Oct142024

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
AKTA-AKTA YANG TELAH DIPERKENANKAN

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuhi dan salam sejahtera. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan akta-akta seperti berikut:

  1. Akta Kastam (Pindaan) 2024; 2. Akta Eksais (Pindaan) 2024; 3. Akta Zon Bebas (Pindaan) 2024; 4. Akta Cukai Jualan (Pindaan) 2024; 5. Akta Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2024; 6. Akta Audit (Pindaan) 2024; 7. Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024; 8. Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2024; 9. Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pembubaran) 2024; 10. Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan) 2024; 11. Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2024; 12. Akta Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2024; 13. Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan)(Pindaan) 2024; 14. Akta Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024; 15. Akta Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024; 16. Akta Perubatan (Pindaan) 2024;

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

  1. Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pembubaran) 2024; 18. Akta Pengisytiharan suatu Kawasan dalam Daerah Bintulu menjadi suatu Port Persekutuan (Pemansuhan) 2024; dan 19. Akta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024

draft • 10:00 AM
PERUTUSAN DARIPADA DEWAN NEGARA

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Yang di-Pertua Dewan Negara yang menyatakan persetujuan Dewan itu kepada rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga, Parlimen Kelima Belas yang lalu. Saya dengan ini menjemput Setiausaha membacakan perutusan itu sekarang.

[Setiausaha membacakan Perutusan] Perutusan Daripada Dewan Negara kepada Dewan Rakyat Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dewan Negara telah meluluskan rang undang-undang yang berikut tanpa pindaan:

  1. (D.R.12/2024) Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2024; 2. (D.R.11/2024) Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2024; 3. (D.R.23/2024) Rang Undang-undang Kanun Keseksaan

(Pindaan) 2024; 4. (D.R.24/2024) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah

(Pindaan) 2024; 5. (D.R.25/2024) Rang Undang-undang Keterangan Saksi Kanak-kanak (Pindaan) 2024 (dengan pindaan di peringkat Jawatankuasa sebuah-buah Majlis, Dewan Rakyat); 6. (D.R.28/2024) Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak (Pindaan) 2024; 7. (D.R.26/2024) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2024;

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

  1. (D.R.27/2024) Rang Undang-undang Sumpah dan Ikrar

(Pindaan) 2024; 9. (D.R.30/2024) Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan

(Langkah-langkah Khas) (Pindaan) 2024; 10. (D.R.29/2024) Rang Undang-undang Angkatan Tentera

(Pindaan) 2024; 11. (D.R.16/2024) Rang Undang-undang Audit (Pindaan) 2024; 12. (D.R.38/2024) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) 2024; 13. (D.R.39/2024) Rang Undang-undang Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan (Pindaan) 2024; 14. (D.R.33/2024) Rang Undang-undang Kastam (Pindaan) 2024; 15. (D.R.34/2024) Rang Undang-undang Eksais (Pindaan) 2024; 16. (D.R.35/2024) Rang Undang-undang Zon Bebas (Pindaan) 2024; 17. (D.R.36/2024) Rang Undang-undang Cukai Jualan (Pindaan) 2024; 18. (D.R.37/2024) Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan

(Pindaan) 2024; 19. (D.R.40/2024) Rang Undang-undang Pengisytiharan suatu Kawasan dalam Daerah Bintulu menjadi suatu Port Persekutuan (Pemansuhan) 2024; 20. (D.R.41/2024) Rang Undang-undang Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pembubaran) 2024; dan 21. (D.R.31/2024) Rang Undang-undang Perubatan (Pindaan) 2024; 22. (D.R.14/2024) Rang Undang-undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pembubaran) 2024; 23. (D.R.15/2024) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan) 2024; 24. (D.R.7/2024) Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024; 25. (D.R.21/2024) Rang Undang-undang Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024; 26. (D.R.17/2024) Rang Undang-undang Penagih Dadah

(Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024; dan

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

  1. (D.R.22/2024) Rang Undang-undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024.

Yang ikhlas, t.t.

“SENATOR DATO’ AWANG BEMEE BIN AWANG ALI BASAH” “YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA”

draft • 10:00 AM
PEMASYHURAN DARIPADA TUAN YANG DI-PERTUA
• Belanjawan 2025 • Pemakaian Batik • Pemeriksaan Kesihatan • Program Hari Tanpa Gula • Kawasan Larangan Merokok • Projek Sistem Fotovolta Suria • Takwim Persidangan 2025 • Jumlah Pertanyaan Lisan Pihak Backbenchers

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen Kelima Belas bersidang mulai hari ini, 14 Oktober hingga 12 Disember 2024 selama 35 hari. Antara urusan penting yang akan dibahas dan dipertimbangkan dalam Mesyuarat ini ialah Belanjawan 2025 dan juga rang undang- undang serta usul. Mesyuarat kali ini dijangka akan kerap bersidang hingga waktu malam.

Saya turut mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat supaya pemakaian Batik Malaysia berlengan panjang hanya dibenarkan kepada hari-hari Khamis sahaja. Ahli Yang Berhormat juga boleh tidak memakai tali leher apabila memakai long suit di Dewan ini.

Dalam pada itu, saya ingin menarik perhatian bahawa pada 17 Julai 2024 yang lalu, saya telah memaklumkan kepada semua Ahli Yang Berhormat berkenaan kewajipan melaksanakan pemeriksaan kesihatan oleh Ahli Yang Berhormat.

Sehingga hari ini, terdapat Ahli Yang Berhormat yang telah menjalani pemeriksaan kesihatan tersebut. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah melaksanakan pemeriksaan kesihatan ini.

Kepada Ahli Yang Berhormat yang belum menjalani pemeriksaan kesihatan, saya menyeru untuk melaksanakannya. Untuk makluman, tarikh akhir untuk menjalani

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

pemeriksaan kesihatan adalah pada 11 November. Yang Berhormat boleh menghubungi doktor kesihatan Parlimen Malaysia berkenaan maklumat peribadi mengenai pemeriksaan kesihatan ini. Pemeriksaan kesihatan ini sangat penting dan membantu Ahli Yang Berhormat untuk mengetahui tahap kesihatan pada peringkat awal dan seterusnya, membolehkan langkah-langkah pencegahan segera diambil.

Dalam pada itu, bagi menyemai gaya hidup sihat, Program Hari Tanpa Gula, saya ulangi, Hari Tanpa Gula akan dilaksanakan di Parlimen Malaysia pada setiap hari Rabu. Hari Tanpa Gula ini bukan sahaja akan melibatkan kakitangan Parlimen tetapi turut melibatkan Ahli-ahli Parlimen juga. Ini selaras dengan Kempen Gaya Hidup Sihat yang perlu kita amalkan bersama. Ini termasuk teh tarik, ya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] yang telah diwartakan pada 2 Februari 2024 telah berkuat kuasa serentak dengan peraturan-peraturan serta perintah di bawahnya bermula 1 Oktober 2024. Dengan kuat kuasanya akta ini, dimaklumkan sebanyak 28 kawasan telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok. Saya ulangi, sebagai kawasan larangan merokok, termasuk Bangunan Parlimen Malaysia.

Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan telah menetapkan merokok dan penggunaan rokok elektronik perlu melebihi jarak 3 meter dari bangunan. Oleh demikian, pihak pengurusan Parlimen Malaysia telah menyediakan tiga lokasi yang bersesuaian untuk perkara tersebut iaitu pertama, ini untuk orang yang merokok ya.

Pertama, berhadapan kafeteria di Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran. Kedua, kawasan bersebelahan Blok Utama bertentangan dengan Blok Sementara dan ketiga, berhadapan Dewan Serbaguna, bersebelahan Taman Herba. Tempat ini sahaja dibenarkan.

draft • 10:10 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Harap Ahli-ahli Yang Berhormat dan semua pihak yang berada di Parlimen dapat memberi kerjasama dalam memastikan kesihatan kita terjaga.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Parlimen Malaysia telah melaksanakan Projek Sistem Fotovolta Suria. Tujuan Projek Pemasangan Tenaga Suria ini adalah sebahagian daripada usaha Parlimen Malaysia dalam menyokong dasar berkaitan tenaga boleh diperbaharui. Parlimen Malaysia merupakan antara Parlimen terawal di dunia [Tepuk] yang mengoptimumkan penggunaan tenaga solar dengan kapasiti 1.5 megawatt peak sebagai inisiatif peralihan kepada sumber tenaga yang lebih lestari.

Yang Berhormat, di atas meja Ahli Yang Berhormat turut terletak surat mengenai Takwim Persidangan Dewan Rakyat bagi tahun 2025. Diharapkan Takwim Persidangan Dewan Rakyat 2025 ini dapat memudahkan perancangan Ahli Yang

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Berhormat pada tahun hadapan, terutamanya dalam menghadiri persidangan Parlimen. Salinan jadual kementerian menjawab semasa sesi Pertanyaan- pertanyaan bagi Jawab Lisan bagi Mesyuarat ini juga telah diletakkan di atas meja Ahli Yang Berhormat.

Saya turut ingin mengingatkan Ahli Yang Berhormat untuk mematuhi masa yang ditetapkan semasa Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan sama ada di Dewan Rakyat, baik yang bertanya dan anggota pentadbiran yang menjawab.

Pematuhan ini adalah penting bagi membolehkan lebih banyak pertanyaan dapat dijawab di Dewan yang mulia ini. Dalam pada itu, Ahli Yang Berhormat sama ada dari blok backbenchers dan pembangkang, mempunyai hak yang sama dalam mengajukan pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, saya telah menerima permohonan dari Pengerusi Backbenchers Club untuk meningkatkan jumlah pertanyaan- pertanyaan bagi jawab lisan di pihak backbenchers iaitu enam pertanyaan dalam kedudukan 10 teratas aturan pertanyaan, atas alasan bilangan ahli backbenchers adalah melebihi bilangan ahli pembangkang. Untuk pengetahuan, kini terdapat 93 ahli backbenchers dan 75 ahli pembangkang di Dewan Rakyat ini.

Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat tidak menetapkan syarat mengenai susunan pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan. Oleh itu, mulai Mesyuarat Ketiga ini, di bawah Peraturan Mesyuarat 100, saya benarkan agar lebih pertanyaan- pertanyaan bagi jawapan lisan bagi pihak backbenchers dalam kedudukan 10 teratas aturan pertanyaan. Kebenaran saya ini bukan bermaksud untuk mengehadkan suara mana-mana pihak tetapi untuk memperluaskan suara dari backbenchers dan pembangkang dalam mengajukan pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan. Saya juga tidak rigid dalam penetapan ini dan akan mengkaji susunan ini dari masa ke semasa. Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Peraturan mesyuarat, Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan. Peraturan mesyuarat mana itu?

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

21, 22, 23, 24 dan Yang Berhormat Speaker sendiri sebut sekejap tadi. Saya memang berhasrat bagi pihak Perikatan Nasional untuk membangkitkan dan bertanya minta kejelasan. Bukan penjelasan, kejelasan. Clarity, not explanation, from you. Clarity from you iaitu dasar baharu. Kita anggap dasar baharu iaitu memberikan giliran pertanyaan soalan lisan ini dalam kadar 6-4.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya rasa ini adalah tidak wajar dan bercanggah dengan amalan-amalan sebelum daripada ini. Walaupun tidak tercatat di dalam standing order, this is the practice all this while yang diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia. Di zaman Barisan Nasional mempunyai lebih daripada dua pertiga majoriti pun 1:1 kecuali ada keadaan-keadaan tertentu yang pembangkang sedikit sangat, barulah begini.

Saya ingin merujuk kepada data Yang Berhormat sebut tadi. Anggota pentadbiran, Ahli Kabinet seramai 30 orang. Bukan sedikit, 30 orang tetapi tolak empat orang Senator ini, 26 orang MP. Untuk Timbalan Menteri, 29 orang tolak tiga orang Senator, 26 orang. 52 orang itu sudah jadi anggota pentadbiran. Kita tidak tahu sebenarnya yang menyokong kerajaan ini berapa, kita tidak tahu. Dahulu semasa undi percaya kepada Perdana Menteri, tidak ada dibilang. Saya tidak tahu, tidak tahu ini berapa sebenarnya yang menyokong kerajaan, yang balance daripada anggota pentadbiran menjadi backbenchers sebagaimana Paya Besar beritahu.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Jadi, okey itu satu Yang Berhormat. Yang kedua, ini adalah urusan Dewan.

Sepatutnya apa-apa permohonan sama ada daripada backbenchers ke, daripada pembangkang, dibincang dalam Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sebagai Ketua Whip Kerajaan.

Ketua Pembangkang, saya sendiri, Seremban, Pandan, Pengerang ada di situ. Yang Berhormat sendiri jadi pengerusi. Bincanglah di situ. Kata nak jadikan kita ini check and balance. Ini check pun tak ada, balance pun tak ada.

[Tepuk] Sepatutnya soalan ini banyak daripada pembangkang, sepatutnya soalan- soalan Parlimen ini berilah lebih kepada pembangkang, baru bertanya kepada kerajaan. Ini backbenchers tak payahlah tanya, you punya government sendiri.

draft • 10:20 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Eh, kenapa– Tan Sri Speaker.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Pokoknya, perkara ini sepatutnya dengan hormatnya Tan Sri Yang di-Pertua, sepatutnya dibincangkan dengan kami, bukan diputuskan begitu sahaja. Ini kepentingan bersama. Itulah, saya minta satu penjelasan, clarity.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tan Sri.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sebelum saya beri, sebelum bersuara, sebelum saya nak beri dekat Beluran, sila duduk dulu. Saya beri Paya Besarlah jawab.

draft • 10:20 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya betul sepertimana Yang Berhormat Tan Sri Speaker sebutkan sebentar tadi, kita memang ada mengutus surat kepada Yang Berhormat Tan Sri

draft • 10:20 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Speaker atas sepertimana yang disebut oleh Tan Sri Speaker tetapi saya harap Kota Bharu kena bersifat lebih luas, jangan mengatakan seolah-olahnya backbenchers tak perlu bertanya soalan. Kita ambil komposisi, 93 bersama dengan 75 dan sudah pasti 93 ini adalah backbenchers club.

Alasan yang diberikan oleh Kota Bharu mengatakan 93 ini tak solid, itu satu tuduhan yang besar dan ini saya harap sangat Tan Sri Speaker harus meneruskan keputusan ini kerana bagi kami, kami ucapkan terima kasih kerana keadilan itu bukan 50:50 Tan Sri Speaker. Keadilan itu meletakkan kepada jumlah itu, komposisi itu.

Tak bolehlah bawa naratif keadilan itu 50:50. Kami juga adalah wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat dan kami perlu membawa usaha-usaha untuk membangkitkan dan membangunkan negara. Bagi saya, inilah keputusan tepat. Sepatutnya Tan Sri

draft • 10:20 AM

Speaker, tak boleh enam, Tan Sri Speaker. Kena 7

3, Tan Sri Speaker. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Beluran, Beluran.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat Tan Sri.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ambil semualah, ambil semua.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Beluran.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ambil semua, bagi mak bapa sekali.

draft • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tan Sri.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Beluran.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Pendekatan satu soalan daripada pembangkang dan satu soalan daripada kerajaan dibuat oleh Tan Sri Pandikar Amin bermula pada Parlimen Kedua Belas, Tan Sri. Pada ketika itu Tan Sri, kedudukan Ahli Parlimen pembangkang hanya 82 kerusi tetapi dibuat oleh Tan Sri ketika itu. Pembangkang ketika itu PAS, DAP, PKR, 82 kerusi tetapi Tan Sri Pandikar Amin sebagai Speaker ketika itu membuat pendekatan satu soalan daripada pembangkang, satu soalan daripada kerajaan. Tan Sri sendiri meraih keistimewaan sedemikian ketika duduk sebagai pembangkang di sini.

[Tepuk] Matlamat dan tujuannya adalah untuk check and balance, Tan Sri. Suara daripada kami ini suara yang mewakili rakyat yang lebih ke hadapan dan bukan suara yang mengikut kehendak whip sebab itu Tan Sri Pandikar membuat keputusan sedemikian dan membuat pendekatan sedemikian sehinggalah hari ini.

Patutnya perkara yang baik ini Tan Sri, tak perlu diubah. Kita buatkan itu, jadikan itu sebagai precedent yang baik. Esok nanti dekat sana itu boleh duduk sini walaupun 66 kerusi ketika itu nanti kita akan laksanakan pendekatan sedemikian

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

bagi mendengar suara daripada pembangkang untuk tujuan dan matlamat check and balance dalam Parlimen, Tan Sri. Yang ini tak perlulah kacau Tan Sri, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Tan Sri Speaker, Petaling Jaya.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, silakan.

draft • 10:20 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tan Sri Speaker, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Last ya, last.

draft • 10:20 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ya, terima kasih memberi peluang kepada kami untuk – sebagai backbenchers, selalunya suara kami tidak dapat didengar kerana...

draft • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

kerana di pihak kerajaan ramai dan ini adalah satu keadilan untuk backbenchers di sini. Walau bagaimanapun, di pihak pembangkang, suara mereka tetap didengar kerana apa yang ditanya oleh pembangkang, semua jawapan dijawab oleh kerajaan.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

draft • 10:20 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Jadi, ini bermaksud bahawa keadilan itu sememangnya bagi kepada semua dan suara pembangkang, check and balance itu tetap ada.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Teruk kerajaan ini.

draft • 10:20 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Jadi, mohonlah memberi peluang kepada kami kerana selalunya walaupun saya senior tiga term tetapi kadangkala soalan tak naik pun ya. Jadi, saya harap ada peluang untuk bagi kepada kami untuk membawa isu-isu daripada Bayan Baru. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, saya tarik balik keputusan saya. Sekarang saya nak bagi ke Indera Mahkota, lepas itu Semporna. Lepas itu, kita mulakan ya. Silakan.

draft • 10:20 AM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya untuk membawa isu ini dalam perspektif yang lebih luas yakni reformasi Parlimen. Saya ingin bertanya, adakah keputusan ini dibuat dalam konteks kita melihat beberapa reformasi Parlimen, sebahagian dah bermula.

Sebahagian yang kita nantikan ialah pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen

(PSA). Tentu juga kita sedang menunggu bagaimana agaknya kemungkinan ada, ini bukan sahaja waktu soal jawab tetapi juga ialah peranan Ketua Pembangkang boleh berunding non-government issues di dalam agenda dan sebagainya.

Saya mohon kalau boleh soal soalan lisan ini ditangguhkan dulu perubahannya supaya ia dibincang dalam konteks yang lebih besar, konteks reformasi Parlimen itu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Semporna. Last ya.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih Tan Sri Speaker. Saya turut serta dalam bincangkan tentang sidang Parlimen ini. Saya ingat kalau dapat, Tan Sri Speaker, saya merayu sungguh. It is not base on number, it is not base on position yang ada. It must be issue driven kerana kita melihat bahawa priority Speaker yang ada kebiasaannya akan menilai persoalan- persoalan, satu, kepentingan negara. Keduanya, kepentingan rakyat yang ada kerana ini penting. Yang didengar bukan hanya di Parlimen tetapi kadang-kadang we are driven by number, we are driven by individual yang ada. Saya merayu kepada Datuk Speaker, by convention.

Kalau kita lihat di banyak negara di dunia, Speaker is non– dia tak akan berpihak ke mana-mana, sama ada musim mengundi ataupun tidak but they will listen to the important of issue raise by each Parliamentarian. Satu bab. Yang kedua, saya merayu sungguhlah Tan Sri Speaker, kadang-kadang saya ini berdiri banyak kali tetapi tak sempat, mungkin tak nampak pun tapi saya minta kepada Tan Sri Speaker, kalau dapat, suara-suara contohnya kita cuma 25 Parlimen sahaja dari Sabah. Daripada 222 sahaja, we have only 25 dan kadang-kadang isu yang berbangkit tentang Sabah, Negeri Sembilan bangun sampai kadang-kadang dia dapat banyak kali, Rembau.

Kita nak bawa suara Sabah, suara rakyat Malaysia yang ada daripada sama ada Sarawak, sama ada Sabah. Bukan kita nak confine, contohnya it must be discussed by the Sabahan MP, tidak. Mungkin ada pandangan yang lain tapi suara- suara rakyat ini kadang-kadang, “Why don’t you raise the issue?” I said, “*I’m so sorry.

I dah berdiri dah tapi kadang-kadang mungkin tak nampak kot*”. Jadi saya merayu sungguh, isu yang dibangkitkan bukan hanya setakat it must be kepentingan rakyat, kepentingan negara.

Keduanya, bila berbangkit tentang isu kepentingan kawasan-kawasan contohnya, persoalan, bangkit soalan tambahan datang daripada mungkin Barisan Nasional ataupun daripada pihak pembangkang ataupun tertentu tetapi bila kita bangkit tentang kepentingan rakyat, it’s very relevant. So, saya merayu sungguhlah Tan Sri Speaker, kalau boleh dapat, it must be issue driven and kepentingan negara iaitu kepentingan rakyat dan juga bagi ruang kepada Ahli-ahli Parlimen untuk menyuarakan suara rakyat yang mereka agak dekat dengan rakyat. Terima kasih banyak.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Point of Order 36(6), sangkaan jahat. Reformasi yang diperkenalkan oleh Parlimen.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

36(6)?

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, sangkaan jahat kepada kami sehingga ditarik balik hak kami.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Siapa yang sangka jahat itu?

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sangka jahat kepada Speaker, 36(6).

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Arau, Arau tujukan kepada saya?

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bukan, ya. 36(6), peraturan yang...

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Untuk ambil tindakan terhadap saya?

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya. Yang Berhormat, ini sangkaan jahat kepada kami.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Are you sure?

draft • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

*Arau, you make me sure.

I’m asking this question. You* nak ambil tindakan terhadap saya?

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kalau tidak, sangkaan jahat kepada Paya Besar.

draft • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Arau, Arau, Arau. Don’t, don’t. No, no. Arau, I’m serious. Arau, I’m serious.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kepada Yang Berhormat. Saya ahli Jawatankuasa Reformasi. Apakah ini reformasi Parlimen? Iaitu kepada...

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

No, Arau tadi pakai 36(6) itu terhadap saya.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang mula-mula tapi saya terfikir balik, 36(6) kepada Paya Besar sebab ini Kerajaan Perpaduan.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau Arau gunakan setiap...

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini Kerajaan Perpaduan, Yang Berhormat.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

...Pemasyhuran saya dan digunakan 36(6), kita sampai malam tak boleh bincang hal ini. Tak habis.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, ini sangkaan jahat kepada kami. Tak bagus. Ini Kerajaan Perpaduan.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Siapa yang sangka jahat? Siapa?

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yalah, tujuh kepada lima.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya cuma mengatakan bahawa terdapat sedikit perubahan. Jangan itu dianggap sebagai sangkaan jahat.

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat...

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tak ada langsung untuk mengenakan sesiapa.

Cuma...

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Baik, saya tarik balik. Saya tarik balik.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, tarik balik dan duduk. Tarik balik dan duduk.

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya bagi kepada Paya Besar.

Paya Besar.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Cukup. No, Arau, cukup, cukup.

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

36(6) kepada Paya Besar yang— ini Kerajaan Perpaduan...

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Arau, Arau sila duduk. Terima kasih. Baik, saya hendak beritahu sejarah ini. Beluran ada. Semasa Speaker Tan Sri Pandikar Amin menjadi Speaker, saya di situ, saya ialah Ketua Whip. Semasa itu kita ada 82 orang, 82 MP pembangkang berbanding dengan hari ini 75. Saya sendiri jumpa Tan Sri. Saya kata, "Tan Sri is not fair”. So, waktu itu semua BN dulu, selepas itu di hujung-hujung baru ada kita. Saya kata not fair. Why not kita alternate sebab kami ada 82 dan Tan Sri tidak pernah berunding dengan Ketua Whip, mana-mana Ketua Whip, tidak. Dia kata okey, oleh kerana you ada 82, saya menggunakan kuasa saya untuk alternate-kan.

Waktu itu, maknanya apa juga yang disebutkan oleh Kota Bharu tidak betul. Tidak ada rundingan langsung. Cuma saya secara personal jumpa Tan Sri waktu itu. Tan Sri setuju.

Sekarang, bila ketua backbenchers kelab presiden jumpa saya, dia kata look here. Kita ada lebih banyak, jauh lebih 93 dan di sini cuma ada 75, sedangkan mereka juga berhak bertanya soalan. Saya kata okey, kita start dengan first to 10 first, the rests kita alternate balik. Sekurang-kurangnya mereka dapat imbangan, but jumlah akan lebih besar. Saya kata the last sentence, I am not rigid, saya bukan rigid, boleh discuss. Tetapi dalam kes ini, saya maintainkan kedudukan saya hinggalah saya fikirkan balik sama ada perlukan tukar atau tidak.

draft • 10:30 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Okey, saya teruskan dengan menjemput Tuan Khoo Poay Tiong, Kota Melaka. Silakan soalan pertama.

draft • 10:30 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Tan Sri Speaker. Tan Sri Speaker,

draft • 10:30 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Gendang gendut tali kecapi, Kenyang perut suka hati; Soalan Kota Melaka disusun rapi, Jawapan Menteri amat dihargai. Tan Sri Speaker, soalan saya daripada Kota Melaka, soalan yang pertama.

draft • 10:30 AM

1. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] minta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan bersedia membuat pindaan undang-undang yang berkaitan untuk menangani sindiket scammer yang kini menumpukan penggunaan akaun syarikat sebagai akaun keldai untuk menjalankan aktiviti haram mereka selepas pindaan undang-undang di bawah Akta 574 dan Akta 593.

draft • 10:30 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Tan Sri Speaker, saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat alukan pantun. Saya biar Yang Berhormat Pontian jawab bagi pihak, sebab dia raja pantun daripada parti saya.

[Ketawa] Tan Sri Yang di-Pertua, untuk maklumat semua Ahli Yang Berhormat, dalam usaha untuk membanteras jenayah penipuan dalam talian, kerajaan telah pun mengambil langkah proaktif dengan membuat pindaan ke atas Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah bagi menangani kes jenayah siber khususnya mengenai kes penipuan kewangan melibatkan penggunaan akaun keldai yang semakin meningkat.

Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, pindaan kepada Kanun Keseksaan melalui seksyen 424A, 424B dan 424C antara lain telah memasukkan peruntukan baru berkaitan kesalahan mana-mana orang yang membenarkan bank akaunnya digunakan oleh orang lain tanpa kuasa yang sah atau maksud yang sah bagi menangani isu akaun keldai.

Bagi menjawab persoalan Yang Berhormat secara spesifik berkenaan sekiranya bank akaun yang digunakan merupakan akaun yang didaftarkan oleh sebuah syarikat, berdasarkan seksyen 11 Kanun Keseksaan, perkataan orang telah ditafsirkan seperti yang berikut dengan izin, “person, the word person includes any company or association or body of person whether incorporated or not”. Selanjutnya, seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 pula mentafsirkan perkataan orang seperti yang berikut dengan izin, “person includes a body of person, cooperate or unincorporate”.

Sehubungan dengan itu, perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat telah pun ditangani melalui pindaan yang dibuat kepada Kanun Keseksaan memandangkan takrifan orang termasuk juga syarikat ataupun mana-mana entiti korporat. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Kota Melaka silakan.

draft • 10:30 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Tan Sri Speaker.

Terima kasih kepada Menteri atas jawapan yang diberikan untuk memberi satu penjelasan supaya semua pihak faham tentang akta tersebut.

Menteri, kalau zaman nenek moyang kita, atuk kita, kita simpan wang di bawah katil. Tapi zaman sekarang kita simpan wang di bank sebab itu lebih selamat, kecuali bagi ahli politik yang tidak jujur, yang dapat wang yang tidak halal, dia simpan dalam kondo, dalam “safe house”. Itu dia tidak jujur, dia simpan wang tunai. Tetapi bagi kita orang biasa, kita simpan di bank, lebih selamat.

Akan tetapi apa yang kita lihat pada hari ini, wang yang kita simpan dalam bank itu nampaknya tidak selamat lagi, di mana kalau kita lihat kepada sindiket scammer online ini, dia ada dua jenis mangsa. Satu ialah mereka yang kecuaian sendiri, tetapi ada lagi satu jenis ialah kerana sistem yang ada itu memberi ruang kepada sindiket tersebut breakthrough dan telah mengambil wang mangsa.

Saya bagi satu contoh Menteri, baru-baru ini saya terima satu aduan. Pagi- pagi pukul 4.30, dia dapat mesej daripada bank mengatakan phone yang dia ikat kepada akaun bank dia telah tukar kepada phone yang lain. Dia guna iPhone, tetapi bank maklum kepada dia, dia sudah tukar gunakan Vivo, phone Vivo. Tetapi, dia tidak terima apa-apa OTP untuk tukar phone yang baru. Selepas itu bank kata, dalam masa 12 jam kalau anda tukar handphone yang baru, maka 12 jam ialah cooling period, tidak ada transaction. Akan tetapi dalam masa empat jam sahaja, pagi-pagi pukul 4.30, mangsa tengah tidur. Bila dia bangun, 8.30 kurang daripada 12 jam, wang dia telah di-transfer keluar pergi ke akaun sindiket.

Jadi dalam hal ini, saya ingin tanya kepada pihak kementerian, adakah pihak kementerian ingin mengenakan tindakan ke atas bank kerana kecuaian mereka?

Adakah Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian ini juga akan mengenakan syarat yang ketat untuk mengawal bank, digital platform dan juga telco company...

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 10:30 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Supaya mereka juga bertanggungjawab. Terima kasih Menteri.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Menteri.

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Tan Sri Speaker, soalan Yang Berhormat Kota Melaka tanya itu memang banyak soalan ditanya oleh rakyat. Sebab sebenarnya mereka yang dikatakan scammer ini Tan Sri di-Pertua, dia bukan sahaja jenayah telekomunikasi, tetapi jenayah eKewangan, love scam, jenayah eDagang, pinjaman tidak wujud, pelaburan tidak wujud. Tetapi yang mana Yang Berhormat

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Kota Melaka cakap itu ialah di mana data kita yang kita guna bank, yang kita percaya kepada bank, data itu boleh diambil ataupun dicabuli oleh pihak ketiga. Itu yang menjadi isunya.

Saya tidak boleh jawab, Menteri Kewangan II belakang, dia pakar bank. Saya pakar undang-undang, dia pakar bank. Tetapi saya dimaklumkan oleh Bank Negara, dia ada apa yang disebut 997. Pertama sekali perlu dilakukan ialah menentukan bahawa duit itu tidak melayang. Katakan kita bangun 4.30, 4.35 kena cepat-cepat tekan 997. Betul tak Yang Berhormat? Saya pun pernah kena tipu 3 pagi, kucing saya kejut. Terperanjat saya RM3,000 hilang, tetapi dapat balik duitlah.

Isunya Yang Berhormat, ini sedang berlaku. Betullah, love scam dan sebagainya saya sebut yang beratus-ratus bilion yang kena itu ialah pihak ketiga yang kita kenal, tidak kenal. Ini data bank. Jadi mungkin Yang Berhormat Ahli-ahli Parlimen boleh berbincang sama ada perlukah sistem insurans yang lebih ketat kepada bank-bank ataupun industri yang memegang duit kita, pertama.

Kedua juga, saya melihat bahawa dengan adanya Kementerian Digital yang diwujudkan oleh Kerajaan Madani oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Ke- 10 menunjukkan memang masa depan negara kita memang semua ke arah digital.

Itu sebab kepekaan ini sangat perlu bagi kita sebagai Ahli-ahli Parlimen dan insya- Allah pada sesi ini, kita akan wujudkan undang-undang jenayah dalam talian selepas bajet supaya pelbagai lagi perkara dapat kita sama-sama berbahas dan luluskan.

Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, silakan Jerlun.

draft • 10:30 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Tan Sri Yang di-Pertua, penjelasan saya yang saya dengar tadi ini berkenaan dengan usaha yang telah dibuat berkaitan dengan pindaan undang-undang Kanun Keseksaan. Apa yang dapat kita pastikan di sini, persoalan saya pada aspek pencegahan. Sejauh manakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mengatasi ataupun membendung kebocoran data maklumat yang melibatkan pemegang-pemegang akaun? Itu perkara yang perlu diberi perhatian. Soalan yang kedua, apakah langkah khusus untuk hendak mencegah ataupun hendak membendung modus operandi yang dilakukan oleh pihak scammer ini?

draft • 10:30 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Ketiga, merujuk kepada pembukaan...

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, dua soalan sahaja Yang Berhormat.

draft • 10:40 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Sikit sahaja.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri. Lain kali rangkumkan ya jadi...

draft • 10:40 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Okey.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 10:40 AM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun ya. Saya memang tak boleh jawab soalan sebab bukan dalam bidang kuasa saya tapi saya boleh cuba jawab secara bertulislah. Tapi sebenarnya pencegahan bermula dengan diri kita Yang Berhormat Jerlun. Kita pun kena berhati-hati, terutama sekali Yang Berhormat dalam isu love scam. Kerana kita bercinta, ingatkan orang itu wujud, sebenarnya orang itu AI sebagai contohlah.

Jadi, saya hendak nasihat pada semua kita, jangan terlampau percaya sangat dalam sistem sedemikian. Tapi, saya cuba bagi jawapan bertulislah, kalau boleh dibantu oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan II dan pakar-pakar Bank Negara. Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Seterusnya saya jemput Dato' Seri Hamzah bin Zainudin, Larut. Silakan.

draft • 10:40 AM

2. Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin [Larut] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan langkah yang telah diambil kerajaan bagi mengurangkan kebergantungan serta mempelbagaikan strategi pelaburan dan perdagangan bagi memastikan ekonomi Malaysia berdaya tahan daripada dampak ketegangan geopolitik berpanjangan di Rusia-Ukraine serta di Timur Tengah yang kini sudah merebak ke negara sekitar.

draft • 10:40 AM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Larut.

Malaysia sebagai sebuah negara dagang yang aktif dan terbuka sentiasa berpegang kepada dasar tidak bersekutu atau dengan izin a non-aligned policy dengan mana-mana negara blok ekonomi mahupun blok ketenteraan dalam menangani isu-isu geopolitik semasa.

Namun demikian, sebagai sebuah negara perdagangan dan pelaburan yang terbuka, sebarang ketegangan geopolitik antarabangsa berpotensi untuk menjejaskan ekonomi negara dalam jangka masa panjang. Sungguhpun ketegangan geopolitik semasa tidak memberi impak yang signifikan kepada Malaysia dalam jangka masa pendek, namun kita tidak harus memandang remeh dan risiko jangka panjang, sekiranya konflik tersebut berlarutan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Rusia dan Ukraine bukanlah rakan dagang utama negara. Perdagangan dua hala Malaysia dengan kedua-dua negara tersebut bagi tahun 2023 hanya sebanyak 0.5 peratus daripada keseluruhan

draft • 10:40 AM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

jumlah dagangan antarabangsa negara. Manakala nilai dagang dua hala secara individu dengan negara-negara Timur Tengah yang sedang bergolak juga adalah rendah.

Tetapi, bagi mengatasi kesan geopolitik yang berpanjangan, kementerian sedang giat meneruskan usaha untuk mengurangkan kebergantungan serta mempelbagaikan strategi pelaburan dan perdagangan bagi memastikan ekonomi Malaysia terus berdaya tahan. Ini berpandukan kepada prinsip pengukuhan hubungan diplomasi perdagangan yang pragmatik dengan negara-negara rakan dagang.

Antara strategi utama yang telah dan sedang dilaksanakan adalah seperti berikut. Pertama, kita hendak mempergiatkan penganjuran misi galakan pelaburan dan perdagangan bagi mengukuhkan hubungan kerjasama antara Malaysia dengan rakan dagang sedia ada seperti ASEAN, Amerika Syarikat, China, Kesatuan Eropah, Jepun, Republik Korea dan India.

Di samping mengeratkan kerjasama ekonomi dengan rakan-rakan dagang yang bukan tradisional seperti UAE, Arab Saudi, Pakistan, negara-negara di Asia Tengah seperti Kazakhstan, Uzbekistan, negara-negara di Amerika Selatan seperti Brazil, Peru, Mexico serta negara-negara di benua Afrika.

Jadi, memberi galakan kepada industri tempatan juga untuk meningkatkan penggunaan sumber domestik dan mengurangkan kebergantungan kepada bahan- bahan mentah dari luar negara. Langkah ini termasuk mengutamakan sumber bekalan dari rantau ASEAN melalui pendekatan nearshoring bagi memastikan kestabilan rantaian bekalan.

Kita juga melaksanakan inisiatif-inisiatif di bawah pelan induk perindustrian baharu yang merangkumi strategi bagi memastikan kelangsungan rantaian bekalan industri tempatan dalam mendepani krisis ekonomi atau kesihatan global pada masa depan.

Kita juga sekarang tengah merundingkan beberapa perjanjian perdagangan bebas baharu seperti Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Malaysia Emiriah Arab Bersatu, Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Kanada, Rundingan Naik Taraf Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN dan juga Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China untuk membuka pasaran eksport Malaysia yang lebih stabil dan kompetitif. Antara lainnya melalui peraturan pentadbiran yang lebih seragam dan juga pengurangan prosedur kastam serta menarik pelaburan berkualiti ke Malaysia.

draft • 10:40 AM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Jadi, insya-Allah pelaksanaan strategi-strategi tersebut akan membuahkan hasil dan setengahnya telah membuahkan hasil untuk kita kukuhkan hubungan perdagangan sedia ada dan juga menarik pelabur asing dan meningkatkan juga daya tarikan Malaysia sebagai pusat perdagangan antarabangsa untuk jangka masa yang panjang. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Larut.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Menteri berdiri.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri duduk dulu.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

[Ketawa] Tahniah daripada apa yang diceritakan oleh Yang Berhormat Menteri, maka bermakna tidaklah peperangan di antara Rusia-Ukraine dan Timur Tengah ini tidak sangat menjejaskan dalam masa short-term. Tetapi, mungkin dalam masa panjang dia akan menjejaskan kita.

Maka sebab itu saya ingin mendapatkan kepastian, apakah kerana itu kita mengumumkan untuk bersama dengan BRICS kerana agenda untuk mengurangkan Dolar Amerika Syarikat atau de-dollarization.

Sejauh mana kadar penggunaan mata wang tempatan negara ini kalau kita bersama dengan BRICS ini akan membabitkan negara-negara ASEAN dan China dan ini juga mungkin ada sedikit sebanyak berkait dengan geopolitik di Timur Tengah yang juga boleh menjejaskan nilai perdagangan dan kehadiran pelabur-pelabur daripada Timur Tengah ke Malaysia. Saya ingin penjelasan, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih.

Kita– apa yang disebut oleh Yang Berhormat Larut sebenarnya ada perbincangan untuk menjadi ahli BRICS di mana ini salah satu strategi untuk mempelbagaikan ataupun de-risk kebergantungan kita kepada negara-negara dagang yang tradisionallah. Pada masa yang sama, kita juga telah mengumumkan kita ingin berunding semula dengan Kesatuan Eropah dengan FTA, perdagangan bebas dengan EU lah. Sebelum ini tergendala yang diberhentikan pada tahun 2012.

Pada masa yang sama, kita juga dalam perbincangan dengan ASEAN. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Larut, perdagangan antara negara-negara ASEAN hanya 23 peratus. Jadi, itu lagi satu peluang yang kita perlu ambil perdagangan antara ASEAN kurang daripada perdagangan antara ASEAN dengan China dan Amerika Syarikat contohnya.

