukan warganegara mana-mana negara lain. Manakala seksyen 19(b) memberikan kewarganegaraan kepada bayi terbiar dan anak yatim yang dilahirkan di negara ini yang ibu atau ibu bapanya tidak dapat dikesan. Ini sudah tentu dapat melindungi kebajikan anak-anak terbuang tanpa warganegara ini yang tidak bersalah dan sepatutnya mendapat hak yang dijamin di bawah Perlembagaan.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Saya juga ingin menyampaikan ucapan penghargaan kepada YB Menteri kerana telah menyelesaikan banyak kes orang tanpa warganegara, tahniah diucapkan. Termasuklah dua orang dari kawasan saya yang sudah pun mendapat kelulusan dan sijil kewarganegaraan. Berita ini adalah berita yang sangat menggembirakan bagi mereka kerana sudah sekian lama mereka menunggu untuk mendapat sijil kewarganegaraan dan surat kelulusan tersebut.
Tetapi dalam masa yang sama, perhatian juga harus diberikan supaya mempercepatkan proses permohonan IC setelah pemohon mendapat sijil kewarganegaraan.
Sebenarnya banyak kes-kes lain yang telah kita mohon dan setelah kita hantar dan semuanya kebanyakan dalam proses dan saya sangat berharap pada tahun ini kita dapat banyak berita gembira bagi permohonan-permohonan sijil kewarganegaraan tersebut.
Datuk Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin bertanya. Apakah kriteria khusus yang perlu dipenuhi oleh isteri warga asing kepada lelaki Malaysia untuk memohon kewarganegaraan di bawah Perkara 15(1) selain kewajipan memegang status pemastautin tetap. Ini kerana tempoh menunggu yang panjang dan syarat-syarat yang membebankan untuk pemohon PR, memaksa ramai isteri bukan warganegara untuk kekal di Malaysia menggunakan pas lawatan sosial jangka panjang iaitu LTSBP.
Visa ini menyebabkan mereka terpaksa bergantung kepada belas ihsan suami mereka dan tidak mempunyai perlindungan undang-undang untuk keluar daripada perkahwinan yang mungkin berunsur penderaan ataupun mengelakkan dipisahkan daripada anak-anak mereka.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Oleh itu, saya berharap Yang Berhormat Menteri untuk menyelesaikan permohonan kewarganegaraan ini dalam tempoh yang ditetapkan supaya ia dapat dilaksanakan. Akhir sekali, saya ingin membangkitkan tentang isu pengurusan permohonan dan semakan. Saya minta supaya pihak kementerian dapat meneruskan komitmen untuk memastikan tata amalan yang jelas dalam prosedur permohonan ini agar kita tahu berapa lamakah proses permohonan ini?
Apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi dan dokumen apa yang diperlukan?
Sekiranya syarat-syarat ini tidak dipenuhi atau permohonan ditolak perlulah dinyatakan di dalam sistem semakan kerana banyak juga aduan-aduan yang kita terima. Kadang ada permohonan yang sudah lebih daripada tujuh tahun, lima tahun dan sebagainya, mereka tidak tahu apakah status mereka, yang mereka tahu hanyalah masih lagi di dalam sistem dan sebagainya.
Jadi, saya berharap dengan hasrat dan komitmen Yang Berhormat Menteri, ia dapat juga diterjemahkan ke semua peringkat kementerian dan jabatan agar tiada kerenah birokrasi yang diperlukan. Oleh itu, Bentong menyokong seratus peratus RUU ini. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.
Negara kita telah melalui satu sejarah yang panjang dalam hal kewarganegaraan bermula sejak kemerdekaan tanah Melayu, penubuhan Malaysia sehingga ke hari ini.
Terdapat usaha yang berterusan untuk menambah baik perundangan yang berkait dengan pemberian kewarganegaraan dan ini bermula seawal penyertaan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan pada tahun 1963. Dari sudut sejarah, pemberian kewarganegaraan kepada bukan Melayu di Malaysia merupakan satu babak penting dalam sejarah negara yang menunjukkan sikap toleransi, pengorbanan dan keinginan untuk mencapai perpaduan antara pelbagai kaum.
Proses ini melibatkan pelbagai peristiwa yang kompleks, bermula sebelum merdeka berlanjutan sehingga ke hari ini. Ia bermula sejak kedatangan penjajah British awal abad ke- 19. British membawa masuk pelbagai kaum di seluruh dunia ke tanah Melayu. Ada yang dibawa bekerja dalam industri perlombongan dan ada dibawa bekerja di ladang-ladang getah.
Kehadiran ini bukan sahaja mengubah demografi masyarakat, ia juga menimbulkan pelbagai cabaran sosial dan ekonomi. Orang Melayu sebagai penduduk asal merasakan ancaman terhadap hak mereka. Namun tolak ansur dan bersedia untuk menerima kehadiran kaum- kaum lain demi kestabilan ekonomi dan kestabilan perpaduan telah merubah Malaysia sehingga ke hari ini.
Dalam banyak hal, kita melihat kepentingan untuk memupuk kerjasama antara kaum walaupun dalam keadaan yang mencabar. Inilah bukti bahawa sikap toleransi yang telah ditunjukkan dengan luar biasa, dengan menyetujui syarat-syarat tertentu seperti keperluan untuk bukan Melayu tinggal tanah Melayu selama lebih sepuluh tahun pada ketika itu dan berkomitmen untuk integrasi dalam masyarakat tempatan.
Bila kita menandatangani Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita pada tahun 1995, kita menerima tekanan antarabangsa. Malah bangkit desakan daripada pelbagai pertubuhan hak asasi agar kerangka kewarganegaraan Malaysia menerima keserataan gender.
Kemuncaknya dalam kes Suriani Kempe melawan Kerajaan Malaysia, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi. Secara prinsipnya kita mengakui undang-undang sedia ada, ada diskriminasi terhadap wanita tapi pindaan Perlembagaan hanya boleh dilakukan mengikut aturan institusi Parlimen. Oleh kerana itulah mungkin pindaan atau Perlembagaan yang telah dibuat sebelum daripada ini ada semangat- semangatnya yang tersendiri.
Ada juga kes di mana – saya ambil contoh bahawa kalau isteri pemastautin tetap berkahwin dengan suami warganegara, mereka mudah untuk mendapat kad pengenalan biru. Tetapi jika seorang lelaki bukan warganegara ataupun berstatus tetap berkahwin dengan
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
isterinya yang warganegara, tidak semudah si isteri untuk mendapat kewarganegaraan. Di sinilah adanya yang mungkin semangat-semangat tertentu yang saya rasa kalau kerajaan boleh menjelaskan dari sudut aspek sejarah kenapa ia dibina demikian.
Saya merujuk manifesto Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan juga Perikatan Nasional. Kesemua ketiga-tiga komponen ini sama ada Pakatan Harapan dalam manifesto mereka, Barisan Nasional dalam manifesto dan Perikatan Nasional dalam manifestonya, semua mengangkat isu ini dan alhamdulillah hari ini ia menjadi kenyataan.
Dato’ Yang di-Pertua, satu persoalan yang perlu kita ajukan, adakah syarat baharu untuk memberikan kewarganegaraan yang dibentangkan hari ini mencapai semangat membina negara bangsa yang berdaulat dan mempunyai identiti warga yang dibanggakan.
Sebab itulah saya nak petik, nak rujuk balik apa yang disebut oleh sahabat saya Ahli Parlimen dari Pengkalan Chepa tadi.
Bagaimana tulisan daripada seorang yang lahir yang dikatakan Johor-born ─ lahir di Johor, Tan Sri Lee Kim Yew yang telah menulis dalam satu artikelnya, di dalam satu artikel disiarkan oleh The Rakyat Post masih lagi ada di dalam laman web MSN.com yang menyeru kepada parti-parti yang berasaskan China supaya meletakkan kepentingan negara China melebihi daripada segala-galanya.
Dipetik beberapa parti, nama partinya ada di dalam Dewan ini dan saya yakin sudah tentu sahabat-sahabat saya di kalangan Ahli Parlimen tidak setuju dengan tulisan ini tetapi ini membuktikan bahawa adanya usaha-usaha tertentu untuk menggugat kesetiaan kepada Malaysia. Lebih menarik lagi saya nak baca sebahagian dengan izin, sebahagian daripada apa yang disebut oleh orang ini ataupun – yang menyatakan bahawa idea Doktor Sun Yat- sen, ideologi seorang pengasas komunis masih lagi relevan dan perlu diletakkan sebagai suatu priority. Saya bacakan, “Lee urged that Doktor Sun Yat-sen teaching remain deeply relevant today and must guide political discus among Chinese communities both in Malaysia and worldwide”.
Ini merupakan satu perkara yang tidak boleh diterima tetapi ini membuktikan bahawa kadang-kadang menjadi warganegara Malaysia ini tidak dihormati keistimewaan ini dan tidak dihormati anugerah ini oleh sebahagian daripada orang kita yang saya kira ini merupakan di antara mereka ataupun pihak yang tidak boleh diberikan kewarganegaraan dan perlu dilucutkan warganegara.
Justeru, saya menyeru supaya sampai masanya untuk kita mewujudkan Akta Warganegara. Suatu akta yang khusus untuk kita bincang soal pemberian kewarganegaraan dan juga bagaimana untuk melucutkan hak-hak warganegara. Dalam masa yang sama, kita juga perlu untuk meningkatkan keselamatan MyKid sebagai contoh.
Saya ambil contoh Dato’ Yang di-Pertua. MyKid yang kita pegang pada hari ini yang terdedah kepada pelbagai pemalsuan, kalau kita bawa MyKid kita untuk daftar di bank dan sebagainya bila dia baca di card reader, di pembaca IC itu tidak ada crosscheck dengan data di JPN. Berlainan dengan kita pergi ke pejabat-pejabat kerajaan, SPR dan sebagainya JPJ.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Tapi di pejabat-pejabat swasta, di bank dan sebagainya ya, kita boleh dipalsukan dan cip ini dibaca di card reader ataupun pembaca kad itu sahaja tanpa crosscheck dengan JPN.
Begitu juga dengan agensi ataupun dengan pejabat-pejabat swasta yang lain. Jadi, kalau sesiapa boleh memalsukan MyKid ini dengan cip yang ada walaupun tidak ada data di dalam JPN tetapi dia boleh buka akaun bank dan ia boleh mendedahkan kepada keldai akaun dan sebagainya. Justeru, saya menyeru kepada kerajaan supaya dapat untuk meningkatkan keselamatan.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Pasir Mas, Pasir Mas. Saya rasa Pasir Mas maksudkan MyKad bukan MyKid.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar
MyKid untuk anak-anak, kecualilah Pasir Mas ada anak di tempat lain, saya tak pastilah.
[Ketawa]
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Alor Setar. Minta tarik balik ya. Saya maksudkan MyKad. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Mas Gading.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Terima kasih Dato’ Speaker kerana telah memberikan Mas Gading ruang untuk membahaskan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 yang saya kira suatu pindaan yang sangat penting dan akan membuka lembaran baru kepada mereka-mereka yang telah sekian lama terjejas dengan isu kewarganegaraan ini. Sudah pasti akan ada pihak yang akan bergembira dengan pindaan ini dan saya yakin pasti ada segelintir yang akan terus menderita akibat pindaan ini.
Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini mengenai fasal 11, Bahagian II Jadual Kedua, perenggan (a) seksyen 1. Dengan pindaan ini kelak, seorang kanak-kanak yang lahir di Persekutuan dan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya pada masa kelahiran adalah pemastautin secara tetap di Persekutuan tidak akan lagi layak untuk mendapatkan kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang.
Rang undang-undang ini akan menghapuskan hak kewarganegaraan secara automatik bagi anak-anak yang lahir kepada ibu bapa yang hanya berstatus pemastautin tetap dan status mereka kekal sebagai pemastautin sama seperti ibu bapa mereka.
Saya akur pindaan ini bertujuan untuk memperketatkan lagi kawalan ke atas sesiapa yang layak mendapat kewarganegaraan Malaysia secara automatik. Namun, bagaimanakah kerajaan akan memastikan agar kanak-kanak yang lahir dalam negara ini tidak akan mendapat status stateless dengan izin atau tanpa kewarganegaraan dan apakah perancangan dan jaminan kerajaan untuk memastikan bahawa kanak-kanak yang akan terjejas dengan pindaan ini kelak akan diberikan perlindungan yang sewajarnya?
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Saya ingin mengambil satu contoh kes di Mas Gading di Kampung Tanjam Lundu, di mana dalam kes ini tiga generasi tidak mempunyai kewarganegaraan hanya kerana pemohon generasi pertama iaitu si datuk, Encik Kelahak anak Danis yang lahir pada tahun 1952 tidak mempunyai dokumen lengkap kerana beliau diangkat daripada Indonesia, daripada keluarga di Malaysia sejak kecil.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Derita ini ditambah apabila anak-anak dan cucu-cucu beliau yang juga tidak mendapat kewarganegaraan dan hanya bergantung kepada kad pengenalan sementara MyKAS iaitu kad hijau untuk dokumen pengenalan diri. Wajarkah kita membiarkan mereka terpinggir daripada hak kewarganegaraan hanya kerana generasi pertama kekurangan dokumentasi?
Persoalan saya seterusnya, apakah proses yang perlu diambil oleh kerajaan untuk menangani isu seperti yang banyak berlaku di Sarawak dan Sabah agar selepas kelulusan pindaan ini, mereka tidak akan menjadi stateless, dengan izin?
Di sini saya ingin senaraikan secara ringkas kes-kes yang berkaitan dengan isu kewarganegaraan di Mas Gading yang menyebabkan permohonan-permohonan tidak diluluskan atau masih lagi menunggu kelulusan.
Pertama, dokumentasi yang kurang atau musnah ataupun hilang. Kedua, sijil kahwin yang tidak diiktiraf. Ketiga, perkahwinan adat yang tidak diiktiraf dan tidak berkahwin secara sah. Keempat, anak yang ditinggalkan atau anak angkat. Kelima, lewat pendaftaran perkahwinan. Keenam, lewat pendaftaran kelahiran. Ketujuh, pasangan bukan warganegara disenarai hitam kerana terkait masalah visa dan yang kelapan, pasangan bukan warganegara mempunyai masalah pada dokumen pengenalan diri.
Selanjutnya Dato’ Yang di-Pertua, di sini saya ingin membawa cadangan untuk menambah baik pindaan ini supaya kita jangan membuang istilah “pemastautin tetap”, sebaliknya menambahkan istilah sebelum “pemastautin tetap” dengan perkataan “seorang yang dilahirkan di ─ dan merupakan pemastautin tetap di Persekutuan”. Maksudnya, kita masih boleh memberi hak kewarganegaraan secara automatik kepada anak-anak yang lahir di dalam Persekutuan, asalkan salah seorang ibu bapa pemastautin tetap tersebut juga lahir di Malaysia.
Dengan ini kita melindungi hak generasi kedua atau ketiga daripada menjadi tanpa kewarganegaraan terutamanya bagi mereka yang lahir dalam komuniti yang telah lama menetap di Malaysia seperti masyarakat di pedalaman Sarawak yang terpencil. Langkah ini adalah kompromi yang adil antara keperluan untuk mengawal kewarganegaraan dan melindungi hak kanak-kanak yang lahir di Malaysia.
Fasal 2 pindaan kepada Perkara 15A mencadangkan penurunan had umur kelayakan untuk memohon kewarganegaraan daripada 21 tahun kepada 18 tahun selaras dengan umur dewasa dan umur mengundi di Malaysia. Saya bersetuju dengan pindaan ini kerana saya telah melihat langkah ini adalah wajar bagi membolehkan golongan muda
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
menjadi sebahagian daripada negara ini pada usia yang lebih awal dan turut serta dalam proses pembinaan negara.
Namun begitu, saya ingin membangkitkan satu perkara yang saya kira agak serius.
Cadangan pindaan ini adalah tidak selaras dengan undang-undang yang sedia ada dan tanggungjawab antarabangsa di bawah konvensyen PBB iaitu Convention on the Rights of the Child yang melindungi hak kanak-kanak. Terdapat beberapa akta lain seperti Akta Pendaftaran Pengangkatan, Akta Penjagaan Kanak-kanak dan Akta Membaharui Undang- undang (Perkahwinan dan Perceraian) yang masih mengiktirafkan bahawa kanak-kanak memerlukan sokongan sehingga usia 21 tahun. Persoalan saya, adakah justifikasi atau rasional pindaan ini benar-benar melindungi hak kanak-kanak ini?
Saya juga ingin mencadangkan agar sekiranya pindaan yang dicadangkan ini diluluskan, beberapa pindaan tambahan kepada Perlembagaan Persekutuan iaitu pertama, untuk menyediakan tempoh peralihan selama tiga tahun iaitu sehingga 1/1/2028 sebelum penguatkuasaan subseksyen 15(2), 15A, 19(1), 19(2), 23(1), 23(3) dan 26A yang mengurangkan umur dari 21 tahun ke 18 tahun. Kedua adalah garis masa selama satu tahun akan ditetapkan di bawah Perlembagaan bagi agensi kerajaan untuk membuat keputusan terhadap permohonan kewarganegaraan.
Namun begitu, Mas Gading menggesa agar agensi kerajaan mesti diwajibkan secara undang-undang untuk memberikan alasan bagi penolakan permohonan kewarganegaraan supaya proses ini lebih telus dan adil. Banyak kes di mana pemohon menerima surat dengan jawapan tidak berjaya. Namun tidak disertakan sebab mengapa permohonan tersebut tidak berjaya dan telah datang ke pejabat pusat khidmat kami untuk memohon bantuan bagi proses rayuan.
Perkara terakhir ingin saya bangkitkan di sini ialah mengenai fasal 4 RUU yang bertujuan untuk memotong Perkara 16A iaitu Perlembagaan Persekutuan yang mana sebelum ini memberikan hak kewarganegaraan kepada mereka yang tinggal di Sabah dan Sarawak sebelum Hari Malaysia.
Walaupun pindaan ini dilihat sebagai langkah untuk menyelaraskan undang-undang, namun begitu, pihak kementerian belum secara jelas membuktikan bahawa tidak ada lagi terdapat penduduk peribumi yang merupakan penduduk asal di Sabah atau Sarawak pada Hari Malaysia yang masih tidak mempunyai pendaftaran kelahiran yang sah serta dokumentasi kewarganegaraan.
Masalah berkaitan pendaftaran kelahiran dan kewarganegaraan sebenarnya masih terus membelenggu individu dalam komuniti peribumi tertentu di Sarawak dan Sabah seperti dalam komuniti Penan, Kayan, Kenyah dan Lun Bawang di Sarawak dan di kalangan komuniti Lundayeh dan Murut di Sabah.
Atas dasar ini, saya membangkang sekeras-kerasnya pindaan fasal 4 ini selagi pihak kementerian masih belum dapat memberikan bukti dan jaminan bahawa sudah tidak ada wujud lagi penduduk peribumi Sarawak dan Sabah yang tidak mempunyai pendaftaran kelahiran yang sah serta dokumentasi kewarganegaraan. Saya menggesa agar Kementerian
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Dalam Negeri bekerjasama dengan pihak NGO-NGO yang khusus memperjuangkan isu kewarganegaraan ini.
Dato’ Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 ini adalah salah satu langkah besar ke arah memodenkan undang-undang kewarganegaraan kita. Dengan mengambil kira permasalahan yang dibangkitkan ini, kita boleh memastikan bahawa pindaan ini benar-benar memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengabaikan mana-mana golongan yang memberikan perlindungan tambahan.
Oleh itu, saya menyeru agar pihak kita menyokong pindaan ini dengan sedikit pengubahsuaian dan penambahbaikan dengan mengambil kira pelbagai masalah seperti yang telah saya nyatakan tadi serta situasi yang dihadapi dalam proses permohonan supaya kita dapat mencapai matlamat untuk membina sebuah negara yang lebih adil, inklusif dan harmoni. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Mas Gading. Sebelum saya menjemput Yang Berhormat selanjutnya untuk berbahas, saya akan membacakan senarai daripada nombor 31 sehingga 58.
Selepas Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Kuala Pilah, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Baram, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Julau, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Tanjong Karang dan pembahas untuk yang terakhir adalah Yang Berhormat Kapar.
Dengan sedemikian, saya mempersilakan Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker yang saya hormati di atas peluang yang telah diberikan kepada saya untuk turut membahas rang undang-undang ini.
