Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng****) mempengerusikan Mesyuarat]**
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Dato' Haji Adnan bin Haji Abu Hassan, Kuala Pilah.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker.
1. Dato' Haji Adnan bin Haji Abu Hassan [Kuala Pilah] minta Perdana Menteri menyatakan, pelan tindakan kerajaan untuk memperkasakan industri halal khususnya kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), syarikat bumiputera, syarikat luar bandar mahupun usahawan muda sejajar sasaran Malaysia menjadi peneraju pasaran halal antarabangsa dengan nilai eksport halal sebanyak RM63.1 bilion menjelang 2025.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang di-Pertua, sebagai Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal, saya mengambil pertanggungjawaban untuk melihat keseluruhan ekosistem industri halal di negara kita. Tidak dinafikan bahawa persijilan halal di Malaysia telah pun mendapat pengiktirafan dunia. Walau bagaimanapun, ia bukan bermakna kita terus berpuas hati dengan kedudukan ini. Kita perlu membuat penilaian semula yang bersesuaian dengan kehendak semasa.
Antara perkara yang perlu kita lihat dan teliti adalah struktur industri halal itu sendiri yang melibatkan proses persijilan halal, pengurusan bakat halal, Dasar Halal Negara, pelan pembangunan halal dan pelan pemasaran halal.
Sehubungan dengan itu, pemegang-pemegang taruh industri halal di mana kami telah menetapkan satu- bengkel khas bagi menambah nilai kepada apa yang sedia ada di sektor halal negara. Sehingga Julai tahun ini, jumlah syarikat yang telah mendapat pensijilan halal daripada JAKIM adalah sebanyak 9,146 buah syarikat. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 8,105 buah syarikat merupakan syarikat PMKS atau perusahaan mikro, kecil dan sederhana, manakala 3,616 atau 39.6 peratus adalah syarikat milik Bumiputera dan 5,270 merupakan syarikat-syarikat bukan Bumiputera. Jumlah syarikat multinasional yang memperoleh Sijil Halal sebanyak 1,041 buah syarikat.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Yang di-Pertua, dalam usaha meningkatkan penglibatan syarikat Bumiputera dalam industri halal, Pelan Induk Industri Halal (HIMP) 2030 telah menggariskan satu- teras strategik yang memfokuskan kepada galakan peningkatan daya saing syarikat Bumiputera.
Halal Development Corporation (HDC) telah menjalankan pelbagai usaha, antaranya program-program pembangunan melibatkan syarikat tempatan. Melalui program tersebut, syarikat bumiputera akan diberi peluang untuk menceburi sektor halal yang berpotensi tinggi bagi memperkukuh rangkaian bekalan serta mengadaptasi teknologi digital dan pengkomersialan produk-produk inovasi.
Contohnya, Malaysia Global Halal Show 2024 yang menawarkan khidmat bimbingan kepada syarikat untuk menembusi pasaran antarabangsa telah dijalankan.
Jumlah syarikat yang terlibat adalah sebanyak 153 buah dan daripada jumlah tersebut, hanya empat sahaja syarikat bumiputera yang terlibat sebagai peserta mewakili sektor makanan dan minuman, kosmetik dan juga penjagaan diri.
Manakala program Halal Home-Grown Champion 2.0 2024 yang memfokuskan kepada pembangunan kapasiti dan daya saing syarikat dalam rantaian bekalan halal, sebanyak tujuh buah syarikat tempatan yang terlibat terdiri daripada sektor makanan dan minuman.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuala Pilah.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Speaker. Soalan tambahan Kuala Pilah. Walaupun sijil Halal Malaysia telah lama diterima secara meluas oleh umat Islam di seluruh dunia, tetapi tidak banyak syarikat besar dari luar negara mengambil kesempatan ini untuk menghalalkan produk mereka di Malaysia.
Mohon nyatakan setakat mana pencapaian pelaburan ke dalam taman industri halal di Malaysia. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya telah menyebutkan bahawa multinational corporation atau syarikat-syarikat multinasional antarabangsa kini terdapat 1,041 buah, tetapi cuba kita lihat daripada segi peratusan tadi. Syarikat-syarikat yang satu akidah, peratusannya masih kecil. Sedangkan, yang bukan satu akidah dengan kita peratusannya terlalu tinggi. Sesuatu mesti dilakukan oleh HDC, oleh MARA, oleh lembaga-lembaga kemajuan wilayah. Dalam soal ini, kita harus mengetepikan perbezaan- perbezaan apa sahaja pun di kalangan kita demi kita memartabatkan matlamat kita.
Satu perkara yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Pilah adalah mengenai Halal Park. Kini, terdapat Halal Park di bawah negeri dan di bawah agensi-agensi Persekutuan.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya telah pun mengkoordinasikan supaya setiap negeri mempunyai Halal Industrial Park tersendiri dan setakat ini yang paling besar ialah di Pulau Pinang yang diletakkan di bawah PERDA. Terdapat juga beberapa peringkat negeri di Sarawak umpamanya yang- TPM juga ada di sini- merupakan salah satu Halal Industrial Park yang sangat-sangat proaktif untuk mempromosikan pengeluaran produk halal.
Saya ingin memaklumkan di Dewan yang mulia ini, dalam industri halal ini, malang sekali hanya sektor F&B- food and beverages saja, makanan dan minuman saja yang jadi tumpuan. Saya fikir untuk pergi ke peringkat antarabangsa, kita harus mengusahakan agar banyak- aspek-aspek lain dilakukan, seperti vaksin umpamanya yang sangat memerlukan vaksin halal dan yang paling penting ialah penyediaan bahan-bahan ramuan kepada produk-produk yang berkaitan dengan halal di peringkat antarabangsa.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Serai umpamanya atau lengkuas ataupun bahan-bahan herba sangat diperlukan di peringkat antarabangsa, untuk pengeluaran kosmetik dan lain-lain bahan, tetapi kita lihat usaha telah dilakukan.
Namun, usaha itu dia buat secara kecil-kecilan. Maka, pihak Majlis Halal Malaysia ini sedang mengkoordinasikan dengan pihak negeri dan agensi-agensi lain supaya tanah- tanah terbiar dan tanah-tanah yang kurang digunakan dapat ditanam dan mengeluarkan ramuan-ramuan yang diperlukan bagi pengeluaran produk-produk halal di peringkat antarabangsa.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Speaker?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Timbalan Puan Yang di-Pertua. Saya memandang tinggi apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Majlis Halal Malaysia. Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat TPM kerana mengupayakan industri yang sebelum ini tidak diberi nafas yang begitu baik.
Cumanya persoalan kepada Yang Amat Berhormat TPM, bagaimana Yang Amat Berhormat melihat taman Halal Park di negeri-negeri sepertimana yang saya selalu bangkitkan di kawasan saya Yang Amat Berhormat ada Gambang Halal Park, 25 tahun sudah ada infrastruktur tetapi masih belum ada pelabur-pelabur. Bagaimanakah kita nak meyakinkan pelabur-pelabur dalam industri halal ini? Ini kerana bagi saya kecerdikan, kepantasan teknologi yang sedia ada ini mampu untuk mengangkat industri halal ini, itu yang pertama.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Keduanya Yang Amat Berhormat TPM, saya meneliti jawapan tadi adalah berkaitan F&B sahaja diberi penekanan. Bagaimana kita nak melihat kebijaksanaan profesor-profesor kita dalam universiti yang akhirnya akan memberi nilai tambah kepada industri halal yang kita sebut high-value high-growth sepertimana yang disebutkan tadi, vaksin. Kita ada profesor-profesor, sebagai contoh di Universiti Malaysia Pahang Al- Sultan Abdullah, berdekatan, bersebelahan dengan Gambang Halal Park dalam kawasan Parlimen Paya Besar. Kalau ini dapat dihubung kait dan disalinghubungkan, Yang Amat Berhormat TPM, saya yakin ia dapat kita teroka lebih besar industri high-growth high-value ini. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Yang di-Pertua, apa yang disebut oleh Paya Besar ini sangat relevan dengan situasi terkini kerana kita lihat di peringkat negeri memang ada tanah yang didedikasikan untuk halal industrial park, tetapi dengan izin, unutilized or underutilized land. Jadi, itu sebab saya menyebutkan bahawa penyelarasan saya lakukan dengan pihak kerajaan negeri. Johor, selain dari Sarawak umpamanya adalah negeri yang sangat terkehadapan dalam penyediaan industri halal ini.
Daripada segi agensi selain PERDA saya sebut tadi, MARA umpamanya telah mempunyai beberapa program iaitu MARA Halal Industrial Park. Contohnya, di bahagian Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Halal Park di Tambun yang telah melatih dan mewujudkan 35 orang usahawan, di Kelantan 25 orang usahawan, di Pengkalan Chepa dan di Perlis walaupun kecil, tapi telah ada 18 orang usahawan di MHI Park Kuala Perlis, di wilayah juga di KIMAR dan juga Inkubator Teknologi Makanan MARA (INTEM).
Untuk menggalakkan pelabur-pelabur masuk, saya telah didatangi oleh pelabur daripada China dan mereka bersedia untuk melabur kira-kira RM5 bilion. Saya akan berunding dengan mereka untuk kita letakkan syarikat-syarikat itu di Halal Park negeri- negeri supaya negeri-negeri itu dapat pengagihan yang, kalaupun tidak sama rata, kesaksamaan kita berikan.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
[Bangun]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Insya-Allah, JAKIM, HDC, MITI dan beberapa kementerian dan agensi lain yang saya koordinasikan akan menjadi pendukung pada program ini. Saya fikir, kita berada di paling hadapan sebenarnya dalam pengeluaran sijil halal tetapi terlalu banyak negara-negara lain yang juga mengeluarkan Sijil Halal sendiri.
Jepun, Korea umpamanya itulah mengeluarkan sijil-sijil halal yang dikeluarkan oleh persatuan-persatuan Muslim di negara berkenaan. Thailand umpamanya mempunyai Sijil Halal sendiri dan dikeluarkan oleh banyak- persatuan-persatuan Islam, sama ada yang berada di Selatan Thai ataupun di ibu negara mereka.
Saya fikir, kita telah berjaya melakukan sesuatu di peringkat awal. Akan tetapi, saya sering menasihatkan bahawa untuk mencapai kejayaan itu sukar. Akan tetapi untuk mempertahankan kejayaan itu lebih sukar. Dalam perkara inilah kita tidak mahu industri halal ini indah khabar daripada rupa. Kita mesti ketepikan perbezaan antara negeri dan kita mesti memacu dan memperkasakan industri halal ini.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Kuala Terengganu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari, Pasir Mas.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Yang di- Pertua.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Yang di-Pertua.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang di-Pertua, soalan kedua sepatutnya di sebelah sana.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Sepatutnya soalan kedua di sebelah sini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tadi tak ada orang berdiri.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ada bangun.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak ada. Saya sudah nampak tak ada, baharu saya bagi Paya Besar.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tapi ada budi bicara untuk soalan yang ketiga?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kalau- nanti check CCTV, kalau tak percaya.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Apa salahnya Dato' Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari, Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Pasir Mas minta Menteri Komunikasi menyatakan, apakah inisiatif terkini kerajaan dalam menggubal undang-undang khusus melibatkan kerjasama rentas kementerian bagi menangi insiden buli siber yang sedang berleluasa hari ini? Terima kasih.
2. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Menteri Komunikasi menyatakan, apakah inisiatif terkini kerajaan dalam menggubal undang-undang khusus melibatkan kerjasama rentas kementerian bagi menangani insiden buli siber yang sedang berleluasa hari ini?
Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Untuk makluman sahabat saya Pasir Mas, Kementerian Komunikasi bekerjasama rapat dengan Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Perdana Menteri iaitu Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi dan Kementerian Digital dalam usaha untuk menangani gejala buli siber ini.
Sehubungan itu, semalam satu mesyuarat berkaitan isu buli siber telah diadakan pada 10 dan 17 Julai, termasuk semalam. Pada mesyuarat semalam yang telah dipengerusikan bersama oleh saya bersekali dengan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dan Yang Berhormat Menteri Digital. Turut dihadiri, Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Bahagian Hal Ehwal Undang- undang dan juga Kementerian Dalam Negeri.
Dalam mesyuarat ini, beberapa perkara telah dibincangkan termasuk aspek kawal selia, aspek penguatkuasaan, aspek undang-undang serta isu-isu yang mungkin melibatkan perkara-perkara berkaitan dengan perjalanan kes-kes di mahkamah. Walau bagaimanapun, kita akan bentangkan dan maklumkan kepada Jemaah Menteri sebelum kita umum hasil daripada apa yang telah dibincangkan semalam.
Namun, secara umum boleh saya maklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa seksyen 503 dan 509 Kanun Keseksaan ataupun Akta 574, yakni kesalahan menakutkan secara jenayah atau criminal intimidation dan perkataan atau isyarat yang dimaksudkan, mengaibkan kehormatan seseorang serta seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau Akta 588, yakni penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain adalah antara contoh peruntukan sedia ada yang boleh diguna pakai bagi menangani kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan buli siber bergantung kepada bentuk buli yang dilakukan.
Menteri Komunikasi - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Pada masa yang sama, mesyuarat semalam juga akan insya-Allah meneliti penggubalan, keperluan menggubal undang-undang yang baru bersesuaian dengan keperluan semasa dan juga kita lihat perubahan cara orang berkomunikasi ke depan mungkin berbeza, jadi dia perlu juga dengan izin, future-proof. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mengajukan soalan ini dan saya percaya kesediaan YB Menteri menerima soalan ini untuk dijawab berpunca daripada kejadian buli siber yang menggegarkan negara sejak akhir-akhir ini sehingga ada yang membawa kepada kes kematian. Isu ini juga diulas oleh YB Menteri sebelum ini, berhubung denda RM100 untuk pesalah merupakan isu yang sepatutnya membuka mata kita semua.
Saya mohon izin untuk rakamkan takziah kepada keluarga mangsa dan kita sendiri merasai keperitan, kesedihan keluarga mangsa yang terpaksa menerima kehilangan anggota keluarga yang tersayang. Kita hormati keputusan mahkamah tapi kita akui kelemahan dalam undang-undang sedia ada. Jadi saya setuju bila YB Menteri menyebut semua orang terdedah kepada risiko untuk menjadi mangsa cyberbully.
Timbalan Menteri pun jadi mangsa cyberbully beberapa hari lepas.
Soalan saya Yang Berhormat Menteri. Apakah jaminan kalau mangsa buli itu adalah daripada pihak pembangkang? Adakah juga akan turut dibela, sebagaimana kita lihat hari ini bagaimana ada influencer, influencer- pempengaruh-pempengaruh yang mempromosikan ataupun berada di pihak pembangkang tetapi turut dibuli dalam alam siber oleh- kita tidak tahulah pengguna media sosial yang berada di pihak kerajaan, sama ada fake account atau tidak. Itu kita tidak tahu. Yang kedua, bagaimana YB Menteri nak integrasikan antara sekatan terhadap bully cyber ini dengan kebebasan bersuara. Sebab, saya dapati dalam...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Sikit lagi. Saya- pendek saja.
Saya dapati dalam beberapa kecenderungan sejak akhir-akhir ini ada ruang-ruang komen yang ditutup, terutamanya daripada agensi BERNAMA. Saya tontonkan bagaimana dalam Facebook BERNAMA dalam berita tentang YB Menteri sendiri pun ada komen yang ditutup, yang tidak boleh dikomen. Jadi bagaimana nak integrasikan antara kebebasan bersuara dengan sekatan terhadap buli siber ini. Terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan-soalan yang baik. Pertama, saya ingin bagi jaminan bahawa tidak ada sesiapa yang sepatutnya menjadi mangsa buli siber. Tidak ada sesiapa. Itulah sebabnya bila ada yang kita sebut kalau sekiranya contoh Ahli Parlimen ataupun Menteri yang mengadu menjadi mangsa buli siber, kita seolah-olah memperlekeh. Kita tidak harus membudayakan buli siber dan amaran ini saya berikan kepada semua, tak kira. Dengan izin, no one should be a victim of cyber bully, no one!
Tak kiralah di sebelah sini kah, di sebelah sana kah, yang tidak berparti kah. Jelas dalam kes mendiang Rajeswary a/p Appahu ataupun dikenali sebagai Esha. Dia bukan orang yang berparti, dia adalah influencer TikToker yang membincangkan saya difahamkan produk-produk kecantikan, tetapi berlaku salah faham dalam komuniti tersebut. Malah kita lihat sebenarnya salah satu perkara yang memungkinkan kejadian buli siber ini, pelaku-pelaku berselindung di sebalik fake account. Kedua dan ini saya bagi peringatan kepada semua. Sering kali bila dibuat sesi live, ada yang beranggapan tak apalah masukkan je lah komen lepas ni hilang je. Tak betul. Saya nak maklumkan bahawa kita telah mendapat- pihak MCMC dan juga PDRM mendapat kerjasama dari platform-platform media sosial untuk mengenal pasti mereka yang meletakkan komen walaupun dalam sesi live. Sukacita saya ingatkan Dewan yang mulia ini tentang keputusan yang pernah dibuat di Mahkamah Persekutuan dulu, sekitar tahun 2021 berkenaan komen pembaca yang dimuat naik dalam ruangan laman portal media. Ini lah keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa platform tersebut bertanggungjawab ke atas komen-komen yang dimuat naik.
Jadi, saya sarankan supaya kita sentiasa berhati-hati tentang komen-komen yang dimuat naik dan itu sebenarnya secara langsung menjawab soalan kedua tadi tentang balance dengan izin, keseimbangan antara hak bersuara dan juga apa-apa sekatan berkaitan dengan undang-undang yang perlu dikenakan.
Jadi, saya sudah pasti media seperti BERNAMA mengambil maklum, malah juga mana-mana media yang lain. Mereka ada hak untuk mengenakan sekatan seperti yang mereka rasakan perlu, mengambil kira apa yang saya sebutkan tadi, pernah ada keputusan mahkamah, maka mungkin itu antara keputusan yang mereka lakukan. Saya sebut di sini, saya tak minta mereka untuk tutup ruangan komen.
Saya tegur juga, saya teliti sebelum ini Yang Berhormat Machang walaupun beliau tak ada di sini pernah mengeluarkan tohmahan kepada saya mengatakan ada tindakan- tindakan yang diambil termasuk bukan terhadap Yang Berhormat Kemaman- saya nak sebut Yang Berhormat Kemaman, saya tidak pernah mengarahkan pihak TikTok. Saya tak pernah terima aduan dan sesiapa yang membuat aduan kepada mana-mana platform dalam Instagram, dalam mana-mana platform sekalipun, termasuk dalam Telegram, orang awam boleh membuat aduan dan terpulang kepada platform-platform ini untuk mengekal ataupun menurunkan content ataupun bahan tersebut. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Segamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Terima kasih juga kepada Menteri. Saya juga telah masukkan soalan Menteri berkenaan isu ini. Saya rasa rata-rata Ahli Parlimen dan juga pihak kerajaan juga telah berbincang atau mendesak juga kementerian untuk menangani dan memberi jaminan dalam isu cyber bully ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Soalannya, ada dua soalan saya nak tanya. Apa langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk memastikan kawalan kandungan content moderation yang efektif dalam pelbagai bahasa di platform media sosial. Kerana kita tahu baru-baru ini kes kematian, ia melibatkan dalam bahasa Tamil.
Kita nak tahu sejauh mana kementerian memantau perkara-perkara yang menggunakan bahasa-bahasa lain? Pertama.
Soalan kedua adalah apakah tindakan akan diambil terhadap syarikat-syarikat media sosial yang cuai atau leka dalam mengawal kandungan yang berkaitan dengan gejala cyberbully ini? Kerana saya rasa telah tiba masa because ini lah syarikat-syarikat luar yang harus mengambil tanggungjawab. Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Mengenai isu kawalan kandungan. Semestinya setiap platform media sosial akan ada dengan izin moderation team masing-masing. Daripada segi pemantauan di pihak MCMC, ia bergantung kepada antara lain aduan yang diterima dari orang ramai.
Satu fenomena yang berlaku sekarang ialah banyak daripada sesi TikTok live ini berlaku di tengah-tengah malam. Saya dapati, saya meneliti maklumat yang saya terima berkenaan aduan dalam kes TikTok live yang melibatkan mendiang Rajeswary, difahamkan TikTok live itu berlaku sekitar tiga, empat pagi. Jadi memang mode pemantauan perlu berubah.
Dalam perbincangan saya dengan pihak TikTok, mereka telah memaklumkan bahawa mereka mengambil serius dan memandang cukup serius kejadian ini dan mereka juga sangat-sangat terkesan. Mereka telah dengan segera menambah jumlah dengan izin, moderator yang akan meneliti termasuk content dan juga sesi TikTok live dalam bahasa-bahasa vernakular, termasuk dalam bahasa Tamil, tapi saya juga setuju seperti yang telah disebut, saya telah sebut dalam satu sidang media minggu lalu bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga berpendirian, Kabinet juga berpendirian bahawa platform-platform ini tidak boleh cuci tangan. Cuci tangan dalam isu bukan hanya- dan saya nak tegaskan kita sekarang ni melihat kepada isu buli siber, tapi sejujurnya, banyak lagi masalah yang berlaku melibatkan platform-platform media sosial.
Berapa ramai di kalangan Ahli-ahli Parlimen yang menjadi mangsa scam. Iklan- iklan scam ini dimuat naik dalam laman-laman platform-platform media sosial. Saya sejujurnya Puan Yang di-Pertua, kadang-kadang selepas subuh saya akan duduk meneliti semua- komen-komen ataupun semua- iklan-iklan scam ini. Itu tak termasuk lagi masalah judi dalam talian.
Jadi banyak perkara yang kita minta supaya platform-platform ini segera betulkan.
Saya ada keperluan untuk mengambil tindakan yang lebih tegas dan ini juga di pihak Kabinet, kita meneliti perkara ini dan insya-Allah kita akan ambil tindakan yang lebih tegas.
Saya nak minta bantuan daripada semua Ahli Yang Berhormat. Bila Ahli-ahli Yang Berhormat bertemu dengan kanak-kanak di bawah 13 tahun, pastikan mereka tidak membuka akaun media sosial.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Tolong pastikan mereka tidak membuka akaun media sosial. Kerana semua platform tidak membenarkan kanak-kanak di bawah usia 13 tahun daripada membuka akaun media sosial. Malangnya Puan Yang di-Pertua dan ini poin akhir saya, platform- platform ini sendiri culas untuk membuat pengesahan tentang umur pemilik akaun yang dimaksudkan. Jadi, saya minta bantuan Ahli-ahli Yang Berhormat, marilah kita bersama- sama pastikan internet kita bukan hanya lebih laju, lebih meluas, lebih murah, lebih pantas, tapi juga lebih selamat untuk kanak-kanak dan keluarga kita. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh, Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
3. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan, mikroplastik merupakan bahan pencemar baharu yang menjadi ancaman kepada sumber dan bekalan air. Sejauh mana usaha yang telah diambil oleh kementerian untuk mengetengahkan isu ini di kalangan rakyat Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Ledang.
Puan Yang di-Pertua, Kementerian PETRA mengambil berat dan perhatian serius dalam isu mikroplastik sebagai bahan pencemar baru dalam sumber dan bekalan air.
Dalam usaha untuk mengetengahkan isu berkaitan bahan cemar baharu termasuk mikroplastik, Kementerian melalui Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia ataupun lebih dikenali sebagai NAHRIM, telah menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan kualiti air. Berdasarkan kajian NAHRIM terhadap enam lembangan sungai telah mengumpul data purata kelimpahan mikroplastik di setiap lembangan sungai terpilih dan seterusnya ke laut adalah dipengaruhi oleh aktiviti antropogenik seperti industri dan domestik.
Pada ketika ini, masih belum ada had piawaian pematuhan berkaitan bahan cemar baharu mikroplastik di dalam air. Contohnya, proses rawatan air perlu diberi perhatian bagi menjamin kualiti air yang selamat. Maklumat daripada hasil penyelidikan NAHRIM sangat penting bagi tujuan penambahbaikan dan pengukuhan garis panduan, polisi dan akta sedia ada dalam usaha kerajaan mengawal pencemaran plastik dan juga mikroplastik bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan persekitaran air.
Namun, kajian yang lebih menyeluruh perlu dijalankan untuk menilai dari sudut impak kesihatan manusia yang terdedah pada pencemaran mikroplastik. Kerjasama semua pemegang taruh seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Kementerian Perumahan dan Kajian Tempatan, serta kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan amatlah diperlukan supaya isu ini dapat ditangani dengan lebih holistik.
NAHRIM juga telah menganjurkan Seminar Mikroplastik Kebangsaan pertama pada 15 hingga 16 Julai 2024. Seminar ini berjaya mengumpulkan lebih 39 Kertas Persidangan yang membincangkan isu-isu berkaitan mikroplastik.
Seminar ini tidak hanya tertumpu kepada sumber air dan persekitaran marin sahaja, namun impak pada organisma lain seperti organisma akuatik, tanah dan pelbagai medium lain. Dalam usaha memperluas pendidikan berkaitan kehadiran bahan cemar baharu mikroplastik dalam sumber air di Malaysia, NAHRIM juga akan mengambil langkah-langkah seperti berikut:
(i) penggunaan dokumen bahan cemar baharu sebagai dokumen asas menyebarkan pengetahuan dan kesedaran berhubung pencemaran mikroplastik;
(ii) pembentukan jawatankuasa khas bagi membincangkan hal-hal berkaitan bahan cemar baharu di Malaysia;
(iii) penambahbaikan piawaian kualiti air mentah Malaysia dengan penambahan parameter bahan cemar baharu;
(iv) mengadakan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi pengumpulan data prima pencemaran mikroplastik dalam sumber air mentah di Malaysia;
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
(v) pembangunan standard operating procedure, dengan izin, SOP bagi pensampelan mikroplastik dan pengesanan mikroplastik yang diangkat menjadi Malaysian Standard (MS).
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri atas jawapan tadi yang saya faham ada lima- langkah-langkah yang diambil dan ini mungkin selari juga apa yang dilakukan oleh negara- negara lain seperti Austria yang juga melaksanakan Pelan Tindakan Mikroplastik 2022- 2025.
Saya ingin merujuk kepada sebuah kajian yang diterbitkan oleh American Chemical Society pada April tahun ini yang menyebut bahawa Malaysia antara negara yang mencatatkan pengambilan mikroplastik yang tinggi. Melebihi daripada 50 peratus melalui amalan pemakanan bersumber laut yang tinggi. Kita memang negara yang makan sumber laut yang tinggi.
Selain itu, antara punca ketara yang meletakan kedudukan Malaysia sebagai negara yang diancam pencemaran mikroplastik ialah melalui bahan-bahan daripada sektor industri seperti tekstil, tayar dan juga kosmetik. Justeru, apa termasuk dalam perancangan kerajaan untuk menguatkuasakan peraturan, garis panduan atau undang- undang selari ataupun sebagai penyelesaian awal selain daripada langkah-langkah pencegahan yang lain? Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Sememangnya kita mengambil serius pada laporan daripada komuniti sains dunia yang meletakan Malaysia sebuah negara yang terdedah dengan mikroplastik. Ada kajian yang terkini dan ada juga kajian yang lama, tapi lebih penting ialah untuk kita membuat kajian dalam negara kita sendiri yang melibatkan pelbagai kementerian, agensi dan juga pihak negeri untuk kita mengkaji apakah kedudukan terkini daripada segi mikroplastik yang terdedah kepada air ataupun di udara dan setakat mana ia memberi pendedahan risiko kepada kesihatan manusia. Itu memang kita akan laksanakan.
Yang kedua, daripada segi dasar. Kalau kita melihat dasar yang sedia ada, menjelang 2025 kita mengatakan bahawa tidak ada lagi beg plastik digunakan. Itu menjadi sasaran di Malaysia. Pada masa yang sama, saya kira apa yang kita nak laksanakan ialah untuk menggalakkan menggunakan bahan-bahan plastik degradable- biodegradable.
Maknanya, yang boleh dilupuskan berbanding dengan plastik yang tidak mesra alam yang juga mendedah bahaya kepada manusia dan alam sekitar. Yang kedua juga kita nak galakkan supaya bahan-bahan kecantikan ataupun bahan-bahan lain yang menggunakan elemen plastik microbeads, dengan izin, sama ada untuk mencuci muka, scrub badan dan sebagainya. Itu juga patut dikurangkan.
Kesedaran ini pula diberikan pada semua pengamal kesihatan supaya mengurangkan penggunaan bahan-bahan plastik ini. Begitu juga bahan-bahan mesin basuh yang kita gunakan sekarang. Kita nak galakan supaya menggunakan mesin basuh yang bukan di- dari atas tapi dari tepi dan kadar kelajuan dan kadar masa untuk membasuh juga dikurangkan supaya ia nya tidak menghasilkan hasilan-hasilan yang boleh mendedahkan lepasan kepada bahan-bahan yang tidak sihat ke air. Begitu juga dengan mengurangkan menggunakan bahan-bahan material tekstil yang menggunakan plastik ataupun microfibre.
Ini semuanya langkah-langkah bakal kita ambil, termasuklah tidak menggalakkan menggunakan bahan sintetik, nilon dan sebagainya dan menggalakkan penggunaan perangkap pencemar kasa dan beberapa lagi lah kemasukan kalau dapat lebih ramai kita menggunakan pengangkutan awam.
Sebab tayar yang digunakan sebenarnya menghasilkan kesan-kesan sampingan yang akhirnya bila hujan akan mengalir ke air dan tayar-tayar yang kesan tayar itu sendiri
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
sebenarnya mendedahkan. Itu juga merupakan bahan mikroplastik yang terlepas di udara, yang boleh dihidu oleh kita ataupun terminum disebabkan ia nya tidak terlarut bila diproses air itu sendiri. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Rompin.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Saya terus pergi kepada soalan Yang Berhormat Menteri. Adakah pihak kementerian dengan kerjasama Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah mengkaji keperluan untuk membangunkan undang-undang khusus untuk menangani isu pembuangan dan pencemaran plastik, di samping usaha mengurangkan penggunaan plastik sekali pakai tidak terbiodegradasi secara berfasa ke arah mempromosi alternatif dan bahan mampan dalam pengeluaran plastik selaras dengan Pelan Hala Tuju Kelestarian Plastik Malaysia 2021-2030?
Ini mengambil kira pendekatan yang diambil oleh negara-negara jiran supaya isu pencemaran plastik ini dapat ditangani secara bersama di peringkat ASEAN. Soalan kedua saya, sejauh manakah kajian juga dijalankan dan kerjasama dengan KKM terhadap kesan mikroplastik terhadap kesihatan manusia akibat pendedahan kepada mikroplastik?
Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih. Sebahagiannya saya dah jawab tadi. Komitmen kerajaan ialah untuk sasarannya by- menjelang 2025, tidak ada lagi beg plastik digunakan. Itu salah satu pendekatan, tapi yang lebih utama ialah untuk memberi kesedaran daripada segi amalan baik dan sebagainya. Kalau kita ada dasar, ada perundangan, tapi tidak disambut oleh rakyat, maka ia nya tidak akan memberi kesan.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Disebabkan itu, saya kira program advokasi untuk memberi kesedaran amalan terbaik di kalangan setiap individu rakyat supaya secara sendiri tidak akan menggunakan plastik, mengamalkan amalan-amalan baik, tidak akan melepaskan bahan-bahan cemar ke sungai ataupun ke udara dan sebagainya, termasuklah pihak industri dan semua stakeholders. Daripada segi perundangan, yang saya katakan tadi memang ia melibatkan pelbagai kementerian. Disebabkan itu, saya kira langkah seterusnya ialah untuk melibatkan semua kementerian, melihat kepada apa bahan-bahan cemar baharu yang wujud di negara kita, termasuk mikroplastik. Bagaimana ia memberi kesan kepada kesihatan manusia dan kesihatan alam sekitar itu sendiri. Ini perkara yang akan kita laksanakan.
Minggu lepas, minggu ini tadi memang sudah ada satu seminar yang pertama dilaksanakan oleh NAHRIM. Tapi bagaimana kita hendak libatkan semua kementerian sebab kalau kita lihat dalam negara kita ini, pelbagai kementerian yang ada perundangan, peraturan, termasuklah PBT dan sebagainya. Bidang kuasa ini kita perlu selaraskan melalui jawatankuasa untuk kita mengambil tindakan bersepadu bagaimana kita hendak tangani.
Satu, kenal pasti apa bahan cemar baharu, bagaimana kita hendak pantau, apa tindakan untuk kita ambil supaya kita boleh ambil tindakan secara bersepadu daripada segi penguatkuasaan dan juga langkah-langkah pencegahan. Apa kaedah-kaedah baharu, SOP baharu yang perlu ada supaya ada saja standard yang ada sekarang ini mungkin tidak mampu untuk melindungi ataupun cover bahan-bahan baharu yang mencemar keadaan kita. Jadi, kita kena tambah baik dan ini akan dilaksanakan secara bersepadu di bawah jawatankuasa yang bakal kita wujudkan nanti. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Puan Young Syefura binti Othman, Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Ke Bentong mencari durian, Singgah bermalam di Batu Satu, Selamat pagi saya ucapkan, Soalan saya nombor satu.
1. Puan Young Syefura binti Othman [Bentong] minta Menteri Pendidikan menyatakan:
(a) apakah langkah kementerian bagi mengoptimumkan penggunaan digital dalam pengajaran dan pembelajaran melalui Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) oleh guru dan pelajar; dan
(b) sejauh mana kementerian bersedia dalam mempromosi dan memberi pendedahan kepada murid tentang teknologi AI melalui portal ini.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Puan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa komited melaksanakan transformasi sistem pendidikan secara berterusan berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang turut mengambil kira perkembangan teknologi terkini seperti artificial intelligence (AI). Ini juga adalah selaras dengan Dasar Pendidikan Digital yang telah pun diluncurkan pada tahun lepas.
KPM telah menyediakan pelantar DELIMa yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan sejak tahun 2019. Bagi mengoptimumkan penggunaan DELIMa, KPM telah menyediakan ID dan juga kata laluan kepada semua murid dan guru supaya mereka boleh mengakses kepada semua bahan yang terdapat dalam pelantar DELIMa. Setakat masa ini, kita mempunyai 5.3 juta ID iaitu pengguna daripada kalangan guru dan juga murid.
KPM telah memuat naik sebanyak 788 buku teks, buku teks sekolah menengah dan buku teks sekolah rendah. Daripada jumlah ini, 580 buah buku telah pun diindekskan bagi memudahkan carian. Pelantar DELIMa juga menyediakan sebanyak 12,762 buah video pendidikan untuk kegunaan guru dan murid. KPM turut menggalakkan perkongsian video PdP dan video Amalan Terbaik hasil daya usaha dan kreativiti guru melalui ruang ilmu di dalam DELIMa.
Setakat ini, terdapat sebanyak 6,570 buah bahan digital yang telah pun disumbangkan oleh guru-guru kita, seramai 1,863 orang guru. Pelantar DELIMa dinaik taraf dan ditambah baik dari semasa ke semasa secara berterusan dengan feature baharu bagi meningkatkan pengalaman pengguna, analisis data, kandungan dan pembelajaran diperibadikan.
Berdasarkan laporan penggunaan sehingga 10 Julai 2024, 90 peratus guru telah pun menggunakan pelantar DELIMa secara aktif bersamaan dengan 401,619 orang dan seramai 27 peratus murid bersamaan dengan 1,301,593 orang, 1.3 juta orang murid telah menggunakan pelantar DELIMa secara aktif.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, teknologi AI juga merupakan alat yang berpotensi besar dalam meningkatkan pemahaman murid serta menyediakan
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
pengalaman pembelajaran berdasarkan keperluan individual. Setakat ini, sebanyak 16 aplikasi berkaitan dengan AI telah pun disediakan dalam pelantar DELIMa. Daripada jumlah ini, sebanyak sembilan aplikasi AI seperti Gemini, ChatGPT, Bing AI dan Conker AI berperanan membantu guru untuk merancang pengajaran, 30 saat lagi, Puan Yang di-Pertua.
Untuk guru, menerusi pelantar DELIMa guru-guru juga menggunakan sumber pendidikan berasaskan AI dengan rakan-rakan strategik iaitu dengan Microsoft, Microsoft Education AI Toolkit dengan Google Gemini AI Academy dan dengan Intel- Intel AI for Youth. Itu untuk guru.
Bagi murid-murid pula, KPM juga giat melaksanakan aktiviti bengkel dalam talian dan pertandingan berkaitan penggunaan teknologi digital yang mengintegrasikan AI menerusi program pemerkasaan digital murid. Sebanyak lapan aktiviti sedang dilaksanakan sepanjang tahun 2024 termasuk Imagine Cup Junior, Digital Storytelling Animation dan Minecraft Education Challenge, dengan izin. Bahan dan pemakluman mengenai pertandingan yang dianjurkan boleh diakses melalui pelantar DELIMa dan KPM sentiasa komited untuk menambah baik sistem pembelajaran berasaskan teknologi dan digital secara berterusan. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih atas jawapan yang diberikan.
Namun begitu, saya ada sedikit persoalan, dua soalan. Pertama, saya dengar tadi ada lebih kurang tujuh ratus lebih buku teks digital di dalam pelantar DELIMa tersebut.
Jadi, bagaimana inisiatif ini dapat mengurangkan isu beban berat beg sekolah, beg berat ke sekolah. Itu yang pertama.
Kedua, dalam usaha pendigitalan pendidikan ini, kita tahu ada sekolah-sekolah yang tidak mempunyai infrastruktur yang- dan kemudahan yang lengkap seperti internet, peranti dan sebagainya. Jadi, apa strategi kementerian agar keadaan ini tidak menyebabkan jurang yang besar ke antara sekolah, khususnya sekolah yang berada di luar bandar. Terima kasih.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Yang Berhormat dari Bentong. Dari 788 buku teks yang telah pun dimuat naikkan ke pelantar DELIMa, sebanyak 352 adalah buku teks untuk sekolah menengah dan 436 adalah untuk buku teks sekolah rendah. Pelantar DELIMa ini membolehkan anak-anak kita dan juga guru mengakses buku teks ini di mana- mana jua sahaja, iaitu sama ada di dalam kelas ataupun bilik darjah ataupun di rumah selagi ada akses kepada internet. Maka, pelantar DELIMa ini akan membantu. Itu nombor satu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
[Bangun]
Tuan Wong Kah Woh
Nombor dua berkenaan dengan isu jurang pendidikan teknologi di antara bandar dan juga luar bandar. Sememangnya KPM sedang sentiasa dalam usaha untuk memastikan bahawa pendidikan digital ini dapat disampaikan kepada kesemua anak-anak kita biarpun di bandar dan juga di luar bandar. Dalam usaha itu, ada beberapa perkara telah pun dilaksanakan oleh pihak KPM iaitu khasnya kepada anak- anak kita di luar bandar.
Kita mempunyai pusat giat guru (PGB)- pusat kegiatan guru (PKG), maaf. Pusat kegiatan guru iaitu kita mempunyai 367 buah pusat kegiatan guru dan juga 16 buah sektor sumber dan teknologi pendidikan. Pusat kegiatan guru ini memberikan- ini memainkan peranan sebagai satu centre of excellence di daerah masing-masing untuk membolehkan guru-guru dan murid-murid melawat dan menggunakan fasiliti yang ada dalam pusat kegiatan guru.
Tuan Wong Kah Woh
Pusat ini adalah dilengkapi dengan studio digital seperti komputer riba, kamera camcorder digital, video switcher, audio mixer dan sebagainya. Juga, kita dilengkapi dengan digital maker hub. Pada masa yang sama juga...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan jawapan.
Tuan Wong Kah Woh
...Ya 20 saat, dengan izin. KPM juga melaksanakan perolehan baharu perkhidmatan internet bagi tempoh 2024 sehingga Jun 2025, yang mana kita menaikkan taraf teknologi fiber dari 100Mbps kepada 300Mbps. Bagi sekolah yang menggunakan teknologi satelit, kelajuan ditambah dari 30Mbps kepada 100Mbps.
Ini merupakan sedikit sebanyak usaha daripada pihak kerajaan untuk memastikan anak-anak kita, sama ada dari bandar ataupun luar bandar dapat memperoleh satu pendidikan digital yang berkualiti. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. YB Timbalan Menteri, soalan tambahan saya iaitu kita faham agenda pendigitalan pendidikan merupakan cabaran baru masa kini. Antaranya ialah akses internet dan mencelikkan teknologi bagi menjayakan digital.
Saya ingin merendangkan lagi soalan yang diajukan oleh Bentong tadi, iaitu dalam hal ini, adakah Kementerian Pendidikan membuat modul baru ataupun modul pendidikan baru bagi membuat pentaksiran bagi pelajar yang berdepan dengan masalah seperti kekangan pemikiran, peranti dan juga gajet elektronik, terutamanya di kawasan luar bandar supaya kita ada perbezaan sebab mereka agak sukar untuk mendapat akses.
Kemudian, kita daripada segi pentaksiran itu agak berbeza dari luar bandar dan juga bandar. Juga, adakah kerajaan memastikan guru juga dilengkapi dengan kemahiran pedagogi berteraskan teknologi maklumat. Sekian, terima kasih.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Berkenaan dengan soalan yang diajukan, sememangnya KPM, di bawah Dasar Pendidikan Digital, kita memberikan tekanan kepada enam- teras. Antara enam buah teras ini, saya hendak menegaskan tiga teras pada pagi ini iaitu:
(i) melahirkan murid yang fasih digital;
(ii) untuk melahirkan pendidik yang kompeten digital; dan
(iii) untuk membangunkan atau mengupayakan infrastruktur dan juga infostruktur.
Ini adalah semua berkaitan dengan pembangunan dari warga didik, anak-anak kita ataupun daripada segi infrastruktur, biarpun di sekolah-sekolah di bandar ataupun di luar bandar.
Apabila kita berbincang berkenaan dengan keperluan, khasnya anak-anak kita di luar bandar, pada 15 Julai minggu ini, saya telah pun semasa menjawab soalan Yang Berhormat Igan, telah pun menyenaraikan bantuan-bantuan yang telah pun diberikan oleh KPM, khasnya daripada segi penyediaan, pemberian peranti dan juga daripada segi penyediaan sekolah-sekolah, untuk makmal. So, saya tidak hendak ulang di sini.
Namun demikian, ada satu- mungkin satu yang saya boleh laporkan di sini adalah daripada segi pengambilan bahagian murid dalam aktiviti-aktiviti di atas pelantar DELIMa.
Kita menampakkan satu trend yang meningkat daripada segi bilangan murid yang menyertai. Saya bagi contoh pada tahun 2021.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan jawapan.
Tuan Wong Kah Woh
Ya. Pada tahun 2021, penyertaan murid dalam pertandingan adalah seramai 7,360 orang; 2022, 14,020 orang; 2023, 31,343 orang; 2024
Tuan Wong Kah Woh
telah melonjak kepada 84,725 orang. Ini lah hasil usaha daripada KPM dan juga kesemua yang terbabit untuk mempromosikan pendidikan digital di negara kita. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan, Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang di-Pertua, soalan saya nombor 2.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan Menteri.
2. Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, apa kerajaan telah membuat kajian terperinci dan sesi libat urus yang secukupnya berkenaan cadangan untuk menyahjenayah (diskriminasi) dalam penyalahgunaan dadah kerana ia akan memberi impak kepada keselamatan masyarakat awam.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Puan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih rakan saya dari Kota Bharu.
Pada 21 Julai 2020, kerajaan pada ketika itu bersetuju dengan cadangan dasar pengalihan penyalah guna dadah daripada hukuman penjara kepada program rawatan dan pemulihan. Dari situ, maka ikhtiar untuk meminda Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) dimulakan. Sesi libat urus, dialog, seminar, musyawarah, bengkel dilakukan secara intensif dan ini melibatkan semua stakeholders atau pemegang taruh.