Dari segi settlement lah dengan izin, settlement– payment settlement itu ada perundingan, kebanyakannya bilateral, bukan multilateral. Contohnya bersama

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

dengan nagara China untuk kita menyelesaikan settlement itu menggunakan ringgit dan renminbi contohnya. Tetapi, dengan negara-negara lain agar sukar kerana penggunaannya tidak begitu luas. Of cause, contohnya US Dolar masih lagi nombor satu, tetapi yang keduanya memang ada perancangan untuk kita meningkatkan lagi penggunaan wang-wang lain, mata wang asing yang lain.

Tetapi sama ada ini akan mengakibatkan pelabur-pelabur asing tidak masuk ke dalam negara kita buat masa ini kerana penggunaan dolar itu masih lagi luas, belum lagi kita lihat. Tetapi jangka masa panjangnya yang penting ialah kestabilan untuk negara-negara ini adalah untuk kestabilan ringgit kita juga. Ini kerana kita melihat bahawa kalau ringgit against any currency, tidak stabil dia pun tidak akan gunakan mata wang ringgit sebagai the base-lah. So, dengan izin persoalannya saya rasa susah saya hendak jawab kerana kena lihat pada masa ini penggunaan dolar itu masih lagi luas tetapi memang ada inisiatif kita hendak kurangkan risiko.

Kerana apa-apa keputusan Amerika Syarikat, kadang-kadang tidak begitu menunjukkan apa yang patut dibuat di Malaysia contohnya interest rate di Amerika Syarikat, itu contohnya. Walaupun keadaan ekonomi Malaysia masih lagi kuat, tetapi kita masih terkesan dengan keputusan daripada negara luar. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Semporna.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah menjawab soalan tentang trading nation negara kita. Saya ucapkan tahniah, rajin berusaha untuk memastikan supaya perdagangan kita di antara Malaysia dan negara-negara lain dapat kita tingkatkan.

Cuma saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat dasar kerajaan. Sama ada jelas ataupun affirm kind of policy di mana kita dapati bahawa kita berdagang dengan negara-negara, bukan hanya negara seperti developed nation like Europe, US, China, India. Tetapi saya dapat bahawa sebahagian juga daripada dagangan ini adalah in terms of export raw material yang ada. Ini saya ingin bertanya, sama ada dasarnya jelas untuk menghalang walaupun kita nak berdagang dengan negara- negara ini tetapi mengetatkannya untuk memastikan value added. Saya dapati daripada dulu, tahun 70-an di Sabah kita berdagang dengan Jepun, Copper Mamut.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Kita tak tahu kandungan copper, kandungan emas yang ada dan sekarang ini silica di Sabah juga untuk komponen gas mikrocip ataupun solar yang kita gunakan. Adakah pihak kerajaan untuk memastikan supaya peluang pekerjaan kepada anak-anak bangsa? The return on investment, value added is more

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

meaningful dengan kita encourage partners with nation but kita nampak bahawa sebahagian besar dagangan kita, raw material. They develop, we buy back.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Sama ada dasar ini kita nak pastikan jelas ataupun dah ada ataupun kita ketatkan supaya ia tidak berlarutan di negara kita khususnya items yang ada value added ini. Bukan hanya setakat dengan negara-negara Eropah, negara China bahkan juga di antara kita katakan wilayah-wilayah yang ada. Terima kasih banyak.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat. Ya, soalan itu, saya rasa setuju dengan cadangan ya. Sebenarnya kita memang ingin mengurangkan export upstream. Kita nak turun kepada midstream dan downstream.

Baru-baru ini pun ada perbincangan dengan Yang Berhormat NRES, di mana kita telah bersetuju, kita nak menghalang eksport REE daripada upstream. Kita nak menggalakkan pelaburan midstream ke downstream.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, eksport pada Januari hingga Ogos 2024 sebenarnya meningkat enam peratus kepada lebih kurang RM99 bilion dan eksport yang terbesar iaitu hampir 40 peratus adalah barangan E&E iaitu barangan midstream dan downstream lah. Kalau kita lihat keluaran minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit, kimia dan bahan kimia pun midstream dan upstream itu pun lebih kurang lima dan lima peratus lebih kurang 10 peratus. Jadi, yang upstream itu tidaklah begitu banyak dari segi total jumlah eksport negara.

Tetapi pada masa yang sama, dalam pelan pengurusan baharu ada empat misi ya. Misi yang pertama itu untuk meningkatkan lagi kompleksiti ekonomi. Itu menunjukkan kita perlu meningkatkan, daripada midstream pun kepada downstream. Contohnya dalam sektor E&E ini. Banyak pengilang-pengilang kita terutamanya tempatan juga yang memberi fokus kepada backend bukan kepada frontend. Dia buat test dan assembly. Kita nak move kepada wafer fabrication dan juga IC design. Kerana ini akan– limpahannya lebih bagus kerana rakyat yang akan bekerja di midstream dan downstream pun gaji dia lebih lumayan. Oleh itu, memang saya berbincang dengan rakan-rakan Menteri saya, kalau boleh janganlah kita benarkan terlalu banyak eksport upstream dan kita bermula dengan REE. Dengan REE ini memerlukan raw material untuk sektor E&E contohnya. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik, Balik Pulau.

draft • 10:50 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Tan Sri Speaker. Sebelum itu, saya ingin mengalu-alukan Sekolah Menegah Kebangsaan Balung, Tawau ke Dewan ini.

[Tepuk] Soalan saya, soalan tiga.

draft • 10:50 AM

3. Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [Balik Pulau] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan apakah komitmen kementerian dalam mengimbangi pelbagai keperluan untuk pembangunan di samping memelihara kawasan hutan simpan di Malaysia.

draft • 10:50 AM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau di atas persoalan yang diutarakan. Sebagaimana kita semua sedia maklum, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hutan terletak di bawah bidang kuasa pihak berkuasa negeri. Namun pihak Kerajaan Persekutuan masih memainkan peranan dari segi menyelaraskan kuasa-kuasa tersebut dan juga memastikan kita dapat memenuhi komitmen-komitmen yang kita buat di peringkat antarabangsa, aspek penyelidikan, latihan dan sebagainya.

Antara usaha yang dibuat di peringkat Kerajaan Persekutuan sejak tahun 2019, kita telah menyediakan insentif kewangan Ecological Fiscal Transfers yang diberi kepada kerajaan-kerajaan negeri untuk melindungi kawasan hutan perlindungan, hutan tadahan air dan juga supaya dapat menambah kawasan perlindungan dan hutan simpan kekal yang baharu. Sejumlah kira-kira 90,000 hektar kawasan perlindungan daratan telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal dan santuari hidupan liar di Kedah, Perak, Selangor, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Bagi tempoh yang telah– ini telah berlaku selepas EFT telah diperkenalkan.

Ia dimulakan dengan RM60 juta setahun pada tahun 2019. Kemudian, RM70 juta pada 2021 dan 2022 dan naik di bawah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim kepada RM150 juta untuk tahun lepas dan RM200 juta pada tahun ini. Jumlah EFT yang telah diagihkan adalah sebanyak RM550 juta.

Kedua, Kerajaan Persekutuan telah meminda Akta Perhutanan Negara pada tahun 2022 dan untuk menjadi satu contoh kepada kerajaan-kerajaan negeri supaya dapat meminda perundangan dan enakmen mereka. Ia telah diwartakan pada September 2022 di mana selepas ini sebarang pewartaan keluar hutan simpan kekal perlu melalui proses pendengaran awam dan juga penggantian dan pewartaan

draft • 10:50 AM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

serentak. Ini untuk memastikan sekiranya ada HSK yang diwarta keluar, maka akan terus diganti oleh pihak kerajaan negeri.

Seterusnya, kita juga telah mempergiatkan usaha ke arah mewartakan HSK, kawasan perlindungan dan juga pewartaan kawasan cadangan HSK khususnya yang terletak di dalam Central Forest Spine, dengan izin. Ini melibatkan pewartaan kawasan cadangan Hutan Simpan Kekal dalam kawasan Central Forest Spine yang telah dipersetujui di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan juga Mesyuarat Majlis Tanah Negara yang ke-81.

Seterusnya, kerajaan juga telah melaksanakan moratorium bagi menghentikan perluasan ladang hutan dalam Hutan Simpan Kekal yang juga dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-81.

Terakhir, pembangunan dan pengoperasian inisiatif di bawah instrumen Kerangka Kewangan REDD Plus menerusi agensi Malaysia Forest Fund (MFF) iaitu Forest Conservation Certificate dan pembangunan Forest Carbon Offsets bagi meningkatkan kerjasama dan sumbangan daripada pihak swasta termasuk soal membangun sistem pasaran kredit karbon bagi untuk melindungi hutan. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Balik Pulau.

draft • 10:50 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Speaker. Terima kasih Menteri di atas jawapan yang komprehensif tadi. Kita tahu saban hari kita mendapat berita bahawa banyak binatang liar yang dilanggar kenderaan dan dibunuh. Ini menunjukkan ada terdapat human-animal conflict dalam negara kita.

Contohnya Julai 2024, seekor harimau Malaya telah dilanggar di Tapah. NGO RIMAU menyatakan bahawa 10 ekor harimau Malaya telah pun kita kehilangan 10 ekor harimau Malaya dalam tempoh setahun daripada jumlah yang 150 ekor di Malaysia. Pada tahun 1950-an, kira 3,000 ekor harimau Malaya. Jadi ini menunjukkan bahawa ada human-animal conflict. Juga tapir baru ini dilanggar di Jempol dan gajah dan sebagainya.

Jadi, saya ingin bertanya, adakah kementerian begitu serius, saya nampak untuk dalam usaha untuk kita memelihara hutan simpanan kekal dan menghalang mana-mana negeri untuk digazet dalam The Forest Reserve ataupun HSK dan sebaliknya kita ada usaha untuk menambah atau mengganti hutan simpanan yang hilang itu.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:50 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Okey. Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Sememangnya isu konflik manusia dan kehidupan liar ini semakin menjadi- jadi. Terutamanya apabila berlakunya kemusnahan kepada habitat hidupan liar. Jadi, sudah tentu bila mereka kehilangan habitat dan juga mungkin kekurangan bahan makanan. Misalnya bagi harimau Malaya antara masalah yang berlaku ialah kekurangan prey animal dengan izin dan ini termasuk penyakit yang melanda babi hutan dan sebagainya. Jadi, ini menekan mereka untuk keluar daripada kawasan tempat tinggal sedia ada.

Jadi atas dasar itu, Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama PERHILITAN, kita telah pun mengambil langkah-langkah yang menerusi inisiatif yang dipanggil Community Rangers ataupun Ranger Komuniti yang bermula dengan 1,000 orang, 1,500 dan sekarang 1,920. 500 ada di Sabah, Sarawak yang selebihnya di Semenanjung dan mereka ini terdiri daripada yang paling besar komponen ialah Orang Asli yang sangat mahir dan biasa dengan berurusan dengan hidupan liar.

Seterusnya, komuniti setempat dan juga Veteran Angkatan Tentera dan PDRM.

Jadi, ini kita lihat telah berjaya bersama-sama juga dengan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) untuk dibuat dengan pihak berkuasa lain termasuk PDRM dan NGO di seluruh negara. Kita dapat mengurangkan tekanan poachers yang ada. Antara tahun 2021 sehingga 20 Julai 2024, 431 warganegara kita telah ditangkap dan 91 warganegara asing juga ditangkap dan sitaan berjumlah lebih RM150 juta.

draft • 10:50 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Jadi, kita mengambil maklum tentang cadangan untuk menambah. Jadi, sebab itu bagi kita EFT kita bagi wang kepada kerajaan negeri itu dan peningkatan yang sangat ketara dari tahun ke tahun itu antara inisiatif yang kita ambil.

Sememangnya kita tahu di bawah perundangan sebagai mana saya sebut ia terletak di bawah kuasa kerajaan negeri, tetapi kita percaya dengan inisiatif juga seperti pindaan Rang Undang-undang Akta Perhutanan Negara (Pindaan) yang mana mewajibkan pendengaran public inquiry dan juga pewartaan serta-merta hutan yang apabila dikeluarkan, ini akan membantu mengurangkan tekanan kepada habitat tersebut.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Kuala Krai.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya meneliti apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan insentif kewangan EFT kepada negeri-negeri tadi. Cuma saya ingin bertanya, sejauh manakah komitmen suntikan dana daripada sektor awam dan

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

swasta melalui kerjasama FRIM bagi merancakkan inisiatif pemulihan hutan simpan, serta program-program meningkatkan kesedaran?

Adakah kerajaan bercadang untuk menambah baik instrumen Sijil Konservasi Hutan (FCC) yang dilancarkan sejak Mei lalu untuk menggalakkan penyertaan lebih banyak syarikat korporat bagi membiayai dan menyumbang ke arah usaha konservasi dan pengurusan hutan? Pada masa yang sama, apakah langkah yang diambil untuk mempergiatkan program pemulihan semula hutan simpan terutama membabitkan kawasan hutan simpan yang sebelum ini dijadikan kebun sayur secara haram selepas operasi pengurusan bersepadu dijalankan? Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:00 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya, terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai di atas persoalan yang telah dibangkitkan. Kita sememangnya melihat bahawa sekarang wujud minat yang sangat mendalam untuk kita mencari sumber bukan hanya daripada pihak kerajaan sebagai secara tradisinya tetapi juga daripada pihak swasta untuk kita memelihara hutan-hutan yang ada. Sebelum ini, kita ada kerangka REDD Plus tetapi REDD Plus ini tidak berkembang begitu pesat. Ia satu instrumen antarabangsa.

Jadi, sekarang kita menerusi Malaysia Forest Fund kita membangunkan sijil FCC dan juga Forest Carbon Offset (FCO) dan kita juga melihat kepada minat yang begitu tinggi kepada carbon offsetting, pasaran karbon yang mana syarikat-syarikat ataupun pihak-pihak yang mengeluarkan karbon yang tinggi akan memerlukan penyelesaian secara semula jadi (nature-based solutions) termasuk hutan yang dipulihkan. Tetapi ia tidak semudah itu, ia memerlukan masa untuk kita laksanakan dengan baik dan kita juga tahu bahawa wujud kebimbangan greenwashing sekiranya tidak dilaksanakan dengan baik iaitu bahawa ini hanyalah pendekatan PR semata- mata dan bukannya inisiatif ikhlas untuk memperbaiki hutan yang ada.

Jadi, ini kalau kita juga berpeluang kerana kita ada Bursa Carbon Exchange

(BCX) yang didagangkan di situ kredit-kredit karbon bukan hanya di peringkat antarabangsa dan di negara kita sendiri dan kita menjurus untuk membangunkan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan dan satu common framework bagi negara- negara ASEAN, sebab kita rasa dengan itu ada itu ada saiz yang lebih besar untuk kita lihat cara memulihara hutan ini secara lestari, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik saya jemput Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib, Parit.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 4.

draft • 11:00 AM

4. Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib [Parit] minta Perdana Menteri menyatakan usaha Kerajaan Persekutuan dalam memperkasakan institusi kehakiman syariah daripada segi kesarjanaan dan pengurusan pentadbiran yang lebih efisien bagi memastikan hak wanita dan kanak-kanak sentiasa menjadi keutamaan.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Izinkan saya menjawab dan memberikan pencerahan sebaiknya. Untuk makluman sidang Dewan, kerajaan sentiasa komited untuk memartabatkan undang-undang syariah selaras dengan objektif Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia MADANI dengan teras ketiga berfokuskan usaha untuk memartabatkan perundangan dan kehakiman Islam.

Bagi memperkasakan institusi Kehakiman Syariah Malaysia dari sudut kesarjanaan, kerajaan telah menyusun gerak kerja ke arah meningkatkan kompetensi para pegawai syariah. Antaranya mengadakan Program Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa, Sarjana Pentadbiran Dalam Undang-undang Islam diberikan kepada 18 orang pegawai syariah. Dua pegawai syariah wanita telah terlibat sebagai pembentang dalam persidangan Session of Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women dan telah berkongsikan tiga inisiatif penting yang telah dilaksanakan dalam memperkasakan hak-hak wanita iaitu:

(i) penubuhan bahagian sokongan keluarga untuk menguat kuasa nafkah;

(ii) Inisiatif Lelaki Qawwam, lelaki bertanggungjawab untuk meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab dan peranan lelaki sebagai ketua keluarga; dan

(iii) pelaksanaan hakam ataupun timbang tara dalam memastikan wanita mendapat hak dalam penceraian dan sebagainya.

Manakala dari sudut pengurusan pentadbiran, pada tahun 2023, sebanyak 82 program bagi mempertingkatkan kompetensi pegawai syariah telah berjaya dilaksanakan dan pada tahun 2024 sebanyak 67 program. Ini termasuk diskusi komprehensif prosiding kes membabitkan kanak-kanak di Mahkamah Syariah bagi

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

mempertingkatkan kefahaman hakim-hakim Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia mengenai peruntukan dan perlindungan kanak-kanak yang terdapat di negara kita.

Kerajaan melalui JKSM yang bertindak sebagai badan penyelaras antara negeri telah mewujudkan ekosistem secara menyeluruh ke arah memperkasakan sistem pentadbiran serta undang-undang berkaitan kanak-kanak dan hak wanita. Di antaranya inisiatif ke arah pemerkasaan undang-undang merangkumi undang- undang procedural dan undang-undang keterangan, berkemas dan mempermudah urusan pendaftaran kes, menilai semula prosedur perbicaraan ke arah mempercepatkan penyelesaian kes, penyelesaian kes penceraian melalui proses secara laluan pantas (fast track).

Selain itu, mewujudkan Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah di Mahkamah Syariah, pembangunan fizikal dan infrastruktur Mahkamah Syariah termasuk peningkatan kemahiran personel Mahkamah-mahkamah Syariah melalui program-program latihan yang dijalankan dan menubuhkan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia bagi memperkasakan perundangan dan kehakiman syariah.

Selain itu, kerajaan memperuntukkan RM18 juta bagi melancarkan urusan reformasi perundangan yang mana harus menjadi institusi bebas yang melindungi keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang. Masih banyak lagi yang boleh dikongsikan dalam masa tiga minit. Sehubungan dengan itu, kerajaan sangat komited dalam memberi ruang dan peluang kepada semua dalam meneruskan peningkatan kesarjanaan serta meningkatkan sistem pentadbiran yang efisien, yang mampan bagi mendapat memberikan khidmat kepada rakyat sebaiknya, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Parit.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada Timbalan Menteri atas jawapan diberikan. Soalan saya sejauh manakah usaha Kerajaan Persekutuan dalam menyediakan bantuan guaman percuma atau juga khidmat nasihat kepada masalah yang dialami oleh wanita-wanita juga kanak-kanak? Saya difahamkan telah pun diadakan satu projek rintis di Melaka, di bawah Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan bagi kes-kes syariah ini, adakah ianya akan diluaskan kepada negeri-negeri lain juga?

Soalan tambahan yang kedua, adakah Kerajaan Persekutuan bercadang untuk memperluaskan skop undang-undang syariah untuk merangkumi lebih banyak perlindungan kepada wanita dan kanak-kanak dalam kes-kes penceraian, nafkah atau penjagaan anak-anak? Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:00 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih di atas soalan tambahan yang diberikan.

Untuk mendapatkan maklumat yang terperinci kita boleh berikan secara bertulis.

Namun secara umumnya bantuan guaman itu telah pun diteruskan malahan menerusi inisiatif-inisiatif yang berterusan bersama dengan Persatuan Guaman Syarie dan Majlis Peguam Syarie dan sebagainya ianya diteruskan sepertimana yang telah pun dilaksanakan sebelum ini.

draft • 11:00 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Jadi, melihatkan kepada perkara ini, terdapat juga usaha-usaha yang sedang dilakukan juga untuk menambah baik daripada aspek bantuan guaman yang boleh diberikan kepada rakyat khususnya kepada mereka yang tidak berkemampuan bagi menyelesaikan kes-kes berkaitan dengan hak-hak wanita dan kanak-kanak.

Bagi soalan kedua berkenaan dengan skop berkenaan dengan wanita itu, kita merasakan bahawa ianya boleh diberikan perhatian dan sekarang ini kita melihatkan kepada keperluan dan juga kajian serta apakah yang boleh diberikan penambahbaikan terhadap skop yang sedia ada. Dari segi aspek ini, menurut daripada performance ataupun laporan-laporan yang telah diberikan bahawa telah banyak penambahbaikan ataupun kecemerlangan yang telah pun dibuat oleh Mahkamah Syariah. Sebagai contoh, di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan iaitu laluan pantas (fast track) pada tahun 2024 itu, daripada kes 21 hari kita telah berjaya kan selesaikan kes satu hari sahaja dan ianya mencecah 97 peratus kejayaan kes diselesaikan. Ini bermakna bahawa penambahbaikan dan skop itu boleh diluaskan mengikut keperluan sedia ada. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Kuala Pilah.

draft • 11:10 AM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Soalan saya ialah sejauh manakah penubuhan Jabatan Pendakwaan Syarie Malaysia (JPSM) dapat menyelesaikan polemik pertindihan bidang kuasa jenayah di antara mahkamah sivil dan Mahkamah Syariah, terutamanya dalam menentukan sama ada sesuatu kesalahan jenayah itu berada di bawah bidang kuasa mahkamah sivil atau pun Mahkamah Syariah? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:10 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih kepada Yang Berhormat atas soalan sebentar tadi. Buat pengetahuan sidang Dewan yang mulia, terdapat beberapa bahagian yang menangani isu ini. Yang pertama adalah Jabatan Pendakwaan Syariah (JAPENS) Wilayah Persekutuan dan di bahagian JAKIM sendiri ada bahagian pendakwaan dan penguatkuasaan yang menyelaras. Dari aspek ini kita melihat bahawa Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan memainkan peranan yang sangat signifikan dan sekarang ini sudah ada usaha-usaha dan kita sentiasa ada perbincangan dan juga pelaksanaan bersama dengan Ketua Pendakwa Syarie negeri-negeri melihat kepada aspek ini.

Umumnya usaha-usaha dan kajian telah dijalankan dan telah pun dilaksanakan. Namun begitu, untuk penambahbaikan dari aspek mengelakkan pertindihan ini kita ada beberapa inisiatif yang masih kita tunggu seperti mana yang dimaklumkan bahawa sebelum ini telah ada jawatankuasa khas mengkaji kompetensi DUN (Dewan Undangan Negeri) menggubal undang-undang Islam. Itu pun akan melihat aspek ini.

Buat pengetahuan semua, Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan dengan kerjasama negeri-negeri sedang memperkemaskan lagi aspek ini agar pertindihan dan juga konflik bidang kuasa itu tidak berterusan dan moga- moga kita dapat menangani isu ini sebaiknya dan dapat memperkasakan lagi institusi kehakiman dan perundangan syariah. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya menjemput Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy, Kalabakan.

draft • 11:10 AM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Tan Sri Speaker, soalan nombor 5.

draft • 11:10 AM

5. Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy [Kalabakan] minta Menteri Luar Negeri menyatakan tindakan kementerian di peringkat antarabangsa dalam menangani isu kedaulatan wilayah maritim Malaysia di perairan Laut China Selatan memandangkan suhu konflik kini yang kian memuncak terutamanya melibatkan negara-negara jiran seperti Filipina.

draft • 11:10 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat yang bertanyakan soalan berkenaan dengan isu-isu di bawah seliaan Kementerian Luar Negeri, terutamanya isu-isu berkaitan dengan Laut China Selatan.

Tan Sri Yang di-Pertua, sepertimana Dewan yang mulia ini sedia maklum, kerajaan sentiasa memberikan perhatian kepada isu-isu di Laut China Selatan.

Pendirian Malaysia berhubung isu di Laut China Selatan ini Tan Sri adalah jelas dan

draft • 11:10 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

konsisten. Semua pertikaian dan penyelesaian isu-isu berhubung Laut China Selatan hendaklah berdasarkan undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Undang- undang Laut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 1982 atau dengan izin, United Nations Convention on the Law of the Sea 1982. Ringkasnya UNCLOS 1982.

Kementerian Luar Negeri mengambil maklum dan sentiasa memantau perkembangan isu-isu di Laut China Selatan termasuklah ketegangan antara China dan Filipina di Laut China Selatan. Dalam hal ini saya ingin memaklumkan bahawa ketegangan ini berlaku adalah di luar kawasan maritim Malaysia berdasarkan peta baharu Malaysia pada tahun 1979. Dalam konteks pengendalian isu Laut China Selatan, saya ingin menegaskan bahawa kedaulatan dan kepentingan negara sentiasa dijadikan teras utama dalam setiap tindakan yang diambil.

Sepertimana Dewan yang mulia ini sedia maklum, isu berkaitan Laut China Selatan merupakan isu yang kompleks dan sensitif. Oleh yang demikian Tan Sri Yang di-Pertua, isu ini perlu di kendali secara berhati-hati, teliti dan menyeluruh.

Setiap tindakan yang diambil oleh kerajaan adalah berdasarkan pertimbangan yang komprehensif tanpa mengetepikan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara.

Antara usaha serantau untuk memastikan keamanan dan kestabilan serta mengelakkan ketegangan di Laut China Selatan, negara-negara ASEAN dan China telah memeterai dengan izin, Declaration of Conduct of Parties in the South China Sea ataupun DOC pada 4 November 2002 Tan Sri. Selaras dengan persefahaman di bawah DOC ini negara-negara ASEAN telah mengambil pendekatan dengan izin, self-restraint dan memastikan tindakan-tindakan yang diambil dan aktiviti yang dijalankan di Laut China Selatan tidak akan meningkatkan ketegangan di lapangan.

Buat masa ini negara-negara ASEAN dan China sedang merundingkan dengan izin, Code of Conduct in the South China Sea ataupun COC yang dilihat sebagai satu kod tatacara bagi mengelakkan konflik dan ketegangan di Laut China Selatan. Ianya adalah tanpa prejudis terhadap tuntutan wilayah dan maritim negara masing-masing.

Rundingan COC ini Tan Sri, dilaksanakan oleh negara-negara anggota ASEAN dan China menerusi platform dengan izin, ASEAN Joint Working Group, ASEAN-China Joint Working Group on the Implementation of DOC, dengan izin.

ASEAN-China Senior Officials’ Meeting on the Implementation of DOC berdasarkan satu, dengan izin, single draft negotiating text yang digunakan semasa asas rundingan. Rundingan COC yang terkini di peringkat JWG ataupun Joint Working Group telah pun diadakan di CN China pada 10 dan 12 September 2024 baru-baru

draft • 11:10 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

ini, manakala Senior Officials’ Meeting DOC telah diadakan pada 13 September 2024.

Ingin saya maklumkan di Dewan yang mulia ini Tan Sri bahawa Malaysia sedang memainkan peranan penting di peringkat antarabangsa sebagai negara penyelaras hubungan dialog ASEAN-China untuk tempoh tiga tahun mulai Ogos 2024 hingga Julai 2027 sebagai negara penyelaras antara Malaysia dengan peranan Malaysia adalah pengerusi bersama dengan China dalam merundingkan draf COC ini.

Dalam hubungan ini Malaysia beriltizam untuk memastikan supaya kod tatalaku ini jika dipersetujui akan menjadi satu dokumen yang efektif dan substantif untuk menangani isu-isu berkenaan Laut China Selatan. Malaysia akan sentiasa memastikan bahawa COC yang dirundingkan tidak sekali kali mengetepikan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara Tan Sri Pengerusi. Sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun 2025, Malaysia komited untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai.

Malaysia akan terus menyuarakan pendirian tegas berhubung dengan Laut China Selatan di pelbagai platform bagi memastikan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara akan terus dipelihara. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Kalabakan.

draft • 11:10 AM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapannya tadi.

Yang Berhormat Menteri telah menghadiri sidang kemuncak ASEAN ke-44 dan 45 di Laos baru-baru ini. Cuma saya ingin bertanya, sejauh manakah resolusi atau pun apa-apa perbincangan yang dicapai itu mampu meredakan kemarahan negara China di kawasan konflik? Juga, apakah perbincangan ataupun resolusi yang dibincangkan itu akan dipatuhi oleh negara China? Itu sahaja. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Silakan Menteri.

draft • 11:10 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Berkenaan dengan perbincangan semasa ASEAN Summit 44, 45 baru-baru ini Tan Sri Pengerusi, pokok perbahasan negara-negara ASEAN sesama sendiri dan juga dengan rakan-rakan dialog dan juga dengan rakan-rakan bukan dialog banyaknya berkisar dua perkara iaitu berkenaan dengan isu Gaza dan isu Laut China Selatan dan juga isu di Myanmar dan isu-isu yang serantau dan juga sedunia.

Berkenaan dengan apa yang ditanya oleh Kalabakan tadi, kita memang merundingkan dan kita mahu melihat seperti yang saya sebut tadi Tan Sri Pengerusi,

draft • 11:10 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

supaya isu Laut China Selatan ini dirunding dengan cara terbaik melalui saluran diplomatik dan platform-platform rundingan secara ASEAN. Kita minta supaya isu Laut China Selatan ini diurus secara bersama oleh negara-negara ASEAN bukan satu negara bersendirian untuk mengurus dan merundingkannya.

Itu sebabnya Malaysia berazam kita sebagai negara penyelaras dengan China untuk tiga tahun akan datang ini, kita cuba sedaya upaya untuk kita memuktamadkan Code of Conduct di Laut China Selatan, di mana ia akan secara konstruktif semua pihak bersetuju dan ia akan dirundingkan dengan cara terbaik dan ini akan menjadi dokumen panduan untuk semua pihak berkenaan Laut China Selatan.

draft • 11:10 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Berkenaan dengan ketegangan yang berlaku di sana, negara-negara ASEAN dan seluruh negara-negara yang bersahabat menghadiri ASEAN Summit meminta supaya isu di Laut China Selatan ini jangan menjadi satu ketegangan yang serius supaya semua pihak melakukan self-restrain, supaya kita mengadakan perbincangan. Dan apa jua perbincangan yang dilakukan itu mestilah berasaskan kepada undang-undang antarabangsa dan juga undang-undang laut, United Nations Convention on the Law of the Sea 1982, Tan Sri.

Jadi, ini langkah yang kita ambil, ini approach yang kita ambil supaya ketegangan di Laut China Selatan ini dapat dikendurkan dan tidak menjadi sebagai suatu masalah yang serius. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Tumpat.

draft • 11:20 AM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya adalah apakah status siasatan Wisma Putra terhadap dakwaan kebocoran dokumen diplomatik Malaysia-China pada 21 Ogos 2024 di mana akhbar Filipina, Philippine Daily Inquirer melaporkan terdapat nota bantahan yang dihantar kepada Kedutaan Besar Malaysia di China membabitkan tuntutan China terhadap Malaysia supaya segera menghentikan aktiviti minyak di perairan Sarawak?

Dan, yang kedua, apakah pendirian dan tindakan kerajaan terhadap sambutan luar biasa yang dibuat oleh Kerajaan Pulau Pinang terhadap 1,000 kelasi kapal dan juga kadet tentera laut daripada China? Kerana ini memberikan mesej yang salah kepada masyarakat dan juga kita melihat ini seolah-olah tidak sensitif kepada isu tuntutan bertindih yang sedang berlaku dan adanya aset tentera yang berada di Beting Patinggi Ali. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 11:20 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Berkenaan dengan siasatan itu, kita masih lagi menjalankan siasatan dalaman kerana dokumen seperti ini tidak seharusnya menjadi dokumen public tapi ada― selalunya dokumen kita ada watermark, bila kita dapat, Tan Sri Pengerusi. Tapi, yang dikeluarkan itu tidak ada watermark. Jadi, kita tak tahu di mana― kalau di peringkat kita, mesti ada watermark.

Jadi, itu kita akan jalankan siasatan sama ada ianya dikeluarkan oleh pihak-pihak yang lain selain daripada pihak kedutaan atau pun pihak-pihak daripada peringkat Malaysia.

Yang kedua, berkenaan sambutan luar biasa― kita tak katalah sambutan luar biasa. Sambutan yang meriah ya yang dilakukan oleh Kerajaan Pulau Pinang. Ini selaras dengan sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China dan sementelahan pula ia merupakan port on call-nya di Pulau Pinang, Tan Sri Pengerusi. Ini telah pun mendapat persetujuan daripada pihak Kementerian Pertahanan. Kementerian Luar cuma memberikan kelulusan diplomatik untuk kapal itu datang masuk perairan kita dan berlabuh di sana. Yang lain-lain itu adalah urusan kerajaan negeri, Dato’ Yang di-Pertua.

Tetapi, permohonan diplomatik daripada pihak Kedutaan Negara China jelas ada memohon perkara-perkara tersebut untuk membuat lawatan ke sekolah yang berunsurkan latar belakangkan pengajaran Confucian dan lain-lain. Jadi, ini ada diuruskan oleh pihak-pihak keselamatan, Tan Sri Yang di-Pertua ya. Dan yang lain itu, kita harap supaya― kalau ada apa-apa pelanggaran daripada apa yang diminta oleh mereka, itu akan disiasat. Tapi setakat ini, Tan Sri Yang di-Pertua, memang jelas apa yang dimohon semasa permohonan diplomatik tersebut semuanya tidak melanggar apa-apa perlanggaran peraturan negara kita. erima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya, saya menjemput Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran, Batu.

draft • 11:20 AM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan saya nombor 6.

draft • 11:20 AM

6. Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran [Batu] minta Perdana Menteri menyatakan status keselamatan terkini dan tindakan yang bakal diambil hasil daripada kajian yang telah dijalankan berkaitan tanah jerlus yang berlaku di Jalan Masjid India termasuk kawasan-kawasan lain yang berpotensi berlaku mendapan.

draft • 11:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih kepada Yang Berhormat Batu. Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon supaya pertanyaan ini dijawab bersekali dengan pertanyaan bertarikh 17 Oktober oleh YB Seputeh dan juga YB Jelutong, kemudian 21 November soalan

draft • 11:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr. Zaliha binti Mustafa

daripada YB Jelutong juga dan pada 3 Disember ada soalan daripada YB Bukit Bintang kerana menyentuh isu yang hampir sama.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 11:20 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terlebih dahulu, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada kekeliruan mengenai istilah yang digunakan tempoh hari menggambarkan kejadian sinkhole di Jalan Masjid India dan istilah ‘tanah jerlus’ atau ‘tanah mendap’ yang sering digunakan adalah kurang tepat. Jadi, menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, istilah yang sepatutnya adalah ‘lubang benam’. Saya sendiri, Tan Sri Yang di-Pertua, memohon maaf kerana turut terkhilaf dalam penggunaan istilah tersebut.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, menyentuh tentang status keselamatan terkini dan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan kejadian sama berulang, saya ingin menyatakan bahawa berdasarkan kajian yang dijalankan oleh taskforce khas atau pasukan petugas khas yang dipengerusikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur sendiri mendapati bahawa Jalan Masjid India kini disahkan selamat untuk semua bentuk aktiviti.

Ini setelah mengambil kira pandangan kepakaran secara kolektif oleh pelbagai agensi termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia serta pertubuhan profesional seperti Institut Jurutera Malaysia (IEM) dan juga Pertubuhan Geoteknikal Malaysia (MGS).

Jadi, beberapa tindakan segera langkah pendek telah dilaksanakan. Yang pertamanya, audit integriti aset utiliti yang telah dilaksanakan oleh syarikat-syarikat utiliti di kawasan central business district (CBD), termasuklah Jalan Masjid India dan pemetaan serta ujian integriti di bawah tanah dijalankan bagi mengesan sebarang kelemahan pada aset-aset lama. Perkara kedua ialah penggunaan teknologi seperti kaedah Ground Penetrating Radar (GPR) dan juga Mackintosh Probe digunakan untuk menyiasat struktur tanah. Ujian geofizik seperti microgravity dan ground settlement monitoring turut digunakan untuk mengesan sebarang pergerakan tanah atau lohong bawah tanah.

Bagi tindakan jangka panjang pula, DBKL akan melaksanakan penyiasatan tanah mendalam melibatkan penggunaan teknik deep boring serta ujian makmal untuk memastikan struktur tanah stabil. Laporan geoteknikal oleh jurutera bertauliah akan disediakan untuk kawasan-kawasan yang dikenal pasti berisiko dan DBKL juga akan melaksanakan komunikasi awam dalam platform media sosial untuk memberi

draft • 11:20 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

makluman dan keyakinan kepada masyarakat mengenai tahap keselamatan di kawasan Jalan Masjid India.

Seterusnya berkaitan dengan pampasan kepada ahli keluarga mendiang G.

Vijaya Laksmi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, atas dasar keprihatinan, kerajaan melalui DBKL telah menyumbangkan sebanyak RM30,000 untuk membantu waris mangsa dalam meringankan beban mereka akibat daripada tragedi tersebut. Keluarga mangsa turut juga menerima sumbangan sebanyak RM10,000 daripada pihak swasta. Sebenarnya ini semua merupakan tanggungjawab sosial untuk kita membantu keluarga mangsa yang trauma akibat kehilangan orang yang tersayang. Menyentuh tentang pampasan, kerajaan tidak menghalang sekiranya keluarga mendiang mangsa hendak mengemukakan tuntutan melalui saluran perundangan terhadap agensi yang berkaitan.

Saya juga memohon kepada Ahli Yang Berhormat supaya tidak sekadar melihat jumlah sumbangan RM30,000 itu sebagai nilai nyawa mendiang ya. Pastinya nyawa itu tidak ternilai harganya. Pada ketika kejadian tersebut, Kerajaan Malaysia telah pun mengerahkan seluruh kekuatan anggota dan juga aset ke kawasan insiden yang mana kita melibatkan sehingga 13 agensi kerajaan.

Dalam masa sembilan hari pencarian, sejumlah besar peruntukan juga telah digunakan bagi tujuan kos dan harian operasi. Jangan lupa, anggota juga turut bergadai nyawa dalam memasuki ruang sempit dan berbahaya. Malahan, kos pembaikan ditanggung juga dalam satu amaun yang juga signifikan. Jadi, kesemua kos dan pengorbanan ini adalah bukti bahawa Kerajaan Malaysia tidak mengambil mudah soal nyawa sesiapa sahaja, sama ada warga tempatan mahupun pelancong warga asing. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Batu.

draft • 11:20 AM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Terima kasih Tan Sri Speaker dan terima kasih Menteri untuk memberi satu jawapan yang sangat-sangat yakin. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada agensi kerajaan yang mengendalikan operasi SAR, walaupun nasib tidak bersama kita untuk jumpa Vijaya Laksmi.

Untuk meningkatkan keyakinan masyarakat atau pun sektor pelancongan, adakah kerajaan bersedia untuk mendedahkan hasil penuh penyiasatan insiden ini kepada umum? Saya ingin juga bertanya berkaitan dengan artikel yang keluar selepas insiden Masjid India itu oleh pakar geologi yang memberi amaran terhadap enam lokasi di sekitar ibu kota yang berisiko tinggi di Kepong, Cheras, Pudu,

draft • 11:20 AM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Kampong Bharu, Ampang dan Pandan Jaya. Mohon Menteri bagi pandangan.

