Oct152024

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang Di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Bismillah Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat, di luar sana hujan terlalu lebat dan beberapa buah jalan telah pun dinaiki banjir dan ramai di antara Ahli Yang Berhormat telah terperangkap dalam banjir tersebut. Oleh yang demikian saya menggunakan peraturan mesyuarat 12(2) untuk menangguhkan mesyuarat ini hingga jam 10.30 pagi .

final • 10:00 AM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 10.04 pagi]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 10.30 pagi]

WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Sejahtera. Saya jemput Dato' Seri Amirudin bin Shari, Gombak. Silakan

final • 10:30 AM

Dato' Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Terima kasih Tan Sri Speaker soalan untuk Perdana Menteri berkenaan dengan ASEAN, soalan pertama. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila baca.

final • 10:30 AM

Dato' Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Baca.

final • 10:30 AM

  1. Dato' Seri Amirudin bin Shari [Gombak] minta Perdana Menteri menyatakan :

(a) apakah hasil lawatan Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke- 44 dan ke-45 pada 8 hingga 11 Oktober 2024; dan

(b) persiapan Malaysia dan hala tuju sebagai Pengerusi ASEAN tahun 2025 terutamanya dalam konteks ekonomi serta cabaran geopolitik semasa.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Perdana Menteri.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Perdana Menteri dan Menteri Kewangan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Sejahtera. Terima kasih Gombak, Sidang ASEAN ke-44 dan 45 di Vientiane, iaitu melibatkan 15 mesyuarat, 10 buah negara ASEAN termasuk 7 rakan dialog iaitu Amerika Syarikat, Australia, China, India, Jepun, Kanada dan Republik Korea, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa- Bangsa dan juga Ketua European Union.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Perdana Menteri dan Menteri Kewangan

Tentunya beberapa pendirian kita tentang Laut- South China Sea, kita tegas pertahankan kebebasan kawasan itu mengikut UNCLOS 1982. Kemudian, kita juga bentangkan soal Palestin, Lubnan, mengutuk keganasan dan serangan Israel berterusan, soal Rusia-Ukraine dan juga soal kedamaian menentang aktiviti nuklear di utara Korea Utara. Kita tekankan empat perkara konsensus, berhubungan dengan Myanmar dan ini kali pertama wakil bukan politik, maknanya pegawai Myanmar yang hadir di sidang tersebut.

Untuk hala tuju berikutnya, tekanan kita terutama bila Kepengerusian ASEAN kerana ini melibatkan hampir 700 juta orang penduduk dan lebih USD 2 trilion kekuatan ekonomi yang dirantau tersebut malah keseluruhannya kalau ikut potensi dari tahun 2023, pencapaian ASEAN adalah USD 3.8 trilion. Dan nilai perdagangan ialah USD 3.5 trilion.

Jadi kalau kita boleh jalin bekerjasama seperti mana ditekankan oleh Gombak, maknanya keupayaan kita tentu boleh meningkat kerana tekanan Malaysia ialah Transformasi Digital, termasuk Perjanjian Rakan Kerja Ekonomi Digital ASEAN itu keutamaan kita.

Keduanya soal perjanjian perdagangan bebas ASEAN dan rakan dialog termasuk European Union. Dan ketiga adalah rangkaian tenaga grid yang disebut ASEAN Grid. Ini akan memberikan lonjakkan kepada kekuatan ekonomi. Dan saya percaya dengan penyertaan Timor-Leste yang sedang kita usahakan ASEAN menjadi 11, dan kekuatan ekonomi tentunya jauh lebih meningkat. Jadi kalau menurut unjuran kita untuk 2025, mesyuarat peringkat menteri-menteri dan kemuncak ada kelainannya. Inilah kali pertama ASEAN akan menganjurkan persidangan 10 buah negara ASEAN dan GCC, yang termasuk Arab Saudi, UAE, Qatar, Bahrain dan Kuwait plus China dan China juga akan bersama.

Jadi ini sejarah iaitu ASEAN, meneroka kawasan baharu termasuk dunia Arab dan kerjasama dengan negara China. Ini hanya berlaku insya-Allah tahun hadapan permulaan bagi ASEAN selain daripada meneruskan perjumpaan berikutnya ASEAN dengan dialog partners seperti mana China, Korea, Jepun, India, Australia, New Zealand, European Union dan Amerika Syarikat.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Gombak.

final • 10:30 AM

Dato' Seri Amirudin bin Shari - Gombak

Terima kasih YAB Perdana Menteri atas jawapan sebentar tadi. Dalam tempoh 10 tahun ke belakang kita dapati ASEAN sering dianggap sebagai masa depan kerana kestabilannya dan sekarang terbukti apabila beberapa- rantau-rantau sedang berdepan dengan kemuncak masalah geopolitik dan juga isu-isu yang berbangkit.

Soalan saya kepada Perdana Menteri, adakah borang kompas yang digunakan oleh ASEAN pada masa depan untuk memastikan kestabilan dan ASEAN itu dapat dipelihara, pada saat kita menangani masalah-masalah geopolitik seperti hubungan China dan Amerika Syarikat dan tidak ketinggalan isu-isu berlarutan di dalam ASEAN sebagai contoh kes yang melibatkan Rohingya yang turut memberi kesan kepada negara-negara jiran termasuk Malaysia.

Yang kedua, adakah ASEAN bersedia untuk membuka kelonggaran ataupun memikirkan untuk bergerak sebagaimana Eropah satu ketika dahulu. Apabila Eropah telah melaksanakan sebagai contoh European Parliament ataupun melonggarkan sempadan persoalan imigresen demi menggalakkan lagi potensi yang sememangnya sangat besar di negara ASEAN sebagaimana jawapan YAB Perdana Menteri sebentar tadi. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Perdana Menteri.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Gombak. Soal kerangka geopolitik, ASEAN capai kesepakatan soal muafakat konsensus 5 perkara dalam semua hubungan ke arah penyelesaian Myanmar dan kita bagi laluan walaupun kita tidak iktiraf rejim sekarang, laluan untuk perbincangan secara tidak formal dengan Myanmar dengan maksud menarik Myanmar dengan syarat-syarat ditetapkan termasuk secara inklusif

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

berbincang dengan rejim Junta, pembangkang dan juga negeri-negeri sekutu di Myanmar dengan suku-suku yang pelbagai. Iaitu, jadi ada konsensus, pendirian tidak berganjak.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Keduanya, soal Laut China Selatan. Laut China Selatan, terikat dengan prinsip asal dulu, pengasas ASEAN yang neutrality, tapi kita sebut sekarang centrality supaya hubungan kita dengan semua negara tidak terjejas. Tumpuan ASEAN ialah pertumbuhan ekonomi. Economic fundamental menjadi suatu ukuran atau kriteria utama dan kita tidak mahu ASEAN menjadi gelanggang percaturan atau pertembungan kuasa-kuasa besar.

Dulunya Amerika dan Soviet Union, sekarang ini Amerika dengan negara China sebab itu hubungan kita dengan negara China terus kita tingkatkan dan sekarang apabila kita mendekati BRICS dan beberapa buah negara ASEAN telah mengambil keputusan yang sama, tetapi dalam hal Laut China Selatan, saya sebut tadi kita terikat dengan persetujuan supaya kawasan ini mesti kawasan beri laluan bebas. Segala pertikaian mesti melalui rundingan, sama ada bilateral atau multilateral dalam konteks ASEAN dan prinsipnya ialah prinsip UNCLOS 1982.

Soal saya katakan tadi, yang penting bagi kita ialah fokus pada pertumbuhan ekonomi. Adakah jaringan sepertimana berlaku di EU. Saya tidak fikir ia akan berlaku segera tetapi peningkatan daripada segi grid tenaga, itu sudah dipersetujui. Maknanya dua perkara asas yang akan menyebabkan hubungan kaitan antara jaringan di antara negara-negara ASEAN itu lebih kukuh ialah melalui digital link dan juga dari segi apa yang disebut sebagai grid tenaga daripada Kemboja, Laos melalui Malaysia ke negeri-negeri lain.

Lain itu sepertimana saya sebut, teras itu adalah perdagangan dan pelaburan, enhancing trade investment, inklusif dan mampan dan promoting integration and connectivity of economics. Sebab itu saya katakan semua perbincangan kita tertumpu kepada mengangkat kekuatan ekonomi ASEAN secara bebas untuk menjalin hubungan ekonomi dan perdagangan dengan semua negeri dan rantau.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Kota Bharu.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan tahniah kerana kita akan menjadi Pengerusi ASEAN 2025.

Selaras dengan itu, saya ingin tahu, apakah pendekatan dan strategi Malaysia untuk memanfaatkan saluran diplomasi menerusi kita menjadi Pengerusi ASEAN ini dalam rangka kita menyelesaikan isu tuntutan bertindih, terutamanya di Laut China Selatan. Susulan baru-baru ini ketetapan ASEAN itu sendiri untuk menggesa supaya rumusan awal Kod Tatalaku (COC) di Laut China Selatan itu diselesaikan dengan segera dalam Sidang Kemuncak ASEAN baru-baru ini. Langkah ini penting mengambil kira laporan insiden kapal-kapal tentera laut asing yang didapati berada di pelantar minyak luar pesisir di Malaysia sejak kebelakangan serta tidak kurang juga berlakunya insiden kebocoran dokumen diplomatik Malaysia-China sebelum bulan 12 ini. Mohon penjelasan.

Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Menteri.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Kota Bharu. Pendekatan sepertimana yang saya sebut, centrality ASEAN ialah melalui rundingan dan dialog, tapi kita daripada segi Malaysia, tidak berganjak daripada tuntutan dan pendirian kita tentang kawasan milik Malaysia. Sebab itu penerusan cari gali oleh PETRONAS termasuk di kawasan Kasawari itu diteruskan walaupun dibangkitkan oleh negara China, kita kata kita akan teruskan, tetapi tidak pernah menutup ruang untuk berbincang dengan mana-mana negara.

Malaysia punyai isu dengan semua- negara-negara jiran dengan Thailand, dengan Filipina, dengan Indonesia, Singapura umpamanya dan Brunei. Sebab itu kita

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

kurang setuju bila permasalahan pertelingkahan sempadan ini hanya dirujuk pada satu- negara umpamanya China. Padahal kita punyai masalah. Masalah ini tidak menjejaskan hubungan diplomatik. Masalah ini tidak menjejaskan hubungan perdagangan dan persahabatan akrab dengan jiran-jiran kita. Pendirian yang sama kita lakukan...

final • 10:40 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Tetapi kita juga sepertimana yang disebut oleh Kota Bharu akan terus menegur dan membantah sekiranya perairan kita itu digunakan untuk laluan pertahanan tanpa izin Malaysia.

Tentang Kod Tatalaku dalam mesyuarat ASEAN yang lalu di hadapan Amerika dan China dan termasuk Jepun, Korea dan ASEAN, saya tegaskan tentang keperluan dialog terikat kepada UNCLOS 1982. Kerana perjanjian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu mengikat semua dan saya lihat respons daripada negara China adalah bersetuju penyelesaian mengikut kerangka UNCLOS. Ya.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tampin.

final • 10:40 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Tan Sri Speaker.

Menjelang ASEAN 2025, tentu sekali banyak mesyuarat dan program-program yang akan diadakan sepanjang tahun 2025 khususnya di Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.

Persoalan saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, bagaimana kita boleh menggalakkan penyertaan kerajaan negeri dan juga pihak swasta untuk bersama-sama Kerajaan Persekutuan agar sama-sama mendapat faedah dan limpahan ekonomi sepanjang tempoh penganjuran ASEAN 2025. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Tampin. Keputusan kita ialah selain daripada anjuran utama ketua-ketua negara di Kuala Lumpur kerana isu logistik yang tak mampu ditangani di negeri-negeri lain kerana melibatkan sekurang-kurangnya 25, 30- ketua negara. Jadi, kita putuskan bahawa semua- acara-acara Menteri, Menteri Luar, Menteri Ekonomi dan puluhan mesyuarat, malah keseluruhannya dengan pegawai- ratusan akan diatur di semua negeri Semenanjung, Sabah, Sarawak.

Malah saya juga telah memutuskan kerana beberapa buah negeri umpamanya, katakanlah Perlis atau Kelantan tidak mencukupi untuk menjadi penganjur, kita akan cuba mengatur supaya ada perbincangan di peringkat pegawai ASEAN ataupun sekurang- kurangnya kunjungan ke negeri-negeri tersebut supaya tidak ada negeri yang tertinggal dalam bidang itu, tetapi sepertimana kita juga maklum, keistimewaan ASEAN 2025 ialah kerana melibatkan Mesyuarat GCC Plus China.

Kedua, ialah bahawa di samping ada persidangan itu, ada beberapa persidangan besar antarabangsa yang melibatkan sektor swasta dan pelabur-pelabur utama. Ini umpamanya anjuran yang tidak melibatkan dana kerajaan kerana dianjurkan oleh swasta termasuk oleh Fortune, World Economic Forum dan juga Bloomberg sepertimana mereka adakan di beberapa buah kawasan yang lain. Ini akan memberi peluang, kita memberi semula fokus kita dalam ASEAN ini adalah untuk kegiatan perdagangan dan pelaburan.

Saya ingin tekankan bahawa di sini, bahawa sementara hubungan diplomatik antarabangsa ini penting bagi negara kita, tetapi keutamaan kita dan seluruh fokus perbincangan kita dalam persiapan ASEAN adalah untuk menjadikan ini sebagai ruang yang terbaik untuk kita perkenalkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Seterusnya, saya jemput Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari, Pasir Mas.

final • 10:40 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua. Belum terlambat saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Perdana Menteri yang menerima ahli yang kehormat yang pertama Seri Paduka bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan dua minggu lepas...

[Tepuk]

final • 10:40 AM

2. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Perdana Menteri menyatakan, adakah kerajaan bersedia mengambil tindakan perundangan terhadap agensi berita antarabangsa Bloomberg berhubung dakwaan campur tangan Perdana Menteri dalam siasatan SPRM sehingga telah mencemarkan imej beliau dalam usaha memerangi salah guna kuasa dan rasuah.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Pasir Mas. Sepertimana yang kita sedia maklum, ini kali kedua yang Bloomberg telah membuat satu tohmahan yang berbahaya. Pertama yang melibatkan Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong dalam soal izin pembinaan kasino yang menjadi sebenarnya fitnah yang keterlaluan dan tidak pernah dibangkitkan oleh Jemaah Menteri ataupun oleh Yang di-Pertuan Agong.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Kedua ini ialah yang laporan 26 September yang dirujuk oleh Yang Berhormat tentang arahan kepada SPRM. Setakat ini, tindakan perundangan sedang diteliti kerana pihak PDRM telah menerima laporan dan telah mengambil beberapa tindakan termasuk wakil Bloomberg dan individu-individu terkait pada 1, 8 dan 11 Oktober yang lalu, tapi oleh sebab dalam siasatan PDRM, saya serahkan kepada PDRM untuk menyiasat dan untuk Peguam Negara mengambil tindakan yang sesuai.

final • 10:50 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

[Bangun]

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

SPRM sendiri telah membuat kenyataan yang tegas menafikan tohmahan tersebut kerana apa yang berlaku hanya arahan umum yang saya lakukan termasuk di Parlimen bahawa saya mahu SPRM, LHDN, PDRM, badan- badan penguat kuasa bertindak tegas memerangi rasuah tanpa tolak ansur dan badan- badan penguatkuasaan memerangi jenayah dengan tegas. Ini yang di arahan yang diberikan, tetapi tidak melibatkan kes-kes khusus kerana SPRM seperti juga Jabatan Peguam Negara harus bertindak bebas dan telus without fear or favour.

Apakah ada tindakan? Tindakan itu tunggu Laporan PDRM dan sekiranya didapati kesalahan yang nyata, itu keputusan Peguam Negara untuk mendakwa.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Pasir Mas.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Yang Amat Berhormat Tambun atas jawapan yang cukup- saya rasa cukup meyakinkan, tetapi Yang Amat Berhormat Tambun, ia masih belum lagi dapat cukup untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa ada tindakan yang serius dalam isu ini.

Ini kerana sebagaimana kita tahu dan saya pun tak suka mengungkit cerita lama, soal campur tangan terhadap siasatan ini telah menyebabkan episod yang tidak seronok dalam hidup Yang Amat Berhormat Tambun sendiri secara peribadi beberapa puluh tahun yang lepas kerana itulah ia perlu ditangani, tetapi apabila Yang Amat Berhormat Tambun menyebut ini bukan kali pertama, ya, ini bukan kali pertama. Ini sudah kali kedua tahun ini dan disusuli oleh kenyataan Yang Amat Berhormat sendiri pada 27 Mac 2024 di mana- saya bacakan. “Anwar semak dengan Perbendaharaan dakwaan mengenai bekas ataupun mengenai Farhash”, individu dinamakan ini. *“Tetapi hasil semakan ini tidak diumumkan kepada rakyat”.

“Begitu juga dakwaan yang pertama juga pernah pihak Polis mengeluarkan kenyataan pada Mei 2024, isu kasino Forest City, polis rekod keterangan petugas portal Bahasa Inggeris”. So*, sudah ada siasatan tetapi tidak ada pengumuman dan tidak ada tindakan lanjut. Bahkan rakyat melihat, Yang Amat Berhormat sendiri boleh hadir ke pentas diadakan oleh agensi ini tanpa apa-apa masalah. Jadi bila timbul isu yang kedua ini, rakyat mahu tindakan yang tegas dan lebih cepat daripada kerajaan untuk mendakwa agensi ini yang mempunyai pangkalannya di negara kita sendiri.

Ini bukan sahaja pembangkang, Yang Amat Berhormat Tambun. Satu- pertubuhan Lawyers For Liberty juga menyebut bahawa kesungguhan - mempersoalkan kesungguhan

final • 10:50 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

kerajaan dalam menyaman Bloomberg. Bahkan yang diheret kepada siasatan ialah aktivis pro pembangkang. Antaranya individu bernama Isham Jalil dipanggil oleh polis kerana menggesa Perdana Menteri menyaman Bloomberg.

Jadi, saya mohon jawapan yang tegas dan tuntas daripada Perdana Menteri.

Tekanan secara peribadi daripada Perdana Menteri yang saya yakin Insya-Allah, rakyat akan bersama dengan Perdana Menteri dalam isu ini. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Pasir Mas. Saya hormati prinsip tersebut. Cuma saya dah beritahu di sini, kita serah pada PDRM dan saya ingat oleh sebab isu ini dibangkitkan, saya percaya PDRM harus buat kenyataan yang tegas menjelaskan apa yang berlaku pada siasatan. Siasatan itu hanya terlibatkan kepada orang yang disebut. Siasatan juga itu memanggil Bloomberg, wakil Bloomberg memang telah dipanggil. Mengikut kenyataan PDRM kepada saya, itu yang saya bacakan. Apa yang berlaku selepas itu, itu saya belum dimaklumkan. Tapi saya setuju dengan Yang Berhormat bahawa hal-hal seperti ini harus telus dan dihebahkan supaya rakyat mengetahui.

Soal mengapa saya terus ada hubungan dengan Bloomberg, ini Bloomberg adalah satu- media antarabangsa yang terkenal.

final • 10:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

[Bangun]

final • 10:50 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

[Bangun]

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Malah bila Kerajaan Qatar mengadakan program dan lawatan rasmi- saya ke Qatar baru-baru ini, beberapa bulan lalu, mereka anjur- supaya saya hadir sebagai pengucap utama dalam conference yang dianjur oleh Bloomberg. Jadi kita bezakan kerana kita menghormati prinsip media bebas. Kalau ada fitnah, kita saman ataupun polis mengambil tindakan khusus tentang itu, tapi bukanlah kita maknanya harus mengharamkan atau membatalkan semua acara dengan Bloomberg. Jadi bagi saya, prinsip itu harus terpakai bagi semua.

final • 10:50 AM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

[Bangun]

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Apa yang dibangkitkan soal Farhash, itu sudah kalau ada laporan, itu wajib disiasat. Tapi SPRM harus bertindak berdasarkan siasatan.

Isu dia apa? Syarikat apa? Kes apa? Saya percaya Yang Berhormat Pasir Mas tahu bahawa yang dikaitkan itu satu- syarikat yang melibatkan Tuanku Sultan. Tidak melibatkan Farhash.

Kelulusan kontrak yang dikaitkan itu, kelulusan dibuat oleh kerajaan terdahulu.

Kerajaan Yang Berhormat, bukan kerajaan saya, tetapi saya tak mahu panjangkan kerana ini melibatkan isu-isu yang bagi saya remeh melibatkan individu kerana kebetulan empat, lima tahun yang lalu, staf saya, maka itu dibangkitkan, tapi saya nak bagi tahu, kelulusan kepada syarikat itu adalah semasa kerajaan terdahulu, satu. Semasa itu Farhash belum menjadi anggota syarikat tersebut. Tak apa. Ya, ya dan ini betul, betul. Ada rekod. Ini bukan soal politik. Saya hormat jawapan dengan sopan kepada Yang Berhormat Pasir Mas yang tanya soalan dengan baik. Saya tidak pertikai.

Kemudian, syarikat yang berkenaan itu sekarang, itu dimiliki oleh Tuanku, sebahagian besar sahamnya. Ini tidak ada kena mengena dengan soal Farhash. Kalau ada pun, dia ikut tender process biasa. Kalau ada perlanggaran, bawa.

Saya bicara di Parlimen ini, kalau ada kes itu disiasat oleh SPRM dan kalau ada kes, saya tidak langsung menutupnya, tapi saya tanya kes apa sekarang ini? Cuma dia kata ada kes, tapi kalau yang dirujuk kes satu yang saya tahu, saya semak fail, memang betul diluluskan pada tahun 2022 sebelum saya jadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tetapi untuk terus kaitkan kerana dia pernah jadi staf saya, saya rasa kurang adil.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Saya rasa jawapan ini bagi saya jelas, tapi walau bagaimanapun, andai kata ada maklumat yang jelas yang melibatkan sesiapa pun termasuk saudara Farhash, Dato’ Seri Farhash sekarang ini, dalam kes mana-mana, sila lapor dan saya pastikan SPRM tidak akan menutup. Ini saya nak jelaskan supaya jangan menjadi permasalahan kemudian nanti.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Ipoh Timor.

final • 10:50 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Peraturan Mesyuarat.

final • 10:50 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Kebebasan media dan ...

final • 10:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Peraturan Mesyuarat.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Tan Sri. Saya dengan penuh hormatnya merujuk kepada 36(7), Peraturan Mesyuarat. *“Nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau nama Raja-raja Melayu atau Tuan-tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri tidak boleh digunakan bagi mempengaruhi majlis mesyuarat”...

[Tepuk]* . Sepatutnya diberikan teguran. Tidak boleh digunakan bagi mempengaruhi majlis mesyuarat ini semasa berbahas ataupun memberikan jawapan.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada mempengaruhi keputusan apa-apa dalam bidang ini?

final • 10:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Keputusan apa? Tadi semua mendengar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyebut.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Adakah itu mempengaruhi keputusan dia rasanya?

final • 10:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya, ya.

final • 10:50 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Yang Berhormat, dia yang tanya soalan.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Dalam rangka menjawab soalan itu.

final • 10:50 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Dia tanya soalan tak boleh jawab.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya ingat tidak ada kaitan. Cuma mungkin PM cuma sebut fakta.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Dia sebut bukan yang orang lain, yang Tuanku punya. Itu tak cukup.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Saya ingat tak ada. Teruskan Ipoh Timor.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya mohon direkodkan.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Silakan Ipoh Timor.

final • 10:50 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih Tan Sri Speaker. Yang Amat Berhormat, kebebasan media dan kebebasan bersuara bersaling kait rapat dan berpisah tiada, tetapi kebertanggungjawaban harus datang dengan kebebasan tersebut dan kebebasan bersuara harus digunakan untuk menggembleng media arus perdana kah, legasi kah, surat khabar kah dan rakyat jelata untuk menyampaikan apa yang baik dan betul dan bukan untuk sampaikan fakta yang auta.

Saya nak tanya kepada Yang Amat Berhormat, tadi yang Pasir Mas bawa itu, lebih individu, lebih kes yang spesifik.

final • 10:50 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Saya nak tanya berkenaan dengan dasar kebijakan kerajaan. Bagaimana kerajaan, tanpa nak mengancam hak kebebasan bersuara dan media, menggembleng

final • 11:00 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

media-media antarabangsa mahupun tempatan untuk menyampaikan yang betul dan kerja-kerja baik yang sedang dilakukan oleh kerajaan dan juga negara kita di pentas dunia dan juga di pentas Malaysia? Apakah dasar dan kebijakan kerajaan sekarang untuk pastikan semua media buat dan lapor yang betul dan baik dan bukan yang auta dan jahat?

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, silakan. Menteri.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Yang Berhormat Ipoh Timor, baru-baru ini dalam sidang Megatrends Khazanah, saya ada sebut pepatah, sementara kita hormati prinsip kebebasan, kebebasan mesti dipertahankan, tetapi kita harus ingat- dan ini juga ada kaitan dengan soal nilai dan akhlak Islam iaitu total freedom- dengan izin, total freedom for the wolves means death for the lambs. Kalau kebebasan penuh kepada singa, serigala ini...

[Disampuk] Serigala ya. Maknanya, hancur kambing-kambing ini dibelasahnya.

Jadi, oleh demikian, kebebasan itu harus juga melihat apakah digunakan- ya, seperti mana orang kaya kalau dihadapkan atau dibuat siasatan dalam kes SPRM umpamanya, dia akan guna dana sama ada membantu pihak-pihak tertentu dan bawa pelbagai bantahan. Polis yang ambil RM3,000 itu, didakwa, tak siapa pertahankan. Tetapi, seorang tauke kaya berbilion bila dia kaut kekayaan begitu besar, ramai yang pertahankan. Ini yang saya sebutkan total “freedom for the wolves”. Jadi, kita sekarang ini mesti jaga supaya kebebasan itu jangan digunakan untuk pertahankan kezaliman atau rasuah dan penyelewengan. Kita harus jaga supaya negara ini ada kerukunannya. Ini bukan undang-undang yang saya buat. Ini memang dipertahankan sejak kita merdeka. Cuma, kematangan politik dan demokrasi itu harus membawa kita kepada satu keadaan demokrasi yang lebih bebas yang lebih memberi ruang- dan saya setuju. Cuma, sekatan-sekatan itu diberikan untuk mengelak daripada berlakunya kekacauan, huru-hara dan porak-peranda.

Terima kasih Ipoh Timor.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, akhir. Saya jemput Bukit Gantang.

final • 11:00 AM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Terima kasih Tan Sri Speaker, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Ketegasan Kerajaan Malaysia terhadap isu-isu integriti, tata kelola, governance dan rasuah telah mendapat liputan meluas di peringkat antarabangsa. Sebagai contoh, dalam lawatan negara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Pakistan dan Bangladesh, saya turut bersama melihat sendiri bagaimana Perdana Menteri Pakistan dan Bangladesh telah menegaskan bahawa usaha Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk memerangi rasuah dan menguatkan governance merupakan tindakan yang patut dicontohi...

[Disampuk] Saya rakamkan perkara ini di dalam sebuah buku *The Epitome of Nation...

[Menunjukkan sebuah buku]* Boleh dapat, nanti saya edarkan kepada Ahli Dewan.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, soalan. Majukan soalan.

final • 11:00 AM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Soalan saya. Apakah kesan-kesan positif kejayaan Malaysia bertegas dengan isu tata kelola dan rasuah yang telah meningkatkan keyakinan mereka untuk melabur di Malaysia untuk kepentingan rakyat?

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang. Soal tata kelola dan gerakan menentang rasuah itu tentunya menjadi salah satu faktor. Bila syarikat datang melabur, dia yakin tidak perlu ada komisen.

Bila dia datang melabur, tidak perlu ada 20 peratus untuk syarikat-syarikat tertentu, kroni.

Ini amalan yang tidak boleh dinafikan. Kebanyakan syarikat baru yang datang yang pernah melabur dulu, semua menyatakan mereka bangga kerana tidak ada syarat tersebut. Baru-

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

baru ini, syarikat besar umpamanya, termasuk bila ada pemilikan tanah di Selangor dan cara proses itu dipercepatkan dan tanpa komisen, itu membantu pelaburan.

Keduanya, penjimatan dana itu besar. Itu sepertimana yang kita lihat dalam belanjawan hari Jumaat ini. Bahawa dengan ketegasan kita mengelak rundingan terus dan proses tender yang lebih telus, itu menyebabkan kos masih dapat dikurangkan. Sebab itu, kita harus tegas dan teruskan.

Apakah ia mudah? Tidak. Memang dihargai oleh rakan-rakan kita di Pakistan dan di Bangladesh, tetapi saya terima kenyataan bahawa ia tidak mudah kerana apa juga tindakan terhadap jerung-jerung besar ini mesti akan menimbulkan reaksi kerana dana dan kekuatan mereka itu dan jaringan itu melalui media, melalui sistem parti politik, melalui kegiatan-kegiatan NGO atau civil society akan tentu diperalatkan untuk menyerang tindakan kita.

Jadi, setiap kali ambil tindakan, semuanya dikatakan itu tindakan politik. Termasuk kalau ada RM200 juta di rumah atau RM5 juta di rumah, semua dikatakan tindakan politik.

Jadi, apakan tindakan kita menentang rasuah ini harus memadamkan semua yang simpan RM5 juta, RM6 juta dekat rumah tanpa alasan?

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

final • 11:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Baik saya jemput Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah, Paya Besar.

final • 11:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Yang Berhormat Tan Sri Speaker.

Soalan saya nombor 1.

final • 11:00 AM

1. Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar] minta Menteri Ekonomi menyatakan, bagaimana kerajaan merancang untuk merangsang pertumbuhan dalam sektor berkemahiran tinggi bagi menyerap peningkatan bilangan individu berkelulusan tinggi yang memasuki pasaran pekerjaan dan memastikan peluang pekerjaan yang mapan untuk generasi akan datang.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajah Hanifah Hajar Taib

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tuan Yang di-Pertua.

Kerajaan komited bagi mewujudkan peluang pekerjaan mahir untuk diisi oleh bakat tempatan. Ini kerana Malaysia perlu merancakkan pertumbuhan industri utama untuk memastikan kewujudan pekerjaan mahir dan pembangunan bakat yang memenuhi keperluan industri serta peningkatan bilangan individu berkelulusan tinggi yang memasuki pasaran pekerjaan.

Dalam hal ini, terdapat keperluan untuk intervensi dilakukan kepada industri strategik berimpak tinggi iaitu high growth high value, dengan izin, seperti yang telah dinyatakan di dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12. Sebagai contoh, kerajaan menyasarkan sebanyak 30,000 pewujudan peluang pekerjaan dalam industri aeroangkasa, 6,000 dalam industri logistik dan 2,844 dalam perkhidmatan global.

Pada April 2024, kerajaan telah meluncurkan Pelan Tindakan KL20 bagi mewujudkan ekosistem syarikat pemula yang berdaya saing serta mengukuhkan jaringan kolaborasi dengan pelabur berpotensi dari dalam dan luar negara. Inisiatif ini dijangka berupaya memposisikan Kuala Lumpur di kedudukan 20 teratas dalam ekosistem syarikat

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajah Hanifah Hajar Taib

pemula global menjelang 2030 dan mewujudkan 100,000 peluang pekerjaan mahir kepada bakat tempatan. Ekosistem modal teroka juga akan diperkukuh bagi menggalakkan keusahawanan dan inovasi, seterusnya mewujudkan ekosistem dinamik serta peningkatan daya saing global.

Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) mengunjurkan 310,000 penciptaan pekerjaan menjelang tahun 2050 merentasi enam- pemacu peralihan tenaga. NETR juga menggariskan inisiatif pembangunan kapasiti melalui pembangunan taksonomi, kemahiran hijau, program reskill dan upskill serta kerjasama strategik bersama universiti tempatan dalam bidang peralihan tenaga.

Selain itu, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) bertujuan untuk memperkukuhkan sektor pembuatan, menyasarkan pewujudan 700,000 peluang pekerjaan baharu dalam kategori mahir serta gaji penengah setinggi RM4,510 sebulan bagi pekerjaan dalam sektor pembuatan. Sasaran ini akan dicapai antaranya melalui strategi memajukan kompleksiti ekonomi dan menyegerakan pendigitalan dalam sektor pembuatan.

Kerajaan turut menyasarkan sebanyak 500,000 peluang pekerjaan baharu dalam ekonomi digital terutamanya saintis data bagi industri pusat data yang akan menyokong pelaburan oleh penyedia perkhidmatan awan utama seperti Amazon Web Services, Microsoft, Nvidia dan Google.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajah Hanifah Hajar Taib

Pembangunan pusat data akan menghasilkan lebih banyak lagi peluang pekerjaan, termasuk dalam bidang kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan trend semasa dapat dioptimumkan dan pasaran pekerjaan yang lebih mampan. Kerajaan percaya pelaksanaan pelbagai strategi dan inisiatif yang disebutkan akan memangkinkan pertumbuhan dalam sektor berkemahiran tinggi dan menyediakan peluang pekerjaan kepada individu berkelulusan tinggi. Ini akan memastikan sasaran komposisi pekerjaan mahir mencapai 35 peratus pada tahun 2025, selaras dengan aspirasi mencapai negara berpendapatan tinggi. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Paya Besar.

final • 11:10 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan sebentar tadi.

Saya lihat banyak dasar dan model ekonomi yang cuba dibawa oleh Kerajaan MADANI, tetapi persoalannya Tan Sri Speaker, ada tiga perkara. Pengeluaran, penawaran dan pengisian, tetapi kalau kita lihat dari tahun 2017 sehingga 2023, skill-related underemployment ini semakin hari semakin meningkat. Peningkatan tiga percent mengikut quarter. Maknanya, sekarang ini dah sampai ke-37.4 peratus daripada 29.9 peratus tujuh tahun yang lepas, Tan Sri Yang di-Pertua.

Jadi, bagaimanakah kementerian menyelesaikan this complexity coordination di antara yang saya sebutkan tadi? Pengeluaran, penawaran dan pengisian. Kalau kita lihat daripada segi pengisian Tan Sri Speaker, amat mengecewakan. Adakah graduan kita yang hanya 3.5 CGPA ke atas sahaja diterima bekerja dalam sektor high growth, high value?

Apa nasib mereka, graduan yang di bawah 3.5 CGPA? Bagaimanakah kerajaan menyelesaikan this complexity? Itu yang pertama.

Yang kedua Tan Sri Speaker, SRU ini, skill-related underemployment ini. Kajian KRI pada tahun 2021, data yang diambil tahun 2020 melihat ramai SRU ini daripada kalangan wanita dan bagaimana kerajaan melihat? Kerana apa, wanita banyak bekerja di bawah paras education background mereka, Tan Sri Yang di-Pertua. Ini mengecewakan, kerana apa? Kerana ramai graduan wanita keluar daripada universiti setiap tahun, hampir 300,000 orang graduan dan majoriti daripada 300,000 adalah wanita. Jadi, bagaimanakah kerajaan melihat this complexity untuk kita address supaya kita dapat mengikut contoh negara-negara maju yang telah berjaya untuk address SRU ini? Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Menteri.

final • 11:10 AM

Dato Hajah Hanifah Hajar Taib

Yang di-Pertua, berdasarkan data daripada survei tenaga buruh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran adalah sebanyak 37 peratus pada suku tahun kedua 2024 seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat. Guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran ditakrifkan sebagai mereka yang mempunyai pendidikan tertiari, tetapi bekerja di pekerjaan kemahiran sederhana dan rendah. Di mana pendidikan tertiari didefinisikan sebagai mereka yang mempunyai kelayakan pendidikan SPM ke atas.

Isu kadar guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran ini bukanlah satu fenomena unik kepada negara kita kerana perkara ini juga berlaku di negara lain, termasuk negara berpendapatan tinggi seperti Korea Selatan di paras 38 peratus, Australia 32 peratus, United Kingdom 28 peratus dan Amerika Syarikat 30 peratus. Namun begitu, kadar guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran semakin menurun dengan tahap pendidikan yang semakin meningkat.

Contohnya, kadar guna tenaga tidak penuh peringkat STPM adalah 55.8 peratus tetapi peringkat ijazah adalah lebih rendah iaitu 26.9 peratus. Berdasarkan pengamatan ini dan seperti yang telah saya sebut, kerajaan berusaha untuk meningkatkan pelaburan bagi merancakkan pertumbuhan industri utama untuk memastikan pewujudan pekerjaan kemahiran melalui pelan sektoral seperti Pelan Tindakan KL20, NETR dan NIMP 2030.

Daripada segi pertanyaan tentang kedudukan wanita yang mengecewakan daripada segi tahap qualification dengan pekerjaan, insya-Allah saya akan memberikan maklumat secara bertulis. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sila Pendang.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya tertarik dengan jawapan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Ekonomi tadi. Walaupun begitu, dalam pada kita berusaha untuk kerajaan melahirkan tenaga bakat mahir ini, apa strategi kerajaan dalam menangani isu kehilangan bakat ataupun brain drain, dengan izin? Sebagai contoh, baru-baru ini dilaporkan terdapat migrasi daripada- migrasi jurutera- migrasi jurutera tempatan, bekerja di Singapura akibat tangga gaji yang rendah.

Menurut TalentCorp, sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia, terdapat lebih 1.86 juta orang rakyat Malaysia telah bermigrasi ke luar negara dengan sebahagian besarnya ke Singapura. Jadi, apakah langkah yang kerajaan ambil dalam isu ini? Bagaimanakah dengan pelan kerajaan terhadap kira-kira 600,000 orang pekerja yang dikenal pasti memerlukan pemahiran atau dimahirkan semula ataupun reskill and upskill dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang ekoran daripada perkembangan yang pesat AI ini? Kita tengok digitalisasi dan juga ekonomi hijau. Jadi, apakah tindakan- tindakan kerajaan untuk kita hendak membendung gejala ini? Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 11:10 AM

Dato Hajah Hanifah Hajar Taib

Tuan Yang di-Pertua, yang itu lah satu kepentingan yang telah diselidiki oleh kami. Maka, itu lah kepentingan kami melaksanakan upskilling dan reskilling juga, okey. Untuk memastikan daripada segi sambutan ia diterima baik, kita haruslah mempunyai pelaburan daripada segi high growth, high value industry untuk memastikan bahawa ekonomi bukan sahaja daripada segi loncatan ekonomi kita akan meningkat, tetapi ia akan memenuhi daripada segi keperluan, daripada segi mereka yang memerlukan pekerjaan itu. Daripada segi negara-negara lain, kita akan memastikan seluruh ekosistem yang harus terlibat dengan pekerjaan itu perlulah dipenuhi.

Jikalau kita melihat sebenarnya, Singapura mempunyai kekangan mereka sendiri.

Daripada segi kos kehidupan semakin meningkat. Kemungkinan jikalau ia terlalu meningkat, ia adalah satu perkara yang memberikan lebih tekanan dan dari segi beban kepada dari segi warga Malaysia yang bekerja di sana. Jikalau mereka merasa bahawa ia adalah kurang bersesuaian kehidupan mereka di negara yang daripada segi

final • 11:10 AM

Dato Hajah Hanifah Hajar Taib

pendapatan yang tinggi tetapi kehidupan yang tinggi, insya-Allah mereka akan lebih tertarik kepada memulang balik ke Malaysia untuk daripada segi pekerjaan dan daripada segi keseluruhan ekosistem yang lagi bermanfaat. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak, Kuala Nerus.

final • 11:10 AM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan saya nombor 2.

final • 11:10 AM

2. Dato' Dr. Haji Alias bin Razak [Kuala Nerus] minta Menteri Kesihatan menyatakan, perancangan kementerian untuk mewujudkan dokumen induk seperti Pelan Tindakan- Blueprint Pemakanan Kanak-kanak bagi menyelesaikan isu-isu pemakanan dalam kanak-kanak, khususnya isu wasting dan stunting serta obesiti secara komprehensif dan bersepadu.

final • 11:10 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Sahabat saya, Kuala Nerus ya. Kementerian Kesihatan telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan Dalam Kalangan Kanak-kanak yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi selaku TPM I serta dianggotai oleh 17 kementerian.

Ini merupakan satu whole-of-government- penggemblengan seluruh kerajaan dan yang dimaksudkan dengan mal ataupun beban berganda pemakanan, ringkasnya adalah satu keadaan di mana pemakanan di dalam sesebuah komuniti atau negara, wujud apa yang dikatakan sebagai masalah kekurangan, sekali gus berlebihan. Juga masalah berlebihan makanan pada masa yang sama dalam individu, dalam satu- komuniti itu.

Tan Sri Yang di-Pertua, Pelan Strategik Kebangsaan Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan Dalam Kalangan Kanak-kanak Malaysia 2023-2030 telah pun dibangunkan bagi memastikan pendekatan yang lebih komprehensif bagi memerangi masalah beban berganda seperti apa yang kita ketahui, bantut dan kurang berat badan.

Apabila kekurangan makanan dan obesiti dan lebih berat badan.

final • 11:10 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Pelan ini telah mengambil kira fungsi dan dasar di setiap kementerian dan agensi serta menitikberatkan penglibatan pelbagai pihak dengan izin, cross-cutting strategy dan pengukuhan kepada strategi yang sedia ada. Sejak atau kalau boleh saya sebutkan sekali lagi sebanyak lima teras strategi dan 31 inisiatif telah digariskan dalam pelan strategik ini dengan memberikan keutamaan kepada mengukuhkan antara lainnya:

(i) tadbir urus;

(ii) kesejahteraan pemakanan melalui perundangan;

(iii) komitmen politik dan pihak berkepentingan;

(iv) meningkatkan kualiti dan akses perkhidmatan pemakanan; dan

(v) pemantapan persekitaran dan masyarakat yang kondusif.

Selain itu, usaha-usaha memperkasakan pembangunan kapasiti dan modal insan ke arah kesejahteraan pemakanan kanak-kanak serta sinergi, advokasi, kecelikan dan penganjuran pemakanan kanak-kanak juga turut ditekankan.

Tan Sri Yang di-Pertua, pelan ini menyasarkan impak khusus kepada kanak- kanak remaja, wanita dan umur reproduktif serta kumpulan rentan ya, berisiko tinggi yang dirangka bagi menggembleng tenaga secara bersepadu dan efektif kepada semua pihak berkepentingan, stakeholders dalam pelaksanaan strategi, program dan aktiviti yang digariskan. Sebagai contoh, pengukuhan inisiatif 1000 Hari Pertama Kehidupan Kanak-

final • 11:20 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

kanak bermula seawal hari pertama ibu hamil sehingga anak berusia dua tahun yang merupakan salah satu daripada usia yang sedang diperkukuhkan.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi libat urus dan advokasi kepada pihak farmasi swasta dan klinik kesihatan swasta bagi membuat saringan awal. Mereka juga dilibatkan. Tan Sri Yang di-Pertua, kalau saya diizinkan sedikit lagi. Pertama adalah antara lainnya ujian hemoglobin darah kepada wanita dan bakal ibu dalam mengurangkan risiko komplikasi kehamilan agar mereka dapat merancang kehamilan yang sihat.

Kedua, pengawasan tumbuh besarnya bayi dan kanak-kanak dengan menjalankan timbang berat badan dan ukur tinggi serta seterusnya memaklumkan status pertumbuhan anak kepada ibu bapa dan penjaga agar mereka mengetahui taraf pemakanan anak-anak mereka.

Rumusannya, pelaksanaan Pelan Strategik Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan Dalam Kalangan Kanak-kanak 2023-2030 ini Tan Sri Yang di- Pertua, diharapkan akan mempercepatkan usaha untuk memerangi isu malpemakanan dalam kalangan kanak-kanak demi membina negara dan rakyat Malaysia yang sihat sejahtera bermula daripada peringkat awal lagi. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kuala Nerus.

final • 11:20 AM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan jawapan yang panjang lebar, yang komprehensif dan sangat menyeluruhlah saya kira. Tahniah kepada KKM kerana telah berjaya menyiapkan buku Pelan Strategik Kebangsaan Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan Dalam Kalangan Kanak-kanak Malaysia 2023-2030.

Tahniah, yang baharu sahaja kita terima atas meja pagi ini... [Menunjukkan senaskhah buku] Namun, dalam isu beban malpemakanan ini, saya lihat antara faktor utama yang juga adalah kesedaran atau pun awareness dalam kalangan masyarakat. Bila mana seluruh komuniti tidak mempraktikkan pemakanan dan gaya hidup sihat, ia akan secara tidak langsung diikuti oleh generasi seterusnya yang akhirnya pola pemakanan yang tidak sihat itu menjadi suatu kebiasaan dalam generasi ke-satu generasi.

Jadi, apakah perancangan proaktif kementerian agar awareness pemakanan sihat ini sampai kepada seluruh komuniti setempat di seluruh negara sama ada dengan kerjasama komuniti atau lain-lain kaedah yang menyeluruh? Juga, antara faktor lain yang melibatkan malpemakanan adalah kos makanan sihat itu sendiri agak mahal berbanding dengan makanan-makanan yang tidak sihat.

Saya faham kos ini bukan di bawah kendalian KKM. Namun, apakah inisiatif KKM ke arah bagi memastikan akses pemakanan yang sihat dan berkualiti mampu dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira taraf sosioekonomi rakyat? Ini yang menjadi isu rakyat ialah isu makanan mahal khususnya kalau hendak cari makanan yang berkhasiat. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih sahabat saya, Kuala Nerus. Ya, beliau juga telah merujuk kepada apa yang kami telah letakkan di atas setiap meja Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya harapkan akan dapat Yang Berhormat, perhatikan, selak-selak dan perhatikan. Sebagai contohnya, program-program pemakanan kanak-kanak di Malaysia ada dibagi infografik sebanyak 19 di situ ya. Bermula dengan Program Penyusuan di muka sembilan dan 10. Berakhir juga dengan pelaksanaan Program Hidangan Berkhasiat di Sekolah (HiTS) dan juga pembentukan atau pun- dan juga pemantauan menu prasekolah dan sebagainya. Itu RMT namanya.

Rancangan Makanan Tambahan dan sebagainya.

Jadi, yang perlu saya peringatkan kepada Ahli Yang Berhormat supaya meneliti ini sama ada dalam bentuknya hard copy ini dan atau pun ada juga eBook yang kita terbitkan. Apa yang penting untuk saya sebutkan Tan Sri Yang di-Pertua, adalah

final • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

menekankan apa yang dibangkitkan tadi, faktor literasi dan utama yang kami- Literasi itu maksudnya kecelikan dan utama yang telah kami lancarkan dalam Program Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) itu ketika dibuat oleh, dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri adalah menekankan aspek literasi atau pun kecelikan untuk tahu, sedar dan insaf bagaimana kesihatan keluarga bermula dengan pasangan suami isteri menjaga kesihatan anak-anak itu mesti bermula di rumah.

Bermula dengan pemakanan, bermula dengan kecelikan untuk tahu atas persoalan khasiat makanan, balanced diet dan sebagainya itu, yang mesti dimulakan di rumah. Atas Dasar Literasi Kesihatan kesejahteraan rakyat itu, kami telah memulakan program-program penerangan pencerahan. Itu pertamanya.

Adapun dari sudut apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuala Nerus tadi.

Keseluruhan- program-program yang telah saya sebutkan tadi melibatkan penggemblengan keseluruhan 13 kementerian. Bukan sahaja sepertimana yang Kuala Nerus juga faham bukan segala-galanya berpusat dan berakhir dengan KKM. Ia melibatkan KPM, ia melibatkan KPW, ia melibatkan pelbagai lagi ya kementerian yang mengambil tugas-tugas agensi pelaksana pertama, tergantung dengan program-program yang kita anjurkan ya.

Dengan itu, kita harap insya-Allah faktor atau pun yang dikatakan sindrom atau pun beban berganda, malpemakanan ini akan dapat kita target untuk kita kurangkan sama ada kurang dari sudut susut badannya, kurang dari sudut kekurangan itu. Sama ada iodinnya, sama ada zat besinya, lahir dengan imunnya atau pun sebaliknya juga berlebihan pada perkara-perkara yang menyebabkan dia mengalami apa yang dikatakan sebagai obese.

Berat badan yang berlebihan, obesiti dan juga berat badan yang menjadi- kedua- keduanya menjadi punca mereka terdedah kepada apa yang dikatakan sebagai ancaman penyakit-penyakit kronik atau pun penyakit-penyakit tidak berjangkit dalam waktu ketika tumbesaran mereka itu termasuklah kencing manis, diabetes, hypertension dan sebagainya. Itu yang akan kita berikan tumpuan dalam Pelan Strategik Kebangsaan Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan ini. Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih. Terima kasih sahabat saya, Kuala Nerus.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Miri.

final • 11:20 AM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih Tan Sri. Pada tahun 1950, ketinggian lelaki dewasa di Jepun hanya dalam sekitar 160 sentimeter. Manakala pada hari ini, mereka telah mencapai sekitar 170 sentimeter. Manakala, kadar obesiti di Japan adalah 4.5 peratus berbanding dengan Malaysia sebanyak 19.7 peratus. Kejayaan Jepun adalah berkaitan dengan beberapa buah dasar penting. Antaranya ialah School Lunch Program (Kyushoku) dengan izin, yang telah menawarkan makanan berkhasiat dengan harga murah, subsidi kerajaan.

Soalan saya, adakah KKM bersedia untuk mempelajari dan mendekati pendekatan Jepun dalam mengatasi masalah stunting and obesity melalui program seperti School Lunch Program selain RMT yang sedia ada sekarang?

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sila Menteri.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Tan Sri. Terima kasih sahabat saya, Miri. Sangat mustahak soalan-soalan itu diunjurkan ke depan begitu.

Pertama yang hendak saya sebutkan ialah ini adalah satu komitmen KKM mengunjur, membina generasi yang akan dapat mengakhiri bantut, susut badan dan sebagainya.

Antara lain yang telah kita kemukakan adalah apa yang merupakan satu evidence-based ya. Research perubatan menunjukkan bahawa 1,000 hari pertama itu adalah sangat kritikal dan penting yang akan menentukan dari sudut tumbesaran, daripada segi menangani bantut itu is the first 1,000 days. Medicine has proven dengan izin ya. Kajian medical telah membuktikan bahawa 1,000 hari pertama itu adalah sangat mustahak.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Lalu dengan itu, kita telah memperkukuhkan inisiatif 1,000 hari pertama kehidupan kanak-kanak sebelum lagi the first 300 days ataupun the first nine months dalam pregnancy dan juga dalam hari jadi pertama dan kedua itu. The first 1,000 days ini merupakan kritikal untuk mereka diberikan secukupnya terutamanya tentang micronutrients yang menentukan antara lainnya adalah soalan ketinggian seseorang individu atau anak-anak itu di samping of course yang dikatakan the psychological support dan sebagainya itu.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan mesyuarat****] Apa pun, telah saya sebutkan, selain daripada melepasi dua tahun pertama itu adalah program-program yang telah pun hari ini ia diberikan pengupayaan, diberikan penekanan oleh KPM, menterinya dan juga program yang disebutkan- kita akan mempelajari-mempelajari daripada semua benchmarking yang baik, best practice di mana pun negara di dunia ini, bukan sahaja Jepun tetapi, kita sendiri sudah ada program ini.

Program yang kita sebutkan sebagai pelaksanaan Program Hidangan Berkhasiat di Sekolah yang dikatakan HiTS ataupun RMT ataupun Rancangan Makanan Tambahan.

Kesemua ini sedang kita lakukan permohonan dan juga pertimbangan oleh Menteri Ekonomi dan juga Kewangan untuk kita diberikan sedikit dana untuk kita laksanakan agenda dan inisiatif-inisiatif yang saya sebutkan tadi untuk kita tangani persoalan kedua-dua ia, sama ada kekurangan atau berlebihan mengakibatkan ia berlakunya bantut dan sebagainya.

Juga, ini adalah sangat mustahak Miri untuk kita lakukan bersama sebab itu kita berikan cetakan ataupun edisi pelan strategik ini kepada semua MP untuk tolong semak- semak apa-apa yang boleh selak-selak dan baca, peruse it, dengan izin. Telitikan dan apa pun yang boleh kita bantu sama ada KKM mahupun KPM mahupun kementerian yang lain. Kita bersedia untuk memberikan intervensi secara lebih khusus dengan peruntukan yang boleh diberikan daripada Menteri Kewangan dan juga Menteri Ekonomi. Terima kasih Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie, Sri Aman.

final • 11:30 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Terima kasih Yang di-Pertua.

*Hari ini hari Selasa, Banjir melanda awal pagi; Soalan saya nombor tiga, Mohon jawapan Yang Berhormat Menteri...