Misalnya, tahun 2009, dua kali dibuat. Itu prelude kepada keputusan dasar, Julai 2020. Tahun 2020 itu sendiri, sebanyak empat sesi libat urus. Tahun 2021, KDN kendalikan tujuh libat urus. Tahun 2022, 11. Tahun 2023, semakin rancak, diadakan sebanyak 22 dan tahun 2024 itu 13. Baik. Antaranya, libat urus yang melibatkan kementerian, agensi, jabatan. Itu dalam struktur kerajaan.
Libat urus juga melibatkan pusat pemulihan rawatan dadah persendirian iaitu 125 orang individu hadir dalam sesi libat urus. Sesi libat urus bersemuka dengan Malaysian Substance Abuse Council, itu juga dibuat. Libat urus dalam bentuk town hall berkenaan dikriminalisasi penggunaan dadah dengan NGO. NGO, 106 NGO. Dia melibatkan 30 NGO yang specialised dalam bidang rawatan dan pemulihan. Bakinya 70 itu- 76 dalam bidang pencegahan.
Jadi, pada akhir sesi libat urus itu, maka Rang Undang-undang Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) ini dibentangkan, selesai dibahaskan oleh 36 Ahli-ahli Parlimen. Bahkan pada akhir perbahasan itu Yang Berhormat, saya tidak mencadangkan supaya pengundian. Sebaliknya, saya mohon dirujuk kepada Parliamentary Select Committee; Kesihatan dan Keselamatan dan mereka sudah pun menyelesaikannya pada 16 Julai.
Jadi, persoalan Yang Berhormat tentang libat urus, saya boleh katakan bahawa KDN telah melaksanakannya secara intensif sekali dan melibatkan pelbagai pihak. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Apa pun, saya berpendapat bahawa kerajaan perlu lebih serius untuk membuat kajian sampai ke peringkat yang dipanggil kajian empirikal- empirical research sebagaimana yang dibuat oleh UNODC- UN on Drugs and Crime yang menjalankan evidence-based and empirical research.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang di-Pertua, sebagaimana Yang Berhormat Menteri maklum bahawa laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) pada tahun 2022, didapati 60,000 orang remaja di negara ini dikenal pasti terjebak dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.
Manakala, 106,000 orang remaja memiliki sejarah pengambilan barang-barang terlarang.
Yang Berhormat tentu lebih arif mengenai data daripada AADK. Pada tahun 2023, terdapat seramai 145,526 orang penagih dan penyalah guna dadah dan bahan terlarang, 53 peratus jenis methamphetamine, tetapi yang menggemparkan, 62 peratus daripada penagih dan penyalah guna dadah itu berusia 19 sehingga 39 tahun. Manakala, data dari penjara menunjukkan bahawa pada...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
...Terdapat daripada 3,472 conviction atau sabitan di bawah seksyen 15(1) DDA...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
...Sebanyak 56 peratus kesalahan adalah berulang empat kali ke atas. Seramai 1,900.
Jadi, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah kajian terperinci khususnya dalam mengesan penagih dadah remaja yang didapati menggunakan semula dadah selepas tempoh relapse ataupun tempoh mereka berhenti serta hubung kait antara penyalahgunaan dadah dengan kes bunuh diri atau commit suicide?
Dalam hal ini, apa bentuk intervensi segera yang ditawarkan oleh kerajaan untuk membantu golongan, terutama mereka yang datang daripada keluarga susah serta tawaran peluang kedua kepada golongan ini yang terpaksa berdepan dengan stigma dan juga tekanan hidup akibat rekod jenayah sehingga sukar nak mencari peluang-peluang pekerjaan? Terima kasih.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih Kota Bharu. Soalan tambahannya itu padat sekali tetapi saya cerakinkan.
Bahagian pertama itu, perkongsian data-data empirikal. Saya tidak ada masalah.
Sebab dia membawa pada persamaan kita bahawa masalah dadah, baik bekalan, penagihan, penyalahgunaan bahan, betul-betul serius walaupun setelah empat dekad kerajaan berusaha menanganinya.
Bahagian kedua, terutama yang terakhir. Soal stigma di kalangan mereka pernah terlibat. Yang Berhormat, untuk makluman, pada tahun 2015, sebenarnya Jabatan Peguam Negara telah pun membuat satu keputusan bagi kes penagih yang dirujuk di mahkamah, keputusannya.
Apabila keputusan dibuat oleh mahkamah, itu namanya perintah untuk dihantar ke Pusat Pemulihan Dadah. Kalau namanya perintah, Jabatan Peguam Negara menganggap itu tidak dimasukkan ke dalam rekod jenayah. Jadi, ini satu ikhtiar yang kita fikir besar kesan dia.
Jadi, itu seawal 2015 lagi, bila kita tinjau rekod lama iaitu dipanggil Akta 7. Baik, tetapi daripada segi penguatkuasaan yang lain Ahli-ahli Yang Berhormat, benar- saya tak mahu ambil tengok tinjauan yang lepas. Baru beberapa minggu lepas Majlis Tindakan Dadah Negeri Kelantan yang dihadiri AADK, KDN dan juga Menteri Besar dibentangkan satu Kertas Makluman berkenaan hasil kajian terakhir Universiti Sains Malaysia tentang gejala penyalahgunaan bahan di kalangan remaja Kelantan sahaja. Itu sangat menakutkan. Umur 13 hingga 19 itu sehingga 65 peratus. Itu membawa, mendorong Menteri Besar menyegerakan geran pada Universiti Sains untuk membuat lagi kajian lanjutan.
Ini saya fikir langkah terpuji yang patut dicontohi oleh setiap negeri iaitu bahawa usaha untuk menangani masalah dadah, Yang Berhormat harus merupakan usaha semua pihak tanpa mengira latar belakang dan kecenderungan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya dengar penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan impak. Memang saya- kita menyokong usaha kerajaan untuk menyahjenayahkan penyalahgunaan dadah melalui rawatan dan pemulihan. Cuma satu aspek.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terus kepada soalan.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Ada tak apa-apa usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk mengkaji dengan menyahjenayahkan penyalahgunaan dadah, apakah impak kepada golongan remaja khususnya yang mungkin terjebak dengan dadah?
Mereka dalam lingkungan belasan tahun. Mereka ini mungkin terjebak. Jadi, ada tak apabila kita nyahjenayahkan, ia akan mengurangkan kebarangkalian mereka terjebak ataupun sebaliknya?
Sebab impak ini saya rasa penting. Saya kira penting sebab untuk masa depan, untuk kita kurangkan jumlah penagih pada masa akan datang. Mohon penjelasan Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih rakan saya dari Rasah.
Tuan Yang di-Pertua, tajuk tentang dikriminalisasi ini atau nyahjenayah, debat di luar sana itu ada dua dikotomi. Pertama, yang berkehendak pada total nyahjenayah. Kedua, selektif.
Jadi, KDN mengambil jalan tengah. Kalau ia di bawah seksyen 12(2), di bawah seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya- seksyen 12(2) memiliki manakala seksyen 15(1) mengambil dadah atau bahan. Itu tetap dikira sebagai jenayah sebab memiliki, seksyen 12(2), memiliki secara kecil-kecilan. Kalau anak-anak sekolah ini kan dia memiliki secara kecil-kecilan dan kita tak anggap itu sebagai satu perbuatan jenayah, itu bahaya. Sebab dia bukan melibatkan aktiviti penawaran- supply dan sebagainya.
Jadi, itu kita tetap menganggap sebagai elemen criminal, tetapi pindaan ini Yang Berhormat yang kita nak laksanakan ini adalah merujuk kepada perkara macam dia datang sukarela. Ini seksyen 8. Atau melibat kanak-kanak, seksyen 9 atau seksyen 6 atau seksyen 6A di bawah Akta Penagih Dadah. Ini yang kita nak fokuskan terutama akta pindaan ini- pindaan ini Yang Berhormat, betul-betul nak utamakan satu pengalihan, tak anggap sebagai jenayah.
Kedua, yang datang memilih menawarkan diri, serah diri secara sukarela untuk dirawat. Ini tumpuan kita.
Hari ini, AADK ada 30 Pusat Pemulihan Narkotik (PUSPEN) dan kita ada 56 Pusat Pemulihan Dadah Persendirian. Jadi, berapa ramai yang kita boleh tampung Yang Berhormat...? Kapasiti kita 10,000. Sekarang kita ada 7,000 orang klien, tetapi di luar, pemulihan secara komuniti yang di kendali oleh AADK, pegawai pemulihan, itu hampir tujuh puluhan ribu.
Jadi, kalau kita tengok dengan saiz yang dibentangkan, angka dibentangkan oleh Kota Bharu tadi, angkanya jauh lebih besar. Jadi, kita harap apabila kita permudah proses rawatan dan pemulihan, kita boleh lure mereka ini yang nak datang secara sukarela.
Caranya, kita permudah melalui autoriti yang dibawa oleh pegawai pemulihan tanpa mengabaikan peranan pegawai perubatan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Puan Rodiyah binti Sapiee, Batang Sadong.
3. Puan Rodiyah binti Sapiee [Batang Sadong] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan:
(a) berapa bilangan usahawan, jumlah geran pembiayaan dan jenis bantuan yang telah disalurkan khusus untuk masyarakat bumiputera di Sarawak; dan
(b) sejauh mana pelaksanaan program pembangunan bidang industri kecil dan sederhana yang telah dilaksanakan di negeri Sarawak terutamanya di kawasan luar bandar.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sentiasa komited dalam melaksanakan pelbagai program dan bantuan keusahawanan yang bersifat inklusif termasuk kepada usahawan bumiputera di Sarawak. Secara keseluruhannya, KUSKOP melalui agensi-agensinya telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM731.2 juta kepada seramai 42,006 orang ataupun 42,006 orang usahawan PMKS dan juga koperasi di Sarawak pada tahun 2023.
Antara bantuan geran pembiayaan yang telah disediakan khusus kepada usahawan bumiputera di Sarawak adalah seperti berikut.
Pertama, Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) Plus Sarawak yang dilaksanakan oleh SME Corp yang disediakan khusus kepada PKS bumiputera di Sarawak. Sejak dilaksanakan pada September 2023 sehingga 31 Mei 2024, sejumlah 31 orang usahawan PKS Sarawak telah diluluskan geran berjumlah RM3.23 juta.
Selain itu, sebanyak lapan orang usahawan PKS bumiputera di Sarawak telah menerima kelulusan geran BEEP berjumlah RM1.57 juta pada tahun 2023. Di bawah Program Tunas Usahawan Belia, SME Corp telah menyalurkan pembiayaan geran sebanyak RM540,000 kepada 36 orang peserta pada tahun 2023. Manakala pada tahun ini 2024, sebanyak RM1.72 juta telah diluluskan geran kepada 115 orang peserta usahawan belia di Sarawak.
Seterusnya, KUSKOP juga telah memulakan Projek Tamu Desa yang bertujuan untuk membina dan menaik taraf kemudahan ruang niaga dan infrastruktur penjaja peniaga kecil di Sarawak pada tahun 2024 iaitu pelaksanaan fasa pertama di bawah Projek Tamu Desa yang dilaksanakan oleh KUSKOP. Ia melibatkan peruntukan berjumlah RM1.995 juta bagi pelaksanaan fasa satu seperti mana yang saya nyatakan tadi, melibatkan kerja-kerja menaik taraf sebanyak 13 buah tapak tamu desa di Sarawak.
Selain itu, KUSKOP melalui agensi-agensinya juga telah menyediakan pembiayaan kepada perusahaan PKS di Sarawak. Antaranya seperti berikut:
(i) Bank Rakyat pada tahun 2023 telah meluluskan pembiayaan kepada seramai 175 orang usahawan PKS Sarawak dengan nilai pembiayaan berjumlah RM105.3 juta;
(ii) SME Bank telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM130.71 juta kepada 41 orang usahawan PKS di Sarawak pada tahun 2023; dan
(iii) SME Corp juga telah melaksanakan Skim Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan PMKS di bawah Program BEEP pada tahun 2023 melibatkan seramai lima buah syarikat PKS di Sarawak dengan geran berjumlah RM608,860.
Di samping itu, Program Satu Daerah Satu Industri di Sarawak juga telah dilaksanakan bagi tahun lepas tahun 2023 sebanyak RM112,000 telah dibelanjakan kepada Koperasi Seni Seramik Kenyalang Berhad bagi pembangunan industri aksesori wanita berasaskan seramik di Kuching, Sarawak. Sebelum itu bagi tahun 2021, sebanyak
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
RM110,000 telah disalurkan kepada Koperasi Kampung Tambak Pusa Berhad bagi industri gula apong di Pusa, Sarawak. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Batang Sadong.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Terima kasih Menteri atas jawapan yang sangat informatif. Soalan tambahan saya adalah apakah kementerian mempunyai platform pemantauan bagi program usahawan ataupun pangkalan data usahawan yang melibatkan kerjasama kementerian ataupun agensi yang berkaitan sama ada peringkat negeri ataupun persekutuan?
Saya bertanya soalan ini adalah untuk kita memastikan program dan bantuan pembangunan usahawan sampai kepada golongan sasar dengan tepat dan mengelak sebarang pertindihan daripada segi bantuan geran atau peruntukan dan sebagainya yang disalurkan untuk pembangunan para usahawan. Terima kasih.
Datuk Ewon Benedick
Terima kasih. Untuk makluman Yang Berhormat, di Sarawak ini kita mempunyai satu Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Keusahawanan yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Timbalan Primer Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah di mana saya juga menjadi sebahagian daripada jawatankuasa ini dan melibatkan kesemua agensi yang terlibat dengan pembangunan dan pembiayaan keusahawanan, agensi-agensi persekutuan yang ada di Sarawak dan juga agensi-agensi dan jabatan yang di bawah Kerajaan Sarawak.
Jadi, antara lain fungsinya adalah untuk menyelaras dan seterusnya memantau supaya tidak ada pertindihan. Contohnya pembiayaan yang diberikan kepada satu-satu syarikat PMK misalnya, ataupun satu-satu usahawan supaya kita mengelak pertindihan yang bantuan program terutamanya pembiayaan disalurkan kepada usahawan. Jadi, memang bagi Sarawak itu ada struktur yang sedia ada.
Manakala di peringkat kementerian pula, saya mempengerusikan Majlis Pembangunan Keusahawanan Nasional di mana Exco ataupun Menteri yang bertanggungjawab kepada keusahawanan di Sarawak menjadi anggota tetap kepada Majlis ini yang juga bertujuan untuk menyelaraskan pelaksanaan dasar-dasar yang di bawah ataupun diletakkan di bawah KUSKOP. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Rantau Panjang.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya, apa strategi kerajaan dalam membantu usahawan francais PKMS ini terutama yang untuk mereka lebih berdaya saing dan mengambil kira kekangan terutama usahawan di pedalaman, kekangan dari sudut akses pembiayaan termasuk pendigitalan yang menjadi cabaran kepada golongan ini terutama kawasan di pedalaman?
Apakah langkah yang diambil untuk mengukuhkan lagi ekosistem rantaian usahawan SME Corp ini? Apa kerajaan bercadang untuk meneroka peluang dana pandangan, matching grant ya untuk bekerjasama antara GLC dan GLIC ke arah usaha meningkatkan lagi daya saing mereka, sekali gus meningkatkan keterlibatan generasi baru terutama bumiputera dalam bidang pertumbuhan tinggi? Terima kasih.
Datuk Ewon Benedick
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan yang begitu banyak sekali. Yang Berhormat boleh merujuk jawapan-jawapan saya sebelum ini di Dewan ini yang juga boleh menjawab persoalan itu, tetapi saya boleh memberi maklum balas, antaranya terkait dengan francais yang disebutkan tadi.
Selepas KUSKOP menerima fungsi francais daripada KPDN selaku sekarang ini kita juga terlibat mendaftarkan francais di negara kita dan dengan adanya agensi khusus seperti PERNAS, kita akan tampil dengan satu Dasar Pembangunan Keusahawanan
Datuk Ewon Benedick
Francais yang sedang kita bangunkan pada ketika ini. Mudah-mudahan dasar ini dapat kita lancarkan sebagai satu panduan asas kita untuk merangka strategi-strategi yang lebih baik pada masa akan datang.
Pembangunan PKS, akses kepada pembiayaan, akses kepada bantuan terkait dengan pendigitalan itu, sememangnya sudah ada dan saya kira dalam Hansard itu boleh jadi rujukan, tetapi saya boleh kemukakan secara bertulis kepada Yang Berhormat secara detil apa yang telah diminta dalam soalan Yang Berhormat tadi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail, Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 4. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan Yang Berhormat Menteri.
4. Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [Kubang Pasu] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan adakah kementerian bercadang untuk menambahkan kemudahan bagi rawatan dan pelupusan sisa terjadual- scheduled waste di Semenanjung Malaysia memandangkan pertumbuhan yang pesat dalam industri E&E seperti semikonduktor, terutamanya di wilayah utara Semenanjung.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Kerajaan sememangnya melaksanakan pengurusan buangan terjadual negara. Kita telah perkenalkan konsep ‘cradle to grave’ dan juga ‘cradle to cradle’ dengan selari dengan pembangunan fasiliti negara dalam pelupusan buangan terjadual. Ada tiga fasiliti utama untuk merawat dan melupuskan buangan terjadual.
Satu, integrated scheduled waste management facilities dengan izin, di Sarawak iaitu oleh Trienekens (Sarawak) Sdn. Bhd. Manakala ada dua kemudahan yang sama di Semenanjung Malaysia iaitu di Kualiti Alam Sdn. Bhd. yang terletak di Negeri Sembilan.
Paling terkini ialah J&T Berjaya Alam Murni Sdn Bhd. Tiga lagi cadangan fasiliti seperti ini dicadangkan di zon selatan di Johor, zon pantai Timur di Terengganu dan zon utara di Perak yang dalam proses perancangan.
Selaras dengan usaha untuk menyokong ekonomik kitaran ke arah pengurusan buangan terjadual yang lebih lestari, terdapat 120 buah fasiliti bagi memproses e-waste di seluruh negara. Kalau tadi kita bercakap tentang integrated waste management facility yang lebih menyeluruh, tetapi kalau fasiliti memproses buangan elektrik dan elektronik ini ada 120 di seluruh negara.
Melalui Jabatan Alam Sekitar, kita giat dalam usaha menggalakkan pengurangan penjanaan buangan terjadual yang perlu dilupuskan melalui proses guna semula dan juga peningkatan pemerolehan kembali buangan terjadual kerana kita hendak promosikan konsep apa yang dipanggil sebagai urban mining. Dalam e-waste ini ada banyak logam- logam yang sangat berharga yang boleh diperoleh semula.
Kalau kita bercakap tentang loji ataupun pusat pemprosesan yang ada tadi, 120 di seluruh negara. Kalau di utara kita ada yang bersifat separa, dua di Perlis, sembilan di Kedah, 18 di Pulau Pinang dan tiga di Perak. Kalau kita bercakap tentang yang pemerolehan kembali secara penuh, ada tujuh di Pulau Pinang dan satu di Perak.
Apa beza antara separa dan penuh ini. Separa ialah proses fizikal dibuat pengasingan- separation barangan-barangan tersebut dan peleraian dan hasilnya dia itu masih lagi buangan terjadual. Sedangkan kalau yang penuh, maka dia dapat menggunakan teknologi untuk menghasilkan logam yang berharga.
Ada yang beroperasi di utara yang mana mereka terus sebagaimana saya sebut mungkin di Pulau Pinang, yang dia terus dapat recover sehingga ke logam tersebut. Malah
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
syarikat tersebut pernah diintai untuk dibeli oleh sebuah syarikat besar, perlombongan besar antarabangsa kerana mereka hendak membesarkan lagi operasi urban mining, tetapi sekarang saya difahamkan pihak Khazanah Nasional ada pelaburan besar dalam syarikat tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, satu jawapan yang cukup komprehensif. Puan Yang di-Pertua, e-waste ini dia termasuk dalam SW110 ya dan dia melalui dua proses. Proses pertama ialah plant treatment di peringkat kilang dan itu yang kita boleh recover logam yang bernilai. Nikel, emas, copper- tembaga dan sebagainya. Ia melalui proses elektrolisis.
Isu utama yang saya hendak timbulkan ialah part yang pertama itu tidak ada masalah, plant treatment itu, tetapi selepas plant treatment, dia ada insoluble solids, solids yang tidak larut yang terpaksa dihantar ke landfill.
Sekarang ini untuk kawasan Semenanjung dan seluruh negaralah, semuanya terpaksa dihantar ke Kualiti Alam Seremban Yang Berhormat Menteri. Jadi, saya mohon- sebab untuk kos pengangkutan untuk mengangkut yang bukan hazardous material ini adalah tinggi untuk mereka hantar ke Seremban dan sekarang pula banyak- syarikat- syarikat yang tumbuh seperti kulat di semiconductors E&E dibelah utara.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Saya mohon supaya pihak kementerian Yang Berhormat Menteri percepatkan.
Kalau kata lambat di Kedah...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Di negeri Kedah memang boleh bekerjasama dalam bidang ini. Mungkin kita buat dua, tiga buat tempat.
Dia akan mengurangkan kos sebab ada competition dan sebagainya. Di Perak Yang Berhormat Menteri...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Di mana landfill ini akan diadakan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Puan Yang di- Pertua.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Okey, terima kasih Yang Berhormat. Setakat ini saya- setuju. Memang sekarang saya pun dah lawat di tapak Kualiti Alam tersebut.
Tapak itu dia memang secara menyeluruh. Dia merawat bahan buangan perubatan, dia merawat bahan buangan e-waste, plastik dan pelbagai lagilah bahan buangan terjadual.
Jadi, sememangnya kerajaan sebagaimana saya katakan tadi kita ada tiga sekarang di seluruh negara dan kita tahu itu tidak cukup untuk menampung industri-industri baharu.
Risiko dia yang sebagaimana yang kita maklum, kalau terlalu jauh ada risiko nanti ada orang yang pandai-pandai dia akan buang di tempat yang tidak sepatutnya. Dia mungkin charge dekat kilang nak hantar ke Negeri Sembilan tetapi dia jimat duit minyak dia, dia buang di tengah jalan.
Jadi, kita bersetuju dan mungkin kita boleh berbincang dengan kerajaan negeri kalau ada cadangan, sebab saya tahu banyak industri di Pulau Pinang, banyak industri di Kedah, di Perak yang mungkin boleh memanfaatkannya. Jadi ini kita boleh tidak ada masalah untuk berbincang. Memang dia memerlukan pelaburan yang besar. Kalau Kualiti Alam ini Khazanah Nasional ada pelaburan Cenviro, tetapi juga ada pelabur daripada Korea yang berkongsi teknologi mereka.
Jadi, kita hendaklah memastikan kualiti ataupun pengurusan sisa ini berada pada tahap yang terbaik. Maka kita memerlukan teknologi yang terbaik untuk digunakan. Jadi,
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
insya-Allah kita boleh bersedia untuk berbincang dengan mana-mana kerajaan negeri, Kedah atau Perlis atau Perak dan Pulau Pinang dalam hal ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Petaling Jaya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Negara kita telah melihatkan lebih 10,000 buah kenderaan elektrik ataupun EV di atas jalan raya. Negara lain telah pun melaksanakan program pemantauan kitar semula termasuk, “tracing from the source from import”, dengan izin.
Ertinya setiap bateri yang terkandung di dalam EV akan dikesan, dipantau dan juga dikitar semula dengan cara yang komprehensif. Adakah kementerian- adakah Menteri setuju bahawa negara kita perlu memperketat ataupun mengemas kini satu peraturan yang baharu untuk mengawal selia industri EV kita? Terima kasih.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Untuk makluman, kalau kita bercakap tentang bateri kereta elektrik yang mengandungi litium, dia telah dikelaskan di bawah kod SW103 di bawah Jadual Pertama, Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Jadi, sememangnya ia telah pun disenaraikan sebab salah satu buangan terjadual.
Sebagaimana saya sebut sebentar tadi di Malaysia ada tiga buah fasiliti kemudahan, pemerolehan kembali luar tapak bagi kod SW103. Teknologi yang wujud di negara kita pada masa ini hanyalah proses pretreatment iaitu pengasingan logam oksida secara fizikal. Logam oksida ini akan terus dieksport ke luar negara yang mempunyai kemudahan berkaitan bagi proses selanjutnya iaitu proses hydrometallurgy yang akan menghasilkan produk akhir.
Jadi, di bawah Akta 127 mana-mana pihak yang hendak menjalankan aktiviti pemerolehan kembali luar tapak perlu mematuhi perundangan seperti pertama mengemukakan EIA. Kedua, mendapatkan kebenaran bertulis di bawah seksyen 19 Akta Kualiti Alam Sekeliling dan mempunyai lesen di bawah seksyen 18, akta yang sama.
Kita juga sedang melihat tentang opsyen bagi kita ialah tentang extended producer responsibility. Makna mana-mana contoh syarikat yang membuat kereta elektrik ataupun bateri tersebut, mereka ada tanggungjawab untuk memastikan bagaimana sisa itu diperoleh semua dan diurus dengan baik. Jadi, bagi kita itu perkara penting ya sebab kadang-kadang kita ada gap.
Saya hendak sebut sedikit sahaja tentang kemudahan itu juga, fasiliti itu penting sebab kita selalu diingatkan ini benda mudah, benda kecil, daripada dulu lagi jangan buang bateri di dalam tong sampah. Tapi kita dulu tertanya-tanya mana nak buang. Jadi itulah pentingnya kita ada EPR dan fasiliti yang cukup lengkap untuk menyokong usaha kita memastikan tidak ada masalah akan timbul dalam pengurusan sisa yang sensitif ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik pula.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan saya soalan nombor 5.
5. Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [Balik Pulau] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan, sejauh mana pendekatan dan pemahaman Matlamat Pembangunan Lestari diketengahkan dalam kalangan pelajar di institut pengajian tinggi sama ada dalam subjek mata pelajaran ataupun aktiviti kokurikulum.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau yang begitu prihatin tentang isu ini. Puan Yang di- Pertua, Kementerian Pendidikan Tinggi telah menyahut Matlamat Pembangunan Lestari atau lebih dikenali sebagai Sustainable Development Goals dengan izin sejak
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
diperkenalkan oleh United Nations General Assembly pada tahun 2015 melalui Dasar Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Dasar ini adalah selari dengan aspirasi dan visi SDG4 untuk menyediakan sistem pendidikan yang berkualiti, quality education dengan izin melalui penyediaan kemahiran dan pengetahuan yang relevan untuk memenuhi aspirasi negara. Melalui program akademik di institusi pendidikan tinggi pembentukan literasi dan penglibatan siswa berkaitan kemapanan dilaksanakan melalui Kerangka Kelayakan Malaysia, Malaysian Qualifications Framework (MQF) sebagai panduan penerapan prinsip pembangunan lestari dalam program akademik.
Di samping itu inisiatif Experiential Learning and Competency-Based Education Landscape ataupun (EXCEL) yang telah diperkenalkan pada Oktober 2021 selari dengan matlamat pembangunan lestari. EXCEL ini merupakan kerangka transformasi program akademik yang mengintegrasikan elemen industri, komuniti, penyelidikan dan flexibility dalam menghasilkan graduan yang mempunyai attribute dan kemahiran yang diperoleh daripada pembelajaran berasaskan pengalaman dan penyelidikan berasaskan kompetensi.
Semua IPT perlu merujuk kepada kerangka EXCEL dalam membangun program- program akademik baharu yang fokus kepada pengalaman pembelajaran di industri ataupun mengikut keperluan masyarakat bagi meningkatkan prestasi pelajar serta mewujudkan perubahan sosial yang positif.
Sebagai contoh, pelajar yang mengikuti program Bachelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar di Universiti Putra Malaysia perlu mengikuti kursus Kajian Lapangan Alam Sekitar Bersepadu. Kursus ini akan meningkatkan keupayaan pelajar dan mengaplikasikan pengetahuan dalam SDG11–Bandar dan Masyarakat dan SDG13 dalam tindakan Iklim.
Selain itu KPT juga menerapkan pendekatan dan pemahaman matlamat pembangunan lestari Sustainable Development Goals melalui Service Learning Malaysia- University for Society ataupun SULAM. Program SULAM memberikan pengalaman praktikal kepada pelajar dalam mengaplikasi prinsip-prinsip SDG melibatkan projek komuniti. Pelajar dibimbing untuk menggunakan kemahiran berfikir, kritis, analytical dan kreatif untuk mencari penyelesaian terbaik dalam menyokong pencapaian SDG di peringkat tempatan.
KPT juga telah menjajarkan semua aktiviti kokurikulum di IPT dengan merangka teras pembangunan komuniti melalui students for society dengan izin merangkumi khidmat sosial pengurusan kemanusiaan, pendidikan berkualiti, advokasi, kepimpinan, kesihatan dan kesejahteraan serta kelestarian alam sekitar.
Akhirnya pada tahun 2024 sebanyak 286 program di peringkat kebangsaan di bawah penyelarasan KPT yang menepati hasrat Matlamat Pembangunan Lestari telah dilaksanakan di peringkat universiti awam melibatkan seramai 16,547 orang pelajar dari Januari 2024 hingga 31 Mei 2024. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Balik Pulau.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih jawapan daripada Timbalan Menteri tadi. Saya meneliti jawapan-jawapan tersebut. Kita dapati sekarang bahawa anak-anak muda tentunya mereka lebih passionate dengan isu-isu alam sekitar dan mungkin ini dapat inspirasi daripada Green Crusader seperti Greta Thunberg iaitu seorang advocate isu-isu alam sekitar.
Jadi, mungkin saya rasa daripada segi program akademik itu tidak cukup.
Bagaimana pula dengan program-program yang boleh menggalakkan pelajar-pelajar ini menjadi prihatin tentang isu-isu SDG ini. Mungkin diadakan Piala Menteri Debat mengenai isu SDG ataupun topik-topik yang related dengan SDG. Atau kah ada KPT pastikan SDG ini diterapkan dalam program akademik-akademik yang baharu? Silakan.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih atas soalan tambahan, Yang Berhormat Balik Pulau. Memang saya fikir pihak kerajaan, even melalui kerangka Madani pun dengan kemapanan, kita telah tekankan dan juga banyak antara polisi-polisi baharu kerajaan yang seperti peralihan tenaga, semuanya ini diterapkan dalam kita membentuk pemikiran pelajar-pelajar kita supaya dapat memahami tentang SDG ini.
Untuk memastikan bahawa program akademik baharu di peringkat KPT dapat diselaraskan dengan SDG ini, ia perlu melalui dua peringkat saringan iaitu Mesyuarat Saringan Awam dan juga Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian Tinggi. Program ini melibatkan, antara yang terlibat adalah agensi-agensi profesional, MIDA, TalentCorp., Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perangkaan, MDEC, MQA, PTPTN dan juga badan profesional yang berkaitan.
Panel-panel ini akan pastikan supaya kursus-kursus yang ditawarkan dan aktiviti adalah berkaitan dengan SDG dan ini antara usaha-usaha yang telah dibuat oleh kementerian untuk memastikan SDG ini diterapkan dalam program-program akademik baharu. Okey, terima kasih.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Terima kasih, Tan Sri Speaker. Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan tambahan saya ialah apakah pihak KPT turut berhasrat meluaskan bidang penyelidikan transnasional- transnational research yang berteraskan SDG ke arah menghasilkan impak pembangunan lestari kepada kerajaan, komuniti, industri dan akademia menerusi bidang kajian penyelidikan, penerbitan, inovasi dan pengkomersialan sejajar dengan amalan megatrends global seperti SDG.
Misalnya diperbanyakkan, lebih banyak geran SDG dan dana tanggungjawab sosial (CSR) dan pada masa yang sama bertujuan untuk berusaha meningkatkan dan mempromosi bakat-bakat dalam kalangan penyelidik IPTA dan IPTS yang terlibat dengan sustainable development goals ini. Sekian.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih, Yang Berhormat Pangkalan Chepa.
Okey, memang kalau kita lihat dalam KPT ini, kementerian dan di pihak universiti, kita ada dua jenis research. Satu, academic research dan juga application research. So, memang kita tekankan terutama dalam application research ini, perkara-perkara yang berkaitan dengan kelestarian alam ini perlu ditekankan. Sebab ini akan dapat menyelesaikan isu- isu yang berbangkit di dalam masyarakat dan juga kita dalam negara ini.
Jadi penekanan-penekanan itu penting supaya research yang dibuat, penyelidikan yang dibuat ini dapat menyelesaikan isu-isu terutama climate change, perubahan iklim dan semua yang berkaitan dengan sustainable development goals ini untuk kita pastikan negara kita tidak terheret dalam isu-isu climate change ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Tuan Haji Kamal bin Ashaari, Kuala Krau.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan saya nombor 6.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
6. Tuan Haji Kamal bin Ashaari [Kuala Krau] minta Menteri Kewangan menyatakan:
(a) apakah usaha kerajaan dalam mempertingkatkan hasil kepada kerajaan selain melalui pungutan cukai dan pelaksanaan subsidi bersasar; dan
(b) adakah kerajaan berhasrat untuk memperkenalkan semula GST, iaitu sistem cukai yang lebih berbanding SST.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat. Merujuk kepada isu pertama yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krau, kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk mempelbagaikan dan meningkatkan sumber pendapatan negara. Antaranya seperti menggubal Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 berkuat kuasa mulai 1 Januari 2024 yang dijangka akan mengukuhkan tadbir urus dan disiplin fiskal negara.
Menerusi akta tersebut, kerajaan meningkatkan langkah mobilisasi hasil termasuk meluaskan asas hasil cukai, menambah baik dan menyemak semula struktur pentadbiran dan rangka kerja perundangan cukai serta pemberian insentif percukaian.
Langkah ini akan direalisasikan melalui pelaksanaan Strategi Hasil Jangka Sederhana atau dengan izin, Medium-Term Revenue/Fiscal Strategy (MTRS) bagi memastikan perancangan cukai jangka sederhana adalah lebih teratur dan sepadan dengan perbelanjaan serta penyediaan penyata perbelanjaan cukai pada masa akan datang bagi membantu menilai cukai yang terkorban menerusi pemberian potongan, rebat atau insentif cukai.
Dalam memastikan kutipan hasil kerajaan terus kukuh, usaha ke arah memantapkan tatakelola dan pentadbiran cukai, meningkatkan kesedaran pembayar cukai terhadap tanggungjawab membayar cukai selain meningkatkan tindakan penguatkuasaan bagi mengekang aktiviti pelarian dan pengelakan cukai juga akan terus dilaksanakan.
Bagi tahun 2023 kutipan cukai menyumbang sekitar RM229 bilion atau 72.8 peratus daripada hasil kerajaan sebanyak RM315 bilion. Pemberian subsidi, insentif dan bantuan kerajaan pula adalah sekitar RM80 bilion atau 19.7 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM406 bilion. Ini jelas menunjukkan bahawa kedua-dua komponen ini mempunyai hubung kait yang signifikan dengan kedudukan fiskal negara.
Oleh yang demikian adalah wajar perubahan Dasar Fiskal Malaysia memberi tumpuan kepada kedua-dua ini terlebih dahulu bagi mengambil peluang akan kedudukan fiskal negara yang stabil pada masa ini. Penyasaran subsidi diesel bermula 10 Jun 2024 dijangka memberikan penjimatan RM4 bilion setahun kepada kerajaan, sekali gus mencapai objektif yang ditetapkan. Antaranya memperkukuhkan fiskal negara serta mengurangkan ketirisan bantuan kerajaan.
Isu kedua yang dibangkitkan adalah berkenaan pelaksanaan semula cukai barang dan perkhidmatan atau GST. Pada masa ini, cukai penggunaan dengan izin, consumption tax di Malaysia dilaksanakan melalui cukai perkhidmatan dan cukai jualan
(SST). Kerajaan belum berhasrat untuk melaksanakan GST kerana sistem cukai penggunaan semasa iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan mampu memberikan kesan fiskal yang lebih cepat berbanding pelaksanaan GST. Tambahan pula laluan diberikan untuk pelaksanaan rasionalisasi subsidi dalam tahun 2024.
Justeru, pelaksanaan GST akan dipertimbangkan apabila terdapat persekitaran ekonomi yang bersesuaian terutama mengambil kira aspek kesan inflasi daripada rasionalisasi subsidi. Kerajaan akan terus mengutamakan untuk menambah baik sistem cukai sedia ada dan memperkenalkan percukaian yang tidak memberi kesan kepada
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
golongan rentan sebelum menilai keperluan untuk memperkenalkan cukai kepenggunaan baharu seperti cukai barang dan perkhidmatan iaitu GST.
Justeru, sebarang perubahan dasar kepada sistem percukaian berasaskan kepenggunaan seperti melaksanakan semual GST akan diteliti untuk memastikan ia bersifat progresif, mudah ditadbir, tidak memberi impak negatif kepada kos sara hidup dan pertumbuhan ekonomi serta pada masa yang sama dapat menjana hasil yang mampan kepada kerajaan. Sekian, terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Kuala Krau.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Baik, terima kasih atas jawapan tadi.
Soalan saya tambahan, adakah kajian perbandingan telah dijalankan termasuk berapakah anggaran hasil tambahan yang dapat dijana melalui pelaksanaan GST berbanding dengan sasaran hasil tambahan daripada SST sebanyak RM3.45 bilion, ekoran kenaikan kadar cukai SST daripada 6 kepada 8 peratus?
Ini memandangkan kutipan hasil cukai berasaskan penggunaan didapati berkurangan susulan pelaksanaan SST bagi menggantikan GST, sekejap, sedikit Tuan Yang di-Pertua. Di mana kutipan GST bagi tempoh April 2015 sampai Mei 2018 adalah berjumlah RM184.8 bilion.
Manakala jumlah kutipan SST pula sebanyak RMd150.4 bilion bagi tempoh September 2018 hingga 2023. Tadi juga disebut bahawa akan ada pertimbangan pelaksanaan GST tadi. Jadi kalau sekiranya ia dilaksanakan, apa ia akan dilaksanakan secara berperingkat, sama ada pada kadar yang lebih rendah daripada yang sebelumnya..? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Sila.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Krau. Untuk makluman Yang Berhormat, seperti yang dimaklumkan kerajaan belum berhasrat untuk melaksanakan GST pada masa ini. Oleh yang demikian, belum dapat dianggarkan hasil tambahan jika GST dilaksanakan kerana ia bergantung kepada pelbagai faktor seperti kadar cukai, skop kenaan dan nilai ambang.
Namun begitu untuk makluman Yang Berhormat, perbandingan purata kutipan hasil semasa pelaksanaan SST 1.0 dan GST 2.0 adalah lebih kurang seperti berikut, SST 1.0 iaitu dari tahun 2013 sehingga 2014 adalah sebanyak lebih kurang RM10 bilion.
Puan Lim Hui Ying
Manakala bagi tahun 2016 ke-2017 di bawah GST, kita ada RM42.7 bilion. Dari tahun 2019 hingga 2022 iaitu SST 2.0, dapatan adalah lebih kurang RM15 bilion. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Tampin.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Tan Sri Speaker.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Tan Sri Speaker. Kalau kita mengimbas ke belakang, negara kita telah kehilangan hasil cukai berbilion-bilion akibat kegiatan penyeludupan haram termasuk rokok dan minuman keras. Setakat tahun 2020 hingga tahun 2021 sahaja hampir RM1 bilion nilai kerugian telah direkodkan.
Persoalan saya, apa strategi kementerian untuk mengatasi masalah kehilangan hasil cukai yang cukup serius ini khususnya penyeludupan minuman keras dan rokok ini.
Apa kekangan sebenar yang dihadapi oleh kementerian serta agensi berkaitan untuk menoktahkan masalah penyeludupan ini. Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Tampin. Betul memang ini adalah satu daripada matlamat kerajaan untuk menoktahkan ketirisan. Memang banyak ketirisan dan banyak penyeludupan yang kita mesti menangani. Kerajaan memang komited untuk mengatasi semua masalah ini tapi
Puan Lim Hui Ying
kita banyak langkah yang kita akan ambil. Satu daripadanya adalah sistem e-Invoicing yang akan bermula bulan depan iaitu Ogos untuk syarikat yang mempunyai jualan atau jualan tahunan sebanyak RM100 bilion.
Kita akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan kerajaan akan mendapatkan pendapatan yang sewajarnya yang kita patut dan semua warga yang harus membayar cukai, kita akan memberikan banyak kesedaran, banyak- bukan insentif banyak kesedaran kepada rakyat jelata supaya adalah tanggungjawab rakyat untuk membayar cukai. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Puan Vivian Wong Shir Yee, Sandakan.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan Sandakan nombor 7.
7. Puan Vivian Wong Shir Yee [Sandakan] minta Menteri Pendidikan menyatakan, jumlah peruntukan yang telah disediakan untuk menaik taraf peralatan bengkel di institusi TVET di Malaysia terutamanya di Sabah bagi memastikan pelajar TVET ini didedahkan dengan teknologi dan kemahiran yang terkini.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Kementerian Pendidikan Malaysia komited dalam memastikan murid yang mengikuti pendidikan TVET didedahkan dengan teknologi dan kemahiran yang terkini dengan ubah suai, naik taraf bangunan, bengkel dan juga pembelian peralatan.
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, dalam RMKe-12 Rolling Plan 1 sehingga Rolling Plan 4, KPM telah diluluskan projek pembangunan dan menaik taraf peralatan program TVET KPM dengan kos sebanyak RM197.32 juta.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM62.91 juta telah diperuntukkan kepada negeri Sabah. Maklumat terperinci adalah pada tahun 2020, Pakej Rangsangan Ekonomi melibatkan enam buah Kolej Vokasional, 20 SMK PVMA berjumlah RM965,000 untuk Sabah. 2023, pembinaan kolej vokasional berasrama penuh di Hab Pendidikan Daerah Sandakan, RM59.8 juta.
Tahun 2023 dan 2024, pembekalan peralatan dan perabot Kolej Vokasional Sandakan 2 Sabah, RM1.975 juta dan Rolling Plan Keempat 2024, pembekalan peralatan MPV dan MPEI di Sabah melibatkan lapan buah sekolah menengah kebangsaan berjumlah RM145,988. Jumlahnya RM62.91 juta diperuntukkan pada Sabah. Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan Sandakan.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang sangat menyeluruh. Soalan tambahan Sandakan adalah bagaimana kerajaan berhasrat untuk menyelesaikan isu di mana graduan TVET kami tidak dapat mencari pekerjaan dengan gaji yang kompetitif. Jadi oleh itu, pelajar mungkin tidak akan memilih TVET sebagai course untuk mereka, salah satu pilihan untuk mereka melanjutkan pelajaran. Mohon Timbalan Menteri menjawab.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Sememangnya pendidikan TVET telah menjadi satu fokus di bawah KPM Malaysia Madani.
Demi memastikan bahawa anak-anak kita mempunyai satu kebolehpasaran yang tinggi dan juga untuk mendapat gaji yang setimpal, pihak KPM dari semasa ke semasa ada mengadakan sesi libat urus dan perbincangan dengan persatuan-persatuan industri
Tuan Wong Kah Woh
untuk nombor satu, memahami berkenaan dengan keperluan industri pada ketika itu dan dengan itu, kita boleh menawarkan anak-anak kita kepada bidang-bidang yang berlainan.
Pada masa yang sama juga, pihak KPM juga memastikan bahawa kurikulum yang ditawarkan itu adalah relevan, tangkas dan mampan selari dengan keperluan industri.
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan Kuala Kedah.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya terus kepada soalan. Apa strategi KPM untuk menjadikan TVET ini sebagai jurusan pengajian pilihan dalam kalangan pelajar berbanding sekadar dilihat pengajian pilihan kedua. Serta sejauh mana inisiatif KPM khususnya dalam menambah bai sistem pemantauan prestasi pembelajaran pelajar TVET dengan sokongan tenaga pengajar TVET. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Yang Berhormat dari Kuala Kedah. Memang soalan tambahan dari Yang Berhormat Kuala Kedah menepati apa sasaran dan juga hala tuju KPM pada hari sekarang. KPM sememangnya mempunyai satu hala tuju untuk menjadikan pendidikan TVET ini sebagai sebahagian daripada pendidikan arus perdana dan bukannya merupakan pendidikan pilihan kedua. Kita hendak memastikan bahawa anak-anak kita yang mempunyai kemahiran masing-masing dapat memperoleh pendidikan TVET yang berprestasi tinggi.