Terima kasih.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan mesyuarat****]

draft • 11:20 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih, Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan sentiasa komited terhadap ketelusan dalam setiap siasatan yang telah dijalankan dan lebih-lebih lagi apabila ini melibatkan keselamatan awam.

draft • 11:30 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

[Bangun]

draft • 11:30 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Hasil penuh penyiasatan insiden lubang benam di Jalan Masjid India dan kawasan sekitarnya telah dalam peringkat akhir penelitian oleh pelbagai agensi dengan koordinasi antara Incident Commander - OCPD Dang Wangi dan juga JWP serta DBKL. Manakala, bagi laporan penilaian GEONET Technical, ia melibatkan penemuan hasil daripada penggunaan teknologi seperti ground penetrating radar dan juga micro gravity testing untuk memastikan kestabilan tanah di kawasan berisiko, termasuklah kawasan Central Business District Kuala Lumpur dan kajian ini membantu dalam mengenal pasti sekiranya masih ada kawasan yang mungkin terdedah kepada masalah lubang benam di masa hadapan.

Jadi Yang Berhormat, kedua-dua laporan ini akan kelak dibentangkan kepada Jemaah Menteri terlebih dahulu. Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

Yang Berhormat Padang Besar.

draft • 11:30 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, tahniah atas inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak kementerian dan juga pihak agensi berkaitan. Soalan saya, sejauh manakah atau berapakah peratus yang dijalankan untuk hasil pemetaan utiliti dan juga kajian tentang struktur tanah yang dibuat di ibu negara dan juga perancangan untuk negeri-negeri lain? Apakah bentuk bantuan yang diberikan kepada golongan peniaga, penjaja kecil yang di sekitar kawasan kejadian?

Dan saya mengambil kesempatan juga menyentuh tentang baru-baru ini di Perlis pun minggu lepas ada berlaku yang dikatakan tadi, Yang Berhormat Menteri kata lubang benam itu di Masjid As-Solihin, Chuping. Walaupun benda itu dikatakan selamat tetapi dia di dalam kawasan jajaran tanah jerlus sebelum ini, di Sekolah

draft • 11:30 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Chuping yang sebelum ini. Kalau boleh, kita minta agensi yang berkaitan agar mempercepatkan proses pembinaan masjid baharu di Chuping. Insya-Allah.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:30 AM

Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Jadi, sebenarnya hasil pemetaan ini sedang kita jalankan dengan melibatkan gabungan pelbagai agensi dan ia menggunakan bukan sahaja kepakaran secara ilmu tetapi juga teknologi. Jadi Insya-Allah, hasil pemetaan itu mungkin akan mengambil sedikit masa dan sedang dijalankan.

Tentang perancangan negeri lain itu, saya tidak pasti Yang Berhormat.

Mungkin itu bergantung kepada negeri masing-masing. Tentang peniaga kecil pula, memang kita telah melakukan engagement, libat urus kepada peniaga-peniaga, khususnya mereka yang terlibat dengan- di Jalan Masjid India tersebut dan kita insya-Allah, sedang dalam usaha untuk memperbaiki dan menambah baik kawasan tersebut juga dan insya-Allah ia mengambil masa sehingga tiga hingga enam bulan sebelum dapat digunakan sepenuhnya aktiviti-aktiviti biasa. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut, soalan yang ke-7. Saya mempersilakan Datuk Muslimin bin Yahaya, Yang Berhormat Sungai Besar.

draft • 11:30 AM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Bismillahi Rahmani Rahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor 7.

draft • 11:30 AM

7. Datuk Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan berapa bilangan terkini usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana serta bilangan terkini usahawan informal selepas era pandemik COVID-19 serta apakah langkah kementerian memastikan para usahawan meningkatkan lagi jualan perniagaan mereka.

draft • 11:30 AM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

Terima kasih Tuan Speaker. Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Besar dan Dewan yang mulia ini, bilangan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) yang direkodkan bagi tahun 2023 adalah sebanyak 1,101,725 buah pertubuhan PMKS. Manakala, bilangan usahawan informal adalah seramai 955,200 orang pada tahun 2021. Berdasarkan Laporan Survei Sektor Informal dan Pekerjaan Informal

(2021) yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

draft • 11:30 AM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

Dalam usaha untuk meningkatkan hasil jualan perniagaan usahawan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah dan sedang melaksanakan pelbagai program dan inisiatif di bawah Perancangan Strategik KUSKOP 2024 yang merangkumi beberapa strategi seperti pembangunan kapasiti dan keupayaan, peningkatan akses pembiayaan dan perluasan akses pasaran seperti berikut.

Pertama, menggalakkan penglibatan usahawan untuk menjalankan perniagaan dalam program-program anjuran KUSKOP dan agensi seperti Program Jualan Madani Koperasi dan Usahawan (JMKU) dan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI). Sehingga 30 September 2024, sebanyak 95 Program JMKU telah dilaksanakan dengan merekodkan jumlah jualan sebanyak RM8.54 juta. Manakala, penganjuran Showcase SDSI di Sabah, Perak dan Johor telah mencatatkan nilai jualan sebanyak RM1.22 juta.

SDSI yang seterusnya akan dilaksanakan di Terengganu dan juga di Selangor. Selain daripada itu, TEKUN, BERNAS dan UDA juga melaksanakan karnival masing-masing dan seterusnya, diikuti dengan sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan yang akan diadakan di Pulau Pinang.

Kedua, menggalakkan peningkatan ilmu pengetahuan yang berkaitan pengurusan perniagaan dan kewangan serta pemasaran produk di bawah INSKEN.

Antaranya, Program Bimbingan Business Bumiputera (IBBC), Program Bimbingan Keuntungan Menu dan Kursus Urus Tunai melibatkan seramai 8,308 orang usahawan sehingga 30 September 2024.

Ketiga, menyediakan Skim Pembiayaan kepada PMKS melalui agensi-agensi KUSKOP seperti TEKUN Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia, Bank Rakyat, SME Bank dan BERNAS. Sehingga Ogos 2024, KUSKOP melalui agensi-agensinya telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM5.75 bilion kepada seramai 261,651 orang usahawan.

Keempat, meningkatkan kapasiti dan keupayaan PMKS melalui Program Pembangunan PMKS secara bersepadu dan bersasar seperti Program Pembangunan Kapasiti Vendor 2.0 melibatkan seramai 30 buah syarikat vendor dengan peruntukan sebanyak RM3.5 juta. Selain itu, sehingga 30 September 2024, SME Corp Malaysia telah melaksanakan Program Business Accelerator (BAP) kepada seramai 197 orang usahawan PMKS melibatkan peruntukan sebanyak RM34.12 juta.

Kelima, melaksanakan Program Galakan Eksport dan penyertaan dalam misi perdagangan luar negara seperti Program Pengukuhan Eksport PKS yang

draft • 11:30 AM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

dilaksanakan oleh SME Corp Malaysia dan Program Business Exports Programme di bawah SME Bank. KUSKOP juga telah mengadakan misi pengembangan perniagaan usahawan ke luar negara. Termasuk baru-baru ini di Osaka, Jepun pada 16 hingga 21 September 2024 melibatkan seramai 15 orang usahawan dan merekodkan potensi nilai jualan berjumlah RM34.89 juta.

Keenam, menyediakan Skim Pembiayaan Mikro untuk penjaja dan peniaga kecil di bawah Bank Rakyat. Termasuk kepada usahawan informal dengan menawarkan pembiayaan sifar kadar keuntungan, khusus kepada para penjaja dan peniaga kecil.

Ketujuh, platform MyMall yang merupakan sebuah platform pembangunan ekosistem keusahawanan digital dengan menyediakan ruang pemasaran dalam talian secara percuma kepada PMKS dan koperasi tambahan. Sehingga September 2024, seramai 2,544 orang peniaga telah berdaftar di MyMall dengan melibatkan sebanyak 2,082 buah produk dan mencatatkan nilai jualan berjumlah RM8.86 juta setakat ini. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, soalan tambahan.

draft • 11:30 AM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan dan saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri, KUSKOP dan agensi yang saya kira sangat fokus untuk membangunkan hampir dua juta orang usahawan formal dan informal. Jadi, soalan saya mudah Yang Berhormat Menteri. Apakah ada perancangan pihak kementerian untuk memformalkan usahawan-usahawan informal yang hampir satu juta orang? Mungkin mendaftarkan perniagaan mereka secara percuma dan sebagainya supaya peluang mereka mendapat pembiayaan itu lebih cerah lagi, lebih luas lagi di pelbagai agensi di bawah KUSKOP.

Dan apa harapan Yang Berhormat untuk memberi lebih banyak tawaran kepada para usahawan, khususnya menjelang pembentangan Bajet 2025 pada Jumaat ini? Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:30 AM

Datuk Ewon Benedick

Terima kasih. Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Besar, kita telah melancarkan Pelan Pemformalan Usahawan Informal dan juga Pelan Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan yang telah kita lancarkan tahun lepas, antara lainnya bertujuan untuk mendaftarkan ataupun

draft • 11:30 AM

Datuk Ewon Benedick

memformalkan usahawan-usahawan informal ini dan menjelang Belanjawan 2024, kita telah mengadakan libat urus.

Yang pertamanya, bagi wilayah Semenanjung ini, telah kita adakan pada bulan Ogos yang lepas dan seterusnya, libat urus kita dengan pemegang taruh, termasuk peniaga-peniaga kecil PMKS di wilayah Malaysia Timur iaitu kita adakan di Sabah dan kita mengharapkan belanjawan tahun 2025 itu lebih baik daripada belanjawan yang disediakan tahun ini.

draft • 11:30 AM

Datuk Ewon Benedick

Kita juga telah – dan saya sendiri mempengerusikan Mesyuarat Perundingan Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan untuk mendapatkan pandangan-pandangan, cadangan input mereka terhadap bukan hanya bagaimana untuk menformalkan usahawan informal tetapi juga cadangan mereka terkait dengan belanjawan. Jadi, mudah-mudahan belanjawan itu lebih baik dan minta sokongan Yang Berhormat nanti.

draft • 11:40 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Sungai Petani.

draft • 11:40 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Setelah pos COVID, kita lihat puluhan ribu peniaga- peniaga yang telah pun gulung tikar dan satu pujian kepada pihak kementerian kerana telah memperuntukkan lebih RM5.7 bilion untuk membantu peniaga-peniaga ini mendapatkan modal semula dalam tempoh recovery ekonomi ini.

Tetapi apa yang lebih penting sebenarnya, selain diberikan modal daripada SME Bank dan juga TEKUN Nasional sebagai contoh, apakah usaha kerajaan untuk memastikan bahawa peniaga-peniaga ini dapat perkukuhkan lagi ekosistem digitalnya sebab sekarang ini, kita bersaing bukan sahaja dengan jualan biasa tetapi yang lebih penting, menggunakan e-commerce atau e-dagang itu sendiri.

Bagaimanakah kerajaan ingin memastikan bahawa pembangunan keupayaan dan kemahiran digital PMKS ini agar dapat bersaing dengan pasaran dan ia lebih kompetitif lagi? Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:40 AM

Datuk Ewon Benedick

Terima kasih. Untuk makluman Yang Berhormat, data yang saya sebutkan tadi, RM5.7 bilion itu hanya pada tahun ini sahaja, daripada Januari sehingga Ogos. Yang itu, pada tahun ini sahaja. Manakala, untuk

draft • 11:40 AM

Datuk Ewon Benedick

menggalakkan penyertaan usahawan-usahawan PMKS ini dalam jualan platform digital, sebab itu saya nyatakan tadi di peringkat kementerian, telah dilancarkan sebelum ini platform MyMall dan setakat ini, sebanyak 2,082 produk oleh 2,544 orang peniaga telah berdaftar di platform ini dan jualannya agak memberangsangkan iaitu pada jumlah RM8.86 juta.

Tetapi, kita juga tidak menghalang untuk usahawan-usahawan ini membina platform mereka sendiri termasuk jualan-jualan secara langsung, online di platform- platform mereka sendiri ataupun platform-platform jualan yang jauh lebih besar ataupun telah diperkenalkan jauh lebih awal daripada platform yang kita bangunkan di kementerian.

Di peringkat kerajaan, kita juga mempunyai satu jawatankuasa Kabinet terkait dengan penyelarasan pembangunan dalam bidang digitalisasi dan juga revolusi keempat ini dan kita mengambil bahagian dalam– apa nama? Menyampaikan pandangan-pandangan kita dan dalam masa yang sama, kita akan teruskan pembangunan yang telah dimulakan di kementerian kita, khususnya MyMall dan juga latihan-latihan yang berkaitan kepada usahawan PMKS ini supaya mereka boleh menyertai jualan produk perkhidmatan mereka secara online. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebelum saya ke soalan yang berikutnya, Menteri Sains dan Teknologi Inovasi ada? Ada.

Baik. Berikutnya, kita ke soalan yang nombor lapan. Saya mempersilakan Tuan Lee Chean Chung, Yang Berhormat Petaling Jaya.

draft • 11:40 AM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua. Soalan saya, soalan lapan.

draft • 11:40 AM

8. Tuan Lee Chean Chung [Petaling Jaya] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan mengenai inisiatif Tetingkap Tunggal MYStartup yang telah dilancarkan pada Sidang Kemuncak KL20 yang diadakan pada bulan April lalu dan apakah perancangan serta matlamat utama kementerian dalam membangunkan platform Tetingkap Tunggal bagi ekosistem startup negara.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat Petaling Jaya, selari dengan Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia

(SUPER) 2021-2030, Pelan Tindakan KL20 atau KL20 Action Pelan menggariskan inisiatif di Malaysia dan insentif yang ditawarkan Malaysia kepada pemegang- pemegang taruh ekosistem startup global yang merangkumi syarikat-syarikat startup dan syarikat-syarikat modal teroka.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal

Inisiatif dan insentif ini bertujuan untuk menjadikan Malaysia destinasi yang lebih menarik bagi pelaburan dan operasi startup. Pelan Tindakan KL20 dan Platform Tetingkap Tunggal MYStartup telah dilancarkan bersempena dengan penganjuran sulung Sidang Kemuncak KL20 2024 dan telah menyasarkan perkara-perkara berikut untuk dicapai menjelang tahun 2030 iaitu:

(i) peningkatan bilangan syarikat startup sebanyak 2,500 ke 3,000;

(ii) peningkatan 100,000 pekerjaan berkemahiran tinggi;

(iii) peningkatan pelaburan modal teroka ke dalam ekosistem sebanyak RM2 bilion hingga RM3 bilion menjelang 2030;

(iv) peningkatan penilaian keseluruhan syarikat startup di Malaysia kepada RM400 bilion; dan

(v) peningkatan bilangan pengikut iaitu seramai 5,243 pada 30 September 2024 selari dengan sasaran pihak kementerian untuk menjana seramai 10,000 pengikut pada tahun 2030.

Pelaksanaan Platform Tetingkap Tunggal MYStartup melibatkan beberapa fasa pembangunan di mana fasa pertama melibatkan pelancaran platform ini yang merekodkan bilangan startup berdaftar di platform tersebut telah melonjak naik kepada lebih 3,900 startup berdaftar pada 30 September 2024, berbanding 3,651 sebelum pelancaran pada Sidang Kemuncak KL20. Jumlah ini dijangka akan terus meningkat selari dengan sasaran kementerian untuk mewujudkan 5,000 startup menjelang 2025.

Manakala fasa 2, pembangunan platform ini akan menyaksikan Platform Tetingkap Tunggal MYStartup dinaiktaraf bagi menawarkan perkhidmatan serta fungsi yang lebih holistik bagi menyokong ekosistem syarikat startup negara. Antara fungsi yang ditambah adalah seperti fungsi permohonan pembiayaan, modul mencari pekerjaan, centralized venture capital interactive platform dan lain-lain fungsi.

Fasa kedua, pembangunan platform ini dijangka akan selesai pada penghujung tahun ini dan seterusnya – dan diteruskan dengan pembangunan fasa 3. Melalui fasa 3, fungsi-fungsi baharu dan lebih canggih akan diperkenalkan kepada pengguna serta pemegang taruh ekosistem syarikat startup negara seperti algoritma padanan antara pelabur dan syarikat pemula fungsi aplikasi mudah alih, program latihan atas talian dan lain-lain fungsi bagi memudahkan serta menyokong lebih ramai pihak dalam ekosistem startup negara. Fasa 3 dijangka akan selesai pada tahun hadapan iaitu 2025.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal

Sehingga kini, platform ini telah mencatatkan jumlah terkumpul pelawat platform sebanyak 197,574 dan mencatatkan sebanyak 9,532 jumlah pengguna berdaftar. Jumlah pelawat serta pengguna berdaftar yang tinggi ini menunjukkan ekosistem startup negara sedang dalam fasa menuju ke arah ekosistem yang lebih matang dan lebih berjaya dan telah berjaya menarik lebih ramai minat dalam kalangan rakyat Malaysia. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Petaling Jaya, soalan tambahan.

draft • 11:40 AM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Terima kasih. Saya tertarik dengan kejayaan yang telah pun dicapai oleh MYStartup sehingga hari ini, walaupun baru dilancarkan awal tahun. Untuk akan datang, Malaysia sedia juga, tidak lupa bahawa satu pengalaman yang pahit, yang mana syarikat pemula kita yang berjaya, umpamanya Grab telah pun diculik dan lari ke negara lain.

Apakah pengajaran yang kita boleh dapat daripada pengalaman tersebut dan bagaimana kita boleh terus menarik lebih banyak pemula, bukan sahaja bertapak di Malaysia tetapi berkembang mengikuti tahap ekosistem mereka. Rantaian ekosistem mereka supaya dapat terus kekal di Malaysia? Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk jawapan.

draft • 11:40 AM

Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Petaling Jaya atas soalan tambahan. Untuk makluman Yang Berhormat, pada peringkat awal, saya nak cerita sikitlah ini ya.

Pihak Cradle telah menyediakan pembiayaan berbentuk geran kepada syarikat yang disebut oleh Yang Berhormat iaitu pada nama asalnya iaitu syarikat MyTeksi, yang kemudiannya dikenali sebagai Grab. Diculik itu, saya tak boleh komenlah ya.

[Ketawa] Selain itu, pihak Grab juga telah menerima pelaburan melalui dana modal teroka di bawah kawal selia MAVCAP dan juga pengurus dana modal teroka bagi membantu perkembangan operasi syarikat. Walau bagaimanapun, syarikat Grab memerlukan lebih banyak modal untuk pelaburan dan perkembangan, ya, sebagai sebuah syarikat yang nak maju.

draft • 11:40 AM

Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal

Dalam usaha kitalah, kerajaan untuk melihat permasalahan kenapa timbul cerita seperti yang disebut Yang Berhormat, Grab itu diculik. Sebenarnya kita telah membuat kajian tentang perkara ini dan kerajaan dalam usaha kita untuk cuba memahami isu-isu dalam ekosistem startup negara. Menerusi maklum balas telah

draft • 11:50 AM

Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal

kita dapat daripada 337 pihak berkepentingan termasuklah pemimpin-pemimpin industri startup di negara kita, kerajaan telah mengenal pasti cabaran-cabaran dan kekurangan dalam ekosistem syarikat startup termasuklah berhubung dengan pembiayaan ini dan bakat, inovasi, dasar dan peraturan serta ekosistem pasaran yang sedia ada di negara kita.

Justeru menerusi Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia 2021-2030

(SUPER), kerajaan sedang melaksanakan 16 intervensi dan tiga daripadanya adalah bagi menetapkan pembiayaan bagi syarikat-syarikat startup berpotensi tinggi dalam negara kita.

Selain itu, dalam usaha kita juga mengekalkan syarikat-syarikat startup tempatan itu yang berpotensi untuk terus beroperasi di dalam negara, kerajaan menerusi Pelan Tindakan KL20 seperti yang saya sebut awal tadi, telah menggariskan inisiatif-inisiatif yang menyediakan sumber pembiayaan meliputi peringkat permulaan sehingga peringkat tawaran IPO bagi membolehkan syarikat- syarikat yang berpotensi dapat mengakses pembiayaan dari setiap peringkat.

Mungkin ini juga dapat kita harapkan membantu supaya mengelak daripada — kalau boleh sebut, tragedilah.

[Ketawa] Because you cakap dia apakah, kena culik, berlaku di negara kita ini. Ini adalah antara cara kerajaan kita untuk cuba mengatasi permasalahan. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Kuala Terengganu.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Kuala Terengganu.

draft • 11:50 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Pada tahun 2021, Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia dilancarkan dengan sasaran untuk memperkenalkan Malaysia sebagai hab syarikat pemula global. Jadi mulai 11 Oktober baru-baru ini, Malaysia telah mengambil alih sebagai Pengerusi ASEAN dan sudah tentulah akan menjadi tuan rumah kepada pelbagai mesyuarat utama ASEAN dengan beberapa negara luar seperti Amerika Syarikat, China, Korea Selatan dan lain-lain.

Soalan saya, bagaimanakah perancangan kementerian bagi menggunakan kelebihan sebagai Pengerusi ASEAN untuk memecut pembangunan ekosistem syarikat pemula negara selaras dengan sasaran kita untuk menjadikan Malaysia sebagai hab syarikat pemula global? Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:50 AM

Menteri. Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Terengganu atas soalan tambahan yang dikemukakan. Sebagai makluman Yang Berhormat, satu kertas konsep inisiatif-inisiatif startup ASEAN telah dibentangkan dan dipersetujui semasa Mesyuarat ASEAN Committee on Science, Technology and Innovation (COSTI-83) bertarikh 18 dan 21 Jun 2023 di Brunei Darussalam telah dibentangkan. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha yang dicadangkan selaras dengan objektif dan Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia 2021-2030 (SUPER) iaitu menjadikan Malaysia di antara 20 ekosistem syarikat pemula terbaik menjelang tahun 2030.

Inisiatif startup ASEAN merupakan satu platform untuk memupuk kerjasama bagi menutup jurang ekosistem semasa dalam semua negara anggota ASEAN yang akan dilaksanakan menerusi tiga fasa bermula 2024 hingga 2026. Sempena kepengerusian ASEAN Malaysia pada tahun 2025, menerusi inisiatif startup ASEAN, sebuah portal startup peringkat ASEAN akan dilancarkan. Portal ini akan menghubungkan syarikat pemula, pelabur dan semua pemegang taruh yang berkaitan di negara-negara ASEAN.

Selain itu, program-program pembangunan kapasiti serantau melalui ASEAN Technology Startup Ignite juga akan dijalankan. Menerusi langkah-langkah ini, kerajaan berhasrat untuk meningkatkan daya saing dan memperluas peluang perniagaan syarikat-syarikat pemula tempatan di peringkat serantau, seterusnya menyumbang kepada penubuhan, pertumbuhan dan kemakmuran bersama negara- negara ASEAN. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang kesembilan. Silakan Tuan Manndzri bin Nasib, Yang Berhormat Tenggara.

draft • 11:50 AM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Terima kasih Dato' Dr. Yang di- Pertua, soalan saya nombor 9.

draft • 11:50 AM

9. Manndzri bin Nasib [Tenggara] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan langkah yang diambil oleh pihak kementerian bagi memantapkan lagi operasi pemantauan dan penguatkuasaan yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) terhadap pihak syarikat mahupun individu yang melanggar peraturan alam sekitar.

draft • 11:50 AM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Tenggara di atas soalan yang dibentangkan.

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menerusi Jabatan Alam

draft • 11:50 AM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Sekitar (JAS) sememangnya komited untuk kita memastikan pemantauan dan perlaksanaan penguatkuasaan undang-undang alam sekitar dan tindakan diambil kepada syarikat dan individu yang terbabit dengan jenayah alam sekitar.

Sebagai mana kita semua sedia maklum, Akta Kualiti Alam Sekeliling telah pun dipinda dan ia telah diwartakan pada 6 Jun 2024 dan dikuatkuasakan mulai 7 Julai 2024. Jadi kalau dulu denda maksimum RM100,00, sekarang denda maksimum RM10 juta bagi kesalahan-kesalahan pencemaran air, pelupusan haram barangan buangan terjadual, pencemaran minyak dan buangan ke perairan Malaysia. Ada juga hukuman penjara mandatori tidak melebihi lima tahun dan nilai kompaun telah ditingkatkan. Kalau dulu RM2,000, sekarang maksimum tidak lebih 50 peratus dari nilai denda maksimum kesalahan berkaitan.

Jadi, bagi memantapkan lagi operasi pemantauan dan penguatkuasaan, JAS telah mengambil langkah-langkah penambahbaikan termasuklah menjalankan penguatkuasaan secara berterusan ke atas premis-premis; meningkatkan perlaksanaan operasi secara bersepadu dengan agensi penguatkuasaan yang lain; memberi ulasan dan input teknikal kepada one stop center dengan izin, yang diselaraskan oleh PLANMalaysia.

Sebelum sesuatu projek diluluskan, mengadakan sesi libat urus dengan pihak industri, penggerak projek dan pihak berkepentingan yang berkaitan bagi memastikan Akta Kualiti Alam Sekeliling dan peraturan-peraturan di bawahnya difahami dan dipatuhi setiap masa; meningkatkan pelaksanaan dan keberkesanan program kesedaran awam; menyediakan program kursus kompetensi bagi mentauliahkan orang yang berwibawa supaya penggerak projek dan pihak industri mengendalikan pengurusan alam sekitar dengan cara yang diperlukan di bawah akta; dan mengenakan tindakan tegas dengan pengeluaran notis arahan, kompaun, penahanan operasi kelengkapan gantung ataupun tarik balik lesen, perintah larangan dan tindakan mahkamah ke atas premis-premis yang didapati gagal mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling.

Jadi, ini antara usaha kita yang berterusan supaya bukan hanya denda dinaikkan, tetapi penguatkuasaannya juga dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Tenggara.

draft • 11:50 AM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Sebenarnya soalan ini muncul kerana baru-baru ini ada pembuangan sisa toksik di kawasan saya di Parlimen Tenggara

draft • 11:50 AM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

melibatkan Kampung Orang Asli Pasir Intan dan juga di sekitar FELDA Linggiu. Tapi saya nak ambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih kepada pihak JAS, pejabat daerah yang sama-sama dengan saya masuk ke kawasan berkenaan.

Soalan tambahan saya, adakah kementerian akan memperkenalkan teknologi dan kaedah alternatif yang lebih canggih, efektif dan terkehadapan untuk menguruskan sisa pertanian dan industri bagi mengurangkan kes-kes pembakaran terbuka ataupun pembuangan sisa toksik haram yang memuncakan pencemaran berlaku? Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:50 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih. Pindaan yang kita lakukan ke atas Akta Kualiti Alam Sekeliling baru-baru ini ialah pindaan fasa pertama dari segi denda dan hukuman. Kita melihat kita perlu ada pindaan fasa kedua supaya kita lihat secara lebih mendalam kepada keseluruhan keperluan alam sekitar kita dan sebab Akta Kualiti Alam Sekeliling ini ia dibuat pada tahun 1970-an. Jadi sudah 50 tahun dan kita perlu memperbaiki beberapa aspek.

Jadi tentang penggunaan teknologi yang disebut dalam isu kita berurusan dengan sisa dan sebagainya, ini sememangnya perkara yang kita sedang kaji dengan mendalam. Kita bangkitkan juga dengan pihak Kementerian Kewangan di dalam libat urus untuk input kita ke arah Belanjawan 2025. Jadi, itu kita sedar tentang keperluan tersebut dan insya-Allah, kita tunggu berita baik hari Jumaat ini.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat.

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya ucap tahniah di atas tindakan yang telah diambil.

Cuma isu kita sekarang ini ialah ada dua.

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Yang pertama ialah isu kekurangan kakitangan. Kita akui setakat ini hanya 23 cawangan kita yang ada seluruh negara dan memang kekurangan staf serta peralatan ini adalah isu yang berpanjangan. Soalan saya apakah kerajaan bercadang untuk buat penambahan terhadap jumlah kakitangan penguat kuasa dan bilangan cawangan-cawangan mengikut negeri. Sebab, kelewatan sampai di tempat kejadian menyebabkan kita hilang bukti dan tak boleh nak buat pendakwaan.

Soalan kedua ialah rungutan daripada pihak industri. Kos penghantaran sisa toksik yang sisa-sisa berjadual ke pusat pelupusan kita dikatakan sangat tinggi menyebabkan mereka ambil jalan pintas untuk melupuskan secara haramlah. Jadi,

draft • 12:00 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

persoalan saya ialah apakah pihak kerajaan untuk tidak menyemak semula kos tersebut supaya yang penting mereka hantar. Kalau kos sangat tinggi, akhir mereka ambil jalan singkat dan penambahan pusat fasiliti untuk pusat pelupusan dapat ditambah lagi. Sehingga setakat ini kita hanya ada satu sahaja. Apakah pihak kerajaan bercadang untuk menambah? Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat.

Sememangnya, kita sedar tentang kekangan dari segi kakitangan. Dalam perbincangan yang kita adakan dengan Kementerian Kewangan, kita mencadangkan kalau kita boleh lihat model yang digunakan oleh pihak kastam.

Misalnya, bila dikenakan denda-denda dan sebagainya. Kalau sekarang segala-gala yang dikutip itu akan pergi ke Akaun Yang Disatukan. Akaun kerajaan, bukan- tidak akan, tidak ada akses untuk JAS lah. Lepas itu, kita pula kena minta semula dengan pihak Kementerian Kewangan.

Jadi, sekurang-kurangnya kalau kita ada sebahagian daripada denda yang dikutip, kebetulan denda ini pula telah pun dinaikkan dapat disimpan di peringkat jabatan. Dan ini dapat digunakan untuk kita pertama sekali meningkatkan penguatkuasaan dari segi kakitangan, daripada segi teknologi makmal dan sebagainya. Tetapi juga dapat menjadi satu insentif kepada pihak penguat kuasa dan JAS untuk bekerja lebih keras lagi. Jadi, ini dalam perbincangan dan kita sedang mengkajinya dengan lebih mendalam.

Kedua ialah kita juga, kita sedar tentang soal kos pelupusan tersebut. Ini kita akan terus berusaha untuk meningkatkan fasiliti-fasiliti yang ada sebab kadang- kadang misalnya kalau kita ada yang berpusat yang meliputi semua servis ada hanya di Negeri Sembilan kalau di Semenanjung. Jadi, kalau mungkin mereka yang di utara ataupun di selatan dia agak jauh untuk menghantar barangan tersebut ke kawasan itu. Jadi, kita sedang melihat sekurang-kurangnya mengikut beberapa zon, kita ada pusat yang bersepadu supaya kos itu dapat diturunkan dan kita dapat mengatasi masalah pihak industri mengambil langkah pendek yang haram untuk melupuskan sisa.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 12:00 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Dato’ Yang di- Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan Rang Undang-undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit

(Pindaan) 2024 dan Rang Undang-undang Ordinan Buruh Sabah

(Pindaan) 2024 seperti di nombor 1 dan 2 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul hari ini. Selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi hari Selasa, 15 Oktober 2024.”

draft • 12:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ada Ahli yang menyokong?

draft • 12:03 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Saya mohon menyokong.

draft • 12:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Ahli- ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

draft • 12:03 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Industri Perkhidmatan Air 2006; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air [Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

draft • 12:03 PM
RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh

draft • 12:03 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua dan ketiga pada Mesyuarat ini.

draft • 12:03 PM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” [18 Julai 2024]

draft • 12:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat-Yang Berhormat, saya telah menerima senarai sebanyak 10 orang Yang Berhormat akan berbahas. Masa diberi lima minit untuk setiap Yang Berhormat.

Senarai adalah seperti berikut. Saya akan bacakan. Yang Berhormat-Yang Berhormat bersedia.

Pembahas yang pertama adalah Yang Berhormat Tenggara. Berikutnya, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Tumpat dan pembahas yang terakhir adalah Yang Berhormat Arau.

Dengan itu, saya mempersilakan Yang Berhormat Tenggara untuk membuka tirai perbahasan.

draft • 12:03 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana beri ruanglah kepada Tenggara untuk bahas Rang Undang-undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024.

draft • 12:06 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada KKM dengan usaha untuk meminda Akta 342 ini dan saya beranggapan ia berlaku pada masa yang tepat dan memang semestinyalah mendapat persetujuan daripada majoriti daripada Ahli Dewan Rakyat. Pindaan ini dibuat bagi mengemas kini dan menambah baik dan mengambil langkah bersiaga, memiliki daya tahan menangani kelompangan yang wujud dan memastikan kesinambungan keberkesanan penguatkuasaan Akta 342 menghadapi segala bentuk penularan wabak penyakit di masa hadapan.

Sebelum ini, negara dan dunia berdepan pandemik COVID-19 yang memberi kesan yang amat mendalam kepada masyarakat. Julai 2024, 5,306,070 kes COVID- 19 dan 37,350 kematian dan memberikan kerugian berbilion ringgit. Negara sekali lagi digemparkan dengan pengisytiharan kecemasan kesihatan global iaitu melibatkan penularan Wabak Cacar Monyet (MPOX) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 14 Ogos 2024 yang lalu berikutan lonjakan kes di Republik Demokratik Congo. Ancaman penularan ke negara-negara jiran juga berkemungkinan.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun jumlah kes MPOX ini masih rendah dan terkawal kita tidak boleh memandang ringan situasi ini. Data KKM setakat September 204, 10 kes MPOX dilaporkan tanpa sebarang kematian dilaporkan sejak Julai 2023.

Terdapat peningkatan kes di beberapa negara Asia Tenggara seperti Thailand sebanyak 827 kes MPOX dilaporkan, termasuk 11 kematian sejak Januari 2022.

Pastinya ini menimbulkan kebimbangan kerana Thailand dengan kita ini dekat sahaja.

Penyakit berjangkit ini bukan hanya COVID-19 seperti saya sebut tadi dan penyakit-penyakit lain juga yang telah sebati dalam kehidupan masyarakat sekian lama mampu menyumbang kepada kadar kematian dan juga seperti demam denggi dan kepialu. Sudah tentulah pindaan ini dapat berikan satu penambahbaikan di masa akan datang, penting bagi mencegah penularan dapat mengurangkan kos perawatan dan juga kematian dan kehilangan nyawa.

Tuan Yang di-Pertua, terdapat empat perkara Tenggara ingin sentuh terhadap pindaan Akta 342 ini. Pertama adalah seksyen 14A yang baharu. Tenggara sambut baik pengasingan dan pengawasan, namun, subseksyen (2) yang disebut dengan “Seseorang pegawai diberi kuasa boleh menggunakan kekerasan yang perlu untuk memastikan perintahnya dipatuhi.” Jadi, ini kita minta didefinisikan dan diberikan limitasi tertentu berkaitan dengan perkataan kekerasan yang digunakan. Disebut dalam akta yang mampu

draft • 12:06 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

mengundang keresahan kepada masyarakat untuk kita mengelak bagi disalah guna dan dibangkitkan oleh masyarakat. Mohon juga kepada KKM beri penjelasan rangka garis panduan yang jelas apakah mekanisme yang digunakan bagi mengukur kekerasan yang dilakukan, melangkaui limitasi atau tidak dan siapakah pegawai yang diberikan hak dan kuasa untuk melakukan kekerasan yang dimaksudkan.

Penghidap sesuatu penyakit kita kena ingat bukan lah seorang penjenayah.

Kita tidak mahu melihat stigma dan sebarang penganiayaan berlaku kepada mana- mana pesakit sehingga mampu berlakunya kemudaratan lain.

draft • 12:06 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua adalah berkaitan dengan seksyen 15A baharu yakni perintah bagi maksud pengesanan dan pemantauan. Tahniah KKM manfaatkan penggunaan teknologi baharu seiring dengan peredaran masa, kemajuan berterusan dalam teknologi penjagaan kesihatan dan manfaat teknologi digital menyesuaikan diri dengan cabaran dunia moden selaras dengan apa yang ditulis dalam Buku Putih Kesihatan.

Melalui peruntukan baharu ini, pegawai yang diberi kuasa perintah seorang untuk memakai apa-apa bentuk peranti pengesanan dan menggunakan apa-apa aplikasi digital dalam apa-apa peranti digital yang diperkenalkan.

Tuan Yang di-Pertua, Tenggara mohon KKM menggariskan panduan nyatakan maksud yang jelas individu, situasi bagaimana yang perlu untuk memakai peranti pemantauan ini? Apakah jenis peranti yang dipakai dan adakah hanya untuk mengesan pergerakan semata-mata? Dunia teknologi ini bergerak pantas, terdapat peranti pemantauan pesakit jauh, mampu monitor tanda-tanda vital dan status kesihatan pesakit dan ia juga mampu mengurangkan kos kerajaan. Bagi teknologi digital, adakah aplikasi MySejahtera digunakan kembali atau diwajibkan semula untuk pemantauan penyakit berjangkit bukan hanya COVID-19...

[Disampuk]

draft • 1:40 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 1:40 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Terima kasih, Pontian.

Terdapat 36 penyakit berjangkit dan ia terus menerus berada di sekeliling, di sekitar kita pada hari ini. Adakah suatu aplikasi baharu akan dibangunkan bagi menggantikan MySejahtera. Penggunaan teknologi Artificial Intelligent (AI) misalannya, peralatan bantuan kecacatan buatan mampu membantu tugasan termasuk juga pemantauan penyakit. Adakah seksyen 15A akta ini juga ada mengambil kira perkembangan penggunaan teknologi baharu serta artificial intelligent dalam pengesanan penyakit berjangkit.

draft • 1:40 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Tuan Yang di-Pertua, yang ketiga adalah berkaitan dengan seksyen 21A baharu, kuasa Ketua Pengarah yakni- last-lah ya. Tenggara merasakan kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah yang disebut sebagai Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia. Kuasa untuk mengeluarkan apa-apa arahan mengikut apa-apa cara kepada mana-mana orang atau golongan orang dan pengamal perubatan untuk mengambil apa-apa langkah. Kuasa yang diberi terlalu luas dan tiada limitasi mampu mengakibatkan salah guna kuasa, berlakunya pertindihan percanggahan dengan kuasa Menteri Kesihatan.

Negara kita bukan sentiasa berada dalam keadaan darurat. COVID-19 misalannya mungkin ada keperluan diberi kuasa yang lebih untuk buat keputusan.

Keadaan yang biasa apakah masih lagi ada keperluan tersebut, kuasa Ketua Pengarah ini? Kementerian perlu meneliti, kenal pasti dan menyatakan secara terperinci skop kuasa- menyenaraikan secara terperinci skop kuasa, keputusan, langkah-langkah, peraturan kawal selia yang diperlukan serta arahan yang boleh dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan supaya tidak disalah guna.

Tuan Yang di-Pertua, mungkin setiap pandemik berbeza, kita dapat letakkan satu pengukur aras, bentuk satu komuniti panel melibatkan semua pemegang taruh di dalam satu Jawatankuasa yang terdiri daripada mereka yang kompeten dan berkelayakan untuk membuat sama-sama keputusan bagi mengurangkan apa-apa stigma dan persepsi yang negatif kepada masyarakat. Itu saja Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 1:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik Yang Berhormat. Berikutnya saya mempersila Yang Berhormat Kapar.

draft • 1:40 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih kepada Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang di- Pertua atas ruang diberikan kepada Kapar untuk membahaskan rang undang- undang bertujuan meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau yang dipanggil Akta 342 yang mempunyai 33 seksyen dan dua Jadual.

Kapar mendapati Akta 342 ini telah pun dipinda sebanyak empat kali, jadi saya nak bertanya kepada kementerian, pihak Menteri, apakah sebenarnya yang mendorong Kementerian Kesihatan meminda akta untuk kali kelima ini? Saya dah baca huraian itu, tetapi saya nak kaitkan yang disebutkan oleh Tenggara tadi.