[Tepuk]*

final • 11:30 AM

3. Dato' Sri Doris Sophia anak Brodi [Sri Aman] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan, bagaimana kementerian memastikan penangkapan ikan air laut di perairan kita secara berlebihan- overfishing dikawal, terutama di kawasan perairan yang terancam akibat aktiviti ini.

final • 11:30 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Pandai pantun ya. Sri Aman asalnya tak ada laut di keliling kan, tapi Wakil Rakyat yang bertanggungjawab, dia bertanya demi kepentingan rakyat, tak kira di mana dia wakili.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui Jabatan Perikanan Malaysia dan Jabatan Perikanan Laut Sarawak sentiasa melaksanakan pemantauan, pengawalan dan pengawasan bagi memastikan aktiviti penangkapan ikan di perairan negara dapat dikawal supaya tidak dieksploitasi secara berlebihan.

final • 11:30 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Bagi mengekang aktiviti-aktiviti penangkapan ikan yang berlebihan, DOF giat mengambil tindakan penguatkuasaan di pengairan negara, bersama agensi penguat kuasa seperti APMM dan Pasukan Polis Marin. Tindakan undang-undang dikenakan bagi kesalahan-kesalahan yang melanggar Akta Perikanan 1985.

KPKM dan DOF juga sedang dalam proses pindaan Akta Perikanan 1985 untuk meningkatkan kadar hukuman agar lebih deterrent bagi vesel penangkapan ikan tempatan yang menjalankan aktiviti pencerobohan. Bagi memastikan peralatan tangkapan yang digunakan tidak menjejaskan ekosistem perikanan, DOF telah menyenaraikan bubu naga sebagai peralatan larangan dalam Peraturan-peraturan Perikanan 1980 serta Peraturan Perikanan (Pengawalan Spesies Ikan Terancam) 1999 yang berkuat kuasa 1 Mei 2024.

Selain itu, pelan transformasi pukat tunda di Zon B juga telah dilaksanakan bagi mengelak sumber perikanan daripada dieksploitasi secara berlebihan. Tukun tiruan dilabuhkan di kawasan yang tidak dibenarkan menunda iaitu di bawah lima batu nautika bagi menghalang pencerobohan pukat tunda. DOF telah menawarkan pinjaman mudah di bawah Program Pemodenan Vesel dan Mekanisasi Tangkapan bagi membolehkan vesel diubah suai atau dinaik taraf supaya dapat beroperasi di Zon C.

Bagi mengawal bilangan vesel penangkapan ikan yang beroperasi di laut, pengeluaran lesen laut dipantau di bawah dasar pengeluaran lesen vesel telah dilaksanakan sejak tahun 1982 dan kadar keperluan dikaji dari semasa ke semasa untuk mengeluarkan lesen baharu atau menahan atau menyekat pertambahan lesen. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sri Aman.

final • 11:30 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Puan Yang di-Pertua, sebelum itu saya ingin minta izin untuk menarik perhatian Dewan yang mulia ini untuk kita sama- sama mengalu-alukan kehadiran pengiring dan pelajar sekolah dari Pekan ke Parlimen Malaysia pagi ini. Selamat datang...

[Tepuk] Yang Berhormat Menteri, terima kasih atas jawapan yang diberi. Ringkas tapi padat. Sebelum itu juga, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi untuk semalam Yang Berhormat Menteri. Jadi, happy birthday-lah ha.

[Ketawa] Jadi, bagi mengurangkan kebergantungan kepada penangkapan ikan air laut yang berlebihan, apakah usaha ataupun inisiatif ekonomi alternatif kerajaan untuk menyediakan latihan dan peluang ekonomi kepada nelayan yang terjejas seperti di bidang akuakultur atau sektor perikanan berasaskan teknologi tinggi? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Kami orang kampung, tak pernah sambut hari jadi. Bila jadi Menteri Pertahanan dulu, baru pertama kali saya disambut hari jadi.

Sebab bapa kita kata, “Umur kamu pokok kelapa ini.” Hari beranak dia tanam, pokok kelapa itu dah mati. Bermakna usia kita semakin lanjut.

Bagi mengurangkan pergantungan kepada penangkapan ikan berlebihan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui Jabatan Perikanan Malaysia melaksanakan program latihan dan peluang ekonomi alternatif kepada nelayan terjejas.

Program dan inisiatif yang dilaksanakan seperti Program myKomuniti Perikanan dan inisiatif rantaian nilai perikanan.

Kepelbagaian aktiviti perikanan melalui program seperti akuakultur, industri asas tani, pemasaran produk, agropelancongan dan perikanan rekreasi termasuk bengkel enjin bot di Sarawak. Sarawak ini sekarang ini memang terkenal dengan pengeluaran ikan empurau. Ikan yang dipanggil ikan darat ini dulu orang kurang makan tapi sekarang empurau di antara ikan yang termahal.

final • 11:30 AM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

[Bangun]

final • 11:30 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

So, ternakan ini amat kita galakkan di Sarawak dan sebarang nak memulakan penternakan itu kita akan cubalah sama ada

final • 11:30 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

kementerian atau pihak Jabatan Pertanian Sarawak akan bersama. Sebab ini lah satu usaha akuakultur yang berkembang baik di Malaysia sekarang ini dan akuakultur termasuk ikan laut dan darat kita sudah dalam lingkungan mencapai SSR.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

[Bangun]

final • 11:30 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ini kerana sambutan daripada rakyat terutama luar bandar dalam hal untuk menggiatkan akuakultur yang ditanya oleh Yang Berhormat tadi. Di Sarawak, Ahli-ahli Parlimen diharapkan memberi galakan supaya ternakan akuakultur ini diperbesarkan lagi. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Kedah.

final • 11:30 AM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah pun memberikan jawapan yang panjang lebar berhubung dengan perikanan di laut dalam.

Selain daripada perikanan di laut dalam, Kuala Kedah merasakan bahawa hidupan kerang-kerangan juga perlu diberikan perhatian. Dalam hal ini, Kuala Kedah ingin bertanyakan apakah mekanisme mapan bagi memastikan kuantiti kehidupan kerang- kerangan dapat dipertingkatkan, dikawal dan dipantau agar dapat menampung keperluan protein dan nutrisi berasaskan hidupan akuatik yang berada di dalam perairan negara?

Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Memang saya jangka hal nelayan ini, Kuala Kedah akan bertanya sebab saya pun dulu Ahli Parlimen Kuala Kedah. Memang kita hadapi pengundi yang ramai di kalangan kaum nelayan. Memang kaum nelayan di samping mereka menangkap ikan, mereka juga hendaklah berusaha dengan sokongan bantuan daripada kerajaan dengan berbagai-bagai-bagai agensi untuk mereka terlibat mengusahakan produk-produk ikan itu seperti fish ball, keropok dan sebagainya. Dan ini kita ada Agrobank yang sentiasa berusaha untuk membantu jika dapat mereka kemukakan satu pelan perniagaan mereka atau usaha mereka yang boleh diyakini dan kita lihat di Kuala Kedah sekarang bukan hanya tumpu pada penangkapan ikan, juga produk daripada ikan itu berkembang dengan begitu baik.

Kita harap wakil rakyat di situ lagi menekankan kepada rakyat, nelayan-nelayan supaya jangan bergantung hanya nelayan pantai sahaja dan mereka hendaklah usaha membesarkan perniagaan mereka dengan insya-Allah sokongan termasuk ketua-ketua dalam pimpinan nelayan ini pun berada di Kuala Kedah dan Pengerusi Persatuan Nelayan pun ada di Kuala Kedah. Oleh itu, kita harap di kawasan itu akan menjadi contoh pada masa akan datang mengatasi di Perak dan sebagainya dalam hal byproduct daripada hasil tangkapan ikan itu. Terima kasih atas pandangan Kuala Kedah.

final • 11:40 AM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Terima kasih Menteri.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman, Bachok.

final • 11:40 AM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Ada Hang Tuah ada Hang Jebat; Moga bertuah soalan nombor empat.

final • 11:40 AM

4. Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman [Bachok] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan:

(a) sejauh manakah kadar penyertaan syarikat dalam projek rintis Dasar Gaji Progresif (GDP) sehingga Oktober 2024 serta kriteria pemilihan syarikat berkenaan; dan

(b) apakah strategi kementerian bagi memastikan kemapanan DGP selepas tamatnya tempoh setahun projek rintis.

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bachok. Saya mohon izin untuk menjawab secara bersekali soalan daripada Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman, Bachok dan soalan nombor 28 daripada Yang Berhormat Tuan William Leong Jee Keen, Selayang bertarikh 10 Disember 2024.

Projek rintis Dasar Gaji Progresif (DGP) dilaksanakan mula Jun hingga Ogos 2024 yang bertujuan untuk menilai ketersediaan dasar dan sistem yang dibangunkan serta menentukan sebarang penambahbaikan yang diperlukan. Projek rintis DGP menyasarkan 1,000 penyertaan majikan daripada lima sektor. DGP mempunyai tiga ciri utama iaitu penglibatan majikan secara sukarela, insentif daripada kerajaan berdasarkan kriteria yang ditetapkan dan produktiviti.

Sehingga 3 Ogos 2024, seramai 1,892 orang majikan telah membuka akaun dan 776 ataupun 78 peratus majikan telah memohon untuk menyertai projek rintis DGP. Kriteria pemilihan majikan untuk menyertai projek rintis DGP adalah berdasarkan kepada syarat- syarat seperti berikut:

(i) berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pihak berkuasa tempatan (PBT) atau lain-lain pertubuhan;

(ii) berdaftar dengan PERKESO dan KWSP;

(iii) bukan syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat multinasional;

(iv) tuntutan insentif hanya kepada pekerja Warganegara Malaysia;

(v) menggaji pekerja yang bekerja sepenuh masa di bawah satu kontrak perkhidmatan ataupun kontrak servis;

(vi) menggaji pekerja yang menerima gaji pokok tidak melebihi had gaji RM1,500 hingga RM4,999 sebulan dan;

(vii) penyertaan dibuka kepada semua sektor kecuali sektor pentadbiran awam dan pertahanan; dan

(viii) aktiviti sosial wajib serta aktiviti badan dan pertubuhan luar wilayah.

Bagi memastikan kemapanan DGP, penilaian projek rintis dibuat dengan mengambil kira perkara berkaitan dasar, ketersediaan sistem, buku panduan gaji dan panduan latihan. Penilaian ini akan dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Eksekutif DGP dan akan dibawa kepada pertimbangan Jemaah Menteri pada bulan November 2024 bagi mendapatkan hala tuju pelaksanaan menyeluruh dasar ini.

Antara isu dan cabaran pelaksanaan DGP adalah ketidakpastian pasca projek rintis dan kekurangan kefahaman majikan dan pekerja berhubung klasifikasi Malaysia Standard Classification of Occupations (MASCO). Selain itu, ketersediaan sistem portal pendaftaran GDP juga perlu ditambah baik bagi memudahkan navigasi pengguna. Di samping itu, dapati gaji peringkat permulaan dalam DGP tidak membezakan antara siswazah baru dan pekerja yang bertukar syarikat. Seterusnya, pihak majikan berdepan dengan kekangan untuk menyediakan dana bagi menghantar pekerja menghadiri kursus

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

bagi memenuhi keperluan, kemahiran dan latihan dalam tempoh 24 jam mengikut rangka kerja DGP yang telah ditetapkan. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bachok.

final • 11:40 AM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih atas jawapan yang komprehensif daripada pihak kementerian.

Saya dan anak muda belia di luar sana amat mengikuti segala dasar dan pengumuman di pihak kerajaan untuk meningkatkan gaji dan produktiviti pekerja, tonggak utama dalam pembangunan ekonomi negara.

Untuk soalan tambahan ini Puan Yang di-Pertua, saya nak bangkitkan aspek penyeragaman antara sektor dan juga wilayah memandangkan ada sektor yang labour- intensive, capital-intensive, dengan izin. Gaji di Semenanjung tak sama, gaji Sabah dan Sarawak pun tidak sama. Gaji dan kelayakan yang tidak setimpal. Itu realiti labour market di dalam negara.

Jadi soalan saya, apa bentuk mekanisme di pihak kerajaan, pihak kementerian untuk mewujudkan satu bentuk penyeragaman dan keseimbangan supaya tak timbul masalah herotan gaji yang saya rujuk pada dokumen Dasar Gaji Progresif ini, supaya tak timbul masalah gaji yang senget, yang tak seimbang dan jurang perbezaan yang besar antara sektor dan wilayah dalam ekonomi negara. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Sebenarnya dalam hal ini, Kementerian Sumber Manusia melalui Perundingan Gaji Negara dan Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara telah membincangkan perkara ini di peringkat Jemaah Kabinet dan pelaksanaan DGP ini adalah berdasarkan kepada tiga- teras mekanisme seperti berikut. Izinkan saya baca sebab persoalan ini dibincangkan dalam Kabinet.

(i) syarat penyertaan. Syarikat yang menyertai dasar ini hendaklah memenuhi semua syarat kelayakan yang saya sebutkan tadi, gaji progresif;

(ii) cadangan gaji permulaan dan kenaikan gaji tahunan. Cadangan gaji permulaan dan kenaikan gaji tahunan mengikut sektor ekonomi dan kategori pekerjaan dalam Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) akan ditentukan oleh Jawatankuasa Eksekutif Pelaksanaan DGP. Panduan ini akan meliputi cadangan penentuan gaji berdasarkan gaji pokok dan kenaikan gaji bagi setiap kategori, dan;

(iii) insentif mengikut kadar dan kumpulan pekerja, insentif berbentuk tunai yang akan disediakan oleh mengikut kadar kumpulan pekerjaan terdiri daripada pekerja peringkat permulaan- entry level dan bukan peringkat permulaan- non-entry level. Pekerja peringkat permulaan merujuk kepada pekerja yang berkhidmat dalam tahun pertama di syarikat ini dan jawatan tersebut. Pekerja bukan peringkat permulaan pula merujuk kepada pekerja yang telah mengisi jawatan di syarikat lebih daripada setahun.

Maksudnya yang saya katakan sebentar tadi, sedikit Yang Berhormat Yang di- Pertua ya. Maksudnya yang dibawa dalam Jemaah Menteri tersebut telah diperbincangkan, tetapi dalam soal ini, kita- semua berdoa supaya agar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan umumkan dalam masa terdekat ini atau dalam Bajet ini dan ketersediaan itu telah pun tersedia. Saya tak berani nak katakan kerana yes or no dengan izin, saya bimbang juga kerana perkara ini telah dibincangkan di peringkat Kabinet. Jadi saya mohon Yang Berhormat, kita berdoa dan bersabar sedikit sahaja atas pengumuman yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jempol.

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Terima kasih Timbalan Speaker. Pada Ogos lalu, telah dilaporkan bahawa kerajaan mungkin mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh projek rintis Dasar Gaji Progresif daripada 12 bulan kepada 24 bulan.

Jadi soalan saya, saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai perkara ini. Apa justifikasi pelanjutan projek rintis berkenaan sedangkan usaha tersebut baru beberapa bulan sahaja digerakkan. Adakah tempoh 12 bulan itu tidak mencukupi dan adakah ini bermakna pelaksanaan Dasar Gaji Progresif tersebut sukar dilaksanakan mengikut seperti yang telah dirancang sebelum ini? Terima kasih.

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih, Yang Berhormat.

Sebenarnya perkara ini juga telah dibincangkan di peringkat Kabinet dan juga saya tidak boleh lagi untuk menyatakan dalam Dewan ini kerana perkara tersebut belum diumumkan.

Perkara ini juga sebenarnya telah dalam perbincangan sememangnya apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat itu sepatutnya akan menunggu pengumuman yang projek rintis ini akan ditambah dari setahun yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi sehingga kepada satu tempoh saya tidak berani kata dua tahun atau tiga tahun tetapi kita telah cadangkan untuk dipanjangkan tempoh tersebut.

Apa yang dibangkitkan perkara kekangan oleh Yang Berhormat sebentar tadi sememangnya kita mempunyai kekangan yang amat besar memandangkan perkara ini adalah tidak termaktub dalam akta. Kita sedang membuat libat urus yang begitu secara besar-besaran supaya kefahaman kepada majikan untuk melaksanakan gaji progresif ini.

Libat urus ini telah dilibatkan beberapa siri khususnya penglibatan daripada KESUMA dan Kementerian Ekonomi sendiri melalui yang dianjurkan sirinya oleh beberapa kali oleh pihak PERKESO itu sendiri. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali, Pekan.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Terima kasih, Timbalan Yang di- Pertua.

Orang berani jadi gerun, Bila berjumpa Hang Panglima; Soalan ini mengenai cerun, Mohon jawapan nombor lima.

final • 11:50 AM

5. Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali [Pekan] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, adakah kerajaan bercadang untuk melaksanakan reformasi dasar cerun negara yang baharu dan lebih proaktif sebagai salah satu usaha mengurangkan kejadian seperti tanah runtuh. Nyatakan statistik semasa cerun mudah runtuh seluruh negara yang telah dikenal pasti dan langkah pelaksanaan dalam menanganinya.

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Pantun.

Baiki jalan janganlah lama, Lepas baiki bergerak ke depan; Untuk soalan nombor lima, Dengarkan ini diberi jawapan. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pekan. Kementerian Kerja Raya melalui Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) JKR Malaysia telah membangunkan Pelan Induk Cerun Negara (PICN) 2009 hingga 2023 bertujuan mengurangkan risiko dan kerugian akibat tanah runtuh. Pelan ini telah dilanjutkan sehingga 2030 selaras dengan komitmen kerajaan di peringkat antarabangsa iaitu dengan izin, United Nations Disaster

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Risk Reduction (UNDRR) 2030. Perlanjutan ini bagi meneruskan agenda pengurangan risiko bencana tanah runtuh meliputi 11 komponen utama seperti:

(i) dasar dan rangka kerja institusi;

(ii) penilaian dan pemetaan bahaya;

(iii) sistem amaran awal dan pemantauan masa nyata;

(iv) tafsiran kerugian;

(v) pengumpulan maklumat;

(vi) pentafsiran penyebaran penyimpanan latihan;

(vii) pendidikan dan kesedaran awam;

(viii) langkah pengurangan kerugian;

(ix) kesiapsediaan tindak balas dan pemulihan kecemasan;

(x) penyelidikan dan pembangunan R&D; dan

(xi) amalan cerun mampan.

Antara hasil daripada PICN ini di bawah teras strategik penilaian dan pemetaan bahaya, satu garis panduan pemetaan bahaya dan risiko cerun telah disediakan sebagai asas lengkap pemetaan berdasarkan pemetaan secara linear yang dihasilkan oleh JKR dan secara kawasan yang dihasilkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.

Garis panduan ini merupakan dokumen rujukan kepada semua agensi yang berkaitan dalam membuat kerja pemetaan dan menjalankan penilaian ke atas cerun-cerun untuk mengenal pasti tahap bahaya dan risiko cerun. Ia telah dilancar pada 11 Oktober 2024 oleh saya sendiri. Kementerian Kerja Raya telah melaksanakan pengumpulan data dan menghasilkan peta bahaya dan risiko cerun. Sebanyak 26,722 bilangan cerun telah diinventori dan dibukukan yang mana 1,577 bilangan cerun mempunyai tahap risiko yang sangat tinggi dan 1,706 bilangan cerun lagi mempunyai tahap risiko yang tinggi.

Bagi tahun 2024, Kementerian Kerja Raya telah melaksanakan lapan bilangan kerja pencegahan cerun runtuh- preventive dengan kos sebanyak RM17.725 juta manakala 147 bilangan kerja pembaikan- corrective dengan kos sebanyak RM158.81 juta.

Terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pekan.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Terima kasih atas penjelasan Timbalan Menteri sebentar tadi. Bolehkah Timbalan Menteri memberi contoh utama kejadian tanah runtuh yang serius di negara ini yang melibatkan kehilangan nyawa yang terlibat? Saya ingin tahu apakah teknologi terkini berkenaan pembaikan cerun yang ada dana sebagai contohnya yang dilaksanakan juga di luar negara yang boleh kita implementasikan di negara kita. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya, YB Pekan, jika kita masih ingat antara yang paling teruk ialah peristiwa Highland Towers di Hulu Kelang yang mana 48 orang terkorban, itu tahun 1993. Kemudian ada lagi di Keningau, KK, Tuaran, Papar ini ribut. Walau bagaimanapun, akibat daripada ribut itu menyebabkan banjir kilat, cerun runtuh, 200 orang terkorban, 102 gagal dikesan. Kemudian Madrasah At-Taqwa Hulu Langat, 16 orang terkorban dan yang terkini pada 2022 bulan Disember bahawa Jalan Batang Kali di Genting Highlands 31 orang terkorban dan terpaksa ditutup jalan.

Itu antara yang sudah berlaku dan kita menggunakan teknologi ada dua namanya.

Satu, swell nailing ataupun memaku tanah dan satu lagi teknologi dipanggil TerraLink ini teknologi daripada negara India. Jika swell nailing itu hanya 500 newton per mm padu tetapi kalau teknologi India itu 800 newton per mm padu. Jadi sistem yang terbaik di luar negara kita gunakan selain daripada kaedah konvensional. Kita akan meneruskan dan mencari sistem-sistem yang terbaik di negara lain. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hulu Selangor.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Cerun ini memang kita tidak dinafikan sejak akhir-akhir kebelakangan ini terlalu banyak kes-kes yang menyebabkan runtuhan dan sebagainya- Runtuhan tanah.

Jadi saya ingin bertanya kepada Menteri baru-baru ini telah dilancarkan garis panduan pemetaan dan penyenaraian bahaya cerun. Apakah langkah KKR untuk memantapkan fungsi Cawangan Kejuruteraan Cerun termasuk memastikan sumber tenaga yang mencukupi dengan kerjasama PBT terutamanya daripada segi pemeriksaan penyelenggaraan rutin cerun dengan mengambil kira kekangan peruntukan khususnya di PBT? Terima kasih.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Di kawasan Hulu Selangor itu berlaku kejadian tanah runtuh laluan B66 Jalan Batang Kali-Genting Highlands dan 31 terkorban kita tutup jalan. Selepas itu baru-baru ini 1 Julai tidak silap saya kita sudah buka dan kita dah perbaiki cerun yang berkaitan dengan kos yang tidak sedikit lebih kurang RM40 juta untuk menyelesaikan. Kalau tidak jalan itu tidak boleh dilalui untuk pergi ke Bentong, Genting Highlands dan tempat-tempat lain di Pahang.

Kita Jabatan Kerja Raya kita ada apa yang kita panggil sebagai Cawangan Kejuruteraan Cerun ini. Antara perkara yang kita buat ada buku yang begitu tebal, seluruh puluhan ribu yang saya sebut tadi telah kita senaraikan satu persatu dan pada ketika yang sama kita juga bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran bukan hanya kami dan juga bekerjasama dengan Jabatan Mineral Geosains Malaysia. Bererti kekuatan kita di Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) campur JPS, campur Jabatan Mineral dan Geosains. Kenapakah JPS terlibat?

Sebagai contoh kejadian aliran puing di kawasan Gunung Jerai. Ia juga melibatkan tanah runtuh enam terkorban, 1,000 keluarga terjejas. Kita tahu 2021 ini memerlukan beberapa buah jabatan untuk menyelesaikan bukan hanya JKR. Oleh itu JKR akan bersama dengan jabatan lain termasuk PBT yang disebut oleh Yang Berhormat.

Terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Datuk Seri M.

Saravanan a/l Murugan, Tapah.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan - Tapah

Puan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 6.

final • 11:50 AM

6. Datuk Seri Saravanan [Tapah] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan, usaha mengkaji dan langkah-langkah kerajaan mewujudkan peluang pengajian Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET) kepada masyarakat Orang Asli dalam usaha meningkatkan taraf hidup golongan berkenaan dapat mencapai sasaran sejajar dengan memastikan Orang Asli tidak tercicir dengan peluang yang telah tersedia.

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih YB Tapah atas soalan nombor 6.

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Tuan Yang di-Pertua, KKDW melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) komited dalam memastikan supaya semua masyarakat Orang Asli tidak dipinggirkan sama ada dalam bidang pendidikan ataupun kemahiran.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, JAKOA mempunyai sebuah pusat latihan kemahiran khas untuk belia beliawanis Orang Asli iaitu Pusat Latihan JAKOA Paya Bungor di Gambang, Pahang. Pusat ini baru sahaja menerima Sijil Perakuan Siap dan pematuhan pada 26 September 2024 dan proses pengambilan pelajar baharu dijangka akan mula dilaksanakan sepenuhnya pada pertengahan tahun 2025.

final • 12:00 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Pengoperasian pusat latihan ini dijangka dapat meningkatkan jumlah peserta latihan dalam bidang jahitan melalui penyediaan kursus latihan jangka pendek dan jangka panjang bermula dari Sijil Kemahiran Tahap 2 sehingga Tahap 4. Selain daripada bidang jahitan, pusat latihan ini juga akan turut menawarkan pelaksanaan kursus-kursus kemahiran jangka pendek yang lain kepada masyarakat Orang Asli.

Di samping itu, bagi memastikan belia Orang Asli tidak tercicir daripada mendapat kemahiran, JAKOA telah melaksanakan Program TVET In-Situ iaitu kursus kemahiran di dalam kampung yang dilaksanakan bersama-sama dengan pelbagai agensi, institut latihan kemahiran awam seperti GIATMARA, Kolej Komuniti, agensi kerajaan dan juga pihak swasta.

Latihan ini berkonsepkan kursus jangka pendek yang diadakan di perkampungan Orang Asli bagi meningkatkan kemahiran mereka untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian dan membantu mereka menjana pendapatan sendiri. Kursus ini diadakan adalah mengikut minat dan permintaan daripada masyarakat kampung itu sendiri. Pada tahun 2022 hingga 2024, sebanyak 55 buah kursus TVET In-Situ telah dilaksanakan di perkampungan Orang Asli di seluruh Semenanjung dengan penglibatan seramai 1,200 orang peserta.

Selain itu, JAKOA juga sentiasa bekerjasama dengan pelbagai kementerian dan agensi dalam penganjuran program dan aktiviti kemahiran seperti Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melalui Program Bina Kerjaya dengan penglibatan seramai 1,200 orang peserta pada tahun 2023 hingga 2024.

Melalui kerjasama dengan Malaysia Aviation Group, seramai lima orang belia Orang Asli telah berjaya menjadi krew kabin MAS. JAKOA juga telah melaksanakan program latihan kemahiran dan kerjaya bersama Akademi Binaan Malaysia dengan penglibatan 40 orang peserta dan juga dalam Kursus Solar PV dan Kursus Teknologi Perpaipan Bangunan.

Selain itu, belia-belia Orang Asli sentiasa terbuka untuk mengikuti pengajian di salah satu daripada 280 buah institusi TVET di bawah KKDW yang menyediakan pelbagai kursus daripada peringkat sijil hingga ke peringkat Ijazah. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tapah.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan - Tapah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebelum saya meneruskan soalan tambahan, izinkan saya mengalu-alukan kedatangan veteran Polis, veteran Tentera, Jawatankuasa Persatuan Ibu Tunggal dari Parlimen Sri Gading. Selamat datang...

[Tepuk] Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang telah memberi satu keyakinan bahawa masyarakat Orang Asli tidak akan terpinggir daripada arus pembangunan. Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu, pada Hari TVET Negara pada Jun lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa dia akan memberi pembiayaan tambahan RM200 juta. Ingin saya tahu setakat hari ini, berapa banyak yang telah dibelanjakan untuk program-program TVET khususnya kepada masyarakat Orang Asli..? Daripada jumlah tersebut, berapa banyak telah dibelanjakan untuk program-program di kawasan-kawasan Orang Asli...?

Kedua, adakah Yang Berhormat sedar program-program latihan kemahiran di bawah ILP di bawah Kementerian Sumber Manusia dan juga IKBN di bawah Kementerian Belia dan Sukan, tidak berjaya untuk mencapai sasaran menarik penyertaan daripada golongan Orang-orang Asli? Adakah RM200 juta ini akan digunakan untuk mengadakan program-program promosi untuk menarik lebih ramai kaum-kaum lain seperti Orang Asli dan lain untuk menyertai program-program TVET ataupun kemahiran yang sedia ada di bawah IKBN dan ILKBS? Terima kasih.

final • 12:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih Yang Berhormat Tapah atas soalan berkenaan. Ya, memang Perdana Menteri telah pun mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM200 juta untuk pelaksanaan TVET seluruh negara, tetapi untuk

final • 12:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

makluman Yang Berhormat, peruntukan RM200 juta itu masih lagi dimuktamadkan dan difokuskan untuk Hi-TVET untuk memastikan pelaksanaan TVET di seluruh agensi 12 kementerian dapat dilaksanakan sebaik yang mungkin. Namun begitu, fokus RM200 juta itu juga melibatkan perancangan untuk Orang Asli, juga melibatkan pelaksanaan TVET untuk Orang Asli yang akan kita laksanakan berfasa-fasa bermula dari sekarang sehingga sampai masa hadapan...

final • 12:00 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

[Bangun]

final • 12:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

...Untuk makluman Yang Berhormat, baru-baru ini, tiga buah agensi di bawah KKDW iaitu MARA, KESEDAR dan juga JAKOA telah bekerjasama yang mana kita akan menubuhkan satu lagi pusat TVET yang kita fokuskan dengan penglibatan Orang Asli iaitu Prima GiatMARA Gua Musang yang mana pengambilan kita fokuskan kepada latihan-latihan TVET untuk masyarakat Orang Asli.

Bukan sahaja untuk orang Gua Musang lah, tetapi seluruh masyarakat Orang Asli yang berdasarkan kursus-kursus ataupun bidang TVET yang dimohon ataupun permintaan daripada masyarakat Orang Asli. Kursus ini masih dimuktamadkan dan salah satunya kemungkinan besar adalah automotif.

Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya untuk pelaksanaan TVET Orang Asli ini, kita telah pun mengadakan libat urus dengan belia. Setiap tahun kita mengadakan program Karnival Belia Orang Asli iaitu kita singkatkan dengan K-BOARDS. Di mana K- BOARDS ini akan dihadiri lebih daripada 500 orang anak-anak muda Orang Asli yang mana kita beri pendedahan kepada latihan-latihan TVET yang disediakan, bukan sahaja oleh KKDW malah juga oleh pihak swasta.

Di mana masa karnival berkenaan, pihak swasta offer, menawarkan bidang- bidang TVET yang diperlukan dan dari situ kita membuat perancangan untuk latihan- latihan TVET untuk anak-anak ataupun Orang-orang Asli. Permohonan ini bukan sahaja kita salurkan kepada peserta, agensi-agensi kerajaan, ILP, IKBN dan juga agensi swasta, malah juga pusat-pusat TVET yang lain.

Ini pendekatan kedua yang kita buat, yang ongoing sekarang dan salah satu yang banyak memberi impak adalah bersama dengan agensi swasta termasuk Malaysia Aviation Group (MAG)...

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan.

final • 12:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Okey. Untuk makluman Yang Berhormat, untuk latihan bersama dengan ILP dan juga IKBN, kita juga membuat libat urus bersama dengan dua-dua agensi ini yang mana program-program TVET In-Situ kita buat bersama dengan dua-dua agensi ini di merata ya. Maksudnya di semua kawasan Orang Asli berdasarkan permohonan dan permintaan latihan yang mereka perlukan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Padang Terap.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan - Tapah

Tuan Yang di-Pertua, minta. Soalan saya, daripada RM200 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri, berapa banyak yang dah dihabiskan ataupun belum ada lagi peruntukan...?

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Tapah.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan - Tapah

Sebab pengumuman dibuat pada bulan Jun. Kita dah nak masuk ke Bajet baharu.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Tapah, sila duduk.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan - Tapah

Sama ada duit itu dah dibelanjakan ataupun tak wujud?

final • 12:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Untuk makluman Yang Berhormat ya...

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Boleh bagi jawapan bertulis.

final • 12:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Okey. Saya ikut Tuan Yang di-Pertua, kita akan bagi jawapan bertulis.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Padang Terap.

final • 12:00 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Apabila kita sebut Orang Asli ini Yang Berhormat Menteri, bila kita sebut Orang Asli, mereka ini adalah banyak penempatan di kawasan hutan. Hari ini kita lihat apabila sebut hutan ini, kita lihat industri kredit karbon hutan. Kredit karbon hutan sebagai satu- industri yang mendatangkan pendapatan.

final • 12:00 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Kita lihat juga pihak kerajaan telah menubuhkan Malaysia Forest Fund (MFF) dan telah diberikan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk dana pembangunan projek karbon hutan pada tahun ini.

Soalan saya, Yang Berhormat Menteri, adakah kerajaan berhasrat untuk memperkenalkan TVET berasaskan karbon hutan untuk melahirkan tenaga kerja mahir daripada kalangan Orang Asli? Terima kasih.

final • 12:10 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih atas soalan tambahan tadi. Ya, betul, berkaitan dengan peruntukan yang telah disalurkan untuk produk-produk berdasarkan hutan. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya kita mendapati bidang ini, maksudnya TVET yang berkaitan dengan kemahiran pengeluaran hasil hutan ini, telah berjaya meningkatkan pendapatan Orang Asli. Apatah baru-baru ini kita telah, dalam satu TikTok Jungle Girl ya, telah berjaya mendapat pendapatan yang melebihi daripada jualan ataupun produk yang telah dikemukakan. Kita mengambil kira perkara ini dalam perancangan latihan-latihan yang kita akan berikan kepada masyarakat Orang Asli.

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Dato’ Khlir bin Mohd Nor, Ketereh.

final • 12:10 PM

7. Dato' Khlir bin Mohd Nor [Ketereh] minta Menteri Pertahanan menyatakan, usaha-usaha kementerian setakat ini dalam menentukan veteran Tentera mendapat kerjaya kedua setelah menamatkan perkhidmatan selama 21 tahun.

final • 12:10 PM

Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Terima kasih Yang Berhormat Ketereh. Puan Yang di-Pertua, dalam memastikan agar veteran Angkatan Tentera Malaysia berupaya mendapat kerjaya kedua setelah bersara, Kementerian Pertahanan mengambil tiga pendekatan utama yang merangkumi sasaran jangka pendek dan jangka panjang.

Pertama, melalui peranan PERHEBAT yang diberi tanggungjawab merancang, mengurus dan melaksanakan latihan peralihan kepada anggota ATM yang bakal bersara.

Secara umumnya, latihan ini mengambil masa antara tiga hingga 18 bulan mengikut kelayakan dan kesesuaian latihan peralihan ini, selain melengkapkan mereka dengan pemikiran atau mindset yang betul merangkumi latihan bidang keusahawanan, teknikal dan juga vokasional.

Pelbagai program dan kerjasama yang telah diusahakan oleh PERHEBAT.

Namun, pihak kementerian telah mengambil ketetapan bahawa bermula pada tahun ini, latihan-latihan yang dikendalikan oleh PERHEBAT mesti diubah pendekatannya, antaranya:

(i) melakukan pelbagai kerjasama dan hubungan strategik bagi memastikan latihan yang diberikan adalah bersesuaian dengan keperluan dan tuntutan pasaran;

final • 12:10 PM

Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin

(ii) memastikan modul peralihan bersifat praktikal berdasarkan industri ataupun, dengan izin, industry-based dan tidak terlalu menekankan aspek teori;

(iii) memastikan berlaku lebih banyak kolaborasi dan penglibatan pihak industri secara lebih intensif khususnya entiti-entiti di dalam ekosistem MINDEF dan para syarikat yang diberikan kontrak perolehan oleh kerajaan; dan

(iv) menempatkan para pelatih secara terus dalam pasaran atau syarikat-syarikat berbanding dikumpulkan di pusat latihan PERHEBAT sama ada di Sungai Buloh ataupun di tempat-tempat lain.

Strategi kita adalah mentransformasikan PERHEBAT agar tidak sekadar menjadi penyedia latihan, tetapi merupakan institusi yang menghubungkan bakal-bakal pesara secara proaktif dengan pasaran sebenar dan membantu mereka secara agresif dan praktikal agar dilengkapkan dengan pelbagai aspek yang menjadi tuntutan majikan dan juga pasaran semasa.

Selain PERHEBAT, Jabatan Hal Ehwal Veteran juga menyediakan program dan pelbagai inisiatif untuk memastikan veteran mendapat pekerjaan yang baik dan dipantau kesejahteraannya. Antara inisiatif yang dilakukan adalah menjalankan kerjasama dengan PERKESO iaitu agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia menerusi platform MYFutureJobs bagi membantu veteran ATM dalam membuat pilihan kerjaya yang luas.

Kedua, kolaborasi dengan Jabatan PERHILITAN bagi melantik veteran ATM sebagai ranger komuniti. Sama seperti PERHEBAT, kita telah turut mengarahkan Jabatan Hal Ehwal Veteran untuk turut meneroka lebih banyak kerjasama dengan pihak lain khususnya pemain industri.

Puan Yang di-Pertua, seterusnya bagi melengkapkan...

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan.

Ringkaskan.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin

...Usaha memastikan keupayaan veteran untuk mendapat kerjaya kedua yang baik, Kementerian Pertahanan kini sedang memuktamadkan pengenalan inisiatif yang dikenali sebagai Program Pembelajaran Berasaskan Kerja atau Work-Based Learning. Kita, insya-Allah, akan mula melaksanakannya pada tahun hadapan di mana di bawah program ini, dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan institusi pengajian tinggi, segala pengalaman, ilmu, bakat dan kemahiran anggota ATM yang sudah berkhidmat untuk suatu tempoh akan dinilai secara berstruktur untuk diberikan diploma atau ijazah atau kelayakan yang lebih tinggi mengikut kelayakan dan kesesuaian.

Seperti yang kita tahu, kebanyakan anggota Tentera menyertai perkhidmatan dengan kelayakan SPM sahaja dan mereka meninggalkan perkhidmatan 21 tahun kemudian dengan tahap kelayakan yang sama. Keadaan tersebut bukan sahaja tidak memberi apa-apa kelebihan akademik, malah tidak meningkatkan kebolehpasaran mereka.

Jadi, melalui inisiatif WBL ini, kita akan bantu meningkatkan daya saing serta kebolehpasaran anggota dengan memastikan mereka meninggalkan perkhidmatan dan menjadi pesara yang mempunyai sekurang-kurangnya kelayakan Diploma.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ketereh.

final • 12:10 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Terima kasih Menteri atas penjelasan sebentar tadi. Soalan tambahan saya- semasa pembentangan Bajet 2024 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 13 Oktober 2023, dia telah umumkan skim PROTEGE yang mana skim ini diperluaskan kepada Angkatan Tentera Malaysia- MINDEF maksud

final • 12:10 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

saya. Jadi, saya nak tahu, setakat ini berapa ramai bekas-bekas Tentera yang terlibat dengan syarikat-syarikat yang mendapat kontrak daripada MINDEF?

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Terima kasih Yang Berhormat Ketereh.

Saya tidak ada fakta, jumlah, tetapi untuk makluman, program PROTEGE ini lah satu program yang disediakan kepada lulusan universiti semua warganegara yang mana melalui syarikat-syarikat yang mendapat perolehan, mereka menyediakan tempat selama satu tahun untuk mereka meningkatkan lagi kebolehpasaran mereka, dan ini juga diperluaskan kepada anggota veteran dan ia tertakluk kepada permohonan mereka.

Mungkin ia tidak mendapat sambutan yang hangat kerana melalui latihan dan pendedahan yang telah diberikan melalui PERHEBAT, Jabatan Hal Ehwal Veteran dan sebagainya, mereka lebih cenderung untuk mendapat dan mengikuti program-program yang lain. Apa pun, nanti saya sampaikan fakta berapa ramai yang telah memohon.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sri Gading.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Pertama sekali, tahniah atas perancangan yang telah dibuat oleh PERHEBAT iaitu tentang menambahkan ilmu kepada bakal-bakal veteran yang akan tamat perkhidmatan.

Cuma, apa yang saya hendak bertanya pada pagi ini, kebetulan veteran daripada Polis dan Tentera daripada Parlimen Sri Gading bersama-sama kita dalam Dewan pada pagi ini, jadi saya ingin bertanya, apakah jenis pekerjaan yang sesuai selain menjadi pengawal keselamatan? Itu yang pertama.

Yang kedua, apakah bantuan JHEV sekiranya veteran ini ada menubuhkan koperasi dan boleh membantu untuk memajukan koperasi veteran yang ditubuhkan di peringkat negeri ataupun di peringkat bahagian masing-masing? Sekian, terima kasih.

final • 12:10 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Terima kasih Yang Berhormat.

Sebenarnya ada pelbagai ruang dan peluang yang boleh dimohon ataupun difikirkan oleh seseorang yang akan bersara, untuk mereka menceburi. Antaranya program-program yang telah disediakan melalui PERHEBAT misalnya.

Satu, Program Bimbingan dan Latihan Keusahawanan Tani Secara Berstruktur.

PERHEBAT telah mengadakan kerjasama dengan pihak Universiti Putra Malaysia (UPM), dengan pihak Universiti Malaysia Kelantan dan juga yang terbaharu dengan pihak Kementerian Ekonomi, di mana veteran yang minat untuk bertani boleh menyertai program ini. Dengan UPM, seramai 100 orang telah menyertai; dengan UMK, seramai 27 orang; manakala dengan Kementerian Ekonomi, pilot project untuk 40 orang, yang mana ia melibatkan Projek Tanaman Cili Bara di Kem Erskine, Kuala Kubu Bharu.

Kedua, Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM, kolaborasi rentas beberapa kementerian- Kementerian Ekonomi, Kementerian Desa dan Wilayah, Kementerian Pembangunan Usahawan, Kementerian Pertanian, di mana ia menjadi pemudah cara dan penghubung untuk mengenal pasti, menyalurkan insentif keusahawanan yang merangkumi khidmat kepakaran fasiliti, geran dan latihan yang diperlukan oleh usahawan veteran dan sejak 2023 hingga September tahun ini, sejumlah 1,586 orang veteran telah terlibat. Geran-geran keseluruhan berjumlah RM780,000 telah pun dikeluarkan.

Kemudian, veteran MyWIRA, ini dilancarkan Januari lepas bersama TalentCorp.

Di mana program ini melibatkan kerjasama dengan agensi kerajaan, GLC, GLIC yang mengambil tanggungjawab menyediakan peluang kerjaya kedua kepada veteran ATM.

Kita telah mulakan dengan satu syarikat- Micron Memory Malaysia di Pulau Pinang dan kerana inisiatif ini, maka ada beberapa buah syarikat seperti Western Digital, Federal Express, Hilton dan sebagainya yang turut memberi perhatian untuk mengadakan kolaborasi.

final • 12:20 PM

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Jadi, ini sebenarnya ada macam-macam jenis usaha yang telah dilakukan, berasaskan kepada peralihan tumpuan yang telah kementerian gariskan. Jadi, kepada koperasi usahawan sebagainya, sebenarnya ada banyak koperasi yang melibatkan bekas tentera ataupun veteran dan ia tertakluk kepada peluang-peluang yang ada. Ia juga adalah di bawah Kementerian Usahawan dan Pembangunan Koperasi, bukan secara khusus oleh Jabatan Veteran. Veteran jaga veteran- Jabatan Veteran menjaga veteran secara individu. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng, Tanjung Piai.

final • 12:20 PM

Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjung Piai

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 8.

final • 12:20 PM

8. Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng [Tanjung Piai] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, bilangan terbaharu projek perumahan terbengkalai dan apakah bentuk tindakan tegas yang dikenakan terhadap pemaju berkenaan bagi mengelakkan siri projek terbengkalai ini kembali berulang di masa akan datang.

final • 12:20 PM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

*Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

[Membaca selawat]* Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan juga Ahli Yang Berhormat, komitmen untuk memastikan setiap rakyat mempunyai tempat tinggal menjadi keutamaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) selaras dengan aspirasi Malaysia Madani untuk memastikan kesejahteraan rakyat terbela dengan prinsip asas leave no one behind. KPKT turut bertanggungjawab mengimbangi antara keperluan penyediaan perumahan mampu milik dengan memastikan pengurusan projek perumahan yang lancar bagi mengelakkan projek-projek tersebut diisytiharkan sakit ataupun terbengkalai.

Sehingga 30 September 2024, terdapat sejumlah 113 projek perumahan swasta terbengkalai meliputi 30,371 unit rumah dengan 15,952 orang pembeli. Dalam hal ini, Menteri boleh mengambil tindakan-tindakan berikut berdasarkan peruntukan khusus di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 ataupun Akta 118 iaitu pertama, seksyen 11(i), di mana Menteri boleh mengambil apa-apa tindakan sepertimana yang termaktub dalam perenggan ‘A’ hingga ‘E’, sekiranya Pengawal Perumahan berpendapat bahawa pemaju perumahan yang berlesen telah tidak dapat memenuhi obligasinya kepada para pembeli rumah atau pun akan menggantungkan pengendalian pembinaannya ataupun menjalankan perniagaannya dengan cara yang memudaratkan pembeli.

Kedua, seksyen 11(i)(c)(a), di mana Menteri boleh mengesahkan bahawa sesuatu projek adalah terbengkalai apabila sesuatu projek tidak disiapkan dalam ataupun di luar tempoh Perjanjian Jual-Beli (PJB) dan tiada sebarang aktiviti yang ketara berlaku di tapak pembinaan selama enam bulan secara berterusan.

Seksyen 12, di mana Menteri boleh memberikan apa-apa arahan yang difikirkan patut dan sesuai bagi maksud memastikan pematuhan akta ini dan apa-apa arahan yang berkaitan.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, apabila sesuatu projek telah pun diisytiharkan sebagai terbengkalai, KPKT akan melakukan, mengambil tindakan proaktif dengan menyenaraihitamkan pemaju perumahan dan Ahli Lembaga Pengarah syarikat yang terlibat dengan projek terbengkalai. Lanjutan daripada itu, pihak tersebut juga akan disekat daripada memohon lesen pemajuan baharu dan akaun pemajuan perumahan HDA sedia ada akan dibekukan.

final • 12:20 PM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Di samping tindakan-tindakan sedia ada, KPKT sedang memperhalusi Akta 118 bagi memperkukuhkan tindakan kawalan yang lebih baik dan pencegahan awal serta tindakan jangka masa panjang bagi mengelakkan projek perumahan swasta menjadi sakit dan akhirnya terbengkalai. Selain itu Tuan Yang di-Pertua, antara pindaan yang akan dilaksanakan adalah menguatkuasakan sekatan perjalanan keluar negara bagi mana- mana pemaju dan juga ahli lembaga pengarah yang telah pun di senarai hitamkan dan maklumat pemaju dan pemajuan tersebut yang terlibat sebagai terbengkalai ataupun bermasalah juga akan dipaparkan di dalam Sistem Bank Data Perumahan Negara

(TEDUH) sebagai rujukan kepada pihak-pihak yang berkepentingan seperti mana para pembeli dan pihak bank pembiaya.

Setakat ini Tuan Yang di-Pertua, sehingga 30 September 2024, sejumlah 14 projek perumahan swasta terbengkalai melibatkan 1,900 unit rumah dengan nilai pembangunan kasar RM574.79 juta telah pun berjaya dipulihkan dan dilaksanakan melalui pemantauan task force projek perumahan swasta, lewat, sakit dan terbengkalai.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tanjung Piai.

final • 12:20 PM

Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjung Piai

Terima kasih usaha-usaha dan langkah-langkah diambil oleh kementerian. Soalan tambahan saya ialah, apakah bentuk kaedah yang dipelajari oleh kementerian dari negara-negara seperti Australia, UAE dan Singapura dalam menambah baik peluasan skop Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] yang lebih adil, munasabah dan telus terhadap pembeli rumah di negara ini?

final • 12:20 PM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, seperti mana yang saya sebutkan tadi, pada ketika ini KPKT sedang dalam pelaksanaan pindaan kepada peruntukan-peruntukan undang-undang yang sedia ada dan sememangnyalah, semestinya-lah kementerian akan turut mengambil kira amalan- amalan terbaik yang dilakukan oleh negara-negara luar, termasuklah antaranya daripada aspek HDA. Kita mengambil kira amalan terbaik yang telah dilaksanakan di Singapura misalnya, dengan melaksanakan penambahbaikan peruntukan berkaitan HDA di dalam Akta 118 agar pengurusan kewangan bagi setiap pemajuan hartanah ini dapat dilaksanakan dengan baik dan lestari...

final • 12:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

[Bangun]

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

[Bangun]

final • 12:20 PM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Yang keduanya Tuan Yang di-Pertua, cadangan memperkenalkan sunset clause yang merujuk kepada amalan pemajuan perumahan di Australia misalnya, di mana terdapat peruntukan undang-undang ataupun klausa khusus bagi menghentikan sesuatu projek selepas suatu tempoh yang ditentukan.

Klausa ini memberi jaminan kepada pembeli bahawa pembeli boleh menarik diri daripada perjanjian sekiranya projek perumahan tersebut tidak dapat disiapkan dalam tempoh masa yang dijanjikan.

Ketiganya, cadangan memperkenalkan pelaksanaan option to purchase yang telah diamalkan di beberapa buah negara seperti Australia, United Kingdom, Singapura dan Amerika Syarikat, di mana OTP ini adalah perjanjian pertama yang akan dimeterai oleh pemaju dan bakal pembeli sebelum pelaksanaannya. Dengan pendekatan itu nanti akan dapat mengurangkan risiko statistik ‘projek sakit’ dan lewat dan terbengkalai, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Maran.

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan saya- sejak 2022 pasukan Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai telah ditubuhkan. Banyak syor-

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

syor yang telah dibuat oleh pasukan ini dan telah dikemukakan kepada kementerian. Apa antara syor dan tindakan yang telah diambil oleh kerajaan dalam menangani isu perumahan terbengkalai ini, swasta terbengkalai ini..? Dalam masa yang sama, kita ada panel of experts yang terdiri lebih kurang 28 orang- 18 orang. Sorry, 28 orang- pakar- pakar dalam berbagai-bagai-bagai disiplin. Jadi apakah antara dua buah badan ini tidak ada pertindanan fungsi dan peranan? Minta penjelasan.

final • 12:30 PM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai memang telah pun diwujudkan sejak Disember 2022 dan telah pun menjalankan tugas mereka- dipengerusikan buat masa ini di kementerian ini, dipengerusikan oleh saya sendiri. Kita mengadakan mesyuarat dua bulan sekali dan akan turun tapak projek yang di mana jumlah projek perumahan statistik yang kita pantau dalam- yang dilesenkan di bawah kementerian kita ada kurang lebih 3,800 Tuan Yang di-Pertua.

Jadi setakat ini semua berjalan dengan baik dan ada cadangan-cadangan termasuklah pertemuan perbincangan libat urus dengan pihak bank dan semua agensi yang terkait dan juga kementerian-kementerian yang terkait sudah pun dilaksanakan.

Insya-Allah saya yakin dan percaya sekiranya task force ini dapat menjalankan tugas dengan lebih baik lagi dan insya-Allah boleh menjalankan tugas dengan lebih baik lagi, banyak isu yang dibangkitkan akan diselesaikan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 12:30 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Dengan izin, Puan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan Usul Menteri di Jabatan Perdana Menteri seperti di Nombor 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini. Selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 16 Oktober 2024.”

final • 12:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

final • 12:32 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Saya menyokong.

final • 12:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 12:32 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

PENERANGAN DARIPADA MENTERI-MENTERI DI BAWAH P.M. 14(1)(i)

Isu GISB Holdings Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Dimaklumkan terdapat tiga Yang Berhormat Menteri akan memberi penerangan berkenaan isu GISB Holdings.

Jadi saya jemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dulu, lepas itu YB Menteri Dalam Negeri dan diikuti YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Jadi, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

final • 12:32 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani.

Puan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua atas ruang yang diberikan untuk saya pada hari ini di bawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) bagi menerangkan isu dan tindakan yang telah dan akan diambil serta cadangan atau pun pelan tindakan pemulihan dalam konteks dan bidang kuasa di peringkat Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkaitan isu Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. atau pun GISBH.

Sebagai makluman Dewan yang mulia ini, merujuk kepada sidang media oleh Ketua Polis Negara pada 23 September 2024, menunjukkan siasatan mendapati ahli GISBH masih mengamalkan Tarekat Aurad Muhammadiyah yang disahkan menyeleweng daripada ajaran Islam. Berdasarkan kepada sesi temu bual bersama saksi-saksi, JAKIM telah membongkar hasil pengalaman mereka semasa berada dalam al-Arqam, Rufaqa dan GISBH.

Antara penyelewengan adalah merangkumi akidah, syariah dan akhlak atau tasawuf dan muamalat. Berkaitan dengan akidah, GISBH meyakini bakal munculnya Imam Mahadi yang ghaib selama ini yang merujuk kepada Syeikh Suhaimi.

Yang kedua, Fata at Tamimi ataupun pemuda Bani Tamim merujuk kepada Abuya Ashaari Muhammad yang juga ghaib dan akan muncul bersama Imam Mahadi iaitu Syeikh Suhaimi sebagai pembantunya di akhir zaman nanti.

Yang ketiga, meyakini bahawa semua ahli akan selamat di alam kubur kerana dibantu oleh syafaat Abuya Ashaari Muhammad untuk menjawab soalan Munkar Nakir.

Berkaitan dengan syariah, jemaah telah didoktrinkan untuk memohon keberkatan bukan lagi kepada Abuya, tetapi kepada kepimpinan seperti Ahli Lembaga Pengarah yang dilantik.

Yang kedua, amalan bertabaruk iaitu mengharapkan berkat daripada Allah SAW dengan pengantara melalui air basuhan tangan, tisu dan kain yang digunakan oleh pemimpin, air rendaman baju, rambut, janggut dan darah bekam pimpinan dan bekas pimpinan.