Dalam pada itu, pihak KPM pada tahun lepas telah pun meletakkan pendidikan TVET sebagai salah satu fokus dan menubuhkan satu pasukan petugas khas- special task force untuk memastikan setiap- satu elemen dan juga hala tuju TVET itu lah memenuhi kehendak anak-anak kita dan juga industri.
Sedikit maklumat yang saya boleh tambah adalah untuk pendidikan TVET di bawah KPM, sememangnya kita mempunyai satu- anak-anak graduan diploma kita mempunyai satu kebolehpasaran yang amat tinggi iaitu pada tahun 2020, kebolehpasaran graduan TVET kita adalah pada tahap 98.29 peratus.
Tahun 2021, 99.16 peratus. Maaf, tahun 2021 sebanyak 99.16 peratus dan tahun 2022 sebanyak 99.38 peratus. Sepanjang masa ini- sejak tahun 2026, KPM telah menghasilkan sejumlah 82,737 orang graduan pendidikan TVET di bawah KPM dan ini telah pun mendekati sasaran di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Tahun 2013 sehingga Tahun 2025 iaitu seramai 90,000 orang graduan menjelang tahun 2025.
Sekian, terima kasih.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib, Parit.
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Soalan saya, nombor 8.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
8. Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib [Parit] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan, usaha-usaha yang telah direncanakan oleh kementerian bagi memperluaskan penggunaan tenaga hidroelektrik bagi menggantikan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Parit yang telah bertanyakan berkaitan dengan penjanaan tenaga daripada hidroelektrik.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat bulan Disember 2023, sumber hidroelektrik telah menyumbang sebanyak 15 peratus daripada keseluruhan campuran bekalan elektrik negara.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Dalam hal ini, kerajaan menyedari potensi sumber tenaga daripada hidroelektrik terutamanya daripada jana kuasa hidro kecil. Bagi memperluaskan penggunaan tenaga hidro elektrik sebagai sumber tenaga boleh baharu (TBB), kerajaan telah memperkenalkan dua program khusus yang boleh disertai pemaju TBB iaitu:
(i) Program Feed-in Tariff (FiT) di bawah SEDA Malaysia; dan
(ii) Program Low Carbon Power Generation (LCPG) di bawah single buyer. Di bawah program FiT, kuota berjumlah 677 megawatt bagi pembangunan jana kuasa hidro kecil telah diluluskan. Manakala di bawah program LCPG, kuota berjumlah 400 megawatt telah pun diperuntukkan untuk pembangunan sumber-sumber bukan solar, termasuk hidro, menerusi mekanisme yang dipanggil New Enhanced Dispatch Arrangement (NEDA).
Kedua-dua program adalah terbuka untuk disertai oleh mana-mana pemaju TBB yang berminat dan berkeupayaan untuk membangun jana kuasa bersumberkan hidro berdasarkan syarat dan peraturan yang ditetapkan. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Parit.
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Terima kasih. Soalan tambahan saya. Apakah wujud inisiatif pendidikan dan latihan yang ditawarkan oleh kementerian untuk membina kapasiti teknikal dalam industri hidro elektrik ini? Apakah inisiatif yang sedang diambil untuk meningkatkan pendidikan dan pembangunan atau R&D dalam bidang teknologi hidroelektrik di Malaysia?
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Untuk makluman kepada Yang Berhormat, cabaran untuk pembangunan tenaga daripada hidroelektrik ini sebenarnya lebih rumit kepada pembangunan itu sendiri.
Sebagai contoh, mengapa pembawaan ataupun pendekatan kita ini tertumpu kepada mini hidro itu bagi membolehkan cabaran-cabaran yang pernah dilalui untuk kita membuka sesuatu hidro yang baru itu kita dapat elakkan.
Sebab, kita tahu, dalam sebarang permohonan pembangunan itu, sebagai contoh di bawah hidro, pengalaman kita, sesuatu hidro yang hendak dibina itu memerlukan kelulusan kadangkala sampai 18 buah agensi bergantung kepada negeri masing-masing.
Dari sudut pendidikan, saya rasa lebih tepat kalau kita menjawab daripada tenaga boleh baharu itu secara lebih menyeluruh, kerana di bawah SEDA, sebagai contoh, kita memang ada kemahiran latihan tetapi lebih menjurus kepada pemasangan solar. Sebab, perkara itu yang lebih mendapat sambutan dan lebih mudah untuk kita roll out, dengan izin, untuk kita membangunkan dengan secara lebih meluas. Juga, ada juga latihan yang terkait pembangunan penjanaan teragih inilah.
Jadi, terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan tambahan saya kepada Menteri. Seperti yang sedia maklum, Timbalan Menteri, negeri kita Johor ini sekarang tengah attract banyak data centre. Dimaklumkan oleh Menteri Besar Johor sendiri- Tampin ada nak kata apa?
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Sedikit, Tebrau. Tan Sri, saya nak mengalu-alukan kedatangan tetamu Yang Berhormat Jelebu dan Tampin iaitu rombongan daripada Kesatuan Pekerja Awam Angkatan Tentera (KESATRIA) Negeri Sembilan...
[Tepuk] Rombongan seramai 43 orang diketuai oleh Puan Nor Fasihah binti Busyri.
Selamat datang ke Parlimen Tampin. Parlimen Malaysia...
[Ketawa]
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Parlimen Tampin?
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik. Saya nak ingatkan Yang Berhormat. Lain kali kalau nak mengalu-alukan kehadiran, minta kawan-kawan yang sedang berucap itu sebut.
Sebab, ini jadinya- Parlimen Tampin...
[Ketawa] Tidak ada. Parlimen Tampin tidak ada.
Negeri Sembilan atau Persekutuan saja.
Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Tampin nak declare republik, Speaker.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Bahaya itu.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih ya. Saya beri ingatan. Lain kali minta kawan-kawan umumkan ya.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Maafkan saya, Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, sila duduk. Terima kasih. Teruskan, Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Saya teruskan, Tan Sri Speaker.
Dimaklumkan oleh Menteri Besar Johor bahawa dalam dua tahun ini, sudah ada 50 data centre yang telah ditubuhkan di negeri Johor dan saya yakin pada masa yang akan datang, akan lebih banyak lagi data centre di Johor.
Maka, soalan saya dan kekhuatiran saya kepada Kementerian PETRA ialah adakah kita di Johor ini mempunyai kapasiti elektrik dan juga air untuk terus membekalkan kepada data centre ini? Seperti kita sedia maklum, ia mengambil banyak utiliti. Saya sebenarnya dapat banyak aduan, Tan Sri Speaker, daripada banyak- kilang-kilang baharu yang nak set up di Johor ini, mereka sekarang tidak ada air dan api dan sebab itulah mereka tidak boleh beroperasi.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, soalan itu sudah jelas.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Last sekali, Tan Sri. Jelas ini adalah bertentangan dengan aspirasi kerajaan dalam penubuhan Johor-Singapore SEZ. So, harap Menteri boleh memberi sedikit pencerahan.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tebrau.
Mungkin saya cuba jawab daripada beberapa sudut, iaitu yang pertama, kalau kita lihat daripada segi keseluruhannya dalam sistem ini, sememangnya negara kita masih mempunyai reserve margin tenaga yang agak sihat. Untuk di Semenanjung ini, insya- Allah, daripada segi keseluruhan bekalan tenaga kita berada dalam keadaan yang agak terkawal.
Cuma, berkaitan dengan maklumat daripada segi apabila terdapat permintaan atau minat yang tinggi daripada data centre untuk membuka premis mereka di negara kita, pendirian daripada kementerian adalah segala perancangan untuk kita meningkatkan penjanaan itu sebenarnya memang kita teliti melalui jawatankuasa yang dipanggil JPP, iaitu jawatankuasa penilaian daripada segi penjanaan kita ini setiap tahun. Maka, daripada segi dapatan yang kita peroleh, unjuran daripada segi berapa banyak keperluan tenaga itu diperlukan dan sebagainya, perkara ini memang diteliti dari tahun ke tahun.
Cuma, satu lagi, Tan Sri Speaker, daripada segi permohonan iaitu mungkin akan ada syarikat yang mengatakan dapatan mereka bahawa tidak ada kesediaan dan sebagainya daripada segi sumber tenaga ataupun air, yang ini sebenarnya setiap
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
pembangunan yang hendak dirancang itu memang memerlukan ulasan daripada pihak yang berkenaan.
Sebagai contoh, di pihak tenaga, TNB itu, daripada segi reserve margin itu, kita mampu sebagai sebuah negara, tetapi untuk sesebuah kawasan itu, mungkin kita perlu salurkan bekalan yang lebih ataupun memerlukan substesen yang baru dan sebagainya.
Perkara itu memang ada rundingan dan perbincangan dengan mana-mana pemajuan yang hendak dibina itu supaya risiko ataupun apa yang kita rancang itu ada take out. Cabaran kita, kalau kita buka kawasan baru, komitmen diberikan tetapi akhirnya tidak masuk ataupun tidak materialize juga akan memberi beban kepada kita dalam keadaan perkara itu terpaksa ditanggung oleh pengguna secara keseluruhannya. Jadi, sebenarnya, kalau ada mana-mana aduan daripada syarikat dan sebagainya, saya rasa kita kena teliti case-by-case supaya- setakat ini, memang sebenarnya ada beberapa ketetapan yang dibuat di peringkat kerajaan itu supaya komitmen mana-mana pihak yang ingin membuka data centre itu serius, yang betul-betul bersungguh kerana kita percaya itu juga akan membuka peluang pelaburan dari luar negara.
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya jemput Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh, Bukit Gelugor.
9. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [Bukit Gelugor] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, jumlah aduan terhadap anggota-anggota polis di bawah Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022 (IPCC) untuk tempoh 5 tahun yang lalu dan keputusan-keputusan terhadap aduan-aduan tersebut. Adakah IPCC tersebut efektif dalam menangani aduan-aduan terhadap anggota-anggota polis.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Tan Sri Speaker, assalamualaikum. Terima kasih rakan saya Bukit Gelugor.
Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) mula berkuat kuasa pada 1 Julai 2023, Bukit Gelugor. Bermaksud, saya tidak akan bekalkan data lima tahun, saya akan bekalkan data satu tahun. Jumlah aduan yang kita terima adalah 348.
Seperti Bukit Gelugor sedia maklum, di bawah akta yang sama, seksyen 25 membolehkan IPCC untuk mengklasifikasikan aduan. Kalau ia bersifat rasuah, itu di bawah seksyen 25A, maka IPCC salurkan kepada SPRM. Ada juga yang IPCC salurkan terus kepada pihak berkuasa yang berkaitan. Itu di bawah 25B. Seksyen 25D, itu di bawah polis. Begitulah di bawah 25E adalah no further action atau aduan yang bersifat remeh.
Manakala 25C adalah betul-betul masuk dalam jurisdiction IPCC. Jumlahnya tujuh.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Jadi, dalam tujuh ini antaranya, nature of the cases itu lah anggota PDRM membuat aduan terhadap atasannya ataupun pengadu membuat aduan kerana tiada tindakan ke atas aduan awalnya. Ada juga aduan daripada tujuh ini yang bersifat isu integriti. Maknanya, pemilihan recruitment pangkat inspektor itu dikatakan ada unsur- unsur yang compromise soal integriti. Kemudian ada juga yang bersifat gangguan seksual, ada tujuh. Yang Berhormat bertanya apakah hasil IPCC setakat ini? Tujuh itu Yang Berhormat, masih dalam proses siasatan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Bukit Gelugor.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana memberi jawapan yang baik tersebut. Saya ada dua soalan yang berkaitan daripada jawapan tersebut. Pertamanya, daripada tujuh kes ataupun tujuh aduan tersebut yang diambil tindakan, itu merupakan satu jumlah yang agak kecil daripada jumlah besar iaitu 348 aduan.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Kalau tidak silap, itu yang jawapan YB Menteri tadi. Jadi, memandangkan keadaan tersebut, adakah IPCC ini mempunyai matlamat ataupun objektif yang efektif dalam menangani aduan-aduan terhadap pihak polis, terutamanya aduan daripada pegawai bawahan kepada- terhadap pegawai atasan?
Keduanya Yang Berhormat Menteri, IPCC ini telah pun- ataupun telah dirujuk ataupun di-described, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, oleh Amnesty International sebagai satu undang-undang yang agak regresif, dengan izin, dan tidak mempunyai kuasa yang secukupnya ataupun memadai kalau kita berbanding dengan AEAIC dan IPCMC yang pada dulunya, asalnya mungkin akan di-tabled, tetapi tidak.
Jadi, memandangkan keadaan tersebut, adakah pihak kerajaan berniat untuk memperkukuhkan ataupun memperkasakan IPCC ini untuk memberi lebih kuasa kepadanya untuk menangani aduan-aduan terhadap Pegawai Polis ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Tan Sri, terima kasih Bukit Gelugor.
Prinsip yang kita pegang Bukit Gelugor, sesuatu undang-undang itu sifatnya adalah dinamik, bukan statik. Bermaksud, IPCC yang baharu berkuat kuasa setahun, saya fikir pendekatan yang lebih munasabah adalah beri ruang, berikan kepercayaan kepada IPCC untuk perform, dengan izin.
Akan sampai satu tempoh, saya berpendapat mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab sekalipun tidak boleh untuk mengekalkan sesuatu akta atau undang- undang, tetapi buat masa sekarang, kita berpendapat bahawa kewujudannya itu memadai.
Yang Berhormat Bukit Gelugor timbulkan kenapa angkanya sangat kecil, tujuh berbanding dengan 348? Ini kerana Akta IPCC itu sendiri membenarkan untuk penyisihan itu dibuat, merujuk kepada autoriti lain yang juga mempunyai bidang kuasa untuk menyiasat dan membuat penguatkuasaan. Sebab itu jumlah yang paling besar dalam 348 itu, bila diagihkan adalah termasuk di bawah aduan yang bersifat jenayah. Ini berkaitan dengan kekerasan, gangguan seksual, dadah, pemalsuan dokumen, ugutan atau isu-isu integriti. Yang ini sudah tentu dalam Akta Polis itu sendiri ada bidang kuasa yang jelas.
Jadi, buat masa sekarang Tan Sri Yang di-Pertua, pendirian yang diambil oleh KDN menyusul soalan ini ialah kewujudan itu adalah satu kewujudan yang boleh kita pertahankan dengan kita mengambil pendekatan bahawa pada hari muka, di mana ada keperluan untuk kita melihat semula akta ini, itu akan kita teliti pada ketika itu. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Jerlun.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dalam usaha membuat penambahbaikan IPCC, misalnya memperhalusi semula dapatan Laporan Suruhanjaya Diraja 2005 yang antara lain telah memperincikan syor untuk penambahbaikan operasi dan tata kelola sistem kepolisian seperti tangga gaji, pembangunan kerjaya, kebajikan dan peningkatan kemahiran anggota polis. Soalan tambahan saya ada tiga. Yang pertama, apakah pendekatan kerajaan agar ia juga diseimbangkan dengan komitmen kerajaan dalam meningkatkan operasi dan pengurusan PDRM secara menyeluruh?
Yang kedua, apa penambahbaikan atau perubahan yang sedia dirancang untuk kerangka IPCC berdasarkan hasil dan cabaran yang dihadapi setahun yang lalu dan yang akhirnya, apakah langkah ke hadapan bagi memastikan kecekapan penyelesaian terhadap aduan-aduan tersebut kepada IPCC? Sekian Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Tan Sri, terima kasih rakan saya dari Jerlun. IPCC- Akta IPCC atau kita panggil Akta 839, memang ada di dalamnya ruang yang diberikan kepada IPCC untuk menasihati kerajaan mengenai penambahbaikan terkait
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
dengan kebajikan, kesejahteraan anggota, persekitaran tempat tugas, beban kerja, risiko keselamatan dan juga keperluan tempat tinggal mereka. Dia sangat precise, betul ada.
Baik. Setahun sudah beroperasi. Yang Berhormat bertanya, apakah way forward?
Tumpuan sekarang adalah untuk menunjukkan hasilnya dan ia diadun melalui kita merangka beberapa perkara. Pertama, IPCC ini satu benda baharu, maka kita rangka prosedur operasi standard aduan dan siasatan. Dia tidak boleh biar dalam vakum, kosong.
Yang kedua, kita membangunkan IPCC complaint and investigation management system. Ini sedang dibangunkan. Yang ketiga, kita melaksanakan mesyuarat status aduan secara berkala dengan jabatan atau agensi.
Misalnya, IPCC terima aduan, aduan itu terkait dengan rasuah, kita salurkan kepada SPRM. Bermula dari situ, satu proses untuk mendapat maklumat tentang progress siasatan itu dilakukan secara berkala dan kepada pengadu, kita maklumkan hasil progress siasatan dari semasa ke semasa, itu beza dia punya ini. Kemudian kita tengok ada keperluan untuk kita menyebar luaskan lagi kesedaran rakyat terhadap kepentingan membuat laporan salah laku yang lengkap, cepat dan berkredibiliti.
Sebab, setahun bila kita analisis aduan, masih besar lagi angkanya aduan yang tidak lengkap, dia tidak nyatakan siapa, bila, di mana, bagaimana, tidak lengkap. Jadi, itu ekoran daripada kesedaran tentang keperluan membuat laporan itu harus dengan fakta yang lengkap. Jadi, usaha untuk meningkatkan kesedaran itu kita buat, itu jawapan saya terhadap way forward yang soalan Jerlun. Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Yang Berhormat. Sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tuan Yang di-Pertua, point of order.
Tuan Yang di-Pertua
Point of order apa itu?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
36(12). Mengenai dengan satu usul yang saya hantar pada tempoh hari pada 1 Julai. Satu usul bertarikh 1 Julai, saya ingin merujuk YB Jelutong- dah tak ada pula, tadi ada, ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan...
Tuan Yang di-Pertua
1 Julai?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
1 Julai.
Tuan Yang di-Pertua
Hari ini berapa hari bulan?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Hari ini dah...
Tuan Yang di-Pertua
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya, 18.
Tuan Yang di-Pertua
Dapat jawapan, belum?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Belum dapat jawapan, belum dapat jawapan. Yang saya dapat adalah surat menyertakan jawapan daripada YB RSN Rayer, ada. Bertarikh 3 Julai.
Tuan Yang di-Pertua
Maksudnya, investigation sedang berlaku.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya?
Tuan Yang di-Pertua
Maksudnya, investigation sedang berlaku. Maknanya apabila YB tulis pada saya.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Hari ini dah hari akhir masalahnya.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sebab saya dah nyatakan...
Tuan Yang di-Pertua
Hari akhir kita bersidang.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, tetapi tidak maksudnya saya tidak boleh buat investigation lagi.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tapi biar...
Tuan Yang di-Pertua
Jadi tunggulah jawapan saya.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Yang di-Pertua kena dengar dulu yang jawapan.
Tuan Yang di-Pertua
Ada tadi.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Aduan saya dan juga jawapan.
Tuan Yang di-Pertua
Itu jawapan dia. Jadi saya akan kumpulkan jawapan- jawapan semua dan saya akan buat keputusan. Okey, itu peraturan kita. Baik, terima kasih.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Maknanya saya boleh kata macam-macamlah setakat ini, makna kalau dia boleh mengeluarkan...
Tuan Yang di-Pertua
Tunggu. Betul, YB masukkan Usul.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
...Pertuduhan...
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
...Mengatakan kerajaan Terengganu membeli Mercedes dengan wang royalti.
Tuan Yang di-Pertua
YB.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Bermakna saya juga boleh mengatakan dia ini ‘paraya’ sebenarnya...
Tuan Yang di-Pertua
YB.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ini macam mana?
Tuan Yang di-Pertua
YB qualified- qualified lawyer...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya, betul.
Tuan Yang di-Pertua
...Perundangan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tapi saya dah hantar pun jawapan saya.
Tuan Yang di-Pertua
Arahan. Ya lah, tunggulah jawapan saya.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Simple saja.
Tuan Yang di-Pertua
Saya kena buat...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Soalannya simple.
Tuan Yang di-Pertua
It doesn't matter simple atau tidak tapi saya kena buat investigation. Okey, sila duduk YB. Sila duduk. Terima kasih.
Baik, Menteri silakan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Sabar Besut.
Tuan Yang di-Pertua
Setiausaha.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Dua lagi perkara tentang...
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sabar, sabar Yang Berhormat. Istighfar, istighfar.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Sabar Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Dua lagi perkara tentang petua. Petua yang pertama yang saya minta daripada Tan Sri, berkenaan dengan aturan mesyuarat harian mengenai dengan soalan-soalan.
Saya dapati dalam dua, tiga hari lepas ada soalan yang pertama daripada kerajaan; yang kedua daripada pembangkang; yang ketiga kerajaan; yang keempat pun juga kerajaan iaitu yang enam orang yang diisytiharkan bukan lagi ahli kepada BERSATU.
Jadi macam mana sekarang?
Tuan Yang di-Pertua
Dia bukan kerajaan...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya?
Tuan Yang di-Pertua
Dia bukan kerajaan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Habis, dia duduk dalam keadaan mana?
Tuan Yang di-Pertua
Dia masih...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sebagai apa sekarang?
Tuan Yang di-Pertua
Bloknya ialah Pembangkang... [Menunjukkan kedudukan Kerusi Ahli di sebelah kiri Pengerusi] Yang kerajaan sampai sini sahaja. Ini ialah Pembangkang. Walaupun dia bukan PN...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Kalau dia bukan ahli, macam mana- makna dia bebas?
Tuan Yang di-Pertua
Ya, dia bukan kerajaan. Saya tak sebut bebas. Saya sebut dia bukan kerajaan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Bukan kerajaan walaupun bukan ahli lagi?
Tuan Yang di-Pertua
Bukan ahli.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Dia Yang Berhormat, tidak berparti Yang Berhormat...
[Ketawa]
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Oh, jadi bebas, jadi senanglah duduk dalam ini. Tak ada ahli pun. Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat kena baca ini. Hak menyusun, ini hak saya.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya betul...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Bukan- Yang Berhormat tidak boleh pertikaikan. Beluran ada di sini. Tanya Beluran.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tapi...
Tuan Yang di-Pertua
Beluran kan Ketua Whip.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tapi tidak adillah kalau...
Tuan Yang di-Pertua
Bukan soal adil. Cuba tengok jumlah.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tak apa, tak apa. Okey, yang kedua, petua yang kedua...
[Dewan riuh]
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Petua yang kedua, boleh tak sebagai Speaker...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Besut, duduklah Besut. Besut!
Tuan Yang di-Pertua
Okey, okey, okey.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Hakim apa ini Besut? Besut, Besut duduklah Besut. Hulu Langat, Hulu Langat...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Hei, ini haji mabrur kah ini?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
...Hulu Langat. Itu hari YB Pendang tanya.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Hei, kamu jangan kacaulah!
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Itu hari Pendang tanya. Besut duduk.
Tuan Yang di-Pertua
Duduk, duduk, duduk.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Buang masa.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ini peluangnya.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Buang masa, buang masa.
Duduk, duduk. Buang masa.
Tuan Yang di-Pertua
Sudah.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Hakim apa ini?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Hei, kalau sakit buat cara sakit lah.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Buang masa. Duduk, duduk, duduk.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Duduk.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tak faham-faham, duduk.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Duduk. Ini peraturan Dewanlah.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Duduk, duduk. Tak faham-faham.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Hei, ini peraturan Dewan.
Tuan Yang di-Pertua
Besut, Besut.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Besut buang masa ini.
Tuan Yang di-Pertua
Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Buang masa, orang nak keluarkan Machang lah.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Hei, haji mabrur kau ini.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Orang nak keluarkan Machang.
Duduk Besut!...
[Dewan riuh]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Welcome back, welcome back Hulu Langat.
Tuan Yang di-Pertua
[Mengetuk tukul]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Buang masa ini.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Haji, haji, haji, haji...
Tuan Yang di-Pertua
Duduk, duduk. Duduk. Saya lama tak pakai...
[Menunjukkan tukul Dewan Rakyat]
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tak, satu lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Saya lama tak pakai hammer ini.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Satu lagi Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Hari ini gatal telinga. Saya gatal tangan ini...
[Ketawa]
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Duduk!
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Welcome back Hulu Langat.
Welcome back.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Satu lagi petua.
Tuan Yang di-Pertua
Duduk. Duduk.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya diminta sebenarnya...
Tuan Yang di-Pertua
Duduk. Saya tak nak dengarlah. Duduk, silakan Yang Berhormat.
Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Tan Sri Yang di-Pertua.
“Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, saya mohon D.R.
13/2024 Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2024, D.R.
19/2024 Rang Undang-undang Mufti (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2024, D.R. 18/2024 Rang Undang-undang Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 dan D.R. 20/2024 Rang Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 seperti yang tertera di nombor 4 hingga 7 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul pada hari ini ditangguhkan bacaan kali kedua dan ketiga dan dibawa ke Mesyuarat akan datang.” Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Tuan Yang di-Pertua, boleh nak bertanya saja? Bertanya saja pada kepada...
Tuan Yang di-Pertua
Okey
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Adakah ada hasrat pihak kerajaan untuk rang undang-undang tersebut dibawa ke Select Committee yang berkaitan? Sekadar pertanyaan.
Tuan Yang di-Pertua
Oh, ya, tapi saya ingat bukan Menteri yang akan jawab sekarang ya sebab ini bidang- bukan kuasa, bidang Menteri.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Ya, tak perlu jawab. Tak perlu jawab.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Saya sekadar bertanya.
Tuan Yang di-Pertua
Saya akan bincangkan dengan Ketua Majlis, insya-Allah.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara akan memberikan penerangan berkenaan isu pengurusan dana latihan dan keberkesanan program latihan HRD Corp.
Apa yang akan berlaku ialah Pengerusi akan ada masa 10 minit. Hari ini tidak ada pengundian untuk ini. Selepas itu, saya akan jemput pembahas. Dua daripada kerajaan iaitu Paya Besar, Putrajaya, Pasir Gudang dan Pendang. Saya beri tiga minit setiap seorang. Selepas itu akan ada penggulungan yang akan saya maklumkan nama mereka kemudian.
Silakan Pengerusi.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Speaker. Hari ini merupakan hari yang cukup bersejarah kerana PAC telah pun diberi ruang untuk membuat penerangan mengenai Laporan PAC di Dewan Rakyat buat julung kalinya...
[Tepuk] PAC telah pun wujud sejak- daripada 65 tahun yang lalu, sebuah Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang mempunyai kuasa paling luas dalam semua Jawatankuasa Pilihan di Parlimen kerana ia bukan sekadar terletak di bawah Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, tetapi juga mencakupi Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 malah termasuk di bawah Arahan Perbendaharaan (Pindaan 2023) serta Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2024 Organisasi Kementerian-kementerian, Jabatan Perdana Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) telah pun membentangkan laporan PAC berhubung pengurusan dana latihan dan keberkesanan program latihan pembangunan sumber manusia HRD Corp di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) di Dewan Rakyat pada 4 Julai 2024.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, laporan ini merupakan laporan pertama PAC Parlimen Kelima Belas yang dihasilkan melalui punca kuasa di bawah Peraturan Mesyuarat 77(1)(d) iaitu isu yang buka di bawah Laporan Ketua Audit Negara, sebaliknya apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh jawatankuasa itu patut diperiksa atau apa-apa perkara yang diserahkan kepada Majlis kepada jawatankuasa itu.
PAC membuat keputusan untuk memulakan prosiding HRD Corp berhubung isu ini demi kepentingan awam, memandangkan Syarikat Jaminan Kerajaan (CLBG) diberikan tanggungjawab dan kuasa di bawah Akta Pengurusan Sumber Manusia (PSMB)
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
2001 untuk mengutip duit rakyat. Jadi seharusnya dipastikan wang yang dikutip itu benar- benar digunakan mengikut apa yang telah pun ditetapkan di bawah Akta PSMB 2001.
HRD Corp adalah merupakan sebuah CLBG di bawah kelolaan Kementerian Sumber Manusia yang tertakluk di bawah Akta PSMB 2001. Matlamat penubuhan syarikat adalah bagi pengenaan dan pemungutan levi pembangunan sumber manusia bagi maksud penggalakan latihan, pembangunan pekerja, perantis dan latihan serta penubuhan dan pentadbiran kumpulan wang. Wang yang dikutip ataupun lebih dikenali sebagai levi dikenakan kepada majikan yang mempunyai pekerja 10 atau lebih Warganegara Malaysia pada kadar satu peratus. Manakala majikan yang mempunyai kurang daripada 10 orang pekerja warganegara Malaysia dikenakan levi pada kadar 0.5 peratus.
Jadi dalam menjalankan prosiding ini, PAC telah pun menetapkan terma rujukan, 10 prosiding yang telah pun kami adakan bermula daripada 23 Oktober sampai 12 Mac 2024 dan secara purata untuk menyiapkan laporan HRD Corp. ini, PAC bersama dengan ex-officio yang terdiri daripada tujuh agensi Kerajaan Persekutuan iaitu:
(i) Jabatan Peguam Negara;
(ii) Jabatan Perkhidmatan Awam;
(iii) Kementerian Kewangan Malaysia;
(iv) Jabatan Audit Negara;
(v) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia;
(vi) Kementerian Ekonomi; dan
(vii) Jabatan Akauntan Negara.
Yang mengambil lebih kurang masa 50 jam man-hours bermula daripada prosiding sampailah laporan ini dibentangkan di Dewan Rakyat. Seramai 22 orang saksi dipanggil untuk memberikan keterangan.
Jadi melalui prosiding yang diadakan, PAC mendapati bahawa jumlah kutipan levi yang dicatatkan oleh HRD Corp ini telah meningkat dengan begitu ketara sekali iaitu sebanyak RM2.134 bilion pada tahun 2023 berbanding pada tahun 2020 iaitu hanya sebanyak RM475 juta. Peningkatan yang begitu ketara ini adalah akibat perluasan Akta PSMB 2001 pada 1 Mac 2021 di mana kenaan levi ini telah diwajibkan kepada semua sektor industri berbanding sebelum ini hanya tiga sektor.
PAC juga telah dimaklumkan dalam prosiding bahawa levi yang tidak digunakan oleh majikan dalam tempoh dua tahun akan dikategorikan sebagai unutilized levy.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Tempoh ini dilihatkan terlalu singkat memandangkan ia tidak dapat membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menggunakan dana latihan tersebut.
Sehingga kini, tiada semakan semula dibuat oleh ALP dan juga tempoh selama dua tahun itu masih lagi terpakai sehingga hari ini.
Perlu diingatkan bahawa HRD Corp ini bukanlah satu institusi pelaburan. Namun, PAC mendapati bahawa HRD Corp telah pun melabur dalam pelbagai aktiviti pelaburan dengan menggunakan levi sebagaimana put and call option. Pelaburan ini adalah berisiko tinggi dan boleh mendedahkan HRD Corp kepada risiko kerugian yang besar. Dapat dilihat juga bahawa sebahagian daripada hartanah yang diberi oleh HRD Corp tidak melalui proses perolehan dan pembelian hartanah yang konsisten, ALP HRD Corp juga tidak dibekalkan dengan maklumat-maklumat yang lengkap bagi sesuatu pembelian hartanah.
Justeru, terdapat perolehan dan pembelian hartanah yang mencurigakan dan ia dikhuatiri akan mendatangkan kerugian kepada HRD Corp.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Selain itu juga, PAC telah pun mendapati kelemahan dalam pengurusan HRD Corp daripada segi tadbir urus dan tatakelola. Tetuan Ernst and Young telah pun menjalankan kajian dan semakan terhadap tadbir urus HRD Corp secara menyeluruh dan laporan komprehensif ini telah pun disediakan pada tahun 2018. Namun, laporan ini tidak dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah HRD Corp dan tidak diedarkan pun kepada ALP. Susulan dengan itu, syor-syor penambahbaikan yang telah pun dibuat yang dikemukakan oleh Tetuan Ernst and Young tidak diambil tindakan sepenuhnya.
Hasil daripada prosiding yang diadakan, PAC telah pun membuat 15 rumusan iaitu yang pertamanya HRD Corp melalui Mesyuarat Lembaga Pengarah pada 27 Februari 2024 telah pun bersetuju supaya kutipan levi ini dan operasi HRD Corp diperakaunkan secara berasingan sejajar dengan perkara yang telah pun dibangkitkan oleh PAC sewaktu prosiding.
Kedua, levi yang tidak digunakan dalam tempoh dua tahun akan dikategorikan sebagai unutilized levy, forfeited levy. Penentuan tempoh unutilized levy selama dua tahun telah menyebabkan banyak perusahaan kecil sederhana tidak dapat memanfaatkan dana latihan yang telah pun dicarumkan kerana tidak dapat mencapai kos minimum untuk mereka melaksanakan latihan.
Ketiga, pemindahan unutilized levy tidak dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah HRD Corp walaupun telah diminta oleh Ahli Lembaga Pengarah.
Walau bagaimanapun, pihak pengurusan HRD Corp berpandangan pindahan levi ke tabung unutilized levy tidak perlu melalui ALP mengikut Akta Pembangunan Sumber Manusia 2001.
Keempat, pelaksanaan caj perkhidmatan empat peratus terhadap penyedia latihan telah diluluskan oleh ALP HRD Corp pada tahun 2019 dengan niat untuk menampung perbelanjaan operasi HRD Corp tanpa bergantung kepada pelaburan.
Namun, ia telah pun dibantah oleh pihak industri dan pelaksanaan ini telah ditangguhkan bagi memberi ruang kepada HRD Corp untuk menambah baik pengurusan latihan.
Walau bagaimanapun, di bawah pengurusan HRD Corp yang baharu iaitu pada tahun 2020, caj ini telah pun dilaksanakan dengan mengguna pakai kelulusan asal tanpa dirujuk semula kepada ahli lembaga pengarah. Walaupun caj perkhidmatan empat peratus yang dilaksanakan, HRD Corp terus giat dan agresif melaksanakan pelaburan yang mungkin membawa risiko kepada wang levi yang digunakan dalam pelaburan tersebut. Matlamat dan fungsi utama HRD Corp adalah pembangunan sumber manusia bagi maksud penggalakan latihan dan pembangunan pekerja; perantis, pelatih dan bukan institusi pelaburan.
Keenam, panel pelaburan HRD Corp tidak melaporkan aktiviti pelaburan yang sepatutnya kepada ALP disebabkan justifikasi pihak pengurusan bahawa Pengerusi Panel Pelaburan itu juga merupakan Pengerusi ALP. Ini menyebabkan ALP tidak dapat memantau aktiviti pelaburan HRD Corp secara keseluruhan sekali gus mengetepikan peranan ahli lembaga pengarah sebagai pihak yg bertanggungjawab terhadap hala tuju HRD Corp.
Ketujuh, mengikut Akta PSMB 2001, wakil Bank Negara Malaysia perlu dilantik sebagai salah seorang ahli panel pelaburan. Walau bagaimanapun, sejak 2017, tiada wakil Bank Negara Malaysia dalam panel pelaburan HRD Corp. Perkara ini adalah bertentangan dengan Akta PSMB 2001.
Kelapan, proses kelulusan pembelian hartanah HRD Corp telah pun melalui satu proses- melalui pelbagai kaedah perolehan dan tidak melalui satu proses piawaian prosedur yang konsisten. Selain itu, terdapat transaksi pembelian hartanah yang tidak dibekalkan dengan dokumen yang lengkap kepada ALP HRD Corp.
Kesembilan, peruntukan latihan yang digunakan daripada dana bukan levi, geran kerajaan dan sebagainya adalah terdedah kepada risiko ketirisan penyelewengan kerana tidak ada SOP serta pemantauan.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Kesepuluh, tindakan Ketua Eksekutif mendapatkan tandatangan Timbalan Ketua Setiausaha Operasi Kementerian Sumber Manusia dalam surat bertarikh 15 Februari 2022, memberikan gambaran kepada ALP HRD Corp bahawa ia adalah kelulusan untuk meneruskan projek Skills Passport. Kesebelas, Menteri Sumber Manusia pada tahun 2022 dan Ahli Lembaga HRD Corp telah pun dimaklumkan oleh Ketua Eksekutif HRD Corp bahawa perjanjian Skills Passport tidak membawa apa-apa implikasi kewangan kepada HRD Corp dan ini adalah bercanggah dengan Jadual 3 perjanjian yang menyatakan bahawa HRD Corp akan membayar New Mind Sdn Bhd berjumlah RM12 bagi setiap kali penggunaan.
Kedua belas, ALP HRD Corp juga telah dimaklumkan bahawa- oleh Ketua Eksekutif HRD Corp bahawa Program Micro-Credentials telah pun memperoleh persetujuan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk dilaksanakan dengan syarikat MACS. Walau bagaimanapun, MQA menyatakan tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk melaksanakan pengesahan kualiti micro-credential bagi pihak MQA mahupun melantik mana-mana pihak untuk berunding dengan mana-mana universiti berkaitan micro-credential, mewakili MQA.
Ketiga belas, laporan kajian dan semakan bertarikh 18 Oktober 2018 terhadap tadbir urus syarikat yang telah pun diberikan oleh Tetuan Ernst and Young tidak dibentangkan pada ALP HRD Corp. Lantaran itu, syor-syor penambahbaikan tidak dapat di laksana.
Keempat belas, dalam HRD Corp, setiausaha syarikat dan ketua pegawai undang-undang HRD Corp adalah individu yang sama. Ini telah mengakibatkan keputusan dan nasihat yang diberikan banyak memihak kepada pengurusan HRD Corp dan tidak membantu ahli lembaga pengarah dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.
Terakhir, rumusan yang kita peroleh, kelewatan pelantikan Pengerusi HRD Corp telah pun menimbulkan beberapa isu tata kelola dalam HRD Corp. PAC juga telah membuatkan beberapa syor penambahbaikan.
Itu sahaja, masa pun sudah tamat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih. Satu pembentangan yang baik.
Sekarang saya buka untuk perbahasan. Seperti yang saya sebut tadi, empat orang telah pun dipilih dan setiap orang diberikan lima minit, bukan tiga minit ya. Tambah lagi.
Baik, saya jemput sekarang Paya Besar.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua kerana membenarkan saya untuk turut serta memberi pandangan berkaitan penerangan Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Saya mewakili Ahli Parlimen kerajaan mengucapkan tahniah dan syabas kepada Tan Sri Yang di-Pertua kerana membenarkan penerangan yang ini dibuat oleh PAC dan JKPK. Tahniah dan terima kasih Tan Sri...
[Tepuk] Tahniah juga saya ucapkan kepada Pengerusi PAC dan seluruh Ahli Jawatankuasa PAC.
Seorang Ahli
...Tampin, Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
...Kerana tidak menunggu Laporan Ketua Audit Negara untuk mengambil prosiding. Ini satu tindakan yang sangat jauh ke hadapan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tan Sri Yang di-Pertua, apabila saya mendengar, teliti ucapan penerangan daripada Pengerusi PAC tadi, saya merasakan hati saya ini berbaur rasa marah ada, rasa kesian pun ada...
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh chip in sikit?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Belum apa lagi dah chip in?
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya pun geram ini Yang Berhormat dengar Pengerusi PAC membuat...
[Tidak jelas] Kepada kita.
Yang Berhormat Paya Besar, apakah Yang Berhormat melihat bahawa terdapat pelanggaran tatakelola yang terlalu luar biasa? Saya lihat perbuatan pentadbir... [Tidak jelas] Ini macam daylight robbery Tuan Yang di-Pertua. Rompakan di siang hari dilakukan kepada kerajaan dan rakyat. Minta Yang Berhormat buat komen betul-betul.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tan Sri Yang di-Pertua, saya berkongsi rasa sepertimana Yang Berhormat Kinabatangan. Kalau dia rasa seolah- olahnya ada rompakan pada waktu siang, saya rasa ucapan beliau masuklah ucapan saya. Kerana apa Tan Sri Yang di-Pertua? Isu ini lah isu yang besar. Kerajaan memberi mandat kepada HRD Corp, bukan mandat yang biasa. Kerana apa? Kerana isu daya saing negara ini makin hari makin jatuh.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
IMD report 2024 menyatakan negara kita telah jatuh ke tangga 67 daripada 34.
Ini semuanya adalah asasnya kepada produktiviti negara dan produktiviti negara Tan Sri Yang di-Pertua, tidak akan lari daripada mandat yang diberi oleh kerajaan kepada HRD Corp. Bukan sahaja mengutip levi, tetapi perlu membuat latihan kepada pekerja-pekerja khususnya yang berada syarikat dalam Malaysia ini, Tan Sri Yang di-Pertua.
Itu sebabnya, saya yakin, kalau kita tidak ada masalah tata kelola, mungkin sikit sebanyak akan memberi sokongan kepada Laporan IMD 2024. Saya melihat 12 ke-14 cadangan, rumusan yang dibuat kepada HRD Corp oleh PAC merupakan satu kecurangan tata kelola yang cukup-cukup tinggi yang mesti kita atasi. Ia tidak boleh hanya diatasi di peringkat pentadbiran, tetapi kita mesti mengubah business model supaya ia dapat menyumbang kepada daya saing negara, yang akhirnya akan meningkatkan mutu dan nilai kita.
Kita berikan latihan yang cekap kepada rakyat Malaysia. Kita meyakinkan pelabur di luar sana, mereka melabur di Malaysia ini akan mempunyai pekerja-pekerja yang akan diberi latihan. Bukan sikit Tan Sri Yang di-Pertua, 0.5 peratus kepada satu peratus yang dikutip. Tadi dinyatakan, peningkatan begitu tinggi selepas kita jadikan keseluruhan sektor untuk dikutip kan levi, tetapi kecurangan tata kelola ini perlu kita atasi segera supaya kita tidak melihat niat HRD Corp ketika diwujudkan.
Saya teliti Hansard Tan Sri Yang di-Pertua, ketika kita membincangkan perkara ini dalam Dewan Rakyat. Begitu usaha murni our forefather, dengan izin, untuk memastikan kita mendapat latihan yang secukupnya. Inilah HRD Corp mesti lakukan.
Saya lihat Tan Sri Yang di-Pertua, business nature yang telah disebutkan oleh PAC sebentar tadi. Walaupun kita mempersoalkan adakah HRD Corp ini melaksanakan mandat atau tidak, itu perkara-perkara yang mungkin daripada segi datanya begitu tinggi- 400,000 naik kepada 1.2 juta daripada 2020 kepada 2023. Ya, kita setuju daripada segi kuantitinya, tetapi daripada segi kualitinya Tan Sri? Adakah kualitinya seperti mana yang dilaporkan dalam Laporan Audit? Nama dan IC orang yang sama berulang-ulang kali.
Itulah yang saya sebutkan tadi. Kita jangan hanya melihat daripada segi konteks kuantiti itu, tetapi kita mesti kembalikan the new business model kepada HRD Corp ini Tan Sri Yang di-Pertua supaya ia dapat memberi keyakinan, Tan Sri Yang di-Pertua.
Akhirnya Tan Sri Yang di-Pertua, kejatuhan nilai pembangunan modal insan kita ini akan memberi kesan yang besar kepada ekonomi negara.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Akhir Tan Sri Yang di-Pertua, saya minta sangat Tan Sri Yang di-Pertua supaya bukan sahaja CLBG- Company Limited By Guarantee ini diberi perhatian oleh PAC, tetapi saya minta sangat juga pengurusan GLC-GLC di negara kita ini mesti mempunyai roh dan semangat rakyat Malaysia...