Apakah isu yang dihadapi kementerian bila berhadapan dengan punca asal kemasukan COVID-19 yang dikatakan dibawa masuk oleh pelancong Wuhan, China

draft • 12:13 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

yang kemudian merebak ke seluruh negara dan menyebabkan natijah yang kompleks dan merugikan? Jadi saya mahu tahu dengan pindaan Akta 342 ini dan lesson learned dengan izin, kegagalan di pintu masuk, kegagalan kawalan di pintu masuk negara semasa kawalan awal bermulanya wabak COVID-19 dan apakah hasil yang akan diperoleh sekiranya RUU ini dipinda?

Saya difahamkan bahawa keengganan kerajaan pada 2019 untuk memperketatkan kawalan pergerakan ialah kerana PKP akan menjejaskan ekonomi negara. Maka, sekiranya berlaku lagi wabak penyakit berjangkit seperti COVID-19 dan kita lihat keadaan dunia, geopolitik sekarang ini biological welfare tidak boleh diketepikan, kena pre-empt, kita kena bersiap siaga apa juga. Jadi, adakah kerajaan akan sanggup lebih segera bertindak mengimplementasikan kuasa Pegawai Kesihatan Persekitaran- ini bahasa baharu, takrif baharu dan seumpamanya untuk segera contain, dengan izin atau rencatkan wabak daripada merebak dan menyegerakan PKP.

Walaupun secara peribadi, saya lebih suka balik status quo iktiraf, istilah yang digunakan iaitu “Inspektor Kesihatan” sebab dia ada umph sikit, dia ada gah sikit dan pihak-pihak yang kalau kita nak buatlah akta ini segala kompaun, segala undang- undang yang nak dibawa itu dia macam Inspektor Polis-lah kan, Timbalan Speaker?

Saya lihat cadangan isu hukuman kompaun. Fasal 12 meminda seksyen 25, Akta 342 untuk memberi Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa untuk menawarkan kompaun bagi mana-mana kesalahan. Jadi, saya nak tanya, adakah pertimbangan sewajarnya turut diberikan kepada faktor sosioekonomi terutama mengambil kira impak kompaun terhadap golongan yang kurang berkemampuan serta pelan kerajaan untuk mengimbangi keperluan golongan ini?

Apakah mekanisme yang diguna pakai bagi menentukan kadar denda yang dikenakan dan bagaimanakah dengan mereka yang melanggar SOP secara tidak sengaja atau mungkin keliru dengan SOP sedia ada? Adakah proses rayuan yang juga tertakluk kepada budi bicara Pegawai Kesihatan Daerah jika seseorang individu membuat rayuan atas kesalahan tersebut?

Satu lagi Yang di-Pertua, tadi ada lah hukuman punitif. Bagaimana dengan pendidikan kesihatan kepada orang awam, supaya lebih bersedia, supaya lebih bekerjasama, boleh menerima apa yang nak dibawa dalam pindaan-pindaan sebegini? Kuasa pegawai memerintahkan pengasingan dan pengawasan.

Bagi fasal 5 di mana ia membolehkan seorang pegawai diberi kuasa untuk mengeluarkan apa-apa perintah yang perlu dipatuhi oleh mana-mana yang dijangkiti atau dia mempunyai sebab untuk percaya telah dijangkiti atau mana-mana konteks

draft • 12:13 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

bagi maksud pengesanan dan pemantauan. Bagi perintah yang melibatkan pemakaian peranti pengesanan yang disediakan ataupun penggunaan aplikasi digital sebagaimana yang ditentukan oleh pegawai diberi kuasa, apakah pendekatan yang diambil untuk memastikan keberkesanan peranti, pengesanan digital?

Sekarang ini bukan masa wabak, adakah sudah ada roadmap bagi pihak kerajaan nak pastikan, nak buat testing, nak buat ujian supaya ia berkesan, sekaranglah waktunya. Jadi, sejauh manakah aktiviti pemantauan dijalankan dalam masa nyata atau real time terhadap individu yang menjalani perintah pengawasan atau pemerhatian kuarantin di rumah?

Saya juga bersetuju dengan Tenggara tadi di mana kita tidak mahu salah guna kuasa oleh pihak yang terlibat yang diberi kuasa. Jadi saya mahu tahu apakah, bagaimanakah kerajaan, pihak kerajaan nak pastikan kuasa yang diberikan itu lagi- lagi dengan menggunakan istilah kekerasan tidak digunakan sewenang- wenangnya? Jadi *prevention is better than cure.

Last* sekali, apakah usaha penambahbaikan KKM terhadap prosedur pengurusan kes positif dan kontak rapat kes berjangkit serta proses saringan dan ujian yang terlibat? Apakah perancangan khusus kerajaan terhadap aplikasi MySejahtera supaya fungsinya dapat dioptimumkan sepenuhnya dan diperluas sebagai pusat sehenti atau super-apps seperti yang disyorkan untuk menawarkan lebih banyak fungsi perkhidmatan berasaskan kesihatan dan sebagainya?

Jadi saya mahu melihatkan kalau dulu wabak COVID-19, kita tidak bersedia jadi dengan lesson learned yang begitu berharga dengan mungkin kos dan sebagainya, dengan PKP yang telah dijalani, ekonomi termasuklah stress yang telah pun dikatakan natijah dapat COVID-19.

draft • 12:13 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Jadi, saya mahu tahu, apakah persiapan pihak Kementerian Kesihatan supaya kita ini dapat saja macam vaksin, dapat saja signal trigger ada wabak ini, MPox is very mild, bukan macam COVID-19. Apakah yang kerajaan, kementerian sudah pun bersedia untuk contain sebab kita dikatakan one of the best- tahniah kepada Pagoh sebagai Perdana Menteri ketika itu yang berani mengambil satu tindakan yang begitu positif untuk menyelamatkan kita rakyat negara Malaysia.

Terima kasih, Yang di-Pertua.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Berikutnya, saya mempersilakan- terima kasih Yang Berhormat Kapar. Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Pasir Gudang.

draft • 12:20 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang Di-Pertua. Saya melihat tujuan pembentangan Rang Undang-undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024 ini, tujuannya bagus. Kita baru melepasi wabak COVID-19 dan yang terkini yang membimbangkan rakyat ialah wabak berjangkit ini yang dipanggil cacar monyet- monkeypox (Mpox) ini. Saya nak fokuskan kepada perkara ini.

Jadi, saya inginkan penjelasan daripada Timbalan Menteri ataupun Menteri Kesihatan, bagaimanakah RUU pindaan ini, Undang-undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit berkesan untuk melakukan pencegahan dan pengawalan penyakit seperti monkeypox ini iaitu saya ambil contoh, di Selatan Johor, ada tujuh Parlimen- Johor Bharu, Tebrau, Pasir Gudang, Iskandar Puteri, Pulai, Pengerang, Kota Tinggi. Ada sekurang-kurangnya enam pintu masuk berjiran dengan Singapura, berjiran dengan Indonesia- Tambak Johor- Causeway; kedua, laluan kedua- Kompleks Sultan Abu Bakar; ketiga, Terminal Feri Stulang Laut; keempat, Terminal Feri Pasir Gudang; kelima Terminal Feri Puteri Harbour, Iskandar Puteri; dan keenam, Lapangan Terbang Senai.

Setiap hari beribu-ribu rakyat keluar masuk antara dari Johor, Malaysia ke Singapura, begitu juga dari Indonesia datang ke negara kita ini melalui laluan yang saya sebut itu. Jadi, bolehkah Kementerian Kesihatan menyatakan, yang mana dapat dilakukan oleh pindaan undang-undang ini untuk mencegah penyakit yang berjangkit ini daripada sampai ke negara kita.

Ini saya rasa amat bimbang kerana walaupun daripada segi ekonominya bagus, hubungan dengan negara-negara jiran ini, tetapi daripada pengalaman yang lepas-lepas, banyak penyakit berjangkit ini datang ke Malaysia ini daripada negara- negara luar sana melalui terminal feri, melalui Tambak Johor, melalui lapangan terbang dan sebagainya. Jadi, saya inginkan penjelasan itu iaitu secara praktisnya pindaan ini, bagaimana boleh mengawal penyakit seperti monkeypox ini? Kerana ini menakutkan, membimbangkan rakyat.

Perkara yang terakhir yang ingin saya kemukakan Dato’ Timbalan Speaker iaitu saya mengharapkan kepada Kementerian Kesihatan, memandangkan Hospital Pasir Gudang yang sedang hampir siap dibina, insya-Allah mungkin awal tahun depan boleh beroperasi, saya berharap di Hospital Pasir Gudang itu akan ada unit khas dalam usaha melakukan pencegahan dan pengawalan penyakit. Begitu juga klinik kesihatan yang sedang dibina sekarang yang mungkin hujung tahun ini akan

draft • 12:20 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

siap dapat membantu pengawalan penyakit berjangkit seperti denggi, tibi dan sebagainya.

Jadi, saya menyokong rang undang-undang ini, tapi inginkan penjelasan secara praktisnya bagaimana ia RUU ini betul-betul praktikal untuk membantu pengawalan penyakit dan pencegahan penyakit berjangkit itu. Sekian, terima kasih Tuan Speaker.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Pemakluman, ada tambahan pembahas. Saya meluluskan untuk tambahan dua YB ini. Nombor 11, Yang Berhormat Jelutong dan nombor 12, Yang Berhormat Kulai.

Okey, berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

draft • 12:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua. Pertama sekalinya, saya juga ingin berbahas sama dalam perkara yang RUU Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024. Tuan Yang di-Pertua, tidak dinafikan Malaysia berdepan dengan dua cabaran besar dalam sektor kesihatan.

Pertama, penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit. Penyakit berjangkit seperti COVID-19, demam denggi dan tuberkulosis masih menjadi ancaman walaupun vaksinasi COVID-19 telah mencapai tahap yang membanggakan. Menurut data terkini Kementerian Kesihatan Malaysia, walaupun kes COVID-19 ini lebih terkawal, Malaysia masih lagi berhadapan dengan wabak denggi yang mencatatkan peningkatan kes. Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Mei ialah 57,220 kes berbanding 41,175 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2023.

Manakala, terdapat 40 kematian akibat daripada demam denggi telah dilaporkan berbanding 26 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun yang lalu.

Sudah tentu penyakit berjangkit ini masih memberi tekanan kepada sektor kesihatan awam untuk menanganinya. Selain itu, penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, hipertensi dan juga penyakit jantung turut menyumbang kepada permasalahan sektor kesihatan negara.

Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi, kadar diabetes di Malaysia telah mencapai tahap yang membimbangkan dan jika dibiarkan akan meningkat daripada 3.9 juta pada tahun 2019 kepada tujuh juta orang pada tahun 2025. Kira-kira 34.38 peratus daripada penduduk negara mencapai paras gula,

draft • 12:26 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

darah tinggi HbA1c melebihi 6.5 persen yang merupakan ambang kepada diagnosis diabetes. Peningkatan ini berkait rapat dengan gaya hidup tidak sihat seperti pengambilan gula dan lemak yang tinggi dan kurangnya aktiviti fizikal.

Tuan Yang di-Pertua, saya meneliti beberapa perkara yang terdapat dalam RUU ini yang dibahaskan pada hari ini menyedari beberapa perkara yang pada saya tidak relevan iaitu dalam fasal 4, fasal 5 dan fasal 14. Secara amnya, Akta 342 atau lebih dikenali sebagai Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit adalah undang-undang yang membolehkan Kementerian Kesihatan dan Pihak Berkuasa Kesihatan mengambil langkah-langkah tegas terhadap pengawal penyakit berjangkit. Namun, pindaan terhadap akta ini terutamanya fasal 4, 5 dan 14 yang diperkenalkan baru-baru ini telah menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat.

Fasal 4 sebagai contoh, memperuntukkan kuasa kepada Pegawai Kesihatan untuk mengasingkan seseorang yang mempunyai sebab untuk percaya atau dengan kata mudahnya disyaki telah dijangkiti penyakit berjangkit. Perkataan “mempunyai sebab untuk percaya” ini terlalu subjektif dan membuka ruang kepada seorang Pegawai Kesihatan untuk membuat keputusan berdasarkan syak wasangka semata- mata.

draft • 12:26 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Walaupun objektif utama fasal ini adalah untuk melindungi orang ramai daripada risiko jangkitan, namun kebergantungan kepada syak wasangka tanpa bukti klinikal yang jelas boleh menyebabkan salah guna kuasa dan pelanggaran hak asasi individu.

Fasal 50 membolehkan pegawai diberi kuasa untuk mengeluarkan arahan untuk seorang yang dijangkiti atau disyaki dijangkiti memakai peranti pengesanan seperti gelang pengesanan atau menggunakan aplikasi digital tertentu untuk pemantauan.

Walaupun tindakan ini berpotensi untuk meningkatkan keupayaan kerajaan dalam menjejak individu yang berpotensi menyebarkan penyakit, ia juga menimbulkan kebimbangan mengenai privasi data peribadi. Apabila- apakah jaminan kerajaan bagi memastikan kebebasan dan keselamatan data individu tersebut dijamin mengikut lunas undang-undang?

Fasal 14 dalam pindaan Akta 342 ini memberi kuasa kepada Menteri untuk menetapkan penalti sehingga RM8,000 atau penjara dua tahun bagi individu dan sehingga RM50,000 bagi pertubuhan perbadanan yang melanggar peraturan.

Walaupun bertujuan memastikan pematuhan peraturan kesihatan, terdapat

draft • 12:30 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

kebimbangan bahawa kuasa ini boleh disalahgunakan tanpa pemantauan yang rapi.

Penalti yang tinggi mungkin memberi kesan tidak seimbang kepada individu berpendapatan rendah. Saya menggesa supaya fasal ini disemak semula bagi menjamin keadilan sosial untuk mengambil kira faktor sosioekonomi masyarakat malah Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) turut melahirkan kebimbangan yang sama berhubung perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan Akta 342 tidak disalah gunakan, kerajaan perlu meletakkan langkah-langkah kawalan yang ketat, mekanisme semak dan imbang yang jelas, pemantauan daripada NGO yang lebih banyak untuk memastikan ia mengikut lunas undang-undang dan tidak menganiayai rakyat kebanyakan. Di samping itu, latihan dan panduan kepada pegawai diberi kuasa perlu diberikan bagi memastikan mereka membuat keputusan yang adil.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan agar kerajaan memperkasakan MySejahtera sebagai super apps kesihatan yang bermanfaat buat rakyat. Pembangunan apps MySejahtera adalah bertujuan untuk menangani wabak COVID-19. Sekiranya dimanfaatkan sebaiknya, MySejahtera akan menjadi platform kesihatan yang komprehensif. Antara cadangan peningkatan MySejahtera adalah menjadikannya sebagai aplikasi untuk menyimpan rekod perubatan individu, mengatur temu janji dengan klinik atau hospital yang lebih efisien serta memantau kesihatan secara digital. Bagi mengoptimumkan penggunaan MySejahtera di seluruh Malaysia, kerajaan perlu mengatasi beberapa cabaran termasuk menyediakan capaian Internet yang lebih efisien.

Yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya nak bangkitkan juga persoalan yang berkaitan dengan apa yang ditimbulkan kebimbangan baru-baru ini apabila kadar- IJN mengumumkan kadar kenaikan fi antara 10 hingga 40 peratus terhadap pesakit yang dirawat di IJN dengan alasan inflasi dan peningkatan kos penjagaan kesihatan.

Namun, timbul persoalan mengapa kenaikan ini diperlukan sedangkan IJN Holdings Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat di bawah Kementerian Kewangan.

Sepatutnya lebih menyediakan peruntukan dan subsidi yang lebih banyak dan juga lebih mencukupi untuk mengekalkan harga rawatan yang berpatutan supaya ianya tidak membebankan rakyat. Sekian, terima kasih.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Bentong.

draft • 12:30 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana atas peluang berbahas ini. Kita sedia maklum bahawa akta ini telah memainkan peranan yang penting dalam usaha kita untuk memerangi penularan penyakit berjangkit di Malaysia, tetapi perubahan zaman dan cabaran baharu memerlukan kita mengemas kini undang-undang ini akan lebih berkesan dan relevan.

Pengalaman kita melalui Covid-19 yang lalu tengah mengajar kita untuk bersiap siaga dan bertindak lebih pantas untuk menyekat penularan penyakit berjangkit ini daripada merebak dan mengorbankan ribuan nyawa.

Pertama sekali saya ingin memulakan perbahasan ini dengan membangkitkan berkenaan seksyen 14(A) subseksyen 1 yang memberikan kuasa kepada pegawai kesihatan untuk memerintahkan mana-mana orang yang disyaki telah dijangkiti oleh sesuatu penyakit berjangkit untuk menjalani pengasingan atau pengawasan selama tempoh yang dirasakan perlu.

Di dalam subseksyen 2 pula, Pegawai Kesihatan tersebut diberikan kuasa untuk menggunakan kekerasan di dalam menjalankan perintah tersebut. Saya seperti mana rakan-rakan yang lain juga yang telah menyertai perbahasan ini ingin sama-sama menyuarakan kebimbangan atas kuasa yang diberikan kepada Pegawai Kesihatan ini. Saya faham dalam pada kita menghadapi situasi penularan penyakit berjangkit yang berbahaya, kadang-kadang memerlukan penguatkuasaan yang ketat untuk memastikan kepatuhan.

Malah, saat kita dilanda pandemik, para Pegawai Kesihatan kitalah antara barisan hadapan yang bertungkus kumus untuk memastikan keadaan kesihatan awam kita dalam keadaan terkawal. Namun begitu, saya mengesyorkan agar ada garis panduan yang jelas terhadap bagaimana kuasa ini dapat dijalankan. Kita tidak mahu berlaku insiden kekerasan yang tidak sewajarnya dilakukan walau atas nama kesihatan awam.

Kedua, berkenaan dengan seksyen 15(A) yang memberikan kuasa kepada Pegawai Kesihatan untuk mengeluarkan perintah pengesanan dan pemantauan terutamanya dari sudut memakai atau membawa apa-apa peranti, pengesanan atau peranti digital bagi maksud pemantauan. Saya mendukung apa-apa penggunaan teknologi untuk membuat pengawasan terhadap mereka yang dijangkiti agar penyakit dapat dikawal dengan lebih berkesan. Namun begitu, saya mohon agar

draft • 12:34 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

pihak kementerian dapat memastikan SOP yang jelas agar pengawasan ini tidaklah sehingga menceroboh ruang peribadi dan penggunaan data yang tidak diperlukan.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh seksyen 21(A) berkenaan kuasa Ketua Pengarah. Sekali lagi saya mohon dan mendukung semangat sepenuhnya peranan Ketua Pengarah dalam mengendalikan apa-apa krisis penyakit berjangkit ini. Walau bagaimanapun, adakah lebih baik sekiranya ada mekanisme semak dan imbang bagi meneliti dan menilai apa-apa keputusan, arahan dan garis panduan yang dikeluarkan. Seharusnya apa-apa keputusan dapat dibincangkan dan mendapat persetujuan Menteri Kesihatan agar tanggungjawab ini dapat dipikul bersama setelah mengambil kira sudut pandangan kesihatan dan keutamaan kepada rakyat.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkenaan dengan penalti am di bawah seksyen 24 dan juga kompaun di bawah seksyen 25. Saya percaya kita perlu mencari keseimbangan di antara mendidik dan menghukum.

Saya- bagi mana-mana kesalahan kali pertama, mereka patut diberikan apa-apa peringatan dan amaran dan kita hanya memberikan hukuman kepada mereka yang mengulangi kesalahan. Ini kerana penalti am dan pengkompaunan kesalahan ini terdedah kepada golongan rentan yang tidak cakna dan tidak mempunyai kesedaran yang jelas tentang kesalahan yang dilakukan.

Saya mohon agar pihak kementerian dapat menjalankan kempen kesedaran yang meluas dan mendidik masyarakat untuk mematuhi peraturan-peraturan yang dikeluarkan. Saya fikir kita perlu angkat lagi peranan komuniti awam untuk membuat pemantauan sesama mereka agar membentuk sikap peduli dan tanggungjawab untuk menjaga kesihatan dan keselamatan sendiri, keluarga dan masyarakat. Jadi, Bentong menyokong. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum.

draft • 12:34 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Kubang Kerian.

draft • 12:34 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terima kasih Yang di-Pertua atas kesempatan ruang yang diberikan kepada saya untuk berbahas dan saya mulakan perbahasan dengan memetik suatu hadis Nabi SAW... [Berucap dalam Bahasa Arab. Yang maksudnya, “Bila kamu mendengar wabak di suatu tempat, janganlah kamu masuk ke tempat tersebut dan bila mana

draft • 12:38 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

kamu berada di tempat itu, maka janganlah kamu keluar daripada tempat tersebut.” Hadis riwayat Imam Muslim.

Hari ini memberi erti kepada kita betapa pentingnya kawalan penyakit berjangkit dapat dilakukan sejak zaman Nabi SAW. Saya lihat bahawa pindaan Akta 342 ini menjadi fokus perbincangan kita terutama selepas berlakunya wabak COVID- 19 pada tahun 2020. Pindaan ini pada ketika itu bertujuan untuk memperkukuhkan kawalan kesihatan awam selepas kita berdepan dengan pandemik yang belum pernah dialami oleh negara bahkan dunia.

draft • 12:38 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Secara amnya, RUU yang dibentangkan pada mesyuarat kali ini adalah sama dengan usaha yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini pada 2021. Walaupun ketika itu ada pihak Pembangkang yang menentang usaha yang telah dibuat oleh pihak kerajaan pada waktu itu dan hari ini mereka ada di dalam Kabinet. Kita boleh refer balik pada kenyataan-kenyataan yang dibuat waktu mana kerajaan dahulu mengawal ya, pencegahan wabak penyakit ini.

Saya melihat bahawa Akta/RUU 342 ini boleh disifatkan sebagai langkah penting bagi memastikan kerajaan lebih bersedia menghadapi sebarang krisis kesihatan masa depan kerana undang-undang yang sedia ada yang digubal pada tahun 1988 mungkin tidak sesuai dengan suasana yang berlaku pada waktu ini terutama dengan wabak yang lebih kompleks dan melibatkan pelbagai sektor.

Namun, dalam masa yang sama, terdapat beberapa perkara yang ingin saya bangkitkan.

Pertama, berkaitan dengan pindaan seksyen 2 yang menggantikan perkataan, “had lapangan terbang dan pelabuhannya” dengan perkataan, “had lapangan terbang, pelabuhan dan sempadan daratnya.” Penambahan dan perluasan wilayah ini tentulah melibatkan peningkatan tenaga kerja, dan saya melihat banyak pintu masuk negara kita termasuk Bukit Kayu Hitam, Rantau Panjang dan Johor Bahru akan menyebabkan penambahan kakitangan dan fasiliti. Persoalannya ialah adakah kerajaan bersedia turut sama, bukan meminda sahaja, tetapi menambahkan kakitangan supaya penambahan ini selaras dengan bilangan kakitangan yang akan menjalankan tugas dan fungsi nanti?

Kedua, difahamkan keperluan semasa untuk pegawai kesihatan persekitaran

(PKP) di Malaysia masih tidak mencukupi. Memandangkan beban kerja yang semakin meningkat khususnya selepas pandemik COVID-19, saya melihat menjadi satu keperluan kerajaan untuk menyerap pegawai bekerja dalam situasi kontrak yang tidak menentu nasib mereka bagi menampung tugas yang kompleks dan kritikal

draft • 12:40 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

ini. Alangkah baiknya kalau kerajaan menyerapkan tenaga-tenaga kontrak ini menjadi kakitangan tetap pihak kementerian.

Kerajaan harus memfokuskan kepada rekrut dan melatih lebih ramai pegawai serta memastikan kestabilan jawatan, termasuk bagi pegawai kontrak, supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan berkesan tanpa kebimbangan terhadap status pekerjaan mereka. Waktu COVID-19 dulu, kita dengar bagaimana sebahagian di antara nurse kita terpaksa dihantar ke Sabah dan Sarawak dan mereka dihantar pada waktu yang sangat kritikal. Saya fikir perkara ini tidak sepatutnya berulang pada masa hadapan.

Seterusnya, saya merujuk kepada pindaan seksyen yang sama iaitu takrifan “stesen kuarantin” yang diperluaskan kepada mana-mana hospital dan tempat.

Saya ingin bertanya, sejauh mana persediaan yang telah dilakukan untuk memastikan kapasiti dan fasiliti tempat tersebut mencukupi dan bersedia pada bila- bila masa untuk melaksanakan pencegahan dan kawalan penyakit? Adakah kerajaan telah mengenal pasti kelengkapan semua hospital serta tempat diletakkan dengan kemudahan peralatan yang diperlukan? Apakah mekanisme pemantauan yang akan digunakan untuk memastikan tempat-tempat ini dapat berfungsi dengan cekap sekiranya berlaku wabak?

Seterusnya, saya mengajukan persoalan berkenaan dengan proses pengeluaran kompaun yang kini ditentukan di peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia sahaja. Difahamkan perubahan baharu mewajibkan kompaun perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada Pendakwa Raya. Ini pastinya menambahkan birokrasi dalam proses ini. Soalan saya, apakah rasional di sebalik perubahan ini dan adakah kerajaan sedar bahawa langkah ini berpotensi melambatkan proses penguatkuasaan serta penambahan beban pentadbiran?

Akhir sekali, memandangkan masa yang tidak mencukupi, saya ingin membangkitkan isu pemeriksaan kesihatan di pelabuhan.

Mengikut International Health Regulations 2005, pelabuhan diberi kuasa untuk mengeluarkan Sijil Kawalan Sanitasi Kapal ataupun SSCC. Walau bagaimanapun, fi bayaran untuk sijil ini ditetapkan oleh setiap negara. Di Malaysia, difahamkan bahawa kadar fi ini berbeza di setiap pelabuhan. Malah terdapat negeri- negeri seperti negeri yang tidak bersekutu yang tidak mengenakan sebarang fi tertakluk kepada akta yang lama.

Persoalan saya, berapakah kadar bayaran semasa dikenakan di setiap pelabuhan Malaysia dan adakah kerajaan bercadang untuk menyelaraskan kadar fi ini supaya lebih munasabah dan seiring dengan amalan dengan negara-negara lain

draft • 12:40 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

yang juga berpotensi menjadi sumber bagi pendapatan negara pada masa hadapan?

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Selanjutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Tanjong Karang.

draft • 12:40 PM

Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia Madani. Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua yang telah memberi ruang Tanjong Karang turut membahaskan RUU Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit atau Akta 342.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan terhadap Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 amat wajar disokong oleh semua Ahli Parlimen dan diluluskan dengan kadar segera bagi memastikan kesinambungan dan meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan kawalan penyakit berjangkit itu sendiri di negara kita.

Antara isu utama yang menyebabkan beberapa kali pindaan akta ini dibahaskan di Dewan yang mulia ini adalah mengenai isu kompaun. Sebenarnya nilai-nilai kompaun ini adalah wajar disokong sepenuhnya memandangkan kesalahan tidak mematuhi prosedur kawalan penyakit berjangkit ini amat besar impaknya. Boleh menyebabkan berlakunya penularan wabak penyakit yang amat merbahaya dan risiko kematian kepada ramai orang. Hukuman yang berat ini akan dapat memberikan pengajaran, dalam masa yang sama mendidik rakyat tentang pentingnya kerjasama dan mematuhi arahan yang diberikan dalam mengekang penularan penyakit-penyakit berjangkit.

Antara pembaikan yang akan dilakukan termasuk cadangan meningkatkan nilai kompaun daripada RM1,000 kepada RM5,000 dan ianya dibezakan antara individu dengan pertubuhan perbadanan. Manakala bagi pertubuhan dan perbadanan pula, dicadangkan untuk ditingkatkan kepada tidak melebihi RM50,000.

Nilai RM50,000 ini ditetapkan bagi pertubuhan perbadanan kerana ianya bertanggungjawab memastikan organisasinya serta tempat kerjanya selamat dan tidak menyebabkan berlakunya penularan penyakit berjangkit.

Kita- semua telah lalui ketika pandemik COVID-19 dahulu. Banyak peraturan dan arahan-arahan baharu digunakan bagi menguatkuasakan aktiviti kawalan dan pencegahan penularan COVID-19 dahulu. Ia membabitkan perintah pengasingan atau pengawasan terhadap individu yang dijangkiti wabak dan mereka yang disyaki,

draft • 12:44 PM

Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

perintah pemakaian ataupun penggunaan peranti pengesanan atau alat seumpamanya, arahan ketua pengarah, penguatkuasaan dan peruntukan dalam Akta 342 serta kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan.

Tuan Yang di-Pertua, Tanjong Karang menyokong penuh RUU pindaan Akta 342 ini yang mana terdapat cadangan lima peruntukan baharu dan lima pindaan bagi menambah baik akta ini yang membabitkan Bahagian I, Bahagian IV, Bahagian IVA, Bahagian V dan Bahagian VI. Tanjong Karang juga menyokong penuh lima cadangan pindaan terhadap peruntukan sedia ada yang membabitkan seksyen 2(1) iaitu mengenai tafsiran pegawai yang diberi kuasa, seksyen 10 iaitu kehendak untuk pemberitahuan mengenai penyakit berjangkit, seksyen 24 iaitu nilai baharu bagi penalti am dan seksyen 25 mengenai pengkompaunan kesalahan dan seksyen 31 iaitu kuasa membuat peraturan.

Melalui pindaan seksyen 2(1) untuk meluaskan tafsiran pegawai diberi kuasa yang ketika ini hanya terhad kepada pegawai kesihatan, inspektor kesihatan dan pegawai yang dilantik. Kemudian, pindaan seksyen 10 membolehkan pengamal perubatan memberitahu kewujudan penyakit berjangkit di mana-mana premis walaupun tanpa pengesahan diagnosis melalui ujian makmal. Cara pemberitahuan bukan terhad kepada hanya borang notis sahaja, tetapi juga dibuat melalui e-mel, panggilan telefon, sistem aplikasi tertentu seperti eNotifikasi, SIMKA dan sebagainya.

Akhirnya, Tanjong Karang berdoa semoga Malaysia terhindar daripada sebarang pandemik dan sekiranya ianya berulang lagi, maka kita- semua telah lebih bersedia dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988

(Pindaan). Ini diharap mampu mengawal dan mengekang penularannya di masa akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, Tanjong Karang mohon menyokong pindaan Akta 342 ini. Sekian. Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

draft • 12:44 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Selanjutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Krai.

draft • 12:44 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.

draft • 12:49 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Kuala Krai ingin mengambil peluang ini untuk menyatakan simpati saya kepada semua peniaga yang terjejas akibat kebakaran di Pasar Besar Kuala Krai awal pagi tadi. Saya amat bersimpati dengan ujian berat yang menimpa semua peniaga. Kejadian ini pastinya memberikan kesan yang besar, bukan sahaja daripada segi ekonomi, tetapi dari sudut emosi. Saya berharap semua yang terlibat dapat diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi saat-saat sukar ini...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Semoga Allah mengurniakan pahala kepada mereka atas musibah yang menimpa dan menggantikan dengan yang lebih baik.

Dato' Yang di-Pertua, Kuala Krai juga mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit [RUU 342] (Pindaan) 2024 pada kali ini.

Saya merujuk kepada fasal 3 iaitu meminda seksyen 10 [Akta 342] untuk mengehendaki tiap-tiap Pengamal Perubatan yang mempunyai sebab untuk percaya atau mengesyaki wujudnya apa-apa penyakit berjangkit untuk memberikan notis dalam apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

Persoalan saya, apa respons kerajaan terhadap kebimbangan yang disuarakan sebelum ini dalam kalangan Pengamal Perubatan, termasuk Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) agar semakan pindaan RUU ini dibuat secara menyeluruh terlebih dahulu? Adakah sesi konsultasi dan libat urus yang berterusan telah dijalankan semua pihak berkepentingan, termasuk Pengamal Perubatan, pakar kesihatan awam, NGO dan wakil masyarakat sivil? Apakah komitmen kerajaan dalam mengambil pendekatan yang lebih seimbang untuk meningkatkan keupayaan dan pembangunan kapasiti sistem kesihatan awam serta kesiapsiagaan barisan petugas hadapan dalam bertindak balas terhadap penyakit berjangkit berbanding hukuman punitif semata-mata?

Mengambil kira keberhasilan Pelan Imunisasi Kebangsaan (NIP) sewaktu pandemik, apakah perancangan kerajaan berhubung pembangunan vaksin menerusi Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara sebagai persediaan Malaysia menghadapi sebarang prospek penyakit berjangkit serta mempergiat aktiviti penyelidikan pembangunan vaksin halal di Malaysia?

Adakah terdapat SOP baharu yang jelas mengambil kira pengajaran daripada pandemik lalu, terutama daripada segi kajian klinikal vaksin, kemudian infrastruktur seperti pusat pemberian vaksin dan pembudayaan komuniti melalui amalan- test, report, isolate, inform, seek (TRIIS)? Sejauh manakah penambahbaikan terhadap aktiviti pengesanan kesan-kesan sampingan akibat suntikan vaksin yang dijalankan

draft • 12:50 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

oleh pihak kementerian dengan kerjasama Bahagian Regulatori Farmasi Negara? Ini mengambil kira rawatan susulan yang diberikan kepada penerima vaksin COVID-19 iaitu AstraZeneca yang dikenal pasti mengalami kesan sampingan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyokong cadangan daripada dua sahabat saya tadi iaitu daripada Kapar dan juga Pangkalan Chepa agar dapat diperkasakan penggunaan MySejahtera yang telah pun dibangunkan sewaktu pandemik dahulu dan dapat diperluas sebagai pusat sehenti seperti yang disyorkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada fasal 12 iaitulah meminda seksyen 25, di bawah RUU ini, kompaun maksimum terhadap individu adalah sebanyak RM5,000, manakala kompaun maksimum untuk syarikat ataupun pertubuhan/perbadanan adalah RM50,000. Denda maksimum di bawah penalti am pula adalah RM10,000 untuk individu dan RM100,000 untuk syarikat.

Soalan saya adalah sejauh manakah kerajaan melihat keperluan tindakan pengkompaunan ini dalam mencerminkan kepekaan kerajaan hari ini terhadap nasib rakyat ketika ini seperti yang pernah dituntut oleh Yang Berhormat Tambun dulu?

Tambun pernah menyebut, “Jangan hanya nak naikkan denda. Denda ini saya bimbang, yang kena orang bawah. Petani, nelayan. Sebab itu saya tidak fikir keutamaan menaikkan denda, tetapi penguatkuasaan kena jelas.” Termasuk juga isu berkaitan dengan pendidikan kesihatan juga amat penting. Dalam pada kerajaan bertindak mengenakan hukuman punitif, apakah langkah yang diambil bagi memastikan tindakan penguatkuasaan yang teratur serta kempen kesedaran bagi menyokong usaha ini?

Ini kerana hukuman yang berat semata-mata berpotensi membuka ruang kepada prospek salah guna kuasa dan sejauh manakah penekanan kementerian terhadap aspek pendidikan kesihatan awam untuk memastikan pencegahan dan kawalan penyakit yang berkesan? Sekali gus, meningkatkan kesedaran tentang pencegahan penyakit berjangkit dan pendidikan kesihatan secara amnya di kalangan masyarakat. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Tumpat.

draft • 12:50 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua

draft • 12:55 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

kerana memberikan Tumpat untuk sama-sama membahaskan pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998.

Yang pertama, berkaitan dengan apakah pelan tindakan kerajaan terhadap persiapan negara dalam kes pencegahan penyakit berjangkit yang telah lama berada dalam negara iaitu penyakit bawaan LGBT seperti MSM yang menyebabkan HIV yang kini tak mengenal umur dan juga mangsa yang kian meningkat? Adakah tempat khusus untuk rawatan HIV ini yang kita lihat semakin hari semakin meningkat dan berapakah kos yang telah ditanggung oleh pihak kerajaan akibat penyakit yang dimulakan dengan pilihan sendiri ini dan sekiranya melibatkan anggota kerajaan, apakah tindakan yang dikenakan kepada mereka?

Yang ketiga, kaedah emosi dan trauma kepada mangsa HIV ini agar pulih dan akhirnya, tidak menyebarkan kepada pasangan dan komuniti kerana kalau tanpa kawalan seperti ini, ianya akan terus menular dan tidak tercegah.

Kita lihat promosi LGBT banyak dibuat secara meluas dalam media sosial, termasuklah dalam Netflix. Adakah akta ini akan berkuat kuasa kepada operator- operator seperti ini kerana ini bersifat boleh menggalakkan kepada penyakit berjangkit. Apakah dapatan kemudaratan dan kematian atas meningkatnya kesan kesihatan beberapa kes sebagaimana yang disebut oleh Kuala Krai tadi akibat kes vaksinasi COVID-19? Adakah negara mempunyai sebarang rundingan untuk mengadakan MoU dengan mana-mana negara bagi pembinaan vaksin sendiri dan peralatan bagi mengurangkan kos yang ditanggung negara sekiranya terdapat wabak pada masa akan datang?

Seterusnya, berkenaan dengan PATI. Kita memahami bahawa kerajaan telah pun mengambil pendekatan vaksinasi kepada PATI dalam kes COVID-19. Jadi, dalam hal sekarang ini kita lihat bertambahnya kes berjangkit, khususnya TIBI yang makin aktif akibat kedatangan migran dan PATI yang tidak disuntik dengan imunisasi vaksinasi di negara asal mereka.

Terdapat cadangan oleh pihak kerajaan untuk memberikan suntikan imunisasi kepada ibu hamil dan kanak-kanak yang dikira sebagai stateless yang ada di Malaysia dan berapakah anggaran kos dan siapakah pihak yang akan menanggung kos ini? Tahun 2020, data vaksinasi COVID-19 dibuat menggunakan MySejahtera dan apakah keadaan ataupun kaedah terkini yang akan digunakan untuk mendapatkan data yang tepat agar PATI yang membawa penyakit ini tidak menjangkiti dan tidak menular kepada rakyat kita, khususnya di kalangan kanak- kanak?

draft • 12:55 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Seterusnya, berkaitan dengan hospital dan pusat kuarantin dan rawatan penyakit berjangkit di bawah seksyen 2. Apakah status MIID- Malaysian Institute of Infectious Disease atau Institut Penyakit Berjangkit Malaysia pada sekarang ini?

Berapakah hospital dan klinik kesihatan yang dikhususkan untuk rawatan penyakit berjangkit agar ia boleh mencegah penularan dan kepakaran serta kecekapan dalam rawatan ini? Apakah SOP sebagai stesen kuarantin? Sebagai contohnya, sekarang ini kita lihat masa COVID-19 itu dibuat di Serdang, sekarang ini dah kembali kepada asal. Bagaimanakah kos yang telah pun dihabiskan untuk pembinaan tempat-tempat secara kontemporari seperti yang dibuat pada ketika itu?

Kita juga ingin tahu, berapakah pakar dan pegawai sokongan bagi penyakit berjangkit yang ada dalam negara pasca COVID-19? Berapakah bilangan Pegawai Kesihatan Persekitaran dan di manakah mereka ini ditempatkan?

Saya juga ingin merujuk kepada soalan saya sebelum ini berkaitan dengan Hospital Tumpat. Hospital Tumpat pernah dicadangkan untuk menjadi Pusat Kecemerlangan Penyakit Berjangkit dan sememangnya hospital ini digunakan sepenuhnya untuk kawalan kes-kes COVID-19. Apakah status pembinaan pusat ini?