Jelutong menyokong penuh rang undang-undang ini dan pada masa yang sama, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Tambun dan juga Menteri Dalam Negeri atas langkah-langkah yang telah diambil bagi kita sekali gus menyelesaikan masalah tanpa kewarganegaraan yang telah membelenggu negara kita selama ini.
Saya di sini ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih. Saya sedar bahawa sejak menjadi Menteri Dalam Negeri, Menteri Dalam Negeri telah pun menyelesaikan sebanyak 35,000 kes daripada 59,000 kes tanpa kewarganegaraan. Daripada 59,000 yang ada ketika
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
kita menjadi kerajaan, sebanyak 35,000 kes yang telah pun diselesaikan. Ini merupakan 59.3 peratus dan kita perlu merakamkan ucapan ribuan terima kasih, jutaan terima kasih.
Di sini saya sedar, saban hari kita mendengar ada warganegara Malaysia yang mencapai umur 60 tahun, 70 tahun baru mendapat IC biru. Perkara ini selalunya berlaku apabila mereka lahir di ladang-ladang di mana mereka tidak membuat sebarang permohonan ataupun ada masalah-masalah yang menyebabkan mereka tidak membuat permohonan untuk memperoleh taraf atau status kewarganegaraan.
Jadi saya di sini terutamanya bagi pemohon-pemohon yang berbangsa India berbahasa Tamil, banyak sangat kes yang telah dilaporkan di mana mereka menunggu untuk mendapat IC biru di negara kita ataupun status kewarganegaraan. Saya amat berterima kasih di atas kesungguhan kerajaan di mana kita dapat menyelesaikan salah satu daripada Manifesto Pakatan Harapan, Barisan Nasional adalah untuk menyelesaikan masalah ini supaya daripada rekod yang kita ada lebih kurang 12,400 individu golongan kaum India Tamil di Malaysia yang tidak mempunyai status ataupun taraf kewarganegaraan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya juga sedia maklum bahawa sebelum ini ada juga pembahas-pembahas sebelum saya menyarankan bahawa langkah-langkah yang diambil ini diberi perhatian dan saya di sini ingin menumpukan perhatian kepada pindaan perlembagaan yang dicadangkan iaitu pindaan Perlembagaan, Perkara 15 di mana mereka yang memohon untuk taraf kewarganegaraan perlu mempunyai cukup pengetahuan dalam bahasa Melayu.
Dato’ Timbalan Speaker, saya percaya bahawa itu sahaja tidak mencukupi, Dato’ Timbalan Speaker. Saya menyarankan supaya yang ingin memohon mendapat status kewarganegaraan perlu juga mempunyai pemahaman, perlu menghayati, menghargai Rukun Negara kita iaitu:
“Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan” Mengapa saya memberi penekanan kepada perkara ini? Kesetiaan kepada Raja dan negara. Saban tahun, saban hari kita dengar ada Ahli-ahli Parlimen, bekas-bekas Perdana Menteri, bekas ataupun Menteri Besar negeri-negeri yang mengeluarkan pelbagai kenyataan yang memperlekehkan institusi diraja. Sebab itu saya menyarankan bahawa yang ingin memohon untuk memperolehi taraf kewarganegaraan perlu menghayati bukan sahaja penguasaan bahasa Melayu tetapi juga perlu menghayati, menghormati Rukun Negara kita.
Saya ulangi bagi Yang Berhormat-Yang Berhormat di sebelah sana.
“Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kesopanan dan Kesusilaan” Malangnya Pagoh tidak ada di sini dan Menteri Besar Kedah pun tidak ada di sini.
Tetapi ini adalah perkara yang penting, Dato’ Timbalan Speaker. Jangan kita perlekehkan perkara ini kerana saya sendiri amat tersinggung apabila Yang Berhormat Pagoh mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang memperlekehkan institusi diraja ketika berkempen di Nenggiri. Sebab itu saya sarankan. Saya menyokong penuh sebelum landing, Dato’ Speaker.
Selain daripada penguasaan bahasa Melayu, kita juga perlu menyarankan memberi kursus kepada yang ingin memohon taraf kewarganegaraan supaya mereka menghormati Rukun Negara. Jelutong mohon menyokong, Timbalan Speaker. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Berikut saya menjemput Yang Berhormat Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Ahli-ahli Yang Berhormat, Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi negara.
Perlembagaan Persekutuan amat tinggi nilainya bagi negara Malaysia. Begitu juga berkaitan dengan kewarganegaraan. Ia amat bernilai bagi sesebuah negara.
Kewarganegaraan bagi sesebuah negara perlu diperketatkan, bukannya dipermudahkan. Jika terlalu mudah kewarganegaraan itu diberikan kepada rakyat asing, maka negara itu akan hilang jati diri. Namun begitu, dalam kes-kes tertentu yang melibatkan anak-anak warganegara, pindaan undang-undang ini perlu dibuat bagi mengelakkan anak- anak warganegara kehilangan hak mereka.
Dato’ Yang di-Pertua, pindaan Jadual Kedua Perkara 11 seksyen 1(b) dengan menggantikan perkataan “yang bapanya” dengan perkataan “dan sekurang-kurangnya” seorang daripada ibu bapanya. Jadi, untuk pengetahuan, di negeri-negeri yang bersempadan dengan Thailand seperti Perlis, Kedah dan juga Hulu Perak, ramai juga bapa orang Malaysia, emak orang Thailand. Juga, emak orang Malaysia, bapa orang Thailand. Jadi, kebanyakan masyarakat di sempadan mempunyai senario yang sebegini.
Yang sedihnya adalah anak-anak. Anak ini bersama ibu bapanya menetap di Malaysia. Isunya adalah apabila anak-anak ini sudah memasuki alam persekolahan. Mereka tidak boleh dilayan sebagai warganegara dari segi hak. Sedangkan, kehidupan mereka adalah daripada golongan B40.
Maka, guru-gurulah yang akan mengambil tindakan bagi membantu anak-anak ini dan murid-murid ini memandangkan sesetengah daripada mereka adalah pelajar-pelajar yang bijak. Jadi, peranan guru-guru. Oleh sebab ada masalah kewarganegaraan, guru-guru yang terpalit untuk mengambil tindakan bagi membantu pelajar-pelajar.
Dato’ Yang di-Pertua, begitu juga dengan ibu bapa yang berjodoh dengan warga asing. Kita tidak boleh elak kerana jodoh, rezeki, mati itu adalah rahsia Allah Subhanahu Allah Subhanahu Wataala. Macam tadi jugalah anak-anak yang akan teraniaya. Jadi, pindaan
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Perlembagaan ini perlu bagi menjaga hak mereka. Jadi, Kangar menyokong pindaan Perlembagaan Perkara 11 dalam seksyen 1(b).
Pindaan Perkara 15(c) fasal 1 bahawa dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam bahasa Melayu. Salah satu jati diri bagi sesebuah negara adalah elemen bahasa. Oleh kerana dia ada keinginan yang kuat untuk menjadi warganegara, maka dia perlu berusaha untuk menguasai bahasa Melayu dengan baik dan ada pengetahuan mengenai Malaysia.
Kita tidak gemar mana-mana individu yang ingin menjadi warganegara Malaysia tetapi tidak boleh berbahasa Melayu. Jika ini berlaku, lagi sekali maka hilanglah identiti yang melibatkan warga Malaysia. Sedangkan warga Bangladesh, warga Nepal dan lain-lain yang bekerja di negara ini boleh berbahasa Melayu dengan lancarnya. Jadi, malu kalau warga Malaysia masih tidak boleh berbahasa Melayu.
Dato’ Yang di-Pertua, Perkara 11 Bahagian III seksyen 19. Ibunya bermastautin sudah tetap di tempat itu dengan perkataan ibunya adalah seorang warganegara. Jadi, pindaan ini lebih sesuai memandangkan ibu adalah warganegara dan semestinya anak yang ditinggalkan juga adalah warganegara Malaysia. Kalau kita lihat balik, jika ibu bukan warganegara, maka akan timbul masalah bagi Perlembagaan negara kita.
Jadi, keadaan ini dapat mengelakkan warga asing daripada mengambil kesempatan atas kelompangan undang-undang kita untuk mendapatkan hak-hak warganegara dan kita tidak pasti apa akan berlaku di Malaysia 20, 30 ataupun 50 tahun akan datang. Bagaimana rupa warganegara Malaysia pada ketika itu? Adakah rakyat Malaysia pada ketika itu mempunyai iras Bangladesh, adakah mempunyai iras Eropah Timur, adakah mempunyai iras Jawa, Timur Tengah dan sebagainya?
Jadi, apa pun kita perlu perketatkan undang-undang kewarganegaraan. Apa pun, Kangar menyokong pindaan Perlembagaan ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Saya hendak tambah sedikit sahaja. Bahasa Melayu itu slang utara ke, slang selatan ke. I mean KDN kena fikirlah ya. Baik.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Bahasa Melayu utara.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, saya menjemput Yang Berhormat Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua kerana memberi ruang kepada Bukit Bendera untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Tetapi sebelum kita mendalami inti pati Rang Undang-undang Perlembagaan ini, saya terlebih dahulu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri atas komitmen dan juga usaha beliau untuk membawa undang-undang penting ini ke Parlimen.
Perbahasan ini bukan sekadar satu amalan perundangan tetapi juga melibatkan usaha membentuk masa depan keluarga-keluarga di Malaysia. Masa depan yang dibina
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
berasaskan keadilan dan kesaksamaan. Pada teras rang undang-undang ini, terdapat satu perubahan yang transformatif yang secara langsung menangani ketidakadilan yang telah lama dihadapi oleh wanita Malaysia. Peruntukan yang akhirnya membenarkan ibu warga Malaysia mewariskan kewarganegaraan pada anak-anak mereka yang dilahirkan di luar negara adalah satu langkah yang sangat bersejarah.
Selama bertahun-tahun, wanita-wanita ini terpaksa berjuang demi hak anak-anak mereka hanya kerana mereka berkahwin dengan pasangan warga asing.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Jadi, sistem sedia ada menafikan kewarganegaraan automatik pada anak-anak mereka berdasarkan tempat lahir. Memaksa keluarga membuat keputusan yang berat dan terdapat kanak-kanak ini berada dalam keadaan yang terdedah. Jadi ini bukan sekadar kesilapan perundangan, ia adalah penghinaan kepada maruah dan juga hak wanita sebagai warganegara Malaysia di bawah Perkara 8 yang menjanjikan kesaksamaan untuk semua.
Tetapi pada hari ini kita berada di ambang perubahan, RUU ini memperbetulkan ketidakadilan tersebut. Ia akan memberikan wanita Malaysia hak yang sama seperti lelaki, memastikan anak-anak mereka mendapat kewarganegaraan yang selayaknya tanpa mengira di mana mereka dilahirkan. Ini sebenarnya kemenangan untuk keadilan di mana ibu-ibu Malaysia tidak lagi dianggap sebagai warganegara kelas kedua.
Salah satu aspek yang lebih membimbangkan dalam rang undang-undang ini adalah cadangan penghapusan kewarganegaraan automatik bagi anak-anak yang dilahirkan kepada penduduk tetap di Malaysia. Tetapi langkah ini berpotensi untuk memperburukkan lagi isu ketiadaan negara ataupun dengan izin, statelessness suatu keadaan yang telah pun merampas hak asasi dan juga identiti ramai kanak-kanak.
Kanak-kanak ini adalah antara yang paling terdedah dalam kalangan kita.
Menghadapi liku-liku perjalanan masa depan yang penuh dengan ketidakpastian dan pengasingan. Sehubung itu, saya dengan hormatnya juga ingin mengemukakan satu persoalan penting, iaitu apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk memastikan bahawa anak-anak yang terpinggir ini, atau dengan izin, marginalize children who are stateless tidak dibiarkan tanpa sebarang perlindungan. Anak-anak yang dilahirkan di Malaysia yang fasih bertutur bahasa Malaysia dan hanya kenali adat resam budaya tempatan.
Kita juga perlu mempertimbangkan dengan izin, issue of retrospective application.
Walaupun rang undang-undang ini satu langkah positif ke hadapan, kanak-kanak yang dilahirkan selepas September 2001 sebagai contohnya, masih dinafikan akibat undang- undang lama yang mungkin bersifat diskriminasi. Jadi mengaplikasikan pindaan ini secara retrospektif bukan sahaja bertujuan untuk membetulkan kesilapan undang-undang, ia adalah juga memberikan keadilan yang telah dinafikan kepada kanak-kanak ini.
Jadi dengan izin sebagai penutup, “*There are still many challenges ahead especially in addressing the broader issues of statelessness among our most vulnerable communities.
But as monumental as a step is, it is only the beginning.*” Ia hanyalah satu permulaan. Jadi di
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
sini, dengan izin, I urge all of us to focus on the amends progress this bill represent. This is not about law, it’s about justice. It is about healing the wounds of the past. Jadi dengan ini itu sahajalah yang ingin Bukit Bendera ingin sampaikan dan sekali lagi Bukit Bendera ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua, Bukit Bendera menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Berikut, saya mempersila Yang Berhormat Betong.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Salam sejahtera, selamat petang. Terima kasih di atas peluang untuk sama-sama terlibat membahaskan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 di Dewan yang mulia ini. Saya juga turut mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri serta pegawai- pegawai kementerian yang telah- di atas usaha mereka bertungkus-lumus menyiapkan pindaan RUU ini sehingga dapat dibawa ke Dewan ni.
RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 yang dibentangkan hari ini membuktikan kerajaan amat komited untuk menangani isu berkaitan pemberian taraf kewarganegaraan bagi menyelesaikan dengan segera setiap kes permohonan kewarganegaraan yang telah tertunggak lama.
Betong melihat langkah pindaan ini penting dari aspek perikemanusiaan yang patut diberikan kepada pemohon khususnya golongan kanak-kanak dengan menambah baik kaedah pemberian taraf kewarganegaraan dan bukannya penafian hak kemanusiaan. Ianya juga memenuhi keperluan semasa dalam kita menentukan keselamatan dan kedaulatan negara selain memastikan kesejahteraan dan keharmonian negara terpelihara.
Dato’ Yang di-Pertua, pertamanya Betong juga mohon semoga Yang Berhormat Menteri dapat mencerahkan kita dengan semua siri-siri libat urus yang telah dilakukan dan memberitahu Dewan mengenai semua pihak pemegang taruh dan yang berkepentingan yang telah dilibatkan bagi memastikan isu-isu terkait telah diambil kira sebelum pindaan RUU ini dibawa ke Dewan ini.
Seterusnya Betong merujuk kepada fasal 2 RUU ini yang bertujuan untuk meminda fasal 1, Perkara 15 Perlembagaan Persekutuan untuk mengenakan syarat tambahan, mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam bahasa Melayu kepada mana-mana perempuan bersuami yang membuat permohonan kewarganegaraan melalui pendaftaran.
Betong ingin bertanya, adakah syarat tambahan ini juga terpakai untuk anak-anak mereka yang mungkin menuntut di luar negara dan kurang pengetahuan dalam bahasa Melayu? Dan saya merujuk kepada lebih-lebih lagi kami orang Sarawak yang bukan bangsa Melayu dan mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri.
Keduanya, Betong merujuk kepada fasal 11 iaitu pindaan Jadual Kedua. Betong ingin memohon penjelasan tentang persoalan mengenai status kewarganegaraan, khususnya membabitkan kanak-kanak tanpa warganegara dan anak-anak angkat tanpa identiti dan tidak
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
saf taraf. Ini banyak terjadi di Sarawak, di mana beberapa faktor menyumbang terhadap permasalahan ini.
Antaranya pendaftaran lewat kelahiran atau tiada pendaftaran kelahiran disebabkan faktor kemiskinan, tinggal di kawasan yang terlalu terpencil di pedalaman ataupun kejahilan ibu bapa dan juga perkahwinan yang tidak didaftarkan. Implikasi ini menyebabkan kanak- kanak tiada identiti sebagai rakyat Malaysia walaupun mereka dilahirkan di negara ini disebabkan kegagalan pendaftaran kelahiran.
Seperkara lagi ialah mengenai kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu warganegara yang berkahwin tidak sah dengan pendatang asing tanpa izin ataupun PATI. Ini juga berlaku di Sarawak di mana si bapa tadi yang bertaraf PATI lari dan tidak dapat dikesan dan anak tersebut di anak angkat oleh pasang yang lain, yang- orang tempatan.
Beberapa aduan juga pernah saya terima oleh pasangan yang telah mengambil kanak-kanak tersebut sebagai anak angkat mengalami kerumitan untuk mendaftar anak tersebut sebagai anak angkat semasa berurusan dengan JPN. Implikasi ini menyebabkan kanak-kanak tiada identiti sebagai rakyat Malaysia walaupun mereka dilahirkan di negara ini disebabkan kegagalan pendaftaran kelahiran dan juga di anak angkat oleh pasangan yang sah.
Maka, Betong mohon Yang Berhormat Menteri menjelaskan apakah kaedah dan proses untuk menyelesaikan kes di mana pemohon anak angkat gagal mendapatkan dokumen yang sah yang diperlukan oleh JPN kerana ibu kandung mungkin langsung tidak dapat dikesan.
Akhir sekali, Dato’ Yang di-Pertua, mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri mengenai kapasiti pejabat JPN terutamanya di bandar-bandar kecil di Sarawak yang- dari segi pegawai dapat membuat keputusan dan bukan hanya secara merujuk mereka yang terlibat dengan permohonan kewarganegaraan ini ke ibu pejabat di Bandar Raya Kuching yang amat merumitkan para pemohon ini. Dan saya juga mohon juga jaminan daripada Yang Berhormat Menteri untuk JPN membantu sebaik-baiknya para pemohon ini.
Maka dengan itu, Betong sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih di atas peluang ini dan mohon menyokong. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Betong. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Pindaan pada hari ini adalah segala punca kuasa untuk memperolehi hak sebagai warganegara dan menunaikan segala hak dan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia.
Objektif awal pindaan ini adalah untuk membolehkan wanita sebagai ibu menurunkan kewarganegaraan kepada anaknya melalui kuasa udang-undang. Saya ucapkan tahniah kepada pihak kerajaan kerana berjaya melakukan pindaan ini setelah lama diperjuangkan
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
oleh pelbagai pihak. Apa yang kita ingin tahu, bagaimanakah pemasyhuran perkara ini dapat dibuat kepada semua ibu-ibu yang telah pun sebelum ini tidak dapat mendaftarkan anak mereka sebagai warganegara?
Kedua, dari segi exclusion clause. Sekalipun kita luluskan pindaan pada hari ini, kita berharap sebab sekiranya terdapat sebarang loophole ataupun lacuna setelah ia dilaksanakan, maka pihak kerajaan haruslah segera memastikan ia dapat ditangani serta- merta kerana ini memberikan perkara yang memerlukan due diligence dan extra cautious.
Jadi dalam hal ini, sokongan kita kepada RUU ini adalah secara suci hati dan tidak membenarkan apa saja helah yang digunakan untuk melakukan sebarang langkah pengkhianatan yang merugikan negara dalam kes kewarganegaraan.
Ketiga berkaitan dengan hak mengundi dalam tempoh grace period iaitu sebelum mereka ini mengangkat sumpah dalam tempoh empat tahun. Sekiranya berlaku pilihan raya, adakah anak-anak yang telah pun mencapai usia 18 tahun ini, mereka menjadi warganegara dan boleh mengundi sebelum mereka mengangkat sumpah. Jadi dalam hal ini, kalau perlu kepada pindaan kepada Akta Suruhanjaya Pilihan Raya, maka perlu dibuat pindaan yang sebaiknya kerana kita ini menghadapi mungkin pelbagai jenis pilihan raya, termasuklah pilihan raya-pilihan raya kecil.
Juga adakah terdapat sebarang kemungkinan akan ada pengundian di dua negara khususnya membabitkan anak-anak yang juga memiliki kewarganegaraan Singapura yang masih mengamalkan umur 21 tahun untuk mengundi? Jadi dalam hal ini, sekiranya mereka boleh buat keputusan, adakah mereka akan mengundi di kedua-dua negara dan apakah mekanisme yang dibuat untuk mengawal perkara ini? Sekiranya ini telah pun dibuat ataupun akan dibuat, kita mohon untuk mendapatkan garis panduan yang jelas daripada pihak SPR untuk memastikan bahawa dalam senarai 5.7 juta pengundi muda yang berdaftar secara automatik ini tidak terkandung nama-nama mereka yang belum mengangkat sumpah sebagai warganegara.