[Tepuk] Ini kerana apa? Kerana kita mesti mempunyai peneraju di GLC dan CLBG ini orang Malaysia yang mempunyai jiwa Malaysia, yang mempunyai rasa kasih sayang pada Malaysia. Ini kerana apa? Kita kutip duit rakyat Malaysia dan kita perlu perkasakan rakyat Malaysia. Kita tidak boleh membiarkan mereka yang menerajui GLC-GLC dan CLBG ini tidak mempunyai rasa maruah dan tanggungjawab kepada negara kita. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih. Saya jemput Putrajaya.
Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Bila kita teliti laporan yang disediakan oleh PAC ke atas HRD Corp dan juga tadi pembentangan oleh Pengerusi PAC, kita lihat banyak- kelemahan-kelemahan yang disebut dan yang dijelaskan. Dalam konteks ini kalau kita lihat secara umumnya, ini merupakan sindrom duit banyak dan duit itu duit orang.
Dalam konteks perakaunan, dalam konteks corporate governance, kita panggil konsep yang paling penting perlu diteliti di sini adalah apa yang kita panggil Agency Theory. Maknanya, HRD Corp ini dia merupakan ejen yang memegang wang yang diberikan oleh syarikat-syarikat tadi. Sebab itu dalam konsep ini kita tahu bahawa sekiranya tidak ada satu kawalan dalaman atau internal control yang lengkap, menyeluruh dan telah diteliti satu persatu, maka perkara ini akan berterusan dari semasa ke semasa.
Kita sebut tadi, Yang Berhormat Pengerusi PAC menyebut pendekatan- pendekatan yang telah dibuat ataupun yang akan dilaksanakan oleh PAC berkaitan dengan hal ini, kesimpulannya. Disebut juga pada tahun 2018, telah ada laporan oleh EY berkaitan dengan keadaan dalam HRD Corp., tetapi tidak ada sesuatu pun berlaku.
Sebab itu dalam konteks ini, kerajaan sekiranya ingin meneruskan kewujudan HRD Corp ini, maka perlu membuat satu- pelan yang komprehensif. Meneliti satu persatu dekat mana kelemahan dalam sistem kawalan dalaman ini atau internal control ini. Ini kerana apa? Kita lihat untuk tahun 2023, levi yang diterima adalah lebih daripada RM2 bilion. Kita lihat jumlah syarikat yang perlu mencarum akan meningkat, maka dari tahun ke tahun, jumlah ini akan menjadi jauh lebih besar.
Sebab itu kalau kita lihat isu utama tadi adalah isu berkaitan dengan penggunaan levi. Kita lihat bagaimana levi digunakan untuk pelaburan-pelaburan dan sama ada pelaburan ini berisiko atau tidak berisiko, mendatangkan hasil atau tidak mendatangkan hasil, kita boleh baca dalam laporan tersebut. Ini kerana apa? Pelaburan ini dibuat bukan menggunakan wang sendiri. Pelaburan ini dibuat menggunakan wang awam, maka risiko pada pengurusan adalah jauh lebih rendah sekiranya tidak ada satu kaedah untuk memastikan bahawa pengurusan accountable terhadap sebarang keputusan yang dibuat di peringkat pengurusan.
Jadi kena ada akauntabiliti. Ini PAC nak kena lihat bagaimana ingin mewujudkan satu akauntabiliti yang menyeluruh. Maknanya nak buat keputusan ini. Ini duit rakyat dan they are accountable for that kalau ada apa-apa yang mereka laksanakan.
Kalau kita lihat tadi berkaitan dengan levi juga, maka pelaburan menggunakan levi ini, keuntungannya pergi kepada siapa? Duit ini duit daripada pencarum daripada syarikat-syarikat tadi, tapi yang melaburnya HRD Corp. Duit keuntungan daripada pelaburan ini siapa patut pegang? Patut bagi balik ke atau patut HRD Corp. simpan?
Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Jadi perkara-perkara ini perlu dilihat secara lebih menyeluruh. Sebab itu, saya ingin selain daripada apa yang disebut oleh Pengerusi PAC tadi, saya mencadangkan supaya tengok betul-betul way forward. Kalau nak teruskan HRD Corp ini, buat satu-satu apakah key business processes HRD Corp, apakah internal controls untuk setiap key business processes. Pastikan ada satu persatu. Jadi perkara ini datang lima tahun ke depan, kita lihat HRD Corp. yang jauh lebih baik.
Kita tak nak nanti EY dah buat laporan 2018, simpan kepada management, tak disampaikan kepada lembaga pengarah. Ini apa? Kalau ini berterusan, maknanya kita hanya sembang di sini, PAC hanya sembang saja dan kita tidak akan melihat sebarang hasil.
Saya akhir sekali Tan Sri Yang di-Pertua. Saya ingin menyentuh apa yang disebut oleh Pengerusi PAC tadi. Pengerusi PAC menyebut bahawa PAC ini merupakan jawatankuasa yang mempunyai bidang yang cukup luas. Pengerusi PAC kata yang ini dimulakan bukan daripada Laporan Ketua Audit Negara. Ini dimulakan daripada PAC sendiri. Oleh itu, saya ingin mencadangkan kepada PAC supaya jika kita lihat apa yang berlaku sebelum ini, kes HRD Corp. ini adalah merupakan historical facts. Benda yang telah berlaku, kita tengok macam mana nak bergerak ke hadapan.
Ini sama juga dengan kes 1MDB. Saya masih ingat lagi membaca Laporan 1MDB yang dilakukan oleh PAC pada waktu itu dan benda itu telah lepas. Sebab itu saya nak cadang kepada Pengerusi PAC, bawa kepada PAC isu berkaitan penjualan 30 peratus blok besar MAHB kepada syarikat asing. Bawa sekarang. Pastikan supaya...
[Tepuk] perkara itu dibuat dengan tatacara yang betul.
Ini kerana seperti mana yang saya dengar penjelasan Yang Berhormat Menteri Kewangan II dalam Kamar Khas, asas yang diberikan adalah terlalu remeh. Asas yang diberikan adalah terlalu kita kata tak ada asaslah- basically. Ini kerana apa? Dari sudut ekonominya, nak RM10 bilion dalam tempoh lima tahun. RM10 bilion ini, yang pegang 70 peratus itu adalah kita. Kalau 70 peratus daripada RM10 bilion adalah RM7 bilion. RM3 bilion lagi tak perlu jual pada syarikat asing untuk dapatkan RM3 bilion. Kita ada dana- dana dalam negara yang mampu memberikan RM3 bilion.
Kemudian kata nak tingkatkan efficiency. Kita tak perlu jual 30 peratus blok kepada syarikat asing untuk tingkatkan efficiency. Kita boleh guna konsultan dan orang kata nanti konsultan ini dia ada kepentingan diri sendiri. Sekarang ini pelbagai model consultancy yang dilaksanakan, performance-based equity; based consultancy dan sebagainya.
Sebab itu Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih ke atas masa yang diberikan. Saya menyeru pada PAC ambillah ruang ini. Ya, pastikan bahawa PAC lima tahun lagi tak melihat isu MAHB, tetapi sebaliknya lihat sekarang dan pastikan supaya kerajaan tidak meneruskan penjualan 30 peratus tersebut. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Bismillahi Rahmani Rahim.
Saya ingin memfokuskan perbahasan saya mengenai satu isu sahaja sebagai contoh, isunya ialah pembelian hartanah dalam laporan PAC pada muka surat 110.
Beberapa pembelian telah dibuat. Pertama, Menara Ikhlas- RM202.5 juta; kedua, Blok A, Sutera Avenue di Kota Kinabalu, Sabah- RM16 juta; ketiga, bangunan Bangsar South, Kerinchi- RM154 juta; dan keempat, bangunan pejabat, Tapah. Nilai belian tak tahu, tak ada maklumat, tapi ubah suai saja RM1.5 juta.
Saya merujuk secara khusus kepada kes Menara Ikhlas. Nilai belian telah disebut tadi RM202.5 juta, tetapi depositnya RM120 juta diluluskan oleh panel pelaburan.
Pembelian hartanah ini telah- sekarang telah dibatalkan. Pembelian dibuat pada 24
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Februari 2021, deposit RM120 juta melebihi 50 peratus Tan Sri, daripada harga belian.
Biasanya- ini luar biasa. Biasanya kalau deposit itu 10 peratus sahaja daripada nilai belian.
Perjanjian pembelian adalah Perjanjian Jual-Beli, tetapi kandungan perjanjian adalah List to Purchase. List to Purchase, ini saya dapat daripada Laporan PAC.
Wang deposit tersebut masih belum dituntut daripada pihak penjual. Ini dijelaskan oleh wakil MOF dalam Lembaga Pengarah pada 1 November 2023. Projek ini tidak jadi, tetapi setelah beberapa tahun wang deposit ini masih berada di pihak penjual. Kalau kita andaikan interest tiga peratus daripada RM120 juta, kalau setahun RM3.6 juta, duit ini ke mana? Itu persoalannya.
Kemudian berkenaan Menara Ikhlas ini, transaksi pembelian hartanah tidak dibekalkan dengan dokumen- tidak dibekalkan dengan dokumen-dokumen lengkap kepada Ahli Lembaga Pengarah HRD Corp.
Tan Sri Yang di-Pertua, matlamat dan fungsi utama HRD Corp. adalah pembangunan sumber manusia bagi maksud penggalakan latihan dan pembangunan pekerja, perintis, pelatih dan bukan sebagai institusi pelaburan.
Rumusan PAC, saya baca di sini pada para 7.8, muka surat 199, “Proses kelulusan pembelian hartanah HRD Corp. telah melalui pelbagai kaedah perolehan dan tidak melalui satu proses piawaian prosedur yang konsisten. Selain itu, terdapat transaksi pembelian hartanah yang tidak dibekalkan dengan dokumen-dokumen lengkap”. Akhirnya Tan Sri Speaker, kita nak cari penyelesaian. Saya petik syor daripada PAC para 8.6, muka surat 201, “HRD Corp perlu mewujudkan garis panduan bagi perolehan aset termasuk dan tidak terhad kepada limit of authority (LOA) dan SOP supaya terdapat satu proses piawaian prosedur yang konsisten dan memastikan pelaksananya dipatuhi sepenuhnya.” Ini syor daripada PAC Tan Sri, lembut bunyi dia, tapi ini adalah syor daripada Ahli Parlimen Pasir Gudang yang kawasannya, majoriti penduduknya ialah kaum pekerja yang perlukan latihan ini.
Syor dari Pasir Gudang ialah pertama, lapor ke SPRM telah dibuat. Terima kasih.
Yang kedua, lapor kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahagian Commercial Crime di bawah seksyen 406, criminal breach of trust- pecah amanah jenayah. Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, akhir sekali saya jemput Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Saya tadi saya tengok tadi Tan Sri Speaker, terima kasih.
Bila angkat itu...
[Menunjuk kepada tukul di atas meja Pengerusi] Saya pun nak kena hati-hati itu. Maknanya Tan Sri Speaker dah ada niat dah itu. Jadi silap saja, dia boh hari ini, tapi tak apa. Tan Sri Speaker buat kerja Tan Sri Speaker, saya buat kerja saya sebagai MP. Insya-Allah. Terima kasih Tan Sri Speaker atas peluang untuk berbahas dalam perbincangan melibatkan laporan PAC, HRD Corp.
Saya ingin terus kepada persoalan yang saya ingin bangkitkan memandangkan masa kita tak banyak pada hari ini. Menerusi dapatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, sejumlah RM3.77 bilion hasil daripada kutipan levi daripada majikan digunakan untuk melabur dalam pelbagai aktiviti pelaburan.
Ini termasuk pelaburan dalam aktiviti pelaburan berisiko tinggi dengan menggunakan wang levi seperti, dengan izin, put and call option sedangkan agensi ini bukanlah sebuah institusi pelaburan, bahkan berpotensi mendedahkan HRD Corp.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
kepada risiko kerugian. Misalnya, pelaburan dalam derivative options. Oleh yang demikian, apakah saranan atau langkah yang boleh diambil sebagai way out dalam hal ini? Adakah HRD Corp. boleh digubal agar ia boleh jadi sebuah badan yang dibenarkan melabur?
Tan Sri Yang di-Pertua, kutipan levi ini adalah untuk kita reskill ataupun upskill pekerja-pekerja kita yang dibawa masuk dengan latar belakang skill yang berlainan. Oleh sebab itu, saya mohon penjelasan dalam bab ini. Kalau dah nak buat pelaburan, kita pindalah akta HRD Corp. untuk mereka tidak terikat dengan salah laku dalam pelaburan, tapi sekarang akta ini tak boleh, jadi kita nasihatkan.
Inilah pandangan daripada PAC yang perlu diberi perhatian oleh HRD Corp. Oleh yang demikian, kita tengok dalam hal pelaburan ini didapati Panel Pelaburan HRD Corp.
tidak melaporkan aktiviti pelaburan kepada Ahli Lembaga Pengarah. Tan Sri Speaker, bila tak lapor, benda itu tak ada dalam SOP dibuat juga, jadi tak laporlah. Jadi, satu kesalahan lagi bila tak lapor kerana BOD tak tahu. Di atas ini, pengurusannya...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Pendang, Pendang, nak minta laluan sikit boleh?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Okey, okey.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Sikit saja.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Kejap. Kalau Tan Sri Speaker bagi tambah masa kat saya, saya bagilah.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ringkas saja Pendang. Setuju tak Pendang bahawa dengan levi yang banyak itu digunakan dengan sebaik mungkin, mungkin negara tak perlu lagi kepada pekerja-pekerja asing- setuju atau tidak? Terima kasih.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Pendang nak tanya satu soalan saja., satu ayat saja boleh?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Saya bagilah, pasal Tan Sri Speaker pun baik hari ini.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Terima kasih Pendang. Sebab persoalan yang dibangkitkan oleh Pendang ini sebenarnya sepatutnya Pendang tahu sebab semua yang dibincangkan ini, tempoh yang dibicarakan ini sebenarnya waktu...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Okey, cepat sikitlah. Straight to the point.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
...Yang Berhormat jadi Timbalan Menteri.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Ya. Tak apalah, bagi soalanlah, bagi soalan. Saya tahu itu.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
...Betul tak? Jadi sepatutnya Yang Berhormat Pendang yang patut yang kabor kat Dewan yang mulia ini, apa yang sebenarnya berlaku waktu itu.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Itu soalan dia kan? Okey, terima kasih.
Apakah ini mana? Tadi Gopeng kah..., Ipoh Timor? Okey, terima kasih Ipoh Timor.
Ya lah, kita kan setiap GLC dia ada standard operating procedure dia. Dia ada Lembaga Pengarah dia yang menguasai. Jadi ada benda yang kita tak perlu lapor sampai ke peringkat kementerian, Menteri dan Timbalan Menteri ha. Sebab dia dah ada board dah. Okey, oleh sebab itu- tak apa, saya pergi kepada saya punya perbahasan saya.
Saya nak tanya dalam hal pelaburan, didapati Panel Pelaburan HRD Corp. tidak melaporkan aktiviti pelaburan kepada Ahli Lembaga Pengarah (BOD) atas pengurusannya mewajarkan Pengerusi panel itu adalah dalam kalangan BOD yang menyebabkan pemantauan tidak dapat dibuat terhadap aktiviti pelaburan secara menyeluruh. Ia menjelaskan fungsi BOD ataupun Board of Director ini sebagai entiti
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
bertanggungjawab terhadap hala tuju HRD Corp. Adakah mekanisme-mekanisme kawal selia yang dicadangkan supaya BOD dapat bertindak dalam ruang lingkup tanggungjawabnya bagi menentukan hala tuju dan fungsi HRD Corp. dengan telus dan penuh integriti?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Bagaimana pengasingan jawatankuasa-jawatankuasa risiko dan juga audit kepada dua buah Jawatankuasa berbeza dapat memastikan ketelusan fungsi HRD Corp.
selain memperkukuhkan proses dalaman bagi menamatkan kelulusan Panel Pelaburan melalui usaha wajar atau due diligence untuk setiap pelaburan...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Yang Berhormat...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
...Lembaga Pengarah perlu lebih tegas menjalankan tanggungjawab dalam mengemudikan...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Yang Berhormat...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
...Peranan dan hala- saya tak ada masa ni...
Tuan Yang di-Pertua
Saya ingat nak...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
...Dah nak habis dah ni.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Boleh, sikit lagi.
Tuan Yang di-Pertua
...Teruskan, saya tak bagi. Masa, masa.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tan Sri Speaker tak bagi.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Okey, okey, okey.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Dalam hala tuju adakah perlunya mekanisme kawal selia yang lebih ketat dengan melibatkan sekali agensi penguatkuasaan seperti SPRM atau Audit Negara untuk memastikan ia mematuhi garis panduan yang disediakan.
Akhir sekali Tan Sri Yang di-Pertua, dalam ini saya rasa terpanggil untuk membangkitkan isu yang berkaitan bagaimana kutipan levi digunakan tak kiralah untuk pelaburan atau latihan reskill dan upskill kepada golongan pekerja. Ia datang bersama amanah dalam tanggungjawab HRD Corp. perlu juga dilaksanakan, kerja betul-betul tanpa mengkhianati amanah yang diberikan.
Sebelum saya akhiri perbahasan, saya berharap agar pihak HRD Corp.
memandang serius setiap teguran, ambil saranan, nasihat serta cadangan dan penambahbaikan dengan semangat untuk mengembalikan kepercayaan golongan pekerja seterusnya memainkan peranan penuh tanggungjawab berdasarkan Akta PSNB 2001 yang seperti mana yang disarankan oleh PAC. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pengerusi PAC untuk menggulung dan mungkin Pengerusi nak bagi celahan satu, dua.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Lima minit ya.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
...Saya mohon YB Bayan Baru dulu, YB Bayan Baru untuk menggulung dan kemudian saya sambung.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
...Dan juga mungkin dibantu oleh sahabat yang lain, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan. Tapi dalam masa lima minit ini ya.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Tan Sri. Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Masjid Tanah kerana memberi peluang. Hari ini bersejarah kerana kita bincangkan tentang PAC, laporan PAC julung-julung kali dalam sejarah Parlimen Malaysia.
Ini lah keterbukaan Tan Sri Speaker memberi peluang kepada kami. Jadi saya ingin menjelaskan bahawa HRD Corp. ini sebenarnya mempunyai wawasan dan visi dan misi yang betul untuk pembangunan sumber manusia di negara Malaysia.
Ini lah satu- syarikat atau satu fund yang sangat progresif untuk membantu pekerja. Walau bagaimanapun, kita tahu bahawa dalam menjalankan tugas adalah pentingnya pihak pengurusan dan juga board kena melaksanakan tugas masing-masing, tetapi kita dalam PAC mendapati ada beberapa masalah yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Paya Besar dan juga Pendang, Pasir Gudang dan juga Putrajaya.
Jadi saya ingin menggulung beberapa isu tentang pelaporan. Pelaporan Panel Pelaburan kepada ALP. Panel Pelaburan tidak melaporkan aktiviti pelaburan kepada ALP atas justifikasi bahawa pihak pengurusan- bahawa Pengerusi Panel Pelaburan merupakan pengerusi ALP. Hanya melapor kepada ALP bila diminta. Namun berdasarkan kepada prosiding bersama mantan ALP tiada pelaporan dilakukan walaupun setelah diminta untuk pelaporan yang terperinci dibuat.
Dalam semua prosiding PAC, kita memberi platform yang adil kepada semua pihak termasuk pengurusan untuk menjawab. Jadi, laporan ini kita present secara adil dan terbuka dan juga transparent semungkin ya. Jadi laporan ini agak komprehensif, ia melangkaui tiga jilid. Setiap jilid, 200 muka surat.
Isu yang kedua ialah utilize, unutilized levy. Unutilized levy, jangka tempoh pengkelasan levi ke unutilized levy sejumlah wang yang tidak digunakan oleh majikan bagi tujuan latihan selepas tempoh dua tahun. Antara masalah unutilized levy adalah banyak perusahaan kecil sederhana (PKS) tidak dapat memanfaatkan dana latihan yang telah dicarumkan kerana tidak mencapai kos minimum untuk melaksanakan latihan.
Sehingga kini, tiada semakan semua oleh ALP dan tempoh selama dua tahun tersebut masih terpakai sehingga kini. Penggunaan unutilized levy. Keperluan pemantauan dan prosedur operasi SOP yang lebih ketat memandangkan terdapat ketirisan seperti yang dilaporkan dalam LKAN.
Untuk menjawab isu pembelian harta oleh Pasir Gudang, Menara Ikhlas.
Pembelian Menara Ikhlas telah dibuat pada 24 Februari 2021 dengan nilai RM202,500,000. Deposit yang dibayar RM120 juta iaitu melebihi 50 peratus daripada harga belian bangunan tersebut. Bagaimanapun pembelian tersebut telah dibatalkan pada November 2021 dan deposit telah dipulangkan berserta faedah sebanyak RM3.2 juta pada 2023. Prosedur tidak teratur atau konsisten yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.
Proses kelulusan pembelian hartanah HRD Corp. telah melalui pelbagai kaedah perolehan dan tidak melalui satu proses piawaian prosedur yang konsisten. Selain itu, terdapat transaksi pembelian hartanah yang tidak dibekalkan dengan dokumen-dokumen lengkap kepada ALP HRD Corp. Saya setakat ini, saya kembalikan kepada Chair. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Sebab itu, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada empat Yang Berhormat telah pun membahaskan isu HRD Corp. ini.
Kita lihat bahawa yang disentuh oleh YB Paya Besar tadi tentang kecurangan tata kelola. Jadi kita telah pun membuat rumusan sebanyak 11 perkara. Antaranya ialah untuk mengkaji semula keperluan untuk menjadikan badan berkanun bagi HRD Corp. ini jadikan sebagai badan berkanun supaya memastikan tadbir urus yang lebih baik dengan merujuk
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
kepada jabatan AGC, Peguam Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam dan juga Kementerian Kewangan Malaysia.
Keduanya, ALP HRD Corp. juga perlu mengkaji semula kaedah pemindahan wang levi ke tabung unutilized levy bagi memastikan kepentingan PKS terpelihara. Antara cadangan juga oleh Putrajaya maksudnya sindrom duit banyak tapi duit orang. Jadi perkara-perkara tersebut telah pun kita rumuskan dalam kita punya syor kepada pihak yang terlibat untuk memastikan dalam tempoh tiga bulan ini mereka akan kembali semula ke PAC dan melaporkan apakah penambahbaikan yang telah dibuat dan juga usaha- usaha yang telah mereka lakukan di atas syor-syor yang telah dilakukan daripada PAC kepada mereka.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Masjid Tanah, sikit
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Ala dah tak ada masa.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ringkas. Apa pandangan Masjid Tanah berkenaan dengan cadangan Putrajaya untuk memasukkan juga kajian BlackRock dalam PAC, apakah pandangan?
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Saya akan pergi pada itu.
Okey sebelum itu saya sentuh juga pada Pasir Gudang dan juga Kinabatangan berkenaan dengan laporan kecurangan yang telah berlaku. SPRM sebenarnya telah pun- saya difahamkan telah pun ada siasatan dan saya benar berharap dan saya mewakili Ahli PAC dan seluruh rakyat Malaysia, kita harap pihak SPRM boleh melihat tentang perkara ini dan membuatkan tindakan yang sewajarnya kerana PAC hanya untuk kami siasat dan kami bentangkan laporan itu untuk dibaca oleh orang awam, tetapi kami tiada kuasa untuk bertindak. Bertindaknya yang ada pada pihak SPRM.
Laporan polis juga, maksudnya kalau orang awam boleh baca dan melihat perkara-perkara yang dilakukan ada kecurangan dan sebagainya, boleh buat laporan polis berkenaan criminal breach of trust yang telah pun berlaku. Tidak ada- terpulang kepada sesiapapun rakyat Malaysia boleh membuat laporan polis...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat....
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
...Selain itu...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Yang Berhormat, saya ada- adakah PAC juga akan sarankan tindakan diambil dengan serta-merta kerana kita lihat business as usual. Pegawai-pegawai situ semua ada di situ...
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Jadi saya sarankan supaya tindakan diambil sekurang-kurangnya mereka digantung kerja sementara siasatan dilakukan. Kalau tidak, is just business as usual. Kita bahas, bahas, bahas, bahas, tapi tidak sebarang tindakan diambil.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Okey, terima kasih Jelutong.
Saya rasa hari ini bila kita dibenarkan oleh Tan Sri Speaker untuk bentangkan laporan HRD Corp. ini dan juga dibahaskan ini lah satu pendekatan yang baharu dan saya juga berharap ia walaupun bukan dalam kuasa PAC, tetapi ia sebenar di bawah kuasa kementerian untuk melaksanakan apa juga tindakan tersebut...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
...Dan saya...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sikit, sikit jer. Kalau tidak...
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Saya tak ada masa, minta maaf Yang Berhormat. Saya pun dah sebut tadi tentang SPRM, tentang laporan polis dan juga hala tuju, kita telah pun bentangkan dalam syor-syor kepada pihak kementerian dan juga HRD Corp.
Berkenaan dengan cadangan daripada pihak Putrajaya itu tadi, saya masih ingat lagi sewaktu saya berkenaan dengan isu BlackRock ya. Apa- MAHB ini, minta maaf. Saya pernah duduk di dalam PAC pada tahun 2015 ada isu tentang KLIA 2. Pada ketika itu belum habis- selesai, tapi masih lagi dalam pembinaan dan kita masuk sebab kita tengok ada perbelanjaan yang melebihi daripada siling yang dibenarkan. Sebab itu, kerajaan mengambil rumusan dan juga syor-syor PAC dalam membangunkan KLIA 2. Kita telah pun memanggil empat prosiding iaitu AirAsia dan juga MoT pada ketika itu.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Jadi, untuk isu yang telah pun dibangkitkan oleh Putrajaya, saya rasa bukan Putrajaya sahaja, tapi ada ramai Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini yang mengesyorkan kepada PAC untuk melihat MAHB ini supaya PAC masuk dan juga panggil, insya-Allah, kita akan beri perhatian kepada perkara itu...
[Tepuk] Saya kira Yang Berhormat boleh tengok laporan. Penat Ahli Jawatankuasa saya buat. Tiga jilid, Yang Berhormat. Tebal. Jadi, boleh tengok syor-syor yang diberikan dan juga prosiding yang telah pun kami lakukan.
Saya rasa itu sahaja. Terima kasih Yang di-Pertua Speaker di atas laluan yang diberikan kepada PAC. Terima kasih semua...
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih Pengerusi PAC dan seluruh Jawatankuasanya kerana ini lah antara gerakan-gerakan yang sedang kita buat untuk mereformasi Parlimen ini. Kita nak terbuka dan semua yang diberi tanggungjawab mengambil tindakan masing-masing. Sebab itu, saya juga telah pun mencadangkan supaya bukan sahaja Pengerusi PAC, but seluruh yang lain Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Select Committee juga mengambil tindakan. Kita akan memberi ruang kepada pengerusi-pengerusi untuk membentangkan hasil-hasil yang telah pun mereka melakukan, kerja kuat yang telah ditunjukkan seperti PAC. Silakan, Menteri.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Ya?
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Peraturan Mesyuarat, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Peraturan Mesyuarat berapa itu?
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Usul 27(3), Machang. Is that?
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Bukan. Ini bukan Machang.
Tuan Yang di-Pertua
No, no, no. Yang ini extension.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Okey.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Sabar, Yang Berhormat. Sabar.
Tuan Yang di-Pertua
Sabar. Sabar, Yang Berhormat. Silakan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Tan Sri Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada pukul 1 tengah hari bagi membolehkan Usul Menteri di Jabatan Perdana Menteri di nombor 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul- usul diputuskan, dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga pukul 2:30 petang.” Terima kasih
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Sebelum itu. Sila, Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Saya mohon menyokong, Tan Sri.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Peraturan Mesyuarat, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Peraturan Mesyuarat berapa itu?
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Ini merupakan preliminary objection sebelum Menteri mengusulkan usul terhadap Ahli Parlimen Machang.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, dengar. Dengar dahulu.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Dengar, Yang Berhormat ya. Terima kasih. Perkara Peraturan Mesyuarat 36(9), Yang Berhormat, “Dalam apa-apa perbahasan, tidak boleh disebutkan kelakuan atau sifat-sifat siapa-siapa Ahli-ahli Parlimen atau siapa-siapa pegawai kerajaan selain daripada kelakuan pada menjalankan urusan sebagai Ahli Parlimen atau pegawai kerajaan.” Ini merupakan antara inti pati, Yang Berhormat Speaker, dalam Usul yang mahu dibentangkan oleh kerajaan. Antara inti pati, kita baca para kedua, Tan Sri, “Bahawa Yang Berhormat Machang telah menamakan individu yang menjadi dalang kepada pengambilan MAHB tersebut adalah Shahazwan Harris ataupun Juan yang merupakan pegawai KWSP”. Lanjutan daripada itu, Yang Berhormat, para empat, “Bahawa dalam perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat tidak boleh disebut kelakuan atau sifat-sifat..” seperti yang saya katakan tadi, 36(9), Yang Berhormat.
Ini merupakan antara inti pati tuduhan dalam usul ini untuk menggantung Ahli Parlimen Machang serta-merta untuk tempoh enam bulan.
Penting, Tan Sri. Lazimnya, di dalam Parlimen ini, Tan Sri, apabila seseorang ahli berbahas atau soalannya ataupun perbahasannya menyentuh perkara-perkara di luar tugas seseorang, Speaker mempunyai tanggungjawab untuk menegur. Jadi, panel ataupun urusannya adalah Speaker menegur ahli tersebut.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Berbeza dalam kes ini, Ahli Parlimen Machang membuat satu stand di dalam Dewan ini yang kononnya tersentuh sifat seorang pegawai kerajaan dalam KWSP, Tan Sri, dan dia akan digantung. Dengan majoriti dekat sana, pastinya akan digantung selepas ini, Tan Sri.
Jadi, Tan Sri, dalam usul urusan ini, perlu dilihat, Tan Sri, 36(12), Tan Sri, 36(9) dalam Peraturan Mesyuarat. Dia tidak define siapa pegawai kerajaan sebenarnya. Tak ada dalam definisi 36(9). Tan Sri buka Perlembagaan Persekutuan Perkara 132.
Perlembagaan Persekutuan, 132. Siapakah pegawai-pegawai kerajaan di dalam Perkara 132? “For the purposes of this Constitution, the public services are...” “Are”, Tan Sri. Dalam Perlembagaan Persekutuan― “The armed forces; the judicial and legal service; the general public service of the Federation; the police force; the joint public services mentioned in Article 133; the public service of each State; and the education service.” Sebab itu, penting bagi kita melihat tuduhan terhadap Machang ini. Pegawai KWSP, sama ada termaktub di dalam tujuh Suruhanjaya seperti yang di-define-kan di dalam Perlembagaan Persekutuan?...
[Tepuk] Itu inti pati yang mesti Tan Sri lihat. Adakah EPF ataupun KWSP ini termaktub sebagai pegawai kerajaan?
Kita lihat EPF (KWSP) ditubuhkan melalui Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Tan Sri...
[Tepuk] Akta 452. Seksyen 3 Akta 452. Penubuhan KWSP memberi kenyataan bahawa KWSP adalah satu statutory body. Satu badan korporat, Tan Sri. Satu badan korporat. Satu badan korporat. Seksyen 3 Akta 452. Baca, Tan Sri, di bawah sana, establishment of the board- semua mengatakan bahawa KWSP tidak termaktub dalam definisi pegawai kerajaan di bawah Perlembagaan Persekutuan Perkara 132.
Sebab itu, Tan Sri, Usul ini perlu Tan Sri tarik balik kerana *defective.
[Tepuk] Defective,* Tan Sri.
Tan Sri, kita ada tiga cabang kerajaan. Judiciary, eksekutif― apa lagi satu, Tan Sri?
[Disampuk] Legislature. Kita legislature. You are the custodian of this. Kalau ada usul daripada eksekutif, Tan Sri mesti nilai teliti. Kalau defective, tolak balik, Tan Sri.
Tan Sri mesti tengok Tan Sri adalah Speaker yang adil...
[Tepuk] Apabila duduk sana, Tan Sri, apabila duduk sana, Tan Sri kena buka baju politik Tan Sri...
[Tepuk] Semua tindakan dan usul mesti dilihat melalui Peraturan Mesyuarat dan Perlembagaan Persekutuan. Tak boleh bulldoze, Tan Sri Yang di-Pertua.
Saya minta Tan Sri...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri, ini sangkaan jahat, Tan Sri. Mana boleh cakap macam itu...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Speaker, Speaker. Ini sangkaan jahat. Kita tak boleh benarkan Speaker dihina. Jangan hina Speaker. Ini kurang ajar.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jangan hina Speaker.
Jangan hina Speaker.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Tak boleh hina Speaker begitu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tarik balik, tarik balik.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Satu, suruh orang buka baju, itu hinaan!
Tak boleh!
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Takut! Takut!
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Beluran, tarik balik.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Tak boleh! Tarik balik!...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Duduk, duduk, duduk. Baik, baik, baik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri, boleh bahas tapi jangan hina Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik, baik. Saya dah bagi ruang pada Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Saya habiskan, Tan Sri.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jangan hina Speaker!
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Jelutong duduk.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Saya minta Tan Sri untuk menangguh mesyuarat ini, perbaiki usul ini.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Duduk semua.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Perbaiki Usul ini.
Tuan Yang di-Pertua
Dak. Duduk semua.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Supaya kita- kita boleh terima kita kalah, tak apa.
Tuan Yang di-Pertua
Beluran...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tetapi perbaiki Usul ini, Tan Sri.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
...Saya dah bagi ruang. Cukup.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Saya minta agar Tan Sri buat perkara yang bijak...
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
...Untuk menarik balik usul ini.
Jangan lanjutkan usul ini. Terima kasih, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih. Beluran, Beluran kawan saya.
Beluran pernah duduk di sini. Beluran pernah duduk. Lazimnya- saya juga duduk sana sebagai Ketua Whip. Ketua Whip, di antaranya ialah menasihati kawan-kawan. “Eh, you dah crossed red the line ini. Lebih baik you minta maaf sebelum apa-apa.” Saya tunggu daripada 1 hari bulan sampai 7 hari bulan. Kot, kot lah. Kot, kot lah Machang nak minta maaf kepada saya atas teguran Beluran. Beluran tak buat.
Saya dihina dalam Youtube, “Speaker ubi kayu” lah. Malah, Pengerusi PN kata, “Speaker harus dicerca.” That’s very bad. “Mesti dicerca”.
Tuan Yang di-Pertua
The word ‘cerca’, you know? What does it mean? Calling everybody to ‘cerca’ me, but I stay here, I sit here bukan sebagai Johari Abdul, sebagai Speaker. Saya terima, saya terima. Jadi, saya terima. I absorb that, but when you hina Pegawai Kerajaan, that to me is too much. No, whatever you say, saya defined-nya sebagai Pegawai Kerajaan. Sebab itu Beluran, you are better than me...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
You know better than me.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Kami rela. Kami reda Tan Sri, Usul ini, tetapi mesti dibuat dalam konteks yang betul.
Tuan Yang di-Pertua
No, saya- bagi saya, definisinya konteks yang betul, misal...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Ya, sebab itu saya bangun untuk...
Tuan Yang di-Pertua
Saya dah buat keputusan. Ia konteks yang betul. Saya jemput Menteri di Jabatan Perdana Menteri bacakan usul itu.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tak boleh.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan. Saya akan beri ruang untuk orang...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Akan tetapi Tan Sri, sikit saja.
Tuan Yang di-Pertua
Sat lagi kita buat keputusan.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Sikit.
Tuan Yang di-Pertua
No, no. Enough. Baca, Menteri dan dihujah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said
[Bangun]
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Machang tak tuduh, Tan Sri. Dia cuma bawa surat layang.
Tuan Yang di-Pertua
Dia sebut surat layang itu dalam Dewan.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Ya, surat layang.
Tuan Yang di-Pertua
Dia tahu itu surat layang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Maknanya, kena siasatlah betul atau tidak.
Tuan Yang di-Pertua
Eh, nak siasat apa? Dia yang sebut surat layang.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Dia cakap pembuli. Dia cakap orang itu pembuli. Come on.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
[Mencelah]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Dia cakap orang itu pembuli.
Tuan Yang di-Pertua
No, enough. Menteri, sila baca.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan; “BAHAWA pada hari Isnin, 1 Julai 2024 semasa perbahasan usul Menteri Di Jabatan Perdana Menteri berhubung dengan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
(SUHAKAM) 2021 dan 2022 di muka surat 37 dan 38, Penyata Rasmi bertarikh 1 Julai 2024, Yang Berhormat Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal, Ahli Parlimen Machang telah memaklumkan kepada Dewan berhubung dengan sepucuk surat layang yang telah tular dan didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
BAHAWA Yang Berhormat Machang juga telah menamakan individu yang menjadi dalang dalam pengambilalihan MAHB tersebut adalah Shahazwan Harris ataupun Juan yang merupakan Pegawai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Yang Berhormat Machang juga telah
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said
memberikan perincian surat layang tersebut yang merujuk kepada layanan negatif individu tersebut kepada pekerjanya.
BAHAWA Yang Berhormat Machang telah membawa perhatian satu- surat layang tidak dapat dikenal pasti identiti pengadu dan kesahihan maklumatnya. Perbuatan Yang Berhormat Machang yang merujuk kepada surat layang tersebut telah memberi kesan buruk bukan sahaja kepada individu yang didakwa tetapi juga secara umum pegawai agensi di bawah kementerian mungkin teraniaya kerana tuduhan yang tidak berasas ini.
BAHAWA dalam perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat, tidak boleh menyebut kelakuan atau sifat siapa-siapa pegawai kerajaan selain kelakuan pada menjalankan urusannya sebagai pegawai kerajaan.
BAHAWA dakwaan Yang Berhormat Machang merupakan satu perbuatan yang seolah-olah menjatuhkan martabat pegawai-pegawai agensi di bawah kementerian yang telah bertungkus lumus dalam membantu anggota pentadbiran dalam membangunkan Malaysia.
BAHAWA Yang Berhormat Machang telah mengeluarkan kenyataan dan dakwaan yang serius dan bertindak membangkitkan perasaan melawan kuasa kerajaan.
MAKA, INILAH DIPERSETUJUI BAHAWA Yang Berhormat Machang hendaklah digantung daripada perkhidmatan Majlis Mesyuarat dan Jawatankuasa Pilihan selama enam bulan daripada tarikh keputusan Usul ini diluluskan.” Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Saya menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang ialah...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Masalahnya sekarang ialah...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Yang di-Pertua. Sedikit pertanyaan.
Tuan Yang di-Pertua
Saya nak bacakan dulu. Ahli Yang Berhormat, sekarang masalahnya ialah usul Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri terbuka untuk dibahaskan. Saya akan bagi seorang- sebelah sini...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Yang di-Pertua, ini bukan perbahasan. Yang di-Pertua, ini...
Tuan Yang di-Pertua
...Kemudian,...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ini dengan peraturan, berkenaan dengan peraturan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, siapa yang nak berucap dulu, berapa minit? Saya bagi...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Peraturan, bukan berucap.
Saya- peraturan mesyuarat.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Peraturan berapa itu?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Peraturan mengenai dengan...
Tuan Yang di-Pertua
Mengenai apa?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
...Usul.
Tuan Yang di-Pertua
Peraturan berapa?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
12, 9 dan 10.
Seorang Ahli
Baca, baca.
Tuan Yang di-Pertua
Isunya apa?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
36(12), 36(9) dan 36(10)(b).
Beberapa Ahli
Bacalah, baca.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Kalau mengikut daripada apa yang ada di sini, ia merujuk kepada 36(9), 36(10)(b)...
Tuan Yang di-Pertua
Ya
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
...Dan tidak merujuk langsung kepada 36(12). Yang boleh dirujuk kepada Jawatankuasa, bila ia mengelirukan dan juga menghina Dewan. Sekarang tidak ada langsung dalam– jadi, Menteri...
Tuan Yang di-Pertua
36(9) itu ada, kan?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
36(9) tapi tidak ada yang menunjukkan untuk dirujuk kepada Jawatankuasa.
Tuan Yang di-Pertua
Ini bukan Jawatankuasa.
Seorang Ahli
Mana ada Jawatankuasa.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Kita tak rujuk Jawatankuasa ini. Gantung terus.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Nak digantung pun tak ada dalam ini.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Besut, mana ada Jawatankuasa. Ini tak rujuk Jawatankuasa pun.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Itu saya tanya, di bawah mana yang kata boleh?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Baca urusan. Baca dulu Aturan Mesyuarat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Di bawah mana? Bawah mana boleh ambil tindakan?
Tuan Yang di-Pertua
Pembangkang, list name.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Baca Aturan Mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua
Saya nak bagi wakil sebelah sini berucap. Bagi siapa- siapa.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ada, ada wakil. Tak apa.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Ketua Whip.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Dia tak dengar langsung.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan. Lima minit dari sekarang.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang diberikan kepada pihak kami untuk membahaskan usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Menteri Undang-undang sekejap tadi.
Tan Sri Yang di-Pertua, perkara asas dalam undang-undang ataupun dalam amalan perundangan, Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah practicing lawyers. Walaupun sekarang ini dipencenkan ataupun dihentikan. Asas utama di dalam satu-satu prosiding undang-undang ialah proses ataupun prosedurnya mestilah berdasarkan kepada undang-undang. Ini termasuklah juga apabila kita membicarakan mengenai usul yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Ia mempunyai, kalau di dalam mahkamah, dalam criminal proceeding dipanggil ‘charges’.
Kalau di dalam civil proceeding dipanggil ‘writ of summon’ ataupun ‘statement of claim’, ia sama saja. Ia mestilah berdasarkan kepada apa perundangan yang diikuti.
Sekejap tadi Yang Berhormat Beluran telah menghuraikan bagaimana pertuduhan dalam Usul ini. Kalau kita lihat, terdapat tujuh perenggan. Satu sehingga tujuh, perenggan tiga, empat, lima merupakan pertuduhan yang boleh dianggap melakukan kesalahan di bawah Standing Order 36(9) iaitu yang berbunyi, “Dalam apa-apa perbahasan, tidak boleh disebutkan kelakuan atau sifat siapa-siapa Ahli-ahli Parlimen atau siapa-siapa pegawai kerajaan selain daripada kelakuan pada menjalankan urusannya sebagai Ahli Parlimen atau pegawai kerajaan”.
Perkara pertama yang telah disentuh oleh Beluran, sepatutnya Yang Berhormat Tan Sri Speaker memperbetulkan atau memastikan adakah orang yang disebutkan dalam Usul ini iaitu pegawai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ini boleh ditakrifkan atau di-define-kan sebagai salah satu daripada perkara 36(9) iaitu sudah tentu mereka tidak Ahli Parlimen. Adakah mereka ini pegawai kerajaan? Adakah pegawai KWSP ataupun mana-mana badan korporat ataupun perbadanan yang lain dianggap pegawai kerajaan dalam konteks perbincangan kita pada masa ini. Jadi, itu perkara pertama.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Kota Bharu, kalau bukan Pegawai Kerajaan, tak akan dia ‘Pegawai Pembangkang’?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tidak boleh simply, tidak boleh- Tidak boleh simply...
[Dewan riuh]
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Duduk, duduk.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Jangan kurang ajarlah.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Saya tak bagi. Jadi, dalam 36(9) Yang Berhormat Tan Sri Speaker, Yang Berhormat perlu putuskan, buat satu ruling, adakah Pegawai-pegawai KWSP didefinisikan sebagai Pegawai Kerajaan sebagaimana dalam konteks 36(9).