Memandangkan Hospital Tumpat sangat uzur dan memerlukan penambahbaikan kerana jumlah pesakit biasa pun ramai, apatah lagi sekiranya berlaku wabak.

Berapakah kos pembinaan dan bilakah ianya akan dimulakan dan saya juga ingin bertanya kepada kerajaan tentang sejauh manakah kebajikan bekas kakitangan kesihatan yang diambil secara kontrak semasa COVID-19? Apakah nasib mereka sekarang dan berapakah universiti dalam negara yang menawarkan kepakaran bagi kawalan penyakit berjangkit? Terima kasih.

draft • 12:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, terima kasih Yang Berhormat Tumpat.

Yang Berhormat-Yang Berhormat, kalau kita lihat ini adalah satu- dipanggil pindaan kepada Akta Ibu. Jadi, kalau kita lihat daripada dasarnya, perbahasan kena berkisar di bawah Peraturan 36(1) sebagai refresher course kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.

Dengan itu Yang Berhormat, walau bagaimanapun masa telah tetap pukul 1 akan ditempoh, dan mereka baki iaitu Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Pulai akan membahaskan pindaan rang undang- undang ini pada pukul 2.30 petang nanti. Dengan ini, saya tempohkan persidangan ini ke jam 2.30 petang nanti.

draft • 12:55 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kita sambung semula perbahasan. Saya minta Yang Berhormat Arau.

draft • 2:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

*Bismillahi Brahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* rakyat Malaysia, orang muda. Rang undang-undang ini sudah pasti ia baik. Kalau tidak baik ia tidak diperkenalkan tetapi yang paling penting ialah pelaksanaannya nanti. Biar dibuat hebat macam kita buat masa berlaku COVID-19 dahulu yang saya rasa rakyat Malaysia terlibat secara langsung sehingga kita berjaya di akhirnya mengawal COVID-19.

Cuma orang tanya saya, ini orang tanya, saya ingat hendak jawab pun tak apa, tak jawab tak apa, tetapi selepas vaksin yang ketiga ini apa dia impak, kesan, yang kita tahu ialah kematian sekarang meningkat. Saya boleh kata tiap-tiap hari di kawasan saya ada kematian. Jadi orang tanya, apakah ini- oleh kerana banyak yang meninggal ini orang muda? Apakah kesan daripada vaksin yang ketiga? Asalnya ialah penyakit berjangkit.

Kemudian yang keduanya Yang Berhormat ialah seksyen 14A(2). Ini disebut perkataan “kekerasan”, apa dia maksud “kekerasan” Yang Berhormat?

“Menggunakan kekerasan...” Kekerasan kena bagi sedikit penerangan. Kekerasan ini pegang masuk dalam kereta ataupun tolak dalam kereta kalau dia tak mahu ikut, apa dia kekerasan? Apakah boleh guna perkataan lain yang lebih lunak? Perkataan “kekerasan” itu makna kata kalau bahasa mudahnya cukup besar kesannya. Apakah dia kekerasan?

Kemudian yang keduanya, pindaan seksyen 2(c)(i), perkataan “darat.” Yang Berhormat, di sini disebut perkataan “darat” iaitu “Had lapangan terbang, pelabuhan dan sempadan darat...” Kenapakah tak masuk laut? Kita kena ingat di sempadan laut kapal nelayan boleh menyebarkan penyakit di laut. Jadi apakah bidang kuasanya terhad di darat? Bagaimana di laut? Itu soalannya sebab dia sebut khusus darat.

Kenapakah tidak sebut darat dan laut? Sebab sekarang ini, dunia sekarang ini laut dengan darat ini sudah menjadi sesuatu yang orang boleh access, dengan izin,

draft • 2:33 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

dengan mudah. Malah bagi saya, laut lebih merbahaya sebab kawasan di sempadan sana ramai nelayan asing.

Kemudian yang ketiganya, penyakit berjangkit ini telah disebutkan oleh sahabat saya tadi iaitu tentang monkeypox atau cacar monyet. Saya hendak tanya daripada negara mana? Bagaimana pengawalan yang dibuat di lapangan terbang?

Saya tahu penyakit COVID-19 dahulu asalnya ialah daripada pelancong bawa ke sini dan orang sini bawa- orang tempatan bawa penyakit itu daripada luar. Jadi penyakit dari luar ini satu, orang asing yang datang. Kedua, orang sini yang melawat ke negara yang berkenaan.

Jadi bagaimana kawalan dibuat? Semasa cuti yang lepas 100,000 rakyat Malaysia pergi melawat Thailand, 100,000 sampai sempadan jadi kelam kabut dibuatnya. Jadi apakah kehadiran mereka ke negara asing, mereka membawa balik benda yang baik ataupun sebaliknya. Jadi kita hendak tahu bagaimana kawalan dibuat sebab saya dimaklumkan penyakit ini sehingga 24 hari baharu dapat dikesan, penyakit cacar monyet. Jadi bagaimana mereka boleh kesan? Kalau dengan negara- negara itu yang kena cacar monyet (monkeypox) apa kita akan buat peraturan supaya bila mereka masuk ke sini atau orang sini pergi ke sana, peraturan tertentu supaya dikenakan kepada mereka.

Keduanya, penyakit HFMD- hand, feet dan juga mouth, penyakit tangan, kaki dan mulut. Ini yang berleluasa di peringkat kanak-kanak. Jadi bagaimana kawalan ini dibuat? Ini juga penyakit berjangkit.

Ketiga, yang sekarang berleluasa juga penyakit tibi. Bagaimanakah kawalan itu dibuat daripada peraturan yang ada sekarang?

Kemudian yang kedua terakhir ialah IJN. Semua orang sebut fasal IJN. IJN ini pensioner telah dikeluarkan dan diarahkan pergilah ke mana-mana yang kamu suka. Sudahlah kebanyakan pensioner itu mungkin terakhir bagi mereka untuk berada di IJN. IJN buat syarat pensioner kena dikeluarkan, tetapi Ahli-ahli Parlimen bukan pensioner, mereka masih boleh menggunakan IJN, kecuali Ahli Parlimen Arau telah dikeluarkan kerana dia ingat saya pencen. Saya tidak pencen lagi malah saya mungkin pergi lagi ke atas.

Jadi tiba-tiba saya dianggap sebagai pensioner. Ini adalah tidak wajar dan yang buat peraturan ini ialah pihak Kementerian Kesihatan. Jadi, saya minta supaya pelbagai pihak melihat perkara ini dengan serius dan tegas supaya jangan dibuat pensioner begitu rupa. Saya cadangkan pensioner yang berada di IJN diteruskan.

Mereka pun saya tengok setengahnya tidak mahu lagi pergi hospital, tidak apalah kita terimalah apa yang terjadi.

draft • 2:33 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi pihak kerajaan yang Madani, yang perpaduan, yang adil ini supaya bagi keadilan, yang itu kita hendak supaya rakyat hendak keadilan kepada kerajaan. Kena ingat bahawa sesuatu kepimpinan yang baik itu bila rakyat berdoa padanya dan dia berdoa kepada rakyat, tetapi bila rakyat sudah tidak berdoa kepadanya dan dia juga benci kan rakyat, masa itulah kepimpinan sudah tidak layak lagi. Kita berdoa semoga semuanya sentiasa dirahmati Allah dan Malaysia terhindar daripada marabahaya, malapetaka. Terima kasih.

draft • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Arau. Saya jemput Yang Berhormat Pulai.

draft • 2:33 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua.

Fasal 3, 4, 5 dan 6, kesemua ini adalah berkaitan dengan kaedah mengawal merebaknya penyakit berjangkit seperti yang diketahui semasa pandemik COVID-19 sehingga hari ini pihak kerajaan menggunakan Ordinan Darurat, subseksyen 11(2) dan juga subseksyen 11(1) untuk menguatkuasakan kaedah kuarantin dan sebagainya dengan mewujudkan pelbagai perintah kawalan. Oleh itu kemasukan seksyen 14A dan pindaan seksyen 10 ini diharap dapat membantu pihak KKM untuk menguruskan kawalan penyakit dengan lebih terurus dan lebih cepat.

Persoalan yang berbangkit daripada perkara ini adalah saya mohon pihak kementerian menjelaskan adakah pihak kementerian telah menyediakan satu pelan perancangan yang terperinci untuk melaksanakan akta ini setelah diluluskan, terutamanya yang melibatkan fasiliti ataupun tempat kawalan penyakit kuarantin itu?

draft • 2:39 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Sebagai contoh, jika sesuatu out break itu berlaku di institusi pengajian, adakah pelan tindakan itu akan dilaksanakan oleh pihak kementerian secara langsung atau akan diturunkan kepada pihak institusi pengajian berkenaan untuk melaksanakannya? Kerana jika dilihat pada situasi COVID-19 yang lalu, pelaksanaan di institusi pengajian ini berbeza mengikut lokaliti masing-masing. Jadi, bagaimanakah pihak kementerian dapat menyeragamkan pelan tindakan ini supaya ianya selaras dan tidak menimbulkan satu keadaan yang huru-hara?

Timbalan Speaker, bagi peruntukan baharu seksyen 15A berkaitan dengan peranti pengesan ataupun tracker device yang dipasang kepada pesakit, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian, apakah status pengguna tracker device ini pada waktu ini dan bagaimana peranti ini dapat dipastikan ia dapat

draft • 2:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

berfungsi? Saya ada pengalaman menggunakan device ini. Tahun 2021 semasa saya balik daripada umrah, saya dan isteri saya adalah batch pertama menggunakan device ini. Ada gelang, satu gelang, ada lagi satu receiver dia bagi kepada kita. Jadi gelang ini kami pakai suami isteri, tetapi isteri saya itu device sampai rumah tercabut dah, tidak boleh digunakan pun.

Setelah dua minggu saya serahkan device ini ke klinik yang telah ditetapkan, lebih kurang dalam 20 kilometer. Isteri saya di rumah masa itu suspek COVID.

Device dia itu saya bawa sekali ke klinik itu dalam jarak 20 kilometer untuk diserahkan, tetapi tidak ada pihak pun waktu itu yang follow-up kepada isteri saya di rumah menyatakan bahawa dia sudah terkeluar daripada boundary yang ditetapkan.

Saya lihat ini adalah satu kelemahan pada waktu itu di mana tracker itu tidak dapat dikesan oleh pihak KKM dan KKM tidak membuat follow-up pun kepada pesakit-pesakit yang terlibat waktu itu. Itu kelemahan pada waktu itu. Jadi persoalannya, apakah device ataupun sistem ini telah diperbaiki untuk berdepan dengan masalah-masalah pada masa akan datang?

Merujuk kepada seksyen 21A, kuasa yang diberikan kepada ketua pengarah ini agak besar. Saya faham berkenaan dengan niat sebenar di sebalik seksyen ini, namun apakah langkah dan panduan yang ditetapkan oleh pihak kementerian kepada seorang ketua pengarah iaitu supaya kuasa ini tidak disalahgunakan dan sesekali tidak mengakibatkan polisi dua darjat ini? Kita tidak mahu kerana penyalahgunaan kuasa ini, rakyat yang menanggung keperitan terpaksa menanggung masalah akibat daripada masalah dua darjat ini.

Juga subseksyen 31(3) yang dibawa masuk dalam Akta Pencegahan dan Pengawal Penyakit Berjangkit 1988 iaitu hukuman denda sebanyak RM8,000 dan penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-keduanya untuk individu dan RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun dan kedua-duanya untuk pertubuhan dan perbadanan yang melanggar akta ini dilihat terlalu membebankan. Kita bimbang peraturan-peraturan yang selalu berlaku ini dalam konteks pandemik, penyakit berjangkit ini selalu berubah seperti mana kita hadapi semasa COVID yang lalu.

Jadi, mungkin mereka tidak boleh dapat mengetahui maklumat terkini perkara ini, tetapi mungkin mereka didenda kerana kelemahan itu. Jadi kepada mereka yang berpendapatan kecil, RM8,000 ini agak besar dan ia boleh menyebabkan membebankan mereka. Begitu juga yang pertubuhan ini, apakah jumlah RM50,000 ini akan dikenakan kepada syarikat-syarikat yang disebabkan oleh pekerja-pekerja mereka yang tidak melaksanakan tanggungjawab ataupun ingkar terhadap keputusan KKM? Mohon penjelasan. Sekian, terima kasih.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Saya jemput Yang Berhormat Jelutong.

draft • 2:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Timbalan Speaker. Saya juga turut serta dalam perbahasan rang undang-undang ini. Saya ingin bertanyakan beberapa soalan kepada kementerian dan Menteri berkenaan.

Kita mendapati bahawa wabak COVID ini masih lagi berleluasa di negara kita dan ada ramai lagi yang masih dari semasa ke semasa terutamanya warga emas yang menghadapi masalah kesihatan dan menjadi mangsa kepada penyakit COVID.

Pada masa yang sama, kita lihat daripada laporan surat khabar The Star yang dilaporkan mengatakan bahawa vaksin COVID bernilai lebih kurang RM505 juta tidak digunakan dan telah pun mungkin telah tamat riwayat penggunaannya. Saya difahamkan daripada laporan The Star juga bahawa jumlah yang rosak atau tidak digunakan, yang dibazirkan istilah yang betul adalah lebih kurang 8.5 juta dos vaksin COVID.

Saya hendak tanya kepada kementerian dan Menteri berkenaan, bagaimanakah pembaziran ini berlaku dan boleh berlaku? Saya mengambil maklum bahawa ketika kita menghadapi wabak COVID ini, kita tidak berada dalam kerajaan.

Kerajaan dipimpin oleh Yang Berhormat Pagoh.

Saya ingin bertanya, bagaimanakah cara pemerolehan itu dibuat dan kenapa tidak kementerian yang ada sekarang cuba untuk memperhalusi dan melihat kepada bekalan vaksin yang ada untuk melihat kalau ada daripada vaksin-vaksin ini yang masih boleh diselamatkan dan digunakan sama ada oleh rakyat kita ataupun boleh dihantar ke negara-negara lain yang mungkin tidak mempunyai kewangan yang kukuh seperti Malaysia untuk membantu mereka. Umpamanya di negara seperti Myanmar, Bangladesh dan sebagainya.

Saya tanya soalan ini kerana pada suatu masa yang dahulu, kita lihat vaksin CIVID atau vaksin untuk COVID-19-adalah sesuatu yang wajib, wajar diambil. Pada masa sekarang, saranan adalah masih lagi untuk mengambil vaksin ini, tetapi persoalan adalah bagaimanakah kita boleh membazirkan vaksin yang masih ada dalam milikan bekalan Kementerian Kesihatan kerana jumlah yang mencecah RM505 juta ini adalah jumlah yang begitu banyak sekali. Soalan saya adalah kenapakah tidak ada sebarang tindakan diambil oleh kementerian untuk kita menyelamatkan vaksin-vaksin ini sama ada dos pertama, dos kedua atau dos ketiga...

draft • 2:44 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh?

draft • 2:44 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kinabatangan.

Silakan.

draft • 2:44 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya. Yang Berhormat, sedarkah Yang Berhormat bahawa pembaziran tersebut telah mengakibatkan syarikat GLC, Pharmaniaga telah berhadapan dengan kerugian yang besar? Jadi, apakah Yang Berhormat membawa perkara ini supaya disiasat secara detil, siapa yang buat kesilapan dalam perkara ini?

draft • 2:44 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat, minta sekali.

Tambah, tambahlah sokong dulu. Terima kasih.

draft • 2:44 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Pendang. Pendang hari pertama, okey kita berkawan semula. Saya benarkan .

draft • 2:44 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Jelutong. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Saya setuju bila sebut pembaziran. Apabila kita sebut pembaziran, satu tata kelola yang tidak mengikut prosedur. Jadi saya harap, saya boleh cadangkan kepada Yang Berhormat Jelutong yang sekarang menjadi kerajaan supaya buat repot. Buat repot polis atau SPRM untuk mereka menjalankan siasatan. Sekiranya berlaku salah tadbir urus ataupun pembaziran ini, maka boleh dibuat tangkapan daripada sekarang kerana mereka telah melakukan satu pembaziran. Itu yang pertama.

Yang keduanya saya hendak tanya juga, mana lebih penting antara nyawa dengan duit yang kita belanjakan untuk menyelamatkan nyawa, manakah yang lebih penting antara dua ini? Terima kasih.

draft • 2:44 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih sahabat saya Pendang. Kita hari pertama kita jalan. Kita jaga ukhuwah, jaga ukhuwah. Okey.

Kita walaupun berbeza pendapat, tetapi kita menyumbang kepada perkara yang penting. Itu persoalan saya Timbalan Speaker, kerana jumlah yang dinyatakan oleh laporan The Star ini amat memeranjatkan, RM505 juta vaksin yang telah pun dibazirkan. Persoalan saya, kenapa tidak digunakan?

Dalam saat-saat terakhir, saya ingin membawa kepada Dewan yang mulia ini, satu lagi perkara iaitu pendakwaan di bawah seksyen 9, ‘’Tiada pendakwaan bagi atau berhubung dengan apa-apa kesalahan di bawah akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah akta ini boleh dimulakan kecuali atau dengan keizinan bertulis pendakwa raya”.

draft • 2:44 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Cuma Timbalan Speaker, saranan saya ketika kita menghadapi wabak COVID, kita lihat bahawa rakyat jelata di luar sana yang tidak mematuhi PKP, PKPP, macam-macam PPP dikenakan oleh Pagoh. Rakyat di luar sana ditangkap, diheret ke mahkamah dan dituduh. Kita terperanjat apabila Timbalan Speaker Dewan Rakyat, bukan Timbalan Speaker sekaranglah. Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Batu Pahat ketika itu Datuk Rashid Hasnon sibuk berpesta makan durian, tidak diambil tindakan.

So, kita nak pastikan saranan saya Jelutong adalah kalau kita nak mengambil tindakan, ia adalah sepatutnya sama rata supaya semua tidak kita memberikan layanan istimewa kepada di antara dua darjat. So, itu lah permintaan saya dan saya menyokong penuh rang undang-undang ini yang dibentangkan. Terima kasih Timbalan Speaker.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya bagi pembahas terakhir Yang Berhormat Bangi.

draft • 2:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan rang undang-undang ini. Is good to be back Puan Speaker. Akta 342 Puan Speaker sebelum ini dipinda melalui Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 dan pada ketika itu darurat telah diisytiharkan dan Parlimen ini, Dewan ini telah digantung.

Pada ketika itu, badan legislatif telah dimandulkan kalau kita ambil kata-kata YB Menteri Pengerang pada ketika itu apabila persidangan Parlimen digantung melalui proklamasi darurat dan ordinan yang dimasyhurkan. Pada ketika itu Puan Speaker, pindaan yang dibuat melalui ordinan tersebut dikritik hebat dan telah mengakibatkan ketidakadilan yang berlaku di seluruh negara yang kita dah dengar pada hari ini juga daripada perbahasan-perbahasan rakan-rakan saya di sini.

Dan ini menunjukkan Puan Speaker bahawa apabila ada undang-undang yang dibuat tanpa melalui Dewan ini, tanpa melalui Dewan yang mulia ini, tanpa semak dan imbang, ia seperti memberikan satu, dengan izin, blank check kepada pihak eksekutif untuk berbuat apa sahaja. Sudah terbukti Puan Speaker bahawa undang-undang yang dibuat melalui Ordinan Darurat seperti ini akan penuh dengan cacat dan cela.

draft • 2:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ordinan ini kita tahu telah diungkai apabila darurat berakhir. Maka timbul keperluan pada ketika ini untuk membentangkan RUU ini bagi meminda Akta 342 supaya ia dapat menangani wabak pada skala COVID-19 yang sebelum ini kita tidak pernah lihat dalam generasi kita Puan Speaker untuk kita hadapi pada masa hadapan, menginsafi kelemahan yang ada pada ordinan sebelum ini.

Puan Speaker, saya telah membandingkan RUU ini dengan pindaan yang dibuat melalui Ordinan Darurat dan saya dapati bahawa secara amnya pindaan yang dicadangkan dalam RUU ini adalah lebih baik daripada pindaan yang telah dibuat melalui Ordinan Darurat. Saya bagi contoh, penalti am pada seksyen 24 apabila dipinda melalui Ordinan Darurat memperuntukkan bahawa denda boleh dikenakan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak lebih daripada tujuh tahun, tetapi dalam rang undang-undang ini kalau kita tengok seksyen 24, ianya akan dipinda supaya hukuman bergantung kepada pelaku. RM10,000 atau dua tahun penjara bagi individu, RM100,000 bagi pertubuhan perbadanan.

Dan saya fikir ini lebih adil membezakan bahawa kesalahan yang dilakukan oleh individu kadangkala melibatkan mereka yang berpendapatan rendah dan denda sehingga RM100,000 sudah tentu akan menjadi terlalu menekan Puan Speaker. Di samping itu, pesalah juga boleh di kompaun RM5,000 di bawah rang undang-undang ini berbanding RM10,000 dalam pindaan Ordinan Darurat yang telah dibuat sebelum ini.

Jangan kita lupa Puan Yang di-Pertua, sebelum ini pada tahun 2021, bagaimana ada individu di kompaun RM10,000 hanya kerana tidak mengimbas MySejahtera pada ketika itu. Di sini Puan Speaker, saya ingin mendapatkan maklumat daripada pihak kementerian berapa banyak notis kompaun yang telah dikenakan atau dikeluarkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dan juga macam-macam bentuk selepas itu dan berapa jumlah keseluruhan yang dikutip sepanjang tempoh tersebut?...

draft • 2:51 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Bangi, Bangi minta laluan sedikit Bangi.

draft • 2:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya tak banyak masa Jelutong.

draft • 2:51 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Dua minit, dua minit.

draft • 2:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, boleh, boleh.

draft • 2:51 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Satu lagi. Terima kasih. Untuk makluman Bangi juga, pada satu ketika Ahli-ahli Parlimen yang datang ke Parlimen untuk menghadiri sidang Parlimen juga telah ditahan dan dikenakan kompaun. Pada ketika itu pemerintahan Pagoh. Kita juga dilarang daripada hadir di

draft • 2:51 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Parlimen. Ada larangan dibuat oleh PDRM dan kami juga dilarang untuk datang ke Parlimen. Untuk makluman Yang Berhormat Bangi.

draft • 2:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya tahu sebab saya pun jadi peguam salah seorang daripada Ahli Parlimen yang di kompaun tersebut. Jadi, saya ambil maklum juga. Jadi, saya juga sambut baik cadangan pindaan kepada seksyen 23 yang memperuntukkan bahawa tidak ada apa-apa pendakwaan boleh dibuat tanpa izin bertulis daripada pendakwa raya.

Sebelum ini di bawah Ordinan Darurat, pegawai yang diberi kuasa telah dikuasakan untuk membuat apa-apa pendakwaan untuk apa-apa kesalahan bawah akta tersebut. Saya mohon satu minit lagi Puan Speaker.

Pada masa yang sama, walaupun kita lihat bahawa ada perkara-perkara yang baik dalam rang undang-undang ini, saya juga berharap bahawa pihak kementerian dapat ambil kira kritikan dan juga isu-isu yang telah dibangkitkan oleh beberapa pihak. Saya bagi contoh kritikan ataupun isu yang telah dibangkitkan oleh Malaysia Medical Association sebelum ini bagaimana rang undang-undang ini boleh memberi kesan yang lebih besar ataupun disproportionately impact, dengan izin, golongan rentan.

Saya juga ingin mengetahui, apakah langkah-langkah kementerian untuk memastikan bahawa pelaksanaan undang-undang ini adalah adil dan saksama dan tidak ada lagi situasi antara dua darjat seperti yang kita pernah lihat sebelum ini.

Saya juga ingin mendapat penjelasan daripada pihak KKM tentang satu perkara. Sebelum ini, mantan Menteri Kesihatan yang kini menjadi DJ paling popular ada bentangkan RUU ini untuk pinda Akta 342. RUU itu telah dikritik dan akhirnya pindaan telah dibuat ke atas Blue Bill itu Puan Yang di-Pertua. Saya tengok, pindaan pada Blue Bill itu untuk beberapa hukuman saya lihat bahawa itu lebih ringan berbanding dengan RUU yang ada sekarang di hadapan kita. Jadi saya mohon penjelasan daripada pihak KKM tentang perkara ini.

Akhir sekali, saya nak landing dah ini Puan Yang di-Pertua. Empat tahun lepas, negara dan dunia telah ditimpa satu musibah dalam skala yang begitu besar Puan Yang di-Pertua, yang tidak pernah kita alami sebelum ini. Suatu malapetaka yang menyebabkan begitu banyak kerugian dan melenyapkan begitu banyak pekerjaan dan yang paling penting lagi meragut begitu banyak nyawa.

Musibah, malapetaka ini tidak lain dan tidak bukan adalah COVID-19 dan sudah tentu kita ingat apa yang berlaku pada tahun 2020, 2021 dan sebagainya dan pengalaman kita secara kolektif telah menjadi satu generational trauma, dengan izin kepada masyarakat kita. Tidak dinafikan, bahawa Akta 342 ini harus dipinda, tetapi

draft • 2:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

pada masa yang sama pengalaman kita, yang kita lalui juga kita harus jadikan teladan.

Kita tidak boleh Puan Yang di-Pertua selepas ini, jangan ada lagi situasi yang mana Dewan yang mulia ini digantung, jangan ada lagi situasi seperti ini supaya kita bila hendak keluarkan satu undang-undang yang terpakai ke seluruh rakyat, kita kena pastikan proses itu perlu diperhalusi melalui Ahli-ahli Parlimen yang ada di sini, yang menjalankan tanggungjawab mereka.

Dengan itu Puan Yang di-Pertua, never again, never again, dengan izin kita harus menghadapi satu situasi yang mana Parlimen digantung. Akhir sekali Puan Yang di-Pertua, saya berharap, perkara-perkara yang saya telah bangkitkan sebelum ini dapat dijawab oleh pihak kementerian dan Bangi mohon menyokong.

Sekian, terima kasih.

draft • 2:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bangi.

Sekarang saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab dalam masa 30 minit.

draft • 2:51 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Puan Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam segulai sejalai, salam Malaysia Madani. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada 23 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Pindaan) 2024.

Pandangan dan soalan yang dikemukakan adalah penting untuk memperkukuhkan pemahaman kita bersama mengenai keperluan dan matlamat pindaan ini.

draft • 2:59 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Rang udang-undang ini disediakan dengan satu tujuan yang jelas untuk memperkukuhkan kesiapsiagaan dan respons negara dalam menghadapi ancaman penyakit berjangkit dengan lebih berkesan demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, dalam penggulungan ini saya akan menjawab isu-isu utama yang dibangkitkan dengan membahagikan kepada beberapa fokus utama iaitu:

(i) penyelarasan terminologi kuasa penguatkuasaan;

(ii) kuasa Ketua Pengarah tidak mengatasi kuasa Menteri;

draft • 3:00 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

(iii) penggunaan teknologi untuk pemantauan, pengasingan, pemberitahuan kes penyakit berjangkit dan kesiagaan pencegahan dan penularan wabak; serta

(iv) kadar kompaun sebagai detterent ataupun langkah pencegahan.

Berkenaan tentang penyelarasan terminologi kuasa penguatkuasaan yang dibangkitkan oleh ramai Yang Berhormat di dalam Dewan pada Julai yang lepas dan juga hari ini. Seperti YB Kuala Langat, YB Bakri, YB Bandar Kuching, YB Puchong, YB Rasah, YB Betong dan ramai lagi Yang Berhormat.

Pertama sekali, merujuk kepada pindaan terminologi, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat YB Kuala Langat dan Bakri atas pandangan yang diberikan. Pindaan ini bertujuan untuk menyelaraskan istilah Inspektor Kesihatan kepada Pegawai Kesihatan Persekitaran selaras dengan skim perkhidmatan kerajaan dan Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 [Akta 774]. Ini bertujuan untuk memastikan profesion ini beroperasi di bawah satu struktur yang seragam, cekap dan berkesan.

Bagi persoalan yang dibangkitkan Yang Berhormat Kuching, Puchong dan juga Yang Berhormat Rasah mengenai penguatkuasaan yang dikatakan terlalu luas termasuklah istilah penggunaan kekerasan seperti mana yang dinyatakan dalam seksyen baharu 14A. Izinkan saya menjelaskan bahawa pegawai yang diberi kuasa adalah pegawai yang terlatih bertindak mengikut satu garis panduan penguatkuasaan yang telah dirangka bertujuan pemantauan untuk memastikan tiada kejadian penyalahgunaan kuasa berlaku. Sebagai contoh, penggunaan kamera badan ataupun body camera semasa penguatkuasaan dijalankan. Ini adalah bertujuan untuk memastikan aktiviti penguatkuasaan dilaksanakan secara profesional dan berintegriti.

Untuk makluman rakan-rakan di dalam Dewan, pada tahun 2023, kita telah menyediakan 357 unit body camera sedia ada dan juga pada tahun 2024, kita ingin memohon sebanyak 4,723 unit dengan peruntukan hampir RM5.6 juta dan sedang menunggu kelulusan. Saya berharap agar Yang Berhormat yang menyokong pindaan rang udang-undang ini dapat memberikan sokongan ketika pembentangan bajet yang kelak.

Dalam pada masa yang sama juga, saya ingin menyatakan terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Beaufort dan juga Yang

draft • 3:00 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Berhormat Bukit- Beaufort yang telah pun memberikan sokongan padu terhadap pindaan Perlembagaan pada masa ini.

Seterusnya saya ingin merujuk kepada isu yang dibangkitkan seperti Arau, Kuala Krai dan ramai lagi seperti Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Rasah. Berkenaan tentang kuasa Ketua Pengarah tidak mengatasi kuasa Menteri.

Merujuk kepada kebimbangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat yang disokong oleh ramai Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan tentang kuasa Menteri dan juga Yang Berhormat Jelutong pun menyebut yang dikatakan mungkin terlalu luas ataupun berlebihan serta persoalan sama ada kuasa Ketua Pengarah boleh mengatasi kuasa Menteri Kesihatan. Izinkan saya memberikan penjelasan yang lebih terperinci.

Sebelum itu, saya mohon memberikan penjelasan berkaitan soal Regulatory Impact Analysis (RIA) yang diutarakan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching.

Sebagai makluman, pada 17 Mac 2023, pindaan akta ini telah pun mendapat pengecualian bagi menjalani proses RIA oleh pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Kuasa Ketua Pengarah di bawah pindaan ini merujuk kepada langkah- langkah yang diperlukan untuk mencegah dan mengawal penyakit berjangkit. Semua tindakan yang dilaksanakan oleh Ketua Pengarah adalah berlandaskan kepada amalan berasaskan bukti ataupun evidence-based practice. Namun, ia masih tertakluk kepada budi bicara Menteri Kesihatan. Malah Menteri boleh membatalkan atau mengubah arahan Ketua Pengarah sekiranya ia bertentangan dengan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan.

Sebagai contoh, arahan pengasingan bagi kes positif COVID-19 dan tempoh pengasingan dibuatkan dengan teliti berdasarkan penilaian risiko dengan mengambil kira kadar kebolehjangkitan situasi kes semasa serta status vaksinasi. Arahan ini diputuskan berdasarkan input teknikal dan perbincangan dengan pakar-pakar seperti pakar perubatan penyakit berjangkit, pakar perubatan kesihatan awam dan lain-lain bidang kepakaran yang berkaitan.

Di samping itu, di bawah Akta Fungsi-fungsi Menteri 1969 [Akta 2], Menteri mempunyai tanggungjawab utama dalam menetapkan dasar-dasar kesihatan awam negara. Seksyen 2 [Akta 2], memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah menetapkan tanggungjawab ataupun fungsi tertentu kepada seorang Menteri. Ini bermakna kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah merujuk kepada pelaksanaan dasar yang diputuskan oleh Menteri dan tidak sekali-

draft • 3:00 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

kali boleh mengatasi ataupun membatalkan arahan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Menteri.

Selain itu, pada seksyen 31 [Akta 342], Menteri mempunyai kuasa untuk membuat peraturan-peraturan bagi melaksanakan peruntukan Akta 342 mengikut kewajaran dan pendapat Menteri bagi tujuan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit. Sekali lagi kesemua itu tentunya mestilah berlandaskan kepada amalan berasakan bukti dan evidence-based practice bukan menggunakan rasa-rasa saja, Puan Speaker.

Seterusnya, saya ingin menyentuh berkenaan tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jempol, Kuala Langat dan juga Tenggara dan ramai lagi Yang Berhormat berkenaan tentang kebimbangan mengenai peranti pengesanan ataupun tracking device. Seperti apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pulai selaku Pengerusi Jawatankuasa Parlimen bagi kesihatan. Apa yang dialami beliau ketika PKP ataupun pandemik itu adalah merupakan satu pengajaran berkenaan tracking device. Mungkin ketika itu, apa yang diperkenalkan adalah masih baharu.

Walaupun demikian, kami ingin memberikan jaminan melalui RUU ini, kita pun telah mengkaji dan juga menyediakan prosedur yang bersiap sedia untuk masa depan bagaimana untuk kita memilih tracking device yang bersesuaian dan juga berfungsi agar tidak diragui oleh pengguna tracking device tersebut.

Peranti ini juga akan digunakan untuk memastikan pematuhan arahan, pengasingan dalam mencegah penularan penyakit berjangkit. Pegawai yang diberikan kuasa boleh mengeluarkan perintah pemakaian peranti, pengesanan bagi orang yang dijangkiti atau disyaki atau individu yang terdedah kepada penyakit berjangkit. Penetapan keperluan pemakaian peranti dan tempoh pemakaiannya dibuat berdasarkan penilaian risiko yang teliti dan amalan berasaskan bukti yang merangkumi faktor seperti cara penularan ataupun mode of transmission, kadar kebolehjangkitan dan tempoh inkubasi sesuatu penyakit.

Sebagai contoh yang jelas, semasa pandemik COVID-19, penularan virus ini berlaku melalui titisan udara dan kadar kebolehjangkitan yang tinggi terutama dalam kalangan individu yang dijangkiti sebelum dan selepas gejala muncul. Lebih-lebih lagi semasa kemunculan varian Delta. Dalam situasi ini, peranti pengesanan telah diperkenalkan sebagai satu langkah kritikal untuk memantau pematuhan pengasingan individu yang dijangkiti memastikan arahan kuarantin dipatuhi sepenuhnya.

Langkah yang sama boleh di aplikasi dalam penyakit berjangkit lain mengikut keperluan berdasarkan penilaian risiko yang dijalankan seperti Multidrug-resistant

draft • 3:00 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Tuberculosis (MDR-TB) dan Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus

(MERS-CoV). Penggunaan teknologi pengesanan dalam kes ini adalah penting untuk memastikan pematuhan langkah kawalan mengurangkan risiko penularan dalam komuniti dan melindungi kesihatan awam, seterusnya mengekang krisis kesihatan daripada menjadi lebih serius.

draft • 3:00 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Berkenaan tentang pemberitahuan kes dan kesiapsiagaan menghadapi wabak. Seperti yang dibangkitkan oleh semua wakil rakyat, notifikasi awal kes yang disyaki dan disahkan adalah penting bagi memastikan langkah kawalan dilaksanakan tanpa kelengahan. Buku Definisi Kes Penyakit Berjangkit Malaysia edisi yang terkini diguna pakai sebagai rujukan dalam notifikasi kes yang mana perkara ini amat penting untuk tindakan pencegahan wabak.

Pengalaman kita ketika menghadapi pandemik COVID-19 menunjukkan betapa pentingnya pelaporan dan tindakan pantas untuk mencegah penularan penyakit. Pindaan yang dicadangkan adalah untuk memperkukuhkan lagi kesiapsiagaan terhadap penyakit-penyakit baharu ataupun emerging diseases dan yang berulang muncul semula ataupun reemerging seperti yang dibangkitkan oleh ramai Yang Berhormat.

Isu yang sangat banyak diperkatakan iaitu berkenaan tentang kadar kompaun. Mengenai kenaikan kadar kompaun, terdapat beberapa Ahli Parlimen dan Yang Berhormat di dalam Dewan ini telah menyuarakan kebimbangan bahawa ia mungkin menjadi beban kepada rakyat terutama sekali golongan B40.

Selain itu, isu lain yang dibangkitkan adalah tahap literasi kesihatan yang masih rendah di kalangan rakyat Malaysia dan juga saya sedar bahawa pandangan Yang Berhormat berkenaan tentang kebimbangan kadar kompaun yang menunjukkan terdapat wujudnya kedudukan dua darjat di mana kita dilihat menghukum masyarakat dan juga melindungi golongan-golongan VIP.

Saya ingin memberikan jaminan melalui rang undang-undang ini dan juga akan menasihatkan kesemua kakitangan kami untuk bersikap terbuka dan adil apabila mengenakan kompaun sekiranya bersalah.

Untuk makluman, Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan 2024 yang dilancarkan pada September 2024. Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan merupakan satu inisiatif penting dalam menangani cabaran literasi kesihatan di Malaysia. Melalui dasar ini, kerajaan komited untuk meningkatkan literasi kesihatan dalam kalangan rakyat bagi memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat akses kepada maklumat kesihatan yang jelas, mudah difahami dan tepat.

draft • 3:10 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Merujuk pada Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi Tahun 2023 secara keseluruhannya, 48.5 peratus daripada dewasa Malaysia mempunyai tahap literasi yang mencukupi- sufficient meningkat sebanyak 7.8 peratus dari tahun 2019.

Ini menunjukkan sekiranya rang undang-undang ini dikuatkuasakan, kita sudah pasti pemahaman masyarakat akan lebih mudah walaupun angka yang ditunjukkan hampir hanya 50 peratus daripada masyarakat dewasa Malaysia memahami berkenaan tentang literasi kesihatan.

Kita akan bekerjasama bersama Wakil Rakyat dan juga akan memperkasakan penggunaan sosial media untuk menguar-uarkan berkenaan tentang rang undang-undang ini. Dengan meningkatnya literasi kesihatan, rakyat bukan sahaja dapat memahami risiko penyakit berjangkit dengan lebih baik, tetapi juga dapat mengambil tindakan pencegahan yang lebih proaktif dalam menjaga kesihatan dan komuniti. Ini lah langkah penting memastikan kesihatan awam terpelihara dan setiap individu dapat membuat keputusan kesihatan yang lebih baik berdasarkan maklumat yang tepat dan mudah untuk difahami.

Tuan Yang di-Pertua, KKM sentiasa berusaha untuk meningkatkan kesedaran pengetahuan dan amalan kesihatan yang baik dalam masyarakat. Oleh itu, kadar kompaun adalah bertujuan bukanlah untuk menghukum, tetapi sebagai bentuk didikan bagi memastikan kesalahan sama tidak berulang dengan mengambil kira keadaan ekonomi semasa dan kesan terhadap masyarakat dan juga nilai kompaun ini hampir 35 tahun tidak dipinda.

Kompaun yang akan dikenakan adalah berdasarkan mana-mana kesalahan yang boleh di kompaun di bawah Akta 342 ataupun mana-mana peraturan yang dibuat di bawah akta tersebut. Bayangkan, sekiranya rakyat tidak memandang berat terhadap undang-undang berkaitan pengawalan penyakit berjangkit ini, ini akan mengakibatkan penularan penyakit berterusan sehingga menyebabkan kejadian wabak dan pandemik.