Yang ketiga, melaksanakan solat jamak setiap hari dan tidak melaksanakan solat Jumaat.

Yang keempat, pasangan yang telah ditentukan untuk berkahwin perlu melalui pelaksanaan dua kali majlis akad perkahwinan iaitu akad perkahwinan syarie yang diakadkan oleh pemimpin yang berwakilkan wali dan akad perkahwinan secara

final • 12:33 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

perundangan yang dilaksanakan oleh pendaftar nikah atau imam yang dilantik oleh Jabatan Agama Islam Negeri.

Manakala dari sudut akhlak pula, mereka memisahkan tempat tinggal suami, isteri dan anak-anak seawal usia dua tahun. Pengikut yang keluar daripada GISBH tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan isteri, anak, ibu dan bapa. Jika suami keluar daripada jemaah, akan dianggap terputus daripada jemaah dan isteri serta anak-anak adalah hak jemaah dan sebaliknya.

Yang kedua, pengikut diminta untuk berkorban dan memerah keringat dalam serba kekurangan tanpa gaji untuk kepentingan GISBH. Manakala pemimpin hidup penuh kemewahan dan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat.

Yang ketiga, rumah-rumah amal yang dianggarkan lebih dari 100 buah di seluruh Malaysia ditubuhkan bagi meletakkan anak-anak kepada jemaah GISBH dengan tujuan menjana pendapatan melalui derma dan infak orang ramai dengan hujah mereka semua adalah anak-anak pejuang fisabilillah.

Yang keempat, Remaja Pembela Ummah (RPU) dan anak-anak pemimpin hari ini dan dilihat sebagai kumpulan orang muda daripada GISBH. Mereka sanggup melakukan apa sahaja menurut arahan kepimpinan atasan termasuklah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang seperti memeras ugut dan sebagainya.

Yang kelima, sekolah-sekolah di bawah GISBH tidak menggunakan silibus yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri termasuk pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Yang keenam, taktik mengugut dan kuarantin dikenakan sebagai senjata bagi menghukum ahli yang ingkar terhadap arahan pimpinan tertinggi.

Yang ketujuh, kebanyakan kanak-kanak dibesarkan dalam rumah amal dan dipisahkan daripada ibu bapa mereka sejak berusia dua tahun lagi. GISBH juga telah didapati menipu status kanak-kanak yang berada di rumah amal atau pun pusat penjagaan sebagai anak yatim kerana mereka dianggap masih dalam perjalanan untuk berjuang.

Yang kelapan, ahli yang telah keluar dari GISBH dilarang berjumpa dengan anak dan isteri yang masih berada dalam GISBH. Isteri mereka yang masih berada dalam syarikat akan diminta untuk menuntut fasakh di Mahkamah Syariah.

Yang akhir sekali, ahli yang dianggap bermasalah dan memberontak akan dikuarantin dan diugut supaya bertaubat dengan pemimpin. Mereka akan dipisahkan daripada anak dan isteri.

Puan Yang di-Pertua, hasil dapatan dan kajian lanjut JAKIM, JAKIM secara berterusan melaksanakan kajian dan penelitian terhadap dakwaan semasa dan mendapati terdapat unsur-unsur yang berkait dengan penyelewengan seperti berikut:

final • 12:33 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

(i) bahawa Asy-Syeikh Muhammad bin Abdullah As-Suhaimi ataupun Syeikh Muhammad Suhaimi merupakan Imam Mahadi;

(ii) bahawa Ashaari bin Muhammad akan muncul bersama Asy- Syeikh Muhammad bin Abdullah As-Suhaimi sebagai pembantunya di akhir zaman;

(iii) bahawa Ashaari bin Muhammad boleh memberi syafaat kepada pengikutnya;

(iv) bahawa air basuhan anggota badan pemimpin dan air rendaman seperti rambut dan janggut pemimpin mempunyai berkat;

(v) mengamalkan ekonomi ‘ma’ash’ yang mempunyai unsur perhambaan yang mana keperluan pengikut akan ditanggung

final • 12:40 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

sepenuhnya oleh syarikat dan sebagai balasan mereka dikehendaki berkhidmat secara sukarela tanpa sebarang upah; dan

(vi) mengamalkan Aurad Muhammadiah atau zikir agung yang telah difatwakan sesat.

Dalam hal ini, JAKIM telah bertindak berdasarkan fungsi dan peranan sedia ada dan tidak melangkaui fungsi pihak berkuasa seperti PDRM dan pihak berkuasa agama negeri. Namun, kerjasama, khidmat nasihat dan perundingan dengan pihak berkuasa di peringkat persekutuan dan negeri sentiasa dibuat dari semasa ke semasa bagi memastikan proses kajian dapat dilaksanakan dengan sewajarnya.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai makluman Ahli Dewan yang mulia ini, sehingga 8 Oktober 2024, sebanyak tiga buah negeri telah mengeluarkan fatwa berkaitan GISBH adalah sesat iaitu Perlis pada 20 September 2024. Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan kepercayaan dan ajaran mengandungi unsur ajaran sesat khususnya batiniah.

Manakala, negeri Pahang pada 5 Oktober 2024 melalui Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak negeri Pahang memutuskan fatwa bahawa pengikut-pengikut GISBH adalah menyeleweng dan sesat.

Seterusnya, Jabatan Mufti Negeri Selangor telah mengadakan mesyuarat khas pada 30 September 2024 bagi membincangkan fahaman dan amalan ahli-ahli GISBH serta rangkaiannya yang masih mengamalkan Aurad Muhammadiah. Fahaman dan amalan mereka didapati mempunyai ciri-ciri menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar menurut pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah daripada aspek akidah dan syariat.

Puan Yang di-Pertua, JAKIM telah membentangkan kajian kepada Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia

(MKI) kali ke-125 yang bersidang pada 20 hingga 22 Rabiulawal bersamaan 24 hingga 26 September yang lalu untuk menimbang dan memutuskan pandangan hukum berkaitan GISBH. Keputusan pandangan hukum ini telah diperkenankan oleh Pengerusi MKI dan seterusnya akan dipersembahkan kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 23 dan 24 Oktober ini.

JAKIM juga telah terlibat dalam pasukan bilik gerakan Op Global bersama Jabatan Siasatan Jenayah dan Cawangan Khas, PDRM dan turut disertai oleh agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara dan Akademi Kenegaraan Malaysia di Pusat Latihan Polis

(PULAPOL) Kuala Lumpur.

Seterusnya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia telah mengarahkan Majlis Keselamatan Negara untuk menerajui dan menyelaras bagi memastikan tindakan terhadap GISBH dapat dilakukan secara menyeluruh, terancang dan terselaras dengan kerjasama semua agensi terlibat termasuk JAKIM.

Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan dan Majlis Agama Islam Negeri seluruh Malaysia yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JAKIM pada 1 Oktober 2024 telah memutuskan beberapa keputusan mengenai cadangan pelan tindakan pemulihan ahli GISBH seperti berikut.

Pertama, daripada aspek pemulihan akidah diterajui oleh JAKIM dengan penglibatan MAIN dan JAIN dan agensi lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Akademi Kenegaraan Malaysia. Program ini akan dilaksanakan selama 90 hari maksimum atau satu tempoh masa yang bersesuaian mengikut situasi dan keadaan selepas penilaian dilaksanakan ke atas peserta sama ada secara individu ataupun secara berkelompok.

final • 12:40 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Kedua, adalah berkaitan dengan semakan perkahwinan yang diterajui oleh Jabatan Agama Islam Negeri dengan penyelarasan oleh JAKIM, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Ketiga, berkaitan dengan bantuan zakat. JAWHAR akan menyelaras cadangan bantuan kelangsungan hidup ahli GISBH yang mengikuti pemulihan secara sukarela daripada pihak MAIN ataupun pusat zakat berkaitan di negeri-negeri.

Keempat, berkaitan dengan modul pemulihan, akan mengguna pakai modul pemulihan sedia ada daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan modul kepada kanak-kanak JKM berpandukan kepada silibus KAFA dan modul pemerkasaan rohani bagi kanak-kanak Institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan beberapa penambahbaikan.

Akhir sekali, berkaitan dengan pusat pemulihan memohon kerjasama MAIN dan JAIN cadangan bilangan pusat ataupun kapasiti serta lokasi pusat pemulihan yang berada di bawah seliaan MAIN ataupun JAIN negeri bagi tujuan penempatan pemulihan secara sukarela.

JAKIM telah diberikan peranan untuk menerajui pelaksanaan aspek pemulihan akidah terhadap ahli-ahli GISBH. Agensi-agensi lain yang turut dilibatkan adalah Kementerian Pendidikan Malaysia, JKM, Akademi Kenegaraan Negara, JAWHAR dan JAIN ataupun MAIN. Manakala dari sudut modul pula, ia dijangka dilaksanakan selama 90 hari dan akan menggunakan kerangka seperti berikut:

(i) yang melibatkan kanak-kanak berpandukan kurikulum KAFA, JAKIM;

(ii) Modul Pengukuhan Akidah, JAKIM;

(iii) Manual Psikospiritual Islam, JAKIM;

(iv) Panduan Wirid dan Doa Selepas Solat, JAKIM;

(v) Modul Pembangunan Remaja, JAKIM; dan

(vi) Modul myInsaniah, JAKIM.

Dengan mengambil kira penambahbaikan elemen doktrin dan pemikiran. Bagi mereka yang dewasa pula akan menggunakan Modul Istitabah MAIS dengan beberapa penambahbaikan dengan mengambil kira penambahbaikan elemen ataupun doktrin pemikiran semasa.

Penglibatan Pegawai Penguatkuasa Agama JAIN dan Pegawai JAKIM yang mempunyai tauliah mengajar sedia ada bagi tujuan sebagai tenaga pengajar di pusat pemulihan dengan mengikuti training of trainers khusus bagi program pemulihan ahli-ahli GISBH ini.

Jadi Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sudah cukup?

final • 12:40 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

...Demikian adalah perancangan dan pelan pemulihan kepada pengikut-pengikut GISBH ini.

Puan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri sesi penerangan ini ingin saya menegaskan bahawa Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama memandang serius isu ini dan komited dalam segala tindakan yang diambil bagi memastikan perkara ini dapat ditangani dengan berkesan. Dengan itu, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dipohon mengambil maklum mengenai isu ini dan pihak kami amat mengalu-alukan pandangan dan cadangan dari semua pihak. Sekian terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri.

final • 12:40 PM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya berdiri di sini untuk mengetengahkan satu isu yang sangat penting yang telah menarik perhatian seluruh negara yakni status siasatan yang sedang berlangsung terhadap Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) dan implikasi serius terutama terhadap kesejahteraan wanita dan kanak-kanak.

Penting untuk saya nyatakan bahawa ketika kenyataan Menteri ini diberikan dan nanti akan diikuti dengan perbahasan, adalah mustahak untuk kita berikan kepekaan bahawa siasatan masih berlangsung dan prosiding mahkamah juga sedang berjalan.

final • 12:49 PM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Sudah ada Kertas Siasatan yang berakhir dengan pertuduhan dan masih ada lagi kertas siasatan yang sedang dilengkapkan. Polis Diraja Malaysia dan beberapa buah agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri sedang giat menjalankan siasatan menyeluruh. Sifat siasatan ini sangat kompleks kerana ikut melibatkan rangkaian syarikat yang beroperasi di dalam dan di luar negara, 18 buah negara luar.

Fokus terhadap tujuan untuk menyembunyikan sifat sebenar operasi. Di depan wajah perniagaan, tetapi di sebaliknya seperti disebut oleh Menteri Agama ada elemen penyebaran ajaran yang menyimpang yang telah pun dibuat oleh keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

GISBH ini inisiatif yang ketiga. Yang pertama, Pertubuhan Al-Arqam. Kedua, Rufaqa’ Corporation Sdn. Bhd. Kedua-dua ini statusnya adalah oleh kerajaan terdahulu telah pun dibuat pengharaman. Bukan sahaja gerakan pertubuhan ini, tetapi juga aktivitinya dan juga bahan penerbitan juga telah disenaraikan sebagai haram dari sudut undang-undang negara kita.

Dalam konteks inilah PDRM memberi tumpuan kepada beberapa undang-undang penting yang berkaitan. Termasuklah terhadap operasi syarikat dan aspek kebajikan dan perlindungan terutama kanak-kanak dan wanita dengan mengguna pakai akta-akta yang di bawah kawal selia KDN khususnya Polis dan tentunya dalam siasatan itu tidak terhenti dengan pasukan Polis sahaja.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, siasatan ini ikut membabitkan sejumlah agensi termasuklah Kementerian Pendidikan, termasuk juga Kementerian Wanita, Keluarga dan Kanak-kanak mainkan peranan penting kerana di sana ada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kita juga ada Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kesihatan, Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Kimia, Jabatan Agama Islam Negeri-negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Pendaftar Pertubuhan, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan senarainya panjang.

Kenapa Akta Kanak-kanak ini di bawah Yang Berhormat Menteri Wanita sekejap lagi akan membuat Minister Statement nya. Kerana ini akta yang menyediakan rangka kerja yang komprehensif untuk melindungi kanak-kanak daripada penderaan dan pengabaian serta tanggungjawab ibu bapa dan penjaga. Kita juga menggunakan Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 kerana ini undang-undang khusus menangani jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan memastikan bahawa pelakunya tidak lepas daripada tindakan undang-undang.

ATIPSOM ini apabila melibatkan elemen pemerdagangan manusia ataupun buruh paksa. Kalau dalam siasatan ini mendapati bahawa adanya perbuatan di mana kanak- kanak di bawah umur ini diminta bekerja kemudian tanpa bayaran gaji dan sebagainya, itu antara spec siasatan yang kita teliti.

Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957. Akta ini menghendaki menjadi tanggungjawab orang yang mengetahui tentang satu kelahiran, memaklumkan dan membuat pendaftaran. Ini penting sebab ini akan membawa kepada identiti yang sah dan

final • 12:50 PM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

maklumat ibu bapa direkodkan dengan betul. Apabila Polis mengambil tindakan, pada satu bahagian kita panggil tangkapan. Ada satu bahagian panggil, kita panggil menyelamatkan.

Yang kita selamatkan adalah 625 orang kanak-kanak. Kita asingkan pula pecahan kanak-kanak yang sudah ada identiti diri. Ada Sijil Lahir, ada MyKad. Ada juga kanak- kanak yang tiada Sijil Lahir, tiada MyKad. Ada yang lambat daftar. Ada juga terdiri kanak- kanak yang kita kategorikan sebagai tidak sah taraf. Menjadi tanggungjawab kerajaan sementara siasatan dibuat untuk membetulkan keadaan ini, tetapi kerajaan juga harus memikirkan masa depan kanak-kanak ini, memberikan identiti yang betul, yang sah mengikut peraturan undang-undang dalam negara kita.

Kemudiannya, aspek kebajikan kanak-kanak ini akan diberi perhatian di bawah tanggungjawab kementerian yang lain. Misalnya selesai identiti diri itu akan memastikan kebajikan mereka terjaga. Kemudian, mereka dikembalikan kepada pendidikan arus perdana. Kita ke arah itu. Kita guna pakai kanun keseksaan. Tentunya pelbagai seksyen dalam kanun ini menangani kesalahan berkaitan dengan pelbagai aktiviti di dalamnya termasuklah kalaupun melibatkan jenayah terancang. Jadi, ini antara asas kepada satu- satu tindakan siasatan dibuat.

Ada juga Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-langkah Khas yang digunakan apabila satu perintah tahanan reman diberikan. Boleh jadi tujuh hari, campur tujuh hari atau tujuh campur lima atau tujuh campur tiga, tetapi kerana ramainya mereka yang ditahan, maka tempoh reman itu dianggap belum mencukupi. Maka, kita guna pakai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) untuk memastikan bahawa siasatan itu tuntas, lengkap.

Akta Syarikat 2016. Akta ini menghendaki siasatan dibuat bahawa mana-mana syarikat yang ditubuhkan mengemukakan penyata kewangan yang tepat dan mengekalkan ketelusan dalam operasi mereka dan siasatan yang berjalan setakat ini ikut mengguna pakai akta ini.

Lalu ikut dilakukan juga penyiasatan di bawah Akta Anti Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 yang istilah biasa kita sebut sebagai AMLA. Dilakukan money tracking kemudian ke mana punca wang itu, di mana dibelanjakan dan tujuan apa wang itu dibelanjakan.

Ketika kita membincangkan isu-isu ini, saya mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mengiktiraf bahawa walaupun siasatan sedang dijalankan, perkara ini tetap merupakan satu isu kepentingan awam yang signifikan. Perbincangan kita mesti mematuhi peraturan Parlimen sambil membenarkan siasatan yang bermakna ke atas kebimbangan-kebimbangan yang saya anggap mendesak ini. Adalah penting bagi kita untuk mendekati topik ini dengan sensitiviti memandangkan sifat ataupun elemen jenayah yang terlibat. Kementerian dan kerajaan mengambil serius tuduhan-tuduhan ini.

Namun adalah penting bahawa kita menjalankan siasatan secara menyeluruh berdasarkan undang-undang yang sedia ada sebelum membuat kesimpulan atau penilaian. Yang jelas, tiada motif politik sama sekali dalam kerajaan mengendalikan ke sini dan jenayah terhadap kanak-kanak berlaku. Kes yang sudah disabitkan itu tertuduh membuat pengakuan. Sudah dipenjarakan 10 tahun. Itu melibatkan penderaan terhadap kanak-kanak. Ada kes yang sudah pun dituduh. 15 kes sudah dituduh setakat ini dan menunggu tarikh perbicaraan.

Wujud pelanggaran terhadap banyak undang-undang dan kita perlu menjalankan siasatan dengan betul, bertanggungjawab dan membiarkan proses undang-undang mengambil tempat yang sewajarnya.

Datuk Yang di-Pertua, tentunya bergerak ke hadapan kita juga harus mengambil kira beberapa perkara lagi. Melanjutkan siasatan ke luar negara bukan satu tugas mudah.

18 buah negara. Kalaupun kenyataan awal Ketua Polis Negara turut menyebut kegagalan

final • 12:50 PM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

syarikat ini untuk membayar cukai pendapatan atau cukai perniagaan dengan Lembaga Hasil ataupun wujudnya perbuatan tidak membayar gaji misalnya.

Apabila Polis luaskan siasatan kepada entiti perniagaan ini di luar negara, 18 buah negara tidak membayar cukai dan tidak membayar gaji itu merupakan kesalahan yang serius di negara-negara berkenaan. Untuk itu, pihak Polis sudah pun memulakan langkah menghubungi negara-negara yang berkenaan dengan kita mengguna pakai MLA singkatan untuk mutual legal agreement bagi memudahkan kerjasama itu dibuat.

Sementara Yang Berhormat Menteri Agama sudah pun memberikan kenyataan.

Saya ingin mengesahkan bahawa siasatan Pasukan Polis setakat ini ikut mengesahkan ada pengakuan bahawa amalan terhadap ajaran Aurad Muhammadiah ini masih lagi dilakukan oleh kalangan yang kita tangkap dan disoal siasat. Masih juga berlaku. Jadi kalaupun ada kenyataan luar yang menyebut bahawa mereka sudah pun tidak lagi mengamalkannya itu, itu kenyataan. Kita akan hanya bercakap berasaskan kepada butiran dan dapatan siasatan yang berlaku.

Jabatan Pendaftaran Negara juga tidak selesai di sini. Kita akan membina family tree untuk mengesan susur jalur bagi mengelakkan masalah nasab ke depan nanti kerana kompleksnya apabila anak-anak ini ditinggalkan dalam keadaan tidak mengenali susur galur keluarga. Itu semua dilakukan secara telus oleh pakar-pakar psikologi kita. Polis kita ada di 11 Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mereka inilah yang- ini melibatkan peranan yang besar bilangannya.

Ribuan Anggota Polis dan juga pegawai kerajaan di peringkat kementerian- kementerian memperhalusi isu ini satu persatu. Diasingkan setelah dilakukan apa yang kita panggil sebagai proses crisis intervention terhadap kanak-kanak ini. Ada elemen traumanya, ketakutannya, ada aspek penderaannya. Itu real. Suatu yang nyata dan bukan mudah satu proses ini hendak diambil terutama kalau melibatkan kanak-kanak di bawah daripada had umur yang boleh bercakap dengan berani, berterus terang.

Itu lah proses yang sedang berjalan dan saya akhiri kenyataan ini kerana nantinya saya difahamkan bahawa akan dibuka kepada perbahasan dan kita akan memberikan maklum balas selepas itu. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menangguhkan mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.

final • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Kita sambung penerangan daripada Yang Berhormat Menteri-menteri. Saya jemput Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Silakan.

final • 2:30 PM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. *Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh*, selamat sejahtera dan Salam Malaysia Madani.

Tan Sri Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan kepada Tan Sri Yang di-Pertua kerana mengizinkan ruang dan masa untuk saya pada hari

final • 2:32 PM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

ini di bawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) bagi menerangkan berkenaan isu kebajikan kanak-kanak yang diselamatkan dalam Ops Global di Dewan yang mulia ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, sepertimana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri sebentar tadi, pada saat ini pihak PDRM masih meneruskan siasatan berhubung Ops Global ini. Perkataan “masih meneruskan siasatan” ini penting diketahui dan difahami ya, termasuklah bagi mengenal pasti sekiranya kanak-kanak di premis tersebut telah dieksploitasi sebagai tenaga buruh atau menjadi mangsa pengabaian.

Tan Sri Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui JKM iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat dalam Ops Global secara langsung bermula dari hari pertama operasi iaitu pada 11 September 2024. Seramai 884 Pegawai JKM yang terdiri daripada pelindung, pegawai diberi kuasa dan pegawai psikologi terlibat dalam siri Ops Global ini.

Dalam operasi ini, JKM bertindak mengikut punca kuasa yang diperuntukkan di bawah seksyen 8 Akta Kanak-kanak iaitu Akta 611 iaitu pelantikan dan kuasa pelindung serta seksyen 17(1)(d) yang menetapkan keperluan perlindungan kanak-kanak. Selain itu, tindakan juga diambil berdasarkan Akta Pusat Jagaan 1994 iaitu Akta 506 yang memperuntukkan mengenai pelantikan dan kuasa pegawai diberi kuasa.

Peranan JKM dalam Ops Global adalah menjalankan operasi menyelamatkan kanak-kanak bersama PDRM, menguruskan penempatan sementara bagi kanak-kanak, mendaftar maklumat, mendapatkan perintah jagaan sementara dan menguruskan kemasukan kanak-kanak ke tempat selamat. Sehingga 14 Oktober 2024, seramai 560 orang kanak-kanak iaitu 283 orang kanak-kanak lelaki dan 277 kanak-kanak perempuan kini sedang ditempatkan di tempat-tempat selamat setelah JKM mendapat perintah jagaan sementara oleh mahkamah bagi tempoh dua bulan mengikut peruntukan seksyen 25(2)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Tan Sri Yang di-Pertua, kanak-kanak yang telah diselamatkan dalam operasi ini serta yang pada masa ini telah dikeluarkan perintah jagaan sementara oleh mahkamah, telah dan sedang diberi perlindungan dan penjagaan sewajarnya oleh JKM. Walaupun berdepan dengan cabaran besar terutamanya untuk menyediakan tempat dan jagaan kepada bilangan kanak-kanak yang sangat ramai dalam masa yang singkat ini, JKM telah berusaha sedaya upaya menjalankan tanggungjawab dengan penuh profesional selaras dengan keperluan dan hak kanak-kanak.

Dalam hal ini, Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan yang telah meluluskan peruntukan khas tambahan bagi menampung perbelanjaan dan keperluan bagi tujuan perlindungan dan penjagaan kanak-kanak ini. Bagi memastikan penjagaan serta kebajikan kanak-kanak tersebut terjaga, JKM telah mengambil beberapa langkah yang diperlukan untuk urusan tersebut.

Antaranya termasuk pertama, tindakan jangka masa pendek bagi menampung keperluan perjawatan penjaga tambahan. Ini dilaksanakan menerusi lantikan pegawai kontrak caregiver. Kedua, bagi memastikan kanak-kanak mendapat pendidikan dalam tempoh perintah jagaan sementara, KPWKM telah mendapatkan kerjasama pihak Kementerian Pendidikan (KPM) yang telah melaksanakan satu modul pembelajaran khas untuk kanak- kanak yang mendapat perlindungan di tempat-tempat selamat bermula 1 Oktober 2024.

Ketiga, selain itu, KPWKM juga telah menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS) bagi pembelajaran modul kerohanian di tempat-tempat selamat yang dikenal pasti. Ia juga telah dimulakan pada 1 Oktober 2024 dengan menggunakan Modul Istitabah oleh MAIS.

Modul ini telah diubahsuai mengikut peringkat umur kanak-kanak dan disampaikan

final • 2:32 PM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

melalui kelas agama yang diadakan. Kerjasama sebegini juga akan diteroka untuk turut dilaksanakan dengan kerjasama majlis agama negeri-negeri yang berkaitan.

Untuk perkembangan yang menyeluruh, kanak-kanak ini juga tidak ketinggalan dengan peruntukan masa riadah yang ditetapkan pada setiap hari sepertimana yang diamalkan di institusi-institusi seliaan JKM yang lain. KPWKM turut menyelaras jaringan kerjasama strategik daripada pihak swasta termasuk badan-badan korporat dan juga syarikat berkaitan kerajaan ataupun GLC, dengan izin yang telah memberikan sumbangan, termasuklah peralatan keperluan seperti katil, tilam, bantal dan keperluan harian bagi kanak-kanak yang diselamatkan dalam operasi serta yang telah ditempatkan di bawah perintah jagaan sementara. Bantuan sumbangan tersebut telah diselaraskan pengagihannya mengikut keperluan kanak-kanak di tempat-tempat selamat.

Tan Sri Yang di-Pertua, setelah selesai proses mendapatkan perintah jagaan sementara, JKM telah menubuhkan pasukan task force profiling kanak-kanak Ops Global.

Setakat 13 Oktober 2024, profiling awal ini telah dijalankan ke atas 558 orang kanak-kanak yang kini berada di bawah perlindungan dan penjagaan JKM di tempat-tempat selamat bagi mengumpulkan maklumat latar belakang mereka.

Antara dapatan pengumpulan maklumat profil awal ini termasuklah maklumat keluarga mereka seperti 94.3 peratus daripada mereka mengaku masih mempunyai sekurang-kurangnya seorang ibu atau bapa kandung. Manakala 5.7 peratus lagi tidak mempunyai ibu bapa atau tiada maklumat mengenai ibu bapa.

Mengenai penilaian fizikal pula, melalui tinjauan ini, 46.1 peratus kanak-kanak mencatatkan berat badan normal. 51.6 peratus kanak-kanak mencatatkan berat badan di bawah paras BMI sihat dan 2.7 peratus lagi dalam kategori obesiti.

Seterusnya, tiga orang daripada mereka ini mempunyai kad OKU manakala 27 orang lagi kanak-kanak mempunyai simptom OKU.

Daripada segi sudut tahap pendidikan pula, 56.3 peratus daripada mereka mengaku mereka pernah bersekolah sama ada di sekolah kebangsaan, sekolah aliran agama kerajaan, sekolah agama ataupun pusat yang dikendalikan oleh entiti tersebut mahupun di tempat mereka tinggal.

final • 2:32 PM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Sementara itu, penilaian kognitif awal kanak-kanak telah dilakukan ke atas 385 orang kanak-kanak yang berumur tujuh tahun ke atas. Daripada jumlah itu, lebih kurang 71.95 peratus daripada mereka tidak menunjukkan kecelaruan kognitif. Namun, 20.26 peratus menunjukkan mengalami masalah kecelaruan kognitif yang sederhana manakala 7.79 peratus lagi mengalami kecelaruan kognitif yang teruk.

Tan Sri yang di-Pertua, seperti yang telah dinyatakan, kesemua 560 orang kanak- kanak yang sedang berada di bawah perlindungan dan penjagaan JKM pada masa ini masih diperlukan untuk siasatan lanjut oleh pihak berkuasa. Walau bagaimanapun, bagi kami di KPWKM, matlamat akhir atau dengan izin, end goal bagi penempatan dan penjagaan kanak-kanak terlibat adalah kembali ke pangkuan keluarga. Namun, sebelum ia boleh direalisasikan, pelbagai perkara perlu dinilai dan dipertimbangkan. Ini semua bukanlah untuk menidakkan hak mana-mana pihak tetapi ia adalah demi kepentingan terbaik kanak-kanak itu atau dengan izin, for the best interest of the children.

Dalam hal ini, KPWKM telah merangka hala tuju yang komprehensif berdasarkan prinsip kerja sosial terhadap kanak-kanak ini dengan perancangan tertentu berdasarkan peruntukan perundangan yang meliputi beberapa kategori kanak-kanak. Antaranya ialah satu kategori kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa, penjaga atau waris. Jika hasil siasatan PDRM dan pelindungan terhadap kanak-kanak mendapati mereka tidak diabaikan atau didera dan tidak memerlukan peliharaan dan perlindungan, maka tindakan mengembalikan kanak-kanak kepada ibu bapa atau penjaga akan diambil menurut perintah mahkamah bagi kanak-kanak di bawah subseksyen 30(12) Akta Kanak-kanak yang dibuat setelah mempertimbangkan laporan pelindung.

final • 2:40 PM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Namun, sekiranya hasil siasatan mendapati bahawa kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan perlindungan seperti dalam perenggan 17(1)(a) sehingga (k) kecuali perenggan 17(1)(e) maka permohonan akan dibuat untuk meletakkan kanak-kanak di bawah pemeliharaan dan penjagaan JKM di bawah perenggan 30(1)(d) atau OYLS di bawah perenggan 30(1)(b) Akta Kanak-kanak.

Kategori seterusnya iaitu kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu, bapa ataupun penjaga atau ibu bapa atau penjaga yang gagal dikesan, jika hasil siasatan mendapati kanak-kanak tidak mempunyai ibu, bapa atau penjaga atau ibu, bapa atau penjaga yang gagal dikesan, ibu bapa di bawah pengertian perenggan 17(1)(e) maka tindakan meletakkan kanak-kanak itu secara sementara di suatu tempat selamat atau orang yang layak dan sesuai selama tempoh yang dinyatakan oleh mahkamah mengikut perenggan 30(1)(c) akan dilaksanakan.

Selain itu, mahkamah bagi kanak-kanak juga boleh mengenakan apa-apa syarat atau apa-apa arahan yang difikirkan sesuai bagi maksud memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak, termasuk ibu bapa atau penjaga mengikut peruntukan subseksyen 30(8).

Tan Sri Yang di-Pertua, kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak yang diselamatkan di bawah Ops Global ini menjadi keutamaan KPWKM. Dalam hal ini, KPWKM menggembleng usaha melalui pendekatan whole-of-government approach dan whole-of-nation approach dengan penglibatan semua pihak dalam membantu proses pemeliharaan, penjagaan, pemulihan psikologi dan trauma kanak-kanak ini. Tindakan yang holistik diperlukan bagi keberhasilan yang positif untuk mencapai matlamat agar mereka dapat kembali kepada keluarga dan diintegrasikan semula dalam masyarakat selepas tempoh penjagaan dan juga selepas tempoh pemulihan sekiranya diperlukan.

Saya ingin ulangi bahawa keutamaan KPWKM adalah untuk mengembalikan kanak-kanak kepada ibu bapa dan keluarga. Namun seperti yang dinyatakan, ibu bapa dan keluarga kanak-kanak terbabit perlu dipastikan dapat berfungsi dengan baik dan boleh memberikan penjagaan yang baik dan membina kepada mereka. Bagi kes-kes yang jelas membuktikan keupayaan ibu bapa dan keluarga, proses penyatuan semula boleh disegerakan. Manakala bagi kes yang rumit, program-program intervensi dilaksanakan untuk kanak-kanak dan keluarga bagi memastikan kepentingan mereka terjaga.

Dalam tempoh ini, KPWKM akan sentiasa memastikan bahawa pelaksanaan segala tindakan adalah dengan mengikut lunas undang-undang yang sedang berkuat kuasa. Selain itu, KPWKM juga komited untuk memastikan hak kanak-kanak dipelihara selari dengan obligasi antarabangsa negara yang digariskan di bawah konvensyen mengenai hak kanak-kanak ataupun CRC. Dengan itu Tan Sri Yang di-Pertua, saya mengakhiri sesi penerangan saya. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, penerangan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dan Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini terbuka untuk Ahli-ahli minta penjelasan dan memberi penerangan. Saya menerima senarai panjang.

Namun saya- oleh kerana masa, saya cuma membenarkan 12 orang sahaja yang akan memberi pandangan dan penjelasan atau mohon penjelasan. Saya bacakan kira 12 ini. Yang Berhormat ini Ampang, Tumpat, Kota Bharu, Pokok Sena, Pasir Gudang, Kota Bharu, Bukit Bendera, Masjid Tanah, Pulai, Kubang Kerian, Jelebu dan Bentong.

Selepas Yang Berhormat memberi, minta penjelasan dan memberi pandangan, Menteri-menteri akan menjawab, kemudian sesi itu akan berakhir di situ. Namun begitu, oleh kerana masa dan juga ini benda yang saya ingat serius, saya tidak membenarkan pencelahan, ya. Saya tidak membenarkan celahan. Jadi, Yang Berhormat terus cakap untuk masa 5 minit. Saya mulakan dengan Ampang. Silakan Ampang.

final • 2:40 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih Tan Sri Yang Di- Pertua. Terima kasih kepada semua-semua Menteri-Menteri yang menjawab. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang kepada semua. Sebenarnya Ampang berbaur perasaan bila kita bercakap tentang isu GISB ini ataupun kanak-kanak atau wanita, sesiapa juga yang terbabit. Namun, bagi saya keresahan ini saya nak ucapkan syabas terlebih dahulu kepada semua kementerian yang telah pun terlibat yang mengambil bahagian yang begitu baik dalam menangani perkara ini.

Selepas ini saya rasa, apa yang lebih saya ingin nyatakan di sini tentang saya rasa dalam hidup bermasyarakat bersama kita dalam umat Islam, saya yakin bahawa faktor dalam konteks keagamaan ini tunggak ataupun prinsip utama yang kita perlu jaga sebagaimana yang diungkap dalam maqasid syariah itu lima perkara penting yang perlu diambil perhatian. Selain daripada agama, nyawa, harta, akal dan nasab keturunan, sebenarnya dalam konteks masyarakat Madani ataupun masyarakat Malaysia sekarang ini kerencaman itu juga menjadi ujian.

Jadi, untuk itu saya ingin menyatakan tiga perkara yang saya agak ataupun saya ingin tekankan. Pertama, apakah sebenarnya jaminan dan usaha-usaha memastikan ketidakberulangan isu ini? Apa yang saya bimbang penularan perkara ini mungkin telah pun banyak di kalangan masyarakat, tetapi kemungkinan saya mengharapkan kemungkinan ada kekangan-kekangan di sudut perundangan ataupun penguatkuasaan yang menyebabkan ia berlaku ataupun kekemasan dari sudut flow of dengan izin, flow of tindakan yang perlu kita diambil.

Contohnya Tan Sri Yang Di-Pertua, kalau kita lihat mana-mana pihak yang lahir di Malaysia ini pastinya didaftarkan di bawah KDN- apa sorry, JPN ya. Jabatan Pendaftaran Negara mendaftarkan mereka. Bila telah daftarkan mereka maka akan ada satu cara kaedah untuk memastikan mereka ini pergi ke sekolah bila mereka umur tujuh tahun. Jadi kalau pendaftaran itu kemas, makna tidak ada keciciran dan kita tidak mahu mana-mana anak-anak yang lahir di Malaysia ini tiada identiti, maka ia telah mudah untuk kita cerakinkan. Dapat umur enam tahun, tujuh tahun masuk sekolah. Kita ada akta sekarang ini.

Akta mengatakan bahawa setiap- Akta Pendidikan 1996. Setiap anak-anak ataupun di bawah ini, pendidikan rendah adalah wajib dan ibu bapa adalah bertanggungjawab memastikan 6-12 tahun ini dapat pendidikan di sekolah yang diiktiraf.

Ini penekanan yang saya nak bagi. Adakah kita masih lagi tidak mengambil pendekatan- pendekatan yang lebih baik, di mana sekolah-sekolah yang wujud tidak kiralah sekolah agama, sekolah jenis apa pun ia perlu mendapat pendaftaran di bawah sistem pendidikan kita.

final • 2:46 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Jika tidak ada, maka saya harap ia dapat dilaksanakan dengan baik. Jika ia ingin ditangani dengan baik, maka ia perlu- tidak ada kegagalan sebenarnya mereka yang terlepas daripada sistem kemasyarakatan yang kita telah wujudkan di Malaysia ini.

Untuk itu, saya mencadangkan supaya satu Jawatankuasa khusus kepada KPM, selain daripada tiga kementerian yang terlibat, untuk memastikan keciciran persekolahan yang lagi-lagi mereka yang atas nama agama, mendaftarkan anak-anak ini sama ada sekolah tahfiz ataupun sekolah-sekolah agama biasa tidak mendapat didikan formal yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia. Jadi, saya harap ini perkara yang perlu diambil beratkan.

Yang keduanya, Tan Sri Yang di-Pertua, saya- saya batuk sikit, tapi harap batuk ini tidak berleluasa...

[Ketawa] Yang keduanya, saya mengharapkan tentang isu berkaitan dengan penubuhan jawatankuasa tadi. Saya nampak banyak usaha bersepadu, tapi saya bimbang

final • 2:50 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

jawatankuasa ini akan terlepas pandang isu kesihatan kanak-kanak. Apa yang saya harapkan, kalau kita lihat tadi, saya boleh dengar teliti daripada Yang Berhormat Menteri Wanita dan Kanak-kanak tadi. Apabila ada kesan psikososial ataupun bila dibuat kajian psikologi kepada semua kanak-kanak ini, ada di kalangan mereka, tak silap saya, dibacakan 230 perlu sistem sokongan OKU. Maksudnya, mungkin dia terencat, mungkin dia ada masalah macam-macam. Jadi, hala tuju yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri KDN mengenai 652 orang kanak-kanak ini, kita tak tahu macam mana masa depannya.

Jadi, saya harap semua kementerian ataupun satu- jawatankuasa bersepadu, bukan sahaja di kalangan tiga kementerian, masukkan lagi kementerian-kementerian lain, untuk kita dapat mengolah perkara ini lebih baik. Akhirnya apa? Akhirnya kita mahu lihat bahawa perkara ini tidak berulang. Saya harap sangat supaya usaha akta yang lebih ketat dikemukakan dan harap juga segera dikemaskinikan supaya, Tan Sri Yang di-Pertua, pencegahan adalah lebih baik daripada kita bertindak selepas ia terjadi.

Jadi, saya nak menyarankan juga di Dewan yang mulia ini supaya family law ataupun undang-undang kekeluargaan mestilah di-table-kan ataupun dibawa ke muka perbincangan supaya cepat dilaksanakan. Itu sahaja, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Tumpat.

final • 2:50 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Pertama, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah pun memulakan suatu usaha pembentangan tentang laporan-laporan berkaitan dengan GISB ini. Ini merupakan suatu kebimbangan masyarakat secara keseluruhan, terutamanya bila membabitkan kanak-kanak.

Sebelum kita teruskan kepada isu GISB, saya juga ingin memohon dan merakamkan kutukan kita pada Israel yang telah pun membakar hidup-hidup kanak-kanak dan pesakit di Hospital Al-Aqsa semalam dan ini merupakan suatu tindakan yang sangat menyayat hati dan klimaks kepada kejahatan dan holocaust pada zaman ini.

Jadi, sebagai rakyat Malaysia, saya menyeru supaya Malaysia menjadi peneraju kepada usaha collective conscience iaitu nurani sejagat untuk menghentikan act of terrorism membabitkan kanak-kanak seperti ini kerana apabila kita bincangkan tentang GISB, juga membabitkan kanak-kanak.

GISB ini perkara yang sangat mengejutkan kita kerana telah lama berlaku. Ini adalah kali ketiga. Kali pertama, Al-Arqam, kali kedua, Rufaqa dan kali ketiga di mana GISB ini ditubuhkan pada tahun 2007. Ertinya, 17 tahun sudah beroperasi. Apabila operasi Global ini dibuat, kita sangat terkejut dengan dapatan yang dikemukakan oleh Ketua Polis Negara.

Jadi, dalam hal ini, saya ingin bertanya kepada kerajaan, berapakah jumlah laporan-laporan polis yang telah dibuat berhubung dengan kanak-kanak dalam kes GISB dan apakah tindakan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan dalam tempoh 17 tahun ini?

Kerana ini mengejutkan kita dan kita tidak mahu laporan-laporan lain berkaitan kanak- kanak seperti ini juga akan tidak dibuat tindakan dan bila tak dibuat tindakan, dah sampai ke tahap yang begini menyedihkan.

Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan berkenaan, dengan berapakah jumlah pelindung yang terlibat dalam kes GISB di seluruh negara mengikut negeri. Kerana kita tahu bahawa mereka ini diselamatkan di beberapa buah negeri dan kita boleh tahu tentang kemahiran dan manual yang dipegang oleh pelindung dalam kes GISB kerana ia bukan melibatkan kes-kes biasa kerana membabitkan isu akidah dan juga isu yang

final • 2:52 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

berbentuk ramai. Jadi, ini bukanlah kepakaran biasa yang dimiliki oleh pelindung dalam kes-kes biasa.

Saya juga ingin mencadangkan, Tumpat mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan kertas putih bila mana melibatkan kes GISB pada kali ini, kerana kita perlu mengkaji sejauh manakah penglibatan ancaman keselamatan sekiranya ada terdapat elemen subversif yang melibatkan mereka ini kerana membabitkan banyak buah negara, kerana telah melibatkan juga manipulasi dan eksploitasi terhadap wanita dan kanak- kanak.

Kita mahu laporan penuh dibawa ke Parlimen. Sekurang-kurangnya pada sesi akan datang, kementerian-kementerian utama yang menerajui perlu mengemukakan laporan pelan tindakan khas dan dateline bagi setiap tindakan kerana pada hari ini, kita lihat ada satu memo telah dihantar oleh Gerakan Pulangkan Anak-anak Kami (GPAAK) yang juga menyentuh tentang hak kanak-kanak ini dan mereka juga menyentuh tentang CRC. Jadi, kita mahu agar kesemua pihak yang concern tentang isu ini dapat selesaikan mengikut cara undang-undang dan hak kanak-kanak tidak terabai.

Saya setuju dengan Ampang bahawa bukan hanya perlu kepada JAKIM, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, juga Kementerian Koperasi dan KPKT perlu dilibatkan dalam jawatankuasa ini kerana melibatkan banyak pihak. Isu GISB ini banyak melibatkan isu-isu ekonomi.

Jadi, kita juga tidak mahu semua- aset-aset ini terhenti dan aktiviti mereka daripada segi makanan halal juga terhenti secara total. Pihak kerajaan perlu mempunyai satu cadangan bagaimana hendak memastikan pekerja-pekerja dan juga operasi dapat diteruskan dalam keadaan yang mengikut undang-undang kerana ini membabitkan banyak pihak dan pekerja serta mungkin juga pengguna-pengguna yang ramai. Kita mahu mendapatkan pelan tindakan berjadual dan timeline daripada setiap kementerian supaya tindakan segera dapat diambil dan dinilai lebih cepat.

Dalam hal ini, saya ingin tahu daripada pihak KDN, berapakah penambahan anggota dalam kes siasatan kanak-kanak dalam PDRM? Kerana ia membabitkan isu secara khusus. Kita dapati, sebagaimana tadi disebut tentang 39 buah rumah kebajikan dikendalikan oleh GISB, di mana hanya dua sahaja yang berdaftar di bawah JKM.

Jadi, kita ingin tahu, apakah modus dan pantauan yang dibuat kepada rumah- rumah yang tidak didaftarkan di bawah JKM? Kita sedar bahawa ini berlaku di seluruh negara dan kerana dalam kes melibatkan kanak-kanak- saya juga ingin tahu, berapakah jumlah kanak-kanak yang diselamatkan? Sebab tadi 665, tadi disebutkan pula 558, ada kes sebut 472.

Jadi, berapa sebenarnya kanak-kanak yang diselamatkan? Berapa bayi dan berapa orang kanak-kanak? Jadi, dalam kes- sebagai contohnya, dalam kes kanak-kanak COVID yang menjadi anak yatim, Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) mengambil tindakan untuk menjadi peneraju. Dalam kes GISB, saya rasa kena ada satu- yayasan yang boleh mengambil alih sebab kes ini membabitkan kanak-kanak yang ramai.

Saya ucapkan tahniah kepada pihak-pihak kementerian kerana telah membuat profiling di mana ada OKU dan juga kanak-kanak yang dinilai daripada segi kognitif. Walau bagaimanapun, saya juga ingin, kalau boleh, pihak kementerian menilai terus daripada segi profiling tentang kanak-kanak yang berbakat, yang genius, yang terlibat dalam kes jenayah daripada 665 orang kanak-kanak ini supaya kanak-kanak ini juga memerlukan tindakan khusus dan di mana mereka ditempatkan. Kerana hari ini, disebut kanak-kanak ini disembunyikan. Saya rasa ini perkara yang tak berapa eloklah- disembunyikan, tetapi sebenarnya patutnya diselamatkan. Bagaimanakah mereka ini mendapat perlindungan daripada paparan media?

Dan penempatan kanak-kanak- dimaklumkan ada kanak-kanak ataupun bayi yang masih lagi menyusu diasingkan daripada ibu bapa. Jadi, dalam hal ini, berapakah bilangan bayi yang masih menyusu dan kenapa mereka ini dipisahkan daripada ibu

final • 2:52 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

mereka? Sekiranya perkahwinan mereka ini bukan perkahwinan yang sah, apakah hukuman faraq akan dibuat? Dan tindakan itu akan dibawa spesial ke satu- mahkamah ataupun seluruh negara akan dibuat tindakan demikian? Jadi, ini merupakan tindakan sepakat daripada pihak JAKIM dengan juga jabatan agama dan mahkamah-mahkamah seluruh negara.

Saya juga ingin bertanya tentang bagaimanakah penglibatan dan peranan yang boleh dimainkan oleh pihak majlis agama Islam negeri-negeri kerana ia membabitkan akidah kanak-kanak tersebut.

Dalam hal ini, kita juga ingin mengetahui, bagaimana kanak-kanak yang bukan yatim piatu, tetapi didapati didaftarkan sebagai yatim piatu? Apakah tindakan yang akan dibuat kepada penjaga-penjaga mereka? Pihak manakah yang akan menentukan kesahihan status dan kelayakan kanak-kanak yang ditempatkan di rumah-rumah kebajikan? Kita dimaklumkan ada kes sodomi ya. Berapa kes yang terlibat? Berapa kes penderaan? Apakah pendekatan PFA kepada kanak-kanak terbabit?

Khusus untuk masalah akidah kanak-kanak, saya kira pendekatan yang akan dibuat oleh pihak JAKIM mungkin terus kepada pemulihan akidah, tetapi untuk isu kanak- kanak, ia mungkin lebih kronik dan saya mohon dan mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya agensi ataupun mana-mana universiti diberi tanggungjawab untuk membuat kajian lanjut tentang kesan ajaran salah ini kepada kanak-kanak terbabit supaya ia tidak berlaku berpanjangan. Dan bagaimana pula kanak-kanak yang berada di bawah institusi mereka yang bukan ahli GISB, tapi di bawah pusat-pusat mereka?

final • 2:52 PM

Tuan Yang di-Pertua

YB, boleh landing, YB.

final • 2:52 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Okey.

final • 2:52 PM

Tuan Yang di-Pertua

Masa.

final • 2:52 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Seterusnya, berkaitan dengan wanita. Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan, adakah pihak kerajaan juga membuat profiling tentang ibu-ibu dan isteri-isteri yang terlibat dalam kes GISB? Kerana kita tahu bahawa mereka ini terlibat secara langsung. Sepatutnyalah, sekiranya mereka ini mempunyai kemahiran, terus disalurkan kepada kemahiran-kemahiran seperti TVET dan sebagainya supaya mereka dapat kita bantu secara lebih proper. Kerana mungkin dalam hal ini, jumlah yang terlibat itu lebih ramai dan mungkin, insya-Allah, mereka kalau dapat dibantu, boleh membantu keluarga mereka selepas ini. Terima kasih.

final • 2:52 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kota Melaka.

final • 3:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Tan Sri Speaker. Tan Sri Speaker, serbuan pihak polis ke atas rumah-rumah kebajikan di bawah GISBH bulan lalu telah mengejutkan negara dan mendedahkan pelbagai kekurangan dalam sistem pentadbiran dan pemantauan rumah-rumah kebajikan di Malaysia. Adalah nyata bahawa skop penuh insiden ini masih tidak dapat diketahui. Ia masih lagi dalam siasatan.

Berdasarkan liputan berita, ramai individu seperti guru agama, guru pembantu dan penjaga kanak-kanak terbabit telah dituduh melakukan penderaan ke atas kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

Siasatan yang intensif diperlukan untuk mengetahui tempoh dan skala penderaan dan betapa ramainya anak-anak kita yang mungkin telah dimangsakan selama ini.

Barangkali sudah berpuluh-puluh tahun. Namun demikian, tidak dapat dinafikan bahawa tanggungjawab kerajaan dalam kes ini dipikul secara bersama oleh beberapa buah agensi kerajaan merentasi beberapa kementerian. Juga tidak dapat dinafikan bahawa kerajaan sebelum ini telah gagal dalam tanggungjawabnya kepada anak-anak yang dimangsakan.

Sebab sepatutnya jabatan yang tertentu seharusnya pantau ya, pusat-pusat tersebut

final • 3:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

daripada masa-ke semasa. Kanak-kanak yang diselamatkan kini berada di bawah jagaan JKM. Mengikut liputan media dan pihak-pihak yang terlibat di lapangan. Antara isu yang terbabit selepas kanak-kanak diselamatkan adalah seperti berikut.

Pertama, ada kanak-kanak yang diserahkan oleh ibu bapa untuk jagaan di rumah asuhan GISB daripada umur dua tahun dan didapati jarang berjumpa dengan ibu bapa mereka selepas itu.

Kedua, ada di antara mereka yang menjadi mangsa pengabaian dan juga penderaan fizikal dan seksual. Ada kanak-kanak yang dikatakan diajar cara meliwat.

Persekolahan mereka tidak berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jadi, isu-isu berkenaan yang saya bangkit tadi amat merisaukan dan menunjukkan kekurangan daripada segi penyeliaan ke atas kebajikan kanak-kanak di rumah asuhan dan rumah kebajikan di negara kita. Kita tidak boleh mengubah apa yang telah berlaku, Tan Sri Speaker tetapi Kerajaan Madani ini boleh dan patut mengambil langkah segera, menyeluruh dan telus.

Antaranya, langkah pertama mengenal pasti dan mengerahkan sumber dan perkhidmatan kesihatan, asuhan, kebajikan, pendidikan yang diperlukan kepada mangsa- mangsa secepat yang mungkin dan selagi yang diperlukan.

Langkah kedua, menyiasat dan membawa pihak yang salah ke muka pengadilan secara terbuka dan telus.

Langkah ketiga, mengenal pasti serta menangani masalah dalam sistem pentadbiran dan pemantauan oleh agensi kerajaan yang sedia ada juga harus dijalankan secara terbuka dan telus supaya perkara sedemikian tidak akan berlaku lagi.

Langkah yang keempat, membina sebuah sistem pengawalan dan pemantauan rumah kebajikan dan rumah asuhan yang bertanggungjawab dan yang melibatkan semua pemegang taruh yang penting.

Tan Sri Speaker, supaya langkah pertama ke arah mencapai matlamat-matlamat ini. Saya menyeru kepada YB, Yang Berhormat Menteri Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat dan juga YB Menteri Dalam Negeri untuk memberikan penjelasan yang penuh dan terperinci atas soalan-soalan yang berikut. Pertama, apa peranan setiap agensi kerajaan dan sektor yang lain, yang terlibat dalam pengurusan kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah kebajikan GISBH, termasuk JKM, PDRM, Kementerian Kesihatan dan juga JAKIM daripada segi penyiasatan, rawatan kecemasan, penempatan di rumah baharu, mencari penjaga yang sesuai dan juga memberi kaunseling?

Kedua, jika seorang kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah kebajikan GISBH tersebut didapati melakukan kesalahan penderaan seksual, apakah langkah-langkah yang dirancang oleh kerajaan untuk menyediakan pemulihan dan sokongan bagi kanak- kanak yang melakukan kesalahan tersebut? Barangkali mereka adalah tidak berdosa tetapi dibesarkan di suasana sedemikian.

Ketiga, adakah sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) atau pun satu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen akan ditubuhkan untuk menjalankan siasatan mengenai dakwaan eksploitasi dan juga penderaan kanak-kanak dalam kes GISBH ini?