Baik, yang keduanya saya merujuk kepada perenggan 6 yang berbunyi, “Bahawa Yang Berhormat Machang telah mengeluarkan kenyataan dan dakwaan yang serius dan bertindak membangkitkan perasaan melawan kuasa kerajaan”. Kalau mengikut standing order kita ini, dalam Standing Order 36(10) Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya mohon bacakan, *“Adalah salah pada peraturan menggunakan-
(a) perkataan-perkataan derhaka kepada negeri, salah;
(b) perkataan-perkataan membangkitkan perasaan melawan kuasa kerajaan; dan
(c) perkataan-perkataan yang harus menaikkan perasaan bersakit- sakit hati atau bermusuh-musuhan antara kaum dengan satu kaum dalam Malaysia atau melanggar mana-mana syarat dalam Perlembagaan atau Akta Hasutan 1948”.*
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
36(10) ini Yang Berhormat, satu kesalahan yang cukup berat, yang memerlukan kepada ingredient ataupun inti pati kepada kesalahan-kesalahan itu. Adakah dengan seorang Ahli Parlimen merujukkan satu- dokumen, walaupun disebut dalam ucapannya sebagai satu- surat layang daripada orang dalam KWSP?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Adakah itu dianggap sebagai mengucapkan perkataan yang derhaka pada negeri?...
[Tepuk] Adakah itu perkataan, perkara dokumen yang membangkitkan perasaan melawan kuasa kerajaan?...
[Dewan riuh]
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Adakah itu merupakan satu perkara yang menaikkan bersakit-sakit bermusuhan antara kaum, Akta Hasutan? Tidak!
Beberapa Ahli
Tidak...
[Dewan riuh]
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Jadi tidak ada dalam pertuduhan ini Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Ia nya mempunyai elemen atau ingredient yang menjurus kepada kesalahan di bawah sama ada 36(9) ataupun 36(10).
Sebagai solution-nya Yang Berhormat, ada sepuluh saat lagi. Yang Berhormat Tan Sri Speaker diberikan kuasa di bawah standing order ini, di bawah Standing Order 36(11) saya bacakan. “Jika pada timbangan Tuan Yang di-Pertua bahawa apa-apa usul atau pindaan atau perbahasan yang akan dijalankan lagi atas Usul Pindaan itu tujuannya melanggar peraturan ini maka Tuan Yang di-Pertua berkuasa menolak usul atau pindaan itu dan memerintahkan supaya usul atau pindaan itu tidak boleh dibahaskan lagi”...
[Dewan riuh]
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ada perkara yang perlu diteliti oleh Yang Berhormat Tan Sri Speaker dan ada jalan keluar diberikan oleh undang-undang kepada Tan Sri Speaker. Saya dengan rendah diri, saya humbly submit...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Ya.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Supaya Yang Berhormat Tan Sri Speaker menggunakan kuasa 36(11) untuk menolak Usul daripada kerajaan berdasarkan kepada undang-undang dan fakta yang telah saya sebutkan ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Shah Alam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam perpaduan. Salam Malaysia Madani. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri.
Saya merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, surat layang adalah- surat yang tidak diketahui siapa penulisnya. Biasanya surat yang mengecam, menyebarkan berita buruk ataupun berita palsu dan lain-lain. Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai poison pen letter, Oxford Dictionary mendefinisikan poison pen letter sebagai anonymous letter that is rebellious, abusive or malicious, yakni mencemarkan nama seseorang. Kesat dan berniat jahat.
Ketika Yang Berhormat Machang membahaskan isu yang kita perkatakan pada hari ini pada hemat saya ia merupakan satu perkara yang mencemar kesucian Dewan yang mulia ini kerana menggunakan maklumat yang tidak tepat, yang tidak boleh dipertanggungjawabkan semata-mata bertujuan untuk meraih perhatian dan sokongan kepada isu yang dibawa berhubung dengan pemilikan minoriti saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) oleh Global Infrastructure Partners (GIP).
Ketika Yang Berhormat Machang membahaskan isu ini, saya telah cuba untuk mencelah memohon penjelasan sebanyak dua kali Tan Sri Speaker tetapi saya tidak diberikan ruang malah Yang Berhormat Machang terus-menerus menggunakan imuniti dalam Dewan ini untuk meraih sokongan daripada Ahli-ahli dalam Dewan dan juga
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
daripada masyarakat di luar sana. Isu ini sangat serius kerana ia menjatuhkan maruah orang yang dinamakan dan dituduh menjadi dalang dalam pemilikan saham MAHB itu individu yang dinamakan Shahazwan Harris ataupun Juan tidak dapat membela dirinya kerana adanya imuniti di dalam Dewan ini. Inilah yang menjadi persoalan besar bagi kita.
Yang keduanya, ia nya dikaitkan dengan surat layang ini telah pun diperoleh-i daripada kakitangan KWSP. Ia sudah pasti menjejaskan kredibiliti dan integriti penjawat awam kalau tak suka sebut penjawat awam pun tak apa lah, tetapi ia menjejaskan kredibiliti, integriti dan juga mereka yang bekerja dalam agensi kerajaan mahupun badan berkanun. Dalam kes ini, KWSP pekerjanya yang berjumlah lebih daripada 6,000 orang.
Ia nya bukan sahaja boleh menimbulkan suasana yang huru-hara, tidak baik malah boleh menimbulkan syak wasangka daripada kalangan kakitangan KWSP sendiri.
Dia boleh kata mungkin orang ‘A’ yang menimbulkan surat ini. Yang ‘A’ kata si ‘B’, yang lain pun akan mencari siapa musuh...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Shah Alam, Sik nak tanya sedikit boleh?
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Saya ada masa yang sikit saja.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Bagi peluang Sik.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Tan Sri Yang di-Pertua, saya akan teruskan ucapan ini.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Bagi satu minit.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Orang akan mencari siapa dia musuh kepada Shahazwan Harris ini. Inilah suasana yang tidak baik yang akan timbul dalam agensi EPF ini. Ia nya boleh berlaku kepada mana-mana agensi kerajaan, badan berkanun dan seumpamanya. Apatah lagi kalau ia nya dinamakan sebagai penjawat awam. Yang seterusnya Tan Sri Speaker, surat layang ini dia menyalahi prinsip “tabayun” dalam agama Islam...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Shah Alam, Shah Alam. Shah Alam, saya sikit je Shah Alam. Surat layang ini Speaker. Saya ini Ahli Parlimen. Kalau saya dapat surat layang, saya bawa surat layang itu untuk dibincangkan dalam Parlimen, saya nak bagi tahu dengan Speaker lah. Ini saya lah. Saya ini Ahli Parlimen tak ada standard lah, Speaker...
[Dewan riuh]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kalau surat layang pun saya terima dari luar, saya bawa dalam Dewan yang mulia ini, Bentong, saya ini Ahli Parlimen tak ada standard lah kalau macam itu. Terima kasih Shah Alam.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, okey.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Memang, memang tak ada standard pun.
Tuan Yang di-Pertua
Shah Alam, Shah Alam.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
ISO menang tu, ISO menang.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Malu lah sikit.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
ISO menang.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Malu lah sikit!
Tuan Yang di-Pertua
Baik, bai, baik. Duduk, duduk. Shah Alam, tolong landing.
Beberapa Ahli
[Mencelah]
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Ya, ya Tan Sri Speaker, prinsip “tabayun” dalam Islam.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tan Sri, pasal apa Jelutong sebut Pendang? Bukan ada fasal pun ini.
Tuan Yang di-Pertua
Duduk, duduk.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Dia ini wiring betullah...
[Tidak Jelas]
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Yang Berhormat Machang adalah merupakan...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Wire. Jelutong ini wire lah. Saya tak sebut pun, saya tak kacau pun Hulu Langat kacau tadi.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Tan Sri Speaker...
Tuan Yang di-Pertua
Okey, okey.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Wiring betul lah dia ini.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Pendang, Pendang. Saya nak baca ayat Al-Quran tolong dengar.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Kena tengok tang mana bertindih itu.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Pendang, saya nak baca Al-Quran, tolong dengar.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tak, tak ini- tadi Jelutong ada sebut saya Shah Alam, sorry. Dia bukan ada pasai pun...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik. Cukup, cukup.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Siapakah yang sebut?
Saya tak sebut Pendang pun.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Kamu sebut Pendang tadi.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Tan Sri Speaker...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jangan nak perasan lah Pendang.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik. Duduk, duduk. Silakan Shah Alam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Tan Sri Speaker, saya nak baca ayat Al- Quran dalam surah *Al-Hujurat...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] , “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik yang membawa suatu berita maka selidiklah untuk menentukan kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan ataupun perkara yang tidak kamu ketahui sebenarnya sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”* Ia nya juga bersalahan dengan sunah Nabi kita, Tan Sri Speaker. Perkara surat layang ini boleh menjadikan seseorang itu, mendorong ia menjadi seorang pendusta. Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam menyatakan...
[Membaca sepotong Hadis] “Cukuplah bagi seseorang itu digelar pendusta apabila ia menceritakan semua yang didengarnya tanpa “tabayun”. Jadi budaya surat layang ini Tan Sri Speaker, tidak sepatutnya dijadikan satu perkara yang boleh kita bahas sesuka hati di dalam Parlimen ini. Kita nak jadikan Parlimen ini contoh kepada masyarakat di luar sana, membawa fakta yang benar, mengemukakan hujah-hujah yang ada asas, yang ada fakta yang jelas dan yang boleh dipertanggungjawabkan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Shah Alam. Sebelum habis...
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Saya nak, saya nak gulung Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Dia nak gulung dah.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Kalau kita biarkan perkara ini berlaku, nanti Yang Berhormat Jelutong pun nak cerita fasal surat layang, Yang Berhormat Sik pun nak cerita fasal surat layang, Yang Berhormat Kuala Krau pun nak cerita surat layang, sahabat saya Pasir Mas pun nak cerita surat layang.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Bagi lah dekat Sik.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Jadi dalam Dewan ini...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Nak jawab surat layang itu, Shah Alam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Dia akan jadi cerita surat layang Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Saya percaya Yang Berhormat Pembangkang khususnya rakan-rakan daripada PAS...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Surat sayang tak apa. Surat layang tak boleh Speaker. Surat sayang boleh.
Tuan Yang di-Pertua
Hulu Langat, Hulu Langat...
[Dewan riuh]
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Akan turut- saya percaya rakan-rakan Yang Berhormat daripada pembangkang khususnya daripada PAS akan turut sama menyokong usul ini kerana Yang Berhormat Marang pernah menyatakan pada 22 April 2022 berhubung dengan dakwaan dokumen PAS yang bocor.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Kami Perikatan Nasional, tak ada PAS sini.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
[Tidak Jelas] ...Leaked document. Yang Berhormat Marang menyatakan tidak perlu layan surat layang kerana tidak lekat di sisi undang-undang. Masalahnya siapa yang buat surat itu pun kita tak tahu, tidak ada guna layan surat layang ini, nanti kita sama-sama melayang...
[Dewan riuh]
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Tan Sri Speaker, kita- semua sayangkan...
Seorang Ahli
Landing, landing lah.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
...Ahli-ahli Yang Berhormat.
Seorang Ahli
Landing lah.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Kita sayang kan Yang Berhormat Machang, anak muda yang ada potensi menjadi pemimpin di masa akan datang tetapi...
Seorang Ahli
Haah, ya.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Macam ini?
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
...Hanya sedikit...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Macam ini?
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
...Pengajaran yang boleh menginsafkan beliau. Sebab itulah, Tan Sri Speaker...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Cutilah enam bulan.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
...Sayang kan isteri...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tinggal, tinggalkan.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Sayang kan isteri tinggal, tinggalkan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sayangkan Ahli Parlimen?
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
...Sayang kan anak, tangan tangankan.
Sayangkan Machang...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Rehat, rehatkan...
[Ketawa] [Tepuk]
[Dewan riuh]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Cuti, cuti kan...
[Ketawa]
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Sayangkan Machang, usul gantung enam bulan. Tan Sri Speaker, saya mohon menyokong.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tuan Speaker...
Tuan Yang di-Pertua
Saya dah bagi ruang yang cukup.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tan Sri Speaker, sekejap.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Saya mohon untuk bahas juga seorang, Speaker.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Berkenaan dengan apa yang dibangkitkan tentang pegawai kerajaan itu. Mungkin saya boleh bagi sedikit pencerahan tentang pegawai kerajaan...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Tak apa lah, tak apa lah.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Undang-undang, undang-undang.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tak payah.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Undang-undang, undang-undang.
Tuan Yang di-Pertua
It’s okay.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya saja seorang dalam Dewan ini tengok akta.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tuan Speaker, Tuan Speaker. Kalau pihak sana bagi bahas...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tan Sri...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
...Pihak Pembangkang pun hendak bahas.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
...Saya just nak cakap bawah Akta EPF seksyen 69A, Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam terpakai kepada Pegawai EPF.
Itu pertama.
Kedua, Ahli Lembaga Panel Pelaburan Pegawai disifatkan sebagai pekhidmat awam, seksyen 70 Akta EPF. Jadi, Tan Sri Yang di-Pertua, your decision is correct as usual. Terima kasih...
[Tepuk]
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tuan Speaker, bagi- saya juga hendak berbahas.
Tuan Yang di-Pertua
Sekarang, saya nak bagi- saya nak minta Menteri...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Bagi seorang lagi pembahas.
Tuan Yang di-Pertua
...Untuk memberikan pandangan. Silakan Menteri.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Tak, tak adil kalau kita tak berikan peluang untuk Machang mempertahankan diri dia.
Tuan Yang di-Pertua
Tak ada. Saya tak bagi dah.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Okey...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Sat lagi- tak bagi.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Kalau tak bagi, saya nak bagi pandangan saya sedikit. Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Sebelum Menteri. Sekejap ya, beri pandangan.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
...Dalam konteks di mana Machang menimbulkan isu ini tempoh hari, ia dalam satu sidang tentang SUHAKAM. SUHAKAM adalah merupakan an independent organization yang akan investigate, siasat complaints violation of human rights.
Dalam usul yang dibawa oleh Menteri, Menteri dengan jelas, kalau kita baca para yang pertama, “Ahli Parlimen Machang telah memaklumkan kepada Dewan.” Dia bukan menuduh. Dia memaklumkan bahawa dia menerima satu- surat layang. Kalau itu pandangannya ingin diberikan dalam konteks SUHAKAM itu sendiri, cuba kita lihat di mana letaknya. Dia ada khilaf di sini. Kita boleh bawa dia seolah-olah dia menuduh atau dia sendiri hendak memaklumkan. Mengapa tidak kita...? Kalau betullah kata-kata yang ditimbulkan dalam surat ini, saya juga diberikan tempoh hari yang mengatakan dengan jelas bahawa orang ini ada melakukan sesuatu, bully and belittle. Mengapakah tidak kerajaan mengambil inisiatif atau membenarkan sesiapa melalui SUHAKAM investigate sama ada betul ataupun tidak apa yang berlaku? Daripada kita hari ini, kerana kita dendam, marah kepada seseorang kerana Machang menimbulkan banyak-banyak perkara menentang...
Tuan Yang di-Pertua
Saya ingat...
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
...Penjualan Malaysia Airports Berhad, sehinggakan kita hari ini semata-mata kerana itu...
Tuan Yang di-Pertua
No, saya...
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
...Kita nak ambilkan tindakan kepada Machang.
Tuan Yang di-Pertua
Saya rasa saya tidak akan bagi banyak masa lagi.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
I think it is not fair for us here semata- mata kerana nak melihat, “Padan muka kau! Kau timbul sangat perkara yang bukan-bukan ini.”
Tuan Yang di-Pertua
Saya ingat...
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Perkara yang betul pun dikatakan bukan. Maka, saya minta beri peluang pada Machang untuk mempertahankan diri.
Tan Sri, kalau kita lihat daripada segala Usul yang dibawa sebelum ini, kita beri ruang kepada mereka untuk mempertahankan diri. Why not this time around give him a chance to say something? Baharulah Tan Sri buat keputusan. Terima kasih.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Tan Sri, Tan Sri Speaker.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Tan Sri.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Tan Sri Speaker, Pasir Gudang.
Penting, Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
No.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Sikit saja,Tan Sri. Ini right to be heard. Natural justice.
Tuan Yang di-Pertua
No, no, no.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Orang yang dituduh...
Tuan Yang di-Pertua
Saya dah...
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
...Perlu jawab apa masalahnya...
[Dewan riuh]
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
[Tepuk]
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Right to be heard.
Tuan Yang di-Pertua
Kuasa...
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Natural justice.
Tuan Yang di-Pertua
Saya...
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Keputusan yang tak beri hak kepada yang dituduh menjawab, itu adalah zalim.
Seorang Ahli
Ya.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Bertentangan dengan Artikel 62 ini...
[Dewan riuh]
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
[Tepuk] This is Federal Constitution, Tan Sri.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tan Sri.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Hak Ahli Parlimen. Dia dipilih oleh rakyatnya. Perlu diingat!
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Pasir Gudang!..
[Dewan riuh]
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Kita pernah gantung Bukit Gantang Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
[Mencelah]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Gudang.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Kita ada dua cara. Satu, kalau dia dihadapkan ke jawatankuasa hak dan itu, waktu itu, dia boleh jawab, tapi dalam kes kita juga ada peruntukan untuk terus Menteri buat Usul dan dia dikenakan tindakan.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Itu amalan biasa dalam Dewan ini.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tan Sri
Tuan Yang di-Pertua
Ada peruntukan. Kita juga pernah menghukum sebelum ini- mereka-mereka yang...
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Tan Sri Yang di-Pertua...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
…Contohnya Puchong dan Padang Serai.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Tan Sri Yang di-Pertua, Tan Sri Yang di-Pertua.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tan Sri, kita pernah hukum…
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Bawah mana, bawah peruntukan mana Yang di-Pertua buat tindakan dan keputusan ini?
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Menteri, silakan. Saya nak jemput Menteri. *That’s it.
Period!* Saya nak jemput Menteri. Silakan.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Tan Sri, Tan Sri, saya ucap terima kasih kepada semua yang…
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tan Sri, bawah peruntukan mana ini?
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Tan Sri.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tan Sri bertindak bawah peruntukan mana? Saya tanya. Itu.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, dengar Menteri. Dengar dulu.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
You sit down.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Tan Sri, saya ucap terima kasih pada semualah memberi pandangan. Sebenarnya, proses kita ini dalam sistem berparlimen ialah konsep imuniti yang kita ada, tetapi disebabkan imuniti, hukuman kita juga ialah hukuman yang diberi oleh kita di dalam Dewan ini. We are judged by our peers. Itu sebabnya proses ini diwujudkan dalam standing order. Saya berterima kasih pada Bangi lah yang menyebut tentang wakil- peranan daripada pegawai daripada EPF itu. Memang, dia dilihat sebagai pegawai kerajaan, tidak dinafikan.
Keduanya, dalam Standing Order 44. Permohonan kita pada hari ini itu macam kata Tan Sri Speaker ini pernah kita lakukan kepada ramai Ahli-ahli Parlimen. Kalau kita tengok pada hari ini, nak katakan proses yang kita buat pada hari ini sesuatu yang agak ajaib, itu tak betul lah. Sebab betul lah kata Tan Sri. Sama ada kita refer pada Rights Committee ataupun kita boleh hanya terus kepada permohonan untuk pergantungan, dibahaskan dan kemudian, diundi.
Contoh-contoh Yang Berhormat Tan Sri Speaker sebut, kita ada Yang Berhormat dari Batu Gajah, Yang Berhormat daripada Puchong, Yang Berhormat daripada- kita mempunyai Padang Serai. Kemudian juga, Yang Berhormat daripada Gelang Patah. Jadi, permohonan ini, kalau isu pertama boleh dilakukan, jawapannya ya.
Keduanya, saya sebenarnya nak tegur di sini. Bila kita bercakap tentang surat layang dan kita tahu di dalam Prosiding Parlimen, tadi saya tertarik dengan Pengerusi PAC. Bila Yang Berhormat daripada belah sini tanya kenapa tidak boleh diadakan tindakan cadangan, dia jawab, dia kata, “Memang Parlimen tidak ada kuasa.” Betul, dia mengaku bahawa PAC tak ada kuasa. PAC merujuk, menilai dan memberikan pandangan.
Jadi, kita dalam Dewan ini, bila kita berbahas, rakyat tengah dengar perbahasan kita. Jadi, bila kita sebagai Wakil Rakyat, kita rujuk kepada surat layang, katakan kita memang percaya isi kandungan surat layang, tapi bukan surat sayang ya. Surat sayang terpulanglah kita percaya kah tidak. Kadang mungkin Hulu Langat akan percayalah surat sayang daripada surat layang, tapi isu dia Tan Sri Yang di-Pertua, bila kita ada surat layang, tanggungjawab kita sendiri siasat. Apakah pula Speaker nak siasat?
Seorang Ahli
....Betul.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Kalau betul katakan ada pegawai pembuli di EPF itu, pergilah kepada SUHAKAM. Buatlah Laporan Polis. Tanyalah kepada Menteri yang bertanggungjawab pada EPF. Ini is very bahaya.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Tapi bila- kejap. Biarlah. This is my floor.
You have already spoken.
Isu dia Tan Sri Yang di-Pertua, kita ini bertanggungjawab. Kalau kita rujuk kepada dokumen yang sahih, saya yakin kerajaan tak ada masalah. Salah tetap salah, tetapi jangan kita pakai surat layang sebab kita akan membuka dalam bahasa Inggeris, ‘floodgates’, semua dalam Dewan guna surat layang. Sekarang dengan ada SMS, sekarang ini dengan ada Artificial Intelligence, tak tahu yang mana betul, yang mana salah.
Kita ada seorang adik mendiang membunuh diri. Cyberbully, undang-undang yang ada hari ini tidak mencukupi. RM100 saja didenda. Mak bapa menangis-nangis. Isu dia Tan Sri Yang di-Pertua, tanggungjawab kita buat undang-undang. Bukannya kita tuduh, ikut surat layang kerana orang hantar.
Seorang Ahli
...Betul...
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Kalau macam itu Tan Sri Yang di-Pertua, kita duduk kantin, kita berbahas sahaja tentang surat layang. Tidak ada masalah bagi pihak kerajaan. Betul atau salah, kita bincang, tapi dalam Dewan in Tan Sri Yang di- Pertua, kalau kita tidak buat ketetapan, kita akan membuka budaya yang buruk bagi Ahli Parlimen peringkat kerajaan dan juga peringkat pembangkang. ..
[Tepuk] . Jadi, saya nak tetap pada Machang. Saya faham dan saya simpati dengan Machang, tapi Machang, sebelum saya duduklah Machang ya. Tadi, saya dengar tadi ramai-ramai bercakap. Saya bukan apa, saya memang betul-betul. Bila saya tengok dalam perbahasan kita, memang kita marah, kita jemu, kita benci. Itu tak ada masalah.
Kita ini Ahli Parlimen, tapi kita kena bercakap dengan fakta.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Kalaulah Machang minta maaf atau Machang kata, “Okeylah macam ini. Saya mungkin silap. Saya dapat, saya tak percaya, tapi saya nak tanya betul ke tidak?” Tak ada masalah. You qualify your statement, tapi dia duduk, benda itu viral, macam Parlimen endorsed kepada apa yang Machang cakap. Siapakah yang membela pegawai kerajaan dekat luar itu? Siapakah yang membela dia? Keluarga dia? Adik-beradik dia? Hanya kerana kita Yang Berhormat, janganlah kita berkelakuan seolah-olah ini kita melebihi undang-undang. This is not our role. Rakyat undi kita, rakyat hormat kita. Jadi kenalah berkelakuan baik.
Jadi saya nak duduk, saya tahu semua tak puas hati. Saya nak duduk. Sebelum saya duduk, satu sahaja saya nak jawab pantun ya.
*Jangan dibuka pintu lukah, Jika dibuka ikan meluru, Jangan suka mencari salah, Salah kita baiki dulu...
[Tepuk]* Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon disokong...
[Tepuk]
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Terima kasih pantun, Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, terima kasih. Saya pun nak sebutlah ya.
I’m very emotional today ya. Kadang-kadang saya tahu di YouTube ini, bukan orang luar.
Ahli Parlimen juga maki saya. Jadi, apakah salah saya?
Because you all yang buat undang-undang, saya interpret, tapi saya yang kena maki, tapi saya taklah rasa nak ambil tindakan. Saya boleh sebenarnya ambil tindakan tapi I don’t want to do that, okay. Because saya rasa we all are matured, tapi bila Pegawai-
Tuan Yang di-Pertua
pegawai Kerajaan dihina, I was a PTD Officer. I was an officer. Saya terasa sangat...
[Tepuk] Untuk itu Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Tan Sri Yang di- Pertua, izinkan saya membela diri. Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Masalahnya ialah bahawa Usul seperti yang dikemukakan Nombor 1 tadi hendaklah disetujukan.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Belah bahagi.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, kata setuju.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Saya dituduh.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Saya minta belah bahagi Yang Berhormat.
Beberapa Ahli
Setuju!
Tuan Yang di-Pertua
Yang tidak kata tidak.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Belah bahagi, belah bahagi. Belah bahagi. Minta belah bahagi.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, belah bahagi. Okey, Setiausaha kira cukup?
Seorang Ahli
Lebih, lebih.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Bagilah peluang.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, okeylah. Baik, bunyikan loceng. Kita belah bahagi.
[Loceng dibunyikan]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, kalau semua setuju, kita boleh mengundi sekarang.
Baik, penghitung-penghitung sila ambil tempat.
Baik, penghitung di Blok A, Yang Berhormat Papar. Pemerhatinya ialah- sorry. Oh, Yang Berhormat Kanowit ya. Di Blok A Yang Berhormat Kanowit, pemerhati ialah Yang Berhormat Kubang Pasu.
Di Blok B, Yang Berhormat Kapit. Pemerhati Yang Berhormat Indera Mahkota.
Blok C, penghitung Yang Berhormat Kulai. Pemerhati Yang Berhormat Alor Setar.
Blok D, penghitung Yang Berhormat Selayang. Pemerhati Yang Berhormat Jerai.
Blok E, penghitung Yang Berhormat Arau. Pemerhati Yang Berhormat Sibuti - sorry Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.
Blok F, penghitung Yang Berhormat Sungai Besar. Pemerhati Yang Berhormat Limbang.
Blok G, penghitung Yang Berhormat Kota Baharu, dan pemerhati Yang Berhormat Lenggong. Silakan sekarang, teruskan.
[Dewan berbelah bahagi]
Tuan Yang di-Pertua
[Pengundian dijalankan]
Tuan Yang di-Pertua
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sekarang saya bacakan keputusannya ya.
Daripada jumlah Ahli Yang Berhormat, yang tidak hadir 46, yang tidak mengundi 3, yang tidak bersetuju 63, tetapi bersetuju 110...
[Tepuk] Oleh yang demikian, keputusannya ialah Yang Berhormat Machang digantung mulai hari ini selama enam bulan. Silakan.
[Usul disetujukan]
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi (Bagan Datuk) 2. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof (Petra Jaya) 3. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Tuan Chang Lih Kang (Tanjong Malim) 4. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Dato’ Sri Azalina Othman Said (Pengerang) 5. Menteri Pendidikan, Puan Fadhlina binti Sidek (Nibong Tebal) 6. Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang (Kanowit) 7. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato' Seri Tiong King Sing (Bintulu) 8. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad (Kuala Selangor) 9. Menteri Sumber Manusia, Tuan Sim Chee Keong (Bukit Mertajam) 10. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan (Pontian) 11. Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Haji Mohd Nasir (Johor Bahru) 12. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
(Lipis) 13. Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
(Cameron Highlands) 14. Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Puan Alice Lau Kiong Yieng (Lanang) 15. Menteri Ekonomi, Tuan Mohd Rafizi Bin Ramli (Pandan) 16. Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi (Kapit) 17. Menteri Komunikasi, Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil (Lembah Pantai) 18. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Seri Hajah Nancy Shukri (Santubong) 19. Menteri Belia dan Sukan, Puan Hannah Yeoh (Segambut) 20. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha binti Mustafa (Sekijang) 21. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah (Limbang) 22. Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Tuan Chan Foong Hin (Kota Kinabalu) 23. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang (Kota Samarahan) 24. Timbalan Menteri Ekonomi, Dato Hajah Hanifah Hajar Taib (Mukah)
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
(Lahad Datu) 26. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu (Sepang) 27. Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin (Kimanis) 28. Timbalan Menteri Komunikasi, Puan Teo Nie Ching (Kulai) 29. Timbalan Menteri Kewangan, Puan Lim Hui Ying (Tanjong) 30. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Tuan Adam Adli bin Abd Halim (Hang Tuah Jaya) 31. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud (Sepanggar) 32. Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Lukanisman bin Awang Sauni (Sibuti) 33. Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak anak Kumbong (Hulu Rajang) 34. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr.
Noraini binti Ahmad (Parit Sulong) 35. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Tuan M. Kulasegaran (Ipoh Barat) 36. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato' Ramanan Ramakrishnan (Sungai Buloh) 37. Timbalan Menteri Pendidikan, Tuan Wong Kah Woh (Taiping) 38. Tuan Zahir bin Hassan (Wangsa Maju) 39. Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj (Segamat) 40. Datuk Matbali bin Musah (Sipitang) 41. Tuan Ganabatirau a/l Veraman (Klang) 42. Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) 43. Puan Rodziah binti Ismail (Ampang) 44. Tuan Tan Kar Hing (Gopeng) 45. Tuan Chow Yu Hui (Raub) 46. Tuan Tan Hong Pin (Bakri) 47. Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa (Tampin) 48. Dato' Haji Adnan bin Abu Hassan (Kuala Pilah) 49. Dato' Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli (Jempol) 50. Tuan Edwin anak Banta (Selangau) 51. Tuan Richard Rapu @ Aman anak Begri (Betong) 52. Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy (Kalabakan) 53. Puan Young Syefura binti Othman (Bentong) 54. Puan Syerleena binti Abdul Rashid (Bukit Bendera) 55. Tuan Lo Su Fui (Tawau) 56. Tuan Mohd Sany bin Hamzan (Hulu Langat) 57. Tuan Azli bin Yusof (Shah Alam)
Tuan Jimmy Puah Wee Tse (Tebrau) 59. Tuan Haji Onn bin Abu Bakar (Batu Pahat) 60. Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli (Batang Lupar) 61. Tuan Chong Zhemin (Kampar) 62. Tuan Lee Chuan How (Ipoh Timor) 63. Dr. Mohammed Taufiq bin Johari (Sungai Petani) 64. Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail (Bandar Tun Razak) 65. Tuan Lim Guan Eng (Bagan) 66. Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem (Serian) 67. Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) 68. Dato' Sri Doris Sophia anak Brodi (Sri Aman) 69. Tuan Chow Kon Yeow (Batu Kawan) 70. Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun (Port Dickson) 71. Tuan Tan Kok Wai (Cheras) 72. Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu (Batu Gajah) 73. Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) 74. Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) 75. Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias (Jelebu) 76. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching) 77. Tuan Chong Chieng Jen (Stampin) 78. Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (Julau) 79. Puan Yeo Bee Yin (Puchong) 80. Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik (Balik Pulau) 81. Tuan Wong Chen (Subang) 82. Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng (Tanjung Piai) 83. Tuan William Leong Jee Keen (Selayang) 84. Dato’ Ngeh Koo Ham (Beruas) 85. Puan Wong Shu Qi (Kluang) 86. Puan Vivian Wong Shir Yee (Sandakan) 87. Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching (Beaufort) 88. Tuan Haji Yusuf bin Abd Wahab (Tanjong Manis) 89. Dato’ Henry Sum Agong (Lawas) 90. Tuan Oscar Ling Chai Yew (Sibu) 91. Tuan Mordi Bimol (Mas Gading) 92. Tuan Sim Tze Tzin (Bayan Baru) 93. Tuan Chiew Choon Man (Miri) 94. Dato Anyi Ngau (Baram) 95. Tuan Kesavan a/l Subramaniam (Sungai Siput)
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji (Jelutong) 97. Tuan Suhaizan bin Kaiat (Pulai) 98. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh (Ledang) 99. Tuan Khoo Poay Tiong (Kota Melaka) 100. Tuan P ang Hok Liong (Labis) 101. Tuan H aji Ahmad Johnie bin Zawawi (Igan) 102. Tuan R oy Angau anak Gingkoi (Lubok Antu) 103. Tuan C ha Kee Chin (Rasah) 104. Tuan P rabakaran a/l M. Parameswaran (Batu) 105. Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid (Kuala Kangsar) 106. Dato' S yed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) 107. Kapten Datuk Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) (Tanjong Karang) 108. Tuan M ohd Azizi bin Abu Naim (Gua Musang) 109. Tuan Z ahari bin Kechik (Jeli) 110. Dato' I ndera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman (Labuan)
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim (Arau) 2. Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal (Machang) 3. Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden (Alor Setar) 4. Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib (Maran) 5. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli (Dungun) 6. Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah (Langkawi) 7. Tuan Sabri bin Azit (Jerai) 8. Dr. Hajah Halimah Ali (Kapar) 9. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir (Setiu) 10. Tuan Haji Kamal bin Ashaari (Kuala Krau) 11. Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin (Tangga Batu) 12. Dr. Siti Mastura binti Muhammad (Kepala Batas) 13. Kapten Azahari bin Hasan (Padang Rengas) 14. Dr. Haji Abd Ghani bin Haji Ahmad (Jerlun) 15. Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah (Rompin) 16. Tuan Zakri bin Hassan (Kangar) 17. Tuan Rushdan bin Rusmi (Padang Besar) 18. Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor (Temerloh) 19. Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) (Lumut) 20. Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib (Parit)
Tuan Wan Razali bin Wan Nor (Kuantan) 22. Tuan Jamaludin bin Yahya (Pasir Salak) 23. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman (Muar) 24. Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad (Bagan Serai) 25. Dr. Radzi Jidin (Putrajaya) 26. Dato' Sri Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota) 27. Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya (Pokok Sena) 28. Datuk Muslimin bin Yahaya (Sungai Besar) 29. Datuk Dr. Haji Ahmad Marzuk bin Shaary (Pengkalan Chepa) 30. Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff (Rantau Panjang) 31. Dato' Khlir bin Mohd Nor (Ketereh) 32. Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh (Besut) 33. Dato' Hajah Mumtaz binti Md Nawi (Tumpat) 34. Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki (Parit Buntar) 35. Dato' Dr Ahmad Yunus bin Hairi (Kuala Langat) 36. Tuan Zulkifli bin Ismail (Jasin) 37. Dato' Dr. Haji Alias bin Razak (Kuala Nerus) 38. Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi (Kuala Kedah) 39. Tuan Fathul Huzir bin Ayob (Gerik) 40. Tuan Nurul Amin bin Hamid (Padang Terap) 41. Tuan Roslan bin Hashim (Kulim Bandar Baharu) 42. Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin (Larut) 43. Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Mohd. Yassin (Pagoh) 44. Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man (Kubang Kerian) 45. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (Beluran) 46. Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan (Kota Bharu) 47. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Haji Samsudin (Masjid Tanah) 48. Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman (Bachok) 49. Dato' Rosol bin Wahid (Hulu Terengganu) 50. Datuk Ali anak Biju (Saratok) 51. Datuk Haji Awang bin Hashim (Pendang) 52. Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh (Pasir Puteh) 53. Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman (Kuala Krai) 54. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman (Sik) 55. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari (Pasir Mas) 56. Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan (Merbok) 57. Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman Bin Ku Ismail (Kubang Pasu) 58. Tuan Muhammad Fawwaz Bin Mohamad Jan (Permatang Pauh)
Dato’ Azman bin Nasrudin (Padang Serai) 60. Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun (Hulu Selangor) 61. Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin (Jerantut) 62. Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas (Mersing) 63. Tuan Hassan bin Saad (Baling)
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis (Kota Belud) 2. Tuan Hassan bin Abdul Karim (Pasir Gudang) 3. Tuan Riduan bin Rubin (Tenom)
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim (Tambun) 2. Menteri Pengangkutan, Tuan Loke Siew Fook (Seremban) 3. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
(Kota Raja) 4. Menteri Pertahanan, Dato' Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin (Kota Tinggi) 5. Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
(Setiawangsa) 6. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan bin Mohd Ali (Papar) 7. Timbalan Menteri Pertahanan, Tuan Haji Adly Bin Zahari (Alor Gajah) 8. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
(Lenggong) 9. Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan ban Industri, Tuan Liew Chin Tong
(Iskandar Puteri) 10. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tuan Nga Kor Ming (Teluk Intan) 11. Menteri Luar Negeri, Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan (Rembau) 12. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick
(Penampang) 13. Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani (Titiwangsa) 14. Menteri Digital, Tuan Gobind Singh Deo (Damansara) 15. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup (Pensiangan) 16. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato' Sri Huang Tiong Sii
(Sarikei) 17. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan (Batu Sapi) 18. Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali (Pekan) 19. Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan (Sri Gading)
Datuk Jonathan bin Yasin (Ranau) 21. Datuk Suhaimi bin Nasir (Libaran) 22. Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya (Putatan) 23. Tuan Lee Chean Chung (Petaling Jaya) 24. Tuan Manndzri bin Nasib (Tenggara) 25. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Bera) 26. Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal (Semporna) 27. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (Ayer Hitam) 28. Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein (Sembrong) 29. Datuk Seri Saravanan a/l Murugan (Tapah) 30. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh (Bukit Gelugor) 31. Dato' Seri Amirudin bin Shari (Gombak) 32. Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin (Kinabatangan) 33. Datuk Seri Panglima Madius Tangau (Tuaran) 34. Datuk Seri Panglima Dr. Gapari bin Katingan @ Geoffrey Kitingan (Keningau) 35. Datuk Willie Anak Mongin (Puncak Borneo) 36. Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad (Simpang Renggam) 37. Tuan Lim Lip Eng (Kepong) 38. Dato' Verdon bin Bahanda (Kudat) 39. Puan Rodiyah binti Sapiee (Batang Sadong) 40. Datuk Wetrom bin Bahanda (Kota Marudu) 41. Tuan Kalam bin Salan (Sabak Bernam) 42. Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar (Kemaman) 43. Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan (Tasek Gelugor) 44. Tan Sri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang (Marang) 45. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz (Tanah Merah) 46. Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim (Kuala Terengganu)
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Tan Sri Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat akan bermula pada pukul 3 petang hari ini.”
Tuan Yang di-Pertua
Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Saya mohon menyokong.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Tan Sri, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Maka, Mesyuarat disambung pada jam 3 petang hari ini.
Terima kasih.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
*Tan Sri, I will not surrender in fighting...
[Sistem pembesar suara dimatikan]*
[Dewan riuh]
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 2.01 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 3.00 petang]
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang,” [9 Julai 2024]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Minta Yang Berhormat Menteri menyambung menjawab.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dato' Yang di-Pertua, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk menyambung penggulungan Rang Undang-undang Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan)
(Pindaan) 2024. Saya mulakan dengan memberikan mukadimahnya bahawa rang undang-undang ini Dato' Yang di-Pertua, telah dibuat bacaan kedua pada 3 Julai 2024 yang lepas dan seramai 36 Ahli-ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian.
Manakala pada 9 Julai 2024, saya telah menangguhkan bacaan seterusnya bagi RUU ini berdasarkan kepada Peraturan Mesyuarat 62.
Tujuannya untuk mendapat pandangan daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan dan Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan atas prinsip bagi meraikan segala pandangan dan cadangan yang diberikan oleh pelbagai pihak dan semua Ahli Yang Berhormat yang terlibat dalam perbahasan. Jadi, terima kasih sekali lagi saya ucapkan atas peluang yang diberikan kepada KDN untuk meneruskan bacaan bagi rang undang-undang ini.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
KDN, Dato’ Yang di-Pertua, telah menghadiri kedua-dua Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Keselamatan yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Ranau dan Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Pulai, yang masing-masing telah bersidang pada 16 Julai 2024 yang lepas bagi mendapatkan pandangan balas bagi RUU ini.
KDN telah menggunakan platform dan ruang yang diberi bagi menjelaskan dan menerangkan mengenai rang undang-undang ini kepada kedua-dua Jawatankuasa ini dan mendapat pandangan daripada sekalian Ahli Yang Berhormat, individu pakar, ahli akademik, pertubuhan bukan kerajaan yang turut dijemput hadir. Kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada hasil Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas kedua- duanya, Kesihatan dan Keselamatan. Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan telah merumuskan bahawa semua Ahli Mesyuarat bersetuju rang undang-undang ini diluluskan dengan kadar segera dan diperkemas kaedah pelaksanaannya.
Alhamdulillah. Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan bersetuju rang undang- undang ini diluluskan dengan kadar segera. Namun, kena diperkemas kaedah pelaksanaannya. Manakala Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan pula telah bersetuju secara dasar. Bersetuju dan menyokong pindaan rang undang-undang ini dengan mengangkat beberapa syor yang akan saya sentuh dalam ucapan saya seterusnya.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk merujuk kembali kepada dasar pengalihan penyalahgunaan dadah daripada hukuman penjara ke program rawatan dan pemulihan. Keputusannya Tuan Yang di-Pertua, dibuat pada Julai 2020 dan dasar inilah, keputusan inilah yang kita terjemahkan melalui pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024 yang sedang kita bincangkan sekarang.
Namun Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini tidak menterjemahkan konsep dikriminalisasi secara total kerana dikriminalisasi secara total mahukan penggunaan dadah iaitu kesalahan di bawah 15(1) atau 12(2) Akta Dadah Berbahaya itu dinyahkan daripada dianggap nyahjenayah ataupun dikriminalisasi. Jadi pindaan ini Dato’ Yang di- Pertua, merupakan jalan tengah yang diambil oleh KDN dan kerajaan dalam mengimbangi keperluan antara rawatan dan pemulihan dadah dan bahan serta elemen keselamatan dan ketenteraman awam yang perlu terpelihara. 12(2) Akta Dadah Berbahaya, bukan akta pindaan ini- bukan Akta Penagih Dadah. 12(2) ini memiliki dadah secara kecil-kecilan, manakala 15(1) adalah mengambil dadah ataupun bahan.
Jadi, kedua-dua ini kekal sebagai undang-undang di bawah ADB yang ada elemen jenayah di sana. Jadi, kerajaan dalam hubungan ini, kita tidak akan bertolak ansur dalam perkara yang melibatkan kesalahan pemilikan dan penawaran dadah. Ini selaras dengan peruntukan perundangan yang sedang berkuat kuasa seperti mana dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 serta akta-akta lain.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Jadi, berkaitan rawatan dan pemulihan dadah dan bahan.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Ya? Sila.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Penjelasan. Pertama sekali, saya ingin memuji usaha Yang Berhormat Menteri kerana membawa perubahan dan reformasi yang sangat penting dalam kita ingin menyahjenayahkan proses penagihan dadah. Cuma ada satu soalan teknikal yang tadi Yang Berhormat Menteri telah ulas sedikit. Saya turut bangkitkan dalam Jawatankuasa Keselamatan baru-baru ini. Saya beri senario hipotetikal, dengan izin. Saya dengan salah seorang sahabat saya, hipotetikal ya.
Kedua-dua merupakan penagih. Kita berada dalam konteks sosial. Saya telah pun ambil dadah tersebut dan dadah itu telah di-register dalam sistem saya. Kawan saya pula belum sempat ambil lagi tetapi ada di dalam poket, police raid telah berlaku.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Saya akan diadili melalui proses penyahjenayahan, di mana saya perlu pergi ke pusat pemulihan. Kawan saya pula akan diambil tindakan criminal- jenayah. Dihantar ke penjara, walhal dia ingin mengambil dan jumlah dadah yang dimilikinya bukan untuk tujuan pengedaran kerana sangat kecil. Saya beri contoh, maybe just one gram, half a gram, sangat kecil. Sebab itu dalam bab ini, bila saya bangkitkan dalam Jawatankuasa Keselamatan, polis kata tak apa. Mahkamah akan adili. Cuma saya nak diminitkan di sini, kalau untuk tujuan peribadi, ini bukan untuk diedarkan atau penjualan, personal consumption and use. Saya berharap ia akan jatuh di bawah akta reformasi yang ingin Yang Berhormat Menteri bangkitkan.