Keperluan kemasukan ke hospital dan unit rawatan rapi yang tinggi serta mengakibatkan peningkatan kadar kematian. Situasi ini akan melibatkan peningkatan kos pengurusan kes penyakit berjangkit melampau yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan. Jumlah RM5,000 yang diperuntukkan merupakan had maksimum dan kompaun sebenar akan dikenakan, akan mengambil kira tahap keseriusan kesalahan yang dilakukan agar ia seimbang dan adil.

Saya ingin menegaskan bahawa tujuan utama peningkatan kadar kompaun ini adalah untuk memastikan kepatuhan yang lebih baik terhadap peraturan yang ditetapkan terutama langkah-langkah pencegahan penyakit berjangkit yang

draft • 3:10 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

memperkukuhkan kawalan kesihatan awam demi keselamatan dan kesihatan awam bukan untuk sekadar menghukum ataupun punitif.

Seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Puchong, saya ingin menegaskan bahawa Malaysia masih lagi mengambil pendekatan yang munasabah dan seimbang dalam menetapkan penilaian penalti. Yang Berhormat Puchong ketika itu membandingkan kadar kompaun yang dikenakan di New Zealand dan juga di Singapura dan di mana di Singapura denda di bawah Infectious Diseases Act boleh mencecah sehingga SDG10,000 dan bagi kesalahan pertama dan juga SDG20,000 bagi kesalahan yang berulang.

Walaupun demikian, di New Zealand pula, walaupun kompaun yang pertama adalah agak rendah iaitu NZD500 dengan tukaran wang asing kita dalam sekitar RM1,400. Penalti bagi yang berterusan boleh meningkat NZD50 sehari jika kesalahan itu berterusan setiap hari. Ini menunjukkan bahawa denda boleh meningkat secara signifikan jika kesalahan berlanjutan. Begitu juga dengan denda pelanggaran serius seperti perintah kuarantin boleh mencapai sehingga NZD10,000.

Oleh yang demikian, Malaysia menetapkan denda maksimum yang lebih munasabah berbanding negara-negara lain serta cukup untuk bertindak sebagai pencegah bagi mereka yang melanggar undang-undang kesihatan awam dan tidak membebankan rakyat secara berlebihan. Pendekatan ini juga menunjukkan bahawa penetapan penalti mengambil kira kesejahteraan rakyat dan keadaan sosioekonomi negara menjadikan ia lebih berpatutan berbanding beberapa negara yang lain. Ini membuktikan bahawa Malaysia masih mampu mengekalkan keseimbangan antara pencegahan dan keadilan tanpa membebankan rakyat.

Selain daripada itu juga Yang Berhormat, saya pada hari ini agak gembira menerima banyak soalan daripada Yang Berhormat di dalam Dewan ini. Bermula daripada Yang Berhormat Tenggara berikutnya kepada Pasir Gudang, Kapar, Kerian, banyak dan juga soalan-soalan ini akan saya jawab secara bertulis dan juga akan saya cuba jawab dalam Dewan ini.

Berkenaan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tenggara, berkenaan tentang penggunaan peranti MySejahtera. Sememangnya diakui peranti MySejahtera adalah merupakan peranti ataupun aplikasi yang baik juga mempunyai potensi yang sangat-sangat besar. Juga perkara ini turut diulang oleh beberapa Yang Berhormat sebentar tadi. Juga penggunaan MySejahtera ini telah pun berkembang melalui temu janji, pendermaan organ dan juga banyak aplikasi yang dapat dibangunkan. Sekarang kerajaan sedang dan juga akan menentukan hala tuju

draft • 3:10 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

MySejahtera sama ada MySejahtera mampu menjadi super apps bagi masyarakat dan juga rakyat di seluruh Malaysia.

Selain daripada itu juga, berkenaan tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tenggara adalah berkenaan tentang kebimbangan beliau mengenai tentang kompaun telah pun dijawab. Bagi pembahas kedua iaitu Yang Berhormat Kapar, banyak soalan yang dibangkitkan iaitu berkenaan tentang pindaan yang banyak kali dan juga selain daripada itu, berkenaan tentang bagaimana untuk kita melakukan persiapan pada masa hadapan.

Juga berkenaan tentang isu pegawai yang diberikan kuasa dan juga gelaran- gelaran seperti inspektor kesihatan dipinda adalah berasaskan kepada Skim Perkhidmatan Kerajaan ataupun Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 [Akta 774] di mana Pegawai Kesihatan persekitaran, ertinya mana-mana Pegawai Kesihatan Persekitaran dalam perkhidmatan kerajaan ataupun mana-mana pihak berkuasa tempatan termasuk Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran. Juga selain daripada itu, isu-isu yang dibangkitkan akan saya hantarkan jawapan secara bertulis.

Selain daripada itu juga, isu yang baik dibangkitkan oleh Yang Berhormat Arau dan juga Yang Berhormat Pasir Gudang berkenaan tentang pengawalan penyakit berjangkit yang berkaitan dengan Mpox dan juga termasuk di pintu-pintu masuk seperti yang terdapat di Johor iaitu berkenaan tentang- Kementerian Kesihatan Malaysia telah pun mengambil langkah proaktif dalam memastikan penjagaan kes kecemasan kesihatan dan pencegahan penularan penyakit termasuklah Mpox di pintu masuk.

draft • 3:10 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Sebagai sebahagian daripada langkah berjaga-jaga, kesemua pejabat kesihatan di pintu masuk antarabangsa diarahkan memperketatkan saringan kesihatan terhadap pengembara antarabangsa terutama sekali negara yang berisiko. Langkah ini termasuklah pemeriksaan suhu badan, pemantauan tanda- tanda dan gejala penyakit serta pengesanan awal kes yang disyaki oleh Mpox.

Pengembara yang menunjukkan gejala akan ditunjukkan dengan segera kepada petugas kesihatan untuk pemeriksaan lanjut dan pengasingan yang diperlukan.

KKM juga terus memantau situasi global dan menyelaraskan langkah pencegahan serta kawalan mengikut panduan yang diberikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pihak berkuasa kesihatan antarabangsa. Sebarang kes Mpox yang disahkan akan dilaporkan mengikut prosedur yang ditetapkan dan langkah-langkah kawalan akan diambil dengan segera. Juga untuk makluman Ahli-

draft • 3:20 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

ahli Dewan, penyakit Mpox ini adalah juga terlibat ataupun adalah merupakan jangkitan yang disebabkan aktiviti-aktiviti lifestyle yang berisiko tinggi.

Berkenaan tentang isu berkenaan tentang facilities, Pasir Gudang adakah bersiap sedia untuk mempunyai unit khas pencegahan pengawalan penyakit berjangkit seperti denggi dan tibi? Hospital Pasir Gudang yang siap dibina pada tahun hadapan adalah dirancang untuk menjadi sebuah hospital berpakar major.

Sudah pasti segala persiapan berkenaan tentang kawalan penyakit ini sudah tersedia di hospital berpakar major tersebut dan juga sama seperti klinik yang telah dibangunkan.

Berkenaan tentang pembahas keempat kita berkenaan tentang – daripada Pengkalan Chepa, terdapat tujuh soalan yang dibangkitkan dan salah satunya adalah berkenaan tentang fi IJN yang turut dibangkitkan oleh Yang Berhormat Arau.

Saya akan menjawab isu berkenaan tentang IJN ini di satu ruang dan masa yang lain kerana tidak berkaitan. Walaupun demikian, kita masih lagi menghantar pesakit- pesakit. Bukan kita menolak pesakit-pesakit yang sedia ada ataupun menindas pesara-pesara kerajaan tetapi kita hanya memindahkan pesakit-pesakit ini ke facilities sedia ada di bawah KKM seperti pusat jantung yang terdapat di hospital- hospital kami. Juga dengan ruangan ini lebih ramai lagi pesakit B40 dapat dirujuk ke IJN.

Selain daripada itu, berkenaan tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian berkenaan tentang pintu masuk antarabangsa, udara, laut dan darat. Pada masa ini pintu masuk antarabangsa (PMA) telah mempunyai perjawatan sedia ada bagi menjalankan tugas ini. Namun di bawah Akta 34(2) sedia ada hanya lapangan terbang dan pelabuhan sahaja yang dinyatakan. Oleh itu RUU ini telah memasukkan sempadan daratnya bagi menjelaskan pintu masuk antarabangsa.

Juga saya masih mempunyai catatan berkenaan tentang isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat berkenaan tentang apakah yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan berkenaan tentang apa yang kita sebut jasa ataupun petugas-petugas kesihatan yang kita – yang bertugas ketika musim pandemik suatu ketika dahulu? Pada tahun lepas beberapa penambahbaikan yang telah kita lakukan. Salah satunya adalah jururawat kontrak yang telah pun memberi khidmat bakti ketika COVID-19 keluaran ILKKM dan juga keluaran swasta telah pun diserap masuk sebagai jururawat tetap.

Begitu juga dengan pegawai-pegawai di lapangan ataupun Penolong Pembantu Pegawai Persekitaran di mana ketika ini memang kita akui bahawa

draft • 3:20 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

terdapat kekurangan. Juga dengan pelaksanaan RUU ini kita masih lagi memerlukan persetujuan daripada agensi pusat untuk meluluskan sebilangan dan juga dalam anggaran hampir 900 jawatan yang ketika ini berstatus kontrak telah pun kita hantar ke pihak agensi pusat agar dipertimbangkan. Mereka ini adalah merupakan sebahagian daripada wira-wira yang tidak didendangkan tetapi berstatus kontrak.

Juga selain daripada itu, kita mempunyai hampir 6,000 lebih petugas untuk melaksanakan tugas-tugas yang telah dilaksanakan – yang telah disebut di dalam pindaan rang undang-undang ini.

Juga selain daripada itu, saya ingin menyebut berkenaan tentang isu yang dibangkitkan yang agak menarik dan sensasi oleh Yang Berhormat Jelutong berkenaan tentang pembaziran vaksinasi. Juga sudah pasti apabila kita menyebut pandemik COVID-19 berlaku satu senario yang tidak pernah kita hadapi. Juga pembelian vaksinasi ini telah pun saya bentang di dalam Dewan melalui Kertas Putih Kesihatan dan juga pihak PAC pun telah melakukan prosiding-prosiding yang bersesuaian berkenaan tentang punca pembaziran vaksin-vaksin.

Apa yang berlaku dan apa yang boleh saya jelaskan secara mudah adalah ketika perolehan vaksin ini dibuat, kita berdepan dengan satu senario yang baharu.

Juga kebolehan kita untuk melakukan vaksinasi pada fasa pertama adalah sangat- sangat baik di mana kita menjangkau hampir lebih 85 peratus masyarakat, rakyat kita diberikan vaksinasi secara percuma.

Ketika itu sambutan vaksinasi adalah sangat baik tetapi setelah berlaku proses vaksinasi seterusnya ataupun booster dose ataupun vaksin tambahan, terdapat penurunan yang mendadak di mana booster dose yang terawal kita hanya mencapai sekitar lebih kurang hampir 48 peratus. Booster dose yang kedua kita hanya mencapai hampir sekitar dua peratus pada tahun 2022. Ini menunjukkan bahawa terdapat rasa yang mungkin kurang senang di kalangan masyarakat dan juga mungkin masyarakat yang menerima vaksinasi yang pertama merasa lebih selesa dan lebih selamat sehinggakan tidak ingin lagi mengambil booster dose. Itu menyebabkan pembelian vaksinasi ini berlaku pembaziran.

Juga kita membandingkan pembaziran dengan negara-negara yang lain seperti rakan-rakan kita dan juga apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat seperti kenapa kita tidak membantu rakan-rakan ASEAN kita seperti Myanmar ataupun rakan kita di Asia Timur seperti Bangladesh? Sememangnya kita telah pun menawarkan berkenaan tentang pemberian vaksinasi tersebut. Walaupun demikian, terdapat negara-negara kecil ataupun negara-negara yang tidak berkemampuan, tidak mempunyai facilities penyimpanan vaksin ini yang menyebabkan mereka tidak

draft • 3:20 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

sanggup untuk menerima vaksin-vaksin yang kita sedia berikan. Juga, terdapat berlaku pembaziran ataupun pelupusan vaksin di negara-negara luar adalah diakibatkan mereka menerima sejumlah vaksin yang hampir tamat tempoh.

Juga kita sebenarnya mempunyai tempoh masa yang agak panjang. Cuma penerimaan masyarakat terhadap vaksinasi seperti apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Arau anggapan beliau ataupun tanggapan masyarakat persepsi yang kurang baik adalah kematian ketika ini adalah disebabkan oleh vaksinasi.

Saya ingin menegaskan bahawa punca kematian bukanlah disebabkan vaksinasi semata-mata. Memang terdapat satu jawatankuasa untuk mempertimbangkan kesan ataupun side effect, dengan izin, berkenaan tentang vaksinasi ini...

draft • 3:20 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Timbalan Menteri.

draft • 3:20 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Tetapi penyakit-penyakit yang berlaku ketika ini adalah disebabkan pelbagai punca. Salah satunya adalah NCD – penyakit yang tidak berjangkit seperti diabetic. Selepas post COVID-19 ini kita dapat melihat dengan jelas bahawa lebih ramai masyarakat concern untuk pergi ke facilities, membuat pemeriksaan dan juga jangkitan-jangkitan ini kita masih lagi dalam proses peradaan post COVID-19 atau pun trauma yang masih kita alami ketika Covid. Yang Berhormat.

draft • 3:20 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Timbalan Menteri. Satu penjelasan yang baik. Cuma saya nak Timbalan Menteri memberikan jawapan yang hitam putih berkenaan dengan kenyataan daripada Perdana Menteri sendiri pada Februari 2023 bahawa perolehan vaksin COVID-19 ini dan kos yang dimuktamadkan tidak ikut peraturan kerana ditandatangani oleh Menteri Kesihatan tanpa persetujuan Peguam Negara.

Jadi, berdasarkan penjelasan Timbalan Menteri ia tidak demikian. Boleh Timbalan Menteri bagi penjelasan sikit?

draft • 3:20 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Seperti apa yang telah saya jawab sebentar tadi Yang Berhormat, berkenaan tentang pembelian vaksinasi ini telah pun kita dedahkan di dalam Kertas Putih Kesihatan dan juga berdasarkan laporan PAC.

Juga, sememangnya terdapat pandangan-pandangan di luar sana untuk kita melakukan audit yang lebih komprehensif berkenaan tentang kegagalan ataupun pemberian vaksinasi booster dose ini yang tidak berkesan sehingga menyebabkan pembaziran yang sangat besar.

draft • 3:20 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Saya berharap agar Yang Berhormat boleh merujuk kepada Kertas Putih yang saya bentangkan pada tahun lepas. Di situ ada mempunyai sebahagian jawapan-jawapan dan juga kami bersedia untuk memberikan jawapan-jawapan yang lebih mendalam berkenaan ini secara bertulis kelak.

Selain daripada itu, Yang Berhormat, saya juga tertarik kepada apa yang telah disebutkan berkenaan tentang persiapan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pulai berkenaan tentang persiapan kita berdepan dengan sebarang pandemik. COVID-19 telah mengajar kita pelbagai kaedah dan juga cara dan juga saya cukup yakin bahawa apa maklumat-maklumat yang kita perolehi semasa COVID-19 tersebut masih lagi sedang kita kaji dengan teliti. Sebab itu, susulan daripada pindaan rang undang-undang ini, kita akan mempercepatkan segala prosedur-prosedur berkenaan tentang rang undang-undang ini.

Dan juga untuk makluman Ahli Dewan, saya ingin menekankan, seketika sesi untuk menggubal rang undang-undang pindaan ini, kita telah pun menjalankan banyak sesi libat urus seperti yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai. Sepanjang tahun 2024, sejumlah 12 sesi libat urus yang melibatkan 113 agensi kerajaan dan bukan kerajaan termasuk Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), universiti, pihak berkuasa tempatan, Persatuan Hospital Swasta Malaysia dan pempengaruh (influencer) di dalam bidang kesihatan.

Pada masa yang sama, satu sesi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dan sesi libat urus bersama Ahli-ahli Parlimen telah diadakan bagi memaklumkan tentang pindaan Akta 342 ini. Aktiviti libat urus ini juga diadakan secara berterusan bagi memastikan kesedaran dan kefahaman Ahli Parlimen dan masyarakat terhadap rang undang-undang ini. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Parlimen daripada kedua-dua kerajaan ataupun pembangkang yang telah pun mengambil serta di dalam sesi libat urus ini. Juga, ada input-input yang diperolehi daripada Yang Berhormat, kita jadikan sebagai dasar dan juga polisi.

Dan juga berkenaan tentang...

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung ya.

draft • 3:30 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Okey. Saya juga ingin menyentuh apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tumpat berkenaan tentang HIV. Akta 342 ini merangkumi semua jenis penyakit termasuk HIV yang disenaraikan dalam Jadual Pertama sebagai penyakit berjangkit yang perlu dinotifikasikan. Pesakit HIV dirawat mengikut garis panduan yang menyeluruh termasuk mengenal pasti kontak bagi pencegahan.

draft • 3:30 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Tetapi, apa yang dibangkitkan berkenaan tentang adakah rang undang- undang ini akan diguna pakai bagi mengisytiharkan kawasan yang tidak selamat dan terdedah dengan HIV, kita akan melakukan program literasi dan juga libat urus dengan Ahli-ahli Parlimen.

Sebagai penutup, Puan Yang di-Pertua, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan menyuarakan pandangan terhadap rang undang-undang ini. Pindaan ini adalah amat penting bagi memastikan kesiapsiagaan negara bagi menangani ancaman penyakit berjangkit. Ia tidak hanya memastikan pencegahan dan kawalan yang lebih cekap dan berkesan tetapi juga menjadi asas penguatkuasaan yang mantap untuk menghadapi sebarang wabak atau pandemik pada masa hadapan termasuk ancaman penyakit berjangkit yang baharu.

Izinkan saya untuk menyampaikan sedikit seloka.

*Penyakit berjangkit datang tanpa diduga, Langkah pencegahan kita aturkan, Dengan akta ini kita dijaga, Agar kesihatan terus berkekalan.

Pengawasan rapi elak bahaya, Sokongan YB kita satukan, Agar rakyat sihat dan sejahtera, Negara maju kita impikan.

Untuk masa depan kita persiapkan, RUU ini untuk generasi mendatang, Kesihatan lestari kita usahakan, Agar sihat aman dan cemerlang*.

Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia komited untuk terus memperkukuhkan kerjasama dengan semua agensi dan pihak berkepentingan bagi memastikan akta ini dilaksanakan dengan baik mungkin setelah ia diluluskan.

Melalui usaha bersepadu, kita yakin bahawa ancaman penyakit berjangkit dapat dicegah dan dikawal sehingga berupaya memastikan kesihatan dan keselamatan rakyat serta kesejahteraan negara terjamin.

Akhir kata, saya ingin menekankan sekali lagi, adalah sangat kritikal agar Rang Undang-undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024 ini diluluskan dan disokong oleh semua Ahli Dewan supaya akta ini dapat dikemas kini dan menutup kelompangan ataupun lacuna dalam kerangka perundangan sedia ada negara agar selari dengan keperluan semasa. Oleh itu, kesiapsiagaan dan respons di dalam menangani ancaman penyakit berjangkit yang

draft • 3:30 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

baharu muncul dan muncul semula termasuk pandemik melalui pengesanan awal dan langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang lebih efisien, efektif dan menyeluruh.

Sekian saja penggulungan saya pada petang ini. Sekian, terima kasih.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng****) mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft • 3:30 PM
Fasal-fasal 1 hingga 14 –

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Terima kasih Puan Pengerusi. Berkaitan dengan fasal 13 iaitu meminda seksyen 26 Akta 342 untuk membolehkan pegawai diberi kuasa untuk menggunakan apa-apa sumber yang ada di sesuatu premis apabila premis itu direkuisisi. Persoalannya, bagaimana penentuan sesuatu premis itu direkuisisi?

Dan yang kedua ialah berkait dengan apa-apa isu yang berbangkit dengan amaun pampasan yang diterima dirujuk ke mahkamah sebagai ganti rujukan kepada penimbang tara. Jadi, pampasan berasaskan perkiraan itu, bagaimana untuk dapat diselesaikan melalui mahkamah, tidak lagi kepada penimbang tara?

Seterusnya, saya nak sebut sedikit tentang implikasi kewangan. Oleh kerana jumlah perbelanjaan kesihatan awam negara yang rendah berbanding kepada keperluan rakyat, maka saya cadangkan supaya perbelanjaan wang tambahan seperti yang disebut dalam pindaan akta ini yang amaunnya masih tidak dapat ditentukan buat masa ini, tetapi mengambil kira keperluan semasa, di antara keperluan perbelanjaan penyakit berjangkit dan juga sebagai sebuah negara menua dan penyakit-penyakit lain yang bertambah, maka peruntukan atau bajet perbelanjaan kesihatan bukan sahaja difikirkan dalam soal implikasi kewangan pada akta ini tetapi juga perlu dipertingkatkan untuk perbelanjaan sektor kesihatan pada

draft • 3:37 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

masa-masa yang akan datang. Kerana, sektor utama yang diberi perhatian adalah sektor pendidikan, dengan yang keduanya sektor ekonomi, tetapi sektor kesihatan sekarang mesti juga diberikan perhatian.

Akhir, sebagai tambahan sedikit untuk pohon penjelasan, bersyukur kepada Allah kerana Hospital Dungun baharu telah beroperasi bagi menangani kepentingan perkhidmatan awam rakyat Dungun termasuk dalam perkara penyakit berjangkit.

Saya difahamkan operasi hospital masih belum diisi dengan pakar-pakar yang diperlukan. Mohon dinyatakan, bilakah dapat pakar-pakar kesihatan dapat ditempatkan di hospital baharu Dungun untuk operasi sepenuhnya hospital ini?

Terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 3:37 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 3:37 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Berkenaan tentang Hospital Dungun, saya ucapkan syabas dan tahniah. Selepas berdepan dengan pelbagai cabaran berkenaan dengan pembukaan Hospital Dungun, kami berjaya untuk membuka.

draft • 3:39 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Walaupun demikian, berkenaan tentang pakar-pakar ataupun doktor-doktor dan juga sumber manusia yang kita akan hantarkan, saya akan maklumkan perkara ini secara bertulis dan juga sememangnya kita akan memberikan keutamaan kepada Hospital Dungun untuk memastikan pakar sanggup untuk datang dan juga berkhidmat ke Hospital Dungun. Berkenaan tentang apa yang disebutkan berkenaan tentang peruntukan yang diperlukan, sememangnya peruntukan KKM adalah merupakan satu peruntukan yang sangat besar dan juga kita masih pun belum mencapai lima peratus daripada tahap KDNK. Juga, saya cukup yakin di bawah Kerajaan Malaysia Madani pada tahun ini, di bawah- dalam pembentangan, saya yakin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan memperbanyakkan lagi perbelanjaan untuk sektor kesihatan ini.

Walaupun demikian, dalam kita berbelanja besar untuk sektor kesihatan, adalah diingatkan agar kita sentiasa menghargai peranan KKM dengan juga membantu kita dalam melakukan preventive actions dan bukan hanya sekadar curative ataupun mengubat rakyat semata-mata. Dengan preventive actions, adalah lebih banyak program-program literasi untuk diperkemas dan juga seperti apa yang kita sedang uar-uarkan, program-program seperti War on Sugar, dengan izin, adalah

draft • 3:40 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

untuk mengelakkan beban facilities KKM dengan beban penyakit-penyakit yang tidak berjangkit seperti diabetic. Juga berkenaan tentang rekuisisi premis. Ini adalah bermaksud untuk mengambil alih sementara bagi tujuan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit seperti pengasingan, pengawasan dan juga pemerhatian. Ketika ini Yang Berhormat, kita sedang menyediakan satu garis panduan merekuisisikan premis dan sumbernya yang telah pun dirangka dan akan dimuktamadkan bagi menerangkan dengan lebih jelas pelaksanaan selepas rang undang-undang ini diluluskan dan juga dikuatkuasakan.

Berkenaan tentang isu yang disebut dalam Akta 342 yang menyatakan mana- mana premis direkuisisi, pemunyanya hendaklah dibayar pampasan yang dipersetujui antara pemunya dan juga dengan Ketua Pengarah atau jika tiada persetujuan yang diputuskan melalui timbang tara menurut peruntukan Akta Timbang Tara 1952. Dalam RUU ini, tiada lagi timbang tara dan juga akan diputuskan oleh mahkamah. Ini saya juga mengucapkan terima kasih. Pandangan ini juga pernah dibangkitkan dalam sesi libat urus oleh Yang Berhormat Bangi. Juga, mahkamah telah akan memutuskan kerana setiap rekuisisi mempunyai persetujuan oleh kedua-dua belah pihak. Sekian, terima kasih Yang Berhormat.

[****Fasal-fasal 1 hingga 14** jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pertahanan (Tuan Haji Adly bin Zahari) dan diluluskan]

draft • 3:40 PM
RANG UNDANG-UNDANG ORDINAN BURUH SABAH (PINDAAN) 2024 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) dibacakan kali yang kedua sekarang.

Sisa dibuang, cangkir pun ringan, Diganti madu, likat dan pekat, Buruk dibuang dengan perpaduan, Baik ditarik dengan muafakat. Tuan Yang di-Pertua, Ordinan Buruh Sabah atau OBS merupakan undang- undang buruh utama yang mengawal hubungan antara majikan dan pekerja melalui

draft • 3:45 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

penetapan hak-hak pekerja dan standard-standard minimum penggajian di Sabah.

Objektif utama OBS adalah untuk memberi perlindungan asas kepada golongan pekerja di Sabah, khususnya yang tidak berkesatuan dan kurang keupayaan untuk berunding dengan majikan mereka bagi mendapatkan terma dan syarat pekerjaan yang lebih baik.

Sejak dikuatkuasakan pada 1 Januari 1950, OBS hanya dipinda sekali sahaja iaitu pada tahun 2005 berbanding dengan Akta Kerja 1955 ataupun Akta 265 yang telah dipinda sebanyak 12 kali dalam tempoh yang sama. Bermakna, sudah hampir 20 tahun tiada sebarang pindaan baharu terhadap Ordinan Buruh Sabah ini.

Sedangkan kita maklum perubahan yang berlaku pada zaman ini amat pesat, menuntut untuk kita terus menilai semula undang-undang sedia ada bagi memenuhi tuntutan zaman. Penantian hampir 20 tahun bagi 2.084 juta pekerja di Sabah untuk mendapat hak dan keistimewaan pekerja yang sama seperti Semenanjung akhirnya berakhir pada 17 Julai yang lalu apabila Rang Undang-undang Ordinan Buruh Sabah ini berjaya melalui bacaan pertama di Parlimen.

Pada ketika ini, OBS hanya memberi perlindungan kepada pekerja sektor swasta bergaji tidak melebihi RM2,500 sebulan. Pekerja-pekerja manual tanpa mengira had gaji dan lanjutan pemakaian kepada pekerja bergaji sehingga RM5,000 sebulan tertakluk kepada terma dan syarat kontrak perkhidmatan. Pindaan ini akan memperluaskan perlindungan pekerja di bawah OBS kepada semua golongan pekerja tanpa mengira had gaji mereka. Dalam kata lain, tugas kita pada hari ini amat berat iaitu untuk memperluaskan perlindungan kepada lebih 2 juta orang pekerja di Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, peruntukan yang sedia ada di dalam OBS berkaitan penggajian kanak-kanak dan orang muda juga tidak selaras dengan Akta Kanak- kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 ataupun Akta 350 yang dikuatkuasakan di Semenanjung Malaysia. Justeru, pindaan yang dibuat akan turut menyelaraskan OBS dengan Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 [Akta 350] itu.

Soal kebajikan dan perlindungan para pekerja tidak boleh lari dari melihat persoalan kemudahan buat pekerja.

Peruntukan sedia ada di bawah OBS tidak mengandungi peruntukan berkaitan perumahan, penginapan dan kemudahan pekerja. Dengan itu, RUU OBS ini turut menambah peruntukan yang baharu, yang mengadaptasi peruntukan di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 ataupun Akta 446 yang pada waktu ini hanya terpakai di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja.

draft • 3:45 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Yang Berhormat, Jabatan Tenaga Kerja Sabah telah mengadakan sesi libat urus dengan pemegang taruh seperti berikut. Siri perbincangan dengan pihak berkuasa Kerajaan Sabah dan Pejabat Peguam Besar Sabah. Kedua, Persatuan Majikan, Kesatuan Sekerja, pertubuhan bukan kerajaan, ahli akademik dan orang awam.

Ketiga, melalui Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan ataupun, dengan izin, National Labor Advisor Council (NLAC) yang terdiri daripada wakil majikan iaitu dari Malaysian Employers Federation (MEF), Malaysian Trade Union Congress (MTUC) iaitu wakil pekerja dan wakil Kerajaan Persekutuan serta Kerajaan Sabah, wakil Pejabat Peguam Besar Sabah dan lain- lain agensi dari Sabah.

draft • 3:45 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Justeru, RUU OBS ini telah dipersetujui oleh Kerajaan Sabah sebelum ini.

Saya sendiri telah berbincang dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor tentang perkara ini. Saya di sini ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah atas sokong padu beliau terhadap RUU ini sekali gus membuktikan iltizam menjaga kebajikan lebih 2 juta pekerja di Sabah.

Sekalung penghargaan juga saya berikan kepada jawatankuasa teknikal NLAC yang turut diwakili oleh MTUC sebagai wakil pekerja, MEF sebagai wakil majikan dan lain-lain agensi di Sabah yang mewakili kerajaan. Paling penting sekali, seluruh warga KESUMA yang telah berusaha menjayakan pindaan bersejarah ini.

Di sini saya juga ingin mengiktirafkan kehadiran wakil-wakil Kerajaan Sabah yang dipimpin oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd.

Arif selaku Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Exco Agama dan Exco Pendidikan Sabah dengan rombongan beliau, juga kehadiran wakil pekerja delegasi dari MTUC Bahagian Sabah yang diketuai oleh Saudara Mohd Airy Arin, delegasi daripada ibu pejabat MTUC yang diketuai oleh Saudara Mohd Effendy bin Abdul Ghani iaitu Presiden MTUC dan juga delegasi dari ibu pejabat UNI-MLC iaitu gabungan kesatuan sekerja yang diketuai oleh presiden iaitu seorang pejuang hak pekerja dan gerakan kesatuan pekerja yang veteran yakni Datuk Mohamed Shafie Mammal. Kita harus memberikan pengiktirafan terhadap usaha mereka dan kehadiran mereka di Dewan yang mulia ini pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, RUU OBS telah dibentangkan seperti yang saya nyatakan dalam Dewan yang mulia ini untuk bacaan kali pertama pada 17 Julai 2024.

RUU ini bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

draft • 3:50 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

(i) meningkatkan hak dan kebajikan golongan pekerja khususnya di Sabah agar bukan sahaja selari dengan hak dan kebajikan pekerja di Semenanjung, malah dengan standard perburuhan antarabangsa;

(ii) menambah baik perlindungan terhadap kanak-kanak dan orang muda yang terlibat dalam pekerjaan-pekerjaan yang dibenarkan di bawah RUU OBS ini;

(iii) mengadaptasi Akta 446 yang berkaitan perlindungan aspek perumahan, penginapan dan kemudahan pekerja;

(iv) memenuhi obligasi Kerajaan Malaysia yang telah meratifikasikan CPTPP yang telah berkuat kuasa mulai 29 November 2022 khususnya dalam bab buruh atau pun dengan izin, Labor Chapter;

(v) meratifikasikan perjanjian-perjanjian antarabangsa yang lain pada masa-masa hadapan yang memerlukan kita untuk memenuhi obligasi buruh piawaian antarabangsa;

(vi) meningkatkan produktiviti dan seterusnya mencapai aspirasi Malaysia Madani dan aspirasi Sabah Maju Jaya;

(vii) menyesuaikan peruntukan OBS dengan perubahan teknologi dan amalan perburuhan semasa;

(viii) mewujudkan fleksibiliti atau pun keanjalan dalam menentukan waktu kerja, hari bekerja dan tempat bekerja mengikut kesesuaian perniagaan dan pekerjaan;

(ix) kita juga ingin menambah baik prosedur penggajian pekerja bukan pemastautin dan memperkukuh aspek penguatkuasaan; dan

(x) menangani isu buruh paksa berkaitan dengan pekerjaan.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. RUU OBS ini merangkumi 41 pindaan kepada peruntukan sedia ada. Memasukkan 23 peruntukan baharu dan memansuhkan 6 peruntukan sedia ada. Pindaan-pindaan kepada peruntukan sedia ada. Antara peruntukan-peruntukan sedia ada OBS yang dipinda melibatkan fasal-fasal berikut.

Fasal 1 memperuntukkan tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa. Menteri Sumber Manusia diberikan kuasa untuk menetapkan tarikh yang berbeza bagi

draft • 3:50 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

permulaan kuat kuasa bertujuan memberi fleksibiliti kepada kerajaan untuk menguatkuasakan cadangan pindaan mengikut keperluan.

Fasal 2 bertujuan untuk membuat pindaan am dan menggantikan perkataan sedia ada antara lain seperti berikut, menggantikan perkataan, dengan izin “Commissioner” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan, dengan izin “Director”. Menggantikan perkataan “the Colony” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “Sabah” kerana penggunaan “Colony” telah wujud sejak Ordinan dikuatkuasakan pada 1 Januari 1950 lagi, yakni sebelum merdeka.

Fasal 3 bertujuan untuk meminda, membuat pindaan kepada tafsiran dengan meminda subseksyen 2(1) OBS bagi tafsiran sedia ada antara lain seperti berikut meminda tafsiran “apprenticeship contract” dengan menggantikan tempoh perantisan yang sebelum ini kurang daripada dua tahun kepada tempoh minimum 6 bulan dan tempoh maksimum 24 bulan selari dengan Akta Kerja 1955.

Kedua, meminta tafsiran “confinement” dengan menggantikan tempoh kandungan yang sebelum ini 28 minggu kepada 22 minggu untuk membolehkan pekerja wanita yang telah hamil bagi tempoh 22 minggu layak menikmati cuti bersalin.

Ketiga, meminda tafsiran “Minister” dengan menggantikan perkataan “responsible for labor matters” dengan perkataan “charged with responsibility for human resources”. Fasal 5 bertujuan untuk meminda subseksyen 3(2) bagi memanjangkan tempoh rayuan daripada 14 hari kepada 21 hari rayuan kepada Pengarah terhadap keputusan yang dibuat oleh mana-mana pegawai buruh selain daripada keputusan yang melibatkan Mahkamah Buruh.

Fasal 11 bertujuan untuk meminda seksyen 7M bagi memperluaskan pemakaian seksyen ini kepada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan dan perintah Pengarah di Mahkamah Buruh melibatkan isu diskriminasi.

Fasal 17 bertujuan untuk meminda seksyen 72 bagi melarang mana-mana kanak-kanak atau orang muda diambil bekerja dalam apa-apa kerja yang merbahaya dan mengehadkan umur kanak-kanak bekerja tidak kurang daripada 13 tahun.

Fasal 18 dan 19 bertujuan untuk meminda perenggan 73B(1)(a) dan 73C(1)(a) bagi menetapkan larangan waktu bekerja kanak-kanak dan orang muda bermula jam 6 petang sehingga 7 pagi.

Fasal 73, maaf, fasal 23 bertujuan untuk meminda seksyen 83 bagi meningkatkan kelayakan cuti bersalin pekerja wanita daripada 60 hari kepada 98 hari. Tempoh tersebut adalah selari bukan sahaja dengan Akta Kerja 1955 malah

draft • 3:50 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

dengan ILO Labor Convention (No. 183) Article 4 yang memperuntukkan tempoh cuti bersalin bagi wanita hendaklah tidak kurang daripada 14 minggu termasuk tempoh cuti wajib 6 minggu selepas bersalin.

Fasal 26 bertujuan meminda seksyen 96 bagi mewajibkan majikan bagi repatriasi pekerja bukan pemastautin. Walau bagaimanapun, majikan tidak akan bertanggungjawab sekiranya pekerja tersebut; dengan izin abscond, melakukan salah laku dan pekerja yang menamatkan perkhidmatan sendiri tanpa notis. Mana- mana pekerja yang menyalahgunakan pas kerja akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen Sabah.

Fasal 31 bertujuan untuk meminda subseksyen 103(1) bagi menaikkan jumlah hari minimum cuti umum berbayar iaitu daripada 14 hari pada masa kini kepada 15 hari setahun dengan Hari Malaysia sebagai hari cuti umum wajib. Oleh yang demikian, peruntukan ini meningkatkan faedah pekerja dalam menikmati Hari Kelepasan Am berbayar iaitu daripada 14 hari kepada 15 hari setahun.

Fasal 32 dan 33 bertujuan meminda seksyen 104 dan seksyen 104A berbangkit daripada pengurangan waktu bekerja daripada 48 jam pada masa kini kepada 45 jam, sekali lagi selaras dengan Akta Kerja 1955 juga dengan piawaian ILO iaitu ILO Reduction of Work Hours of Work Recommendation 1962 (No. 116). Fasal 35 bertujuan untuk meminda perenggan 104E(1)(ab) bagi menaikkan kelayakan cuti sakit dan cuti hospitalisasi. Peruntukan ini juga memperjelaskan hak pekerja dari segi cuti sakit dan cuti hospitalisasi yang diasingkan.

Fasal 40 bertujuan untuk meminda seksyen 110 bagi mewajibkan majikan untuk membuat pembayaran upah menerusi institusi kewangan iaitu melalui bank atau instrumen pembayaran berdasarkan perintah yang ditetapkan oleh Menteri.

Fasal 41 bertujuan untuk meminda seksyen 110A bagi membenarkan bayaran upah secara upah atau cheque kepada pekerja tertakluk kepada persetujuan daripada pekerja dan kebenaran bertulis daripada Pengarah.

draft • 3:50 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Fasal-fasal 54, 56, 57, 60, 61, 62, 63 dan 64 bertujuan untuk meminda seksyen-seksyen tertentu bagi menaikkan amaun penalti yang dikenakan daripada RM10,000 kepada RM50,000.

Fasal 55 bertujuan untuk meminda seksyen 130C bagi menaikkan amaun penalti berhubung kesalahan ingkar arahan ataupun ingkar perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Buruh, daripada RM10,000 kepada RM50,000 dan denda harian dinaikkan daripada RM100 kepada RM1,000.

draft • 4:00 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Fasal 58 bertujuan untuk meminda seksyen 130F bagi meningkatkan perlindungan dan mencegah eksploitasi terhadap kanak-kanak dan orang muda berhubung dengan pekerjaan. Jumlah denda dinaikkan daripada RM10,000 dan penjara tidak melebihi dua tahun kepada RM100,000 dan penjara tidak melebihi lima tahun. Bagi kesalahan berulang, denda yang dikenakan adalah tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Fasal 63 bertujuan untuk meminda seksyen 130L berhubung dengan denda bagi kesalahan menggaji pekerja bukan pemastautin tanpa lesen, daripada RM10,000 kepada RM50,000. Manakala, hukuman penjara ditingkatkan daripada enam bulan kepada 12 bulan. Bagi masa tempoh peralihan Speaker. Selamat datang Dr.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Bagi peruntukan-peruntukan baharu pula, ia melibatkan fasal-fasal berikut.