Adakah siasatan sama ada daripada RCI atau pun daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen akan dilaksanakan secara terbuka, termasuk menerbitkan penemuan dan juga syor-syor kepada orang ramai dan juga dibentangkan di Parlimen dan juga dapat kita bahaskan.

Terakhir ialah Tan Sri Speaker, memandangkan Pengerusi Eksekutif dan juga Pegawai Eksekutif GISBH tersebut, dia juga telah ditahan oleh Polis dan juga memandangkan beberapa buah negeri telah mengisytiharkan bahawa GISBH ini lah kumpulan ajaran sesat ya, termasuk Polis Selangor, Pahang.

final • 3:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Semalam Melaka juga telah buat pengumuman sedemikian. Jadi, saya di sini.

Saya ingin ambil peluang sini untuk meminta supaya gelaran ‘Datuk’ yang diberikan kepada Pengerusi Eksekutif dan pegawai eksekutif tersebut seharusnya ditarik balik ya.

Gelaran Datuk tersebut. Datukship tersebut haruslah ditarik balik. Sebab ini untuk menjaga imej negara kita, imej negeri kita dan juga menjaga imej institusi Raja-Raja kita.

Dengan itu, sekian terima kasih Tan Sri Speaker.

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Pokok Sena.

final • 3:00 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Assalamualaikum dan salam sejahtera Tan Sri Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kerana bagi ruang juga untuk saya terlibat sama mengemukakan pandangan berkaitan dengan isu ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, dari sudut akidah. Saya kira kita telah meletakkan batu asas yang jelas iaitu sebagaimana ketegasan yang ditunjukkan melalui Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengisytiharkan ajaran Arqam sebagai sesat pada 5 Ogos 1994.

Susulan daripada itu, ajaran kumpulan Syarikat Rufaqa yang dipercayai mempunyai kaitan dan mewarisi fahaman ajaran Al-Arqam turut diisytiharkan sebagai menyeleweng pada 12 September 2006.

Setakat hari ini, sebagai mana yang dimaklumkan tadi sudah beberapa Majlis Fatwa Negeri memfatwakan kumpulan Global Ikhwan sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam. Saya berpendirian jika jelas kesesatan dan penyelewengan yang dibawa selepas melalui proses perbincangan dan pendakwaan yang adil. Maka, sudah tentu kita tidak boleh berkompromi. Cuma persoalan, adakah Jawatankuasa Muzakarah

(MKI) akan memberi fatwa yang sama terhadap ajaran GISB selepas langkah yang diambil di beberapa buah negeri dan apa pula langkah-langkah yang diambil selepas itu?

Tan Sri Yang di-Pertua, kalau kita teliti persejarahan panjang kumpulan ini, dari Al-Arqam, Rufaqa sehinggalah kepada Global Ikhwan. Ertinya, rangkaian ini bersambungan daripada satu- generasi kepada satu- generasi yang seterusnya. Kita mungkin boleh membuat telahan bahawa rangkaian ini bersambung generasi demi generasi kerana adanya pewaris. Namun, dari satu sudut lain, adakah kerana sesuatu kekuatan doktrin atau pun apa-apa kekuatan yang menjadi teras juga perlu untuk dikaji.

Perkara ini jika tidak dicermati dan secara menyeluruh, tidak mustahil akan mendorong kepada penubuhan pertubuhan atau syarikat-syarikat yang baharu pada masa akan datang dengan imej yang baharu tetapi berselindung di sebalik ajaran yang sama. Oleh sebab itu, saya menyokong langkah yang diambil oleh MKN dengan kerjasama JAKIM menyediakan proses pemulihan kepada bekas-bekas ahli GISB.

Mereka memerlukan proses pemulihan akidah, ibadah dan syariat yang tepat. Mereka memerlukan kaunseling supaya keluar daripada kepompong dunia yang telah dihadapi selama ini. Mereka memerlukan sokongan kehidupan, terutama para pekerja yang telah lama bergantung bekerja dengan syarikat di bawah GISB.

final • 3:06 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Kesemua ini memerlukan pendekatan yang strategik daripada pihak berwajib.

Tan Sri Yang di-Pertua, jika masalah doktrinasi adalah faktor utama, ia perlu dilihat secara komprehensif.

Pertama, ada di kalangan mereka yang dipisahkan dari keluarga sebagaimana yang dinyatakan, manakala kanak-kanak kecil dipisahkan daripada ibu bapa dan diletakkan di bawah pusat jagaan rumah anak-anak yatim.

Begitu juga soal yang berkait dengan perkahwinan, sistem gaji yang tidak teratur dalam sudut perniagaan. Sudah tentu doktrin yang dikenakan ini terlalu kuat, jika doktrin yang menjadi faktor utama menyebabkan mangsa tidak mempunyai pilihan lain melainkan patuh kepada kehendak pihak yang berkepentingan.

final • 3:10 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Lebih membimbangkan adalah pendedahan wujudnya kes-kes eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak. Oleh yang demikian saya mengharapkan agar pihak berkuasa dapat melaksanakan operasi secara lebih menyeluruh dan jika bersalah terkait dengan jenayah, ambillah hukuman yang tegas. Andainya tidak, janganlah dianiaya kepada mana-mana pihak.

final • 3:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Pokok Sena, mohon laluan.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pendang, saya tidak benarkan pencelahan. Dari tadi saya sudah umumkan tidak ada pencelahan.

final • 3:10 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Jadi, ingatannya agar dalam menangani isu ini tidak ada pihak yang teraniaya. Itulah harapan kita, terima kasih Tan Sri. Assalamualaikum.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya menjemput Pasir Gudang.

final • 3:10 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Saya ingin membahaskan yang pertama, penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Agama. Daripada penjelasan Yang Berhormat Menteri, nampak jelas tentang ada masalah tentang penyelewengan daripada segi ajaran Islam merupakan ke arah ajaran sesat.

Jadi saya mengikuti bahawa beberapa buah negeri seperti Perlis, Selangor, Pahang dan juga Melaka telah mengeluarkan fatwa masing-masing berkenaan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) yang menyatakan pertubuhan ini jemaah dia mengamalkan ajaran sesat menyeleweng daripada ajaran Islam. Jadi persoalan saya, bagaimana tentang Wilayah Persekutuan. Adakah bersedia akan juga mengeluarkan fatwa yang serupa? Itu yang pertama.

Perkara yang kedua ialah saya ingin menyentuh penjelasan daripada Menteri Dalam Negeri. Saya ingin memfokuskan komen saya ini dari sudut undang-undang. Saya melihat jemaah yang ada kaitannya dengan Global Ikhwan ini, (GISBH) ini bukanlah pengganas. Mereka bukan teroris. Mungkin ada kesilapan atau kesalahan daripada segi akidah dan sebagainya, kita urus perkara itu, Jabatan Agama, JAKIM, pihak berkuasa agama negeri. Ambillah tindakan.

Begitu juga jika ada kesalahan daripada segi Akta Kanak-kanak, penderaan kanak-kanak, serangan seksual, pemburuhan kanak-kanak, ambillah tindakan. Siasat, bertindaklah, hukum- pulihkan mereka tetapi daripada segi- saya minta perhatian Kementerian Dalam Negeri, saya tidak setuju. Sekarang ada 50 orang jemaah yang ada kaitan dengan GISBH ini ditahan di bawah SOSMA. Apakah itu SOSMA? SOSMA adalah akta, undang-undang yang berkaitan dengan ancaman kekerasan, keganasan, ancaman keselamatan negara.

Soalnya adakah penyelewengan ajaran agama yang dilakukan oleh GISBH ini termasuk dalam Security Offence? Adakah penderaan kanak-kanak perhambaan moden kanak-kanak yang dilakukan oleh jemaah GISB ini termasuk dalam Security Offence?

Kesalahan?

Jadi saya minta penjelasan Menteri Dalam Negeri, salah guna SOSMA itu. Saya nampak SOSMA ini diguna untuk menahan mereka yang sedang ditahan ini. Ditahan reman 20 hari di bawah Kanun Acara Jenayah seksyen 117, tidak cukup. Dibuat roadshow, ditahan 28 hari di bawah SOSMA tanpa dibawa ke mahkamah, ini penganiayaan, zalim! Kalau mereka salah siasat, dakwalah. Di bawah Akta Kanak-kanak tidak bayar income tax, apakah lagi kesalahan mereka? Siasat, tetapi menggunakan SOSMA ini tidak betul.

final • 3:11 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Saya tengok televisyen. Jemaah GISB diiring dengan- dikawal dengan M16. Eh, mereka ini teroris macam di Lahad Datu itu ke? Tidak. Jangan overkill, jangan terlebih, jangan melampau. Ini Parlimen. Kita menjaga Perlembagaan, jangan mereka teraniaya.

Mereka walaupun bersalah, ada hak dia daripada segi undang-undang.

Jadi, Menteri Dalam Negeri tolong jawab di mahkamah ini. Apakah justifikasi menggunakan SOSMA ini? Adakah kerana kesalahan macam ini SOSMA digunakan, maka sampai bila-bila SOSMA tidak akan dikaji balik, tidak akan dimansuhkan. Ini bertentangan dengan konsep reformasi dan Madani- kerajaan yang melegakan ihsan ini.

Terima kasih Tuan Speaker.

final • 3:11 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kota Bharu.

final • 3:11 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Salam reformasi, Pasir Gudang. Tan Sri Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih kerana peluang diberikan kepada saya juga untuk membahaskan perkara ini. Saya memulakan dengan Yang Berhormat Menteri Agama yang telah memberikan penerangan dengan GISBH ini.

Pertamanya, Menteri Agama menyatakan beberapa langkah yang akan diambil terhadap kumpulan yang dikatakan melibatkan akidah yang tidak betul. Antaranya pemulihan, semakan perkahwinan, bantuan kelangsungan hidup dan sebagainya. Itu kita harap ia nya akan dapat dilaksanakan dengan benar, dengan sebetulnya. Cuma saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, sebagaimana juga yang disebut oleh Pasir Gudang tadi. Ada juga Ahli-ahli Parlimen yang lain yang telah bercakap tadi, kita tahu bahawa kumpulan ini lah satu kumpulan yang diharamkan tahun 1994 lagi.

Yang Berhormat Menteri Agama dikenali sejak dahulu sebelum masuk dalam Parlimen, adalah orang kuat Selangor khususnya MAIS. Selangor telah mewartakan pengharaman Arqam pada 11 Ogos 1994. Apakah perkara ini tidak diambil perhatian oleh pihak berkuasa agama di peringkat negeri-negeri sehingga timbul perkara-perkara ini? Itu saya harap akan dijelaskan oleh Menteri Agama.

Saya juga memfokuskan perbahasan saya kepada Kementerian Dalam Negeri.

Sebagaimana yang disebut oleh Pasir Gudang tadi saya juga amat-amat terkejut apabila Kerajaan Madani yang sebelum daripada ini menentang sekeras-kerasnya SOSMA. Saya ingat lagi pada 26 Julai 2022 apabila Menteri Dalam Negeri pada masa itu ingin extend satu seksyen di bawah SOSMA ini, ia nya telah ditentang.

Yang Berhormat Tan Sri Speaker pun duduk di pihak Pembangkang pada masa itu, sehinggalah beberapa orang Ahli Parlimen yang sekarang ini yang berada dalam Kabinet juga menentang, antaranya Tanjong Malim, kemudian, Tasek Gelugor dan yang saya ingin sentuh, yang serius saya nampak Sepang pada masa itu, bekas Ahli Parlimen Sepang.

Dia kata dalam perbahasannya, “Katakan Tuan Yang di-Pertua, saya ada seratus nyawa, katakan ada seratus nyawa, seratus nyawa kalau saya mati, hidup balik pun saya tidak akan menyokong SOSMA ini”. Itulah pendirian pembangkang pada masa itu yang sekarang ini menjadi kerajaan.

Soalan daripada saya, atas dasar apa SOSMA digunakan untuk penahanan suspek di bawah kes GISBH ini memandangkan sebagaimana- saya bersetuju dengan Pasir Gudang bahawa mereka bukan pengganas, they are not terrorists yang membolehkan penggunaan SOSMA ini.

final • 3:16 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang saya lebih menghairankan ialah dengan penuh hormat, pihak pasukan Polis sebagaimana biasa apabila berlaku satu-satu kes yang menarik perhatian umum, orang

final • 3:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

nombor satu dalam pasukan PDRM akan keluar segera dengan kenyataan dia yang seolah-olahnya sudah confirm.

Pada 11 September 2024, satu laporan bertajuk, “Serbuan GISBH: IGP dakwa kanak-kanak diliwat dan diajar meliwat.”, “Razarudin mendakwa bahawa antara modus operandi digunakan kumpulan itu termasuk kanak-kanak diajar meliwat.” “Daripada risikan dan keterangan yang kita dapat, modus operandi GISBH ini, mangsa-mangsa diajar meliwat dan seterusnya mangsa diliwat oleh penjaga dan dipaksa meliwat oleh penghuni kanak-kanak yang lain. Ini daripada risikan dan percakapan awal yang kita telah rakam.” Kata Ketua Polis Negara.

Jadi, berdasarkan kepada kenyataan ketua pasukan penguat kuasa undang- undang, ia seolah-olah- ia telah disahkan bahawa kesalahan-kesalahan ini telah dibuat.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, adakah kes-kes yang disebut oleh Ketua Polis Negara ini semuanya telah terbukti mempunyai sufficient evidence untuk dibawa ke mahkamah sama ada di bawah seksyen 377 Kanun Keseksaan ataupun pihak berkuasa agama boleh membawa kes ini di mahkamah syariah sebagaimana contoh dalam Enakmen Undang-undang Syariah Wilayah Persekutuan, seksyen 25 mengenai liwat yang boleh dihukum tiga tahun, enam- sebatan dan juga denda RM5,000 [Akta 356]?

Manakah pengesahan yang dibuat oleh IGP ini diambil tindakan untuk dijadikan satu kes?

Kami pihak Pembangkang, sekali-kali tidak bertoleransi kalau berlakunya kes-kes seumpama ini. Ambil tindakan mahkamah. Kita tidak menyokong. Kami boleh menawarkan sebagai peguam pemerhati pun kepada mangsa-mangsa kalau sekiranya diperlukan...

[Tepuk] Saya bimbang Tuan Yang di-Pertua, dengan penuh hormat kepada orang nombor satu dalam Polis ini.

Satu masa dahulu, 16 Mei 2024, berlaku serangan Balai Polis di Ulu Tiram, Johor.

Dia keluar dengan kenyataan, “*Serangan Balai Polis: KPN sahkan suspek anggota JI

(Jemaah Islamiah)* sebuah pasukan teroris”, tetapi dua hari selepas itu, keluar pula kenyataan orang yang sama, “Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram Tiada Kaitan Kumpulan Pengganas- KPN (Ketua Polis Negara)” dan Menteri Dalam Negeri terpaksa campur tangan memberikan kenyataan. Menteri Dalam Negeri pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Johor pada Sabtu memaklumkan lelaki berusia 21 tahun itu bertindak sendirian dengan serangan yang terbabit. Tidak ada kaitan kumpulan terancang.

Hanya berdasarkan kesimpulan awal. Pihak Polis menemu bual 46 orang individu, ia seorang yang- ini kenyataan Menteri Dalam Negeri. Kita panggil lone wolf- serigala yang berseorangan. Dia didorong motivasi tertentu. Dia faham sebab dia tak bercampur dengan orang. Tak berapa betul, tapi Ketua Polis Negara awal-awal lagi mengatakan bahawa ini anggota JI, kemudian dua hari kemudian menarik balik kenyataan ini.

Saya rasa ini adalah kenyataan yang tidak cermat dan sebagai anggota perkhidmatan awam dalam pasukan keselamatan, tidak perlulah kita nak beritahu kepada anggota pentadbiran kerajaan, tak perlulah pegawai-pegawai tinggi ini aktif dalam TikTok dan sebagainya. Tak perlulah kerana mereka adalah penjawat awam, bukannya orang biasa dan sebagainya...

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kota Baharu.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Dan satu lagi perkara Yang Berhormat Tan Sri di-Pertua, last.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh landing.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Last ya, last. Kalaulah ada kes-kes mengenai penyelewengan akidah, ambil tindakan di bawah undang-undang yang berkaitan. Kalau ada kes jenayah, ambil tindakan di bawah kanun jenayah dan juga

final • 3:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

undang-undang yang berkaitan. Kalau di bawah perniagaan, ada undang-undang tertentu di bawah perniagaan yang boleh diambil tindakan oleh pihak-pihak tertentu.

Sebagai contohnya, Menteri KPDN mengatakan dalam kes ini, “Pendaftaran GISBH boleh dibatal jika terbukti langgar peraturan.” Kalau langgar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), boleh ambil tindakan. Bukan soal perniagaan dia ada di 18 buah negara, menyusahkan penyiasatan. Ini tidak susah. Burden of proof adalah kepada pasukan ini.

Kalau dia kata dia meniaga mengikut undang-undang, dia boleh tunjuk lesen dia. Mana lesen perniagaan dan sebagainya. Tidak susah, tidak perlu guna SOSMA sama sekali dalam kes ini.

Jadi dalam hal ini, sekali lagi bagi pihak Perikatan Nasional, kami melihat ia adalah satu pengurusan yang tidak cermat dan oleh sebab itulah kita menasihatkan supaya jangan berlebihan, jangan keterlaluan. Jamin keadilan kepada orang yang dituduh kerana seseorang- a person is innocent until proven guilty and justice delayed is justice denied. Jadi saya minta pihak kerajaan mengambil tindakan yang sewajarnya. Terima kasih...

[Tepuk]

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Bukit Bendera.

final • 3:20 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih Tan Sri Speaker kerana memberi ruang pada Bukit Bendera untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini.

Jadi, hari ini dengan rasa teramat marah, saya ingin menyuarakan mengenai kes GISBH yang menggegarkan negara baru-baru ini terutama bila saya telah membaca sebuah artikel yang berjudul, “GISB pleads to be allowed to continue business activities.” Memang kita tidak boleh nafikan bahawa perniagaan GISBH telah berkembang maju merentasi sempadan. Namun pada hari ini, kejayaan itu tidak membawa sebarang makna apabila dibayangi insiden hitam- penderaan yang telah terjadi.

Jenis masyarakat apakah kita jika kita membiarkan mereka terus beroperasi sedangkan kita sudah tahu kekejaman yang berlaku di sebaliknya. Kanak-kanak ini sepatutnya dijaga, dilindungi dan disayangi sebaliknya mereka didera dan dikhianati.

Jenayah yang dilakukan ke atas kanak-kanak ini terlalu parah sehinggakan tiada kejayaan perniagaan, tiada rayuan daripada peguam yang mampu menyembuhkan luka mereka.

Jadi, sebagai orang dewasa, sebagai ibu bapa, kita juga memikul tanggungjawab untuk melindungi anak-anak kita daripada bahaya. GISBH telah gagal melindungi kanak-kanak ini. Begitu juga ibu bapa mereka serta orang lain yang berpeluk tubuh tanpa berbuat apa- apa untuk membiarkan perkara ini terus terjadi.

Tiada pengkhianatan yang lebih besar daripada kegagalan untuk mempertahankan seorang kanak-kanak. Jadi, mereka yang berkuasa di GISBH dan juga ibu bapa yang membutakan mata perlu hidup dengan hakikat bahawa mereka telah membenarkan ini terjadi. Kita tidak boleh membiarkan pengkhianatan seumpama ini berlaku begitu sahaja. Jadi, GISBH tidak layak untuk terus beroperasi. Mereka telah hilang hak tersebut. Mereka telah menyalahgunakan hak itu dengan cara yang paling menjijikkan. Mereka merayu untuk mengekalkan perniagaan mereka. Tak malu. Selepas apa yang berlaku terhadap kanak-kanak yang tidak berdaya mempertahankan diri, mereka berfikir mereka boleh teruskan operasi seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Di sini saya perlu meletakkan sempadan dan juga menoktahkan semuanya. Saya ingin juga mencadangkan agar kerajaan segera mengambil alih semua aset perniagaan GISBH. Pastikan keuntungan itu tidak lagi memihak kepada para pendera. Biarkan ia digunakan untuk anak-anak yang mereka sakiti. Jika GISBH benar-benar menyesal, jika mereka benar-benar peduli tentang kebajikan kanak-kanak seperti yang mereka dakwa, mereka akan berundur dan membiarkan kerajaan mentransformasikan perniagaan- perniagaan itu untuk sesuatu yang akhirnya boleh membawa kebaikan.

final • 3:26 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Keuntungan daripada perniagaan GISBH boleh disalurkan untuk membiayai perkhidmatan penting bagi kanak-kanak iaitu perkhidmatan yang amat diperlukan untuk mencegah penderaan pada masa depan dan juga membantu mereka yang telah menjadi mangsa. Sebagai contoh, keuntungan itu boleh membiayai rumah tempat perlindungan untuk kanak-kanak yang melarikan diri daripada penderaan ataupun menyediakan akses kepada pendidikan yang berkualiti untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini.

final • 3:26 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Ia juga boleh menyokong perkhidmatan kaunseling psikologi dan juga program- program pemulihan trauma bagi mangsa yang teraniaya ini di bawah pengawasan GISBH.

Kita boleh menggunakan sumber ini untuk mewujudkan pusat perlindungan kanak-kanak, tempat di mana kanak-kanak dan keluarga mereka boleh mendapatkan sokongan untuk mereka membina semula kehidupan. Jadi moving forward, dengan izin.

Perlindungan dan jagaan kebajikan kanak-kanak ini boleh disalurkan juga kepada kanak-kanak lain bukan hanya mangsa GISBH yang telah dizalimi oleh golongan syaitan yang memakai topeng manusia. Ini bukan soal balas dendam, ini soal keadilan. Ini soal berdiri teguh untuk membenarkan ketika sistem gagal melindungi golongan yang paling memerlukan.

Jadi bagi kanak-kanak yang telah dibisukan, kita akan bersuara. Bagi kanak- kanak yang telah menderita, kita akan berjuang dan bagi setiap kanak-kanak yang masih bercita-cita tentang dunia yang selamat, dunia yang penuh kasih sayang, kita akan pastikan keadilan ditegakkan. Jadi itulah sahaja yang Bukit Bendera ingin sampaikan.

Sekian, terima kasih.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Masjid Tanah.

final • 3:30 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Tan Sri Speaker memberikan saya peluang untuk sama-sama berbahas dalam isu GISBH ini dan saya ingin merakamkan dan merekodkan ucapan saya sebahagian ucapan saya sebagaimana yang telah pun disentuh oleh Ahli Parlimen Kota Bharu sebentar tadi.

Kalau kita lihat kenyataan ataupun tindak tanduk yang dilakukan pengurusan dalam penangkapan ataupun dalam kes GISBH ini agak bercelaru dan yang dilakukan oleh mereka seolah-olahnya macam tangkap muat kerana apa saya difahamkan ada beberapa buah lokasi tangkapan itu lebih kurang dalam 20.

Dan tangkapan yang dibuat yang melibatkan kanak-kanak yang mana sejumlah besar kanak-kanak ini tidak ditangkap oleh polis dan JKM di rumah amal yang bermasalah di mana didakwa kejadian liwat dan penipuan berlaku. Malah pihak polis dan juga JKM telah menangkap mereka secara salah di premis yang bukan merupakan rumah amal iaitu pusat jagaan nurseri, sekolah, asrama, pusat tahfiz dan penempatan pekerja GISBH.

Ada juga yang ditangkap di rumah tumpangan, rumah sewa dan rumah persendirian dan ada juga anak-anak yang ditangkap ini, mereka tidak bersekolah di sekolah kepunyaan GISBH, tetapi di sekolah lain. Sebab itulah keadaan-keadaan yang berlaku ini, kecelaruan yang berlaku ini telah menyebabkan trauma pada anak-anak ini ada ibu dan bapa. Anak-anak ini telah ditahan dengan cara yang salah undang-undang dan juga melampaui skop siasatan polis.

Ada ibu bapa dan anak-anak ditahan telah mengalami penderitaan mental depression dan kemurungan, gangguan psikologi kerana dipaksa berada dalam tahanan polis dan ada anak-anak termasuk yang masih lagi menyusu badan terpaksa berpisah dengan ibunya dan ada juga ibu yang sarat mengandung dipaksa melalui satu kehidupan dalam tahanan sedangkan anak dirampas dan dipisahkan daripada dan pelbagai lagi episod yang menyedihkan. Saya sebagai ibu, sebagai parent juga merasakan amat sedih dengan keadaan yang menimpa mereka.

final • 3:31 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Sebab itulah saya ingin bertanyakan kepada pihak kerajaan apakah, bagaimana pengurusan yang diberikan oleh pihak kerajaan dalam memastikan supaya semua pihak ini terjaga..? Kita ingin tahu berapakah kekuatan yang ada di pihak kerajaan melalui KDN, melalui JKM, melalui pelbagai agensi lain dalam menguruskan pelbagai mangsa ini.

Sebab kita lihat bahawa apabila dalam keadaan-keadaan ini yang melibatkan pelbagai pihak, kita hendak tahu bahawa dalam melibatkan anak-anak ini juga ada berlakunya perlanggaran di bawah perkara 9 dan juga 18 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak

(CRC) apabila anak-anak ini dirampas dan dipisahkan daripada ibu dan ayah mereka.

Jadi, kita kena pastikan bahawa survival anak-anak ini supaya dapat kita selamatkan dan kita pastikan supaya anak-anak ini ada dokumen mereka dan mereka ini tidak ada risiko menjadi- mereka ini bukannya jadi statelessness. Jadi ini yang harus kita pastikan. Mesti ada surat beranak mereka, mesti pastikan mereka ini semua perlu melalui proses.

Ini kita ada Yang Berhormat Menteri KDN di sini, saya harap mereka ini melalui satu proses bagi pastikan taraf warganegara mereka itu diadakan dan kalau boleh dibuat ujian DNA untuk pastikan dan juga mengenal pasti parental lineage anak-anak ini supaya kita tahu susur galurnya bagaimana. Sebab tohmahan, fitnah atau bukan tohmahan yang diberikan dan dibaca dalam social media itu begitu pelbagai cerita.

Kadang-kadang kita tidak tahu ini betul atau tidak ini berlaku. Jadi harapan saya sebagai Ahli Parlimen, sebagai pemimpin dan juga harapan di luar sana supaya dapat dipastikan nasib anak-anak ini dilindungi dan bolehkah kerajaan lakukan ini. Walaupun melibatkan kos besar adakah kerajaan bersedia untuk mengeluarkan subsidi dalam melakukan semakan ujian DNA ini. Perlu juga ada tempoh transit dan juga dilakukan screening sebelum anak-anak ini kembali ke pangkuan keluarga termasuklah kaunseling, termasuklah pendidikan untuk anak-anak ini.

Kesemua ini perlu dilakukan semasa sekarang ini perlu dilakukan dan juga selepas penyiasatan kerana kita hendak kerajaan buat pelan, pelan jangka pendek, pelan jangka sederhana dan juga pelan jangka masa panjang dalam menangani permasalahan isu GISBH ini terutama sekali yang melibatkan anak-anak, melibatkan ibu. Saya juga mengharapkan supaya kerajaan lihat kolaborasi yang boleh dimainkan dengan NGO- NGO yang berpengalaman, NGO-NGO yang berkelayakan yang mempunyai latar belakang yang hebat dalam membantu kerajaan dalam menangani usaha ini.

Kita ada banyak NGO-NGO yang hebat antaranya Yayasan Chow Kit, Voice of the Children dan juga SUKA Society dan banyak lagi yang tak dapat saya sebutkan.

Sebab itulah saya harap kita dapat membina rangkaian supaya mereka ini dapat tampil ke hadapan dan membantu kerajaan dengan sebaik mungkin supaya pelbagai- mereka ini dapat sama-sama memainkan peranan dan juga memainkan peranan untuk melindungi dan memberikan kaunseling kepada anak-anak. Kerana apa? Trauma ini bukannya sekejap sahaja dalam tempoh sebulan dua dia akan okey tetapi trauma ini akan berlaku dalam seluruh hidup dia. Jadi bagaimana kita hendak me-minimizekan atau menghilangkan trauma anak-anak ini adalah peranan yang teliti yang harus dimainkan oleh pihak kerajaan. Ini amat penting sekali.

Saya juga ingin tahu bagaimanakah bukti ataupun testimoni yang diperoleh daripada anak-anak ini diambil tanpa bukti maksudnya hendak ambil daripada anak-anak ini testimoni mereka dan sebagainya tanpa menakutkan ataupun memberikan trauma juga kepada anak-anak ini. Saya juga mohon agar anak-anak ini juga diberikan akses untuk mendapatkan peguam kanak-kanak supaya mereka ini dapat dan boleh diwakili oleh mereka yang berpengalaman dan of course sebagaimana kata Kota Bharu tadi, kita juga bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada kerajaan sekiranya diperlukan.

Masa depan anak-anak ini masih panjang. Masa depan anak-anak ini jangan kita ranapkan dengan perancangan yang membuta tuli dan entah apa-apa. Sebab itulah perlu ada perancangan yang baik dan teliti untuk mereka. Saya harap peranan kolaborasi semua pihak harus dimaksimumkan supaya apa juga yang dihasratkan oleh semua rakyat

final • 3:31 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Malaysia akan dapat terpelihara. Dan kalau boleh kalau mereka didapati tidak selamat pulang ke rumah, jadi kita pastikan mereka ini dihantar ke pusat-pusat perlindungan yang multidisciplinary task force dan juga jawatankuasanya dan bukan hanya kepada rumah RKK.

Saya juga menggesa kepada pihak kerajaan supaya ada SOP dan juga minimum standard dalam mewujudkan operasi rumah-rumah sedemikian. Itu sahaja. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

final • 3:31 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Pulai.

final • 3:31 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih Tan Sri Speaker yang telah memberi ruang pada Pulai untuk membahaskan isu GISBH ini. Bermula dengan Arqam, Rufaqa dan sekarang ini adalah GISB. Perkara ini telah diambil tindakan pada 1994 apabila Aurad Muhammadiah itu telah dikelaskan sebagai sesat pada waktu itu tahun 1994. Sekarang masa telah berlalu, 30 tahun yang lalu. Ini bermakna bahawa semasa pemutihan 30 tahun yang lalu telah berlaku kegagalan kerana ia masih ada sampai sekarang.

Jadi kalau kegagalan itu berlaku, apa pembaharuan-pembaharuan pemutihan ini yang dilakukan pada waktu ini untuk tidak mengulangi kesilapan 30 tahun yang lalu. Ini melibatkan ribuan mereka yang terlibat. Sekarang ada 625 orang kanak-kanak pada tahun 2024, sudah berlalu 30 tahun. Ini bermakna bahawa di sana ada ribuan orang yang terlibat dengan Aurad Muhammadiah ini.

final • 3:38 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Jadi, pada waktu ini, kita hendak bertanya kepada Menteri, apakah pembaharuan- pembaharuan pemutihan ini yang dilakukan untuk mengelak daripada kejadian ini berulang kembali?

Yang kedua, Pulai hendak menyentuh sedikit berkenaan dengan tindakan kepada pengikut-pengikut ajaran sesat yang lain. Saya dimaklumkan bahawa isu GISB ini bermula apabila pendedahan dilakukan oleh Mufti Kerajaan Negeri Perlis pada waktu itu.

Sedangkan, sebelum itu ada banyak laporan dibuat kepada penguat-penguat kuasa agama tetapi tidak diambil tindakan. Setelah pendedahan dibuat oleh mufti, selepas itu barulah ada tindakan dibuat. Ini bermakna bahawa ada kelewatan daripada segi tindakan ini walhal sudah ada laporan-laporan yang dibuat.

Kebimbangan Pulai adalah kalau kelewatan ini berlaku, bermakna bahawa pengamal-pengamal ajaran sesat di luar sana ada lagi yang tidak diambil tindakan. Jadi, soalannya adalah apakah pelan tindakan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk memastikan bahawa kumpulan-kumpulan ajaran sesat ini diambil tindakan untuk mengelak daripada isu GISB ini berlaku di negara kita?

Yang ketiganya, saya difahamkan bahawa dalam amalan GISB ini, adanya pernikahan yang menggunakan Aurad Muhammadiyah ini. Maharnya adalah Aurad Muhammadiyah, bukannya nilai Ringgit dan sebagainya. Makna, maharnya adalah Aurad Muhammadiyah. Itu saya dimaklumkan. Kalau silap, minta maaf. Jika ini berlaku, apa status perkahwinan itu? Isteri ada empat, anak ada 30, tetapi maharnya adalah Aurad Muhammadiyah yang difatwakan haram, yang difatwakan sesat. Jadi, apakah status perkahwinan ini yang telah melibatkan anak yang ramai dan juga isteri yang ramai?

Yang keempatnya, Pulai ingin menyentuh juga berkenaan dengan pendekatan ekstrem agama ini yang dilaksanakan oleh GISB ini. Antara yang disebut oleh Menteri tadi adalah pendekatan tabarruj. Janggut, bulu dan sebagainya dianggap barakah yang dimiliki oleh pemimpin. Zikir Aurad Muhammadiyah yang dianggap mulia. Ikut sahaja apa arahan-arahan daripada pemimpin-pemimpin mereka. Nikah dua kali.

final • 3:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Kenapakah nikah dua kali? Sebab, menikah yang pertama adalah nikah dengan kumpulan dia, nikah yang kedua adalah nikah dengan Jabatan Agama Islam untuk mendapatkan sijil nikah. Maksudnya, dia tidak mengiktiraf jabatan agama Islam, dia tidak mengiktiraf kerajaan yang ada kerana pada pandangan dia, kerajaan itu tidak valid, tidak betul pada tafsiran mereka.

Jadi ini, Speaker, saya ingin juga menyentuh bahawa pendekatan ekstrem ini bukan sahaja berlaku kepada kumpulan-kumpulan ekstremis agama, dia juga boleh berlaku kepada pertubuhan-pertubuhan yang lain sepertimana pertubuhan politik.

Mungkin juga apabila kita tidak mengiktiraf kerajaan, kita tidak menganggap kerajaan itu benar, maka kita tolak kerajaan itu, dia tidak mahu menerima sistem yang ada, itulah juga mungkin berlaku perceraian akibat daripada perbezaan politik. Dulu pernah berlaku sembahyang dua- imam dan sebagainya.

Jadi, di sini adalah pendekatan yang terbaik adalah pendekatan yang sederhana, rahmah kepada semua...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Yang keempatnya, Speaker, saya ingin juga menyentuh kita ada tanggungjawab...

final • 3:40 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Zaman Pulai dalam PAS lah itu.

final • 3:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Kita ada tanggungjawab kepada rakyat untuk menjelaskan dasar-dasar kerajaan ini. Contohnya, isu GISB ini. Contohnya, Aurad Muhammadiyah, tetapi, Speaker, kita sedikit rasa kecewa sedikit sebab ahli-ahli politik ini, sama ada Ahli Parlimen ataupun ADUN yang dilantik oleh rakyat negara ini, tidak dibenarkan untuk memberikan penerangan dalam masjid dan surau.

Jadi, kita hendak- macam mana kita sebagai Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri daripada kerajaan untuk menyampaikan dasar-dasar kerajaan, menyampaikan maklumat-maklumat yang sahih daripada kerajaan jika kita tidak dibenarkan untuk berucap di masjid dan surau?

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, masa, Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey, last sekali mohon supaya dipertimbangkan semula perkara ini supaya kita boleh memberikan maklumat-maklumat yang jelas kepada rakyat. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Jelebu.

final • 3:40 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tan Sri Speaker kerana bagi kesempatan ringkas ini pada Jelebu untuk berbahas tentang isu GISB ini.

Sebelum itu, Tan Sri Speaker, saya hendak bawa makluman ataupun rekod untuk Dewan ya. Kita berbincang masalah yang sudah begitu lama, Tan Sri Speaker. 30 tahun, 34 tahun.

Untuk rekod, Al-Arqam ditubuhkan pada tahun 1968, diharamkan 26 tahun selepas itu, tahun 1994. Kemudian, pengikut Al-Arqam ini ataupun dia punya legasi Al- Arqam tubuh Rufaqa pada tahun 2000 dan kita haram enam tahun selepas itu, 2006, dengan kesalahan-kesalahan dan juga perkara-perkara yang dilakukan seperti ketika waktu Al-Arqam ditubuhkan.

Selepas itu, Tan Sri Speaker, balu kepada Ashaari ataupun pelopor kepada Al- Arqam tubuh pula yang diketuai, di-precedent-kan oleh Ashaari waktu dia hidup tahun 2010 untuk menubuhkan GISB. Kita tidak ambil tindakan. Selepas 2010- 16, 14 tahun daripada sekarang, baru kita timbul. Pada waktu bulan September yang lalu dan dunia, negara digemparkan dengan begitu banyak perkara yang berkaitan dengan salah laku

final • 3:45 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

dan perkara-perkara penekanan dan penindasan tentang beberapa pelanggaran seksyen yang ada oleh GISB.

Saya hendak tanya kepada pihak kerajaan, apa yang telah menjadi satu SOP kepada kementerian, JAKIM dan sebagainya? Saya hendak tanya, adakah kita tidak ada satu trigger system kita kepada mereka yang telah melakukan kesilapan sejak puluhan tahun dan kerajaan sudah mengharamkan beberapa perkara tetapi masih boleh mewujudkan sistem yang sama, model yang sama dan melakukan kesilapan yang sama?

Saya hendak bawa juga kepada rekod untuk Parlimen ini, Tan Sri Speaker.

Sehingga Ogos 2024, GISB memegang aset yang dianggarkan lebih kurang RM325 juta dengan 415 buah cawangan perniagaan di seluruh dalam dan luar negara. Berikut adalah 25 buah syarikat di bawah GISB Holdings seperti yang dilaporkan- GISB Bakery dan banyak lagilah. Ada 25 buah syarikat.

Saya hendak tanya kepada pihak kerajaan, apa tindakan kerajaan sekarang ini yang tentunya semua business model, dengan izin, ataupun semua perkara yang dilakukan oleh GISB ini melibatkan banyak perkara pelanggaran peraturan dan undang- undang? Apa tindakan kerajaan sekarang kepada 25 buah syarikat yang ada dan apakah tindakan kerajaan kepada operasi syarikat yang dikatakan tidak membayar cukai pendapatan, tidak membayar zakat dan sebagainya? Tentunya pelanggaran sudah berlaku.

Kerana itu, Tan Sri Speaker, sejak bulan September yang lalu apabila ia melibatkan 625, 665 orang mangsa termasuk kanak-kanak dan sebagainya, semua ini memberikan satu kesan yang amat buruk kepada masyarakat yang ada pada hari ini.

Sejak timbul kes ini, Tan Sri Speaker, 97 kes siasatan yang melibatkan pelbagai kesalahan dan daripada jumlah tersebut, 12 Kertas Siasatan melibatkan sembilan orang individu yang dituduh dengan 34 pertuduhan, yakni di bawah seksyen 14(a), seksyen 31(1)(a), seksyen 14(b), seksyen 354 dan seksyen 506 yang kesemuanya melibatkan soal-soal yang berkaitan kesalahan dengan kanak-kanak, Tan Sri Speaker.

Jadi, kerana itu, kerajaan sejak dahulu yang saya pada pemahaman kita ialah- mengapa perkara ini boleh berkembang? Kerana pendoktrinan pemikiran masyarakat terhadap agenda ekstremis kepada beberapa perkara yang telah dilakukan oleh pelopor- pelopor GISB ataupun pelopor-pelopor kepada mereka yang melakukan pendekatan yang berkenaan.

Saya hendak bawa kepada Dewan yang mulia, kita ada pelbagai pendekatan.

Kita ada pendekatan melalui Dasar TVET Negara yang boleh dijadikan sebagai satu lagi opsyen untuk mangsa-mangsa daripada GISB ini dan juga kepada masyarakat sebagai pilihan untuk pendidikan anak-anak. Kita juga ada program huffaz yang telah diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dalam sistem pendidikan awal kanak-kanak yang boleh dijadikan sebagai satu program pilihan pertama kepada masyarakat dan rakyat di negara kita.

final • 3:45 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Kalau daripada segi ekonomi, kita hendak kata pula oleh sebab kerajaan tidak mempunyai pilihan terhadap ekonomi GISB Ikhwan ini atau pun GISB Holdings ini adalah merupakan satu pelopor ekonomi yang berjaya, kita juga ada pilihan atau pun kita ada pendekatan daripada beberapa resolusi yang dikemukakan dalam kongres agenda bumiputera dan melibatkan pelbagai program, ratusan program untuk melibatkan agenda ekonomi bumiputera.

Kesemua ini Tan Sri Speaker, akhirnya saya ingin mencadangkan kepada kerajaan bahawa beri peluang kepada pihak berkuasa untuk melaksanakan tugas dan penguatkuasaan mereka. Enough is enough. Dulu saya dah sebut soal tadika, Tan Sri Speaker. Saya keluar sikit. Berapa banyak- tadika kita yang tidak didaftarkan di bawah sistem pendidikan sebenar? Berapa banyak tadika kita yang masih mengamalkan pendoktrinan pemikiran kepada pelajar-pelajar seawal lima tahun, empat tahun?

final • 3:50 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Saya hendak minta kepada Tan Sri Speaker, kenapa Kementerian Pendidikan masih lagi tidak mengamal- bukan tidak mengamal, tidak mengambil tindakan kepada tadika-tadika ini? Saya pernah bawa di dalam Dewan Undangan Negeri, Tan Sri Speaker, di Negeri Sembilan. Kita tidak boleh ambil tindakan kerana ini di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan dan kalau ini tidak boleh kita lakukan, saya ingat kita dah bawa perbincangan sejak 2004, Tan Sri Speaker. Sekarang 2024. 20 tahun. Ini semua sudah menjadi- kalau orang Melayu panggil, “Dah terantuk baru tengadah.” Bilo dio dah kono Tan Sri Speaker, dah banyak dah merebak bawah tu, dah beranak pinak, kita nak atasi cukup susah. Ini mesti once and for all, dengan izin, mesti kita ambil tindakan daripada sekarang. Jadi kerana itu Tan Sri Speaker, saya mencadangkan di Dewan yang mulia ini, kita bagi sepenuhnya kepercayaan dan keyakinan kepada pihak penguatkuasaan supaya tindakan undang-undang mesti dikenakan kepada mereka yang melanggar, yang mengeksploitasi manusia sejak dulu lagi, Tan Sri Speaker.

Yang kedua Tan Sri Speaker, saya hendak minta juga...

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

YB, landing.

final • 3:50 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

...Pihak JAKIM supaya lihat bagaimana soal akidah ini harus diperbetulkan. Kita mesti- Ketua Pengarah JAKIM yang baru, kita beri penuh kepercayaan supaya lebih agresif, lebih bertindak di luar bidang tugas biasa supaya lihat bagaimanakah penyelesaian bentuk jangka pendek dan jangka panjang boleh kita laksanakan bagi memperbetulkan segala bentuk pengurusan akidah dan sebagainya. Kemudian yang ketiga Tan Sri, agensi di bawah Kementerian Wanita...

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

YB, landing YB. Landing.

final • 3:50 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Hendak landing ini Speaker. Last sekali. Agensi di bawah Kementerian Wanita mesti hendak tengok balik wanita, khususnya kanak-kanak dan wanita. Dia kadang-kadang Speaker, bila Imam Ulu’l-amr, minta maaf.

Bila Ulu’l-amr, imam, ketua masyarakat, terutamanya bagi masyarakat Islam. Bila kita buat sesuatu perkara yang melanggar moral, kadang-kadang mendapat sokongan daripada masyarakat, dijadikan sebagai satu teladan dan contoh.

Kerana itu Tan Sri Speaker, sekarang ini penganiayaan kepada kanak-kanak, seksual atau pun semua perkara yang berkaitan kanak-kanak berleluasa dalam negara.

Bukan sahaja kepada orang Melayu, malah kepada kaum dan bangsa yang lain. Kerana itu kementerian-kementerian yang terlibat harus melakukan sesuatu yang juga luar biasa supaya perkara ini tidak berlarutan dan tidak menjadi perbahasan oleh Parlimen Jelebu pada tempoh 15 tahun yang akan datang, Tan Sri Speaker. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih. Saya jemput Pasir Mas ya.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Tan Sri Speaker, memberikan peluang kepada saya sebagai pemain simpanan untuk turut berbahas. Saya tidak mengambil masa yang lama. Cuma sekadar untuk saya menambah beberapa perkara ke atas perbahasan yang telah diucapkan oleh Ahli-ahli Parlimen sebentar tadi daripada pembangkang mahupun kerajaan.

Yang pertama, kita tahu bahawa isu GISBH ini berakar umbi daripada gerakan al- Arqam dan kemudiannya Rufaqa sebagaimana disebut tadi. Kerajaan-kerajaan terdahulu telah mengambil tindakan yang sewajarnya, termasuklah mengisytiharkan bahawa al- Arqam dan juga Rufaqa merupakan pertubuhan yang haram dan sesat, mengamalkan Aurad Muhammadiyah. Jadi, tidak adil untuk kita kaitkan.

Tadi saya dengar perbahasan dari Kota Melaka menyatakan bahawa ini tanda kerajaan terdahulu gagal untuk menangani isu ini. Saya suka untuk sedikit berbeza. Tidak

final • 3:54 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

boleh untuk kita katakan bahawa ini kegagalan mana-mana kerajaan kerana kita tahu bahawa isu ini telah ditangani dengan sebaik mungkin oleh pegawai di agensi-agensi berkenaan. Kalau kita hendak bercakap soal politik, saya bimbang kalau isu ini kita tangani daripada dimensi politik, maka ia tidak akan sampai kepada peringkat atau pun tidak akan menatijahkan satu keputusan yang baik. So, jangan kaitkan dengan mana-mana modal politik.

Tadi sahabat saya dari Pulai menyatakan bahawa ini menjurus kepada ekstremis agama, kepada mana-mana parti politik. Ini satu lagi perbahasan yang saya kira hendak bawa kepada dimensi politik. Kalau hendak kira dari sudut ekstremisme, kefahaman salah yang mengakibatkan menular dalam politik, kita juga dapat melihat dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu yang lepas.

Ada juru kempen daripada parti di pihak kerajaan menyatakan bahawa parti pembangkang ini ‘bughah’, tidak boleh diundi kerana mereka ini bughah, pelampau, tapi kita tidak jadikan ia sebagai suatu pendirian pihak kerajaan. Kerana itu hanyalah ucapan daripada individu yang tidak boleh dianggap mewakili kerajaan, tetapi kalau itu hendak diambil kira, saya rasa sudah tentulah kita akan membawa naratif perbahasan kita ini kepada satu naratif yang salah.

Tahniah kepada pihak kerajaan yang telah bertindak kepada gerakan GISBH ini.

Cuma, sekali lagi saya ulangi, daripada Ahli Parlimen Kota Bharu tadi yang telah diucapkan tadi bahawa kita minta sebagai pihak berkuasa, pihak polis khususnya. Tidak perlulah untuk mengeluarkan statement, statement, kenyataan-kenyataan yang boleh mendatangkan kontroversi setiap hari, yang mendahului siasatan.

Sebagaimana isu statement, kenyataan ketika Balai Polis Ulu Tiram diserang beberapa ketika lepas, disebut ini daripada anggota JI tetapi dinafikan kemudiannya oleh Menteri Dalam Negeri sendiri, terpaksa campur tangan. Di sini perlunya disiplin dalam isu atau pun dalam perkara-perkara yang melibatkan siasatan yang masih belum dibuktikan ini.

Berikutnya, saya hendak mempertikaikan bagaimanakah GISBH ini sehingga sekarang masih ada lagi dalam laman web mereka? Mereka boleh jumpa Perdana Menteri pada 4 April 2023, sedangkan pada masa itu sendiri pun kita tahu bahawa walaupun belum didedahkan, tapi mengikut kronologi ini, isu penyelewengan ini sudah pun wujud pada ketika itu, cuma masih belum didedahkan.

Saya bayangkan ekosistem Pejabat Perdana Menteri ini sudah tentu dikawal dengan begitu rapi. Mereka yang hendak jumpa dan sebagainya, ada tapisan-tapisan keselamatan tertentu. Apa yang Jabatan Agama telah terlepas pandang sehingga menyebabkan akhirnya mereka ini boleh mengadakan perjumpaan-perjumpaan dengan pimpinan-pimpinan negara dan mewajahkan mereka sebagai pertubuhan yang direstui dan mempunyai hubungan baik dengan pemimpin negara.

Di sini saya nampak ada terlepas pandang di pihak Jabatan Agama. Mungkin Menteri perlu untuk melakukan reformasi dan sudah saya nampak sudah pun ada terhadap jabatannya sendiri yang menyebabkan akhirnya terlepas isu-isu seperti ini.

Kalau saya hendak quote mengikut Mufti Perlis, isu yang melibatkan dakwaan ini, Global Ikhwan ini telah lama dibentangkan kepada pelbagai penguat kuasa agama, termasuk JAKIM. Namun, tidak diberi perhatian yang sewajarnya. Di manakah kegagalan ini bermula? Diharap ia dapat ditangani dengan sebaik yang mungkin.

Saya juga ingin mencadangkan supaya anggota-anggota ini diberikan sokongan support system yang baik. Tubuhkan pasukan khas untuk pantau sehingga ke akar umbi.

Anak-anak mereka yang tidak mengenal masyarakat dan tidak tahu sekolah di mana sebelum daripada ini, kita bagi mereka sokongan dengan sebaik mungkin. Saya minta supaya kerajaan juga menyiasat, ada kes yang didakwa di luar sana, ada anak-anak yang bukan diambil dari rumah atau premis milik GISBH, misalnya di Kuantan.

final • 3:54 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Ada kes diambil dari rumah sewa sebuah keluarga yang didiami oleh adik-beradik.

Di Batu Hampar, Perak dimaklumkan ada anak-anak ini diambil bukan dari premis tetapi di sebuah kampung yang dulunya perkampungan al-Arqam. Kedua, ibu bapa mereka tidak terlibat dengan GISBH. Anak mereka pun tidak dihantar ke Taska GISBH tetapi anak mereka masih ditahan oleh JKM. Sehingga sekarang tidak dibenarkan berjumpa dengan ibu bapa atas alasan siasatan Polis.

Jadi, kes-kes ini banyak lagi yang kita boleh- kita mendapat aduan, kita minta supaya JKM dapat menyelesaikan siasatan dengan segera. Jangan sampai kita menzalimi orang yang tidak ada kaitan dengan GISBH. Terima kasih Tan Sri Speaker.

final • 3:54 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Akhir sekali, saya jemput Bentong.

final • 3:54 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Terima kasih Tan Sri Speaker atas peluang menyertai perbahasan ini. Pembongkaran terhadap kes GISBH ini lah bukti betapa bahayanya penyelewengan terhadap agama yang bukan sahaja memberi kesan kepada akidah akan tetapi menyebabkan eksploitasi kanak-kanak, keganasan dan penganiayaan terhadap wanita, jenayah seksual, pemerdagangan orang serta keruntuhan institusi keluarga.

final • 3:59 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Saya ucapkan tahniah kepada Menteri Agama, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atas tindakan bersama dalam untuk membanteras kegiatan ajaran sesat ini dan dalam usaha untuk menempatkan mangsa- mangsa yang diselamatkan ini di pusat jagaan sementara.

Berdasarkan laporan daripada Ops Global baru-baru ini, sebanyak 20 buah rumah amal telah diserbu dengan 402 orang kanak-kanak telah diselamatkan. Ada di antara mereka yang telah dianiaya, didera serta telah didakwa diliwat sepanjang berada di dalam rumah tersebut. Malah, mereka juga telah dipaksa untuk meminta derma dan mengaku sebagai anak yatim.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat] Antara yang dikesalkan adalah sebanyak 41 laporan polis telah dibuat sejak tahun 2011, tetapi hanya pada tahun 2024 iaitu selepas 13 tahun barulah ada tindakan yang dibuat. Menurut taklimat daripada Menteri Agama tadi, pada November 2013 Hatijah Aam dan 400 orang pengikut beliau membuat pengisytiharan taubat meninggalkan ajaran yang menyeleweng dan kembali kepada fatwa. Persoalannya, mengapakah kajian dan siasatan tidak diteruskan sejak 2013 lagi terhadap ahli-ahli yang telah bertaubat ini? Mengapakah dan kenapa?

Saya memohon juga penjelasan daripada kerajaan tentang apakah benar wujudnya kartel GISBH ini dalam penguatkuasaan dan juga jabatan agama yang telah melindungi mereka selama ini walaupun pelbagai aduan yang telah dibuat, adakah benar atau tidak?

Isu ini hanya kita ketahui setelah tular apabila dikongsi di lama sosial Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS). Saya rasa kredit perlu diberikan kepada- mereka-mereka yang telah menularkan isu-isu ini kerana akhirnya adalah tindakan telah pun diambil.

Saya juga melihat bahawa GISBH ini beroperasi dalam keadaan ekosistem dan kewangan yang terancang. Mereka ada 18 rangkaian perniagaan di dalam dan di luar negara, ini tidak termasuk klinik, pasar raya, kedai dobi, kedai percetakan, poliklinik, hotel,

final • 4:00 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

bakeri, pusat khidmat media, butik dan galeri. Kita tidak tahu di antara semua ini siapakah ahli GISBH ini.