Kerisauan saya, nanti ada sesetengah pihak yang akan dipenjarakan dan ada setengah pihak akan melalui pusat pemulihan dan akan ada undang-undang yang tidak adil, walhal niatnya sangat baik. Itu cadangan saya, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih sahabat saya dari Muar. Saya hargai pandangan itu. Dalam dinamik bila kita laksanakan nanti ya, analogi ataupun gambaran yang Muar cuba sampaikan, memiliki 12(2) Akta Dadah tetap dianggap sebagai perlakuan yang mewajarkan proses undang-undang dibuat. Manakala mengambilnya, mengambil pun dia ada subjektif ya.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Dia begini, kalau yang mengambil itu belum pernah ada rekod ataupun yang mengambil itu merupakan pengambilan berulang dan belum sampai tahap keparahan, yang ini adalah kumpulan sasaran kita. Jadi yang Muar bangkitkan itu ada munasabahnya.
Kalau nanti akta ini dilaksanakan bagaimana kita hendak address kedua-dua senario itu.
Saya take note, itu saya anggap sebagai praktikal bukannya satu yang dianggap sebagai tidak mungkin terjadi, ada munasabahnya.
Dato' Yang di-Pertua, saya hendak sambung begini, rawatan dan pemulihan secara sukarela adalah inti pati utama kepada pindaan Akta Penagih Dadah ini dan ini dinyatakan dalam seksyen 8 yang memperuntukkan bagi tatacara rawatan dan pemulihan mana-mana penagih dadah atau bahan dan penyalah guna dadah atau bahan yang menjalani rawatan dan pemulihan secara sukarela.
Pindaan ini apakala kita persetujui dalam Dewan ini, dia akan memberikan satu punca kuasa kepada pegawai pemulihan untuk memperakukan satu kes bagi tujuan rawatan dan pemulihan dadah dan bahan secara sukarela di AADK. Itu anjakan utamanya. Jadi melalui pindaan ini, klien boleh memulakan rawatan dan pemulihan serta- merta di fasiliti AADK dengan tempoh penilaian yang lebih pendek berbanding peruntukan asal yang perlu mendapatkan perakuan daripada pegawai perubatan dan ia nya bergantung kepada kesediaan ataupun istilahnya availability pegawai perubatan yang berada di luar fasiliti AADK.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
[Bangun] .
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Isu mengenai kuasa pegawai pemulihan, saya mohon untuk tidak diperbesarkan memandangkan 40 tahun pengalaman AADK. Sudah tentu proses itu proses yang panjang. Mereka membawa bersama pengalaman, mereka melihat sendiri bagaimana klien dipulihkan dan dirawat. Jadi pegawai pemulihan ini mempunyai semua credential.
Kalau di peringkat antarabangsa ada lembaga akreditasi antarabangsa yang memberikan keabsahan terhadap kewibawaan dan kepakaran mereka. Mereka juga sentiasa menjalani program-program latihan dan program-program yang memberikan mereka pengetahuan tambahan dan kemahiran tambahan. Itu ongoing process sepanjang AADK beroperasi.
Jadi sementara kita mahu meningkatkan kedudukan kuasa pegawai pemulihan, akta ini tidak pernah mengesampingkan peranan pegawai perubatan terutama dalam kes
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
seksyen 6 atau 6A, apalagi seksyen 8 sekalipun yang datang sukarela, hakikatnya apabila seorang klien yang datang secara sukarela ke AADK, Pegawai Pemulihan yang akan membuat ujian awal untuk dua minggu pertama Dato’. Dia ditempatkan di satu ruang di mana pemerhatian dibuat. Dalam tempoh itu kiranya ada elemen yang perlu membawa kepada dia dirujuk kepada Pegawai-pegawai Perubatan, hal itulah yang dilakukan oleh pegawai AADK di AADK yang akan ditempatkan klien sukarela ini.
Jadi isu sama ada peranan pegawai perubatan itu masih diperlukan jawapannya, ya terutama untuk tujuan diagnosis penyakit-penyakit lain seperti psikosis akibat penagihan dadah bagi klien kita. Pada ketika ini untuk makluman Ahli Dewan, terdapat 63 orang pegawai dan penolong pegawai perubatan yang ditempatkan di fasiliti AADK.
Dengan tambahan 24 orang lagi Pegawai Perubatan atau locum bagi perkhidmatan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN), Pusat Saringan dan Penilaian Daerah dan Pejabat AADK Daerah.
Jadi kombinasi antara pegawai pemulihan ini dan juga pegawai perubatan dan pembantu atau penolong pegawai perubatan ini sememangnya sedang berganding bahu dan berjalan dengan baik sekali. Harus diingat, rawatan dan pemulihan dadah melibatkan pelbagai komponen, aspek biologi, aspek psikologi, aspek sosial, spiritual yang memerlukan pelan rawatan yang komprehensif. Selain itu, pindaan ini juga akan merapatkan jurang perkhidmatan kerajaan dan swasta di mana amalan sedia ada klien sukarela hadir ke Pusat Pemulihan Dadah persendirian, tidak perlu melalui proses mendapatkan perakuan daripada pegawai perubatan sebagai syarat kemasukan. Jadi kita permudah mereka datang secara sukarela.
Perkara kedua yang ditimbulkan dalam Jawatankuasa Pilihan Parlimen berkenaan dengan kesihatan dan keselamatan dalam menimbangkan rang undang- undang ini Tuan Yang di-Pertua ialah penglibatan ibu atau bapa atau penjaga dan denda yang dikenakan. KDN merujuk kepada Akta Kanak-kanak 2001. Kanak-kanak ditafsirkan sebagai orang yang umur 18 tahun ke bawah. Terdapat sesetengah ibu bapa yang melepaskan tanggungjawab bagi memulihkan anak-anak kepada pegawai pemulihan semata-mata, ada kalaupun tidak semua tetapi ada.
Jadi sekali dia serahkan anak, dia anggap sebagai terlepas daripada tanggungjawabnya. Jadi kita, KDN merujuk kepada kajian-kajian yang punya kredibiliti, yang punya reputasi baik. Hasil-hasil kajian menunjukkan bahawa kalau hendak mengurangkan tahap ketagihan, kalau hendak mengurangkan tahap keparahan psikologi dan kalau hendak mengurangkan sistem murung terhadap klien yang sedang dirawat dan dipulihkan ini, Dato’ sebenarnya penglibatan ibu bapa itu lah prasyarat yang paling penting. Elemen yang paling penting.
Jadi apabila kita masukkan bahawa denda ini dikenakan hanya kepada ibu atau bapa atau penjaga yang mengabaikan kanak-kanak semasa menjalani rawatan dan pemulihan dadah tanpa alasan yang munasabah. Tanpa alasan, itu sahaja, tetapi prosesnya akan ada dahulu pemberitahuan, akan ada amaran, akan ada konsultasi...
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
[Bangun] .
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Bila kita masukkan elemen denda, itu bukannya terus sahaja kena. Jadi jawatankuasa timbulkan soal...
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Pulai, Menteri mencelah sedikit.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Ya, silakan.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan menyanjung usaha yang telah dijayakan oleh KDN untuk membawa konsep, ‘nyah jenayah’ ini. Cantiklah dia punya konsep itu dan kita membuka ruang untuk sukarela ini, tetapi bagi ibu bapa yang mood nya sudah baik hendak membawa anak dia secara sukarela, tiba-tiba di hujung itu jika ada masalah, ada punishment dibuat ke atasnya, pada pandangan kita ia akan mengganggu mood keluarga itu untuk menyerahkan anak-anak mereka secara sukarela, ini kerana adanya hukuman RM5,000 itu.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Boleh membantutkan usaha-usaha yang baik itu dan apatah lagi yang dinyatakan ini memang Menteri sebut tadi berkenaan dengan yang mengabaikan itu ya, tetapi dalam pindaan ini dijelaskan dengan nyata bahawa penjaga- dewasa itu hendaklah menghadiri program rawatan dan pemulihan bersama. Maknanya ini yang menjadi kewajipan untuk dia hadir. Itu yang menakutkan mereka, kalau mereka tidak hadir mereka akan diambil tindakan. Inilah kebimbangan yang disampaikan kepada kita hari itu. Terima kasih.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih pada Pulai. Pulai ialah Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Parlimen berkenaan kesihatan. Saya hargai tindakan segera apabila saya buka pada minggu lepas bahawa kita tidak akan terus mengundi tetapi membuka ruang kepada jawatankuasa ini, Pulai segera menyambut dan menganjurkan perbincangan dengan hasil yang sangat bagus. Saya hargai, terima kasih banyak.
Untuk makluman Pulai, sedang kita berbahas ini AADK sebenarnya sudah pun ada kita panggil pilot project di lima buah AADK. Maknanya elemen klien sukarela ini sedang belajar, sekarang pun ada, maknanya mengambil tempat. Saya sebab nak faham proses ini saya pergi yang di Pulau Pinang itu, dekat Bukit Mertajam itu tengok. Kalau ada 100 lebih, saya tengok sendiri proses yang berlaku, bertanya dengan pegawai-pegawai yang mengendalikan klien sukarela ini.
Di mana kita boleh tengok dengan jelas, pada hujung-hujung minggu di mana akses kepada keluarga dibenarkan. Kita tengok apabila klien yang didatangi oleh keluarganya dengan lebih kerap menunjukkan dia lebih komited maka kesan kepada elemen murung, elemen kepulihan itu, elemen segera pemulihan itu sangat ketara berbanding dengan klien yang datang secara sukarela kemudian kalau jadual bertemu dengan keluarga itu tidak diisi.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Jadi, ada elemen rawatan itu dan pulih, tapi proses itu lebih perlahan. Jadi, yang ini yang kita tunjukkan bahawa AADK ada peranan, klien sudah datang sukarela. Maka, peranan ibu bapa dan penjaga itu. Kalaupun saya sebut tadi, kalau ada umpamanya dijadualkan dibuka tapi tidak diambil misalnya. Kita akan beri peringatan, kita akan counsel mereka, reach out dengan mereka dulu.Bukannya bermaksud memasukkan perkara tentang elemen denda ini sebagai kita terus rempuh. Tidak.
Amalan yang sekarang sedang berlaku di AADK, prosesnya begitu. Maknanya, pertimbangan oleh pegawai-pegawai, sebab akhirnya yang dia nak apa? Klien yang datang sukarela ini dipulihkan. Jadi, dia mahu juga ada elemen pertanggungjawaban daripada penjaga atau ibu atau bapa. Jadi, itu rasional di sebalik seksyen ini kita masukkan.
Dato’ Yang di-Pertua, denda kepada pengendali pusat pemulihan dadah persendirian. AADK ada 30 PUSPEN. Yang persendirian ini dia ada sampai 56. Jadi, AADK saja tidak padan. Sebab itu pengendali pusat pemulihan dadah persendirian ini sangat kita alu-alukan. Akta yang lama, dia tidak ada peruntukan mengenai keperluan mendaftarkan pusat pemulihan. Jadi, tidak ada juga dalam akta lama sebelum kita pinda ini kalau pusat persendirian ini melanggar syarat ataupun keadaan dia tidak kondusif untuk menampung klien bagi program rawatan dan pemulihan.
Jadi, kementerian berpendapat bahawa ada keperluan untuk mengawal selia pengendali pusat pemulihan dadah persendirian ini melalui rang undang-undang ini, bagi menambah baik peruntukan untuk mengawal selia pusat pemulihan persendirian supaya operasi pusat ini ada piawaiannya. Bukan sekadar ada, piawaiannya itu mesti berkualiti, ada kelayakannya. Jadi pindaan akta ini kelak...
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Menteri, Ledang. YB Ledang, boleh?
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Sila.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan. Saya bukan pengerusi, tetapi anggota dan antara perkara yang dibangkitkan dalam Jawatankuasa ini juga ialah berkenaan dengan pusat pemulihan persendirian ini di mana akan ada kawal selia dan ada diterangkanlah berkenaan dengan beberapa- kelebihan-kelebihannya juga, tetapi ada juga persoalan berkenaan dengan, bagaimana perincian panduan-panduan, kawal seliaan itu sebab itu tidak dinyatakan. Jadi, saya rasa ini yang mungkin menjadi kebimbangan yang boleh dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri, soalan yang sama tentang pusat penjagaan itu sebab kita tahu bahawa dicadangkan dalam penggantian seksyen 16 yang mana pusat-pusat pemulihan swasta ini perlu mendaftarkan dan jikanya ada sesiapa yang melanggar apa-apa boleh dikenakan denda RM500,000 ataupun penjara tidak melebihi lima tahun.
Jadi, sudah tentu banyak polemik di luar sana berkenaan dengan mengapa perlu denda dan juga kenapa denda yang dikenakan itu begitu tinggi. Jadi, saya nak tanya pada YB Menteri, adakah pihak kementerian sudah membuat kajian ataupun bagaimana pihak kementerian boleh sampai ataupun tentukan bahawa jumlah yang patut dikenakan untuk denda ini adalah banyak itu dan juga penjara banyak itu? Itu soalan saya. Terima kasih.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Pulai juga.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Dato’ Speaker, Petaling Jaya.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Selepas ini Pulai.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Saya sedikit berbeza walaupun saya setuju bahawa perlu ada satu pertimbangan yang lebih halus, tetapi sebalik daripada tidak mengambil apa-apa tindakan, saya terdengar juga ada kisah yang mana pengusaha- pengusaha ini mengeksploitasikan klien yang mana mereka menggunakan klien bagi tujuan mendapatkan keuntungan sama ada melalui kerahan ataupun kutipan wang secara haram. Itu terdapat dalam berita juga ada pusat yang sekiranya tidak dikawal selia. Jadi, minta pandangan menteri bagaimana kita nak mencari jalan tengah untuk isu ini.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Juga Pulai, isu yang sama. Jawatankuasa Pilihan Khas melihat isu ini di mana, ada kita bersetuju kawalan yang dibuat untuk mengelak pengusaha-pengusaha ataupun perawat rumah pemulihan ini yang ingkar, khianat, abuse, kita setuju dikenakan tindakan, tetapi dengan penalti yang besar, tetapi bagaimana pula adanya pusat-pusat rawatan ini yang melaksanakan fungsinya secara sukarela, ada beberapa syarat barangkali sukar untuk dipenuhi kerana faktor kewangan, kerana mereka bukan berasaskan kepentingan kewangan, kerana mereka nak serve kepada rakyat.
Jadi, kos mereka adalah rendah. Mereka tidak boleh- mampu untuk barangkali memenuhi syarat-syarat yang akan ditetapkan, tetapi mereka ini dikenakan caj yang tinggi jika tidak memenuhi peraturan tersebut. Ini yang membimbangkan Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan.
Keduanya, kebimbangan juga adalah apabila syarat itu tidak jelas, mereka khuatir peraturan ini akan berubah-ubah mengikut tafsiran pegawai. Ini yang membimbangkan mereka, sedangkan metodologi rawatan itu pelbagai. Tidak ada satu metodologi yang disepakati hanya satu saja, tidak, tetapi banyak, tapi macam mana peraturan itu supaya semua dapat berkhidmat membantu rakyat?
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Yang Berhormat Menteri...
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Saya respons yang empat ini dulu.
Nanti saya bagi kepada Langkawi. Langkawi orang lama PEMADAM, saya tahu. Dia sangat komited dengan soal gejala dadah.
Ledang, Bangi, Petaling Jaya dan Simpang Pulai- terima kasih banyak. Keempat- empat perkara yang dibangkitkan respons saya begini.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Dalam rang undang-undang ini, tentunya tidak ada peraturan dan kaedah- kaedahlah. Tidak ada. Cuma, kita masukkan bahawa kita akan kawal selia daripada segi pendaftaran dan operasi pusat pemulihan dadah persendirian kalau kita setuju ya.
Di sana nanti, kita akan datangkan pula panduanlah, kita akan wujudkan kaedah- kaedah. Baik, misalnya, sekali lagi, ketika kita berbincang ini kita tidak mula dengan keadaan vakum Sudah pun ada panduan pengoperasian pusat pemulihan dadah persendirian. Telah adapun. Pada tahun 2019, dah ada dah. Okey ya. Panduan ini apa yang dia nilai?
(i) sistem pengurusan termasuklah keupayaan daripada segi tim pengurusannya, keupayaan kewangannya, masuk situ semua, okey kita nilai;
(ii) pengurusan pelanggan, bila klien yang masuk itu bagaimana mereka ini diuruskan; dan
(iii) daripada segi kemudahan fizikal, munasabah atau tidak, reasonable atau tidak, decent atau tidak keadaan yang ada.
Jadi, bila ada panduan ini dan nantinya kita regulate pula dalam akta ini. Jadi, kita boleh menentukan bahawa sementara kerajaan menyambut baik, mengalu-alukan dengan tangan terbuka peranan pusat pemulihan dadah persendirian ini. Dalam ramai- ramai orang, banyak kerja dia orang boleh buat, dia pilih untuk ambil isu ini. Kita patut berlapang dada dan terima kasih.
Jadi, panduan itu gunanya untuk memastikan bahawa cara dia beroperasi, cara dia diuruskan. Benar seperti disebut oleh Petaling Jaya. Hal yang disebut itu adalah melalui libat urus KDN dengan pengusaha pusat pemulihan dadah persendirian ini.
Mereka sendiri yang membangkitkan bahawa apakah elemen yang berlaku.
Pertama, pengusaha dan kakitangan yang terlibat secara langsung dengan klien itu menguruskan klien, tapi kadang-kadang ada juga kes-kes tertentu di mana elemen penagihan dadah dan bahan masih berlaku. Padahal fungsi utamanya rawatan dan pemulihan tapi ada juga kes-kes di mana pelanggaran itu berlaku. Jadi, hal ini bukan kita petik pada awang-awangan. Maklumat daripada pengusaha-pengusaha persendirian hasil libat urus kita. Itu yang pertama.
Kedua, mereka tidak sediakan fasiliti yang selamat sehingga boleh menyebabkan kecederaan atau mengancam nyawa klien di samping eksploitasi klien seperti yang disebut oleh Petaling Jaya. Masuk secara sukarela, ibu bapa hantar dengan tujuan untuk dipulihkan dan dirawat, tetapi tenaga mereka itu diguna untuk kutip derma dan sebagainya. Memang berlaku.
Jadi, bila berlaku keadaan seperti inilah maka, KDN dalam mencadangkan denda dan hukuman ini, kita rujuk kepada Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Jadi yang ini dia letakkan bahawa kalau tidak tanpa lesen, tak berdaftar, kemudian melanggar perkara-perkara yang saya sebutkan tadi, maka denda yang kita letak itu adalah pada amaun yang kita cadangkan RM500,000 dan lima tahun. Tujuannya adalah untuk kebaikan bersama. Sementara kita raikan peranan dan tugas mereka, besar, kita sendiri tak mampu tampung semuanya. Maka, ia lebih kepada elemen deterrent, bukannya lebih kepada tujuan untuk menghukum ataupun mendenda...
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
[Bangun]
Seorang Ahli
Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Langkawi.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Saya mengambil kesempatan semasa di PEMADAM Yang Berhormat dan saya tidur sendiri di tempat-tempat pemulihan ini. Sebanyak empat buah tempat yang saya tidur. Di Kedah, Johor, KL dan juga Terengganu. Saya masuk lepas Asar dan saya keluar the next day Asar.
Yang Berhormat, boleh dikatakan kesemua keempat-empat yang saya tidur ini mempunyai kurikulum yang berbeza. Di Kuala Lumpur contohnya, sebelah pagi mereka akan memanggil penagih-penagih ini dan mereka menipu penagih-penagih ini seolah-olah memberi ubat, memberi dadah kepada mereka, tetapi yang diberikan adalah methadone. Ada juga yang memberi Panadol kepada yang berumur 60 tahun ke atas. Apabila diberi Panadol, walaupun umur 60 ke atas, mereka ini merayu, menangis minta methadone.
Saya melihat dengan mata kepala sendiri, 60 tahun Yang Berhormat Dato’ Speaker, menangis minta dadah ini.
Di Alor Setar pula di Kedah, saya melihat kurikulumnya amat berbeza sekali.
Walaupun ada orang-orang berbangsa lain, orang Tionghoa ada di sana, selepas Asar sembahyang, Maghrib sembahyang, Isyak sembahyang dan bertasbih, meratib, menjerit- jerit dan ada juga yang pulih daripada sistem yang demikian.
Ada seorang Cina, ada seorang Tionghoa di situ yang very successful. Keluar dari pusat pemulihan itu menjadi seorang kontraktor yang berjaya dan dia balik, sponsor balik di tempat pemulihan tersebut, tetapi sebaliknya di Johor, saya tengok tempatnya walaupun mixture agama dengan bukan agama, saya melihat sendiri the different between those two. Sebab saya tidur satu, di tempat yang diuruskan oleh penganut- penganut Buddhist dengan penganut-penganut Kristian, berbeza balik. Success story daripada ini, tinggi Yang Berhormat.
Jadi, adakah kerajaan akan menentukan satu kurikulum yang sama?...
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
[Bangun]
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
...Ataupun nak bagi kursus kepada mereka, oleh AADK yang saya rasa AADK pun sendiri tak dapat nak memulihkan begitu?
Saya percaya Yang Berhormat, kalau kita tinggal terus NGO-NGO ini, saya rasa agak terkilan jugalah kerana mereka ini ramai yang keluar dari tempat-tempat pemulihan ini yang berjaya dan ada ibu bapa-ibu bapa yang sanggup bayar...
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
[Bangun]
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
...Kalau dikatakan mereka ini ada juga menyalahgunakan tempat ini, saya kurang bersetuju. Sebab kadang- kadang kalau kita pergi tengok di sana sendiri, bila saya tidur di sana, masalah toilet-nya, masalah makan, minumnya tak terurus. Sehinggakan ada juga- saya tengok Pejabat Zakat sendiri pun tak bagi, padahal mereka ini juga adalah asnaf.
Dikategorikan sebagai asnaf oleh Kerajaan Negeri Selangor, tetapi tidak ada bantuan yang diberikan. Ini satu perkara lagi Yang Berhormat Menteri yang patut diberi perhatian. Belalah NGO-NGO ini Yang Berhormat kerana mereka ini bergerak walaupun secara sukarela, tetapi di dalam pusat pemulihan itu semuanya dibayar. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Ya- Dato’ Speaker, Tanjong Karang.
Laluan, Tanjong Karang. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Terima kasih Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Konsep nyahjenayah adalah sangat diterima oleh kebanyakan masyarakat yang mana menggunakan diversiti iaitu penyalahgunaan dadah ini sebagai satu penyakit dalam kes-kes sukarela adalah sangat
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
diterima, tidak ada siapa yang menentang, tetapi saya ingin menambah di sini untuk kes- kes yang ditangkap. Lazimnya sekarang ini akan di caj terus ke mahkamah dan mereka ini akan dianggap sebagai criminal. Saya mencadangkan di sini, boleh tak kita pertimbangkan ataupun kita kembangkan konsep diversiti ini, nyahjenayah ini yang mana apabila seseorang itu ditangkap, sebagaimana saudara Yang Berhormat Muar sebut tadi, kita rujuk mereka ini kepada satu ‘jawatankuasa penilaian’...? Untuk menilai adakah mereka ini jatuh sebagai penagih atau sebagai penyalahgunaan. Sama ada kita kategorikan mereka ini untuk terus di caj sebagai jenayah ataupun boleh kita rujuk mereka ini untuk mendapatkan rawatan.
Ini telah diamalkan oleh beberapa buah negara, antara contoh negara, Portugal. Terima kasih.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Kuala Pilah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Kuala Pilah. Terima kasih Timbalan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Kuala Pilah secara prinsipnya dalam perbahasan tempoh hari menyokong rang undang-undang ini kerana saya lihat semangat dan spirit rang undang-undang ini adalah untuk meletakkan pendidikan komuniti itu berbanding dengan memberikan sepertimana Yang Berhormat kata tadi, memberikan deterrent ataupun punishment kepada pesalah.
Oleh sebab itu, dalam hujah saya ini, saya korelasikan hujah saya ini dengan kadar keberkesanan pemulihan banduan- ini prospek banduanlah. Dalam komuniti mencatatkan 73.3 kali- ganda lebih berkesan dalam mencegah residivis atau jenayah berulang berbanding pemulihan dalam fasiliti. Atas semangat ini, saya sebenarnya menyokong rang undang-undang ini.
Tetapi Yang Berhormat, mungkin kerana kita ingin memberatkan, memberikan pemberatan kepada pendidikan berbanding hukuman, saya percaya bahawa segala seksyen yang berkaitan dalam rang undang-undang ini telah ada kaedah ataupun remedi yang telah diberikan oleh pihak kementerian. Lantaran itu, saya harap terutamanya seperti mana yang disuarakan oleh Pengerusi JKPK Kesihatan sebentar tadi, Yang Berhormat Pulai, memang kerisauan itu ialah mungkin terhadap perkara atau kaedah yang boleh di remedi melalui arahan Menteri. Kaedah-kaedah arahan-arahan pentadbiran.
Kuala Pilah berharap- berkaitan dengan denda tadi. Ia sepatutnya menjadi pilihan terakhir oleh pegawai-pegawai yang berkaitan dalam KDN ini nanti dan saya harap juga mungkin kaedah-kaedah ataupun arahan-arahan pentadbiran daripada Ketua Pengarah, daripada Yang Berhormat Menteri sendiri boleh memberikan suatu cerminan bahawa rang undang-undang ini bukanlah tujuan matlamatnya untuk menghukum, sebaliknya memberikan pendidikan. Seperti mana fakta yang saya nyatakan tadi bahawa kaedah mendidik komuniti ini jauh sebenarnya lebih baik daripada kaedah kita meletakkan kita punya pesalah ataupun pesakit dalam sel itu sendiri.
Yang Berhormat, saya telah memberi pandangan ini dan saya harap pandangan ini, seperti mana juga kerisauan saya juga dalam Committee dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan ini, dapat diberikan. Mungkin daripada segi penyelesaian kaedah dalam rang undang-undang sekarang ini telah dinyatakan, telah ditaip dan sebagainya telah ada, tetapi daripada segi kaedah pentadbirannya Yang Berhormat dan ia berada dalam bidang kuasa Yang Berhormat Menteri sendiri. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri...
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya nak tanya satu.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Ya, sila.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Fasal selama saya hampir 14 tahun dalam Mahkamah, seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya is a criminal offence. Di situ mereka yang ditangkap, cap jari diambil, rekod disimpan. Dalam akta rawatan ini, adakah ia akan didaftarkan di bawah Pendaftaran Penjenayah dan Orang Tidak Dikehendaki? Ini kerana saya berpendapat, jika diambil cap jari dan disimpan oleh Pendaftar Penjenayah, sampai bila-bilalah benda itu ada di situ. Adakah niat KDN dengan akta ini, to put aside this?
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih Dato’.
Saya minta izin Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Kuala Pilah, saya jawab yang Speaker dulu ya. Baik.
Dato’, tahun 2015 kelmarin, Jabatan Peguam Negara telah pun memberikan pandangan mereka.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Okey ya, ini kesnya begini ya. Pusat Pemulihan Narkotik di bawah jagaan AADK ya. Siapakah klien yang masuk? Dua cara. Pertama, yang hadir sendiri secara sukarela.
Yang kedua, yang mahkamah buat keputusan, mahkamah perintahkan. Istilahnya mahkamah memerintahkan, bukan mahkamah menghukum. Okey ya, mahkamah memerintahkan.
Jadi dalam kes di mana mahkamah memerintahkan ini, maka pada tahun 2015, Peguam Negara kita dia telah pun memberikan satu panduan bahawa ini lah Perintah Mahkamah, dia bukan satu hukuman yang memberi konotasi jenayah. Oleh itu dalam Jadual yang disebut Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Tidak Diingini, mereka tak boleh direkodkan rekod jenayah mereka dekat situ, tetapi dia melalui proses mahkamah.
Perintah, kamu sabit pengambilan dadah atau penyalahgunaan bahan, maka kamu harus dihantar untuk sekian-sekian tempoh di PUSPEN, Pusat Pemulihan Narkotik, tetapi atas yang namanya Perintah Mahkamah dalam kes begini, maka rekodnya tidak diambil pada momen dia diberikan perintah, tetapi kalau ada rekod lampau, rekod lampau itu carry-lah. Rekod lampau. Sehingga bila? Sehingga pada tahun 2015 yang itu terpakai.
Baik, dalam kes kita ini Dato’, sememangnya kita kata bahawa arahan dan pandangan- Arahan Peguam Negara dan pandangan bahawa Perintah Mahkamah yang dikeluarkan untuk menjalani rawatan dan pemulihan ini, ini bawah seksyen 6(1) Akta Penagih Dadah yang sedang kita hendak luluskan ini. Dia bukan merupakan satu kesalahan dan tak boleh didaftarkan di bawah Sistem Pendaftaran Jenayah. Memang rekod dia bersih. Yang ini sememangnya banyak kes yang sampai pada saya sebab bila ada rekod jenayah ini, tak boleh kerja, majikan kadang rujuk kita, pekerja ini bagus, tetapi ada rekod. Yang itu kita facilitate-kan untuk kita padam. Itu memang ada bidang kuasa itu, review itu diberi. Baik, itu menjawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ya.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Langkawi terima kasih. Saya tak ada beza langsung dengan syor Langkawi.
Begini, AADK, PUSPEN, inisiatif kerajaan. Ada sokongan biaya, ada pelantikan pegawai, ada modul yang kemas dan tersusun. Success story pemulihan pun menghampiri 80 peratus setahun. Dia ada success story. Di sana ada juga peranan NGO dan juga pusat pemulihan persendirian. Saya ambil sikap begini. Yang diusahakan oleh kerajaan untuk tujuan rawatan pemulihan, ada kekuatan ada kelemahan. Yang diusahakan oleh NGO persendirian juga ada kekuatan dan kelemahan.
Bila kita luluskan ini...
[Menunjukkan senaskhah dokumen] Bagi membolehkan yang persendirian itu didaftar, bermaksud kerajaan dan AADK ini kita boleh menawarkan
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
juga pembangunan modal insan- capacity building. Kita hendak tengok kekuatan pada modul rawatan dia, kita boleh contohi. Kita hendak juga kongsi keberkesanan modul rawatan kita untuk dia juga terima pakai.
Bila ada kelulusan ini, proses itu boleh kita buat. Itulah sebenarnya niat asal kita ya. Jadi, yang bila saya sebut begini Dato’ Yang di-Pertua, Tanjong Karang benar bila dia sebut tentang nyah jenayah. Portugal antara satu model yang disebut-sebut. Memang pegawai-pegawai saya pun ada melawat sana jugalah dan mereka berkongsi sama juga pandangan tentang apa yang berlaku di sana.
Kita tak sampai tahap itu lagilah. Yang namanya AADK di sana atau PUSPEN sana kalau dia ambil dadah, cara rawatan di sana diberi dadah juga, tetapi di dalam itu.
Yang uruskan itu adalah NGO. Okey, jadi bergantung kepada tahap keparahan penagihan dia. Kita belum sampai. Sebab itu saya sebut tadi, pagi tadi ketika menjawab Kota Bharu, saya sebut. Debate di luar sana tentang nyahjenayah ini ada dua pandangan. Satu 12(2), memiliki pun harus dianggap nyahjenayah; 15(1), mengambil dadah atau bahan, nyahjenayah. Kita kata, tak...
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
[Bangun]
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
...Yang itu kekal sebab memiliki kecil- kecilan ini hakikatnya bila Polis siasat, AADK uruskan hal ini. Yang berlaku di luar adalah kanak-kanak, anak-anak kita yang bersekolah ini kan, mengambil kecil-kecilan ini dia ada kuasa tawar menawar pula. Dia ada marketing networking dia pula.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Semasa saya menubuhkan jawatankuasa untuk memastikan mereka ini dicaj sebagai penjenayah atau dihantar untuk rawatan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Ya, ini yang dasar pengalihan. Yang elemen yang penting di situ adalah tahap keparahan. Kita tak mahu menjadi terlalu parah, maka kita utamakan dulu rawatan dan pemulihan. Itu mesej yang kita hendak bawa dalam pindaan ini.
Kuala Pilah, saya ucap terima kasih banyak atas pandangan. Saya sebut tadi bahawa bila kita luluskan ini, of course dia akan akta, kita ada kaedah, kita ada peraturan, kita ada garis panduan, itu menyusul. Ini sebagai induknya. Maka di sana nanti untuk kemas kini, semakin kita melaksanakan akta ini bila lulus di sini, lulus Dewan Negara, kita wartakan untuk pelaksanaan, KDN akan menyusul. Kalau ada keperluan di sana garis panduan, garis panduanlah kita wujudkan. Kalau perlu juga beberapa kaedah, kaedahlah akan kita hasilkan. Itu spirit di sebalik kita mulakan dulu dengan memberi sokongan.
Sebagai penutup Dato’ Yang di-Pertua, akhir kalam, rang undang-undang ini digubal dengan menerapkan nilai ihsan bagi meningkatkan akses kepada rawatan dan pemulihan dadah dan bahan serta memperkasa penglibatan komuniti untuk berganding bahu dengan kerajaan. Seperti Kuala Pilah sebut, walaupun kesnya tak sama, ini dadah satu lagi penjara. Penjara, kita keluarkan mereka lebih awal melalui- saya invoke seksyen 43, Akta Penjara.
Menteri boleh mengarahkan Ketua Pengarah Penjara memasukkan dalam Peraturan Penjara 2000. Prospek, kita tak sebut banduan, kita sebut prospek ini dikeluarkan lebih awal melalui tiga- jalan. Parol, kita ada panel dia; pembebasan berlesen; dan juga perintah kehadiran wajib. Bila mereka keluar, mereka kita padankan dengan majikan. Mereka bekerja, mereka ada pendapatan dan data yang kita buat ialah bagi setiap 800 orang yang dibebaskan melalui jalan ini, satu orang sahaja patah balik mengulangi kesilapan dia. Istilah dia recidivism. Berbanding yang kita letak di dalam tembok sepanjang tempoh. Itu kadar recidivism-nya sekitar 13 atau 14 peratus. Yang ini cuma 0.03 peratus.
Jadi benar, kita hendak ambil yang ini, kita hendak- kehendak kitalah ya. Kalau boleh, peranan ini AADK sudah ada pun sebab dia ada pemulihan dalam komuniti, dia
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
ada pemulihan dalam institusi AADK. Jadi, didorong daripada kejayaan itu, success story itu, kami bertekad bahawa apakala undang-undang ini kita luluskan, rang undang-undang ini kita luluskan, sebenarnya kita menuju ke arah itu. Saya juga memohon supaya rang undang-undang ini dapat dipertimbangkan untuk kelulusan dengan sebulat suara dan isu- isu berbangkit dibincangkan secara berasingan nanti termasuk semasa memuktamadkan kaedah-kaedah dan peraturan bagi menyokong pelaksanaan akta ini.
Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon untuk menamatkan penggulungan dan merayu untuk rang undang-undang ini dapat diberikan sokongan kerana niat baik yang mempertemukan kita adalah dadah satu masalah, penagih dadah dan penyalahgunaan bahan satu masalah. Kita harus punya komitmen yang satu untuk berusaha sedaya mungkin, ikhtiar dan cari jalan untuk mengatasi masalah ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 29 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga; disokong oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah) dan diluluskan]
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Tuan Setiausaha. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan satu akta untuk meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] dibacakan kali kedua sekarang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ada sesiapa yang menyokong? Oh huraian. Yang Berhormat Menteri, pohon huraikan undang-undang.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih. Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia Madani.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Dato' Yang di-Pertua, pandemik COVID-19 telah mengajar dan menginsafkan kita bertapa persoalan kesiapsiagaan mendepani apa pun cabaran dan kejutan penyakit- penyakit berjangkit adalah sangat mustahak sekali gus mengingatkan kita betapa juga persoalan pencegahan adalah amat penting, bahkan lebih penting daripada rawatan. Ia mengajar kita untuk benar-benar membuat persiapan sebelum datangnya kejutan dan cabaran kesihatan awam seumpama apa yang kita lalui hampir dua setengah-tahun yang mana umum sedia maklum, Dato' Yang di-Pertua, Malaysia telah mendepani COVID dengan kes pertama sejak 25 Januari 2020 ketika saya mengemudi KKM buat pertama kali.
Berdasarkan statistik bilik gerakan pusat kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis
(CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia, sehingga 17 Julai 2024 sejumlah 5,306,070 kes COVID-19 dan 37,350 kematian disebabkan COVID-19 telah dilaporkan. Pandemik COVID-19 merupakan cabaran terbesar kepada kesihatan awam, bukan saja dari sudut nyawa dan kehidupan, tetapi adalah juga terkait dengan cabaran life and livelihood sekali gus, dengan izin, Dato' Yang di-Pertua.
Malaysia telah mengharungi COVID-19 dengan pelbagai usaha yang melibatkan pendekatan whole-of-government bahkan whole-of-society, whole-of-nation, dengan izin, untuk melaksanakan penguatkuasaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] sehingga menjadikan negara dalam berada dalam keadaan yang baik akhirnya. Kini telah kita hidup bersama. Kini telah kita memasuki era hidup bersama COVID ataupun, dengan izin living with the COVID-19 virus.
Selain COVID-19 Dato' Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan juga giat mengawal penularan penyakit-penyakit berjangkit yang lain seperti denggi, TB atau tuberkulosis, measles- campak, HFMD dan lain-lain melalui Akta 342. Melalui perundangan ini, aktiviti pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit dapat dilaksanakan dengan baik bagi maksud mencegah dan mengawal penyebaran penyakit berjangkit.
Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] ini telah berkuat kuasa bermula 1 April 1989 dan memperuntukkan undang-undang yang berhubungan dengan pencegahan dan pengawalan penyakit-penyakit berjangkit. Memberi kuasa kepada pegawai- diberi kuasa untuk mengambil tindakan tertentu dalam mengurus dan mengawal penyakit berjangkit serta melindungi kesihatan awam dengan menetapkan peraturan dan langkah-langkah yang perlu diambil semasa berlaku wabak.
Dengan berkuat kuasanya Akta 342, pihak yang diberi kuasa dapat menguatkuasakan peraturan, menjalankan pemeriksaan dan mengambil tindakan yang diperlukan untuk mengawal penyebaran penyakit berjangkit, memastikan kesihatan dan keselamatan penduduk. Semasa dalam pandemik COVID-19 terdapat kelompangan di bawah Akta 342 yang dikesan sehingga memerlukan peraturan-peraturan baharu bagi menguatkuasakan aktiviti pencegahan dan pengawalan penularan COVID-19. Ini yang mula kita insafi.
Antara kelompangan yang didapati dalam Akta 342 sedia ada adalah tiada peruntukan pengasingan ataupun kuarantin atau pengawasan di mana-mana tempat selain dari stesen kuarantin seperti hospital. Menjadikan hospital sesak, kalaulah hanya hospital di tempat kuarantin.
Selain itu, tiada peruntukan khusus berkenaan pengesanan dan pemantauan kes seperti pemakaian gelang tangan, peranti-peranti seumpama ini bagi memudahkan pengenalpastian sekiranya kes atau kontak rapat tersebut keluar dari tempat pengasingan atau kuarantin. Ia untuk mencegah dan mengawal merebaknya penyakit berjangkit berikutan pergerakan kes atau kes orang yang disyaki, person under investigation (PUI), dengan izin.
Untuk makluman semua Ahli Dewan, tiada semakan atau pindaan pernah dilakukan ke atas Akta 342 ini semenjak ia dikuatkuasakan, Dato' Yang di-Pertua. Kecuali
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad
telah melalui beberapa pindaan kecil iaitu pada senarai penyakit berjangkit yang wajib dinotifikasi dalam Jadual Pertama. Buat masa ini, terdapat 32 penyakit berjangkit yang wajib dinotifikasi telah disenaraikan dalam Jadual Pertama.
Semasa pandemik COVID-19, Kementerian Kesihatan menggunakan pelbagai kaedah untuk menangani dan mencegah COVID-19 termasuk menjalani atau menjalankan aktiviti penguatkuasaan di bawah Akta Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Berikutan peruntukan berhubung penguatkuasaan dalam Akta 342 yang terhad, aktiviti kawalan dan pencegahan penyakit berjangkit khususnya COVID-19 pada peringkat awal telah menggunakan Ordinan Darurat ataupun Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021, Pemberitahuan Umum atau P.U. (A) 76-2021 sehingga Ordinan Darurat ini diungkaikan luput ataupun dihentikan selepas mendapat kelulusan dari Dewan Rakyat pada 25 Oktober 2021 dan Dewan Negara pada 8 Disember 2021. Bermakna Ordinan Darurat terpaksa digunakan untuk menampung kekurangan dan kelompangan itu.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] Selain itu, peraturan-peraturan baharu telah digubal bagi menguatkuasakan aktiviti pengawalan dan penularan COVID-19 di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit yakni Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan, Pelan Pemulihan Negara Fasa Peralihan ke Endemik 2022 ataupun Pemberitahuan Umum P.U. (A) 83/2022.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ketua Pengarah Kesihatan telah menggunakan arahan untuk mencegah dan mengawal penularan jangkitan COVID-19 melalui prosedur operasi standard (SOP).
Kesemua itu perlu dilakukan kerana kelompangan yang saya sebutkan lebih awal tadi.
Lanjutan itu bertitik tolak daripada pandemik COVID-19 yang melanda negara pada 2020, Kementerian Kesihatan percaya bahawa perlunya untuk Akta 342 diperkukuhkan dan dimantapkan bagi mengatasi kelompangan sedia ada yang dikesan semasa pandemik COVID-19.
Timbalan Yang di-Pertua, berdasarkan peruntukan-peruntukan dalam Ordinan Darurat yang saya sebutkan tadi serta peraturan-peraturan yang digubal semasa tempoh pandemik COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia telah meneliti dan membuat cadangan pindaan ke atas Akta 342 ini. Akta 342 yang dicadangkan untuk dipinda atau Rang Undang-undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024 ini adalah bertujuan antara lain:-
Pertama, mengemas kini dan menambah baik Akta 342 bagi mengisi kelompangan yang dikesan bagi aktiviti penguatkuasaan undang-undang.
Kedua, memperkukuh aktiviti pencegahan dan kawalan bagi penyakit berjangkit selain daripada usaha mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Sebagai contoh Mengakhiri AIDS menjelang 2030, Ending AIDS by 2035, dengan izin, dan Mengakhiri Tuberkulosis menjelang 2035, Ending TB by 2025.
Ketiga, melancarkan serta memantapkan pengurusan dan penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta 342.
Keempat, memastikan peruntukan di dalam Akta 342 selari dengan peredaran terutamanya keperluan perluasan kehendak notifikasi bagi kes-kes yang disyaki perluasan stesen kuarantin selain dari hospital serta pindaan-pindaan lain yang berbangkit dan terkait.
Kelima, kesiapsiagaan menghadapi penularan jangkitan penyakit berjangkit khususnya penyakit baru muncul ataupun novel infection, dengan izin, atau muncul
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad
kembali re-emergence of old infectious disease dengan izin, bagi membolehkan Kementerian Kesihatan bertindak dan memberi respons yang lebih berkesan dalam tindakan pencegahan dan pengawal penularan penyakit berjangkit.
Sebagai contoh, boleh saya sebutkan beberapa lagi penyakit yang baru muncul bukan saja yang baru muncul, tetapi dahulunya kita berdepan dengan Zika, MERS- coronavirus (MERS-CoV) dan manakala penyakit yang muncul kembali atau re- emergence of old infectious disease seumpama Tuberkulosis, Polio dan juga Kusta.
Cadangan pindaan Akta 342 yang dibuat adalah amat penting bagi memastikan kesinambungan aktiviti pencegahan penyakit berjangkit serta meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan Akta 342 ini. Rang Undang-undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024 ini telah digubal bertujuan untuk meminda seksyen 2, 10, 23, 24, 25, 26 dan 31 serta menambah seksyen baharu yakni seksyen 14A, 15A, 21A, 21B, 21C, 22A dan 24A kepada Akta Pencegahan Pengawal Penyakit Berjangkit 1988 yakni Akta Ibu itu.
Timbalan Yang di-Pertua, secara keseluruhan Rang Undang-undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit ini mengandungi 14 fasal seperti berikut.
Fasal pertama mengandungi “tajuk ringkas” dan peruntukan mengenai permulaan Akta yang dicadangkan.