Seterusnya dari segi pelaksanaan. Saya setuju dengan cadangan daripada Jelutong berkenaan dengan perlunya ada bukan hanya dari segi bahasa Malaysia tetapi juga kepada Rukun Negara. Cuma yang kita mahu tahu ialah pihak manakah yang membuat saringan bahasa ini dan menyediakan silibus dan pihak manakah pula yang akan menyediakan silibus bagi pendidikan Rukun Negara kepada warganegara yang baharu?
Begitu juga ingin tahu, apakah pihak yang akan memastikan prosedur yang lebih mudah kepada orang ramai khususnya prosedur untuk mendapatkan IC merah kerana permit masuk dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen tetapi IC merah dikeluarkan oleh pihak JPN. So dalam hal ini, perkara ini mungkin nampak mudah tetapi dari segi prosedurnya kalaulah dapat kita pastikan terdapat satu agensi khusus untuk menyelesaikan isu terutamanya di bawah tajuk pendaftaran dan juga naturalisasi, ia mungkin boleh dibentuk satu jawatankuasa task force yang khas dan pusat khas dan agensi khas bagi memastikan hal seperti ini dapat dipermudahkan.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Seterusnya, berapakah jenis jenayah yang membabitkan kewarganegaraan? Kita tahu tentang kes sindiket IC palsu? Setakat ini berapa kes yang telah pun dibawa ke mahkamah daripada 200 kes yang ditularkan pada tahun 2019? Bagaimanakah pihak KDN dapat mengesahkan kesahihan IC biru mengikut milik warganegara? Hari ini kita tahu ada juga sebagaimana disebutkan oleh Pasir Mas tadi, ada mereka bawa ke bank, tiba-tiba bank disahkan tapi tidak di-link dengan JPN. Kita ingin tahu, pihak manakah yang membekalkan dan apakah SOP card reader ini yang dibekalkan kepada pihak swasta kerana kita kalau boleh mahu kesemua link-link ini adalah link dan card reader yang sah dan sahih di semua peringkat.
Saya juga ingin meminta kepada pihak KDN khususnya untuk memastikan penjelasan yang lebih terperinci kepada orang ramai berkenaan dengan isu sijil kelahiran dan kewarganegaraan. Hari ini ramai yang mempunyai sijil kelahiran. Bagi mereka itu warganegara. Setakat itu bukan warganegara dan mereka mengambil sikap yang sambil lewa kepada permohonan kewarganegaraan.
Kita ingin tahu, berapakah hari ini jumlah orang yang mempunyai sijil kelahiran tetapi bukan warganegara dan berapakah yang telah pun memohon? Kerana dalam pendidikan di Malaysia, kita membenarkan mereka ini bersekolah di sekolah kita. Ada di kalangan mereka yang genius, yang berbakat, luar biasa. Mereka ini bukan yang OKU. Jadi sekiranya tidak dibuat tindakan yang sebaiknya, kita akan dapati mereka akan ketinggalan dan akan diabaikan dalam proses ini.
Seterusnya lagi, dari segi anak angkat. Kita ingin tahu, apakah berbezaan di antara permohonan sijil kelahiran anak angkat di antara orang Islam dan bukan orang Islam kerana ini membabitkan kesahihan perkahwinan yang tidak teratur ataupun tidak berkahwin sama sekali. Sekiranya mereka ini perlukan kepada DNA, apakah kos yang dikenakan dan siapakah pihak yang boleh memohon untuk mendapatkan pengesahan DNA ini?
Terakhir, berkenaan dengan cadangan kepada pihak KDN supaya dengan adanya pindaan pada hari ini untuk mewujudkan sistem silsilah ataupun family tree bagi kita mendapatkan keturunan dan juga salasilah keluarga kita di Malaysia setelah mereka ini menjadi warganegara Malaysia. Apakah impak kepada pindaan 19(b) yang menyebut bahawa anggapan ibunya bermastautin secara tetap dengan perkataan ibunya seorang warganegara kepada anak ini? Sekiranya terbukti ia bukan warganegara, adakah secara automatik anak ini akan menjadi stateless dan bukan warganegara Malaysia? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Rang Udang-undang Perlembagaan Persekutuan 2024.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri KDN yang begitu komited untuk menyelesaikan sebanyak 14,000 kes permohonan warganegara di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan iaitu kuasa khas untuk mendaftarkan kanak-kanak pada tahun ini juga. Tidak dilupakan tahniah juga saya ucapkan kepada pasukan KDN dan agensi-agensi kerajaan yang telah bertungkus-lumus untuk melengkapkan cadangan dasar baharu pindaan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan iaitu mengenai kewarganegaraan ini.
Menerusi pindaan kali ini, saya dapati Bahagian III Perlembagaan Persekutuan bakal menjadi lebih relevan dan signifikan dengan penubuhan demografi penduduk serta aspek sosial dalam era globalisasi. Terutamanya berkaitan pindaan Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan yang telah diberikan nafas baharu iaitu dengan menggantikan perkataan bapa kepada sekurang-kurangnya seorang ibu atau bapa bagi memberikan keadilan kepada kaum ibu yang selama ini telah dinafikan hak mereka untuk menurunkan kerakyatannya kepada anak-anak yang dikandung selama sembilan bulan dilahirkan sendiri oleh mereka.
Tuan Speaker, umum mengetahui bahawa cadangan awal pindaan adalah untuk memansuhkan seksyen 19B Jadual Kedua yang memperuntukkan mana-mana kanak-kanak baharu lahir yang dijumpai ditinggalkan tanpa perlindungan di mana-mana tempat hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya telah lahir di tempat itu dan ibunya adalah seorang warganegara atau dalam erti kata lainnya syor sebelum ini adalah untuk mengubah perkara berkenaan daripada memperoleh kewarganegaraan melalui kuasa udang-undang kepada kewarganegaraan melalui pendaftaran di bawah bidang kuasa Menteri. Namun, demikian syor berkenaan terpaksa dibatalkan setelah mengambil kira pendapat pelbagai pihak menerusi bermacam-macam siri perbincangan sebelum ini.
Sehubungan dengan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam iaitu apakah perkara yang telah menjadi pertimbangan kementerian di peringkat awal cadangan pindaan sehingga mengesyorkan perkara tersebut? Apakah pula perkara yang telah menjadi pertimbangan kementerian untuk membatalkan syor tersebut dan mengekalkan udang-undang sedia ada? Saya berpendapat sudah tentulah kementerian mempunyai sebab-sebab yang kukuh dan asas yang tersendiri. Maka sebab itulah syor untuk memasukkan seksyen 19B Jadual Kedua berkenaan telah dibuat sebelum ini.
Persoalan seterusnya Tuan Speaker mengenai seksyen 19B Jadual Kedua atau bayi terbuang yang dijumpai ini. Saya ingin mengetahui berapa banyak kah kes yang telah direkodkan yang dapat dibuktikan bahawa bayi terbuang tersebut telah lahir di tempat lain dan ibunya pula adalah seorang bukan warganegara? Bagaimana kaedah pembuktian tersebut dibuat? Bagaimanakah kaedah siasatan tersebut dijalankan? Apakah cara atau kaedah untuk mengenal pasti sama ada ibu kepada seorang bayi dijumpai itu merupakan warganegara atau sebaliknya? Saya berpendapat Tuan Speaker, saya syor awal cadangan pindaan ini kemukakan sebelum ini turut mempunyai kepentingan yang tersendiri iaitu tidak lain tidak bukan adalah untuk memelihara aspek kedaulatan negara menerusi kewarganegaraan.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Seterusnya Tuan Speaker, mengenai isu perolehan kewarganegaraan ini saya berasa tidak senang dengan keadaan di dalam negara yang mana terdapat 1.2 juta hingga 3.5 juta orang pendatang asing tanpa izin (PATI) setakat 2022 menerusi statistik yang dikeluarkan oleh International Organization for Migration. Ini tidak termasuk 2.2 juta pekerja asing yang memiliki dokumen sah untuk menetap dan bekerja di Malaysia.
Jumlah ini amat menakutkan Tuan Speaker dan disebabkan inilah kita boleh melihat kebanjiran warga asing yang mendominasi sesetengah kawasan tumpuan ekonomi dan pusat-pusat bandar. Selain daripada penyeludupan migran, saya percaya masalah PATI ini turut menjadi penyumbang kepada masalah perkahwinan tidak berdaftar yang akhirnya mengakibatkan kelahiran anak-anak tanpa dokumen sah dan tanpa kewarganegaraan ataupun stateless.
Sehubungan itu, saya ingin mengetahui apakah pelan terbaharu kementerian untuk mengatasi masalah PATI secara komprehensif agar masalah PATI ini dapat dinoktahkan pada masa akan datang? Adakah perkembangan kemajuan teknologi informasi dan komunikasi pada masa ini seperti kecerdasan buatan (AI) telah diguna pakai sebaik mungkin untuk mendepani masalah PATI?
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Seingat saya pada tahun 2019, satu pelan strategik untuk menangani PATI telah dibuat oleh kementerian bagi mengukuh tadbir urus dan tambah baik sistem kerja penguatkuasaan sedia ada bagi tempoh lima tahun berdasarkan lima strategi atau lima fokus utama. Saya ingin mengetahui, apakah hasil dapatan daripada pelaksanaan inisiatif tersebut dan mengapakah masalah PATI ini seolah-olah tidak ada penghujungnya?
Saya berpendapat kementerian perlu memikirkan cara untuk menangani PATI dengan lebih berkesan supaya seksyen 19B Jadual Kedua yang saya sebutkan sebentar tadi tidak sewenang-wenangnya boleh disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan. Saya cukup memahami bahawa anak yang telah dilahirkan tidak bersalah dan tidak berdosa serta mempunyai hak asasi. Namun jika permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan tidak ada kawalan ataupun sekatan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Perkara ini sudah tentunya bakal menimbul ketidakadilan kepada anak-anak kita yang mempunyai kewarganegaraan secara sah dari segi kemudahan pendidikan, kemudahan kesihatan, peluang pekerjaan dan sebagainya untuk jangka masa yang panjang.
Tuan Speaker, sekian sahaja daripada saya setakat ini semoga persoalan yang telah dibangkitkan sebentar tadi mendapat perhatian pihak kementerian untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih Tuan Speaker, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Pilah.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Kuala Pilah menyambut baik usaha yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri sejak cadangan pindaan ini dibuat bertungkus lumus melaksanakan pelbagai libat urus melibatkan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri, suruhanjaya, NGO, masyarakat sivil dan sebagainya sehinggalah rang undang-undang ini dibentangkan dan dibahaskan pada hari ini.
Pindaan ini adalah amat penting dan besar impaknya buat negara kerana kita sedang meminda Perlembagaan Persekutuan yang merupakan dengan izin, the supreme law of the country, the supreme law of the land. Oleh itu pindaan ini mestilah diperhalusi dengan penuh teliti dan berbesar hati bagi memastikan pindaan ini benar-benar dapat mencapai matlamat yang diinginkan. Ini kerana pindaan ini akan seterusnya menjadi tafsiran hakim-hakim di mahkamah di negara kita dan pindaan yang jelas sudah tentu memudahkan tugas-tugas hakim-hakim ini dan pengamal undang-undang di negara kita.
Merujuk kepada pindaan fasal 11 untuk meminda Bahagian II Jadual Kedua pada Perlembagaan Persekutuan bagi memperuntukkan hak yang sama kepada kanak-kanak yang lahir di luar Persekutuan, yang ibunya pada masa kelahiran itu seorang warganegara untuk memperolehi kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang. Sebelum ini, kanak-kanak ini hanya layak mendapat hak kewarganegaraan melalui pendaftaran, padahal jika bapanya adalah warganegara, mereka layak mendapat kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang.
Kita dapat lihat dengan jelas terdapat double standard dalam konteks ini di antara kewarganegaraan lelaki dan wanita. Undang-undang sebelum ini memberi gambaran bahawa kedudukan seseorang wanita itu dari segi kewarganegaraannya adalah berbeza berdasarkan jantina mereka. Oleh itu Kuala Pilah merasakan pindaan ini bersifat progresif dan dia bersifat due diligence bagi memberikan hak yang sama rata dalam masa yang sama meningkatkan kedudukan wanita dari segi undang-undang. Kuala Pilah amat menyokong semangat pindaan ini kerana ia memberikan pengiktirafan dan keadilan gender terhadap warganegara Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua, Kuala Pilah juga ingin merujuk kepada pindaan Bahagian 11, Bahagian II Jadual Kedua kepada Perlembagaan Persekutuan dengan meminda Perenggan (a) seksyen 1. Pindaan ini memperuntukkan bahawa hanya kanak-kanak yang lahir dalam Persekutuan dan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya seorang warganegara pada masa kelahiran. Kanak-kanak itu layak mendapat kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Pindaan ini sekali gus membawa maksud seorang kanak-kanak yang lahir di Malaysia dan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya pada masa kelahiran itu bermastautin secara tetap di Malaysia tidak lagi layak untuk mendapat kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang sebaliknya akan diberikan taraf PR, taraf pemastautin tetap, sama seperti ibu bapa mereka.
Terdapat kegusaran mengenai anak-anak ini yang akan menjadi stateless child, dengan izin padahal anak-anak ini diberikan taraf PR ini tetap memiliki kewarganegaraan yang sama dengan ibu bapa mereka memandangkan pemberian taraf PR tidak melucutkan taraf kewarganegaraan asal mereka malah kementerian turut membuka pintu untuk anak- anak ini sekiranya mereka mahu menjadi warganegara mereka boleh memohon untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan melalui proses pendaftaran.
Puan Timbalan Yang di-Pertua, begitu juga dengan pindaan 19B Bahagian III Jadual Kedua kepada Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa mana-mana kanak-kanak baru lahir yang dijumpai ditinggalkan tanpa perlindungan di mana-mana tempat hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya telah lahir di tempat itu dan ibunya ialah seorang warganegara. Ini bermakna taraf kewarganegaraan anak-anak terdampar ini adalah bersifat tanggapan yang boleh disangkal dari segi undang-undangnya atau dengan izin, rebuttable presumption.
Timbalan Yang di-Pertua, oleh itu kewarganegaraan anak yang terdampar ini haruslah ditentukan melalui proses pendaftaran dengan melibatkan peranan daripada agensi-agensi yang berkaitan seperti PDRM, Jawatankuasa Kampung, JKM dan agensi- agensi yang lainnya untuk memberi maklumat bagi menentu sahkan taraf anak ini. Sekiranya menepati syarat-syarat yang ditetapkan barulah taraf kewarganegaraannya diberikan secara kuat kuasa undang-undang malahan kajian genetik melalui ujian DNA akan dapat membantu asal dan usul leluhur seseorang tersebut dan boleh diguna pakai oleh pihak kerajaan dalam segi menilai.
Taraf kewarganegaraan adalah sebuah perkara yang amat penting bagi sebuah negara yang berdaulat. Sesetengah negara sanggup bergadai nyawa bagi memastikan kewarganegaraan tidak diberikan kepada orang luar. Jika kita lihat permohonan kewarganegaraan di negara-negara lain amatlah ketat. Sebutlah Timbalan Yang di-Pertua di Amerika, di Kanada, di Perancis terdapat banyak ujian dan tapisan yang perlu dilakukan oleh kerajaan sebelum menerima seorang individu menjadi warganegara.
Salah satu prasyarat yang utama kita lihat dan kita harus akui ialah kebolehan menguasai dan menuturkan bahasa di mana tempat atau negara kita ingin memohon sebagai warganegara tersebut. Bahasa itu jiwa bangsa dan oleh kerana itu Kuala Pilah ingin menyarankan bahawa pihak kementerian dapat memastikan bahawa prasyarat ini betul-betul dipenuhi oleh mereka yang memohon untuk menjadi warganegara di negara kita ini.
Kuala Pilah percaya penentuan taraf kewarganegaraan bagi anak-anak terdampar melalui pendaftaran merupakan pendekatan yang lebih praktikal berbanding kita memberi
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
taraf kewarganegaraan kepada mereka secara automatik bagi mengelakkan taraf kewarganegaraan diberikan dengan terlalu mudah dan semberono.
Puan Yang di-Pertua, Kuala Pilah ingin menyarankan dan menyentuh pindaan Perkara 23 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan hal kadar tambahan bagi kerajaan untuk menahan pendaftaran akuan pelepasan kewarganegaraan mana-mana orang jika pelepasan itu memudaratkan keselamatan negara atau mana-mana bahagian dalam Persekutuan, ketenteraman awam ataupun kepentingan awam.
Kuala Pilah difahamkan ribuan permohonan telah dibuat untuk melepaskan taraf kewarganegaraan ini secara sukarela. Tindakan ini bukanlah satu perkara yang biasa melainkan berlaku perkahwinan dengan warga asing, bekerja dan menjalankan perniagaan di luar negara dan sebagainya. Namun angka ribuan ini agak membimbangkan Kuala Pilah.
Oleh itu Kuala Pilah berharap agar kementerian akan meneliti punca dan sebab sebenar seseorang individu ingin melepaskan taraf kewarganegaraan mereka.
Hal ini adalah kerana dikhuatiri Timbalan Yang di-Pertua, mungkin ada individu yang akan menggunakan kaedah ini bagi melepaskan diri mereka daripada locus standi perundangan. Kita tidak mahu pindaan rang undang-undang menjadi satu alasan untuk mereka melepaskan diri mereka daripada tindakan undang-undang.
Puan Yang di-Pertua, pindaan-pindaan yang dicadangkan di dalam perbahasan rang undang-undang ini sebenarnya amatlah baik. Kuala Pilah menyokong tetapi yang lebih penting daripada itu apabila ia esok diwartakan Perlembagaan yang baharu ini peruntukan ini harusnya ada peruntukan yang mencukupi dari segi perjawatan, dari segi peruntukan- peruntukan kewangan kepada agensi-agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam pemakaian ataupun kesan daripada pelaksanaan pindaan Perlembagaan ini. Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua. Kuala Pilah menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah. Saya jemput Yang Berhormat Kuantan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Kuantan untuk bersama membahaskan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2024. Perlembagaan Persekutuan merupakan suatu peraturan yang penting dalam menjaga kesejahteraan rakyat dan kedaulatan negara lebih-lebih lagi pindaan pada kali ini menyentuh perihal kewarganegaraan. Perkara ini adalah suatu yang sangat penting dan kritikal kerana melibatkan integrasi penuh seorang individu dalam komuniti. Oleh itu pindaan Perlembagaan pada kali ini perlu diberi penelitian yang mendalam dan berhemah dalam membuat keputusan.
Kita tidak mahu pindaan Perlembagaan yang berkaitan warganegara dilihat terlalu longgar seolah-olah permohonan warganegara Malaysia terlalu mudah untuk diperolehi.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Dalam pada masa yang sama, kita tidak mahu berlaku keciciran terhadap mereka yang berhak disebabkan proses yang terlalu birokrasi tetapi kita perlu sama-sama selesaikan isu ini kepada mereka yang mempunyai hak.
Pertama sekali, saya ingin menyentuh berkenaan penyelewengan dalam urusan berkaitan kewarganegaraan seperti yang pernah dilaporkan oleh media pada September 2019 di mana kad pengenalan dikeluarkan kepada bukan warganegara. Lebih malang, penyelewengan tersebut turut melibatkan pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Pulau Pinang yang turut memalsukan dokumen sijil kelahiran.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, berapakah bilangan kes pemalsuan kad pengenalan yang telah dikenal pasti susulan tangkapan pegawai JPN tersebut? Saya juga ingin mendapatkan butiran kes pemalsuan dokumen kad pengenalan dan sijil kelahiran yang dapat dikesan sejak 2018 mengikut pecahan setiap negeri. Apakah tindakan kementerian bagi memastikan kawalan terhadap setiap permohonan melalui prosedur yang telus dan tidak berlaku penyelewengan ini? Ini kerana kesalahan ini amat berat dan boleh diklasifikasikan sebagai pengkhianat kepada negara.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Kuantan. Sekiranya ianya dianggap sebagai pengkhianat, apakah Kuantan bersetuju pengkhianatan ini merangkumi kelima-lima dasar Rukun Negara? Apakah ia undang-undang yang ada untuk menghukum dengan hukuman yang paling keras sebagai pengajaran kepada mereka yang bertanggungjawab. Apakah Kuantan bersetuju?
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Terima kasih Kuala Krau. Saya sangat bersetuju dan masukkan ucapan Kuala Krau dalam ucapan saya. Tuan Yang di-Pertua, dalam perkara 15(1)(b) menyatakan pemohon perlu berkelakuan baik, manakala pindaan memasukkan perenggan, perenggan baru (c). Selain daripada penguasaan bahasa Melayu, mereka diberi kerakyatan perlu mengikuti kursus bagi membina jati diri warga Malaysia.