Saya juga dimaklumkan adalah tuduhan bahawa pekerja-pekerja di premis- premis milik GISBH ini tidak dibayar gaji, namun seperti Menteri Agama maklumkan tadi, mereka mengamalkan konsep ekonomi maash yang mempunyai unsur penghambaan, yang mana pengikutnya tidak dibayar gaji kerana syarikat telah pun menanggung keperluan hidup pengikut. Ini amat teruk sekali.

Tuan Speaker, kesannya ramai kita lihat hasilnya hari ini anak-anak yang telah menjadi mangsa kepada isu ini dan kita harap tindakan tegas diambil untuk memastikan mereka yang teraniaya dapat diselamatkan.

Jadi, saya ada persoalan kepada Menteri Wanita. Saya juga ingin bertanya, apakah maklum balas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terhadap dakwaan yang dibuat oleh seorang wanita bahawa kononnya ada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang telah memberikan borang kosong dan mengugut beliau untuk menandatanganinya dan digunakan sebagai pengakuan ibu bapa melakukan kesalahan. Ini membolehkan JKM mengambil anak mereka. Saya harap Menteri dapat memberikan penjelasan mengenai isu ini.

Menteri juga ada memaklumkan bahawa kanak-kanak yang diselamatkan oleh- yang dijaga oleh JKM dalam tempoh dua bulan ini. Jadi, selepas tempoh jagaan itu, apakah tindakan seterusnya yang akan diambil kepada kanak-kanak tersebut?

Akhir sekali, kita juga perlu menambah baik sistem laporan dan siasatan terhadap kes-kes begini di masa akan datang. Sekiranya ada sahaja laporan dibuat di Jabatan Agama ataupun di balai polis, pihak berkuasa sepatutnya boleh terus melakukan risikan dan siasatan. Kita tidak mahu berapa banyak lagi kegiatan-kegiatan lain dalam modus operandi yang sama masih berlaku di Malaysia ini. Malah, GISBH ini lah bentuk baharu yang telah ditubuhkan sebelum ini di bawah pertubuhan Al-Arqam ataupun Rufaqa Corporation yang telah diharamkan.

Jadi, apa jaminan pihak kerajaan agar setelah GISBH ini diharamkan agar dia tidak boleh berubah bentuk untuk dalam nama yang lain pula. Saya berharap, kes ini akan menjadi penanda aras untuk kerajaan menangkis sebarang penyebaran ajaran sesat di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Yang Berhormat Bentong.

Ahli-ahli Yang Berhormat, penerangan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dan Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini terbuka untuk Ahli-ahli meminta penjelasan dan memberi pandangan. Walau bagaimanapun, ingin saya mengingatkan waktu ditetapkan selama 10 minit dan saya akan enforce-kan sebaik mungkin untuk menentukan masa ini ditepati.

Dipersilakan Menteri pertamanya dipersilakan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Agama, silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 4:00 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu di bawah hal ehwal agama bagi sesi penerangan Menteri berhubung isu GISBH.

final • 4:05 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, seramai lapan orang Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan pelbagai isu yang berkaitan dengan hal ehwal agama termasuklah Yang Berhormat Tumpat, Pokok Sena, Kota Bharu, Pasir Gudang, Pulai, Jelebu, Pasir Mas dan juga Bentong.

Datuk Yang di-Pertua, saya mulakan dengan cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tumpat iaitu supaya ada kerjasama kajian berkaitan dengan ajaran sesat serta pemulihan akidah kanak-kanak GISBH ini dengan agensi agama.

Saya menerima cadangan yang baik ini dan untuk makluman Yang Berhormat Tumpat dan Ahli-ahli Dewan juga, kita telah mewujudkan satu Jawatankuasa khas yang terdiri daripada pakar akidah daripada universiti-universiti tempatan untuk membantu JAKIM dalam membangunkan modul pemulihan akidah yang khusus, yang melibatkan kanak-kanak.

Untuk makluman semua, setakat ini belum- modul pemulihan akidah yang ada adalah melibatkan orang dewasa sahaja. Jadi, dengan adanya jawatankuasa khas bersama dengan pakar-pakar daripada universiti ini, insya-Allah kita akan bangunkan modul berkaitan dengan kanak-kanak.

Seterusnya, Yang Berhormat Pokok Sena, dia bertanya berkaitan dengan Jawatankuasa Muzakarah MKI yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato' (Dr.) Haji Nooh bin Gadot. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Jawatankuasa Muzakarah MKI ini telah bersidang pada 24 dan 26 September yang lepas dan satu ketetapan pandangan atau hukum telah dicapai oleh Jawatankuasa Muzakarah MKI ini.

Seterusnya, Pengerusi MKI telah memberi perkenan agar pandangan hukum yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa MKI ini untuk dibawa ke dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang akan bersidang insya-Allah pada 23 dan 24 Oktober, minggu depan insya-Allah. Jadi, ada negeri-negeri yang seperti mana Yang Berhormat sebutkan tadi, macam Melaka, Selangor, Pahang dan juga Perlis telah membawa persoalan ini dalam Jawatankuasa Fatwa negeri-negeri. Maknanya, sebelum menunggu perkenan Majlis Raja-raja, mereka telah bawa dalam Jawatankuasa Fatwa masing-masing dan sebab itulah kita telah ada fatwa yang dikeluarkan di empat buah negeri tersebut, tetapi dari sudut peranan yang dimainkan oleh Jawatankuasa Muzakarah MKI ini sepertimana yang telah saya sebutkan tadi, satu pandangan hukum telah dicapai. Cuma kita sedang menunggu Majlis Raja-Raja yang akan bersidang pada 23 dan 24 Oktober ini untuk mendapatkan perkenan. Jadi, yang itu berkaitan dengan status Jawatankuasa Muzakarah MKI.

Seterusnya, soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang berkaitan dengan status fatwa di Wilayah Persekutuan.

final • 4:05 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Untuk makluman Yang Berhormat, insya-Allah pada 24 Oktober ini, Jawatankuasa Fatwa Wilayah Persekutuan akan bersidang. Jawatankuasa Fatwa ini bersidang di bawah Akta Pentadbiran [Akta 505] yang sedia ada. Jadi, proses untuk fatwa berkaitan dengan GISB ini dibawa oleh- dalam Jawatankuasa Fatwa ini yang bukan sahaja dikeluarkan oleh Mufti Wilayah, tetapi ada ahli dalam Jawatankuasa Fatwa tersebut. Jawatankuasa Fatwa ini akan melihat kepada kertas cadangan berkaitan dengan GISB ini termasuklah juga dengan mengambil kira pandangan yang telah dicapai dalam Jawatankuasa Muzakarah MKI dan juga fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan oleh empat buah negeri tersebut akan dipertimbangkan.

Insya-Allah, selepas daripada itu Jawatankuasa Fatwa Wilayah Persekutuan akan capai kepada satu ketetapan fatwa dan fatwa berkaitan GISB ini kemudiannya akan dibawa kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Agong untuk mendapatkan perkenan Tuanku Agong. Yang itu proses yang insya-Allah yang akan berlaku pada 24 Oktober ini.

final • 4:10 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Seterusnya, saya rangkumkan persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kota Bharu dan juga Pulai serta Jelebu dan juga Bentong berkaitan dengan kelewatan tindakan yang diambil ke atas GISB ini. Sepertimana yang kita- semua sedia maklum bahawa pendekatan yang diambil oleh pihak JAKIM dan Jabatan Agama Islam negeri- negeri termasuklah JAKIM. Di Bahagian Penyelidikan, kita ada memanggil pihak kepimpinan tertinggi GISB ini untuk bertanyakan persoalan berkaitan tentang amalan yang dilakukan oleh mereka berkaitan dengan Aurad Muhammadiyah secara khususnya.

Jadi, dalam pertemuan dan yang dilakukan oleh pihak JAKIM, saya percaya Jabatan Agama Islam negeri tertentu semasa memanggil kepimpinan GISB ini, kebanyakan daripada mereka ini telah menafikan tentang keterlibatan mereka dengan Aurad Muhammadiyah ini. Maknanya, ketika itu tidak ada satu bukti yang kukuh yang menunjukkan ada hubungan antara GISB- pengikut GISB ini dengan Aurad Muhammadiyah yang telah diharamkan pada tahun 1994 tersebut. Hanyalah sekitar selepas daripada tindakan yang diambil oleh pihak polis, PDRM dengan melakukan tangkapan dan juga siasatan serta buat raid ke premis yang diduduki oleh GISB ini barulah pihak JAKIM telah memperoleh bukti dan juga dokumen yang boleh dikaitkan antara GISB dengan Aurad Muhammadiyah.

Jadi, berdasarkan kepada maklumat dan dokumen serta bukti-bukti baru yang telah diperoleh, baharulah perkara ini dapat jelas dan kemudian telah dibawa dalam Jawatankuasa Muzakarah MKI yang saya sebutkan tadi pada 24 September untuk mendapatkan ketetapan ataupun pandangan hukum oleh Jawatankuasa Muzakarah MKI.

Berdasarkan kepada bukti-bukti tersebutlah telah digunakan oleh pihak yang saya sebutkan tadi, oleh pihak JAKIM untuk dibawa kepada Jawatankuasa Muzakarah MKI yang seterusnya telah mendapatkan satu ketetapan yang insya-Allah kita akan bawa ke Majlis Raja-Raja pada 23 dan 24 Oktober ini untuk mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.

final • 4:10 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Speaker, boleh saya dapat penjelasan daripada Menteri?

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Jelebu, Peraturan 37(1)(b), Peraturan 37(2) terserah kepada Yang Berhormat Menteri. Jika waktunya cukup, saya akan nasihat Menteri untuk menjawab soalan secara bertulis. Terpulang Menteri.

final • 4:10 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Boleh Yang Berhormat Menteri?

Terima kasih Speaker. Yang Berhormat Menteri, cuma persoalan yang saya sebut tadi ialah kita dah kenal pasti legasi daripada Arqam sejak 30 tahun dulu, kemudian Rufaqa, kemudian GISB. Kenapakah legasi ini menubuhkan satu sistem dan model yang sama tetapi tak dapat dibau oleh JAKIM dalam jangka masa terdekat sehingga benda itu dah jadi barah baru kita dapat tahu? Itu yang persoalan yang saya sebut tadi. Kenapakah kita tidak ada satu sistem untuk kita mengekang perkara ini daripada merebak lebih awal sebelum dia menjadi satu keadaan yang di luar kawalan? Terima kasih Speaker.

final • 4:10 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Saya ingat sebab itulah pada kali ini Yang Berhormat, kita mengambil pendekatan yang holistik. Sebab kalau kita lihat apa yang berlaku 30 tahun yang lepas, pendekatan kita lebih hanya tertumpu kepada persoalan akidah sahaja. Kita biarkan persoalan- persoalan perniagaan dan lain yang melibatkan JKM dan lain. Yang ini kita biarkan sangat.

Jadi, tumpuan itu hanya diberikan kepada persoalan akidah. Jadi, kita harapkan Yang Berhormat Jelebu, insya-Allah dengan pendekatan pada kali ini kita cuba.... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Kita buat apa yang terbaik dan dengan kerjasama antara pihak JAKIM, Jabatan Agama Islam negeri-negeri dan juga JKM, Kementerian Pendidikan, khususnya dengan Kementerian Dalam Negeri, kita harapkan perkara ini tidak akan timbul pada masa akan datang. Itu harapan dan itu yang kita buat.

Termasuklah yang saya sebutkan di sini, pemulihan akidah yang kita berikan tumpuan kepada anak-anak yang 500, 600 orang ni supaya mereka ini bila besar nanti,

final • 4:10 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

supaya apa yang telah didoktrinkan kepada mereka ini akan dapat kita pastikan dibersihkan dan mereka ini akan diberikan kefahaman Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah mengikut yang diamalkan oleh negara kita, insya-Allah.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, sila gulung.

final • 4:10 PM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Dato’ Yang di-Pertua, saya rasa itu antara perkara yang penting yang telah ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semua dan saya sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan menanyakan soalan berkaitan dengan tindakan yang diambil oleh pihak Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri.

final • 4:10 PM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’. Kaedah saya begini.

Sebahagian daripada isu perbahasan yang diutarakan Ahli-ahli Yang Berhormat, saya akan cuba ulas dalam kesempatan 10 minit dan saya berikan komitmen terhadap isu-isu yang tak dapat saya berikan maklum balas, saya akan berikan jawapan bertulis kepada yang telah mengambil bahagian dan menyentuh perkara-perkara tersebut.

Dato’ Yang di-Pertua, saya mulakan dengan menyebut bahawa fokus PDRM dalam mengambil tindakan terhadap isu ini adalah berdasarkan kepada 12 akta yang kita diberikan kuasa untuk melaksanakannya. Senarai 12 akta itu telah saya sebut semasa pembentangan termasuklah Akta Kanak-kanak 2001, ATIPSOM 2007, Akta Kesalahan Sosial Kanak-kanak 2017 Kanun Keseksaan, Akta Pertubuhan, Akta Syarikat dan segala macam.

Baik. Saya juga berkongsi angka bahawa ada 625 orang kanak-kanak, istilahnya kita selamatkan. Yang kita tangkap, 415. Seramai 625 orang kanak-kanak ini, keutamaan kita adalah kebajikannya, mengenal pasti identitinya. Langkah ke depan adalah bagaimana nak membawa mereka kembali kepada arus perdana pendidikan. Yang ini saya ucap terima kasih, sahabat saya Menteri Pelajaran yang sudah pun memulakan langkah berjumpa dengan kanak-kanak ini dan sudah pun merangka langkah ke depan untuk bawa mereka kepada arus perdana pendidikan. Itu sudah berjalan.

final • 4:17 PM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Daripada hal identiti, saya telah sebutkan tadi bahawa 597 daripada 625 itu sudah pun secara sahih. Bila kita semak dengan Jabatan Pendaftaran, mempunyai dokumen pengenalan diri sama ada sijil lahir ataupun MyKad. Jadi, Dato’ Speaker, tumpuan kita baki 28 yang sedang kita buat semakan lagi. Angka ini mungkin nanti jadi kecil. Di sana ada juga yang kita sudah kenal pasti sebagai jatuh dalam kategori anak tidak sah taraf, tetapi kebetulan kita nanti- esok akan membahaskan tentang isu kewarganegaraan anak tidak sah taraf nanti. Kita proses di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan. Jadi, akhirnya identiti mereka ini tetap akan kita berikan. Jadi, di atas beberapa saranan Ahli- ahli Parlimen yang mengambil bahagian, yang memberikan keprihatinan terhadap isu identiti diri, kita ada jalan keluar, jalan penyelesaiannya.

Baik. Ada juga disebut bahawa sebahagian daripada tangkapan itu kita buat di luar dari premis. Sebenarnya keseluruhannya, Dato’ Yang di-Pertua, operasi Polis ini melibatkan 300 buah premis. Dia ada lebih kurang 60 buah rumah amal ataupun dipanggil rumah jagaan atau tempat asuhan. Ada dua buah klinik, ada 99 buah premis perniagaan, ada satu ladang, ada empat buah maahad, ada 134 buah rumah persendirian. Jadi, 300

final • 4:20 PM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

buah premis ini kita sampai dan itu membawa kepada sejumlah 415 tangkapan yang ada kita buka kertas siasatan berdasarkan kepada akta-akta yang saya sebutkan tadi.

Jadi, mengulas Kota Bharu. Sememangnya dari hari pertama lagi, asas tindakan itu berteraskan kepada prinsip undang-undang berdasarkan pada akta yang sedia ada.

Kalau siasatan itu kita buat misalnya di bawah AMLA. Kita buat money trail. Dia- operasinya dia massive. Sebab source of revenue GISB ini lah dia ada beberapa cluster.

Maknanya komitmen setiap cluster itu dia mesti mencapai kutipan harian dan kutipan harian itu bila diperoleh, mesti dimasukkan dalam akaun individu pimpinan yang duduk dalam struktur ahli lembaga pengarah.

Jadi, dia ada Zon Kuala Lumpur, Zon Tengah, Zon Utara, zon dalam dan luar negara. Jadi, dia ada target kutipan ya. Dia ada target kutipan bagi setiap zon yang membawa anggaran lebih kurang RM70,000 sebulan kutipan minimum kena ada. Duit ini dia bukan masuk di bawah GISB yang didaftarkan dan ada akaun syarikat. Tidak. Dia pergi pada akaun individu. Ya, individu dan daripada situlah. Sebab itu semua transaksi pembelian aset bila polis rampas, transaksinya bukan melalui pinjaman bank. Semua belian tunai. Jadi, kita buat.

Jadi, kita hendak tengok ke mana akhirnya punca wang dan ke mana dibelanjakan. Itu yang saya sebut selepas ini polis akan melebarkan sayap siasatan kita ke luar negara pula sebab 18 buah negara. Negara itu ada undang-undangnya. Sebab itu kita akan involve mutual legal assistants yang bila- kita juga akan dapat kerjasama INTERPOL.

Jadi, dia massive proses ini yang semuanya itu tidak mungkin berlaku kalau kita membelakangkan undang-undang. Kita mesti mengikut lunas undang-undang. Kalau dikatakan siasatan di sini tidak mengikut lunas undang-undang, mustahil negara luar yang kita hendak dapat kerjasama akan bagi kerjasama. Itu sudah dianggap sebagai understanding di peringkat antarabangsa. Kerana itu, kepatuhan terhadap perjalanan undang-undang itu harus dicermati oleh pasukan polis dalam menjalankan siasatan ini.

Saya ucap terima kasih rakan saya dari Masjid Tanah yang menyebut tentang Konvensyen Hak Kanak-Kanak. Artikel 9. Artikel 9 itu daripada mula sebut bahawa “State Parties shall ensure that a child shall not be separated from his or her parents against their will.” Anak-anak ini hakikatnya selepas setahun, dua tahun, cerai susu, anak-anak ini dipisahkan daripada keluarganya. Sebab itu bila psychologists kita D11 di bawah pasukan Polis atau di bawah Jabatan Kebajikan dekati mereka dan bertanya. Mereka rindukan parent. Mereka tidak jumpa emak bapa dia. Mereka tidak jumpa. Anak dua tahun, tiga tahun tidak kenal emak bapa dia. Itu kita establish melalui siasatan.

Ada juga yang mereka diletak di satu buah rumah, rumah amal ke pusat jagaan.

Kemudian dipindahkan dan bila dipindahkan, diberi identiti berbeza pula. Nama lain pula.

Itu syarahnya panjang kalau saya hendak sebut di sini. Sebab itu saya katakan bahawa apabila melakukan siasatan itu, Polis menemui perkara-perkara baharu dan itu membawa kepada kemungkinan kita akan lebarkan lagi tangkapan. Kita akan luaskan lagi akta-akta yang berkaitan, tetapi pokok pangkalnya apa? Kebajikan kanak-kanak. Tidak boleh ada eksploitasi ke atas kanak-kanak sebagai tenaga kerja. Disuruh bekerja di kilang, di kebun dan sebagainya tanpa bayaran. Sebab itu dianggap sebagai sebahagian daripada proses latihan amali yang mereka terima.

Dan kalau berlaku pelanggaran disiplin misalnya, berbaris ambil makanan tidak kena barisannya dan itu diambil tindakan. Ketuk ketampi bukan 100, tapi 500 kali ya. Hal- hal yang detil sebegini memadai kita minta supaya pihak Polis diberikan kepercayaan untuk menjalankan siasatan. Apabila siasatan itu dilengkapkan dalam bentuk kertas siasatan diserahkan kepada Peguam Negara, di situ nanti diputuskan. Sebab itu sambil siasatan itu berjalan, sudah ada yang dibawa ke muka pengadilan. Sudah ada sabitan.

Ada 15 Kertas Siasatan berakhir pertuduhan. Masih banyak lagi yang perlu kita lengkapkan.

final • 4:20 PM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Sebab itu ketika kita mengguna kaedah biasa. Sahabat saya Kota Bharu seorang Peguam, faham kerana saiz tangkapan yang begitu ramai. Kita akan minta reman.

Mahkamah akan bagi tujuh hari. Kita belum selesaikan lagi sebab kita hendak involve 12 akta. Kita minta tambahan. Mahkamah bagi tujuh. Kita minta tambahan, ada mahkamah bagi lima. Kita minta tambahan, ada mahkamah bagi tiga. Tidak sempat habis kerana jumlah yang ramai. Kerana itu bila kita tengok, dia ada elemen yang dipanggil sebagai- ia dilakukan secara berkumpulan. Satu atau lebih.

Kemudian, dia melibatkan jenayah yang dianggap serius. Kalau pemerdagangan orang itu serius. Misalnya ya. Kemudian, dia memberikan keuntungan daripada segi material, kewangan, kuasa atau pengaruh. Jadi, ia fit untuk kita involve 130V Kanun Keseksaan bagi membolehkan selepas tamat tempoh reman, kita guna pakai SOSMA.

SOSMA, semua kita tahu adalah masa 28 hari, peguam boleh akses dan mereka mesti dibawa ke muka pengadilan. Proses itu sangat jelas dalam proses kita membuat keputusan ini.

Dato’ Yang di-Pertua, saya ambil 11 minit. Saya akhiri di sini supaya berlaku adil pada sahabat saya daripada Kementerian Wanita. Seperti saya ungkapkan tadi, sebahagian daripada yang tidak dapat saya berikan respons, saya akan berikan jawapan bertulis kerana pegawai-pegawai saya membuat catatan. Buat Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian, saya ucap terima kasih, tetapi percayalah hal yang berlaku ini memerlukan kerjasama semua, kefahaman semua, sokongan semua.

Kita sedang menguruskan satu perkara yang besar. Ada elemen penyelewengan akidah, ada aspek eksploitasi kanak-kanak dan wanita, ada elemen pemerdagangan, ada elemen soal perjalanan kewangan yang meragukan. Kesemuanya itu due process akan mengambil tempat. Akhirnya dia mesti dibawa ke muka pengadilan. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri.

Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Silakan Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertama sekali, mengucapkan terima kasih juga kepada rakan-rakan Ahli Parlimen yang telah menyentuh isu-isu di bawah bidang kuasa kami. Saya akan mulakan dengan persoalan daripada Bentong tadi kerana beberapa perkara itu akan juga membantu menjawab soalan daripada terutama sekali, daripada Yang Berhormat Pasir Mas. Tadi lebih kepada bagaimana kita hendak respons mengenai terutama sekali yang tertular dalam video yang melibatkan wanita menuduh Pegawai JKM.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya amat mengucapkan terima kasih atas soalan tersebut kerana ia memberi peluang kepada saya untuk menyatakan prosedur-prosedur terbabit. Merujuk kepada Op Global Kanak-kanak yang diselamatkan, telah dibawa ke suatu- tempat yang sesuai.

final • 4:29 PM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Di situ, mereka telah diberi khidmat sokongan sewajarnya seperti perkhidmatan psikologi dan juga kaunseling agar mereka tenang dan selamat. Ini juga menjawab apa yang Yang Berhormat Tumpat tanya tadi mengenai kaunseling. Pemeriksaan kesihatan juga dilakukan oleh pegawai daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini menjawab Yang Berhormat Ampang tadi. Manakala siasatan atau temu bual turut dilakukan oleh pihak Polis Diraja Malaysia.

final • 4:30 PM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Jadi, bagi kanak-kanak yang tidak memerlukan perlindungan lanjut, mereka telah disatukan semula dengan ibu bapa atau penjaga yang boleh dijejaki yang telah disahkan dan setelah dipersetujui juga oleh pihak-pihak berkuasa yang lain. Manakala bagi kanak- kanak yang memerlukan perlindungan lanjut, pegawai JKM akan memohon perintah jagaan sementara dari mahkamah bagi kanak-kanak agar kanak-kanak boleh diletakkan di bawah jagaan sementara JKM. Prosedur ini dibuat selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 25(2)(a) Akta Kanak-kanak.

Kanak-kanak ini akan berada di bawah perlindungan JKM di tempat selamat sehingga mereka tidak lagi perlu berada di tempat tersebut sama ada:

(i) mereka disatukan semula dengan ibu bapa atau penjaga;

(ii) diserahkan kepada orang yang layak dan sesuai selepas mendapat perintah mahkamah, iaitu mereka dimohon isikan nama penuh perintah mereka diperlukan selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 31(b) Akta Kanak-kanak; dan

(iii) mencecah umur 18 tahun.

Tuan Yang di-Pertua, berbalik kepada soalan Yang Berhormat tadi. Tuduhan yang dibuat melalui satu sidang media itu tidak benar. Individu dalam sidang media itu mendakwa bahawa pegawai JKM memberi satu borang kosong mengugut beliau untuk menandatangani, kemudian menjadikan borang itu sebagai pengakuan oleh wanita itu melakukan kesalahan dan dibawa kepada pihak mahkamah untuk dijadikan alasan atau sebab oleh JKM untuk mengambil anaknya.

Saya rasa pihak tersebut keliru dengan maksud yang ingin disampaikan oleh pegawai JKM kepadanya. Sebenarnya memang di bawah Peraturan 18, memang pegawai perlu memaklumkan, “Kami membawa anak anda di bawah sini.” Jadi, itu dimaklumkan tak perlu juga dalam in writing, dengan izin. Hanya dimaklumkan begitu kepada si ibu ataupun penjaganya. Jadi, sebenarnya dalam kes tersebut, pegawai JKM menyerahkan dokumen untuk memaklumkan pemberitahuan itu. Dokumen itu adalah administrative procedure dia sendiri. Tak perlu ada dokumen pun tak apa. Itu untuk penjelasannya.

final • 4:30 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Menteri.

final • 4:30 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Jadi, prosedur pemakluman ataupun pemberitahuan ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 18(2) Akta Kanak-kanak.

Oleh itu, tandatangan yang diminta itu bukanlah untuk pengakuan individu tersebut melakukan sebarang kesalahan bagi dihadapkan ke mahkamah, tetapi tandatangan yang diminta itu adalah untuk akuan penerimaan mengenai pemakluman atau pemberitahuan tentang anak beliau dalam keadaan selamat di bawah perlindungan JKM pada masa itu.

Saya menyentuh juga mengenai apa yang disentuh oleh Yang Berhormat Pasir Mas tadi. Seperti yang dimaklumkan tadi, setelah JKM mendapat perintah jagaan sementara terhadap kanak-kanak terbabit, mereka ditempatkan untuk diberikan perlindungan di tempat-tempat selamat kendalian JKM. Untuk makluman semua, bagi ibu bapa yang ingin mengetahui dan mengesahkan keberadaan anak mereka di bawah perlindungan JKM, mereka boleh menghubungi Bilik Gerakan JKM di talian 03-83232190 ataupun 03-83232191.

Untuk makluman juga, sehingga kini, lebih 200 orang individu telah menghubungi JKM sama ada melalui telefon atau hadir secara fizikal ke pejabat-pejabat kebajikan masyarakat di seluruh negara untuk mendapatkan maklumat mengenai kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global ini yang sedang berada di bawah perlindungan JKM.

Ibu bapa boleh memberikan butiran mereka seperti nama, alamat dan nombor telefon untuk dihubungi serta maklumat anak mereka. Pegawai pelindung kepada kanak- kanak yang berkenaan akan menghubungi mereka untuk tindakan susulan termasuklah

final • 4:30 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

temu bual, antaranya digunakan untuk penyediaan laporan pelindung. Laporan ini akan disampaikan kepada mahkamah bagi kanak-kanak.

Kenapa perlu kita mendapatkan butiran daripada mereka yang mengaku sebagai ibu bapa ini, kerana ada di kalangan anak mereka tidak tahu siapa ibu bapa mereka dan mungkin ada juga ibu bapa ini mungkin dapat mengenal pasti siapa anak dia, dapat memberitahu kita siapa anak dia. Jadi, kita cuba nak dapatkan, kita cuba nak connect, dengan izin, ibu dengan anak ataupun ibu bapa dengan anak itu.

Jadi, sekiranya pihak mahkamah, selepas menimbang laporan tersebut dan fakta- fakta lain yang berkaitan, berpuas hati dan yakin bahawa kanak-kanak tidak lagi memerlukan perlindungan JKM dan boleh diserahkan semula kepada ibu bapa mereka, kanak-kanak itu akan disatukan semula dengan ahli keluarga mereka.

Namun, perlu diberi perhatian bahawa fakta bahawa individu itu lah ibu atau bapa kepada kanak-kanak terbabit tidak semestinya diterjemahkan bahawa mereka layak secara automatik layak mendapat semula hak penjagaan anak mereka ini. Ini kerana sekiranya mahkamah berpandangan bahawa ibu bapa berkenaan tidak sesuai atau tidak layak untuk menjaga kanak-kanak pada masa tersebut, maka mahkamah boleh mengeluarkan perintah penjagaan sementara kepada pihak lain termasuk orang yang layak dan sesuai (OYLS).

Tadi, Yang Berhormat Ampang ada menyentuh mengenai kanak-kanak OKU di bawah jagaan JKM yang mencecah sampai ratusan kanak-kanak. Saya nak nyatakan di sini, mungkin Yang Berhormat Ampang keliru antara data kanak-kanak OKU dengan data kanak-kanak yang mengalami masalah kecelaruan kognitif. Saya ingin nak nyatakan di sini, untuk makluman, hanya tiga orang kanak-kanak terbabit yang mempunyai kad OKU, manakala 27 orang lagi mempunyai simptom OKU. Jadi, bagi penilaian kognitif, JKM akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan penilaian kognitif yang lebih terperinci sebagai susulan daripada penilaian awal yang dibuat oleh JKM yang saya nyatakan dalam penerangan asal tadi.

Saya nak mengambil peluang ini ucapkan terima kasih juga kepada KKM dan juga KPM yang turut sama bersama dengan kita, JAKIM pun sama, dalam menangani hal-hal kanak-kanak ini.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, menyentuh sedikit mengenai apa yang ditanya oleh YB Tumpat, berapa orang pegawai pelindung yang terlibat dalam Op Global ini...? Ada sebenarnya 513 orang pelindung, 271 orang pegawai yang diberi kuasa di bawah akta kita, 100 orang kaunselor ataupun Pegawai Psikologi melibatkan jumlahnya 884.

Juga, beliau ingin mengetahui sama ada bayi yang sedang menyusu diasingkan daripada ibu mereka. Sebenarnya tidak. Sebab itu, figure kita mula-mula kita menyebut 560 tapi kita hanya menumpu kepada 558. Dua orang itu bersama dengan ibunya kerana masih menyusu. Jadi, kita tak memisahkan mereka. Saya seorang ibu. Saya akan pastikan itu tidak akan berlaku. Bukan kerana hanya undang-undang, tetapi kerana kita manusia. Naluri seorang ibu itu perlu ada kepada seseorang pemimpin itu. Jadi, dalam hal ini, kita tidak memisahkan anak dan ibu itu.

Saya rasa itu sahaja yang- oh, saya nak jawab. Ada masa sikit. Masjid Tanah- Trauma kepada kanak-kanak yang berpanjangan katanya, bagaimana kerajaan membantu kanak-kanak ini untuk mengatasi trauma akibat Op Global.

Jabatan kami, Jabatan Kebajikan Masyarakat ini menyediakan kaunselor- kaunselor untuk membantu kanak-kanak yang sedang dilindungi di institusi kanak-kanak.

Setiap kanak-kanak mempunyai fail peribadi sendiri, di mana ujian-ujian dilaksanakan oleh para kaunselor serta berdasarkan penilaian dibuat, pelan intervensi disediakan untuk membantu kanak-kanak mengatasi trauma mereka.

Yang Berhormat semua, Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya ia mengambil masa kerana ia melibatkan prosedur yang begitu terperinci, terutama sekali macam Jabatan Pendaftaran. Mereka nak mengetahui untuk pastikan anak ini, seperti yang dikata oleh

final • 4:30 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Yang Berhormat KDN tadi, mengatakan anak ini bila dibawa di PULAPOL pada mulanya nama dia lain, IC nama dia lain. Dipindah tempat lain, eh pandai nama dia bertukar pula.

Jadi, inilah perkara yang orang mungkin tidak faham. Ramai yang menyoal kita melalui social media membuat kritikan. Saya berharap kalau nak tahu apa-apa, tanyalah kepada kami kalau di bawah kami itu JKM. Kami yang menyimpan segala maklumatnya.

Tapi, nak melawat itu memang kita tak membenar sesiapa untuk senang lenang melawat sebab itu tempat yang selamat. Tempat yang selamat harusnya selamat. Tidak boleh any Tom, Dick and Harry, dengan izin, untuk pergi ke tempat kita, lepas itu nak ber- selfie-lah, nak pergi menunjuk yang dia datang ke situ. Itu tidak boleh dilakukan, tapi insya- Allah, tempat anak-anak yang berada di situ semuanya selamat dalam jagaan kita.

Sekian, terima kasih.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 4:30 PM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2025 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2025 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) [Dato’ Sri Azalina binti Othman Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada hari Jumaat, 18 Oktober 2024, jam 4.00 petang.

final • 4:40 PM
RANG UNDANG-UNDANG MAJLIS PERUNDINGAN GAJI NEGARA (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri

final • 4:40 PM

Sumber Manusia - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad

; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat yang sama.

final • 4:40 PM
USUL
USUL MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DI BAWAH P.M. 27(3) Laporan Ketua Audit Negara

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, “MENYEDARI bahawa dalam sistem akauntabiliti negara, institusi Ketua Audit Negara merupakan agensi penyeliaan yang berperanan untuk mengesahkan semua aktiviti dan kewangan yang telah diluluskan oleh Parlimen dilaksanakan oleh cabang badan eksekutif dengan penuh

final • 4:41 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

akauntabiliti. Ketua Audit Negara hendaklah menentukan sama ada pada pendapatnya wang telah digunakan untuk maksud yang diperuntukkan atau dibenarkan dan aktiviti yang berhubungan dengannya dijalankan atau diuruskan dengan cara yang cekap, dengan memberi perhatian sewajarnya terhadap pengelakan pembaziran atau keborosan seperti termaktub dalam Akta Audit 1957.

“MENYEDARI Ketua Audit Negara dalam menjalankan mandat dan tanggungjawabnya memerlukan perhatian yang serius daripada pihak berkaitan supaya isu yang dibangkitkan diberi perhatian sewajarnya manakala syor-syor utama yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara dilaksanakan dengan berkesan.

MENYEDARI bahawa LKAN telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin, 14 Oktober 2024 iaitu LKAN 3/2024, Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2023.

MEMAHAMI bahawa LKAN membangkitkan isu-isu berkaitan perakaunan atau penjagaan wang awam atau simpanan awam yang memerlukan tindakan berkesan daripada kementerian, jabatan dan agensi diaudit.

MEMPERAKUI bahawa kerajaan memandang serius isu yang dibangkitkan oleh LKAN dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri sudah mengarahkan agar Menteri terlibat meneliti isu dibangkitkan, segala isu yang melibatkan ketirisan, ketidakpatuhan kepada peraturan, tidak mematuhi syarat dan kelemahan dalam perancangan perlu diteliti dan diambil tindakan pembetulan. Semua teguran seharusnya menjadi pengajaran supaya tidak berulang.

BAHAWA dalam Ketua Audit Negara melaksanakan mandatnya, Dewan yang mulia ini menyeru agar semua pihak bersatu hati dan menyokong kerajaan agar dapatan audit dan syor yang terkandung dalam laporan tersebut dapat diambil tindakan dengan serius oleh pihak terlibat untuk mengatasi kelemahan yang ditemui daripada terus berlaku”.

Tuan Yang di-Pertua, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini pada hari Isnin, 14 Oktober 2024 iaitu LKAN 3/2024 mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2023. LKAN ini memfokuskan pengauditan terhadap penyata kewangan untuk memberikan pendapat sama ada Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2023 menggambarkan kedudukan kewangan yang sebenar dan saksama serta rekod perakaunan mengenainya telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini.

Selain itu, LKAN ini turut memberi tumpuan kepada dua isu iaitu Laporan Prestasi Pelaksanaan Separuh Penggal Projek Pembangunan Rancangan Malaysia Kedua Belas dan fokus utama Audit terhadap perkara material serta signifikan yang memberi kesan kepada prestasi kewangan Kerajaan Persekutuan. Jabatan Audit Negara mengambil langkah proaktif untuk melaporkan prestasi pelaksanaan Projek RMKe-12 setakat akhir tahun 2023 bagi memastikan Kerajaan Persekutuan dapat menambah baik prestasi pelaksanaan dan menyiapkan projek dalam tempoh RMKe-12 yang akan berakhir pada tahun 2025.

Tuan Yang di-Pertua, usaha kerajaan untuk terus membahaskan LKAN ini akan memberi ruang dan peluang secara langsung kepada lebih banyak Ahli-ahli Parlimen mengambil bahagian dalam proses memastikan dana kerajaan digunakan secara berhemat demi kepentingan awam yang sewajarnya. Perbahasan juga diharap menjadi medan diskusi berhubung langkah-langkah yang perlu diambil bagi memastikan teguran yang dibangkitkan diberi perhatian serius oleh pihak terlibat sebelum tindakan penyelesaian yang berkesan dapat diambil bagi mengatasi kelemahan yang telah dibangkitkan.

final • 4:41 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menegaskan bahawa semua Menteri- menteri yang bertanggungjawab selaras dengan Perintah Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan yang sedang berkuat kuasa mesti meneliti setiap teguran yang dibangkitkan oleh Ketua Audit Negara dalam LKAN tahun 2024 ini, terutama membabitkan perkara berulangan yang masih belum ditangani secara tuntas oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab. Oleh itu Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

final • 4:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ada yang menyokong?

final • 4:41 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson

Saya mohon menyokong.

final • 4:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

Masalahnya sekarang adalah usul sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dibuka untuk perbahasan. Sebelum itu, saya ingin mengingatkan Ahli- ahli Yang Berhormat kepada Peraturan Mesyuarat 36 bagi Isi-isi Kandungan Perbahasan dan Pencelahan adalah di bawah Peraturan Mesyuarat 37.

Dengan ini, saya akan membaca senarai mereka yang akan berbahas, diberi masa lima minit. Walau bagaimana, atas budi bicara Yang Berhormat yang mempengerusikan Majlis. Yang Berhormat yang terlibat adalah pembuka tirai Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Batu Pahat.

Sejumlah 19 orang Ahli Yang Berhormat akan berbahas. Dipersilakan pembuka tirai, Yang Berhormat Bayan Baru. Masa 5 minit.

final • 4:41 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada Bayan Baru untuk membahaskan Laporan Ketua Audit Negara 2023 dan saya juga ingin mengucapkan semoga cepat sembuh untuk MKII dan juga Timbalan Menteri Kewangan kerana kedua-dua sakit dan terima kasih juga kepada Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri kerana membentangkan usul ini.

Saya nak ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana ini lah julung-julung kalinya Laporan Ketua Audit Negara tentang kewangan negara yang dibahaskan dalam Dewan yang mulia ini. Kita dulu, semua laporan kewangan ditimbunkan dalam semua laporan di dalam- di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat. Sudah ditimbun begitu sahaja dan kurang dibahaskan Jadi, rakyat di luar sana, isu-isu yang berbangkit tidak dapat ditahu. Walaupun dilaporkan dalam Dewan, tetapi tidak dapat dibahaskan. Jadi, dia- it didn’t bring to the light, ya isu-isu yang berbangkit. Jadi, sekarang kita nampak bahawa selepas Laporan Ketua Audit Negara dibahaskan, jadi pelbagai isu boleh dibangkitkan. Ini lah satu reformasi institusi Parlimen yang berlaku dan saya ucapkan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua, kepada Tan Sri Speaker kerana- dan juga kepada Perdana Menteri kerana memberi peluang Ahli-ahli Dewan Rakyat ini untuk membahaskan segala tentang kewangan negara. Saya ingin tujukan kepada dua, tiga isu. Isu pertama adalah tentang isu hutang negara. Dalam laporan ini, kita nampak bahawa hutang negara kita sekarang adalah lebih kurang RM1.492 trilion.

final • 4:47 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Hutang negara RM1.13 trilion, liabiliti, contingent liability adalah RM319 bilion.

Jadi total adalah lebih kurang RM1.492 trilion. Kita boleh memahami bahawa Kerajaan Perpaduan ini mewarisi semua- hutang-hutang yang dulu, daripada dulu sampai sekarang. Kita tahu bahawa kerana COVID-19 maka syarikat-syarikat swasta tidak dapat- mereka telah mengalami kerugian, maka mereka tidak mampu menjana ekonomi. Maka kerajaan terpaksa step in untuk heavy lifting dan perlu berbelanja untuk memajukan ekonomi. Jadi ada lah kenaikan sedikit hutang yang boleh diterima asalkan bahawa nisbah hutang itu masih below 65 percent of GDP dan itu adalah had siling yang ditetapkan oleh Dewan Rakyat ini.

Saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada kerajaan kerana berdisiplin, berdisiplin walaupun 2023 ekonomi tak berapa baik dan kerajaan terpaksa belanja tetapi tidak melebihi 65 percent siling yang telah ditetapkan. Saya ucap tahniah juga kepada kerajaan kerana defisit hutang ini walaupun agak tinggi sekarang 2023, lima peratus, 2022 sebanyak 5.5 dan saya harap bahawa tahun depan, bajet- tahun ini boleh diturunkan lagi dan tahun depan boleh diturunkan lagi supaya kita boleh mematuhi apa yang telah diluluskan iaitu Fiscal Responsibility Act. Saya nak bangkitkan isu hutang 1MDB. Hutang 1MDB adalah RM3.97 bilion dan telah dibayar daripada 2019 hingga 2023. Sekarang masih ada RM9.5 bilion outstanding dan ini perlu dilangsaikan. Kes mahkamah sedang dijalankan, saya tidak ingin masuk ke sana tetapi saya nak bangkitkan usaha kerajaan untuk mendapatkan aset daripada Jho Low.

Jho Low masih memegang banyak aset. Di luar negara pelbagai benda yang dia beli. Dia masih ada banyak duit dan kita tahu bahawa Jho Low ini masih ada ingin, keinginan. Saya baca daripada beritalah, dia ada keinginan untuk menyelesaikan, have a settlement dengan kerajaan, maka dia hidup, tetapi kenapa kita tidak boleh membawa dia ke muka pengadilan? Dia ni masih berada di sana, di luar sana, saya tak tahu di mana tetapi penguat kuasa, PDRM harus bersungguh-sungguh.

Saya nampak bahawa tak ada usaha yang bersungguh-sungguh. Sudah tujuh tahun beliau hilangkan diri dari Malaysia tetapi tak ada usaha untuk membawa dia ke- kita mahu duit itu. Kita mahu dia jelaskan, ambil balik aset yang dia pegang dan bayar kepada- RM9 bilion.

Saya ingin tanya kerajaan, berapa aset 1MDB, syarikat 1MDB yang ada sekarang dalam syarikat? Ini bukan aset Jho Low tetapi syarikat 1MDB. Masih ada aset-aset tertentu, tanah kah, projek kah, macam mana? Kalau boleh Menteri Kewangan senaraikan kepada Dewan yang mulia ini dan terangkan bagaimana kita nak jual kah, macam mana nak selesaikan hutang-hutang 1MDB?

Akhir sekali, saya ada satu isu iaitu isu Astronautic Technology Sdn. Bhd. Kita tahu bahawa kerajaan dulu melaburkan lebih kurang RM112 juta tetapi sekarang dijual pada harga RM50,000 sahaja berdasarkan goodwill. Apabila kita set up kompeni selalunya dijanjikan bulan dan bintang, begitu juga dengan kes Astronautic Technology yang dikatakan akan bekerjasama dengan SpaceX, akan distribusi syarikat...

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, gulung.

final • 4:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

...Syarikat teknologi di Asia, tetapi akhirnya dijual. Saya nak tahu apa yang berlaku, adakah memang berlaku sesuatu ketirisan, penyelewengan dalam syarikat itu atau bisnes telah tidak bermaya sehinggakan dia bankrap? Jadi, saya ingin sedikit penjelasan daripada Menteri Kewangan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Pendang.

final • 4:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*, salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang, yang diberikan untuk berbahas bagi membincangkan tentang Laporan Ketua Audit Negara, Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2023 mengenai penambahbaikan serta kelompangan yang boleh diperbaiki demi pentadbiran yang lebih berkesan dan telus.

Menerusi laporan tersebut, saya ingin melahirkan rasa bimbang mengenai arah tuju kewangan negara kita. Laporan yang dibentangkan menunjukkan bahawa kerajaan terus meningkat pada kadar yang menggerunkan. Pada tahun 2023, hutang kerajaan telah mencecah RM1.173 trilion yang mana ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM92.918 bilion atau 8.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Nisbah hutang kepada KDNK berada pada 64.3 peratus. Angka ini lah satu isyarat jelas bahawa ruang fiskal kita semakin sempit. Ini bukan sahaja menunjukkan kerajaan sedang bergelut untuk menguruskan kewangan negara, tetapi juga menimbulkan risiko kepada kestabilan ekonomi jangka panjang. Sebarang ketidakstabilan ekonomi akan memberi kesan langsung kepada rakyat terutamanya dalam aspek pekerjaan, inflasi dan kos sara hidup.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang saya muliakan sekalian, Kerajaan Madani telah menyatakan niat untuk menurunkan nisbah hutang kepada 60 peratus dalam tempoh lima tahun. Namun, persoalannya ialah di manakah perancangan yang kukuh dan berkesan? Apakah strategi yang telah disediakan? Kita tidak boleh berpegang kepada janji kosong tanpa perancangan yang jelas. Langkah-langkah yang perlu diambil mestilah berdasarkan strategi jangka pendek, sederhana dan panjang yang komprehensif dan mampan.

Contohnya, dalam jangka pendek, kerajaan perlu segera mencari jalan untuk menambah pendapatan negara tanpa menambah beban kepada rakyat. Dalam jangka sederhana pula perlu ada pelan pengurangan hutang yang agresif. Sementara itu bagi jangka panjang, struktur ekonomi negara perlu dirombak supaya tidak terlalu bergantung kepada hutang.

Selain hutang, satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian ialah bayaran khidmat hutang yang terus meningkat. Bayaran ini kini telah mencapai RM46.33 bilion, meningkat sebanyak RM5.06 bilion atau 12.27 peratus berbanding dengan tahun terdahulu, maknanya 2022 lah. Kita perlu ingat bahawa setiap ringgit yang dibelanjakan untuk membayar hutang adalah ringgit yang tidak dapat digunakan untuk membangunkan negara. Ini bermakna, kurang peruntukan untuk pendidikan, kesihatan, pembangunan infrastruktur. Jika trend ini berterusan, kita mungkin akan berada dalam keadaan di mana kita tidak lagi mampu untuk melabur dalam perkara-perkara asas yang memberikan manfaat kepada rakyat.

Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang mulia sekalian, kerajaan juga tidak boleh mengabaikan peningkatan perbelanjaan oleh Kementerian Kewangan yang telah mencapai RM129.63 bilion. Ini bermakna, 41.2 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan kerajaan diperuntukkan kepada perkhidmatan dan Perbendaharaan. Jumlah yang begitu besar sepatutnya memberi manfaat terus kepada rakyat, namun adakah ini benar-benar berlaku?

Subsidi yang kini berjumlah RM54.63 bilion, sememangnya satu jumlah yang besar, tetapi kita perlu bertanya bagaimana kerajaan memastikan subsidi ini sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan?

Penggunaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) dan bantuan BUDI Agri- Komoditi menunjukkan usaha kerajaan untuk mengurus subsidi dengan lebih cekap, tetapi adakah ia cukup telus dan berkesan? Tanpa pemantauan yang ketat dan penguatkuasaan yang berkesan, sistem ini mungkin tidak dapat menghalang ketirisan.

final • 4:55 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Oleh itu, kerajaan perlu memperkukuhkan mekanisme pemantauan, termasuklah menggunakan teknologi dan data yang lebih canggih. Tetapi saya ingin bertanya, adakah cara ini yang paling efisien? Adakah bantuan tunai ini benar-benar memberi kesan jangka masa panjang? Saya percaya bantuan tunai adalah penyelesaian jangka pendek.

Dato’ Yang di-Pertua, kita memerlukan sebuah kerajaan yang bukan sahaja tahu berbelanja tetapi juga tahu bagaimana untuk menguruskan kewangan negara dengan bijak. Hutang yang semakin meningkat dan perbelanjaan yang berlebihan bukanlah tanda pengurusan kewangan yang baik. Ia lah isyarat bahawa kerajaan tidak mengutamakan kepentingan rakyat dan ekonomi jangka panjang. Saya menyeru kerajaan untuk melakukan reformasi kewangan yang serius. Ini bukan lagi masanya untuk bertangguh ataupun memberi alasan.

Dato’ Yang di-Pertua, saya minta sedikit lagi masa untuk saya buat penggulungan.

Boleh?

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya tak kata apa pun.

final • 5:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey baik, terima kasih. Kita memerlukan- Dato’ Yang di-Pertua, kita memerlukan perubahan segera dalam cara kita mengurus kewangan negara. Kita tidak boleh terus membiarkan hutang meningkat tanpa kawalan. Kita tidak boleh terus berbelanja tanpa memikirkan akibat jangka masa panjang.

Kita tidak boleh selalu berkata-kata bahawa kita nak memerangi rasuah tetapi kaedahnya tidak ada yang boleh daripada peringkat yang lebih jelas.

Kita tengok sekarang, hanya berfokus kepada pihak-pihak tertentu. Sistem kawalan bagaimana kita nak mengawal rasuah. Masih lagi banyak yang terlibat. Nama- nama besar yang belum lagi dimasuki ataupun dibuat examination kerana sejarah rasuah negara kita ini sangat teruk. Dengan ini, saya tengok dia ada pemberi...

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

final • 5:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dia ada pemberi dan ada penerima.

Sekarang ini, hanya penerima rasuah saja yang diserang tetapi pemberi masih lagi tidak ada. Jadi, oleh sebab itu, kita mengharaplah berbelanja tanpa memikirkan akibat jangka panjang, rakyat mengharapkan pimpinan yang amanah dan bertanggungjawab.

Dengan ini, saya mengakhiri, saya lihat daripada segi procurement ataupun perolehan sekarang pun masih ada lagi sehingga kita dapat maklumat kata hanya ada tender tertutup, secara tertutup disenaraikan lima penender-penender saja yang diberikan kepada untuk mereka memilih yang mana di antara yang ada itu pun boleh dikatakan telah...

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

30 saat.

final • 5:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

...Ditetapkan. Dengan ini, saya mengakhiri ucapan saya dengan harapan agar kerajaan mendengar suara rakyat dan melaksanakan tanggungjawab dengan lebih bijak sana demi masa depan yang lebih stabil dan makmur untuk negara dan saya minta juga perolehan- procurement yang ada di Kementerian Kewangan itu supaya lebih terbuka. Saya tahu ada sedikit sebanyak ditetapkan syarat-syarat untuk menetapkan perolehan bagi mereka-mereka yang memasuki tender.

Jadi, saya harap perkara-perkara ini dapat di atasi sedikit demi sedikit, insya- Allah. Sebab kita sudah berakar umbi dalam sejarah rasuah dalam negara kita ini. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pendang.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, peraturan mesyuarat, Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Peraturan nombor berapa?

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Perkara 100. Perkara 100.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

100?

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

100, ya.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ya.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya, saya pening memikirkan, bila Menteri Kewangan II tadi bangun bercakap, dia tak boleh bercakap. Saya simpatilah.

Semoga Allah bagi cepat sembuh, tapi ada satu suara bercakap, tak ada orang bangun.

Saya beralih kiri, kanan, tak nampak tapi macam suara perempuan. Siapakah orang yang bercakap itu? Jadi, saya takut nanti- siapa yang bercakap? Sebab adakah dia pakai AI kah dan sebagainya?...

[Ketawa] Dia tak bercakap, tapi...

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Ada suara bercakap. Yang Berhormat boleh terang siapa yang bercakap tadi? Sebab tak bangun. Minta maaf.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik Yang Berhormat. Yang Berhormat ada buku. Buka 43, buka 99, buka 99A, buka 100. Itu jawapannya. Itu lah kelulusan dan kebenaran saya. Jika saya nak tegur tadi, saya boleh buat, tapi saya anggapkan sebagai wakil kepada Yang Berhormat Menteri. Sekian, terima kasih.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, kalau wakil dia kena bangun. Ini tak bangun, dengar suara saja.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ya lah Yang Berhormat, 43 itu apa, 99 itu apa, 99A itu apa?

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tak sempat baca. Saya bukan Yang di-Pertua. Saya mana dan nak baca, tak sempat. Tak sempat bacalah.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya- semua dalam ini. Okey, duduk Yang Berhormat. Kita terus dengan...

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang kamu semua diam.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

...Kita teruskan dengan urusan Majlis, saya mempersilakan Yang Berhormat Rasah.

final • 5:00 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam membahaskan Laporan Ketua Audit Negara Bil. 3/2024 yang dibentangkan dalam Dewan ini. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih. Syabas kepada kerajaan yang membenarkan Ahli-ahli Dewan daripada kedua-dua belah pihak, bukan setakat menerima laporan ini, tetapi boleh membahaskannya, boleh mengutarakan apa-apa saja pandangan. Inilah Malaysia Madani yang mendengar suara dan pandangan daripada rakyat. Saya harap ia boleh diteruskan.