Fasal 2, bertujuan untuk meminda seksyen 2 Akta 342 bagi tafsiran sedia ada iaitu pegawai diberi kuasa, Pegawai Kesihatan dan stesen kuarantin serta memperuntukkan tafsiran baharu Pegawai Kesihatan Persekitaran untuk diguna dalam Akta 342.
Ketiga, bertujuan untuk meminda seksyen 10 Akta 342 bagi memperuntukkan untuk mengehendaki tiap-tiap pengamal perubatan yang mempunyai sebab untuk percaya atau mengesyaki wujudnya penyakit berjangkit untuk memberikan apa-apa notis dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Kesihatan.
Fasal 4, bertujuan untuk memperkenalkan seksyen baharu 14A ke dalam Akta 342 bagi membolehkan pegawai diberi kuasa untuk memerintah mana-mana orang yang dijangkiti atau yang dipercayai telah dijangkiti oleh suatu penyakit berjangkit untuk menjalani pengasingan ataupun pengawasan di mana-mana tempat dan bagi apa-apa tempoh yang difikirkan patut dan wajar oleh pegawai diberi kuasa atau sehingga dia boleh dilepaskan keluar tanpa membahayakan orang ramai.
Fasal 5, bertujuan untuk memperkenalkan seksyen baharu 15A ke dalam Akta 342 bagi membolehkan pegawai diberi kuasa untuk mengeluarkan apa-apa perintah yang perlu dipatuhi oleh mana-mana orang yang dijangkiti atau dia mempunyai sebab untuk percaya telah dijangkiti atau mana-mana kontak ya- kontak rapatlah ini- mana-mana kontak bagi maksud pengesanan dan pemantauan.
Perintah itu boleh termasuk perintah untuk memakai apa-apa bentuk peranti pengesanan yang disediakan oleh pegawai diberi kuasa dan untuk menggunakan apa- apa aplikasi digital dalam apa-apa peranti digital sebagai mana ia ditentukan oleh pegawai diberi kuasa. Fasal ini juga bertujuan menjadikan suatu kesalahan bagi pelanggaran seksyen baharu 15A.
Fasal 6, bertujuan untuk memperkenalkan seksyen baharu 21A ke dalam Akta 342 bagi memberi Ketua Pengarah kuasa untuk mengeluarkan apa-apa arahan mengikut apa-apa cara kepada mana-mana orang atau golongan orang atau dan pengamal perubatan untuk mengambil apa-apa langkah bagi maksud mencegah dan mengawal apa-apa penyakit berjangkit.
Fasal 7, bertujuan untuk memperkenalkan bahagian baharu 15A ke dalam Akta 342 untuk mengadakan peruntukan bagi kuasa penguatkuasaan di bawah Akta 342 iaitu memasukkan seksyen baharu 21B yang dicadangkan memberi kuasa kepada seorang
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad
pegawai diberi kuasa untuk menjalankan penyiasatan di bawah Akta 342 mengikut Kanun Tatacara Jenayah yakni Akta 593 dan memasukkan seksyen baharu 21C yang dicadangkan memberi kuasa kepada pegawai diberi kuasa untuk menghendaki mana- mana orang untuk memberikan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit.
Fasal 8, bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 22A ke dalam Akta 342 untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan yang dilakukan oleh satu pertubuhan- perbadanan- corporate body di bawah Akta 342.
Fasal 9, bertujuan untuk meminda seksyen 23 Akta 342 untuk memperuntukkan bahawa pendakwaan di bawah akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah akta ini hendaklah dimulakan dengan keizinan secara bertulis pendakwa raya.
Fasal 10, bertujuan untuk meminda seksyen 24 Akta 342 untuk mengadakan peruntukan bagi penalti am bagi mana-mana kesalahan yang dilakukan di bawah Akta 342.
Fasal 11, bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 24A ke dalam Akta 342 untuk memperuntukkan bahawa majistret kelas pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa penuh untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah akta ini.
Fasal 12, bertujuan untuk meminda seksyen 25 Akta 342 untuk memberikan Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa olehnya kuasa itu untuk menawarkan kompaun bagi mana-mana kesalahan compoundable, boleh dikompaun di bawah Akta 342 atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta 342.
Fasal 13, bertujuan untuk meminda seksyen 26 Akta 342 untuk membolehkan pegawai diberi kuasa untuk menggunakan apa-apa sumber yang ada di satu- premis apabila premis tersebut direkuisisi yakni pindaan ini juga bertujuan untuk membolehkan apa-apa isu berbangkit berkenaan amaun pampasan yang diberi dirujuk ke mahkamah sebagai ganti rujukan kepada penimbang tara. No longer ada penimbang taranya Dato’ Yang di-Pertua. Pindaan ini juga bertujuan untuk memperkenalkan definisi baharu sumber di bawah Akta 342 termasuklah sumber manusia, kemudahan utiliti dan aset dan pegawai atau pengurus sumber manusia kemudahan utiliti atau aset dalam tersebut.
Fasal 14, bertujuan untuk memasukkan subseksyen 31(3) Akta 342 untuk memberikan Menteri kuasa menetapkan penalti bagi pelanggaran apa-apa peraturan- peraturan yang dibuat di bawah Akta 342. Penalti yang boleh ditetapkan dalam hal seseorang itu merupakan seorang individu ialah denda tidak melebihi RM8,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Untuk pengetahuan Dato’ Yang di-Pertua dalam Dewan, ia sedikit turun daripada apa yang dicadangkan oleh mantan Menteri Kesihatan yang membentangkan pindaan ini pada era pandemik.
Dato’ Yang di-Pertua, boleh lagi ke ini? Still have time? Boleh? Dengan izin.
Banyak lagi, Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Boleh.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Dato’ Yang di-Pertua, sebelum rang undang-undang ini dibahaskan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, izinkan saya menjelaskan keperluan pindaan ini. Jadi, yang disebutkan tadi fasal-fasalnya.
Sekarang ini keperluannya bagi memudahkan dan mengizinkan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk berbahas.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Keperluan pindaan kepada seksyen 2 Akta 342, fasal 2 bagi tafsiran sedia ada ialah iaitu pegawai diberi kuasa, Pegawai Kesihatan, stesen kuarantin serta peruntukan tafsiran-tafsiran baharu Pegawai Kesihatan untuk digunakan dalam Akta 342 ini.
Penyelarasan tafsiran bagi maksud memenuhi keperluan semasa. Misalnya, gelaran Pegawai Kesihatan Persekitaran disesuaikan dengan gelaran skim perkhidmatan sedia ada selaras dengan Akta Profesion Kesihatan Bersekutu. Ini bagi untuk kita harmonikan untuk kita selaraskan.
Manakala bagi tafsiran stesen kuarantin, pindaan perlu dilakukan kerana istilah “hospital penyakit berjangkit” tidak lagi digunakan. Semua hospital yang termasuk dalam stesen kuarantin tidak terhad kepada hospital penyakit berjangkit sahaja. This is why it is so very important untuk kita bebaskan ertinya stesen kuarantin itu. Selain itu, pindaan ini dapat memastikan pelbagai lokasi dapat diguna untuk pengasingan dan pengawasan, tidak hanya terhad dalam hospital.
Pindaan pada seksyen 10 Akta 342, fasal 3 ialah peruntukan berkaitan memberitahu tentang penyakit berjangkit termasuk kes yang disyaki oleh pengamal perubatan dalam apa-apa bentuk sebagaimana ditentukan oleh Ketua Pengarah Kesihatan. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kelewatan aktiviti- itu sebab rasionalnya. Mengelakkan berlakunya kelewatan aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit. Maka, tindakan kawalan yang pantas dan efisien dapat menghentikan penularan jangkitan daripada menjadi wabak. Dalam hal ini, mantera semua kita akan selamat apabila kita tidak terdedah kepada jangkitan. No one is safe until everyone is safe. Selain itu, tambahan seksyen baharu 14A ke dalam Akta 342, fasal 4 bagi membolehkan pegawai diberi kuasa untuk memerintah mana-mana orang yang dijangkiti penyakit berjangkit menjalani pengasingan atau pengawasan di mana-mana tempat yang sesuai atau dikenal pasti selain hospital. Perintah tersebut berdasarkan apa-apa tempoh yang difikirkan patut oleh pegawai diberi kuasa atau sehingga dia boleh dilepaskan keluar tanpa membahayakan orang awam.
Di samping itu, seksyen baharu 15A diperkenalkan ke dalam akta ini, yakni fasal 5, bagi membolehkan pegawai diberi kuasa untuk mengeluarkan apa-apa perintah yang perlu dipatuhi oleh mana-mana orang yang dijangkiti atau yang dia mempunyai sebab untuk percaya disyaki telah dijangkiti, atau mana-mana kontak, bagi maksud pengesanan dan pemantauan.
Perintah itu boleh termasuk perintah untuk memakai apa-apa bentuk peranti pengesanan yang disediakan oleh pegawai diberi kuasa dan untuk menggunakan apa- apa aplikasi digital dalam apa-apa peranti digital sebagaimana yang ditentukan oleh pegawai yang diberi kuasa.
Fasal 6 memperkenalkan seksyen baharu 21A ke dalam akta ini bagi memberi Ketua Pengarah Kesihatan kuasa untuk mengeluarkan apa-apa arahan mengikut apa-apa cara kepada mana-mana orang atau golongan orang dan pengamal perubatan untuk mengambil apa-apa langkah bagi maksud mencegah dan mengawal apa-apa penyakit berjangkit.
Seterusnya, peruntukan baru dalam fasal ini, fasal 7, juga memperuntukkan kuasa penyiasatan seksyen 21B dan kuasa untuk mendapatkan maklumat oleh pegawai diberi kuasa seksyen 21C. Peruntukan ini sangat penting bagi menjelaskan kuasa ataupun punca kuasa pegawai diberi kuasa di lapangan dalam melakukan siasatan terhadap penyakit berjangkit. Keperluan untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih amat penting agar punca jangkitan dapat ditentukan.
Selain itu, setelah risiko penularan jangkitan dikenal pasti, langkah-langkah pencegahan dan pengawal jangkitan penyakit berjangkit dapat dilaksanakan dengan efisien dan efektif supaya mencegah terjadinya wabak yang berisiko menjadi tidak terkawal jika berlarutan.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Peruntukan-peruntukan ini penting sebagai punca kuasa kepada petugas kesihatan semasa melaksanakan penyiasatan dan verifikasi pengesahan kes dalam membendung penularan jangkitan. Penularan jangkitan boleh berlaku secara lebih meluas jika maklumat punca jangkitan tidak dapat diperoleh kesan daripada tiada kerjasama daripada kes yang disyaki atau disahkan serta kontaknya.
Selain itu, peruntukan berkaitan mengklasifikasi kesalahan bagi pertubuhan perbadanan dan juga individu dengan memperkenalkan seksyen baharu 22A ke dalam akta ini, yakni fasal 8, untuk memastikan pertubuhan perbadanan dapat mematuhi setiap arahan dan operasi prosedur standard pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit seperti yang ditetapkan.
Peranan pertubuhan perbadanan dalam pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit adalah sangat penting kerana risiko penularan jangkitan dalam kalangan pekerja adalah amat tinggi dan boleh menjadi wabak berskala besar. Pematuhan terhadap arahan dapat mengelakkan kejadian yang lebih parah.
Selain itu, peruntukan berkaitan pendakwaan bagi menjelaskan semua pendakwaan perlu keizinan pendakwa raya selaras dengan Perkara 145(3) daripada Perlembagaan Persekutuan dengan menggantikan seksyen 23 sedia ada dalam akta ini.
Ini dalam fasal 9.
Pindaan seksyen 24, fasal 10 bertujuan memperjelaskan nilai penalti dan juga mengelaskan hukuman kepada individu dan pertubuhan perbadanan. Pengelasan ini memudahkan penguatkuasaan terhadap ketidakpatuhan kepada arahan yang dikeluarkan oleh pegawai diberi kuasa ketika mengambil tindakan tertentu dalam mengurus dan mengawal penyakit berjangkit. Dalam hal ini, tanggungjawab untuk mencegah dan menangani penularan penyakit berjangkit bukan sahaja kepada individu malah turut menjadi tanggungjawab pengurusan pertubuhan perbadanan.
Peruntukan baharu seksyen 24A, fasal 11 diperkenalkan bertujuan untuk memberikan bidang kuasa penuh kepada majistret kelas pertama untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah akta Ini dan menjatuhkan hukuman penuh sebagaimana yang diperuntukkan di bawah akta ini tanpa mengira apa-apa undang-undang bertulis yang berlawanan.
Selanjutnya, pindaan seksyen 25, fasal 12 adalah bertujuan untuk menaikkan kadar kompaun serta mengelaskan kompaun terhadap individu dan pertubuhan perbadanan. Nilai kompaun yang ditetapkan terhadap individu adalah tidak melebihi RM5,000, manakala pertubuhan perbadanan adalah tidak melebihi RM50,000. Ini adalah setengah daripada pindaan yang dibentangkan oleh mantan Menteri Kesihatan semasa era Covid. Bagi tujuan pengeluaran kompaun ini hendaklah mendapat keizinan Pendakwa Raya terlebih dahulu.
Pindaan pada seksyen 26, fasal 13 bertujuan untuk mengguna pakai sumber- sumber yang ada di suatu- premis seperti sumber manusia, kemudahan utiliti dan aset seperti mana yang saya sebut dengan lebih awal, apabila berlakunya rekuisisi, pengambilan semula. Penggunaan sumber-sumber tersebut adalah perlu bagi memastikan kawalan dan pencegahan penularan jangkitan penyakit yang lebih menyeluruh.
Selain itu, pindaan pada seksyen 26 akta ini turut mencadangkan supaya tiada lagi keperluan untuk membuat rujukan kepada penimbang tara. No more arbitration, dengan izin Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Sekiranya terdapat apa-apa isu berbangkit berhubung jumlah pampasan yang diterima oleh empunya premis yang rekuisisinya sebaliknya, isu berkenaan boleh terus dirujuk kepada mahkamah.
Pindaan Akta 342 juga dicadangkan untuk memperuntukkan kesalahan kepada orang yang tertentu dengan memperuntukkan kuasa Menteri dalam membuat peraturan- peraturan seperti yang dicadangkan dalam pindaan seksyen 31, fasal 14. Dengan adanya pindaan ini, maka sebarang perbuatan yang bertentangan dengan akta atau peraturan di bawahnya, sama ada individu ataupun pertubuhan perbadanan, boleh dikenakan penalti,
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad
denda dengan kadar yang berbeza berdasarkan pertimbangan situasi atau jenis kesalahan.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ini adalah penting untuk disproportionality- maaf proportionality dan appropriateness. Ia tergantung kepada suasana dan tuntutan-tuntutan realiti semasa. Ini bertujuan untuk meningkatkan kadar kepatuhan terhadap akta ini yang telah ditetapkan, dengan secara tidak langsung dapat mencegah dan mengawal penularan jangkitan penyakit berjangkit.
Dato’ Yang di-Pertua, pindaan Akta 342 ini akan memberikan kesan-kesan positif seperti berikut. Satu, peruntukan yang lebih menyeluruh. Kedua, respons yang lebih pantas dan berkesan. Ketiga, memperkukuhkan kesiapsiagaan negara dan keempat, memenuhi keperluan perkembangan semasa, termasuk mengaplikasi teknologi terkini seperti meneliti semula peluasan kehendak notifikasi bagi kes-kes disyaki, pengesanan dan pemantauan serta konteksnya.
Akhir sekali, memperkukuhkan lagi the whole-of-government, the whole-of-nation, the whole-of-society. Pendekatan penggemblengan seluruhnya pemegang taruh, pemegang kepentingan atau seluruh negara bagi memanfaatkan kekuatan pelbagai sektor untuk melindungi kesihatan awam di negara ini secara efektif dan berada pada tahap yang baik, yang optima.
Rang Undang-undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit ini Dato’ Yang di-Pertua, amat penting dalam membendung ancaman penyakit berjangkit kerana ia boleh berlaku di luar jangkaan. Maka, kita bercakap tentang kesiapsiagaan mendepani pandemik yang kita tidak tahu bila akan datang menziarahi kita kembali. Kita pohon dijauhkan.
Di samping itu, RUU pindaan ini juga akan dapat memastikan kesinambungan perundangan dan penguatkuasaannya. Malahan, peruntukan-peruntukan baharu ini adalah selari dengan keperluan dan perkembangan semasa yang berlaku dalam negara kita agar Malaysia sentiasa selamat dan bebas daripada ancaman penyakit berjangkit demi rakyat yang lebih sihat dan produktif.
Justeru, adalah sangat kritikal agar Rang Undang-undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024 ini dipertimbangkan dengan wajar dan baik dan diluluskan oleh semua Ahli Dewan Rakyat ini supaya langkah-langkah pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit dapat diperkukuhkan serta meningkatkan kesiapsiagaan negara pada masa hadapan.
Dalam hal ini, saya sekali lagi memohon Ahli-ahli Dewan, Ahli Yang Berhormat pada hari ini untuk memberikan pertimbangan yang sewajarnya untuk sama-sama kita dukung tujuan dan maksud pindaan ini, kita rangka dan supaya kita dapat meluluskan rang undang-undang ini. Dato’ Yang di-Pertua, itulah saya mohon mencadangkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Setiap pembahas diberi 10 minit.
Saya baca senarai pembahas. YB Bandar Kuching, YB Kuala Nerus, YB Jempol, YB Kuala Langat, YB Puchong, YB Rasah, YB Balik Pulau, YB Beaufort, YB Bayan Baru dan YB Bakri.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Bandar Kuching.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih Puan Speaker, atas masa yang diberikan tapi saya rasa saya tidak akan menghabiskan 10 minit tersebut tetapi terima kasih sekali lagi untuk memberikan Bandar Kuching peluang untuk menyertai perbahasan untuk pindaan RUU yang sangat penting ini.
Sebenarnya, pindaan Akta 342 ini pertama kali dibincangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi yang pada masa itu dipengerusikan oleh saya dan Yang Berhormat Menteri adalah salah seorang daripada Ahli Jawatankuasa tersebut.
Ini berlaku pada tahun 2021 dan 2022 semasa krisis COVID-19. Saya ingin merakamkan terima kasih saya kepada Menteri Kesihatan pada masa itu kerana keterbukaan beliau untuk membawa pindaan RUU tersebut ke JKPK untuk menerima input daripada kita.
Pada masa itu, kami telah melantik satu- panel pakar untuk memberikan input dan juga maklum balas mengenai cadangan pindaan tersebut. Pakar yang hadir pada hari itu adalah, dengan izin, - World Health Organizations, Science Council Member- Profesor Dr.
Adibah, - Kuala Lumpur Hospital Director- or former- mantan Director Hospital Kuala Lumpur- Dr. Lim Kuan Joo, - Federation of Private Medical Practitioners Associations Malaysia
(FPMPAM) Presiden- Dr Steven Chow, - MMA Presiden pada masa itu- Dr Koh Kar Chai, - MAA General Secretary- Dr. Arasu; dan juga - CEO kepada Galen Centre for Health and Social Policy- Azrul Mohd Khalib.
Masa itu, atas input dan juga maklum balas pakar panel, kerajaan pada masa itu telah membuat keputusan untuk menunda pembentangan RUU tersebut kerana terdapat bantahan, ada tentangan dan juga kebimbangan yang ketara yang telah dibangkitkan dalam jawatankuasa tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, secara prinsipnya kita memang setuju dengan keperluan Akta 342 ini dikemas kini dan ditambah baik untuk, dengan izin, make fit for purpose dan untuk menambah baik kesiapsiagaan dan juga daya tahan untuk menghadapi apa-apa wabak penyakit. Sadly to say, the next pandemic is coming sooner than we hope, dengan izin. Akta tersebut juga haruslah cukup fleksibel, organik dan boleh diadaptasikan- mengadaptasikan semua pengetahuan sains yang baru, yang sedang berkembang tentang penyakit berjangkit yang mungkin timbul pada masa hadapan.
Selain itu, perlu juga kita untuk mencari jalan atau satu akta atau peraturan yang mempunyai ke effectiveness untuk mengawal selia atau menghukum sesuatu badan atau individu yang mungkin juga mempunyai kemampuan atau sumber yang banyak dan mereka tidak mengambil serius apa-apa pun kesalahan. Malah, ada yang sanggup bayar denda kerana bagi mereka, ini sebahagian– saya mampu menyerap kos tersebut dan mereka terus berulang kali melakukan kesalahan tersebut.
Dalam pindaan yang kita lihat pada hari ini yang dibentangkan, saya sebenarnya berterima kasih kerana sebenarnya banyak input daripada JKPK pada masa itu telah diambil, hampir 60 peratus daripadanya telah diterapkan dalam pindaan ini. Walaupun dengan penambahbaikan tersebut, masih ada beberapa kebimbangan yang timbul yang ingin saya sentuh, maka izinkan saya Tuan Yang di-Pertua, untuk memberikan beberapa cadangan.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Ada beberapa prinsip asas yang perlu kita tekankan dalam isu pengawalan penyakit berjangkit ini. Nombor satu, semangat yang harus dibawa adalah untuk mencegah, bukan untuk menghukum. Kita lihat bahawa punitive action yang dikenakan semasa peringkat kecemasan banyak kali dilihat berkemungkinan untuk menganiayai daripada sebenarnya mengawal penularan sebuah penyakit.
Nombor dua- prinsip kedua, menghidap sesebuah penyakit bukan satu jenayah.
Kita tidak mahu melihat stigma ataupun sebarang penganiayaan dilakukan ke mana-mana pesakit dan saya rasa undang-undang haruslah mencerminkan prinsip ini. Ketiga, penalti yang dikenakan haruslah munasabah, not arbitrary, dengan izin, dan membebankan masyarakat, terutamanya daripada isi rumah yang berpendapatan rendah dan latar belakang sosioekonomi yang rendah kerana merekalah yang paling terdedah atau vulnerable kepada mana-mana salah guna kuasa.
Jadi, cadangan dan penilaian pertama saya, Tuan Yang di-Pertua. Nombor satu, seksyen 21A, Arahan Ketua Pengarah. Saya masih merasakan kuasa yang diberikan kepada ketua pengarah masih terlalu luas, terbuka dan mungkin ada yang bercanggah dengan beberapa kuasa Menteri Kesihatan. Cadangan saya, banyak pengalaman yang telah kita peroleh oleh KKM dalam pandemik yang lalu, mahupun pandemik penyakit berjangkit yang lalu dan kita sudah agak-agak tahu beberapa peranan keputusan am yang perlu dilakukan.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Kita sudah agak-agak tahu beberapa peranan keputusan am yang perlu dilakukan. Maka, kita harus kenal pasti keputusan, langkah-langkah, peraturan kawal selia yang diperlu dan mungkin kita senaraikan secara terperinci dan hadkan skop bidang tersebut supaya tidak disalahgunakan.
Saya faham, mungkin setiap pandemik berbeza tetapi mungkin kita dapat letakkan satu kaveat jika perlu dan hanya jika perlu ia boleh diperluaskan dengan penentuan dan budi bicara daripada Menteri Kesihatan. Kenapakah ini penting? Ini kerana Menteri Kesihatan bertanggungjawab kepada Parlimen dan kepada rakyat.
Nombor dua, garis panduan perlu sesuai untuk tujuan sebagai persediaan wabak yang akan datang dan untuk sebarang kesihatan kecemasan kesihatan awam. Garis panduan yang ada mesti jelas menunjukkan kesalahan-kesalahan dalam akta tersebut.
Jika boleh, ia harus diumumkan, disebarkan, publish di khalayak awam supaya mereka tahu mana-mana kesalahan yang salah secara jelas.
Jika ada pihak penguasa yang datang untuk contohnya ke kedai mereka, yang kata mereka melakukan kesalahan ini, mereka sebenarnya boleh buka dan check sama ada betul-betul mereka melakukan kesalahan itu atau tidak. Ini dapat mengurangkan salah guna kuasa atau penganiayaan pihak berkuasa.
Ketiga, penalti yang dikenakan kepada individu. Saya tahu dalam RUU pertama draf adalah RM10,000 kepada individu. Pada masa itu, JKPK kami telah mencadangkan untuk menurunkan kepada RM2,000. Sebenarnya telah dipersetujui, Yang Berhormat Menteri. You were there, tetapi- namun saya lihat sekarang ini ia dinaikkan semula kepada RM5,000. Saya berharap dapat dipertimbangkan sekali lagi untuk diturunkan kepada RM2,000 kerana biasalah, mereka yang terkesan adalah daripada golongan sosioekonomi rendah. Kita tahu ini bukan teori. We had seen this during COVID-19. Kita tak akan lupa insiden penguatkuasaan antara dua darjat.
Jadi, saya juga cadangkan satu tier system dilakukan di mana first timer atau first offenders, mereka diberikan contohnya denda RM200. Second time offenders, RM500 dan sebagainya. Ini haruslah dihuraikan, disenaraikan secara jelas dalam garis panduan yang harus diedarkan dan didedahkan secara awam supaya tak ada pertikaian dan tak ada salah guna kuasa.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Nombor empat, adakah Kementerian Kesihatan telah menjalankan regulatory impact analysis? Wah, I said I will use 10 minutes, betul 10 minit. RIA, untuk membentangkan RUU ini, adakah KKM melakukan RIA untuk membentangkan RUU ini?
Nombor lima, saya akan cepatkan. Jika terjadinya satu wabak dan pandemik dan akta ini perlu digunakan secara menyeluruh di negara kita, saya cadangkan satu educational implementation period sekurang-kurangnya tiga bulan dilakukan terlebih dahulu. Ini penting supaya rakyat memahami peraturan-peraturan yang sedia ada dan tidak dikenakan hukuman sekiranya mereka tidak compliance dengan peraturan yang sedia ada.
Kita tahu in the National Morbidity Survey, one in three Malaysians sebenarnya celik kesihatan agak rendah dan tidak berkemungkinan untuk memahami aktiviti pencegahan penyakit. So, educational implementation ini, when there is pandemic, I think it’s important, dengan izin.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua saya harap cadangan dan penjelasan tersebut dapat diberikan dan kita dapat mengemas kini dan menambah baik RUU yang sedia ada ini dan menangani kegusaran dan kebimbangan yang ada. Pengalaman COVID-19 adalah sangat penting dan kita haruslah belajar daripadanya, bukan sahaja daripada segi rawatan atau perubatan, tetapi daripada segi regulasi kawalan dan penguatkuasaan.
Dengan itu, sekian. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato' Dr. Hj Alias bin Razak - Kuala Nerus
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang pada Kuala Nerus untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024.
Timbalan Yang di-Pertua, pada keseluruhannya, pindaan ini satu tindakan yang sangat positif demi memastikan peristiwa-peristiwa yang tidak diingini yang berlaku semasa COVID-19 itu berulang. Namun begitu, ada perkara yang saya perlukan penjelasan dan komen atas perkara ini.
Pertamanya, berkenaan dengan seksyen baharu 14A, “Seseorang pegawai diberi kuasa untuk mengeluarkan arahan pengasingan dan juga boleh melakukan kekerasan jika perlu untuk memastikan perintahnya dipenuhi”. Saya mahu pencerahan, apakah limitasi seseorang pegawai dalam menjalankan skop tugas yang dinyatakan ini? Apakah yang dimaksudkan dengan kekerasan yang perlu itu?
Adakah boleh dengan menggunakan apa-apa bentuk senjata seperti anggota PDRM? Apakah mekanisme yang digunakan untuk mengukur jika kekerasan yang dilakukan telah melangkaui limitasi dan sekiranya terdapat pegawai yang menyalah guna kuasa yang diberikan itu? Apakah jaminan perlindungan yang diberikan kepada mangsa dari sudut pembuktian terhadap ketidakwajaran yang dikenakan ke atasnya?
Timbalan Yang di-Pertua, apakah kerajaan telah merangka suatu mekanisme pemantauan dan garis panduan yang jelas dari sudut ini? Ini yang saya mahukan penjelasan daripada pihak Menteri. Timbalan Yang di-Pertua, pindaan seksyen 2(e) pula, takrif “stesen kuarantin” yang merujuk kepada mana-mana hospital dan tempat. Saya mohon melalui pindaan seksyen ini untuk kerajaan melengkapkan infra bagi pusat-pusat kuarantin yang telah digazetkan selain dari hospital penyakit berjangkit.
Untuk maklumat Timbalan Yang di-Pertua, dalam tempoh pandemik COVID-19 yang lalu, Terengganu menjadikan hospital-hospital, bukan sahaja hospital penyakit berjangkit sebagai pusat kuarantin dan selebihnya adalah pusat-pusat dan bangunan awam dan swasta yang tidak dilengkapi dengan infra bagi menangani penyakit berjangkit
Dato' Dr. Hj Alias bin Razak - Kuala Nerus
ini. Ada yang diletakkan di stadium yang tidak ada kemudahan asas, di asrama-asrama dan sebagainya.
Justeru itu, antara isu yang berbangkit pada ketika itu ialah berlaku longgokan sampah, sisa pepejal klinikal- clinical waste sama ada di hospital, juga di pusat-pusat kuarantin yang bukan hospital. Ini kerana Terengganu antara negeri yang tidak memiliki pusat pelupusan pepejal klinikal. Sampah-sampah klinikal ini perlu dihantar ke Telok Panglima Garang di Selangor, Terengganu ke Telok Panglima Garang lebih kurang 600 meter.
Kesannya, semasa tempoh kawalan pergerakan yang dilaksanakan menyebabkan banyak clinical waste, dengan izin, yang tidak sempat diangkut ke pusat pelupusan sampah di Telok Panglima Garang, maka berlaku longgokan sampah klinikal, bukan sampah biasa. Sampah klinikal yang terkontaminasi dengan virus COVID-19. Ini menyebabkan keadaan yang tidak selamat untuk penduduk-penduduk sekitar dan juga kakitangan yang berada di pusat kuarantin tersebut. Ini yang menyebabkan semakin mudah pandemik ini ataupun wabak ini merebak.
Timbalan Tuan Yang di-Pertua, fasal 12 bertujuan meminda seksyen 25 [Akta 342]. Seseorang individu boleh dikenakan denda dan penalti sehingga RM8,000 sekiranya didapati melakukan apa-apa kesalahan yang melanggar prosedur operasi standard dalam tempoh pandemik.
Sejauh manakah kerajaan melihat keperluan hukuman kompaun ini dalam mencerminkan kepekaan Madani terhadap keperitan nasib yang ditanggung rakyat ketika ini supaya rakyat tidak dimangsakan seperti mana yang diuar-uarkan oleh PM sewaktu menjadi Ketua Pembangkang dahulu?
Lantas kenapa RUU ini dibawa semula dengan hukuman yang lebih berat sedangkan kerajaan pada waktu itu lantang menentang dua versi awal RUU yang sama.
Dato' Dr. Hj Alias bin Razak - Kuala Nerus
Sebelum itu, saya nak tambah Timbalan Yang di-Pertua, tinggal sedikit.
Memandangkan keadaan longgokan sampah tadi, maka saya mengambil kesempatan ini juga untuk merakam ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar dalam sesi soal jawab pagi tadi, iaitu cadangan mengadakan pusat pelupusan clinical waste di negeri Terengganu. Harapan kami di Terengganu ialah supaya cadangan ini dapat disegerakan sebab wabak ini boleh berlaku bila-bila masa yang tidak dapat kita jangka.
Saya sambung balik tentang denda tadi. Adakah pertimbangan juga diberi mengikut faktor sosioekonomi, terutamanya mengambil kira impak terhadap golongan yang berpendapatan rendah dan apakah pelan kerajaan dalam mengimbangi keperluan golongan ini? Apakah mekanisme yang diguna pakai bagi menentukan kadar kompaun dan bagaimanakah dengan mereka yang melanggar SOP secara tidak sengaja atau mungkin keliru dengan SOP yang sedia ada?
Kadang-kadang semasa pandemik, perkara baru berlaku, SOP diumumkan, ada rakyat tak dapat maklumat pun lagi, maka dia keliru dengan arahan-arahan yang diberikan. Adakah itu juga akan dikenakan denda terhadap mereka yang tidak mendapat maklumat yang tepat tadi? Adakah proses rayuan juga tertakluk kepada budi bicara Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) jika seseorang individu membuat rayuan atas kesalahan terbabit?
Selari dengan tindakan kerajaan untuk menggunakan hukuman punitif ini, apakah langkah yang diambil bagi memastikan tindakan penguatkuasaan yang teratur dan berkesan serta kempen kesedaran bagi menyokong usaha ini? Saya mohon dapat pencerahan daripada pihak Yang Berhormat Menteri Kesihatan.
Timbalan Yang di-Pertua, akhirnya saya ingin membangkitkan sejauh mana libat urus yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bersama-sama pihak-pihak berkepentingan
Dato' Dr. Hj Alias bin Razak - Kuala Nerus
dalam isu ini seperti pengamal perubatan, pakar-pakar kesihatan awam dan wakil masyarakat sebelum pindaan dimuktamadkan. Apakah perancangan strategik dan holistik yang sedang dan yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan kapasiti sistem kesihatan bagi menangani penyakit berjangkit dan meningkatkan kesedaran dan pendidikan kesihatan dalam kalangan masyarakat?
Akhirnya, saya juga ingin tahu sejauh mana pemerkasaan kerjasama rentas kementerian antara KKM dan MOSTI dilaksanakan pada waktu ini untuk membangunkan vaksin tempatan bagi kesiapsiagaan menghadapi krisis pandemik baharu yang mungkin boleh berulang berlaku bila-bila masa. Saya percaya, dengan memiliki vaksin sendiri, tahap keselamatan vaksin adalah lebih accountable, dengan izin, lebih banyak kos dapat dijimatkan serta protokol menangani wabak boleh dilaksanakan dengan lebih cepat dan berkesan.
Saya harap apa yang saya kemukakan sebentar tadi akan dapat pertimbangan daripada pihak Yang Berhormat Menteri terutamanya daripada segi kita menggemblengkan tenaga-tenaga pakar kita di universiti-universiti tempatan, IMR supaya dipercepatkan suatu Jawatankuasa Khas untuk menghasilkan vaksin sekiranya berlaku apa-apa kemungkinan wabak baharu yang muncul di masa-masa yang akan datang.
Sekian, itulah ucapan saya. Sekian, wallahualam. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Saya jemput Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat petang dan juga salam Malaysia Madani. Terima kasih Timbalan Speaker kerana memberi peluang kepada Jempol mengambil bahagian dalam Perbahasan RUU Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024 [Akta 342]. Tahniah saya ucapkan kepada pihak kementerian kerana membentangkan rang undang-undang ini.
Pindaan kepada Akta 342 ini bertujuan menangani kelompangan yang wujud semasa kita mengalami krisis yang amat kritikal semasa pandemik COVID-19 dan juga untuk meningkatkan kesiapsiagaan negara dalam mencegah dan mengawal penyakit berjangkit pada masa hadapan.
Timbalan Speaker, Jempol ingin menyentuh empat perkara berhubung dengan rang undang-undang ini. Pertama, memanfaatkan kemajuan teknologi digital. Jempol merujuk cadangan pindaan seksyen 15A(5) Akta 342 berkenaan penggunaan aplikasi digital bagi tujuan pengesanan dan pemantauan penyakit berjangkit.
Pindaan ini bertepatan dengan Buku Putih Kesihatan yang menggariskan kemajuan teknologi digital sebagai strategi reformasi kesihatan di Malaysia. Kita sedia maklum bahawa MySejahtera digunakan sebagai aplikasi digital terutama dalam pelaporan dan pemantauan jangkitan COVID-19.
Jadi, persoalan Jempol adakah MySejahtera akan terus digunakan sebagai aplikasi untuk pemantauan penyakit berjangkit selain COVID-19 atau adakah kerajaan bercadang membangunkan aplikasi baharu khusus untuk program kesihatan di negara kita?
Tuan Timbalan Speaker, yang kedua ialah penggunaan teknologi AI, sesuai dengan keadaan kita pada hari ini. Persoalannya Jempol, adakah seksyen 15A akta ini juga ada mengambil kira perkembangan penggunaan teknologi baharu serta AI dalam pengesanan penyakit berjangkit? Jadi, sebagaimana kata yang dalam pembentangan Yang Berhormat Menteri tadi, ada 36 penyakit berjangkit dan ia terus menerus berada di negara kita pada hari ini, kes-kes penyakit berjangkit ini.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Misalnya, seperti kamera pemantauan termal suhu yang diletakkan di tempat awam bagi mengesan individu yang mempunyai demam dan seterusnya dapat membuat face detection, dengan izin, bagi mengenal pasti individu berkenaan. Maka, sudah tentulah dalam keadaan ini memerlukan teknologi AI untuk mengenal pasti di tempat awam. Adakah juga pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sudah mempunyai peranti canggih untuk mengesan penyakit berjangkit dan apakah peranti tersebut berkesan untuk digunakan sebagai persediaan menghadapi pandemik pada masa hadapan?
Tuan Timbalan Speaker, seterusnya ialah kesiapsiagaan fasiliti pencegahan dan juga pengawalan penyakit. Pandemik COVID-19 yang memberi kesan yang amat mendalam kepada masyarakat di negara kita dan juga di seluruh dunia yang mana anggarannya lebih kurang 37,351 kematian berlaku di negara kita dengan kerugian berbilion-bilion Ringgit. Jadi, angka ini pasti dapat diturunkan sesuai dengan pembentangan rang undang-undang ini untuk negara kita mempunyai fasiliti canggih bagi mengesan wabak dengan lebih awal dan tepat.
Dalam hal ini, Jempol mengucapkan tahniah kepada kerajaan khususnya melalui Kementerian Kesihatan Malaysia kerana mengambil langkah awal dengan meluluskan Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (NCDC) yang sedang dibina di kawasan perindustrian Enstek di Negeri Sembilan. Jadi, di sini Jempol juga ingin mengetahui status pembinaan dan kadar kemajuan kerja projek pembinaan NCDC setakat ini. Apa perancangan kerajaan bagi memastikan NCDC ini setanding dengan agensi antarabangsa seperti di Amerika Syarikat melalui Centers for Disease Control, dengan izin?
Timbalan Speaker, seterusnya ialah yang keempat, kuasa menolak kemasukan migran berisiko. Bagi memastikan kawalan penyakit berjangkit boleh ditangani dengan lebih awal, Akta 342 hendaklah mempunyai bidang kuasa termasuk mengawal sempadan negara kita. Cadangan pindaan seksyen 14A Akta 342 ini, setakat ini hanya berkaitan pengasingan orang yang dijangkiti yang telah berada di negara kita.
Persoalan Jempol, apakah kesinambungan Akta 342 ini dengan undang-undang imigresen dan juga kawalan sempadan bagi menyekat warga asing dari negara tertentu yang serius dilanda wabak? Jadi, oleh sebab ada masa di sini, pengalaman kita semasa COVID dahulu ialah masalah bila berlaku kes, mereka yang meninggal dunia terpaksa diambil sampel darahnya dan terpaksa dihantar. Kalau di Negeri Sembilan, dihantar di Hospital Besar Seremban sahaja untuk kita mendapat sampel darah sama ada orang yang meninggal dunia ini adakah dia terkena COVID ataupun tidak.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Jadi mengambil masa yang sangat- masa panjang. Ada kalanya mereka meninggal dibawa ke hospital, kemudian dia tunggu berjam-jam, sampai ada kalanya jenazah dikebumikan pukul 3, pukul 5 pagi. Mereka yang telah kena COVID, memang confirm lah terus dibuat urusan pengebumian mengikut prosedur yang telah ditetapkan, tetapi bagi mereka yang meninggal di rumah pada zaman COVID hari itu, terpaksa dibawa ke hospital, kemudian diambil sampel darahnya dan dihantar ke sebuah hospital.
Jadi diharap hari ini, saya yakin dan percaya, selain digunakan di makmal hospital tertentu, sudah tentu hari ini melalui pindaan ini mungkin ada kaedah yang terbaru untuk kita – sekiranya berlaku kes-kes demikian supaya kes jenazah tunggu terlalu lama ini, ia tidak berulang lagi. Sudah tentu ada kaedah yang terbaru, ya melalui makmal-makmal.
Mungkin juga diperluaskan makmal darah ini di hospital-hospital supaya kita bersiap-siaga sekiranya di masa akan datang, ia tidak berlaku lagi.
Jadi yang ini juga dulu kita sebagai wakil rakyat memang dihujani dengan panggilan, “Bilakah nak selesai? Bilakah lagi nak selesai ini? Sudah berjam-jam.” Kadang tu makan sampai dua hari baru jenazah itu dapat dikebumikan.
Jadi Tuan Timbalan Speaker, jadi saya yakin, percaya penggubalan ataupun pembentangan rang undang-undang ini sebagai mana yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi akan dapat menyelesaikan hal-hal yang berkaitan dengan
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit di negara kita ini. Jadi Jempol percaya, pindaan ini boleh meningkatkan strategi kesiapsiagaan dalam menghadapi penularan penyakit berjangkit, di samping memperkasakan penguatkuasaan undang-undang berkaitan. Dengan itu, Jempol mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Langat.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua di atas memberikan kesempatan kepada saya untuk turut berbahas rang undang- undang pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].
Jadi, saya kira satu pembentangan bacaan kedua yang begitu panjang yang telah diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan tadi yang saya kira cukup jelas kepada kita. Di mana saya kira, hasrat pindaan ini sudah tentulah untuk memperkasakan lagi undang-undang ataupun akta yang telah sedia ada, dengan pengalaman-pengalaman yang pernah kita lalui supaya akhirnya, apa yang berlaku ataupun sekiranya berulang lagi wabak-wabak yang akan berlaku di masa akan datang dapat ditangani dengan sebaik mungkin.
Pun begitu Timbalan Yang di-Pertua, saya kira semua maklum bahawa penyakit berjangkit ini bukan hanya sekadar mungkin daripada sifatnya apabila berlaku wabak sebagai contoh, pandemik COVID-19 yang lalu, tetapi juga penyakit-penyakit lain yang saya kira kita sedia maklum yang berlaku di dalam negara kita.
Ada penyakit-penyakit yang penyakit berjangkit disebabkan oleh jangkitan kuman ini yang kita sudah eradicated-kan seperti tibi yang kita rasa sudah tidak ada kes lagi yang akan berlaku selepas itu, tetapi hari ini, masih lagi berlaku dan memperlihatkan penambahan-penambahan walaupun kita tak nafikan mungkin bukan disebabkan oleh program imunisasi kita yang gagal, tetapi kemasukan-kemasukan pendatang asing ini mungkin membawa kuman-kuman seperti ini yang akhirnya kita tidak dapat menangani dengan sebaik mungkin.
Sudah tentulah mungkin dengan pindaan ini kita dapat memberikan satu penambahbaikan di masa akan datang. Apa yang penting adalah apabila ada undang- undang seperti ini, akhirnya bukan sahaja kita dapat mencegah daripada proses perawatan, tetapi juga akhirnya kematian itu dapat dikurangkan, tetapi apa yang berlaku pada hari ini, saya kira pengalaman ataupun yang telah kita lalui, kita belum lagi berada dalam keadaan yang cukup selesa.
Ini kerana kalau kita lihat sendiri pada 2022 itu sendiri telah menunjukkan incidence rates yang juga masih incidence rates, the mortality rate of communicable diseases menakutkan dan juga mortality rate yang juga masih tinggi berlaku di negara kita.
Pengalaman-pengalaman Japanese encephalitis disebarkan oleh virus Nipah di Selangor, di Negeri Sembilan, Penang dan juga pengalaman-pengalaman lain ini sudah tentu menjadi pengalaman kepada kita.
Jadi Timbalan Yang di-Pertua, saya kira, saya hanya akan menyentuh beberapa perkara di dalam pindaan ini. Pertamanya, saya nak menyentuh berkaitan dengan pindaan daripada segi takrifan “Pegawai Kesihatan Persekitaran” yang mungkin kalau mengikut daripada kefahaman saya, mungkin akan meletakkan seorang Pegawai Perubatan yang bertauliah sebagai Pegawai Kesihatan Persekitaran di situ.