Justeru itu, saya senada dengan Yang Berhormat Ahli Parlimen Jerantut dalam cadangan latihan PLKN yang disebutkan dalam perbahasannya serta cadangan Rukun Negara daripada Jelutong dan juga Tumpat yang dibahaskan tadi.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkenaan dengan kuantiti versus kualiti.
Media pada Ogos 2024 melaporkan kenyataan menteri di mana KDN telah meluluskan hampir 14,000 permohonan kewarganegaraan dan 75 peratus adalah di bawah Perkara 15A.
Soalan saya, sehingga ke hari ini berapakah jumlah permohonan yang diterima dan masih dalam proses semakan untuk kelulusan? Saya mohon perincian daripada Yang Berhormat Menteri.
Saya juga memohon Yang Berhormat Menteri kongsikan sekiranya ada jumlah kewarganegaraan yang ditarik balik atas apa jua alasan bagi tempoh lima tahun terakhir.
Pada laporan media yang sama, Yang Berhormat Menteri menyatakan sasaran untuk menyelesaikan 17,000 permohonan pada tahun ini. Soalan saya apakah alasan Yang
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Berhormat Menteri untuk meluluskan permohonan dengan jumlah yang sangat besar dalam tempoh yang singkat?
Saya bimbang jika ia dilakukan dengan terburu-buru bagi mengejar KPI dan tidak dilakukan dengan penuh teliti ia boleh membuka ruang ketidakpatuhan SOP yang telah ditetapkan. Saya berpandangan kita perlu memastikan pemohon yang benar-benar mahukan kerakyatan dan kita kena pastikan kualiti yang terbaik untuk menjadi rakyat Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, di Dewan yang mulia ini juga kita perlu sama-sama merakamkan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu, bumiputera Sabah Sarawak dan Orang Asal negara ini yang telah banyak bertolak ansur dalam menerima pelbagai warga negara dari pelbagai negara dan kaum untuk menjadi rakyat di negara bertuah ini sejak dari dahulu lagi sehingga hari ini.
Ini membuktikan sifat budi bahasa serta adab susila yang ada pada rakyat negara ini menyebabkan pelbagai etnik dan kaum ingin menumpang teduh untuk memohon menjadi warga negara. Sesuai dengan firman Allah SWT dalam Surah Al-Hujurat, ayat 13. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Wahai umat manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu kenal-kenal dan beramah mesra antara satu dengan yang lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah SWT ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, bukan yang lebih keturunan atau bangsanya. Sesungguhnya Allah SWT maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuannya”.
Akhirnya, saya ingin menegaskan di sini, warganegara merupakan satu anugerah yang tertinggi yang perlu diinsafi kepada mereka yang memperolehnya dan semestinya menteri yang dipertanggungjawabkan perlulah sentiasa jujur, amanah serta berintegriti dalam menjalankan tanggungjawabnya. Kuantan menyokong, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Saya jemput Yang Berhormat Permatang Pauh.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Permatang Pauh untuk membahaskan Akta Perlembagaan (Pindaan) 2024. Saya secara dasarnya menyokong RUU yang dibentangkan ini. Cuma ada beberapa perkara yang saya mohon penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri.
Fasal 2 yang meminda Perkara 15(1) mewajibkan syarat tambahan iaitu mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam bahasa Melayu untuk mendapat taraf sebagai warganegara Malaysia satu tindakan yang baik. Pindaan ini penting bagi memastikan individu yang akan dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia ini mempunyai asas bahasa Melayu yang kukuh.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Bahasa Melayu merupakan lambang jati diri rakyat Malaysia, alat perpaduan dan identiti Malaysia selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub di bawah Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Pindaan ini seiring dengan piawaian yang diguna pakai di negara lain seperti United Kingdom, Itali, Singapura, Thailand, United States, Australia dan Greece yang mana menjadikan elemen ujian bahasa sebagai kaedah dalam permohonan kewarganegaraan.
Saya berpendapat selain berpengetahuan dalam bahasa Melayu, perlunya ada pemberat yang lain untuk menganugerahkan kewarganegaraan kepada mereka. Antaranya rekod bermasyarakat dan kelakuan mesti diselidiki termasuk hantaran di media-media sosial.
Paling penting, rekod kelakuan mereka tiada yang bertentangan dengan dasar dan budaya tempatan seperti unsur-unsur pertikaian kepada sistem pendidikan negara, agama Islam sebagai agama Persekutuan dan perkara-perkara yang menyentuh isu sensitif di dalam negara.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan dengan menyentuh isu yang tidak pernah selesai iaitu berkaitan dengan status anak pungut iaitu mangsa kes pembuangan bayi yang tidak didaftarkan kelahiran mereka. Nasib anak pungut mesti diberi pembelaan dan penekanan yang lebih. Mereka ditimpa malang bertalu-talu apabila bukan sahaja tidak mengenali ibu bapa kandung mereka bahkan tidak mendapat status kewarganegaraan disebabkan mereka tersisih sepanjang hayat malah akan diwarisi oleh zuriat mereka.
Kerajaan perlu mencari alternatif untuk membela nasib golongan ini yang mana hak mereka mendapat pendidikan dan rawatan di hospital kerajaan akan dinafikan. Sebarang permohonan daripada golongan ini mesti disediakan mekanisme ataupun prosedur tersendiri dalam memudahkan mereka mendapatkan pembelaan. Cukuplah azab dari kesilapan ibu bapanya yang menimpa mereka, namun kerajaan kita perlu membela mereka.
Tuan Yang di-Pertua, menurut data terkini seramai 3.8 juta warga asing berada dalam negara kita. Boleh dikatakan hampir 10 peratus daripada penduduk Malaysia. Angka yang besar ini menyebabkan tidak sedikit rakyat kita yang berpasangan dengan kelompok ini, malah ada yang terlanjur dalam perhubungan. Kes-kes sebegini perlu diberi perhatian lebih kerana ianya akan memudaratkan anak-anak mereka pada hari mendatang. Tindakan secara holistik sama ada aspek penguatkuasaan, penerangan dan pemantauan perlu dipertingkatkan. Bukan hanya terhad dalam aspek perundangan sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir. Saya sangat bersetuju dengan pindaan kepada fasal 11 yang menghentikan anak pemastautin tetap dari mendapat status kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang atau automatik.
Hal ini penting kerana program Malaysia My Second Home (MM2H) yang mendapat status pemastautin tetap dan mendapat IC merah semakin mendapat penyertaan warga asing seperti video yang tular baru-baru ini. Berikutan syarat program MM2H semakin longgar yang merancakkan warga asing menyertai program ini yang mana jika kewarganegaraan
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
dikurniakan dengan mudah kepada anak mereka, ianya akan menjadi bom jangka masa yang akan meletup pada masa yang akan datang.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Warganegara ini anugerah yang sangat berharga. Dalam sejarah, sebahagian rakyat memperoleh secara percuma. Saya mohon kepada kerajaan agar sentiasa menjaga dan memperketat agar tidak sekali-kali bermudah dalam melonggarkan status kewarganegaraan ini. Saya juga menyokong cadangan sahabat saya dari Pasir Mas agar kerajaan mewujudkan ‘Akta Warganegara’ agar rakyat mengetahui tentang harga sesuatu kewarganegaraan, sehingga mereka dapat menjaganya dengan baik. Terima kasih Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya jemput Yang Berhormat Beaufort.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua atas ruang dan peluang yang diberikan kepada Beaufort untuk turut serta membahaskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2024.
Beaufort yakin bahawa pindaan Rang Undang-undang Perlembagaan ini adalah berpaksikan kepada prinsip Rukun Negara dan keperluan serta kehendak semasa bagi memastikan dokumen Perlembagaan ini berupaya mendepani cabaran yang dialami rakyat pada masa kini.
Puan Timbalan Yang di-Pertua, isu kewarganegaraan merupakan isu sensitif bagi masyarakat kita. Kita tidak mahu ada pihak di luar sana yang dengan mudah mendapatkan kerakyatan tanpa memahami karakter dan wajah sebenar masyarakat Malaysia. Namun, kita juga tidak boleh membiarkan Malaysia terus berdepan dengan masalah kewarganegaraan sehingga menyumbang kepada pelbagai masalah sosial yang boleh menjejaskan nama baik Malaysia di mata dunia.
Puan Timbalan Yang di-Pertua, mengikut laporan berkaitan perangkaan demografi yang memaparkan data penduduk, kelahiran hidup dan kematian bagi suku tahun pertama 2024 menunjukkan bahawa penduduk di Malaysia adalah seramai 34 juta orang termasuk 3.4 juta adalah warga asing yang terdiri daripada imigran, stateless dan pendatang asing tanpa izin (PATI).
Di Sabah, golongan stateless ini adalah terlalu ramai. Mereka ini adalah yang lahir di Malaysia tetapi mendapat penafian hak untuk mendapatkan dokumen sama ada pemastautin tetap ataupun warganegara. Terdapat banyak kes di Sabah di mana seseorang merupakan penduduk asal peribumi, tetapi tidak mempunyai dokumen pengenalan diri disebabkan mereka ini tinggal di pedalaman dan tidak mempunyai akses dan pengetahuan untuk mendapatkan kewarganegaraan. Begitu juga dengan mereka yang lahir di Sabah, tetapi ayah dan ibu yang tidak mempunyai sebarang dokumen turut tidak dapat didaftarkan status
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
mereka sehingga menyebabkan generasi ini telah berkembang sehingga menjadi penyumbang kepada jumlah stateless dalam negara.
Apa yang lebih menyedihkan akibat permasalahan ini tidak dapat diselesaikan, golongan ini tidak akan mendapat akses untuk pendidikan, kesihatan dan pekerjaan yang akhirnya menjadi penyumbang kepada masalah sosial dalam masyarakat kita seperti literasi, kemiskinan dan juga jenayah.
Puan Yang di-Pertua, maka melihat kepada pindaan rang undang-undang ini, sedikit sebanyak ianya mampu mengatasi masalah lambakan stateless dalam negara, di mana dalam pindaan rang undang-undang ini telah memperuntukkan agar kanak-kanak yang lahir di Malaysia dan salah seorang daripada ibu bapanya adalah warganegara, maka kanak- kanak itu layak mendapatkan kewarganegaraan dengan kuat kuasa undang-undang. Begitu juga dengan anak yang lahir di luar Malaysia, tetapi ibunya adalah Warganegara Malaysia turut layak mendapatkan kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang.
Perkara ini adalah amat mustahak untuk mengiktiraf anak tersebut sebagai sebahagian warga Malaysia. Di Sabah, kebanyakan pelajar yang terpaksa berhenti sekolah adalah disebabkan dokumen surat lahir mereka tertera bukan warganegara walaupun ayahnya adalah warganegara. Ini secara tidak langsung memberikan diskriminasi kepada mereka dan menafikan hak mereka untuk mendapatkan akses pendidikan, kesihatan dan juga pekerjaan.
Puan Timbalan Yang di-Pertua, saya juga menyokong pindaan terhadap status warganegara anak-anak kepada pemastautin tetap di mana anak mereka yang lahir di Malaysia turut mendapat taraf Pemastautin Tetap seperti ibu bapa mereka. Anak-anak ini juga boleh memohon kewarganegaraan secara pendaftaran ataupun naturalisasi. Dengan pindaan ini, saya amat yakin dan percaya kita dapat menyelesaikan masalah stateless yang membelenggu masyarakat kita.
Secara tuntasnya, Beaufort menyokong penuh Rang Undang-undang Perlembagaan
(Pindaan) 2024 ini bagi memastikan Malaysia terus ke hadapan dalam menangani masalah orang tanpa negara. Kita juga mahu memastikan masyarakat kita secara keseluruhannya dapat menyumbang tenaga kerja yang boleh memberi nilai tambah kepada pembangunan negara. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Saya jemput Yang Berhormat Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat petang.
Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan atas cadangan pindaan Perlembagaan berkaitan dengan kewarganegaraan ini. Saya ingin berkongsi dengan sidang Dewan sekalian dua perkara penting tentang cadangan pindaan Perlembagaan ini.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Yang pertama, selain daripada apa yang telah pun diucapkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum ini, kita juga perlu melihat kepada konsep kewarganegaraan menurut perspektif Islam yang saya gunakan pada petang ini, memetik satu tulisan daripada Profesor Madya Dr. Mohd Syakir Mohd Rosdi, Universiti Sains Malaysia tentang konsep al-muwatonah ataupun konsep kewarganegaraan.
Definisi yang diberikan, “warganegara” ini bermaksud seorang individu yang diterima secara sah, menetap di sesebuah negara, sah memiliki taraf kerakyatan untuk dijadikan sebagai tempat tinggal dan tempat untuk bernasab ataupun tempat untuk berkeluarga, berkahwin, ada anak cucu, zuriat keturunan.
Dalam definisi ini Puan Yang di-Pertua, memberitahu kepada kita bahawasanya warganegara ini mesti memenuhi dua perkara yang utama.
Yang pertama iaitu dia ini ada tempat tinggal.
Dalam hal ini, pihak kementerian ataupun pihak kerajaan perlu mengesahkan, sebelum menerima seseorang itu menjadi warganegara, perlu disahkan bahawasanya dia ini adalah seorang yang duduk di sini dan disokong ataupun disahkan data ataupun butiran itu melalui pemimpin setempat, masyarakat setempat ataupun agensi-agensi yang berkaitan.
Tidak boleh hanya dengan sekadar dia ini tunjuk bil elektrik ataupun bil dokumen-dokumen rumah yang tidak disahkan, kerana benda itu boleh diada-adakan, boleh direka-reka. Kita bimbang orang yang hendak memohon menjadi warganegara ini, dia memalsukan dokumen- dokumen tersebut sehingga akhirnya dilihat ada bukti dan diterima menjadi warganegara.
Perkara kedua yang disebut dalam takrifan muwatonah tadi ialah orang itu, rakyat atau seseorang individu itu ada nasab, keturunan.
Ini juga banyak disentuh oleh sebahagian besar Ahli Parlimen sama ada di sebelah Kerajaan ataupun Pembangkang. Maksudnya, pihak kementerian ataupun pihak Kerajaan perlu mengesahkan juga terlebih dahulu tentang nasab ataupun keturunan.
Bila sebut nasab ataupun keturunan ini, sudah tentulah dia kena ada ibu dan bila ada ibu, tentulah dia kena ada ayah. Mana boleh seorang perempuan tiba-tiba melahirkan anak tanpa ada seorang suami, kecuali Siti Maryam yang disebut dalam Al-Quran- itu tidak ada suami. Jadi, perkara ini perlu disahkan dahulu oleh pihak berkuasa, pihak kerajaan. Kalaulah orang itu telah berkahwin, maka disahkan dahulu taraf perkahwinannya sama ada dia itu- kalau yang Muslim, di mahkamah syariah, ataupun kalau yang bukan Islam, di mahkamah sivil.
Namun, timbul persoalan, Puan Yang di-Pertua, ialah dalam cadangan pindaan Perlembagaan ini, tidak disebut- disebutkan ibu boleh mendaftarkan anak. Ibu itu, apakah takrifan “ibu”? Adakah dalam Perlembagaan ini membenarkan-kalau ibu itu ibu tumpang, bagaimana? Contohnya, benih suami dan isteri, ibu ayah itu orang lain, dimasukkan dalam rahim wanita lain, orang itu mengandung, lahir anak itu, kemudian diberikan semula kepada ibu dan ayah asalnya. Siapakah ibu dalam kes ini? Adakah orang yang mengandungkan anak itu ataupun tuan punya benih? Perkara itu, saya fikir perlu dikaji juga dengan lebih mendalam kerana kalau tidak diperketat ataupun tidak diperhalusi, dia boleh menjadi aspek yang boleh
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
diselewengkan oleh pihak-pihak yang hendak menyeleweng dalam hal memohon kewarganegaraan.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Dalam hal ini, Islam menetapkan ibu sebenar bagi seseorang anak ialah yang melahirkan, yang mengandung dan melahirkan. Bukan tuan punya benih kerana yang mengandung, yang melahirkan itu dia disebut dalam Al-Quran, “Wahnan ‘ala wahnin”- dialah yang mengalami kesulitan demi kesulitan, kepayahan demi kepayahan. Dia yang diiktiraf sebagai ibu.
Kemudian, seterusnya Puan Yang di-Pertua, juga berkaitan dengan anak tidak sah taraf. Saya juga menyambung perbahasan daripada Yang Berhormat Permatang Pauh. Kita belum lagi ada mekanisme yang jelas untuk mendaftarkan anak tidak sah taraf ini sebagai warganegara. Dalam peraturan kita ini agak longgar, walaupun ia memberi kebenaran kepada ibu untuk mendaftar. Namun, kita tidak mahu rang undang-undang yang kita hendak pinda ini menggalakkan hubungan luar nikah. Dalam masa yang sama, kita tidak mahu kebajikan anak yang lahir tidak sah taraf ini terabai.
Jadi, undang-undang harus melihat kedua-dua aspek ini. Tidak boleh terlalu ketat kerana nanti anak itu tidak dapat hidup dengan begitu baik dan tidak boleh terlalu longgar kerana bimbang berlaku perkahwinan ataupun pernikahan- mengandung anak di luar nikah.
Perkara akhir Puan Yang di-Pertua, yang hendak disentuh ialah mengenai prinsip dalam pindaan ini tentang pengetahuan yang mencukupi dalam Bahasa Melayu. Ini juga selaras dengan konsep al-muwatonah, salah satu prinsipnya ialah arif.
Maksud “arif” ini, kenal secara bijaksana. Saya definisikan kenal ini ialah- kerajaan kenal siapa pemohon yang hendak jadi warganegara dan warganegara itu juga perlu kenal siapa kerajaannya, siapa pemimpinnya, apa undang-undangnya.
Di sini disebut, “...pengetahuan yang mencukupi dalam Bahasa Melayu.” Saya ingin bertanya pihak kementerian, apa maksud “pengetahuan yang mencukupi dalam Bahasa Melayu”? Adakah dia ada pengetahuan am tentang negara dan pengetahuan itu dalam Bahasa Melayu ataupun dia ada pengetahuan tentang Bahasa Melayu sendiri- bertutur, menulis, bercakap?
Kalau saya sendiri secara peribadi Puan Yang di-Pertua, saya menyokong kedua- duanya. Pengetahuan am tentang kenegaraan dan juga pengetahuan am tentang Bahasa Melayu.
Saya cadangkan juga Puan Yang di-Pertua, yang akhir, supaya set undang-undang yang kita akan setuju ini insya-Allah, pengetahuan tentang Bahasa Melayu ini juga dilaksanakan secara holistik, secara menyeluruh, termasuk juga kepada hal-hal urusan tadbir urus. Contohnya, surat-surat rasmi kerajaan- guna Bahasa Melayu, jangan guna bahasa Inggeris ataupun guna bahasa lain. Sebelum ini ada surat rasmi kerajaan menggunakan bahasa selain Bahasa Melayu. Termasuk surat-surat rasmi agensi swasta- bank, misalnya.
Bank hantar surat kepada pelanggan dalam bahasa Inggeris, ada sesetengah bank. Orang kampung dapat surat dalam bahasa Inggeris, dia tidak faham dia kena hendak buat apa.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Gunakan Bahasa Melayu- nama-nama jalan misalnya, nama-nama bangunan mesti menggunakan Bahasa Melayu, selaras dengan set undang-undang yang kita hendak luluskan pada hari ini.
Termasuk juga Menteri mesti mahir berbahasa Melayu. Menteri-menteri yang ada, yang sebahagian dua, tiga orang kita tahu, dia menjawab di Parlimen, dia tidak mahir menggunakan Bahasa Melayu. Lebih baik Ipoh Timur- dia lebih mahir berbahasa Melayu, boleh tafsir Al-Quran lagi. Termasuk juga ADUN-ADUN, semua ahli politik, pemimpin mesti mahir menggunakan Bahasa Melayu, termasuk Yang Berhormat Seputeh. Dia juga mahir berbahasa Melayu. Sebab itu dia mahir sebut perkataan “halal”, “haram”- dia sudah mahir.