Apa yang lebih mustahak, Dato’ Yang di-Pertua bagi saya berkenaan dengan Laporan Ketua Audit Negara ini lah semua teguran, cadangan daripada pihak audit perlu diberikan perhatian. Bukan setakat dipaparkan dalam laporan sahaja, tetapi jauh lebih mustahak adalah supaya teguran tersebut diambil maklum dan diambil tindakan yang sewajarnya oleh agensi yang terbabit supaya jabatan audit kita menjadi agensi ataupun

final • 5:04 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

harimau yang ada taring. Ini yang kita nak supaya akhirnya semua wang dana awam dapat digunakan dalam keadaan yang terbaik untuk manfaat dan faedah rakyat.

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua kerajaan negeri yang mendapat teguran audit yang baik dan agensi persekutuan. Saya ambil kesempatan pada petang ini untuk mengutip dua perkara saja yang saya rasa perlu diberikan perhatian.

Mana yang baik kita ucapkan syabas dan tahniah, teruskan apa yang baik untuk manfaat seterusnya, tetapi apa-apa teguran yang berkaitan perlu diberikan perhatian.

Pertama, saya nak sebut berkenaan dengan fokus utama audit. Dikatakan pengurusan akaun belum terima oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, jumlah pada tahun 2023 adalah lebih RM34 bilion, sebelum itu RM40 bilion. Saya nak tanya, kenapakah ada jumlah yang sangat besar? Jumlah RM34 bilion yang akaun belum terima dan kalau kita terima wang ini, banyak yang boleh dilakukan.

Kalau kita imbas kembali Belanjawan 2024, sekitar RM390 bilion. Kalau RM34, maknanya lebih kurang 10 peratus daripada jumlah keseluruhan belanjawan negara tak dikutip. Ini sesuatu yang saya rasa merugikan rakyat Malaysia. Andai kata, kita bayangkan kalau semua ini dapat dikutip, sudah tentu pembangunan negara akan di tahap yang jauh lebih baik. Jadi, saya nak tanya kenapa berlaku benda ini?

Saya nak sebut juga berkenaan dengan statistik yang diberikan. Daripada jumlah RM34 bilion tersebut, pendapatan daripada syarikat berjumlah lebih RM22 bilion, pendapatan daripada individu lebih RM10 bilion. Kenapakah jumlah yang sangat besar?

Ini bukan million, ini bilion. Jadi, apakah LHDN tak ada mekanisme yang sesuai untuk elakkan perkara ini daripada berlaku sebelum teguran daripada audit?

Saya nak tanya, saya nampak ada pengurangan kalau dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Pengurangan ini disebabkan oleh kutipan yang telah diterima. Kalau kutipan itu meningkat, maknanya akaun yang belum diterima itu kurang ataupun kita main hapuskan hutang, mengecualikan hutang. Kita tahulah ada orang swasta yang suka mohon kepada kerajaan untuk mengecualikan cukai yang wajar ataupun wajib dibayar untuk kepentingan masing-masing, bukan untuk kepentingan rakyat. Jadi, apakah sebabnya ada penurunan sebegini? Saya mohon penjelasan daripada pihak kerajaan, kenapakah perkara ini boleh berlaku?

Saya juga secara spesifik, saya memetik muka surat 89, perkara 12 dalam laporan audit ini yang sebut, “Sehingga 31 Disember 2023, amaun yang berjaya dikutip semula hanya berjumlah RM6.1 juta. RM6.1 juta daripada RM7.384 bilion iaitu setakat 0.08 peratus saja”. Kenapakah kurang daripada satu peratus? Jadi, apa pandangan, apa komen ataupun penjelasan daripada kerajaan..?

Perkara kedua, Dato’ Yang di-Pertua, yang terakhir yang saya nak sebut berkenaan dengan JKPTG di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Dia ada akaun belum terima lebih RM31 juta. Saya nampak ada teguran yang sangat serius daripada audit berkenaan dengan cara agensi ini melaksanakan tugas. Pajakan sebab ini agensi yang jaga. Tanah-tanah milik Kerajaan Persekutuan di seluruh negara. Jadi, kalau nak pajak, dialah jabatan ataupun agensi yang bertanggungjawab mengutip sewa bagi kerajaan.

Kenapa ada tunggakan hutang yang sebegitu besar dan gagal ambil tindakan, termasuk Akta 349 membenarkan JKPTG kutip faedah lapan peratus tapi tak kutip? Saya nak mohon supaya kerajaan memberikan penjelasan. Ada tiga cadangan ataupun syor daripada audit yang mahu JKPTG supaya melakukan sesuatu yang sepatutnya mengikut akta. Akta dah bagi kuasa, kenapakah tak nak buat? Jadi saya mohon penjelasan daripada kerajaan berkenaan dengan perkara ini. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

final • 5:04 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Rasah.

Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Nerus.

final • 5:04 PM

Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah,* terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang pada Kuala Nerus untuk turut serta dalam perbahasan usul Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkenaan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2023. Untuk petang ini saya nak fokus kepada suatu isu iaitu di bawah Kementerian Kesihatan, merujuk kepada muka 156 Butiran 0302200.

Mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2023 telah merekodkan peningkatan perbelanjaan bagi Kementerian Kesihatan (KKM) sejumlah RM3.482 bilion iaitu peningkatan 12.1 peratus iaitu dari tahun 2022 hanya RM28.706 bilion sementara tahun 2023 meningkat kepada RM32.188 bilion.

Satu peningkatan yang agak besar dan apa yang diuar-uarkan ialah tentang pencapaian yang dikatakan di bawah Pembangunan Kesihatan Keluarga yang dikatakan berjaya meningkatkan taraf kesihatan ibu serta berjaya menggalakkan penglibatan masyarakat dalam penjagaan kesihatan melalui peningkatan kesedaran dalam program- program komuniti. Yang mana di bawah Pembangunan Kesihatan Keluarga telah menerima- berbelanja lebih daripada yang asal- anggaran asal RM3,731,663,100.

Perbelanjaan sebenar RM4,104,987,000 iaitu pertambahan sebanyak RM63,360,300, tetapi apa yang- saya tidak pertikaikan tentang banyak belanja yang dikeluarkan, tetapi hasilnya. Hasilnya saya dapati tidak menepati perbelanjaan yang besar itu dengan keadaan yang berlaku semasa ini. Antaranya kadar obesiti dan lebih berat badan dalam kalangan rakyat Malaysia telah meningkat secara ketara dan membimbangkan.

Berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) 2023, kadar obesiti dan kelebihan berat badan di kalangan orang dewasa Malaysia telah meningkat dari 50.1 peratus pada tahun 2019 kepada 54.4 peratus tahun 2023. Begitu juga dengan isu pemakanan kanak-kanak yang telah saya bangkitkan dalam SSJ Pertanyaan Jawab Lisan pagi tadi, yang mana isu susut dan bantut dalam kalangan kanak-kanak semakin membimbangkan.

Beban malpemakanan menjadi suatu norma kebiasaan dalam kalangan masyarakat yang menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan yang kronik.

Akhirnya, ia menjadi masalah utama kerajaan untuk menanggung kos-kos rawatan yang bukan sedikit yang sepatutnya boleh dialihkan untuk pembangunan negara. Jadi, perbelanjaannya bertambah, tetapi outputnya yang dapat dalam masyarakat tidak sebagaimana yang dibelanjakan.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, begitu juga dengan penyakit-penyakit lain seperti kanser juga menunjukkan peningkatan yang signifikan. Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia 2023 merekodkan kanser sebagai punca kematian keempat tertinggi di Malaysia. Peningkatan kepada 12.6 peratus pada tahun 2022 berbanding 10.5 peratus bagi tahun sebelumnya. Data Registry Cancer Malaysia menunjukkan bahawa sejumlah 168,822 kes baharu telah dilaporkan bagi tempoh lima tahun bermula 2017 hingga 2021.

Manakala kanser payudara, kanser colorectal, kanser paru-paru, kanser limfoma dan kanser hati merekodkan kadar insiden tertinggi bagi tempoh yang berkenaan. Ini yang lain-lainnya tentang berlaku perkara-perkara yang seperti ini ialah kerana pengesanan yang lewat yang dilakukan oleh pesakit-pesakit.

Antaranya kerana literasi. Kesedaran tentang penyakit itu kurang di kalangan rakyat kita. Inilah yang dikatakan peruntukan di bawah kesedaran keluarga yang besar.

Tujuannya adalah untuk meningkatkan kesedaran rakyat, tetapi seolah-olah daripada figure. Figure yang disebutkan tadi, ia tidak ke arah- tidak sebagaimana yang kita harapkan. Dalam isu kesihatan keluarga juga, saya ingin menyentuh sedikit mengenai penguatkuasaan Akta 852, Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 yang baru dikuatkuasakan pada 1 Oktober yang lepas. Saya amat berharap KKM bertegas

final • 5:10 PM

Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

dan konsisten dalam aspek kawalan penguatkuasaan apa-apa larangan melibatkan produk merokok yang telah digazetkan dalam akta tanpa kompromi dengan mana-mana pihak industri.

Ini melibatkan kesihatan dan keselamatan anak-anak kita dan juga akhirnya melibatkan penyakit-penyakit kronik yang melibatkan perbelanjaan kerajaan yang begitu besar dalam sektor kesihatan. Jadi, pandangan saya ialah biarlah peningkatan perbelanjaan itu selari dengan hasil yang akan dinikmati oleh rakyat. Biar naik perbelanjaan, kualiti kesihatan kita juga akan meningkat. Itulah harapan saya. Itu sekadar untuk petang ini, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus.

Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Tuaran.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua kerana membenarkan Tuaran untuk turut membahas Laporan Ketua Audit Negara Siri 3/2024.

Pertamanya, Tuaran ingin mengucapkan tahniah kepada Ketua Audit Negara kerana telah berjaya menyiapkan Laporan Ketua Audit Negara Siri 3/2024. Terima kasih juga kerana membuat perakuan bahawa dalam menjalankan tanggungjawab mengaudit kawalan Kerajaan Persekutuan. Dia bebas daripada Kerajaan Persekutuan memenuhi tanggungjawab etika lain berdasarkan International Standard of Supreme Audit Institution. Fokus pengauditan LKAN Siri 3/2024 ini ditumpukan kepada pengurusan hutang persekutuan. Langkah kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan fiskal melalui Akta 850 iaitu Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023. Secara keseluruhannya, laporan ini menunjukkan prestasi kewangan Kerajaan Persekutuan pada tahun 2023 adalah lebih baik berbanding tahun 2022 yang menunjukkan peningkatan lebihan hasil sejumlah RM2.28 bilion dan defisit juga menunjukkan penurunan sejumlah RM8.595 bilion.

Ini menjadikan nisbah defisit kepada KDNK menurunlah lima peratus berbanding 5.5 peratus pada tahun 2022. Baki defisit kumpulan wang permohonan sejumlah RM10.217 bilion juga menunjukkan penurunan sejumlah RM1.734 bilion berbanding berbaki defisit sejumlah RM11.951 bilion pada tahun 2022.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Persekutuan kerana mendapat sijil Ketua Audit Negara dengan Pendapat Tanpa Teguran ataupun Unmodified Opinion. Namun demikian, Kerajaan Persekutuan hendaklah mengambil tindakan tegas terhadap dua pendapat utama Ketua Audit Negara iaitu supaya Kerajaan Persekutuan mengurangkan defisit fiskal dan kebergantungan kepada pinjaman baharu dengan meningkatkan kecekapan kutipan hasil.

Kedua, melaksanakan perbelanjaan bersasar dan mempunyai nilai untuk wang atau value for money serta pemantapan tata kelola kewangan syarikat-syarikat kerajaan.

Dalam hal ini, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan apakah langkah-langkah yang akan dibuat untuk meneruskan melaksanakan saranan pihak Ketua Audit Negara ini.

Selain itu, tiga syor utama Ketua Audit Negara turut diberikan pada Kerajaan Persekutuan iaitu meneruskan usaha meningkatkan hasil pendapatan melalui pelbagai sumber dan meningkatkan tadbir urus dan pengurusan perbelanjaan awam supaya kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan berada dalam keadaan yang lebih kukuh.

Dalam hal ini, Tuaran ingin bertanya. Apakah lagi sumber-sumber hasil yang sedang dipertimbangkan oleh kerajaan? Adakah ini termasuk GST? Kedua, memastikan pengurusan hutang awam yang berhemah bagi mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman baharu. Selain itu, syarikat-syarikat kerajaan digesa untuk memantapkan tata

final • 5:16 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

kelola kewangan agar dapat memberi peluang pulangan dividen kepada Kerajaan Persekutuan dan tidak bergantung pada bantuan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan. Dalam hal ini, Tuaran ingin bertanya, apakah dasar-dasar dan langkah- langkah yang akan dilaksanakan oleh kerajaan untuk mencapai saranan dan syor pihak Ketua Audit Negara ini?

final • 5:16 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Ketiga ialah pegawai pengawal hendaklah membuat pemantauan yang lebih rapi dan berkesan serta melaksanakan langkah intervensi dengan segera bagi memastikan pelaksanaan projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 dapat disiapkan sepenuhnya menjelang akhir tahun 2025. Dalam hal ini, Tuaran juga ingin bertanya apakah langkah-langkah kerajaan untuk mengelakkan kejadian projek sakit? Apakah pembaharuan dalam sistem pemantauan projek-projek dan dalam projek terlewat?

Sampai manakah EOT ataupun extension of time yang dapat di-tolerate oleh pihak kerajaan?

Tuaran juga ingin mengucapkan tahniah kepada lima buah negeri iaitu Sabah, Sarawak, Johor, Pahang dan Perak kerana mendapat sijil Ketua Audit Negara tanpa teguran. Sekali lagi tahniah. Namun demikian, syor-syor audit yang disarankan oleh Ketua Audit Negara terhadap agensi-agensi yang terpakai hendaklah dilaksanakan dengan tegas, tertib dan tersusun.

Dalam pelaksanaan pembelajaran pembangunan, kelemahan-kelemahan utama yang menjadi punca kegagalan projek hendaklah yang bertindakan tegas oleh kementerian, jabatan agensi yang disentuh oleh Laporan Ketua Audit Negara. Sebagai contoh dalam menangani projek sakit dengan tempoh kelewatan tertinggi, Laporan Ketua Audit Negara menyatakan terdapat lima projek sakit dengan tempoh keterlewatan tertinggi yang mana empat daripada projek ini terdapat di Sabah, manakala satu di Sarawak.

Projek-projek sakit dengan tempoh keterlewatan tertinggi di Sabah ini adalah seperti berikut:

(i) yang disebut pembinaan Jalan Libaran Bypass di Sandakan. Ini adalah projek Rancangan Malaysia Ke-10 lagi;

(ii) naik taraf Hospital Beaufort, Sabah. Ini projek Rancangan Malaysia Ke-11 lagi;

(iii) Taman Industri Kecil dan Sederhana SEDCO di KKIP, Sepanggar. Ini Rancangan Malaysia Ke-11 lagi; dan

(iv) Projek Perumahan Rakyat Jalan Tunku Lahad Datu. Ini pun Projek rancangan Malaysia Ke-11 juga.

Pertanyaan Tuaran kepada kerajaan ialah kenapakah projek sakit ini begitu banyak di Sabah? Tidak ada di Semenanjung, di Sabah sahaja ada empat, di Sarawak satu, kenapakah? Apakah ini kerana kurang pemantauan atau apakah ini kerana tersalah pilih kontraktor ataupun pelaksana yang tidak betul? Kalau tidak betul, kenapa balik-balik sebab projek sakit ini sudah berkali-kali. Saya- Tuan Yang di-Pertua, sudah melihat banyak- projek-projek sakit yang menyebabkan banyak kerugian kepada kerajaan.

Terakhir dalam yang saya ingin sentuh Dato' Yang di-Pertua ialah berkenaan dengan urus tadbir subsidi. Dalam Laporan Ketua Audit Negara ini, subsidi menurun daripada RM5.443 bilion pada tahun 2022.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, gulung. Satu minit.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

...Dan turun kepada RM49.19 bilion pada tahun ‘2020’. Jadi, tahniah ada penurunan.

Tuaran ingin bertanya apakah lagi subsidi yang perlu di rasionalisasi untuk menurunkan ini? Saya juga minta Tuan Yang di-Pertua supaya subsidi untuk critical

final • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

infrastructure khususnya yang berkaitan dengan tenaga ini jangan dikompromikan.

Contohnya kami di SESB. Tanpa subsidi ini memang kami tidak boleh menjalankan operasi SESB. Saya boleh katakan we are technically bankrupt tanpa subsidi ini. Malah subsidi yang seharusnya kita terima yang terakhir sebelum bulan Disember belum lagi diterima Tuan Yang di-Pertua. Jadi kalau ini tidak dapat, memang kitak bermasalah. Jadi, saya berharap dalam hal ini tidak dikompromikan.

Terakhir ini dalam mengelakkan ketirisan perbelanjaan, saya pun hairan Tuan Yang di-Pertua di kawasan saya hari ini akan di Parlimen Tuaran penyerahan pelantikan- pelantikan satu buah institusi baharu bernama JKDM begitu. Kita ada JKKK dan JKDM.

Tentunya banyak perbelanjaan.

Saya ingin tahu, berapakah perbelanjaan yang akan dibelanjakan untuk JKDM ini dan saya dapati dalam JKDM ini, yang dilantik bukan orang dari kampung itu pun dilantik juga. Dia jadi pengerusi, dia jadi setiausaha. Saya ingin tahu, berapakah elaun dia dan berapakah perbelanjaannya dan adakah kerajaan melihat ini sebagai satu yang wajar ataupun apakah ini juga satu bentuk ketirisan dalam kewangan negara. Jadi, saya mohon menyokong usul ini. Terima kasih.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Saya mempersilakan Yang Berhormat Sik.

final • 5:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Assalamualaikum warahmatullahilah dan selamat petang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya juga mengambil peluang untuk perbahasan dalam Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2023. Laporan ini menunjukkan trend peningkatan liabiliti yang membimbangkan dan memberi kesan langsung kepada kestabilan ekonomi negara dan kesan langsung juga kepada kemakmuran rakyat itu.

Seperti mana yang disebut oleh Ahli Parlimen yang sebelum ini, dalam laporan ini penemuan-penemuan yang sangat merisaukan kita termasuklah jumlah hutang negara, hutang persekutuan pada tahun 2023 adalah RM1.173 trilion dengan nisbah hutang kepada KDNK meningkat kepada 64.3 peratus. Liabiliti luar jangka termasuk jaminan kerajaan kepada badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berjumlah sekitar RM328 bilion.

Dalam penemuan ini juga dilihat adalah liabiliti luar jangka melibatkan jaminan terhadap deposit di institusi seperti KWSP, Tabung Haji dan lain-lain yang berjumlah RM1.287 trilion. Begitu juga dalam penemuan ini dilihat kos perkhidmatan hutang negara kita mencatat RM46.331 bilion pada tahun 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 12.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Kita juga dapat melihat ketidakcekapan perbelanjaan yang nyata dalam pengurusan beberapa projek yang membawa kepada pembaziran dana awam. Banyak projek yang dilihat dan dilaporkan sebelum ini yang sudah pasti memberi kesan langsung kepada rakyat. Pada tahun 2020 dilaporkan Projek Hospital Petra Jaya di Sarawak yang mengalami kelewatan.

Saya tidak pasti projek ini telah pun siap ataupun tidak yang sepatutnya telah siap pada tahun 2020 yang lalu. Kita lihat kesan juga langsung ketika mana Projek Landasan Kereta api Pantai Timur (ECRL) 2021 bahawa kos ini telah melonjak daripada RM46 bilion kepada RM66 bilion disebabkan perancangan awal yang lemah dan kajian impak yang tidak mencukupi.

Begitu jugalah dalam laporan yang kita lihat ada kes berkaitan pembelian aset oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang dilaporkan telah membeli 18 jentera bomba bernilai RM55 juta yang didapati tidak menepati spesifikasi teknikal yang ditetapkan. Juga laporan berkaitan dengan pembinaan rumah masyarakat Orang Asli dan

final • 5:25 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

banyak lagilah laporan-laporan yang lain dan sudah pastilah ia memberi kesan langsung kepada rakyat sendiri termasuklah beban cukai dan peningkatan hutang serta ruang kenaikan cukai kepada rakyat pada masa hadapan.

Begitu jugalah kerisauan kita ialah apabila pengurusan kewangan ini tidak cekap belanjawan yang semakin terhad untuk sektor yang penting kepada rakyat termasuk kesihatan dan pendidikan dan juga kita terpaksa meningkatkan kos pinjaman yang lebih tinggi, termasuklah kesan kepada penarafan kredit Malaysia yang mungkin akan turun selepas ini.

Kita juga melihat keperluan bahawa kerajaan untuk tidak mengurangkan perbelanjaan-perbelanjaan kontingensi termasuklah pada ketika ini rakyat memerlukan bantuan khusus kepada petani-petani kita, pesawah-pesawah kita di utara selepas berlaku banjir besar baru-baru ini dilaporkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Lebih enam ribu hektar sawah kita telah rosak dan menyebabkan kerugian lebih RM40 juta dan ini memerlukan pelan kontingensi kerajaan untuk segera membantu rakyat.

Akhir Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberikan cadangan dan pembaharuan dalam soal pengurusan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan ini.

Yang pertama iaitu strategi pengurusan hutang iaitu membangunkan strategi yang jelas untuk mengurangkan hutang dan memastikan pinjaman digunakan untuk pelaburan produktif.

Kedua, daripada segi pemantauan liabiliti luar jangka iaitu pengawasan ketat terhadap jaminan kerajaan kepada GLC.

Ketiga iaitu meningkatkan kecekapan iaitu mengatasi pembaziran melalui tadbir urus yang lebih baik.

final • 5:25 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Keempat, memperkuatkan dan memperkukuhkan peranan kuasa PAC Parlimen untuk mengawasi perbelanjaan kerajaan.

Dan yang kelima iaitu mempelbagaikan sumber hasil bagi menggalakkan pelaburan dalam sektor baharu untuk mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, penemuan ini lah panggilan kesedaran untuk kita mengambil tindakan yang segera agar rakyat tidak menanggung beban khususnya generasi pada masa depan. Tuan Yang di-Pertua, sekian. Terima kasih.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sik. Saya jemput Yang Berhormat Semporna.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih Dato’ Speaker untuk memberi ruang bagi saya turut membahaskan Laporan Ketua Audit Negara 2024.

Setelah meneliti daripada Laporan Audit Negara ini, saya dapati banyak projek sakit yang ada. Untuk Kementerian Kesihatan, 72 projek sakit. Untuk Natural Resource and Environment Sustainability Ministry, 24. Luar bandar, 22. Kementerian Kesihatan, 18.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Setelah melihat bahawa beberapa penelitian daripada Laporan Audit- dan di samping itu juga, rumusan yang didapati oleh Ketua Audit Negara tentang Kerajaan Persekutuan hendaklah mengurangkan defisit fiskal dan kebergantungan kepada pinjaman baru, itu antara syor yang dikemukakan oleh Ketua Audit Negara, tetapi saya ingin melihat bahawa setelah kita teliti secara mendalam laporan ini, saban tahun kandungannya agak sama.

Ada antara projek-projek, contohnya di kawasan Sabah, pembinaan Libaran Bypass Sandakan, 2017 tidak siap, sampai 2021. Menelan belanja RM142 juta. Jambatan itu runtuh. Runtuh oleh sebab kemungkinan, dia cakap di sini, Lembaga Perolehan KKR telah memperakukan arahan perubahan bagi spesifikasi.

Ini yang saya teliti secara mendalam. Perlunya perubahan daripada segi audit yang dilakukan oleh pihak Jabatan Audit Negara. Bukan hanya meneliti tentang kelewatan termasuk contohnya, masalah naik taraf Hospital Beaufort, masalah kelemahan kontraktor, masalah Taman Industri Kecil Sederhana SEDCO, Kota Kinabalu, masalah tanah terbabit, tetapi masalah ini di antara tanah Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri yang ada, ini dah cerita lama. Saya masih ingat masa saya Ketua Menteri, kena ada fast track. Make sure don’t delay the project, dengan izin. Pastikan supaya pelaksanaan dia jangan ada kelewatan untuk kepentingan rakyat membabitkan hospital.

Tadi saya sebut tentang beberapa ketirisan. Saya ingat perbelanjaan negara harus diteliti secara mendalam. Kita tidak harus hanya melihat besar perbelanjaan. But is it best on the need of the people? Adakah keperluan ini terdesak bukan hanya daripada segi keperluan, juga pelaburannya ataupun pembinaan hospital keperluan rakyat yang ada? What is it in return? Not only in terms of service that we can render to the people on the ground, not only in terms of return on investment, not only in terms of job opportunity that we can realize, tetapi, di samping itu, penting kepada kita untuk pastikan perbelanjaan ini keutamaan. Is it necessary or not? Daripada beratus bilion belanja kita.

Kalau kita lihat trend yang kita dapati, RM200 bilion, RM300 bilion, cukup jumlahnya besar. Saya melihat juga belanja begitu besar tetapi ketirisan juga banyak, you know. What will happen to all the report done? Daripada laporan ini, tindakan-tindakan jabatan-jabatan yang terbabit- SPRM, Jabatan Hasil Dalam Negara yang ada. Kelewatan masalah tanah yang ada. Takkan kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan pun tak boleh berunding secara halusi untuk pastikan supaya jangan ada kelewatan dia? Ini yang saya lihat supaya bukan hanya syor daripada segi duit rakyat, negara dibelanjakan terhadap kementerian-kementerian. Financial institutions, GLC yang ada, banyak juga ketirisan dia.

Contohnya, kalau di Sabah, Sabah Development Bank. Bayangkan bagaimana berbilion duit, nonperforming loan. What do we do? Ini bukan masalah bank punya duit semata-mata. It is public fund. Fasal dia GLC yang ada, but saya tengok laporan tiada.

Yang kita lihat daripada segi itu- yang pentingnya, ini akan membabitkan penjumlahan bukan hanya yang semakin besar kerugiannya, ketirisan yang berlaku. Jadi, saya berharap sungguh kerana perkara ini cukup penting kepada kita untuk memastikan supaya- saya dapati perbelanjaan cukup banyak. Bukan hanya daripada segi pembangunan yang ada, tetapi kelewatannya cukup ketara kelihatan saban tahun yang ada.

Jadi, saya berharap syor yang dikemukakan bukan setakat untuk melaporkan perkara-perkara yang saya nyatakan tadi. We must go beyond. Every report done by the Audit Negara sama sahaja. Saban tahun, dah 60 tahun, 65 tahun dah, saya dengar, saya baca, saya tengok, what action has been taken? Masalah tanah, masalah kontraktor.

Kontraktor, kita dah tahu dah. Pan Borneo, kita belanja berbilion, but is it going to be appointed the same kind of people? Why don’t we go to SSM? *Detail out the shareholders.

Penalize them*. Jangan orang yang sama dilantik untuk melaksanakan projek-projek.

Bukan syarikat. Mereka boleh berubah. Keperluan mereka- contoh, macam shareholders yang ada. How do we stop this?

final • 5:30 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Kita tidak boleh hanya berdasarkan syor semata-mata untuk mengatasi masalah ketirisan. How do you manage ketirisan yang ada? Akauntabiliti, but there must be transparency daripada segi pengurusan supaya jelas yang ada dalam tender award, jangan hanya selective, it must be open, but make sure in open, but how do we know it’s open, totally open?

Jadi, ini yang kita nakkan supaya bukan setakat kita nak pastikan supaya orang yang sama, kontraktor yang sama, khususnya orang yang sama, ataupun dia letak nominee dia, but you can see that on the ground there what is happening, who is going down there. Maka dengan itu, saya berharap sungguh Laporan Audit yang ada dan juga saya dapati bahawa write-off...

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Write-off, contohnya, hapus kira dah meningkat dah. Hapus kira hampir berapa bilion dah. Saya ingat ini satu perkara yang harus dilihat secara serius oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah bukan hanya ketirisan, akauntabiliti, tetapi yang penting kepada kita untuk mengatasi masalah rasuahnya supaya jangan nanti kerajaan dan rakyat terpaksa menanggung. Terima kasih banyak.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Semporna. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 5:30 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang pada Kuala Krai untuk sama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan Laporan Ketua Audit Negara untuk Penyata Kewangan Negara.

Saya ada tujuh perkara yang ingin saya kemukakan di sini berdasarkan kepada Laporan Audit ini. Pertama ialah peningkatan hutang kerajaan, ruang fiskal dan bayaran khidmat hutang. Pada tahun 2023, hutang Kerajaan Persekutuan sebanyak RM1.173 trilion iaitu peningkatan sebanyak RM92.918 bilion ataupun 8.6 peratus berbanding tahun 2022 sebanyak RM1.08 trilion. Nisbah hutang Persekutuan kepada KDNK bagi tahun 2023 telah meningkat kepada 64.3 peratus berbanding 60.2 peratus pada tahun 2022. Ini bermakna nisbah hutang negara kepada KDNK telah naik ketara sekitar 4.1 peratus sejak Kerajaan Madani mengambil alih pemerintahan, iaitu lebih tinggi berbanding tempoh pandemik.

Justeru, sejauh mana sasaran kerajaan untuk menurunkan semula nisbah ini kepada 60 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang dapat dicapai serta perancangan khusus kerajaan bagi jangka pendek, sederhana dan panjang yang telah dirangka bagi tujuan ini? Mengambil kira ruang fiskal terhad dengan paras hutang kerajaan yang sedia ada, apakah pendekatan baharu bagi memastikan sasaran unjuran defisit fiskal kepada 4.3 peratus kepada KDNK pada tahun 2024 dan 3.9 peratus pada tahun 2025 tercapai?

Bagaimanakah pula kerajaan memperkukuh pengurusan hutang Persekutuan secara berhemah susulan penggubalan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal

(FRA) sejak Oktober tahun lalu sebagai sebahagian daripada langkah pembaharuan fiskal kerajaan? Bagi mencapai sasaran ini, adakah kerajaan juga mempunyai perancangan untuk mengenakan cukai-cukai baharu dalam Belanjawan 2025, melaksanakan penyasaran subsidi bahan api bagi RON95 ataupun menambah baik sistem percukaian lain yang sedia ada termasuk SST? Jika ya, mohon perincian serta garis masa pelaksanaannya.

final • 5:37 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Tuan Yang di-Pertua, kedua ialah komitmen jaminan kebergantungan dividen hasil minyak dan cukai tidak langsung. Hasil bukan cukai tahun 2023 menunjukkan penurunan iaitu sebanyak RM577 juta ataupun 0.72 peratus berbanding tahun 2022.

final • 5:37 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Dalam hal ini, apakah strategi dan pelan penjanaan pendapatan baharu kerajaan dalam usaha mengurangkan kebergantungan negara kepada hasil minyak? Termasuk dividen daripada Petronas, mengambil kira pengurangan terimaan dividen Petronas kepada kerajaan sebanyak RM40 bilion pada tahun 2023 berbanding RM50 bilion pada tahun 2022. Yang ketiga ialah berkaitan lebihan perbelanjaan, khususnya melalui MOF yang merupakan peningkatan utama perbelanjaan bagi program subsidi dan juga bantuan tunai.

Saya ingin bertanya berkaitan dengan berapakah jumlah permohonan yang telah diterima dan diluluskan di bawah sistem kawalan diesel bersubsidi, BUDI Madani serta bantuan BUDI Agri-Komoditi setakat ini serta usaha kerajaan bagi memastikan tiada golongan tercicir daripada bantuan subsidi ini, terutama petani, penternak dan pekebun kecil? Saya difahamkan terdapat pemohon BUDI Madani yang mendapat bantuan tunai untuk beberapa bulan sahaja selepas diluluskan, tetapi kemudiannya dihentikan.

Tuan Yang di-Pertua, lebihan dari sudut perbelanjaan di bawah Kementerian Pendidikan. Kementerian Pendidikan mencatatkan perbelanjaan kedua tertinggi berjumlah RM51.474 bilion. Peningkatan ini antaranya disebabkan peningkatan Bantuan Awal Persekolahan (BAP). Adakah pihak KPM telah mengkaji cadangan supaya kadar pemberian BAP distrukturkan semula dengan perkadaran BAP yang lebih munasabah?

Misalnya, mengikut kategori isi rumah bagi meringankan bebanan golongan sasar, terutamanya mereka yang kurang berkemampuan. Begitu juga dengan peningkatan kadar baharu RMT. Sejauh manakah peruntukan ini telah dimanfaatkan mengikut negeri? Adakah kerajaan juga telah memperhalusi pelan strategi bagi memerangi masalah malnutrisi dalam kalangan murid sekolah bagi menyokong usaha ini?

Tuan Yang di-Pertua, yang kelima ialah pembiayaan Pinjaman Persekutuan dan tunggakan bayaran balik pinjaman. Secara keseluruhannya, kedudukan liabiliti Persekutuan pada akhir 2023 menunjukkan peningkatan. Apakah pendekatan kerajaan terhadap saranan Laporan Ketua Audit Negara 3/2024, khususnya untuk mengkaji pinjaman baharu untuk membiayai bayaran balik pinjaman yang akan matang?

Memandangkan kerajaan perlu menyediakan sejumlah peruntukan RM773.75 bilion bagi melunaskan pinjaman yang akan matang. Amaun tunggakan berjumlah RM9.61 bilion setakat 31 Disember 2023, termasuk prinsipal pinjaman sejumlah RM6.97 bilion serta faedah pinjaman dan faedah lewat berjumlah RM2.64 bilion.

Dalam hal ini saya ingin kepastian, apakah pinjaman-pinjaman ini dan semua urusan kewangan kerajaan adalah patuh syariah? Kerana jika tidak, sudah pasti semua urusan ini akan terlibat dengan riba yang diperangi oleh Allah. Dalam keadaan negara kita disebut-sebut sebagai negara yang terkedepan dalam bidang muamalat ataupun kewangan Islam, menjadi satu kejanggalan jika pinjaman dan urusan kewangan negara tidak patuh syariah dan tidak mengikut tatacara kewangan Islam.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 5:40 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Ya, sikit lagi. Dari sudut subsidi tadi, apakah mekanisme penetapan harga runcit produk petroleum berdasarkan formula mekanisme harga automatik mengambil kira kesan perubahan harga minyak mentah dunia? Mengapakah wujud perbezaan antara harga pasaran sebenar mengikut formula APM berbanding harga runcit yang ditetapkan kerajaan, meskipun harga diesel dunia terus merudum sejak akhir bulan Julai?

final • 5:40 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang terakhir Tuan Yang di-Pertua ialah terdapat 202 projek sakit melibatkan 19 daripada 26 kementerian. 107 projek lewat jadual, manakala 241 projek lagi berstatus tiada kemajuan. Apakah tindakan susulan kerajaan terhadap syor Audit supaya pemantauan yang lebih rapi dan berterusan dilakukan bagi memastikan pelaksanaan projek pembangunan di bawah RMKe-12 disiapkan sepenuhnya menjelang akhir tahun 2025 mengikut jadual?

Saya ingin kepastian, adakah tindakan pihak kerajaan terhadap beberapa projek sakit, khususnya di Kelantan seperti LTU di bulatan Gua Musang, KBKK di Ketereh ataupun Pakej 2B, Jambatan Pasir Era dan Pasir Kelang dan Jambatan Sungai Durian?

Jika tidak dikategorikan sebagai projek sakit pun, yang pasti projek ini mengalami kelewatan. Jadi, apakah penyelesaian yang telah diambil oleh pihak kerajaan dan bilakah projek ini mampu diselesaikan? Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, perbahasan saya. Terima kasih.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Saya jemput Yang Berhormat Bakri.

final • 5:40 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Puan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk membahaskan Laporan Ketua Audit Negara Siri 3 Tahun 2024. Laporan ini sangat penting dalam memastikan ketelusan, integriti dan kebertanggungjawaban dalam pengurusan kewangan negara. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menggariskan beberapa cadangan untuk meningkatkan pendapatan negara tanpa menambah beban kepada rakyat, di samping menyentuh isu-isu utama yang dibangkitkan dalam laporan ini.

Cadangan pertama. Kita perlu memberikan fokus kepada peningkatan kecekapan kutipan hasil tunggakan akaun belum terima oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sejumlah RM34.591 bilion pada tahun 2023 adalah sangat besar dan jelas menunjukkan bahawa terdapat ruang untuk memperbaiki mekanisme kutipan hasil sedia ada.

Saya mencadangkan agar kerajaan memodenkan sistem kutipan cukai dengan memperkenalkan lebih banyak penggunaan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) untuk memantau aktiviti ekonomi secara terus dan tepat. Teknologi ini boleh membantu dalam pengesanan pengelakan cukai dan tunggakan dengan lebih efektif.

Sekali gus, meningkatkan kutipan tanpa perlu memperkenalkan cukai baharu dan mengurangkan jurang penguatkuasaan dengan memperketat pelaksanaan undang- undang dan peraturan sedia ada. Dengan cara ini, kita dapat meminimumkan pengelakan cukai, terutamanya di kalangan golongan berpendapatan tinggi dan syarikat multinasional yang sebelum ini mungkin terlepas daripada radar penguatkuasaan.

Cadangan kedua. Kita perlu fokus kepada pembangunan sumber pendapatan baharu tanpa menambah beban kepada rakyat. Antara pendekatan yang boleh diambil adalah melalui pengoptimuman aset kerajaan. Kerajaan mempunyai pelbagai aset, termasuk tanah, bangunan dan aset kewangan yang belum dimanfaatkan sepenuhnya.

Dengan mengkaji semula potensi komersial aset-aset ini, kerajaan boleh menjana pendapatan tambahan. Sebagai contoh, aset tanah boleh dijadikan sumber pendapatan melalui projek pembangunan yang lestari dan menguntungkan dalam jangka masa panjang.

Contohnya, di kawasan Muar dan Bakri terdapat banyak bangunan kerajaan yang terbengkalai atau dibiarkan kosong seperti bangunan lama mahkamah dan Telekom berhampiran Tanjong Mas, bangunan lama Klinik Kesihatan Bukit Bakri dan Kuarters JKR di Kampung Kenangan Tun Dr. Ismail. Bangunan-bangunan ini mempunyai potensi yang tinggi untuk dimanfaatkan dengan lebih baik.

final • 5:44 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Dasar untuk memanfaatkan bangunan-bangunan terbengkalai ini boleh dilaksanakan dengan menyewakan atau memajakkan bangunan tersebut kepada usahawan tempatan yang berminat untuk menjalankan perniagaan. Bangunan kerajaan yang tidak digunakan boleh dijadikan ruang perniagaan atau premis inisiatif sosial.

Langkah ini dapat memberi manfaat kepada komuniti seperti yang berikut.

Yang pertama, meningkatkan aktiviti keusahawanan dalam komuniti tempatan dengan memberi peluang kepada usahawan tempatan menggunakan ruang ini pada kadar pajakan yang berpatutan. Kita boleh merancakkan ekonomi tempatan dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Kedua, memupuk semangat cinta kepada komuniti. Apabila bangunan yang tidak dimanfaatkan ini dihidupkan semula, ia akan memberikan nafas baharu kepada kawasan-kawasan yang terbiar. Ini bukan sahaja menghidupkan suasana perniagaan tetapi juga menggalakkan komuniti setempat untuk terlibat dalam ekonomi dan sosial.

Puan Yang di-Pertua, ini lah contoh bagaimana aset kerajaan yang tidak dimanfaatkan boleh dijadikan sumber pendapatan baharu tanpa menambah beban kepada rakyat. Lebih daripada itu, ia dapat menggalakkan pembangunan ekonomi komuniti yang lebih dinamik dan lestari. Cadangan ketiga. Kerajaan boleh mengambil pendekatan yang lebih agresif dalam mengkomersialkan tanah-tanah kerajaan yang terbiar.

Di Muar, terdapat kawasan tanah kerajaan yang strategik untuk pembangunan kecil dan sederhana yang boleh dipajak kepada pihak swasta. Ini akan membuka peluang kepada syarikat kecil untuk berkembang. Sekali gus, menyumbang kepada pendapatan kerajaan melalui pajakan dan cukai. Sebagai contoh, tanah rizab kerajaan yang tidak dimanfaatkan sering kali dibiarkan kosong kerana tiada perancangan pembangunan segera. Jika kerajaan tidak mempunyai rancangan atau dana untuk membangunkan tanah rizab dalam masa lima tahun yang terdekat, apa salahnya tanah-tanah ini disewa kepada usahawan tempatan yang memerlukan tanah sebagai permulaan kerjaya mereka.

final • 5:44 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 5:44 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Langkah ini- langkah ini akan memanfaatkan usahawan dan pada masa yang sama memberikan sumber pendapatan kepada kerajaan.

Akhir sekali, kerajaan perlu memperkukuhkan hubungan perdagangan antarabangsa dengan kedudukan strategik Malaysia di rantau Asia. Kita boleh memperluaskan pasaran eksport serta menggalakkan lebih banyak pelaburan asing ke dalam negara. langkah ini bukan sahaja meningkatkan pendapatan negara, tetapi juga membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

Kesimpulannya Puan Yang di-Pertua, Laporan Ketua Audit Negara ini lah satu peringatan yang penting bahawa kita perlu terus berusaha untuk meningkatkan pendapatan negara dengan cara yang tidak membebankan rakyat. Melalui peningkatan kecekapan kutipan hasil, pengoptimuman aset pembangunan sektor baharu serta pengurusan perbelanjaan yang lebih bersasar, kita dapat memastikan ekonomi negara terus mampan dan stabil. Sekian, terima kasih.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 5:50 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Jika dilihat- terima kasih beri peluang kepada saya untuk turut membahaskan laporan ini. Jika dilihat secara menyeluruh, prestasi kewangan pada tahun 2023 berada pada tahap yang baik apabila perbelanjaan negara meningkat seiring dengan peningkatan terimaan. Nisbah defisit kepada KDNK menurun daripada 5.5 peratus kepada 5.0 peratus.

final • 5:51 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Namun, kebimbangan terarah kepada hutang negara yang saban tahun meningkat. Dalam tempoh satu tahun sahaja, kita menambah lagi hutang berjumlah RM92.9 bilion. RM92 bilion bersamaan dengan 30 peratus daripada hasil negara. Jadi, oleh yang demikian, terbuktilah bahawa mana-mana kerajaan yang mentadbir Malaysia pun pada ketika ini adalah mustahil untuk menurunkan hutang dengan kadar yang segera.

Malah peningkatan hutang RM92 bilion ini bersamaan dengan perbelanjaan pembangunan tahunan bagi Kementerian Pendidikan sebanyak 15 kali ganda.

Kementerian Kesihatan 15 kali- ganda, Kementerian Pertahanan RM92 bilion ini 13 kali- ganda daripada perbelanjaan Kementerian Pertahanan, 10 kali- ganda perbelanjaan Kementerian Kerja Raya. Itu sebagai perbandingan.

Kerajaan perlu segera meningkatkan hasil negara dan menggerakkan usaha meneroka sumber pendapatan baharu, Rakyat mahu agar kerajaan mengecilkan jumlah hutang supaya lebih banyak peruntukan dapat disalurkan untuk projek-projek pembangunan. Saya membaca kenyataan daripada Menteri Ekonomi bahawa, “Hutang ini akan berjaya diturunkan dijangka pada tahun 20- bermula tahun 2027.” Kalaulah ada suatu penjelasan yang terperinci, saya minta supaya dapat dimaklumkan di dalam Dewan ini bagaimana ia boleh diturunkan bermula tahun 2027.

Dari sudut terimaan hasil, kita menyaksikan peningkatan sebanyak RM20 bilion atau tujuh peratus pada tahun 2023 berbanding tahun sebelumnya. Ini didorong oleh pertambahan kutipan daripada cukai pendapatan syarikat, individu dan petroleum.

Prestasi kutipan cukai pendapatan syarikat yang lebih baik telah di pengaruh oleh amaun kutipan cukai makmur dengan pendapatan bercukai melebihi RM100 juta.

Kerajaan perlu meneliti punca beberapa jenis cukai mengalami penurunan kutipan seperti cukai pendapatan koperasi, cukai keuntungan harta tanah. Kementerian dan agensi kerajaan yang berkenaan perlu untuk mengenal pasti sebab dan mengambil tindakan yang sewajarnya supaya sama-sama dapat meningkatkan hasil negara.

Tindakan kerajaan juga yang mengumumkan pelepasan cukai pendapatan- income tax contohnya, RM80 juta kepada UNITAR sebagai contoh.

Satu bentuk pelaksanaan polisi yang agak tidak konsisten dan ia mendedahkan kepada kelemahan dan risiko. Kita mahu tanya, bagaimana kerajaan meletakkan parameter-parameter institusi yang mendapat pelepasan daripada cukai ini seperti UNITAR yang mendapat pelepasan RM83 juta. Memandangkan UNITAR diberikan- bukan. Maafkan saya. Bukan UNITAR, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) diberikan pelepasan selepas membuat rayuan keputusan memandangkan ia diberikan pelepasan selepas membuat rayuan. Keputusan ini mungkin menggalakkan gelombang rayuan yang serupa daripada organisasi lain yang menghadapi liabiliti cukai yang boleh membebankan LHDN yang menyebabkan kelewatan dalam pemprosesan cukai yang sah.

Membatalkan hutang cukai ini memberikan kelegaan segera kepada institusi terbabit tetapi ia datang dengan risiko tertentu. Bagaimana pula kalau PKS, SME, selepas daripada ini, semuanya pakat memohon untuk dibatalkan pelepasan cukai, apakah pula sikap kerajaan pada masa itu? Saya nak sokong hujah Yang Berhormat Bakri tadi bahawa antara kaedah untuk meningkatkan pendapatan ialah mengoptimumkan aset kerajaan.

Di antara aset kerajaan yang boleh dioptimumkan ialah tanah-tanah yang dimiliki oleh kereta api atau KTMB. Di tepi-tepi landasan kereta api ini yang luas, semoleknya ia disewakan kepada penduduk-penduduk tempatan. Polisi itu sudah ada, tetapi saya mendapat aduan daripada sebahagian daripada penduduk saya, prosedur untuk menyewa tanah milik KTMB ini agak sukar dan payah. Kalaulah diberikan peluang kepada rakyat di seluruh, di sekitar jalan-jalan ataupun landasan kereta api ini untuk membina gerai. Sebagai contoh, gerai-gerai kampung dengan view yang cukup cantik, bila di-viral- kan ia boleh meningkatkan pendapatan dan industri hiliran bagi mereka yang berada di kampung-kampung.

Tuan Yang di-Pertua, berikutnya saya menyambut baik, kita menyambut baik saranan yang dikemukakan Jabatan Audit Negara, terutamanya yang melibatkan

final • 5:51 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

pengurusan kewangan syarikat-syarikat kerajaan. Dalam siri laporan oleh Jabatan Audit Negara yang lalu, bukan sedikit kelemahan dan ketirisan pengurusan kewangan yang diamalkan oleh syarikat kerajaan.

Justeru, kita menyeru supaya hapuskan amalan membazir, berbelanja sambil lewa dan tidak teliti dengan penggunaan setiap sen duit rakyat. Jangan menunggu laporan audit keluarkan barulah kita nak bertindak. Terima kasih.

final • 5:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 5:51 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Timbalan Speaker.

Timbalan Speaker, saya merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara di mana dalam penutup, Ketua Audit Negara mengatakan bahawa, “Kerajaan Persekutuan disarankan untuk meneruskan usaha untuk meningkatkan hasil pendapatan melalui pelbagai sumber dan meningkatkan tadbir urus dalam pengurusan perbelanjaan awam supaya kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan berada dalam keadaan lebih kukuh.” Saya tertarik ya dengan penutup ini di mana bagi saya, kalau kita nak memastikan terdapat tadbir urus yang baik, kita perlu ada tiga faktor yang penting. Pertama, kita mesti ada satu tadbir urus yang bersih tanpa pembaziran, tanpa ketirisan. Perlu ada ketelusan.

Kedua, kita mesti ada kecekapan dan ketiga ialah kita mesti ada penjimatan. Kenapakah saya kata begitu?

Kita perlukan satu urus tadbir yang tegas, yang telus supaya kita dapat jimat, dapat lebih banyak hasil. Maka, apabila insiden di mana satu- rombongan yang melibatkan 68 orang pegawai kementerian dan agensi pergi ke suatu pesta pameran di Berlin, di Jerman telah dibatalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya menyokong 100 peratus keputusan Perdana Menteri kita.

Ini telah menunjukkan ya, kesungguhan Yang Amat Berhormat di mana beliau tidak berkompromi dalam tindakan yang merugikan dana awam dan inginkan satu reformasi dalam institusi penjawat awam. Ini menunjukkan kepada kita bahawa kalau kita inginkan supaya kita mencapai satu kedudukan kewangan negara yang baik, sudah pasti perkara-perkara sedemikian harus dihentikan.

Maka, saya ingin tanya boleh beritahu kepada Parlimen, apakah- mana satu kementerian yang terlibat dalam insiden tersebut dan adakah tindakan telah diambil kepada mereka yang terlibat? Begitu juga, saya merujuk kepada Laporan Audit yang berkaitan dengan prestasi pelaksanaan projek pembangunan Rancangan Malaysia Kedua Belas. Saya nak tekankan tentang faktor kecekapan. Kalau kita lihat kepada prestasi projek pembangunan Rancangan Malaysia Kedua Belas ini, di mana didapati ada 202 projek adalah sebagai projek sakit.

final • 5:56 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Antara 202 projek ini, yang paling banyak projek yang menjadi projek sakit ialah daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, sebanyak 72 projek, paling banyak. Jadi, saya harap supaya Kementerian Pendidikan boleh mengambil perhatian sepenuhnya terhadap masalah ini supaya projek-projek sakit ini dapat diatasi dengan cepat. Bagi ubat yang paling kuat supaya ia jadi projek yang tidak sakit.

Sebab di kawasan saya sebagai contoh, saya dapati ada projek yang telah diluluskan untuk bina sekolah baharu, tetapi telah dikategorikan sebagai projek sakit. Telah lambat lebih daripada lima tahun, barulah baru-baru ini projek tersebut nak diselesaikan, disiapkan. Jadi, itu merugikan rakyat, merugikan murid-murid yang nak pergi ke sekolah dengan kesesakan. Sekolah yang sedia ada tak cukup menampung permintaan.

final • 6:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Jadi, ini harus diatasi dan saya dapati, mengikut maklumat yang saya terima kenapa banyak projek sakit di Kementerian Pendidikan adalah kerana pembinaan sekolah- sekolah baharu ini dijalankan, dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan sendiri. Padahal mereka tidak mempunyai anggota yang mencukupi untuk mengawal semua pembinaan sekolah baharu ini. Jadi, kita ingin cadangkan supaya pembinaan sekolah-sekolah baharu ini biarlah JKR yang menguruskannya untuk mengurangkan projek sakit ini.

Seterusnya, saya ingin bangkitkan satu lagi isu yang berkaitan dengan penjimatan.

Kalau kita nak capai kepada sasaran supaya nisbah defisit kepada KDNK mencapai sasaran kita iaitu sekitar 3.0 peratus, maka sudah pasti penjimatan itu adalah penting sebab nisbah defisit adalah berkaitan dengan hasil yang kita terima dengan belanja yang kita telah lakukan.

Jadi, di sini saya lihat selalunya projek kerajaan, harga tender mereka adalah lebih tinggi berbanding dengan pasaran. Jadi, sudah tiba masanya saya meminta supaya semua kementerian termasuk Kementerian Kewangan mengkaji harga yang ditentukan oleh pihak kerajaan. Saya beri satu contoh. Ini lah jadual kadar kerja kejuruteraan awam dan bangunan...

[Menunjukkan dokumen berkaitan] yang disediakan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) di mana semua kerja-kerja, projek-projek kerajaan, semua tender- tender tersebut, mereka akan merujuk kepada jadual ini untuk mereka tender harga dia.

Saya merujuk Timbalan Speaker...

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan. Masa sudah tamat.

final • 6:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya, sedikit sahaja. Di sini saya merujuk kepada satu contohlah, pembinaan jalan, 50 milimeter tebal lapisan untuk bina jalan, harga dia ialah RM46.90. Ini ialah harga JKR. Semua akan ikut harga ini, tetapi harga pasaran hari ini di luar sana, kurang daripada RM30. Ertinya, harga yang ditetapkan oleh jabatan JKR sendiri lebih tinggi daripada harga pasaran. RM30 dengan RM46, lebih daripada 50 peratus daripada harga pasaran.

Kalau semua projek kerajaan boleh ikut harga pasaran, bayangkan Timbalan Speaker, kita boleh buat lebih banyak projek dan kita boleh jimat lebih. Daripada kita bayar RM46, sebenarnya kita hanya perlu bayar RM30. Kenapakah kita perlukan bayar dengan lebih? Sebab itu, sudah tiba masanya kita perlu kaji dengan secara keseluruhan semua- projek-projek kerajaan, harga dia supaya dia dapat mengikut dengan harga pasaran.