Fasal 3 bertujuan untuk memasukkan tafsiran di bawah subseksyen 2(1) OBS antara lain seperti berikut:

(i) memasukkan tafsiran ‘apprentice’ bagi menjelaskan bahawa OBS turut melindungi perantis. Tafsiran ini selari dengan Akta Kanak-kanak dan Orang Muda iaitu Akta 350 dan Akta Kerja 1955;

(ii) memasukkan tafsiran ‘eligible period’ bertujuan untuk menambah baik tempoh cuti bersalin, dinaikkan daripada 60 hari kepada 98 hari; dan

(iii) memasukkan tafsiran ‘sexual harassment’ kerana suatu peruntukan khusus yang baharu iaitu Bab IIIA mengenai gangguan seksual diwujudkan bagi menangani gejala gangguan seksual di tempat kerja secara undang-undang.

Fasal 7 bertujuan untuk memasukkan perenggan 7A(2)(b) dengan perkataan ‘principal’ bagi tujuan meluaskan kuasa Pengarah Tenaga Kerja Sabah mendengar dan memutuskan tuntutan yang dibuat oleh subcontractor for labor. Fasal 12 bertujuan untuk memasukkan Bab IIB berkaitan gangguan seksual.

Peruntukan ini memberi kuasa kepada pengarah untuk mengarahkan majikan menjalankan siasatan terhadap aduan gangguan seksual.

draft • 4:00 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Fasal 15 bertujuan memasukkan seksyen 18A dan 18B tentang diskriminasi dalam pekerjaan dan larangan buruh paksa.

Fasal 24 memasukkan seksyen 86A tentang larangan kepada mana-mana majikan menamatkan perkhidmatan pekerja wanita atas sebab kehamilan.

Fasal 29 bertujuan memasukkan seksyen 100A bagi menetapkan tempoh notis penamatan kontrak perkhidmatan domestik kepada 14 hari.

Fasal 30 bertujuan memasukkan subseksyen 102(1) bagi membenarkan pembayaran pendahuluan dibuat kepada pekerja bagi tujuan pembiayaan pembelian komputer, perubatan dan pendidikan.

Fasal 36 bertujuan memasukkan seksyen 104EA bagi kelayakan cuti paterniti selama tujuh hari berbayar kepada pekerja lelaki yang berkahwin.

Fasal 37 bertujuan memasukkan seksyen 107C tentang formula pengiraan upah jika seseorang pekerja itu tidak melengkapkan sebulan penuh perkhidmatan.

Fasal 43 bertujuan memasukkan seksyen 116D yang mewajibkan contractor for labor melaporkan kepada pengarah dalam tempoh 14 hari tentang maklumat penggajian pekerja yang dibekalkan kepada principal, contractor dan subcontractor. Fasal 44 bertujuan memasukkan subseksyen 118A(3) dan 118A(4) yang mewajibkan mana-mana majikan memaklumkan kepada pengarah dalam tempoh 30 hari tentang penamatan perkhidmatan pekerja bukan pemastautin.

Fasal 46 bertujuan memasukkan Bab XIVB bagi membolehkan pelaksanaan aturan kerja secara fleksibel ataupun anjal dalam keadaan yang diperlukan oleh pekerja.

Fasal 47 bertujuan memasukkan Bab IVA bagi menetapkan standard minimum perumahan, penginapan dan kemudahan pekerja, termasuk pusat asuhan kanak-kanak di tempat pekerjaan mengikut kesesuaian pemakaiannya di negeri Sabah.

Fasal 66 bertujuan memasukkan seksyen 130NA berkenaan kesalahan bagi badan korporat dan seksyen 130NB bagi menentukan sama ada seseorang adalah pekerja atau majikan dalam ketiadaan kontrak perkhidmatan.

Fasal 68 bertujuan memasukkan Jadual Pertama bagi menggantikan jadual sedia ada untuk meluaskan liputan pekerja.

Fasal 69 bertujuan memasukkan Jadual Kedua dan Ketiga bagi senarai jenis pekerjaan yang dilarang dan yang disekat kepada kanak-kanak dan orang muda.

Peruntukan-peruntukan yang dimansuhkan pula adalah seperti berikut. Fasal 3 untuk meminda tafsiran subseksyen 2(1), antara lain seperti berikut:

draft • 4:00 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

(i) memotong terma ‘dependence’ dalam tafsiran dan dimasukkan ke dalam seksyen 13 dan seksyen 96 kerana penggunaan terma ini adalah khusus untuk seksyen- seksyen tersebut;

(ii) memotong terma ‘family’ dalam tafsiran dan dimasukkan ke dalam Bab XI iaitu special provision relating to the employments of children and young persons kerana penggunaan terma ini adalah khusus kepada bab tersebut.

Fasal 20 memansuhkan seksyen 74A berhubung kuasa Menteri untuk menetapkan Perintah Gaji Minimum memandangkan kuasa Menteri ada di peruntukkan di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 iaitu Akta 732.

Fasal 21 memansuhkan Bab XIA berkaitan sekatan terhadap wanita dalam pekerjaan.

Tuan Yang di-Pertua, selain menjamin kebajikan pekerja dan seterusnya meningkatkan keberhasilan, pindaan kali ini memainkan peranan yang amat besar untuk menjamin keadilan dan kesetaraan pekerja di Sabah dengan rakan-rakan pekerja senegara, sebangsa mereka di Semenanjung. Justeru, seharusnya saya yakin Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini tidak kira pandangan politik, tidak kira dari negeri ataupun di wilayah mana, kita semua harus bermuafakat dan bersama-sama mendukung dan menyokong pindaan ini.

Pulau Manukan dan Kinabalu, Tempat nan indah menggetar rasa; Sama luncurkan kanun yang perlu, Jaga pekerja, majulah bangsa. Saya mohon mencadang.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ada sesiapa Yang Berhormat menyokong?

draft • 4:00 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Saya mohon menyokong.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang- undang bernama suatu akta untuk meminda Ordinan Buruh Sabah dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Senarai yang ada pada saya terdapat 10 Yang Berhormat akan berbahas mengikut giliran seperti berikut. Dimulakan dengan Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Keningau, Yang Berhormat Beaufort,

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Tawau, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Sipitang.

Masa yang diberi adalah lima minit. Walau bagaimanapun, subjected kepada keputusan Pengerusi Majlis. Baik, saya memulakan perbahasan dan membuka tirai ialah Yang Berhormat Tuaran.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

*Tiada majikan, tiadalah pekerjaan, Tiada pekerja, lumpuhlah perusahaan; Hak pekerja, kita perjuangkan, Ekonomi melonjak, hadirnya pelaburan.

Dalam berjuang, jangan sekadar ada, Kita berjuang untuk Sabah khususnya; Pekerja dan pelabur bergembira bersama, Libatkan semua, jangan setengah-setengah.* Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 ini adalah satu pindaan yang sangat besar, melibatkan 24 perkara utama meliputi 70 fasal untuk menyelaras undang-undang perburuhan di Semenanjung Malaysia dan di Sabah yang melibatkan tiga akta utama iaitu Akta Kerja 1995 [Akta 265], Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446] dan Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1996 [Akta 350] yang dikuatkuasakan di Semenanjung dan dimasukkan ke dalam Ordinan Buruh Sabah.

draft • 4:09 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang telah dijelaskan Yang Berhormat Menteri, pindaan ini dan langkah yang diambil adalah sangat baik kerana ini bertujuan untuk memenuhi tuntutan daripada standard pelaburan antarabangsa iaitu International Labour Organization (ILO) dan beberapa organisasi yang lain dan tentunya akan memberi satu gambaran yang baik kepada negara apabila kita memenuhi keperluan-keperluan ini.

Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, saya ada tiga isu utama untuk diutarakan dalam masa lima minit yang diberikan untuk berbahas. Isu yang pertama ialah langkah memasukkan Akta 446 ke dalam Sabah Labour Ordinance ini.

Pertanyaan saya apa yang paling asas ialah apakah ini satu langkah yang terbaik sebab sememangnya dalam Akta 446 ini, ia hanya terpakai di Semenanjung dan di Wilayah Persekutuan Labuan. Pada suatu ketika dahulu, memang diletak,

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

dikuatkuasakan di Sabah juga tetapi tidak dapat dikuatkuasakan kerana ada kekangan-kekangan perundangan yang lain dan sebagainya.

Persoalan yang dibuat di sini ialah apakah langkah ini yang terbaik untuk memastikan agar pekerja-pekerja akan mendapat apa yang diminta iaitu Minimum Perumahan, Penginapan, Kemudahan Pekerja. Apakah ini langkah yang terbaik?Apakah ini langkah yang terbaik kepada majikan-majikan yang ada di negeri Sabah? Apakah langkah ini akan menyebabkan satu kecelaruan dalam urus tadbir di Sabah sebab hal tentang urus tadbir tanah, urus tadbir kerajaan tempatan di Sabah memang berlainan dengan di Semenanjung.

Pada ketika ini memang sedikit ada beberapa isu perlaksanaan dalam Akta 446 di Semenanjung. Saya difahamkan kuasa-kuasa yang terletak di tangan pengarah yang kadang-kadang dilihat sebagai banyak dia punya budi bicara.

Contohnya kelulusan interim untuk accommodation dan sebagainya dan ini boleh dirunding. Apabila ada dirunding ada sesuatu perkara yang tidak baik boleh berlaku di situ.

Tuan Yang di-Pertua, isu ini, langkah ini saya difahamkan perlu lagi diperhalusi dari segi perbincangan di antara Kerajaan Sabah sebab apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi, sudah diluluskan oleh Kabinet Sabah, Ketua Menteri dan sebagainya tetapi itu kerajaan yang lalu bukan kerajaan yang ada sekarang. Bukan dengan Menteri yang sekarang ini, Yang Berhormat Menteri ada di sini mendengar. Menteri yang Exco Bahagian Perburuhan Sabah tapi yang dulu, yang membawa ke Kabinet itu ialah Menteri yang dulu. Apakah perlu diperhalusi sebab saya sendiri membuat engagement Yang Berhormat Menteri dengan pegawai- pegawai di sana dan masih ada perasaan-perasaan. Mereka membawa pelbagai pandangan dan sebab itu saya merasakan bahawa ini, langkah ini perlu diperhalusi dan dimurnikan.

Isu kedua bagi saya ialah isu libat urus. Ini bukan pertama kali tetapi apabila ada rang undang-undang yang sangat penting ini, libat urus dibuat di saat-saat terakhir. Hari ini kita berbahas, hari ini dibentangkan. Taklimat dibuat pada jam 1.00 tengah hari tadi. Dapatkah semua Ahli-ahli Yang Berhormat memahami kandungan ini? Tidak disebut pun semasa libat urus tadi bahawa antara yang terlibat adalah memasukkan Akta 446 ke dalam Sabah Labour Ordinance, tidak disebut pun malah banyak yang tidak faham.

Begitu juga tentang libat urus di Sabah. Disebut tadi dalam taklimat, dalam libat urus jam 1.00 tadi, 12 kali libat urus dengan pelbagai pihak di Sabah tetapi pertanyaan saya ialah adakah telah membuat libat urus dengan Persatuan Majikan

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Sabah, Sabah Employers Association? Memang tidak ada. Malah mereka dinafikan peluang untuk memberi pandangan.

Mereka dinafikan dan apa yang disebut Yang Berhormat Menteri tadi, yang mengatakan bahawa akan ditubuhkan Sabah Labour Consultative Council, akan dibuat. Dan Persatuan Majikan Sabah mahukan supaya council itu ditubuhkan sekarang tapi pihak kementerian menyatakan jangan dulu. Luluskan ini dulu baru kita tubuh. Sedangkan pada ketika inilah Sabah Labour Council itu ditubuhkan, kita bincang dan akan memberi input kepada di sini sama ada Majlis itu bersetuju untuk memasukkan Akta 446 ini ke dalam Sabah Labour Ordinance atau dengan cara yang lain. Jadi isu di sini ialah libat urus.

Jangan mengatakan bahawa Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah bersetuju, yang menyatakan yang Menteri sudah bersetuju. Ini libat urus yang sangat penting. Kita bukan menentang. Kita pun bersetuju tetapi kita mahu perhalusi. Jangan nanti besok apa yang kita buat ini dipersoalkan lagi. Bukan lagi dipersoal, jangan nanti bertimbun nanti pendakwaan-pendakwaan di mahkamah kerana kita buat sesuatu yang belum lagi murni.

Ketiga isu saya ialah soal urus tadbir Jabatan Tenaga Kerja Sabah. Yang Berhormat, 20 tahun yang lalu, 2005, saya pun baharu berada di Dewan ini, saya pun terlibat dalam perbahasan pindaan yang pertama kepada Sabah Labour Ordinance ini. Saya terlibat dan saya bersetuju kerana pada ketika itu juga adalah memasukkan perkara-perkara dalam Akta Kerja 1995 itu ke situ walaupun bukan semua, bukan kesemuanya. Kita bersetuju dan kita bergembira sebab akhirnya pekerja-pekerja Sabah dilindungi, mendapat pembelaan tapi satu kita telah minta, wujudnya Sabah Labour Ordinance ini kerana Perjanjian Malaysia 1963. Kerana ada kedudukan Sabah, pekerja daripada Semenanjung dan Sarawak datang ke Sabah perlu work permit, ya. Dengan keadaan itu, maka kita telah meminta Menteri KESUMA pada ketika itu tolong Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sabah mesti orang yang mempunyai jiwa Sabah, mempunyai jiwa Sabah. Terbaik orang Sabah. Kalau orang dari sini yang berjiwa Sabah, boleh. Apa itu jiwa Sabah? Jiwa Sabah yang memahami bagaimana Sabah ini telah bersetuju menubuhkan Malaysia ini dan melihat pelbagai isi-isu yang berlaku di Sabah terutama sekali pendatang tanpa izin, kita dibanjiri, IMM13, berbagai-bagai-bagai isu di Sabah. Tentang ketermiskinan Sabah, tentang ketermunduran Sabah dan sebagainya. Kita perlu itu.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Okey. Kita perlu itu tetapi selepas itu Menteri menyatakan bahawa kita tidak boleh masukkan ini kerana labour is on Federal Lists. Okay fine. Tetapi tidak apalah masukkan sebagai subsidiari schedule lah di sana yang pelantikan-pelantikan berjiwa Sabah itu. Selepas itu saya difahamkan walaupun ada persetujuan ketika itu, ada correspondent antara Federal dengan state hal itu. Tetapi selepas itu tiada lagi. Pengarah semuanya pun datang dari sini.

Saya minta supaya ini diperhalusi kerana di sinilah letaknya bagaimana nanti Akta 446 ini dapat dilaksanakan sebaik-baik mungkin. Atas sebab itu Tuan Yang di- Pertua, saya mencadangkan supaya rujuk dulu, rujuk dulu rang undang-undang ini kepada Jawatankuasa Pilihan Khas supaya dimurnikan apakah langkah-langkah sebab ini libat urus tidak mencukupi. Tolong kita rujuk dulu. There’s no need to rush sebab The Sarawak Labour Ordinance juga nanti akan dipinda. Biar kita sama-sama dengan Sarawak nanti akan dibentangkan di sini. Biarlah hari ini satu pengajaran kepada nanti yang Sarawak Labour Ordinance itu akan diambil.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

30 saat Yang Berhormat.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Jadi saya mencadangkan supaya ini dirujuk dulu kepada Jawatankuasa Pilihan Khas. Terima kasih.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Pendang.

draft • 4:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua kerana hari ini kita nak bincangkan Rang Undang-undang Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024. Perkara ini kita tengok untuk kita menyelaraskan hak dan perlindungan pekerja di Sabah dan juga dengan Semenanjung Malaysia. Dalam masa yang sama, kita juga terlibat untuk melihat kepentingan majikan. Perkara ini kita nampak, nampak mudah. Namun, jika diteliti ia membawa beberapa cabaran.

Pertamanya, persoalan utama ialah tentang pelaksanaan. Ini banyak dibincangkan oleh semua pihak. Pelaksanaan inilah yang menjadi halangan kerana

draft • 4:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

peringkat Malaysia yang telah meluluskan ─ Semenanjung ini yang telah meluluskan undang-undang ordinan ini. Rang Undang-undang ini pun masih lagi kita tak dapat nak laksanakan sepenuhnya kerana laporan-laporan yang dibuat itu tidak dilaksanakan. Jadi, kita harap bila kita setuju untuk meluluskan pindaan rang undang-undang ini dan memang saya juga pernah terlibat dalam draf rang undang- undang pindaan di Sabah ini dan juga di Sarawak termasuk di Semenanjung pada suatu ketika dahulu.

Jadi, kita berdepan dengan risiko kekeliruan. Khususnya, bagi majikan dan pekerja yang mungkin tidak jelas tentang peruntukan mana yang perlu dipatuhi pada tarikh tertentu. Ini bukan sahaja mencabar dari segi pematuhan tetapi juga dari segi kos dan sumber yang diperlukan oleh majikan untuk menyesuaikan operasi mereka dengan perubahan-perubahan yang telah kita luluskan hari ini. Khususnya, dalam menyediakan panduan yang jelas. Maklumat yang mudah diakses dan masa mencukupi untuk disesuaikan dengan pindaan ini kepada pekerja-pekerja dan juga majikan. Jadi, saya harap pihak kementerian melihat perkara-perkara ini supaya ia akan membantu kepada perkembangan ekonomi negara. Tanpa pekerja, tiada majikan. Tiada majikan, tak ada pekerja. Ini, itu dia punya tagline dia.

Kedua, saya ingin juga menyentuh tentang aspek sosial dan ekonomi.

Dengan pelaksanaan pindaan ini, kita mengharapkan dalam hak ─ satu peningkatan dalam hak dan perlindungan pekerja-pekerja di Sabah setanding dengan rakan mereka di Semenanjung. Ini adalah satu langkah penting kerana memajukan keadilan sosial dan memperkukuhkan jaringan keselamatan sosial dan pekerja kita ini bukannya perkara mudah. Ini kerana kita akan berdepan dengan majikan-majikan, yang kecil-kecil ini tak apa lah, yang mana dipanggil yang majikan-majikan dalam industri kecil ini tak apa. Ini majikan-majikan yang ada kepentingan, yang ada pengaruh, giant company ini bukan senang kementerian. Mereka ada pelbagai kabel untuk mereka boleh mencapai hasrat mereka supaya mereka mendapat keuntungan yang lebih dan pekerja-pekerja ini tak dapat dibela. Ini yang perlu kita lihat.

Jadi, pihak kementerian kena melihat perkara-perkara ini. Tak kira siapa. Bila kita laksanakan peringkat ini, diluluskan. Semua pihak-pihak sama ada mereka ini orang yang berpengaruh-kah dan sebagainya. Perlu kita laksanakan. Ini yang kita tuntut. Sebab, pindaan ini bukan senang, 222 orang terlibat untuk kita lulus bagi membela pekerja-pekerja di Malaysia ini.

Selain aspek pelaksanaan, isu yang tidak kurang pentingnya ialah soal penyeragaman undang-undang perburuhan antara Sabah dan Semenanjung Malaysia. Sudah tentu, saya tengok, saya rasa libat urus telah dibuat dengan

draft • 4:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

kerajaan negeri dan telah dibawa untuk kelulusan oleh Dewan Undangan Negeri di Sabah. Kalau tidak, tidak dapat dibawa ke Dewan kita hari ini. Kalau tak diluluskan di peringkat negeri dahulu. Jadi, saya pasti libat urus telah dibuat dan mendapat consensus, dengan izin. Semua pihak termasuk kesatuan sekerja dan juga pihak kerajaan negeri dan juga persatuan-persatuan majikan.

Secara dasarnya, kita tengok Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 serta Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 secara dasarnya usaha ini adalah untuk memastikan semua pekerja di Malaysia menikmati perlindungan yang serupa. Tidak kira mereka bekerja di Sabah, Sarawak atau Semenanjung. Itu yang dipanggil penyelarasan. Sama. Bila sebut Malaysia, Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Lebih-lebih lagi sektor-sektor tertentu. Kita tak mahu melihat perbezaan ekonomi dan sosial budaya juga mungkin membuatkan beberapa pihak merasakan bahawa pindaan ini tidak sepenuhnya sesuai dengan konteks Sabah yang mempunyai cabaran dan keperluan tersendiri. Memanglah kita dijadikan dan pelbagai bangsa, agama dan juga warna kulit ini. Itu lah kehebatan keagungan Allah SWT. Jadi, di situlah kita perlu menyelaraskan segala pindaan ini supaya semua pihak boleh terima. Itu yang dinamakan toleransi yang tinggi.

Lebih-lebih lagi sektor tertentu di Sabah seperti perladangan dan perikanan mungkin menghadapi cabaran tambahan dalam menyesuaikan diri dengan undang- undang yang lebih sesuai dengan keadaan di Semenanjung. Oleh itu, kita perlu mempertimbangkan kemungkinan fleksibiliti dalam pelaksanaan pindaan ini khususnya dalam memberi ruang bagi Sabah menyesuaikan penyeragaman dengan realiti ekonominya termasuk Akta 446 yang kita nak pinda ini.

Selain aspek penyeragaman. Pindaan ini juga memperkenalkan bab baharu mengenai gangguan seksual di tempat kerja. Melalui pindaan ini, majikan diwajibkan untuk menyiasat aduan gangguan seksual serta mengambil tindakan yang sewajarnya jika ada aduan terbukti. Jangan ada apa ini, kita ada penyelesaian di belakang sana. Bila kita terdapat perkara-perkara begini yang diadukan kerana pihak-pihak tertentu ada kepentingan. Ini kita tak nak berlaku. Ini yang menjadi masalah kita sekarang ini tak boleh nak move forward, nak bergerak ke depan untuk maju kerana kita ada di belakang ini termasuklah isu corruption dan sebagainya yang menyebabkan perkara-perkara ini dapat dilindungi. Sedangkan orang yang dianiaya itu tak terbela. Jadi, pindaan ini juga tidak berguna kalau kita tak laksanakan dengan sepenuhnya untuk membela sama ada hak pekerja ataupun hak majikan.

draft • 4:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ini adalah satu langkah yang sangat digalakkan supaya kita memberi, mempamerkan notis kesedaran mengenai gangguan seksual di tempat kerja sebagai langkah pencegahan. Juga, perkara yang sangat digalakkan menunjukkan komitmen kerajaan dalam melindungi hak pekerja untuk bekerja dalam persekitaran yang selamat dan bebas daripada gangguan penguatkuasaan yang efektif, no, no ─ daripada persekitaran yang selamat dan bebas daripada gangguan penguatkuasaan yang sangat berkesan adalah kunci utama untuk memastikan kes-kes gangguan seksual ditangani dengan serius. Gangguan seksual ini pun banyak perkara yang boleh selesai dalam keadaan yang di belakang. Kita tak nak perkara-perkara ini sebab melibatkan orang berpengaruh. Terima kasih, Yang Berhormat Kinabatangan tolong tunjuk tangan dekat saya lagu itu. Terima kasih. Ini kerana masa dah tamat.

Saya minta sikit masa lagi yang terakhir.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 4:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Seterusnya, pindaan menyentuh jam kerja, penginapan dan kemudahan pekerja. Jam ini, jam kerja mingguan telah dikurangkan daripada 48 jam kepada 45 jam. Sama seperti mana yang berlaku di Semenanjung. Insya-Allah, saya rasa dah dapat konsensus di antara majikan dan pekerja. Oleh sebab itu, mereka yang bekerja dalam sektor seperti perladangan, majikan diwajibkan untuk menyediakan kemudahan perumahan, bekalan air dan elektrik yang mencukupi serta memastikan penginapan pekerja mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan.

Walaupun ada langkah positif untuk pekerja terdapat beberapa cabaran yang perlu ditangani. Pengurangan jam bekerja ini mungkin mempengaruhi produktiviti terutamanya bagi sektor-sektor yang sangat bergantung pada tenaga kerja. Majikan mungkin...

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat satu minit.

draft • 4:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya akan gulung dah. Yang terakhir, ini nak habis dah. Majikan mungkin menghadapi kos tambahan untuk menyediakan kemudahan penginapan yang mematuhi undang-undang.

Terutamanya mencabar bagi syarikat-syarikat kecil yang beroperasi di kawasan luar bandar di mana akses kepada infrastruktur asas seperti bekalan air dan elektrik mungkin terhad. Dalam hal ini, apakah bentuk bantuan atau sokongan pihak kerajaan dalam melaksanakan pindaan ini? Saya berharap pihak kerajaan akan menyediakan

draft • 4:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

bantuan atau sokongan kepada majikan terutamanya yang beroperasi di kawasan pedalaman bagi memudahkan pelaksanaan pindaan ini.

Saya terus dengan yang terakhir. Saya yakin bahawa pindaan ini adalah langkah ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat dan kondusif untuk semua majikan dan juga pekerja. Namun, untuk mencapai matlamat ini semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam melaksanakan perubahan ini dengan efektif dan hasil daripada perubahan ini kita harap Kerajaan Negeri Sabah akan mendapat cukai lebihan daripada pelaksanaan undang-undang ini.

draft • 4:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ini baru ada tujuan, ada objektif. Setiap pindaan mesti memberi outcome yang baik kepada kerajaan negeri ataupun kepada peringkat negara supaya kita akan dapat tingkatkan ekonomi dan kita boleh laksanakan balik peruntukan ini untuk penambahbaikan keperluan rakyat di bawah sini. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya mempersilakan Yang Berhormat Pasir Gudang.

draft • 4:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Sabah, Pegawai-pegawai Jabatan Tenaga Kerja di Sabah dan juga Kementerian Sumber Manusia kerana berjaya membentangkan Rang Undang-undang Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) Tahun 2024.

Pada pandangan saya, pindaan ini adalah satu langkah yang progresif.

Mengapa saya katakan progresif? Pertama, dengan adanya pindaan ini dapat memastikan setiap pihak dalam industri di Sabah, sama ada majikan dan pekerja akan dapat menepati kehendak konvensyen dan peraturan perburuhan antarabangsa.

Kedua, pindaan ini juga apabila dilaksanakan nanti, maka pekerja di Sabah insya-Allah akan mendapat hak sama rata daripada segi faedah di bawah undang- undang yang setara dengan pekerja di Semenanjung.

Ketiga, dengan adanya pindaan ini, maka undang-undang perburuhan yang ada di Semenanjung yang telah diperbaiki dari semasa ke semasa akan dapat digunakan di Sabah. Maka terwujudlah keseragaman yang lebih baik.

draft • 4:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Selain daripada itu Tuan Speaker, saya melihat dalam cadangan pindaan ini banyak perkara yang sangat baik. Misalnya, peruntukan membanteras amalan diskriminasi yakni berkaitan dengan seksyen 18A, membanteras amalan diskriminasi daripada segi jantina, agama, bahasa, fahaman politik dan keturunan dan ini baik untuk memelihara keharmonian di tempat pekerjaan.

Satu lagi cadangan pindaan ini yang bagus, ini berkaitan seksyen 18B membanteras isu buruh paksa dalam kalangan majikan dengan memberi takrifan yang jelas bagi memudahkan proses siasatan dan pendakwaan. Negara kita Malaysia ini ialah sebuah negara yang berdagang. Kita mengeluarkan barang- barang komoditi, barang-barang hasil kilang dan sebagainya. Kita berdagang seluruh dunia. Jadi, dalam amalan perdagangan seluruh dunia iaitu dilarang sama sekali amalan buruh paksa, forced labour. Jadi dengan adanya pindaan ini, dapat diseragamkan iaitu negara kita dapat mewujudkan suasana pekerjaan yang adil.

Satu lagi yang menarik dalam cadangan pindaan ini iaitu berkaitan kanak- kanak dan orang muda iaitu dengan jelas disebut misalnya seksyen 70A mencadangkan tafsiran baharu di bawah Bab XI, kanak-kanak dan orang muda. Jadi, begitu. Tidak adalah penganiayaan terhadap buruh kanak-kanak dengan adanya pindaan yang jelas ini.

Saya juga mendapati dalam cadangan pindaan ini, memberi perlindungan kepada wanita. Misalnya seksyen 86A, memasukkan seksyen baharu mengenai larangan kepada mana-mana majikan menamatkan perkhidmatan pekerja wanita atas sebab kehamilan. Ini satu seksyen sangat baik.

Satu lagi, sebagai contoh meningkatkan kelayakan cuti bersalin pekerja wanita dari 60 hari sekarang kepada 98 hari. Jadi, itulah Dato’ Speaker, saya melihat memang sudah sampailah masanya dan sepatutnya dah kita pinda lebih awal lagi, tapi tak apalah ertinya benda yang baik ini lambat pun tak apa, kita buat dengan sebaiknya. Terima kasih, saya menyokong pindaan RUU ini Tuan Speaker.

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Bagan Serai.

draft • 4:30 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang telah memberi peluang kepada saya untuk membuat perbahasan kepada Rang Undang- undang Akta Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024.

draft • 4:36 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Saya mulakan dengan sabda Nabi SAW...

[Berucap dalam bahasa Arab] “Barang siapa mencari rezeki yang halal untuk menjaga diri daripada meminta-minta dan dengan tujuan memenuhi nafkah keluarga serta supaya dapat membantu tetangganya, nescaya dia akan datang pada hari kiamat dengan wajah yang berseri- seri seperti bulan pada malam purnama”.

Secara keseluruhannya, saya secara individu bersetuju dengan pindaan yang dibuat dalam rang undang-undang ini selagi mana ia memberi kesan yang lebih baik dan positif kepada para pekerja di Sabah. Namun, saya ingin menimbulkan beberapa persoalan yang memerlukan penerangan daripada pihak kementerian bagi menjelaskan lagi isu-isu berbangkit.

Seksyen 7, Bab IIB - Aduan Gangguan Seksual. Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah kes jenayah seksual telah meningkat 2.9 peratus dengan 3,303 kes pada tahun 2022, berbanding dengan 3,209 kes pada tahun 2021. Ini pun adalah data yang dilaporkan. Mengikut kajian, hanya 20 peratus kes gangguan seksual yang dilaporkan, manakala 80 peratus lagi berlalu begitu sahaja menunjukkan betapa seriusnya kes gangguan seksual ini berlaku.

Dalam hal aduan berkenaan gangguan seksual seperti dinyatakan dalam seksyen ini, aduan ini merangkumi tiga perkara iaitu:

(i) aduan pekerja kepada pekerja;

(ii) aduan majikan kepada pekerja; dan

(iii) aduan pekerja kepada majikan.

Dalam ketiga-tiga situasi ini, aduan yang pertama dan kedua dijangka boleh sampai kepada pihak yang sepatutnya. Namun begitu, agak sukar untuk terjadi aduan yang ketiga, pekerja kepada majikannya.

Sejauh manakah jaminan yang diberikan kepada pekerja yang menjadi mangsa gangguan seksual ini, terutama daripada majikan supaya aduan ini sampai kepada pihak yang sepatutnya tanpa diketahui oleh majikan tersebut kerana dibimbangi akan dipotong di tengah jalan?

Kedua, sejauh mana pihak kementerian memastikan kebajikan pekerja yang menjadi mangsa tersebut dijamin berkenaan dengan dirinya, sama ada daripada aspek pekerjaan itu sendiri supaya tidak dipecat, dipotong gaji dan sebagainya mahupun dari sudut peribadi supaya tidak semakin diganggu oleh pihak-pihak berkenaan?

Ketiga, sejauh mana pemantauan pihak atasan atau kementerian dalam memastikan pihak majikan tidak mengelat dalam mengambil tindakan berkenaan

draft • 4:36 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

aduan gangguan seksual pekerja memandangkan kegagalan untuk menyiasat aduan ini akan dikenakan denda hingga RM50,000?

draft • 4:36 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Oleh itu, Bagan Serai mencadangkan agar peruntukan yang dicadangkan juga mesti terkandung pendekatan yang berbentuk pencegahan. Islam sentiasa mengambil pendekatan mencegah adalah lebih daripada merawat. Salah satu cara untuk mencegah dan menghindarinya menurut Islam ialah dengan mengamalkan etika pergaulan antara laki-laki dan perempuan. Dicadangkan juga agar hukuman yang lebih berat perlu dikenakan terhadap pelaku.

Seksyen 18A dan 18B, diskriminasi pekerja dan buruh paksa. Pindaan seksyen ini adalah berkaitan dengan diskriminasi pekerja dan buruh paksa, di mana jika disabit kesalahan majikan boleh dikenakan denda masing-masing sebanyak RM50,000 dan RM100,000. Namun begitu, hal ini perlu diperjelaskan dengan lebih mendalam, apakah yang dimaksudkan diskriminasi pekerja dan buruh paksa kerana ia tidak dinyatakan secara terperinci dalam dokumen rang undang-undang ini.

Pihak kementerian juga perlu menjelaskan situasi apakah yang boleh dikategorikan sebagai diskriminasi pekerja dan buruh paksa supaya bukan saja pekerja boleh mengetahui hak-hak mereka, terutama bagi pekerja wanita. Bahkan, para majikan juga boleh menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik terhadap pekerja-pekerja di bawah mereka.

Seksyen 83 dan 86A, hak pekerja wanita mengandung. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh pindaan seksyen ini yang menghalang pemecatan pekerja wanita yang mengandung dan juga diberikan cuti tambahan bersalin daripada 60 kepada 98 hari menunjukkan kebajikan pada pekerja wanita semakin terjaga. Namun begitu, jika dilihat dari perspektif majikan, sesebuah syarikat akan mengalami kekurangan pekerja dalam tempoh yang lama. Justeru, apakah tindakan pihak kementerian berkenaan hal ini dalam memastikan syarikat tidak ditutup disebabkan perlu menanggung kos yang tinggi dengan pengurangan produktiviti akibat kekurangan pekerja?

Kedua, dalam aspek yang sama iaitu kebajikan wanita, apakah hak yang diberikan jika pekerja wanita yang sudah berkahwin menghadapi musibah kematian suami? Berapa hari cuti yang diberikan? Apakah inisiatif lain yang diperuntukkan dalam rang undang-undang ini demi menjaga kebajikan dan kesihatan mereka?

Seksyen 72, pekerja kanak-kanak, Tuan Yang di-Pertua. Pindaan yang dibuat di bawah seksyen ini antaranya meningkatkan had umur pekerja kanak-kanak kepada 13 tahun. Apa yang menjadi perhatian saya adalah percanggahan

draft • 4:40 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

berkenaan hal ini dengan dasar perlindungan kanak-kanak negara yang selaras dengan Akta Kanak-kanak 2001. Pertama, seperti termaktub dalam Akta Kanak- kanak 2001...

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 4:40 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

...Kanak-kanak didefinisikan sebagai seorang berumur di bawah 18 tahun — sikit lagi. Perlindungan kanak-kanak merujuk kepada strategi dan aktiviti untuk mencegah dan bertindak balas terhadap penderaan, pengabaian, keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak.

Walaupun peningkatan had umur kanak-kanak telah ditingkatkan dalam Rang Undang-undang Ordinan Buruh Sabah ini kepada 13 tahun, namun ia masih bercanggah dengan Akta Kanak-kanak 2001 dan Dasar Perlindungan Kanak-kanak.

Hal ini kerana eksploitasi merujuk kepada penggunaan kanak-kanak dalam aktiviti membolehkan pihak lain mendapat faedah dari segi kewangan, seksual, politik serta kepentingan lain yang boleh mengancam kesejahteraan fizikal dan psikologi mahupun kelangsungan hidup kanak-kanak. Justeru, saya mohon respons pihak kementerian terhadap perkara ini dan terhadap pekerja berkaitan kanak-kanak ini dipinda secara keseluruhannya dengan melarang serta menghalang sama sekali mana-mana majikan untuk mengambil pekerja kanak-kanak di bawah umur 18 tahun.

Sikit lagi, Tuan Yang di-Pertua.

Perkara kedua ingin saya sentuh penambahan bahagian baru part IVA untuk perumahan, penginapan dan kemudahan pekerja iaitu peruntukan 121 iaitu peruntukan ini sama seperti Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 iaitu pelantikan orang yang bertanggungjawab bagi penginapan bagi membolehkan orang yang bertanggungjawab melaksanakan tugasnya.

Saya dimaklumi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan Negara

(NIOSH) telah diberi, pertanggungjawab untuk melatih orang yang bertanggungjawab ini. Maka persoalan saya kepada Menteri, sudah berapa banyak orang yang bertanggungjawab ini latih agar peruntukan yang sama di bawah ordinan Rang Undang-undang Ordinan Buruh Sabah ini nanti mendapat manfaat yang sama.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Kota Belud.

draft • 4:40 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, apabila menyentuh mengenai pekerjaan, perlunya ada penawaran. Di Sabah, selain daripada isu infrastruktur asas atau saya ringkaskan sebagai empat serangkai, air, elektrik, jalan raya, internet, isu peluang pekerjaan masih menjadi himpitan kepada kami di sini. Yang penting sekali, dua isu ini saling berkait antara satu sama lain dan tidak boleh dinafikan.

Jawab sama saya, ada atau tidak syarikat besar mahu buka perniagaan di suatu kawasan yang mengalami masalah empat serangkai ini. Cabaran kami di Sabah ini besar sekali. Kekurangan ini telah menyebabkan kolam untuk memancing yang diwujudkan tidak dapat berkembang. Malah, masih banyak daerah yang tiada kolam. Saya harap orang faham, kolam yang saya maksudkan di sini adalah peluang ekonomi setempat.

Memburukkan lagi keadaan bila mana ramai anak-anak kita di Sabah yang memiliki kemahiran terpaksa bekerja di luar wilayah dan ramai juga yang bekerja di luar negara. Hasilnya kita lihat walaupun Sabah merupakan negeri ketiga yang memiliki jumlah pekerja tertinggi selepas Selangor dan Johor, 80 peratus pekerja di Sabah hanya memiliki tahap pendidikan menengah dan ke bawah. Sabah juga merekodkan jumlah pekerja yang tiada pendidikan rasmi tertinggi di Malaysia.

Mengikut statistik kategori umur yang bekerja, mereka yang berumur 15 hingga 19 tahun yang bekerja di Sabah adalah pada kadar tertinggi iaitu 35.7 peratus, dua kali ganda daripada purata nasional. Ini merupakan satu kerugian besar kepada Sabah kerana pada umur ini sepatutnya mereka masih bersekolah dan menyambung pelajaran. Produk dagangan utama di Sabah yang dieksport adalah petroleum mentah. Berapa jumlahnya pada tahun lalu? RM24.7 bilion yang mewakili 40 peratus. Besar, kan? Namun, daripada 1.875 juta pekerja di Sabah pada tahun 2022, hanya 3.7 ribu orang ataupun 0.2 peratus sahaja yang bekerja di sektor perlombongan dan pengkuarian di Sabah.

Apabila kita lihat semua data dan fakta ini, ditambah pula dengan kedudukan teratas Sabah dalam carta kemiskinan dan pengangguran, adakah masih ada yang mahu mempersoalkan mengapa kami bising, mengapa kami selalu fight untuk meminta peruntukan lebih dan hak kami dikembalikan?

Tuan Yang di-Pertua, pindaan yang dibentangkan pada hari ini membabitkan 16 perkara utama meliputi 70 fasal yang menyelaras undang-undang perburuhan di Malaysia. Apa pekerja yang di sini dapat, di Sabah juga perlu dapat dan saya bersetuju dan sokong. Faedah seperti cuti bersalin, cuti paternity dan aduan

draft • 4:45 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

mengenai diskriminasi dan buruh paksa ini sangat membantu dan memudahkan urusan pekerja di sini. Mengikut data yang disediakan kementerian, ada lebih daripada 2.06 juta pekerja dan lebih 187,000 majikan yang ada di Sabah pada hari ini. Mengikut pindaan ini tiada yang terkecuali.