Ini perkara-perkara yang kita perlu perhalusi supaya set undang-undang itu dilaksanakan sekata, termasuk kepada pemohon warganegara dan juga kepada kita yang telah pun sedia menjadi warganegara. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Saya jemput Yang Berhormat Batang Sadong.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Saya terus ke perbahasan. Saya ingin menyatakan sokongan penuh terhadap pindaan Jadual Kedua, “Fasal 11(AA)” yang menggantikan perkataan “bapanya” dengan perkataan “ibu atau bapanya.” Pindaan ini amat penting kerana ia mengiktiraf bahawasanya wanita atau ibu bukanlah warganegara kelas kedua, juga menghentikan satu bentuk diskriminasi terhadap wanita. Kerana sebelum ini wanita tidak layak untuk mewariskan kewarganegaraan mereka kepada anak-anak yang lahir di luar negara. Berbeza dengan peruntukan terhadap warganegara lelaki.
Namun begitu, kebimbangan saya adalah pindaan ini tidak bersifat retrospektif. Ini bermakna, kewarganegaraan automatik tidak terpakai kepada anak-anak yang dilahirkan sebelum pindaan ini diluluskan, sedangkan keputusan Mahkamah Tinggi telah pun menyatakan bahawa semua kanak-kanak tersebut secara automatiknya adalah warganegara.
Seterusnya, saya mohon penjelasan Menteri kepada tiga pindaan iaitu pindaan yang pertama. Pindaan Fasal 11, Perenggan (a), seksyen 1 untuk memperuntukkan bahawa hanya kanak-kanak yang lahir dalam Persekutuan dan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya seorang warganegara pada masa kelahiran itu layak mendapat kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang. Jika salah seorang daripada ibu bapa adalah Pemastautin Tetap, anak-anak ini tidak lagi layak untuk mendapat kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang.
Persoalannya, adakah pindaan ini tidak akan mengatasi ataupun, dengan izin, override pindaan Jadual Kedua, Fasal 11, seksyen 1(A)(a) yang akan memberikan hak kewarganegaraan kepada anak ibu warganegara dan bapa bukan warganegara. Ini kerana
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
pindaan Fasal 11, seksyen 1(a) tidak lagi memberikan warganegara secara kuat kuasa undang-undang jika salah seorang adalah Pemastautin Tetap. Apatah lagi dalam situasi bapanya adalah bukan warganegara.
Mohon pihak kementerian memberikan penjelasan kerana undang-undang yang grey area akan membuka ruang kepada interpretasi yang salah terhadap aplikasi undang-undang tersebut dan memangsakan rakyat terbanyak. Sebab itu kementerian perlu menjelaskan sedalamnya aplikasi undang-undang melibatkan senario seperti berikut.
Senario pertama, apakah status anak di mana ibu warganegara dan bapa bukan warganegara dilahirkan luar negara?
Senario kedua, apakah status anak di mana ibu atau bapa warganegara dan salah seorang bukan warganegara dilahirkan dalam negara?
Senario yang ketiga, status anak di mana kedua ibu bapanya adalah Pemastautin Tetap. Ini kerana Orang Asli, terutamanya di pedalaman serta Sabah dan Sarawak yang jelas sekali mempunyai geografi yang berbeza, yang menambahkan halangan ataupun barrier untuk mendaftarkan anak-anak mereka secara rasmi perlu diteliti. Mereka selalunya mempunyai gaya hidup yang berbeza serta literasi yang rendah tentang kepentingan pendaftaran dan pendokumentasian. Padahal, mereka secara literalnya adalah Orang Asal tanah ini.
Selain itu, saya ingin bertanya sama ada kerajaan telah mempunyai data lengkap tentang bilangan generasi pemastautin di negeri-negeri berhampiran sempadan Thailand dan Singapura. Begitu juga dengan Sabah dan Sarawak yang bersempadan dengan Indonesia dan Filipina. Generasi kedua Pemastautin Tetap di kawasan ini berisiko hilang kewarganegaraan. Mereka tidak mempunyai hubungan dengan negara lain sama sekali.
Cadangan pindaan ini juga menimbulkan kebimbangan bahawa lebih ramai kanak- kanak akan hidup tanpa kewarganegaraan. Kanak-kanak yang tidak bernegara ini akan kehilangan hak asasi mereka, termasuk hak terhadap pendidikan, penjagaan kesihatan dan sokongan kebajikan yang sewajarnya.
Puan Yang di-Pertua, kedua. Cadangan pindaan Perkara 26, Fasal 2 yang membatalkan kewarganegaraan isteri bukan warganegara jika berlaku penceraian kurang dari dua tahun perkahwinan. Saya ingin menyoal, apakah langkah-langkah kerajaan untuk mengelakkan implikasi negatif terhadap hak kerakyatan anak-anak yang lahir daripada perkahwinan tersebut?
Selain itu, adakah kerajaan akan menyediakan tempoh cooling off bagi wanita ini agar mereka boleh mendapatkan semula kewarganegaraan asal mereka sekiranya kerakyatan Malaysia ditarik balik?
Ketiga, pindaan yang terakhir yang melibatkan Perkara 15, Fasal 2, Perkara 15A yang ingin saya bahas adalah memendekkan tempoh daripada 21 kepada 18 tahun bagi permohonan kewarganegaraan.
Saya menggesa kerajaan menyatakan garis panduan yang jelas tentang proses permohonan, termasuk proses rayuan bagi permohonan yang ditolak.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Ini penting kerana 18 tahun adalah usia di mana seseorang masih dalam fasa peralihan sebagai kanak-kanak dan beban permohonan kewarganegaraan tidak seharusnya diletakkan sepenuhnya kepada mereka. Ini kerana akhirnya, ia akan membebankan ibu bapa.
Kebiasaannya ibu kepada penjaga utama mereka.
Di sini juga saya ada beberapa cadangan seperti berikut.
Cadangan pertama, kementerian dan agensi kerajaan yang terlibat, termasuklah KPM, KKM, JKM dan PDRM perlu mengambil peranan aktif untuk membimbing dan membantu kanak-kanak serta ibu bapa dalam proses untuk memperoleh kewarganegaraan.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Cadangan kedua, semua syarat yang berkaitan dengan proses permohonan kewarganegaraan harus jelas, munasabah dan boleh diakses secara umum termasuk titik penamatan untuk permohonan. Contohnya, tarikh sebelum ataupun pada hari ulang tahun ke-18 kanak-kanak. Saya juga ingin bertanya, adakah pemohon daripada Sabah ataupun Sarawak akan mengguna pakai prosedur yang sama dengan Semenanjung?
Cadangan yang ketiga, tempoh masa setahun atau sebagainya di bawah Perlembagaan perlu bagi agensi kerajaan untuk membuat keputusan mengenai permohonan kewarganegaraan tanpa melengahkan keputusan secara indefinitely sebagai mana sekarang sehinggalah mereka melepasi umur 18 tahun.
Cadangan keempat, agensi kerajaan dicadangkan secara undang-undang untuk memberikan alasan bagi penolakan permohonan kewarganegaraan dan seterusnya memberi peluang untuk pemohon berumur 18 tahun ke atas untuk membuat rayuan mengikut lunas undang-undang. Saya percaya tanpa langkah-langkah perlindungan ini, anak-anak tersebut berisiko besar untuk tidak mendapat kerakyatan sama sekali. Harus kita ingat hak kewarganegaraan adalah hak setiap manusia yang termaktub dalam Hak Asasi Manusia Sejagat 1948. Batang Sadong mohon menyokong pindaan RUU ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Saya jemput Yang Berhormat Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Ampang ingin mengambil bahagian dalam rang undang-undang ini memandangkan banyak juga kes di Ampang ini telah pun menjadi perkara yang boleh dikata saban minggu untuk saya hadapi.
Apa pun permulaan ini saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas khususnya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Menteri Kementerian Dalam Negeri untuk memberikan ataupun menunjukkan tekad memberikan kesejahteraan kepada rakyat, tak kira gender, begitu terserlah di dalam RUU ini.
Jadi untuk itu Ampang menyokong penuh pindaan ini dan dengan usaha itu saya harap juga supaya pihak Kementerian Dalam Negeri setelah membuat beberapa libat urus termasuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita dan memasukkan SUHAKAM di dalam
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
sebahagian daripada tim untuk perbincangan ini, saya rasa ia telah memberikan pencerahan yang jelas.
Saya ingin memaklumkan di sini, di Dewan Rakyat ini, saya dapati sebenarnya roh yang diambil oleh kementerian bila menggubal rang undang-undang ini perlu dipuji. Iaitu roh untuk tidak membenarkan mana-mana pihak ataupun individu menjadi stateless ataupun negara ataupun rakyat tanpa negara, ini patut dipuji.
Dalam masa yang sama menekankan kesemua aspek malah undang-undang ini tidak mengenal gender. Itu salah satu lagi rang undang-undang ataupun penggubalan undang-undang yang perlu dipuji. Sebab itu saya yakin dengan adanya pindaan rang undang-undang ini bukan sahaja- sebagaimana yang disebut, saya dengar ada Ahli Parlimen yang menyebut “Kita ambil satu, kita hancurkan enam ataupun tiga lagi.” Itu tidak betul. Ini kerana bagi saya undang-undang yang dibuat ini amat universal yang mengangkat standard yang begitu baik dan sekali gus akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang akan menepati semua konferensi yang telah pun kita tandatangani sebelum ini.
Untuk itu, saya ada beberapa soalan yang ingin saya bangkitkan, walau bagaimanapun ada senario yang saya lihat dalam isu perlucutan dalam tempoh dua tahun daripada tarikh kewarganegaraan adalah bukan daripada tarikh perkahwinan. Ini adalah satu perkara yang saya rasa wajar. Kerana apa? Kerana kalau kita tengok senario, perkara awal yang kita hendak ubah, warganegara Malaysia, ibu yang berkahwin dengan bukan warganegara Malaysia di luar negara maka anak itu tidak dapat kerakyatan warganegara Malaysia, tetapi senario yang sama juga mungkin berlaku di Malaysia. Orang lelaki Warganegara Malaysia kahwin dengan bukan warganegara, selepas mereka berkahwin, mereka mungkin ada intention, dengan izin, untuk sambung perkahwinan ini dengan sepanjang hayat, tiba-tiba mereka berlaku perceraian setelah mendapat kewarganegaraan.
Apa yang berlaku sebagaimana di Ampang, wanita ini terabai, terkontang-kanting dengan anak itu dibela ataupun diambil oleh bapa yang Warganegara Malaysia itu. Wanita ini ingin kembali ke negara asal, maka dengan adanya klausa ini mengizinkan beliau untuk kembali ke negara asal. Ini satu yang agak adil, memang adil untuk wanita kerana saya rasa bukan sahaja perkara ini wajar dipertimbangkan, malah kita lihat ada seperkara yang dimaklumkan oleh Menteri semasa pembentangan itu, jika wanita yang dilucutkan itu tidak ada warganegara maka kelucutan itu tidak berlaku.
Maksudnya, kalau dia hendak kembali ke negara asalnya, negara asal tidak menerima maka perlucutan itu tidak berlaku. Jadi, saya rasa ini wajar dipuji dan saya juga mengharapkan ia dapat menjadi satu tanda aras kepada negara-negara luar juga kepada warganegara Malaysia, tetapi soalan saya, adakah berlaku jika ia berlanjutan, perkahwinan melebihi dua tahun. Apakah perlucutan ini juga boleh mengambil kira perkara yang sama?
Jadi, itu soalan saya kepada pihak Menteri.
Yang keduanya, saya juga ingin bertanya, pastinya rang undang-undang ini akan mengaitkan 15 lagi rang undang-undang ataupun akta yang perlu diperbaiki. Saya tidak akan sebut ke-15 itu tetapi saya yakin akta-akta yang ada ini perlu digubal ataupun diperbetulkan
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
untuk memastikan ia selaras dengan rang undang-undang yang sedia ada yang kita akan pinda ini. Jadi, saya punya- persoalan saya, bilakah jangkaan kesemua 15 rang undang- undang ini akan diselesaikan?
Terakhirnya, seruan saya kepada semua rakyat Malaysia, supaya kita jujur dan kita perlu diberi penekanan bahawa tanggungjawab rakyat Malaysia adalah untuk menghormati institusi kekeluargaan dengan mendaftarkan perkahwinan dan juga supaya anak-anak ini ada pendaftaran yang sempurna. Jadi, itu sahaja daripada saya. Dengan ini Ampang menyokong penuh rang undang-undang ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Saya jemput Yang Berhormat Kubang Kerian.
Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua yang memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian. Memulakan perbahasan, saya memetik suatu Sabdaan Nabi SAW...
[Membaca sepotong hadis] “Alangkah baiknya diri mu wahai Mekah dan betapa cintanya diri ku terhadap mu, seandainya kaum ku tidak mengeluarkan ku daripada mu, pasti aku tidak akan tinggal tempat selain daripada mu.” Ini menggambarkan kecintaan dan nilai menjadi warganegara yang diungkapkan oleh Nabi SAW walaupun Baginda adalah rahmat bagi seluruh umat, tetapi kecintaan kepada negara asal merupakan satu benda yang telah diterjemahkan melalui hadis Nabi SAW tadi.
Saya mengucapkan tahniah kepada Menteri yang telah mengadakan pindaan ini.
Warganegara adalah satu benda yang sangat mahal kerana itu, kita mengucap tahniah kepada Majlis Raja-Raja kerana sebarang pindaan yang melibatkan kewarganegaraan mesti mendapat kelulusan, kebenaran Majlis Raja-Raja. Ini salah satu antara mekanisme kawalan supaya nilai harga yang mahal ini tidak diselewengkan oleh mana-mana pihak.
Kita menyedari betapa adanya pelbagai penyelewengan yang berlaku mutakhir ini.
Ada pemalsuan kad pengenalan, pemalsuan surat beranak dan sebagainya. Saya lihat bahawa perkara dilihat secara menyeluruh. Bukan sahaja mengambil tindakan tetapi undang-undang terhadap mereka yang melakukan pemalsuan itu mesti diambil tindakan yang lebih tegas.
Undang-undang yang ada saya fikir tidak mencukupi. Dengan tujuh tahun maksimum penjara, RM20,000 denda, saya fikir ini bukan nilai warganegara. Mereka yang melakukan pengkhianatan mesti dihukum dengan lebih tegas sama ada penjara seumur hidup, ada pihak sampai mencadangkan digugurkan kerakyatannya, tetapi saya fikir banyak perkara yang harus dilihat dalam konteks ini.
Sebagai contoh, cuma saya dok tanya berapa- masih tertanya kenapa waktu suruhanjaya menggubal Perlembagaan negara kita, dalam Perkara (B)(AA) tentang kenapa hanya diiktiraf bila laki-laki kahwin dengan warga asing, anak diiktiraf warganegara, tetapi
Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
kenapa bila wanita tidak diiktiraf? Saya masih tertanya-tanya kenapa waktu itu suruhanjaya tidak fikirkah bahawa ini sangat tidak adil, tetapi kenapa itu bentuk Perlembagaan kita yang ada? Kenapa pada waktu digubal mereka tidak fikir kalau wanita warganegara, kenapakah anak tidak diiktiraf sebagai warganegara?
Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Jadi ini perkara yang kita kena tengok. Mungkin kena buka balik sejarah kenapa hanya laki-laki dan tidak wanita. Saya menyokong kedua-duanya soal keadilan kepada rakyat kita sama ada suami ataupun ibu.
Saya ingin juga menarik perhatian kepada beberapa isu tentang kualiti menjadi warganegara. Bila kita sebut nilai warganegara ini mahal, saya menyokong tentang perlunya peningkatan, kefahaman Bahasa Melayu, lagu kebangsaan dan sebagainya, menghormati nilai budaya.
Saya menyokong Alor Setar soal sepatutnya tidak ada lagi penggunaan bahasa asing dalam urusan rasmi negara. Surat-menyurat, dokumen-dokumen penting. Bahkan satu masa dahulu, waktu kita mengadakan perjanjian dengan Inggeris pun untuk makluman, perjanjian tersebut termasuk Perjanjian Pangkor ditulis dalam tulisan jawi. Bukan rumi, tulisan jawi! Hari ini tulisan jawi dah hilang dan kita akan hilang penguatkuasaan bahasa kalau sekiranya tidak diberi penekanan.
Saya mencadangkan soal Sijil Kelahiran anak-anak yang juga mutakhir ini setiap dokumen yang kita nak bagi contoh IC, kita mesti lampirkan Sijil Kelahiran, tetapi Sijil Kelahiran pun boleh dipalsukan. Saya mencadangkan satu biometrik diambil kepada setiap anak yang lahir supaya dapat dikawal, tidak ada pemalsuan kepada perkara tersebut. Orang sanggup bayar berapa nilai untuk jadi warganegara. RM300,000, RM400,000 orang sanggup bayar sebab mahal nilai warganegara.
Perkara lain yang saya nak sentuh dalam masa yang sangat terbatas ini ialah soal Perkara 5 Fasal baharu (1A) iaitu jika seseorang itu tidak mengangkat sumpah dalam masa empat puluh lapan (48) bulan yakni empat tahun selepas 18 tahun, maka orang itu terhenti menjadi warganegara. Ada dua persoalan.
Pertama, kenapakah 48 bulan? Empat puluh lapan (48) bulan maknanya dia dah mengundi empat kali. Umur 18 tahun dia dah mengundi- umur 19 tahun, 20 tahun, 21 tahun.
Dia dah mengundi empat kali, tiba-tiba dia tak angkat sumpah, dia hilang warganegara.
Bagaimanakah waktu dia mengundi empat tahun sebelum ini? Sorry, sekali dalam tempoh sepenggal. Maknanya dia dah mengundi waktu umur 18 tahun. Tiba-tiba dia tak angkat sumpah, dia hilang kewarganegaraan. Jadi saya fikir kenapa empat tahun? Saya nak dapat penjelasan.
Masa tidak ada. Saya nak terus pergi pada perkara yang tentang bayi yang dijumpai yang tidak dapat dibuktikan dan akhirnya dia tidak diiktiraf sebagai warganegara. Saya nak soalannya, berapa lama siasatan dibuat oleh pihak KDN- berapa lama siasatan dibuat? Kalau sekiranya tak dapat dibuktikan ibu atau bapanya warganegara, anak itu jadi stateless. Sampai bila? Apakah penyelesaian anak stateless? Kita- ramai, beribu dalam negara kita.
Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Saya mencadangkan satu mekanisme dibuat sama ada kita bagi kad yang khusus sekurang-kurangnya dia ada identiti walaupun dia bukan warganegara. Kita sekarang ada kad warna biru (kad- IC), ada merah dan satu lagi mesti diberi supaya kurang-kurangnya stateless ini ada identiti. Kalau tidak dia nak pergi ke mana?
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Yang Berhormat, boleh tanya sikit? Nak penjelasan sebab bayi terdampar ini tidak terkandung dalam pindaan ini kan? So..
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Bayi terdampar yang tidak dapat dibuktikan Fasal 5, kalau tengok- sorry, Fasal 11 Seksyen 16 Bahagian III.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Tapi sekarang- buat sekarang tanpa pindaan kepadanya yang memang tak ada pun, maksudnya dia masih secara automatik dia akan jadi warganegara. Sekaranglah sebab tak ada pindaan. Selepas pindaan ini pun dia masih automatik kan?
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Sekiranya tidak dapat dibuktikanlah. Dulu automatik.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Sekarang pun akan automatik juga sebab tak ada pindaan.
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Sekarang ini dengan- kena buktikan bahawa sama ada ayah atau ibunya warganegara atau tidak. Cuba tengok balik pada Bahagian III. Kalau saya quote kan, kalau tengok Bahagian III...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Dalam Blue Bill?
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Blue Bill. Tak apalah.
Soalnya ialah isu stateless.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Bahagian III itu berkenaan dengan...
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Bayi dijumpai ditinggalkan tanpa perlindungan di mana-mana tempat hendaklah dianggap sekiranya dibuktikan sebaliknya ibunya warganegara, barulah dia dianggap itu.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
It’s wrong?
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Jadi maksudnya, sekiranya tidak dapat dibuktikan, dia bukan warganegara. Jadi sekarang bila jumpa...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Tak apa, tak apa.
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Dulu dia automatik.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Tak apa Yang Berhormat. Saya cuma…
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Ya, ya. Terima kasih.
Terima kasih. Okey, okey.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Saya tak jumpa dalam Blue Bill. Maaf ya, tapi saya kekal dengan pendirian saya lah sebab persoalan saya.
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Tak apa. Soalan itu sepatutnya tanya Menteri lah.
Jadi masa tak mengizinkan, saya fikir saya sampai situ sahaja. Terima kasih dan saya menyokong sepenuhnya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya jemput Yang Berhormat Beruas.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua.