Dengan itu, sekian terima kasih Timbalan Speaker.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Langat

final • 6:00 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker melibatkan saya dalam perbahasan Penyata Kewangan 2023. Saya tumpu berkaitan dengan peruntukan kewangan di bawah Kementerian Kesihatan.

Kalau kita lihat, memang semua sedia maklum bahawa peruntukan perbelanjaan di bawah Kementerian Kesihatan meningkat kalau nak dibandingkan dari tahun 2023 berbanding dengan 2022 dan dikatakan bahawa antara program yang menyumbang kepada peningkatan perbelanjaan tertinggi ini lah Program Pembangunan Kesihatan Keluarga, Program Pembekalan Perubatan Fasiliti Kesihatan. Ini membabitkan pembayaran emolumen dan perjawatan baharu bagi fasiliti kesihatan yang mula beroperasi pada tahun 2023, penyerapan doktor lantikan kontrak ke taraf jawatan tetap, peningkatan bayaran kontrak, kawalan keselamatan, perbelanjaan program bekalan perubatan fasiliti kesihatan meningkat sejumlah RM0.92 bilion disebabkan kenaikan harga

final • 6:04 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

ubat dan vaksin di pasaran global dan pertambahan pesakit hingga 12 peratus yang dirujuk di hospital dan klinik kesihatan.

Kalau kita lihat pencapaian sebenar perbelanjaan mengurus berakhir 31 Disember 2023 adalah 102.18 peratus, melebihi daripada 100 peratus. Manakala perbelanjaan pembangunan berakhir 31 Disember 2023, lebih kurang dalam 96 peratus. Walaupun begitu, saya melihat bahawa bukan hanya sekadar peratusan pencapaian tetapi bagaimana pelaksanaan yang dirancang itu sebenar-benarnya memberikan manfaat ataupun hasil kepada rakyat.

Saya kira beberapa perkara yang saya ingin sentuh dalam perbahasan ini lah perkara yang sangat realistik yang sebahagiannya adalah pemerhatian saya semasa lawatan Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Pusat Kesihatan Klang, ke Hospital Umum Sarawak, Hospital Bau, ke Pejabat Kesihatan Daerah Bau dan juga Pusat Jantung Sarawak. Saya kira baru-baru ini- pada tahun lalu, kita juga mendengar bahawa isu kekurangan aset perubatan dan sumber manusia. KKM telah meluluskan peruntukan khas pada Jabatan Kesihatan Negeri Johor sejumlah- pada Jun 2023, sejumlah RM771,600 untuk pembelian aset perubatan dan bukan perubatan untuk buka dua buah wad dan 10 buah bilik pembedahan dan kekurangan Pegawai Perubatan dan Jururawat.

Baru-baru ini, kita mendengar laporan pada 3 Ogos, hospital kerajaan kekurangan peralatan. Bajet 2024, kita tahu jumlah yang begitu tinggi, RM41.2 bilion. Kekurangan peralatan perubatan di ICU Hospital Negeri Sembilan sebagai contoh, kekurangan reagent untuk mencairkan sampel darah di mesin analisis gas darah ataupun arterial blood gas bagi pesakit-pesakit yang ditidurkan di ICU.

Saya kira ini suatu yang agak serius untuk dilihat oleh kerajaan berkaitan dengan peralatan-peralatan yang mana kita di bawah Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan juga mahu melihat, mahu tahu daripada pihak kerajaan, berapa banyak peralatan-peralatan yang bersifat sangat kurang ataupun diperlukan yang pada hari ini tidak dapat disediakan oleh kerajaan. Ini saya kira harus menjadi prioriti dalam kita mereformasi perkhidmatan kesihatan di dalam negara kita. Saya kira dalam tujuan reformasi Kertas Putih Kesihatan, itu sebagai guideline kita yang seharusnya ia dapat dilaksanakan.

Saya mengambil salah satu contoh apabila lawatan kita, berkaitan dengan masalah peralatan ini. Di Hospital Umum Sarawak sebagai contoh, yang mana tempat untuk mandi kepada pesakit yang terlibat dengan kebakaran, yang sudah tidak boleh digunakan lagi dan ia menjejaskan perkhidmatan kepada pesakit-pesakit ini. Ia sangat perlu.

Satu lagi adalah berkaitan mungkin lawatan di Hospital Bau sebagai contoh yang mana akan dijadikan sebagai Step-Down Care Center untuk mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan Hospital Umum Sarawak yang mana kita melihat bahawa walaupun di Hospital Umum Sarawak itu dengan keadaan kepadatan di wad dan juga di Wad Kecemasan dan Trauma, tetapi kita melihat juga di Hospital Bau ini, keadaannya juga sudah sesak dan peralatan-peralatan yang saya kira tidak up-to-date. Sebagai contoh, mesin x-ray yang masih lagi menggunakan filem, yang tidak digital dan keperluannya sudah tentu akan meningkat apabila ia benar-benar dijadikan Step-Down Care Center. Begitu juga...

final • 6:04 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 6:04 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

...hasil lawatan ke Pejabat Kesihatan Daerah Bau sebagai contoh, yang dahulunya adalah dispensari di Bau yang kini sudah berusia 72 tahun. Kemudian, menjadi Klinik Ibu dan Kanak-kanak dan sekarang menjadi Pejabat Kesihatan Bau yang saya kira sangat usang.

final • 6:04 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Kalau daripada segi keselamatan banyak perkara yang tidak selamat. Electricity mungkin tak selamat kerana struktur kayunya juga sudah tidak selamat dan ada satu pula

final • 6:10 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

bilik yang dibuat kerana keperluan untuk meletakkan staf iaitu di bawah paras tanah yang tidak ada ventilasi yang baik.

Baru-baru ini kita dapat juga maklumat bahawa ada peruntukan RM80,000 yang diberikan untuk menambah baik sebahagian daripada wing Pejabat Kesihatan Daerah ini.

Saya melihat- sebab itu saya katakan sebagaimana perancangan selain daripada peruntukan yang ada, selain itu, pencapaian yang ada, tapi perancangan yang baik untuk kita melihat perkhidmatan yang terbaik yang kita boleh berikan kepada rakyat dalam negara kita. Jadi sekian perkara itu, terima kasih.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Saya jemput Yang Berhormat Jelutong.

final • 6:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih, Timbalan Speaker atas peluang yang telah diberikan kepada saya untuk turut serta dalam membahaskan Laporan Ketua Audit Negara.

Saya ingin terus menarik perhatian Timbalan Speaker kepada muka surat 57 Laporan Ketua Audit Negara yang menyentuh tentang pencapaian pelaksanaan projek pembangunan RP RMKe-12 sehingga 31 Disember 2023 dengan terperinci kepada Kementerian Pendidikan.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, bilangan projek yang diluluskan adalah 2,064 projek. Pasca pelaksanaan 821 projek. Dalam pelaksanaan 462 projek. Pra pelaksanaan 748 projek. Batal dan simpan dalam perhatian 33 projek.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, saya datang dari Pulau Pinang dan saya sedar bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersama-sama dengan barisan Kabinet cuba sedaya upaya untuk melaksanakan tanggungjawab mereka kepada semua masyarakat rakyat Malaysia terutamanya bagi rakyat Malaysia yang berbangsa India, ada beberapa isu yang dekat di hati Timbalan Speaker.

Di sini menyentuh tentang Kementerian Pendidikan, saya ingin menyentuh tentang projek pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Sungai Bakap yang telah terbengkalai sejak 15 tahun. Saya tidak tahu sama ada projek ini salah satu projek yang dikatakan batal dan simpan dalam perhatian seperti yang telah dilaporkan dalam muka surat 57.

Saya menyentuh tentang isu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Bakap kerana sejak kita- sejak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memimpin Kerajaan Malaysia MADANI, kita telah bertanding di beberapa pilihan raya kecil. Di Nenggiri, Barisan menang. Di Mahkota baru-baru ini Barisan Nasional menang. Kuala Kubu Bharu, DAP memang. Di Pulai, Amanah menang. Di Simpang Jeram, Johor, Amanah menang.

Di Sungai Bakap, PKR kecundang. Salah satu faktor yang menyebabkan kekalahan kita di Sungai Bakap adalah isu pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Bakap.

Untuk makluman Timbalan Speaker, dalam konteks Laporan Ketua Audit Negara, peratusan orang India keluar mengundi tidak begitu banyak kerana ada pihak-pihak yang memainkan isu kegagalan kita melaksanakan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil ini sebagai salah satu isu ketika kita hangat berkempen pada masa itu.

Sebagai seorang penyokong tegar PMX yang menyokong beliau sejak permulaan reformasi. Saya cuma menggunakan kesempatan ini untuk menyeru Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan, menyempurnakan pembinaan projek pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Bakap kerana saya dengar bahawa Timbalan Perdana Menteri I pada ketika itu memberi komitmen, Yang Berhormat Bagan Datuk dan saya mengalu-alukan komitmen yang telah diberikan oleh beliau.

final • 6:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya berharap bahawa projek pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Bakap ini dapat dilaksanakan, dimulakan dan dibina seberapa cepat yang mungkin dan saya juga ingin tanya apakah yang berlaku kepada jumlah RM3.5 million itu yang telah- RM5 juta yang diagihkan kepada sekolah tersebut ketika pemerintahan Yang Berhormat Pekan pada suatu masa?

Beralih kepada satu lagi isu Timbalan Speaker sebelum saya mengakhiri perbahasan saya. Saya tidak lihat dalam Laporan Ketua Audit Negara apa-apa audit dibuat ke atas Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang yang ditubuhkan di negara kita sejak 1976 di mana semua pelajar yang memperoleh Ijazah di luar negara terutamanya di United Kingdom perlu balik dan menduduki peperiksaan CLP. Saya difahamkan bahawa sekarang tiap-tiap pelajar yang menduduki peperiksaan CLP perlu membayar RM5,800 seorang dan jumlah pelajar yang menduduki peperiksaan CLP adalah 1,400 orang pelajar. Bayangkan kalau tiap-tiap tahun seorang pelajar membayar RM5,800 kali 1,400 orang pelajar, jumlahnya mencecah RM8 juta kutipan yang dibuat oleh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang.

Persoalan saya, di manakah wang ini disimpan? Berapakah kutipan wang ini?

Saya mengadu kerana ramai di luar sana setiap kali duduk untuk peperiksaan CLP gagal.

Daripada 1,400 orang pelajar, hanya 20 peratus sahaja yang lulus.

Persoalan saya, apa yang berlaku kepada kutipan untuk yuran peperiksaan ini..?

Adakah Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang ini telah diaudit oleh audit negara? Saya menyeru perkara-perkara ini dijawab oleh Timbalan Menteri atau Menteri apabila memberi penjelasan dan penggulungan selepas nanti. Terima kasih Timbalan Speaker atas peluang yang diberikan.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya jemput Yang Berhormat Arau.

final • 6:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,* rakyat Malaysia. Terima kasih bagi peluang. Pertama sekali laporan audit, teguran audit kepada apa yang berlaku, dia kena tegas. Teguran audit kalau hanya berkata Kerajaan Persekutuan hendaklah membaiki, itu teguran biasa. Ini teguran yang melibatkan satu benda yang serius telah berlaku. Audit kena tegas. Kena sebut di situ kerajaan telah gagal untuk menguruskan sesuatu dengan baik. Sebut macam itu. Laporan audit kena tegas kepada semua jabatan, semua pihak yang didapati gagal. Sebut gagal. Kalau berjaya, sebut berjaya.

Ini kita tengok, sasaran defisit tidak melebihi tiga peratus kepada KDNK, tapi defisit 2023 ialah lima peratus kepada KDNK, lebih daripada dua peratus sasaran defisit.

Banyak itu. Dua peratus. Sasaran kita tiga peratus, naik lima peratus. Hutang negara tidak melebihi 60 peratus kepada KDNK. Hutang negara telah naik kepada 64.3 peratus.

Melebih 4.3 peratus, melebihi had yang telah disyorkan oleh audit.

Audit kena tegurlah. Setakat Kerajaan Persekutuan hendaklah memperbaiki- itu bekas Timbalan Menteri Kewangan pun boleh buat. Setakat nak kata- ia sebut, ini lah satu kegagalan yang harus diperbaiki. Hutang negara seperti yang kawan-kawan kita sebut tadi ialah 2022, RM1.08 trilion. Tahun 2023, naik sampai RM1.173 trilion. Melebihi iaitu lebih RM93 bilion. Jadi bilakah audit nak bagi teguran yang tegas? Saya menegur audit bahawa audit kena bagi laporan yang tegas supaya tindakan kerajaan ini lebih perlu ke arah berhati-hati untuk pastikan bahawa kelebihan pinjaman ini tidak dibuat dalam bentuk yang begitu rupa.

Maka saya nak cadangkan Yang Berhormat Speaker, nak cadangkan kerajaan hentikan projek mega. Projek mega ini kerajaan bagi perhatian kepada projek sakit.

Projek sakit ini antara projek sakit yang berlaku, ada satu projek sakit di Perlis. Ia sakit satu- kontraktor buat projek. Bila projek itu sakit, dia retender, dia dapat lagi.

final • 6:16 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kedua, retender, dia dapat lagi. Ini apa, penilaian apa yang dibuat ini? Kerajaan bagi kepada orang yang gagal, terus bagi orang yang gagal. Kalau macam itu semua orang nak gagal. Bila gagal dapat harga baharu. Sekarang ini kerajaan uruskan kepada projek sakit. Kerajaan sekarang ini bagi perhatian kepada projek-projek kecil ataupun projek kepada G1, Kelas F.

Dulu pernah berlaku pada tahun 1998 begitu, saya dah lupa, akhir 1990-an.

Ekonomi dunia, Malaysia gawat. Pelaburan swasta kurang. Akhirnya kerajaan telah buat keputusan untuk memasuki pasaran pelaburan awam.

final • 6:16 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Itu sebab kerajaan telah membina tujuh buah universiti di seluruh negara, semua Kolej Matrikulasi dibina, kemudian politeknik dibina. Kerajaan telah masuk pasaran apa itu- masuk pelaburan melalui pendidikan. Hari ini ialah kesan daripada apa yang kerajaan buat, kita dapat keuntungan sampai hari ini. Kerajaan bagi perhatian kepada projek-projek khusus kepada pendidikan ataupun kesihatan.

Yang keduanya, bagi galakan kepada G1 iaitu projek Kelas F supaya dengan penyertaan ramai Kelas F di peringkat pertengahan ini, dia akan merancakkan ekonomi.

Pernah disebut- saya pun lupa yang itu lebih kurang satu peratus pertumbuhan telah berlaku apabila projek-projek kecil ini bergerak di seluruh negara. Sebab perniagaan kecil ini sekarang ini bila berlaku macam contohnya pasar malam, pasar sari orang lebih tertumpu. Orang tak pergi ke kedai-kedai lagi, orang pergi ke pasar malam dan sebagainya. Ini akan- kalau kita bagi projek-projek kecil, dia akan merancakkan pertumbuhan.

Pertumbuhan ekonomi ini ada dua. Satu, projek mega dan satu lagi projek kecil.

Kalau projek kecil semua rakyat terlibat. Kalau projek mega, satu orang dapat projek untung RM10 juta, RM100 juta dia seorang, tetapi kalau projek kecil akan menguntungkan ramai orang. Jadi, saya rasa kerajaan berhentikan projek mega bagi perhatian kepada projek kecil. Saya menegur kerajaan, kenapakah hutang ini menaik dengan begitu mendadak sampai RM93 bilion?

Kemudian, perbelanjaan kerajaan juga telah naik sampai RM12.1 bilion. Saya mahu tanya kenapa ini boleh berlaku? Kemudian aset negara telah kurang daripada RM139.85 bilion telah turun kepada RM133.189 bilion. RM6.6 bilion kekurangan, saya nak tanya adakah kerajaan jual aset ataupun aset ini ialah nilainya turun?

Akhir sekali Dato’ Yang di-Pertua, kita lihat peningkatan perbelanjaan mengurus telah meningkat kepada RM18.57 bilion, kenapa..? Jadi, kita nak tahu semua benda ini kerajaan dah buat kita nak bagi tahu kenapa ia berlaku? Itu saja. Kemudian, wang tunai kerajaan yang ada RM48.5 bilion telah kurang kepada RM27.60 bilion, RM20.5 bilion.

Jadi, saya cadangkan supaya kerajaan bagi perhatian kepada projek-projek kecil. Hutang negara sekarang ini kita lihat tiap-tiap satu ringgit cukai, 16 sen kita bayar hutang, ini tak bagus. Kalau 10 sen, all right, tetapi 16 sen terlampau tinggi.

Kalau ini meningkat makna kata rakyat sudah terlibat secara langsung untuk membayar hutang negara dengan begitu teruk. Walau bagaimanapun, kita bagi ruang kepada kerajaan untuk memperbaikinya dengan cara yang lebih berkesan iaitu untuk rakyat. Saya percaya kerajaan ini, dia kata Kerajaan MADANI Perpaduan, bagi perhatian kepada rakyat, bagi keadilan kepada semua rakyat, bagi keadilan kepada Ahli Parlimen.

Jangan ada Ahli Parlimen kerajaan dapat peruntukan, kami tidak dapat peruntukan. Itu ialah dinamakan zalim. Terima kasih.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya jemput Yang Berhormat Betong.

final • 6:20 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Puan Yang di- Pertua atas peluang untuk berbahas pada petang ini. Salam Sejahtera.

Pembentangan dan perbahasan ke atas LKAN mengenai Penyataan Kewangan Kerajaan Persekutuan Bagi Tahun 2023 adalah penting kerana ia akan menjadi asas kepada tadbir urus dan tata kelola yang baik dalam perkhidmatan awam pada masa hadapan. Ia juga ruang untuk kita memberitahu rakyat di luar sana bahawa Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Bagi Tahun 2023 ini menggambarkan satu kedudukan kewangan yang benar dan saksama serta rekod perakaunan mengenainya telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini. Laporan Ketua Audit Negara ini bukan sekadar dokumen tahunan tetapi ia merupakan cerminan integriti pentadbiran negara kita.

Namun, kita seolah-olah masih gagal juga mengambil iktibar daripada laporan-laporan terdahulu.

Puan Yang di-Pertua, saya menyentuh mengenai prestasi kewangan Kerajaan Persekutuan tahun 2023. Secara keseluruhannya, dilaporkan bahawa prestasi kewangan Kerajaan Persekutuan pada tahun 2023 adalah lebih baik berbanding tahun 2022. Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan perlu memberi perhatian terhadap trend peningkatan liabiliti Persekutuan yang terdiri daripada hutang Persekutuan dan liabiliti kewangan yang meningkat sejumlah RM92.038 juta iaitu 66 peratus berbanding tahun 2022. Nisbah liabiliti Persekutuan kepada KDNK turut meningkat sebanyak 81.8 peratus berbanding 78 peratus pada tahun 2022.

Persoalannya, bagaimanakah kerajaan mengatur strategi untuk pastikan adanya kerjasama di semua peringkat tanggungjawab dan jabatan untuk memastikan disiplin kewangan dilakukan sebaik-baiknya?

Puan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh mengenai pengurusan liabiliti Persekutuan- Kerajaan Persekutuan hendaklah memberi perhatian yang serius terhadap pinjaman baharu untuk membiayai bayaran balik pinjaman yang akan matang memandangkan Kerajaan Persekutuan perlu menyediakan peruntukan bagi melunaskan pinjaman yang akan matang sejumlah RM773.75 bilion dalam tempoh 10 tahun. Di samping itu, pinjaman yang dipindahkan kumpulan wang pembangunan perlu dioptimumkan penggunaannya untuk membiayai projek pembangunan fizikal yang mempunyai kesan pengganda yang tinggi seterusnya dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Betong ingin mengetahui, apa tindakan-tindakan yang akan diambil oleh kerajaan agar syor daripada pihak Audit untuk memastikan pengurusan hutang persekutuan yang berhemat bagi mengurangkan pendedahan hutang dan liabiliti serta pemantauan terhadap tindakan rasionalisasi dan konsolidasi yang menetapkan sasaran defisit tidak melebihi tiga peratus kepada KDNK, hutang negara tidak melebihi 60 peratus kepada KDNK dan jaminan kewangan tidak melebihi 25 peratus kepada KDNK sejajar dengan objektif fiskal di bawah Akta 850.

Puan Yang di-Pertua, izinkan saya juga memberi perhatian khusus kepada projek iaitu prestasi pelaksanaan projek pembangunan RMK-12. Saya ingin memberi perhatian khusus kepada projek berstatus lewat jadual ataupun projek sakit dengan tempoh kelewatan tertinggi iaitu Program Perumahan Rakyat Seduan Sibu, Sarawak iaitu dekat dengan kawasan Puan Yang di-Pertua. Laporan Audit mendedahkan projek ini yang di bawah RMK-11 dengan tempoh kelewatan sebanyak 1,120 hari.

Ini bukan sekadar kegagalan pentadbiran Puan Yang di-Pertua, ia merupakan pengkhianatan terhadap harapan rakyat yang telah lama menanti untuk memiliki sebuah rumah. 1,120 hari iaitu bersamaan dengan tempoh tiga tahun terlalu lama bagi rakyat yang telah memberi komitmen untuk membeli dan menduduki rumah tersebut. Puan Yang di- Pertua, bayangkan kekecewaan rakyat apabila melihat kerangka rumah yang tidak siap- siap selama tiga tahun lewat jadual. Jadi Betong mohon penjelasan kenapa perkara ini berlaku.

final • 6:23 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Puan Yang di-Pertua, Betong ingin mencadangkan bagi meningkatkan prestasi pengurusan projek untuk semakan semula mekanisme pelaksanaan dan dasar yang melibatkan pembinaan projek perumahan yang melibatkan tanah persendirian dan pengkajian menyeluruh terhadap proses pelaksanaan projek. Pemantauan yang lebih ketat dengan mewujudkan sistem pemantauan yang efisien dan melibatkan pihak berkuasa tempatan dan penambahbaikan pengurusan kewangan melalui pengukuhan proses peruntukan dan pembayaran serta pelaksanaan audit berkala.

Akhir sekali, peningkatan kapasiti dengan memberi tumpuan pada latihan pegawai dalam aspek pengurusan projek dan kewangan serta peningkatan keupayaan teknikal kontraktor tempatan. Bagi memastikan pelaksanaan projek RMK-12 ini dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan, maka pentinglah agar syor-syor pihak audit diambil berat oleh pegawai pengawal kementerian dan jabatan.

Betong mohon penjelasan kenapa pegawai pengawal ini dan ketua jabatan gagal memantau dengan rapi dan berkesan bagi memastikan pelaksanaan projek pembangunan di bawah RMK-12 ini supayanya dapat disiapkan sepenuhnya menjelang akhir tahun 2025, nanti. Apakah langkah intervensi oleh pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan projek yang dirancang termasuk projek lewat jadual ini dapat disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan?

final • 6:23 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Sebagai penutup, Betong ingin menekankan pentingnya kerjasama antara semua pihak berkaitan untuk memastikan kejayaan program / aktiviti / projek kerajaan, perancangan dan pemantauan serta penyelarasan perlu diperbaiki agar setiap usaha yang dilakukan benar-benar memberi manfaat dan tidak membazir dan dengan pendekatan yang lebih teliti dan efisien dan hasil yang lebih baik boleh kita capai di masa- masa yang akan datang.

Maka, oleh itu, Betong mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Betong. Saya jemput Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 6:30 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Yang di- Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai sesi perbahasan berkenaan dengan Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan.

Saya mengucap tahniah kepada Kerajaan Persekutuan kerana berjaya mengurangkan defisit pada tahun 2023 sebanyak 0.5 peratus berbanding tahun 2022 iaitu bersamaan dengan RM8.5 bilion.

Namun begitu, apa yang lebih mengejutkan di sebalik penurunan defisit ini, terdapat suatu yang merisaukan iaitu nisbah hutang dan liabiliti persekutuan yang meningkat naik. Bagi tahun 2023, hutang Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak RM92.9 bilion bersamaan dengan peningkatan 8.6 peratus berbanding tahun 2022.

Bahkan nisbah hutang kepada KDNK turut meningkat iaitu sehingga 64.3 peratus pada tahun 2023 berbanding hanya 60.2 peratus pada tahun 2022. Jika tahun 2022 kita masih berada di fasa pemulihan pasca pandemik COVID-19, namun apakah respons kerajaan terhadap peningkatan hutang pada tahun 2023?

Selain itu, walaupun liabiliti kewangan menurun sebanyak 0.3 peratus, namun begitu nisbah liabiliti kewangan kepada KDNK meningkat sebanyak 3.8 peratus pada tahun 2023 iaitu 81.8 peratus berbanding tahun 2022, 78 peratus. Mohon penjelasan pihak kerajaan terhadap situasi ini dan sejauh manakah trending ini dijamin tidak akan berterusan pada tahun 2024.

final • 6:31 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Pelaksanaan projek pembangunan RP3 RMKe-12 berkenaan dengan pelaksanaan projek pembangunan RP3 Rancangan Malaysia Ke-12 yang berakhir pada 31 Disember 2023. Hanya satu pertiga iaitu bersamaan dengan 29.5 peratus berada di fasa pasca pelaksanaan, manakala bakinya lagi berada dalam fasa pra dan dalam pelaksanaan. Justeru, saya mohon penjelasan berkenaan hal ini dan apakah faktor yang menyebabkan projek ini dilihat lambat untuk disiapkan.

Daripada keseluruhan projek 8,279 projek pembangunan RP3 RMKe-12, sebanyak 110 projek batal dan 202 projek sakit bersamaan dengan 3.77 peratus.

Berapakah jumlah kos yang terlibat dalam projek batal dan sakit ini? Apakah faktor utama yang menyebabkan perkara ini berlaku? Sejauh manakah langkah-langkah telah diambil oleh kerajaan terhadap perkara ini dalam usaha meminimumkan bilangan projek sakit dan tergendala ini?

Kedua, jika dilihat daripada segi aspek kementerian, Kementerian Pendidikan Malaysia mencatatkan bilangan projek yang paling tinggi iaitu 77 projek, diikuti oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sebanyak 24 projek. Ia merupakan satu jumlah yang jauh berbeza dan pasti melibatkan kos yang tinggi. Justeru, mohon respons Kementerian Pendidikan terhadap perkara ini. Sejauh manakah langkah mitigasi diambil dalam menyelesaikan isu projek sakit ini?

Berdasarkan jumlah projek pembangunan bagi RP3 dan RP4, saya ingin memohon penjelasan pihak kerajaan, bagaimanakah pembahagian projek ini dibuat mengikut lima buah koridor ekonomi dan negeri-negeri di Malaysia? Apakah yang menjadi faktor utama dalam menentukan pembahagian ini?

Dalam kesempatan ini, saya ingin memohon penjelasan pihak kerajaan terhadap jumlah subsidi yang berjaya dijimatkan selepas pelaksanaan subsidi bersasar. Ke manakah peruntukan tersebut dimanfaatkan untuk rakyat secara keseluruhannya?

Akhir sekali, apakah langkah strategik bagi pihak kerajaan terhadap syor yang diberikan oleh Ketua Audit dalam aspek meningkatkan kecekapan kutipan hasil dan meningkatkan keberkesanan tata kelola kewangan syarikat-syarikat kerajaan?

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

final • 6:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Bagan Serai. Saya jemput Yang Berhormat Tebrau.

final • 6:31 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua kerana membenarkan Tebrau juga untuk turut terlibat dalam perbahasan petang ini.

Saya ingin mula dengan isu-isu yang banyak juga dibangkitkan oleh rakan-rakan dalam Dewan ini iaitu hutang negara. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, hutang negara pada tahun 2023 telah mencecah RM1.17 trilion. Pembayaran faedah sahaja setahun adalah hampir RM46,331 juta. Ini merupakan satu tanggungan yang cukup berat kepada fiskal kedudukan negara.

Di samping itu juga, saya juga ingin membawa perhatian kepada Dewan ini, pembayaran faedah sahaja atau kita panggil debt service charges (DSC) adalah 16 peratus daripada jumlah pendapatan negara. Dan yang lebih kita bimbang ialah hutang siling negara telah mencatat 64.3 peratus KDNK iaitu sudah menghampiri siling hutang negara yang telah ditetapkan di Dewan yang mulia ini iaitu 65 peratus.

Saya harap kerajaan jangan memandang isu ini dengan remeh kerana isu ini sangat penting. Pertama, kita perlu memberi ruang fiskal yang cukup untuk pembangunan negara dan juga pengurusan pentadbiran negara dan juga isu ini tentu akan memberi kesan kepada keyakinan pelabur kepada negara kita.

final • 6:36 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Maka, pada pandangan saya, untuk menangani isu ini, kita kena ada two-pronged attack. Pertama, kerajaan kena cari cara untuk kita menurunkan hutang negara, mungkin melalui penjimatan ataupun dengan pengurusan yang lebih telus dan juga mengurangkan ketirisan.

Kedua, kita juga kena pastikan KDNK negara kita ini terus mengembang. Kita tidak mahu satu situasi di mana kita sudah naik daripada 55 kepada 60, sekarang kita 65, takkan kita hendak sampai 70 peratus pula siling kita?

Satu cara untuk menangani isu ini, kita kena meningkatkan KDNK negara melalui pelbagai caralah. Sebab kalau tengok formula, KDNK ialah consumption plus investment plus government spending plus net export. Maknanya kerajaan kena pastikan- contohnya, consumption. Kena pastikan gaji-gaji rakyat Malaysia ini kena naik. Kena pastikan ada pelaburan masuk FDI dan DDI. Kena pastikan, yang paling pentingnya, eksport negara kena naik juga.

final • 6:36 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Bila kita bincang isu eksport ini, dia tidak boleh lari daripada isu produktiviti.

Produktiviti itu sangat penting dan saya harap kerajaan memandang serius isu produktiviti.

Di mana saya pernah ingat, daripada 12 sektor di Malaysia, hanya tiga atau empat sektor sahaja yang sebenarnya mencapai piawaian produktiviti yang memuaskan dan untuk menaikkan produktiviti negara ini adalah satu whole-of-nation approach, dengan izin Puan Speaker, dan ia perlu kerjasama bukan sahaja daripada Kerajaan Pusat, daripada pihak swasta tetapi juga daripada pihak kerajaan negeri. Itulah kenapa saya amat gembira bila negeri Johor mengumumkan pemindahan cuti umum dari hari Jumaat ke Ahad. Ini adalah selaras dengan kawasan-kawasan lain di Malaysia dan antarabangsa.

Saya bukan sahaja setuju, maka saya hendak letak dalam on record, saya sangat setuju dengan keputusan negeri Johor yang saya rasa adalah amat tepat dan juga amat penting untuk pembangunan ekonomi Johor dan juga untuk memastikan bahawa rakyat Johor dapat ada masa lebih dengan keluarga mereka dengan percantuman hari cuti yang sama. Sebab sebelum ini, walaupun cuti umum adalah pada hari Jumaat, tetapi private sector dia tak ikut. Maka, banyak ibu bapa yang tidak dapat menghabiskan masa yang cukup dengan anak-anak mereka. Satu keputusan yang baik. Sekarang kita telah kembalikan.

Last sekali Puan Speaker. Banyak isu juga yang telah dilontarkan di dalam Dewan ini dengan pasal kelewatan projek. Saya juga ingin bawa perhatian Dewan yang mulia ini kepada dua projek di kawasan saya yang saya rasa perlukan perhatian kerajaan.

Pertama, kelewatan projek naik taraf jalan daripada dua lorong- dua hala ke empat- lorong dua hala dari Taman Kempas Utama ke Kampung Maju Jaya. EOT bukan dua kali, bukan tiga kali, empat kali- 520 hari sudah EOT. Sampai hari ini berdasarkan Laporan Audit, setakat 31 Julai baru siap 48 peratus. Jalan ini sangat bahaya, malam tak ada lampu.

Tahun lepas memang sudah ada kemalangan maut.

Kedua yang saya ingin bawa perhatian ialah Projek Menaik Taraf Jalan dan Bina Baru Jambatan Kampung Perigi Acheh, Pasir Gudang. Ini lagi teruk lagi. EOT sampai enam kali, lewat 1,201 hari. Perigi Acheh ini untuk maklumat Puan Speaker, ia satu- kampung nelayan Melayu yang kecil sahaja, tetapi jambatan yang mereka reka bentuk ini empat tingkat. Empat tingkat tak apa, tiga atau empat- lorong kereta boleh jalan. Buat apa kita hendak bina jambatan yang begitu besar di satu- kampung nelayan yang kecil itu?

Hakikatnya, sekarang kita ada masalah jambatan itu tidak sesuai untuk kawasan itu dan saya haraplah JKR boleh fikirkan macam mana mereka nak selesaikan ini sebab isu ini amat memudaratkan rakyat di Johor ini. Di sini dia tulis 75 peratus, saya sendiri secara persendirian, saya tidak percayalah dia ada 75 peratus sebab saya nampak. Tiap- tiap bulan saya pergi, keadaan dia jauh lebih teruk daripada ini. Dengan itu, sekali lagi terima kasih kepada Puan Speaker. Itu sahaja perbahasan saya.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Saya jemput Yang Berhormat Tanjong Karang.

final • 6:40 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia Madani. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Tanjong Karang turut membahaskan Laporan Ketua Audit Negara.

Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali Tanjong Karang ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana bersikap terbuka, telus dengan keberanian membahaskan Laporan Audit Negara bagi tahun 2024. Seperti yang kita sedia maklum, LKAN ini merupakan satu- dokumen yang sangat penting kerana ia bukan sahaja mencerminkan prestasi kewangan kerajaan, malah memberi gambaran tentang ketelusan dan kecekapan dalam pengurusan dana awam.

Tuan Yang di-Pertua, Laporan Ketua Audit kali ini menyorot beberapa pencapaian baik, namun kita tidak boleh alpa terhadap kelemahan dan ketidakpatuhan yang turut dinyatakan. Beberapa kementerian dan agensi kerajaan telah menunjukkan prestasi kewangan yang baik dan pengurusan sumber yang cekap. Namun begitu, saya ingin menyentuh beberapa perkara utama yang perlu diberi perhatian bagi memastikan Kerajaan Madani terus memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan Tanjong Karang terus memfokuskan kepada Kementerian Kesihatan berserta cadangan penambahbaikan untuk KKM menyediakan perkhidmatan yang baik untuk rakyat Malaysia.

Pertamanya, KKM sangat memerlukan peruntukan dana yang lebih besar bagi memastikan keperluan mencukupi untuk memperbaiki kemudahan hospital dan klinik- klinik, terutamanya di kawasan luar bandar. Berdasarkan laporan kewangan terkini, terdapat peningkatan dalam perbelanjaan pembangunan negara dan Kementerian Kesihatan perlu menumpukan usaha untuk memperluaskan akses kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti dengan menggunakan dana yang diperuntukkan dengan lebih cekap.

Kedua, isu defisit dan liabiliti kewangan. Berdasarkan analisa kewangan Kerajaan Persekutuan 2023, defisit fiskal kerajaan masih menjadi isu utama. Justeru, perbelanjaan kesihatan yang cekap perlu dijadikan fokus utama untuk mengurangkan beban kewangan negara, termasuk menilai semula penggunaan sumber manusia dan kemudahan kesihatan tersedia.

Ketiga, kerajaan haruslah memberi lebih tumpuan kepada pembangunan infrastruktur kesihatan. Data menunjukkan perbelanjaan pembangunan untuk infrastruktur kesihatan meningkat daripada RM71.574 bilion pada 2022 kepada RM96.08 bilion pada 2023. Walau bagaimanapun, projek-projek yang tertangguh atau tidak memenuhi tarikh akhir perlu ditangani dengan segera.

Akhir sekali, Laporan LKAN menunjukkan kerajaan telah membelanjakan sejumlah wang yang sangat besar iaitu hampir RM400 bilion dalam tempoh tiga tahun sahaja, khusus bagi menangani wabak pandemik COVID-19 iaitu RM295 bilion pada tahun 2020, RM29.565 bilion pada tahun 2021 dan kemudiannya tahun 2022 sebanyak RM30.979 bilion dan zero bilion pada tahun 2023. Ini tidak termasuk kos PKP, penutupan perniagaan dan penguncupan eksport negara. Memandangkan pandemik COVID-19 ini merupakan satu tragedi terbesar negara, Tanjong Karang ingin bertanya. Kenapa tiada satu laporan yang komprehensif, yang merangkumkan keseluruhan kos kepada negara akibat daripada pandemik COVID-19 ini?

Keadaan ini menyebabkan negara agak terkesan dengan peningkatan hutang negara kepada RM1.173 trilion, aliran ekonomi yang agak lembap, tetapi Alhamdulillah, dengan Pelan Kerangka Ekonomi Madani, konsolidasi fiskal dan tata kelola yang baik,

final • 6:43 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

negara mampu menyerap cabaran ekonomi ini dan sekarang berada dalam fasa pemulihan dengan inflasi kekal di bawah dua peratus. Pertumbuhan ekonomi suku tahun kedua mencapai 5 peratus dan peningkatan perdagangan, peningkatan FDI dan Ringgit kita mengukuh begitu ketara sekali.

Namun begitu, amat penting bagi kerajaan dan Kementerian Kesihatan melakukan segera reformasi dalam health financing dan mengambil langkah-langkah awal dalam menyediakan pelan krisis kesihatan yang berkesan bagi menangani sebarang ancaman dan serangan pandemik pada masa hadapan tanpa perlu menjejaskan ekonomi negara.

Sekian, saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

final • 6:43 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Saya jemput Yang Berhormat Batu Pahat.

final • 6:43 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum* dan salam Malaysia Madani kepada semua.

Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi ruang pada Batu Pahat untuk membahaskan Laporan Ketua Audit Negara 2023. Saya- Batu Pahat ingin menyentuh tentang Laporan Audit berkaitan pencapaian pelaksanaan Projek Pembangunan RP3- Rolling Plan Ketiga dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas iaitu sebanyak 8,279 bilangan projek telah diluluskan, tetapi terdapat 2,323 projek masih dalam pra pelaksanaan pada tempoh audit ini dilakukan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 748 projek adalah di bawah Kementerian Pendidikan, 538 projek pula di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan Kementerian Dalam Negeri pula sebanyak 146 projek.

final • 6:49 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Berapa banyak projek yang berada dalam status pra pelaksanaan ini dapat dimulakan pada tahun 2024 dan adakah yang masih belum dimulakan..? Terdapat juga untuk makluman semua, 110 projek di bawah status batal dan simpan dalam perhatian.

Berdasarkan laporan yang sama iaitu projek status batal dan simpan- dalam perhatian, Laporan Audit menyebut jumlahnya meningkat kepada 132, menurut laporan pada 2 September 2024.

Sebanyak 100 projek telah dibatalkan dan 32 lagi simpan- dalam perhatian. Batu Pahat ingin mendapat penjelasan mengapa ada projek yang dibatalkan dan apakah kos bagi projek yang dibatalkan tersebut? Mengapakah pula terdapat 32 projek yang disimpan- dalam perhatian? Timbalan Yang di-Pertua, terdapat juga 3,404 projek dalam pelaksanaan dalam RP3.

Batu Pahat mengucapkan tahniah kerana 68 peratus ataupun 2,305 darinya berjalan mengikut jadual. Malah, 16 peratus darinya lebih laju daripada jadual yang sepatutnya, tetapi terdapat 550 projek atau 16 peratus darinya tidak berjaya mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pecahannya 202- lewat daripada jadual dan dicatatkan sebagai ‘projek sakit’, 107 projek berjalan, tetapi gagal mematuhi jadual dan 241 projek langsung tidak bergerak.

Untuk makluman, dari sejumlah 202 ‘projek sakit’, senarai mengikut kementerian adalah seperti berikut:

(i) bawah Kementerian Pendidikan sebanyak 72 ‘projek sakit’;

(ii) bawah Kementerian Sumber Asli 24 projek,

(iii) KKDW 22 projek,

final • 6:50 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

(iv) KKM 18 projek,

(v) KKR 12 projek,

(vi) KPKT 12 projek juga; dan

(vii) kementerian yang lain terdapat 42 projek.

Mengapa projek ini dianggap sebagai ‘sakit’? Apakah penalti yang dikenakan kepada mereka yang terlibat? Apakah langkah yang sedang dan telah dilakukan untuk memastikan rakyat terus mendapat faedah daripada projek ini? Lima daripada kos projek asal tersebut adalah bernilai RM351.62 juta yang telah bermula pada Rancangan Malaysia Kesebelas. Berapakah jumlah kerugian yang ditanggung oleh kerajaan akibat daripada kegagalan semua projek ini untuk nilai semasa?

Timbalan Yang di-Pertua, disebut juga oleh pihak Audit, terdapat 107 projek yang telah bermula, tapi tidak mengikut jadual. Apa langkah yang dilakukan bagi memastikan agar projek tersebut dapat berjalan dengan lancar dan memenuhi keperluan yang telah ditetapkan.

Untuk makluman juga, 241 projek pula menunjukkan langsung tidak bergerak.

Mengapa- pihak kementerian berkenaan sepatutnya segera mengambil tindakan untuk menggesa pihak yang berkenaan segera mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memulakan pelaksanaan projek berkaitan.

Timbalan Yang di-Pertua, pihak Ketua Audit Negara telah bertungkus-lumus berusaha memberi teguran dan pandangan untuk menjayakan sesuatu projek dan menepati peraturan kewangan. Puluhan tahun, teguran demi teguran telah dibuat. Banyak konsep teguran yang agak sama tapi kesilapan masih tetap berlaku. Ayuh, mari kita raikan teguran pihak Ketua Audit Negara dan kita perkukuhkan setiap pelaksanaan agar setiap sen yang kita belanjakan memberi manfaat dan mencapai matlamat. Timbalan Yang di- Pertua, Batu Pahat menyokong Laporan Ketua Audit Negara 3/2024.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat.

Sekarang tamat perbahasan dan saya menjemput Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk menjawab, tapi Menteri tidak sihat jadi diwakili oleh Yang Berhormat Menteri KBS.

final • 6:50 PM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Salam sejahtera Puan Yang di-Pertua.

Untuk makluman Dewan yang mulia, dengan kebenaran Yang di-Pertua Dewan Rakyat, saya akan mewakili Yang Berhormat Menteri Kewangan (II) yang memohon maaf kerana tidak dapat menggulung pada hari ini susulan beliau tidak sihat, kehilangan suara beliau kerana keradangan saluran kerongkong.

Saya akan menjawab pertanyaan-pertanyaan yang telah dibangkitkan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat semasa sesi perbahasan dan jawapan bagi pertanyaan-pertanyaan tersebut dijawab oleh Kementerian Kewangan secara bertulis jika ada soalan tambahan.

Terlebih dahulu saya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 19 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan dan semua teguran yang telah diberikan berkaitan Kementerian Kewangan amatlah dihargai. Izinkan saya memberikan penjelasan ke atas beberapa perkara yang telah dibangkitkan di bawah tanggungjawab Kementerian Kewangan berdasarkan isu-isu yang telah dibangkitkan.

Suka untuk saya mulakan dengan menjawab kenyataan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pendang, Rasah dan Tuaran, antaranya menyentuh soal perancangan kerajaan dalam menangani peningkatan hutang negara.

final • 6:54 PM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga akhir 2023, jumlah keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM1,172.5 bilion ataupun 64.3 peratus daripada KDNK. Jumlah hutang pada akhir Jun 2024 mencatat RM1,227.5 bilion atau 63.5 peratus daripada KDNK.

Walau bagaimanapun, kadar pertumbuhan hutang setiap tahun telah menunjukkan trend penurunan. Selari dengan komitmen kerajaan ke arah konsolidasi fiskal, kerajaan juga bertekad untuk mengurangkan nisbah hutang kepada KDNK di bawah 60 peratus secara beransur-ansur dalam tempoh jangka masa sederhana seperti yang ditetapkan dalam Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal. Oleh itu, antara strategi pengurusan hutang kerajaan sebagai langkah dalam usaha mengurangkan paras hutang yang perlu dilaksanakan adalah seperti berikut:

(i) meneruskan langkah konsolidasi fiskal secara beransur-ansur bagi memastikan pinjaman baharu adalah lebih rendah berbanding semasa pandemik tanpa menjejaskan pemulihan ekonomi negara;

(ii) memperluas asas hasil dan memastikan kutipan hasil yang mampan di mana perbelanjaan mengurus perlu dibiayai melalui hasil negara dan kerajaan sentiasa mempunyai lebihan baki semasa serta dapat menampung sebahagian perbelanjaan pembangunan; dan

(iii) mengutamakan pinjaman domestik dengan mengambil kira mudah tunai yang tinggi dan kos pinjaman yang lebih murah serta tidak terdedah kepada risiko tukaran wang asing dan memastikan pinjaman kerajaan adalah semata-mata untuk membiayai DE yang ditumpukan kepada projek berimpak tinggi seterusnya memberi pulangan kepada negara dan rakyat dalam tempoh jangka masa panjang.

Melalui konsolidasi fiskal secara tegas dan berperingkat, kerajaan berjaya mengekang peningkatan jumlah pinjaman bersih sekali gus mengurangkan pertumbuhan hutang. Defisit fiskal berjaya dikurangkan secara konsisten. Jumlah pinjaman bersih dijangka terus berkurang iaitu dari RM99.4 bilion pada tahun 2022 kepada RM92.5 bilion pada tahun 2023. Trend ini dijangka akan terus berkurangan sekitar RM86 bilion pada tahun ini.

Seterusnya YB Bayan Baru turut menyentuh isu berkaitan pelupusan saham dalam Syarikat Astronautic Technology (M) Sendirian Berhad. Antara yang dibangkitkan ialah soal nilai nominal saham berjumlah RM112.58 hanya dijual pada harga RM50,000.

Astronautic Technology Sendirian Berhad merupakan syarikat milik Menteri Kewangan

(Diperbadankan) yang ditubuhkan pada 10 Mei 1997 untuk membangunkan dan melaksanakan program pembangunan satelit berkaitan teknologi angkasa negara bagi memangkinkan industri aeroangkasa Malaysia.

ATSB merupakan syarikat yang bukan bersifat keuntungan sebaliknya bersifat strategik untuk pembangunan satelit. Secara dasarnya, objektif strategik ATSB telah dicapai di mana ATSB telah membangunkan dan melancarkan satelit penderiaan jauh mikro TiungSAT-1 pada 26 September 2000.

Selain itu, ATSB juga telah membangunkan satelit penderiaan jauh mikro RazakSAT yang dilancarkan pada 14 Julai 2009 untuk membekalkan imej data lebih spesifik dan kerap. Daripada jumlah RM112,579,000 modal awal yang diterima daripada kerajaan, sebanyak RM25 juta telah dibelanjakan untuk pembinaan, pembangunan dan pelancaran satelit TiungSAT-1. Sebanyak RM80 juta untuk pembinaan pembangunan dan pelancaran satelit RazakSAT manakala RM7.579 juta dibelanjakan untuk kos operasi ATSB.

final • 6:54 PM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat] Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 14 Ogos 2019 telah bersetuju untuk melupuskan pegangan saham kerajaan dalam ATSB kerana tiada keperluan strategik untuk Kerajaan Persekutuan terus memiliki Syarikat ATSB dan berperanan dalam agenda memperkasakan industri angkasa negara. Pelupusan saham ini telah dilaksanakan melalui proses tender terbuka dan disertai oleh empat buah syarikat pada RFP pertama dan tiga buah syarikat pada RFP kedua.

final • 6:54 PM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Rites Sdn Bhd merupakan pembida berjaya dengan harga bidaan sebanyak RM50,000 tanpa apa-apa syarat yang mengikat kerajaan. Pelupusan saham ATSB pada nilai nominal RM50,000 adalah berdasarkan goodwill sahaja di mana segala aset dan liabiliti syarikat telah disifarkan, manakala syarikat berstatus dormant tanpa sebarang operasi perniagaan dan pekerja.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya adalah berkaitan peningkatan pinjaman Kerajaan Persekutuan. Jumlah pinjaman Kerajaan Persekutuan pada tahun 2023 adalah sebanyak RM226.595 bilion dan sebenarnya berkurang daripada RM230.949 bilion pada tahun 2022. Daripada RM241.509 bilion yang dinyatakan di dalam Laporan Ketua Audit Negara, sejumlah RM8.776 bilion merupakan premium bersih yang dilaraskan kepada akaun penyelesaian premium ataupun diskaun sekuriti kerajaan. Manakala RM6.138 bilion merupakan transaksi switch auction yang merupakan kaedah yang digunakan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai strategi pengurusan hutang- managing maturity profile untuk mengurangkan risiko pembiayaan semula- refinancing risk dengan izin.

Kaedah ini tidak akan meningkatkan jumlah pinjaman secara keseluruhan memandangkan ia hanya melibatkan pertukaran kertas hutang dengan amaun prinsipal yang sama di antara kerajaan dan pemain pasaran. Untuk makluman, Kementerian Kewangan hanya meminjam untuk membiayai defisit fiskal dan hutang yang matang dan sentiasa memastikan kerajaan tidak meminjam secara berlebihan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bayan Baru telah membangkitkan soalan 1MDB bahawa Kerajaan Persekutuan perlu menyediakan peruntukan berjumlah RM9.456 bilion yang terdiri daripada sejumlah RM5 bilion bagi prinsipal sukuk Islamic medium-term notes yang akan matang pada 27 Mei 2039 dan RM4.456 bilion bagi bayaran kupon Islamic medium-term notes bagi tempoh 2024 sehingga 2039.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, sehingga 30 September 2024, jumlah dana berkaitan 1MDB yang telah berjaya didapatkan kembali dan dimasukkan ke dalam Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset iaitu assets recovery adalah sebanyak RM27.17 bilion. Pada masa ini, dana ini masih berbaki sebanyak RM3.04 bilion. Dana ini akan digunakan untuk membayar hutang 1MDB dan apa-apa perbelanjaan lain yang dibenarkan di bawah arahan Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset.

Kerajaan akan meneruskan usaha untuk mendapatkan semula semua dana berkaitan 1MDB yang telah diselewengkan dengan matlamat utama untuk memaksimumkan pulangan bagi melunaskan hutang 1MDB mengikut masa yang telah ditetapkan. Jaminan pembiayaan kepada 1MDB sehingga RM5 bilion adalah berdasarkan kepada kelulusan Jemaah Menteri pada 1 April 2009.

Pembiayaan ini dilaksanakan melalui terbitan sukuk IMTN pada 29 Mei 2009 dengan tempoh matang selama 30 tahun iaitu sehingga 29 Mei 2039 dengan kadar faedah sebanyak 5.75 peratus setahun. Sehingga September tahun ini, jumlah faedah atau kupon yang telah selesai adalah sebanyak RM4.312 bilion.

final • 7:00 PM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Tuan Yang di-Pertua, terdapat juga Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan isu berkaitan Akaun Belum Terima Lembaga Hasil Dalam Negeri. Untuk makluman, amaun RM22.775 bilion ini meliputi:

(i) RM7.964 bilion adalah di bawah ataupun mendapat perintah penggantungan oleh mahkamah;

(ii) RM1.744 bilion adalah kes-kes sedang dalam mematuhi ansuran;

(iii) RM6.062 bilion pula adalah kes-kes yang sedang di bawah tindakan pemungutan iaitu Unit Pungutan;

(iv) RM2.517 bilion kes-kes rayuan terhadap taksiran yang telah dibangkitkan.

Sedikit lagi ya, Tuan Yang di-Pertua.

(v) RM715 juta adalah kes di bawah tindakan penggulungan;

(vi) RM94 juta adalah kes hapus kira diperakukan;

(vii) RM1.813 bilion adalah kes saman yang masih berkuat kuasa; dan

(viii) RM217 juta kes di mana pengemukaan pihak pungutan untuk tindakan guaman sivil.

Tuan Yang di-Pertua, terdapat kelulusan dalam tahun 2023 bagi kes hapus kira yang diperakukan dalam tahun 2022. Ini bermakna, amaun kelulusan hapus kira dalam tahun 2023 sebanyak RM726,704,920.23 termasuk amaun hapus kira RM319,680,793.93 yang diperakukan dalam tahun 2022. LHDN mengambil maklum isu yang dibangkitkan dan sentiasa menambah baik proses kerja dari semasa ke semasa.

Tuan Yang di-Pertua, ramai Ahli Yang Berhormat juga turut membangkitkan isu bahawa komitmen kewangan meningkat sejumlah RM0.139 bilion menjadi RM285.634 bilion tahun 2022. Manakala, komitmen jaminan meningkat sejumlah RM3.288 bilion menjadi RM227,404 bilion. Menjadi RM227.404 bilion, maaf ya.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Jangan mengeluh Menteri.

final • 7:00 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Merujuk kepada komitmen jaminan pada akhir 2023, berjumlah RM227.404 bilion yang meningkat sebanyak RM3.288 bilion berbanding tahun 2022 adalah antaranya:

(i) terbitan pinjaman baharu mengikut kemajuan projek terutamanya oleh MRL, Dana Infra dan Prasarana;

(ii) intervensi dasar kerajaan untuk menyokong dan membantu kewangan syarikat;

(iii) UJSB struktur sukuk yang mempunyai kupon sifar di mana keuntungan akan dibayar pada akhir tempoh matang dan dipermodalkan setiap tahun; dan

(iv) terdapat juga hutang yang telah berjaya dibayar oleh syarikat.