Soalan saya untuk kepastian, akan adakah arahan pengecualian oleh Menteri seperti mana yang berlaku sewaktu pindaan tahun 2005 di mana Warta P.U.(A) 377 mengecualikan pemakaian seksyen 103 cuti umum bergaji, seksyen 104 masa kerja, seksyen 104(a) kerja syif dan seksyen 104(c) kerja hari rehat kepada pekerja-pekerja yang bergaji di antara RM2,001 sehingga RM2,500 sebulan. Saya difahamkan ini berlaku apabila bantahan dibuat oleh majikan-majikan terhadap gaji minimum yang ditetapkan untuk pekerja-pekerja yang dilindungi di bawah ordinan ini.

Kedua, berdasarkan kenyataan Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah pada tahun 2022, pematuhan perintah gaji minimum di Sabah masih antara yang paling rendah di negara ini. Saya ingin tanya, sekarang tahun 2024 mahu masuk 2025, adakah Sabah masih kekal di kedudukannya seperti tahun 2022?

Jadinya, apa tindakan kementerian?

Ketiga, saya mohon penjelasan sama ada piawaian minimum perumahan harus diperluas atau dilaksanakan melalui undang-undang kecil di bawah Ordinan Buruh Sabah kerana mungkin tidak semua piawaian minimum perumahan sesuai apabila ia dimasukkan melalui perundangan kecil, ia dilihat lebih sesuai, more that when it is included by way of subsidiary legislation, the State Attorney General Chambers drafters will ensure this suitable for Sabah. Mohon penjelasan, Yang Berhormat Menteri .

draft • 4:45 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, sepertimana semua dari kita sedia maklum di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, buruh (labour) adalah di bawah Senarai Persekutuan. Sejak Ordinan Buruh Sabah diisytiharkan sebagai perundangan persekutuan pada tahun 1965, hanya sekali sahaja pindaan ordinan ini dibuat iaitu pada tahun 2005. Kini setelah 20 tahun, kita dibentangkan pindaan yang kedua.

Ya, proses dan prosedur pindaan ini kalau diikutkan memang mengikut undang-undang dan ianya dilakukan mungkin seperti mana pindaan yang dilakukan pada tahun 2005. Namun, sebagai wakil rakyat dari Sabah dan saya sebagai salah seorang daripada ribuan ataupun mungkin jutaan orang Sabah yang sudah sedar, saya mahu lihat Sabah ini ada cara dia yang tersendiri.

draft • 4:50 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Maksudnya, alangkah baik dan tersusun sekiranya pindaan yang melibatkan Sabah di peringkat persekutuan, kerajaan negeri bawa dahulu ke Dewan Undangan Negeri untuk dibincangkan. Bukankah 73 ADUN kita ini wakil rakyat yang telah dipilih oleh rakyat Sabah? Mungkin lebih banyak lagi pindaan atau penambahbaikan yang boleh dibuat mengikut acuan kita di Sabah. Ini saya tujukan kepada Kerajaan Negeri Sabah. Sekian, terima kasih.

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Dipersilakan Yang Berhormat Keningau. Yang Berhormat Keningau?

draft • 4:50 PM

Seorang Ahli

Tidak ada.

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Tidak ada. Dengan sedemikian, saya kepada Yang Berhormat Beaufort.

draft • 4:50 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua atas ruang dan peluang yang diberikan kepada Beaufort untuk turut sama membahaskan Akta Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024.

Sejak Ordinan Buruh Sabah menjadi sebahagian undang-undang Persekutuan pada tahun 1965, ini merupakan pindaan kali kedua selepas pindaan pertama dibuat pada tahun 2005. Syabas dan tahniah kepada Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) atas usaha dalam menyeragamkan hak dan juga perlindungan pekerja di Sabah dengan pekerja Semenanjung Malaysia di bawah Akta Kerja 1955.

Umum mengetahui ketidakseragaman ini telah menyebabkan pekerja di Sabah telah mengalami diskriminasi undang-undang yang tidak memihak kepada kebajikan mereka sebagai pekerja. Dengan pindaan ini, pekerja di Sabah akan dapat manfaat dari aspek:

(i) perlindungan kebajikan bagi wanita hamil dari ditamatkan perkhidmatan oleh majikan;

(ii) cuti bersalin 60 hari akan dinaikkan kepada 98 hari dan suami layak mendapatkan cuti paternity selama tujuh hari;

(iii) kelayakan faedah bayaran kerja lebih masa, bayaran kerja pada hari rehat dan cuti am serta faedah penamatan telah dinaikkan daripada pekerja bergaji RM2,500 kepada RM4,000 sebulan; dan

(iv) pengurangan waktu bekerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu.

draft • 4:52 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Dato’ Yang di-Pertua, secara umumnya, pindaan ini bukan sahaja untuk menyeragamkan Akta Kerja atau Akta Ordinan Buruh Sabah, tetapi pindaan ini adalah bagi memastikan pematuhan undang-undang buruh negara kepada piawaian perburuhan antarabangsa khususnya International Labour Organization (ILO) Declaration on Fundamental Principles and Rights at Work 1998 bagi meningkatkan imej Malaysia, seterusnya menarik lebih ramai pelabur khususnya dari luar negara yang berpotensi memacu pertumbuhan teknologi dan ekonomi untuk negara Malaysia.

Dato’ Yang di-Pertua, pada akhir bulan Julai 2024, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah menerbitkan Laporan Survei Tenaga Buruh 2023. Dalam laporan ini menunjukkan jumlah pekerja di Sabah adalah sebanyak 1.622 juta orang.

Ini adalah jumlah pekerja ketiga tertinggi di Malaysia selepas Johor dan juga Selangor.

Pada masa yang sama, laporan berkenaan menunjukkan statistik pekerja di Sabah sangat mendukacitakan apabila 80 peratus pekerja di Sabah hanya memiliki tahap pendidikan menengah dan ke bawah iaitu seramai 1.296 juta. Laporan berkenaan turut menunjukkan Sabah telah merekodkan kadar pengangguran tertinggi di Malaysia iaitu 7.5 peratus. Ini melebihi dua kali ganda daripada kadar pengangguran negara iaitu 3.4 peratus.

Dato’ Yang di-Pertua, melihat kepada permasalahan ini, Kerajaan Negeri Sabah dan Persekutuan perlu mengambil langkah proaktif dalam menjana pembangunan ekonomi dan dapat menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi untuk rakyat Sabah. Selain itu, usaha memperkasakan TVET juga mengatasi permasalahan tenaga buruh yang hanya memiliki tahap pendidikan menengah dan ke bawah perlu diperkasakan dengan menggalakkan majikan dan pemain industri menghantar pekerja mereka mengikuti pengajian TVET.

Saya amat yakin dan percaya sekiranya usaha ini diperkasa, kita akan dapat merealisasikan Dasar TVET Negara 2030 dalam mencapai matlamat Malaysia ke arah negara maju berpaksikan modal insan berkemahiran melalui program TVET yang responsif, fleksibel dan eksklusif.

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh berkenaan fasal 12 dalam pindaan Akta Ordinan Buruh Sabah berkenaan gangguan seksual yang dipinda dengan memasukkan Bab baharu IIB ke dalam ordinan. Gangguan seksual adalah perkara yang tidak bermoral dan memberi kesan negatif kepada mangsa yang mungkin akan mengalami trauma, fobia, ketakutan dan juga menjejaskan rutin seharian.

draft • 4:52 PM

Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort

Ini secara tidak langsung menjejaskan produktiviti dan juga keberhasilan kerja seseorang individu. Dengan pindaan ini, ia akan memberi nafas lega kepada pekerja untuk bekerja dalam keadaan yang lebih harmoni, sekali gus mereka terlindung di bawah Akta Ordinan Buruh Sabah sekiranya mereka adalah mangsa terhadap gangguan seks di tempat kerja.

Dato’ Yang di-Pertua, secara tuntasnya, Akta Ordinan Buruh Sabah 2024 adalah satu usaha yang perlu disokong oleh semua pihak. Saya yakin dan percaya pindaan ini akan dapat memberi manfaat besar kepada majikan dan pekerja sekali gus akan menaikkan imej Wilayah Sabah di peringkat antarabangsa terutamanya berkaitan dengan isu-isu human right dan juga labour right, isu penghapusan diskriminasi dan juga membasmi buruh paksa dan buruh kanak-kanak selaras dengan konvensyen pertubuhan antarabangsa ataupun ILO.

Dengan ini, Beaufort mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

draft • 4:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Tawau.

draft • 4:52 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan Salam Sabah Maju Jaya. Saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Sumber Manusia dan Kerajaan Negeri Sabah yang diterajui Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah atas usaha dan komitmen untuk menjayakan pindaan Rang Undang-undang Ordinan Buruh Sabah 2024 demi kepentingan 2.06 juta pekerja dan 187,365 majikan di Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, salah satu aspek paling signifikan ialah perluasan liputan ordinan kepada semua pekerja tanpa mengira had gaji atau jenis pekerjaan.

Ini bermakna semua pekerja di Sabah termasuk yang bergaji lebih daripada RM2,500 kini akan dilindungi di bawah Ordinan Buruh Sabah. Langkah ini menambah baik hak pekerja dan memastikan mereka mendapat perlindungan yang sewajarnya di bawah undang-undang buruh seperti yang berlaku di Semenanjung Malaysia.

Pindaan ini juga memperkenalkan peningkatan dalam tempoh cuti bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari serta cuti paternity selama tujuh hari untuk bapa. Ibu yang sakit selepas bersalin dan berpantang dapat pulih sebelum bekerja semula dan suami boleh membantu menjaga bayi dan ibu.

draft • 4:58 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Tuan Yang di-Pertua, pengurangan waktu bekerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam bersama peruntukan baharu mengenai aturan kerja anjal bertujuan untuk meningkatkan keseimbangan kerja-hidup bagi pekerja di Sabah.

draft • 4:58 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Isu buruh paksa dan pekerja kanak-kanak turut mendapat perhatian dalam RUU ini. Kerajaan Sabah sentiasa komitmen untuk bebas daripada buruh paksa dan pekerja kanak-kanak melalui usaha penguatkuasaan yang lebih ketat oleh Jabatan Tenaga Kerja Sabah. Pindaan ini menambah lagi peruntukan yang lebih tegas mengenai aduan buruh paksa dan melindungi pekerja daripada eksploitasi.

Tuan Yang di-Pertua, selain itu, pindaan ini memperkenalkan peruntukan mengenai gangguan seksual di tempat kerja serta perumahan dan kemudahan untuk pekerja. Ini adalah sebahagian daripada usaha yang lebih besar untuk memastikan persekitaran kerja yang lebih selamat dan kondusif bagi pekerja di Sabah. Secara keseluruhan, pindaan Ordinan Buruh Sabah ini mencerminkan komitmen yang tinggi daripada pihak kerajaan negeri dan Kementerian Sumber Manusia dalam memastikan kebajikan pekerja terbela dan memastikan Sabah bebas daripada sebarang bentuk eksploitasi pekerja, khususnya buruh paksa. Dengan ini, saya menyokong usul ini, terima kasih.

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tawau. Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Kinabatangan.

draft • 5:00 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya, Dato’ di- Pertua. Saya juga ingin turut membahas akta apa ini– Kerja 1955, Rang Undang- undang Buruh Sabah 2024. Apa yang kita lihat Dato’ di-Pertua, bahawa penyelarasan ini memang telah dinanti-nantikan terlalu lama. Seharusnya ada penyelarasan, sebab kalau Yang di-Pertua imbas kembali bagaimana Ahli-ahli Parlimen Sabah menyuarakan bagaimana untung nasib pekerja di Sabah.

Apabila bekerja di Semenanjung, perumahan rumah itu tidak seimbang dengan pekerja-pekerja dari Semenanjung. Guru dari Semenanjung datang ke Sabah mendapat imbuhan yang luar biasa tetapi guru di Sabah berpindah tidak mendapat kemudahan. Jadi, saya rasa penyelarasan ini perlu diadakan. Yang paling penting iaitu penyelarasan pekerja-pekerja di seluruh negara. Ini perlu Yang di- Pertua. Sebab di Sabah cuti bersalin 60 hari, sini 98 hari. Diskriminasi pekerja macam-macam.

draft • 5:01 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya juga ingin bertanya dengan kementerian, di Sabah ini berapa sebenarnya buruh tempatan– berapa jumlah buruh tempatan dan berapa jumlah buruh orang asing? Kita pun mahu tahu. Sebab di Sabah Dato’ di-Pertua, ladang kelapa sawit terlalu banyak. Tetapi banyak majikan menipu kerajaan.

Seharusnya ladang seluas 100,000, saya mahu tahu berapa jumlah buruh dia perlukan? Tetapi kalau dia perlu 3,000 orang, dia buat deklarasi 1,000 orang, 2,000 orang dia smuggle. Kerajaan rugi, levi tidak dapat. Ini satu perkara harus dilihat oleh kementerian dari masa ke semasa. Sebab ladang-ladang di Sabah ini, terus terang, mostly ladang-ladang yang besar, semua menipu kerajaan. Mereka mengelak daripada cukai, daripada levi dan sebagainya. Maka, di situlah timbulnya unsur-unsur diskriminasi. Sebab pekerja-pekerja yang illegal ini, yang di-smuggle ini, dia pegang passport dia. Ada yang melarikan diri, ada yang bunuh diri, macam- macam. Cuma tidak dilapor.

draft • 5:01 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Berdiri]

draft • 5:01 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih.

[Ketawa] Jadi Tuan Yang di-Pertua, seharusnya kementerian melihat perkara ini secara lebih saksama. Sebab buruh ini pun, walaupun dia kerja buruh tetapi mereka juga manusia dan perlu dihormati antara satu sama lain.

draft • 5:01 PM

Seorang Ahli

Betul.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 5:01 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Demikian juga dengan buruh kanak-kanak. Ini berlaku di kedai kopi, di kedai makan. Walaupun servis di kedai makan tetapi masih dikira bekerja buruh. Ini pun ada lagi ini Dato’ Yang di-Pertua, saya terpaksa berceritalah. Di Sabah ini, dia unik sikit. Restoran Cina punya, jual tidak halal, di sebelah ada orang Melayu jual halal. Okey, on. Satu meja, lain makan. Tetapi yang sedihnya, orang Melayu pergi cuci piring bekas makan tidak halal. Rasa saya itu tidak sesuai. Ini perlu dibendung.

Sebab dosa itu akan ada di situ kalau kita tak buat teguran. Ini penting untuk kita lihat. Di Sabah ini saya kata memang amat terlalu unik. Tetapi saya memang mengalu-alukan akta seumpama ini sebab ianya mempertingkatkan pekerja-pekerja buruh itu iaitu dianggarkan 2.06 juta dan 187,900 lebih majikan. Majikan-majikan ini pun sebetulnya perlu dilihat. Sebab majikanlah yang banyak memeras ini, yang banyak apa ini – menghisap jadi “lintah darat” ini, yang banyak apa ini – tidak menunaikan amanah dan janji. Mula-mula, sila.

[Ketawa]

draft • 5:01 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Kinabatangan, sahabat saya. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya nak tanya, perlu diteruskan

draft • 5:01 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

tak halal certificate ini untuk kita jelaskan benda ini untuk kegunaan orang-orang Islam?

draft • 5:01 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Sebetulnya halal ini dia – saya faham benda ini. Sebab saya pernah beroperasi dengan benda-benda ini. Halal ini sebetulnya, dia mengikut proses. Walaupun orang Islam mengusahakan tetapi kalau prosedur dia tidak tepat, susah dapat sijil halal ini. Bukan senang- senang. Sebab itu saya setuju dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, supaya pensijilan halal ini dipercepatkan proses dan prosedur dia. Kalau dulu mungkin bertahun-tahun.

Kalau asal sudah dilulus proses dia, maka lepaskanlah. Sebab ini pun Malaysia nama saja kita negara apa ini – mengamalkan agama Islam tetapi kita terlalu orang kata mengongkong, sedangkan ini business opportunity, peluang perniagaan. Kenapa perlu kita kawal? Yang penting, proses dia itu tepat mengikut prosedur yang ditentukan dan lepaskanlah. Kenapa main politik dalam JAKIM ini?

Saya pun bingung. Ini JAKIM pun satu agensi yang seharusnya, harus melihat bahawa peranan mereka itu iaitu untuk mempermudahkan mana-mana pihak yang memohon mengikut prosedur-prosedur tertentu. Kalau sudah okey, lepaslah.

Jangan lagi banyak songeh-songeh.

draft • 5:01 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Hari ini saya panggil Bung Moktar, Bung Ustaz Bung Moktar. Terima kasih.

draft • 5:01 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Bukan ustaz, kita bercakap yang benar.

[Ketawa] Jadi Dato’ Yang di-Pertua, balik kepada soal pokok, saya berharap Menteri melihat perkara ini, pindaan ini mungkin kalau ada penambahan pada masa akan datang untuk kebaikan sama ada majikan ataupun buruh itu sendiri, maka perlu ada kelonggaran untuk kita tokok tambah pada masa akan datang. Dengan ini, saya menyokong. Terima kasih.

draft • 5:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Pembahas yang terakhir, saya mempersilakan Yang Berhormat Sipitang.

draft • 5:01 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Pertama, saya ingin ucap terima kasih juga kepada Putatan kerana telah memberikan saya laluan untuk saya membahaskan beberapa inti pati perbahasan. Sebelum saya menyentuh inti pati pertama perbahasan, saya ingin

draft • 5:08 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

menzahirkan penghargaan saya kepada Kerajaan Persekutuan atas tekad politik yang telah dipamerkan dalam merealisasikan pindaan Akta Ordinan Buruh Sabah yang kita bahaskan hari ini.

Secara prinsipnya, pindaan ini bukan sahaja merupakan manifestasi kepada keseriusan kerajaan dalam mengetengahkan ruang serta hak undang-undang buat golongan pekerja di negeri Sabah sejajar dengan Akta Kerja Pindaan 1955, Pindaan 2022. Malahan juga menjadi bukti kepada kesepakatan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Sabah dalam menoktahkan setiap perincian penting yang perlu dicapai dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Dato’ Yang di-Pertua, sebagai wakil rakyat yang peka terhadap hal ehwal pekerja asing, saya berpendirian bahawa aspek pengurusan bagi pengambilan dan penempatan– penamatan pekerja asing atau non-resident employee ini perlu diberi tumpuan oleh Kementerian Sumber Manusia menerusi perhatian bersama Pengarah Tenaga Kerja Sabah.

draft • 5:08 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Memandangkan urusan penggajian pekerja asing melibatkan piawaian perlesenan sebagai pematuhan, KESUMA seharusnya menumpukan perihal ketelusan dalam setiap aspek pengendalian proses permohonan lesen, menggajikan pekerja bukan pemastautin yang dipertanggungjawabkan kepada pengarah, menurut seksyen 118 dan seksyen 118A yang dinyatakan sebagai pindaan dalam Ordinan Buruh Sabah ini.

Ketelusan atau integriti yang perlu ditekankan tersebut berupaya menjadi pemangkin kepada usaha bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah dalam mengekang senario eksploitasi warga asing yang selama ini diperhambakan oleh majikan yang tidak bertanggungjawab.

Menerusi penekanan terhadap soal integriti dalam pengendalian permohonan pelesenan pekerja asing, Ordinan Buruh Sabah yang kita bahaskan ini akan dapat mewujudkan kesaksamaan kepada setiap pemain industri atau majikan dalam mendukung hak perundangan yang ditetapkan bagi pengurusan pekerja asing tanpa mengira skala atau status perniagaan pemohon.

Secara dasarnya saya berpandangan bahawa pematuhan lesen menggajikan pekerja bukan pemastautin atau disebut sebagai license to employ non- resident employees, seharusnya membolehkan pengauditan dapat dilaksanakan secara berfokus oleh Jabatan Ketua Audit Negara terhadap setiap permohonan pelesenan yang telah dikemukakan kepada apa yang telah dimuktamadkan oleh

draft • 5:10 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

pengarah dan dalam konteks pindaan seksyen 118A ini, (3) dan juga (4) ini, satu- satu pengauditan berupaya meneliti sejarah pemberhentian seorang pekerja asing.

Rekod tersebut membolehkan juruaudit mengenal pasti apa jua bentuk percanggahan dokumentasi, discrepancy of documentation di samping dapat mengemukakan surat pembetulan kepada kedua-dua belah pihak yang boleh menambah baik pelaksanaan lesen menggajikan pekerja bukan pemastautin dari semasa ke semasa.

Sejajar dengan pindaan seksyen 118A(3) dan (4) ini KESUMA seharusnya memastikan bahawa tatacara permohonan lesen bagi pengambilan pekerja asing baharu serta tatacara pemakluman pemberhentian seseorang pekerja asing tidak merumitkan. Selain memantau dengan rapi pematuhan majikan dalam menyediakan setiap keperluan bagi pengambilan pekerja asing, majikan juga perlu disediakan pemudah cara yang bersistematik bagi membolehkan proses pemakluman pemberhentian pekerja asing dalam tempoh 14 hari seperti yang ditetapkan di dalam pindaan ordinan ini dapat dimuktamadkan tanpa sebarang bentuk komplikasi birokrasi.

Pelaksanaan prosedur permohonan perlesenan serta pemberhentian pekerja asing yang mudah, sistematik dan komprehensif berupaya mendorong golongan majikan untuk merencanakan pelan penstrukturan perniagaan dengan lebih terurus, lebih-lebih lagi yang melibatkan penambahan atau pengurangan pekerja asing.

Seperti Yang Berhormat Menteri sedia maklum, penglibatan tenaga kerja asing boleh memberikan kesan domino kepada produktiviti sesebuah perusahaan, terutama sektor perladangan di negeri Sabah yang selama ini berdepan dengan masalah pengambilan ribuan pekerja asing secara tidak sah.

Sehubungan dengan itu, KESUMA sewajarnya menjalinkan kolaborasi penguatkuasaan bersama dengan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan ke arah membanteras sindiket pemerdagangan pendatang tanpa izin atau PATI ini yang dijalankan menerusi sempadan negeri Sabah. Penubuhan agensi penguat kuasa khas tersebut perlu dimandatkan secara kolektif untuk melaksanakan identifikasi warga asing di setiap pintu masuk sempadan negeri Sabah. Tindakan tersebut penting untuk mengelakkan daripada berlakunya kebanjiran PATI yang selama ini berselindung di sebalik visa pelancong atau pas lawatan sosial.

Untuk makluman Timbalan Yang di-Pertua, pada Ogos lalu kira-kira seramai 61 orang warga asing ditahan dalam satu serbuan dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia di sekitar Semporna. Penangkapan tersebut menzahirkan lagi kepada umum bahawa masih ada kelompangan serta kelemahan dalam aspek

draft • 5:10 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

penguatkuasaan terhadap pematuhan pengambilan pekerja asing yang perlu diberikan perhatian lebih serius menerusi pindaan ordinan ini.

Kebanjiran warga asing yang dieksploitasi menjadi buruh haram dalam sektor-sektor tertentu bukan sahaja mendatangkan mudarat kesihatan luar jangka kepada penduduk tempatan malah ia juga mengundang implikasi negatif kepada pengangguran setempat yang boleh merencatkan peluang pekerjaan buat rakyat luar bandar di negeri Sabah. Masalah tersebut sedikit sebanyak akan membuka ruang yang lebih besar kepada mana-mana pengusaha perniagaan untuk menjadikan warga asing sama ada yang berstatus bekas pekerja sah, pelancong atau PATI sebagai pekerja haram di premis perniagaan mereka atas alasan ketidakcukupan tenaga kerja.

Oleh sebab itu, seiringan matlamat pindaan Ordinan Buruh Sabah ini, saya meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat negeri Sabah dapat menikmati manfaat daripada pemeteraian MoU antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negara India hasil lawatan rasmi Perdana Menteri dan delegasi kerajaan ke negara tersebut pada Ogos lalu. Saya difahamkan bahawa salah satu MoU yang telah dimeterai semasa lawatan ke New Delhi tersebut mampu menyelesaikan masalah ketandusan tenaga kerja dalam sektor-sektor tertentu, termasuk sektor kemahiran tinggi.

Jadi, saya berharap agar KESUMA dapat bekerjasama erat dengan Kerajaan Negeri Sabah dalam merealisasikan kesinambungan dasar yang di aspirasikan menerusi setiap MoU berkaitan sumber manusia yang dimeterai. Bersandarkan kepada semangat Perjanjian Malaysia 1963 saya optimis untuk melihat obligasi perundangan berkaitan pengambilan pekerja asing yang digariskan di dalam pindaan ordinan ini dapat diperkukuhkan lagi dengan pengisian MoU New Delhi dalam merawat ketempangan sektor-sektor kerja tertentu akibat kekurangan tenaga kerja asing tanpa memprejudiskan bakat pekerja tempatan.

Timbalan Yang di-Pertua, sekian sahaja ucapan saya bagi memperbahaskan Rang Undang-undang Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 dan saya menyokong.

Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Sipitang. Sekarang tiba masanya untuk Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Saya memberi tempoh selama 25 minit. Dipersilakan, Yang Berhormat Menteri.

draft • 5:10 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya cuba jawab dalam masa yang diberikan itu. Terlebih dahulu saya ingin...

draft • 5:17 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri jika dengan izin, you need extra time, please inform.

draft • 5:17 PM

Tuan Sim Chee Keong

Thank you. Terima kasih, Tuan Speaker. Saya terlebih dahulu ingin merakamkan penghargaan kepada sembilan orang Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan RUU Ordinan Buruh Sabah yang saya telah sebut tadi, yang amat penting sekali sebab ini adalah satu pindaan yang bersejarah, ditunggu-tunggukan sejak selama 20 tahun ini.

Saya ingin mengiktirafkan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan iaitu Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat dari Pendang, Ahli dari Pasir Gudang, Yang Berhormat dari Bagan Serai, Yang Berhormat dari Kota Belud, Yang Berhormat dari Beaufort, Yang Berhormat dari Tawau, Yang Berhormat dari Kinabatangan yang telah digelar ustaz pada hari ini dan juga Yang Berhormat dari Sipitang.

Terima kasih atas keprihatinan dan juga kerana membangkitkan bukan sahaja sokongan tetapi juga pandangan, cadangan, idea, termasuk kritikan terhadap Rang Undang-undang OBS ini. Sebenarnya besar amanah kita pada hari ini, kepada rakan-rakan Dewan yang mulia sebab 2.083 juta pekerja di Sabah menanti-nantikan pindaan ini. Ini bakal mengubah nasib mereka.

Ada di sini bersama kita wakil-wakil dari kesatuan sekerja, termasuk pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja dari Sabah kerana mereka tahu pindaan hari ini akan mengubah bukan sahaja dari segi pampasan gaji tetapi terutamanya persekitaran dan keadaan kerja. Telah dibangkitkan tadi isu-isu seperti 80 peratus laporan bahawa 80 peratus daripada pekerja di Sabah ini hanya mempunyai pendidikan menengah. Justeru, lebih – begitu peri pentingnya kita meluluskan pindaan hari ini supaya kita boleh membela nasib mereka. Membela dan menjaga, menaikkan martabat mereka.

Sudah pelbagai alasan, mungkin akan diberikan selama ini, selama 20 tahun ini pelbagai alasan diberikan semata-mata untuk mengekalkan keadaan pekerja di Sabah ini dengan hak dan perlindungan yang lebih rendah berbanding dengan rakan-rakan saudara, pekerja mereka di Semenanjung. Jadi hari ini, Dewan yang mulia ini, generasi ini, kita akan menoktahkan ketidakadilan ini dengan meluluskan

draft • 5:17 PM

Tuan Sim Chee Keong

RUU OBS. Saya ingin mengiktirafkan sebenarnya ini adalah usaha semua pihak termasuk saudara saya dari Pendang tadi.

draft • 5:17 PM

Tuan Sim Chee Keong

Beliau dalam ucapan perbahasan beliau telah menyatakan fakta-fakta yang begitu bernas. Ini adalah sebab beliau juga terlibat, antara yang terlibat sebelum ini dalam usaha untuk memastikan pindaan ini berjaya. Jadi saya hendak mengiktirafkan, sudah tentu rakan-rakan saya dari Kerajaan Persekutuan, khususnya warga KESUMA yang telah terlibat, rakan-rakan dari Kerajaan Sabah dan saya telah sebut bahawa Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah sendiri begitu prihatin dan beliau mahukan supaya — bahkan beliau telah meminta saya agar RUU ini dibentangkan pada tahun ini juga dan diluluskan pada tahun ini.

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh mencelah sedikit Yang Berhormat Menteri?

draft • 5:20 PM

Tuan Sim Chee Keong

Silakan. Yang Berhormat belum start tahu, tetapi tidak apalah.

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Ketawa] Saya hendak tanya, apakah yang menyebabkan keterlambatan begitu lama, hampir- hampir 20 tahun baru dapat kita laksanakan undang-undang seumpama ini? Apakah ada unsur-unsur yang tidak baik di mana-mana pihak sehingga menidakkan buruh di Sabah ini didiskriminasikan berpuluh-puluh tahun? Terima kasih.

draft • 5:20 PM

Tuan Sim Chee Keong

Terima kasih,YB Kinabatangan, orang lama. Dia mungkin di sini lebih lama dari saya, bukan sahaja di peringkat persekutuan, malah di peringkat negeri. Cerita lama, beliau lebih tahu. Tetapi untuk saya di sini, saya tidak ingin buka cerita lama. Biarkan, biar ini dijadikan pengajaran kepada kita semua supaya kita jangan tunggu apabila dalam aspek ataupun dalam hal mengangkat martabat, mengangkat hak dan perlindungan rakyat, kita jangan lengah-lengahkan.

Kita ketepikan perbezaan, sama ada perbezaan politik, perbezaan dari segi negeri, wilayah, kaum, agama. Satukan hati kita untuk mengangkat martabat rakyat.

Jadi, tadi disebut bahawa khuatir bahawa tiada adanya ataupun kurangnya sesi libat urus. Saya boleh senaraikan di sini. Kita ada lebih 14 sesi libat urus, bukan sahaja antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Sabah, malah dengan wakil- wakil pekerja, wakil-wakil majikan, malah perkara ini telah pun dibincangkan ataupun diangkat ke mesyuarat MA63. Jadi, tidak bangkit hal kononnya RUU ini ataupun proses untuk membentangkan RUU ini tidak menghormati semangat MA63. Jadi, ini tidak berbangkit.

draft • 5:20 PM

Tuan Sim Chee Keong

Keduanya, ada saya rasa kekhuatiran antara yang paling besar adalah kemasukan peruntukan-peruntukan dalam Akta 446 iaitu standard minimum ke dalam Ordinan Buruh Sabah (OBS) ini. Saya rasa pertama sekali, mungkin saya ingin membetulkan satu maklumat yang mungkin tidak tepat tadi itu terutamanya dari Yang Berhormat Tuaran. Tidak ada istilah kelulusan interim yang diberikan oleh ketua pengarah, tidak ada. Kelulusan hanya diberikan selepas syarat-syarat yang diperuntukkan oleh undang-undang dipenuhi, baru ketua pengarah boleh memberikan perakuan terhadap sesuatu tempat tinggal contohnya. Jadi, itu satu.

Keduanya, ini adalah standard minimum, standard yang paling asas. Jadi, saya rasa tidak ada masalah dan kita jangan terpengaruh dengan suara-suara yang kata takkan waima standard paling asas pun kita tidak boleh bagi kepada pekerja.

Peruntukan ini tidak memperuntukkan supaya diberi istana dan mahligai, hotel lima bintang, tetapi standard minimum perkara paling asas dari segi penginapan, dari segi kemudahan. Pekerja kita harus dilayan dengan terhormat. Dihormati dari segi maruah mereka, martabat mereka. Jadi, ini adalah isu standard minimum, bukan benda-benda yang berlebih-lebihan.

Ketiganya, saya hendak berikan keyakinan, usah bimbang ataupun khuatir.

Dari segi standard minimum ini, peranan pihak berkuasa tempatan dalam kes ini di Sabah, amat penting sebab merekalah yang akan menggariskan terma-terma, syarat-syarat, garis panduan dan memberikan kelulusan, barulah perakuan dibuat oleh Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja.

Jadi, peranan pihak berkuasa tempatan, peranan kerajaan negeri terutamanya dalam menyesuaikan keperluan-keperluan standard minima ini kepada keadaan di Sabah sudah ada, sudah terlindung. Jadi, tidak berbangkit bahawa ini merupakan satu perkara yang akan memberikan bebanan tambahan kepada majikan mahupun pekerja di Sabah kerana tidak disesuaikan dengan keadaan semasa.

Seterusnya isu pelaksanaan. Saya setuju dengan rakan-rakan Yang Berhormat yang menyatakan yang paling penting bukan saja untuk RUU OBS, untuk segala semua perkara yang kita bincangkan di sini, segala semua akta dan dasar- dasar kerajaan. Pelaksanaan adalah benda yang — elemen yang mustahak dan penting. This is the key dengan izin, implementation is the key. Tidak guna kita bincang ada undang-undang yang cantik, tetapi pelaksanaan gagal. Jadi dalam isu itu, kita akan memberikan perhatian untuk memastikan pelaksanaan khususnya dalam bab mengangkat martabat dan maruah pekerja.

Saya bagi contoh, tadi ada disebut tentang seksyen 7Q, sexual harassment ataupun gangguan seksual. Saya setuju dengan saudara saya dari apa itu, dari

draft • 5:20 PM

Tuan Sim Chee Keong

Bagan Serai bahawa pencegahan adalah lebih penting. Itulah sebabnya dalam undang-undang ini, seksyen 7V contohnya adalah tentang pemberian notis peringatan kempen memberikan maklumat. Itu satu. Keduanya, 7W iaitu denda dikenakan kepada majikan yang gagal mematuhi peruntukan-peruntukan berkaitan gangguan seksual...

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

YB Menteri, terakhir, last.

draft • 5:20 PM

Tuan Sim Chee Keong

Sekejap, sekejap. Saya habiskan ini dulu. Berkaitan gangguan-gangguan seksual dikenakan denda sehingga RM50,000. Itulah sebabnya kita kata kita masukkan undang-undang ini, kita naikkan dendanya, kita bagi peruntukan baru untuk mencegah. Apabila telah berlaku, maka ikut dengan peruntukan undang-undang, ada proses-proses untuk memberikan keadilan kepada mangsa. Silakan.

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ya Yang Berhormat Menteri, saya rasa sudah tiba masanya kita mengikuti langkah negara China di mana negara China telah memasang berjuta-juta CCTV di semua penjuru negara dia. Jadi, mungkin kementerian boleh mewajibkan bahawa pekerja-pekerja di mana-mana memasang CCTV. Bermakna apa-apa ada unsur jenayah, terus kita boleh checkmate. Di China kita tidak nampak polis ya, tapi the moment ada incident, within two three second dia sudah tangkap siapa itu orang sebab CCTV-nya merata- rata di semua penjuru. Saya mungkin sudah tiba masanya untuk kementerian apa yang menyelaraskan perkara yang baik ini.

draft • 5:20 PM

Tuan Sim Chee Keong

Hari ini Yang Berhormat Kinabatangan ada banyak cadangan dan saya rasa semua cadangan ini kita boleh telitikan, sesuaikan dengan keadaan kita dan melihat kepada kesesuaian undang-undang dan juga prinsip negara kita.

Okey, satu lagi contoh tentang pelaksanaan. Tadi ada disebut tentang isu definisi yang lebih jelas. Saya bagi contoh 18A(1), dengan izin saya baca versi bahasa English. Versi Bahasa Melayu juga diberikan, saya baca versi bahasa Inggeris ya. “The Director may inquire into and decide any dispute between an employee and his employer in respect of any matter relating to discrimination in employment”. Diskriminasi dalam apa-apa jua perkara.

Contohnya dari segi jantina, contoh dari segi kaum, dari segi agama. Kalau contohnya gaji tidak — gaji diberikan dengan layanan yang berbeza walaupun kerjanya sama semata-mata kerana diskriminasi tersebut. Waima pandangan politik, tadi masa taklimat ketua pengarah berikan satu contoh yang amat baik. Kalau

draft • 5:20 PM

Tuan Sim Chee Keong

seseorang pekerja itu didiskriminasikan semata-mata kerana menjadi ahli sesuatu parti politik termasuk PAS, maka dia boleh membangkitkan peruntukan ini ya, untuk mendapatkan keadilan.

Keduanya 18B, tentang burung paksa. Saya rasa apa itu, definisinya agak jelas 18B dan saya bacakan dengan izin, “Any employer who threatens, deceives or forces an employee to do any activity, service or work and prevents that employee from proceeding beyond the place or area where such activity, service or work is done, commits an offence”. Ini adalah peruntukan yang telah diberikan definisi yang agak jelas dalam aspek buruh paksa ini.

draft • 5:20 PM

Tuan Sim Chee Keong

Jadi, saya ambil maklum tentang isu-isu seperti soalan-soalan yang dibangkitkan tentang statistik. Mungkin daripada segi statistik, kalau boleh saya minta pegawai-pegawai saya untuk memberikan secara bertulis kepada YB-YB yang telah memohonnya, khususnya mungkin YB Beaufort yang meminta supaya statistik tentang pencari kerja dan juga saya rasa YB Kinabatangan yang meminta statistik tentang buruh asing dan juga pekerja tempatan.

Kalau tidak silap saya, dari ingatan saya, daripada 2.083 juta pekerja di Sabah itu, lebih kurang 65 peratus merupakan pekerja tempatan dan selebihnya merupakan pekerja-pekerja asing. Tetapi saya minta supaya statistik diberikan secara bertulis kepada YB-YB yang telah meminta perkara tersebut.

Saya rasa begitu sahajalah ucapan ataupun jawapan saya dan saya harap kalau yang isu-isu angka dan statistik perangkaan, saya minta diberikan secara bertulis supaya lebih tepat tetapi saya ucapkan terima kasih kepada semua. Ada satu lagi, satu lagi Jiwa Sabah. Ada Ahli Parlimen yang telah membangkitkan agar Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sabah harus diberikan kepada orang yang berjiwa Sabah.

Di sini saya ingin mungkin menyimpul ataupun menutup ucapan saya dengan memberikan pengiktirafan kepada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sabah, Encik Wan Zulkfli Wan Setapa. Beliau bukan orang Sabah, saya rasa orang Kelate tapi 32 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam sejak 1992. Dah pernah melalui lapan orang Menteri. Dia lagi lama dari saya di KESUMA sudah tentu. Di Sabah sejak 2020, dah empat tahun lapan bulan, telah melalui empat orang Menteri.

Adakah beliau berjiwa Sabah? Untuk saya, saya boleh menyatakan dengan yakin, beliau benar-benar berjiwa Sabah dan berjiwa Malaysia. Kerana apa? Kerana RUU yang kita hendak luluskan ini, tunggu 20 tahun, Yang Berhormat Kinabatangan.

Inilah antara orang utama, watak utama yang membolehkan RUU ini dibentangkan

draft • 5:30 PM

Tuan Sim Chee Keong

dan berjaya lepas ini dengan sokongan kalian, diluluskan untuk mengangkat martabat pekerja di Sabah. Sekian, terima kasih.

draft • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang- undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 70 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kerja Raya (Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan) dan diluluskan]

draft • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Selasa, 15 Oktober 2024.

draft • 5:30 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.36 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026