Pertama, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri Dalam Negeri dan juga Pegawai- pegawai Kerajaan- KDN di bawah Kerajaan Madani yang telah rajin dan bertungkus-lumus untuk menyelesaikan banyak masalah kerakyatan yang berlaku dalam negara kita ini. Syabas dan tahniah!
Saya balik kepada bil rang undang-undang meminda Perlembagaan Persekutuan.
Saya faham niat pihak kerajaan, tapi ada beberapa perkara yang hendak kita telitikan kerana Perlembagaan yang hendak kita pinda ini akan timbul beberapa masalah kalau kita tidak menangani masalah-masalah yang akan timbul.
Pertama iaitu tentang pindaan kepada Perkara 15 di mana isteri warga asing dikehendaki mengetahui bahasa Melayu yang mencukupi.
Puan Timbalan Yang di-Pertua, kita mesti tidak tahu tentang kenapa semasa Perlembagaan kita digubal, ini tidak dimasukkan sebagai satu keperluan kerana kita tahu Perkara 15 ini, kita mengutamakan kekeluargaan sesuatu keluarga itu. Kita hendak suami isteri dan anak-anak mereka duduk dalam satu tempat yang sama dan kita tahu ramai rakyat Malaysia yang pergi ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran mereka. Ada antara mereka yang berkahwin dengan warga asing dan kalau mereka balik ke Malaysia, mereka mempunyai kesusahan untuk menguasai bahasa Melayu dalam masa yang singkat.
Bayangkan kalau kita berkahwin dengan seorang Rusia, dalam tempoh masa dua tahun diminta untuk menguasai bahasa itu, mungkin susah juga untuk kita menguasai. Oleh yang demikian, kita mesti faham kenapa keperluan ini tidak dimasukkan. Sementara keperluan untuk mengetahui tentang bahasa Melayu ini termasuk dalam perkara untuk menjadi warganegara Malaysia melalui pendaftaran dan juga melalui naturalization. Jadi saya berharap, tahap penguasaan bahasa Melayu ini tidak akan ditetapkan di satu tahap yang terlalu tinggi untuk warga isteri asing untuk menguasainya.
Saya hendak tanya pihak kerajaan kerana saya dapati perkataan yang digunakan untuk warga isteri asing ini dan juga melalui naturalization and registration ini tak sama. Untuk naturalization isteri warga asing ini, it stated adequate knowledge of the Malay Language, tetapi untuk naturalization, apa yang diperlukan ialah elementary knowledge of the Malay language- pengetahuan yang asas. Apakah bezanya dan tahap penguasaan bahasa Melayu ini?
Perkara kedua yang dicadangkan ialah supaya tidak menjadi by operation of law ataupun secara automatik anak yang dilahirkan kepada mereka yang Pemastautin Tetap ataupun Permanent Resident di Malaysia. Saya pun tahu tentang niat kerajaan mencadangkan pindaan ini, tetapi kita difahamkan kerana ada warga Permanent Resident di Malaysia ini yang juga masih warganegara asing, tetapi kita tahu di Malaysia, ramai. Tadi
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
diberikan contoh-contoh orang-orang India, dilahirkan di estet-estet dan tidak didaftarkan dalam masa tertentu. Ada yang tak ada dokumen dan berbagai-bagai-bagai keadaan lagi.
Jadi kita mesti bezakan mereka yang Pemastautin Tetap, Permanent Resident yang dilahirkan di Malaysia ataupun yang tidak ada kerakyatan negara lain, mereka ini mesti masih terus diberikan kerakyatan anak-anak mereka apabila mereka memohon supaya tidak wujud generasi akan datang yang masih tidak ada kewarganegaraan.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Tanpa kewarganegaraan di Malaysia, kita tahu susah untuk mendapat pekerjaan dan lain-lain kesusahan. Puan Yang di-Pertua, jadi saya berharap kalau boleh pindaan ini tidak dibuat, tapi kalau dibuat ia mestilah ada satu di bawah perundangan kecil. Mereka mesti senang untuk mendapat kerakyatan Malaysia untuk ibu atau bapa mereka yang bukannya warganegara sebuah negara yang lain.
Ketiga, untuk mereka yang lahir di luar negara di mana they overlook to take the oath of allegiance. Maksudnya mereka yang dilahirkan di luar negara masa umur 18 sampai umur 22 mesti take oath of allegiance. Kita tahu manusia ini ramai yang tak tahu undang-undang jadi kalau kerakyatan mereka lucut kerana tak sempat ambil oath of allegiance ini, mereka akan dilucutkan tanpa pengetahuan mereka, tapi dalam Sesi Libat Urus kerajaan telah memberi jaminan akan cuba akan memberi notis kepada mereka untuk datang mengambil oath of allegiance, tetapi masalahnya ialah di luar negara, embassy kita memang kekurangan pekerja dan di luar negara, mereka ini akan merantau ke tempat yang besar dan juga embassy kita ini di satu tempat sahaja. Jadi susah untuk menghubungi anak-anak ini.
Saya berharap kalau boleh automatik perlucutan ini tidak dibuat melainkan kerajaan dapat trace anak-anak ini dan mereka enggan mengambil oath of allegiance. Dan extension of time must be given, dengan izin.
Lastly untuk anak yang dilahirkan di luar negara kepada bapa yang dilahirkan di luar negara, saya mohon generasi kedua ini diberi hak yang sama- bapa mereka iaitu dalam masa satu tahun, mereka boleh mendaftar dengan embassy atau kaunselor kita untuk menjadi warganegara. Kalau mereka masih minat menjadi Warganegara Malaysia, kenapa tidak kita berikan hak itu. Tadi saya akhir dan menyatakan bahawa untuk anak-anak dilahirkan kepada Permanent Resident, if we don’t give the citizenship right to this group of next generation, who else we want to give especially, dengan izin, especially our birth rate now is not enough to replace the death rate in Malaysia.
Kelahiran tidak mencukupi untuk menggantikan mereka yang meninggal dunia. Kalau mereka dilahirkan kepada Permanent Resident di Malaysia tidak diberikan kerakyatan siapa lagi kita nak minta pada generasi akan datang untuk menggantikan kita yang semakin- we call generasi yang tua dan akan meninggal dunia.
Oleh yang demikian, saya harap kerajaan kalau boleh memberikan seluas-luasnya ruang untuk mereka yang tidak ada negara lain menjadi warganegara, diberi peluang untuk menjadi negara Malaysia kerana menjadi warga yang produktif dan memajukan negara kita.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Saya jemput Yang Berhormat Dungun.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua atas keizinan dan kesempatan kepada saya untuk membahaskan Akta Perlembagaan
(Pindaan) 2024.
Salah satu daripada perkataan yang penting bila kita bincangkan undang-undang ialah apakah dia semangat dan rahsia kepada sesuatu undang-undang termasuk di antaranya ialah pindaan Perlembagaan yang dicadangkan ini. Maka menjadi tugas dan tanggungjawab untuk kita mencari rahsia-rahsia dan semangat tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, kewarganegaraan merupakan hak istimewa paling berharga yang boleh diberikan sesebuah negara kepada seorang individu kerana ia memberikan individu berkenaan pelbagai hak sebagai warganegara seperti hak pendidikan, ekonomi, perkhidmatan kesihatan dan pemilikan tanah dan lain-lain dan juga hak mengundi yang menentukan masa depan negara. Oleh itu, perlu dilihat dalam soal kewarganegaraan ini adakah kita hanya berfikir tentang pemberian hak kewarganegaraan seperti yang dicontohkan.
Orang boleh membeli rumah, tapi adakah ia menjadi kediaman? Ada yang diberikan tanah, tapi bolehkah ia menjadikan tanah air? Ada yang boleh membeli kereta, tapi adakah ia menjadi kenderaan? Ada yang boleh membeli ubat, tapi adakah ia menjadikan kesihatan?
Begitulah yang penting untuk diambil daripada melibatkan hak pemberian kewarganegaraan ini, bukan sahaja kita bincangkan kuantiti, tetapi juga kualiti warganegara. Oleh itu, saya mencadangkan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan kualiti warganegara perlu diperhalusi bagi memelihara nilai hak yang sangat berharga ini.
Kerana kalau kita bincangkan pemberian hak kewarganegaraan, itu adalah warganegara yang baharu, tapi bagaimana kadang-kadang terhadap warganegara yang sudah lama yang berada dalam negara kita. Berkait dengan isu yang melibatkan Rukun Negara. Contoh yang pertama ialah “Kepercayaan Kepada Tuhan.” Bagaimana kita melihat dalam Perlembagaan- Islam Agama Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas, tetapi soalnya apabila berlaku ketidakfahaman daripada segi kualiti warganegara maka kita akan dapati ada yang kadang-kadang memberikan cercaan kepada Islam sebagai Agama Persekutuan. Oleh itu, saya pohon supaya diberikan perhatian kepada kualiti individu yang dianugerahi kewarganegaraan. Bukan sahaja kuantiti yang kita bincangkan kerana penting bagi peningkatan kualiti warganegara ialah untuk kita melihat pematuhan kepada semua keperluan dalam hal-hal yang berkait dengan Rukun Negara.
Kualiti individu yang dianugerahi kewarganegaraan perlu dilihat juga sebagai hubungan dua hala, bukan sekadar memberikan hak tertentu kepada penerimanya malah turut hadir bersamanya tanggungjawab sebagai warganegara. Tanggungjawab menjalinkan hubungan yang baik sesama warganegara bagi memastikan pemohon mampu menggalas
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
tanggungjawab ini, kualiti pemohon daripada segi kesediaan mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu wajar dijadikan kriteria kelayakan supaya perhubungan antara bangsa- bangsa yang menjadi warganegara mesti ada satu medium bahasa perhubungan.
Oleh itu, saya ingin untuk kita melihat juga bukan sahaja dalam soal yang melibatkan kesetiaan kepada negara yang tercinta setelah mendapat taraf kewarganegaraan, tetapi juga mesti mempunyai elemen untuk mempertahankan negara ini kerana bukan sahaja pada masa senang, tetapi pada masa sulit.
Apa yang jadi perhatian kita seperti mana yang berlaku di Palestin, walaupun masa senang dan susah, warga Palestin tidak meninggalkan negara mereka dan mereka pertahankan tanah air Palestin milik mereka. Tidak seperti mana yang berlaku kepada pendudukan secara haram oleh rejim Zionis dengan membawa masuk warganegara dari luar Israel, tetapi apabila berlaku krisis, mereka dengan ramai meninggalkan negara Israel.
Supaya kita- semua faham dari segi maksud ini, saya pohon bahawa yang penting carilah apa yang boleh membawa manfaat kepada negara dan menjauhkan apa-apa yang mudarat kepada negara. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Saya jemput Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang untuk saya sama- sama terlibat membahaskan suatu pindaan yang penting pada hari ini di mana pindaan ini tidak terhenti sekadar mendapat Kad Pengenalan, Surat Beranak, tetapi lebih daripada itu ialah kesetiaan kepada negara.
Justeru, saya fikir pindaan ini jelas iaitu yang ingin memohon kewarganegaraan perlu miliki pengetahuan yang mencukupi terhadap Bahasa Melayu yang berulang kali disebut dalam perbahasan rakan-rakan. Ia sebagai elemen kawalan yang sangat baik untuk dijadikan suatu pra syarat utama kepada permohonan kewarganegaraan.
Isu penggunaan Bahasa Kebangsaan ini masih menjadi pertikaian walaupun kita merdeka lebih daripada enam dekad. Ini kerana ada pihak yang masih menggunakan bahasa lain selain daripada Bahasa Melayu dalam urusan rasmi. Dalam hal ini, saya sokong apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Alor Setar untuk kita sama-sama mengambil perhatian.
Lebih mendukacitakan adalah ada dalam kalangan rakyat di negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu sendiri. Justeru, bagaimanakah kita bercakap soal perpaduan kalau soal bahasa sendiri pun gagal untuk ditangani? Sedangkan dalam Akta Bahasa Kebangsaan sendiri telah meletakkan satu tanda aras yang jelas terhadap penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
Kita tidak mahu syarat penguatkuasaan Bahasa Melayu bagi permohonan kewarganegaraan ini sekadar melengkapkan syarat, bahkan ia perlu dipastikan
Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
pelaksanaannya yang serius. Adalah amat malang kalau ada orang yang nak sangat menjadi warganegara Malaysia tapi tak tahu dan tak mahu berbahasa kebangsaan. Pantun Melayu ada menyebut.
Pondok menjadi bangsal, Bangsal ada di hujung desa; Usul menunjukkan asal, Bahasa menunjukkan bangsa. Puan Yang di-Pertua, perkara kedua adalah mengenai pindaan pada seksyen 1(b) Bahagian II Jadual Kedua iaitu mengenai anak yang lahir di luar Persekutuan dan ibunya berwarganegara Malaysia. Saya kira pindaan ini juga sangat penting kerana ia memberikan hak yang sama kepada ibu yang berwarganegara Malaysia untuk memastikan si anaknya yang lahir di luar negara mendapat kewarganegaraan. Sebelum ini, peruntukan hanya diberi kepada bapa.
Cuma, apa yang menjadi kebimbangan adalah mengenai elemen kawalan tempoh satu tahun untuk mendaftarkan kewarganegaraan anak mereka kepada pihak konsulat.
Bagaimanakah kita mahu memastikan bahawa peruntukan ini tidak menambah beban birokrasi kepada si pemohon?
Seperkara lagi, dalam pindaan yang sama, saya mencadangkan agar ada elemen kawalan tambahan yang lain yang boleh dimasukkan dalam peraturan iaitu pemberitahuan Sijil Lahir anak yang lahir di luar Persekutuan bagi mengesahkan bahawa mereka adalah anak kandung kepada pasangan ibu atau bapa warganegara.
Puan Yang di-Pertua, perkara yang ketiga adalah pada pindaan Seksyen 1(a) Bahagian II Jadual Kedua yang menunjukkan anak-anak bagi ibu bapa yang memiliki taraf PR perlu membuat permohonan kewarganegaraan dan tidak lagi mendapat kewarganegaraan secara kuat kuasa udang-undang. Ia juga pindaan yang wajar, walaupun dari sudut yang lain ia ibaratnya Perlembagaan mengurangkan hak kewarganegaraan.
Asalnya, tidak ada negara yang membenarkan ibu bapa yang bertaraf PR mendapat kewarganegaraan anak secara kuat kuasa udang-undang. Cuma Puan Yang di-Pertua, saya ingin tahu statistik permohonan kewarganegaraan yang telah diberikan kepada mereka yang menyertai Program Malaysia Rumah Keduaku. Dalam kalangan tersebut, berapa jumlah yang telah diluluskan permohonan kewarganegaraan mereka?
Perkara yang keempat, saya juga ingin mengetahui kedudukan pendatang tanpa izin dan pelancong yang masuk, tetapi tidak bertemu pintu untuk keluar daripada negara kita.
Berapakah jumlah sebenar mereka sekarang dan apa pula status mereka?
Perkara kelima, saya juga menyokong cadangan rakan-rakan Yang Berhormat agar akta warganegara digubal serta diluluskan di Dewan yang mulia ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Saya jemput Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia Madani. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker kerana memberikan peluang kepada saya untuk sama-sama berbahas Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 yang menyentuh tentang kewarganegaraan ini.
Pertamanya, saya ingin memuji keberanian dan kesungguhan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, keseluruhan Pegawai-pegawai KDN, semua agensi dan juga civil society yang terlibat dalam usaha yang tidak henti-henti dan jitu untuk menyelesaikan isu kewarganegaraan ini. Kerana menurut Yang Berhormat Menteri, usaha ini bermula sejak Februari 2023 dengan secara intensif melibatkan pelbagai Sesi Libat Urus, penubuhan Jawatankuasa yang juga akhirnya melibatkan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu sehingga saat ini melahirkan satu Blue Bill di atas meja kita yang sama-sama dibahaskan oleh seluruh Ahli Parlimen pada hari ini.
Pada saya, ini adalah merupakan satu petanda yang sangat positif, satu langkah ke hadapan dan juga satu bukti bahawa Kerajaan Perpaduan dan juga Kerajaan Madani ini benar-benar mengangkat agenda reformasi. Kita tidak nafikan memang usaha untuk nak mengadakan suatu akta menuntaskan isu berhubung dengan kewarganegaraan ini telah pun dirintis oleh kerajaan-kerajaan sebelum ini. Kita tidak nafikan penting di mana ia bermula, tetapi yang lebih penting, bila ia berakhir. Saya percaya pada esok hari, kita akan sama-sama dapat menyaksikan suatu usaha yang dilakukan, suatu reformasi yang dilakukan ini akan benar-benar menjadi suatu kenyataan dan akan diluluskan di dalam Dewan yang mulia ini, insya-Allah.
Keduanya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, KDN kerana telah meluluskan permohonan kewarganegaraan yang begitu banyak termasuklah yang berada di bawah Parlimen saya, Parlimen Shah Alam, yang sebahagiannya merupakan rayuan-rayuan yang telah pun dipohon bertahun-tahun, malah ada yang melibatkan belasan tahun yang telah diajukan kepada pejabat saya dan saya majukan ke Pejabat Yang Berhormat Menteri Kementerian Dalam Negeri untuk disegerakan kelulusannya.
Daripada 13 permohonan yang diajukan itu, lapan telah pun diluluskan pada tahun ini. Ada tiga lagi dalam proses menunggu kelulusan dan saya harap ia akan dapat diselesaikan pada tahun ini. Daripada kelulusan yang diberikan itu, terdiri daripada pelbagai keturunan. Lima Melayu Islam, dua melibatkan anak angkat, satu India Islam, lima warga keturunan Cina termasuk dua yang berketurunan Siam hasil daripada perkahwinan campur ini.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Jadi, tidak betul sebenarnya ada dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa usaha kerajaan untuk nak memberikan hak kewarganegaraan ini hanya untuk nak memasukkan seberapa ramai warga asing yang mungkin tidak disukai disebabkan oleh
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
berbezanya keturunan atau pun berbeza etnik, tetapi apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah sebenarnya untuk memberikan hak kewarganegaraan ini atas sifat kemanusiaan, atas sifat kelayakannya untuk bersama-sama menjadi rakyat dalam negara kita ini.
Timbalan Speaker, saya ingin menyentuh berkenaan dengan Fasal 2, Perkara 15 yang menyebut tentang syarat hak kewarganegaraan ini mestilah mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam Bahasa Melayu. Saya memuji tindakan kerajaan ini dengan memasukkan syarat mencukupi- pengetahuan yang mencukupi dalam Bahasa Melayu ini kerana ianya adalah merupakan yang sangat penting sebagai satu penanda aras kepada syarat kewarganegaraan dan ia pun sebenarnya selari dengan yang telah diguna pakai dalam Perkara 16, Perlembagaan Persekutuan yang mensyaratkan pengetahuan asas dalam Bahasa Melayu.
Perkara 15 menyebut “mencukupi”. Pengetahuan yang mencukupi dalam Bahasa Melayu. Perkara 16 menyebut pengetahuan asas dalam bahasa Melayu.
Perkara ini sangat penting. Mana mungkin seseorang yang menjadi warganegara itu tidak boleh atau pun tidak pandai bercakap bahasa rasmi negara sendiri. Cuma persoalannya mungkin boleh diperjelaskan, apakah yang dimaksudkan dengan memahami perkara asas dalam Bahasa Melayu? Apakah yang dimaksudkan dengan pengetahuan yang mencukupi dalam Bahasa Melayu? Adakah cukup dengan sekadar boleh bertutur atau pun harus juga boleh menulis dalam Bahasa Melayu? Mungkin perkara ini perlu sedikit penelitian daripada kementerian.
Dan yang terakhir, satu sahaja yang saya nak sebut. Tidak cukup sebenarnya untuk seseorang yang mendapat hak kewarganegaraan ini mempunyai pengetahuan dalam Bahasa Melayu, tetapi dia juga mestilah bukan sahaja berikrar untuk mematuhi Rukun Negara, tetapi dia juga mestilah menghayati, mengamalkan dan juga mempertahankan Rukun Negara ini. Kerana dengan itu sahajalah baru dia boleh dapat memastikan akan bersama-sama untuk menegakkan keadilan, keamanan, keharmonian dan juga kedaulatan yang ada dalam negara kita ini. Terima kasih Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya jemput Yang Berhormat Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2024. Tuan Yang di-Pertua, setakat ini, sehingga saat ini, Sabak Bernam masih belum lagi membuat keputusan sama ada nak menyokong atau pun sebaliknya, sehinggalah habis saya menyertai perbahasan ini, barulah saya akan membuat keputusan.