Kesemua komitmen jaminan ini adalah komitmen hutang syarikat berkaitan kerajaan dan badan berkanun yang secara khususnya melaksanakan obligasi sosial terutamanya projek infrastruktur pengangkutan awam.

Perlu dijelaskan bahawa peningkatan komitmen jaminan adalah untuk menampung empat projek infrastruktur pengangkutan yang masih sedang berjalan iaitu projek MASS Rapid Transit (MRT), Light Rail Transit 3 (LRT3), Lebuhraya Pan Borneo

final • 7:00 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Sarawak dan Rel Hubungan Pantai Timur (ECRL) di samping menampung kos operasi prasarana bagi menambah baik sistem jaringan pengangkutan negara.

Peningkatan komitmen adalah untuk melaksanakan projek infrastruktur yang tidak dapat ditampung melalui Belanja Pembangunan serta tidak mengabaikan projek-projek sosial yang lain seperti pembinaan sekolah, hospital, Jalan Persekutuan, projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang disediakan di bawah Belanja Pembangunan. Pada masa yang sama, terdapat juga dua komitmen jaminan yang telah selesai sepenuhnya pada tahun 2023 yang melibatkan aset Global Network Sdn. Bhd. RM50 juta serta Sentuhan Budiman Sdn. Bhd. RM600 juta.

Antara usaha Kerajaan Persekutuan untuk memastikan liabiliti Persekutuan terkawal adalah melalui langkah-langkah seperti berikut:

(i) penetapan had nilai kuantiti yang perlu dipatuhi seperti yang ditetapkan di dalam Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023;

(ii) memastikan kadar pembiayaan dana oleh pertubuhan, perbadanan yang dijamin adalah dalam lingkungan harga yang rendah;

(iii) membatalkan beberapa fasiliti jaminan yang masih belum dimanfaatkan dari semasa ke semasa; dan

(iv) memastikan pertubuhan perbadanan yang dijamin mempunyai keupayaan kewangan bagi tujuan bayaran balik pembiayaan dan seterusnya tidak memberi beban kepada kerajaan.

Langkah-langkah tersebut akan turut diimbangi dengan usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan hasil pendapatan negara serta pelaksanaan rasionalisasi subsidi.

Tuan Yang di-Pertua, mengakhiri penggulungan ini, sukacita sekali lagi saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas pandangan dan input yang dikongsi oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang tempoh perbahasan ini. Kesemua cadangan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat akan diteliti oleh Kementerian Kewangan. Sekian, terima kasih.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih wakil kepada Menteri Kewangan. Baik, kita ada lima kementerian lagi dan saya sarankanlah kalau tidak ada wakil-wakil rakyat yang berkenaan di dalam dengan izin, you may skip it and give a written answer.

Berikut saya mempersilakan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, 5 minit.

final • 7:00 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam perpaduan dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebelum saya meneruskan penggulungan perbahasan, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah terlibat dalam perbahasan Laporan Ketua Audit Negara 3/2004 di Dewan yang mulia ini. Sesungguhnya usaha ini mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk menangani kelemahan tata kelola yang boleh membawa kepada ketirisan dan merugikan kerajaan serta mewujudkan tadbir urus sektor awam yang lebih baik.

Tuan Yang di-Pertua, semasa perbahasan Laporan Ketua Audit Negara 3/2004 yang berlangsung hari ini, ada empat orang Ahli Yang Berhormat yang menjurus kepada isu cadangan dan pandangan berkaitan dengan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang menjurus kepada pengurusan projek rancangan- plan ke-12.

final • 7:10 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Yang pertama YB Tuaran. YB Tuaran tidak ada di sini- atau jawab bertulis?

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Jawab bertulis.

final • 7:10 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Okey. Yang kedua YB Sik. YB Sik pun tidak ada?

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Jawab bertulis.

final • 7:10 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Jawab bertulis.

Yang ketiga, YB Kuala Krai. Kuala Krai pun tidak ada di sini?

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Jawab bertulis.

final • 7:10 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Jawab bertulis. Yang terakhir YB Batu Pahat.

final • 7:10 PM

Beberapa Ahli

Ada. Ada.

final • 7:10 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Ada?...

[Ketawa] YB Batu Pahat menyuarakan berkaitan dengan projek lewat jadual dan projek batal di kawasan beliau. Untuk makluman Yang Berhormat, definisi lewat jadual, projek sakit adalah projek yang mengalami kelewatan lebih 20 peratus ataupun lewat lebih 60 hari.

Sekiranya projek tidak dapat disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan, denda LOA akan dikenakan ke atas kontraktor. Terdapat tiga projek di bawah KKDW yang terlibat dalam pembatalan projek di seluruh negara iaitu dua projek tabika di bawah JAKOA dan satu projek tabika di bawah KEMAS. Justifikasi pembatalan projek tersebut adalah isu pengambilan balik tanah yang terlalu lama dan isu nilai pampasan yang tidak pernah dipersetujui oleh tuan tanah. Jadi pihak kementerian telah pun membatalkan tiga projek ini. Namun pembatalan ini bukanlah rigid. Sekiranya perkara atau pun isu berkaitan dengan tanah ini, tapak ini dapat diselesaikan, projek ini akan dimasukkan semula ke dalam planning- plan yang seterusnya.

Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja daripada- yang mengarah kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan kita mengucapkan ribuan terima kasih atas pandangan, isu dan cadangan. Kementerian sebenarnya amat prihatin dan komited dengan teguran dan juga cadangan dari Jabatan Audit. Kita mengambil perhatian dan akan mengambil langkah-langkah intervensi bagi memastikan pengurusan projek yang lebih sistematik pada masa akan datang. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berikut Timbalan Menteri Pengangkutan. Silakan.

final • 7:10 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Terima kasih Yang di-Pertua.

final • 7:14 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Lima minit.

final • 7:14 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Sepanjang perbahasan ini hanya satu persoalan yang dibangkitkan ya oleh Pasir Mas iaitu..

final • 7:14 PM

Beberapa Ahli

Tidak ada. Tidak ada.

final • 7:14 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Pasir Mas tidak ada. Terpulang. Jawapan bertulis.

final • 7:14 PM

Seorang Ahli

Dah jawab.

final • 7:14 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Pendek sangat. Satu. Alang-alang habiskan. Okey, saya habiskan saja.

final • 7:14 PM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Dibangkitkan ialah melalui yang dipohon untuk memudah cara supaya tanah milik RAC di sepanjang jajaran KTMB boleh disewakan kepada sesiapa yang berminat untuk menjalankan apa-apa perniagaan yang boleh meningkatkan industri pelancongan. Jadi Yang di-Pertua, pihak RAC sentiasa mengalu-alukan permohonan daripada mana-mana pihak yang berminat untuk mengkomersialkan tanah-tanah RAC. Dalam hal ini sebelum sesuatu permohonan sewaan tanah kereta api itu diluluskan, pertimbangan harus mengambil kira lokasi tapak yang dipohon.

Ulasan daripada KTMB selaku operator dan juga pihak berkuasa tempatan. Ini bagi memastikan tujuan penyewaan tanah tersebut dibuat dapat dilaksanakan tanpa halangan daripada mana-mana pihak berkepentingan dan gangguan terhadap operasi kereta api. Sekian, Terima kasih.

final • 7:14 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya. 10 minit.

final • 7:14 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Dato’ Yang di-Pertua, JKR telah menetapkan bahawa semua peringkat pengurusan projek yang dilakukan sama ada melalui cara konvensional atau cara reka dan bina adalah dibatasi oleh sistem pengurusan kualiti JKR.

Perkara ini untuk memastikan semua projek berada dalam garis masa yang telah ditetapkan seperti mana yang termaktub dalam kontrak. Bermula daripada fasa iklan sehinggalah projek diserahkan kepada pihak pelanggan dengan mengeluarkan Sijil Perakuan Siap Kerja atau dengan izin, Certificate of Practical Completion (CPC). JKR juga amat memandang serius dengan isu kelewatan pelaksanaan projek-projek pembangunan dan semua pihak dikehendaki mengurus kontrak mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam kontrak. Jabatan telah menubuhkan beberapa buah jawatankuasa di peringkat JKR Malaysia untuk menyelesaikan masalah atau isu berbangkit yang menjejaskan pelaksanaan projek-projek pembangunan peruntukan persekutuan.

Bagi projek-projek yang lewat tidak melebihi satu bulan, pemantauan rapi oleh peringkat pasukan projek. Manakala projek-projek yang lewat melebihi satu bulan, program intervensi akan dilaksanakan oleh pengurus program atau pengarah JKR negeri bagi menangani masalah di tapak. Bagi projek-projek yang telah mengalami kelewatan mencecah peratusan fizikal melebihi 15 ke-20 peratus atau tidak melebihi dari dua bulan, projek tersebut akan dibawa ke Jawatankuasa Project Problem Solving Governance dengan izin, PSG bagi meneliti masalah dan cadangan penyelesaian.

Bagi projek-projek yang mengalami kelewatan fizikal melebihi dua bulan atau 20 peratus mengikut mana yang terdahulu di samping untuk mendapatkan pengesyoran penamatan ke atas syarikat serta langkah pemulihan bagi projek sakit, jabatan telah menggariskan panduan merujuk pada surat arahan penubuhan Contract Coordination Panel iaitu CCP. Pemantauan secara berkala juga dilaksanakan di peringkat jabatan setiap bulan melalui Mesyuarat Pemantauan Projek Peringkat Sektor dan Peringkat Ketua Pengarah Kerja Raya.

Dato’ Yang di-Pertua, projek sakit mengikut kementerian yang ada di tangan JKR sebanyak 24 projek atau pun 3.06 peratus daripada 785 projek di tangan JKR. Bilangan projek Kementerian Pendidikan, lima; Kementerian Kemajuan Desa, lima; Kementerian Kesihatan, tiga; Kementerian Pertahanan, dua; Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), dua; Kementerian Dalam Negeri, satu; Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor, satu; Kementerian Belia dan Sukan, satu; Kementerian Kerja Raya, satu; Kementerian Wanita, satu; Kementerian Pertanian, satu; Kementerian Perumahan, satu.

Jumlahnya 24 daripada 785 projek sehingga 16 September 2024.

final • 7:15 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Pemantauan rapi pelan pemulihan. Ini lah tindakan kami. Bilangan projek ada lapan. Proses penilaian EOT, empat. Kontraktor dikenakan denda LAD, tiga. Projek untuk dibawa masuk ke CCPPSG, tiga. Surat amaran diberi, dua. Notis untuk tujuan penamatan, dua. Surat penamatan bersama, satu. Suspension of work, satu. Jumlah 24 daripada 785 projek.

Itulah jawapan saya untuk YB Tuaran, Semporna, Kuala Krai, Bakri, Kota Melaka, Arau, Betong, Tebrau yang semuanya tiada di sini. Terima kasih.

final • 7:15 PM

Seorang Ahli

Tebrau ada. Tebrau ada.

final • 7:15 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Betong ada. Betong.

final • 7:15 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Ada. Tebrau ada.

final • 7:15 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik. Terima kasih Menteri. Berikutnya saya mempersilakan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

final • 7:15 PM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu di dalam LKAN berkaitan dengan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

Kalau ikut di sini yang dibangkitkan banyak berkisar soal pajakan tanah yang di mana JKPTG terletak di bawah bidang kuasa NRES.

Sememangnya kita- saya ucapkan penghargaan kepada semua atas keprihatinan dan kita menyokong Laporan Ketua Audit untuk dibahaskan di dalam Dewan yang mulia supaya teguran yang dibangkitkan dapat diteliti, dibincangkan dan dibuat langkah penambahbaikan selari untuk kita melihat tata kelola sektor awam yang lebih baik.

final • 7:19 PM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Yang Berhormat Rasah meminta penjelasan tentang kegagalan JKPTG mengutip hasil pajakan tanah milik kerajaan berjumlah RM31 juta. Tuan Yang di-Pertua, JKPTG menggunakan punca kuasa Akta Pesuruhjaya Tanah Persekutuan [Akta 349] untuk mengutip hasil pajakan tahunan. Tunggakan yang kita panggil ABT berjumlah RM31.08 juta adalah tunggakan kumulatif antara 2018 sehingga 2023. Dalam tempoh enam tahun tersebut JKPTG berjaya mengutip hasil sewaan dan pajakan tanah persekutuan berjumlah RM495 juta. Jadi tunggakan ataupun ABT yang terkumpul adalah enam peratus daripada keseluruhan kutipan pajakan dan sewaan dan ini termasuk denda lewat lapan peratus setiap tahun dari amaun pajakan ataupun sewaan.

Sebagai makluman daripada amaun RM31.08 juta tersebut, RM12.5 juta melibatkan kutipan pajakan tahunan di mana RM1.71 juta adalah ABT bagi pajakan biasa dan RM10.88 juta adalah ABT bagi pajakan penswastaan. ABT pajakan penswastaan ini terikat dengan Perjanjian Penswastaan yang dikawal selia oleh kementerian ataupun jabatan pengguna tersebut. Daripada jumlah ini, RM10.18 juta daripada jumlah ABT pajakan penswastaan adalah melibatkan projek penswastaan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) iaitu Preston Shipyard Sdn. Bhd. RM7.48 juta, Senai Airport and Terminal Services Sdn. Bhd. RM2.35 juta, Malaysia Airport Holdings Berhad RM0.33 juta dan Lembaga Pelabuhan Johor iaitu RM0.004 juta sehingga 31 Disember 2023.

Antara tindakan yang telah diambil oleh JKPTG untuk mengutip hasil pajakan tanah milik kerajaan adalah mengeluarkan surat amaran dan peringatan kepada pemajak dan penyewa dan juga mengambil tindakan perundangan termasuklah LOD dan sebagainya. Kita akan terus melaksanakan usaha-usaha menyelaras dan mengurangkan Akaun Belum Terima (ABT) Kerajaan Persekutuan dengan lebih proaktif.

Seterusnya, Yang Berhormat Bakri mencadangkan agar kerajaan memanfaatkan aset seperti tanah dan bangunan kerajaan di lokasi strategik yang tidak digunakan supaya dapat disewakan atau dipajak. JKPTG sedang mengenal pasti tanah-tanah persekutuan

final • 7:20 PM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

yang masih kosong ataupun telah terbiar untuk dioptimumkan bagi tujuan sewaan atau pajakan selaras dengan Hala Tuju Pengurusan Tanah Persekutuan 2021-2030. Melalui hala tuju ini, tempoh pegangan tanah persekutuan yang belum ataupun tidak dibangunkan oleh kementerian ataupun jabatan pengguna ditetapkan lima tahun sahaja dengan tambahan dua tahun boleh diberikan berdasarkan budi bicara dan justifikasi yang kukuh yang perlu kemukakan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Bagi kita tempoh ini adalah munasabah bagi kementerian ataupun jabatan pengguna merancang pembangunan di atas lot tanah yang berada dalam kawalan masing-masing. Selepas tempoh tersebut, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan berhak untuk menguruskan tanah tersebut setelah terlebih dahulu berunding dengan kementerian ataupun jabatan terlibat sama ada untuk tukar guna, suai padan, sewaan ataupun pajakan.

Bagi tanah yang melibatkan projek pembangunan dilaksanakan secara berfasa dan memerlukan tempoh yang lebih lama untuk disiapkan iaitu melebihi tempoh lima tambah dua tahun ini, pengesahan bajet pembangunan (DE) boleh diberikan kepada PTP untuk pertimbangan. Dengan menjalankan langkah ini kita merasakan tanah persekutuan dapat digunakan secara optimum di samping menjana pendapatan kepada Kerajaan Persekutuan dan mengelakkan ia dicerobohi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Terima kasih.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut saya mempersilakan Kementerian Pendidikan, lima minit.

final • 7:20 PM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun menyentuh berkenaan dengan isu di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3 2004. Kementerian Pendidikan Malaysia komited memastikan pelaksanaan projek pembangunan dilaksanakan sebagai mana yang telah pun dirancang. KPM sentiasa memantau rapi pelaksanaan projek-projek yang telah pun diluluskan.

Seperti yang dilaporkan dalam LKAN bilangan projek pembangunan di bawah RP3 RMK-12 mengikut kementerian sehingga 31 Disember 2023, Kementerian Pendidikan Malaysia terlibat dalam sejumlah 2,064 projek iaitu yang paling tinggi di antara kesemua kementerian. Berdasarkan kepada laporan yang sama KPM, daripada jumlah 2,064 projek yang dilaksanakan oleh KPM tersebut, 72 projek diklasifikasikan sebagai projek sakit setakat 31 Disember 2023.

Dalam perbahasan oleh Yang Berhormat Kota Melaka beliau ada menyatakan sama ada Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai masalah yang mana kita tidak mempunyai orang yang cukup ataupun expertise yang mencukupi. Dalam pada itu saya ingin menyatakan bahawa:-

(i) antara 72 projek sakit tersebut, 29 projek dilaksanakan oleh KPM;

(ii) 19 projek dilaksanakan oleh JKR Malaysia;

(iii) 4 projek dilaksanakan oleh JKR Sabah; dan

(iv) 20 projek oleh JKR Sarawak.

Bagi projek yang dilaksanakan oleh KPM tidak wujud isu berkenaan dengan expertise dan sebagainya kerana kita mempunyai kader-kader dari JKR yang merangkumi kesemua bidang untuk membantu KPM dalam melaksanakan projek dan dalam melantik kontraktor-kontraktor yang berkaitan.

final • 7:24 PM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

KPM telah meneliti status terkini berdasarkan kepada langkah-langkah intervensi yang telah pun diambil. Sehubungan itu, sehingga hari semalam 14 Oktober 2024 status terkini bagi 72 projek sakit tersebut yang dinyatakan dalam LKAN adalah seperti berikut:

(i) jumlah projek sakit 72;

(ii) yang masih dalam kategori sakit 15, setakat 14 Oktober 2024;

(iii) lewat jadual 3;

(iv) di tender semula 7;

(v) yang telah pun kembali mengikut jadual 24; dan

(vi) yang telah pun siap dan beroperasi 23.

Maka jumlah projek sakit daripada 72 yang tinggal sekarang 15, lewat jadual 3 dan tender semula 7.

Sekiranya kita meninjau berkenaan dengan penyebab ataupun faktor utama yang menyumbang kepada berlakunya projek sakit termasuk kelemahan pengurusan dan perancangan projek oleh pihak kontraktor, kelemahan perunding yang dilantik, isu kesediaan tanah, peningkatan kos, keperluan penyelarasan utiliti, syarat tambahan baharu ataupun luar skop oleh PPD dan mungkin ada sesetengah kes melibatkan kesukaran untuk jentera memasuki tapak.

KPM mengambil langkah strategik intervensi untuk menangani isu projek sakit di hadapan kita yang mana untuk menangani isu tersebut pihak kementerian dan agensi pelaksana iaitu JKR sentiasa mengadakan pemantauan rapi terhadap projek yang terlibat supaya ia dapat disiapkan ataupun back on track dengan izin. Kerjasama strategik juga dijalin antara kesemua agensi utama iaitu seperti Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan juga kerajaan negeri, kerajaan tempatan.

Pada masa yang sama projek sakit ataupun projek yang lewat jadual yang belum lagi di kategori sebagai sakit juga dipantau melalui panel penyelarasan kontrak (CCP) secara berkala. Panel penyelarasan kontrak ini adalah dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian dan panel ini bermesyuarat setiap bulan untuk memastikan projek-projek sakit ataupun projek-projek yang tidak menepati jadual itu dapat diambil tindakan dengan segera. Pada masa yang sama juga pihak KPM memastikan kontraktor dan perunding melaksanakan syor-syor bagi mengatasi isu dan masalah pelaksanaan projek seperti yang diarahkan oleh KPM ataupun agensi pusat seperti JKR.

Pada masa yang sama, selain daripada panel penyelarasan kontrak (CCP) yang dipengerusikan oleh Datuk KSU, pemantauan rapi terhadap prestasi kemajuan projek di tapak turut dilaporkan dan diperbincangkan melalui Mesyuarat Tindakan Pembangunan Kementerian yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan sendiri dan Mesyuarat Tindakan Pembangunan Kementerian ini bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun.

final • 7:24 PM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Untuk projek yang tiada daya upaya, perolehan secara retender sememangnya merupakan kaedah akhir yang akan dilaksanakan setelah penamatan kontrak biasa selesai dilaksanakan dengan mengambil kira baki kerja semasa dan kos perakuan muktamad diselesaikan di peringkat agensi mengurus.

Berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuaran- Yang Berhormat Tuaran tidak ada. Kami akan bagi jawapan secara bertulis.

Yang Berhormat Kota Melaka menyatakan berkenaan pengurusan projek sakit.

Tadi saya dengar perbahasan daripada Yang Berhormat Kota Melaka. Beliau kata kita kena bagi ubat yang lebih berat, yang lebih efektif bagi menangani isu ini.

Untuk menangani isu projek sakit, di peringkat KPM, kita telah pun melaksanakan beberapa pembaharuan. Nombor satu, panel penyelarasan kontrak (CCP) yang saya

final • 7:30 PM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

sebut tadi yang dipengerusikan oleh Datuk KSU. Baru-baru ini, kita telah pun melibatkan ICU iaitu Unit Penyelarasan Pelaksanaan sebagai ahli baharu kita. Peranan ICU dapat membantu kita di KPM daripada segi pemantauan dan juga libat urus dengan agensi- agensi peringkat negeri dengan lebih berkesan. Itu satu.

Nombor dua, daripada segi pelantikan kontraktor. KPM telah pun mengambil tindakan untuk mengetatkan lagi kriteria pelantikan kontraktor iaitu: nombor satu, kontraktor haruslah berdaftar di bawah kategori yang ditetapkan; nombor dua, kontraktor hendaklah mempunyai kewangan yang kukuh dan tidak hanya bergantung pada bayaran interim daripada kementerian sahaja; nombor tiga, of course, dengan izin, bukan daripada senarai hitam; nombor empat adalah berkenaan dengan pengalaman kontraktor dalam pembinaan bangunan dan juga projek yang terbabit.

Yang Berhormat Jelutong membangkitkan isu berkenaan dengan projek SJK(T) Sungai Bakap. Terima kasih kerana membangkitkan isu ini. KPM sentiasa menyokong kepada akses pendidikan terutamanya yang melibatkan sekolah bantuan kerajaan. Untuk rekod untuk pengetahuan Yang Berhormat Jelutong, bagi projek SJK(T) Sungai Bakap ini, ia tidak termasuk dalam 72 projek seperti yang dilaporkan dalam LKAN kerana projek ini pada asalnya sememangnya dilaksanakan oleh lembaga pengelola sekolah (LPS) sendiri.

Ia tidak dilaksanakan oleh pihak KPM ataupun JKR.

Pada 16 Disember 2015, kerajaan telah menurunkan peruntukan sebanyak RM3.5 juta kepada pihak LPS sebagai bantuan bagi membolehkan pihak LPS membina bangunan baharu dan menyediakan kelengkapan sekolah. Walau bagaimanapun, projek tersebut tidak dapat disiapkan dan projek sekarang ini dalam proses untuk diangkat semula ke peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia. Kita sedia maklum bahawa isu ini telah pun tertangguh sekian lama. Demi kepentingan komuniti setempat, KPM komited untuk menyiapkan pembinaan ini dan juga, pada masa yang sama, kita sedang mengadakan perbincangan dengan LPS baharu yang telah pun mengambil alih daripada LPS yang sebelum ini.

Maka, bagi SJK(T) Sungai Bakap, KPM komited untuk menyiapkan pembinaan ini.

final • 7:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker, saya menerima baik pengumuman itu dan saya ingin merakamkan, Timbalan Speaker, ucapan jutaan terima kasih kepada Timbalan Menteri, kepada kementerian dan terutamanya kepada Yang Amat Berhormat Tambun, PMX kita. Di mana, saya akan bawa berita baik ini kembali ke Pulau Pinang memaklumkan kepada rakyat setempat bahawa SJK(T) Sungai Bakap ini akan dibina pada masa yang terdekat. Terima kasih Timbalan Speaker dan Timbalan Menteri.

final • 7:30 PM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Dengan itu, Yang Berhormat Timbalan Speaker, projek-projek di bawah KPM akan sentiasa dipantau rapi oleh KPM bagi memastikan projek disiapkan dan beroperasi mengikut perancangan asal.

Walau bagaimanapun, KPM berpandangan bahawa penamatan kontrak untuk projek merupakan langkah terakhir kerana ia akan mengambil satu masa yang lebih panjang dan kebiasaannya apa yang KPM akan laksanakan, kita akan laksanakan sesi libat urus dengan kontraktor-kontraktor yang terbabit untuk membolehkan projek itu disambung dan juga disiapkan.

Dengan itu, sekali lagi, terima kasih saya ucapkan kepada Dato’ Yang di-Pertua.

Sekian dari Kementerian Pendidikan Malaysia.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut, saya mempersilakan Menteri Kementerian Kesihatan.

final • 7:30 PM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam madani semuanya Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, terima kasih pertama-tamanya saya majukan kepada Yang Berhormat yang telah berbahas, antara lainnya Kuala Nerus, Tuaran, Sik, Semporna, Bakri, Kuala Langat, Tanjong Karang, Batu Pahat dan Ahli Yang Berhormat lain yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2023 khususnya yang menyinggung hal terkait Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ya, saya dapati bahawa Yang Berhormat Kuala Nerus dan Kuala Langat khususnya menyinggung tentang peningkatan peruntukan perbelanjaan KKM. Namun, kedua-dua Ahli Yang Berhormat ini sedia maklum bahawa banyak-banyak yang disebutkan itu, kita tahu banyak lagi yang memerlukan suntikan dana. Kita dikatakan adalah antara negara yang mempunyai ekonomi berpendapatan menengah tinggi tetapi perbelanjaan total expenditure on health, dengan izin, keseluruhan perbelanjaan sektor kesihatan kedua-dua sekali awam dan juga swasta hanyalah pada paras 4.5 peratus daripada keluaran dalam negara kasar yang sekali gus mengingatkan kita bahawa kita masih lagi belum mencapai paras yang seharusnya sebagai upper-middle-income economy, dengan izin, ekonomi menengah tinggi seharusnya berbelanja kurang lebih lima peratus hingga enam peratus daripada keluaran dalam negara kasar.

Apa pun, kita bersyukur kerana telah pun menyaksikan sebuah sistem kesihatan yang disegani rakan dan regional piers kita kerana kita pada sewaktu awal pembinaan kesihatan kita as a public health system ataupun sistem kesihatan awam kita telah memacu pelbagai kejayaan yang antara lain dianggap sebagai satu kayu ukur ataupun benchmark dalam negara yang dikategorikan sebagai the lower middle income countries

(LMIC). Apa pun, hendak saya sebutkan seperti mana yang disinggung oleh Hulu Langat dan juga Kuala Nerus. Secara keseluruhan, pada tahun 2023, KKM telah membelanjakan peruntukan mengurus RM32.19 bilion ataupun peningkatan sebanyak yang disebutkan oleh kedua-dua Yang Berhormat, kurang lebih 6.4 peratus berbanding 2022 dalam laporan ini yang kurang lebih adalah RM1.94 bilion ya.

Jadi, soalan yang ditanya adalah bagaimanakah dan apakah kesan daripada perbelanjaan peruntukan yang begini besar. Pastinya kedua-dua Ahli-ahli Yang Berhormat sahabat saya ini juga adalah medical practices, pengamal perubatan satu masa dahulu, paling tidaknya, tahu bahawa khasnya dalam mendepani pandemic of chronic diseases ataupun pandemik penyakit-penyakit tidak berjangkit, non-communicable diseases (NCD) itu, ia memerlukan satu yang bersifat jangka panjang. Pandemik, hal yang bersabit dengan penyakit pandemik apa yang dikatakan sebagai penyakit berjangkit, infection diseases

(ID) seumpama SARS-CoV-2, sifatnya adalah datangnya mengejut, acute dan dia bermusim, episodic, dan dia datang dan dia pergi, tetapi pandemic of chronic diseases, dia akan lifelong sifatnya.

Jadi, bukan mudah untuk kita saksikan dalam perbelanjaan dan dalam mengukur kejayaan itu. Ia memerlukan satu waktu yang dapat kita ukur, dapat kita measure metrics ataupun ukuran-ukuran yang dikatakan measurement of success khasnya dalam hal empat perkara yang disebutkan sebagai the four risk factors dalam pandemic of chronic disease ataupun the NCD, non-communicable disease, dengan izin. Antara lainnya adalah ukuran kepada diabetes, darah tinggi, hypertension, tinggi kolesterol, hypercholesterolemia dan juga lebihan berat badan ataupun obes.

Saya ingin juga menyebutkan bahawa, untuk berlaku adil dari sudut faktanya, apa yang dikatakan sebagai the National Health Morbidity Survey (NHMS), Kajian Morbiditi Kebangsaan.

final • 7:35 PM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

2019 berbanding 2023 kita nampak sedikit apa yang dikatakan penurunan dalam ketiga-tiga- diabetes, darah tinggi dan kolesterol. Namun, ia bukan satu yang kita boleh banggakan lagi. Ia juga tidak semestinya satu yang sifatnya mempunyai apa yang dikatakan hubungan sebab musabah, dengan izin, “causal relationship”, tetapi apa pun ia menunjukkan penanda menurun- 18.3 peratus 2019 dalam diabetes; 2023 15.6 peratus.

Itu sikit penurunan. Darah tinggi- hypertension daripada 30 peratus kepada 29.2 peratus juga menurun tapi sikit sangat untuk menjadikan ia mungkin juga statistical insignificant or non-insignificant- unsignificant- insignificant, maaf ya.

Apakah itu satu ukuran yang tepat? Mungkin tidak ya, tapi dari sudut tinggi kolesterol atau pun tahap kolesterol- hypercholesterolemia itu, 2019- tahap kolesterol adalah 38.1 peratus, menurun kepada 33.3 peratus. Ketiga-tiga menunjukkan tanda menurun tetapi saya sebagai Menterinya, belum puas hati dengan pencapaian ini kerana kita berdepan dengan prevalence dan juga morbidity dan juga mortality- kematian dan morbidity yang masih tinggi.

Jadi, kerana nak menjawab juga pertanyaan yang ditanya oleh kedua-dua Ahli Yang Berhormat, saya menyebutkan faktanya. Walaupun saya tidak selesa dengan pencapaian dan insya-Allah, kita akan pacu lagi bersama untuk benar-benar dapat menangani dan membendung chronic diseases ini.

Apa yang lebih penting saya kira adalah perbahasan Laporan Ketua Audit Negara ini yang terkait dengan hal-hal yang dibangkitkan sama ada yang terkait dengan persoalan projek-projek sakit, projek lewat dan sebagainya dan di mana Kementerian Kesihatan juga disebut-sebut dan disenaraikan.

Saya boleh sebutkan bagi mana kami dalam Kementerian Kesihatan yang mengurus hal-hal yang terkait dengan projek-projek yang tertunda, yang sakit, yang mendapat extension of time (EOT) yang kadang kali melebihi setahun dua dan sebagainya.

Jadi, apa yang kami lakukan, KKM sentiasa memantau dan membincangkan status serta isu-isu pelaksanaan projek-projek KKM ini melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK) yang diadakan setiap bulan serta satu lagi Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK) pada setiap suku tahun, setiap tiga bulan atau pun empat bulan yang dipengerusikan oleh Menteri Kesihatan sendiri. Ia mewujudkan satu mekanisme penyelarasan pelaksanaan pembangunan yang menetapkan kekerapan mesyuarat dan ini juga- sekurang-kurangnya dua kali, tapi kita telah menetapkan untuk paling tidaknya setiap suku tahun. Every three months, dengan izin.

Apa pun, melalui mesyuarat tersebut, pemantauan dibuat terhadap projek-projek yang lewat, yang lewat jadual dan faktor yang juga lewat jadual dan juga terkadang kali tergelincir kepada projek yang dikatakan projek sakit. Faktor menyumbang kepada kelewatan projek ini dikesani- ia merupakan satu yang recurring pada saya yang memerhatikan semua ini yang kembali untuk mengemudi KKM ini.

Kita tahu bahawa Kementerian Kesihatan ini adalah satu kementerian yang paling facility-based, yang banyak mempunyai aset-aset fasiliti kesihatan sama ada hospital sebanyak 149 buah hospital dan klinik-klinik kami pun tak kurang daripada 3,250 klinik- klinik, termasuk klinik-klinik kesihatan yang type 1 hingga type 7. Klinik-klinik komuniti, klinik-klinik ibu anak dan klinik desa dan keseluruhannya 3,000 lebih dan setiap satu itu pastinya mempunyai pelbagai cabaran. Dan juga klinik-klinik yang dalam proses untuk disiapkan dan hospital dan fasiliti yang dalam- in the pipeline untuk disiapkan juga memerlukan lebih penting lagi pemantauan kami.

Apa yang penting untuk saya sebutkan ya, isu-isu yang mana kami perhatikan berdasarkan pemerhatian terhadap projek-projek yang selalunya lewat jadual atau pun sakit di KKM ini, beberapa faktor merupakan faktor yang recurring atau berulang. Tema itu

final • 7:40 PM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

ya, alasan-alasan itu, penyebab-penyebab itu sentiasa berulang. Antara yang boleh saya sebutkan di sini adalah apabila kita perhatikan antara faktornya bersifat multifactorial, betul, tapi faktor-faktor utamanya adalah antara lainnya kontraktor yang diberikan itu kadang kali kurang berpengalaman dalam melaksanakan projek-projek kesihatan yang pada sifatnya hospital atau pun kompleks atau pun fasiliti-fasiliti kesihatan ini sangat kompleks.

Ia bukan sekadar untuk membina bangunan. Not bricks and mortars like sekolah dan sebagainya kerana ia memerlukan satu medical brief of requirement (MBOR) yang sangat terkait dengan keperluan-keperluan end users, clinicians, pakar-pakarnya dan itu sekali gus menuntut supaya kontraktor-kontraktor ini kalau tidak betul-betul mempunyai track record dalam membina hospital-hospital khususnya, tidak wajar diberikan kerana ia akan berakhir dengan kelewatan dan sebagainya. Kedudukan kewangan kadang kali pun saya dapat lihat ya...

[Ketawa] Ya, sila Kuala Langat. Saya nampak.

final • 7:40 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Okey, terima kasih. Saya melihat bahawa antara perbelanjaan yang besar yang digunakan adalah perolehan berkaitan dengan peralatan-peralatan perubatan dan non-perubatan. Saya kira mungkin ada jangkaan daripada pihak kementerian apabila kaedah reformasi menggunakan kaedah sewa kepada penyedia perkhidmatan yang mungkin dapat mengurangkan kesan kewangan daripada kementerian sendiri itu mungkin dapat dilaksanakan. Mungkin bila agaknya ia boleh berlaku?

final • 7:40 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih sahabat saya, Kuala Langat. Mungkin Kuala Langat sedia maklumi, pernah juga saya sebutkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen- Kesihatan, yang mana kita mengambil kepelbagaian instrument finance atau pun cara kita membiayai perbelanjaan kewangan dalam kementerian. Antara lainnya menggunakan kaedah apa yang dikatakan sebagai outsourcing, khususnya ya. Outsourcing ini bermaksud apa? Apabila kita tidak mempunyai keupayaan capital untuk terus membina facility, dalam keadaan kita memerlukan perkhidmatan itu dan dalam hal ini kita ada empat services atau pun empat perkhidmatan yang sangat kita perlukan mutakhir, adalah dalam bidang nefrologi, dalam bidang kardiologi, dalam bidang kardiotorasik dan juga dalam bidang apa yang dikatakan radiologi- imaging. Di mana kalau kita tahu dan kita membuat kita punya congakkan, membuat our number crunching, dengan izin, kita akhirnya lebih dapat memahami, dapat meyakini bahawa dengan kita outsource kepada pihak swasta, kita lebih dapat melayani dan merawat...

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, gulung.

final • 7:40 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya. Boleh saya habiskan ini, Dato’ Yang di-Pertua? Sikit?

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sila gulung.

final • 7:40 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya. Sekali, saya nak gulung...

[Ketawa] Baik. Jadi dengan kata lain, outsourcing ini dapat kita lakukan dengan kita mengizinkan pihak swasta untuk memberikan perkhidmatan dengan harga yang sangat berpatutan dengan yang kita tuntut, bukan yang dia minta dibayar. Lalu ada beberapa natijah yang baik. Satunya, mereka juga akan dapat melaksanakan apa yang saya selalu sebutkan sebagai tujuan saya, “to have a value-based healthcare system”. Bermakna, bayar bukan kerana servis, bayar bukan kerana procedures, tetapi bayar kerana outcome.

Atau pun bayar kerana natijah rawatan yang baik. Jadi, itu satu perkara dengan kata lain, private health facilities akan memahami dari sudut tujuan kami yang memberikan outsourcing ini tetapi harga itu adalah harga kami dan mereka mendapat volume dan pada akhirnya, mereka juga membuat sedikit keuntungan.

final • 7:40 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Kedua adalah leasing. Leasing kepada instrument, leasing terhadap contohnya, ambulans dan sebagainya. Aset-aset seumpama ini tidak perlu kita beli kerana ia akan memerlukan capital outlay yang besar, tapi kita lakukan leasing, dengan kata lain, kita sewa dan akhirnya, kita bebas daripada maintenance, tetapi kita mendapat service yang begitu baik dan kita kekal dengan aset-aset yang agak baharu, yang akan sentiasa kita perbaharui dengan mana kita membayar hanya leasing. Leasing juga kita mendapati kita dapat keuntungan itu. Banyak lagi perkara yang mahu saya sebutkan. Apa pun Dato’ Yang di-Pertua, saya menghormati waktu dan masa kawan-kawan lain untuk membuat penggulungan, tetapi apa pun nak saya sebutkan, Kementerian Kesihatan yang saya katakan sekali lagi, yang mempunyai banyak facilities dan aset sama ada hospital, klinik dan centres yang lain.

final • 7:40 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Maka kami akan meningkatkan kebertanggungjawaban kementerian ini untuk memastikan bahawa setelah kita sekian lama mengurus dan membina facilities, kita tidak akan izinkan ya, bawa kontraktor dan even developers’ contractors khususnya ya, yang mengambil projek. Pada akhirnya membebankan ataupun pada akhirnya mengorbankan kepentingan rakyat kerana mereka tidak deliver ataupun tidak menghabiskan ataupun melunaskan dan memberikan ataupun menamatkan dan menyiapkan projek-projek dan membuat penghantaran kepada kami sebagai klien ya. Ketika mana mereka terus-terusan tidak dapat memenuhi dan menepati waktu kontrak ataupun time dan dengan extension of time yang berkali-kali.

Itu adalah satu yang tidak bertanggungjawab sama sekali dan saya mahukan contractors ke depan supaya bukan sahaja competent financially, technically dan juga komitmen yang tinggi, insya-Allah sama-sama kita bina, Dato’ Yang di-Pertua, fasiliti-fasiliti kesihatan kita dengan penuh tanggungjawab.

Terima kasih sekali lagi, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih, sahabat-sahabat Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pandangan-pandangan dan kritikan supaya saya dapat ambil perhatian seluruhnya. Terima kasih.

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Dipersilakan pula Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 7:50 PM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Allahumma salliala Sayyidina Muhammadin waala’ali Sayyidina Muhammad. Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyambut baik perbahasan Laporan Ketua Audit Negara yang telah pun dimulakan oleh Kerajaan Madani pada tahun 2023.

Perbahasan LKAN ini mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2023 adalah penting sebagai elemen semak dan imbang- check and balance bagi memastikan kedudukan kewangan yang benar dan saksama serta rekod perakaunan berkaitan tentang- telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas. Ini termasuklah berkaitan dengan Rancangan Malaysia Kedua Belas. Ini menunjukkan komitmen Kerajaan Madani dalam mentransformasikan dan menambah baik penyampaian perkhidmatan awam bagi memenuhi keperluan pembangunan negara dan juga ekspektasi rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada tiga orang Ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian, menyentuh tentang KPKT iaitulah Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Betong dan Yang Berhormat Batu

final • 7:51 PM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Pahat. Bagi Yang Berhormat Tuaran dan juga Yang Berhormat Betong, telah pun menyentuh tentang projek perumahan rakyat. Satunya, di Lahad Datu. Yang keduanya di Seduan, Sibu, Sarawak.

Memandangkan Yang Berhormat Tuaran tidak ada di dalam Dewan yang mulia ini, Tuan Yang di-Pertua, saya akan terus menjawab yang Seduan sahaja. Walau bagaimanapun, saya suka merumuskan bahawa faktor-faktor kelewatan kepada dua-dua PPR ini adalah hampir kurang lebih sama.

Tuan Yang di-Pertua, kedua-dua projek perumahan PPR ini lah legasi daripada Rancangan Malaysia Kesebelas dan dua faktor yang telah pun dikenal pasti adalah pertamanya, kelemahan prestasi pelaksanaan projek yang berpunca daripada masalah pengurusan dalaman kontraktor itu sendiri, selain kedudukan kewangan syarikat yang dilihat tidak berupaya untuk meneruskan penyiapan projek.

Keduanya adalah berkaitan dengan isu proses pertukaran hak milik tanah persendirian kepada kerajaan yang mengambil masa yang lama untuk diselesaikan sebelum keputusan penamatan kontraktor yang sedia ada dapat dibuat terhadap syarikat demi menjaga kepentingan kerajaan.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, tindakan KPKT terhadap PPR Seduan, kelewatan PPR Seduan ini, kita telah mengambil tiga langkah utama. Pertamanya, telah pun menamatkan kontraktor bagi PPR Seduan pada 18 April 2024 di mana pada waktu itu, kemajuan fizikal sebenar adalah berada pada paras 24.3 peratus berbanding kemajuan yang sepatutnya 100 peratus.

Keduanya, proses tender semula selepas kita tamatkan kontraktor sedia ada.

Proses tender semula secara tender terbuka dimulakan selepas isu pertukaran hak milik tanah tadi dapat diselesaikan. Ini yang menyebabkan kelewatan yang agak panjang dan isunya juga adalah sebab sebelum ini, Dato’ Sri Yang di-Pertua, ia dibuat secara direct nego. Yang ketiganya, kita telah melaksanakan beberapa siri libat urus melibatkan Housing Development Corporation (HDC) Sarawak dan juga Jabatan Tanah dan Survei Sarawak bagi menangani isu-isu pindah milik tanah persendirian tadi dan ia sedang dalam proses dan dijangkakan, insya-Allah Dato’ Sri Yang di-Pertua, dalam end of this year, semua itu boleh dapat kita tangani dengan sebaik-baiknya dan melangkah ke hadapan.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mungkin ingin menyebutkan kepada rakan saya dari Betong. Proses pindah milik tanah persendirian kepada HDC adalah seperti berikut.

Pertama, sesi rundingan bersama HDC telah pun dilaksanakan. Namun, HDC telah menarik diri daripada menjadi pembayar bagi pihak KPKT iaitu permohonan yang tidak lagi terpakai.

Justeru, yang kedua, kelulusan pembayaran luar kontrak daripada Kementerian Kewangan iaitu permohonan dikemukakan oleh KPKT pada 2 September 2024. Yang ini, KPKT sedang dalam peringkat tindakan lanjut.

Yang ketiga, membayar baki nilai tanah peguam pemilik tanah. Yang keempat, menukar hak milik tanah daripada pemilik persendirian kepada HDC dan yang kelimanya adalah melantik perunding dan kontraktor penyelamat.

Untuk makluman Dato’ Sri Yang di-Pertua dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat, langkah-langkah pencegahan berterusan yang telah pun diambil dan dikenal pasti oleh KPKT, pertamanya adalah melakukan pemantauan yang berterusan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kementerian (JTPK) yang telah dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian, yang merupakan Pegawai Pengawal.

Yang keduanya, Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK) yang juga dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri KPKT dan kita juga mengadakan banyak sesi turun padang ke tapak projek, seterusnya mengadakan mesyuarat di tapak-tapak projek. Yang keduanya, Dato’ Sri Yang di-Pertua, kita mengadakan mesyuarat khas yang

final • 7:51 PM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha bersama dengan pengurusan tertinggi dan juga mengadakan- yang ketiga, mengadakan sesi war room khusus untuk meneliti isu-isu yang terkait dengan projek-projek ‘sakit.’ Sebagai langkah ke hadapan ini, yang penting Dato' Sri Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, dasar baharu kementerian telah pun menetapkan supaya kerajaan negeri terlebih dahulu menyediakan tanah yang bebas daripada sebarang bebanan tanpa perlu dipindah milik kepada Kerajaan Persekutuan.

Kedua, permohonan untuk membangunkan mana-mana PPR ke hadapan mestilah melalui pihak berkuasa negeri untuk diteliti daripada segi keutamaan sebelum ia dikemukakan dan diluluskan oleh peringkat KPKT dan untuk pertimbangan kepada Kementerian Ekonomi. Dato’ Sri Yang di-Pertua, yang ketiga. Batu Pahat ada?

final • 7:51 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Ada.

final • 7:51 PM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Ada. Okey, Batu Pahat telah membangkitkan berhubung faktor-faktor yang menyebabkan 12 projek dikategorikan sebagai ‘sakit’ di bawah KPKT.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, faktor-faktor projek lewat adalah disebabkan kelemahan prestasi pelaksanaan projek yang berpunca daripada masalah pengurusan dalaman kontraktor, selain kedudukan kewangan syarikat dan proses pertukaran hak milik tanah kepada kerajaan yang telah mengambil masa yang panjang, seperti mana yang disebutkan tadi.

Akhirnya Dato’ Sri Yang di-Pertua, daripada 12 projek yang telah direkodkan sebagai sakit, dilaporkan sebagai sakit di dalam LKAN, 10 projek sebenarnya telah pun kembali mengikut jadual asal. Manakala, hanya dua lagi projek yang masih berstatus sakit.

Saya ingin mengucapkan, merakamkan ucapan terima kasih, Dato’ Sri Yang di- Pertua kepada semua yang mengambil bahagian dan insya-Allah, di peringkat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan sentiasa memberikan keutamaan kita dalam penyelesaian isu-isu terhadap projek sakit, insya-Allah. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, saya nak buat appointment dengan Yang Berhormat. Nanti kita jumpa ya, pasal isu tanah di Cameron Highlands untuk buat- tanah itu dah dapat, tinggal nak berhubung nanti.

final • 7:51 PM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Boleh Dato’. Boleh, boleh, insya-Allah.

Terima kasih.

final • 7:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Berikutnya, saya mempersilakan kementerian yang terakhir iaitu Jabatan Perdana Menteri (Undang- undang dan Reformasi dan Institusi). Silakan, Yang Berhormat Menteri.

final • 7:51 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

*Merah menyala si buah ceri, Sungguh cantik dimakan sedap; Terima kasih berbahas hari ini, Dengar semua ini saya jawab ...

[Tepuk]*

final • 7:59 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Wah, sudah pandai.

final • 7:59 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Bagi pihak kerajaan dan Jabatan Audit Negara, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Usul Laporan Ketua Audit Negara 3/2024. Dato’ Yang di-Pertua, ada tiga Yang Berhormat telah menyentuh mengenai hal-hal berkaitan kementerian. Mereka adalah Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Arau. Saya percaya ketiga-tiga ini tidak ada di sini.

final • 7:59 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ada, Jelutong ada. Jelutong ada.

final • 8:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jelutong ada, sentiasa ada.

final • 8:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Ada mesyuarat kah?

final • 8:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tidak, Parlimen lagi penting Yang Berhormat. Kita sentiasa di sini...

final • 8:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Saya dapat WhatsApp katakan...

final • 8:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Bukan macam Perikatan Nasional, ramai yang tak ada.

final • 8:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini, apa ni sangkaan jahat ini.

final • 8:00 PM

Seorang Ahli

Eh, cukuplah. Cukup,cukup,cukup.

final • 8:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat, jadi saya menjawab kepada perkara yang dibangkitkan oleh Jelutong lah.

Ini berkaitan dengan perkara yang dibangkit mengenai kelayakan profesion undang-undang di mana adakah pengauditan dibuat. Setakat ini Ketua Audit Negara tidak mengaudit Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang (Legal Profession Qualifying Board). Namun, Ketua Audit Negara mempunyai kuasa pengauditan terhadap mana- mana badan lain termasuk syarikat yang akan diaudit berdasarkan peruntukan di bawah Akta Audit 1957. Ia merujuk kepada sub perenggan 5(1)(d)(i) dan (2) dan (3) Akta 62 sama ada badan termasuk syarikat tersebut menerima pemberian pinjaman, kepentingan syer melebihi 50 peratus serta menerima jaminan kerajaan.

Pada masa ini, Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang tidak termasuk dalam senarai badan lain termasuk syarikat yang telah diwartakan. Namun, atas dasar kepentingan awam, Menteri Kewangan boleh meminta Ketua Audit Negara untuk melaksanakan pengauditan terhadap lembaga ini melalui pendekatan follow the public money audit yang baharu diperkenalkan di bawah sub perenggan 5(1)(d)(5) Akta 62 sekiranya Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang menerima wang awam sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta 62.

Pendekatan ini membolehkan Ketua Audit Negara mengesan jejak wang awam yang diberikan kepada mana-mana badan lain yang menentukan sama ada wang disalurkan atau aktiviti yang dilaksanakan memberi manfaat kepada golongan sasar dan selaras dengan kelulusan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan.

Perkara berbangkit adalah sepanjang tujuh tahun yang lepas, kutipan pendapatan oleh lembaga profesion, Legal Profession Qualifying Board adalah sebanyak RM37.1 juta.

Pendapatan ini telah dibelanjakan untuk kos pentadbiran, antara lain kos pemeriksa kertas jawapan, penyewaan dewan peperiksaan, kos penyediaan syllabus peperiksaan dan lain- lain kos yang mencecah sebanyak RM5.3 juta bagi tujuh tahun yang lepas. Ini jawapan sahaja.

final • 8:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker, saya ada soalan.

final • 8:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Ya.

final • 8:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...Beberapa perkara.

Pertamanya, saya berterima kasih di atas maklum balas. Ini lah kali pertama saya rasa dalam sejarah kita mengetahui bahawa ini lah jumlah wang yang ada dalam kutipan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang, jumlah yang begitu banyak RM37.1 juta.

Persoalan saya, bolehkah kita mengetahui berapa banyak kakitangan yang bekerja di situ, nombor satu. Adakah kakitangan-kakitangan ini dari Sabah dan Sarawak?

Terdapat juga permintaan daripada profesion undang-undang, Majlis Peguam menyarankan bahawa beberapa orang pegawai atau peguam-peguam dari Majlis Peguam dilantik untuk bekerja ataupun menjadi penasihat dalam Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang untuk memastikan ketelusan pentadbiran dan juga penetapan soalan-soalan peperiksaan.

Pada masa yang sama, kalau ada di antara pelajar-pelajar yang ingin menduduki peperiksaan daripada golongan B40 yang tidak mampu untuk membayar yuran yang mencecah RM5800, bolehkah pelepasan diberikan oleh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang bagi pelajar-pelajar daripada keluarga-keluarga yang kurang mampu membayar yuran? Terima kasih Timbalan Speaker, Timbalan Menteri.

final • 8:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Dengan izin Dato’ Yang di-Pertua, mengenai pekerja-pekerja di lembaga ini. Ini soalan yang khusus, saya akan dapat jawapan dan beri kepada Yang Berhormat. Saya berasa bahawa pelepasan kos yuran itu satu cadangan yang baik. Ini sebenarnya Dato’ Yang di-Pertua, dibuat di UK di mana if the student is a- he comes from situation of destitute, dia di- it’s been given exemption. Saya dah pernah memberitahu kepada lembaga bahawa mereka perlu mengambil kira perkara- perkara di mana ada khusus di mana ada pelajar-pelajar yang tidak ada wang dan sebagainya dan memandangkan kita ada lebih dari RM37 juta, maka ia boleh diguna untuk menolong masyarakat-masyarakat sedemikian.

Saya juga ingin bagi tahu Yang Berhormat bahawa kenaikan yuran pada beberapa tahun kebelakangan ini adalah satu yang saya rasa tidak patut dibuat kerana ada lebih dari RM30 juta di akaun tersebut, maka tidak ada asas yang tertentu untuk meningkatkan yuran untuk peperiksaan. Perkara-perkara yang lain yang dibangkitkan Yang Berhormat, saya akan- itu lah perkara-perkara khusus, saya akan bagi secara bertulis. Terima kasih.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 8:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak kerajaan dan Jabatan Audit Negara...

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya ingat sudah habis.

final • 8:00 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

...Saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan pada hari ini. Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara ini mencerminkan hasrat dan komitmen Kerajaan Madani ke arah memperkasakan pengurusan dan pentadbiran awam yang baik dan bertanggungjawab. Terima kasih.

final • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 8:00 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan pada hari ini ditangguhkan sehingga 10 pagi, hari Rabu 16 Oktober 2024.

final • 8:00 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.07 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026