Cuma saya melihat mungkin di peringkat Pejabat Kesihatan Daerah negeri dan sebagainya, kita mempunyai jumlah Pegawai-pegawai Kesihatan yang boleh kita letakkan ataupun kita naik tarafkan dalam kedudukan perjawatan itu, tetapi yang saya lihat juga di mana realitinya pada hari ini terutamanya di Pihak Berkuasa Tempatan, yang saya kira
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
mungkin sebahagian daripada Pihak Berkuasa Tempatan ini tidak mampu untuk meletakkan pegawai kesihatan untuk perjawatan itu, tetapi sekiranya ia sudah menjadi undang-undang, sudah tentu ada kaedah-kaedahnya yang tertentu.
Kedua, kemudian saya nak tanya juga berkaitan dengan penolong pegawai kesihatan persekitaran. Adakah ini dari sudut kelayakannya menempatkan Pegawai Inspektor Kesihatan ataupun kelayakan apa yang akan menjawat sebagai Penolong Pegawai Kesihatan di situ? Ini kerana saya faham, dengan adanya perjawatan-perjawatan ini sudah tentulah akan memungkinkan bagaimana pengurusan ini dapat dilakukan dengan sebaik mungkin.
Sebab soal pencegahan dan pengawalan ini adalah satu perkara yang saya sebutkan tadi adalah yang utama, tetapi dia tidak boleh hanya sekadar mungkin undang- undang yang kita nak buat tetapi dari sudut human resource, dari sudut pelaksanaan, tatacara kerja dan sebagainya dan juga infrastruktur-infrastruktur yang sudah tentu perlu ada.
Kalau tadi Jempol pun menyebutkan institut penyakit berjangkit ataupun pusat kawalan penyakit berjangkit yang sudah direncanakan dengan kos RM284 juta di Nilai.
Kita pun nak tahu juga apa statusnya. Sebab kita merasakan kalau berlaku wabak itu dan kita tidak mempunyai prasarana-prasarana ini yang telah tersedia, mungkin ada sedikit gangguan untuk kita menangani dengan sebaik mungkin daripada pengalaman yang sebelum ini.
Kemudian, saya juga merasakan bahawa kesiapsiagaan kita ini adalah satu perkara yang sangat penting. Hari ini, mungkin kalau kita lihat COVID-19 ini menjadi satu rujukan kepada kita. Tadi juga disebutkan oleh Yang Berhormat Kuala Nerus dan juga sahabat-sahabat kita yang lain berkaitan dengan persiapan kita daripada pengalaman kita mengambil keberhasilan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang sudah tentu juga difikirkan oleh kerajaan untuk membangunkan vaksin kita sendiri.
Jadi saya nak tanya juga, sejauh mana ke arah pembangunan vaksin negara itu sudah bermula? Saya kira bukan sekadar itu, tetapi cabaran-cabaran kita untuk menangani juga penyakit-penyakit berjangkit.
Kalau hari ini disebutkan bahawa antimicrobial resistance (AMR) yang saya kira juga menjadi sumber kepada kematian yang besar. Hari ini, mortaliti punca kematian AMR ini sudah berada di tangga ketiga. Selepas serangan jantung, strok, dia sudah berada di tangga ketiga. Soalnya bagaimana negara kita bersiap-siaga untuk menangani perkara seperti ini?
Adakah kita juga sudah membangunkan kajian-kajian kita yang mungkin apabila berlaku sebagai satu outbreak nanti kita sudah bersedia dan yang penting juga adalah bagaimana kita membangunkan sumber ubat-ubat kita sepertimana kita nak bangunkan vaksin tadi, supaya kita tidak memerlukan kos yang begitu besar yang kita perlu belanjakan untuk proses merawat apabila berlaku masalah di hadapan kita nanti.
Kemudian, saya nak menyentuh soal berkaitan dengan seksyen baharu 14A yang pengasingan dan pengawasan orang yang dijangkiti dan orang yang disyaki. Saya kira, realitinya bukannya mudah walaupun kita kenakan denda, kompaun dan sebagainya, tetapi ini bukan sesuatu yang mudah. Ini sebab pengalaman kita dalam menghadapi COVID-19 itu pun, kalau kita lihat, kematian berlaku. Jumlah kematian yang berlaku di hospital-hospital yang besar, tetapi kita tidak nafikan juga kematian yang BID, kematian yang berlaku di luar ataupun death on arrival, yang mana ini juga jumlah yang cukup besar.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Sudah tentulah antaranya adalah faktor yang mereka bukan mudah untuk kita bawa untuk diasingkan kerana saya kira itu antara perkara yang cukup besar. Cuma, dalam 14A(2) ini saya hendak bertanya juga kepada kerajaan bagi maksud subseksyen
(1), “seorang pegawai diberi kuasa untuk menggunakan kekerasan yang perlu untuk
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
memastikan perintahnya dipatuhi.” Mungkin istilah kekerasan ini pelbagai, tapi dari sudut ini, sejauh mana kekerasan yang kita boleh gunakan untuk tujuan pengasingan ini supaya akhirnya kita dapat merealisasikan pengasingan-pengasingan apabila diperlukan dan juga atau pengawasan yang akhirnya ya, kita dapat menangani apabila berlaku gejala ataupun wabak di masa akan datang.
Jadi Timbalan Speaker, satu lagi daripada kesiapsiagaan kita, pengalaman kita dalam COVID-19 yang lepas dan tadi pun disebut oleh Kuala Nerus ya. Pengalaman saya di Kuala Langat sendiri semasa COVID-19 ya, kita tidak dapat melupuskan clinical waste yang begitu besar jumlahnya. Radicare, tempat pelupusan incinerator kepada clinical waste di negara kita, berpuluh-puluh kabin yang diletakkan di luar daripada compound tempat pelupusan Radicare- pelupusan clinical waste ini sendiri ya, di tepi-tepi jalan yang tidak dapat dilupuskan.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Boleh saya katakan bukit-bukit clinical waste ini ya, yang juga tidak dapat diselesaikan dalam tempoh yang sepatutnya. Bukan sahaja seminggu, bukan sahaja dua minggu, bukan sahaja, tapi berbulan-bulan dia tidak dapat dilupuskan. Ini saya kira ini antara perkara yang seharusnya kita cukup bersedia untuk menangani supaya akhirnya, kita dapat menangani apabila berlaku wabak itu secara holistik.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua- Dato’ Yang di-Pertua, saya kira sekadar itu yang ingin saya sentuh dalam perbahasan pada kali ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Puchong.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Terima kasih Tan Sri Speaker kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan RUU pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Tan Sri Speaker, apabila menimbang dan membuat persediaan untuk perbahasan RUU ini, Puchong telah pun merujuk kepada undang-undang yang sama di Singapura dan juga New Zealand dan bandingkan undang-undang ini dengan akta kita.
Puchong ingin berdasarkan perbahasan saya hari ini dengan bandingkan undang-undang ini secara spesifik berkenaan dengan pindaan dan- pindaan yang dibawa hari ini dan seterusnya, Akta Penyakit Berjangkit di ketiga-tiga negara, New Zealand, Singapura dan Malaysia secara keseluruhannya.
Tan Sri Speaker, Malaysian Medical Association (MMA) dan Galen Centre telah pun menyuarakan kebimbangan mereka berkenaan dengan jumlah denda ataupun kompaun terhadap individu yang melakukan kesalahan di bawah akta ini adalah terlalu tinggi iaitu untuk penalti am, didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun ataupun kedua-duanya. Untuk kompaun adalah tidak melebihi RM5,000 dan juga- manakala untuk penalti pelanggaran peraturan-peraturan yang di bawah akta ini iaitu langgar SOP, didenda tidak melebihi RM8,000 ataupun dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun ataupun kedua-duanya.
Puchong berpendapat bahawa kebimbangan mereka adalah berasas dan perlu dipertimbang dengan serius oleh kerajaan dari beberapa aspek. Puchong telah bandingkan amaun yang dicadangkan oleh kerajaan dengan akta di Singapura dan juga di New Zealand. Bagi Singapura, section 65 Infectious Disease Act 1976 Singapore memberi peruntukan untuk penalti am di mana untuk kesalahan pertama denda tidak melebihi SGD10,000 dan penjara tidak melebihi enam bulan ataupun kedua-duanya.
Manakala kesalahan kedua dan ke atas, denda tidak melebihi SGD20,000 dan penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Untuk New Zealand pula, undang-undang yang berkaitan dengan penyakit berjangkit adalah dirangkumi di Health Act 1956, Part 3, infectious disease; Part 3A, management of disease- infectious disease; dan Part 4, quarantine. Penalti am adalah di seksyen 97G dan seksyen 136 di mana penalti adalah tidak melebihi NZD500 sahaja dan setiap hari kesalahan diteruskan, NZD50 sahaja. Apabila kita menimbang sama ada satu amaun itu adalah munasabah untuk satu populasi, Puchong berpendapat bahawa kita perlu melihat dua perkara.
Satu, pendapatan. Kedua, adalah health literacy iaitu kecelikan kesihatan.
Pertama, kita tengok pendapatan. Kenapa pendapatan adalah penting kerana hukuman sama ada hukuman ataupun denda itu adalah berat adalah bergantung kepada keupayaan populasi rakyat untuk membayar kompaun ataupun membayar denda apabila disabit salah.
Untuk Malaysia, gaji kita adalah RM2,000- gaji bulanan median adalah RM2,600.
Malaysia dalam pindaan ini mengenakan RM5,000 denda untuk kesalahan am iaitu lebih kurang dua kali- ganda, 200 peratus gaji bulanan median. Untuk Singapura, gaji bulanan mereka adalah SGD5,197. Singapura mengenakan SGD10,000 untuk kesalahan am, juga lebih kurang dua kali- ganda gaji bulanan median. Bagi New Zealand pula, dengan gaji bulanan kira-kira NZD5,000, New Zealand mengenakan NZD500 sahaja untuk kesalahan am iaitu hanya 10 peratus daripada gaji bulanan median.
Tan Sri Speaker, walaupun ada orang yang boleh argue bahawa kita sama dengan Singapura daripada segi amaun relatif dengan gaji median itu iaitu dua kali- ganda gaji bulanan median, tapi kita perlu juga tengok health literacy antara Malaysia dan juga Singapura. Biasanya health literacy iaitu kecelikan kesihatan rakyat di bawah piramid adalah lebih rendah daripada populasi lain. Mereka adalah lebih cenderung untuk melanggar undang-undang dan peraturan kerana kekurangan pengetahuan kesihatan dan bukan sengaja. They do it because of the lack of knowledge, dengan izin.
Untuk perbandingan health literacy, Puchong telah pun menggunakan paper yang bertajuk, “Health Literacy in Asia-Pacific: National Health Literacy Policies and Strategies in the Region 2023” oleh Lymphoma Coalition. Ia melaporkan bahawa tinjauan yang paling komprehensif di Malaysia dibuat pada tahun 2019 dan mendapati bahawa di Malaysia, 24.3 peratus mempunyai kecelikan kesihatan yang cemerlang, 40.7 adalah mencukupi dan 35 peratus adalah rendah.
Untuk- jika kita tengok Singapura, tinjauan paling komprehensif dibuat pada tahun 2021. Ia melaporkan bahawa kebanyakan populasi mempunyai kecelikan kesihatan yang mencukupi dengan 80.5 peratus mempunyai high functional health literacy di mana penduduk dapat bertindak dengan cekap dalam konteks penjagaan kesihatan dan membaca, memahami dan bertindak balas dengan secukupnya kepada komunikasi penjagaan kesihatan.
Tan Sri Speaker, Puchong khuatir bahawa dengan hukuman yang sama berat seperti Singapura, tetapi health literacy yang jauh lebih rendah dari Singapura, pindaan ini akan meletakkan golongan yang kurang berkemampuan di Malaysia dalam kedudukan yang lebih vulnerable semasa pandemik. Tambahan lagi dan saya rasa sangat penting and this is an elephant in the room dengan izin, ialah kecenderungan penguatkuasaan dua darjat di Malaysia di mana kita ada pengalaman semasa pandemik COVID-19.
Golongan kayangan, ahli-ahli politik, VIP ada satu standard, rakyat biasa ada standard yang lain. Oleh itu Puchong ingin tanya, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh KKM supaya undang-undang ini boleh dikuatkuasakan dengan adil tanpa mengira kedudukan sosial seseorang? Bagaimanakah pula dengan rakyat yang membuat kesalahan di bawah akta ini sebab health literacy yang rendah sebab mereka tidak tahu ataupun mereka terdesak kerana sosioekonomi mereka? Adakah terdapatnya pertimbangan yang sewajar daripada segi penguatkuasaan dan hukuman ataupun mereka akan hukum setinggi-tinggi RM5,000 itu?
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Tan Sri Speaker, selain daripada amaun denda, Puchong juga telah mendapati bahawa Singapura meletakkan hukuman dua kali- ganda untuk repeat offenders, ada peruntukan untuk repeat offenders. Manakala New Zealand, untuk setiap hari kesalahan, ada peruntukan untuk hukuman, tetapi dalam pindaan ini dan juga dalam akta kita, kita tidak ada peruntukan untuk kesalahan yang berulang, repeat offenders ataupun berterusan.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Puchong ingin cadangkan kerajaan untuk menimbang sekali lagi untuk meletakkan peruntukkan yang melibatkan kesalahan yang berulang ataupun berterusan.
Saya sangat bersetuju dengan Bandar Kuching di mana kalau kesalahan pertama dilakukan ia tidak sepatutnya diletakkan satu hukuman yang begitu berat yang tidak dapat ditanggung oleh rakyat Malaysia.
Tan Sri Speaker, Puchong juga mendapati bahawa dalam kedua-dua akta di Singapura dan New Zealand mereka ada kesalahan-kesalahan yang adanya hukuman yang jauh lebih berat daripada penalti am, tapi kalau kita tengok Akta 342 kita, semua adalah kesalahan yang sama, ada peruntukan penalti yang sama, maksimum yang sama dan juga untuk korporat dan untuk individu, tetapi untuk Singapura dan New Zealand mereka ada perbezaan antara kesalahan dan juga penaltinya kerana ada kesalahan yang tak akan menyebabkan penyebaran penyakit berjangkit dengan big scale, tetapi ada kesalahan yang akan menyebabkan big scale. Saya bagi satu contoh. Di New Zealand kesalahan individu melanggar SOP hanya NZD500, tetapi untuk peruntukan 74AA yang berkenaan dengan tanggungjawab makmal untuk memberi notis penyakit berjangkit di mana jika seseorang yang bertanggungjawab tidak melakukannya, denda maksimum ialah NZD10,000. Kerana apa? Kerana kalau tidak ada notifikasi dari makmal maka publik tidak akan tahu adanya penyakit berjangkit ini dan ini akan menyebabkan sebaran penyakit berjangkit dalam skala yang besar.
Dengan itu Puchong juga ingin cadangkan kerajaan untuk tengok semula semua- peruntukan-peruntukan di akta ini, sama ada peruntukan ataupun penalti yang sama dikenakan di setiap kesalahan di akta ini ataupun kita perlu membezakan kesalahan di bawah akta ini.
Tan Sri Speaker, akhir sekali saya juga telah pun membaca akta-akta Singapura dan New Zealand secara keseluruhannya dan mendapati bahawa akta mereka adalah jauh lebih komprehensif dan merangkumi pelbagai aspek dalam mencegah dan mengawal penyakit berjangkit. Manakala untuk akta kita, kebanyakan aspek untuk mengawal adalah diperintah dan juga di peraturan.
Akta ini memberi kuasa untuk Menteri ataupun Director General untuk membuat peraturan, tetapi di akta Singapura dan New Zealand mereka meletakkan banyak- peruntukan-peruntukan di akta-akta mereka. Ada pros and cons-nya, sama ada lebih detailed dalam akta ataupun membuka ruang fleksibiliti untuk eksekutif, tapi saya mohon ya, kerajaan ataupun PACC kalau boleh kita kena kaji sama ada perlunya membawa pindaan yang lebih komprehensif pada masa akan datang. Itu sahaja yang saya hendak bahaskan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Kita masih ada lagi lima orang lagi yang akan berbahas. Kita terikat dengan masa 5.30 ya. Jadi, saya hendak cut down kepada tujuh minitlah ya. Jadi, kalau tidak kita akan ada masalah. Saya bagi 7 minit setiap seorang. Seterusnya Rasah, silakan.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tan Sri Speaker, 7 minit sudah cukup.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, terima kasih.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Sebab saya ada empat perkara sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Jadi, saya ucapkan terima kasih kepada Tan Sri atas peluang yang diberikan kepada saya untuk terlibat dalam perbahasan RUU Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024 iaitu untuk meminda akta induk, Akta 342, akta yang sangat famous ketika pandemik COVID ketika dua tahun dulu.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya menyambut baik ya pembentangan dan juga pindaan daripada pihak kerajaan untuk meminda akta induk Akta 342 sebab ada keperluan selepas 35 tahun Akta 342 ini dikuatkuasakan, terutamanya selepas pandemik COVID yang mana kita belajar banyak berkenaan dengan pandemik ini. Ini antara pandemik yang paling serius yang kita pernah hadapi. Ia mengundang kita supaya melakukan sesuatu tambah baik terhadap akta yang sedia ada supaya kita lebih siap siaga dalam menghadapi pandemik sekiranya ada pada masa akan datang.
Perkara pertama daripada empat perkara yang saya hendak sebutkan adalah berkenaan dengan seksyen 14A baharu yang dimasukkan ke dalam akta induk ini iaitu di bawah pengasingan dan pengawasan orang yang dijangkiti dan orang yang disyaki. Saya menyambut baik pengasingan dan pengawasan ini. Cuma, saya nampak di bawah subseksyen (2) dikatakan bahawa seseorang pegawai diberi kuasa boleh menggunakan kekerasan yang perlu untuk memastikan perintahnya dipatuhi.
Setakat mana skop kekerasan yang perlu. Bagaimanakah kita hendak define maksud kekerasan ini? Sebab ia sesuatu yang boleh menjurus kepada penyalahgunaan kuasa sekiranya ia berlaku. Sekiranya subjek yang diperintahkan untuk diasingkan enggan tetapi mempunyai sebab tertentu yang menyebabkan subjek tersebut tidak mematuhi perintah yang diberikan. Apakah ada cara yang lebih baik untuk kita gunakan kekerasan? Jadi saya mohon penjelasan daripada pihak kerajaan berkenaan dengan perkara ini.
Perkara kedua yang saya hendak bangkitkan adalah berkenaan dengan seksyen 15A baharu di bawah tajuk perintah bagi maksud pengesanan dan pemantauan. Saya menyambut baik menggunakan alat pengesan yang dipasang di badan subjek. Cuma saya mohon Menteri yang akan menggulung nanti memberikan maksud yang lebih jelas sebab dikatakan bahawa orang yang dijangkiti, okey. Orang yang dijangkiti betul kalau dah disahkan dijangkiti dengan penyakit tertentu perlu diasingkan, perlu dikuarantin, kita setuju sebab ia medical.
Cuma yang keduanya atau pegawai yang diberi kuasa itu mempunyai sebab untuk percaya. Sebab untuk percaya. Saya rasa ini sesuatu yang belum dibuktikan daripada segi perubatan. Jadi, macam mana kalau sebab untuk percaya dan kita boleh kuarantin seseorang. Adakah ia menjurus kepada ketidakadilan kepada subjek yang dikenakan perintah kuarantin ataupun pengasingan tersebut. Saya mohon penjelasan. Ia seolah-olah memberikan kuasa yang terlalu- kuasa budi bicara yang terlalu luas kepada pegawai tersebut. Adakah cara yang lebih baik, lebih holistik untuk kita atasi ataupun menangani situasi sebegini...?
Perkara ketiga adalah berkenaan dengan seksyen 21A iaitu kuasa Ketua Pengarah. Ya, Ketua Pengarah di sini merujuk kepada Ketua Pengarah Kesihatan. Saya nampak di bawah seksyen baharu ini ia memberikan kuasa yang sangat luas kepada Ketua Pengarah Kesihatan. Dia seolah-olah mewujudkan Ketua Pengarah yang mempunyai super power. The Director General with the superpower. Saya bukan hendak pertikaikan ya. Dalam keadaan kita hadapi darurat ketika pandemik COVID tempoh hari mungkin ada keperluan. Sebab saya masih ingat ketika itu Perdana Menteri ketika itu Pagoh mengumumkan darurat dan sebagainya. Keadaan semasa ketika itu mungkin memerlukan Ketua Pengarah supaya diberikan kuasa yang lebih untuk buat keputusan, tetapi dalam keadaan yang biasa apakah ada keperluan untuk kita wujudkan keadaan ini. Ini saya hendak minta penjelasan daripada kerajaan.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Sebab saya rasa adalah lebih baik sekiranya ada satu- panel yang melibatkan bukan seorang, tetapi satu Jawatankuasa yang terdiri daripada mereka yang kompeten yang berkelayakan dari segi perubatan untuk membuat keputusan yang akhirnya akan mengurangkan apa-apa persepsi yang negatif daripada keputusan tersebut.
Tan Sri Yang di-Pertua, perkara terakhir yang keempat yang saya hendak sebutkan pada hari ini adalah berkenaan dengan pindaan kepada seksyen 25 akta induk iaitu pengkompaunan kesalahan. Bila saya membaca ya pindaan ini ia mengingatkan saya kepada perkara yang pernah dibahaskan, dibincangkan dalam Dewan yang mulia ini ketika kita menghadapi pandemik COVID dua, tiga tahun dahulu iaitu di mana kompaun dinaikkan dari asalnya RM1,000 kalau ikutkan RUU ini dinaikkan kepada RM5,000. Satu ketika dulu pernah ada peraturan yang nak naikkannya ke RM10,000 tetapi mengundang bantahan daripada semua pihak. Saya dengar rakan-rakan yang bahas tadi pun telah mengemukakan masalah ini.
Jadi saya mohon pertimbangan daripada Yang Berhormat Menteri. Saya percaya, saya masih ingat Yang Berhormat Menteri ketika itu pun tidak bersetuju dengan menaikkan kompaun kepada satu amaun yang terlalu tinggi.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya mohon dicadangkan semula. Ini cadangan sebelum ini. Boleh naik. Tak ada masalah sebab akta ini dah lama tak pinda, kita pinda. Cuma, naik RM1,000 kepada RM2,000. Itu pun dah naik 100 percent dah. Sebab, saya tak mahu nanti keadaan kita benarkan kompaun. Mengkompaun kesalahan yang telah dilakukan dan akhirnya orang itu tak mampu nak bayar kompaun.
Seterusnya, pendakwaan masih dilakukan. Lepas itu, tak mampu bayar denda, diganti dengan- dipenjarakan untuk beberapa bulan. Ia tidak menguntungkan semua pihak. Tidak menguntungkan kerajaan, tak menguntungkan khasnya golongan susah yang menghadapi masalah kewangan.
Jadi, saya mohon pertimbangan daripada kerajaan untuk bab perkara ini. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Balik Pulau. Silakan.
Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberikan peluang untuk Balik Pulau menyertai perbahasan RUU Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2024 di Dewan yang mulia ini. Tanggungjawab Kerajaan MADANI adalah untuk mengutamakan kepentingan rakyat memastikan sistem penjagaan kesihatan adil dan boleh diakses seluruh masyarakat terutama golongan rentan dan terpinggir.
Saya mengalu-alukan cadangan pindaan Rang Undang-undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit untuk memperkasakan lagi penguatkuasaan undang-undang terutama hal-hal yang berkait dengan tindakan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit. Secara dasarnya Akta 342 adalah penting untuk menjaga kepentingan kesihatan awam negara.
Akta ini dijadikan sebagai platform bagi memperkukuhkan aspek kesiapsiagaan, pencegahan, pengesanan serta respons terhadap krisis kesihatan menghadapi pandemik pada masa akan datang. Akta ini melindungi kesihatan awam dengan penetapan peraturan dan langkah-langkah pragmatik yang perlu diambil semasa berlakunya wabak, tetapi terdapat beberapa faktor yang kita perlu pertimbangkan seperti sifat ke perikemanusiaan sewaktu menguatkuasakan elemen pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit ini.
Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Tan Sri Yang di-Pertua, pertama sekali saya mohon penjelasan apakah signifikan penetapan seksyen 21A di mana menurut perhatian saya Ketua Pengarah seperti rakan Rasah saya tadi juga menyebut tentang bidang kuasa yang luas kepada Ketua Pengarah tanpa spesifikasi seperti tidak ada limitasi. Saya lihat perkara ini berkemungkinan boleh mewujudkan ruang-ruang kekeliruan, pertindihan tugas dengan kuasa Menteri Kesihatan secara menyeluruh. Oleh itu, saya mohon kementerian mewujudkan satu garis panduan khusus bidang kuasa Ketua Pengarah ini secara terperinci untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa.
Selain itu, terdapat cadangan pindaan untuk meningkatkan nilai kompaun daripada jumlah RM1,000 sebelum ini kepada satu nilai yang dibezakan jumlahnya antara individu dan pertubuhan perbadanan. Merujuk kepada penetapan kompaun di bawah seksyen 25, tidak dinafikan bahawa ada pihak yang berpandangan bahawa kompaun tersebut wajar dinaikkan kerana ketegasan ini dapat mendidik orang ramai supaya patuh dengan SOP yang digariskan pihak berkuasa, tetapi sekiranya nilai kompaun itu dinaikkan banyak sangat ia boleh memberi kesan pada rakyat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah untuk melunaskan kompaun terbabit.
Sebagai contoh, saya masih ingat semasa pandemik dahulu, kisah seorang anak muda yang tular di mana dia di saman RM1,000 kerana gagal mengenakan pelitup muka dengan sempurna di platform menunggu di sebuah stesen LRT. Anak muda tersebut menangis mendakwa dia cuma menurunkan pelitup muka ke bahagian dagu buat seketika kerana berasa gatal. Tidak dinafikan pihak berkuasa menjalankan tugas, tetapi kita- semua manusia. Kita perlu ada belas kasihan dan saya ucap terima kasih pada rakan dari Kepong kerana menawarkan untuk membayar kompaun tersebut pada masa tersebut.
Jadi, ramai- rakan-rakan saya sudah membawa isu sosioekonomi dan penalti yang tinggi serta double standard. So, dari segi kemanusiaan apakah perancangan pihak kementerian untuk membawa solusi dalam situasi sekiranya orang yang dikenakan kompaun itu tidak mampu membayar kompaun tersebut? Dalam seksyen 24A, mana- mana orang yang melakukan kesalahan di bawah akta ini bagi individu boleh didenda sehingga RM10,000 dan sesuatu pertubuhan boleh dikenakan sehingga RM2 juta.
Saya cadangkan kompaun individu itu diturunkan kalau boleh sehinggalah RM2,000 kerana bagi saya kompaun itu terlalu tinggi dan akan membawa kepada penyalahgunaan kuasa. Dalam penalti kepada satu- pertubuhan perbadanan adalah dicadangkan ditutup operasi ataupun shut down sesuatu kilang ataupun operasi untuk beberapa tempoh. Bagi saya itu lebih efektif daripada penalti wang ringgit.
Tan Sri Yang di-Pertua, setelah dihimpit pandemik COVID-19 yang menyebabkan lonjakan jumlah kemiskinan dan pengangguran serta membengkak kesenjangan di antara kelompok kecil maha kaya dan majoriti yang menghadapi kehidupan terdesak menjadi pengajaran pada kita semua untuk memastikan adanya pelan tindak balas kecemasan yang cepat dan teratur dalam menguruskan wabak penyakit berjangkit lain di masa hadapan yang berkemungkinan akan mendatangkan ancaman dan kecemasan kepada kesihatan awam. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Beaufort.
Sebelum Beaufort, saya terpaksa reduce-kan masa lagi kerana saya tengok clock itu. Jadi, saya bagi 5 minit. Silakan Beaufort.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua atas ruang dan peluang yang diberikan kepada Beaufort untuk turut serta membahaskan Rang Undang-undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit
(Pindaan) 2024.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Kerajaan perlu cekap dalam bertindak balas terhadap pandemik dengan menguatkuasakan polisi yang berkesan dan merangka pelan yang efektif dalam menghentikan penularan wabak penyakit berjangkit seperti COVID-19 yang melanda seluruh dunia pada tahun 2019. Maka, saya amat yakin dan percaya pindaan Rang Undang-undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit [Akta 342] yang tidak pernah dipinda sejak dikuatkuasakan akan dapat meningkatkan kesiapsiagaan negara dalam mencegah dan mengawal penyakit berjangkit pada tahun hadapan.
Tan Sri Yang di-Pertua, jangkitan HIV atau AIDS merupakan masalah kesihatan antara penyakit berjangkit antara awam antara 24 penyakit yang disenaraikan sebagai penyakit berjangkit berbahaya mengikut Akta 342. Jangkitan penyakit HIV ini memerlukan komitmen dan kerjasama dari pelbagai pihak sama ada daripada agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan ataupun NGO, sektor swasta, badan korporat, masyarakat umum ataupun individu. Pada akhir tahun 2022, dianggarkan terdapat lebih 86,142 orang- hidup dengan HIV ataupun ODSE di mana 81 peratus atau 69,589 orang mengetahui status HIV. Purata sebanyak 3,000 kes baru HIV dilaporkan setiap tahun.
Tan Sri Yang di-Pertua, masyarakat kita telah dikejutkan dengan peningkatan kes HIV dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi apabila data Kementerian Kesihatan menunjukkan trend kes HIV yang beralun tetapi secara keseluruhan meningkat dari 2020 hingga tahun 2023. Seramai 214 orang pelajar IPT awam dan juga swasta dilaporkan menghidap HIV pada tahun 2020, menurun kepada 186 kes pada 2021 tetapi meningkat kepada 222 kes pada tahun 2022. Seterusnya, 2044 pula kes pada tahun 2023. Trend peningkatan ini amat membimbangkan. Ditambah lagi peningkatan ini berlaku di institusi menara gading negara.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya maklum bahawa Kementerian Kesihatan telah mempunyai kaedah garis panduan rujukan kontak pasangan jangkitan HIV. Siasatan kes dan pengesanan kontak merupakan satu kaedah untuk mengenal pasti mereka yang telah dijangkiti HIV serta mencari punca dan tahap risiko jangkitan seseorang. Ia perlu dilakukan bagi tujuan pencegahan, rawatan dan memberikan khidmat sokongan serta bantuan yang berkaitan.
Siasatan perlu dijalankan secara telus dan rapi bagi setiap kes HIV yang dilaporkan untuk menentukan kontak seterusnya menghalang penularan jangkitan kepada kontak baru dan merawat kontak yang telah dijangkiti. Rujukan kontak atau pasangan merupakan elemen penting dalam mengekalkan status negatif pasangan serta memberi kaunseling dan juga rawatan jika telah dijangkiti.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Pengetahuan ini penting untuk mengelakkan penularan HIV dalam kalangan kontak atau pasangan. Ini kerana dengan memahami kaedah jangkitan, mereka akan mengambil langkah-langkah pencegahan yang betul dan berkesan termasuk mengamalkan amalan seks dan perkongsian alat suntikan yang selamat.
Selain itu, kompaun dan hukuman juga perlu dilaksanakan bagi sesiapa yang secara sengaja menyebarkan virus HIV ini. Mengikut seksyen 12(2) dan seksyen 24(a) yang dipinda, iaitu didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Tan Yang di-Pertua, ingin saya tegaskan juga bahawa penghidap HIV ini perlu diberikan ruang dan juga peluang dalam masyarakat kita tanpa perlu didiskriminasikan atau disisihkan. Minta masa lagi, Tan Sri?
Tuan Yang di-Pertua
Tak ada masa dah.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Sekejap ya, sikit lagi. Mereka ini juga boleh hidup dengan baik dan juga sihat seperti orang lain sekiranya mereka patuh kepada rawatan Highly Active Antiretroviral Therapy ataupun HAART.
Jadi, secara tuntasnya, Tan Sri Yang di-Pertua- mungkin ada yang tertinggallah, tapi tidak apa. Saya pun menyokong juga dengan pandangan-pandangan daripada rakan-
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
rakan yang lain. Secara tuntasnya, Beaufort menyokong usaha penuh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memperkasa Rang Undang-undang Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Saya jemput Bayan Baru. Masih lima minit.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Tan Sri, terima kasih Tan Sri Speaker kerana memberi peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024.
Apabila saya bahas tentang rang undang-undang ini, saya ada sedikit emosi, kerana saya teringat bahawa betapa teruknya, seriusnya wabak COVID-19. Ramai di antara kita, in fact semua antara kita sudah tentu ada saudara mara, kawan-kawan atau kenalan yang meninggal dunia akibat wabak yang begitu serius ini.
Jadi, saya rasa kita terhutang budi kepada frontliner, frontliner kita, kepada doktor, jururawat, pengamal pelbagai medical officers dari pelbagai peringkat...
Tuan Yang di-Pertua
Dan polis dan tentera.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Polis, tentera, e-hailing dan juga even council workers juga yang telah begitu beranilah, mereka take the risk untuk menjalankan tugas walaupun dalam keadaan COVID ini. Jadi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka. Jasa mereka kekal dikenang di setiap antara kita.
Jadi, isu dalam COVID ini, apakah yang kita belajar daripada COVID ini? Nombor satu, saya rasa bahawa healthcare system kita tidak collapse. I want to say thank you, saya rasa kita berterima kasih kepada KKM kerana hospital-hospital kita, walaupun dalam keadaan tertekan, healthcare system kita tidak collapse. Ini menunjukkan resilience Malaysia dalam segi kesihatan healthcare.
Kedua, ia juga mendedahkan sedikit kekurangan. Kekurangan, saya rasa ada tiga aspeklah. Nombor satu adalah kekurangan dari segi perundangan, kekurangan daripada segi medical supply dan juga kekurangan daripada segi medical devices. Kenapakah saya cakap begitu? Ini adalah medical security. Saya ingin membahaskan dalam isu ini dengan konteks yang lebih besar iaitu medical security negara. Semasa COVID, kita masih ingat bahawa ventilators kita kekurangan. Kita terpaksa merayu, kita terpaksa shipped in daripada China, dan PAC dapati bahawa yang kita beli itu tidak berfungsi. Ini bermaksud bahawa medical devices kita bergantung kepada luar negara. Sehinggakan face mask kita pun terpaksa import daripada China pada mula-mulanya.
Kedua, apabila kita- semasa itu tak ada vaksin. Vaksin dihasilkan di negara lain dan terpaksa kita beli dengan harga yang begitu tinggi. Dan juga, pelbagai perubatan masa itu begitu kekurangan. Jadi, kita ada tiga shortcoming yang saya rasa perlu kita address.
Jadi, hari ini saya nampak bahawa perundangan ini telah dibawa masuk untuk membantu menyelesaikan masalah perundangan, tetapi saya juga memohon kerajaan look into two more issues iaitu medical supply dan juga medical devices. Ini adalah- kita tidak boleh bergantung kepada negara lain. Setiap kali ada wabak, kita terpaksa merayu kepada luar negara. Jadi, adalah penting untuk kita membina supplier, supplier tempatan yang boleh memberi barang-barang perubatan dan juga medical devices. Kita KKM kena bantu untuk membina the resilience among this industry. Saya harap bahawa KKM ini bolehlah memberi sedikit kontrak kepada pemain- pemain industri, contohnya kilang-kilang perubatan supaya mereka boleh hasilkan, supaya certain medical, critical medical ini boleh dihasilkan di tanah air kita. Dan juga,
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
industri medical devices yang ada di Pulau Pinang, ada di negeri Selangor, ada di negeri Johor. Di negeri Pulau Pinang di kawasan Bayan Lepas, Parlimen Bayan Baru, kita ada lebih daripada 50 buah syarikat medical devices, tetapi, mereka hanya boleh jual- mereka telah jualkan ke seluruh dunia tetapi mereka tidak dapat jual kepada KKM. Dia ada isu-isu tertentu yang harus ditangani.
Jadi, kalau kita ada certain contract yang bagi kepada mereka, maka mereka boleh survive, mereka boleh dapat akreditasi, mereka boleh dapat pasaran di domestik dan dengan pengiktirafan daripada KKM, mereka boleh menembusi semua dunia termasuk Indonesia, Southeast Asia sehingga Europe.
Jadi, inilah pandangan saya. Saya mohon KKM look into medical security negara.
Sekian, terima kasih, Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Yang terakhir, saya jemput Bakri.
Masih 5 minit.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk membahaskan rang undang-undang untuk meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya lihat pindaan kali ini untuk memberikan kuasa yang lebih besar kepada kononnya pegawai-pegawai yang diberi kuasa. Di sini saya ingin mengutarakan beberapa kebimbangan saya berdasarkan pengalaman yang mungkin boleh dikatakan pengalaman yang tidak elok semasa pandemik COVID empat tahun yang lalu, terutamanya dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP). Di mana, pada masa itu- di sini saya ingin mengutarakan tiga masalah yang saya perhatikan atau saya rumuskan untuk perbahasan kali ini.
Iaitu yang pertama, di mana wujudnya standard atau SOP yang berlainan iaitu lain jabatan, lain ketetapan. Di mana, kalau kita mengikut SOP yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan, iaitu sekiranya sesebuah kilang ataupun sesuatu industri mereka sekiranya ingin beroperasi semasa tempoh PKP ini, mereka perlu mendapatkan kelulusan MITI, tetapi di akhir perintah tersebut ataupun di akhir pengumuman tersebut, ada disebut dengan satu syarat di mana benda ini belum muktamad dan perlu mendapatkan kelulusan pihak berkuasa tempatan. Di sinilah berlakunya banyak kekeliruan di kalangan khalayak ramai di mana sesebuah kilang, selepas mereka berjaya mendapat kelulusan daripada MITI, tetapi tidak dapat beroperasi kerana pihak berkuasa tempatan tidak membenarkan pengoperasian mereka.
Maka perkara ini telah menimbulkan banyak kekeliruan. Pada waktu itu, tiada sesiapa yang boleh membantu mereka. Jadi, perkara ini saya lihat, selepas pindaan daripada akta ibu ini, masih lagi tidak dapat menyelesaikan masalah ini.
Kedua, isu yang berlaku semasa PKP empat tahun lalu iaitu penguatkuasaan yang berulang. Iaitu dalam masa banyak jabatan mempunyai kuasa untuk memberi denda atau mengkompaun terhadap sesuatu salah laku, dia akan berlaku di mana keadaan KKM datang memberi kompaun pada waktu pagi, kemudiannya waktu tengah hari PBT datang.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Kemudiannya, pejabat daerah datang. Satu kesalahan mungkin kesalahan itu sahih tetapi akan didenda tiga kali. Lebih daripada satu kali. Jadi, di manakah keadilan?
Jadi, adakah perkara ini akan diselesaikan ataupun ditangani dalam waktu ini?
Ketiga, saya lihat pegawai yang diberi kuasa, itu satu definisi yang begitu luas.
Siapakah pegawai yang layak diberikan kuasa? Adakah seseorang pegawai itu diberi kuasa kerana mereka pakar dalam sesuatu bidang itu kerana kepakaran mereka ataupun mereka diberi kuasa hanya kerana pangkat mereka, jawatan mereka, kedudukan mereka?
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Dalam erti kata- dalam konteks kali ini mungkin pegawai daerah ataupun ketua- ketua jabatan dalam pihak berkuasa tempatan. Mereka ada kedudukan itu tetapi belum tentu mereka ada kepakaran untuk menilai atau membuat pertimbangan sekiranya mereka lihat sesuatu salah laku itu.
Saya bagi satu contoh, semasa dalam tempoh pelaksanaan PKP itu di Daerah Muar. Ada seorang pegawai, bangga dengan pencapaiannya, yang kononnya mencapai ataupun- hendak cakap macam mana ini? Beliau telah berjaya mencatatkan bilangan kompaun yang tertinggi di seluruh negeri Johor. Apakah yang perlu dibanggakan?
Saya pun pelik tetapi apabila saya meneliti ataupun mendengar kepada pengadu- pengadu ataupun pengusaha-pengusaha kilang ini, kadangkala hanya kerana masalah ataupun salah laku yang begitu remeh iaitu sesebuah kilang itu selepas ditutup untuk berminggu-minggu. Apabila pasukan penguatkuasaan sampai di kilang mereka, mereka didenda kerana tidak menjaga kebersihan. Kalau ditanya, apakah spesifik kekotoran itu?
Dia kata, ada puntung rokok kononnya di dalam kawasan atau halaman kilang tersebut.
Jadi, ini berlakunya di mana apabila kita memberikan kuasa ataupun budi bicara yang terlalu besar kepada pegawai-pegawai ini, maka mungkin ada kemungkinan berlakunya penyalahgunaan kuasa ataupun terlampau penguatkuasaan. Jadi, perkara ini saya lihat dalam pindaan kali ini langsung kita tidak memberikan pertimbangan dalam isu ini.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Bakri. Boleh landing, Yang Berhormat Bakri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Jadi, memandangkan masa tidak mengizinkan, saya akhiri dengan sebuah pantun.
Pohon kelapa tinggi sekali, Daun melambai menggamit ilusi; Kesihatan rakyat kita peduli, RUU ini harap diperhalusi. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Bakri, pembahas terakhir untuk Mesyuarat kali ini. Tahniah.
Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga, Parlimen Kelima Belas telah berlangsung selama 15 hari mulai hari Isnin, 24 Jun 2024 hingga hari Khamis, hari ini, 18 Julai 2024.
Mesyuarat Kedua ini menyaksikan Dewan telah meluluskan Usul Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan SUHAKAM 2021 dan 2022 dengan 49 orang Yang Berhormat telah berbahas dan 17 Menteri, termasuk Timbalan Menteri telah menjawab. Dewan Rakyat telah meluluskan Usul Laporan Ketua Audit Negara melibatkan 53 orang Ahli Yang Berhormat berbahas dan 14 Menteri dan Timbalan Menteri telah menjawab. Selain itu, 27 rang undang-undang telah diluluskan.
Mesyuarat Kedua ini juga telah menerima lima penerangan daripada Menteri- menteri iaitu tiga di Dewan Rakyat dan dua di Kamar Khas. Alhamdulillah, penerangan daripada Menteri-Menteri dalam Kamar Khas ini mendapat sambutan yang baik dari Ahli Kerajaan mahupun pembangkang, terutama berkenaan dengan penjualan saham Malaysia Airports Holdings Berhad kepada Global Infrastructure Partners oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan II, yang dihadiri oleh 25 orang Ahli Yang Berhormat.
Dalam Mesyuarat ini juga buat julung kalinya penerangan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pilihan iaitu Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) telah membuat penerangan Penyata PAC pada tengah hari tadi...
[Tepuk] Saya juga mengingatkan agar Ahli-ahli Yang Berhormat melaksanakan pemeriksaan kesihatan sebelum atau pada hari Isnin, hari terakhir 11 November 2024 sebagaimana yang dimasyhurkan oleh saya semalam. Semoga pemeriksaan kesihatan ini dapat membantu mencegah perkara-perkara yang tidak diingini berlaku kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Saya dan timbalan-timbalan saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan kerjasama yang baik bagi membolehkan perjalanan Mesyuarat dapat disempurnakan sepanjang tempoh persidangan ini.
Tidak saya lupakan juga ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pegawai, warga Parlimen Malaysia, khususnya Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat, wakil media massa serta semua pihak yang turut terlibat secara langsung, mahupun tidak langsung dalam pengendalian urusan Majlis Mesyuarat sepanjang tempoh persidangan Dewan kali ini.
Saya mengucapkan kepada semua, selamat pulang dan selamat sampai ke destinasi masing-masing. Semoga Ahli Yang Berhormat sentiasa sihat walafiat di samping keluarga tersayang.
Saya juga ingin mengambil peluang untuk merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ke atas pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada hari Sabtu, 20 Julai 2024. Semoga Allah SWT memberkati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga suatu tarikh yang tidak ditetapkan. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pulang.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.47 petang]