Tuan Yang di-Pertua, empat sasaran RUU kali ini ialah yang pertama, menangani isu berkaitan taraf kewarganegaraan dengan cermat; kedua, setiap kes permohonan kewarganegaraan yang tertunggak selama ini akan diselesaikan segera; ketiga, sebagai satu
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
usaha mencari keseimbangan antara keselamatan dan kedaulatan undang-undang serta sikap perikemanusiaan yang patut diberikan kepada pemohon, khasnya golongan kanak- kanak; dan keempat, RUU pada kali ini ada- menjurus kepada tujuh pindaan. Maknanya, yang ada itu diubahsuai. Dan tiga pewujudan. Maknanya, dulu tak ada, kali ni ada. Dan tiga pemansuhan. Maknanya, digugurkan. Itulah yang sama ada kita nak sokong ataupun kita nak sebaliknya.
Tuan Yang di-Pertua, kaedah mendapatkan kewarganegaraan ada empat- kuat kuasa undang-undang; pendaftaran; naturalisasi; dan percantuman wilayah.
Sabak Bernam ingin fokus kepada Perkara 18, yang dipinda dengan memasukkan
(1A). “Seseorang di bawah umur 18 tahun yang menjadi warganegara melalui pendaftaran, hendaklah apabila mencapai umur 18 tahun, mengangkat sumpah yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan jika orang itu tidak mengangkat sumpah dalam masa 48 bulan selepas dia mencapai umur 18 tahun, hendaklah terhenti menjadi kewarganegaraan”. Izinkan Sabak Bernam fokus kepada mengangkat sumpah. Kaedah mengangkat sumpah ini, seperti mana dapatan yang saya peroleh daripada borang JPN- Borang C. Dalam column arahan tidak ada disebut pun kertas angkat sumpah. Cuma pemohon diberikan borang sebanyak lima muka surat untuk diisi, disertakan dengan gambar dan di akhirnya, muka surat yang keempat ni, ada akuan oleh pemohon. “*Saya mengesahkan bahawa saya berkelakuan baik dan saya telah bermastautin di Malaysia selama tidak kurang dari 10 tahun.
Dan semua maklumat yang diberikan dalam borang ini adalah lengkap, benar dan betul...”* Benar dan betul, sama je. “...dalam setiap butiran. Saya faham dengan sepenuhnya bahawa jika saya membuat kenyataan palsu secara sedar, apabila disabitkan, saya boleh dipenjarakan selama dua tahun atau denda sebanyak RM1,000 atau kedua-duanya. Di hadapan saya...”. Ha, ni yang menerima. Yang tadi adalah pemohon. Dia akan angkat sumpah. “...adalah Pendaftar Kewarganegaraan.” Sefaham saya, angkat sumpah ni semestinya berlaku di depan sama ada Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret, Pesuruhjaya Sumpah atau pun Notari Awam. Okey, itu kaedah yang pertama. Borang C.
Borang K pula, Akuan Pelepashakan Kewarganegaraan Malaysia iaitu bagi seorang perempuan. Sama juga. Muka surat pertama, butir-butir diri mereka dan di akhirnya, bukan dia yang memberi akuan. Yang memberi akuan ialah Majistret, Jaksa Pendamai, Peguam Bela, Peguam Cara, Notari Awam waktu angkat sumpah yang akan mengaku bahawa dia telah mengaku di hadapan saya. Kalau saya pihak yang menerima akuan sumpah tu, sebutlah Kalam bin Salan. “Bahawa dia telah cukup umur dan dia seorang perempuan bersuami yang berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan bahawa dia telah membuat akuan ini dengan rela hatinya.” Soalan saya, sekiranya saya silap, Menteri tolong betulkan lah. Kenapakah mesti ada penerima akuan sumpah yang berbeza? Yang pertama tadi- Pendaftar Kewarganegaraan.
Yang kedua adalah pihak Majistret, Jaksa Pendamai, Peguam Bela atau Peguam Cara.
Mengapa tidak mereka ni angkat sumpah menggunakan Borang Am 80; Akuan Sumpah
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Berkanun, disekalikan? Sama. Kemudian borang ini hendaklah dikepilkan setiap borang permohonan itu. Kenapa- tujuan yang sama, untuk memohon kewarganegaraan, tetapi cara bersumpahnya berlain-lain. Dua yang berbeza. Ini bukan sumpah, ini sumpah-sumpah sebab dua kali sumpah yang berbeza.
Lagi satu, saya nak sebutkan di sini, sekiranya menggunakan Akta Akuan Berkanun 1960, sekiranya keterangan-keterangan yang mereka beri dalam borang itu adalah palsu.
Memberi keterangan palsu di hadapan Pesuruhjaya Sumpah atau pun di depan Majistret atau pun di mahkamah, dia boleh dikenakan tindakan undang-undang- seksyen 193, Kanun Keseksaan iaitu memberi keterangan palsu di hadapan- di mahkamah. Tiga hingga tujuh tahun penjara, tetapi kalau di hadapan Pendaftar Kewarganegaraan, macam mana dia boleh didenda RM1,000 ataupun dijatuhkan selama dua tahun penjara ini? Aturan mana ini? Jadi, minta dijelaskan. Kalau saya salah, sila betulkan lah.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Jadi, saya minta setiap yang memohon kewarganegaraan ini hendaklah bersumpah di depan orang-orang yang telah dilantik oleh mahkamah untuk menerima sumpah iaitu Hakim- Mahkamah Sesyen, Majistret, Pesuruhjaya Sumpah ataupun Notari Awam. Tangan angkat macam ini...
[Mengangkat tangan] Yang dalam borang ini nampak gayanya tangan tidak terangkat terutama yang kedua tadi sebab yang itu pengakuan Majistret itu sendiri.
Bukan orang yang memohon sumpah ya.
Sekiranya cadangan saya diterima, borang ini masih diperlukan, tetapi dokumen- dokumen itu termasuk butir-butir, maklumat-maklumat, rekod-rekod mereka ini dianggap sebagai exhibit dan Akuan Bersumpah ini dikira akuan sumpah berkanun yang menunjukkan dia bercakap benar. Butir-butir yang dikemukakan untuk memohon sebagai warganegara itu adalah benar ya. Fi nya yang ini RM10, ini RM10. RM20 sahaja. Itulah.
Kerana saya perlu menggunakan SD ini adalah kerana rakyat Malaysia, sudah warganegara pun hilang Surat Pajak Gadai, kena angkat sumpah pakai SD. Kita Ahli Parlimen apabila menang pun angkat sumpah juga di Parlimen untuk menjalankan tugas kita, tetapi hendak mohon warganegara, tidak perlu angkat sumpah. Hanya perlu begitu sahaja. Jadi, tidak adil kepada kita.
Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya umumkan ya. Sabak Bernam menyokong pindaan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2024...
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Saya jemput Yang Berhormat Sri Gading.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam harapan, salam Malaysia madani. Terima kasih kepada
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Tuan Yang di-Pertua yang telah memberikan peluang kepada saya untuk berbahas berkaitan dengan pindaan Perlembagaan yang melibatkan kewarganegaraan.
Seperti mana yang kita sedia maklum, saya bersetuju dengan pandangan dari Kubang Kerian yang menyatakan mengapa ibu yang melahirkan, tetapi tidak didaftarkan sebagai warganegara anaknya sedangkan ibu tadi warganegara. Kalau katakan bapanya adalah bukan warganegara, sejak dahulu Perlembagaan itu dibuat.
Jadi, di sinilah kebijaksanaan kerajaan yang ada pada hari ini dan juga kebijaksanaan kita sebagai Ahli Parlimen. Kebetulan setelah 67 tahun Merdeka maka Perlembagaan ini digubal untuk memberikan hak yang sama rata kepada ibu dan ayah. Salah satu daripadanya warganegara.
Maka, kebijaksanaan Menteri yang telah bersungguh-sungguh di bawah KDN bersama dengan pegawai-pegawainya yang telah libat urus dengan pelbagai agensi yang lain bahawa sangat wajar kepada semua Ahli Parlimen sama ada kerajaan ataupun pembangkang bersetuju untuk menyokong pindaan ini. Ini satu perkara yang baik dan saya sangat bersetuju dengan pandangan dari Kubang Kerian.
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang pertama yang berkaitan apa yang saya ingin nyatakan di sini adalah tentang tempoh. Tempoh kalau dahulu permohonan ini diproses begitu lama. Ambil masa bertahun-tahun dan kita mengharapkan bahawa dengan adanya mekanisme yang baik, dengan pendekatan yang moden dengan cara yang lebih bijaksana.
Saya yakin dan percaya tempoh proses ini boleh dipercepatkan.
Sebagai contohnya, saya menghadapi satu masalah aduan daripada rakyat iaitu bapanya warga asing, ibunya warga Malaysia. Bila dia hendak daftarkan ke sekolah berusia 6 tahun, hendak masuk sekolah tidak boleh. Kerana, kerana bapanya warga asing, emaknya Malaysia. Sekaranglah! Jadi, bila saya kata bukankah ini tidak boleh lagi. Memang dahulu tidak boleh kan?
Jadi, apabila saya nyatakan di sini, kita akan buat pindaan Perlembagaan dan ini juga memberikan satu ruang yang sangat baik. Contoh, di mana anak-anak sebegini rupa. Berapa ramai yang ada dalam negara kita. Bukan sahaja anak yang terdampar, tetapi anak daripada warga Malaysia yang duduk di Malaysia sendiri yang tidak dapat mendaftarkan diri untuk belajar di sekolah kerajaan.
Jadi, inilah satu perkara yang sangat baik yang telah diperbincangkan dan kita yang berada di dalam Dewan yang mulia ini adalah salah seorang daripada pembuat dasar yang menjadi sejarah kepada rakyat seluruhnya. Walaupun kita sedia maklum bahawa bukan mudah sepatutnya untuk mendapatkan kerakyatan. Kita yakin dan percaya dengan undang- undang yang ada bahawa rakyat yang sepatutnya bila sebut sahaja warganegara yang seperti mana dikehendaki dalam undang-undang yang hendak dibubarkan ini iaitu pada Perkara 15, Fasal (1) Bahagian III berkaitan dengan bahasa Melayu.
Kita sedia maklum bahawa apabila mereka hendak memahamkan bahasa Melayu.
Duduk di luar negara sebagai contoh. Kita tidak payah ambil orang lainlah. Di kalangan kakitangan kerajaan yang berada di luar negara yang bawa anak-anak mereka di luar negara.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Saya yakin dan percaya sebahagian daripada anak-anak mereka bila balik ke rumah jumpa atuk dia, nak cakap Melayu pun pelat ataupun mungkin tidak tahu. Ini satu perkara yang jelas pada kita.
Jadi, apa mekanisme yang perlu kita hendak berikan kepada warganegara yang kita hendak terima yang lahir di luar negara, yang duduk di luar negara bertahun-tahun, tetapi memohon untuk menjadi warganegara? Apa mekanisme yang perlu kita beri supaya mereka boleh berbahasa Melayu, satu.
Kedua, mereka boleh memahami konsep Rukun Negara sebab Rukun Negara ini adalah asas kepada sayangnya kita kepada negara kita. Sebagai contoh, tuan-tuan. Sebagai contohnya yang kita sedia maklum. Sekiranya ada pertandingan bola sepak antara Malaysia dengan negara asing, negara lain yang bermain di tempat kita. Kita yakin dan percaya ada penyokong yang duduk dalam Malaysia ini datang tengok negara mereka, mereka akan tunjukkan sokongan yang begitu baik kepada negara asal mereka.
Jadi, inilah yang kita harapkan bahawa bukan sahaja daripada segi bahasa yang kita hendakkan tetapi kecintaan mereka kepada negara yang mereka telah menjadi warganegaranya. Apa cara, mekanisme yang perlu kita berikan?
Begitu juga dengan angkat sumpah ini. Ini satu perkara juga yang perlu kita pertimbangkan. Persoalan yang dikemukakan tadi, kenapa ambil tempoh sampai 48 bulan untuk angkat sumpah sebagai taat setia. Benda-benda ini mungkin boleh diberikan jawapan yang jelas supaya apabila mereka memang sudah bersedia untuk jadi warganegara.
Kenapakah tidak terus angkat sumpah? Itu antara perkara yang perlu kita tengok. Supaya dengan dari situlah kita boleh melihat keyakinan mereka, sayangnya mereka dan kesungguhan mereka untuk menjadi warganegara yang baik, warganegara yang membawa imej Malaysia sebagai negara yang berdaulat.
Saya rasa sekadar itu. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Sri Gading. Saya jemput Julau.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri atas usaha gigih beliau dalam melaksanakan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan yang memberikan impak positif terhadap isu tanpa kerakyatan di Malaysia.
Langkah ini amat bermakna dalam memastikan hak-hak mereka yang terpinggir diberi perhatian sewajarnya. Namun, saya ingin mengemukakan cadangan pada Artikel 15A Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kuasa kepada Menteri Dalam Negeri untuk meluluskan atau menolak pemberian kerakyatan kepada kanak-kanak di bawah umur 21 tahun yang turut diturun kepada 18 tahun wajar diteliti semula.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Saya mencadangkan agar artikel ini dimansuhkan dan digantikan dengan sebuah suruhanjaya bebas. Suruhanjaya ini harus terdiri daripada wakil-wakil dari Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia. Apa yang paling penting, diwakili oleh pelbagai agama dan bangsa tanpa sebarang penglibatan politik. Ini adalah bagi memastikan keadilan yang menyeluruh kepada semua pihak yang terlibat dan memastikan tiada diskriminasi berlaku terutamanya terhadap golongan yang tanpa kerakyatan.
Namun Tan Sri Yang di-Pertua, walaupun isu ini penting, saya ingin memberi fokus kepada satu lagi isu mendesak yang melibatkan pemegang MyKAS atau IC hijau. Seperti yang kita sedia maklum, MyKAS memberikan pemegangnya beberapa manfaat asas di Malaysia. Antaranya ialah akses terhad kepada penjagaan kesihatan, pendidikan, pekerjaan, perlindungan undang-undang dan kebebasan untuk bergerak dalam negara. Namun di sesetengah negeri, saya difahamkan bahawa pemegang MyKAS boleh membuka akaun bank dan mendapatkan pekerjaan tetapi masalah keseluruhan yang sering kali didengar sebenarnya, bukan semua bank dapat dibuka dan tidak semua majikan menawarkan pekerjaan kepada pemegang MyKAS ini.
Tambahan pula, akses kepada penjagaan kesihatan amat terhad di mana mereka perlu membayar seperti warga asing dengan had yang lebih tinggi. Lebih menyedihkan, tidak semua anak-anak pemegang MyKAS dapat bersekolah dan setiap lima tahun, mereka terpaksa memperbaharui kad MyKAS untuk kekal sah di Malaysia.
Kes-kes seperti yang dialami oleh sahabat saya, seorang aktivis Puan Agnes Padan yang telah banyak membantu dan menyuarakan isu ini selama bertahun-tahun, menunjukkan bahawa ramai pemegang MyKAS ini sebenarnya adalah penduduk asal yang telah lama menetap di Malaysia. Jauh lebih lama daripada kebanyakan kita, namun masih menerima layanan yang sangat terhad sebagai warganegara.
Saya ingin berkongsi satu kes yang cukup menyayat hati. Seorang pakcik, Purai dari Lawas, Sarawak tidak mendapat akses kepada rawatan kesihatan di Hospital Miri hanya kerana memegang MyKAS jenis lama. Tumor yang dialaminya semakin membesar dan keadaannya semakin kritikal. Mengapa Jabatan Pendaftaran Negara tidak boleh menukar kad tersebut dan membenarkan beliau menerima rawatan yang diperlukan segera?
Satu lagi contoh ialah keluarga Encik Basar Lakum dari Lawas juga. Encik Basar Lakum dan isterinya yang telah meninggal dunia, kedua-duanya pemegang MyKAS dan mempunyai empat orang anak juga pemegang MyKAS. Baru-baru ini, permohonan pembaharuan MyKAS mereka ditolak. JPN Lawas meminta surat pengesahan daripada kedutaan jiran yang menyatakan bahawa mereka tidak memegang pasport asing. Mengapa permintaan seperti ini baru sekarang timbul sedangkan mereka telah tinggal di Malaysia sejak sekian lamanya? Bahkan, kedutaan jiran telah mengesahkan bahawa ibu bapa mereka tidak memegang pasport asing dan tiada rekod dalam sistem negara jiran.
Namun, pihak JPN masih belum mengambil tindakan untuk menyelesaikan isu ini.
Akibatnya, akaun bank dan KWSP mereka dibekukan dan mereka tidak mempunyai sebarang
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
dokumen lain kecuali sijil kelahiran Malaysia sahaja. Sampai bila isu seperti ini akan berlanjutan? Apa yang mereka empat ini dapat lakukan? Sekarang, hari ini mereka telah ditandakan sebagai tiada kewarganegaraan.
Tan Sri Yang di-Pertua, di peringkat Kerajaan Persekutuan, sering kali kita dengar bahawa masalah seperti ini boleh diselesaikan. Namun hakikatnya, jauh berbeza apabila kita turun ke akar umbi. Mengapa terdapat perbezaan prosedur antara negeri-negeri dan mengapa tidak diselaraskan untuk seluruh negara? Usaha ini penting untuk melindungi hak semua rakyat daripada diskriminasi agama, bangsa dan etnik terutamanya bagaimanakah kepentingan ini dapat dilindungi jika berlaku perubahan kerajaan atau kepimpinan. Namun begitu, kita perlu terus berusaha untuk memastikan pemegang MyKAS terutamanya mereka yang merupakan penduduk asal mendapat hak-hak yang sewajarnya sebagai warga Malaysia. Dengan ini, saya menyokong. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih Julau. Saya jemput Rantau Panjang.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana turut memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan RUU Akta Perlembagaan (Pindaan) 2024.
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang ke arah pindaan akta ini terutama menjunjung kasih kepada Duli-duli Tuanku dan juga kepada kerajaan sama ada kerajaan dulu dan kini, begitu juga pegawai-pegawai kerajaan dan kakitangan termasuk NGO-NGO dan YB-YB kita yang turut memberi sokongan. Insya-Allah, akan diluluskan esok dalam Parlimen ini, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, pindaan Perlembagaan ini amat penting untuk kita memperkasakan terutama hak wanita di Malaysia. Sebelum ini, wanita di Malaysia yang telah berkahwin dengan suami yang bukan warganegara menghadapi diskriminasi dalam mewariskan kewarganegaraan kepada anak-anak mereka. Diharapkan dengan pindaan ini, proses menjadi lebih mudah, teratur dan tidak melalui proses undang-undang yang rumit dan panjang.
Pindaan ini amat bermakna sekali, sekali gus menghapuskan diskriminasi terhadap wanita dalam undang-undang negara kita. Pindaan akta ini amat penting untuk memastikan kanak-kanak dilindungi di bawah undang-undang ini, untuk memastikan juga mereka mendapat akses pendidikan, kesihatan, perkhidmatan dan seterusnya. Ini adalah selaras dengan Islam menjadi agama rasmi negara yang mana Islam mementingkan keadilan untuk semua.
Tuan Yang di-Pertua, kita semua memahami bahawa kewarganegaraan adalah anugerah istimewa yang tertinggi dalam negara. Kita mengharapkan setiap warganegara menghayati semangat dan tujuan diwujudkan kewarganegaraan ini yang mana di antaranya ialah untuk memelihara keselamatan dan kedaulatan negara; untuk menggalakkan
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
perpaduan dan kesepaduan nasional; untuk melindungi hak individu dan akses kepada perkhidmatan; untuk membuka jalan ke arah integrasi semangat cintakan tanah air. Jadi, sepatutnya tidak ada lagi warganegara yang pegang bendera pun terbalik. Juga, untuk memastikan kesamarataan dan keadilan; memelihara identiti bangsa, budaya dan negara; menyusun atur migrasi penduduk dan sumbangan ekonomi. Jadi, kita mengharapkan supaya roh semangat kewarganegaraan ini dihayati oleh semua pihak.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin penjelasan daripada pindaan ini. Apakah langkah- langkah sokongan yang telah dibuat untuk membolehkan pindaan ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh? Begitu juga langkah-langkah kawalan untuk memastikan supaya tidak ada mereka yang mengambil kesempatan. Jadi kalau kita melihat dalam pindaan ini, di mana isu keperluan bahasa Malaysia yang mencukupi untuk mendapat kewarganegaraan, saya mencadangkan untuk memperkenalkan kursus bahasa Melayu yang disubsidikan atau percuma untuk membantu pemohon-pemohon yang layak agar mereka tidak menghadapi diskriminasi bahasa, supaya mereka dapat boleh menghayati bahasa Malaysia dengan baik.
Sebab kita tengok ramai lagi warganegara kita yang tidak fasih bahasa Malaysia.
Begitu juga, saya ingin mencadangkan supaya berkaitan dengan isu pengangkatan sumpah kewarganegaraan sebelum usia 18 tahun di mana kita melihat isu ini akan berlaku juga kekangan sekiranya tidak diperhatikan dengan baik iaitu dengan prosedur yang ketat ini menyebabkan individu yang kurang memahami prosedur undang-undang, kehilangan kewarganegaraan tanpa sedar.
Saya khuatir mereka tidak diberi peringatan atau panduan mencukupi mungkin akan kehilangan kewarganegaraan secara automatik kerana kelewatan atau kurang kefahaman.
Bukan semua individu menyedari keperluan untuk mengangkat sumpah, apa lagi mereka yang tinggal di luar negara atau menghadapi kesukaran dari sudut pentadbiran.
Jadi, saya mencadangkan agar kerajaan melaksanakan akta pemantauan kewarganegaraan yang boleh memberi peringatan berkala kepada individu berkenaan dan memanjangkan tempoh masa untuk mengangkat sumpah agar mereka tidak terlepas peluang menjadi warganegara penuh Malaysia bagi mereka yang layak.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Begitu juga Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkaitan dengan pelaksanaan untuk pendaftaran kanak-kanak yang lahir di luar negara. Jadi saya ingin penjelasan apakah usaha untuk proses pendaftaran anak-anak di luar negara untuk dipermudahkan atau menggunakan teknologi terkini untuk membolehkan, memudahkan anak-anak ini didaftarkan kelahiran mereka supaya tidak ada ibu-ibu yang didiskriminasi, yang terlepas mendaftarkan anak-anak mereka sebagai warganegara mereka dalam tempoh yang ditetapkan.
Ketiga iaitu berkaitan dengan saya bimbang dengan proses perolehan kewarganegaraan melalui perkahwinan yang kita lihat melalui pindaan yang diperketatkan melalui kawalan terhadap kewarganegaraan yang diperolehi melalui perkahwinan ini, kita tahu ini satu langkah yang baik. Kita tengok dalam Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
memberi laluan untuk warganegara berdaftar sebagai warganegara melalui perkahwinan tetapi kita semua tahu bahawa terdapat risiko penyalahgunaan proses ini terutamanya melalui perkahwinan kontrak dan perkahwinan tidak sah.
Jadi saya khuatir walaupun pindaan ini membolehkan pelucutan kewarganegaraan sekiranya perkahwinan dibubarkan dalam tempoh dua tahun, kerajaan masih perlu menangani isu pengesahan perkahwinan palsu yang mungkin berlaku. Penguatkuasaan yang ketat amat penting dan juga dibimbangi terutama bagi mereka pasangan berkahwin secara sah tetapi mungkin ada prosedur yang tidak jelas. Jadi sebab itulah saya mencadangkan perkenalkan akta pemantauan perkahwinan untuk kewarganegaraan yang boleh memperketatkan kawalan dan pengesahan proses perkahwinan sebelum kewarganegaraan diberikan supaya perkahwinan kontrak dapat dikenal pasti lebih awal dan ditangani dengan tegas.
Jadi kita tak nak mereka mengambil kesempatan dengan undang-undang yang ada dan saya ingin juga penjelasan apa mekanisme yang digunakan oleh kerajaan untuk menangani pendatang asing, 3.4 juta pendatang asing yang tinggal di Malaysia. Kebanyakan mereka pekerja asing yang tinggal di Malaysia ini kita menggalakkan supaya jangan mereka tinggal lebih lama sebab ada di kalangan mereka mengambil kesempatan mengahwini wanita-wanita Malaysia untuk mendapatkan kerakyatan.
Saya ingin tahu apakah usaha yang dibuat untuk memastikan rakyat Malaysia yang sudah generasi demi generasi tapi tidak ada taraf kewarganegaraan kerana kebanyakan mereka adalah kaum Asal ataupun Orang Asli termasuk juga di Sabah dan Sarawak. Jadi perkara ini juga perlu ditangani dengan serius untuk memberi peluang kepada mereka untuk menikmati hak kewarganegaraan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Ipoh Timor.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Terima kasih Tan Sri Speaker. Pendaftaran bawah 15A, 868 kes permohonan dan berjaya 711, gagal 157. Di bawah 15(2), sejumlah 55 kes, 43 berjaya dan 12 ditolak. Naturalisasi bawah 19(1), jumlahnya 421 kes, 185 berjaya, 236 ditolak. Bawah perakuan atau 30(1), dua mohon, dua berjaya. Sejumlah yang berjaya adalah 941 permohonan daripada 1,346. Ini adalah kes-kes permohonan yang telah ditangani, diselesaikan sama ada ia berjaya permohonannya atau tidak, ini adalah track record Menteri Dalam Negeri sekarang.
Kalau tak silapnya adalah tiga kali atau adalah track record kalau kita kumpul sekali tiga Menteri dalam sebelum ini, dia seorang yang lagi hebat. Tahniah dan syabas atas track record yang sangat hebat oleh Menteri Dalam Negeri kita. Ini pujian. Dan disebabkan pujiannya. saya nak nyatakan saya Ipoh Timor akan – bukan sahaja ikut Whip tetapi secara sangat jujur, sangat ikhlas hendak dan akan menyokong pindaan ini.
Namun demikian, ada perlunya untuk saya suarakan sedikit kekhuatiran, sedikit permasalahan. Tapi sebelum saya hendak masuk itu, saya nak perbetulkan sedikit apa yang
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
dibawa oleh Kubang Kerian tadi. Beliau merujuk kepada pindaan Perkara 11(3) kalau tak silap. Dia rujuk berkenaan dengan pindaan seksyen 19B Jadual III. Ibu bermastautin secara tetap di tempat itu diganti dengan ibunya adalah seorang warganegara. Implikasi yang diceritakan oleh Kubang Kerian tadi kata sekiranya benda ini jadi masih tak ada identiti bagi bayi terdampar. Sebenarnya ini saya rasa mungkin Kubang Kerian terkeliru sedikit sebab bukan sahaja ia tak ada identiti malah ia sebenarnya memperkuatkan lagi kes dan basis untuk mengekalkan hak bayi terdampar untuk secara automatik jadi warganegara.
So, saya nak perbetulkan sedikit Kubang Kerian tadi sebab kalau kita baca 19B ia kata perlu dibuktikan. Sebenarnya tak betul, teksnya, ia kata tempat lahir di tempat itu sehingga dibuktikan sebaliknya dan bukannya perlu dibuktikan. Jadi saya nak perbetulkan Kubang Kerian sikit. Harap teguran adinda diterima. Sebab foundling ini tak wujud, tak timbul isu sebab tak ada pindaan yang menjadikan foundling itu bukan warganegara. Malah, yang dikekalkan, ia diperkuatkan lagi.
Baik, yang saya tak puas hati ke, yang saya tak begitu sepenuhnya setuju adalah berkenaan dengan PR tak automatik jadi warganegara. Ya, saya dah dengar semua hujah dan saya tahu memang ada dua jenis PR. PR yang disebutkan lahiran setempat atau bahasa Inggerisnya locally born dan juga yang memohon atau external applicant. Saya tahu local born 30 lebih ribu, yang bukan local born saya tak pastilah angkanya mungkin 300,000 atau 10 kali ganda, berapa kali ganda, tak tahu tapi memang besarlah. Dan nak fokus ini sepatutnya saya minta sangat – yang external applicant ini dia tak semestinya menjadi prioriti tetapi tidak boleh dinafikan hak mereka sebagai pemohon.
Tetapi saya memohon, minta supaya Yang Berhormat Menteri yang sangat-sangat efisien, yang memang kerja kehebatannya kumpul tiga Menteri pun tak cukup, tak boleh nak lawan dia, mohon jasa baiklah yang 30,000 ini yang locally born atau lahiran setempat ini bagilah dia orang secepat mungkin boleh selesaikan masalah depa. Sebab di samping kita tak boleh nak pinda atau kita dah pinda supaya PR tambah PR tak ada automatic citizenship untuk anak depa. Anak depa, bukan salah anak depa dilahirkan kepada ibu bapa itu. Jadi saya mohon cepat-cepat.
Saya nak tambah satu lagi. Ini asasnya. Yang saya tak puas hati, memang syabas dan tahniah kepada pihak kerajaan, junjung kasih kepada Majlis Raja-raja, Duli-duli Yang Maha Mulia kerana telah perkenankan kita nak memberi hak kepada ibu juga yang memang it’s universally accepted dengan izin, as a basic right. Tetapi tiadanya retroactivity itu sebenarnya masih membuka atau terbiar pembukaan kelompangan atau masih terbukanya kelompangan itu perlu kita tangani. Perlu kita tangani dengan apa? Perlu kita tangani dari segi kalau boleh ada statutory procedural regulations yang lebih ketat, lebih jelas supaya golongan ini hak golongan ini yang sekarang – lepas ini dia akan ada hak tapi yang dulu-dulu yang tertinggalkah? Yang belum dapat ke? Dalam permohonannya tertunggak ke? Mohonlah jasa baik. Mohon sangat-sangat Yang Berhormat Menteri, yang hebat keberkesanannya untuk pastikan mereka juga terbela.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Jadi yang *last.
[Ketawa]* Ini merupakan satu pindaan perlembagaan yang bersejarah. Ia tidak sempurna. Malah saya akan kata ia jauh dari sempurna. Tetapi, jangan biar yang tidak sempurna sedikit itu menggagalkan kebaikan yang kita nak sampaikan. Saya nak quote satu last line “Do not let [Ketawa] , do not let perfection be the enemy of doing good” dengan izin. We will never be perfect. Tetapi, sedikit kebaikan yang kita boleh buat, kita buat dulu. Yang lain, kita sempurnakan kemudian. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya jemput Tanjong Karang.
Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia Madani. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberi peluang kepada Tanjong Karang untuk turut sama membahaskan Akta Perlembagaan (Pindaan) 2024 di dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih dan junjung kasih kepada Majlis Raja-raja yang telah memberi perkenan untuk kita semua membahaskan RUU ini.
Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 2024 yang dibentangkan hari ini memperlihatkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan Perlembagaan Persekutuan terus relevan dan responsif terhadap perubahan sosioekonomi serta aspirasi rakyat Malaysia terkait soal warganegara.
Pertama, pindaan terhadap Perkara 15(1)(iii)(c) yang mensyaratkan seseorang yang memohon warganegara melalui perkahwinan perlu mempunyai pengetahuan mencukupi dalam bahasa Melayu amat penting. Bahasa Melayu bukan hanya bahasa kebangsaan tetapi juga lambang identiti negara. Keperluan ini memastikan mereka yang ingin menjadi warganegara benar-benar memahami bahasa Melayu, budaya dan nilai-nilai negara ini.
Namun, saya ingin mencadangkan agar perkara ini diperhalusi dengan ujian kompetensi percakapan yang lebih adil dan sesuai bagi mereka yang ingin memohon kewarganegaraan Malaysia.
Kedua, pindaan untuk menurunkan had umur dari 21 tahun kepada 18 tahun bagi permohonan kewarganegaraan melalui pendaftaran, atau Perkara 15A, adalah satu langkah yang tepat dan konsisten dengan pelbagai undang-undang sedia ada termasuk hak mengundi pada umur 18 tahun. Ini juga selaras dengan definisi undang-undang umur dewasa yang ditetapkan dalam Akta Umur Dewasa 1971.
Walau bagaimanapun, Tanjong Karang ingin mencadangkan bahawa kerajaan menimbangkan bagi menyediakan program sesi bimbingan atau kaunseling kepada individu yang mencapai umur 18 tahun yang sedang mempertimbangkan keputusan penting ini. Ini kerana keputusan mengenai kewarganegaraan adalah keputusan besar yang melibatkan masa depan individu berkenaan dan sokongan emosi serta pengetahuan undang-undang mungkin diperlukan.
Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Perkara ketiga, pindaan kepada Perkara 18 yang menghendaki individu yang menjadi warganegara melalui pendaftaran untuk mengangkat sumpah taat setia pada umur 18 tahun adalah satu langkah yang bijak. Ini bagi memastikan bahawa individu yang memperoleh kewarganegaraan secara rasmi menyatakan komitmen mereka kepada negara.
Saya menyokong cadangan ini, tetapi ingin menambah sekiranya tempoh 48 bulan yang diberikan untuk mengangkat sumpah itu perlu disemak semula. Tempoh ini mungkin terlalu panjang dan terlalu lama. Kalau boleh, dikurangkan kepada tempoh 24 bulan atau dua tahun bagi memastikan proses kewarganegaraan itu lebih cepat dan tidak berlarutan tanpa menjejaskan hak individu.
Perkara keempat yang saya ingin sentuh adalah pindaan yang memberikan hak kewarganegaraan automatik kepada kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara jika salah seorang daripada ibu bapa mereka adalah warganegara, iaitu pindaan dalam Jadual Kedua, adalah satu perkembangan yang sangat positif. Sebelum ini, hanya kanak-kanak yang bapanya warganegara sahaja yang berhak mendapat kewarganegaraan secara automatik.
Dengan perubahan ini, kita akhirnya mengiktiraf peranan ibu secara setara dalam menentukan kewarganegaraan anak. Ini adalah satu kemenangan bagi prinsip kesaksamaan gender dalam undang-undang kewarganegaraan kita.
Namun, saya ingin mencadangkan bahawa pihak kerajaan memperluaskan kesedaran mengenai hak ini supaya ibu bapa yang terlibat sama dapat menjalankan pendaftaran dalam tempoh yang ditetapkan. Ramai yang mungkin tidak sedar akan prosedur ini dan pendaftaran yang lewat boleh menyebabkan kehilangan hak kewarganegaraan bagi anak-anak mereka.
Perkara kelima, pindaan yang membenarkan kerajaan menahan pendaftaran Akuan Pelepasan Kewarganegaraan sekiranya ia memudaratkan keselamatan negara, iaitu Perkara 23, adalah langkah penting untuk memastikan integriti negara dipelihara. Namun, adalah penting untuk memastikan terdapat kriteria yang jelas tentang bagaimana keputusan ini dibuat agar tidak menimbulkan keraguan terhadap kelulusan proses tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai wakil rakyat, kita perlu memastikan pindaan-pindaan yang dibuat ini tidak hanya sekadar memenuhi keperluan semasa tetapi juga berfungsi dengan adil dan berkesan dalam jangka panjang demi kepentingan dan kedaulatan negara.
Tuan Yang di-Pertua, Tanjong Karang mohon menyokong Rang Undang-undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 2024. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput pembahas terakhir, YB Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih Tan Sri Speaker kerana membenarkan saya sebagai pembahas terakhir untuk— bukan gulunglah. Untuk mengakhiri perbahasan hari ini.
[Ketawa]
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Pertama, saya nak bagi sokongan kepada pihak kerajaan kerana membuat satu reformasi yang telah ditunggu-tunggu oleh beberapa lama tahun, kerana kali ini kita buat satu Perlembagaan untuk memberi hak sama rata untuk ibu dan bapa, bukan sahaja untuk bapa, yang boleh memberi hak warganegara kepada anak yang dilahir di luar negara. Ini satu pembaharuan yang kita telah tunggu-tunggu sejak lama lagi.
Prinsipnya, untuk memberi warganegara kepada anak, ada dua. Satu, bapanya warganegara atau keduanya, ibunya warganegara. Jadi, untuk kes ini, ibunya memang warganegara. Jika anak lahir di luar negara, memang dia perlu diberi hak warganegara, bukan sahaja untuk bapa.
Kedua, saya nak bangkit, satu, tentang anak yang dilahir di luar perkahwinan ataupun children born out of wedlock. Ini ada banyak kes yang clear cut sepatutnya anak patut diberikan hak warganegara. Saya ada satu kes di kawasan saya. Dua tahun lalu, saya telah membantu untuk mendapat permohonan kewarganegaraan untuk tiga anak-anak mereka dan ia telah dilaporkan dalam Utusan Malaysia.
Tiga anak mualaf tidak dapat status warganegara. Bapanya warganegara Malaysia, berbangsa Cina tetapi agama Islam. Muhammad Ali Ong. Isterinya daripada Indonesia.
Tetapi, tiga anaknya, pada masa itu 15 tahun, 13 tahun dan 11 tahun, sekarang 17 tahun, 13 tahun dan 11 tahun, sampai hari ini tak dapat warganegara kerana anak mereka dilahirkan sebelum perkahwinan mereka didaftarkan. Tetapi, kes mereka ini kes genuine, kes betul.
Bapanya merupakan warganegara tetapi mengapakah kita tak boleh bagi anak mereka warganegara, status Malaysia? Kerana mereka terlupa ataupun tak ada pengetahuan ataupun tak ada kesedaran untuk mendaftarkan perkahwinan sebelum anak mereka dilahirkan.
Saya rasa ini satu loophole yang kita perlu tutup. Kita boleh tengok, kalau dalam kes lain, jika ibunya warganegara dan pasangan luar negara, tidak ada daftar, tetapi anaknya boleh dapat kerana— Oleh itu, perkahwinan itu bukan satu yang penting untuk buktikan anak itu boleh dapat warganegara kerana kita boleh buktikan anak itu lahir dari ibu itu. Jadi, kita tahu bapa, pada masa dulu, kita tak ada apa-apa teknologi untuk buktikan anak itu lahir daripada bapa warganegara Malaysia. Betul. Tetapi, hari ini kita ada DNA. Kita boleh pergi hospital, kita check anak ini memang lahir daripada bapa ini. Lepas itu, bapa juga telah berkahwin dengan isteri warganegara asing.
Jadi, dalam kes ini, saya rasa kita perlu ada satu— loophole. Kita perlu tutup loophole ini untuk membenarkan anak-anak ini― mereka ini kes genuine. Children born out of wedlock dan telah banyak kes. Banyak kes, kita telah selesaikan dengan cara lain iaitu cuba dengan buat anak angkat. Lepas setelah beberapa tahun, kita berikan warganegara kepada anaknya. Tetapi, itu satu proses yang sangat panjang, sangat rumit dan sangat leceh. Saya rasa ini kita perlu bagi peluang mereka untuk dapat kewarganegaraan.
Seterusnya, saya nak bangkit sikit tentang laporan daripada The Malaysian Insight dengan tajuk “Proses status PR terlalu lambat sukarkan pasangan warga asing” yang telah diterbitkan pada 13 Ogos 2024. Di sini saya nak cakap Malaysia PR sahaja, belum sampai
Tuan Chong Zhemin - Kampar
tahap kewarganegaraan. Tetapi, mengapa― saya baca di sini laporan. “Warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia masih berdepan cabaran berkaitan pekerjaan dan membuka akaun bank selagi proses permohonan penduduk tetap (PR) mereka tidak diuruskan dengan cepat, kata kumpulan sokongan hari ini.” Kumpulan ini berkata, “Proses permohonan PR sukar dengan tempoh menunggu yang panjang dan kadar kelulusan yang rendah”.
Jadi, saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah jumlah permohonan PR yang telah diterima untuk pasangan luar negara, isteri ataupun suami, yang telah diterima selama 10 tahun ini? Dan berapa kes PR yang telah diluluskan? Kerana ini penting. Ada suami isteri daripada luar negara yang telah berkahwin di Malaysia lebih 10 tahun. Secara teknikalnya, lima tahun boleh dapat PR. Tetapi, 10 tahun, 20 tahun, tak dapat lagi PR. Anak- anak semua telah besar, bekerja di Malaysia, rakyat Malaysia. Tetapi, setiap tiga tahun, setiap dua tahun masih pergi untuk memohon visa, spouse visa.
Saya dapat data di sini. Di Malaysia, pada masa ini, mempunyai 164,000 keluarga berlainan negara iaitu membabitkan perkahwinan antara rakyat Malaysia dengan pasangan bukan warganegara. Jadi, 164,000 ini, berapakah pasangan yang telah memohon PR?
Nombor satu. Dan berapakah pasangan yang telah dapat PR dan memohon warganegara dan berapa telah diluluskan? Jadi, saya harap kementerian boleh menjawab soalan ini.
Sekian sahaja perbahasan saya. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi, hari Khamis, 17 Oktober 2024. Sekian.
Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh dan selamat malam.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.41 malam]